Mar262012

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:-

(a) strategi bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran ikan air tawar di negara ini dan langkah meningkatkan penghasilan industri hiliran daripada pengeluaran ikan air tawar; dan

(b) bagaimanakah kedudukan bekalan ikan dalam negara.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beberapa strategi dan aktiviti telah disusun bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti produk ikan air tawar seperti mengenal pasti kawasan pembangunan Zon Industri Akuakultur ataupun ZIA dan pelaksanaan EPP 4, Sistem Sangkar Bersepadu, meningkatkan penglibatan pihak swasta dan mewujudkan program inkubator, meningkatkan khidmat penyampaian, menyediakan latihan dan kursus.

Berkenaan air tawar juga telah disyaratkan kepada institusi kerajaan seperti asrama sekolah berasrama penuh, pusat latihan kolej kem tentera, penjara, pusat serenti dan hospital dengan mewajibkan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu hendaklah menyediakan menu ikan air tawar. Kementerian melalui perikanan juga meneruskan usaha untuk memperluaskan pasaran ikan air tawar di kalangan pengguna di negara ini melalui aktiviti promosi dan pengenalan produk ikan air tawar yang diproses.

Kementerian juga menekankan aspek kualiti terutamanya rasa lumpur pada ikan air tawar supaya komoditi ini dapat diterima secara meluas oleh para pengguna. Untuk tujuan ini program gerakan amalan ternakan yang baik telah dan akan terus diperkenalkan.

Ladang ternakan yang mengamalkan sistem ternakan yang baik dan menghasilkan ikan yang bermutu tinggi akan diberikan pengiktirafan oleh pihak kerajaan.

Jawapan (b), kedudukan bekalan ikan dalam negara pada masa kini adalah di paras yang mencukupi dengan anggaran pengambilan ikan per kapita sekitar 46.7 kilometer seorang. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua, antara kawasan yang berpotensi dibangunkan ialah di Lenggong. Cuma saya hendak tahu Yang Berhormat Menteri – terima kasih atas jawapan tadi. Tahap permintaan terhadap ikan dan produk hiliran daripada air tawar ini, apakah ada potensi untuk kita lakukan usaha supaya ia dipasarkan ke luar negara?

Kemudian dari segi usaha untuk meningkatkan pengeluaran, apakah ada cadangan untuk kita lesenkan nelayan-nelayan darat ini yang menangkap ikan di tasik, di

final • 10:00 AM

Dato Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

sungai dan sebagainya? Ke mana kalau dilesenkan, apakah faedah dan manfaat diperoleh oleh nelayan?

Juga hendak tahu apakah jenis ikan yang komersial, ikan air tawar ini? Baru-baru ini kerajaan mengadakan program perumahan nelayan. Apakah ada usaha pihak kementerian untuk mengkategorikan juga nelayan darat ini sebahagian daripada penerima untuk program tersebut? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Di atas usaha yang telah pun dibuat oleh pihak kementerian, maka kita lihat hari ini ikan air tawar telah pun mula mendapat permintaan daripada luar negara. Di mana pada tahun 2008 jumlah eksport ikan air tawar ke luar negara RM2.4 bilion. Juga dalam masa yang sama kita juga telah pun mengenal pasti beberapa pasaran seperti di Amerika Utara, Oceania, EU dan Asia Barat.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, nelayan dalam negara kita ada dua kategori.

Satu dipanggil nelayan laut. Satu lagi, nelayan sungai ataupun yang tangkap di tasik ini.

Kedua-dua nelayan sungai ini kita memang ada bagi lesen. Untuk pengetahuan Yang Berhormat setakat hari ini kita telah pun mengenal pasti ada seramai lebih kurang 8,400 orang nelayan pantai, dipanggil nelayan darat.

Dalam nelayan darat ini juga dia ada kategori. Kategori A, di mana kategori A ini sepenuh masa. Nelayan ini pergi tangkap ikan sepenuh masa. Kategori B, dia part time jadi nelayan darat dan kategori C ini dia pergi tangkap ikan. Pada masa yang sama dia gunakan botnya sebagai rekreasi.

Jadi untuk kita hendak menimbangkan sama ada nelayan darat ini akan diberikan segala kemudahan seperti mana yang diperoleh oleh nelayan laut seperti dia dapat elaun sara hidup, subsidi minyak dan sebagainya, maka kerajaan negeri mestilah menerima pakai kaedah-kaedah perikanan sungai yang dikeluarkan oleh kementerian.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya hendak maklumkan ada negeri yang telah pun menjadikan enakmen sungai di negeri masing-masing dan ada juga yang masih belum menerima pakai enakmen ini.

Oleh kerana itulah hal ini kita sedang masih lagi membuat kajian supaya nelayan darat ini juga akan diberikan kemudahan seperti nelayan laut.

Mengenai soalan bantuan perumahan, kementerian bersetuju untuk kita menimbangkan supaya nelayan-nelayan darat ini juga akan diberikan peluang untuk menerima bantuan perumahan RM300 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bajet yang lepas. Jadi saya menyeru supaya nelayan-nelayan darat boleh memohon melalui persatuan nelayan di kawasan masing-masing, dengan syarat mereka mesti ada kad nelayan dan juga bot mereka telah pun dilesenkan. Ada dua syarat ini, insya-Allah kita boleh pertimbangkan untuk memberikan bantuan perumahan RM10,000 maksimum untuk membaiki rumah. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya begitu tertarik sekali apabila mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri terutama sekali mengenai dengan penternakan ikan air tawar ini dan juga ada kaitan dengan nelayan sungailah. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada, ada rancangan untuk pembenihan jenis-jenis ikan yang bernilai tinggi ini? Kalau di Sabah ini satu jenis ikan yang paling berharga dan yang paling sedap juga untuk dimakan ialah jenis ikan peliang.

Namanya ikan peliang yang terkenal di Sabah ini. Kalau di Sarawak, yang saya tahu jenis ikan yang paling berharga ini ialah ikan empurau. Ikan empurau ini harganya satu kilogram ialah RM1,000, begitu mahal sekali. Saya ingat kalau kita beri penekanan dengan penternakan ikan di sungai ataupun ikan air tawar ini, perlu diberi penekanan jenis ikan-ikan yang berharga ini. Sekian.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Memang menjadi perancangan kementerian untuk kita menambahkan atau meningkatkan hasil nelayan- nelayan terutama nelayan-nelayan sungai dengan menternak ataupun menggalakkan mereka menternak ikan-ikan yang berkualiti dan harga yang mahal. Saya bersetuju seperti yang Yang Berhormat kata empurau daripada Sarawak ini, memang mahal. Begitu juga

final • 10:10 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

kalau di Semenanjung terkenal dengan ikan kelah. Jadi ikan di Sabah ini saya tidak pernah dengar ini. Ikan apa tadi?

final • 10:10 AM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Ikan peliang.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ikan peliang. Ini saya baru dengar ini. Empurau dan kelah ini kita sudah makan, memang sedap. Jadi untuk mencapai matlamat ini, melalui MOSTI telah ada diperuntukkan TechnoFund untuk kita mengkaji bukan sahaja kita hendak menternak tetapi juga untuk benihnya. Di Sarawak kita telah pun beri RM6 juta peruntukan khas untuk membuat kajian dan meningkatkan hasil ikan empurau ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) mengapakah pembaharuan permit teksi perlu dilakukan setiap tahun berbanding 10 tahun sebelum ini; dan

(b) sama ada SPAD mempunyai kemampuan melayani urusan pembaharuan permit ini di pejabatnya.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Assalaamualaikum warahmatullaah, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menguatkuasakan sistem pelesenan baharu iaitu lesen pengendali bagi semua kenderaan pengangkutan awam darat dan kenderaan barangan mulai 31 Januari 2012. Ini merupakan satu mekanisme bagi tujuan mengawal selia pengusaha pengangkutan awam dan kenderaan barangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Dasar semasa menetapkan pembaharuan lesen kenderaan bagi teksi sebelum ini adalah selama tujuh tahun, bukan sepuluh tahun.

Walau bagaimanapun, pembaharuan lesen kenderaan selama satu tahun yang dilaksanakan oleh SPAD adalah bersifat sementara bagi melaksanakan proses perpindahan kepada lesen pengendali yang baru diperkenalkan. Lesen satu tahun bermula 31 Januari 2011 dan akan tamat Disember 2012. Mulai 2013, hanya lesen pengendali yang digunakan sepenuhnya. Dengan pelaksanaan lesen pengendali ini, tempoh sah laku maksimum lesen adalah selama tujuh tahun sebagai mana sebelum ini. Pemohon boleh memilih untuk memperbaharui lesen pengendali mengikut tahun yang dikehendaki mereka iaitu sama ada tiga, lima atau tujuh tahun.

Sehubungan itu, isu keupayaan SPAD untuk melaksanakan urusan pembaharuan permit tidak sepatutnya timbul. Sebanyak 74,000 lesen pengendali untuk teksi, bas dan lori sedang disiapkan dan boleh diedarkan kepada pengusaha mulai 1 April 2012 ini di empat pejabat SPAD wilayah.

Dalam pembentangan Bajet 2012, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif kepada pemandu-pemandu teksi:

(i) Pengecualian 100% duti eksais dan duti jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan;

(ii) pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik;

(iii) memansuhkan cukai jalan ataupun road tax ke atas semua teksi bajet dan kereta sewa mulai 1 Januari 2012;

(iv) pemberian subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan.

Skim pinjaman itu yang diurus oleh Bank Simpanan Nasional akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun dan sudah bermula 1 Januari 2012 yang lalu;

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

(v) pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun; dan,

(vi) bagi teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan RM1,000 akan diberikan.

Bantuan ini akan ditawarkan untuk pembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2012.

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini, pemandu teksi dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, mesra pelanggan dan sekali gus menaikkan imej negara yang mesra pelancong. Pemberian bantuan kepada pemilik teksi bajet ini juga dipanjangkan kepada pemilik kereta sewa persendirian di seluruh negara.

Terima kasih

final • 10:10 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan kepada soalan asal saya. Masalah ini ditimbulkan oleh golongan pemandu teksi yang terpaksa memberikan masa dan juga peruntukan untuk proses pembaharuan lesen ataupun permit seperti yang telah disebutkan tadi. Walaupun penjelasannya tadi menyatakan aktiviti ini adalah sementara dan mulai tahun 2013 semua akan mendapat lesen pengendali untuk tempoh ataupun pembaharuan tiga, lima atau tujuh tahun seperti yang disebutkan tadi.

Masalah yang dihadapi oleh mereka bukan sekadar mereka terpaksa memberikan masa – mereka dua kali setahun perlu ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan jentera mereka atau kenderaan mereka dan ini pula ditambah dengan pembaharuan kad pemandu katanya, walaupun RM5 tetapi mengambil masa, di mana SPAD hanya ada empat pejabat di seluruh negara dan tentulah juga memerlukan mereka bergerak jauh. Misalnya kalau di Kelantan tidak ada di Terengganu ada, di Pahang tidak ada, ertinya availability dengan izin pejabat ini tidak menyeluruh.

Apa yang hendak saya bangkitkan juga dalam soalan tambahan ini ialah tawaran- tawaran dan juga insentif tadi bagus untuk perkhidmatan teksi ini tetapi kalau mengikut keadaan sekarang, yang banyak menikmatinya syarikat-syarikat yang diberikan permit yang banyak. Soalan saya, bilakah SPAD akan memulakan proses mengalihkan permit-permit ini daripada kepunyaan syarikat-syarikat kepada pemandu-pemandu individu persendirian?

final • 10:10 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Ini kerana akan memberikan lebih pulangan kepada pemandu-pemandu sebab cukai ataupun bayaran-bayaran harian RM40-RM50 ini, kalaulah dapat diselamatkan kerana permit individu, mereka akan beroleh keuntungan dan akhirnya mempunyai kereta mereka sendiri dengan pembayaran balik yang lebih murah daripada kos membayar sewa harian kepada syarikat-syarikat. Jadi soalan saya...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkaskan Yang Berhormat, ini sudah macam ucapan Yang Berhormat. Cuba ringkas Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Bagaimanakah peralihan proses pemberian permit ini daripada syarikat kepada individu dan bila akan berakhir? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, kita telah mengeluarkan lesen yang berkaitan kepada syarikat dan juga individu. Jika kita telah mengeluarkan lesen, kita tidak boleh hendak tarik balik lesen itu kecualilah dia melanggar syarat-syarat yang tertentu. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan bahawa teksi bajet di seluruh Malaysia ini terdapat 40,913 buah. Di Lembah Klang sahaja sebanyak 33,911 buah.

Untuk kereta sewa, semuanya milik persendirian. Kereta sewa tidak ada milik syarikat sebanyak 18,092 buah.

Saya juga ingin memaklumkan, daripada jumlah-jumlah yang saya sebut tadi, lebih kurang 58,000 teksi bajet dan kereta sewa di seluruh negara – milik individu adalah 53%, milik syarikat 47%. Dengan lain-lain perkataan, lebih banyak milik individu daripada milik

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

syarikat. Bagaimana mungkin lesen yang telah diberi kita hendak tarik balik? Apa jadi pada syarikat yang telah memberikan dan membuat pelaburan yang begitu banyak? Jadi inilah dasar yang sedia ada sekarang. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang menyatakan bahawa insentif yang diberikan oleh kerajaan itu adalah bagus. Jarang kita dengar satu pujian daripada pihak pembangkang, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya satu Yang Berhormat. Adakah SPAD ini membuat pemantauan soalan penyewaan oleh driver daripada license holder taxi ini sebab saya dapati RM150 satu hari dibayar tiap-tiap penyewa ini dan dikenakan. Kalau saya kira berlandaskan teksi yang saya pakai, RM378 ribu dia punya pendapatan dalam masa tujuh tahun. Bahkan satu teksi RM120 ribu sahaja. Jadi kenapa untungnya besar sangat dan taxi driver ini terpaksa 16 jam satu hari, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Itu soalan tambahan yang kedua kah?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tunggu Yang Berhormat, Menteri jawab saya punya dahulu.

final • 10:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Setuju, setuju. Saya bersetuju dengan soalan tersebut.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, terima kasih. Jarang benar kita dapat soalan tambahan daripada Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Sebenarnya kita telah menyiapkan apa yang dipanggil sebagai master-plan untuk pengangkutan awam ini, di Kuala Lumpur kita telah siapkan. Segala perkara-perkara yang dinyatakan oleh Tuan Yang di-Pertua itu ada dimuatkan dalam pelan kita dan kita boleh akses pelan itu di www.spad.gov.my. Boleh lihat di situ dan berikan pandangan-pandangan. Pandangan bernas daripada Tuan Yang di-Pertua itu akan diambil ingatan, terima kasih dan tentunya kita akan terus memperbaiki. Apa yang telah berlaku itu berlaku, yang penting ialah kita memperbaiki kaedah-kaedah dan juga syarat-syarat yang dikenakan oleh syarikat kepada pemilik-pemilik. Jika boleh tentulah ia tidak membebankan kepada pemandu yang dipilih memandu kereta-kereta yang dimiliki oleh syarikat-syarikat yang berkaitan.

Saya juga mendapat pandangan-pandangan yang banyak tentang perkara ini dan saya kira SPAD akan terus memantau dan meneliti apakah perkara yang lebih baik.

Walaupun begitu, perkara-perkara yang saya sebutkan insentif-insentif tadi bukan hanya diberikan kepada pemilik individu, tetapi juga diberikan kepada keseluruhan. Kalau satu syarikat ada 100 teksi, seluruh teksi 100 buah itu mendapat apa yang disebut tadi. Apabila kita telah mansuhkan cukai jalan dengan lain-lain perkataan tentunya pemilik itu juga sepatutnya mendapat faedah bukan hanya syarikat yang mendapat faedah. Oleh kerana itu, kita menggesa syarikat-syarikat akan mengurangkan syarat-syarat yang tertentu dan cadangan Tuan Yang di-Pertua itu adalah satu cadangan yang amat baik dan bernas.

final • 10:20 AM

Dato' Ismail bin Abd Mutallib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum itu saya hendak ucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, tidak silap saya Timbalan Menteri menyatakan tadi bahawa kurang lebih 49,000 teksi berada di negara kita. Sudah tentulah 49,000 lebih pemandu ini akan juga menjadikan gambaran kepada kita bahawa inilah penduduk di negara kita. Sebab itulah saya rasa Timbalan Menteri, di antara tujuan pembaharuan lesen ini dibuat kepada pemandu teksi yang pada hari ini ialah untuk memastikan supaya pemandu-pemandu ini dan juga pengusaha-pengusaha teksi ini mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan termasuklah kadang-kadang kita mendengar adanya teksi yang disewakan kepada orang yang tidak bertanggungjawab maknanya perompak, orang jahat dan ada dikatakan dipandu oleh pendatang asing.

Jadi keadaan ini boleh menggambarkan satu keadaan yang tidak baik kepada negara kita. Jadi saya hendak tanya kepada Timbalan Menteri, sejauh mana pelaksanaan

final • 10:20 AM

Dato' Ismail bin Abd Mutallib - Maran

peraturan ini boleh mengawal perkara-perkara yang saya anggap tidak baik tadi yang boleh menjejaskan imej negara kita sebab ini telah tersebar. Sebab pada saya pemandu teksi juga ialah sebagai duta di negara kita untuk menggambarkan bagaimana sebenarnya aman makmurnya di negara kita Malaysia ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Yang Berhormat. Jumlah semua sekali 40,913 campur 18,092 jadi jumlah teksi dan kereta sewa di seluruh negara ialah 59,005 buah. Teksi dan juga kereta sewa yang tidak bertanggungjawab ini adalah kejadian yang berlaku walaupun dia tidak menular begitu banyak, tetapi walaupun sedikit kita ingin pastikan tidak ada berlaku. Di antara perkara-perkara yang kita laksanakan ialah mengadakan latihan-latihan yang tertentu kepada pemandu teksi, kursus yang tertentu pada mereka agar perkara ini tidak dilakukan.

Sebenarnya lesen pengendali ini juga adalah untuk mengelakkan daripada perbuatan menyewakan atau memajakkan teksi itu kepada orang lain kerana jika sebelum ini mereka perlu memperbaharui setiap permit, katalah sebuah syarikat ada 50 permit, mereka perlu memperbaharui setiap bulan mungkin 50 permit itu. Apabila kita tukar kepada lesen pengendali, mereka hanya memperbaharui lesen pengendali dan tidak permit-permit itu setiap bulan yang tarikhnya berbeza-beza, ini menyebabkan susah untuk mereka turun naik ke pejabat SPAD.

Lesen pengendali untuk memudahkan sebenarnya bukan untuk menyusahkan.

Lesen pengendali ini juga adalah untuk pemantauan yang mana yang dipajakkan. Ada di antara pengusaha dan pengendali itu memajakkan kepada orang lain, jadi kita hendak menghentikan perbuatan pajak ini kerana apabila dipajakkan maka berlakulah perbuatan- perbuatan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [Hulu Selangor] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan penjelasan terperinci mengenai skim perumahan untuk pekerja- pekerja ladang yang diperkenalkan baru-baru ini dan sama ada syarat-syarat yang ditetapkan dapat dikaji semula untuk memudahkan lebih ramai pekerja-pekerja ladang memiliki rumah tanpa melalui satu sistem yang menyusahkan mereka.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah binti Mazlan

Assalamualaikum, selamat pagi, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Skim pembiayaan perumahan pekerja kos rendah untuk pekerja- pekerja estet diperkenalkan mulai Rancangan Malaysia ke-10 dengan tujuan untuk menarik pekerja tempatan bekerja di ladang dan dalam masa yang sama untuk menawarkan kualiti kehidupan kepada pekerja-pekerja ladang.

Skim ini adalah usaha murni kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan pekerja-pekerja estet dan peruntukan sebanyak RM50 juta disalurkan oleh Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri sebagai geran berbentuk dana pusingan kepada Bank Simpanan Nasional dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia sebagai agensi penyelaras. Syarat-syarat yang dikenakan di antaranya adalah pemohon adalah warganegara Malaysia, bekerja di ladang sekurang-kurangnya 10 tahun, belum memiliki rumah sendiri, dan pembiayaan diberi sepenuhnya 100% dan purata bayaran adalah di antara RM25,000 hingga RM60,000. Pembiayaan boleh dibuat sehingga dua generasi iaitu tempoh bayaran balik sampai 40 tahun dan rumah boleh dibeli di mana-mana sahaja di dalam negara.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Maznah binti Mazlan

Sehingga Februari 2012, sebanyak 30 permohonan telah diterima oleh Bank Simpanan Nasional dan sebanyak 12 permohonan telah pun diluluskan. Berdasarkan kepada pengalaman melaksanakan program ini sehingga ini, pada bulan April ini satu bengkel yang melibatkan Bank Simpanan Nasional, Syarikat Perumahan Negara Berhad, NUPW (National Union of Plantation Workers), MAPA (Malaysian Association Produces Agriculture) dan juga agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan akan diadakan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk mengkaji pelaksanaan program ini sehingga ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan syabas kepada SUHAKAM yang telah membentangkan laporan tahunan mereka dengan begitu komprehensif.

Tuan Yang di-Pertua, soalan susulan saya. Ada tidak kementerian berhajat untuk memberi cadangan kepada majikan-majikan supaya selain daripada peruntukan yang telah diperuntukkan oleh kementerian dan kerajaan, boleh tidak majikan mewujudkan satu dana khas untuk membantu pekerja-pekerja ini untuk membeli rumah-rumah walaupun memang tidak dapat dinafikan bahawa pinjaman ini boleh dibuat pinjaman 100%.

Namun, mereka masih mengalami masalah-masalah seperti pembayaran awal, pembayaran dokumentasi dan sebagainya. Boleh tidak kementerian mencadangkan atau mensyaratkan kepada semua majikan supaya satu dana khas ditubuhkan kepada semua majikan ini sebab apabila pekerja-pekerja mereka memohon atau hendak membeli rumah, dana ini dapat digunakan dahulu. Ini juga boleh juga merupakan dengan izin CSR – corporate social responsibility majikan tersebut untuk membantu pekerja-pekerja ini membeli rumah-rumah tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Itu satu cadangan yang baik dan seperti yang saya katakan, pada bulan April ini satu bengkel untuk membincangkan pelaksanaan program ini berdasarkan kepada pengalaman kita yang singkat ya kerana ini merupakan satu program baru dan cadangan berikut akan boleh bersama-sama dilihat sama ada ia praktikal atau tidak, sama ada ia perlu atau tidak.

Saya juga menyeru supaya semua wakil rakyat untuk mengemukakan sebarang pandangan dan cadangan supaya dapat kita pertimbangkan sekali. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Ini adalah satu soalan kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia. Saya mahu tanya apa yang telah jadi kepada sistem perumahan pekerja estet yang telah diperkenalkan oleh di zaman Tun Abdul Razak dan mengikut kajian saya yang saya buat semasa saya di UKM dan saya telah menghantar cadangan itu kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2001.

Estet pertama yang memperkenalkan sistem yang telah diwujudkan oleh Task Force of Nation Workers dengan izin Dan pada tahun 2001, 49 estet ataupun ladang telah memperkenalkan sistem ini. Sistem ini adalah satu sistem unik, suatu yang baik tetapi apa yang saya dengar sekarang, mana pergi sistem itu. Mana pergi task force itu? Jadi, ini satu saya rasa kehilangan besar kepada pekerja-pekerja ladang dan berharap bahawa Timbalan Menteri akan jawab tentang sejarah apa yang jadi kepada sistem perumahan yang telah diwujudkan zaman Tun Abdul Razak. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Maznah binti Mazlan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan daripada Batu Kawan. Itu satu soalan yang baik dan saya juga berminat untuk melihat kajian tersebut yang dibuat oleh Yang Berhormat.

Akan tetapi saya ingin memaklumkan bahawa skim terkini yang telah diperkenalkan iaitu Skim Pembiayaan Perumahan Pekerja Kos Rendah untuk pekerja estet yang saya sebutkan tadi, ia adalah dibuat daripada berasaskan kepada kajian yang telah dibuat oleh kementerian berdasarkan pengalaman-pengalaman melaksanakan beberapa kaedah sama-ada kerajaan ataupun pihak swasta.

Kita dapati bahawa pada tahun 1973, kita ada 73 estet sudah pun melaksanakan rumah untuk dijual kepada pekerja bahkan pada masa itu dalam 6,364 rumah telah dibina oleh beberapa majikan dan kita dapati bahawa berdasarkan pada pengalaman itu, beberapa keadaan telah wujud. Di antaranya bahawa, ada dalam satu skim itu, lot rumah telah dijual kepada pekerja ladang dengan kos yang sangat boleh dimampui tetapi kita dapati bahawa, pekerja ladang telah tidak membina rumah tetapi mereka telah menjual lot itu kepada orang lain.

Begitu juga kita dapati Sime Darby sendiri telah membina rumah untuk pekerja ladang kos rendah dan kita dapati apabila mereka berpindah dan seterusnya mereka menghadapi masalah untuk membayar rumah tersebut dan berbagai-bagai pengalaman yang telah kita dapati bahawa inilah skim baru yang kita perkenalkan ini mengambil kira semua masalah tersebut dan kita yakin bahawa ia dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

4. Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah pelajar yang dimasukkan dalam tahun 2011 ke kursus-kursus peringkat diploma di Institut Pengajian Tinggi Swasta untuk bidang fisioterapi, farmakologi, kejururawatan, “health care”, dan teknologi makmal.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi l - Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2011, kemasukan pelajar bagi kursus di peringkat diploma di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam fisioterapi, farmakologi, kejururawatan, “health care” dan teknologi makmal adalah seramai 14,866 orang. Daripada jumlah tersebut, bilangan kemasukan bagi kursus fisioterapi seramai 1,839 orang, kejururawatan seramai 7,841 orang, “health care” seramai 695 orang, dan teknologi makmal seramai 4,491 orang. Sekian.

final • 10:30 AM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Pada masa ini, ada satu oversupply physiotherapist dan juga jururawat di pasaran kerana keperluan negara hanya 2,000 jururawat setiap tahun di sektor swasta. Kita masih memasukkan 7,800, you know pada masa ini.

Pada satu-satu situasi di mana ada beberapa ribu graduan jururawat yang tidak dapat kerja. Di merata tempat di Malaysia kita cari beberapa orang tidak dapat kerja. Kita pun kena tengok untuk kumpulan ini ya katakan 14,000 orang, hampir semua mereka dapat pinjaman PTPTN daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan saya difahamkan lebih kurang RM30,000 daripada loan itu adalah untung kepada kolej-kolej ini. Jadi, jika didarab RM30,000 dengan 14,000, you dapat satu jumlah yang begitu besar, beberapa ratus juta.

Jadi, soalan saya ialah adakah perlu kita mengadakan satu siasatan untuk memastikan pihak-pihak yang meregulasikan kuota untuk kolej-kolej ini, tidak terima feedback daripada kolej-kolej ini yang dapat untung begitu besar untuk membesarkan, untuk meningkatkan kuota-kuota yang diberi ya.

final • 10:30 AM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Soalan yang kedua ialah jika ya, perlu buat satu siasatan, kaedah apa yang kita harus pakai kerana jika ada feedback ini akan melibatkan pegawai-pegawai tertinggi dalam kementerian-kementerian tersebut, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita memang menerima banyak aduan dan juga feedback daripada banyak pihak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa rangka telah diambil secara bersama untuk mengawal kualiti terutamanya kualiti jururawat. Selain menguatkuasakan moratorium dalam penawaran kursus kejururawatan peringkat diploma IPTS oleh Kementerian Pengajian Tinggi, pihak Lembaga Jururawat Malaysia pula telah menetapkan pelajar yang ingin mengambil kursus kejururawatan perlu memiliki lima kredit dalam peperiksaan SPM mulai pengambilan tahun 2011 berbanding tiga kredit sebelum ini.

Berikutan langkah ini, bilangan pengambilan pelajar dalam kursus kejururawatan peringkat diploma telah menurun daripada 10,025 pelajar dalam tahun 2010 kepada 7,841 orang dalam tahun 2011. Pada masa ini, perbincangan dengan stakeholders dalam sektor kejururawatan seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Lembaga Jururawat Malaysia, Kementerian Kesihatan dan IPT berhubung hala tuju bidang kejururawatan serta mengkaji semula laluan kerjaya jururawat. KPT yakin menerusi beberapa langkah ini, isu jururawat akan dapat ditangani dengan lebih baik dan sistematik. Pada masa yang sama juga, KPT mengambil tindakan perundangan terhadap empat buah IPT yang didapati tidak mengawal kualiti kemasukan pelajar untuk kursus kejururawatan peringkat diploma. Untuk itu Lincoln University College telah dikenakan kompaun berjumlah RM40,000, Institut Lanjutan Sarawak RM60,000, International College of Health Sciences, dengan izin, RM10,000 dan Kolej Sri Manjung RM30,000 di atas kesalahan mengambil pelajar yang tidak memenuhi syarat minimum untuk mengikuti kursus berkenaan, sekian.

final • 10:40 AM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, ramai graduan-graduan daripada bidang fisioterapi yang belajar di IPTS. Jadi, soalan saya ialah terdapat graduan- graduan fisioterapi yang bekerja sebagai tukang urut di pusat-pusat urut walaupun mereka

final • 10:40 AM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

bertauliah. Contohnya, di negeri Selangor anggaran pusat urut lebih kurang ada 10,000 rumah pusat urut di Selangor, anggaran ini kira betul lah.

final • 10:40 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Hai, sensitif pulak ya? [Ketawa] Saya di Selangor, saya sebut Selangorlah. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk membantu graduan-graduan fisioterapi ini untuk membuka pusat fisioterapi mereka sendiri dan sekali gus dapat memberikan banyak peluang pekerjaan kepada graduan-graduan fisioterapi ini untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Apakah langkah kerajaan supaya pusat-pusat fisioterapi ini tidak terpesong daripada landasan-landasan seperti mana yang kita selalu lihat di akhbar, di TV, banyak gejala-gejala yang tidak sihat berlaku di pusat-pusat fisioterapi ini terutamanya yang saya rasa di Selangor inilah, tempat saya ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita memang jarang menerima aduan daripada kursus fisioterapi yang kita tawarkan ini.

Kalau mengikut keperluan fisioterapi ini memang kita rasa ia belum menjadi satu masalah.

Jika ada aduan yang terperinci terhadap IPTS, saya berharap Yang Berhormat dapat memberikan maklumat kepada saya dan kita akan siasat. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

5. Datuk Abdul Wahab Dolah [Igan] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah cadangan pembentukan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia supaya pembangunan dan kegiatan belia diselaraskan dengan berkesan dan sejauh manakah program kementerian dapat membantu dalam menyelesaikan masalah generasi muda dalam negara ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullaahi ta'ala wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) diwujudkan pada 3 Februari 2010 dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 kementerian yang mempunyai urusan secara terus dengan para belia dalam negara kita. Ia bertujuan untuk menyelaras dan memperkemaskan sistem penyampaian program pembangunan belia secara keseluruhannya. Ia juga berperanan untuk menentukan generasi muda yang lebih produktif dalam pembangunan sosio ekonomi negara pada masa hadapan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak tiga kali dengan lapan kertas pembentangan. Bagi memahami keperluan serta kehendak belia di peringkat akar umbi, jawatankuasa ini telah memutuskan untuk mewujudkan makmal transformasi pembangunan belia yang telah pun dilaksanakan mulai 1 November hingga 10 Disember 2010 dengan melibatkan 39 orang ahli mewakili kementerian dan agensi kerajaan, persatuan belia, badan bukan kerajaan, pemimpin belia dan orang perseorangan.

Dalam masa yang sama, jawatankuasa juga memutuskan agar Presiden Majlis Belia Malaysia yang mewakili suara belia turut dilibatkan di dalam semua mesyuarat JKPB apabila ia diadakan. Antara hasil daripada jawatankuasa ini adalah dengan kejayaan pelaksanaan Program Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada tahun 2011 yang lalu. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menjemput kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk sama-sama dalam Perhimpunan Sejuta Belia yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 sempena Sambutan Hari Belia Negara yang diadakan pada 15 Mei setiap tahun. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apabila kita melihat Makmal Transformasi Belia ini memang sangat penting dari segi kita akan mengkaji dari segi perkembangan dan hala tuju untuk pembangunan belia di negara kita. Terutamanya apabila kita menjadi sebuah negara maju. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah pihak kementerian akan memikirkan suatu tindakan untuk menjadikan Makmal Transformasi Belia ini menjadi satu institusi research and development tentang kajian mengenai perkembangan belia pada masa akan datang

final • 10:40 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

bagi memastikan bagaimana kita dapat menyediakan dari segi perkembangan dan kemajuan belia di negara ini pada masa akan datang, sesuai dengan kehendak sebuah negara maju. Mohon jawapan, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa Makmal Transformasi Pembangunan Belia ini telah banyak memberikan input baru sesuai dengan pandangan belia terhadap perkara-perkara yang mereka perlukan kerana mereka terdiri daripada golongan sasar. Tidak boleh kita mengenakan satu polisi mengikut kehendak kita tetapi tidak menepati apa yang mereka mahukan. Namun begitu Yang Berhormat, di bawah Kementerian Belia dan Sukan, kita mempunyai apa yang dipanggil Institut Penyelidikan, Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM). Sebuah institut yang kekal, yang akan secara terus membuat kajian. Mungkin IPPBM boleh mengadakan secara terus makmal-makmal sebegini kerana kita tidak mempunyai peluang untuk mewujudkan makmal ini secara kekal. Namun begitu, IPPBM boleh memainkan peranan dengan terus menggunakan makmal transformasi sebagai salah satu kaedah. Yang keduanya, kementerian juga mempunyai Majlis Perundingan Belia Negara yang mesti bersidang dua kali setahun untuk mendapat input yang sama. Di bawah MPBN juga boleh kita mengadakan transformasi makmal sebegini kerana ia benar-benar memberikan kita banyak faedah dalam memahami dan mendekati para belia dari segi kehendak dan cita rasa.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya merujuk kepada Program Himpunan Sejuta di Putrajaya yang lalu. Ia telah pun diberikan pengumuman oleh Perdana Menteri sebanyak RM10 juta untuk pembangunan belia. Apakah duit itu diagihkan kepada semua persatuan belia setiap negeri yang hari ini hampir 8,000 persatuan belia. Bagaimana program-program itu dapat digerakkan di peringkat negeri dan daerah. Mohon jawapan.

final • 10:40 AM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Saya membuat pembetulan, semasa Himpunan Sejuta Belia, tidak ada pengumuman RM10 juta. Pengumuman itu dibuat pada tahun 2010.

Itu sebelum kita mengadakan Himpunan Sejuta Belia tahun lepas. Maknanya tahun sebelumnya. Akan tetapi RM10 juta itu betul, tahun itu salah. Daripada RM10 juta, disebabkan ketika membuat pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak menyatakan – beliau cuma menyatakan supaya kementerian dan Majlis Belia berbincang.

Daripada jumlah tersebut, RM6 juta kita telah salurkan kepada persatuan- persatuan belia sama ada badan gabungan dan badan induk. Sedikit, tidak berapa bertepatan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena sewaktu membuat sidang akhbar sebelum ini, menyatakan bahawa RM4 juta. Dia RM6 juta. Baki RM4 juta itu kita gunakan sebagai pelaburan dalam mengadakan program-program promosi sempena sambutan Himpunan Sejuta Belia 2011. Maknanya secara mudah keseluruhan RM10 juta itu kita gunakan untuk menjayakan program Himpunan Sejuta Belia. Cuma RM6 juta terus kepada persatuan belia sebagai kegunaan di peringkat negeri dan daerah.

Sebanyak RM4 juta dalam bentuk program akan tetapi promosi kepada sambutan Hari Belia 2011. Terima kasih.

final • 10:50 AM

6. Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah kementerian bercadang untuk melaksanakan bekalan air bersih di sekolah-sekolah seluruh negeri Kelantan kerana pelajar-pelajar sudah sekian lama terdedah kepada bekalan air kotor yang boleh menjejaskan minda dan kesihatan para pelajar.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum, Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, inilah masalahnya bila Kerajaan Negeri Kelantan tidak tahu hendak urus air, Timbalan Menteri Pelajaran yang kena jawab.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, sebanyak 77 daripada 585 buah sekolah tidak mendapat bekalan air awam yang diusahakan oleh Air Kelantan Sdn Bhd. Justeru Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah mengadakan mesyuarat yang dihadiri oleh semua pegawai pembangunan daerah di negeri Kelantan, pegawai daripada Jabatan Kesihatan

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi

serta Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada 23 Oktober 2011, untuk meneliti secara mikro kedudukan bekalan air di sekolah-sekolah dalam negeri Kelantan.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, 39 buah sekolah daripada 77 buah sekolah tersebut berada dalam kedudukan yang amat kritikal dalam isu bekalan air dan memerlukan tindakan yang sewajarnya. Di samping itu, mesyuarat juga merumuskan beberapa inisiatif yang perlu dilakukan antaranya:-

(i) pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) digesa supaya meningkatkan sistem bekalan air kepada sekolah-sekolah yang tidak dapat dibekalkan air bersih disebabkan oleh tekanan rendah akibat daripada saluran paip yang kecil dan tidak mampu menanggung tekanan yang tinggi;

(ii) sokongan daripada pihak Jabatan Kesihatan untuk memantau kebersihan dan taraf keselamatan kesihatan penggunaan bekalan air tersebut; dan

(iii) ini adalah yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran iaitu mendapatkan sumber bekalan air daripada punca-punca lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini KPM akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan asas yang sempurna kepada semua sekolah bukan hanya di negeri Kelantan malahan di seluruh negara. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ini, Tuan Yang di-Pertua, penting dan minta mendapat perhatian daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri walaupun sudah memberi jawapan. Oleh sebab masalah air di Kelantan ini semua pihak mengetahui ianya bukan sahaja tidak konsisten, kotor dan sebagainya.

Maka sebagaimana yang kita sedia maklum, di mana air di Kelantan ini mengandungi logam-logam berat, malah bakteria yang berbahaya termasuk E. Coli.

Manakala E. Coli ini kalau ikut standard antarabangsa mesti bebas kalau hendak pada air yang bersih, kerana ia mengancam keselamatan dari segi kesihatan iaitu cirit birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling merbahaya dehidrasi atau penghidratan yang membawa maut.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menerima aduan banyak daripada ibu bapa mengatakan anak-anak mereka terdedah kepada air kotor yang dimaksudkan. Maka saya telah meminta sebuah syarikat perunding rawatan air membuat kajian atas usaha saya dan laporan telah pun disediakan di mana empat buah sekolah di kawasan Parlimen Pasir Mas telah diadakan ujian air yang – untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, itu di Sekolah Kebangsaan Mekasar, Sekolah Kebangsaan Dato’ Abdul Hamid (2), Sekolah Kebangsaan Kubang Chenok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban. Laporan ini terperinci dan saya telah pun menyerahkan laporan ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran.

Oleh kerana hasil daripada laporan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, memang ada 39 dalam keadaan yang amat kritikal. Saya tidak tahu sama ada masuk atau tidak sekolah ini akan tetapi umumnya inilah masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan juga rakyat Kelantan. Negeri Kelantan ini memanglah sebuah negeri yang indah khabar daripada rupa.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya tadi, Yang Berhormat ada jawab tiga langkah akan diusahakan oleh Kementerian Pelajaran iaitu meminta untuk menggesa AKSB. Ini saya rasa gesaan. Akan tetapi saya percaya tidak akan ada apa-apa hasil nanti. Oleh kerana AKSB pun banyak masalah. Baru-baru ini Majlis Tindakan Rakyat Kelantan telah pun membuat laporan kononnya ada penyelewengan dan tidak mustahil ada rasuah dalam AKSB ini. Jadi tidak mungkin mereka dapat membuat sesuatu untuk pegangan masalah air yang kotor di sekolah-sekolah. Kedua...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat sudah panjang sangat Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Soalan yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, apakah pihak kementerian bercadang untuk mengadakan rawatan air bersih di semua sekolah- sekolah? [Disampuk] Diamlah! Cakap pemimpin rakyat, hendak bela rakyat, mulut busuk!

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, apakah pihak kementerian bercadang untuk mengadakan projek tiap-tiap sekolah yang terlibat ini membekal air bersih dengan mengadakan peruntukan kementerian. Oleh sebab sejauh mana dan secantik mana sekolah sekali pun kalau air kotor tidak dapat diselesaikan ianya tidak memberi apa-apa makna. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat untuk makluman juga dalam Dewan ini, sebenarnya Kerajaan Pusat telah memberikan pinjaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM567 juta kepada AKSB untuk menyelesaikan isu air ini, akan tetapi tidak selesai juga. Akan tetapi apa pun seperti mana yang saya sebutkan tadi, satu daripada langkahnya ialah Kementerian Pelajaran sendiri menyediakan kemudahan bekalan air ini.

Maka sejak daripada tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah berbelanja sebanyak RM27.3 juta untuk membina 91 perigi tiub ataupun tube well untuk sekolah- sekolah ini. Sebanyak 83 daripadanya telah pun disiapkan, dan lapan lagi dalam proses penyerahan. Jadi ini antara langkah yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran iaitu membina 91 tube well untuk 91 sekolah tadi. Ada daripada sekolah itu bukan jauh daripada Kota Bharu seperti di Pasir Putih, Bachok dan sebagainya. Ini yang menyedihkan kita. Akan tetapi apa yang kita pentingkan ialah keselesaan pelajar terutamanya sekolah yang ada asrama. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Kelantan sudah hilang keyakinan kepada agensi yang melaksanakan projek air di Kelantan. Murid-murid di Kelantan juga sudah hilang keyakinan. Oleh yang demikian, apakah tindakan segera kementerian supaya kita tidak bergantung kepada Kerajaan Negeri Kelantan ataupun tidak bergantung kepada agensi Air Kelantan untuk melaksanakan membekalkan air pada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah.

Saya berharap kementerian akan membuat tindakan segera kerana keperluan ini amat mendesak kerana sebahagiannya memerlukan masa yang panjang dan jangan lagi diserahkan duit daripada federal ini kepada agensi tersebut. Kita laksanakan sendiri untuk kepentingan rakyat Kelantan. [Tepuk]

final • 10:50 AM

Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan juga sedang menyemak kepada keseluruhan 585 sekolah-sekolah yang ada di negeri Kelantan iaitu untuk memastikan sama ada mereka mendapat bekalan air bersih atau tidak, selain daripada kita membina 91 tube well tadi.

final • 10:50 AM

Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi

Oleh itu, saya pun hendak mencadangkan di sini supaya PAS Pusat ini menubuhkan satu jawatankuasa, steering committee seperti yang dibuat di Kedah itu untuk menyelesaikan isu air ini. Maksudnya kerajaan negeri tidak boleh mentadbir, maka kerajaan PAS buatlah steering committee seperti di Kedah itu, yang menjadi masalah besar itu. Itu cadangan sayalah. Terima kasih.

final • 11:00 AM

7. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan terkini cadangan membina MRT dan terowong bawah laut antara Singapura-Johor Bahru dan Bullet Train Johor Bahru-Kuala Lumpur.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan terkini projek baru Rel Malaysia-Singapura adalah merujuk kepada Rapid Transit System (RTS) di mana pasukan kerja daripada Malaysia dan Singapura sedang bekerjasama menilai tender terbuka antarabangsa berhubung kajian kejuruteraan yang telah ditutup pada bulan Februari 2012, dibuka pada November 2011. Proses penilaian perlu mematuhi syarat- syarat yang ditentukan oleh kedua-dua buah negara.

Projek tersebut juga turut merangkumi konsep laluan terowong bawah laut seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Singapura. Ini adalah hasil perbincangan dalam jawatankuasa bersama peringkat Menteri, Joint Ministerial Committee

(JMC). Bagi projek kereta api berkelajuan tinggi HSR, adalah dimaklumkan bahawa kerajaan sedang menjalankan kajian kemungkinan bagi menentukan daya maju, faedah dan risiko projek kepada kedua-dua buah negara. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Ya. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya sebenarnya juga bertanya tentang bullet train antara Singapura dan Kuala Lumpur. Saya faham apabila YTL Corporation Berhad mencadangkan high speed rail link dengan izin, antara Kuala Lumpur-Singapura pada tahun 2006. Projek ini memerlukan kos RM8 bilion.

Akan tetapi, tiga tahun kemudian iaitu tahun 2009 apabila YTL mencadangkan menggunakan Bullet Train Asian style untuk projek yang sama, kos itu sudah meningkat menjadi RM12 bilion. Jadi, memandangkan banyak negara misalnya negara-negara Eropah, Jepun, Taiwan, Korea, China telah pun dengan berjayanya melaksanakan bullet train dan membawa manfaat yang besar kepada pembangunan ekonomi negara mereka.

Saya hendak tahu mengikut maklumat saya yang ada, cadangan YTL adalah satu privately funded project dengan izin, kerana syarikat itu begitu yakin tentang viability projek bullet train ini. Jadi, mengapa kita masih menunggu-nunggu lagi kerana kos pembinaan akan terus meningkat dan kadar pembangunan negara juga akan terjejas. Ini memandangkan jika Bullet Train Velaro yang dicadangkan oleh syarikat Siemens yang kelajuan tertingginya 350 kilometer sejam. Kalau projek digunakan, masa perjalanan Singapura-Kuala Lumpur hanya mengambil masa 90 minit sahaja. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, mengapa kerajaan masih menunggu-nunggu? Apa sebabnya?

final • 11:00 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih kepada Yang Berhormat mengenai YTL dan bullet train. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa perjalanan ke Singapura menggunakan lebuh raya Utara-Selatan yang sedia ada pada hari ini masih lagi boleh dan tidak membebankan pengguna. Apa yang kita fikirkan ialah antara Johor Bahru dan juga Singapura. Saya ingin maklumkan bahawa seramai 30,000 ke 40,000 rakyat kedua-dua buah negara melakukan cross border terutama pada waktu puncak dalam sejam. Dalam masa sehari yang melalui Tambak Johor, 260,000 orang, yang melalui jambatan kedua 60,000 orang. Bererti 320,000 orang keluar masuk sehari. Akan tetapi itu ketika waktu bukan cuti umum. Apabila ketika cuti umum, ia boleh dua kali ganda daripada 320,000 orang. Oleh sebab itu, yang telah diumumkan ialah Rapid Transit System sebagaimana yang saya sebut RTS dan tidak Bullet Train Kuala Lumpur-Singapura.

Rapid Transit System ini dijangka dimulakan tahun 2014, dijangka siap tahun 2018. Kosnya akan ditanggung oleh kedua-dua buah negara, 50:50. Di manakah sistem itu bermula? Ia bermula daripada CIQ Johor Bahru dan di sebelah Singapura ialah Republic Polytechnic Station bersebelah dengan Thomson Line di Singapura. Ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan ketika waktu puncak antara Johor Bahru dan Singapura.

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Timbalan Menteri. Saya memerhatikan dan saya yakin Dewan Rakyat ini juga barangkali terkeliru dengan pelbagai mega project yang sedang dirancang. Perkara ini Tuan Yang di-Pertua, ia mendapat liputan akhbar seperti The Edge dalam waktu yang terdekat ini dan juga dalam The Star di mana sebut-sebutan tentang bullet train itu dibuat. Mengikut semua laporan ini, satu appointment ataupun lantikan sebuah konsultan juga akan dilakukan dalam waktu yang terdekat.

Jadi, pagi ini kita dengar Timbalan Menteri membuat penjelasan, maka kecenderungannya adalah untuk mendapatkan RTS itu dan bukannya cadangan untuk mengadakan high speed bullet train itu. Sementara itu juga kita sedia maklum bahawa

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

double tracking hingga ke Johor sedang dalam proses pembinaan. Jadi Tuan Yang di- Pertua, kalau boleh saya bertanya Timbalan Menteri, dalam keseluruhan perancangan yang seharusnya diketuai oleh Suruhanjaya SPAD ini, terpapar satu ketidakseragaman dan perbelanjaannya disebutkan bullet train ini anggarannya ialah USD10 bilion.

Jadi, bagaimana dalam perancangan ini kalau pelbagai rancangan ini serentak Tuan Yang di-Pertua, dibuat hinggakan persoalan volum trafik kita tidaklah seperti Jepun dan Eropah, berpatutan dengan RTS. Akan tetapi mengapa bullet train juga disebut dalam waktu yang sama dan kajian dibuat serentak dengan itu? Sementara juga perbelanjaan dalam double tracking itu juga merupakan satu yang sifatnya kuantumnya berbilion ringgit.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, Retreat Putrajaya Malaysia-Singapura yang terkini ialah pada 5 Januari tahun 2012. Sebelum itu kita ada retreat antara dua Perdana Menteri pada 27 Jun 2011 dan juga di Singapura pada tahun 2010. Dalam ketiga-tiga retreat itu, perkara yang paling penting yang dibincangkan ialah mengenai Rapid Transit System (RTS). Baru-baru ini juga dibincangkan tentang feri, teksi air dan juga kemungkinan terowong bawah laut tidak jauh daripada Tambak Johor yang sedia ada. Namun, yang disebut sebagai bullet train itu tidak menjadi keutamaan dalam semua perbincangan Retreat Putrajaya Malaysia-Singapura. Saya ingin menyatakan yang utama ialah RTS, yang Itu tidak menjadi keutamaan, pun begitu kajian kemungkinan atau feasibility study akan dibuat dan tentunya perkara itu akan diumumkan apakah yang berlaku. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kita punya PFI kah Timbalan Menteri?

final • 11:00 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Cadangan PFI.

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itu lagi contingent liability untuk...

[Dewan riuh]

final • 11:00 AM

8. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan berapakah jumlah nurseri yang telah beroperasi di sektor awam dan swasta sebagai satu bentuk sistem sokongan kepada wanita berkerjaya dan bagaimanakah sambutannya setakat ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebagai salah satu bentuk sistem sokongan kepada wanita berkerjaya, pihak kerajaan menggalakkan sektor swasta dan agensi-agensi kerajaan untuk membuka taman asuhan kanak-kanak iaitu taska di tempat kerja sebagai satu strategi untuk meningkatkan bilangan wanita dalam pasaran pekerjaan. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan sektor swasta dan awam menghadapi pelbagai kekangan untuk berbuat demikian kerana masalah-masalah berikut;

(i) ketiadaan ruang yang sesuai untuk membuka taska di tempat kerja sedia ada;

(ii) persekitaran tempat kerja misalnya di kilang yang tidak sesuai untuk ditubuhkan taska;

(iii) majikan memerlukan pembiayaan tambahan yang tinggi bagi menampung kos penubuhan taska; dan

(iv) kesukaran untuk mendapatkan pengusaha dan pengasuh yang terlatih untuk mengoperasikan taska berkenaan Berdasarkan permasalahan di atas, pada masa ini terdapat sebanyak 76 buah taska di tempat kerja, 60 dalam sektor awam dan 16 lagi di sektor swasta. Semuanya telah pun berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi menggalakkan penubuhan taska di tempat kerja, sejak tahun 2010, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200,000 kepada mana-mana kementerian atau jabatan yang berminat untuk berbuat demikian.

Selain itu, sebagai tanda prihatin kepada penjawat awam, bagi mereka yang pendapatan

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Heng Seai Kie

keluarganya kurang daripada RM3,000 sebulan, kerajaan telah memberikan subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan bagi setiap anak mereka yang dihantar ke taska tempat kerja di sektor awam.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, sektor swasta juga tidak dilupakan. Dalam hal ini, semenjak tahun 1994, kerajaan telah pun memberikan insentif pengecualian cukai selama 10 tahun ke atas perbelanjaan pembinaan atau pembelian bangunan untuk membuka taska. Berkenaan dengan sambutan, sehingga Februari 2012, terdapat 1,751 orang kanak- kanak yang sedang belajar di kesemua 76 buah taska di tempat kerja. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Timbalan Menteri.

Mendengar jawapan daripada Menteri tadi, kita lihat bahawa pasaran pekerjaan di kalangan wanita makin tahun makin bertambah, insya-Allah. Jadi mendengarkan masalah-masalah yang disebut tadi, apakah langkah-langkah kementerian untuk memastikan bahawa sasaran yang diletakkan oleh kementerian dapat tercapai selaras dengan Dasar Wanita Negara.

Yang keduanya, setakat pencapaian yang telah disebutkan tadi hanya 76 buah sahaja nurseri yang dapat ditubuhkan. Kita lihat ini sangat rendah daripada angka wanita yang berkerjaya di tempat-tempat pekerjaan. Kalau setakat ini kementerian masih lagi tidak dapat mengatasi masalah-masalah asas seperti tidak ada ruang, tidak ada persekitaran yang sesuai dan tidak ada tempat, jadi sepatutnya sekarang ini kementerian sudah berada di tahap yang kedua iaitu merancang mekanisme pemantauan prestasi nurseri-nurseri ini dan juga pemantauan bagaimana kajian maklum balas daripada ibu bapa dan juga mekanisme untuk mendapat maklum balas dan merancang langkah-langkah untuk menaik taraf mutu, kemudahan dan insentif sebagai motivasi kepada para ibu yang menghantar anak-anak mereka ke nurseri ini agar mereka dapat bekerja dengan selesa. Pada masa yang sama merasakan penjagaan anak-anak mereka terjamin. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini iaitu bagi menjamin kualiti penjagaan kanak-kanak di pusat taska dan salah satu langkahnya adalah untuk memudahkan semua taska supaya mereka dapat mendaftarkan taska mereka dengan kadar segera. Jadi untuk matlamat ini, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun menubuhkan pusat sehenti iaitu OSC dengan izin, one stop centre yang berfungsi sebagai platform penyelarasan antara agensi teknikal iaitu pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mencari jalan penyelesaian dengan mudah dah cepat berkaitan dengan isu-isu penubuhan dan pendaftaran taska.

Yang kedua ialah kementerian juga telah mengadakan kempen Jom Daftar Taska mulai bulan Jun 2011 hingga 31 Disember 2011 untuk menggesa semua pengusaha agar mendaftarkan taska mereka dengan kadar segera. Hasilnya, sehingga bulan Februari 2012, pendaftaran taska telah pun meningkat kepada 900 buah berbanding dengan 485 buah pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 86% dalam tempoh selama lapan bulan. Yang ketiga ialah penurunan kuasa bagi meluluskan perakuan pendaftaran taska daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri bagi mengurangkan kerenah birokrasi selain mempercepatkan proses pendaftaran taska.

Dan yang keempat ialah menambahkan tempoh sah perakuan pendaftaran daripada satu tahun kepada lima tahun bagi mengurangkan beban pengusaha untuk memohon perakuan pendaftaran setiap tahun.

Yang kelima ialah mengadakan perjumpaan dengan semua pengusaha taska tidak berdaftar untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha daripada semasa ke semasa. Pada bulan Jun 2011, perjumpaan ini telah pun dilancarkan di peringkat nasional dan kemudian ia diadakan di setiap negeri dan juga daerah. Yang keenam ialah memberikan subsidi sebanyak RM180 kepada semua pengusaha taska bagi menghantar setiap pengasuh taska mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak di bawah insentif 1Malaysia. Akhir sekali, mewujudkan portal easy to care bagi membolehkan orang ramai khususnya pengusaha ataupun pengasuh taska untuk membuat permohonan menghadiri kursus asas asuhan kanak-kanak dengan mana-mana agensi latihan yang

final • 11:10 AM

Datuk Heng Seai Kie

diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat secara dalam talian iaitu melalui www.easytocare.gov.my. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memberi jawapan bahawa dari tahun 1994, kerajaan telah memberi insentif tax exemption untuk menubuhkan pusat jagaan atau taska di tempat kerja tetapi sampai hari ini kita lihat di seluruh negara hanya 16 taska yang ditubuhkan di tempat kerja. Saya rasa kita ada beribu-ribu factory. Jadi ini merupakan satu kegagalan dalam polisi ini dan ia tidak berjaya. Sudah 20 tahun tetapi saya tak lihat ada usaha daripada pihak kementerian untuk memperbaiki dasar ini ataupun mencari jalan yang lain supaya pihak-pihak swasta lebih suka atau lebih rela menubuhkan pusat-pusat jagaan kanak-kanak ataupun taska.

final • 11:10 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi saya harap ada komitmen. Pada tahun hadapan atau pada lima tahun yang akan datang berapa buah taska kita boleh harap di tempat kerja dan tidak kita hanya duduk di sini bagi jawapan yang panjang lebar tetapi tidak ada action – no action! Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Dakwaan Yang Berhormat itu adalah tidak berasas dan tidak adil sama sekali ya?

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya seperti mana yang telah saya nyatakan tadi walaupun sejak tahun 1994 kerajaan telah pun memberikan insentif pengecualian cukai selama sepuluh tahun kepada mana-mana syarikat korporat yang berminat untuk menubuhkan taska di tempat kerja tetapi ini bukan sesuatu polisi yang dapat dipaksakan ke atas syarikat korporat itu. Kalaulah kita paksa maksudnya nanti kerajaan ini pula akan didakwa sebagai tidak adil ataupun menzalimkan syarikat korporat. Jadi sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan adil, kita telah memilih cara yang lain.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kepada siapa ini? Prihatin kepada siapa?

Prihatin kepada syarikat.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, polisi perlu dilaksanakan. Kalau tidak bagaimana hendak berjaya.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini prihatin kepada syarikat besar bukan kepada ibu yang bekerja ini.

final • 11:20 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Perempuan bergaduh banyak dosa.

final • 11:20 AM

Datuk Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya saya diberi peluang untuk menghabiskan jawapan saya dahulu sebelum Yang Berhormat lain berdiri untuk mencelah ya. Boleh?

Okey, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin Yang Berhormat, kita memilih pendekatan yang lain untuk menggalakkan penubuhan taska di tanah air ini iaitu antaranya ialah termasuklah usaha yang telah diambil kerajaan untuk menubuhkan one stop centre ini bagi membantu mana-mana pengusaha untuk menubuhkan dan mendaftarkan taska mereka.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

One stop centre is totally different from the issue private sector untuk menubuhkan taska.

final • 11:20 AM

Datuk Heng Seai Kie

No. Sama.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini totally different issue from the tempat kerja, from the korporat-korporat besar, totally two different issues.

final • 11:20 AM

Datuk Heng Seai Kie

Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat tidak faham tentang sistem pentadbiran kerajaan.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang Berhormat Timbalan Menteri yang tidak faham!

final • 11:20 AM

Datuk Heng Seai Kie

Tidak. Saya... untuk sistem pentadbiran kerajaan..

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Untuk korporat menunjukkan taska adalah tidak ada kena mengena dengan pendaftaran sekarang. Pendaftaran sekarang ialah dijalankan oleh private sector dan bukan korporat. Apa yang kita katakan ialah pihak korporat swasta untuk menubuhkan taska di tempat kerja hanya 16 buah pada 20 tahun yang lalu. Apakah 20 tahun yang lalu hanya 16 buah taska ditubuhkan di tempat kerja oleh pihak korporat? Apakah usaha untuk menambahnya?

final • 11:20 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor sembilan.

Lambat sangat!

final • 11:20 AM

Datuk Heng Seai Kie

Yang Berhormat, seperti mana yang telah saya katakan, kita telah pun memberikan insentif iaitu pengecualian cukai untuk menggalakkan semua syarikat korporat, mana-mana syarikat korporat untuk menubuhkan taska mereka.

Maksudnya kalau sekiranya syarikat A ini menubuhkan sebuah taska di tempat kerja, jadi setiap tahun mereka bolehlah menolak iaitu mengadakan cukai rebat ini.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang Berhormat, kita pun sudah faham bagaimana insentif itu. [Dewan riuh]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bukit Mertajam. Duduk Yang Berhormat. Dengar dahulu Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kita kata insentif ini tidak berkesan! Apakah insentif dan cara yang betul? Insentif ini tidak berkesan!

final • 11:20 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, kita beralih pergi KEMAS.

Tadika juga ini. Minta sekarang.

final • 11:20 AM

Datuk Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua..

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak payah jawab lagi kalau macam ini Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Heng Seai Kie

Ya? Tidak payah. Saya rasa Yang Berhormat Bukit Mertajam tidak akan terima jawapan walaupun jawapan itu adalah satu kenyataan. Jadi sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tenom.

final • 11:20 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tadi Taska. Sekarang KEMAS. Sama juga tadika.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor sembilan. [Ketawa]

final • 11:20 AM

9. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan apakah modul yang diguna pakai oleh Tabika KEMAS dalam konteks membangunkan modal insan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, KEMAS telah mula menubuhkan... [Mikrofon tidak berfungsi]

final • 11:20 AM

Beberapa Ahli

Mike, mike.

final • 11:20 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, kurang dengarlah.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Itu boleh dengar Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Okey, terima kasih. Ubah tempat tidak mengapa, jangan ubah kerusi cukup. [Ketawa]

final • 11:20 AM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tukar kerusikah?

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Tuan Yang di-Pertua, KEMAS telah mula menubuhkan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) pada tahun 1970 dengan

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

menggunakan kurikulum yang digubal dengan kerjasama pegawai dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat dan consultant dari Food and Agriculture Organization ataupun FAO.

Pada tahun 1994, KEMAS telah menggunakan garis panduan Kurikulum Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan mulai 1 Januari 2003 hingga 2009, KEMAS menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja. Mulai tahun 2010 hingga sekarang, semua Tabika KEMAS menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai garis panduan untuk pengajaran dan pembelajaran. KSPK ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dari segi sosial, emosi, fizikal, intelek dan rohani melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Setelah melalui kurikulum ini seorang kanak-kanak akan dapat meningkatkan kemahiran menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Ianya berasaskan kepada sistem pendidikan negara yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar cilik minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat, program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Selain dari mengguna pakai KSPK, kanak-kanak di Tabika KEMAS juga digalakkan mengikuti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu kelas. Antara aktiviti tersebut adalah belajar Muqaddam ataupun asas Al-Quran, seni mempertahankan diri, silat, tekwando, sukan, sukaneka, lawatan pendidikan, sambutan hari kebesaran agama, perayaan mengikut kaum, hari kemerdekaan. Pembelajaran di kelas ini diterjemahkan ke dalam majlis hari terbuka, hari penyampaian sijil atau konvokesyen dan juga hari potensi.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM32.4 juta yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada lebih kurang 396,166 kanak-kanak tabika di seluruh negara. Di bawah tabika KEMAS ini juga lebih kurang RM936,000 untuk 11,520 kanak- kanak di tadika KEMAS ini bagi tujuan untuk meningkatkan kemudahan fizikal, prasarana selain daripada kemudahan peralatan persekolahan.

final • 11:20 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, mendengar daripada jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi itu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membantu kanak- kanak di luar bandar untuk mewujudkan modal insan yang lebih baik.

Cuma soalan saya Tuan Yang di-Pertua, dalam peruntukan yang telah diberi oleh pihak kerajaan begitu banyak sekali dalam menyediakan modal insan yang baik untuk masa depan, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian pewujudan tadika KEMAS ini diwujudkan adakah ianya disertakan juga dengan peruntukan pembinaan bangunan.

Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, di tempat saya Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Buat ringkas sahaja Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Ya, nanti tidak bermaksud. Tidak ada erti soalan ini nanti. Dua minit. Taska tadi panjang betul. Ini tadika KEMAS tidak panjang, sedikit sahaja. Bila pihak kementerian mewujudkan tadika KEMAS ini mereka tidak menyertakan perancangan untuk membina bangunan sehingga ada di tempat saya Tuan Yang di-Pertua terpaksa menggunakan balai raya, terpaksa menggunakan tempat beribadah sebagai contoh tetapi Tuan Yang di-Pertua masalahnya Tuan Yang di-Pertua kita mesti ada perancangan yang lebih baik dalam mewujudkan modal insan yang lebih termasuklah tempat...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya mohonlah Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Saya minta pihak kementerian supaya menyediakan juga kemudahan-kemudahan bangunan ini supaya tidak ada masyarakat di kampung itu melakukan gotong-royong.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, bolehkah pihak kementerian supaya mempertingkatkan pusat-pusat Jabatan KEMAS di setiap daerah ini kerana mereka begitu teruk Tuan Yang di-Pertua, serba kekurangan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jawab secara ringkas kita lihat masa itu.

final • 11:30 AM

Dato' Haji Hassan bin Malek

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan dan pandangan daripada Yang Berhormat Tenom itu sesuatu yang kami hargai.

Pertamanya soal hasrat hendak meningkatkan taraf kedudukan dan juga prestasi KEMAS ini sendiri dari segi infrastruktur, dari segi cara pembelajaran sesuatu tindakan yang baik dan pihak kementerian memang sepanjang masa mencari jalan bagaimana yang sudah baik itu hendak diperbaiki lagi, kalau yang tidak ada itu hendak diadakan lagi. Ini adalah melalui peruntukan-peruntukan yang telah diluluskan oleh bajet pada setiap tahun. Itu soal yang kedua tadi.

Pertama tadi soal pembayaran premis-premis sebenarnya kita juga memerlukan kerjasama dari semua pihak. Ada perancangan untuk membina bangunan tetapi di sesetengah negeri kadangkala tidak diberikan tanah ataupun ada premis yang digunakan yang ditarik balik oleh sesetengah daripada kerajaan negeri. Ini kerajaan pembangkanglah.

Ini soalan umum. [Disampuk] Jadi saya pun jawab secara umum.

Jadi Tuan Yang di-Pertua begitulah keadaannya dan kita mengharapkan soal kekurangan-kekurangan ini kalaulah perkara ini dimaklumkan kepada pihak kementerian kita akan cubalah melaksanakan hasrat dan aspirasi rakyat di peringkat akar umbi.

final • 11:30 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, begitulah adanya.

final • 11:30 AM

Dato' Haji Hassan bin Malek

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sebelum kita tamatkan soalan jawab lisan itu, saya hendak sebut sedikit Yang Berhormat. Pada pagi ini kita lihat kita boleh sampai nombor sembilan. Itu pun sembilan setengah sahaja Yang Berhormat. Tambahan itu tidak dibuat. Masalahnya ialah oleh kerana apabila bertanya lebih daripada yang perlu bagi latar belakang dan mukadimah panjang-panjang. Jadi kalau kita lihat peraturan bertanya jawapan lisan ini tidak lebih daripada 40 perkataan. Walaupun dalam soalan tambahan tidak boleh digabungkan tetapi rata-rata membuat masalah yang sama Yang Berhormat.

Jadi saya ingat tidak payah di dramatize, tidak payah di politicize, tidak payah di “cize-cize” semua itu tidak payah sebenarnya. Patutnya kita soal terus baru kita boleh dapat. Inilah kenapa kita tidak boleh menghabiskan sampai 20 soalan satu pagi. Kedua, jawapan-jawapan dan soalan-soalan tidak ditujukan kepada Tuan Yang di-Pertua.

Peraturan masih memerlukan begitu. Itulah saya biar sahaja yang gaduh sesama sendiri kerana hendak buat interaktif. Sebenarnya dalam Dewan ia tidak interaktif Yang Berhormat. Dalam Dewan ini sepatutnya soalan dituju kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri menjawab beri kepada Tuan Yang di-Pertua. Baru dia betul mengikut peraturan. Jadi saya berharap kita ingat bersama observe sedikit-sedikit peraturan ini dan landasan yang kita pakai. Terima kasih Yang Berhormat dengar sedikit ceramah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL-USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Noriah binti Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 27 Mac 2012”.

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Timbalan yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 11:32 AM
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal

final • 11:32 AM

Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” - 22 Mac 2012] Timbalan Yang di-Pertu

Ya, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran untuk menjawab, saya ada pengumuman. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Kesihatan yang dijadualkan nombor 15 ke nombor 22 menggantikan giliran Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-Menteri menjawab ke atas perbahasan ke atas Titah Diraja 2012. Dengan itu Yang Berhormat saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran menjawab.

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat kerana telah mengambil bahagian yang

final • 11:38 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

serius terhadap pembangunan pendidikan negara melalui perbahasan yang berlangsung dari 13 hingga 22 Mac 2012.

Untuk makluman Dewan yang mulia, seramai 43 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini membangkitkan pelbagai perkara yang menyentuh Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, saya akan menjawab perkara- perkara yang dibangkitkan serta mengulas isu-isu yang spesifik dengan sebaik mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia menjunjung tinggi di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen yang Kedua Belas. Dalam hal ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah menjawab pertanyaan lisan pada 15 Mac 2012 juga telah menjelaskan langkah-langkah yang telah dan akan dilakukan dalam memastikan sistem pendidikan negara mampu melahirkan modal insan yang seimbang, berilmu pengetahuan, berkemahiran, kreatif, inovatif, berketerampilan dan berakhlak mulia.

[Timbalan yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Sehubungan itu, pandangan dan saranan Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Hulu Terengganu dan Yang Berhormat Machang akan diambil kira oleh kementerian dalam memantapkan lagi sistem pendidikan negara. Justeru, penglibatan semua Ahli Yang Berhormat dalam beberapa siri dialog kebangsaan atau public engagement dengan izin akan dilaksanakan bermula pada April sehingga penghujung tahun 2012 amat dialu-alukan.

final • 11:38 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada pendemokrasian pendidikan, kerajaan sememangnya telah menyediakan pendidikan percuma tanpa mengira latar belakang dan taraf sosio ekonomi murid. Oleh itu, dakwaan Yang Berhormat Ipoh Barat yang mengatakan KPM mewujudkan diskriminasi terhadap murid berdasarkan jenis sekolah adalah tidak benar sama sekali. Semua murid sama ada di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan telah disediakan peruntukan yang mencukupi malahan murid di sekolah swasta juga menerima limpahan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan seperti bantuan persekolahan RM100.

Mengenai aduan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Padang Terap, sekiranya masih terdapat murid-murid yang belum menerima bantuan pendidikan ini, Kementerian Pelajaran akan menyiasat dan mengambil tindakan segera cadangan untuk meneruskan pemberian bantuan RM100 kepada semua murid pada masa akan datang seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Lenggong akan dikaji kerana ia mempunyai implikasi kewangan yang besar.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pembangunan infrastruktur dan prasarana pendidikan termasuklah sekolah daif, rumah guru, sekolah terlibat dengan banjir serta keperluan kemudahan asas sekolah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ranau, Rantau Panjang, Batang Sadong, Batu Sapi, Kinabatangan, Hulu Selangor, Sri Gading, Lenggong, Paya Besar, Limbang serta Yang Berhormat Beruas, kementerian akan memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah yang benar-benar memerlukan pemerhatian berdasarkan laporan audit fizikal yang telah dilaksanakan.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun] Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Namun demikian, jika masih terdapat sekolah-sekolah yang tercicir dan masih memerlukan perhatian, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah memaklumkan perkara ini kepada kementerian. Mengenai cadangan beberapa Ahli Yang Berhormat serta Yang Berhormat Langkawi, Taiping, Lawas, Kinabatangan dah Hulu Selangor yang menyentuh tentang perpindahan, naik taraf dan pembinaan sekolah baru,

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

penelitian dan kajian yang menyeluruh perlu dilaksanakan sebelum sebarang keputusan dibuat termasuklah kemampuan kewangan semasa kerajaan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila saya dalam perbahasan mengatakan ada diskriminasi? Saya rasa itu tidak dijawab dengan terperinci oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana ini satu perkara yang tidak diguna pakai oleh pihak kementerian. Satu daripadanya ialah perbelanjaan yang digunakan untuk setiap anak kita yang belajar di sekolah kebangsaan iaitu sebanyak RM33.30 seorang murid, sebulan dan ini untuk sekolah Tamil ialah RM10.55 dan sekolah Cina RM4.50 dan ini adalah jawapan yang diberi untuk tempoh 9th Malaysian Plan.

Saya tanya, ini diskriminasi yang ada, perbelanjaan ini menunjukkan bahawa ada menganaktirikan sekolah-sekolah vernakular di negara ini. Semalam Yang Berhormat berada di Tanjung, have you heard dengan clear, apakah perasaan masyarakat hingga mereka marah-marah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri? Saya rasa ini adalah perkara yang mustahak di mana diskriminasi ini bukan unusual, sudah diketahui. Kita nombor satu perlu mengakui bahawa dalam sistem itu ada diskriminasi, nombor satu.

Nombor dua, bagaimana kita cuba untuk mengatasi masalah ini. Itu tidak dijawab oleh Yang Berhormat. Boleh Yang Berhormat beritahu dan apakah Yang Berhormat telah belajar semalam bila kena marah di Kajang semalam. Saya ada di sana. [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

[Bangun] [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:40 AM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Menyentuh tentang rumah kediaman guru. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian kerana saya rasakan kalau perancangan yang dibuat untuk kita membuat binaan baru terhadap kediaman rumah-rumah guru ini, kita perlu membuat kajian yang lebih-lebih terperinci kerana ada setengah lokasi atau negeri, keperluan terhadap kediaman rumah guru ini adalah tidak begitu mendesak. Saya ambil contoh di Negeri Perlis misalnya. Rumah-rumah guru dibuat dengan begitu indah, baik, setengahnya telah disewa untuk menjadi kediaman kepada Universiti Malaysia Perlis.

Bermakna kata, guru-guru tidak berminat untuk tinggal di rumah-rumah guru sedangkan keperluan untuk negeri-negeri seperti di Sabah dan Sarawak ataupun di kawasan di Kuala Krai yang agak pedalaman, kita lihat lebih memerlukan peruntukan dan keperluan kepada mengadakan kuarters guru ini.

Jadi, saya pohon di masa hadapan supaya tidak berlaku pembaziran supaya kementerian meneliti perkara ini ikut keperluan peringkat negeri. Jangan kalau dihantar oleh pihak negeri bahawa keperluan untuk mengadakan rumah guru sedangkan hakikat sebenarnya guru-guru tidak berminat, maka kita terus membuat dan memberi kelulusan dan sebagainya. Ini saya pohon penjelasan daripada pihak kementerian untuk tindakan yang selanjutnya.

final • 11:40 AM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Berkaitan perkara yang sama.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ramai yang bangun Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Oleh kerana hari ini tidak berapa sihat, biar saya – apa yang saya ingat saya jawab dahulu ya. [Dewan ketawa] Yang Berhormat Ipoh Barat mengatakan bahawa ada diskriminasi. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, memang benar semalam saya menghadiri satu perhimpunan tetapi saya tidak menjangkakan orang hendak bertumbuk. Saya rasa itu bukanlah lepasan yang telah mengadakan pengajian di SJK(C). Itu adalah saya rasa tidak sama dengan nilai murni masyarakat Cina, itu yang pertama.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Kedua, kita maafkan mereka, tidak apa. Mungkin saya tahu siapa yang memakai logo parti apa. Itu menunjukkan betapa hooligan dengan sikap-sikap yang begitu melampau, ini saya rasa bukan budaya kita. Yang pertama, sebagai Timbalan Menteri Pendidikan saya ingin maklumkan. Nombor satu, Yang Berhormat membuat andaian yang tidak betul. Yang Berhormat memetik dalam konteks apabila soalan itu ditanya. Saya beri contoh ya. Kalau kita bertanyakan bagaimana kos untuk pengoperasian sekolah kebangsaan, khususnya di Sabah dan Sarawak. Kosnya terhadap setiap pelajar adalah sangat tinggi.

Saya bagi contoh kalau di Bario, simen kalau kita hendak bekalkan di SJK(T) di Ladang Yong Peng misalan, RM15 satu kampit tetapi di Bario adalah RM100.00. Kalau kita gunakan dalam konteks per kapita berdasarkan pembangunan ataupun kos untuk pembinaan, ia adalah sesuatu yang dipetik dalam konteks soalan yang kita hendak tanya, pertama.

Kedua, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat meneliti teks ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan telah juga dijawab oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam Dewan yang mulia ini, kita telah memberikan RM150 juta kepada semua sekolah tidak kira aliran iaitu merangkumi RM24.50 duit yang sepatutnya ditanggung oleh ibu bapa, semuanya kepada setiap jenis enam butiran termasuk yuran MSSM, kertas dalaman yang perlu dibayar, semua telah ditanggung oleh kementerian tanpa mengira latar belakang sekolah itu. Itu sebagai contoh enam perkara yang telah dijelaskan.

Untuk sekolah menengah pun sama, RM33.50. Lebih daripada itu kalau Yang Berhormat ada masa, pergi ke website kementerian tengok. Kita memberikan- ia ada dua perkara Yang Berhormat hendak tengok. Yang pertama ialah anggaran belanja mengurus dengan dari segi kalau kita bagi pemberian kepada pelajar, tidak ada bezanya kalau kita berikan untuk mata pelajaran tertentu di sekolah kebangsaan dan sekolah Tamil, kita bagi per kapita grant yang sama. Tidak ada beza. Saya beri jaminan dan dari segi lain-lain perbelanjaan berkala juga LPPBT yang kita berikan berdasarkan kepada saiz sekolah setiap tambahan selepas sesuatu threshold, misalan RM100, ia akan kenakan satu, kita akan tambah dengan yuran ataupun peruntukan berdasarkan per kepala. Jadi, dengan pendek kata, ia tidak mengira ini sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil atau Cina, kita beri perkara yang dengan sama.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Belum jawab soalan yang berkenaan Yang Berhormat. Amount itu, you are going around the mulberry bush.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat. No, no, no.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

You are trying to justify - yang itu tidak benar Yang Berhormat. Bila saya dapat jawapan dengan tegas menunjukkan ada diskriminasi.

Itu betul, itu bukan baru.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, bila saya memberikan sesuatu yang benar, Yang Berhormat tidak mahu dengar.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan, saya mahu dengar. Yang Berhormat, bila memberi jawapan yang tidak benar saya perlu tegur. Yang tidak benar, itu nombor satu. Kalau mengatakan bahawa mengagihkan wang dan sebagainya, semua tidak benar...

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya minta Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...Kalau apa yang saya cakap itu tidak benar, saya minta Dewan rujuk saya ke Jawatankuasa Pilihan Khas, sebab apa yang saya kata itu...

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat senang sahaja. Jangan lari daripada perkara pokok. Don’t run from the... [Dewan riuh] Jawab soalan yang saya tanya dengan spesifik. Amount yang diguna pakai untuk anak kita setiap bulan untuk setiap murid.

Itu yang...

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

I’ve asked dalam ucapan saya ada bagi...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya beritahu statistik. Saya perlu. Yang Berhormat pergi ke sini ke sana tidak jawab soalan saya. Itu masalah. You are running away.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, saya belum sampai apa Yang Berhormat hendak. Ini kerana Yang Berhormat kata sini, RM33 untuk sekolah kebangsaan dalam konteks soalan yang ditanya. Kalau saya gunakan contoh di Sarawak. Itu akan meninggikan kos untuk sekolah kebangsaan. Akan tetapi tengok secara purata dari mana.

Kita kena tengok perhitungan. Itu yang pertama.

Kedua, apabila kita memberi per kapita geran kepada sekolah, tidak ada diskriminasi kononnya kalau kita bagi yuran MSSM kepada SJK(C) ataupun kita bagi peruntukan untuk sukan SJK(C) dan SJK(T), tidak ada beza dengan SK. Tidak ada beza.

Itu yang saya hendak terangkan.

Kedua, pemberian baru-baru ini yang RM150 juta, tidak juga membezakan sekolah. Jadi saya rasa ini adalah satu kenyataan. Mungkin kenyataan itu sukar untuk diterima oleh Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini tahun pilihan raya, Yang Berhormat. Ini tahun pilihan raya. [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Memberi all this sweetness sekarang.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Ipoh Barat pun sama jugalah. Mahu pilihan raya baru bertemu rakyat di bandar kah.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini satu cara untuk menipu masyarakat dan menipu anak-anak kita dengan beri RM100. You know the children…

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, inilah masalah. Apabila ada pilihan raya hendak bising.

final • 11:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Ipoh Barat pun mahu jadi juara juga.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Inilah masalah! Kawasan sudah terancam hendak kalah!

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tidak fahamlah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, biar saya jawab, Yang Berhormat. Kalaulah saya cuma memetik out of context dengan izin, 16 buah sekolah SJK(T), kalau saya gunakan perhitungan itu untuk menggambarkan keseluruhan perbelanjaan untuk SJK(T), itu tidak adil. Ini kerana jumlah guru yang kita bekalkan lebih daripada jumlah murid. Jadi saya rasa kita tidak boleh ambil secara out of context. Sebab itulah saya hendak menasihatkan Yang Berhormat. Bila kita hendak buat sesuatu andaian, biarlah kita kena lihat secara spesifik dari sudut mana. Yang Berhormat kata kalau boleh minta kerajaan tambah peruntukkan untuk SJK(T), itu mungkin sesuatu yang rasional.

Akan tetapi saya telah jelaskan sebelum ini. Daripada tahun 2009 hinggalah...

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, Yang Berhormat. I think it must very clear. I don’t want to do any begging.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

Duduk! Duduk!

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No begging. This is the matter of right kepada anak-anak kita.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Betul.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jangan kita diskriminasi. Tidak perlu saya bangun cakap tolong bagi kepada sekolah Tamil, sekolah Cina. We no need apa-apa pertolongan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ya. Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu dari undang-undang mereka ada hak.

You go and check Article 12 of the Federal Constitution. Ikut statement.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, itulah sebab kalau ada pihak hendak buat statement secara retorik untuk tujuan tertentu yang hanya difahami oleh beliau, saya tidak ada pilihan untuk mendedahkan apa yang telah berlaku.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Minta penjelasan. Minta penjelasan.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sini dulu? Terima kasih. Saya hendak tanya. Peraturan sistem pendidikan kita, sekolah jenis kebangsaan, pelajar kurang daripada 100 orang, 50 orang pun kerajaan buka sekolah Tamil. Adil atau tidak?

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Adil atau tidak? Adil atau tidak?

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya rasa kerajaan kita kena mengambil satu pendekatan pragmatik. Kita tahu bahawa di kawasan-kawasan luar bandar mungkin di estet masih perlukan sekolah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Di kawasan saya pun perlu banyak juga.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Walaupun dalam keadaan ini, kita masih mengekalkan sekolah-sekolah ini supaya terus beroperasi. Mungkin ada pihak yang mengatakan lebih elok dari segi ekonomi kita gabungkan, tetapi kita kena faham. Semua stakeholder mempunyai pandangan yang berlainan dan setakat ini apa yang kita lakukan kita benarkan pengoperasian sekolah walaupun sekecil jumlah guru lebih daripada murid.

Jadi kalau saya hendak kira perbelanjaan per kapita dalam bentuk ini, mungkin ia tidak adil untuk SJK(T) juga. Sebab itulah kita kena bersikap lebih rasional untuk mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku.

final • 11:50 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Jadi saya berharap Yang Berhormat, saya cuma hendak kata dakwaan Yang Berhormat itu dalam satu konteks secara keseluruhan itu tidak benar.

final • 11:50 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan, penjelasan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Semalam saya pergi Yong Peng, Yang Berhormat. Saya pergi kawasan Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan lagi, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya berjumpa dengan PIBG di Yong Peng di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang, Yong Peng. Situasi yang sama. Yang Berhormat sebagai Timbalan Menteri in your own constituency you do not do. Timbalan Menteri Pelajaran, you cannot do. Akan tetapi hakikatnya Yang Berhormat Kinabatangan cakap tidak benar. He’s just lying. Yang benar itu adalah sekolah-sekolah...

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

You know. Saya hendak tanya dalam perbahasan saya.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tanya satu soalan sahaja. Ikut peraturan. Saya jawab. Yang Berhormat adalah Ahli Parlimen dari Ipoh Barat. Datang ke kawasan saya, saya hendak beritahu Yang Berhormat. Sekolah ini, kerajaan telah memberi RM2 juta tunai kepada Jawatankuasa Pembinaan. [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Inilah yang lying.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Itu nampak pembohongan. Jaga hal orang sahaja. Jagalah kawasan sendiri.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Inilah pembohong besar! Tidak ada malukah bohong?

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya hendak bagi jalan lagi, Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Belum. Biar saya habiskan. Yang Berhormat tidak memberitahu fakta sebenar. Tanah kerajaan seluas lima ekar diberi secara percuma oleh Kerajaan Negeri Johor kepada sekolah ini. Itu pertama.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Itu kewajipan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kewajipan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

[Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Menyampuk]

final • 11:50 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

[Menyampuk] [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itulah yang putar belit! Ini ‘lawya’. ‘Lawya’lah.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jangan ikut ini oranglah. Dia tidak faham punya. Tidak siuman. Tidak siuman punya orang.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini betul-betul ‘lawya’lah.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, tidak siuman. Ini tidak cakap rasional punya. Okey.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini betul-betul ‘lawya’.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Bila saya beritahu Yang Berhormat, Yang Berhormat kata itu kewajipan. Kita buat apa yang patut. Kedua, peruntukkan sebanyak RM2 juta kita berikan.

final • 11:50 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Fifty years. Fifty years. 50 tahun.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Pada mulanya jumlah pelajar 100 orang lebih. Dengan RM2 juta... Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat, please.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat untuk mencari bahan politik, hendak jadi publisiti sahaja.

Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, mereka tidak puas hati dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya menegur tentang cara Yang Berhormat mencelah. Itu sahaja.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Mereka panggil saya. The PIBG call me.

Selepas itu bila saya pergi ke sana saya hairan. You cannot even do in your own area.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat. Biar saya, biar saya. Ini saya rasa saya kena mempertahankan diri saya kerana itu satu fakta. Yang Berhormat, itu tanah kedua, duit kita bagi sebanyak RM2 juta. Oleh kerana Jawatankuasa Pembangunan kata mereka hendak lebih sikit...

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Pilihan raya.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

... Kita bagi. Ini sudah setahun setengah. Menteri Besar bagi sebanyak RM500,000 lagi.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Belum bina lagi. Belum bina lagi.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

RM2.5 juta.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sudah beritahu belum bina.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat, cara Yang Berhormat mencelah tidak betul, Yang Berhormat. Tidak betul.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sampai sekarang belum lagi, Tuan Yang di- Pertua. Until now belum lagi.

final • 11:50 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Ini Yang Berhormat Ipoh Barat pergi sekolahlah.

Jangan tipu. [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat ini hendak jadi front page esok dalam Tamil Nesan. [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Like what you do, macam mana Yang Berhormat semalam buatlah di Tanjong. You want to be in front page? Kata orang pukul semua Yang Berhormat. Itu semua tidak benarlah? You want to be in front page?

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Yang Berhormat Ipoh Barat, please.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak apa, tidak apa, tidak apa.

final • 11:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia selalu back page.

Sekarang mahu front page.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey, duit telah kita berikan.

final • 11:50 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Kementerian Pelajaran sudah minta jawatankuasa ini buat. Mereka tengah panggil tender. Tender yang dibuat oleh jawatankuasa ini sekarang ada sedikit masalah dalaman. Dua kepala iaitu pengerusi. Pengerusi dekat dalam itu. Itu saya rasa saya serah kepada jawatankuasa. Apa yang saya hendak lihat ialah sekolah itu dibina. Duit sudah bagi selama dua tahun lebih dan kita minta dia buat satu laporan kepada kami. Jadi Yang Berhormat, tanah kita buat. Kita sediakan tanah dan kita berikan dana.

Yang Berhormat, jangan Yang Berhormat buat tuduhan yang bukan-bukan. Itu telah dilakukan oleh saya sendiri bersama-sama dengan pucuk pimpinan di peringkat Yong Peng. Jangan Yang Berhormat buat andaian tidak betul.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, satu saya hendak katalah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Mereka on the whole quite happy with you.

Itu saya hendak katalah. Itu yang benar. Akan tetapi mereka tidak puas dengan sekolah ini.

final • 11:50 AM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sekolah Tamil di Ipoh Barat pun dia tidak jaga juga.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Di sekolah di Yong Peng di mana permohonan sudah dibuat lama.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat berusaha hingga sekarang.

Pecah tanah pun buat bila? Hari ini, bukan? Ground-breaking ceremony.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Mereka suruh saya pergi pecah tanah hari ini. Saya menghormati Ahli Parlimen. Saya datang ke sini. Saya bukan hendak cari publisiti hendak pergi sana buat pecah tanah.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tamil school’s not importantlah for you. Itu sebab.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang penting - Tidak

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat, that’s not the way, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh buat tuduhan bukan-bukan. SJK(T) Ladang Yong Peng itu dekat di hati saya. Kita yang minta duit daripada kerajaan, kita dapatkan duit untuk jawatankuasa ini, kita hendak bina. Jangan Yang Berhormat buat andaian yang tidak betul, ya.

final • 11:50 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya teruskan.

final • 11:50 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sik.

Boleh atau tidak Yang Berhormat Sik?

final • 11:50 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Sekejap. Yang Berhormat sudah lama. Sekejap.

final • 11:50 AM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Yang Berhormat Sik, ya? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagai bekas pegawai kerajaan pendidikan dan juga sebagai orang Islam, saya boleh faham apa yang cuba diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Akan tetapi saya hendak bawa satu isu baru. Dari segi perlembagaan, kedudukan sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah jenis kebangsaan Cina ini adalah sama dengan kedudukan sekolah-sekolah rendah agama dan sekolah menengah agama rakyat.

final • 11:50 AM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Akan tetapi apa yang kita nampak sebenarnya sekolah-sekolah SRA dan SMAR inilah yang dianaktirikan oleh kerajaan kerana di dalam perbelanjaan sebenarnya tidak ada satu sen pun peruntukan diberikan kepada sekolah-sekolah ini. Jadi, saya mintalah kalau boleh Yang Berhormat Menteri dalam semakan struktur yang akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri sebut baru-baru ini, hendak struktur semula sekolah dan lain-lain itu dimasukkan peruntukan khas untuk sekolah-sekolah ini kerana kita tidak mahu sekolah- sekolah ini...

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu saya sokong. [Dewan riuh]

final • 12:00 PM

Tuan Che Uda bin Che Nik - Sik

Selama-lamanya dianaktirikan, terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Sekali, sama.

final • 12:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik dan soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, oleh kerana kita orang Melayu, orang Islam ini jaranglah merungut. Cukup tidak cukup pun kita bertolak ansur. Jadi, untuk sekolah Tamil termasuk yang disebut dan lain-lain, apakah kerajaan bercadang untuk menaikkan taraf infrastruktur sekolah-sekolah Tamil ini ke taraf 7 bintang macam hotel 7 bintang? Sekian, terima kasih. [Ketawa]

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sik tadi telah membangkitkan satu point yang sangat bagus iaitu adakah kemungkinan kita akan memikirkan satu kaedah untuk diserap dalam sistem pendidikan. Selama ini, apa yang kita lakukan ialah kita ada satu mekanisme untuk menjadikan sekolah agama rakyat ini diterima oleh kementerian menjadi sekolah agama bantuan kerajaan. Akan tetapi walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat itu boleh dibawa dan diperincikan oleh jawatankuasa panel yang sedang membuat kajian. Saya rasa ini cadangan yang bernas, boleh dipertimbangkan dan boleh dilihat kesesuaiannya tertakluk apa yang dipersetujui sebelum ini. Itu yang pertama.

Yang kedua, Yang Berhormat mengatakan adakah kemungkinan kita hendak naik tarafkan sekolah. Kalau boleh kementerian hendak dapatkan peruntukan yang secukup- cukupnya untuk semua sekolah. Apabila datang menjawab soalan dan selepas ini banyak lagi sekolah kebangsaan di sini sana juga kita kena selesai SJK(C) dan sebagainya. Saya rasa lebih elok kita dapatkan peruntukan yang lebih besar tetapi kita kena lihat kemampuan kewangan yang mana merupakan satu faktor sama ada kita dapat peruntukan yang terbanyak atau tidak. Itu saya rasa kita kena lihat dari segi adakah kita dapat mencapai secara realistik.

Jadi, saya teruskan kepada banyak lagi perkara. Berhubung dengan labelkan air seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, saya tidak akan mengulas secara panjang lebar.

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, boleh tidak, belum sampai sekolah lagi. Kalau tidak silap saya, dalam ucapan saya ada menyentuh sekolah menengah...

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Paris?

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Paris dan Tongod. Jadi, minta penjelasan sedikit dan sedarkah Yang Berhormat seorang Ahli Parlimen di Kedah menyatakan dalam Twitter sehingga pada hari ini bahawa mereka tidak memerlukan pengundi India. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, itu yang selalu berlaku di sebelah sana. Mereka apabila perlukan, mereka akan cakap perlukan, kalau tidak perlu macam- macam dia cakap. Kedua, saya rasa saya tidak berminat dalam soal itu. Yang penting Yang Berhormat, Sekolah Paris itu...

final • 12:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jangan cakap tidak pernah...

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Kita telah selesaikan urusan pengambilan balik tanah dan perkara-perkara selanjutnya boleh kita lakukan selepas kita mendapat tanah secara rasmi.

final • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Belum lagi. Belum sampai soalan Yang Berhormat lagi ya.

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sekolah Menengah Antilibon macam mana?

final • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Ada? Yang Berhormat nanti ya.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Ada, ada.

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sekolah Menengah Antilibon...

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang itu masih dalam pertimbangan kementerian. Kita hendak lihat dari segi kewangan kita sama ada kita dapat sediakan. Sebab itu Yang Berhormat dapat lihat ada macam-macam permintaan untuk semua sekolah. Kalau boleh dapat peruntukan, sekali gus kita selesaikan masalah ini. Itu harapan saya. Akan tetapi kita kena berhadapan dengan realiti.

Berhubung dengan masalah bekalan air bersih seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, saya tidak akan mengulas panjang lebar kerana isu ini telah dijawab oleh rakan sejawatan saya tadi. Apa yang lebih penting adalah diharapkan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd dapat meningkatkan lagi sistem bekalan air bersih kepada semua sekolah dalam negeri Kelantan termasuklah melaksanakan permintaan yang lebih berkesan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, boleh saya minta penjelasan?

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tadi sudah jawab.

final • 12:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat sebab jawapan soalan tadi waktu lisan, masanya terhad. Isunya penting dan jawapan daripada Yang Berhormat tadi pun sekejap, yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi pun semuanya menjurus menggesa ke arah peranan oleh AKSB iaitu Syarikat Air Negeri Kelantan Sdn Bhd. Akan tetapi kita semua tahu bahawa syarikat ini, ASKB ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini. Ini kita sudah ketahui, semua pihak sudah ketahui. Jadi, air ini terdedah kepada kesihatan pelajar. Amat kronik dan serius. Saya masuk ke tandas- tandas, bau pun busuk kerana kadang-kadang air tidak konsisten.

Jadi, kalaulah sekolah itu kita lihat infrastrukturnya cantik, dewannya cantik, lengkap cukup lengkap, airnya tidak ada, tidak ada makna. Air ini segala-galanya. Saya sudah kemukakan laporan kepada pihak Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, minta supaya adakan peruntukan segera di mana masalah air di sekolah ini diatasi oleh kementerian. Jangan harap lagilah Kerajaan Kelantan, mereka tidak mampu. Mereka boleh cakap retorik sahaja. Ini masalah air ini, masalah kesihatan pelajar. Kalau kita belanja RM100 ribu RM200 ribu satu sekolah, saya rasa bukanya besar sangat kalau hendak dibandingkan dengan peruntukan lain. Tolonglah Yang Berhormat, demi kesihatan pelajar- pelajar di Kelantan, terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Saya berasa sedihlah kerana kerajaan yang menguruskan soal air ini tidak dapat mengurus dengan baik. Apa yang penting dalam soal ini ialah Yang Berhormat, kalau mengikut apa yang dilakukan kementerian selama ini, kita membekalkan air di dalam sistem paip, apa yang kita hendak bekalkan ke tandas, ke bilik air ke mana-mana. Bekalan air itu puncanya datang daripada syarikat yang menguruskan air. Secara dalaman, piping itu akan dibuat oleh kementerian.

Akan tetapi dalam konteks ini kita berhadapan dengan satu situasi kekangan kewangan, itu pertama. Kedua, belum tentu kalau kita hendak korek ataupun gunakan air bawah tanah, itu jadi. Mungkin kita korek air tidak keluar, itu menjadi masalah pada kami. Jadi, itu memerlukan perincian yang mana kita hendak meneliti sama ada kita boleh melakukan itu

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

dan itu adalah perkara yang luar daripada secara konvensi dibuat oleh Kementerian Pelajaran.

final • 12:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sedikit lagi Yang Berhormat. Kita tahu sekarang ini mengenai kemajuan sains dan teknologi dan ada sistem rawatan air yang boleh dibuat secara kos. Janganlah bagi alasan masalah kekangan kewangan. Kerajaan Malaysia ini mempunyai kewangan yang kukuh. Kalau tidak masakan boleh bagi BR1M RM500 seorang, buku sekolah baucar RM200, RM100 yang pihak-pihak lain tidak boleh bagi jauh sekali Kerajaan Negeri Kelantan. Jadi apabila jawab kata kekangan kewangan, saya sedihlah. Saya minta sebab ada laporan yang dikemukakan oleh syarikat pakar air ini, boleh diatasi dengan cepat dalam tempoh sebulan dua ini, boleh atau tidak Yang Berhormat? Tanggungjawab saya sudah selesai, menyampaikan dalam Dewan ini. Apa- apa terjadi kepada pelajar dari segi kesihatan pada masa akan datang, ini tanggungjawab kerajaan Kelantan termasuk juga sedikit-sedikit Kementerian Pelajaran. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Mungkin maksud Yang Berhormat ialah apabila bekalan air sampai ke sekolah, kita mungkin gunakan kaedah seperti filter atau apa-apa cara untuk kita merawat air. Yang itu mungkin satu cara yang boleh kita fikirkan. Saya akan majukan perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran dan kita akan melihat. Akhir sekali melibatkan kewangan, kita mesti mendapat sokongan daripada Kementerian Kewangan untuk melaksanakannya.

Walau bagaimanapun, kita akan usahakan, kita sama-sama berikhtiar. Saya berharap kita dapat selesaikan masalah ini dalam tempoh terdekat. Kalau boleh kerajaan negeri pun boleh bantu kita.

final • 12:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, ada soalan Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ya, berhubung dengan sekolah di Kelantan itu. Kefahaman saya, daripada apa yang disebut tadi ialah bahawa setiap sistem untuk penghantaran air itu semua sudah lengkap, piping nya semua sudah ada hanya kualiti air sahaja yang menjadi masalah. Jadi, sekiranya itu masalahnya, kita tidak nampak bagaimana permasalahan ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi, dan untuk mengatakan bahawa tidak ada wang dan kerajaan menghadapi kekangan kewangan, saya rasa itu adalah satu jawapan yang agak aneh kerana tidakkah baru sahaja kerajaan memansuhkan ataupun membatalkan hutang Datuk Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Kalau boleh kerajaan melangsaikan hutang yang sebegitu besar untuk seorang kroni iaitu Datuk Tajudin Ramli, saya tidak faham mengapa jumlah yang 10% daripada itu tidak boleh digunakan untuk mengatasi masalah air di negeri Kelantan. [Tepuk] Ini kerana semua sistem penghantaran airnya sudah ada. Loji-lojinya semua ada, piping nya semua sudah ada, sistem pamnya semua sudah ada.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat memang tidak faham...

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Hanya masalahnya adalah masalah...

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Berilah peluang saya bercakap.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, saya tidak bagi lagi sebab...

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Berilah saya cakap, saya tidak habis bercakap lagi.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Air di Kelantan belum berhijrah lagi. Yang Berhormat tidak faham-faham kah?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ianya hanya sekadar untuk hendak proseskan air dan kalau segala...

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat duduk dahulu.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, berilah saya bercakap. Kalau kiranya semua sistem perairan itu semua sudah ada...

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya hanya memberikan contoh. Kalau sekiranya semua sistem perairan dan penghantaran air itu semua sudah cukup, hanya persoalan memproses, menentukan bahawa air itu adalah lebih bersih daripada apa yang ada, saya tidak jangka bahawa ianya akan menelan belanja yang begitu tinggi.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, saya sudah faham.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sedangkan RM589 juta boleh dilangsaikan dengan begitu sahaja. Bagaimana kita tidak boleh belanja dalam...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

RM20 juta atau pun RM50 juta untuk mengatasi masalah sekolah-sekolah, pelajar-pelajar yang ...

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Pasal saya kesian Yang Berhormat Pasir Mas ini.

final • 12:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, sedikit, sedikit.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih, terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam, dia katakan masalah... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

Mike, mike, mike.

final • 12:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Itu tidak betul sebab memang ada loji tetapi tidak mencukupi. Paip-paip pun berkarat, macam dia orang lah berkarat ini. Jadi, tidak boleh, tidak betul dakwaan tadi. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau paip dia karat ...

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, duduk, duduk, Yang Berhormat.

Saya jawab.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Okey, okey. Baik, baik.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak apa Yang Berhormat, biar saya cakap.

Walaupun kawasan saya Ayer Hitam tetapi saya dapat air bersih sebab Syarikat Air Johor ini baik, dia membekalkan air bersih. Itu di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

final • 12:10 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sebab dia sudah berhijrah. Kelantan belum berhijrah.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kelantan pun begitu juga kalau wang itu ada.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak apa, tidak apa.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Insya-Allah, kita boleh buat tidak ada masalah.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat sudah banyak bercakap, biar saya bercakap.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini kerana kalau masalah itu adalah hanya sekadar itu yang seperti mana yang disebutkan, saya tidak nampak perbelanjaan yang begitu besar. Bukan soal kita kena bina takungan air yang baru...

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Duduk Yang Berhormat, duduk. Sudah Yang Berhormat, sudah.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bukan kita kena bina reservoir yang baru, bukan kita kena bina tempat pemprosesan air yang baru, hanya memperbaiki apa yang sedia ada.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat hendak ceramah boleh balik ke kawasan, okey? Saya hendak jawab sahaja.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Dalam mana-mana kontrak membina sekolah, takkanlah kita hendak memikirkan sumber air ambil di mana?

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya hairan dengan Yang Berhormat Bintulu.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, sila duduk Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sekolah di Sarawak Yang Berhormat Menteri, air pun tidak ada. Dia hendak bising fasal Kelantan...

final • 12:10 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Masalah di Kelantan itu fasal treatment plant tidak cukup.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dekat Sarawak, air pun tidak ada dekat sekolah, bangunan sekolah pun tidak ada...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam...

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ada kerusi meja pun tidak ada dekat sekolah....

final • 12:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ini menyeleweng Dewan ini. Air bawah negeri lah, bukan federal.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Hendak buat bising tentang soal di Kelantan.

final • 12:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Air bawah negeri. Kelantan tidak mampu hendak bekalkan air.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ada budak-budak belajar duduk atas lantai.

final • 12:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Air bawah negeri, sekolah bawah federal.

Air negeri, janganlah kelirukan Dewan.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya kalau Shah Alam buat bising, pasal sekolah di Kelantan saya boleh faham, tetapi kalau Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Kinabatangan, saya rasa cukup peliklah.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri? Saya mahu minta Yang Berhormat Shah Alam beritahu kepada saya mana satu di kawasan saya di Bintulu belum ada bangunan sekolah, belum ada air? Sila tolong beritahu kepada saya.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih. Saya...

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya jawab soalan Yang Berhormat Bintulu. Dia tanya saya, saya jawab.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Kalau Yang Berhormat Shah Alam Menteri Pelajaran, biar dia jawab.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya tidak kata Bintulu, saya kata Sarawak dan Sabah. Saya pernah pergi Sarawak, saya pernah pergi Sabah. Dia tidak halang saya masuk lagi.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Kalau perangai macam ini, saya tidak boleh jawab soalan Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Shah Alam pergi Sarawak pergi church sahaja.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen Shah Alam ini, kalau sebagai Ahli Parlimen selalu bangun, tuduhan yang palsu, tuduhan temberang dalam Parlimen ini, saya fikir sebagai Ahli Parlimen, perangai jangan macam itu.

Di Sarawak memang banyak kawasan pedalaman, tetapi di mana-mana pun situasi atau pun bagaimanapun, Kementerian Pelajaran ambil tindakan. Kita ambil air hujan, sediakan tangki ribu gelen tiap-tiap sekolah. Kelantan punya hal, dia faham sendiri, dia daripada PAS bukan.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Bintulu.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Dia faham atau tidak faham?

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia mahu saya jawab lagi.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak apa, Yang Berhormat boleh menjawab apabila Yang Berhormat jadi menteri nanti lah.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam duduklah.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, dalam soal pembinaan sekolah, adalah menjadi tanggungjawab kita membekalkan semua infrastruktur di dalam kawasan sekolah.

Puncanya, kita akan ambil air daripada syarikat atau pun pembekal air yang sedia ada.

Apabila berlakunya air tidak bersih daripada punca, maka kita kena kawal daripada punca.

Puncanya adalah Kerajaan PAS di Kelantan. Jadi selesai dekat sana dan kita sedia melihat perkara ini dapat dirawat dengan baik.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kerajaan PAS di Kelantan ...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sudah banyak kali memohon bantuan kewangan, baru sahaja diluluskan. Ini sedang ditangani, insya-Allah dalam masa setahun akan selesai. Itulah sebabnya rakyat terus mengundi.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ada Naib Presiden di sini, biarlah dia yang jawab. Ini apa?

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, saya teruskan.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau bagi royalti minyak dan gas pada Kelantan, jauh lagi hebatlah daripada apa yang ada di tempat-tempat Barisan Nasional.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu Yang Berhormat Pokok Sena Naib Presiden, kenapa diam-diam?

final • 12:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Sudah bagi banyak peruntukkan pada Kerajaan PAS, tidak tahu guna.

final • 12:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Pokok Sena, apa ini?

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 12:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak payah jawab jauh sangat.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Berkaitan dengan isu pembangunan...

final • 12:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak payah peruntukan sangat, bagi sahaja...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bayar balik royalti itu, kita boleh buatlah.

Lebih pada itu.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Berkaitan dengan isu pembangunan enam buah SJKC...

final • 12:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Groundwater solution kita boleh buat.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

RM589 juta boleh dilangsaikan dengan begitu sahaja. Macam mana ini?

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Point of order Tuan Yang di- Pertua. Ahli Parlimen Pokok Sena menggunakan telefon dalam Dewan. [Ketawa]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Menggunakan apa Yang Berhormat?

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu pembangunan enam buah SJKC baru yang telah dijanjikan semasa pilihan raya pada tahun 2008...

final • 12:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dia sudah kalih isulah. [Ketawa]

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang, kesemua isu yang berkaitan telah dapat diselesaikan atau sedang dalam proses pembinaan termasuklah isu tapak SJK(C) Bukit Serdang telah dimuktamadkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran.

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap kepentingan pendidikan semua kaum. Usahlah ia dijadikan bahan atau modal politik murahan kerana kepentingan kerajaan adalah memastikan semua rakyat mendapat pendidikan yang berkualiti tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Hendak tanya, boleh tanya sekarang.

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya hendak tanya, bila SJK(C) Bukit Serdang hendak dibina kerana sudah tunggu empat tahun. Di antara enam buah sekolah baru yang diumumkan oleh kerajaan pada 30 Januari 2008, lima sudah ada tapak tetapi hanya SJK(C) Bukit Serdang sampai sekarang pun tidak ada tapak lagi. Saya rasa tadi Yang Berhormat

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Timbalan Menteri cakap beliau bukan orang yang suka publisiti tetapi saya tidak setuju, kerana untuk Sekolah SJK(C) Sungai Long, Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri pergi ke Sungai Long pada 6 April tahun yang lalu untuk satu majlis pecah tanah SJK(C) Sungai Long.

Akan tetapi pada tahun ini, Perdana Menteri kita pergi pada 1 Mac untuk majlis pecah tanah untuk sekolah yang sama. Jadi saya hendak tanyalah kenapa perlu dua majlis pecah tanah untuk satu buah sekolah sahaja? Kalau cakap bukan suka publisiti, perjelaskan di sinilah.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Dan sebenarnya selepas majlis pecah tanah pada 6 April itu, tidak ada apa-apa perkembangan langsung.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tanah itu banyak keraslah, kena dua kali pecah.

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana boleh cakap bahawa Yang Berhormat tidak suka publisiti. Ini cheap publisiti untuk pilihan raya.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, tarik balik.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Yong Peng pun sama juga.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, minta kuatkan mike ini sebab saya memang sakit tekak. Nombor satu, saya minta Yang Berhormat Serdang tarik balik dakwaan yang dibuat terhadap saya. Saya tidak pernah pergi membuat majlis pecah tanah di SJKC Sungai Long.

final • 12:10 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Tarik balik, malu sahaja.

final • 12:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Memang pembangkang kuat bohong, memang pembangkang kuat bohong!

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya ketika itu diminta oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin di sana, tidak termasuk Yang Berhormat, kita melawat tapak itu, melihat kesesuaian. Itulah tanah yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran. Saya pergi bersama-sama dengan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di sana bersama-sama dengan pucuk pimpinan termasuklah lembaga pengelola sekolah. Bila saya pakai cangkul untuk pecah tanah? Itu Yang Berhormat kena tarik balik.

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Sampai sekarang baru cakap itu bukan majlis pecah tanah. Surat khabar pun semua sudah keluar... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Kenapa pada saat itu, pada hari itu Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak mahu minta mereka tarik balik?

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat...

final • 12:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Memang confirm kuat bohong.

[Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, yang saya pergi hari itu saya ingat saya meninjau dua tapak, satu di SJK(C) Sungai Long, satu lagi di SJK(C) Kajang Utama.

Saya sampai ke sana pukul 11 tepat, saya tahu. Kemudian 12.30 saya ke Kajang Utama, tengok dua tapak itu yang dikenal pasti sama ada laporan bahagian pembangunan sama dan itu yang kita kenal pasti hendak bagi kepada mereka. Yang menjadi hakikatnya Yang

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Berhormat, Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa menjanjikan ada tanah sini, situ tetapi akhirnya satu pun tidak bagi. [Disampuk] Kedua Yang Berhormat, majlis pecah tanah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat... [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tarik balik, saya ada surat daripada Kerajaan Negeri Selangor, saya minta Timbalan Menteri tarik balik. Bukan kita tidak bagi, kita dah bagi. [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Amat Berhormat ...

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Surat siapa pun boleh keluarkanlah. [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Kita dah bagi, SJK(C) Connought kita bagi, SJK(C) Balakong Baru kita bagi.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu Yang Berhormat Bukit Mertajam pun bagi keluar suratlah.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Bagaimana boleh cakap tidak bagi? Ini penipuan yang terbesar, yang paling besar, tarik balik. [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat, ini alasan sahaja, alasan oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak mahu bina sekolah.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tarik balik! Saya hendak tanya SJK(C) Connought siapa bagi tanah? Di bawah pemerintahan Barisan Nasional atau di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat? [Dewan riuh] SJK(C) Rasa, siapa yang bagi tanah? Di bawah Barisan Nasional atau di bawah Pakatan Rakyat? [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat, biar saya cakap, bertenang. Bertenang ya? Majlis pecah tanah, tadi Yang Berhormat membuat dakwaan kata dipecah tanah dua kali, itu tidak betul. Bila Yang Berhormat memesongkan pula cakap, [Disampuk ] Yang Berhormat kata...

final • 12:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat, hendak jawab atau tidak? Saya menjawab.

final • 12:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 32, tolong.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya sakit tekak, kalau tidak saya dah...

final • 12:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Peraturan 36(12) menyeleweng Dewan.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak apa, biar saya – boleh? Saya hendak terangkan apa yang berlaku. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini pergi untuk majlis pecah tanah dan termasuk menyerahkan cek sekali kepada sekolah. Okey, itu adalah chapter, bahagian iaitu bab mengenai pecah tanah dengan apa yang kita janjikan, kita beri.

Apa yang saya hendak cakap Yang Berhormat, banyak lagi potongan akhbar yang mengatakan, ‘oh saya ada tanah di sini dan di situ’. Saya akan jawab apa Yang Berhormat cakap satu persatu, saya bawa bahan itu.

Yang Berhormat, Yang Berhormat kata pergi bagi SJK(C) Connought. Yang Berhormat semak dengan sekolah itu, zaman siapa? Yang menjadi masalah ialah Pakatan Rakyat. Dulu zaman Barisan Nasional yang luluskan tanah, bila sampai peringkat pemurnian apabila perlu dihantar kepada Exco, dia kata kononnya kami yang bagi. Yang itu untuk bahagian padang yang perlu dirizabkan untuk sekolah.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tipu lagi!

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Itu adalah satu kenyataan di mana kelima-lima itu adalah sekolah kerajaan. Menjadi prosedur, kalau kita hendak gunakan padang, tempat

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

letak kereta mungkin 0.3 ekar, kita minta kerajaan negeri. Mana-mana kerajaan negeri rasa terpanggil untuk beri, mereka gunakan itu. Yang Berhormat kena tengok semak. Saya hari ini sebab sakit tekak, kalau tidak saya akan dedahkan satu persatu, saya akan jelaskan apa yang berlaku. Yang Berhormat, SJK(C) Hin Hua. [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab pihak sana banyak tipu, saya minta dirilah.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey, tak perlu Yang Berhormat. Yang Berhormat, SJK(C) Hin Hua Yang Berhormat kata itu diberi oleh Pakatan Rakyat. Yang Berhormat kena semak balik rekod itu, tahun bila ianya diberikan?

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya tidak sebut SJK(C) Hin Hua. Saya sebut SJK(C) Balakong Baru. Kalau silap dengar, akuilah. Saya sebut SJK(C) Rasa, saya sebut SJK(C) Serendah, berpuluh-puluh tahun mereka pohon tanah di bawah Barisan Nasional tetapi tidak dapat. Sekarang Yang Berhormat senang sahaja cakap. Sebenarnya pada zaman Barisan Nasional sudah lulus sebagai prinsip sahaja tetapi pada zaman Pakatan Rakyat hanya mereka terima geran itu. Itu Yang Berhormat perlu akui dan jangan salah tuduh Pakatan Rakyat cakap kami tidak beri tanah. [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, biar saya cakap, ini soal saya kena terangkan apa yang berlaku ya. Duduk dulu.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Taiping duduk dulu.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Pertama, kenapa saya sebut SJK(C) Hin Hua kerana itu surat yang ditulis oleh Yang Berhormat Seputeh kepada saya dan juga Presiden MCA kata kononnya kita kata dia tidak ada beri tanah. Selepas debat antara Yang Berhormat Bagan dengan Presiden MCA, dia tulis surat kepada kami. Jadi sebab itu SJK(C) Hin Hua ditulis dengan jelas, saya jawab. Serendah, masa pilihan raya kecil Hulu Selangor, itu janji.

Kalau kerajaan pada hari itu, sekolah yang sedia ada hendak perluasan, itu bukan nama bagi tanah lima ekar, belajarlah dari Kerajaan Negeri Johor. Ia kalau bagi tanah, bukan bagi tanah 0.5 ekar, ia terus bagi sebidang tanah, SJK(C), SJK(T) lima ekar. Itu yang saya hendak katakan, beri tanah untuk penempatan sekolah baru, tidak ada.

Saya hendak terangkan kepada Yang Berhormat apa yang dilakukan untuk menunaikan janji-janji kita, Kerajaan Barisan Nasional yang tunaikan janji walaupun banyak kali dibuat publisiti oleh Pakatan Rakyat yang mengatakan mereka boleh bagi tanah, kesemua ini tidak jadi. Saya hendak terangkan di Selangor sahaja, kita mula dengan Bukit Beruntung. Kita bagi tanah enam ekar, jumlahnya RM28 juta. Kemudian kita bagi lagi Putra Heights, kita bagi enam ekar. Kemudian kita bagi lagi ...

final • 12:20 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Minta maaf, Putra Heights bawah saya, saya tahu keadaannya.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya hendak cakap tanah itu bukan tanah Barisan Nasional.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ikut peraturan mesyuarat Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Putra Heights kerajaan negeri yang bagi.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tetapi tanah daripada pemaju. Apa salah kita guna tanah rizab kerajaan untuk SJK(C). [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Serdang duduk dululah.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Apa salah untuk guna tanah rizab pendidikan untuk SJK(C) dan SJK(T). Ini adalah cadangan Presiden MCA bahawa di tanah perumahan yang baru hendak wujudkan tanah untuk pendidikan untuk SJK(C).

final • 12:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Ini tidak boleh ... pembohong.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Jadi saya hendak tanya bagaimana ... kenapa tanah rizab kerajaan hanya boleh... [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Apa yang boleh saya terangkan, kita bagi tujuh bidang tanah di Selangor...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat Serdang.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...Dan kesemua kita usahakan. Jangan kata kementerian tidak bagi, kita bagi terus.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tanah bawah kerajaan negeri, mana Kerajaan Pusat boleh beri?

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Bila sekolah hendak siap?

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kerajaannya memang, kerajaan negeri yang bagi.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Jadi saya hendak terangkan kepada Yang Berhormat...

[Disampuk]

final • 12:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ha Yang Berhormat Shah Alam...

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Ini yang berlaku. Mungkin apa yang berlaku ini menggambarkan Pakatan Rakyat tidak ada keikhlasan untuk bantu kita.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya langsung tidak faham, saya tidak faham.

final • 12:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, kita hendak dengar explain dari Timbalan Menteri, ini apa ini Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Serdang, ikut peraturan mesyuarat Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya tidak faham kerana kalau cakap sekolah kebangsaan, kerana Kerajaan Pusat yang beri tanah tetapi apabila kita cakap SJK(C) atau SJK(T), kita minta kerajaan negeri untuk beri tanah, ini adilkah?

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Ini adilkah?

final • 12:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Belum perintah, langgar undang-undang ya.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat sekejap cakap, kerajaan negeri beri tanah di sekolah-sekolah ini. Sekejap kita kata pihak kerajaan sini pun bagi tanah Yang Berhormat. Itu bukan tanah, itu bukan kewajipan, apa ini double standard?

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya hendak tanya di sini sahaja, untuk sekolah kebangsaan, siapa tanggungjawab untuk beri tanah?

final • 12:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, orang sebelah ini belum memerintah, dah langgar undang-undang peraturan, kalau perintah esok macam mana?

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri kerana terdapat dua standard di sini. Jawablah Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Jawab!

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Apa Yang Berhormat cakap saya tidak dengar.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Sekolah kebangsaan, siapa yang bertanggungjawab untuk beri tanah? Jawab! Jawab di sini! Sekolah kebangsaan, siapa punya tanggungjawab untuk beri tanah?

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Sekolah kerajaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, tanah yang diberi oleh Kerajaan Barisan Nasional, kita dah tunaikan. Yang Berhormat cakap...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat, saya minta kerjasama Yang Berhormat Serdang untuk mematuhi peraturan mesyuarat. Saya tidak menghalang daripada bercakap tetapi ikut peraturan mesyuarat. Boleh belajar daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya nampak Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun dengan peraturan mesyuarat, ia baik Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya, penjelasan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya sila Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih. Kita tahu bahawa sistem pendidikan ini...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, follow peraturan.

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Seperti bekalan guru ini dikendalikan oleh pihak kementerian.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, kekurangan guru saya jawab kemudian, belum sampai.

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya tahu, saya hendak pergi ke soalan.

Akan tetapi ada banyak sekolah tidak dapat kerusi dan meja di SRJK(C), SJK(T) pun juga.

Dia kata mereka dah pohon tetapi tidak dapat. Ada lebih kurang 20 buah sekolah di Pulau Pinang memohon daripada kerajaan negeri dan kita tanya, dia kata permohonan yang sama telah dibuat kepada kementerian tetapi tidak dapat. Tiap-tiap tahun pohon tidak dapat, itu pertama.

final • 12:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kedua, mengenai masalah anai-anai. Saya ingat di dalam Parlimen ini kita sudah luluskan satu peruntukan untuk menangani masalah anai-anai di sekolah. Akan tetapi di Pulau Pinang ada 15 buah sekolah yang meminta permohonan daripada kerajaan negeri supaya mendapat peruntukan, tanya mengapa. Ini merupakan satu masalah yang urgent, masalah anai-anai dia mesti ditangani dengan ..

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya rasa Yang Berhormat duduklah sekejap ya kurang...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, jangan panjang sangat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat saya kena jawab habis dahulu.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Duduklah sekarang saya cakap.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya hanya benarkan setakat ini dahulu Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Sekarang berilah floor jangan ...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat dalam pencelahan Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ini floor siapa ini?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah tanya dua soalan biar saya jawab.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi 15 sekolah meminta wang peruntukan...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak apa, saya sudah tahu Yang Berhormat, biar saya cakap.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, tidak apalah, berilah chance sedikit untuk menyampaikan masalah Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya sudah baca keratan akhbar Yang Berhormat tentang soal ini, saya sudah boleh jawab.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Sini tadi kita dengar bahawa ada kemudahan yang dibinakan tetapi tidak diguna tetapi mengapa tidak memberi peruntukan secara terus. Semua orang tahu bahawa peruntukan ini beri kepada sekolah yang mana tahun ini. Ini kerana kita lihat diumum di situ, di sana di situ tetapi tidak tahu mengapa mereka diberi peruntukan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Untuk kerusi meja dan juga masalah anai- anai ini. Saya harap mendapatkan satu penjelasan macam mana hendak buat permohonan...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Supaya kementerian dapat memberikan dan bukan seperti dia tidak telus dan pihak sekolah pun tidak tahu, mengapa tidak dapat permohonan ini.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey tidak apa, tidak apa.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri menerima banyak permohonan dari sekolah-sekolah di Pulau Pinang, betul?

Bagaimana, macam mana pihak kementerian akan menguruskan? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri sebentar Yang Berhormat. Kementerian ini menggulung habis jawapan sebelum berhenti jam 1.00 tengah hari.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey boleh.

final • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sedikit, sedikit sahaja tokok tambah.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak, tidak, saya hari ini tidak berapa sihat biar jawab, saya tidak boleh ingat nanti semua.

final • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Kita tidak akan...

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, duduk sebentar Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat sekejap, sekejap.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, boleh kita dapat satu Menteri yang sihat boleh jawab.

final • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Saya harap nanti bagi ya.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat is it too much to ask. Yang Berhormat Menteri, is it too much to ask?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Timbalan Menteri sakit so you go on leavelah Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Bukan saya sakit. Tidak sihat, bukan tidak hendak menjawab.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Timbalan Menteri tidak hendak menjawab kita bayar gaji.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

None issue, none issue.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Bukan isu?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak isu.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Kalau dia tidak boleh jawab saya tidak mahu dia pengsan apa.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya tidak pengsanlah tidak apa. Yang Berhormat..

final • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tokok tambah sedikit.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, biar saya jawab. Kalau banyak celahan macam ini saya tidak boleh terus secara fokus.

Pertama Yang Berhormat, Yang Berhormat tanya tentang peruntukan, okey. Saya sebelum ini sudah menghadiri satu majlis bersama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang. Kalau Yang Berhormat dengar ucapan saya, saya kata, “Pulau Pinang tidak akan dipinggirkan dalam peruntukan SJK(C) kali ini.” Saya hendak tunjukkan senarai kepada Yang Berhormat, senarai sudah ada. Saya hendak tunggu Yang Berhormat bagi senarai saya apa Yang Berhormat bagi kepada sekolah yang berkenaan yang supaya kita tidak mengulang. Saya sudah bincang dengan Yang Berhormat sebelum ini, kita boleh.

final • 12:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Disiarkan dalam surat khabar tiga hari yang lalu.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya sudah tahu sebab itu setelah kita meneliti senarai Yang Berhormat kami telah membuat adjustment dalam soal ini. Yang Berhormat kita ada empat kategori saya sudah terangkan dengan jelas.

Pertama, kalau soal keselamatan kalau dimakan oleh anai-anai bangunan tidak selamat itu dijadikan kategori pertama dan kita utamakan, okey. Kedua, adalah mereka yang memerlukan membaiki pulih bangunan yang sudah lama, kita juga utamakan. Ketiga, kalau bilik darjah tidak cukup dan menggunakan di ruang-ruang yang tidak selesa dan kita perlu tambah bilik darjah, kita buat. Keempat, untuk perabot, kerusi, meja. Saya dengan jelas, saya ke semua tempat kita gunakan kriteria yang sama dan diumumkan banyak kali.

Oleh itu Yang Berhormat tidak boleh kata mereka tidak tahu. Kita sudah maklumkan dan saya sudah terima. Kalau Yang Berhormat ingat bila saya hadir dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bersama untuk sekolah itu dia perlukan perabot dia minta RM100,000. Yang Amat Berhormat Pelajaran pun luluskan. Jadi itu bukan soal ada permohonan, yang menjadi masalah kami ialah kadang kala sekolah itu minta lima perkara.

Pertama dewan besar yang mahukan perbelanjaan RM5 juta. kemudian kedua, auditorium.

Ketiga, e-classroom. Keempat dia kata kalau boleh saya hendak baik pulih tandas saya lebih kurang RM40,000 atau RM50,000. Kelima dia kata kerusi meja. Akan tetapi apabila kita perbincangan secara terperinci apa yang kami dimaklumkan oleh mereka, dia kata kalau boleh perabot kecil-kecil kita boleh selesai. You bagi saya lebih besar. Daripada

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

RM50,000 boleh tidak tambah RM70,000 untuk saya hendak selesai sistem pembetungan di sekolah saya.

Apabila berlakunya under gentleman agreement sebegini jadi kita catatkan satu persatu-persatu dalam kementerian dan mereka akan buat laporan apa yang telah disetujui.

Setiap 5 hari bulan setiap bulan itu mereka akan kemukakan laporan kepada Kementerian Pelajaran. Jadi saya rasa jangan ada pihak yang mengatakan...

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Sedikit.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Kononnya kita tidak melakukan apa-apa. Itu saya sudah terangkan dengan jelas. Kalau ada yang kata tidak dapat perabot bagi pada saya dan kita akan tengok perabot apa. Ada yang dia kata sekolah saya 1,000 orang saya hendak minta 1,000 set perabot, itu tidak kena. Ini kerana tidakkanlah satu kerusi pun tidak boleh pakai, itu pertama.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Kedua ada persepsi...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Semalam saya pergi ke sekolah kebangsaan di kawasan saya di mana mereka minta tetapi kita tidak boleh bersetuju dengan jumlah yang mereka minta kadang kala terlalu banyak. Jadi kita kena lihat berapa peruntukan tahun ini kerusi meja kita bagi. Kita gunakan agihan yang lebih terus tidak ada masalah. Kita buat secara telus, okey? Jadi saya hendak terangkan chapter itu supaya tidak ada salah faham.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Menteri.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ramai yang bangun Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Untuk sekolah-sekolah di bawah Pulau Pinang akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang saya beri jaminan tidak jadi masalah.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Menteri sedikit tentang peruntukan.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya teruskan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Timbalan Menteri sedikit tentang peruntukan.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat mengenai Putera Height.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya baru sampai yang nombor tiga Yang Berhormat saya kena...

final • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tidak apa boleh ambil tiga hari untuk menjawab Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat sedikit Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Masalah rakyat mesti diselesaikan.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua tadi mengenai Putera Height. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat banyak kali menyebut tentang masalah tanah sekolah di Putra Heights. Putra Heights sebuah kawasan saya. Setahu saya dan sehingga hari ini dari mula saya mengikut tweet Yang Berhormat dan kenyataan-kenyataan akhbar yang mengatakan kerajaan negeri tidak mahu memberikan kerjasama. Saya agak kecewa begini Yang Berhormat. Ini kerana bila saya check begini, tanah itu sudah diperuntukkan untuk tiga buah sekolah termasuk Sekolah Tun Tan Siew Sin. Apa yang menjadi masalah ialah sudah diserahkan kepada, telah diperuntukkan. Ada kelewatan daripada kementerian sendiri untuk memohon tanah itu dan kemudian kementerian tidak menyerahkan kepada LPS. Bila tidak ada geran itu LPS tidak boleh memajukan sekolah. Akan tetapi baru-baru ini alhamdulillah akhir-akhirnya sudah boleh, sekolah sudah hendak mula dinaikkan. Akan tetapi Yang Berhormat asyik mengulang-ulang bahawa kita tidak memberi kerjasama. Ini adalah satu saya rasa is a political, it is wrong Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sekali, sekali Yang Berhormat, Yang Berhormat sekali.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya menghormati Yang Berhormat. Saya turun bersama penduduk...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak apa.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

PIBG, LPS. Masalahnya bukan kita tidak memberikan kerjasama apabila peruntukan-peruntukan dan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Pembangunan Subang Jaya tidak ditepati, macam mana sekolah itu hendak dibina? Dia mesti ikut basic, mesti ikut peraturan. Yang Berhormat asyik mengulangi Kerajaan Negeri Selangor tidak memberi kerjasama, tidak betul ini Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat dengar kali pertama saya buat statement, saya merayu kerajaan negeri membantu agar pihak berkuasa membantu mempercepatkan kelulusan pelan itu. Saya membuat rayuan itu secara terbuka.

Kemudian apa yang berlaku boleh tanya Lembaga Pengelola Sekolah. Pertama masa kita hendak hantar pelan itu dia kata dokumen tidak lengkap.

Kedua, apa yang dia kata tanah yang kita bagi...[Disampuk] Tidak, tidak saya hendak cakap ini yang tidak munasabah. Kalau itu tanah sebelas ekar kerajaan sudah bagi separuh lima ekar kepada sekolah ini bermaksud apa yang dikatakan tidak lengkap itu dia kata kena dapat kelulusan pecah sempadan dahulu enam ekar.

Kalau itu rizab pendidikan tidak berlaku di negeri lain yang kata kita kena pecah sempadan dapatkan pelan itu. Itu jadi masalah. Selepas kita sudah, saya sendiri pun minta pihak berkuasa bantu kerana apabila kita hendak bagi dua sekolah sebelas tolak lima jadi enam. Tidak payah kita, dia kata, “Oh! Surat itu tidak nyatakan yang diberi itu sebelah kiri atau sebelah kanan.” Itu soal remeh temeh Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak timbul.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Itu yang tadi maklum kepada Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat, kita sentiasa memberi kerjasama...

final • 12:30 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Tuan Yang di-Pertua saya minta Timbalan Menteri kes spesifik, kes spesifik.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Akan tetapi Yang Berhormat memberi gambaran bahawa ...

final • 12:30 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Nanti banyak lagi tidak dapat dijawab.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Pihak berkuasa tempatan tidak memberi kerjasama ini tidak betul.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Boleh beralih tajuk sekarang ini.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya personally turun...

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat seolah-olah...

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Personally berjumpa dengan MPSJ untuk menyelesaikan masalah ini. Akan tetapi akhirnya yang salah ini adalah MCA.

final • 12:40 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tak payah layanlah. Ini negeri kawasan pembangkang ini...

final • 12:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Kerana MCA memainkan isu ini.

final • 12:40 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Layan kacaulah...

final • 12:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tanah itu telah dapat tetapi asyik dipusing, dibawa cerita bahawa tanah itu belum dapat. [Dewan riuh]

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, sebab itu apabila saya cerita ini Yang Berhormat semua tak mahu dengar. Sebab bila hendak hantar itu, kelewatan dan sebagainya itu. Jadi, lembaga pengelola sekolah, buat sekolah terus, sampai mereka tidak ada pilihan, mereka tak berani hendak robohkan, barulah isu ini sudah kata okey. Boleh diteruskan. Kelulusan belum diperoleh, LPS sudah buat. Kalau tidak sampai sekarang pun tidak buat. Ini saya hendak terangkan kepada Yang Berhormat supaya tidak ada salah faham Yang Berhormat. Jangan putar belitkan kenyataan. Saya akan teruskan kepada ini.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sudah banyak kali bangun Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat Seputeh...

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Boleh minta tokok tambah tadi? Kata boleh.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...telah membangkitkan isu tapak pembinaan SJKC Yat Chee.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri tak bagi jalan lagi Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

SJK...

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tentang peruntukan..

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak bagi jalan lagi, duduklah Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit tentang peruntukan tadi.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Sekejap, sekejap, sekejap.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tentang peruntukan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Terap.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Sekejap, sekejap, kita boleh bincang luar nanti ya.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Tak boleh bincang luar, sedikit tentang sekolah, bangunan sekolah.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat Seputeh...

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Bangunan sekolah, sedikit, sedikit.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Sekejap, sekejap Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Sekolah agama rakyat ini 1,132 sekolah tak dapat ini.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat Seputeh telah membangkitkan isu tapak pembinaan SJK(C) Yat Chee, SMJK...

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...dan sekolah kanak-kanak autisme di Taman Tasek Prima Puchong. Isu ini telah pun dijawab melalui pertanyaan lisan Ahli Yang Berhormat pada 14 Mac 2012. Malah penjelasan panjang lebar sudah saya berikan. Namun ingin saya tegaskan di sini bahawa tapak rizab pendidikan di Taman Tasek Prima Puchong telah dicadangkan terlebih dahulu sebagai tapak bagi pembangunan SK dan SMK Taman Prima Puchong. Proses permohonan berserta bayaran pendaftaran pemberimilikan keseluruhan tanah tersebut seluas 13 ekar telah pun dilakukan oleh kementerian.

Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Batu Sapi, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan pendidikan kepada semua jenis sekolah termasuklah pembangunan pendidikan SJKT.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Boleh dapat...

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam..

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan menteri, berkaitan perkara yang sama di dalam perkara yang sama Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...jawapan lisan saya..

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Oleh sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut kawasan saya, minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...mengenai SJKT pada 22 Mac 2012, kerajaan telah menyediakan sejumlah peruntukan yang bersesuaian untuk pembangunan SJKT...

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...termasuklah peruntukan mengurus seperti mana yang dinikmati oleh sekolah-sekolah lain. Malah baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan pembinaan enam buah SJKT. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat, pada masa ini kementerian sedang mengenal pasti keseluruhan tapak serta kos bagi pembinaan sekolah tersebut dan pengumuman mengenai butir-butir lanjut akan dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran sendiri dalam tempoh terdekat.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat Taiping.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya hendak tokok-tambah sedikit meminta penjelasan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengatakan kerajaan tidak pernah mengabaikan sama ada di sekolah rendah kebangsaan SJKC ataupun SJKT. Akan tetapi fakta di hadapan mata kita. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapa bangunan di SJKT di Bahau Negeri Sembilan oleh sebab masalah anai-anai runtuh sehingga 298 pelajar, mereka merancang mogok sekolah, bukan mogok lapar.

Keduanya, Sekolah Jenis Kebangsaan Tit Bin, Pantai Remis, kawasan saya, runtuh kerana masalah anai-anai. Minta peruntukan bertahun-tahun, sampai sini dengar bunyi, bayang tak nampak. Ketiganya, Sekolah Jenis Kebangsaan Hwa Lian, Taiping.

Hendak bina sekolah sejak tahun 1978, minta hari ini selama tujuh tahun sejak tahun 1978 sampai hari ini RM7 juta peruntukan, satu sen pun tak dapat. Apakah penjelasan? Kita mengikut statistik gabungan guru-guru di Semenanjung Malaysia Chiao Chow di mana ada 133 buah sekolah, bangunan sekolah yang berbahaya...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ringkaskan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

...Seperti Sekolah Keat Hwa, Kedah. Bangunan runtuh, cikgu mati. Sampai hari ini saya tak tahu sama ada kerajaan sudah bayar pampasan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

So, kita mahu satu rancangan jangka panjang di mana kerajaan menunjukkan keikhlasan untuk menyelesaikan dan mengatasi masalah ini.

Ini kerana saya bersimpati. Yang Berhormat Timbalan Menteri semalam nyaris-nyaris kena tumbuk. Kita rasa risau, kita rasa hina...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Kita rasa itu penting. [Dewan riuh] Sebab mengapa? Puncanya...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Timbalan Menteri, perkara yang baru...

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

...dasar pendidikan yang penuh diskriminasi...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...ambil nota sahaja, tak perlu dijawab.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

...dasar pendidikan yang tidak adil. Sebab itu rakyat sudah hilang kesabaran. Inilah punca masalahnya. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat jawab. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sambung sedikit sahaja. Sambung sedikit, saya minta last ya, okey. Saya tadi dengar ucapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kerajaan tidak pernah mengabaikan mana-mana sistem pendidikan

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

dalam sekolah. Saya hendak membangkitkan sekali. Sekolah rendah agama rakyat, sekolah rendah menengah agama rakyat. Jumlah muridnya 208,000 untuk sekolah rendah agama rakyat. Jumlah murid di peringkat sekolah menengah agama rakyat ialah 161 sekolah, 20,760 orang dan melibatkan guru-guru hampir 10,000.

Sekarang ini, saya faham kawan-kawan daripada SJKT, SJKC dan sebagainya.

Ini permintaan dan ini hak kerajaan untuk melayan membantu sekolah–sekolah ini. Akan tetapi sekolah agama rakyat, saya tidak dapat satu jawapan yang konkrit daripada kementerian bagaimanakah sekolah-sekolah ini boleh dibantu? Sampai 1,132 buah sekolah. Melibatkan ratusan ribu pelajar yang dianaktirikan, yang ditarik balik bantuan per kapita. Jadi, saya pohon daripada pihak kementerian satu jawapan yang konkrit apabila pihak kementerian menjawab kita tidak pernah mengabaikan sekolah-sekolah ini. Jadi, terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Sebenarnya Yang Berhormat, semasa penggulungan pada tahun lalu pernah saya jawab soal ini. Berapakah perbelanjaan yang kita berikan kepada sekolah agama rakyat dari segi bantuan latihan guru dan sebagainya termasuklah peralatan yang kita berikan iaitu perpustakaan dan sebagainya. Saya boleh rujuk balik apa yang telah saya cakap dan saya berikan satu salinan kepada Yang Berhormat. Itu yang pertama. Keduanya, Yang Berhormat Taiping sebutkan beberapa perkara seperti SJKT dan SJKC. Saya mengakui bahawa di sana-sini terdapat sekolah yang daif. Untuk sekolah kebangsaan pun, ada banyak sekolah yang daif. Sabah, Sarawak, termasuk juga SJKT, SJKC.

Jadi, dalam soal ini kita memberi keutamaan kepada semua. Akan tetapi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, macam tadi oleh Yang Berhormat Kinabatangan di SMK Paris, SMK Entilibon, banyak kali disebut. Apabila hendak selesaikan masalah atau termasuk Putatan pun, saya boleh ingat sekolah itu, SMK Petagas. Ini antara sekolah- sekolah yang diperlukan kerana dikatakan keadaan daif dan sebagainya, kita bantu. Akan tetapi kita mesti dapatkan peruntukan untuk kita menyediakan infrastruktur tersebut. Untuk menjawab soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Pantai Remis juga kawasan DUN Yang Berhormat di mana salah sebuah sekolah SJKC Tick Meng. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri turun. Kita terpaksa gunakan peruntukan Perdana Menteri RM2 juta untuk mereka membina satu blok.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sebab saya hendak tanya, di manakah peruntukan kementerian?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Mengapakah tidak dibuat secara sistematik.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Sekejap, sekejap, belum lagi habis.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Itu masalahnya? Mengapakah pembinaan sekolah gunakan...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, biar Yang Berhormat Menteri jawab dahulu Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

...Peruntukan Jabatan Perdana Menteri, Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Yang Berhormat Menteri...

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat boleh semak dengan Lembaga...

final • 12:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Sekolah Jempol itu sudah lulus RM500,000.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Betul.

final • 12:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

DAP pandai buat demonstrasi, itu sahaja. Tapi kerajaan yang luluskan.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey, tak mengapa. Saya akan cakap Yang Berhormat. Saya sudah tahu fakta itu. Yang Berhormat, pada asalnya Lembaga Pengelola Sekolah telah menghantar surat kepada saya. Saya berbincang dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Jumlah yang diminta sangat besar. Kalau kita ikut perakuan JKR untuk baiki, akhirnya kita tak jadi bagi duit itu kerana kalau kita hendak memperbaiki sekadar untuk repair, tak selesai masalah. Jadi, kita minta supaya mereka kemukakan satu pelan dan kita sudah tengok dan peruntukan yang diperlukan mungkin RM1 juta lebih atau hampir RM2 juta. Saya sendiri sudah dengar pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat telah di dalam surat khabar ada menyatakan supaya mendesak kerajaan bagi. Akhirnya, tak kira Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, kita cari satu kaedah. Kalau kita dapat jimatkan RM1 juta lebih daripada kementerian, duit itu bukan kita simpan untuk apa, bagi kepada sekolah lain. Jadi, kita gunakan cara ini, penjimatan untuk bagi kepada sekolah lain. Jadi tidak silap, Yang Berhormat di Bahau, Yang Berhormat Jempol juga menyebut tentang SJKT itu. Kerajaan telah luluskan peruntukan hendak buat. Apabila digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu, ia jadi satu isu politik. Kita hendak selesaikan, bukan sahaja SJKC, SJKT termasuk juga SK yang kawan-kawan kita sentiasa membawa isu dalam Parlimen.

final • 12:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Jadi, bukan mudah kita hendak memenuhi keperluan semua tetapi kita akan cuba sedaya-upaya untuk membantu semua.

final • 12:40 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Menteri, tiga kali bangun dah ni.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

30 saat sahaja.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya tak ada masa lagi, sebab saya kena habiskan.

Kemudian ada masa...

final • 12:40 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tiga kali bangun, tiga kali bangun.

final • 12:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

30 saat sahaja.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey, last.

final • 12:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak bagi pandangan saya sedikit Yang Berhormat Menteri. Cara Yang Berhormat Taiping bercakap itu seolah-olah kerajaan sama sekali tidak berperikemanusiaan apabila membincangkan soal SJKC dan SJKT. Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, di Kota Belud, satu-satunya sekolah SJKC di Kota Belud diberi peruntukan RM2.5 juta oleh Kementerian Pelajaran.

Sedangkan, sekolah jenis kebangsaan, yang sekolah kebangsaan sekolah SMK banyak lagi yang daif. Akan tetapi kita tidak bising. Kita tidak bising.

final • 12:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Siapa pakai itu wang?

final • 12:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita bagi. Kalau dikira betul dari segi kedaifan, kemahuan dan keperluan, sekolah-sekolah kebangsaan lagi memerlukan. Jadi ini tidak timbul soal tentang menganaktirikan sekolah jenis kebangsaan.

Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, semalam.

Saya rasa ini adalah satu keputusan yang tepat untuk berjumpa dengan kumpulan- kumpulan yang tertentu. Keduanya ialah untuk menerangkan kepada mereka tugasan Yang Berhormat itu. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kekurangan guru.

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Datuk Menteri.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat Kota Belud. Jumlahnya bukan RM2.5 juta, to be exact, RM2.48 juta kita bagi kepada sekolah itu. Kita ingat berdasarkan daripada bill of quantity yang telah dikemukakan. Seterusnya saya sambung Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Datuk Menteri, Datuk Menteri...

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...Menyentuh tentang perkhidmatan guru sandaran seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Tenom, mulai tahun 2012 Kementerian Pelajaran tidak lagi melantik Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran.

Sebagai langkah penyelesaian sementara bagi memenuhi keperluan semasa JPN dibenarkan melantik guru interim melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2007 berhubung dengan perkhidmatan guru dalam kalangan anak tempatan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapit. Kementerian memang memberikan keutamaan kepada calon anak tempatan yang memenuhi syarat terutama yang mengajar di kawasan-kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Bagi mengatasi masalah kekurangan guru di SJK(T) dan SJK(C), seperti yang di bangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Ipoh Barat, kementerian telah menubuhkan jawatankuasa khas mengenai isu kekurangan guru di SJK(C) dan SJK(T).

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya sendiri telah diberi tanggungjawab untuk mempengerusikan jawatankuasa bagi SJK(C). Manakala rakan sejawatan saya Yang Berhormat Batu Pahat untuk SJK(T). Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan telah diadakan oleh kedua-dua jawatankuasa bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi isu berkenaan.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh sedikit Yang Berhormat?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sedikit.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Merujuk kepada guru GSTT.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas.

Yang lain duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Pada awalnya kerajaan mengumumkan untuk menyerapkan guru-guru sandaran ini. Mereka menaruh harapan. Akan tetapi tiba-tiba yang diserapnya hanya yang mengajar dua tahun. Manakala yang tidak cukup dua tahun tidak diserapkan.

Jadi apakah kerajaan sudi dan sedia mempertimbangkan supaya semua guru-guru sandaran walaupun tidak cukup dua tahun diserap? Oleh sebab pihak kementerian pun tidak cukup guru. Memorandum di kalangan mereka sudah pun dihantar. Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan demi masa depan mereka. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

[Bangun]

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Ini soalan yang sangat baik kerana kita kena melihat agihan guru itu secara rasional. Pertama memang benar untuk sekolah SJK(C) dan SJK(T) kita menghadapi kekurangan guru. Kedua, kita kena melihat keperluan di sekolah menengah juga di mana kita mempunyai lepasan IPTA yang sedang menunggu untuk ditempatkan di sekolah-sekolah menengah. Apa yang telah dibuat oleh SPP selama ini ialah seramai 5,523 calon daripada IPTA ini telah ditemu duga. Akan tetapi memandangkan perjawatan di sekolah menengah kebangsaan, kita hanya ada 2,660.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Kita sedang mencari satu kaedah. Mungkin daripada temu duga itu kita akan tempatkan secara berfasa untuk mengisi kekosongan 2,660 di sekolah menengah. Ini sekali gus dapat kita mengatasi kekurangan guru di sekolah menegah kebangsaan. Itu pertama kalau SMJK. Tidak menjadi masalah kepada kami. Ia dapat dibuat mungkin paling selewat-lewatnya dalam bulan Mei ya. Kalau boleh kita akan mempercepatkan dalam bulan April. Itu pertama. Sekolah menengah selesai.

Sekolah rendah. Kita tidak boleh mengatakan dari segi jumlah. Kita ada jumlah lepasan daripada IPGM dan terus kita tempatkan. Oleh kerana kita kena melihat option dan keperluan SJK(C) dan SJK(T). Tidak bolehlah kita menghantar seorang yang fasih dalam bahasa Tamil untuk ke sekolah yang mereka ini tidak ada kelayakan dan sebagainya.

Itulah yang sedang diatasi oleh kementerian. Kita secara fokus melihat keperluan untuk option bagaimana dari segi latihan, dari segi agihan-agihan guru supaya tidak menjadi satu masalah berlandaskan kepada apa yang telah dipersetujui.

Apa yang kita hendak lakukan secara rasional dan profesional. Kita kena menyemak secara terperinci. Jangan kata guru cukup tetapi cukup sekadar sekolah menengah akan tetapi sekolah rendah macam mana. Kita kena lihat sekolah kebangsaan.

Kalau kita hendak naikkan norma perjawatan mungkin akan ditambah. Jadi bagaimana implikasi kepada sekolah-sekolah tadi? Kesemua ini patut dijadikan sebagai satu asas pertimbangan jika kita hendak selesaikan masalah. Jadi perkara ini sedang diteliti oleh kementerian pelajaran. Ia merupakan satu perkara utama dan kita hendak selesaikan dalam tempoh yang terdekat.

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Minta penjelasan.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey.

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Timbalan Menteri. As the saying goes you must not going to do the right things, you must also do the things right. Saya tanya boleh Timbalan Menteri baca perkataan ini? Empat perkataan. Saya rasa Timbalan Menteri fasih, [Bercakap dalam bahasa Cina]. Ini empat perkataan. Fahamkan?

Oleh sebab itu Timbalan Menteri layak untuk mengajar di sekolah SJK(C). Akan tetapi maslah kini seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri tadi apabila mengisi kekurangan guru di SJK(C) dan SJK(T). Masalah sekarang ini bukan sahaja kekurangan guru tetapi guru yang tidak fasih lingua franca dihantar ke sekolah SJK(C). Masalah ini sudah berlaku bertahun-tahun. Saya tadi sengaja menunjukkan perkataan ini. Mereka yang tidak faham perkataan ini bagaimana mereka hendak mengajar? Sendiri pun tidak faham macam mana. Ini masalahnya lebih ratusan cikgu.

Saya bersimpati kepada Timbalan Menteri kerana ada lagi bos kena tanya. Akan tetapi bagaimanapun masalah ini telah berlarutan sehingga keadaan yang kritikal. Saya pohon jasa baik supaya satu penjelasan yang ikhlas dapat diberikan untuk mengatasi masalah ini bersama.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Secara ikhlas, Yang Berhormat saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat. Kita telah menyedari apa yang berlaku sebelum ini dan perlu satu tindakan yang konkrit.

Oleh sebab itulah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju membawa perkara ini di Jemaah Menteri. Pada 22 Februari telah diputuskan supaya satu jawatankuasa khas dipengerusikan oleh saya sendiri, termasuk juga kita memanggil semua stakeholders untuk berbincang. Ini menunjukkan bahawa kita memang komited hendak selesaikan masalah. Daripada kita bertengkar macam itu, lebih elok kita sama-sama duduk dalam satu bilik mesyuarat sama-sama cari satu kaedah.

Apa yang saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, selama ini kita telah mengadakan perbincangan secara terbuka. Apa yang telah diumumkan secara interim iaitu kita berdasarkan kepada status perjalanan jawatankuasa ini dan selepas kita mengadakan tiga mesyuarat, perakuan kita berikan kepada Menteri dan juga kepada Perdana Menteri.

Kedua-dua telah bersetuju supaya kita laksanakan dulu apa yang telah dipersetujui.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Sementara itu kita akan teruskan proses rundingan, berbincang. Jadi saya rasa inilah antara exercise yang pernah dilakukan oleh kementerian secara konkrit bagaimana selesaikan satu persatu.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Yang Berhormat, sudah 50 tahun Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak apa Yang Berhormat

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

[Bangun]

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat boleh gunakan kenyataan secara retorik tetapi kenyataannya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, kita sama-sama hendak selesaikan masalah. Jangan ada yang mempertikaikan kenapa ditubuhkan macam itu sedemikian rupa.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Apa yang penting ialah mesti ada tindakan untuk sama-sama kita mencari penyelesaian. Saya menyeru kalau ada cadangan yang baik daripada Yang Berhormat sendiri. Kita boleh.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

That is why…

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Timbalan Menteri minta laluan sikit.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat mengatakan bahawa ada yang tidak fasih dalam bahasa ibunda dihantar ke sekolah...

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat ada..

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, biar saya jawab..

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Sampai bila hendak selesaikan masalah, kita sudah tunggu 50 tahun.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, biar saya jawab..

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Apa guna komiti dan sebagainya. There is nothing will be happened.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tidak perlu langsung. Tidak akan jadi apa- apa.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Biar saya terangkan. Tindakan...

final • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Kita hendak tahu. Bilakah tempoh terakhir untuk mengatasi maslah kronik ini?

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Timbalan Menteri.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Pelan tindakan telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, telah diumumkan termasuk mereka yang tidak ada kelayakan. Kalau bahasa penghantar subjek itu adalah bahasa Cina, tidak boleh. Kita akan keluarkan mereka. Jadi esok ada satu perbincangan khas antara pegawai kementerian dengan stakeholders ini bagaimana kita hendak buat. Itu pertama. Yang Berhormat mungkin dari luar, Yang Berhormat boleh cakap macam ini, macam itu. Pertama.

Kedua, kalaulah kita melihat secara total kita kena melihat dari sudut profesional.

Kalau bahasa Inggeris misalan, ada orang Melayu atau orang India yang mengajar di

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

sekolah itu, okey. Sekarang telah diputuskan Tahap Satu baik untuk BM atau BI diajar oleh mereka yang berkebolehan dalam dwibahasa untuk memudahkan mereka faham.

Pandangan telah diterima oleh Timbalan Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Seterusnya apabila mereka kena sampai ke Tahap Kedua, mereka kena gunakan orang yang option dalam BM untuk BI untuk mengajar.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak kira bangsa Iban, Kadazan. Kalau boleh menguasai BM dan BI, dia terus mengajar. Jadi ini yang telah dipersetujui oleh kerajaan...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...Dan sama-sama kita hendak selesaikan masalah ini.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Timbalan Menteri, isu...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Dari sudut profesional.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Mana-mana yang belum habis Yang Berhormat saya minta Yang Berhormat memberi jawapan secara bertulis.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Isu disiplin pelajar macam mana? Tidak jawab?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak. Saya hendak habiskan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Sambung pukul 2.30. Sambung, sambung.

final • 12:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Sambunglah, sambunglah.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Isu disiplin pelajar tidak sentuh lagi.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya ada...

final • 12:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Sambung, sambung.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya teruskan Yang Berhormat. Saya sudah terangkan.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Isu sekolah agama dan isu disiplin pelajar belum lagi pergi sentuh.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat untuk makluman Yang Berhormat Tawau...

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Sambung pukul 2.30 nanti.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...Tiada arahan daripada kementerian berhubung dengan mengklasifikasikan guru terhadap sokongan politik masing-masing. Malahan perkara tersebut tidak pernah dilakukan oleh kementerian selama ini. Sehubungan itu apa yang berlaku adalah kes terpencil yang hanya berlaku di kawasan berkenaan sahaja.

Namun kementerian tidak memandang remeh perkara tersebut sebaliknya siasatan secara terperinci sedang dijalankan.

Mengenai cadangan Yang Berhormat parit Sulung, Yang Berhormat Lipis yang menyentuh tentang keputusan bagi penempatan guru, KPM sedang mengkaji dengan teliti terhadap proses melaksanakan penempatan dan peruntukan guru yang diguna pakai ketika ini. Langkah ini adalah bertujuan untuk memastikan guru-guru ditempatkan bersesuaian dengan kepakaran dan option masing-masing serta boleh mengatasi masalah mismatch dan kekurangan guru berdasarkan option yang sedang berlaku sekarang. Selain itu bagi mengatasi masalah...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...Kekurangan guru bagi program j-QAF seperti yang dibangkitkan Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Hulu Terengganu, kementerian sedang meneliti dan menyediakan kertas cadangan penambahbaikan program j-QAF...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat ya. Kita tidak boleh lebih masa jam 1.00 tengah hari Yang Berhormat. Saya minta agar...

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Minta sambung Tuan Yang di-Pertua, sambung 2.30 petang.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Jawapan-jawapan yang tidak sempat dijawab itu dijawab bertulis.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Isu disiplin, isu sekolah agama rakyat.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Dr.Wee Ka Siong

Saya sudah hampir habis last paragraph.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Okey.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Sehubungan itu, pendidikan kanak-kanak tanpa dokumen yang...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cannot.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 11 bertarikh 11 Mac 2012 telah dan akan terus memperjelaskan perkara ini di peringkat, semua peringkat pentadbiran dan pelaksanaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Lipis, kegiatan kokurikulum seperti aktiviti kelab, persatuan dan unit beruniform sekolah menyokong proses PNP di dalam bilik darjah. Malah markah aktiviti ini diambil kira untuk kemasukan kepada pusat pengajian tinggi.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Aktiviti sebenarnya mempunyai peruntukan khusus berdasarkan per kapita untuk setiap murid dan jumlah disediakan untuk melaksanakan projek yang dirancang adalah mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua setakat ini sahaja dapat saya jelaskan mengenai perkara- perkara yang menyentuh Kementerian Pelajaran yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara-perkara yang tidak sempat dijelaskan akan tetap diambil perhatian dan tindakan sewajarnya.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sekolah AU10.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua atas teguran, sokongan berterusan Ahli Yang Berhormat terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai panduan, kita ada 28 kementerian akan menjawab. Masa yang diberi tiga hari untuk sesi jawapan kementerian. So, kita akan kira lebih kurang satu jam kementerian, average. That is it. We cannot go any longer than that.

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya faham bahawa ada kesuntukan masa tetapi pelajaran ini merupakan satu kementerian yang penting.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain tidak penting?

Yang lain pun penting

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya rasa pendidikan merupakan perkara yang penting. Saya pohon ia diberikan lebih masa untuk penjelasan dari pihak sini.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain pun penting Yang Berhormat. Yang Berhormat Kementerian Tenaga ini mungkin tidak penting bagi Yang Berhormat. Bagi luar bandar Sabah dan Sarawak penting.

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Semua penting. Jadi kita tidak boleh hadkan masa seperti ini.

final • 12:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Kementerian pendidikan ini yang saya...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Cukuplah Yang Berhormat. Cukuplah. We do not have to argue. Cukuplah. Menteri pun sudah habis. Cukuplah.

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya pohon jasa baik Timbalan Tuan Yang di-Pertua supaya kita diberi walaupun...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup-cukup.

final • 12:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ataupun kita extend the Parliament sampai pukul 12.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 petang] [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Dalam Negeri yang dijadualkan di nombor empat ke nombor lima menggantikan giliran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Titah Diraja 2012. Sila Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

final • 2:30 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada 13 Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi mengambil bahagian membahaskan beberapa perkara dan isu yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sepanjang sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan yang mulia ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi penjelasan berhubung dengan perkara dan isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tawau telah menyentuh mengenai projek pemindahan dan pemasangan jana kuasa berkapasiti 64 megawatt dari Langkawi yang dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad ke Tawau merupakan satu langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah kekurangan kapasiti penjanaan khususnya di Pantai Timur Sabah. Langkah ini diambil untuk menampung peningkatan permintaan tenaga pada kadar 8.1% setahun di Sabah bagi tempoh 2012 sehingga 2016.

Pemindahan set jana kuasa tersebut adalah satu tindakan segera yang ekonomik dan berdaya harap, ekoran daripada pembatalan projek stesen jana kuasa berasaskan arang batu di FELDA Sahabat. Ia juga mengambil kira tempoh yang diperlukan untuk melaksanakan projek stesen jana kuasa berasaskan gas atau liquefied natural gas dengan izin, berkapasiti 300 megawatt di POIC Lahad Datu yang hanya dijangka siap pada awal tahun 2016. Ingin saya memaklumkan di sini bahawa walaupun set jana kuasa ini merupakan set terpakai tetapi running hours dengan izin, bagi set jana kuasa ini adalah

final • 2:33 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

sangat rendah iaitu tidak melebihi 5,200 jam atau enam bulan running hours dan telah diselenggarakan secara berkala dengan baik dan oleh pihak TNB.

Blok pertama dengan kapasiti 32 megawatt dijangka dapat disiapkan dan dimulakan operasi pada Jun 2012. Manakala blok kedua pula pada Ogos 2012. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek ini mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Tawau dan juga Laporan EIA nya telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar secara bersyarat dengan keperluan kajian lebih terperinci dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, kenyataan Yang Berhormat Tawau berhubung penjanaan kuasa bergerak yang terpakai dan kini dibiarkan terbengkalai di laut adalah kurang tepat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Stesen Jana Kuasa Gantisan merupakan stesen jana kuasa terapung yang mempunyai dua unit jana kuasa yang masing-masing berkapasiti 17 megawatt dan 15 megawatt kini di tempatkan di Sandakan. Stesen jana kuasa ini mula beroperasi sejak tahun 2006 dan kini masih berada dalam keadaan baik.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu gangguan elektrik yang dilaporkan pada 4 Mac, 8 Mac dan 16 Mac adalah disebabkan isu-isu yang luar dikawal oleh pihak SESB kerana isu tripping yang berlaku dan juga gangguan bekalan elektrik yang berpunca daripada pihak ketiga iaitu kegiatan pembakaran terbuka oleh orang awam itu adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal dengan rapi oleh pihak SESB.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan isu feed-in-tariff yang di bawah Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari (SEDA) Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Seputeh dan Ahli Yang Berhormat daripada Simpang Renggam, perkembangan pembangunan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di negara kita ini adalah mengikut jadual yang dirancangkan dengan izin, on track iaitu kekal dengan sasaran bagi tahun 2015 dan tahun 2020 sebanyak 985 megawatt dan 2,080 megawatt masing-masing. Pelaksanaan mekanisme FIT ini baru sahaja bermula empat bulan selepas ia dilaksanakan pada 1 Disember 2011.

final • 2:33 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Oleh yang demikian, kebanyakan pemegang kelulusan feed-in approval (FIA) dengan izin, sedang dalam proses untuk membangunkan pemasangan TBB masing- masing. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, kadar tarif FIT telah ditetapkan berdasarkan kepada kapasiti pemasangan TBB seperti dalam Jadual Akta TBB 2011.

Perincian kepada kadar FIT boleh diperoleh dalam laman sesawang SEDA Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga 29 Februari 2012, sejumlah 743 permohonan dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 548.86 megawatt telah diterima oleh SEDA Malaysia. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 377 permohonan dengan kapasiti 311.56 megawatt telah diluluskan seperti berikut:

Jenis PermohonanKapasiti (megawatt)
Solar photovoltaic140.03
Biomass91.80
Hidro kuasa kecil65.25
Biogas14.48
Jumlah311.56

Selain itu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, sebanyak 87 permohonan dengan kapasiti 162.88 megawatt telah ditolak dan bakinya iaitu sebanyak 279 permohonan dengan jumlah kapasiti sebanyak 74.42 megawatt masih dalam peringkat pengesahan oleh SEDA Malaysia.

final • 2:40 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Kementerian saya melalui Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) dan SEDA Malaysia sentiasa berbincang dengan bank-bank komersial, mengadakan seminar, bengkel serta kempen-kempen bersiri melalui media massa bagi melahirkan keyakinan pihak terlibat serta orang ramai mengenai daya harap dan daya saing projek-projek TBB ini.

Malah, Bank Negara Malaysia juga telah menasihatkan bank-bank komersial dan industri supaya memberi perhatian khusus kepada permohonan-permohonan kewangan daripada pemaju-pemaju TBB ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam juga telah mengutarakan persoalan berkaitan dengan penukaran meter elektrik digital yang dikatakan menyumbang kepada peningkatan kadar caj elektrik yang ketara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, meter baru jenis elektronik akan merekodkan penggunaan elektrik dengan lebih tepat berbanding meter lama jenis elektro mekanikal. Oleh itu, pihak TNB menganggarkan peningkatan di dalam bil elektrik selepas penukaran meter hanyalah sekitar 2% sahaja. Selain disebabkan penukaran meter, peningkatan jumlah bil elektrik kebiasaannya disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti perubahan cuaca panas, musim perayaan, pertambahan jumlah isi rumah dalam tempoh tertentu, penggunaan elektrik yang tidak berhemah dan pengusikan meter lama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dalam melaksanakan proses penukaran meter ini, kementerian saya bersama-sama Suruhanjaya Tenaga akan memantau dan memastikan operasi penukaran meter oleh TNB dilaksanakan secara berhemah, tulus dan teratur serta tidak akan menyebabkan peningkatan bil elektrik secara mendadak.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya mengambil maklum serta memberikan perhatian terhadap perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tuaran tentang terdapatnya pengguna dikenakan bayaran walaupun caj penggunaan telah mematuhi syarat pengecualian iaitu tidak melebih RM20 sebulan. Dalam kes-kes terpencil seperti lokasi rumah pengguna yang terletak terlalu jauh di pedalaman atau keadaan cuaca buruk yang tidak membenarkan pembaca meter membuat bacaan, pengguna masih layak menerima rebat RM20 yang diperuntukkan oleh kerajaan. Apa yang perlu dilakukan ialah pengguna tersebut perlu merujuk kes tersebut ke kaunter SESB berdekatan dan penyelarasan akan dibuat secara manual.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Padang Terap telah membangkitkan berkenaan dengan pelaksanaan open bidding dengan izin, bagi projek stesen jana kuasa baru berkapasiti 1,000 megawatt sehingga 1,400 megawatt di Semenanjung Malaysia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan open bidding yang dibuat secara berdasarkan kepada least cost dengan izin, atau tawaran harga terendah bagi memastikan pengguna mendapat kadar tarif elektrik yang lebih berpatutan.

Manakala berhubung persoalan berkaitan pemberian subsidi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, ingin dimaklumkan bahawa pemberian subsidi gas untuk penjanaan akan diteruskan tetapi ia akan dikurangkan secara berperingkat seperti yang telah diumumkan sebelum ini di mana semakan harga gas akan dibuat setiap enam bulan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, mekanisme fuel cost pass through dengan izin, akan dilaksanakan selari dengan pengurangan kadar subsidi kerajaan. Namun begitu, kerajaan juga sedang merangka satu mekanisme lain bagi memastikan pengguna- pengguna elektrik yang berpendapatan rendah tidak terjejas dengan pelaksanaan mekanisme fuel cost pass through apabila ia dilaksanakan kelak.

final • 2:40 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kuching telah memohon penjelasan lanjut daripada kerajaan berhubung pencemaran air Sungai Liku, Miri yang telah menyebabkan pemberhentian operasi loji rawatan air bagi bandar tersebut. Daripada penyiasatan awal, didapati kebocoran minyak adalah disebabkan oleh kebocoran fuel hose di kilang Premix yang terletak di hulu Sungai Liku. Pihak Lembaga Air Kawasan Utara

(LAKU) telah mengambil kesemua tindakan dan inisiatif segera bagi mengatasi situasi tumpahan minyak. Pihak LAKU telah memaklumkan kepada semua pengguna mengenai keadaan pembekalan air yang bersih dan saya dapati para pengguna di Miri berpuas hati

final • 2:50 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

dengan tindakan segera yang telah diambil untuk memulihkan situasi kepada keadaan normal.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya semua pihak yang terlibat iaitu JKR Sarawak, LAKU, Petronas Carigali, Shell Emergency Response Team dan juga wakil-wakil rakyat setempat telah bergabung tenaga dalam menangani kejadian ini demi kesejahteraan penduduk setempat. Ingin juga saya memaklumkan bahawa perkara ini sudah kita maklumkan kepada kerajaan negeri supaya kilang Premix ini yang terletak di hulu Sungai Liku itu perlu dipindahkan dalam masa yang segera untuk mengelakkan kejadian yang sama di masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sarikei, projek penukaran serta penyelenggaraan paip air di Sarikei akan dilaksanakan dalam rolling plan ketiga, Rancangan Malaysia ke-10. Manakala pembaikan loji, kebersihan bayung di tempat kawasan Sarikei itu telah dibaikpulih pada bulan Jun 2011 yang lalu. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa saya ingin tahu sama ada itu pencemaran dilakukan oleh CMS Premix di Sungai Liku itu sama ada di samping bahawa itu syarikat ini akan pindah ke factory. Sama ada syarikat itu telah didenda, ada denda atau penalti atas sebarang pencemaran dilakukan oleh syarikat CMS Premix itu.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Untuk makluman Yang Berhormat, kes ini telah dilaporkan satunya pihak polis, keduanya kepada kerajaan negeri dan ketiganya penglibatan Department of Environment (DOE) Sarawak di dalam penyiasatan tersebut.

Jika loji ini melanggar undang-undang yang berkaitan, saya rasa pihak yang berkuasa itu, bukan kementerian saya, tetapi pihak berkuasa yang berkenaan akan ambil tindakan yang sewajarnya.

final • 2:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya hendak tanya berkaitan dengan Tuan Yang di-Pertua kerana semasa pencemaran air itu berlaku, saya secara kebetulan berada di Miri kawasan Yang Berhormat dan saya telah terima banyak perasaan tidak puas hati.

Bagaimana itu diesel boleh tertumpah masuk ke sungai dan mencemari loji rawatan atau pemprosesan air. Ini sesuatu yang saya rasa tidak sepatutnya berlaku. Ini saya hendak tanya kerana Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab ke atas berkaitan dengan air sungguhpun bukanlah Jabatan Alam Sekitar. Akan tetapi kita harus mengambil berat.

Bagaimana sebuah kilang boleh ditempatkan di sebuah kawasan tadahan kerana kalau ini adalah kawasan tadahan air ada saya percaya – ini saya kena minta Yang Berhormat Kuching untuk mengesahkan sama ada dia telah diwartakan. Kalau begitu, tindakan sedemikian harus diambil. Macam mana yang pertama boleh cerobohi kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air.

Kedua, sampai diesel boleh tertumpah menyebabkan orang Miri minum diesel.

Jadi, saya rasa itulah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku dan yang kita lihat sungguh pun telah berlaku tetapi yang penting mesti ada tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab, yang penting sekali terhadap syarikat tersebut. Janganlah kerana syarikat ini ada kaitan dengan orang-orang besar tertentu di Sarawak, ia ada kekebalan dari segi undang-undang. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan ambil berat sebagai seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dan juga hendak jaga kebajikan pengundi beliau. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak perlulah Yang Berhormat Bagan mengambil political mileage daripada kes inilah.

final • 2:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Masalah rakyat.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ini pencemaran boleh dilakukan di Pulau Pinang pun, mana-mana tempat. So, janganlah kita ambil political capital daripada kes ini. Saya sudah memberi penjelasan tadi bahawa kes ini sudah dilaporkan kepada polis dan juga DOE. Biarkanlah mereka untuk mengambil tindakan untuk menyiasat perkara ini. Mengenai catchment area ini Yang Berhormat, saya difahamkan kawasan itu telah diwartakan sebagai kawasan kawalan oleh dalam akta tersebut dan itulah situasi yang kita ada, elok kita janganlah ambil seolah-olahnya kita biarkan sahaja kes ini dan kita tidak ambil tindakan yang sewajarnya.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sabak Bernam, dalam perbahasannya telah menyentuh berkenaan isu berkaitan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) yang pada masa ini tertangguh kerana keengganan Kerajaan Negeri Selangor memberi kerjasama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, skim penyaluran air mentah daripada Pahang ke Selangor dilaksanakan oleh kerajaan bagi memenuhi peningkatan permintaan bekalan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sehingga tahun 2025, skim ini terbahagi kepada dua projek utama iaitu pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihan (LRAL2). Berdasarkan jadual asal, pelaksanaan skim ini dijangka siap pada tahun 2014 bagi menampung defisit bekalan air yang dijangka mula berlaku pada tahun tersebut.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Walau bagaimanapun, pelaksanaan bagi komponen LRAL2 telah tertangguh dan mengalami kelewatan berikutan keputusan kerajaan negeri membekukan kelulusan tersebut. Kerajaan Negeri Selangor hanya bersetuju untuk mengeluarkan kelulusan pembangunan tanah sehingga penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor dimuktamadkan mengikut pendekatan terma dan syarat yang ditentukan oleh kerajaan negeri. Sehubungan dengan itu, demi kepentingan rakyat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, besarlah harapan saya agar kerajaan negeri agar tidak terus mengaitkan dan menjadikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air sebagai barang tawaran bagi pelaksanaan projek rawatan air...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, boleh?

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya, nanti saya habiskan ayat dahulu.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Baik.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih, kelulusan segera terhadap semua permohonan yang berkaitan adalah tindakan murni yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan seperti yang dirancang demi kesejahteraan penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, silakan.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan itu. Cuma Yang Berhormat Menteri bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan langsung kepada Yang Berhormat Menteri, cadangan yang dikaitkan dengan penstrukturan. Yang Berhormat Menteri meminta kalau boleh diasingkan untuk kepentingan pengguna negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Akan tetapi kaedah penstrukturan ini adalah untuk mempertahankan kepentingan rakyat kerana perjanjian yang diguna pakai sekarang pada hemat kami di Selangor membebankan rakyat kerana kos kadar bayaran terlalu tinggi.

Kami telah mengemukakan satu formula supaya perjanjian itu diteliti semula dengan maksud apabila semua pelaksanaan projek ini selesai dan penstrukturan berlaku, kos, kadar air bagi pengguna jauh lebih rendah daripada yang dikenakan sekarang. Saya memohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri, saya melihat ini cara yang lebih terbuka, saya juga berterima kasih kerana daripada maklumat setiausaha kerajaan negeri dan wakil- wakil yang hadir dalam mesyuarat mengatakan Yang Berhormat Menteri memberikan satu pendekatan yang lebih lunak untuk memberikan ruang kepada Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan.

Jadi saya berharap ini dipercepatkan kerana sukar meminta Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sebahagian daripada pakej ini dengan mengetepikan isu penstrukturan kerana selagi prinsip ini tidak diterima, maka kami dibebankan dengan satu dasar dan perjanjian yang akan menyebabkan atau mengakibatkan kadar bayaran air di Selangor meningkat, melonjak begitu tinggi. Kerajaan Negeri Selangor tidak mungkin bersetuju dengan kaedah perjanjian yang ada sekarang dan kami bersetuju untuk menyegerakan dan menerima semua syarat-syarat lain yang difikirkan munasabah asalkan proses penstrukturan semula yang berkait rapat dengan kos kadar air di Selangor itu.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Jadi akhirnya yang menjadi isunya sama ada kita segerakan dan membiarkan kadar air melonjak mengikut perjanjian sekarang ataupun menyegerakan perjanjian urusan perbincangan semula dengan jasa baik Menteri dengan Kerajaan Negeri Selangor iaitu supaya penstrukturan semula ini tidak akan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Persekutuan juga, cuma mengambil alih rasa tanggungjawab itu dengan jaminan-jaminan seperti gerenti biasa yang Kerajaan Persekutuan lakukan tetapi akibatnya, bottom linenya ialah kadar air di negeri Selangor tidak boleh dinaikkan seperti mana perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

Saya mengambil sikap seperti ini, perjanjian yang masih sedang kita rundingkan, kita tidak berhenti, kita tidak tutup jawatankuasa bersama itu dan masih diteruskan. Saya berharap ada kaedah-kaedah yang baru sebab kaedah-kaedah yang lama yang diutarakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor, kita sudah tidak boleh bergerak dari segi rundingan, we are stucked at a point dengan izin. Jadi, saya memang berpendapat kalaulah ada cara-cara yang baru, kaedah-kaedah yang baru yang boleh dibawa kepada to the table, saya rasa itu kita boleh terus berunding tentang perkara ini sampai kita berpuas hati as you say dengan izin, win-win situation. Saya memang bersikap begitu dan mengenai pengasingan ini Yang Berhormat, saya hendak mengambil sedikit masa untuk menjelaskannya apa maksud saya.

Kalau kita mengaitkan dua isu ini, penstrukturan dengan Langat 2, ini akan mengambil masa, kita sudah dua tahun Yang Berhormat, saya sudah mengambil alih kementerian ini dan saya sudah bertemu dengan MB Selangor beberapa kali untuk berunding dan tadi saya juga ada menyebutkan tentang jawatankuasa bersama itu masih terus berunding jika ada isu yang ada pendekatan yang baru. Akan tetapi Yang Berhormat, kita tidak boleh menunggu sampai semuanya ini selesai barulah kita hendak memulakan pembinaan. What I want Yang Berhormat is for us to start construction, sebab kalau kita hendak bermula pada hari ini pun ia akan mengambil masa lima tahun untuk menyiapkan loji itu Yang Berhormat, kalaulah di dalam lima tahun ini sekarang ada masalah kekurangan air, bagaimana kita pergi mencari air? What are the kaedah, what are the ways we can find water source? Ini yang saya khuatir. Itu sebabnya, saya hendakkan dua isu ini diasingkan, give us the approval terdahulu. Kalau ada approval saya boleh start...

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

...Lain kali, lain hari apabila ia sudah siap nanti kita boleh berunding, masuklah Langat 2 ini untuk total solution kita, itu tidak apa.

Akan tetapi kalau kita hendak menunggu sampai rundingan ini siap barulah kita hendak memulakan construction, saya rasa itu akan mengambil masa yang terlalu panjang and this is going to be a very situation of jeopardy for our people here in Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Oleh sebab itulah, saya mencadangkan, give me the construction permit dan saya boleh, esok, lusa pun start construction. Apabila construction itu bermula, kita bolehlah lega sedikit, kita boleh teruskan rundingan dan saya tidak menutup rundingan itu, kita masih boleh berunding jika ada kaedah yang baru. Saya difahamkan Yang Berhormat pun ada mempunyai fikiran seperti ini, bolehlah kita berunding.

But let me construct first. Saya mempunyai peruntukan dan design pun sudah siap.

Kalaulah proses ini ditenderkan dan construction dimulakan saya rasa itu lebih munasabah daripada sikap untuk kita habiskan penstrukturan dahulu baru kita mulakan construction tersebut.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya sambung sedikit daripada Yang Berhormat Permatang Pauh sebentar tadi Tuan Yang di-Pertua. Dewan Rakyat ini menyedari bahawa kos pembinaan saluran air mentah Pahang dan Selangor ini memakan satu jumlah yang besar, dengan izin satu whopping cost RM8.6 bilion Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit waktu dahulu kita digemparkan dengan berita kononnya Selangor berdepan dengan kekurangan air dalam jangka waktu yang dekat dengan menyebutkan CEO iaitu Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS menyebutkan bahawa bekalan yang diperlukan adalah 4,086 juta liter sehari (GLH) dan kita punya kapasiti hanya 4,326 pada

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

jumlah bekalannya. Dengan itu rizab kita hanyalah 240 juta liter sehari ataupun bersamaan dengan 5.9% sahaja.

Sebutan seperti ini Tuan Yang di-Pertua, kerap dibuat. Sementara kita sedar bahawa Selangor yang punya sumber-sumber alternatif yang lain. Air sungai, tasik dan air bawah tanahnya, air bawah tanah Selangor ini belum kita explore. We have got the technology, dengan izin, ground water solution untuk meneroka air yang juga sumber yang baik, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, dengan tasik seperti Sungai Tinggi, Sungai Selangor, Klang Gate, Langat Reservoir, Semenyih, Klang Reservoir dan sebagainya ini, saya sendiri mintalah Yang Berhormat Menteri sebutkan apakah yang kerap disebut tentang Langat 2 ini hanya sebagai solution kepada air Selangor ini kerana perkara ini sangat dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk NGO, terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat Menteri, saya minta mencelah sedikit. Pertamanya, saya mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia [Tepuk] yang datang untuk bersama dengan kita.

Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin mencelah mengenai isu bekalan air ke negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan.

Pandangan saya adalah bahawa pada waktu ini Kerajaan Negeri Selangor telah mempolitikkan isu ini. Dengan izin, hold at ransom penduduk di negeri Selangor dan juga di Wilayah Persekutuan akibat daripada ketidakinginan kerajaan negeri untuk membenarkan Projek Langat 2 diteruskan. Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyebut bahawa kita sudah sampai ke keadaan in past, dengan izin. Satu keadaan di mana tidak ada penyelesaian. Jadi, saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri, apakah alternatif yang ada pada Kerajaan Persekutuan sekiranya keadaan politik tidak berubah dan kita masih lagi tidak dapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dengan sengajanya memanjangkan isu ini sampailah berlakunya krisis bekalan air pada tahun 2014? Apakah recourse ataupun apakah option lain yang ada pada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan bahawa tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang akan menyebabkan krisis air pada tahun 2014 itu tidak berlaku. Ini sebenarnya menjadi tanggungjawab kita sebagai Kerajaan Persekutuan untuk memastikan bahawa isu ini tidak dipolitikkan sampai jadi krisis bekalan air, terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya menganggap bahawa pihak yang memegang rakyat Selangor sebagai hostage dan memaksa mereka menerima syarat-syarat yang tidak adil adalah pihak Barisan Nasional sendiri dahulu apabila mereka memerintah negeri Selangor. Di mana mereka telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak SYABAS di mana kadar air meningkat setiap tiga tahun dan dipaksakan ke atas rakyat.

Dalam soal jangkaan ataupun anggaran keperluan air untuk negeri Selangor iaitu di mana dikatakan pada tahun 2014 jumlah air yang sedia ada sudah tidak mencukupi.

Anggaran ini tetap dipertikaikan dan mengikut kajian-kajian yang bebas yang dilakukan oleh banyak pihak termasuk NGO, mereka telah menyatakan bahawa andaian-andaian yang diletakkan dalam anggaran pihak Kerajaan Barisan Nasional tidak munasabah.

Dianggarkan bahawa jumlah air yang sedia ada dan sumber-sumber yang sedia ada sudah mencukupi sehingga ke tahun 2019 dan bukan tahun 2014.

Saya rasa persoalan ini telah pun dikemukakan dan dibahaskan dalam banyak pertemuan dan kita menganggap bahawa keinginan pihak Kerajaan Barisan Nasional untuk mengadakan projek yang menelan belanja yang begitu tinggi seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor iaitu sebanyak RM8.6 bilion mempunyai agenda yang tersendiri. Kita rasa sebagai kerajaan di negeri Selangor, kita berhak untuk mempertikaikan anggaran yang telah dikemukakan. Biarlah perbahasan itu dilakukan dengan cara yang ilmiah dan dengan cara yang bertanggungjawab dan bukan dengan tujuan untuk hendak saling menuding jari dengan tujuan untuk mengadakan projek-projek mega yang sebenarnya tidak begitu diperlukan buat masa ini.

Seperti mana Yang Berhormat Menteri sendiri menyebut, tempoh yang dianggarkan untuk projek itu dilaksanakan memerlukan tempoh masa selama lima tahun.

final • 3:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sekiranya anggaran Barisan Nasional adalah tepat iaitu tahun 2014 sudah cukup untuk menentukan air akan habis dan tidak mencukupi, maka sudah pasti lima tahun itu adalah satu tempoh yang tidak munasabah kerana kalau dilaksanakan sekarang sekalipun ianya akan mengambil masa sehingga tahun 2017. Kalau mengikut anggaran yang asal, sudah pasti rakyat Selangor semua sudah mati kehausan. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang Berhormat Menteri, mencelah just sedikit sahaja iaitu saya hendak jelaskan, pendek sahaja apa yang saya sebut. Saya setuju dan saya agak harus lebih berlapang dada sebab daripada laporan kerajaan negeri, Yang Berhormat Menteri memberi ruang cukup baik. Soalnya, Yang Berhormat Menteri juga terikat dengan arahan bahawa hendak pisahkan penstrukturan dengan Langat 2. Masalahnya, mengapa perbincangan dan rundingan itu mengambil masa terlalu lama, lebih dua tahun, itu satu.

Keduanya, tidakkah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa Kerajaan Negeri Selangor kalau bertanggungjawab, tidak harus menerima syarat Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan Persekutuan tidak mempedulikan soal kadar sekarang ini. Pertikaian kita ini adalah soal kadar. Kalau kita setuju dengan Langat 2 diteruskan, penstrukturan dilengahkan dan kadar air itu meningkat. Meningkat itu dua tiga kali ganda. Rakyat yang dibebankan. Pendirian kita, kita tak mahu perjanjian yang ada, yang ditandatangani cukup cuai sekali.

Yang Berhormat Menteri teliti perjanjian, saya juga teliti perjanjian dengan cukup terperinci. Saya agak hairan bagaimana hal ini boleh berlaku? Kemudian kerajaan negeri sekarang hendak dipaksakan untuk menerima perjanjian yang ada dengan kadar yang meningkat mendadak. Isu pokok, bukan soal ownership semata-mata tetapi soal kadar yang dibebankan kepada pengguna.

Saya percaya Yang Berhormat Menteri appreciate concern ini, bagaimana boleh kita resolve. Kalau terus dengan Langat 2, apa jaminan bahawa dalam perjanjian penstrukturan semula itu rakyat Selangor tidak dibebankan dengan kadar yang memperkayakan segolongan kecil dan memaksa rakyat Selangor membayar. Yang Berhormat Menteri jangan geleng kepala. Saya perhati. Saya tengok perjanjian itu. Kalau kita terima perjanjian itu, kadar kenaikan itu mendadak sekarang.

Jadi, soal hendak katakan kita politikkan, cuai – politik apa? Politik wang, hendak kayakan satu, dua tiga syarikat? Ataupun politik untuk jaga kepentingan rakyat. Kalau Yang Berhormat Menteri di Dewan ini boleh mengatakan tidak timbul sama sekali kadar air dinaikkan, saya hendak dengar itu.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Yalah. Oleh sebab Ketua Pembangkang di sinilah semua banyak hendak sokong. Okey, saya jawab. Saya jawab.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang tadi memang betul. It is a matter of the tariff. Betul. Kita runding pun, apa sebab kita hendak penstrukturan itu pun sebab tarif. Itu tidak ada perbezaan Yang Berhormat. Di dalam joint committee itu, itu pun dibincangkan. Kita tidak ada perbezaan yang banyak, tetapi hanya cara untuk melaksanakan penstrukturan, ambil alih, concessions yang sedia ada itu. Itulah ada sedikit masalah yang kita hadapi.

Oleh sebab itulah yang saya katakan kita dalam satu tahap yang kita tidak boleh teruskan lagi. Kalau kadar Yang Berhormat, you boleh tanya Yang Berhormat Bagan ini.

Ketua Menteri Penang, beliau sudah menerima penstrukturan, cara penstrukturan. Hari ini kita boleh tanya beliau, siapa yang menentukan kadar air di Pulau Pinang. Bukan saya, bukan SPAN, beliau. Beliau yang menentukan berapa hendak charge rakyat dan akhirnya runding dengan pihak persekutuan, SPAN supaya kadar itu munasabah atau tidak. Saya tidak ada kuasa untuk menentukan berapa tingginya kadar air. So it is not an issue Yang Berhormat. Jangan salah fikir. It is not an issue.

Apa yang saya sebut tadi, kita boleh teruskan.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri, saya tanya sedikit sahaja.

Wasiat itu menentukan Menteri yang pada akhirnya menentukan tarif.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya baca betul Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak. Kita luluskan, betul tetapi kita perlu runding.

Asasnya menentukan berapa ialah pihak negeri. Are you going to confirm that?

final • 3:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini saya hendak nyatakan bahawa pada asalnya memang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu ditentukan oleh pihak kementerian. Akan tetapi selepas rundingan dengan pihak kerajaan negeri, kerajaan negeri bertegas bahawa ia mesti mendapat persetujuan muktamad daripada kerajaan negeri.

Maka, syarat ini telah diubah kerana sepatutnya kerajaan negeri yang tentukannya. Akan tetapi di sini saya pun hendak minta untuk Yang Berhormat Menteri untuk memastikan bahawa surat perjanjian ini dapatlah dipenuhi dengan sepenuhnya. Ini kerana salah satu syarat ialah untuk pembinaan Empangan Mengkuang di mana menurut kajian yang dibuat oleh pihak konsultan atau pun pakar perunding, maka ia dinyatakan bahawa kawasan yang diperlukan adalah tidak mencukupi. Oleh yang demikian, perlu lebih banyak tanah untuk diambil. Akan tetapi ia sepatutnya dibiayai oleh pihak kementerian, tendang pula balik kepada kerajaan negeri. Saya rasa ini seperti tidak ikut perjanjian yang ditandatangani. Kita harap perkara ini boleh diselesaikan. Kos pengambilan tanah bolehlah diambil atau ditanggung oleh pihak kementerian seperti mana yang ditandatangani. Saya percaya ini akan memberikan keyakinan bahawa memang semua yang dipersetujui akan dituruti.

Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Saya balik kepada kadar itu Yang Berhormat Permatang Pauh. Itu memang asasnya. Saya rasa pihak Selangor tidak usahlah, janganlah menggunakan kaedah tarif itu sebagai politik. Itu yang tidak ada berkaitan. Pulau Pinang punya experiences sudah cukup untuk membayangkan bahawa kita memang ikhlas. Kita hendak ada kadar yang munasabah untuk kita lanjutkan.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Mengenai perbandingan Pulau Pinang dengan Selangor ini. Pulau Pinang, ia tidak terikat dengan perjanjian penswastaan sebelum perundingan dengan Kerajaan Persekutuan. Selangor Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, Selangor sudah terikat dengan perjanjian yang ada dan syarat perjanjian yang membebankan pengguna dengan kadar tarif yang tinggi. Itu yang menjadi persoalannya.

Saya tahu apa yang berlaku di Pulau Pinang ini. Menteri hendak sebut sekarang, kita boleh ketepikan perjanjian yang ada sama sekali, maka ini bukan nampaknya menjadi salah satu natijah dari semangat rundingan. Walaupun Menteri nampak mendengar dan bersetuju dalam banyak perkara, tetapi Menteri tidak boleh beri jaminan ini. Oleh sebab itu, Selangor mengatakan harus di struktur semula supaya Selangor mempunyai suara yang lebih berkesan untuk pertahankan kepentingan Selangor seperti mana Pulau Pinang berjaya lakukan. Dalam keadaan sekarang, ia dikuasai oleh SYABAS dan syarikat pengendali.

Oleh yang demikian, dalam penstrukturan semula cadangan ialah supaya sebahagiannya diambil alih oleh kerajaan negeri kerana memikirkan soal tarif. Yang Berhormat Menteri masih menekankan tarif tidak ada kena-mengena. Tidak betul sebab perjanjian itu masih sah dan diguna pakai selagi syarikat yang ada itu masih berkuasa menjalankan kerjanya. Langat 2 ini ada kaitan, sebab itulah saya minta Yang Berhormat Menteri tidak boleh bandingkan dengan Pula Pinang atas dua sebab. Perjanjian itu terlalu jelas menyebut tentang tahun-tahun di mana kadar tarif kenaikan air ditetapkan. Ini kalau diketahui rakyat Selangor memang menolak. Rakyat Johor kalau tahu pun akan menolak juga.

Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri tegas dalam perkara ini. Kalau kata hendak selesaikan, Yang Berhormat Menteri patut bersetuju dan kita di Selangor boleh segerakan dalam fast track perjanjian supaya penstrukturan semula itu disegerakan. Beri tempoh dua bulan, kita selesaikan mana term of references mana yang boleh hendak

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

selesaikan, baru kita bawa Langat 2. Jangan beri alasan hendak Langat 2 kerana saya pun curiga juga. Langat 2 lepas, yang ini terlepas.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri, sedikit Menteri. Kuala Selangor ini. Kuala Selangor ini...

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Mengenai SYABAS.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri, kalau...

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Cukuplah.

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Belum cukup Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Saya hendak tanya Yang Berhormat Permatang Pauh, apa takutnya.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Belum cukup itu Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Just give me the development order. I will start five years.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tidak boleh Menteri. Mana boleh?

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak akan lima tahun baru selesai rundingan?

Jangan takut.

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, ada solution tetapi...

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Give me the development order.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Cadangan Selangor, cadangan...

final • 3:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Itu bukan kaedah penyelesaian yang terbaik.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, kalau di meja bulat sudah berunding begitu lama tidak selesai, tidak akan dalam masa dua tiga minit ini boleh selesai. So sabar sedikit, tunggu apa Menteri jawab kerana yang dihujahkan oleh Ketua Pembangkang tadi sudah cukup jelas bagi saya. Jangan lagi beri kecamuk.

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila jawab.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Perlu diperingatkan.

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, saya ada satu soalan mengenai SYABAS.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskanlah.

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, boleh tunggu sedikit? Saya ada satu soalan mengenai SYABAS.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Sesi ini tidak akan habiskan untuk rundingan itu.

Apa yang perlu ialah we seat on negotiation table...

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini hampir selesai sudah ini, hampir selesai. Jangan beri kecamuk lagi. Sila teruskan.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Saya boleh runding dengan Yang Berhormat Permatang Pauh kalau perlu. Tidak ada masalah.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Menteri tidak hendak selesaikan itu. Cadangan itu sudah baik itu.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Menteri, sebelum selesaikan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh, jawab soalan saya.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Baik Tuan Yang di-Pertua. Hasil daripada sesi ini saya rasa adalah baik. Kalaulah Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendak mengetuai rombongan daripada Selangor, saya bersetuju. I have no problem. We can seat.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak alih kepada isu yang lain iaitu pembangunan teknologi hijau di Malaysia.

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi ke topik yang lain, bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan peruntukan atau pun loan yang diberikan kepada SYABAS secara rahsia baru-baru ini dan mengapakah loan itu diberikan...

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Secara rahsia?

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Secara rahsia. Ini kerana loan itu telah diberikan tetapi tidak tahu berapa wang itu diberikan dan untuk apa.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak perlu. Kalau hendak tuduh seperti itu, tidak perlu saya jawab. Tidak perlu.

final • 3:20 PM

Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, NFC pun rahsia juga

final • 3:20 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Katil dan Yang Berhormat Parit Sulong, antara objektif yang terkandung dalam Dasar Teknologi Hijau Negara adalah peningkatan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau dan menggalakkan penggunaan aplikasinya secara meluas.

Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan teknologi hijau. Pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program-program yang komprehensif dan meningkatkan kesedaran awam dalam teknologi hijau adalah merupakan strategi utama kementerian. Antara aktiviti- aktiviti yang telah dilaksanakan oleh kementerian saya ialah sebagaimana berikut;

(i) penganjuran Karnival 1Hijau 1Komuniti yang telah dilaksanakan setakat ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Bandar raya Melaka, Sekinchan, Selangor dan Miri, Sarawak;

(ii) mengadakan program Fleet Test Vehicle (FTV) dengan izin, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Proton.

Program ini bertujuan untuk mengkaji corak pemanduan atau dengan izin, driving pattern pengguna di samping memberi peluang kepada responden terpilih mengalami pengalaman sebenar menggunakan kenderaan elektrik Proton. Program ini juga adalah sebagai langkah promosi penggunaan kenderaan elektrik dan hibrid selain daripada memperkenalkan sustainable mobility dan green vehicle, dengan izin; dan

(ii) menganjurkan International Green Technology and Eco Product Exhibition and Conference (IGEM) dengan izin, yang bermula pada tahun 2010.

Penganjuran IGEM telah menjadi produk tahunan kementerian untuk mempromosikan pembangunan teknologi hijau, dan sepanjang dua tahun pelaksanaannya, sambutan yang diterima dan perkembangannya adalah amat menggalakkan dan penganjurannya pada tahun ini akan diteruskan pada bulan Oktober nanti.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Saya nak tanya mengenai teknologi hijau yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Menteri.

Adakah pihak Kerajaan Persekutuan kerana saya memerhati bahawa dalam Economic Transformation Programme (ETP) oleh pihak Kerajaan Persekutuan ada disebut bahawa teknologi hijau merupakan satu sumber atau satu industri yang hendak digalakkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan di antara teknologi hijau yang ingin digalakkan termasuklah renewable energy. Saya ingin bertanya, adakah cadangan ini tidak diteruskan kerana baru-baru ini, mungkin sebelum ini saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Menteri dari Miri bersetuju bahawa tenaga solar adalah di antara renewable energy yang hendak digalakkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan, pertama.

Yang kedua, apakah risiko tentang tenaga solar ini kerana baru-baru ini terdapat pula satu kenyataan yang saya rasa amat luar biasa dan ganjil sekali kerana memang semua orang tahu bahawa tenaga solar adalah satu jenis sumber tenaga bersih. Kalau dibuat pemprosesan, tentu dia ada sisa-sisa sama seperti industri lain dan mengikut penilaian daripada Jabatan Alam Sekitar, ia harus dirawat mengikut kaedah yang betul tetapi buat kali pertama, saya telah mendapat tuduhan bahawa sumber tenaga solar ini ada kesan dan sisa atau bahan radioaktif. Adakah ini benar, bahawa sumber tenaga solar ada bahan dan keluaran radioaktif kerana kalau ini benar, mengapakah pihak kementerian membenarkan tenaga solar didirikan terlebih awal di Melaka daripada negeri-negeri lain sehingga sekarang apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan MIDA telah berjaya menarik pelaburan yang besar daripada Robert Bosch Solar daripada Germany dengan pelaburan sebanyak EUR520 juta atau RM2.2 bilion.

Pelaburan ini sekarang dikritik oleh Barisan Nasional Pulau Pinang bahawa ia ada kaitan dengan radioaktif. Kenapa kita membenarkan tenaga solar ke Pulau Pinang? Ini sesuatu yang saya tak pernah baca dalam apa-apa sumber-sumber sains tetapi itu mungkin pakar saintis di Pulau Pinang, di negara Malaysia tak adalah. Mungkin pakar-pakar saintis Barisan Nasional di Pulau Pinang telah mengesan ada keluaran radioaktif. Bolehkah saya tahu sama ada ini benar atau tidak kerana kalau benar, di Robert Bosch belum mula lagi tetapi di lain-lain tempat di Malaysia telah mula. Adakah ini bermakna bahawa pihak kementerian akan menutup semua kilang solar ini? Kalau begitu, saya rasa usaha SEDA yang telah diusahakan begitu kuat oleh Yang Berhormat Menteri pun tidak akan tercapai matlamat dan hasratnya. Ini satu perkara penting Yang Berhormat Menteri, kerana dalam usaha kita untuk tarik pelaburan solar bukan senang, susah.

Saya tahu Yang Berhormat Menteri pun tahu betapa susahnya kita bertungkus- lumus tetapi sekarang pula kita dituduh kita benarkan bahan-bahan radioaktif dan Atomic Energy Licensing Board dipetik mengatakan – ini saya pun tak tahu sama ada benar atau tidak tetapi ada satu petikan yang menyebut Pengurus Besar Atomic Energy Licensing Board (AELB), Raja Aziz kalau saya tidak silap mengatakan bahawa ada keluaran radioaktif daripada solar energy. This is something new lah. Boleh saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana saya rasa kalau ini tak benar, ini satu perkara yang sungguh sumbang sama sekali.

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Menteri, boleh menjawab sedikit Menteri? Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat daripada Bagan itu satu soalan yang penting untuk dijawab oleh kementerian, saya ingin bertanya soalan yang sama tetapi mungkin daripada perspektif yang berbeza sedikit. Pada masa yang sama, Yang Berhormat Bagan mengatakan bahawa kalau sesuatu projek itu telah diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom atau AELB, ianya mesti diterima dan diterima pakai. Agaknya itu asasnya kenapa syarikat-syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu, yang diberi lesen oleh AELB diterima pakai oleh Ketua Menteri.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya tak pernah cakap begitu.

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini pandangan saya, sudut saya.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya tak pernah kata begitu, dia putar belit.

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya nak tanya kepada Menteri.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tadi Yang Berhormat telah cuba putar belit.

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tak, tak. Saya tak cakap begitu Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya menyatakan bahawa daripada segi solar, kita tak pernah rujuk kepada AELB. Tak pernah rujuk kepada AELB dan sekarang AELB cakap pula ada keluaran radioaktif. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada ini benar kerana saya pun tak percaya Pengurus Besar AELB boleh keluarkan satu kenyataan sedemikian. Ini mungkin sesuatu laporan yang tak benar. Kita tak pernah mohon kepada AELB, ini solar. Kalau ada, saya nak minta Yang Berhormat Menteri untuk berikan penjelasan kerana kita ikut kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

This is my floor Yang Berhormat tetapi orang lain bercakap pula Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini ialah kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan termasuk Jabatan Alam Sekitar, termasuk daripada MIDA. So, saya harap yang tahu jawab, jangan mereka yang tak tahu diam. [Dewan riuh]

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tan Sri, this is my floor. Ini floor saya Yang Berhormat, my floor Yang Berhormat. Yang Berhormat kenalah bagi ruang. Kalau Yang Berhormat bercakap, tak betullah. Saya nak tanya kepada Menteri sebab di Pulau Pinang, syarikat-syarikat yang ada di Pulau Pinang itu, saya bercakap dengan Pengarah AELB sendiri. Beliau mengatakan bahawa ada syarikat-syarikat ataupun kilang-kilang di Pulau Pinang yang dilesenkan oleh AELB. Raja Aziz mengatakan kepada saya dan saya katakan kepada dia, kenapa di situ boleh diterima pakai oleh pihak kerajaan terutamanya Yang Berhormat dari Bagan tetapi dalam kisah Lynas pula, agensi yang sama memberi pengiktirafan, tidak diterima. Itu yang persoalannya. Jadi kita mahu tahu juga kenapa ada double standard di sini?

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Yang Berhormat, SEDA memang giat untuk memperkembangkan solar ini juga sebab solar ialah antara empat jenis tenaga boleh baharu yang kita promosikan. Mengenai sama ada solar ini akan ditutup, ini memang tidak akan berlaku. Ini saya jawab terlebih dahulu.

Keduanya, sama ada solar ini merangkumi bahan radioaktif, setakat ini saya boleh jawab – kerana yang lain itu maybe technical yang perlu pihak AELB dan juga saintis daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menjawabnya dengan lebih lanjut dan lebih tepat. Apa yang saya boleh sebutkan ialah sebahagian daripada pembuatan solar cell itu adalah melalui rare earth yang sedang hangat dibincangkan. Ia ada kandungan rare earth. Barangkali, sebab itulah pihak AELB mengatakan solar cell ini adalah radio aktif.

Akan tetapi saya juga hendak sebut bahawa banyak juga perkara yang hari ini kita lakukan ada juga radioaktif. Kita punya handphone, saya difahamkan ada juga radioaktif dan radio wave. Lightning arrester dengan izin, juga mempunyai radio aktiviti tetapi ia di dalam tahap yang sangat rendah dan saya difahamkan tidak akan menjadi bahan yang membahayakan kesihatan manusia.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Saya rasa itu memang yang disebut. Seperti Yang Berhormat Menteri sebut tadi, untuk semua syarikat elektronik dalam cluster industri elektronik, memang kalau kita lihat dari segi handphone, kalau kita lihat dari segi cip, mereka ada gunakan bahan-bahan torium iaitu salah satu daripada jenis rare earth tetapi itu penggunaan. Macam kita sebut kalau kita menggunakan ubat-ubat yang bahaya, itu digunakan dalam proses membuat ubat tetapi untuk mengeluarkan bahan itu, ia ada kesan-kesan yang bahaya. Jadi saya rasa itu adalah dua perkara yang berlainan. Satu ialah menggunakan elemen tersebut dan satu lagi ialah proses untuk mengeluarkan elemen tersebut.

Saya rasa itulah untuk orang yang tidak faham mereka keliru. Dalam proses mengeluarkan elemen tersebut memang ada wujud bahan radioaktif. Itulah sebabnya bila saya pulang dari Australia baru pagi ini, di Western Australia, kerajaan negeri menyatakan

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

dan membuat pengumuman mereka tidak akan terima sisa-sisa buangan daripada Lynas.

Sungguhpun sumber rare earth (nadir bumi) digali daripada Western Australia, diangkut beribu-ribu kilometer pergi ke Kuantan untuk diproses, mereka tidak akan terimanya balik kerana ia memang bahaya. Itu dua perkara yang berasingan.

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kalau kita cakap mengapa ia begitu bernilai sekarang, kerana ia digunakan secara menyeluruh dalam industri elektronik. Sekarang memang kita setuju bahawa dari segi tenaga solar mereka ada gunakan bahan tersebut tetapi saya rasa Yang Berhormat Menteri pun bersetuju dengan saya yang tenaga solar adalah satu sumber tenaga bersih, satu sumber tenaga hijau yang bersih. I think that one – come on, it is not politic lah. It is something clean, a clean source of energy, kita semua setuju. Memang diakui dalam Bangsa-bangsa Bersatu pun tetapi ada orang yang rasa mereka lebih besar daripada Bangsa-bangsa Bersatu.

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, Yang Berhormat Kuantan.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So dalam aspek tenaga hijau ini, kalau tenaga hijau ini cuba dipolitikkan untuk menyatakan ia satu bahan radioaktif – tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan tidak akan tutup semua kilang pemprosesan solar. Saya rasa itu satu keputusan yang bijak tetapi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh nasihatkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang yang sekarang cuba menyatakan bahawa kerajaan negeri telah luluskan satu projek solar yang telah pun diluluskan oleh MIDA, disokong oleh MIDA iaitu Kerajaan Persekutuan sendiri, dengan menyatakan ini adalah satu jenis sumber radioaktif. Ini adalah sangat bahaya kerana permainan politik ini tidak harus menjejaskan usaha kita untuk menarik pelaburan hijau.

Kalau perkara ini dibesar-besarkan di peringkat dunia, sekarang sudah susah untuk tarik pelaburan hijau dan pelaburan renewable energy seperti solar energy. Jangan mainkan politik di dalam perkara ini kerana memang apa yang benar itu benar.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Solar energy adalah satu jenis tenaga yang hijau yang bukan sahaja diminati oleh negara Malaysia, malah Australia pun hendak tenaga solar. Kalau boleh mereka pun hendak sumber tenaga sedemikian. So di sini saya harap perkara ini dapatlah dijelaskan dan saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh pastikan dengan AELB – saya rasa di bawah pihak kementerian bukan AELB ini? Is it under your ministry? Kalau tidak, saya rasa dengan Dr. Max. Saya akan pastikan dengan Dr. Max kerana saya tidak percaya beliau akan keluarkan kenyataan yang saya rasa kurang bijak seperti ini kerana tidak ada apa-apa bukti saintifik dalam kenyataan yang dinyatakan. Jadi kita harap perkara ini bolehlah diuruskan oleh para saintis, bukanlah mereka yang cuba berlagak macam saintis.

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, boleh saya menjawab ya?

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh sedikit Yang Berhormat Menteri?

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Saya mendengar dengan tekun hujah-hujah yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan dan saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Bagan, hujah itulah yang digunakan oleh pihak kerajaan terhadap Lynas tentang masalah tentang penggunaan expert United Nation.

Saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Menteri apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan tadi mengenai kononnya Barisan Nasional tidak mengendahkan pandangan United Nation, saya hendak bagi tahu, Yang Berhormat Kuantan yang tidak menerima pandangan daripada United Nation. Itu satu.

Keduanya Yang Berhormat Menteri, saya hendak berkongsi pandangan. Tadi dikatakan tentang Kerajaan Australia Barat atau West Australia State mengatakan tidak membenarkan sisa buangan, memang betul. Itu as a matter of principal, as a matter of policy. Apabila ada waste itu dibuat di luar negara daripada Australia untuk dimasukkan

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

semula ke dalam negara mereka, memang mereka tidak mahu. Ini tidak ada kena mengena dengan Lynas. Ianya semua secara polisi. Uranium waste semua. Bukan sahaja tentang torium dan sebagainya. Ini adalah as a matter of policy. Jangan gunakan itu untuk memutarbelitkan kenyataan bahawa kerajaan Pulau..

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Bangun]

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, this is my floor kalau boleh, you know. Jadi sebab itu saya katakan...

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya rasa yang hujah utama saya...

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, I stood here just now listening to you!

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua, hujah utama saya adalah sama.

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I stood here just now listening to you.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Memang sama iaitu kalau kita sebut tentang Lynas...

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, this is my floor.

final • 3:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Dengar dahulu Yang Berhormat Kota Belud.

Dengar dahulu. Kalau kita sentuh tentang Lynas...

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no. You listen to me. Tadi saya sudah dengar.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Belud duduk, Yang Berhormat Bagan duduk dahulu.

Kalau saya assess, draw. Sama-sama ada point. Biar Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Last...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, kita ada 23 kementerian lagi. Ini baru hari pertama. Ingat, hari Khamis kita tidak ada sambungan sampai jam 9.30 malam. Banyak lagi kementerian-kementerian yang penting perlu dibahaskan macam ini.

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, ten second.

Yang Berhormat Menteri, last point, ten second sahaja.

Yang terakhir yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan iaitu mengenai solar panel, Lynas dan sebagainya. Yang kita pertikaikan di sini ialah double standard itu. Apabila di Pulau Pinang, mereka menerima semua apa yang dikatakan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, tetapi kalau di tempat lain, mereka tidak mahu mendengar. Itu pada saya Tuan Yang di-Pertua, politik nombor satu. Itu yang saya hendak katakan.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri sedikit.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat, tidak ada politik di atas sini, tidak ada politik, mendengar.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ini bukan politik Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan politik.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, ini bukan politik, ini sains.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Saya akan habiskan.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya mahu jawab sains ini Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Belud tidak belajar sains. Kalau Yang Berhormat Menteri izinkan...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak payah. Yang Berhormat Menteri kata tidak payah.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak payahlah, tidak payah.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, solar energy.

Lapan solar panel...[Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak payah, tidak payahlah.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

No, no, no.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Duduklah, duduklah. Tidak payah, tidak payah.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, this is important for you.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak payahlah.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Don’t be ignorant. Jangan cakap...

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, ini pengiktirafan.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Come talk outside.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Let me dispense...

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Di luar, di luar.

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom menggunakan.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri teruskan.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Solar panel tidak produce radioactivity.

Solar panel produce electromagnet...

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Why did you do it way? Flip-flop!

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekejap boleh, sekejap tidak boleh.

Flip-flop. Sekejap diterima, sekejap tidak diterima.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri...

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, yang saya fikirkan pada isu ini...

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, let me say this to you. Yang Berhormat Menteri, solar panel tidak produce radioactivity, solar panel produce electromagnetic radiation yang...

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

This is not about solar panel. It’s about you acceptance of additional B.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Mengatasi World Health Organization safe exposure.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Okey, okey.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Please, Yang Berhormat Bagan betul Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini bukan masalah panel Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Cukuplah, cukuplah.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Bagan betul Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no, no.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Dia tidak ada radio aktiviti, only electromagnetic radiation.

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia bukan soal royalti. One minute you agree, the other minute you don’t agree.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Please lah Yang Berhormat Kota Belud, belajarlah sedikit.

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa fasal agensi yang sama?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, Padang Serai.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Padang Serai.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...[Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sit down first, sit down first. Yang Berhormat Menteri sila duduk, Yang Berhormat Menteri sila duduk Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat kalau Ahli-ahli Yang Berhormat teruskan seperti begini akibatnya ialah masa tidak cukup. 23 kementerian lagi. Akibat seterusnya masa untuk mencelah nanti dihadkan. Akibat seterusnya ramai Ahli Yang Berhormat nanti yang tidak puas hati. Sila teruskan Yang Berhormat Menteri beralih kepada tajuk lain.

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, ini Padang Serai ada soalan.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Biarlah Yang Berhormat Menteri teruskan dahulu sekejap barulah kemukakan soalan itu.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, mengenai tajuk ini pandangan saya ialah kalau kita sama-sama hendak jadi konstruktif mengenai isu ini apa sebabnya Yang Berhormat dari Bagan dan kawan-kawan dari DAP keluar daripada Select Committee itu. Sepatutnya menyertai committee itu beri pandangan yang bernas.

final • 3:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Jawapannya sudah diberi.

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Itu yang saya hendak jelaskan. Yang Berhormat Menteri, topik lain Yang Berhormat Menteri. [Disampuk] [Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Matlamat committee itu sudah jelas daripada awal. Sudah diisytiharkan oleh Yang Berhormat Bagan.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, jolok-jolok lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Bagan biasalah.

Yang Berhormat Bagan suka politik.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri jolok lagi.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri tanya kita, kita kena jawab.

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Bagan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh sama sahaja.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kami sudah duduk tapi Yang Berhormat Menteri jolok lagi. Jadi kita bangunlah.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Cukuplah, cukuplah. Dua-dua ini below the line.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri sengaja hendak provokasi.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sila, sila. [Bercakap tidak menggunakan alat pembesar suara] [Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya hendak tercabar dia mengapa Wong Soon Koh keluar SUPP? Itu yang penting.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Duduklah, duduklah. Ini tidak berkaitan dengan dia.

final • 3:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Bukan, bukan. Kalau hendak jawab konstruktif, kita jawab secara konstruktif. Jangan tarik dengan PSC dengan yang tidak berkaitan.

Kalau you hendak lawan kita lawan.

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa pula tiada kaitan? Manusia pun kata tidak berkaitan Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Merujuk kepada perkara, duduk, duduk.

final • 3:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Mengapa Wong Soon Koh keluar SUPP?

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat semua main politik sahaja.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, kalau begini Ahli Yang Berhormat saya tidak ada pilihan lain. Nanti saya bagi tahu sama timbalan yang akan mengambil alih jam 4.00 petang hadkan masa untuk 23 kementerian.

final • 3:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri janganlah provokasi sangat. Nanti kena jawab.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan, sila teruskan Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Kuala Selangor terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Sedikit sahaja. Merujuk kepada...

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

...Perkara yang diutarakan oleh Yang Berhormat dari Parit Sulong saya ingin memaklumkan bahawa kementerian telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk memastikan penerapan aplikasi teknologi hijau iaitu seperti berikut:-

(i) Pembangunan direktori hijau Malaysia.

(ii) Skim pembiayaan teknologi hijau GTFS.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

(iii) Kerjasama dengan SIRIM, CIDB, Suruhanjaya Tenaga, SPAN dan GreenTech untuk membangunkan pelabelan hijau (The Green Labelling) bagi produk tempatan.

(iv) Membangunkan kerangka bandar rendah karbon.

(v) Penganjuran IGEM yang saya sebutkan tadi.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

...Yang telah menyumbang...

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, sebelum habis satu soalan. I’ve got one of the biggest. Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Di kawasan saya ada satu kilang solar di antara yang terbesar di negara ini di Kulim Hi-Tech first solar. Yang Berhormat Menteri, beberapa orang pekerja di dalam kilang memproses solar panel ini di dalam itu ada gas chamber dan beberapa orang pekerja yang bekerja itu they had massive heart attack. Frequent heart attack dan di kalangan mereka, seorang pun meninggal dunia di dalam premis itu. Yang Berhormat Menteri ada apa-apa does the Minister have anything to say about this? Ini di dalam kilang panel solar yang terbesar di negara ini. Just this is only about 300 to 400 meters from my house. So, apa Yang Berhormat Bagan kata bersih, selamat, green itu semua saya tidak boleh terima. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat katakan sesuatu sebab Yang Berhormat Bagan mungkin pagi ini baru balik daripada Australia.

Mungkin dia jumpa mereka yang dia mahu jumpa. Dia bukan jumpa each an every Australian, dia bukan dapatkan pendapat daripada semua pakar di Australia. Kita mahu kawasan-kawasan kita selamat. Jadi sebab ini saya mahu Yang Berhormat Menteri jawablah. Don’t get carried away with Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan semenjak jadi Ketua Menteri hari-hari pun dia keluar negara semua orang tahu. Sebelum itu tidak pernah keluar pun. Semua belajar daripada Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila Yang Berhormat Menteri, sila.

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ada kuasa macam-macam dia buat.

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli Pembangkang

Bodoh!

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Apa bodoh? Siapa bodoh? Yang bodoh ini duduk bersama Yang Berhormat Permatang Pauh. Itu yang bodoh.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau Yang Berhormat Permatang Pauh pandai dia akan mengundurkan dirilah.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, saya ambil perhatian apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai bahaya bagi pekerja-pekerja di dalam kilang tersebut. Saya tidak ada maklumat yang saya boleh sampaikan.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...

final • 3:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, mohon celah.

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Sebelum berakhir...

final • 3:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri belum jelaskan mengenai pinjaman oleh SYABAS.

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Sebelum berakhir saya pun ada kena jawab.

final • 3:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Baru-baru ini kenyataan telah dibuat oleh pejabat Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa SYABAS telah beri pinjaman tetapi berapa amaun yang telah dipinjamkan belum diberitahu, satu. Berapa interest belum dijelaskan lagi dan yang ketiga berapa lama dan mengapa pinjaman itu dibuat belum dijelaskan. Apakah ini merupakan pinjaman untuk save ataupun bailout SYABAS ataupun ini untuk menyenangkan keadaan di Selangor? Minta penjelasan.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya sudah berakhir dalam jawapan saya dan perkara tersebut pun tidak dibahaskan dalam rekod saya semasa sesi perbahasan itu. Kalau...

final • 3:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tetapi Tuan Yang di-Pertua ini adalah isu berkait...

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri saya punya ada.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Kalau hendak maklumat itu saya boleh berikan secara bertulis.

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, saya punya ada dibangkitkan. Kota Raja ya.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Kota Raja?

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya membangkitkan mengenai isu Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 1990. Saya menyatakan bahawa ada kelemahan di dalam rang undang- undang ini di mana sekiranya ada permohonan untuk mendapat bekalan elektrik daripada pemegang lesen, rang undang-undang ini sebenarnya mewajibkan pembekalan.

Masalahnya timbul adalah apabila premis-premis haram, kilang-kilang haram, kedai-kedai haram dan sebagainya dibangunkan dan mereka mendapat bekalan elektrik kerana di dalam syarat permohonan untuk bekalan elektrik tidak ada keperluan untuk mendapat dokumen kelulusan daripada PBT dan pihak berkuasa.

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jadi apabila kilang-kilang ini dibina, mendapat bekalan elektrik, mendapat bekalan air, mereka boleh terus berfungsi Yang Berhormat Menteri dan ini menyebabkan tumbuhnya kilang-kilang haram ini dengan tidak terkawal begitu juga kedai-kedai haram kerana premis boleh berfungsi. PBT tidak boleh bertindak ke atas mereka atau merobohkan bangunan dan sebagainya sehingga melalui proses-proses tertentu dan ia mengambil masa sehingga dua tahun untuk ke mahkamah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi saya minta pada pihak kementerian untuk mengkaji Rang Undang-undang Akta Bekalan Elektrik 1990 ini untuk memperketatkan syarat bekalan elektrik kepada premis-premis yang tidak mendapat kebenaran merancang dan permit untuk berniaga kerana ini menyebabkan di kawasan-kawasan PBT dan Majlis-majlis Daerah tumbuhnya premis-premis haram yang boleh berfungsi. Akhirnya menyebabkan masalah penguatkuasaan kepada pihak berkuasa tempatan. Saya bawa itu agak panjang juga Yang Berhormat Menteri kerana saya fikir ini penting bila turun ke padang bahawa masalah ini kilang haram, masalah kedai haram dan sebagainya hanya boleh hidup apabila dapat bekalan elektrik dan juga bekalan air. Sekian, Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebenarnya memanglah Yang Berhormat ada berbincang perkara ini dalam perbahasan Yang Berhormat. Saya merasa isu ini isu berkaitan dengan PBT kerana kepada TNB. TNB kena sebab akta ini menyebabkan TNB kena membekal elektrik kepada si pemohon dan sebab itu TNB tidak ada pilihan untuk sama ada premis itu haramkah atau kalaulah premis itu selamat, selamat bagi untuk menyambung elektrik, TNB perlulah membekalkannya. Sebab itu saya rasa itu PBT punya hal, PBT punya masalah dan perlu dipertanggungjawabkan oleh pihak PBT.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Mengenai cadangan untuk masuk bab ini, perkara ini dalam pindaan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik Tahun 1990, saya ambil perhatianlah. Saya cuba kalau perlu kita akan masukkan cadangan Yang Berhormat Kota Raja itu sebab saya rasa kadangkala TNB pun menghadapi masalah untuk menjawab sesuatu sebab kilang itu memang kilang haram.

final • 4:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, saya kurang setuju kalau Yang Berhormat Menteri kata ini hal PBT. Kita bercakap kalau masing- masing kementerian mengatakan ini hal KPKT, ini hal KeTTHA dan ini hal lain, maka kita tidak ada penjelasan. Maka itu sebabnya kita mempunyai masalah dan kita deal masalah secara ad hoc. PBT setiap kali menjawab tentang kilang-kilang haram, premis-premis haram ini, mereka kata kami tidak boleh buat apa. Mereka kata kami tidak boleh buat apa kerana kami kena menurut peraturan. Itu sebab saya minta sangat kepada kementerian perlu mengkaji Seksyen 25 Akta Bekalan Elektrik kerana sekiranya boleh diletak di situ satu lagi klausa di mana bekalan elektrik hanya dibekalkan dengan sekiranya premis itu mendapat permit dan mendapat bekalan, mendapat kebenaran merancang daripada PBT.

Ini akan menyelesaikan banyak masalah penguatkuasaan.

Yang Berhormat Menteri, saya pohon supaya dikaji. Saya telah hantar e-mel kepada pegawai Yang Berhormat, saya harap dapat dipercepatkan kerana pegawai- pegawai PBT sekarang mengharapkan saya membawanya ke Parlimen setiap kali mereka tidak boleh menyelesaikan isu kilang-kilang haram ini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri satu jam setengah Yang Berhormat, berapa minit lagi Yang Berhormat?

Sudah habis Yang Berhormat? Dijemput Menteri daripada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

final • 4:00 PM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 1 - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah Diraja terutamanya menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibuti telah memohon agar kementerian menghantar pegawai-pegawai yang berpengalaman dan benar-benar tahu bagaimana cara yang tepat dalam menjaga sawit ke kawasan luar bandar terutamanya ke Sibuti bagi membantu dalam memberi khidmat nasihat. Khidmat nasihat tersebut adalah bukan hanya bagaimana untuk menanam sawit tetapi juga untuk menambahkan lagi ilmu mereka tentang bagaimana cara paling tepat untuk menjaga ladang sawit ini dengan cara yang teratur.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti buah tandan segar sawit yang dihasilkan, kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah pun menubuhkan Pusat Tunjuk Ajar dan Nasihat atau TUNAS pada tahun 2003. Pusat TUNAS bertanggungjawab bagi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pekebun kecil sawit persendirian mengenai amalan pertanian baik atau Good Agriculture Practices (GOP) dan penghasilan buah tandan segar, yang bermutu untuk memastikan kadar perahan minyak yang tinggi.

Pegawai-pegawai TUNAS ini menggunakan pendekatan seperti lawatan ke kebun dan plot demonstrasi, pertunjukan kaedah dan ceramah teknikal kepada pekebun-pekebun kecil persendirian. Sehingga 1 Mac 2012, terdapat 150 orang pegawai TUNAS di seluruh negara termasuk 36 orang pegawai TUNAS yang ditempatkan di seluruh negeri Sarawak.

Penempatan pegawai TUNAS kawasan adalah berdasarkan kepada kepadatan pekebun kecil sawit di sesuatu kawasan.

Pada masa ini, anggaran nisbah pegawai TUNAS kepada pekebun kecil adalah seorang pegawai TUNAS di setiap 600 orang pekebun kecil. Di Parlimen Sibuti sahaja,

final • 4:05 PM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 1 - Dato’ Hamzah bin Zainudin

seramai 4 orang pegawai TUNAS ditempatkan di pejabat MPOB Batu Niah. Dijangkakan mulai 15 April 2012, 2 orang pegawai TUNAS lagi akan ditempatkan masing-masing di pejabat MPOB Miri dan Batu Niah. Dengan ini pekebun-pekebun kecil sawit di kedua-dua kawasan Parlimen berkenaan diyakini akan memperoleh khidmat kawasan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Sila Yang Berhormat.

final • 4:05 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan atau dengan ringkasnya KPKK sepanjang sesi perbahasan ke atas Titah Diraja 2012. Kementerian akan memberi perhatian dan mengambil tindakan susulan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Secara keseluruhannya antara isu berkaitan kementerian yang telah menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah dirumuskan merangkumi beberapa isu seperti:

(i) perkhidmatan internet jalur lebar;

(ii) program komputer riba 1Malaysia;

(iii) penghayatan terhadap warisan sejarah negara;

(iv) perancangan kandungan program televisyen berkaitan negeri Sabah dan Sarawak;

(v) penambahbaikan BERNAMA TV; dan

(vi) bantuan kepada artis berjadual KPKK.

Dalam perkhidmatan internet jalur lebar Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkhidmatan internet jalur lebar melalui kerjasama yang seiring dan bersepadu antara kerajaan dan pihak pemberi perkhidmatan, mutu perkhidmatan dan kelajuan internet sudah dapat ditingkatkan dan diperluaskan mengikut peralihan teknologi masa kini. Namun, percambahan penempatan, tahap sara hidup, kepadatan penduduk dan kuasa membeli yang terhad adalah antara faktor yang harus diambil kira pada peringkat ini untuk merealisasikan sasaran penembusan jalur lebar seperti yang telah ditetapkan.

final • 4:08 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Bagi menangani isu liputan, kelajuan dan harga perkhidmatan jalur lebar, pelbagai usaha di bawah inisiatif jalur lebar negara (NBI) telah dan sedang dilaksanakan untuk memastikan sasaran langganan jalur lebar dapat dicapai.

Inisiatif-inisiatif di bawah NBI merangkumi aspek penawaran (supply) dan permintaan (demand). Melalui aspek penawaran, usaha meningkatkan kualiti dan liputan perkhidmatan jalur lebar disasarkan melalui dua kategori utama iaitu:-

(i) jalur lebar untuk orang awam atau broadband for general population (BBGP); dan

(ii) jalur lebar berkelajuan tinggi atau high speed broadband

(HSBB).

Inisiatif BBGP difokuskan di kawasan pinggir bandar dan luar bandar dengan keluasan pembangunan infrastruktur jalur lebar oleh pemberi perkhidmatan menggunakan teknologi DSL, 3G, HSDPA dan Wimax. Di bawah RMKe-10, projek BBGP akan

final • 4:10 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

memperluaskan rangkaian back hole di kawasan-kawasan terpilih dalam usaha untuk menambah baik kualiti perkhidmatan sedia ada dan yang baru. Selain itu dana program perkhidmatan sejagat atau USP di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut digunakan untuk meluaskan dan menambah baik liputan jalur lebar di kawasan luar bandar.

Antaranya adalah pusat jalur lebar komuniti (PJK), perpustakaan jalur lebar (PJL), pengagihan komputer riba 1Malaysia, pembinaan menara telekomunikasi dan kampung tanpa wayar (KTW). Bagi kawasan bandar dan kawasan ekonomi berimpak tinggi, kerajaan melaksanakan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi gentian optik dengan kelajuan internet melebihi 10mbps.

Dari aspek permintaan, strategi yang dirangka merangkumi aspek kesedaran dan promosi penggunaan internet, mewujudkan kandungan tempatan yang menarik, kewujudan program-program latihan kemahiran ICT dan meneliti semua aspek kemampuan menggunakan internet. Isu harga langganan jalur lebar di Malaysia yang masih tinggi berbanding dengan negara lain adalah disebabkan oleh penentuan ekonomi yang mengambil kira permintaan dan penawaran. Namun begitu, pada masa ini rata-rata pembekal perkhidmatan internet telah pun memperkenalkan pelan jalur lebar yang mampu milik untuk pengguna yang tinggal di luar bandar dan kumpulan sasaran yang terpilih pada kadar serendah RM20 sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi Program Komputer 1Malaysia pula, kementerian ini mendapati program ini telah mencapai objektifnya kerana berjaya meningkatkan tahap penggunaan dan langganan perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara terutamanya bagi penduduk di kawasan luar bandar. Di samping itu, terdapat peningkatan status sosioekonomi yang ketara bagi komuniti setempat melalui penggunaan komputer 1Malaysia. Di bawah program ini, kementerian telah memperuntukkan sebanyak 109,332 unit komputer riba 1Malaysia untuk negeri Sabah yang akan diagihkan melalui tiga fasa.

Sehingga 16 Mac 2012, sebanyak 86,476 unit telah diagihkan kepada penerima yang layak termasuklah pelajar yang tidak berkemampuan dan individu awam dari golongan yang berpendapatan rendah. Mengenai cadangan untuk menggantikan komputer 1Malaysia kepada komputer tablet, ia boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan komputer 1Malaysia dengan peranti yang lain yang mempunyai spesifikasi yang sama, harganya adalah lebih rendah, lebih murah dan tahap kepenggunaannya juga lebih menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan penghayatan terhadap warisan sejarah negara.

final • 4:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan mengenai supply komputer.

Yang Berhormat Menteri, memandangkan kementerian Yang Berhormat Menteri antara kementerian yang arif mengenai hal ehwal ICT, dari segi hardware dan sebagainya, dengan kedudukan suruhanjaya yang punya kuasa untuk menyiasat.

Yang Berhormat Menteri maklum apabila kita digemparkan dengan dua biji laptop yang disupply kepada satu pusat pengajian tinggi yang bernilai hampir RM80,000 seperti yang ditegur oleh Auditor General. Saya ingin bertanya penjelasan Yang Berhormat Menteri. Di dalam kes-kes sebegini, walaupun ia di atas kementerian yang lain. Sekarang ini melibatkan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTMB). Memang khususkan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi untuk luar bandar, untuk mereka yang kurang berkemampuan terutama agenda pembangunan bumiputera dan sebagainya.

Di dalam kes-kes sebegitu, apakah sikap suruhanjaya kerana sehingga hari ini, ingin saya katakan saya tidak tahu. Tidak ada langsung tindakan kebertanggungjawaban, apatah lagi penguatkuasaan kerana ia juga merujuk kepada agenda memperkasakan institusi pengajian tinggi dan juga rakyat dengan pembekalan sistem komputer terutama untuk agenda pembelajaran. Sehingga hari ini saya tidak dengar apa-apa tindakan diambil dan saya menyeru mungkin suruhanjaya boleh memberi satu pandangan yang tegas dalam kes sebegini.

final • 4:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.

Sebagaimana Yang Berhormat sendiri juga arif berkenaan dengan perkara yang sebegini dan sebagai seorang peguam (lawyer), saya percaya Yang Berhormat memang sudah tahu bahawa pertanyaan Yang Berhormat tidak ada kena mengena dengan kementerian kami dan begitu juga satu komputer tidak boleh dibandingkan dengan komputer yang lain.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidaklah bertanggungjawab ke atas kualiti ataupun produk yang dibekalkan iaitu memang pihak-pihak yang berkewajiban berkenaan dengan perkara ini bolehlah ditanya. Sekiranya ada unsur-unsur penyalahgunaan atau penyelewengan, maka ia boleh diadukan kepada pihak-pihak berkuasa dan mungkin kepada kementerian yang akan datang selepas kementerian kami, Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya sikit? 20 saat sahaja. Soalan pendek sahaja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau komputer 1Malaysia itu rosak, dasarnya bagaimana? Ia dihantar ke mana dan ada warranty ataupun ada tidak pihak kementerian meletakkan KPI kepada syarikat yang membekalkan itu untuk menyelesaikan? Ini kerana ada komputer-komputer yang rosak sampai tiga bulan hingga empat bulan tidak diperbaiki.

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Satu daripada kriteria yang diadakan iaitu pembekal mesti ada bengkel untuk repair atau membaiki. Sekiranya didapati bahawa komputer setelah ia disampaikan kepada penerima, terdapat kerosakan ataupun ada sesuatu yang tidak kena berkenaan dengan komputer, maka komputer tersebut biasanya diganti dengan komputer yang baru dengan serta-merta dan begitu juga dengan penggunaan. Penggunaan komputer ini adalah dijamin. Kalau tidak salah ingatan saya dalam satu tahun dan dalam masa tersebut, maka boleh dibaiki di bengkel pembekal-pembekal yang telah dipilih menjadi pembekal di sesuatu tempat di mana komputer-komputer tersebut diedarkan.

final • 4:10 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyambung iaitu berkenaan dengan penghayatan terhadap warisan sejarah negara. Secara umumnya, khazanah warisan negara terpelihara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Kementerian melalui Jabatan Warisan Negara atau JWN sentiasa melindungi Khazanah Warisan Negara termasuk melalui pewartaan, penguatkuasaan, konservasi dan program-program promosi bagi memastikan terus terpelihara agar generasi muda dapat menghayati sejarah negara dan seterusnya meningkatkan jati diri generasi muda negara. Bagi pelaksanaan program polemik sejarah ke seluruh negara oleh Arkib Negara Malaysia cadangan Yang Berhormat Batang Sadong akan dipertimbangkan dan kita mohon peruntukan untuk menjalankan program tersebut.

Berkaitan pengiktirafan Lembah Lenggong, pada masa ini UNESCO sedang menilai dossier Lembah Lenggong dan kementerian melalui JWN telah menjalankan usaha untuk mendapatkan sokongan negara anggota UNESCO melalui pameran di UNESCO Paris pada Februari 2012 dan semasa mesyuarat World Heritage Committee ke-36 yang akan membahaskan pencalonan ini pada Julai 2012.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan perancangan kandungan program televisyen berkaitan negeri Sabah dan Sarawak, adalah menjadi hasrat...

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit mengenai Warisan sebelum... Balik Pulau. Yang Berhormat Menteri, kebetulan baru-baru ini isu yang agak menonjol di Pulau Pinang ialah mengenai isu masjid tertua di Asia Tenggara yang juga dibangkitkan oleh pelbagai NGO dan oleh saya sendiri dan teman-teman yang lain iaitu Masjid Batu Uban yang mana dikatakan tidak ada inisiatif untuk diangkat sebagai warisan, satu. Kedua saya juga dimaklumkan mengenai Kampung Tanjung Tokong yang mana kerajaan negeri telah mengisytiharkan bahawa ianya diangkat sebagai agenda warisan.

Jadi saya rasa mungkin tahniah punya Akta 2005 tetapi dari segi agenda menjadikan produk warisan itu saya rasa agak kurang terserlah. Mungkin Yang Berhormat

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri, apa lagi yang diperlukan sekiranya kerajaan negeri telah mengiktiraf apatah lagi pimpinan setempat pun mengangkat masjid tertua tersebut. Apa lagi yang ingin saya tahu yang perlu dilakukan atau yang boleh dilakukan oleh kementerian Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.

Berkenaan dengan Masjid Batu Uban dan Kampung Tanjung Tokong yang memang diiktiraf oleh negeri Pulau Pinang sebagai tempat bersejarah. Saya percaya kementerian kami melalui Jabatan Warisan Negara memang sudah tahu pun berkenaan dengan perkara tersebut dan saya mengharapkan sahaja pihak-pihak tertentu termasuklah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Yang Berhormat sendiri agar bersama-sama berkongsi pengetahuan berkenaan dengan dua buah tempat ini. Biarlah kita ketepikan sekiranya ada sedikit pun di hati kecil kita berkenaan dengan politik. Ketepikan itu kerana warisan adalah khazanah negara dan sekiranya ianya patut diwartakan, maka kita akan wartakan sesuatu tempat sebagai khazanah negara, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, menyambung semula berkenaan dengan perancangan kandungan program televisyen berkaitan negeri Sabah dan Sarawak adalah menjadi hasrat kementerian untuk memperbanyakkan kandungan program televisyen yang berkaitan dengan negeri Sabah dan Sarawak. Sebagai langkah jangka pendek, saluran TVi diwujudkan untuk memenuhi hasrat ini. Saluran TVi pada asalnya adalah saluran muzik aktif yang sememangnya telah disiarkan melalui saluran 180 di Astro. Akan tetapi bermula pada April 2011, saluran ini telah ditukarkan kepada TVi. Selain itu Astro juga telah menyediakan program mampu milik bagi penduduk di seluruh negara iaitu Enjoy.

final • 4:20 PM

Tuan William @ Nyallau anak Badak - Lubok Antu

Timbalan Menteri, TVi adalah satu siaran bahasa Iban untuk di kawasan Sarawak begitu penting untuk penduduk- penduduk luar bandar. Ini adalah satu-satunya siaran di mana mereka mendapat maklumat-maklumat yang betul daripada kerajaan. Bolehkah siaran ini dipanjangkan dari 15 minit sahaja kepada setengah jam? Saya lihat sekali dua, kebanyakan program- program selepas setengah jam itu, TVi lebih sukar menyiarkan siaran-siaran muzik-muzik yang berulang kali.

final • 4:20 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu.

Memang diketahui oleh kementerian lebih-lebih lagi RTM bahawa populariti TVi adalah meningkat dan oleh yang demikian kementerian sedang mengambil langkah untuk mempertingkatkan lagi kandungan yang digemari oleh penduduk setempat lebih-lebih lagi di Sarawak dan di Sabah. Pada masa kini, hanya 30% dari program dalam 24 jam itu adalah produksi dari dua buah negeri tersebut. Diharapkan tidak berapa lama lagi kita akan dapat menambahkan production ataupun program-program dari Sabah dan Sarawak sampai ke tahap 50% dan pada masa itu saya percaya lebih banyak lagi dan lebih panjang lagi program yang digemari rakyat setempat di Sabah dan Sarawak akan ditambah.

Maklumat seperti ini adalah diperlukan oleh pihak RTM dan pihak kementerian dan kita mengalu-alukan maklum balas dari penonton-penonton, terima kasih Yang Berhormat.

Selain daripada itu juga Tuan Yang di-Pertua, Astro juga telah menyediakan program mampu milik bagi penduduk di seluruh negara iaitu Enjoy. Saluran yang ditawarkan di bawah Enjoy adalah;

(i) 18 saluran televisyen termasuk TVi; dan

(ii) 19 saluran radio termasuk Radio Bayu dan Radio Kenyalang.

Kementerian akan membuat pertimbangan sewajarnya ke atas cadangan yang dikemukakan untuk mewujudkan saluran free to air bagi negeri Sabah dan Sarawak apabila keupayaan siaran negeri telah ditingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan penambahbaikan BERNAMA Televisyen pula, kementerian melalui BERNAMA telah mengambil alih pengurusan dan operasi berita BERNAMA TV mulai dari 1 Jun 2011.

Langkah ini diambil sementara pihak pemegang saham mengatur semula struktur ekuiti dan hutang tertunggak. Pengurusan BERNAMA telah pun meminjamkan pegawai-pegawai berita yang berpengalaman untuk meningkat kualiti isi kandungan berita BERNAMA TV. Di samping itu liputan yang dahulunya hanya di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah diluaskan ke seluruh negara. Dengan tindakan ini saluran BERNAMA TV akan terus

final • 4:20 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

berperanan sebagai suara kerajaan yang efektif dan akan terus menyampaikan mesej- mesej dan informasi-informasi kepada rakyat.

final • 4:20 PM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan bantuan kepada artis berjadual KPKK.

Dimaklumkan bahawa kementerian sentiasa prihatin menjaga kepentingan semua artis berjadual atau artis piecemeal di bawahnya. Kementerian telah mengemukakan permohonan pelantikan secara contract of service bagi artis piecemeal kepada agensi pusat bagi membolehkan mereka diberi kemudahan untuk membuat caruman dan lain-lain kemudahan yang diterima oleh penjawat awam yang lain. Kementerian Kewangan telah memberi kelulusan pelantikan secara contract of service di bawah OS 29000 secara blanket approval sebanyak 296 jawatan pekerja bakat dan seni atau artis berjadual ke jawatan Penerbit Rancangan gred B27 untuk tempoh satu tahun.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum akan perkara-perkara lain yang dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan ini berlangsung yang menyentuh...

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Bidang kuasa kementerian.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Melaka Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri, semasa saya mengambil bahagian dalam perbahasan kerana usul ini saya ada bangkitkan tentang kelemahan dan kesilapan Pos Malaysia semasa memperbaharui lesen cukai jalan. Saya ada bukti dan saya harap dapat satu penjelasan, jawapan dari Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada sedikit maklumat tambahan berkenaan dengan kes tersebut dan sebagaimana yang telah dilaporkan kepada saya bahawa penyelesaian sudah pun dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Maka, oleh yang demikian, saya tidak menyentuh berkenaan dengan perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat.

Yang dikatakan di sini pihak pos dan pihak yang berkenaan yang mengadu telah pun berunding dan telah bersetuju agar ianya terletak di situ dan apa-apa keputusan yang lain saya tidak ada Yang Berhormat. Jadi, kita harap...

final • 4:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat, saya hanya hendak tahu bagaimana ini boleh berlaku? Adakah dalam prosedur sistemnya atau adakah ini kerana tidak online atau bagaimana? Ini kerana kalau ini satu kes berlaku, ada berapa kes yang berlaku, itu saya khuatir.

final • 4:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Saya percaya Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat berkenaan dengan bagaimana kes ini boleh berlaku dan apakah langkah-langkah untuk menyelesaikannya, saya percaya saya boleh memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kuala Langat telah pun berdiri dan walaupun saya pada mulanya tidak berhajat untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat tetapi oleh kerana Yang Berhormat hendak bertanya juga berkenaan dengan kontrak yang berjumlah RM20 bilion diberikan oleh Celcom kepada kontraktor dari China. Yang Berhormat, ianya telah dinafikan oleh Celcom Axiata iaitu mereka tidak pernah memberikan kontrak sebegitu besar kepada mana-mana pihak dan begitu juga mereka telah mengatakan kepada kementerian bahawa mereka sebagai sebuah GLC, mereka adalah bertanggungjawab untuk memastikan kontraktor-kontraktor tempatan termasuk kontraktor-kontraktor bumiputera juga diutamakan.

Tidak benar kontrak RM20 bilion itu diberi kepada kontraktor dari negara China dan itu jawapan yang saya ada.

final • 4:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Sedikit penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit penjelasan. Jika sekiranya tidak benar apa yang Timbalan Menteri bicarakan tadi, yang jelas ialah paparan dari akhbar ini membuktikan bahawa keluhan dan rintihan daripada pengusaha-pengusaha telekomunikasi dalam pembentukan yang telah dianugerahkan kepada syarikat China ini kalau bukan satu kenyataan, perlu dipanggil kontraktor-kontraktor ini mendapat pengesahan supaya keadilan itu dapat ditegakkan.

Kalau sekiranya itu tidak benar, mengapa ada laporan ini dipaparkan dalam surat khabar dan jelas daripada syarikat yang tertera dalam surat khabar ini ialah syarikat Empayar Kelana Sdn Bhd dan juga syarikat Austialic Corporation Sdn Bhd yang mana kesan daripada rintihan mereka ini perlulah diberi perhatian. Saya pohon Yang Berhormat Timbalan Menteri, kementerian memanggil kontraktor-kontraktor bumiputera ini untuk mendapatkan maklumat. Kalau tidak benar, ambil tindakan terhadap mereka. Kalau benar tindakan segera perlu diselamatkan kepada kontraktor bumiputera yang 80% itu akan menerima padah gulung tikar sekiranya berterusan anugerah yang telah diberikan kepada pelabur-pelabur di luar negara. Pohon Yang Berhormat Timbalan Menteri mengambil tindakan segera. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya boleh katakan di sini bahawa kementerian memang sentiasa mengambil tindakan sekiranya ada sesuatu maklumat yang difikirkan tidak munasabah.

Berkenaan dengan ini, ianya terlalu tidak munasabah kerana RM20 bilion itu angka yang sangat besar dan sesiapa yang mengatakan angka yang begini besar untuk dianugerahkan sesuatu kontraktor ini pun tidak boleh dipercayai. Oleh yang demikian, maka tidak ada tindakan berkenaan. Sudah cukuplah kerana kita memanggil Celcom Axiata dan Celcom Axiata telah mengatakan bahawa mereka memang mengikut standard integriti dan etika yang dipinta oleh kerajaan supaya apa juga yang dibuat oleh mereka, mereka akan membuat yang betul. Sebagaimana yang telah saya katakan tadi, mereka juga amat komited dalam membantu usahawan bumiputera dalam industri berkaitan telekomunikasi.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya katakan tadi, kementerian kami memang mengalu-alukan teguran dan apa juga perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam sesi perbahasan dan kementerian akan mempertimbangkan dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara-perkara tersebut. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Dalam Negeri.

final • 4:30 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada seramai 23 orang Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang menyentuh Kementerian Dalam Negeri.

Saya turut Menjunjung Kasih Ke Atas Seri Paduka Baginda di atas Titah Ucapan Tuanku yang telah menyentuh secara langsung berkaitan kementerian ini. Saya dan seluruh warga KDN akan terus komited dan beriltizam untuk memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara yang menjadi teras utama kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memandang serius masalah jenayah di negara ini.

Bagi menangani isu ini pada tahun 2009 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bertujuan untuk menjadikan lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan tanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan rakyat.

final • 4:38 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Jenayah pula khususnya jenayah jalanan telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Sebuah makmal mengurangkan jenayah telah ditubuhkan dan menerusi makmal ini lebih daripada 50 inisiatif telah dikenal pasti untuk menangani masalah-masalah yang dilihat sebagai sesuatu rakyat mahu bendung dan kita kurangkan dari segi insidennya. Di antara strategi-strategi yang diperkenalkan di bawah NKRA mengurangkan jenayah ini, KDN telah mengenal pasti empat buah negeri dengan kadar jenayah yang tertinggi di Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan juga Pulau Pinang yang dikenali sebagai kawasan panas atau hotspot.

final • 4:38 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Bagi melaksanakan inisiatif ini, kawasan-kawasan atau daerah-daerah di negeri- negeri ini yang mempunyai kadar jenayah yang tertinggi telah pun dikenal pasti dan diberikan tumpuan khusus dalam inisiatif-inisiatif yang telah pun dikenal pasti oleh makmal tersebut.

Yang Berhormat Sibuti memohon agar ditempatkan kabin polis bergerak di Sibuti.

Balai polis bergerak telah mula diperkenalkan sebagai implementasi inisiatif NKRA yang telah pun dikenal pasti di dalam makmal yang saya sebutkan tadi. Setakat ini, sebanyak 90 buah telah ditempatkan di empat buah negeri hotspot iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Balai polis bergerak ini ditempatkan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di kawasan-kawasan komersial, tempat tumpuan pelancong, dan berfungsi juga sebagai balai polis sebenar bagi memudahkan orang ramai untuk membuat laporan polis bagi melaporkan kegiatan jenayah dan sebagainya.

Yang Berhormat Shah Alam meminta penjelasan sejauh manakah suasana keselamatan di negara ini...

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai dengan rakyat digalakkan untuk buat laporan polis. Baru-baru ini, pada minggu lepas, saya telah buat satu laporan di Kampung Baru Subang, 1810-12, dan saya pernah bangkitkan di sini. Sampai hari ini tiada sesiapa datang untuk merakamkan satu statement daripada saya. Inikah cara polis yang hendak kurangkan jenayah? Laporan ini terhadap satu syarikat gergasi MAS di mana boleh dikatakan telah diliwat sampai amat teruk melalui share swap ini di mana MAS telah uplift passengers daripada AirAsia X dengan tidak caj apa-apa tambang pun. Ini boleh dikatakan satu cheating case juga ataupun kes tipu. So saya minta penjelasan, kenapa sampai hari ini pihak polis masih tidak ambil tindakan ataupun pihak polis hendak tutup kes ini? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Menteri, sini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Atas topik yang sama, baru-baru ini pada 14 Mac, ada satu ragutan berlaku terhadap seorang wanita di perkarangan Parlimen, di Jalan Parlimen. Saya ada salinan laporan polis yang dibuat oleh wanita tersebut. Nama ialah Selena Tay Kai Kua.

Pengaduan pada 14 Mac 2012, jam lebih kurang 1545. “Semasa saya berjalan di Jalan Parlimen Kuala Lumpur, secara tiba-tiba dari arah belakang satu motosikal berhenti di belakang saya dan terus mengetuk kepala saya menggunakan helmet. Saya terus pengsan, tidak sedarkan diri. Apabila sedar beberapa minit kemudian, saya dapati beg tangan saya telah tiada. Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya tidak dapat berbuat apa- apa. Barang yang telah diambil adalah seperti berikut; wang tunai RM80, lesen memandu; dan dokumen kerja. Saya telah buat rawatan di Klinik Kepong dan mendapat kecederaan lebam di kepala dan tangan. Tujuan membuat laporan ini adalah untuk rujuk pihak berkenaan bagi mendapatkan ganti yang baru.” Jadi Yang Berhormat Menteri, di perkarangan Jalan Parlimen pun tidak selamat lagi.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Bukan dalam Parlimen Yang Berhormat, di luar bukan?

final • 4:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Akan tetapi jalan itu eksklusif untuk penggunaan orang yang datang ke Parlimen.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ingat tadi orang motosikal dalam Parlimen.

final • 4:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Tidak, di perkarangan Parlimen iaitu just outside the gate Tuan Yang di-Pertua. Jadi itu pun tidak selamat untuk orang ramai.

Wartawan sendiri telah diserang oleh peragut. Jadi apakah tindakan oleh polis, adakah apa- apa tindakan yang diambil? Setahu saya wanita ini tidak dihubungi oleh pihak polis untuk diambil sebarang kenyataan. Ini amat serius. Sila beri penjelasan tentang perkara ini.

Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya dimaklumkan bahawa penggulungan kali ini dari segi masa terhad, saya minta bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan untuk mencelah biarlah ianya berkisar kepada apa yang telah pun dibincangkan di peringkat perbahasan. Kedua-dua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan dan Yang Berhormat Wangsa Maju merupakan insiden-insiden yang spesifik yang memerlukan kita perincikan. Laporan 1810 dan juga kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan di perkarangan Parlimen yang didakwa, kedua-duanya tidak dibangkitkan semasa perbahasan tetapi saya ingin beri jaminan...

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, saya ada bangkitkan dalam perbahasan pada 16 Mac, saya ada bangkitkan. Saya pun ada sebut nombor laporan. Jadi saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh check Hansard. Ini saya rasa satu kekeliruan yang menyatakan saya tidak membangkitkan perkara ini.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Kalau begitu, dari segi maklumat yang saya terima dalam kes laporan 1810, sebenarnya tidak ada laporan balas secara spesifik. Akan tetapi kalau...

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sebab kemungkinan pegawai-pegawai tidak...

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Saya akan jawab, ini jaminan kepada Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bertulis?

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Bertulis.

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, sikit. Yang Berhormat, pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas Hari Sambutan Polis yang ke-205 dan juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dalam menjaga keselamatan, menerima cemuhan, ejekan dan seumpamanya tetapi sehingga hari ini alhamdulillah, negara kita terkawal dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya, apakah Yang Berhormat sedar apakah pihak polis mencukupi, kakitangan polis IO yang dikatakan investigation officer memandangkan peningkatan jenayah dan apakah cukup kakitangan IO ini dan yang berpengalaman pula? Ini kerana kita tahu apabila penyiasatan dibuat, kertas dihantar kepada AG. Jadi kalau siasatan itu tidak profesional oleh pegawai yang tidak berpengalaman, banyak kes ditolak dan tidak berjawab. Manakala yang membuat aduan polis pula ingin mengetahui bagaimana kedudukan laporan-laporan yang telah dibuat.

Apakah pihak kementerian bercadang untuk menggunakan satu kaedah, saya tidak tahu ada dalam undang-undang atau tidak, boleh atau tidak setiap laporan dibuat, selepas tempoh dua atau tiga bulan, pengadu dipanggil oleh pihak polis, diberi penjelasan seperti penyiasatan telah dibuat, kes dibawa ke AG tetapi tidak cukup bukti, ataupun dimaklumkan supaya mereka mengetahui apa hasil yang mereka buat laporan tetapi tidak mendapat apa-apa jawapan. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Memang kita sedar bahawa jumlah pegawai penyiasat dan juga jumlah warga anggota polis daripada dulu lagi tidak mencukupi kalau hendak lihat dalam konteks nisbah ahli

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

anggota dan penduduk. Jadi sebab itulah dalam NKRA kita dan makmal yang kita wujudkan, perkara-perkara yang di luar kotak difikirkan supaya dalam proses kita hendak melatih lebih ramai warga anggota polis, pendekatan-pendekatan yang sebelum ini mungkin tidak difikirkan telah dilakukan dalam konteks tujuh NKRA tadi yang diberikan tumpuan khusus untuk mengurangkan kadar jenayah khususnya jenayah jalanan.

Tambahan, dari segi omnipresents, visibility dengan izin dan juga kehadiran mereka yang terlibat, menuntut kita mengambil kira sumbangan daripada badan-badan sukarelawan kita sama ada RELA ataupun JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia).

Juga melihat dalam masa tempoh kita hendak membina atau membaik pulih balai-balai tadi, kaedah seperti balai bergerak, menggunakan pendekatan-pendekatan yang kita dah tahu sebenarnya dalam konteks jumlah ahli anggota PDRM ini memang tidak mencukupi kerana ianya tidak diberikan tumpuan. Untuk pengetahuan Dewan, kali terakhir jumlah mereka yang telah pun dikeluarkan dalam konteks PDRM ini, terakhir secara besar-besaran intake nya ialah tahun 1969. Jadi tidak mustahillah jumlahnya tidak mencukupi. Akan tetapi ini tidak melemahkan semangat pihak KDN atau PDRM untuk terus berhadapan dengan apa yang dituntut oleh rakyat iaitu untuk tengok kadar jenayah tadi.

final • 4:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Sebab itu saya bangga juga, terima kasih Yang Berhormat ucapkan Hari Polis tahun ini merupakan satu detik masa dan dalam keadaan di mana cemuhan, kritikan, tuduhan tetapi asas, objektif dan juga amanah yang telah kita letakkan di atas bahu pihak polis kita. Akhirnya lepas dua setengah tahun kita memikirkannya masih lagi berada di barisan depan sekali untuk memastikan rakyat mendapat sedikit sebanyak kalau hendak bandingkan dengan dunia dan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa bahawa kita masih lagi hidup dalam suasana dan keadaan yang harmoni, aman, stabil di mana keselamatan rakyat masih lagi terjamin.

Ini tidak bermakna bahawa kita tidak akan terus memastikan bahawa beberapa inisiatif yang telah pun dikenal pasti akan diteruskan. Inisiatif-inisiatif di peringkat awal mungkin tidak berjaya kita ketepikan dahulu. Akan tetapi seperti balai bergerak di mana kehadiran dan memudahkan rakyat membuat laporan dan sebagainya itu akan diteruskan.

Ia merupakan satu proses yang berterusan yang memerlukan kita memberi perhatian yang khusus dalam konteks ini.

final • 4:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada tiga orang yang berdiri itu, Yang Berhormat hendak bagi? Tiga orang yang mana satu?

final • 4:50 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tidak habis yang Yang Berhormat Pasir Mas ini dahulu.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas tidak berdiri Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Biar jawab Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi yang lain duduk Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Perkara kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas ialah berhubung kait dengan hendak balas dan beri maklum kepada mereka yang membuat laporan. Terima kasih lagi sekali Yang Berhormat Pasir Mas yang telah pun menyatakan sebaik sahaja jelas, sejelas-jelasnya. Ini kerana tanggungjawab pihak polis untuk siasat dan sebagainya apabila hendak bawa mereka yang terlibat ke muka keadilan melibatkan juga badan-badan lain termasuklah juga Peguam Negara dan pihak-pihak lain yang tertentu.

Ini telah pun diambil kira dalam transformasi yang dibawa di mana buat pertama kali kita tengok sesuatu isu itu merentasi kementerian, merentasi agensi melibatkan mereka yang sebelum ini wujud dan bergerak dalam style masing-masing. Cadangan Yang Berhormat tadi untuk mencari kaedah di mana kita boleh melapor balik kepada mereka

final • 4:50 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

yang membuat laporan polis itu boleh diambil kira lebih-lebih lagi dengan teknologi canggih yang ada hari ini.

final • 4:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Sila.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang mana satu Yang Berhormat ada tiga orang itu. Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Indera Mahkota, Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Indera Mahkota sila.

final • 4:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri tadi ini juga termasuk dalam sesi perbahasan saya ini menyebut tentang perkara ini iaitu penglibatan PDRM di dalam menangani masalah jenayah merentas sempadan. Kita tahu di mana ada penubuhan jawatankuasa khas yang juga dianggotai oleh PDRM dalam isu ini. Akan tetapi setakat ini tidak ada satu penjelasan yang menyeluruh ataupun penjelasan yang spesifik berkenaan dengan sama ada hasil, kaedah penubuhan jabatan yang dianggotai termasuk PDRM ini ataupun cara pelaporan atau memberitahu hasilnya.

Saya harap pada hari ini Yang Berhormat Menteri boleh memberi sedikit penerangan di manakah fungsi PDRM dalam isu ini yang dikatakan menjadi isu negara?

Sudah setahun lebih perkara ini diperkatakan dan kita menunggu-nunggu penglibatan PDRM di bawah kementerian Yang Berhormat hasilnya dan kaedah serta fungsi setara mana untuk penyelesaian terutama merentas sempadan dan juga di bawah jawatankuasa khas menangani isu kebocoran hasil negara yang dianggotai oleh PDRM. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Jenayah yang merentasi sempadan tidak unik kepada negara kita sahaja. Ia merupakan satu fenomena yang dilanda dunia globalisasi yang tanpa sempadan pada hari ini. Sebenarnya tidak ada formula dan pendekatan di luar sana tidak kira negara maju atau sedang memaju. Di mana jenayah-jenayah yang melibatkan pergerakan orang, duit, maklumat kerana dunia sudah tidak ada sempadan. Membawa ancaman yang begitu serius kepada negara-negara tertentu.

Oleh sebab itu di Malaysia sama ada kita lihat negara kita ini sebagai negara destinasi atau negara transit. Memang memerlukan satu fokus yang amat mendalam sekali dalam konteks bagaimana kita dapat tangani jenayah-jenayah seperti penyeludupan manusia, penyeludupan dadah, penyeludupan senjata, isu-isu yang berhubung kait dengan terrorism atau keganasan, isu berhubung kait dengan money laundering dengan izin.

Semua ini melibatkan perjalanan di antara negara-negara terlibat sebagai negara punca, negara transit atau negara destinasi. Saya tidak pernah umum bahawa ada jawatankuasa kabinet atau jawatankuasa khas untuk melihat kepadanya. Akan tetapi pendekatan...

final • 4:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk pada laporan akhbar yang mengumumkan bahawa Peguam Negara membuat pengumuman bahawa wujudnya jawatankuasa yang dianggotai oleh PDRM, SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, imigresen dan beberapa buah lagi jabatan yang dinamakan dalam satu jawatankuasa khas.

Saya hendak bertanya tentang spesifiknya fungsi PDRM adakah PDRM membawa satu fungsi khusus dalam jabatan yang merangkumi beberapa department, ataupun jabatan-jabatan yang khusus tadi. Saya pun tidak dengar apa namanya, hasilnya dan sudah tentu saya fikir PDRM atau kementerian Yang Berhormat ada kedudukan yang baik untuk memberi, membuat pengumuman tentang terutama hasil dia. Sekurang-kurangnya memberi, meningkatkan lagi keyakinan yang kita telah pun mengusahakan sesuatu untuk menangani. Oleh sebab itu saya minta Yang Berhormat kalau ada maklumat beritahu

final • 4:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

apakah hasilnya, berapa yang ditangkap atau didakwa atau sebagainya sekiranya ada.

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Sekiranya Yang Berhormat beri saya ruang untuk memberi penjelasan saya boleh perjelaskan. Sebenarnya tapak dan tempat untuk kita memusatkan usaha ini telah pun dikenal pasti di Langkawi. Usaha kita hendak mengenal pasti agensi-agensi terlibat masih dalam proses sebagai penjelasan kepada Dewan yang mulia ini. Ini kerana ia melibatkan Bank Negara, ia melibatkan Peguam Negara, ia melibatkan kastam, ia melibatkan imigresen, ia melibatkan juga PDRM.

Maka dan atau kepimpinan untuk melihat fenomena global ini yang sekarang ini masih lagi terkapai-kapai, negara-negara maju pun untuk tangani sedang diterajui oleh KDN bukan PDRM di peringkat kementerian lagi. Oleh sebab itulah agensi-agensi di bawah KDN sekurang-kurangnya dapat kita selaraskan untuk kita pastikan bahawa mereka bergerak senada dan objektifnya sama. Akan tetapi hendak merentasi kepada kementerian-kementerian lain jadi apa yang kita lakukan dalam konteks GTP tadi dalam NKRA ianya mengambil masa. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan badan-badan yang sebelum ini bergerak dalam konteks persendirian seperti kastam, Bank Negara dan sebagainya. Ini mengambil masa sedikit dan pengalaman daripada negara-negara di mana kita ada hubungan dua hala atau serantau dengan pihak-pihak berkuasa mereka sama ada di Australia atau di UK.

Cara pendekatan merentasi kementerian untuk mengatasi jenayah merentasi sempadan merupakan sesuatu yang boleh dijadikan contoh. Sebab itu kita mengambil kira perkara-perkara yang menjadi kekangan hari ini dan tembok-tembok kekangan itu mesti diruntuhkan dahulu. Pemikiran, mind set agensi-agensi berkenaan mesti memahami ancaman yang terpaksa kita hadapi pada hari ini dalam landskap yang telah pun berubah serta cara bagaimana kita dapat tanganinya dalam konteks kerjasama dua hala atau serantau. Ini ada kaitan dengan jenayah-jenayah yang begitu serius sekali.

final • 4:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih sedikit penjelasan.

final • 4:50 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Yang lain.

final • 4:50 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas inisiatif yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri terutama dalam memastikan keselamatan rakyat dan negara.

Isu yang berbangkit ialah terutama keselamatan di sempadan sebab kawasan saya adalah kawasan yang bersempadan dengan negara Thai. Sejak akhir-akhir ini kita lihat kes-kes yang melibatkan pembunuhan, menggunakan senjata api sering berlaku dan yang malangnya ada melibatkan rakyat tempatan.

Sejauh manakah kawalan keselamatan di sempadan dan juga yang berkaitan dengan masalah penyeludupan. Ini sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kerjasama daripada JPAM, kerjasama daripada RELA, kita nampak tidak berkesan sebab kes yang melibatkan penyeludupan khususnya penyeludupan minyak semakin berleluasa.

Kes yang terbaru seorang warga emas meninggal dilanggar oleh penyeludup ini. Ini satu fenomena yang sangat bahaya.

Begitu juga kita tengok di waktu malam begitu ramai rakyat tempatan yang menyeberangi secara haram lebih daripada pukul 10.00 malam melalui pangkalan- pangkalan haram. Jadi sejauh mana kawalan oleh pihak keselamatan terutamanya di kalangan belia. Saya cukup bimbang dengan fenomena ini. Ramai yang menyeberangi sempadan secara haram ini adalah di kalangan belia-belia remaja yang pergi ke tempat- tempat disko dan sebagainya di sebelah Thailand. Ini satu fenomena yang sangat membimbangkan. Jadi saya minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat sejauh manakah usaha untuk memastikan kawalan yang lebih ketat dan keselamatan yang lebih terjamin di kawasan sempadan? Minta penjelasan.

final • 5:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ringkas sahaja berbalik kepada persoalan yang tadi. Saya rasa kerajaan ada beri jaminan tempoh untuk mengemukakan finding ataupun dapatan atau penemuan. Saya ingat lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengatakan kita diberi tempoh empat bulan untuk mengemukakan finding.

Saya merujuk satu laporan akhbar mengatakan kerajaan mengumumkan telah dapat menyelamatkan RM22 bilion hasil daripada rangkaian jabatan yang ditubuhkan.

Maknanya sudah ada penemuan dan ada hasilnya. Saya tidak tahu kenapa Yang Berhormat mengatakan masih memerlukan masa yang panjang untuk mengumumkan hasil dan sebagainya. Saya rasa negara lain juga terlibat dalam aktiviti yang menunjukkan usaha seperti mana yang disebut oleh tetapi hasil yang diumumkan bahawa setakat ini berapa pencapaian dan sebagainya untuk tujuan tadilah meningkatkan keyakinan masyarakat di luar dan juga masyarakat di kawasan tempatan. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Oleh sebab...

final • 5:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, kita melihat di dalam polis, jawatan-jawatan yang dipegang oleh pegawai-pegawai polis, saya melihat di semua peringkat ada ramai pegawai- pegawai dari keturunan India. Akan tetapi di peringkat ketua polis negeri, saya melihat tidak ada daripada kalangan pegawai-pegawai polis daripada masyarakat India. Adakah kerajaan akan mengisi tempat itu ataupun memberi kenaikan kepada yang memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negeri dan sebagainya? Sebab saya tengok lama juga memang kosong. Jadi saya harap kementerian dapat berbuat sesuatu kerana ini adalah sesuatu yang selalu ditimbulkan dalam masyarakat India, di kalangan masyarakat India bila bercerita tentang polis, memang tidak top listinglah, ketua polis negeri itu.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Yang Berhormat Padang Serai, pertamanya saya hendak menyatakan bahawa isu keselamatan kedudukan pegawai- pegawai polis tidak berkisar kepada warna kulit, kaum atau latar belakang. Sama ada ia merupakan sesuatu yang merupakan kebetulan hari ini yang perlu dibimbangkan dan yang diambil kira.

Pertamanya isu ini tidak dibangkitkan peringkat awal. Saya tidak ada jawapan secara terperinci. Jadi selagi saya memimpin Kementerian Dalam Negeri ini, siapa-siapa sahaja yang layak, yang boleh memimpin di peringkat tertinggi PDRM, kalau ia merupakan mereka yang boleh kita ketengahkan, saya rasa pihak kepimpinan PDRM tidak teragak- agak untuk membawa mereka ke hadapan. Akan tetapi apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi saya ambil maklum dan mungkin pada satu ketika nanti dalam jawapan-jawapan kita di Parlimen di Dewan ini mungkin saya boleh memberi satu jawapan yang lebih lengkap.

final • 5:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat. Mengikut kefahaman saya, jawatan-jawatan tinggi dalam pasukan Polis Diraja, ia bermula daripada peringkat pangkat bawah rank and file. Bukan boleh main lantik begitu sahaja.

Akan tetapi di peringkat bawah kita dapati minat untuk mereka yang berkelayakan dan berkelulusan menyertai pasukan PDRM ini kurang, kecuali orang Melayu. Orang Melayu ini gaji kecil pun tidak apa. Demi negara dia berkhidmat, dia memikul tanggungjawab. Orang lain tengok gaji sahaja. Selepas itu yang susahnya apabila keadaan huru-hara dia menyalahkan polis. Kita tengok polis-polis yang duduk jaga traffic light, hujan, panas dan sebagainya adalah mereka-mereka yang bukanlah ini perkauman tetapi kita tidak nafikan orang-orang Melayu.

Jadi gaji itu kecil dan gaji pihak polis ini kalau hendak tarik minatlah, sekarang ini ditentukan oleh JPA, Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya ingin mencadangkan Yang Berhormat setuju atau pun tidak kalau boleh Yang Berhormat selaku Yang Berhormat Menteri masalah pelarasan gaji pihak polis ini diasingkan daripada JPA dan ditentukan oleh Suruhanjaya Diraja Polis sendiri supaya mereka tidak dianaktirikan. Ini kerana saya tengok

final • 5:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

ada perbezaan yang ketaralah. Apabila sampai kepada penyelarasan gaji polis ini, macam mereka tidak ambil kisah seperti mana kakitangan awam lain.

Manakala yang memikul tanggungjawab keselamatan negara ialah polis. Inilah satu perkara yang harus kita memberi fokus dan saya menyokong penuh kalau Yang Berhormat mengambil langkah tersebut demi saya katakan tadi keselamatan dan negara kita. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Padang Serai. Memang merupakan sesuatu impian kita untuk mengambil kira dan memberikan pembelaan dari segi elaun dan juga gaji pihak polis.

Ini merupakan di bawah tanggungjawab JPA dan kementerian-kementerian yang lain daripada kita dan juga berkisar kepada kemampuan ekonomi negara semasa.

final • 5:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Menteri, penjelasan sedikit.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ada yang dibangkitkan berhubung kait dengan perjawatan dan juga perkara yang disebut tadi ada kaitan dengan gaji ada kedengaran dan saya ambil maklum. Akan tetapi oleh sebab perinciannya, angka-angka tadi tidak ada bersama-sama dengan saya, kalau tidak mungkin saya boleh jawab dengan lebih mendalam.

Dalam konteks menyeluruh, gaji dan skim yang ada ia ada juga kesan kepada pegawai-pegawai perkhidmatan yang lain. Apa jua yang kita bawa untuk polis akan dituntut oleh pihak tentera juga. Jadi inilah yang digunakan sebagai alasan. Akan tetapi percayalah baru-baru ini pun apa yang kita lakukan sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada pihak PDRM walaupun berhadapan dengan macam-macam cabaran, mereka tetap setia dan mereka tetap menjalankan tugas.

Saya beritahu kepada mereka, berikan kerajaan masa untuk memastikan bahawa apa kekangan yang wujud hari ini dapat ditanganinya tetapi ia bukan satu perkara yang mudah bila dalam konteks apa yang ada di hadapan kita. Ini pun sudah syukur alhamdulillah. Kalau tidak kerana NKRA, kalau tidak diberikan keutamaan untuk melihat kepada kadar jenayah, mungkin peruntukan yang ada kepada PDRM ini jauh lebih kecil daripada apa yang disalurkan melalui NKRA dan penekanan baru yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Berhubung kait dengan jawatankuasa, oleh sebab jawatankuasa rasmi.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Minta mencelah. Yang Berhormat Subang.

final • 5:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Padang Terap dahulu.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Oh! Yang Berhormat Padang Terap dahulu?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Yang Berhormat Subang.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri memberi laluan.

Saya ingin membangkitkan dua perkara. Satu berkaitan dengan kadar jenayah dan hubungannya dengan deployment of anggota di bawah di PDRM. Saya faham memang statistik yang diberitahu sekarang menunjukkan bahawa kadar menurun. Akan tetapi boleh saya tahu, di sini pengalaman daripada akar umbi, direct feed back untuk membantu kementerian. Pada hari minggu yang lepas, saya ada di Seksyen 7 Kota Damansara dalam penubuhan persatuan rukun tetangga oleh penduduk di sana. Mereka baru menubuhkan selepas 12 tahun di kawasan di mana rumah-rumah berkembar.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Bila saya tanya kenapa baru hendak tubuhkan? Jawapan mereka, dalam tiga bulan yang lalu ini, lima kes samun dengan menggunakan parang dan sebagainya.

Keadaan ini mengejutkan bagi mereka dan hasilnya mereka membuat keputusan untuk menubuhkan Rukun Tetangga dan sebagainya.

final • 5:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Bagi saya, isu yang berkaitan adalah nisbah polis atau jumlah polis, anggota polis yang kita ada di sana. Kita ada lebih kurang 100,000 ataupun 120,000 anggota PDRM sekarang kalau saya tidak silap. Bermaksud nisbah secara menyeluruh untuk negara adalah lebih kurang satu anggota polis kepada lebih kurang 1:270 penduduk Malaysia.

Satu nisbah yang cukup munasabah kalau dibandingkan dengan nisbah yang disyorkan oleh Interpol.

Akan tetapi di kawasan Kota Damansara sebab SM balai ada bersama dengan kita, dia jawab dia ada saja 60 anggota polis untuk menjaga kawasan dengan penduduk seramai 150,000 orang. Sebenarnya kalau ikut nisbah itu dia memerlukan 600 anggota.

Akan tetapi dia hanya ada 60 anggota.

Jadi, saya tanya apakah usaha sekarang daripada kementerian untuk memastikan- inilah masalah besar di bawah kawasan-kawasan macam Kota Damansara dan banyak kawasan bandar bukan sahaja di Lembah Klang mungkin juga di Johor, di Ipoh, di Pulau Pinang.

Apakah usaha daripada pihak kementerian untuk memastikan nisbah ini jauh lebih dekat daripada nisbah yang disyorkan oleh Interpol sendiri dan nisbah secara menyeluruh.

To make sure that this ratio, dengan izin, is about 1:300 ataupun satu nisbah yang lebih munasabah daripada yang ada sekarang.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, soalan nisbah ini penting Yang Berhormat Menteri. Saya ingat soalan PGA dan marine police yang juga dirangkum bersama dalam nisbah ini tidak berpatutan.

Oleh kerana di luar negara, polis tidak terlibat dengan soalan PGA dan marine police ini. Ini menunjukkan bahawa nisbah sebenar membuat kerja polis itu berlainan daripada nisbah yang kita guna.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussien

Tuan Yang di-Pertua pun boleh mencelah. Nisbah anggota polis dengan penduduk yang ditetapkan oleh Interpol ialah seorang anggota polis kepada 250 orang penduduk. Walau bagaimanapun, nisbah ini adalah hanya sebagai panduan sahaja kerana ia adalah berbeza dan amat bergantung kepada faktor-faktor lain seperti jumlah kepadatan penduduk, lokasi dan kadar jenayah sesuatu kawasan.

Bagi negara ini, umumnya nisbah anggota polis kepada penduduk ialah seorang anggota polis kepada 270 orang penduduk. Ia adalah hampir dengan nisbah yang disarankan oleh Interpol secara menyeluruh. Kerajaan berhasrat untuk memastikan nisbah yang disarankan oleh Interpol ini akan dapat dipenuhi di seluruh negara. Akan tetapi buat masa ini kita melaksanakan tambahan perjawatan anggota polis sebanyak 90,000 yang mana jumlah kekuatan PDRM akan meningkat lebih daripada 150,000 yang disebutkan oleh Yang Berhormat menjelang tahun 2015.

Oleh sebab itu kaedah-kaedah baru, sama ada menggunakan RELA atau JPAM dan dasar-dasar yang merangkumi kementerian-kementerian lain dan agensi-agensi lain.

Contohnya, pembekuan tambahan 4,000 ahli anggota polis baru-baru ini. Oleh kerana saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan daripada Dewan yang mulia ini, daripada rakyat, maka ianya tidak melibatkan pihak polis. Dalam 4,000 yang dibekukan peringkat awal sekarang ini telah pun dicairkan.

Akan tetapi dari segi latihan untuk memastikan mereka dapat diserapkan dalam PDRM ia mengambil masa sedikit. Oleh kerana itu dalam jangka masa yang ada ini kita kena fikir kaedah-kaedah yang di luar kotak supaya apa yang berlaku yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang juga oleh mereka di Taman Tun contoh, di mana insiden- insiden tertentu. Saya tidak nafikan boleh mewujudkan persepsi bahawa mereka di sana tidak selamat.

Akan tetapi kalau kita kembali kepada matlamat dan objektif kita yang lebih awal iaitu memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan. Tumpuan kepada 50 hotspots.

Tumpuan kepada empat, lima negeri. Bermakna bahawa apa yang kita lakukan itu kalau kita tanya di kawasan-kawasan hotspots mereka tidak ada persepsi sebegitu rupa kerana tumpuan dan objektifnya berbeza.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussien

Hari ini saya mengakui daripada segi persepsi dan juga visibility dan juga penambahan mereka juga termasuk penglibatan Rukun Tetangga tadi di mana kedua-dua badan Rukun Tetangga dan RELA, akta barunya akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini memerlukan kerjasama daripada pihak orang ramai.

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, sikit sahaja.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussien

Satu-satu badan yang secara sukarela dan melibatkan masyarakat untuk bersama-sama dengan pihak polis untuk menangani isu ini.

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussien

Sekejap sahaja. Dapat diambil kira dalam kita melihat ke hadapan. Oleh sebab itu nisbah penting tetapi kita mesti melihat bagaimana ia dapat dipenuhi dari segi sasaran kita, objektif kita. Itu memerlukan feedback dari semasa ke semasa kerana apa yang kita lakukan ini di bawah NKRA merupakan satu proses yang kita lalui.

Setakat hari ini saya agak berpuas hati kerana kesungguhan dan kekangan yang ada telah pun menunjukkan keberhasilan yang amat membanggakan dalam masa yang begitu singkat. Akan tetapi saya pada masa yang sama kita tahu bahawa banyak lagi perkara yang perlu kita tangani pada masa yang akan datang.

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat sikit lagi. Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Balik Pulau sikit.

final • 5:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sikit sahaja. Sikit sahaja. Oleh kerana Yang Berhormat sedang menjawab tentang jalanan dan hotspots dan sebagainya. Satu aspek Yang Berhormat tidak sebut kerana saya bangkit dalam perbahasan iaitu di masjid-masjid dan rumah-rumah ibadat yang lain.

Kita tahu, saya sebut dalam perbahasan setakat ini sudah sembilan buah masjid di baling kepala babi. Saya sampai hari ini bila teringat tidak boleh tidur kerana sampai sekarang belum ada apa-apa tindakan dan kawasan masjid telah menjadi kawasan hotspots. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat bagaimanakah cara pihak keselamatan untuk menentukan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi ini dalam masjid-masjid ini dihentikan. Oleh sebab ini rumah Allah. Ini boleh mencetus keselamatan jika umat Islam mula naik berang kalau masalah ini tidak dibendung.

Sehubungan dengan itu, apakah penyiasatan dibuat setakat ini di masjid-masjid yang berlaku pembalingan kepala babi ini sudah dikenal pasti ataupun sejauh mana penyiasatan telah dibuat kerana ini juga jenayah yang amat serius pada pandangan saya.

Saya ada cadang dipasangkan CCTV ataupun di wujud rukun tetangga di setiap kawasan masjid. Ataupun menggunakan tenaga RELA dan seumpamanya. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri, sedikit Menteri.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussien

Yang Berhormat Pasir Mas tadi saya akan jawab kemudian sebab dibangkitkan di peringkat perbahasaan dan ada jawapannya setakat mana hasil siasatan kita dalam kes-kes berkenaan.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri, sedikit Menteri.

Saya sebenarnya senada sedikit, cuma mohon penjelasan lanjut dalam menteri menjelaskan mengenai isu nisbah tadi. Menteri menjelaskan mengenai pendekatan baru yang dikatakan tadi.

Menteri, saya hendak tanya Menteri pendekatan NKRA seperti mana yang saya katakan tadi pendekatan baru yang diambil di bawah kepimpinan hari ini yang saya yakin punya satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Menteri juga mengatakan apabila ada pendekatan yang lebih targeted, key area. Pada masa yang sama Menteri, saya ingin

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

bertanya Menteri, ada dua perkara yang lebih menjurus kepada perkara yang saya kurang pasti sama ada NKRA mampu menjawab mengenai isu integriti.

Bagi saya NKRA, KPI dan sebagainya ini ialah, dengan izin, it is a management tool dari segi pengurusan, jumlah jenayah, mahu menguruskan sehingga habisnya jenayah.

Itu saya rasa mungkin tidak dapat dinafikan ada penghasilannya. Akan tetapi isu integriti.

Contoh, mengambil kira isu sekarang, isu former CID Chief, Datuk Mat Zain dengan Datuk Ramli Yusuff.

Itu satu perkara yang perlu saya rasa Menteri selesaikan dari segi aspek integriti.

Akan tetapi satu lagi key area yang saya rasa Menteri boleh bantu saya menjelaskan, di Balik Pulau contohnya. Isu key area itu contohnya jenayah dadah. Saya tengok peningkatannya itu amat saya rasa ketara. Statistik yang saya dapat daripada AADK terutamanya sekali di kalangan anak-anak Melayu memang teruk. Kebetulan kalau Menteri tengok sendiri di mahkamah-mahkamah majistret luar bandar.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Rata-rata dengan izin, repeat offender, pesalah-pesalah yang berulang-ulang dan ini juga mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penjelasan adakah perkara- perkara jenayah ini juga dijadikan satu key area kerana saya tengok rata-rata perkara ini berlarutan. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ingat Yang Berhormat jawab soalan dahulu yang diberikan dalam perbahasan Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Saya tengok penjelasan ini sudah merentasi sempadan. [Ketawa] Soalan asal yang dibawa di mana saya hendak jawab bersama dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi. Oleh kerana kita memberikan tumpuan kepada lima hot spot tidak bermakna kita tidak juga menjalankan tugas dan tanggungjawab kita di kawasan-kawasan lain. Ini kerana kadar jenayah daripada indeks yang kita lihat juga menurun secara menyeluruh walaupun berada di dalam negeri- negeri yang tidak ada kaitan.

Balik kepada isu Yang Berhormat Rantau Panjang tadi di mana jenayah-jenayah yang merentasi sempadan dan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota oleh kerana jawatankuasa rasmi yang kita cadang hendak wujudkan itu belum dapat diumumkan secara rasmi tidak bermakna bahawa agensi-agensi yang berkaitan untuk menanganinya tidak berjalan dan menjalankan tugas seperti biasa. Jadi penjimatan yang telah pun dilakukan oleh pihak kastam, pihak income tax, pihak Bank Negara dalam tindakan mereka yang mungkin sebelum ini berasingan. Kita hendak menggemblengkan dan selaraskan dengan pendekatan baru, hasil daripada usaha ini mungkin berlipat ganda.

Ini merupakan fenomena baru dalam dunia yang tanpa sempadan, dunia globalisasi hari ini.

Sebab itu kita berada di hadapan sekali dalam melihat ini sebagai satu fenomena yang perlu dibendung dengan cara dan pendekatan yang baru. Sebab itu memanglah pihak pembangkang tidak akan bersetuju dengan semua perkara yang – sebenarnya tidak bersetuju langsung dengan apa yang kita lakukan. [Ketawa] Jadi itu memang tugas dia dan yang penting rakyat tahu bahawa kita bersungguh-sungguh rakyat tahu. Bahawa apa yang kita lakukan ini merupakan pendekatan luar daripada apa yang kita lakukan sebelum ini.

Rakyat tahu dunia berhadapan dengan kegawatan ekonomi.

Rakyat tahu bahawa penularan politik, hujah-hujah politik yang menidakkan segala-galanya dan dengan izin demonize individu termasuk juga badan-badan yang selama ini telah pun dipertanggungjawabkan dan telah pun menjalankan tugas mereka dengan penuh kekangan seperti PDRM tetapi kita tetap melakukannya kerana perkara asas dalam KDN ialah untuk memastikan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.

final • 5:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ya.

final • 5:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Pertama saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari polis yang ke-205. Saya juga ucapkan tahniah kepada pihak polis dan pihak kementerian dengan pendekatan baru. Saya tengok dalam akhbar seminggu dua ini pendekatan yang agak mesra rakyat dengan gambar anggota polis bersama dengan kanak-kanak dan OKU dan lain-lain. Ini satu pendekatan yang ‘outside the box’ yang saya rasa selaras dengan apa yang kita lalui sekarang ini. Saya sendiri banyak terlibat menggunakan kemudahan awam seperti LRT, bas dan kereta api dan lain-lain. Kita nampak jelas sekarang ini kehadiran polis agak ketara sekarang ini mereka ada bersama dengan kita di stesen LRT, di tepi jalanan, di bas, stesen kereta api kita nampak itu. Feel safe factor itu ada, berasa selesa, polis ada dan dia tidak datang dengan pakaian yang menggerunkan kita tetapi dia datang nampak very friendly mesra rakyat. Saya ucapkan tahniah di situ.

Cumanya dalam kita memperkatakan isu pihak polis ini, saya berharap pihak kementerian tidak lupa kebajikan anggota polis itu sendiri. Saya sudah banyak kali juga bangkitkan isu berkenaan dengan perumahan polis. Ada perumahan polis yang bawah tahap kemiskinan. Saya tengok di Kulim Bandar Baharu ada anggota polis duduk di rumah yang sangat kecil. Di Pangkalan FRU Ipoh tempat saya membesar dahulu, rumahnya seperti rumah kos rendah dengan kemudahan yang tidak selesa langsung. Surau di Pangkalan FRU Ipoh sudah reput.

Dibangkitkan juga bila kita berjumpa dengan anggota polis masalah kesihatan mereka. Kita perlukan anggota polis yang sihat. Saya cadangkan supaya ada pemeriksaan berkala bagi kesihatan anggota polis ini. Mungkin ada medical checkup setiap enam bulan atau setiap setahun supaya tahap prestasi mereka ini sentiasa terjaga dan memberi kesan positif kepada rakyat. Jadi pokok pangkalnya Yang Berhormat Menteri, selain daripada pendekatan yang agak positif sekarang ini diambil untuk menunjukkan polis mesra rakyat, kebajikan polis itu kita perlu jaga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu kerana daripada awal dahulu lagi saya dalam konteks kebajikan ini memberikan tumpuan yang cermat sangat bukan sahaja untuk pihak polis tetapi semua yang berada di front lines, di barisan hadapan sekali khususnya KDN. Isu perumahan ini membelenggu bukan sahaja warga anggota polis tetapi juga pegawai-pegawai imigresen kita, pendaftaran dan sebagainya. Sedikit-sebanyak dalam Dewan ini pun saya telah menyatakan bahawa apa yang kita berhasrat lakukan ketika ini untuk mengubah daripada rumah dua bilik kepada tiga. Semua ini sudah merupakan perubahan dari segi dasar kita dalam konteks kebajikan.

Baru-baru ini diperjuangkan oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri kebajikan dan kedudukan bekas-bekas pesara polis telah pun diambil kira. Satu bahagian jabatan khusus telah diwujudkan di dalam kementerian. Akan tetapi saya ucapkan terima kasih sangat kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan dalam konteks ini itu penting tetapi saya ingatkan kepada warga KDN mereka kena tunjukkan hasil daripada apa yang kita lakukan ini supaya ahli-ahli rakyat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri tidak menidakkan betapa pentingnya wujud PDRM kita, imigresen dan pendaftaran kita dan betapa penting kita perlu jaga kebajikan setiap anggota-anggota.

final • 5:20 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Menteri tentang kebajikan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Berkaitan dengan kebajikan ini Yang Berhormat Menteri saya bangkitkan dalam ucapan saya mungkin ada dalam jawapan dan kalau tidak ada saya hendak rangkumkan sekali dengan berkaitan dengan kebajikan. Kadang-kadang pampasan yang diberikan kepada anggota polis yang diambil tindakan disiplin, tiada pampasan. Saya difahamkan tiada sagu hati menyebabkan mereka yang dibuang kerja mungkin kadang-kadang kes disiplin dan kesalahan yang kecil-kecil ini bila diambil tindakan dan tidak ada pampasan diberikan kepada anggota polis ini yang terpaksa menanggung keluarga mereka yang ramai, anak dan sebagainya kehidupan mereka. Jadi saya pohon supaya pihak Yang Berhormat Menteri mungkin ada jawapan. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ini akan saya jawab kemudian Tuan Yang di-Pertua, kerana perkara ini dibangkitkan di dalam perbahasan awal dan kalau Yang Berhormat tidak puas hati boleh mencelah pada ketika itu nanti. Ada dalam jawapan saya ini.

final • 5:20 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Boleh saya teruskan dengan skim tadi.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam meminta penjelasan sejauh manakah suasana keselamatan negara pada ketika ini. Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan jenayah khususnya jenayah indeks dan jenayah jalanan. Ini memberikan fakta kepada hujah yang saya sebutkan tadi, menunjukkan perkembangan yang positif. Sebagai contoh jenayah indeks telah berjaya diturunkan dari 32,297 kes pada tahun 2010 kepada 19,629 kes pada tahun 2011, iaitu penurunan sebanyak 11.1%.

Kes jenayah jalanan pula telah menunjukkan penurunan sebanyak 39. 7% iaitu dari 15,101 kes pada tahun 2010 kepada 13,193 kes pada tahun 2011. Kalau sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang menyatakan ini hanya merupakan rekaan daripada pihak KDN, saya mempunyai fakta di mana ianya diiktiraf juga keberkesanannya setakat hari ini oleh pihak-pihak antarabangsa di mana Global Peace Index telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara ke-19 paling aman di dunia dan kedua di Asia serta pertama di Asia Tenggara.

[Tepuk]

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

The Justice Project pula mengiktiraf Malaysia sebagai negara paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana serta di kedudukan ke-12 negara paling selamat di dunia mengatasi Amerika Syarikat dan Britain. [Tepuk] World Economic Forum juga telah menempatkan Malaysia di kedudukan 63 pada tahun lepas berbanding tangga 93 pada tahun 2010, kenaikan sebanyak 30 tangga. Bermakna bahawa kita berada di atas landasan yang tepat dan ini akan diteruskan. Jaminan saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab dan KDN ialah untuk memastikan perkara-perkara yang baik yang telah kita perkenalkan ini akan diteruskan dan perkara-perkara yang sudah cuba rintis peringkat awal tidak membawa pulangan dan manfaat sepenuhnya, maka kita ketepikan supaya tumpuan dengan kewangan dan peruntukan yang terhad ini, kita memberikan fokus yang sebenarnya kepada apa yang diharapkan oleh orang ramai.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kapit menyentuh berkenaan pemberian wang sagu hati khas one-off RM1,000 dan RM3,000 kepada bekas anggota polis yang telah berkhidmat semasa darurat. Kerajaan sentiasa prihatin ke atas kebajikan bekas-bekas anggota polis zaman darurat tersebut dan mengakui peri pentingnya jasa bakti dan pengorbanan yang telah mereka curahkan demi memastikan kedaulatan dan keselamatan tanah air kita yang tercinta ini terjamin. Kerajaan di sini telah meluluskan sumbangan sagu hati khas one-off RM1,000 pada tahun 2001 kepada bekas-bekas anggota polis yang berkhidmat semasa darurat dan juga dalam ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian RM3,000 wang sagu hati khas, one-off.

Semua permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperoleh sama ada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), pejabat-pejabat cawangan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan juga dari lama sesawang kementerian. Saya bangga kerana dengan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat, a sense of urgency atau tumpuan untuk memastikan dan mengenal pasti mereka yang merupakan masih lagi belum dapat sagu hati yang disebutkan itu dapat dikenal pasti dan ianya dapat disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan dengan secepat mungkin.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Kementerian memahami sangat keluh kesah golongan ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapit dan yang mana sukar bagi mereka membuktikan pada hari ini mereka layak menerima pemberian tersebut. Justeru, kementerian telah memudahkan syarat-syarat kelayakan permohonan sumbangan sagu hati khas ini di mana ianya memadai dengan hanya mengemukakan surat akuan bersumpah bagi mengesahkan perkhidmatan mereka sebagai bekas polis yang berkhidmat pada zaman darurat sekiranya sijil pelantikan atau sijil tamat perkhidmatan telah tiada dalam simpanan.

Sukacita saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa setakat ini sejumlah 54,543 keping cek sumbangan sagu hati RM3,000 ini telah dikeluarkan di mana penyerahan telah pun dibuat kepada 20,998 orang penerima melibatkan peruntukan sebanyak RM62.99 juta. Saya mengambil kesempatan di Dewan ini menyeru kepada bekas-bekas polis yang masih belum mengemukakan permohonan sumbangan sagu hati khas ini untuk tampil mengemukakan permohonan kepada pihak kementerian. Saya juga dengan hati yang terbuka memohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini sekiranya ada di kawasan Yang Berhormat, golongan-golongan mereka yang masih lagi tercicir maka bolehlah panjangkan nama mereka dan senarai itu ke pihak KDN.

Beralih kepada pengiktirafan pingat kepada bekas polis yang berkhidmat di Sarawak semasa darurat yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapit, kerajaan pada dasarnya telah bersetuju untuk memanjangkan pengurniaan Pingat Jasa Malaysia kepada anggota dan pegawai polis yang berkhidmat sewaktu darurat. Hatta, ketika ini Pingat Jasa Malaysia hanya dikurniakan kepada Angkatan Tentera Malaysia. Status pengurniaan pingat tersebut perlu diperluaskan kepada anggota PDRM tetapi kaedah atau mekanisme bagaimana ia dapat dikurniakan masih dalam proses penelitian kementerian.

Yang Berhormat Tawau membangkitkan tentang jumlah saman kesalahan lalu lintas dan jumlah kutipan yang dipungut khususnya di Sabah dan Sarawak oleh polis trafik dan bagaimanakah kementerian menggunakan kutipan tersebut? Statistik PDRM menunjukkan bahawa jumlah kesalahan lalu lintas yang direkodkan sepanjang tahun 2010 hingga tahun 2011 dapat dilihat berdasarkan jumlah saman yang dikeluarkan itu, sebanyak 5,072,965 saman pada tahun 2010 manakala bagi tahun 2011 pula adalah sebanyak 4,989,103 saman. Hasil yang dikutip adalah sebanyak RM588.2 juta pada tahun 2010 dan RM614.6 juta pada tahun lalu. Kesemua hasil kutipan saman ini dimasukkan ke akuan kerajaan sebagai wang hasil yang digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat.

Yang Berhormat Pokok Sena bertanya sama ada masih relevan kah saman yang dikeluarkan oleh PDRM apabila saman Automatic Enforcement System (AES) dikuatkuasakan? Saya hendak maklumkan Dewan yang mulia ini, saman yang dikeluarkan oleh PDRM adalah masih relevan atas justifikasi PDRM mempunyai tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah seksyen 21, Akta Polis 1967 – tugas di jalan awam dan seksyen 53, Akta Pengangkutan Jalan 1987 – kuasa memerintah kehadiran di mahkamah. Untuk makluman Dewan, liputan kamera Automated Enforcement System

(AES) ini adalah terhad kepada perkara-perkara seperti berikut iaitu pertama, liputan kamera AES hanya menjurus kepada kesalahan had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat merah. Terdapat banyak lagi kesalahan lalu lintas yang tidak diliputi oleh sistem ini yang mana tanggungjawab tersebut perlu dipikul oleh pihak PDRM.

Kedua, kamera AES ini tidak meliputi semua jalan raya. PDRM bertanggungjawab untuk membuat penguatkuasaan di kawasan-kawasan yang tidak diliputi oleh kamera AES ini. Ketiga, kamera AES merupakan kamera yang statik. Sekiranya berlaku perubahan lokasi kawasan kerap berlaku kemalangan, maka kamera PDRM yang mudah alih perlu diguna pakai. Maka berdasarkan kepada faktor-faktor yang saya sebutkan tadi, PDRM masih wajar menguatkuasakan undang-undang lalu lintas untuk melindungi nyawa dan harta benda orang ramai walaupun sistem ini wujud. Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa adalah wajar. Wajar itu satu perkara, yang keduanya sama ada penyelarasan itu antara akta yang di bawah Kementerian Pengangkutan sebab saya difahamkan apabila kita meluluskan pindaan yang telah pun diterima pada Disember yang lalu kalau tidak silap ingatan saya, bermakna bahawa hanya satu sahaja penguatkuasaan yang akan berlaku

final • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

yang berkaitan dengan undang-undang lalu lintas iaitu JPJ di bawah Akta Pengangkutan Jalan. Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa AES itu tidak meliputi lampu isyarat dan sebagainya tetapi saya difahamkan bahawa ia meliputi lampu isyarat dan lama-kelamaan saya difahamkan bahawa mereka akan memperbanyakkan kamera yang statik ini, di lebih banyak di tempat-tempat ataupun di jalan-jalan tertentu yang telah pun dipilih – yang dikenal pasti sebagai hotspot. Bermakna tempat-tempat yang dilihat bahawa sering berlaku salah laku di mana ada kenderaan-kenderaan yang dipecut melebihi had kelajuan. Jadi, saya minta penjelasan yang sejelasnya supaya masyarakat tidak keliru hari ini.

final • 5:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Hari ini masyarakat masih keliru. Dahulu Timbalan Ketua Polis mengatakan bahawa kita tidak lagi menyorok tetapi sekarang ini masih ada lagi yang speed trap yang secara menyorok dan ini yang kadang-kadang saya lihat yang bertentangan dengan akta.

Kalau mengikut aktanya yang dipinda oleh Kementerian Pengangkutan dahulu, dia ada jarak yang tertentu yang mesti diberitahu kepada pengguna jalan raya bahawa ada kamera di hadapan. Kalau yang dilaksanakan oleh pihak polis ini, dia tidak beritahu. Cuma kawan sebelah sahaja yang boleh beritahu, yang itu PAS-UMNO boleh berkira. Maknanya dia bagi lampu. Maknanya UMNO bagi lampu pada PAS, PAS bagi UMNO lampu kata ada speed trap di hadapan. Had lain tidak boleh kira PAS-UMNO ini sebab UMNO memang tidak boleh berkira. Terima kasih. [Dewan riuh]

final • 5:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri, boleh jawab sekali?

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sudah jauh lari dari soalan asal ini. Apa yang ditanya ialah berhubung kait dengan AES system, yang dicelah sekarang ini adalah berhubung kait dengan penyelarasan di antara JPJ dengan PDRM dan dia kata Kementerian Pengangkutan dan KDN. Jadi kalau itu merupakan sesuatu yang diperlukan, saya rasa Yang Berhormat Pokok Sena perlu lebih spesifik dalam apa yang dituntut. Jangan tanya soalan lain dengan harapan dalam penggulungan nanti boleh serang kita kerana berkepentingan lain daripada untuk mendapat penjelasan yang sebenarnya.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Penjelasan sedikit Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Jadi dalam hal ini Tuan Yang di- Pertua, saya jawab berhubung kait dengan apa yang ditanya daripada awal iaitu berhubung kait dengan sistem AES dan polis masih lagi diperlukan sehingga sistem AES ini sudah diperluaskan sepenuh-penuhnya di mana saya lebih suka kerana ia akan membebaskan pihak polis untuk melaksanakan tugas yang dituntut oleh Yang Berhormat yang lain daripada sebelah sana di Taman Tun dan sebagainya untuk melihat kepada jenayah yang lebih serius. Jadi...

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya melihat sistem ke arah pembentukan budaya cemerlang di jalan raya, budaya berhemah dan sebagainya. Saya menyebut ini Yang Berhormat, dia tidak ada direct kena kepada kementerian Yang Berhormat sebab saya menyebut ketika perbahasan untuk pihak Kementerian Pengangkutan tetapi saya hendak lihat bagaimana boleh kait dengan kementerian Yang Berhormat apabila kita menggunakan SCADA dan saya tahu SCADA ini Supervisory Control and Data Acquisition System ini ada pada pihak polis yang boleh mengetahui pergerakan, kelajuan kenderaan dan sebagainya.

So, saya hendak tanya Yang Berhormat betapa keterbukaan polis untuk berkongsi data ini dengan Kementerian Pengangkutan supaya Kementerian Pengangkutan boleh menguat kuasa dengan memberi amaran ataupun mengawal kelajuan kenderaan di atas jalan raya ke arah pengurangan kemalangan berbanding kena saman? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sebenarnya saya rasa tidak lari daripada soalan asal. Dia masih ada kaitan sebab saya membangkitkan tempoh hari kerana pindaan Akta Pengangkutan Jalan – sebab sebelum itu polis mengguna Akta Pengangkutan Jalan dalam saman kompaun yang dikenakan ke atas pengguna jalan raya

final • 5:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

dan sebagainya. Jadi, sekarang ini pindaan itu telah memberikan kuasa, saya difahamkan bukan lagi kepada polis. Itu akan dikuatkuasakan oleh penggunaan AES ini yang akan dikendalikan oleh JPJ sendiri. Jadi, saya kata bagaimana keadaan ini boleh berlaku?

Maknanya ada JPJ, ada polis. Jadi, sebab itu saya katakan bahawa timbul di sini apakah penyelarasan telah pun dibuat dan apakah ini telah pun membenarkan dari segi undang- undang pengangkutan jalan raya itu, Akta Pengangkutan Jalan membenarkan pihak polis untuk mengambil tugas yang sudah pun diberikan kepada JPJ?

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Kementerian Pengangkutan belum menggulung lagi dan dalam hal ini tidak ada masalah untuk kita kaitkan penggulungan Kementerian Pengangkutan dalam konteks akta yang di bawah kementerian berkenaan.

Pihak PDRM sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan kementerian-kementerian dan inilah merupakan kekuatan yang ada kepada transformasi kerajaan yang dibawa olah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini kerana pertindihan dan juga penyelarasan perkongsian maklumat, itu semua perkara-perkara yang merupakan kepentingan ramai, public interest dengan izin, yang dikenal pasti tujuh perkara yang diumumkan sebagai NKRA yang merupakan satu perkara yang Yang Berhormat Tangga Batu harap bahawa pihak polis terbuka untuk bekerjasama.

Memang kita terbuka kerana pendekatan kita selama ini, kita sanggup – buat pertama kali dalam sejarah dan setahu saya dalam dunia ini tidak pernah pun ada kerjasama di antara pihak tentera dengan PDRM tetapi join patrolling dengan izin, latihan kem-kem tentera, semua itu merupakan pendekatan yang baru yang menunjukkan bahawa kita sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan ia dapat mengecapi apa yang kita harapkan dan telah pun dipersetujui lebih awal. Jadi, itu merupakan mindset change. Itu yang merupakan sesuatu yang lebih susah daripada mencari sistem untuk kita beli tetapi dari segi kepimpinan, dari segi minda, dari segi kesanggupan mereka yang terlibat ini untuk bekerjasama secara terbuka merupakan kejayaan yang kita telah pun kecapi dalam masa yang begitu singkat sekali.

Yang Berhormat Kinabatangan membangkitkan isu penguatkuasaan terhadap mesin slot haram yang berleluasa di Sabah terutama sekali di Sandakan. Yang Berhormat Limbang pula memohon penjelasan kementerian berkenaan usaha yang dilakukan dalam menangani jenayah judi siber di Limbang.

PDRM melakukan penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara dapat dipertingkatkan dan kegiatan jenayah dapat dicegah termasuklah di Sandakan. Hasil daripada operasi dan penguatkuasaan yang dijalankan pada tahun 2010, sebanyak 51 serbuan telah dibuat ke atas kegiatan mesin perjudian haram di Sandakan. Seramai 34 orang telah ditangkap dan sebanyak 107 mesin perjudian telah dirampas. Bagi tahun lalu sahaja, sebanyak 39 serbuan telah dilaksanakan dengan tangkapan seramai 48 orang dan rampasan mesin perjudian sebanyak 657 buah. Bagi tempoh Januari hingga Mac 2012 pula, seramai 12 orang telah ditangkap dan sebanyak 87 buah mesin perjudian telah dirampas. Kesemua operasi ke atas premis mesin slot haram itu turut melibatkan kerjasama daripada PDRM Bukit Aman. Bukan sahaja peringkat daerah, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga melibatkan ibu pejabat di Bukit Aman.

Bagi daerah Limbang, pada tahun 2010, sebanyak enam serbuan telah dilakukan ke premis cyber cafe yang disyaki menjalankan kegiatan mesin perjudian komputer dan seramai enam orang telah ditangkap. Hasil siasatan, sebanyak 18 buah mesin komputer perjudian telah dirampas dan semua kes masih dalam siasatan.

final • 5:40 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat, minta laluan sedikit.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Sila.

final • 5:40 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Bermula daripada kejohanan bola sepak Piala Dunia di South Africa, ada satu jenayah siber baru iaitu jenayah perjudian bola sepak yang berleluasa yang menggunakan kaedah internet dan dikatakan berpunca ataupun beroperasi di Malaysia. Katanya berpusat di utara Malaysia, saya tidak tahu. Jadi, sejauh mana perkara ini benar? Adakah siasatan awal ataupun siasatan sebenar

final • 5:40 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

telah dibuat oleh pihak polis berhubung dengan kedudukan ini? Juga dikatakan kegiatan sindiket ini turut mempengaruhi EPL dan juga perjalanan bola sepak di negara kita.

Pandangan Yang Berhormat Menteri sekiranya ada maklumat, kalau tidak jawapan bertulis sahaja. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau itu, maklumat tidak ada bersama saya hari ini tetapi saya boleh mengesahkan bahawa Interpol telah pun membuat lawatan dan bekerjasama rapat dalam konteks perjudian melalui cyber online ini. Ini juga merupakan fenomena yang kita bincangkan tadi iaitu jenayah merentasi sempadan, fenomena yang melanda banyak negara dan memerlukan kerjasama rapat di antara negara sumber, negara transit dan negara sasaran tadi.

final • 5:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Saya boleh mengesahkan bahawa kerjasama di peringkat Interpol, di peringkat antarabangsa atau kerjasama di peringkat serantau iaitu Aseanapol melibatkan semua pihak-pihak berkenaan iaitu pihak persatuan- persatuan bola antarabangsa sedang berjalan tetapi maklumat yang lebih terperinci...

final • 5:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

...Kalau dibenarkan oleh pihak berkenaan akan saya panjangkan kepada Yang Berhormat secara bertulis.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Suka untuk saya sebut berkaitan dengan isu mesin kuda ataupun judi yang mana saya bersama dengan Ketua Polis Gurun telah beroperasi untuk membuat tangkapan ini. Apa yang kita rasa mendukacitakan tangkapan ini 11 mesin esok masuk semula, tangkapan esok masuk semula. Jadi rungutan semua pihak khususnya pelajar- pelajar sekolah, ibu bapa, kawasan pendalaman kita meminta pihak polis PDRM tegas dan mengambil tindakan biarlah yang berpatutan – supaya dapat kita hentikan segera mesin judi ini yang berleluasa khususnya di pendalaman. Jadi saya memohon, saya tengok pihak polis di kawasan saya telah pun bekerja begitu keras tetapi rampasan dibuat sehari tetapi pagi esok tetapi masuk semula, bagaimana pendirian Yang Berhormat Menteri sendiri?

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 5:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, boleh saya memberikan sedikit pandangan, saya Yang Berhormat Kota Belud di belakang, ya. Tadi saya mendengar Yang Berhormat Jerai mengatakan tentang isu lesen, operasi judi kuda dan sebagainya tetapi kalau saya kira saya bagi cadangan kerajaan negeri juga ataupun pihak berkuasa tempatan juga harus membantu. Kalau dikatakan insiden ini berlaku berulang-ulang kali bagi lesen beroperasi, saya kira itu di bawah bidang kuasa negeri, give them a hard time dengan izin dan itu akan membantu pihak polis. Jangan serahkan semua kepada pihak polis untuk menyelesaikan semua masalah, kita pun tahu pihak polis terpaksa menyelesaikan banyak masalah. Jadi ada yang di bawah bidang kuasa negeri, pihak berkuasa tempatan di negeri-negeri yang dipegang oleh pembangkang, saya kira mereka harus mengambil tanggungjawab juga.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Soalan Yang Berhormat Jerai dijawab oleh Yang Berhormat Kota Belud. [Ketawa] Silakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Tuan Yang di-Pertua, bukan macam itu, Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja. Macam ini apabila operasi itu haram, siapa yang hendak bertindak, autoriti mana mesti polis, Yang Berhormat Kota Belud diam dahulu.

final • 5:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Menyampuk]

final • 5:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Tidak, pasal lesen tidak ada, ini haram Yang Berhormat Menteri, apabila dia haram pergerakan mesti diambil kira oleh pihak polis

final • 5:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

yang berautoriti untuk menangkapnya, menggeledah – orang kampung mana boleh, Yang Berhormat Kota Belud tahu apa?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ini sebenarnya merupakan perkara yang memerlukan kita bekerja bukan sahaja merentasi sempadan tetapi juga merentasi ideologi politik dan kalau sekiranya sesuatu masalah hendak ditangani, dihadapi ia melibatkan pihak berkuasa tempatan, ia melibatkan pelesenan, ia melibatkan pelaksanaan, ia melibatkan pemantauan. Jadi kalau betul-betul ikhlas membantu Yang Berhormat boleh tampil ke hadapan memberikan cadangan kerana pihak polis telah pun menjalankan tugas mereka seperti Yang Berhormat sendiri nyatakan sebentar tadi bahawa kita telah pun mengambil tindakan tetapi esoknya ia berleluasa kembali.

final • 5:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Yang Berhormat Indera Mahkota di belakang lambat tunggu. Yang Berhormat Pokok Sena nanti dulu.

final • 5:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, saya cuma hendak merujuk kepada dua siaran majalah luar negara yang memetik secara khusus. Pertama, kadar jenayah merentas sempadan di Malaysia yang merujuk kepada drug trafficking atau pengedaran dadah. Ia merujuk kepada jumlahnya, penemuannya yang dikatakan peningkatan 2000%, kalau dahulu tidak pernah ada tangkapan melebihi satu kilo, sekarang ini sudah berbelas kilo penemuannya dan satu lagi dikatakan, saya ambil contoh seorang wanita yang tertangkap di KLIA menyeludup dadah dan rekod menunjukkan kemasukan dia sudah kali ke 12, bukannya kali yang pertama.

Jadi perkara ini ditulis di dalam akhbar itu, mengesyaki bahawa 11 kali sebelum pada kemasukan tertangkap yang ke-12 itu ada kaitan dengan kelicinan diatur untuk kemasukannya. Satu itu diletakkan kepada pihak kementerian, saya tidak – tujuan saya membangkitkan perkara ini kerana ada laporan yang seolah-olah macam memberikan negatif persepsi kepada kita tetapi kita tidak boleh mengetepikan 11 kali kemasukan dan juga jumlahnya, kalau dahulu beberapa kilo nilai sekarang ini beberapa puluh juta, jadi kedua-dua fenomena ini pada pandangan Yang Berhormat, adakah oleh sebab strategiknya kedudukan kita ataupun longgarnya kedudukan kita?

Namun saya masih lagi menekankan bahawa perwujudan jawatankuasa khas menangani isu ini sepatutnya kita uar-uarkan sekurang-kurangnya ada penemuan dan hasil dan kita tidak boleh merahsiakan perkara ini. Saya betul-betul berminat hendak tahu tentang pengumuman hasil dan juga kaedah operasi jabatan yang kita tubuhkan ini secara bersama, terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Yang Berhormat apabila akhbar antarabangsa membuat liputan negatif berhubung kait dengan dadah ini dibangkitkan di Dewan tetapi liputan akhbar kita hari-hari di mana polis telah pun berjaya dalam konteks memerangi dadah ini tidak dibangkitkan pula. [Tepuk] Maka, masalah jenayah dadah di peringkat antarabangsa ini merupakan sesuatu yang begitu serius sekali dan kalau jumlah yang saya nafikan begitu besar benar, ia tidak mungkin akan digunakan untuk diedarkan di negara kita kerana jumlah itu terlalu besar.

Jadi banyak melihat negara kita ini sebagai negara transit dan itu merupakan cabaran pertama kita dan isu berhubung kait dengan integriti pegawai-pegawai kita, saya sudah buktikan dahulu lagi, mereka yang ada – kita mempunyai bukti-bukti dan juga maklumat bukan sahaja di dalam agensi-agensi risikan kita tetapi di peringkat antarabangsa lagi. Kita mengambil tindakan walhal mereka merupakan pegawai di bawah KDN itu sendiri dan tindakan yang serius diambil tetapi jumlah nilai dadah yang diseludup atau menggunakan Malaysia sebagai transit begitu besar sekali. Kebimbangan kita sekarang untuk mengaitkan dengan kajian Yang Berhormat ialah kalau sekiranya black money dengan izin atau duit haram ini sampai kepada bukan sahaja organize crime tetapi sindiket-sindiket antarabangsa tetapi sampai ke dalam tangan pengganas-pengganas dan itu akan menimbulkan satu keadaan yang lebih serius lagi. Ini yang perlu kita bendung dan ini yang perlu kita sedang bekerjasama rapat dengan agensi-agensi antarabangsa yang berkenaan, ya Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 5:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan mesin judi tadi, saya boleh bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat dan juga rakan saya Yang Berhormat Kota Belud, bekas setiausaha Yang Berhormat tetapi dia tidak berapa naik pangkat lagi [Ketawa] bahawa perlu ada kerjasama di antara pihak berkuasa polis dengan juga pihak berkuasa PBT. Akan tetapi sudah tentu kita perlu akui bahawa penguatkuasaan PBT ini jumlahnya tidak banyak berbanding dengan pihak polis yang mempunyai anggota yang sangat-sangat besar. Saya merasakan bahawa perlu kepada satu peruntukan undang-undang untuk penyelarasan itu, saya boleh bersetuju tentang itu tetapi apa yang dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat Jerai tadi ialah apabila polis membuat serbuan, kalau tidak hari yang sama ataupun esok, seminggu selepas itu, dua minggu selepas itu wujud semula, bermakna bahawa seolah-olahnya seperti tidak ada satu tindakan yang tegas, penguatkuasaan daripada pihak polis yang boleh menakutkan pihak-pihak pengusaha ini sehingga menyebabkan mereka meneruskan kegiatan tersebut.

Jadi seolah-olah saya melihat bahawa macam mereka itu merasakan dilindungi oleh pihak berkuasa dan ini isu yang dibangkitkan oleh bekas ketua polis siasatan jenayah perdagangan, Datuk Ramli yang sekarang ini tersebar di dalam internet tentang bagaimana penglibatan bekas Ketua Polis Negara dalam memberikan perlindungan kepada kumpulan kongsi gelap umpamanya dengan dokumen yang terdedah.

final • 5:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi saya bimbang bahawa kementerian Yang Berhormat tidak melihat perkara ini sebagai perkara penting untuk diatasi iaitu memastikan supaya pihak polis mesti bebas daripada pengaruh mana-mana sindiket-sindiket yang boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal selepas daripada ini.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli Noordin - Kulim Bandar Baharu

Nanti Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri...

final • 6:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Isu yang sama. Kerjasama di antara PBT dan PDRM. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Saya rasa isu tentang yang dibawa oleh Yang Berhormat Pokok Sena kita akan bincang nanti. Bukan sebab saya yakin Menteri akan sentuh hal itu. Saya hendak balik pada isu tadi. Kerjasama di antara PBT dan PDRM. Ini kerana saya ada masalah yang sama macam kedai internet yang buat aktiviti judi yang haram tanpa berlesen. Akan tetapi kita perlu untuk tangani isu itu, kita perlu kerjasama di antara pihak PBT dan PDRM bagi memastikan masalah tersebut secara kekal.

Saya pun melihat di kawasan saya, PBT serbu, dia sita tempat itu dan diambil mesin-mesin judi akan tetapi selepas seminggu dia kembali dan aktiviti ini berterusan. Jadi, ini kita perlu lihat perkara tersebut. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri saya kena tanya, dua tahun dahulu pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah buat permohonan kepada PDRM supaya melantik lebih kurang 200 atau 300 polis bantuan yang mana gaji akan dibayar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ini untuk membantu PDRM sebab mereka mengakui mungkin pada masa itu masalah kapasiti atau kurang jumlah anggota di kawasan Petaling Jaya.

Permohonan dibuat kepada pihak Menteri sebab kelulusan itu perlu di bawah Akta Polis supaya melantik orang ini. Akan tetapi malangnya saya difahamkan, permohonan itu ditolak. Jadi di sini saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri kenapa permohonan itu ditolak sebab inilah satu contoh yang terbaik. Kita tidak lihat pada ideologi, inilah sebab pihak PBT di bawah pengelolaan kerajaan negeri pun hendak bantu isu keselamatan.

Mereka telah peruntukkan jumlah dana RM4 juta atau RM5 juta untuk membantu pihak PDRM, akan tetapi malangnya saya tidak tahu apa alasan atau apa sebab permohonan itu ditolak. Jadi saya minta penjelasan kenapa ditolak dan sama ada menteri boleh kaji semula keputusan itu dan menerima dengan baik cadangan daripada MPPJ supaya memperbesarkan jumlah anggota PDRM di dalam bentuk polis bantuan yang boleh bantu dari segi isu keselamatan di kawasan Petaling Jaya.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri isu yang sama. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Pokok Sena serta Yang Berhormat Subang berkenaan dengan PBT dan pihak polis ini, di mana tindakan innuendo yang cuba diberi gambaran seolah-olah polis ini bekerjasama dengan underworld. Hari ini buat tangkapan esok sudah lepas.

Kita tengok perkara ini berlaku juga di Selangor, akan tetapi secara rasmi. Hari ini Exco agama buat rampasan arak, esok Exco PBT bagi balik arak itu. Ini secara rasmi bukan lagi underworld. Ini politik satu alam, dua alam yang mereka main ini. [Dewan riuh] Sama contoh macam Yang Berhormat Pokok Sena. Dahulu beliau panggil Yang Berhormat Permatang Pauh kaki pungkur, hari ini dia angkat pungkur itu. [Ketawa] Jadi minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf sebab saya tidak boleh tengoklah sandiwara, lakonan mainan ini, saya cukup menyampah. Kita tahu Yang Berhormat Pokok Sena merata Malaysia. Saya pernah ceramah dengan beliau banyak kali.

Yang Berhormat Anwar kaki ‘pungkuq’, ‘al-juburi.’ Jadi, sekarang ini yang kita sudah dengar...

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Menggunakan telefon]

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

Telefon Anwar.

final • 6:00 PM

Dato' Zulkifli Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dia tengah telefon Anwar, minta sorry, I dulu panggil you kaki pungkuq. Dia telefon Anwar terus. Isu yang kita khuatir di Selangor, Ketua Polis Selangor telah buat banyak kali kenyataan mereka telah buat rampasan, mereka telah buat serbuan di premis yang sama beberapa kali tetapi tidak ada susulan daripada PBT untuk menutup premis tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Jerai, kalau tempat itu haram, PBT patut ambil tindakan.

Alhamdulillah di Kulim Bandar Baharu, saya bersama dengan Ketua Polis, Superintenden Ghuzlan, kita telah pergi mengenal pasti satu tempat operasi haram perjudian dan kita minta PBT ambil tindakan selepas itu tutup, sudah tutup. Jadi masalah sekarang ini polis sudah buat serbuan tetapi kalau PBT tidak ambil tindakan, bagaimana polis hendak buat ambil tindakan? Kalau boleh diadakan kerjasama pihak polis dengan Kementerian Perumahan dan Tempatan dan juga PBT untuk menyelaraskan supaya tiap kali polis sudah ambil tindakan, polis bagi laporan mesti ada susulan daripada PBT.

Kita tidak mahu sepuluh tahun lepas panggil Yang Berhormat Permatang Pauh kaki ‘pungkuq’, hari ini pergi angkat ‘pungkuq’ itu. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Saya setuju dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. [Ketawa] Apa yang dibangkitkan oleh...

final • 6:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dia itu pondan...

final • 6:00 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

...Yang dibangkitkan oleh... [Dewan riuh] [Ketawa] Yang Berhormat Subang tadi begitu spesifik, berhubung kait dengan MPPJ di mana pertamanya tidak dibangkitkan pada peringkat awal.

Keduanya kalau tidak salah saya telah pun dijawab dahulu lagi berhubung kait dengan sebab penyebabnya perkara itu tidak diluluskan. Jadi saya takkan jawab lebih daripada apa yang sepatutnya dalam perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang.

Yang Berhormat Kinabatangan Tuan Yang di-Pertua turut bertanya bilakah IPD Kinabatangan yang baru dan Balai Polis Tongod akan dibina? Bagi pembinaan Balai Polis Tongod, suka saya menjelaskan bahawa ianya telah diluluskan dan telah pun di tender.

Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya. Kontraktor dilantik akan memulakan kerja pembinaan bermula bulan hadapan, April 2012 dan dijangka akan siap dalam tempoh 18 bulan.

Berkenaan IPD Kinabatangan pula, kementerian telah pun mengemukakan permohonan di bawah second rolling plan, RMKe-10 kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan kementerian memahami sangat desakan Yang Berhormat akan keperluan pembinaan sesebuah IPD baru itu. Justeru kalau tidak dapat kita uruskan di

final • 6:00 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

bawah rolling plan yang kedua maka kita akan usahakan bersungguh-sungguh. Sekurang- kurangnya di rolling plan yang ketiga RMKe-10 iaitu 2013 hingga 2014 ianya akan menjadi satu kenyataan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibu meminta kerajaan untuk menambah bilangan anggota polis di Sarawak khususnya di Sibu. Di samping itu anggota polis yang boleh berbahasa selain bahasa Melayu diperlukan bagi memudahkan komunikasi di antara orang awam dan anggota polis. Ingin saya maklumkan keanggotaan polis di IPD Sibu yang berjumlah seramai 651 orang adalah mencukupi untuk mengawal keadaan keselamatan di Sibu.

Pegawai dan anggota polis sentiasa diberi latihan bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam segenap aspek seperti pembelajaran bahasa Mandarin selain bahasa Malaysia yang dimasukkan sebagai latihan asas. Kementerian menghargai dan ingin berkongsi keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat terhadap keselamatan di Sibu, dan saya turut menyatakan bahawa keselamatan di Sibu adalah terkawal Tuan Yang di-Pertua. Kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ini, yang dilaporkan secara meluas di media dan akhbar tempatan tidak mempunyai unsur gengsterisme sebaliknya ia dilakukan oleh seorang remaja yang tidak sependapat dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Keadaan keselamatan di Sibu adalah semakin baik dan ini dapat dibuktikan dengan penurunan jenayah indeks di Sibu dalam dua bulan pertama pada tahun ini sebanyak 7.2% berbanding tahun lalu. Yang Berhormat Sibu malah membuat tuduhan dan kecaman ramai bahawa polis menerima rasuah, namun ia perlulah dibuktikan. Apa yang paling utama bertanggungjawab terhadap tuduhan yang dibuat itu merupakan saya sendiri sebagai menteri yang memimpin KDN. Saya tidak akan sesekali - Kalau cukup bukti supaya tidak ada mana pihak-pihak yang tidak berdosa dianiaya, akan ambil tindakan terhadap mereka yang menerima rasuah. Ini dapat dibuktikan dan telah pun kita ambil tindakan sekeras-kerasnya di peringkat yang termampu kita dalam konteks pembuktian dihadapkan ke mahkamah. Yang Berhormat Batu memohon penjelasan mengenai isu disiplin empat pegawai PDRM di IPD Sentul yang terlibat dengan kes peras ugut.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tangkapan telah dibuat pada 28 Februari 2012 dan di reman sehingga 6 Mac 2012 dan disiasat di bawah seksyen 385, Kanun Keseksaan Pemerasan. Buat masa ini, pegawai-pegawai tersebut ditempatkan dan diberikan kerja lain yang tidak berkenaan kerja mereka sebelum ini.

Yang Berhormat Padang Terap...

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri...

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ini yang diminta oleh Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat Batu.

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, Yang Berhormat Menteri, setahu saya...

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Sekejap. Tuan Yang di-Pertua, saya tahu bahawa saya sudah melebihi jauh masa yang telah pun dihadkan untuk saya.

Saya hendak minta izin berapa lama lagi diberi supaya...

final • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang kepada Yang Berhormat. Kalau ada mencelah, kalau Yang Berhormat hendak jawab boleh, kalau tidak pun boleh.

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan sebab setahu saya kedua-dua pegawai ini, Tuan Shukri dengan Tuan Ramlan yang dahulu berkhidmat di Balai Wangsa Maju, sekarang bertugas di IPD Sentul.

Saya dapat aduan daripada orang awam bahawa mereka masih berurusan dengan isu-isu yang ada berkaitan dengan kes jenayah. Saya ingin tahu mengapakah kalau polis yang digantung dan disiasat di bawah kes disiplin ini masih boleh bertugas dan boleh mengambil bahagian dalam tugas yang melibatkan kes-kes jenayah?

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Saya sudah jawab tadi bahawa mereka yang terlibat ini telah pun direman dan disiasat di bawah seksyen 385 dan diberikan kerja lain. Jadi, kalau sekiranya Yang Berhormat daripada Batu mempunyai maklumat- maklumat yang berbeza, maka panjangkan kepada saya untuk kita pastikan bahawa apa yang saya telah pun beritahu dalam Dewan yang mulia ini merupakan satu kenyataan.

Yang Berhormat Padang Terap mencadangkan agar pegawai PDRM yang dibuang kerja kerana kesalahan kecil diberikan sagu hati atau pampasan. Mengikut Peraturan-peraturan Pencen 1980 yang mana apabila seseorang pegawai dijatuhi hukuman buang kerja, tempoh perkhidmatan beliau yang lalu tidak layak untuk diambil kira sebagai perkhidmatan yang melayakkan untuk dibayar sebarang faedah pencen dan ganjaran tanpa mengambil kira walaupun kesalahan yang dilakukan itu dianggap kecil. Jadi, apa yang kita lakukan itu bersandarkan kepada undang-undang yang sedia ada.

Berkenaan siasatan yang dijalankan terhadap isu pembuangan kepala babi dalam masjid yang berlaku di negara kita yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas.

Sejak tahun 2008 sehingga kini terdapat sebanyak 12 kejadian telah dilaporkan di seluruh negara. Kes-kes tersebut telah disiasat di bawah seksyen 295, Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. 298A Kanun Keseksaan menyebabkan dan sebagainya di atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan dan sebagainya, pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan. Terdapat satu kes yang dituduh di bawah seksyen 298A(1), Kanun Keseksaan iaitu bersangkut dengan Laporan 10384/2010, tertuduh telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Walau bagaimanapun, manakala empat kes lagi masih dalam siasatan polis.

Daripada sebelas siasatan kes yang dibuka, enam kertas diiktiraf oleh pihak Peguam Negara sebagai NFA (no further action) khususnya daripada Ketua Unit Pendakwaan Negeri, Jabatan Peguam Negara.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, salah satu kes di bawah 298A(1), ini sudah dibuat tuduhan katanya sudah dijatuhkan hukuman. Boleh tidak Yang Berhormat jelaskan siapakah penjenayah ini sebab ini tidak diketahui oleh umum. Apabila ia dijatuhkan, adakah beliau membayar denda atau pun masuk penjara? Ini perlu kita ketahui sebab ini sebagai satu pengajaran. Saya minta Yang Berhormat jawab lebih sedikit lagi kalau ada masa atau pun maklumat, langkah-langkah seterusnya untuk hendak menentukan bahawa jangan lagi berlaku penghinaan terhadap rumah Allah ini, masjid dengan pembuangan kepala babi. Ia amat menyedihkan. Setakat ini pada sayalah, belum lagi berpuas hati kerana nampaknya tindakan begitu lambat untuk menangkap dan mendakwa mereka-mereka yang bertanggungjawab ini. Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Kes yang berkenaan dari segi nama, saya tidak mempunyai secara terperinci. Akan tetapi kalau Yang Berhormat memerlukannya, saya boleh umumkan kepada orang ramai, tidak semestinya direct, secara langsung kepada Yang Berhormat secara bertulis. Tidak ada perkara yang ingin kita hendak sembunyikan.

final • 6:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Kedua, saya hendak tekankan di sini bahawa isu yang begitu sensitif sebegini memerlukan tumpuan pihak polis khususnya polis tempatan menanganinya secara berkhemah. Banyak pendekatan yang kita lakukan daripada pihak kepimpinan masyarakat untuk membendung kemarahan, emosi yang dibangkitkan, mungkin disengajakan oleh pihak-pihak tertentu, dapat dilaksanakan oleh pihak polis tanpa dihebohkan di khalayak ramai kerana isu-isu yang melibatkan kaum dan agama merupakan sesuatu yang boleh mencetuskan satu keadaan yang tidak boleh dikawal.

final • 6:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, sedikit lagi.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Sila.

final • 6:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya memang berharap dan mencadangkan kalau boleh Yang Berhormat umum pada orang ramai supaya orang sedar. Ini kerana di mana- mana saya pergi Tuan Yang di-Pertua, umat Islam bertanya, dia kata ini masjid boleh dilempar kepala babi Kementerian Dalam Negeri senyap sahaja, polis senyap sahaja, report dibuat tidak ada apa tindakan, seolah-olah tidak diambil berat. Jadi, sebab itu saya rasa elok dibuat penjelasan kepada umum dan kemudian langkah-langkah yang diambil seterusnya.

Akhir sekali, ambil kesempatan di sini sebab saya pun tidak mahu bangun lagi mencelah. Oleh sebab keselamatan negara kita berada di tahap yang ke-12 di dunia yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, adakah Yang Berhormat bercadang yang Kementerian Dalam Negeri hendak mengadakan kesyukuran menyatakan gembiranya, syukurnya kita kepada Allah SWT kerana negara kita ini berada di tahap yang begitu selamat, lebih baik daripada Amerika, di tahap ke-12. Jadi, bolehlah panggil kita semua ramai-ramai, makan sekali, berdoa tanda syukur termasuk Tuan Yang di-Pertua sekalilah. Jangan lupa. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Insya-Allah Yang Berhormat Pasir Mas, dari segi majlis kesyukuran tadi dan juga harapan Yang Berhormat untuk saya umumkan satu kes yang telah dituduh, kita akan umumkan kepada orang ramai dalam masa yang terdekat ini.

final • 6:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Semasa ucapan saya, saya ada membangkitkan di mana aktiviti-aktiviti parti politik pembangkang dan NGO sering kali diganggu seperti ceramah atau perhimpunan awam. Sering kali diganggu oleh individu-individu yang dilaporkan adalah dibayar oleh UMNO, penyokong UMNO atau Ahli UMNO. Walaupun saya telah membaca kenyataan dikeluarkan oleh IGP memberi jaminan bahawa akan memastikan perjalanan aktiviti pembangkang dan NGO akan berjalan dengan lancar dan pilihan raya akan berjalan lancar. Saya hendak tahu apakah strategi atau pendekatan spesifik, pelan tindakan yang sedia ada untuk memastikan bukan sahaja buat masa ini aktiviti pembangkang, mulai sekarang berjalan dengan lancar tanpa kacau ganggu dan juga pilihan raya akan datang yang boleh diumum pada bila-bila masa mulai sekarang. Jadi, saya hendak satu jaminan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan akan diambil, strategi yang sedia ada?

Apakah telah dirangka tindakan untuk memastikan keselamatan awam dan lebih-lebih lagi untuk memastikan satu pilihan raya yang bersih dijalankan. Terima kasih Menteri.

final • 6:10 PM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Jaminan telah pun diberi oleh pihak tertinggi PDRM dalam hal ini dan kalau sekiranya pihak polis tidak mengambil tindakan yang berhemah, mungkin negara kita dah lebih huru-hara kalau diserahkan kepada pihak pembangkang. Keduanya, dalam konteks tuduhan bahawa ini dibayar oleh pihak UMNO.

Saya nak tanya kepada Yang Berhormat, tuduhan itu terhadap pihak polis atau mereka- mereka yang dituduh atau didakwa menjejaskan majlis ceramah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat?

final • 6:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jelas dalam laporan, ada banyak laporan menyatakan mereka yang menimbulkan kacau ganggu ini ...

final • 6:20 PM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Laporan apa?

final • 6:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Adalah sama ada dibayar oleh UMNO atau ahli UMNO atau penyokong UMNO. Saya pohon satu jawapan dengan strategi spesifik yang dilakarkan untuk memastikan aktiviti mulai sekarang berjalan dengan lancar dan pilihan raya yang akan datang akan berjalan dengan selamat.

final • 6:20 PM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Saya tengok baru-baru ini di Sarawak...

final • 6:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kita tak mahu kekerasan politik dengan kekerasan dan keganasan. Jadi saya rasa Menteri ada tanggungjawab untuk memastikan ia adalah selamat.

final • 6:20 PM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Saya sebagai Menteri saya tahu tanggungjawab saya Tuan Yang di-Pertua. Kalau sekiranya nak cakap pasal pilihan raya, kita telah melalui pilihan raya negeri di Sarawak, tak ada pun kecoh. Bermakna bahawa precedent telah pun ditetapkan oleh pihak berkuasa kalau sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang sengaja nak menimbulkan masalah, ianya tidak akan timbul. Ini kerana selama ini apa jua pilihan raya di peringkat nasional atau di peringkat negeri telah pun berjalan dengan selamat, dengan aman dan ini pun telah pun diberikan jaminan oleh pihak kepimpinan yang tertinggi.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Keduanya kalau Yang Berhormat boleh maklum kepada pihak polis yang terdekat, perancangan apa yang nak buat, kita sendiri boleh bersama-sama dengan Yang Berhormat untuk memastikan bahawa apa yang dikatakan merupakan ancaman kepada pihak pembangkang itu dapat kita letakkan pegawai-pegawai PDRM untuk bersama-sama dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat supaya tak nak ada perkara-perkara yang diganggu. Ini kerana daripada segi politiknya, kalau sesuatu berlaku akhirnya dituduh polis juga dicemuh dan dikaitkan dengan parti UMNO dan Barisan Nasional, itu tidak akan membantu kita. Jadi dalam konteks apa yang merupakan Yang Berhormat kata tanggungjawab saya, maka kalau Yang Berhormat nak bekerjasama, saya tak ada masalah untuk memastikan bahawa ianya berjalan dengan lancar, apa jua perancangan politik Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, secara spesifiknya Menteri, beberapa kali dah kebelakangan ini termasuk satu ceramah yang saya sendiri hadir di mana kereta Ketua Pembangkang dipecahkan. Di Melaka, saya sendiri juga diserang oleh anggota-anggota yang memegang bendera UMNO. Saya tidak tahu sama ada mereka UMNO atau tidak tapi mereka pegang bendera UMNO dan di depan polis juga.

Kita telah buat laporan polis dan kita juga ada...

final • 6:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Menyampuk] Gigit tangan polis, gigit telinga polis.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau nak, berdirilah tanya. Saya tanya isu yang sangat spesifik dan di Pahang juga, Yang Berhormat Lembah Pantai telah diserang.

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Boleh tanya?

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Last sekali, baru-baru sahaja...

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Batu, you cabar orang tanya, saya mahu tanya sama you. Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Beberapa insiden.

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini bukan floor saya, ini floor Menteri.

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tak, you kata you cabar orang tanya.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini floor Menteri, you silap.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Empat orang Yang Berhormat yang sedang berdiri sekarang duduk dulu.

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Batu, you ada jumpa tak dalam dunia ini Ahli Parlimen yang disabit kesalahan jenayah tapi masih duduk dalam Parlimen? Ada?

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya soalkan kepada Menteri.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Negara aman.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Satu, dua, tiga, empat, lima Ahli Yang Berhormat, kelima- lima duduk.

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya nak tanya Yang Berhormat Batu, Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya Yang Berhormat Batu.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Eh Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk.

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya Yang Berhormat Menteri ada tak kat dunia ini Ahli Parlimen penjenayah yang disabit kesalahan masih duduk sebagai Ahli Parlimen, ada?

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, duduk Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tak ada, tak ada! Ini Yang Berhormat Sungai Petani nak memekak kenapa? Berdirilah, berdiri!

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat-Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat!

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Berdirilah, berdiri! Saya cabar! Ada tak mana-mana dalam Parlimen dunia, penyangak, penjenayah yang disabit kesalahan duduk dalam Parlimen? Ada? Tak ada!

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Eh Yang Berhormat Kuala Langat, nak cakap bangun! Bangun!

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, duduk.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Nak cakap bangun! Jangan maki belakang.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Yang Berhormat Tangga Batu, duduk dulu.

final • 6:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tak ada apa? Tak ada dalam dunia ini Parlimen, penjenayah duduk sebagai Ahli Parlimen tahu!

final • 6:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tangga Batu, duduk dulu.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Oh, duduk dulu. Saya duduk, saya akur.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya amat sedar bahawa Kementerian Dalam Negeri adalah satu kementerian yang paling mustahak kerana ia mengendalikan kehidupan rakyat setiap hari dan yang dikendalikan dan dijaga itu keselamatan. Saya faham itu, saya amat faham tetapi apabila berhujah, bertanya kepada Menteri, tanya dengan rasional. Jangan bangkitkan isu-isu politik kerana apabila Yang Berhormat umpamanya Yang Berhormat Batu Gajah, saya sengaja lepas kerana saya tahu

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri boleh jawab dengan baik iaitu ceramah yang diganggu oleh UMNO, itu tuduhan.

Kalau ada begitu, lapor.

Kalau tidak ada laporan secara terperinci, tanya sama Menteri di mana dilaporkan.

Itu laporan bawa sama-sama. Begitu juga dengan Yang Berhormat Batu. Kalau spesifik, minta kerjasama dengan Menteri. Apabila sudah begitu, lepas itu kalau mengundang lagi reaksi daripada Ahli Yang Berhormat yang lain, saya tidak teragak-agak gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 37 iaitu untuk memberhentikan Menteri menjawab kerana banyak lagi kementerian yang belum dijawab dan itu tanggungjawab saya. Jadi jangan salahkan saya dan timbalan-timbalan saya. Okey? Siapa sekarang yang mahu bercakap?

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh. Kota Beludlah dulu, Kota Belud dulu.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya habiskan hujah saya.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mana satu menteri? Menteri, mana satu?

final • 6:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Kota Belud, bagi saya.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri, bagi saya habiskan.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Kota Belud. Selepas Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Saya habiskan hujah saya.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri, saya belum habiskan hujah saya.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya melihat tadi...

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, duduk dulu Yang Berhormat Batu pasal menteri sudah memilih Yang Berhormat Kota Belud dulu.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya belum habis, saya belum habis.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia sudah memilih Yang Berhormat Kota Belud, duduk Yang Berhormat Batu. Inikan penjelasan, kita ada peraturan mesyuarat.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ha duduklah dulu. Yang Berhormat Kota Belud lepas itu Tangga Batu. Yang Berhormat Batu tak ada.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Batu duduk dulu.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana, saya mendengar hujah Yang Berhormat Batu tetapi saya ingin ingatkan dia bahawa semalam dalam satu insiden dengan kawan-kawan beliau apabila Yang Berhormat dari Ayer Hitam, Timbalan Menteri Pelajaran datang ke satu program yang walaupun NGO tetapi sebenarnya pembangkang mentalitinya yang di mana kawan kita itu diganggu oleh penyokong-penyokong mereka, dia senyum. Dia tidak lawan, dia tidak datang dan menyelamatkan kawan tapi di dalam Dewan ini mengatakan mana hak kami sebagai pembangkang.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Anda tidak ada di sana. Tanyalah Timbalan Menteri yang saya bersama dengannya, tanyalah Timbalan Menteri Ayer Hitam ada di sana.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia tidak sekali pun membuat apa- apa. Tak apa, sekejap-sekejap.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tengok track record Twitter saya.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya nampak dalam website dia senyum.

[Dewan riuh]

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Anda tidak ada di sana, Yang Berhormat tidak ada di sana.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh Menteri berhujah kepada lain topik? Bukan pasal ceramah-ceramah. Sila.

final • 6:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya minta sikit sahaja.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila. Jawab kepada soalan-soalan Ahli Yang Berhormat yang lain.

final • 6:20 PM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, lain topik.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tangga Batu, sudah-sudah.

final • 6:20 PM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Putatan memohon penjelasan berkenaan tindakan atau pelan yang diambil bagi menyelesaikan masalah orang-orang dan kanak-kanak tanpa kerakyatan atau stateless kids di Sabah dan adakah mereka dibenarkan bersekolah. Isu mengenai stateless children bukan merupakan isu baru tetapi ia adalah merupakan isu yang telah berlarutan sehingga sekarang yang sedang diberi perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri bersama-sama dengan agensi kerajaan yang lain untuk diselesaikan.

Pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri sedang mengenal pasti dan mengumpul maklumat mengenai isu stateless children ini termasuklah isu ketiadaan dokumen pengenalan diri dan taraf kewarganegaraan. Dalam hal ini adalah dimaklumkan bahawa isu pendokumentasian sijil kelahiran Sabah adalah tertakluk kepada Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah Chapter 123 di mana Sijil Daftar Lewat Kelahiran pada dasarnya memerlukan pengesahan Majistret Kelas Pertama. Isu ini merupakan isu yang amat rumit merangkumi skop yang lebih luas kerana ia melibatkan kuasa perundangan negeri yang perlu ditangani secara bersama oleh pelbagai agensi.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya sikit?

final • 6:20 PM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Ya, sila.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pasal isu Sabah. Saya minta penjelasan sedikit tentang soal pemberian sijil kelahiran. Apakah betul kalau diberi sijil kelahiran, itu bukan bermakna kewarganegaraan. Maknanya sesiapa sahaja yang lahir di Sabah tidak semesti dianya rakyat atau pendatang tanpa izin, apabila ada kelahiran yang berlaku di dalam negeri ia perlu diberi sijil kelahiran dan bukan bermakna itu adalah warganegara, saya minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tepat Yang Berhormat Kota Belud.

Sijil kelahiran ini berkisar dan berbangkit apabila anak-anak ini memohon untuk masuk ke sekolah. Pada masa dan ketika itu ibu bapa yang sebelumnya tidak melihat pendaftaran kelahiran anaknya sebagai satu perkara yang penting, alih-alih berdepan dengan satu masalah yang besar. Walaupun dari segi dasarnya kementerian daripada awal dahulu telah menyatakan bahawa sama ada sijil atau tidak, mereka ini harus diberikan pendidikan. Akan tetapi malangnya ianya tidak berjaya seperti yang kita harapkan. Oleh sebab itu program- program outreach di mana kita turun ke kawasan-kawasan pedalaman bersama-sama dengan majistret kelas pertama yang disebutkan sebagai satu prasyarat di Sabah dan Sarawak oleh pihak Jabatan Pendaftaran merupakan satu usaha yang sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak ini bersekolah. Akan tetapi ini sekali-sekali tidak bermakna bahawa mereka merupakan warganegara kita.

final • 6:30 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Perkara ini bukan berlaku di Sabah sahaja tetapi juga di Semenanjung, di mana ibunya bukan warganegara Malaysia. Anaknya dilahirkan sebelum perkahwinan itu didaftarkan.

Saya rasa kes-kes seperti ini harus diberi kelonggaran atau yang lebih senang tetapi juga yang sangat susah bahawa tidak dapat pergi ke sekolah. Itu pertama.

Keduanya ialah mereka yang tidak mendaftarkan perkahwinan mereka walaupun mereka adalah warga Malaysia iaitu ibu dan bapanya. Akan tetapi pendaftarannya tidak memasukkan nama bapa. Adakah ini boleh dibetulkan supaya walaupun mereka tidak mendaftarkan perkahwinan tetapi sekiranya ada lelaki yang menyatakan dia adalah bapa kepada anak ini jadi namanya dimasukkan ke dalam sijil kelahiran. Ini supaya ia tidak menimbulkan masalah seperti ini. Masalah ini bukan menyusahkan ibu bapa tetapi juga akan membebankan kerja-kerja kepada kementerian Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

final • 6:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat, isu yang berkaitan juga.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Okey.

final • 6:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam, isu yang sama juga berlaku dalam kawasan saya iaitu melibatkan perkahwinan dengan warga Thailand. Jadi, saya minta penjelasan secara mudah daripada pihak kementerian dalam mengendalikan isu-isu rakyat yang berkaitan, bagaimana mekanisme yang paling mudah, yang terbaik untuk kami wakil rakyat menyelesaikan sekiranya perkara ini berlaku di kawasan kami.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ini ada kaitan dengan undang- undang negara dan kalau pada satu ketika dahulu mungkin kita tidak mempunyai kaedah untuk mengenal pasti siapa sebenarnya ayah bayi berkenaan. Hari ini dengan ujian DNA boleh memudahkan kita dan ada kes-kes tertentu di mana kita melonggarkan syarat tadi atau peraturan kerana sah melalui dengan DNA testing atau ujian DNA bahawa ayah atau ibu berkenaan memang ada talian darah dengan kanak-kanak berkenaan.

Keduanya, oleh kerana saya sebut Sabah ialah kerana soalan asalnya datang dari Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Putatan. Ini tidak bermakna bahawa program outreach kita hanya berkisar kepada Sabah dan Sarawak dan tetap merupakan satu pendekatan dan program yang kita lakukan di Semenanjung ini. Dari segi apa yang berlaku di Rantau Panjang juga untuk umat Islam sendiri ia berhubung kait dengan kanak-kanak berkenaan. Ini ada kaitan dengan fatwa yang telah pun diturunkan dan ada kaitan juga dengan pendirian negeri-negeri berkenaan untuk mewartakan sesuatu pendirian. Oleh sebab itu ianya bukan satu perkara yang mudah seperti apa yang diharapkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang, saya jawab kerana ianya bergantung kepada kes-kes dan latar belakang individu-individu berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, sudah dua jam lebih saya menggulung. Jadi, yang lain ini bukan merupakan isu-isu besar. Saya ucapkan terima kasih kepada semua.

final • 6:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri boleh saya – sebab dalam perbahasan, saya bangkitkan isu tuduhan yang dibuat oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain dan Ramli Yusof tentang dua perkara. Ini sangat penting.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Nanti saya jawab secara bertulis...

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Itu perkara yang penting berkenaan Peguam Negara. Berani jawab tidak?

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tiap-tiap kali saya menggulung isu Tuan Yang di-Pertua, penghujungnya beginilah.

final • 6:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu berkaitan dengan kewibawaan Institusi PDRM.

Kenapa Yang Berhormat Menteri tidak menjawab?

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan tohmahan yang diberi, yang dilontarkan terhadap Peguam Negara.

final • 6:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuduhan sangat besar. Perlu jawapan terhadap dan respons daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sebagai Menteri yang tanggungjawab, kena jawab soalan ini.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Okey.

final • 6:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Isu ini isu yang ringan.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Isu-isu yang konkrit. Do you have answer to that? Jawapan kepada tohmahan yang dibuat terhadap Peguam Negara. Kenapa tidak ada jawapan? Ini Dewan Rakyat.

final • 6:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

There should be some responds.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Last issue. Apa dia?

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dengan izin.

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Bekas Ketua Polis Negara yang didakwa oleh bekas Ketua CID Kuala Lumpur dan juga bekas Ketua Siasatan Jenayah Perdagangan terlibat dalam memberikan perlindungan kepada kumpulan kongsi gelap dan ada kaitan pula dengan Peguam Negara.

Jadi, saya rasa isu itu dibangkit oleh banyak pihak dan Dewan ini satu tempat yang sangat penting untuk membersihkan institusi ini daripada sebarang dakwaan kalau pun dianggap dakwaan itu tidak betul. Akan tetapi sekarang ini sudah berlainan, ini didakwa oleh bekas-bekas pegawai kanan polis. Ini satu isu yang besar. Serius isu ini.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Itu yang dibangkitkan? Perkara ini telah pun dibangkitkan sebelum daripada ini dan perkara ini telah pun dirujuk kepada SPRM dahulu lagi. Pada masa dan ketika itu tidak ada kes untuk SPRM melaksanakan dan meneruskannya. Kalau sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai bukti-bukti baru, hujah-hujah baru, bawa kepada SPRM.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ini kerana ia melibatkan ahli dan bekas warga PDRM itu sendiri dan kita tidak mahu menyiasat sesuatu yang melibatkan ahli kita sendiri. Biar pihak ketiga melalui SPRM melakukan siasatan mereka.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya tanya.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Mereka telah membuat keputusan lebih awal lagi dan kalau sekiranya ada hujah-hujah baru daripada apa yang dibincangkan dahulu, saya rasa tidak ada sebabnya SPRM tidak boleh buka balik kes ini untuk menyiasat dan membuat pendirian.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri, jawapan tersebut – Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini saya pun tahu niat dan hasrat mereka dalam hal ini. Benda ini telah pun kita jawab di luar Dewan dan...

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, ini jawapan yang memesongkan Dewan.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Bagi pihak KDN, ianya berada di dalam tangan SPRM dan saya rasa itu yang paling wajar..

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri, ada tohmahan baru, ada kenyataan baru. Ada mereka-mereka yang bersedia memberikan keterangan.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia kata isu terakhir untuk saya jawab. Itulah jawapan saya.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri, ini kena jawab Yang Berhormat Menteri. Ada orang hendak memberi keterangan kenapa kamu tidak mahu jawab dalam Dewan ini? Kenapa ada satu cover-up dalam hal ini? [Dewan riuh]

final • 6:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 6:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Saya sudah jawab.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

This involves the whole police forces, involves AG Chambers…

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Ada perkara-perkara baru..

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Macam mana tidak hendak jawab Dewan ini?

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Persoalan yang timbul Tuan Yang di- Pertua, kalau kita ada press conference di luar, kita keluarkan kenyataan, langsung tidak dijawab!

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Perkara ini bukan hari ini sahaja dibangkitkan, perkara ini sudah dibangkitkan... dan itu pun saya sudah jawab.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Puchong. Duduk Yang Berhormat.

[Dewan Riuh]

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Jadi, hendak dibangkitkan dalam Dewan hari ini merupakan sesuatu yang telah dibangkitkan di luar sana.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

This involves not only the AG Chambers, the entire justice system...

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri duduk. Tidak apa. [Dewan riuh]

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, ini isu yang cukup penting.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Datang sini dua jam hendak jawab tetapi isu yang paling penting tidak mahu jawab! [Dewan riuh]

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Puchong.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Penting pada siapa Tuan Yang di-Pertua?

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, penting pada dia. Bawa dekat luar, suruh jawab dalam Dewan.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, tidak apa, tidak apa Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Saya hendak duduk, Yang Berhormat Puchong pun...

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Apa cerita? Apa cerita?

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak faham bahasa Malaysia kah?

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Buat apa bawa masuk dalam Dewan? Pergilah, pergilah bawa tepi jalan.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Di hujung-hujung penggulungan semata-mata untuk bangkitkan isu ini untuk kepentingan politik dia.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, tidak apa.

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri yang datang ke Dewan ini patut menjawab soalan yang penting ini kerana public issue.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Puchong, Ahli Yang Berhormat!

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa tidak dijawab?

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...

final • 6:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Macam mana mahu jawab kalau style...

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You sit down! You sit down!

final • 6:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa dia?

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You sit down!

final • 6:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Shut up you!

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat!

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

You sit down!

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, it’s an issue of national important.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, duduk dahulu Yang Berhormat Puchong. Duduk dahulu.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Apa dia cakap mesti kena jawab. Yang kita bercakap ini tidak ada national important.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tangga Batu duduk dahulu.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucap Selamat Hari Polis yang ke-205 kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Selamat Hari Polis yang ke-205. Tahniah dan syabas diucapkan kepada polis. [Tepuk]

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, saya faham perasaan dan sentimen masing-masing termasuk apa yang dihujah oleh Yang Berhormat Puchong dan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Ini peraturan mesyuarat.

Saya telah sebut kepada Yang Berhormat Subang sewaktu membahas malahan saya tegur sudah beberapa kali saya kata ada perkara-perkara yang tidak boleh disentuh di bawah peraturan mesyuarat. Pada ketika itu I’ll let go. Peraturan mesyuarat yang di depan saya sekarang ini ialah kalau sekiranya sesuatu tuduhan itu, jangan bilang kepada Ahli Yang Berhormat tetapi kepada orang lain pun, difikirkan bahawa ia benar-benar mempunyai

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

bukti, Ahli Yang Berhormat yang berkenaan mesti bawa usul persendirian. Tuduhan terhadap substantial motion untuk tuduhan.

Kedua, saya sudah beritahu kepada Yang Berhormat Subang bahawa kalau ada perkara seperti begini, bermakna lapor kepada pihak-pihak yang berkenaan. Mengenai dengan soal Menteri menjawab sama ada ianya memuaskan kepada hati-hati Yang Berhormat, daripada dahulu saya telah nyatakan, pendirian saya, interpretasi saya kepada peraturan mesyuarat ialah Menteri boleh menjawab, Menteri tidak boleh menjawab.

Jawapan Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa isu ini ialah isu lama. “Isu ini sudah saya jawab dahulu. Isu ini telah pun disiasat oleh BPR dahulu.” Tidak ada.

Cuma apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang lagi pada ketika itu, Yang Berhormat Puchong tidak ada di sini, ialah dia kata ada lagi isu baru. Isu ini ada dimasukkan dalam blog. Saya sudah sebut pada ketika itu, saya kata itu sama juga dengan apa yang dimasukkan dalam konvensional media cetak. Itu peraturan mesyuarat.

Jadi kalau sekarang Ahli Yang Berhormat daripada Puchong mendesak kepada Menteri, itu juga pendirian Menteri iaitu sudah dijawab dahulu, tidak ada bukti yang baru.

Kalau ada bukti yang baru, lapor kepada pihak yang berkenaan. Jadi bagi saya, saya berpuas hati dengan itu. Jadi kalau Yang Berhormat Puchong masih lagi berdiri, Yang Berhormat Batu berdiri, Yang Berhormat Kota Belud berdiri, ramai lagi yang berdiri, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu berdiri, berdiri lagi semua, macam mana? Apa penyelesaiannya?

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Persoalan yang timbul adalah ini. Jawapan yang diberikan menyatakan bahawa siasatan telah pun dilakukan. Itu siasatan lama. It’s a simple. Itu siasatan yang lama. Selepas daripada siasatan tersebut, bangkit keterangan baru, bangkit saksi-saksi yang menyatakan mereka sudi hendak tampil ke hadapan tapi langsung tidak ada sebarang tindakan. Jawapan yang diberikan hari ini langsung tidak menyentuh terhadap perkara-perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kes ini, dalam perkara ini, pihak polis yang hendak jawapan. Pihak polis, anggota polis yang menjalankan tugas pada hari ini mereka hendak tahu sekiranya mereka ada aduan, mereka buat aduan, mereka kemukakan isu kenapa pihak kementerian tidak ambil tindakan? This is also for the police. If police officers cannot get justice, then where do they go?

final • 6:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, telah pun diperjelaskan bahawa perkara ini di bawah SPRM. Dia sengaja...

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk dahulu. Biar Menteri respons. One at a time.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, tadi sudah diperjelaskan sejelas-jelasnya dan saya sudah kata kalau ada bukti baru, bawa. Bukan kita hendak takut apa tetapi bawa kepada pihak yang berkenaan. Siasatan dahulu dibawa oleh SPRM. Kalau ada bukti baru, bawa kepada SPRM. Apa susah sangat? [Tepuk]

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, Menteri tidak hendak jawab.

“Ini siasatan sudah dibuat, perkara ini telah dirujuk kepada SPRM.” Itu bukan jawapan.

Pada masa itu BPR. Itulah punca masalah, sebab dalam isu ini, dakwaan yang dibuat oleh mantan pegawai kanan polis seperti Dato’ Ramli Yusof dan pegawai-pegawai lain, pihak BPR terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dalam siasatan ini.

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yes, yes.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Mereka memihak kepada satu pihak. Sama ada dakwaan itu betul atau tidak, itu lain cerita.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

I understand, I understand.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

So, jawapan dari segi itu tidak memuaskan.

Memang tidak boleh pakai.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, you sit down first. I understand.

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Aduannya, mereka menggunakan kekerasan. Aduan adalah bahawa pihak pegawai BPR menggunakan kekerasan.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham, duduk dahulu dua-dua.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

So, jawapan itu...

final • 6:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh bagi sedikit pandangan Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud, jangan ikut campur Yang Berhormat. Boleh saya selesaikan dahulu.

final • 6:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak, ini fasal saya dalam SPRM Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu. Duduk dahulu. Yang Berhormat Subang duduk dahulu. I understand.

final • 6:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

BPR dan SPRM jauh beza.

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You tidak faham isu yang dibangkitkan.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya duduk dahulu. I understand what you mean, I understand what you mean.

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Even SPRM, mereka menggunakan kekerasan terhadap pegawai polis.

final • 6:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

SPRM has a committee you can refer to if you are not happy with SPRM.

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

It’s the same thing. You are lawyer, you should know. What is the different?

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, boleh duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa perbezaan SPRM dengan BPR?

final • 6:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

You are the one, Yang Berhormat sendiri telah meluluskan akta SPRM ada lima jawatankuasa independent... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri hendak jawabkah atau Yang Berhormat Kota Belud hendak jawab ini? The point is...

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, boleh Ahli Yang Berhormat duduk dahulu?

final • 6:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I am giving you my opinion sir.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang sedang berdiri tolong duduk dahulu. Ahli Yang Berhormat, apa yang saya dapat tahu daripada perbahasan ini ialah tindakan mesti diambil. Kalau tindakan nanti diambil, yang saya surprise, kebanyakan yang bercakap ini termasuk diri saya sendiri adalah peguam. How do you start an investigation?

Will the Minister in accordance to a procedure ask the IGP to start the investigation?

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Can I answer that question Tuan Yang di-Pertua?

It’s a very simple answer.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan dahulu, jangan dahulu. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

The police don’t even need a report...

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

The police can take cognition of any report.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yes, Ahli Yang Berhormat...

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dato’ Ramli Yusof has said, “I’m prepared to come to any investigation”.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yes, yes, I know that. I understand that Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

They don’t give a report. That is a simple answer to your question.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, yes, but what I’m saying is kalau perkara ini setiap kali ditimbulkan, bermakna Ahli Yang Berhormat mahu disiasat. Okey, cognitions is not enough to me. Berikan laporan, produce the new evidence, then investigation can start. This is what the Minister is saying.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, there is already a report.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, that is for Menteri to answer, not for Tuan Yang di-Pertua step into the issue.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

I know tapi Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Subang duduk dahulu.

final • 6:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, the Minister to me is… to be answered.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

So, what do you want to respond to the Minister is to say former senior police officer dengan izin has admitted very serious allegation in media.

He cannot pretend he doesn’t know. With this House cannot pretend he doesn’t know.

final • 6:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

It must take cognition of this thing. Do not ask...

final • 6:40 PM

Seorang Ahli

Ini sudah sangkaan jahat.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Subang, you are belittling me, you are accusing me.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

I’m not.

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, why can’t we set up a tribunal?

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yes, why you can’t set up the investigation.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Ahli Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Jawapan itu ikut dia.

Menteri jawab.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bolehkah Ahli Yang Berhormat duduk dahulu?

final • 6:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Duduk, duduk, duduk.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Why can’t the Minister set up an investigation? The Minister, not you sir. Why can’t the Minister set up an investigation?

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Dia tidak mahu duduk.

Ini semua degil ini.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, tugas saya adalah mendengar perbahasan. Tetapi perbahasan yang tidak ada kesimpulan, membazir masa. Setiap apa

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

yang dihujah oleh Ahli Yang Berhormat sebelah kiri mesti mempunyai jawapan yang satisfied you all. Dalam debate tidak ada itu. You already raised the point, I leave you raised the point during your debate. Now Yang Berhormat Puchong juga timbulkan same reaction, then after that what? Is this the court of law that you want an answer yes or no?

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Bukan, kita bukan mahkamah.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada. Jadi kalau tidak ada Yang Berhormat Subang, what are you trying?

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita bukan kerajaan. Kerajaan duduk di sana, kita minta kerajaan buat siasatan. Itu yang perlu.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, dia hendak jawapan Menteri ikut apa kehendak dia. Menteri sudah jawab.

final • 6:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena duduk dahulu, Yang Berhormat Tangga Batu duduk. Yang Berhormat Pokok Sena duduk. Yang Berhormat Puchong duduk dahulu. Now Minister, Minister. Yang Berhormat Menteri, I ask you again to stand up what is you are reaction to this? After that, I am approaching the subject.

final • 6:40 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

My reaction you want to investigate... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Nak siasat, siasat. Tetapi kalau sekiranya hendak siasat, ianya mesti disiasat oleh pihak SPRM. Kalau sekiranya disiasat oleh polis, melibatkan mantan Ketua Polis sendiri, nanti dituduh oleh mereka bahawa apa siasatan kita pun tidak adil. Kalau peringkat awal disiasat oleh SPRM dan SPRM telah pun membuat keputusan – sekarang ini kalau sekiranya ada bukti baru untuk dia, bawa kepada SPRM.

final • 6:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Okey, Yang Berhormat Menteri. Kenapa, kenapa SPRM tidak siasat hal ini?

final • 6:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Seperti yang Tuan Yang di-Pertua sebut tadi ianya bersamaan dengan apa yang saya jawab kepada mereka. Cakap berapa jam pun itulah jawapan saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya kita harus berfikir di luar kotak pemikiran biasa.

Kalau Yang Berhormat Menteri datang sini menafikan tidak ada kes, sepatutnya Yang Berhormat atas nama kerajaan untuk membersihkan nama baik pasukan polis [Dewan riuh] boleh mengenakan tindakan ke atas bekas Ketua Peguam Negara dan bekas Ketua Polis.

[Dewan riuh]

final • 6:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Inilah kenyataan dibuat oleh pegawai SPRM.

final • 6:50 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Dia sendiri tidak tahu apa yang dia cakap ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bagaimana SPRM masih boleh siasat perkara ini, Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri. Tidak akanlah pihak polis menyiasat, selepas itu akan digunakan dalam pilihan raya.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Siapa Datuk Ramli, siapa Datuk Md.

Zin?

final • 6:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, kalau mereka tidak bicarakan pada SPRM, ada lima jawatankuasa yang independent yang mereka boleh bawa.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kalau kerajaan tidak hendak siasat, menafikan okey, saman kedua-dua orang ini. Kedua – dua orang bekas pegawai kanan polis. Okey saman. Ini membuktikan kerajaan tulus dalam membersihkan nama polis.

final • 6:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 6:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kalau kena sama lagilah orang kata kerajaan tidak siasat.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo (Puchong)

[Bangun] [Dewan riuh]

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Bekas pegawai kanan polis dia datang bukan dengan cakap kosong. Dia datang dengan dokumen. Dia datang dengan penuh keberanian. Dia tahu risiko dia.

final • 6:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Memang dia tahu, dia tidak berani hendak siasat perkara itu. Oleh Kerana itu tidak siasat kerana tahu aduan itu betul.

final • 6:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Masalahnya pihak polis yang siasat.

[Dewan riuh].

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju tidak perlu siasat tetapi saman dua orang pegawai polis tadi.

final • 6:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Peguam negara terlibat dalam skandal tetapi tidak ada siasatan. [Dewan riuh]

final • 6:50 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, mesyuarat apa ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa ini SPRM?. Bawa pergi SPRM lah.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

final • 6:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa pula tidak siasatnya, Menteri kata SPRM , tidak fahamkah Yang Berhormat. Yang Berhormat Yang Berhormat Pokok Sena ini ada masalah pendengaran kah?

final • 6:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua. Apa ini tidak faham apa yang berbangkit.

final • 6:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Menteri langsung tidak faham apa yang berbangkit. Yang Berhormat Menteri langsung tidak faham perkara ini.

[Dewan riuh] Yang Berhormat bagaimana boleh lantik sebagai Menteri macam ini? Lain yang jawab.

final • 6:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bawa kepada SPRM, dia kata siasat SPRM.

final • 6:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

SPRM tidak boleh siasat diri mereka.

final • 6:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ada lima jawatankuasa bebas. Kalau pihak Yang Berhormat tidak percaya apa boleh buat. It’s not my problem, it’s not my problem kalau you tidak percaya.

final • 6:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

The complaint is not implicate SPRM.

final • 6:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu BPR, itu BPR. BPR dengan SPRM jauh bezanya.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua mengapa tidak boleh satu tribunal ditetapkan. Form a tribunal, an independent tribunal Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Every time... kalau ketua pembangkang dalam mana-mana masalah, tidak ada tribunal pun. [Dewan riuh]

final • 6:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Itu yang kita hendak tahu, what are you afraid of?

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. [Tuan Yang di-Pertua mengetuk penukul] Ahli-ahli Yang Berhormat, satu, dua, tiga kalau ada lagi yang berdiri saya akan halau Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat kamu tahu peraturan berbahas. Kamu tahu. You know. You want to score point, I will score point. Ada lagi mahu berdiri? Yang Berhormat Menteri sudah siap Menteri, kalau sudah siap gulung. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Sudah siap Tuan Yang di-Pertua.

Dalam hal ini seorang hendak suruh saman, seorang hendak tribunal. Jadi apa matlamat mereka untuk hendak gembar-gemburkan untuk mileage di luar sana telah pun berjaya.

Namun kita berdiri di atas kebenaran. Dalam hal apa yang telah pun dijawab saya percaya bahawa perkara-perkara pokok yang dibincangkan tidak berkisar kepada isu-isu politik dan mileage politic ianya telah pun dibahaskan secara rasional dan apa yang kita gulung tadi banyak berkisah kepada ancaman-ancaman yang mungkin merupakan ancaman baru dalam konteks dunia tanpa sempadan.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ancaman baru Tuan Yang di-Pertua ialah polis terlibat dalam memberikan perlindungan kepada penjenayah.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat sudahlah. Ahli Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Kepada kumpulan penjenayah, kepada kumpulan kongsi gelap. Ini adalah ancaman yang baru. Kalau dahulu ancaman ini tidak perlu kepada kita, kepada saya.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Sudahlah Ahli Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ini ancaman baru kepada negara, kepada kita. Soal keselamatan yang polis tidak boleh hendak mengawal keadaan kerana apa, kerana ada pegawai tinggi polis yang melindungi kumpulan kongsi gelap.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sila.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Habis. [Ketawa]

final • 6:50 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 19 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Sesungguhnya kementerian menghargai teguran, dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kapit menyarankan agar segala projek- projek pembangunan di dalam program transformasi luar bandar dapat dipastikan mengikut jadual yang ditetapkan serta komitmen para pegawai hendaklah ditingkatkan. Kerajaan sentiasa komited bagi memastikan segala perancangan yang digariskan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) akan dapat dijayakan. Program Transformasi Luar Bandar ini telah dirancang dengan teliti bagi menyokong usaha pembangunan negara dalam merealisasikan wawasan nasional untuk menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

final • 6:55 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Pelaksanaan RTP ini akan turut melibatkan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan sebagainya. Bagi memastikan segala projek yang telah dirancang ini dapat dilaksanakan mengikut jadual satu jawatankuasa peringkat nasional ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan projek-projek ini. Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada komitmen dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan dengan meningkatkan kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat di dalam pelaksanaan RTP.

Dalam masa yang sama, pegawai-pegawai kerajaan turut diberi ruang untuk memberikan idea-idea kreatif dan pendekatan baru melalui penganjuran sesi lab berkaitan perancangan dan pelaksanaan projek. Di antara pendekatan baru yang telah dilaksanakan, adalah seperti projek penyediaan bekalan air luar bandar di pedalaman Sabah dan Sarawak, di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 (NBOS 3) yang melibatkan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta penduduk kampung.

Pelaksanaan projek ini telah menampakkan kesan yang positif dari segi penjimatan kos kepada kerajaan dan manfaat segera kepada kumpulan sasar. Sebagai contoh hasil penjimatan melalui pelaksanaan NBOS 3 ini bilangan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar di pedalaman Sabah dan Sarawak telah ditambah daripada 37 projek kepada 43 buah projek dengan menggunakan jumlah peruntukan yang sama. Yang Berhormat Kapit juga membangkitkan isu kenapa program pembangunan di Semenanjung ini berjalan lancar dan boleh mendapat kejayaan sedangkan program untuk Sabah dan Sarawak senantiasa diselubungi dengan kegagalan.

Secara umumnya program pembangunan yang dilaksanakan di Semenanjung dilihat lebih berjaya berbanding dengan di Sabah dan Sarawak khususnya pelaksanaan projek-projek infrastruktur. Antara isu-isu yang sering berlaku di dalam pelaksanaan projek- projek di kedua-dua negeri tersebut adalah seperti berikut:

Pertama, isu pengambilan tanah persendirian dan kerajaan negeri mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sehingga mengganggu kelancaran projek sebagai contoh Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bagi sistem retikulasi negeri Sarawak tahun 2010 Zon 3 iaitu Saih Booster Station yang telah menyebabkan kelewatan selama 181 hari; Isu kedua adalah keadaan bentuk muka bumi di Sabah dan Sarawak yang berbukit-bukau, bersungai dan berpulau serta masalah ketidaksempurnaan atau ketiadaan jalan darat ke tapak projek menyebabkan bahan-bahan binaan terpaksa dibawa masuk melalui sungai-sungai dan jalan balak dan kadangkala mengakibatkan tenaga manusia diperlukan untuk mengangkut bahan-bahan tersebut ke tapak sehingga mengganggu kelancaran projek;

final • 6:55 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Isu ketiga ialah kesukaran mendapatkan bekalan bahan binaan di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung. Contohnya seperti bekalan pasir yang terhad di Sarawak yang menyebabkan gangguan dalam pelaksanaan projek ini di mana kerja-kerja di tapak terpaksa dihentikan sehingga bekalan binaan diperoleh. Namun begitu, terdapat juga pelaksanaan projek-projek di negeri Sabah dan Sarawak yang berjaya dilaksanakan mengikut jadual dan memberi impak yang positif kepada masyarakat setempat.

Sebagai contoh, untuk tahun 2011 bagi projek jalan luar bandar (JALB), sebanyak 62 buah projek merangkumi 261.67 kilometer jalan telah siap di Sabah. Ini melepasi sasaran sebenar iaitu 60 buah projek iaitu sejauh 251.47 kilometer, mengatasi daripada sasaran yang sebenar. Manakala di Sarawak pula sebagai contoh, sebanyak 45 buah projek JALB dengan sepanjang 135.07 kilometer telah siap dibina pada tahun 2011 melepasi sasaran 44 buah projek yang melibatkan 131.07 kilometer.

Bagi jalan perhubungan desa (JPD) pula, sebanyak 223 buah projek sepanjang 151.60 kilometer jalan siap dibina di Sabah melebihi sasaran sebanyak 214 buah projek iaitu sepanjang 31.5 kilometer manakala di Sarawak sebanyak 182 buah projek iaitu sepanjang 55.48 kilometer jalan siap dibina. Maknanya tadi bukannya gagal. Ada juga

final • 7:00 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

yang berjaya. Bagi Program Bantu Rumah di Sabah, sebanyak 2,981 buah projek bina baru dan baik pulih telah siap. Di Sarawak pula, sebanyak 3,963 buah projek telah siap dilaksanakan pada tahun 2011.

Khusus di bawah Parlimen Kapit, sebanyak 579 [Melihat tempat duduk Yang Berhormat Kapit] Yang Berhormat tidak ada, ya. Tidak apa. Sebanyak 579 buah rumah di kawasan Parlimen Kapit merangkumi rumah-rumah panjang seperti rumah panjang Jambong, Bengau, Umping Ensali dan rumah-rumah persendirian di Katibas dan Palagus telah mendapat bekalan elektrik luar bandar sepanjang tahun 2011. Di samping itu untuk tahun 2011 di bawah Program Bantuan Rumah (PBR), masing-masing sebanyak 95 buah rumah dan 50 buah rumah telah di baik pulih di Katibas dan Palagus. Selain itu sebanyak empat buah rumah bina baru telah siap dibina mengikut jadual di Palagus.

Yang Berhormat Batu Sapi [Melihat tempat duduk Yang Berhormat Batu Sapi] pun tidak ada. Saya ingat saya skipkanlah untuk memendekkan masa. Yang Berhormat Putatan [Melihat tempat duduk Yang Berhormat Putatan] pun tidak ada. Perlu hendak saya jawab juga? Yang Berhormat Putatan menyarankan agar study centre diwujudkan di kampung-kampung yang memerlukan satu tempat yang sesuai bagi kanak-kanak belajar.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat dari Putatan mengenai kemudahan dan penyediaan ruang bagi anak-anak di luar bandar meningkatkan kemajuan dalam bidang akademik masing-masing melalui pewujudan study centre. Kementerian berpandangan bahawa usaha tersebut bukan sahaja dapat membantu anak-anak di luar bandar meningkatkan prestasi pembelajaran mereka malah dilihat sebagai salah satu langkah ke arah usaha membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar.

Justeru bagi merealisasikan cadangan tersebut, premis-premis yang berada di luar bandar seperti pusat sumber, medan info desa, dewan orang ramai yang dipertingkatkan kemudahannya boleh dijadikan study center seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Bagi tujuan keberkesanan pembelajaran pula, kementerian berpandangan bahawa institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta boleh memainkan peranan mereka sebagai corporate social responsibility (CSR) dalam membantu usaha murni meningkatkan prestasi akademik di kalangan anak-anak luar bandar. Di samping dapat membantu pelajar-pelajar di luar bandar, usaha ini juga dapat meningkatkan imej mana- mana institusi pengajian tinggi yang terlibat dan seterusnya mampu membantu kerajaan meningkatkan pendapatan masyarakat di luar bandar menjelang tahun 2020.

Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Tenggara. Ada di sini. Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Tenggara mencadangkan penubuhan Rural Transformation Center (RTC) di kawasan masing-masing. Kementerian sedang dalam proses untuk mengenal pasti lokasi yang berpotensi bagi dijadikan RTC di Sabah.

Kementerian telah mengemukakan surat kepada semua kementerian dan agensi yang berkaitan termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada 19 Mac 2012 yang lalu supaya mengemukakan cadangan lokasi yang bersesuaian di Sabah bagi dijadikan RTC. Kementerian akan meneliti cadangan yang akan diterima dan akan mengadakan lawatan tapak serta memaklumkan Kerajaan Negeri Sabah mengenai cadangan lokasi RTC termasuk di kawasan Tenom seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.

Untuk negeri Johor, kerajaan bercadang untuk menjadikan Pusat Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas (PPTTN)...

final • 7:00 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Penjelasan.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Johor?

final • 7:00 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Yang Berhormat Ranau. Sebelum pergi ke Johor.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Okey, Yang Berhormat Ranau.

final • 7:00 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya telah begitu mendengar dengan teliti penjelasan-penjelasan oleh Yang Berhormat terutama sekali projek-projek di luar bandar di Sabah dan Sarawak iaitu bekalan air luar bandar dan juga bekalan elektrik

final • 7:00 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

luar bandar. Dalam perbahasan saya ada menyentuh mengenai satu perkara di kawasan saya di Ranau iaitu termasuklah Projek Bekalan Air Luar Bandar dan satu projek yang sedang dilaksanakan di kawasan Ulu Sugut di mana tapak pembinaan loji didapati bermasalah iaitu dibina di tempat yang pernah dibanjiri oleh Sungai Sugut.

Saya ada menyentuh ini dan saya minta pihak kementerian supaya menyiasat apakah penyelesaian masalah ini kerana telah ditimbulkan dalam Mesyuarat Kerja Tindakan Daerah baru-baru ini. Kalau sekiranya perkara ini betul, apa tindakan oleh kementerian? Ini kerana kita tidak mahu apabila projek ini sudah selesai lain kali dan tiba- tiba di tenggelami ataupun dihanyutkan oleh banjir, siapa yang rugi? Tentu sekali rakyat yang menikmati kemudahan bekalan air di kawasan Ulu Sugut. Saya nampak-nampak tidak ada tercatat dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang perkara ini.

Mohon penjelasan.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Yang Berhormat Ranau yang cukup prihatin dengan hal-hal masalah rakyat. Ini satu gambaran kepada kita semua. Inilah dia contoh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang sentiasa prihatin kepada pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar. Tahniah.

Jadi berkenaan dengan jawapan ini tadi, saya akan sebut bila sampai masanya iaitu sewaktu kita membahaskan, saya menjawab berkenaan dengan bekalan air luar bandar. Ini saya masih lagi dalam peringkat RTC sebab Yang Berhormat Tenggaranya nampaknya melihat tajam kepada saya. Dia hendak mendengar apa jawapan saya.

final • 7:00 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Untuk negeri Johor, kerajaan bercadang untuk menjadikan Pusat Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas PPTTN di Pekan Nanas, Johor sebagai RTC di negeri Johor.

Pelaksanaan insentif di bawah RTC ini akan meliputi kawasan seluas 100 kilometer radius daripada pusat RTC dan akan turut meliputi kawasan Bandar Tenggara termasuk di kawasan-kawasan FELDA. Selain itu mini RTC juga akan turut diwujudkan yang akan melaksanakan inisiatif-inisiatif RTC dalam skala yang kecil termasuk di kawasan Bandar Tenggara.

final • 7:10 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Hendak tanya juga?

final • 7:10 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Hendak tanya. Mohon laluan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat, Pontian ini belah sana, Parlimen Tenggara Bandar Tenggara belah sini. Saya tidak nampak macam mana rasionalnya limpahan RTC daripada Pontian - Pekan Nanas hendak sampai ke Bandar Tenggara? Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sudah sebut Parlimen Tenggara ini adalah Lembah Biotek yang telah pun dibangunkan oleh pihak kerajaan negeri. Jadi, dalam penyataan apa itu maksud yang hendak dibangunkan dalam konteks RTC itu menampakkan dengan jelas bahawa kawasan dalam Parlimen Tenggara ini boleh diambil sebagai satu lagi tambahan RTC untuk negeri Johor selain daripada Pekan Nanas. Saya harap mudah-mudahan kementerian faham tentang kepentingan Tenggara ini apabila diletakkan perancangan pembangunan Lembah Biotek yang dibangunkan oleh Pertubuhan Peladang negeri Johor di kawasan Bandar Tenggara.

So, saya minta pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri tidak payahlah saya hendak tunggu limpahan daripada Pekan Nanas dengan limpahan nanasnya dan sebagainya kerana berbeza. Kami berbeza. Kita dalam konteks pertanian, dia dalam konteks nanas itu jauh berbeza. Jadi minta masuk Johor hanya satu. Masuklah lagi satu apa salahnya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:10 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Kita kalau boleh hendak masukkan semua. Sebab apa yang telah dicadangkan ini adalah merupakan pandangan daripada akar umbi juga.

Sebab Pekan Nanas ini dari segi konsep RTC ini melibatkan bukan sahaja pusat itu sendiri tetapi juga kawasan-kawasan yang 100 kilometer radius di sekelilingnya termasuklah yang saya difahamkan di bandar dan kawasan Tenggara yang mana ada projek-projek FELDA ada di situ. Itu maksud...

final • 7:10 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam kawasan saya ada tujuh rancangan FELDA sahaja. Bagi Daerah Kota Tinggi ada 29 rancangan FELDA. Kalau hendak diambil rasional kepentingan kedudukan rancangan FELDA itu, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata bincang dengan pihak akar umbi. Ada perbincangan dengan kerajaan negeri tak? Yang ada meletakkan keutamaan kepada kawasan-kawasan tertentu ini? Contoh di kawasan saya bangunnya Lembah Biotek ini dalam kawasan Parlimen Tenggara. Yang paling penting bukan sahaja menerima cadangan itu daripada pihak akar umbi semata-mata tetapi juga untuk mendapatkan respons daripada pihak kerajaan negeri yang ada perancangan skop yang lebih luas. Terutamanya dari segi limpahan kawasan Iskandar Malaysia ini, terima kasih banyak.

final • 7:10 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Satu lagi contoh wakil rakyat yang begitu prihatin soal pembangunan luar bandar. Saya hendak sebutkan ini, inilah dia rintihan daripada pemimpin akar umbi daripada...

final • 7:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Kami rintih kata kami bangkang.

final • 7:10 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berapa begitu arif sangat tentang Johor ini. Tetapi sebenarnya pada setiap tiga bulan sekali, kita mengadakan Mesyuarat Mix Club yang mana menghimpunkan segala Exco yang bertanggungjawab termasuklah dari negeri-negeri pembangkang untuk kita mengemukakan cadangan-cadangan kita termasuk RTC ini dan dimaklumkan mana tempat-tempat yang akan kita bina. Pandangan mereka nantilah Yang Berhormat...

final • 7:10 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

[Bangun]

final • 7:10 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Nantilah Yang Berhormat, nanti dahulu.

final • 7:10 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Saya pernah duduk dalam... saya juga... duduk dalam jawatankuasa ..

final • 7:10 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Itu dahulu...

final • 7:10 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Tidak kisah. Dahulu kah dahulu kerajaan yang pimpin masih Barisan Nasional. Dia tidak ada perbezaan. Maksud saya begini sahajalah Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak payahlah hendak argue dengan saya sama ada patut atau tidak patut? Saya minta jasa baik daripada pihak kerajaan tambah sahaja lagi satu untuk negeri Johor. Itu sahaja. Setakat ini satu Pekan Nanas. Masukkan sahaja lagi satu habis cerita. Apa salahnya? Hendak sedapkan hati saya, sebut sahajalah akan masukkan dalam kajian terkini selepas pelaksanaan dalam kawasan Pekan Nanas, habis. Saya tidak payah hendak argue dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:10 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasihlah Yang Berhormat Tenggara. Saya ada sebut tadi. Kalau boleh kita hendak masukkan semua. Jadi kita tahu juga tentang kemampuan kita tentang keperluan dan sebagainya. Kita buat ini berdasarkan kepada keperluan peruntukan yang sedia ada. Kalau ada peruntukan tadi, insya-Allah kita akan pertimbangkan terutamanya Yang Berhormat Tenggara sendiri telah sebut ini permintaan secara khusus. Insya-Allah kita akan bawa ini dan akan cuba kita laksanakan apabila kemampuan kewangan kita bagi membolehkan RTC ini dibina di kawasan Tenggara sendiri. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:10 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Sama-sama kasih. [Ketawa] sekarang kita pergi kepada Bekalan Elektrik Luar Bandar. Yang Berhormat Tebrau memohon bekalan elektrik, ada Yang Berhormat Tebrau? Tidak ada ya? Jadi saya tidak payah jawab. Cuma Yang Berhormat Lubok Antu ada mencadangkan supaya peruntukan bekalan elektrik kepada sembilan buah rumah panjang di Lubok Antu yang ditarik balik pada 2010 diteruskan pada tahun ini.

final • 7:10 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan projek bekalan elektrik di luar badar di sembilan buah rumah panjang yang dinyatakan telah diluluskan untuk pelaksanaan pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek tersebut terpaksa ditangguhkan kerana masalah izin lalu daripada pihak ‘SELCRA’ yang tidak membenarkan laluan kabel voltan tinggi melalui tanah milik mereka. Persetujuan yang diberikan oleh ‘SELCRA’ untuk memasuki tapak hanya selepas pampasan dibayar kepada pihak mereka bergantung kepada bilangan pokok kelapa sawit yang terpaksa ditebang untuk laluan kabel voltan tinggi. Perkara ini telah diselesaikan pada November 2011 dan kementerian merancang untuk memulakan pelaksanaan projek pada pertengahan tahun 2012.

Yang Berhormat Hulu Rajang, ada? Yang Berhormat memohon kerja-kerja menaik taraf BELB Pekan Belaga ke Gerik utama. Kementerian pada Julai 2009 telah mengadakan perbincangan bersama Sarawak Hidro Sdn. Bhd. untuk menyambung bekalan elektrik kepada pekan Belaga dan 13 buah rumah panjang di sepanjang Sungai Baloi.

Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima pihak SSSB tidak ada halangan untuk membenarkan KKLW menyambung bekalan dari sumber bekalan di Empangan Bakun.

Walau bagaimanapun, penyambungan bekalan elektrik ini hanya boleh diteruskan selepas jalan penghubung antara Empangan Bakun ke Pekan Belaga yang dilaksanakan di bawah Jiwa Murni siap dibina.

Yang Berhormat Sarikei ada? Kalau tidak ada, saya akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Sarikei. Bekalan air luar bandar tadi, Yang Berhormat Ranau.

Yang Berhormat Ranau membangkitkan isu 36 buah kampung sahaja yang mendapat bekalan air bersih atau air terawat sedangkan kawasan Ranau mempunyai 213 kampung yang berdaftar. Senarai kampung untuk pelaksanaan projek bekalan air luar bandar dikemukakan oleh pihak berkuasa negeri yang terlibat dan telah ditentukan keutamaannya.

Walau bagaimanapun, sekiranya masih terdapat kampung yang belum menerima bekalan air, Yang Berhormat boleh memaklumkan kepada kementerian untuk dibuat siasatan lanjut untuk diselaraskan di bawah senarai program BALB rolling plan ketiga RMKe-10 iaitu untuk tahun 2013 dan juga 2015. ini juga boleh dirujuk mendapat sokongan daripada kerajaan negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat di bawah bidang keberhasilan utama negara NKRA terdapat 11 projek BALB yang sedang dilaksanakan di Ranau. Status terkini lima projek telah siap sepenuhnya dan enam projek dalam pembinaan bagi memastikan sebarang masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan projek dapat diselesaikan, mesyuarat memantau projek secara berkala diadakan setiap bulan.

Berhubung lokasi pembinaan loji Ulu Sugut yang disebut Yang Berhormat tadi yang mudah dilanda banjir ketika musim hujan lebat, untuk makluman Yang Berhormat, reka bentuk bagi pembinaan loji tersebut telah dikaji semula bagi memastikan loji tersebut tidak ditenggelami air sewaktu musim hujan lebat. Sehingga kini pelaksanaan loji tersebut sedang giat dilaksanakan dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Siap ini esok, kita akan teruskan bekalan air itu.

final • 7:10 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Hulu Rajang pula memohon kerja-kerja menaiktarafkan bekalan air luar bandar Sungai Asap. Yang Berhormat Hulu Rajang ada? Pelaksanaan Projek BLB Sungai Asap tidak termasuk di dalam senarai keutamaan pihak berkuasa air negeri Sarawak. Oleh itu pelaksanaan projek ini tidak disenaraikan di bawah projek Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Walau bagaimanapun, kementerian ini akan menyelaraskan pelaksanaan projek ini dengan pihak berkuasa air negeri untuk dilaksanakan di bawah rolling plan ketiga RMKe-10.

Yang Berhormat Tebrau. Oh tidak ada. Ini tidak payah kerana dia tidak ada.

Saya akan beri jawapan secara bertulis. Jalan luar bandar. Yang Berhormat Lawas, ada?

Bagus. Jalan luar bandar, Yang Berhormat Lawas memohon naik taraf jalan dari Bario ke Pa’Dalih dan Long Luping ke Long Sukang serta jalan balak di Sarawak. Yang Berhormat Sibuti pula memohon penambahbaikan jalan di Kuala Sibuti dan Kuala Lajung bagi memudahkan pergerakan warga luar bandar di kawasan pedalaman.

final • 7:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Saya sudah pergi ke dua-dua tempat ini. Kementerian pada masa ini telah komited dalam pelaksanaan projek-projek yang diluluskan di bawah Second Rolling Plan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau bagaimanapun, kementerian akan menyenaraikan projek menaiktarafkan jalan dari Bario ke Pa’Dalih dan Long Luping ke Long Sukang serta Projek Jalan Kuala Lajung sepanjang 15km di Sarawak di bawah Third Rolling Plan, Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi tahun pelaksanaan pada 2013 hingga 2015.

Yang Berhormat Hulu Rajang memohon pembinaan jalan dari Bakun Highway ke Belaga. Sehingga kini kementerian masih belum menerima permohonan daripada kerajaan negeri berhubung pelaksanaan pembinaan jalan dari Bakun Highway ke Belaga. Walau bagaimanapun, kementerian dimaklumkan bahawa pembinaan jalan dari Belaga - Menjawah, Bakun dilaksanakan di bawah Program Jiwa Murni dan dikawal selia oleh pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak.

Yang Berhormat Parit ada? Memohon pembinaan jambatan di Lambor Kanan dan Kiri yang menyeberangi Sungai Perak berharga RM3.8 juta. Kementerian akan mengemukakan permohonan projek ini kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, UPE, JPM untuk pertimbangan di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Yang Berhormat Tenom menyentuh isu berhubung kelewatan pelaksanaan projek membina Jalan Kemabong-Marais, Tenom, Sabah. Kementerian mengakui bahawa terdapat kelewatan dalam pelaksanaan projek membina Jalan Kemabong-Marais, Tenom Sabah yang disebabkan oleh isu pengambilan balik tanah yang mengakibatkan jajaran jalan asal perlu diubah. Isu ini mengambil masa selama enam bulan untuk diselesaikan dan status terkini setelah semuanya ini selesai pelaksanaan projek ialah 63% berbanding jadual 32%.

Projek ini dijangka akan disiapkan pada 11 Ogos 2013 setelah mengambil kira tempoh lanjutan masa yang diluluskan selama enam bulan. Jalan perhubungan desa, Yang Berhormat Tenom juga menyentuh isu penggunaan kaedah soil stabilizer yang dikatakan membazir bagi menaiktarafkan jalan di Kampung Lalang, Kampung Bakuku, Kampung Malutuk, Kampung Timura Malutuk dan Kampung Musup.

Kementerian telah siap melaksanakan projek jalan di Kampung Lalang, Kampung Bakuku, Kampung Malutuk, Kampung Timura Malutuk dan Kampung Musup sepanjang 2.9km dengan kos berjumlah RM927,840 dengan mengguna pakai kaedah soil stabilizer.

Dakwaan Yang Berhormat menyatakan kaedah soil stabilizer membazir adalah tidak benar.

Ini adalah kerana hasil kajian yang dibuat mendapati penggunaan kaedah soil stabilizer ini mampu:-

(i) menjimatkan kos pembinaan.

Pembinaan jalan berdasarkan kaedah soil stabilizer melibatkan kos berjumlah RM130,000 per km manakala kaedah konvensional melibatkan kos berjumlah RM147,000 per km dengan ketebalan sub based 150 mm;

(ii) memendekkan tempoh penyiapan.

Kaedah soil stabilizer mengambil masa selama dua bulan berbanding dengan kaedah konvensional selama tiga bulan berdasarkan specify jalan perhubungan desa; dan

(iii) tempoh tanggungan kecacatan.

Tempoh tanggungan kecacatan dengan kaedah soil stabilizer adalah selama dua tahun berbanding kaedah konvensional selama satu tahun, atau dalam lain perkataan, ini tidak membazir.

Yang Berhormat Libaran. Tidak ada ya? Tidak ada, saya pergi ke tempat yang lain. Yang Berhormat Sipitang tidak ada juga. Saya akan jawab secara bertulis.

final • 7:20 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Sri Gading memohon jalan-jalan kampung dilebarkan dari 11 kaki kepada 14 kaki. Skop kelebaran jalan perhubungan desa adalah di antara 8 kaki sehingga 14 kaki. Kita memang sudah lama laksanakan ini. Sehubungan itu sukacita sekiranya Yang Berhormat dapat mengemukakan senarai jalan kampung yang memerlukan kerja- kerja pelebaran jalan dari 11 kaki kepada 14 kaki untuk dibuat siasatan tapak dan pertimbangan sewajarnya. Kita sudah laksanakan, kalau ada apa-apa boleh kemukakan kepada kita.

Yang Berhormat Putatan ada...

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat soal pelebaran jalan ini. Jalan dari 11 kaki kepada 14 kaki. Kawasan saya banyak jalan-jalan seperti ini. Saya penah memohon tetapi di tolak. Jadi kalau itulah pernyataan sebenarnya menyeru kami menyenaraikan nama- nama jalan itu dilebarkan kepada 11 kaki ke 14 kaki. Kalaulah senarai kami itu dikemukakan kepada pihak kementerian, adakah ini betul, dapat dipersetujui oleh pihak kementerian?

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Putatan dan lain-lain. Okey, boleh kemukakan dan insya-Allah kalau ada peruntukan dan juga keperluan dan sebagainya, insya-Allah kita akan cuba uruskan supaya pembinaan ini dapat dijalankan di tempat- tempat itu. Yang Berhormat Putatan, secara terus boleh berjumpa dengan saya. Insya- Allah bisa diatur.

final • 7:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Indera Mahkota Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 7:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sedikit sahaja, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya juga sama ada, ada rekod di tangan Yang Berhormat untuk Program Pelebaran Jalan dan juga jalan-jalan di luar bandar. Saya rujuk kepada peruntukan yang diluluskan agak besar RM4.6 bilion secara keseluruhan seluruh negara.

Untuk tahun ini sahaja RM1.8 bilion. Beberapa bulan yang lalu ada kenyataan akhbar mengatakan Yang Berhormat Menteri mengatakan pelaksanaan program ini di bawah khas jalan-jalan luar bandar dan pelebaran jalan agak perlahan dan baru sekejap tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri juga mengatakan ada tanda-tanda tersebut kerana masalah pengambilan tanah, pengizinan laluan dan sebagainya.

Jadi saya hendak tanya berapakah peruntukan sebenar yang telah dibelanjakan daripada keseluruhan RM4.6 bilion untuk lima tahun dan tahun ini sahaja RM1.8. Saya ingin tahu kalau ada angka. Kalau tidak pun saya mohon jawapan secara bertulis kerana ini penting kerana ada persoalan yang agak besar tentang peratus pelaksanaan untuk kemudahan-kemudahan di luar bandar terutamanya jalan atau pelebaran jalan seperti yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Putatan juga. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.

Saya minta maaf, tidak ada butiran angka berkenaan dengan setakat mana projek ini telah dilaksanakan dan insya-Allah saya akan semak dan akan memaklumkan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Selepas itu kita boleh berbincang di mana yang kita boleh sama-sama membantu untuk kawasan Yang Berhormat.

Seterusnya saya pergi kepada lampu jalan kampung. Yang Berhormat Sri Gading juga memohon agar lampu jalan diperluaskan lagi di kampung-kampung. Kementerian mengambil maklum akan keperluan lampu jalan kampung di kawasan kampung di luar bandar. Kementerian telah siap merangka dasar baru pemasangan lampu jalan kampung

(LJK) di kampung-kampung seluruh negara. Sekiranya dipersetujui oleh kerajaan, maka pemasangan lampu jalan kampung baru ini akan dimulakan pada Jun 2012.

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Baling. Tidak ada ya. Okey, saya pergi kepada yang lain. Minta maaf Yang Berhormat sahabat. Yang Berhormat Baling bertanyakan adakah benar peruntukan lampu jalan kampung di daerah Baling telah ditarik balik. Untuk makluman Yang

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Berhormat, kerajaan tidak pernah menarik balik peruntukan lampu jalan kampung yang telah diluluskan. Kalau lulus, lulus.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 7:30 PM

Mesyuarat] Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Boleh...

final • 7:30 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Nanti saya selesaikan.

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Hendak betulkan. Saya bukan kata ditarik balik yang lampu jalan kampung. Yang tarik balik itu peruntukan untuk mendalam sungai. Itu mungkin note tersilap.

final • 7:30 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Saya minta maaf kalau note silap. Cuma, kalau berkaitan dengan lampu jalan kampung, semua LJK yang diluluskan telah siap dipasang di seluruh negara khusus untuk kawasan Parlimen Baling, kerajaan telah siap memasang 2,426 unit LJK sejak tahun 2003 sehingga kini. Semua LJK ini ditanggung kos operasi dan selenggaranya oleh kerajaan secara berterusan. Saya minta Yang Berhormat sebab dalam catatan saya ini adalah berkenaan dengan bekalan lampu jalan kampung dan berbeza dengan apa pandangan Yang Berhormat tadi. Saya akan semak balik dan akan mengemukakan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Kemajuan tanah dan wilayah...

final • 7:30 PM

Dato' Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Terima kasih. Boleh mencelah?

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kementerian yang telah pun menyiapkan beberapa batang jalan kampung setakat ini. Cuma saya ingin kepastian kepada pihak kementerian, mungkin kementerian mempunyai rekod yang tertentu terutama sekali dengan lampu-lampu jalan kampung ini kerana ramai sangat yang membuat aduan kepada saya mengatakan kampung-kampung mereka belum dapat bekalan lampu jalan kampung ini.

Sejauh mana tinjauan telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa keperluan yang diperlukan oleh masyarakat di kampung-kampung terutama sekali di kawasan Baling seperti mana yang ramai maklum, satu kawasan yang penduduknya boleh dikatakan bersempadan dengan Thailand. Keadaan lampu-lampu jalan yang gelap ini seolah-olah memberi kesempatan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan pelbagai jenayah dan sebagainya.

Saya ingin juga mengesyorkan kepada pihak kementerian yang mungkin telah ada pun sebelum ini, pengesyoran ini iaitu memastikan setiap masjid dan surau-surau di kampung-kampung ini, saya rasa tidak perlulah untuk pihak jawatankuasa surau atau masjid itu memohon rasmi secara bersurat tetapi mungkin sekadar dapat dimaklumkan maka setiap masjid dan surau, lampu-lampu jalan di kawasan-kawasan masjid dan surau dapat dibekalkan oleh pihak kementerian. Yang tadi itu, yang sungai Yang Berhormat, bukan saya kata jalan kampung. Yang tarik balik itu peruntukan membesar ataupun mendalamkan sungai yang menyebabkan banjir iaitu Sungai Ketil dan Sungai Kupang.

final • 7:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat, saya minta laluan juga, isu yang berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga ingin menarik perhatian iaitu berkaitan dengan isu masalah lampu jalan kampung yang masih lagi berkurangan. Kita lihat banyak jalan-jalan kampung yang masih lagi dalam kegelapan. Jadi, saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian, apakah pemantauan dibuat terutama di kampung-kampungnya yang jalannya masih gelap terutama yang melibatkan simpang tiga atau simpang empat yang tidak ada traffic light, ini di kampung-kampung terpencil. Banyak kes-kes kemalangan berlaku kerana kawasan gelap, apa lagi di kampung ini banyak binatang-binatang liar, binatang ternakan yang berkeliaran yang banyak mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya kerana suasana yang gelap. Saya minta supaya perkara ini diberi perhatian oleh pihak kementerian.

Saya ingin penjelasan juga berkaitan dengan pencerahan di sekitar kawasan sempadan termasuk juga kawasan perkuburan yang menjadi satu keperluan warga kampung apabila berlakunya kematian terutama yang melibatkan waktu malam, suasana

final • 7:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

juga menyebabkan masalah dalam urusan jenazah, pengebumian jenazah. Jadi, saya minta supaya pihak kementerian dalam perancangan yang akan datang memberi perhatian terutama di kampung-kampung yang melibatkan kawasan sempadan seperti kawasan saya di Rantau Panjang yang banyak berlaku masalah jenayah dan juga sekitar jalan-jalan yang terpencil dan termasuk kawasan perkuburan supaya masalah yang berlaku yang berbahaya kepada penduduk kampung dapat diselesaikan. Minta penjelasan.

final • 7:30 PM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat, kepada Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Rantau Panjang di atas keprihatinan berkenaan lampu jalan kampung. Sebagaimana yang telah saya maklumkan tadi, sebenarnya pihak kementerian baru sahaja selesai tentang penggubalan dasar-dasar baru sebagaimana dicadangkan oleh kedua-dua Yang Berhormat tadi ialah soal lampu-lampu di masjid, surau, persimpangan jalan, di perbatasan dan juga di tempat-tempat yang diperlukan. Jadi, memang kita telah siap dan insya-Allah kita akan mula laksanakan pemasangan lampu jalan kampung ini, akan dimulakan insya-Allah pada bulan Jun 2012 yang akan datang ini. Jadi, kalau ada keperluan di kawasan Yang Berhormat, boleh maklumkan secara terus kepada saya dan insya-Allah kita akan lihat dan pastikan hasrat daripada Yang Berhormat itu dapat sama-sama kita tunaikan.

Kemajuan Tanah dan Wilayah. Yang Berhormat Bagan Serai, ada Yang Berhormat Bagan Serai? Tidak ada ya, kalau tidak ada saya pergi kepada Yang Berhormat Padang Terap. Tidak ada juga, untuk menjimatkan masa.

Okey, Hal Ehwal Kemajuan Orang Asli – Yang Berhormat Tenggara. [Disampuk] Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tenggara memohon supaya peruntukan bagi tujuan pembangunan kepada Orang Asli ditambah seperti pembangunan rumah PBR dan juga peluang perniagaan khususnya di kawasan Tenggara. Untuk makluman Yang Berhormat, di dalam rolling plan kedua, Rancangan Malaysia Kesepuluh tahun 2012, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menerima peruntukan sebanyak RM114 juta, ini yang ada dalam bajet tempoh hari. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM30 juta untuk membangun masyarakat Orang Asli seluruh negara pada 17 Mac 2012 yang lalu, sebagaimana yang pernah Yang Berhormat sebut dalam Dewan tempoh hari.

Peruntukan RM30 juta tersebut merupakan tambahan kepada RM16.6 juta yang telah disalurkan oleh kementerian kepada JAKOA untuk pelaksanaan projek di bawah Program Bantuan Rumah. Sehubungan itu, jumlah peruntukan yang diluluskan untuk pembangunan Orang Asli pada tahun ini adalah sebanyak RM160.6 juta, maknanya penambahan tadi. Sebelum Yang Berhormat sebut, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah luluskan RM30 juta, kementerian pula bagi RM16 juta selain daripada bajet asal. Jadi, sekarang ini kita sudah ada RM160 juta, insya-Allah sebahagian daripada perancangan, permohonan-permohonan daripada kawasan-kawasan perkampungan Orang Asli ini akan dapat kita laksanakan khususnya dalam Program Bantuan Rumah.

final • 7:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya gembira bila sudah diberitahu. Dalam bajet asal yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat pada 7 November adalah RM90 juta. Tambahan daripada pihak kementerian dan tambahan lagi RM30 juta yang baru saja diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain daripada peruntukan untuk bina baru rumah PPRT ini dan juga penyelenggaraan rumah-rumah PPRT yang sedia ada, yang mana siling yang diberikan kepada JAKOA di peringkat negeri-negeri ini yang diturunkan kepada peringkat daerah, silingnya tidak banyak kerana maklumlah dengan bilangan perkampungan Orang Asli yang ada di seluruh negara. Di negeri Johor, kita ada 62 perkampungan Orang Asli, lebih kurang 14,000 ketua isi rumah yang ada. Saya minta kepada pihak kementerian, selain daripada melihat kepada kepentingan tempat tinggal, tempat tinggal satu keluarga satu rumah bagi masyarakat Orang Asli ini, juga melihat kepada keperluan anak-anak generasi kedua, anak-anak mereka selain daripada ketua keluarga yang asal.

final • 7:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Keduanya ialah, saya perhatikan dekat kampung-kampung Orang Asli ini, projek- projek penambahan sumber pendapatan yang letaknya di bawah Projek Pembangunan Ekonomi tidak begitu kuat menampakkan tentang perancangan yang hendak diletakkan.

Saya ada tiga perkampungan Orang Asli, 145 buah keluarga. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri kalau dapat, kerana masyarakat Orang Asli ini dia pun sama dengan masyarakat Melayu yang ada. Kalau peluang-peluang perniagaan dan ruang-ruang perniagaan diberikan, mereka juga boleh perform untuk menambahkan sumber pendapatan selain daripada masuk dalam kawasan hutan, selain daripada tanah rizabnya dibangunkan di bawah FELCRA dan RISDA.

Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri tolong masukkanlah untuk membina rumah-rumah kedai dan sebagainya di perkampungan-perkampungan Orang Asli.

Terutama di tiga kampung Orang Asli di kawasan saya iaitu Kampung Orang Asli Sayung Pinang, Kampung Kempas Menang dan juga Kampung Pasir Intan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Tuan P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan - Hulu Selangor

[Bangun]

final • 7:40 PM

Datuk Haji Hasan bin Malek

Terima kasihlah. Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 7:40 PM

Tuan P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan - Hulu Selangor

Isu yang sama Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Hulu Selangor pula kita ada 16 perkampungan Orang Asli. Buat masa ini kerajaan telah pun membina satu sekolah rendah yang mana complete dengan asrama sendiri yang mana dapat membawa anak-anak daripada 16 perkampungan Orang Asli ini dibawa ke sekolah ini.

Akan tetapi masalahnya Tuan Yang di-Pertua ialah pengangkutan ini tidak disediakan dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor. Pengangkutan ini dibawa daripada luar kawasan. Memandangkan ada 16 perkampungan Orang Asli di kawasan Parlimen Hulu Selangor Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan supaya kementerian dapat memberi pertimbangan untuk menempatkan satu pengangkutan awam, bas ataupun satu mini bas, spesifik digunakan untuk mengangkut ataupun membawa anak-anak murid daripada 16 perkampungan ini ke sekolah. Ini kerana dia akhir minggu balik ke kampung masing- masing. Oleh kerana ada masalah pengangkutan ini, maka ada anak-anak yang tercicir, mereka tidak dapat pergi ke sekolah kerana masalah pengangkutan. Saya harap kementerian dapat beri pertimbangan atas cadangan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Datuk Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Tenggara dan juga Yang Berhormat Hulu Selangor memberi pandangan yang cukup baik. Insya-Allah, kita akan beri perhatian terutamanya dalam soal apa yang disebut tadi pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli itu. Bercakap mudah tetapi hendak melaksanakan macam- macamlah terutamanya bila melibatkan masyarakat Orang Asli itu sendiri. Sebenarnya kita sepanjang masa memang ada program-program kita khusus dalam hendak memberikan peningkatan ekonomi masyarakat Orang Asli sendiri. Kursus yang kita berikan tunjuk ajar senantiasa kita berikan kepada mereka. Malahan premis-premis perniagaan macam mana Yang Berhormat Tenggara tadi sebut pun kita sudah laksanakan.

Misalnya sebagai contoh di Johor, kita melihat dari segi potensi kedai-kedai yang ada di Kampung Rengit tidak silap saya, ia dalam keadaan cukup usang. Jadi oleh kerana itu, kementerian kita melihat ini perlu dibantu, dinaik taraf dan hari ini alhamdulillah, satu barisan kedai untuk peniaga-peniaga masyarakat Orang Asli di Kampung Rengit di Johor itu telah pun siap dibina dan telah pun dirasmikan. Saya cukup gembira daripada maklum balas yang kita terima, pendapatan mereka ini bertambah sebab dalam keadaan premis- premis yang cukup selesa. Begitu jugalah dalam soal pengangkutan tadi...

final • 7:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Ini sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Datuk Haji Hasan bin Malek

Hendak masuk juga?

final • 7:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Terima kasih. Tidak, itu ialah Kampung Bumiputera Dalam, Rengit. Sebab itu saya nyatakan tadi Yang Berhormat Menteri, yang dibuat oleh kementerian itu baguslah bangunkan balik rumah-rumah kedai

final • 7:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

kerana masyarakat Orang Asli di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit ini, dia menjalankan aktiviti barang-barang terpakai. Jadi oleh kerana selama ini dia usahakan kedai itu sendiri dia bangunkan bangunan itu dan akhirnya kementerian nampak dengan sokongan daripada Ahli Parlimen Batu Pahat, maka keperluan untuk membangunkan rumah kedai itu penting kerana mereka mengadakan aktiviti barang-barang terpakai.

Macam dalam kawasan saya, saya sebut tadi Yang Berhormat Menteri, kawasan saya Orang Asli ini dia lebih kepada produk-produk herba. Dia masuk dalam hutan dia, dalam kawasan rayau dia dan sebagainya ada produk-produk herba yang dihasilkan. Jadi kalau dibangunkan kemudahan ini, sudah tentu akan memberikan ruang. Biar projek itu diadakan secara berkelompok. Apa yang saya nampak, kawasan saya memang tidak ada.

Memang tidak ada, tidak menampakkan kecuali bengkel motor dan sebagainya yang kita berikan sokongan untuk bangunkan lagi. Jadi masukkan sahajalah supaya kawasan saya ini tidak tertinggallah, lebih kurang begitulah. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Datuk Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Tenggara, kita akan masukkanlah, kita akan masukkan sebab ini hasrat daripada Yang Berhormat Tenggara ya. Sebab ada juga ruang-ruang atas inisiatif-inisiatif pemimpin tempatan, kita boleh membantu. Boleh panggil kita dan kita boleh memberikan pandangan nasihat dan juga mencari-carikan peruntukan untuk tujuan sempena Yang Berhormat sendiri cadangkan tadi.

Begitu juga dengan soal pengangkutan. Ini pun sebenarnya kena digerakkan supaya ada di kalangan masyarakat Orang Asli itu sendiri menubuhkan syarikat bas sebagai contoh. Jadi maknanya dengan sekali gus dua masalah dapat kita selesaikan.

Satu, soal pengangkutan anak-anak ke sekolah dan ada pula di kalangan mereka sendiri ini pula menerajui ataupun mengendalikan bas-bas tersebut. Jadi ini pun bak kata cerita tadi, kita muafakat elok-elok, kita berunding elok-elok. Ada ruang yang kita boleh bantu, kita bantu. Yang pentingnya masyarakat ini jangan kita pinggirkan dan kita tidak pernah meminggirkan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:40 PM

Datuk Haji Hasan bin Malek

Ada lagi?

final • 7:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya...

final • 7:40 PM

Datuk Haji Hasan bin Malek

Kota Melaka adakah luar bandar?

final • 7:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Bukan, bukan. Saya ada bangkit tentang kampung tersusun Bukit Lalang. Adakah ini dalam kementerian Yang Berhormat?

final • 7:40 PM

Datuk Haji Hasan bin Malek

Bukan, kampung tersusun...

final • 7:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Kampung tersusun bukan ya? Okey, baik, terima kasih.

final • 7:40 PM

Datuk Haji Hasan bin Malek

Sama-sama kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

[Menyampuk]

final • 7:40 PM

Datuk Haji Hasan bin Malek

Yang Berhormat Kuala Langat, terima kasih.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Yang Berhormat Pokok Sena memohon penjelasan mengenai projek Maktab Rendah Sains Mara Bentong yang masih belum boleh diduduki walaupun sudah siap, dan bertanyakan kenapa MARA tidak dapat menamatkan kontrak kontraktor asal yang telah berlanjutan hampir tiga tahun tanpa penghujung. Kementerian mengucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Yang Berhormat terhadap perkembangan pendidikan MARA.

MRSM Bentong, Pahang mula dibina pada 11 Mei 2005 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2008. Pelajar-pelajar perintis MRSM tersebut telah melaporkan diri pada 3 Mac 2009. Malangnya, pada 6 Disember 2009, satu kejadian tanah runtuh telah berlaku berhadapan padang hoki yang telah menyebabkan beberapa kerosakan serius kepada padang hoki, sistem loji kumbahan dan juga laluan kepada loji kumbahan tersebut. Namun,

final • 7:40 PM

Datuk Haji Hasan bin Malek

tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang dialami oleh warga MRSM Bentong.

Ekoran kejadian tersebut, MARA telah melantik Kumpulan Ikram Sdn Bhd untuk membuat kajian keselamatan ke atas MRSM Bentong ini. Berdasarkan kepada laporan tersebut yang menunjukkan tidak selamat, MARA telah memindahkan warga MRSM Bentong ke MRSM Tun Abdul Razak, Pekan pada 1 Mei 2010.

Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun kontraktor asal pembinaan MRSM Bentong telah menyiapkan pembinaan maktab tersebut, kejadian tanah runtuh berlaku semasa tempoh tanggungan kecacatan dengan izin, defect liability period (DLP). Notis untuk memperbaiki kerosakan cerun telah dikeluarkan kepada kontraktor utama tetapi tiada kerja-kerja pembaikan dilakukan. Oleh yang demikian, tidak ada pilihan, MARA terpaksa mengambil tindakan berdasarkan peruntukan kontrak yang membenarkan MARA untuk melantik pihak ketiga bagi melaksanakan kerja pembaikan cerun tersebut. Tarikh tamat tempoh pembaikan kecacatan kontraktor terbabit adalah pada 31 Disember 2011 iaitu 36 bulan dari tarikh siap pembinaan.

Selaras dengan Arahan Perbendaharaan 182 dan Garis Panduan Rancangan Malaysia Kesepuluh, semua kementerian perlu mendapatkan perkhidmatan Jabatan Teknik JKR dan JPS bagi pelaksanaan projek atau projek yang bernilai RM5 juta ke atas bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh.

final • 7:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tanya sedikit Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Datuk Haji Hasan bin Malek

Nanti sekejap, selesai yang ini. Maka MARA pada 29 Jun 2011 telah menyerahkan pelaksanaan projek pembaikan cerun runtuh dan pembaikan kerja-kerja luar MRSM Bentong kepada Jabatan Kerja Raya. MARA telah mematuhi prosedur dan mengambil tindakan-tindakan yang berpatutan dan tiada salah laku yang telah berlaku dalam menangani kerja-kerja pembaikan kepada MRSM Bentong, Pahang. Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 7:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Pertama saya hendak bertanya berkenaan dengan tempoh kecacatan tadi. Yang Berhormat menyebut bahawa kontraktor yang membina bangunan tersebut telah dipanggil dan diberi peringatan untuk membaiki kerana dalam tempoh kecacatan. Perkara yang saya hendak tahu di sini, berlakunya kejadian itu adalah diakibatkan oleh runtuhnya bukit di sebelah akibat pengurusan cerun di mana perkara itu sepatutnya tidak terkandung dalam tempoh kecacatan kerana itu dianggap sebagai malapetaka alam.

Saya difahamkan ada satu laporan akhbar yang menyebut bahawa kontraktor itu tidak akan dipersalahkan kerana kejadian itu dianggap sebagai kejadian bencana alam, runtuhnya bukit dan sebagainya. Akan tetapi penjelasan yang saya hendak tahu, semakan di dalam perjanjian semasa kontrak itu diberi kepada kontraktor yang berkenaan menunjukkan bahawa proses minimum untuk mengelakkan berlakunya keruntuhan ataupun masalah kecerunan ini telah pun dimasukkan dalam perjanjian tersebut kerana memang tempat lokasi pembinaan premis itu memang di kawasan bukit. Kedudukan latitudnya pun memang pada mata kasarnya memang kedudukannya tinggi di kawasan bukit. Oleh sebab itu dimasukkan. Akan tetapi Yang Berhormat menyebut adi kontraktor kita dipanggil, diberi arahan dan sekarang dalam proses tindakan undang-undang dan sebagainya.

Berikutan daripada itu ada satu pertanyaan daripada masyarakat, berapa lama dan adakah nasib premis atau bangunan tadi itu akan diruntuhkan atau mempunyai portion- portion tertentu dengan izin untuk dibangunkan semula. Ini yang menjadi persoalan kerana terbengkalainya kedudukan premis ini sudah melebihi satu tahun. Jadi menimbulkan banyak persoalan dari segi nasib ataupun keputusan tentang premis tersebut. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

k Yang Berhormat Indera Mahkota. Sebenarnya dari segi kampus MRSM tersebut, sebagaimana yang saya sebutkan tadi pandangan rakyat biasa dengan pandangan dari pihak pakar dalam bidang kecerunan ini berbeza. Rakyat memandang inilah kelewatan yang dibuat oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Akan tetapi sebenarnya daripada agreement-agreement yang telah kita sama-sama tandatangani di antara MARA dengan pihak kontraktor, tidak ada timbul soal apa yang disebut oleh Yang

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Berhormat tadi. Cuma hasil kajian yang dibuat oleh Ikram Sdn. Bhd. sebuah agensi kerajaan menyatakan kepada kita dalam laporan mereka, kawasan tersebut sebenarnya bukannya disebabkan tanah runtuh yang berlaku di kawasan tersebut atau bukan disebabkan oleh natural disaster, tidak ada. Ia adalah disebabkan oleh beberapa technical term yang saya lupa yang maksud tadi ada dari segi soal bangunan yang dibuat di sekeliling dan sebagainya. Bukan kerana natural disaster.

Oleh sebab itu kita pastikan supaya kontraktor asal itu memperbaiki apa-apa sahaja kerosakan yang ada. Jadi pihak kontraktor tidak bersetuju dan kita tidak ada pilihan terpaksa serahkan pula kepada pihak JKR untuk melaksanakan. Ini memang ada peruntukan dalam arahan perbendaharaan, mana-mana jumlah yang lebih daripada RM5 juta terpaksa pergi ke JKR dan dalam tangan JKRlah perkara ini sedang dibuat oleh kerana keengganan daripada pihak kontraktor utama tadi sepatutnya. Bagi pihak kita, kementerian tidak hendak melihat kelewatan ini berlaku. Akan tetapi dalam keadaan yang sedemikian kita tidak ada pilihan. Kita terpaksa tunggulah pandangan dan juga tindakan-tindakan yang seharusnya diambil oleh pihak JKR dengan mengambil kira masa hadapan pelajar-pelajar.

final • 7:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat laluan sikit, laluan sikit. Berkaitan.

Yang Berhormat, saya ingin penjelasan pihak kementerian. Adakah ini menggambarkan bahawa pihak MARA sebenarnya tidak cukup technical team ataupun technical experts untuk mengendalikan projek-projek yang sepatutnya dikendalikan oleh pihak MARA seperti Maktab Rendah Sains Mara. Ini berlaku di kawasan saya Yang Berhormat, di kawasan saya yang tidak ada cerun. Tidak ada cerun, tanah rata, flat. Saya ingat tiga kali sudah pertukaran kontraktor berlaku. Sesungguhnya, saya tidak tahu adakah di Terengganu, di mana-mana negerilah. Di negeri Yang Berhormat, Azam dan sebagainya.

Jadi, saya ingin penjelasan Yang Berhormat kenapa kekerapan sangat berlaku dalam projek-projek maktab rendah sains mara adalah seolah-olah menggambarkan technical team yang ada pada agensi ini boleh dipertikaikan. Jadi saya minta, kalau kita hendak outsource, kita outsourcekan. Konsultan juga tidak boleh menunaikan tanggungjawab, hanya sekadar menjadi konsultan biasa kepada projek-projek yang dianjurkan oleh pihak MARA. Maka saya rasa kita perlu mengkaji semula. Semua projek ini patut diserahkan kepada JKR untuk mengendalikan segala urusan projek di bawah MARA.

Jadi pandangan pihak kementerian ataupun sudah ada garis panduan yang sedang dirancang. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Hasan bin Malek

Kira pandangan yang samalah seperti Yang Berhormat Indera Mahkota tadi. Kita ada kekangan dari segi tenaga kerja-kerja teknikal di pihak MARA. Kita mencukupi, keadaan yang ada itu mencukupi. Akan tetapi oleh sebab kita terpaksa mengikuti arahan-arahan daripada Perbendaharaan dan sebagainya, sebagaimana arahan yang terbaru ini yang RM5 juta ke atas terpaksa kita serahkan kepada JKR. Oleh sebab itu Ahli Yang Berhormat sekalian, kita tidak ada pilihan. Maknanya kita terpaksalah menyerahkan perkara ini kepada pihak JKR untuk mereka merangka, mencadangkan apa-apa dan pengagihan projek ini pun adalah mengikuti sebagaimana yang termaktub dalam urusan tender. Dibuat tender, dipanggil tender, pilih mana yang terbaik dan mereka inilah yang melaksanakan. Akan tetapi apa hendak kata, sebahagian daripadanya itu macam Yang Berhormat Arau tadi sebut ada kelewatan dan sebagainya, tidak dapat kita hendak elakkanlah. Keadaan sesuatu yang biasa berlaku dalam keadaan yang kita hendak membangunkan ini. Mana yang begitu timbul kita cari jalanlah macam mana masalah itu dapat kita atasi. Jadi dalam lain perkataan, dari segi kemampuan MARA kita memang mampu.

Akan tetapi kita terpaksa akur kepada arahan-arahan Perbendaharaan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Kita pihak kementerian akan senantiasa memantau dan melihat perancangan-perancangan kita ini dapat kita laksanakan mengikut jadual ataupun perancangan yang sedia ada. Jadi ahli-ahli Yang Berhormat, saya itulah sahaja pandangan dan juga pendirian kementerian bagi dua isu yang disebutkan oleh kedua-dua ahli Yang Berhormat tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Saya pandangan dan saranan ahli-ahli Yang Berhormat dan akan memberi perangsang kepada kementerian dalam membela nasib masyarakat di luar bandar. Sekian, terima kasih.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Pengajian Tinggi.

final • 7:50 PM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Yang Berhormat Silam telah membangkitkan agar digalakkan pengajian bersifat praktikal bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Dalam agenda industri akademi, kementerian telah memperkenalkan program latihan industri untuk memberi peluang pembelajaran di dunia pekerjaan agar pelajar dapat menerima pengalaman praktikal yang akhirnya akan dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan. Latihan industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu pada semua peringkat pengajian ini di IPT iaitu sijil, diploma dan sarjana muda. IPT tempatan juga digalakkan mengadakan program pergerakan inbound dan outbound pelajar dalam aktiviti akademik seperti summer school dengan izin, exchanges program, internship, research attachment, study to work, service learning dan sebagainya.

Bagi menjawab cadangan Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Silam agar dipertingkatkan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVT) adalah dimaklumkan bahawa kementerian sedar pembangunan dan kemajuan negara pada masa kini tidak lagi bergantung semata-mata kepada modal insan berpengetahuan tinggi tetapi juga berkemahiran tinggi. Oleh yang demikian, kita mengadakan langkah-langkah tertentu untuk mengarusperdanakan TVT supaya selaras dan sepadu di peringkat sektor pengajian tinggi antaranya dengan menggabungkan tindakan-tindakan sepunya antara jaringan Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), politeknik, kolej komuniti dan IPT yang lain.

final • 7:57 PM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Dalam hal ini, kementerian sedang membangunkan satu kerangka TEBT peringkat nasional dan hala tuju pelaksanaannya yang melibatkan sinergi antara MTone, politeknik dan kolej komuniti. Ia diharap dapat memberi panduan yang jelas dan komprehensif mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh institusi TEBT secara yang bersepadu.

Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Tawau agar kementerian mengkaji semula pengambilan pelajar kejururawatan bagi mengelakkan masalah pengangguran.

Sukacita dimaklumkan bahawa kementerian telah pun mengadakan kajian khusus bagi pembangunan penawaran program kejururawatan di Malaysia pada tahun 2010. Bagi mewujudkan keseimbangan daripada segi penawaran dan permintaan terhadap graduan serta keperluan guna tenaga negara dalam bidang kejururawatan, kementerian telah melaksanakan moratorium bagi penawaran kursus kejururawatan peringkat diploma di IPTS pada tahun 2010.

Keputusan ini berdasarkan jangkaan bilangan jururawat melebihi keperluan nisbah 1:200 penduduk seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO.

Selain daripada itu, kementerian juga telah menaikkan syarat kelayakan masuk pelajar bagi mengikuti program diploma kejururawatan daripada tiga kredit kepada lima kredit mulai Julai 2010. Langkah ini bagi meningkatkan kualiti graduan kejururawatan yang dihasilkan dan mudah-mudahan mengurangkan jumlah penganggurannya. Mengenai cadangan Yang Berhormat Sabak Bernam...

final • 8:00 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Menteri, isu ini berkenaan dengan kejururawatan, untuk berdasarkan kepada ratio atau nisbah dia 1 untuk 200 itu nampaknya tidak logik. Kita kena berdasarkan kepada sepadanan kerja di Malaysia. Satu nisbah itu di negara-negara yang maju, mereka ada banyak program yang lain. Dia ada community nursing, dia ada home visiting. Oleh sebab itu mereka perlu lebih ramai jururawat so kita tak boleh katakan kita perlu jururawat berdasarkan kepada nisbah yang dipakai di Eropah. Kita kena berdasarkan kepada apakah keperluan kita di Malaysia sendiri atau di Malaysia kita ada 21,000 jururawat di hospital-hospital swasta. Kita perlu lebih kurang 10% daripada jumlah itu tiap tahun untuk turn over.

final • 8:00 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Sebanyak 2,000 sahaja tetapi kita baru dengar tahun lalu kita ada kemasukan saya ingat 8,000 pelajar jururawat, so memang mereka tak akan dapat kerja. So untuk berdasarkan pada nisbah yang dipakai di Eropah, itu is not a logical way of going about it.

Seolah-olah kita katakan negara maju ada skyscraper, so negara miskin hanya buat skyscraper, dia akan jadi maju, is that kind of thinking. Nisbah itu berdasarkan kepada program-program yang berada di negara itu. Mereka pakai jururawat untuk kaunseling, untuk diabetes, untuk home visiting, untuk child, old age care then baru dia boleh bagi kerja itu nisbah untuk 1: 200 tetapi tanpa program macam itu di Malaysia, kita hanya berdasarkan kepada nisbah itu, it doesn’t work. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput atas pandangan maklum balas yang diberikan itu. Saya tak akan cuba untuk menjawab, ini bidang kepakaran Yang Berhormat Sungai Siput cuma saya juga ingin berkongsi bahawa dengan mengambil kira pandangan itu saya fikir ini kita akan ambil kira untuk dibincangkan sebab kami buat keputusan ini bersama-sama dengan unjuran yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan.

Namun, juga saya ingin sebutkan bahawa sekarang ini kita sebenarnya menggalakkan sebab ini berdasarkan kepada maklumat yang kita dapat daripada pasaran dan juga daripada agensi-agensi kerajaan yang lain terutamanya Kementerian Kesihatan, yang diperlukan sekarang ini ialah bagaimana kita meluaskan bidang yang dilakukan oleh seseorang jururawat itu sehingga misalnya sekarang ini kami memikirkan yang lebih utama itu ialah menentukan lebih ramai ataupun menentukan sejumlah pelajar mengikuti bukan diploma atau bukan kejururawatan pada peringkat pengajian diploma tetapi pada peringkat ijazah supaya mereka boleh meluaskan tawaran perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

Akan tetapi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas intervention daripada Yang Berhormat tadi. Berbalik kepada Yang Berhormat Sabak Bernam yang mencadangkan dilanjutkan sah laku Baucar Buku 1Malaysia, sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri telah pun mengumumkan bahawa tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia akan dilanjutkan sehingga 30 April 2012. Ini adalah pemberian secara one off pada tahun ini, buat masa ini kerajaan tiada cadangan untuk memberikan baucar ini pada setiap semester. Yang Berhormat Labuan telah membangkitkan tentang cadangan ahli akademik dan NGO Labuan agar menjadikan Labuan sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan. Pada masa ini, kerajaan telah memutuskan tidak akan menambah bilangan 20 IPTA yang sedia ada.

Fokus kita ialah untuk membangunkan kuasa intelektual, mengembangkan research and development and innovation dengan izin, dan memperkasakan keseluruhan IPTA yang sedia ada. Kementerian menyokong sebarang usaha untuk menjadikan sesuatu kawasan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan seperti yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dengan menarik universiti-universiti ternama antarabangsa untuk melabur di wilayah tersebut dengan membuka kampus cawangan mereka. Isu PTPTN dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang ...

final • 8:00 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

[Bangun]

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kubang Kerian bangun.

final • 8:00 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Ya, sahabat.

final • 8:00 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum pergi kepada tajuk lain, IPTA tadi yang menarik perhatian saya. Yang Berhormat menyatakan kerajaan tidak bercadang lagi untuk menambah bilangan IPTA kita. Tak apalah, itu mungkin kita boleh terima daripada sudut yang lain dan kita memperkasa tentang peranan IPTA.

Cuma sebelum Yang Berhormat pergi jauh, saya rasa setelah 50 tahun lebih kita merdeka, IPTA kita tidak lagi menang ataupun melahirkan tokoh-tokoh yang memenangi apa yang dikatakan dengan izin Nobel Laureate. Kini kita menunggu kelahiran anak sulung kita ataupun tokoh sulung kita yang bakal mungkin akan menerima anugerah ini. Jadi apakah langkah-langkah Yang Berhormat rasa dengan memperkasakan IPTA kita ini, kita

final • 8:00 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

akan menghasilkan tokoh yang bakal memenangi award yang sangat dihargai Nobel Laureate yang saya rasa kita tak dapat lagi mencapai matlamat ini. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Datuk Menteri. Mengenai isu Labuan tadi, kita memohon agar sebuah universiti, full sail universiti ditubuhkan di Labuan walaupun seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa polisi kerajaan tidak akan menambah lagi IPTA. Saya rasa dengan kedudukan dan status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan di bahagian Sabah dan Sarawak dan status Labuan sebagai oil and gas hub atau hab gas dan minyak, saya rasa masih ada ruang supaya dapat dipertimbangkan bagi Labuan untuk mendapatkan sebuah full sail universiti di mana saya rasa peruntukan yang kita perlukan tidaklah terlalu besar sedangkan universiti cabang yang ada sekarang saya rasa kalau kita upgrade sedikit lagi sudah layak untuk dijadikan sebuah universiti.

Kalau kita lihat apa yang ada sekarang, kalau kita mahu menambah jurusan- jurusan terutamanya dalam oil and gas, engineering dan sebagainya kita terpaksa berurusan dengan kampus pusat di mana kampus pusat untuk menguruskan bukannya senang sedangkan kedudukan kampus pusat itu sendiri di negeri Sabah dan juga kedudukan oil and gas itu di Labuan. Jadi kalau kita lihat dengan wujudnya sebuah universiti yang lebih fokus kepada oil and gas, saya rasa tidak menjadi satu masalah yang besar di mana tempat kita practical training sudah ada di depan mata kita yang mana memudahkan untuk pelajar-pelajar melaksanakan ataupun membuat practical training di tempat itu sendiri berbanding dengan universiti di tempat lain sedangkan tempat kita practical training di tempat lain. Saya harap agar kerajaan masih dapat mempertimbangkan dengan status Labuan itu sendiri. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya jawapan saya tadi dari Labuan pergi ke Iskandar itu bayangannya seperti itulah. Maknanya, kita tidaklah menyatakan bahawa sudah tutup dan langsung tidak dipertimbangkan.

Maksudnya, perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Labuan itu boleh dijadikan rasional untuk memenuhi permintaan Yang Berhormat Labuan itu. Insya-Allah kita boleh teruskan perbincangan dalam soal ini.

Soal Nobel Laureate. Ini termasuk Tuan Yang di-Pertua, dalam antara matlamat kementerian untuk melahirkan pemenang ataupun mereka yang dipilih untuk menerima Anugerah Nobel. Kalau kita lihat kebanyakan kalaupun tidak semua, kebanyakan mereka yang menerima Anugerah Nobel, apa lagi kalau dia seorang ahli akademik. Lazimnya berdasarkan kepada teori-teori original, dengan izin, yang mereka lahirkan dan di sini letaknya relevant research and development, terutamanya yang bersifat fundamental.

Walaupun ada pemenang Anugerah Nobel yang menang anugerah itu berdasarkan research yang bersifat application. Jadi, satu daripada perkara yang kita berikan tumpuan yang sangat-sangat sekarang ini ialah soal research and development itu. Ya.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Silakan Yang Berhormat Kepong.

final • 8:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya memang berminat dengan hujah Yang Berhormat. Saya berharap agar satu hari kelak akan ada orang Malaysia yang mencapai tahap atau mendapat Nobel Prize. Ini memang satu impian kitalah.

Walau bagaimanapun bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini mengenai world university rating walaupun kriteria-kriteria yang digunakan misalnya dengan Times University World Rating ada dipertikaikan. Saya memang setuju.

Memang ada sesetengah kriteria mungkin di Malaysia tidak dapat dicapai berbanding dengan negara yang lain. Walau bagaimanapun dalam 20 buah universiti IPTA kita ini, mengapa satu pun di dalam Times rating ini tidak sampai 400? Tidak sampai 400, walhal kita dapat Hong Kong - 34, Singapura sampai 40 dan sebagainya. Universiti Malaya – kita ada lima yang diberi autonomi sekarang, UM, UKM, UPM, USM dan UTM. Lima yang dapat autonomi pun tidak sampai 400. Mengapa hal ini boleh berlaku? Bolehkah kita dapat penjelasan bagaimana kita boleh menambahbaikkan keadaan ini?

final • 8:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Kalau saya boleh jawab, sudah dapat dah top 100.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya autonomi itu kita baru berikan beberapa bulan yang lalu, tidak sampai pun setahun lagi. Akan tetapi itu bukan alasan untuk tidak mendapat ranking itu. Sebenarnya ada banyak faktor dan ini pun sudah dijawab beberapa kali di dalam Dewan yang mulia ini. Kita mengatakan bahawa ranking itu ditentukan oleh pihak-pihak yang menjalankan ranking tersebut. Ada tiga ataupun empat daripada world ranking, dengan izin, yang dilakukan. Tidak semua IPTA kita mengambil bahagian dalam ranking, misalnya Universiti Sains Malaysia tidak berminat dengan ranking.

Universiti kita yang betul-betul berminat dengan ranking ialah Universiti Malaya.

Suatu ketika Universiti Malaya pernah berada di ranking yang agak tinggi tetapi seperti Yang Berhormat sebutkan tadi juga ada masanya kriteria-kriteria itu berubah dari semasa ke semasa. Kita ada kepentingan-kepentingan nasional yang mesti kita penuhi terlebih dahulu dan oleh yang demikian mungkin, saya kata mungkin, itu antara sebab kenapa kita belum berada di sana. Namun saya cukup yakin dengan kita memberikan autonomi, baru bermula beberapa bulan yang lepas, dengan penambahan dari segi dana untuk research and development, dengan iklim kampus, insya-Allah bertambah bebas dan perkara-perkara lain yang sedang usahakan. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan mendapat universiti kita yang berada di ranking yang lebih baik. Okey Yang Berhormat Kepong.

Tuan Yang di-Pertua, ini cerita PTPTN ditimbulkan oleh dua orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Padang Terap.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, skim pembiayaan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar di IPT tempatan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan. Yang Berhormat memohon agar dikaji semula kadar caj pentadbiran PTPTN. Sebenarnya kita telah mengkajinya banyak kali dan telah diturunkan daripada kos pentadbiran 4% dan sekarang ini kepada 1% sahaja. Berkaitan contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat di mana pinjaman sebanyak RM48,000 perlu dibayar balik sebanyak RM61,829 dengan kos pentadbiran sebanyak RM13,829. Sebenarnya itu kalau dikira berdasarkan tempoh bayaran balik selama 15 tahun dengan kos pentadbiran 3%. Akan tetapi apabila telah diubah kepada Sistem Ujrah yakni 1% setahun, sebenarnya yang perlu dibayar balik ialah RM55,200. Maknanya, upah yang dikenakan hanyalah sebanyak RM7,200 sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Terap mencadangkan agar pelajar diberi kelulusan PTPTN tanpa perlu menyelesaikan pinjaman yang terdahulu bagi peminjam yang bertukar kursus pengajian. Polisi...

final • 8:10 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta mencelah.

final • 8:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Ya.

final • 8:10 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya tertarik dengan jawapan yang diberi terhadap soalan saya tadi berkaitan dengan PTPTN. Soalannya walaupun Yang Berhormat menyebut nilai RM7,200 itu adalah nilai sedikit tetapi bagi pelajar yang masih lagi dalam keadaan tidak ada pekerjaan, itu adalah satu nilai yang mahal.

Jadi, saya minta pertimbangan supaya dihapuskan terus kadar faedah PTPN kerana ia adalah satu pelaburan jangka panjang untuk aset masa depan negara. Mereka mahasiswa ini adalah sangat penting kerana mereka akan menjadi pelapis kepada kepimpinan akan datang. Jadi, apa kiranya pihak kerajaan menghapuskan terus apa jua kadar untuk memberi laluan yang mudah atau kebajikan kepada para pelajar supaya dapat mereka bukan sahaja dapat kebajikan malah dapat melaksanakan tugas dalam keadaan walaupun mereka tidak ada lagi peluang pekerjaan tetapi mereka hanya membayar basic hutang sahaja. Apa pandangan?

final • 8:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, mereka hanya perlu membayar selepas mereka telah mendapat pekerjaan. Oleh yang demikian, kita masih merasakan kos upah sebanyak 1% itu sesuai. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya fikirlah, ini bukan dasar, cuma saya kata saya fikir dan yakin Yang Berhormat juga mempunyai fikiran yang sama.

final • 8:10 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Kalaulah semua orang bayar balik pinjaman PTPTN ini, saya fikir banyak perkara boleh kita berikan kelonggaran dan sebagainya. Namun saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat tadi.

final • 8:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya bersetuju pandangan kata mengambil kira kebolehbayaran, maknanya kemampuan membayar kepada PTPTN atas pinjaman.

Cuma saya mendapat permintaan daripada rakan bekas pelajar kita yang terpaksa berdepan dengan masalah pembayaran kerana kita pernah minta Dewan ini meluluskan satu cadangan dahulu untuk memasukkan tuntutan pembayaran itu dilibatkan keluarga ibu bapa. Kita juga pernah cadangkan untuk memasukkan kuasa kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memungut bayaran itu telah pun kita masukkan dan akan dikuatkuasakan. Jadi dalam hal ini golongan yang membayar ini sama susahnya pun dengan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Mungkin dia lebih susah daripada itu. Kerajaan kita sudah bagi RM500 setiap satu isi rumah, hendak berbandingkan dengan kedudukan mereka ini mereka jauh lebih susah daripada yang menerima BR1M RM500 seorang. Kalau secara praktikalnya kita boleh atau mengambil kira perkara ini rasanya setakat 2% hingga 3% caj itu kita boleh wave sebenarnya. Tidaklah menjadi keuntungan atau menjadikan apa-apa kepada tabung itu dalam jumlah yang sedikit.

Walau macam mana pun saya hendak cadangkan soal kebolehbayaran ini kita boleh minta persetujuan daripada peminjam itu selepas adanya pendapatan daripada penggajian dan sebagainya secara tetap. Kita boleh atur standing order sekiranya apa-apa pembukaan akaun ataupun di bank mana-mana yang dibuat oleh seseorang penerima pinjaman atau peminjam tapi bukan sekarang, semasa mereka telah melalui zaman stabil dalam pendapatan boleh guna mereka. Ini antara cadangan yang saya rasa mereka tidak akan tolak dan sekiranya caj itu dinaikkan daripada kadar pinjaman biasa pun tidak ramai yang akan membantah. Cuma sekarang ini dilihat terlalu beban kepada mereka kerana mereka tidak punya kemampuan untuk membayar apatah lagi apabila keluarga mereka diheret sama dalam keadaan ini.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat Timbalan Menteri saya hendak berterima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberi perhatian. Dalam minggu lepas ada enam orang pelajar yang datang jumpa Yang Berhormat Timbalan Menteri yang katanya ditarik balik pinjaman oleh satu tabung Yayasan Terengganu kerana disyaki mereka ini terlibat dalam Perhimpunan Bersih. Saya berpeluang untuk bercakap dengan pelajar ini sendiri yang dirujuk ini enam orang.

Dia sudah menceritakan, mereka sebenarnya tidak terlibat apa-apa pun tapi walaupun tidak dalam kementerian Yang Berhormat pinjaman itu secara direct PTPTN dan sebagainya tetapi masih dalam ruang lingkup pengajian tinggi. Saya minta selain daripada Yang Berhormat mendengar kedudukan mereka itu tapi tolong kaji atau tolong kalau boleh nasihatkanlah Yayasan Terengganu ini tidak perlulah hendak mengambil tindakan seperti itu kerana merugikan Kerajaan Negeri Terengganu sebab enam orang ini subjek yang diambil ini sangat bagus dalam bidang perubatan dan sebagainya.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Jadi kerana Perhimpunan Bersih yang ada elemen politik lebih kurang itu hendak hukum budak-budak rasanya ini bukan zaman dialah, obsolete already tindakan macam ini. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya suka bila Yang Berhormat Indera Mahkota menyampuk-menyampuk macam ini. Dia polite dan memberi cadangan yang baik-baik dan saya ucapkan banyak terima kasih. Yang last sekali itu pun sedang diusahakan.

Yang Berhormat Padang Terap tadi. Polisi pembiayaan dan pinjaman PTPTN menetapkan bahawa penyambungan pinjaman atau pembiayaan disebabkan pertukaran

final • 8:20 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

kursus hanya dibenarkan sekiranya pelajar tidak mengulang semester pengajian dan tidak menyebabkan kepada pertambahan tempoh pengajian serta memenuhi syarat kelayakan masuk bagi kursus baru yang diluluskan oleh IPT. Saya rasa sukar juga kalau kita hendak jawab secara dengan izin blanket. Lebih sesuai jika perkara itu dibuat secara case by case.

Sebenarnya ada kes-kes sebelum ini yang pelajar itu diberikan kelulusan.

Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan mengenai graduan perubatan khusus dengan izin off shore campus di Ukraine melalui sebuah IPTS iaitu Lincoln University College yang memerlukan mereka mengambil Medical Qualification Examination

(MQE) bagi membolehkan sijil diiktiraf dan diambil bekerja serta kos yuran juga tinggi dikenakan oleh Lincoln University College. Saya ingin maklumkan bahawa setiap program pengajian yang ingin ditawarkan oleh IPTS perlu mendapat kelulusan KPT terlebih dahulu.

Kementerian telah mengeluarkan surat kelulusan kepada Lincoln University College yakni pada 29 November 2011 untuk menawarkan program perubatan berupa off shore campus di Ternopil State University, Danylo Halytsky Lviv National Medical University dan Ivano- Frankivsk National Medical University, kalau betullah sebutan saya itu. Berdasarkan syor kualiti yang dikeluarkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di mana panel penilai adalah terdiri daripada wakil MMC dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. MQA mengemukakan syor kelulusan setelah penilaian dibuat ke atas kurikulum dan struktur kursus dengan mengambil kira maklum balas daripada badan profesional yang berkaitan iaitu MMC. Dalam menawarkan program perubatan berupa off shore campus tersebut Lincoln University College telah mengikuti prosedur yang betul dengan mendapatkan kelulusan pihak-pihak yang dimaksudkan tadi.

Berkenaan 300 pelajar Malaysia yang telah belajar di sana sebelum ini yang perlu mengambil MQE perkara ini perlu pengesahan daripada pihak MMC. Berkenaan kadar yuran yang ditetapkan, KPT meluluskan kadar yuran yang dikenakan oleh IPTS setelah melalui penilaian terhadap kesesuaian yuran yang dikenakan. Kos yang dikenakan adalah berlandaskan justifikasi yang dikemukakan oleh IPTS dan tidak membebankan individu yang berhasrat untuk mengikuti kursus berkenaan.

Berhubung pelantikan pegawai di sesebuah IPTS, KPT ada menyediakan garis panduan kelayakan bagi pengisian jawatan-jawatan tertentu seperti Ketua Eksekutif IPTS.

KPT tidak menghalang sekiranya IPTS berhasrat untuk melantik bekas pegawai kerajaan untuk menjawat jawatan di IPTS dengan syarat individu berkenaan memiliki kelayakan akademik dan pengalaman dalam bidang yang diceburi.

final • 8:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 8:20 PM

Dato' Saifuddin bin Abdullah

Sila.

final • 8:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang membuatkan kita khuatir ialah sebelum ini yuran untuk pergi ke kolej ini ialah RM130,000 tapi untuk kursus yang sama melalui Lincoln menjadi RM200,000. Jadi telah bertambah RM70,000. Apa yang kita worried ialah adakah kickback yang telah diterima kerana katakan 300 pelajar setahun dengan yuran tambahan RM70,000 seorang ini adalah lebih kurang RM21 juta setahun sebagai profit untuk Lincoln hanya untuk mengaturkan pendaftaran pelajar ini ke Ukraine.

Jadi adakah sistem yang kita ada untuk buat regulation untuk quality control and all that when the profits are so high apakah kemungkinannya undue influence pengaruh yang tidak diingini, yang tidak sesuai kerana masalahnya ialah apabila mereka balik ke Malaysia dalam lima atau enam tahun mereka akan merawat us, our children, our families are going to be treated oleh pelajar ini jika ada satu hanky panky dalam sistem di mana mereka diluluskan. Sekarang orang yang pergi ke Ukraine ini bila mereka datang balik mereka kena ambil exam yang diset oleh MQE untuk memastikan mereka sampai ke tahap yang diperlukan tapi sekarang oleh kerana mereka pergi dengan Lincoln ke Ukraine ke kampus yang sama, syllabus yang sama, mereka datang balik mereka automatik dapat praktis di sini.

So, the issue is the problem of regulation adakah sistem yang kita ada, mekanisme kita untuk regulate ini adakah cukup kuat supaya dia tidak dipengaruhi oleh the megabucks there’s in the business? Inilah soalan saya. Saya rasa ini adalah sesuatu yang harus

final • 8:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

disiasat. Saya ingat jika Yang Berhormat Timbalan Menteri hanya kata no problem semua okey, I am not so sure of it kerana it’s a megabucks ya. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Sebenarnya ada dua perkara besar Yang Berhormat timbulkan. Satu ialah dengan izin, unending debate on the downside of commercialization of higher education. Itu memang kami sentiasa cakna, sentiasa concern dengan perkara tersebut dan ini adalah menjadi sebab kenapa kita ada audit di Jabatan IPTS yang sentiasa membuat audit terhadap IPTS dan ada IPTS yang dikenakan tindakan.

Apalagi jika ada concern yang munasabah, yang datang daripada masyarakat, apalagi kalau yang datang daripada orang seperti Yang Berhormat. Namun demikian saya yakin tidak berlaku unsur-unsur yang dirisaukan oleh Yang Berhormat itu, saya tidak kata saya tidak risau tetapi saya yakin ia tidak berlaku at least at the point of ia diluluskan. Namun, saya dapat memahami maksud Yang Berhormat itu dan kita akan minta pihak IPTS melakukan audit dalam hal ini.

Perkara yang kedua ialah soal kualiti pendidikan yang dibekalkan oleh pihak-pihak yang menawarkan kursus ini termasuklah IPT kita, di sini juga kita sentiasa memantau kualiti mereka itu. Misalannya ada pelajar-pelajar kita yang dihantar ke sebuah negara lain sebelum ini, yang apabila mereka pulang kita mendapatkan maklum balas daripada pengarah-pengarah hospital tempat mereka melakukan housemanship, tempat mereka bertugas dan apabila kita dapati laporan daripada pengarah-pengarah hospital itu tidak begitu memberangsangkan. Kita sedang mengambil langkah untuk tidak lagi menyambung kebenaran pelajar-pelajar kita dihantar ke negara-negara tersebut walaupun di sini ada sedikit berbeza kerana kes yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat itu melibatkan IPTS kita, yang saya maksudkan tadi melibatkan universiti luar. Namun, ada persamaannya iaitu dari segi kualiti pembelajaran. Terima kasih.

Yang Berhormat Lipis telah bertanya tentang bilangan pelajar TESL dan TESOL.

Dimaklumkan bahawa enrollment pelajar Teaching English as a Second Language (TESL) di IPTA pada tahun 2011 adalah seramai 1,222 orang dan pelajar Teaching English to Speakers of Other Language (TESOL) pula adalah seramai 175 orang. Pada masa ini jumlah pensyarah bahasa Inggeris di IPTA adalah mencukupi, memandangkan pihak IPTA boleh mendapatkan khidmat pensyarah daripada luar negara di samping yang ada di dalam negara.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Sibu agar kerajaan membenarkan kelulusan UEC memasuki IPTA. Suka saya nyatakan bahawa terdapat juga pihak yang berlainan pandangan dan berharap tuntutan tersebut dikaji dengan diteliti agar tiada percanggahan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dalam hal ini kerajaan amat prihatin dengan tuntutan semua pihak dan tidak akan membuat keputusan yang terburu-buru. Dalam hal ini kementerian telah pun mengambil inisiatif untuk mengkaji mekanisme bagi membolehkan pelajar pelbagai lulusan termasuk UEC diterima masuk ke IPTA.

Berkenaan isu pilihan raya kampus yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap. Untuk makluman, sebarang rayuan atau bantahan perjalanan pilihan raya kampus akan dikenakan bayaran atau cagaran sebenarnya bagi memastikan bantahan yang dikemukakan adalah berasas. Berkenaan kenyataan Yang Berhormat Padang Terap tentang pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia yang dibuat tanpa pengetahuan MPP, sukacita dimaklumkan pelantikan MPP IPTA yang dipilih adalah untuk tempoh selama satu tahun. Pembubaran MPP akan berlaku secara automatik selepas tamat tempoh lantikan dan pihak IPTA ada mengeluarkan notis pembubaran untuk maksud tersebut. Satu Jawatankuasa Khas Pelajar ataupun executive caretaker dengan izin, yang terdiri daripada mantan MPP sesi 2010/201, pemimpin persatuan pelajar dan juga presiden kolej kediaman telah diwujudkan untuk menjalankan urusan pentadbiran dan sebagai penghubung antara universiti dan mahasiswa bagi urusan kebajikan pelajar sepanjang tempoh ketiadaan MPP.

Bidang tugas executive caretaker ini adalah terhad kepada skop yang dinyatakan sahaja dan tidak bertindak sebagai perwakilan pelajar sebagaimana MPP. Manakala penangguhan pemilihan MPP pada bulan September diputuskan bagi membolehkan

final • 8:30 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

penyelarasan dibuat di semua universiti dengan mengambil kira perubahan kalendar akademik baharu IPTA yang akan bermula pada bulan September 2012.

Berkaitan cadangan Yang Berhormat Sabak Bernam agar diwujudkan Parlimen Mahasiswa. Untuk makluman, IPTA sebenarnya...

final • 8:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Sorry, boleh saya minta penjelasan tentang itu MPP? Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya sedikit kerana saya rasa – sebenarnya saya juga terima banyak complaint atau aduan daripada MPP terutamanya dari UM kerana mereka cakap bahawa pelantikan executive caretaker dengan izin, tersebut bukanlah dibuat oleh MPP yang sedia ada itu dan mereka tidaklah terlibat dalam itu proses untuk pelantikan executive caretaker. Jadi, soalan saya mengapa kita tidak boleh melanjutkan itu tempoh masa MPP supaya mereka boleh menjalankan tugas mereka untuk enam bulan lagi, untuklah urusan-urusan perwakilan dan juga sebagainya.

Kenapa kita perlu hendak wujudkan satu executive caretaker di mana pelantikan bukanlah dipilih atau dilantik oleh mahasiswa-mahasiswa? Terima kasih.

final • 8:30 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini sebenarnya adalah semata-mata untuk mengelakkan ada tuduhan kalau MPP itu dilanjutkan dan sebagainya dan ini adalah satu keputusan administrative yang dibuat untuk memastikan bahawa isu-isu dan perkara-perkara kebajikan itu dapat dilaksanakan dengan berterusan tetapi saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Saya juga ada menerima aduan dan sungutan pemimpin-pemimpin mahasiswa tertentu dalam konteks executive caretaker ini. Akan tetapi insya-Allah kita akan cuba uruskan supaya tidak berlarutan dan tidak menimbulkan perkara-perkara yang menggusarkan mana-mana pihak.

Tentang Parlimen Mahasiswa buat masa ini USM satu-satunya yang telah mempunyai Parlimen Mahasiswa mereka dan kita menggalakkan dan sebenarnya kita beri dengan izin, blanket improvement mana-mana sahaja IPTA yang ingin mengadakan Parlimen Mahasiswa mereka boleh melaksanakannya malahan Yang Berhormat Menteri telah pun menyatakan kalau hendak dibuat Parlimen Mahasiswa di peringkat kebangsaan pun dengan syarat ada sejumlah IPTA yang telah mempunyai Parlimen Mahasiswa mereka masing-masing itu juga insya-Allah akan kita benarkan.

Berkenaan cadangan Yang Berhormat Tebrau agar dibuka Universiti Perubatan Tradisional daripada negara China, sukacita dimaklumkan bahawa pada 9 Februari 2012 KPT telah pun meluluskan penubuhan sebuah IPTS dalam bidang perubatan tradisional Cina iaitu Kuala Lumpur Academy of Traditional Chinese Medicine. Mengenai cadangan Yang Berhormat Hulu Selangor, Parit, Tenggara, Taiping dan Limbang berkaitan penubuhan UiTM dan IPTA, penubuhan kolej komuniti di Parit dan Limbang serta cadangan menaik taraf Kolej Komuniti Cawangan Bandar Tenggara, kementerian mengambil maklum terhadap perhatian dan semua saranan Ahli Yang Berhormat tentang perkara yang dinyatakan. Insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya kita bagi cadangan naik taraf Kolej Komuniti Cawangan Tenggara, kementerian sedang meneliti cadangan tersebut dan akan mengemukakannya dalam cadangan rolling plan ketiga Rancangan Malaysia Kesepuluh.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tebrau bangun, Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Minta laluan.

final • 8:40 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Ya.

final • 8:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya tentang universiti yang mempunyai pengkhususan dalam kursus perubatan tradisional Cina ataupun Timur. Saya faham sebenarnya pada asalnya ada lima buah universiti yang mempunyai pengkhususan dalam perubatan tradisional itu telah dinamakan untuk pengiktirafan kementerian dalam sebanyak 260 buah universiti yang diiktiraf baru-baru ini, tetapi akhirnya muncul hanya sebuah sahaja.

Jadi soalan saya ialah adakah kementerian masih mengkaji untuk menambah pengiktirafan universiti-universiti perubatan tradisional itu di negeri China khususnya masih

final • 8:40 PM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

ada universiti yang terkemuka? Semoga dengan tindakan itu akan memberi kepakaran dalam pengkhususan perubatan tradisional ke negara kita demi meningkatkan taraf rawatan tradisional untuk kepentingan rakyat tempatan. Saya minta penjelasan.

final • 8:40 PM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini sebenarnya kita ada lebih kurang 800 buah universiti daripada negara China yang sedang kita kaji oleh pihak MQA yang sedang dikaji dari segi pengiktirafan itu termasuk universiti- universiti yang menawarkan kursus perubatan Cina ataupun perubatan Timur. Jadi ini adalah saya percaya peringkat yang pertama dari segi pengiktirafan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja yang dapat saya jelaskan isu-isu dan perkara-perkara yang dibangkitkan berkaitan kementerian. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Terima kasih.

final • 8:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

final • 8:40 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Saya pertamanya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu untuk dijawab oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Antara isu yang dibangkitkan adalah mengenai pelaburan, perusahaan kecil dan sederhana, industri automotif, industri halal, projek Lynas, projek ‘Valeh’ dan juga perdagangan dengan Israel. Itu tujuh perkara yang dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Buntar telah membangkitkan tentang lima negeri yang menerima pelaburan terbesar dalam negara kita tahun lalu dalam sektor pembuatan dan mengikut beliau, tiga daripada negeri tersebut iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kedah bukannya negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional. Ini adalah satu perkara yang tidak pernah kita nafikan. Kita tidak boleh menipu angka-angka.

Angka-angka ini dapat dibaca oleh semua dalam website MITI dan kita hendak jelaskan di sini bahawa yang pertamanya, bila MIDA mempromosikan negara kita, Malaysia, kita mempromosikan semua negeri di Persekutuan tanpa membezakan negeri- negeri Kelantan, Selangor ataupun Johor dan lain-lain. Maka pelaburan yang masuk ke negara kita adalah hasil usaha MIDA secara berterusan. MIDA ada lebih 25 buah pejabat di luar negara dan kita bekerjasama dengan semua pihak. Semua rakyat Malaysia dan Kerajaan Pusat serta kerajaan negeri berurusan dengan MIDA di luar negara untuk mempromosikan Malaysia.

Mengenai Pulau Pinang, inilah hasil daripada infrastruktur yang baik di Pulau Pinang yang telah dilabur oleh Kerajaan Barisan Nasional. Antaranya ialah Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Utara Selatan, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, penubuhan PDC, penubuhan PSDC. Ini antara institusi yang telah ditubuhkan dan juga projek infrastruktur yang telah dibangunkan di Pulau Pinang. Selain itu, di Pulau Pinang terdapat ekosistem yang amat baik khususnya perusahaan kecil dan sederhana. Kerajaan juga telah menubuhkan universiti kedua di Malaysia iaitu USM di Pulau Pinang. Ini adalah satu institusi yang penting dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran.

Apabila syarikat-syarikat ingin menempatkan operasi mereka di mana-mana negeri, maka antara pertimbangannya ialah sama ada terdapat satu ekosistem yang baik termasuklah tenaga kerja mahir. Dalam kes Pulau Pinang, penubuhan USM pada tahun 1969 dan juga penubuhan PDC dalam tahun yang sama adalah antara institusi yang telah banyak membantu menjadikan Pulau Pinang salah sebuah negeri yang paling banyak menerima pelaburan di negara kita.

Akan tetapi saya ingin menyatakan di sini bahawa ia bukan kerja DAP dalam tiga hingga empat tahun yang lalu. Ia adalah kerja-kerja yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional hampir tiga empat dekad. Saya tidak menafikan DAP ada peranan tetapi sikitlah.

final • 8:42 PM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tumpang-tumpang sahajalah. Tumpang-tumpang. Jadi kalau menyatakan bahawa kalau Pakatan Rakyat di merata-rata bersyarah, berceramah dan mencanang bahawa ini adalah kerja DAP, ini adalah dustalah, tidak betullah. Jangan cerita benda-benda yang tidak betul.

final • 8:42 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 8:42 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Jadi ini sebagai pembetulan kepada beberapa kenyataan yang dibuat bukan sahaja dalam Dewan ini tetapi juga di luar tentang kerajaan pembangkang ini. Baru dua tiga tahun sudah berkokok begitu kuat. Ini adalah satu perkara yang memang kita tidak....

final • 8:42 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Minta penjelasan.

final • 8:42 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Memang inilah yang dilakukan mereka sepanjang masalah.

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 8:42 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, isu-isu yang...

final • 8:42 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, memang isu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bukan isu politik.

final • 8:42 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi nampaknya amat cemburu dan amat sakit hati kerana Pulau Pinang dapat nombor satu dan Selangor nombor dua di antara ke semua pelaburan perindustrian di seluruh Malaysia. Saya rasa kalau kita hendak bagi penghargaan, bukan bagi kepada Kerajaan Barisan Nasional. Haruslah kita bagi kepada semua pegawai MIDA yang begitu bertungkus-lumus untuk mencari pelaburan, menjadi marketing officer negara Malaysia di seluruh dunia ini. Saya rasa Yang Berhormat Menteri jangan hanya sapu kepada sumbangan Kerajaan Barisan Nasional sahaja tetapi pegawai kerajaan yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Saya rasa kenyataan seperti ini adalah lebih adil.

final • 8:42 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Saya sebut MIDA tadi. Bukan saya tidak sebut. MIDA ada lebih 25 buah pejabat di luar negara. Kadang-kadang Yang Berhormat minta pertolongan MIDA. Yang Berhormat Seputeh ini. Daripada MIDA di Shah Alam dan juga MIDA luar negara. Jadi MIDA memainkan peranan. Tidak usahlah mempolitikkan perkara ini. Saya tidak pernah kata saya cemburu. Yang Berhormat yang kata saya cemburu. Saya tidak pernah menggunakan perkataan cemburu. Saya tidak dengki pun.

Saya kata pada awal lagi mukadimah bahawa kita di luar negara kita tidak mempromosikan satu-satu negeri sahaja tetapi kita mempromosikan Malaysia. Itu membuktikan saya tidak cemburu. Tidak pernah saya kata cemburu. Yang Berhormat tuduhan jahat ya. Dengki dan cemburu tidak pernah. Saya tidak pernah kata begitu. Yang Berhormat buat tuduhan liar yang tidak berasas.

Tuan Yang di-Pertua, itu berkaitan dengan pelaburan. Ringkas ceritanya, hasil daripada perjuangan Kerajaan Barisan Nasional dan pegawai MIDA serta semua pegawai yang begitu dedikasi, maka kita telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Bukan sahaja tahun lepas tetapi juga tahun sebelumnya. Yang disebut oleh Yang Berhormat Parit Buntar cuma pelaburan dalam sektor pembuatan.

Saya hendak maklumkan bahawa bermula tahun ini iaitu untuk tahun lepas, kita sudah mengeluarkan angka-angka untuk seluruh pelaburan, bukan sahaja pembuatan.

Seperti yang kita sedia maklum, pelaburan ini ada perkhidmatan, ada oil and gas dengan izin, property dan lain-lain. Manufacturing penting tetapi sebahagian daripada jumlah keseluruhannya. Kalau kita tengok pelaburan keseluruhannya, sebenarnya nombor satu ialah Sarawak sebanyak RM14.4 bilion dan nombor dua baru Pulau Pinang. Ini kalau kita lihat kepada semua pelaburan. Buat pertama kita lihat pada semua pelaburan. Nombor tiga adalah Sabah dan nombor empat baru negeri Yang Berhormat iaitu Selangor. Itu negeri Timbalan Yang di-Pertua iaitu Sabah nombor empat.

final • 8:42 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Kalau kita melihat semua sekali termasuk bidang oil and gas jadi angka ini tidak pernah hendak disebut pun. Jadi tidak apalah, kita yang penting kita semua hendak majukan Malaysia dan di mana jua syarikat-syarikat ini hendak menempatkan operasinya ia memberi manfaat kepada kita dan insya-Allah kita akan teruskan usaha-usaha untuk mempromosikan semua negeri di Malaysia termasuk koridor-koridor. Kita ada lima koridor iaitu Koridor Pantai Timur, Koridor Utara, Iskandar, Sabah dan Sarawak.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini berkaitan dengan Invest KL. Yang Berhormat Permatang Pauh menyatakan bahawa Invest KL memerlukan RM82.2 bilion untuk menarik kemasukan 100 buah syarikat yang paling dinamik di dunia di bawah NKAA Kuala Lumpur. Ini bermakna setiap syarikat kata Yang Berhormat Permatang Pauh perlu melabur sebanyak RM820 juta sebuah syarikat.

Saya ingin memaklumkan di sini bahawa apa yang dibuat oleh Invest KL, Invest KL adalah satu badan, satu syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai lokasi pelaburan yang terbaik di rantau ini, sasarannya 100 buah syarikat daripada sekarang ke tahun 2020. Yang disebut dalam dokumen ialah melalui pelaburan 100 buah syarikat ini, syarikat multinasional ternama gross nation income akan meningkat sebanyak RM40 bilion. Ini akan mewujudkan 100,000 ribu peluang pekerjaan untuk tempoh 8, 9 tahun. Itu yang disebut dalam dokumen. Ini adalah Kuala Lumpur ataupun Greater KL ini yang disebut dalam dokumen kita merupakan NKEA nombor 12 iaitu National Key Economic Area yang ke-12.

ETP nombor satu ialah untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota raya yang dinamik di dunia ini. Jadi saya hendak tekankan di sini yang tersebut ialah RM40 bilion Gross National Income (GNI) dengan izin yang akan mewujudkan kira-kira 100,000 peluang pekerjaan. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua enam buah syarikat telah berjaya ditarik oleh Invest KL. Ini satu kejayaan yang agak baik, termasuklah syarikat ... dalam bidang oil and gas, IBM dengan izin Global Delivery Centre, Toshiba, ini antara syarikat-syarikat yang telah berjaya setakat ini ditarik oleh Invest KL.

Jadi adalah tidak benar seperti kata Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa setiap syarikat akan perlu melabur RM820 juta dan jumlah tersebut ialah RM40 bilion GNI tempoh sehingga 2020 dan 100 ribu peluang pekerjaan. Itu berkaitan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Seterusnya, saya hendak maklumkan bahawa adalah menjadi matlamat pekerjaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu the top 20 livable city in the world menjelang tahun 2020. Ini menjadi matlamat kita. Sekarang ranking kita sekadar 70 atau 73 begitulah lebih kurang. Jadi matlamat kita untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu kota raya ternama di dunia, kita hendak mencapai kedudukan antara yang 20 yang terbaik di dunia.

final • 8:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Sebenarnya kalau kita lihat pelaburan sama ada di Selangor ataupun di Kuala Lumpur.

Selalunya bagi kementerian hanya tumpu kepada kita hanya ada angka dan statistik mengenai pelaburan dari segi perkilangan sahaja. Yang Berhormat Menteri telah berkali- kali kata negara kita haruslah lebih mementingkan sektor perkhidmatan kerana services industry yang sumbangannya kepada KDNK negara kita adalah hampir dua kali ganda daripada sumbangan sektor pelaburan perindustrian.

Jadi soalan saya ialah adakah MIDA sudah mengeluarkan satu formula untuk mengira pelaburan yang masukkan ke Malaysia khususnya dalam sektor perkhidmatan kerana selalunya apabila kami bertemu dengan rombongan dari luar negara, apabila mereka memberi persembahan pelaburan yang masuk ke satu bandar di satu negara itu, angkanya jauh lebih tinggi daripada yang kita boleh bentangkan kerana sekarang kami ada statistik daripada MIDA sektor perkilangan sahaja.

Jadi sekiranya yang Malaysia kita ada satu cara pengiraan pelaburan. Kalau kita tidak campur perumahan dan sebagainya, tetapi hanya sektor perkhidmatan sekurang- kurangnya apabila kita memberi persembahan sama ada daripada negeri ataupun Malaysia kepada orang asing atau pelabur asing, kita boleh tunjukkan satu gambaran oleh pelaburan

final • 8:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

yang lebih menyeluruh. Jadi adakah MIDA sudah mengeluarkan cara pengiraan ataupun formula seperti ini?

final • 8:50 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, yang ini tidak payah formula, senang sahaja. Formula-formula tidak payah formula matematik. Jadi saya telah mengarah MIDA untuk mengutip angka-angka ini iaitu kita campurkan semua sekali tetapi pembangkang telah memilih untuk tidak menggunakan angka ini kerana melihat ini cuma kepada pembuatan kerana pembuatan ini mungkin berpihak kepada mereka. Jadi saya hendak maklumkan tahun lalu jumlah pelaburan yang diluluskan oleh kerajaan dan agensi kerajaan termasuk MIDA ialah RM148.6 bilion dan daripada jumlah tersebut 56.1 ialah dalam bidang pembuatan.

Jadi dalam bidang pembuatan ini Cuma 3.8% sahaja daripada jumlah pelaburan diluluskan dan perkhidmatan yang dipohon oleh Yang Berhormat Seputeh tadi ialah 43%.

Jadi sebahagian besar daripada pelaburan yang diluluskan tahun lepas sebenarnya ialah dalam bidang perkhidmatan dan insya-Allah bermula sekarang kita akan memulakan angka yang meliputi bukan sahaja pembuatan tetapi meliputi satu lagi sektor iaitu sektor primary dan juga sektor perkhidmatan. Terima kasih.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tadi bercakap pasal formula. Tadi Yang Berhormat Seputeh tanya kepada Yang Berhormat menteri mengenai formula. Saya hendak tanya formula juga ini Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya formula penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ini formula Kerajaan Negeri Selangor, tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa sedikit masa nanti Invest KL akan memastikan Kuala Lumpur greater kalau livable city dengan izin. Akan tetapi kalau masalah air tidak selesai, formula apa yang dipakai oleh Selangor boleh kita atau tidak? ini formula yang harus dicari. Boleh Yang Berhormat Menteri jelaskan.

final • 8:50 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, setahu saya Selangor dan Seputeh tidak ada formula. Itu sebabnya kelam kabut banyak masalah agihan air tidak dapat selesaikan lagi.

final • 8:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Menteri, isu tentang air itu saya difahamkan ada satu arahan daripada Kerajaan Barisan Nasional untuk minta SYABAS jangan bagi air kepada pelabur perkilangan dan pemaju di negeri Selangor. Ini memang niat jahat bagi pihak Barisan Nasional. Sebagai Kerajaan Pusat buat, beri arahan seperti ini. Jadi Yang Berhormat. [Disampuk] Ya, memang menzalimi rakyat dan cuba menyekat pelabur daripada masuk untuk melabur dalam Greater Kuala Lumpur, Yang Berhormat Kota Belud dengar Greater Kuala Lumpur bukan sahaja Selangor.

Sekarang soalan saya ialah kita tahu semua pelabur perkilangan, apabila mereka hendak melabur pelaburan di Malaysia mereka biasanya kalau ada insentif mereka akan register dengan MIDA. Itulah sebabnya saya tanya sama ada adakah pihak kementerian keluarkan satu cara pengiraan yang boleh dipakai oleh semua negeri di seluruh Malaysia.

Itu kita boleh masukkan satu angka yang lebih menyeluruh dari segi pelaburan. Setakat ini yang saya tahu belum ada lagi.

Akan tetapi kami selalu dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri mengumumkan angka yang besar bilion-bilion. Kami pun tidak tahu betul atau tidak betul apakah cara pengiraan. Macam tidak ada satu standard formula diguna pakai sama da oleh pihak PBT atau sektor-sektor yang lain. Itu soalan yang saya tanya. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri cakap politik, jadi kesallah. Bagi jawapan yang lebih profesional dan lebih merangkumi semua aspek.

final • 8:50 PM

Dato' Mustapa Mohamed

Yang tidak profesional Yang Berhormat, atau Yang Berhormat tidur saya jawab. Kita sudah bermula tahun lepas, kita sudah ada angka. Tidak perlu formula. Simple sahaja, tidak payah formula apa-apa. Jadi bermula tahun lepas kita

final • 8:50 PM

Dato' Mustapa Mohamed

sudah mula kumpulkan angka RM148.6 bilion meliputi semua sektor. Pembuatan ialah RM56.1 bilion. Sudah jawab. Yang Berhormat tidak dengar tadi, tidur ke apa.

final • 8:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Adakah kementerian minta pihak PBT untuk mencatat semua pengiraan ini. Ini soalan saya. Macam kalau ada pelabur datang buat satu bangunan Twin Tower di Selangor misalnya?

final • 8:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi, siapa yang catat pelaburan ini dan setakat ini kami hanya dengar pengumuman besar-besaran daripada pihak Perdana Menteri sahaja. Betul tidak betul kami pun tidak tahu kerana semua ini dicatat pada PBT. Ini soalan saya. Macam di Kota Belud, dia cakap banyak dekat Parlimen sini. Adakah pelaburan yang masuk ke kawasan Parlimen dia.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dia pun tidak tahu. Saya tadi pun tidak tahu, langsung tidak tahu. Cakap sahaja.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Okey Tuan Yang di-Pertua, kita hendak habiskan 9.30 malam. Jadi, saya hendak selesaikan kalau tidak kawan-kawasan esok aniaya mereka. Jadi, sudah jawab soalan tersebut. Pertama tadi Yang Berhormat Seputeh kata kita arahkan jangan bagi air kepada syarikat-syarikat ini. Ini tuduhan yang berat.

Tunjuk bukti kepada saya, bagi surat kepada saya. Yang Berhormat suka membuat tuduhan tetapi tidak ada bukti.

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 9:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Tidak ada evidence Yang Berhormat Seputeh.

Evidence.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Kata Kerajaan Pusat mengarahkan supaya jangan bagi air kepada pelabur-pelabur. Ini kira niat jahat ini.

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Menteri, sekarang sudah ada pelabur ...

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tidak apa Yang Berhormat. Esok bagi saya.

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sekarang sudah ada pelabur asing yang telah pun membuat aduan macam ini. Kita tahu kalau mengikut pengiraan kerajaan Selangor memang cukup air tetapi sekarang SYABAS tidak bagi air.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Ini tuduhan yang berat ini. Okey, esok Yang Berhormat Seputeh bagi surat kepada saya.

final • 9:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini yang saya rasa.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Okey Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jempol menyatakan bahawa usaha yang lebih harus diberikan untuk meningkatkan sumbangan PKS dan beliau bersetuju dengan dana PKS Patuh Syariah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat RM2 bilion telah disediakan oleh kerajaan, Dana Patuh Syariah untuk PKS dan ia akan mula beroperasi insya-Allah bulan April dan insya-Allah ini akan membantu PKS untuk menjalankan perniagaan.

Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan dana kecemasan untuk membantu PKS yang ditimpa bencana dan ini diberikan peruntukan sebanyak RM10 juta. Tuan Yang di-Pertua, ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan menjalankan banyak program untuk membantu PKS dalam negara kita. Selain itu juga, kita telah pun memuktamadkan satu pelan induk untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana bagi tempoh 2012 hingga 2020 dan ini akan meningkatkan lagi sumbangan PKS kepada negara termasuklah sumbangan kepada eksport, sumbangan kepada guna tenaga atau pun employment, dan sumbangan kepada GDT.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

PKS memainkan peranan penting dan terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol yang memberi sokongan kepada usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi sumbangan PKS kepada negara.

Yang Berhormat Serdang telah membangkitkan – Ada lagi? [Melihat tempat duduk Yang Berhormat Serdang] Tidak nampak ya. Membangkitkan mengenai Proton iaitu pemberian subsidi sebanyak RM494 juta. Kalau Yang Berhormat teliti jawapan saya kepada soalan Parlimen berkaitan perkara ini iaitu hari Isnin minggu lalu yang sebenarnya yang dimaksudkan, yang diberikan ialah geran R&D untuk membolehkan Proton menjalankan R&D RM494 juta itu untuk tempoh 2006 hingga 2010. Jadi itu yang dimaksudkan RM494 juta ialah untuk membolehkan Proton menjalankan R&D.

Berhubung dengan isu perbezaan harga jualan Proton di pasaran tempatan dan luar negara memang ada perbezaan harga umpamanya kereta dijual di Malaysia, kereta di negara Teluk atau pun di Singapura, di tempat-tempat lain, negara lain UK dan lain-lain, Brunei memang ada perbezaan. Ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti duti import, cukai dalaman, kos pengangkutan, insurans, kadar faedah pinjaman dan sebagainya. Jadi, memanglah harga itu berbeza-beza daripada satu negara dan satu negara yang lain. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor duti dan faktor-faktor kos dalaman pengangkutan berkenaan.

Seterusnya Yang Berhormat Sabak Bernam memohon penjelasan kerajaan berhubung prestasi...

final • 9:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah atas penjelasan tadi tetapi saya masih kurang faham. Walaupun saya faham kos untuk kenderaan di...

final • 9:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 9:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya tidak faham, jadi saya minta penjelasan.

Sabar sedikit. Jadi, saya hendak tanya. Saya memang faham kos kereta, kos kenderaan berbeza di pelbagai negara. Akan tetapi di sini isunya adalah kenapa Proton yang dibuat di Malaysia tetapi kos jualannya adalah lagi tinggi jika berbanding dengan kos jualan di Saudi Arabic. Saya langsung tidak faham, tidak masuk akal saya kerana saya rasa kos pembuatan kita tanggung di sini. Kita perlu hantar kereta Proton ke Saudi Arabic dan saya rasa tidak mungkinlah bahawa kos pengangkutan itu begitu tinggi dari sini pergi ke Saudi Arabic tetapi pada akhirnya kos jualan di sana lagi murah.

Saya nak tanya apa perbezaan di antara kos jualan di Malaysia dan kos jualan di Saudi Arabic yang telah mengakibatkan perbezaan yang begitu besar? Perbezaan itu adalah di antara 30% sampailah 50%. Jadi, saya hendak mintalah satu penjelasan, satu perbandingan di antara harga jualan Saudi Arabic dan juga harga jualan di Malaysia.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi memang ada perbezaan harga antara kereta Proton yang dijual di Malaysia dan negara-negara lain. Ada harganya tinggi di negara berkenaan daripada harga di Malaysia dan ada kalanya harga itu rendah di luar negara berbanding di Malaysia. Ini mungkin strategi pemasaran. Kadang-kadang ada terdapat dengan izin cross subsidy, mungkin. Ini strategi pemasaran.

Mungkin syarikat mahu menembusi pasaran dan sebagai satu strategi dengan izin initial pricing strategynya menyebabkan harganya lebih murah daripada Malaysia. Akan tetapi yang pentingnya daripada segi syarikat ia mendatangkan keuntungan kepada syarikat kalau dijual kereta berkenaan. Jadi, itu antara sebab kenapa mungkin harga berbeza di Singapurakah, Thailandkah. Ezora dijual di Thailand dijual juga di Malaysia.

Kereta Persona dijual di Arab Saudi dan juga di Malaysia. Jadi, tidak semestinya harga itu uniform di setiap negara di dunia. Mungkin itu strategi pemasaran oleh syarikat berkenaan.

Jadi, akhirnya oleh kerana ada cross subsidy itu. Dalam business ada cross subsidy umpamanya AirAsia sebagai contoh. Mungkin strategi pemasarannya satu sektor tertentu mungkin harganya murah, sektor lain mungkin harganya lebih tinggi dan akhirnya yang penting syarikat mendapat keuntungan daripada perniagaan.

final • 9:00 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya hendak tambah sedikit. Saya hendak tanya cross subsidy itu dibayar oleh siapa? Ditanggung oleh kerajaan atau pun ditanggung oleh kerajaan mana? Kerajaan Malaysia atau pun Kerajaan Saudi Arabic? Itu perkara pertama.

Kedua saya hendak tanya sekiranya kita boleh jual kereta Proton dengan harta lebih kurang 30% atau 50% lebih murah di Malaysia dan masih Proton Holding Berhad atau pun sekarang DRB Hicom masih boleh dapat keuntungan, kenapa di dalam negara kita, kita tidak boleh jual kereta Proton dengan harga tersebut kepada warga Malaysia kerana ini kereta Malaysia. Saya rasalah warga Malaysia yang berhak untuk mendapatkan kereta itu dengan harga yang lebih murah. Jadi, dua soalan tambahan ini. Terima kasih.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Sama-sama. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak memberi subsidi kepada Proton untuk membolehkan Proton menjual harga keretanya kepada harga tertentu di mana-mana pasaran di dalam atau pun luar negara. Kerajaan tidak memberi subsidi secara langsung dan tidak langsung kepada harga kereta umpamanya Arab Saudi dan negara-negara lain.

Berkaitan dengan harga kereta dalam negara yang mungkin sesetengah pihak anggapnya tinggi, ia ada kaitan dengan kos pengeluarannya. Kos pengeluaran ini ada kaitan banyaklah, mungkin kos buruh, ada juga kos komponen yang dibikin oleh vendor- vendor. Jadi, ini satu perkara yang panjang ceritalah. Kita hendak habiskan ini 20 minit lagi.

Jadi, saya teruskan berkaitan dengan Sabak Bernam tadi. Tuan Yang di-Pertua, prestasi produk halal 2011 dengan 2012, saya hendak maklumkan bahawa eksport keseluruhan produk halal tahun lalu ialah RM35.4 bilion tidak termasuk minyak sawit mentah. Jumlah tersebut menyumbang sebanyak cuma 5% sahaja kepada keseluruhan eksport negara pada tahun lalu 2011. Daripada jumlah tersebut, eksport produk makanan halal adalah RM11.9 bilion. Manakala produk farmaseutikal halal bernilai RM286 juta sahaja.

Pada tahun lalu sejumlah RM4,785 syarikat termasuk pengilang, premis dan rumah penyembelihan telah mendapat sijil halal daripada JAKIM, JAIN dan juga MAIN.

Pada tahun ini eksport keseluruhan produk halal dijangka meningkat sekurang-kurangnya 6%. Itu bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sabak Bernam. Dari segi usaha untuk menganjurkan, untuk mempromosikan eksport produk dan perkhidmatan halal, saya memaklumkan bahawa daripada 6 hari bulan hingga 9 April akan datang semua Ahli Yang Berhormat dijemput untuk menghadiri Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Kelapan

(MIHAS) akan dianjurkan. Lagi seminggu lagi dan kita jemput semua Ahli Yang Berhormat menghadirinya.

final • 9:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Kita juga akan menganjurkan pameran perdagangan luar negara seperti bulan Februari lalu, Gulf Food, Dubai dan juga di Arab Saudi pada bulai Mei akan datang akan dianjurkan pameran perdagangan mempromosikan barangan halal. Ini antara misi-misi untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan halal yang akan dilaksanakan oleh MATRADE dan kerajaan. Selain itu kita juga ada program kesedaran halal seperti Halal Awareness Program di Bangkok pada bulan Mei, di Dubai pada bulan Oktober akan datang.

Itu di antara program-program yang akan dilaksanakan untuk mempromosikan barangan halal di seluruh dunia.

final • 9:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Menteri, saya hanya hendak tanya sama ada kementerian ataupun kerajaan telah pun menambah lebih pegawai yang boleh mengeluarkan persijilan halal kepada pihak pelabur kerana kami tidak tahu selama ini memang ramai orang yang berminat untuk melabur dalam bidang industri halal tetapi persijilan ini mengambil masa yang terlalu panjang sehingga ramai orang rasa kecewa melabur dalam bidang ini.

final • 9:10 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Kerajaan telah pun mengadakan beberapa penambahbaikan untuk mempercepatkan proses mendapat sijil halal. Yang terlibat secara langsung ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan secara tidak langsung ialah Jabatan Veterinar. Kita sedar bahawa kadang-kadang timbul masalah kelewatan, saya

final • 9:10 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

telah mengadakan dialog pada minggu lepas dengan 24 kedutaan di negara kita Malaysia.

Pagi tadi saya ada pertemuan dengan Menteri Perdagangan daripada Perancis, petang tadi dengan Menteri Perdagangan daripada New Zealand. Mereka juga memohon bantuan kita agar proses sijil ini disegerakan dan hadir sama dengan saya tadi semasa berjumpa dengan Menteri Perdagangan New Zealand ialah pegawai dari JAKIM. Insya-Allah kita akan cuba memastikan bahawa proses ini dapat disegerakan.

Masalahnya ialah kita mendapat banyak permohonan. Untuk makluman Yang Berhormat, JAKIM telah bekerjasama dengan 57 badan di luar negara di 33 buah negara untuk mempercepatkan proses ini. Maknanya, JAKIM mengiktiraf 57 badan antarabangsa di 33 buah negara. Badan-badan ini juga jika diluluskan oleh JAKIM dan telah pun diluluskan oleh JAKIM, boleh memberi sijil halal. Jadi, ini antara tindakan-tindakan yang telah kita ambil dan jika Yang Berhormat Seputeh atau Yang Berhormat Kota Belud, sesiapa yang ada masalah tertentu, sila rujuk kepada kami di MITI atau JAKIM dan insya-Allah kita akan bantu untuk mempercepatkan proses. Ia juga melibatkan beberapa jabatan yang lain khususnya Jabatan Veterinar. Apabila permohonan datang daripada banyak negara, oleh kerana bilangan pegawai di Jabatan Veterinar itu mungkin tidak mencukupi, maka ini menimbulkan cabaran kepada kerajaan tetapi kita akan menangani perkara ini.

Seterusnya Yang Berhormat Labuan menyatakan pihak MIDA hanya memberikan galakan taraf perintis kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pelancongan di Labuan.

Beliau pohon agar MIDA turut menawarkan galakan yang sama kepada syarikat terlibat dalam sektor minyak dan gas, sektor kewangan pesisir serta sektor IKS. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2008 kerajaan telah mengambil keputusan bahawa Wilayah Labuan akan kekal sebagai pusat kewangan pesisir terutama bagi sub sektor perbankan insurans dan bukan sebagai pusat perindustrian negara ini. Jadi, dalam pada itu pelaburan dalam projek perhotelan dan pelancongan turut digalakkan di Labuan dan aktiviti ini ditawarkan galakan cukai di bawah Akta Penggalakan Pelaburan (PIA) 1986, dengan izin.

Walau bagaimanapun, cadangan insentif yang dikemukakan oleh Yang Berhormat boleh dipertimbangkan melalui pakej insentif di bawah Koridor Pembangunan Sabah, digubal oleh Sabah Economic Development and Investment Authority ataupun SEDIA. Walaupun tidak ditawarkan oleh MIDA, SEDIA ataupun Koridor Pembangunan Sabah boleh menawarkan insentif yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Labuan tadi.

Yang Berhormat Ledang menyebut tentang isu Lynas. Saya tidak mahu cakap panjang, isu ini telah dicakapkan panjang lebar. Terima kasih Yang Berhormat Ledang kerana telah menyokong projek ini dan rakan-rakan saya daripada Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Sains Teknologi dan Inovasi serta Sumber Asli Alam Sekitar akan menjawab hal-hal teknikal jika perlu jika dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Kerajaan telah membuat keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan mana- mana Yang Berhormat yang ada apa-apa pandangan bolehlah walaupun tidak menjadi anggota, dengan izin, appear before the committee untuk memberikan pandangan kepada kerajaan dalam perkara ini.

final • 9:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 9:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput bangun, Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat tahu apakah halangan, katakan kita hendak hentikan kontrak itu untuk Lynas. Adakah itu boleh dilakukan ataupun adakah halangannya, are we tied into it? What is the financial implication? Katakan kita hentikan mereka, panggil mereka hentikan projek itu, adakah kita kena bayar mereka berbilion-bilion ringgit sebagai pampasan? So, what is the halangan dari segi financial? Terima kasih.

final • 9:10 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput.

Jika syarikat-syarikat Lynas tidak memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan termasuklah ALB ataupun Jabatan Alam Sekitar, maka ini akan memberi ruang kepada kerajaan untuk menghentikan operasi syarikat tersebut. Dari segi undang-undang, kita tidak tertakluk kepada mana-mana pampasan tetapi sekiranya kita hentikan operasi syarikat atas alasan-alasan yang tidak munasabah, ini akan membuka ruang kepada syarikat untuk membuat tuntutan di mahkamah. Jadi, ini urusan mahkamah, saya tidak mahu cakap lebih

final • 9:10 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

panjang kerana telah diceritakan dengan panjang lebar. Yang Berhormat pun ada bercakap tentang perkara ini semasa perbahasan.

Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Johor Bahru dalam perbahasan usul ini, Yang Berhormat Johor Bahru menyatakan bahawa ALB ketinggalan zaman kerana di Australia barangan ini, keluaran ini tidak dianggap sebagai radioaktif tetapi datang sahaja ke Kuantan hendak pergi ke tempat ini, tiba-tiba diklasifikasikan sebagai radioaktif. Maka, Johor Bahru menyatakan bahawa Malaysia ketinggalan zaman kerana bahan ini di Australia apabila diangkut daripada mine, dengan izin, Mount Weld ke pelabuhan tidak dianggap sebagai bahan radioaktif tetapi di Malaysia dianggap sebagai radioaktif. Jadi, saya tidak mahu cerita panjang kerana ini merupakan subjek di bawah Parliamentary Select Committee.

final • 9:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh tanya satu soalan?

final • 9:10 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Sila.

final • 9:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk]

final • 9:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ada masalahkah Yang Berhormat Seputeh? Air ada masalah di Selangor tu. Yang Berhormat Menteri, isu terkini yang digunakan oleh pembangkang sekarang ini ataupun yang membantah Lynas ini ialah keengganan ataupun keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Australia Barat yang tidak membenarkan sisa-sisa residual waste ini masuk balik ke Australia. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah ini adalah satu dasar yang menyeluruh? Saya kira ini dasar menyeluruh, maknanya ia satu dasar secara in principal bahawa sisa-sisa buangan ataupun waste ini daripada mana-mana pihak pun, daripada mana-mana negara di seluruh dunia tidak dibenarkan masuk ke dalam Australia as a matter of principal, as a matter of policy.

Ini bukan sahaja termasuk untuk yang ada kaitan dengan Lynas tetapi juga plutonium, uranium, macam-macam waste, as a matter of policy. Saya diberitahu pula bahawa di dalam Kerajaan Negeri West Australia ini, ruang bidangnya ialah Kerajaan Persekutuan Australia dan Federal Government of Australia, dengan izin, belum membuat keputusan, ertinya tidak ada dasar yang menyebabkan waste ini tidak boleh dibawa masuk, asalkan ia memenuhi dasar-dasar yang tertentu.

final • 9:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua...

final • 9:10 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak habiskan 9.30. Dua perkara, yang pertamanya syarikat telah memberi jaminan kepada kerajaan bahawa jika perlu residue ini akan dibawa keluar negara Malaysia, itu jaminan bertulis dari syarikat berkenaan. Yang keduanya, ...

final • 9:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Betulkah ada syarikat?

final • 9:10 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Adalah tidak benar...

final • 9:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh tunjuk tulisan yang bertulis itu?

final • 9:10 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Saya tidak bagi, hendak habis dah.

final • 9:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau betul ada jaminan bertulis, Menteri boleh dedahkan esok?

final • 9:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kalau ada, boleh tidak Yang Berhormat?

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Setuju tidak esok dedahkan?

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Ada, ada, duduk.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey.

final • 9:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kalau sudah dedahkan Yang Berhormat boleh berhenti isu Lynas ini?

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Yang Berhormat Batu pergi mahkamah sekali lagi Yang Berhormat Batu.

final • 9:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Katalah Menteri dedahkan esok boleh kita dapat komitmen daripada pembangkang supaya berhenti bercerita fasal Lynas ini?

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Boleh jaminan? Boleh? Okey ya.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

No, isunya saya hendak lihat...

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Kota Belud cabar tadi. Boleh tutup mulut, boleh jahit mulut?

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bukan, bukan dia tidak ada kena mengena dengan pendirian kita menentang Lynas. Hanya saya hendak tahu betul atau tidak, ada.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Ada, ada.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ada, dedahkan tunjuk.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Sudah jawab sudah, sudah jawab. Terima kasih. Selama 10 minit lagi ya. Jadi Yang Berhormat Ipoh Barat bercakap tentang ‘Valeh’ ini satu projek di Perak dan saya hendak maklumkan bahawa syarikat ini telah mendapat clearance dengan izin daripada Jabatan Alam Sekitar pada bulan Julai 2010 lagi iaitu 13 Julai 2010. Sebelum diluluskan dia ada pameran umum dan orang ramai telah ada peluang untuk menyertakan pandangan dan telah diberi kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Sebelum itu syarikat telah mengadakan banyak engagement. Soalannya sama ada dia ada engagement and community tempatan. Kita dimaklumkan bahawa beberapa program engagement telah diadakan dan program ini akan terus diadakan. Makna kerajaan berpendapat adalah penting orang ramai mendapat gambaran yang benar tidak diselewengkan fakta oleh pembangkang ataupun mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Maka kita akan mengarahkan ‘Valeh’ terus mengadakan engagement dengan pihak-pihak berkenaan.

Yang Berhormat Arau minta penjelasan berkaitan dengan penglibatan dan peranan MATRADE dalam pembangunan Sungai Mekong. Jadi saya ingin maklumkan bahawa memang kita mempromosikan perdagangan kita dengan negara-negara Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam dan Thailand. Kita baru ada misi perdagangan ke Thailand dan juga ke Myanmar baru-baru ini. Ini adalah penting kerana negara-negara Myanmar, Laos, Vietnam, Kampuchea khususnya merupakan negara-negara yang kurang maju. Kita dimaklumkan bahawa kita akan buka satu, MATRADE akan buka satu pejabat di Myanmar sebagai menunjukkan komitmen kita untuk membangunkan hubungan perdagangan dengan pelaburan yang lebih erat di antara Malaysia dengan Myanmar. Saya sendiri telah melawat Myanmar pada bulan Februari yang lalu dan potensi di Myanmar cukup baik.

Myanmar adalah salah sebuah negara dalam Lembah Mekong ini Sungai Mekong.

Jadi seterusnya akhir sekalilah ini Yang Berhormat Machang berkaitan dengan Israel. Angka-angka ini tidak datang daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Mungkin datang daripada punca Israel yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Machang. Kita tidak pernah menafikan bahawa ada perdagangan antara Malaysia dengan Israel.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Soalan saya tidak jawab.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Perdagangan ini berkaitan dengan supply chain dengan izin rangkaian bekalan antarabangsa ataupun international supply chain umpamanya sebuah syarikat di Pulau Pinang. Sebuah syarikat ternama yang melabur lebih USD4 bilion mempunyai pekerja lebih 9,000 orang. Syarikat ini antara syarikat finance di Pulau Pinang, memang ada membeli beberapa komponen daripada negara Israel yang kritikal dalam industri semi conductor...

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh sebentar.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Kalau umpamanya dihentikan import barangan tersebut maka beberapa komponen tidak dapat dikeluarkan di Pulau Pinang.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Baik penjelasan.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Maka 9,000 pekerja di Pulau Pinang akan berhenti bekerja seperti dicabar oleh Yang Berhormat Rembau apabila berbahas.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya...

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat habiskan.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Yang Berhormat Rembau mencabar supaya Pulau Pinang demi perkara ini menutup beberapa syarikat di Pulau Pinang. Dalam perdagangan inilah realiti dunia global beberapa komponen dibuat di negara lain setengah dibuat di Malaysia. Dalam hal syarikat multi nasional yang saya sebutkan tadi memang syarikat tersebut membeli barangan tersebut daripada Israel. Kerajaan tidak pernah menafikan bahawa ada perdagangan dengan Israel.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri sedikit.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Sebahagiannya oleh rangkaian bekalan antarabangsa, sebahagian lagi adalah melalui indirect maknanya perdagangan ini tidak semestinya secara langsung. Seperti yang disebut oleh Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan sebuah syarikat tiga empat hari yang lalu. Bahan berkenaan telah diimport melalui pelabuhan di Israel tetapi final destination dengan izinnya ialah Palestin. Jadi ini adalah berkaitan dengan perdagangan tidak langsung.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri sedikit sahaja.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Jadi perdagangan ini ada perdagangan secara langsung...

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Laluan.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

...Ada perdagangan secara tidak langsung.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit, sedikit Menteri.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Jadi yang penting dalam hal ini ialah kenyataan Ketua Pembangkang yang mahu mempertahankan, menjamin keselamatan negara Israel. Ini seolah-olah mengiktiraf kewujudan negara Israel ini bukan dasar kita.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri sedikit sahaja.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Kita tidak mengiktiraf negara Israel ..

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri boleh sedikit sahaja.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Akan tetapi Ketua Pembangkang...

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dalam hal isu ini.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Membuat jaminan lebih 100% untuk mempertahankan...

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak mahu, tidak ada minat dengan isu politik ini. Saya sedikit sahaja boleh?

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Yang Berhormat Batu mahu, mahu batu api.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sebab dalam ucapan saya, saya sebut perkara ini. Kita hendak dapat pengesahan adakah betul kita hentikan segala perdagangan dengan Tehran, Iran tetapi kenapa kita boleh hentikan dengan Iran tetapi

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

tidak boleh henti dengan Israel. Saya tidak mahu melalui polemik tetapi kalau kita bagi komitmen, kalau kita ada komitmen untuk bersoladiriti dengan Palestin. Seperti dahulu Perdana Menteri sebelum ini memberi komitmen untuk pulaukan Afrika Selatan. Kita cari pelbagai cara dan kaedah supaya both side boleh setuju untuk tamatkan atau kurangkan.

Saya tidak minat dengan isu polemik ini. Saya kata kalau komitmen kita untuk membantu Palestin adakah cara kita boleh buat? Sebab Amerika Syarikat dia akan pastikan semua negara tidak boleh dagang dengan Iran dan dia buat terhadap Cuba. Tidak akanlah kita sebagai negara Islam dan negara dunia ketiga tidak ada kaedah. Saya hendak dapat sikit penjelasan daripada Menteri sama ada kita ada cara untuk mengurangkan atau menghapuskan perdagangan dengan Israel. Perkara yang berikut ialah kenapa kita tunduk kepada tekanan barat hentikan segala hubungan perdagangan dengan Iran.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Iran ini perkara tidak ada kaitan dengan soalan ini. Kita akan jawab pada masa yang sesuai, saya akan jawab dengan bertulis.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dengan MITI.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Saya akan jawab secara bertulis masa tidak cukup sudah. Berkaitan dengan Palestin...

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Standard sini.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Berkaitan dengan Palestin. Menjadi dasar kita untuk membantu dan kita antara negara Islam dan negara-negara lain yang banyak membantu negara Palestin. Komitmen Malaysia tidak harus dipertikaikan.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dasar kita untuk memulaukan Iran.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Berkaitan dengan...

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Adakah dasar kerajaan untuk memulaukan Iran?

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya ingin dapatkan penjelasan sama ada kita setuju untuk memulaukan Iran?

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau betul kita hendak bantu Palestin, betul. Saya hendak tahu...

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Satu, satulah.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

...Sama ada kita juga setuju dengan pemulauan terhadap Iran.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tidak akan hendak jawab tiga soalan sekali mana boleh Yang Berhormat Batu.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yalah sama dia...

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Yang Berhormat bop bop bop kan.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya ada rasa contradicts.

final • 9:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, ini perkara baru Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita memulaukan pada masa yang sama...

final • 9:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tidak dibangkitkan dalam ucapan.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita kata kita tidak boleh hentikan dengan Israel.

final • 9:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tidak ada berkaitan langsung.

final • 9:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itu isunya! Isunya kenapa...

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan asal Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Dia hendak seleweng Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 9:20 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Ada tiga soalan tadi. Pertama Palestin.

Kerajaan mempunyai komitmen tinggi untuk terus membantu Palestin apa jua cara dan Malaysia adalah antara negara yang banyak memberi bantuan kepada Palestin dan kita ada perwakilan Palestin di Kuala Lumpur. Ini antara bukti yang jelas bahawa kita membantu Palestin. Berkaitan dengan negara Israel ini kita maklumkan tadi bahawa inilah sebahagian daripada rangkaian bekalan antarabangsa ataupun international supply chain.

Jadi kalau kita hendak hentikan 100% perdagangan oleh kerana Israel sebuah negara yang kita tidak iktiraf. Kita tidak iktiraf ialah negara dari segi politiknya. Saya tidak tahu pendirian Yang Berhormat Permatang Pauh tetapi daripada yang disebut oleh beliau diiktiraflah itu, Yang Berhormat Permatang Pauh mengiktiraf.

Ini kerana kalau hendak lindung maka hendak iktiraflah. Ini bukan polemik itu realitinya. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf negara Israel tetapi ini tidak menghalang kita daripada berdagang dengan syarikat-syarikat yang di mana ada hubungan dengan syarikat- syarikat di Malaysia. Syarikat-syarikat daripada negara Amerika khususnya mempunyai syarikat yang saya sebut tadi mempunyai operasi di tujuh buah negara, tujuh buah negara dunia. Memang barangan Malaysia dihantar ke negara-negara lain di Vietnam, di China itulah keadaannya. Syarikat berkenaan mempunyai lebih 9,000 pekerja dan terdapat di Pulau Pinang. Maka kalau tindakan hendak diambil suruhlah Pulau Pinang ambil tetapi itu bukan pendirian Kerajaan Pusat dalam hal ini. Ini kerana kita akui perkara ini berlaku dalam konteks rangkaian bekalan antarabangsa.

Berkaitan dengan Iran ini ada kaitan dengan sekatan-sekatan yang dikenakan oleh negara Amerika. Termasuklah menghalang bayaran kepada syarikat-syarikat yang berdagang. Apabila bayaran tiada dibuat maka syarikat-syarikat yang berdagang tidak dapat bayaran, rugi mereka. Maka itu sebabnya kenapa syarikat-syarikat tidak lagi mahu mengadakan hubungan dagangan dengan Iran. Ini kerana ada kemungkinan besar risiko terlalu tinggi. Kalau tidak dibayar maka hendak meniaga macam mana? Hendak jual macam mana? Itu antara sebab kenapa syarikat-syarikat berkenaan memilih untuk tidak berdagang di negara Iran kerana risiko terlalu tinggi dari segi bayaran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepada Ahli Yang Berhormat termasuk yang kacau saya baru tadi, seramai 13 Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.

Bolehlah terima kasih Yang Berhormat Batu jugalah terima kasih banyak-banyak dan insya- Allah kita akan terus menjalankan tugas demi negara. Untuk menggalakkan pelaburan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan untuk memastikan bahawa kepentingan negara Malaysia selalu terpelihara sama ada di dalam pelaburan perdagangan ataupun hal lain berkaitan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari...

final • 9:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jeli.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Hari Selasa, 27 Mac 2012.

Teks di sini hari Isnin.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.32 malam]

final • 9:20 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026