Mar202012

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah bentuk sokongan yang dapat disalurkan kerajaan untuk membangunkan Parlimen Silam sebagai hab industri memproses rumpai laut (seaweed) terutamanya dalam memperhebatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan bagi melonjakkan sektor ini sebagai industri utama yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi rakyat.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, di bawah program NKEA pertanian, pihak kementerian sedang melaksanakan EPP3, mini estet rumpai laut, iaitu penanaman rumpai laut secara komersial oleh syarikat peneraju dan pembangunan rumpai laut berkonsepkan cluster dengan mengumpulkan penternak-penternak kecil sedia ada.

Bagi pelaksanaan tersebut, pihak kerajaan menyediakan bantuan infrastruktur iaitu pelantar bersepadu guna sama dan peralatan seperti tali, meja kerja, bot penuai, benih dan lain-lain bagi menarik pelaburan oleh pihak swasta dan pengusaha kecil sedia ada.

Bagi pembangunan di kawasan Silam, pihak kementerian telah melantik sebuah syarikat peneraju pada akhir Januari 2012. Pada masa ini, syarikat tersebut sedang menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi mengkaji kesesuaian kaedah penanaman rumpai laut bagi kawasan perairan dalam atau offshore. Sementara itu, bagi penanaman rumpai laut secara cluster, konsep ini akan dikembangkan ke kawasan Silam pada tahun 2013. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa bersama-sama untuk menjawab soalan ini sendiri. Sebelum saya mengaju soalan yang kedua, saya ingin mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Tinggi Sultan Hishamuddin, Klang, ke Dewan Rakyat pada hari ini... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Apabila kita melihat sejak tahun 2008, apabila saya mencadangkan di Dewan yang mulia ini tentang sumbangan industri rumpai laut ini terutamanya di negeri Sabah terutamanya di sekitar gugusan di kawasan Parlimen Silam dan Semporna.

Kita dapati sejak tahun 1999 peningkatan dari segi pengeluaran rumpai laut ini memang jelas menampakkan ia ada potensi untuk dikembangkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada pihak kementerian yang telah pun melantik syarikat untuk melaksanakan program EPP3 ini yang termasuk dalam NKEA.

Namun yang saya khuatir sekarang ini, sebab melalui Mesyuarat Tindakan Daerah di kawasan Parlimen Silam, saya dapati dari segi pelaburan dan pergerakan setakat mana dari segi pencapaian yang telah pun diperolehi dan kawasan Parlimen Silam diwartakan

final • 10:00 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

sebagai pusat akuakultur negara, ini menjadi persoalan terutamanya kepada saya dan masyarakat di kawasan Parlimen Silam apabila peranan dan penglibatan mereka tidak begitu diambil berat oleh pihak-pihak tertentu terutamanya yang terlibat dalam usaha dalam memajukan rumpai laut. Kalau kita lihat dari segi perbandingannya dengan negara jiran kita seperti Filipina dan Indonesia, memang jelas ke hadapan dari segi perusahaan rumpai laut ini.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian akan bercadang untuk mengambil atau bekerjasama dengan pakar-pakar dari negara-negara yang sedang dan telah maju dalam bidang rumpai laut ini untuk mengagresifkan lagi dari segi pelaksanaan rumpai laut ini yang boleh sekurang-kurangnya untuk dapat menghapuskan kadar kemiskinan walaupun kita tahu kawasan saya sudah keluar daripada kawasan miskin tegar, namun masih lagi miskin relatif nampak dari segi jumlahnya pada kadar yang agak tinggi?

Jadi saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tentang perancangan kerajaan di masa akan datang sebab saya risau kalau rumpai laut ini belum ada pergerakan. Namun, macam baru-baru ini saya ada inisiatif membawa pakar-pakar daripada Universiti Putra Malaysia dan naib-naib presiden yang termasuk dalam Agrobank untuk memajukan termasuk juga industri burung walid. Namun, setakat ini tiada jawapan dan inisiatif yang jelas yang menampakkan kesungguhan kementerian dan pihak tertentu untuk melaksanakan program ini di masa akan datang. Mohon jawapan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, mengenai faedah yang akan diperolehi oleh penduduk-penduduk tempatan. Syarikat yang diberikan tawaran untuk melaksanakan EPP3 di Silam ini sekarang ini telah pun membuat kajian awal dan dijangkakan akan melibatkan lebih kurang 1,000 orang penduduk tempatan di mana secara dasarnya bahawa satu orang peserta dirancang untuk diberikan 1,000x1,000 meter atau 1x1 kilometer luas.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Juga dijangkakan bahawa pendapatan peserta ini boleh meningkat. Dia boleh dapat daripada RM1,000 ke RM2,000 sebulan. Dalam masa yang sama, mengenai peningkatan hiliran di mana kita telah pun membuat satu kerjasama dengan UKM. Kita telah pun menubuhkan Seaweed Downstream Research Centre (SDRC) untuk kita hendak membangunkan produk-produk hiliran berasaskan rumpai laut. Dalam masa yang sama terdapat enam jenis produk-produk kosmetik yang telah pun dibangunkan oleh SIRIM hasil daripada rumpai laut ini.

Oleh kerana rumpai laut ini merupakan projek berimpak tinggi sebab itulah pihak kerajaan meletakkan projek seaweed ini sebagai EPP 3. Kita juga telah pun menyediakan beberapa peruntukkan untuk ianya menjadikan kenyataan, iaitu bagi tahun 2012 kita peruntukkan RM12.8 juta dan juga peruntukkan di bawah tahun 2011 kita peruntukkan RM46 juta. Kementerian juga telah menandatangani perjanjian dengan 11 buah syarikat yang akan menjadi anchor ataupun peneraju untuk membangunkan seaweed ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya. Kalau kita lihat daripada peruntukan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan bernilai puluhan juta, itu adalah amanah yang sangat besar.

Jadi, sejauh mana sistem sokongan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk memastikan projek yang dilaksanakan ini sampai kepada matlamat. Oleh sebab kita tidak mahu projek di bawah Kementerian Pertanian seperti isu yang berkaitan dengan NFC. Skandal ini berulang dalam negara kita. Minta penjelasan... [Dewan riuh]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang kepada Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, soalan pertama khusus untuk Yang Berhormat Silam. Perkara yang dibangkitkan, rumpai laut. Jadi, terpulang kepada Menteri untuk jawab itu. Kalau tidak, tidak payah.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak apa. Saya sudah nyatakan tadi bahawa apabila kita merancang program ini ianya akan melibatkan rakyat. Oleh sebab itu kita ada dua sistem. Satu, dipanggil cluster. Cluster ini maksudnya ialah kita telah pun mengenal pasti penternak-penternak yang sedia ada. Penternak-penternak yang sedia ada di kawasan Semporna, di kawasan Tawau pun ada telah pun dikenal pasti dan kita akan berikan bantuan terus kepada penternak yang sedia ada. Itu dipanggil cluster.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kedua tadi, sistem anchor. Sistem anchor ini pula saya nyatakan tadi kepada Yang Berhormat Silam, syarikat ini telah pun merancang untuk melibatkan lebih kurang 1,000 orang penduduk-penduduk tempatan yang ianya akan mendapat hasil yang baik daripada projek yang telah pun dibuat oleh kerajaan. Dalam masa yang sama selain daripada penduduk tempatan boleh terlibat dalam produk-produk huluan ini. Kita juga telah menyatakan tadi bahawa kita juga akan menjadikan projek ini sebagai projek-projek hiliran.

Jadi, mengenai NFC ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat baca baik-baik dalam jawapan saya dalam Hansard yang lepas.

final • 10:10 AM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya tanya sistem pemantauan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya lah. Saya dah kata tadi. Saya sudah jawab.

Saya sudah pantau tetapi Tuan Yang di-Pertua, mengenai National Feedlot ini saya minta Yang Berhormat baca balik jawapan saya dalam Parlimen. Lebih satu jam lebih berdebat dengan Yang Berhormat Machang pun. Saya sudah jawab sudah sebenarnya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakaatuh. Sebelumnya saya mengucapkan selamat datang rombongan BBC daripada negeri Kelantan, yang dipimpin oleh Yang Berhormat Ustaz Abdullah bin Yaakob.

final • 10:10 AM

2. Tuan Muhammad bin Husin [Pasir Puteh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk menentukan had umur kenderaan bermotor yang dibenarkan menggunakan jalan raya.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini kerajaan masih belum bercadang untuk menetapkan had usia kenderaan bermotor yang dibenarkan berada di jalan raya kerana mengambil kira beberapa pertimbangan yang melibatkan kebajikan rakyat.

Walau bagaimanapun, pemilik-pemilik kenderaan adalah digalakkan untuk membuat pemeriksaan masing-masing secara sukarela di bengkel-bengkel atau pusat- pusat pemeriksaan kenderaan. Sehubungan dengan perkara ini kerajaan melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

(MIROS) telah menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan.

Dalam pada itu, bagi memastikan kenderaan-kenderaan yang berada di jalan raya dalam keadaan selamat atau roadworthy, aktiviti penguatkuasaan sentiasa dijalankan oleh agensi-agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Di Raja Malaysia selaras dengan seksyen 59 dan seksyen 60, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Saya rasa kerajaan macam tidak berterus terang dengan rakyat sekarang ini. Dalam mengenai persoalan dengan kereta- kereta lama sekarang kerana dengan wujudnya satu perancangan kerajaan soal Proton baru ini yang tentulah Proton baru ini, Proton yang harganya mahal. Sedangkan, begitu juga dengan soal insurans yang rakyat tidak dapat, dalam erti kata lamanya, rakyat tidak dapat mengatasi soal insurans.

Jadi, kerana itulah saya nampak macam kerajaan macam takut untuk menentukan.

Padahal kerajaan macam sudah ada satu perancangan yang hendak menentukan kereta- kereta lama ini dihapuskan satu masa nanti. Jadi, ini akan menganiaya rakyat kerana rakyat terpaksa beli sekarang ini kereta-kereta yang lama yang harganya murah sebab ada satu persiapan kerajaan supaya kereta lama ini dihapuskan pada masa akan datang nanti. Jadi, kalau ini kerajaan tidak tentukan, jadi rakyat sendiri serba salah dalam suasana sekarang ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya dakwaan Yang Berhormat itu tidak benar kerana polisi yang kita laksanakan sekarang ini pun adalah mengambil kira seperti mana yang saya jelaskan tadi, kepentingan dan kebajikan rakyat.

final • 10:10 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Apa yang saya ingin menyatakan di sini sememangnya kerajaan memang bercadang untuk mengadakan scrap policy ini tetapi dengan mengambil kira banyak pandangan daripada masyarakat, khususnya mereka-mereka yang golongan berpendapatan rendah. Maka, kerajaan terpaksa mempertimbangkannya. Sedangkan kerajaan melalui Dasar Automotif Negara sememangnya mempunyai perancangan berikut, untuk memastikan bahawa satu hari nanti kita akan ada satu scrap policy. Kerajaan juga telah mengambil inisiatif.

Pada tahun 2009, mungkin Yang Berhormat masih ingat, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu merangkap Menteri Kewangan dalam membahaskan Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan 2009 telah pun mengumumkan Skim Pelupusan Kenderaan.

Inisiatif ini telah pun mendapat kerjasama daripada syarikat-syarikat pengeluar kenderaan dengan memberikan voucher sebanyak RM5,000. Setakat ini telah ada 36,396 buah kenderaan yang telah dilupuskan iaitu dengan bantuan kerajaan sebanyak RM2,000 dan syarikat sebanyak RM3,000.

Sebenarnya ini adalah merupakan inisiatif dan memang dalam Dasar Automotif Negara, kita memang berhasrat untuk melaksanakannya kerana kita mahu juga kenderaan- kenderaan kita dalam keadaan yang sememangnya baik seperti mana negara-negara maju.

Akan tetapi kita juga mengambil kira golongan berpendapatan rendah. Oleh sebab itu kalau Yang Berhormat mengatakan bahawa kita menzalimi rakyat, itu tidak benar. Saya percaya itu adalah merupakan satu tanggapan yang salah. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya bersetuju, untuk kepentingan dan kebajikan rakyat, had umur kenderaan tidak patut diadakan. Itu saya setuju. Akan tetapi apa yang mempunyai masalah, penguatkuasaan Tuan Yang di-Pertua. Penguatkuasaan tidak ada sama sekali daripada JPJ.

Jadi, kita mahu walaupun had umur tidak ada bagi kenderaan-kenderaan, kita mahu penguatkuasaan. Kita tidak mahu rakyat sewenang-wenangnya juga menggunakan kenderaan mereka di atas jalan raya dengan bermasalah. Asap tebal dan macam-macam.

Jadi, kita mahu tahu sama ada JPJ boleh mengawal ini semua.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, selain daripada had umur, kita nampak di seluruh negara, ini cermin gelap memang begitu – memang ini tidak mungkin kena-mengena tetapi cermin gelap ini di seluruh negara, tidak ada lagi had. Kadang kala penjenayah menggunakan cermin gelap untuk membawa orang di mana di Tawau, di Sandakan dan di Kota Kinabalu.

Jadi, kita minta kalau boleh kementerian memastikan bahawa penguatkuasaan ini perlu kerana di Sabah, jalan kita buat untuk kenderaan-kenderaan yang maksimum muatannya. Akan tetapi kita nampak banyak lori sama ada dia sudah tua pun membawa overloaded dengan modified vehicle dia buat. Jadi kita minta kalau boleh penguatkuasaan ini ada. Kalau tidak kita membelanjakan begitu banyak kewangan untuk buat jalan raya- jalan raya, enam bulan sudah hancur kerana tidak ada penguatkuasaan mengenai overloaded vehicle ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan di atas beberapa cadangan yang telah dikemukakan.

Kita menyambut baik sebahagian daripada cadangan itu. Cuma saya ingin nyatakan di sini bahawa pihak JPJ yang mempunyai lebih kurang hampir 5,000 orang penguat kuasa di seluruh negara memang sentiasa mengadakan penguatkuasaan dan demikian juga pihak polis dan baru-baru ini kita juga akan mengadakan satu inisiatif baru melalui automated enforcement system yang akan kita laksanakan. Ini adalah antara inisiatif-inisiatif yang kita lakukan untuk menambah baik penguatkuasaan di dalam negara ini.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa walaupun tidak ada had umur yang ditetapkan, kita juga sebenarnya memastikan bahawa semua kendera awam khususnya teksi, bas dan juga kenderaan-kenderaan perdagangan adalah diwajibkan untuk melalui proses pemeriksaan PUSPAKOM bagi tahun pertama, setahun sekali. Selepas itu, tahun kedua enam bulan sekali. Ini adalah merupakan pemeriksaan wajib kepada semua kenderaan perdagangan dan juga kenderaan awam. Manakala kenderaan persendirian, kita ada

final • 10:20 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

memperuntukkan seperti yang saya nyatakan tadi di bawah seksyen 59 dan seksyen 60, Akta Pengangkutan Jalan yang mana pihak JPJ ataupun pihak polis PDRM boleh menahan mana-mana kenderaan yang didapati mempunyai masalah roadworthiness.

Selain daripada itu, Yang Berhormat juga ada membangkitkan berkaitan dengan cermin gelap. Seperti mana yang saya nyatakan di sini, sebenarnya peruntukan bagi membenarkan cermin gelap ini memang dibenarkan tetapi dalam limit tertentu yang mana bagi sisi hadapan, ianya 75% ketelusan cahaya dan sisi tepi, 50% ketelusan cahaya. Cuma ada juga peruntukan-peruntukan yang membenarkan kita untuk memberikan cermin gelap yang lebih gelap bagi maksud-maksud kesihatan.

Misalnya mereka yang mempunyai penyakit kanser ataupun penyakit-penyakit tertentu yang telah disahkan oleh doktor-doktor pakar dan selain daripada itu juga berkaitan dengan permohonan-permohonan atas dasar keselamatan yang diberikan kelulusan oleh pihak polis. Ini adalah merupakan peruntukan-peruntukan yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, kita mengambil maklum tentang cadangan Yang Berhormat untuk mengadakan penguatkuasaan. Kita sering memperingatkan pihak penguat kuasa khususnya JPJ untuk mengadakan penguatkuasaan berikut walaupun ia memerlukan satu alat tertentu untuk membolehkannya dilaksanakan dengan berkesan.

Selain daripada itu, Yang Berhormat juga ada menyatakan tentang overloading.

Sukacita ingin saya nyatakan bahawa di seluruh negara hari ini kita ada 50 buah stesen timbang statik dan kita ada 47 buah stesen timbang mobile. Memang lah banyak rungutan tentang perkara ini sebab yang menjadi masalah ialah banyak kenderaan berat khususnya mereka yang menggunakan jalan raya ini, mereka sering overloading dan ini merosakkan jalan raya. Kita akui tentang masalah ini dan penguatkuasaan adalah merupakan satu isu yang begitu kritikal kerana ada juga isu seperti kegiatan tonto untuk memberikan maklumat kepada syarikat-syarikat ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

3. Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, apakah terdapat apa-apa bantuan daripada pihak kementerian untuk memudahkan pengusaha ladang-ladang komersial kecil seperti getah, koko, lada dan kelapa sawit memperoleh pinjaman terutamanya daripada agensi-agensi kerajaan serta bank komersial untuk memperkembangkan ladang mereka. Institusi-institusi ini kini menetapkan syarat-syarat yang sering kali tidak dapat dipenuhi oleh pengusaha kecil ini terutamanya menyediakan geran tanah sebagai cagaran pinjaman.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab bersekali dengan soalan Nombor 16 bertarikh 22 Mac 2012 oleh Yang Berhormat Dato’ Ngeh Koo Ham (Beruas) kerana soalan beliau adalah berkaitan dan menyentuh isu-isu yang sama dengan soalan Yang Berhormat Hulu Rajang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kemudahan mendapatkan pinjaman bagi usahawan kecil berkenaan disediakan oleh Agrobank di bawah dana pinjaman usahawan pertanian. Di bawah dana ini, Agrobank menawarkan pinjaman mudah kepada enterprise kecil dan sederhana yang menjalankan projek merangkumi aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan bioteknologi termasuk tanaman sawit, getah, koko dan lada.

Walau bagaimanapun, ia tertakluk pada syarat-syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak bank termasuk warganegara Malaysia, syarikat hak milik tempatan dan mempunyai hak milik tanah yang sah. Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa membantu rakyat, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ada menyediakan program-program bantuan kepada pengusaha-pengusaha yang berminat untuk menceburkan diri dengan tanaman komoditi. Program-program yang disediakan adalah seperti berikut:

(i) program pembangunan ladang hutan dengan menyediakan pinjaman mudah kepada pengusaha untuk penanaman ladang hutan berskala kecil dan sederhana iaitu di antara 4 hektar sehingga 40 hektar dan sehingga 2,499 hektar dengan bantuan bernilai RM10,000 sehektar bagi Semenanjung dan RM13,000 sehektar bagi Sabah dan Sarawak;

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin

(ii) untuk skim bantuan tanam semula sawit pekebun kecil pula dan skim tanam baru sawit pekebun kecil dengan bantuan bernilai RM7,500 sehektar bagi Semenanjung dan RM9,000 sehektar bagi Sabah dan Sarawak. Bantuan ini meliputi kos pembersihan tanah, bahan tanaman dan input pertanian;

(iii) insentif penanaman semula dan juga tanaman baru getah dengan bantuan sehektar bernilai RM9,230 untuk Semenanjung dan RM14,000 bagi Sabah dan RM13,500 untuk Sarawak dalam bentuk input pertanian;

(iv) bagi program pembangunan tanaman koko dengan bantuan bernilai RM6,500 sehektar dalam bentuk input tanaman;

(v) insentif penanaman lada pula bernilai sehingga RM14,000 sehektar dalam bentuk input tanaman; dan,

(vi) untuk program tanaman baru kenaf bernilai RM3,500 sehektar dalam bentuk input tanaman.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 10:20 AM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya ingin menjelaskan di sini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memang banyak membantu di kawasan saya iaitu di Hulu Rajang. Saya ingin tahu sama ada - sebab sekarang telah diadakan perimeter survey di Sarawak untuk tanah NCER kami di sana. Saya ingin tahu sama ada title untuk komuniti, untuk sebuah rumah panjang ini, dapat digunakan sebagai cagaran bagi orang yang di rumah panjang. Disebabkan ini sangat diperlukan oleh kita di Sarawak sebab banyak tanah di luar bandar belum ada title lagi. Kita juga ingin terlibat dengan pembangunan tanah untuk ladang dan sebagainya.

Kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada peruntukan tambahan akan dibuat untuk tujuan ini iaitu perimeter survey.

final • 10:20 AM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Sebab walaupun kita terima kasih atas apa yang telah diberi sekarang tetapi kita masih lagi memerlukan banyak peruntukan untuk tujuan ini. Sekian terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang.

Pertamanya tentang perimeter survey. Ini adalah kehendak kerajaan negeri sendiri. Bagi kita, kita sentiasa memberi bantuan. Kalau sekiranya ada tandatangan daripada pihak berkuasa yang mengatakan tanah itu adalah tanah yang dipunyai oleh pemohon, kita sentiasa membantu mereka, manakala bagi peruntukan untuk mendapatkan peruntukan tambahan untuk mengadakan perimeter survey itu kita tidak buat kerana ia adalah untuk kepentingan individu yang mendapatkan geran untuk tanah mereka sendiri. Maka tidak adalah bantuan untuk kita berikan untuk mereka mengukur tanah sendiri. Itu jawapan saya terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, I give to Yang Berhormat Beruas because your questions is similar on the 22nd.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah sungguhpun dinyatakan ada bantuan tanam semula tetapi pada hakikatnya tahun lepas kalau tidak silap saya sejak bulan Mac, RISDA mengatakan wang bantuan tanam semula sudah habis. Semacam kerajaan sudah bankrap, tidak ada duit...

[Dewan riuh] Rakyat terpaksa... Saya kata semacam dan bagi Menteri jawab. Akan tetapi itu hakikatnya, tidak ada wang bantuan yang ada sungguhpun boleh mohon dan ramai yang mohon minta tangguh permohonan mereka hingga bertahun-tahun. Akhirnya rakyat sendiri keluarkan duit sendiri untuk tanam semula dan selepas tanam semula apabila bantuan dan dana datang, dikatakan tidak berhak lagi kerana sudah tanam dengan wang sendiri.

Ini bukan sahaja kepada isu tanam semula getah. Apabila tanam semula dimohon kepada RISDA, bermula dua tahun yang lepas, tanam semula bagi kelapa sawit di ambil

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

alih oleh MPOB. Mereka yang sudah mohon kepada RISDA apabila dikatakan tanam semula untuk...

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Itu soalanlah. Kenapa mereka tidak lagi berhak untuk wang tanam semula yang diluluskan oleh RISDA? Dengan izin, if I can explain.

Maksudnya apabila mereka mohon pada mulanya mohon untuk tanam semula kelapa sawit juga di tanah RISDA, apabila ansuran pertama diberikan, kuasa memproses ini kemudian diambil alih oleh MPOB. Ansuran kemudiannya, misal kata sudah tidak ada duit, tidak berhak lagi kepada bantuan tanam semula itu. Boleh Menteri jawab?

final • 10:30 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Pertama, saya hendak jelaskan bantuan tanam semula ini kita sudah bagi bertahun-tahun. Sampai sekarang negara kita masih lagi tidak bankrap... [Tepuk] Mana ada negara bankrap? Kalau negara bankrap, sudah tentu kita tidak boleh bagi bantuan-bantuan yang lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia contohnya yang mempunyai perbelanjaan yang begitu besar, RM2 billion untuk Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dato’ Sri Idris Jala kata bankrap.

final • 10:30 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Jadi, maknanya tidak timbul tentang negara bankrap.

final • 10:30 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dato’ Sri Idris Jala kata sudah bankrap.

final • 10:30 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Dato’ Sri Idris Jala kata bankrap kerana Yang Berhormat silap dengar. Dia kata kalau kerajaan yang bukan kerajaan Barisan Nasional yang tidak berhemah... [Dewan riuh] Maka ianya akan menjadi sebuah kerajaan yang bankrap.

final • 10:30 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Auta, auta...

final • 10:30 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Auta...

final • 10:30 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Akan tetapi kalau kerajaan yang berhemah seperti kerajaan Barisan Naisonal, bantuan akan diberikan setiap masa kerana kita tahu bagaimana untuk menjaga ekonomi negara.

final • 10:30 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

final • 10:30 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena dengarlah dahulu...

final • 10:30 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Auta.

final • 10:30 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Kalau tidak reti hendak dengar, keluar Dewan lah dahulu. Ini, sabar. Sabar sekejap ya. Jadi, saya hendak beritahu tentang masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas. Masalahnya, tahun lepas ada permintaan yang dibuat sebelum bulan Mac. Maka ketika itu jawapan diberikan bahawa bantuan belum dapat diterima lagi kerana peruntukan belum diluluskan. Itu bantuan tahun lepas. Yang Berhormat cakap bertahun-tahun itu, mana ada Yang Berhormat bertahun-tahun. Tahun lepas dengan bertahun-tahun banyak bezanya Yang Berhormat. Yang Berhormat kena betul-betul sedikit.

Kalau soalan pun kena betul-betul, kata tahun lepas ada kelewatan. Jadi, saya bersetuju ada kelewatan maka sebab itu kita sambungkan sehingga tahun ini.

Peruntukan sebanyak RM194.7 juta telah diberikan, untuk diberikan bantuan- bantuan tanam semula ini. Jadi, tidak timbul lagi cuma ada kelewatan ketika itu. Soalan yang nombor dua pula... [Disampuk]

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh minta penjelasan? Penjelasan kepada jawapan tadi balik.

final • 10:30 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Tidak, tidak. Mana ada penjelasan. Tuan Yang di- Pertua, ini...

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Soalan lain lah, soalan lain.

final • 10:30 AM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Okey, nombor dua. Soalan yang nombor dua tadi.

Duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat ini, duduk. Saya hendak jawab yang nombor dua tadi. Yang nombor dua tadi, mula-mula bantuan tanam semula kita berikan mengikut kadar yang kita buat di seluruh negara kepada agensi-agensi yang telah pun diberikan seperti RISDA, FELDA, FELCRA dan semua. Kemudiannya MPOB ambil alih semua tanam semula sawit dan ketika itu kalau perbelanjaan telah kita berikan kepada RISDA maka diteruskan untuk mereka melalui RISDA. Akan tetapi kalau peruntukan itu ditarik balik sebelum bermula, maka ia datang semula kepada MPOB. Itu adalah secara teknikalnya.

Tidak ada masalah yang ditolak atau yang dibuang, kalau sudah lulus kita teruskan, kalau belum lulus kita ambil semula di bawah MPOB. Itu adalah kerajaan yang benar-benar mahu melihat semua rakyat dibantu dengan sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, saya boleh... Hakikatnya tipu.

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolong senyap.

Sekarang saya sudah panggil Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sila.

final • 10:30 AM

4. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) perkembangan terkini projek-projek tebatan banjir yang melibatkan Sungai Rambai, Sungai Juru, Sungai Junjung dan kawasan Permatang Rawa; dan

(b) jumlah peruntukan untuk projek-projek ini dan jangka masa untuk tempoh persiapan projek.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Tuan Yang di-Pertua, projek-projek rancangan tebatan banjir yang melibatkan Sungai Rambai, Sungai Juru, Sungai Junjung dan kawasan Permatang Rawa telah siap dilaksanakan dengan kos berjumlah RM15.388 juta. Butiran peruntukan untuk projek-projek ini dan tempoh persiapan adalah seperti berikut:

(i) tebatan banjir Sungai Junjung, Fasa 1(A) dengan kos RM11 juta dimulakan pada 13 Ogos 2007 dan siap pada 11 November 2008;

(ii) tebatan banjir Sungai Junjung, Fasa 1(B) dengan kos RM3.65 juta dimulakan pada 9 Mac 2010 dan siap pada 17 Disember 2010 juga;

(iii) kerja-kerja mengorek dan mendalam Sungai Juru dengan kos RM360 ribu dimulakan pada 1 Jun 2010 dan siap pada 15 November 2010; dan

(iv) kerja-kerja mengorek dan mendalam Sungai Rambai dengan kos RM378 ribu dimulakan pada 30 November 2010 dan siap pada 15 Jun 2011.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, masih terdapat beberapa komponen kerja yang harus dibuat iaitu untuk sungai di Kampung Machang Bubuk, Kampung Kuala Tasik, Kampung Tasik dan Kampung Bukit Teh. Untuk Sungai Juru pula di Sungai Permatang Rawa, Sungai Ara, Sungai Pasir dan Sungai Kelang Ubi perlu dilaksanakan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Oleh itu, permohonan bagi projek-projek tebatan banjir di Sungai Junjung dan Sungai Juru telah dibuat dalam rolling plan kedua dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh tetapi belum mendapat kelulusan. Walau bagaimanapun, menyedari masalah ini, kedua- dua projek tebatan banjir ini dengan kos RM21 juta telah dipohon semula dalam rolling plan ketiga untuk dilaksanakan dalam tahun 2013 dan tahun 2014. Sekian.

final • 10:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk jawapannya. Masalah banjir di kawasan-kawasan ini memang sudah lama, beberapa tahun, bukan tahun lepas sahaja tetapi sudah sekadar sepuluh tahun. Saya rasa tentulah Kerajaan Barisan Nasional yang mendahulukan kepentingan rakyat akan mendahulukan projek-projek tebatan banjir seperti ini. Jangan kita memperlakukan seperti banjir di Ampang baru-baru ini barulah kita sedar bahawa ini adalah penting.

Saya berasa bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin tidak berapa tahu tentang kawasan-kawasan jauh di Penang ini atau di Bukit Mertajam ini. Saya ingin menjemput supaya kalau sudi Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh datang ke kawasan ini supaya lebih faham keadaan di situ dan mungkin lebih senang untuk meluluskan pelan- pelan seperti ini. Ini kerana seperti yang dikatakan, ada beberapa komponen yang belum dijalankan. Apabila komponen-komponen ini tidak dijalankan, rancangan ini tidak akan efektif. Itu maksudnya, ramai rakyat juga akan apabila hujan lebat, mereka akan hidup dalam ketakutan. Juga, peruntukan masih belum turun, bukan? Saya mohon supaya peruntukan ini diturunkan. Saya jemputlah Yang Berhormat untuk turun ke padang untuk melihat sendiri supaya boleh mempercepatkan kelulusan ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itu Yang Berhormat, bukan soalan, jemputan. Jadi tidak perlu jawab panjang-panjang. Kalau sudi menerima, katakan sahaja, “Okey, saya sudi”.

final • 10:40 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Terima kasihlah kepada Ahli Yang Berhormat dari Bukit Mertajam. Saya juga ingin memberi penjelasan sedikit sebanyak terutama sekali tentang soal kesedaran, keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat di mana mereka duduk di tempat-tempat yang kena banjir. Sememangnya kita prihatin ini dan soal sama ada rakyat didahulukan, semua rakyat di Malaysia akan didahulukan... [Tepuk] Tidak ada yang kita lupa atau terpinggir di dalam perkara ini. Ini pertama.

Kedua berkaitan dengan flat di Ampang itu, itu tidak diduga. Walaupun JPS telah membuat perancangan dengan tepat dengan sedaya upaya, tetapi apa boleh buat kalau hujan datang begitu lebat sekali yang kita tidak duga dan sememangnya banjir berlaku.

Akan tetapi setelah itu, kita juga mengambil tindakan. Kita mengambil tindakan supaya – masalah akibat daripada banjir itu, kita akan mengambil tindakan supaya ia dapat diperbaiki keadaannya.

Selain daripada itu, sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jemputan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya akan urus supaya kita melawat tempat ini dan saya sedar juga di mana tempat-tempat sekarang yang bermasalah. Saya sudah senaraikan nama kampung sebentar tadi itu di mana ada tempat tertentu yang kita sudah membuat perancangan supaya masalah takungan air di sini iaitu di mana airnya tidak berapa mengalir dengan lancar akan dapat diatasi. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan, ini dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, tebatan banjir. Jadi Putatan itu jauh sangatlah. Akan tetapi tidak mengapa, sila.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada pihak kementerian yang diwakili oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri, orang yang baik, soft spoken, apik, rajin, handsome dan winnable juga. Akan tetapi malang Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang pihak Menteri sendiri tidak sedar sama sekali apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kementerian? Ini soal keseluruhan tebatan banjir Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak menyentuh Sabah ini, secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, sahabat saya daripada Tawau juga mengalami masalah yang sama. Soal tebatan banjir ini amat serius sekali.

Saya mahu tanya kementerian, berapa kerugian setiap kali berlakunya banjir kilat?

Adakah kementerian menyiasat, menyelidik berapa jumlah kerugian bagi setiap banjir kilat?

Itu satu. Kedua, berapa jumlah perbelanjaan yang digunakan oleh kerajaan menubuh, membina alat-alat tebatan banjir terutama sekali flood gate dengan izin, kedua lock gate?

Berapa jumlah yang telah dibina dan berapa yang masih berfungsi? Harap Menteri tulis ini.

Berapa jumlah yang dibina yang tidak berfungsi sekarang? Duit rakyat diguna untuk membina flood gates ini, tetapi tidak berfungsi. Orang kampung marah. Sungai yang sepatutnya dilalui bot-bot nelayan tidak dapat lalu oleh sebab keadaan yang ditutup oleh flood gate ini yang tidak berfungsi langsung. Saya teruk dihentam oleh para nelayan sebab bot-bot mereka tidak dapat masuk.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Di tempat saya, di kampung saya baru dibina. Saya tidak tahulah pihak kerajaan Federal atau pun negeri yang meminta satu flood gate yang langsung tidak berfungsi, yang memblok, menghalang laluan nelayan-nelayan, dan keduanya, debris-debris, sampah sarap semua berkumpul di tempat saya. Siapa yang mahu membersihkan? Bukan membantu tetapi menyusahkan rakyat, menyusahkan wakil rakyat... [Tepuk] Ini amat penting. Di Kampung Pasir Putih, kawasan Yang Berhormat Kalabakan, tiap-tiap tahun banjir. Di kawasan saya tiap-tiap tahun. Juta-juta kerugian oleh rakyat. Ini kerugian daripada rakyat, bukan daripada kerajaan.

Saya harap tindakan slogan, “Rakyat Didahulukan” ini amat penting sekali. Saya mahu pihak kerajaan menyediakan peruntukan yang secukup-cukupnya menangani masalah banjir ini.

Saya bersimpati dengan Menteri sendiri kerana diberi peruntukan yang berkurangan setiap tahun. Sepatutnya fenomena pemanasan global ini, peruntukan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ditambah berlipat ganda. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, mohon menjawab.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat tahu peraturan mesyuarat. Semua Ahli Yang Berhormat tahu, cuma kadang- kadang Ahli-ahli Yang Berhormat cuba sejauh mana saya dapat sabar. Kadang-kadang saya sabar, kadang-kadang tidak. Jadi kalau saya ambil tindakan-tindakan tertentu mengikut budi bicara saya, jangan marah saya. Maka itu Ahli Yang Berhormat Menteri tidak payah jawab kerana bagi saya tidak kena mengena dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 10:40 AM

5. Tuan Mohd. Nizar Zakaria [Parit] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, supaya kajian semula bayaran perkhidmatan internet yang mana talian telah disekat akan tetapi bayaran perkhidmatan masih terus dikenakan serta mengkaji semula kadar bayaran yang terlalu tinggi berbeza dengan talian telefon di mana bayaran perkhidmatan dikenakan atas sebab talian masih boleh dihubungi.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Parit atas pertanyaan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, dalam penetapan sesuatu kadar harga internet setiap pembekal perkhidmatan perlu mematuhi setiap peraturan dan prinsip serta harga pasaran yang ditawarkan sebagaimana yang digariskan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Namun begitu, kerajaan tidak mengawal selia kadar bagi perkhidmatan mudah alih dan perkhidmatan jalur lebar.

Pengawalan kadar bagi perkhidmatan-perkhidmatan ini biasanya ditentukan oleh faktor-faktor pasaran, pelindungan pengguna dan ekonomi. Pengguna yang ingin melanggan perkhidmatan internet perlu mengetahui dan mengambil maklum tentang terma dan syarat yang dikenakan oleh pembekal perkhidmatan. Pengguna selalunya terikat dengan kontrak yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan selama satu hingga dua tahun dan harus memastikan pembayaran dibuat secara tetap agar talian perkhidmatan tidak disekat.

Penyekatan talian perkhidmatan akan dibekukan sekiranya pengguna tidak membayar komitmen bulanan pada waktu yang telah ditetapkan. Penyekatan tersebut memberi peringatan kepada pengguna untuk melangsaikan bayaran yang tertunggak.

Walaupun perkhidmatan telah disekat, namun komitmen bulanan akan terus dicaj dan perkara ini telah dimaklumkan kepada pengguna semasa pendaftaran dibuat. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sedang berusaha bersama penyedia perkhidmatan untuk mewujudkan skim mampu berinternet seperti skim khas langganan TM pada masa ini yang hanya mengenakan RM20 sebulan.

Bagi pelanggan yang berkemampuan, bolehlah melanggan perkhidmatan internet mengikut keperluan masing-masing dan selain itu penyedia perkhidmatan juga telah menawarkan beberapa pakej mampu milik untuk golongan kurang upaya, berpendapatan rendah dan warga emas. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Penggunaan jalur lebar adalah satu kemestian pada zaman era teknologi sekarang. Jika kata tidak hendak maka kita akan jauh keciciran dan Malaysia amat menyedari akan kepentingan ini yang boleh kita melihat banyak syarikat gergasi telco-telco di negara ini berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan pelbagai pakej menarik. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memantau pakej pelan mudah alih dan internet yang banyak mengandungi kos tersembunyi dan mengelirukan. Apakah kementerian bersedia menimbangkan semula supaya caj internet diturunkan sehingga RM8 hingga RM12 sebulan. Pohon penjelasan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Parit atas pertanyaan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bahawa Kerajaan Malaysia sebagai kerajaan yang bertanggungjawab memang mengalu-alukan penggunaan internet di semua peringkat masyarakat mahupun di bandar ataupun di luar bandar. Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengawal aktiviti pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dengan menjalankan pemantauan bagi tujuan melindungi pengguna. Pemantauan bagi pelan dan pakej mudah alih serta internet adalah berdasarkan kepada Kod Amalan Am Pengguna untuk industri dan multimedia Malaysia. Di bawah kod tersebut, pemberi perkhidmatan mesti menyediakan keterangan secukupnya tentang perkhidmatan dalam bahasa yang mudah difahami dan menggalakkan penggunaan jargon teknikal bagi mengelakkan penggunaan jargon teknikal bagi memastikan pengguna mendapat maklumat yang secukupnya sebelum pembelian sesuatu pakej dan pelan dibuat.

Bagi perkhidmatan internet, pemberi perkhidmatan hendaklah memberikan maklumat terperinci tentang kawasan-kawasan liputan. Selain itu, pemberi perkhidmatan mesti memaklumkan kepada penggunaan tentang maklumat penetapan harga seperti maklumat terperinci mengenai harga, jumlah setiap jenis bayaran, kaedah pengiraan dan kekerapan dikenakan bayaran atau keadaan yang menyebabkan bayaran dikenakan.

Tuan Yang di-Pertua, yang dipohon oleh Yang Berhormat Parit bahawa agar kementerian menyemak balik harga tawaran penggunaan internet sebagaimana yang telah saya katakan tadi bahawa ini adalah mengikut permintaan pasaran. Satu, sekiranya kita terlalu ketat dalam penguatkuasaan berkenaan dengan harga jangan nanti kita pula menyekat perkembangan industri komunikasi di negara kita. Ini juga akan merugikan negara sebagaimana yang telah saya katakan tadi kita memang percaya bahawa kemajuan dalam industri ini adalah satu pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Oleh yang demikian, janganlah pula kita teragak-agak untuk menyekat harga yang berpatutan yang dikenakan oleh pemberi-pemberi perkhidmatan, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya berkaitan dengan bayaran cukai perkhidmatan 6% yang minggu ini ia berbangkit semula. Selepas tahun lepas hal itu diredakan dengan pengumuman kerajaan untuk menangguhkan kadar cukai pendapatan ke atas pengguna pra bayar. Cuma 17 Mac kelmarin, BERNAMA melaporkan dan memetik daripada bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank sebagai berkata bahawa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia telah pun mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri dan mengarahkan agar telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai. Itu dia khusus berkenaan memo.

Hal itu kemudian disanggah oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bahawa tidak ada arahan sedemikian rupa. Jadi bolehkah dalam Parlimen pagi ini Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan duduk sebenar perkara itu. Apakah benar ada memo yang mengarahkan agar caj perkhidmatan dikenakan ataupun memang kerajaan kekal dengan dasar sekarang menangguhkan bayaran pra bayar. Totally, ini membabitkan hampir 58 juta pengguna, RM10 nilai pra bayar ertinya RM10.60. Beri kesan besar kepada pengguna khususnya rakyat terbanyak. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Machang.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya jelaskan di sini bahawa ketetapan kerajaan berkenaan charge cukai perkhidmatan ini sememangnya ditangguhkan seperti mana yang diumumkan pada tahun yang lepas. Begitu juga, terima kasih Yang Berhormat Machang kerana

final • 11:00 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

mengutarakan perkara ini dan memberikan saya peluang untuk menjelaskannya.

Sebagaimana yang telah disebut tadi berkenaan dengan laporan dari Bernama iaitu hanya mengatakan petikan dari analisa yang dikeluarkan seorang penganalisis dalam hal industri telekomunikasi.

Kementerian dan saya sendiri tidak tahu mengapa pula penganalisis ini menyebut perkara yang sedemikian yang sebenarnya memang tidak ada arahan dan tidak ada keputusan. Sebagaimana yang telah kita sebut di sini beberapa kali tahun lepas iaitu perkara ini perlu dirunding bukan dengan hanya di antara kementerian, SKMM dan pemberi-pemberi perkhidmatan sahaja tetapi juga bersama-sama dengan Kementerian Kewangan dan pihak Kastam kerana ini adalah cukai perkhidmatan. Begitu juga sebagaimana yang diadakan di beberapa negara, perundingan dalam menentukan adakah perkhidmatan telekomunikasi dimasukkan sebagai utiliti. Sekiranya ia diiktiraf sebagai utiliti, maka tidak ada cukai.

Ini semua belum ada keputusan. Oleh yang demikian, tidak adalah memo sebagaimana yang disebut dalam analisa yang disediakan oleh penganalisis tersebut.

Sebagaimana yang telah dinafikan oleh Pengerusi SKMM, maka setakat itulah yang benar.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, boleh pohon satu soalan tambahan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian boleh meminta Telekom mengkaji semula charge yang dikenakan ke atas pengguna talian tetap? Charge sewa yang dikenakan di mana buat masa ini, charge sewa untuk kediaman ialah sebanyak RM26 dan untuk komersial sebanyak RM49 yang begitu mahal sekali. Ini kerana pembekalan talian tetap ini buat masa ini hanya disediakan oleh Telekom dan tiada saingan yang lain. Jadi, mereka melanggan perkhidmatan Telekom ini sebab mereka mahu menggunakan kemudahan faks. Jadi, apabila kita tengok bil datang, charge sewa lebih tinggi daripada penggunaannya. Kadang-kadang charge sewa sebanyak RM26 tetapi penggunaannya hanya sebanyak RM7. Jadi, saya rasa sampai masanya Telekom harus mengkaji semula charge sewaannya dan pelanggan yang melanggan Streamyx. Mereka sudah membayar pakej, contohnya sebanyak RM88 sebulan tetapi mereka perlu juga membayar charge sewa telefon tersebut.

Kalau kita bandingkan dengan negara Singapura, charge sewaan mereka lebih kurang SD29 sahaja untuk tiga bulan. Jadi, anggaran kurang SD10 untuk sebulan tetapi Malaysia, sebulan langganan sewanya berharga RM26 walaupun penggunaannya kurang.

Jadi, saya pohonlah agar Telekom mengkaji semula untuk mengurangkan charge yang dikenakan agar lebih ramai mampu menggunakan perkhidmatannya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.

Pada pagi ini saya seronok mendengar cara Yang Berhormat bertanya soalan yang sangat berhemah.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam perkiraan sesuatu pemberi perkhidmatan termasuklah Telekom Malaysia, ia mengambil kira beberapa faktor untuk menyediakan tarif. Saya setuju iaitu di Malaysia ada sedikit lebih mahal lagi dibandingkan dengan Singapura berkenaan dengan charge bulanan. Sekiranya kita mengambil kira hanya Lembah Klang sahaja. Kita boleh bandingkanlah dengan Singapura.

Akan tetapi oleh kerana kita menyediakan perkhidmatan ini untuk seluruh negara.

Penggunaannya, permintaannya tidak begitu padat seperti yang boleh kita lihat di Klang Valley atau Lembah Klang seperti yang di Singapura.

Sebagaimana yang telah saya katakan tadi, faktor-faktor yang menentukan kos tarif Tuan Yang di-Pertua, iaitu kos rangkaian antarabangsa, kos rangkaian domestik, kelajuan dan jumlah data-data yang dilanggan iaitu berkenaan dengan internet. Begitu juga dalam kos ini, ada kos domestik dan kos antarabangsa. Yang saya katakan di sini berkenaan dengan kos domestik, ini berkenaan dengan kos pusat yang disediakan dan kos kabel dan peralatan-peralatan ibu sawat.

Jadi Yang Berhormat, kementerian memanglah suka untuk menengok harga atau tarif ini diturunkan tetapi ia dengan berpatutan dan sentiasa dipantau oleh kementerian dan SKMM bahawa charge-charge yang dikenakan oleh pemberi-pemberi perkhidmatan termasuk Telekom Malaysia tidak berketerlaluan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Perdana Menteri menyatakan, cadangan dan rancangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memperkemas dan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengurangkan kebergantungan pengangkutan persendirian dalam bandar.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyediakan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat, Greater Kuala Lumpur-Lembah Klang bagi tempoh tahun 2010 hingga tahun 2030. Ini untuk menjadikan pengangkutan awam darat sebagai pilihan rakyat dengan misi membangunkan sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, boleh diharap, efisien, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu dan mampu dibayar.

Terdapat enam komponen utama pelan induk yang mengandungi hala tuju komprehensif bagi melonjakkan pengangkutan awam di samping mengurangkan kebergantungan kepada pengangkutan persendirian dalam bandar, pertama Pelan Pembangunan Rel Bandar seperti LRT, MRT, ERL dan komuter berfungsi sebagai tulang belakang pengangkutan awam dengan menyediakan kapasiti yang tinggi serta menyediakan hubungan ke kawasan berpenduduk padat. Sebagai contoh, Star LRT sekarang ini membawa 465,000 orang penumpang setiap hari. Perancangan rel bandar di sekitar Lembah Klang termasuklah pertambahan kapasiti koc KTM Komuter, pembangunan MRT merentas Bandaraya Kuala Lumpur, sambungan laluan LRT ke Putra Heights, sambungan laluan monorel, pembangunan monorel ke Putrajaya dan perubahan aliran pengangkutan barang bagi KTM Komuter.

Kedua, Pelan Transformasi Bas. Perkhidmatan bas berfungsi sebagai sokongan dan pengantara perkhidmatan tempatan kepada pusat-pusat kejiranan. Sebagai contoh, bas RapidKL sekarang ini membawa 380,000 orang penumpang setiap hari. Perancangan bas merangkumi cadangan penetapan piawaian perkhidmatan, memperkenalkan sistem Bas Rapid Transit (BRT) yang menyediakan laluan khas bas, rancangan rangkaian bas tempatan, memperbaiki kebolehpercayaan, mempertingkatkan accessibility, melengkapi bilangan kenderaan, program latihan pemandu, memperbaiki prasarana hentian bas serta penyediaan maklumat dan penyepaduan tambang;

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ketiga, Pelan Transformasi Teksi - perancangan teksi memfokuskan kepada peningkatan kualiti perkhidmatan melalui fokus dan standard kenderaan, pemandu, melalui latihan serta pemantauan. Selain itu perancangan teksi turut merangkumi bilangan yang sesuai dan penjenamaan semula. Mempertingkatkan akses dan rangkaian serta mempertingkatkan pengurusan prestasi dan penguatkuasaan. Kini terdapat 29,000 buah teksi di Lembah Klang.

Keempat, Pelan Guna Tanah – polisi guna tanah melibatkan konsep Transit Oriented Development, dengan izin TOD yang memberi keutamaan pembangunan berkepadatan tinggi di koridor pengangkutan awam. Selain itu setiap pembangunan baru perlu mengambil kira faktor pengangkutan awam yang merangkumi accessibility dan laluan perkhidmatan proses semasa kelulusan perancangan.

Kelima, Pelan Pertukaran Dan Penyepaduan. Pelan ini menggariskan strategi bagi melancarkan pertukaran antara mod pengangkutan awam darat, penyepaduan tambang dan sistem pengeluaran tiket sebagai contoh Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan mempunyai stesen teksi, bas, LRT, ERL, KTM Komuter untuk penumpang ke selatan tanah air sementara Hentian Duta untuk penumpang ke utara semenanjung.

Keenam, Pelan Pengurusan Permintaan Perjalanan ataupun dengan izin, Travel Demand Management. Inisiatif pelan pengurusan permintaan perjalanan (TDM) ini menjurus kepada langkah-langkah yang menggalakkan perjalanan menggunakan pengangkutan bersepadu. Selain daripada strategi mempertingkatkan kualiti penyediaan pengangkutan awam pelan ini juga melihat kepada langkah-langkah mengekang penggunaan pengangkutan persendirian melibatkan polisi bahan api, kawalan tempat letak

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

kenderaan dan had kegunaan kenderaan serta perkongsian kenderaan. Dimaklumkan di sini bahawa keseluruhan draf perancangan ini sudah siap dan sedang dikemukakan kepada orang ramai bagi mendapatkan maklum balas. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya rasa faktor utama kekurangan bas yang beri perkhidmatan di Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang satu faktor yang menyebabkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur ini amat teruk. Oleh kerana sebanyak 900 buah bas sedia ada di Kuala Lumpur ini berbanding dengan bandar raya di luar negeri seperti di Seoul, Korea Selatan mahupun Tokyo ataupun Singapura yang sekurang-kurangnya hendak 4,000 hingga 5,000 bas untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisien dalam bandar raya Kuala Lumpur jika ada satu rancangan akan diadakan pada masa yang dekat.

Saya ingin tahu, apakah rancangan dalam masa pendek mahupun masa panjang untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dan apakah tindakan akan diambil oleh kerajaan atau kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, faktor masa untuk menunggu lama, sukar mendapat teksi, bas, terpaksa berjalan kaki jauh ke stesen LRT mahupun stesen-stesen bas, kesesakan tidak dapat parking juga adalah antara sebab-sebab orang ramai enggan menaiki pengangkutan awam. Soalan saya adalah bagaimanakah cara masalah-masalah ini diatasi untuk kemudahan orang-orang awam? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, saya tadi sudah menjawab soalan Yang Berhormat ini. Kita ada enam perancangan komponen utama dalam pelan induk itu. Ahli Yang Berhormat yang berminat sila buka laman web, www.spad.gov.my. Di situ ada 80 muka surat perancangan yang teliti seperti mana juga yang disebut oleh Yang Berhormat tentang bas dan kita bukan hanya merancang untuk bas tetapi juga merancang untuk rel dan juga teksi dan juga penggunaan tanah empat perancangan utama itu. Sekarang ini kita baru menyiapkan drafnya dan kita menunggu maklum balas daripada orang ramai bagi melaksanakan dan sebahagiannya telah kita dilaksanakan daripada enam-enam perkara yang saya sebut tadi.

Mengenai bas kita ada 13 operator bas di Lembah Klang saya sudah menyebut tadi 380,000 penumpang di bawa oleh bas setiap hari. Kita mengakui memang Kuala Lumpur selalu jam tetapi jamnya itu bukannya setiap hari. Ia hanya di waktu puncak sebagaimana juga berlaku di bandar raya yang lain. Walaupun begitu, kita akan terus memastikan supaya perkara ini dapat diselesaikan kerana ia melibatkan tentang kualiti hidup, ia melibatkan tentang kita punya ekonomi di Kuala Lumpur dan sekitarnya dan perkara ini perlu diselesaikan. Itulah sebabnya kerajaan menubuhkan SPAD untuk melihat segala yang mana kita juga ada menyebut dalam NKRA kita bahawa kita ingin menyelesaikan masalah pengangkutan awam di bandar raya-bandar raya bukan hanya di Kuala Lumpur tetapi juga di seluruh negara Malaysia.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 11:10 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Ledang.

final • 11:10 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya merujuk kepada pertemuan yang diadakan antara Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur daripada Pakatan Rakyat bersama dengan Pengerusi SPAD pada 7 Mac 2012. Kami berterima kasih ke atas ruangan yang diberikan. Namun saya ingin menanyakan maklum balas atau mendapatkan penjelasan daripada kerajaan kerana dalam pertemuan tersebut ada diperincikan beberapa perancangan termasuk untuk bas, teksi dan belum lagi siap walaupun di saat-saat akhir penyiapannya mereka masih lagi menunggu maklum balas seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Hanya, saya dapat juga maklum balas, maklumat bahawa walau belum siap lagi sistem perancangan bas dan teksi tetapi pihak SPAD telah memberikan jajaran atau perancangan MRT, menyerahkannya kepada pihak Kabinet untuk kelulusan.

Jadi nampak di sini bahawa pelan ini belum lagi menyeluruh untuk melihat dan memperbaiki sistem pengangkutan awam darat di Kuala Lumpur tetapi kenapakah, apakah rasional kerajaan bila mendahulukan pelan MRT sebelum persiapan kesemua perancangan-perancangan yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi. Kerana kita

final • 11:10 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

mahu keyakinan bahawa projek yang diluluskan adalah terbaik bagi Kuala Lumpur bukan kerana ianya dicadangkan oleh kumpulan seperti GAMUDA dan MMC. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, di Kuala Lumpur ini sekarang ini penduduknya di sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan kajian kita ialah Gombak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Putrajaya, Nilai, Sepang dan Ulu Langat.

Kawasan ini mempunyai 6.5 juta penduduk. Pada tahun 2020 jangkaannya 10 juta.

Oleh kerana itu kita ingin mempercepatkan apa yang boleh dipercepatkan termasuklah jajaran MRT daripada Sungai Buloh ke Kajang 51 kilometer jauhnya dan 10 kilometer bawah tanah dan akan boleh membawa 600,000 penumpang setiap hari untuk jajaran itu.

Oleh kerana projek itu perlu mengambil masa itu sebab ia didahulukan dari segi pengambilan tanah dan lain-lain. Jadi Yang Berhormat pelan drafnya sudah siap.

Yang Berhormat boleh akses di www.spad.gov.my dan sesiapa juga yang berminat untuk memberikan pandangan terhadap pelan komprehensif dari segi Public Transport Master Plan untuk Kuala Lumpur Klang Valley ini, silakan dengan segala hormatnya berilah segala pandangan. Kita akan memuktamadkan seberapa segera. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Patut kita puji di atas usaha yang telah dan sedang dibuat oleh kerajaan dalam meningkatkan kemudahan sistem pengangkutan awam ini seperti LRT dan sebagainyalah. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya dalam usaha untuk menggalakkan ataupun meningkatkan lagi penggunaan pengangkutan awam itu, bagaimana kerajaan boleh tingkatkan tawaran perkhidmatan yang boleh menyebabkan ataupun yang boleh mempengaruhi orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Misalnya, tadi disebut kawasan parking di stesen LRT yang perlu dibesarkan.

Sekarang kerajaan sedang membuat laluan berbumbung. Itu satu usaha yang dipuji dan saya yakin kerajaan ada - saya ingin bertanya, apakah lagi yang kerajaan boleh tambah kemudahan orang awam supaya lebih terarah kepada menggunakan pengangkutan awam misalnya sistem tiket yang lebih efisien. Mungkin daripada rumah beli tiket online dan sebagainya contoh-contoh yang boleh kita fikirkan. Beberapa perkara lagi termasuklah saya ingin bertanya. Apakah usaha lagi yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan untuk memberikan lebih kesedaran dan pendidikan supaya orang awam menghargai dan seterusnya menggunakan pengangkutan awam dan tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah lain seolah-olah kerajaan tidak bantu dan sebagainya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sebagai contoh, bilangan teksi di lembah Klang, saya ingin memaklumkan pada Ahli-ahli Yang Berhormat sebanyak 29,000 buah teksi di Lembah Klang ini, angkanya itu sudah mencukupi. Kalau kita tidak membawa lagi kereta persendirian ke kawasan Kuala Lumpur ini, teksi yang sudah ada itu sudah mencukupi bilangannya 29,000. Sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi feeder service ke stesen LRT dari segi kawasan parking dari semasa ke semasa kita sedang memperbaiki perkara itu terutama feeder service terutama bas-bas yang tertentu yang boleh masuk dalam kawasan LRT.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa tiket bersepadu LRT juga bas sudah dimulakan dan kita akan menggunakan tiket bersepadu ini sebagaimana yang dilakukan di negara maju. Kita sudah mulakan tetapi belum lagi menyeluruh dan kita akan memastikan ia akan digunakan menyeluruh dan sebagaimana yang saya sebut silalah beri komen kepada pelan yang kita telah siapkan ini dan yang belum siap ialah pelan keseluruhan dalam semenanjung, itu belum siap. Namun pelan untuk Kuala Lumpur dan Lembah Klang sudah siap. Terima kasih.

final • 11:20 AM

7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan:

(a) setakat mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membuat persediaan dari segi menambahkan jumlah penerbitan bahan ilmiah dalam bahasa Melayu bagi jurusan sains dan teknologi dan

(b) apakah Institut Terjemahan Negara Malaysia membantu kementerian dalam meningkatkan bahan rujukan ilmiah pelbagai bahasa kepada bahasa Melayu.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di- Pertua, menjawab soalan,

(a) Kementerian Pengajian Tinggi secara berterusan komited dalam mempertingkatkan jumlah penerbitan bahan ilmiah dalam bahasa Melayu khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Kementerian telah mewujudkan pelan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT yang memberi fokus dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan, pengiktirafan akademik dan antarabangsa.

Antara inisiatif-inisiatif yang perlu diambil oleh IPTA ialah menyediakan laporan penyelidikan dalam bahasa Melayu, menambah bilangan artikel jurnal berindeks dalam bahasa Melayu dan menambah bilangan penerbitan buku akademik dalam bahasa Melayu. Di samping itu, pelaksanaan sistem ganjaran yang setimpal diberikan kepada mereka yang menghasilkan penulisan berbentuk ilmiah seperti jurnal, bab dalam buku manual, monograf dan prosiding dalam bahasa Melayu. Usaha untuk meningkatkan martabat jurnal-jurnal ilmiah dalam bahasa Melayu seiring dengan jurnal-jurnal bahasa Inggeris juga turut dilaksanakan.

(b) Pada masa ini bahan ilmiah IPT yang diterjemahkan tidak melalui Institut Terjemahan Negara memandangkan kepakaran penterjemahan oleh IPTA mampu menghasilkan penerbitan penterjemahan yang berkualiti. Pelan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPT turut menyarankan penubuhan unit terjemahan di bawah pusat penerbitan di setiap IPTA bagi menggalakkan dan mempertingkatkan karya terjemahan bahan ilmiah universiti khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, kementerian sentiasa bersedia mempertimbangkan jalinan kerjasama dengan Institut Terjemahan Negara jika terdapat keperluan tertentu.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Jadi, kalau kita lihat pekerjaan penterjemah masih lagi – kalau kita lihat bukanlah kerja-kerja yang profesional di Malaysia walaupun di tempat-tempat lain kerja penterjemahan ini merupakan satu kerja yang dianggap profesional. Saya rasa telah ada polisi kerajaan mengenai dengan memperkasakan terjemahan.

Ini dengan tertubuhnya Institut Terjemahan Negara dan Buku Malaysia yang dahulu dipanggil ITNM. Walaupun rasa saya tidak sepenuhnya dilaksanakan kerana seperti yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa segala kerja-kerja penterjemahan itu tidak diberi kepada pihak ITNM tetapi dibuat sendiri oleh setiap IPTA dan sebagainya dengan mewujudkan unit penterjemahan. Ini kadang-kadang menjadi masalah kerana keselarasan dari segi istilah dan sebagainya dan juga mengikut bidang, bidang tertentu.

Kalau masing-masing buat sendiri, dia akan jadi cacamerba.

Jadi, soalan tambahan saya ialah apakah IPTA sebenarnya bersedia untuk menjadikan kerja-kerja penterjemahan ini sebagai satu daripada kriteria utama untuk pensyarah bagi kenaikan gred dan pangkat kerana kerja penterjemahan ini bukan mudah

final • 11:20 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

sebenarnya kerana lenggok bahasa, budaya dan apa sahaja yang terkandung dalam karya asal perlu dihayati dahulu. Mereka yang menterjemah itu perlu ada kepakaran dan adakah pihak negara ini mempunyai pengiktirafan seumpamanya, sebagai contoh anugerah terjemahan kepada penterjemah-penterjemah dalam usaha menggalakkan lebih banyak bahan terjemahan di negara ini kerana bagi saya untuk menguasai sesuatu ilmu itu, antara jalan yang paling cepat ialah kita membuat terjemahan ke dalam bahasa Melayu. Mohon jawapan.

final • 11:20 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat memang Kementerian Pengajian Tinggi komited untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kita memang ada pelan memartabatkan bahasa Melayu dan di antara lainnya mewajibkan penerbitan buku atau bahan-bahan akademik dalam bahasa Melayu sebagai kriteria perjawatan.

Sebagai contoh bagi pengesahan jawatan seorang pensyarah, beliau perlu menyediakan laporan tugasan di dalam satu bahasa Melayu dan satu bahasa Inggeris yang berkaitan dengan kepakarannya. Kementerian juga memperkenalkan beberapa anugerah di peringkat IPT bagi meningkatkan pengiktirafan akademik bahasa Melayu seperti Anugerah Akademik Universiti, Anugerah Profesor Universiti, Anugerah Penterjemahan Karya Ilmu dalam bahasa Melayu dan Anugerah Akademik Bahasa Melayu. Di peringkat kategori Anugerah Akademik Negara, kementerian akan memperkenalkan Anugerah Penterjemahan karya Ilmu dalam bahasa Melayu dan Anugerah Akademik Bahasa Melayu. Sekian.

final • 11:20 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. “Tonggak dalam air boleh diraba tetapi air di dalam tonggak tidak teraba.” Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini dari segi membolehkan institusi-institusi pengajian tinggi awam kita lebih dinamik, lebih kompetitif dan lebih mampu untuk bersaing di peringkat global. Bagaimana terjemahan dan penerbitan dapat disempurnakan lagi dan juga dari segi penyelidikan yang berimpak tinggi. Bagaimanakah di dalam bidang ini dapat kementerian mempertingkatkan lagi semua ini?

final • 11:20 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, memang universiti menggalakkan pensyarah-pensyarah mereka untuk menerbitkan artikel mereka dalam jurnal yang berimpak tinggi ataupun berindeks dan penerbitan dalam jurnal berindeks tidak sewajarnya membantutkan usaha untuk menerbitkannya dalam Bahasa Melayu. Ini kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk penerbitan dalam Bahasa Melayu diterima dalam jurnal berindeks.

Namun apa yang perlu dilakukan ialah penerbitan dalam bahasa Melayu perlu diterbitkan secara berterusan untuk memberi kesan. Untuk makluman juga, jurnal berindeks boleh menerima semua bahasa, yang diutamakan ialah penerbitan tersebut memenuhi keperluan mereka. Sekian.

final • 11:20 AM

8. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) jumlah bilangan aduan awam yang telah diterima atas kecuaian doktor kerajaan, dan apakah hasil siasatan setakat ini; dan

(b) butir-butir tentang kekurangan doktor, doktor pakar (general practitioners and specialists) di hospital kerajaan dan langkah- langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, bilangan aduan orang awam yang diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia daripada tahun 2006 hingga tahun 2011 secara puratanya adalah 4,500 setahun. Jumlah aduan berpotensi medicolegal ataupun perundangan perubatan yang dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan Bebas daripada tahun 2006 hingga 2011 adalah sebanyak 549 kes iaitu secara puratanya 90 kes setahun. Oleh yang demikian, secara ringkasnya, bagi setiap 100 kes aduan, terdapat dua kes atau 2% yang berpotensi medicolegal. Bagi kesemua kes yang telah disiasat daripada tahun 2006 hingga tahun 2011, sebanyak 141 kes diselesaikan di mahkamah sementara 196 kes diselesaikan di peringkat Kementerian Kesihatan secara ex-gratia.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah bilangan pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antaranya melalui penambahan jumlah tajaan biasiswa daripada 600 tempat kepada 800 tempat setahun mulai tahun 2011 bagi melatih pegawai perubatan Kementerian Kesihatan menjadi pegawai perubatan pakar. Sehingga 29 Februari 2012, terdapat seramai 2,644 orang pegawai perubatan sedang mengikuti latihan kepakaran dan sub kepakaran sama ada di dalam ataupun di luar negara.

Selain itu, pertambahan institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan pengajian dalam bidang perubatan turut menyumbang kepada peningkatan pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan. Perkara ini dapat dilihat melalui peningkatan lantikan pegawai perubatan latihan siswazah di Kementerian Kesihatan yang melebihi 3,000 orang setahun mulai tahun 2009 berbanding dengan hanya 1,290 orang pada tahun 2007.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pegawai perubatan latihan siswazah yang dilantik pada tahun 2011 ialah seramai 3,564 orang. Pertambahan yang amat ketara ini telah meningkatkan bilangan pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar di Kementerian Kesihatan Malaysia kepada 21,747 orang pada tahun 2011.

Di samping itu, sebagai langkah tambahan, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah melantik pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar secara kontrak untuk berkhidmat di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan. Sehingga 29 Februari 2012, terdapat seramai 643 pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar kontrak di Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 21 Mac 2012”.

final • 11:33 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 11:33 AM
JAWATANKUASA PILIHAN KHAS MENGENAI PROJEK LYNAS ADVANCED MATERIALS PLANT (LAMP) DI BAWAH P.M. 81(1)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan 81(1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Majlis ini mengambil ketetapan berikut:

(a) Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dilantik bagi tujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek ini;

(b) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah terdiri daripada sembilan (9) Ahli Dewan Rakyat:

(i) lima (5) anggota daripada Barisan Nasional (termasuk seorang Menteri sebagai Pengerusi);

(ii) tiga (3) anggota daripada pembangkang; dan

(iii) satu (1) anggota selain daripada Barisan Nasional atau pembangkang (Bebas).

Jika Pengerusi yang dipilih tidak hadir dalam sesuatu Mesyuarat, Jawatankuasa tersebut hendaklah memilih Pengerusi dari kalangan anggota-anggota Jawatankuasa yang hadir yang akan memegang jawatannya hanya pada hari ia dipilih itu sahaja;

(c) Tempoh masa pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah selama tiga bulan. Jika Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut tidak dapat melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dalam tempoh tersebut, perkara ini hendaklah dibawa semula ke Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi maksud pelanjutan tempoh pelantikan;

(d) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah menyiapkan dan membentangkan penyata Jawatankuasa yang mengandungi syor-syor berkaitan dan penyata Jawatankuasa tersebut hendaklah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk dipersetujui atau mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Majlis Mesyuarat tersebut ’’ Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 11:34 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 81(1) sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Sebelum saya membuat ketetapan mengenai dengan masa dan bilangan Ahli Yang Berhormat yang berhujah dan kemudian memanggil, saya dengan ini mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri boleh jawab pada jam 2.30 petang. Jadi bermakna kita mempunyai masa lebih kurang sejam setengah untuk bahas. Jam 1 petang tempoh untuk lunch, 2.30 petang Yang Berhormat Menteri menjawab.

Jadi atas sebab itu, kalau kita mempunyai masa lebih kurang sejam 20 minit, maka terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada Ahli Yang Berhormat berucap panjang lebar. Kalau dari pembangkang umpamanya berniat untuk berucap panjang lebar, pilih sahaja dua, tiga orang sebagai juru bahas. Begitu juga bagi pihak penyokong kerajaan.

Cuma, Yang Berhormat Menteri mesti menjawab pada jam 2.30 petang. Jadi masa saya tidak akan tetapkan pada setiap pembahas. Saya serahkan kepada timbalan saya yang menggantikan saya selepas ini. Sila Yang Berhormat Ledang.

final • 11:34 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan melalui Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membentangkan usul ini. Pada saya usul ini penting kerana seperti yang sedang kita alami sekarang dan sebagaimana yang pernah saya sebut di Dewan ini dalam ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari, kita perlu mencari satu penyelesaian di mana rakyat perlu keluar daripada kekeliruan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pada waktu ini mungkin banyak perkara yang berkaitan dengan kilang Lynas ini menjadi satu perbualan dan akhirnya ramai pihak keliru.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 11:38 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ada yang menyokong ada yang menentang dan pada masa sama juga ada yang faham ada juga yang tidak faham. Ada yang faham, pura-pura tidak faham ataupun ada yang tidak faham, pura-pura faham. Itu perkara yang menjadi satu keresahan Tuan Yang di-Pertua yang berlaku pada waktu ini. Jadi pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Ledang mencelah sedikit.

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sila.

final • 11:40 AM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya minta penjelasan ataupun jawapan daripada Yang Berhormat Ledang. Rakyat ini rasa keliru kerana maklumat tidak disampaikan dengan tepat dan betul. Isu ini telah pun banyak dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kalau kita lihat perhimpunan yang diadakan di Kuantan tempoh hari headline Sin Chew keluar dia katakan, “Penyanyi datang, NGO datang, orang politik datang, activist ada tetapi tidak ada saintis, tidak ada pakar-pakar nuklear yang datang ke perhimpunan.” Jadi Yang Berhormat setujukah tidak, segala kekeliruan ini telah pun ditimbulkan dan dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat di kampung saya. Saya bersetuju sangat dengan pandangan daripada Yang Berhormat Simpang Renggam. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa ini perlu benar-benar meneliti segala pandangan daripada semua pihak.

Yang Berhormat Simpang Renggam tadi menyebut tentang kalau kita boleh mengambil situasi semasa demo tersebut tidak ada saintis yang berkaliber, yang boleh jadi pakar rujuk menyertai perhimpunan tersebut.

Jadi mungkin dalam perbahasan ini saya ingin mencadangkan supaya ada beberapa pakar yang duduk dalam jawatankuasa ini sama ada di pihak kita, di pihak

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

kerajaan ataupun di pihak sebelah pembangkang. Supaya segala pandangan itu dapat dirumuskan dengan lebih adil di mana semua pandangan yang bernas daripada semua pakar yang berkaitan dapat dibincangkan dan dirumuskan. Maka dengan sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya lebih awal tadi menyokong jawatankuasa ini dibentuk dan jawatankuasa ini akan mendengar daripada banyak pandangan dan dapat dirumuskan satu keputusan. Sama ada ingin...

final • 11:40 AM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

[Bangun]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sebelum hendak bagi kawan kiri, kanan, depan, belakang itu mencelah fikirkan masa ini tidak banyak Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kuala Krau Yang Berhormat Ledang.

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Dua minit lagi, dua minit. Sebelum keputusan dibuat sama ada projek ini akan diteruskan ataupun dibatalkan. Makna kita mesti adil. Kalau diteruskan ataupun dibatalkan biarlah berasaskan kepada fakta-fakta yang kukuh. Paling penting Tuan Yang di-Pertua ialah rakyat faham. Maka dengan sebab itulah saya menyarankan supaya rumusan ini makna kita lebih transparent dan dapat disalurkan kepada semua rakyat. Rakyat faham dengan segala pertimbangan yang akan dibuat oleh jawatankuasa. Sila.

final • 11:40 AM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Ledang yang mengatakan bahawa projek Lynas ini adalah satu projek yang baik untuk pembangunan negara cuma dipolitikkkan oleh pihak pembangkang. Yang Berhormat Ledang, yang peliknya di kalangan ahli pembangkang ada pakar iaitu Yang Berhormat Hulu Langat yang bekas Ketua Jabatan Nuklear dan Sains Universiti Kebangsaan Malaysia.

Telah berkali-kali mempertahankan bahawa pembangunan Lynas ini adalah satu pembangunan yang selamat yang terjamin keselamatannya. Yang Berhormat Hulu Langat ini seorang pakar tetapi peliknya pembangkang ini pakar daripada dia sendiri pun dia tidak hendak guna.

Apa pandangan Yang Berhormat Ledang? Sebenarnya isu ini adalah isu untuk politik murahan parti pembangkang untuk Pilihanraya Umum Ketiga Belas.

final • 11:40 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Isu yang sama, mohon...

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sekejap ya saya hendak jawab sedikit sahaja.

final • 11:40 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Isu yang sama soal pakar ini. Beri laluan sedikit.

Isu yang sama sebab...

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya jawab sekejap, saya jawab sekejap.

final • 11:40 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tuan Yang di-Pertua saya anggap, saya anggap..

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Ledang itu berkenaan pakar ini menghina doktor-doktor di seluruh Malaysia. Di mana Persatuan Perubatan Malaysia dengan tetap, dengan jelas... [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Belum ada laluan lagi.

final • 11:40 AM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Membantah program Lynas ini.

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua menjawab celahan daripada Yang Berhormat Kuala Krau tadi, ini contoh-contoh, bukti-bukti bahawa kita perlukan pakar yang memang dalam bidang ini. Ertinya kita ada pakar, kita gunakan dan kita terima pandangan pakar. Contohnya Tuan Yang di-Pertua kita dimaklumkan bahawa pakar kesihatan, pakar radiasi mengatakan bahawa body resistance kita boleh menerima, boleh menerima pendedahan radiasi tidak lebih daripada satu milisievert setahun. Ini contoh, ini contoh. Ini pandangan pakar.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat ada dua minit lagi ya... [Dewan ketawa]

final • 11:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ini pandangan pakar. Sedangkan Tuan Yang di-Pertua, sedangkan kalau kita bandingkan komputer ini Tuan Yang di-Pertua ataupun hand phone dia mengeluarkan radiasi yang jauh lebih tinggi daripada kilang Lynas.

Contoh. Jauh lebih tinggi. Kita tidak pertikaikan komputer, kita tidak pertikaikan hand phone. Bercakap soal residual, contohnya torium. Torium yang dibangkitkan itu adalah torium yang concentrate, yang tepu, yang tidak diproses, yang tidak di explore. Macam uranium kalau kita explore pada tahap 20% dan lebih daripada 20% dia jadi tenaga. Lebih 80% dia menjadi bom atom, itu contoh-contoh. Sebab itu kita perlukan pandangan pakar.

Jadi saya menyokong Tuan Yang di-Pertua supaya jawatankuasa ini benar-benar berfungsi dan kita menyokong supaya ianya diwujudkan. Juga mengambil kira semua pandangan sama ada dalam Dewan ini ataupun luar Dewan. Sekian, saya menyokong.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuantan.

final • 11:40 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi laluan saya membahaskan penubuhan Jawatankuasa Khas...

final • 11:47 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Selama 10 minit Yang Berhormat ya.

final • 11:47 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Mengenai Lynas Advanced Material Plant ini. Sememangnya Dewan ini telah berkumandang dengan isu Lynas ini semenjak dari November 2008. Sememangnya orang Kuantanlah yang akan paling terkesan apabila kelak beroperasinya kilang Lynas ini. Namun Tuan Yang di-Pertua, suara saya mewakili bukan sahaja suara orang Kuantan tetapi suara seluruh rakyat Malaysia yang mahukan pembangunan lestari. Ini yang meletakkan pembangunan lestari sebagai satu asas penting di dalam apa sahaja keputusan pembangunan yang dibuat oleh pihak berkuasa.

Pembangunan lestari, sustainable development ataupun pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta keperluan masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. Ianya mengimbangi pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial dan alam sekitar. Ianya juga dikaitkan dengan kualiti kehidupan yang merangkumi sistem ekonomi, sosial dan persekitaran bagi menjamin keselamatan hidup dan persekitaran yang sihat serta produktif.

Matlamat ini bukan sahaja keperluan generasi masa kini tetapi juga untuk generasi masa akan datang. Supaya keputusan pembangunan yang kita buat pada hari ini tidak membebankan anak cucu kita di masa hadapan nanti.

Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan kilang Lynas ialah isu yang menjadi igauan kebanyakan rakyat. Rakyat Kuantan khasnya serta rakyat Malaysia amnya yang mahukan pembangunan lestari cukup amat tertekan dengan kewujudan kilang ini yang bakal beroperasi kelak. Kilang Lynas atau LAMP sudah pun diluluskan lesen operasi sementara temporary operating license (TOL) buat tempoh dua tahun. Satu kilang pemprosesan tanah nadir yang terbesar di dunia, di luar negara China akan mengawal 30% daripada pasaran tanah nadir di dunia akan dibenarkan beroperasi tanpa kewujudan sebuah pilot plan.

final • 11:47 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Saya menggunakan istilah tanah nadir di mana sebelum ini istilah bahasa Malaysia bahawa rare earth ini sama ada digunakan tanah jarang atau nadir bumi. Nadir untuk rare atau jarang didapati dan tanah untuk earth. Ianya tanah dan bukan bumi. Tuan Yang di- Pertua, bahasa Malaysia memang tak ada istilah untuk rare earth sebelum ini. Menunjukkan bahawa daripada segi istilah pun kita tak boleh urus isu LAMP ini malah peraturan pengurusan sistem buangan radioaktif hanya diperkenalkan pada bulan September 2011.

Pada bulan Jun 2011 pula ditambah ke dalam senarai yang memerlukan detail EIA, satu aktiviti seperti LAMP ini. Ini membuktikan bahawa pada tahun 2007, sebab itu Lynas dibawa masuk ke Malaysia. Kita sebenarnya tidak tahu menahu tentang industri yang dibawa LAMP ini, kepakaran jauh sekali.

LAMP yang diurus tadbir oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd ialah milik syarikat Australia 100%. Dijangka akan mendapat laba dalam nilai eksport rare earth element (REE) berjumlah RM8 bilion setahun. Di samping itu, ianya hanya akan menawarkan 350

final • 11:50 AM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

pekerjaan sahaja sambil ianya dianugerahkan status perintis, strategic pioneer status dengan pengecualian cukai selama 12 tahun. Belum pun LAMP beroperasi, ianya sudah pun menolak pelabur lain dari Kuantan. Satu syarikat hartanah yang menawarkan apartmen peranginan mewah di Kuantan iaitu Syarikat Gold Coast Resort Kuantan yang akan menawarkan dua kali ganda bilangan pekerjaan berbanding LAMP telah pun menyatakan hasrat untuk menarik diri sekiranya LAMP dibenarkan beroperasi di Gebeng... [Tepuk] Nilai hartanah di Kuantan juga sudah jatuh dan ramai yang mengatakan bahawa mereka akan berpindah keluar dari Kuantan sekiranya LAMP beroperasi kelak.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kuantan. Yang Berhormat Kuantan, minta sikit.

final • 11:50 AM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat Kuantan, saya orang Kuantan ini.

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Kuantan yang dikenali sebagai destinasi pelancongan dan pilihan tempat untuk bersara sudah pasti akan kehilangan tarikan dan kemungkinan Kuantan menjadi bandar mati seperti Bukit Merah tidak boleh ditolak sama sekali. Tuan Yang di-Pertua, hari demi hari pelbagai pihak telah terus menerus membuat kenyataan bahawa LAMP adalah selamat daripada Menteri Besar Pahang hinggalah kepada Perdana Menteri Malaysia yang juga dari Pahang. Pelbagai taktik digunakan, pelbagai media milik kerajaan digunakan dalam usaha untuk menenangkan orang Kuantan akan tetapi janji-janji ini bukan menenangkan malah ianya menambahkan kerisauan orang Kuantan. Tambah pula ianya disertai dengan kenyataan yang bercanggah dan kontradiksi daripada pelbagai agensi dan kerajaan...

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Nak pindah pergi sana.

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Satu ketika, Menteri Kesihatan membuat kenyataan akan hantar sisa buangan radioaktif dari LAMP balik ke Australia. Kemudian Director General AELB berkata mungkin akan dihantar ke tapak bekas lombong mana- mana di Malaysia seperti di Sungai Lembing. Kemudian Menteri MITI pula kata ianya tidak radioaktif. Manakala Lynas pula dengan sewenangnya mengumumkan akan mengkomersialkan sisa buangan radioaktif mereka. Kepakaran akademia tempatan pula digunakan untuk mencari, membuat kajian dan mencari jalan untuk mengitar sisa radioaktif kepada bahan seperti baja, papan gipsum dan asas binaan untuk buat jalan. Dalam keadaan yang jelas bercanggah di antara satu sama lain, pihak berkuasa terus menerus menjamin LAMP selamat.

Kita tidak ada kompetensi dan tidak punya kemampuan untuk menjadi regulator kilang pemprosesan tanah nadir terbesar di dunia di luar negara China seperti LAMP dan kita harus terima hakikat itu. Di waktu dunia mengiktiraf bahawa sisa radioaktif mesti diurus dengan cermat dan hormat, kita pula memberi isyarat kepada LAMP untuk membenarkan mereka terlibat di dalam amalan menabur sisa radioaktif mereka di merata tempat.

Tuan Yang di-Pertua, penting untuk ditegaskan serta diiktiraf oleh Dewan yang mulia ini bahawa isu keselamatan yang kita bicarakan merupakan isu yang multifaceted, dengan izin. Maksudnya, isu keselamatan berkaitan LAMP tidak boleh dilihat daripada satu sudut sahaja. Hazard atau bahayanya LAMP wajar dilihat daripada pelbagai aspek dan pelbagai sudut. Justeru itu, menuntut kepakaran yang pelbagai disiplin juga. Setakat ini, Lynas mengetengahkan pakar nuklear fizik untuk menyokong hujah bahawa LAMP itu selamat. Pihak BN pun sama.

Pakar nuklear fizik menjamin keselamatan daripada aspek radiasi luaran sahaja Tuan Yang di-Pertua, tanpa melihat kepada radiasi dalaman ataupun internal emittance.

Lynas juga langsung tidak berani untuk berbicara berkenaan keselamatan LAMP daripada sudut bagaimana sisa buangan radioaktif seperti torium dan uranium yang mempunyai jangka separuh hayat 14 bilion tahun akan meninggalkan kesan kepada alam sekitar.

Mahupun daripada sudut public health atau kesihatan awam pun Lynas tidak berani berhujah. Torium yang seperti kita ketahui ialah sejenis karsinogen iaitu ianya boleh menyebabkan kanser.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada dua minit Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Di mana pakar-pakar kesihatan awam seperti toksikologis serta epidemiologis telah menegaskan bahawa tiada kadar yang selamat buat

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

karsinogen. Pohon Tuan Yang di-Pertua, tadi saya ingat tadi Tuan Yang di-Pertua kata kita boleh gunakan masa sepenuhnya. No safe threshold for carcinogen dengan kehadiran penduduk terdekat hanya dalam jarak dua kilometer dari LAMP, tentu sekali kerajaan yang mendahulukan keperluan rakyat akan mengambil langkah berjaga-jaga, the precautionary principal apply. Ada pihak yang berselindung dengan mengatakan bahawa torium dan uranium adalah NORM - normal occuring radioactive material. Akan tetapi Lynas tahu bahawa selepas melalui proses melibatkan asid di suhu yang tinggi, torium dan uranium ini sudah menjadi TENORM iaitu technologically enhance normal occuring radioactive material.

Malah Lynas mengaku sendiri bahawa sisa mereka merupakan TENORM di dalam RIAR iaitu Radiological Impact Assessment Report, Lynas.

final • 11:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Kuantan, saya nak minta penjelasan sahaja daripada Yang Berhormat Kuantan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, masa dah habis.

final • 11:50 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Apa yang disebutkan tadi sebagai radiasi luaran dan radiasi dalaman.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa dah habis dah Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Saya minta sebab tadi... minta maaf.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya dah tetap masa Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Sebab tadi saya minta...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tolonglah bagi saya peluang bekerja dekat sini macam Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Okey, saya tutup Tuan Yang di-Pertua, sebab saya ingat tadi... Tuan Yang di-Pertua, saya ingin... Sebab saya ingat tadi apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi boleh gunakan masa sehingga pukul satu...

[Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, ya saya ingat sebelum Tuan Yang di-Pertua tadi. Lynas tidak akan berani berhujah mengenai best practice atau amalan terpuji. Ingat, berkenaan dengan UNOCAL di Mountain Pass, California yang pernah berlaku kebocoran sisa buangan radioaktif pada tahun 90-an.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Sebanyak 60 kes kebocoran sisa buangan radioaktif yang berlaku tidak dilaporkan melibatkan 600,000 gelen radioaktif tumpah di sekitar kilang UNOCAL.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, pohon saya menghabiskan bicara saya dengan menunjukkan satu dokumen...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tak boleh Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Satu dokumen. Saya pohon sebab saya tahu rakan-rakan saya yang akan berbahas daripada Pakatan akan memberi ruang kepada saya.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, banyak yang lain memohon juga Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Dia tak patuh peraturan keselamatan.

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, dokumen ini menunjukkan... Kalau dalam Dewan pun saya tak boleh nak bahas, apalah peluang kita dalam PSC nanti?... [Dewan riuh] [Tepuk]

final • 11:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Ini perbahasan usullah, bukan...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Duduk, duduk sekejap Yang Berhormat. Saya bagi penjelasan. Minta duduk, saya beri penjelasan.

final • 11:50 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Okey, boleh Tuan Yang di-Pertua. Tak ada masalah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya akan bagi Yang Berhormat Kuantan satu minit lepas ini sebab saya dah ambil masa dia. Yang Berhormat, yang kita usulkan di sini ialah untuk melantik Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan soalan Lynas, bukan membahaskan Lynas. Jadi, kalau jawatankuasa ini ditubuh, di sanalah Yang Berhormat boleh membahas sepanjang mana yang boleh.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tunggu dulu Yang Berhormat, tunggu dulu Yang Berhormat, saya belum habis lagi. Apabila kita setuju nak tubuh, jawatankuasa itu yang membahas. Jadi, kalau kita tak setuju, kenapa kita tak setuju. Kalau kita setuju, kenapa kita setuju. Jadi, saya dengar tadi cerita hal Lynas, Lynas, Lynas tetapi Jawatankuasa Parlimen kenapa ditubuh ataupun tidak ditubuh ataupun jawatankuasa bila ditubuh setuju, tak setuju dengan Lynas ini belum buat lagi. Jadi, ini soalan ditubuh atau tidak ditubuh Jawatankuasa Parlimen mengenai Lynas, ini yang kita persoalkan di sini. Yang Berhormat, peraturan itu kena betul.

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membawa kepada usul ini yang mengatakan tujuan meneliti isu standard keselamatan, sebab itu saya cakap tentang keselamatan Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh] supaya definisi keselamatan itu kita faham sama-sama sebab jangan kata keselamatan itu daripada sudut radiasi sahaja, ianya lebih luas daripada itu. Saya ingin menghabiskan sesi ini dengan mengatakan bahawa syarat-syarat terms of reference mesti jelas.

final • 11:50 AM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

(i) kalau kita serius untuk menjalankan jawatankuasa ini pertama segala kerja binaan ke atas LAMP mesti dihentikan;

(ii) segala import bahan galian Tanah Nadir dari Australia mesti dibekukan; dan

(iii) semua agensi yang terlibat sebagai regulator berhenti membuat kenyataan berkenaan keselamatan LAMP sehinggalah jawatankuasa ini menyiapkan laporan terperinci berkaitan keselamatan projek LAMP.

Sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas untuk meneliti keselamatan LAMP maka mandat berkenaan keputusan nasib dan masa hadapan LAMP mesti diberikan kepada jawatankuasa ini untuk menyarankannya. Apa sahaja kurang dari di atas dianggap sebagai sandiwara, main wayang, menjelang pilihan raya oleh rakyat Kuantan, terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya pun hendak bercakap sedikit hal Lynas juga Yang Berhormat. Duduklah dahulu saya hendak cakap. Saya hendak tengok ramai hendak bercakap ini. Saya berterima kasih dengan Yang Berhormat Kuantan. Yang akhir tadi baru betul-betul solid relevant dengan persoalan yang kita bangkitkan di sini. Jadi Yang Berhormat saya menjemput Yang Berhormat Rembau.

final • 12:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya turut ingin membahas mengenai penubuhan Jawatankuasa terpilih Parlimen untuk membincangkan soal Lynas. Di sini saya mengucapkan terima kasih dan mengambil maklum nasihat daripada Tuan Yang di-Pertua bahawa apa yang dibahaskan di Parlimen hari ini bukan pro dan kontra Lynas tetapi tertubuhnya jawatankuasa tersebut. Di sini kita

final • 12:01 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

berhadapan dengan satu masalah besar di mana isu Lynas ini dipolitikkan dengan begitu ketara sekali sehingga fakta dan sains tidak ada asas ataupun tidak ada peranan langsung dalam debat tersebut.

Ini bukan kita bangkitkan soal keputusan dan pandangan daripada agensi-agensi kerajaan. Namun seperti yang telah dimaklumkan tadi pandangan daripada pakar nuklear yang mewakili parti pembangkang itu sendiri diketepikan walaupun ia berasaskan kepada sains, kajian dan sebagainya. Untuk kita memastikan bahawa dalam isu keputusan Lynas ini kerajaan dapat satu gambaran yang begitu jelas daripada pakar sains...

final • 12:01 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Minta laluan Yang Berhormat Rembau.

final • 12:01 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak apalah, nanti saya bagi peluang, duduk. Terima kasih.

final • 12:01 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

[Bangun] [Ketawa]

final • 12:01 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Macam mana abang itu kamu bagi?

Tidak bolehlah bagi abang, bagilah adik... [Ketawa]

final • 12:01 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Pilih kasih.

final • 12:01 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia punya adik tidak layaklah, abang yang okey.

final • 12:01 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tuan Yang di-Pertua, saya ambil prinsip age before beauty. Sila Yang Berhormat Johor Bahru.

final • 12:01 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Abang sudah ketinggalan, teknologi dia tidak faham... [Ketawa]

final • 12:01 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya membaca usul ini dan juga mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Rembau. Saya ingin bertanya pandangan daripada Yang Berhormat Rembau ada Yang Berhormat Rembau mengatakan bahawa mungkin ianya memberi input kepada kerajaan apa yang diputuskan atau apa yang didengarkan oleh jawatankuasa ini. Boleh tidak Yang Berhormat Rembau menyatakan sama ada pada pandangan Yang Berhormat Rembau agar keseluruhan mesyuarat dan pendengaran kerja jawatankuasa ini harus dihebahkan kepada masyarakat melalui televisyen supaya satu negara boleh mendengar dan mengikuti apa yang dibicarakan oleh jawatankuasa pilihan khas ini...

final • 12:01 PM

Beberapa Ahli

[Tepuk] Setuju.

final • 12:01 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tengok abang, otak dia bergeliga. Ini adik apalah.

final • 12:01 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya ucapkan terima kasih. Saya rasa saya telah pilih sibling yang tepat dalam pencelahan. Saya rasa kerajaan tidak ada apa-apa yang hendak sembunyikan. Saya rasa hasrat untuk kerajaan mencadangkan supaya jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk kita meletakkan ketelusan sebagai keutamaan.

Maka dengan itu saya mencadangkan apa yang Yang Berhormat Johor Bahru mencadangkan prosiding jawatankuasa ini dibuat secara terbuka dan disampaikan secara terbuka kepada masyarakat.

final • 12:01 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Boleh saya tambah sedikit soalan?

final • 12:01 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak ada masa.

final • 12:01 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tidak boleh? [Ketawa]

final • 12:01 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Satu keluarga satu soalan... [Ketawa]

final • 12:01 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia tidak mewakili saya. Itu Johor Bahru.

final • 12:01 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

One family one question. Jadi oleh sebab itu...

final • 12:01 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Yang Berhormat Rembau...

final • 12:01 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Boleh, boleh. Ini different family, boleh.

final • 12:01 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Ini keluarga lain. Kalau Yang Berhormat Kepala Batas, payah juga. Saya hendak bertanya mengenai apa yang disebut kerajaan tidak ada apa yang hendak disorok. Selama ini pun kita telah dedahkan macam-macam.

Akan tetapi kita ada dengar bakal pengerusi jawatankuasa yang hendak kita tubuhkan hari ini telah membuat satu kenyataan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “The PSC hopes to change the negative baseless perception on Lynas”’ Awal-awal lagi sudah bagi tahu hendak ubahkan negatif perception kepada positif perception. Ertinya dia sudah made up the mind benda ini Tuan Yang di-Pertua akan dilaksanakan. Jadi apa ini hendak buat jawatankuasa ini hendak bincang apa. Ini sandiwara bagaimana pandangan Yang Berhormat Rembau.

final • 12:01 PM

Ir. Hamim bin Haji Samuri - Ledang

Ini memang pakar menyimpang ini.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa ahli Yang Berhormat Rembau pun sudah berjalan laju.

final • 12:01 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya ingin jawab ringkas sahaja sebab Tuan Yang di-Pertua sudah kata masa suntuk. Inilah masalah dia. Masalahnya di sini adalah bawah pihak sana, pihak pembangkang yang diwakili oleh Yang Berhormat Kuala Krai telah pun prejudicial dalam isu ini. Sebelum masuk dalam jawatankuasa sudah prejudicial. Contoh yang paling jelas kali adalah parti rakan kongsi yang terbesar yang duduk tengah itu DAP. Awal-awal sudah kata tidak akan mengambil bahagian dalam jawatankuasa ini. Seolah-olah sudah putuskan hukuman bahawa Lynas ini tidak boleh adakan, jawatankuasa ini tidak ada peranan langsung.

Pada hari ini kita di Parlimen meletakkan satu usul untuk memastikan bahawa perkara ini dibincangkan dan diputuskan oleh kerajaan kemudian berdasarkan kepada syor- syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini. Inilah pentadbiran dan pemerintahan yang telus yang melibatkan semua tidak prejudicial. Tidak mengambil keputusan sebelum fakta, sebelum sains itu didengari oleh jawatankuasa tersebut dan inilah masalahnya. Masalahnya pada hari ini politik telah mainkan peranan untuk spin satu isu untuk kelirukan rakyat untuk menaburi fakta sebenar. Sains tidak ada asas dalam keputusan ini.

Saya harap Tuan Yang di-Pertua bahawa dengan tertubuhnya jawatankuasa ini bahawa kita akan pertimbangkan fakta-fakta yang dibentangkan oleh pakar-pakar, bukannya pakar-pakar putar belit daripada pihak pembangkang tetapi pakar sains. Biarlah masyarakat tentukan...

final • 12:01 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Rembau.

final • 12:01 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

...Bahawa mereka telah buat keputusan yang tepat.

final • 12:01 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Rembau.

final • 12:01 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya tidak ada masa. Cuma hendak tamat di sini Tuan Yang di-Pertua dengan satu sahaja. Saya minta supaya jawatankuasa ini jawab segala soalan kontroversi yang mungkin perlu dijawab. Saya soal di mana akan disimpan sisa dan sebagainya. Itu semua perkara yang penting. Saya harap kerajaan jangan tutup apa jua masalah dan melakukan jawatankuasa ini seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Johor Bahru dengan telus. Apabila keputusan dibuat mengenai Lynas nanti keputusan itu nanti dibuat dengan segala fakta yang dibentangkan di hadapan rakyat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya hendak minta maaf Yang Berhormat. Bukan saya bijak, tetapi saya minta memberi pandangan supaya direct ucapan apa sahaja cadangan bukan kepada kerajaan kepada jawatankuasa apabila ditubuhkan nanti. Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:01 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut bangun untuk memberi sedikit pandangan mengenai dengan usul bagi menubuhkan jawatankuasa pilihan khas mengenai dengan projek Lynas. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan di atas keprihatinan dan keterbukaan dengan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menangani isu projek Lynas yang sudah menjadi kontroversi.

final • 12:09 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sebagaimana kata Tuan Yang di-Pertua, perbahasan ini hanya sekadar untuk mengesahkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas, manakala selepas sahaja Jawatankuasa Pilihan Khas membuat pendengaran awam, maka laporan akan dibentang di Dewan Rakyat dan di sinilah kita akan berbahas dengan panjang lebar. Walau apa pun Tuan Yang di-Pertua, kita tahu isu projek Lynas ini bukanlah satu perkara yang boleh kita retorik sebagai seorang ahli politik. Ia memerlukan kepakaran sebab berkaitan dengan perkara-perkara teknikal maka oleh itu saya menyeru kepada semua pihak, kita Ahli-ahli Yang Berhormat, supaya bertanggungjawab sebab tidak ada siapa yang ingin melihat sebagai rakyat Malaysia termasuk kita sebagai anggota Dewan Rakyat apabila satu-satu projek hendak dilaksanakan, ianya boleh merugikan rakyat ataupun merugikan negara.

Apatah lagi, ia boleh menimbulkan masalah-masalah yang ada kaitan dengan projek seumpama ini dilaksanakan.

Jadi, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya minta kepada pihak pembangkang terutamanya supaya tidak ghairah setakat ini untuk mempolitikkan isu ini. Memang kita sedar, akhir-akhir ini pembangkang sudah ketandusan isu sebab kerajaan sudah pun shut- down mengenai dengan penyelarasan gaji, mengenai fidlot, tidak ada isu dah, tinggal ini satu sahaja isunya, kalaupun ada sebelum pilihan raya... [Dewan riuh] Walau macam mana pun, saya harap Tuan Yang di-Pertua, projek ini saya katakan tadi begitu teknikal, kita bukan pakar, kita kena akui hakikat ini.

Oleh sebab itu saya menyanjung pandangan daripada Ahli Parlimen Hulu Langat yang juga seorang pakar nuklear yang membuat kenyataan bahawa PKR berbohong dalam isu Lynas ini. Ini wakil rakyat Hulu Langat yang kata, saya tidak kata, saya baca dalam blog.

Jadi oleh itu, saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tengok, dalam tiga wakil yang akan dilantik oleh pembangkang, nama yang akan dikemukakan termasuk mungkin wakil-wakil PAS sebagai salah seorang anggota di PKR, saya hendak tengok Ahli Parlimen Hulu Langat ini dicalonkan atau tidak sebagai wakil...

[Dewan riuh] Kalau nama Ahli Parlimen Hulu Langat tidak dicalonkan, maknanya betullah mereka bermain politik dan kalau Ahli Parlimen Hulu Langat dilantik di dalam Jawatankuasa ini, kalau dia bercakap dengan telus, saya merayu janganlah pecat dia daripada ahli PAS.

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Pasir Mas,

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Janganlah dia digugurkan sebagai calon pilihan raya yang akan datang.

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya, sila.

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak tanya Yang Berhormat Pasir Mas, tadi saya nampak Yang Berhormat Hulu Langat ada di sini, sebelah sahaja dengan Ahli Parlimen Sik sahabat saya. Selepas itu saya nampak Yang Berhormat Shah Alam sembang dengan dia, tahu-tahu sudah hilang...

[Ketawa] Adakah Ahli Parlimen Hulu Langat ini disorok? Ada parasit atau pelesit yang bawa dia lari?

Adakah ini bukti sebenarnya bahawa mereka ini takut kebenaran? Ini kerana pakar mereka sendiri pun mereka bawa lari supaya jangan ada dalam Dewan ini supaya tidak bercakap, apa pandangan Yang Berhormat Pasir Mas?

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Nanti hendak jawab ini. Saya tidak tahu Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, mana pergi Ahli Parlimen Hulu Langat tetapi saya percaya ada dalam sekitar kawasan Dewan Rakyat ini sebab kalau dia ada, mungkin dia kena bercakap dan kalau dia bercakap, akan jadi seperti Dr. Hassan Ali, kena pecat kalau melanggar arahan parti.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya, sila.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Apa yang lebih buruk daripada itu Yang Berhormat Pasir Mas, Yang

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Berhormat Hulu Langat berkata, ada tuduhan yang mengatakan entah berapa juta Ahli Parlimen Hulu Langat ini dapat daripada Lynas kerana menyokong projek pembangunan ini. Pihak sana tuduh dia dapat, ini yang dia sedih sekali ini. Emosi mengatasi fakta angka...

[Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya, sila. Pendek sudahlah.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Baik terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya ingin menjelaskan bahawa Yang Berhormat Hulu Langat terpaksa meninggalkan Dewan kerana ada urusan lain... [Dewan riuh] Ia tidak ada kena mengena dengan soal tidak membenarkan dia bercakap, hakikatnya dia telah bercakap dan pandangannya dari sudut radiasi nuklear, ianya selamat seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuantan.

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bagilah dia bercakap...

[Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Radiasi tersebut ialah radiasi luaran.

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bagilah dia bercakap...

[Dewan riuh] Macam Ahli Yang Berhormat Hulu Langat tidak ada suara.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Berilah saya bercakap, tadi bila you all cakap saya tidak ganggu.

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kenapa Yang Berhormat Shah Alam hendak bercakap untuk Yang Berhormat Hulu Langat?

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Pasir Mas beri.

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Panggillah Yang Berhormat Hulu Langat datang bercakap.

final • 12:10 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Mungkin Yang Berhormat Hulu Langat dah bagi Yang Berhormat Shah Alam cakap, jadi pakar...

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kita dapat mesej, Yang Berhormat Hulu Langat ada sekitar Dewan, kenapa tidak panggil dia bercakap? Takut kepada kebenaran... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Yang Berhormat Shah Alam, telefon dekat telinga itu lebih tinggi radiasinya.

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Hulu Langat tidak ada suara kah? Kenapa tidak benarkan Yang Berhormat Hulu Langat bercakap sendiri?... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tengok wakil daripada BN, dia tidak mahu dengar...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat. Sudah. Yang Berhormat Shah Alam, sila duduk Yang Berhormat...

[Dewan riuh] Duduk semua Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Seorang Ahli

Tidak berani hendak dengar kebenaran.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Krau, minta tolong duduk. Saya ingat Yang Berhormat Pasir Mas yang berucap, kalau dah habis, habis Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Pasir Mas beri laluan kepada saya.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah, tidak payah beri Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Kuala Krau Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tadi bila Yang Berhormat Pasir Mas beri laluan kepada saya, dia buat bising. Lalu bila Yang Berhormat Pasir Mas beri kepada dia, saya pula buat bising, macam mana Tuan Yang di-Pertua, boleh?... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudahlah Yang Berhormat, sudah.

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Okey, duduklah.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia buat tuduhan terhadap saya tetapi bila saya hendak jawab, dia buat bising... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kenapa Yang Berhormat Shah Alam hendak bercakap bagi Yang Berhormat Hulu Langat? Yang Berhormat Hulu Langat tidak ada suara kah?

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bagi laluan kepada Kuala Krau.

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bagilah, Yang Berhormat Hulu Langat datang bercakap. Yang Berhormat Hulu Langat ada di luar Dewan, suruh dia datang bercakap.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Akan tetapi dia buat bising, dia tidak hendak beri saya bercakap.

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Cukup, cukup. Duduk.

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kenapa takut dengan kebenaran? Suruh Yang Berhormat Hulu Langat datang bercakap... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kita tunjuk, perangai buruk yang ditunjuk oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Duduk, duduklah!

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Krau, minta tolong duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Mas ada dua minit. Yang Berhormat, dua minit lagi Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Ini fakta sengaja diselewengkan oleh Yang Berhormat Shah Alam, tiap-tiap hari Yang Berhormat Hulu Langat bercakap dalam Radio Pahang, setiap hari berkumandang, ini Yang Berhormat Hulu Langat bercakap...

final • 12:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini mengenai Jawatankuasa Pilihan Parlimen, yang sebut pasal Shah Alam kenapa? Bila kita bangun hendak jelaskan, tidak beri, bila bangun hendak jelaskan, dia buat bising. Macam mana ini? Lepas itu sebut-sebut pula nama Shah Alam.

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Suara Yang Berhormat Hulu Langat bercakap bukan suara Yang Berhormat Shah Alam... [Dewan riuh] Ini Yang Berhormat Kuantan, kenapa tidak dengar?

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Cukup, cukup. Duduk!

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Pakar daripada Pembangkang pun kata selamat, setiap hari Radio Pahang berkumandang. Suara Yang Berhormat Hulu Langat mengatakan selamat projek Lynas ini. Setiap hari berkumandang Tuan Yang di-Pertua. Kenapa Yang Berhormat Shah Alam putar belit fakta?

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Soalan dia, kenapa Yang Berhormat Shah Alam bercakap bagi pihak Yang Berhormat Hulu Langat? Itu sahaja...

[Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bukan suara Yang Berhormat Shah Alam, suara Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak perlu panggil saya Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kenapa Yang Berhormat Shah Alam hendak bercakap bagi pihak Yang Berhormat Hulu Langat? Yang Berhormat Hulu Langat tidak boleh bercakap sendiri? Sebab itu Dr. Hassan Ali panggil ini parasit.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu minta tolong duduklah... [Dewan riuh]

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya hendak habiskan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Memang pun sudah habis Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak, sedikit hendak...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini Yang Berhormat Shah Alam punya pasallah...

[Ketawa] Betul-betul parasit dia ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa pun Tuan Yang di- Pertua, saya menyambut balik cadangan penubuhan jawatankuasa ini dan saya betul-betul berharap PAS masuklah Yang Berhormat Hulu Langat sebagai salah seorang wakil jawatankuasa ini, sekian terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Alhamdulillah. Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera... [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kuala Selangor, tidak payah bagi laluan, buat kacau sahaja. Saya hendak dengar ucapan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya tidak akan bagi laluan. Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini pakar ekonomi, bukan sains.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Lainlah Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak punya kepakaran kecuali...

final • 12:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Minta Yang Berhormat Hulu Langat bercakap!

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Dengan segala rendah hatinya Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempunyai kepakaran kecuali mendapat PhD daripada St. Mary Hospital Medical School Imperial College… [Dewan riuh] Dalam bidang toksikologi dan mengajar 12 tahun sebelum saya meninggalkan universiti... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mengingatkan Dewan yang mulia ini atas satu projek cukup besar yang telah pun siap 95% dibina di Gebeng, Kuantan, kilang Lynas, yang baru sahaja dapat diketahui oleh umum ketika New York Times pada bulan Mac membuat liputan

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

dalam majalah itu. Barulah rakyat Malaysia mengetahui akan satu pembinaan Lynas Advance Material Plant di Gebeng setelah siap 95% pembinaan kilang tersebut. Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional yang mengutamakan rakyat dan inilah maksudnya mengutamakan rakyat dalam public consultation yang sepatutnya dilakukan.

final • 12:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor...

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan dengan menyebutkan betapa...

final • 12:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Kuala Selangor, saya hendak tanya satu soalan sahaja. Antara Yang Berhormat Kuala Selangor dengan Yang Berhormat Hulu Langat, siapa yang pakar?

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Dalam penggunaan bahan-bahan yang toksik seperti ini Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Kuala Selangor, saya hendak tanya satu soalan sahaja.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tolong bawa keluar, saya tidak boleh berucap.

final • 12:20 PM

Tuan Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya hendak tanya satu soalan, antara PhD Yang Berhormat Kuala Selangor dengan PhD Yang Berhormat Hulu Langat, siapa yang lebih hebat?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, minta tolonglah Yang Berhormat, berperangai baik sikitlah.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, suruh dia keluar.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tolong duduk dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya pun hendak dengar ucapan juga, minta tolonglah. Saya pernah juga hadir Parlimen lain, haggle ini bolehlah tetapi dengan nada yang kurang tinggilah. Kita hendak dengar ucapan itu. Jadi di sini kita hendak lantik satu Jawatankuasa Parlimen yang tujuannya ialah untuk memartabatkan Parlimen, tetapi kalau kita tidak boleh memartabatkan diri kita sendiri, di mana letaknya Parlimen, Yang Berhormat? Saya cukup sedih duduk di sini, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, minta duduk dulu.

final • 12:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, untuk membantu Dewan, kita perlukan pakar.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kita kena dengar cakap dia dulu, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Jadi saya hendak tanya antara Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Hulu Langat, siapa lebih pakar?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kita kena dengar cakap dia dulu Yang Berhormat, sebelum menilai apa yang dicakapkan. Kena dengar cakap sebelum menilai percakapan dia.

final • 12:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sebab itu saya tanya soalan Tuan Yang di-Pertua, untuk membantu Dewan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak payah tanya kalau tidak bagi. Peraturan 37 kena ikut juga Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Antara Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Hulu Langat, siapa yang lebih pakar?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Peraturan 37 kena ikut juga.

final • 12:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya faham Tuan Yang di- Pertua, saya cuma tanya soalan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, minta tolong. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, atas pertanggungjawaban ilmu dan amanah, ilmu saya menyebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua, betapa dalam penggunaan substance yang toksik seperti ini yang mesti dipandukan atas asas saintifik dan atas research based dari segi penggunaannya Tuan Yang di-Pertua, kalaulah bahan seperti oksigen pun yang kita ketahui adalah satu keperluan hidup punya kesan toksik pada hyperbaric oxygen yang kalau diberikan kepada neonatal, anak-anak kecil, ia boleh mencetuskan retinal damage dan akhirnya berakhir dengan blindness ataupun buta, apatah lagi bahan seperti yang telah sedia maklum mempunyai kesan radioaktiviti pada waste, pada sisanya Tuan Yang di- Pertua.

Lalu dengan itu saya menegaskan betapa pentingnya untuk perkara ini diperhatikan kerana sudah cukup perkara ini dilakukan dengan tidak merujuk kepada konsultasi ataupun perundingan umum. Tatkala isu seperti ini dipertikaikan oleh experts, ia perlu mengambil pendekatan multidiscipline, Tuan Yang di-Pertua. Bukan sahaja nuklear saintis tetapi bidang public health, bidang-bidang epidemiologi, satu bidang yang mengesan pesakit atau penyakit, the mortality and morbidity berdasarkan kepada occurrence dan insiden penyakit-penyakit tersebut adalah cukup penting juga untuk dirujuk. Begitu juga pada bidang toksikologi yang kebetulan saya pernah menjadi pensyarahnya dan penyelidiknya dalam bidang ini selama 12 tahun di universiti.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara inilah penting untuk kita perhatikan kerana Lynas sudah hampir 95% siap. Kalau begitulah pada sifatnya PSC ini yang disebutkan sebentar tadi oleh kawan saya, Yang Berhormat Kuala Krai, yang kalaulah mahu dihadirkan hanya untuk memperbaiki apa yang disebutkan sebagai the PSC hope to change the negative baseless perception, itu satu perkara dari segi term of reference nya yang jauh tersasar.

Saya ingin menyebutkan kepada kawan-kawan yang lain di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, kalaulah sahabat saya, Yang Berhormat Hulu Langat kerap disebutkan, saya mahu merakamkan di sini betapa Yang Berhormat Hulu Langat merakamkan satu persoalan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan persoalan memohon menyatakan secara terperinci kenapa Lynas diberikan kelulusan pre operasi ataupun TOL atau temporary operation license, selama dua tahun sedangkan ia mendapat tentangan hebat daripada penduduk Kuantan dan seluruh rakyat Malaysia... [Tepuk] Itu ditanya oleh Yang Berhormat Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan mengapa TOL diberikan – itulah ia daripada Yang Berhormat Hulu Langat. Ini persoalan dalam sesi Parlimen yang kita sedang lalui ini.

final • 12:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Panggillah Yang Berhormat Hulu Langat datang.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Panggillah Yang Berhormat Hulu Langat, panggil Yang Berhormat Hulu Langat masuk.

final • 12:20 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, tanpa berhujah dengan lebih lanjut akan perkara toxicity khususnya carcinogenicity, kesan- kesan toxicity dan juga khususnya kesan barah hasil daripada waste residue sama ada torium yang sifatnya unstable isotope 232 dan seluruh yang lain, khususnya perkara- perkara – kerana penggunaan-penggunaan nadir bumi ini adalah dalam satu setting yang saya sebutkan, kalau bahan-bahan toksik digunakan dalam setting therapeutic, ia adalah satu yang digunakan dalam keadaan kontrol. Satu masa dahulu, perubatan menyaksikan penggunaan litium, satu yang cukup toksik tetapi digunakan dalam terapi kerana ia melalui

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

apa yang dikatakan sebagai therapeutic drug monitoring. Ia perlu dikawal untuk memastikan bahawa toxicity dan therapeutic dose itu tidak berlaku.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, penggunaan-penggunaan khususnya nadir bumi ini perlu diperhatikan dari sudut setting nya, dari sudut cara mana, kerana persoalan safety Tuan Yang di-Pertua, adalah soalan statistical usage atau kebarangkalian tercetusnya toxicity dan khususnya carcinogenicity.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Satu minit Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Oleh sebab itu, saya cukup mempertikaikan betapa projek yang sebesar ini membawa impak dan kesan kepada health, kepada kesihatan dilalui tanpa mendapat konsultasi awam dan khususnya para golongan expert dan expert group.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya mempertikaikan kalaulah mahu ditubuhkan PSC atau Parliamentary Select Committee ini perlu dibuat segera, perlu dilakukan segera pertamanya untuk Lynas memberhentikan segala operasinya di kilang Lynas itu... [Tepuk] Kedua, ditarik balik temporary operating license yang diberikan kepada Lynas tanpa pertanggungjawaban kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di Gebeng, Kuantan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ketiga, adalah untuk tidak meneruskan apa juga kegiatan di Lynas dan dihentikan sehingga benar-benar PSC ini dapat diputuskan secara muktamad berdasarkan penyelidikan, saintifik dan medical evidence, bukan hanya dari satu-satu bidang khususnya bidang nuklear sains sahaja.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang hanya merupakan measurement dan quantification sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Oleh sebab itu, dengan itu kami daripada Pakatan Rakyat menolak penubuhan PSC ini kalau selagi tiga... [Dewan riuh] Dan tidak menghalalkan apa jua kerana PSC hanya sekadar untuk menghalalkan apa yang mereka telah lakukan secara khianat kepada rakyat.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini PhD tidak faham. Ini tubuh jawatankuasa, bukan tolak Lynas! Ini tubuh jawatankuasa. PhD tidak faham.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kami mempertikaikan atas dasar ilmu, atas dasar saintifik dan tuntutan perubatan, bukan sahaja bidang nuklear sains.

final • 12:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

PhD tidak faham, ini usul tubuh jawatankuasa, PhD tidak faham!.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya pohon untuk diperkenankan. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Untuk tubuh jawatankuasalah, tidak fahamkah?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau ada suara-suara bising lagi, saya tidak panggil orang bercakap Yang Berhormat, sebab saya pun hendak mendengar juga ucapan itu. Jadi Yang Berhormat, saya duduk di sini mendengar, kerja saya tiap-tiap hari memang belajar apa Parlimen ini punya tugas, tanggungjawab dan semua sekali. Jadi saya dengar kita berucap ini semua cerita hal

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Lynas, tidak ada pun sebut jawatankuasa... [Disampuk] Tidak payah hendak tunjuk betul salah Yang Berhormat, saya yang sebut. Yang Berhormat Tangga Batu..

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

Apa Yang Berhormat Tenggara ini.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Tangga Batu hendak berucap?

final • 12:30 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang lain kalau duduk...

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Benar, kedudukannya Tuan Yang di-Pertua tidak boleh betul, tidak boleh salah. Duduk tengah-tengah. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang lain duduk dahulu. Yang Berhormat saya faham. Yang Berhormat Klang duduk dahulu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kita ada 30 minit lagi Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk terlibat di dalam perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, nampaknya cerita hantu yang di bawa oleh Yang Berhormat Kuantan, di bawa oleh Yang Berhormat Kuala Langat, tidak boleh menakutkan orang yang berilmu Tuan Yang di-Pertua. Untuk kita menolak atau menerima projek Lynas ini kita kena ada ilmu, kena ada pengetahuan. Kita tahu Yang Berhormat Kuala Langat, kita tahu Yang Berhormat Kuantan bila bercakap tentang fakta dan angka, fakta dan angka bertembung dengan persepsi, bertembung dengan emosi, kita perlu berdiri atas fakta dan angka.

Yang Berhormat Kuala Langat kalau bercakap tentang citing, isotop dan sebagainya, kita tahu itu bukan bidang beliau.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Orang yang mempunyai kepakaran, orang yang mempunyai pengetahuan, orang yang mempunyai ilmu tentang bidang ini...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Dia ini betullah.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

...Bila bercakap...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Betul-betul butalah. Buta, buta.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Jangan menuduh macam itu. Hendak cakap, cakap fakta.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

...Seperti darah daging mereka. Bila saya berdiri tadi tidak bagi peluang. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Jangan menuduh macam itu. Cakap, cakap fakta.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua saya bercakap fakta. Dengar sini baik-baik.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tidak payah tuduh-tuduh orang. Cakap fakta.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Apabila Karl Benz...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kita belum pun bahas lagi tentang Lynas ini.

final • 12:30 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Bahaslah dahulu.

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Berikan saya satu jam. Tuan Yang di- Pertua...

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya tidak beri. Apabila Karl Benz mencipta kereta, apabila Henry Ford mencipta kereta, kita tidak pernah membincangkan bahawa kereta akan menyumbang kepada masalah kemalangan jalan raya. Kita tahu kereta akan membawa kebaikan lebih daripada kemalangan daripada keburukan.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Khalid Abd Samad - Shah Alam

Inilah masalahnya...

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hari ini nampaknya mereka lebih menceritakan keburukan daripada kebaikan.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Khalid Abd Samad - Shah Alam

Mereka memperlekehkan bahaya bahan toksik... [Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Begitu juga apabila mereka mencipta jalan raya.

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kalau kita mengikut cara pemikiran pembangkang Tuan Yang di-Pertua, kita tidak akan bergerak ke hadapan.

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hari ini saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini supaya...

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

...Kita melihat perkara ini dalam keseimbangan.

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kita mesti menimbang di antara fakta, angka, sains, matematik, kira segala-galanya kemudian membuat keputusan.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Membuat keputusan berasaskan kepada fakta dan angka akan menjurus kepada kebaikan...

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itulah multidiscipline approach Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

...Masa hadapan. Nak bercakap berdirilah, apa pasal duduk?

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itulah multi disiplin. Kau tidak faham.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Itu saya kata tidak pakai otak. Dia produk mental hospital, bukan medical hospital.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak payah emosi. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat daripada Tangga Batu. Boleh tidak Yang Berhormat jawab tiga soalan saya ini. Very pendek. Dalam masa seminit selesai. Satu, tadi kita dengar bolehkah Yang Berhormat mencadangkan kepada jawatankuasa yang akan ditubuhkan ini nanti kalau diluluskan, bahawa:

(i) betulkah kepakaran anak-anak tempatan daripada AELB, DOE, MOSTI, Sumber Manusia, Kesihatan tidak boleh pakai langsung.

Pengalaman mereka memang tidak boleh dipakai langsung.

Bolehkah Yang Berhormat memberi cadangan kepada Jawatankuasa ini untuk menilai kemampuan mereka;

(ii) bolehkah Yang Berhormat mencadangkan kepada jawatankuasa ini bahawa tanah tadi yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuantan, di Kuantan harga tanah jatuh, pelabur keluar daripada Kuantan. Bukan kerana Barisan Nasional tetapi kerana taktik yang menakutkan yang dikeluarkan oleh pembangkang.

Bolehkah Yang Berhormat bertanya kepada jawatankuasa itu nanti; dan

(iii) bila mana Yang Berhormat daripada Kuantan mempunyai locus standi dan hak untuk mewakili rakyat Malaysia daripada Kota Belud, Labuan, Rembau dan daripada semua yang mereka katakan yang menolak projek ini.

Tiga soalan itu Yang Berhormat, boleh tidak?

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Soalan yang very panjang, akan diberi jawapan yang very pendek Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan ketiga-tiga persoalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kota Belud supaya diajukan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini nanti supaya kita perbincangkan dan menjadi salah satu daripada terma dan syarat untuk jawatankuasa ini untuk membincangkan secara fakta, seimbang, rasional bukan secara emosional.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memuji pihak kerajaan kerana mendengar rungutan rakyat, kerana mendengar keperluan-keperluan sehingga sampai ke peringkat hari ini, walaupun tapak telah siap 95% kita telah menyediakan satu Parliamentary Select Committee...

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

...Untuk membincangkan perkara ini. Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya. Saya berhasrat untuk berhujah tetapi nampak masa sudah tidak ada. Saya mohon untuk mencelah Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, apa yang kita bincangkan pada hari ini iaitu mewujudkan Jawatankuasa Khas Pilihan Khas untuk menangani isu Lynas. Akan tetapi yang saya dengar rata-rata pembangkang menolak cadangan kerajaan yang tulus ikhlas ini. Saya cukup hairan dengan apakah yang ada dalam sanubari minda mereka. Mungkin hati mereka telah terkunci mati, mungkin mereka rasa pilihan raya sudah hampir dan tidak ada isu lain. Cuma isu ini yang boleh mematikan langkah kerajaan tetapi mereka tersilap sebetulnya.

Oleh sebab apa yang di usaha murnikan oleh kerajaan ini adalah untuk kepentingan rakyat dan negara. Memberi ruang lingkup yang lebih luas kepada pembangunan negara ini. Jadi, berilah mandat kepada jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini akan turun padang, jumpa di Kuantan, berapa banyak soalan kemuka datanglah, tanyalah.

Pakar-pakar di luar negara pun ada, dalam negara pun ada, semua ada. Ahli saintis pun ada. Bukan PhD sahajalah, bukan ‘permanent head damage’ sahaja yang ada. Yang lain- lain pun ada pakar-pakar yang berkualiti, yang boleh di percaya.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Tangga Batu.

Yang Berhormat Tangga Batu, 30 seconds.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada empat minit lagi Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

About 30 seconds.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

I got four minutes.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Empat minit.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ini bagi, dia sudah berdiri. Yang Berhormat Jempol sudah berdiri dahulu. Akan tetapi sebelum Yang Berhormat Jempol mencelah, biar saya mengulas apa Yang Berhormat Kinabatangan sebut sebentar tadi. Kita hendak cerita apa Yang Berhormat. Apabila mereka telah meletakkan persepsi di atas rasional sehinggakan arahan presiden parti mereka pun mengatakan kita ada pakar.

Biarlah pakar kita yang menentukannya. Dia tolak kerana dia pelesit. Eh! Dia parasite, dia merosakkan.

Hari ini suruh pula Ahli Parlimen Hulu Langat keluar, jangan berbincang, jangan bersama-sama kita. Kalau emosi telah diletakkan di atas segala-galanya, kita tidak boleh bawa berbincang dalam hal ini. Silakan Yang Berhormat Jempol.

final • 12:30 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.

Saya menyokong jawatankuasa ini ditubuhkan Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab dengan adanya jawatankuasa ini nanti akan mendedahkan kebenaran iaitu mengambil kira tentang pakar nuklear, pakar atom, pakar sains, pakar perubatan, pakar alam sekitar. Kebenaran akan dapat dilihat apabila pakar ini membuat laporan secara terperinci. Dengan adanya kebenaran daripada pakar-pakar yang bertauliah ini, akan memadamkan pakar-pakar putar belit, pakar pembohongan dan juga pakar-pakar sabotaj ekonomi negara... [Tepuk] Jadi, pembangkang ini sabotaj ekonomi negara bukan sahaja daripada luar negara tetapi yang sudah masuk dalam negara ini pun, yang melabur lebih daripada RM2 bilion, dia pun sabotaj juga. Jadi Yang Berhormat, kita sokong jawatankuasa ini. Kalau sekiranya pembangkang tidak mahu masuk dalam jawatankuasa ini, maknanya pembangkang memanglah tidak hendak kebenaran, memanglah menipu rakyat... [Tepuk]

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yes. Sekejap-sekejap.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya bagi. Jangan takut.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya ingatkan, satu minit lagi Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Satu minit lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya bagi. Hendak 30 seconds, saya cakap 30 seconds. Tuan Yang di- Pertua, apa Yang Berhormat Jempol beritahu tadi adalah merupakan satu kenyataan pakar, kepakaran dan sebagainya. Saya tidak tahu Yang Berhormat Kuantan, apabila kita tanya apa beza fission, apa beza nuclear fusion, apa itu neutron, apa itu radiasi mungkin dia pun tidak tahu jawab.

Kita bertanya, dia bercakap berasaskan kepada dorongan dan berdasarkan secara kebetulan mewakili masyarakat Kuantan. Inilah yang saya katakan bercakap berdasarkan emosi, tidak mempunyai fakta, tidak mempunyai angka.

final • 12:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bolehkah kita bahas itu. Bolehkah kita bahas itu. Hendak bahaskah itu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kita ada orang yang boleh bercakap tetapi tidak dibenarkan bercakap. Silakan Yang Berhormat Batu.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Khalid Abd Samad - S, hah Alam

Itu bukan nuclear plant.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Eh, Yang Berhormat Shah Alam, sejak bila jadi Batu ini?... [Ketawa] [Menyampuk]

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau kerajaan yakin pakar sudah ada, semua ada, tidak perlulah PSC. Membazir masa.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ada manipulator, macam Yang Berhormat... [Dewan riuh] Yang membuat putar belit, yang membohong rakyat... [Dewan riuh].

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Takkanlah setiap pelaburan kita buat PSC... [Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bodoh punya soalanlah!

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Takkan kita hendak bawak kilang elektronik, kita buat PSC. Kita hendak buat setiap pelaburan, buat PSC. Apa perlu kita hendak membazir masa di sini.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Nampaknya pembangkang ini sudah terang lagi bersuluh Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau kerajaan sudah yakin, tidak ada masalah. Ikutlah pakar. Pakar yang memberi kelulusan... [Dewan riuh].

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kita panggil Select Committee ini kerana kita ingin mendapatkan pandangan umum.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Betul, betul.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kita ingin membincangkan perkara ini dekat dengan rakyat.

final • 12:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apa hendak bincang lagi.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hari ini sudah kata tidak payah buat pula. Apa punya manusia, apa punya Yang Berhormat. Tidak ada pakai otak.

final • 12:30 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya sarankan kepada Yang Berhormat Batu, balik pergi gigit telinga polis lagi! Pergi gigit telinga polis lagi!...

[Ketawa] Hah! Itu betul. Ha! Ini Yang Berhormat Batu, pergi balik gigit telinga polis.

final • 12:30 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hah, baru betul, ini dia...

[Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Balik kawasan gigit telinga Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Habis Yang Berhormat, habis Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya tidak nampak logik, tidak nampak rasionalnya Yang Berhormat Batu, Tuan Yang di-Pertua. Melainkan kalau dia boleh, keluar nanti, dia pergi gigit telinga polis. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong hasrat kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini bagi menentukan bahawa pembangunan projek Lynas ini akan mendapat pandangan serta tanggapan daripada pihak umum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Klang.

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1982, Kerajaan Malaysia membenarkan kilang Nadir Bumi Asian ataupun Asian Rare Earth dibina di Bukit Merah, Perak. Apabila Mitsubishi Chemical memulakan operasi kilang Nadir Bumi ini, penduduk Kampung Bukit Merah mengadu sesak nafas, bau yang tidak menyenangkan, batuk dan selesema. Selepas lima tahun beroperasi, keadaan kesihatan tempat itu mula merosot untuk penduduk tempatan seramai 11,000 orang. Mereka

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

mengalami keguguran bayi, risiko keracunan, kecacatan kelahiran dan lapan kes leukemia dilaporkan.

Ini adalah kesan daripada kecuaian kerana membenarkan kilang Asian Rare Earth untuk dibina di Bukit Merah, Perak. Tambahan pula, dianggarkan sebanyak USD100 juta diperuntukkan sebagai kos pembersihan kilang dan tapak pembuangan. Jumlah wang ini adalah yang terbesar dalam industri nadir bumi. Namun, ia tidak dapat menghapuskan kenangan dan kesedihan penduduk kampung yang kehilangan anak-anak mereka dan orang yang tersayang. Tuan Yang di-Pertua, selepas 30 tahun kemudian, kerajaan sekali lagi membenarkan sebuah kilang nadir bumi dibina oleh Lynas di Gebeng, Kuantan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Boleh bagi laluan?

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Ini bermakna... Ini bermakna kerajaan telah memberi lampu hijau walaupun sedar akibat dan kesan berbahaya yang akan dihadapi oleh rakyat tempatan. Projek Lynas Advance Material akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif iaitu sepuluh kali lebih banyak daripada kilang nadir bumi, Asian Rare Earth di Bukit Merah. Kerajaan mempunyai amnesia terpilih ataupun selected amnesia. Dia telah terlupa mengenai masalah kesihatan termasuk risiko keracunan, kecacatan kelahiran dan lapan kes leukemia yang dilaporkan dan USD100 juta kos pembersihan kilang Asian Rare Earth.

Instead of closing down kilang Lynas, kerajaan mencari cara-cara licik untuk mendapatkan kilang yang hampir siap ini untuk memulakan operasi sebelum akhir Jun tahun ini.

Tambahan pula, kenyataan Perdana Menteri jelas menunjukkan bahawa Parliamentary Select Committee ini akan dipergunakan untuk mencapai hasrat kerajaan dan sangat jelas bahawa tugas Parliamentary Select Committee ini is to engage stakeholders – ini kenyataan Perdana Menteri dan bukannya saya. PSC ini to engage stakeholders. So that, the Lynas project can be carried out and would not be opposed by the people or creat public fear. Ini tanggapan Perdana Menteri sendiri. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin melontarkan beberapa soalan untuk pihak kerajaan.

Pertama, mengapa Lynas tidak membina kilang Nadir Bumi berhampiran source of restructured di Australia Barat kerana ini akan menjimatkan sejumlah wang yang besar untuk kos transport.

Kedua, kenapa Lynas tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa di Australia Barat untuk membina kilang tersebut? Mungkinkah pihak berkuasa di Australia Barat bimbang tentang kebocoran radiasi, membahayakan kesihatan, kecacatan kelahiran, risiko keracunan dan komplikasi lain yang mungkin berlaku. Tidakkah sepatutnya pihak berkuasa di Malaysia juga ikut sama dengan Kerajaan Australia demi kepentingan rakyat.

Adakah RM700 juta dalam pelaburan asing lebih penting kepada Kerajaan Malaysia daripada kehidupan rakyat?

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Kerajaan Australia mengulangi bahawa mereka tidak akan menerima tanggungjawab untuk mana-mana sisa buangan yang dihasilkan oleh Lynas. Malah dalam satu kenyataan rasmi, Menteri Galian dan Petroleum Australia Barat, Norman Moore mengatakan bahawa dengan izin, “Australia does not support the importation and storage of other countries’ radioactive waste”. So ini jelas bahawa, there are very clear. They will not support – mereka tidak akan menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif negara-negara lain dari Malaysia. Maksudnya dari Malaysia juga. Akan tetapi kita di Malaysia menetapkan salah satu daripada lima syarat yang dikenakan untuk kelulusan TOL – Lesen Operasi Sementara adalah untuk mengambil tanggungjawab penuh untuk pengurusan sisa dari kilang termasuk memulangkan sisa sumber itu jika perlu.

Dalam taklimat media, Ketua Pengarah ELB memberi jaminan bahawa lembaga itu akan meminta hanya letter of undertaking ataupun surat aku janji dari Lynas Australia bahawa ia akan mematuhi syarat ini. Jelas bahawa menteri-menteri di Australia menyatakan bahawa that they will not allow the importation of radioactive material. Akan tetapi di sini we are doing a letter of undertaking, for what?

final • 12:40 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Pada 1 Mac 2012, Menteri Kesihatan memberitahu Sin Chew Daily yang Lynas perlu menghantar sisa radioaktif kembali ke Australia. Menteri Kesihatan juga mengatakan bahawa kerajaan peka dengan rintihan rakyat dan mahu Lynas mencari jalan untuk menghantar balik ke Australia.

Tuan Yang di-Pertua, jelas bahawa Ketua Pengarah ELB dan Menteri Kesihatan are playing to the gallery and whistleling the rakyat. Hakikatnya, Tuan Yang di-Pertua ialah...

final • 12:40 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Tuan Yang di-Pertua, ini sudah luar daripada tajuk, Tuan Yang di-Pertua. Ini sudah macam dia jadi ahli jawatankuasa.

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

...Sisa radioaktif telah... [Disampuk] [Dewan riuh] This is a problem contradicted. So, soalan yang dibangkitkan ialah where is the government proposal to put the sisa radioaktif ini?... [Dewan riuh]

final • 12:40 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ini sudah jadi – dia pula jadi pakar.

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Dengarlah. Belajar sedikit. Dengar dan belajar.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Bukan saya hendak campur dalam soal bahas yang sebenarnya tidak patut berlaku. Akan tetapi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat sama ada adakah Yang Berhormat bersetuju berasaskan kepada pengalaman kita tiga puluh tahun dahulu dengan Bukit Merah, juga menjadi tanggungjawab jawatankuasa ini untuk membandingkan keadaan di Bukit Merah dan mengelakkan agar situasi dan keadaan yang berlaku tiga puluh tahun dahulu tidak berulang lagi? Ini memandangkan... Ini apa pula berbisik-bisik ini?

final • 12:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa antara tanggungjawab jawatankuasa ini ialah untuk melihat dengan rapi dan dengan begitu khusus juga antara perkara-perkara yang hendak disiasat kepada satu keadaan bagi mengelakkan agar peristiwa Bukit Merah yang berlaku tiga puluh tahun dahulu tidak berulang dengan keadaan penubuhan Lynas.

final • 12:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Okey, tambah sikit. Kalau kita lihat kereta tiga puluh tahun yang lepas, tidak ada airbag pun. Hari ini kereta ada airbag. Dalam Dewan kita ini pun ada komputer. Dewan dulu tidak ada komputer. Jadi adakah hari ini kita hendak gunakan teknologi yang sama seperti mana yang diadakan pada tiga puluh tahun yang lepas.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ten second, Yang Berhormat, boleh?

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Klang.

Saya rasa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru pada dasarnya memang kita boleh terima dan kita boleh setuju bahawa sekiranya itulah matlamat PSC. Akan tetapi saya rasa sudah disebut dua hingga tiga kali kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, oleh Pengerusi PSC yang hendak dilantik sebagai pengerusi itu sendiri bahawa matlamat PSC ialah untuk hendak meyakinkan rakyat bahawa Lynas itu selamat. Lalu segala term of reference sama ada keputusan findings of the PSC ini akan diterima oleh kerajaan dan sama ada kerajaan akan ikut dan akur ataupun sebaliknya ataupun tujuan di sebalik pembentukan PSC itu telah jelas... [Dewan riuh]

final • 12:40 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini telah disebut dengan jelas. Apabila ia disebut dengan jelas, saya rasa kita tidak perlulah – kita hendak cuba menipu rakyat ataupun menutup hakikat di sebaliknya.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Jangan tipu. Buat apa hendak tipu. Kita buat siaran langsunglah. Terbuka.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

PSC ini bertujuan untuk white wash Lynas.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 12:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ia bertujuan untuk memberikan satu gambaran yang indah sedangkan kilang itu banyak menghadapi masalah. Apabila matlamat yang seperti itu telah jelas, saya rasa cadangan pembentukan PSC itu sendiri perlu ditolak.

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa, masa Yang Berhormat Klang sudah habis sudah.

final • 12:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh? Terima kasih Yang Berhormat.

Sedikit sahaja. Ada 15 saat. Saya hendak tanya satu sahaja tamadun manusia, tamadun manusia.

final • 12:50 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Minta maaf.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa sudah habis sudah. Bagi masa satu minit.

final • 12:50 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Satu minit. Minta maaf. Dalam laman Facebook Lynas, mereka mengatakan bahawa kilang itu tidak akan menghasilkan dedahan radiasi ataupun zero radiation. Mereka tetap komited kepada mewujudkan nilai-nilai teras dalam menentukan persekitaran yang selamat untuk semua. Jika Lynas tidak meyakinkan pihak berkuasa di Australia Barat, mengapakah kita perlu yakin dengan kempen perhubungan awam seperti ini?

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua pada tahun 1985, satu kumpulan yang terdiri daripada lapan pembuat kasut, pesara, pesakit kanser, pekerja am, tukang gunting dan pemandu traktor menyaman kilang nadir bumi - Asian Rare Earth. Beribu-ribu orang berjalan daripada Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi di Ipoh. Selepas bertahun-tahun berjuang, kilang berkenaan telah ditutup dan tidak beroperasi lagi. Memberi inspirasi kepada kita bahawa masyarakat yang tidak berpendidikan dan miskin mampu menentang syarikat gergasi dan kejayaan berpihak kepada mereka. Dalam semangat yang sama, DAP menuntut kerajaan menutup kilang nadir bumi Lynas serta-merta dan tidak membuang masa dengan proses jawatankuasa pilihan khas.... [Tepuk]

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

[Berdiri]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya bagi Yang Berhormat Maran lima minit.

final • 12:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi izin kepada saya untuk membahaskan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ini orang Pahang. Saya orang Kuantan. Saya lama sudah hidup di Kuantan. Yang Berhormat Kuantan itu baru lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya begini sahaja, saya hendak minta supaya kita berfikir dengan waras. Saya tidak fahamlah dengan pembangkang ini. Ini betapa baiknya kerajaan Barisan Nasional, kita mencadangkan supaya ditubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas ini, untuk kita bincang bersama. Kita Ahli Parlimen tidak kira pembangkang, UMNO kah, PAS kah, PKR, DAP dan sebagainya. Sebab kita memikirkan masalah negara bukan masalah peribadi.

Pembangkang ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ahli Barisan Nasional sekalian, dia tidak ada point sudah. Tidak ada isu di Kuantan. Kuantan tidak ada isu sudah.

Saya, orang Kuantan jumpa saya untuk minta tolong daripada Maran. Malu saya. Apa kerja dia buat?... [Ketawa] Apa kerja dia buat?... [Dewan riuh] Minta tolong daripada Maran.

Bantulah saya dikhabarkan. Yang Berhormat saya tidak pakai lalu ini dikhabarkan. Hah, inilah dia. Inilah satu-satu isu yang dimainkan oleh Yang Berhormat Kuantan.

final • 12:51 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan kawan-kawan saya lain, kita ada pakar kita, kita ada pakar peringkat antarabangsa, pakar dalaman dan sebagainya.

final • 12:51 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Boleh?

final • 12:51 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Sila bos.

final • 12:51 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Satu minit Yang Berhormat. Yang Berhormat saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Maran sama ada Yang Berhormat daripada Maran bersetuju untuk mengesyorkan kepada kerja jawatankuasa ini cuba menyelesaikan satu masalah yang saya pun tidak berapa faham.

Satu pihak kata sisa buangannya radioaktif. Satu pihak. Akan tetapi saya baca di dalam surat khabar dan maklumat yang saya terima Yang Berhormat Maran, bahawa bahan mentah yang datang daripada Australia bila diangkut bawa kepada pelabuhan tidak diiktiraf sebagai radioaktif. Daripada Australia dibawa ke Singapura, masih bahan mentah itu tidak juga radioaktif. Bila sampai ke Kuantan sahaja, turun ke Kuantan dia jadi radioaktif dan sisanya juga jadi radioaktif... [Ketawa] Boleh tidak Yang Berhormat daripada Maran mencadangkan kepada jawatankuasa pilihan khas ini supaya tengok kepada juga peraturan daripada AELB yang saya fikir...

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, dekat hendak habis masa.

final • 12:51 PM

Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad - Johor Bahru

Saya, saya hendak minta membantu sama ada melihat kepada peraturan daripada AELB yang saya rasa agak ketinggalan zaman yang mensyaratkan bahawa bahan mentah itu radioaktif sedangkan Australia tidak cakap radioaktif, Singapura, Pelabuhan Singapura pun tidak kata radioaktif hanya bila sampai Malaysia sahaja jadi radioaktif dan bila pembangkang pun kata sisa dia pun jadi radioaktif.

final • 12:51 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Saya faham Yang Berhormat Johor Bahru. Terima kasih banyak.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Habiskan dalam masa satu minit, Yang Berhormat.

final • 12:51 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Saya setuju. Sebenarnya Yang Berhormat Johor Bahru kepala pembangkang ini sebenarnya sudah masuk radioaktif di dalam dia... [Ketawa] Sebab itulah saya bercakap. Jangan, ini floor saya ini.

final • 12:51 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Maran tidak faham...

final • 12:51 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Kalau beri saya terangkan boleh tidak? Boleh tidak beri saya terangkan.

final • 12:51 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

The chemical process tracking yang menghasilkan radio aktif daripada the ore.

final • 12:51 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Johor Bahru ini loophole dalam undang-undang. Concentrate to be transported without the Dangerous Goods classification or radioactive material classification due to an exemption clause in the Radiation Safety

(Transportation of Radioactive Assumption).

final • 12:51 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Radioaktif aktiviti daripada ore itu hasilnya adalah itulah Yang Berhormat Johor Bahru tidak berpeluang untuk difahamkan oleh UMNO. Yang Berhormat Maran langsung tidak faham ini. Yang Berhormat Maran tidak faham ini.

final • 12:51 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Nasib baik negara kita ini diperintah oleh Barisan Nasional. Tepuklah sedikit... [Tepuk] Sebab itulah kerana Barisan Nasional memerintahlah kita boleh membangunkan negara kita ini. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua kalau beri sebelah sana memerintah, semua tidak boleh buat. Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua apabila kita buat sahaja projek-projek merekalah dahulu mari.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey Yang Berhormat habis sudah masa.

final • 12:51 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Hari ini saya mencabar pembangkang DAP, PKR, PAS dan sebagainya, kalau betul Ahli-ahli Parlimen ini ikhlas beri sokongan kepada jawatankuasa ini... [Ketawa] [Tepuk]

final • 12:51 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh tetapi dengan syarat.

final • 12:51 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Tidak apa Tuan Yang di-Pertua kita boleh buat keputusan sahaja. Barisan Nasional menang kita boleh buat keputusan sahaja.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa habis Yang Berhormat.

final • 12:51 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Akan tetapi kita rasional. Kerajaan kita kerajaan prihatin, kerajaan rasional tolak pembangkang... [Tepuk] Orang kampung kena faham. Saya bercakap ini supaya sedar pandangan-pandangan negatif seperti ini.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, sokong tidak sokong ini Yang Berhormat Maran? Yang Berhormat Maran duduk Yang Berhormat.

final • 12:51 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Oleh itu saya menyokong supaya Jawatankuasa Pilihan Khas ini ditubuhkan dan saya cabar sekali lagi pembangkang supaya memberikan sokongan. Terima kasih banyak.

final • 12:51 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:51 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih. Saya pun pening, saya pun pening dengar perbahasan daripada Barisan Nasional. Sekejap dia kata pakarnya pakar radioaktif, tiba-tiba dia kata tidak radioaktif. Lalu apa ini sekejap radioaktif sekejap tidak radioaktif... [Dewan riuh] Selepas itu kalau dikatakan kerajaan ini prihatin, kenapa sudah siap kilang, sudah beri TOL (temporary operating license) baru hendak bincang.

final • 12:56 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:56 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sedangkan perkara ini dari segi bahan radio aktifnya, daripada ore, daripada bijih yang asal ianya tidak radioaktif.

final • 12:56 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam berilah saya peluang tadi saya beri awak peluang, Yang Berhormat.

final • 12:56 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Akan tetapi bila ianya diproses, hasil proses itu menghasilkan jenis torium yang radioaktif. Itulah sebabnya kenapa pakar radioaktif dan pakar nuklear masuk dalam perbincangan tetapi radio aktiviti ini kalau daripada luar bahan radioaktif di luar dia punya radiasinya lemah tetapi bila sudah meresap ke dalam alam dan dimakan oleh ikan.

final • 12:56 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat, Yang Berhormat

final • 12:56 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ikan itu kita makan dimasukkan dalam makanan, dalam pokok, dalam sayur dan sebagainya dijadikan sebagai baja selepas itu kita makan, radio aktiviti yang torium yang dikatakan ada half life yang berbilion tahun, ini yang merosakkan, ini yang merosakkan organ-organ manusia secara dalaman. Yang penting bagi kita ialah kita hendak satu jaminan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa dia akan hentikan operasi kilang Lynas itu sekiranya PSC ini ditubuhkan.

final • 12:56 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:56 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya sudah berdiri lama. Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:56 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Shah Alam setuju tidak. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Shah Alam tadi bahawa bila

final • 12:56 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

sudah lama meresap bumi itulah berbahaya. Samalah juga dengan UMNO bila sudah lama inilah juga radioaktif yang berbahaya... [Dewan riuh] [Tepuk]

final • 12:56 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Itu yang Ustaz Azizan marah itu. Ustaz Azizan marah.

final • 12:56 PM

Dato' Lilah bin Yasin

PAS pun dah lama juga.

final • 12:56 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ianya merupakan jenisnya juga tetapi bukan radioaktif. Di mana kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberi jaminan dan tidak menarik balik kenyataan yang disiarkan di dalam akhbar di mana peranan PSC adalah untuk hendak menjamin ataupun meyakinkan kepada rakyat bahawa Lynas adalah selamat. Selagi mana dia tidak tarik balik kenyataan itu, seperti mana dia tidak hentikan operasi Lynas.

final • 12:56 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Shah Alam bagilah laluan sedikit.

final • 12:56 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Selagi mana dia tidak memberikan jaminan bahawa keputusan PSC itu akan diterima dan akan mengikat keputusan kerajaan.

Selagi mana jaminan-jaminan ini tidak diberi maka kami daripada Pakatan Rakyat menolak penubuhan PSC ini kerana ianya suatu sandiwara, ianya suatu sandiwara.

final • 12:56 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Shah Alam bagilah sekejap.

final • 12:56 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Hanya hendak tunjukkan bahawa kononnya kerajaan ini prihatin...

final • 12:56 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Shah Alam berilah Yang Berhormat Hulu Langat bercakap. Kenapa takut Yang Berhormat Hulu Langat bercakap.

final • 12:56 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:56 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat kenapa tidak beri Yang Berhormat Hulu Langat bercakap. Takutkan dengan kebenaran?

final • 12:56 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Yang kita tidak akan turut serta dan juga tidak akan...

final • 12:56 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

...Parallyze before analyze... [Dewan riuh]

final • 12:56 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya cabar Yang Berhormat bagi Hulu Langat bercakap.

final • 12:56 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ha! Inilah dia, inilah penyakit sebabkan oleh radiation.

final • 12:56 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kepupusan BN dah jelas.

final • 12:56 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tidak beri Yang Berhormat Hulu Langat bercakap dia pula bercakap macam hebat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]

final • 12:56 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kenapa Yang Berhormat Shah Alam takut Yang Berhormat Hulu Langat datang bercakap. Takut kebenaran?

final • 12:56 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya tidak takut, tidak takut.

final • 12:56 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Shah Alam takut Yang Berhormat Hulu Langat datang bercakap takut kebenaran. Itu sahaja.

final • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, terima kasih semua berani Yang Berhormat... [Ketawa]

final • 12:56 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Organ mereka sudah rosak sudah Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau tidak berani tidak akan dipecahkan undang-undang, peraturan Dewan kita semua lambak masuk dalam longkang sudah... [Ketawa] Ini tunjuk Ahli Parlimen Malaysia berani semua.

Akan tetapi Yang Berhormat, terima kasih lah kepada yang sudah berucap menyenangkan Yang Berhormat Menteri menjawab, tidak ada persoalan jawatankuasa pun dibangkit.

final • 12:56 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua saya minta jaminan, terms of reference.

final • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan persidangan pada sesi pagi ditangguhkan dahulu dan Dewan akan bersidang semula pada pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:56 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menggulung.

final • 12:56 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kedua pihak. Sebelah sini, sebelah sana yang bersetuju dan juga Yang Berhormat Shah Alam yang mencelah. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan berkaitan dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant atau dalam singkatan LAMP bagi meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek ini.

Mereka yang telah mengambil bahagian adalah Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kuantan yang membaca tadi, Yang Berhormat Kubang Kerian tidak ambil bahagian walaupun dia baru masuk. Hendak mengundi sokonglah, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Klang dan juga Yang Berhormat Maran.

Isu-isu yang dibangkitkan adalah merupakan isu-isu yang sememangnya menarik perhatian pihak awam berhubung projek ini yang mana berhubung pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi menjelaskan namun masih lagi terdapat kekeliruan kerana maklumat yang mungkin tidak tepat dan telah diputar belit mengenai projek LAMP ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan pada pagi ini dan Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Maran dan Yang Berhormat Kota Belud.

Setengahnya mengambil bahagian, setengahnya mencelah mengatakan bahawa isu ini telah dipolitikkan dan bersetuju dengan jawatankuasa khas ini bagi menilai fakta saintifik dan teknikal mengenai keselamatan projek LAMP.

Saya bersetuju dengan pandangan tersebut dan itulah sebenarnya tujuan kerajaan mencadangkan penubuhan jawatankuasa ini. Namun dalam perbahasan pada pagi tadi, saya dengar iaitu dari pihak pembangkang telah membangkitkan perkara-perkara yang sebenarnya memerlukan jawapan yang tepat daripada pihak yang pakar dalam perkara ini.

Kita tidak pula secara total mengatakan dengan izin, concern mereka itu tidak penting kerana kita merasakan concern itu penting dan jawapannya itu perlu diberikan oleh mereka yang kita anggap sebagi pakar. Oleh sebab itulah...

final • 2:32 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 2:32 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Nanti, relax. Kacau saya punya train of thought.

final • 2:32 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:32 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Itulah, saya pun tahu... [Ketawa] Memang perangai dialah. Kalau abang dia pun dia boleh buat, saya siapa? Jadi, oleh kerana perkara ini dibangkit, bermakna ada isu-isu yang perlu diperjelaskan. Apabila kita hendak perjelaskan, sebab itulah kita mencadangkan supaya untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen ini supaya segala apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana, Ahli-ahli Yang Berhormat juga boleh dijadikan sebagai members of public untuk raise isu ini. Bukan di sini sebab saya bukan pakar dan saya pun tidak boleh jawab melainkan jawapan itu disediakan oleh pakar-pakar yang ada di belakang yang memberi jawapan.

Jadi sebab itu Ahli Yang Berhormat, penting kita adakah jawatankuasa ini supaya Yang Berhormat juga boleh mengambil bahagian sebagai members of the public dengan izin, to raise the concern of not only your consequence but also daripada pihak-pihak yang lain supaya dalam public engagement yang dijalankan oleh jawatankuasa ini, semua perkara ini boleh dibangkitkan. Boleh dicatat, direkodkan secara rasmi bahawa perkara ini dibangkit dalam satu jawatankuasa yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen, the highest body kepada saya.

Oleh sebab itu, saya agak kecewa apabila Yang Berhormat Bagan belum apa-apa lagi sudah pun menyatakan bahawa parti dia tidak akan mengambil bahagian dan akan menghasut rakan-rakan mereka dalam pembangkang untuk sama-sama tidak mengambil bahagian di dalam jawatankuasa ini. Jadi sebelum saya terus, saya bagi Yang Berhormat Shah Alam.

final • 2:32 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya pun cukup simpatilah dengan Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Menteri, yang merasa kecewa dengan pendirian yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Bagan. Saya rasa kekecewaan itu adalah yang menyebabkan kenyataan yang sebegitu rupa dikeluarkan oleh Yang Berhormat Bagan, kerana sebelum apa-apa lagi, belum tubuh lagi PSC, belum dengar lagi panel-panel pakar-pakar dan sebagainya, telah pun dengan jelas menyatakan bahawa tujuan di sebalik PSC itu ialah untuk hendak menghilangkan segala keraguan dan tanggapan negatif terhadap kilang Lynas itu.

Lalu pada masa yang sama, sambil kita mengatakan bahawa kita hendak dengar semua pandangan dan kita minta pakar, tetapi pada masa yang sama kita telah mengeluarkan satu pendirian yang mengatakan bahawa tujuan di sebalik penubuhan PSC ini ialah untuk hendak menangani tanggapan yang negatif. Maknanya kita telah buat satu keputusan dan di situlah apa yang telah diminta oleh Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat bahawa sekiranya benar PSC ini adalah untuk menunjukkan keterbukaan pihak kerajaan, maka kerajaan mesti bersedia untuk menarik balik temporary operating license selama dua tahun yang telah diserahkan kepada Lynas.

Dan begitu juga mestilah bersedia untuk menghentikan segala operasi dan menghalang apa-apa kerja-kerja pembinaan kerana kita berada di persimpangan jalan.

Kita hendak dengar semua pandangan dahulu barulah kita buat keputusan.

Pada masa yang sama, kita mesti ada satu komitmen daripada pihak kerajaan yang mengatakan bahawa pandangan-pandangan yang disampaikan di dalam PSC ini oleh semua pakar daripada semua bidang akan diambil kira dan pihak kerajaan akan mengikut apa yang telah diputuskan dan disyorkan oleh pihak PSC. Sekiranya ianya hanya sebagai satu exercise untuk hendak tunjuk bahawa kita ini terbuka, kita hendak dengar pandangan tapi akhirnya keputusan sudah tetap, kilang pun sudah siap, TOL iaitu temporary operating license, pun telah diberikan. Maaf, saya kena cakap dengan Tuan Yang di-Pertua, temporary operating license pun telah dikeluarkan dan kilang itu pun terus berjalan, ini bererti bahawa PSC ini tidak mempunyai apa-apa nilai. Ianya hanya an eye wash. Hanya satu usaha untuk hendak zahirkan satu imej bahawa kerajaan ini prihatin sedangkan keputusan telah pun dibuat. Inilah yang saya rasa kerisauan dan bantahan yang dihasilkan oleh Yang Berhormat Bagan sehingga dia kata kalau begini tidak payahlah kita terlibat dan

final • 2:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

begitulah juga pandangan daripada PAS dan saya yakin begitulah juga pandangan daripada PKR. Apa gunanya kita terlibat sekiranya keputusan telah pun dibuat?

final • 2:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya bagi Yang Berhormat Sungai Siput, tapi kalau hendak menjawab pandang saya pun tidak apa. I know I am attractive...

[Ketawa]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa apa yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Shah Alam memang ada pointnya, kerana jika kita hendak committee ini dijadikan satu committee yang tentukan, adakah Lynas ini selamat atau tidak ataupun adakah ini jadi satu committee yang hanya whitewash yang mengatakan ini selamat, ini hanya exercise untuk yakinkan public. Jadi jika yang kedua, apa gunanya? Jika ia adalah yang pertama iaitu untuk betul-betul tengok maklumat, untuk check adakah ia selamat? Then, kerajaan harus tunjuk keikhlasan dengan hentikan semua kerja Lynas pada masa ini... [Tepuk] Pembawaan semua itu daripada Australia harus dihentikan dahulu sampai kita buat kajian, sampai PSC buat keputusan, baru luluskan. Akan tetapi jika tidak buat macam itu, jika tidak hentikan kerja Lynas, then this is the whitewash. Apa gunanya? Publicity exercise. Jadi bolehkah kerajaan beritahu keikhlasan kerajaan yang kita akan hentikan semuanya sehingga PSC ini bersidang dan buat keputusan? Otherwise, it is worthless.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit penjelasan Yang Berhormat Padang Rengas.

final • 2:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit sahaja.

final • 2:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak, saya tidak boleh mungkir janji.

Saya minta Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya pun hormati Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 2:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Lepas itu nanti saya akan jawab dan saya akan tetap pandang kepada Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Itu sikap tokoh Maulidur Rasul... [Ketawa]

final • 2:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kalau Yang Amat Berhormat PM macam Yang Berhormat Padang Rengas, senang. Maknanya, layaklah jadi PM kalau terus memerintah.

Jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Rengas pun Menteri yang senior dalam Parlimen, menjaga Parlimen dan sudah berpuluh-puluh select committee yang kita tubuhkan melalui Parlimen ini, dan saya rasa kita tidak ada keberatan untuk participate. Yang terbaru adalah PSC tentang electoral reform yang terms of reference nya jelas, hendak buat penambahbaikan untuk kebaikan demokrasi. Sekiranya itulah contohnya, kita tidak ada masalah untuk sertai dan berikan pandangan terbaik kita. Akan tetapi kalaulah maknanya belum pun ada satu select committee seorang pemimpin negara mengatakan kerajaan tidak terikat, jadi apa maknanya? Di situlah saya rasa kita harus berikan suatu pandangan yang jelas tentang PSC ini. Saya rasa kita tidak ada masalah, Yang Berhormat.

Apa pun yang Parlimen ini pernah tubuhkan, kita pembangkang tidak pernah tolak dan kita participate... [Dewan riuh] Kita participatelah. Select committee tentang perpaduan kita ada wakil, select committee tentang electoral reform kita participate, kita berikan contribution. Itu rekod. Akan tetapi kalau Lynas buat satu PSC yang sudah ada satu end result yang kerajaan tidak akan ubah keputusan, jadi apa maksudnya? Yang Berhormat sebagai Menteri yang paling senior, berwibawa, layak jadi PM, apa lagi saya hendak kata?... [Ketawa] Jadi harus pegang dengan prinsip dan objektif Parlimen ini. Tidak ada

final • 2:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

gunanya kita bincang tentang – sudah ada keputusan, tidak terikat untuk kita bincang. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri yang senior dapat menunjukkan contoh yang baik.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri. Pendek.

final • 2:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Boleh lepas ini, lepas ini?

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Lepas ini, sedikit sahaja, boleh? Lanjutan. Sedikit sahaja.

final • 2:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sedikit sahaja.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit sahaja. Terima kasih bukan sahaja Menteri tetapi tahniah sebagai Tokoh Maulidur Rasul yang dianugerahkan oleh Kerajaan Thailand. Yang Berhormat Menteri bukan sahaja sebagai Menteri Kanan seperti yang dikatakan tadi, tetapi juga sebagai seorang peguam, di Dewan yang mulia ini membuat keputusan bahawa mana-mana isu terutama yang telah masuk ke mahkamah terutama dengan izin pending case, merupakan satu perkara yang sub judice.

Kita tahu kes Lynas ini hari ini saya melihat ada dalam laporan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam permohonan yang dibuat oleh sekumpulan penduduk di Kuantan terutama dalam mencabar TOL itu sendiri telah membuat arahan di mana afidavit seterusnya perlu dibuat oleh AELB untuk menyatakan skop lesen tersebut. Seperti yang dihujahkan dengan bijaksana ketika mengenai isu NFC dibangkitkan bahawa perkara tersebut tidak boleh dibahaskan, dilakukan di Dewan yang mulia ini kerana terikat dengan aturan mesyuarat, ianya merupakan satu sub judice dan saya rasa bukan sahaja Ahli Parlimen yang kanan, peguam barrister saya rasa mungkin faham isu ini dan rasa boleh membuat penjelasan.

final • 2:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pertama Yang Berhormat Balik Pulau. Saya pun minta maaf kalau bila saya hendak berhujah saya pandang kat dia. Yang Berhormat Balik Pulau cakap sub judice tetapi kalau tidak silap saya, Yang Berhormat Kepong dalam akhbar pada hari ini dia kata tidak sub judice sebab dia kata PAC waktu isu PKFZ sedang berjalan, dia boleh panggil orang.

final • 2:40 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi saya ingat Yang Berhormat boleh check Yang Berhormat Kepong punya statement, pagi tadi. Sebab dia mempertikaikan Yang Berhormat daripada Padang Besar, mengatakan kita tidak boleh bincang NFC sebab sub judice, trial sedang berjalan tetapi Yang Berhormat Kepong kata tidak betul. PAC boleh bincang perkara ini walaupun kes sedang berjalan.

Pernah berlaku di mana dalam masa yang sama mereka panggil saksi-saksi untuk memberi penjelasan. Saya ingat daripada segi amalan kita tidak salah. Kemudian Yang Berhormat Kubang Kerian ini betul-betul batu apilah. Sebenarnya penyakit PAS Kedah belum lagi menjangkiti saya... [Ketawa] Kita tidak minat hendak jadi Menteri Besarkah, hendak jadi Perdana Menterikah saya tidak minat. Belum lagi menjangkiti.

final • 2:50 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi Ketua Pembangkang boleh, jadi Ketua Pembangkang? [Ketawa]

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau Yang Berhormat Permatang Pauh sudah tidak layak bolehlah cuba-cuba jumpa saya... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya sedar perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat daripada Shah Alam dan juga Yang Berhormat Sungai Siput. Pertama saya hendak sebut walaupun TOL keluar, temporary license dia belum terlewat untuk Parliamentary Select Committee untuk membincangkan perkara ini. Ini kerana saya percaya kalau sudah terlewat tidak ada guna kita adakan PSC.

Jadi dia tidak terlewat, itu pertama.

Keduanya Yang Berhormat kita dalam Barisan Nasional ini kita tidak ada gag order, gag order macam parti Yang Berhormat, gag order pada Hasan Ali. Macam DAP gag order kepada Yang Berhormat daripada Batu Kawan. Macam PKR gag order kepada bekas Yang Berhormat Padang Serai dahulu, kita tidak ada gag order. Perdana Menteri kalau dia hendak bercakap, dia bercakaplah kerana kita mesti menampakkan iaitu Parliamentary Select Committee ini dia mempunyai hak untuk membuat keputusan dia. Akan tetapi kalau

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

reporter tanya kepada Perdana Menteri iaitu apakah kerajaan mesti akur, mesti akur ya dengan keputusan PSC?

Jadi untuk hendak menampakkan jangan menampakkan kita ini kena tunduk kepada PSC. Sebab itu untuk memulangi balik neutrality PSC yang tidak memihak kepada mana-mana situasi melainkan untuk mendengarkan evidence di hadapannya dan akhirnya buat keputusan. Sebab itu Perdana Menteri kata kita tidak akan terikat, okey. Ini kerana soalannya ditanya begitu. Kalau sudah dikatakan ya, kalau soalannya kata apakah kerajaan akan akur? Jawapannya ya, tidak usah buat PSClah. Kita terus sahajalah, kita terus buat atau tidak buat. Jadi kita tidak ada gag order.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Nanti Yang Berhormat sabarlah. Duduk dahulu. Dalam Dewan kalau dua orang berdiri tidak boleh.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak boleh, tidak boleh, tidak boleh kena duduk, kena duduk. Berdiri itu kerana hendak tunjuk signal hendak bertanya lepas itu duduk saya faham. Saya belum buta lagi. Jadi, yang penting termasuk Yang Berhormat daripada Pasir Gudang dia hendak bercakap, dia bebaslah dia bercakap hendak kata apa kita tidak ada gag order. Akan tetapi tidak semesti apa yang dikatakan mereka di luar daripada sidang PSC ini dianggap sebagai arahan, kita tidak begitu. Kita tidak macam PAS - kuku besi. Kita, Perdana Menteri bagi pandangan, pandangan dialah ya, pandangan dia.

Sebab yang penting usul yang saya bentang. Yang Berhormat sebut dalam usul saya bentang ini di mana ada mengatakan iaitu kita mengadakan PSC ini tujuannya untuk membersihkan pandangan putar belit yang dibuatkan sehinggakan menjadikan satu orang kata persepsi. Mana ada, baca? Tidak ada. Ini yang penting yang ini. Tidak ada, yang tidak ada tidak adalah tidak usah dok kait benda-benda yang lain. Tidak usah kait benda-benda lain. Yang Berhormat baca sini sahaja dan saya tidak akan layan mana-mana perkara- perkara...

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang dibangkit tetapi tidak ada di sini.

Sila Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat ya peraturan mesyuarat.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Disampuk] Nanti dahulu.

Peraturan Mesyuarat 36(2) - “Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu.” Tuan Yang di-Pertua, dalam kes mahkamah yang saya bacakan tadi itu merujuk kepada kumpulan penduduk di Kuantan yang membawa kes judicial review semakan yang memohon bahawa license TOL tersebut dibatalkan, khusus. Juga saya baru bercakap tadi dengan peguamnya tadi mengatakan bahawa injunction juga kata yang dipohonkan. Dua permohonan ini akan memberi apa yang dikatakan di sini boleh merosakkan kepentingan pihak yang berbicara itu.

Ada kepentingan di situ, dan kes ini ialah pending. Tadi walaupun Menteri bijaksana menjawab, saya rasa di bawah peraturan mesyuarat, saya rasa Tuan Yang di- Pertua perlu membuat ruling sebelum kita teruskan.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat Menteri ini usul kerajaan dan saya minta Yang Berhormat Menteri perjelaskan perkara ini.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, kita membawa usul ini dengan memahami iaitu bahawa ianya tidak menjejaskan sub judice kepada kes yang sedang dipertimbangkan oleh mahkamah. Saya percaya kalau sekiranya ada pihak yang merasakan bahawa ianya sub judice sudah tentu sub judice mungkin valid to contempt of

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

courtkah apa, application boleh dibuat di mahkamah. Itu jalan yang paling mudah sebab kita berpendapat bahawa ianya tidak menjejaskan.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau saya mengikat keputusan penjelasan yang dibuat oleh Menteri untuk menjawab point of order Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, tidak sub judice dan peraturan mesyuarat tidak berbangkit kepada perkara ini.

final • 2:50 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

...Dan kes MAS dan Tan Sri Tajuddin Ramli.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak berkenaan Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, saya kata sudah tentu kita argue sampai esok pun tidak akan selesai. Akan tetapi sekiranya ada pihak merasakan apa yang kita buat ini adalah sub judice kerana kes TOL sedang berjalan, itu terpulang kepada mana- mana pihak yang berkepentingan untuk membuat aplikasi kepada mahkamah.

final • 2:50 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua, tidak pernah ruling Tuan Yang di-Pertua disebut seperti begitu, tertakluk kepada pihak yang merasakan bahawa kes mereka terjejas dan sebagainya.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak, tidak apa Yang Berhormat saya...

final • 2:50 PM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Ruling Tuan Yang di-Pertua jelas, mudah sebagaimana yang berlaku terhadap...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya katakan bahawa ianya saya mengikat penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai perkara maknanya saya bersetuju bahawa perkara ini tidak menyebabkan sub judice. Itu penjelasan saya kepada Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kita akan akur apabila...

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, sedikit penjelasan lanjut sedikit sahaja sedikit. Saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua bagi memastikan kepentingan mana-mana pihak yang diandaikan akan terjejas tersebut, kerajaan yang mempunyai kepentingan boleh memberi arahan langsung kepada AELB untuk menarik, tidak membantah permohonan penduduk di mahkamah. Jadi itu lebih menggambarkan keikhlasan kerajaan hari ini bahawa mari kita ke PSC, jadi kes di mahkamah kita tarik balik. Kita tidak payah lawan di sana.

Mungkin dibenarkan satu interim injunction, satu injunction sementara, sementara menunggu dengan izin, fact finding ataupun keputusan-keputusan yang lebih wajar di PSC satu interim injunction boleh dibenarkan. Mungkin AELB bolehkah? Yang Arif Datuk Rohana untuk bersetuju satu interim injunction.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh saya bagi pandangan sikit, just a quick one, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, pagi tadi dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang membincangkan tentang isu NFC, rakan-rakan saya daripada pihak pembangkang mengatakan perjalanan PAC itu tidak sub judice . Hari ini kita dengar kawan-kawan kita di sebelah sana pula mengatakan oleh kerana ada pending case mengenai isu Lynas ini, hari ini mereka mengatakan sub judice. Jadi, saya tidak faham ini yang mana satu, saya tidak tahu. Orang yang sendiri berdiri tadi mengatakan tidak sub judice dan mereka mahukan. Ini pandangan saya, terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya telah menyebut berkenaan dengan perjalanan PAC tetapi tak apalah.

final • 3:00 PM

Dato' Kamarudin Jaffar - Tumpat

...Oleh Yang Berhormat Kota Belud sebab saya dalam PAC tadi. Untuk faktanya jelas, kami akhirnya bersetuju supaya Pengerusi PAC, Yang Berhormat Padang Besar bertemu dengan Tan Sri Yang Dipertua untuk mendapat penjelasan perbezaan ruling di dalam Dewan berbanding dengan di mesyuarat- mesyuarat jawatankuasa dan itu dipersetujui bersama. Jadi, saya fikir tidak patut ianya di ....

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sama jugalah, sama jugalah. Kita sedang berjalan, sama juga. Jadi Tuan Yang di-Pertua,....

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

I mintak Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri, saya merujuk kepada jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang bagi saya kira agak menariklah. Yang pertama, Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa walaupun dikeluarkan TOL itu tetapi ianya tidak terlalu lewat untuk kita tubuhkan PAC dan sebagainya. Temporary operating license itu dikeluarkan dan kilang pun terus berjalan sambil PAC pun duduk berbincang. Tenure PAC ini pun boleh dilanjutkan dan sampai berapa lama kita pun tak tahu. Tidak ada satu jaminan bahawa apa yang diputuskan oleh PAC akan diambil kira oleh kerajaan. Lynas itu akan terus dan inilah satu perkara yang pelik kerana dalam keadaan kita mengaku bahawa kita tak tahu.

Tadi Yang Berhormat Menteri sendiri dah kata Yang Berhormat Menteri pun bukan pakar, Pengerusi PAC pun bukan pakar tetapi kita nak benda ini berterusan. Walaupun ramai pihak dan ramai pakar yang lain yang bukan sahaja yang pakar nuklear kerana seperti mana yang disebutkan tadi persoalan nuklear, radioactive nuclear dan sebagainya adalah hanya sebahagian. Bagaimana dengan pandangan Medical Association of Malaysia yang mana semua pakar perubatan semua menolak projek ini dan juga daripada sudut environment dan daripada sudut keracunan dan sebagainya.

final • 3:00 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Hulu Langat tak tolak pun.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Lalu dalam keadaan kita kata kita tak tahu tetapi kita mahu membenarkan kilang itu berterusan dan kita anggap bahawa tidak ada masalah dengan TOL yang diberikan. Tidak ada apa-apa jaminan bahawa TOL ini akan ditarik balik. Pada masa yang sama Yang Berhormat Menteri pun memberikan gambaran bahawa kata-kata Perdana Menteri ini sebenarnya tak ada benda, tak ada nilai. Walaupun dia sebagai Perdana Menteri tetapi dia cakap hanya sebagai pandangan seorang, alone voice in the darkness… [Dewan riuh] Tak ada makna.

Tak apalah Perdana Menteri mengatakan bahawa PSC ini pandangannya tidak akan diambil kira, bahawa peranan PSC ini adalah untuk nak membersihkan imej Lynas dan sebagainya. Lalu kalau kata-kata yang sebegitu rupa yang bagi saya memberikan satu gambaran yang tidak tepat kerana dia adalah Perdana Menteri dan dia mengeluarkan kenyataan itu sebagai Perdana Menteri yang memberikan backing dan persetujuan kepada pembentukan PSC ini. Sudah jelas bila dia sebut bahawa PSC itu adalah bertujuan untuk nak tangani imej negatif itu, maka ianya jelas bahawa keputusan telah pun dibuat.

Kita daripada Pakatan Rakyat, saya ulangi pendirian kita, selagi mana kesungguhan tidak ditunjukkan oleh pihak kerajaan untuk mengambil berat wujudnya PSC ini. Berikan tempoh, tarik balik TOL itu, hentikan operasi, hentikan pembinaan dan memberikan jaminan bahawa perbincangan dan penjelasan akan dilakukan secara terbuka.

Biar semua orang dengar, biar rakyat semua memahami. Barulah kita akan sanggup untuk terlibat. Kalau tidak, seperti mana yang dipersetujui oleh Yang Berhormat Menteri juga, kalau tidak dalam keadaan itu, apa maknanya yang kita terlibat kalau keputusan dah pun dibuat dan tujuannya adalah untuk nak memberikan white wash dan membantu kerajaan Barisan Nasional untuk nak membetulkan kesalahan yang mereka telah lakukan.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Di mana mereka membenarkan kilang itu dibina. Baru sekarang bila dah bina dan dah dapat lesen untuk beroperasi baru nak buat PSC dan buat satu siasatan.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya rasa jawapan Yang Berhormat Menteri jauh daripada memuaskan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam ini gila bercakap tetapi dia tak bagi Yang Berhormat Hulu Langat bercakap, itu masalahnya. Tuan Yang di-Pertua, saya ada sebut kita tak ada gap order, tak macam PAS.

Perdana Menteri menjawab soalan yang direct kepada dia, apakah kerajaan akan akur dengan keputusan yang dibuat oleh PSC. Jadi, kita mesti menampakkan iaitu bahawa PSC ialah badan neutral. Soalannya begitu, kalau ditanya memanglah jawapannya kita tidak akan semestinya akur sebab kita nak menunjukkan itu bahawa PSC mesti bebas. Jadi, dia boleh buat apa juga keputusan tetapi untuk nak bagi tahu kepada rakyat bahawa Perdana Menteri akur, tak bolehlah.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Pohon, pohon.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, sebentar.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sudah tentu Perdana Menteri akan menjawab bahawa kita tidak akan terikat tetapi jangan membaca niat jahat yang ada pada Yang Berhormat itu dibaca kepada kerajaan kami. Tak ada niat jahat begitu.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Banyak kali dah kena.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ini kalau niat jahat, sebab itu fikir semua apa yang kita buat ini semuanya jahat.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dah banyak kali dah kena, niat jahat ini dah terbukti berulang berkali-kali.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kita tak laksanakan gap order.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kita tak ada gap order, mana ada gap ordernya.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Apa benda? Hassan Ali itu tak ada gap order? Sampai halau keluar.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Mana? Mana? Tunjuk saya, tunjuk saya.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sampai halau keluar daripada parti, tak boleh bersuara, bercakap. Merana kawan itu sekarang ini ke hulu ke hilir.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tak ada, tak ada. Menteri janganlah buat andaian bahawa itu adalah keadaannya.

final • 3:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya rasa Yang Berhormat Menteri kena tanya apa keadaan yang sebenarnya.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kita tak ada gap order. PM kah, Pengerusi, mereka bebas untuk mengatakan. Saya telah mengatakan itu bahawa apa juga yang ada kaitan dengan isu Lynas ini hanya di dalam usul ini sahaja. Yang Berhormat baca betul-betul, tidak ada di sini yang mengatakan iaitu bahawa kita berhajat untuk mengadakan PSC ini sebagai untuk menepiskan preconceived ideas daripada mana-mana, tak ada.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dan tidak sebaliknya, sebaliknya pun tak ada. Mana terms of reference?

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tak ada, tidak payahlah. Ini bermakna bebas nak bahas apa yang mampu untuk...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri, menteri, soalan, soalan.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, soalan, soalan.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat ya.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tidak tertulis, tidak tertulis.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya tengok di sini, dalam perkara yang telah ditulis, kita isunya ialah untuk nak mewujudkan jawatankuasa ataupun tidak. Jadi, saya nak, dengan izin, address dua masalah. Satu, masalah banyak perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang. Bila banyak perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang, jadi maknanya yang boleh menjawabnya ialah jawatankuasa. Jadi, sokonglah jawatankuasa ini, itu yang pertama. Kedua ini, dia ada preconceive idea yang mengatakan keputusan telah dibuat, itu kalau dia jadi Perdana Menteri, macam itulah perangai dia.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tak, itu Perdana Menteri sekarang.

Perangai Perdana Menteri sekarang. Perdana Menteri sekarang yang buat kenyataan itu.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kita tidak ada keputusan. Saya boleh bagi tahu di sini bahawa tidak ada keputusan.

final • 3:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau tidak ada keputusan, boleh jawab menteri?

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bukan saya, Perdana Menteri sekarang.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Itu kenyataan Perdana Menteri sekarang.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bahawa tidak ada keputusan yang telah dibuat terdahulu daripada terbentuknya PSC ini.

final • 3:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri, ada soalan.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, dua-dua perkara saya telah address. Apa hal yang lain itu yang perlu ditanya, tanya dalam PSC, sokonglah PSC.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Soalan Yang Berhormat Menteri. Soalan.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi, saya harap saya buka ini untuk pengundian sama ada setuju atau tidak untuk mewujudkan PSC.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Menteri, takkan tak bagi Yang Berhormat Kuantan laluan?

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Kuantan tak payahlah.

Saya dah jawab dulu tadi.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Laluan, laluan.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dia baca daripada mula sampai habis dia baca, saya tolong tulis sahaja. Itu standard dia.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tak nak bagi laluan?

final • 3:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kalau dia baca sahaja pun dengarlah.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, baik.

Menteri dah habis Yang Berhormat, sila duduk.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Kenapa Yang Berhormat Menteri, takut kah?

final • 3:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Apa yang tidak jawab soalan?

final • 3:00 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

PSC, PSC.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Menteri takut kah, takut nak jawab kah?

final • 3:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

PSC, PSC, bagi laluan.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Menteri dah habis dah.

Menteri dah habis dah Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Terms of reference, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri dari Padang Rengas.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tak jawab.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Menteri, jawab term of reference.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, ini dia beri gap order ini, gap order kepada semua.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua, terms of reference tak ada.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini dia beri gap order kepada semua Pakatan Rakyat, dia bagi gap order ini ha. Tak beri cakap, inilah gap order. This is the gap order yang dikeluarkan dalam Parlimen sampai kita...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat, you tak ada floor. Yang Berhormat bercakap, dah habis dah.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

PSC kata tidak selamat, apakah...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu.

Menteri dah habis berucap Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri tidak jelas...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yalah, duduklah. Sudah habis.

[Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, ada empat perkara yang saya bangkitkan tadi. Kalau satu pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sudah okey Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, di bawah perkara 1 hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Pengecut, keluarlah.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kita hendak tanya sementara PSC dijalankan sama ada projek ini akan berhenti atau tidak?

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Keluarlah.

final • 3:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Semua pengecut, keluar.

final • 3:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Kalau tidak bersetuju, keluar.

final • 3:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Rakyat mengundi untuk mempertahankan hak. Tuan Yang di-Pertua, what is this?

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Mockery towards Dewan Rakyat ini.

final • 3:10 PM

Beberapa Ahli

Keluar, keluar.

final • 3:10 PM

Seorang Ahli Undi sahaja, pasal apa takut? Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Politik sahaja, keluarlah.

final • 3:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Bawa ke Putrajaya.

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Kalau tidak setuju, keluarlah! [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Hantar Kinabatangan, tidak ada projek, hantar Kinabatangan.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk Yang Berhormat. Ya, setiausaha... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima,

final • 3:10 PM

Parlimen Yang Kedua Belas.” - 19 Mac 2012] Timbalan Yang di-Pertu

Jemput Yang Berhormat Putatan.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya menyambung perbahasan saya dari semalam, saya menyentuh mengenai keamanan dan ketenteraman negara. Kalau kita melihat gelagat-gelagat sebelah sana, hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu negara yang paling aman dalam dunia. Inilah satu- satunya petanda bahawa mereka ini tidak layak untuk mengurus kerajaan... [Tepuk] Tidak layak untuk mengurus kerajaan.

final • 3:12 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Putatan.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Sebab itu select committee yang bertujuan, berniat baik untuk mendengar, mencatat rintihan, catatan kepada golongan-golongan tertentu, itu pun tidak dipersetujui, sengaja untuk mengacau-bilau hasrat murni pihak kerajaan.

final • 3:12 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Putatan, minta laluan.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai bangun Yang Berhormat.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

...mengucapkan kehadiran SJK (Tamil) Taman Permata Dengkil Sepang Selangor, terima kasih adik-adik selamat datang. Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 3:12 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya juga mengalu-alukan kehadiran adik-adik kita dari sekolah Tamil dari Dengkil dan hari ini mereka berpeluang melihat gelagat kawan- kawan kita dari sebelah sini.

final • 3:12 PM

Beberapa Ahli

BEBAS.

final • 3:12 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Bukan BEBASlah, pembangkang.

Pembangkang yang tidak habis-habis membangkang sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin Yang Berhormat Putatan menceritakan tentang ketenteraman awam. Saya hendak bangkitkan satu persamaan ketenteraman awam yang berlaku di negara ini dan juga saya hendak bandingkan dengan Sri Lanka. Saya tengok Tuan Yang di-Pertua bangun berdiri tegak. Jangan terburu-buru. Tunggu saya hujah dahulu.

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Speaker tidak boleh berdiri tegak Yang Berhormat, kena duduk.

final • 3:12 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita melihat hari ini yang dibawa oleh...

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Ketawa]

final • 3:12 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ketenteraman awam itu saya mencelah sedikit. Beribu-ribu orang, beratus ribu orang mati dibunuh di pantai-pantai Sri Lanka oleh rejim ‘Zionis’ Sri Lanka diketuai oleh Rajapakse. Namun perkara yang sama boleh berlaku di negara ini sekiranya kita membenarkan...

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Padang Serai...

final • 3:12 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

...Pimpinan seperti Permatang Pauh.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Saya minta diberi peluang untuk berucap kemudian. Biarlah saya teruskan sebab saya tidak ada masa.

final • 3:12 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Bagi 30 saatlah.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tidak, tidak ada banyak masa. Yang Berhormat Padang Serai boleh berucap semula nanti.

final • 3:12 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya harap kerajaan mengambil satu langkah di mana mereka membuat pendirian menyokong...

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Minta maaf, minta maaf.

final • 3:12 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

...Supaya satu siasatan bebas diadakan terhadap mereka-mereka yang terbunuh di pantai-pantai Sri Lanka.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan perbahasaan saya.

final • 3:12 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya harap Yang Berhormat Putatan menyokong hasrat saya.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Saya beralih kepada Kementerian Pertanian. Sebagaimana yang saya bahas pada... tidak perlulah saya jawab itu ya. Saya tidak layak. Sokong sahajalah. Ini pada Kementerian Pertanian.

final • 3:12 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, sebelum pergi kepada pertanian...

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Beras dan ikan.

final • 3:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Kalau kita sentuh mengenai beras, ini kena mengenai dengan BERNAS.

final • 3:12 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sebelum pergi BERNAS, boleh?

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Akan tetapi saya berputar balik kepada alam sekitar, ini ada kena mengena dengan Kementerian Pertanian, perikanan dan alam sekitar.

final • 3:12 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Mana-mana pun saya boleh masuk.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tadi kita melihat banyak ikan yu yang harus kita... lagi Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:12 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Mengenai keamanan, sebelum itu...

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Masa saya tidak banyak. Okey, kawan dari Sabah.

final • 3:12 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ambil satu minit sahaja. Saya tengok jam. Keamanan selalu kita katakan. Saya khuatir Yang Berhormat dalam keadaan negara kita berbilang kaum, berbilang agama, satu perkara yang merisaukan saya tentang pembangkang ini ialah tentang ketidakprihatinan mereka terhadap keamanan. Keamanan kalau katalah demonstrasi berlaku bila-bila masa secara besar-besaran di jalan raya, saya melihat pembangkang tidak melihat, tidak mengakui bahawa masih ada lagi elemen-elemen subversif di dalam dan di luar negara yang cuba mempengaruhi negara kita. Kalau mereka tidak mempunyai kekhuatiran tersebut, maka saya kira pendapat Yang Berhormat bagaimana. Apakah mereka layak untuk menjadi kerajaan, untuk menjaga keselamatan negara kita. Itu bezanya antara kita dengan mereka. Keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan.

final • 3:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mana layak!

final • 3:12 PM

Dato' Kamaruddin Jaffar - Tumpat

Satu minit sahaja Yang Berhormat Putatan.

Tentang keselamatan awam Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana kita tahu di negeri Kelantan dan di negeri Pulau Pinang telah diadakan pelbagai bentuk demonstrasi dan polis pun tidak menghalang dan kerajaan negeri pun menyambut mereka termasuk Ketua Menteri daripada Bagan. Jadi ianya tidak mencetuskan apa-apa huru-hara sekalipun seperti yang telah berlaku di Kelantan dan Pulau Pinang... [Tepuk]

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Yang Berhormat mencetuskan soal keamanan, soal keamanan, ketenteraman ini

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

amat luas sekali. Mengikut keadaan ada yang berdemonstrasi secara aman tetapi ada yang demonstrasi yang sengaja mengelirukan sentimen rakyat terutama sekali isu-isu Lynas yang boleh kita tangani di dalam bilik, bukan di jalan-jalan, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Jadi, jawapan kepada soalan Yang Berhormat Kota Belud, mereka memang tidak layak. Saya ada membuat satu soalan pada minggu lepas, soal keamanan, soal ahli-ahli Parti Komunis Malaya (PKM). Kita sudah selesaikan segala pergelutan antara ahli-ahli Parti Komunis Malaya dan kerajaan. Ada segelintir pemimpin di sebelah sana, memuji pula soal komunis yang telah pun ditandatangani dengan cara yang baik oleh pihak kerajaan pada tahun yang lalu. Kita sudah memberikan segala bantuan kepada ahli-ahli ini dan menyerapkan kepada masyarakat, iaitu satu pendekatan kerajaan untuk menangani masalah ketenteraman awam di negara kita. Dalam teks Titah Ucapan Seri Paduka Baginda pun menyatakan antara yang kedua yang paling peaceful adalah negara kita dan kita di tangga ke-12 antara negara-negara berpendapatan sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan itu tidak terjawab maka mesej ketenteraman awam ini sangat penting sekali dan janganlah membawa isu Lynas ini untuk sengaja memanaskan sentimen rakyat yang belum lagi diselidiki, disahkan bahawa ini betul-betul membawa radioaktif ataupun tidak. Saya setuju dengan penubuhan PSC tadi ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya balik kepada tajuk yang asal daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Saya mempunyai satu soalan daripada nombor 6 dalam Aturan Urusan Mesyuarat diturunkan ke nombor 19. Saya belum mendapat jawapan tetapi saya akan membawa perkara ini yang amat penting bagi kita iaitu Kerajaan Negeri Sabah telah pun membuat satu keputusan, langkah untuk mengharamkan pembunuhan ikan-ikan yu ini, bukan ikan yu darat Tuan Yang di-Pertua, yang selalu datang ke kawasan saya untuk mengelirukan dan bermain sentimen rakyat di kawasan Putatan.

Ini ikan yu yang betul-betul. Walaupun begitu kita juga mahu dilindungi ikan-ikan yu ini termasuklah ikan-ikan yu darat ini. Kita mahu juga mereka datang ke sana untuk membantu rakyat, bukan membuat kacau bilau. Kempen pembunuhan ikan yu ini diharamkan. Dalam statistik trafik internasional, Malaysia antara kesepuluh pembunuh ikan yu. Siapa pembunuh ini sebenarnya? Orang-orang yang datang ke negeri Sabah, di persekitaran perairan negeri Sabah? Sirip-sirip ikan yu itu dipotong Tuan Yang di-Pertua dan badan ikan yu itu dicampak ke laut. Saya harap Kerajaan Pusat dapat mengambil satu langkah untuk mengharamkan sup-sup shark fins di semua restoran di negara ini.

Ini amat penting, Yang Berhormat Seputeh jangan lagi makan shark fins. Jadi, ramai antara NGO-NGO ini kalau berhubung dengan saya membawa perkara ini ke Dewan yang mulia ini. Saya turut berkempen bersama-sama dengan persatuan-persatuan NGO yang cuba mencadangkan kepada kerajaan supaya mengharamkan shark fins. Saya yakin, Menteri Luar Negeri pun harus mengambil perhatian kepada negara-negara jiran yang...

final • 3:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Minta penjelasan...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seputeh bangun, Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Kau semalam makan shark fins.

final • 3:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Di sini tidak ada ikan jerung, jadi kenapa Yang Berhormat tiba-tiba kempen tentang isu, di mana shark ini tidak muncul di lautan Sabah. Adakah kerana Yang Berhormat tidak ada isu atau tidak tahu apa hendak cakap, kerana semua tidak betul di Sabah? Jadi, hendak bangkitkan satu isu yang tidak kaitan dengan rasional politik.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ini Peraturan Mesyuarat 36(6) sangkaan jahat. Okey, kalau itu tidak disukai, saya berpindah kepada BERNAS. Ini beras dan ikan, ini adalah keperluan kepada rakyat kita. Beras di negara kita ini memang mendapat subsidi Tuan Yang di-Pertua, daripada kerajaan. Berbilion ringgit kita belanja untuk subsidi beras melalui BERNAS. Pihak komunis marah dengan Kerajaan British oleh kerana banyak tempat-tempat yang diambil, dikawal oleh Kerajaan British. Syarikat-syarikat British pada ketika itu, tanah-tanah orang kampung diambil ketika itu. Peniaga-peniaga kecil juga diambil alih oleh Kerajaan British melalui sejarah tetapi janganlah ulang perkara seperti ini berlaku.

BERNAS adalah syarikat yang memonopoli, biarlah become open, terbuka kepada syarikat- syarikat lain untuk mengimport beras.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Saya juga ingin memberi cadangan membuka tanah-tanah yang terbiar. Biarlah syarikat-syarikat atau koperasi-koperasi yang ditubuhkan seperti apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, mewujudkan koperasi-koperasi untuk membangunkan tanah-tanah yang terbiar. Luas tanah terbiar yang tidak diterokai terutama sekali penanaman padi. Jadi, saya harap kerajaan dapat mengambil perhatian terhadap perkara yang saya cakapkan tadi.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dah habis masa Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Belum lagi, saya kena ganggu sedikit jadi minta sedikit sahaja.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah ada tambahan.

final • 3:20 PM

Tuan Liew Chin Tong - Bukit Bendera

[Bangun]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tidak beri jalan lagi, tidak cukup masa.

Minta maaf ya? Saya terus kepada isu peningkatan – ini juga saya sebutkan koperasi tadi itu, saya rasa peranan daripada Pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah amat penting dalam soal ini. Oleh kerana ada program yang sepertinya iaitu mentransformasikan luar bandar.

Ini juga adalah kepentingan yang boleh dilaksanakan bersama oleh pihak Kementerian Luar Bandar. Soal jati diri ini, kalau kita setakat membawa pembangunan luar bandar, kalau penglibatan rakyat kita daripada luar bandar ini tidak begitu berkesan, disebabkan ketidakmampuan dan juga daripada jati diri, tidak tahu bagaimana melaksanakan projek-projek yang diseru oleh kerajaan. Kita haruslah mulai daripada kumpulan-kumpulan orang muda. Kalau kita sudah sediakan tempat-tempat asuhan kanak- kanak, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

Tidak salah kalau kita buat satu tempat di mana murid-murid sekolah ini dapat satu tempat yang sesuai untuk belajar waktu malam, terutama sekali membuat kerja-kerja rumah, belajar dengan selesa. Ada tempat yang tidak sesuai, rumah-rumah yang tidak sesuai untuk murid-murid ini belajar kerana satunya, ketiadaan lampu elektrik. Kedua, gangguan seperti TV dan kadang-kadang ada juga aktiviti-aktiviti dibuat oleh ibu bapa di rumah. Jadi budak-budak yang menduduki peperiksaan amat sukar mendapat konsentrasi untuk mengikuti pelajaran. Saya bercadang seperti mana saya ada usulkan bahawa study centre ini haruslah diwujudkan kepada kampung-kampung yang memerlukan satu tempat yang sesuai bagi kanak-kanak untuk belajar pada waktu malam untuk membuat kerja rumah.

Sepatutnya juga ada sokongan ataupun bantuan daripada masyarakat-masyarakat intelek dalam kampung itu untuk membantu, memantau dan menjaga kanak-kanak ini semasa dia belajar di satu tempat yang disediakan oleh pihak kementerian. Ini saya rasa menyentuh hati rakyat. Seterusnya...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, boleh habiskan.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Akhir sekali, saya rasa tidak adil bagi saya kalau saya tidak mengucapkan tahniah kepada sahabat saya dari Lipis, Dato' Dr. Mohamad Shahrum kerana dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara baru-baru ini...

[Tepuk] Tahniah kepada beliau dan sebagai Timbalan Pengerusi Pengakap Majlis Pengakap Parlimen Malaysia, saya sebagai Setiausaha, ini saya amat menghargai peranan beliau dalam pergerakan ataupun scout development dalam negara kita.

Pada hari Jumaat yang lalu Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah merasmikan satu khemah jati diri pengakap di Daerah Kota Kinabalu yang telah diadakan di Daerah Kiulu.

Saya membawa perkara ini dan saya melihat apa yang dilaporkan daripada Pesuruhjaya Pengakap di situ bahawa ramai di antara murid sekolah di bandar tidak tahu mencuci kain mereka sendiri ataupun menyediakan sarapan pagi mereka. Ada yang tidak tahu bagaimana hendak pegang parang. Jadi, kem-kem itu amat penting, amat berguna kepada

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

murid-murid terutama sekali murid-murid di dalam bandar. Tidak serupa dengan murid- murid di kampung, mereka ini tahu bagaimana mengemaskan tempat tidur tetapi oleh sebab amah amat diharapkan oleh keluarga masing-masing di dalam bandar, jadi soal maid, soal maid yang kita terlalu bergantung pada bantuan kerja rumah ini.

Baru-baru ini kita telah pun mengadakan lawatan khas antara Parlimen Malaysia dan Dewan Perwakilan Republik Indonesia pada tahun lepas. Jadi saya mencadangkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen membantu pihak kerajaan untuk menambahbaikkan lagi hubungan kita dengan Indonesia.

Jadi soal maid yang bermasalah sekarang, yang mereka meminta minimum gaji RM700 itu, saya rasa itu kita boleh negotiate kembali, runding kembali kepada pihak Indonesia apa yang terbaik bagi maid. Ini satu kes sahaja yang bermasalah di Malaysia tetapi menjadi masalah kepada kita untuk mengambil pekerja rumah.

Jadi akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, satu surat yang saya edarkan yang saya minta Kementerian Pelajaran melihat kembali atas surat yang diberi kepada 80 guru di negeri Sabah dihentikan kerja, guru-guru sandaran ini. Jadi ini kalau boleh janganlah buat semasa dekat-dekat pilihan raya ini. Itu saya rasa tindakan daripada Jabatan Pelajaran tidak wajar kerana Menteri sendiri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan guru-guru sandaran ini akan diserap kepada tugas-tugas guru secara permanent. Itu sahaja yang saya boleh sampaikan kerana masa tidak cukup. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas.

Saya ingin menyentuh yang pertama Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan satu kenyataan yang telah dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin yang telah pun menyebut bahawa beberapa perkara yang telah menimbulkan krisis kepada institusi kehakiman di dalam negara kita yang saya beranggapan bahawa daripada kenyataan beliau itu seolah-olah memperlihatkan bahawa belum ada satu penyelesaian yang sebenar kepada perkara pokok yang telah pun ditimbulkan oleh Tun Dzaiddin selaku bekas Ketua Hakim Negara. Apabila beliau telah pun menyatakan bahawa bermula daripada pemansuhan Perkara 121 dalam Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, maka di situlah bermulanya persoalan di mana para-para hakim telah pun akur dan tunduk kepada kehendak orang-orang politik khususnya kepada politik pemerintah.

Kenyataan beliau itu telah menggambarkan suatu yang sangat memalukan kita apabila para hakim yang sepatutnya dilihat punya kuasa untuk menjatuhkan hukuman, tiba- tiba boleh takut dan akur kepada tuntutan dan kehendak pemimpin-pemimpin politik kerajaan. Perkara pokok yang ditimbulkan oleh Tun Dzaiddin itu ialah Perkara 121 yang saya lihat bahawa sehingga hari ini masih belum dikembalikan Perkara 121 yang berkaitan dengan soal kuasa kehakiman yang merupakan satu perkara yang sangat pokok dalam pemisahan kuasa yang sepatutnya berlaku di dalam negara kita ini. Saya bimbang bahawa keadaan ini walaupun dibuat kenyataan oleh beberapa orang menteri khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Padang Rengas mengatakan bahawa tidak perlu dipinda untuk mengembalikan Perkara 121 kerana kerajaan sekarang tidak ada campur tangan dan sebagainya.

Akan tetapi perkara pokok bagi saya bahawa Perkara 121 itu sangat penting untuk memberikan kuasa kepada para hakim. Yang keduanya ialah supaya tidak ada ruang untuk berlakunya penyalahgunaan kuasa eksekutif terhadap institusi kehakiman di dalam negara kita. Bagi saya bahawa saya bimbang akibat daripada perkara pokok ini masih belum dikembalikan kepada institusi kehakiman di dalam negara kita, saya bimbang bahawa masih wujud elemen-elemen ketakutan di kalangan para hakim.

final • 3:34 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, kalau masih wujud elemen ketakutan di kalangan para hakim ini, kita menganggap satu yang sangat mengecewakanlah, walaupun saya katakan bahawa sepatutnya Tun Dzaiddin seharusnya berani sebagai Ketua Hakim Negara sewaktu beliau bertugas untuk membuat pernyataan ini dan kenyataan Tun Dzaiddin ini disokong oleh Yang Berhormat Padang Rengas yang mengatakan bahawa memang berlaku proses ketakutan di kalangan para hakim terhadap tuntutan orang politik kesan daripada pemansuhan Perkara 121.

Akan tetapi malanglah, dia buat selepas dia pencen, selepas Tun Mahathir pencen, kedua-dua pencen baru buat satu kenyataan. Akan tetapi saya bimbang bahawa elemen ketakutan itu masih wujud sekarang ini. Kalau-kalaulah ada elemen ketakutan ini, lebih baik para hakim ini balik jadi hakim pertandingan suara burung tekukur lagi bagus.

Akan tetapi apa yang saya hendak mohon di sini ialah bahawa, saya minta supaya kerajaan harus sedia untuk mempertimbangkan mengembalikan peruntukan Perkara 121 ini kepada para hakim supaya tidak wujud lagi elemen-elemen seperti mana yang dimaksudkan oleh Tun Dzaiddin yang boleh menimbulkan ketakutan di kalangan para hakim dan menyebabkan orang politik, kuasa politik boleh campur tangan dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal kehakiman, soal mahkamah. Jadi ini yang saya minta daripada kerajaan kerana apa yang dibuat dalam reform yang disebut dalam institusi kehakiman sebelum ini hanya bersifat kosmetik yang tidak menyelesaikan perkara pokok yang dimaksudkan oleh Tun Dzaiddin. Ya, hendak celah?

final • 3:34 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja Yang Berhormat Pokok Sena. Untuk menyokong hujah Yang Berhormat Pokok Sena tadi, Tun Suffian dalam bukunya The Legacy of Tun Suffian, juga sangat penting untuk menyatakan dalam buku itu bila dibahaskan oleh para-para hakim seterusnya dan juga pelajar-pelajar undang-undang hari ini tentang keunggulan dan keabsahan Perkara 121 itu supaya ianya ditegakkan demi untuk integriti kehakiman dalam negara kita. Jadi adakah Yang Berhormat Pokok Sena bersetuju supaya apa yang terkandung dalam buku itu supaya terus diperjuangkan oleh kerajaan yang ada pada hari ini? Terima kasih.

final • 3:34 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, saya setuju dengan pendapat dan pandangan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Ini yang kita tuntut supaya bukan sahaja semangat itu tetapi realitinya, kenyataannya iaitu mengembalikan peruntukan Perkara 121 itu sangat penting, sebab ini untuk memberikan jaminan supaya tidak berlaku campur tangan dan untuk memastikan supaya institusi kehakiman itu menjadi institusi yang memberikan keadilan undang-undang kepada masyarakat dan rakyat di dalam negara kita.

final • 3:34 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Keduanya, saya ingin menyentuh berkaitan dengan Projek Pembinaan Lebuhraya Pantai Barat yang saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan iaitu projek yang sepanjang 316 kilometer, di mana 224 kilometer akan ditolkan dan selebihnya 92 kilometer adalah toll free. Isu dia yang saya hendak bangkitkan ialah, kenapa berlaku lonjakan harga yang begitu tinggi daripada harga asalnya RM3.1 bilion melonjak kepada RM7.1 bilion.

Sedangkan harga asal itu ialah harga yang dikemukakan oleh syarikat yang sama daripada kumpulan Europlus yang dimiliki oleh Tan Sri Chan Ah Chye.

Kemudian, tiba-tiba melonjak daripada RM3.1 bilion kepada RM7.1 bilion, lebih daripada 100% dia punya lonjakan kenaikan ia. Jadi, bagi saya ini menunjukkan bahawa jumlah kos per kilometer umpamanya asalnya ialah RM11.3 juta untuk satu kilometer, sekarang jadi RM22.3 juta untuk per kilometer. Jadi satu lonjakan harga yang sangat yang sangat tinggi yang saya fikir bahawa tidak munasabah. Ini termasuk tempoh konsesi ialah daripada 33 tahun kepada 60 tahun. Sedangkan bagi saya bahawa 33 tahun kepada 60 tahun ini terlalu lama sebab kalau kita melihat bahawa dalam lebuh raya PLUS umpamanya iaitu, ‘pantang lalu, UMNO sapu’... [Ketawa] Konsesi untuk PLUS yang sepanjang 770 kilometer pun 30 tahun sahaja. Untuk PLUS 770 kilometer, yang ini yang UMNO sapu – 770 kilometer 30 tahun sahaja. Ini 224 kilometer 60 tahun. Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan kenapa berlaku keadaan yang sedemikian rupa, dalam keadaan kerajaan menanggung kos tanah sebanyak RM980 juta. Kerajaan menanggung kos tanah sampai RM980 juta.

Kemudian, kita berikan pula soft loan kepada syarikat ini sebanyak RM2.24 bilion bermula daripada 2013 dengan kadar interest sebanyak 4%. Rendah, 4% rendah.

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kemudian ada lagi interest subsidi sehingga 3% daripada pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan milik penuh Kementerian Kewangan. Ya.

final • 3:40 PM

Dato’ Ngeh koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Pokok Sena. Bukanlah lebih baik untuk kerajaan membina lebuh rayanya sendiri dan berikan semua kebaikan daripada subsidy loan ini dan juga modal ini untuk rakyat dan kita boleh adakan toll free, jalan raya untuk rakyat... [Tepuk].

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, itulah yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat kita hendak beri toll free. Kita hendak hapuskan tol PLUS khususnya yang telah berlipat kali ganda membuat keuntungan. Saya hendak katakan bahawa...

final • 3:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Janji tidak habis-habis.

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Yang saya hairan tadi ini ialah yang peliknya pada tahun 2007, harga...

final • 3:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Parking free pun tidak tunai lagi di Pulau Pinang itu.

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Harga 2007 ini, harga 2007 ini yang saya katakan tadi bahawa RM3.1 bilion tiba-tiba naik sampai RM7.11 bilion.

Jadi saya tidak tahulah syarikat ini siapa ada kepentingan dan sebagainya. Akan tetapi bagi saya bahawa satu yang sangat tidak wajar apabila kerajaan terpaksa menanggung seperti yang saya katakan tadi bahawa kos tanah sebanyak RM980 juta dan sebagainya. Ini merupakan suatu yang sangat mengecewakan dan membebankan wang rakyat, yang sepatutnya wang itu boleh digunakan untuk menampung toll free kepada masyarakat ataupun pengguna di lebuh raya tersebut.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang saya hendak sentuh di sini ialah berkaitan dengan kes teknologi untuk saman ekor. Baru-baru ini telah pun disebut bahawa kontrak AES. Sistem teknologi AES ini telah pun dianugerahkan oleh kementerian, oleh kerajaan melalui JPJ kepada dua syarikat iaitu Syarikat Beta Tegap Sdn. Bhd. dan ATES Sdn. Bhd, milik Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. Beta Tegap akan menggunakan teknologi Redflex daripada Australia dan ATES akan menggunakan teknologi robot daripada Jerman.

Beta Tegap ini telah pun memberikan satu kontrak kepada Redflex Australia sebanyak AUSD50 juta. Ini telah pun diperakui oleh syarikat Redflex Australia ini kepada Bursa Saham Australia pada 19 Disember 2011. Redflex umumkan mendapat kontrak, dia umumkan mendapat kontrak daripada Beta Tegap sebanyak AUSD50 juta untuk memasang 450 kamera tetap, fixed camera dan 140 kamera bergerak dan khidmat bantuan.

Jadi yang saya hendak bangkitkan di sini. Pertama sekali ialah kenapakah kita berikan kepada Beta Tegap? Kemudian Beta Tegap guna teknologi dari Australia.

Sepatutnya kalau kita tahu dia hendak guna teknologi Australia lebih baik kita beri direct kepada Redflex daripada Australia yang mungkin kita akan mendapat kos yang lebih rendah bagi saya... [Tepuk] Kenapa hendak gunakan teknologi Redflex ini melalui Beta Tegap, baru kita boleh guna teknologi ini. Hendak guna teknologi daripada robot dariJerman, kita terpaksa gunakan ATES Sdn Bhd melalui Commercial Circle. Jadi bagi saya bahawa ia nampak kerajaan membazir kewangan, kita beri kepada Beta Tegap, Beta Tegap beri pula AUSD50 juta kepada Redflex.

Ini saya katakan bahawa sesuatu yang perlu kepada penjelasan apatah lagi dalam keadaan beberapa perkara yang berkaitan dengan sistem ataupun teknologi redflex. Ini telah menimbulkan banyak masalah yang pernah saya bangkitkan. Ini kerana perkara yang baru timbul ekoran daripada pemberian sebanyak AUSD50 juta ini, telah timbul berbagai- bagai perkara daripada sistem ataupun teknologi kamera redflex ini.

Pertama sekali di luar negara telah timbul persoalan dan mereka telah pun membatalkan di New Mexico, Texas, Florida, Michigan, North Carolina dan juga di Georgia, California, Alaska, New Jersey telah pun dibatalkan. Maknanya mereka tidak pakai sudah teknologi ini kerana telah menimbulkan banyak masalah kepada teknologi dan juga kepada kerajaan sekali gus kepada para pengguna. Kenapakah kita yang negara lain sudah tolak teknologi ini, kita kutip, kita pergi pungut, pakai teknologi itu di Malaysia?

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi saya kira bahawa ini penjelasan yang perlu diberikan oleh pihak kerajaan, pihak kementerian kepada Dewan ini. Saya juga hendak minta penjelasan ini, iaitu Beta Tegap beri kepada Redflex hendak pasang 450 kamera, fixed camera. Kemudian 100 lebih untuk mobile. Akan tetapi sebelum ini telah pun disebut bahawa kamera speed trap ini telah pun dipasang oleh JPJ lebih daripada 1,000. Jadi saya hendak tanya kamera itu buat apa?

Kamera yang telah dipasang oleh JPJ itu buat apa sekarang ini. Bila Redflex ini adakah kamera itu juga yang akan diambil alih oleh Redflex ataupun kamera lain. Kalau kamera itu diambil alih oleh Redflex bermakna bahawa kerajaan menanggung rugi. Kita yang berbelanja kamera yang telah pun dipasang oleh JPJ lebih daripada 1,000 kamera telah pun dipasang oleh JPJ. Ini merupakan perkara yang perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan bagi memastikan bahawa tidak lagi berlaku ketirisan dan kebocoran kerana bagi saya, soal ketirisan dan juga kebocoran ini telah berkali-kali kita timbulkan di dalam negara kita.

final • 3:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang ketiganya, berkaitan dengan soal masalah kes yang sama ini. Sekarang ini saya pun jadi confuse. Beta Tegap kata Reflect akan pasang 400 biji kamera. Kemudian yang sekarang ini polis hantar saman. Kalau ikut akta baru, yang akan hantar ini melalui JPJ. Melalui sistem direct, keluar saman itu kepada pengguna. Sekarang JPJ menghantar saman menggunakan gambar. Kita hendak tahu kamera mana yang dia pakai. Kamera mana yang dia pakai dan adakah saman ini masih boleh digunakan sedangkan yang kita tahu bahawa selepas kita setuju, kita telah lulus di dalam Parlimen ini, pindaan kepada akta JPJ ini, Undang-undang Lalu Lintas ini, bermakna bahawa yang akan berkuasanya ialah JPJ dan bukan lagi polis dalam kes saman apa yang disebut yang disifatkan sebagai saman ekor. Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian untuk memperjelaskan perkara ini.

Yang ketiga, saya hendak minta penjelasan kerana ini bukan sub judice. Sudah disebut tadi bukan sub judice. Berkaitan dengan isu pemberian projek pusat Fidlot Nasional.

Ini bukan sub judice sebab saya tidak menyentuh soal pecah amanah. Soal pecah amanah itu mahkamah. Akan tetapi dalam isu ini, nampaknya macam pihak kerajaan, pihak-pihak yang terlibat dalam penyiasatan hanya menyiasat dalam ruang lingkup kandang lembu. Dia hanya menyiasat dalam ruang lingkup kandang lembu. Maknanya, ini simbolik. Maknanya, dalam konteks syarikat tersebut sedangkan persoalan yang masih belum terjawab ialah kenapakah Jawatankuasa Pemilih di bawah kerajaan yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada waktu itu yang sekarang ini Timbalan Perdana Menteri, memilih Syarikat Agrosciences ini untuk diberikan pengendalian kepada projek Fidlot Nasional?

Dia menjadi pengerusi dan ini telah pun disebut kepada PAC pada bulan Disember yang lalu oleh pegawai daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa yang meluluskan projek ini ialah Jawatankuasa Pemilih di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada waktu itu dan sekarang ini Timbalan Perdana Menteri. Apabila mendengar presentation daripada enam buah syarikat. Bila dengar presentation daripada enam syarikat, Jawatankuasa Pemilih yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri sekarang ini memutuskan untuk diberikan kepada Syarikat Agroscience milik keluarga kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

final • 3:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Mengapakah tidak siasat?

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, bagi saya tidak adil kalau ada di kalangan rakan-rakan dalam Dewan ini mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakkan jawatan dan sebagainya. Saya bukan hendak membela dia tetapi saya katakan bahawa persoalannya ialah bagaimana dia boleh dapat projek? Siapa yang memberikan, dan apakah kriteria Jawatankuasa ini memilih Agroscience?

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Komisen, komisen.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak tahulah kalau Yang Berhormat Pontian hendak ganti Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dia hendak jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Yang Berhormat Tenggara?

Yang Berhormat Tenggara tidak ada chance hendak jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Yang Berhormat Pontian.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, saya minta penjelasan. Ini merupakan perkara pokok. Ini soal pengurusan.

Saya menyebut ini soal pengurusan sebab ia ada beberapa perkara dalam kes NFC.

Pengurusan. Kemudian bagaimana kita hendak recover. Hendak dapatkan kembali wang tersebut? Hari ini sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Besar semalam dalam mesyuaratnya, dia menyebut dalam kenyataannya bahawa satu sen pun belum bayar kepada kerajaan.

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Tidak bayar lagi?

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pinjaman itu belum dibayar.

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Belum lagi?

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Satu sen pun belum bayar.

Pengakuan daripada pegawai semalam di dalam Mesyuarat PAC sedangkan sepatutnya bermula daripada Januari, sepatutnya pembayaran pertama sudah pun boleh dibuat. Jadi, apa - ini yang harus dilihat.

Keduanya ialah persoalan yang hendak dibangkitkan. Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang dalam seminggu yang lalu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang ini menyebut bahawa kelulusan pinjaman itu tidak dibawa kepada Kabinet tetapi ia diputuskan, peminjaman itu dibawah satu Jawatankuasa High Impact Project yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sekarang yang pada waktu itu selaku Timbalan Perdana Menteri.

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Dahsyatnya.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, kenapa persoalan ini tidak berbangkit? Kenapa siasatan ini tidak dibuat? Kenapa Jawatankuasa High Impact Project ini mengeluarkan pinjaman dan memberikan selonggok duit kepada NFC? Sepatutnya bagi saya bahawa dengan tidak ada personal guarantee. Kita kalau hendak pergi pinjam di bank mesti bawa geran. Betul tidak? Kena bawa geran. Ini tidak perlu bawa apa-apa.

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

PTPTN tidak bayar, kena kejar sampai habis!

final • 3:50 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Laluan, Yang Berhormat. Satu minit boleh?

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sekejap sahaja.

final • 3:50 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Saya cukup tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat.

Cuma saya ingin penjelasan Yang Berhormat. Kalau orang yang menerima projek ini diminta bertanggungjawab di atas penyelewengan, apa pandangan Yang Berhormat orang yang memberi projek ini mesti bertanggungjawab di atas penyelewengan ini.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yalah. Patutnya paling kurangnya orang yang bagi projek, bagi pinjaman, paling tidak pun, kalau tidak letak jawatan pun ambil cuti dahulu. Cuti berehat. Bagilah siasat betul-betul. Ini Yang Berhormat Kinabatangan semua dok desak Menteri supaya letak jawatan. Kemudian puji. Pujilah hamba Allah itu kata bagus. Inilah contoh. Yang hampa tidak tunjuk contoh itu kenapa? Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan.

Yang keempat ialah Projek Maktab Rendah Sains MARA, Bentong yang hari ini sampai sekarang masih belum boleh diduduki walaupun sudah siap dan duduk. Kemudian terpaksa pindah apabila berlaku runtuhan cerun di kawasan persekitaran tersebut. Jadi, saya hendak minta penjelasan kerana saya telah difahamkan bahawa JKR telah pun diarahkan untuk mengambil alih walaupun MARA belum terminate kontraktor lama. Dari beberapa sudut, maknanya ada beberapa persoalan yang masih belum selesai. Namun yang saya hendak minta penjelasan ialah apabila JKR telah mengambil tindakan yang aktif untuk tender projek ini, projek memperbaiki cerun ini, ada usaha-usaha yang dilakukan sampai kepada peringkat, saya difahamkan bahawa campur tangan Menteri Kerja Raya mengarahkan – sebab JKR telah pun membuat perakuan untuk tujuan tender board.

Lembaga Tender telah bersidang tiga minggu yang lepas. Akan tetapi malangnya pada hari tender board itu, difahamkan Menteri telah campur tangan dengan mengarahkan tender board tidak diteruskan dan hingga kini keputusan telah pun ditangguhkan.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, bagi saya bahawa kita sepatutnya sudah memulakan pengajian di sana.

Akan tetapi sekarang pelajar-pelajar itu terpaksa menumpang di MRSM di Pekan ataupun di Kuantan kalau tidak silap saya. Jadi, saya hendak minta penjelasan ini kerana bagi saya bahawa pihak MARA telah menunggu projek ini sejak 2009 dan mereka memerlukan MRSM untuk pelajar yang terpaksa menumpang di Pekan sekarang ini. Kenapa hingga kini MARA tidak dapat menamatkan kontrak kontraktor asal? Jadi, MARA pun ada masalah juga. Kenapa mereka tidak boleh terminate kontraktor asal yang telah berlanjutan hampir tiga tahun tanpa penghujung. Difahamkan lembaga tender terpaksa menyerahkan kes ini kepada Kementerian Kewangan untuk membuat keputusan. Kenapa jadi begini? Jadi, saya minta penjelasan.

Yang kelima ialah SBPA. Perdana Menteri dalam menjawab soalan tambahan daripada Ketua Pembangkang mengatakan bahawa kerajaan sentiasa consult, berunding dengan CUEPACS. Saya tidak tahu siapa yang berbohong. Sama ada Perdana Menteri yang berbohong ataupun CUEPACS yang berbohong. Akan tetapi sebelum daripada pemansuhan – sewaktu permulaan apabila pembentangan kelulusan yang dibuat oleh kerajaan terhadap pelaksanaan SBPA ini, CUEPACS menyatakan bahawa mereka tidak pernah berunding. Mereka tidak pernah berunding, mereka tidak pernah diajak untuk berbincang dan sebab itu mereka menolak SBPA.

Jadi, kenapa Perdana Menteri datang ke Dewan yang mulia ini beritahu bahawa CUEPACS berunding sebanyak tiga kali. Jadi, saya hairan kenapa ini harus boleh berlaku.

Rakan saya. Juara kaum pekerja.

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Merujuk kepada SBPA, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya. Saya agak terkeliru dengan SBPA ini. Terkeliru kerana pada peringkat awal kita diberitahu bahawa Tan Sri Ismail Adam terlibat secara langsung dalam konsultan untuk berbicara wujudnya skim baru ini. Kemudian apabila SBPA itu dipaksa disegerakan, Yang Berhormat Pokok Sena. Disegerakan. Sign kelam kabut, kelam kabut ini. Sebanyak 80% dah sign, dengan keadaan yang tidak tentu arah, dengan KPInya 75% ke bawah. Kalau tidak dicapai, dia akan dipecat.

final • 3:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Kesannya begitu mendalam kepada seluruh perkhidmatan awam. Yang terhinanya ialah apabila CUEPACS, saya benda ini dimaklumkan tidak pernah diundang, diberi ruang untuk membicarakan soal konsep kerangka SBPA ini. Akibatnya ialah CUEPACS ini hanya berkokok di luar sahaja dan daripada task force yang telah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak wujudkan ini, Tan Sri Ismail Adam terlibat lagi. Sudahlah dalam consultant itu terlibat, ini dalam taskforce ini pun dia terlibat lagi. Kalau macam itulah agak-agak Yang Berhormat Pokok Sena, agak-agak terbela tidak perkhidmatan awam ini yang betul-betul disisihkan oleh Kerajaan Barisan Nasional? Agak-agak sahajalah.

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, saya katakan macam mana hendak terbelanya? Sebab bagi saya bahawa macam mana hendak terbela kalau begini kerajaan yang flip-flop sampai hendak selesai masalah amah pun tidak boleh selesai. Baik ambik Rosmah menjadi amah... [Ketawa]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, hendak refer siapa itu Yang Berhormat. Nama tadi itu?

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Refer orang kampung saya... [Dewan riuh]

final • 4:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Apa ini naib presiden? Macam PIBG punya standard. Hormatlah orang sedikit. Ini standard PIBG punya naib presiden ini.

Inilah kalau nak jadi bos.

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik saya hendak bangkit lagi. Isu SBPA ini adalah isu yang sangat besar kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sehingga sekarang dia tidak menjawab apa yang saya bangkit. Pencelahan yang saya bangkit.

final • 4:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Bantai ikut dan sahaja. Celupar betullah.

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sebab itu dia menjawab soalan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Apa jadi dengan ganjaran yang telah diterima oleh kumpulan premier? TURUS 1, TURUS 2 dan TURUS 3? Yang turus pagar tidak dapat apa. Turus pagar, turus pagar buat kandang lembu. TURUS 1, TURUS 2, TURUS 3 dia dapat ganjaran.

Jadi saya hendak tahu sehingga yang saya hairannya adalah, bagaimana di beberapa institusi pengajian awam (IPTA) telah pun melaksanakan skim tadi, SBPA pada Januari?... Telah pun menerima gaji mengikut SBPA...

final • 4:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Pada 1 Januari. Jadi ini bagi saya satu kekeliruan menunjukkan bagaimana tidak efisien, tidak layak, hilang kemampuan, hilang keupayaan untuk mengurus tadbir negara kita. Ini satu benda yang malang kepada sistem perkhidmatan awam kita, kepada kakitangan keseluruhannya yang bagaimana mereka diketepikan. Saya bukan memperjuangkan persoalan 36 orang seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kononnya saya hendak jadi hero. Saya pertama kali membangkit membantah bagaimana pemberian gaji yang lumayan kepada golongan 36 orang ini.

Akan tetapi hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cuba muncul hendak tunjukkan bagaimana hendak menjadi juara sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menterilah, saya hendak ulangi bahawa Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Gaji Kabinet dan yang telah meluluskan SBPA di peringkat Kabinet. Saya tidak tahulah Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet yang lulus ini pakat dok lena dalam Kabinet, wallahualam. Ini sudah menjadi kabinet dapur ini. Tikus dengan lipas sahaja yang ada.

Jadi, saya mengharapkan satu penjelasan daripada pihak kerajaan untuk menyelesaikan dan menjawab persoalan-persoalan yang saya bangkitkan ini kerana ini merupakan satu kepentingan untuk masyarakat dan rakyat dalam negara kita dan begitu juga satu perkara lagi ialah berkaitan dengan soal kakitangan GLC, kakitangan Maybank GLC di bawah Khazanah, di bawah kerajaan ini yang telah menimbulkan banyak persoalan.

Bagaimana hak mereka untuk mendapat bonus yang setimpal dengan kerja mereka sebaliknya pihak pengurusan tertinggi, CEO mendapat bonus gaji yang cukup lumayan kerana mereka telah pun diabaikan. Golongan-golongan perkeranian. Golongan-golongan perkeranian yang begitu ramai yang sejumlah besarnya sebahagian besarnya ialah daripada golongan orang Melayu bumiputera di dalam GLC kerajaan ini.

Saya lihat bahawa sepatutnya pihak kerajaan harus juga melihat persoalan- persoalan kakitangan kepentingan golongan kakitangan dalam GLC kerajaan. Akhir sekali saya...

final • 4:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena sedikit sahaja.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 4:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini fasal kakitangan awam juga. Saya hendak tanya. Waktu Pilihanraya Umum 2008 tempoh hari, janji Pakatan Rakyat hendak beri cuti. Hendak beri cuti bersalin selama tiga bulan kepada kakitangan negeri.

Sudah beri atau belum?

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ishh, itu saya kata Kabinet lena, Ahli Parlimen pun mari lena... [Ketawa] Payah.

final • 4:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Ini janji, janji. Nanti dahulu saya hendak beritahu.

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Payah dia datang lena.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena saya tidak lena Yang Berhormat, masa. Orang lain hendak berbahas, masa.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Beritahu dah, lama dah.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Saya tolong perjelaskan Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 4:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Ini janji, janji waktu PRU-12. Ini berkaitan dengan perkhidmatan awam juga.

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Di sini saya hendak sebut bahawa kerja lima hari dalam sektor perkhidmatan awam. Seminggu lima hari di Kelantan mula- mula buat. Begitu juga cuti bersalin, Kelantan yang mulakan dahulu. Kerajaan Pusat lambat, lembap, bengap... [Ketawa]

final • 4:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Dia pertikaikan yang lain yang dia janji pun tidak buat pun. Sampai sekarang tidak buat buat pun.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Polisi ini...

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Lambat, lambat bengap. Lambat, lambat, bengap.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat pokok Sena. Ahli Yang Berhormat Pokok Sena, yang itu, saya tidak kisah. Yang saya kisah masa. Sila bagi sama Yang Berhormat Ampang dahulu. Lepas itu jawab, lepas itu gulung. Sila.

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sebab inilah ramai orang menghantar SMS kepada saya, dia kata BN ini ‘bangkai nasional’.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Betul, betul.

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dia kata busuk kena kambus, dia berkata. Kalau tidak dia merebak. Bawa lagi radioaktif yang cukup berbahaya kepada negara kita.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Beri laluan kepada Yang Berhormat Ampang, selepas itu jawab Yang Berhormat dan selepas itu gulung.

final • 4:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Polisi laluan sedikit fasal cuti 90 hari. Polisi ni telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga Pulau Pinang dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Pokok Sena semalam ada satu berita daripada CUEPACS mengatakan bahawa banyak guru-guru yang complaint kerana cuti mereka untuk mengambil 90 hari itu yang dijanjikan oleh Kerajaan Pusat tidak dapat dilaksanakan di peringkat Kementerian Pendidikan.

final • 4:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Pokok Sena. Satu minit sahaja lagi. Dia sebenarnya menjelaskan lagi di bawah seksyen 37.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, ya saya tahu you gunakan peraturan mesyuarat. Masa, saya sudah kata sebegini. Jadi apabila saya kata sudah time’s out dia ada time.

final • 4:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Satu minit sahaja, satu minit Tuan Yang di-Pertua. Hendak diperjelaskan. Di bawah seksyen 37, peruntukan lima anak..., lima anak untuk 60 hari, biarlah lima anak berada di dalam 300 hari. Perdana Menteri menggunakan momentum itu hanya yang boleh perkhidmatan awam dapat, tiga anak sekerat. Tiga anak sekerat. Akan tetapi kita, 90 hari lima anak. Betapa berbeza kita itu, betapa hebat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Maknanya di bawah Pakatan Rakyat ini kalau Puan Sri hendak beranak lagipun boleh cuti tidak apa. No problem. Kalau Puan Sri hendak beranak lagi pun tidak apa. Ini tiga sekerat anak macam mana hendak ambil cuti?

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sejak bila jadi orang yang menentukan beranak kah tidak beranak? Macam mana?

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mana hendak lenggang perut apa sebagainya jadi susah. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua nampak ceria. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 4:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bismillaahir Rahmaanir Rahim, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan saya menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan kali kedua Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menaungi negara dan juga memayungi rakyat di dalam negara kita.

Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberikan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah berjaya merealisasikan pelbagai pembaharuan melalui gagasan 1Malaysia di mana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan yang telah berjaya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan juga meningkatkan imej negara di persada dunia.

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu-padu, berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan kerajaan iaitu Kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan negara terus maju, aman dan harmoni mestilah dipatuhi oleh semua pihak dan ini satu pengiktirafan yang sangat tinggi oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kerajaan Barisan Nasional.

Saya percaya bahawa melalui program-program transformasi yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti program transformasi kerajaan, transformasi ekonomi, transformasi politik, penubuhan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia - KAR1SMA dan akhirnya baru-baru ini Bantuan Rakyat 1Malaysia sangat memberi manfaat kepada rakyat dan ini menyebabkan parti pembangkang, Pakatan Rakyat rasa gerun macam cacing kepanasan, ketakutan apatah lagi dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13.

final • 4:07 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Pokok Sena tadi Tuan Yang di-Pertua, macam-macam dia tuduh Kerajaan Barisan Nasional, pembangkang nasional dan sebagainya yang dijanji pun tidak dilakukan. Inilah sikapnya apabila berucap, berbahas tidak mengambil kira sentimen kawan-kawan yang lain dan saya percaya kalau kawan-kawan yang lain dalam parti pembangkang akur dengan Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengajak kita bersatu padu, bersama-sama untuk membangunkan negara dan menjaga keharmonian negara kita.

Kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Polis Diraja Malaysia dan kepada Kementerian Dalam Negeri yang telah meletakkan negara kita sebuah negara yang paling selamat di Asia Tenggara dan dalam dunia kedudukannya yang ke-19. Saya percaya bahawa kerja kuat pasukan Polis Diraja Malaysia menjaga keamanan, keharmonian rakyat di negara kita, janganlah disia-siakan oleh pihak-pihak yang suka mengadakan demonstrasi jalanan dan suka untuk memecahbelahkan rakyat, suka memainkan isu-isu, menimbulkan fitnah-fitnah dan juga menabur janji-janji kosong. Saya harap kawan-kawan sama ada Ahli Parlimen Barisan Nasional, kerajaan dan juga pembangkang sama-sama turut menyumbangkan kepada keharmonian agar negara kita terus merdeka dengan aman dan selamat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang telah berjaya mengutip kutipan bagi tahun 2011 sebanyak RM109 bilion berbanding dengan RM86 bilion pada tahun 2010 di mana pertambahan sebanyak RM23 bilion iaitu bersamaan peningkatannya 26% sebagai bukti kecekapan pegawai dan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri di dalam negara kita sangat tinggi dan mereka ini cukup bertanggungjawab.

Kejayaan kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri ini juga bukti kukuh menunjukkan rakyat hidup dalam keadaan selesa, bukti kukuh ekonomi negara sangat baik dan bukanlah seperti tohmahan rakan-rakan pembangkang mengatakan bahawa negara kita sebuah negara yang menjurus kepada bankrap dan juga ekonominya tidak baik. Ini juga sekali gus

final • 4:10 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

mematikan isu-isu parti pembangkang mengatakan kerajaan akan terus berusaha meminjam daripada dana-dana asing khususnya di dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Kejayaan ini juga bukti kukuh Kerajaan Barisan Nasional dapat menunaikan janji- janji di dalam memberikan subsidi-subsidi ke atas barangan keperluan harian seperti tepung, gula, beras, minyak masak, gas untuk memasak, minyak petrol, minyak diesel yang berjumlah RM22.2 bilion bagi tahun 2012. Jika campurkan dengan subsidi secara tidak langsung yang meliputi subsidi kesihatan, subsidi pendidikan dan lain-lain. Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan RM33 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam kutipan hasil tahun 2011, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan, kerajaan kita. Adakah kerajaan bercadang untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri ini menguruskan kewangan sendiri di dalam perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan yang disebut sebagai self-financing bagi diurus sendiri oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Saya juga yakin bahawa jika Kementerian Kewangan memberikan hak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam membuat kutipan hasil dalam negeri, cukai-cukai pendapatan dan saya yakin Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam bukti kejayaannya boleh menguruskan sistem kewangan sistem sendiri dalam perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Saya percaya ini dapat memberikan dan menambahkan kecekapan pegawai dan kakitangan serta dapat mengurangkan bebanan Kementerian Kewangan sendiri dalam menanggung perbelanjaan mengurus dan juga perbelanjaan pembangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Sila.

final • 4:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Sedikit Yang Berhormat Kuala Krau. Yang Berhormat Kuala Krau, dalam memberi tahniah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam mengutip hasil daripada rakyat, kenapa pendekatan penguatkuasaan di dalam membangunkan negara yang dibangga-banggakan, bukan pendekatan keusahawanan yang terbukti banyak kerugian. Banyak kebocoran, banyak kegagalan sebab kalau pendekatan penguatkuasaan mengutip daripada rakyat, itu sudahlah harga barang naik, gaji pun sudah berapa tahun tidak naik, tiba-tiba kita lagi menekan pendekatan penguatkuasaan mengutip daripada hasil rakyat. Saya rasa itu satu beban.

Di atas meja kita pula, di sesi ini kita tengok ada lagi satu pendekatan penguatkuasaan iaitu GST. Jadi, saya rasa kalau pendekatan fiskal sebegini yang ditunjukkan, saya rasa agenda Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Yang Berhormat Pekan yang dikatakan agenda ekonomi kreatif, inovasi, saya rasa itu tidak nampak tetapi yang lebih terserlah ialah penguatkuasaan. Mengutip sebanyak mampu daripada hasil keringat rakyat tetapi dari segi GLC dan sebagainya semalam dibahaskan banyak kerugian. Mohon penjelasan.

final • 4:10 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya percaya Yang Berhormat Balik Pulau berpijak di bumi yang nyata, realiti. Budaya rakyat di dalam negara kita, paling senang sekali kita di dalam memandu kereta. Kalau tidak ada polis, kita tidak pakai tali pinggang keledar, tali pinggang untuk keselamatan. Jadi, maknanya kita takut kepada undang-undang. Ada penguatkuasaan barulah kita hendak buat bayaran. Macam PTPTN juga, saya merayu dan berbagai-bagai iklan, berbagai-bagai kemudahan tawaran yang dibuat tetapi masih lagi ramai di kalangan pelajar kita yang masih tidak menghiraukan kalau kita katakan melalui pendidikan mereka ini mempunyai tanggungjawab tanpa penguatkuasaan untuk membuat bayaran balik.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri ini saya percaya Lembaga Hasil Dalam Negeri selain diberi hak untuk menguruskan perbelanjaan atau sistem kewangan sendiri, saya percaya Jabatan Perkhidmatan Awam tidak lagi ragu- ragu untuk meluluskan permohonan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri ini bagi menambah atau membuat pengambilan pekerja-pekerja yang baru di mana Lembaga Hasil Dalam Negeri ini pernah memohon untuk membuat penambahan kepada pekerja seramai 14,000 di seluruh negara. Namun begitu, yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam hanyalah 400 orang sahaja. Saya percaya Jabatan Perkhidmatan Awam dapat menimbang semula supaya kakitangan yang dipohon sebanyak 14,000 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri tersebut dapat diluluskan dengan segera.

final • 4:10 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua iaitu soal memiliki rumah sendiri oleh rakyat negara kita adalah salah satu daripada program untuk kesejahteraan rakyat untuk memberikan keselesaan kepada keluarga. Saya percaya berbagai-bagai dasar, berbagai- bagai pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sama ada di dalam pembentangan bajet, di dalam pengumuman-pengumuman dalam majlis- majlis tertentu untuk memberikan satu dana khas kepada rakyat di dalam negara kita di dalam bajet tersebut sejumlah RM200 juta yang telah disalurkan dalam bentuk dana melalui Bank Simpanan Nasional dan juga Bank Islam Malaysia Berhad. Ini bagi memudahkan kepada pemohon-pemohon untuk memiliki rumah mampu milik, pemohon-pemohon yang mempunyai pendapatan RM2,000 ke bawah sebulan.

final • 4:10 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, nampaknya rakyat di dalam negara kita masih lagi menghadapi masalah, menghadapi kekangan, rintangan untuk mendapatkan pinjaman daripada bank-bank tertentu dan juga daripada institusi kewangan. Ini kerana rata-rata rakyat di dalam negara kita yang mempunyai pendapatan RM2,000 ke bawah ingin memiliki yang pertamanya, sebuah kenderaan untuk mereka ini berulang-alik daripada rumah ke tempat kerja, untuk anak-anak dan isteri berjalan ke mana-mana dan menyebabkan pendapatan mereka ini dipotong. Contoh kalau RM2,000 sebulan, dipotong RM500 tinggal RM1,500, lepas itu RM1,000 lagi untuk perbelanjaan seharian yang bakinya adalah RM500 sebulan. Ini menyebabkan mana-mana bank atau institusi kewangan menolak untuk memberikan pinjaman kepada pemohon-pemohon pinjaman untuk membeli mendapatkan sebuah rumah mampu milik atau rumah kos rendah ini.

Oleh itu, saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan yang mahu mementingkan kesejahteraan rakyat memikirkan secara tegas satu kaedah yang boleh membantu rakyat yang miskin ini yang mempunyai pendapatan yang sederhana ini untuk memiliki rumah dengan menyenangkan atau memudahkan mereka ini mendapatkan pinjaman. Atau saya juga mencadangkan rumah-rumah yang dibina di bawah Jabatan Perumahan Negara atau di bawah Projek Kos Awam Rendah (PKAR) oleh kerajaan-kerajaan negeri ini dibuat secara kemungkinannya sewa jual. Bulanan dikira sewa dan akhirnya ditolak 30% daripada hasil sewa tersebut sebagai sebahagian daripada harga belian dan ini dapat meringankan bebanan dan juga mengatasi masalah bagi rakyat yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.

Saya percaya baru-baru ini di dalam Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah mengumumkan lebih daripada 70,000 unit rumah yang telah ditawarkan kepada rakyat khususnya di dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur dan juga Wilayah Persekutuan. Namun begitu, rata- rata mereka juga mempunyai masalah yang sama untuk mendapatkan kemudahan pinjaman perumahan daripada mana-mana bank.

Ini juga terjadi di dalam kawasan saya di kawasan Parlimen Kuala Krau yang telah empat penggal atau lebih daripada 20 tahun iaitu di Projek Perumahan Awam Kos Rendah di Paya Sok di kawasan Jenderak di Kuala Krau yang masih lagi menghadapi masalah yang sama.

Pemohon-pemohon tidak dapat pinjaman daripada mana-mana bank. Akhirnya diberikan notis dan mereka ini telah ditolak permohonan, dirayu dan sampai sekarang mereka ini tidak diberikan kelulusan. Mereka masih lagi menyewa rumah yang lain dan ada setengah mereka telah diluluskan, telah ditolak bayaran bulanan pinjaman mereka, tetapi rumah masih lagi tidak boleh diduduki oleh kerana terlalu lama mereka ini menunggu rumah tersebut, berbagai-bagai kerosakan sama ada kerosakan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerosakan disebabkan oleh manusia yang akhirnya mereka ini merasa begitu kecewa.

Ini juga terjadi dalam satu lagi projek perumahan di Kampung Paya Taram, Kerdau, keadaan yang sama di mana pemohon-pemohon pinjaman masih lagi gagal untuk mendapatkan pinjaman walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan sejumlah RM200 juta dana melalui kedua-dua bank yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mewujudkan kawasan pembangunan baru iaitu melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP/RTC) yang mana diwujudkan satu kluster perbankan atau satu sistem bank kewangan disediakan disalurkan melalui

final • 4:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Agrobank, SME Bank, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk membantu masyarakat luar bandar di dalam mendapatkan kemudahan-kemudahan pinjaman untuk menambah modal bagi projek masing-masing.

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya kemudahan- kemudahan ini, syarat-syaratnya mestilah dilonggarkan. Ini kerana dalam keadaan semasa, kalau orang kampung yang tidak mempunyai tanah untuk dijadikan gadaian, yang tidak mempunyai pendapatan tetap di mana tidak ada slip gaji, mana-mana bank termasuk Agrobank, SME Bank akan menolak permohonan mereka ini. Akhirnya apa yang disebut, apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mungkin menjadi satu kertas yang indah tetapi apabila di lapangan, projek ini atau dasar ini masih lagi gagal.

Saya percaya kalau pihak bank dapat memainkan peranan yang penting yang mahu membantu dasar kerajaan, ini dapat mengeluarkan masyarakat luar bandar daripada masalah miskin, miskin tegar kepada pendapatan sederhana dan akhirnya kepada pendapatan yang tinggi menerusi Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan kerana salah satu daripada pendapatan negara adalah melalui hasil daripada pelancongan. Telah beberapa kali saya sebut di dalam perbahasan saya tentang satu kawasan yang disebut sebagai Hutan Lipur Gunung Senyum yang terletak dalam Hutan Simpan Jengka yang mempunyai bukti-bukti dan kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman dahulu di mana terdapat 18 gua di Gunung Senyum dan tujuh buah gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyuh dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, walaupun telah beberapa kali dihantar surat permohonan kepada Kementerian Pelancongan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, walaupun pada awalnya telah diberikan kelulusan untuk meningkatkan pembangunan sejumlah RM2 juta, tetapi kelulusan tersebut hanya pada kertas. Masih tidak ada lagi pembangunan untuk menaikkan sama ada menaikkan taraf bagi jalan-jalan menghubungkan ke pusat Hutan Lipur Gunung Senyum ini, kemudahan-kemudahan asas bekalan air, bekalan elektrik dan juga bilik-bilik untuk pengunjung-pengunjung termasuk juga dewan-dewan terbuka bagi pengunjung-pengunjung untuk membuat berbagai-bagai acara di situ.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Jadi, sekali lagi saya memohon kepada pihak Kementerian Pelancongan dan juga Kementerian Alam Sekitar iaitu pegawai penjaga Hutan Lipur Gunung Senyum sekarang ini Pejabat Hutan Daerah Temerloh dapat memberikan peruntukan yang secukupnya bagi memberikan keselesaan, meningkatkan lagi jumlah pelancong ke Hutan Lipur Gunung Senyum tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya iaitu mengenai kedudukan permohonan Jabatan Kehakiman Syariah negeri Pahang bagi memiliki bangunan ibu pejabat sendiri yang telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Namun begitu di dalam permohonan rolling plan yang pertama RP1 tidak diluluskan dan bila disemak di dalam RP2 iaitu bagi tahun 2012/2013 juga tidak disenaraikan. Oleh itu saya memohon sejajar dengan pembangunan bangunan-bangunan, Mahkamah-mahkamah Sivil di dalam negara kita, kita harap bangunan Jabatan Kehakiman Syariah di dalam negeri Pahang dan juga seluruh negara mestilah setanding dengan Mahkamah-mahkamah Sivil.

Saya memohon di dalam RP3 iaitu bagi tahun 2013/2014 bangunan baru bagi Jabatan Kehakiman Syariah negeri Pahang dapat dibina dan sesuai dengan kemudahan- kemudahan yang terkini, kecekapan-kecekapan pegawai-pegawai dan kakitangan agar Mahkamah Syariah di dalam negara kita khususnya di dalam negeri Pahang ini tidak lagi dianggap sebagai mahkamah kelas ketiga, third class mahkamah di dalam negara kita.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada permohonan- permohonan dan janji-janji Menteri-Menteri yang telah melawat ke kawasan Parlimen Kuala Krau yang telah beberapa kali saya hantar surat untuk menunaikan janji-janji. Pertamanya, Kementerian Dalam Negeri di mana Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan untuk membina balai polis baru Kuala Krau sejumlah RM20 juta. Tanah tersebut telah menjadi tanah hak milik Kementerian Dalam Negeri. Saya harap dalam RP2 - rolling plan yang

final • 4:30 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

kedua 2012/2013 dapat dilaksanakan. Begitu juga dengan janji Menteri Pertahanan untuk membina Kem Wataniah di kawasan Parlimen Kuala Krau dapat dilaksanakan dan juga satu balai bomba dan penyelamat yang telah diumumkan di dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah Temerloh sejumlah RM20 juta dapat juga dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, UiTM Jengka dahulu penuntutnya hanya 5,000 orang, sekarang ini telah meningkat kepada 11,000 orang termasuk penuntut dan juga pegawai dan staf serta kakitangan. Oleh itu saya mohon sekali lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat meluluskan permohonan saya bagi projek pembesaran jalan daripada interchange Jengka atau Chenor kepada Bandar Pusat Jengka.

Seterusnya menghubung kepada jambatan baru Kuala Krau yang berjumlah RM150 juta tersebut. Ini kerana apa Tuan Yang di-Pertua, setiap kali pelajar ini mendaftar, ibu bapa akan merungut jalan begitu sempit dan tidak ada kemudahan-kemudahan asas bagi ibu bapa untuk berehat, untuk berbual dan juga bersama-sama dengan anak-anak dalam menyelesaikan urusan pendaftaran.

Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua saya menyokong penuh Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebentar tadi PAS selepas itu BN. Yalah saya kasi Yang Berhormat Ampang. Sila.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena majlis pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, sidang Dewan Rakyat Ke-12 dan mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berbahas pada kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa isu-isu dalam kawasan saya dahulu mengenai, semua maklum pada 7 hari bulan yang lepas, satu musibah banjir kilat telah terjadi di Ampang. Ini akibatnya mengakibatkan 550 buah keluarga atau 1,000 lebih penduduk Ampang terjejas akibat banjir besar yang melanda ini.

Saya berharap agar penduduk yang terjejas bersabar di atas musibah ini dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka. Usaha membantu mangsa-mangsa banjir telah pun dijalankan oleh pihak-pihak bertanggungjawab serta para sukarelawan pada hari kejadian sehingga sekarang. Orang yang bertanggungjawab membantu kerja- kerja membersih, membaik pulih dan membaik pulih rumah-rumah dan memindahkan mangsa-mangsa ini terdiri juga daripada Ahli-ahli Majlis daripada kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Jadi saya ingin menyentuh dari segi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan bahawa mengapa gaji, elaun Ahli Majlis dalam negeri Selangor dinaikkan daripada RM700 ke RM1,000 dan ke RM1,500? Ini perbezaannya Tuan Yang di-Pertua.

Ahli Majlis di bawah Pakatan Rakyat, kita bertugas untuk rakyat. Khidmat kita, tingkatnya lebih tinggi daripada Barisan Nasional yang dahulunya Ahli Majlisnya terdiri daripada ADUN dan Ahli Parlimen dan duduk dalam Mesyuarat Ahli Majlis untuk menunjuk-nunjukkan projek, jadi tauke untuk kasi projek kepada kroni-kroni mereka. Sebab inilah perbezaannya.

Kalau kita tanya di kawasan-kawasan di Selangor ini, hampir penduduk-penduduk di kawasan kita tahu siapa Ahli Majlis di kawasan itu dan mereka tahu untuk berhubung dengan Ahli Majlis sekiranya ada masalah. Amat jauh berbeza dengan standard Barisan Nasional waktu memerintah negeri Selangor. Itu dia Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun saya memohon agar sistem penggera banjir di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dapat berfungsi dengan lebih efektif demi keselamatan rakyat.

Bukan sahaja di Ampang, tetapi kita lihat bila ada musibah banjir kita lihat bagaimana rakyat ini menggelabah, menggelupur kerana tidak ada satu penggera awal untuk memberi mereka tanda awal untuk bersedia mengemaskan barang-barang ataupun barang-barang yang berharga. Maka mengakibatkan kerugian dan banyak mangsa yang tidak dapat diselamatkan.

final • 4:35 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Jadi satu sistem penggera yang lebih efektif, yang lebih up–to-date harus difikirkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menangani masalah ini. Saya juga pohon agar Jabatan Pengairan dan Saliran dapat membaik pulih dan menaik taraf kawasan Bukit Belacan dan sungai di Kampung Bukit Sungai Putih yang terlibat dalam banjir ini. Sebagai Ahli Parlimen Ampang juga saya ingin tahu berapa banyak peruntukan yang telah diturunkan oleh Kerajaan Pusat, apakah bentuk bantuan, dan kepada siapa? Melalui siapa bantuan ini disalurkan? Saya difahamkan disalurkan melalui Ketua UMNO Bahagian Ampang yang tidak ada locus standi dalam Ampang. Jadi saya minta agar kementerian berikan penjelasan tentang peruntukan yang diturunkan dari peringkat Pusat.

Saya ingin sentuh tentang Lebuhraya SUKE. Bandar Baru Ampang yang strategi yang terletak di Lembah Klang memang kita lihat masalah jammed di Ampang sudah berkurun-kurun. So, saya harap dengan adanya projek ini dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Ampang. Jadi pun begitu saya ingin pastikan bahawa cadangan pembinaan lebuh raya ini harus mengambil kira tentang pandangan rakyat dan orang ramai dalam kawasan yang hendak, yang terbabit dalam projek SUKE ini.

Pertama di kawasan cadangan pembinaan lebuh raya ini terletaknya sebuah Kuil Ampang Amitabha yang berusia 160 tahun. Ini yang akan menjejaskan lebih 2,000 penganut Buddha untuk melakukan ibadat mereka sekiranya laluan lebuh raya ini tidak dikaji semula. Selain pusat ibadat, kuil ini juga sekian lama telah menjadi pusat komuniti bagi penduduk di sekitar Pekan Ampang serta tempat bersejarah.

Kedua, saya juga memohon pihak kerajaan dapat memberikan pampasan yang sewajarnya kepada penduduk tempatan yang terpaksa berpindah bagi membolehkan mereka membeli rumah baru yang selari dengan harga pasaran di kawasan berdekatan.

final • 4:35 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Ketiga, kerajaan perlu melipat gandakan usaha untuk memperbaiki sistem pengangkutan di negara kita terutamanya di kawasan bandar dan kota metropolitan. Rakyat bersedia untuk menggunakan khidmat pengangkutan awam sekiranya satu sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan holistik dapat dilaksanakan dengan mengambil kira semua pandangan pakar, NGO, persatuan-persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan, wakil rakyat selain mengambil contoh best practice dari negara-negara yang lain.

Oleh yang demikian, saya memohon maklum balas pihak kementerian akan status terkini perancangan pembinaan lebuh raya SUKE setelah semua perkara ini diambil kira.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang isu-isu yang melibatkan wanita. Mengungkap apa yang disebutkan oleh Titah Baginda, wanita adalah bak mutiara yang tiada ternilai sumbangannya bukan sahaja kepada keluarga dan masyarakat malah kepada negara.

Jadi, dengan itu saya berharap sangat agar sistem Mahkamah Syariah kita ini dapat diperbaiki dan ada satu reformasi kerana dalam kes-kes penceraian yang melibatkan tuntutan harta, hak penjagaan anak dan undang-undang keluarga yang dikendalikan Mahkamah Syariah seharusnya sudah ada satu sistem gabungan dalam mengendalikan kes-kes tersebut. Memandangkan kes-kes ini melibatkan pihak yang sama, pasangan yang sama, cerita yang sama. Perlunya ada penggabungan ini akan memudahkan urusan dan meringankan belanja terutama di kalangan wanita dalam kes-kes tuntutan penceraian, hak penjagaan dan pembahagian harta. Sehubungan dengan itu, keprihatinan dan kepekaan pihak hakim dan Mahkamah Syariah adalah amat dituntut juga agar nasib wanita yang dicerai tidak dianiaya apabila pihak lelaki gagal untuk memberi nafkah isteri dan anak-anak yang ditanggung.

Maka, satu tindakan affirmative harus dilaksanakan untuk menghukum pihak lelaki yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Satu lagi isu wanita iaitu mengenai kes kesaksamaan gender melibatkan Nor Fadilla Saikin. Kerajaan telah memfailkan rayuan ke atas kejayaan penghakiman beliau yang telah menyaman Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia kerana menarik balik surat pelantikannya sebagai guru sandaran tidak terlatih hanya kerana beliau hamil tiga bulan. Permohonan rayuan pendakwa raya pada 30 Januari 2012 terhadap penghakiman kes kesaksamaan gender Nor Fadilla merupakan satu penghinaan kepada institusi kehakiman negara dan semangat pemeteraian antarabangsa.

Kerajaan Malaysia seolah-olah menidakkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaleha Yusuf yang diiktiraf sebagai satu keputusan bersejarah negara dan

final • 4:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

mendapat pencalonan untuk anugerah International Gender Justice Uncovered pada tahun ini.

Perlu diingatkan keputusan ini bukan hanya berkisar kepada hak kesaksamaan semata-mata. Ia juga merupakan komitmen kerajaan dalam melaksanakan pemeteraian CEDAW yang telah ditandatangani dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Artikel 11(1) dan Artikel 11(2). Penghakiman yang berpihak kepada Nor Fadilla jelas membuktikan kegagalan Kerajaan UMNO - BN dalam melaksanakan kesaksamaan gender dan memartabatkan hak wanita selama ini. KPWKM seharusnya mempertahankan keputusan mahkamah sebagai bukti komitmen kementerian dalam menangani isu-isu diskriminasi gender. Saya juga mendesak agar Kementerian Pelajaran segera melakukan pindaan ke atas prosedur dan undang-undang penerimaan guru sandaran tidak terlatih ini agar selaras dengan komitmen Malaysia terhadap CEDAW. So, tadi saya sebut mengenai cuti bersalin. CUEPACS juga telah mendapat banyak aduan Kementerian Pelajaran gagal untuk melaksanakan janji kerajaan yang telah memberikan dasar bahawa cuti 90 hari bersalin untuk wanita.

Jadi, mengikut apa kata Kofi Annan, “Gender equality is more than a gold in itself.

It is a precondition for meeting the challenge of reducing poverty, promoting sustainable development and building good governance”, dengan izin. Jadi, sistem sokongan wanita juga perlu. Wanita membentuk 49% populasi negara ini. 13.77 juta rakyat Malaysia adalah wanita.

Oleh yang demikian, peranan wanita sebagai penyumbang kepada kestabilan ekonomi dan pembangunan negara haruslah diiktiraf. Maka, falsafah hormat wanita yang dipelopori Wanita Keadilan patut dicontohi iaitu menjadikan satu budaya politik baru bagi memartabatkan wanita dalam negara ini. Dasar-dasar negara haruslah menjurus ke arah agar anak-anak menghormati ibu, para suami menghormati isteri, adik menghormati kakak, maka semaraklah budaya hormat wanita dalam hidup seharian kita, maka tersemaraklah budaya kaum Adam menghormati kaum Hawa dalam negara kita.

Jadi, tidak adalah lagi kenyataan yang seksis terutamanya daripada Ahli Dewan Rakyat di sebelah sana. Kita dapat kurangkan pemahaman tentang kepekaan gender ini Tuan Yang di-Pertua. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, kadangkala kita lihat disebut tentang JPJ, tentang kelas-kelas, masalah lalu lintas yang melibatkan orang perempuan. Jadi, di sini saya ingin mencadangkan kadangkala pemandu wanita ini lebih cekap berbanding dengan lelaki. Pandangan sinis bahawa hanya pemandu wanita yang cuai dan tidak cekap sudah tidak terpakai lagi. Maka, demi meningkatkan lagi kualiti pemandu wanita di negara ini, saya ingin mencadangkan agar ada satu insentif dan kelonggaran daripada kerajaan untuk golongan entrepreneur wanita di negara ini lebih berminat untuk membuka sekolah institut memandu dengan tujuan agar bakal pemandu wanita yang menuntut di sekolah memandu khas untuk wanita ini berasa lebih selesa dan selamat. Ini dapat meningkatkan mobiliti kaum Hawa ke arah meningkatkan sumbangan kepada ekonomi negara.

Sebahagian besar golongan wanita hari ini merupakan wanita yang berkerjaya.

Oleh itu kerajaan seharusnya cukup peka akan keperluan golongan wanita terutamanya wanita muda yang bergelar ibu agar urusan anak-anak dan keluarga tidak menjejaskan prestasi kerja malah membantu dan menjadi motivasi untuk mereka lebih cemerlang dalam kerjaya. Satu sistem sokongan untuk wanita berkerjaya harus diwujudkan secara holistik merangkumi pusat penjagaan anak-anak yang berkualiti tinggi. Dengan itu, ibu-ibu muda ini akan rasa lebih yakin dan terjamin terhadap perkembangan anak-anak mereka dan seterusnya dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam kerjaya mereka. Dasar-dasar kerajaan yang mesra wanita harus dibentuk daripada sekarang demi masa depan generasi akan datang. Seperti waktu kerja yang lebih fleksibel, bekerja dari rumah dan insentif- insentif berbentuk latihan, kursus dan sebagainya agar wanita lebih maju dalam kerjaya.

Saya juga ingin mencadangkan bahawa diwujudkan pusat jagaan harian orang- orang tua seperti yang telah lama dilaksanakan di negara-negara jiran kita seperti Singapura. Hal ini akan membantu golongan wanita yang bekerja untuk terus melaksanakan tanggungjawab mereka menjaga ibu bapa yang tinggal bersama di samping menjalankan tugas dan khidmat dalam bidang pekerjaan yang akhirnya menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan negara. Urusan anak dijaga, urusan keluarga dijaga, urusan ibu bapa dijaga tanpa meninggalkan urusan kerja dan khidmat kepada negara.

Wanita bergelar isteri dan ibu merupakan pengurus ekonomi rumah tangga. Golongan

final • 4:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

isterilah yang tahu jumlah perbelanjaan keluarga, makan, minum, pakaian, bayaran bil utiliti dan sebagainya. Maka, para suami dan bapa harus peka akan keperluan perbelanjaan rumah tangga.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan agar satu konsep dipelopori ataupun diteliti oleh Kementerian Wanita agar 1/3 gaji para suami dikreditkan secara terus ke akaun para isteri bermula dengan pelaksanaan di sektor awam. Konsep ini telah pun dilaksanakan di Sulawesi, di Provinsi Sulawesi yang mana 100% gaji suami itu disalurkan terus ke akaun isteri dan konsep ini sedang diusahakan di negara Taiwan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai Amanah Ikhtiar Malaysia. Kebanyakan wanita di Malaysia banyak yang melibatkan diri dalam program Amanah Ikhtiar Malaysia.

Namun demikian, baru-baru ini saya bertemu dengan sekumpulan ibu tunggal yang menyertai Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyuarakan keperitan mereka apabila mereka terbeban untuk menanggung hutang yang gagal dibayar oleh anggota kumpulan.

Saya harap pihak yang bertanggungjawab dapat mengkaji semula prosedur ini dan memberi kelonggaran memandangkan keadaan ekonomi yang lembap ditimpa dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang makin meningkat. Prosedur yang ada sekarang tidak memungkinkan mereka untuk maju dalam perniagaan apabila dibelenggu dengan hutang kumpulan. Sewajarnya sistem dan prosedur pelaburan ini haruslah bersifat membantu dan menyokong para peserta sejajar dengan objektif skim ini iaitu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengurangkan taraf kemiskinan. Saya juga ingin mengetahui berapakah jumlah penerima pinjaman untuk semua skim di bawah AIM serta jumlah pelabur di bawah AIM lelaki dan wanita, juga berapakah jumlah peruntukan termasuk peruntukan khas kepada AIM sejak penubuhannya sehingga kini. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyentuh tentang penyelewengan dana rakyat RM250 juta.

Seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena, saya juga ingin persoalkan isu penyalahgunaan dana RM250 juta oleh syarikat Nasional Fidlot Corporation melalui projek ladang ternakan telah mengheret Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail ke muka pengadilan atas kesalahan pecah amanah. Walaupun tidak perlu mengambil masa selama lima bulan untuk membuat tindakan tersebut berikutan dengan satu demi satu pendedahan yang telah kami buat Tuan Yang di-Pertua. Natijahnya, satu perancangan strategik antara Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengaburi mata rakyat kononnya Menteri Wanita meletak jawatan sempena tarikh tamat tempoh lantikan senator beliau dan ini menjengkelkan Yang Berhormat Kuala Kangsar dan beberapa lagi Yang Berhormat di sebelah sana.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Walau apa pun, ini merupakan satu sejarah dalam politik Malaysia. Di mana seorang menteri tertekan dan mengundur diri atas desakan rakyat. Saya juga ingin menegur kenyataan dari Yang Berhormat Pontian yang membuat analogi membandingkan Menteri Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Presiden Keadilan di mana dua situasi ini amat berbeza sekali. Itu dalam kes suami, Menteri melibatkan jawatan kerajaan dan penyelewengan wang rakyat berbanding dengan Presiden Keadilan yang suaminya adalah mangsa politik Barisan Nasional.

Ingin saya mengungkapkan satu komen dari pembaca Malaysiakini. “Ahmad Mazlan ini bengong juga naa..., apa kena mengena kes Shahrizat dengan Wan Azizah?

Pasal apa Wan Azizah kena letak jawatan pula sebab dia adalah mangsa politik. Lagipun bukan melibatkan kerajaan, penyelewengan wang rakyat”. Ini komen dari pembaca.

“Ahmad Mazlan bengong juga naa...”; dia kata macam itu. Saya rasa orang Utara ini.

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua saya hendak nasihatkan kepada semua di belah sana agar mengamalkan falsafah wasatiyyah yang dibawa oleh Perdana Menteri. Kalau hendak berbohong pun wasatiyyahlah sedikit. Hendak tipu pun tipulah wasatiyyah sedikit.

Hendak seleweng pun adalah wasatiyyah sedikit, hendak bangang pun banganglah wasatiyyah sedikit. Jangan terlampau-lampau. Jadi apa pun ini adalah persoalan pertanggungjawaban pengurusan kewangan dan khazanah negara yang seharusnya digunakan dengan amanah dan berkhidmat.

Pihak yang menerima dana ini telah pun didakwa bagaimana pula dengan pihak yang memberi dana ini. Memetik ungkapan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, “Pemimpin UMNO yang mana tidak bermasalah?” Dia sebut. Justeru itu di Dewan yang mulia ini saya ingin mempersoalkan kebertanggungjawaban Perdana Menteri, Menteri

final • 4:50 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kewangan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Timbalan Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Kepala Batas dalam kes penyelewengan ini.

Bukan sahaja pihak kerajaan yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Pekan yang bertanggungjawab ke atas pemberian tender projek ini malah telah melanggar Pekeliling Perbendaharaan dengan mengarahkan pengagihan dana sebesar ini sebelum projek ini diluluskan. Saya memohon agar Pekeliling Perbendaharaan yang digunakan dalam penganugerahan tender projek ini dibentangkan dalam Parlimen agar semua dapat menelitinya dan apakah kriteria yang diguna pakai sehingga NFC terpilih untuk mengendalikan projek ini sehingga FELDA Food and Farm yang jauh lebih berpengalaman dan layak terima kasih mengendalikan projek impak tinggi ini. Jika benar-benar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjiwa rakyat mengapakah syarikat seperti FELDA Food and Farm ini tidak diberi keutamaan sedangkan projek seperti ini dapat dimanfaatkan orang Melayu khususnya di kampung dan rancangan FELDA. Ini jelas menunjukkan sikap hipokrit kerajaan UMNO Barisan Nasional. Kalau hendak hipokrit pun adalah wasatiyyahnya juga.

Saya ingin mengetahui apakah status kewangan NFC sekarang, setelah habis dana rakyat ini dibelanjakan sewenang-wenangnya untuk membeli dua kondo mewah satu di One Menerung, Bangsar, tiga buah kondo mewah, serta tiga buah restoran mewah di Singapura, lapan unit hartanah di KL Eco City, sebuah kereta Mercedes Benz, dua bidang tanah di Putrajaya, serta perbelanjaan peribadi lain melalui kad kredit, apakah status wang baki daripada RM250 juta ini Tuan Yang di-Pertua. Penyelewengan yang terbaru didapati bahawa NFC telah membeli sebuah kondominium yang berharga RM1.7 juta di Khazastan.

Majlis menandatangani MoU pembelian kondominium tersebut telah disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tidakkah Perdana Menteri jelas dengan objektif dana RM250 juta ini atau turut bersekongkol dengan penyelewengan ini.

Apakah tindakan kerajaan bagi menggantikan sejumlah dana rakyat ini bagi membolehkan projek ternakan ladang di diteruskan mencapai sasaran yang sebenarnya.

Kerajaan bertanggungjawab ke atas kehilangan dana rakyat ini kerana tiada ketelusan dalam pengagihan dana serta tiada pemantauan terhadap bagaimana dana ini dibelanjakan. Apakah cara kerajaan untuk mendapatkan semula wang RM250 juta ini memandangkan sebahagian besarnya telah dibelanjakan dengan tiada rasa amanah dan tersasar dari tujuan asal. Adakah wang RM250 juta ini akan diklasifikasikan sebagai wang yang lesap dan tidak perlu dibayar.

Perdana Menteri dengan jolokan bapa pengumuman oleh anak-anak muda sekarang telah mengumumkan bawah PricewaterhouseCoopers Limited telah dilantik sebagai badan bebas yang akan mengaudit NFC. Namun kepada siapakah PWC ini akan bertanggungjawab? Apakah terma-terma yang dipersetujui, apakah timeline nya? Saya meminta agar semua ini dibentangkan di Parlimen agar siasatan kes ini benar-benar telus kerana ianya melibatkan dana awam.

Saya juga mendesak agar satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menjalan audit dan siasatan ke atas isu penyelewengan dana rakyat ini secara menyeluruh kerana ianya membabitkan pemimpin nombor satu negara dan beberapa Menteri Kabinet yang lain. Walaupun projek NFC ini hanyalah merupakan satu projek penternakan negara yang boleh dianggap kecil, namun pengendalian projek ini huru-hara. Bagaimana pula dengan projek-projek mega yang lain. Tata kelolaan yang cacamerba dan pengurusan akauntabiliti yang tidak telus telah mempincangkan pentadbiran negara khususnya yang melibatkan wang rakyat. Bagaimana Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi membuat keputusan kalau projek NFC yang kecillah RM250 juta ini pun huru-hara, bagaimana Pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi membuat keputusan dalam transaksi penjualan syarikat, dalam program-program penswastaan negara, dalam program mega yang menelan belanja yang amat besar. Sepatutnya projek- projek negara ini dimanfaatkan dengan sebaiknya demi kepentingan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, adakah ini modus operandi BN UMNO untuk mencipta projek untuk kepentingan peribadi? Pemantauan yang sambil lewa dan cuai dan tidak serius kemudian di umum gagal hutang tidak dapat bayar tetapi sebaliknya dalam senyap- senyap ada orang yang mengumpul harta peribadi. Adakah ini cara BN UMNO membayar budi kepada kroni dengan menggunakan rakyat?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sikap taksubiyah Parlimen menolak usul tergempar membahaskan isu NFC yang saya kemukakan. Amat

final • 4:50 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

mengecewakan. Seolah-olah Parlimen ini mengamalkan demokrasi tempang. Isu NFC ini dari perspektif lebih besar mempersoalkan tata kelolaan kerajaan flip flop BN UMNO, pertanggungjawaban Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pertanian dan Asas Tani dinanti-nantikan rakyat. Timbalan Perdana Menteri juga bertanggungjawab dalam kes ini selaku menteri yang meluluskan projek ketika itu.

Tuan Yang di-Pertua, justeru berdasarkan segala bukti yang telah saya sebut tadi, saya ingin bertanya sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan serta Menteri Asas Tani berani tidak untuk segera meletakkan jawatan sebagai bukti menunjukkan kebertanggungjawaban terhadap rakyat dan negara walau cara macam mana pun ala cara Menteri Wanita pun tidak apa, janji menunjukkan mereka ini ada insafnya dalam kes skandal wang RM250 juta ini.

Akhirnya sebelum saya mengakhiri ucapan, saya suka mengingatkan diri saya dan Yang Berhormat sekalian akan ayat suci Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud; “Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu iaitu memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak makan atau mengambil sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya”. Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri dengan wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya memanggil pembahas seterusnya, saya kena respons dan komen kepada apa yang dihujah oleh Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Ampang kata usul dia untuk bincang NFC ini ditolak Parlimen. Yang menolak saya. Jadi kalaulah saya tidak bersikap adil, saya tidak ikut peraturan mesyuarat tidaklah akan membiarkan Yang Berhormat Ampang berucap begitu menghentam kepada pihak- pihak yang berkenaan. Jadi itu menguatkan lagi alasan saya bahawa kalau boleh berhujah di lain masa seperti sekarang, maka itu terpaksa saya ambil kira apabila membuat keputusan di bawah usul 18(1), okey?... Terima kasih.

Oleh kerana yang tadi berhujah wanita, maka saya kena panggil wanita dari Barisan Nasional yang saya nampak tadi berdiri lebih awal daripada sebelah Yang Berhormat Simpang Renggam itu, Yang Berhormat Pengerang. Maka terpaksa saya panggil Yang Berhormat Pengerang, sila.

final • 4:50 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Harapkan paksa bukan dengan rela hati ya Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia terutama sekali kepada sahabat-sahabat saya belah kanan ini. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam perbahasaan menjunjung kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Pembukaan Penggal Kelima, Persidangan Parlimen Ke-12 pada Isnin yang lalu. Saya mewakili semua rakyat di kawasan Parlimen Pengerang mendoakan semoga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik yang berterusan, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan oleh rakyat Pengerang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan ke atas keprihatinan yang ditunjukkan kepada rakyat mengenai pelbagai pembaharuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan, komputer notebook 1Malaysia dan sebagainya.

final • 4:59 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Ternyata usaha ini sejajar dengan dasar transformasi nasional yang merangkumi Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik, Program Transformasi Luar Bandar yang mana disebut sebagai nadi rakyat yang ditekankan dalam Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Saya juga amat tertarik apabila Titah Tuanku memberikan data penunjuk ekonomi utama tahun 2011 sebagai pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.1%, peratusan yang telah menepati sasaran nasional, jumlah dagangan Malaysia yang direkodkan bernilai hampir RM1.3 trilion termasuk FDI RM32.9 bilion serta kutipan cukai langsung paras yang tertinggi

final • 5:00 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

yang pernah dicapai iaitu melebihi RM100 bilion termasuk pengurangan defisit fiskal kepada 5% berbanding unjuran asal 5.4% dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya membangkitkan dua tiga isu, saya ingin membangkitkan ruang kepada hari ini untuk menjawab beberapa isu yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Gombak mengenai satu projek yang begitu mega. Gagasan yang begitu besar berlaku insya-Allah dalam kawasan saya dalam masa terdekat iaitu Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) dengan izin, di kawasan Parlimen Pengerang. Di sesi perbahasan yang lepas, Yang Berhormat Gombak menyatakan bahawa beliau telah menimbulkan beberapa isu yang mana dia menyatakan dengan izin – saya ingin menyentuh kepada bahas beliau yang mana beliau mengatakan bahawa terdapat berlakunya pengambilan tanah di mana tujuh kawasan kampung Melayu akan menjadi mangsa kepada pengambilan tanah ini, lebih kurang 900 keluarga.

Beliau sendiri ada mengatakan berapakah nilai pampasan yang dibayar kepada penduduk Parlimen Pengerang dan seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu pengambilan tanah ini, untuk pengetahuan Dewan yang mulia, ia masih di peringkat perancangan. Baru-baru ini melalui taklimat daripada Yang Berhormat Menteri Besar Johor, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau, yang mana kepimpinan menyebut pada hari ini bahawa di kawasan kampung-kampung terlibat menyatakan bahawa isu ini masih di peringkat kajian dan penilaian yang belum diputuskan lagi nilai pampasan yang akan diberikan kepada pemilik tanah.

Secara dasarnya, pihak kerajaan negeri juga telah bersetuju memastikan kebajikan penduduk akan terbela dengan sewajarnya tanpa ada pinggiran. Antara lainnya, kepada mereka-mereka yang terlibat dalam pembangunan projek ini, saya telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan negeri bahawa kerajaan negeri telah bersetuju untuk membuka penempatan yang baru, yang lebih baik, terdahulu yang teratur serta terancang untuk semua para penduduk yang terlibat.

Setelah diputuskan nilai pampasan untuk harga tanah yang akan diambil, barulah mereka yang terlibat ini akan diarahkan untuk berpindah secara berperingkat. Ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, kepada Dewan yang mulia ini, bahawa kerajaan negeri telah memberikan jaminan kepada masyarakat, saya sebagai Ahli Parlimen bahawa mereka yang terlibat akan hanya dipindahkan mengikut fasa demi fasa. Mereka tidak akan dipindahkan selagi perumahan dan penempatan baru ini belum disiapkan, belum disempurnakan.

Mereka yang terlibat dalam pembangunan ini akan diberi pampasan harga dan keluasan tanah, di masa yang sama, semua penduduk kampung yang terlibat akan diberikan tapak rumah di penempatan baru dan ini akan kita tengok di mana mereka semua akan mendapat keselesaan yang lebih berbanding dengan apa yang mereka punyai sekarang.

Baru-baru ini, pada Ahad lepas, saya ingin menyatakan perkara ini. Saya ingin menyebut di dalam Dewan ini sebab adanya seolah-olah satu gerakan yang tidak baik terutama sekali daripada gerakan parti-parti pembangkang dalam kawasan saya. Kita sendiri tahu bahawa kawasan saya ini memang kawasan yang memang penuh dengan kawasan orang-orang lama, di mana mereka ini terdiri daripada pencampuran antara kawasan FELDA dengan kawasan pertanian dan juga kawasan-kawasan nelayan. Pada 18 Mac, saya baca dalam portal media internet ini menyatakan seolah-olah pada 18 Mac ini kononnya berlaku tunjuk perasaan oleh masyarakat dalam kawasan Parlimen saya.

Kononnya mereka ini menentang projek RAPID ini yang akan diwujudkan dalam kawasan Parlimen.

Saya sebenarnya bila baca tentang berita itu, memang agak terperanjat Tuan Yang di-Pertua. Bila saya turun ke bawah, tidak ada pula bantahan, tiba-tiba pada 18 Mac adanya bantahan kononnya. Akan tetapi, pada siasatan juga laporan daripada portal media ini, kita tengok yang membantah ini lebih kurang 200 orang. Jumlah pengundi dalam kawasan saya itu 33 ribu orang, jumlah penduduk 70 ribu, ini 200 lebih orang yang membantah dan daripada bantahan ini kita tengok separuh daripada kereta-kereta yang datang ini daripada plat asing, negara asing, saya pun tidak perlu sebutlah tetapi kita tahu daripada negara jiran. Bantahan ini tidak lama, hanya 20 minit, mereka membantah kononnya bukan kerana projek, lebih kepada khuatir tentang pampasan yang diberi setimpal ataupun tidak dan juga menyatakan tentang kononnya akan mengganggu aktiviti penangkapan ikan laut yang dilihat sebagai pendapatan bagi penduduk setempat.

final • 5:00 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Saya hendak mengambil kesempatan dalam Dewan ini untuk menerangkan bahawa memang Kerajaan Barisan Nasional ini bukan kerajaan yang zalim. Maka, apabila kita turun ke bawah dan kita terangkan kepada masyarakat setempat, kita menerangkan pada mereka tentang projek ini dan mereka memahami. Seperti kata saya tadi kerajaan negeri telah memberikan jaminan bahawa penempatan kepada masyarakat setempat ini akan dilakukan apabila kawasan penempatan baru ditubuhkan, baru mereka akan dipindahkan. Kemudian apabila kita tengok dari segi nelayan dan sebagainya, kawasan Pengerang ini yang akan diwujudkan di dalam projek RAPID. Projek ini merupakan dua projek yang besar Tuan Yang di-Pertua, bukan hanya projek yang berbentuk loji simpanan minyak dan sebagainya tetapi juga dalam aspek dua iaitu pembangunan gas.

Kita lihat kawasan ini, kawasan ini dipilih disebabkan kawasan pengairan, Pengerang ini boleh dilihat sebagai pengairan yang paling dalam dan seperti dalam mana- mana bahas saya daripada dua tiga tahun yang lepas, apabila saya berbahas tentang pelbagai isu, saya selalu menekankan bahawa terdapat pelbagai kapal-kapal dagang yang lalu di pengairan Pengerang.

Kalau kita tengok, beribu-ribu, beratus-ratus kapal dagang ini, ia pergi ke kawasan, dia akan letak dengan izin, sebagai parking dalam pengairan antarabangsa kemudian mereka akan pergi ke negara Singapura untuk mengambil minyak, mengambil gas kemudian mereka akan pergi kepada perjalanan trafik mereka. Pengairan ini melalui trafik, antara trafik antarabangsa pengairan laut iaitu Timur Tengah, pengairan negara China dan sebagainya.

Kalau kita tengok secara umumnya, yang menjadi ukuran daripada dahulu.

Kenapa negara Singapura, negara jiran yang lebih kecil daripada negeri Johor itu sendiri boleh menjadi hub simpanan petrol yang antara terbesar di dunia? Kalau kita tengok negara Singapura ini, negara yang tidak punya bahan mentah yang begitu banyak. Hendak katakan kelapa sawit jauh lagi, hendak katakan minyak mentah, langsung tidak ada tetapi menjadi penyimpanan. Jadi, kapal-kapal dagang ini berlabuh ke Singapura dan mengambil minyak, mengambil gas kemudian mereka keluar.

Jadi soalannya, kalaulah negara Malaysia dengan Koridor Iskandar dan sebagainya, kita hendak tubuhkan belah selatan di mana kawasan Parlimen Pengerang ini dijadikan hab simpanan pengambilan minyak kapal-kapal antarabangsa, ini akan menjadi satu cabaran ekonomi kepada negara Singapura yang menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia khasnya dan rakyat Johor amnya akan melihat kepada pelbagai aktiviti perniagaan yang akan bertambah daripada aktiviti ini.

Jadi, jumlah masyarakat di kawasan Parlimen Pengerang ini yang lebih kurang 33 ribu orang pengundi ini, akan melihat kepada suatu perubahan ekonomi dalam peringkat antarabangsa. Kenapa perlu Singapura menjadi satu penyimpanan terbesar di dunia tetapi tidak mempunyai bahan mentah tetapi dalam negara kita yang mempunyai bahan mentah, kita perlu mengambil kesempatan yang berlaku dalam perkara ini. Jadi, apa Yang Berhormat Gombak timbulkan tentang kenapa syarikat ini dipilih, saya tidak boleh menjawab sebab saya tidak terlibat dalam proses pemilihan tetapi saya boleh jawab daripada kawasan perkampungan ini.

final • 5:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Kita tengok aktiviti yang akan berlaku dalam kawasan ini, yang bagi saya ini menunjukkan bahawa ini satu aktiviti ekonomi yang perlu direbut oleh masyarakat setempat. Silakan.

final • 5:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Pengerang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok Yang Berhormat Pengerang ini hebat menceritakan kehebatan Parlimen Pengerang. Akan tetapi, saya ingin merujuk kepada satu kenyataan akhbar daripada Bernama, Pengerang ini sebuah pekan kecil di pesisir Pantai Timur Johor yang terkenal di kalangan pelancong sebagai destinasi makanan laut terutamanya udang kara, sebenarnya menyimpan rahsia sebagai pintu masuk Pendatang Tanpa izin (PATI).

final • 5:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Jadi selama ini yang menjadi masalah kepada negara adalah di Parlimen Pengerang yang merupakan pintu masuk kepada... [Disampuk] Ini BERNAMA, Yang Berhormat ‘kota belit’. Minta maaf, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Hei, tarik balik ya, Yang Berhormat.

Jangan jadi orang bodoh di sini, Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Kota Belud, minta maaf.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat tarik balik itu.

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Tarik balik, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I know you did it on purpose. Tarik balik. Ini kampung Tuan Yang di-Pertua tahu.

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Okey Kota Belud, minta maaf Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Pengerang, Pengerang pintu masuk kepada masalah Malaysia. Jadi minta penjelasan Ahli Parlimen Pengerang.

final • 5:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sebenarnya kita tengok masalah laluan-laluan tikus ini berlaku, kalau kita tengok menyeluruh... [Disampuk] Kuala Kedah banyak atau tidak saya tidak tahu tetapi saya tengok kerajaan pada hari ini, dengan agensi kuat kuasa maritim, dan kita memang tengok inilah pendekatan hendak dikurangkan. Hendak kata fasal udang kara itu, udang kara itu sebenarnya bukan dalam kawasan laut dalam ya, udang kara ini tepi-tepi laut.

Jadi dalam perkara ini, sebenarnya bahas saya ini, saya hendak mengatakan bahawa kalau kita tengoklah, kalau yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gombak protes dan sebagainya, saya hendak menekankan, mana ada protes. Memang saya bersetuju, mereka tengah berbincang tentang isu penempatan semula, harga tanah dan ini dalam perbincangan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor memberi jaminan. Dia kata kalau siapa tidak setuju, boleh bantah. Jadi kita tengoklah perkembangan ini akan berlaku.

Kedua, perubahan baru, peningkatan, pemindahan akan dilakukan tahap demi tahap.

Akan tetapi kalau kita tengok daripada pulangan, daripada ucapan saya tadi, bahas saya tadi, kita tidak mahu bagi negara Singapura daripada dulu sampai sekarang mengambil kesempatan daripada kapal-kapal dagang yang lalu beratus-ratus setiap hari, bukan sahaja berlaluan tetapi bertempat di peringkat antarabangsa. Kalaulah adanya satu sektor baru hari ini sektor gas dan minyak untuk memberi minyak kepada kapal-kapal antarabangsa ini, mengambil alih perniagaan hub besar simpanan di negara Singapura, ini menjadi tanggungjawab nasional dan kewarganegaraan semua rakyat Malaysia termasuk parti pembangkang terutama sekali Ahli Parlimen Gombak.

Ini kerana kita tengok bahawa negara kita, tidak usah kisah tentang isu politik parti pembangkang atau kerajaan memerintah tetapi keutamaan negara ini mesti melebihi negara jiran. Ini yang kita hendak tengok, dan kalau adanya projek daripada Koridor Iskandar, kita orang Johor di kawasan Parlimen Pengerang mengalu-alukan sebab kita tahu ini boleh menjadi cabaran yang terbesar bukan sahaja kepada negara Singapura tetapi kepada semua negara yang memanggil diri mereka sebagai sektor petroleum yang terbesar. Silakan Yang Berhormat Kota Belud.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat tadi mengatakan tentang permasalahan yang dibawa oleh pembangkang, isu kononnya ada tentangan daripada rakyat. Saya bersimpati dengan Yang Berhormat tetapi sebenarnya Yang Berhormat hanyalah antara salah seorang daripada Ahli-ahli Parlimen atau kawasan Parlimen yang diserang oleh pembangkang dengan menggunakan isu yang sama.

Di tempat saya contohnya Yang Berhormat, tahun 2008 usul untuk membincangkan tentang masalah padi, bekalan beras yang meruncing, krisis internasional dibawa oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, pembangkang. Yang di-Pertua pada waktu itu membenarkan, kita berdebat tiga empat jam. Selepas itu pihak pembangkang membidas kerajaan bermacam-macam mengatakan kerajaan tidak membuat apa-apa. Selepas itu Perdana Menteri mengatakan okey kita bangunkan jelapang baru, jelapang padi di Kota Belud. Kita hendak buat empangan sebab empangan ini memerlukan sumber air, kita memerlukan sumber air yang besar. Akan tetapi orang yang sama yang duduk di sini yang mengatakan ini salah kerajaan, datang ke Kota Belud tinggal di kampung itu dan menghasut mengatakan ini kerajaan tidak bertanggungjawab kerana membina empangan.

final • 5:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jadi banyak sangat isu-isu yang menyebabkan pembangunan negara kita terbantut hanya kerana mungkin ada agenda politik.

Saya hendak beritahu Yang Berhormat, sikit lagi, setujukah Yang Berhormat kalau saya katakan bahawa pembangunan ini memerlukan pengorbanan? Buat jalan kita kena ada tanah, buat empangan kena ada tanah, buat macam-macam pun mesti ada tanah dan kadang-kadang pengorbanan itu perlu dibuat. Begitulah mungkin yang dituntut di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Sebenarnya saya hendak tiba pada isu Yang Berhormat Kota Belud timbulkan. Sebenarnya saya tengok seperti kata laporan media portal ini, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Che Mahzan mengatakan 200 orang hadir, 20 minit kemudian mereka balik. Bukanlah protes beria-ia macam dunia hendak kiamat.

Yang seronoknya, saya dapat laporan dalam portal juga, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Chua Jui Meng dengan Setiausaha PKR Negeri Johor, Syukur Ayub turun ke kawasan saya berkata, “Chua Jui Meng dalam ucapannya selepas ini mendakwa pembangunan minyak dan gas di kawasan terbabit bukan sahaja memberi kesan kepada kebun, tanah, penduduk, malah kepada anak cucu penduduk berikutan pencemaran yang berlaku”. Ini yang hebat sekali, “Kita percaya kilang yang dibina ini merupakan kilang radioaktif yang sama didirikan oleh Kerajaan Barisan Nasional di negeri Pahang”. Bukan fitnahkah? Menuduh kononnya simpanan petroleum gas ini radioaktif. Kalau radioaktif, orang di Tanjung Langsat, Tanjung Bin dah lama menjadi mangsa radioaktif. Ini boleh dikatakan fungsi keadilan negeri Johor. “Malah hasil kajian yang dibuat di Amerika dan Kanada lebih banyak orang mendapat lelah dan penyakit...” semuanya fitnah, “...Khasnya kanak-kanak, orang yang lebih tua dan sebagainya”.

Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, begitu sedihlah, sebab kalau hendak membangkang atau membantah, membangkanglah. Katanya Yang Berhormat Ampang tadi, Yang Berhormat Ampang bercakap dengan begitu seronok mengatakan kena ada kesederhanaan dan sebagainya.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Ampang, kenapa tidak bila pembangkang hendak membuat sesuatu tuduhan, kenapa tidak ada kesederhanaan? Janganlah cakap kononnya tidak mahu pandang cermin, mengata orang lebih, tidak tengok diri sendiri.

Saya duduk di sini mendengar, apalah Yang Berhormat Ampang, kalau hendak tuduh, tindakan sudah dibuat. Kalaulah Menteri sudah tidak bertanding lagi, Menteri dah letak jawatan, kerajaan kata adanya kes di mahkamah hendak diadakan dan sebagainya, sub judice kita tidak mahu bercakap kes mahkamah, biar dilaksanakan, kita tengok kesimpulan daripada mahkamah. Ini tidak, kalau bila Barisan Nasional kena tuduh, penyokong kena tuduh, keputusan itu bebas, katanya hakim tidak sah. Bila parti pembangkang bebas, hakim hebat, hakim bebas dan sebagainya. Ini maknanya parti pembangkang kadang-kadang mungkinlah dalam keadaan pilihan raya dah dekat, sudah tidak ada modal lagi.

Mungkin pendekatan mereka yang terbaik ialah menimbulkan seolah-olahnya kerajaan ini, Kerajaan Barisan Nasional ini zalim. Zalim apa Tuan Yang di-Pertua? Selama 54 tahun memerintah secara zalim, ada dia tidak makan? Ada tidak ada rumah, tidak ada kereta? Saya tengok pembangkang banyak sihat-sihat, apa pula tidak makan. Janganlah tuduh kerajaan seolah-olahnya zalim. Ini bukan Utopia, ini bukan negara Timur Tengah hendak wujudkan kononnya, “Ha, ini Timur Tengah ini tengah hendak berlaku ini...” Ini bukan Libya, ini bukan Mesir, ini Malaysia. Kita ini politik berlainan. Politik kita pelbagai bangsa.

Jadi kalau hendak cakap, yang saya marah itu Tuan Yang di-Pertua, tuduh radioaktif di Pengerang. Apanya radioaktif? Takkanlah hendak kata udang kara itu radioaktif? Macam-macam negara ada minyak dan gas, tidak ada pula radioaktif dengan udang kara dan masyarakat setempat. Silakan Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu Yang Berhormat Beruas. Ada satu pembetulan Yang Berhormat. Udang galah tidak hidup di pesisiran pantai, dalam sungai. Udang galah di air masin. Itu udang harimau. Sila Yang Berhormat Beruas.

final • 5:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi bukan Yang Berhormat yang bangkitkan, tadi Yang Berhormat Kuala Kedah kata udang galah. Sila.

final • 5:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pengerang seorang peguam juga. Saya hendak minta penjelasan, yang kita di sebelah pembangkang sini yang mengatakan hakim atau penghakiman itu tidak betul kerana ia tidak mengikut precedent. Saya mahu dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Pengerang bahawa bukankah adalah baik untuk negara kita kalau ada kepastian undang-undang yang sudah dipastikan melalui keputusan yang lepas oleh mahkamah yang tertinggi, mahkamah-mahkamah yang kemudiannya mesti mengikutnya melainkan undang- undang itu dipinda oleh Dewan yang mulia ini? Jadi yang di negeri Perak, semua kes kita kalah, banyak kes di mana precedent yang telah dibuat dahulu tidak diikuti. Adakah ini satu perkara yang baik ataupun kita mesti meminta hakim-hakim kita ikutlah precedent?

final • 5:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sebenarnya bila hendak bercakap soal mahkamah itu, kita tahu setiap hakim kita mempunyai cara mereka dan pendekatan mereka sendiri. Bila Yang Berhormat Beruas bercakap tentang hakim dan katakan dengan izin mungkin ayat Yang Berhormat ini precedent, saya hendak menjawab itu, kalau kita tengok precedent ini, boleh ditengok daripada kes-kes tertentu, daripada keadaan tertentu.

Saya selalu percaya Yang Berhormat Beruas, saya sentiasa berpegang kepada fakta bahawa seperti dengan kes yang berlaku dalam kawasan saya, kalau tidak bersetuju, adanya proses rayuan. Rayuan ini bagi saya satu proses yang perlu dipegang. Akan tetapi kalau kita belum lagi hendak merayu kita mengatakan seolah-olah..., saya dengar tadi perbahasan tentang jawatankuasa untuk perbincangan mengenai Lynas ini, saya tengok dan baca dalam media portal, pembangkang terus keluar pintu, tidak mahu setuju dan sebagainya. Saya tengok seolah-olah tidak adanya satu dengan izin, fairness, keadilan di mana dalam isu-isu tertentu.

final • 5:10 PM

Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said - Pengerang

Sebab Yang Berhormat Beruas bercakap fasal precedent, dalam Dewan ini perlu juga ada precedent, ya. Precedent nya kalau adanya jawatankuasa, kita tengok pembangkang ada wakil, wujudkan jawatankuasa untuk bincang. Mungkin Yang Berhormat Kuantan sendiri boleh duduk dalam jawatankuasa, dalam isu-isu sebab ini isu rakyat. Ini kerana kalaulah pembangkang itu betul-betul niat hendak membela rakyat, tidak adanya protes hendak keluar pintu sebab isu ini isu yang besar. Akan tetapi pembangkang mengatakan protes, tidak mahu terlibat. Kononnya tidak guna berbincang, tidak ada kesan.

Akan tetapi isu dia kadang-kadang kita tengok dalam kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, kepimpinan yang terbuka. Banyak keputusan boleh ditukar, ditimba dan dipinda balik kepada keadaan. Bererti peluang untuk merayu dan mengubah kepada keputusan itu boleh berlaku tetapi bagi peluang.

Dengan izin, you don’t want it. Lepas itu turun ke bawah menunjukkan seolah-olah kerajaan inilah kerajaan zalim. Ini zalim apa? Siapa yang zalim ialah menuduh tanpa memberi hak merayu, itu zalim, kita tidak zalim. Apa yang saya marah Yang Berhormat Beruas, minta maaf Yang Berhormat Beruas ialah Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor katakan radioaktif, dia bengang. Apa kena mengena radioaktif dengan minyak dan gas? Minyak dengan gas mendapat pendapatan. Apa yang saya marah ialah saya tidak proses rayuan dengan Datuk Chua Jui Meng sebab saya bukan dalam PKR. Mungkin Yang Berhormat Beruas dalam Pakatan Rakyat boleh ada proses rayuan. Akan tetapi cakap kepada Datuk Chua Jui Meng, kalau dia hendak berdebat saya debat dengan dia. Jangan hendak tuduhkan radioaktif, tidak ada kena mengena Pengerang dengan radioaktif. Ini yang saya marah. Hendak tuduh, tuduh kepada fakta jangan tuduh pada emosi. Itu sahaja.

Silakan Yang Berhormat Beruas.

final • 5:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang saya setuju, kita mesti berlandaskan kebenaran dan fakta yang benar. Akan tetapi saya hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat Pengerang ialah satu isu sahaja.

Iaitu kami rasa sedih ialah kerana mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan sendiri yang tidak ikut semua precedent Mahkamah Agong dan Mahkamah Persekutuan yang lepas. Jadi, seperti dahulu sudah ada satu kes Ketua Menteri Sarawak, di mana beliau

final • 5:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

dipecat iaitu Stephen Kalong Ningkan dan mahkamah telah memutuskan vote of no confidence mesti dibuat dalam Dewan. Akan tetapi di Perak, mahkamah tidak ikut precedent yang sudah ada.

Begitu juga dalam kes tahun 1988 di mana dikatakan Ketua Hakim Negara sahaja yang boleh ‘mempanelkan’ hakim-hakim untuk membuat suatu keputusan. Akan tetapi dalam kes negeri Perak Tun Zaki telah mengatakan beliau tidak mempanelkan mana-mana panel maksudnya ia tidak sah. Jadi, ini telah menimbulkan kekeliruan dan saya sebagai peguam pun tidak tahu apa lagi undang-undang yang terpakai. Jadi, saya hendak dapat pandangan Yang Berhormat Pengerang, setuju atau tidak kita mesti ada kepastian undang- undang? Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Beruas kalau belum bahas lepas ini bahas pada point itulah. Saya hendak jawab dalam point itu, bagi saya dalam bahas saya yang minit diberikan adalah pada kawasan saya. Mungkin masa minum kopi boleh bincang sama saya dengan Yang Berhormat Kota Belud dan sebagainya.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sendiri Yang Berhormat, kadang-kadang perkara- perkara macam ini...

final • 5:20 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua sebenarnya tidak relevan kepada bahas saya, dalam kawasan saya dengan izin, but I’ll take you to coffee on that discussion, tidak ada masalah, dengan izin.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tidak apa, tidak apa tidak payah jawab lagi pun tadi Yang Berhormat Beruas ini...

final • 5:20 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Saya jawab nanti sampai subuh tidak habis Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat kalau bercakap precedent, dia kata, precedent ini pun ada bermacam-macam. Ada ratio decidendi dan ada obiter dicta. Kadang- kadang hakim-hakim boleh juga buat melalui fakta-fakta kes, dia kata ini alasan saya. Jadi, too academic lah. Sila teruskan Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya seronok dengar Yang Berhormat...

final • 5:20 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi, dalam akhir kata saya, laporan polis demi laporan polis...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Udang galah, sila...

final • 5:20 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Demi laporan polis, masyarakat kawasan Parlimen Pengerang..

final • 5:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, teringat zaman Ketua Puteri. Very good argument, Yang Berhormat Dato' Sri Azalina binti Othman Said.

final • 5:20 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih, akan tetapi sudah tua untuk puteri. Laporan polis. Pemimpin masyarakat di kawasan Parlimen Pengerang tidak membantah, yang membantah 18 Mac 200 orang dengan kepimpinan Parti Keadilan memfitnahkan atas isu kenapa hendak membantah. Jadi, bagi saya, saya yakin Kerajaan Negeri Johor, Yang Amat Berhormat kepimpinan Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya cukup yakin bila meletakkan pemindahan, isu harga akan meletak keutamaan kepada masyarakat setempat. Akan tetapi sebagai wakil rakyat saya juga hendak menegur kerajaan negeri. Teguran saya satu sahaja ialah kita mesti meletakkan isu alam sekitar sebagai keutamaan ya.

Ini kerana hari ini kalau kita tengok apa-apa pun projek dan pembangunan, perbincangan perlu ditekan kepada alam sekitar kerana anak cucu kita akan mewarisi alam sekitar. Point kedua saya Tuan Yang di-Pertua, kawasan saya penuh dengan kawasan FELDA lebih kurang 80%. Jadi, kita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam penyenaraian FELDA Global Ventures Holding Berhad. Suka saya memetik titah ucapan Tan Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan tumpuan dan usaha kerajaan untuk memperkasa sektor perladangan dan

final • 5:20 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

komoditi yang mana merupakan penyumbang besar kepada pembangunan ekonomi negara dan pemangkin kepada peningkatan pendapatan rakyat luar bandar khususnya komoditi sawit.

Melalui FELDA bagi melaksanakan program meningkatkan lagi taraf sosioekonomi generasi kedua dan generasi ketiga bagi menjamin kehidupan yang lebih selesa. Dengan tumpuan utama kerajaan untuk meningkatkan tahap infrastruktur luar bandar seperti bekalan elektrik yang mampan, bekalan air yang bersih, hubungan komunikasi jalan raya sempurna. Semua ini Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat kawasan FELDA kita dapat melihat berapa tahun FELDA dalam pentadbiran memang terdapat juga beberapa isu cacat cela dalam isu memperkasakan. Bukan sahaja bantuan masyarakat generasi kedua, kita tengok memperkasa dan sebagainya. Contohnya dalam isu kesihatan. Kita kalau kita tengok kesihatan secara menyeluruh kita tengok masyarakat FELDA generasi-generasi tua masih pergi kepada klinik kesihatan di peringkat-peringkat kawasan Parlimen dan juga klinik kesihatan di kawasan klinik daerah dan sebagainya.

Saya memohon dengan penyenaraian ini FELDA dapat memperkasakan peranan sosioekonomi FELDA. Dengan mewujudkan mungkin ‘Hospital FELDA’, mungkin universiti FELDA, mungkin FELDA bukan susahlah dengan perkara yang mudah mewujudkan ambulans FELDA dan sebagainya. Sebab kalau kita tengok penempatan FELDA ini Tuan Yang di-Pertua begitu besar, masyarakat FELDA ini begitu besar, keluarga dan sebagainya.

Saya sebagai Ahli Parlimen, peruntukan Parlimen kita menaikkan taraf parit, longkang. Kita menaikkan taraf masjid, surau dan sebagainya. Kalau dapat kita tengok penyenaraian ini FELDA dalam kedudukan yang lebih agresif untuk membantu. Bagi saya insya-Allah peruntukan Parlimen boleh menumpukan pada kawasan-kawasan luar bandar, pembangunan, pertanian, sektor nelayan dan sebagainya. Mungkin dalam sektor FELDA ini FELDA Malaysia sendiri dapat memperkasakan kemampuan mereka dan mereka dapat mewujudkan pelaksanaan sosioekonomi mereka kepada masyarakat setempat. Itulah harapan saya dalam isu FELDA ini.

Akhir sekali saya hendak sebut tentang APMM Yang Berhormat Kuala Kedah ada sebut tadi. Saya pada hari ini melihat bahawa APMM dalam kawasan saya ini, kita tengok memang begitu agresiflah melaksanakan tanggungjawab. Kawasan Parlimen Pengerang itu memang dilihat sebagai kawasan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), laluan pintu masuk, keluar masuk, laluan tikus dan sebagainya. Kedudukan ini lebih dahsyat lagi disebabkan kawasan Parlimen Pengerang ini dalam kawasan SIJORI (Singapura-Johor- Riau). Bercakap tentang Riau itu tidak boleh lari daripada Batam. Bila cakap tentang Pulau Batam ini Tuan Yang di-Pertua, macam-macam keluar masuk. Kadang-kadang orang di kawasan Pengerang pun menambah pula cawangan-cawangan dia di Batam. Akan tetapi dalam isu ini, yang laluan tikus ini semua kemasukan yang cara haram.

Jadi, saya berharaplah dalam perkara ini APMM bukan sahaja dapat memastikan keselamatan tetapi agensi APMM ini akan dapat mengawal daripada pencerobohan dan ancaman pihak luar ini. Kekerapan pengawasan dan operasi penguat kuasa yang perlu ditingkatkan sebagai langkah pencegahan terutama di kawasan-kawasan laluan tikus dan sebagainya. Kami di sini Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh kita dapat bagi cerita bahawa kadang-kadang bot peronda kita APMM itulah tidak begitu laju daripada bot-bot yang dibawa masuk daripada mereka yang membawa PATI ini. Kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, PATI-PATI dahulu orang kata kadang-kadang yang masuknya banyak orang Indonesia.

Kadang-kadang kita tengok sekarang bertambah pula dengan orang-orang daripada negara lain. Contohnya orang Bangladesh, orang Timur Tengah, orang Afrika.

Jadi, bagi saya persepsi inilah. Kalau kita berbalik kepada isu pembangunan dalam kawasan Parlimen Pengerang kita mesti mengadakan bahawa kawasan ini juga selamat dari kawasan air dan sebagainya. Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua pelbagai bilion ringgit yang kerajaan labur akan menjadi kata orang terbuang sahaja. Harapan saya seperti yang saya tekankan dalam bahas saya itu, saya hendakkan aku janji daripada Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dengan pembangunan RAPID, petroleum ini. Keutamaan mesti kepada masyarakat setempat untuk mendapat pekerjaan. Mereka mesti diberikan keutamaan. Mungkin dalam aspek kepakaran pun berilah kepada mereka kerana anak- anak mereka semua belajar pandai di universiti peringkat dunia, peringkat luar negara, peringkat dalam negeri dan sebagainya.

final • 5:20 PM

Dato' Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Akan tetapi mesti menjadi satu pelaksanaan, satu tanggungjawab, satu moral duty anak-anak tempatan diwajibkan mendapat keutamaan dari segi pekerjaan. Kalau kita dapat tengok pendekatan ini berlaku, integrasi ini akan mewujudkan kejayaan yang lebih. Apa gunanya pembangunan secara fizikal tetapi masyarakat setempat tidak mempunyai pembangunan dari segi mental. Saya tengok generasi anak-anak kita, generasi kedua, ketiga dan seterusnya perlu daripada kerajaan dapat membimbing dan membawa kerajaan pada pendekatan yang lebih positif sebab kita hendak menjadi negara kelas pertama dan seterusnya.

Akhir sekali kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mewakili semua rakyat di Parlimen Pengerang menyahut baik Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar Dewan Negara dan Dewan Rakyat secara keseluruhannya.

Untuk menumpukan taat setianya tidak beberlah bahagi kepada negara serta menjaga kehormatan dan kemuliaan Dewan ini bagi meningkatkan keyakinan rakyat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Serdang.

final • 5:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Beberapa isu yang saya hendak sentuh. Perkara pertama adalah tentang pembinaan SJK(C). Saya rasa pada kebelakangan ini, pada tahun yang lalu pada 6 April, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong baru pergi ke Sungai Long di Cheras untuk satu majlis pecah tanah untuk SJK(C) Sungai Long tetapi sekali lagi pada tahun ini, pada 1 Mac, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekali lagi pergi ke Sungai Long, Cheras untuk majlis pecah tanah kali kedua.

Saya rasa untuk sebuah SJK(C), pemimpin-pemimpin Barisan Nasional boleh mengadakan dua majlis pecah tanah. Ini adalah satu rekod yang baru. Sebenarnya bukan satu rekod yang baru. Mereka sentiasa buat macam ini. Akan tetapi saya rasa ini adalah satu rekod yang amat memalukan dan saya berharaplah semua orang pun tahu pilihan raya umum sudah dekat. Jadi, sekarang tidak hairan pun pemimpin Barisan Nasional sekarang banyak menggunakan isu SJK(C) untuk memancing undi tetapi saya haraplah janganlah begitu sering kali menggunakan isu SJK(C) ini untuk menipu rakyat.

Isu kedua, saya hendak tanya adalah pada 30 Januari 2008, enam buah sekolah yang baru iaitu SJK(C) telah dijanjikan tetapi sampai hari ini SJK(C) Bukit Serdang yang telah pun dijanjikan pada masa itu, sampai hari ini pun tiada apa-apa perkembangan. Tiada apa-apa perkembangan. Setakat ini walaupun kita telah mengenal pasti 12 keping tanah rizab kerajaan untuk sekolah di taman-taman perumahan berhampiran Bukit Serdang dan di antaranya sembilan keping keluasannya adalah melebihi lima ekar. Akan tetapi sampai hari ini kita pun tidak tahu di mana SJK(C) Bukit Serdang ini akan dibina? Saya hendak tanya, sudah ambil masa empat tahun. Sampai hari ini pun tidak boleh, tidak dapat mengenal pasti mana satu tapak untuk membina SKJ(C) Bukit Serdang?

Saya rasa ini adalah satu – ini adalah amat tidak adil kepada pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Serdang. Saya rasa sekiranya memanglah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tidak mengambil berat tentang pengundi-pengundi di Serdang, jadi saya rasa pengundi-pengundi Serdang akanlah mengajar mereka lagi satu kali pada pilihan raya yang akan datang ini.

Selain daripada itu, sudah beberapa kali saya rasa menjadi satu cadangan daripada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mengatakan bahawa hendak wujudkan tanah rizab pendidikan untuk SJK(C) sahaja di taman perumahan yang melebihi tiga ribu unit rumah di mana penduduk-penduduk kebanyakan mereka adalah bangsa Cina.

Saya hendak tahu, setakat ini sudahkah polisi ini dilaksanakan? Saya rasa Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA sudah beberapa kali cakap, beliau akan dan sedang berbincang isu ini dengan Timbalan Perdana Menteri.

Jadi, saya hendak tahu sama ada beliau hanyalah memberi perkataan yang kosong sahaja, yang tidak berusaha sebenarnya, memberi kenyataan yang kosong kepada

final • 5:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

media, kepada surat khabar dan sebenarnya Kabinet kita tidaklah berniat untuk menjalankan polisi ini.

Selain daripada itu, semasa di majlis pecah tanah SJK(C) Sungai Long, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga membuat satu pengumuman bahawa bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran tol 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang dimansuhkan berkuat kuasa pada tengah malam pada 2 Mac tahun ini. Lebuhraya Cheras-Kajang telah dibina secara penswastaan oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. dan perjanjian konsesi telah ditandatangani pada 19 September 1995. Lebuh raya ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 15 Januari 1999. Lebuh raya ini sepanjang 11.5 kilometer itu bermula dari persimpangan Connaught, Cheras hingga ke persimpangan Saujana Impian, Kajang. Tempoh konsesi adalah selama tiga puluh tahun pada masa perjanjian konsesi ini ditandatangani.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2002, tempoh konsesi telah dilanjutkan kepada tahun 2027 kerana kerajaan tidak membenarkan Grand Saga Sdn. Bhd. untuk menaikkan kadar tol seperti perjanjian. Bukan sahaja tempoh konsesi dilanjutkan tetapi Grand Saga Sdn. Bhd. juga diberi pampasan wang oleh kerajaan. Pada tahun 2003 dan tahun 2004, Kerajaan Pusat memberi Grand Saga Sdn. Bhd. sebanyak RM104.93 juta sebagai pampasan. Tambahan pula Kerajaan Pusat juga mengetepikan faedah dan hutang yang sebanyak RM59 juta sebagai pinjaman sokongan untuk konsesi lebuh raya tersebut. Akan tetapi pada tahun 2011, sekali lagi Kerajaan Pusat melanjutkan tempoh konsesi kepada tahun 2030 oleh sebab jalan keluar masuk dari Mahkota Cheras ke Bandar Tun Hussein Onn dibuka. Kos untuk membina lebuh raya ini hanyalah sebanyak RM282 juta yang ditanggung oleh syarikat konsesi, manakala kos pengambilan tanah sebanyak RM194.5 juta ditanggung oleh kerajaan. Jumlah kutipan tol Lebuh Raya Cheras – Kajang dari tempoh mula beroperasi hingga 31 Disember 2010 ialah sebanyak RM585.5 juta. Kos operasi dan penyelenggaraan untuk tempoh yang sama adalah sebanyak RM147.31 juta.

Jadi, sudah jelas di sini bahawa sebenarnya syarikat konsesi ini sudah membuat keuntungan yang cukup banyak untuk kos pembinaan mereka, untuk kos operasi dan kos penyelenggaraan mereka. Jadi sekarang, dua tol telah dimansuhkan dan saya hendak tanya di sini. Berapa pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada syarikat konsesi berhubung dengan pemansuhan tol di Lebuhraya Cheras-Kajang kali ini ataupun tempoh konsesi ini akan dilanjutkan lagi. Apakah itu implikasi kewangan kepada Kerajaan Pusat untuk pemansuhan kedua-dua tol di Lebuhraya Cheras-Kajang tahun ini. Saya harap bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri janganlah sahaja memainkan peranan sebagai Santa Claus tetapi haruslah menjadi lebih telus dan jujur dengan rakyat Malaysia.

Kita perlu tahu dan kita berhak untuk tahu sama ada berita yang bagus ini, kita rakyat jelata perlulah bayar pampasan tol ataupun tempoh konsesi untuk lebuh raya ini akan dilanjutkan kerana sekiranya rakyat jelata perlu bayar pampasan tol ataupun tempoh konsesi ini dilanjutkan sekali lagi, saya rasa sebenarnya berita ini, pengumuman ini bukanlah satu pengumuman yang baik untuk rakyat jelata.

Selain daripada itu saya juga hendak sentuh tentang Skim Rumah Pertamaku.

Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka. Skim ini berhasrat untuk membolehkan golongan muda mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Pusat untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Saya rasa ini adalah satu polisi yang bagus. Akan tetapi malangnya setakat ini adalah jelas bahawa Skim Rumah Pertamaku bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi oleh golongan muda di bawah 35 tahun malahan telah mewujudkan lebih ramai orang muda menjadi hamba rumah yang terpaksa menanggung hutang tinggi untuk memiliki rumah sendiri. Perlaksanaan skim tersebut terbukti sudah gagal kerana adalah tidak realistik dari segi mengatasi keupayaan golongan muda yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

final • 5:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Menurut jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebanyak 1,623 permohonan bagi jaminan di bawah Skim Rumah PertamaKu telah diterima sehingga Januari tahun ini tetapi hanya 280 pinjaman yang diberikan jaminan dengan nilai RM41.1

final • 5:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

juta. Sejak pelancaran skim tersebut pada Mac tahun yang lalu, hampir sepuluh bulan kerajaan hanya menerima 162 permohonan sebulan. Manakala 28 permohonan daripadanya diluluskan. Pencapaian sebegitu memanglah mengecewakan dan mendedahkan kelemahan Kerajaan Pusat dalam menangani keperluan masyarakat untuk memiliki rumah sendiri. Masalah tersebut juga menunjukkan bahawa dasar kerajaan berjurang besar dengan keadaan sebenarnya yang dihadapi oleh masyarakat umum.

Semasa pembentangan Belanjawan 2012, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menaikkan had maksimum pinjaman harga rumah dalam Skim Rumah PertamaKu daripada RM220,000 kepada RM400,000 kepada pasangan suami isteri yang berpendapatan kurang daripada RM6,000 sebulan. Namun demikian, sektor perbankan tidak menerima baik dengan pengumuman tersebut kerana mereka berpendapat bahawa adalah mustahil untuk memberi pinjaman 100% kepada pasangan suami isteri yang berpendapatan kurang daripada RM6,000 sebulan.

Maklum balas sektor perbankan merupakan satu tamparan yang kuat kepada kerajaan yang hanya bertepuk sebelah tangan. Ramai orang muda yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan merupakan golongan kais pagi, makan pagi dan kais petang makan petang. Kalau seorang pemuda menggunakan 30 tahun untuk membayar balik pinjaman perumahan dengan kadar faedah adalah sebanyak 4.3%, beliau perlulah membayar RM1,780 sebulan. Bagaimana beliau berupaya membayar ansuran pinjaman bank yang memakan separuh daripada pendapatan bulanan beliau.

Jadi saya haraplah bahawa sebagai kerajaan yang bertanggungjawab perlulah campur tangan dalam mengawal harga tanah khasnya menangani masalah spekulasi hartanah yang panas. Di samping itu Kerajaan Persekutuan perlulah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan orang muda ini.

Dalam ucapan saya seterusnya saya ingin menjurus kepada perkhidmatan awam di Malaysia. Ini kerana mereka merupakan di antara rakyat Malaysia yang berkhidmat tanpa memilih siapa parti yang memerintah baik di Selangor, di Pulau Pinang, di Kelantan mahupun di peringkat persekutuan. Sesungguhnya pengumuman Perdana Menteri untuk memansuhkan SBPA yang menekan penjawat awam memang disambut baik. Walau bagaimanapun, masih ada satu perkara seolah-olah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia memekakkan telinga mereka kepada masalah ini iaitu masalah Skim Bukan Gunasama ataupun Closed Service Scheme, dengan izin.

Mereka yang tergolong dalam golongan ini tiada harapan dari segi peningkatan gaji, kenaikan pangkat dan peningkatan dari segi pengetahuan dan kemahiran. Skim ini antara lain telah mengongkong peningkatan kecekapan seseorang penjawat awam, mengongkong seseorang itu dari memperoleh ilmu dan pengalaman yang baru. Skim ini antara lain di mana seorang pegawai yang biasanya Gred 41 dan ke atas sama sekali tidak boleh memohon bertukar ke kementerian dan jabatan lain. Beliau akan kekal dalam jabatan itu sehinggalah beliau pencen.

Sedangkan pada 10 Mac 2010 di dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ketika sesi soal jawab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah berkata akan mengkaji skim perkhidmatan ini yang mana beliau ada menyebut skim ini hanya akan membuat seseorang penjawat itu jumud. Ini diakui oleh seorang Perdana Menteri. Jadi soalan saya, adakah SPA dan JPA ini tidak mendengar janji atau arahan daripada Perdana Menteri dan lebih mengutamakan penjawat awam dari golongan Pegawai Tadbir dan Diplomatik?

Kedua, berapakah jumlah besar mereka di dalam Skim Bukan Gunasama ini?

Ketiga, sama ada JPA dan SPA boleh menimbang permohonan-permohonan dari pegawai untuk bertukar atau berpindah ke kementerian lain pada tahun ini?

Selain itu, isu yang saya hendak sentuh adalah tentang kereta Proton kita.

Khazanah telah menjual 42.74% kepentingannya dalam Proton Holdings Berhad kepada DRB-HICOM. Akan tetapi menurut jawapan daripada kerajaan kita, subsidi sebanyak RM494 juta akan terus dibayar kepada DRB-HICOM. Saya tidak faham kenapa sekarang Proton Holdings ini sudah bukan dimiliki oleh kerajaan tetapi masih lagi kita membayar subsidi kepada DRB-HICOM ini. Kita, kerajaan membayar subsidi kepada DRB-HICOM tetapi pada akhirnya orang di Saudi Arabia mereka mampulah membeli kereta Proton dengan harga yang lebih murah daripada orang di Malaysia ini.

final • 5:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya hendak memberi contoh pada tahun 2009, WAJA M/T STD dijual di Saudi Arabia harganya adalah RM39,900 tetapi harga jualan WAJA yang sama di Malaysia adalah sebanyak RM52,999. Kedua WAJA AIT Premium di Saudi Arabia pada tahun 2009, harga jualannya adalah sebanyak RM43,570 tetapi di Malaysia pada tahun 2010 harga jualan untuk WAJA yang sama harganya adalah RM59,499. Perbezaannya adalah sebanyak 36%.

Untuk kereta GEN 2 di Saudi Arabia pada tahun 2009 harga jualannya adalah sebanyak RM39,000 sahaja tetapi di Malaysia GEN 2 yang sama di Malaysia dijual pada harga RM55,000. Perbezaannya adalah sebanyak 40%. Sama juga dengan kereta Persona pada tahun 2009, kereta Persona dijual di Saudi Arabia dengan harga RM39,000 tetapi di Malaysia yang dijual dengan harga RM53,000.

Jadi saya memang tidak faham kenapa situasi ini boleh berlaku. Kereta Proton dibuat di Malaysia menerima subsidi daripada Kerajaan Malaysia tetapi pada akhirnya harga jualannya di Saudi Arabia adalah jauh lebih murah. Jadi saya mintalah satu penjelasan daripada kerajaan kita supaya menjelaskan kepada saya, kepada rakyat jelata kenapa pada mulanya kita masih sambung memberikan subsidi kepada syarikat swasta yang memiliki Proton Holdings ini. Kedua, bagaimana kita boleh mengizinkan bahawa kereta Proton ini, kereta Proton WAJA, GEN 2, Persona ini dijual di luar negara tetapi dijual dengan harga yang jauh lebih rendah tetapi berbanding dengan harga jualan di Malaysia.

Setakat ini ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tenom.

final • 5:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang saya untuk membahas Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Sejak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, kita melihat bahawa ekonomi Malaysia pada hari ini telah terus berkembang dan mencapai lebih kurang 5.2% dalam tempoh suku keempat dalam 2011 di sebalik persekitaran ekonomi dunia yang mencabar dan disokong oleh primitan negara yang lebih kukuh. Kalau kita lihat kadar pertumbuhan pada tahun lalu sahaja, sejajar dengan unjuran kerajaan sebelum ini iaitu antara 5% hingga 5.5%. Ini semua adalah atas kerajaan bersama-sama rakyat di bawah Dasar Transformasi Nasional yang mana meliputi Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan juga Program Transformasi Luar Bandar.

final • 5:49 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan soal Program Transformasi Luar Bandar atau RTP. Kerajaan dalam Bajet 2012 ada menyentuh mengenai peruntukan lebih kurang RM1 bilion bagi melaksanakan RTP. Ini termasuklah mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar sebagai pusat integrasi perkhidmatan dan perluasan di beberapa negeri Semenanjung di samping Sabah dan Sarawak. Tahniah, RTC yang pertama di Gopeng, Perak telah dilancarkan baru-baru ini. saya mengesyorkan juga bagi negeri Sabah untuk di kawasan saya untuk dipilih sebagai RTC kedua berasaskan kepada kawasan strategik kawasan saya dan juga persekitarannya. Saya mendapat makluman bahawa Tuan Yang di-Pertua, selepas daripada Gopeng yang mana telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Februari yang lalu.

Dan juga dilihat dalam rancangan kerajaan telah juga menubuhkan di negeri Kelantan dan juga di beberapa negeri seperti di Kuala Linggi Melaka, Kuala Kedah di Kedah, Pekan Nanas di Johor dan juga Tanjong Manis Sarawak. Cuma Tuan Yang di- Pertua, RTC untuk di Sabah saya harap tidak ketinggalan.

Inilah yang diperkatakan oleh saya ke arah usaha seimbang pembangunan luar bandar dan juga bandar apabila jurang dikurangkan, usaha ke arah mewujudkan negara maju semakin dicapai dan secara langsung usaha meningkatkan negara berpendapatan tinggi dapat direalisasikan. Ciri-ciri negara maju telah digariskan iaitu mewujudkan dana perkhidmatan profesional bagi profesional terlatih berjumlah RM100 juta secara pinjaman dengan kadar faedah 4%, melaksanakan projek lonjakan mega luar bandar di 11 kawasan projek Agropolitan seluruh negara dengan peruntukan RM110 juta serta untuk

final • 5:50 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

pembangunan infrastruktur asal sesebuah bandar membabitkan antara bekalan elektrik dan air, rumah dan juga jalan raya iaitu memperuntukkan sebanyak RM5 bilion.

Soalnya sekarang Tuan Yang di-Pertua ialah masih ada pihak tertentu tidak dapat membayangkan perancangan dan pelaksanaan RTP dan juga RTC. Secara umumnya, pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu telah memberi gambaran bahawa suatu perubahan besar akan berlaku di kawasan luar bandar. Luar bandar sering dikaitkan dengan kemunduran, cara hidup tradisional dan pemikiran kampung, bercucuk tanam dan jauh daripada kegiatan ekonomi.

Jika RTP dibayangkan dalam bentuk perubahan fizikal, ia bermakna sebuah kawasan di luar bandar atau di sebuah kampung itu berubah wajah setelah mengalami proses transformasi. Ia mungkin boleh dibayangkan sebagai sebuah pekan atau bandar moden yang lengkap dengan segala kemudahan tetapi jauh daripada bandar. Proses transformasi ini perlu melalui satu proses yang panjang tetapi saya melihat RTP memendekkan proses ini melalui pendekatan yang digunakan oleh pihak kerajaan. RTP adalah pelengkap kepada program transformasi menyeluruh negara yang mana telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Perlu diingat matlamat RTP ialah menjadikan luar bandar sebagai tempat tumpuan baru pelbagai bidang kegiatan. Ia menjadikan kawasan luar bandar sebagai tarikan pelabur, menyediakan ruang pekerjaan dan menjadikan ia kawasan yang lengkap dengan segala kemudahan dan keistimewaan. Apabila kawasan luar bandar mempunyai segala keperluan seperti di bandar, isu penghijrahan dari luar bandar ke bandar dengan sendirinya terhenti.

Apa yang berlaku, penghijrahan dari bandar ke luar bandar mungkin pula akan terjadi. Proses sini sudah tentu bermula khasnya di kawasan-kawasan semi luar bandar yang sudah mempunyai industri tertentu. Apabila wujud industri, wujud peluang pekerjaan dan apabila sesuatu kawasan menjadi tumpuan, pemaju atau kontraktor binaan terdorong untuk membina bangunan kediaman.

Ini akan menyebabkan wujudnya keperluan membina sekolah, masjid, rumah dan juga rumah ibadat yang lain. Dengan bilangan penduduk yang ramai dan mempunyai keupayaan berbelanja, sektor perniagaan akan tumbuh dengan cepatnya dan ini juga termasuk kepada rumah-rumah kedai dengan pelbagai jenis jualan, pejabat, restoran, bank, pasar raya dan juga sebagainya. Dengan sendirinya kemudahan asas perlu disediakan untuk mengikut kepantasan transformasi.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Sabah merupakan antara negeri yang mencatat pencapaian tertinggi dalam pelaksanaan projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA seperti pembinaan jalan luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar dan program bantuan perumahan bagi kalangan berpendapatan rendah.

Saya amat berterima kasih Tuan Yang di-Pertua ke atas keprihatinan Kerajaan Pusat dalam merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar cuma yang saya hendak bangkitkan di sini dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua ialah daripada aspek sistem penyampaian. Masih ada berlaku lagi birokrasi yang kadangkala menjadi puncanya kita tidak tahu di mana. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, dalam pelaksanaan projek jalan luar bandar seperti di jalan di SK Gumisi, Jalan Korolok, Jalan Mangunsop dan Jalan Marais-Kemabong di mana terdapat beberapa masalah dari sudut pelaksanaannya, contoh SK Gumisi.

Pelantikan kontraktor yang dilantik sampai hari ini kontraktor tersebut tidak dapat melaksanakan mengikut jadual dan menyebabkan harapan penduduk yang terlibat tertangguh dan begitu juga dengan pelaksanaan Jalan Marais-Kemabong Tuan Yang di- Pertua. Di pihak saya telah berbincang dengan pihak JKR berkenaan dengan jajaran yang dicadangkan oleh pihak kontraktor yang saya lihat tidak menepati kepada sasaran penduduk setempat untuk menikmati jajaran tersebut. Saya lihat jajaran tersebut arahnya ke arah jalan kebun dan jalan hutan, tidak melalui kampung-kampung seperti mana yang telah dibincang dalam mesyuarat perbincangan seperti yang kita kehendaki dan kita cadangkan seperti melalui Jalan Kampung Sugiang Baru, Sugiang Tengah dan juga Kampung Kalamatoi dan juga di Kampung Baru Jumpa’.

Dalam perbincangan itu, kita tidak juga mengabaikan jajaran ke kampung asal iaitu ‘Kampung Marais dan Tuan Yang di-Pertua begitu juga pelaksanaan yang saya lihat yang

final • 5:50 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

menjadi masalah dalam sistem penyampaian yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mana telah mencadangkan di sebuah tempat dengan penggunaan soil stabilizer Tuan Yang di-Pertua bagi menaik taraf di kampung seperti di Kampung Lalang, Kampung Bakuku, Malutut, Tinura dan juga Mangunsop yang mana kita melihat ini merupakan saya beranggapan ini merupakan suatu pembaziran.

Projek yang dilaksanakan dengan soil stabilizer saya ingat Tuan Yang di-Pertua semasa penggal pertama saya menjadi wakil rakyat bagi kawasan Tenom, dahulu dikenali sebagai Probis dan kita telah berbincang. Waktu itu pihak Jabatan Persekutuan Sabah dikenali sebagai JPPS dan hari ini PPNS atau Pejabat Pembangunan Negeri Sabah. Kita telah berbincang dan menolak penggunaan hari ini dikenali sebagai soil stabilizer dan apa yang menjadi masalah Tuan Yang di-Pertua, penggunaan teknologi ini tidak mendatangkan dalam jangka masa panjang kepada masyarakat kampung-kampung yang saya sebutkan tadi.

Dalam masa beberapa, setelah siap projek tersebut, didapati jalan-jalan itu akan mudah rosak dan yang menghairankan Tuan Yang di-Pertua, jalan ini di bawah jagaan JKR dan saya mendapati apabila pelaksanaan program tersebut di kampung tersebut tidak pernah berunding dengan pihak JKR.

Akan tetapi mereka hanya dengan izin, bulldoze sahaja tanpa mengambil kira kepentingan jangka panjang rakyat-rakyat atau pun penduduk kampung yang terlibat dan ini telah pun saya mendapat aduan daripada penduduk tersebut dan menghairankan lagi Tuan Yang di-Pertua, projek ini dilaksanakan oleh pihak FELCRA.

Saya tidak melihat di mana relevannya pelaksanaan projek ini di bawah FELCRA sedangkan di negeri di Sabah ada Jabatan Kerja Raya.Iini yang menjadi tanda tanya?

Setahu saya, FELCRA ini adalah sebuah agensi Persekutuan untuk membangunkan tanah tetapi apabila datang ke tempat saya, untuk menaik taraf dan soil stabilizer ini pandangan saya ia sesuai untuk jalan ladang-ladang kebun. Apabila pelaksanaan projek tersebut, jalan yang sepatutnya standard JKR telah menjadi kecil. Ini telah menjadi tanda tanya? Ini Tuan Yang di-Pertua saya tidak mahu nanti masyarakat saya, orang-orang saya di kampung mereka dianggap sebagai second citizen, adakah itu yang mereka dapat? Sepatutnya mereka mendapat suatu jalan yang begitu baik seperti mana rakan-rakan mereka di tempat- tempat yang lain, naik taraf yang baik.

final • 5:50 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Ini telah mendatangkan masalah. Saya juga mendapat aduan bukan sahaja daripada penduduk kampung tetapi JKK yang mengadu kepada saya. Adakah ini jalan yang sesuai untuk kami sedangkan kami memerlukan jalan yang penting, yang utama sebab jalan ini adalah jalan utama bagi kami untuk mengangkut hasil-hasil pertanian kami, untuk mengeluarkan hasil pertanian kami supaya kami mendapat pendapatan yang baik? Hari ini Tuan Yang di-Pertua, di kampung-kampung mereka begitu senang sekali apabila harga getah begitu baik. Jadi ini menjadi kemusykilan saya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, asasnya kita melihat sistem penyampaian itu hari ini perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya apa yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti mana yang saya sebut awal tadi, RTP itu, dapat dirasai oleh penduduk luar bandar. Dan saya tidak mahu juga perkara-perkara ini sering kali diputarbelitkan oleh pihak pembangkang. Saya pun dihadiri oleh pihak pembangkang di kawasan saya. Yang Berhormat Gombak ada di sini hari ini. Dia datang bercakap di kawasan saya begitu ramai dia cakap tetapi cuma ada 300 sahaja. Yang Berhormat Kota Belud, macam juga Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ada 40 orang sahaja!

final • 6:00 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Akan tetapi cakap dalam Twitter ribu-ribu. Hairan.

Ini pakar putar belit ini. Datang tempat saya dan memberi fitnah kepada orang-orang saya tentang apa yang telah kerajaan rancangkan termasuk diri saya, dia cakap. Saya ingat Yang Berhormat Gombak berceramah di rumah yang tuan punya rumah ini Tuan Yang di- Pertua, orang ini dapat PPRT tapi jadi markas tempat mereka untuk berceramah. Ini kita tidak mahu perkara-perkara macam ini terjadi.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh beri laluan?

final • 6:00 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Boleh, boleh Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini cerita fasal gerak kerja pembangkang di negeri Sabah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya, mereka pun bercanggah pendapat. Banyak kali di antara DAP dan PKR dan di antara kepimpinan PKR pun bercanggah pendapat. Saya bagi contoh. Satu, tentang isu empangan yang selalu dikatakan di kawasan saya ini. Kalau kita dengar rakan- rakan PKR yang selalu mengunjungi Kota Belud, mereka mengatakan kepada rakyat di Kota Belud bahawa ini adalah menzalimi rakyat, pecah, macam-macam, tidak mahu menyokong empangan itu, dihasut rakyat. Akan tetapi pada hari pertama kita berbahas di sini, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dengan jelas apabila saya tanya, mengatakan dia bersetuju dengan empangan asalkan pampasan dibuat dengan teratur dan itu yang kita mahu buat di Kota Belud pun. Jadi apa pandangan Yang Berhormat?

final • 6:00 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

‘Hairan bin ajaib’..., benda yang baik dianggap tidak baik Tuan Yang di-Pertua. Saya pun tidak tahu apa hendak jadi.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan yang saya nyatakan tadi beberapa masalah di kawasan saya berkenaan dengan sistem penyampaian, baru-baru ini di peringkat daerah kita juga sudah menubuhkan satu jawatankuasa supaya setiap projek yang dirancang oleh pihak kerajaan terutama daripada Kerajaan Persekutuan supaya dapat dilaksanakan di peringkat daerah di dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah dan kita juga mahu supaya setiap apa rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dapat dimanfaatkan khususnya bagi masyarakat-masyarakat di kawasan-kawasan di luar bandar.

Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mahu Kerajaan Pusat melihat dan menyiasat beberapa masalah ini kerana ia boleh memberi imej yang tidak baik kepada pelaksanaan sistem penyampaian kita Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mahu negeri Sabah negeri yang tercinta terus diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional dan atas perkara- perkara kecil sebegini, ia perlu dilihat secara serius, halus dan tidak dimainkan sentimen oleh pihak-pihak pembangkang yang sentiasa mencari kelemahan kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara iaitu berkenaan dengan Bernama. Saya melihat sejak ke udara dalam 15 Februari 2008, peranan Bernama TV cukup besar dalam menyalurkan berita menerusi empat saluran bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Kita boleh katakan stesen BERNAMA ini ialah stesen TV, 1Malaysia.

Cuma di peringkat pertengahan pengoperasiannya Tuan Yang di-Pertua, BERNAMA TV mengalami masalah kewangan dan sebagainya sehingga memaksa BERNAMA mengambil alih semula pada 1 November 2011 yang mana gabungan syarikat Silve Ridge Sdn. Bhd. yang memegang lebih kurang 67% saham telah menjual kesemua saham tersebut kepada Bernama dengan harga RM1. Ini bermakna syarikat Bernama TV Synergy Sdn. Bhd. kini adalah anak syarikat milik BERNAMA 100%. Cuma saya hendak tahu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Bernama bagi memulihkan semula imej dan juga peranan BERNAMA TV sejak tiga setengah bulan ini?

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dalam laporan kewangan yang diaudit menerusi jawapan yang diberikan dalam soalan lisan saya yang telah dikeluarkan pada 14 Mac yang lalu, pada tahun 2008 pendapatan syarikat adalah sebanyak RM2.98 juta, tahun 2009 sebanyak RM4.38 juta dan pada tahun 2010 sebanyak RM6.17 juta. Walaupun tidak banyak keuntungan yang diperolehi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu apakah strategi-strategi Bernama TV dalam mencipta pendapatan syarikat.

Saya mendapat makluman stesen tersebut mengalami banyak kekurangan seperti kekurangan staf, peralatan audio visual, mesin editing yang out dated, peralatan kamera yang kurang serta paling penting ialah kekurangan dana untuk menampung kos operasi Bernama TV. Kita tidak mahu Bernama TV seperti stesen-stesen TV yang lain kerana Bernama TV adalah stesen berita TV 24 jam dan peranannya luas iaitu berita di peringkat domestik dan juga global.

Selain daripada itu, staf-staf BERNAMA TV pun pelbagai skimnya kerana ada yang mengikuti Skim Saraan Malaysia (SSM), skim komersial dan kakitangan bertaraf swasta yang dahulunya di bawah Syarikat Synergy Bernama TV. Soalnya sekarang Tuan Yang di-Pertua ialah BERNAMA telah mengambil alih sepenuhnya dan apakah kakitangan Bernama TV ini di bawah Skim Komersial atau Syarikat Synergy boleh diserap di bawah

final • 6:00 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

SSM kalau tidak mahu melihat berlaku kehilangan besar kakitangan yang berpengalaman dalam BERNAMA TV? Jadi saya mohon Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melihat secara serius mengenai staf-staf di bawah Skim Komersial dan juga Sinergi.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu isu lagi iaitu berkenaan dengan guru-guru sementara ini. Di kawasan saya pun terlibat di mana pihak kementerian telah memberhentikan dengan serta-merta guru-guru sementara ini. Saya tidak nafikan bahawa mereka ini telah berkhidmat sebagai guru ada di antara mereka lebih kurang 30 tahun Tuan Yang di-Pertua, dan mereka ini kebanyakannya mengajar di sekolah- sekolah yang terletak jauh di pedalaman. Mereka telah beberapa kali mengemukakan masalah ini kepada saya dan akhirnya mereka telah menerima surat daripada pihak kementerian yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah yang bertarikh 7 Mac pada tahun ini, baru sahaja.

Saya membawakan isu ini Tuan Yang di-Pertua, supaya pihak kementerian melihat kembali pelantikan mereka kerana mereka telah menjadi seorang guru dan kita berterima kasih kepada mereka. Ada di antara mereka yang telah berkhidmat selama 30 tahun. Sumbangan mereka itu satu sumbangan yang begitu tinggi sekali dan saya harap pihak kementerian cuba memikirkan bagaimana cara untuk menyerap guru-guru sementara ini kerana kita tahu mereka juga mempunyai masalah seperti untuk membiayai anak-anak mereka. Ada di antara anak-anak mereka ini telah belajar ke IPTA dan ada di antara mereka ini mempunyai tanggungan-tanggungan yang lain.

Jadi saya harap pihak kementerian ataupun pihak kerajaan saya percaya dan yakin di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sentiasa mementingkan rakyat, saya harap guru-guru ini dapat diserap masuk dengan skim-skim yang lain.

final • 6:00 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Saya harap pandangan supaya mereka ini dapat memberi khidmat semula sebagai guru di kawasan saya. Saya memetik daripada akhbar yang telah dikeluarkan akhbar tempatan. Sebetulnya Tuan Yang di-Pertua, isu ini telah sering kali saya telah dihubungi oleh salah seorang guru ini iaitu Cikgu Balaluddin. Dia sering menyuarakan hasratnya supaya mereka tidak diberhentikan. Saya harap pihak kerajaan mengambil inisiatif bagaimana guru-guru sementara ini dapat diserapkan.

Jadi sebelum saya akhiri perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah juga meluluskan projek bekalan air luar bandar sebanyak RM61.4 juta. Alhamdulillah, terima kasih untuk kawasan saya. Berikutan kelulusan itu banyak masalah telah dapat diatasi di kawasan luar bandar dan penduduk cukup gembira atas bantuan kerajaan ini.

Selama ini pun penduduk menunggu dengan penuh sabar dan akhirnya keluhan mereka telah didengari dan dibalas dengan kunjungan Yang Amat Berhormat ke kawasan saya pada masa yang lalu. Jadi dengan itu sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 6:10 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk membahaskan Titah Ucapan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen yang Kedua Belas.

Memulai perbahasan saya memetik satu peringatan Allah dalam Al-Quran dalam surah An-Nahl ayat yang ke-90 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada mereka melakukan perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan dan mematuhi-Nya”.

Setelah lebih daripada 54 tahun negara kita merdeka dan bergelar sebagai negara berdaulat, akan tetapi masih banyak kemelut dan krisis yang tidak berkesudahan yang masih berlaku dalam negara kita. Gejala rasuah dan salah guna kuasa, penyelewengan yang terus berleluasa. Bebanan hutang negara yang semakin bertambah dan kita melihat

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

negara kita, kerajaan gagal meningkatkan kualiti hidup rakyat. Rakyat terus tertekan dengan kenaikan harga barang yang semakin mahal. Hasilnya jurang perbezaan kehidupan antara golongan kaya dan miskin yang terus melebar.

Isu yang berkaitan dengan pembaziran, pemborosan, ketirisan, kebocoran terus meningkat. Sampai ada pemimpin negara sanggup membelanjakan wang negara untuk majlis pertunangan anak mereka. Jadi rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang bersih dan adil.

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh?

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kita tidak mahu indeks rasuah dalam negara kita terus meningkat.

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh beri laluan Yang Berhormat?

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kita mahu dalam kerajaan kita...

final • 6:11 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Minta...

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak betul Yang Berhormat. Tadi sudah cakap dalam ucapan tadi...

final • 6:11 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Awak parti Islam, jangan membuat fitnah.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kita mahu kerajaan kita mengekalkan sistem yang adil.

final • 6:11 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jangan buat fitnah.

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ayat Al-Quran cantik. Akan tetapi jangan fitnah.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Sistem federalisme seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia.

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat...

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Hak royalti rakyat Kelantan hendaklah dibayar kalau benar-benar kerajaan...

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Macam mana ini?

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Melakukan dan hendak memberi keadilan untuk rakyat, sedangkan...

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini, awal tadi sudah gunakan ayat Al- Quran itu.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Sedangkan kalau benar-benar sebagai “....”

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Akan tetapi seminit selepas itu terus fitnah.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk membela Melayu, membela agama, orang Kelantan Rajanya orang Melayu Islam. Menteri Besar Melayu Islam, rakyatnya Melayu Islam, majoriti rakyat Melayu Islam.

final • 6:11 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Akan tetapi Menteri Besar Kelantan tidak tolong orang Islam di Kelantan.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Akan tetapi kenapa royalti hak Kelantan sampai hari ini tidak bagi.

final • 6:11 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Itu masalah dia.

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh bagi tidak? Yang Berhormat.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kita mahukan sistem demokrasi yang telus. Kita tidak ada mahu pemisahan kuasa antara legislatif kehakiman dan eksekutif. Kita tidak mahu mana-mana pihak mencerobohi atau memintas fungsi dan peranan sebagaimana yang telah dihadkan dan tidak mahu ada pihak yang berkuasa...

final • 6:11 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Siapa tulis teks ucapan ini, baca nampak.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Boleh mengarah peguam atau hakim untuk kepentingan politik mereka... [Disampuk] Kita mahukan kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita mahu sistem daftar pemilih dibersihkan... [Tepuk] Dan kita tidak mahu warga asing diperalatkan untuk menjadi pengundi bagi mengekalkan kerajaan yang memerintah hari ini. Mereka diberi IC, yang diberikan kad pengenalan. Kita mendapat banyak bukti pengakuan daripada mereka sendiri.

Kita mahu sistem ini dilakukan dengan telus. Penggunaan media juga hendaklah jangan disalahgunakan oleh pihak berkuasa. Kita tidak mahu Perdana Menteri turun ke negeri-negeri atas nama Perdana Menteri. Menggunakan duit negara akan tetapi beliau turun berkempen bagi pihak parti UMNO dan Barisan Nasional. Sedangkan kos lawatannya menggunakan wang rakyat, duit rakyat...

final • 6:11 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sama juga Nik Aziz buat macam itu. Nik Aziz pun sama juga.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Bukan duit Barisan Nasional. Jadi kita tidak mahu agensi kerajaan diperkudakan untuk kepentingan parti politik pemerintah. Kita tidak mahu melihat rakyat terus dibebani dengan pelbagai masalah akibat daripada sistem yang tidak telus. Kalau kita lihat hari ini keadaan rakyat terus dibeban dengan kos hidup yang tinggi, begitu juga dengan kenaikan harga minyak dan gas. Terkini kita lihat rakyat bakal dikenakan cukai perkhidmatan pra bayar 6% bermula Julai 2012.

Begitu juga tarif elektrik yang telah dikenakan, caj dibacakan dua bulan sekali, dengan menyebabkan kenaikan harga berganda.

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat tahu apakah Yang Berhormat berucap ini?

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Sepatutnya semakin banyak penggunaan kos elektrik...

final • 6:11 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Saya ingat Yang Berhormat bacalah. [Dewan riuh]

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak betul Yang Berhormat.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Semakin murah.

[Dewan riuh] Rakyat terus dibebankan dengan harga...

final • 6:11 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Hai Yang Berhormat...

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat...

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Yang semakin tinggi dan membebankan rakyat.

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Taubat Yang Berhormat, taubat Yang Berhormat.

final • 6:11 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bukit Gantang ini Muslimatkah Yang Berhormat Bukit Gantang?

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ini adalah satu ketidakadilan. Sedangkan kita tahu bagaimana... [Disampuk]

final • 6:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Lenggong...

final • 6:11 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Macam inikah standard?

final • 6:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Lenggong.

final • 6:11 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sama macam Naib Presiden.

final • 6:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Rumah kediaman rasmi Perdana Menteri...

final • 6:11 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Biarlah fakta betul sikit.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

[Dewan riuh]...Menggunakan ribuan ringgit kos...

final • 6:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Gombak.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Elektrik setiap hari dibayar dengan wang rakyat.

final • 6:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Dengarlah Yang Berhormat berucap.

final • 6:11 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Itu juga saya ingin menyentuh isu keselamatan.

final • 6:11 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

What is democracy?

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Wanita dan kanak- kanak. Kami menjunjung kasih di atas keprihatinan Tuanku di atas sumbangan wanita di dalam membangunkan negara. Kita melihat bagaimana Tuanku begitu mengharapkan peranan yang dimainkan oleh kerajaan untuk memastikan sumbangan wanita dapat bersama dalam arus pembangunan negara.

Jadi sebab itulah saya mencadangkan supaya kerajaan memberi perhatian yang serius dalam memberi sokongan terhadap pembangunan kaum wanita khususnya yang pertama dari sudut menjaga kesihatan hendaklah menurunkan kadar cukai terutama yang berkaitan dengan penyusuan ibu termasuk pembelian alat-alat penyusuan serta sistem sokongan untuk memudahkan penyusuan bayi terutama di tempat kerja.

Kita mencadangkan juga supaya kerajaan meluaskan manfaat perlindungan skim PERKESO meliputi insurans kesihatan termasuk juga kepada suri rumah sepenuh masa yang berkhidmat untuk membantu mendidik generasi akan datang.

Kita mengharapkan juga kerajaan menubuhkan pusat latihan pembantu rumah di setiap negeri. Kita tidak mahu kebergantungan yang begitu tinggi kepada pembantu rumah asing. Perkara ini hendaklah diambil perhatian oleh kerajaan untuk memastikan tenaga kerja wanita dapat bekerja dengan selesa. Kebajikan kaum pekerja wanita juga hendaklah diutamakan dan mengkaji semula peraturan pentadbiran agar suami dan isteri dapat bekerja di kawasan yang berdekatan.

Kita tidak mahu kes yang berlaku isteri bekerja di Sabah dan Sarawak, suami bekerja di Semenanjung. Ini menimbulkan masalah dalam keluarga. Kita mengharapkan juga persekitaran tempat kerja yang mesra wanita. Kerajaan perlu menyediakan infrastruktur yang mesra wanita termasuk tempat riadah, stadium ataupun kolam renang yang khas untuk kepentingan kaum wanita. Mewujudkan nurseri yang selamat dan kondusif untuk pembesaran anak-anak dan untuk keselesaan pekerja wanita.

Program khas memperkasakan kaum lelaki juga hendaklah dilaksanakan. Oleh sebab kita lihat satu kebimbangan hari ini lebih daripada 80% pelajar di IPTA ataupun di IPTS adalah pelajar wanita. Kita bimbang di masa akan datang kita akan ketandusan tenaga profesional lelaki yang akan menyebabkan kerugian masa depan negara kita.

Kerajaan perlulah juga perlu memberi pertimbangan masa jadual kerja yang anjal bagi

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

pekerja wanita terutama wanita yang hamil dan mengambil kira kesejahteraan dan kesihatan ibu hamil.

Kita mengharapkan juga kerajaan menggubal akta untuk mencegah eksploitasi terhadap wanita dan menguatkuasakan akta yang berkaitan dengan gangguan seksual terhadap wanita sama ada di tempat kerja atau di mana-mana institusi pengajian tinggi atau perkhidmatan awam dan swasta.

final • 6:11 PM

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Mohon program mementingkan nilai kekeluargaan mestilah diterapkan dalam semua program kerajaan. Saya ingin juga mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan perpustakaan yang mesra keluarga, canggih dan menarik, yang boleh membina masyarakat yang intelek. Kerajaan perlu berusaha untuk menyelesaikan isu gejala sosial yang semakin meruncing dalam negara kita. Kita lihat setiap tahun bertambah lahirnya anak zina ataupun anak haram dalam negara kita. Jadi, untuk menyelesaikan isu ini, kerajaan perlu membantu untuk memudahkan proses perkahwinan bagi generasi muda kali pertama dengan memberi galakan perkahwinan kali pertama. Memudahkan pendaftaran perkahwinan, begitu juga yang berkahwin di luar negara. Meminda Akta Keluarga bagi menjamin kebajikan dan hak dan tanggungjawab bagi wanita terutama bagi anak-anak yang lahir daripada perkahwinan termasuk daripada pasangan yang bukan warganegara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan juga supaya kerajaan menilai balik prasarana infrastruktur yang disediakan kepada rakyat di seluruh negara. Kita melihat isu yang berkaitan dengan masalah kemalangan jalan raya yang membabitkan kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam negara. Ini merupakan satu bahaya yang sepatutnya dibendung oleh kerajaan. Jadi, kerajaan hendaklah mengambil berat tentang infrastruktur yang berkualiti kepada rakyat. Jalan raya yang berlubang, rosak, selekoh yang banyak, jalan yang tidak rata, jalan yang sempit di antara punca yang membawa kepada berlakunya kemalangan termasuk juga jalan yang rosak akibat banjir.

Kita harapkan supaya kerajaan memastikan supaya tidak ada berlaku ketirisan dalam semua projek yang dibuat oleh kerajaan kerana akibat daripada pemantauan yang mungkin kurang cekap menyebabkan berlakunya isu-isu projek kerajaan membazir...

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Seperti contoh, sebagaimana pembinaan stadium yang untuk kepentingan rakyat...

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Rantau Panjang, duduk sekejap. Apa pula? Saya tak dengar pun apa benda yang melanggar peraturan.

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Peraturan 36(6), sangkaan jahat.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Apa sangkaan jahat YB.?

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Rantau Panjang, duduk. Saya akan jawab.

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sebentar tadi Yang Berhormat Rantau Panjang, dia dengan nyata menuduh bahawa ada pemimpin tertentu menggunakan dana kerajaan untuk majlis pertunangan anak, satu.

final • 6:20 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Apa resit? Kemudian, menuduh kita menggunakan dana kerajaan untuk tujuan politik dan sebagainya. Ini sangkaan jahat. Saya minta dia menarik balik.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat Lenggong. Saya dah dengar ucapan dalam Dewan ini selama 22 tahun Yang Berhormat. Benda yang macam itu tak menjadi halangan, yang peribadi itu kena jaga Yang Berhormat. Kalau ia general application ataupun general tuduhan, ia tak menjadi satu kesalahan di bawah 36 itu Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, cadangan spesifik kan peribadi.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya nak meneruskan. Masa saya terhad.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia katakan tentang perkahwinan atau pertunangan anak Perdana Menteri.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya tak bagi laluan.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Lenggong, duduk dulu Yang Berhormat. Saya nak dengar satu-satu Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia katakan, dia menuduh bahawa Perdana Menteri menggunakan duit rakyat untuk majlis pertunangan anak Perdana Menteri.

Itu yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Rantau Panjang dan selepas itu mengatakan Perdana Menteri menggunakan wang rakyat untuk kegiatan aktiviti UMNO.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, baik Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya rasa itu perlu ditarik balik.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ingat kalau jelas macam ini, senang saya dengarlah. Jadi, jangan sendiri pun terkeliru dengan Peraturan 36 itu. Jadi Yang Berhormat Rantau Panjang, jangan peribadilah ya. Sila Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua, saya minta dia tarik balik.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, biar saya buat keputusan Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya tak cakap pun nama Perdana Menteri, okey. Saya nak teruskan ucapan.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jangan sentuh secara peribadi Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, jangan menipu sekali lagi Yang Berhormat. Ini bukan PIBG ke bukan mesyuarat dekat mana-mana.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Perkara ini jelas, apabila Perdana Menteri turun.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini bukan, kita faham apa Yang Berhormat katakan.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya menyatakan ini apa yang disiarkan dalam media, dalam TV, dalam akhbar bahawa Perdana Menteri turun atas nama Perdana Menteri dan pemimpin bagi pihak UMNO.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no. Yang Berhormat kata tadi dengan jelas.

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Rantau Panjang, tarik balik.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Menuduh Perdana Menteri menggunakan duit rakyat. Tarik baliklah Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Macam mana seorang pemimpin berlatar belakangkan agama, menuduh, fitnah.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tarik baliklah Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Itu yang disiarkan dalam media.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tarik baliklah Yang Berhormat, tak baik menuduh.

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Ini Ketua Muslimah.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ketua Muslimah apa ini buat tuduhan macam ini.

final • 6:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Membuat tuduhan palsu.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jangan putar belit. Awal ucapan tadi membaca ayat Al-Quran.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Sudah, saya tak bagi laluan sebab saya ada banyak lagi perkara.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduklah semua Yang Berhormat. Yang Berhormat Rantau Panjang, teruskan.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya minta jangan peribadi Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Rujuk hansard itu.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang ini jelas membuat tuduhan fitnah.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya ingin menyambung perbahasan saya. Saya mengharapkan supaya kerajaan...

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini soalnya dia membuat fitnah, pembohongan... [Dewan riuh]

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Menghapuskan sistem monopoli dan menggalakkan sistem persaingan harga yang sihat dalam pentadbiran negara. Pemberian permit import sama ada dalam bentuk barangan makanan ataupun apa sahaja mestilah mengikut tender yang terbuka supaya rakyat dapat menikmati harga yang sebenar... [Tepuk] Kita tidak mahu yang kaya terus kaya, yang miskin papa kedana. Kita lihat bagaimana berlakunya pemborosan yang menyebabkan punca negara kita terus dibebani dengan hutang yang banyak yang sekarang ini beban hutang negara kita melebihi daripada 53% daripada KDNK. Ini adalah satu perkara yang sangat membahayakan masa depan negara sedangkan dalam keadaan rakyat di negara dibebani dengan hutang yang begitu banyak, kita melihat pemimpin negara kita masih lagi berbelanja mewah.

Jadi, saya harap perkara ini dapat dihentikan demi negara dan demi kepentingan rakyat keseluruhannya. Rakyat memerlukan pendidikan yang berkualiti. Isu yang ada di depan kita terlalu banyak berkaitan dengan masalah pendidikan. Isu yang berkaitan dengan kekurangan guru di banyak kategori sekolah. Isu yang berkaitan dengan kekurangan peruntukan sekolah terutama lagi sekolah-sekolah yang berdepan dengan bencana, yang rosak akibat banjir dan sebagainya. Masalah sekolah yang daif sebagaimana yang diakui oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, lebih daripada 600 buah sekolah dalam negara kita yang berada dalam keadaan amat daif.

Ini diakui sendiri oleh Menteri Pelajaran dalam jawapan dalam Dewan yang mulia ini. Sebab itulah saya mencadangkan supaya perhatian, prasarana pendidikan ini diberi keutamaan dalam agenda pembangunan negara.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Masalah disiplin pelajar hendaklah dijadikan perkara yang penting supaya dapat kita melahirkan pelajar yang baik akhlaknya. Perbanyakkan aliran agama sama ada di peringkat menengah rendah ataupun menengah tinggi dan begitu juga di peringkat pengajian tinggi. Kita mahu mata pelajaran agama dijadikan mata pelajaran teras sebagaimana mata pelajaran matematik dan sains. Kita tidak mahu mata pelajaran agama dikesampingkan, boleh ditukar dengan seni lukis dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan juga supaya perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan berkualiti boleh dicapai dalam negara kita. Kerajaan hendaklah mempertimbangkan elaun yang telah diberikan kepada doktor termasuk nurse dan doktor pakar sebab terutama yang bekerja di bahagian kecemasan kerana elaun yang mereka terima tidak berbaloi dengan tanggungjawab yang mereka lakukan. Kita inginkan supaya perkhidmatan kesihatan negara kita ini lebih cemerlang dan menjamin kepentingan rakyat negara kita.

Begitu juga keperluan untuk hospital yang kita dimaklumkan banyak infrastruktur termasuk kereta jenazah dan ambulans kurang mencukupi di setengah-setengah hospital.

Begitu juga kita juga mencadangkan supaya kerajaan mengkaji balik tentang pinjaman PTPTN. Kita mahu supaya pinjaman PTPTN ini tidak terus membebankan pelajar.

Sepatutnya kerajaan menghapuskan kadar faedah pinjaman kepada pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Hari ini saya bagi contoh, seorang pelajar yang meminjam RM48,000, kos pentadbiran atau caj pentadbiran yang dikenakan kepada pinjaman RM48,000 ialah sebanyak RM13,829. Maka, beban yang patutnya dibayar kepada pelajar, pelajar itu terpaksa membayar beban hutang sebanyak RM61,829. Ini adalah satu beban yang besar terutama pelajar yang baru habis pengajian tetapi tidak ada peluang pekerjaan. Kita dapati sekarang bagaimana lebih daripada 85,000 siswazah yang masih menganggur dalam negara kita.

Ini juga satu perkara yang seharusnya diberi perhatian yang serius oleh kerajaan.

Dalam kesempatan ini juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab beberapa persoalan yang telah difitnah, yang telah dituduh kepada Kerajaan Kelantan. Di antaranya ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh salah seorang daripada menteri yang asal dari negeri Kelantan yang mengatakan bahawa Kerajaan Kelantan telah menjual tanah dalam program Ladang Rakyat di negeri Kelantan.

final • 6:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya ingin memberi penjelasan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini bagaimana sebenarnya fitnah yang dinyatakan yang saya tengok di akhbar hari ini pun didedahkan bahawa ladang rakyat jual tanah kepada tauke Cina. Untuk memberi penjelasan dalam Dewan ini saya maklumkan bawah pihak pemaju ladang rakyat tidak melibatkan pemberian pajakan tanah kepada tauke, apa lagi menjual tanah kepada tauke kerana dokumen hak milik tanah itu tertera sekatan terhadap sebarang urus niaga pindah milik atau pajakan. Memang ini tertera dalam dokumen, ini sangat jelas.

Jadi pihak swasta hanya terlibat sebagai pemaju projek bukan sebagai tuan tanah bukan juga sebagai pemajak tanah. Ini satu lagi tohmahan dan juga fitnah yang dibuat oleh pemimpin Barisan Nasional.

final • 6:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Samalah itu pakai nama orang.

final • 6:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Begitu juga diayah yang mengatakan bawah ladang rakyat merampas tanah rakyat. Ladang rakyat hanya dibangunkan di atas tanah kerajaan. Tidak ada tanah milik rakyat yang terlibat dalam program ladang rakyat kecuali yang diusahakan bersama dengan penduduk contohnya di Pos Brooke, Lojing dan seluas 18% daripada tanah kerajaan yang asalnya dikenal pasti untuk dimajukan di keluarkan dari kawasan operasi ladang apabila kawasan itu didapati ada peneroka. Sebab janji Kerajaan Kelantan mana-mana rakyat Kelantan yang menerokai tanah sebelum 1990 akan diberi hak milik.

Begitu juga diayah mengatakan bahawa ladang rakyat merampas tanah Orang Asli. Tidak ada satu pun perkampungan Orang Asli yang terkena termasuk dalam program ladang rakyat dan tiada Orang Asli yang terpaksa berpindah untuk memberi laluan kepada projek ladang rakyat. Jadi ini adalah satu lagi fitnah yang sengaja dibuat oleh pihak pembangkang di Kelantan. Iaitu pihak UMNO Barisan Nasional sebab dia pembangkang di Kelantan yang memfitnah Kerajaan Negeri Kelantan.

final • 6:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kita lihat bagaimana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) iaitu dipengerusikan oleh Tan Sri Hasmy Agam datang untuk menyiasat mengadakan penyiasatan bersama dengan kerajaan negeri. Maka apabila mereka mendapat penjelasan dan membuat kajian, maka dengan jelas dalam kenyataan medianya selepas perjumpaan menyatakan kepada media Kerajaan Kelantan bukan sahaja proaktif dalam urusan tanah Orang Asli bahkan pro Orang Asli. Akan tetapi kenyataan Tan Sri Hasmy Agam ini dilenyapkan tidak disiarkan dalam mana-mana media untuk menutup kebenaran yang ada.

Jadi sebab itulah saya menegaskan di sini bahawa tidak ada tanah rakyat yang dirampas di Kelantan, tidak ada tanah Orang Asli yang dirampas, tidak ada tanah yang dijual di Kelantan.

final • 6:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bunyi macam Datuk Ahmad Mazlan tadi itu.

final • 6:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ini semua adalah diayah UMNO Barisan Nasional pembangkang di Kelantan kerana mereka sudah tidak ada hujah untuk berhadapan dengan kerajaan PAS di Kelantan. Sebab itu saya mengharapkan insya- Allah rakyat sebagai penilai...

final • 6:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Ayak tadi selesai, ayak.

final • 6:30 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

...Rakyat boleh menilai yang mana benar mana salah. Sebagai hakim rakyat hendaklah memberi keputusan dan kita mengharapkan insya-Allah PRU yang ke-13 ini akan memberi jawapan yang sebenar supaya kita melihat kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. Sekian dahulu Tuan Yang di-Pertua, wabillahi taufiq walhidayaah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau kita pandang orang daripada Barisan Nasional sana saya in dilemma. Semua yang jarang bercakap. Semua yang saya hendak memberi tetapi saya kena beri orang Sarawak dahulu.

Minta maaf Yang Berhormat. Yang Berhormat Sibuti.

final • 6:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

At least Tuan Yang di-Pertua ada bagi, bagus.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang kesempatan ini untuk menyertai pembahasan ke atas Titah Ucapan Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan rasmi Penggal Kelima, Parlimen Ke-12 dalam tempoh yang lalu. Seperti rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain saya dari Sibuti sesungguhnya berasa sangat berbesar hati kerana mendapat ruang perbahasaan ini untuk memberi sedikit pandangan dan mengetengahkan beberapa perkara yang dirasakan penting dan perlu diberi pertimbangan demi rakyat, bangsa dan tanah air tercinta ini.

Terlebih dahulu saya mewakili rakyat Sibuti sekali lagi mengucapkan setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang selama ini tidak berputus-putus berkunjung ke negeri Sarawak kerana setiap kali beliau pergi ke negeri Sarawak dan juga menteri-menterinya ada sahaja imbuhan yang diberi untuk memajukan negeri Sarawak. Ini menunjukkan bawah Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri boleh bekerjasama dengan baik dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sehingga kita mendapat banyak peruntukan yang diberikan.

Terima kasih sekali lagi kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk penduduk-penduduk di bawah pendapatan RM3,000. Ramai rakyat di kawasan Sibuti apabila menerima BR1M ini, Tuan Yang di- Pertua menangis oleh kerana tidak ada pun kerajaan yang lain yang boleh memberi RM500 tunai yang diterima oleh mereka pada hari itu.

Tuan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong di dalam titahnya telah menyebut bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merupakan seorang Perdana Menteri yang berkaliber dalam melaksanakan tugas beliau mentadbir negara. Melalui program transformasi yang beliau usahakan pada masa ini, saya amat bersetuju bahawa Yang Amat Berhormat Perdana

final • 6:34 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Menteri mampu membawa Malaysia pergi jauh dan mencapai negara maju. Jelas saya dapat nyatakan bahawa kami rakyat di Parlimen Sibuti memperoleh banyak manfaat dari lawatan-lawatan itu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang keberhasilan negara NKRA, keselamatan merupakan enam NKRA yang diberi keutamaan. Seperti yang kita ketahui sebahagian besar kawasan Parlimen Sibuti merupakan kawasan luar bandar dan alhamdulillah pasukan polis di kawasan Sibuti memainkan peranan yang baik dalam menjaga keselamatan rakyat di Sibuti walaupun dalam keadaan serba kekurangan dari segi kemudahan para pegawainya. Kadar jenayah yang berlaku di kawasan Sibuti tidaklah tinggi tetapi aktiviti jenayah tetap berlaku.

Apa yang ingin saya memperkatakan adalah saya menyeru kepada pihak kerajaan dan kementerian untuk memastikan bahawa bagi mencapai tahap keselamatan yang baik saya melihat perlunya pasukan keselamatan ini dilengkapi dengan kemudahan kenderaan yang bersesuaian dengan keadaan geografi di kawasan Sibuti.

Saya amat terharu melihat komitmen para pegawai polis yang bertugas walaupun hanya memandu Kancil dan kenderaan Kembara dalam menjalankan tugas mereka. Sudah tiba masanya mereka ini dibekalkan dengan kenderaan pacuan empat roda dan ditambah kenderaan peronda seperti Proton Waja bagi memudahkan tugas rondaan di jalan batu- batu yang masih kasar, belum di tar. Penduduk di kawasan saya Sibuti adalah di pinggir bandar seperti Taman Tunku, Kampung Tunku Abdul Rahman adalah baik juga polis mempertimbangkan agar sebuah kabin polis yang bergerak untuk menempatkan polis peronda untuk membuat perondaan membuatkan penduduk berasa selamat di kawasan taman yang tersebut itu.

final • 6:34 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Saya amat menyokong segala usaha pihak polis meningkatkan mutu kerja selama ini dan saya berterima kasih kepada pihak polis yang sentiasa menjalankan tugas mereka dengan jujur, amanah dan melindungi rakyat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya rancangan transformasi di luar bandar menguji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana melalui rancangan ini dapat membuka ruang kepada penduduk untuk meningkatkan ekonomi serta meningkatkan mutu infrastruktur kawasan luar bandar. Saya amat menyokong rancangan ini kerana sebagai seorang Ahli Parlimen yang bekerja untuk rakyat di kawasan Sibuti yang juga merupakan majoriti kawasan luar bandar, saya amat faham apa keperluan penduduk di luar bandar.

Ekonomi merupakan persoalan yang sering yang ditimbulkan dan melalui rancangan ini, saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri-enteri dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar selaras dengan misi kerajaan untuk mencapai negara berpendapatan tinggi. Untuk mencapai hasrat ini, di Sibuti saya melihat banyak potensi ekonomi yang dapat mentransformasikan penduduk luar bandar. Antara yang ingin saya cadangkan adalah melalui penurapan jalan-jalan kawasan luar bandar seperti di Kuala Sibuti dan Kuala Lajong kerana dengan adanya jalan yang berturap ini, dapat mereka membawa hasil mahsul mereka daripada pertanian keluar dan menjualnya dengan harga yang baik. Ini kerana kedua-dua kawasan tersebut mempunyai potensi besar untuk meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan itu dan juga di kawasan yang disebut tadi, apabila jalan raya ini dapat diturap dengan harga yang tidak mahal, kalau di Kuala Sibuti memakan lebih kurang RM2.5 juta dan di Kuala Lajong RM1.5 juta.

Dengan adanya jalan raya berturap ini, saya percaya rakyat tetap menyokong Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, Sibuti merupakan kawasan yang mempunyai banyak ladang kelapa sawit. Apa yang saya ingin perkatakan adalah sawit merupakan sumber pendapatan baru kepada penduduk di Sibuti. Banyak kehidupan berubah melalui usaha tanaman sawit.

Apa yang saya hendak pohon di sini, tibalah masanya untuk kerajaan menghantar pegawai-pegawai yang berpengalaman, yang benar-benar tahu macam mana menjaga sawit, bukan hanya untuk menanam sawit tetapi untuk menambahkan lagi ilmu mereka bagaimana benar-benar untuk menjaga ladang sawit ini dengan cara yang teratur.

Saya bersetuju bahawa Ucapan Titah Diraja bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat mengambil berat soal kesejahteraan rakyat melalui Program

final • 6:40 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Bantuan Rakyat 1Malaysia. Saya melihat rakyat dapat menikmati terus wang tunai dan meringankan sedikit tanggung jawab mereka. Ini bukanlah rasuah, sudah banyak bantuan pembangunan yang telah kerajaan berikan. Kita sudah merdeka, lebih kurang 55 tahun dan sepatutnyalah rakyat menerima banyak bantuan. Anak-anak sekolah dan juga orang-orang miskin, ibu-ibu tunggal, Orang Kurang Upaya dan sebagainya perlu diberi perhatian dan mendapat bantuan.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Sarawak merupakan sebuah negeri yang luas dan kerajaan Barisan Nasional selama 49 tahun membentuknya maka dengan kerjasama yang begitu rapat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan negeri dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah melalui beberapa perjumpaan dan perbincangan bersama Perdana Menteri sebab itulah Kerajaan Barisan Nasional negeri Sarawak sangat teguh, utuh dan kukuh.

Kita mengharapkan jalan raya berkembar akan memacukan ekonomi negeri Sarawak dengan adanya SCORE yang dijalankan oleh negeri Sarawak. Saya mengharapkan dengan adanya SCORE ini nanti, dapat memberi sedikit sebanyak pekerjaan kepada rakyat Sarawak dan juga rakyat di semenanjung ini, seperti kita melihat Petronas sebab banyak anak watan negeri di semenanjung ini bekerja di negeri Sarawak dan juga dengan gaji yang tinggi dan boleh kadangkalanya mendapat isteri atau suami di negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, di Sibuti, kerajaan telah mengagihkan notebook 1Malaysia kepada sekolah-sekolah dan orang awam dan terdapat lagi fasa-fasa yang seterusnya, terima kasih kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terutama sekali menterinya. Saya berterima kasih juga kepada kerajaan kerana melihat anak-anak sekolah yang diberikan netbook ini, kalau boleh kita beri yang lebih canggih lagi seperti yang kita boleh lihat di dalam membekalkan peranti pintar menggantikan netbook 1Malaysia, memandangkan kosnya yang hampir sama dan ini membuka minat anak muda untuk membangunkan perisian ICT ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyampaikan pesan rakyat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apa yang mereka mohonkan yang telah lalu. Bermula daripada tahun 2006 sampai sekarang yang dijanjikan akan menunaikan permohonan mereka iaitu balai bomba di Sepupuk Niah, Sibuti di mana selalunya berlaku kebakaran di kawasan itu maka lambatlah bomba datang sebab bomba berada di bandar raya Miri. Begitu juga hospital di kawasan Sibuti, Bekenu ataupun Niah yang sangat-sangat diperlukan sebab hospital Miri adalah untuk rakyat daripada Miri itu sendiri dan Baram dan juga daripada Sibuti tidaklah dapat menampung rakyat kita daripada kawasan Sibuti. Oleh sebab itu, hospital sangat-sangat diperlukan.

Tanah sudah tersedia, maka kita memohon agar ia menjadi kenyataan. Kita juga berterima kasih kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Menteri Pertanian dan Industri Asas tani, Menteri Kesihatan dan Timbalan-timbalannya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan lain-lain Menteri kerana sentiasa datang ke kawasan kita memberi pandangan, nasihat dan peruntukan untuk memajukan kawasan di luar bandar.

Kita juga mengharapkan PLKN di kawasan saya sekarang di Sungai Rait kalau boleh dipertimbangkan untuk dipindahkan ke kawasan Lambir Borneo rain forest yang semua kemudahannya ada untuk pelatih-pelatih PLKN. Dengan itu, saya mengakhiri ucapan saya, kita berdoa bersama-sama agar semua rakyat Malaysia di dalam aman sentosa dan juga kita berdoa agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kesihatan yang baik dan keluarganya dan kita semua Ahli-ahli Parlimen yang ada di sini, baik Barisan Nasional ataupun pembangkang. Kita sentiasa boleh bekerjasama agar kita dapat memajukan negara Malaysia pada masa-masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, saya ada sedikit renungan petang, Yang Berhormat ya. Duduk Yang Berhormat. Kadang-kadang petang ini kalau ada bising macam dibuat Yang Berhormat Lenggong tadi bagus juga sekali-skala, tetapi kalau dia tidak ada, saya hendak buat satu renungan. Kalau Yang Berhormat baca dalam buku peraturan, saya tidak dapat perkataan Speaker itu Yang Berhormat. Yang saya dapati dalam bahasa Melayu ataupun dalam bahasa Inggeris, digunakan Yang di-Pertua. Jadi maknanya perkataan Speaker itu perkataan tradisi yang

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

telah diubahsuai pada tahun 1960 apabila pindaan dibuat kepada peraturan asal. Jadi dengan sendiri perkataan Speaker itu tidak berapa pakailah. Ini hanya kita buat teguran sahaja.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Saya mohon maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh tanya Tuan Yang di-Pertua?

Speaker di Dewan Undangan Negeri Sarawak masih dipanggil Speaker atau tidak? Di Sabah dipanggil Speaker, di Sarawak bagaimana Tuan Yang di-Pertua?

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat. Saya ini kalau hendak cerita sejarah, dua hari tidak habis di sini Yang Berhormat. Biarlah saya tidak payah cerita hal sejarah. Peraturan-peraturan yang diubahsuai pada tahun 1962 masih menggunakan istilah-istilah lama di negeri-negeri. Saya telah berutusan surat dengan tiga negeri meminta perkataan-perkataan dan pindaan- pindaan dibuat kepada peraturan supaya selaras dengan peraturan Dewan Rakyat kerana itu kehendak Perlembagaan Malaysia. Sila Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 6:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:52 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Bagi laluan, bagi laluan... [Ketawa]

final • 6:52 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya mula bicara dengan ayat, Bismillaahi Rahmaani Rahim. Ribuan jutaan terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua telah membenarkan saya menyertai perbahasan Ke Bawah Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Isu yang hendak saya bangkitkan ialah isu yang bersabit dengan Ke Bawah Duli Tuanku dalam Titah Baginda.

SBPA - atas isu yang dibangkitkan, diwujudkan SBPA. Peringkat awal, SBPA itu adalah untuk mengangkat martabat kehidupan para perkhidmatan awam dan jelas pada peringkat awal itu dimaklumkan kepada kita, diserahkan kepada perunding untuk mengkaji, menyelidik dan memberikan pandangan serta garis pandu untuk dipastikan setiap perkhidmatan awam itu mendapat hak mereka dalam arus mengejar kehidupan yang lebih selesa. Dalam keadaan yang cukup tergesa-gesa, kita dibantu oleh seorang yang dimaklumkan kepada saya yang bernama Tan Sri Ismail Adam. Dalam keadaan itu, saya dikejutkan juga dengan tidak ada langsung perbincangan dipanggil ketika dibuat kajian oleh para perunding itu untuk dimasukkan peserta ataupun ahli jawatankuasa CUEPACS.

Saya telah pun menerima SMS daripada jawatankuasa tertinggi CUEPACS dengan mengatakan bahawa tidak pernah dipanggil oleh perunding ini termasuk juga dengan mereka-mereka yang terlibat di dalam mewujudkan SBPA di peringkat awal apabila diarahkan oleh Kabinet untuk memastikan bahawa seluruh anggota perkhidmatan awam ini menyertai atau tidak sebagai opsyen dalam beberapa syarat yang tersurat yang tidak tercatat dalam rahsia sebenar apa yang dapat daripada SBPA itu sendiri.

Surat tawaran keliling telah pun diwartakan pada 1 Januari wajib dilaksanakan dan di kala itu maka berbunyilah keriuhan CUEPACS membangkitkan soal ketidakpuasan malah Jabatan Perkhidmatan Awam sendiri pun tidak pernah memaklumkan kepada CUEPACS tentang kesan ataupun faedah daripada SBPA. Yang jelas apabila dirungkaikan, maka begitu banyak jarak ataupun ketidakadilan berlaku dalam pengagihan khazanah negara kepada perkhidmatan awam yang berjumlah hampir RM1.4 juta itu.

Akhirnya, bila mana protes dilakukan, maka Perdana Menteri telah mengumumkan untuk mengadakan taskforce. Yang amat malang lagi, dimaklumkan Tan Sri Ismail Adam masih lagi dalam mereka yang menyertai kelompok dalam taskforce ini yang melihat daripada sudut membaiki atau mengkaji bagaimana untuk memberi kesan yang baik kepada perkhidmatan awam. Apabila penglibatannnya berterusan, ada di sesetengah jabatan peringkat turus telah pun mendapat bayaran backdated mereka dan telah pun menandatangani opsyen yang telah pun diberikan dalam SBPA.

Apabila berlaku ketidakpuasan gelombang peningkatan kemarahan perkhidmatan awam, maka Perdana Menteri selaku pengerusi dalam penerimaan penggajian perkhidmatan awam ini telah pun memberikan garis pandu untuk disemak semula. Akhirnya beberapa percentage diletakkan sebagai sasar utama perkhidmatan awam yang dulunya mendapat 7% N54 dan gred 1 berjumlah 7% ke 13% diberikan 13% dan JUSA diberikan

final • 6:52 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

tiga pendekatan 7% hingga 8%, turus diberikan 7%, manakala JUSA diberikan 8% hingga 9%. Akhirnya tiga bulan berlalu, maka beberapa backdated itu dengan izin, dibayar dan adanya setakat ini masih belum lagi menerima kenaikan 13% yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri pada waktu itu.

Saya juga menerima SMS yang dikatakan bahawa diumumkan dalam Dewan ini mengatakan bahawa 13 kali berhubung SBPA dalam perbincangan yang disertai oleh CUEPACS adalah tidak benar dan JPA tidak pernah berbincang dengan pihak CUEPACS.

Inilah maklumat yang saya terima daripada pemimpin, Naib Presiden CUEPACS sendiri yang memberi maklum kepada saya bahawa inilah yang berlaku. Saya merasa amat sedih kerana dalam keadaan kita sebenarnya boleh membentuk satu penggajian yang melibatkan faedah secara keseluruhan perkhidmatan awam, tetapi kita tidak fokus untuk memberikan hanya semata-mata yang kita kiblatkan pada 36 premium yang dianggap special yang saya anggap itu tidak memberi kesan kepada peningkatan perkhidmatan awam secara efisiennya.

Saya ingin memberikan satu saranan bahawa ini adalah contoh yang terbaik yang harus kita renung supaya jangan berlaku lagi kesilapan ini yang peringkat awalnya sudah bermula kepincangan, bayaran pun kita tidak tahu berapa. Saya mohon penjelasan daripada Kementerian Kewangan, berapa bayaran yang telah dibayar kepada perunding ini dan kesannya daripada pembayaran ini adalah tabungan yang sepatutnya disalurkan kepada tempat yang lain tetapi kita berikan kepada perunding yang tidak faham tentang kaedah ataupun suasana pekerjaan yang berada dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam sendiri melunaskan perundingan ini untuk memastikan seluruh jabatan itu mendapat hasil daripada terwujudnya SBPA. Walaupun ianya telah pun tidak dilaksanakan, namun yang jelas, tiga bulan berlalu, ini satu perkara yang tidak begitu mengizinkan diletakkan sebagai yang terbaik dalam urus kelola yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pincang yang tidak boleh disongsangkan. Ini berlaku.

Isu kedua, MAS. Tuan Yang di-Pertua, MAS ini bermula kancah fenomena kritikalnya ataupun gelombang gelora dalam keadaan pentadbirannya bermula daripada seorang manusia yang dinamakan sebagai Tan Sri Tajuddin Ramli. Bila mana di waktu dulu MAS dan juga Singapore Airlines ini persaingannya sama tahap, sama gagah tetapi bila mana bermulanya episod Tan Sri Tajuddin Ramli ini, maka kepincangan demi kepincangan berlaku dalam organisasi MAS yang dianggap sebagai maruah GLC pentadbiran negara.

Hari ini kita dimaklumkan bahawa MAS telah merudum sebanyak RM2.52 bilion.

Terkesan dengan itu, parahnya lagi apabila 20% saham MAS itu diserahkan kepada satu lagi syarikat korporat yang saya anggap terlalu zalim dalam segi penerbangan yang berada dalam negara ini yang mengaut untung daripada hasil yang tidak tahu sistem mana dia ambil, tidak tahu siapa di belakang ini yang begitu gagah perkasanya yang dinamakan AirAsia. Kesannya itu, maka berlakulah gelombang besar lagi. MAS dalam keadaan yang cukup derita dan sengsara.

final • 6:52 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Mangsanya yang saya hendak maksudkan di sini ialah pekerja-pekerja MAS.

Sejumlah RM2.52 bilion yang dilaporkan merudumnya pendapatan MAS ini harus dirungkaikan satu persatu. Pengakhir daripada mangsa rungkaian ini, maka terjelmalah kepayahan dan juga kesedihan penderitaan yang akan ditanggung oleh anggota-anggota pekerja mereka. Ada hampir 20 ribu orang, Yang Berhormat Sri Gading. Jangan main-main.

Apa yang menyebabkan kepada kemeruduman ataupun ketidakstabilan pendapatan MAS ini, maka beberapa perkara telah pun dibangkitkan. Pertemuan saya dengan teman-teman pemimpin persatuan MAS berlaku pada minggu yang lalu amat mengguris hati. Apa tidaknya, penerbangan yang telah pun dibuat dimaklumkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju itu jelas jumlah melebihi 35 ribu penerbangan yang sepatut ditanggung oleh AirAsia diserahkan bulat-bulat kepada MAS. Untung orang lain ambil, rugi yang ditanggung oleh MAS. Kalau macam itu, sudah barang tentulah MAS bankrap. Ini kerana setiap kali berlaku peralihan, maka beban tanggungan hutang itu dimasukkan dalam MAS.

Begitu juga dalam pentadbiran urusan engineering MAS, pun dimonopoli oleh pentadbiran tertinggi datang daripada AirAsia. Begitu juga dengan seluruh sektor atau

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

cawangan rangkaian MAS itu sudah dimasuki oleh orang-orang dalam AirAsia yang akan memastikan sudah barang tentu MAS itu telah dipelopori oleh AirAsia.

Sedangkan, MAS ini adalah satu nadi kepada GLC negara yang dipimpin oleh Khazanah negara. Khazanah negara, Yang Berhormat Sri Gading. Siapa mereka ini? Allah, tidak lain tidak bukan, sahabat baik Yang Berhormat Sri Gading lah agaknya ini, Tan Sri Azman Mokhtar. Saya tidak tahulah kalau itu yang dimaksudkan. Akan tetapi yang jelas, laporan yang kita terima, sepatutnya Khazanah ini menjadi...

final • 7:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sahabat baik itu tarik balik.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Tarik balik, okey. Tarik bali kerana bukan sahabat, kira terlepas dari bebanan. Apa yang terkesan ialah Tan Sri Azman Mokhtar ini berperanan untuk memastikan MAS ini mendapat anjakan saujana perkembangan yang lebih baik daripada Tan Sri Tajuddin Ramli. Akan tetapi terkesannya ialah nampaknya Khazanah ini membisu, membenarkan berleluasanya setiap jawatan terpenting dalam MAS itu dimonopoli oleh AirAsia. Akhirnya, kesan beban yang saya tengok daripada apa yang berlaku pada hari ini, tidak lain tidak bukan ialah akan berlaku pembuangan kerja.

Yang Berhormat Sri Gading, buang kerja, datang balik, kumpulan mana? Tidak kiralah Melayu, Cina atau India, tetapi rakyat Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa sudah bermula sekarang ini episod untuk menghantar VSS dan juga retrenchment, Yang Berhormat Sri Gading. Berlaku balik seperti mana DAWAMA terkesan – apa berlakunya DAWAMA hari ini?

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Sebanyak 400 pekerja Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat?

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Seramai 400 pekerja, Tuan Yang di-Pertua. Seramai 400 pekerja DAWAMA tidak tahu hala masa depan mereka.

Jumlah 400 itu seluruhnya, bukan kira etnik, tetapi itu mewakili Melayu. Perkasa membisu sampai hari ini. Nampak Yang Berhormat Sri Gading bersuara sekejap sahaja, lepas itu habis.

final • 7:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat...

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Akan tetapi apa kesannya ialah pada keluarga mereka. Begitu juga dengan MAS. Tidak terlambat kalau saya katakan bahawa, ayuh Yang Berhormat Sri Gading, kita pertahankan pekerja MAS supaya mereka tidak dibuang kerja... [Tepuk] Dan mereka tidak boleh diretrenchmentkan. Setuju tidak setuju, Yang Berhormat Sri Gading? Tuan Yang di-Pertua bukan hendak minta kebenaran.

final • 7:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh minta penjelasan sedikit Yang Berhormat, pasal MAS?

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Silakan, silakan. Ini Yang Berhormat Kota Belud, I tidak bagi you 20 second, I bagi you free. Terima kasih... [Ketawa]

final • 7:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya walaupun tidak dibagi Yang Berhormat tetapi saya akan ambil 30 saat sahaja. Yang Berhormat, soal isu MAS ini saya kira hampir keseluruhan rakan-rakan daripada pembangkang menimbulkan isu yang sama.

Kita faham apa masalahnya. Kita ada kekangan, kerugian, masalah pengurusan, masalah strategi. Namakanlah apa jenis masalah pun memang itulah yang dihadapi oleh MAS dan juga Khazanah. Jadi, saya ingin hendak tanya kepada Yang Berhormat, daripada pengamatan saya tentang perbahasan Yang Berhormat, Yang Berhormat menceritakan tentang masalah. Boleh tidak Yang Berhormat bagi kita penyelesaian? Ini kerana saya kira dari segi MAS dengan VSS dan sebagainya, kita pun faham dan kita pun setuju. Akan tetapi sampai sekarang kita tidak nampak penyelesaian yang boleh diberikan, cadangan yang diberikan oleh pihak pembangkang dalam isu ini. Jadi mungkin itu yang kita hendak dengar.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Itu memang saya hendak pergi pengakhirnya tetapi Yang Berhormat Kota Belud sudah pergi ke depan, jadi saya terus ke depan seperti mana jawapan. Tidak jawab tidak boleh. Yang Berhormat Kota Belud kalau tidak dapat jawapan dia akan ungkit benda itu sampai ke tahun depan.

Tuan Yang di-Pertua, pertemuan saya dengan rakan-rakan dengan Persatuan Pekerja-pekerja MAS termasuk dengan presiden pegawai-pegawai MAS mengatakan dengan jelas bahawa yang mereka ada pada hari ini sudah cukup membolehkan mereka mengangkat balik kekuatan MAS untuk menjurus pendapatan keuntungan. Mereka memohon supaya AirAsia tidak dibenarkan campur tangan dalam urusan pentadbiran tertinggi. Sebagai contoh, 35,000 tiket luar negara yang telah pun di bayar dan tanggungan itu dibuat oleh MAS.

Engineering MAS itu sendiri dipelopori, itu adalah sumber utama yang dikawal selia pula oleh AirAsia. Syaratnya mudah, Khazanah tampil dengan keberanian tarik balik saham AIrAsia dan beri kepercayaan kepada profesional dalaman, internal professional workers yang berkemampuan untuk mengangkat balik. Dahulu berlaku begitu Tuan Yang di-Pertua, kerana political dalaman internal management itu berlaku daripada zaman Tan Sri Tajuddin Ramli. Oleh sebab itu bila berlaku macam seolah-olah syarikat itu dia yang empunya, itu yang berlakunya ketirisan banyak.

Kesan daripada yang tidak sepatutnya. Sudah jelas ialah pembelian ataupun president privilege yang dikenakan di dalam setiap subsidiari daripada MAS itu dilampaui oleh mereka yang berkepentingan. Ini yang jelas. Akan tetapi pada masa yang sama, seperti mana Yang Berhormat Kota Belud cakap tadi, bagaimana hendak selesaikan masalah ini? Itu dua perkara yang dituntut oleh persatuan-persatuan dalam MAS. Mereka mampu berbuat demikian, kerana mereka berupaya untuk menjana ekonomi MAS dengan memberikan mereka peluang. Insya-Allah katanya, ini boleh terjadi.

final • 7:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh...

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Sebab itu kumpulan engineer, kumpulan jurutera dan mereka ini sebenarnya telah dididik, telah diasah 30 tahun bekerja dengan MAS dan mereka berkepercayaan seperti mana yang dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Pegawai-pegawai MAS sendiri yang mengatakan bahawa mereka berkemampuan untuk menjana kembali dan mengangkat martabat MAS untuk mendapatkan keuntungan. Keduanya...

final • 7:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ambil 15 saat, boleh?

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua bagi 30 minit sahaja. Saya 30 minit ini Yang Berhormat Kota Belud...

final • 7:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

15 saat sahaja.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

...Saya ada enam perkara, termasuk wanita. Ada enam perkara. Jadi saya sarankan sekejap lagi saya masuk kenal, selepas itu bagi pada orang lain dan Yang Berhormat Kota Belud masukkan.

final • 7:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dalam perjumpaan itu saya hendak tanya, dia ada bagi cadangan tidak?

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ya, cadangan.

Cadangannya...

final • 7:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terperinci.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, ini cadangannya... [Mengangkat dokumen cadangan tersebut]

final • 7:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Okey.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Cadangan ini telah pun diserahkan kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri, Yang Berhormat Sri Gading. Tadi itu yang saya hendak maklumkan untuk direkodkan supaya ianya memberi kesan. Nanti saya berikan kepada Yang Berhormat Kota Belud. Jangan risau, saya ada semua...

final • 7:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Laluan.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya yakin dan percaya bahawa anggota dalaman MAS boleh mengangkat dan menjana ekonomi dan juga memberikan ruang seluas-luasnya supaya mereka ini diyakini mengangkat martabat negara kita dalam pembentukan bersaing dengan Air Singapore termasuk juga di luar negara yang berkemampuan berbuat demikian. Oleh sebab itu saya yakin...

final • 7:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh bagi salinan satu?

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Boleh, tidak ada masalah. Itu tidak ada masalah.

final • 7:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya ada enam perkara.

Tidak apalah, Yang Berhormat Arau bangun.

final • 7:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih...

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

20 saatlah.

final • 7:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih. Baru hendak bercakap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Kita harus mengambil soal sejarah apabila MAS dipimpin oleh Tan Sri Aziz dulu yang bukan berlatar belakangkan aviation... [Disampuk] Tan Sri Aziz Abdul Rahman. Kita faham struktur apabila semakin besar dia akan berlaku banyak masalah. Akan tetapi di sini saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Kuala Langat, apabila bulan lima nanti dimuktamadkan penstrukturan semula antara AirAsia dan MAS ini, ramai kakitangan MAS telah mengadu bahawa mereka sekarang sudah tidak dapat privilege.

final • 7:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Rehat pun tidak dapat, kerana kita bercakap bukan dari segi struktur pengurusan tetapi dari nasib kakitangan. Apa akan jadi kepada mereka? Sekarang ini pun kalau dibandingkan soal gaji, gaji cabin crew kita di antara yang terendah kalau kita bandingkan dengan airlines yang lain sama ada airlines yang di dalam negara-negara ASEAN ataupun yang berada di luar daripada negara ASEAN. Jadi, pandangan Yang Berhormat Kuala Langat, adakah penstrukturan semula ini membawa manfaat kepada sama ada Persatuan Kakitangan MAS dan lain-lain tetapi apa yang lebih penting mereka ini telah banyak berjasa kepada syarikat penerbangan yang kita banggakan ini.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bandingkan dengan AirAsia, AirAsia...

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu

Satu soalan. Sama, sama. Boleh atau tidak saya minta Yang Berhormat Kuala Langat cadangkan kepada pegawai-pegawai dan juga Persatuan Kakitangan MAS yang datang jumpa dengan Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat supaya buat satu perjumpaan khusus dengan penyokong-penyokong kerajaan supaya mereka juga diberi peluang untuk menyatakan apa permasalahan yang sedang berlaku. Nampak gayanya Yang Berhormat Kota Belud dan rakan-rakan yang lain tidak mengikuti perkembangan itu.

final • 7:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ada, Yang Berhormat tetapi mereka tidak bagi cadangan. Sebenarnya ada perjumpaan di antara BNBBC dengan MAS Union.

Cuma pada waktu itu cadangan mereka begitu general dan kita tidak mendapat cadangan.

Sebab itu saya tanya tadi ada cadangan yang khusus atau tidak.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ya, ya. Betul kata sahabat saya dari Kota Belud. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya konsisten.

Mohon supaya seperti mana yang dimaklumkan AirAsia ini ambil alih MAS. AirAsia ini, Yang Berhormat Arau, teruk dia punya pembayaran gaji, dengan kerja yang tidak – saya minta maaflah sebab saya melalui dua penerbangan kumpulan ini yang mencetuskan hak ataupun privilege pekerja. Tidak menampakkan AirAsia ini menjurus kepada keadilan pekerja yang sebenar.

Kalau AirAsia ambil MAS ini, maka akan berlakulah malapetaka yang besar kepada seluruh pekerja MAS. Ini kesan yang akan kita hadapi dan tidak dinafikan keadaan itu. Itu memang jelas sebab empunya AirAsia ini sebenarnya bukan mereka yang benar- benar ada keprihatinan jiwa pekerjaan. Mereka lebih mengaut untung dari hasil untuk diri

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

mereka sendiri. Itu jelas dan saya boleh buktikan. Banyak yang telah saya utarakan di Dewan ini bahawa AirAsia bukanlah pengurusan yang menjurus kepada kebajikan pekerja tetapi memeras tenaga mereka untuk mengaut untung daripada segala sudut yang mereka ada.

Ketiga, gaji minimum, Tuan Yang di-Pertua. Telahpun diwujudkan Majlis Konsultasi Gaji Minimum 2011. Dimaklumkan oleh kementerian bahawa gaji minimum ini akan dibuat...

final • 7:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sebelum itu, Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, saya ada masa berapa lama lagi, Tuan Yang di-Pertua?

final • 7:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Boleh?

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Apa itu?

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, saya takut nanti masa tidak ada.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada sepuluh minit, Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Allahuakbar.

final • 7:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sedikit sahaja. Saya kata kita rasa, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita sependapat. Dewan Parlimen ini membela kakitangan MAS dan bukan hendak membela AirAsia. Itu pendapat kita bersama dan mudah-mudahan suara-suara yang ada di Dewan ini sejak berminggu ini yang menyatakan bahawa MAS itu mestilah diselamatkan. Kita mahu kembali kepada Tan Sri Aziz Abdul Rahman. Kita rindu sangat pemimpin seperti ini yang mengutamakan kepentingan negara.

Terima kasih... [Tepuk]

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya setuju dengan Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada gaji minimum. Majlis Konsultasi Gaji Minimum telah diwujudkan pada tahun 2011. Yang jelas ialah janjinya bila tubuh ahli majlis itu, maka secara konsistennya, maka akan diumumkan gaji minimum.

Sampai pada waktu ini, gaji minimum tidak dicetuskan. Walaupun kita, Pakatan Rakyat telah pun menegaskan untuk memberikan gaji minimum sebanyak RM1,100. Ini adalah manifesto yang kita pegang dan kita utarakan pandangan mengikut daripada pandangan yang dibuat oleh MBF.

Katanya bahawa kalau sekiranya gaji minimum itu sebanyak RM900 ke atas, maka 200,000 buah syarikat akan lingkup dan hampir empat juta orang akan menjadi penganggur.

Saya memohon supaya kementerian mengkaji tentang dakwaan ini dan kalau tidak benar, hukum MBF ini kerana dia memfitnah dan memberikan gambaran yang negatif, yang tidak langsung mencerminkan keprihatinan kepada rakyat pekerja yang sepatutnya dikongsi majikan dan pekerja, hasilnya dapat daripada syarikat itu. Mengikut daripada Bank Dunia, dilaporkan kepada saya ketika kami mengadakan dialog, katanya negara ini berkemampuan untuk memberikan gaji minimum sebanyak RM1,200 ke bawah. Saya yakin dengan maklumat dari Bank Dunia ini mencerminkan bahawa keupayaan negara ini memberi, meletakan harga gaji minimum. Maka, oleh yang demikian saya ingin menyarankan kepada Kementerian Sumber Manusia segerakan dan saya tidak bersetuju dengan pandangan beberapa tokoh veteran sebelum ini yang mengatakan kalau kita mengadakan gaji minimum, negara akan bankrap dan negara akan tidak bermaya untuk meneruskan dasar kerangka yang dibina.

Saya hendak maklumkan bahawa kita kena tepuk dada dan tanya selera.

Kekuatan kita ataupun negara ini terbinanya atas rakyat. Maka, rakyat yang kebanyakan berpendapatan RM1,500 ke bawah ini sudah menjangkau hampir 47%. Dalam jangkauan itu, bagaimana kita hendak memastikan hidup rakyat kita ini selesa. Kalau kita memikirkan belum lagi kita melaksanakan dalam kerangka yang besar ini, saya kira kita bukan seorang anak jantan. Kita kena menjadi seorang anak jantan yang betul-betul jantan.

final • 7:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh tanya pasal jantankah?

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Buat sesuatu supaya kita dapat memberikan nilaian dan memberikan kepastian bahawa rakyat ini boleh diberi perlindungan, hidup selesa dalam keadaan negara yang mempunyai pendapatan tinggi yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Yang keempat Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Soalan saya, Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya ada tiga lagi isu. Tiga lagi isu.

final • 7:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sepuluh saat sahaja, Yang Berhormat RM1,500 dan RM1,100.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Kemasukan pekerja asing.

Nanti sekejap. Sekejap sahaja. Pekerja asing ini penting. Pekerja asing ini, Tuan Yang di- Pertua. Setelah pindaan dibuat di bawah Akta Kerja 1955, beberapa majikan telah mula beramai-ramai memasukkan pekerja asing ini. Jangkauan saya mengikut statistik yang saya terima, yang tidak rasmi Tuan Yang di-Pertua, saya cukup takut sekarang ini, menghampiri 3.9 juta orang termasuk pekerja yang tidak didaftarkan. Kalau ini benar, persaingan anak tempatan dengan pekerja asing ini cukup akan merisaukan dan kesannya ialah apa akan berlaku? Anak kita akan kita akan jadi penganggur. Mengikut kepada Titah Duli Tuanku mengatakan bahawa kadar pengangguran kita terendah iaitu 3.5%. Ya, benar tetapi 3.5% itu kalau tidak dijaga dan kemasukan asing, kesannya apa? Anak kita menjadi penganggur, anak kita akan mengalami masalah sosial, pekerja asing mengawal seluruh ekonomi, wang negara keluar berbilion-bilion kerana mereka menghantar wang balik ke negara mereka.

Terkesan banyak yang bersabit.

Sebab itu saya memohon Kementerian Sumber Manusia berariflah dengan seksyen 2(a) itu. Semoga kita dapat memberi faedah dan juga keperluan pekerjaan kepada anak tempatan yang mengharapkan pembelaan yang telah terbuka luas pindaan ini yang akan memberi kesan kepada pekerja asing masuk berhijrah beramai-ramai. Anak kita esok akan menjadi mangsa bersaing kepada pekerja asing. Ini tidak boleh berlaku kerana pekerja asing Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat pekerja asing ini bekerja 16 jam atau 12 jam. Anak kita tidak mampu berbuat demikian kerana ini telah melampaui batas piawaian pekerjaan di bawah Akta Kerja yang membenarkan oleh undang-undang. Akan tetapi majikan yang keparat ini tidak peduli. Hendak untung hasilnya, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin memohon supaya Kementerian Dalam Negeri apabila hendak meluluskan pekerja asing ini perlu memastikan betul-betul sektor yang terlibat secara langsung. Apa sektor itu? Sektor perkhidmatan, sektor pertanian dan juga sektor pembangunan. Itu yang dibenarkan. Pastikan jangan ada yang lain cuba masuk secara haram supaya ia tidak memberi kesan kepada anak-anak dan juga kepada cucu-cucu kita.

Yang terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya berkali-kali sudah cakap baru-baru ini. Saya terbuka satu surat khabar ini sewaktu saya duduk di smoking corner area ini. Saya nampak bahawa..., saya terbaca, pada 6 Mac yang lalu satu tender besar diserahkan kepada syarikat China menyebabkan syarikat kontraktor bumiputera mungkin gulung tikar.

Mana dia Yang Berhormat Sri Gading ada? Yang Berhormat Sri Gading pula. Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pasir Mas kena ada ini. Pendakwaan yang dibuat adalah kos segala bentuk yang diberikan oleh CELCOM. Telekom serah kepada CELCOM sebab kita hendak beri privatization untuk meningkat kemampuan syarikat ini berupaya bersaing. Ya, benar bersaing betul ini.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Diserahkan kosnya berapa..., RM20,000 juta? Yang Berhormat Sri Gading RM20,000 juta. Sebanyak 80% syarikat bumiputera berada di dalam keadaan yang cukup kritikal dan boleh gulung tikar. Yang ambil syarikat telekomunikasi ini multimedia ini, 80% adalah pelabur-pelabur bumiputera. Bekas pekerja Telekom dan mereka ini sudah berada di ambang kemusnahan. Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah pun memberikan projek ini kepada satu syarikat dari China.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat satu minit, Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Satu minit lagi hendak cepat ini. Wujudnya dominasi dan sebuah syarikat antarabangsa menghalang peluang perniagaan syarikat bumiputera. Ingat itu Yang Berhormat Sri Gading dan ini akan memberikan satu lagi pandangan di mana 30% yang kita sasarkan kepada syarikat bumiputera untuk menjadi peniaga dalam negara ini. Ini namanya retorik. Kita sendiri mengkhianati, Yang Berhormat Sri Gading kita sendiri mengkhianati dasar kita. Ada 30% yang dikatakan sasaran. Ini satu contoh mana 30%. Kita sepatutnya menjaga kepentingan syarikat bumiputera. Ini nadi kepada kebanggaan bangsa kita tetapi apa berlaku? Kita sendiri mengkhianatinya. Ini namanya retorik tidak bermoral.

Tuan Yang di-Pertua terima kasih atas memberikan ruang kepada saya. Sekian.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sekalian, saya juga belajar satu perkara petang ini. Kalau kita tidak selitkan satu soalan politik apa sahaja cara, rupa bercakap, marah dan sebagainya tidak akan membuatkan keriuhan. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Lain kali kalau hendak bercakap beritahu saya.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Gelang Patah.

final • 7:20 PM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya membahaskan dalam usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama baru-baru ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh beberapa isu tempatan dan saya berharap kementerian yang berkenaan dapat memberi perhatian dan ambil tindakan yang sewajarnya.

Perkara pertama saya ingin membangkit ialah mengenai kesesakan jalan raya di Jalan Pontian dari simpang Jalan Skudai menuju ke Pekan Kangkar Pulai. Masalah kesesakan jalan raya khasnya pada waktu pagi dan waktu senja. Saya berasa simpati kepada pengguna jalan raya kerana terpaksa menunggu masa yang panjang untuk melalui kawasan yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, punca kesesakan jalan raya ialah kerana perancangan yang kurang teratur menyebabkan pembinaan jalan raya kawasan itu kurang sempurna dan mengakibatkan jalan itu dua hala menjadi satu hala. Pengguna jalan raya terpaksa melambatkan had laju mereka. Manakala saya pernah membangkitkan isu ini kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru semasa menghadiri Mesyuarat Tindakan Daerah Johor Bahru tetapi sehingga hari ini tiada tindakan daripada Jabatan Kerja Raya peringkat daerah kerana tiada peruntukan. Saya bercadang bahawa pihak kementerian dapatlah menggunakan bahu jalan yang masih ada dan melebarkan jalan raya tersebut dengan menjadikan dua hala. Sekiranya kawasan tersebut dapat menjadikan dua hala saya percaya kesesakan jalan raya dapat diperbaiki.

Tuan Yang di-Pertua pada minggu yang lalu semasa bergotong-royong dengan penduduk di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah sebuah kampung Orang Asli, ramai penduduk telah mengadu kepada saya mengenai masalah poliklinik Pekan Gelang Patah yang dianggap tidak dapat menampung lagi kerana permintaan yang tinggi disebabkan persekitaran kawasan Pekan Gelang Patah telah membangun dengan pesat.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Pekan Gelang Patah merupakan sebuah pekan yang paling dekat dengan Kota Iskandar iaitu Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor. Selain itu projek perumahan yang membangun dengan pesat telah menyebabkan jumlah penduduk telah meningkat secara mendadak.

Mengikuti aduan yang saya terima jumlah pesakit di poliklinik di Pekan Gelang Patah adalah lebih kurang 400 orang sehari dan sumber kepakaran doktor juga tidak seimbang kerana hanya dua orang doktor sahaja yang diaturkan berkhidmat di sana.

Saya memohon jasa baik pihak Kementerian Kesihatan supaya ambil tindakan ataupun rancangan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah tersebut di atas supaya masalah ini tidak akan menjadi satu isu yang hangat di kalangan penduduk. Selain itu saya juga difahamkan bahawa di sebelah poliklinik Pekan Gelang Patah masih mempunyai

final • 7:23 PM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

sebidang tanah reserved untuk kegunaan poliklinik. Saya juga berharap pihak kementerian mengambil tindakan awal untuk mengelakkan tanah ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkara ketiga mengenai program Rumah Rakyat 1Malaysia dilaksanakan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, kawasan saya terletak di tengah-tengah Kota Iskandar dan terletak berhampiran negara Singapura. Kos untuk memiliki sebuah rumah adalah menjadikan sebuah impian emas kepada rakyat yang duduk di daerah Johor Bahru. Harga sebuah rumah teres dengan ukuran 20 kaki kali 70 kaki menjual sekurang-kurangnya RM300,000 ke atas.

Kemungkinan besar program My Second Home Planning mendapat sambutan yang hangat menyebabkan semua pemaju perumahan hanya bertumpu kepada pembinaan perumahan yang kos RM500,000 ke atas. Susulan itu ramai pemaju tidak berminat membina rumah kos rendah ataupun kos sederhana kerana keuntungan yang kurang. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menyeru kerajaan dan minta jasa baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya menjalankan program Rumah Rakyat 1Malaysia di kawasan Gelang Patah ataupun di daerah Johor Bahru. Ramai lepasan universiti atau ibu tunggal selalu membangkitkan isu perumahan yang dihadapi mereka. Golongan ini hanya mampu menyewa bilik sahaja. Oleh itu, pelaksanaan rumah kos sederhana ataupun Program Rumah Rakyat 1Malaysia perlulah dilaksanakan segera di kawasan Gelang Patah.

final • 7:23 PM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Perkara yang terakhir saya ingin bangkitkan ialah isu pendidikan. Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama pihak kerajaan yang begitu mengambil berat terhadap pendidikan di SJK(C) dan SJK(T). Sebagai contoh di daerah Johor Bahru kini mempunyai 26 buah SJK(C) dan 15 buah SJK(T) manakala di kawasan Parlimen Gelang Patah Johor telah memiliki 11 buah SJK(C) dan empat buah SJK(T). Hampir 30,000 pelajar dan 2000 guru yang menerima pelajaran dan mengajar di kawasan Parlimen Gelang Patah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya juga ingin berterima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan empat buah SJK(C) supaya berpindah dari daerah lain ke daerah Johor Bahru. Selain itu, tiga buah SJK(T) yang baru atas peruntukan kerajaan telah pun membantu ketiga-tiga buah SJK(T) supaya masing-masing mempunyai sebuah tapak sekolah yang baru serta bangunan yang canggih.

Walaupun SJK(C) dan SJK(T) masing-masing mempunyai bangunan bilik darjah yang baru tetapi sumber untuk membentuk pasukan mengajar yang pada tahap yang kurang memuaskan. Sebagai Ahli Parlimen di kawasan Gelang Patah, saya berpeluang membuat lawatan ke semua sekolah pada penggal persekolahan baru.

Hasil dari lawatan, saya berpendapat bahawa setiap tahun saya akan menerima aduan atau permintaan yang sama iaitu kekurangan guru dan bilik darjah tidak mencukupi.

Sebagai contoh SJK(C) Ming Chih Horizon Hill merupakan sebuah SJK(C) yang baru berpindah ke Gelang Patah sejak dua tahun yang lalu. Namun penambahan bilangan pelajar adalah secara mendadak disebabkan pembangunan Kota Iskandar yang pesat.

Dalam arus pembangunan yang begitu cepat, infrastruktur sekolah adalah tidak mampu.

Penambahan bilangan pelajar SJK(C) Ming Chih adalah dari 500 pelajar dalam tahun 2010 dan 700 pelajar tahun 2011 dan 1,000 pelajar sekarang, pada tahun ini. Saya percaya pada tahun yang akan datang, SJK(C) Ming Chih adalah tidak mampu lagi untuk menerima pelajar lagi kerana bilik darjah tidak mencukupi walaupun pihak sekolah mengambil tindakan membahagikan dua sesi tetapi keadaan yang tersebut di atas akan wujud pada tahun 2014.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin kepada keperluan-keperluan rakyat, pihak Kementerian Pelajaran seharusnya mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru dan bilik darjah. Di samping itu, sistem online dengan izin, Kementerian Pelajaran juga mengalami masalah teknikal yang menyebabkan guru-guru yang ingin mengisi markah pelajar atau melaporkan prestasi pelajar mengalami kesukaran. Disebabkan masalah teknikal ini akhirnya menyebabkan tugasan para guru lebih berat ataupun memberatkan bebanan para guru.

final • 7:30 PM

Puan Tan Ah Eng - Gelang Patah

Saya ingin menyeru pihak atasan kementerian, khasnya bahagian teknikal seharusnya turun padang, mengambil tahu masalah yang dialami oleh para guru. Saya memang bersetuju dengan cadangan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pelajaran yang mengatakan bahawa melantik guru khasnya guru yang tidak fasih dalam bahasa Cina supaya mengajar di SJK(C) merupakan satu kaedah penyelesaian bagi jangka pendek untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru.

Besar harapan saya bahawa pihak kementerian dapatlah mengaturkan satu cara penyelesaian bagi jangka masa panjang supaya isu ini tidak akan berulang dan mengelakkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mempolitikkan isu pendidikan ini.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 7:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan usul untuk mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku, Tuanku menyuruh kerajaan, badan- badan bukan kerajaan dan sektor swasta supaya berganding bahu untuk menggalakkan masyarakat membudayakan hidup sihat. Dengan pelbagai usaha kerajaan untuk terus meningkatkan access rakyat kepada perkhidmatan dan rawatan kesihatan yang berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua, bilangan pesakit buah pinggang di negara kita bertambah sampai satu tahap yang amat membimbangkan. Kita sedia maklum bahawa menjalani rawatan dialisis adalah satu rawatan yang tidak boleh dielakkan oleh pesakit buah pinggang. Dengan bilangan pesakit yang begitu besar, hospital awam memang tidak dapat memberikan rawatan dialisis kepada kesemua pesakit dan memandangkan caj rawatan dialisis hospital swasta begitu tinggi, maka pesakit-pesakit terpaksa mendapatkan rawatan ini dari pusat dialisis dari badan-badan bukan kerajaan dan pusat dialisis swasta.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya tentang pelesenan, pemantauan ke atas pusat-pusat dialisis sebegini. Dari maklumat kementerian sendiri, terdapat berapa buah pusat dialisis NGO dan berapa buah pusat dialisis swasta di negara kita dan berapakah lesen yang telah dikeluarkan kepada pusat-pusat ini dan apakah syarat yang berkaitan dengan lesen ini? Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya tentang pemantauannya.

Berapa kali siasatan dan kajian dijalankan terhadap setiap pusat dialisis ini?

■940 Adakah satu badan atau satu jawatankuasa khas ditugaskan untuk tugas ini? Tuan Yang di-Pertua, saya dengan amat sedih ingin memberitahu Dewan yang mulia ini satu kejadian di sebuah pusat hemodialisis swasta iaitu Pusat Hemodialisis Giat Kurnia Sdn.

Bhd. di Masjid Tanah, Melaka. Terdapat 25 pesakit buah pinggang sedang menjalani rawatan dialisis. Pada bulan Oktober tahun lepas dari ujian darah bulanan, pesakit mula dikesan dijangkiti Hepatitis ‘E’ iaitu Anti HCV. Satu demi satu sehingga 19 daripada 25 pesakit telah dijangkiti dengan Hepatitis ‘C’ baru tindakan diambil untuk menghantar enam pesakit yang masih belum dijangkiti ke pusat hemodialisis yang lain untuk rawatan.

Tuan Yang di-Pertua, dari satu laporan media pada 13 Mac ini pihak pusat dialisis ini dan Jabatan Kesihatan Melaka pun sudah mengaku kejadian ini. Dari laporan media itu juga saya difahamkan Jabatan Kesihatan mengatakan telah terima laporan dari pusat ini ketika hanya tiga orang pesakit yang dijangkiti Hepatitis ‘C’. Saya amat kesal mengapa tiada tindakan serta-merta diambil dengan menghantar 22 pesakit yang masih belum dijangkiti dengan Hepatitis ‘C’ ini ke pusat lain untuk rawatan dialisis.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada semua, ada tiga iaitu ujian darah kepada tiga pesakit yang amat jelas pada bulan Oktober memang mereka tidak dijangkiti tetapi mula dijangkiti pada bulan November. Saya percaya jika tindakan diambil dengan serius dan serta-merta mungkin ketiga-tiga ini tidak akan dijangkiti dengan virus Hepatitis ‘C’ ini.

final • 7:37 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya siapa yang sepatutnya bertanggungjawab tentang kecuaian atau kesilapan ini? Memang badan pelesenan yang mengeluarkan lesen kepada pusat ini iaitu Kementerian Kesihatan? Dalam laporan media ini pihak Jabatan kesihatan mengatakan memang pusat ini berlesen dan lesennya telah diperbaharui sungguh pun pada tahun lepas bulan Ogos.

Akan tetapi saya difahamkan dari seorang pesakit iaitu Encik Kamarudin bin Ghani dalam suratnya diterima dari Yayasan Kebajikan Negara Malaysia iaitu jika saya tidak salah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia ini ialah satu badan yang memberi bantuan kewangan kepada pesakit. Dalam surat penolakan permohonan beliau ini amat jelas mengatakan pusat hemodialisis yang dipilih belum mendapat kelulusan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebab itu saya merasa siapa yang hendak saya percaya sama ada dari Jabatan Kesihatan kerana laporan media amat jelas mengatakan pusat ini berlesen manakala Yayasan Kebajikan Negara Malaysia mengatakan belum mendapat kelulusan lesen. Ini kerana adalah amat penting untuk tuntutan ganti rugi atau sebarang kes jika ke mahkamah. Adakah pusat ini akan bertanggungjawab atau siapa, dan pihak mana yang akan bertanggungjawab?

Kita sedia maklum bahawa Hepatitis C ini telah dijangkiti seperti HIV. Sungguhpun ini hanya HCV tetapi tidak dapat di cure dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Sungguhpun saya bukan seorang doktor, saya percaya di Dewan yang mulia ini termasuk Yang Berhormat Menteri mesti tahu tentang kesan yang paling teruk kerana jangkitan Hepatitis ‘C’ lebih-lebih lagi seorang pesakit buah pinggang. Sebab itu saya ingin minta kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian berikan satu penjelasan yang cukup detail untuk membantu pesakit-pesakit ini. Saya juga ingin bertanya, adakah lain-lain pusat dialisis ini juga menghadapi masalah yang sama?

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin bangkitkan tentang perkhidmatan Pos Malaysia Berhad. Kita sedia maklum bahawa kita boleh memperbaharui cukai jalan melalui pejabat pos dan juga percaya bahawa mesti ada satu online system di antara pejabat pos dengan JPJ. Untuk meyakinkan tuan punya kenderaan, bagaimanakah dengan pemantauan dan penguatkuasaan tentang perkhidmatan Pos Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua, saya akan maklumkan kepada Dewan yang mulia ini satu contoh untuk perhatian dan tindakan kementerian. Pada 10 Oktober tahun lepas kenderaan MBT 2741, sebuah van membaharui cukai jalan melalui pejabat pos di Cheng, Melaka.

Piring cukai jalan dikeluarkan oleh pejabat pos berkenaan, sijil pendaftaran pun ada mencatat tarikh luput baru iaitu 16 April 2012.

Tuan Yang di-Pertua, pada 5 Februari tahun ini, kenderaan ini telah ditahan dan disaman di Butterworth kerana dikatakan cukai jalan tamat tempoh. Dari carian JPJ-link oleh Cawangan Trafik di Sungai Petani, mendapatkan tarikh luput masih 16 Oktober 2011.

Apakah telah terjadi Tuan Yang di-Pertua? Hampir lima bulan rekod JPJ masih belum dikemas kini? Pegawai JPJ telah mengesahkan dan mereka juga amat bimbang tentang bilangan kes sebegini yang masih wujud. Apa akan terjadi jika kenderaan berkenaan terlibat dalam kemalangan dan akan menjejaskan tuntutan insurans atau claim insurans mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham bagaimana ini boleh berlaku? Jika ada roadblock oleh pihak polis atau JPJ jika mereka tidak buat scanning maka nampak sticker atau dia punya sijil pendaftaran itu memang amat jelas this one is right – renew tetapi dalam rekod JPJ, dalam website masih tidak diperbaharui.

Adakah kita akan memberitahu kepada semua tuan punya kenderaan jika membaharui cukai jalan di Pos Malaysia kena pergi JPJ sekali lagi untuk pastikan?

Bukankah ini double work kerana mereka mungkin kena bayar lebih RM2 untuk membaharui di Pos Malaysia? Ini bayaran untuk perkhidmatan tetapi jika perlu lagi balik ke JPJ mengapa tidak buat, memperbaharui cukai jalan ini di JPJ? Sebab itu saya minta pihak kementerian untuk menyiasat tentang kes ini, mengapa ini boleh berlaku? Adakah sesiapa atau pihak mana atau ada sindiket untuk menjalankan perbuatan ini dan terdapat berapa bilangan atau jumlah wang akan terlibat?

final • 7:37 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Saya minta kes ini dapat disiasat dengan teliti. Perkara yang berikut yang saya ingin bangkit Tuan Yang di-Pertua, tentang kesesakan lalu lintas di Bandaraya Melaka. Kini semakin teruk terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti atau cuti sekolah.

final • 7:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Sungguhpun saya menyokong usaha kerajaan negeri untuk mengambil langkah mengatasi masalah ini. Kita sedia maklum punca-punca utama mengakibatkan kesesakan lalu lintas seperti pertambahan kenderaan baik dari rakyat Melaka sendiri atau dari peniaga atau pelancong dari negeri lain dan termasuk dari Singapura.

Jalan-jalan yang sedia ada di Bandaraya Melaka mendapat ini amat sempit terutamanya di kawasan sejarah. Tempat tarikan pelancong terlalu dekat satu dengan lain.

Kita tidak boleh menafikan bahawa laluan keluar dari tapak pelancongan yang memusat di Dataran Pahlawan dan juga di A Famosa ini amat kurang iaitu laluan keluar. Semuanyalah leak in tetapi kerana jalan sehala mereka tidak boleh keluar dengan jalan yang mereka masuk. Sebab itu memang punca-punca utama mengakibatkan kesesakan lalu lintas ini saya ingat pihak kerajaan negeri pun sedia maklum.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Kerajaan Negeri Melaka telah mencadangkan satu sistem pengangkutan awam iaitu satu projek trem. Ini ialah kereta api yang menggunakan kuasa gas asli (NGV gas), dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Ini yang dikatakan telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Kos projek ini RM272 juta akan dilaksanakan oleh satu syarikat MRails International Sdn. Bhd.

Pembayaran semula kos pembangunan RM272 juta ini akan ditanggung oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka melalui pulangan sebanyak 20% daripada jumlah kutipan tiket yang diperolehi perkhidmatan trem tersebut. Soalan saya, adakah ini bermakna pinjaman MRails untuk projek ini telah dijamin oleh Kerajaan Negeri Melaka? Adakah kerajaan negeri atau agensi yang telah jadi penjamin untuk sebarang pinjaman dari syarikat ini?

Tuan Yang di-Pertua, membayar balik kos pembangunan ini akan ambil masa 20 tahun dengan anggaran jumlah 40,000 penumpang sehari. Saya tidak yakin bolehkah kita sampai 40,000 penumpang sehari. Apa akan jadi jika sambutan projek trem ini tidak memuaskan? Berapa tahun tambahan perlu kita menanggungkan bayaran ini? Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan trem ini dikatakan tidak memerlukan ruang jalan selain daripada jalan raya yang sedia ada. Rel trem ini akan dibina di tengah-tengah jalan yang sedia ada dan ia boleh berkongsi laluan dengan kenderaan lain walaupun di dalam kewujudan infrastruktur yang sedia ada. Di laluan trem yang dicadangkan sudah jelas ia akan melalui kawasan sejarah yang jalannya amat sempit.

Masa kini hanya boleh jalan sehala. Kalau tambah lagi laluan trem bagaimanakah kenderaan lain dapat menggunakan jalan ini? Adakah ini bermakna kerajaan akan mencadangkan penutupan jalan-jalan ini? Tuan Yang di-Pertua, soalan pokoknya, projek mega pengangkutan seperti ini perlu dapat kelulusan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Saya ingin tanya, adakah projek ini betul-betul dapat kelulusan dari SPAD? Apakah asas pertimbangan kelulusan projek ini? Berapa kajian telah dijalankan dan oleh badan yang mana?

Perkara yang berikut Tuan Yang di-Pertua, saya memang sokong usaha-usaha dan rancangan kerajaan untuk menambah baik tahap kehidupan rakyat di luar bandar.

Antara satunya iaitu Projek Kampung Tersusun. Kerajaan merancangkan tapak dan lot-lot tanah kediaman untuk rakyat jelata membinakan rumah sendiri. Ini memang baik. Saya ingin bangkit ialah masalah tentang kekurangan kemudahan asas di kampung-kampung tersusun ini. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya mempunyai sebuah kampung tersusun iaitu Kampung Tersusun Bukit Lalang, Telok Mas. Kampung Tersusun ini sudah wujud banyak tahun. Hampir semua lot kediaman pun didirikan rumah kediaman.

Saya amat kesal sampai hari ini kawasan itu masih tidak ada satu sistem perparitan yang sempurna. Pada waktu hujan jalan-jalan akan jadi becak dan juga banjir kilat. Sudah banyak kali aduan disampaikan kepada pejabat daerah oleh penduduk- penduduk, masih tiada tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini. Pada bulan September tahun lepas Adun tempatan dan juga bersama dengan pegawai daerah juga ada lawat ke kampung ini. Janji akan ambil tindakan untuk membina sistem perparitan tetapi penduduk-penduduk masih tunggu, tunggu demi tunggu bilakah pembinaan ini akan bermula. Mungkin terpaksa tunggu sampai PRU Ke-13. Tuan Yang di-Pertua, saya kurang faham semasa kementerian merancangkan sebuah kampung tersusun bukankah ia sepatutnya menyediakan semua kemudahan asas seperti sistem perparitan, lampu jalan, bekalan air dan juga jalan-jalan tar. Sebelum lot-lot berkenaan ini diberi kepada rakyat- rakyat yang dipilih.

final • 7:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Perkara yang berikut saya ingin bangkit ialah tentang tapak sisa pepejal, pengurusan sisa pepejal di Sungai Udang, Melaka. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini di Dewan Undangan Negeri Melaka dimaklumkan Kerajaan Negeri Melaka akan berbelanjakan RM42 juta untuk membesarkan tapak buangan sampah di Kerubung iaitu Bukit Kerubung, satu tapak pembuangan sampah akan dibesarkan dengan RM42 juta.

Dikatakan akan dapat berfungsi atau menampung buangan sampah untuk selama 18 bulan.

Saya di Dewan yang mulia ini sudah empat tahun dan saya bangkit pada sidang pertama tentang cadangan untuk tapak pengurusan sisa pepejal di Sungai Udang yang Kerajaan Negeri Melaka katakan sudah sediakan tapak itu, tanah itu, pengambilan tanah pun sudah dibayar. Sering kali dapat jawapan dari kementerian iaitu kajian sedang dijalankan, akan gunakan teknologi plasma dari Jepun bahawa ini akan satu tapak pengurusan sisa pepejal yang menjadikan landfill juga dan akan kurang berbau.

Ini berkali-kali jawapan yang sama di Dewan yang mulia ini. Sampai Kerajaan Melaka terpaksa membesarkan iaitu tapak pembuangan sampah yang sedia ada. Ini telah menjejaskan kesihatan dan kehidupan kawasan persekitaran dan Bukit Kerubung ini termasuk Taman Angkasa Nuri, SRJK Lee Mau.

final • 7:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Mereka amat kesal tentang Kerajaan Negeri Melaka kerana tidak dapat memindahkan tapak buangan sampah ini ke satu tempat yang lebih sesuai. Saya ingin tanya kementerian, apakah tahap pembinaan tapak pengurusan sisa pepejal di Sungai Udang. Adakah ini akan dimulakan daripada tahun ini? Adakah ini akan ditukar kepada incinerator yang disebutkan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Saya tidak ingin dengar bahawa kita kena tunggu lagi dua tahun ke tiga tahun. Kita kena besarkan lagi tapak yang sedia ada untuk menampung sampah-sampah harian dari Bandar Raya Melaka.

Perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini sedia maklum bahawa multilevel marketing – terdapat juga multilevel marketing ini yang menjadi satu skandal menipu banyak ahli-ahli mereka atau so called dengan izin, pelabur kepada skim ini dan salah satu multilevel marketing yang saya pernah bangkit di Dewan yang mulia ini iaitu tentang mobile wallet.

Tuan Yang di-Pertua, Mobile Wallet ini kerana melibatkan satu anak syarikat Kementerian Kewangan iaitu MAVCAP dan kerana mereka jelas memegang saham yang terbesar iaitu RM2.5 juta dalam mobile wallet ini dan ini meyakinkan rakyat untuk melabur atau menyertai skim mobile wallet ini. Mobile Wallet menggunakan satu anak syarikat Mobile Wallet iaitu CWW, Communication Worldwide untuk menjalankan multilevel marketing dan banyak laporan polis telah dibuat dan saya dapat jawapan daripada kementerian bahawa kes-kes ini telah diambil tindakan dan kes ini pun ada juga ahli lembaga pengarah telah dihadapkan ke mahkamah. Saya diminta percaya dalam jawapan yang diberitahu oleh Yang Berhormat dari kementerian ini tentang penghakiman pun telah dijatuhkan kepada kedua-dua ahli lembaga pengarah dan hukuman sejuta seorang pun sudah dijalankan.

Sekarang saya ingin beritahu kepada kementerian iaitu orang yang sama melibatkan diri dengan Mobile Wallet ini sekarang akan gunakan satu syarikat yang lain dan mulakan kegiatan yang sama dan akan libatkan banyak mangsa yang akan terlibat dengan skim ini. Selalu kita nampak tindakan diambil tetapi saya tidak pernah dengar mangsa dalam skandal multilevel marketing ini dapat sebarang ganti rugi atau pulangan wang mereka yang telah ditipu. Semasa jawapan di Dewan ini, kita difahamkan tindakan diambil.

Saya juga difahamkan kemungkinan besar MAVCAP ini pun sudah tarik diri daripada Mobile Wallet iaitu mungkin kerajaan akan cuci tangan, saya tidak terlibat lagi dalam Mobile Wallet dan apakah tindakan akan diambil terhadap golongan orang yang sama yang akan menjalankan multilevel marketing yang lain.

Sebab itu saya minta satu jawapan daripada kementerian tentang penguatkuasaan dan pemantauan kepada semua multilevel marketing di negara kita dan dalam siasatan mereka masih berapa syarikat multilevel marketing ini akan diambil tindakan, dihadapkan ke mahkamah atau berapa laporan polis telah dibuat atau laporan kepada kementerian tentang kegiatan yang tidak sihat ini.

Dengan itu saya ucap sekali lagi terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam usul ini. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 8:00 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana turut memberikan kesempatan untuk membahaskan menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong sempena persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ke-12 ini.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang menghulurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia ataupun BR1M sebagai langkah untuk mengurangkan beban rakyat atau isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Sehingga 1 Mac 2012, kerajaan telah menerima sebanyak 4.78 juta permohonan dan seramai 3.74 juta atau hampir 80% permohonan telah berjaya dan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.92 bilion.

Tujuan pemberian BR1M adalah untuk meringankan beban kos hidup rakyat dan meningkatkan perbelanjaan isi rumah serta merancakkan ekonomi domestik bagi mengurangkan impak persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini. Saya ingin mengulangi kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan yang mulia iaitu Selangor merupakan negeri penerima tertinggi BR1M iaitu hampir 13% daripada keseluruhan jumlah penerima manakala Kelantan merupakan negeri penerima BR1M terbanyak daripada segi peratusan isi rumah negara iaitu 84% daripada keseluruhan isi rumah. Fakta ini sekali gus membuktikan kegagalan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir dan menguruskan negeri Selangor dan Kelantan.

Sebaliknya kejayaan program BR1M adalah hasil kekuatan ekonomi dan kemampuan urus tadbir ekonomi negara dengan baik dan cekap oleh Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa memastikan penggunaan hasil dan perbelanjaan hasil secara berhemah dan dapat memberi manfaat kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, saya berharap kerajaan akan meneruskan pemberian BR1M ini di masa hadapan sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Tuan Yang di-Pertua, keduanya, saya ingin menyentuh tentang hal ehwal Islam khususnya berhubung dengan perkembangan ajaran ataupun fahaman Syiah di negara ini.

Semenjak kebelakangan ini, pengaruh Syiah di negara ini semakin membimbangkan kerana ramai pengikut Syiah terdiri daripada golongan profesional, ahli politik, pelajar IPT dan orang awam. Pengikut ajaran Syiah di negara ini sudah pun mencecah lebih 40,000 orang. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1989 telah memperuntukkan dengan jelas bahawa Syiah sebagai menyeleweng atau menyimpang dari ajaran Ahli Sunnah Wal- Jamaah.

Begitu juga Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1996 lagi telah memutuskan untuk mengharamkan Syiah kerana bertentangan dengan akidah dan syariah islamiah seperti menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ulama Sunnah Wal-Jamaah dan menganggap sahabat-sahabat Rasulullah selain Ali adalah kafir. Ajaran Syiah bukan sahaja dilihat sebagai fahaman agama tetapi juga fahaman siasah. Saya khuatir fahaman Syiah ini akan menyerap dalam kegiatan pelajar khususnya pelajar IPT dan juga politik. Saya juga khuatir akan berlaku pertentangan antara Sunni dan Syiah di negara ini.

Ibarat pepatah, api yang kecil menjadi kawan apabila dah besar menjadi lawan.

Perkembangan fahaman Syiah di negara ini wajar terus dipantau dan dibendung daripada merebak dan berkembang. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah langkah yang lebih tegas dan berterusan daripada kerajaan bagi mengekang dan menghapuskan fahaman Syiah di dalam negara kita?

Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh bidang iklan di televisyen dan radio yang gagal mematuhi peraturan serta sensitiviti kehendak pengguna Islam. Kaji selidik menunjukkan peratusan iklan produk makanan, minuman dan barang kegunaan yang mempamerkan logo pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam atau JAKIM di televisyen masih rendah iaitu sekitar 28% sahaja. Bagaimanapun, setelah penelitian dibuat, hanya 7% sahaja yang berstatus halal. Ini bermakna sebanyak 65% produk makanan, minuman dan barangan gunaan yang diiklankan di televisyen didapati tidak memberikan maklumat yang jelas tentang statusnya kepada pengguna Islam di negara ini. Sehubungan dengan itu, saya

final • 8:05 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

ingin mendesak kerajaan supaya mewujudkan akta yang mewajibkan setiap iklan di televisyen terutamanya produk makanan dan minuman supaya mempamerkan logo halal.

final • 8:05 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Selain itu, saya juga ingin mendesak kerajaan supaya produk yang tidak jelas statusnya perlu disekat daripada disiarkan di media masa bagi memastikan pengguna tidak terus tertipu oleh pengiklan. Berhubung dengan produk halal, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan berhubung prestasi eksport produk halal Malaysia yang meliputi makanan dan farmaseutikal bagi tahun 2011 dan jangkaan perkembangannya bagi tahun 2012 serta nyatakan bilangan syarikat dalam industri halal. Saya juga ingin mendapat penjelasan apakah langkah kerajaan bagi memantapkan industri produk halal negara.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang Lembaga Tabung Haji. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah di atas prestasi yang memberangsangkan Tabung Haji bagi tahun 2011 yang telah berjaya meningkatkan kadar dividen kepada 6% iaitu naik 0.5% berbanding daripada tahun 2010 dan seterusnya menggembirakan 6.96 juta pendeposit Tabung Haji. Bagaimanapun saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan kos operasi Tabung Haji khususnya kos tanggungan menunaikan haji yang meningkat dari RM65 juta tahun 2010 kepada RM105 juta tahun 2011. Berhubung dengan Tabung Haji ini juga, saya ingin membangkitkan tentang isu ‘haji ekspres’ yang didalangi kakitangan Tabung Haji sendiri. Saya ingin mendapatkan penjelasan sejauh manakah masalah ini telah dikenal pasti dan ditangani serta tindakannya telah diambil terhadap kakitangan tersebut. Apakah langkah yang telah diambil bagi memastikan kejadian ‘haji ekspres’ ini tidak berulang dan sistem pangkalan data pengurusan Jemaah Haji yang lebih mantap dan cekap dapat diwujudkan?

Tuan Yang di-Pertua, pemberian voucher Buku 1Malaysia ataupun BB1M oleh kerajaan kepada pelajar pengajian tinggi ataupun IPTA dan swasta sebanyak RM200 merupakan peluang keemasan kepada pelajar IPT kerana pelajar IPT tidak pernah menerimanya sebelum ini. Bantuan voucher Buku 1Malaysia ini memberikan manfaat kepada lebih 1.3 juta pelajar IPT. Maklum balas yang diterima menunjukkan pelajar-pelajar ini amat menghargai pemberian voucher buku ini tetapi masalahnya ramai pelajar berpandangan, pemberian voucher ini kurang tepat dari segi masanya.

Ada pelajar IPT yang menerima voucher ini di awal semester sedangkan pelajar- pelajar ini telah pun membeli buku yang diperlukan. Ada juga pelajar-pelajar IPT ini menerima di akhir semester yang menyebabkan tidak dapat memanfaatkan kerana belum mengetahui buku teks atau rujukan yang diperlukan untuk semesta berikutnya. Keadaan inilah yang mendorong sebahagian pelajar mengambil keputusan melelong di internet yang kemungkinannya tidak menyedari dari segi implikasi undang-undang.

Pemberian BB1M ini selain meringankan beban pelajar untuk mendapatkan buku rujukan berkualiti, ia juga bertujuan untuk meningkatkan budaya membaca di kalangan pelajar IPT. Berhubung dengan BB1M ini saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan adakah bercadang melanjutkan tempoh salah laku voucher ini daripada 31 Mac 2012 kepada satu tarikh baru yang mungkin satu bulan lagi memandangkan kuliah termasuk kuliah pengajian luar kampus atau PLK contohnya hanya akan bermula pada 25 Mac 2012 ini. Adakah kerajaan bercadang memberikan voucher buku ini kepada pelajar IPT pada setiap semester? Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Kementerian Pengajian Tinggi, saya ingin membangkitkan cadangan untuk mendedahkan mahasiswa kepada institusi Parlimen.

Sebelum ini kerajaan bercadang untuk mewujudkan Parlimen Belia bagi memberikan ruang belia turut serta memberikan pandangan dan ulasan terhadap pelbagai isu semasa dalam negeri dan antarabangsa. Selari dengan hasrat kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU maka mahasiswa perlu melakukan transformasi termasuklah transformasi minda dan pemikiran. Sehubungan dengan itu kepimpinan pelajar perlu didedahkan pelbagai aspek kepimpinan dan perbahasaan institusi semasa dan sebagainya. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi mewujudkan Parlimen Mahasiswa bagi mengumpulkan pemikiran mahasiswa kepada pelbagai isu nasional dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berhubung dengan tugas dan tanggungjawab guru yang bukan sahaja dari segi pembelajaran dan pengajaran tetapi juga terlibat dengan kegiatan kokurikulum pelajar seperti sukan, persatuan, unit uniform dan

final • 8:10 PM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

sebagainya. Sehubungan dengan itu sering kali guru kokurikulum ini atau lain-lain guru ini atau lain-lain ditugaskan membawa pelajar-pelajar bagi aktiviti yang kebiasaannya menggunakan kenderaan guru apabila membuat tugasan di luar. Malang tidak berbau, kadang-kadang guru-guru ini terlibat dalam kemalangan. Masalahnya ialah guru-guru ini dikatakan tidak mempunyai perlindungan insurans untuk mengiringi atau membawa pelajar.

Jika kereta mereka rosak, maka guru itu akan membetulkan kereta dengan menggunakan wangnya sendiri. Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi melindungi guru- guru yang membawa pelajar-pelajar aktiviti di luar kawasan sekolah?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sikap berdolak-dalik kerajaan Selangor dalam menyelesaikan isu bekalan air sehingga mendedahkan kawasan Lembah Klang dengan krisis bekalan air yang dijangka berlaku 2014.

Penduduk sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berhadapan masalah bekalan air yang teruk dua tahun lagi jika projek pembinaan Loji Air Langat 2 atau LAL2 tidak dijalankan selewat-lewatnya hujung tahun ini. Pembinaan lapan daripada sepuluh projek dicadangkan SYABAS pada 2005 diterima bagi memastikan bekalan air kepada rakyat terjamin. Walau bagaimanapun, sehingga 2010 hanya tiga sahaja dapat dilaksanakan manakala selebihnya ditangguhkan oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sudah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan kerajaan Selangor tetapi sehingga kini masalah itu belum diselesaikan. Kita kesal kerana Kerajaan Negeri Selangor mengambil sikap tidak bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan masalah pembinaan loji ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya saya ingin menyampaikan keluhan daripada penduduk-penduduk Parlimen Sabak Bernam. Pertamanya, dari Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam yang begitu lama menumpang di Sekolah Kebangsaan Sri Makmur sehingga 20 tahun lebih, yang telah dijanjikan oleh pembinaan Pejabat Pelajaran Daerah yang baru tetapi sampai sekarang tidak dapat direalisasikan oleh kementerian Pelajaran.

Sehubungan dengan itu saya harap pada tahun ini dapat disegerakan pembinaan Pejabat Pelajaran Daerah yang beranggaran RM5 juta.

Kedua, saya juga merayu kepada Kementerian JKR supaya menyambung semula missing link daripada dua lorong kepada empat lorong, yang tertinggal daripada Simpang Empat, Balai Polis Sabak Bernam ke jambatan Sabak Bernam, sejauh enam kilometer melibatkan dalam kos RM4.5 juta kerana di waktu-waktu puncak, di waktu-waktu cuti dan sebagainya berlaku kesesakan yang melampau di jalan tersebut. Selepas sahaja jambatan Sabak Bernam itu sudah ada empat lorong untuk ke Hutan Melintang Perak dan sebagainya.

Akhirnya saya ingin menyampaikan daripada rakan-rakan dari askar Wataniah kerana satu-satunya kem wataniah daripada Klang sampailah ke Hutan Melintang ini, ada satu kem Wataniah iaitu di Parlimen saya. Mereka hendakkan supaya Kementerian Pertahanan dapat memberikan peruntukan untuk menyediakan pusat latihan menembak tertutup ataupun dalam Dewan kerana tanah memang sedia ada. Saya berharap Kementerian Pertahanan tidak ada masalah untuk membuat pusat latihan menembak yang akhirnya yang digunakan sebagai pusat latihan di negeri Selangor dan sebagainya. Itu sahaja ucapan dari saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sabak Bernam mohon menyokong. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya bagi Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 8:10 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam bahagia kepada semua sekali.

final • 8:19 PM

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 8:19 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bercakap di sini.

Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian menjunjung kasih membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim

final • 8:19 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di hari perasmian persidangan Parlimen Kelima, 2012.

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah dengan penuh kesyukuran kepada Allah SWT selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Melalui kesempatan yang ada ini pertama-tama kali saya bagi pihak penduduk Parlimen di Bagan Serai dan juga di Parit Buntar iaitu di Daerah Kerian tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan yang telah memperuntukkan sejumlah RM490 juta bagi mengatasi banjir di kawasan Kerian. Moga dengan adanya peruntukan tersebut, kita mengharapkan supaya banjir dapat dihindarkan dan diharap hasil dan pendapatan serta kesejahteraan penduduk dapat ditingkatkan. Juga...

final • 8:19 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 8:20 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Ya?

final • 8:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Boleh? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Bagan Serai, keadaan perubahan cuaca yang agak berbeza sekarang ini yang kadang-kadang panas dan kemudian tiba-tiba hujan dan menyebabkan banyak kawasan yang sebelum ini tidak banjir, hari ini banjir.

Maka sudah tentu kementerian dan jabatan berkaitan mesti juga membuat kajian tentang perubahan-perubahan ini, termasuklah di Lenggong. Perubahan banyak berlaku. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Bagan Serai? Perlu atau tidak kementerian membuat kajian semula tentang keadaan dan faktor-faktor yang menyebabkan banjir ini dan membuat jangkaan-jangkaan tertentu tentang kemungkinan-kemungkinan yang sebelum ini mungkin tidak berlaku dan sekarang berlaku berkaitan dengan isu banjir ini?

final • 8:20 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Apa yang saya perhatikan, memang saya setuju dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Lenggong tadi kerana apa yang kita perhatikan bahawa banyak faktor-faktor yang tidak diduga tetapi apa yang saya telah saya cadangkan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, untuk membuat satu kajian yang menyeluruh di kawasan Kerian...

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

[Bangun]

final • 8:20 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan?

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat kata kawasan banjir yang ditujukan itu, adakah kawasan banjir ini yang menghubungkan pekan Bagan Serai dengan Pekan Selama, Perak? Ini kerana selama 20 tahun, kawasan jalan memang kawasan banjir, so saya tidak pasti adakah peruntukan kali ini boleh betul-betul untuk selesaikan masalah banjir yang berlaku di jalan di antara Selama, Perak dengan Bagan Serai. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Terima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Apa yang difahamkan, di mana kita perhatikan bahawa daripada perancangan yang ada memang terutama sekali di bahagian Sungai Bayor yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi, memang ada masuk dalam perencanaan untuk menebatkan banjir yang ada.

Jadi kalau kita perhatikan, sebagaimana kepada Yang Berhormat Lenggong tadi mengenai dengan banjirnya, apa yang saya perhatikan, bukan setakat di kawasan Kerian, malah baru-baru ini saya pergi ke bahagian Batu Pahat, saya dapati satu yang sama sahaja keadaannya iaitu sampah sarap yang begitu banyak sekali dilemparkan ke dalam parit yang ada. Di samping itu juga, kita dapati bahawa parit yang ada adalah memang cetek terutama sekali untuk pengetahuan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tadi, mengenai dengan di Jalan Alor Pongsu itu, depan daripada rumah Permaisuri Agung kita, depan rumah dia pun memang cetek parit yang ada. Jadi kalau hujan sahaja, saya ingat insya-Allah sekejap sahaja dia naik air itu. Jadi memang kita minta kepada pihak Jabatan Parit dan Saliran supaya membuat satu kajian yang khusus kepada kawasan-kawasan banjir ini.

Selain daripada itu juga, sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk pembangunan Hospital Pakar Parit Buntar iaitu hospital pakar ini amat sangat diperlukan dan telah dinanti- nantikan kerana untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, hospital tersebut telah pun

final • 8:20 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

dijanjikan semasa PRU ke-12 yang lalu. Buat masa kini, amat menyedihkan terutama sekali apabila berlakunya sebarang kemalangan sama ada di Selinsing ataupun di Gunung Semanggol di mana tempat ini adalah berhampiran dengan Taiping. Kejadian tersebut sudah pasti akan di bawa ke Hospital Parit Buntar dan kalau kes tersebut serius atau parah, sudah pastinya akan dibawa balik ke Taiping dengan menggunakan ambulans yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, semasa menunggu dan mengharapkan pembinaan hospital baru tersebut, yang mungkin akan memakan masa tiga ataupun empat tahun lagi baru siap, saya bagi pihak penduduk di Parlimen Bagan Serai dan juga Parit Buntar amat berharap supaya hospital yang ada sekarang dapat dibekalkan dengan doktor pakar.

Selain daripada itu juga, kerajaan telah meluluskan projek penahanan air masin di Tanjung Piandang iaitu sebanyak RM50 juta, Dewan Serba Guna Bagan Serai sebanyak RM4.5 juta, mini stadium Bagan Serai sebanyak RM2.5 juta, Sekolah Tahfiz Akhlak Al- Islamiah Masjid Tinggi sebanyak RM0.25 juta. Tidak ketinggalan juga dengan Dewan Kuil Mahamariaman Dennis Town di Parit Buntar sebanyak RM0.4 juta. Ucapan setinggi tahniah dan terima kasih kepada kerajaan amnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang transformasi kerajaan di mana keupayaan jentera kerajaan iaitu perkhidmatan awam sebagai tonggak kerajaan yang perlu sentiasa mencari idea dan pendekatan baru yang lebih kreatif serta inovatif, cekap, berintegriti serta berfikiran terbuka. Apa yang ingin saya ketengahkan ialah tentang isu sesetengah sikap ketua-ketua jabatan yang angkuh serta sombong terutama sekali dengan pegawai bawahannya. Ada sesetengah ketua jabatan cuba menghalang pegawai bawahannya untuk membentangkan kertas kerja di luar negara seperti di India, Turki dan lain-lain lagi, walaupun kos perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh penganjur.

Mengapa berlakunya sedemikian? Bukankah tindakan yang diambil ini tidak selari dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Saya juga ingin menyentuh tentang sikap Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

(LKIM) yang membiarkan kolam-kolam udang terbiar sejak tahun 1998 di Pantai Merdeka.

Tanah tersebut seluas 162 ekar yang dianugerahkan kepada syarikat Vigiliant Venture Sdn Bhd untuk menerajui projek tersebut yang hanya dapat mengeluarkan benih ikan sahaja, sedangkan terdapat infrastruktur kolam udang yang terbiar. Bukankah ini merupakan satu pembaziran sumber alam yang ada? Kenapa tidak disewakan sahaja?

Apa kata kalaulah gaji mereka ini dibayar berdasarkan kepada pendapatan Lembaga? Bukan sahaja di LKIM, malahan di GLC yang lain. Apa kata kita perhatikan sekarang ini di mana banyak GLC mengalami kerugian. Apa tidaknya, para pengurus kurang inisiatif kerana sikap, “Apa perlu kerja keras, gaji tetap ada”. Oleh yang demikian, kita mestilah mengikis sikap sedemikian demi tanggungjawab, amanah dan juga kemajuan negara.

Selain itu juga, saya mendapati tindakan untuk pengezonan ikan arowana di Bukit Merah iaitu di Kerian oleh Kerajaan Negeri Perak mengambil masa yang terlalu lama.

Dalam ingatan saya, lebih empat tahun masih belum selesai. Dengan kelewatan kelulusan pengezonan ini, sebenarnya kerajaan negeri mengalami kerugian pendapatan dan juga menimbulkan banyak masalah kepada petani. Bukan itu sahaja, pengeluaran lesen TOL kepada penternak udang di Kuala Kurau amatlah lembap. Penternak lebih dari enam tahun telah mengusahakan di tapak yang dipohon...

final • 8:20 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Bagan Serai, boleh mencelah sedikit?

final • 8:30 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Sekejap, sedikit lagi. Malangnya sehingga kini masih belum dikeluarkan lesen walaupun telah ditegur oleh Audit Negara pada tahun 2009. Betapa ruginya kerajaan sedangkan pengusaha mengaut keuntungan yang besar. Mengapakah berlaku demikian? Ya.

final • 8:30 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tertarik dengan kenyataan bahawa tadi kata ada banyak pengusaha- pengusaha ikan arowana di Bukit Merah. Ini telah menjejaskan tanah-tanah pertanian terutama tanah-tanah padi. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat, mengapa ternakan ikan arowana ini semakin berleluasa di Bukit Merah dan menyebabkan tanah-tanah semakin kurang di kawasan untuk tanaman padi.

final • 8:30 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Betul, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Sebenarnya apa yang berlaku ialah disebabkan oleh satu keuntungan yang begitu besar sekali. Kalau dibandingkan dengan padi, tanam padi, satu musim berapa dapat? Akan tetapi kalau bela ikan, tiap-tiap bulan, aiseyman!... Kita dapat wanglah, tidak mahu untungkah? Jadi dengan demikian, mereka akan mengubah iaitu daripada padi kepada ikan. Saya pernah mengarahkan kepada – mengajak penduduk di situ supaya belajar-belajarlah makan ikan arowana.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mentransformasikan pentadbiran, saya telah diberitahu oleh Pegawai Daerah Kerian yang dia perlu menghadiri mesyuarat sepanjang tahun 2010 sebanyak 380 kali. Wow! Hebat sungguh dan sangat penting orangnya.

Terkejut juga, kalau diingatkan setahun itu kita ada 365 hari, takkan hari-hari Sabtu dan Ahad kerja juga. Tidak tahulah, ini dia punya. Jadi persoalan kita, bila hendak selesai kerja?

Itu adalah salah satu sebab mengapa banyak kerja backlog di pejabat tanah. Bukan itu sahaja, dengan mesyuarat yang kerap, saya juga mendapati tabiat lama diamalkan sekarang iaitu pada tahun 2005 di mana masa itu ialah masa ekonomi kita baik. Mesyuarat- mesyuarat kerap kali diadakan di luar negeri, maksudnya di luar negeri Perak seperti mana di Langkawi atau Cameron Highlands ataupun di Kuala Lumpur. Tinggallah mereka di hotel- hotel yang empat atau lima bintang. Kalau kita fikirkan, apa perlunya yang mesyuarat sampai ke Langkawi atau Cameron Highlands. Yang saya tahu Langkawi ini adalah tempat untuk melancong dan membeli belah.

Oleh yang demikian, begitu juga kalau kita perhatikan pegawai baru-baru ini mengadakan mesyuarat atau seminar di hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Saya tidak nampak sebabnya. Bagi saya ini merupakan satu pembaziran masa dan juga wang kerajaan ataupun wang rakyat. Apa kata mari kita mengubah atau mentransformasikan cara kita mengendalikan mesyuarat dengan menggunakan video teleconferencing. Bukankah kita pada zaman IT dalam mana setiap pejabat telah dibekalkan dengan komputer, bukankah cara ini lebih efektif, lebih murah, cepat dan mudah, pada bila-bila masa sahaja boleh dibuat. Teringat saya dahulu, telah saya cadangkan kepada Menteri Pendidikan semasa soalan SPM bocor pada tahun 1990 dengan mencadangkan kertas soalan online.

Oleh yang demikian, maka saya cadangkan supaya pentadbiran mengadakan mesyuarat dengan menggunakan video teleconferencing.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengingatkan kepada ketua-ketua jabatan sama ada di pejabat daerah ataupun Pejabat Menteri dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian termasuk juga saya sendiri supaya janganlah bersikap sombong dan bongkak sebab orang hormat pada kita hanya kerana kita mempunyai kuasa. Bila kita ada kuasa, orang akan sembah tetapi bila kuasa telah ditarik atau hilang, sebelah mata pun orang tidak pandang. Ingat dengan pepatah, “ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya”.

Tuan Yang di-Pertua, harga barang keperluan harian dari hari ke hari naik.

Kehidupan masyarakat makin terhimpit dan melarat. Walaupun kerajaan telah memberikan pelbagai bantuan kepada murid sekolah – RM100; BR1M – RM500; mahasiswa – RM200; miskin tegar; dan pelbagai lagi, namun saya masih melihat ada dari golongan mereka ini masih meminta-minta. Jadi, sampai bilakah agaknya mereka ini dapat hidup lebih selesa.

Saya amat berterima kasih dengan kerajaan di atas sumbangan tersebut, sekurang- kurangnya memanglah meringankan masyarakat yang ada. Cuba kita bandingkan sejenak bagaimanakah keadaan hidup kaum mendatang seperti warga Indonesia ataupun Bangladesh yang ada di sini. Mereka hidup mewah dengan kereta besar, rumah pun besar.

Begitu juga jika sekiranya kita lihat penduduk iaitu rakyat Malaysia yang tinggal ataupun orang Melayu yang tinggal di Mekah, mereka ini lebih mewah daripada kita.

Mereka bekerja bertungkus-lumus dan tidak memilih langsung dengan kerja jika dibandingkan dengan masyarakat tempatan. Apakah penyelesaiannya? Saya ingin tahu apakah tindakan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan para petani, nelayan dan juga penternak. Oleh yang demikian, saya menyeru dan menyarankan kepada kerajaan supaya berhentilah memberi ikan kepada mereka, berilah kail kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, dalam rancangan mengatasi miskin tegar di kawasan Kerian, saya telah dimaklumkan mereka-mereka miskin tegar ini diberikan bantuan seperti pemeliharaan sarang burung walet dan juga 60 orang yang diberikan projek ikan arowana dengan pendapatan bulanan sebanyak RM375 tanpa melakukan kerja dalam pemeliharaan ikan tersebut. Wow! Alangkah senangnya hidup mereka tanpa mengeluarkan keringat, tanpa membuat kerja, wang menggolek datang. Apakah bentuk sistem ini? Sila nyatakan

final • 8:30 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

sejauh manakah kejayaannya. Sebenarnya hendak hidup memang senang, hendak senang memang susah, hendak susah lagi senang, tapi hendak senang bukanlah senang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam membantu meningkatkan pendapatan, banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan ataupun badan-badan berkanun seperti FELCRA di bawah kepimpinan Yang Berhormat Pasir Salak. Dalam mana pengerusinya telah dipetik dalam ucapannya dalam potongan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi, “Melalui program ini, peserta FELCRA diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan. Ini bermakna projek ini mampu menjana pendapatan antara RM46 juta hingga RM92 juta sebulan atau RM552 juta hingga RM1,104 juta setahun. Amat bermakna kepada peserta FELCRA yang rata-ratanya miskin.”

final • 8:30 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Saya ucapkan syabas kepada pengerusinya. Adalah dimaklumkan sebanyak 17 buah kandang lembu akan dibangunkan dengan setiap kandang dibekalkan dengan 2,000 ekor dengan perbelanjaan sebanyak RM18 juta oleh FELCRA Berhad. Sungguh cantik.

Cantik sungguhlah. Dikatakan, bila terlaksananya projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebagaimana yang dikatakan tadi. Soalannya sekarang, sejauh manakah program tersebut telah berjalan? Ini kita akan persoalkan. Mintalah kepada pihak terutama sekali kepada Pengerusi FELCRA untuk memberi jawapan kepada persoalan ini. Dalam satu lagi projek, satu usaha lagi untuk menambahkan pengeluaran daging lembu iaitu projek ladang satelit di Gelung Pepuyu, Parit yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar di atas tanah seluas 100 ekar padang ragut telah dibangunkan empat tahun lalu.

Nampaknya program tersebut tidak tahu, tidak ada apa. Tinggallah dalam dua puluh ekor lembu dan difahamkan Jabatan Pertanian telah membelanjakan sebanyak RM6.7 juta untuk membangunkan infrastruktur seperti membina dua kandang untuk muatan 600 ekor lembu pada suatu ketika, bekalan elektrik, pagar dan bekalan air. Didapati projek tersebut menemui kegagalan. Sungguh malang. Sebenarnya terdapat pelbagai bantuan ternakan oleh Jabatan Veterinar kepada penternak amatlah dialu-alukan. Namun malangnya, kejayaannya tidak seperti mana yang diharapkan. Dengan kata lain, ia tidak berapa berjaya. Kalau dalam ujian boleh kita bagikan markah 30 per 100 sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut pandangan saya, yang penting punca dan fakta berkaitan permasalahan tersebut perlulah terang dan jelas. Antara tools yang boleh digunakan untuk menganalisis permasalahan tersebut ialah analisis SWOT dengan kata lain kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dikaji. Yang keduanya, dengan adanya Blue Ocean Strategy.

Jadi apa yang kita perhatikan, banyak teori-teori yang telah diadakan. Begitu juga kalau kita ingat dulu masa zaman Tun Mahathir, dia telah memperkenalkan dengan tulang ikan. Selepas itu bila sampai pada Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula terdapat dengan Islam Hadhari. Selepas itu sekarang ini dapat dengan 1Malaysia dan juga akhir-akhir sekali Islam satu lagi.

Apa yang diperlukan ialah kita mesti memikirkan bagaimanakah kita dapat mengatasi masalah tersebut sebab kegagalan atau ketidakcapaian hasrat kerajaan membantu membasmi kemiskinan adalah berpunca daripada kelemahan dari segi pengurusan dan pentadbiran. Kita ada undang-undang, ada steering committee pada peringkat pusat, negeri dan kawasan. Malangnya committee yang ada tidak atau jarang dirujuk dan selalunya mengikut selera orang atas sahaja. Maka timbullah surat wahyu yang tidak boleh disoal atau diselidik sesuai dengan cogan kata SYMP iaitu ‘saya yang menurut perintah’ walaupun dari senarai tersebut, ada yang tidak dapat dikesan. Ada di antara penerima tidak ada langsung kemudahan infrastruktur yang ada. Pihak pejabat pula yang jenuh mencari. Maka berlakulah ‘punggung lori bertemu.’ Kalau inilah keadaannya, sampai bila pun masalah bekalan daging di negara ini tidak akan tercapai.

Kelemahan dari segi pengurusan perlu diatasi dengan segera seperti mengkaji serta memahami masalah infrastruktur yang perlu pada penternak seperti jentera, makanan, kesesuaian tempat dan lain-lain. Sebenarnya, jika tidak ada kajian infrastruktur dijalankan, penternak di mana lembu dan kambing tidur di tengah jalan ataupun masuk halaman rumah jiran atau kebun merosakkan tanaman dan akhirnya menimbulkan suasana tidak harmoni di kampung.

final • 8:40 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya iaitu isu pendidikan yang merupakan satu perkara penting dan diutamakan. Tahniahlah kepada kerajaan yang telah mengagihkan peruntukkan kepada sekolah bantuan modal dan sekolah bantuan penuh. Kepada Yang Berhormat Ipoh Barat yang merintih tentang kekurangan guru di sekolah Tamil dan sekolah Cina. Begitu juga dengan di Johor iaitu di Gelang Patah mengenai masalah kekurangan guru. Sebenarnya, saya ingin menyatakan kalaulah di Johor iaitu Gelang Patah di mana pertumbuhan sekolah dan juga penduduk bertambah, lain keadaannya di Bagan Serai.

Saya ingin menyatakan bahawa di Bagan Serai terdapatnya sekolah yang bertaraf kurang murid. Contohnya di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Arumugam Pillai di Alor Pongsu yang hanya mempunyai empat orang murid dengan kakitangannya seorang guru besar, seorang guru biasa, seorang kerani dan seorang tukang kebun. Begitu juga di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Bogak. Ada lagi satu sekolah iaitu sekolah Cina di Jalan Baru di mana daripada saya waktu kecil sampai sekarang sudah tua, sekolah di situlah juga dibina dan kurang muridnya dan sekolah itu sekarang ini dikhabarkan bahawa ramai budak Melayu dan bukannya Cina di sekolah tersebut.

Oleh yang demikian, terfikirlah kepada kita berapakah kos pentadbiran untuk sekolah tersebut? Kalaulah kita perhatikan keadaan ini berlarutan, maka sampai bila pun tidak cukup guru. Jadi apa yang saya sarankan, tidak cukup guru ini sebenarnya semasa saya di kementerian dahulu iaitu di Bahagian Pendidikan Guru, kami merancang memang cukup dengan bilangan sekolah, bilangan murid dan bilangan guru. Memang cukup. Akan tetapi bila pergi ke sekolah, grassroots, didapati bahawa wujudlah masalah bahawa guru tidak cukup. Apa hendak dicukupkan? Sekolah itu kadang-kadang murid tidak cukup masih kita bahagikan macam sekolah tadilah. Sampai empat orang iaitu dua orang guru yang ada.

Jadi oleh yang demikian, tibalah masanya untuk kementerian bertindak menutup sekolah-sekolah yang bertaraf kurang murid tersebut dengan memberikan kemudahan asrama harian sebagaimana yang telah saya cadangkan pada ucapan di penggal lalu.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi. Kalaulah Yang Berhormat Ipoh Barat mengeluh tentang sekolah Tamil dan sekolah Cina di Bercham, begitu juga dengan keluhan saya dengan sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz ataupun sekolah agama bantuan kerajaan. Di kawasan saya di Bagan Serai, terdapatnya Maahad Al-Ehya Asshariff di Gunung Semanggol yang daif dan saya telah pun memanjangkan permohonan untuk mendapatkan padang permainan pada Mei 2010 yang lalu dan masih menanti-nanti.

final • 8:40 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Begitu juga dengan Sekolah Agama Shamsul Ma’arif di Tanjung Piandang yang telah ada tapak atau kawasan dan menunggu peruntukan bangunan baru. Sedarlah Yang Berhormat bahawa betapa banyaknya sekolah kebangsaan yang daif bukan sahaja di Bukit Garam di Kinabatangan, Sabah malahan di Semenanjung juga adalah dalam keadaan daif.

Kalaulah dibandingkan dengan keadaan di sekolah-sekolah Cina di mana di bilik darjahnya ada yang dengan aircond dan ada juga kemudahan komputer.

final • 8:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Bagan Serai, sedikit.

final • 8:50 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Sedikit, sedikit lagi. Akan tetapi tidak terdapatnya keadaan itu di sekolah kebangsaan. Ya, Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 8:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tadi saya tertarik apabila Yang Berhormat Bagan Serai menarik perhatian Dewan mengenai Sekolah Al-Ehya Asshariff dan sekolah agama yang lain. Baru-baru ini saya ada terbaca di dalam surat khabar bagaimana kerajaan – saya ucapkan tahniah kerana memperkasakan sekolah asalnya iaitu Kolej Islam Malaya sebagai satu..., ke tahap universiti. Itu satu perkara yang saya alu-alukan dan bagi saya Al-Ehya Asshariff mempunyai sejarah yang panjang.

Sekolah Al-Masyhur di Pulau Pinang dan saya rasa perkara-perkara ini perlu diberi perhatian kerana jasanya terlalu banyak dan sehinggakan dikhabarkan sekolah Al-Masyhur ketika itu sudah mendapat pelajar daripada Thailand dan Indonesia. Ketika itu juga Malaysia dikenali sebagai ‘Pusat Kecemerlangan Antarabangsa’ dan sejarahnya panjang.

Saya rasa mungkin kalau Yang Berhormat Bagan Serai bersetuju dengan saya bahawa sekolah-sekolah yang mempunyai sejarah yang besar ini perlu diberi perhatian yang istimewa.

final • 8:50 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Terima kasih dengan Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 8:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Balik Pulau... [Ketawa]

final • 8:50 PM

Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai

Yang Berhormat Balik Pulau, maaf, Yang Berhormat Balik Pulau. Saya mintalah ucapan beliau dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Sebenarnya kalau kita perhatikan dengan Sekolah Al- Ehya Asshariff bukanlah benda ini baru dan dialah melahirkan beberapa tokoh kemerdekaan kita pada masa yang lalu.

Kalau kita perhatikan hingga sekarang, pada hari ini, malah budak-budak daripada Brunei pun ada, bukannya daripada tempatan malah kita perhatikan di Thailand ada semua sekali. Jadi oleh yang demikian, sepatutnya kerajaan memberi perhatian yang serius kepada sekolah-sekolah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi. Oleh yang demikian marilah kita renungi sejauh mana bantuan yang telah diumumkan dan dihulurkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada sekolah-sekolah bantuan modal, sekolah bantuan penuh ataupun sekolah bantuan kerajaan sejajar dengan Penyata Razak dan juga Perlembagaan Malaysia. Oleh yang demikian saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 8:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 8:50 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Bukit Katil.

final • 8:50 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Bismilaahir Rahmaanir Rahiim.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:53 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Satu spesies dapat semua ini.

final • 8:53 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Malam ini giliran group inilah... [Ketawa]

final • 8:53 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Spesies yang sama ini.

final • 8:53 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya ingin mengambil bahagian membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kedua Belas.

Sesungguhnya sebagai rakyat yang setia, kita merasa bertuah kerana dikurniakan seorang ketua negara yang amat prihatin dan sentiasa mengambil berat kepada kestabilan negara dalam pelbagai aspek.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh salah satu daripada dua belas Bidang Ekonomi Utama Negara yang menjadi pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi dapat memberi sumbangan significant pertumbuhan ekonomi negara ialah sektor pelancongan.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia, yang bukan sahaja dapat menarik pelancong-pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga-warga tempatan untuk menikmati keindahan negara kita. Sepertimana kita sedia maklum, sektor pelancongan sememangnya berdaya maju dan mampu menyumbang kepada pendapatan negara serta telah menunjukkan peningkatan pendapatan yang baik dari setahun ke setahun. Untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pilihan pelancong, isu-isu termasuk keperluan membangunkan produk pelancongan yang menarik perlu ditangani serta menambah baik penyelenggaraan kawasan pelancongan, melaksanakan promosi pelancongan berfokus yang berterusan.

Sasaran negara untuk memperbaiki kedudukan negara supaya menjadi sepuluh negara teratas dari segi pendapatan pelancongan global seterusnya menyumbang kepada RM104 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2020. Dalam isu pelancongan ini sudah tentu negeri Melaka mendahului negeri-negeri lain dari segi penawaran produk-produk pelancongan. Walaupun Melaka mempunyai lokasi yang strategik dari segi ekonomi ianya merupakan pintu masuk daripada selatan melalui jalan raya dan juga udara serta laut terutama daripada negara jiran kita Singapura, Indonesia dan juga negara China.

final • 8:53 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Tuan Yang di-Pertua, pengiktirafan Melaka sebagai antara 45 destinasi tumpuan dunia di mana Melaka diletakkan pada kedudukan nombor 29 dan seperti mana yang dilaporkan oleh New York Times sebagai satu destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan. Ini menunjukkan bahawa promosi Melaka yang serius membangunkan sektor pelancongan telah mencapai kejayaan walaupun ianya memerlukan promosi-promosi yang lebih hebat di masa yang akan datang, ini tidak mustahil akan menggamit 12.5 juta pelancong pada tahun 2012 ini.

Sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, daripada Januari hingga minggu lepas kedatangan pelancongan ke Melaka, target kita lebih kurang 12.5 juta tetapi sekarang kita sudah mempunyai satu juta lebih. Majoriti pelancong yang datang daripada Singapura berjumlah 407,780 orang. Pelancongan Cina 255,010 orang dan Indonesia 269,553 orang.

Semenjak tahun 1999 hingga Disember 2011, Melaka berjaya menarik pelancong dalam dan luar negara berjumlah 71.5 juta orang.

Oleh itu, ianya telah meningkatkan pendapatan sektor pelancongan daripada RM1.2 bilion pada tahun 1999 kepada RM9.26 bilion pada tahun 2010. Pada tahun 2011 Melaka menerima 11 juta pelancong. Seramai 600,000 daripadanya adalah pelancongan China. Pelancongan asing yang paling ramai berkunjung ke Melaka.

final • 8:53 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bukan China doll?

final • 8:53 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Bukan China doll lah. Kita pada tahun 2011 pendapatan daripada pelancongan telah mencecah RM10 bilion dan institusi pelancongan di negeri ini mencetus sejarah tersendiri apabila meraih empat daripada 11 Anugerah Pelancongan Malaysia.

Yang pertama ialah apabila Hotel Holiday Inn muncul sebagai pemenang Kategori Perkhidmatan Hotel Terbaik. Kedua, saudara Saukhani Abas sebagai pemandu pelancong terbaik. Yang ketiga Perbadanan Muzium Melaka atau PERZIM dan Hotel Naza Talayya menjadi kategori Program Jelajah Terbaik. Keempat, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka menerima anugerah kategori Tarikan Pelancongan Inovatif...

final • 8:53 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh mencelah?

final • 9:00 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Boleh.

final • 9:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat, saya dimaklumkan bahawa kejayaan Melaka ini banyak bergantung kepada kewibawaan Yang Amat Berhormat Ketua Menterinya. Inilah yang menyebabkan kejayaan, martabat, maruah, kewangan, pengurusan negeri Melaka ini juah lebih tinggi dari negeri-negeri yang lain dan sebab itulah Yang Amat Berhormat Bagan tidak ada chance kepada Melaka dan terpaksa berhijrah ke Pulau Pinang. Itu sebabnya Pulau Pinang dapat calon Ketua Menteri yang second class, yang tidak boleh menandingi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ali Rustam ini. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Bukit Katil?

final • 9:00 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bukit Katil...

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong juga bangun Yang Berhormat.

final • 9:00 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya bersetuju sangat dengan Yang Berhormat Kota Belud sebab apabila Setiausaha Agong DAP menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, jumlah pelancong merosot pula di Pulau Pinang. Yang Berhormat, merosot begitu teruk sekali.

final • 9:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sudah?

final • 9:00 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Sudah.

final • 9:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Bukit Katil, itu sebabnya saya katakan orang Pulau Pinang ini mendapat bala yang besar. Nasib baik dia tidak ada di sini tetapi saya hendak beritahu, sistem dekat Pulau Pinang jauh berbeza dengan Melaka. Di Pulau Pinang, dia jual tanah kerajaan negeri dengan harga yang lebih murah. Dia sepatutnya dapat harga yang tinggi tetapi dia jual dengan harga yang murah. Oleh sebab itu saya kira Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan ini, inilah term yang terakhir dan akan ditolak oleh orang Pulau Pinang selepas ini.

final • 9:00 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Terima kasih kedua-dua Yang Berhormat.

Saya kira kedua-dua itu boleh masuk dalam ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negeri destinasi pelancongan yang pesat, Kerajaan Negeri Melaka memberikan keutamaan kepada produk-produk pelancongan yang mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong sama ada dari dalam negeri ataupun luar negeri. Kerajaan negeri sudah menyiapkan kalendar tahunan.

Antaranya ialah yang terbaru yang sedang dilaksanakan baru ini ialah Raptor Watch Week pada bulan Mac yang bersama-sama dijayakan oleh artis Maya Karin, hebat itu. Kalau tidak datang rugi itu. Termasuk Timbalan Menteri Pelancongan pun ada sama.

Beberapa lagi program pelancongan seperti Pesta Gendang Nusantara pada bulan April dan juga Malacca International Kite Festival pada bulan April, Malacca Tourism Street Carnival pada bulan Mei, coming soon, Pesta Sungai Melaka pada bulan Jun dan sambutan ulang tahun Melaka kali kelima sebagai Bandaraya Warisan Dunia pada bulan Ogos dan Malacca International Tourism Show pada bulan November, Festival Songket pada bulan November dan Malacca Fashion Festival pada bulan Disember dan beberapa produk pelancongan baru sebagai tarikan sudah dibangunkan.

Antaranya ialah, yang terbaru, pembinaan Muzium Hang Tuah di perkampungan Hang Tuah serta Kompleks Maritim Melaka yang merangkumi kapal selam, Kapal Laksamana Cheng Ho serta Kapal Raja Melaka. Produk baru kedua ialah Kem Pengakap Dunia ke gerbang Persilatan Melayu Sedunia. Ini kena datang, Hard Rock Cafe, Taman Tema Air di Chincin dan Malaysia Air yang baru di Jasin, di kawasan Tok Mat Hamzah dan Taman Burung Arab City. Kemudian Taman Hidupan Liar Sungai Melaka, Golden Valley dengan terdiri daripada animation studio, Chinese Opera House juga ada lagi dan Teater Puteri Gunung Ledang serta Boat House.

Berikutnya ialah menambah baik sistem pengangkutan awam termasuk kereta kabel, trem seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi, monorel dan bas panorama dan juga pertambahan penerbangan Melaka Air dan FireFly daripada Melaka ke Subang, Melaka ke Medan. Medan itu bagus. Produk-produk lain ialah taman burung yang akan menarik lebih ramai pelancong kerana mempunyai 300 spesies yang dibina di kawasan seluas 1.8 hektar di Taman Botanical Ayer Keroh yang akan beroperasi awal tahun depan. Projek landskap untuk memperindahkan Melaka supaya menjadi lebih indah daripada sekarang di Taman Botanical Melaka seluas 92.5 hektar dan yang ketiga, yang terbaru lagi ialah persembahan unik tiga ekor singa laut di Pulau Melaka. Ini Yang Berhormat boleh datang ke Melaka, kita tunjuk produk-produk pelancongan yang terbaru.

Kapal selam yang baru dibuka, yang kita beli dari Perancis telah menerima pelawat daripada awal Januari kita buka hari itu sehingga 15 Mac seramai 56,000 orang dan dijangka hingga akhir bulan ini seramai 60,000 orang akan melawat produk kapal selam ini. Kapal selam yang seberat 1,200 tan ini telah tiba di perairan Selat Melaka pada November tahun lalu dan ianya mengambil masa untuk dinaikkan ke darat untuk menjadikan muzium tetapi hari ini sudah siap dan kapal selam ini merupakan satu lagi koleksi artifak sejarah negeri Melaka dan hari ini Melaka sudah mempunyai 23 muzium yang boleh dilawati. Ertinya kalau tiga hari tidak habis melawat muzium ini.

Di samping itu, program inap desa ataupun homestay merupakan produk pelancongan bagi mengenal budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat merupakan satu produk baru lagi di Melaka yang ditawarkan di beberapa buah kampung dan kampung terbaru ialah di Kampung Air Tawar di mana produk ini dinamakan Program Kampung Stay.

final • 9:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Bukit Katil, minta laluan.

final • 9:00 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Boleh, boleh.

final • 9:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Bukit Katil ini boleh jadi Menteri Pelancongan Negeri Melaka sebenarnya. Soalan saya mudah. Yang Berhormat Kota Belud pun tidak ada dalam minda dia. Soalan saya ialah, dalam banyak tadi, ada atau tidak pesta makan asam pedas? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Utara

Tambah sedikit. Tadi Yang Berhormat Bukit Katil kata ada muzium kapal selam. Banyak yang complaint datang beli tiket tetapi

final • 9:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Utara

tidak boleh masuk ke dalam untuk mengunjungi kapal selam itu, hanya di luar ambil gambar sahaja. So, saya rasa banyak yang rasa tertipu dalam hal ini.

final • 9:00 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Festival makan asam ini bila-bila boleh, hari- hari ada... [Disampuk] Pesta boleh, tidak ada masalah.

Sebenarnya kapal selam itu bukan tidak boleh masuk dalam, dia limited. Jadi kena tunggu giliran. Dia boleh masuk dalam kapal berperingkat-peringkat tetapi yang mana tidak sabar, dia ada program lain, dia duduk luar sahajalah, dia hendak cepat. Boleh masuk dalam, bukan tidak boleh. Itu memang ada.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru ini di negara kita perlu direalisasikan dengan usaha-usaha untuk memajukan dan membangunkan industri pelancongan perlu diberi penekanan yang lebih.

final • 9:00 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Isu-isu yang ditimbulkan seperti dalam pelancongan eko, alam sekitar, visa kehadiran pelancong, kemudahan-kemudahan di lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong. Semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat negara kita. Kejayaan destinasi pelancongan ini tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi yang melibatkan perbelanjaan yang banyak melalui pengiklanan tetapi juga bergantung kepada cerita-cerita ataupun pengalaman-pengalaman para pelancong yang sudah melawat negara kita. Ianya membawa cerita-cerita yang baik dan akhirnya mereka datang semula dan akan memberitahu rakan-rakan. Inilah kempen yang terbaik yang patut kita galakan.

Jika kita lihat banyak perkara yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan. Insiden- insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi dan harga-harga yang tidak berpatutan dan seumpamanya, tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

final • 9:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bukit Katil, boleh?

final • 9:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Boleh.

final • 9:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua, memang betul saya pun sependapat bahawa cerita-cerita ini membantu menambahkan bilangan pelancong atau pun boleh mengurangkan bilangan pelancong hadir ke dalam negara kita tetapi tentulah ia juga dipengaruhi oleh apa produk yang kita buat, apa servis yang kita bagi kepada pelancong.

Cuma saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Bukit Katil dan mungkin kementerian boleh jawab selepas ini, apakah mekanisme atau kaedah yang digunakan oleh pihak kementerian atau apa pandangan Yang Berhormat Bukit Katil. Perlukah kementerian atau adakah aduan-aduan daripada pelancong ini atau cerita-cerita daripada pelancong ini dinilai oleh pihak kementerian supaya ianya boleh diguna pakai untuk diperbaiki kerana kita bimbang jika kita tidak membuat penilaian, tidak menyediakan maklumat yang baik kepada pelancong untuk menyuarakan pandangan mereka, mereka gunakan saluran yang tidak baik, masuk dalam YouTube, masuk dalam e-mel, menceritakan tentang perkara-perkara yang tidak baik kepada luar tentang negara kita. Ia akan menjejaskan dan tentunya kalau kita buat kempen keluar negara pun mungkin ia tidak membantu kerana cerita-cerita pengalaman daripada pelancong. Apa pandangan?

final • 9:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong.

Saya ingat kementerian jawablah nanti. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Lenggong itu dan bolehlah dimasukkan dalam ucapan saya. Aduan-aduan daripada pelancong ini mestilah dilihat sebagai satu cara yang terbaik untuk kita memajukan industri pelancongan apatah lagi satu anjakan sikap perlu kita lakukan untuk memberikan layanan yang terbaik kepada pelancong. Siri-siri dialog, pertemuan yang lebih kerap perlu dilakukan oleh semua agensi dan juga jabatan yang berkaitan dan juga syarikat swasta yang terlibat dengan industri pelancongan supaya usaha-usaha membuahkan hasil yang lebih baik untuk memajukan industri pelancongan ini dapat ditingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua hendak saya bawa ialah mengenai peruntukan dengan izin, rolling plan untuk negeri-negeri dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya ingin mencadangkan supaya kaedah pengagihan peruntukan

final • 9:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

pembangunan kepada negeri-negeri oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini dikaji dan diubahsuai kerana kaedah sekarang yang diguna pakai kriterianya pada saya berpendapat ianya tidak tepat dan juga kurang adil kerana ianya menekankan kepada aspek jumlah penduduk dan saiz negeri tersebut. Jika kita hendak menjadi negeri maju dan juga negara maju, kita perlu kepada anjakan perubahan- perubahan yang positif.

Saya ingin mencadangkan kriteria atau kaedah pengagihan peruntukan berdasarkan kepada pencapaian prestasi negeri. Kedua, keperluan pembangunan semasa dan ketiga, wujudkan Indeks Prestasi Utama (KPI) pada setiap negeri. Ini saya cadangkan kerana berdasarkan kepada kedudukan seperti ambil contoh negeri Melaka. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, rolling plan yang pertama negeri Melaka hanya menerima peruntukan pembangunan RM1.169 bilion. Pecahannya tahun 2011 RM369 juta, tahun 2012 RM500 juta, tahun 2013 RM300 juta. Berbanding dengan Rancangan Malaysia Kesembilan, Melaka mendapat peruntukan RM3.9 bilion. Ini menunjukkan merosot RM2.731 bilion. Peruntukan ini jika dilihat tidak munasabah berbanding sumbangan cukai yang dibayar oleh negeri Melaka kepada Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM2.6 bilion setahun tapi kita dapat RM1.169 bilion. Kalau lima tahun Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita bayar RM13 bilion cukai. Inilah yang menyebabkan saya mencadangkan supaya dibuat perubahan kepada kaedah pembayaran ataupun sumbangan...

final • 9:10 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan sedikit Yang Berhormat, boleh?

final • 9:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Boleh.

final • 9:10 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat iaitu perlu penilaian semula peruntukan yang diberi kepada kerajaan-kerajaan negeri. Saya ingin minta penjelasan dan pandangan Yang Berhormat tentang peruntukan Kerajaan Persekutuan yang diberi kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan, contohnya yang dilakukan negeri-negeri Pakatan Rakyat. Contoh kami di Kelantan, sepatutnya peruntukan ini diberi direct kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat tetapi peruntukan ini diberi melalui JPP, menyebabkan sudah tentulah segala perancangan tidak sampai kepada matlamat sebab di situ ada kepentingan lain.

Kalau kita tengok dari segi nilai hasil, Kelantan juga di antara penyumbang besar kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui hasil minyak dan gas selain daripada cukai yang dibayar oleh rakyat Kelantan. Akan tetapi di masa yang sama dinafikan hak.

Jadi, sebab itulah saya sangat bersetuju supaya semua kerajaan negeri diberi peruntukan yang adil dan dipertimbangkan terutama negeri-negeri yang masih jauh dari sudut pembangunan. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 9:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Ya, terima kasih.

final • 9:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Bukit Katil, saya tambah sedikit boleh?

final • 9:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Boleh.

final • 9:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya memang cukup tertarik sangat apabila Yang Berhormat menimbulkan tentang supaya kerajaan berlaku adil dalam memberikan peruntukan tahunan Rancangan Malaysia kerana Melaka pada RMKe-9 telah menyumbang sebanyak RM13 bilion berbanding dengan peruntukan yang diberi sebanyak RM3.9 bilion.

Ini kerana pada setiap tahun kita menyumbang sebanyak RM2.6 bilion hasil daripada pungutan Kerajaan Negeri Melaka pada setiap tahun.

Hasil pungutan ini adalah kerana kehebatan kepimpinan negeri Melaka yang terus membangun. Pada tahun lepas, sedarkan Yang Berhormat bahawa kita telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM3 bilion. Kita di antara negeri yang paling tertinggi sekali.

Kenapa saya sebut begini, pada RMKe-9 Melaka hanya menerima RM3.9 bilion sahaja sedangkan sumbangannya sebanyak RM13 bilion daripada pungutan cukai. Sedangkan negeri Kelantan untuk makluman Yang Berhormat, saya sudah sebut dalam Dewan ini perkara yang sama, RM7.6 bilion dia dapat. Walaupun dikatakan sebagai sebuah kerajaan pembangkang tetapi kerajaan kita berlaku adil. Kita bagi RM7.6 bilion berbanding dengan

final • 9:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Melaka hanya dapat RM3.9 bilion sahaja. Walaupun Kelantan sebenarnya menyumbang sebanyak RM300 juta sahaja.

final • 9:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Allahuakbar!

final • 9:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Ya, saya ada angka ini. Yang kedua Yang Berhormat, kerana kehebatan tersebutlah Melaka pada ketika ini bukan sahaja mencatatkan pertumbuhan ekonomi mengatasi angka negara, bahkan kita telah berjaya mengurangkan kemiskinan sebanyak 0.7% sahaja.

final • 9:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Selepas itu, pengangguran kita di antara yang terbaik dalam negara 0.5% dan air dan api sebanyak 100%. Saya hendak sebut di sini kerana kehebatan kita menyertai rejim yang baru ini untuk berhijrah kepada perbadanan air. Air negeri Melaka nombor dua terbersih dalam negara selepas Putrajaya. Apa saya hendak sebut di sini Yang Berhormat saya hendak sebut kerana negeri Melaka adalah sebuah negeri pelancongan. Pada tahun lepas sahaja kita berjaya menarik pelancong sebanyak 11 juta Yang Berhormat. Sungai Melaka mengatasi angka yang paling teramai sekali datang berkunjung kalau kita bandingkan dengan Singapura sebanyak lebih satu juta orang. Sungai Melaka sahaja. Jadi apa yang saya hendak sebut di sini kerana kejayaan kita menarik pelancongan...

final • 9:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Berbanding dengan Sungai Kelantan.

final • 9:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya hendak tanya kerajaan kalau boleh kebanyakan hasil daripada yang kita dapat pelancong-pelancong yang datang ini daripada sales tax. Adakah sebahagian daripadanya di plough back kepada kerajaan negeri supaya kita dapat membangunkan produk-produk pelancongan yang boleh menarik ramai lagi pelancong.

Terakhir Yang Berhormat, kita telah dinobatkan di antara 35 tempat dalam dunia yang patut dilawati negeri Melaka jatuh nombor 28. Sungai Melaka, dalam dunia Yang Berhormat. Apa komen Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 9:20 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Terima kasih. Saya masukkan ucapan Yang Berhormat Jasin itu dalam ucapan saya. Saya rasa Yang Berhormat Rantau Panjang tadi pun sudah terjawab sekali oleh Yang Berhormat Jasin tadi. Jadi sudah lebih adil ya RM7 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya ingin saya bawa ialah mengenai teknologi hijau. Aplikasi penggunaan teknologi hijau ini bukan merupakan satu perkara baru. Ianya merupakan satu teknologi yang menjadi penjana nilai tambah kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Teknologi hijau di mana kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk.

Produk yang selamat digunakan untuk menghasilkan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Ia juga menyebabkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Tenaga suria adalah sumber tenaga alternatif dan tenaga hijau mudah didapati di negara kita. Ianya merupakan sumber tenaga yang paling sesuai untuk jangka masa panjang bagi mengurangkan pergantungan kita kepada sumber tenaga konvensional. So, dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi hijau ini kerajaan perlu memperhebatkan aktiviti kesedaran rakyat, mengapa perlunya menghijaukan persekitaran dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam.

Langkah ini selaras dengan strategi pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau Negara iaitu mempertingkatkan promosi dan kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan kepenggunaannya. Sehingga kini tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Buktinya masih banyak kilang-kilang mengeluarkan asap hitam yang berbahaya, penggunaan bahan bakar kenderaan bermotor yang begitu membimbangkan, alam semula jadi yang semakin banyak dimusnahkan, sungai-sungai yang kotor dan pelepasan karbon di udara yang banyak. Kempen berterusan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang teknologi hijau dan pengurusan sumber tenaga secara berkesan perlu dijalankan oleh organisasi dan agensi-agensi yang terbabit.

final • 9:20 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Kita perlu tingkatkan lagi inovasi ini di kalangan pelajar dan insentif-insentif perlu diberi kepada pengguna kenderaan hibrid misalnya bukan sahaja kepada pengeluar kenderaan tetapi kepada pengguna. Negeri Melaka berhasrat untuk menjadi negeri hijau pertama di Malaysia menjelang tahun 2020. Pada masa ini Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka yang bertindak sebagai badan penyelaras tertinggi dalam memastikan usaha dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan efektif.

Antara projek perintis yang kita laksanakan ialah mewujudkan kawasan khas teknologi hijau sebagai showcase pembangunan iaitu Bandar Hijau Hang Tuah Jaya dan juga Melaka World Solar Valley di Rumbia.

Bandar Hijau Hang Tuah Jaya ini terletak di kawasan Gapam, Jasin juga.

Merupakan pembangunan pertama di luar Putrajaya dan Cyberjaya menggunakan konsep teknologi hijau. Ia sekali gus menjadi model bandar hijau pertama yang memperlihatkan kewujudan sebuah perbandaran baru yang menggunakan sepenuhnya teknologi hijau dan akan menjadi ikon kepada negeri Melaka. Sementara itu Melaka World Solar Valley di Rumbia dengan keluasan lapan hektar yang terdiri daripada pelbagai guna tanah yang telah dirancang. Termasuk penubuhan Pusat Inovasi Tenaga Solar, pembangunan industri pengeluaran perkakas solar dan aplikasi tenaga solar oleh premis-premis yang terhadap di kawasan tersebut. Impak daripada penubuhan Melaka World Solar Valley ini akan menyumbang kepada:

(i) pengurangan tenaga elektrik konvensional;

(ii) penyediaan produk tenaga suria setempat dan global;

(iii) pertambahan peluang pekerjaan;

(iv) pembangunan teknologi suria yang dinamik dari kemudahan pendidikan pembangunan inovasi dan pengkomersialan; dan

(v) mewujudkan kesedaran awam untuk penggunaan tenaga secara mampan dan praktis ke arah penggunaan lestari.

Oleh itu Melaka komited menjadikan hasrat ini sebagai satu matlamat yang penting dan mengharapkan Kerajaan Persekutuan melalui kementerian-kementerian dan agensi- agensi yang bertanggungjawab membantu secara serius untuk merealisasikan agenda ini dalam masa yang begitu terhad dan sumber yang terhad yang terdapat di Melaka. Tanpa kerjasama yang erat daripada Kerajaan Persekutuan lebih-lebih lagi sektor swasta amat penting untuk merealisasikan hasrat pembangunan teknologi hijau dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan di negeri Melaka.

Antara pembangunan fizikal yang dirancang dan bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat ialah di Bandar Hijau Hang Tuah Jaya iaitu Restoran Hijau. Kemudian Akademi Teknologi Hijau, Kolej Kejururawatan dan Pejabat Kesihatan Negeri, Akademi Percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat Rehabilitasi PERKESO, Pusat Kolej Universiti Sains Perubatan, Hospital Pakar Mata, sekolah menengah agama dan Taman Awam Hang Tuah Jaya, Muzium Pancaragam Timah, hotel dan tentu juga Masjid Hijau.

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang jawatan awam. Saya telah sentuh dalam ucapan saya yang lalu menjurus kepada permasalahan dalam perkhidmatan awam.

Pihak penjawat jawatan awam menyambut baik penarikan balik SBPA dan kita beralih kepada Sistem SSM yang ditambah dalam perkhidmatan awam. Namun isu yang saya ingin bawa ini ialah pernah saya utarakan dahulu dalam pembentangan bajet yang lalu iaitu membelenggu sebahagian daripada pegawai-pegawai dan ianya merencatkan lagi prestasi dan kecekapan mereka. Iaitu masalah yang dihadapi oleh pegawai dalam skim bukan guna sama ataupun close service.

Dalam perkhidmatan awam masih ada lagi jabatan atau kementerian yang masih lagi mempunyai pegawai dan kakitangan yang tiada peluang untuk kenaikan pangkat. Tiada peluang pengetahuan menimba pengetahuan yang baru dan tidak sama sekali akan ada peningkatan dari segi tangga gaji. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menambah baik penjawat awam. Ianya menggembirakan sebahagian daripada mereka. Maka saya ingin mencadangkan dan menyarankan agar suruhanjaya ini mengkaji skim bukan guna sama ini. Agar memberi peluang kepada mereka pindah ke kementerian lain dan jabatan-jabatan lain tanpa harus melalui sekali lagi proses pendaftaran, proses peperiksaan dan temu duga yang sepatutnya hanya dikhaskan kepada mereka yang baru masuk perkhidmatan awam.

final • 9:20 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan maka saya ucapkan terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua dan mudah-mudahan akan diberi peluang masa lain untuk menambah lagi perkara-perkara yang lain. Sekian terima kasih.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 9:20 PM

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil peluang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-12 pada 12 Mac 2012 yang baru lalu.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sambung esok Yang Berhormat.

final • 9:30 PM

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu

Terima kasih.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-Ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 21 Mac 2012.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.31 malam.

final • 9:30 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026