Nov212011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, apakah kerajaan bercadang untuk meminda polisi pemberian pinjaman pendidikan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional bagi mencakupi pelbagai kursus-kursus ijazah profesional bertaraf dunia yang diduduki di institusi pengajian tinggi tempatan, seperti mana yang dikeluarkan oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) atau Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW).

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita di Kementerian Pengajian Tinggi telah meminda soal pembiayaan pinjaman PTPTN untuk membolehkan ia disalurkan juga kepada pelajar- pelajar yang mengikuti kursus profesional.

Mulai pada tahun 2007, pembiayaan pendidikan PTPTN telah mula ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat kursus profesional di institusi pengajian tinggi awam secara sepenuh masa. Mulai tahun 2008, perkara yang sama dilanjutkan bagi mereka yang menduduki kursus profesional di institusi pengajian tinggi secara separuh masa dan jarak jauh. Perluasan skop ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan program pembelajaran sepanjang hayat kepada rakyat Malaysia bagi meningkatkan ilmu dan seterusnya menghasilkan tenaga kerja yang berprestasi tinggi.

Secara khusus, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Rembau, dua daripada kursus yang ditimbulkan dalam soalan beliau iaitu dengan izin, Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Chartered Institute of Management Accountants (CMA) ada ditawarkan oleh IPTA dan pelajar ini ada menerima pembiayaan pinjaman daripada PTPTN. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang lengkap tadi.

Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada kementerian dan juga kepada PTPTN, sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krau atas pengendalian tabung ini yang banyak membantu pelajar-pelajar.

Soalan saya mengenai soalan asal iaitu kursus profesional. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut bahawa pembiayaan telah pun diberi kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus profesional ini di IPTA. Soalan saya, adakah apa-apa perancangan supaya pembiayaan tersebut dapat diberi juga kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi swasta sama ada pembiayaan tersebut boleh ditampung oleh PTPTN memandangkan kekangan kewangan, memandangkan ramai juga pelajar-pelajar yang mengikuti kursus- kursus yang bertaraf antarabangsa ini di institusi pengajian tinggi swasta. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini kita belum ada cadangan untuk meluaskan lagi kepada kursus-kursus profesional yang ditawarkan di IPTS. Ini kerana kita memahami seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau tadi, kekangan di pihak PTPTN juga. Buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, kursus- kursus ini ditawarkan oleh 13 buah IPTA khususnya dalam bidang perakaunan walaupun tidak semua menawarkan kursus-kursus yang profesional itu. Akan tetapi PTPTN sudah pun menyediakan pinjaman, bantuan pinjaman kewangan kepada pelajar-pelajar kita yang mengikuti kursus perakaunan di 13 buah IPTA. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, mohon maklumkan kepada Dewan beban ataupun tanggungan semasa PTPTN membiayai kesemua pelajar.

Apakah sebenarnya reaksi rasmi kerajaan terhadap pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Tabung PTPTN baru-baru ini yang membayangkan kemungkinan pada tiga atau empat tahun ke hadapan, barangkali tabung PTPTN tidak mampu lagi membiayai pengajian pelajar-pelajar.

Di satu sesi lain, Tabung PTPTN menghadapi masalah pinjaman yang tidak dibayar. Pelajar-pelajar pula menyebut bahawa mereka tidak dapat kerja, macam mana hendak bayar? Jadi, bagaimanakah sebenarnya pendirian ataupun sikap kerajaan terhadap bayangan kemelut yang nampaknya tidak berkesudahan ini? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli Yang Berhormat Machang agak lari sedikit daripada soalan asal. Akan tetapi, saya jawab beginilah.

Pertamanya, kita memahami soal kekangan dan beban yang ditanggung oleh PTPTN dan mereka mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan balik bayaran itu termasuk misalnya usaha yang dibincangkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sudah ada keputusan tetapi saya tidak boleh umumkan. Yang Berhormat Menteri akan umumkan apakah keputusan perbincangan tersebut.

final • 10:00 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Akan tetapi pokoknya kita di pihak kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk membantu pelajar-pelajar kita yang memerlukan bantuan kewangan. Soal mereka yang belum membayar kerana belum mendapat kerja. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, PTPTN sangat bermurah hati untuk membantu mereka. Apa yang menjadi masalah kalau kita tidak dapat maklumat tentang mereka itu belum mendapat pekerjaan. Seandainya mereka belum mendapat pekerjaan memang kita tidak akan memaksa mereka untuk membayar, tidak mungkin ia mampu membayarnya.

Ada kes-kes di mana pelajar yang blacklisted, dengan izin, tetapi belum dapat kerja, tetapi mendapat tawaran untuk belajar di luar negara. Hukum biasanya ialah dia tidak boleh ke luar negara kerana namanya blacklisted tetapi kalau dia bertemu dengan PTPTN sebab dia belum bekerja tetapi dia dapat tawaran untuk belajar di luar negara. Itu pun pihak PTPTN akan cuba untuk membantu mereka dan ada kes yang mereka dibenarkan untuk ke luar negara untuk belajar kerana ada alasan yang cukup reasonable, yang boleh diterima oleh pihak PTPTN. Terima kasih.

final • 10:10 PM

2. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan, apakah langkah yang diambil oleh DBKL untuk melaksanakan perbelanjaan berhemat dan berjimat-cermat dalam bajet tahunannya memandangkan terdapat peruntukan dibelanjakan untuk projek-projek tidak perlu dan tidak urgensi.

final • 10:10 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, dalam melaksanakan perbelanjaan berhemat dan berjimat-cermat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menyediakan bajet pembangunan. Dengan memberi keutamaan untuk melaksanakan projek-projek yang memberi manfaat atau projek-projek charge points, dengan izin, serta mampu menjanakan faedah berganda dari aspek sosial dan ekonomi kepada rakyat.

Bagi tujuan ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk sama-sama memberi sumbangan dan input dan buah fikiran melalui sesi perbincangan dengan Ahli-Ahli Parlimen tanpa mengira kedudukan parti politik. Sesi dialog dengan pelbagai persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan serta agensi kerajaan.

final • 10:10 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan

Hasil pandangan ini akan diteliti oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan disesuaikan dengan cadangan dan projek-projek pembangunan yang telah disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Seterusnya bajet pembangunan akan dibincangkan di peringkat pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga di peringkat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Dari aspek kawalan perbelanjaan pula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa membuat pemantauan iaitu melalui beberapa siri mesyuarat jawatankuasa. Seperti Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan di peringkat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bagi projek-projek bantuan langsung kerajaan.

Manakala di peringkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pula ianya dipantau melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Pengesahan dan Jawatankuasa Pemantauan. Pelbagai proses mesyuarat yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini bertujuan supaya peruntukan yang telah disediakan dapat dibelanjakan secara berhemat. Di samping memastikan projek-projek yang telah dilaksanakan berjalan lancar.

final • 10:10 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Saya beri satu contoh kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat sedar bahawa DBKL kurang berhemah dalam belanjakan projek seperti jejantas yang menyeberangi Jalan Loke Yew depan rumah pangsa Sri Sabah. Sejak dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri, tidak pernah digunakan oleh orang ramai malah sudah dirosakkan oleh penagih-penagih dadah. Ini menunjukkan satu projek yang tidak dipantau dengan pastikan projek ini boleh mendapat manfaat kepada orang ramai. Ini membazirkan wang awam.

Saya ingin tahu, sejauh manakah DBKL akan lebih berhati-hati dan memastikan tidak berlaku ketirisan dalam projek-projek DBKL seperti saya bagi satu contoh di Jalan Bukit Bintang. Walaupun Jalan Bukit Bintang dinaik taraf siar kaki ini akan tetapi dihuni oleh peniaga-peniaga swasta walaupun siar kaki untuk memberi ruang untuk pejalan kaki lebih selesa. Akan tetapi dihuni oleh peniaga-peniaga gergasi seperti menjual coffee yang jenama, ais krim. Ini tidak mendapat manfaat oleh orang awam. Adakah DBKL akan mengkaji semula bahawa siar kaki ini tidak akan dihuni oleh sesiapa walaupun ada pengaruh dalam hal ini? Terima kasih.

final • 10:10 PM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana saya nyatakan tadi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur setiap perbelanjaan akan dan sedang dipantau oleh di pelbagai peringkat. Apa yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat mengenai jejantas. Setiap projek ataupun perbelanjaan dijalankan mengambil kira pelbagai aspek keperluan semasa, urgensi dan juga faedah kepada masyarakat. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat mengenai jejantas. Jejantas terlibat dengan ciri-ciri keselamatan khususnya jejantas yang disebutkan oleh Yang Berhormat berhampiran dengan kawasan perumahan. Kerajaan telah membina jejantas dengan harapan untuk memastikan ciri-ciri keselamatan kepada warga kota. Apabila kita membina jejantas kita harap warga kota menggunakan jejantas untuk memastikan keselamatan mereka, itu yang penting.

Kedua, mengenai walkway ataupun pavement yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Itu adalah salah satu ciri-ciri yang diperkenalkan untuk memastikan kawasan perumahan ataupun kawasan komersial menjadi lebih viable. Maka ada juga pelbagai peniaga mengambil kesempatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memastikan tindakan yang sewajarnya dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak bertanya Timbalan Menteri bagaimana penentuan suatu projek itu tidak perlu, perlu dan tidak urgent, tidak segera. Saya takut persepsi kita satu projek melihat dari segi politik sahaja. Kita hendak supaya persepsi satu projek itu berfaedah bukan dari segi kita tetapi dari segi penggunanya, penduduk dan sebagainya. Satu lagi yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi dan juga disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang. Ada terdapat projek-projek yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak digunakan oleh masyarakat seperti jejantas dan sebagainya.

final • 10:10 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Saya hendak tanya Menteri, sejauh mana peranan parti-parti politik pembangkang ini dalam menarik pengguna-pengguna kita supaya mereka sedar. Sebab projek dibuatkan untuk kebajikan mereka, untuk faedah, bubuh jejantas untuk mengelakkan daripada kemalangan. Bagaimana usahanya? Ataupun hanya pembangkang ini hendak cari kelemahan-kelemahan kerajaan akibat daripada ketidakturutan mereka dalam menggalakkan pengguna ini menjadikan satu projek itu tidak berfaedah. Jadi minta pandangan. Terima kasih.

final • 10:10 PM

Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana yang sebut tadi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan minta pandangan dan sumbangan daripada semua pihak termasuk Ahli-Ahli Parlimen daripada pembangkang. Khususnya jejantas ini adalah satu ciri-ciri keperluan dan setiap projek di Wilayah Persekutuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menjalankan dengan mengikut keperluan semasa, urgensi dan faedah. Ada juga projek-projek yang terlibat dengan pembangunan teknologi dan juga ciri-ciri keselamatan. Pihak pembangkang setiap kali apabila ada kemalangan contohnya di Kuala Lumpur kita telah terima tuduhan daripada parti-parti pembangkang. Di mana kata ini adalah kecuaian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana tidak membina jejantas.

Walau bagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah mengambil kira bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan khususnya pelbagai jabatan. Untuk memastikan melahirkan kesedaran di kalangan warga kota supaya mereka menggunakan bantuan- batuan melalui seperti jejantas digunakan secara baik. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 PM

3. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah kementerian bercadang untuk membekalkan pakaian dan kelengkapan secukupnya kepada anggota RELA kerana tugas yang dijalankan cukup mencabar pada hari ini.

final • 10:10 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini keanggotaan ahli RELA adalah terbahagi kepada dua kategori iaitu anggota tetap yang merupakan penjawat awam dan satu lagi adalah anggota sukarela.

final • 10:10 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Kementerian memang berhasrat untuk membekalkan pakaian seragam dan kelengkapan secukupnya kepada semua anggota RELA untuk digunakan semasa menjalankan tugas. Bagi anggota tetap selain daripada kumpulan sokongan, mereka telah dibekalkan dengan pakaian dan kelengkapan secukupnya.

Bagi anggota RELA secara sukarela pula yang kini berjumlah seramai 2.7 juta orang, pembekalan pakaian dan kelengkapan secukupnya diberi keutamaan kepada mereka yang aktif, oleh kerana mereka ini memerlukan pakaian dan kelengkapan tersebut untuk menjalankan tugas. Setakat ini, kementerian telah membekalkan sebanyak 305,500 pasang pakaian seragam kepada setiap seorang anggota RELA yang diberi keutamaan.

Selebihnya anggota-anggota yang lain daripada kumpulan ini akan dibekalkan pakaian secara berperingkat-peringkat berdasarkan kepada kemampuan dan peruntukan kewangan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan kos bagi membekalkan seorang ahli RELA dengan sepasang pakaian seragam yang lengkap adalah lebih kurang RM400. Ini bererti, sekiranya setiap anggota RELA secara sukarela yang masih belum dibekalkan dengan sepasang pakaian yang lengkap yang mana berjumlah seramai 2.4 juta orang, ia akan memerlukan peruntukan yang besar iaitu sebanyak RM960 juta. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan jawapan yang saya rasa lengkap. Cuma, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang anggota yang diberikan keutamaan ini di dalam pemberian pakaian kelengkapan ini iaitu mereka yang aktif.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Daripada jumlah yang disebutkan anggota RELA tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan mereka yang menerima pakaian kelengkapan ini ialah jauh bezanya iaitu 305,500 pasang berbanding dengan jumlah ahli RELA yang begitu ramai.

Jadi, saya melihat bahawa anggota RELA pada ketika ini mereka bertugas membantu pasukan keselamatan seperti PDRM dan sebagainya dalam membuat rondaan dan juga mengawal trafik lalu lintas.

Cuma, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, walaupun kata yang aktif tetapi dalam kategori mana yang aktif ini yang diberikan pakaian oleh kementerian? Ini kerana kita lihat apabila berlaku contohnya dalam musim perayaan, anggota RELA berkhidmat misalnya di tol-tol tertentu untuk menyuraikan lalu lintas, tetapi mereka ini kita lihat kadang-kadang hanya memakai vest dengan t-shirt sahaja. Jadi, nampak dari situ mereka tidak selesa dan orang awam pun tidak selesa melihat sedangkan mereka mengawal lalu lintas. Apakah mereka ini tidak diberikan pakaian yang lengkap seperti pakaian seragam mereka dengan sarung tangan putih yang boleh mengawal lalu lintas yang saya rasa secara tidak langsung akan menaikkan imej RELA itu sendiri dan juga imej kementerian sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang. Seperti mana yang telah saya nyatakan tadi, bahawa kalau daripada segi keanggotaan RELA yang secara sukarela ini memang begitu banyak iaitu 2.7 juta anggota, tetapi daripada segi peruntukan, apa yang saya telah maklumkan tadi bahawa seseorang yang perlu dibekalkan dengan pakaian seragam, daripada segi kosnya adalah lebih kurang RM400. Dari segi yang masih belum dibekalkan yang mana memakan belanja lebih kurang RM960 juta, jadi ini di luar kemampuan dan juga tiada dalam peruntukan kerajaan.

Oleh sebab itulah untuk memberi prioriti kepada anggota-anggota yang aktif bertugas seperti mana yang dilihat anggota-anggota yang aktif bertugas ini adalah pertamanya mereka yang membuat rondaan di kawasan-kawasan hotspot di bawah NKRA di mana anggota-anggota ini diwartakan sebagai PVR dan menjalankan tugas dan yang mana mempunyai kuasa-kuasa polis. Keduanya, RELA juga berperanan sebagai pengawal di lapangan terbang kecil ataupun STOLport yang kebanyakannya berada di kawasan- kawasan di Sarawak dan ada juga di Sabah. Ketiganya, tugasan aktif yang diberi keutamaan ini adalah mereka digunakan sebagai pengawal di depoh-depoh tahanan imigresen di seluruh negara dan juga di pusat perlindungan anti-pemerdagangan di Tanjung Keling, Melaka. Seterusnya juga, RELA berperanan sebagai pengawal pusat sasaran penting seperti di kompleks-kompleks CIQ, pos kawalan imigresen dan lain-lain lagi.

Selain daripada tugasan-tugasan yang dinyatakan di atas tadi, RELA juga membantu dalam tugasan yang berhubung kait dengan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran, mengawal lalu lintas dan sebagainya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menyebut sebentar tadi tentang sedikit peranan RELA itu. Cuma, saya ingin mendapatkan penjelasan sedikit jugalah tentang peranan hakiki RELA ini kerana selain daripada fungsi mereka di tempat-tempat yang memang perlu kepada tambahan pengawalan, tetapi saya lihat terdapat juga kehadiran mereka ini beruniform di tempat-tempat yang boleh menimbulkan ketidakselesaan di kalangan masyarakat. Sekarang kita sudah ada polis beruniform bersama tentera beruniform, di tambah pula dengan RELA beruniform di shopping complex contohnya. Saya lihat baru-baru ini di KLCC dengan kehadiran yang ramai. Kita tidak mahu kehadiran terlampau ramai mereka yang beruniform ini menghantar wrong signal kepada suasana keselamatan dan keadaan keamanan dalam negara. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kalau daripada segi tambahan soalan ini, ia terkeluar daripada soalan asal. Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan bahawa sekarang ini di bawah NKRA, kita perlu mengawal dalam mengurangkan kes-kes jenayah. Oleh kerana itu, omnipresent ini penting.

Jadi, itulah apa yang dilaksanakan hari ini.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Maka, dengan penggunaan ahli-ahli RELA ini sebagai PVR, dan termasuk anggota-anggota yang lain di tempat-tempat hotspot, maka apa yang kita lihat daripada hasil yang kita peroleh hari ini di bawah NKRA ini daripada segi pengurangan jenayah- jenayah yang berlaku, ia begitu ketara sekali. Jadi, apa yang kita lihat hari ini bahawa keadaan kita di dalam negara daripada segi keselamatan dan ketenteraman awam begitu baik sekali. Inilah hasil yang kita buat. Ia bukan memberi gambaran seolah-olah negara kita ini berada dalam keadaan yang huru-hara ataupun keadaan yang tidak menentu. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi ruang kepada saya untuk soalan tambahan. Merujuk kepada penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, tugas dan tanggungjawab RELA amat berat dan peranan mereka digalas dengan dibantu untuk memastikan negara dalam jaminan keselamatan yang cukup konsisten. Saya memohon penjelasan. Adakah mereka ini diberikan faedah daripada apa yang sepatutnya dari segi tanggungjawab yang telah mereka galas untuk sama-sama mereka menikmati daripada aspek keuntungan hasil daripada ketika mereka bersara? Di samping itu, saya ulangi lagi soalan saya yang lepas iaitu adakah mereka juga dilindungi oleh insurans ataupun insurans bermaksud kalau berlaku kemalangan dan sebagainya, mereka dilindungi 24 jam, kerana tanggungjawab mereka ini saya fikir sudah berdepan dengan jenayah yang besar yang kita dapati bahawa ada anggota RELA ini yang telah pun menempah maut semasa menjalankan tugas mereka itu.

Mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih sahabat saya daripada Kuala Langat ini. Saya rasa memang prihatin Yang Berhormat Kuala Langat berkaitan dengan anggota RELA ini ya. Apa yang saya ingin menekankan di sini bahawa memang ada imbuhan yang diberi kepada anggota-anggota sukarela ini dengan rate-rate yang tertentu.

Jadi daripada segi kadar, kalau hendak saya boleh memberi secara bertulis.

Sehubungan dengan insurans yang dilindungi oleh anggota-anggota RELA ini memang kerajaan peka terhadap kebajikan itu anggota-anggota RELA ini. Jadi kerana itulah bahawa kementerian kita memberi insurans sebagai perlindungan dalam berlaku sesuatu kejadian rentetan daripada tugas mereka ini.

[Soalan No. 4 - YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul. Khalid bin Ibrahim (Bandar Tun Razak) tidak hadir]

final • 10:30 AM

5. Tuan Haji Salleh bin Kalbi [Silam] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, adakah kementerian memantau kandungan berita yang disiarkan oleh program berita di TV2 edisi Mandarin dan Tamil memandangkan kandungan berita yang disiarkan didapati berbeza dengan berita arus perdana.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Selamat pagi dan salam 1Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

(KPKK) melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa memantau pengisian pemberita Mandarin dan Tamil di TV2 agak selari dengan berita arus perdana. Berita utama adalah selaras untuk semua saluran RTM yang bertujuan menyiarkan isu-isu semasa untuk khalayak. Walau bagaimanapun, edisi berita Mandarin dan Tamil lebih fokus mengenai berita berkaitan kaum Cina dan India dari pelbagai aspek yang mempunyai nilai pemberitaan yang tinggi berlandaskan garis panduan siaran yang ditetapkan. Sekian.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Salleh bin Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang ringkas dan padat.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Salleh bin Kalbi - Silam

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, bila kita melihat dari segi peranan dan tanggungjawab RTM terutamanya rangkaian TV2, saya dapati barangkali dari segi bahasanya kita tidak faham terutamanya berita Mandarin ataupun Tamil. Namun analisis yang saya peroleh, kita dapati berita-berita tentang negeri Sabah dan Sarawak yang ada hubung kait dengan masyarakat Cina dan masyarakat India tidak begitu menonjol dan tidak diberi keutamaan.

Adakah kementerian bercadang supaya menambah kemudahan-kemudahan contohnya kamera diwujudkan di kawasan-kawasan tertentu terutama di zon Tawau, zon Sandakan ataupun tambah lagi, dibuka balik pejabat RTM di kawasan Parlimen Silam supaya ini kita dapat membuat liputan yang ada nilai berita sebab sebagai contohnya kalau di Parlimen Silam sendiri ada masyarakat India yang jumlah pengundi pun tidak kurang penting dan banyak, 908 orang bagi saya itu sangat bernilai.

Saya berharap supaya kementerian di masa akan datang boleh memikirkan sesuatu yang terbaik bagi dapat mengembangkan lagi konsep 1Malaysia ini dapat difahami oleh semua pihak dan semua lapisan kaum. Oleh sebab itu kita menilai perkara ini penting supaya fahaman masyarakat Cina ataupun masyarakat lain di negeri-negeri yang lain juga terutamanya di Sabah dan Sarawak itu dapat diambil perhatian sama sebagai sesuatu yang dinilai kerana mereka juga rakyat Malaysia di negara ini. Mohon jawapan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, berita yang disiarkan di TV2 merangkumi berita nasional berbahasa Malaysia, berbahasa Inggeris, berbahasa Mandarin dan berbahasa Tamil. Semua berita ini berkongsi kandungan yang sama untuk blok pertama iaitu segmen buletin utama. Manakala kandungan segmen seterusnya mungkin berbeza antara berita kerana tumpuan diberikan kepada cita rasa dan keperluan masyarakat.

Permintaan tambahan kamera kementerian akan melihat isu ini memandangkan kelengkapan kamera ini telah dibekalkan kepada negeri mengikut peruntukan yang ada.

Kementerian akan melihat kepada keperluan tambahan di kawasan Yang Berhormat dan di kawasan-kawasan lain. Walau bagaimanapun, untuk jangka masa ini kami akan menambahkan perkhidmatan jurukamera sambilan. Sekian.

final • 10:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan kepada Timbalan Menteri. Saya dapati bahawa ada berita yang disiarkan oleh RTM ini kadang-kadang berita itu disiarkan mengambil isu-isu lama untuk dipaparkan seolah-olahnya berlaku keadaan yang tidak selesa. Khususnya baru-baru ini bila disiarkan satu berita tentang pusat pelupusan sampah di dalam kawasan Pokok Sena. Kemudian dikritik kononnya saya tidak ambil peduli dan sebagainya. Sedangkan isu itu ialah isu yang berlaku selepas daripada pilihan raya 2008 dan sekarang ini tindakan itu sudah tidak berlaku lagi. Soal keadaan yang tidak menyenangkan di tempat pelupusan sampah.

Jadi saya lihat bahawa macam ada didalangi oleh kepentingan politik UMNO bahagian Pokok Sena untuk menimbulkan seolah-olahnya keresahan di kalangan masyarakat. Hakikatnya, bila saya pergi melawat balik bahawa memang perkara telah pun saya kemukakan kepada Majlis Bandaraya, sudah mengambil tindakan sudah sekian lama.

Jadi, saya harap bahawa RTM ini harus berhati-hati dalam menyiarkan berita- berita yang tidak benar. Jadi, jangan sampai RTM itu dilihat. Memang pun telah dilihat bahawa sebagai rehat tunggu mati sahaja. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, kalau hendak jawab boleh jawab.

final • 10:30 AM

Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, itu yang mengatakan Yang Berhormat itu satu contoh, jangan orang buat lagi. Itu awareness. Itu kita tunjuk tempat yang teruk mana sampah yang banyak. So, kita jangan buat lagi kepada orang lain. Sekian.

final • 10:30 AM

6. Dato’ Ibrahim bin Ali [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh manakah kejayaan TERAJU yang diletak di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera bagi menentukan pemilikan Ekuiti Bumiputera dalam sektor utama dapat mencapai 30 peratus menjelang 2020. Apakah TERAJU diberi kuasa eksekutif seperti mana PEMANDU bagi memastikan TERAJU benar-benar berkesan dalam menjalankan tugasan dan peranannya.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Pasir Mas ya. Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ditubuhkan bertujuan untuk menentukan agenda bumiputera dilaksanakan pelbagai peringkat kerajaan dan untuk mentransformasikan serta memperkukuh agenda pembangunan sosial ekonomi bumiputera khusus bagi merapatkan jurang ekonomi masyarakat perniagaan dan perdagangan bumiputera dengan bukan bumiputera seperti yang dihasratkan dalam model ekonomi baru.

Bagi membolehkannya bertindak secara berkesan merentasi sektor atau dengan izin, cross sectoral maka ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. TERAJU melapor terus kepada Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dianggotai Yang Berhormat Timbalan Menteri beberapa orang Menteri Kabinet, agensi-agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan GLC dan badan bukan kerajaan NGO. Dengan cara ini sebarang intervensi strategik melibatkan agenda bumiputera dapat dibuat dengan cepat dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, manakala penglibatan agensi-agensi kerajaan dan GLC dalam MTAB membolehkan mereka untuk turut terlibat, membuat keputusan dan melaporkan terus kepada MTAB dalam isu-isu yang melibatkan agenda bumiputera. MTAB bukan sahaja memberikan hala tuju kepada pelaksanaan agenda bumiputera tetapi lebih daripada itu membuat keputusan sekiranya ada sebarang blockage dengan izin dalam pelaksanaannya dan ini membolehkan agenda bumiputera dilaksanakan secara berkesan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Sejak ditubuhkan, TERAJU telah menyelaras dan memantau polisi dan pelaksanaan agenda bumiputera serta mencadangkan intervensi strategik di pelbagai kementerian. Hasil pemantauan ini, TERAJU melaporkan kepada MTAB langkah-langkah yang harus diambil. Engagement dengan izin, antara TERAJU dengan kementerian serta agensi kerajaan dilaksanakan secara berterusan bagi membolehkan sebarang kelemahan dalam pelaksanaan agenda bumiputera dikenal pasti dan diperbetulkan segera. Untuk menentukan keputusan MTAB dilaksanakan, Jawatankuasa Pelaksanaan TERAJU (TDC) diwujudkan.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dianggotai oleh Timbalan Menteri Kewangan serta agensi-agensi kerajaan berkaitan. Ia bermesyuarat setiap dua minggu sekali. Oleh sebab TDC dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dibantu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, maka sekiranya ada sebarang isu berbangkit atau kelemahan dalam pelaksanaannya, ia boleh dibawa terus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Kabinet. Mekanisme ini membolehkan sebarang isu dan aktiviti berkaitan dengan agenda bumiputera dibawa secara langsung kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Kabinet.

Saya percaya mekanisme ini telah membolehkan TERAJU memainkan peranannya dengan efektif. Kita yakin pendekatan keterangkuman yang dilakukan oleh TERAJU bukan sahaja akan membantu menjayakan sasaran pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera menjelang 2020 tetapi juga untuk menentukan bumiputera menguasai ekuiti tersebut. Selain itu, pendekatan TERAJU yang bersifat merentasi sektor, saya ulangi, selain itu pendekatan TERAJU yang bersifat merentasi sektor ini juga akan dapat merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin melihat penyertaan bumiputera dalam sektor-sektor yang kurang disertai pada masa ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya ini.

final • 10:40 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apakah Yang Berhormat sedar sampai hari ini satu pun belum ada pengumuman ETP oleh TERAJU setakat ini. Jadi, memandangkan masa kalau diambil kira tahun 2020, hanya ada lapan tahun sahaja lagi, tujuh tahun sahaja lagi untuk ditentukan bahawa pencapaian ekonomi bumiputera dalam semua lapangan, dalam semua perkara sebanyak 30 peratus. Jadi walaupun Yang Berhormat jawab yakin, semua jawapan yakin, bila sampai tiba nanti, lain jadinya. Jadi saya bertanya sedemikian sebab peruntukan untuk TERAJU hanya RM17 juta sahaja tahun 2012. Berapa ramai kakitangan TERAJU, cukupkah kakitangan? Berbanding dengan PEMANDU yang mendapat RM700 juta peruntukan bagi tahun 2012.

Apakah, kita tengok dari segi perbezaan peruntukan begitu besar sekali di antara PEMANDU dengan TERAJU. Manakala agenda mencapai 30 peratus ini adalah agenda nasional. Saya ulang balik, ia satu perkara yang begitu penting selain daripada kepentingan hendak melonjak ekonomi negara, hendak memajukan pertumbuhan ekonomi negara tetapi semua kejayaan ini tidak akan dikira kejayaan kalau pencapaian 30 peratus untuk kaum bumiputera tidak tercapai dan TERAJU adalah harapan terakhir bagi kaum bumiputera.

Akan tetapi saya tengok dari segi peruntukan, dari segi kakitangan, jauh daripada mencukupi termasuklah sampai hari ini belum ada pun lagi pengumuman ETP seperti mana yang dibuat oleh PEMANDU. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pasir Mas. Pertama, pengumuman setakat ini belum dibuat. Pada minggu depan saya dimaklumkan Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai TERAJU iaitu program teras iaitu syarikat bumiputera berprestasi tinggi yang diambil dalam 1,100 yang disebut sebagai landasan untuk dimajukan ke peringkat yang lebih tinggi, so kita tunggu.

Kedua, adakah peruntukan yang diberi kepada TERAJU itu cukup berbanding dengan yang ada untuk PEMANDU. Untuk makluman Yang Berhormat, TERAJU adalah sebahagian daripada Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang merangkumi Unit Perancang Ekonomi dan juga segala agensi pelaksanaan yang lain. Contohnya kementerian-kementerian, itu sebabnya di dalam MTAB, kita ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menterinya, jumlah Menteri yang ada di situ adalah hampir lebih kurang sepuluh orang Menteri, yang ada dalam semua kementerian. Maka mereka juga menjadi induk kepada agenda 30 peratus bumiputera. Selain daripada itu, GLC juga terlibat. Maka bila kita kata kakitangan, kita kena lihat TERAJU itu sebagai satu agensi pemudah cara. Maka semua kakitangan terlibat dalam agenda ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas, kita berharap dalam tempoh beberapa bulan akan datang ini, bentuknya akan terjadi kerana usaha tiga program di bawah TERAJU itu, satu Teras, dua, Dana Mudah Cara, Facilitation Fund yang diberi RM2 bilion khas untuk ini. Ketiga, Skim Jejak Jaya Bumiputera. Setakat ini saya dimaklumkan, Jejak ini ada enam syarikat yang sudah masuk dalam Bursa akibat daripada intervensi sebegini. Maka pengumuman akan dibuat supaya ia lebih mantap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita lihat dari segi dasar memang cantik dan indah, kita tidak nafikan. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar atau tidak, saya melihat pelbagai dakwaan yang saya rasa kalau tengok dari segi surface dengan izin, memang betul pun. GLC sendiri dilihat enggan memberi kerjasama kepada Agenda Ekonomi Bumiputera, GLC sendiri, itu kita belum kira syarikat-syarikat swasta yang lain.

Adakah di sini menunjukkan kata TERAJU ini tidak diberi fokus oleh kerajaan secara lebih menyeluruh kerana dulu kita ada seorang Menteri, sekarang kita tidak ada Menteri, Menteri bertanggungjawab dia pegang pelbagai agensi, bermakna dia tidak dapat memberikan fokus kepada agenda bumiputera.

Jadi, boleh atau tidak dalam hal ini untuk pastikan dalam masa tujuh tahun tidaklah begitu lama, tujuh atau lapan tahun tidaklah begitu lama untuk pastikan bahawa TERAJU ini diterajui oleh pengerusi yang bertaraf Menteri untuk sekurang-kurangnya menyampaikan fakta sebenar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk keseluruhan agenda bumiputera, bukan sedikit, pelbagai sektor, pelbagai bidang yang terlibat.

final • 10:40 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Jadi dalam hal ini adakah kementerian benar-benar sedar dan bersedia untuk merancang, untuk memastikan memberikan keutamaan ataupun fokus kepada keseluruhan Agenda Pembangunan Ekonomi Bumiputera ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya telah pun memasukkan jawapan itu kepada Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Akan tetapi saya menerima baik apa yang dimajukan. Untuk tahun depan, 2020, TERAJU akan dapat peruntukan dalam bajet RM200 juta yang dikatakan. Yang pentingnya, banyak program telah dibuat, cuma kita kena balik kepada keberkesanan. Maka saya balik kepada struktur yang saya telah katakan tadi. MTAB itu dipengerusi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, agenda ini adalah agenda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri melalui TERAJU dan juga MTAB. Bukan sahaja teraju-teraju melihat kepada konsep enterprise berskala kecil dan semakin berpecah bumi-centric. Saya beritahu sedikit kriteria ini. Fokus kepada sektor berimpak kecil kepada KDNK.

Kebergantungan kepada bantuan kerajaan, menjadi isu, kita melihat balik. Berskala besar untuk memasuki pasaran serantau global. Kolaborasi tulen dengan pihak asing iaitu luar negara dan bukan bumiputera. Fokus kepada sektor yang impact KDNK yang tinggi dan dipacu sektor swasta. Maka ianya adalah begitu spesifik. Maka untuk makluman Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat mahu seorang Menteri khusus untuk menjaga TERAJU ini. Itulah yang diajukan saya rasa.

final • 10:40 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Yang Berhormat Pasir Mas pun ada dalam soalannya. Meletakkan ini sebagai dia punya fokus. Maka perkara ini boleh saya bawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya rasa MTEB itu adalah di bawah naungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri untuk menjaga agenda ini. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi bahawa kalau ia tidak terjadi pada tahun 2020, menjadi perkara yang serius.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Izin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Allah, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Mana satu? Yang Berhormat Kuala Selangorkah atau Yang Berhormat Sri Gading, Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tadi Barisan Nasional.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dia bukan kira Barisan Nasional lagi. Ini kira Melayu.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat. Siapa yang dipanggil, itulah yang mengemukakan soalan.

final • 10:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kuala Selangor pun Melayu.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini apa yang dipandang oleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Lain kali Yang Berhormat Kuala Selangor saya panggil.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Peluang dia nanti. Nanti, nanti.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekadar terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Soalan yang baik, tindakan akan diambil, dia tidak menjawab persoalan Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Arau. Tidak menjawab, Tuan Yang di- Pertua. Dasar Ekonomi Baru gagal. 20 tahun, Tuan Yang di-Pertua. Gagal. Tidak sampai mencapai 30 peratus yang diuar-uarkan. Gagallah, Tuan Yang di-Pertua. Yalah, kita berani.

Orang yang berani ialah berani mengakui. Mengakui kegagalan. Itu berani. Berani...

[Ketawa] Soal dulu, dulu. TERAJU ini satu lagi. UMNO kuat dan gagah. UMNO dia perjuangan untuk bangsa tidak pernah berubah...

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kuat tetapi gagal.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Macam PAS berubah dulu.

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kuat tetapi gagal.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dulu PAS Islam, Islam, Islam.

Kebajikan pula. Ini PAS. Dia berubah.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Fokuskan, Yang Berhormat Sri Gading kepada TERAJU.

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

UMNO tidak berupaya jadi teraju.

UMNO gagal jadi teraju kepada Melayu.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini sahabat saya, Yang Berhormat Pokok Sena dia mengacau, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya pesongkan sedikitlah.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi ini harapan supaya janganlah. Saya fahamlah supaya harapan orang Melayu yang juga disokong oleh kaum- kaum yang lain kerana mereka sedar Melayu ketinggalan dalam segi ekonomi. Jadi harapan kita supaya benar-benarlah. Tujuh tahun hingga lapan tahun bukanlah satu masa yang panjang. Jadi kalau kata Yang Berhormat tadi jawab tujuh bulan hingga lapan bulan nanti, astaghfirullahalazim. Saya mengucap panjanglah. Tujuh bulan hingga lapan bulan lagi. Sekarang ialah masa bertindak. Sekarang masa bertindak... [Disampuk] Soalanlah ini, bukan? Inilah soalan. Jadi bagaimana tindakan yang betul-betul agaknya berkesan untuk sampai kepada matlamat yang kita harap-harapkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah kepada Yang Berhormat Sri Gading. Pada 26 November, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melancarkan pelancaran hala tuju transformasi ekonomi bumiputera. Maka segala-galanya akan ada di sana. Tolong ikuti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tidak boleh lagi. Sudah maksimum tiga soalan. Lain kali saya panggil.

final • 10:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sah Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana.

final • 10:50 AM

7. Tuan Matulidi Jusoh [Dungun] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, berapakah bilangan pelajar-pelajar sarjana dan doktor falsafah yang ditawarkan yuran pengajian secara percuma dan apakah bidang pengkhususan pengajian yang ditawarkan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ll - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Sebenarnya IPTA tidak menawarkan yuran pengajian percuma kepada pelajarnya termasuklah ataupun terutamanya peringkat sarjana dan PhD. Walau bagaimanapun bagi sesetengah pelajar, yuran pengajian mereka ditanggung oleh pihak penaja yang terdiri misalnya oleh JPA, MARA, KPT, yayasan negeri dan badan-badan korporat. Namun menyedari hasrat untuk meningkatkan keupayaan modal insan negara dan pembangunan dengan izin, public intellectual, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terdapat program penajaan yang dikenali sebagai Program MyBrain15 yang meliputi Program MyMaster dan MyPhD.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ll - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Penajaan ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS yang terpilih dengan dibiayai yuran pengajian mereka mengikut jumlah maksimum iaitu kalau peringkat sarjana sebanyak RM10,000 dan kalau peringkat PhD sebanyak RM24,000. Program-program ini terbuka kepada graduan yang belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap, kakitangan sektor swasta dan pensyarah institusi pengajian tinggi swasta.

Sehingga 17 November 2011, seramai 5,481 orang telah diluluskan untuk ditaja di bawah Program MyMaster dan seramai 1,201 orang di bawah program MyPhD. Bidang- bidang pengajian yang diberikan penajaan adalah semua bidang pengkhususan berkaitan sains dan teknologi dan beberapa bidang dalam sains sosial dan sastera ikhtisas.

Bilangan yang disebutkan tadi tidak termasuk penajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua pada tahun 2009 di mana kementerian telah menyediakan program pembiayaan yuran pengajian khusus kepada 9,399 orang pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah di IPTA dan IPTS dengan pembiayaan yuran sehingga RM10,000 bagi peringkat sarjana dan RM20,000 di peringkat PhD. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Matulidi Jusoh - Dungun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Tuan Yang di- Pertua, saya difahamkan kos tanggungan bagi yuran pengajian peringkat sarjana pada masa ini adalah antara RM2,000 hingga RM2,400 manakala yuran pengajian bagi pengajian doktor falsafah pula antaranya RM2,600 hingga RM3,100. Sudah pastilah kos ini akan memberi beban kepada mana-mana penajaan ataupun tanggungan sendiri. Dalam masa yang sama, kerajaan menyasarkan pada tahun 2023, rakyat dalam negara ini akan mempunyai kelulusan PhD seramai 60,000 orang.

Soalan tambahan saya, sejauh manakah program MyBrain15 dapat memenuhi sasaran ini dan nyatakan bilangan tempat dan peruntukan yang disediakan dan adakah kerajaan berhasrat untuk memberikan pinjaman PTPTN kepada mereka yang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan juga doktor falsafah termasuk mereka yang berusia 50 tahun ke atas kerana hendak memenuhi tuntutan sasaran kerajaan ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya sebahagian daripada soalan tambahan Yang Berhormat tadi telah pun saya himbau semasa menjawab soalan asal iaitu dari segi jumlah permohonan yang telah diluluskan.

Sebenarnya untuk menambah lagi kepada penambahan jumlah mereka yang mempunyai kelulusan pasca siswazah ini, pada tahun ini kita memperkenalkan satu lagi skim yang kita panggil PhD Industri. PhD Industri ini Tuan Yang di-Pertua dibuka kepada eksekutif- eksekutif yang bekerja di industri-industri yang terpilih dan kita memberikan tawaran penajaan pengajian kepada mereka. Target kita pada tahun ini ialah seramai 100 orang dan kita telah meluluskan untuk 86 orang.

Soal kos yang terpaksa ditanggung oleh pelajar yang membuat ijazah lanjutan atau pascaijazah ini memang kita sedia maklum, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi tanggungjawab utama kita ialah untuk membantu pelajar-pelajar yang pada peringkat ijazah pertama. Pascaijazah walaupun sangat mustahak tetapi kita tidak mungkin boleh menanggung semua perbelanjaan ataupun kos pengajian yang diperlukan. Oleh sebab itu ada Program MyBrain15 dan ada rangsangan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua untuk membantu mereka melanjutkan pelajaran mereka. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman dan bijaksana. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ucapkan tahniah di atas beberapa pengenalan pendekatan yang agak inovatif, kreatif dengan apa yang disebutkan sebentar tadi sebagai Program PhD Industri.

Cumanya mungkin saya akan bertanya soalan tambahan yang mungkin tidak berapa adil kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Mungkin memerlukan semakan. Akan tetapi ingin saya tahu Tuan Yang di-Pertua, berapakah jumlah peratus pelajar yang kita taja yang berjaya? Sebaliknya berapa juga yang gagal? Dan apakah sebab-sebab kegagalan yang sepatutnya mereka yang diberi peluang ini Tuan Yang di-Pertua telah pun disaring.

final • 10:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itu soalan tambahan pertama dan kalau boleh saya sambung sedikit, apakah langkah-langkah yang secara lebih konkrit untuk memastikan bekalan PhD ataupun kualiti PhD yang kita dapat supaya bekalan kualiti PhD graduate itu datangnya antara lain daripada Top Notch University. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 11:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dato' Saifuddin bin Abdullah

Tahu pun dia tidak adil. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Peratusan itu saya akan jawab secara bertulis. Akan tetapi untuk yang kedua itu kita memang sentiasa memperbaiki sistem yang ada. Sama ada di peringkat IPTA dan juga IPTS dan yang lebih mustahak juga ialah kolaborasi kita dengan universiti-universiti yang utama di luar negara. Sebab itu apabila kita menyebut soal pasca siswazah, ia bukan hanya terhad kepada program masters dan juga PhD tetapi juga postdoctoral diploma, kursus- kursus pendek yang kita hantar pensyarah-pensyarah kita ke universiti-universiti yang utama di dunia.

Seperti yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, dari satu segi ini ialah soal pembangunan modal insan. Dari segi yang lain yang lebih mustahak yang saya percaya Yang Berhormat juga memahaminya ialah soal bagaimana kita membina budaya intelektual dan melahirkan lebih ramai dengan izin, public intelectuals sebab kita tidak hendak nanti ada seorang Frank Furedi pula lahir di Malaysia. Kalau Frank Furedi boleh melahirkan buku yang berjudul dengan izin, “Where have all the intellectuals gone” di Amerika Syarikat kita tidak mahu nanti ada Frank Furedi Malaysia pula menulis tentang, “Where have all the intelectuals gone” dalam konteks kita. Terima kasih.

final • 11:00 PM

8. Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan, kriteria menjadi ahli lembaga pengawasan syariah di Bank Negara dan bank-bank lain yang rata-ratanya terdiri dari ahli-ahli akademik. Adakah cadangan kerajaan untuk melantik lebih ramai orang yang mahir di dalam perbankan Islam dari kalangan pentadbir, peguam dan peguam syarie, akauntan dan mereka yang terlibat dalam kerja lapangan.

final • 11:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia sentiasa mengambil pendekatan menyeluruh dan mempertimbangkan keperluan semasa dalam menetapkan kriteria pelantikan ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah di peringkat pusat dan juga Ahli-ahli Jawatankuasa Syariah di setiap institusi kewangan Islam yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Komitmen kerajaan dalam mempertingkatkan bilangan tenaga mahir dalam bidang syariah dan kewangan Islam dilaksanakan melalui pembentukan rangka kerja tadbir urus syariah yang dilaksanakan pada bulan Oktober 2010 yang mewajibkan setiap institusi kewangan Islam melantik sekurang-kurangnya lima orang Ahli Jawatankuasa Syariah.

Menurut garis panduan yang lama, jumlah minimum Ahli Jawatankuasa Syariah adalah tiga orang sahaja. Kriteria pemilihan telah mengambil kira satu kelayakan yang khusus untuk memahami teks-teks syariah. Kedua, penguasaan dalam kajian sumber- sumber syariah seperti al-Quran, sunah dan kitab-kitab rujukan feqah. Ketiga, pengalaman yang luas dalam industri kewangan. Dan keempat, kebolehan mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut dalam membincangkan isu-isu kewangan contemporary. Kriteria pelantikan ahli Majlis Syariah di peringkat pusat telah termaktub di dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang menetapkan bahawa anggota Majlis Penasihat Syariah mesti mempunyai kelayakan dalam syariah atau mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam syariah dan bidang- bidang berkaitan terutamanya bidang perbankan, kewangan dan undang-undang.

final • 11:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Rangka kerja tadbir urus syariah bagi institusi-institusi kewangan Islam pula menggariskan bahawa satu majoriti Ahli Jawatankuasa Syariah iaitu sekurang-kurangnya tiga dari lima yang dilantik oleh institusi kewangan Islam mesti berkelulusan minimum ijazah sarjana muda dalam bidang syariah dari universiti-universiti yang diiktiraf yang menguasai dan memiliki pengetahuan yang baik dalam bahasa Arab serta mempunyai kefahaman dalam bahasa Malaysia serta bahasa Inggeris.

Kedua, institusi-institusi kewangan Islam juga digalakkan agar mempertimbangkan kepelbagaian latar belakang akademik, pengalaman dan pengetahuan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Syariah dan ketiga institusi-institusi kewangan Islam perlu mengambil kira keperluan penglibatan pakar-pakar untuk rujukan daripada pelbagai bidang seperti kewangan, undang-undang, perakaunan dan ekonomi bagi memberikan pandangan sewajarnya dan bagi membantu Ahli Jawatankuasa Syariah dalam perbincangan sesuatu isu syariah.

Berdasarkan rekod Bank Negara Malaysia jumlah Ahli Jawatankuasa Syariah bagi sektor kewangan Islam di Malaysia telah meningkat daripada empat orang pada tahun 1983 kepada lebih 140 orang pada hari ini. Ahli-ahli Jawatankuasa Syariah tersebut terdiri daripada pakar-pakar syariah yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang syariah 117 orang dan pelbagai bidang yang lain 24 orang. Di peringkat pusat pula, ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia terdiri daripada 11 orang pakar penasihat yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dalam bidang masing-masing seperti syariah, undang-undang dan ekonomi berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan mempunyai penglibatan aktif dalam perbincangan isu-isu syariah dan kewangan Islam di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 PM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti mana yang kita sedia maklum dan saya rasa juga dalam makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri terdapat beberapa produk perbankan Islam dalam negara kita ini yang masih menimbulkan kontroversi di peringkat antarabangsa, malah dalam persidangan KLIF baru-baru ini pun timbul beberapa isu kontroversi yang menjadi perdebatan.

Antara sebab-sebab yang menimbulkan kontroversi ini ialah mungkin kerana saya tidak menafikan keupayaan Lembaga Penguasaan Syariah yang sudah ada sekarang ini kepakaran mereka dalam perbankan, kontrak khasnya yang berkaitan dengan Islamic Banking Act dan perkara ini telah pun disebut juga dalam satu kes yang telah diputuskan di mahkamah. Malayan Banking Bhd vs Yaakob, 2007 di mana decision dibuat oleh judge dalam perkara tersebut. Cumanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya melihat juga keperluan kepada kita meletakkan di dalam Lembaga Penguasa Syariah ini bukan sahaja mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang.

Tadi telah disebut ramai juga graduan 100 lebih yang graduan dalam bidang syariah tetapi pakar-pakar yang memiliki keupayaan untuk bukan sahaja untuk menghubungkan syariah itu dengan Islamic Banking Act yang kita ada sekarang ini tetapi yang mempunyai keupayaan untuk berani dengan fatwa-fatwa dengan peraturan dan hukum-hukum yang lebih contemporary sifatnya yang tidak bercanggah dengan syarak sehingga jangan kita nanti dilihat sebagai pioneer di dalam Islamic banking ini ketinggalan ataupun bermudah-mudahan dalam urusan-urusan hanya kerana kita ingin mendapat keuntungan-keuntungan tertentu.

Soalan tambah kedua saya ini adalah tentang satu pendebatan baru-baru ini di dalam satu Yahoo Group tentang kedudukan INCEIF sebagai institusi dilihat tidak mungkin contemporary sifatnya tetapi tidak berpegang kepada dasar-dasar syariah ataupun dasar- dasar feqah muamalat itu sendiri dan ‘Inself’ hanya dilihat sebagai institusi untuk melahirkan graduan-graduan syariah komersial untuk mengisi tuntutan ataupun demand yang cukup tinggi di dalam Islamic banking sekarang ini. Terima kasih.

final • 11:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Pandangan Yang Berhormat memang diterima bahawa perlu ada kepelbagaian dan perlu ada ruang untuk pelbagai kepakaran, tidak semestinya yang khusus kepada syariah semata-mata. Ini memang ada diberi ruang dalam rangka kerja yang diikuti oleh syarikat-syarikat kewangan Islam ini. Memang ada ruang.

final • 11:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Cuma, majoritinya masih ditekan kepada mereka yang mempunyai kelayakan khusus dalam bidang-bidang syariah. Itu pun mereka juga masih boleh menggunakan pakar-pakar rujuk.

Tentang produk-produk yang mungkin dianggap kontroversial, memang kita akui dalam pengalaman pelaksanaan di Malaysia ini, bahawa kadang-kadang produk itu dari segi prinsipnya menepati syariah compliance tetapi kadang-kadang dari segi market conductnya, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, mungkin kelihatan cara pengendalian produk-produk tersebut sedikit lari daripada prinsipnya. Ada terdapat pengalaman di mana Bank Negara Malaysia terpaksa menarik balik ataupun mengarahkan institusi-institusi terlibat supaya memberhentikan penawaran produk-produk tersebut kerana sudah lari dari segi market conductnya, dengan izin.

Dari segi keseluruhan untuk mengimbangi perlunya Malaysia menghasilkan produk-produk kewangan yang boleh diterima umum dan pada masa yang sama kita perlu juga ketahui bahawa ada juga yang tidak diterima oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia ini dari segi syariah compliancenya, ini adalah satu perkara yang perlu diimbangi. Kalau kita terlalu rigid pelaksanaannya seperti mana Yang Berhormat katakan tadi, mungkin kita ketinggalan. Ada negara-negara lain yang boleh ke hadapan. Pada masa yang sama, kalau kita terlalu longgar, maka kita juga kelihatan terlalu mudah untuk melaksanakan sehingga ada pengamal-pengamal yang tidak dapat menerimanya. Ini suatu usaha yang berterusan dan penglibatan pakar-pakar rujuk dan juga penasihat-penasihat syariah ini begitu penting sekali.

Saya rasa banyak pengalaman telah dipelajari semasa pelaksanaan sistem kewangan Islam ini yang kita lalui di Malaysia ini secara berperingkat-peringkat daripada kita bahagikan pelaksanaan kewangan Islam negara kita kepada tiga peringkat.

Pertamanya, peringkat awal pada tahun 1983 sehingga tahun 1992, kemudian peringkat pertengahan dari tahun 1993 sehingga tahun 2000 dan sekarang ini mulai tahun 2001 kita merasakan bahawa kita sudah berada di peringkat yang lebih advance untuk memajukan kewangan Islam di negara kita. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan pada soalan asal tadi menampakkan ada suatu tanda-tanda keyakinan berkaitan sumbangan pakar-pakar di dalam pembangunan bank-bank patuh syariah ini.

Yang Berhormat, cuma dari segi sumbangan pakar-pakar ini, mungkin kita tidak ada keraguan di sana. Yang menampakkan berlaku tidak keseimbangan ini ialah pelaksanaan kepada dasar-dasar tersebut Yang Berhormat, di mana dalam banyak keadaan, kita melihat di dalam media-media baru umpamanya, yang mengatakan bank- bank Islam yang tidak mempunyai ciri-ciri Islam. Hasil daripada pembayaran balik peminjam contohnya, membayangkan bank Islam ini tekanannya lebih daripada bank-bank konvensional yang lain. Begitu juga dengan suasana di lobi-lobi. Pengguna dan peminjam terpaksa beratur lebih lama yang tidak menampakkan ciri-ciri Islamik. Mungkin tarikan untuk ke bank Islam ini kerana kita menjanjikan yang tidak ada faedah atau tidak ada interest di sana. Kita perlu ingat bahawa tiada interest ini bukan sahaja saranan agama Islam tetapi kepercayaan lain seperti Kristian dan Yahudi pun menyarankan supaya tidak ada interest.

Agama yang turun dari langit menyarankan tidak ada interest dalam bentuk pinjaman dan sebagainya.

Jadi apakah Yang Berhormat kira pelaksana-pelaksana dasar ini memahami sebenarnya semangat yang dibawa oleh pakar-pakar kita ini ketika menggagas perbankan Islam ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Saya merasakan masalah-masalah yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat ini memang banyak kedengaran di peringkat awal. Bagaimana produk-produk yang dihasilkan melalui sistem kewangan Islam ini seharusnya mempunyai daya saing supaya tidak terlalu menekan pengguna jika berbanding dengan produk-produk yang bukan patuh syariah.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Akan tetapi hari ini saya rasa aduan-aduan seperti itu sudah banyak berkurangan kerana sistem kewangan Islam negara kita sendiri sudah pun menjadi lebih pelbagai atau lebih banyak pemainnya dan lebih kompetitif. Tidak mungkin umpamanya 17 buah bank Islam: sembilan buah bank yang mempunyai Islamic window; lima buah bank Islam antarabangsa, yang beroperasi semuanya di negara kita ini mengamalkan produk-produk yang sama ataupun dari segi prizingnya sama sehingga pengguna tidak ada pilihan lagi untuk memilih di antara produk-produk yang dihasilkan oleh begitu banyak institusi kewangan dan perbankan yang ada.

Saya rasa oleh kerana wujudnya persaingan yang lebih hebat dan ketara ini, maka aduan-aduan yang dibuat ini sudah semakin berkurangan. Saya harap bahawa suatu masa nanti kita lihat bahawa sistem kewangan Islam bukan sahaja kompetitif dan boleh diterima oleh penganut agama kita, tetapi bahkan sudah terbukti sesetengah produk yang dihasilkan melalui sistem kewangan Islam ini lebih kompetitif sehingga boleh menarik pelanggan- pelanggan merentasi agama dan bangsa. Terima kasih.

final • 11:10 AM

9. Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu] minta Menteri Kesihatan menyatakan, bilangan doktor kerajaan yang meletak jawatan mulai tahun 2008 hingga Ogos 2011 dan apakah faktor-faktor mereka berbuat demikian.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai tahun 2008 hingga Ogos 2011, seramai 1,441 orang pegawai perubatan dan juga pegawai perubatan pakar telah meletakkan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Pecahan mengikut tahun adalah seperti berikut:

TahunJumlah (Orang)
2008452
2009338
2010386
2011 (Sehingga Ogos)265Jumlah Keseluruhan1441
final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Faktor utama yang dinyatakan oleh pegawai perubatan dan pakar yang meletakkan jawatan adalah masalah peribadi. Selain itu, antara faktor yang dinyatakan adalah untuk menyambung pelajaran, menjadi tenaga pengajar di IPTA dan IPTS, berkhidmat di sektor swasta dan lain-lain sebab yang tidak dinyatakan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Negara kita pada hari ini kira-kira mempunyai 33,000 orang doktor di mana 68 peratus merupakan berkhidmat dengan kerajaan dan selebihnya dengan pihak swasta. Kerajaan mensasarkan bahawa pada tahun 2020 nisbah seorang doktor untuk 400 orang dan berdasarkan kepada bilangan doktor yang telah meletak jawatan lebih daripada 1,400 orang saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sejauh manakah sasaran kerajaan dapat dijayakan bagi memastikan bahawa target tersebut dipenuhi apatah lagi ada cadangan yang mengatakan bahawa pembekuan penawaran khusus untuk bidang perubatan di institut pengajian tinggi awam dan swasta akan dibekukan selama lima tahun.

Soalan tambahan yang kedua, kecenderungan untuk berkhidmat di hospital swasta ataupun klinik swasta kerana menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan. Sejauh manakah kerajaan berusaha untuk memastikan bahawa caj yang dikenakan kepada pesakit-pesakit oleh pihak swasta dikawal?

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Ini apatah lagi ada kecenderungan bahawa pihak swasta ini akan meminta pesakit-pesakit mendapatkan ubat-ubat yang kadang-kadang tidak berkaitan dengan sakit yang mereka kemukakan kepada pihak doktor. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu di atas soalan yang dikemukakan. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, sekiranya sebelum ini Kementerian Kesihatan telah menetapkan sasaran nisbah pegawai perubatan kepada penduduk iaitu satu 1: 600 untuk dicapai menjelang 2020 sebenarnya penetapan sasaran tersebut dibuat dengan mengambil kira kekurangan pegawai perubatan pada ketika itu dan keperluan penambahan bilangannya membolehkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan disampaikan kepada rakyat dengan lebih baik.

Namun demikian Yang Berhormat, berdasarkan kepada trend pengeluaran graduan perubatan semasa, sasaran tersebut dijangkakan akan dicapai lebih awal iaitu sebelum tahun 2020. Buat masa ini nisbah pegawai perubatan kepada penduduk Malaysia pada tahun 2009 berada pada 1:927 orang. Justeru itulah kementerian telah mengkaji semula sasaran nisbah pegawai perubatan kepada penduduk yang mana nisbah yang ditetapkan adalah 1:400 dan berdasarkan kepada nisbah tersebut jumlah keperluan pegawai perubatan pada tahun 2020 adalah seramai 87,177 orang.

Yang Berhormat, penetapan sasaran nisbah pegawai perubatan kepada penduduk yang dinyatakan iaitu 1:400 dibuat berasaskan kepada fakta ataupun evidence base yang telah mengambil kira usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, peningkatan saiz penduduk, peningkatan expectancy rakyat, begitu juga dengan perubahan demografi, epidemiologi dan juga beban penyakit, di samping itu distribusi sumber yang tidak seimbang, kompleksiti perkhidmatan kepakaran dan juga sudah tentu transformasi ke arah pencapaian status negara maju dan sebagainya.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dalam membuat perkiraan tersebut prinsip perkembangan perkhidmatan kepakaran perubatan, perkhidmatan kesihatan awam, penyelidikan dan perancangan fasiliti serta aspek tadbir urus klinikal di semua peringkat turut dijadikan sebagai asas utama untuk menentukan bilangan optimum pegawai dan juga pakar perubatan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, penetapan semula sasaran nisbah pegawai perubatan kepada penduduk iaitu 1:400 tersebut tidak bermakna bahawa negara akan mengalami lebihan pegawai perubatan. Ini adalah kerana perkembangan pesat dalam perkhidmatan kesihatan dan perubatan terutama sekali di sektor awam akan memerlukan lebih ramai pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar untuk memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat.

Untuk menjawab kepada persoalan yang melibatkan caj bayaran lebih yang dikenakan oleh hospital swasta, saya ingin mengatakan kepada Yang Berhormat bahawa tindakan ke atas pengamal perubatan yang mengenakan caj bayaran yang lebih ataupun melampau ke atas pesakit boleh diambil di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1988 iaitu Akta 586 dan juga Akta Perubatan 1971. Di bawah Akta 586 Yang Berhormat, tindakan ke atas hospital swasta yang mengambil pekerja bekerja pengamal perubatan yang mengenakan caj melampau mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta yang mengenakan caj profesional pada kadar selain daripada kadar yang dinyatakan dalam jadual ke 13 ke atas pesakit dianggap membuat kesalahan dan sekiranya disabitkan kesalahan Yang Berhormat mereka ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 dan sekiranya kesalahan adalah berterusan tidak melebihi RM2,000 untuk setiap hari atau sebahagian darinya selepas sabitan.

Selain daripada itu, sebelum pendakwaan dibuat pihak hospital swasta juga boleh ditawarkan kompaun yang tidak melebihi separuh daripada nilai denda maksimum. Juga menyentuh mengenai masalah ataupun pengamal perubatan yang memberikan ataupun mengenakan caj yang tinggi ke atas ubat ataupun rawatan, pengamal perubatan swasta yang mengenakan caj profesional yang melampau Yang Berhormat boleh dirujuk kepada Majlis Perubatan Malaysia kerana ianya dianggap melanggar kod etika perubatan ataupun code of professional conduct, dengan izin, mengenai fi profesional yang tidak berpatutan ataupun melampau.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Dan ini jika disabitkan kesalahan mereka ini boleh diambil tindakan tatatertib seperti penggantungan atau dibatalkan pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa dengan keadaan yang begitu rumit untuk pegawai perubatan yang berkhidmat di dalam hospital-hospital kerajaan keadaan di hospital sebab inilah yang merupakan punca yang utama kerana ada doktor juga yang sanggup berkhidmat bukan sahaja kerajaan wang dan apakah perbezaan di antara hospital swasta dan hospital kerajaan dari segi pendapatan dan juga dari segi kenaikan pangkat dan sebagainya.

Walaupun Yang Berhormat Sri Gading bukan doktor tetapi nampaknya dia faham keadaan ini. Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan keadaan yang sebenar kerana tadi ada disebutkan beberapa perkara termasuk peribadi dan menyambung pelajaran di IPTA dan sebagainya itu bukan faktor-faktor yang utama.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Kepong di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sebenarnya Yang Berhormat, kementerian sedar mengenai kesukaran yang dihadapi oleh pegawai perubatan dan juga pegawai perubatan pakar yang berkhidmat di hospital-hospital kerajaan ataupun hospital- hospital milik Kementerian Kesihatan. Oleh kerana itulah Yang Berhormat, pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memperkenalkan insentif-insentif dan memperkenalkan keadaan yang lebih kondusif untuk mereka ini berkhidmat di hospital-hospital dan juga fasiliti-fasiliti kerajaan ataupun Kementerian Kesihatan sendiri.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat beberapa insentif diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan untuk membantu bukan sahaja pakar tetapi juga pegawai perubatan kita untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit-pesakit.

Antara insentif-insentif yang diperkenalkan ataupun diberikan oleh kementerian kepada pegawai-pegawai perubatan ataupun pakar perubatan kita pertamanya adalah laluan kerjaya yang lebih mudah.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Untuk pegawai perubatan Yang Berhormat, kementerian telah menetapkan bahawa untuk mereka naik pangkat hingga ke gred UD54 hanya akan mengambil tempoh sembilan tahun sahaja, untuk laluan kerjaya mereka untuk mencapai ke gred UD54. Untuk pegawai bukan pakar, mereka ini hanya mengambil masa 12 tahun untuk dilantik ke UD54.

Begitu juga kepada pegawai pakar pergigian dan juga pegawai pergigian kita, perkara yang sama.

Keduanya Yang Berhormat, kita juga memberikan peluang melanjutkan pelajaran kepada pegawai-pegawai perubatan kita dan juga pegawai perubatan pakar, di mana kita menyediakan slot sebanyak 800 slot, Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, untuk tahun ini sahaja daripada 800 slot tersebut 727 telah dipenuhi bermula daripada 1 September untuk mereka mengambil master dalam bidang kepakaran masing- masing.

Begitu juga dengan sub kepakaran. Kita menyediakan slot sebanyak 150 pada tahun ini selain daripada itu Yang Berhormat, kita juga di peringkat kementerian untuk pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar ini. Elaun pakar diperkenalkan iaitu pemberian sebanyak RM1,600 kepada 3,100 yang diberikan kepada pakar-pakar kita.

Selain daripada itu Yang Berhormat, elaun khas mengikut lokasi ataupun tahap kesusahan terutama sekali kepada pegawai perubatan kita yang berkhidmat di luar bandar, di mana kita membahagikannya kepada tiga kategori iaitu:

(i) pedalaman I sebanyak RM500;

(ii) pedalaman II sebanyak RM1,000; dan

(iii) pedalaman III sebanyak RM1,500.

final • 11:30 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Selain daripada itu Yang Berhormat, kementerian juga menghantar pegawai- pegawai perubatan kita ataupun pegawai perubatan pakar untuk menghadiri kursus jangka pendek di luar negara untuk meningkatkan lagi tahap competency mereka selaras dengan perkembangan teknologi perubatan. Untuk program latihan ini terutama sekali untuk latihan kursus luar negara, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM23 juta untuk tahun ini.

Jadi Yang Berhormat, sebenarnya seperti yang saya nyatakan tadi ada banyak sebab kenapa pegawai-pegawai perubatan dan juga pegawai perubatan pakar kita mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Mereka telah menjadikan alasan peribadi sebagai alasan yang utama, di antara alasan-alasan yang diberikan mengapa mereka meletak jawatan daripada berkhidmat terus dengan kementerian. Jumlah yang kita dimaklumkan untuk tahun ini sahaja adalah sebanyak 151 iaitu merangkumi 77.44 peratus daripada alasan utama peletakan jawatan pegawai perubatan dan juga pegawai perubatan pakar kita. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA 2011 Bacaan Kali yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi dan untuk mengawal selia perkara-perkara yang berhubung dengan pembangunan dan pembinaan kediaman perumahan, infrastruktur dan kemudahan di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia, untuk memperkatakan keperluan bagi perumahan mampan dan kehidupan berkomuniti di kawasan bandar di Malaysia ke arah mewujudkan model pembangunan perumahan sosio-ekonomi yang strategik, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malysia, dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2012 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” [Hari Kesepuluh] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 11:30 AM
Maksud B.45 [Jadual] - Maksud P.45 [Anggaran Pembangunan 2012] -

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Saya minta Yang Berhormat Arau berucap.

final • 11:30 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada Butiran 020000 - Pembangunan Belia dan Sukan, Butiran 020100 - Belia dan Sukan, Butiran 020200 - Pembangunan Sukan, Butiran 020300 - Pembangunan Belia.

Tuan Pengerusi, kita ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dan mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan negara yang telah pun mencapai sasaran pingat di Sukan SEA. Walaupun kebanyakan acara-acara teras yang tidak dipertandingkan oleh tuan rumah, yang mana tuan rumah telah mengambil sikap untuk menyenaraikan acara-acara yang boleh menghasilkan banyak pingat untuk negara mereka.

Akan tetapi dalam keadaan begitu pun kita melihat kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh kontinjen negara dengan menyasarkan pungutan pingat terbaru iaitu 60 menerusi acara-acara yang masih ada berbaki dua hari atau dua tiga hari ini. Walaupun ramai kawan yang tidak berpuas hati di atas pasukan atlet 400 x 400 meter yang tidak dapat menerima hadiah dan pelbagai pihak. Yang Berhormat Menteri pun telah tampil membuat kenyataan akhbar mengatakan bahawa urusan untuk menguruskan atlet telah diserahkan kepada persatuan-persatuan sukan semuanya dan kita lihat di situ ada sedikit kekeliruan. Ada yang mengatakan bahawa pengurus tidak maklum kepada presiden persatuan dan pelbagai tafsiran telah dibuat termasuk Yang Berhormat Sri Gading pun pagi ini secara langsung telah membangkitkan perkara ini bahawa itulah sepatutnya anak-anak kita mendapat penghargaan walaupun mereka dikategorikan sebagai kategori ‘B’ dalam acara ini.

Akan tetapi ia seharusnya tidak berlaku dan seharusnyalah dalam hal ini pihak kementerian di bawah MSN ada dan Timbalan Menteri pun ada hampir di semua venue termasuk Menteri semalam berada di semua venue untuk memberi galakan dan sokongan kepada atlet-atlet. Kita mengucapkan tahniah tetapi dalam masa yang sama perkara ini tidak harus diulangi dan sepatutnya urusan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak kementerian.

final • 11:36 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Persatuan-persatuan sukan hanya bertanggungjawab untuk menguruskan atlet sahaja. Itu yang saya ingat mereka lebih fokus untuk kita menghasilkan lebih banyak pingat di masa yang akan datang. Jadi saya ingat Yang Berhormat Menteri harus tampil dengan kenyataan ini dan diharap...

final • 11:36 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat...

final • 11:36 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sekejap, saya bagi. Diharap Yang Berhormat Menteri harus tampil membuat kenyataan ini supaya untuk menjernihkan kekeliruan dan juga pandangan-pandangan negatif yang dilemparkan kepada pihak kementerian. Di tengah- tengah kita berhadapan dengan cemuhan, hampir setiap venue di mana ada Jalur Gemilang dikurangkan, disemburkan dengan cat, dihulurkan dengan perkataan ‘maling.’ Perkataan ‘maling’ dalam istilah bahasa kita bermaksud, pencuri ataupun dalam bahasa utaranya dipanggil ‘kawak.’

final • 11:36 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Jadi, ini lebih ratusan ribu orang sentiasa melaungkan perkara yang sama selain mereka tidak menghormati lagu negara kita ketika mereka duduk dengan menyorak dan sebagainya menyebabkan berlaku kecelaruan identiti yang kita hairan. Sebuah negara yang kononnya mengaku untuk memperjuangkan semangat mekanisme yang begitu tinggi tetapi akhirnya mereka mencerca kita seolah-olah kita tidak merupakan negara yang cukup tidak berhemah selain daripada ada unsur-unsur untuk menggagalkan acara-acara yang di peringkat subjektif. Jadi, dalam hal ini saya minta pihak kementerian dan juga MSN termasuk Majlis Olimpik Malaysia memainkan peranan yang lebih aktif.

Cuma di sini saya ingin bertanya pihak kementerian. Ada di antara sukan yang telah kita berikan pembiayaan yang tinggi tetapi ada sukan yang jelas menunjukkan kemerosotan yang luar biasa seperti takraw dan badminton. Seolah-olah kita kurang pelapis-pelapis yang berketerampilan atau pun kekurangan teknik kepada jurulatih yang sedia ada. Harus ianya harus diperbetulkan sekarang. Kita melihat bahawa negara-negara lain telah melakukan kebangkitan yang luar biasa termasuk negara-negara yang di luar.

Negara-negara Asian pun seperti Jepun, Korea, Taiwan dan sebagainya, mereka telah menunjukkan kajian-kajian yang dibuat melalui sains sukan dan secara saintifik dari segi teknikal dan teknik kejurulatihan, secara tidak langsung akan memberikan impak yang lebih berkesan.

Jadi, apakah atau tidak kita dalam pembangunan di peringkat pembangunan remaja sukan berprestasi tinggi ini, kita tidak melihat pada sukan massa. Saya melihat kementerian harus memberi fokus yang lebih mendalam supaya maruah takraw yang kita merupakan negara asal permainan ini. Badminton juga, pasukan pelapis kita seolah-olah tidak bermaya untuk berhadapan dengan ...

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 11:40 AM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Boleh mencelah.

final • 11:40 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Saya bagi kepada Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Pengerusi, saya ingin menyebut sedikit tentang reward and recognition system kepada pemenang-pemenang acara. Akan tetapi Yang Berhormat Arau telah pun memberikan beberapa cadangan. Akan tetapi apa-apa pun Yang Berhormat, ada beberapa sindiran-sindiran daripada peminat- peminat sukan negara yang mengatakan bahawa jumlah pingat yang banyak ini sebahagian besarnya juga disumbangkan oleh atlet-atlet daripada kategori ‘B’. Di mana atlet-atlet ini menggunakan keupayaan sendiri termasuk pengangkutan dan sebagainya.

Cuma, penginapan disediakan oleh pihak kementerian. Jika mereka boleh memenangi pingat, mereka akan diberikan ganjaran semula, dibayar balik segala tuntutan mereka dan sebagainya. Nampaknya, kaedah ini juga memberi kesan. Jadi, apa komen Yang Berhormat tentang inovasi ini untuk kementerian di masa hadapan. Kalau boleh perbanyakan lagi kumpulan-kumpulan untuk menyertai kategori ‘B’ ini Yang Berhormat.

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Tangga Batu, kementerian harus membuat nilaian berdasarkan jumlah pingat yang kita kutip sekarang seperti acara-acara water ski yang kita lihat acara-acara baru. Akan tetapi, kita lihat bagi negara kita mampu melonjak, mencapai prestasi tertinggi seperti kita telah melahirkan atlet termuda dalam sejarah sukan SEA, berumur lapan tahun memenangi pingat emas dalam acara itu iaitu adik Aaliyah Yoong yang seluruh keluarga telah menyumbangkan pingat emas kepada negara.

Di dalam hal ini kita harus melihat kategori ‘A’ dan ‘B’ ini harus dinilai semula oleh pihak kerajaan terutamanya kalau sukan-sukan yang telah menunjukkan peningkatan yang luar biasa. Selain daripada itu, kita harus melihat kejohanan-kejohanan semi super yang dibuat sama ada di peringkat domestik atau pun di peringkat internasional. Dalam sepak takraw dan badminton, kita perlu adakan legal sekurang-kurangnya. Ini kerana kita lihat seolah-olah pemain-pemain tidak begitu yakin dengan kemampuan yang ada pada BAM sekarang.

KLRC contohnya telah melahirkan atlet yang remaja, pelapis-pelapis yang sudah mencapai taraf dunia. Jadi, di sini ada kelemahan-kelemahan yang harus diperbetulkan terutamanya sesetengah persatuan sukan yang lebih melihat politicking sebagai agenda utama, tidak melihat kepada pembangunan atlet secara keseluruhan. Jadi, sebab itu post mortem perlu dijalankan dengan segera untuk mencari punca kemerosotan pasukan negara kepada acara-acara yang saya maksudkan iaitu badminton dan sepak takraw terutamanya acara pelapis yang seharusnya kita mampu berdaya saing dengan Thailand, dengan Indonesia yang merupakan kuasa baru dalam sepak takraw dan selain mereka telah dominan dalam acara badminton ini.

Tuan Pengerusi, saya ingin melihat kepada pembangunan belia. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah matlamat jangka pendek dan sederhana atau pun panjang dalam membangunkan persatuan belia? Kementerian ini pernah diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun. Jadi, sejauh mana Dasar Belia Negara yang ada, dapat dihayati dan kita lihat kita telah mengubah akta dahulu kerana pimpinan belia.

final • 11:40 AM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Pernah dipimpin oleh mereka yang lebihan umur sampai umur 60 tahun sekali pun tetapi kita lihat persatuan belia masih berada dalam keadaan yang lesu dan masih tidak bermaya walaupun kita telah memilih pemimpin di kalangan pemimpin-pemimpin belia sendiri. Adakah ini menunjukkan bahawa penghayatan tentang meningkatkan keupayaan pertubuhan belia ini masih belum mencapai tahap yang diinginkan dan sejauh mana potensi pertubuhan belia lebih terserlah sebagai satu agen sosialisasi gabungan bagi golongan-golongan muda yang ada di negara kita. Silakan.

final • 11:40 AM

Timbalan Pengerusi Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]

Yang Berhormat ada satu minit Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat, saya terlepas tadi.

Tentang sukan tadi. Kita mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana final dengan Indonesia. Akan tetapi saya hendak rujukkan juga tentang kita sudah kurang penyokong Yang Berhormat Arau di Indonesia tetapi ramai juga atlet-atlet kita yang sudah habis sukan ini kembali terus ke negara kita tanpa memberikan sokongan moral kepada pemain bola kita. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat? Saya ingat perlu dikekalkan. Semalam apa salahnya, belanjalah sedikit. Terima kasih banyak.

final • 11:40 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Sebenarnya mereka diarahkan balik. Kebanyakan semua atlet mahu terus berada di sana. Jadi, kita pohon pihak kementerian menjawab perkara ini kerana kebanyakan atlet yang telah menamatkan acara masing-masing mereka telah diarahkan pulang. Jadi, saya ingin bertanya sekali lagi kepada pihak kementerian kerana berpersatuan ini adalah merupakan sesuatu yang amat penting daripada kita membiarkan belia bergerak secara individu. Ini kerana golongan belia adalah lebih mudah dibentuk mengikut kehendak dan acuan negara sebagai pemimpin negara di masa yang akan datang.

final • 11:40 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Kita sedar bahawa kita akan ada Parlimen Belia sedikit masa lagi dengan kajian- kajian yang harus dibuat. Jadi, saya mohon pihak kementerian untuk melihat organisasi belia ini sebagai satu medium yang lebih efektif untuk memastikan bahawa perubahan- perubahan yang lebih drastik terutamanya dari sudut yang lebih positif kepada golongan belia dengan hasil kita nanti insya-Allah akan melihat satu lagi pindaan bahawa umur belia sehingga 25 tahun seperti mana yang dilaksanakan di peringkat United Nations. Jadi, saya mohon supaya pihak kementerian melihat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk memastikan bahawa belia-belia kita berada dalam track yang diperlukan bagi menjayakan misi dan wawasan negara. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 11:40 AM

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jerai.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar - Jerai

Terima kasih Tuan Pengerusi yang telah memberikan ruang kepada saya, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pada pagi ini untuk berbahasan Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, saya mulakan dengan 020400 iaitu Rakan Muda.

Pertama sekali saya mohon pihak kementerian supaya meletakkan brand baru kepada Rakan Muda ini supaya lebih berkesan kepada golongan remaja dan anak muda dan diperbanyakkan program di peringkat pedalaman kerana sering kita tahu Rakan Muda programnya berbentuk rela atau perkhemahan. Apakah tidak boleh model yang baru yang lebih baik berkaitan dengan kepimpinan anak muda di masa hadapan? Kemudian bekerjasama dengan NGO-NGO yang telah banyak memberi pertolongan dan sumbangan kepada anak muda khususnya NGO-NGO Islam dan juga NGO yang boleh membasmi perkara negatif, isu-isu yang lebih merosakkan masa hadapan anak muda.

Ini kerana NGO ini sebenarnya mempunyai kepakaran tertentu yang sudah pasti pihak kementerian boleh sama-sama berkongsi dan memberi peruntukan sebanyak mungkin supaya anak muda dan belia kita khususnya di kalangan Rakan Muda dapat menonjolkan jati diri yang baik kemudian memberi kepimpinan kepada masyarakat di masa akan datang. Kalau sekadar pertemuan, perkhemahan sahaja, saya bimbang ia menjadi satu lagi sumber, tempat ataupun mendatangkan program itu dilihat punca kepada kerosakan anak muda itu sendiri.

final • 11:48 AM

Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar - Jerai

Kemudian saya merujuk kepada 020500 - Pembangunan Ekonomi Belia. Hari ini kita melihat rata-rata di mana sahaja berpuncanya mat rempit, berpuncanya lepak dan sebagainya adalah kerana anak-anak muda tidak dapat menguasai ekonomi dalam negara kita, tertinggal ke belakang. Mereka gagal dalam bersaing untuk menjadikan mereka di kalangan kelompok yang berjaya menjana ekonomi khususnya golongan belia.

Jadi apakah perancangan kementerian mengikut negeri dan daerah serta juga kampung, mungkin mengikut koperasi anak muda. Apakah kementerian menyediakan skim pinjaman tabung ekonomi anak muda, ekonomi belia bagi membasmi golongan belia hari ini yang tercicir dari sudut menjana ekonomi dan juga membina ekonomi baru khususnya untuk melahirkan korporat-korporat muda dalam negara kita ini.

Kemudiannya, saya merujuk kepada 030200 - Latihan Kemahiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Keuntungan besar sebanyak RM138.8 juta. Saya melihat kementerian mesti memastikan pengambilan itu benar-benar berlaku pada anak-anak muda dan belia yang berkemahiran. Setelah dia selesai kursus di IKBN, belia ini mampu untuk berdikari. Bukan lagi mampu untuk sekadar menanti tawaran kerja sahaja tetapi apabila kita ambil skop ataupun prasyaratnya di kalangan remaja yang mempunyai kemahiran yang tinggi, maka kita menambah ilmu pengetahuan beliau. Kemudiannya berani mampu untuk berdikari dan boleh mengurangkan pengangguran di kalangan remaja dan belia. Apabila kita membuat pemantauan, mereka di kalangan IKBN yang menganggur. Sepatutnya mereka sudah mempunyai kemahiran yang tinggi bagi mengurus kehidupan mereka selepas mereka keluar daripada IKBN.

final • 11:50 PM

Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar - Jerai

Kemudian saya merujuk kepada 020200 - Pembangunan Sukan. Bagaimana sikap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terhadap Kementerian Pelajaran iaitu 1Sukan 1Murid.

Apakah sokongan daripada Kementerian Belia dan bagaimana peruntukan yang telah dikeluarkan dan bagaimana bimbingan itu dapat diselarikan, disamakan bagi melahirkan atlet-atlet yang kita sebut pada awal tadi oleh Ahli Yang Berhormat Arau dan sebagainya iaitu kemahiran sukan bermula sekolah satu pelajar, satu sukan. Apakah yang memberi kesan yang baik dan sekarang ini apakah yang membantu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia bagi mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan sekolah dan remaja.

Kemudiannya saya merujuk kepada 020300 - Pembangunan Belia. Kita lihat pada hari ini belia masih di tahap yang lama iaitu masih lepak, masih merempit, masih ada sehinggakan di Pulau Pinang memohon kerajaan negeri bagi litar untuk merempit secara haram. Jadi, saya melihat ini adalah isu lama. Isu yang seolah-olah kita tidak berjaya mengubah dan mengembalikan remaja di zaman-zaman lampau, remaja sentiasa peka dan remaja menjadi aset kepada negara. Akan tetapi pada hari ini kita melihat bagaimana jenayah yang begitu tinggi khususnya di kalangan kelahiran anak tanpa sah taraf nikah mereka yang telah mencecah 294,000. Kalau mengikut laporan JPN bahawa:

  • tahun 2006 - 12,000 orang; - tahun 2007 - 16,000 orang; - tahun 2008 - 16,541 orang; dan - tahun 2009 - 17,303 orang.

Jadi kita melihat pembangunan belia ini perlu difokuskan dan bagaimana untuk mengatasi masalah jenayah iaitu jenayah remaja, jenayah lari dari rumah, lepak, bohsia. Ini pun ada kajian yang teliti dan kemudian diketengahkan kepada golongan remaja ini supaya mereka mengambil sikap berhati-hati dan lebih melihat kepada kepentingan masa hadapan mereka.

Kemudiannya, 020700 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia iaitu pemantapan pemikiran belia di tahap yang lebih baik. Kita minta program ini perlu ditingkatkan lagi.

Kemudiannya menarik golongan belia supaya mengambil lebih berminat untuk sentiasa dalam program ini dengan kerjasama pelbagai pihak kepada melahirkan kepimpinan belia di peringkat pedalaman, daerah dan juga Parlimen. Mungkin pakar dari segi pidato dan boleh membantu golongan anak-anak muda selepas itu.

Kemudiannya, One-Off iaitu 060400 - Tahun Industri Sukan. Saya minta pihak kementerian supaya kaji semula sekolah sukan yang ada dalam negara kita ini. Kalau kita merujuk kepada liga super atau liga tempatan, kenapa ganjaran hadiahnya agak kecil jika dibandingkan dengan kos yang dibelanjakan. Satu pasukan sahaja mencecah RM4 juta hingga RM5 juta setahun, semusim. Kalau liga super, hadiahnya hanya RM300,000.

Kemudiannya, Piala Malaysia, Piala FA, hadiahnya wang ringgit setelah menolak wang pungutan tiket, kemudian ditolak kos, dibahagi dua. Apakah taraf itu sahaja Piala Malaysia dan Piala FA dalam negara kita yang sudah pasti piala prestij yang kita melihat menjadi rebutan di seluruh negara dan seluruh rakyat menyemarakkan sambutan Piala Malaysia ini, cuma hadiahnya agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kos pengurusan pasukan negeri dan kelab yang mencecah RM4 juta hingga RM5 juta setahun.

Jadi, saya minta kementerian supaya membuat kajian semula. Walaupun diberi One-Off juga daripada FAM kepada pasukan negeri dan kelab itu sebanyak RM300,000 tetapi sebenarnya RM300,000 hanya sebulan sahaja kos perbelanjaan pemain. Tambahan lagi pada tahun 2011 dan tahun 2012 ini adalah termasuk pemain import yang sudah pasti kosnya lebih tinggi. Kita minta kementerian dengan kerjasama FAM boleh buat kajian piala itu atau wang tunai itu dipertingkatkan lagi mungkin RM1 juta atau RM1.5 juta memberi galakan kepada pasukan-pasukan negeri dan juga kelab untuk merebut bersaing dalam liga tempatan bagi melahirkan pemain-pemain yang berbakat besar untuk mewakili negara seperti pada malam ini. Akan beraksilah piala emas. Tahniah kepada kementerian, tahniah kepada pemain yang bersusah-payah sehingga berjaya. Kita pohon dan kita doakan supaya pingat emas dapat dibawa balik oleh pasukan bola sepak negara kita dan terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 11:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Ahli Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya juga ingin mengambil bahagian dalam Kementerian Belia dan Sukan, B.45, Butiran 020100, 020200 - Belia dan Sukan, Pembangunan Sukan.

Terlebih dahulu dalam mukadimah ini, saya hendak ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kontinjen pasukan Malaysia dalam sukan di Jakarta dan juga di Palembang. Kita telah pun melebihi sasaran. Setakat semalam, kita dapat sebanyak 53 emas, 45 perak dan 70 gangsa, 168. Tahniah kepada atlet kita, ahli-ahli sukan kita yang bersungguh-sungguh memberikan kemenangan atas nama negara. Hebat, tahniah kementerian! Tahniah! Tahniah, menang... [Ketawa] Akan tetapi sebelum itu saya hendak ucap tahniah dan terima kasih kepada RTM, TV3, TV7, TV8, TV9 dan juga Astro yang sentiasa tidak jemu-jemu membuat siaran langsung dan juga laporan sukan di TV masing-masing sehingga seluruh rakyat Malaysia dalam masa dua minggu ini dihidangkan dengan cerita-cerita yang berlaku di Jakarta dan juga di Palembang. Jadi terima kasih banyak-banyak dan termasuklah penaja-penaja yang terlibat dengan stesen-stesen TV kita ini. Terima kasih banyak-banyak. Ini contoh yang baik. Jadi terima kasih banyak-banyak.

Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri dua persoalan.

Kenapa penonton-penonton di Indonesia khasnya di Jakarta benci sangat dia dengan pasukan Malaysia? Benci sangat! Perkara yang tidak sepatutnya berlaku antara dua negara yang berjiran paling rapat yang dianggap serumpun dan saudara. Tak faham saya! Benci sangat!

final • 11:56 AM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Ahli Yang Berhormat Sri Gading, boleh tanya sikit?

final • 11:56 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sekejap, sekejap, sekejap.

Kalau kita menang, dicemuh. Kalau kita kalah, diejek. Tidak ada langsung semangat kesukanan kepada sesetengah penonton di Jakarta. Malam ini pasukan bola sepak kita bertemu dengan pasukan Indonesia. Saya harap seluruh rakyat Malaysia, marilah kita berdoa beramai-ramai agar pahlawan-pahlawan kita, kesebelasan kita, harimau muda kita pada malam ini mencatatkan sejarah yang gemilang, kita menang 2-0... [Tepuk]

final • 11:56 AM

Seorang Ahli

Berapa, 2-0?

final • 11:56 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya, 2-0.

final • 11:56 AM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 11:56 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sila.

final • 11:56 AM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya mahu tanya adakah ia bersangkut paut dengan layanan yang diterima oleh pekerja imigran dari Indonesia di Malaysia yang wujudkan perasaan kebencian ini di Indonesia? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Inilah masalahnya. Kita bagi pembangkang, ke lain pula perginya. Tidak ada negara di dunia ini yang memberikan layanan yang baik kepada pekerja-pekerja Indonesia melainkan Malaysia. Di Malaysialah yang teramai rakyat Indonesia bekerja berbanding dengan negara-negara lain di dunia. Di Malaysialah lebih daripada dua juta. Tidak ada negara lain yang menampung pekerja daripada Indonesia melainkan Malaysia. Saya yakin dan percaya bahawa pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia juga berterima kasih kepada Malaysia dan dia tidak terlibat dengan apa yang berlaku di Jakarta. Jangan kita sangka buruk kepada mereka. Jangan.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Yang Berhormat Sri Gading, sedikit.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang sangka buruk ini pembangkang, bukan kita.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Yang Berhormat Sri Gading, sedikit dari Labuan.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak apa, tidak apa, nanti.

Saya nak teruskan. Jadi, kenapa? Bukan sahaja penonton-penonton, saya dikhabarkan pegawai-pegawai yang mengendalikan sukan di Jakarta ini pun bersifat seperti itu. Ambil contoh kita punya jurulatih bola sepak kita. Saya hendak ucap tahniah dan patut diberikan penghargaan kepada Ong Kim Swee, jurulatih bola sepak kita. Dalam pertandingan dengan Indonesia yang lepas, dia dikeluarkan daripada tepi padang kerana sedikit sahaja. Dia cuma bertanya kenapa, apa yang berlaku kepada pemain Malaysia. Ya lah, dia sebagai jurulatih dia melihat anak buah dia dikasari, dia sebutlah. Itu pun dihalau ke tempat duduk penonton. Punya semangatnya Ong Kim Swee ini, di tempat duduk penonton pun dia mengarahkan melalui walkie talkie, melalui telefon kepada anak buah dia supaya terus bertenang dan terus mengatur serangan kepada pasukan lawan. Ini semangat seorang jurulatih. Hebatlah Ong Kim Swee ini, hebat.

final • 12:00 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini kerana semangat dia cintakan kepada negara itu begitu tinggi, cinta dia kepada pasukan dia begitu tinggi, cinta dia kepada anak buah dia begitu tinggi. Ini contoh yang terbaik. Lepas itu sudah habis perlawanan kita menang, kita menang 1-0, tiupan wisel referi sudah habis sudah, dia hendak masuk ke padang kerana dia hendak meraikan anak buah dia yang menang pun dilarang. Ini apa hal ini Indonesia? Ini apa cerita ini?

final • 12:00 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Sri Gading. Terima kasih Tuan Pengerusi. Sukan ini sepatutnya menjadi medan untuk merapatkan hubungan sesama atlet, sesama masyarakat antara dua negara. Akan tetapi nampaknya macam di Indonesia ini sudah mewujudkan suasana lagi merenggangkan hubungan. Apakah Yang Berhormat Sri Gading bersetuju, kalau kita minta Jawatankuasa Sukan SEA ini sendiri mengkaji, pilihlah negara-negara yang kalau hendak anjurkan sukan ini negara yang mampu untuk mewujudkan suasana yang baik, tidak macam di Indonesia.

Macam mana pandangan Yang Berhormat Sri Gading?

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Di pihak kepimpinan Indonesia, kerajaan dengan kerajaan, orang-orang yang memegang kuasa di Indonesia, alhamdulillah, hubungan dia dengan kita baik. Cuma ini penonton-penonton ini yang hilang kewarasan yang memandang Malaysia ini sebagai musuh. Apa yang saya pelik, kalau dia kalah dengan negara lain, menikus pula dia. Dia menikus pula. Dengan Malaysia bukan main garang lagi. Apa hal ini? Apa hal? Macam saya kata tadi, di Malaysia inilah tempat kebanyakan orang Indonesia mencari makan, layanan kita begitu baik. Come on man, apa hal ini?

Malam ini pasukan bola sepak kita dikatakan masuk dalam kereta perisaikah, kereta kebalkah apa? Hendak pergi ke stadium pun hendak kena naik kereta kebal ini apa hal? [Disampuk] Barracuda... Pedulilah apa sebut nama dia. Apa hal? Saya dengar juga sedara mara saya di Jakarta, dia rasa malu sebenarnya dengan perbuatan segelintir ataupun sebahagian besar penonton-penonton ini. Mereka pun rasa malu sebenarnya kerana bukan sedikit orang Indonesia yang bertamadun. Dia pun rasa malu sebenarnya. Ini saya hendak tanya Menteri, apa hal keadaan-keadaan seperti itu berlaku? Itu satu.

Kedua, ini masalah kita pula. Anak-anak muda kita dalam acara 4x400, dah menang dah, kenapa dia dilayan begitu buruk sehingga meluru terus ke lapangan terbang untuk dibawa balik ke Malaysia tanpa sempat menerima kalungan emas, kenapa?

final • 12:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Bukit Mertajam pun minat bolakah?

final • 12:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Pasal 4x400 ini saya tahu sedikit. Tuan Pengerusi, saya juga diberitahu bahawa memang pasukan ini tidak dibenarkan pergi untuk mengambil bahagian dalam SEA Games ini walaupun dia dalam prestasi yang baik. Juga guru pelatihnya, trainernya, yang insist yang katakan bahawa mesti pergi dan dia cari jalan untuk pergi. Jadi inilah masalah kepada sukan kita. Adakah Yang Berhormat juga mendengar bahawa mereka memang tidak mahu bawa mereka pergi?

final • 12:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sedikit Yang Berhormat Sri Gading, sama dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ucapan Yang Berhormat Bukit Mertajam menjadi sebahagian daripada ucapan saya, minta Menteri jawab.

final • 12:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Sri Gading, sedikit sahaja. Dalam mana-mana sukan di peringkat sama ada SEA Games, Asian Games, Komanwel atau Olimpik, saya lihat pegawai ini lebih banyak daripada atlet. Apa hal? Akan tetapi hendak uruskan kes macam ini, RM1,500 sahaja tambang pun tidak adakah pegawai yang mampu keluarkan tenyeh dahulu kad itu? Tidak bolehkah? Jadi ini kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini jenis pegawai biawak hidup.

Dia balik harus pergi menghadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nyatakan bahawa kami salah, kami minta ampun, minta maaf dan lepas itu letak jawatan sebagai pegawai sukan yang berkenaan. Letak jawatan, tidak ada alasan lain. Ini satu kelemahan yang amat memalukan.

Tuan Pengerusi, seorang yang menerima kalungan emas ini hendak beritahu pegawai yang berkenaan ini. Seorang peserta sukan ataupun yang mengambil bahagian, atlet ini, apabila dia dikalungkan emas, waktu dia dikalungkan emas itu lagu Negaraku dimainkan, bendera Malaysia dinaikkan, mengalir air matanya. Mengalir air mata kerana itulah saat-saat yang paling manis dan indah dalam hidupnya. Tiba-tiba, anak-anak muda kita 4x400 ini balik meluru ke lapangan terbang. Pegawai-pegawai ini tidak ada rasa banggakah?

Saya yakinlah kalau Timbalan Menteri kita ada di Palembang, perkara ini tidak berlaku. Akan tetapi Timbalan Menteri kita kena berada di Parlimen, apa hendak buat.

Menteri pula berada di Jakarta. Kalau saya jadi pengurus pasukan Tuan Pengerusi, biar saya jual kereta buruk saya pun, tetap saya tambangkan dia untuk kepentingan... [Tepuk] [Disampuk] Ketua kontinjen kata dia di Jakarta masa itu, dia tidak tahu menahu. Presiden KOAM pun tidak tahu menahu cerita ini... [Disampuk] Alahai, perkara sekecil ini...

Tuan Pengerusi, dari Palembang jalan kaki, lepas itu berenang Selat Melaka, sampailah Melaka... [Ketawa] Tidak payah susah-susahlah. Tidak boleh uruskankah? Itu sebab saya kata pegawai-pegawai yang banyak ini, berapa banyak nisbah antara pegawai dengan atlet ini? Antara pegawai dengan atlet ini berapa dia punya nisbah? Saya dengar khabar bukan main banyak lagi pegawai-pegawai yang pergi mengiring yang satu pun tidak berkenaan. Mungkin agaknya pergi Jakarta hanya mahu cari cewek agaknya, lepas itu petang-petang main golf, main golof kalau dalam bahasa Indonesia. Ini pegawai-pegawai yang tidak berkenaanlah ya. Tolonglah Kementerian Belia dan Sukan, lain kali tolong semaklah peserta-peserta, pegawai-pegawai yang hendak pergi ini. Kalau cuma menjadi biawak hidup yang menyusahkan daripada menyenangkan, berhentikanlah perkara tersebut.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ketiga...

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya. Ini peruntukan untuk sukan- sukan di peringkat kebangsaan, saya harap akan ditambah lagilah, membantu. Nampaknya ahli-ahli sukan kita, pasukan-pasukan sukan kita berpotensi membawa nama baik kepada negara maka itu pihak kementerian saya harap tambahlah seperti bola keranjang, sepak takraw dan macam-macam lagi badan-badan sukan ini ditambahlah, tengoklah jangan ditakuk yang lama juga. Pi mai pi mai tang itu juga.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tolong tengoklah sedikit. Angguk-angguk juga Yang Berhormat Timbalan Menteri kena jawab dan mudah-mudahan jadi terlaksana. Tuan Pengerusi, saya dengan segala senang hati menyokong bil yang sedang kita bincangkan ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Telok Intan.

final • 12:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sentuh Bekalan 45 iaitu 060300 - Penganjuran dan Penyertaan Sukan. Saya amat kecewa bahawa negara kita dalam SEA Games ini tempat kedudukannya adalah nombor empat.

Apakah negara-negara yang kita dapat atasi? Pada minggu lepas baru kita naik ke tangga empat, sebelum itu lima. Negara-negara yang kita atasi adalah seperti Laos, Cambodia, Timor-Leste, Brunei dan sebagainya. Bagaimana Singapore pada minggu-minggu yang awal, Indonesia dan Thailand boleh jauh daripada kita dalam kutipan emas.

Jadi, saya hendak tanya apakah benar-benar penyediaan kementerian untuk Sukan SEA ini? Bolehkah kita menganggap kita sebagai sebuah negara yang jaguh di serantau ini, di serantau Asia Tenggara di mana kita boleh dikatakan adalah hanya Top 5 atau Top 4 dan kita lebih bagus daripada Timor-Leste, Brunei, Laos dan Cambodia.

Vietnam pun saya rasa lebih baik daripada kita. Kita kena kaji peruntukan-peruntukan untuk kementerian ini harus dipergunakan dengan lebih cost effective.

Saya juga ingin mengatakan peranan dan kelakuan oleh pegawai-pegawai MAAU.

Mereka harus balik di sini dan memberi alasan mengapa keempat-empat atlet itu dihantar balik ke Kuala Lumpur sebelum mereka mendapatkan pingat emas mereka sebab Jakarta tidak begitu jauh dari sini. Kalau terlepas penerbangan pun mereka boleh duduk lebih sehari dua di sana. Sukan SEA ini bukan di Los Angeles ataupun di Frankfurt. Mungkin susah hendak dapat tiket balik ke tanah air kita. Jadi, saya mohon satu alasan mengapa pegawai-pegawai MAAU ini. Adakah mereka ada masalah dalaman ataupun mereka tidak layak duduk di sana?

Sering kali kita lihat pegawai-pegawai persatuan sukan kita yang tidak begitu komited dengan perkembangan sukan di negara kita ini. Ini harus kita semak semula pelantikan. Adakah mereka terlibat di bidang-bidang yang lain dan memandang perjawatan mereka di persatuan sukan-sukan ini sebagai dengan izin, part time. Part time job. Kita kena memberi perhatian yang secukupnya dalam bidang sukan di mana saya rasa kecewa negara seperti Vietnam yang jauh dahulu belakang telah meningkatkan prestasi-prestasi mereka sehingga sekarang dan saya rasa Myanmar pun begitu juga. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara kita yang menunjukkan kesungguhan mereka dan penuh dedikasi dan pelatih mereka juga sehingga sampai ke peringkat final, dengan izin.

Saya juga ingin sentuh mengenai Program Pembangunan Ahli. Minta maaf.

Program Pembangunan Ahli Sukan, Program Latihan dan Bakat. Apakah program-program yang kita sedia ada dari peringkat sekolah ke kolej-kolej di mana bakat-bakat yang terpendam yang terdapat daripada murid-murid sekolah kita itu boleh dibawa ke hadapan, boleh diutarakan supaya mereka benar-benar boleh dilatih dan kemudiannya boleh mewakili negara kita.

Saya rasa ada sesuatu yang tidak cukup atau tidak kena dalam program latihan atlet-atlet kita dan siapa yang muncul menjadi juara adalah mereka lebih berjaya daripada usaha persendirian mereka ataupun keluarga mereka. Satu program yang dilaksanakan oleh state effort, dengan izin, tidak begitu ketara. Saya rasa kita boleh buat lebih daripada apa yang kita sedia ada dalam beberapa bidang sukan. Saya juga rasa kita boleh lebih menjuarai di arena serantau ini dan juga di peringkat antarabangsa bersaing dengan Eropah jika pegawai-pegawai kita dan sukan ini diberi satu tempat yang istimewa dan bukan satu arena yang untuk melapangkan masa.

final • 12:11 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ini kerana sebab sukan ini sekarang melalui profesional-profesional boleh mendatangkan keuntungan dan juga naik taraf kepada kehidupan atlet-atlet yang terlibat di mana mereka haruslah menjadi profesional khususnya dari segi bola sepak, golf, badminton dan sebagainya.

Kita boleh memberi ruang dengan izin, create the abling environment untuk atlet- atlet kita dengan memberi sokongan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari segi sumber-sumber, scholarship, dengan izin dan juga tempat-tempat sedia ada untuk mereka membuat latihan dan juga latihan guru-guru dan pelatih-pelatih yang tidak mementingkan jawatan dalam persatuan mereka tetapi lebih mementingkan kebajikan peserta-peserta yang ada dalam jagaan mereka ataupun pelatih-pelatih yang ada dalam jagaan mereka. Ini kerana jika dibandingkan dengan negara-negara di serantau ini, kita tidak boleh bangga jika Malaysia di antara 11 buah negara di Asia Tenggara, kita dapat nombor empat atau lima.

Tidak boleh bangga.

Bagaimana Indonesia boleh jauh meningkatkan pingat emas mereka lebih daripada 100 setakat ini? Apakah strategi mereka? Sebagai tuan rumah mungkin mereka ada beberapa strategi tetapi dalam bidang-bidang renang, karate dan sebagainya kita boleh lebih membawa pingat emas ke negara kita ini.

Apakah strategi Indonesia? Selalunya kita lihat tuan rumah boleh mengaut lebih pingat. Adakah kita bersedia pada masa yang akan datang untuk bersaing dengan negara- negara di Asia Tenggara? Kita kena jadi juara di Asia Tenggara dahulu, baru kita boleh pergi ke Komanwel ataupun Olimpik untuk menunjukkan saiz ataupun adakah sebuah negara itu besar atau penduduknya besar itu tidak menjadi faktor lagi. Ini kerana sebuah negara seperti Singapura dengan penduduk mereka yang kurang daripada kita boleh menunjukkan satu prestasi yang tinggi sama seperti di Eropah, negara-negara seperti Switzerland boleh menunjukkan satu prestasi yang tinggi dalam arena sukan.

final • 12:11 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Saya rasa lebih wajar dan baik untuk kerajaan kita melaburkan lebih sumber mahupun dari segi kewangan dan lain-lain bidang supaya di kalangan murid-murid kita di sekolah dan juga pemuda-pemuda membelanjakan dan menumpukan masa mereka di arena ataupun bidang sukan supaya mereka boleh dijaga. Mengelakkan dari gejala-gejala sosial lain yang kita perhatikan baru-baru ini telah meningkat kepada satu tahap yang agak menakutkan. Kita harus memberi lebih ruang kepada ruang sukan-sukan dari peringkat sekolah seperti kerajaan boleh memaksa pemaju-pemaju di taman-taman yang baru untuk mengadakan tempat permainan bola sepak dan sebagainya seperti satu mandatory requirement, dengan izin.

Ini saya tengok ada taman-taman seperti di Taman Melawati, di Selangor. Dahulu ada satu padang bola sepak tetapi digunakan untuk pembangunan lain pula. Hanya satu padang bola besar di Taman Melawati.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa.

final • 12:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Sekarang digunakan untuk pembangunan lain. Amat sedih. Bagaimana budak-budak hendak main? Kalau kita tengok dokumentari dari Brazil. Kita tengok budak-budak mana-mana tempat, ruang mereka ada, mereka main bola sebab itu prestasi mereka dalam bola sepak begitu tinggi.

Jadi, kita kena provide the environment dengan izin, provide the enabling environment untuk murid-murid kita terus meningkatkan taraf mereka. Satu lagi tempat saya ada tengok di kawasan Air Panas di Setapak, ada satu tempat besar padang bola, di mana tempat itu adalah hasil ataupun mereka mengeluarkan pemain-pemain handal seperti Santokh Singh, dari Air Panas Setapak seperti Rajagopal jurulatih kita sekarang adalah dari tempat itu tetapi semakin lama padang itu makin sempit, makin digunakan untuk pembangunan lain. Saya khuatir nanti satu hari padang itu akan lesap, hilang dari tempat itu. Jadi, saya pohon kementerian memberi penjelasan dan mengesyorkan bahawa...

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Memberi keutamaan kepada negara kita.

Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini ada tiga orang.

Yang Berhormat Tangga Batu sedikit ya.

final • 12:20 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya. Tuan Pengerusi, terima kasih. Memang macam mana pun saya akan tunggu juga giliran kerana pembangunan belia dan sukan ini sangat dekat pada saya Tuan Pengerusi. Butiran 020200, sukan dahulu kemudian sedikit Butiran 020300.

Tuan Pengerusi satu perkara yang kita pandang hari ini adalah kemajuan sukan telah mula meningkat. Lima belas tahun kebelakangan, kita amat rasa rendah diri sangat apabila sukan bola kita langsung tidak ke mana. Cakap sahaja Malaysia berlawan dengan negara lain, setengah-setengah daripada kita lebih gemar menyokong negara lain daripada menyokong negara. Hari ini kita dapat lihat bahawa kitaran itu telah mula mengangkat negara sampai ke satu peringkat kita boleh jadi bangga walaupun apabila kita kalah di peringkat awal pusingan piala dunia dengan Singapura tempoh hari tetapi kita masih lagi merasakan, “Ya, ini adalah yang terbaik kita persembahkan.” Jadi Tuan Pengerusi, saya bawa kisah ini untuk kementerian melihat apa proses yang kementerian telah lalui.

Saya lihat Menterinya cita-cita amat besar iaitu ingin mengindustrikan sukan bola ini daripada hanya sebagai sukan pertandingan antara negeri dan sebagainya kepada sebuah industri. Ada pemilik, pemegang saham dan sebagainya. Kalau itu boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertaraf superstar di dalam bidang soccer ini, saya kira elok Yang Berhormat Menteri teruskan idea ini. Jangan dijadikan apa juga halangan dan saya percaya bakat-bakat yang ada ini jika tidak digilap, kita akan kehilangan dan kerugian mereka.

Saya pun bersetuju dengan kawan-kawan, Yang Berhormat daripada Telok Intan dan sebagainya. Kita perlu menyediakan satu persekitaran yang sangat kondusif ke arah penyediaan bintang-bintang bola terkemuka di rantau dan juga di dunia. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh melihat bagaimana ada satu bentuk kerjasama di antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Kementerian Pengajian Tinggi umpamanya. Kalau kawan-kawan menyebut tentang Kementerian Pelajaran, anak-anak muda di sekolah- sekolah tetapi Kementerian Pengajian Tinggi umpamanya kalau kawan-kawan menyebut tentang Kementerian Pelajaran anak-anak muda di sekolah-sekolah tetapi Kementerian Pengajian tinggi sebenarnya mempunyai satu majlis sukan yang ringkasnya kita kenali sebagai MAKSUM.

Majlis sukan ini sebenarnya mempunyai pemain-pemain berbakat besar yang boleh diketengahkan dan sudah pasti mereka ini ada kelebihan bukan tujuan untuk merendahkan kawan-kawan kita yang sedang berhempas-pulas untuk membela mempertahankan nama negara ini. Akan tetapi sekurang-kurangnya mereka yang telah sampai ke peringkat institusi pengajian tinggi mereka mempunyai satu kelebihan iaitu seperti sukan-sukan di Amerika, negara-negara maju yang lain. Syarat utama untuk menjadi pemain profesional ialah sekurang-kurangnya mempunyai tahap CGPA 2.5 iaitu untuk mengetahui kedudukan IQ mereka. Sebagai contoh jika kita meletakkan striker yang tinggi lampai orangnya maka bola tendangan sudut itu mestilah tendang tinggi tetapi kita lihat masih lagi digunakan tendangan-tendangan datar yang mungkin boleh kita nampak peluang itu terjejas untuk menjaringkan tambahan gol kepada pasukan negara umpamanya.

Ini adalah kelebihan yang kita panggil, to find tune apa juga yang kita ada pada hari ini dengan tidak menidakkan segala usaha yang telah diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan di dalam memajukan sukan bola sepak ini. Jadi, kalau saya dapat tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh perjelaskan kalau ada bentuk kerjasama, bagaimana untuk memanggil anak-anak kita di universiti ini yang terlibat dalam bidang sukan, yang mengambil pengajian undang-undang, kejuruteraan dan sebagainya untuk mereka diserapkan sebagai antara mereka yang boleh menyumbang ke arah penambahan nilai pasukan-pasukan kita.

final • 12:22 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ini yang pertama. Yang kedua dan terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 020300 iaitu berkaitan dengan Pembangunan Belia. Di sini sebenarnya saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa terdapat rungutan pada anak-anak muda, pemimpin-pemimpin belia kita di bawah sana tentang bagaimana mereka membanding- bandingkan di antara kementerian Menteri dahulu, Menteri sekarang dan sebagainya. Ini sebenarnya tidak baik, ini sebenarnya tidak sihat di kalangan anak-anak muda terutamanya anak-anak muda ini menyuarakan, contohnya dahulu mereka mempunyai peruntukan- peruntukan khas untuk mereka mengurus, mentadbir persatuan mereka yang diperkenalkan dasarnya oleh Menteri yang dahulu RM3,000 setahun lebih kurang RM250 sebulan. Akan tetapi kali ini mereka secara mendadak didedahkan kepada kaedah untuk menjalankan aktiviti persatuan, mereka terpaksa menggunakan knowledge, ilmu mereka untuk menjana pendapatan organisasi kemudian mengurus dan mentadbir persatuan mereka.

Saya kira kita masih lagi di peringkat yang di bawah tahap itu. Masih lagi perlu bantuan langsung daripada pihak kementerian kerana persatuan-persatuan belia kita ini adalah persatuan-persatuan yang sememangnya kita didik untuk mereka mentadbir dalam konteks kemasyarakatan yang tidak berasaskan kepada profit ataupun keuntungan. Jadi, jika kita mula meletakkan mereka di dalam kaedah itu saya khuatir nilai-nilai yang lain itu akan ketinggalan.

Jadi Yang Berhormat, mungkin boleh bekerjasama dengan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan umpamanya dalam memperkenalkan dasar-dasar yang baik. Umpamanya, meletakkan pemimpin-pemimpin belia ini sebagai sebahagian daripada proses pembikinan keputusan, problem solving and decision making. Penyelesaian masalah di peringkat kerajaan tempatan dan mereka ini diberikan peluang-peluang yang lebih dalam kaedah pembangunan orang muda. Saya lihat hari ini orang muda cukup kuat suara mereka. Mereka masih lagi dalam kaedah yang serba salah untuk terus bergerak dan melepaskan diri daripada persatuan-persatuan.

final • 12:22 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Mereka masih lagi mahukan diri mereka berada dalam persatuan dan masih lagi ingin mengharapkan bantuan yang langsung daripada pihak kementerian. Jadi kalau Yang Berhormat kira apabila Dasar Pembangunan Belia, Akta Pembangunan Belia diperkenalkan, kita seharusnya hari ini mempunyai persatuan-persatuan belia yang lebih kreatif, lebih berinovasi, yang sepatutnya tidak bergantung pada kementerian tetapi ia tidak berlaku. Saya percaya ia berada dalam kaedah transisi dan Yang Berhormat perlu masih lagi memimpin tangan mereka sampai ke satu peringkat, saya kira boleh kita perkenalkan satu dasar baru belia. Umurnya mungkin sudah tidak lagi sesuai 30 tahun, mungkin kita boleh letakkan di antara 15 ke 25 tahun. Pada ketika itu nanti saya yakin mereka telah bersedia untuk menjadi pemimpin orang muda, generasi muda, oleh orang muda sendiri.

Jadi Tuan Pengerusi, itu sahajalah dua perkara yang saya bawa ke pengetahuan kementerian untuk sama-sama kita bincangkan. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sungai Siput, lepas itu Yang Berhormat Jempol, lepas itu menteri menjawab.

final • 12:30 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya hendak bawa di bawah Butiran 020500 - Pembangunan Ekonomi Belia dan 030000 - Pembangunan Sumber Manusia.

Saya hendak tumpukan masalah pengangguran tersembunyi antara belia di Sungai Siput di mana kita tengok di kampung-kampung, di kawasan desa di Sungai Siput dan juga di taman-taman, ramai belia daripada kaum India dan kaum Melayu juga tidak dapat kerja. Bila kita tanya mereka, mereka kata kerja kampung. Ertinya kerja kampung di situ ialah kerja yang One Off, jika ada pembinaan rumah, pembaikan rumah, dia buat kerja tetapi untuk beberapa hari tidak ada kerja lagi. Pada masa yang sama ada banyak kerja di Kantan yang tidak jauh dari Sungai Siput di mana ada kilang-kilang di mana ada beribu-ribu pekerja migran yang datang kerja di situ.

final • 12:31 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Kita ada satu masalah di Sungai Siput di mana pekerja tempatan ada pengangguran, under employment. Pada masa yang sama kita ada banyak kerja di kawasan-kawasan industri yang berdekatan.

Saya rasa kita tidak boleh mengatakan belia kita tidak rajin, mereka malas dan tidak mahu kerja. Kita pun kena siasat apakah kondisi, apakah terma-terma kerja untuk belia kita di kilang-kilang ini. Macam mana gajinya, macam mana syarat-syarat untuk kerja over time, macam mereka beritahu kepada saya, mereka dipaksa kerja over time jika mereka hendak kerja. Jika mereka membawa apa-apa aduan terhadap majikan, mereka senang hilang kerja kerana majikan lebih suka mengadakan pekerja migran yang sedia kerja untuk 12 jam sehari, 15 jam sehari. Manakala pekerja kita, belia kita ini mahu masa mereka untuk ambil cuti, main-main tetapi ini tidak diizinkan oleh majikan. Saya tahu ada satu idea kita hendak pakai kaedah bagi belia-belia kita masuk business, buat perniagaan kecil tetapi pendekatan ini pun ada hadnya, ada limitation.

Katakan di Sungai Siput, antara hospital ke jalan FELDA ada lapan buah kampung di kawasan itu. Jika ada dua gerai burger, memang perniagaan itu akan dapat pasaran dan mendapat untung tetapi jika tiap-tiap kampung ada satu kedai burger, tiap-tiap kampung ada dua kedai burger di tepi jalan raya, mana permintaannya? Jadi kaedahnya, kita katakan okey tidak dapat kerja di kilang, pergi buka perniagaan tetapi jika ramai yang berniaga yang sama, ada persaingan antara peniaga-peniaga kecil itu, pendapatan setiap peniaga itu adalah rendah sangat.

Jadi ini satu kaedah yang kita tidak boleh tutup mata dan katakan tidak mahu kerja, pergi buat perniagaan kerana kawasan itu mesti dapat permintaan, mesti ada demand, dengan izin. So jika ada sebahagian daripada pemuda di situ dapat kerja di kilang, jadi bakinya buat perniagaan, ada pasaran. Akan tetapi jika ramai daripada mereka tidak dapat kerja di kilang kerana gaji begitu rendah dan juga majikan kilang tidak mahu menggaji orang Malaysia, mereka lebih suka bawa orang Nepal, Bangladesh, then there’s no market, tidak ada pasaran, tidak ada permintaan. So mereka buat perniagaan pun, itu bukan satu kaedah yang akan selesaikan masalah mereka.

Satu lagi isu yang saya hendak katakan, kita selalu katakan kita hormati market, pasaran bebas, kita mahu market forces tentukan harga-harga barang. Akan tetapi dalam pasaran untuk pekerja buruh dalam negara kita ada massive distortion, dengan izin kerana kita menggalak, menjemput juta-juta orang luar datang banjiri pasaran. Inilah sebabnya pekerja kita, pemuda kita, belia kita bila mereka minta satu terma kerja yang lebih baik, gaji yang lebih baik, condition kerja yang lebih baik, mereka boleh dihalau. That is market distortion dan ini dibawa oleh polisi kita. Polisi kita yang gila-gila untuk bawa pelaburan daripada luar negara ini, kita sedia mengetepikan, mengabaikan kepentingan pekerja atau belia kita.

Satu lagi yang last saya hendak katakan, memang saya tahu ada banyak kursus, dan latihan untuk belia kita tetapi apakah marketability kursus ini. Saya tengok banyak kursus ini lebih macam perniagaan untuk orang yang jalankan kursus tetapi kualiti yang diajar itu bukan marketable. So saya tidak tahu, saya tahu ‘Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Sumber Manusia keluarkan banyak sumber untuk adakan kursus ini tetapi keberkesanannya saya ada keraguan...

final • 12:31 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 12:31 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Sila.

final • 12:31 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi, kerana ini pengucap yang terakhir saya minta celahan sikit untuk bertanya kepada Yang Berhormat Sungai Siput kalau boleh kiranya tawarkan kedudukan dan keberkesanan Majlis Perundingan Belia Negara yang dipengerusikan sendiri oleh menteri.

Keduanya, tumpuan banyak kepada sukan dan bukan persatuan itu sendiri sebagai usaha untuk memperkasakan belia khususnya dulu kita dengar persatuan diberikan RM3,000 peruntukan. Hari ini belia-belia saya di Kuala Selangor sangat berhajatkan kepada dana tetapi sudah tidak ada lagi dana-dana seperti itu. Apakah ini satu peruntukan ataupun kehilangan peruntukan ini tentunya menjejaskan pembangunan belia.

final • 12:31 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ketiga, pertukaran program belia antarabangsa bagi membangunkan belia kita.

Apakah di sana keberkesanan dan apakah program-program yang lebih konkrit yang kita ingin tahu daripada kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 12:31 PM

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor, saya tidak begitu mahir dalam perkara itu, saya beri kepada menteri untuk menjawab. Akan tetapi saya rasa Kementerian Belia dan Sukan harus menumpukan kepada masalah-masalah ekonomi belia, masalah-masalah yang mereka hadapi untuk mendapatkan kerja dan bukan sahaja pada sukan. Sukan itu recreation, memang mereka perlu recreation tetapi masalah yang lebih penting ialah masalah mereka tidak dapat kerja.

Negara ini pelik, kita ada 2.5 juta pekerja asing yang datang sini dan dapat kerja tetapi pekerja kita sendiri, belia kita sendiri menghadapi masalah. Saya harap Kementerian Belia dan Sukan bersama dengan kementerian lain, Kementerian Sumber Manusia boleh meneliti masalah ini. Jika kementerian perlu bantuan saya di Sungai Siput, saya boleh beri kerjasama untuk buat survey untuk dapat lebih maklumat untuk tengok bagaimana kita boleh kendalikan problem. Akan tetapi satu problem ini saya rasa bukan sahaja di Sungai Siput tetapi saya ingat di seluruh negara kita, belia kita menghadapi masalah untuk dapat kerja dengan satu gaji yang munasabah. Terima kasih.

final • 12:31 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang perkara 020200 berkaitan dengan Pembangunan Sukan. Kita amat berbangga sekali bahawa anak-anak muda Malaysia telah pun mencipta kejayaan bukan sahaja di peringkat negara tetapi sebahagian besarnya di peringkat antarabangsa. Ini sudah dicipta berkali-kali oleh bakat-bakat yang ada di kalangan anak muda kita dalam pelbagai bidang sukan.

final • 12:39 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Sebagai contoh, baru-baru ini kita amat berbangga sekali mempunyai anak-anak muda yang menjadi juara Hoki Remaja Dunia, berjaya mengalahkan Australia, satu kuasa besar dalam bidang hoki. Anak muda kita seperti Zulfadli yang berjaya menjadi johan Badminton Remaja Dunia, gabungan beregu campuran negara, juga menjadi johan peringkat dunia. Akan tetapi soalnya Tuan Pengerusi, sejauh mana kementerian dapat menjaga permata negara ini supaya dapat terus digilap dan permata ini akan terus bersinar apabila mereka terus mewakili negara di peringkat seterusnya.

Apabila permata ini tidak dijaga, tidak digilap dan tidak dibantu dengan apa sahaja kemampuan yang boleh kita jaga supaya dia terus menyinar, akhirnya permata ini akan padam dan akan menimbulkan kerugian kepada negara pada masa yang akan datang.

Perkara ini sering berulang kali berlaku kepada atlet muda negara kita. Oleh yang demikian, sampai masa dan ketikanya kementerian serius memikirkan tentang strategi baru yang dikuasai oleh dunia. Sistem sains sukan yang menjadi amalan kepada atlet dunia dan juga perancangan strategi-strategi tertentu bagi dapat bersaing di peringkat antarabangsa pada masa yang akan datang.

Ini adalah merupakan satu kerugian kepada negara sekiranya bakat-bakat yang telah ada ini tidak dapat dijaga oleh pihak kementerian kita. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian kita apakah tidak ada postmortem dibuat? Setiap kali kejohanan yang kita sertai, setiap kalilah masalah ini berulang-ulang kali dilontarkan oleh rakyat, dibangkitkan oleh atlet kita dan ianya menjadi masalah kepada pembangunan sukan kita.

Saya sedar sebahagian negara membeli atlet, sebahagian negara menjadi penganjur, mereka menggunakan kebijaksanaan mereka memilih acara-acara yang mereka boleh menang walaupun itu bukan sukan wajib, bukan sukan arus perdana dunia. Namun oleh kerana mereka hendak menang, menguasai pingat dengan banyak, mereka menggunakan kebijaksanaan. Mereka tidak kira pingat itu adalah merupakan pingat yang daripada acara yang berprestasi tinggi, yang glamour tetapi soalnya emas tetap emas dan kiraannya berdasarkan berapa banyak pingat emas yang diperoleh.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Oleh yang demikian, saya berharap jangan berlaku lagi permasalahan yang sama yang akhirnya menyebabkan menjejaskan prestasi sukan kita. Saya amat berbangga dengan jurulatih Ong Kim Swee ini yang telah pun melonjakkan bola sepak negara, melatih anak-anak muda kita sampai menjadi satu pasukan yang digeruni. Namun demikian, dengan kehebatan penjaga gol, barisan pertahanan yang dilahirkan oleh jurulatih kita, midfield yang banyak menghantar bola untuk disumbatkan ke dalam gol tetapi masih lagi belum berjaya membawa ke zaman kegemilangan di zaman Mokhtar Dahari dulu. Saya kena percaya ada perkara-perkara tertentu kerana dari segi penjaga gol, kita punya pertahanan, midfield kita sudah hampir setanding dengan pasukan bola di zaman Mokhtar Dahari. Akan tetapi cuba tinjau balik apakah kekuatan Mokhtar Dahari?

Antara kekuatannya, Yang Berhormat Menteri, ialah kita mempunyai twin striker di antara Mokhtar Dahari dan Isa Bakar. Apakah tidak boleh kita mengembalikan semula strategi lama kita itu supaya membolehkan setiap bola yang dihantar oleh midfield kita dapat disumbatkan ke dalam gol dan kalau ini dapat dilakukan, pasukan Harimau Muda kita akan mencipta kegemilangan yang lebih hebat pada masa yang akan datang. Banyak bola tidak masuk gol pun orang tidak kira menang.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin melihat bagaimana dalam pembangunan sukan ini menekankan soal jurulatih kita. Yang Berhormat Menteri nanti akan jawab kerajaan dan kementerian sudah bagi RM6 juta. Apakah tidak cukup lagi? Soalnya bukan RM6 juta.

Sejauh mana Yang Berhormat Menteri memantau RM6 juta ini? Berapa banyak jurulatih yang dilahirkan? Di mana mereka ditempatkan? Sekarang ini keperluan jurulatih di peringkat luar bandar, di daerah-daerah dan jurulatih ini mestilah jurulatih yang berkualiti, yang dilahirkan oleh kementerian.

Oleh yang demikian mesti ada penyelarasan di antara perancangan strategi baru sukan dengan jurulatih yang kita latih adalah mesti seiring dan dapat ditempatkan di kawasan-kawasan di daerah dan saya yakin dan percaya dengan pembangunan jurulatih, pembangunan infrastruktur sukan sebagaimana yang kita sedia maklum, bukan semua daerah mempunyai stadiumnya. Kita mungkin tidak mampu hendak mengadakan setiap daerah satu stadium. Akan tetapi apa salahnya kementerian merancang mulai daripada sekarang. Setiap satu daerah, kita membina lane larian seperti yang berada di stadium. Ini bukanlah memakan belanja yang besar sangat. Sila, Yang Berhormat Sekijang.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih sahabat saya daripada Jempol. Saya hendak berbalik kepada Yang Berhormat Jempol tadi kata kita punya ahli-ahli sukan kita yang berjaya pada hari ini di mana saya hendak menyentuh sedikit, hendak bertanya kepada Yang Berhormat Jempol ini di mana kita lihat ada juga negara-negara di Asia Tenggara dan di mana-mana pun membeli ahli-ahli sukan daripada luar dan dijadikan sebagai warganegara mereka dan mereka ini masuk dalam pasukan dalam negara itu dan berjaya. Akan tetapi dalam negara kita ini kita masih lagi mempertahankan anak jati tempatan yang kita gilap yang akhirnya kita juga berjaya dan ini saya rasa adalah kejayaan yang sebenar-benarnya kejayaan yang kita kecap dan kita capai selama ini. Apa pendapat Yang Berhormat daripada Jempol?

final • 12:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sekijang sebab mereka ini bukan sahaja pakar, ada bakat, ada kebolehan tetapi atlet kita mempunyai semangat patriotik yang sangat tinggi. Ini kerana mereka boleh menyumbang tenaga dan kepakaran serta bakat mereka untuk negara. Oleh yang demikian, bagi mereka ini perlu diberikan peluang, perlu diberikan ruang. Kalau esok asyik kita bawa rakyat negara asing dijadikan warganegara, mereka yang ingin berkhidmat kepada negara ini padahal mereka mempunyai bakat, kemampuan dan kepakaran yang lebih baik daripada sesetengah mereka ini, mereka tidak ada ruang pada masa yang akan datang.

Tuan Pengerusi, akhir sekali saya ingin menyentuh tentang 020300 - Pembangunan Belia. Hari ini negara menuntut supaya belia kita, kita terus perkasakan. Ini kerana cabaran kepada belia kita sekarang ini semakin besar cabaran yang perlu ditempuhi. Oleh yang demikian, tidak ada pilihan kepada kementerian. Pertama, kita mesti perkasakan persatuan belia. Bagi memperkasakan persatuan belia, kementerian mesti mengadakan latihan kepimpinan belia secara berterusan.

final • 12:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Jangan diadakan sekali setahun, jangan diadakan dua kali setahun. Biar galak kali kita adakan kursus kepimpinan supaya anak-anak muda yang minat untuk mengurus dan mentadbir persatuan belia ini diberikan pendedahan, diberikan latihan, diberikan skil kepimpinan supaya lahir pemimpin-pemimpin belia yang berterusan. Kadangkala bila pengerusi meninggalkan persatuan belia, satu persatuan belia itu lumpuh kerana tidak ada lagi pemimpin-pemimpin pelapis yang hendak menggerakkan persatuan belia.

Akhirnya persatuan belia itu tidak bergerak. Akan tetapi sekiranya kementerian dapat melatih secara berterusan barisan pemimpin-pemimpin belia ini, maka persatuan belia kita ini akan dapat kita perkasakan. Yang kedua, mesti ada sumbangan kewangan bagi mengisi keperluan mengurus persatuan belia, mentadbir persatuan belia dan lebih- lebih lagi untuk mengisi persatuan belia kita dengan aktiviti-aktiviti yang berkesan dan aktiviti yang baik untuk ahli-ahli mereka.

final • 12:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Sekiranya persatuan belia ini tidak diberikan peruntukan pengurusan yang cukup, aktiviti-aktiviti yang cukup dan juga sumber kewangan yang cukup bagi membiayai aktivitinya, maka persatuan-persatuan ini tidak akan bergerak dan ianya akan menimbulkan masalah terutama sekali di luar bandar.

Saya minta Yang Berhormat Menteri cuba tinjau tentang bagaimana persatuan belia kita ini tidak seimbang di antara persatuan belia Melayu, persatuan belia India dan persatuan belia Cina. Ini kerana hari ini kurang sangat persatuan-persatuan belia di kalangan masyarakat Tionghoa dapat ditubuhkan. Padahal, permintaannya kadang-kadang kita banyak ditanya oleh belia-belia Tionghoa apakah mereka tidak boleh menyertai persatuan belia, apakah mereka dianaktirikan, apakah mereka ditinggalkan padahal kita memerlukan satu sistem yang lebih tersusun supaya membawa belia-belia Tionghoa ini menubuhkan persatuan belia dan menyertai persatuan kita.

Sehubungan dengan belia ini, saya nampak keperluan bagaimana bidang ekonomi ini dapat digerakkan. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana dapat menyediakan banyak tabung untuk membolehkan belia kita berniaga seperti TEKUN, AIM dan bermacam-macam lagi. Akan tetapi, sampai masa dan ketikanya kementerian melihat secara serius bahawa tabung ini dapat digunakan secara berkesan sekiranya belia-belia kita mempunyai skil dan kemahiran dalam bidang ekonomi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, masa Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Habis sudah? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya beri Yang Berhormat Indera Mahkota. Berapa lama masa Yang Berhormat?

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Dua minit.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa 10 minit itu lebih dari pukul 1 Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Dua minit.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Dua minit? Okey, terima kasih Yang Berhormat. Minta maaf. Sila Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya kepada Kementerian Belia dan Sukan berkenaan dengan perkara yang sepatutnya duduk di bawah perkara 10000 - Pengurusan di bawah bekalan, tetapi saya minta kementerian atau Timbalan Menteri merujuk kepada muka surat 644, iaitu perkara 23, Amanah Sukan Negara di bawah Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan yang disebut sebagai Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara.

final • 12:52 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Mengikut pada catatan atau keterangan di sini, pada permulaan tahun ini, pada satu hari bulan, kita ada peruntukan yang agak besar iaitu RM862.96 juta. Dicampurkan dengan peruntukan untuk sepanjang tahun 2011 iaitu RM150 juta, bermakna untuk keseluruhan tahun ini, kita mempunyai akses kepada RM1.012 bilion berkenaan dengan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara. Kita membuat anggaran bahawa sehingga akhir tahun ini, jumlah ini habis kita belanjakan kerana ada catatan negatif RM5.24 juta.

Maksudnya kita belanjakan lebih pada RM1 bilion untuk tujuan amanah sukan negara.

Untuk ini, saya rasa Timbalan Menteri dan kementerian adalah pihak yang paling layak dan paling sesuai sekali untuk memberi penjelasan tentang urusan atau perkara Amanah Sukan Negara seperti yang dirujuk di bawah muka surat 644. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:52 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Belia 1Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Ada seramai hampir 15 orang yang telah membahaskan sejak hari Khamis yang lalu, di samping tujuh orang yang mencelah untuk kita sama-sama mencari jalan bagaimana dapat kita menguruskan peruntukan yang telah disediakan kepada Kementerian Belia dan Sukan yang meliputi perkara-perkara yang berkaitan kebeliaan dan kesukanan.

Keduanya saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan minat dan sokongan kepada kontinjen negara di Sukan SEA ke-26 di Indonesia sama ada di Jakarta atau di Palembang. Saya percaya yang lain-lain pun sama menyatakan sokongan yang sama kecuali Yang Berhormat Telok Intan yang mungkin saya akan jawab nanti apabila bukan Yang Berhormat Telok Intan, sorry, Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Telok Intan bercerita mengenai Kementerian Sumber Manusia. Saya tidak berapa hendak jawab secara tepat nanti. Akan tetapi kemudian nanti saya jawab juga.

Akan tetapi Yang Berhormat Jerai mempersoalkan tentang bagaimana pingat kita tidak melambangkan pencapaian, iaitu hanya duduk nombor empat. Itu pun saya akan perjelaskan. Kalau kita tengok dari segi atas kertas, memang begitu kelihatannya. Akan tetapi kalau kita hendak cari fakta, kita akan dapat jawab jawapan. Negara India ada 1.67 bilion penduduk pun tidak dapat nombor lima dalam Sukan Olimpik. Akan tetapi kita kena tengok seperti Yang Berhormat tahu yang keluar dalam surat khabar, ada acara-acara yang dianjurkan oleh negara-negara tuan rumah yang memberikan faedah kepada Indonesia seperti roller sports. Ia ada lebih kurang 12 pingat emas, kesemuanya dia sapu. Kenapa di awal-awal kejohanan kita dapat bawah daripada Singapura? Singapura menerusi berenang dan pingpong sahaja sudah dapat 20 pingat emas dan acara itu dijalankan awal. Kalau acara itu dijalankan di hujung macam hari ini, mungkin Singapura duduk bawah lagi dan kita pun tahu kenapa swimming boleh bagi 15, pingpong boleh bagi lima. Ini kerana atlet yang mewakili Singapura itu kita tahu siapalah. Akan tetapi tidak bermakna sukan kita berada di tahap yang rendah. Saya percaya Yang Berhormat Jerai tidak ada niat selain daripada untuk mendapatkan jawapan dan saya akan berikan jawapan.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyatakan bahawa hampir semua perkara di bawah Kementerian Belia dan Sukan ini disentuh, hampir semua. Saya ada dua versi iaitu versi panjang dan versi pendek. Kalau hendak versi panjang, memang sangat panjang, sebab jawapan yang disediakan ini mengambil kira apa yang disentuh setiap satu perkara. Akan tetapi saya percaya ada kementerian lain selepas ini, saya akan cuba untuk memenuhi cita rasa...

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Itu saya jawab Yang Berhormat. Kita sebenarnya kebelakangan sedikit Yang Berhormat.

final • 12:54 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Ya, saya tahu. Jadi, sebab itu saya hendak tanya Tuan Pengerusi, berapa lama saya ada? Kalau satu jam, saya akan guna versi pendek.

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Bolehlah satu jam Yang Berhormat.

final • 12:54 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Kalau tidak, versi panjang saya sangat panjang.

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Banyak benda- benda penting juga dijawab, satu jam cukuplah Yang Berhormat.

final • 12:54 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Okey, kita ada lebih kurang tiga minit. Ini adalah antara perkara yang saya akan gunakan. Yang pertama saya akan bagi sebab kita sudah bersambung daripada hari Khamis, saya akan bahagikan kepada bahagian sukan dan bahagian belia. Isu yang paling banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah mengenai isu pegawai yang dihantar begitu ramai ke Sukan SEA 2011. Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Sri Gading dan lain-lain Ahli Yang Berhormat pun sebut.

Ingin saya maklumkan bahawa bilangan kontinjen Malaysia adalah terdiri daripada 608 orang atlet di mana kategori ‘A’ seramai 355 orang dan kategori B seramai 253 orang.

Bilangan pegawai, jurulatih, urus setia adalah seramai 261 orang. Kategori ‘A’ seramai 192 orang dan 69 orang dalam kategori B menjadikan jumlah 261 orang. Jumlah keseluruhan seramai 869 orang ini adalah di bawah kategori kontinjen Malaysia yang rasmi dan bilangan pegawai tertakluk kepada kuota yang telah ditetapkan oleh penganjur dari segi ratio pegawai berbanding atlet mestilah tidak melebihi 50 peratus, dan kita patuhi perkara tersebut.

Oleh kerana temasya Sukan SEA kali ini dianjurkan di dua bandar utama yang jaraknya hampir 600 kilometer, maka kita terpaksa untuk memenuhi kehendak tersebut di mana tujuh acara dipertandingkan di Palembang dan 24 acara dipertandingkan di Jakarta.

Maka, Majlis Sukan Negara terpaksa menghantar seramai 29 orang pegawai tambahan bagi membantu sekretariat kontinjen untuk menguruskan logistik dan keperluan pertandingan supaya lebih efisien seperti yang Yang Berhormat kehendaki.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai perbandingan, negara Thailand membawa seramai 1,111 orang kontinjen di mana 786 orang atlet dan 325 orang pegawai.

Sementara Vietnam membawa 868 orang di mana 660 orang atlet dan 200 orang pegawai.

Ini tidak termasuk para pegawai tambahan dan penyokong yang turut memberi sokongan kepada negara mereka. Maksudnya, jumlah mereka lebih besar.

Mengenai isu bilangan kontinjen yang besar ini yang diuar-uarkan, yang telah pun dilaporkan, ia sebenarnya tidak melambangkan bilangan sebenar seperti yang dirujuk kerana ia adalah data yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia berdasarkan permohonan daripada pelbagai pihak yang ingin terlibat secara langsung dan tidak langsung di temasya Sukan SEA kali ini. Permohonan ini terpaksa dibuat awal bagi membolehkan MOM membuat block booking kepada penganjur untuk dipertimbangkan dan kebiasaannya kita guna MOM sebagai saluran rasmi. Sesiapa yang dapat kad akreditasi akan membolehkan mereka bergerak bebas di dalam kawasan venue yang terdiri daripada kategori VIP, pegawai teknikal, media, atlet mahupun pemerhati. Semuanya minta yang ini.

Majlis sukan negeri juga minta, ibu bapa cuba minta dan kita bagi jumlah ini dan ini tidak termasuk dalam kontinjen rasmi negara.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dari segi perbelanjaan untuk atlet kategori ‘A’, Majlis Olimpik Malaysia akan menyediakan pembayaran penerbangan dan penginapan, dan bagi kategori ‘B’, sebenarnya mereka terpaksa membayar sendiri. Jadi jumlah yang dikatakan RM2.2 juta itu sebenarnya tidak tepat. Sebenarnya jumlah yang kita belanjakan adalah sebanyak RM1.4 juta...

final • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

final • 12:54 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Nanti saya ulang balik dengan detail. Terima kasih.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

final • 12:54 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

final • 12:54 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan sesi pagi ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:54 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:54 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya menyambung kembali apa yang kita tinggalkan sebelum rehat tadi.

Jadi boleh saya simpulkan bahawa penglibatan mereka yang selain daripada pegawai KBS, Majlis Sukan Negeri, Persatuan Sukan Kebangsaan juga telah menyumbang kepada pertambahan jumlah seperti yang dinyatakan tetapi mereka tidak tergolong dalam kontinjen negara ke Sukan SEA. Ini kerana persatuan-persatuan sukan, Majlis Sukan Negeri juga ingin turut serta memberikan sokongan dan memohon untuk bersama-sama berada di Indonesia. Namun begitu sebahagian daripadanya tidak dapat turut serta termasuklah contoh yang paling jelas, saya sendiri memohon untuk ke Sukan SEA tetapi masih berada di Dewan ini untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan. Saya salah seorang yang ada dalam senarai. Kononnya menambah kepada jumlah tetapi sebenarnya tidak ke sana.

Untuk pengetahuan Dewan juga, kesemua mereka yang tidak berada di dalam kontinjen ini adalah mereka yang menanggung perbelanjaan sendiri dan tidak melibatkan kewangan negara. Semua yang mendapat kad akreditasi adalah di bawah tanggungan pihak kerajaan tetapi ada juga yang pergi di bawah tanggungan masing-masing seperti yang saya nyatakan. Kebanyakan mereka ini sekiranya turut berada di Indonesia adalah untuk memberi sokongan moral kepada atlet bimbingan masing-masing dan juga mempelajari aspek-aspek penganjuran sukan.

Kebiasaannya mereka ini mempunyai bajet tersendiri. Terdapat juga kumpulan yang perlu kita bagi penghargaan yang telah turut serta ke Sukan SEA sebagai kumpulan penyokong. Antaranya kumpulan penyokong Famous dan Tim Malaysia (TM) yang mempunyai penaja masing-masing. Ada juga kumpulan saudara mara dan rakan-rakan atlet yang turut ke sana di bawah tanggungan masing-masing. Kebanyakannya turut mengambil kesempatan untuk memohon kad akreditasi agar penyertaan dan pergerakan mereka di Indonesia akan menjadi lebih mudah. Sukalah diingatkan bahawa kad akreditasi ini tidak memerlukan apa-apa bayaran sekiranya diluluskan oleh pihak penganjur.

Mengenai kos isu yang terlibat, pihak KBS melalui Majlis Sukan Negara hanya menyediakan peruntukan penajaan kepada Majlis Olimpik Malaysia dari segi tiket penerbangan dan yuran penyertaan yakni termasuk kos makan dan penginapan. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kos untuk pembiayaan di perkampungan sukan adalah sebanyak USD50 sehari. Di samping peruntukan urus setia dan perubatan yang dianggarkan berjumlah secara puratanya sebanyak RM2,500 setiap seorang. Untuk perbelanjaan penyertaan atlet, pegawai, jurulatih dan urus setia kategori A ini, iaitu seramai 547 orang, ia dianggarkan melibat peruntukan hampir RM1.4 juta sebagai geran tajaan kepada Majlis Olimpik Malaysia. Pihak Majlis Olimpik Malaysia kebiasaannya akan mengeluarkan pembiayaan sendiri dari tabungan mereka sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus lagi bagi menampung jumlah perbelanjaan keseluruhan.

final • 2:32 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Jumlah geran tajaan kerajaan kepada MOM adalah berbeza dari temasya ke temasya bergantung kepada tempat pertandingan, bilangan kontinjen dan jenis temasya tersebut. Bagi temasya Sukan Olimpik, Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) akan menanggung segala perbelanjaan penyertaan negara-negara peserta di bawah semangat Olimpik. Sukan Olimpik Beijing 2008, kerajaan hanya memberi geran peruntukan kepada Majlis Olimpik Malaysia sebanyak RM8,000 sahaja tetapi bagi Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel, peruntukan kerajaan bagi penyertaan kontinjen adalah jauh lebih besar.

Sebagai perbandingan, Sukan SEA Laos 2009 melibatkan 322 atlet dan pegawai kerajaan memperuntukkan geran sebanyak RM1.1 juta dan di Sukan SEA Korat, kerajaan menyediakan RM1.5 juta bagi menampung penglibatan atlet dan pegawai seramai 659 orang. Ini adalah kerana tempat pertandingan, jumlah sukan, acara serta bilangan kontinjen kategori ‘A’ yang kurang di Indonesia menyebabkan perbelanjaan kita sedikit rendah jika dibandingkan dengan Korat.

Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Batu Gajah, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Arau dan juga dicelah oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam mengenai mengapa atlet 4x400 meter pulang awal sebelum penyampaian pingat? Perlu saya nyatakan di sini, kerajaan, kementerian sebenarnya merasa sangat sedih dan kesal di atas apa yang berlaku. Kesedihan kita adalah apabila atlet kita yang telah berjaya mengharumkan nama negara tidak dapat menaiki podium dan terpaksa pulang gara-gara perkara yang berlaku.

Kita kesal kerana kita tidak mampu untuk menghulurkan bantuan kepada atlet bagi memastikan mereka dapat naik podium. Namun begitu, ini satu pengajaran yang amat berharga tetapi saya ingin nyatakan di Dewan ini, atlet ini tidak dapat naik ke podium kerana mereka berlari pada 14 November, jam 8.00 malam dan upacara untuk menyampaikan hadiah dibuat oleh pihak penganjur pada keesokan harinya 15 November, pada jam 7 malam iaitu hampir 24 jam daripada acara itu dipertandingkan.

Ini satu perkara yang kita ambil serius kerana jarang berlaku perubahan atau pun penyampaian pingat dibuat begitu jauh daripada satu-satu pertandingan. Tidak tahu apa alasan yang diberikan tetapi inilah yang berlaku. Kita telah pun membuat penempahan penerbangan balik kerana tidak ada penerbangan terus daripada Palembang ke Kuala Lumpur. Mereka terpaksa pergi ke Jakarta dahulu dan mengambil flight atau penerbangan daripada Jakarta ke Kuala Lumpur. Memang dasar kerajaan untuk memberikan satu hari rehat sebelum atlet ini balik kerana seperti yang kita maklum kalau kita biarkan atlet kita tunggu, ia akan menambahkan kos.

final • 2:32 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau pun jadual penerbangan kita telah ditentukan, itu dalam keadaan kita jangka kita tidak menerima apa-apa hadiah. Akan tetapi sekarang sudah terang dan jelas anak-anak muda kita, pahlawan negara kita ini dapat pingat emas. Apa salahnya berusaha sedikit, batalkanlah tiket itu, suruh mereka tunggu, tanggunglah kos semasa mereka berada di sana kerana mereka berjaya menambah kumpulan pingat bintang emas negara.

final • 2:32 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak bolehkah kita beri penghargaan? Ini sikap tanggungjawab pegawai-pegawai yang berkenaan. Saya tidak hendak menyalahkan Menterilah. Menteri ada di Jakarta, Timbalan Menteri tidak pergi tetapi tidak akanlah tidak ada orang yang boleh bangun membuka dada dengan seluas-luasnya, mengambil tanggungjawab untuk menentukan anak-anak muda kita ini pergi ke podium itu untuk menerima kalungan emas. Akan tetapi kalau semua ambil acuh tidak acuh, tidak kisah, lepas tangan, inilah berlaku. Apalah masalah duit ataupun kos yang kita hendak tanggungkan 24 jam lagi, apa salahnya?

Betullah, memang Palembang tidak ada terus ke Kuala Lumpur tetapi Palembang bolehlah ke Jakarta. Jakarta ke Kuala Lumpur ini bila-bila masa ada. Ini satu.

Yang kedua, apakah kita cuma kesal sahaja? Kesal saya. Menteri kata “Kesal saya.” Timbalan Menteri kata, “Kesal saya.” Apakah tidak ada hukuman tertentu, tidak ada apa-apakah yang patut kita kenakan kepada pegawai yang tidak bertanggungjawab ini?

Apakah kita kata, “Lupakanlah, sudahlah, kesal.” Pegawai pun ramai.

final • 2:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kita pun macam kesal. Apakah kita menyelesaikan masalah ini dengan lafaz kesal.

Lepas itu tambah lagi sedikit hendak cantik, minta maaf. Astagfirullahalazim, bilalah kita hendak maju ke depan? Hanya hendak membuat alasan untuk menafikan kesalahan kita.

Saya harap kementerian ambil serius. Pegawai-pegawai macam ini dihukum, dihukum, dihukum! Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan hendak sambung.

final • 2:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh sekali? Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terpanggil dalam soal-soal begini sebab saya pun terikut malu selaku Ahli Parlimen Malaysia. Rasionalnya tidak ada tanggungjawab sebab pengerusi KOAM pun di sana, Menteri di sana, Timbalan Menteri satu pun di sana, pegawai-pegawai pun di sana.

Seolah-olah tidak ada kebijaksanaan dalam menangani persoalan yang sebegini.

Seharusnya persoalan ini tidak besar. Kalau ada kemahuan, pepatah Melayu mengatakan, ”Di mana ada kemahuan, di situlah ada kejayaan.” Kejayaan telah kita tempah tetapi akhirnya malu pula yang kita terima. Jadi, mudah-mudahan perkara sebegini berhentilah.

Yang Berhormat Timbalan Menteri maklumkan kepada pegawai-pegawai tidak mungkin ada lagi perkara sebegini di masa-masa akan datang. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Saya setuju sebab itu saya nyatakan kita rasa sedih tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat, Sukan SEA belum berakhir untuk kita kenakan tindakan kepada sesiapa dalam keadaan Sukan SEA masih berlangsung saya rasa pun tidak wajar. Saya percaya akan ada satu tindakan yang boleh kita kenakan supaya perkara ini tidak berulang. Bukan kata sedih itu untuk dilafazkan tetapi memang kalau kita boleh kebelakangkan masa kita boleh atasi perkara ini dengan lebih baik.

Tidak ada alasan dan saya tidak mahu untuk meyakinkan sesiapa bahawa kita cuba menyembunyikan kepincangan yang berlaku tetapi seperti yang saya nyatakan kita kesal kerana kita tidak berdaya untuk membuat sesuatu ketika itu. Apabila berlaku kita tidak tahu, bukan alasan tidak tahu itu bagus tetapi kita tidak dapat untuk membuat keputusan kerana masa penyampaian pun kita tidak tahu ketika itu dan beli tiket kapal terbang ini bukan macam beli tiket bas boleh kita tukar-tukarkan orangnya dan hendak beritahu Yang Berhormat itulah satu-satunya penerbangan. Kalau dia tidak balik yang itu dia akan tunggu jauh, lama lagi.

Akan tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat kita mengambil pengajaran ini secara serius sebab itu pasukan bola sepak kita menang malam ini atau sebaliknya, mereka akan dibawa balik malam ini juga. Saya tidak tahu bila Indonesia hendak bagi pingat. Mungkin dia hendak bagi pingat malam esok tetapi saya hendak beritahu kita akan bawa balik juga dengan chartered flight. Kerajaan menyewa sendiri bukan kerana 4x400 itu tidak sebaik bola sepak sebab kita belum tahu bola sepak dapat pingat apa tetapi mereka kena balik...

final • 2:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bola sepak emas!

final • 2:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Emas, insya-Allah. Saya pun pakai tie menyokong, tie FAM. Kita bawa balik sebab lusa skuad yang sama bawah 23 tahun akan menentang Syria di Kuala Lumpur di dalam pusingan pertama kelayakan Sukan Olimpik. Makna, ini bukan soal kita tidak ada duit. Kalau pasukan bola sepak yang hendak bertanding perlu berehat 48 jam sebelum perlawanan pun kita boleh charter satu kapal terbang maknanya kita boleh buat kalau kita mahu tetapi apa yang berlaku kepada kuartet 4x400 sangat kita kesali.

Saya hendak beritahu bahawa Sukan SEA belum berakhir, meraikan kejayaan itu pun belum bermula sebenarnya. Tidak akanlah kita hendak hukum orang-orang yang bertanggungjawab atau pihak-pihak tertentu sekarang tetapi saya percaya ini satu pengajaran yang sangat mengajar dan memberi pengajaran kepada persatuan-persatuan sukan untuk tidak mengambil sambil lewa perkara-perkara berkaitan dengan atlet mereka yang kita harapkan untuk membawa dan mengibarkan Jalur Gemilang bagi pihak kita dalam keadaan kita tidak berapa mampu untuk menyumbangkan sebarang pingat tetapi mereka menyumbangkan pingat.

final • 2:40 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Saya bersetuju dengan kedua-dua Ahli Yang Berhormat, cumanya kepada yang lain-lain kita tidak perlu emosional bila kita kata kuartet ini kita hantar walaupun peringkat awal tidak perlu hantar, akhirnya dianaktirikan, tidak timbul soal anak tiri.

final • 2:40 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Lenggong.

final • 2:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Okey.

final • 2:40 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak berapa hendak bersetujulah kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi tidak tahu bila majlis penyampaian pingat hendak dibuat. Ini besar juga isunya tetapi apakah ada masalah dari segi pengurusan di pihak penganjur dalam soal-soal ini hingga menyebabkan perkara-perkara ini kita tidak tahu dan menjejaskan pengurusan kita dan sebagainya. Saya tidak mengatakan bahawa kerajaan tetapi dari segi pengurusan di sana yang menguruskan kejohanan dan sebagainya. Apakah ini juga mengganggu kepada prestasi dan juga pengurusan kontinjen kita. Saya hendak tanya pandangan.

final • 2:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Saya rasa agak tidak profesional untuk saya menyatakan tentang ketidakmampuan penganjuran yang dibuat oleh negara Indonesia tetapi itu yang berlaku. Sebagai contoh acara olahraga yang dikatakan bermula pukul 8 pagi selepas perasmian. Yang Berhormat Menteri dan saya bergegas ke tempat pertandingan berjalan kaki, akhirnya diberitahu ditangguhkan dua hari lepas itu. Maknanya perubahan-perubahan saat akhir ini memang sedikit menjejaskan dan biasanya sebab itu dari segi kita melatih bukan hanya atlet, jurulatih tetapi kepegawaian untuk menganjurkan satu-satu temasya ini sangat mustahak. Ini yang berlaku di Indonesia, di mana tarikh dan masa pindaan yang dibuat adalah hak penganjur yang kita terpaksa tunggu untuk menanti bilakah yang perubahan dibuat.

Saya beritahu waktu itu kita cuma tahu tiket penerbangan sebab tarikhnya jelas.

Akan tetapi bila dia hendak sampaikan, kenapa tidak dibuat malam itu juga atau pagi, saya tidak tahu tetapi diberi pukul 7 selepas kita berlepas. Ini yang berlaku kalau Ahli Yang Berhormat ada di sana mungkin Ahli Yang Berhormat boleh melihat sebab Yang Berhormat Sri Gading pun menanya, nanti kemudian saya akan sebut kenapa dia benci sangat dengan kita tetapi bukan sebab itu dia buat perkara ini. Ini satu insiden yang tidak dapat kita elakkan tetapi susah hendak menganjur satu-satu temasya ini. Ketara apabila kegagalan seperti ini berlaku dan telah menyebabkan banyak pihak berasa hati dan akhirnya memberi kesan kepada kita semua.

final • 2:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Pengerusi, kontinjen kita terbahagi kepada dua. Satu kategori pegawai, satu atlet kita. Saya harap jadikanlah pengajaran. Pegawai-pegawai kita yang pergi jadikanlah pengajaran betapa sukan ini dianjurkan dalam suasana dan keadaan yang jelek, jelek, jelek! Jadikanlah, kalau kita esok menjadi tuan rumah layanlah tetamu kita, budaya timur kita melayanlah tetamu kita yang datang ke negara kita, layanlah dengan seberapa baik. Layanlah dengan penuh kesamarataan, tidak ada sedikit pun, sekelumit rasa benci kepada peserta-peserta yang datang. Yang datang ialah para sahabat, yang datang ialah kawan. Jadi, semangat kesukanan kita mesti pegawai-pegawai kita catitlah benda-benda yang jelek, yang kita alami di Jakarta atau di Palembang itu sebagai jadi panduan kepada kita apabila tiba masa kita menjadi tuan rumah. Jadilah tuan rumah yang cukup budiman dan penuh dengan tatatertib dan melayan orang dengan penuh profesional. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Menteri, sedikit. Saya bersetuju sangat rakan kita sebut tadi. Itu pengajaran yang amat berharga kepada kita.

Sebenarnya kita dari segi penganjuran, kita memang berkebolehan cuma saya hendak menyentuh berkaitan dengan pungutan pingat kalau kita hendak bandingkan Indonesia mendapat pungutan pingat yang begitu jauh berbanding kita. Kalau itu jadi ukuran pencapaian saya ingat tidak berapa adil kerana beberapa acara yang diatur memang berpihak kepada tuan rumah.

final • 2:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Apakah ada cadangan dari pihak kementerian untuk membawa ke peringkat Jawatankuasa Sukan SEA ini supaya di masa akan datang, siapa pun yang menjadi penganjur tidak boleh sewenang-wenangnya menyusun, meletak acara-acara tertentu atas alasan tuan rumah hendak dapatkan pingat yang tinggi. Ini tidak dapat menunjukkan satu persaingan yang sihat di situ. Kalau begitu datang ke Malaysia kita buatlah acara mendaki Gunung Kinabalu, dapatlah kita pun. Akan tetapi ia tidak menggambarkan profesionalnya kita dalam bidang ini. Apakah ada cadangan daripada kementerian bawa di peringkat jawatankuasa supaya di masa akan datang tidak ada negara-negara yang dengan begitu mudah mengatur acara-acara panjat galah dan sebagainya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Pertama saya harap apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading itu menjadi satu suara yang dapat didengari daripada Malaysia ke Indonesia tentang bagaimana kita melihat apa yang berlaku dan juga satu nasihat dan pandangan kepada kita rakyat Malaysia untuk tidak berdendam atau menjadikan acara sukan ini sebagai tempat untuk melepaskan dendam dan menghina orang lain dan itu bukan budaya kita di Malaysia dan itu juga hasrat kita dan kita juga amat sedih sukan dijadikan satu acara sehingga ke tahap kita membenci dan bukannya untuk bertanding dan membentuk perpaduan terutama kita dirantau Asia Tenggara ini.

Untuk Yang Berhormat Lenggong telah pun dicadangkan oleh Malaysia agar selepas satu-satu kejohanan Sukan SEA akan diadakan Mesyuarat Menteri-menteri Sukan Asean yang mana Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sendiri akan mewakili negara dan saya percaya perkara ini akan dibincangkan kerana kalau kita tengok Sukan SEA kali ini mempertandingkan 43 acara sukan dengan disiplin yang begitu banyak termasuk sukan- sukan yang mungkin tidak dianggap sebagai sukan bagi sesetengah negara seperti renang sirip, brisk, card game.

Jadi perkara-perkara ini mungkin boleh dilihat tetapi perlu saya nyatakan bahawa bukan hak mana-mana pihak untuk menentukan kecuali perkara yang menjadi privilege, advantage kepada tuan rumah tetapi saya hendak beritahu di Dewan ini ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan SEA 2001, acara-acara yang kita anjurkan, yang kita tambah termasuk gimnastik, termasuk squash, termasuk lawn bowl , pencak silat dan kita tidak masuk sukan-sukan tradisi hanya kerana kita hendak menang kerana kita rasa itu yang lebih sesuai dan selaras dengan pembangunan sukan negara. Akan tetapi bagaimana negara lain memilih sukan-sukan tambahan, saya rasa itu adalah hak mereka yang patut kita hormati namun menyuarakan dalam satu-satu mesyuarat demi untuk mengangkat sukan rantau ini, saya amat bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Lenggong. Lagi?

final • 2:40 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Saya faham itu hak. Saya bercakap tadi pasal hak tadi. Jadi bagaimana kita hendak bagi supaya tidak ada hak sesebuah negara supaya hanya sukan-sukan tertentu sahaja ataupun ada tambahan acara- acara lain mestilah acara yang memenuhi standard dan piawaian tertentu. Ini yang saya maksudkan. Kalau kita bercakap soal hak, memanglah kita tidak boleh buat apa tetapi bagaimana kita hendak mengurangkan kuasa ini. Saya harap cadangan ini dibawa oleh pihak kementerian.

final • 2:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Itu kena minta persetujuan semua negara peserta bagaimana mereka melihat sebab kadangkala ada acara sukan yang tidak begitu popular di negara kita menjadi begitu popular di negara tertentu dan sukan itu juga dipertandingkan di peringkat Olimpik. Sebagai contoh fencing, sukan pedang yang kita sudah mula mencipta nama, tidak pun dimasukkan dalam kategori sukan berprestasi tinggi kita tetapi sudah dapat meraih pingat yang mungkin kita boleh pertimbangkan untuk menjadi salah satu sukan prestasi tinggi tetapi di negara-negara lain sukan ini adalah amat penting dan baik.

final • 2:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Pengerusi, semua orang masuk bertanding hendak menang, wajar. Semua yang masuk bertanding hendak menang, patut. Semua yang masuk bertanding hendak menang, itu hak dia tetapi kita janganlah pasal hendak menang, kita langgar perkara-perkara yang kadang-kadang menyentuh perasaan sahabat.

final • 2:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau kita esok jadi tuan rumah, walaupun kita tuan rumah, kita reda kalau kita nombor dua, nombor tiga, nombor empat pun tidak mengapa. Hak sahabat-sahabat yang masuk bertanding dia hendak menang kerana kebolehan dia, kita terima tetapi kalau macam ini di Jakarta, di Palembang nampak sangat Indonesia hendak menang.

Jadi saya cadangkan beginilah, kalau Indonesia hendak menang bolot semua, dia buat sukan sendiri, masuk sendiri dan orang lain tidak payah. Emas dia dapat, perak dia dapat, gangsa pun dapat dan kalau ada pingat berlian pun dia dapat. Tidak mengapalah, kita tumpang suka sahajalah.

final • 2:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Saya menerima pandangan Yang Berhormat tetapi sekurang-kurangnya saya rasa seronok kerana ada satu kesedaran di kalangan Yang Berhormat apabila menyatakan walaupun kita tidak dapat pingat yang banyak tetapi pingat yang kita ada itu adalah pingat yang berkualiti berbanding dengan ada Ahli Yang Berhormat tadi Yang Berhormat Jerai ataupun Yang Berhormat Teluk Intan dia kata tidak bagus kita sebab Indonesia dapat 100 lebih, kita dapat nombor empat seolah-olah tidak bagus.

Kita kena tengok fakta kenapa kita dapat nombor empat. Hanya kerana hendak dapat pingat banyak, saya rasa mudah, buat macam negara-negara lain tetapi kita perlu ada fokus kepada pembangunan sukan kita dan kita hanya buat tumpuan kalau kita ada duit yang begitu banyak, hanya kerana hendak dapat pingat yang banyak, kita masuk semua acara tetapi akhirnya tidak ke mana pun, saya rasa kita akan didakwa sebagai membazir duit kerajaan.

final • 2:40 PM

Datuk Alexande Nanta Linggi - Kapit

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tertarik apa maksud Yang Berhormat Menteri kata pingat yang berkualiti itu tadi?

final • 2:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Adalah menjadi dasar sukan negara untuk kita memberi tumpuan kepada 19 jenis acara sukan dipanggil sukan prestasi tinggi dan kebanyakan sukan-sukan yang kita pilih ini;

(i) boleh memberi pingat; dan

(ii) dipertandingkan di peringkat Olimpik, di peringkat sukan Asia, Sukan Komanwel.

Kalau kita jadi juara dalam satu acara sukan mungkin congkak ataupun papan karom semasa kita menjadi tuan rumah, kita mungkin dapat banyak pingat emas acara tangan kiri, tangan kanan lelaki perempuan, 30 pingat emas acara congkak tetapi kita hanya menang di sini.

Oleh sebab itu kualiti pingat adalah satu kebanggaan untuk kita raikan walaupun ada banyak pingat dipilih tetapi bola sepak tetap menjadi satu ukuran kepada sesebuah kontinjen seperti di Laos, Thailand menjadi juara keseluruhan tetapi apabila dia hilang satu pingat emas kepada Malaysia, dia berkabung selama enam bulan.

final • 2:40 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l Panchanathan - Hulu Selangor

Penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri, Hulu Selangor.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa itu bukan satu kayu pengukur yang mana sukan yang kita pentingkan dan boleh dipertandingkan di peringkat Olimpik. Saya rasa kalau Indonesia boleh buat atau negara jiran kita boleh buat sukan-sukan sambilan misalnya, kalau mereka boleh menang, kenapa kita tidak perkasakan atlet-atlet kita di peringkat Asian Games ini supaya dirantau ini kita ada budaya tersendiri di mana sukan-sukan secara tradisi seperti congkak tadi dan sebagainya. Jadi ini saya rasa itu bukan dikira unggul kalau mereka boleh menang, tiada sebab mengapa kita tidak boleh memperkasakan jenis pertandingan itu.

final • 2:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Jawapan saya yang pertama kita ada dasar.

Dasar itu kia persetujui dan kita ukur kejayaan dasar mengikut apa yang kita buat dan tidak hanya kerana untuk mengejar satu-satu pingat, kita langgar dasar yang kita buat.

Saya setuju dengan Yang Berhormat tetapi di UNESCO juga minta semua negara untuk mendaftarkan sukan tradisi masing-masing. Berbeza dengan temasya sukan yang kita bertanding.

final • 2:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Sebab itu kita ada sebagai contoh menjawab juga soalan Yang Berhormat Lenggong, kita ada World Anti-Doping Agency (WADA) yang mana menghalang atlet menggunakan perangsang atau dadah terlarang dalam satu-satu pertandingan.

Aspirasinya simple, mudah supaya yang bertanding itu manusia bukan dadah.

Kudrat, latihan dan kemanusiaan itu yang bertanding, bukan rangsangan. Begitu juga dengan kebelakangan ini, isu yang diperkatakan malah di Dewan ini apa guna kita menang tetapi kalau kita beri kerakyatan kepada sesebuah negara. Malahan FIFA mempunyai satu masalah apabila kebanyakan pemain bola sepak negara-negara tertentu berasal dari Brazil.

Mungkin satu hari nanti kalau tidak dikenakan sekatan, final piala dunia di main oleh 32 negara tetapi semua pemainnya daripada sebuah negara sebenarnya. Akhirnya membunuh sukan juga. Aspirasi sukan bukan begitu. Begitu juga dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Yang pertama dasar yang kita buat untuk 19 acara.

Sukan sebab duit yang dibekalkan cukup untuk kita tengok 19 ini tetapi hanya kerana hendak, kita terpaksa langgar dasar kita dan capai pingat yang bukan pun disasarkan dan akhirnya tidak ke mana. Akhirnya kita sendiri langgar dasar.

Akan tetapi saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Saya tidak menyentuh dengan apa yang Indonesia buat, kita pun hendak buat. Indonesia buat, itu hak dia. Kita hormati hak dia tetapi untuk Malaysia saya beri jaminan kalau kita jadi tuan rumah, kita tidak buat macam itu kerana yang hendak dibanggakan adalah kualiti pencapaian bukan acara yang kita syok sendiri.

final • 3:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan saya, petang ini pasukan bola sepak Malaysia Harimau Malaya akan turun ke padang dan saya berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa bahawa akan memberi kejayaan kembali kepada pasukan Malaysia dan menambah lagi satu lagi pingat emas. Akan tetapi saya begitu kecewa kerana layanan yang diberi kepada pasukan bola sepak sehinggakan pasukan itu harus dibawa menggunakan Barracuda.

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 3:00 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Ini merupakan satu taktik, mungkin untuk menakutkan pasukan Malaysia. Inikah satu standard dengan izin yang diamalkan oleh negara-negara host yang menganjurkan pertandingan bola sepak?

Adakah kita akan mengambil tindakan untuk membuat satu laporan rasmi kepada FIFA?

Inikah cara untuk melayan satu pasukan bola sepak negara kita? Saya berharap FAM, kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini bukan cara yang terbaik untuk melayan satu pasukan bola sepak. Kita sedar bahawa mana-mana negara pun hendak menang pertandingan bola sepak atau mana-mana sukan tetapi cara mereka, memberi penghormatan kepada negara kita ini merupakan satu cara yang tidak boleh diterima langsung dan saya ingin cadangkan agar FAM dan juga kementerian menyatakan hasrat atau pun bahawa rakyat Malaysia benar-benar dukacita dan kecewa dengan cara layanan ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:00 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Itu suara daripada Parlimen Malaysia. Saya tidak dapat menyekat, menghalang pun tidak, bersetuju pun tidak tetapi perlulah mendengar bahawa ini rintihan yang kita buat. Sebagai kerajaan, kita ada saluran kita tetapi Parlimen merupakan satu badan yang paling tinggi mewakili seluruh rakyat menyatakan sedemikian.

Kita kena akur dengan apa kehendak yang berlaku yang telah ditonjolkan. Akan tetapi saya ingin menarik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading.

Pagi tadi dia ada bertanya tentang kenapa penonton Indonesia benci sangat dengan Malaysia? Kedua, Yang Berhormat Sungai Siput bertanya adakah kerana layanan pekerja mereka yang tidak dilayan dengan baik yang telah pun dijawab. Saya ingin memberi pandangan. Sebenarnya kita kena bertanggungjawab dalam soal ini. Ini bukan soal layanan kita kepada pekerja asing Indonesia. Mereka bukan setakat boleh cari makan tetapi boleh ada satu kehidupan yang cukup baik tetapi kenapa Malaysia sahaja yang menjadi iri hati Indonesia? Kenapa tidak Thailand, tidak Vietnam, tidak Singapura?

final • 3:00 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Pendapat peribadi saya, minta maaf kalau ada yang tidak setuju. Kerana ada di kalangan pemimpin kita pergi ke Indonesia untuk memburuk-burukkan negara secara berterusan. Saya percaya 300 juta rakyat Indonesia perlu 10 peratus pun yang percaya dia akan marah dengan Malaysia sehingga perkataan maling, pencuri, benci kepada Malaysia sentiasa dibakar oleh pemimpin pembangkang kita.

Pemimpin pembangkang Thailand tidak pergi cerita tentang keburukan Thailand.

Pemimpin pembangkang Vietnam tidak pergi untuk memburukkan negaranya. Sebab itu bila saya fikir-fikir balik, mungkin. Mungkin saya salah tetapi cuba lah kita jangan burukkan negara kita terutama...

final • 3:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat tidak bersalah.

Fiil pembangkang negara kita begitu kotor dan khianat kepada negara sendiri. Ini yang membakar perasaan benci orang Indonesia kepada Malaysia sedangkan sebenarnya majoriti rakyat di Indonesia pun orang-orang yang tertib, beradab, bertamadun pun mereka tidak suka. Akan tetapi oleh sebab pengaruh-pengaruh yang tertentu. Tertentu. Saya setuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:00 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Saya tidak berniat hendak masukkan acara politik dalam salah satu acara yang dipertandingkan tetapi ini kesan. Kita kadang-kadang membesar dalam satu suasana membenci sesebuah negara. Macam mana kita pernah benci kepada Rusia, seolah-olah begitu komunis, begitu jahat. Hanya digambarkan. Saya percaya rakyat-rakyat di Indonesia bukan begitu sebab itu jawapan yang diberi tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Indonesia kerana ini perasaan marah rakyatnya kepada Malaysia.

Kalau kita tanya dia tidak tahu berapa negeri pun dekat Malaysia ini. Akan tetapi apabila dimasukkan dengan pemikiran bahawa Kerajaan Malaysia tidak adil, jahat, sentiasa menganiaya orang Indonesia sebab itu lagu Negaraku dihina sewaktu dinyanyikan. Ada orang Indonesia tidak mahu bangun untuk meraikan lagu Negaraku dan ada yang sanggup bakar Jalur Gemilang, kenapa? Sebab rasa benci telah pun ditanam oleh sebahagian daripada kita sehingga menyebabkan sukan pun sudah terlibat dalam perasaan benci.

final • 3:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 3:00 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Ya. Saya hendak buat pengumuman tetapi tidak apa lah.

final • 3:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pengumuman itu kemudian, waktu tidak penuh. Sekarang ini mereka takut hendak mendengar penggulungan Yang Berhormat.

Sebab itu kebanyakan pembangkang tidak hadir pada petang ini. Yang Berhormat...

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

Dia pergi makan lah.

final • 3:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Satu orang sahajalah. Itu seorang yang lain tidak ada.

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

Lari.

final • 3:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak, Tuan Pengerusi saya ingin tanya. Oleh kerana malam ini adalah malam yang bersejarah untuk negara kita Malaysia bertanding dengan pasukan bola sepak Indonesia di dalam pertandingan akhir bola sepak sukan SEA, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan apakah tindakan kementerian untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar terutamanya dari segi keselamatan pemain-pemain kita, petugas-petugas kita, pegawai-pegawai kita dan penyokong-penyokong kita juga. Ini kerana dalam keadaan yang agak panas ini mungkin Tuan Pengerusi nyawa mereka, keselamatan mereka itu mungkin terancam.

Jadi, saya ingin minta penerangan daripada Yang Berhormat Menteri adakah langkah-langkah tertentu yang diambil khususnya untuk malam ini bagi memastikan keadaan yang tidak diingini dapat dielakkan kalau lah akan berlaku. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Saya boleh beri jaminan bahawa usaha, pelbagai cadangan telah kita buat untuk memastikan pemain kita tidak ditekan dari segi psikologi dan fitnessnya sebelum masuk ke padang.

final • 3:00 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Saya rasa perkara ini sepatutnya boleh kita angkat sampai ke peringkat yang tertinggi dalam persatuan bola sepak kerana kalau sikap penyokong yang keterlaluan, persatuan bola sepak boleh diambil tindakan.

Di peringkat kerajaan kita sedang menyusun sebab itu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud sama dengan isu Barracuda yang digunakan untuk membawa masuk pemain. Saya tidak dapat hendak nyatakan apakah kaedah yang akan kita gunakan kerana ia memerlukan persetujuan daripada penganjur dan juga Kerajaan Indonesia.

Cuma, kita mengharapkan hubungan baik di antara kedua-dua buah kerajaan ini akan dapat memastikan perlawanan yang dinanti-nantikan dapat berlangsung dengan baik.

Saya percaya Yang Berhormat semua ingin turut serta tetapi terpaksa berada di Dewan. Saya ambil kesempatan untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia...

final • 3:00 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Silam Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:00 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Okey.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Sebenarnya, pertandingan malam ini sangat besar makna dan ertinya kepada kita semua. Saya nampak macam jaminan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memastikan keselamatan para pemain, para penyokong kita di kejohanan Sukan SEA yang melibatkan bola sepak ini belum lagi rasanya dapat kepastian yang sewajarnya daripada pihak berkuasa Kerajaan Indonesia.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Saya mengharapkan supaya, masih rasanya tidak terlambat untuk kita memastikan agar keselamatan para pemain. Saya ingin bertanya kepada kementerian juga, apakah tindakan yang nanti kata, orang Sabah palis-palis. Kalau ada perkara yang tidak baik berlaku, baru kita bertindak, itu sudah terlambat Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Jadi kita perlu tegas dan berani bahawa kita juga negara yang berdaulat, merdeka. Ini kerana kalau kita melihat bagaimana mereka menghina dan benci rakyat negara kita, Malaysia ini, kalau dibandingkan dengan kekejaman yang dilakukan terhadap pembantu rumah di Timur Tengah, ada yang dirogol, ada yang dibunuh tetapi tidak sampai rakyat Indonesia membenci saudara dia atau pun negara-negara Timur Tengah berbanding degan kebencian yang mereka lontarkan kepada negara kita. Jadi saya berharap supaya kementerian dapat mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini untuk menjamin rakyat Malaysia ini betul-betul selamat. Terima kasih. All the best.

final • 3:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Ya, sedang dibuat. Saya punya penerbangan patut pagi tadi tetapi kita tidak habis hari Khamis. Tangguh pukul 4.30 petang pun tidak habis lagi, maknanya tidak pergilah. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri ada di sana.

Untuk saya membuat pengumuman di sini dalam keadaan urusan memastikan hasrat Ahli Yang Berhormat Silam itu tidak berlaku, tidak dapat saya nyatakan secara hitam putih, tetapi kita berdoalah semoga para pemain kita dapat memberikan tumpuan. Kita memerlukan 11 orang untuk memastikan 85,000 orang penyokong Indonesia dapat kita jinakkan. Jadi kita akan jaga 11 orang itu yang mewakili negara kita agar berada dalam keadaan yang sangat baik. Ini maklumat yang baru saya dapat.

Untuk penyokong, mereka akan berkumpul di Hotel Sultan pada pukul 5.00 petang hingga 5.30 petang dan kita akan sediakan dua buah bas dengan kereta yang membawa kesemua mereka ke tempat duduk VIP, royal box, di Stadium Gelora Bung Karno supaya keselamatan mereka terjamin. Bagi penyokong-penyokong Malaysia yang lain, tidak perlu risau tentang keselamatan. Malam ini Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan siaran langsung perlawanan akhir di skrin besar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur untuk sama-sama kita memberikan sokongan dan doa dari jauh kepada skuad negara. Malam ini...

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Pengerusi, apakah Ahli Parlimen ini hanya di dalam Dewan ini?... [Ketawa] Kita punya semangat berkobar-kobar...

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tetapi kita hanya duduk dalam Dewan ini. Agaknya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga Parlimen ini boleh agaknya...

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bolehkah agaknya?

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Kita akan berbahas Kementerian Sumber Manusia dengan Kementerian Penerangan nanti.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya?

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hari ini kita akan membahaskan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Bola itu, pandai-pandailah.

final • 3:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini pun sumber manusia juga Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, saya juga bersetuju.

Ini sebenarnya perkara yang perlu dilihat oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Malam ini malam bersejarah yang memerlukan sokongan kesemua warganegara Malaysia termasuk juga Ahli-ahli Parlimen. Kenapa kita mahu panjangkan hari bersidang pada malam yang bersejarah ini?

final • 3:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Bawa usullah, bawa usul.

final • 3:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita mahu bersama dengan rakyat Tuan Pengerusi, untuk menyaksikan kemenangan gemilang Harimau Muda mengalahkan Garuda pada malam ini. Jadi saya agak terkilan Tuan Pengerusi. Hari-hari lain kita boleh bersidang sampai pukul 11 malam, tetapi kenapa malam ini, malam bersejarah ini?

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Setuju!

final • 3:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong rayu kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mungkin dia tidak suka bola, dia suka main boling, mungkin... [Ketawa]

final • 3:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Exceptional, special case.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dan untuk itu, kita ganti malam esok sampai pukul 11.59 malam.

final • 3:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya setuju. Minta usul baru pada petang ini.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya minta Yang Berhormat Tumpat sokonglah.

final • 3:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tuan Pengerusi, alang-alang nak bagi balik, bagi malam Rabu sekali. Lawan dengan Syria. Jangan bagi malam ini saja.

Pasal lawan dengan Syria lagi bagus. Bagi dua malam sekali, buat usul selepas ini.

final • 3:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Saya dapat dengar...

final • 3:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Gagal Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau tidak boleh membawa hujah dan hasrat Ahli Parlimen ini kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bawa satu usul untuk ubah usul yang dahulu supaya kita boleh tunjukkan patriotisme kita.

final • 3:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Tuan Pengerusi, kita ada jadual kita Tuan Pengerusi. Akan tetapi sebenarnya kita dapat dengar harimau sudah mengaum bukan di luar tetapi di dalam Dewan... [Tepuk] Semangat, semangat! Kita ada pilihan.

final • 3:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Main pukul 8.30 malam, kalau kita boleh pakat-pakat untuk cepat-cepat dua kementerian ini, kita setuju sahaja, kita boleh balik tengok.

final • 3:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tengok rakaman sahajalah.

final • 3:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Kemudian minta tarik usul dan sebagainya.

Sebagai gesture... [Disampuk] Itu satu pilihan. Yang Berhormat dari pembangkang janganlah nak react cepat sangat. Itu satu pilihan. Maknanya kalau kita hendak pergi tengok, sokong. Bukan sahaja yang hendak sokong itu sama ada dengan kerajaan ataupun pembangkang. Kita sama-sama bahas ikut...

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, masalah kita Yang Berhormat, kita tidak dapat persetujuan. Hendak naik gaji, hendak naik elaun pun kita tidak sepakat.

final • 3:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Ya lah. Kecuali buat usul lainlah. Okey, itu yang pertama. Saya akan ada di Dataran Merdeka malam ini untuk melihat bersama-sama.

Untuk pengetahuan, saya dimaklumkan kita akan pakai jersi kuning, hitam. Jadi yang ada...

final • 3:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Kesian Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Dataran Merdeka sahaja.

final • 3:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Kedua, sejurus selepas perlawanan bola sepak, skuad bola sepak negara akan kita bawa balik dengan satu penerbangan khas untuk memastikan mereka cukup rehat sebelum bertemu dengan Syria pada 23 hari bulan dan dijangka akan tiba di LCCT jam 2.30 pagi ini. ini bergantung pada tambahan masa perlawanan jika ada pertambahan masa. Juga bergantung pada ujian anti doping, bergantung kepada jika berlaku masalah untuk keluar stadium ataupun berlaku sebarang bentuk gangguan. Akan tetapi mereka tetap akan balik. Saya mempelawa siapa-siapa yang berminat untuk sama-sama menyambut, meraikan kembalinya pasukan bola sepak yang akan tiba di LCCT pada jam 2.30 pagi.

Kemudiannya juga Tuan Pengerusi, minta maaf saya hendak umumkan juga. Saya baru dapat berita, kita dapat dua lagi pingat emas dalam acara basikal... [Tepuk] Menjadikan pungutan pingat emas kita sebanyak 55 pingat dan kita masih ada dua acara lagi yang boleh menyumbang pingat emas. Jadi Tuan Pengerusi, ini baru isu kedua Tuan Pengerusi. Ada banyak lagi ini.

Mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Sekijang mengenai Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara, perlu ada perancangan yang tersusun, membina kemudahan, program di akar umbi serta mencari bakat, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan bersama- sama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Sukan Negara dan juga Persatuan Bola Sepak (FAM) telah merancang dan melaksanakan serta memantau pelaksanaan pelan pembangunan bola sepak negara yang menyasarkan untuk kita layak bersaing di kejohanan Piala Dunia Remaja bawah 17 tahun pada tahun 2019. Program pembangunan bola sepak sukan prestasi tinggi sekolah akan diteruskan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dengan program latihan mencari bakat dilaksanakan di 36 buah pusat latihan daerah di samping program latihan di 14 buah sukan negeri.

Kedua, melaksanakan Liga Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pemain bawah 14 tahun dan 17 tahun serta kejohanan My Kid Soccer bagi pemain di bawah 12 tahun yang akan diadakan pada bulan ini iaitu 24 hari bulan di negeri perak. Perlawanan akhir Liga KPM telah diadakan pada 23 Julai...

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Hulu Terengganu, di belakang Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanyalah. Kita telah pun mengalami kejatuhan, keruntuhan pasukan bola sepak yang saya rasa akibat daripada kemasukan pemain-pemain import dalam liga Piala Malaysia.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Akan tetapi, nampaknya sekarang apabila kita tidak benarkan pemain import ini, kita dapati bahawa pasukan bola sepak kita bangkit semula. Kemudiannya baru-baru ini diumumkan semula untuk dibolehkan pemain import mengambil bahagian. Saya fikir bahawa kemungkinan atau tidak kemasukan pemain import ini memberi kesan dan saya nampak bahawa ada pihak yang berkepentingan untuk membawa masuk pemain import ini bagi meraih keuntungan dari segi material. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 3:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Tidak ada satu kajian yang menyatakan bahawa penurunan sukan bola sepak kita disebabkan oleh pengambilan pemain import. Malahan, di banyak negara, bila kita tengok dari segi perancangan, pengambilan bukan sahaja pemain tetapi jurulatih berjaya menarik minat penyokong ataupun penonton untuk datang ke stadium.

final • 3:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Ini adalah satu perkara yang sangat mustahak bagi setiap satu-satu pasukan yang bertanding kerana kutipan pintu masuk stadium ialah antara sumber yang sangat mustahak bagi membantu. Akan tetapi saya dapat tahu atau hendak memaklumkan bahawa salah satu faktor kejatuhan apabila kita mengenakan hukuman kepada rasuah bola sepak pada tahun 80-an yang hampir melibatkan keseluruhan kalau tidak semua pemain-pemain bola sepak termasuk yang pemain pelapis. Itu antara perkara yang menyumbang dan akhirnya pasukan ataupun sukan bola sepak kita sedikit menurun dan ketidakmampuan persatuan- persatuan bola sepak negeri ketika itu untuk membayar pemain-pemain luar menyebabkan kita tidak dapat menampung kemasukan mereka.

Sekarang ini setelah pulih saya percaya kalau ada persatuan bola sepak negeri yang mempunyai dana yang besar dapat membawa masuk nama-nama besar. Stadium akan dapat kita penuhkan hanya kerana menyokong pemain dari luar tersebut. Apabila ini dapat dihidupkan ia akan merancakkan program pembangunan sebagai salah satu sahaja.

Bukan ini satu-satunya perkara untuk kita melahirkan satu pasukan yang baik tetapi sebagai salah satu sebagai contoh Korea dan Jepun bila mengambil Zico bekas pemain bola sepak antarabangsa Brazil sebagai jurulatih. Stadium penuh bukan untuk menyokong persatuan kelab sahaja tetapi untuk melihat bagaimana pasukan didikan Zico pada ketika itu telah membantu pasukan Jepun untuk meningkatkan pencapaian bola sepak mereka.

Oleh sebab itu pemain jemputan atau pemain profesional dari luar ini sebenarnya boleh membantu jika berada di tempat yang sewajarnya. FAM telah pun membuat keputusan tersebut dalam mesyuarat mereka dan akan melaksanakannya pada tahun hadapan.

final • 3:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya mengakui tentang kewujudan kejohanan bola sepak yang diatur bersama kementerian FAM dan juga Kementerian Pelajaran. Saya lihat daripada luarlah mungkin berlainan kalau pandangan daripada dalam sendiri tentang keupayaan pasukan bola sepak negara sekarang mungkin juga hasil daripada didikan yang mereka perolehi. Mungkin daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil dan sebagainya. Maknanya kita berjaya melahirkan pemain berasaskan kepada latihan yang begitu baik. Apa yang saya maksudkan ialah dengan adanya kemudahan sukan yang hendak kita buat dan telah pun yang ada sekarang ini.

Apakah di samping kita menganjurkan acara bole sepak dan sebagainya tetapi kita masukkan elemen latihan di situ maksudnya dengan perancangan yang teliti. Kalau tidak sepenuhnya sebagaimana di Bukit Jalil misalnya tetapi ada kurikulumnya. Dengan sendirinya di samping kita wujudkan kejohanan maka kita melatih dan mencungkil bakat- bakat baru sebab kita hendak bina banyak bangunan ini. Supaya ada dua dalam satu kita buat termasuklah soal-soal pemakanan pemain dan sebagainya. Minta pandangan.

final • 3:20 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Sebelum saya meneruskan jawapan saya ingin memaklumkan bahawa untuk pemain-pemain import bagi kita tidak menghalang pembangunan atlet tempatan dalam sukan bola sepak. Beberapa syarat telah pun dikenakan untuk mengambil kira faktor-faktor berikut:

(i) pemain-pemain hendaklah digunakan yang berkualiti yang boleh meninggikan mutu permainan tempatan;

final • 3:20 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

(ii) gaji yang hendak dibayar hendaklah dipastikan berpatutan dan berdasarkan kemampuan kewangan sesebuah pasukan;

(iii) bilangan yang boleh bermain pada satu-satu masa hendaklah dihadkan tidak melebihi dua atau tiga orang sahaja;

(iv) posisi pemain juga hendaklah dipastikan lebih sekata dan tidak tertumpu kepada posisi tertentu terutamanya bahagian serangan; dan

(v) pengurusan pasukan hendaklah profesional dalam menangani pentadbiran pasukan supaya tidak timbul isu kelewatan pembayaran gaji, EPF dan sebagainya.

Bagi menjawab Yang Berhormat Lenggong. Sebenarnya kita mempunyai satu pendekatan yang terbaru telah pun dilaksanakan sejak tahun lepas menggunakan struktur yang ada di bawah lantikan pegawai teknikal saudara Kim Choon. Kita telah dapat memilih dalam satu-satu cohort jumlah yang terlibat dalam sukan bola sepak seluruh negara dapat kita perbanyakkan di bawah kendalian jurulatih daripada FAM dan Persatuan Jurulatih Kebangsaan. Sebagai contoh di bawah Program Mykid Soccer seramai 1,680 orang pelajar sekolah antara umur 10 tahun hingga 12 tahun telah dipilih menjalani latihan yang dilatih oleh seramai 112 orang jurulatih. Ia dijalankan di 14 pusat latihan di seluruh negara malah persiapan mereka itu juga akan kita teruskan.

Setiap pasukan akan menghadapi kejohanan apa yang kita panggil Mykid Soccer kali pertama yang kita adakan di Perak seperti yang saya nyatakan. Mengenai latihan Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar sebenarnya kebanyakan pemain Harimau Muda ‘A’ dan ‘B’ adalah datang daripada kedua-dua buah sekolah berkenaan. Kalau kita ambil Korea sebagai contoh dia ada lebih kurang 16 sekolah sukan kita baru ada dua. Apa yang jadi masalah semua pemain terbaik duduk di dua buah sekolah ini dan mereka tidak ada pasukan untuk bersaing. Berbanding dengan Korea semua kawasan sekitar akan pergi satu sekolah sukan dan sekolah sukan mereka tidak bertanding dengan sekolah biasa. Kita sekolah sukan kita terlalu baik untuk sekolah biasa tetapi belum cukup baik untuk yang di atas.

Oleh sebab itu kita dalam proses mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, dalam proses untuk membina Akademi Bola Sepak di Gambang Pahang yang mungkin akan dapat beroperasi hujung tahun 2012, untuk kita memastikan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Lenggong dapat kita manfaatkan. Mereka yang kita nampak ada potensi pergi jauh dalam sukan bola sepak akan ditempatkan di sebuah akademi yang akan hanya melihat tentang pembangunan bola sepak. Dengan cara ini barulah kita dapat satu jumlah pemain dalam base ataupun peringkat akar umbi yang lebih besar. Berbanding dengan hanya melihat dua buah sekolah.

Ketiganya saya hendak buat pengumuman juga kita baru tambah lagi pingat emas dalam acara basikal dan renang berirama menjadikan 58 pingat emas negara sehingga kini... [Tepuk] Kemudiannya Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Batu Gajah ada menyentuh tentang persoalan mengenai peruntukan Program Pembangunan Atlet digunakan untuk iklan. Sukalah saya maklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan dalam laporan audit ini adalah tidak tepat dari segi perkara yang diluluskan.

Untuk makluman Yang Berhormat iklan yang dikatakan tersebut adalah merupakan sebahagian daripada proses penyaluran maklumat. Dalam kita mempromosikan kejayaan atlet-atlet negara sebagai rangsangan kepada seluruh atlet pelapis dan rakyat keseluruhannya. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Binaan Atlet dalam bentuk untuk memupuk semangat dan motivasi kepada atlet-atlet negara. Khususnya apabila ianya mendapat perhatian dan sokongan masyarakat terhadap pengorbanan mereka selama ini. Program promosi tersebut juga turut dijadikan sebagai medium menyampai maklumat kepada masyarakat mengenai program-program pembangunan atlet yang dijalankan oleh kerajaan. Program promosi ini turut menarik minat pihak swasta dan kita amat berterima kasih kepada penglibatan syarikat-syarikat gergasi seperti AirAsia, Telekom Malaysia, Milo, CIMB dan sebagainya yang turut menggerakkan ataupun menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada pakej promosi produk masing-masing.

final • 3:20 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Ini secara tidak langsung memberi pendapatan tambahan kepada atlet negara dari sudut penajaan pengiklanan. Mengenai penggunaan peruntukan promosi...

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat kata laporan audit tidak tepat menyatakan bahawa jumlah tersebut RM3.65 juta adalah Program Binaan Atlet di mana ia juga merangkumi pengiklanan mempromosikan sukan. Yang Berhormat kata tidak tepat. Akan tetapi Yang Berhormat jika laporan audit Yang Berhormat katakan tidak tepat itu, apakah sebenar tujuan pengagihan RM3.65 juta ini jika bukan untuk merangkumi promosi sukan ini? Ini kerana laporan audit melaporkan lebih 61.6 peratus telah digunakan untuk promosi sukan. Saya pohon penjelasan perkara ini.

final • 3:20 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Laporan audit menegur perbelanjaan dan kita perlu beri penjelasan. Laporan audit sangat kita hargai. Bila dia membuat teguran dari segi perbelanjaan kesilapan meluluskan peruntukan dan penggunaan. Oleh sebab itu dalam sukan kalau kita pergi ke negara Korea, Australia, United Kingdom mereka menggunakan dana pembangunan untuk pengiklanan. Ini kerana dari situ mereka akan dapat penajaan kepada atlet. Di Korea 90 peratus pembiayaan persatuan sukan datang daripada penajaan.

Akan tetapi di Malaysia ini hampir 100 peratus kebanyakan acara sukan dibiayai oleh kerajaan. Oleh sebab itu kita menggunakan perkara tersebut untuk memberi promosi kepada kejayaan dan akhirnya dapat memberi faedah kepada syarikat-syarikat kita. Juga kepercayaan kepada mereka untuk membuat pelaburan dan menaja atlet-atlet kebangsaan.

final • 3:20 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Jadi, teguran yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara itu kita terima. Cumanya kita akan beri penjelasan kepada Auditor General bahawa penggunaan itu tidaklah bertujuan untuk kita menyalahgunakan dana tetapi untuk menggunakan sebagai salah satu pembangunan atlet dalam bentuk promosi. Ini kerana kementerian di bawah Majlis Sukan Negara tidak ada dana untuk promosi. Sejak itu hari ini kita dapat lihat pelbagai syarikat telah turut serta untuk mempromosikan atlet-atlet negara selepas kita mulakan perkara tersebut dengan dana kita sendiri dan ini sebahagian daripada melonjaknya pencapaian satu-satu atlet. Kalau kita lihat atlet di luar, dia tidak dapat pendapatan daripada hadiah kemenangan tetapi kebanyakan mereka dapat daripada penajaan. Ini yang cuba kita buat dan ini selaras juga dengan industri sukan yang sedang giat dijalankan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Saya menghormati pandangan Yang Berhormat, cumanya kita telah pun memberikan maklum balas kepada teguran pihak audit, kenapa kita menggunakan jumlah yang dinyatakan itu bagi pembiayaan iklan yang dibuat pada tahun 2010 itu.

Mengenai Ketua Jurulatih Olahraga Encik Harun Rasheed, apabila dikatakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai bahawa gaji tidak dibayar kerana kita tidak menggunakan duit pembangunan atlet, perlu saya nyatakan bahawa untuk makluman Yang Berhormat, isu jurulatih olahraga telah pun selesai. Encik Harun Rasheed tidak memperoleh gaji bulanan, bulan Januari hingga Mei disebabkan beliau tidak ada dalam negara atau menghilangkan diri untuk menandatangani perjanjian baru. Penangguhan pembayaran gaji itu disebabkan tindakan beliau mengarahkan atlet menghilangkan diri dari ujian doping Institut Sukan Negara serta tindakan beliau membiarkan tiga orang atlet di bawah jagaan beliau berlatih tanpa bimbingan sejak 24 Mei 2011.

Isu ini telah diselesaikan dalam Mesyuarat KOAM pada 15 Ogos dan telah pun membuat bayaran. Yang Berhormat, saya ingin nyatakan bahawa kalau dia tidak menandatangani perjanjian memperbaharui, bagaimana kita hendak bayar? Untuk pengetahuan Yang Berhormat, duit pembayaran jurulatih olahraga tidak kita gunakan daripada duit pembangunan atlet. Itu memang duit yang kita telah diperuntukkan untuk pembiayaan.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Melainkan Yang Berhormat suruh kita beri juga duit kepada dia walaupun dia tidak ada tandatangani perjanjian, ya. Kita tidak buat seperti itu.

Untuk makluman Yang Berhormat, juga membangkitkan isu pemotongan elaun atlet.

final • 3:30 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Sebenarnya Skim Elaun Latihan Majlis Sukan Negara adalah berdasarkan kepada pencapaian, di mana atlet diberikan elaun tetap sebanyak RM500. Jumlah ini diberikan dengan mengambil kira makan dan penginapan yang ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara. Dari jumlah tersebut RM1,000 kepada atlet jika memenangi pingat di Sukan SEA dan RM2,000 tambahan jika mereka memenangi pingat di Sukan Komanwel atau di Sukan Asia dan RM3,000 jika menangi pingat di Sukan Olimpik. Sebagai contoh, Datuk Lee Chong Wei kini menerima elaun latihan berjumlah RM3,500 sebulan ditambah dengan imbuhan tetap Sukan Olimpik sebanyak RM3,000. Hasil pingat perak yang dimenangi oleh beliau di Sukan Olimpik Beijing menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima oleh Datuk Lee Chong Wei ialah adalah sebanyak RM6,500 sebulan.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu ketika dahulu kita tidak menggalakkan iklan-iklan dan juga sponsorship daripada syarikat-syarikat rokok, kononnya kita tidak mahu menggalakkan belia-belia kita menghisap rokok. Bagaimanakah kedudukan kita sekarang kerana seolah-olah kita memberi kelonggaran kepada mereka? Keduanya, saya lihat kementerian begitu rancak sekali menjalankan beberapa aktiviti terutamanya bertumpu kepada aktiviti-aktiviti kesukanan.

Saya berharap kementerian jangan lupa juga untuk memberikan perhatian kepada kebajikan belia-belia di peringkat kampung. Satu ketika dahulu, kita buat kempen untuk mewujudkan cawangan-cawangan belia setiap parlimen. Jadi, kita telah banyak tubuhkan tetapi kebajikan mereka seharusnya kita berikan perhatian. Setakat ini, apakah sebenarnya langkah-langkah yang telah dijalankan oleh pihak kementerian bagi memastikan supaya kebajikan belia-belia di kampung dan juga dapat kita pastikan apakah sebenarnya potensi yang mereka ada? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Mengenai penajaan syarikat tembakau. Sebenarnya bukan kita sahaja yang buat. Sebenarnya apabila Malaysia menandatangani perjanjian dengan WHO menghalang penglibatan syarikat- syarikat rokok, arak, dan sebagainya dalam sukan maka secara automatik perjanjian itu terpaksa kita laksanakan dan akhirnya tidak adalah syarikat rokok yang boleh menaja.

Indonesia salah satu contoh negara yang belum menandatangani dan dia boleh mempamerkan penajaan daripada syarikat rokok. Ini perlu kita akur dan tidak ada lain yang boleh kita laksanakan selain daripada menghalang syarikat ini daripada menaja persatuan- persatuan sukan. Mengenai belia, saya belum masuk tentang belia. Saya baru masuk tentang sukan, ya. Jadi, kalau saya sebut tentang belia dari segi bagaimana kita menjaga, saya takut nanti akan bertindih dengan yang lain.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 3:30 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Namun begitu saya akan ambil apa Yang Berhormat Jasin tanya semasa saya menjawab bahagian belia nanti. Mengenai sukan, saya ingin menyatakan sebelum menutup tentang sukan, ada dua perkara lagi iaitu saya perlu memaklumkan kepada Dewan mengenai analisis setakat ini Sukan SEA kerana banyak ataupun ramai Ahli Yang Berhormat ada terdapat yang mempersoalkan tentang beberapa perkara yang pada saya perlu diberikan penjelasan. Seperti yang saya nyatakan kita telah pun mencapai 58 pingat emas melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu sebayak 40 hingga 45 daripada sukan-sukan yang terbabit di bawah Program Majlis Sukan Negara. Jika tidak mengambil kira pencapaian emas dari sukan-sukan luar program iaitu water-ski, billiard snooker – 1 emas, water-ski - 4 emas, open water swimming – 2 emas dan lawan pedang - 2 emas, kontinjen telah memperoleh sebanyak 50 ya, daripada sukan- sukan di dalam program. Sebanyak 49 pingat emas adalah datangnya daripada sukan- sukan dalam program yang dijalankan di bawah Majlis Sukan Negara.

Ini merupakan satu pencapaian yang apa saya sangat baik kerana tanpa sukan- sukan, pencapaian di luar pun kita telah berjaya melepasi sasaran. Sukan-sukan di luar program ini tidak pula kita bermaksud untuk tidak membantu sebaliknya kerajaan melalui Majlis Sukan Negara telah menyediakan geran peruntukan kepada sukan-sukan yang saya nyatakan tadi di dalam persiapan sebelum mereka pergi ke Temasya Sukan SEA.

final • 3:30 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Jangkaan kita masih ada lagi satu atau dua daripada acara baki basikal dan renang ini dan semestinya satu, kita harapkan sangat daripada bola sepak di samping mengekalkan piala yang kita memenangi di Laos, yang akan bertanding pada malam ini.

Secara amnya kita berbangga dengan penapaian kontinjen dan di antara pencapaian kontinjen yang memberangsangkan adalah seperti berikut:

(i) dominasi sukan waterski oleh keluarga Yong menunjukkan bahawa faktor kesungguhan keluarga Malaysia dalam bidang sukan amatlah penting untuk membawa kejayaan kepada negara. Pelaburan negara kepada Alex Yong semasa menjadi pelumba F1 turut sedikit sebanyak membantu pencapaian beliau dalam Sukan SEA kali ini;

(ii) bola sepak Harimau Muda memberikan satu rangsangan di kalangan rakyat khususnya dari aspek cintakan negara ekoran dari kejayaan mereka berturut-turut memasuki perlawanan akhir bola sepak;

(iii) kejayaan Heidi Gan dalam acara open swimming dengan 2 pingat emas walaupun beliau secara bersendirian berlatih sambil belajar di Australia; dan

(iv) kejayaan peninju negara, Mohd Farkhan Haron mengalahkan bekas Pemenang Pingat Emas Sukan Olimpik dari Thailand di peringat separuh akhir.

Beliau akan bertanding dalam perlawanan akhir bertemu dengan atlet daripada Indonesia malam ini membuktikan bahawa peninju kita mampu untuk menembusi kekuatan Thailand yang sememangnya diketahui ramai bertaraf dunia dalam sukan tinju. Manakala seramai 52 orang atlet pelapis dari 11 jenis sukan turut menyertai kontinjen negara, di mana mereka telah membantu menyumbangkan 3 pingat emas, 3 perak dan 10 gangsa. Sukan tersebut adalah karate-do, olahraga, menembak, wusyu, pencak silat, pelayaran, badminton, dan khususnya bola sepak Harimau Muda. Ini menunjukkan petanda bahawa program pembangunan kita sentiasa menyediakan pelapis-pelapis di peringkat akan datang. Sukan SEA kali ini memperlihatkan negara mendominasi sukan-sukan seperti akuatik terjun, renang berirama, berbasikal, bola sepak, karate-do, memanah lelaki, tenpin bowling, open water swimming, water-ski dan wusyu antara acara yang banyak menyumbangkan pingat.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Di sebalik kejayaan kita turut mengambil iktibar dalam kegagalan beberapa sukan seperti sukan sepak takraw. Namun begitu kita akan menunggu laporan daripada Persatuan Sepak Takraw Kebangsaan untuk menyatakan apakah perkara yang menyebabkan kita sedikit tercicir dalam sukan tersebut.

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Belakang.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih. Ini kita melihat sekarang adalah satu masa di mana semua orang ghairah dengan kejayaan-kejayaan di dalam Sukan SEA dan sebagainya. Apabila atlet-atlet negara tampil ke hadapan dan mengambil bahagian dan pada masa yang sama menjadi juara dan membawa kebahagiaan kepada negara ini mereka semua dipuji dan disanjung terlalu tinggi.

Akan tetapi apa yang berlaku selepas mereka menamatkan karier mereka sebagai atlet dan ahli-ahli sukan, kita melihat bahawa tidak ada kesinambungan ataupun satu talian di antara mereka dan juga kementerian ataupun organisasi-organisasi sukan yang wujud di negara ini. Beberapa tahun yang lalu, beberapa bekas atlet telah bergabung dan membentuk satu tabung kebajikan untuk bekas-bekas atlet dan saya pun dengar khabar bahawa kerajaan juga telah menyumbang kepada tabung ini dan selepas ini saya pun tidak tahu apa yang berlaku kepada tabung itu.

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dan ramai bekas atlet dan juga bekas-bekas pemain bola sepak kebangsaan dan olahraga serta bidang-bidang sukan yang lain ramai di antara mereka ini menghadapi kesusahan dalam hidup mereka. Ada di kalangan mereka bekas pemain bola sepak negara tidak bekerja pun, tidak ada kerja dan mereka ini dalam keadaan yang susah.

Jadi institusi yang ditubuhkan oleh beberapa atlet ini dan juga pada masa itu mendapat recognize daripada kerajaan, saya mahu tahu apa status institusi itu dan sebab pada masa saya baca dalam surat khabar ada beberapa juta atau lebih daripada satu juta telah disumbang kepada institusi itu. Jadi adakah Kerajaan, kementerian adakah apa-apa niat atau hasrat untuk menjayakan tabung ini dan juga pada masa yang sama membawa kejayaan kepada bekas-bekas memberi recognize ataupun bantuan serta bantuan kebajikan kepada bekas-bekas atlet ataupun bekas ahli-ahli sukan negara ini.

final • 3:40 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Sebenarnya Yayasan YAKEB ditubuhkan yang dinaungi di bawah naungan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah adalah untuk kita melihat bagaimana dapat kita membantu bekas atlet-atlet kebangsaan di hari tua mereka dan memandangkan perkara itu tidak dibangkitkan di peringkat awal tadi saya tidak ada statistik berapakah jumlah yang telah disalurkan tetapi saya tahu sudah banyak bantuan yang telah diberi dengan syarat atlet- atlet kebangsaan yang pernah mewakili negara hendaklah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli yayasan ataupun YAKEB bagi mereka mendapat bantuan di samping mendapat insurans di atas kemalangan yang berlaku seperti Allahyarham Daud, ahli pelumba basikal negara yang terkorban dalam kemalangan jalan raya. Bukannya dia sakit, dia masih aktif membantu skuad basikal Johor tetapi apabila terlibat, dia mendapat bantuan daripada yayasan YAKEB, dapat bantuan daripada Majlis Sukan Negara dan dapat juga insurans kemalangan seperti yang saya nyatakan.

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Adakah ini untuk semua bidang sukan termasuk bola sepak dan juga acara-acara lain. Adakah ini hanya confine to athletic sahaja ataupun semua bidang lain? Sebab saya melihat ada beberapa bekas pemain bola sepak negara dan saya sendiri boleh memberi nama atau ini kepada kementerian dan juga macam mana cara mereka, siapakah yang mereka perlu, siapa ataupun institusi mana yang mereka perlu hubungi.

final • 3:40 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Sebenarnya Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan ini adalah meliputi semua atlet yang pernah mewakili negara dalam apa juga acara yang boleh kita sahkan tahun-tahun mewakili negara tersebut. Tidak ada masalah untuk Yang Berhormat kemukakan kerana dia masih lagi bergerak aktif dan masih wujud sekarang ini.

Pengerusi YAKEB adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan sendiri.

Jadi Yang Berhormat boleh kemukakan nama-nama atlet kebangsaan seperti yang dirujuk untuk kita masukkan dalam keanggotaan YAKEB asal sahaja mereka pernah mewakili negara dalam apa juga acara sukan.

Jadi saya rasa itu sahaja Yang Berhormat. Kemudian Yang Berhormat Jerai ada menyatakan tentang program Satu Murid Satu Sukan. Sebenarnya kementerian memang sentiasa..

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Majlis bersidang semula sebagai majlis mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 12(1) saya menjemput Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Timbalan Menteri Belia dan Sukan I [Dato’ Razali bin Haji Ibrahim]: Tuan Yang

di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, Majlis Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan pada jam 8.00 malam dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 22 November 2011”.

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 3:40 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Ini melambangkan satu semangat keterbukaan yang cukup baik apabila diminta harimau telah mengaum dan akhirnya kita dapat. Akan tetapi Yang Berhormat yang tidak setuju jangan pergi tempat lain. Dewan tidak ada alasan untuk tidak hendak tengok jangan buat benda-benda lain. Sila ke Dataran Merdeka untuk melihat skrin besar.

Sebenarnya sekolah Satu Murid Satu Sukan adalah satu kerjasama sebenarnya telah pun dibincangkan di bawah Jawatankuasa Pembangunan Sukan Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah sebagai salah satu usaha yang pertama untuk menggalakkan sikap suka bersukan sebagai salah satu aktiviti di samping dapat kita memupuk budaya bersukan yang akhirnya dapat kita memilih kalau ada di kalangan mereka yang suka bersukan itu untuk kita bawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Jerai juga minta untuk kajian dibuat mengenai hadiah Piala Malaysia serta kajian mengenai peruntukan kepada negeri. Sebenarnya hadiah ini bukanlah menjadi keuntungan kepada persatuan bola sepak. Sebenarnya dana datang daripada penajaan dan juga kutipan di pintu masuk. Hadiah ini biasanya cukup-cukup untuk bagi hadiah kepada pemain sahaja dan ini semua telah ditetapkan oleh FAM dalam menentukan. Sebab itu Yang Berbahagia Tan Sri Anwar Musa sebagai pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia telah pun berusaha untuk menggerakkan transformasi dan kita mahu rakyat kita keluar beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan yang mereka pilih.

Yang Berhormat Sri Gading menyatakan tentang peruntukan persatuan yang perlu di tambah pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara sentiasa untuk memikirkan cara bagaimana dapat kita bantu tetapi kita hanya dapat menggunakan dana yang diluluskan dalam kita mengagih-agihkan peruntukan. Di bawah Majlis Sukan Negara ada 44 buah persatuan sukan kebangsaan yang kita bantu dan di bawah Majlis Olimpik Malaysia ada 50 persatuan daripada 100 lebih persatuan yang berdaftar untuk kita sediakan bantuan seperti yang dicadangkan.

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyentuh Satu Murid Satu Sukan dan juga peruntukan untuk persatuan kebangsaan ya.

Baru semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri saya diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Pengerusi Persatuan Ping Pong, Larut Matang dan Selama. Saya dimaklumkan bahawa mereka mengalami kesulitan untuk mendapatkan peruntukan untuk menjalankan aktiviti.

Malahan Tuan Pengerusi, menyokong saya bahawa ada sekolah-sekolah langsung di daerah tersebut tidak mempunyai kemudahan-kemudahan walaupun beliau bersedia memberi sumbangan secara coaching, dengan izin, memberi latihan kepada anak- anak murid tetapi sekolah-sekolah tiada kemudahan. Beliau mahukan saya untuk menyediakan satu meja, table tennis, hanya RM590 tetapi sekolah pun tidak ada facilities sedemikian. Jadi permohonan untuk peruntukan dari Majlis Sukan Negeri ataupun Majlis Sukan Negara tidak dapat diperolehi. Jadi saya hendak tanya pihak kementerian sama ada perkara ini ada diambil perhatian agar kita jangan kehilangan bakat-bakat yang ada dan mereka individu yang bersedia secara sukarela menghulurkan perkhidmatan latihan kepada anak-anak murid kita. Saya memandang isu ini sangat penting. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Sebenarnya adalah menjadi tanggungjawab saya.

Saya boleh nyatakan di sini bahawa kita mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menaja atau membantu pembangunan sukan di sekolah-sekolah tetapi di bawah Kementerian Belia dan Sukan sebenarnya tidak ada bajet khusus untuk itu. Saya seperti Yang Berhormat, di kawasan kita pun banyak sekolah, saya setuju untuk membeli sebuah meja pingpong lebih kurang RM700. Biasanya Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada akan beri bantuan yang mereka mampu untuk sekolah-sekolah tersebut kerana sekolah di dalam negara kita ini cukup banyak dan dasar untuk menyediakan setiap sekolah mesti ada kemudahan itu tidak dapat saya jawab bagi pihak Kementerian Pelajaran Akan tetapi di bawah Kementerian Belia dan Sukan kecuali sekolah itu dipilih sebagai sekolah pembangunan sukan seperti yang ada. Maka kita akan sediakan kemudahan, macam bola sepak saya katakan tadi, bukan setakat peralatan, malah jurulatih pun kita hantar daripada Majlis Sukan Negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Jurulatih Kebangsaan kerana ada program pembangunan bola sepak yang dijalankan. Akan tetapi tidaklah meliputi semua acara sukan dan kita kena galakkan untuk pihak swasta, orang perseorangan untuk sama-sama membantu, terima kasih. Kalau Yang Berhormat boleh bantu, sangat kita alu-alukan.

Mengenai apa yang dibangkitkan tentang acara sukan, saya rasa saya dah sebut.

Yang Berhormat Telok Intan, saya hendak tutup bab sukan ini sebab semua dah ada kecuali satu, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah mengenai laporan audit tentang pembelian kuda. Kalau semua dah cukup, saya pun boleh berhenti ini. Bab kuda tidak ada pula. Dibangkitkan tentang kuda, kenapa kita beli kuda tetapi tidak boleh digunakan. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, laporan audit juga kita hargai bila membangkitkan soal pembelian kuda yang tidak ikut prosedur ini tetapi saya hendak nyatakan bahawa, ini apa, kuda?

Sebenarnya yang bertanding dalam acara kuda ini Yang Berhormat, tidak sama macam kita main bola sepak atau acara-acara lain. Kita boleh beli kasut bola yang paling canggih, kita boleh beli perkakasan, itu semua Yang Berhormat tahu tetapi dalam pertandingan kuda, endurance ini, selain daripada atlet, kuda itu pun bertanding. Maknanya kuda itu sendiri akan diukur tahap kecergasan, denyutan nadinya dan pertandingan kuda ini hendaklah dihabiskan di antara atlet dan kuda. Kalau atlet boleh habiskan 160km itu dalam masa 13 jam 20 minit tetapi kuda tidak habis, bermakna tidak dikira habis, bermakna kuda ini juga bertanding. Jadi sebab itu prosedur pembelian kuda ini pula ada dua peraturan yang perlu kita patuhi iaitu satu mesti mendapat COC iaitu certificate of competency.

Selepas itu kita beli dengan harapan dia dapat lagi satu COC dan tempoh itu perlulah kita laksanakan dalam masa yang segera. Kita sebagai sebuah negara yang tidak ada kuda, maka kita terpaksa pergi cari kuda di tempat orang.

final • 3:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Selepas itu ada satu pula virus yang berlaku di belah Australia dan New Zealand, kita terpaksa cari di Eropah dan Argentina, Uruguay dan sebagainya, kita dapatlah kuda- kuda seperti yang dinyatakan. Kita berjaya memiliki 23 ekor kuda untuk menghadapi kejohanan World Endurance Championship 2008 yang kita jadi tuan rumah. Sebagai tuan rumah kita ada 12 kuota, maka kita boleh beli satu atlet dua ekor kuda. Maknanya tidak semestinya satu atlet seekor kuda. Yang Berhormat Batu Gajah dengan kuda ‘A’, Yang Berhormat Batu Gajah dengan kuda ‘B’. Jadi bertandingnya Yang Berhormat itu dengan dua nama untuk diisi slot. Cumanya apabila kita beli dalam tempoh yang cukup ringkas, Yang Berhormat tanya kenapa rundingan terus tidak dibuat mengikut prosedur. Oleh sebab tempoh untuk kita memenangi tawaran kita itu dalam masa lima hari dan kita diberikan kalau tidak silap saya RM21 juta oleh kerajaan untuk menjadi penganjur. Hanya RM5.6 juta sahaja untuk beli kuda.

Jadi maknanya bukan keseluruhan RM21 juta itu untuk beli kuda. Akhirnya daripada kuda tersebut seperti Yang Berhormat katakan, kenapa selepas beli banyak- banyak, hanya lima ekor sahaja yang layak? Sebenarnya bukan lima ekor yang layak tetapi sembilan ekor, dapat dua COC tetapi dalam tempoh dah layak itu, ada juga kuda yang cedera. Akhirnya bila tiba waktu pertandingan dalam saringan itu okey, bila tiba perlawanan akhir, kuda itu telah cedera. Jadi akhirnya hanya lima yang dapat, kita ganti dengan dua ekor kuda yang dimiliki secara persendirian. Jadi ini antara perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah yang dinyatakan di dalam laporan audit seolah-olah berlaku sedikit kesalahan. Sebenarnya bukan kesalahan, itu adalah teguran-teguran yang dibuat oleh audit...

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 3:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Ya.

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ya Yang Berhormat, dua perkara saya bangkitkan berkenaan penemuan laporan audit, Yang Berhormat juga menyangkalnya menyatakan tidak tepat. Tadi Yang Berhormat juga menjelaskan pembelian kuda ini tetapi laporan audit ini sangat jelas. Penemuan yang menyatakan 18 ekor kuda dengan kos perolehan berjumlah RM3.94 juta tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh federation tersebut. Juga disebabkan kuda itu dibeli tidak mendapat latihan yang mencukupi memandangkan perolehan kuda dibuat dua bulan sebelum kejohanan. Saya tidak nafikan kecederaan. Laporan audit ada menyatakan kuda mengalami kecederaan sebelum kejohanan. Akan tetapi yang dibentangkan di sini adalah tidak memenuhi syarat untuk pertandingan 18 ekor. Jadi saya pohon penjelasan, terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh saya sambung sedikit. Saya hendak tanya pihak Kementerian Belia dan Sukan, bagi mengatasi masalah pertandingan kuda akan datang sebab kuda hendak kena dibeli, dijaga dan sebagainya, lepas itu sakit. Apakah Yang Berhormat sedar banyak di kalangan rakyat Malaysia yang berminat dengan kuda ini dan memelihara banyak kuda. Saya tahu, contohnya kalau saya diizinkan sebut nama, Mazlan Dato’ Harun. Saya pernah pergi ke rumahnya di Sungai Buloh, saya terperanjat tengok begitu banyak kuda-kuda yang dijaga dengan begitu baik dan ramai lagi pihak-pihak lain. Kenapa tidak bila sampai pertandingan, Kementerian Belia dan Sukan berunding dengan mereka-mereka yang memelihara kuda ini dengan begitu teratur dan mengikut cara-cara dan kaedahnya dan meminta mereka menyertai bagi pihak Malaysia. Ini menjimatkan kos sebab kalau beli, hendak jaga lagi, hendak maintain lagi susah. Jadi lebih baik menggunakan kuda-kuda yang dipelihara oleh peminat-peminat kuda di Malaysia.

Kuda Tun Dr. Mahathir pun ada, boleh bawa masuk bertanding. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Saya jawab Yang Berhormat Pasir Mas dulu.

Sebenarnya memang kita ambil, dua ekor kuda persendirian untuk memenuhi kuota itu dan kedua-dua ekor kuda ini tidak dapat menamatkan perlumbaan. Ini menunjukkan bahawa kuda yang kita ada itu bagus, rakyat kita boleh tetapi belum capai di peringkat dunia untuk menamatkan. Kita ada atlet kita yang dapat loop 4, loop 5, loop 3, ada yang dah ada ranking pun tetapi yang menggantikan itu tidak pun dapat menamatkan.

final • 3:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Akan tetapi saya setuju, sebab itu apa yang berlaku sebelum saya jawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, kuda-kuda yang telah kita beli tidak dapat kita gunakan ini telah pun kita beri kepada agensi-agensi tertentu dan antara yang menerima adalah UPM. Hari ini ia telah dapat membuat pembiakan, ada tiga ekor anak kuda daripada kuda yang kita beli yang tidak dapat kita manfaatkan itu sudah pun dibiakkan dan kita akan cari jalan kerana saya percaya tidak ada negara yang hendak jual kuda yang terbaik melainkan kita sanggup beli sebab kuda itu juga bertanding.

final • 3:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Akan tetapi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, memang dalam laporan audit menyatakan bahawa 18 ekor kuda tidak layak bila dia ambil pertandingan akhir WEC. Sebenarnya yang layak sembilan ekor. Cumanya, di akhir itu tinggal lima ekor. Akan tetapi laporan audit hanya mengambil yang dapat masuk akhir sahaja. Sebenarnya ada lagi empat ekor yang cedera itu tidak diambil kira sebagai layak sebab dia tidak bertanding di peringkat akhir hanya oleh kerana kecederaan dan masalah kesihatan.

Akan tetapi saya bersama-sama dengan Yang Berhormat, kita semua meraikan laporan audit. Bukan sahaja Kementerian Belia dan Sukan tetapi semua kementerian. Ini sebenarnya satu perkara yang sangat baik kerana membuktikan bahawa kerajaan tidak pun menguasai ataupun menyembunyikan apa juga perkara. Ini kita ambil sebagai panduan supaya semua penggunaan duit yang dibuat oleh mana-mana agensi termasuk Kementerian Belia dan Sukan dapat dijalankan dengan baik dan sebab itu saya harap kita semua dapat menerima. Kalau kerajaan boleh dedahkan perkara-perkara yang sebegini rupa, janganlah lagi tuduh kerajaan mempengaruhi SPR, mempengaruhi SPRM ataupun mahkamah. Kalau agensi yang sebegini pun kita dedahkan, apatah lagi kita hendak menguasai badan-badan yang bukan pun berada di bawah kita. Yang Berhormat mungkin tidak setuju sebab Yang Berhormat juga menggunakan isu ini tetapi saya hairan kenapa keputusan mahkamah, a separation of powers, executive, judiciary, legislatif, dikatakan mempunyai tangan kerajaan dalam membuat keputusan... [Disampuk] Tidak apalah Yang Berhormat tidak setuju. Ini saya hendak cakap.

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Tidak setuju 100 peratus.

final • 4:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Ya, tidak apa. Akan tetapi kalau laporan audit yang sebegini rupa pun didedahkan, ia hanya membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memperbaiki dan sangat telus dalam menyatakan. Cumanya dalam laporan audit, kita belum bersalah kecuali disiasat dan Kementerian Belia dan Sukan juga telah memberitahu kalau ada kepincangan perbelanjaan dalam soal ini, maka buatlah siasatan. Akan tetapi kita telah pun memberi penjelasan bahawa dalam kita mengendalikan keputusan kerajaan menjadi penganjur, dana itu telah cuba kita gunakan.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, saya perlu membuat satu pembetulan.

Sebenarnya duit yang disediakan adalah sebanyak RM21.7 juta yang diluluskan dan kita gunakan sebanyak RM5.16 juta untuk pembelian kuda dan setelah habis semua penganjuran WEC 2008, baki duit adalah sebanyak RM6.8 juta yang telah dapat kita jimatkan. Itu mungkin tidak ada dalam laporan audit.

final • 4:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan. Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada akan mengadakan satu siasatan dalaman berkenaan pembaziran pembelian kuda yang tidak layak untuk pertandingan ini? Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh hendak memuji laporan audit, membuat penemuan, akan tetapi saya rasa perlu ada individu atau pegawai yang bertanggungjawab ke atas pembaziran sebab tujuan asal juga adalah untuk pertandingan World Endurance Championship 2008 dan juga dua pertandingan yang akan datang pada tahun 2010. Akan tetapi akhirnya kuda-kuda sebanyak 18 ekor yang dibeli itu tidak layak. Selepas itu tidak sampai ke dua pertandingan yang lain. Selepas itu diedarkan kepada agensi-agensi. Itu tidak mencapai tujuan dan objektif utamanya di mana dalam proses perolehannya telah timbul masalah pengurusankah atau apa-apa masalah yang lain atau penyelewengan sebab dalam laporan audit ada menyatakan bayaran dibuat kepada nama individu tertentu.

final • 4:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Adakah kementerian ada menjalankan siasatan dalaman? Siapa akan bertanggungjawab ke atas pembaziran ini? Mohon penjelasan.

final • 4:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Kita telah pun mengemukakan penyata perbelanjaan dengan apa yang dibuat ataupun disediakan oleh Laporan Audit. Saya rasa itu yang saya jawab tadi. Sama ada siapa salah atau tidak, itu bukan soal kita. Kita tidak kata ada berlaku kesalahan. Bila dia mendapat teguran daripada audit dari segi tidak mematuhi peraturan, kita kena jawab. Oleh sebab itu saya kata kalau ada lagi kepincangan, maka mana-mana pihak yang rasa ada berlaku discrepancy ataupun perkara-perkara yang bersalahan, maka buatlah siasatan. Akan tetapi dari segi kementerian, kita sudah buat dan kita telah pun kemukakan akaun perbelanjaan.

Oleh sebab itu saya boleh nyatakan bahawa kita ada pun baki daripada jumlah dana yang disediakan. Bakinya bukan sikit. RM6 juta itu banyak. So maknanya kalau ada bersalahan, mereka yang terlibat dalam proses tersebut semuanya masih ada dan semua rekod masih disimpan untuk semakan. Jadi pada saya itu pun telah kita ambil tindakan.

final • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Dua hal. Satu, 18 ekor kuda yang dibeli itu yang tidak boleh diguna pakai, itu satu perkara yang sangat serius kerana lebih dari beberapa juta ringgit telah diguna pakai. Akan tetapi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak menjawab iaitu adakah satu penyiasatan dalaman telah dibuat dan adakah surcaj telah dikenakan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam hal ini? Jangan Yang Berhormat datang memberitahu bahawa pengakuan kerana ada auditors report itu adalah baik dan kita tidak sembunyi. Itu tidak menjadi hal. Tidak sembunyi atau sembunyi tidak menjadi hal.

Auditor General ada membuat penyiasatan, membuat pembongkaran tetapi apakah tindakan susulan yang telah diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam perkara ini dan adakah kita telah pelajari bahawa satu kesalahan telah dibuat di mana wang lebih daripada RM5 juta telah dibazirkan dan wang itu tidak akan disalah guna pakai lagi?

final • 4:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa apa yang saya nyatakan tadi tetapi Yang Berhormat pun kena bersetuju dengan saya juga bahawa kita telus. Kita keluarkan perkara itu dalam audit report. Yang Berhormat setuju keputusan mahkamah itu telus, tidak ada kacau ganggu ataupun penglibatan.

Jangan tuduh kerajaan lagilah sebab kita tidak ada mempengaruhi mana-mana pihak untuk buat keputusan.

Akan tetapi dari segi siasatan kita, ia telah pun dibuat. Oleh sebab itu saya nyatakan tadi bahawa perkara yang kita kemukakan itu mengikut, sebab lima hari hendak beli kuda untuk pertandingan yang menjadi rebutan banyak negara. Oleh sebab itu ia tidak dibuat secara rundingan terus dan kita sudah dapat pun blanket approval dan ini bajetnya.

Kita beri tidak melalui agen kerana kita dapat mengelak daripada pembayaran fee. Sebab itu kuda itu dalam jumlah yang lebih murah walaupun harga kuda kalau Yang Berhormat tahu, untuk endurance, takkanlah 23 ekor itu RM5 juta mahal? Ada kuda seekor pun bernilai RM5 juta. Akan tetapi kita dapat mengendalikan.

Yang Berhormat jangan geleng kepalalah. Yang Berhormat tanya, saya jawab.

Kenapa Yang Berhormat hendak geleng kepala? Sebab, ini perlawanan endurance. Yang Berhormat tahu. Seperti yang saya katakan tadi, kuda ini bertanding dan ada biding. Harga kuda yang belum dapat satu COC tidak boleh jual. Dapat satu, dia harga lain, dia ada peringkatnya. Sebab itu tadi Yang Berhormat jangan ingat beli kuda macam beli semua perkara yang sama. Tidak sama.

Jadi bila audit tanya, kita beritahu dan kita sudah buat siasatan baru kita boleh jawab audit. Takkanlah audit tanya, kita jawab orang yang buat itu jawab. Mesti kementerian yang jawab. Perkara ini bukan berlaku tahun lepas. Ini pada tahun 2008 punya pertandingan. Sudah tentu kita buat tetapi laporan itu tetap dibuat. Kalau ada salah laku bila kita telah memberi penjelasan atas persoalan yang ditimbulkan, sudah tentu ada pihak yang akan membuat siasatan. Ini bajet ataupun perbelanjaan yang diberikan dan harus dikemukakan kepada auditors report bila ada inquiry.

final • 4:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Maknanya kalau Yang Berhormat tanya, sudah kita buat. Akan tetapi macam mana hendak kenakan surcaj dan sebagainya kalau kita tidak rasa ada salah ya, Yang Berhormat? Takkanlah kita dah buat siasatan, tidak ada orang yang salah kita hendak hukum pula?

final • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi, jadi adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri mengaku bahawa tidak ada kesalahan langsung? Nampaknya dari penjelasan yang dibuat menunjukkan bahawa walaupun satu kejadian atau tragedi telah berlaku di mana RM5 juta telah dibazirkan, tetapi tidak mengaku bahawa satu kesalahan, kecuaian telah berlaku. Saya hairanlah dengan pendirian Yang Berhormat.

Cukuplah kita sudah hilang RM5 juta, kemudian telah dibongkar oleh auditor report dan surcaj sampai sekarang tidak diambil tindakan menunjukkan Tuan Pengerusi, ada cover-up dalam hal ini. Ada sesuatu yang tidak kenalah. Dari 18 ekor kuda ini, berapa ekor kuda sedia ada yang boleh digunakan sampai sekarang?

final • 4:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Yang Berhormat Ipoh Barat tanya panjang ini macam saya orang bersalah pula. Saya hendak lindungi siapa?... [Disampuk] Tidak, saya hendak melindungi siapa?

final • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

No, no. Saya hendak lindungi siapa? Kenapa saya pula CEO ini?

final • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, Timbalan Menteri...

final • 4:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Okey, dengarlah jawapan saya. Saya hendak lindung siapa?

final • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ada personel...

final • 4:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Tidak ada personel. Sebab itu saya kata...

final • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Saya sudah jawab tadi. Kalau saya kata tidak ada itu tidak adalah. Akan tetapi Yang Berhormat kena dengar jawapan saya awal. Kalau ada kesalahan, masuk untuk buat siasatan.

final • 4:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi tidak ada kesalahan?

final • 4:10 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Sekarang ini saya hanya bagi tahu apa yang apabila saya masuk kementerian ini kita ada soalan ini, kita dapatkan dia punya report.

final • 4:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh tidak Yang Berhormat minta laluan sedikit? Ini selalunya saya ingin tanya kepada Yang Berhormat sebab Yang Berhormat juga membaca laporan audit ini. Negeri-negeri lain juga ada. Akan tetapi saya mahu tanya di negeri Selangor, ini pandangan Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat mengatakan sebelum didapati bersalah, bagaimana mahu surcaj? Jadi saya mahu minta pandangan Yang Berhormat, di negeri-negeri yang dipegang oleh pakatan yang juga ditunjukkan di dalam buku laporan audit, ada kecuaian dan bermacam-macam. Apakah tindakan Yang Berhormat tahu sepanjang beberapa minggu ini setelah dikeluarkan laporan audit? Adakah kita terdengar bahawa kerajaan-kerajaan itu telah mengambil tindakan kepada kakitangan mereka? Ini bukan soal apa. Saya faham apa Yang Berhormat kata.

Maknanya kadang-kadang sistem. Saya dalam PAC saya tahu. Kadang-kadang ada masalahnya bukan kerana kecuaian pegawai, circumstances. Saya dalam PAC saya tahulah...

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Very good justification. Thank you, bagus.

final • 4:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Harga katanya saya hendak bagi tahu Yang Berhormat ini, saya punya floor.

final • 4:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak bagi tahu, adakah tidak dalam pengetahuan Yang Berhormat, ada tidak pegawai-pegawai yang dipegang oleh pakatan ini yang telah diambil tindakan?

final • 4:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri minta tambah sedikit. Saya rasa perkara laporan audit jangan disentuh dalam peringkat Jawatankuasa. Ini kerana kalau kita hendak lihat tentang laporan audit ini, sebenarnya bukan sahaja dari pihak kementerian, daripada negeri-negeri lain, negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang pun lagi teruk. Saya baca Selangor, saya baca Pulau Pinang, saya baca Kelantan saya baca Kedah pun sama juga. Jadi kalau boleh dalam peringkat Jawatankuasa ini kita fokus kepada perkara pokok. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Two wrongs make a right... [Ketawa]

final • 4:10 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

No, tidak boleh. Kita tidak boleh terima kalau dua- dua buat salah, dia jadi betul. Akan tetapi saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, laporan audit seperti yang dinyatakan tadi adalah satu pemerhatian dari segi penggunaan kewangan. Kalau ada perkara tidak betul, perlu diberi penjelasan. Ada kes yang bermula daripada laporan audit. Saya tidak hendak sebut. Sedang dibicarakan pun, kes-kes yang bangkit daripada audit report. Cuma saya sebut tadi awal, mungkin Yang Berhormat tadi tidak berapa selesalah. Kalau kita boleh cover-up, sudah buat. Akan tetapi kalau kita hendak juga duit rakyat. Akan tetapi kalau kita bagi tahu perkara itu ada penjelasan yang boleh diberi, tidak ada kesalahan, tidak ada kesalahanlah. Oleh sebab itu apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Kota Belud yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Jasin saya setuju, tidak perlu kita bincang yang itu. Kalau ada buat siasatan dan saya tengok negeri lain pun tidak ada juga. Maknanya saya seorang seperti Yang Berhormat kita tidak mahu ada orang menggunakan kesempatan menggunakan duit kerajaan duit rakyat secara tidak betul.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Menggelengkan kepala]

final • 4:10 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Yang Berhormat geleng tidak habis-habis ini, Yang Berhormat kalau mahkamah buat keputusan tidak pernah hendak sokong. Kata Barisan Nasional kawal, tidak apalah Yang Berhormat tidak suka saya cakap itu. Akan tetapi itu yang berlaku, SPR, SPRM lagi kita tidak ada kawalan. Akan tetapi audit, kita ada kawalan pun kita tidak buat, sebab kita hendak pastikan dana negara, duit rakyat dibelanjakan dengan betul tetapi belum tentu dia salah. Saya sudah bagi jawapan itu. Panjang ini, Tuan Pengerusi sudah tanya saya banyak kali Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia pun ada di sini saya hendak masuk dekat belia. Kalau tidak, tidak habis kita ini.

Yang Berhormat Hulu Selangor menyatakan tentang pembangunan ekonomi belia kenapa dikurangkan daripada RM24 juta kepada RM1.6 juta tetapi program masih sama.

Saya hendak bagi tahu bahawa kita akan membuat penjimatan kos, tetapi kita tidak akan mengurangkan program kerana kita mementingkan program-program keusahawanan di kalangan belia. Yang Berhormat Hulu Selangor juga menyatakan tentang akademi golf.

Saya hendak maklumkan minta maaf mungkin nama itu agak mengelirukan. Sebenarnya akademi golf ini adalah untuk akademi kemahiran belia golf, bukan untuk main golf tetapi untuk kerjaya sebagai seorang kedi. Tidak ada kena mengena dengan mengenal pasti bakat. Namun begitu saya ingin menyatakan bahawa semenjak kita melaksanakan 60 orang batch pertama, pengambilan pertama telah pun mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dengan lepasan akademik berjaya mendapat gaji sebanyak RM900 dan mendapat elaun sehingga kadang-kadang mencecah RM2,000.

Mengikut kepada tips dan kadang-kadang apa yang diberikan oleh kelab-kelab golf. Ini juga bagi memastikan supaya kebergantungan kepada kedi-kedi luar dapat kita kurangkan. Cara untuk menjalani kursus ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun tamat tingkatan lima, sihat tubuh badan, tiada kes jenayah, berminat untuk menjalani bidang kemahiran golf. Pengambilan pertama bulan Mac 2011.

Semua telah mendapat tempat dan tempat latihan mereka adalah di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit Kiara. Mereka juga menginap di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.

final • 4:10 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Mengenai soalan jenis latihan di IKBN Pertak di Kuala Kubu Baru ada 12.

Sebenarnya kemahiran yang dibuat di seluruh IKBN automotif, marin, mekanikal, awam, eklektik, elektronik, hospitaliti, perhotelan, tekstil, personel photography, teknologi maklumat, teknologi sukan baru. Akan tetapi di IKBN Pertak dia menawarkan teknologi hospitaliti iaitu:

(i) jurusan penyediaan makanan, penyediaan pastri, penyediaan roti dan penyediaan makanan dan minuman;

(ii) teknologi dan apparel;

(iii) teknologi personel iaitu terapi kecantikan dandanan dan gaya rambut; dan

(iv) teknologi photography.

Status terkini untuk menaiktarafkan IKBN Pertak adalah seperti berikut, kos bangunan siap sepenuhnya sebanyak RM67 juta, kos peralatan latihan sebanyak RM4.5 juta. Naik taraf dijangka kita cadangkan pada 2013 dengan menambah jumlah pelatih kepada 750 orang daripada 450 yang ada sekarang.

final • 4:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan sedikit. Terima kasih. IKBN ini telah membantu ramai belia untuk melanjutkan cita-cita mereka dalam bidang akademik. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian. Boleh tidak kita beri sedikit, saya hendak dapat pandangan dan juga input daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sekiranya apabila seseorang murid ataupun belia habis tingkatan lima dan biasanya dapat tahu sama ada pelajar itu cemerlang dalam peperiksaan SPM atau tidak. Sekiranya kita dapat kenal pasti seorang pelajar yang kemungkinan besar tidak akan mencapai keputusan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di STPM atau peringkat-peringkat yang lebih atas. Boleh tidak kita wujudkan satu saluran setelah sahaja tamat pengajian tingkatan lima, anak murid ini boleh terus masuk ke IKBN ini yang terdekat untuk melanjutkan bidang pembelajaran beliau dalam bidang-bidang teknikal yang ingin beliau pohon, yang mana kita mungkin dapat kenal pasti apabila dia di dalam tingkatan lima. Ingin mendapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:10 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat.

Namun begitu, kapasiti untuk semua IKBN yang 20 ini tidak termasuk yang sedang dibina adalah hampir 12,000 orang dan kita tidak dapat mengadakan satu polisi kerana yang tercicir dalam SPM ini jauh lebih ramai. Namun begitu, saya percaya kawasan setempat yang mempunyai IKBN biasanya mempunyai kelebihan dari segi jumlah penyertaan kerana dia berdekatan walaupun kita berhasrat untuk mengambil seramai mungkin. Akan tetapi kapasiti, namun saya rasa IKBN Pertak jika Yang Berhormat ada program bersama sekolah-sekolah di kawasan Hulu Selangor maka saya rasa tidak ada masalah untuk terus menjadikan ia sebagai satu usaha.

final • 4:10 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:10 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Kalau tidak kena minta kementerian Pelajaran, dia akan lebih lama, kalau tidak ini kena dilakukan dengan segera. Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Kinabatangan ada menyatakan tentang pelaksanaan sempena tahun industri sukan.

Keputusan untuk kita mengadakan tahun industri sukan adalah memandangkan bahawa sukan juga boleh menyumbangkan kepada growth domestic product (GDP) dan gross national income (GNI). Kita dapati banyak negara Amerika khususnya mendapat pulangan lebih banyak daripada industri sukan berbanding industri kreatif mengatasi filem dan muzik di sana dan kita juga dalam usaha untuk mengadakan industri tersebut. Antara perkara yang terlibat di dalam penganjuran ini, kita sedang menyediakan satu pelan jangka masa panjang, jangka masa pendek kerana hasil kegiatan sukan telah mencetus sokongan dalam bidang sukan seperti kilang pembuatan peralatan, kelengkapan pemborongan, pengedaran perkhidmatan hospitaliti, pengangkutan dan kesan berganda yang lain.

final • 4:10 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Namun begitu kesedaran di kalangan rakyat masyarakat Malaysia dalam industri ini perlu kita laksanakan. Kerajaan sedar penganjuran acara antarabangsa merupakan pemangkin industri sukan. Justeru itu pelbagai inisiatif acara antarabangsa telah diadakan.

final • 4:10 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Antaranya ialah kemasukan tiga buah kelab bola sepak Inggeris iaitu Arsenal, Liverpool dan Chelsea telah memberikan kesan yang besar kepada ekonomi negara.

Sebanyak 234,000 keping tiket telah terjual sepanjang tiga hari perlawanan tersebut. Jika diandaikan penonton membelanjakan minimum RM200 untuk tiket, makanan, cenderahati dan pengangkutan, jumlah keseluruhan nilaian ekonomi yang terhasil untuk itu sahaja adalah sebanyak RM50 juta. Bagi penganjuran empat sukan utama iaitu Le Tour de Langkawi (LTdL), Formula One, Motor GP dan Piala Monsun, dianggarkan sejumlah kira- kira 315 orang pengunjung telah hadir bagi tahun 2010. Perbelanjaan pengunjung bagi keempat acara berkenaan ialah sebanyak RM112.9 juta. Ini adalah melalui kajian Yayasan Kerjaya Malaysia 2011.

Yang Berhormat Rasah ada bertanyakan tentang talian sewaan kbs.net dengan peruntukan sebanyak RM3.8 juta setahun. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya kbs.net ini adalah merupakan perkhidmatan capaian internet dan talian data bagi perkhidmatan e-mel rasmi KBS, aplikasi dalaman KBS, Aplikasi Kerajaan Elektronik seperti HRMIS, ESPKB dan lain-lain. Keseluruhan KBS menggunakan jumlah pembiayaan ini termasuk 36 buah lokasi lain iaitu 15 buah Institut Kemahiran Belia Negara, dua buah Akademi Pembangunan Belia Malaysia, semua agensi di bawah KBS seperti Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Perbadanan Stadium Merdeka dan semua 16 Jabatan Belia Sukan Negeri-negeri. Bajet bagi tahun 2010 dan tahun 2011 masing-masing adalah sebanyak RM3.071 juta manakala bagi tahun 2012 ia ditingkatkan kepada RM3.767 juta adalah disebabkan oleh pertambahan enam IKBN baru.

final • 4:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Timbalan Menteri. Saya minta maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada satu perkara sahaja.

Apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang melatih pemain-pemain sukan golf. Pada ketika ini untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kelab Golf Ayer Keroh telah menjadikan padangnya sebagai rumah ataupun pusat untuk junior golfers.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian kalau pihak kementerian mencadangkan untuk mengadakan satu pusat latihan pemain-pemain golf junior, Ayer Keroh sanggup menjadi tuan rumah. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Saya akan ambil cadangan itu untuk kita bawa dalam mesyuarat. Saya tahu pencapaian kelab itu dan buat masa ini kita belum ada lagi satu akademi tentang golf untuk dibangunkan tetapi tawaran Yang Berhormat Jasin akan kita beri keutamaan jika kerajaan membuat keputusan sedemikian. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh mencelah?

Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi hendak bercakap soal pembangunan belia tetapi nampak dia pergi juga ke sukan. Maknanya sukan ini boleh mengatasi program belialah. Akan tetapi bila sebut berkaitan dengan IKBN tadi, apakah pihak kementerian juga ada kajian kerana kewujudan pelbagai institusi lain yang setara, mungkin setaraf dengan IKBN ini di pelbagai agensi lain sama ada sektor swasta dan sebagainya. Maknanya apakah ada kajian atau tidak? Kalau ada, bolehkah diberi? Kalau tidak boleh diberi sekarang pun, bertulis tentang sejauh mana kalau kita hendak bandingkan dengan institusi lain dari segi minat generasi muda kepada IKBN. Minat ini bergantung kepada kursus yang ditawarkan dan sebagainya.

Kemudian satu lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Juga bersangkut berkaitan dengan program aktiviti belia. Saya tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri minat dengan sukan sahaja. Soal penajaan. Saya tengok waktu penganjuran Hari dan Minggu Belia, banyak penganjuran. Jadi, apakah untuk menarik penglibatan sektor swasta secara lebih agresif, lebih kuat, sama juga dengan aktiviti sukan, apakah sudah ada ataupun masih dalam cadangan ataupun satu lagi?

final • 4:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Soal mengemukakan kepada kerajaan supaya syarikat yang memberi tajaan kepada aktiviti-aktiviti belia ini diberi pengecualian cukai dan sebagainya. Ini supaya ia menarik minat pelaburan sektor swasta, pengiklanan dan sebagainya.

final • 4:20 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Saya rasa saya jawab terus tentang apa yang dinyatakan bahawa kita ada Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang turut dihadiri, saya rasa Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia mungkin boleh beri satu penerangan yang panjang mengenai usaha tersebut dalam kita mengkoordinasi program latihan. Saya percaya di bawah lain-lain kementerian juga, Giat MARA mempunyai tugasan yang sama.

Akan tetapi di IKBN, kita menerima permohonan yang cukup besar dan kebolehpasaran kita adalah tinggi.

Yang Berhormat Lenggong juga bertanyakan tentang kebolehpasaran. Yang Berhormat Jerai ada bertanya tentang kebolehpasaran. Kita hendak beritahu bahawa lepasan IKBN atau kursus yang ditawarkan terlebih dahulu, kita buat bukan bersandarkan kepada minat peserta. Macam Giat MARA, dia minat peserta sebab buat telefon bimbit, tidak mengapa. Akan tetapi di IKBN kita tengok apakah potensi industri. Oleh sebab itu kita tidak ada masalah dari segi kebolehpasaran dan jumlah peratusan keluaran IKBN selain daripada yang tidak melanjutkan pelajaran ke tahap dua, tiga dan selanjutnya SKM satu, kedua dan ketiga adalah 57.8 peratus yang telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam sehingga 12 bulan selepas menamatkan pengajian. Ini kerana ada juga dalam itu mendapat sebelum pun habis pembiayaan.

Kenapa saya cakap mengenai sukan lebih sebab tadi bab sukan. Ini hendak masuk bab belia. Dari segi penajaan, saya setuju dengan Yang Berhormat, Hari Belia Negara telah dapat menarik minat begitu banyak syarikat swasta untuk menaja memandangkan jumlah belia yang hadir dalam sambutan tersebut sangat besar. Saya percaya ada juga di kalangan penganjur sukan yang jatuh pada bulan penganjuran Hari Belia merungut kerana banyak syarikat lebih suka menaja sambutan Hari Belia ataupun Perhimpunan Sejuta Belia itu berbanding dengan acara sukan yang berlangsung pada bulan lima. Sedikit lagi. Saya cuba habiskan secepat mungkin.

Yang Berhormat Lenggong juga menyatakan tentang kepimpinan di peringkat akar umbi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, antara program yang kita buat menyedari pentingnya sifat kepimpinan ini adalah dengan yang pertama, penglibatan kita dalam Global Model United Nations yang kita pernah menjadi tuan rumah dan kita menghantar pimpinan- pimpinan kita di bawah 25 tahun untuk menghadirinya. Keduanya, Program Kapal Belia Asia Tenggara-Jepun yang telah pun berlangsung sejak tahun 1974, yang telah memilih pemimpin yang paling baik untuk mewakili negara bagi menghadiri Program Kapal Belia Asia Tenggara-Jepun tersebut.

Kemudian, kita ada Program 3K Belia Bestari yang mana peserta ditempatkan dengan majikan-majikan dalam bidang keusahawanan dan kemahiran sebelum mereka meneruskan kerjaya kepimpinan. Yang terbaru mungkin Yang Berhormat juga tahu adalah mengenai penubuhan cadangan Parlimen Belia Malaysia yang akhirnya nanti dapat kita lihat para belia kita terlibat secara tepat dari segi kepimpinan apabila ianya dilaksanakan nanti. Yang Berhormat Lembah Pantai ada menanyakan...

final • 4:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat, sedikit sahaja.

Apabila dalam Majlis Perundingan Belia yang terbaru. dicadangkan had umur untuk dilaksanakan menjelang tahun 2020. Ini satu tindakan yang menepati standard PBB dan antarabangsa. Soalnya, saya tidak gusar tentang kemampuan kita. Sama sewaktu kita mengadakan akta tempoh hari walaupun kata tidak mampu tetapi terbukti ada kemampuan.

Soalnya apa perancangan kementerian berkaitan dengan ini? Apakah hanya baru di peringkat cadangan? Apakah sudah ada komitmen yang bersungguh tentang itu? Juga saya mahu tahu tentang reaksi dari segi organisasi, NGO dan sebagainya. Apakah positif atau tidak? Tentu ada pro and contra dalam soal ini.

final • 4:20 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Apa yang dibincangkan dalam Majlis Perundingan Belia Negara...

final • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Timbalan Menteri, di belakang. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kita hendak tanya kepada kementerian ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, had umur tadi, pelajar-pelajar kita lulus universiti pada umur 22 atau 23 tahun. Bagi kawasan luar bandar seperti kawasan saya, kebanyakan pelajar-pelajar ini ataupun belia-belia yang hendak memimpin kita tidak ada di kawasan luar bandar.

Semua di bandar. Bagaimanakah kita hendak membantu mereka? Boleh atau tidak belia- belia yang berumur di bawah 45 tahun untuk memimpin mereka sementara, supaya kita mendapat kepimpinan belia yang baik selepas itu. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Sebenarnya apa yang cuba kita hasratkan adalah untuk mengkaji Dasar Pembangunan Belia Negara yang ada sekarang untuk kita bentuk Dasar Belia Malaysia tetapi apa yang dicadangkan mengenai usia 15 tahun atau 25 tahun adalah salah satu dalam kertas konsep tersebut menjelang tahun 2020. Maknanya apabila kita menjadi negara maju nanti, satu perkara yang tidak boleh kita bayangkan sama ada kita masih hidup macam sekarang ataupun kita hendak ada dimensi baru.

final • 4:20 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Pada ketika itu kita mengandaikan bahawa perlu kita ada pemimpin belia yang antara 15 hingga 25 seperti United Nations. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sibuti bila bertanyakan tentang di luar bandar. Sebenarnya yang sudah lebih dewasa boleh jadi penasihat tetapi ini adalah selaras dengan kehendak mahasiswa pindaan AUKU yang telah pun membolehkan persatuan belia untuk melibatkan mahasiswa dalam kampus. Maknanya tidak ada masalah untuk persatuan-persatuan belia diketuai oleh mereka yang masih belajar tetapi bukan hendak berlaku sekarang. Berlakunya pada tahun 2020 dan kenapa kita tidak boleh buat sekarang seperti Yang Berhormat Lenggong tahulah hendak buat Akta Pertubuhan Belia 2007 pun mengambil masa yang panjang.

[Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Tidak akanlah baru kita pinda laksanakan kita hendak buat lagi sekarang tetapi sebagai kerajaan yang ada persiapan dan rancangan kita membayangkan menjelang tahun 2020 dengan Dasar Belia Malaysia yang akan kita perkenalkan menjelang tahun tersebut belia pemimpinnya hendaklah dicadangkan berusia antara 15 hingga 25 dan dalam tempoh sembilan tahun dari sekarang sudah tentu pelbagai bentuk perbincangan, engagement akan kita buat dan saya percaya anak muda kita sebenarnya boleh untuk memimpin dalam usia yang muda kerana saya yakin dengan kemampuan yang ada pada diri masing-masing.

Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai bertanya tentang Kompleks Rakan Muda berapakah jumlah yang masih aktif dan bagaimana Kompleks Rakan Muda di Lembah Pantai. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat kesemua 16 Kompleks Rakan Muda adalah bertindak sebagai one stop centre dan telah pun beroperasi sepenuhnya pada tahun 2005 manakala dua lagi kompleks beroperasi sepenuhnya pada 2008 iaitu Kompleks Rakan Muda Air dan Udara menjadikan 18 buah KRM.

Setiap satu Kompleks Rakan Muda bernilai RM20 juta dan memerlukan kawasan hampir 10 hektar dan dengan sebab itu menjelang RMK-9 telah dibuat keputusan untuk tiada lagi pembinaan Kompleks Rakan Muda walaupun kita mengharapkan semua kawasan Parlimen ada Kompleks Rakan Muda tetapi secara objektifnya ia akan mengambil masa mungkin enam rancangan Malaysia baru kita dapat buat semua. Jadi dengan sebab itu kita telah hentikan dan kita gantikan dengan kompleks gelanggang pelbagai guna yang hari ini menjadi permintaan banyak di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai juga menyatakan mengapa gelanggang futsal bukan gelanggang bola keranjang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat gelanggang futsal yang disediakan adalah berkonsep serba guna. Memandangkan futsal sangat popular maka kita buat gelanggang futsal namanya.

final • 4:30 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Sebab hasil kajian IPPBM dengan universiti tempatan didapati bahawa gelanggang futsal menunjukkan 78 peratus masyarakat menggunakan sebagai gelanggang futsal untuk bermain futsal, 15.6 peratus bermain sepak takraw, 15.9 peratus senamrobik sihat dan 8.4 peratus bermain bola jaring. Oleh itu, pembinaan gelanggang futsal adalah selaras dengan peningkatan keperluan penggunaan gelanggang futsal di seluruh negara.

Permainan bola keranjang walau bagaimanapun boleh digunakan kerana saiz gelanggang futsal mencukupi untuk menjadikan gelanggang bola keranjang. Konsep ini telah pun dilaksanakan di negeri Sabah dan sebagai contoh...

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita ada enam kementerian lagi. Lepas itu kita ada dua hari. Jadi...

final • 4:30 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Saya habiskan.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ingat Yang Berhormat sudah habis tadi pukul 3.30.

final • 4:30 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Saya pun ingat macam itu tapi banyak sangat.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi malam ini kita singkatkan pula mesyuarat oleh kerana hendak memberi peluang kawan-kawan. Jadi ambillah peluang malam ini janganlah banyak sangat siang ini Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak habiskan dan gelanggang bola keranjang itu bolehlah lagipun Yang Berhormat Lembah Pantai pun tidak ada tapi di Penampang ada dua gelanggang futsal telah dijadikan gelanggang serba guna.

Yang Berhormat Teluk Intan bertanyakan tentang atlet, saya sudah jawab. Juga bertanyakan kenapa kita dapat pingat sedikit pun saya sudah jawab. Yang Berhormat Jerai tanya tentang ramai pelatih lepasan IKBN jadi usahawan. Saya hendak beritahu Yang Berhormat kajian yang dibuat oleh Institut Pembangunan Belia tahun 2010 terhadap lepasan IKBN ke atas 2,487 lepasan mendapati bahawa 82 peratus telah mendapat pekerjaan dan daripada 82 peratus tersebut 22 peratus telah bekerja sendiri. Maknanya dakwaan mengenai kursus yang ditawarkan itu meragukan adalah tidak benar. Malaysia duduk ranking nombor empat saya sudah jawab Yang Berhormat Teluk Intan.

Yang Berhormat Tangga Batu bertanyakan tentang sukan. Perkara yang sama juga saya sudah jawab tadi. Yang Berhormat Teluk Intan bertanyakan tentang mengenal pasti bakat Kementerian Belia dan Sukan pun saya sudah jawab. Yang Berhormat Arau bertanyakan tentang perancangan jangka masa panjang sukan pun saya sudah jawab.

Yang Berhormat Tangga Batu bertanyakan tentang Akta Pertubuhan Belia apabila dilaksanakan perlu mengubah umur 15 hingga 25 pun saya sudah jawab. Tuan Pengerusi tegur sahaja semua saya sudah jawab Tuan Pengerusi.

Mengenai bantuan untuk memperkasakan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Jempol. Kita telah pun meningkatkan bantuan kewangan kepada Majlis Belia Malaysia daripada RM500,000 kepada RM1 juta dan dalam Bajet 2012 daripada RM1 juta kepada RM1.5 juta sebagai harapan untuk kita memperkasakan Majlis Belia Malaysia.

Dalam masa yang sama Majlis Belia Negeri juga mendapat peningkatan daripada RM50,000 kepada RM100,000. Menjadikan kesemua 14 Majlis Belia Negeri akan memperoleh RM100,000 setiap satu sehingga RM1.4 juta keseluruhannya. Manakala Majlis Belia Daerah daripada RM20,000 mendapat peningkatan RM30,000 dalam Bajet 2012 menjadikan semua Majlis Belia Daerah sebanyak 139 akan menerima RM50,000 bantuan dan bantuan ini bukanlah bantuan untuk pentadbiran semata-mata kerana selama ini pun mereka boleh menggunakan kadar yang ada tetapi tambahan ini diharap dapat dijadikan juga modal untuk mereka melakukan program masing-masing.

Yang Berhormat Sungai Siput saya sudah beritahu tadi yang menyatakan tentang perkara pengangguran di kalangan belia yang begitu tinggi, pasaran bebas Malaysia yang dibanjiri buruh asing terlalu banyak sehingga rakyat kita tidak ada tempat. Saya rasa yang ini Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia nanti boleh jawab sebab Kementerian Belia dan Sukan hanya menyediakan kemahiran untuk belia kita memasuki alam kerja.

final • 4:30 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Dari segi dasar untuk membenarkan berapa ramai buruh asing, berapa ramai pengangguran akan dilihat di bawah Jawatankuasa Modal Insan yang diketuai oleh Kementerian Sumber Manusia yang akan menjawab selepas ini. Jadi Yang Berhormat Teluk Intan boleh ulang balik soalan itu supaya dapat dijawab dengan lebih tepat. Cuma yang menarik perhatian saya tentang hendak kurangkan buruh asing. Industri-industri dalam Malaysia ini patut kena dengar cadangan Yang Berhormat Teluk Intan supaya jangan bawa masuk langsung. Biar pakai pekerja tempatan. Jadi saya rasa industri suka dengan cadangan ini kalau boleh buatlah.

Satu lagi dia kata perlu tumpu kepada belia cari kerja. Kita sediakan kemahiran lepas itu kita akan bawa dia masuk ke dalam alam pekerjaan dan mereka kita pastikan dapat bersaing dengan pekerja-pekerja lain yang ada. Itu tugas Kementerian Belia dan Sukan. Di samping itu, Kementerian Belia dan Sukan juga menyediakan tabung ekonomi supaya mereka dapat menggunakan walaupun tabung ini bersifat pusingan. Maknanya kita hanya diberi geran sekali RM50 juta dan kita hanya boleh bagi bila ada pembayaran. Buat masa ini ia dibekukan kerana jumlah pembayaran balik itu sangat perlahan dan belum mencukupi untuk kita buka dan bagi semula. Itu antara tugas. Namun begitu ada banyak tabung di bawah kementerian-kementerian lain.

Yang Berhormat Jempol menyatakan tentang jurulatih. Kita sebenarnya sudah pun mengadakan pelbagai bentuk program dan telah pun ditubuhkan Program Kejurulatihan sejak tahun 1986 yang kita melatih jumlah di bawah LKK (lembaga Kejurulatihan Kebangsaan) dan berterusan sehingga sekarang sehingga kita memberi Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) dan daripada jumlah tersebut kita telah dapat berjaya melatih seramai 17, 470 orang jurulatih yang pelbagai tahap yang kita hantar ke seluruh negara.

Jadi saya rasa itu sahaja yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Kita mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Sebelum itu Yang Berhormat Indera Mahkota bertanyakan tentang perkara yang disebut dalam muka surat 644 perkara 22 Kumpulan Wang Amanah. Sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat perkara itu adalah di bawah Kementerian Kewangan yang mungkin boleh beri penjelasan tapi saya hendak beritahu jumlah RM800 juta itu sebenarnya jumlah terkumpul dari tahun 2000 hingga tahun 2010. Maknanya bukan baki yang masih boleh dibelanjakan tetapi yang telah dibelanjakan dan sehingga sekarang jumlah yang ada seperti dalam buku yang diedarkan adalah negatif...

final • 4:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 4:30 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Ya.

final • 4:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih, akhirnya saya ingin kembali kepada isu yang saya bangkit lebih awal.

final • 4:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya mohon kementerian agar boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan satu butirannya agar peruntukan boleh disalurkan kepada persatuan-persatuan sukan yang tadi saya bangkitkan sebab saya rasa yang paling penting mereka di akar umbi ini sudi menjalankan aktiviti memberi latihan kepada anak-anak kita di sekolah perlu diberi sokongan yang sedemikian sebab saya dimaklumkan bahawa setiap kali mereka hendak bagi latihan atau menganjurkan aktiviti sukan mereka perlu mengadakan fund raising dinner, dengan izin, dengan sendirinya.

Saya rasa agak membazirlah apabila kita ada kemudahan sedemikian hanya perlu sokongan daripada kementerian. Saya pohon satu butiran diwujudkan dan koordinasi dengan Kementerian Pelajaran agar boleh diadakan facility bilik darjah disediakan dengan meja-meja tenis agar boleh mereka mencari bakat di sekolah. Sekian saya rayu. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Terima kasih. Saya hendak ambil kesempatan untuk beritahu Yang Berhormat kita ada bantu tetapi di bawah...kalau ikutkan ini bukan jawapan tetapi statistik yang ada.

final • 4:40 PM

Dato' Razali bin Haji Ibrahim

Pendaftaran badan sukan mengikut peringkat di bawah Akta Pembangunan Sukan yang biasanya layak untuk memohon untuk buat penganjuran ataupun bantuan iaitu di peringkat kebangsaan ada 171, di peringkat negeri ada 999, di peringkat daerah ada 1,026 dan kelab seluruh negara ada 2,291 menjadikan 4,487 buah persatuan yang layak untuk dipertimbangkan kerana semua ini berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Akan tetapi cadangan Yang Berhormat ini kita sambut baik, asal sahaja dengan syarat kita ada dana, dan sama-samalah kita cadang butiran itu nanti diwujudkan dan diletakkan di bawah kementerian semata-mata untuk membangunkan belia dan pencapaian sukan dalam negara.

Sekian, saya mengucapkan terima kasih kepada semua. Semoga pasukan bola sepak kita menang malam ini. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM479,388,400 untuk Maksud B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM479,388,400 untuk Maksud B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM236,566,100 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM236,566,100 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.

final • 4:40 PM
Maksud B.46 [Jadual] - Maksud P.46 [Anggaran Pembangunan 2012] -

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Maksud B.46 dan Maksud P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas.

Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 4:40 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada beberapa butiran yang ingin saya dapat maklumat daripada kementerian. Butiran 050100 - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Menurut statistik yang telah dipamerkan kepada kita, sebanyak 55,530 pemeriksaan tempat pekerjaan dan ladang telah dilaksanakan oleh kementerian. Soalan saya daripada jumlah kes ini, berapakah syarikat-syarikat yang telah melanggar syarat- syarat yang telah dikenakan semasa pemeriksaan ini dilakukan dan apakah tindakan- tindakan yang telah diambil oleh kementerian terhadap syarikat-syarikat yang telah melanggar syarat-syarat tersebut?

Dan kebiasaannya, apakah jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh syarikat- syarikat tersebut. Seterusnya saya ingin juga mendapat maklumat ataupun penjelasan daripada kementerian sama ada kementerian boleh menetapkan satu syarat kepada pengusaha-pengusaha atau tuan punya ladang untuk mewujudkan satu skim perumahan khas kepada pekerja-pekerja ladang yang telah memberi perkhidmatan dan bekerja di ladang tersebut dalam satu jangka masa yang panjang.

final • 4:43 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l Panchanathan - Hulu Selangor

Dan apabila mereka terpaksa bersara, mereka tidak ada lagi rumah untuk mereka tinggal dan mereka juga tidak ada tempat lain untuk mereka pergi mencari kawasan perumahan.

Oleh yang demikian, sekiranya boleh kementerian mewujudkan satu syarat ataupun memaksa syarikat-syarikat tersebut supaya yang pertama mewujudkan kawasan perumahan khas kepada pekerja-pekerja ladang atau membantu mereka dalam sumber kewangan untuk mendapatkan satu rumah kepada pekerja-pekerja ladang yang telah memberi perkhidmatan dalam jangka masa yang dapat ditetapkan dan fleksibel perbincangan di antara kementerian dan juga syarikat-syarikat tersebut.

Berurusan juga dengan butiran yang sama, JobsMalaysia. Setakat ini apakah pencapaian JobsMalaysia? Berapa ramai rakyat Malaysia yang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui JobsMalaysia ini? Saya tahu program ini berjaya tetapi setakat mana kejayaannya dan sama ada kajian telah pun dilakukan oleh kementerian ini untuk mendapat tahu daripada berapa ramai rakyat Malaysia yang telah mendapat kerja ini. Adakah mereka masih bekerja di tempat yang sama ataupun telah pun melepaskan jawatan serta-merta kerana sekiranya ini berlaku maka mungkin ada masalah-masalah lain selain daripada tidak ada kerja, mungkin ada sebab-sebab lain mengapa rakyat Malaysia ataupun yang mendapat kerja ini melepaskan jawatan yang mereka terima ini.

Seterusnya butiran 090000 - One-Off (Train & Place). Penjelasan sama ada program Train & Place ini sama seperti program yang telah dilancarkan sebelum ini dan sama ada ini merupakan peruntukan tambahan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu belia-belia yang memerlukan latihan kemahiran dalam bidang-bidang yang terpilih dan sekiranya ia sama, saya harap bantuan ini dikekalkan kerana saya dapati institut-institut yang menggunakan peruntukan ini telah banyak membantu belia-belia dalam skop tertentu. Ramai belia memang telah berjaya dalam aspek ini dan saya juga dapati banyak institut, sekolah-sekolah, kolej-kolej yang membantu belia-belia ini memang memanfaatkan sungguh dengan adanya bantuan Train & Place ini. Oleh yang demikian, janganlah kita menggunakan hanya sekadar one-off apabila keperluan wujud. Saya rasa keperluan ini wajib dan kalau boleh kita kekalkan bantuan ini kepada institut-institut yang rela menjalankan program-program ini.

Seterusnya, akhir sekali butiran projek 04700 - Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selangor. Setakat ini saya ingin tahu berapakah institut latihan perindustrian ada di Negeri Selangor Darul Ehsan ini dan berapa ramaikah jumlah pelajar yang sedang belajar di institut ini? Dan apakah jenis-jenis kursus yang telah ditawarkan kepada mereka dan sama ada perancangan untuk membina lebih lagi Institut Latihan Perindustrian Negeri Selangor di kawasan-kawasan Selangor ini. Sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 4:43 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Klang.

final • 4:43 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bangkitkan satu isu sebenarnya berkait dengan butiran 010500 dan 010600 iaitu berkait dengan domestic workers ataupun migrant workers yang bekerja sebagai pembantu rumah.

Pada pagi ini Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, beberapa Ahli Parlimen telah mengambil bahagian ataupun menyertai kempen kesedaran sempena International Day For the Elimination of Violence Against Women and Children. Saya bangkitkan isu ini sebab baru-baru ini seorang Ahli Parlimen dari Cambodia telah datang ke Malaysia dan telah mendakwa bahawa sebenarnya pada tahun ini sahaja sebanyak 11 pekerja wanita yang bekerja as domestic workers ataupun domestic maids, pembantu rumah telah meninggal dunia di tempat kerja iaitu di rumah-rumah tempat mereka bekerja dan beliau telah mengatakan bahawa, memberikan satu senarai sebenarnya di mana mereka telah mati dan beliau juga memberi satu petikan daripada Free Malaysia Today, Phnom Penh Post, Cambodia Today yang telah membuat coverage mengenai kematian wanita-wanita yang datang daripada Cambodia dan kerja di Malaysia.

final • 4:48 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Umur mereka bermula daripada 19 tahun sehingga 42 tahun. Di Malaysia kita dapati bahawa di Butterworth dan saya baca di sini daripada Free Malaysia Today yang mengatakan bahawa, “Choy Phich, 19, was found dead outside the back door of her employer’s house in Butterworth on the morning of July 17.” Seorang lagi berumur 40 tahun Ob Kuon had died on November 7 after being sent to Malaysia by labour firm VC Manpower. Ini dikeluarkan di surat khabar Phnom Penh, Phnom Penh Post. Satu lagi, seorang yang berumur 22 tahun was sent to Malaysia to work by the CLS employment agency was found dead at this agency’s office in Paya Terubong Penang on 29 August last place of employment. Ini dikeluarkan oleh Cambodia Today.

So, soalan saya ialah rumah-rumah kita has become dead traps. Rumah-rumah kita atau pun tempat kerja pembantu-pembantu rumah ini has become dead traps for foreign workers di Malaysia. Saya hendak tanya kepada kementerian, apakah program, what can we do to ensure that employers kita atau pun majikan kita di rumah-rumah tidak diskriminasi atau pun membunuh pekerja-pekerja yang datang daripada luar negara sebab this is a very bad name for Malaysia. Kita juga dapati bahawa Indonesia marah dengan Malaysia oleh kerana cara kita menguruskan pekerja mereka di Malaysia. Nanti Cambodia pun akan marah juga. So, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jasin.

final • 4:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang. Saya ringkas sahaja. Pertama saya pergi kepada Butiran 020200 – Perkhidmatan Latihan yang diberikan peruntukan sebanyak RM250,662,000 dan juga Butiran 08200 – Sistem Latihan Dual Nasional.

Adalah cukup bertepatan dalam usaha kita untuk memperlengkapkan pekerja kita dengan kemahiran. Suatu ketika dahulu negara kita menjadi tumpuan pelabur-pelabur asing. Seolah-olah Malaysia menjadi dumping ground kerana Malaysia boleh memberikan sumber tenaga manusia yang murah. Akan tetapi setelah zaman berlalu negara kita semakin maju, kita ditakrifkan sebagai negara yang mahal harga buruhnya tetapi kita mahu meningkatkan kemahiran pekerja. Janganlah hendaknya banyak pelabur pergi mencari ke tempat-tempat lain semata-mata kerana kita kurang dengan tenaga mahir.

Pada ketika ini, dimaklumkan bahawa kita hanya mempunyai sebanyak kurang daripada 28 peratus pekerja mahir. Sasaran kita adalah sebanyak 38 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Seterusnya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negeri maju, apakah sebenarnya mekanisme yang digunakan oleh pihak kementerian untuk melatih supaya kita dapat melahirkan lebih ramai lagi peratusan tenaga-tenaga mahir dalam sumber tenaga manusia?

Keduanya, saya pergi kepada Butiran 030200 - Perhubungan Perusahaan. Baru- baru ini kita telah meluluskan Akta Pekerja terutamanya berhubung dengan contract of workers. Fungsi kita adalah semata-mata untuk mencari jalan penyelesaian dan membela nasib pekerja. Tiada kerajaan yang mahu menindas rakyatnya. Jadi saya mahu tahu setakat manakah perbincangan telah dijalankan oleh pihak kementerian dengan pihak MTUC? Kita mahu kalau boleh perkara ini tidak dipolitikkan kerana ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang seolah-olah mereka mahu menjadi juara, bahkan kerajaan sebenarnya bermatlamat untuk membela nasib rakyat.

Seterusnya saya pergi kepada Butiran 000600 - Kemajuan Guna Tenaga Manusia.

Tanggal 1 Disember tahun ini, kita akan mendapat perkhidmatan pekerja-pekerja, pembantu rumah daripada Indonesia. Ini adalah berkat daripada perbincangan telah dijalankan oleh pucuk pimpinan kita. Jadi kita mahu melihat supaya pembantu-pembantu rumah ini tidak dieksploitasi dan hendaknya janganlah mensyaratkan supaya mereka diberikan gaji minimum yang tinggi.

final • 4:51 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Ini kemungkinan ramai daripada orang-orang kita tidak mampu untuk menggaji pekerja-pekerja rumah ini. Kita mahu kalau boleh ejen-ejen pembantu rumah ini janganlah hendaknya mengambil peluang mengenakan satu caj yang paling tinggi sekali kepada rakyat kita. Saya telah dimaklumkan satu ketika dahulu mereka mengenakan sampai RM6,000 ke RM7,000 untuk mendapatkan perkhidmatan pekerja asing ini. Kita mahu kalau boleh ejen ini disaring.

Keduanya, kita juga mahu melihat supaya majikan ini disaring siapakah sebenarnya majikannya, apakah sebenarnya matlamat untuk mereka menggaji pembantu rumah ini. Ramai daripada mereka yang mengambil pembantu rumah untuk menjalankan kerja-kerja yang tidak ada hubung kait dengan domestik. Jadi, di sinilah sebenarnya terjadi banyak berlakunya mereka yang menindas pekerja-pekerja pembantu rumah ini dan memburukkan nama Malaysia. Sehingga kini, sampai sekarang Malaysia dianggap sebagai seteru oleh rakyat-rakyat Indonesia. Kita mahu melihat kalau boleh satu saringan yang bersepadu dibuat oleh pihak kementerian dengan kerjasama kementerian-kementerian yang lain terutamanya KDN. Pertamanya tentang kemampuan dan keduanya tentang apakah sebenarnya matlamat mereka menggaji pembantu rumah ini.

Seterusnya saya pergi kepada Butiran 06100 – Naiktaraf Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Melaka. Di Melaka Yang Berhormat Menteri, kita ada tiga tempat Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia. Pertamanya di Bukti Katil, keduanya di Selandar, dan yang ketiganya di ADTEC Alor Gajah. Di Bukit Katil dan juga di Selandar adalah tahap satu dan tahap tiga untuk Sijil Kemahiran Malaysia Level 1 dan 2. Sementara di ADTEC Alor Gajah untuk Level 3 dan Level 4.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, graduan daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ini sentiasa mendapat sambutan terutamanya daripada kilang- kilang yang banyak di Melaka sehinggakan setiap graduan atau pun pelajar-pelajar kita itu telah di sponsor oleh syarikat-syarikat perkilangan. Jadi, kita mahu melihat supaya institusi latihan ini akan dapat didirikan. Oleh kerana kita sudah ada tiga institusi ini, kita masih lagi memerlukan satu lagi. Kalau boleh saya mencadangkan supaya Institusi Latihan Jabatan Tenaga Rakyat ini diwujudkan satu dalam Parlimen Jasin.

Seterusnya saya pergi kepada Butiran 030000 - Keharmonian Perhubungan Perusahaan di bawah Butiran 030100 - Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dengan wang berjumlah RM14.82 juta. Saya ingin menyentuh tentang kesatuan pekerja ini atau union, dan penglibatan pekerja serta senarionya di Malaysia sekarang. Meskipun union ini tidak lagi sekuat macam era seperti tahun 70-an serta di negara luar yang sering kali berlaku protes, mogok yang menyebabkan produktiviti kita merosot dan mengancam pertumbuhan ekonomi negara, tetapi di tanah air kita keadaan ini adalah lebih baik dan masih lagi terkawal. Saya secara peribadinya menyokong pertubuhan union ini bagi mewakili pekerja dan sudah tentunya faedah serta manfaat akan didapati oleh kedua-dua pihak sama ada pekerja dan juga majikannya.

Soalan saya, bagaimana kementerian melihat pertukaran saham di antara MAS dengan AirAsia ini di mana kesatuan kerja MAS atau pun digelar sebagai MASEU yang mewakili lima kesatuan utama di bawah MAS dan mempunyai ahli majoritinya daripada kalangan pekerja-pekerja MAS dikatakan tidak sehaluan dengan idea ini dan mengancam untuk memboikot dan melakukan mogok. Setakat manakah sebenarnya perkara ini yang boleh mengancam kepada kestabilan negara kita? Yang paling membimbangkan kita juga, AirAsia pula dengan bangganya membuat kenyataan bahawa hampir 9,000 pekerjanya tidak perlukan union kerana kononnya kebajikan mereka telah cukup dijaga tanpa union.

Jadi soalan saya, apakah pihak kementerian melihat jumlah pekerja yang banyak ini maka kesatuan sekerja pula patut kita wujudkan atau pun diwujudkan atau pun adakah ianya sekadar pilihan syarikat tersebut?

final • 4:51 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Saya khuatir pekerja AirAsia bakal menjadi mangsa jika tidak berhati-hati dengan kesan seperti kemungkinan mereka memperkenalkan skim VSS dan kaedah-kaedah yang lain untuk mengurangkan jumlah pekerja. Di bawah butiran yang sama, saya juga ingin menyentuh tentang isu union busting, dengan izin ataupun menghapuskan union.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Soalan saya, berapakah kes-kes pemusnahan union yang dilaporkan kepada kementerian sejak tahun 2009 sehingga sekarang?

Selepas itu, saya pergi pada Butiran 030000 - Keharmonian Perhubungan Perusahaan, di bawah Butiran 030300 - Mahkamah Persekutuan. Soalan saya, bagaimanakah tahap kuasa bagi tujuan campur tangan pihak Menteri merujuk pada satu- satu pertikaian bila masa salah satu pertikaian diwujudkan ke Mahkamah Persekutuan.

Seterusnya, saya pergi pada butiran yang terakhir Yang Berhormat Menteri iaitu saya ingin menyentuh tentang isu polisi HR ataupun sumber manusia syarikat yang sepatutnya mematuhi arahan daripada pihak kementerian. Ini kerana pada hari ini, kita ada terbaca satu aduan yang dilakukan oleh seorang pengawal keselamatan yang beliau terpaksa ponteng kerja sepanjang lima tahun yang lalu, yang bekerja di sebuah syarikat kerana majikan tidak memberikannya pelepasan untuk menunaikan ibadah sembahyang Jumaat walaupun telah banyak kali dimohon. Sebagai pengawal keselamatan, mereka ini bukan ditakrifkan sebagai dengan izin, essential services. Boleh dibuat penggantian.

Akan tetapi mengapakah mereka tidak diberikan peluang bahkan ini adalah tuntutan agama. Seharusnya pihak majikan menghormati dan hendaknya pihak kementerian membuat siasatan tentang perkara ini. Jadi soalan saya, bagaimanakah pendirian kementerian berkaitan isu ini? Adakah cadangan oleh pihak MTUC supaya semua majikan perlu mewujudkan satu dasar dalam polisi syarikat supaya semua syarikat keselamatan diberikan pelepasan dua jam untuk mendirikan solat Jumaat. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya menyokong.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 5:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa. Saya merujuk pada Butiran 010300 - Pengurusan Sumber Manusia.

Satu penerangan tugas-tugas pegawai sampai ke sasaran yang mana kebanyakan rakyat pekerja ataupun rakyat amnya tidak faham tentang hak mereka terutama sekali apabila berbangkit soal-soal yang menjurus kepada penganiayaan seperti mana pembuangan kerja 60 hari dan sebagainya yang tidak sampai pada sasaran pengetahuan rakyat khususnya.

Seterusnya, Butiran 030100 - Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Peringkat pengiktirafan persatuan yang kedapatan pada hari ini banyak kesatuan yang telah pun memohon pengiktirafan tetapi banyak sangat birokrasi dan banyak sangat tentangan daripada pihak majikan. Sebagai contohnya di West Port yang tiga kali permohonan mereka dan apabila jawatankuasa peringkat penaja telah pun diambil tindakan separuh daripada mereka dibuang kerja.

Akan tetapi dalam masa yang sama, jawapan yang kita terima ialah kerana pembuangan itu kuasa mutlak kepada majikan walaupun seksyen 20 telah pun difailkan namun yang jelas ialah penyertaan penguatkuasaan itu tidak bersepadan dengan apa yang telah mereka disengsarakan ataupun dibuang daripada kerja. Ini memberikan kesan kepada 9 peratus sahaja jumlah keseluruhan kesatuan yang ditubuhkan atas birokrasi dan juga tekanan-tekanan yang dikenakan oleh majikan terhadap pekerja.

Ini kesan daripada hasilnya ialah pertubuhan itu tidak dapat disertai, kesatuan itu kerana peringkat yang pertama iaitu ugutan telah pun ditingkatkan untuk memberikan kesan buruk kepada pemimpin-pemimpin kesatuan itu sendiri. Juga saya telah melaporkan sebelum ini, di peringkat kementerian pun dokumen boleh hilang untuk pengiktirafan.

Kesannya ialah berbalik-balik sehinggakan kesatuan electrical union Barat yang mana telah pun menghantar empat kali, majikan menolak, kementerian hilang dokumen.

final • 5:02 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ini tidak boleh berlaku dalam sistem yang kita ada dan perlukan pembetulan dan juga penguatkuasaan yang penuh. Jika pegawai tidak bertanggungjawab, pegawai itu harus disingkirkan daripada kementerian ataupun daripada pejabat.

Ketiganya ialah ketika pengiktirafan dibuat, saya mohon Menteri menguatkuasakan dan memberikan maklum daripada peringkat permulaan untuk menyatakan kepada majikan bahawa tindakan boleh diambil kepada majikan di bawah seksyen 59, Akta Perusahaan 1967 yang membolehkan hukuman dilakukan kepada majikan yang bersikap union busting dan tidak peka dengan undang-undang negara dan lebih bersikap undang-undang itu milik mereka. Kebiadaban ini harus dibuat dengan tegas supaya rakyat Malaysia 9 peratus itu diberikan perlindungan dan diberikan hak mereka sebagai berpersatuan ataupun diberikan masa depan yang lebih selesa yang sesuai dengan pendapatan dan juga naik bersama-sama tarafnya dengan pihak pengurusan.

Seperti mana yang saya katakan tadi, isu West Port, Setiausaha Agungnya dibuang walaupun dikatakan kesalahan besarnya itu menghisap rokok, sedangkan ratusan ribu manusia-manusia dalam West Port itu menghisap rokok dalam kawasan yang sama tetapi dia seorang yang kena buang. Akan tetapi, mengikut daripada Menteri, nasihat telah diberi, majikan masih lagi tidak mahu mengambil kerja, ini adalah diskriminasi melanggar seksyen 8 yang Menteri harus segera mengambil tindakan bukan hanya bicara manis di bibir hinggakan pekerja ini menderita untuk menegakkan hak mereka.

Juga di Renesource presidennya bercakap dalam soal Facebook tetapi tidak ada kena-mengena dengan syarikat. Syarikat telah pun mengatakan tidak mahu ambil dan Menteri perlu menegaskan bahawa tindakan untuk menghukum syarikat-syarikat ini perlu dibuat dengan cara yang efisien tanpa memilih siapa syarikat itu dan siapa tuan punya nya.

Butiran rujukan 030300 - Mahkamah Perusahaan. Tadi, beberapa kali saya memberitahu bahawa kes lambat didengar. Dalam masa yang sama, seksyen 30 mengatakan 24 bulan tetapi dalam peringkat Mahkamah Perusahaan sendiri yang hakimnya tidak digantikan segera, dengan tindakan yang dilambatkan oleh majikan dengan peguam-peguam di pihak pengurusan memberikan kesan yang begitu panjang dan hanya tuntutan yang boleh dibuat ialah 24 bulan. Dengan yang sedemikian Tuan Pengerusi, ini akan memberikan kesan buruk bagi mereka yang kes tertunggak sebegitu lama, tujuh tahun, enam tahun, berlaku lagi ketika ini.

Kesan daripada ini akan memberikan ketidakpendapatan selama empat tahun ke lima tahun daripada 24 bulan sahaja yang boleh dituntut dalam seksyen 30 ini undang- undang yang berat sebelah, tidak adil dan tidak perikemanusiaan. Mohon supaya pindaan di bawah seksyen 30 ini dibuat kajian semula ataupun disegerakan pindaan dan diberikan hak sesama kepada mereka yang terlibat secara penganiayaan ataupun mereka yang tidak bersalah dalam membentuk perjuangan ataupun tugas-tugas mereka sebagai pekerja.

Butiran 030200 - Perhubungan Perusahaan. Saya ingin memohon kepada Menteri supaya mengkaji tugasan pegawai untuk memberikan hak keputusan yang lambat mengadu perbincangan terutama sekali di bawah seksyen 18 dan seksyen 20. Yang mana seksyen 20 ini memerlukan kesegeraan untuk diambil tindakan. Seksyen 20, Akta Perusahaan 1967 ialah mengembalikan kerja yang dianggap sebagai itulah yang satu- satunya yang ada pada pekerja di dalam negara ini yang diberikan hak untuk meneruskan kerjaya mereka dalam syarikat tertentu ataupun dalam bidang masing-masing.

Seperti di Filipina Yang Berhormat Menteri, buat keputusan di peringkat awal, peringkat Jabatan Perusahaan itu sudah mencukupkan mereka untuk diberikan kuasa membuat keputusan. Apatah salah kiranya kalau kita merujuk pada negara-negara yang memberikan kesan baik pada undang-undang supaya Akta Perusahaan 1967 ini akan dinaiktarafkan atau diberikan kesaksamaan dari segi undang-undang yang mutlak kepada pekerja yang kebanyakan mereka ini tercicir daripada hak mereka disebabkan keketatan dan juga kekangan undang-undang yang sebegitu amat menyulitkan untuk mereka ini dipertahankan hak mereka.

Terutama sekali apabila kita melihat di bawah seksyen 59 sudah tercatat beberapa resolusi yang mengatakan tindakan boleh diambil kepada pengurusan yang menjadi union busting dan boleh dipenjarakan setahun dan denda RM2,000 ataupun kedua-duanya sekali.

final • 5:02 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ambil satu tindakan yang boleh menjadi ingatan kepada seluruh manusia-manusia majikan yang bersikap biadab terhadap pekerja, yang tidak ada perikemanusiaan, yang menganiayai pekerja sepanjang waktu.

final • 5:02 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Pengerusi, rujukan seterusnya ialah Butiran 040100, di bawah seksyen 24 Akta PERKESO menyatakan laluan utama yang boleh diberikan pampasan, dikira sebagai pampasan yang boleh tuntut sebagai pampasan ilat. Laluan alternatif tidak dibenarkan kerana itu bukan antara laluan rumah ke tempat kerja. Ini saya anggap undang-undang yang sudah lapuk dan tidak boleh lagi diterima akal kerana laluan alternatif sekarang ini Tuan Pengerusi, sudah banyak sangat. Ini kesan yang tidak begitu. Undang-undang yang tidak begitu baik kalau kita lihat masih lagi disubstancekan dalam undang-undang yang hanya mengehadkan laluan utama untuk layak dapat pampasan. Begitu juga dengan seksyen 106A iaitu setahun pampasan boleh diminta untuk mendapatkan pampasan. Ini memberikan kesan banyak, isu yang berbangkit ialah ketika pencarum itu tidak dapat disedarkan diri ataupun tidak dapat menuntut dalam masa setahun maka mereka akan terlepas daripada segala hak.

Ini juga harus disegerakan untuk diberikan pandangan dan kajian sama ada Seksyen 106A ini perlu dibuat pindaan. Seterusnya ialah penyata tahunan SOCSO seperti mana EPF supaya dapat menerima maklumat dan sekarang ini tidak pernah berlaku penyata SOCSO diberikan kepada pencarum atau kepada ahlinya. Kebanyakan daripada majikan yang bersikap untung hasil potong dibuat tetapi dibayar kepada SOCSO. Itu adalah satu cara bagaimana kita boleh memantau, kita boleh memastikan setiap mereka yang tidak membayar SOCSO hanya memotong pada pekerja, diambil tindakan. Saya memohon supaya pihak kementerian mewujudkan sistem ataupun penyata tahunan SOCSO seperti mana EPF. Supaya pencarum tahu bahawa mereka ada hak dan dapat menutup hak-hak mereka beralasan kepada dokumen-dokumen terus daripada SOCSO.

Butiran 040200 - Operasi, kena kerap dibuat lawatan kerana seperti mana yang Menteri mengatakan seksyen 2A yang kuasa Menteri, pemantauan itu harus dibuat segera supaya penjualan manusia secara moden tidak berlaku. Seksyen 31 yang dipinda baru- baru ini yang merunsingkan pihak persatuan dan pihak pekerja itu dapat dipantau secara konsisten tanpa ada alasan yang mengatakan bahawa tidak cukup manpower dan sebagainya.

Butiran 050100 iaitu tahap kesihatan dan keselamatan tempat kerja guna undang- undang. Seperti mana yang diberitahu bahawa seksyen 30 jawatankuasa wajib diperuntukkan oleh majikan di bawah Jawatankuasa Kesihatan, Keselamatan yang memastikan bahawa setiap syarikat itu pasti pemantauan dilakukan ke atas syarikat supaya pekerja itu dalam keadaan kesihatan yang baik dan keselamatan yang terjamin.

Saya menerima lagi aduan daripada satu laporan yang diminta seperti mana yang..., atas ini saya percaya bahawa ianya di bawah 010200. Menteri, atas apa yang berlaku yang telah pun saya beritahu di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Di mana saya mohon supaya diambil perkara serius yang mana laporannya ialah 96 pekerja yang telah pun memprotes tentang jawatan ketua eksekutif yang melanggari etika sebagai Ketua CEO kepada syarikat ini yang di bawah kementerian. Supaya kementerian mengambil tindakan atas tidak puas hati 96 orang pekerja ini, beberapa sebab yang telah pun Menteri faham dan beritahu, yang saya maklumkan sebelum ini. Supaya mengambil tindakan agar Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad ini dikaji semula atas kedudukan beliau yang telah pun menunjukkan tidak konsistennya, tidak efisiennya dan tidak adil kepada 96, seluruh pekerja-pekerja di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Dengan demikian terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 5:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.46 Butiran 040000 - Keselamatan dan Kesejahteraan Pekerjaan. Saya ingin menarik pihak Kementerian Sumber Manusia mengenai dengan layanan syarikat-syarikat asing kepada pekerja-pekerja tempatan. Sebenarnya banyak masalah yang timbul, bagaimana pekerja-pekerja tempatan menerima layanan yang buruk daripada syarikat- syarikat pelabur asing. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah Yang Berhormat Menteri sedar pada 18 April tahun ini ada laporan mengenai dengan layanan buruk Syarikat Nestle. Terhadap pekerja-pekerja tempatan terutamanya orang-orang Melayu yang beragama Islam ini. Ini dilakukan apabila Projek Dolphin di Nestle yang diketuai oleh Pengarah Urusannya yang baru, yang bernama Mr. Peter Walt dan Miss Fiona Rice. Bukan beras tau, R-I-C-E.

CCDS, di mana banyak di kalangan kakitangan-kakitangan Melayu kehilangan kerja dan pegawai-pegawai kanan telah menerima layanan yang amat buruk. Ini Tuan Pengerusi, berterusan berlaku sehingga pekerja-pekerja ini mendakwa mereka dilayan, pegawai ekspatriat ini bersikap macam seolah-olah kolonial style. Dengan cara dan kaedahnya dan cara menegur kakitangan sampai kepada peringkat mengeluarkan perkataan “Malays are stupid”, dengan izin. Didapati setakat ini sudah 300, betul atau tidak saya hendak tanya pihak Kementerian Sumber Manusia? Sedar atau tidak kakitangan ini sudah hilang pekerjaan?

Paling buruk salah seorang daripada pegawai eksekutif Melayu telah diserang penyakit jantung, serangan heart attack di tangan Mr. Don Howard. Saya quote ini mengikut surat yang ada pada saya, laporan yang ditulis oleh kakitangan yang tidak bernama, mereka takut. Dia kata di sini dengan izin, “Their action are also criminal in nature as a criminal code, criminal procedure code prohibit at that racially and religiously motivated.” Mereka ini juga dihalang daripada hendak menunaikan sembahyang, kepada mereka- mereka yang beragama Islam. Jadi, saya menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, sebenarnya kakitangan ini mengajukan masalah ini kepada pihak imigresen. Menggesa Pengarah Imigresen supaya menarik balik visa terhadap ekspatriat ini.

Jadi, saya akan bangkit apabila sampai kepada jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada imigresen. Akan tetapi sebenarnya peranan dari segi pemantauan dan pekerja-pekerja inilah terutama di syarikat-syarikat besar, pelabur- pelabur asing ini tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia. Memantau dan memastikan mereka tidak ditindas. Tidak kiralah Melayu, pekerja India atau Cina, asal mereka jangan ditindas begitu rupa sekali. Saya percaya ada lagi lain-lain syarikat selain daripada Nestle.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya hendak bangkit di bawah Butiran 080200 - Perluasan Dasar Sedia Ada Kemajuan Guna Tenaga Manusia. Ini ringkas sahajalah.

Sekarang ini memang kita tahu banyak pekerja asing datang ke negara kita. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri ada umumkan bahawa apabila pembantu rumah datang ke Malaysia selepas ini mereka mesti mempelajari Bahasa Melayu. Itu saya ucapkan tahniah.

Elok sangat kalau dilaksanakan dengan tegas. Saya mengatakan demikian sebab apakah Yang Berhormat Menteri sedar kalau masuk di hotel-hotel sekarang ini di coffee-house malah di warung-warung biasa, kedai-kedai India terutamanya yang popular. Macam Maju Restoran dan sebagainya. Mereka mengambil pekerja daripada India. Ada di hotel-hotel pekerja daripada Nepal ataupun campur. Langsung tidak tahu bercakap Bahasa Melayu.

Bila kita masuk duduk order roti canai, dia pun tidak tahu. Di coffee-house kita sebut ABC dia pun tidak tahu. Jauh sekali dia hendak faham dari segi makanan-makanan yang diorder kalau makanan itu makanan tempatan, langsung tidak boleh bercakap. Ini tidak menggambarkan negara Malaysia. Pada saya memalukan juga negara kita.

Bila ada pelancong-pelancong datang pun, bahasa Inggeris pun tidak boleh.

bahasa tempatan, bahasa Melayu jauh sama sekali. Jadi, sepatutnya mereka ini pun Yang Berhormat Menteri saya minta diberi perhatian sebelum mereka dibawa masuk. Sebelum mereka diambil bekerja, mereka mesti menjalani, pertamanya sekurang-kurangnya enam bulan ataupun tiga bulan latihan intensif Bahasa Melayu dan juga budaya tempatan.

final • 5:14 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Budaya tempatan ini maknanya adat timur supaya mereka diberi pendedahan, supaya tidak timbul apa yang saya sebut tadi dari segi tidak reti, tidak faham hendak berkomunikasi. Kemudian dari segi budaya tempatannya supaya mereka menunjukkan penyesuaian diri dengan budaya negara kita. Ini saya harap diberi perhatian.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, 06000, P.46 - Naiktaraf Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia Kota Bharu, di Kelantan. Saya hendak tanya apa kemajuan, sejauh mana, apa aktivitinya dan jauh sekali kalau dilihat wujudnya Institut Latihan Perindustrian di Kelantan sebab di Kelantan, kilang tidak ada langsung. Jadi, tidak adalah hendak wujudkan Institut Latihan Perindustrian seperti tempat-tempat lain tetapi Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Kota Bharu ini. Saya hendak tahu dari segi kemajuannya setakat ini dan sejauh mana ia dapat membantu penduduk-penduduk tempatan dalam konteks mendapat kemahiran ataupun mendapat pekerjaan hasil daripada usaha di bawah Kementerian Sumber Manusia. Tuan Pengerusi sekian. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 5:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ada beberapa perkara, 010000 - Pengurusan Kementerian dan juga 010500 - Dasar Sumber Manusia.

Sebelum saya mula Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri dan kementerian kerana sudi untuk berunding dan berbincang dengan pihak kami beberapa kali dan ini menunjukkan satu situasi yang mature walaupun kita ada perselisihan, we can’t agree to disagree kepada banyak perkara tetapi rundingan adalah baik di antara Ahli-ahli Parlimen dan menunjukkan satu sistem keberanian oleh Menteri dan Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi, perkara pertama yang saya ingin saya ambil adalah mengenai SOCSO. Ini adalah satu perkara yang perlu perhatian yang serius diberi oleh kementerian.

Saya tahu dari permulaannya banyak yang telah dibuat tetapi satu di antara cadangan yang telah dibuat adalah untuk PERKESO kawal semua pekerja. Tidak kisah dia dibayar atau dia menjadi ahli atau tidak. Apakah tindakan supaya sistem ini dapat diwujudkan di mana semua pekerja di Malaysia jika ada kecuaian oleh majikan yang tidak memberi caruman kepada PERKESO tetapi juga dilindungi oleh pihak SOCSO sebagai satu insurans.

Keduanya adalah seperti yang dikatakan jalan alih ke kerja. Saya rasa peraturan itu, undang-undang itu bukan sahaja lapuk tetapi tidak masuk akal. Banyak kali di antara ‘A’ dan ‘B’ di mana perjalanan kalau menjalankan alternatif lebih dekat dari biasa dan perkara ini banyak kali dibawa kepada perhatian pejabat-pejabat.

Perkara yang ketiga adalah kelambatan untuk menyelesaikan perkara. Kerap kali perkara ini di mana pampasan dipohon, ada semua dokumentasi tetapi ada beberapa batasan atau beberapa kesusahan untuk mereka mendapat dokumen-dokumen daripada Kementerian Kesihatan, daripada majikan dan sebagainya dan ini menyusahkan mereka.

Apakah yang boleh dibuat oleh kementerian supaya menyenangkan mereka. Adakah Yang Berhormat sudi supaya PERKESO bukan sahaja berfungsi pada waktu pejabat tetapi pada hari Sabtu dan Ahad kerana itu adalah hari di mana ramai di antara mereka, SOCSO memberi coverage dari golongan bawah, golongan pendapatan rendah di mana mereka hanya ada cuti selepas pukul lima bila mereka senang atau pada hari Sabtu dan Ahad dan dapat outreach kepada mereka.

Berkaitan dengan SOCSO juga dan saya telah bangkitkan perkara ini semasa di Public Accounts Committee bahawa ramai di antara masyarakat Malaysia yang bersara pada 55 tahun dan 58 tahun. Mereka tidak sedar ada kesakitan disebabkan oleh tempat mereka bekerja.

final • 5:21 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya telah mengesyorkan dan pada masa itu CEO dari PERKESO itu setuju bahawa sepatutnya setiap tahun selepas mereka bersara surat dihantar kepada pekerja mengatakan bahawa kamu ada hak untuk claim, untuk mendapatkan pampasan kerana kanser ini telah atau kesakitan ini telah berlaku lebih lima tahun dahulu dan ini dijalankan, saya telah menunjukkan asas saya di mana di negara UK, ini ada dijalankan. Saya difahamkan sehingga kini belum lagi dilaksanakan oleh PERKESO.

Perkara yang lain adalah mengenai Industrial Court di mana saya telah difahamkan bahawa baru-baru ini pelantikan banyak dibuat daripada pegawai-pegawai dari Attorney General Chambers, tidak diberi keutamaan kepada private practitioners dan harus ada keseimbangan di antara AG Chambers dan pihak peguam-peguam swasta. Industrial Court Chairman yang membuat keputusan untuk security of tenure di mana kerana mereka sendiri tidak ada security of tenure. Mereka hanya ada kontrak dua tahun, selepas itu saya difahamkan ada yang lanjutkan satu tahun. Selepas itu ada di antara mereka dilanjutkan dua bulan, tiga bulan, dilanjutkan lagi dua tiga bulan. Mereka rasa tidak selesa dengan tindakan kementerian dan usaha perlu dibuat untuk meringankan masalah dan perkara- perkara ini.

Tuan Pengerusi, berkaitan dengan itu, seksyen 20 – Industrial Act, saya rasa kuasa yang ada dengan Menteri untuk merujuk kuasa sole monopoly untuk merujuk kepada Industrial Court kes-kes berkaitan perlu dikaji kerana seperti di kes-kes sivil, lebih baik kalau ia terus boleh dibawa ke Industrial Court. Itu satu.

Nombor dua, boleh saya dapat tahu berapakah kes yang tertunggak dengan kementerian, yang belum lagi dirujuk tetapi telah pun dirujuk dari pejabat perusahaan kepada kementerian. Berapakah dan apakah jangka masa yang dihadkan dari masa ia dirujuk dari Pejabat Perusahaan tiba ke kementerian, berapa masa ia diperlu atau ada di sana sebelum satu keputusan dibuat untuk dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan atau tidak dirujuk.

Tuan Pengerusi, berkaitan dengan perkara ini, adakah kementerian dan Menteri sendiri selesa dengan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Industrial Court. Saya difahamkan ada kes-kes yang tertunggak lima tahun, enam tahun. Keputusan belum lagi dibuat. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar yang tertunggak ini terlampau, bukan lama, terlampau, it’s too long. Sistem yang sedia ada digunakan di Civil Court yang sangat mempercepatkan kes-kes jenayah mungkin perlu diimplementasikan di Industrial Court supaya mempertingkatkan lagi usaha dan standard yang diguna pakai di Industrial Court.

Lagi satu perkara Tuan Pengerusi adalah berkaitan dengan pengangguran di negara ini. Kerajaan telah mengatakan, Menteri telah mengatakan bahawa pengangguran adalah setakat 3.6 peratus, 3.8 peratus menunjukkan full employment. Bukankah sudah masanya kita patut membuat keputusan untuk pihak yang menganggur yang disebabkan tidak mendapat kerja. Adakah kerajaan, adakah kementerian telah mengkaji mereka dibayar dole money, SOCSO membayar bayaran pampasan setiap bulan seperti di lain-lain negara kerana kalau kita boleh mencapai full employment, tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh memberi kepada pihak-pihak yang benar-benar ingin bekerja, benar-benar ingin mendapat pendapatan, gain fully employed tetapi tidak boleh.

Berkaitan dengan ini apakah status terkini mengenai retrenchment fund di mana beberapa juta ringgit telah diagihkan hanya pada dasarnya kerajaan telah mengatakan pada pengetahuan saya lebih kurang RM15 juta, kalau saya tidak salah telah diagihkan untuk operasi ini.

final • 5:21 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Setakat manakah operasi ini berjalan dan juga adakah seperti yang dicadangkan oleh union-union bahawa mereka juga, majikan-majikan juga patut menyumbang sekurang- kurangnya 50 sen atau seringgit seorang pekerja untuk fund ini supaya semua orang dapat manfaat dalam perkara ini. Apakah proses yang dikenalkan supaya pihak-pihak pekerja dapat mengaut keuntungan atau kalau mereka menganggur boleh mendapat manfaat dari ini?

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Mengenai PERKESO dan berkaitan ini lebih kurang 12 tahun dulu Tuan Pengerusi ada cadangan bahawa EPF dan SOCSO digabungkan kerana kedua-dua itu adalah organisasi yang berkaitan dengan pekerja dan berfungsi overlapping. Adakah ia ada mendapat perhatian daripada Menteri atau kementerian supaya ada gabungan dibuat?

Kalau tidak kenapa tidak dan kenapa EPF KWSP bukan di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri? Itu berkaitan the most important pivotal aspect of pekerja-pekerja di negara ini. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa rekomendasi patut dibuat? Jika belum lagi kepada Kabinet supaya ia dialihkan daripada Perdana Menteri kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.

Perkara lagi satu adalah mengenai pekerja-pekerja the 3Ds – dangerous, demeaning and dirty. Usaha yang dibuat supaya kita dapat mengatasi masalah di mana satu adalah kecederaan. Kerap kali sistem pekerjaan, system of work di mana ramai di antara ramai pekerja-pekerja tidak ada ditunjuk ajar bagaimana untuk menjalankan pekerjaan mereka dan kerap kali kemalangan berlaku. Dan juga teguran-teguran yang telah dibuat oleh audit negara Tuan Pengerusi berkaitan dengan... yang mustahak adalah mengenai Sistem Latihan Dual Nasional. Ini satu perkara di mana sasaran dan berjuta-juta ringgit telah dibiayai untuk program ini tetapi kalau kita tengok pencapaian ini hanya dalam 42.1 peratus.

Ini sangat dukacita dan audit report mengatakan patut mengeluarkan 31,500 pekerja mahir K-pekerja tetapi sasaran itu tidak dicapai dan ada beberapa kemaslahatan dalam perkara ini. Apakah sebab ini berlaku dan apakah kesedaran yang telah diketahui oleh kementerian Menteri supaya perkara ini dapat, satu perkara yang bukan dapat diatasi tetapi kita perlu untuk memenuhi kehendak-kehendak pekerja di negara ini seperti yang dikatakan oleh audit. Pada pendapat audit pihak penyertaan lebih ramai perintis dalam bidang teknikal adalah amat penting bagi mengurangkan pergantungan negara terhadap buruh asing. Apa yang dibuat adakah kementerian sedar bahawa satu kesilapan telah terjadi dalam pemilihan dalam mentrainkan mereka.

Kenapa ramai di antara mereka apabila saya baca audit report ramai di antara mereka tidak mendapat sijil dan ramai yang mereka pergi untuk melanjutkan pelajaran tetapi tidak menghabiskan pelajaran dan hanya 42 peratus sahaja yang kita capai. Ada juga teguran-teguran terhadap kementerian beberapa teguran yang dibuat oleh audit report bukan sahaja mengenai Program Sistem Latihan Dual Nasional tetapi ada juga lain teguran mengenai PERKESO in my investment mereka yang tidak memberi keuntungan seperti yang patut. Apakah yang kita telah sedar dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, masa Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Akhir sekali Tuan Pengerusi dan saya harap pegawai-pegawai yang dilantik ke labour office adalah sekurang-kurangnya kelayakan undang-undang. Kita ada ramai di antara yang dapat basic degree di mana mereka boleh menjalankan tugas di sana dan juga enforcement part of it. Ada ramai di antara yang mendapat judgment dengan kerja baik oleh kementerian tetapi selepas itu nama dibusukkan oleh pekerja-pekerja yang tidak faham kerana mereka tidak tahu macam mana mendapat wang daripada majikan yang majikan mengelakkan pembayaran ini. Apakah, adakah satu cadangan untuk kena liabiliti atau personel liabiliti dalam kes-kes ini. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 5:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, Tuan Pengerusi. Saya sedikit sahaja. Pertamanya ialah Butiran 030100 - Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, RM6 juta lebih kita peruntukkan untuk tahun depan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana dana ini dibelanjakan? Apakah objektifnya? Apakah ianya digunakan untuk memberi penerangan kepada kesatuan-kesatuan sekerja tentang tanggungjawab kementerian ataupun kerajaan dalam menjaga perindustrian dan kegiatan ekonomi di negara kita ini.

final • 5:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sebab saya masih melihat banyak kesatuan sekerja yang masih tidak memahami beberapa perkara yang kerajaan buat seolah-olah kerajaan dianggap sebagai kerajaan yang tidak prihatin, yang tidak memihak kepada pekerja hanya memihak kepada majikan.

Jadi apakah dana ini digunakan untuk memberi sedikit penerangan bukan sahaja kepada kesatuan-kesatuan sekerja bahawa mungkin juga kepada ahli orang-orang awam bahawa kerajaan bukan sahaja mengambil kira tentang kebaikan ataupun interest pekerja tetapi juga majikan. Ini yang kadang-kadang selalu dilupakan oleh sesetengah pihak bahawa kerajaan bertanggungjawab juga untuk melihat kepentingan majikan.

Sebab tanpa majikan kita tidak akan dapat mengadakan industri dan selepas itu pekerja-pekerja juga tidak akan mendapat pekerjaan. Jadi kerajaan mempunyai tanggungjawab yang amat berat, yang amat susah untuk difahami oleh sesetengah pihak bahawa kedua-dua ini amat penting untuk dijaga iaitu majikan yang menjadi pemacu kepada ekonomi negara kita dan juga pekerja yang memberi perkhidmatan mereka kepada majikan. Kalau ianya hanya melihat kepada satu-satu pihak sahaja saya rasa kerajaan sudah tentunya boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab. Jadi saya mahu tahu bagaimana wang ini dibelanjakan bagi pihak kementerian?

Seterusnya saya ingin beralih kepada Butiran 050200 - Jabatan Tenaga Kerja Sabah. RM13 juta dibelanjakan untuk tahun hadapan juga saya ingin mengetahui apakah sebenarnya perbelanjaan dari segi RM13.6 juta ini. Saya kadang-kadang ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa negeri Sabah adalah negeri yang pesat membangun, ekonominya pesat membangun. Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa sebenarnya walaupun ramai yang mengatakan negeri Sabah ini mundur, negeri Sabah ini adalah negeri yang miskin. Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa dari segi belanjawan dan ekonominya tahun ini sahaja Kerajaan Negeri Selangor hanya membelanjakan RM1.6 bilion untuk belanjawan negeri mereka.

Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, sejarah telah dibuat pada tahun ini apabila negeri Sabah yang dikatakan mundur dan miskin oleh pembangkang ini telah membentangkan bajet sebanyak RM4 bilion... [Tepuk] Kalaulah negeri ini ditadbir oleh sebuah kerajaan Barisan Nasional yang zalim, yang tidak mempunyai hati perut, yang menipu seperti mana yang selalu dikatakan oleh rakan-rakan dari pembangkang. Mana mungkin Kerajaan Negeri Sabah tahun ini dapat membentangkan satu belanjawan yang cukup besar, 30 peratus lebih daripada tahun lepas iaitu lebih kurang RM1 bilion lebih daripada tahun lepas. Mana mungkin? Jadi kalau dari segi itu sahaja perbelanjaan untuk pekerja kakitangan di negeri Sabah RM600 juta lebih double daripada perbelanjaan yang dibuat oleh negeri Selangor yang kononnya negeri yang sudah maju di bawah Pakatan Rakyat ini.

Sebab itu saya katakan kementerian harus melihat bagaimana untuk memperkasakan pekerja-pekerja di negeri Sabah. Ingatkan mereka tentang hak mereka, pastikan kemahiran mereka bertambah kerana negeri Sabah ini Tuan Pengerusi bersama dengan Sarawak dua negeri yang ekonominya akan maju ke depan sebab penemuan minyak yang besar dengan luas tanah yang masih banyak. Negeri, kedua-dua negeri ini sudah tentu di tahun-tahun akan hadapan akan berada di atas paras yang tinggi dari segi pembangunan sebab tanahnya masih ada dengan sumber manusia yang masih ada.

final • 5:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya ingin mengingatkan rakan-rakan di pihak sebelah sana, negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kerajaan yang berwibawa. Kalau tidak, kedua-dua ekonomi negeri ini akan mundur dan tidak mampu untuk membentangkan bajet yang begitu besar dan bersejarah sebelum ini seperti tahun-tahun yang lepas.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh, barangkali untuk point saya yang terakhir saya rasakan, tentang Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran yang mana objektifnya ialah menyediakan pinjaman latihan kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir negara. Tahun 2010, sebanyak 11,000 permohonan pinjaman latihan kemahiran telah diluluskan oleh kementerian, manakala pada tahun ini hanya 5,206 permohonan di mana ada penurunan yang agak mendadak.

final • 5:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya ingin tahu, apakah sebabnya dan apakah pinjaman yang diberikan ataupun pulangan yang diberikan tidak memadai sehinggakan bilangan permohonan pinjaman yang diluluskan itu terlalu jauh daripada tahun sebelumnya? Walaupun pada tahun ini dianggarkan sebanyak 17,000, tidak apalah itu untuk tahun hadapan 17,000, tetapi untuk tahun ini hanya 5,000 sahaja yang diluluskan dan saya ingin tahu bagaimana cara kementerian menangani isu ini?

Terakhir ialah Butiran 020000 - Kemajuan Guna Tenaga Manusia. Saya cuma ingin mengambil kesempatan ini Tuan Pengerusi, untuk menyatakan rasa terima kasih dan appreciation saya kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang telah membangunkan Pulau Pinang dengan begitu lama sekali, 18 tahun menjadi Ketua Menteri yang begitu cemerlang membangunkan Pulau Pinang, membawa Parti GERAKAN ke satu tahap yang lebih tinggi... [Disampuk] Tidak apalah, ini soal politik tidak apa, Yang Berhormat Bukit Gelugor is right. There are times for politics, there are time for you to acknowledge that there are things this man had done in Penang which is good.

So, ini sebabnya saya mengatakan tadi Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon adalah pemimpin yang begitu berupaya menangani isu-isu kesatuan sekerja yang betul-betul boleh membangunkan Pulau Pinang, menyediakan asas-asas untuk pembangunan Pulau Pinang dan inilah asas-asas yang telah digunakan oleh Parti Pakatan sekarang ini untuk membangunkan Pulau Pinang.

Akan tetapi saya mengambil peluang ini Tuan Pengerusi untuk...

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya pun tak tahu butiran mana Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini Kemajuan Guna Tenaga Manusia.

Cuma sedikit sahaja Tuan Pengerusi, saya ingin menyatakan rasa terima kasih dan sokongan saya dan juga appreciation saya kepada seorang pemimpin yang bukannya orang luar, yang duduk di Pulau Pinang, yang berjaya dalam pendidikan, keluaran universiti terkemuka tetapi apa boleh buat, itulah nasib. Kadang-kadang kita kalah dan kadang- kadang kita menang, itu adat politik. Akan tetapi yang betul mesti dibetulkan, yang betul mesti dilakukan dan disahkan iaitu Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon adalah di antara pemimpin yang berwibawa dan membawa Pulau Pinang ke tahap yang sepatutnya. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat tidak perlu sebut saya sedikit sahaja Yang Berhormat.

Kadang-kadang dengar kawan sebut sikit itu lebih daripada yang banyak. Walaupun tidak mengelirukan Dewan tetapi mengelirukan saya, Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 010300 - Pengurusan Sumber Manusia. Saya ingin tahu mengenai agensi buruh asing ini. Berapakah yang telah diluluskan oleh kerajaan ataupun adakah agensi haram yang menguruskan buruh asing ke negara kita ini?

Kedua ialah, saya rasa kerajaan sendiri tidak mempunyai suatu pendekatan yang objektif mengenai bagaimana hendak membina ataupun hendak menjana pekerja tempatan kita ini, kerana apa yang kita lihat, kerajaan lebih memberikan latihan-latihan yang lebih kepada pekerja asing sama ada di dalam negara dia ataupun hendak masuk ke dalam negara kita, tidak seperti yang dilakukan pada pekerja tempatan. Umpamanya ialah seperti pembantu rumah. Kita lebih memberikan latihan-latihan kemahiran kepada pekerja asing.

Kalau kita buat cara yang sama, latihan-latihan yang sama kepada pembantu rumah tempatan, saya rasa mereka juga berminat untuk menjadi pembantu rumah, tetapi ia tidak dilakukan oleh kerajaan. Ini memberikan malang kepada pekerja tempatan kita.

Kedua ialah saya juga hendak tengok dari segi apa yang disebutkan tentang Jabatan Pembangunan Kemahiran ini iaitu dalam Sistem Latihan Dual Nasional ini.

final • 5:44 PM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Saya hendak tahu mengapa program ini tidak begitu berjaya dan tidak mendapat sokongan daripada agensi-agensi kerajaan ataupun pihak industri yang berkenaan dan menyebabkan kerajaan tidak mencapai matlamat atau sasaran yang dikehendaki? Begitu juga dengan peserta dan sebagainya, adakah mereka tidak memberikan satu kerjasama yang baik ataupun mereka tidak berminat untuk membantu kerajaan dalam hal-hal ini?

Akhir sekali, saya juga ingin tahu bahawa dahulu kita ini dalam sektor pertanian contohnya, kita rasa rakyat kita ini berminat di dalam pertanian dahulu tetapi apakah kerajaan sudah membuat satu kajian yang agak baik mengapa sampai sekarang ini nampaknya sektor ini sudah dimonopoli oleh orang lain iaitu buruh asing? Apakah masalah yang sebenarnya berlaku yang menyebabkan rakyat kita sendiri tidak berminat untuk berada di dalam sektor ini? Kita bimbang pada masa yang akan datang nanti sumber makanan kita ini dikuasai oleh orang luar ataupun orang asing. Ini akan memberikan malang juga kepada negara kita.

Akhir sekali saya ingin tahu mengenai apakah kita sudah tahu bahawa buruh asing ini sudah pun agak melampau ataupun berlebihan di negara kita ini, bahkan kita terpaksa menanggung berbagai-bagai masalah negatif yang dibawa oleh mereka di mana mereka membawa budaya mereka datang ke sini, dengan perangai dia dan macam-macam yang tidak sesuai di kawasan kita ataupun di negara kita. Kadang-kadang itu kita mengalami masalah sosial dan sebagainya yang kadang-kadang kita tidak dapat kebaikan atau tidak mendapat nama yang baik dalam isu ini. Kita dihina oleh negara-negara pengeksport baru- baru ini oleh kerana apa yang berlaku di tempat kita.

Jadi apa yang berlaku sekarang ini ialah rakyat kita sudah berasa tidak selamat dengan kedatangan buruh asing ini. Umpamanya di Pasir Puteh, ada satu kawasan Tok Bali di kawasan nelayan di mana buruh asing dari Narathiwat, Thailand yang mana satu perkampungan di situ sudah menjadi seperti kampung mereka yang akhirnya apabila rakyat kita hendak masuk ke kawasan itu pun sudah tidak boleh. Adakah kerajaan membuat apa- apa syarat supaya kru-kru bot nelayan asing yang hendak mendarat ataupun yang naik ke kawasan kita ini ada peraturan-peraturan tertentu ataupun adakah bot-bot laut dalam di negara kita ini umpamanya yang hendak mengambil pekerja asing ini, adakah ia ada apa- apa syarat yang dibolehkan ataupun yang boleh menyebabkan rakyat kita selamat dalam keadaan begini? Jadi saya berharap ini mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 5:44 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kapit.

final • 5:44 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 040000 - Keselamatan Kesihatan dan Kesejahteraan Pekerjaan. Yang Berhormat Menteri, saya ingin menarik perhatian kementerian ini tentang selalu berlakunya masalah buruh di Sarawak, lebih-lebih lagi yang terlibat di dalam industri pembalakan. Kes- kes yang selalu berlaku ialah di mana majikan yang mendapatkan pekerja ini yang berminat bekerja di luar negeri, sama ada di Solomon Island kah, di Papua New Guinea? Di beberapa negara Afrika juga di mana perindustrian pembalakan ada berlaku.

final • 5:49 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Jadi mereka ini tertarik dengan pada mulanya tawaran yang begitu agak lumayan kepada pekerja-pekerja lebih-lebih lagi mereka yang dari kaum Dayak ini yang berminat dalam pekerja balak ini. Akan tetapi selalunya berlaku penipuan, majikan membawa mereka ke sana. Selepas itu memaksakan mereka menerima gaji yang kecil. Apabila mereka ini tidak mahu bekerja dengan gaji yang kecil itu begitu sahaja dilepaskan abandon oleh majikan ini, ada juga yang ditawan. Masalah ini selalu berlaku. Saya sendiri beberapa kali diminta untuk membantu dalam kes-kes sebegini dan selalu juga pergi ke Pejabat Tenaga Kerja di Kapit pun. Jadi saya mohon kepada kementerian agar usaha lebih lagi untuk nombor satu untuk amaran dan beberapa langkah-langkah untuk kita dapat mengelakkan kes-kes sebegini selalu terjadi di kalangan mereka yang minat bekerja dan untuk mereka ini menyara hidup di dalam perindustrian pembalakan.

final • 5:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Satu lagi Butiran 020000 - Kemajuan Guna Tenaga Manusia. Seperti mana yang dikata oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, negeri Sarawak dan Sabah memang kedua- dua negerinya yang membangun dengan pesat sekali. Dengan adanya program Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) ini kita memang memerlukan begitu ramai sekali tenaga kerja yang berkemahiran nanti. Apakah langkah-langkah tertentu daripada kementerian ini untuk menyediakan belia-belia kita untuk masa depan di Sarawak ini. Ini kerana yang terbukti dari bajet yang terbaru dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak minggu lepas dikatakan Sarawak akan memberi priority on human capital dalam tema bajet ini.

Jadi saya memetik disebut Yang Amat Berhormat semasa membentangkan bajet dia berkata, “Our development will require much more knowledgeable, innovative and technically skilled workforce.” Disebut juga; “We will continue to pursue additional allocations from the Federal Government for our state’s development.” Jadi saya mohon perhatian daripada kementerian dan juga bukan setakat perhatian memang kita mohon lebih banyak lagi peluang-peluang untuk anak muda kita dapat latihan di institut latihan kemahiran. Jadi oleh kerana SCORE ini setentunya nanti menggunakan begitu ramai mereka yang technically qualified nanti. Jadi sekian sahajalah.

Sekian, terima kasih. Saya mohon penjelasan dan juga mohon keterangan.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sepanggar.

final • 5:50 PM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh mengenai Butiran B.46 030000 - Keharmonian Perhubungan Perusahaan di mana kita dapati selalunya berlaku di Sabah, perhubungan di antara majikan dan pekerja itu agak renggang terutama sekali mengenai kesihatan kepada pekerja-pekerja di mana kita dapat lihat bahawa pekerja-pekerja dibebaskan untuk membuat perumahan mereka untuk rumah mereka dapat diteduhkan. Maka itu sebab banyak setinggan yang berlaku di Sabah oleh kerana majikan itu tidak mengambil berat mengenai perumahan kepada pekerja- pekerja ini. Maka ini juga akan menimbulkan dengan kesihatan yang begitu teruk di Sabah.

Kita dapat lihat bahawa satu khabar di mana tuberculosis (TB) agak mudah dijangkiti daripada pekerja-pekerja ini oleh kerana mereka ini tidak mempunyai pemantauan sama ada daripada segi kesihatan ataupun dari segi keselamatan dalam pekerjaan mereka.

Maka inilah masalah kita begitu besar sekali di mana kerajaan harus pentingkan dan juga mengawalkan kebajikan kepada pekerja-pekerja ini. Ini bukan sahaja dalam perusahaan ataupun pembinaan tetapi juga kita dapat lihat di dalam bidang pertanian. Begitu juga kita dapat lihat, maka kita mintalah kepada kementerian ini supaya memberi tekanan kepada majikan-majikan yang tidak begitu ambil perhatian berat kepada pekerja-pekerja mereka ini.

Kedua, ialah mengenai 050000 - Pentadbiran Undang-undang dan Standard Perburuhan. Apa yang berlaku di Sabah ialah kita dapat lihat ramai kanak-kanak yang sepatutnya masih di bangku sekolah tetapi sudah bekerja. Ramai juga kanak-kanak yang daripada luar bandar berhijrah di bandar-bandar untuk mencari kerja. Disebabkan tidak ada pemantauan dari segi sama ada kanak-kanak ini layak untuk bekerja atau tidak? Maka inilah sebenarnya kita dapat lihat situasi di mana di kedai kopi pun ramai kanak-kanak bekerja. Sepatutnya tidak boleh kerja tetapi disebabkan penguatkuasaan itu tidak mengambil berat maka ini kita dapat lihat.

Kita dapat lihat di mana kanak-kanak ini dari kecil sudah dididik baik kalau dididik untuk berusaha untuk kebaikan tetapi mereka ini dididik tanpa dikawal selidik tanpa memberi keutamaan kepada kesihatan mereka dan juga kesihatan kepada orang ramai yang mengunjungi dan juga yang menggunakan layanan mereka ini. Maka inilah Tuan Pengerusi saya ingin memohon kepada kementerian supaya mengambil berat tentang ini supaya penguatkuasaan itu diberi penekanan yang sewajarnya. Terima kasih.

final • 5:54 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 5:54 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Pengerusi terima kasih. Tuan Pengerusi, 050000, 05300 hubungan di antara majikan dan pekerja. Yang Berhormat, cuba kita lihat satu pandangan yang umum di kalangan pekerja-pekerja apabila mereka sentiasa menanggap pihak kementerian atau kerajaan hanya menyebelahi kepada majikan dan amat jarang yang dapat kita dengar daripada pekerja-pekerja yang mengatakan memuji tindakan kerajaan dan mengatakan kerajaan menyebelahi pekerja- pekerja. Jadi ini satu senario yang perlu kita ambil penekanan serius apabila dua kes yang saya terima dilaporkan oleh pekerja-pekerja industri di mana kesempatan diambil oleh pihak majikan.

final • 5:59 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya sebutkan industri ini Yang Berhormat, Petronas refinery, loji penapisan Petronas di Tangga Batu yang telah menggunakan agensi untuk melantik pekerja-pekerja, di mana pekerja-pekerja tadi telah dinafikan hak kenaikan pangkatnya ataupun kenaikan gajinya oleh majikan utama Petronas.

Petronas refinery, loji penapisan Petronas memberhentikan pekerja ini untuk melepaskan tanggungannya. Kemudian, pekerja yang mempunyai kemahiran ini, mempunyai kepakaran ini dilantik semula oleh agensi yang terikat dengan kontrak masa tertentu, contohnya dua tahun. Kemudian, selepas dua tahun mereka tidak menjanjikan sebarang pulangan, sebarang kenaikan gaji, sebarang kenaikan pangkat. Bahkan hanya memberi amaran kepada pekerja, kita mungkin kena berhenti selepas ini kerana kita tidak akan memperoleh sebarang kontrak lagi daripada loji penapisan Petronas. Kemudiannya, apa yang berlaku, syarikat yang sama atau syarikat yang lain dilantik semula untuk meneruskan kerja tersebut dan menggunakan pekerja tadi dengan pendapatan yang sama setelah bertahun-tahun.

Jadi di sini Yang Berhormat, sebenarnya terdapat satu penganiayaan kepada pekerja pakar yang mempunyai kemahiran tadi dari tahun pertama mereka bekerja hinggalah ke tahun ke lapan atau ke sembilan. Mereka masih lagi mempunyai pendapatan yang sama berasaskan kepada kontrak kerja yang dianugerahkan oleh Petronas kepada agensi ini tahun demi tahun ataupun dua tahun sekali. Jadi di sini, sebenarnya kesempatan diambil oleh pihak agensi untuk tidak menaikkan pendapatan pekerja-pekerja tadi. Jika diambil kira pekerja tadi bekerja dengan Petronas selama lapan tahun dengan company proper tadi, kemungkinan telah ada peningkatan gaji dari RM800 kalau kenaikan RM40 setahun. Kemungkinan pendapatan mereka telah mencecah RM1,400 ke RM1,500 setelah lapan tahun berkhidmat.

Jadi di sana sebenarnya Yang Berhormat, saya khuatir kesempatan ini diambil di atas sedikit lompang yang terdapat di dalam fasal-fasal di dalam akta kita. Pihak yang mengambil kesempatan ini sebenarnya adalah pihak agensi yang memperoleh kerja-kerja secara kontrak daripada syarikat Petronas itu tadi. Jadi, saya minta Yang Berhormat berikan perhatian dan malangnya ini terkena kepada kumpulan orang-orang muda yang mempunyai minat yang mendalam dan yang menambahkan kepakaran mereka yang akhirnya kecewa kerana tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sepatutnya Ahli Yang Berhormat Tangga Batu, sesiapa sahaja yang mendapat kontrak untuk buat kerja itu, pekerjanya mesti di assured kenaikan pangkat dan gaji itu, bukan? Bukan Petronas sahaja.

final • 6:00 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris Bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya, betul. Tuan Pengerusi, terima kasih dan saya minta ucapan Tuan Pengerusi dimasukkan ke dalam ucapan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi, menambah nilai ucapan saya kerana Tuan Pengerusi yang begitu observant. Saya ingatkan Tuan Pengerusi sudah hadkan masa saya dan saya berhenti jugalah Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil peluang untuk membicarakan sedikit berkenaan Butiran 050000 iaitu Pentadbiran Undang-undang dan Standard Perburuhan.

Saya cuba untuk mendapat sedikit ulasan daripada pihak kementerian memandangkan baru-baru ini kita ada exercise ataupun ikhtiar kita untuk mendaftar pekerja-pekerja asing di seluruh negara kita dan kita dapati jumlah itu dikatakan tercatat seramai 2.3 juta orang lebih. Ini daripada golongan yang mempunyai majikan dan dikatakan sebagai dalam lingkungan 1 juta sehingga 1.5 juta lagi yang tidak mempunyai majikan dan dikatakan berkeliaran tetapi juga meraih gaji atau upah dalam sektor-sektor tertentu secara independent atau tidak melalui majikan yang tertentu.

Saya hendak tanya di bawah Butiran 050000. Sekiranya boleh kita timbangkan bahawa kerajaan sendiri telah menyatakan kerisauan kita bahawa jumlah yang dipungut atau dikutip oleh pekerja asing di dalam negara kita, tambah pula jumlah yang dihantar keluar melalui skim-skim remittance dan sebagainya bernilai tinggi. Tahun 2010 sahaja mencecah kepada RM21.2 bilion keseluruhan yang dihantar keluar dan dijangkakan untuk tahun 2011 hingga akhir tahun ini, jumlah itu dianggarkan sekitar RM19.3 bilion.

Saya hendak tanya pendapat ataupun pertimbangan Kementerian Sumber Manusia. Setakat ini kita tidak ada satu had ataupun tidak ada satu peraturan yang begitu jelas untuk kita letakkan ke atas kedudukan pekerja asing ini dari segi menyekat mereka mendapat pendapatan yang dikatakan kurang daripada tahap yang boleh dikenakan cukai.

Kita ada letakkan sekian lama satu peraturan di bawah seksyen 107B dan B1 di bawah Akta Cukai yang mana hanya terikat kepada pegawai-pegawai dagang yang mempunyai pendapatan yang dilihat sebagai layak untuk dikenakan cukai sahaja untuk dikenakan withholding tax atau cukai-cukai pegangan. Manakala yang di bawah tahap yang dibolehkan, mereka terlepas dan mereka bebas untuk menjalankan apa sahaja simpanan, tabungan dan sebagainya.

Begitu juga kepada soal remittance atau menghantar pulang wang-wang gaji atau pendapatan mereka. Saya minta supaya dipertimbangkan bahawa cukai pegangan ini boleh diperluaskan sekiranya dapat kita cadangkan. Diperluaskan kepada segala bentuk terimaan gaji ataupun perolehan daripada usaha yang diperoleh oleh pekerja asing di dalam negara kita. Cukai pegangan ini boleh kita lunaskan apabila mereka hendak keluar meninggalkan negara kita melalui saluran rasmi ataupun tidak rasmi. Maka cukai pegangan ini boleh kita kenakan kepada semua orang yang dianggap sebagai pekerja asing yang bermastautin di dalam negara kita. Satu orang pun tidak boleh terlepas atas aspek-aspek cukai pegangan.

Perkara ini perlu diusulkan dan boleh dijadikan satu peraturan baru kerana majikan juga sama ada majikan yang berbentuk rasmi atau tidak rasmi juga boleh memainkan peranan atas mengusahakan cukai pegangan. Potongan boleh dibuat dalam bentuk bulanan, mingguan dan juga harian sekiranya majikan diberi tanggungjawab untuk menjalankan aspek withholding tax ataupun cukai pegangan ini. Selalunya pengalaman saya ataupun feedback yang saya dapati, ramai juga di kalangan pekerja asing yang sanggup meninggalkan negara kita tanpa melunaskan, tanpa meminta kelulusan ataupun meminta lunasan daripada cukai pegangan. Maksudnya kalau ada cukai pegangan bernilai RM200 atau RM300, mereka sanggup untuk meninggalkan sahaja jumlah ini tanpa dituntut oleh mereka untuk tujuan mereka keluar dan terus kembali kepada negara mereka. Ini terutama kepada bentuk-bentuk penggajian yang tidak rasmi, yang bersifat berkala, yang tidak ada hubungan secara rasmi di antara perjanjian majikan dengan pekerja.

Saya difahamkan, ada satu agensi seperti CLOP yang sudah mula untuk memikir, melaksanakan aspek cukai pegangan walaupun tidak berlandaskan peruntukan di bawah seksyen 107, cukai pendapatan ataupun cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan.

Akan tetapi mereka meletakkan kewajipan untuk sesuatu pekerja yang mendapat pendapatan dalam negara kita untuk memikirkan sejumlah wang yang harus dipungut atau diletakkan di bawah cukai pegangan. Walau apa sekalipun jumlahnya, walaupun dikatakan tidak sampai kepada satu tahap yang bidang kenaan cukai terhadap mereka tetapi dilakukan ataupun perlu dilakukan untuk tujuan apabila mereka untuk meninggalkan negara kita, untuk melunaskan apa sahaja yang perlu mereka bayar.

final • 6:03 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Peratusan daripada mereka yang sanggup keluar daripada negara kita tanpa menghiraukan baki tuntutan yang mereka perlu dapat ini sebenarnya lebih tinggi daripada mereka yang membuat tuntutan secara rasmi. Saya mengharapkan Kementerian Sumber Manusia meneliti perkara ini dan sekiranya ada cadangan, saya rasa agak munasabah untuk kita lakukan supaya pengurusan pekerja asing terutamanya di dalam negara kita yang secara tidak rasmi boleh kita lihat lebih secara terurus. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:03 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 6:03 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030000 dan 030200 - Keharmonian Perhubungan Perusahaan dan Perhubungan Perusahaan. Yang Berhormat Menteri saya hendak rujuk kes spesifik berkaitan dengan ECERDC iaitu Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur kerana kita terima banyak sangat aduan daripada pengurusan dan kakitangan di perbadanan tersebut. Soalan saya hendak tanya, pertama - mengapa begitu banyak senior management, pengurusan kanan dan eksekutif kanan perbadanan tersebut berhenti? Saya difahamkan wujud diskriminasi dalam bentuk perkauman dan agama di perbadanan tersebut.

Apa yang paling mutakhir baru-baru ini, baru berapa hari sahaja lepas pegawai yang paling kanan di dalam Perbadanan Koridor Timur ini, Pembangunan Ekonomi Koridor Timur ini yang menjadi brain child di belakang ECERDC ini meletakkan jawatan. Jadi masalah yang dibangkitkan ialah masalah diskriminasi perkauman yang berlaku. Ini termasuk kakitangan-kakitangan beragama Islam mengadu dua tiga orang pegawai kanan ECERDC ini yang sentiasa sahaja mencari masalah, mencari pasal apabila berhadapan atau berurusan dengan pegawai atau kakitangan beragama Islam.

Paling ketara contohnya ialah apabila hampir sahaja masuk ke waktu solat Jumaat ada sahaja kerja diberi, ada sahaja tugasan disuruh buat, ada sahaja mesyuarat yang hendak diadakan menyebabkan kakitangan dan pegawai tidak boleh hendak pergi solat Jumaat. Berlaku lagi minggu lepas perkara yang sama. Saya juga hendak bangkitkan masalah penyalahgunaan peruntukan dalam ECERDC ini. Ada pegawai-pegawai tertentu yang menggunakan peruntukan untuk menghiburkan diri sendiri dan kawan-kawan mengajak menggunakan entertainment allowance contohnya untuk bersuka ria di karaoke.

Ada seorang dua pegawai Melayu beragama Islam yang komplen mereka dipaksa mengatur dan mengurus pesta ini. Mengatur program pergi ke karaoke, mengatur program untuk bersuka ria ini. Kita juga menerima aduan ada satu kes, yang ini saya minta disiasat secara teliti. Saya sebenarnya sudah memaklumkannya kepada JAKIM, satu kes pertukaran agama daripada Islam ke agama lain berlaku di ECERDC akibat tekanan daripada beberapa pegawai kanan yang ada di dalam ECERDC ini.

Akhirnya saya ingin bertanya mengapa pejabat pengurusan ECERDC ini yang sepatutnya menjaga kepentingan Pembangunan Koridor Ekonomi di Kelantan, Terengganu dan Pahang, akan tetapi beroperasi di KLCC, beroperasi di tempat yang paling mahal penyewaannya. Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa mereka menyewa pula bangunan di hadapan bangunan TRkah apa? Saya lupa. Akan tetapi bangunannya yang duduk di hadapan dengan kos yang begitu tinggi. Sedangkan operasi ECERDC ini sebagaimana koridor yang lain sepatutnya di tempat di mana mereka patut memberi tumpuan. Akan tetapi difahamkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif dan beberapa orang keliling dia ini, dia punya kitchen cabinet ini berkeras mahu juga beroperasi daripada KLCC.

Saya rasa ini satu pembaziran wang rakyat tanpa alasan yang kukuh hanya untuk berada di Kuala Lumpur. Jadi saya harap pihak kementerian dapat melakukan penyiasatan menyeluruh berkenaan dengan aduan-aduan yang berlaku di ECERDC ini sebelum ianya menjadi satu isu yang lebih besar. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Terap.

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi saya ingin membangkitkan perkara yang spesifik iaitu dalam Butiran 010300 dan 030000 yang berkaitan dengan yang pertamanya merujuk kepada Syarikat Maraliner Yang Berhormat Menteri. Ini berkaitan dengan aduan yang saya terima daripada kakitangan Syarikat Maraliner ini selepas pengurusannya bertukar yang mengadu kepada saya dan juga rakan- rakan berkaitan beberapa polisi baru syarikat mungkin yang boleh dilihat oleh pihak Kementerian Sumber Manusia.

Pertama berkaitan dengan cuti isteri bersalin, tujuh hari dihapuskan. Berkaitan dengan cuti kematian waris yang dikurangkan daripada tiga hari kepada dua hari.

Kemudian sukar untuk mendapat pinjaman sebab tidak disokong oleh pihak majikan untuk mendapat bantuan ataupun mendapat pinjaman daripada mana-mana institusi. Ini juga berkaitan dengan tuntutan kerja lebih masa yang tidak dibayar sekiranya melebihi satu per tiga daripada gaji pokok.

Begitu juga tuntutan elaun sewa. Ini bagi pemandu yang diarah keluar untuk sewa khas. Jadi tidak banyak lebih kurang RM17 sahaja. Akan tetapi satu trip ini tidak dibayar kadang-kadang enam bulan baru mereka berpeluang untuk mendapat bayaran tersebut.

Begitu juga bil hospital yang tidak melindungi keluarga, apa nama kita panggil guarantee letter itu tidak diterima oleh pihak hospital. Maksudnya seolah-olah ada masalah. Akhir sekali berkaitan dengan perkara ini ialah adakah mereka ini masih lagi tertakluk ataupun sekarang ini daripada jawatan kontrak, hanya kontrak daripada pengurus, penyelia sampailah kepada pemandu. Jadi saya minta melihat ada kaitan dengan Kementerian Sumber Manusia ini untuk dilihat bagaimanakah cara kita boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan yang bekerja terutamanya di Maraliner.

Terakhir juga yang sama juga di bawah butiran yang sama Yang Berhormat Menteri iaitu berkaitan dengan spesifik juga berkaitan dengan satu Syarikat Benua Haulage di Mak Mandin yang ada lebih kurang 70 pekerja yang tidak di carum EPF. Bukanlah saya hendak bangkitkan EPF di sini. Akan tetapi apabila dibawa kepada Putrajaya kenapa tidak di carum, akhirnya bahagian perundangan menjawab bahawa majikan tidak perlu bayar kerana ia tidak termasuk dalam undang-undang di bawah EPF. Jadi saya ingin bertanya, adakah di bawah kementerian tuan persoalan ini dan bagaimana kita boleh menolong untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana mereka kerja malam, akan tetapi tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Begitu juga satu kes yang berlaku di EH Utara Holdings Sdn. Bhd. di Bukit Kayu Hitam, pekerja yang terlibat dalam bidang kontena mereka bekerja tanpa SOCSO, tanpa EPF, tiada cuti, tidak boleh melibatkan diri dalam kesatuan sekerja. Ada satu kes kemalangan yang berlaku tidak mendapat pembelaan daripada SOCSO, tujuh bulan sedangkan dalam undang-undang yang diperuntukkan di bawah SOCSO ini dua pekerja satu syarikat yang ada dua pekerja wajib untuk mendaftarkan pekerja mereka.

Jadi ini kes-kes yang spesifik, yang saya bangkitkan kepada pihak Menteri.

Terakhir ialah berkaitan dengan pekerja yang terlibat dalam pengangkutan awam yang dibangkitkan baru-baru ini oleh seorang pemimpin kesatuan sekerja di Butterworth, yang berpusat di Butterworth, Encik Musa Abdullah, Pegawai Perhubungan Perusahaan. Dia membangkitkan tentang berlakunya pembuangan pekerja ataupun pemberhentian syarikat secara besar-besaran yang melibatkan lebih kurang 90 pekerja akibat daripada kemasukan ataupun penubuhan satu syarikat baru namanya Rapid Penang di bawah SPAD.

final • 6:15 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Walaupun dia melibatkan Kementerian Pengangkutan tetapi masih juga dalam ruang lingkup pekerja yang mungkin tumpuan diberikan dan bagaimanakah pihak kementerian boleh mengambil langkah untuk membela pekerja-pekerja ini. Jadi, saya mengharapkan pihak kementerian boleh melihat bagaimana cara penyelesaian terhadap isu-isu yang berlaku ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bukit Mertajam. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Ya, sila Yang Berhormat.

Ya, ya. Eh, Yang Berhormat [Ketawa]

final • 6:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, di kementerian ini terdapat seorang Menteri lelaki dan Timbalan Menterinya adalah wanita tetapi saya lihat di dalam semua butiran pun, dia tidak ada kata akan ada memperaruskan gender di dalam sumber manusia. Di bawah Dasar Sumber Manusia ini, saya ingin bertanya apakah status terkini mengenai flexi time, pekerjaan flexi time. Di Bukit Mertajam ada seorang master degree holder. Sekarang dia adalah suri rumah tangga full- time tetapi dia ingin mendapat sedikit kerja di rumah. Dia buat advertisement di dalam surat khabar, ingin mendapat kerja. Dia boleh buat di dalam rumah. Suddenly dia terima 100 panggilan telefon yang ingin mendapatkan kerja juga. Mereka sudah salah faham bahawa dia ingin mengambil kerja, pekerja untuk kerja di rumah. Ada 100, dua hari di dalam satu surat khabar sahaja, surat khabar Cina dapat 100 panggilan telefon yang memanggil dia untuk minta kerja.

Jadi, saya lihat bahawa ada ramai, di antaranya adalah suri rumah tangga yang duduk di rumah tetapi ingin dapat sedikit kerja supaya boleh dapat sedikit pendapatan. Ada juga mereka baru habis sekolah sama ada diploma ataupun graduate. Mereka cari kerja.

Ada yang ada kerja tetapi ingin dapat kerja yang kedua untuk menambah pendapatan mereka. Saya lihat bahawa ada ramai yang ingin mendapat kerja kedua kah ataupun sambilan di rumah. Jadi, saya ingin tanya adakah kementerian kita ada apa-apa rancangan untuk to match the supply and the demand. Mungkin ada majikan yang ada kerja untuk golongan seperti ini dan ada golongan seperti ini hendak dapatkan kerja. Bolehkah buat matching supaya mereka dapat kerja?

Keduanya, saya lihat ada banyak pinjaman seperti Program 6 - Tabung Pembangunan Kemahiran. Ia memberi pinjaman untuk melahirkan tenaga kerja mahir.

Saya ingin tanya di antaranya berapa orang wanita dan berapa orang lelaki yang dapat pinjaman? Saya rasa kita perlu ada data seperti ini supaya kita dapat merancang pada masa yang akan datang kerana saya rasa pekerjaan yang dicari oleh wanita dan oleh lelaki adalah tidak sama. Jadi, kita mesti tahu di luar sana berapa orang wanita yang hendak cari kerja dan berapa orang lelaki yang cari kerja supaya kita boleh sediakan pekerjaan.

Pada waktu sekarang, ramai golongan yang sepatutnya mereka sudah capai melebihi 60 tahun. Sepatutnya mereka retire tetapi mereka tidak dapat retire kerana mereka perlukan wang untuk menanggung kehidupan mereka. Untuk golongan ini, ada di antara mereka yang masih sihat dan boleh menyumbang tetapi susah hendak cari kerja. Jadi, bagaimana kementerian dapat membantu mereka untuk mencari pekerjaan? Apa yang saya khuatir ialah banyak pekerjaan atau banyak kerja yang boleh dijalankan oleh golongan ini ataupun wanita-wanita yang ingin bekerja sambilan telah diambil oleh pekerja-pekerja asing. Umpamanya dikatakan bahawa domestic maid. Ada 30,000 domestic maid arrived this year dari Kemboja alone. Saya tidak tahu sama ada kementerian ada fikir caranya untuk bagaimana kita hendak menjadikan pekerjaan di rumah tangga ini lebih attractive kepada golongan wanita tempatan supaya kita boleh mengurangkan pekerja pendatang asing dan pada waktu yang sama rakyat kita dapat kerja sambilan.

Kita selalu diberitahu bahawa negara-negara di Europian Unions ada di antaranya yang akan bankrap dan ekonomi akan menjadi lembap pada tahun yang akan datang, in a near future dan juga permintaan di Amerika juga semakin kurang. Bagaimana keadaan ini akan mendatangkan kesan kepada pekerja-pekerja kita? Saya ingin tahu sama ada kita sudah ada rancangan pada waktu sekarang dan kita ada anggaran sektor yang mana akan terjejas dan bagaimana kita akan dari sekarang mencari langkah-langkah supaya kita jangan dilanda krisis dan kita barulah hendak cari jalan. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat lebih kurang 15 orang yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa berkenaan dengan bajet Kementerian Sumber Manusia. Ada beberapa soalan telah dibangkit. Ada yang memerlukan butiran yang tertentu tentang isu-isu tertentu dan ada yang tentang isu-isu yang diasaskan kepada dasar. Saya akan jawab soalan-soalan seboleh maklumat yang ada pada masa saya. Kalau ada isu-isu yang kita tidak mempunyai butiran pada masa ini, jawapan itu akan diberi secara bertulis.

Yang Berhormat Hulu Selangor telah bangkit tentang peluang-peluang perumahan untuk pekerja-pekerja di perladangan. Baru-baru ini kementerian telah mengumumkan, kerajaan telah mengumumkan satu skim pinjaman kepada pekerja-pekerja peladang melalui mana mereka boleh mendapat pinjaman ini untuk membeli rumah? Sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan untuk program ini dan program ini diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional.

Kelayakan pekerja-pekerja ladang untuk mendapat pinjaman ini adalah mereka yang bekerja di dalam bidang perladangan untuk 10 tahun dan kalau mereka sudah bekerja dan masih belum mencapai 55 tahun, maksudnya mereka masih bekerja di dalam ladang, mereka boleh mendapat pinjaman ini untuk membeli mana-mana rumah kos rendah.

Pinjaman di bawah RM60,000 pada kadar faedah 4 peratus. Sekarang program ini telah dilancarkan. Kita telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri supaya menyediakan rumah-rumah kos rendah yang ada yang boleh dibeli oleh pekerja-pekerja ladang ini.

Kalau ada program-program rumah kos rendah yang telah disediakan oleh pihak swasta dan kalau pekerja-pekerja mahu membeli rumah-rumah ini mereka pun boleh menggunakan dana ini. Satu keistimewaan daripada dana ini ialah ia membolehkan bayaran dua generasi iaitu dua generasi di mana boleh dibuat untuk satu jangka masa yang panjang.

final • 6:27 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

So, dengan kelonggaran-kelonggaran yang telah ditetapkan, saya berharap dengan pelaksanaan skim ini, peluang tambahan akan disediakan untuk pekerja-pekerja ladang supaya mereka boleh mendapat peluang untuk memiliki rumah mereka...

final • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 6:30 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

[Bangun]

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tiga orang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 6:30 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Penjelasan sedikit tentang...

final • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan perkara ini Yang Berhormat Menteri, boleh saya dapat tahu apa terjadi kepada Tun Abdul Razak housing scheme yang sebenarnya jika ia dilancarkan dan beri efektif, semua masalah perumahan di ladang-ladang pekerja dapat diselesaikan. Akan tetapi tidak ada will power. Adakah ia lagi berfungsi? Adakah dasarnya lagi boleh diguna pakai? Adakah ia berkaitan dengan perkara ini di mana pertolongan kewangan boleh dibuat?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sepanjang pendapat...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, hendak beri soal dahulu ataupun macam mana?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Isu yang sama? Baik.

final • 6:30 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Berkenaan perladangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya jelas dengan penjelasan yang diberi tetapi saya ingin tahu sama ada kementerian boleh meletakkan sebagai satu syarat kepada tuan punya ladang, pemaju ladang-ladang ini supaya, mungkin sebagai tanggungjawab CSR mereka, memberi peratusan at least deposit pembelian rumah tersebut untuk membantu peladang-peladang, pekerja-pekerja ladang ini, kerana pekerja-pekerja ladang ini bukan pun mendapat ganjaran gaji yang lebih.

So, sebagai tanggungjawab CSR mereka, mereka dapat mewujudkan satu dana, bantuan kerajaan itu satu perkara yang kedua tetapi yang pertama, the first payment dengan izin, untuk membeli atau menempah rumah tersebut. Mungkin kementerian boleh mengenakan satu syarat kepada semua tuan punya ladang-ladang ini untuk memberi bantuan-bantuan seumpama itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya sokong pendapat Yang Berhormat Hulu Selangor tadi. Saya juga mencadangkan supaya kalau untuk golongan pekerja-pekerja yang kerja di ladang getah dan juga kelapa sawit, deposit untuk rumah-rumah ini tidak diambil sebab kita dapati bahawa mereka terlalu miskin untuk bayar deposit. Itu satu.

Kedua, adakah rumah-rumah yang akan dibina ini akan dikhususkan untuk pekerja-pekerja ladang-ladang ataupun mereka boleh menggunakan wang daripada dana itu untuk membeli rumah-rumah di mana-mana tempat? Minta penjelasan.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Satu keistimewaan skim pinjaman ini ialah seratus peratus bayaran diberi oleh pinjaman. Itu bermakna mereka tidak perlu bayar bayaran deposit termasuk bayaran-bayaran guaman yang termasuk di dalam pinjaman yang diberi. Oleh itu, mereka kalau sudah dapat pinjaman, tidak ada bayaran tambahan yang dikenakan kepada pekerja.

Kedua, sekarang kita telah membuka peluang untuk membeli rumah ini kepada mana-mana rumah yang dibina oleh mana-mana pihak kalau harganya kurang daripada maksimum pinjaman ialah RM60,000. Kalau di bawah RM60,000 kalau mereka mahu membeli rumah kerana rumah kos rendah harganya berbeza, ada negeri ada RM25,000 sahaja, ada negeri RM42,000 dan kalau dengan pinjaman yang kerajaan telah sediakan yang boleh dibayar sehingga RM60,000, memang saya ingat lebih banyak pekerja ladang boleh membeli rumah-rumah yang lebih sesuai dengan kehendak mereka dan isu-isu yang dihadapi oleh mereka telah diselesaikan.

Soalan tambahan yang...

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Bila implementasi program ini?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Dari sekarang.

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Sudah mula?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya, ya.

final • 6:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan? Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri.

Melihat daripada sudut benefit ataupun faedah didapati daripada banyak-banyak kesatuan melihat daripada sudut kemampuan pengurusan dalam syarikat yang besar seperti syarikat Sime Darby yang monopoli secara keseluruhan perladangan dalam negara ini, mewajibkan tanah bidang itu disediakan oleh pihak pengurusan iaitu pihak Sime Darby tetapi pembiayaan untuk menyiapkan rumah itu dalam tabung yang Yang Berhormat Menteri cakap sebentar tadi. Apakah boleh dibuat pendekatan sedemikian dan dengan yang demikian tidak tertangguh program atau projek untuk merakyatkan pekerja-pekerja perladangan ini? Macam mana pandangan Menteri?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sekarang perolehan dana yang telah saya umum ini ialah sesuatu yang dimulakan oleh kerajaan. Ada beberapa agensi perladangan yang mempunyai projek-projek perumahan sendiri, contohnya FELDA.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

FELDA mempunyai satu skim di mana majikan FELDA melabur di dalam satu tabung untuk pekerja-pekerja yang bekerja di dalam FELDA dan kalau mereka sudah kerja lebih daripada 10 tahun, tiap-tiap bulan RM100 di jimat oleh FELDA dan masuk ke dalam satu tabung khas untuk pekerja. Kalau mereka kerja lebih daripada 10 tahun, mereka boleh menggunakan duit itu untuk membeli rumah itu yang sudah dibuat oleh FELDA untuk satu jangka masa yang panjang. Di Johor pun, pihak syarikat Kerajaan Negeri Johor telah mewujudkan satu skim yang sama untuk membantu pekerja-pekerja yang bekerja dengan mereka.

Selain daripada itu, kerajaan tidak memaksa mana-mana pihak majikan ladang untuk mewujudkan program-program khusus untuk program-program perumahan miliki walaupun mereka yang bekerja dengan mereka tahap dan taraf rumah itu sudah ditentukan oleh akta minimum standard perumahan pekerja-pekerja ladang.

Untuk menjawab isu-isu yang baru-baru ini kita telah mewujudkan dana ini, tambahan kepada itu dengan apa yang diminta oleh kerajaan baru-baru ini, Sime Darby telah secara permulaan sudi untuk memberi gaji tambahan kepada pekerja-pekerja ladang lebih RM200. Ini ialah satu perkara dicadangkan oleh kerajaan, di terima di bawah satu semangat yang baik oleh pihak Sime Darby sebagai agensi mulanya dan kerana mereka sudi untuk menerima apa yang telah dicadangkan oleh kerajaan untuk memberi tambahan allowance kepada mereka sebanyak RM200.

Selepas itu, oleh kerana Sime Darby sudah buat sedemikian, perkara ini sudah diperluaskan supaya ahli-ahli MAPA lain pun sudah terima. So, di dalam dua bulan ini, daripada bulan September ini, semua pekerja di bawah ladang-ladang di bawah MAPA, mereka mendapat bayaran RM200 tambahan allowance. Ini sudah meningkatkan pendapatan mereka. Contohnya pekerja am yang pendapatan mereka sebelum itu lebih kurang dalam lingkungan RM650 sudah naik ke RM850. Inilah satu daripada kejayaan iaitu cadangan daripada pihak kerajaan, penerimaan yang baik oleh pihak swasta dan telah dapat memberi manfaat kepada pekerja-pekerja.

Soalan lanjutan oleh pihak Yang Berhormat Hulu Selangor ialah tentang JobsMalaysia. Pada tahun ini, JobsMalaysia telah berjaya untuk menempatkan lebih kurang 180,000 orang. Tiap-tiap tahun yang kebelakangan ini, lebih kurang 100,000 sampai 150,000 orang pekerja telah berjaya melalui program-program yang telah dibuat oleh JobsMalaysia untuk mendapat peluang pekerjaan. Saya mahu menerangkan bahawa JobsMalaysia ialah satu kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan secara percuma dan kita telah mewujudkan 12 jobs centre dan lebih kurang 90 lebih jobs point di merata- rata tempat di dalam negara kita yang mana melaluinya rakyat boleh menggunakan kemudahan ini secara percuma. Kalau dibandingkan dengan portal-portal lain yang diuruskan oleh pihak swasta, sayang mutu dan pencapaian di JobsMalaysia lebih kurang sama pencapaiannya.

Ini adalah satu sumbangan kerajaan kepada kedua-dua pihak iaitu majikan yang memerlukan pekerja dan untuk pekerja yang memerlukan kerja supaya menjodohkan mereka untuk mendapat kerja yang baik. Baru-baru ini kita telah melakukan satu peningkatan kepada sistemnya pun untuk memastikan ianya lebih berkesan dan lebih berjaya untuk mendapat dan memberi peluang-peluang kerja-kerja yang lebih baik kepada mereka yang menggunakan JobsMalaysia.

Soalan telah dibangkit tentang program Train & Place. Train & Place adalah satu program yang dibuat semasa kegawatan ekonomi dan melalui pakej ekonomi, Pakej Rangsangan Ekonomi I dan II. Program ini adalah bukan satu program berterusan.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Masa itu kerajaan telah menyediakan peruntukan dengan dua tujuan. Satu tujuan adalah untuk membantu mereka yang telah menamatkan pekerjaan semasa kegawatan ekonomi supaya mereka diberi latihan semula dan latihan yang berlainan untuk memberi mereka peluang untuk mendapat peluang-peluang pekerjaan. Pada masa sekarang, kita mempunyai program-program sedia ada di bawah kementerian yang boleh digunakan oleh mereka yang mahu meningkatkan kemahiran mereka.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Salah satu daripadanya ialah yang dijalankan yang dibantu melalui pinjaman Perbadanan Tabung Kemahiran Malaysia, program-program yang terus dijalankan oleh Perbadanan Sumber Malaysia Berhad, program SLDN saya akan jelaskan tentang SLDN seketika lagi. Program-program ini adalah program-program yang berterusan dan bilangan mereka yang dilatih, diberi latihan adalah diasaskan kepada peruntukan yang telah disediakan kepada kerajaan.

Yang Berhormat Klang telah membangkitkan tentang isu pembantu rumah.

final • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, sebelum beralih ke itu.

Saya ada bangkitkan mengenai Tun Abdul Razak Housing Scheme.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Tun Abdul Razak Housing Scheme, sepanjang pengetahuan saya tidak ada lagi. Skim ini sudah diserap di bawah Skim Pinjaman Perumahan yang telah dikendalikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang masih aktif di mana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan peluang pinjaman untuk mereka yang mempunyai dana atau tanah yang telah disediakan untuk bina rumah di tempat-tempat khasnya yang dulunya diwujudkan untuk mereka yang kerja di ladang, di dalam bidang pertanian dan untuk bantu nelayan. Skim ini masih berterusan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi kalau mana-mana tempat ada sediakan tanah, pinjaman ini diberi untuk membina rumah tetapi skim Tun Abdul Razak di mana pihak ladang diminta untuk menyediakan tanah dan melalui bantuan yang diberi oleh tabung dana pusingan yang disediakan oleh skim Tun Abdul Razak itu.

Cuma telah berjaya untuk mengadakan program di satu atau dua ladang sahaja pada masa itu. Selepas itu tidak mendapat kejayaan. Itulah sebab dengan mengambil kira keadaan terkini pada masa sekarang di mana rumah-rumah kos rendah dibina oleh beberapa pihak khasnya kerajaan dan di pihak swasta dan bilangan rumah pun tersedia banyak. Jadi kerajaan telah memutuskan bahawa mungkin satu cara yang paling baik ialah untuk menyediakan dana seperti yang telah saya terangkan tadi untuk memberi peluang untuk pekerja-pekerja ladang untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Yang Berhormat Klang telah bangkit tentang isu pembantu rumah dan telah memberi butiran dengan laporan daripada Cambodia tentang beberapa kes yang meninggal dunia dan langkah-langkah yang kita ambil. Kerajaan memang sedar tentang isu ini, ini satu isu yang hangat di beberapa negara dan baru sahaja kita telah mendapat satu penyelesaian dengan pihak Indonesia. Selepas mereka telah membekukan penghantaran pekerja-pekerja, pembantu rumah kepada Malaysia untuk satu jangka masa yang panjang dan kita sudah berbincang lebih kurang setahun secara berpanjangan, banyak kali saya sudah runding dengan Menteri mereka dan pegawai di pihak kementerian dan pegawai tenaga manusia di peringkat Indonesia di antara kedua-dua kedutaan kerana isu memang bukan satu isu yang senang kerana bila seseorang pekerja mengalami kecederaan atau pembunuhan, ini mewujudkan perasaan yang tidak baik bukan sahaja di antara negara ke negara tetapi di kalangan rakyat di satu-satu negara ini. Ini mewujudkan satu persepsi yang sangat negatif.

Walaupun bilangan kes-kes yang dilaporkan kepada kita kalau kita mengambil secara keseluruhannya, lebih kurang 280 ribu hingga 300 ribu pembantu rumah yang kerja di dalam negara kita. Bilangan aduan yang kita terima dan kes-kes yang berlaku di dalam satu tahun adalah 60 sahaja yang dilaporkan kepada pihak kita. Kalau ada kes-kes yang tidak di lapor mungkin ada tetapi bilangan ini memang kecil. Walaupun bilangan itu kecil, walaupun satu kes berlaku, ini mencemar nama semua majikan, majikan yang baik dan semua. Itulah sebab kita telah mengadakan perbincangan, banyak keputusan yang telah dibuat dengan Indonesia selepas mengadakan perundingan.

Salah satu daripadanya adalah isu pasport. Walaupun di kalangan majikan di Malaysia ada banyak yang masih berpendapat bahawa pasport tidak boleh diberi kepada pekerja daripada pandangan mereka sendiri tetapi kerajaan telah memutuskan dengan memberi penghormatan kepada sistem perundangan yang ada di dalam negara kita dan sistem perundangan dari negara penghantar supaya pasport ialah satu perkara yang dimiliki oleh pekerja. Di dalam MoU yang telah ditandatangani, kita telah setuju bahawa itu adalah hak mereka.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Lagi satu yang telah kita persetujui adalah untuk memberi satu hari cuti pada tiap- tiap minggu. Satu lagi adalah sebagai bukti untuk memastikan bayaran gaji telah diberi, bayaran dibuat melalui bank. Ini semua adalah perkembangan baru dengan mengambil kira apa yang telah diberitahu kepada kita dan perasaan negara penghantar tentang isu-isu yang mereka hadapi.

Di sebaliknya, di negara kita pun ada isu oleh majikan kerana pembantu-pembantu rumah yang melarikan diri dan selepas itu satu kehilangan yang besar kepada majikan kerana kadang-kadang mereka sudah bayar RM6,000, RM7,000 kepada pihak agensi. Di dalam beberapa bulan sahaja, pembantu rumah sudah melarikan diri. Ini satu kehilangan yang besar kepada majikan. Kita kena menimbang kedua-dua ini iaitu satu keperluan daripada pihak tenaga kerja, satu daripada pihak majikan. Jadi untuk majikan kita telah minta bahawa kalau kes-kes pelarian ini berlaku dalam enam bulan selepas mereka sudah laporkan kepada pihak majikan, adalah tanggungjawab agensi untuk memastikan satu gantian diberi atau bayaran yang didahulukan oleh pihak majikan kepada pihak pekerja itu dikembalikan semula kepada pihak majikan. Ini adalah perkembangan baru dengan harapan untuk melihat kepada keperluan majikan. Pada masa yang sama kepada keperluan pembantu rumah.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya terima dengan baik pandangan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kerajaan membuat beberapa program dan beberapa ideas untuk mengatasi masalah ini. Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh wanita-wanita khususnya yang datang dari Cambodia bukanlah masalah yang kecil. Ini berkait dengan kematian di rumah so this is serious, this is not masalah yang kecil. So menurut apa yang dikatakan oleh Embassy of Cambodia termasuk dengan Ahli Parlimen yang datang ke Kuala Lumpur, beliau mengatakan pada tahun ini sahaja 11 orang pembantu rumah Cambodia telah mati.

Ini bukan masalah remeh-temeh atau kecil. So apakah kerajaan akan buat untuk mengatasi isu ini? Saya mencadangkan supaya Employment Act di extended kepada rumah sebab bila seorang pekerja pergi ke rumah walaupun dia seorang pembantu, dia adalah seorang pekerja. Sesiapa yang bayar untuk pekerja itu adalah pihak majikan. So if we extend the Employment Act to the household, maka there is some control and discipline dan kita tidak akan ada masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja daripada Indonesia dan Cambodia. Minta penjelasan.

final • 6:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya menyambung sedikit menteri.

Saya membangkitkan tentang perkara pembantu rumah tadi kerana kita mestilah mempunyai satu data tentang penderaan dan penganiayaan yang telah dilakukan yang telah menyebabkan nama baik negara kita tercemar dan hubungan baik kita dengan negara Indonesia terjejas.

Jadi kita mesti mengambil perkara ini sebagai satu perkara yang cukup serius. Kita mesti mempunyai satu rekod, siapakah yang mendera, siapakah yang telah menganiaya, kumpulan mana dan seharusnya mereka ini kita senarai hitamkan. Apa juga permohonan baru untuk mendapatkan pembantu rumah, mesti kita kaji semula sebelum diluluskan.

Bukan semua orang yang mohon kita bagi kelulusan kerana ada di kalangan mereka yang tidak mempunyai kemampuan tetapi menggunakan pembantu rumah untuk tugasan yang lain. Di sinilah berlaku penderaan dan juga penganiayaan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Menteri, sambung sedikit.

Sehubungan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jasin, apakah penempatan pembantu- pembantu rumah yang Islam di rumah-rumah majikan yang bukan Islam yang terpaksa melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan agama Islam mereka itu sendiri.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Contohnya, semoga tidak menjadi sensitif kepada yang bukan Islam. Contohnya, pembantu-pembantu rumah yang beragama Islam, mereka diminta ataupun diarahkan untuk kerja-kerja masakan daging babi dan sebagainya. Jadi, walaupun nampak dari segi fizikal bukan satu penyeksaan tetapi sebenarnya dari segi jiwa mereka, dari segi rohani mereka, mereka merasakan satu penyeksaan yakni tekanan kepada diri mereka itu sendiri untuk berada dan terus bekerja dalam rumah majikan berkenaan.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden bin Md. Taib - Baling

Jadi, soalan saya, apakah pihak kementerian mempunyai suatu, merancang ataupun memikirkan supaya pekerja-pekerja Islam ini, pertama sekali dia mesti bekerja di rumah-rumah orang Islam ataupun boleh bertugas ataupun bekerja di rumah-rumah orang bukan Islam tetapi dengan syarat majikan itu mematuhi maksud-maksud ini. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih.

final • 6:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Penjelasan yang sama. Saya pun setuju mereka tidak harus dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja yang bertentangan dengan kepercayaan mereka. Akan tetapi sekiranya mereka sendiri tidak merasa berat untuk menjalankan, ada pembantu rumah yang mengatakan tidak apa. Majikan bertanya “mahu puasakah kerana sudah sampai masa puasa.” Dia kata bahawa “Allah akan faham saya sekarang bekerja di rumah orang. Jadi tidak puasa pun tidak apa.” Ini yang saya diberitahu.

Jadi, kalau dalam keadaan seperti ini, apakah penjelasan? Terima kasih.

final • 6:50 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, saya bantah jawapan Yang Berhormat Bukit Mertajam itu. Saya rasa tidak betul itu. Ini masalahnya bila orang tidak faham tentang Islam tetapi hendak bercakap pasal Islam. Saya setuju dengan...

final • 6:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya rasa Yang Berhormat tidak faham yang saya...

final • 6:50 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sepatutnya Yang Berhormat Bukit Mertajam tanya dahulu. Tidak boleh main cakap. Itu bukan satu jawapan.

final • 6:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

...Kemukakan satu senario yang seorang Ahli Yang Berhormat yang tidak faham dan jangan tuduhkan apa-apa.

final • 6:50 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini sebenarnya kalau, Yang Berhormat Menteri, kalau ada majikan macam ini, kalau ada majikan bukan Islam macam ini, inilah masalahnya.

final • 6:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kalau hendak beritahu penjelasan sendiri, boleh beritahu penjelasan tetapi jangan tuduh.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini sebenarnya, inilah contoh majikan bukan Islam yang ada. Dia tidak faham hukum.

final • 6:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Akan tetapi jangan tuduh.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Saya boleh jawab apa yang dia cakap.

final • 6:50 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya soalan yang berkaitan. Akan tetapi sebenarnya kalau ada majikan bukan Islam yang macam ini, inilah masalahnya. Dia tidak faham agama, pergi tanya budak, memang budak itu hendak cari kerja. Jadi masalahnya sekarang ini, saya pernah bangkitkan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Baling. Sebenarnya saya sudah bangkitkan banyak kali isu ini malahan sampai ke satu peringkat ada satu agensi khidmat asing yang mengeluarkan iklan, dia pool of pekerja Indonesia, beragama Islam yang bersedia membuat kerja-kerja ini. Potong babilah apa-apa dan macam-macam ini. Saya bangkitkan di Parlimen dan alhamdulillah malam itu juga serbuan dibuat di agensi tersebut dan sudah ditutup sekarang ini.

Alhamdulillah ada tindakan serta-merta. Akan tetapi perlu ada satu dasar yang jelas di mana mesti ada garis panduan. Pada saya dan saya setuju dengan Yang Berhormat Baling supaya pekerja-pekerja Islam ini tidak dibenarkan bekerja dengan majikan bukan Islam kerana hendak mengelakkan masalah. Kita tidak tahu kalau ada majikan macam Yang Berhormat Bukit Mertajam ini, problem lah kerana dia ikut Islam kepala otak dia. Dia tidak tahu Islam ini ada hukum dia, ada cara dan syariatnya. Itu yang pertama.

final • 6:50 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kedua, berkaitan dengan masalah pasport, Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri sedar, dua tiga hari lepas berlaku kemalangan di kawasan Bernam, di kawasan Hulu Selangor kita. Lima orang pekerja wanita daripada Thailand dibawa dengan kereta pacuan empat roda. Hendak lari, hendak balik ke Thailand. Mereka cram di dalam kereta tersebut. Antara masalahnya ialah kerana pasport dipegang oleh majikan dan mereka mengadu hendak dapatkan balik pasport itu tidak dapat. Jadi mereka terpaksa keluar waktu malam untuk lari pergi ke Thailand. Jadi saya ingat masalah pasport ini perlu diatasi dengan satu dasar yang jelas. Mungkin kita boleh cari jalan penyelesaian dengan memastikan semua pekerja asing ini. Kita faham juga dengan majikan yang takut pekerja lari.

Jadi, mungkin ada satu agensi atau badan yang mengambil pasport-pasport ini bila mereka datang dan dikeluarkan satu kad sebagai pengesahan mereka adalah pekerja asing yang diiktiraf dan sah dalam negara ini. Bila mereka hendak balik ataupun sudah tamat perkhidmatan, dengan surat pengesahan daripada majikan, mereka serah balik kepada agensi tersebut untuk ambil pasport dan serahkan balik kad. Mungkin itu cara yang boleh. Kalau tidak kita akan dapat lagi kes-kes seperti ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

Tentang kes-kes penderaan dan bilangan penderaan pembantu rumah, butiran-butiran ini memang ada. Kita mempunyai kes-kes yang telah dilaporkan mahupun kepada kementerian atau telah dilaporkan kepada kedutaan mereka masing-masing. Bilangan kes- kes ini dan siapa dan apa tindakan yang telah diambil. Memang butiran itu ada. Macam mana kita mahu mengurangkan kes-kes ini, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang dan semua pihak dan itulah isu yang kita sudah bincang dengan Indonesia dan apa langkah-langkah yang telah dicadangkan tadi ialah langkah-langkah yang mungkin boleh selesaikan.

Selain daripada itu, satu perkara yang lain yang kita telah bersetuju ialah bahawa semua pekerja-pekerja pembantu rumah akan menandatangani satu kontrak antara majikan dengan pekerja. Melalui kontrak ini akan wujud satu perhubungan antara majikan dengan pekerja dan segala perlindungan yang mereka akan dapat di bawah akta mereka. Akta kita ini mereka akan dapat selaras dengan di bawah Akta Kerja dan isu mereka bukan seorang pekerja dan majikan bukan majikan tidak akan wujud kerana dengan kewajipan bahawa tiap-tiap pekerja ini, it is a standard contract yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara.

Apa hak-hak mereka yang akan dimeterai di dalam kontrak ini dan semua perkara berkenaan dengan kedatangan mereka dan kerja mereka termasuk isu pekerja-pekerja Islam yang kerja di rumah Islam atau seboleh-bolehnya kita mahu pekerja-pekerja Islam kerja di rumah Islam.

Akan tetapi dengan mengambil kira bilangan mereka yang beragama Islam yang lebih banyak pekerja-pekerja asing daripada mereka yang bukan Islam ini, maka wujudlah keadaan di mana..., kerana keperluan di rumah-rumah bukan Islam agak tinggi. Mereka kerja tetapi syarat-syarat memang jelas bahawa mereka tidak boleh melakukan apa-apa atau tidak boleh diminta melakukan apa-apa yang bertentangan dengan agama. Itu memang jelas dalam syarat dan ini termasuk di dalam kontrak mereka dan tindakan boleh diambil ke atas mana-mana majikan yang melanggar. Apa yang disebut oleh pihak Ahli Parlimen Bukit Mertajam tidak kena di sini kerana di dalam sistem kita, kalau dilanggar sahaja, tindakan boleh diambil dan tidak terpulang kepada pekerja itu sudi atau tidak sudi.

Ini memang jelas di dalam kontrak yang mereka sudah tandatangani. Ya, Yang Berhormat Bachok.

final • 6:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri mungkin boleh bersetuju dengan saya kalau kita bandingkan statistik penderaan dan kezaliman kepada pekerja Indonesia secara khususnya dibandingkan kita dengan Saudi contohnya. Saudi lebih jauh berlaku kes penderaan terhadap pekerja-pekerja Indonesia sampai kepada peringkat kes-kes bunuh juga berlaku di Saudi. Saya bimbang apa yang berlaku ini, setahun tadi Yang Berhormat Menteri membuat penjelasan usaha negotiation dibuat dengan pihak Indonesia.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Mungkin ini dijadikan sebagai satu senjata untuk menekan negara kita dalam isu- isu lain, mungkin ini dijadikan sebagai salah satu senjata. Maka dengan itu saya mengharapkan agar syarat-syarat yang ketat dan harus juga diambil kira dengan tumpuan yang cukup serius terhadap kebajikan majikan kita yang di sini seperti syarat yang telah disebutkan tadi.

Saya rasa kita punya opsyen antara pekerja Islam dengan bukan Islam ini. Majoriti seperti mana Yang Berhormat Menteri menyebut tadi, pekerja yang datang daripada Indonesia adalah Muslim, kita juga terdapat ramai pekerja yang datang daripada Filipina contohnya, yang majoritinya mungkin bukan Islam dan mungkin juga boleh kita dapatkan tenaga-tenaga kerja yang lain. Akan tetapi saya juga bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan juga Yang Berhormat Baling yang dibangkitkan tadi bahawa syarat ini harus menjadi syarat yang ketat bagi memastikan kebajikan kedua-dua belah pihak. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sedikit. Saya kagum dengan jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai perjanjian Malaysia dengan Indonesia untuk memperlindungkan pekerja-pekerja pembantu ataupun domestic workers. Boleh tidak kita extend atau panjangkan perjanjian itu kepada semua pembantu bukan sahaja dari Indonesia, Philippines, Cambodia dan sebagainya.

Yang saya khuatir, kalau kita hantar bekerja ke negara lain, dalam satu tahun 11 orang mati, anak Malaysia mati di negara lain. Kita pun marah. Oleh itu kita pun mesti melindungi pekerja-pekerja yang datang dari negara lain di Malaysia. Kalau boleh kita panjangkan perjanjian dengan negara Indonesia kepada negara-negara lain termasuk Cambodia.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Itu salah satu daripada pandangan kita pada masa sekarang ialah bahawa memperluaskan apa yang telah diterima as a good practice boleh diluaskan ke negara-negara lain untuk membantu kita untuk melahirkan satu sistem yang lebih standard di dalam usaha kita untuk menguruskan. Di dalam hal ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bachok bahawa keperluan dan kebajikan majikan mesti diberi yang berat. Kita memang ambil perkara ini dan itulah sebab kos agensi yang dikenakan pada masa sekarang itu dari dihadkan di dalam lingkungan RM4,500. Ini memang turun daripada apa yang dikenakan pada masa dahulu.

Walaupun pada awalnya ada pihak agensi yang tidak bersetuju dengan itu dan mereka berpendapat bahawa ini agak rendah, tetapi selepas perbincangan kepada pandangan mereka, pada masa sekarang lebih daripada 100 agensi di kedua-dua negara.

100 di sini dan 100 di sana lebih daripada itu telah sudi untuk mematuhi syarat-syarat yang kita tetapkan dan dengan itu kosnya akan turun dengan syarat-syarat yang lebih ketat untuk memastikan. Kita dalam usaha perbincangan untuk memastikan apa yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak iaitu majikan di Malaysia dan pekerja di Indonesia diambil kira dan mendapat penyelesaian yang baik.

Untuk terus daripada perkara ini, Yang Berhormat Jasin telah membangkitkan setakat mana kita sudah mengadakan perbincangan dengan pihak MTUC tentang isu pindaan Akta Kerja. Daripada masa kita membuat pindaan di sini, kita sudah mengadakan perbincangan dengan mereka sebagai satu kumpulan satu kali di mana saya telah menjelaskan apakah sebab kerajaan buat dan apakah kerisauan mereka dan kita telah bersetuju mencari langkah-langkah yang baik supaya isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka boleh dihadapi dan kita boleh bergerak untuk mendapat satu penyelesaian yang baik kepada isu contract labour keseluruhannya. Ini kerana niat kita sama iaitu niat pihak MTUC dan niat kerajaan pun sama. So apa yang diperlukan ialah untuk menetapkan langkah apa yang sepatutnya dibuat supaya kes-kes penganiayaan dan penderaan terhadap pekerja-pekerja di dalam sistem itu dan di mana mereka tidak dibayar gaji dan tidak diberi perlindungan-perlindungan sosial yang sepatutnya diberi kepada mereka telah diabaikan. Mungkin akan buat pada masa akan datang. Saya berharap kita boleh menangani isu ini dengan lebih baik dengan kerjasama semua pihak.

Ahli Yang Berhormat Jasin telah membangkitkan tentang ILP yang ada di Melaka.

Memang kita ada dua ILP dan satu ADTEC. Pada masa sekarang kita tidak ada satu cadangan untuk menambahkan lagi ILP di Melaka.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Akan tetapi kita boleh menambahkan bilangan murid-murid yang ada di setiap ILP itu untuk menunaikan keperluan negeri Melaka yang ada pada masa sekarang.

Tentang kes MAS Union dengan ancaman mereka untuk mogok, walaupun kita telah baca ini di dalam surat khabar tetapi secara rasmi kementerian tidak mendapat apa- apa notifikasi tentang hasrat MAS untuk membuat sedemikian. Oleh itu saya tidak boleh memberi pandangan kepada satu perkara yang kita cuma baca di dalam surat khabar sahaja. Namun pada keseluruhannya, kadang-kadang keadaan-keadaan ini wujud kerana kekurangan perbincangan antara majikan dengan pihak wakil pekerja semasa perubahan dibuat kepada sistem pekerjaan mereka. Apa yang digalakkan oleh pihak kementerian, ialah bila-bila masa kalau ada satu perubahan dibuat kepada struktur majikan, walaupun mungkin itu tidak diwajibkan oleh majikan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak pekerja, adalah lebih baik di dalam semangat yang lebih baik supaya pekerja pun akan memahami apa yang akan berlaku, apa masa hadapan mereka supaya mereka lebih jelas tentang hal-hal ini.

Kalau mereka lebih jelas tentang hal-hal ini, perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh MAS Unions dan lain-lain yang kita nampak tidak akan berlaku kita akan galakan majikan seberapa banyak yang boleh di mana-mana perubahan tentang struktur dan tentang cara menjalankan perniagaan yang akan dibuat oleh mereka yang akan secara langsung atau tidak langsung mempunyai kesan ke atas pekerja. Mereka mengadakan perbincangan lanjutan dan memberi penjelasan kepada pekerja supaya apa-apa perkara yang mereka risau atau khuatir boleh dijelaskan sebelum mereka mengambil tindakan- tindakan yang lain.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, dan Tuan Pengerusi. Kerisauan pekerja MAS yang dimaklumkan ialah satu bila mana AirAsia mengambil saham daripada Mas 20 peratus yang menjurus kepada kekhuatiran, berlaku balik sejarah Brahim Catering yang mana dahulunya berasal keluarga MAS tetapi telah diswastakan kepada satu syarikat katering.

Kerisauan juga berlaku bila mana ketegangan dari pihak pengurusan AirAsia melambakkan isu yang terlalu banyak sehinggakan menjurus setakat ini tidak ada satu persatuan yang ditubuhkan di AirAsia. Kerisauan ini telah pun diutarakan dalam akhbar.

Adakah dengan demikian, Menteri tidak boleh campur tangan memanggil Persatuan MASEU dan juga pegawai-pegawai pihak pekerja MAS untuk mendapat maklumat dan juga bersiap sedia seperti mana yang berlaku dalam DAWAMA bila mana tindakan majikan memecat keseluruhannya pekerja dan tidak mengizinkan pembelaan itu dibuat. Tindakan MAS itu untuk menguar-uarkan perkara ini amat positif kerana di situ ada badan satu kementerian yang boleh memantau.

Saya cadangkan kenapa tidak kementerian menghantar pegawai memanggil pekerja-pekerja MASEU dan juga pegawai-pegawainya jangan ulang balik peristiwa DAWAMA yang sampai hari ini masih tidak ada penyelesaian. Itu adalah satu langkah yang saya fikir paling bijak yang dibuat oleh pihak pengurusan Kesatuan MASEU sendiri.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Di peringkat pegawai kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak union tentang apa isu yang dihadapi oleh mereka. Saya menerima sebagai satu cadangan yang baik untuk mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pihak majikan dan pekerja. Yang Berhormat Kuala Langat telah membangkitkan beberapa isu. Salah satu daripadanya adalah tentang kesedaran pekerja tentang hak mereka. Ini adalah satu perkara yang kita sentiasa memberi keutamaan dan sedia untuk bekerja dengan mana-mana pihak supaya pihak pekerja tahu tentang apa hak mereka melalui undang-undang sedia ada di dalam negara kita khasnya di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Untuk pihak PERKESO contohnya kita telah minta pihak PERKESO semasa seorang pekerja masuk pada awalnya mereka diberi satu garis panduan yang actually menjelaskan dengan baik apakah hak mereka dan di dalam PERKESO dan kalau apa-apa berlaku kepada mereka macam mana mereka boleh buat tuntutan dan boleh mendapat pembayaran melalui Skim PERKESO yang ada pada masa sekarang.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Langkah ini dibuat untuk membantu pekerja-pekerja mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam tentang hak mereka dan melalui itu mereka boleh mendapat faedah di dalam keadaan tertentu di mana mereka berhak untuk mendapat bantuan.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil iktibar semenjak tahun 1957 setelah merdeka selama 54 tahun berlalu rata-rata Yang Berhormat Menteri rakyat kaum pekerja ini, rakyat Malaysia tidak peka dengan undang-undang ketika mereka dibuang hingga melampaui batas 90 hari di bawah seksyen 20 Akta Perusahaan 1967.

final • 7:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ini penyebab utama ramai pekerja yang tidak dapat menegakkan hak mereka untuk mendapat pampasan yang sepatutnya rakyat tahu tentang hak mereka ini. Saya cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, apa salah kiranya kementerian mengambil inisiatif untuk mengadakan dialog terbuka secara live dalam TV yang dimonopoli oleh pemerintah dan juga memaklumkan di surat khabar supaya rakyat faham. Hari ini dibuang kerja, 60 hari lebih dia tidak akan boleh buat tuntutan dan kes itu akan terbenam secara automatik dan demikian akan memberikan sedikit harapan. Seperti mana yang berlaku dalam kes-kes yang lalu, kebanyakan kes yang telah ditolak ialah kerana pengetahuan tidak sampai. Saya mohon dalam keadaan yang cukup serba moden ini, serba canggih dengan internet dan sebagainya, mohon diberikan maklumat dan diberikan transformasi yang jelas untuk rakyat dapat mengetahui hak mana mereka ada. Minta kerjasama dari Yang Berhormat Menteri.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menerima cadangan ini dengan semangat yang baik. Satu cadangan yang baik. Kita pun mempunyai agenda yang sama iaitu supaya rakyat kena tahu tentang hak mereka dan pengetahuan mereka tentang undang-undang yang sedia ada mesti dipertingkatkan kepada satu tahap yang akan memberi satu perlindungan kepada mereka yang lebih baik.

Isu electrical unions ini, saya sudah bincang dan jawab semasa kita buat perbahasan di Peringkat Dasar. Walaupun pada awalnya memang ada kelewatan berlaku di Jabatan Perhubungan Perusahaan. Pada masa sekarang isu itu telah pun selesai dan saya diberitahu bahawa mereka menunggu untuk pengiktirafan dibuat. Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 7:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri, mengenai 60 hari itu. Bila Yang Berhormat Menteri membuat pandangan mengenai perkara itu, saya ada satu pandangan. Bolehkah diadakan satu regulasi atau pemindaan undang-undang iaitu bila majikan memberhentikan pekerja mereka, mereka diwajibkan dalam surat tersebut menulis bahawa kamu ada hak untuk merujuk perkara ini dalam tempoh 60 hari. That is one way to help these workers.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Okay, we can look into that. Tentang proses- proses.

final • 7:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi kepada proses, jawapan daripada Yang Berhormat Menteri sebelum jawapan dasar itu. Sebenarnya, saya dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Electrical Unions itu, majikan telah pun tidak menerima kerja semula walaupun kes itu tidak relevan langsung dengan kod etika kerja. Isunya sekarang ialah peranan yang dibawa oleh pegawai sama ada memberikan ugutan yang boleh dihukum dalam seksyen 59, Akta Perusahaan 1967 yang menyebabkan kepada penubuhan kesatuan, yang menyebabkan kepada pembuangan kerja.

Jadi, saya memohon supaya pegawai-pegawai ini kena tekan pihak majikan ini kenapa berlakunya demikian dan pihak majikan sombong dan bongkak kerana mereka mempunyai kuasa dan boleh membayar 24 bulan. Jadi, saya mohon pegawai-pegawai Yang Berhormat Menteri memainkan peranan untuk bukan mengugut tetapi memaklumkan bahawa kita ada undang-undang yang boleh menghukum majikan yang biadab ini. Jadi, pandangan Yang Berhormat Menteri.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Proses pendaftaran Kesatuan Sekerja dan proses mendapat pengiktirafan kepada Kesatuan Sekerja ada prosedur-prosedur tertentu di mana ada kewajipan ke atas pihak yang memohon untuk menunaikan beberapa perkara. Pada masa yang sama, majikan wajib untuk memberikan kerjasama bagi memastikan perkara itu berlaku. Seperti yang telah diketahui dan sudah disebut oleh Yang Berhormat, kalau ada pihak majikan yang tidak memberi kerjasama dalam hal sebegini dan melakukan apa-apa yang menghalang Kesatuan Sekerja atau menghalang pemberian pengiktirafan kepada Kesatuan Sekerja ini seperti yang ada di dalam akta kita, maka kementerian dan Jabatan Perhubungan Perusahaan memang bersedia untuk mengambil tindakan kepada majikan-majikan tersebut. Ini kerana telah melanggar apa yang telah diperuntukkan di dalam akta kita.

Untuk meneruskan tentang isu ini dan tentang kes seksyen 20 dan juga isu rujukan kepada Mahkamah Perusahaan serta kelewatan untuk mendapatkan satu keputusan yang dibangkitkan oleh kedua-dua Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya ingin memberitahu bahawa kita telah mewujudkan beberapa langkah. Di dalam satu atau dua tahun ini, bilangan kes yang tertunggak itu sudah dikurangkan kepada satu kaedah yang lebih baik. KPI kementerian ialah daripada masa kes ini dirujuk, didaftar, diadu di peringkat jabatan negeri, di dalam sembilan bulan kita harap supaya kes boleh dirujuk kepada pihak Mahkamah Perusahaan.

Untuk pihak Mahkamah Perusahaan, saya telah minta pada keseluruhannya daripada masa mula adu sampai keputusan diberi, kita kena cuba mencapai 24 bulan supaya ini selaras dengan pemindaan akta yang telah dibuat. Walaupun demikian ada kes- kes tertentu di mana pihak Mahkamah Perusahaan tidak dapat memberi keputusan di dalam satu masa yang pendek. Ini bukan disebabkan oleh Mahkamah Perusahaan tetapi disebabkan oleh pihak pekerja dan pihak majikan sendiri. Kadang-kadang kes disebut tetapi majikan tidak datang. Kadang-kadang kes disebut dan pekerja tidak datang. Tadi kes-kes yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat yang telah mengambil lima atau tujuh tahun semuanya, kebanyakan daripada kes-kes itu ialah kes-kes seperti ini di mana satu, tidak mencukupi dokumentasi. Kadang-kadang tidak ada majikan yang memberi kerjasama atau kadang-kadang peguam yang datang meminta supaya tangguhkan kes kerana mereka ada kes-kes di mahkamah yang lain dan sebagainya.

Kalau isu-isu yang di luar kawalan Mahkamah Perusahaan, maka kelewatan berlaku tetapi pada keseluruhannya kita di dalam usaha untuk memendekkan proses ini.

Saya telah meminta baru-baru ini, kedua-dua pihak majikan dan pihak pekerja untuk duduk bersama kerana kita pun telah mencadangkan beberapa langkah untuk memperbaiki sistem yang ada pada masa ini. Saya telah meminta daripada mereka kalau ada cadangan supaya kita boleh memperbaiki sistem yang ada supaya ia boleh dipendekkan termasuk bagaimana peranan Menteri boleh dikurangkan dalam proses memberi rujukan kepada kes di sini. Kita memang mempunyai sikap yang terbuka untuk mendengar cadangan-cadangan ini demi mempertingkatkan lagi proses yang ada.

Kementerian telah memulakan proses ini dan kita pun telah memberi mereka beberapa cadangan tetapi pada masa sekarang tidak ada permuafakatan di dalam menerima cadangan itu. Saya sudah meminta supaya di peringkat majikan dan pekerja kalau boleh duduk bersama, hasil di dalam satu proses yang lebih berkesan yang boleh memberi keadilan kepada kedua-dua pihak dengan mengambil kira sekatan-sekatan yang kita ada di Mahkamah Perusahaan. Kalau kita rujuk semua kes kepada Mahkamah Perusahaan tanpa apa-apa dibuat oleh JPP, itu akan mewujudkan satu masalah yang besar. Untuk pihak majikan, mereka masih berpendapat bahawa satu peringkat tapisan mesti diadakan untuk memastikan kes remeh temeh yang sepatut tidak dirujuk kepada mahkamah ini boleh diambil kira. Inilah keadaan yang ada pada masa sekarang. Cuma apa yang saya ingin memberitahu Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian pun sama pandangan dengan Ahli Yang Berhormat bahawa kita pada zaman ini mesti mencari langkah supaya memendekkan proses ini kerana ini akan memberi perlindungan kepada pekerja dan mendapat keadilan kepada mereka di dalam satu jangka yang pendek. Pada masa yang sama bagi majikan pun sekiranya lebih masa dipendekkan, itu akan mengurangkan kos kepada mereka.

final • 7:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, ini ada KPI yang digunakan pada kes-kes sivil. Saya cadangkan hendak bawa sistem yang sedia ada digunakan di kes-kes sivil diguna pakai di Industrial Court seperti mana penangguhan tidak dibenarkan jika pada hari perbicaraan pihak tidak bersedia ia akan dibatalkan. Kalau strictly followed mengikut yang sedia ada di Civil Court, tidak ada masalah. Bolehkah Yang Berhormat memberi senarai, berapakah kes yang tertunggak di Mahkamah Perusahaan. Ini kerana saya sendiri tahu Yang Berhormat Menteri bahawa ada satu kes di mana Pengerusi belum membuat keputusan selama lima tahun dan berapa kes di pejabat Yang Berhormat Menteri yang belum dirujuk lagi.

final • 7:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Baik, butiran itu saya boleh beri secara bertulis ya.

Beberapa perkara telah dibangkitkan tentang PERKESO mengenai masa yang diambil untuk memproses tuntutan oleh PERKESO. Saya mahu beritahu Dewan yang mulia ini, untuk hilang upaya sementara, PERKESO berjaya untuk menyelesaikan kebanyakan daripada kes ini di dalam tujuh hari. Untuk hilang upaya kekal, kalau sudah lepas dapat laporan perubatan yang telah memastikan kecederaan ini, berapa peraturan yang telah ditetapkan, kita boleh selesaikan kes itu dalam 14 hari dan faedah pengurusan mayat kita beri di dalam tiga hari. Kalau selepas sahaja laporan dibuat bahawa seseorang telah mati, di dalam tiga hari faedah ini dibuat. Perkara-perkara ini memang daripada tahap memberi perkhidmatan, pihak PERKESO pun telah mengurangkan masa yang diambil untuk menyelesaikan.

Tentang cadangan yang diberi oleh Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa PERKESO membuka office mereka pada hari Sabtu dan Ahad, pada masa sekarang di Kuala Lumpur, di Petaling Jaya, di Klang, di Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru, kita membuka kaunter PERKESO pada hari Sabtu dan pada setiap bulan kita adakan satu hari iaitu hari Khamis yang pertama setiap bulan adalah hari untuk jumpa pelanggan di semua negeri. Kalau ada kes-kes lain, CEO sendiri, ketua eksekutif sendiri akan tengok kes-kes pada hari yang sama di pejabat pusat PERKESO di Jalan Ampang. So, kalau ada kes-kes Ahli Yang Berhormat mahu rujuk supaya dilihat oleh pihak PERKESO, di Jalan Ampang boleh merujuk kes-kes itu pada setiap bulan pada hari Khamis yang pertama. Banyak program dengan pihak pekerja diadakan di peringkat negeri dan peringkat daerah dengan pemimpin-pemimpin tempatan untuk meningkatkan kesedaran pekerja tentang PERKESO dan apa yang diberi kepada pekerja dan semua pekerja diberi perlindungan.

Kalau seseorang pekerja menghadapi satu kemalangan semasa bekerja walaupun majikan mereka tidak membuat caruman, mereka diberi perlindungan. Cuma, apa yang akan dibuat ialah selepas itu PERKESO akan minta majikan itu bayar balik caruman yang mereka tidak bayar sebelum itu. Oleh itu, perlindungan telah diberi oleh pihak PERKESO untuk semua pekerja yang sudah bekerja tidak kira sama ada majikan mereka sudah beri bayaran caruman atau belum.

Tentang cadangan supaya laporan dihantar kepada pihak yang mencarum dan majikan, itu adalah satu perkara yang sedang kita bincang pada masa sekarang dan pihak PERKESO dalam usaha untuk meningkatkan sistem ICT mereka. Selepas itu dibuat, kita ada cadangan supaya laporan caruman ini dihantar kepada pihak pekerja...

final • 7:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ya, Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 7:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Saya juga selitkan soalan yang sama berkenaan dengan isu perlukah pindaan di bawah seksyen 24, Akta SOCSO mengenai laluan utama tuntutan boleh dibuat dan juga seksyen 106A mengenai timeframe ataupun dalam tempoh setahun itu dikaji semula supaya tidak tercicir mereka yang layak menuntut pampasan itu terlepas pandang dalam isu ini. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih. Saya ingat perkara ini telah dibawa kepada mahkamah. Saya ingat di High Court di Ipoh satu keputusan telah dibuat di mana hakim telah membuat keputusan supaya laluan alternatif boleh diterima.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Selepas keputusan itu dibuat, sekarang ada kes-kes tertentu di mana kita ada alasan-alasan tertentu yang membenarkan pihak PERKESO menerima bahawa keadaan itu mungkin ada benar bahawa laluan alternatif itu digunakan. Kita boleh menerima itu dan ini sudah diamalkan oleh pihak PERKESO pada masa sekarang Seterusnya ada satu soalan lain tentang penyakit yang wujud daripada pekerjaan walaupun sudah lepas bersara. Contohnya asbestosis. Kita tahu asbestosis kalau orang itu kerja di dalam satu kawasan di mana ada asbestos, memang kesannya boleh ambil masa 15 tahun hingga 20 tahun sebelum boleh dinampak. Di dalam keadaan itu, memang jelas bahawa hak mereka ialah ini adalah satu penyakit yang wujud daripada pekerjaan dan hak pekerja itu untuk mendapat tuntutan dan faedah daripada tuntutan itu ada walaupun lepas daripada 55 tahun. Cuma, penyakit-penyakit itu tidak berapa jelas. Ini di mana soalan wujud tetapi kalau boleh dibuktikan daripada pihak doktor bahawa penyakit ini mula semasa mereka kerja dan apa yang mereka telah didedahkan masa kerja dan penyakit ialah akibat daripada itu, tidak ada isu untuk mendapat bantuan daripada pihak PERKESO.

Yang Berhormat Kuala Langat telah bangkitkan tentang isu CEO PSMB dan saya pun telah terima aduan daripada kumpulan-kumpulan pekerja dan asas daripada satu perbincangan yang saya telah adakan dengan pihak Ahli Yang Berhormat dari Kuala Langat, saya telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan satu masalah beberapa bulan dahulu. Selepas itu, kita telah mengadakan satu siasatan dalaman dan sekarang asas kepada itu, apa yang kita nampak dan cadangan-cadangan yang kita terima, lepas itu sahaja kita akan ambil tindakan yang sepatutnya diambil kerana di dalam hal ini, kita kena ambil kira pandangan bukan sahaja satu pihak tetapi semua pihak yang terlibat di dalam itu.

final • 7:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 7:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri, perkara mengenai asbestos. Jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri kita semua faham.

Masalahnya ialah pesakit ini. Pesakit ini dia tidak tahu dia ada hak untuk menuntut dari SOCSO. Cadangan saya dalam public hearing committee dahulu, seperti di UK di mana dalam perkara yang sama di mana PERKESO sendiri menulis setiap tahun kepada pihak- pihak these are high risk employees di mana memberitahu hak mereka bahawa kamu perlu pergi mendapat pandangan perubatan jika mungkin kamu menghadapinya selepas 10 tahun. Sekarang walaupun kamu sudah 70 tahun mungkin menghadapi, jika ada, kita akan membuat bayaran. As a social responsibility. Itu nombor satu.

Nombor dua mengenai kuantum pencen dan sebagainya. Saya difahamkan tidak dinaikkan beberapa dekad. Adakah ini benar dan adakah perkara ini akan diambil perhatian supaya revision of pension kepada pihak-pihak yang beneficiary di dalam PERKESO ini?

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Cadangan supaya mereka diberi maklumat tentang bahayanya kerja di dalam satu persekitaran dan apa yang boleh berlaku daripada segi kesihatan mereka, itu adalah satu cadangan yang baik yang mungkin pihak PERKESO boleh bincang supaya pihak doktor yang menjaga pekerja-pekerja mereka pun atau pihak doktor yang ada di bawah majikan mereka diberi tanggungjawab supaya pengetahuan dan kesedaran ini dan kalau ada keperluan supaya PERKESO buat sedemikian di dalam bidang-bidang tertentu di mana ada risiko yang tinggi, mungkin kita boleh ambil kira pandangan Yang Berhormat tentang kaedah pencen PERKESO. Kaedah ini memang dikaji beberapa tahun sekali dan selepas itu dinaikkan mengikut satu peratusan yang bukan satu peratusan yang besar tetapi dinaikkan dengan mengikut kadar inflasi. Memang benar pencen di PERKESO ini mengikut kadar kenaikan baru-baru ini, saya ingat April pada tahun ini kita telah mengadakan satu perubahan dan kenaikan...

final • 7:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 7:20 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ya Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 7:20 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan isu yang saya bangkitkan tadi PBB iaitu tindakan Yang Berhormat Menteri, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana bila saya melaporkan, Yang Berhormat Menteri ambil tindakan menyelamatkan 97 mereka yang sepatutnya dapat bonus tapi telah diderhakai oleh CEOnya sendiri dan Yang Berhormat Menteri telah pun campur tangan dan alhamdulillah, semua selesai. Jadi 97 itu mendapat tempat mereka walaupun lembaga pengarah telah pun memutuskan tetapi telah dikhianati oleh CEO PBB sendiri.

Apa yang saya hendak masukkan ialah saya mohon Yang Berhormat Menteri supaya kaji semula kedudukan ini kerana tidak mungkin 97 itu tidak betul sedangkan yang seorang ini kita hendak jaga supaya rakyat keseluruhannya di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri sendiri dapat menikmati kehidupan yang selesa dan tidak terganggu mental mereka. Saya percaya dengan 97 laporan yang diterima ini, Yang Berhormat Menteri pun sudah terima laporannya, saya harap Yang Berhormat Menteri buat siasatan untuk adilkan semua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Menteri, sambung sedikit walaupun saya tidak bahas tadi tetapi apabila menteri sebut berkenaan dengan PERKESO ini saya tertarik tentang majikan pula. Tadi semua pekerja, ini majikan pula. Saya jadi majikan, saya menghadapi masalah dengan PERKESO ini sebab apabila kita buat potongan kepada pekerja kita, kadang-kadang kita buat potongan masuk caruman melalui bank, bank lambat masuk. Tiba-tiba sampai lima tahun, enam tahun baru PERKESO hantar surat kepada kita mengatakan tidak tercarum pada bulan tersebut lima tahun yang lepas.

Jadi bank menghantar surat kepada kita supaya membayar balik caruman tersebut termasuk 10 peratus faedah. Bayangkan kalau lima tahun, enam tahun, betapa banyak kita terpaksa bayar. Jadi saya harap menteri dapat menyelesaikan masalah pada majikan- majikan ini juga. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kita sedang meningkat sistem teknologi maklumat kita supaya isu-isu ini boleh dikenal pasti dengan lebih cepat dan mungkin secara automatik peringatan boleh diberi kepada pihak majikan supaya mereka boleh buat bayaran dan tentang apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat, saya menerimanya dan kita akan membuat siasatan di dalam satu suasana yang baik.

Ahli Yang Berhormat Pasir Mas telah bangkitkan tentang isu Nestle. Itu adalah satu kes tertentu dan saya tidak mempunyai butiran yang lengkap tentang hal ini tetapi kita akan siasat kerana aduan ini satu aduan yang memang serius dan apa yang telah dituduh ialah 300 orang telah hilang kerja. Saya akan lihat balik dan kalau betul, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya ke atas pihak syarikat yang berkenaan dan tentang retrenchment fund dan unemployment insurance.

Walaupun kerajaan telah menyediakan satu dana untuk memberi retrenchment fund semasa economic crisis itu kekangan yang dihadapi oleh kementerian ialah keadaan fund ini selepas kalau sudah habis fund itu nanti dan itu yang dibangkitkan oleh Kementerian Kewangan kepada pihak kementerian untuk buat sebagai permulaan semasa kegawatan ekonomi. Kerajaan mewujudkan dan memberikan dana ini supaya dapat memberi satu perlindungan kepada mereka yang telah ditamatkan kerja dengan serta- merta dan syarikat mereka tidak mampu bayar apa-apa pampasan.

Semasa kita bincang dengan pihak majikan dan pihak pekerja apakah langkah yang paling baik, kalau itu selepas apa yang telah disediakan oleh kerajaan yang mungkin dalam satu, dua tahun boleh habis, apakah langkah-langkah yang boleh diadakan untuk langkah yang berterusan? Bolehkah kita wujudkan satu tabung yang ada caruman oleh kedua-dua pihak yang boleh digunakan sebagai satu langkah untuk meneruskannya, kita tidak mendapat satu persetujuan di antara kedua-dua pihak tentang beberapa cadangan yang telah diberi. Banyak cadangan telah dibincangkan tidak mendapat satu persetujuan yang baik dan kementerian telah memutuskan mungkin ada lebih baik kita kerajaan lihat balik kepada satu skim unemployed insurance yang lebih holistik.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Untuk itulah kita telah melantik pihak ILO sebagai pakar rujuk dan sekarang mereka diberi tanggungjawab untuk membuat kajian awal dan memberi laporan kepada kerajaan sebelum bulan April tahun akan datang dan selepas itu dengan kita sudah tetapkan apakah langkah untuk satu jangka masa panjang, kerajaan akan boleh mula dengan skim retrenchment fund kerana selepas itu akan diteruskan untuk satu jangka masa yang berpanjangan.

Keputusan akan diasaskan kepada cadangan yang akan diberi oleh pihak ILO dengan mengambil kira undang-undang yang kita ada pada masa sekarang, skim-skim pampasan yang ada pada masa sekarang dan apa langkah sebaiknya yang paling baik untuk masa hadapan. Ya Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 7:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bachok di belakang lebih awal bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Baling.

final • 7:30 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan PERKESO. Sedikit mengenai PERKESO sebagaimana yang kita faham, potongan tertentu dibuat daripada majikan dan juga pekerja bertujuan adalah untuk sesuatu kemalangan dan sebagainya semasa bekerja, maka PERKESO akan cover. Akan tetapi persoalan yang saya terima sekarang ialah setelah sekian lama potongan itu dibuat daripada majikan dan juga pekerja, selepas daripada pekerja itu pencen maka dia tidak mendapat apa-apa pulangan dan tidak mendapat apa- apa imbuhan. Bagi saya, saya berpendapat itu sesuatu yang agak tidak menepati dengan hak-hak kemanusiaan dan juga lebih-lebih lagi dari batas agama sebab kita ambil duit orang dengan tujuan untuk cover, tiba-tiba dia tidak ada claim apa-apa dan jadi hak milik kita.

Bagi saya itu satu macam rampas ataupun bagaimana pandangan pihak kementerian bagi pekerja tadi apabila mereka sudah pencen, mereka tidak dapat pulangan sesuatu daripada PERKESO tetapi selama mana tempoh mereka pencen itu apabila berlaku kemalangan yang tidak disengajakan, sakit atau rawatan hospital, apakah PERKESO boleh memperuntukkan berasaskan kepada record, caruman tadi semasa bekerja, maka PERKESO boleh cover walaupun mereka sudah pencen sebab dia telah mencarum dahulu dalam PERKESO. Jadi apa pandangan Menteri?

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Yang Berhormat. Sistem PERKESO dan sistem KWSP berbeza. KWSP adalah sistem di mana pekerja mencarum kepada satu tabung sebagai satu penjimatan yang mereka akan dapat selepas mereka bersara dengan dividen-dividen yang telah ditentukan. Ini adalah satu savings tetapi sistem PERKESO adalah sistem insurans di mana ini adalah satu skim solidarity. Skim solidarity di mana satu kumpulan pekerja telah memutuskan untuk memberi perlindungan kepada satu dengan yang lain. Kalau 100 orang mencarum, mungkin dalam 100 orang, seorang sahaja akan mendapat kemalangan dan dia diberi perlindungan. Itulah maksudnya sistem solidarity.

Kalau kita mahu tukar sistem PERKESO yang ada pada masa sekarang kepada satu sistem saving seperti yang telah dimaksudkan oleh Yang Berhormat itu supaya pulangan diberi daripada apa yang telah dicarum. Boleh dibuat tetapi apa yang akan berlaku ialah peratusan caruman yang dibuat itu akan naik berlipat kali ganda kerana untuk memberi perlindungan yang sama, sekarang semua pekerja caruman mereka agak kurang.

Kedua-dua majikan dan pekerja di lingkungan 5 peratus sahaja dan ini adalah satu caruman yang paling rendah dan PERKESO boleh dikatakan ialah satu sistem insurans yang paling berkesan di dalam negara kita pada masa sekarang iaitu dengan caruman yang begitu rendah, bayaran yang begitu kurang, mereka mendapat satu perlindungan yang begitu besar dan kalau apa-apa berlaku, pension diberi kepada mereka sampai mereka mati dan kalau mereka mati, diberi kepada isteri dan anak-anak sampai 21 tahun dan ini diberi dengan caruman yang begitu rendah sahaja.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kalau kita mahu mengekalkan caruman di peringkat rendah memang perlindungan pun terhad kepada apa yang boleh diberi. Kalau perlindungan diperluaskan, kita sudah bincang ini jadi contohnya bolehkah perlindungan diberi kepada mereka semasa selepas bekerja. Bolehkan perlindungan diberi kepada perjalanan yang tidak meliputi perjalanan daripada tempat rumah kepada tempat kerja dan bolehkah perlindungan diberi seperti apa yang Ahli Yang Berhormat cadangkan diberi selepas mereka sudah bersara.

Kalau semua ini mahu dibuat, apa yang kita kena buat ialah kaji balik apa yang dibuat oleh pihak PERKESO, meningkatkan lagi caruman yang ada, mungkin beberapa kali ganda supaya ada perlindungan-perlindungan lebih luas yang telah dicadangkan. So itu isunya dan pihak PERKESO telah cuba untuk kaji pelbagai jenis dan kalau ada mungkin kita ada cadangan untuk meningkatkan dan memperluaskan sedikit daripada apa yang diberi pada masa sekarang, pada masa apabila kita menaikkan lagi caruman kalau apabila caruman dinaikkan, mungkin pada masa itu pihak PERKESO kena lihat kepada macam mana perlindungan boleh diluaskan.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Satu lagi isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat ialah tentang SLDN dan pencapaiannya...

final • 7:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

SLDN ialah satu skim yang diwujudkan...

Selepas ini ya Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang diwujudkan untuk memberi latihan pada mereka yang tidak mencapai satu kelulusan yang tinggi di dalam peperiksaan SPM. Satu peluang alternatif di mana sistem latihannya berbeza daripada sistem latihan yang lain, di mana mereka buat latihan di peringkat institusi, selepas itu mereka buat latihan di peringkat majikan dan penekanan diberi kepada latihan di peringkat-peringkat majikan.

Pada masa dahulu, seperti pencapaian yang telah diterangkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi iaitu 41 peratus sahaja pencapaiannya yang mendapat sijil. Ada banyak sebab. Sebab di peringkat majikan, di peringkat institusi dan di peringkat pelajar sendiri.

Ada pelajar yang tidak mengikuti kursus, yang datang untuk beberapa bulan tetapi tidak menamatkan. Kita telah mengkaji balik isu-isu ini dan pelbagai jenis langkah telah dibuat pada tahun ini untuk meningkatkan lagi pencapaian di peringkat SLDN.

Salah satu daripadanya ialah untuk memberi bayaran untuk pihak institut yang tidak dibuat pada masa sekarang. Untuk memastikan majikan yang sebenarnya-benarnya mahu memberi latihan kepada mereka diberi peluang untuk menjalankan program ini dan untuk melalui sistem mentoring, yang lebih baik. Saya berharap dengan langkah-langkah pembaikan yang telah dibuat, SLDN akan mencapai sasaran ini sebagai satu skim yang baik.

Kita pun ada perhubungan dengan pihak latihan vokasional di negeri Jerman, di mana ini menjadi satu sistem yang paling besar digunakan dan telah menunjukkan satu kejayaan. Kita sedang telah mendapat manfaat daripada pengalaman mereka dan akan gunakan perubahan-perubahan yang supportive dibuat supaya boleh meningkatkan lagi pencapaian pihak SLDN.

Tentang PTPK iaitu Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, ini adalah satu tabung pinjaman dan memang keperluan pinjaman begitu tinggi tetapi bilangan yang kita boleh memberi sokongan ialah terhad kepada jumlah peruntukan yang diberi kepada Kementerian Sumber Manusia. Kita pun ada isu kerana ini ialah satu skim pinjaman dan bayaran balik walaupun di dalam lingkungan 70 peratus tetapi masih ada lebih kurang RM400 juta yang belum dibayar balik oleh mereka yang telah mendapat pinjaman ini. Kita sedang berusaha di dalam beberapa langkah supaya pungut balik duit yang sudah diberi sebagai pinjaman. Kalau dana itu lebih besar, memang kita boleh memberi manfaat kepada satu bilangan yang lebih besar bukan sahaja untuk tenaga pelajar tetapi untuk kolej-kolej latihan pendidikan vokasional di peringkat swasta.

Di Sabah dan Sarawak, ada tujuh institusi latihan kemahiran yang di bawah Kementerian Sumber Manusia, di Sandakan, Labuan, Samarahan, Kota Kinabalu, Miri dan baru-baru ini ADTEC di Bintulu.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Kita akan meningkatkan lagi bilangan murid-murid yang menjalankan latihan di dalam institusi ini untuk mencapai keperluan tenaga pekerja-pekerja mahir di negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Tentang aduan daripada Ahli Yang Berhormat Sepanggar tentang child labour yang berlaku...

final • 7:40 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Tuan Pengerusi, ada...

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya.

final • 7:40 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Berhubung dengan pekerja mahir. Boleh kalau saya ingin mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.

Pekerja yang datang dari luar negara. Persoalan timbul sekarang ini ialah dari segi sensitiviti tempatan terutama dari segi adat resam, susila, budaya, agama dan sebagainya.

Adakah kerajaan sedar bahawa ada pekerja-pekerja luar negara yang datang bekerja di Malaysia, mereka tidak memahami sensitiviti tempatan negara ini sendiri yang berkaitan dengan adat resam, susila, budaya dan lebih-lebih lagi agama. Dengan sebab itu, timbul beberapa krisis sosial dalam negara kita yang mungkin keadaan ini berbeza dalaman dengan luar. Jadi, apakah Yang Berhormat bersetuju kalau pengurusan sumber manusia ini juga mengambil langkah untuk mengadakan suatu short course kepada mereka sebelum mereka turun padang, supaya mereka dapat memahami apa susila, adat resam orang di sini. Begitu juga dari segi sensitiviti keagamaan supaya pergaulan mereka dalam masyarakat dan di tempat mereka bekerja lebih-lebih lagi, lebih membentuk suasana harmoni, yang saya rasa sekali gus membantu untuk mengurangkan jenayah dan sebagainya.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pada masa sekarang course induksi telah diadakan di dalam beberapa negara tetapi bukan diwajibkan supaya di buat untuk semua kalangan pekerja daripada semua negara tetapi itu ialah satu cadangan yang di bawah pandangan kementerian pun. Macam mana kita boleh memerlukan satu course induksi yang akan mendedahkan bakal pekerja-pekerja ini kepada kebudayaan, undang-undang dan sensitiviti di dalam negara kita supaya tingkah laku mereka selepas mereka sudah masuk dan kerja sebagai pekerja ialah selaras dengan harapan kita.

Untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar tentang child labour yang telah dilaporkan. Saya ingat ini ialah satu perkara yang memang kita ambil berat di peringkat kementerian dan di dalam undang-undang kita yang telah dibuat pindaan pada tahun yang lalu, memang jelas seorang yang tidak boleh bekerja, yang berumur kurang daripada 18 tahun. Kalau yang mahu kerja daripada 16 sampai 18 tahun, mereka kena mendapatkan kebenaran dan boleh kerja di dalam pekerjaan-pekerjaan tertentu sahaja yang tidak membahayakan mereka atau tidak akan mendapat apa-apa kesan negatif kepada mereka. Ini sudah dijelaskan dan kalau ada kes-kes tertentu di mana child labour, ini boleh diadukan kepada pihak kementerian dan kita akan ambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka.

Yang Berhormat Kulim dan Yang Berhormat Tangga Batu telah membangkitkan tenang isu tertentu. Pertama, ialah tentang Petronas Tangga Batu yang telah memberhentikan pekerja dan menafikan peluang kenaikan pangkat dan kenaikan gaji kepada mereka. Yang Berhormat Kulim tentang kes-kes di ERCD di mana kawasan telah disalahgunakan oleh pegawai-pegawai di situ dan diskriminasi dibuat, diasaskan kepada perkauman.

final • 7:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ini ialah tuduhan-tuduhan tertentu dan saya akan minta pegawai-pegawai di peringkat kementerian untuk membuat siasatan kepada kes-kes ini dan ambil tindakan ke atasnya selepas mendapat bukti yang sebenarnya. Ahli Yang Berhormat Bukit Mertajam...

final • 7:40 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, jadi adakah jawapan akan diberi selepas itu?

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya, selepas itu.

final • 7:40 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim-Bandar Baharu

Selepas itu?

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya.

final • 7:40 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim-Bandar Baharu

Okey, terima kasih.

final • 7:40 PM

Timbalan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Secara bertulis. Yang Berhormat Bukit Mertajam telah meminta tentang apa langkah yang dibuat untuk memberi, menjaga kebajikan pekerja wanita. Memang di dalam sistem, akta kita tidak ada diskriminasi. Sebenarnya kalau kita lihat pada masa sekarang contohnya di dalam sektor awam, peratusan wanita yang bekerja memang lebih banyak daripada pekerja lelaki dan sekarang contoh di dalam bidang-bidang tertentu, bilangan peratusan wanita memang lebih banyak daripada pekerja lelaki.

Akan tetapi ada isu-isu tertentu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah tentang kemudahan-kemudahan baru yang disediakan untuk membenarkan pihak wanita yang mungkin ada tanggungjawab keluarga dan masih tidak mahu bekerja contohnya system flexi working, home working, tele working dan sebagainya. Ini sebahagian daripada rancangan kementerian dan kita telah mengadakan kempen untuk meminta dan menggalakkan pihak majikan supaya mereka boleh mengadakan program-program tersebut.

Kita berjaya di dalam home working untuk bantu lebih kurang 4,000 orang pekerja wanita, di mana dengan kerjasama beberapa industri, peluang pekerjaan diwujudkan di tempat mereka tinggal sahaja dan melalui ini mereka telah berjaya. Akan tetapi, untuk flexi working dan home-working ini, usaha dibuat oleh kerajaan. Baru-baru ini pun kita telah meluluskan regulations, peraturan part-time working dengan tujuan yang sama iaitu salah seorang majikan boleh mewujudkan peluang untuk seseorang pekerja untuk bekerja untuk satu masa yang tertentu; empat jamkah, lima jamkah, bergantung pada kebolehan mereka.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Saya berharap dengan masa ini akan diterima oleh pihak majikan dan mereka akan selesa dan senang dengan sistem-sistem ini dan tampil ke hadapan untuk menawarkan peluang-peluang iaitu home-working, tele-working dan part-time work dan kita boleh memberikan peluang yang lebih banyak kepada this latent workforce yang ada di dalam negara kita ini. Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 7:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tiga hal. Satu, saya tidak mendapat apa-apa ulasan mengenai penggabungan EPF dan SOCSO ini. Ini cadangan yang banyak lama. Itu nombor satu.

Nombor dua, mengenai retrenchment fund. Nampaknya walaupun satu pengumuman telah dibuat oleh kementerian tetapi nafasnya sudah mati. What is the follow up dengan mengatakan bahawa pada dasarnya ada pengagihan wang daripada kerajaan, bukankah RM15 juta, kalau saya tidak salah. Apa yang akan terjadi kepada itu dan akhir sekali, SLDN yang ditegur oleh audit report? Adakah sasaran 41,000 orang yang termahir itu akan dicapai? Kalau tidak, apakah yang akan dibuat?

final • 7:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih. Saya memang faham bahawa ada rancangan sejak Rancangan Malaysia Keenam, sudah ada rancangan seperti ini. Akan tetapi masih mengambil masa yang panjang dan tidak dapat laksanakan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu, bilakah agaknya ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat sahaja supaya boleh lebih ramai wanita kita dapat manfaat daripada program ini.

Apakah pandangan ataupun pendirian kementerian tentang gender balance dalam semua sektor?

Ini kerana seperti yang dikatakan, bukan katakan wanita sudah dominated dalam bidang sektor perguruan, sektor jururawat. Memang. Akan tetapi, kita yang hendak balance, lebih balance di dalam semua pekerjaan khasnya di tempat-tempat tinggi, kedudukan tinggi yang mana membuat keputusan seperti YDP. Kerja YDP ini, ia kata Datuk Bandar.

Namanya pun Datuk Bandar. Bukan semuanya Datuk. Datuk, memanglah selalunya lelaki.

Seramai 146 orang Datuk Bandar [Disampuk] Hanya empat...

final • 7:50 PM

Beberapa Ahli

‘Datin Bandar’.

final • 7:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

‘Datin Bandar’ pun tidak boleh... [Ketawa] [Disampuk] Ini kerana husband nya, kalau suaminya bukan Datuk, dia pun tidak boleh ‘Datin Bandar’... [Ketawa] [Dewan riuh] Jadi, enam orang sahaja saya rasa, 146 orang Datuk Bandar hanya enam orang sahaja wanita. Di sinilah yang kita katakan gaps sangat besar. Kita harap ia boleh dikecilkan... [Disampuk] Sokong, ya? Terima kasih. Akan tetapi, tidak ada rancangan, tidak ada program untuk...

final • 7:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Tuan Pengerusi, sebab jawatan itu, istilah pun sudah tidak sesuai.

final • 7:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Betul.

final • 7:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Jadi, memang tidak sesuai untuk wanita pun.

final • 7:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi, bagaimana? Kerja itu tidak sesuai kah atau...

final • 7:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Jadi, beri kepada lelakilah... [Dewan riuh]

final • 7:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

...Ataupun jawatan itu tidak sesuai kah?

final • 7:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya sokong Yang Berhormat Bukit Mertajamlah. Beri kepada wanita jugalah sedikit.

final • 7:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Ketawa] Jadi, saya rasa ini perlu lebih berhati-hati, lebih sensitif supaya kita lebih balance, gender balance.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kerajaan memang sensitif dan sekarang, contoh di universiti, 65 peratus sampai 70 peratus ialah daripada perempuan. Selepas itu, mereka yang akan mengambil peluang-peluang pekerjaan yang tinggi. Ini yang akan berlaku. Oleh itu, tiada diskriminasi dan perubahan ini akan berlaku dengan masa.

final • 7:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Biarlah saya jawab Yang Berhormat Ipoh Barat iaitu isu tentang penggabungan EPF...

final • 7:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Bukan. Bukan.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sudah selesai.

final • 7:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang Berhormat Menteri, saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu lebih tahu tentang gender ini, yang kita bukan kata di universiti, semua wanita dapat pergi ke universiti bukan kerana ada rancangan untuk memperbanyakkan wanita untuk pergi ke universiti. Ini yang pertama.

Kedua, walaupun universiti lebih ramai wanita tetapi pada last 20 years, bilangan wanita yang bekerja tidak bertambah. Percentages nya tidak bertambah. Jadi, apakah sebabnya? Tahukah? Adakah Yang Berhormat Menteri tahu, sedar, apakah sebabnya?

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi, saya rasa tidak boleh...

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Saya sudah jawab soalan itu. Saya sudah jawab soalan ini.

final • 7:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Khasnya, Yang Berhormat Menteri, di dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di dalam kementerian Yang Berhormat Menteri, ada seorang wanita. Saya rasa, berilah beliau. Mungkin beliau lebih faham tentang isu ini. Mungkin hendak beliau yang menjawab. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Okey. Tiada rancangan untuk menggabungkan KWSP dan PERKESO pada masa sekarang kerana skim-skim yang berbeza ini.

final • 7:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Menteri, yang tersuratnya Yang Berhormat Menteri perlu habis sebelum pukul 8 malam.

final • 7:50 PM

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Ya, sekarang... [Ketawa] Pada masa sekarang dan kerana dua skim yang berbeza dan cadangan Yang Berhormat akan diterima. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan...

final • 7:50 PM

Beberapa Ahli

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM652,319,900 untuk Maksud B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Wang sebanyak RM652,319,900 untuk Maksud B.46 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM655,424,800 untuk Maksud P.46 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM655,424,800 untuk Maksud P.46 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.

final • 7:50 PM
Maksud B.47 [Jadual] - Maksud P.47 [Anggaran Pembangunan 2012] -

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Kepala Bekalan B.47 dan kepala Pembangunan P.47 di bawah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, terbuka untuk dibahas.

final • 7:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 7:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ringkas-ringkas sahaja Menteri... [Disampuk] Butiran 020000 - Penerangan, 050100 - Rancangan, 050200 - Operasi Penyiaran.

final • 7:57 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Penjelasan Yang Berhormat... [Ketawa]

final • 7:57 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya cuma hendak bertanya satu perkara.

final • 7:57 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Dia hendak bertanya.

final • 7:57 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Siaran radio Suara Malaysia yang ditamatkan itu, ramai pihak yang pendengar selama ini, yang mengikuti siaran ini mereka minta supaya di hidupkan semula kerana banyak ilmu terutama agama yang dapat diulas oleh radio ini yang memberikan manfaat kepada orang Islam. Itu satu. Jadi, saya haraplah, siaran radio Suara Malaysia ini dapat dihidupkan kembali. Cuma kata akan diubah untuk diakses melalui internet. Kalau internet perlukan duit. Jadi, membebankan rakyat. Siaran yang sangat baik, yang selama ini memberikan faedah kepada orang-orang Islam yang mengikuti siaran ini pada waktu malam, mereka amat berterima kasih kalau

final • 7:57 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

dapat dihidupkan semula supaya ilmu yang disampaikan oleh radio Suara Malaysia ini dapat dinikmati oleh orang-orang Islam khususnya.

Jadi, ia pun banyak bahasa sebenarnya. Jadi, supaya dapat dihidupkan semulalah. Kita punya peruntukan untuk menguruskan pembangunan tahun depan ini RM2 bilion, RM2.8 bilion. Jadi, tidak ada sebablah soal duit kerana radio ini telah berjaya sebenarnya menyampaikan ilmu kepada pendengar-pendengar. Mengapa matlamat radio hendak menyampaikan itu hendak diberhentikan? Jadi, saya harap dapat di teruskan semula.

final • 7:57 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hendak tanya sekejap Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 7:57 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi, saya tidak hendak bercakap panjang Tuan Pengerusi kerana kita juga hendak menunggu siaran langsung daripada radio...

final • 7:57 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 7:57 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Daripada televisyen.

final • 7:57 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sama-sama Yang Berhormat.

final • 7:57 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya minta penjelasan ini Yang Berhormat.

final • 7:57 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Menyambut kemenangan Malaysia 2-0 pada malam ini.

final • 7:57 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Hah! Itu dia Yang Berhormat. Beri semangat.

final • 7:57 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Ramalan. Ramalan itu.

final • 7:57 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Tuan Pengerusi, kita sudah menjadi precedent.

Orang yang menunggu lambat ini Tuan Pengerusi, beri keistimewaan untuk esok. Jadi, boleh?... [Dewan riuh]

final • 7:57 PM

Beberapa Ahli

Ambil nama.

final • 7:57 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ambil nama. Tuan Pengerusi, ambil nama Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 7:57 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Akan ditentukan esok.

final • 7:57 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sebagai bonus galakanlah untuk...

final • 7:57 PM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Arau, dia tunggu hujung sahaja.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 7:57 PM

Seorang Ahli

Kasihan Yang Berhormat Arau.

final • 7:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 22 November 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.00 malam.

final • 7:57 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026