Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah kerajaan bercadang agar banduan yang menjalani hukuman di luar penjara akan diserapkan atau ditempatkan sebagai buruh bagi menggantikan tenaga pekerja asing di pelbagai sektor yang selama ini dikuasai oleh mereka selain ia juga dapat menyediakan para banduan bagi menghadapi kehidupan selepas mereka bebas nanti.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krau yang mengemukakan pertanyaan pada pagi ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, berdasarkan undang-undang di bawah Akta Penjara 1995, seseorang banduan boleh menjalani hukuman di luar penjara melalui pelepasan secara perintah parol atau menyertai Program Pemulihan Pemasyarakatan. Untuk membolehkan banduan berkaitan mengikuti program hukuman di luar penjara ini, dia mestilah dari kalangan banduan yang sedang menjalani hukuman penjara lebih dari setahun dan juga telah mencapai tahap pemulihan yang cemerlang semasa mereka dalam penjara.
Matlamat banduan-banduan menjalani hukuman di luar penjara adalah bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar di luar tembok sebagai persediaan apabila mereka dibebaskan sepenuhnya. Berdasarkan kepada matlamat ini, pihak berkuasa penjara sentiasa membantu bantuan yang berkaitan mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang sesuai yang boleh dilakukan oleh mereka.
Di atas usaha ini, didapati kebanyakan mereka telah dapat mewujudkan persefahaman di antara mereka dengan majikan masing-masing sehinggakan mereka dapat terus kekal berkhidmat setelah dibebaskan dari hukumannya. Selain itu, mereka juga didapati berjaya mengintegrasikan diri mereka dalam masyarakat serta meneruskan kehidupan diri bersama keluarga setelah dibebaskan.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan Program Pemulihan Pemasyarakatan, ia adalah salah satu daripada inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), lantaran daripada pemikiran blue ocean strategy bagi mengurangkan kadar recidivist dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan kesesakan dalam penjara. Program ini adalah program yang dijalankan secara kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan di mana banduan ditempatkan di blok-blok penempatan yang dibina di beberapa kem tentera.
Tuan Yang di-Pertua, banduan yang terpilih menjalani program pemulihan pemasyarakatan diberi latihan pendedahan dalam pelbagai bidang pekerjaan seperti kerja-kerja pembersihan, pembaikan kecil bangunan-bangunan kem, pemotongan rumput dan landskap dengan kerjasama anggota tentera dan anggota penjara. Semasa menjalani latihan pekerjaan berkenaan, banduan diberi elaun insentif yang lebih tinggi berbanding banduan dalam penjara.
Selain menjalankan pekerjaan seperti dinyatakan tadi, mereka juga diberi latihan dalam bidang pertanian seperti menternak ikan dan menanam sayur-sayuran secara besar-besaran. Selain itu, kursus-kursus kemahiran bersijil seperti kursus refleksologi, asas komputer, asas motor mekanik, asas penghawa dingin dan landskap turut diterapkan untuk faedah banduan. Kursus-kursus ini dijalankan melalui kerjasama dengan Jabatan Tenaga Manusia, CIDB dan juga kolej komuniti.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Dari usaha-usaha yang telah dijalankan ini, ia didapati berjaya dan mencapai matlamat yang disasarkan. Keberkesanan program ini boleh dilihat melalui penurunan kadar recidivist di kalangan banduan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi bekas banduan yang dibebaskan di bawah program ini, pada dasarnya mereka selepas dibebaskan mempunyai kebebasan untuk menyertai mana-mana sektor pekerjaan berasaskan kecenderungan dan kemahiran yang mereka miliki. Oleh itu, kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk menempatkan mereka sebagai buruh bagi mengganti tenaga pekerja asing. Terima kasih.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan kerana banduan juga adalah rakyat di dalam negara kita yang mempunyai tanggungjawab dan pembelaan kebajikan mereka juga harus diutamakan.
Soalan saya daripada jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan bahawa banduan-banduan diberikan peluang untuk meningkatkan kemahiran di dalam bidang masing-masing dan ada yang terlibat dalam pembinaan dan sebagainya termasuk juga bagi ternakan ikan keli dan juga tanaman sayur-sayuran.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said - Kuala Krau
Soalan saya sejauh manakah kejayaan bagi banduan-banduan tersebut apabila keluar dan mereka ini terus menumpukan kepada bidang yang telah diberikan kemahiran semasa di dalam penjara khususnya seperti pertanian dan sebagainya.
Saya mohon penjelasan berkenaan dengan kejayaan di bawah matlamat NKRA dalam mengurangkan recidivist di kalangan banduan tersebut dan kadar recidivist di dalam negara kita, berapa peratus kah mereka ini kembali ke penjara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Memang dasar penjara pada hari ini, di mana untuk memulihkan banduan kita bukan hanya meletakkan mereka di bawah ataupun di dalam tembok sahaja tetapi apa yang lebih penting mereka perlu diterapkan dan integrated dengan masyarakat itu.
Jadi program-program yang dilaksanakan semasa mereka menjalani program di bawah pemasyarakatan di mana penternak ikan umpamanya bidang pertanian dan ini kalau kita lihat daripada apa yang telah mereka laksanakan di bawah program ini yang ditempatkan di kem-kem tentera bahawa telah terdapat kejayaan-kejayaan cemerlang. Di mana kalau daripada program yang dijalankan ini kejayaan yang diperoleh terdapat daripada sayur-sayuran yang ditanam oleh banduan-banduan ini yang melibatkan penanaman cili hijau dan cili merah yang dikeluarkan pada bulan Oktober sebanyak 1,590 kilogram yang mana dapat dijual secara borong dengan pulangan sebanyak RM7,950.
Begitu juga digalakkan untuk membela ikan keli, di mana dalam usaha ini sebanyak tiga tan telah dikeluarkan dan nilai jualan bagi ikan ini sebanyak puratanya RM10,500. Daripada apa yang telah dijualkan ikan-ikan ini, masih ada lagi ikan-ikan yang belum dituai dan inilah program di mana kita dapat melatih ini dan apabila mereka balik ke pangkuan masyarakat nanti maka mereka akan dapat meneruskan usaha- usaha seperti ini untuk mendapatkan pendapatan bagi mereka hidup bersama dengan masyarakat dan keluarga.
Sehubungan dengan pemulihan untuk banduan ini, matlamat di bawah NKRA adalah untuk mengurangkan recidivist. Apa yang dilihat semenjak kita melaksanakan program ini bagi tempoh Mei 2011 sehingga 8 November 2011 di mana banduan- banduan ini seramai 523 orang banduan yang telah dibebaskan didapati belum ada lagi banduan yang berulang masuk ke penjara ataupun recidivist. Jadi daripada ini, kita dapat melihat bahawa program ini adalah satu program yang memberikan kejayaan kepada banduan-banduan kita.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkan nyatakan apakah bentuk bantuan spesifik yang dihulurkan kepada bekas banduan yang telah menjalani hukuman. Sebab saya rasa yang paling penting untuk dihulurkan bantuan adalah dari segi geran pelancaran perniagaan atau bantuan kewangan kepada mereka.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ini kerana saya ada didatangi oleh bekas banduan ke pejabat, dia kata; “Saya telah mempunyai kepakaran untuk mengukir kayu, jadi saya ingin memulakan perniagaan sendiri dan mendapatkan produk-produk dari penjara tetapi mengalami sedikit kesulitan sebab pihak penjara memerlukan cagaran wang sejumlah tertentu”.
Jadi bukan sahaja Yang Berhormat kata akan memberikan sokongan dan bantuan serta kerjasama agar mereka boleh diterima oleh masyarakat untuk mengambil mereka bekerja tetapi bagaimana bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan sendiri. Apakah sokongan yang akan diberikan atau bantuan kewangan yang diberi lebih-lebih lagi mereka yang telah menjalani hukuman untuk satu tempoh yang agak lama dan mempunyai keluarga, isteri dan anak yang benar-benar ingin memulakan kehidupan baru. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah itu memang satu perkara yang baik tetapi pada dasar hari ini di mana pihak penjara hanya menyediakan kemahiran, menyediakan ilmu semasa mereka berada di dalam penjara dan di dalam konteks untuk menyediakan modal untuk mereka meneruskan perniagaan hasil daripada ilmu yang mereka peroleh di dalam penjara, pihak penjara tidak ada peruntukan disediakan.
Walau bagaimanapun, saya percaya banyak dana seperti TEKUN dan lain-lain boleh dipohon dan boleh meneruskan perusahaan ini dan ada juga kita lihat di mana ada di antara banduan yang keluar, yang mahir dalam bidang membetulkan kasut, memperbaiki serta mencuci kasut. Kita lihat ia tidak memerlukan modal yang begitu banyak tetapi hanya memerlukan kemahiran. Hanya duduk di tepi kedai, saya percaya mereka akan dapat pelanggan-pelanggan untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan seperti ini. Terima kasih.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, boleh memohon satu soalan tambahan?
Tuan Yang di-Pertua
Pendek, singkat Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya pendek.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ingin tanya dalam program pemulihan, saya difahami daripada jawapan iaitu melibatkan Kementerian Pertahanan. Adakah program ini juga melibatkan NGO atau pihak swasta supaya banduan ini selepas keluar sudah ada peluang untuk mereka diterima oleh masyarakat umum. Bolehkah saya minta penjelasan, terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat daripada Kota Melaka, ini orang kampung saya.
Soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka berkaitan dengan program yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertanian adalah program berkaitan dengan di bawah program perkhidmatan masyarakat. Akan tetapi ada juga program yang mana di bawah Program Perintah Kehadiran Wajib, di sini di mana hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah di mana mereka perlu melaksanakan tugas-tugas masyarakat, di mana diletakkan di tempat-tempat, rumah- rumah perlindungan dan lain-lain tempat kebajikan. Jadi ada hubung kait dengan masyarakat seperti mana Yang Berhormat cakap tadilah. Terima kasih.
2. Tuan M. Manogaran [Telok Intan] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan:
(a) apakah kriteria akademik untuk didaftar masuk di IPTA selain dari STPM; dan
(b) adakah kelulusan A-Level diterima sebagai kriteria untuk memasuki IPTA.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kelayakan akademik bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau IPTA selain Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia adalah Sijil Matrikulasi Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, diploma atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat.
Sehubungan dengan itu, kelayakan atau kelulusan A-Level adalah antara kelayakan yang diterima bagi permohonan kemasukan ke IPTA, semua pemohon adalah wajib memenuhi syarat am yang ditetapkan iaitu mempunyai SPM dan mendapat kredit dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia serta lulus Tahap Satu dalam MUET. Sekian.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan satu kriteria atau keperluan kemasukan ke IPTA yang common entrance untuk kesemua murid.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Ini kerana apa yang kita nampak sekarang adalah kebanyakan murid-murid yang masuk ke IPTA aliran dari STPM adalah bukan Melayu dan yang memasuki melalui matrikulasi adalah dari kaum Melayu. Saya rasa untuk perpaduan kaum di negara kita, adalah lebih wajar untuk mengadakan satu common entry examination untuk IPTA. Ini akan mengetepikan ataupun membawa satu keselesaan dalam fikiran murid-murid bahawa mereka dipinggirkan. Ini kerana apa yang murid-murid katakan sekarang adalah STPM itu lebih susah untuk lulus berbanding dengan matrikulasi ataupun bagi semua kaum peluang yang saksama dan adil untuk memasuki IPTA melalui matrikulasi. Bolehkah ini ditimbangkan oleh kerajaan ataupun ada rancangan oleh kerajaan untuk mengamalkan satu common entrance examination? Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negara kita ini masih merupakan sebuah negara yang sedang membangun dan memang merupakan kita mempunyai berbilang kaum dan banyak benda yang kita mesti ambil perhatian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cara yang sekarang kita akan teruskan sebab apa yang kita terima memang pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat tawaran ke universiti memang bertambah. Hanya untuk tahun ini, sejumlah 64.7 peratus calon lepasan STPM, matrikulasi atau asasi telah memohon untuk program ijazah pertama.
Dari bilangan tersebut, seramai 53,216 ataupun 82.2 peratus calon telah mencapai kelayakan minimum iaitu nilai PNGK 2.00 ke atas serta memenuhi syarat am permohonan kemasukan ke IPTA. Bilangan tempat yang ditawarkan adalah sebanyak 41,267. Bilangan ini merupakan 77.5 peratus daripada 53,216 calon yang layak. Oleh itu, terdapat peningkatan sebanyak 1.9 peratus bagi calon yang mendapat tempat bagi sesi akademik 2011/2012. Jadi, bagi Kementerian Pengajian Tinggi, ini memang merupakan satu pencapaian yang memuaskan. Sekian.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Syarat kemasukan sama ada minimum dan sebagainya ke IPTA ini memang satu yang perlu bagi kita memastikan supaya kualiti pelajar-pelajar yang akan masuk ini dan akan keluar, terdiri daripada mereka yang akan menunjukkan kehebatan dari segi pencapaian akademik dan sebagainya.
Jikalau ikut maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, lebih kurang, tidak silap saya, 20 peratus lagi tidak layak untuk masuk ke IPTA.
Maknanya, daripada hanya 80 peratus sahaja. Jadi, hari ini kita lihat banyak IPTS yang tumbuh macam cendawan dan saya mendapat rungutan daripada sebahagian ibu bapa, di mana mereka mengatakan bahawa sebahagian IPTS ini ditubuhkan ataupun lahir di negara kita ini, lebih bersifat perniagaan, mencari pendapatan. Ini satu kesan yang cukup tidak baik. Jikalaulah tadi 80 peratus mungkin pelajar kita boleh masuk IPTA tetapi sebahagian daripada mereka tidak mendapat masuk dan mereka terpaksa masuk ke IPTS.
Jadi, saya hendak tahu apakah langkah kerajaan bagi memastikan supaya pelajar-pelajar yang masuk ke IPTA-IPTS ini akan dijamin kualiti mereka kerana saya difahamkan banyak daripada mereka ini kadang-kadang akhirnya keluar dengan keadaan sama ada sahsiahnya ataupun dari segi kualiti akademiknya tidak baik. Ini kerana IPTS tadi adalah lebih kepada perniagaan (commercial), dengan izin.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Saya hendak tahu berapakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadap IPTS-IPTS yang telah menjalankan kegiatan ini, yang menyalahi peraturan yang ditentukan oleh kerajaan. Terima kasih banyak.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang KPT telah mengambil banyak tindakan untuk memastikan bahawa kualiti sama ada di IPTA dan IPTS memang sampai pada satu tahap yang memuaskan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPT memang mengambil serius tentang apa- apa kesalahan yang dilakukan oleh semua IPTS. Jikalau ada, kita akan kenakan kompaun. Daripada aduan yang kita terima, memang dari semasa ke semasa, aduan itu semakin berkurangan. Dalam tiga tahun yang lepas, saya sendiri telah banyak jumpa dengan pelajar dan dengan IPTS. Jadi, kita akan cuba selesaikan masalah yang dihadapi kalau ada aduan. Sekian.
3. Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apa insentif khusus yang diberikan kepada sektor pembuatan untuk menarik minat mereka membuka kilang di luar bandar.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, pelbagai insentif fiskal dan bukan fiskal telah disediakan bagi menarik minat para pelabur untuk melabur di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia.
Insentif utama yang ditawarkan oleh kerajaan untuk sektor perkilangan adalah galakan taraf perintis iaitu pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus hingga 100 peratus daripada pendapatan berkanun bagi tempoh lima hingga 10 tahun dan elaun cukai pelaburan iaitu 60 peratus hingga 100 peratus daripada jumlah pelaburan modal yang layak dibuat oleh syarikat dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Elaun ini boleh diguna pakai bagi mengurangkan sebanyak 70 peratus hingga 100 peratus daripada pendapatan berkanun tahunan sehingga keseluruhan elaun tersebut selesai dituntut. Galakan taraf perintis dan elaun cukai pelaburan ini ditawarkan kepada aktiviti- aktiviti atau produk-produk yang digalakkan. Antaranya untuk syarikat-syarikat kecil, syarikat-syarikat berteknologi tinggi, industri-industri terpilih dan projek-projek strategik.
Di samping itu, kerajaan juga menawarkan skim galakan istimewa atau pre- packaged incentive, dengan izin. Skim ini ditawarkan untuk projek-projek yang disasarkan yang berteknologi tinggi, bernilai tambah tinggi, berdasarkan pengetahuan dan mempunyai nilai rantaian yang meluas. Antara insentif-insentif lain yang ditawarkan melalui skim ini selain galakan taraf perintis dan elaun cukai pelaburan adalah insentif berbentuk fiskal. Antaranya, seperti pengecualian cukai pendapatan, pinjaman mudah, geran latihan dan geran penyelidikan dan pembangunan atau R&D. Insentif berbentuk bukan fiskal seperti penyediaan kemudahan infrastruktur seperti taman industri dan taman teknologi dan fleksibiliti untuk menggaji pegawai dagang sekiranya tiada pekerja mahir tempatan untuk mengisi jawatan teknikal dan profesional.
Di samping pemberian insentif, kerajaan juga menawarkan pengecualian duti import ke atas bahan mentah atau komponen dan mesin atau peralatan kepada syarikat perkilangan di mana kelulusan diberikan sekiranya tiada pengilang tempatan bagi keluaran tersebut. Tuan Yang di-Pertua, bagi menggalakkan pembangunan perindustrian yang seimbang dan memastikan kawasan luar bandar turut membangun, kerajaan telah menubuhkan lima koridor pembangunan wilayah ekonomi yang turut menawarkan insentif khusus bagi menggalakkan pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk sektor perkilangan.
Sebagai contoh, antara sektor ekonomi yang digalakkan untuk Koridor Pembangunan Sabah (SDC) oleh pihak SEDIA adalah pelancongan, pertanian, pembuatan dan logistik. Antara aktiviti yang digalakkan di dalam sektor pembuatan di SDC adalah industri minyak dan gas dan hub perkhidmatan yang berkaitan, industri minyak sawit dan industri asas sumber seperti industri berasaskan kayu dan lain-lain.
Insentif umum yang diberikan adalah taraf perintis iaitu pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus daripada pendapatan berkanun bagi tempoh lima tahun atau elaun cukai pelaburan berjumlah 60 peratus daripada jumlah pelaburan modal yang layak dibuat oleh syarikat dalam tempoh lima tahun.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Pelaburan di Sabah termasuk untuk industri di luar bandar juga boleh memohon untuk mendapatkan skim galakan istimewa seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Terima kasih.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan teliti hujah Yang Berhormat Menteri dan saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mempunyai dasar-dasar yang menarik. Yang Berhormat Menteri tahun 60-an, tahun 70- an, tahun 80-an negara kita mempunyai unemployment ataupun kadar pengangguran yang tinggi. Kita membuat satu pendekatan iaitu meminta supaya syarikat-syarikat kita bagi insentif untuk datang ke Malaysia untuk membuka kilang dan sebagainya dengan satu prinsip, satu tujuan.
Tujuan yang paling besar ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Sekarang ini negara membangun seperti Malaysia ini memerlukan satu proses decentralization of development ataupun decision making ini. Saya melihat, walaupun saya mendengar dengan khusyuk tadi dasar yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri, saya ucapkan terima kasih. Akan tetapi saya kira kebanyakan dasar yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri itu adalah dasar-dasar umum.
Di mana-mana sahaja di Malaysia ini siapa yang membuka kilang akan mendapat insentif tersebut. Akan tetapi pada saya sekarang ini, saya merasakan kerajaan mungkin melalui sistem needed reaction ini, kita simpati dengan orang di luar bandar, mereka miskin dan sebagainya maka adalah reaksi daripada kerajaan. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri, kerajaan perlu unlock, dengan izin, the potential of the rural people.
Rural areas ini bukan lagi macam dahulu. Sekarang kita sudah ada jalan raya.
Kerajaan telah berbelanja berbilion ringgit, jalan raya. Di Kota Belud contohnya setengah satu jam daripada Kota Kinabalu. Jalan rayanya bagus yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Kota Belud, air, elektrik dan sebagainya. Akan tetapi insentif untuk pengusaha kilang untuk membuka kilang mereka di Kota Belud tidak wujud. Ataupun kalau ada mungkin tidak kenampakan oleh mereka. Itu sebabnya saya minta satu pendekatan yang khusus daripada kerajaan, khusus untuk luar bandar kerana luar bandar bukan lagi macam dahulu. Kita ada telekomunikasi di Kota Belud. Apa sahaja semua ada.
Akan tetapi insentifnya itu untuk membuka kilang di situ supaya tidak ada lagi unemployment ini, dengan izin, dan juga migration daripada rural ke urban ini yang berlarutan berpuluh-puluh tahun ini masih berleluasa. Jadi, saya kira saya harap Yang kementerian Yang Berhormat membuat satu soalan yang..., polisi dasar yang khusus.
Itulah kita ada. Kota Belud Yang Berhormat sudah pernah pergi ke Kota Belud.
Bukanlah jauh sangat daripada Kota Kinabalu, akan tetapi kita tidak mempunyai kilang.
Terima kasih.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud kerana begitu prihatin terhadap kebajikan masyarakat di kawasannya sendiri dan juga sekitar negeri Sabah. Inilah keprihatinan yang kita perlukan daripada wakil-wakil rakyat kita supaya dapat kita bawa pembangunan kepada negeri dan kawasan kita sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memberi sedikit penjelasan mengenai perkara yang telah dibangkitkan. Keputusan untuk menempatkan sebuah projek di mana-mana negeri di sekitar Malaysia ini, terpulang kepada para pelabur dan bergantung kepada kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh pelabur. Di antara faktor utama yang dipertimbangkan oleh para pelabur adalah kewujudan prasarana terbina seperti taman teknologi tinggi, taman perindustrian, zon perindustrian bebas serta kewujudan institusi pengajian tinggi tempatan dan pusat penyelidikan.
Selain itu kemudahan utiliti dan infrastruktur pun penting. Kemudahan rangkaian pengangkutan juga dilihat sebagai satu faktor penting. Selain daripada itu juga kewujudan kluster industri tempatan untuk menyokong kelancaran operasi projek dalam urusan pembekalan bahan mentah, komponen dan perkhidmatan oleh vendor tempatan seperti yang kita lihat di Sabah, kluster industri kelapa sawit (POIC) yang sudah tentu mewujudkan suasana ataupun persekitaran yang sesuai bagi industri yang berkait dengan kelapa sawit.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Di Sabah sahaja kita lihat bahawa pembangunan di kawasan memberi faedah limpahan kepada kawasan pendalaman dan sekitarnya. Kalau kita lihat di SDA aktiviti ekonomi utamanya, adalah bio triangle Sandakan, Beluran, Kinabatangan iaitu agropolitan Beluran dan Tongod, zon Inovasi agro bio, hab pendidikan Sandakan, POIC Sandakan. Kemudian ada jaluran Agro Marin Lahad Datu-Kunak-Semporna-Tawau, POIC, zon agro makanan bersepadu serta zon industri marin dan pelancongan.
Lembah makanan pendalaman, pusat penternakan bersepadu Keningau, buah-buahan dan produk herba dalam zon agropolitan pedalaman. Kluster minyak dan gas, kompleks petrokimia, perkhidmatan sokongan minyak dan gas, loji penapisan minyak dan ladang tangki serta loji kuasa. Enklaf Kinabalu Gold Coast, kluster industri kreatif kecergasan dan penjagaan kesihatan, floriculture dan produk khusus sumber semula jadi, sukan air, resort peranginan dan rumah percutian.
Kawasan pembangunan bersepadu Telok Brunei, logistik pelbagai mod, pelancongan dan pembangunan waterfront, penternakan, tanaman makanan, perikanan dan akuakultur serta produk halal. Jadi daripada projek-projek ini sudah tentu akan ada industri huluan dan hiliran yang boleh diambil kesempatan oleh pelabur- pelabur tempatan mahupun asing yang sudah tentu akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih ramai lagi rakyat di Sabah.
Seperti yang saya menjawab sebentar tadi, kita juga adakan..., minta maaf ya.
Skim galakan istimewa di mana selain daripada skim umum yang saya nyatakan sebentar tadi, yang ditanya oleh Yang Berhormat Kota Belud adalah sekiranya ada projek-projek yang dirasakan penting bagi sesuatu tempat itu, ianya boleh memohon skim galakan istimewa ini supaya kita boleh mengenal pasti apa insentif yang relevan bagi projek-projek tersebut, supaya ianya dijayakan bagi manfaat masyarakat setempat. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Yang Berhormat, apakah sebab jiran-jiran kita seperti Thailand dia dapat misalnya tahun lepas pelaburan USD5.8 bilion dan jiran kita Indonesia dapat USD13.3 bilion. Mengapa mereka dapat lebih pelaburan daripada kita? Apakah sebabnya Tuan Yang di-Pertua.
Daripada ininya apakah yang dikehendaki oleh para pelabur sama ada di luar ataupun di bandar. Bukankah mereka akan menilai apa yang dibuat oleh kita. Misalnya di Kota Belud, pembinaan empangan. Sama ada di value for money ataupun tidak mereka akan mentafsirkannya. Sekian.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua ingin saya jelaskan di sini bahawa usaha-usaha untuk mendapatkan pelaburan asing dan tempatan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Walaupun kita dapati ada juga pelaburan ke negara-negara jiran tetapi pada hemat kami pelaburan yang masuk ke Malaysia ini menepati permintaan kita iaitu pelaburan yang bersifat teknologi tinggi, yang berintensifkan modal bukannya berintensifkan buruh. Ia juga, melibatkan pelaburan di dalam industri perkilangan ataupun pembuatan.
Kita dapati di negara-negara jiran juga antara lain pelaburan yang diumumkan juga termasuk pelaburan untuk projek-projek infrastructure contohnya pembinaan lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan dan sebagainya. Yang mana bagi pelaburan seperti itu biasanya di Malaysia ini ianya dikendalikan oleh syarikat swasta tempatan.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kepong soal pelabur dalam dan luar bandar ini apa keperluan mereka.
Biasanya keperluan di antara dalam dan luar bandar ini lebih kurang sama sahaja bergantung kepada jenis industrinya. Sekiranya ia sebuah industri yang memerlukan banyak pekerja, ada juga kecenderungan supaya kilang-kilang ini dibina di kawasan di mana masyarakatnya yang memerlukan pekerjaan yang ramai ataupun berdekatan dengan institusi pengajian tinggi yang boleh membekalkan pekerja-pekerja berkemahiran tinggi.
Jadi sama jugalah untuk pelabur-pelabur di dalam bandar. Di dalam bandar pula kita dapati ianya biasanya adalah pelaburan yang bersifat lebih intensifkan capital ataupun modal. Perlu berdekatan dengan pusat bandar kerana mungkin kemudahan logistik ataupun kemudahan jalur lebar contohnya dan ini perbezaan di antara pelaburan luar bandar dan bandar.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Walau bagaimanapun, kita tidak mendiskriminasikan antara pelabur di dalam dan di luar bandar dan memberikan peluang kepada semua di antara mereka kerana setiap daripada itu memberi pulangan yang baik, yang tinggi kepada ekonomi negara kita ini.
4. Dr. Hiew King Cheu [Kota Kinabalu] minta Menteri Kesihatan menyatakan, kenapa ada pecahan struktur yang serius terjadi di lantai slab pada tempat letak kereta 5 tingkat di QEH2 Kota Kinabalu. Apakah kerja-kerja perlu diambil untuk memperbaiki dan bila.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, projek pembinaan tempat letak kenderaan lima tingkat adalah sebahagian daripada projek naik taraf Hospital Queen Elizabeth II oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Pasukan Projek Sabah (PPS) dan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu MRCB.
Susulan berlakunya keretakan dan pecahan struktur tersebut pada awal bulan Julai 2011, pihak Pasukan Projek Sabah dan kontraktor MRCB telah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa puncanya berlakunya keretakan dan pecahan struktur adalah disebabkan daripada poor workmanship under unforeseen circumstances, dengan izin. Walau bagaimanapun, keretakan dan pecahan struktur yang berlaku tidak memberi kesan kepada kekuatan struktur keseluruhan tempat letak kereta tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kerja-kerja pembaikan terhadap keretakan dan pecahan struktur yang berlaku telah pun dilaksanakan oleh pihak kontraktor dan disahkan oleh jurutera perunding bagi projek berkenaan menggunakan epoxy resin, dengan izin, pada 26 Julai 2011.
Pada masa ini tempat letak kereta berkenaan telah digunakan oleh kakitangan Queen Elizabeth II dan orang ramai. Kelulusan occupied certificate (OC), dengan izin, daripada pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu juga telah diterima. Pemantauan daripada semasa ke semasa terhadap pembaikan keretakan dan pecahan struktur sedang dilakukan oleh pihak pasukan projek Sabah, kontraktor MRCB dan pengurusan Hospital Queen Elizabeth II. Terima kasih.
Tuan Hiew King Cheu - Kota Kinabalu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak berapa puas hati dengan jawapan itu. Sebagai seorang jurutera awam sendiri, saya mahu minta JKR membuat satu siasatan yang betul dan bagi satu laporan. Soalan tambahan saya, dalam pembelian SMC banyak alat-alat di hospital SMC itu tidak diserahkan kepada hospital QE dan juga dalam SMP ada sentuh satu 2.5 peratus wang untuk menahan untuk maintenance alat-alat itu. Mengapa wang itu tidak ditahan dan juga bon tidak diserahkan kepada hospital. Wang sejumlah itu sudah dibayar kepada SMC. Boleh minta penjelasan?Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu di atas soalan yang dikemukakan. Saya percaya ini merupakan salah satu perkara yang telah ditimbulkan di dalam laporan audit Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab persoalan Yang Berhormat dengan menyatakan di sini bahawa wang jaminan telah dikemukakan oleh pihak Sabah Medical Centre Sdn. Bhd. pada 28 September 2009 dalam bentuk bank guarantee yang dikeluarkan oleh HSBC Bank berjumlah RM7 juta berkuat kuasa dari 15 September 2009 sehinggalah 14 Mac 2010.
Oleh sebab semua pembaikan peralatan yang rosak tidak diperbaiki oleh pihak SMCSB dalam tempoh wang jaminan tersebut, satu Jawatankuasa Siasatan telah ditubuhkan Yang Berhormat pada 19 Mei 2011 untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan disyorkan tindakan tatatertib dan juga surcaj atau kedua-duanya sekali dikenakan di atas pegawai kerana kegagalan menyemak dan mendaftar dengan teliti peralatan-peralatan yang rosak milik MSC yang sepatutnya dibaik pulih dan di selenggara terlebih dahulu sebelum dipindah milik kepada pihak kementerian bersama perjanjian jual beli bangunan SMC tersebut.
Kegagalan menuntut serta mengutip ganti rugi sebenar ke atas peralatan- peralatan rosak dan tidak berfungsi yang gagal diperbaiki oleh pihak SMC sebelum diserah dan diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Orang jauh Yang Berhormat jarang-jarang bertanya.
Tidak mengapa.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Ya, Yang Berhormat Ranau dulu, Yang Berhormat Ranau dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat Ranau.
Datuk Siringan Gubat - Ranau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengikut ataupun dalam laporan audit ada menyatakan tentang kelewatan pembinaan klinik pakar dan blok menara Queen Elizabeth I. Apakah tindakan Kementerian Kesihatan terhadap isu tersebut.
Mohon penjelasan. Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Yang Berhormat Ranau di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Ranau, kelewatan pembinaan blok menara pakej empat iaitu 1,050 hari selepas pakej tiga disiapkan. Sebenarnya adalah disebabkan pelantikan kontraktor asal secara rundingan terus telah dibatalkan dan urusan proses pelantikan semula kontraktor secara tender terhad. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, pelaksanaan projek pembangunan semula Hospital Queen Elizabeth I ini perlu dan telah dirancang dengan rapi memandangkan pembinaannya perlu dilaksanakan secara berpakej disebabkan peruntukan terhad yang tidak membenarkan pelaksanaan semua pakej dilakukan secara serentak.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat, segala langkah telah diambil bagi memastikan pembinaan klinik pakar dan blok menara dibina sebaik sahaja kerja-kerja cerucuk dan substruktur telah dibina. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, sebenarnya pada masa sekarang blok menara iaitu pakej empat telah pun dalam proses pembinaan dan pencapaian fizikalnya ialah sebanyak 23 peratus iaitu daripada sepuluh tingkat, tujuh tingkat telah dibina dan dijangka boleh disiapkan pada hujung tahun 2012 iaitu pada Disember 2012. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang ini soalan yang spesifik Yang Berhormat, pasal kiri. Sila.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Memang Tuan Yang di-Pertua orang yang baik. Pasal soal Kota Kinabalu ini penting...
Tuan Yang di-Pertua
Soalan, soalan Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Jiran saya Tuan Yang di-Pertua, jiran saya juga yang paling baik dari Papar kita jiran Tuan Yang di-Pertua. Dia memang jawapan yang baik. Hebat. Ya, soal letak kereta Tuan Yang di-Pertua, bukan fasal bangunan Queen Elizabeth ini, letak kereta. Queen Elizabeth ini memang sesak. Ini laluan pada tiap hari saya Tuan Yang di-Pertua. Pergi ke airport melalui itu juga.
Kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, bukan kadang-kadang selalunya kerana block.
Orang parking tepi-tepi jalan tetapi saya pun tidak tahu ini jalan.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Jadi ada cadangan yang sedang dilaksanakan buat lantai Hitachi...300 sedang melaksanakan... mengapa tidak dibuat? Ini disebabkan kawasan itu memang tidak ada cukup. Memang tidak cukup. Tidak cukup, kalau setakat meratakan kawasan dekat hostel rotary itu tidak cukup. Mengapa tidak dibuat tiga tingkat. Itu soalannya Tuan Yang di-Pertua. Mengapa tidak buat sebab kereta semakin banyak. Terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Yang Berhormat Putatan mungkin merujuk pada pembinaan Hospital Queen I. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara tersebut telah dibincangkan. Cadangan Yang Berhormat telah dibincangkan namun satu keputusan belum lagi diambil oleh pihak kementerian. Kita masih menunggu beberapa laporan balas daripada beberapa agensi yang terlibat di dalam perbincangan ini. Terima kasih Yang Berhormat.
5. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, pendekatan kerajaan bagi mengatasi masalah belia terutama mereka yang masih bersekolah dan terlibat dengan pelbagai masalah yang akan membawa kerugian besar kepada negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan II - Tuan Gan Ping Sieu
Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Belia dan Sukan mengambil pendekatan pembangunan dan pencegahan untuk mendekati golongan belia khasnya pelajar sekolah. Di antara program-program pembangunan yang telah dijalankan ialah Program Rakan Muda Sekolah dengan pendekatan penerapan aktiviti-aktiviti gaya hidup Rakan Muda di sekolah-sekolah melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum telah diperkenalkan di peringkat sekolah menengah, IPTA dan IPTS.
Selain daripada itu, pengiktirafan juga diberikan melalui Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda iaitu Program ARP yang dilaksanakan di 120 buah sekolah perintis di seluruh negara. Program ini menekankan penyertaan konsisten pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat, pengembaraan, kemahiran dan rekreasi fizikal. Penekanan turut diberikan terhadap pengisian aktiviti selepas waktu persekolahan seperti aktiviti-aktiviti crime awareness team (CAT), dengan izin, mendaftar sebagai sukarelawan di peringkat komuniti melalui i-Volunteer, skuad muda RELA. Program-program tersebut merupakan platform bagi remaja terutamanya yang masih bersekolah untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang sihat di samping belajar memberikan khidmat kepada masyarakat. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kanowit.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah berapakah jumlah belia yang di bawah atau juvana yang telah terlibat dalam pelbagai jenayah di seluruh negara setiap tahun, statistik setiap tahun?
Kedua, pengurusan manusia adalah satu tugas yang boleh dikatakan it is easier said than done. Dalam konsep 1Malaysia juga kita mempunyai Program Mesra Belia yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Program Mesra Belia ini adalah untuk merealisasikan konsep 1Belia 1Malaysia. Dalam hal ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon Timbalan Menteri untuk memberikan sedikit penerangan dan penjelasan ke atas objektif dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Program Mesra Belia ini. Ini disebabkan ia ada kaitan dengan belia di seluruh negara.
Terima kasih. Program Mesra Belia.
Tuan Gan Ping Sieu
Terima kasih atas soalan tambahan yang dibawa oleh Yang Berhormat Kanowit. Berkaitan dengan statistik jenayah yang terlibat dalam jenayah juvana ini, malangnya saya tidak dapat memberikan data yang terkini. Saya akan menyediakan, membekalkan jawapan itu secara bertulis.
Berkaitan dengan soalan tambahan, berkenaan dengan Program Mesra...
Belia?... [Bertanya kepada Yang Berhormat Kanowit] 1Belia 1Malaysia. Program 1Belia 1Malaysia?... [Bertanya kepada Yang Berhormat Kanowit] Okey. Program-program di bawah tajuk 1Belia 1Malaysia ini memang diteruskan sepanjang masa ini, khasnya ia di bawah Bahagian Pembangunan Belia. Program-program mesra kalau Yang Berhormat bertanya berkaitan dengan program yang spesifik, saya rasa saya akan beri maklumat yang terperinci secara bertulis. Sekian.
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya. Kita tahu bahawa sekarang ini belia-belia begitu ramai yang bermasalah dan kita juga tahu bahawa ada pusat pemulihan akhlak di setiap negeri.
Jadi, apakah kesudahan dengan pemulihan akhlak ini? Adakah ia betul-betul berkesan atau tidak? Terima kasih.
Tuan Gan Ping Sieu
Terima kasih atas soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat. Berkaitan dengan pemulihan akhlak. Program pemulihan akhlak ini sebenarnya tanggungjawabnya bukan sahaja di peringkat Kementerian Belia dan Sukan. Ia rata-ratanya dipegang oleh beberapa buah kementerian khasnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat begitu juga dengan kementerian-kementerian lain.
Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, dalam lingkungan belia ini, di antara umur 15 tahun ke 40 tahun, keseluruhan bilangannya telah mencatatkan 43 peratus iaitu dalam lingkungan 13 juta.
Tuan Gan Ping Sieu
Agensi-agensi yang terlibat dalam, agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program-program belia ini termasuk juga Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi-agensi lain. Daripada segi pemulihan akhlak, tanggungjawab ataupun program-program yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan termasuklah program-program Rakan Muda yang melibatkan jati diri dan sahsiah. Sekian.
6. Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, mengenai kebenaran berita berhubung ramainya pensyarah tempatan meninggalkan Universiti Malaya dan pengambilan pelajar baru menurun dan apakah tindakan yang diambil untuk mengatasinya.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pengajian Tinggi ingin menegaskan bahawa kenyataan yang mengatakan telah berlakunya krisis akademik di Universiti Malaya adalah tidak benar.
Pihak kementerian telah beberapa kali memberikan penjelasan di akhbar mengenai perkara yang dibangkitkan ini. Universiti Malaya sebenarnya terus meningkat maju dan semakin mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, umpamanya ditunjukkan melalui pencapaian dalam penarafan QS World University Rankings 2011, dengan izin yang telah meningkat ke tangga 167 berbanding 207 pada tahun sebelumnya. Pada masa yang sama, Universiti Malaya juga telah menjadi IPTA Malaysia yang pertama memasuki senarai penarafan akademik Ranking of World Universities 2011, dengan izin, anjuran Shanghai Jiao Tong University. Sekian.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan jawapan. Maklumat yang diperoleh daripada golongan pensyarah dan ahli akademik di Universiti Malaya itu sendiri adalah sumber kepada soalan ini. Di mana apabila ranking itu menjadi apa yang disasarkan, maka tindakan pihak universiti dirangka mengikut perkara-perkara yang akan diambil kira di dalam ranking itu. Sebagai contoh, internationalization di mana untuk hendak menaikkan ranking untuk universiti itu, maka pensyarah-pensyarah dari luar negara diambil dan pensyarah tempatan diketepikan. Untuk hendak menaikkan ranking itu, dipilih pelajar-pelajar dari luar negara kerana ini sebahagian daripada internationalization yang hendak diusahakan.
Begitu juga dengan usaha-usaha untuk meningkatkan taraf dan mutu pendidikan dan pengajaran di kalangan graduan ijazah di mana tumpuan diberikan kepada usaha-usaha pengajian post graduate, research, pengeluaran di dalam jurnal dan sebagainya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Apabila ini berlaku, maka kesannya ialah bahawa pensyarah-pensyarah tempatan mendapati bahawa mereka tidak lagi begitu dihargai dan begitu juga pengambilan pelajar-pelajar tempatan dan kualiti, pasal saya mempertikaikan jawapannya, Tuan Yang di-Pertua... [Disampuk] Saya mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tidak betul.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini bukan bahas. Soalan?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Lalu saya hendak jelaskan kenapa.
Ia adalah benar, ya. Ini merupakan persoalannya. Apabila ranking itu menjadi sasaran, maka persoalan, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham, tidak payah jadi Timbalan Menterilah. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh faham...
[Disampuk] Sekiranya ranking itu menjadi sasaran, maka matlamat utama...
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Patutlah PAS Selangor susah hendak faham dia.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Di sebalik universiti iaitu untuk mengeluarkan graduan-graduan yang bermutu, yang boleh diterima oleh industri tidak lagi tercapai. Inilah masalah. Walaupun disebut bahawa ranking sudah naik kepada 167, kita kena ambil kira. Dulu ianya adalah di antara 100 yang tertinggi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Soalan kena ringkas, ya.
Ceramah! Ceramah!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dari ranking Academic Ranking World University (ARWU), kedudukan Universiti Malaya adalah di antara 400 hingga ke-500. Lalu saya menolak jawapan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan soalan saya yang tambahan, adakah di antara faktor-faktor yang menyebabkan terhalangnya kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar dan di kalangan pensyarah-pensyarah universiti tempatan ialah wujudnya akta-akta yang mengongkong seperti AUKU yang mana yang kisah Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang terbaru ini walaupun bukan di Universiti Malaya adalah merupakan bukti yang nyata... [Dewan riuh] Bahawa budaya kebebasan dan intelektual dan academic independent itu tidak dihormati oleh institusi pengajian tinggi. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan respond kepada itu dan juga kepada keputusan pihak mahkamah berhubung dengan isu AUKU itu. Terima kasih... [Dewan riuh] Mereka semua marah kerana soalan tidak naik.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian memang faham isu-isu yang selalu dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan Universiti Malaya. Walau bagaimanapun, kementerian berasa management yang sekarang yang dilakukan oleh Universiti Malaya itu tidak ada apa-apa masalah. Ini kerana Yang Berhormat Shah Alam, dia bertanya banyak soalan. Dua soalan mungkin berkaitan dengan soalan asal iaitu pengambilan staf akademik antarabangsa. Itulah saya hendak menegaskan di sini, ia adalah selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) di mana universiti penyelidikan dikehendaki mencapai sekurang-kurangnya 15 peratus staf akademik dari kalangan bukan warganegara.
Selain daripada itu, peratus staf antarabangsa adalah salah satu kriteria dalam penarafan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Mengikut statistik terkini, peratus tenaga pengajar antarabangsa di Universiti Malaya adalah 15.9 peratus. Pengambilan semua tenaga pengajar sama ada tempatan atau antarabangsa adalah memenuhi kualiti tinggi dan kriteria yang ketat seperti yang ditetapkan oleh Universiti Malaya di dalam Standard Academic Performance Target (SAPT). SAPT menetapkan beberapa kriteria utama. Antaranya, jumlah penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi, penyelia dan penyelidikan. Semua pelantikan tenaga akademik antarabangsa adalah secara kontrak dan tidak menjejaskan kedudukan perjawatan tenaga akademik tempatan. Sekian.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dan juga pihak universiti itu sendiri untuk memastikan bahawa universiti di seluruh negara kita termasuk Universiti Malaya ini. Universiti Malaya merupakan satu kebanggaan negara kita. Universiti yang terunggul di negara kita untuk memastikan bahawa langkah- langkah yang diambil tadi memang saya setuju sebab ia akan mengantarabangsakan universiti kita. Yang Berhormat Shah Alam mungkin terkeliru. Dikelirukan oleh maklumat palsu. Jadi, langkah-langkah yang lebih meyakinkan ke arah bagaimana kita memartabatkan universiti kita setanding dengan universiti-universiti seluruh dunia.
Seantero dunia ini dan kita juga menjadi hub education. Malaysia sebagai destinasi pelajar-pelajar yang ingin belajar di universiti kita. Langkah-langkah yang diambil termasuk memastikan bukan sahaja pensyarah, pengambilannya, juga sistemnya tetapi juga universiti kita dijaga punya kebersihannya, bilik darjahnya dan sebagainya. Minta pandangan. Soalan sudah jelas. Itu tidak ada soalan.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian memang mempunyai pelan strategik kita ataupun yang kita namakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Kita telah memastikan bahawa semua universiti tempatan dapat mengikut pelan strategik yang kita adakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak universiti sentiasa juga memastikan tenaga pengajarnya mencukupi bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran melalui beberapa inisiatif seperti Program Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA dan juga kita mempunyai program Bright Staff di mana graduan cemerlang yang mendapat ijazah kepujian kelas pertama akan dibiayai oleh universiti untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD.
Kita semua faham bahawa dalam sepuluh tahun yang lepas, memang Parlimen telah banyak membangkitkan tentang isu-isu berkenaan Universiti Malaya.
Jadi, sebagai, kalau staf-staf di Universiti Malaya juga faham apa kehendak masyarakat. Jadi, saya rasa penyeliaan seperti ini memang cukup untuk staf-staf ataupun management universiti.
Dr. Hou Kok Chung
Mereka dapat dengar apa yang telah dibangkitkan oleh Parlimen dan kita haraplah lebih autonomi dapat berikan kepada university management supaya mereka boleh melakukan kerja akademik sebaik-baiknya. Sekian.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Izin untuk soalan tambahan yang sangat relevan dengan tajuk ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kumpulan pensyarah khususnya Universiti Malaya tetapi seluruh pensyarah universiti yang dipimpin oleh Profesor Datuk Abdul Latiff Abu Bakar telah menimbulkan bahawa universiti-universiti tempatan dalam mengejar ranking antarabangsa telah mengetepikan penyelidikan dan penulisan akademik dalam bahasa Malaysia. Ini kerana ia dikira tidak memenuhi pengiktirafan antarabangsa dan hanya mengiktiraf penulisan dan penyelidikan yang hasilnya ditulis dalam bahasa Inggeris kerana kononnya itulah yang diiktiraf oleh pakar- pakar ranking antarabangsa ini.
Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi jaminan bahawa penulisan dalam bahasa Malaysia bukan sahaja diterima tetapi diberi keutamaan di universiti-universiti dalam negara kita dalam menentukan kedudukan pensyarah- pensyarah dan kedudukan akademik dalam negara kita. Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang semua universiti iaitu IPTA di seluruh negara mempunyai isu-isu yang mereka hadapi. Jadi, biasanya kementerian akan memberikan cara pengurusan.
Kita akan memberikan kepada vice-chancellor dan juga pihak management. Jadi, dari segi itu, yang kementerian hanya ingin memastikan supaya semua kerja ataupun semua promosi, promotion exercise dapat dilakukan dengan cara yang baik dan juga transparent. Itu yang boleh saya sampaikan. Sekian, terima kasih.
[Soalan No. 7 – YB. Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit) tidak hadir]
8. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, bilangan rumah-rumah anak yatim, orang kurang upaya dan orang uzur di kawasan Parlimen Puchong serta lokasinya dan apakah langkah-langkah yang telah pun dan/atau akan diambil oleh kerajaan untuk menyelenggara, menyumbang dan/atau membantu rumah-rumah dan/atau pusat-pusat tersebut.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie
Tuan Yang di-Pertua, terdapat lapan buah institusi pertubuhan sukarela kebajikan di kawasan Parlimen Puchong iaitu satu PSK iaitu Pertubuhan Sukarela Kebajikan bagi orang kurang upaya, dua PSK bagi warga emas dan lima PSK bagi anak yatim.
Walau bagaimanapun, hanya dua institusi PSK sahaja yang berdaftar dengan JKM iaitu Persekutuan Orang Pekak Malaysia yang beralamat di Bandar Puchong Jaya dan Pusat Jagaan Warga Tua Cahaya yang juga beralamat di bandar yang sama.
Senarai kesemua institusi PSK berdaftar dan tidak berdaftar di kawasan Parlimen Puchong berserta alamat lengkap akan diberikan kepada pihak Ahli Yang Berhormat secara bertulis.
Dalam membantu PSK menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada golongan yang memerlukan, JKM menyediakan pelbagai jenis bantuan kewangan bagi menampung kos pentadbiran dan pengurusan. Makan minum penghuni, allowance khas murid orang kurang upaya dan elaun khas pekerja di sekolah pendidikan khas kendalian PSK.
Di samping itu juga JKM turut menyediakan bantuan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan premis PSK demi memastikan penghuni mendiami premis yang selamat dan selesa. Sehubungan dengan itu, PSK yang mempunyai pusat jagaan sama ada berkediaman atau harian perlulah berdaftar dengan JKM di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 untuk layak mendapatkan bantuan JKM.
Manakala bagi PSK lain pula perlu berdaftar dengan pendaftar pertubuhan untuk tujuan yang sama. Dalam hal ini persekutuan orang pekak Malaysia yang telah berdaftar dengan JKM dan pendaftar pertubuhan telah pun menerima peruntukan kewangan sebanyak RM331,437 pada tahun 2011. Sekian, terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab soalan. Soalan tambahan yang ingin saya tanyakan adalah ini. Seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi terdapat beberapa daripada pusat ini yang didaftar dan juga terdapat pusat-pusat yang tidak didaftarkan. Soalan yang saya hendak tanyakan, walhal kita tahu berkenaan dengan pusat yang tidak berdaftar. Kalau kita ke situ, kalau kita lihat keadaan khususnya rumah-rumah di mana anak yatim dan orang sakit dilindungi, keadaannya teruk, keadaannya memang memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan. Apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk memantau kesemua rumah-rumah ini walaupun berdaftar atau pun tidak. Oleh kerana walaupun tidak berdaftar, memang terdapat orang di situ, terdapat anak yatim di situ, orang kurang upaya di situ, orang yang sakit di situ.
Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan? Sebagai satu contoh saya bagi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita pergi melawat satu rumah anak yatim di Taman Tenaga Puchong kita dapat lihat bilangan penduduk di situ ramai sangat sehinggakan mereka tidak ada tempat untuk mereka tidur, mereka terpaksa membuat space di bawah bumbung. So, it comes to situation where is desperate dan lagi kita mempunyai keadaan di mana sesuatu rumah itu anak yatim ada tetapi juga terdapat anak-anak yang sakit dengan down syndrome dan sebagainya.
So, mereka memang memerlukan, mereka sangat-sangat memerlukan bantuan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tahu apakah tindakan kerajaan untuk memberikan galakan kepada semua termasuk yang tidak berdaftar untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan dan juga adakah kerajaan bercadang untuk membina tempat-tempat, rumah-rumah untuk anak yatim, orang kurang upaya, orang tua di kawasan Puchong kerana ini adalah satu keperluan, terlalu ramai. Sejak sekian lama memang usaha yang dibuat adalah usaha yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Saya rasa ini adalah satu tanggungjawab kepada kerajaan dan saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat Puchong atas soalan tambahan dan juga kerana prihatin terhadap golongan kurang upaya dan juga yang memerlukan. Bagi menjawab soalan atau pun isu yang telah dibangkitkan, sebenarnya bantuan JKM atau pun geran daripada JKM hanya boleh diberikan kepada PSK yang berdaftar dengan JKM. Untuk membolehkan semua PSK ini berdaftar dengan JKM, mereka perlulah yang pertama sekali berdaftar dengan ROS dan juga berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan jika mempunyai pusat jagaan.
Kedua, mereka perlulah memperoleh tiga permit iaitu satu ialah daripada PBT atau pun local council. Yang kedua adalah daripada bomba dan yang ketiga daripada Kementerian Kesihatan. Selepas mereka memenuhi keempat kriteria ini, mereka bolehlah berdaftar dengan JKM. Antara bantuan yang akan diberikan kepada pusat- pusat jagaan ini adalah seperti iaitu geran pentadbiran, geran langsung iaitu makan minum, geran pengurusan perkhidmatan, geran untuk membaik pulihkan bangunan, elaun khas bagi murid OKU dan juga geran pekerja.
Bagi mengatasi masalah tentang PSK yang tidak berdaftar, kementerian ini memang kita sedar tentang perkara ini dan kita telah pun melancarkan kempen jom daftar bagi pusat-pusat jagaan. Di bawah kempen ini, kita telah pun menubuhkan one- stop centre untuk membantu semua PSK yang belum lagi berdaftar untuk segera daftarkan PSK mereka. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan laluan untuk saya menyoal soalan tambahan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Namanya pun Tuan Yang di-Pertua Kementerian Kebajikan, jadi dalam membantu, memberikan pertolongan jangan banyak ‘songeh’ sangatlah Tuan Yang di-Pertua. Kementerian jangan banyak sangat ‘songeh’.
Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong ini bukan masalah Yang Berhormat Puchong sahaja. Ia masalah merata, satu negara Tuan Yang di-
Pertua.... - Yang Berhormat Tangga Batu menyampuk
Allah, Yang Berhormat Tangga Batu, ‘songeh’ pun dia tidak faham Tuan Yang di-Pertua. Jadi, jangan banyak sangat syaratlah kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri bantulah.
Pertua.... - Yang Berhormat Tangga Batu menyampuk
Sebagai contoh, sekarang ini orang tua-tua yang dibiarkan oleh anak-anak dan keluarga seorang yang telah pun berumur, isteri telah meninggal Tuan Yang di- Pertua atau seorang yang berumur, suami telah meninggal Tuan Yang di-Pertua. Anak- anak dan keluarga tidak mempedulikan mereka.
Di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, dahulu tidak pernah ada permintaan untuk membuat rumah perlindungan, rumah menjaga orang-orang tua tetapi hari ini sudah jadi satu keperluan. Apakah kementerian boleh melebarkan sayapnya untuk membantu golongan-golongan seperti ini? Saya faham walaupun peruntukan...
Beberapa Ahli
Soalan, soalan!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Apa yang penting saya tidak peduli di keliling saya Tuan Yang di-Pertua. Yang penting Tuan Yang di-Pertua khusyuk mendengar apa yang saya sampaikan. Itu yang penting. Jadi, walaupun berbilion-bilion Tuan Yang di-Pertua peruntukan telah dibelanjakan selama ini. Saya berterima kasih dengan kementerian ini bagi RM300 tiap-tiap bulan kepada orang tua- tua, orang miskin. Kerajaan DAP Pulau Pinang baru RM100 setahun, dia punya riuh Tuan Yang di-Pertua macam hendak pecah dunia ini. Walhal, Kerajaan Barisan Nasional RM300 setiap bulan, setahun RM3,600, kita diam sahaja Tuan Yang di- Pertua...
Beberapa Ahli
Soalan, soalan!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Inilah soalannya.
Astaghfirullah hal azim Tuan Yang di-Pertua, sepanjang soalan saya ini semua soalan Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Bodek kah soalan?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Apakah boleh disediakan peruntukan yang lebih banyak lagi kepada perkara-perkara seperti yang saya nyatakan? Terima kasih atas kesabaran Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kementerian ini, Menteri dia asyik jaga lembu sahaja kot.
Datuk Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan dan juga atas keprihatinan yang telah ditunjukkan. Sebenarnya kerajaan memang sedar dan juga amat ambil berat tentang kebajikan warga emas terutama sekali mereka yang ditinggalkan oleh keluarga.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya di bawah kementerian, kita mempunyai sembilan buah rumah pusat jagaan warga emas dan dua buah rumah ehsan untuk menjaga warga tua yang ditinggalkan oleh ahli keluarga mereka dan yang sakit melarat untuk rumah ehsan. Selain daripada itu, kita juga mempunyai 22 buah PSK atau Pertubuhan Sukarela Kebajikan, warga emas yang dikendalikan oleh NGO dengan penghuni seramai 1,405 orang dan geran yang diberikan ialah RM3.4 juta.
Selain daripada itu, bagi menjaga warga-warga emas yang keseorangan di rumah, kementerian ini juga menubuhkan 22 pusat jagaan harian warga emas di mana anak-anak mereka bolehlah menghantar ibu bapa mereka semasa mereka keluar bekerja daripada pukul 7 pagi hingga 6 petang ke pusat-pusat jagaan ini. Untuk pusat- pusat jagaan ini, setiap pusat jagaan kita memberikan geran iaitu sebanyak RM33,333 setiap tahun. Sekian, terima kasih.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
[Bangun]
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta satu soalan tambahan?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bintulu, tidak apa. Saya benarkan wanita dahulu sebab ini kementerian wanita.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mendengar tadi jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya faham tentang keperluan-keperluan mendapat permit daripada tiga jabatan iaitu PBT, bomba dan lagi satu saya lupa tadi, tetapi masalahnya begini.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Apabila kita mengenakan syarat-syarat ini, maka individu-individu yang prihatin kepada nasib orang-orang yang kurang baik ini tidak berpeluang untuk mendaftarkan rumah kebajikan atau rumah mereka dengan Jabatan Kebajikan kerana ia menyebabkan kos untuk mendaftar itu menjadi tinggi.
Tidakkah ada satu cara di mana individu-individu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang telah membuktikan keprihatinan mereka dengan mengambil warga emas, anak-anak yang diabaikan dan sebagainya, dijaga dan telah terbukti mereka ini membuatnya dengan sukarela tidak mengenakan apa-apa bayaran, maka mereka ini didaftarkan? Ini kerana kalau hendak minta permit bomba, ada rumahnya hendak kena ubah. Kalau hendak PBT, kena pula memenuhi syarat-syarat tertentu. Jadi dengan cara ini kita tidak menggalakkan orang-orang prihatin dalam masyarakat.
Jadi saya minta penjelasan, tidakkah ada satu pertimbangan khusus apabila individu yang menjalankan aktiviti sukarelawan ini mungkin melalui sokongan dan pemeriksaan Ahli-ahli Parlimen atau ADUN, supaya diberi kebenaran ini dan diberi geran yang sepatutnya mereka dapat? Terima kasih.
Datuk Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sebenarnya kita memang menghargai usaha murni semua pihak yang ingin membantu.
Walau bagaimanapun, seperti mana yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu kononnya syarat-syarat ataupun kriteria untuk mendaftarkan PSK itu akan membebankan pihak yang mengendalikan PSK tersebut, saya ingin memberikan keterangan di sini bahawa sebenarnya semua syarat ini adalah di bawah Akta Pusat Jagaan. Syarat yang dikenakan ini seperti mendapatkan permit ataupun mendapatkan sijil kelayakan daripada Kementerian Kesihatan, semuanya adalah bertujuan bukan untuk menyukarkan atau menyulitkan sesiapa ataupun mana-mana pihak tetapi adalah untuk menjamin keselamatan dan juga keselesaan penghuni- penghuni di pusat jagaan tersebut.
Saya percaya bahawa semua pihak yang ingin membantu ini, kita juga ingin menjamin supaya segala perkhidmatan yang kita berikan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan golongan yang kurang upaya dan miskin ini adalah demi untuk kepentingan dan kebajikan mereka. Sekian, terima kasih.
9. Datuk Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, langkah kerajaan untuk memastikan kecemerlangan sukan negara khususnya langkah memperkasakan lagi Majlis Sukan Negara (MSN) dan pertubuhan sukan seperti Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Persatuan Memanah dan lainnya bagi melahirkan atlet pelapis negara bertaraf dunia dari berbagai bangsa.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan II - Tuan Gan Ping Sieu
Tuan Yang di- Pertua, Majlis Sukan Negara Malaysia telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun pada tahun 1971 dengan peranan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sukan untuk kemajuan sukan negara di peringkat tempatan dan antarabangsa. Pada tahun 1988, Dasar Sukan Negara telah diwujudkan dan menetapkan peranan MSN yang lebih khusus iaitu MSN bertindak sebagai jentera penyelaras bagi pembangunan dan kemajuan sukan prestasi tinggi serta bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan, dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di pertandingan di peringkat tertinggi. Pindaan Dasar Sukan Negara pada tahun 2009 juga turut menjelaskan peranan dan fungsi MSN iaitu bertanggungjawab untuk menyelaras dan melaksanakan pembangunan sukan prestasi tinggi di semua peringkat.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan pada tahun 2004 sebagai langkah untuk memastikan kecemerlangan sukan negara terus diberi perhatian dan menjadi agenda nasional.
Selain itu, tindakan-tindakan berkaitan pembangunan sukan negara dapat diselaraskan dengan lebih berkesan dengan wujudnya jawatankuasa bersama antara Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkasakan lagi peranan Majlis Sukan Negara sebagai agensi pelaksana program latihan atlet negara, Kementerian Belia dan Sukan sedang dalam proses membuat pindaan ke atas Akta Majlis Sukan Negara 1971 dan dijangka akan dibawa ke Dewan yang mulia ini pada tahun hadapan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan II - Tuan Gan Ping Sieu
Pindaan ini adalah penting bagi mengembangkan peranan, tugas dan tanggungjawab MSN meliputi semua aspek pembangunan dan kecemerlangan sukan negara secara terperinci.
Manakala dalam memperkasakan persatuan-persatuan sukan kebangsaan pula, kementerian melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah melaksanakan pelbagai program agar sesebuah persatuan itu dapat diurus tadbir dengan cekap dan telus berlandaskan perlembagaan badan sukan masing-masing. Sekian.
Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.
Malaysia memang mempunyai atlet-atlet yang bertaraf dunia, contohnya seperti Datuk Nicol David, Juara Dunia Squash 2011; Zulfadli, Juara Badminton Remaja Dunia; Datuk Lee Chong Wei, pemain nombor satu badminton; dan banyak acara sukan yang lainnya di peringkat dunia. Bagaimanapun, perkembangan sukan terbantut dan tergugat kerana perselisihan faham antara Majlis Sukan Negara dengan pertubuhan sukan. Antaranya isu doping atlet olahraga dan krisis dalaman pertubuhan sukan sendiri seperti BAM dan sebagainya sehingga menyebabkan jurulatih negara Misbun Sidek disingkirkan.
Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Soalan tambahan saya, apakah peranan MSN dalam menyelaraskan persatuan-persatuan sukan negara ini bagi memastikan keharmonian persatuan- persatuan dan melahirkan atlet-atlet pelapis dari pelbagai bangsa serta sejauh manakah peranan MSN berkesan dalam mengenal pasti kaedah untuk meningkatkan prestasi sukan termasuk dari segi sains sukan. Siapakah yang mempunyai kuasa dalam membentuk hala tuju atlet negara, adakah MSN atau persatuan-persatuan sukan? Mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Gan Ping Sieu
Terima kasih di atas soalan tambahan yang dibawa oleh Yang Berhormat dari Sabak Bernam. Peranan MSN yang saya sebutkan tadi ialah sebagai agensi penyelaras utama di antara atlet-atlet negara dan kebangsaan kita dan juga dengan NGO-NGO sukan khasnya persatuan sukan peringkat kebangsaan.
Program-program pelapis telah diadakan dan disediakan oleh Majlis Sukan Negara khasnya Program Pelapis Negeri Serantau dan Program Pelapis Kebangsaan Sepenuh Masa. Program-program spesifik juga diadakan misalnya Road to London untuk Olimpik yang akan datang. Selain daripada itu Majlis Sukan Negara memang ada Lembaga Kejurulatihan untuk membantu pakar-pakar dan jurulatih-jurulatih kita untuk menyokong dan membantu atlet-atlet negara kita mencapai prestasi yang lebih baik.
Tambahan juga dengan kerjasama dan sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, baru-baru ini Institut Sukan Negara telah diwujudkan sebagai sebuah badan berkanun dan dengan peranan dan tanggungjawab yang lebih meluas dan mendalam, kami yakin prestasi daripada atlet-atlet kita akan lebih baik pada masa yang akan datang. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. Usul Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1).
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12). Saya ada satu soalan kerana semasa sidang Parlimen pada 1 November 2011 dalam sesi soal jawab, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah apabila ditanya oleh saya menyatakan bahawa, sasaran untuk membekal air bersih kepada unit rumah di luar bandar targetnya adalah sebanyak 16,279 buah rumah tetapi mereka telah dapat menjayakan sebanyak 21,105 unit rumah.
Namun menurut kepada satu jawapan yang dibekalkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon juga merangkap Menteri KPI, mengikut jawapannya yang bertarikh 11 Oktober 2011; sasaran tahun 2011 untuk Sabah dan Sarawak sahaja untuk membekal air adalah sebanyak 31,087 unit rumah. Pencapaian setakat bulan September tahun ini adalah sebanyak 12,286 unit rumah.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Sama juga dengan bekalan elektrik. Menurut jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri, sasaran bagi tahun 2011 adalah sebanyak 7,252 buah rumah tetapi pencapaian adalah sebanyak 7,288 buah rumah. Akan tetapi mengikut jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, sasaran untuk membekal elektrik kepada tempat-tempat di Sabah dan Sarawak bagi tahun 2011 adalah sebanyak 26,301 unit rumah dan pencapaian adalah hanya 5,440 unit rumah.
Jadi saya rasa kedua-dua jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Menteri KPI adalah berbeza. Sasaran yang dinyatakan oleh kedua- dua Menteri ini adalah berbeza dan pencapaiannya juga berbeza. Jadi saya minta satu penjelasan mana satu angka yang betul kerana kalau kata satu adalah sasaran untuk seluruh Malaysia. Akan tetapi kalau seluruh Malaysia sasaran kita untuk membekal adalah 7,252 buah rumah dengan bekalan elektrik tetapi sasaran untuk Sabah dan Sarawak sahaja sudah melebihi 26,000 buah unit rumah.
Jadi saya rasa kedua-dua angka ini banyak berbeza dan tidak masuk akal.
Jadi saya minta satu penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Serdang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, ini soal sasaran dan pencapaian memang ada perbezaan. Apa ada masalah?
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Dengar baik-baiklah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sasaran ini adalah cadangan. Pencapaian soal lain.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Sasaran yang diberi sudah beza.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi kedua-dua Menteri tidak salah Tuan Yang di-Pertua. Yes, sasaran.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sasaran dengan pencapaian berbeza, biasalah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Minta Yang Berhormat Sri Gading duduk.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Orang ini mereka tidak faham.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Sri Gading, duduk.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak ada masalah bukan?
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Serdang duduk.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Sasaran adalah 26,000 untuk Sabah dan Sarawak. Bagaimana cakap sasaran seluruh Malaysia hanya 7,000 buah rumah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sasaran dengan pencapaian berbeza tidak mengapa Tuan Yang di-Pertua. Apa salahnya Yang Berhormat Serdang.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Kalau ada kesilapan sila akuilah. Jangan cepat membela Menteri atau Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Serdang sudahlah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bukan membela. Ini soal kebenaran.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Saya rasa kalau angka sudah berbeza biarlah Menteri untuk menjawab. Yang Berhormat Sri Gading bukan seorang Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau tidak faham sudahlah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ada peraturan mesyuarat yang ditimbulkan oleh seorang Yang Berhormat biarlah saya yang respons ataupun timbalan-timbalan saya. Kalau umpamanya Ahli Yang Berhormat timbulkan peraturan mesyuarat juga biarlah ianya relevan. Dalam soal ini apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Serdang di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) ialah mengelirukan dan menyelewengkan Dewan. Sering kali saya tekankan bahawa ada tiga pra syarat yang perlu dipenuhi iaitu kenyataan yang dibuat oleh seseorang yang membuat kenyataan itu adalah salah.
Kedua, apabila menyedari ianya salah, tidak diperbetulkan. Ketiganya, ada niat daripada awal untuk mengelirukan. Jadi dalam soal seperti begini biasanya syarat ketiga itu yang amat rumit untuk dipenuhi. Di dalam soal ini Yang Berhormat Serdang cuma minta penjelasan iaitu jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan yang diberi oleh Yang Berhormat Senator di Jabatan Perdana Menteri berbeza katanya. Jadi respons saya kepada soal itu ialah kepada pihak-pihak yang berwajib yang berkenaan tolong beri penjelasan. Utarakan penjelasan itu kepada saya supaya saya dapat beri makluman kepada Yang Berhormat Serdang. Cuma itu. Tidak perlu diperbesar-besarkan lagi. Terima kasih.
Yang Berhormat Kinabatangan
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak mengapa. Ada pegawai-pegawai dan mereka akan dapat tahu ini. Sila Yang Berhormat Masjid Tanah. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1).
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, point of order. Hendak tanya Peraturan Mesyuarat 22(1). Ini yang wakil rakyat dikerah bekerja...
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mesyuarat yang mana Yang Berhormat?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Peraturan Mesyuarat 22 berhubung dengan usul tadi. Kita masuk Dewan pukul 10 pagi, balik pukul 10.30 malam, dikerah bekerja. Orang lain bekerja mengikut office hours, kita tidak ada office hours, elaun tidak naik-naik. Ini yang masalah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Bukan Ahli-ahli Yang Berhormat sahaja. Kami pun yang duduk sebelah sini pun terlibat juga. Semalam, saya habis bertugas jam 10.45 malam. Jadi begini lah Ahli-ahli Yang Berhormat respons saya kepada Yang Berhormat itu.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Dia tidak ada dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau setiap Ahli Yang Berhormat berdisiplin sewaktu berhujah, jangan curi masa, kalau kita kata 10 minit, 10 minit lah. Tidak payah diingatkanlah Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau masing-masing ikut kepada peraturan itu, kita semua akan balik awal. Saya pun impi untuk balik awal. Sila Setiausaha.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [Hari Keempat] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.29 dan Kepala Pembangunan P.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air terbuka untuk dibahas. Masa sepuluh minit. Tidak payahlah diingatkan masa itu berakhir. Sila Yang Berhormat Bintulu. Sepuluh minit.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Jawatankuasa] Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Pengerusi bagi peluang sama saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Tuan Pengerusi saya mahu di sini soal Bekalan B.29, Butiran 030000.
Saya ingin membahaskan di bawah tajuk peruntukan bekalan air. Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai migrasi aset air yang tidak dihuraikan dengan jelas di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat mendakwa bahawa mereka mampu menjelaskan hutang sebanyak RM600 juta dalam tempoh tiga tahun setengah mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri.
mempengerusikan Jawatankuasa] Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Setahu saya hutang tertunggak RM600 juta, bekalan air Pulau Pinang (PBA) dapat diselesaikan kerana migrasi aset air PBA oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat dengan erti kata yang lain atas ihsan Kerajaan Pusat melalui PAAB barulah hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat diselesaikan serta-merta.
Apa yang saya hendak kata di sini ialah hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukan dijelaskan oleh kerajaan negeri melalui pendapatan negeri. Ianya serta-merta PAAB menyerap hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebenarnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuma menggunakan accounting method, dengan izin, laporan dari Ketua Audit Negara 2010 untuk menunjukkan kononnya mereka pandai menguruskan kewangan tetapi apa yang nyata ialah hutang yang lama kerajaan negeri telah dipindahkan kepada Kerajaan Pusat...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Sila.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, Yang Berhormat Bintulu terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Minta penjelasan. Ini bermakna apakah Yang Berhormat merasakan kerajaan negeri ini membuat satu penipuan penyataan, pembohongan kepada rakyat kononnya dia boleh mentadbir negeri dengan membayar hutang air kepada Kerajaan Persekutuan sedangkan yang sebenarnya dia menggunakan mekanisme pengauditan tetapi dia tidak menjelaskan hutang tersebut di atas usaha kerajaan negeri sendiri.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Tuan Pengerusi, memang saya setuju.
Ini perkara disoalkan daripada Yang Berhormat Kinabatangan memang betul ini. Itulah menipu kepada rakyat. Inilah saya minta ini sila Yang Berhormat Menteri menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan faedah yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas memberi aset air kepada PAAB.
Di sini saya memohon Kementerian Yang Berhormat Menteri daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memaklumkan kepada Pejabat Ketua Audit Negara supaya membetulkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 agar rakyat tidak dikelirukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau clean credit kerana Kerajaan Pusat sudah membantu menjelaskan semua hutang aset itu. Sekian.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Tuan Pengerusi. Air di Selangor Yang Berhormat Menteri, kita lihat bahawa perkara ini langsung tidak mempunyai apa-apa penyelesaian setelah beberapa bulan kebelakangan ini dan kita lihat pada masa yang sama Kerajaan Persekutuan tidak henti-henti memberikan bantuan tambahan. Kalau dikatakan bantuan tambahan itu polite way of ringgit lah.
Akan tetapi Kerajaan Persekutuan sebenarnya memberikan bailout yang besar kepada syarikat-syarikat swasta di mana kerajaan tidak mempunyai kepentingan kepada mereka untuk memberikan cara, untuk memberikan peluang bagi mereka untuk teruskan perniagaan mereka tanpa kerugian. Nombor satu kementerian ataupun Kerajaan Persekutuan telah pun memberikan pinjaman sebanyak RM110 juta kepada syarikat SYABAS untuk memperbaiki paip-paip yang ada di Selangor dan juga di Wilayah Persekutuan. Sebenarnya ini merupakan tanggungjawab utama daripada SYABAS yang tidak sebenarnya memerlukan bantuan daripada kerajaan. Ini merupakan syarat dalam konsesi mereka. Kenapa kerajaan menghulurkan soft loan dengan faedah tiga peratus three-year grace period kepada satu syarikat swasta yang dimiliki oleh Puncak Niaga Holding Berhad.
Itu nombor satu. Nombor dua, kerajaan juga baru-baru ini, dua,tiga minggu yang lalu telah membantu Puncak Niaga menjelaskan hutang mereka unredeemable, unconvertible junior notes yang dimiliki oleh Puncak Niaga Sdn. Bhd. sebanyak lebih kurang RM250 juta. Dalam perkara ini Puncak Niaga diberikan lima tahun tambahan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
So, kerajaan mengambil alih pinjaman-pinjaman ini selepas itu berikan lima tahun lagi kepada Puncak Niaga untuk membayar balik hutang-hutang ini. Ini merupakan kerajaan mengambil alih hutang swasta. Hutang swasta. Kalau syarikat saya ada masalah boleh tidak saya datang ke kerajaan minta supaya hutang saya diambil alih oleh kerajaan. Tidak. Sepatutnya bank patut mengambil tindakan kepada saya dan kerajaan tidak akan bantu kerana ini merupakan satu hutang swasta tetapi bila Puncak Niaga, yang ada kait-kaitnya dengan Kerajaan Barisan Nasional, iaitu orang UMNO kan? Kita semua tahu... [Dewan riuh] RM250 juta diberikan kepada Puncak Niaga Berhad.
So kita rasa ini merupakan satu perkara yang tidak berasas dan ini merupakan satu dasar yang memberikan incentive ataupun disincentive kepada syarikat-syarikat konsesi untuk menunaikan janji-janji mereka kerana mereka tahu kalau saya tidak dapat mencapai pulangan yang mencukupi, saya minta kepada kerajaan, kerajaan akan bagi. Akan tetapi bagi syarikat-syarikat swasta yang lain, tidak ada opportunity sebegitu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kedua, kalau kita hendak selesaikan penstrukturan semula air di negeri Selangor, sebenarnya cara penyelesaian adalah untuk menekan pihak konsesi supaya mereka sanggup menjual hak milik mereka, konsesi balik kepada kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri dan bukannya Kerajaan Persekutuan terus memberikan bantuan-bantuan tambahan yang tidak wajar kepada syarikat- syarikat ini. Ini kerana setelah mendapat bantuan dari segi pembayaran balik hutang, syarikat-syarikat ini seperti Puncak Niaga dan SYABAS tidak lagi mempunyai tekanan untuk menyelesaikan masalah-masalah begini. So kalau macam itu tidak habis masalah air, penstrukturan semula di Selangor akan terjadi.
Kita lihat the Water Tablet yang dicetak oleh kementerian sendiri yang dikatakan di bawah semangat WSIA atau Water Services Industry Act 2006 yang diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini adalah supaya hak milik air dipulangkan balik kepada kerajaan negeri. Akan tetapi kita lihat sekarang nampaknya Kerajaan Persekutuan langsung tidak berminat untuk mencapai semangat WSIA, apa lagi mereka berpakat dengan syarikat-syarikat swasta untuk mengekalkan konsesi mereka dan juga menguntungkan syarikat-syarikat swasta ini dan memangsakan rakyat di negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan. Saya harap Menteri dapat memberikan jawapan kenapa syarikat-syarikat swasta ini diberikan pinjaman yang begitu besar dengan syarat-syarat yang begitu baik kerana ini hanya akan memanjangkan lagi masalah air di negeri Selangor dan tidak akan memberikan penyelesaian dengan secepat mungkin. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Teng Boon Soon - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 06400 – Rancangan Bekalan Air Negeri Johor. Seperti yang diketahui umum bahawa Johor merupakan satu negeri yang kaya dengan sumber air tetapi di kawasan Tebrau, satu kawasan yang merangkumi lebih kurang 40 peratus merupakan kawasan luar bandar. Walaupun selama ini dikategorikan sebagai kawasan bandar tetapi masih ada tiga buah kampung di kawasan Tebrau iaitu di kawasan pinggiran bandar masih belum ada bekalan air iaitu Kampung Pasir Salam iaitu kampung Orang Asli, Kampung Penderam iaitu kampung nelayan dan juga sebuah kampung yang mempunyai migrasi baru iaitu perpindahan penduduk dari tempat yang lain iaitu Taman Bukit Dagang. Ketiga-tiga tempat ini sehingga kini masih belum ada bekalan air.
Jadi saya minta kementerian memberi perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu rakyat di kawasan ini. Mereka bertanya mengapa Johor yang kaya dengan sumber air tidak dapat bekalan air. Sekian, minta penjelasan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya turut serta dalam perbahasan Maksud Bekalan 29 untuk Butiran 040000 bawah Perkhidmatan Pembetungan. Yang saya rujuk sebenarnya adalah kepada kenyataan awal saya pada 24 Mei 2011 khusus tentang Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Pada ketika itu walaupun tidak dimaklumkan secara terperinci jawapan Menteri, saya merujuk dan membawa kepada perhatian umum tentang satu usaha menaik taraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 dan objektifnya adalah untuk mengurangkan bau dan bahaya loji tersebut kepada orang ramai. Penaiktarafan ini pada ketika itu dimaklumkan kepada saya pada harga kira-kira RM500 juta dengan tiadanya usaha tender terbuka dibuat sebelum diberikan kepada syarikat yang terpilih.
Baru-baru ini, baru minggu lepas, sudah diumumkan bahawa sebuah syarikat Beijing Enterprise Water Group Malaysia Sdn. Bhd. subsidiary of Beijing, dengan izin, Enterprise Water Group Limited dan merupakan sebuah syarikat yang baru diwujudkan setelah sebuah memorandum of understanding ditandatangani oleh kerajaan dan syarikat tersebut. Tentunya kalau dilihat dengan mata kasar, syarikat ini sememangnya tersenarai dalam Hong Kong Stock Market dan merupakan salah sebuah syarikat yang terbaik dalam industri air di negara China pada 2009. Akan tetapi alasan untuk tender terus ini tidak dimaklumkan oleh pihak Menteri dengan justifikasi-justifikasi yang diperlukan untuk memberikan keyakinan bahawa inilah merupakan keputusan terbaik bagi rakyat secara keseluruhannya.
Sekarang nilai setelah diumumkan projek tersebut adalah RM1 bilion untuk menaik taraf yang saya sebutkan tadi, Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2. Persoalan yang saya bangkitkan, pertama tentang justifikasi. Kedua, bila bercakap tentang loji rawatan, sebab utama Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Pengerusi, kenapa perlu dinaik taraf adalah apabila diluluskan projek itu pada awalnya tidak dilaksanakan loji kumbahan menerusi loji yang tertutup seperti mana dilaksanakan di negara-negara luar termasuklah di negara Jepun dan negara-negara lain. Di sini atas apa sebabnya hanya kerajaan dan kementerian sahaja tahu dibuat secara terbuka lalu mengakibatkan bau dan bahaya lain kepada penduduk ramai khusus dengan warga-warga penduduk PPR yang berdekatan.
Jadi kerajaan perlu memberi jawapan yang jelas khusus pertamanya kenapa bila dianugerahkan, dilaksanakan projek loji itu, tidak dilaksanakan menepati benchmark ataupun tanda aras antarabangsa sehingga mengakibatkan banyak permasalahan pada penduduk setempat dan sekarang mengakibatkan kerajaan berpuluh-puluh tahun selepasnya membelanjakan lebih RM1 bilion untuk menaik taraf kawasan tersebut. Ini dimaklumkan kepada saya, saya mohon Yang Berhormat Menteri kalau silap tolong betulkan.
Dimaklumkan oleh wakil-wakil daripada Indah Water sendiri dalam lawatan saya ke sana, dalam persoalan-persoalan yang saya bangkitkan setelah berbincang dengan mereka. Pada ketika itu lagi mereka menyatakan sememangnya ada satu dengan izin, black hole apabila setiap bulan pihak kementerian khususnya ‘kewangan’ kerana Indah Water pada ketika itu mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan terpaksa melunaskan bayaran kerana banyak tidak dapat dijelaskan menerusi baki-baki sewa dan yuran oleh rakyat. Dan sebab utama kerana rakyat tidak tahu, tidak adanya transparency, tidak adanya keterbukaan dalam bagaimana projek dianugerahkan?
Bagaimana kerja-kerja untuk isu perkhidmatan kumbahan dilaksanakan? Ini tidak dimaklumkan secara kolektif dan baik.
Sekarang ini bila dah sampai ke akhirnya, bila ada masalah yang sebegitu besar diberikan menerusi tender terbuka. Saya tahu ada usaha sama dengan syarikat tempatan yang membuat joint venture dengan Beijing Enterprise Water Group.
Dikhabarkan juga syarikat, termasuk yang dipilih oleh Kerajaan China, pada awalnya menjanjikan soft loan mechanism tetapi kerana ditolak, maka mereka menarik balik.
Saya pohon juga Menteri untuk mengklasifikasikan hal ini kerana maklumat yang kita dapat juga daripada maklumat dalaman, mereka yang membawa banyak rungutan tentang projek ini sendiri. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi. Itu sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri kerana satu-satunya Menteri yang paling rajin datang ke Dewan ini. Antara salah satu, termasuk Yang Berhormat Bera juga Menteri yang rajin. Tahniah Menteri.
Saya tumpukan spesifik kepada satu butiran sahaja Tuan Pengerusi, bagi Maksud P.29 iaitu Butiran 03200 - Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Tuan Pengerusi, walaupun masalah penjanaan kuasa elektrik di negeri Sabah itu masih ada masalah, tapi rakyat Malaysia di Sabah ini memang biasanya sabar. Minggu yang lepas pun ada juga kes kegelapan dua jam di Kota Kinabalu pada hari Sabtu saya rasa dan ini satu usaha daripada pihak kementerian, saya tahu, saya sedar dan saya dimaklumkan bahawa ini satu usaha Menteri yang bukan senang diusahakan. Memang ada di dalam ini peruntukan yang agak banyak berjumlah RM88,624,300 dan mungkin juga pinjamannya ada juga yang berjumlah RM174 juta.
Jadi saya ingin minta penjelasan daripada Menteri agar infrastruktur- infrastruktur electricity di Sabah ini, adakah tersedia terutama sekali grid-grid ini? Jika kita menggalakkan pihak swasta untuk membantu untuk mewujudkan IPP dengan usaha Sustainable Energy Development Authority melalui agensi ini dan juga mempromosikan MGTC ini. Saya dimaklumkan bahawa Menteri sendiri menggalakkan biomas. Di Sabah ini memang terdapat bahan-bahan yang mencukupi untuk mewujudkan sistem IPP yang kita galakkan pada ketika ini. Akan tetapi malangnya, apa yang dibangkitkan oleh yang berminat ini Tuan Pengerusi, adalah infrastruktur- infrastruktur ini belum tersedia. Ini just like a chicken institution, dengan izin. Kita bina infrastruktur tapi belum ada penggalakan ataupun penganugerahan kepada pihak swasta, ini mungkin ada masalah sikit. Jadi apa rancangan kementerian untuk mewujudkan grid-grid ini terlebih dahulu?
Juga, IPP yang localize IPP. Ada juga beberapa cadangan di sini. Banyak yang berminat dan saya mahu minta tahu daripada pihak Menteri, berapa yang perlunya diwujudkan dan di mana-mana tempat yang akan diwujudkan ini semua? Ini rakyat nak tahu Yang Berhormat Menteri. Rakyat mahu tahu bahawa rancangan kementerian ini sudah ada. Jadi ini mungkin dapat menyejukkan perasaan-perasaan orang yang jadi mangsa kekerapan kegelapan di negeri Sabah. Jadi saya mohon daripada pihak kementerian supaya memberitahu di mana letaknya cadangan itu dan apa jenis IPP yang akan kalau IPP ini yang dipanggilnya ataupun SEDA yang melaksanakan. Saya tidak tahu lagi istilah-istilah yang akan digunakan oleh pihak kementerian kerana terlalu banyak istilah sudah yang kita dengar tapi apa yang rakyat mahu ini adalah apa yang sampai kepada sasaran kita terutama sekali penyediaan electricity di luar bandar.
Bukan sahaja itu, ada juga yang dilaksanakan oleh pihak KPLB tapi pihak SESB belum sambung lagi kerana syarat-syarat ini belum dipenuhi oleh pihak kontraktor. Saya mahu tahu daripada pihak kementerian, berapa projek yang dilaksanakan tapi belum disambung kepada rumah-rumah ini? Ini SESB punya tanggungjawab, bukan lagi KPLB, Yang Berhormat Menteri. Saya rasa kawasan Pensiangan pun wujud juga masalah seperti ini. Saya melihat di Apin Apin sendiri dengan mata saya, sudah lama sudah dibina kabel-kabel dan tiang-tiang elektrik itu, tapi malangnya meter di rumah itu belum ada lagi. Masih lagi gelap Yang Berhormat Menteri, kawasan Keningau, kawasan saya adalah sikit-sikit. Mungkin ada kawasan yang sikit yang boleh. Kalau boleh pihak kementerian juga melihat localizes penjanaan kuasa ini.
Ada juga teknologi inovasi yang dilaksanakan oleh pihak-pihak orang kampung yang ada kepakaran. Jadi saya minta pihak kementerian juga melihat jika inovasi ini dapat diperkasakan lagi, digalakkan kepada kampung-kampung yang terpencil sekali di negeri Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja di Sabah, di kawasan Miri pun ada juga kawasan yang terpencil saya rasa dan ini kita harus galakkan kepada orang-orang yang pakar menjana kuasa di localize, kalau setakat 20 buah rumah, 30 buah rumah dan sebagainya dan ini mengikut dia punya kekuasaan electricity itu.
Jadi ini saya harap kementerian jangan kita terlalu bergantung pada sumber yang mungkin tidak disukai oleh segelintir rakyat kita terutama sekali arang batu dan juga fuel yang penjanaan ini. Jadi kita ada sumber-sumber yang paling natural, asli yang mana kita terdapat banyak pengairan kita ataupun sungai-sungai yang sedia menjanakan energy pada setiap masa.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Ada juga yang dikatakan bahawa energy ini kita boleh generate melalui wheel.
Walaupun ia kuasa kecil tapi ini boleh digalakkan Yang Berhormat Menteri. Ini saya rasa dalam syarikat-syarikat perladangan ini mungkin kita boleh galakkan kerana sungai ini selalu mengalir satu direction sahaja pada setiap masa. Jadi ini minta Menteri untuk membuat kajian jika ini dapat dilaksanakan atau diimplementasikan di luar-luar bandar.
Kalau ini dapat dilaksanakan oleh negara China pada ketika tamadun 16 yang dulu-dulu punya, kenapa kita dalam dunia moden ini kita tidak dapat menghayati apa kepakaran-kepakaran orang-orang dulu? Jadi saya rasa ini Menteri dapat membantu sedikit usaha ini yang murni dan saya harap Menteri boleh sukses dengan pelaksanaan apa yang perlu dilaksanakan di negeri Sabah terutama sekali penjanaan electricity ini.
Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 07000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Kelantan. Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Arau yang telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Air yang saya kira satu pelantikan yang tepatlah. Tahniah.
Pertama Tuan Pengerusi, saya nak minta Yang Berhormat Menteri kalau dapat memberi penjelasan yang komprehensif supaya dapat membantu rakyat negeri Kelantan memahami masalah bekalan air di negeri Kelantan yang semakin kronik, sehingga rakyat sekarang ini ada sebahagiannya bukan sahaja pening, mungkin boleh jadi separuh gila bila timbul masalah air di negeri Kelantan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya hendak tahu sejauh mana perundingan pihak Kerajaan Pusat melalui kementerian Yang Berhormat Menteri dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Sejauh manakah bantuan dan usaha untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan, Syarikat Bekalan Air Kelantan untuk mengatasi masalah air yang semakin kronik saya katakan ini. Sebab saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri sebagai makluman mungkin sudah tahu bukan sahaja kadangkala air langsung tidak keluar tetapi kalau keluar pun air kuning, air kotor sehingga rakyat Kelantan ada sebahagian terpaksa membeli drinking water (air minuman). Hendak beli mineral water mahal. Air, drinking water 30 sen satu botol. Kemudian ada pula pihak yang terpaksa membeli drinking water untuk kegunaan seperti mandi, basuh pinggan mangkuk di dapur, untuk mengambil wuduk kalau orang Islam ambil air sembahyang. Jadi perkara ini sudah berlarutan.
Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat sebab ini perkara yang cukup serius. Pihak TV3 kalau tidak silap saya telah pun menayangkan cerita masalah air di Kelantan. Akhbar Utusan Malaysia kalau tidak silap saya pun sudah ada mengeluarkan rencana kajian mengenai masalah air di Kelantan yang cukup merumitkan rakyat Kelantan.
Jadi selain daripada itu saya hendak tahu juga apakah bantuan yang telah diberi oleh Kerajaan Pusat setakat ini. Saya difahamkan dahulu ada bantuan pinjaman kepada Syarikat Bekalan Air Kelantan. Jadi kalau hendak menyelesaikan masalah ini secara holistik dan secara keseluruhan memang tentu akan memakan belanja yang begitu besar yang sudah pasti Kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu. Jadi apakah bantuan yang saya tanyakan tadi dari segi pihak kementerian Yang Berhormat. Saya percaya Kerajaan Pusat amat prihatin dan saya bangkit perkara ini bukan kerana politik. Kita tidak bercakap sesuatu isu semata-mata hendak cari political mileage. Kita sensasikan sesuatu perkara, kita besarkan sesuatu perkara tanpa menyelidik makluman itu betul atau tidak terlebih dahulu. Kita tidak begitu. Kita bangkitkan ini semata-mata kerana kepentingan rakyat.
Bukan sahaja bekalan air putus, kronik saya katakan tadi malah di kawasan- kawasan luar bandar masih lagi ada tempat di mana rakyat belum lagi menerima bekalan air bersih ataupun saluran paip ke rumah mereka pun belum ada.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri di kawasan saya sendiri di Pasir Mas seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Putatan tadi ada di kalangan tempat-tempat yang tidak ada paip pun. Maka saya terpaksa membelanja wang poket sendiri beli pam, beli getah. Ini betul. Saya boleh beri makluman detail di mana tempat-tempat itu. Lima, enam tempat sudah saya terpaksa mengeluarkan belanja daripada poket sendiri wang elaun sebagai Ahli Parlimen untuk pasang paip dengan pam untuk 20 rumah, 30 rumah dalam kawasan Parlimen Pasir Mas, DUN Chetok dan banyak lagi kawasan yang seumpama ini.
Saya hendak tanya Yang Berhormat apakah khidmat mengadakan pam air ataupun membeli getah kalau tempat yang belum lagi dapat kita masuk bekalan air seperti yang saya maksudkan tadi apakah kementerian boleh membantu. Kalau boleh membantu saya hendak hantar senarai tempat-tempat yang perlukan pam air dengan getah yang saya sebutkan tadi. Kalau tidak saya tidak hendak hantar senarai sebab saya bimbang kalau saya hantar senarai saya pun maklum kepada tempat-tempat yang terlibat tetapi tindakan untuk menyumbangnya lambat ataupun tidak diberi perhatian.
Maka saya memberi harapan yang kosong kepada rakyat dan saya tidak suka berjanji kosong. Saya tidak suka sensasi. Saya tidak suka innuendo. Ini bukan cara Ahli Parlimen Pasir Mas.
Saya betul-betul prihatin, mengambil berat. Mana yang saya boleh bantu sendiri daripada wang poket selagi ada rezeki insya-Allah kita bantu. Akan tetapi tinggal lagi saya percaya kerajaan boleh bantu dan kerajaan sentiasa menyatakan sedia bantu tetapi bila kita kemukakan senarai masanya mengambil begitu panjang dan ada kalanya kalau dilulus pun tidak sepenuh yang diminta. Maka yang dapat senang hati, yang tidak dapat mengutuk pula. Katanya pilih kasih, tidak diberi perhatian pada semua. Akhir sekali tidak juga menyelesaikan masalah.
Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja yang saya bangkit dan saya minta sekali lagi supaya beri penjelasan yang jelas sebenar-benarnya jelas supaya rakyat Kelantan tahu sebenarnya dan saya pohon pihak media yang buat coverage beri ruang yang cukup kepada Yang Berhormat Menteri bila jawab masalah bekalan air Kelantan ini supaya rakyat Kelantan tahu kedudukan sebenarnya dan saya minta Pengerusi SPAN yang baru ini tolong melawat Kelantan dan buat kerja mana yang patut bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedikit sahaja untuk memohon penjelasan daripada Menteri dan kementerian atas Butiran 020000 bersangkutan dengan Bekalan Air Langat 2 Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor yang saya kira mutakhir ini mendapat beberapa coverage media dengan tekanan dibuat terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Namun sejauh yang saya tahu segala usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan perbincangan secara lebih holistik, lebih integrated sehingga hari ini tidak dapat respons daripada Menteri dan kementerian dan paling mutakhir adalah beberapa bulan yang lalu perbincangan dan mesyuarat diadakan.
Tuan Pengerusi, isu Langat 2 ini membabitkan perbelanjaan besar hampir RM7 bilion lebih dan tentunya membawa komitmen dan hutang leverage yang juga besar. Jadi perkara ini tidak boleh diambil mudah begitu sahaja kerana komitmen terhadap hutang dalam kedudukan hutang Kerajaan Pusat, hutang awam terus membelon begini. Lalu saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri apa kedudukan yang mutakhir ini kerana jangan takut-takutkan rakyat sahaja dengan kononnya kapasiti rizab ataupun simpanan ke paras hanya kurang dari 5 peratus memandangkan keperluan hari ini seluruh Selangor, Putrajaya dan pengguna yang menggunakan hampir 4,122 juta liter atau MLDs sudah sampai ke paras kapasiti katanya lalu menggunakan NGO untuk menekan kerajaan secara begini adalah paling tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Keduanya Tuan Pengerusi saya ingin bertanya kepada kementerian akan rasional baik hati kementerian yang terus memberi bayaran dalam bahasa mudahnya bailout menyelamatkan syarikat swasta yang saya perhatikan di sini mengikut satu laporan Financial Daily tempatan dalam bulan Mei yang lalu pemilik konsesi-konsesi di Selangor ini telah diberikan satu bailout berjumlah RM6.5 bilion dan bayaran itu pula dibuat pada harga 73 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran (market value), dengan izin.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Kesemua ini Tuan Pengerusi, apakah cara paling baik mengurus dana dan wang rakyat ketika kita berdepan dengan bebanan hutang yang terus membelon.
Begitu juga pada beberapa pinjaman yang setelah dibuat dua tahun lalu. Pinjaman RM320 juta kepada pihak SYABAS yang bersifat, dengan izin, back loaded, interest free, unsecured. Bermakna tidak ada kolateral, tidak ada bayaran interest. Back loaded bermaksud dibayar pada tahun 2025 setelah hanya bayaran permulaan RM5 juta yang cukup manis, cukup mewah.
Baru-baru ini diberikan sekali lagi, diberikan sekali lagi satu pinjaman kepada SYABAS juga. Saya ingin bertanya, apakah bayaran sebanyak diambil alih apa yang dikatakan sebagai redeemable unsecured notes ini, dengan izin, yang ditanggung oleh Puncak Niaga bernilai RM328 juta sekali lagi dibuat bayaran oleh kementerian dan kerajaan. Di samping itu juga ada satu pinjaman yang diberikan untuk selama 20 tahun bernilai RM110 juta kepada pihak SYABAS sekali lagi pada Oktober 17 yang lalu.
Kesemua ini Tuan Pengerusi, saya ingin penjelasan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri dan kementerian kerana ini adalah satu urus tadbir judiciary, dengan izin, judiciary role peranan kementerian yang jelas berpihak kepada pihak swasta yang tidak ada hubung kait dengan kerajaan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jempol.
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kepesatan pembangunan sama ada perumahan ataupun industri yang berlaku di daerah Jempol telah pun menuntut keperluan bekalan air yang perlu ditambah. Oleh yang demikian, merujuk kepada Butiran 07800, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah usaha yang telah pun dibuat oleh pihak kementerian bagi menaik taraf loji-loji yang ada di Daerah Jempol bagi membolehkan kapasiti pengeluaran air bersih ini dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat memenuhi keperluan masa kini dan juga perancangan masa hadapan ekoran daripada keperluan daripada perumahan- perumahan yang baru dan juga kawasan-kawasan industri yang baru kita bangunkan.
Yang kedua, kementerian juga mesti melihat apabila kapasiti loji ini kita tingkatkan sudah tentulah tekanan air ini akan meningkat. Apabila kita hubungkan di antara loji kepada pengguna, pembetungan yang sudah lama sama ada di Rancangan Tanah FELDA seluruh Jempol yang sebahagiannya sudah mencecah lebih daripada 40 tahun lamanya, termasuk juga laluan kampung tradisional di antara pekan Batu Kikir ke Bahau yang sekarang ini kadar kerosakan, paipnya pecah, pembaikan yang begitu tinggi disebabkan oleh pembetungan yang lama ini menuntut supaya pihak kementerian memperuntukkan sebahagian daripada kewangan ini bagi menggantikan paip-paip yang lama sama ada di Rancangan Tanah FELDA di seluruh Jempol ataupun di kampung-kampung tradisi yang memerlukan penggantian paip tersebut.
Saya yakin dan percaya, walaupun usaha dibuat oleh pihak kementerian dan juga melalui jabatan, tindakan untuk memperbaiki kerosakan paip yang pecah ini secara pantas tetapi oleh kerana kadar pembaikan ini begitu tinggi, saya yakin dan percaya ianya akan menjejaskan kualiti servis kita yang boleh kita berikan kepada rakyat kerana gangguan ini terlalu kerap berlaku.
Tuan Pengerusi, saya juga nampak apabila bekalan kapasiti air ini ditingkatkan ianya juga memerlukan kolam-kolam takungan ini ditambah kerana masa- masa tertentu ianya akan dapat menyelamatkan usaha kita bagi membekalkan jumlah air yang cukup kepada rakyat. Terutama sekali apabila berlaku kerosakan di loji-loji tersebut ataupun berlaku pembersihan yang memakan masa untuk kita bekalkan semula dengan mengisi takungan, itu mengambil masa. Saya yakin dan percaya apabila kita tambah takungan ini ianya akan dapat menyelesaikan permasalahan yang saya sebutkan tadi.
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Bekalan 020000. Apakah perancangan kerajaan dahulu untuk menubuhkan Lembaga Air Negara? Saya dapat melihat kejayaan kerajaan kita membekalkan tenaga kepada rakyat dengan baik melalui TNB, kita bekalkan tenaga yang cukup untuk menampung keperluan industri dan juga keperluan rakyat. Akan tetapi kalau sekiranya kita tidak dapat menyelesaikan isu air, ianya akan menjejaskan ekonomi negara kerana ia akan membantutkan pelabur untuk melabur dalam negara kita. Akan membantutkan usaha untuk meningkatkan lagi jumlah kilang-kilang yang perlu ditingkatkan dan ini memang amat rapat dengan keperluan negara kita.
Tambahan pula kegagalan pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri seperti Kelantan yang saya dengar tadi sehinggakan rakyat tidak dapat air. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian, apakah benar tidak ada kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan isu yang sangat penting, membawa air mentah daripada Pahang untuk diproses di Selangor. Apakah benar akan berlaku krisis besar kekurangan air, bukan sahaja menjejaskan industri, ekonomi dan sebagainya tetapi akan menjejaskan kualiti hidup rakyat. Rakyat menuntut penjelasan daripada kementerian, apakah masalah sebenarnya yang berlaku kepada Kerajaan Negeri Selangor yang tidak mahu memberikan kerjasama ini.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya juga dapat melihat tentang betapa perlunya kementerian memberikan perhatian serius dalam pembangunan industri pelancongan. Terutama sekali bagi menjaga kualiti-kualiti air yang berada di kawasan pelancongan seperti pulau-pulau yang cantik, pulau-pulau yang indah dalam negara kita. Ini termasuk juga di Port Dickson. Sejauh mana kerajaan kita dapat membekalkan sistem pembetungan yang baik supaya air-air kumbahan ini memanglah yang telah pun dirawat ataupun selamat digunakan bagi menjaga kualiti air yang ada dalam laut yang menjadi sumber kekuatan industri pelancongan kita.
Amat malang kepada negara kita sekiranya khazanah negara ini yang telah pun diiktiraf oleh dunia bahawa pulau-pulau kita yang ada kualiti pantai dan air yang ada di negara kita yang tercinta ini adalah antara pulau yang indah, kualiti air yang bersih dan pantai yang cantik tidak dapat dijaga oleh kementerian Yang Berhormat Menteri bagi memastikan khazanah negara dan juga peluang ekonomi yang baik ini tidak dapat dijaga pada masa yang akan datang. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya mulakan dengan bekalan air Kelantan.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Tuan Pengerusi, kita sedia maklum bahawa seperti mana juga di negeri-negeri lain masalah bekalan air sering kali dikaitkan dengan pertama, paip-paip air yang umurnya uzur, tua. Ini yang tidak diganti dan yang kalau mahu diganti memerlukan belanja yang cukup besar dan begitu membebankan Kerajaan Persekutuan khususnya.
Negeri Kelantan semasa Yang Berbahagia Tun Daim Zainuddin jadi Menteri Kewangan. Pada waktu itu memperuntukkan pinjaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebesar hampir RM600 juta. Dana itu kemudiannya digunakan untuk membiayai penggantian paip-paip lama. Walaupun syarat untuk disbursement perjanjian itu memang bersifat politik iaitu kontraktor hanya ditentukan oleh Kementerian Kewangan, negeri tidak ada campur tangan. Saya tahu ada Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang dapat kontrak ini. Di Pasir Mas, Timbalan Ketua UMNO Bahagian sahabat baik saya dia dapat kontrak sekarang sudah kaya raya melalui projek ini...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Ini bukti bagaimana meningkatkan perkhidmatan bekalan air ini dipolitikkan tetapi yang penting kita dapat dana pinjaman RM600 juta itu. Syarikat Air Kelantan ini orientasinya ialah ‘Pengguna Utama Pengguna Isi Rumah’ Di kawasan saya Yang Berhormat Menteri ada 100,000 penduduk.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Bekalan air tambahan yang disalurkan oleh loji air di Merbau Condong itu boleh menambah daripada kapasiti asal 50,000 kepada tambahan lagi 10,000 jadi 60,000. Saya difahamkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Berbeza Kelantan dengan beberapa negeri lain Yang Berhormat Menteri, Kelantan pinjaman bekalan air itu dianggap pinjaman. Akan tetapi di negeri lain itu dianggap geran, pemberian Johor misalnya itu dianggap geran.
Jadi kalau Yang Berhormat Menteri boleh semak kembali dokumen taklimat di bawah bekalan air luar bandar Mesyuarat Majlis Kewangan Negeri pada Ogos yang lepas, itu dibincangkan. Jadi permintaan Kelantan ialah agar status pinjaman itu dilayan sama dengan negeri lain. Saya bagi contoh Johor yang dianggap diberikan status geran. Syarikat Air Johor yang jual air kepada Singapura harga tiga sen tetapi jual air pada rakyat dengan harga RM1. Itu maknanya pandai mentadbir.
Tuan Pengerusi, di bawah Butiran Jabatan Pembetungan. Jabatan Pembetungan ini sekarang di bawah kementerian, Yang Berhormat bertindak sebagai jabatan kawal selialah. Kita tahu bahawa satu ketika ada seorang yang buat kajian berkenaan dengan perkhidmatan pembetungan di negara kita. Saya pun baca di Perpustakaan Parlimen dia sebut seorang nama Jeff Tan Yang Berhormat Menteri di bawah tajuk Privatization In Malaysia Regulation Rent Seeking Policy Failure. Dia sebut bahawa perkhidmatan pembetungan di negara kita ini memang under funding untuk tempoh kajian dia tahun 1976 hingga 1995. Dia kata hanya RM300 juta sahaja diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kumbahan ini. Akan tetapi kalau untuk infrastruktur air itu RM3 bilion jumlahnya, jauh beza.
Jadi, akibatnya idea penswastaan dibuat maka tubuhlah IWK dan segala macam. Yang Berhormat Menteri ada dua perkara yang saya hendak sentuh. Pertama ialah kegagalan untuk adaptasi dan mengimport teknologi baru yang menyebabkan pihak swasta yang mengendalikan sisa kumbahan di negara kita ini dikatakan gagal mematuhi piawaian alam sekitar, loji rawatan kumbahan. Ini juga saya semak dalam laporan audit tahun 2000 Yang Berhormat, perkara ini ditegur oleh audit kerana katanya tiada pemantauan ke atas 2,600 loji kumbahan yang dikendalikan oleh swasta. Pada tahun 2000 itu 2,600 barangkali angka itu sudah makin tinggi. Isunya ialah tiada pemantauan. Jabatan Kumbahan pula hanya bertindak mengikut aduan akibatnya kita compromise dari segi mutu perkhidmatan.
Isu kedua ialah isu tarif. Yang Berhormat Menteri dalam satu-satunya kajian berkenaan kumbahan yang sempat saya semak dalam Perpustakaan Parlimen ialah berkenaan dengan berapakah keupayaan kesanggupan pengguna untuk membayar bil? Itu dipanggil kajian frank small. Mungkin Yang Berhormat Menteri sudah baca kajian ini. Dia buat kajian dia kata rakyat di negara kita ini yang sanggup bayar bil RM5 sebulan itu jumlahnya 76 peratus. RM5 sebulan kita sanggup bayar, yang sanggup bayar RM20 sebulan itu jumlahnya 25 peratus dan yang sanggup RM10 sebulan kajian frank small ini kata 50 peratus. Akhirnya kerajaan pada waktu itu menetapkan kadar caj tarif ini ialah RM5. Sebab itu model perniagaan IWK ini tidak sustainable kerana caj yang rendah maintenance cost yang tinggi.
Akibatnya kerajaan terpaksa menyuntik banyak kali dana untuk menyelamatkan. Tahun hadapan sahaja kita memperuntukkan RM225 juta. Itu top up daripada RM1.2 bilion yang telah kita gunakan. Akan tetapi seperti yang disebut tadi bidang perkhidmatan pembetungan ini masih dianggap under funding. Saya faham itu sahaja tugas Menteri untuk mencari jalan keluar kepada perkara ini adalah sangat sukar.
Terakhir Tuan Pengerusi ialah saya hendak ambil peluang ini bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah benar ada cadangan untuk menjenamakan semula ini yang syarikat pembetungan negara kita ini? Jabatan Pembetungan hendak jadi Syarikat Pembetungan Negara ataupun NASCOM? Ini yang telah pun dibincang dalam bengkel pelan strategik industri perkhidmatan pembetungan negara 29 Mac 2011 yang saya teliti kertas cadangan itu. Katanya sudah sampai ke peringkat akhir dan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri. Isunya ialah untuk menubuhkan sebuah syarikat baru yang diberi nama Syarikat Pembetungan Negara atau singkatannya NASCOM. Kalau ini berlaku saya melihat dari sudut menggabungkan semua badan yang bertanggungjawab menguruskan industri kumbahan ini termasuk Jabatan Perkhidmatan Pembetungan dalam satu syarikat.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Ini akan menghilangkan peranan check and balance yang dimainkan oleh jabatan ini. Satu-satunya institusi yang masih ada untuk mengawal syarikat swasta yang menjalankan perkhidmatan membersihkan kumbahan. Ini kerana kekuatan kakitangannya saya difahamkan cuma 97 orang bukan satu beban kewangan yang tinggi pada saya. Akan tetapi saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sudut check and balance timbang tara itu diambil maklum kalau sekiranya cadangan bengkel ini benar-benar dihasratkan untuk dilaksanakan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kota Belud.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ada beberapa perkara sahaja Yang Berhormat.
Pertama sekali ialah 070100 – International Green Tech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM 2012). Saya hendak tanya pada tahun 2010 melalui conference ini pelaburan yang diperoleh ialah RM1.2 bilion. Kemudian jangkaan anggaran untuk tahun ini ialah RM400 juta dan tahun hadapan RM500 juta. Dalam masa kita mahu mempromosikan green technology ini kenapa kementerian menganggarkan bahawa perolehan daripada pelaburan daripada program ini hampir setengah daripada tahun 2010. Saya cuma hendak tahu apa alasan kementerian sedangkan kita memang berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan lagi pelaburan di dalam green technology ini.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kemudian saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, dalam penerangan awal di dalam buku ini iaitu program bekalan air di bawah aktiviti ibu pejabat, pemeriksaan keselamatan empangan dibuat 12 kali pada tahun 2010 tetapi untuk tahun 2011 hanya enam kali. Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, apakah ia frekuensi pemeriksaan keselamatan empangan di negara kita ini?
Ini kerana kalau 12 kali pada tahun 2010, enam kali pada tahun 2011, adakah ini mungkin tahun selang-seli untuk diperiksa? Ini kerana kalau ia 12 kali pada tahun 2010, sudah tentu empangan itu masih ada, kalau yearly inspection, sepatutnya 12 kalilah kalau itu yang perlu dibuat.
Kemudian Tuan Pengerusi, saya melihat daripada aktiviti tenaga ini, prestasi aktiviti kementerian, pada tahun 2010, SAIDI untuk Semenanjung Malaysia ialah 62.88 minit per pengguna, tetapi di Sabah ialah 687.4 minit per pengguna. Hampir 10 kali ganda. Saya faham Yang Berhormat Menteri memang berusaha sedaya-upaya untuk menyelesaikan masalah ini dan saya kagum. Akan tetapi lebih 10 kali ganda ini adalah suatu perbandingan yang agak tidak boleh diberi pertimbangan sewajarnya. Saya minta supaya kementerian betul-betul melihat.
Satu lagi kemusykilan saya Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, pada tahun 2011, peningkatan penggunaan sumber tenaga boleh baharu (renewable energy) dianggarkan pada 73 megawatt, tetapi pada tahun 2012, kementerian menjangkakan 370 megawatt iaitu peningkatan penggunaan sumber tenaga boleh baharu sebagai sumber alternatif dalam campuran bahan api. Cumanya saya katakan tadi, kalau kita menjangkakan daripada 73 megawatt pada tahun 2011 naik kepada 370 megawatt, kenapa pula pelaburan yang diperoleh tadi itu jatuh? Bagaimanakah kerajaan mahu meningkatkan penggunaan sumber tenaga renewable energy ataupun tenaga boleh baharu ini daripada 73 megawatt tahun ini kepada 370 megawatt pada tahun hadapan sedangkan pelaburan yang diperoleh, contohnyalah daripada International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) ini dijangkakan menurun kepada RM500 juta daripada RM1.2 bilion?
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri apakah perkembangan second southern grid, state grid di Sabah yang sekarang ini perlu dibuat untuk memastikan penyaluran tenaga dari Pantai Barat kepada Pantai Timur dan vice versa berlaku? Saya ingin hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai status terkini southern grid di negeri Sabah.
Terakhirnya, bolehkah Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada Dewan ini prestasi kewangan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) mungkin untuk dua atau tiga tahun sebelum ini dan mungkin lima tahun yang akan datang.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita mahu tahu sama ada SESB akan terus mengalami kerugian dan apakah kerugian itu akan bertambah ataupun tidak. Itu kalau ada, kalau tidak pun secara bertulis. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh barat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, Butiran 00107 - Projek Teknologi Hijau ataupun renewable energy. Semasa membentangkan rang undang-undang tersebut pada tahun dahulu, Yang Berhormat Menteri telah mengatakan bahawa satu mekanisme feed-in-tariff akan wujud dan sebelum tahun 2011 ia akan diimplementasikan. Saya hendak tahu seberapa jauhkah perkara ini telah dilakukan dan macam manakah ia telah membawa satu keuntungan kepada negara dan juga kepada pihak-pihak yang terlibat khusus mengenai solar energy dan apakah yang dibuat untuk memberi galakan kepada downstream activity?
Saya baru-baru ini ada berjumpa dengan beberapa pembuat solar energy yang mengatakan bahawa galakan sangat kurang dari kerajaan dan juga tidak ada insentif-insentif yang tertentu termasuk dalam bila membina bangunan-bangunan kerajaan, menunjukkan bahawa tidak ada penggunaan solar energy dan juga renewable energy supaya khusus dengan perkara-perkara ini ia akan mengurangkan fossil fuel dalam hal ini.
Dalam hal ini Tuan Pengerusi, saya difahamkan dengan izin, mechanism that allows electricity that is produced from indigenous renewable energy resources to be sold to power utilities at a fix premium price and for a specific duration. Apakah yang telah dibuat oleh kementerian? Adakah ia telah berjaya berbanding dengan negara- negara Barat di mana peratusan penggunaan renewable energy adalah sangat tinggi?
Apakah target di negara ini dan adakah ia dapat dicapai? Adakah kita boleh mencapai sepuluh peratus dalam tempoh satu atau dua tahun ini?
Saya ingat lagi Presiden Obama, dia melancarkan beberapa syarikat solar energy dan ada yang berjaya dan ada yang telah muflis. Akan tetapi yang mustahak ini adalah satu perkara yang kita perlu hadapi. Saya difahamkan negara China adalah satu negara yang sangat aktif dalam arena ini di mana galakan sehingga berjuta-juta Yuen diberi untuk pendirian syarikat-syarikat solar ini.
Tuan Pengerusi, berkaitan dengan ini, saya juga ingin tahu apakah pendirian mengenai program pendidikan iaitu Butiran 070400 – Program Pendidikan dan Kesedaran Awam Berkaitan Tenaga Nuklear untuk Penjanaan Elektrik, lebih RM2 juta dijangkakan. Saya tahu di Economic Transformation Program (ETP) di mana dua buah loji jana kuasa telah dijangka akan dibina di negara ini. Apakah ini akan menjadi satu realiti? Walaupun Yang Berhormat telah memberi jawapan bertulis semalam mengatakan bahawa hanya satu kajian yang sedang dibuat dan tidak ada satu proses kenal pasti yang telah dibuat untuk membina dua buah loji jana kuasa nuklear tetapi yang mustahak adalah, adakah jana kuasa nuklear perlu pada masa ini memandangkan keseriusan, keterukannya di negara Jepun dan negara-negara lain yang sangat bergantung pada nuclear energy? Adakah kita akan belajar dari kesilapan mereka atau membuat satu kesilapan dengan sengaja iaitu membina satu jana kuasa loji nuklear yang baru?
Di ETP itu dikatakan anggaran pun telah dibuat walaupun Yang Berhormat telah mengatakan tidak tahu berapakah kos anggaran untuk membina dua jana kuasa nuklear ini. Di ETP, tertulis di sana sebanyak RM21.3 bilion dijangka akan digunakan untuk membina nuclear plant ini. Dalam jangkaan yang dikatakan educational program macam GST satu education program, niat kerajaan adalah serius supaya..., walaupun ada bantahan-bantahan tertentu tetapi kerajaan berniat untuk membina jana kuasa ini, maka itu adalah satu program. Adakah kerajaan serius, adakah kerajaan sedar bahawa satu di antara cara untuk mengelak kita bergantung pada nuclear technology ialah jangan kita berarah kepada situasi tersebut? Akan tetapi dengan anggaran pengagihan wang lebih dari RM2 juta yang dibuat untuk satu explanatory kepada rakyat, ini menunjukkan keseriusan, menunjukkan bahawa kerajaan sebenarnya berniat untuk membuat jana kuasa ini.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh barat
Akhir sekali Tuan Pengerusi adalah mengenai Butiran 08400 – Rancangan Bekalan Air Negeri Perak. Tuan Pengerusi, saya pernah bangkitkan perkara ini beberapa kali di Dewan ini sebelum ini. Dalam mengagihkan wang kepada beberapa proses pembaikan dan penyaluran air kepada rakyat, beberapa negeri ada standard di mana air telah hilang (the loss of water) dan ada negeri-negeri 48 peratus dari air telah hilang oleh sebab kebocoran paip dan paip-paip lama. Berkaitan dengan hal ini, di negeri Perak apakah sasaran dan apakah tunjuk ajar yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mengenai perkara ini? Setakat ini adakah air di negeri Perak itu cukup dan apakah kawal selia yang dibuat? Setakat ini, berapa paip airkah perlu diubah dan apakah cara yang baru supaya tidak ada kehilangan dalam air ini? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya satu perkara iaitu Perkhidmatan Pembetungan – 040000.
Terdapat tiga buah pusat rawatan di Langkawi yang melibatkan kumbahan iaitu di Sungai Mengulu, Kuah, Kuala Muda di Padang Mat Sirat dan Pantai Tengah dan Pantai Cenang. Semua ini diiktiraf sebagai tempat pelancong. Saya hendak tahu sejauh manakah pengguna-pengguna paip dan masih adakah lagi yang di hotel-hotel dan lain- lain premis perniagaan yang enggan menyambung ke paip-paip yang sedia ada iaitu yang dibina oleh Indah Water dahulu.
Jikalau tidak, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan mereka ini menyambung kerana saya khuatir berlaku juga di Padang Mat Sirat dan juga di Pantai Tengah dan Pantai Cenang, paip itu amat tidak elok sedikitlah memandangkan ia di tepi pantai. Seterusnya adakah mungkin penyelesaian cara mana kita hendak memaksakan mereka ini menyambung kepada paip-paip tertentu kerana saya khuatir mungkin harga tinggi sedikit tetapi walau bagaimanapun kerajaan telah memikirkan yang sesuai untuk mereka ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya pilih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bagan Serai.
Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai
Alhamdulillah.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam bahagia. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian iaitu mengenai dengan PERHILITAN. Apa yang saya akan timbulkan iaitu masalah monyet yang mengancam tanaman penduduk. Telah pun beberapa kali saya mengemukakan, mengutarakan masalah ini kerana saya dapati bahawa ia adalah sebagai satu ancaman yang besar kepada penduduk dan diharap pihak PERHILITAN dapat menambahkan perangkap sebab apa masa kini hanya terdapat tiga buah perangkap yang besar yang dibekalkan oleh PERHILITAN di Daerah Kerian.
Jikalau kita perhatikan Daerah Kerian ia memanglah satu kawasan yang besar terutama sekali ia berhampiran dengan Zoo Taiping dan kita dapati bahawa Zoo Taiping kadangkalanya melepaskan monyet-monyet tersebut di Daerah Kerian.
Bagaimanapun saya cadangkan supaya disediakan perangkap-perangkap yang kecil di mana kalau kita perhatikan perangkap-perangkap kecil ini dapat disediakan dan ia adalah lebih murah kalau dibandingkan dengan perangkap besi yang besar. Lagi-lagi kalau dibuatkan secara gotong-royong. Saya ingat tidak sampailah RM250 tiap-tiap satu perangkap yang ada. Dari maklumat yang saya dapati monyet-monyet yang telah ditangkap lebih kurang 300 ekor sudah ditangkap dan telah pun disuntik dan dihantar ke Sungkai untuk pelupusan. Bagaimana kalau saya cadangkan supaya ia dijadikan baja sebagaimana yang dilakukan oleh negara Cuba.
Selain daripada itu saya ingin menyentuh tentang pengairan dan saliran. Saya mohon dipercepatkan program penebatan banjir di Sungai Kurau, Samagagah dan juga Bukit Merah.
Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai
Ini kerana kalau kita perhatikan kesan akibatnya amatlah besar bukan sahaja mengatasi permasalahan banjir malah dapat meningkatkan pengeluaran padi dan dengan sendirinya kita akan mengurangkan penggantungan padi berdepan negara luar.
Selain daripada itu juga tentang masalah air iaitu tentang pengusaha- pengusaha ikan arowana yang mana kita dapati bahawa pengusaha-pengusaha ikan arowana ini menggunakan air yang begitu banyak. Mereka ini saya dapati bahawa mereka hanya menggunakannya tanpa membayar apa-apa. Oleh yang demikian bilakah penggunaan air ini dapat kita kenakan bayaran kepada mereka sedangkan mereka mengaut keuntungan yang begitu besar daripada hasil perusahaan mereka.
Selain daripada itu juga saya ingin bangkitkan tentang kerja-kerja kecil JPS pelbagai negeri dengan peruntukan RM100,000. Cuba kita fikirkan RM100,000 untuk negeri-negeri dibahagikan dengan katalah 10 buah negeri maka sebuah negeri hanya mendapat RM10,000 sahaja. Alangkah sedikitnya, kesian tidak cukup. Ini kerana saya dapati keluhan daripada pegawai iaitu engineer JPS di Bagan Serai iaitu di Kerian dia kata tiap-tiap kali duit tidak cukup, duit tidak cukup. Apa halnya duit tidak cukup ini?
Jadi nampaknya dia minta supaya saya mengemukakan lebih peruntukan kepada JPS di Kerian. Ini kerana kita perhatikan banyak projek yang memerlukan perparitan di selenggarakan. Jadi apa yang saya harapkan jika sekiranya kalau parit-parit ini dapat diselia dengan baik maka dengan sendirinya kita akan dapati bahawa produktiviti padi akan meningkat.
Jadi apa yang saya harapkan satu lagi mengenai dengan masalah tentang pembersihan parit yang ada. Saya dapati parit-parit yang ada ini digunakan agak semak dan juga yang saya kerap kali katakan bahawa rumput bersalam iaitu penyelenggaraannya tidak sempurna. Selain daripada itu apa yang saya dapati bahawa penggunaan racun berleluasa digunakan oleh pihak-pihak kontraktor. Tidak adakah satu undang-undang di mana kita boleh menyekat penggunaan racun ini. Ini kerana racun-racun yang digunakan ini kalaulah disembur di parit tadi rumput-rumput akan mati dan rumput tersebut tidak pun diangkat. Jadi dengan sendirinya bila rumput tidak diangkat air tidak akan mengalir dan kita akan dapati parit-parit akan cetek. Jadi oleh yang demikian kalau parit cetek ia akan memberi akibat kesan di mana banjir mudah berlaku.
Jadi oleh yang demikian apa yang saya perlukan apakah langkah-langkah dan cara-cara yang paling efektif memastikan supaya tiap-tiap kontraktor yang dapat kerja tadi menyempurnakan dengan sempurnanya parit-parit dijaga dengan sempurnanya. Ini kerana saya ingat lagi semasa saya masih kecil dahulu iaitu tahun 60-an ataupun tahun 50-an kita dapati parit-parit tadi memang diselenggarakan dengan baik sekali. Kita akan dapati ikan pun banyak semua sekali dan pada masa kini rumput yang terdapat sahaja.
Jadi oleh yang demikian saya mengharapkan kepada pihak kementerian untuk mengambil kepastian supaya racun-racun tidak digunakan dan juga saya berharap supaya penambahan bajet kepada Daerah Kerian ditambahkan bagi meningkatkan produktiviti padi dan juga dengan sendirinya kita akan dapati bahawa bila produktiviti padi meningkat petani akan mendapat pendapatan yang tinggi, dengan sendirinya kesejahteraan kepada masyarakat akan dapat ditingkatkan. Kita akan dapati kemanfaatan memanglah banyak. Oleh yang demikian saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Labuan.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya dua isu sahaja Tuan Pengerusi satu butiran 03200 – Sabah Electricity Sdn. Bhd.
(SESB). Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Labuan telah pun diisytiharkan sebagai oil and gas hub. Akan tetapi masalahnya walaupun ada pengurangan SAIDI daripada lebih 300, sekarang tinggal 254 tetapi dengan keseringan ataupun kekerapan gangguan bekalan elektrik ini akan menjejaskan kilang-kilang yang ada di Labuan. Jadi kita mengharapkan kementerian dapat melihat dalam hal ini kerana kalau kilang-kilang ini tidak beroperasi ia akan melibatkan kerugian berjuta-juta ringgit disebabkan oleh gangguan elektrik.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
Kedua adalah butiran 11300 – Rancangan Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan. Alhamdulillah saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri melalui kementeriannya kerana telah pun mendatangkan air ke Labuan dan Labuan sekarang telah pun mempunyai bekalan air yang cukup di mana hingga tahun 2030 pun masih cukup. Jadi apa yang kita ingin suarakan adalah masalah paip-paip yang bocor untuk menyalurkan ke rumah-rumah di Labuan. Jadi dengan adanya peruntukan kalau tidak silap saya RM92 juta ini diharapkan peruntukan tersebut adalah untuk memperbaiki sebahagian daripada sistem paip-paip yang bocor yang ada di Labuan.
Satu juga saya ingin bertanya tentang sistem penapisan air kumbahan seperti mana yang kita bincangkan dahulu, apakah perkembangan sistem penapisan air kumbahan tersebut yang mana air ini akan digunakan untuk kilang-kilang yang beroperasi di Labuan bukan untuk diminum tetapi untuk kegunaan kilang-kilang.
Diharapkan ia dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana secara tidak langsung ini akan dapat mengimbangi air yang ada di Labuan. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih.
Yang Berhormat hendak cakap ataupun tidak Yang Berhormat Bukit Mertajam?
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Hendak bercakap.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, pukul 2.30 lah Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Nanti saya berucap 2.30 petang?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Nanti saya buat nota di sini Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Okey, terima kasih.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tuan Pengerusi selepas itu boleh buat nota untuk Padang Terap, Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat, jam sudah pukul 1.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis sesi pagi ditangguhkan hingga pukul 2.30 petang.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hanya ada dua isu sahaja iaitu mengenai rancangan bekalan air Negeri Pulau Pinang.
Saya ingin memohon supaya Yang Berhormat Menteri boleh memberitahu kita, apakah perkembangan masa kini mengenai rancangan bekalan air di Pulau Pinang. Khasnya mengenai projek pembesaran Empangan Bengkuang. Bilakah ia dijangkakan akan siap.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Kedua, tadi saya pun telah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri mengenai keretakan rumah kerana projek pembinaan rangkaian paip pembetungan di Juru. Taman Kota Permai, Fasa 1 yang juga terjejas, projek di situ, rumah-rumah pun telah diberikan pampasan. Masalahnya sekarang, Fasa 2 Taman Kota Permai, di mana terdapat 51 buah rumah terbabit dalam isu ini. Baru-baru ini di Taman Seri Rambai juga terdapat lebih kurang 50 buah rumah yang mengalami kerosakan yang percaya adalah sama dengan rumah-rumah di Taman Kota Permai, Fasa 1.
Jadi, saya memohon supaya Yang Berhormat Menteri boleh menggunakan cara penyelesaian di Taman Kota Permai, Fasa 1 untuk menyelesaikan masalah di Fasa 2 dan juga di Taman Seri Rambai supaya tuan-tuan rumah ini diberikan jaminan bahawa pihak yang berkenaan iaitu kementerian akan membela kepentingan mereka, itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sri Aman.
Tuan Masir Kujat - Sri Aman
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua butiran yang saya hendak minta penjelasan.
Yang pertama, mengenai bekalan air bandar atau bekalan air luar bandar.
Tuan Pengerusi, Sri Aman semakin pesat membangun seperti saya katakan pada peringkat dasar. Kita telah membuat cadangan untuk menaiktarafkan loji bekalan air di Empangu Bayai dan satu lagi di Melugu. Mengapa kita memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri kerana banyak ladang sawit telah dibangun di sekitar Batu Lintang dan juga di kawasan Melugu. Jadi, oleh sebab bekalan air itu melalui graviti dan banyak kawasan telah tercemar, jadi, saya ingin bertanya atau meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai status cadangan untuk menaiktarafkan loji bekalan air di Bayai dan juga di Melugu. Satu lagi berkaitan dengan bekalan air, terutama sekali paip-paip di kawasan Sri Aman dan sekeliling kerana terdapat aduan daripada penduduk dari kawasan Sri Aman yang mengatakan kualiti air itu adalah kurang memuaskan. Air keruh dan bukan lagi jernih dan selamat untuk diminum. Jadi, saya memohon kementerian untuk mengkaji, menukar ataupun memasang paip yang baru untuk bekalan air di seluruh Sri Aman.
Butiran yang kedua ialah mengenai Butiran 00107 - Projek Teknologi Hijau.
Saya juga sering membangkitkan di dalam perbahasan sebelum ini terutama sekali untuk kampung-kampung yang jauh di pedalaman dan sukar dihubungi. Saya menyeru kementerian untuk mengkaji sama ada kita boleh menggunakan teknologi hijau terutama sekali dari segi tenaga elektrik dan juga air seperti mikro hidro dan juga menggunakan sumber air ataupun angin untuk membekalkan elektrik selain daripada solar yang kita selalu sebutkan selama ini. Terutama sekali kampung-kampung seperti Kampung Tuba, Muding dan Kampung Mentu. Ini adalah kawasan-kawasan yang besar penempatan penduduk di sana dan mereka jauh di pedalaman dan dapat dihubungi hanya melalui jalan pembalakan sahaja.
Jadi, saya memohon kementerian untuk mengkaji bekalan elektrik untuk projek yang menggunakan teknologi supaya sumber-sumber seperti air dan angin dapat diguna pakai untuk memberikan kemudahan elektrik dan sebagainya, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullaahi ta'ala wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi, Ahli Majlis. Saya ada beberapa butiran yang perlu dibangkitkan. Yang pertama, Butiran 4000 dan juga Butiran 8000.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya mendengar perbahasan dalam Dewan ini dan juga berkaitan perbahasan bajet peringkat dasar sebelum ini iaitu berkaitan dengan kewujudan satu National Sewerage Company ataupun NASCOM yang dicadangkan oleh pihak kementerian untuk menggantikan ataupun bagi saya sebagai satu rebranding semula kepada Indah Water Konsortium (IWK). Saya difahamkan melibatkan penggabungan di antara Jabatan Perkhidmatan Pembetungan dan Indah Water Konsortium yang akan menyebabkan ataupun yang akan mengakibatkan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan akan dimansuhkan dan semua kerja yang melibatkan rawatan ataupun semua kerja pelaksanaan projek pembetungan negara, operasi, penyelenggaraan loji, rawatan kumbahan akan diambil alih oleh NASCOM selepas daripada ini sebagai sebuah entiti swasta. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah ini satu lagi usaha untuk menyelamatkan sebuah syarikat GLC yang semakin nazak. Akhirnya, akan mengorbankan sebuah jabatan iaitu Jabatan Perkhidmatan Pembetungan kerajaan.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Bagi saya ia merupakan satu tindakan yang akan membazirkan duit pembayar cukai kerana ia akan melibatkan ataupun akan memerlukan kos yang baru sedangkan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan yang ditubuhkan oleh kerajaan dahulu adalah disebabkan oleh IWK sendiri yang gagal untuk melaksanakan pembinaan loji-loji rawatan kumbahan sehinggalah kerajaan terpaksa mengehadkan fungsi IWK hanya kepada kerja-kerja operasi loji dan penyelenggaraan sahaja pada tahun 2000.
Manakala projek-projek kerajaan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Jadi, saya difahamkan bahawa projek yang melibatkan penyediaan prasarana pembetungan yang kini dikawal selia oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan dianggarkan RM6.8 bilion. Selepas ini diuruskan oleh pihak swasta dan bagi saya ia akan mendedahkan lagi satu situasi kepada masalah urus tadbir ataupun masalah ketirisan duit rakyat. Tambahan lagi, IWK yang mempunyai rekod yang tidak begitu baik sebelum daripada ini.
Saya juga seperti mana Yang Berhormat Machang ingin bertanya, benarkah kertas yang sudah sampai ke Kabinet dalam masa yang terdekat dan saya memohon kepada pihak kementerian untuk membuat kajian yang terperinci sebelum satu-satu keputusan dibuat. Ia akan melibatkan satu sistem check and balance akan bermasalah kerana Jabatan Perkhidmatan Pembetungan ini adalah merupakan satu cara untuk kita mengelakkan monopoli dalam industri pembetungan ini. Saya juga mendengar maklumat bahawa apabila jabatan ini ditutup, ia akan melibatkan juga penyerapan pegawai-pegawai ataupun kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan ini kepada IWK. Benarkah ini akan berlaku? Mohon kementerian untuk menjawab.
Saya ingin mencadangkan agar sistem pembetungan ini dikembalikan seperti mana sebelum daripada tahun 1994, sebelum Akta Perkhidmatan Pembetungan itu digubal. Kita telah melihat bagaimana konsep penswastaan sistem pembetungan ini menjurus kepada kegagalan. Bagi saya, paling-paling kurang Jabatan Perkhidmatan Pembetungan ini masih lagi relevan untuk dikekalkan. Jadi, saya pohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Isu yang kedua, butiran yang sama Yang Berhormat Menteri ialah berkaitan dengan pihak kerajaan sudah pun menyuntik berkali-kali modal kepada pihak IWK dan juga pelantikan IWK sebagai Project Management Consultant yang dilantik secara terus untuk projek-projek pembetungan. Sedangkan Kementerian Kewangan telah mengeluarkan pekeliling untuk tidak membenarkan pelantikan Project Management Consultant untuk projek-projek kerajaan kerana penggunaan Project Management Consultant ini tidak efisien dan juga menambahkan kos projek. Jadi, saya pohon pihak kementerian untuk memberikan sedikit jawapan...
Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Boleh saya minta mencelah?
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Ya. Silakan.
Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Tuan Pengerusi, Assalammualaikum. Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai orang muda dalam Parlimen ini mungkin dapat saya bantulah, kalau boleh masukkan dalam ucapan.
Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Latar belakangnya Indah Water ini dahulu diusahakan oleh sebuah syarikat dan dijual syarikat Indah Water ini kepada sebuah syarikat yang berdaftar dalam BSKL.
Dimaklumkan keuntungan kepada penganjurnya ialah dalam lingkungan RM300 juta.
Kemudian, syarikat ini pula dijualkan kepada pihak yang lain, untung pula tidak tahu berapa puluh juta, ratus juta mungkin. Kemudian gagal pihak yang ketiga melaksanakan dengan baik, maka kerajaan terpaksa mengambil alih. Maknanya, berkali-kali diubah tangan, dipindah milik dengan belanja yang tinggi dan kemungkinan Yang Berhormat sekarang hendak mempersoalkan berapa banyak lagi perbelanjaan yang akan dikeluarkan. Terima kasih. Itu sahaja campur tangan saya. Terima kasih.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Terima kasih ayahanda saya berkaitan dengan IWK sebagai maklumat. Saya mohon pihak kementerian untuk melihatlah, benarkah NASCOM ini akan mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan itu dan juga pada masa yang sama diserapkan sekali syarikat IWK yang sebelum ini ada masalah-masalah yang saya sebutkan tadi.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian berkaitan dengan IWK yang mengutip bil pembetungan di Jelutong secara percuma kerana sebelum ini kos penyelenggaraan loji Jelutong ini dan juga lain-lain kos yang berkaitan dengan loji itu ditanggung oleh kontraktor yang telah menyiapkan loji tersebut beberapa tahun yang lalu. Jadi, ini bagi saya telah menyebabkan memberi peluang kepada IWK untuk mengutip bil daripada pengguna tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk kos rawatan kumbahan di Jelutong. Jadi, sudah tentulah bagi saya ini satu perniagaan yang cukup lumayan dan seolah-olah memberikan bantuan percuma kepada IWK.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian berkaitan dengan syarikat IWK ini yang sudah pun memberikan bonus dua tahun berturut-turut yang lepas sedangkan jelas kerugian syarikat ini mencecah saban tahun seperti mana yang didedahkan oleh pihak Ketua Audit Negara. Apa yang peliknya, bagaimanakah syarikat yang rugi ini, yang beroperasi rugi ini boleh memberikan bonus kepada kakitangannya yang mencecah ribuan orang yang dikhabarkan juga daripada sumber-sumber. Minta supaya pihak kementerian untuk membetulkan.
Pihak pengurusan IWK juga berhasrat untuk menggantikan semua kereta- kereta Perdana untuk pengurusan IWK yang sedia ada kepada kereta-kereta import Volkswagen. Benarkah ini berlaku? Kalau betul berlaku begini, bagi saya ini satu perkara yang perlu dikawal dan sudah tentulah bagi saya kewujudan NASCOM ini perlu dihalang pada peringkat awal lagi.
Begitu juga saya ingin persoalkan juga butiran yang sama, berkaitan dengan perjanjian ataupun Majlis Perjanjian Kontrak bagi Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Pantai-2 Wilayah yang diadakan 3 November baru-baru ini yang bertempat di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya. Peringkat awalnya saya difahamkan dan juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai akan berlaku campur tangan ataupun kontrak ini akan dibina dengan kerjasama daripada syarikat daripada China iaitu syarikat Beijing Enterprises Water Group Limited yang dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek rawatan kumbahan ini.
Akan tetapi akhirnya selepas daripada perjanjian ini ditandatangani, walaupun peringkat awal difahamkan dananya akan digunakan daripada wang pinjaman daripada Kerajaan China, akhirnya kos projek ini terpaksa ditanggung oleh Kementerian Kewangan. Jadi, saya ingat perlu penjelasan sedikit kerana kos yang dikatakan mencecah RM1 bilion dan benarkah ia berlaku. Kiranya berdasarkan kepada tinjauan, mungkin rawatan ini kosnya boleh dikurangkan lagi.
Seterusnya Butiran...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, boleh habiskan?
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Sedikit, dua lagi. Butiran 06500 – Rancangan Bekalan Air Negeri Kedah.
Tuan Pengerusi, tentang bekalan air negeri Kedah ini, Butiran 06500, saya mencadangkan kepada pihak kementerian bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah Kulim Hi-Tech sebagai zon industri berteknologi tinggi secara bersama. Isunya ialah tarif air yang dikenakan yang berada di bawah kawalan SPAN seperti mana yang dimaklumkan ke dalam Dewan yang mulia ini sebelum daripada ini.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Ini kerana selepas daripada berlakunya kelulusan Akta Perkhidmatan Air, kita telah melihat isu tarif ini sebenarnya di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Jadi, saya harap pihak Kerajaan Pusat berunding dengan pihak kerajaan negeri dan juga pelabur untuk menetapkan satu nilai tarif yang kondusif kepada pihak pelabur.
Bekerjasama dengan MIDA, SADA, SPAN dan juga kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian yang telah memberikan respons yang cukup positif dan pegawai-pegawai dalam menaik taraf loji di Padang Terap terutamanya di Lubok Merbau, di Kuala Nerang 1 dan juga Kuala Nerang 2 dan juga di Loji Nami. Jadi, pihak penduduk mengucapkan ribuan terima kasih dan saya berharap tidak berlaku lagi masalah- masalah air selepas daripada ini. Minta, mohon pihak kementerian untuk mempercepatkan kerana masih lagi belum selesai sepenuhnya. Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada pihak Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lenggong, kemudian Yang Berhormat Putatan. Selepas itu minta Yang Berhormat Menteri pula menjawab.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ada 18 orang sudah Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Butiran...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hampir dua jam sudah kita berucap kementerian. Ya.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Butiran 020000, Butiran 010300, Butiran 010200 berkaitan dengan Tenaga dan juga Bekalan Air.
Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak kementerian yang telah pun melaksanakan projek solar hibrid di kawasan Parlimen saya iaitu di RPS Dala, yang mana Yang Berhormat Menteri sendiri telah hadir untuk melakukan perasmian bersama Ke Bawah Duli Sultan Perak tahun lalu. Program ini amat baik dan berkesan sekali. Cuma saya minta supaya pihak kementerian untuk melihat sedikit ada beberapa masalah khususnya berkaitan dengan gangguan bekalan elektrik. Barangkali keadaan cuaca yang tidak menentu, oleh itu sumber bekalan elektrik agak tidak begitu memuaskan.
Walaupun secara keseluruhannya, umumnya amat baik tetapi apakah pihak kementerian boleh buat kajian untuk menempatkan tenaga atau pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran di kawasan berhampiran misalnya di TNB di Gerik itu sendiri.
Tidak perlu untuk menunggu pegawai-pegawai daripada Kuala Lumpur dan sebagainya untuk membuat pembaikan jika berlaku masalah-masalah berkaitan dengan bekalan elektrik ini.
Jadi minta supaya perkara ini dapat diberi perhatian oleh pihak kementerian walaupun saya amat berterima kasihlah kepada kementerian kerana membantu menyelesaikan masalah bekalan elektrik di kawasan pedalaman di RPS Dala ini.
Berkaitan dengan itu juga saya juga minta supaya pihak kementerian juga membuat kajian apakah boleh juga membantu masyarakat Orang Asli di kawasan ini untuk walaupun ada bekalan air sekarang ini di kawasan berkenaan tetapi agak tidak begitu memuaskan. Ada lagi..., oleh kerana di kawasan ini melibatkan RPS Dala ini satu kampung, tetapi sebenarnya terdapat lebih daripada lapan kampung kecil-kecil yang melibatkan lebih ramai penduduk di situ.
Bolehkah pihak kementerian membuat kajian untuk mengadakan projek-projek bekalan air supaya lebih sempurna di kawasan berkenaan. Jika perkara ini dapat dilakukan, saya percaya masalah kemudahan asas yang amat penting kepada masyarakat Orang Asli di sini dapat diselesaikan. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Putatan. Eh!
Yang Berhormat Sepanggar... [Ketawa]
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Terima kasih...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sepanggar.
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya Cuma ingin menyentuh mengenai Butiran 03200 iaitu SESB. di mana saya difahamkan pada tahun yang lalu kerajaan telah pun menghentikan rancangan untuk penjanaan menggunakan arang batu. Akan tetapi saya juga difahamkan bahawa kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada pembekal penjana itu daripada negara China.
Jadi saya ingin mohon penjelasan siapakah yang akan membayar pampasan ini? Sama ada Kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri ataupun pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sendiri yang membayar pampasan ini. Disebabkan ini telah pun kita minta supaya memang tidak ada kesesuaian untuk pembinaan penjana elektrik ini di kawasan Lahad Datu, Tungku Lahad Datu maka ramai yang telah pun membantah atas perancangan ini dan kita syukurlah terima kasih kepada kerajaan oleh kerana telah pun menghentikan rancangan ini. Akan tetapi cuma kita minta penjelasan siapakah yang akan membayar pampasan ini.
Kedua ialah juga dalam sama butiran di mana pada pertengahan tahun bulan September tahun ini, caj elektrik ataupun tarif elektrik di Sabah telah pun dinaikkan sehingga 15 peratus. Akan tetapi malangnya dengan kenaikan itu kita tidak ada nampak pembaikan keuntungan kepada rakyat disebabkan masih juga terlalu banyak gangguan elektrik di Sabah. Sehingga banyak yang telah pun membuat, memohon pampasan oleh kerana gangguan ini akan tetapi tidak dilayan. Jadi ini saya mohon penjelasan sama ada disebabkan sekiranya kenaikan tarif ini sudah dijalankan, kita sekurang-kurang pun kita dapat sedikit imbasan ataupun kebaikan dengan penjana ini.
Akan tetapi malangnya ini masalah berlarutan. Terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Minta maaf ya Yang Berhormat Batu Gajah. Ya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Pengerusi, telah 19 Ahli mengambil bahagian untuk berbahas bajet Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam Peringkat Jawatankuasa ini. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang ambil bahagian ini untuk bersama-sama kita berbincang tentang soal yang berkaitan dengan kementerian ini.
Saya ingin bercadang untuk menjawab beberapa topik yang agak bersama disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan kemudian cubalah menjawab di dalam isu- isu yang spesifik itu yang di bawa oleh Yang Berhormat sekalian. Terutamanya mengenai air ini yang banyak Yang Berhormat telah membuat cadangan dan sebagainya.
Saya hendak sebut di sini bahawa dari segi pelaksanaan projek air di luar bandar ini ia memang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Kementerian inilah yang bertanggungjawab mengenai, menentukan mana- mana projek yang tempat yang sesuai untuk dilaksanakan dengan projek berkenaan.
Kementerian saya hanya terlibat dari segi menyediakan ataupun memastikan bahawa bekalan air yang mencukupi untuk disalurkan kepada kawasan-kawasan luar bandar yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ini kerana source work ini Tuan Pengerusi adalah diberikan pinjaman daripada pihak Kerajaan Persekutuan untuk kerajaan negeri.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Ini supaya source work ini yang di dalam negeri tersebut ditanggungjawab oleh pihak negeri untuk menentukan berapa loji yang sedia ada, yang sesuai untuk dibina. Kebanyakannya dalam proses ini, akhirnya jumlah peruntukan yang diperlukan dihantar kepada kementerian saya untuk diteliti dan kemudiannya dimasukkan dalam bajet tahunan atau bajet rolling plan. Supaya kita dapat peruntukan untuk disalurkan kepada pihak negeri untuk melaksanakan projek source work ini.
Inilah selaras dengan apa yang dijanjikan, perjanjian di antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Saya nasihatkan kepada Yang Berhormat sekalian, jika source work ini tidak mencukupi adalah elok mereka bercadang kepada negeri yang setakat ini yang belum distrukturkan semula, masih lagi di dalam pegangan kerajaan negeri dan merekalah yang menentukan. Mana-mana kawasan yang perlukan, mereka buat rancangan dan akhirnya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa air yang sudah kita rawat itu boleh disampaikan kepada kawasan-kawasan masing-masing.
Kepada negeri-negeri yang sudah di struktur semula, asas ini masih berjalan, asas di mana pihak negeri yang berkuasa tentang source work. Akan tetapi, kepada negeri-negeri ini yang mana industri airnya sudah distrukturkan maka asetnya termasuk juga source work ini, dipegang oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) iaitu satu badan yang di wujudkan oleh pihak kementerian kewangan untuk membiayai aset- aset ini dalam usaha menstrukturkan semula industri air di peringkat negeri. PAAB inilah yang ambil alih aset-aset yang dimiliki oleh pihak kerajaan negeri yang berkaitan dengan air ini. Kemudian, aset-aset ini disewa balik kepada syarikat air yang bertanggungjawab untuk menjalankan operation & maintenance (O&M) di peringkat negeri.
Cara inilah yang kita – dimaktubkan dalam Water Services Industry Act (WSIA) dan inilah cara-cara yang kita ingin laksanakan di seluruh Malaysia. Di mana PAAB menjadikan atau PAAB yang mewakili Kerajaan Persekutuan untuk memiliki, mewujudkan atau memberikan funding, dengan izin, kepada pihak-pihak negeri untuk mewujudkan source work ini dan juga rantaian yang diperlukan untuk menyalurkan air kepada pengguna. Semua ini diuruskan oleh syarikat air di negeri dan itulah cara yang kita rasa yang kita praktikkan dan setakat ini di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis cara-cara pengendalian air ini sudah kita selesai, penstrukturan sudah selesai.
Saya rasa dalam laporan yang saya terima inilah kaedah yang baik, yang lancar. Oleh sebab itulah saya hendak nasihat Ahli-ahli Yang Berhormat, jikalaulah ada perkara-perkara yang tertentu, mengenai bekalan yang tidak cukup atau rantaian paip yang sudah uzur yang perlu diubahsuaikan atau ditukar, perkara ini perlu disampaikan kepada negeri dahulu. Selepas itu, negeri baru hantarkan cadangan dan rancangan mereka kepada peringkat kementerian saya untuk diteliti. Akhirnya, ia disampaikan kepada pihak Treasury atau Kementerian Kewangan untuk dimasukkan dalam rancangan-rancangan yang sedia ada. Sama ada rancangan kesepuluh, kesebelas, atau lain-lain lagi...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Raja bangun Yang Berhormat.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri bercakap mengenai penstrukturan semula industri air dan ini yang telah cuba dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Jadi, saya masih..., kami rakyat Selangor ini masih tertanya mengapa pihak persekutuan tidak mahu bersetuju dengan penstrukturan yang telah dilakukan oleh negeri Selangor. Malah kita hendak pergi ke peringkat antarabangsa untuk mendapatkan satu arbitrasi dan akan patuh kepada...
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Okey, Yang Berhormat. Saya akan jawab tentang Selangor sebab itu juga satu perkara yang disampaikan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. So, inilah gambaran yang saya hendak berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai air, soal air. Akan tetapi, kita belum lagi selesaikan masalah penstrukturan di seluruh negara. Pada masa ini Selangor yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi itu belum dapat lagi diselesaikan, Perak belum lagi diselesaikan lagi, Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu masing-masing yang..., rundingan itu masih lagi dijalankan tetapi belum dimuktamadkan.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Perkara-perkara ini, rundingan antara negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan PAAB yang saya sebut tadi itu, kita perlu ada satu kesepakatan barulah kita boleh sign. Kita boleh menandatangani perjanjian supaya PAAB mengambil alih aset- aset yang saya sebut dalam dasar itu, dalam WSIA ini. Akan tetapi, dalam rundingan ini adalah satu rundingan di antara negeri dengan pihak Kerajaan Persekutuan termasuk juga PAAB. Kita kenalah tengok apa yang diminta oleh pihak kerajaan negeri. Ia berbeza. Pulau Pinang umpamanya, ada Yang Berhormat sebut tentang soal Mengkuang Dam, soal aset daripada Yang Berhormat Bintulu tadi, yang sebut tentang aset itu.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Semua ini adalah dalam rundingan yang mana akhirnya apabila dua pihak sudah bersetuju, barulah kita boleh sain. Kita tidak boleh memaksa sesiapa, mana- mana pihak yang mesti hendak sain persetujuan itu atau penstrukturan itu. Oleh sebab itu, we are very patient, dengan izin. Kita masih meneruskan rancangan itu, rundingan dengan pihak-pihak. Bukan sahaja dengan pihak Selangor yang di dalam tangan PKR ini atau pembangkang ini tidak setuju, bahkan negeri Perak dan negeri Pahang pun ada isu juga yang kita perlu selesaikan.
Saya hendak menerangkan ini sebab proses ini mengambil masa. Proses ini yang mengambil masa. Ia bukan senang. We are not talking about RM1 bilion Tuan Pengerusi, we are talking about billions. Di Selangor ini, figure yang saya hendak sebut adalah dalam lingkungan RM13 bilion. Ini satu amaun yang cukup besar untuk kita selesaikan dalam masa yang singkat. So, kita perlu faham bahawa perkara ini adalah rumit dan kita perlu berunding sampai kita berpuas hati.
Apa boleh buat kalau di peringkat Selangor seumpamanya Yang Berhormat, kalau kita tidak boleh bersetuju, apa boleh buat? Akan tetapi saya tidak boleh memaksa sama ada SYABAS kah atau ABBAS kah atau SPLASH kah yang mana pihak negeri mempunyai saham yang besar. Saya pun tidak boleh memaksanya. Mesti hendak bersetuju, barulah kita..., ia perlulah secara memuaskan, secara dia sudah selesaikan apa isu yang tertunggak itu. Selepas itu kita boleh sain.
Saya puji sedikit ya pihak Pulau Pinang sebab dalam rundingan ini, we can achieve an agreement walaupun ia dalam tangan pihak pembangkang, but that is not an issue... [Disampuk] Itu bukan satu isu yang kita hendak huraikan sama ada ini politik sini atau politik di sana...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Kita hendak laksanakan sebab kita rasa inilah cara yang terbaik.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. sememangnya rakyat Selangor ingin melihat isu ini selesai kerana, dengan izin, it has been dragging on for too long. Sudah lama sangat. Kesannya, semestinya apabila ia sudah diselesaikan, ada kesan terhadap kadar yang hendak dikenakan ke atas rakyat Selangor yang mana kadar yang dicadangkan oleh SYABAS adalah 71 peratus lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang ini dan kadar yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah 12 peratus. Lalu kita hendak menyelesaikan perkara ini supaya rakyat Selangor pun tahu apa keadaan masa depan daripada segi kos air dan sebagainya.
Pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menyatakan ataupun mencadangkan biarlah kalau kita tidak boleh bersetuju oleh kerana penilaiannya, kita serahkan kepada pihak yang ketiga. So, cadangan untuk diadakan satu arbitrasi antarabangsa oleh pihak ketiga yang tidak berkepentingan adalah satu cadangan yang kita rasa agak baik. Akan tetapi mengapa cadangan ini ditolak oleh Kerajaan Pusat?
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Ya lah, ini politik Selangor ini.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bukan politik Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Sebab saya tahu you...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini hendak mencari penyelesaian pada satu masalah yang kita warisi, yang kerajaan baru terpaksa warisi daripada perjanjian yang berat sebelah yang telah ditandatangani oleh kerajaan yang lama.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, kita bukan hendak mengatakan kita setuju kah atau tidak setuju. Saya sebut lagi. Apa dalam rundingan itu kenalah persetujuan dua pihak. We are third party. Kalau you hendak buat perkara ini dirujuk kepada satu timbang tara, pihak SYABAS, pihak Puncak Niaga kena setuju, pihak SPLASH kena setuju, pihak ABBAS kena setuju...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Bukan kita hendak mengatakan, “Oh! Selangor hendak rujuk, semua hendak kena pergi rujuk, pergi setuju.”
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sekarang ini...
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
It’s has not to be one-sided, dengan izin.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Okey, fair. Sekarang ini ABBAS setuju. SPLASH setuju. Yang tidak bersetuju hanyalah SYABAS, dan SYABAS ini dia tidak hendak bersetuju oleh kerana Kerajaan Federal, Kerajaan Persekutuan backing SYABAS. Ini yang masalahnya. Apa sahaja masalah, kita serah kepada pihak yang ketiga, independent arbitration by an international body. Kalau federal boleh arahkan kepada SYABAS, terima sahaja dan kita akan ikut apa yang diputuskan oleh mereka.
Ini satu cara penyelesaian yang paling adil yang mana tidak ada kepentingan daripada mana-mana pihak. What we want is just a fair, dengan izin. A fair agreement yang mana hak kita, harta dan aset negeri tetap diiktiraf dan dikenakan dengan nilai yang saksama.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, walau apa-apa pun Yang Berhormat sebut, you try to justify your stand. Inilah yang masalahnya. Kalau kita ada satu perkara yang kita tidak boleh rundingkan, itu kita lihatlah bagaimana. Umpamanya harga, kalau harga ini isu yang central ini, PAAB sudah sediakan. Dia hendak runding, dia hendak mengadakan satu pembelaan daripada segi asetnya seperti ada juga disebut Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mengatakan kita bail out kroni.
Saya hendak menerangkan di sini, pihak PAAB kalaulah tidak menggunakan kaedah ini untuk kita memberikan satu keyakinan kepada industri bon ini, saya rasa the system in Selangor sudah collapsed dengan izin, sebab PAAB ini diberikan kebenaran daripada pihak MOF untuk membeli semua debt, bon, nota dan sebagainya daripada syarikat-syarikat termasuk juga ABBAS dan SPLASH. You do not mentioned that tetapi itulah, termasuk juga mereka. Syarikat SPLASH dan ABBAS dimiliki oleh siapa?
Selangor... [Disampuk] Kerajaan Negeri Selangor. So, kita tidak pilih mata. We do not do that. Kita tidak pilih mata. Kita katakan okey. Ini satu masalah yang kita perlu selesaikan. Kalau tidak, industri bon ini collapsed di Malaysia...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
[Bangun]
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Akhirnya kalau industri itu collapsed, siapa yang akan mengendalikan air ini di Selangor, ia akan diambil alih oleh siapa? Oleh pihak bank, pihak institusi kewangan yang akan mengambil alih semua syarikat ini. Apa maknanya kalau pihak yang memberikan pinjaman kepada syarikat-syarikat ini mengambil alih kesemua syarikat ini? It is not going to solve the problem of isu air di Selangor. Oleh sebab itu PAAB menggunakan budi bicara ini untuk mengambil alih semua aset...
Datuk Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Hari ini kita hanya ada satu pihak yang memegang bon dan nota ini, and that is PAAB. Bukan bank-bank yang banyak ini...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
[Bangun]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
So we are centralizing all the debts into one agency and that is PAAB.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sikit?
Datuk Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat Arau dulu, Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Arau, ya? Terima kasih.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Apalah Yang Berhormat Menteri...
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Masalah di sini ialah soal kekeliruan. Kalau kita melihat dengan ikhlas industri ini dan masa depan industri ini di dalam negara seperti mana yang dibangkitkan oleh rakan-rakan pembangkang tadi. Kita tidak ada masalah sebab berlaku salah tafsiran di sini sebab mereka tidak memahami bahawa ada sesetengahnya proses migrasi yang dibuat oleh kerajaan kepada Kerajaan Pusat dan di lease balik kepada kerajaan negeri adalah berpandukan kepada aset dan hutang yang sedia ada kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat seperti mana Yang Berhormat Machang bangkitkan tadi. Soal kenapa air Kelantan hutang RM600 tidak di write off dan sebagainya.
Kalau berlaku proses migrasi, hutang itu tidak ada masalah sebab aset yang ada dalam air Kelantan sudah dikira mencukupi untuk proses ini berjalan. Bermakna tidak ada hutang lagi. Malah lease kerajaan negeri akan seperti biasa. Akan mengendalikan urusan air dan juga termasuk soft loan yang diberikan oleh PAAB yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri. Bermakna industri air ini tidak..., sikap ambil berat kerajaan sekarang dia tidak akan benarkan institusi kewangan terlibat dalam industri ini. Jadi kalau Yang Berhormat Petaling Jaya Utara hendak katakan bahawa syarikat mana pun boleh, kalau ada masalah kewangan, kerajaan kena bantu, tidak. Ini industri air sahaja.
Jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan kekeliruan. Banyak negeri yang mentafsirkan proses migrasi ini adalah sesuatu yang merugikan kerajaan negeri tetapi kita lihat hutang sekitar RM12 bilion yang berlaku oleh semua negeri ini sebenarnya dapat kita tukar dengan kedudukan ataupun value asset semasa. Pandangan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Itu memang cara kita. Itu memang yang diwajibkan untuk kita buat supaya industri-industri di seluruh negara kita ini masih mampan, sustainable. Apa yang kita hendak ialah sustainable. Kalaulah kita buat dengan cara yang tidak sustainable di mana two years down the line, three years down the line, dengan izin, masalah akan berlaku. Kalau begitu, maknanya kita punya penstrukturan itu is faulty, tidak menetapi sasaran yang kita hendak. Ini yang important yang saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian cuba fahamlah.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, boleh saya?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Jangan sebab cara politik yang lain, kita – apa yang kita buat, pihak pembangkang, pihak...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, saya tidak akan menghentikan cuma saya tanya soalan sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar, Yang Berhormat.
Sebentar, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Anda sekalian cuba memutarbelitkan atau you sampailah kita jadi orang, membela kronilah dan sebagainya. That is unnecessary.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Itu betul juga, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ini langsung tidak tepat. Tidak ada berkaitan dengan membela kroni dan sebagainya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya hendak balik kepada isu pokok berkait dengan negeri Selangor iaitu penstrukturan air di Selangor. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat beberapa cadangan untuk mengambil alih pengurusan air di Selangor.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Akan tetapi nampaknya penghalang di dalam proses ini adalah kerajaan dan juga kementerian Yang Berhormat Menteri. Beberapa mesyuarat telah diadakan dan bila mesyuarat ini berlaku, wakil Menteri kata we will go forward dengan rancangan itu.
Akan tetapi apabila hendak mendapatkan satu resolusi ataupun satu keputusan daripada pihak kementerian ataupun kerajaan memang tidak diperoleh oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini bermaksud bahawa sebenarnya penghalang adalah kerajaan sendiri. Akan tetapi kerajaan telah membela, saya tidak kata kroni tetapi telah membela dan memberi pinjaman kepada SYABAS lebih kurang RM500 million dan saya mempercayai bahawa kebanyakan daripada pinjaman ini adalah tanpa faedah dan pembayaran itu adalah..., pembayaran pertama adalah selepas sepuluh hingga lima belas tahun.
Isu kedua saya hendak bangkitkan Yang Berhormat Menteri ialah berkait dengan kempen SYABAS termasuk dengan kementerian Yang Berhormat Menteri yang telah menjelajah ke seluruh Selangor untuk mengatakan bahawa kalau Selangor tidak memberi permission untuk pembinaan Langat Kedua, maka tidak ada air di negeri Selangor. Akan tetapi nampaknya itu merupakan satu peperangan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ringkaskan, Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Satu perang terhadap negeri Selangor dengan tidak ada fakta-fakta yang boleh diterima. Nampaknya ini adalah silent war yang dibuat bersama dengan pihak SYABAS termasuk dengan pihak Menteri. Ini merupakan satu yang tidak boleh diterima oleh rakyat di negeri Selangor sebab this is a war and affront to the people of Selangor. Apa penjelasan Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, kalau kita hendak bincang isu Selangor, apa sebabnya dan sebagainya sampai mendalam, we will take the whole nightlah. Akan tetapi memadai saya sebut di sini, anytime. Saya sudah buat beberapa kenyataan seperti ini. Apabila kita perlu bincang, kalau ada soal-soal yang baru, janganlah selalu pihak wakil Kerajaan Negeri Selangor datang ke mesyuarat hanya hendak satu hendak minta. We want a holistic approach. Itu sahaja. Kalau selalu berpegang begitu, tentulah tidak ada cara untuk menyelesaikan masalah.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
[Bangun]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Duduk! Apa yang perlu ialah kita kenalah, apa yang saya sebut itu. Runding. We have to discuss. Give and take. Inilah cara yang kita boleh selesaikan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, how much we will give?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Itu you punya pandanganlah.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ini bukan pandangan punya orang.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Itu you punya pandangan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Semua sapu saja.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Kita rasakan kalau kita hendak runding dengan cara yang baik, kita boleh. You tanya you punya Menteri Besar berapa kali dia sebut sama saya kita boleh berbincang. Akan tetapi akhirnya balik pergi story yang satu sahaja. We want a holistic approach. Kalau ada holistic approach, tidak payah kita runding sebab itu bukan cara yang di dalam Selangor ini sebab ada konsesi-konsesi.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
[Bangun]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Empat konsesi yang kita kena deal with. Ini kalau hendak holistic, macam mana holistic? You kena keluar duitlah. You belilah semua tetapi tidak juga boleh.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Perjanjian konsesi ini adalah lop-sided...
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Pengerusi, saya ingat itu sudah cukuplah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
[Menyampuk]
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Kita perbincangan dengan isu ini. Kalau hendak kita debate tentang isu ini, banyak lagi panjang.
Keduanya, saya juga ada satu perkara yang saya rasa pentinglah. Penting dan juga salah faham dan salah tafsir. Ini mengenai Loji Pantai Dua. Sebab ada juga dua tiga Yang Berhormat yang sebut mengenai Loji Pantai Dua. Latar belakang ini, Yang Berhormat sekalian ialah pihak Kerajaan China apabila Hu Jintao ini melawat ke Kuala Lumpur dan mengadakan perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, beliau sebut dengan izin; “We want a project that Malaysia can allow us to do. Let us show the technology that we, the China – the Chinese people have”. Dia katakan, “We have a very good technology”, yang kita rela hendak transfer teknologi ini ke Malaysia. Sebab itu kita memerlukan satu projek. Projek yang berskala besar itu untuk kita menunjukkan di Kuala Lumpur ini, di Malaysia ini bahawa teknologi daripada China ini adalah baik. It’s world class.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setuju, katakan okey, we will give you a project to do. Sebab itu kitalah, mereka China ini melantik Beijing Enterprises Water Group untuk datang ke KL ini berunding dengan kementerian saya, berunding dengan pihak IWK, berunding dengan pihak EPU dan Menteri Kewangan supaya kita boleh setuju bahawa satu projek diagihkan kepada syarikat ini untuk jadikan modal. It will come the model project for all pembetungan di Malaysia. Ini saya boleh janjikan kepada anda sekalian.
For the first time Tuan Pengerusi, pertama kali di Malaysia ini kita mempunyai satu loji rawatan kumbahan ini yang begitu canggih, di bawah tanah dan di atas tanah ini mempunyai padang bola, padang futsal dan juga mempunyai satu taman kecil supaya penduduk-penduduk yang sekarang ini duduk berdekatan sana, dalam kondo dan flat ini, ada satu wajaran yang cukup cantik. No longer those oxidation pond yang bau itu. Inilah projek itu dan sebab itu dengan janji daripada pihak Kerajaan Negeri China yang mengatakan mereka akan janji projek ini will be the best in the whole of Malaysia. Sebab itulah kita setuju bahawa projek ini dilaksanakan oleh pihak Beijing Enterprises Water Works dan tanpa tender...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Mohon penjelasan!
Dato' Seri Peter Chin Fah Kui
Ya, secara rundingan terus.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, sedikit. Terima kasih, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak menolak apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Hanya saya hendak minta clarification, penjelasan sebelum kita pergi tawaran negara China, tawaran Presiden China. Saya ingin menanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, adakah benar semasa dipersetujui dibangunkan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 ini dibuat atas permukaan, bukan bawah tanah, semasa mendapat loan atau pun pinjaman daripada JICA sebelumnya.
Jadi, apabila peringkat pertama sudah berlaku loji di atas permukaan, membawa masalah sampingan. Pada ketika itu pun, saya dimaklumkan oleh pihak Indah Water, negara Jepun sudah ada dah teknologi yang memastikan ada disebut bawah tanah supaya tidak ada hazardous dan masalah-masalah lain yang berbangkit.
Itu satu.
Kedua, kalau benar di sini Yang Berhormat Menteri jawab tender terus, justifikasinya kerana negara China yang tawarkan. Saya ingin lontarkan persoalan seterusnya. Kalau dalam laman web KeTTHA sendiri, saya nampak projek, contohnya mereka bentuk, bina dan mentauliahkan kerja-kerja menaiktarafkan tiga loji rawatan kumbahan di Melaka dan Johor Bahru bernilai RM5.34 juta, bawah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan. Itu pun dilampirkan tender-tender yang ada.
Jadi, walaupun kita di sini hendak katakan, kononnya teknologi itu terbaik, kita tidak mungkin tahu tanpa dimaklumkan pilihan-pilihan yang ada di lapangan, khusus bila membabitkan projek yang bernilai menerusi kenyataan dikeluarkan oleh syarikat Beijing Enterprises Water Group Limited, RM983 juta. Pada bulan Mei 2011, saya sebut dimaklumkan kepada kami RM500 juta. Kemudian, 4 Julai 2011, dimeterai perjanjian.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Jadi, saya pohon kepada Yang Berhormat Menteri, yang pertama tentang sejarah loji tersebut. Pada ketika itu, ini dimaklumkan oleh IWK, sudah ada dah teknologi Jepun.
Sekarang, tahun-tahun selepasnya, disebut negara China ke hadapan tetapi kita tidak mampu hendak nilai tanpa dimaklumkan secara terbuka pilihan-pilihan yang lain yang ada di luar sana walaupun Presiden China sendirilah yang tawarkan. Terima kasih.
Dato' Seri Peter Chin Fah Kui
Okey Yang Berhormat. Saya tidak sebut bahawa Jepun tidak ada teknologi ini atau lain-lain negeri atau Eropah pun. Memang teknologi adalah berlainan, cara pembuatan loji ini adalah berlainan dan sebab negara kita ini mempunyai satu perhubungan yang baik dengan pihak negeri China dari segi perkembangan perdagangan dan sebagainya, apa salahnya.
Dahulu kita katakan okey, Jepun adalah Look East, you know. Kerajaanlah.
Apa salahnya kita sekarang berikan sedikit pulangan untuk negara China ini supaya kita boleh cementkan kita punya perhubungan yang lebih erat lagi. Saya hendak sebut di sini, ini keputusan kerajaan. Kita sebagai kerajaan, kita perlulah ambil satu ketetapan, satu decision bahawa kita hendak wujudkan suasana atau perhubungan dengan negeri China ini. Inilah satu cara yang saya sebut tetapi saya hendak tambah di sini ialah bahawa kita bukan pilih satu teknologi yang biasa sahaja, yang tidak akan menjadi satu teknologi yang baik. Antara teknologi ini ialah footprintnya. Footprintnya is half of whatever project of this size. Dia tidak memerlukan banyak tanah. Ia punya saiz hanya half. Setengah tanah yang perlu digunakan dalam teknologi-teknologi yang lain...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Boleh Shah Alam dahulu, lagi dekat.
Dato' Seri Peter Chin Fah Kui
Okey, sedikit ya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bukan daripada Lembah Pantai tetapi saya mendapati penghujahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri amat menarik. Setakat ini apa yang saya faham, ianya merupakan satu projek yang kita serahkan kepada negara China untuk mereka menunjukkan kemampuan mereka dan kehebatan mereka.
Itulah hujah yang dikemukakan dan tujuannya ialah untuk kita hendak eratkan hubungan kita dengan mereka. Akan tetapi dari segi penilaian teknologi yang hendak dikemukakan, adakah ianya yang terbaik dari segi kosnya, dari segi segala-gala aspek yang lain, saya tidak nampak justifikasi itu dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri.
Lalu saya tidak faham, adakah kita sekarang ini untuk hendak mengeratkan hubungan dengan sesuatu negara, kita go G-to-G dan kita serahkan kepada mereka satu projek dan kita pun tidak tahu sama ada dia punya teknologi yang terbaik atau pun harganya yang terbaik tetapi oleh kerana hendak mencapai matlamat politik yang tertentu, kita sanggup hendak membina satu loji kumbahan yang bernilai hampir RM1 bilion tanpa kita mengetahui bahawa sememangnya itulah teknologi yang terbaik dan harga itu adalah harga yang terbaik.
Adakah itu kaedah yang kita hendak adakan sekarang. Dengan cara itu pula kita akan ada back-to-back di mana kita government-to-government pula kita boleh hantar syarikat kroni kita pergi ke negeri China, boleh dapat projek di negeri China dengan harga rundingan terus atau pun apa. Saya tidak nampak hujah yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri tidak memberikan satu justifikasi yang holistic...
Dato' Seri Peter Chin Fah Kui
Cukuplah, cukuplah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita hendaklah penghujahan yang holistic. Tidak hendak yang unholy punya penghujahan. Kita hendak yang holistik punya penghujahan.
Dato' Seri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat, saya beri peluang bukannya untuk bercakap. Kalau hendak tanya, tanya baiklah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini baiklah Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin di belakang Yang Berhormat.
Dato' Seri Peter Chin Fah Kui
Itu style dia.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, Pasir Salak. Yang Berhormat Menteri, Pasir Salak.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak dengan Yang Berhormat Jasin di belakang.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh?
Dato' Seri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Pengerusi. Saya juga telah mendengar tadi penjelasan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan keputusan yang diambil itu bukan sekadar hanya kepentingan satu projek atau kepentingan immediate.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Inilah beza antara kerajaan dengan pembangkang. Kerajaan dia berfikir secara luas kepentingan faedah yang boleh diperoleh secara menyeluruh. Kita bukan dollar and cents setakat one project, dengan izin, we are talking about many projects, many benefits, multipronged, multiplier effect, dengan izin. Kalau kita berbaik dengan menunjukkan good will kita kepada Kerajaan China yang penduduknya 2 bilion lebih.
Tidakkan kita boleh fikirkan apa faedah yang begitu besar yang boleh kita perolehi.
Bukan sekadar mungkin dari segi cost saving RM100 juta, RM200 juta tetapi kita akan mengaut keuntungan berbilion-bilion pada masa akan datang dengan adanya pertimbangan yang begitu. Jadi dengan sebab itu Yang Berhormat Menteri saya rasa tidak perlulah layan lagi segala perkara yang dibangkitkan itu. Mereka berfikir sempit dan tidak berfikir secara menyeluruh. Terima kasih.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Saya sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya tidak hendak pergi jauh-jauh. Baik kita bincang tentang dalam negara kita. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang air. Negeri Melaka telah migrate kepada regime baru industri air. Kita telah berpindah sejak tahun 2008 dan kita dapati bahawa sistem cukup berkesan sekali. Selain daripada dapat membantu bagi memastikan sumber air akan terus dapat terjamin bekalannya, tetapi kita hendak tanya kepada pihak kerajaan sekarang, sebelum ini negeri Melaka telah menjalankan beberapa projek infrastruktur sumber air.
Misalnya bunded storage yang kita buat semasa Rancangan Malaysia ke-9 dan disambung pula ke Rancangan Malaysia ke-10. Pada ketika tersebut kita dapat pinjaman. Setelah kita migrate kepada regim baru ini, boleh tidak pinjaman tersebut ditukar kepada geran? Itu yang pertama. Yang keduanya bagi memastikan supaya kita dapat sumber air yang berterusan. Pada ketika ini kita mendapat sumber daripada Sungai Muar jadi kita telah mencadangkan satu fasa ketiga, iaitu kita cadangkan supaya kita adakan rumah pam untuk paip air mentah dari Muar terus kepada bunded storage kita. Jadi saya telah dimaklumkan bahawa projek ini telah diluluskan, boleh tidak kerajaan luluskan segera untuk rolling plan kedua ini kerana kita perlukan kerana negeri Melaka sekarang membangun dengan pantas sekali. Terima kasih.
Tuan Charles Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, sebelum kita pergi ke Melaka, boleh Yang Berhormat Menteri menjawab soalan mengenai Selangor dan juga isu Langat di mana Kerajaan Persekutuan termasuk SYABAS regional war against Kerajaan Negeri Selangor.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Okey, sedikit mengenai Selangor.
Terutamanya Yang Berhormat unjuran untuk permintaan air dan fakta-fakta yang kita kutip dari segi bekalan yang kita sedia ada dan juga permintaan dari segi meter consumption yang kita ada. Semua ini menunjukkan bahawa the rate of increase dengan izin, permintaan air ini setiap tahun naik 3.5 peratus hingga 3.6 peratus.
Dengan adanya source yang ada di Selangor buat hari ini memang tidak cukup. Ini bukan kita hendak rage war atau hendak perang dengan Selangor, kita hendak rakyat bawah faham sampailah tahun 2014, kita akan menghadapi masalah kesuntukan air, itu sahaja. Kalau Selangor masih berpegang teguh tentang tarikh yang mereka katakan dahulu iaitu tahun 2019, macam mana Yang Berhormat kalaulah sampai 2014, tidak cukup air.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Do we want to play around on these figures, kita hendak main hal ini? Hendak sampai lima tahun atau empat tahun. Kita tidak boleh Yang Berhormat ramalkan dalam satu tahun atau enam bulan ini tidak cukup air. What happen if Selangor kalau baru- baru ini MB Selangor berkata banyak rangsangan, industri datang, banyak rumah dibina. Kalau semua ini minta air bila hendak cari air, pergi mana cari air? Semua ini adalah masalah dan kita ada angka-angka yang kukuh bukan hendak cerita sahaja, bukan hendak berperang because of that, ask a Minister sitting here in this ministry, I have to make a decision. Saya punya decision ialah menerangkan kepada rakyat.
Pulanglah kepada rakyat seperti memahami masalah dan haraplah kalau pilihan raya yang akan datang rakyat masih tidak setuju dengan pandangan saya dan memilih kerajaan negeri Selangor sebab ada air percuma, okeylah saya terima but as a Minister sitting here, saya kenalah menerangkan apa fakta kepada rakyat, itu maksud saya.
Bukan hendak perang.
Tuan Charles Santiago - Klang
Saya respons dengan apa yang dikatakan Yang Berhormat Menteri tadi. Yang Berhormat Menteri merujuk kepada laporan National Water Recourses Study 2000 yang telah dibuat oleh Ranhill Corporation SMHB. Pertamanya SMHB termasuk dalam water players. So water players cannot be involve in doing involving water Tuan Yang di-Pertua, itu isu pertama. Isu kedua ialah kaedah yang telah digunakan dalam SMHB dan Ranhill kaedah yang digunakan merupakan kaedah yang selalu digunakan oleh JKR dan juga PWD. Ia menggunakan kaedah lain. SMHB dan Renhill telah menggunakan kaedah lain. Pertama, mereka telah menggunakan population growth sebagai 4 peratus if I’m not mistaken. Population growth is not 4 peratus to 5 peratus at the time Yang Berhormat Menteri. Isu yang kedua ialah faktor yang lain yang mereka gunakan untuk mendapatkan fakta mereka ataupun conclusion mereka ialah bahawa economic growth di Malaysia adalah 8 peratus.
This is also not the case for the last three years. Namun, isu yang mereka telah lupa ialah kalau mereka boleh menurunkan, iaitu kalau SYABAS boleh menurunkan non revenue water atau air yang tidak hasil, maka ¾ of air boleh dijimatkan. Akan tetapi itu tidak diberi fokus. So the problem is actually with the Menteri dan SYABAS. Since you are not investing the infrastructure, maka there will be always water problem.
Akhir kata Yang Berhormat Menteri, saya terima pandangan Yang Berhormat Menteri bahawa kita ada masalah dengan climate change. We must all the time be prepared. So oleh kerana itu kita mesti memberikan penstrukturan air itu dan juga untuk memberikan tanggungjawab kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan air secara holistic. Itu saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khalid Abd.Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit sahaja.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat Shah Alam. Kalau Yang Berhormat Klang hendak selalu minta saya jelaskan pada holistik ini tidak payahlah. That’s what I have said. Kita terpulang kepada itu sahaja. Tidak mahu runding. Saya minta Langat 2 dibuat, juga tidak mahu, apa sebab? Sebab Yang Berhormat kata belum struktur lagi. I want to hold back the approval, why? Kalau kita rasakan kita fikir kesejahteraan rakyat, kalau soal itu yang penting, kita patut membenarkan Langat 2 ini dibina secepat mungkin. Don’t hold back...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sedikit sahaja.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Saya rasa cukuplah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sedikit sahaja. Saya ingat benda ini mengenai negotiation Yang Berhormat Menteri. Tadi kata kita boleh bincang, kita boleh negotiate. Okey, kajian yang dibuat oleh pihak SMHB dengan Ranhill iaitu kontraktor- kontraktor air yang memang teringin sangat ada projek yang besar seperti Langat 2 ini.
Dia punya kajian kata tahun 2014...
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Okey, okey.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita pun ada kajian. Kita punya kajian tahun 2019. Kenapa tidak boleh jumpa, bincang, compare notes, lihat mana yang silap, mana yang salah tentang perkara ini dan kita guna apa yang digunakan sebagai industry standard...
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Industry standard untuk membuat unjuran. Untuk hendak jadikan satu gambaran sama ada tahun 2014 itu tepat atau tahun 2019 itu lebih tepat. Kita boleh, I mean it’s a technical issue. Kalau tidak ada apa- apa kepentingan bagi pihak yang mengkaji, membuat unjuran, gunakan kaedah yang biasa digunakan untuk tempat-tempat yang lain yang digunakan oleh pihak JKR. Tidak perlu hendak gunakan sistem yang digunakan oleh SMHB dengan Ranhill ini. Kita gunakan kaedah yang lain. Kita bincang and it is a technical issue. Saya rasa kalau tidak ada kepentingan boleh selesai. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk hendak improve water consumption kita. Sebagai contoh...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, kaedah-kaedah ataupun design…
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudah tidak sikit lagi Yang Berhormat.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Cukuplah, cukuplah. That’s your problem.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini yang kata hendak negotiate, hendak bincang. Ini kita hendak bincang.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tidak bolehlah. Tuan Pengerusi, sedikit sahaja saya hendak menyentuh mengenai IWK.
Seorang Ahli
Pantai 2?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Pantai 2 saya sudah sebut. Saya tidak ada menerima apa-apa kebenaran.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bukan. Saya cakap tadi Yang Berhormat Menteri, apa hujah Yang Berhormat Menteri kemukakan tidak meyakinkan kita bahawa yang dibina itu adalah yang terbaik dengan kos yang terendah. Ini kerana hujah ataupun logik yang digunakan ialah oleh kerana kita hendak ada hubungan yang baik dengan negara China.
Kalau itulah hujahnya dan untuk hendak tunjuk kemampuan negara China dalam soal teknologi ini, kalau itulah hujahnya maka ianya merupakan satu hujah yang begitu terbuka kepada eksploitasi di mana kita boleh beri atau bayar harga yang tinggi dan mendapat teknologi yang mungkin baik dan mungkin tidak. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Menteri membuat satu perbandingan sebelum menyerahkan kepada Kerajaan Negeri China ini. Teknologi yang mereka hendak buat seperti ini, apa sepatut harganya. Bandingkan dengan teknologi yang ada di Jepun, bandingkan dengan yang ada di Eropah, adakah itu teknologi yang terbaru?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ataupun adakah ianya diberikan semata-mata kerana hendak ada apa yang dikatakan hubungan baik dengan negeri China. Dia punya multilayered punya effectlah dan sebagainya ataupun sebaliknya Yang Berhormat Menteri tidak menjawab tadi.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Cukuplah.You cukupkah? Seolah-olah you yang buat rumusan. You buatlah!... [Ketawa]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya bertanya. I am asking you, have you made the comparison, is it the newest technology, and is it the best price?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
That’s why you don’t want to listen.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
No. I listen to you. You didn’t answer that.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Saya ada sebut ini yang terbaik di dalam negara.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Adakah ianya terbaik di dunia dengan harga yang diberi atau pun adakah ianya untuk tujuan hendak berbaik dengan China?
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan sedikit mengenai IWK ini sebab dalam perbahasan tadi ada dikatakan seolah-olah IWK ini kita, jabatan pembetungan ini kita mansuhkan, kita berikan NASCOM ini sebagai entiti yang akan ambil alih JPP dan IWK.
Saya hendak terangkan di sini bahawa sejak Water Industry Act (WSIA) ini diwujudkan dan diguna pakai, peranan JPP (Jabatan Perkhidmatan Pembetungan) hanya untuk melaksanakan projek. Ia tidak ada kuasa untuk menentukan standard, tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada perancangan yang dahulunya memang ada. Akan tetapi dengan peranannya hanya sebagai pelaksanaan projek pembetungan, kita rasa kita tidak memerlukan satu jabatan untuk melaksanakan peranan itu. Oleh sebab itu kita rasa kalaulah pelaksanaan projek, IWK ini bukan satu syarikat yang dimiliki oleh pihak swasta. IWK adalah syarikat yang dimiliki 100 peratus oleh MOF dan bukan swasta. Kalaulah ada ura-ura yang mengatakan IWK akan diambil alih oleh pihak swasta, itu tidak benar. IWK masih dipegang 100 peratus oleh MOF.
Kalaulah kita serapkan JPP dan IWK, to form an entity called NASCOM, ini bermakna ia masih dalam kerajaan dan tidak diswastakan. Apa yang kita hendak ialah kita hendak streamline IWK di bawah kementerian saya dan juga JPP supaya kita tidak membazir umpamanya bazir kos. Akan tetapi kepada pegawai-pegawai yang sekarang dalam JPP, seperti yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan di dalam mana-mana yang mengkorporatkan satu badan atau jabatan, kita berikan mereka satu opsyen. Pegawai- pegawai ini boleh pilih tetapi perkara ini belum lagi diputuskan oleh pihak kerajaan.
Akan tetapi inilah rancangan yang kita ada yang kita telah consult semua stakeholders yang berkaitan dengan IWK dan pihak JPP. Semua bersetuju bahawa inilah...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Satu cara yang baik bagi masa depan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cukup memberikan kita keselesaan mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri. Setelah dalam pusingan pertama penswastaan, sebahagian besar daripada penswastaan telah gagal Yang Berhormat Menteri, perlu diakui terutama air yang setelah gagal perlu diselamatkan dengan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan WSIA dan satu SBP yang bernama PUB untuk kembali menstrukturkan semula in a back door way of menyelamatkan suasana atau menyelamatkan apa yang telah menjadi too fragmented, dengan izin.
Tuan Pengerusi, lalu kami di sebelah sini pun, apa pun yang baik Yang Berhormat Menteri kita akan sokong tetapi kalau terus-terusan perkara itu dikembalikan dan berpihak kepada hanya pihak-pihak tertentu, swasta khususnya maka ini satu pengurusan yang tidak baik. IWK telah juga mengalami nasib yang sama setelah kerugian lebih daripada RM2 bilion dan diselamatkan dengan satu hak pemilikan semula oleh kerajaan. Kami tidak mahu dengar sebabnya perkara ini dikeluarkan atau terbit daripada Putrajaya sebenarnya tentang ura-ura 1MDB akan mengetuai satu konsortium bersama-sama dengan Puncak Niaga yang akan diberikan penswastaan kembali setelah penswastaan pertama, gelombang pertama itu gagal dan hutang- hutangnya pun masih belum dilunaskan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ini kekhuatirannya Menteri. Yang Berhormat Menteri perlu tahu bahawa kita tidak bercakap atas andaian kosong dan dakwaan kosong semata-mata. Kembali kepada Langat 2, kalau Menteri dapat perjelaskan sedikit ya. Sebenarnya kalau kita kembali kepada sumber-sumber air yang lain seperti groundwater, khususnya tube well Menteri ya. Kita boleh mendapatkan sumber air yang lebih bersih pada harga yang cukup munasabah, well below price of RM7 billion for Langat 2 itu Menteri. For one MLD at the cost of RM5 juta sebenarnya dengan teknologi yang ada on groundwater solution…
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ringkaskan Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Minta Menteri tolong perjelaskan dari sudut cost effectiveness nya. Terima kasih.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Okey, berbalik pada IWK ini dengan JPP. Saya pun terangkan kepada Yang Berhormat sekalian, pihak Kabinet belum lagi meluluskan perkara ini. Saya pun tidak tahu macam mana lah ini, ada juga Yang Berhormat sekalian pun ada maklumat tentang perkara ini.
Walau bagaimanapun, ini adalah satu cara di mana kita bukan menswastakan, mengkorporatkan perkara ini, JPP ini supaya ia tidak lagi relevant, I mean dia tidak lagi rasa hanya buat, you have to do. Kita perlu ada satu pasukan yang besar untuk melaksanakan projek-projek pembetungan. Sekarang banyak projek kita sudah buat tender. Kita buat tender dan dikendalikan oleh pihak consultant dan sebagainya. Tidak lagi memerlukan satu pasukan yang besar daripada JPP untuk mengendalikan jabatan itu. Itu sebab kita punya fikiran.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Dan saya sudah jelaskan tadi bahawa kita bukan dua, tiga orang yang berbincang perkara ini, kita minta semua stakeholders untuk menyertai perbincangan ini.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Okey, Tuan Menteri. Sedikit tentang NASCOM tadi. NASCOM dan juga Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya sikit, benarkah sudah ada survey yang dibuat kepada pegawai-pegawai ataupun kepada kakitangan yang berada di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan hanya dua options diberikan. Sama ada bersara, letak jawatan ataupun menyertai NASCOM . Dalam hal ini saya rasa perlu penjelasan.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ya lah. Perkara ini kita akan laksanakan dengan cara penswastaan. Kalau sudah dipersetujui oleh pihak kerajaan melalui Kabinet. Akan tetapi kalau perkara ini – kita kena sedialah, ada satu penyediaan. Kalaulah Kabinet setuju, kita akan laksanakannya dengan cara yang baik, dengan saksama tidak akan merugikan pegawai-pegawai yang sedia ada.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Okey. Menteri tadi menjawab bahawa sudah ada persetujuan dengan stakeholders berkaitan dengan mereka ingin menyertai NASCOM ataupun entiti baru yang akan diwujudkan oleh kementerian. Akan tetapi maklumat yang saya terima bahawa kebanyakan pegawai-pegawai ini ataupun kakitangan ini menolak untuk terlibat dalam entiti baru yang dicadangkan oleh kerajaan.
Terima kasih. Minta respons.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Itu saya tidak mahu comment sebab saya tidak ada maklumat seperti yang you dakwa tadi ya, yang kebanyakannya menolak. Saya tidak ada, tidak ada. Tidak ada maklumat seperti itu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, boleh tanya Menteri satu soalan mengenai IWK? Saya...
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Saya ada IWK ini. Tunggu saya habis dulu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat Padang Terap, yang you sebut tadi itu sama ada IWK telah dilantik, IWK menjadikan, dilantik sebagai PMC. Saya hendak terangkan di sini bahawa IWK telah dilantik sebagai Perunding Pengurus Projek
(PMC) adalah merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu bebanan kewangan yang ditanggung oleh IWK akibat daripada tarif caj pembetungan yang rendah dan tidak competitive serta kos operasi yang tinggi di samping keengganan pengguna untuk membayar perkhidmatan yang diberikan. Selain daripada itu, IWK juga sememangnya mempunyai kelayakan dan kepakaran untuk menguruskan projek-projek pembetungan.
Selain daripada itu, pemberian bonus kepada warga pekerja...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
IWK...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Menteri, Menteri sedikit tentang PMC.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ini ialah jawapan saya. You, you..
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tidak, sebelum masuk kepada...
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tidak payah kita debate tentang perkara ini.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tidak, sebelum masuk kepada bonus Menteri,..
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Menteri menyebut tadi berkaitan dengan pelantikan IWK sebagai PMC kepada projek-projek kerajaan sedangkan sudah ada pekeliling mengatakan bahawa tidak ada keperluan untuk melantik PMC kepada projek-projek Kerajaan. Jadi, apakah? Di sini seolah-olah berlaku pertentangan di antara dasar dan juga implementasi di pihak kementerian sendiri Saya minta.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ini bukan semua. Saya bukan sebut di sini semua projek kena ada PMC. Maknanya kalaulah ada projek-projek yang sesuai PMC dilantik, IWK boleh buatlah. Itu maksud saya.
Selanjutnya, pemberian bonus itu kepada warga pekerja IWK adalah berdasarkan merit dan pencapaian KPI masing-masing, di mana syarikat juga secara keseluruhannya telah mencapai KPI sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Manakala berkaitan dengan program kenderaan syarikat IWK, IWK telah menghentikan program kereta syarikat sebaliknya hanya memberikan elaun bulanan kepada pengurusan tertinggi.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Okey, dua perkara.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Mengenai Jelutong ini...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ya.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Sedikit.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Dakwaan mengenai bil pembetungan di kawasan Jelutong yang mana dikatakan perkhidmatan pembetungan diberi secara percuma semasa kontraktor membina loji rawatan kumbahan Jelutong. Jawapannya ialah ini tidak benar. IWK tidak pernah memberi perkhidmatan pembetungan secara percuma di Jelutong Pulau Pinang. Sebelum loji rawatan kumbahan Jelutong mula dibina, IWK sudah mengenakan caj perkhidmatan pembetungan kepada semua pelanggan di Jelutong dan kawasan berhampiran. Memandangkan IWK masih perlu menyelenggarakan rangkaian paip pembetungan serta stesen-stesen pam di kawasan itu. Yang ini...
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Okey Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ada lagi?
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang tadi Menteri. Saya terima kasih kepada pihak Menteri kerana sudah menggantikan program penukaran kereta yang sepatutnya – katanya daripada Proton Perdana kepada Volkswagen. Akan tetapi persoalan saya Menteri, berkaitan dengan pemberian bonus yang disebut dan diakui oleh Menteri tadi. Dalam keadaan syarikat didedahkan oleh pihak Audit Negara menanggung kerugian, jadi adakah dalam keadaan menanggung kerugian masih lagi bonus diberikan kepada kakitangan-kakitangan ini? Ini persoalannya. Terima kasih Menteri.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Ya lah. Saya sudah jelaskan ya, rasional yang kita berikan bonus itu adalah bukan semua orang dapat. Mengenai pegawai-pegawai yang on merit itu yang diberikan bonus tersebut. Okey, Tuan Pengerusi. Saya tidak...
Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri tidak jawab lagi Jasin punya. Yang Berhormat Menteri, Jasin tanya tadi tidak jawab lagi.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat Jasin, saya harap macam inilah. Ada juga banyak pertanyaan daripada Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Labuan dan sebagainya, saya akan hantarkan jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebab isu-isu yang dihuraikan tadi adalah isu spesifik. Isu spesifik tidak payahlah saya jawab di sini sebab masa pun suntuk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri, tadi Beruas...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh tanya satu soalan sahaja? Satu penjelasan sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya Menteri, memang undang-undang telah digubal di negeri seperti Perak untuk membenarkan kutipan bayaran IWK dengan memasukkannya dalam bil air. Akan tetapi kerana Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri Perak pada masa itu, kita tidak membenarkan ia dimasukkan di dalam bil-bil air untuk memaksa mereka membayar. Saya hendak tanya Menteri, adakah kerajaan bercadang akan meneruskan kutipan bil-bil ini melalui bil-bil air? Ini kerana mahkamah telah memutuskan bahawa kalau tidak ada perkhidmatan yang diberikan kepada mana-mana penghuni rumah, mereka tidak perlu bayar. Jadi saya rasa adalah lebih adil untuk setiap kes di setiap tempat, kalau IWK rasa mereka berhak kepada kutipan bil itu, boleh bawa ke mahkamah dan jangan gunakan cara paksaan, kerana IWK ini adalah monopoli seperti TNB. Jadi saya hendak tahu polisi kerajaan akan menggunakan undang-undang memaksa bayaran melalui bil air atau tidak?
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Yang Berhormat Menteri, beri satu peluang. Tadi saya tidak sempat tanya. Tentang masalah bekalan air di Ayer Hitam. Saya hendak mengucapkan terima kasih atas maklum balas dari kementerian mengenai isu ini pada peringkat dasar.
Namun demikian, soalan saya tidak dijawab dengan betul. Apa yang saya ingin tahu ialah kerja-kerja menaik taraf paip bekalan air pada tahun 2003 dan 2009 yang bernilai RM8.6 juta, mengapa tidak dapat mengira masuk tambahan kegunaan air pada musim raya. SAJ merupakan pihak swasta dan penduduk-penduduk boleh dianggap sebagai pelanggan dalam aspek ini. Bukankah projek naik taraf ini seharusnya mengambil kira kegunaan air dalam satu tempoh tertentu dengan perbelanjaan sejumlah RM8.5 juta ini? Contohnya kegunaan air dalam tempoh lima tahun.
Di samping itu, saya mohon penjelasan, bilakah Ops Perayaan ini bermula?
Sekiranya selama ini operasi ini memang sudah wujud, mengapa penduduk-penduduk tempatan masih menghadapi masalah bekalan air pada musim raya? Saya ingin menegaskan di sini bahawa penduduk-penduduk di kawasan Ayer Hitam tersebut bukan menghadapi kekurangan air tetapi tidak ada bekalan air langsung pada waktu pagi sehingga malam berturut-turut sepanjang satu minggu pada musim raya. Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Yang Berhormat Bakri, saya akan tengoklah you punya sebutan tadi macam mana saya boleh berikan satu jawapan kepada pembentukan fakta atau apa. Saya tidak ada maklumat di sini.
Bagi Yang Berhormat Beruas...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Pengerusi, maksud Yang Berhormat Bakri itu saya faham sebab sahabat saya ramai. Ayer Hitam, daripada Muar ke Yong Peng, jalan itu, kalau seminggu tidak ada air dalam musim perayaan, ini memang menyusahkan rakyat. Itu maksud dia itu. Di situ sebenarnya kubu kuat UMNO sebenarnya.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, sokong Bakri.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Ya. Walau bagaimanapun, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, saya akan ambil perhatian tentang perkara ini.
Yang Berhormat Beruas, buat masa sekarang kita memang tidak ada untuk campurkan dua bil tersebut. Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita sedang dalam satu kajian untuk melihat the viability of two bills being diserapkan dalam satu cara seperti consumption of water dan sebagainya. Ini adalah satu kaedah yang digunakan di banyak negara di mana dua bil itu adalah dalam bil yang sama. Kita belum buat keputusan lagi.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bil yang sedia ada, tunggakannya hendak masukkan ke dalam bil untuk dikutip, itu soalan saya.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Tunggakan?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tunggakan. Ini kerana undang-undang telah digubal untuk membolehkan tunggakan dimasukkan dalam bil air untuk memaksa. Jadi sebab itu saya rasa adalah tidak patut kerajaan memaksa orang membayar kerana kalau kutipan itu tidak dibenarkan dari segi undang-undang, ia harus dipertikaikan di mahkamah.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Tunggakan tidak ada.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tidak ya. Okey, terima kasih atas jaminan itu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, boleh saya tanya mengenai tunggakan itu? Adakah tunggakan itu akan dihapuskan? Saya difahamkan ada cadangan, adakah ini benar?
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Tidak, tidak.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tidak ada?
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Tunggakan, tunggakanlah, apa macam hendak hapuskannya?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, pernah dulu ada dihapuskan. Bukan tunggakan-tunggakan macam itu. There is a history in your department like that. Ini bukan yang pertama, maybe you don’t know.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Jawapan saya adalah kita tidak ada rancangan untuk menghapuskan tunggakan tersebut. Sikit sahaja lagi Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, mengenai Yang Berhormat Kota Belud, saya rasa komen ini saya kena jawab sikit sebab ini mengenai program IGEM ini di mana dalam tahun 2010, IGEM ini memang mencatatkan jumlah perdagangan yang dilaporkan kepada pihak penganjur ialah dalam lingkungan RM1.2 bilion dalam empat hari. Pada masa yang kita dapatkan maklumat daripada pihak penganjur, beliau laporkan jumlah angka RM1.2 bilion itu adalah besar, adalah satu jangkaan luar biasa sebab ada satu siri perbincangan yang agak lumayan mengenai teknologi hijau. Walau bagaimanapun, sejak kita letakkan RM800 juta bagi tahun ini, kita dah selesai penganjuran IGEM bagi tahun ini dan saya hendak berikan maklumat kepada Yang Berhormat, angka yang kita catatkan pada tahun ini ialah RM1.3 bilion. Maknanya dia tambah lagi. Ini menunjukkan bahawa dalam sesi empat hari itu, banyak pembeli dan banyak perdagangan dilakukan antara pembeli dan pembekal. So, ini adalah satu perkara yang sangat merangsang bagi sektor ini. Sekian.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri, satu point yang very important mengenai pemantauan empangan. It is very important because di kawasan saya ada satu empangan yang mungkin dibuat. Ini tentang kekerapan pemantauan empangan. Saya bertanyakan tadi di dalam tahun 2010, 12 kali, kemudian pada tahun 2011, enam kali, dan pada tahun 2012 anggarannya ialah enam. Saya ingin tanya kenapa berkurang jumlah pemantauan ini? Kalau tidak boleh dijawab sekarang pun tidak apa Yang Berhormat Menteri, boleh bertulis sebab ini very important to me because there might be empangan dibuat di kawasan saya dan saya tidak mahu isu ini diputar belit oleh pembangkang, seperti biasa, Yang Berhormat Ipoh Timur lah, bukan Yang Berhormat Ipoh Barat.
Dato' Sri Peter Chin Fah Kui
Saya akan jawab secara bertulislah. Itulah sahaja jawapan saya kepada Yang Berhormat sekalian.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, dah habis Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan, itu habis cerita lain. Yang Berhormat, kita telah...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Menteri dah conclude.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya mahu dapat penjelasan dari Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak jelas apa lagi? Dia dah conclude dah Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi, senang sahaja. Kita lagi ada enam jam, ada satu lagi kementerian.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
No, he has concluded his answers. Dah habis dah Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, the Minister came here and say I finish, I give you written reply cukupkah? Kita pagi-pagi ini have been spoken at length Menteri kata tak ada faham, he should not be here.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tak payahlah Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan Tuan Pengerusi. This is the laughing stock.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. This is not the first time kita buat macam itu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
To me Tuan Pengerusi, kita ada enam jam lagi. Adakah Yang Berhormat mengarahkan Menteri menghabiskan menjawab? Did the Speaker made an order in that nature? Kalau tidak, Yang Berhormat Menteri patut jawab. You are paid to answer questions.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Apa ini Yang Berhormat?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan, kalau tidak potong gaji Yang Berhormat, will distract.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, don’t harass the Ministerlah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
No, no? Because we have to, kalau tidak... [Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kamu tak layak jadi Minister, duduklah.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
You pun duduklah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Small boy, what are you talking about?...
[Dewan riuh]
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tadi sudah sejam lebih cerita pasal Selangor sahaja.
Datuk Ismail Kasim
Yang Berhormat kena faham...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi, very simple. Pagi ini saya ucap 10 minit, Yang Berhormat Menteri tak jawab tak apalah. Lebih baik esok hari kita tulis sahaja, bagi. Bila dia senang, dia jawablah.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, pergi tulislah. Yang Berhormat Ipoh Barat pergi tulis sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kalau tak mahu berucap, nak buat macam itu pun boleh Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tak perlu ada election, tak perlu ada Dewan Rakyatlah.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
That’s what you thinking. Lain orang tak macam itu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, irrelevant. Apa guna Parlimen? Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat Speaker...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Unbecoming a very senior MP.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya tak perlu lecture lah Yang Berhormat pasal standing order, pasal jawapan, tak perlu lecturelah, cukuplah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dia lari daripada tanggungjawab.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudahlah.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya yang first time MP pun tahu menguruskan masa.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Kota Belud, you carry him for no reasonlah.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...One hour, so what? Ada isu kami yang tak dijawab, ada kita bising?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu semua isu irrelevant. Isu irrelevant we won’t reply.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, one hour plus kita cerita pasal Selangor. Ada Sabah bising? Ada Sarawak bising?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
What is wrong? Betullah... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kedua-dua Yang Berhormat out of order dah Yang Berhormat. Dah tak ikut peraturan dah... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM131,636,100 untuk Maksud B.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM131,636,100 untuk Maksud B.29 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,986,775,000 untuk Maksud P.29 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM1,986,775,000 untuk Maksud P.29 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kepala Bekalan B.24 dan Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahas.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Peraturan mesyuarat.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 66.
Perbahasan berkenaan Rang Undang-Undang Perbekalan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Apa Yang Berhormat?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Peraturan 66. Perbahasan Rang Undang- Undang Perbekalan. Tuan Pengerusi, saya amat bersetuju apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Setiap malam mesyuarat dilanjutkan sehingga 10.30 dan kita menunggu giliran kementerian untuk membahas tetapi dihadkan masa 10 minit. Selepas itu ada di kalangan kita tidak memperoleh peluang untuk berbahas.
Walaupun dapat peluang bahas 10 minit, Menteri kata bagi jawapan bertulis.
Bayangkan apa perasaan kalau ahli-ahli yang lain yang sudi menunggu sehingga 10.30 malam untuk memainkan peranan membangkitkan masalah rakyat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi saya rasa telah meluluskan usul melanjutkan perbahasan, Menteri mesti jawab, ahli diberi peluang untuk berbahas.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baik.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, boleh saya beri pandangan sedikit?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baik Yang Berhormat, tidak ada standing order.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Kalau Yang Berhormat Kota Belud tidak berminat, dia puas hati dengan jawapan bertulis, dia boleh terima tetapi kami ahli-ahli sini bertanggungjawab. Kami mahu menjalankan tanggungjawab check and balance.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Kita tak mahu peruntukan sedemikian diluluskan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi Yang Berhormat Kota Belud boleh balik kalau dia mahu balik.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, saya mahu beri pandangan Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Ipoh Barat, standing order cukuplah itu Yang Berhormat. Dalam standing order cukuplah, tak perlu nak huraikan.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, saya nak beri pandangan, dua perkara Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya melihat Tuan Pengerusi, di Selangor hari ini Tuan Pengerusi, Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional mahu tanya soalan. Di sini Menteri kata dia bagi alasan bertulis, di Selangor apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional mahu bertanya soalan, di halau keluar. Itu bezanya.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini dihalau keluar, ditendang keluar. What thought you?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini orang kurang siumanlah Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ada yang nak berucap dalam MITI? Yang Berhormat Arau ya.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Hipokrit, double standard. Di sini at least Minister stood there for one hour answering Selangor punya cerita.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
He is paid to answer my friend. He’s paid to answer... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, unnecessarylah Yang Berhormat. Tak perlulah macam ini Ahli-ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Barisan hendak tanya soalan ditendang keluar. Podah!
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
...Berbahas isu rakyat, dia mahu naik gaji.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Arau.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Sekarang saya dalam Dewan Parlimen, bukan Selangor. Saya dalam Dewan Parlimen.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi, boleh memberi satu jawapan?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya dah bagi tahu tadi bahawa tidak ada yang berkaitan dengan standing order yang dibangkitkan. Perkara ini dah berkali-kali...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kalau tidak ada standing order...
Datuk Ismail Kasim - Arau
Tuan Pengerusi, sudah buat ruling. Tuan Pengerusi, sudah buat ruling. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
...Dan dijawab oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat, are you on standing order? Tak apalah, Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Sudah semestinya Tuan Pengerusi. Saya hairan, saya hairan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tak apalah Yang Berhormat.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Bila yang tak hairan? Selalu hairan ma.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Arau.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Kementerian MITI di peringkat jawatankuasa. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada 030300, 030400 dan juga 05000.
Yang pertama Tuan Pengerusi ialah berhubung dengan kerjasama ekonomi ASEAN. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu berhubung dengan Preferential Trading Arrangement (PTA) yang menentukan soal tarif di kalangan negara-negara ASEAN. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, sejauh mana keberkesanan PTA ini sejak ianya dilaksanakan dan keuntungan yang dimiliki di kalangan negara-negara anggota ASEAN khasnya negara kita dalam konsep win-win situation yang harus kita nikmati hasil daripada kerjasama ini.
Kemudian yang kedua, berhubung dengan Butiran 030400 iaitu Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC. Saya difahamkan forum APEC ini merupakan di antara satu forum ekonomi sekumpulan negara-negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik dan kerjasama serantau yang melibatkan hampir 60 peratus daripada kedudukan ekonomi dunia di dalam negara-negara anggota APEC ini yang jelas memfokuskan kepada kerjasama ekonomi, perdagangan, pelaburan dan lain-lain. Jadi saya difahamkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, baru-baru ini tentang pelaburan di negara kita juga akan dibincangkan dalam APEC ini, kedudukan bumiputera apabila pelaburan FDI nak datang ke negara kita ini, ada satu perkara tentang kuota bumiputera yang diperuntukkan dan akan dibincangkan di dalam forum ekonomi ini.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Bagaimana kedudukan dan strategi serta pendirian negara Malaysia berhubung dengan kedudukan ini. Jadi ini amat penting kerana kita melihat kemasukan FDI yang lebih daripada USD7 bilion sekarang ini, kita lihat apakah penglibatan bumiputera yang boleh dilibatkan sepenuhnya hasil daripada kemasukan dan peningkatan FDI kalau dibandingkan pada tahun yang lalu.
Terakhir adalah 05000 iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
(MIDA). Kita menyanjung usaha keras pegawai-pegawai kita di luar negara, wakil-wakil kita yang merupakan special officer kepada Yang Berhormat Menteri atau pegawai khas kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi kita melihat sekarang apabila kuasa beli dan juga kebangkitan negara-negara BRICS dan juga kita melihat bahawa kerjasama yang lebih erat di kalangan anggota-anggota ASEAN ini merupakan di antara fokus yang boleh meningkatkan purchasing power dan juga kemakmuran serantau yang perlu kita laksanakan tetapi ada juga halangan di mana ada di antara negara-negara ASEAN yang agak maju ke hadapan dan ada juga berada dalam keadaan yang terlalu mundur.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Jadi, untuk menyeimbangkan, kita tidak mahu seperti mana yang berlaku dalam kerjasama EU yang kita lihat hasil daripada keadaan yang tidak seimbang dari segi pembangunan sesebuah negara, ia akan menyebabkan berlaku masalah dari segi untuk pengendalian urusan mata wang. Kalau di satu masa di masa hadapan kita bercadang untuk mewujudkan mata wang di kalangan negara-negara ASEAN misalnya, termasuk kerjasama-kerjasama yang lain.
Jadi, kita berharap pegawai-pegawai kita di luar negara ini selain daripada peruntukan yang ditambah, kita mahu mereka menjadi duta ataupun economy intelligent yang berkesan untuk memainkan peranan dalam menghidu peluang-peluang yang boleh dibawa masuk ke dalam negara kita hasil daripada beberapa keadaan yang berlaku melibatkan bencana alam, gempa bumi, tsunami, banjir dan sebagainya dan kadangkala merupakan advantage secara tidak langsung kepada negara kita. Jadi, peluang-peluang keemasan ini perlu kita ambil dengan kita menyediakan satu keadaan ataupun prasarana ataupun iklim yang menarik minat mereka apabila akta ini telah pun dipersetujui di Parlimen yang mulia ini, kita telah mempunyai lebih kuasa dalam membuat keputusan.
Saya ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi, misalnya kita pernah umum mengatakan tentang PKFZ. Orang mentafsirkan pelbagai. Mahkamah memutuskan bahawa tidak ada kes dalam perkara ini.
[Timbalan yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, yang menjadi masalah di kalangan kita, apabila PKFZ itu merupakan satu tempat yang sebenarnya, kalau kita mengikut kejayaan yang telah dicapai di Dubai. Kita harus melihat bahawa soal-soal kita menarik minat pelabur asing yang akan datang ke negara kita, tiba-tiba ia diperlambatkan dengan kerenah birokrasi yang terlalu lambat. Seolah-olah di kalangan pegawai-pegawai kita ada yang mentafsirkan bahawa perkara ini tidak perlu disegerakan. Ada di kalangan pelaburan yang jumlahnya begitu besar, dalam petrochemical misalnya, yang ingin datang melabur di PKFZ. Mereka melarikan dan membuka perniagaan ini di luar negara, di Indonesia misalnya. Jadi, perkara-perkara begini merugikan negara.
Kita harus ikut bagaimana BOD di Singapura, mereka begitu bekerja keras bila mereka melihat negara kita, mereka perlu menerima kemasukan dan suntikan daripada modal asing. Mereka menyediakan, berbaik dan menggunakan pendekatan- pendekatan yang mesra, yang boleh menyebabkan orang tertarik dan melihat dengan segala keistimewaan dan peluang-peluang yang telah disediakan di negara kita. Jadi, yang ini saya mohon Yang Berhormat Menteri supaya dengan peruntukan yang kita sedia ada dan kita boleh tambah kalau ianya boleh sebenarnya meningkatkan lagi pelaburan FDI untuk masuk ke negara kita dengan hasil usaha keras pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan MIDA di dalam negara dan di luar negara. Terima kasih, saya mohon menyokong Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tumpat.
Dato' Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 - Perancangan Strategik. Tuan Pengerusi, kita sentiasa mendengar laporan-laporan tentang betapa tingginya pelaburan asing ke negara kita yang dipanggil FDI ini. Di samping itu, kita juga mendengar bahawa kerajaan-kerajaan negeri dan negeri-negeri tertentu memperoleh pelaburan yang tinggi, misalnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengatakan ianya memperoleh FDI yang tinggi, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Johor dan sebagainya.
Persoalan saya mudah sahaja, bahawa di samping negeri-negeri yang mempunyai pelaburan yang tinggi seperti yang saya sebutkan tadi, ada negeri-negeri secara tradisinya mempunyai pelaburan asing yang rendah. Tanpa segan-silu dan sorok-menyorok, kita terpaksa menyebut bahawa negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang menerima pelaburan yang amat rendah sama ada sekarang di bawah Kerajaan PAS Pakatan Rakyat ataupun semasa di Barisan Nasional, UMNO menjadi kerajaan dalam tahun 70-an dahulu hingga ke tahun 80-an.
Jadi, yang saya hendak tanya di bawah tajuk perancangan strategik ini, adakah MITI tidak memikirkan hal ini. Bukan sahaja Kelantan tetapi Perlis tetapi Terengganu tetapi Pahang, Sabah, Sarawak dan sebagainya. Adakah tidak di dalam pertimbangan MITI bahawa MITI mesti memikirkan sebagai perancangan yang terpenting bagaimana hendak meningkatkan pelaburan dalam negeri-negeri yang kita sebutkan tadi itu. Kalau untuk tujuan itu, misalnya kelemahan ataupun kekurangan terbesar di Kelantan ialah tidak adanya jalan raya. Kenapa tidak MITI menuntut kepada JKR ataupun kepada MAPEN dan Majlis Tindakan Ekonomi dan sebagainya, supaya ada jalan raya yang sesuai, ada lebuh raya yang sesuai untuk sampai ke Kelantan.
Tidak akanlah daripada Kota Bharu ke Kuala Krai, beberapa kali telah dijanjikan, hingga hari ini tidak dapat dilaksanakan projek yang dari segi perbandingannya sekecil itu kosnya kepada Kerajaan Pusat.
Jika Kerajaan Pusat dan khususnya MITI memang benar-benar berminat untuk meningkatkan pelaburan bukan sahaja kepada satu dua negeri tetapi kepada seluruh negara. Begitu juga kalau untuk Kelantan, jika tidak hendak diberikan peruntukan daripada Pusat, memerlukan kewangan sendiri. Kalau cara kewangan sendiri ialah melalui perolehan royalti minyak, kenapa tidak MITI membantu sama supaya isu ini diselesaikan dengan baik dan supaya kerajaan mempunyai sumbernya tersendiri untuk mewujudkan infrastruktur-infrastruktur yang sesuai supaya pelaburan dalam dan luar akan berlaku di negeri-negeri seperti Kelantan itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi, beri saya peluang. Yang pertamanya, saya terus kepada Butiran 030100 - Dasar dan Rundingan Pelbagai Hala.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana pada ketika ini Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang cukup selamat, sejahtera dan juga pencapaian ekonomi yang cukup membanggakan. Justeru, kita telah mencatat FDI yang meningkat dengan ketara. Kalau tahun dahulu, tahun 2010, kita mencatat RM12.1 bilion sahaja tetapi pada tahun 2011, kita telah mencatat sebanyak RM21.4 bilion. Jadi, soalan saya, apakah unjuran kerajaan, FDI sehingga Disember tahun 2011.
Keduanya, sejajar dengan penurunan penarafan Amerika daripada AAA kepada AA+ oleh rating agency berhubung dengan credit rating America setelah mereka melambatkan untuk credit rating negaranya sendiri, maka pelabur-pelabur telah hilang keyakinan terhadap negaranya sendiri. Jadi, apakah sebenarnya inisiatif yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan supaya kita dapat menarik bukan sahaja pelabur- pelabur asing di Amerika bahkan pelabur-pelabur Amerika yang berada di sana.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Keduanya, masalah yang berlaku di Thailand adalah mendukacitakan kita tetapi dalam masa yang sama mungkin memberi peluang kepada kita kerana banyak menempatkan industri-industri yang cukup strategik. Apakah sebenarnya strategi yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan supaya mereka yang ingin mencari kawasan pelaburan yang lebih selamat, supaya Malaysia merebut peluang tersebut.
Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 030000 - Perdagangan Antarabangsa di bawah Butiran 030200 - Hubungan Ekonomi dan Perdagangan. Pada ketika ini, pelaburan China di Malaysia agak kecil berbanding dengan pelaburan Malaysia di China. Sehingga akhir tahun 2010, pelaburan Malaysia di China telah hampir USD6 bilion, manakala pelaburan China di Malaysia hanya mencatat sebanyak USD500 juta sahaja. Jadi soalan saya, apakah usaha yang dijalankan oleh pihak MITI dan kerajaan supaya kita dapat menarik pelaburan-pelaburan langsung daripada negara China dengan menyediakan insentif-insentif yang bersesuaian secara fiskal ataupun bukan fiskal kerana kita mahu melihat supaya pelaburan daripada negara tersebut akan datang dan setara dengan pelaburan yang telah kita buat di negara China.
Seterusnya, bagaimanakah status potensi perdagangan dengan China seperti perdagangan eksport burung walit yang pada sekarang ini kita memberikan perhatian tentang kandungan nitrat. Kerajaan melalui kementerian yang lain telah pun melipatgandakan supaya walit dijadikan sebagai satu daripada usaha yang memberikan pulangan yang cukup lumayan.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Seterusnya saya pergi kepada Butiran 030300 - Kerjasama Ekonomi ASEAN.
Seperti yang disebut oleh sahabat saya daripada Arau tadi, bahawa APEX akan bermesyuarat pada 12hb akan datang di mana kerajaan Malaysia telah menyertai satu rundingan kerjasama ekonomi secara Transpacific Partnership ataupun TPP iaitu dengan Amerika Syarikat dan beberapa negara-negara dalam Asia Pasifik. Jadi saya ingin bertanya apakah sebenarnya strategi negara kita, bagi memastikan supaya prospek daripada negara-negara Asia Pasifik terutamanya ASEAN yang mempunyai satu potensi yang cukup baik sekali bahawa kita berjaya untuk menangani krisis ekonomi baru-baru ini supaya kita dapat memastikan perdagangan di antara negara- negara di ASEAN dan juga di Asia Pasifik.
Seterusnya saya pergi kepada Butiran 050000 - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Saya ingin menyentuh tentang prestasi InvestKL yang turut diletakkan di bawah JPM iaitu Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar serta MITI di bawah kerjasama MIDA. InvestKL ini bekerjasama rapat dengan agensi yang berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia, Multimedia Development Corporation dan juga BNM (Bank Negara Malaysia), Talent Corporation dan juga Koridor Pembangunan bagi memudah cara kemasukan pelabur asing ke kawasan Lembah Klang.
Kita telah dimaklumkan oleh CEO InvestKL baru-baru ini dalam akhbar bahawa ia telah diberi mandat untuk menarik sebanyak 100 buah firma multi-nasional untuk melabur dalam kawasan Lembah Klang dan juga Greater KL menjelang tahun 2020. Jadi soalan saya apakah statusnya hingga ke hari ini. Kalau boleh kita senaraikan syarikat-syarikat besar ini dan setakat ini adakah kerjasama yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat tempatan? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah 040500 - Pembangunan Keusahawanan saya dapati pada tahun 2011 sebilangan 8,000 lebih sedikit jumlah yang dilatih dan begitu juga cadangan yang kita buat pada tahun 2012.
Saya hendak tanya bagaimanakah keputusan untuk melatih keusahawanan ini begitu berbeza dengan tahun 2010. Tahun 2010 mengikut maklumatnya kita telah melatih 61,809 orang usahawan di bawah Program Pembangunan Keusahawanan ini.
Daripada 61,800 orang tiba-tiba kita kurangkan sehingga 8,000 atau 8,000 lebih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Adakah program yang kita jalankan ini tidak berjaya ataupun mungkin ada alasanlah kenapa kita kurangkan dan apa jadi 60,000 ataupun 50,000 lebih yang telah kita kurangkan itu. Kita anggap pelaksanaannya di dalam status macam mana pun saya agak Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri sedikit penerangan.
Tuan Pengerusi, Butiran 050000 - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Saya dapati MIDA mempunyai ataupun mengambil kira banyak permohonan-permohonan untuk lesen dan juga permohonan-permohonan untuk jawatan-jawatan pekerja asing ataupun profesional asing yang memohon untuk masuk di dalam negara kita. Saya hendak tanya di sini, setakat maklumat yang ada di dalam buku ini, MIDA telah menerima sebanyak 8,018 permohonan lesen untuk pengecualian ataupun untuk bagi pihak pengilang-pengilang yang memohon lesen untuk mengecualikan daripada cukai ataupun kebanyakan disebutkan juga sebagai duti import.
Saya hendak tahu kenapa kerajaan mengambil keputusan atau melayan permohonan yang begini banyak yang dikatakan sebahagian besar permohonan ini telah pun diluluskan terutama untuk tahun 2011 tahun yang lepas. Oleh kerana tahun lepas dicatat 1,500 permohonan lesen pengilang ini, tahun ini melihat peningkatan kepada diunjurkan sebanyak 2,016 makna kenaikan hampir 40 peratus bilangan permohonan tersebut.
Begitu juga dengan bilangan permohonan pengecualian duti import yang saya sebutkan tadi. Ada peningkatan bertambahnya sampai 30 peratus daripada 6,732 permohonan yang diluluskan tahun lalu, sekarang ada 8,000 lebih 8,018 permohonan yang dikatakan akan dipertimbang dan kalau berdasar kepada rekod tahun-tahun sebelum pada ini permohonan yang dicatat dalam anggaran ini jugalah permohonan yang kita luluskan.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri jenis pengecualian duti import barangan apakah yang menjadi pertimbangan utama untuk pihak kementerian luluskan. Oleh kerana jumlahnya banyak 8,000 lebih permohonan ini. Adakah kementerian mengambil kira bahawa tahun lepas atau dua tahun lepas daripada pengecualian duti-duti import yang telah kita luluskan pada pemohon-pemohon termasuk yang dikemukakan ataupun yang diluluskan dalam Dewan atas beberapa ratus item yang diluluskan secara serta-merta semasa pembentangan belanjawan.
Berapakah anggaran yang kita jangka kerajaan Malaysia terpaksa mengambil kira hasil yang dihapus kira daripada kelulusan pengecualian duti import ini?
Semakan saya kepada laporan audit yang terbaru dikeluarkan, kita mengandaikan untuk tahun 2012, kerajaan akan terpaksa membuat hapus kira kepada hasil yang sepatutnya diterima berjumlah lebih daripada RM2 bilion. Ini diambil kira sebagai dipulangkan ataupun dihapus kira. Jumlah ini pada saya jauh lebih rendah daripada angka yang sepatutnya kita ambil kira kerana daripada jumlah kelulusan pengecualian duti import yang ada dalam bilangan permohonan 8,000 lebih agak tidak munasabah kerana angka permohonan untuk pengecualian itu cuma terhad dalam sekitar RM1 bilion nilai cukai itu. Agak tidak munasabah tetapi tidak apa saya berharap pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri akan memberi penjelasan.
Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi penerangan yang lebih sedikit berkenaan dengan Butiran 94000 iaitu berkenaan dengan dasar baru NKEA. Kalau dalam buku laporan kita ini anggarannya dalam muka surat 316. Kita membuat peruntukan kepada program NKEA ini berjumlah RM1.068 bilion untuk beberapa tempoh akan datang. Pemahaman saya dalam P.24 ini mengatakan untuk program NKEA adalah memakan masa sehingga 2013 kerana diletakkan unjuran daripada 2012 sehingga 2013.
Soalan yang saya hendak tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada tahun ini kita maksudnya pada tahun hadapan 2012, kita berharap peruntukan sebanyak RM208 juta kita mulakan untuk pembiayaan untuk dasar NKEA. Ini menjadikan bahawa anggaran untuk tahun seterusnya atau peruntukan untuk seterusnya diletak sebanyak RM528 juta. Kalau kita total, kita jumlahkan dua tahun yang disebut atau dua peruntukan disebut hanya berjumlah RM736 juta sahaja. Sedangkan peruntukan yang kita letak keseluruhan NKRA RM1.068 bermakna ada baki dia.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya hendak tanya Timbalan Menteri baki ini untuk peruntukan program pada tahun mana atau untuk apa? Selalunya anggaran yang dibuat peruntukan untuk kelulusan Dewan sepatutnya diletakkan unjuran itu untuk tahun berapa sehingga selesai program tersebut. Salah satu daripada jumlah yang tidak dinyatakan hanya duduk pada NKEA yang lain itu semua ada diletak dengan pasti dengan agak jelaslah boleh kita nampak. Cadangan ataupun rangka kerja yang dijelaskan bawah sesuatu kelulusan atau satu unjuran kepada peruntukan belanjawan yang kita bincangkan.
Soal terakhir yang saya hendak tanya Tuan Pengerusi di bawah perkara P.24 00900 - Pembangunan Sektor Perkhidmatan, Skim Pinjaman Mudah. Di sini ada dinyatakan bahawa rancangan kerajaan bawah kementerian Yang Berhormat meletakkan peruntukan sebanyak RM270 juta untuk tujuan pembangunan sektor perkhidmatan bawah Skim Pinjaman Mudah. Akan tetapi jelasnya di sini dia ada meletakkan bahawa program ini akan dilaksanakan pertamanya menerusi pinjaman.
Maknanya bukannya melalui belanjawan yang kita peruntukan secara langsung. Ini muka surat 314 Yang Berhormat Timbalan Menteri bawah Butiran 00900. RM100 juta dikatakan di dalam bentuk pinjaman.
Saya hendak minta tanya, hendak mintakan penjelasan Timbalan Menteri pinjaman ini daripada sektor mana, atau adakah maksudnya pinjaman ini daripada pihak ataupun pembiayaan swasta? Ataupun sekiranya dia datangnya daripada peruntukan yang kita bincangkan pada hari ini, kenapakah tidak ada jumlah yang jelas ditunjukkan di bawah sektor yang akan dikeluarkan daripada RM270 juta sebagaimana yang tercatat dalam kolum 900 iaitu pembangunan sektor perkhidmatan di bawah Skim Pinjaman Mudah. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ya Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 040200 - Pembangunan Sektor Perkhidmatan.
Pertamanya saya ingin bertanya kepada pihak MITI, kementerian MITI sebelum ini kerajaan telah mengenakan surcaj kepada pemegang AP import kereta mewah terpakai sebanyak RM10,000. Saya percaya setakat ini sudah banyak wang telah dipungut hasil daripada surcaj ini. Saya hendak tanya apakah kerajaan bercadang juga mengenakan surcaj kepada pemegang AP francais. Ini kerana pemegang kereta AP francais ini juga telah mengaut keuntungan yang banyak. Mereka sudah pun ada setengah-setengah syarikat mendapat status nasional dengan meletakkan logo ataupun apa-apa keperluan yang dirasakan perlu, dengan itu mereka juga mendapat banyak pelepasan cukai dan sebagainya.
Jadi kenapa tidak pemegang AP francais ini juga dikenakan surcaj paling tidak, kalau tidak RM10,000 kah RM5,000 sebuah kereta? Jadi tentu kerajaan dapat menambahkan revenue seperti mana yang dikenakan kepada pemegang AP kereta terpakai. Saya hendak tanya jumlah pungutan yang diperolehi setakat ini dan di manakah pergi duit ini, bagaimanakah duit ini diguna? Sekarang ini kita semua dengar Tuan Pengerusi, masalah pinjaman untuk sara diri pelajar-pelajar kerana beban PTPTN begitu berat sekali. Maka mungkin melalui tabung endowment yang bakal ditubuh PTPTN ini wang seumpama ini boleh disalurkan bagi membantu pelajar-pelajar.
Mereka ini sudah mengaut keuntungan yang begitu besar pemegang-pemegang kereta AP francais ini.
Jadi elok sangat kerajaan mengenakan caj yang saya katakan tadi. Tidak ada banyak alasan mereka boleh bagi macam-macam alasan seperti mana mereka juga menyediakan white account dengan black account. Akaun yang sebenar ataupun akaun yang tidak sebenar untuk mengelak cukai. Jadi samalah hal-hal perkara-perkara yang berkaitan dengan orang perniagaan dia faham semua ini.
Seterusnya 040400 - Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan. Ini saya hendak tanya sejauh mana usaha kementerian membantu Kelantan supaya pelabur- pelabur pun pergi ke Kelantan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Dahulu pun saya dengar macam-macam alasan. Kerajaan negeri menyalahkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pusat pula ada alasan ataupun alasan pengangkutan, infrastruktur dan sebagainya. Ini kerana kita semua tahu Tuan Pengerusi Kelantan ada pantai yang cukup indah, Pantai Cahaya Bulan. Dahulu Pantai Cahaya Berahi sejak 21 tahun ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan tetapi sekarang pun tidak cerah-cerah lagi, gelap juga walaupun ditukar nama cahaya bulan. Pantai ini cantik kenapa tidak ada pelabur-pelabur dari segi mendirikan hotel, chalet-chalet boleh dilakukan.
Begitu juga pantai-pantai lain, tinggal terbiar boleh menjadi compliment kepada produk pelan Sungai Kelantan pun indah, jadi macam-macam boleh buat dari segi pelaburan kalau dibantu oleh Kerajaan Pusat. Ini kerana berapa lama kita hendak lihat, saya merayu kepada Kerajaan Pusat sebab kita tengok beratus ribu rakyat Kelantan berhijrah ke Kuala Lumpur. Sekarang ini tidak sedikit anak Kelantan dapat tempat di universiti, ramai. Mereka tidak boleh pulang ke Kelantan sebab tidak ada pekerjaan. Pekerjaannya hanya boleh diwujudkan kalau ada pelabur datang ke Kelantan. Pelaburan dari segi hotel, chalet, industri kilang-kilang.
Kilang-kilang di Pengkalan Chepa dahulu ada diamond cutting pun sudah ditutup tidak ada sudah pun kilang-kilang. Jadi saya hendak tanya apakah kementerian pernah jemput wakil Kelantan, Menteri Besar Kelantan ikut rombongan perdagangan ke luar negeri mencari pelabur? Saya ingatkan dahulu pelabur-pelabur daripada Arab datang sebab mereka ini datang daripada Mesir, daripada Jordan kuat dari segi exposure Islamnya. Akan tetapi tidak juga orang-orang Arab datang.
Jadi saya hendak tanya apakah usaha dan berapa banyakkah pelabur-pelabur asing yang sudah datang ke Kelantan setakat ini, ataupun kalau tidak ada sebab apa, a pakah perancangan kementerian membantu supaya bila wujud ada kilang baru, ada naiknya hotel-hotel dari segi pelabur-pelabur datang nanti boleh membantu mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Kelantan?
Seterusnya saya hendak rujuk kepada 00204, 00205, 00206 sekali gus mengenai dengan Tabung Promosi Eksport Perkhidmatan, Penganjuran Pameran Perkhidmatan Malaysia dan Penyertaan Tahunan Dalam Acara Perdagangan Antarabangsa Terpilih. Ini saya hendak tahunya berapa syarikat-syarikat bumiputera mengambil bahagian? Ini kerana kita diberitahu bila mereka menyertai pameran- pameran yang dianjurkan oleh MATRADE dari segi membuat promosi bagi barang- barang buatan Malaysia, tapak ekspo dibiayai oleh kerajaan kosnya dan sebagainya.
Berapa banyak syarikat bumiputera mengambil bahagian, kalau kurang kenapa?
Faedah-faedah ini dibolosi oleh pihak-pihak tertentu sahaja tidak banyak syarikat- syarikat bumiputera turut ambil bahagian, berapa peratus itu?
Seterusnya saya hendak tanya 00601 - Skim Pinjaman Mudah EKS. Ini saya hendak tanya berapa Skim Pinjaman Mudah ini sudah pun dipohon oleh syarikat- syarikat bumiputera, berapa peratus, kalau kurang kenapa? Kalau kurang hendak atasi hendak tingkatkan lagi apa caranya, apa usahanya?
Begitu jugalah saya hendak tahu Tuan Pengerusi ini satu lagi Butiran 00201 - Program Fleet Test Vehicle. Apa dia punya aktiviti ini? Ini peruntukan sebanyak RM100 juta. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bagi B.24 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini, saya hendak mulakan dengan Butiran 060000 - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Jadi, saya percaya Perbadanan Produktiviti Malaysia ini bukan satu institusi yang sudah lama di Malaysia ini. Mungkin namanya berubah-ubah dua, tiga kali dan sebagainya dan akhirnya ia menjadi Perbadanan Produktiviti Malaysia. Selama ini saya percaya mereka melatih standard-standard yang biasanya diamalkan oleh dunia iaitu standard-standard yang dipinjam daripada negara-negara lain seperti ISO.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Mungkin sebelum ini standard-standard ataupun amalan-amalan baik dari segi organisasi dan perniagaan dan sebagainya yang diambil juga daripada Jepun. Mereka melatih, jadi sejauh manakah sekarang ini Malaysia sendiri melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia ini melaksanakan standard atau membuat kajian dan melancarkan satu standard yang datangnya daripada Malaysia sendiri. Berlandaskan kepada acuan kita sendiri dan sejauh manakah mereka dapat mempamerkan ataupun menjual standard yang sepatutnya menjadi amalan produktiviti dan amalan baik dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya yang memang melalui acuan kita sendiri itu.
Jadi, saya mohon pihak kementerian menjelaskan perkara ini kerana Perbadanan Produktiviti Malaysia ini memang satu organisasi yang telah lama dalam bidang standard ini. Takkanlah selama-lamanya kita hanya mengikut atau mengamalkan standard-standard yang kita pinjam daripada negara lain ataupun organisasi lain tanpa memikirkan standard yang boleh kita gunakan untuk diri kita sendiri di dalam negara kita sendiri dan seperti yang kita kehendaki pada tahun 2020 nanti iaitu kita membangun dengan acuan kita sendiri. Jadi kalau mereka belum mulakan, eloklah mereka mulakan sekarang. Kita ada masa lagi supaya perkara itu menjadi sesuatu yang mantap.
Keduanya, saya merujuk kepada Butiran 040500 iaitu Pembangunan Keusahawanan. Jadi, kalau dahulu, kita lihat kita ada Kementerian Pembangunan Usahawan. Oleh sebab kementerian itu telah jumud, maka dipisah-pisahkan program- program pembangunan usahawan dan sebagainya dan diletakkan ke dalam kementerian-kementerian lain. Jadi antaranya dahulu ialah mengenai dengan INSKEN.
Saya tidak pasti sama ada INSKEN ini menjadi satu programnya sendiri ataupun INSKEN sekarang telah ditiadakan dan diletakkan di bawah aktiviti-aktiviti yang lain seperti pembangunan keusahawanan.
Jadi, seperti rakan-rakan tadi mereka melihat pada tahun 2010 ada 61,809 orang tetapi pada tahun 2012 anggarannya jadi 8,910 orang. Banyak penurunan. Saya juga hendak bertanya mengapa banyak penurunan? Apakah jenis latihan yang diberikan serta sejauh manakah berlaku transfer of training atau pemindahan latihan daripada latihan yang diberi oleh program-program seperti yang saya katakan tadi.
Mungkin latihan keusahawanan dan sebagainya tadi, beberapa banyak berlaku pemindahan latihan dan berapa ramaikah usahawan yang telah berjaya? Saya minta jumlahnya yang telah berjaya melaksanakan perniagaan hasil daripada latihan-latihan yang telah diberi oleh INSKEN ini. Kalau ada berkait pula dengan skim pinjaman mudah dan sebagainya, dan berapakah orang usahawan yang telah mendapat kemudahan daripada B.24, Butiran 00601 – Skim Pinjaman Mudah EKS tadi. Maknanya ia ada kaitan.
Mereka diberi latihan dan selepas itu mereka diberi kemudahan untuk berniaga. Tidaklah mereka ini selepas mendapat latihan, mereka tercari-cari atau terkapai-kapai bagaimana hendak berniaga tanpa bantuan selepas itu. Ini kerana terdapat juga mereka yang mengikuti program keusahawanan ini selepas mereka keluar daripada latihan, mereka pergi memohon, buat kertas kerja dan sebagainya belum lagi di present, dengan izin, kertas kerja itu tadi sudah ditolak dan mereka terkapai-kapai mencari ke sana, ke mari. Jadi saya berharap pihak kementerian dapat memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Adakah kementerian benar-benar serius sebenarnya dalam membangunkan usahawan ini terutamanya di kalangan bumiputera.
Berikutnya, saya hendak bercakap mengenai Butiran 040200 iaitu Pembangunan Sektor Perkhidmatan. Sekarang ini kalau kita lihat konsentrasi pembangunan kawasan-kawasan perindustrian ini terletak dekat-dekat dengan kawasan Pantai Barat ataupun di sebelah Pantai Timur pula dekat-dekat dengan kawasan pantai sahaja. Ada atau tidak perancangan pihak kementerian untuk pergi ke tengah Semenanjung pula? Sebagai contohnya di Lipis, di mana taman-taman perindustrian ataupun pusat-pusat perindustrian ini dibina dan kita buat galakan untuk mereka datang kerana Lipis merupakan kawasan yang terletak di tengah-tengah Semenanjung dan sekarang ini dari segi perhubungan telah menjadi mudah ataupun dekat.
Kalau dahulu hendak ke Lipis mungkin mengambil masa lima atau enam jam, sekarang ini sudah boleh dua jam setengah, saya percaya. Ahli Yang Berhormat Tumpat, saya percaya dia selalu lalu Lipis.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Daripada Lipis ke Kuala Lumpur, dua jam setengah sahaja sekarang. Itu pun lewat, mungkin ada yang dua jam. Jadi, dengan cara itu bermakna kalau kita jadikan Lipis ini sebagai satu bentuk kawasan perindustrian, hubungannya dengan Kelantan, dia terletak di tengah-tengah, dengan Johor, dengan Port Klang, dengan Port Kuantan itu mudah. Sekarang banyak terutamanya kalau kita buat mungkin dari segi industri bijih besi atau iron ore. Oleh sebab sekarang ini di kawasan Lipis dan sekitarnya juga seperti Jerantut memang banyak mengeluarkan bijih-bijih besi ini dan selalunya mereka terus mengeksportnya ke luar negeri. Tidak ada industri hiliran yang berlaku di Malaysia itu sendiri.
Jadi, bermakna nilai tambah kepada bijih-bijih besi yang dibawa daripada kawasan Lipis dan sekitarnya terus dieksport keluar. Permainan harga berlaku di situ dan ada kalanya pernah satu masa bila harga bijih besi (iron ore) rendah, bila hendak dieksport ke China, semuanya tersadai di atas kapal kerana grednya. Mereka akan mainkan harga. Dia kata, “Oh! Kita hendak yang grednya 61 ke atas atau 68 ke atas”.
Gred yang ada pada bijih besi ini hanya mungkin 58 atau 52. Kita tidak boleh, sedangkan mereka telah membawa dan ada perjanjian awal. Jadi, sebab itulah saya mencadangkan kalau kita hendak membangunkan industri bijih besi ini bolehlah menggunakan Lipis sebagai pusat...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, masa Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi, setakat itu dahulu.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 050000 - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Butiran 080000 - Perbadanan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia).
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri, saya mengalu-alukan usaha SME Corp. yang melaksanakan pensijilan iaitu National Mark of Malaysian Brand sejak tahun 2010.
Salah satu tarikan untuk menarik pengusaha atau pengilang untuk memohon mendapatkan sijil ini ialah mereka akan diberi keutamaan untuk memohon Brand Promotion Grant. Akan tetapi sejak tahun yang lepas, saya difahamkan bahawa Brand Promotion Grant ini telah diberhentikan, mungkin peruntukan tidak mencukupi. Saya juga difahamkan bahawa hanya ada 30 lebih pemegang National Mark of Malaysian Brand. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, adakah tahun depan Brand Promotion Grant ini akan juga mula diberikan peluang kepada pemegang National Mark of Malaysian Brand ini untuk memohon dapatkan geran ini?
Kedua, tentang usaha kementerian untuk menggalakkan pelabur tempatan untuk reinvest industri mereka. Akan tetapi saya difahamkan dalam bajet tahun depan ini, reinvestment allowances oleh MIDA ini pun tidak diextended. Adakah ini benar? Jika benar, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan apakah sebab dan alasan- alasan untuk memberhentikan reinvestment allowances ini?
Semasa saya kemukakan satu soalan di Dewan baru-baru ini tentang lesen pengilang iaitu manufacturing license, saya diberi jawapan oleh pihak kementerian iaitu hanya 486 lesen telah dikeluarkan dari Januari hingga Ogos tahun ini. Saya juga minta penjelasan bagaimana pengilang atau sektor pembuatan ini dapat pengecualian tentang syarat-syarat. Kita sedia maklum bahawa lesen pengilang atau manufacturing license hanya akan beri kepada syarikat-syarikat yang mempunyai modal berbayar
(paid-up capital) RM2.5 juta atau dengan pekerja sepenuh masa sekurang-kurangnya 75 orang pekerja. Saya membuat permintaan ini untuk satu penjelasan dari kementerian ialah kerana semasa kita menggalakkan sektor pembuatan tempatan ini mengeksportkan produk mereka kepada negara-negara lain dan bersaing dengan sektor pembuatan di negara China dan lain-lain.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Di rantau tertentu macam di Middle East, pengimport oleh negara-negara asing ini, exporter dari Malaysia ini mesti mempunyai manufacturing license. Semasa mereka perlukan semua shipping documents, salah satunya ialah certificates of origin.
Pengeluar certificate of origin ini pun juga ada satu syarat yang mereka perlu mengadakan manufacturing license. Saya ingin tanya bagi pihak pengilang-pengilang yang hanya paid-up capital kurang dari RM2.5 juta atau dia punya pekerja sepenuh masa tidak sampai 75 pekerja. Apakah kelonggaran atau syarat yang boleh kementerian issuedkan lesen pengilangan kepada mereka tanpa mematuhi dengan kedua-dua syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian?
Satu lagi perkara yang ingin saya tanya iaitu saya difahamkan pihak kementerian terutama SME Corp., MIDA, ada menggalakkan atau mengutamakan produk halal. Di Melaka kita ada satu halal hab di Sekam. Boleh saya tanya apakah bantuan oleh kementerian untuk memajukan halal hab di Sekam, Melaka ini? Setakat ini bagaimana dengan prestasi atau pencapaian produk industri halal di Melaka?
Adakah ia memuaskan pihak kementerian? Jika tidak, apakah perancangan yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk memastikan kejayaan halal hub di Serkam, Melaka ini? Saya ingat ini sahaja yang saya ingin minta penjelasan daripada kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 00520 - Dana Pelaburan Strategik dan juga Butiran 00525 - Dana Projek Berimpak Tinggi di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP).
Tuan Pengerusi, kalau kita bercakap tentang perancangan strategik, ia mempunyai maksud satu perancangan yang berkepentingan strategik dalam erti kata untuk kepentingan rakyat dan negara kita. Jadi saya melihat perkara ini dari segi sudut kepentingan untuk mengimbangi jurang di antara luar bandar dan juga bandar. Jurang ekonomi, jurang sosial dan berbagai-bagai lagi. Keadaan ini menuntut perancangan yang strategik dalam sektor perindustrian dan untuk itu, saya ingin memberi komen dan seterusnya memberikan pandangan dan cadangan berhubung dengan perkara ini.
Kita telah merancang banyak perancangan yang dibuat oleh kerajaan dalam beberapa tahun sejak kita merdeka. Untuk melaksanakan perancangan yang digubal dan diluluskan, ada beberapa agensi yang telah dibentuk untuk melaksanakan perancangan kita itu termasuk di awalan dahulu kita ada Rural Industrial Development Authority (RIDA) iaitu satu agensi yang mempunyai wawasan besar dan bermatlamatkan untuk membangunkan sektor luar bandar dengan pembangunan perindustrian supaya ia boleh membangunkan masyarakat luar bandar dari segi ekonomi, sosial dan sebagainya. Ada banyak lagi institusi, agensi lain juga yang telah berperanan.
Namun begitu, kita melihat keadaan di luar bandar masih jauh ketinggalan dari segi pendapatan, peluang pekerjaan dan sebagainya disebabkan oleh kita dapati agak melesetnya pencapaian untuk membangunkan perindustrian di luar bandar. Jadi dengan sebab itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak MITI supaya bersungguh- sungguh dengan political will yang tinggi melihat perkara ini untuk melihat benar-benar pembangunan perindustrian di luar bandar itu tercapai.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Untuk ini kita terpaksa melakukan perubahan-perubahan sesuai dengan cara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini, cara-cara yang menuntut kepada perubahan, kepada prime work, kepada agensi pelaksana, perubahan dari segi pegawai-pegawai, cara bekerja dan sebagainya perlu ada perubahan untuk kita melihat ke hadapan ini tidak lagi kita menghadapi nasib yang sama di mana kejayaan yang kita harapkan itu agak meleset sekali. Ini semua wakil rakyat perlu menerima hakikat ini bahawa perindustrian di luar bandar begitu jauh ketinggalan, peluang pekerjaan kepada belia-belia tidak begitu banyak, employment opportunity is not growing and not expanding in the rural areas, dengan izin.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Peluang-peluang untuk tenaga wanita termasuk suri rumah, ibu-ibu tunggal dan sebagainya, I mean kita tidak usahlah berbohong kepada diri kita hakikatnya kalau kita balik ke kawasan masing-masing kita melihat dengan izin, there are so many of the workforce there a unemployed or under employed ataupun semi employed, mereka mempunyai masa dan tenaga yang boleh digunakan untuk kegiatan yang produktif, economically productive tetapi malangnya tidak ada peluang untuk manfaatkan resources yang ada pada mereka itu, masa yang ada pada mereka itu, keremajaan yang ada pada mereka itu, tenaga yang ada pada mereka itu.
Mereka lepak di kedai kopi termasuk juga pak haji-pak haji pun lepak di kedai kopi, orang PAS pun banyak lepak di kedai kopi jangan cakaplah, kena cuitlah sikit.
Memang betul saya boleh bawa kalau hendak tengok tunjukkan, tengok gusti di rumah tidak berani tengok gusti, sebab apa tengok gusti perempuan, kalau di rumah kena cubit telinga, tengok dekat kedai kopi, itu sedikit-sedikit buat cerita untuk tadi saya tengok sudah hendak tidur dah di sebelah sana itu.
Jadi peluang ini begitu terhad Yang Berhormat Menteri. I mean let’s be honest about it dengan izin. Jadi dengan sebab itu saya mencadangkan satu pendekatan kalau bolehlah, tubuhkan satu agensi yang baru yang diberikan kekuatan, satu peranan besar untuk melaksanakan program pembangunan luar bandar ini. Kalau boleh saya beri namakan iaitu Bumiputera Industrial Development of Authority (BIDA), sebab kita tengok banyak bumiputera, ber BIDA lah kita... [Disampuk] Kroni itu zaman Anwar Ibrahim, kroni dia termasuk Yang Berhormat Tumpat, ini kroni Ketua Pembangkang dulu. Kalau diusik-usik saya buka nanti...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Buka, itu yang di belakang itu tidak tahu cerita mereka masih lagi baru, yang keluar masuk di pejabat Menteri Kewangan dulu pun dia.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa dia?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dengar apa?
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi saya tidak dengar pun, jadi maknanya...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mungkin tidak berapa setujulah pihak di sebelah sana itu kita tidak usah ambil pusing sangatlah ya sebab bagi mereka tidak ada lain melainkan sebagaimana Yang Berhormat Pasir Mas sebutkan tadi ceramah, ceramah, ceramah, gantung poster, ceramah, gantung kain rentang, ceramah, dekat Pasir Salak itu sudah habis berceramah, sudah tidak larat hendak berceramah tetapi kalau ingin berceramah pun boleh lagi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya masa itu masih 10 minit juga Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya 10 minit. Jadi dengan sebab itu untuk tujuan ini saya juga ingin mencadangkan mengambil kira bahawa pelabur swasta ini bukan senang untuk mereka pergi ke luar bandar mendirikan kilang- kilang, mendirikan perindustrian, mereka tidak akan pergi dengan semudah itu kerana mereka melihat bahawa kepentingan yang immediate, yang segera, yang dilihat oleh mereka. Jadi mereka tidak melihat kepada jangka panjang. Oleh sebab itulah maka pilihan mereka ialah di kawasan-kawasan yang sudah membangun perindustriannya, di Lembah Klang dan beberapa tempat yang lain.
Jadi bagaimana kita hendak mengatasi ini, iaitu pihak kerajaan mesti mendahuluinya dengan cara melabur di luar bandar, melabur di dalam aktiviti perindustrian termasuklah syarikat-syarikat kerajaan di bawah PNB dan banyak lagi syarikat-syarikat di bawah Kementerian Kewangan, senaraikan nama syarikat ini semua.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mereka perlu mengambil bahagian secara aktif dengan menabung kepada dana pembangunan perindustrian di luar bandar ini. Kalau sebuah syarikat boleh menabung setahun sebanyak RM1 juta, saya kira ada beratus-ratus syarikat milik kerajaan. Dengan sebab itu kita akan melihat tabung pelaburannya juga tidak sedikit mungkin mencapai ratusan juta ataupun bilion. Ini jumlah dana yang besar Tuan Pengerusi yang boleh dimanfaatkan untuk apa-apa pun juga projek pembangunan perindustrian di luar bandar melalui one stop agency yang dipanggil BIDA sebagaimana yang saya cadangkan tadi.
Kalau tidak ada usaha yang begini syarikat Jepun, Taiwan, Korea, China dan sebagainya mereka tidak nampak keperluan untuk mereka pergi mendirikan kilang- kilang atau mendirikan perusahaan mereka sama ada di Kelantan, Terengganu ataupun di Lipis termasuk juga di Pasir Salak, mereka tidak melihat kepentingannya.
Yang melihat kepentingannya ialah kita sebagai pemimpin di dalam negara dan dengan sebab itu kita menerajuinya terutama sekali pihak kerajaan.
Bagi maksud ini, apakah keterlaluan kalau kita mensyaratkan kepada semua GLC’s, kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat untuk menyenaraikan projek yang boleh dilakukan oleh mereka yang saya maksudkan projek perindustrian di luar bandar ini dan menjadi satu KPI ataupun NKRA yang mana penilaian terhadap pencapaian mereka juga dirujuk kepada pencapaian untuk melaksanakan agenda perindustrian strategik yang saya maksudkan itu tadi. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Seputeh ya. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 040000 - Pembangunan Perindustrian.
Saya ingin membangkitkan isu penting yang dihadapi oleh sektor perindustrian dan juga pelaburan di Selangor. Pertama ialah Tuan Pengerusi, setiap kali saya berjumpa dengan pelabur-pelabur asing ataupun pekilang selalunya masalah yang dibangkitkan oleh mereka adalah tentang ketidakcukupan pekerja. Jadi saya pernah membangkitkan isu ini di dalam ucapan dasar saya, kami juga mendengar jawapan daripada Menteri MITI yang kata, oh negara kita ini tidak menggalakkan labour intensive industry untuk datang ke Malaysia.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, semua ini kita faham tetapi masalahnya ialah, kalau ikut statistik daripada Jabatan Tenaga Kerja Selangor yang mana saya berjumpa pada beberapa hari yang lepas, dia kata di Selangor, syarikat yang mendaftar kepada JTK ini, sebenarnya di Selangor kita ada 30,000 peluang pekerjaan ataupun kekosongan jawatan di negeri Selangor. Kebanyakan ini adalah kekurangan pekerja kilang.
Jadi, ini memang satu masalah yang mana menghalang pelabur untuk masuk ke Malaysia, khususnya di negeri Selangor kerana kita memang menghadapi masalah ketidakcukupan pekerja. Saya pernah cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri bila Yang Berhormat Menteri jawab dan saya kata, biar MIDA mainkan peranan ini. Ini kerana selalunya, bila pelabur asing datang untuk mendirikan kilang di suatu tempat, mereka akan pergi berdaftar dengan MIDA. MIDA akan memberi kelulusan. Selepas itu baru mereka boleh teruskan usaha selepas itu. Jadi, biar MIDA beri recommendation, beri cadangan kepada pengilang ataupun pelabur asing itu. Jadi, pelabur asing itu dapat surat daripada MIDA, kalau dikatakan syarikat itu perlu 300 orang pekerja, jadi kalau mereka mengiklankan dan cuba untuk mencari pekerja tempatan tetapi tidak dapat, pihak Imigresen, Kementerian Dalam Negeri, haruslah beri kelulusan. Selalunya ini tidak berlaku, selalunya mereka menghadapi banyak masalah bila mereka berhadapan dengan Jabatan Imigresen.
Jadi, ini satu isu yang mana bagi pihak kerajaan negeri, kami tidak dapat buat apa-apa, semua ini kita kata ini Kerajaan Pusat. Kalau selalu kata begitu, kita tidak akan dapat membantu kemasukan pelaburan asing ke Malaysia ini. Jadi, saya ingin minta Yang Berhormat Menteri, saya percaya Yang Berhormat Menteri sudah pun mendengar banyak sungutan daripada pihak pelabur asing dan pengilang.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya memang berharap satu koordinasi yang lebih baik di antara pihak MITI dan Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Sumber Manusia ini boleh diadakan.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Lama sudah tidak berbincang. Sudah jauh. Boleh?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okeylah. Satu minit. Saya ada banyak lagi.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Setengah minit.
Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Itu panjang satu minit itu Yang Berhormat.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Saya amat bangga dengan Yang Berhormat Seputeh, very consistent. Daripada dahulu sampai sekarang mengambil berat tentang kekangan-kekangan yang boleh menarik pelabur daripada luar masuk ke negara. Boleh Yang Berhormat beri satu pendapat jelas kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang sikap sesetengah pemimpin parti Yang Berhormat yang menidakkan keamanan negara dan menghalang pelabur datang ke sebuah negeri, hanya datang ke sebuah negeri yang lain. Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Lama tidak berjumpa. Sebenarnya, apa yang dikatakan itu tuduhan liar, ini tidak benar. Jadi, saya tidak perlu jawab.
Tuan Pengerusi, isu yang kedua yang mana saya berharap pihak MIDA akan mengambil perhatian ialah tentang infrastruktur di kawasan perindustrian. Kita tahu selalunya kawasan perindustrian dibangunkan oleh pemaju swasta. Jadi, selalunya kita juga tahu PBT tidak ada wang yang cukup untuk menambahbaikkan infrastruktur dan sebagainya. Kita juga tahu yang sektor perindustrian ini amat penting bagi kita dan kita selalu pergi ke luar negara untuk menarik kemasukan pelabur asing untuk menubuhkan kilang di Malaysia. Jadi, saya memang berharap pihak MIDA akan mengambil berat tentang kesemua sungutan tentang infrastruktur ini yang mana tidak mampu ditanggung oleh pihak PBT ini.
Saya hendak mengambil satu contoh, negeri Selangor ada banyak kawasan perindustrian. Sesetengah tempat, misalnya di Klang ataupun di Rawang ataupun di kawasan Selayang, memang dibangunkan oleh pemaju swasta. Selepas itu mereka ditinggalkan begitu sahaja dan mereka menghadapi pelbagai masalah. Apabila mereka membuat permohonan kepada pihak MIDA, yang tahun ini saya difahamkan hanya RM28 juta diberi kepada tiga PBT untuk menambahbaikkan infrastruktur di kawasan perindustrian. Ini memang tidak cukup sama sekali. Jadi, saya ingin minta dengan pihak MIDA ini boleh memohon lebih dana daripada Kerajaan Persekutuan dan juga memberi lebih peruntukan untuk menambahbaikkan infrastruktur di kawasan perindustrian supaya melalui usaha seperti ini kita boleh menarik masuk lebih pelabur asing untuk menubuhkan kilang di Malaysia.
Akhir sekali, dalam isu ini adalah tentang masalah yang dihadapi oleh pelabur yang ingin masuk ke bidang pengeluaran barangan halal yang mana sekali lagi, saya difahamkan sekarang yang jabatan persijilan ini yang mana diletak di bawah MITI. Jadi, saya ingin tanya, apakah rancangan MITI, pihak kementerian untuk mempercepatkan pengeluaran pensijilan halal ini kepada pelabur, khususnya pelabur asing yang mereka datang untuk tubuhkan kilang di Malaysia kerana adanya insentif dan kerana mereka anggap logo halal yang dikeluarkan oleh Malaysia ini mempunyai tarikan yang kuat bagi mereka di pasaran dunia antarabangsa. Akan tetapi kalau pelabur sama ada pelabur tempatan ataupun pelabur asing, setiap kali bila mereka mohon, sekurang-kurangnya tiga bulan, kalau tidak, biasanya enam bulan, ada yang sembilan bulan. Jadi, ini memang menyebabkan pelabur ini tidak lagi berminat untuk mengadakan kilang mereka di Selangor dan mereka akan berpindah ke Indonesia.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, kita akan hilang lagi pelaburan asing untuk masuk ke Malaysia. Jadi, sebenarnya saya ingin tanya sama ada pihak kementerian ada rancangan bagaimana mempercepatkan pengeluaran pensijilan halal ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Silam.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan membahaskan Butiran 00520 - Dana Pelaburan Strategik. Saya mohon dari segi tumpuan kementerian untuk menarik foreign direct investment di negara kita ini di masa akan datang terutamanya 5 tahun hingga 10 tahun akan datang supaya secara jelasnya kita terfokus untuk mendapatkan pelaburan yang sudah pastinya akan membawa impak yang baik kepada negara kita. Pada masa yang sama juga kita berharap supaya kementerian dapat memikirkan tentang Dana Pelaburan Strategik ini diperuntukkan ke bidang-bidang mana yang harus menjadi tumpuan dan fokus kepada bidang yang diharapkan untuk menarik pelaburan ke negara kita. Di samping dana ini juga, adakah ia akan mendapat memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang difikirkan dari segi hubungan dagangan itu banyak mendatangkan keuntungan kepada negara kita di dalam jangka masa singkat ataupun jangka masa panjang.
Dari segi agihannya pun saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian untuk tumpuan ke arah ini bagi memastikan kita dapat terlibat sama untuk penglibatan semua pihak dalam sektor pelaburan ini yang sudah tentu melihat kepada pembangunan di negara kita di masa akan datang. Pelabur-pelabur dan rakyat di negara kita juga akan terlibat secara..., minatnya secara mendalam dan sudah kita mengharapkan supaya ia menjadi suatu bidang yang akan bukan hanya ditumpukan kepada kaum tertentu. Kita berharap juga supaya dari segi gabungan dan peranan untuk kita meletakkan kepentingan dana pelaburan strategik ini dapat dimanfaatkan secara baik untuk kepentingan negara kita.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang Butiran 00530 - Menaik Taraf dan Memperbaiki Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia Ada. Saya ingin mengetahui iaitu peranan kementerian ini terutamanya dalam sektor menaik taraf kemudahan sedia ada terutamanya seperti di negeri Sabah kita ada KKIP yang saya nampak memang kerajaan negeri yang banyak melabur dalam bidang tersebut. Mohon juga peranan kementerian dalam peranan untuk membantu terutamanya negeri Sabah bagi menarik untuk para pelabur daripada luar negara untuk datang ke negeri Sabah bagi menjana dari segi pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat terutamanya di sekitar kawasan KKIP itu sendiri.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Saya berharap juga di masa akan datang supaya kementerian juga memikirkan untuk mengambil kira pertumbuhan Development Sabah Corridor di bahagian Sandakan dan di kawasan Parlimen Silam yang merupakan tumpuan juga dirancang oleh kerajaan bagi maksud pertumbuhan perindustrian di masa akan datang.
Kita berharap peranan kementerian dalam perkara ini sangat dituntut untuk memastikan supaya prasarana-prasarana yang disediakan di tempat-tempat Koridor Pembangunan Sabah ini nampak dia punya peluang-peluang yang akan terbuka yang menyebabkan para pelabur sama ada di peringkat tempatan ataupun daripada luar negara akan tertarik dari segi peluang-peluang dan prasarana yang disediakan oleh kerajaan, sama ada pihak Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri.
Terakhir Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Butiran 00604 - Skim Pinjaman Mudah EKS dan Butiran 00602 - Skim Peningkatan Sistem SME Competitive Rating Enhancement (SCORE). Saya ingin hendak tahu dari segi setakat ini bagi terutamanya di negeri Sabah, tumpuan kementerian bagi Skim Pinjaman Mudah ini jumlah yang telah diberikan terutamanya kepada penduduk setempat, peluang-peluang yang diberikan ini dan tumpuan skim pinjaman ini diperuntukkan ataupun galakan itu diberikan kepada bidang apa supaya selepas ini kita ingin mengetahui dan dapat dipermudahkan. Ini sebab kita nampak dalam Bajet 2012, kerajaan memberi ruang dan peluang kepada SME industri ini untuk berkembang lebih pesat dan secara agresif.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Oleh sebab kita tahu ini boleh meningkatkan daya saing dan aktiviti ekonomi di dalam negeri dan saya berharap juga supaya Skim Pinjaman Mudah ini ditekankan dan diperluaskan ke seluruh negara kita untuk menggalakkan dari segi aktiviti industri hiliran dapat dimajukan bagi menjana ekonomi negara kita. Di samping itu secara tidak langsung ini akan menarik juga pelabur-pelabur daripada luar negara untuk barang kali mereka mengadakan kerjasama dalam bidang-bidang perusahaan strategik yang difikirkan boleh dimajukan di peringkat antarabangsa pada masa akan datang. Saya yakin dengan adanya skim-skim seumpama ini akan kita dapat melihat dari segi perkembangan ekonomi setempat.
Peningkatan sistem SME Competitive Rating Enhancement ini ataupun SCORE, Tuan Pengerusi kita berharap supaya kementerian dapat memastikan daya saing ataupun enhancement yang diberikan kepada aktiviti ini dapat ditekankan dan dapat dipertingkatkan bagi memastikan supaya keupayaan setiap perkara-perkara ataupun produk-produk yang dicipta di negara kita ini di samping barang kali juga dia boleh membantu dari segi syarikat-syarikat korporat di negara kita ini yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa.
Oleh sebab itu peranan kementerian ini memang kita tidak nafikan dari segi mempromosi ataupun menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara kita berada dalam keadaan yang baik dan dari segi kompetitifnya pun kita dapat melihat kekuatan dan keutuhan negara ini bergantung kepada kementerian ini bagi menjana dari segi peluang sama ada di peringkat dalam negeri ataupun di peringkat antarabangsa. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh program tujuh bagi Kementerian Perdagangan dan Industri ini iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang mempunyai objektif yang sungguh baik iaitu meningkatkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara, menyebarkan maklumat pasaran tepat pada masanya untuk membantu syarikat Malaysia berdaya saing di pasaran luar negara serta menemukan syarikat Malaysia kepada pengeksport luar negara yang mencari pembekal barang Malaysia dan mengendalikan aktiviti dan mempromosi eksport barangan Malaysia di pasaran antarabangsa.
Selain daripada itu saya yakin kementerian ini juga melakukan peranan yang penting untuk menarik pelabur-pelabur asing masuk ke Malaysia melalui rombongan- rombongan perdagangan yang dibuat banyak kali dengan menampilkan rombongan- rombongan yang berprofil tinggi bagi memastikan Malaysia diterima sebagai pusat pelaburan yang hebat.
Kemudian lanjutan daripada itu di bawah Butiran 070000 - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Negara (MATRADE) diberikan atau diperuntukkan RM142.6 juta untuk aktiviti-aktiviti mereka. Ini satu jumlah yang besar. Saya ingin merujuk kepada suatu jawapan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri atas soalan saya di Dewan ini pada minggu yang lepas mengenai keperluan negara ataupun kerajaan mengambil satu syarikat public relation (FBC) untuk membantu menaikkan imej Malaysia di mata dunia. Perdana Menteri menjawab ianya perlu bagi antaranya menarik pelabur-pelabur asing dan apabila saya mengemukakan pertanyaan apakah peranan yang dibuat oleh misi-misi perdagangan kita oleh wakil-wakil perdagangan kita di pejabat-pejabat MATRADE misalnya di luar negara.
Bersama juga dengan wakil-wakil kedutaan kita di luar negara yang diamanahkan untuk membawa suatu imej dan memberikan keyakinan kepada pelabur asing kepada Malaysia. Maka jawab menteri, ini kita harus ambil, MITI harus ambil perhatian. Saya mahu mempercayai bahawa jawapan Menteri itu tidak betul. Akan tetapi kalau betul maka tempelaknya jatuh ke atas MITI kerana dikatakan kakitangan- kakitangan yang berada di pejabat-pejabat dagangan kita di luar negara tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab membawa pelabur ini.
Dr. Mohd Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Oleh kerana puncanya katanya mereka ini dihantar untuk bertugas dalam tempoh yang pendek, tiga hingga empat tahun. Maka tempoh tersebut tidak membolehkan mereka agaknya ya, mendapat kepakaran dan keterampilan bagi melaksanakan tanggungjawab untuk memperkenalkan Malaysia dan peluang-peluang perniagaan yang ada di Malaysia supaya pelabur asing dapat masuk ke Malaysia.
Jadi apa pandangan Yang Berhormat Menteri MITI dalam hal ini kerana ianya memberikan satu gambaran bahawa kehadiran wakil-wakil dagang kita di luar negara tidak efektif, tidak berkesan. Malah memerlukan pengambilan pihak-pihak lain termasuk public relation company bagi menaikkan imej dan sebagai gambaran kejayaan public relation company ini dikatakan pelaburan kita meningkat atas usaha-usaha tersebut.
Apakah ini benar? Apakah MITI mahu mencabar pandangan ini dan mengatakan bahawa ianya hasil kerja daripada kementerian sendiri dan bukannya daripada syarikat public relation tersebut. Jadi di sini kita lihat ikut mana pun ada sesuatu yang tidak kena dan saya harap kementerian memberikan perhatian terutamanya kalau betullah pandangan daripada Jabatan Perdana Menteri ini.
Perhatian harus diberikan kepada latihan dan juga pemilihan wakil-wakil dagang kita yang mempunyai keterampilan ataupun skil yang tinggi. Mempunyai keupayaan bagi menarik pelabur-pelabur. Begitu juga misi-misi dagang kita mestilah dilaksanakan dengan cukup meyakinkan dengan maklumat yang mencukupi. Tidak perlu lagilah ditambah dengan agenda public relation yang lain bagi meningkatkan imej negara kita dan sebagainya.
Dr. Mohd Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Kalau misi dagang kita ini sudah cukup baik menepati tanggungjawabnya saya rasa kita boleh menyerahkan tanggungjawab yang berat ini kepada MITI. Seterusnya, Tuan Pengerusi saya ingin menyebut tentang perkara Dana Pelaburan Strategik Butiran 00520 P.24 ini. Kita ingin memohon penjelasan apakah pelaburan-pelaburan strategik yang dimaksudkan dengan peruntukan RM100 juta ini supaya kita dapat perincikan di mana keutamaan yang patut diberikan.
Saya ingin menyentuh suatu projek yang sedang berkembang cukup hebat di Kelantan khususnya di Kuala Krai di kawasan saya iaitu industri sarang burung walid ini. Ia sudah menjadi suatu industri yang cukup berkembang dengan begitu ketara di Kuala Krai dan dikatakan Kuala Krai merupakan kawasan yang kedua paling hebat selepas Setiawan di Perak. Jadi ini memberi makna bahawa di sana ada satu pasaran sarang burung yang besar yang perlu ditangani oleh kita di Malaysia iaitu di negeri China. Perkembangan industri itu di Kuala Krai melibatkan kawasan yang luas dan pembangunan yang agak terkini dan tersusun dengan kawasan lima, enam ekar dibangunkan dengan bangunan-bangunan yang tersusun yang sama ada disewa ataupun dijualkan kepada mana-mana pihak yang berminat.
Ertinya ianya berani dilakukan oleh para-para pelabur kerana jaminan industri ini cukup baik dengan harga sarang burung yang dikatakan begitu mahal. Malangnya, mutakhir ini kita dimaklumkan harga sarang burung ini telah jatuh dan kita mendengar ada kempen-kempen negatif yang memperkatakan bahawa produk sarang burung yang datang daripada Malaysia ini tidak ada nilai kesihatan ataupun apa-apa yang baik yang dicari oleh peminat-peminat sarang burung. Maka harganya yang dulu suatu ketika RM7,000 hingga RM8,000 bagi satu kilogram sudah jatuh ke paras RM4,000 malah lebih rendah daripada itu.
Ini akan menjejaskan satu industri yang telah memakan pelaburan yang agak besar bagi pemaju-pemajunya. Ini berpunca daripada saya yakin kerana tidak ada satu kawalan dalam memproduksi sarang burung ini. Kita dimaklumkan terlalu dibiarkan sampai penggunaan bahan-bahan kimia, bahan-bahan awet, bahan-bahan pewarna, pensuci dan sebagainya menyebabkan kualiti sarang burung ini sudah tidak dapat memenuhi hasrat dan minat pengimport-pengimport dari negeri China.
Jadi saya hendak menyarankan walaupun ini mungkin industri yang agak tidaklah strategik macam industri IT kah ataupun yang lain tetapi ianya kalau di kembang dan dijaga dengan baik boleh menjadi satu industri yang memberikan hasil yang lumayan kepada negara kita ini.
Dr. Mohd Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Jadi mesti dilakukan satu usaha untuk memastikan kualiti baik supaya tidak di reject oleh negara pengimport seperti yang kita dimaklumkan di negeri China sudah mula timbul halangan pengimportan sarang burung ini kerana kualitinya yang sudah tidak dapat terjamin. Tuan Pengerusi, itu sahaja. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Bakri. Selepas itu Yang Berhormat Padang Terap, selepas Yang Berhormat Padang Terap Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Saya merujuk kepada Butiran 030200 di bawah B.24. Saya ingin mohon pihak kementerian untuk memberikan penjelasan mengenai tuduhan kewujudan hubungan dagang antara Malaysia dengan negara Israel. Laporan yang telah dikeluarkan oleh DG Trade bertarikh 8 Jun 2011 berhubung dengan kerjasama dan hubungan perdagangan di antara Israel dengan Kesatuan Eropah dan negara lain di dunia telah mendedahkan pada tahun 2010 bahawa Malaysia berada di kedudukan 24 dalam senarai 50 negara bagi urusan import.
Kedudukan sebelas dalam senarai 50 negara bagi urusan eksport dan kedudukan ke 15 dalam senarai 50 negara bagi keseluruhan urusan perdagangan dengan negara Israel. Berapakah nilai keseluruhan perdagangan antara Malaysia dengan negara Israel. Berapa lamakah hubungan perdagangan ini telah terjalin.
Kewujudan dokumen kastam bernombor pendaftaran W20204004087 menafikan jawapan bertulis pihak kementerian yang menyatakan segala perdagangan import dan eksport barangan daripada negara Israel adalah di larang. Sedangkan dokumen kastam tersebut secara jelas menyatakan pengimport adalah Chayon Distributor Computers Limited 4 Haomanut Street 42504, Netanya, Israel.
Malahan borang tersebut mempunyai cap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Adakah pihak kementerian tidak menyedari berlakunya hubungan perdagangan yang bertentangan dengan dasar dua negara atau adakah kerana syarikat-syarikat MNC yang melakukan hubungan aktiviti perdagangan dengan negara Israel ini maka ia tidak menjadi satu kesalahan walaupun ia melanggar Akta Kastam Larangan Import Eksport Pindaan 2008 dan juga dasar luar negara yang tidak menjalin hubungan diplomatik mahupun perdagangan dengan negara Israel.
Tuan Pengerusi, malahan dalam sistem penetapan kadar caj berat barangan IATA turut secara jelas mencatatkan kadar caj sedia ada bagi barangan yang dihantar dari Kuala Lumpur ke Tel Aviv, Israel. Sistem penetapan kadar caj IATA ini digunakan di semua pintu masuk utama negara. Menurut pemahaman saya, IATA tidak akan menyenaraikan kadar caj bagi negara-negara yang tidak mempunyai hubungan dagangan. Jadi sekiranya kita sememangnya tidak mempunyai hubungan dagangan secara langsung dengan negara Israel, mengapakah terdapat begitu banyak dokumen dalam sistem pengkomputeran yang menunjukkan perkara ini?
Sekiranya hubungan perdagangan ini tidak benar berlaku seperti laporan DG Trade dan dokumen Kastam ini maka Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri yang merupakan antara yang menjuarai isu kemanusiaan Semenanjung Gaza melalui Aman Malaysia perlu menyatakan bantahan terhadap pengeluaran laporan ini yang boleh menjejaskan usaha Malaysia dalam soal kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Satu siasatan menyeluruh terhadap Kastam Diraja Malaysia oleh kerana berlakunya aktiviti perdagangan import eksport dengan negara Israel yang secara jelas melanggar Akta Kastam itu sendiri. Adalah tidak menghairankan jika negara ini dijadikan tempat keldai dadah bermaharajalela ekoran dari sikap kerajaan yang melanggar peruntukan perundangan dan juga menjadi tunggangan rejim Zionis Israel dalam melaksanakan agenda keganasan kemanusiaan terhadap Palestin. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya. Silakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Pengerusi. Saya ingin melihat ataupun membahaskan dua butiran dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Pertama, Butiran 020000 - Perancangan Strategik. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian. Pertama, tentang lambakan barangan dari negara luar khususnya dari China dan juga dari Taiwan yang begitu banyak dalam pasaran negara kita. Jadi, saya mohon pihak kementerian untuk melihat bagaimanakah kita boleh mengatasi masalah lambakan yang menjejaskan industri dalam negara kita terutamanya pengusaha-pengusaha kecil dan juga pengilang-pengilang yang beroperasi dalam negara kita.
Kedua, saya ingin juga memohon pihak kementerian untuk mempertimbangkan kawasan-kawasan yang baru dibuka. Seumpamanya kalau di Kedah, ada Kota Putra supaya pihak kementerian mengambil peluang untuk mewujudkan peluang-peluang di antara pengusaha tempatan, peniaga-peniaga kita dan juga dengan peniaga-peniaga dari luar negara terutamanya Thailand misalnya. Kita bimbang sekiranya berlaku seperti di Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian ada urusan urus niaga di sana tetapi walaupun peringkat awal kita yang membuka pintu masuk, pintu sempadan ini tetapi akhirnya hasil lebih banyak kepada pihak kerajaan luar macam Thailand di Bukit Kayu Hitam, di Wang Kelian dan Kota Putra yang terbaru. Saya lihat dalam satu tinjauan saya baru-baru ini di Kota Putra. Begitu banyak bangunan yang dibina oleh pihak Thailand, Kerajaan Thailand walaupun kita ataupun Malaysia yang memulakan pembukaan pintu masuk tersebut. Mereka lebih pantas mengambil peluang.
Seterusnya, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk bertanya kepada pihak kementerian sejauh manakah pihak kementerian mengambil peluang daripada peniaga-peniaga dan juga pelabur-pelabur terutamanya dari Timur Tengah yang mana negara mereka berdepan dengan krisis, dengan presiden mereka ada yang dibunuh dan sebagainya. Peluang-peluang pelaburan yang kita tawarkan kepada pelabur- pelabur dari Timur Tengah ini harus dikembangkan.
Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 00520 - Dana Pelaburan Strategik dan Butiran 00525 - Dana Projek Berimpak Tinggi di Bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Jadi, saya ingin merujuk pada zon perindustrian berteknologi tinggi di Kulim Hi-Tech.
Baru-baru ini ada kenyataan daripada Timbalan Menteri berkaitan tentang tarif air yang dikenakan di kawasan perindustrian tersebut. Bagi saya pihak Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, MIDA, SPAN, SADA dan sebagainya harus duduk semeja, bagaimanakah kita boleh memberikan satu imej yang positif terhadap pembangunan kawasan tersebut.
Saya ingat jangan diserahkan kepada kerajaan negeri semata-mata untuk menguruskan hal ini. Tambahan pula air sekarang bukan lagi berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri terutamanya dari sudut tarif air dan sebagainya. Jadi, saya ingat pihak Kementerian MITI boleh mengambil satu tindakan yang proaktif untuk mengadakan mungkin ataupun duduk semeja untuk kita menangani pelabur-pelabur ini agar mereka terus kekal dan juga terus melabur dalam negara kita.
Seterusnya Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Butiran 00601, Butiran 00602 dan seterusnya sampai Butiran 00606. Ini adalah merupakan satu pecahan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan. Saya percaya di sana industri ataupun perusahaan kecil dan sederhana ini adalah antara fokus utama kepada kementerian.
Saya ingin bertanya sejauh ini, selepas dipecahkan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan sebahagiannya diletakkan di bahawa MITI, sejauh manakah belia-belia ini diberikan perhatian?
Saya ingin sekiranya ada data di pihak kementerian untuk memperincikan terutamanya belia-belia yang berada di bawah tahap umur 30 tahun ke bawah. Baru- baru ini kita mendapat maklumat bahawa ada hampir setiap hari 41 belia di bawah umur 30 tahun diisytiharkan muflis.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Jadi, bagaimanakah pihak Kementerian MITI boleh menangani persoalan ini dan memberikan peluang kepada belia-belia yang terlibat dalam perusahaan kecil ini, melibatkan diri dalam perniagaan. Mereka dibantu seperti mana di dalam peruntukan yang disebutkan di sini, dibantu baik dari segi teknologinya, baik dalam bentuk pinjaman dan juga pembiayaan geran dan sebagainya.
Jadi, saya inginkan mungkin dalam bentuk angka sekiranya ada di peringkat kementerian. Berapa banyak ataupun berapa peratus daripada PKS ini yang terdiri daripada belia yang berumur mungkin 30 tahun ke bawah ataupun 40 tahun ke bawah yang juga mendapat pembiayaan daripada skim-skim yang ditawarkan oleh pihak Kementerian MITI? Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tidak ada sebut tadi Menteri menjawab. Jadi, Yang Berhormat Tangga Batu cakaplah ini.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Pengerusi, saya dengar Tuan Pengerusi sudah berjanji dengan Menteri. Jadi kalau..., tidak mengapalah. Saya cuma, saya ingatkan Yang Berhormat Jerai ada..., Yang Berhormat Padang Terap ada sebut apa yang saya hendak sebutkan tadi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Buat ringkas sahaja Yang Berhormat. Soalan ringkasannya.
Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ringkas. Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 00520 dan Butiran 00525, kemesraan agensi tu ke arah menarik pelaburan dari luar. Tuan Pengerusi, saya suka quote beberapa contoh perbualan saya dengan bakal-bakal pelabur yang sentiasa menggunakan orang ketiga.
Ini kerana mereka melihat orang ketiga ini seolah-olah lebih mahir dengan prosedur kementerian ataupun agensi untuk menarik pelabur ke dalam negara. Sebagai contoh membawa barangan-barangan Tuan Pengerusi.
Saya yakin Tuan Pengerusi pun biasa seperti motosikal-motosikal berkuasa tinggi yang mereka ingin bawa kembali ke negara kita kemudian untuk diusahakan di sini supaya menjadi satu industri. Akan tetapi mendapat pelbagai rekomendasi oleh pihak ketiga yang seolah-olah memahami luar dalam proses di dalam agensi kementerian. Jadi, ini tidak seharusnya berlaku kerana saya masih lagi teringat tentang Menteri dahulu menyebut tentang bagaimana kesilapan pihak pelabur ini, berminat ke arah pelaburan ini yang menggunakan pihak ketiga untuk berurusan dengan kementerian.
Jadi, nampaknya Menteri ketika itu menyatakan gunakan terus agensi kementerian tetapi apabila tiba di kementerian ‘Oh! If you want to know more, please contact this guy’. Ada pula orang ketiga yang mungkin akan mengambil kesempatan di atas birokrasi ini. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri lihat perkara ini supaya ia tidak menjadi satu cara kita menjalankan kerja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Pengerusi, saya bagi pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu ramai sekali turut membahaskan mengenai jawatankuasa kementerian. Begitu banyak sekali perkara- perkara yang telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak menyentuh soal pelaburan, perdagangan, SME, pelaburan strategik dan sebagainya. Oleh kerana begitu banyak sekali, saya mungkin akan mengambil sedikit masa untuk menjawab satu-satu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Yang pertamanya, Yang Berhormat Arau telah membangkitkan mengenai negara-negara BRICS dan kerjasama ASEAN tetapi ada negara-negara ASEAN yang lebih maju dan ada juga yang kurang maju seperti yang kita lihat berlaku di EU. Juga, apa fungsi pejabat-pejabat luar negeri kita bagi menarik pelaburan yang seimbang.
Memang benar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Arau bahawa fungsi pejabat-pejabat perdagangan kita juga adalah untuk mengutip intelligence ataupun maklumat untuk kita memahami apa tindakan yang diambil oleh negara-negara pelabur dan juga negara-negara yang menjadi saingan kita sebagai destinasi pelaburan. Kita lihat bahawa ini pun telah dibangkitkan dalam ucapan penggulungan Yang Berhormat Menteri pada 31 Oktober yang lepas di mana peranan pegawai-pegawai kita di luar negara itu memang penting supaya jenis pelaburan yang kita tarik ini menepati permintaan ataupun menepati perancangan kita. Sudah banyak kali kita menyatakan bahawa industri-industri yang berintensifkan buruh itu tidak begitu diminati oleh kita dan kita menumpukan kepada yang berintensifkan modal.
Yang Berhormat Arau juga membangkitkan mengenai keberkesanan FTA khususnya antara ASEAN. Kita dapati bahawa perdagangan antara ASEAN setelah ditandatangani ASEAN FTA ini, telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara sekali. Perdagangan Malaysia dengan ASEAN meningkat berdasarkan pengeluaran certificate of origin dari 139,894 pada tahun 2008 kepada 187,627 pada tahun 2010.
Dari segi nilai eksport, jumlah eksport telah meningkat dari RM16 bilion pada tahun 2008 kepada RM28 bilion pada tahun 2010.
Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN atau AFTA ini telah dilaksanakan sepenuhnya bermula pada Januari 2010 di mana duti bagi intra-ASEAN telah pun dimansuhkan. Penghapusan takrif ini membolehkan Malaysia meningkatkan eksport ke negara ASEAN. Sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport Malaysia adalah ke negara anggota ASEAN. Malaysia juga mendapat faedah dari segi mendapatkan bahan mentah yang lebih murah dari negara-negara ASEAN bagi digunakan di dalam proses pengeluaran produk untuk dieksport dari Malaysia.
Memandangkan AFTA ini dilaksanakan secara berperingkat semenjak tahun 1993, ia tidak mendatangkan kesan negatif kepada syarikat Malaysia, malah ia memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat Malaysia.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
[Bangun]
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ya, silakan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin balik kepada isu yang dibincangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai FTA iaitu Free Trade Agreement. Tadi Yang Berhormat Jasin telah membangkitkan isu berkait dengan perjanjian FTA dengan negara-negara yang berkait dengan Trans-Pacific Partnership (TPP). Semalam Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengadakan satu sesi media di mana beliau mengatakan bahawa komitmen Malaysia akan dibincangkan di Honolulu pada 12 November ini semasa perbincangan dengan Menteri-menteri Ekonomi APEC dan Malaysia akan mengemukakan komitmen Malaysia ataupun undertaking Malaysia dalam perbincangan TPP ini.
Apa yang saya tidak faham ialah mengapa komitmen Malaysia tidak dapat dibincangkan di Parlimen ini ataupun menerusi Parliament Select Committee di Parlimen ini tetapi dibincangkan terus menerus dengan pihak TPP, dengan negotiators- negotiators mereka ataupun Menteri-menteri negara yang berkenaan? Saya membangkitkan isu ini sebab isu berkait dengan TPP atau juga dengan mana-mana lagi FTA ini, ia ada berkait dengan kedaulatan Malaysia, sovereignty of the state.
Misalnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada tiga perkara dalam FTA iaitu
satu ialah perdagangan barang-barang; kedua, perkhidmatan; dan ketiga, pelaburan.
Isu pelaburan itu adalah satu chapter atau satu bab dalam FTA dan juga can be stand alone iaitu menerusi apa yang dipanggil bilateral investment treaties. Soalan saya ialah, ada satu clause dalam bab pelaburan itu yang mengatakan bahawa apa yang dipanggil sebagai investor-state dispute mechanism di mana Kerajaan Malaysia boleh dibawa ke arbitration centre.
Misalnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada tiga perkara dalam FTA iaitu
Ini macam di bawah World Bank untuk mengulang kaji dasar-dasar ataupun keputusan Kerajaan Malaysia termasuk keputusan yang telah dibuat di Parlimen ini kalau keputusan ini akan membawa keuntungan kepada firma-firma di luar negara.
Misalnya adalah kes Philip Moris yang sebenarnya telah mendakwa Kerajaan Uruguay di ICSID iaitu arbitration centre di bawah World Bank.
Soalan saya ialah mengapa Kerajaan Malaysia hendak menandatangani satu perjanjian di mana ia akan mengancam kedaulatan Malaysia sendiri where the decision of Parliament, the decision of the Cabinet can be overturn. That means, whenever the public policy which impact on profitability ataupun keuntungan big corporation ini, koperasi-koperasi besar ini, multination corporation, bahawa mereka boleh bawa isu ini kepada arbitration international. They can bypass the local court system.
So saya tidak faham mengapa kerajaan juga hendak compromise on perlindungan kerajaan ataupun government procurement where the government procurement is the heart of supporting the policy type in this country. Kerajaan kata mereka tidak akan kompromi dengan menyokong kaum bumiputera di Malaysia tetapi sedia berbincang perolehan kerajaan dengan negara-negara lain tetapi tidak ada perbincangan di Dewan yang mulia ini. So oleh kerana itu, saya tidak faham mengapa kerajaan hendak berbincang isu ini ataupun membuat komitmen di Honolulu pada Friday ini tetapi tidak dibincangkan di Dewan yang mulia ini. Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang ini sebenarnya telah dibangkitkan oleh beliau juga pada sidang yang lepas dan perkara ini telah pun di jawab di mana TPP walaupun sudah sembilan kali berunding, ianya masih satu perundingan, ia belum menjadi perjanjian. Jadi oleh kerana itu, ruang untuk kita memastikan bahawa fleksibiliti di dalam setiap klausa itu wujud, masih terbentang luas. Jadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri kelmarin adalah bahawa kita hendak supaya perkara-perkara yang kita anggap penting itu diberikan sedikit kelonggaran supaya wujud fleksibiliti ini sekiranya kita rasakan perlu. Jadi oleh kerana itu, saya rasa tidak akan timbul masalah di mana perjanjian tersebut akan mengatasi ketetapan Jemaah Menteri mahupun Dewan Rakyat. Jadi saya harap Yang Berhormat Klang tidak risau dengan perundingan ini.
Seperti Yang Berhormat Jasin telah bangkitkan, Trans-Pacific Partnership
(TPP) ini merupakan satu inisiatif FTA melibatkan sembilan buah negara di mana empat adalah daripada ASEAN selain daripada Malaysia, Singapura, Brunei dan Vietnam. Strategi Malaysia adalah menangani krisis ekonomi di rantau ASEAN ini tertumpu di bawah kerjasama ekonomi ASEAN dan bukan di bawah TPP. TPP merupakan peluang untuk meluaskan akses pasaran untuk membantu negara mengurangkan pergantungan ekonomi kepada pasaran sedia ada. Secara tidak langsung, ini akan membantu Malaysia menangani krisis ekonomi.
Yang Berhormat Jasin juga telah membangkitkan soal...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya come back to the question? Isu di depan kita ataupun isu di depan Dewan yang mulia ini bukan soal Yang Berhormat Klang itu adalah risau mengenai kedaulatan Malaysia ataupun dengan TPP. Akan tetapi, soal di sini adalah mengapakah Parlimen ini tidak diberitahu apakah butir-butir ataupun apakah isu komitmen Malaysia yang sebenarnya dalam perbincangan FTA yang berlaku bukan sahaja yang berlaku di antara TPP tetapi juga dengan Eropah.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Bukannya amalan kita Yang Berhormat untuk membawa kepada Parlimen ini setiap perjanjian. Berapa banyak sudah FTA telah kita tandatangani tetapi tidak pula kita perlu mendapatkan kelulusan daripada Dewan Rakyat mahupun select committee. Apa yang penting ialah kita mohon keyakinan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa apa yang bakal kita tandatangani sudah tentu akan mengutamakan kepentingan negara. Jadi, soal itu tidak perlu dikhuatiri oleh Yang Berhormat kerana sudah tentu kita tidak akan melakukan sebarang perkara termasuklah membuat sebarang komitmen melalui perjanjian yang akan memudaratkan kepentingan negara.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, ada dua kes sekarang di dalam arbitration sekarang. Satu adalah yang dibawa oleh Philip Moris.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Yang tidak melibatkan Malaysia.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ada implikasinya sebab the same issue can be used for Malaysia.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Can be used tetapi tidak akan...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Can, tetapi belum lagi lah tetapi we don’t know.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ya, jadi sebabnya...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Isu yang kedua adalah isu on public policy. Kalau ada public policy yang tidak disukai oleh katakan Philip Moris kah, Simon kah dan sebagainya can you guaranty this Parlimen that kedaulatan Malaysia tidak akan dikompromikan. Itu sahaja Dato’.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Saya katakan memang penting juga Yang Berhormat Klang membangkitkan perkara ini sebab apabila kita sudah tahu akan masalah yang mungkin boleh timbul daripada keadaan seperti itu, maka kita belajar daripada pengalaman itu iaitu pengalaman pihak lain. Apabila kita lihat perkara seperti itu boleh berlaku, maka sudah tentu kita akan mengambil pendekatan untuk mengelakkan ianya berlaku pada diri kita sendiri.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri itu be to late. Itu yang menjadi masalah. So, once you sign, yang dikatakan tadi...
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Itu yang saya katakan tadi...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Even this is too late.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Walaupun kita sudah sembilan kali berunding tetapi ianya masih di peringkat rundingan. Jadi, selagi dokumen itu tidak ditandatangani oleh anggota-anggota TPP, maka ianya tidak terlambat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Jadi, saya hendak syorkan kepada Yang Berhormat bahawa segala usaha dilakukan untuk memastikan bahawa kepentingan negara sentiasa diutamakan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kota Belud boleh? Di belakang.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat Menteri jawab soalan yang dibangkitkan dalam persoalan asal dahulu.
Kalau ada persoalan yang tidak ada dibangkitkan oleh 14 orang pembahas tadi, saya ingat ketepikan dahulu. Selepas itu, bila sudah habis menjawab baru minta Yang Berhormat hendak bertanya soalan baru itu kemudian. Ini kerana ia selaras dengan peraturan yang kita ada. Yang Berhormat, sila.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sedikit sahaja, lanjutan kepada ini. Saya cuma hendak tanya Yang Berhormat Menteri, kalau tidak dibawa ke Parlimen untuk, saya faham jawapan Yang Berhormat Menteri ini bukan kebiasaan kita tetapi ini bukan bermakna kerajaan sewenang-wenangnya mahu memperjudikan kedaulatan negara. Cuma, saya ingin hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah perjanjian-perjanjian FTA, TPP ini semua dibawa ke pengetahuan Peguam Negara sebelum perjanjian ini ditandatangani untuk at least one step verification, dengan izin Yang Berhormat Menteri.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. TPP ini sebenarnya adalah satu rundingan kerjasama ekonomi. Kita di antara Amerika dan juga negara-negara Asia Pasifik. Kerana kita akan bermesyuarat pada 12 hari bulan ini, kita kena ambil peluang terutama dalam mengembangkan pasaran kita.
Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin
Sekarang ini kita hadapi Kempen Anti Kelapa Sawit. Jadi, inilah peluang yang patut kita ambil supaya perkara ini kita bangkitkan selain daripada kita memperkukuhkan perjanjian kita yang mungkin kerangkanya akan dibangkitkan tetapi kita mahu kalau boleh Anti-Palm Oil Campaign ini kalau kita dapat perbahaskan.
Terima kasih.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Jasin. Yang pertamanya ingin saya nyatakan dengan jelas di sini bahawa sudah menjadi pengalaman kita bahawa setiap kali kita menandatangani FTA dengan mana-mana pihak sekalipun, perdagangan antara dua hala dengan rakan perdagangan kita itu meningkat dengan begitu ketara sekali memberi faedah kepada kedua-dua pihak termasuk jugalah FTA yang ditandatangani secara multilateral contohnya China-Asian FTA di mana kita lihat peningkatan perdagangan antara Malaysia dengan China tumbuh pada kadar 26 peratus setiap tahun.
Oleh kerana itu, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud benar.
Sudah tentu setiap perjanjian yang akan menjadi satu komitmen bagi pihak kerajaan, negara Malaysia ini di peringkat antarabangsa mestilah mendapat penglibatan dan kelulusan pihak Peguam Negara. MITI tidak melakukan sebarang perundingan secara unilateral. Ianya melibatkan pelbagai pihak yang ada kepentingan dalam perjanjian- perjanjian seperti ini.
Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin mengenai peluang untuk kita bangkitkan perkara-perkara seperti kepentingan minyak kelapa sawit kita, memang itu pun satu pendekatan yang baik kerana kita sudah berpeluang untuk berjumpa dengan anggota-anggota TPP yang lain pada 12 November ini. Antara lain, kita boleh bangkitkan perkara-perkara yang kita anggapkan penting supaya tidak berlaku lagi sebarang usaha untuk mewujudkan satu persepsi negatif terhadap pengeluaran kelapa sawit kita.
Selain itu, lompat sedikit ya. Yang Berhormat Kota Melaka telah bangkitkan soal National Mark of Malaysian Brand. Program tersebut masih dilaksanakan di bawah RMKe-10. Antara faedah-faedah yang diperolehi oleh 30 syarikat adalah seperti berikut:
(i) pembiayaan 50 peratus ke atas kos pensijilan;
(ii) tuntutan sehingga RM100,000 untuk aktiviti-aktiviti pemasaran selama dua tahun;
(iii) liputan media-media utama;
(iv) peluang penyertaan pameran antarabangsa dan tempatan di bawah MATRADE;
(v) program latihan di bawah SME Corp; dan
(vi) program mentor MICCI SME Corp Malaysia.
Yang Berhormat Kota Melaka juga telah...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri...
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ya.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Pengerusi, saya bersetuju apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Memang itu semua sebagai satu insentif atau satu galakan kepada pemenang National Mark of Malaysian Brand tetapi semasa dalam permohonan, amat jelas dikatakan sebagai satu ialah keutamaan diberikan kepada pemenang untuk memohon Brand Promotion Grant. Saya hanya hendak tanya adakah itu masih wujud atau telah dibatalkan. Adakah Brand Promotion Grant masih boleh dipohon oleh pemenang-pemenang National Mark of Malaysian Brand?
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Yang pertamanya Yang Berhormat soal persijilan National Mark of Malaysian Brand ini seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka, Brand Promotion Grant ini telah pun dihentikan sebelum ini.
Walaupun begitu seperti yang saya senaraikan tadi beberapa inisiatif untuk membantu mereka dari segi promosi termasuklah promosi di luar negara.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Setelah kita dapati bahawa ada beberapa anugerah yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat yang berjaya tetapi selain daripada anugerah mereka tidak menikmati sebarang kelebihan berbanding dengan syarikat yang tidak mendapat anugerah, maka kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan apa yang kita panggil green lane, dengan izin, yang membantu mereka mendapat pelbagai kemudahan termasuklah kemudahan kewangan, kemudahan latihan, promosi, bantuan untuk penyelidikan, pembangunan dan sebagainya.
Jadi, selain itu ianya juga melibatkan bantuan-bantuan dari segi promosi seperti yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Walaupun brand promotion grant tidak lagi wujud tetapi pada waktu yang sama kita telah gantikan dengan pelbagai usaha lain untuk membantu syarikat-syarikat tersebut.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Yang Berhormat Kota Melaka juga telah membangkitkan tadi soal keperluan lesen pengilang untuk disertakan certificate of origin untuk export. Jadi, COO ini atau sijil tempat asal dikeluarkan untuk syarikat pengeksport Malaysia menikmati preferential tariff treatment di negara-negara di mana Malaysia telah menandatangani perjanjian FTA. Ini untuk memastikan hanya produk buatan Malaysia boleh mendapat kelebihan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, lesen pengilang merupakan satu dokumen untuk menyokong bahawa produk itu benar-benar dikeluarkan oleh syarikat di Malaysia.
Lesen pengilang diperlukan bagi syarikat yang ingin memohon sijil tempat asal untuk tujuan eksport. Soal halal hub di Serkam, Melaka...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri, tentang lesen pengilang ini. Apakah syarat atau keperluan untuk satu syarikat jika paid-up capitalnya tidak cukup RM2.5 juta dan pekerjanya tidak cukup 75 orang yang sepenuh masa.
Mereka perlukan lesen pengilang ini. Bolehkah kementerian keluarkan lesen pengilang ini dengan syarat mungkin dalam satu tempoh tertentu mereka kena top-up modal berbayar, kerana ini amat tidak rasional kalau hanya untuk mendapatkan lesen pengilang ini mereka kena employ more workers. Kalau kirakan costing ini, tidak perlu mereka katakan 50 orang pekerja sudah cukup. Kenapa perlu employ sampai 75 orang atau forced to have the paid-up until RM2.5 million. Bolehkah ada kelonggaran atau syarat-syarat seperti bagikan satu tempoh dengan syarat untuk mereka top-up paid-up capital. Bolehkah bagi satu kelonggaran? Terima kasih.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Saya faham Yang Berhormat bahawa kebelakangan ini sudah ada industri-industri yang sebenarnya tidak memerlukan modal yang begitu besar dan juga jumlah pekerja yang besar. Pada waktu yang sama, mereka ini mengeluarkan produk dan juga perkhidmatan yang boleh dieksport. Sebenarnya kita menggalakkan aktiviti-aktiviti seperti ini kerana ianya menepati perancangan ataupun strategi negara untuk menggalakkan industri-industri yang nilai tambahnya tinggi.
Maksudnya, tidak begitu intensifkan buruh, banyak intellectual property dan atas sebab itu, usaha-usaha untuk membantu syarikat-syarikat ini layak untuk mendapat sijil tempat asal ini saya fikir sedang dilakukan tetapi saya tidak mempunyai keperincian untuk dimaklumkan pada hari ini. Jadi, saya mohon kesabaran Yang Berhormat untuk kita maklumkan kepada Yang Berhormat dalam bentuk bertulis.
Mengenai Serkam, sebenarnya saya sendiri pun telah melawat hab halal kita di Serkam, Melaka. Kita anggap tanpa mengguris hati kawan-kawan kita dari negeri- negeri lain saya harap, hab halal di Serkam, Melaka dianggapkan sebagai hab halal yang paling berjaya di negara dan ia...
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Ia di dalam Parlimen Jasin Yang Berhormat.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ya, ya, terima kasih, tahniah Yang Berhormat Jasin. Sebagai latar belakangnya, Halal Industry Development Cooperation atau HDC merupakan agensi utama kerajaan di bawah MITI dan yang berperanan menggalak dan menyelaras pembangunan industri halal termasuk menarik pelaburan ke taman-taman halal di Malaysia.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Untuk makluman, sehingga kini terdapat lapan taman halal yang beroperasi termasuk Taman Halal Serkam di Melaka dan bagi tujuan memajukan taman tersebut, pelbagai inisiatif telah diambil. Antaranya menarik pengusaha perusahaan kecil dan sederhana untuk menjadi pembekal kepada syarikat anchor, contohnya syarikat- syarikat kecil membekal bahan-bahan mentah kepada syarikat besar seperti Nestle.
Menjemput PKS yang berdaya saing untuk meningkat pengeluaran menggunakan konsep HACCP, GMP dan halal. Selain itu, menyediakan tapak kilang untuk pengusaha produk halal dari dalam dan luar negara untuk membuat pelaburan di dalam taman halal dan juga menyediakan kemudahan gudang sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barangan halal.
Untuk makluman semua, tadi disebut mengenai pensijilan. MITI tidak mengeluarkan sijil halal. Pensijilan halal kini dilaksanakan oleh pihak JAKIM. Walaupun begitu, HDC iaitu sebuah agensi di bawah MITI membantu soal-soal penggalakan ataupun promosi produk halal kita dan juga untuk memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat yang ingin memastikan bahawa proses dan bahan mentah yang mereka gunakan itu bertaraf halal.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan. Adakah Yang Berhormat yang begitu gigih menarik pelaburan dalam bidang pengeluaran produk halal, adakah Yang Berhormat berasa kecewa apabila mendengar sungutan daripada pelabur dalam bidang pengeluaran produk halal, yang mereka bersungut tentang JAKIM selalu kata tidak cukup kakitangan dan begitu lewat untuk keluarkan sijil dan sebagainya. Jadi, lembap, begitu lembap dan selalu kata tidak cukup kakitangan. Itu sebabnya saya tanya, apakah rancangan MITI dalam isu ini, dalam tahun yang akan datang kalau kita hendak mengembangkan lagi industri halal di Malaysia.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Yang Berhormat Seputeh, sebenarnya ini masalah pengurusan kejayaan. Apabila kita begitu berjaya mempromosikan industri halal ini sehinggakan eksport halal kita antara yang terbesar di dunia, maka lebih ramai orang berminat untuk menjalankan operasi halal mereka di Malaysia. Seperti Yang Berhormat sendiri bagi tahu tadi, logo halal Malaysia ini dianggap sebagai premium dibandingkan dengan negara-negara lain. Oleh itu, minat pelabur asing untuk memulakan operasi halal di Malaysia ini begitu meningkat sekali secara mendadak, di atas sebab itulah masalah kekurangan keupayaan pihak kita untuk mensijilkan.
Selain daripada itu, sambil kita mempromosi produk-produk dan perkhidmatan, banyak lagi sektor-sektor baru selain daripada pemakan dan kosmetik. Sekarang ini perubatan, logistik dan sebagainya yang merupakan sub industri baru yang melihatkan bahawa logo halal ini penting. Baru sebentar tadi saya bercakap dengan seorang pengusaha tempatan yang mengeluarkan saline solution untuk contact lens. Jadi, syarikat ini pun rasakan ianya menjadi satu tarikan jikalau produknya mempunyai sijil halal. Akan tetapi sejak beberapa bulan ia masih tidak mendapat kelulusan daripada pihak JAKIM. Kita telah menasihati mereka untuk berbincang dengan pihak HDC untuk mencari jalan bagaimana untuk mempercepatkan proses tersebut kerana kita faham bahawa mungkin pihak JAKIM belum lagi melihat subsektor perubatan dalam soal bahan-bahan seperti saline solution untuk contact lens ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, Yang Berhormat pun tidak ada cara penyelesaianlah. Yang Berhormat sama seperti saya jugalah, kecewa kerana memang kita mahu menggalakkan...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Kota Belud pula belakang ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Mereka masuk Malaysia dalam pelaburan dalam bidang halal tetapi JAKIM merupakan di bawah bidang kuasa Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh Yang Berhormat?
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
JAKIM yang pertamanya tidak di bawah bidang kuasa MITI ya, yang saya katakan tadi HDC. Pada waktu yang sama, sambil Yang Berhormat kata bahawa Yang Berhormat kecewa dengan ketidakmampuan anggota-anggota kerajaan untuk memproses permohonan-permohonan seperti ini, pada waktu yang sama parti Yang Berhormat juga minta supaya anggota kerajaan ini dikurangkan. Katanya terlampau besar, big government dan sebagainya... [Ketawa] Jadi, kita pun agak keliru dengan hipokrasi ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, saya melihat tadi Yang Berhormat Seputeh bercakap mengenai sijil ini. Mungkin Yang Berhormat Seputeh keliru walaupun dia seorang Exco Kanan Negeri Selangor tetapi dia keliru.
Pensijilan halal ini bukannya macam cop sijil CIDB, kalau di Sabah itu PUKONSA lah.
Ia agak teliti Yang Berhormat Menteri sebab itu kadang-kadang dia teliti kerana dia kena mengikut hukum syarak. Saya pasti kalau kita letakkan sepuluh orang atau 20 orang pun prosedurnya itu agak ketat. Jadi itu mungkin sebabnya Exco Kerajaan Negeri Selangor dia keliru sedikit...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tidak keliru. Saya ingat Yang Berhormat Kota Belud yang keliru. Tidak tahu apa kita cakap, dia mahu campur tangan.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
[Ketawa] Tidak mengapalah itu. Akan tetapi apa pun Yang Berhormat, saya faham sebab saya juga menerima komen-komen seperti ini daripada pihak industri minta supaya dipercepatkan proses ini dan kita sedang usahakan. Saya sebenarnya tidak membuat sebarang alasan cuma memberikan gambaran sebenar mengenai keadaan semasa. Sudah tentu kita akan berusaha untuk meringankan beban usahawan-usahawan untuk mempercepatkan proses pensijilan halal ini.
Yang Berhormat Pasir Mas bangkitkan mengenai penyertaan syarikat bumiputera dalam pameran perdagangan antarabangsa anjuran MATRADE pada tahun ini. Kita dapati bahawa penyertaan tahunan dalam acara perdagangan antarabangsa terpilih dari 24 pameran perdagangan antarabangsa yang telah dilaksanakan. Bagi tahun 2011 sebanyak 103 syarikat bumiputera telah terlibat dalam pameran di atas daripada 695 syarikat yang terlibat. Maksudnya 14.8 peratus daripada peserta ataupun syarikat yang terlibat dalam pameran-pameran perdagangan ini adalah dari kalangan syarikat-syarikat bumiputera. Selain daripada itu...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sedikit Yang Berhormat.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Nampaknya peratus itu begitu kecil dengan jumlah. Bagaimanakah usaha hendak menambah bagi memastikan paling tidak 50 peratus penyertaan syarikat bumiputera mengambil bahagian. Sekian, terima kasih.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ya, usaha itu kita akan lakukan khususnya bagi contohnya industri halal di mana pameran di peringkat antarabangsa itu selain daripada MIHAS pun dianjurkan di luar negara. Kita harapkan lebih banyak syarikat bumiputera akan turut terlibat dalam pameran-pameran tersebut dan sekali gus membantu kita meningkatkan peratusan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.
Yang Berhormat Pasir Mas juga bangkitkan soal skim pinjaman mudah EKS.
Berapa peratus yang telah diluluskan kepada EKS bumiputera. Sehingga September 2011 iaitu angka yang terkini, peratus kelulusan permohonan skim pinjaman mudah EKS bagi syarikat bumiputera adalah 77.9 peratus daripada 460 permohonan yang diterima dengan nilai RM212.06 juta. Selain daripada itu, SME Corp turut bekerjasama dengan pihak teraju dalam usaha menggalakkan dan meningkatkan penyertaan EKS bumiputera dalam pelbagai bidang perniagaan. Antara usaha-usaha yang dilaksanakan adalah peningkatan keupayaan dan kapasiti, pemadanan peluang perniagaan, peningkatan kemahiran atau up scaling dan risk scaling, dengan izin. Perkembangan syarikat-syarikat EKS tersebut turut dipantau melalui penilaian SCORE untuk mengukur impak dan pencapaian mereka.
Yang Berhormat juga telah bangkitkan mengenai caj ke atas AP francais seperti mana yang dikenakan kepada AP terbuka iaitu sebanyak RM10,000. Untuk makluman Yang Berhormat, caj RM10,000 dikenakan ke atas pemegang AP terbuka sebagai langkah exit plan bagi memastikan syarikat-syarikat ini terus terlibat dalam industri automotif selepas AP terbuka ini dihapuskan pada tahun 2015 seperti yang ditetapkan dalam Dasar Automotif Negara.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Melalui kutipan caj ini, satu dana automatif bumiputera telah diwujudkan bagi menyalurkan bantuan kewangan dari segi geran dan pinjaman mudah kepada syarikat- syarikat ini bagi memulakan perniagaan lain berkaitan automotif selepas AP terbuka ini dihapuskan. Kerajaan tidak bercadang buat masa ini untuk memperkenalkan kaedah sama kepada AP francais memandangkan mereka adalah syarikat-syarikat automotif yang mendapat bantuan kewangan dan sokongan teknikal yang diperlukan daripada syarikat prinsipal dari luar negara...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Pengerusi.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Yang Berhormat juga membangkitkan mengenai...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat, mengenai AP.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai AP terbuka tadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat walaupun akan dimansuhkan pada tahun 2015 nanti, tidakkah untuk dalam tempoh ini kita benar-benar memberikan AP itu kepada mereka yang betul-betul genuine untuk berniaga kereta dan bukannya kepada mereka yang berniaga helaian kertas. Ini kerana saya lihat hari ini daripada beberapa puluh syarikat yang mendapat AP itu hanya 19 kalau tidak silap saya yang betul-betul genuine yang berniaga kereta, ada showroom dan sebagainya. Malah hari ini pula diberikan kepada mereka yang tidak ada syarat-syarat untuk meletakkan nama mereka di kedai-kedai kereta yang dijual oleh orang lain, bukan hak mereka.
Jadi saya rasa bahawa ini satu penipuan kepada diri kita sendiri. Kita bukan membangunkan orang yang benar-benar meniaga kereta tetapi sebaliknya orang yang meniaga kertas sahaja.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pendekatan AP ini dimulakan lebih 25 tahun yang lepas. Pada waktu itu lebih 250 syarikat saya ingat yang telah diberikan AP untuk berniaga kereta import yang terpakai. Sejak waktu itu sampai ke hari ini yang tinggal cuma 98 buah syarikat. Jadi banyak juga syarikat-syarikat yang telah digugurkan AP mereka. Daripada 98 buah syarikat ini sudah tentulah beberapa audit telah dijalankan dari semasa ke semasa malah menjadi pendekatan kami setiap enam bulan sekurang-kurangnya audit dilaksanakan ke atas syarikat untuk memastikan bahawa mereka ini benar-benar berniaga kereta terpakai seperti yang dijanjikan.
Jadi selain daripada 98 syarikat ini, ada 160 syarikat yang lain yang tidak mempunyai AP tetapi pada dahulunya berniaga kereta. Jadi di peringkat awalnya mungkin wujud sedikit ketirisan tetapi buat masa ini hasil dari audit-audit ini kita telah pastikan bahawa 98 syarikat ini menjalankan perniagaan seperti yang kita syaratkan.
Buat masa ini walaupun ada showroom atau ruang pameran yang dikatakan bukannya di bawah syarikat tersebut tetapi diletakkan di bawah nama syarikat, ini adalah kerana syarikat-syarikat ini digalakkan untuk adakan kerjasama dengan syarikat lain yang tidak ada AP tetapi mempunyai ruang pameran supaya boleh digunakan kemudahan ini dan melebarkan lagi peluang pasaran mereka. Jadi itu sebenarnya dilakukan oleh syarikat- syarikat ini.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Pengerusi. Akan tetapi apa salahnya kita berikan kepada mereka yang betul-betul berniaga kereta. Saya percaya bahawa MITI boleh mengenal pasti mana syarikat yang betul-betul berniaga kereta.
Saya katakan bahawa saya ada senarai daripada 98 itu hanya 19 sahaja yang betul- betul berniaga kereta. Yang lain itu ialah orang yang hanya meletakkan nama macam saya dapat AP.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat boleh saya bantu?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sekejap, sekejap. Saya dapat AP, Yang Berhormat Kota Belud yang betul meniaga kereta tetapi dia tidak dapat.
Saya jual AP kepada dia tetapi MITI letakkan syarat dia mesti letak nama saya di showroom dia pada hal yang meniaga kereta bukan saya. Dia yang run business. Jadi ini bermakna bahawa saya hanya makan buta jual kertas, macam itu sesiapa pun boleh berniaga. Jadi saya kata apa salahnya sebab saya ada kawan-kawan yang berniaga kereta. Mereka kata apa salahnya bagi kepada kami. Kami yang genuine berniaga kereta. Saya boleh tunjuk kedai di mana-mana. Di Jalan Ampang itu cukup banyak.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin pandangan Yang Berhormat sebab ada tanggapan di luar sana termasuk mungkin Yang Berhormat Pokok Sena yang mengatakan perniagaan AP kereta ini satu perniagaan yang amat menguntungkan. Seolah-olah tidak ada risiko, seolah-olah ianya satu God sense businesslah. Akan tetapi... Ya betullah. Saya faham memang ada keuntungan. Maksud saya tadi ialah rakan-rakan saya yang mempunyai AP ini mereka juga berbelanja besar. Contoh, kalau mereka membeli seratus biji kereta ataupun membawa seratus biji kereta kos mereka sekurang-kurangnya lebih kurang RM100 ribu satu...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak, tidak. Kejaplah, kejaplah.
Saya bukan tanya kamu, saya tanya Menteri.
Yang Berhormat Menteri, RM100 ribu kos membawa dan segala-galanya dan mereka hanya boleh mendapat keuntungan kalau kereta itu dapat dijual. Bayangkan kalau sepuluh biji sudah RM1 juta kalau seratus biji RM10 juta modal, modal untuk membuka untuk mendapatkan AP. Jadi pada saya ianya bukannya satu perniagaan yang boleh kita beri kepada sesiapa sahaja. Orang-orang yang berkelayakan. Saya tidak mahu kalau boleh Yang Berhormat Menteri buat penjelasan seolah-olah kerajaan ini dituduh siapa sahaja datang, bagi.
Saya rasa pertimbangan ada terutamanya bagi peniaga-peniaga bumiputera yang berjaya yang mempunyai kewangan untuk menjalankan projek ini kerana kosnya begitu tinggi dan risikonya pun tinggi terutamanya kalau ekonomi meleset bayangkan duitnya semua itu, RM10 juta itu ada dalam show room atau dalam gudang. Kereta di depan tidak boleh dijual. Jadi risikonya ada. Ada masa dan ketikanya it can be a curse to the businessman. Terima kasih.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya tambah sikit, terima kasih. Pemegang AP ini akan ditamatkan pada tahun 2015 ya. Tahun 2015 dan keputusannya dibuat ini saya tidak tahulah mungkin bergantung dengan masalah perdagangan bebas ataupun sahaja mahu batalkan saya pun tidak pasti.
Adakah Yang Berhormat sedar satu-satunya perniagaan yang boleh membantu kaum bumiputera ialah mereka yang terlibat dalam kereta ini, pemegang-pemegang AP ini. Saya tidak dengki sebab dalam bidang-bidang lain kita tengok money spinning ini dalam bidang lain yang tidak boleh diceburi oleh kaum bumiputera terutamanya orang Melayu, Islam. Tengok mereka yang memegang lesen hiburan, kedai arak, judi, kasino, berbilion dalam bidang ini dan ini tidak boleh diceburi oleh orang Islam. Saya tidak hendak bincang sebab kalau bincang bab ini tidak ada, ia bendanya haram bagi orang Islam. Akan tetapi inilah satu-satunya perniagaan untuk kaum bumiputera.
Jadi tidak patut lah ada orang dengki, memperbesar-besarkan perkara ini. Pada saya kita patut galakkan lagi. Cuma menjadi masalah kita patut sedarkan pemegang- pemegang AP ini satu sahaja saya tengok daripada dahulu. Bila mereka membuat keuntungan besar, sepatutnya mereka sudah versify perniagaan mereka. Buat pelaburan, beli rumah-rumah kedai kalau untung sampai RM100 ribu hingga RM200 ribu satu bulan untung. Rumah kedai itu jadi milik mereka, disewa pula kepada kaum bumiputera yang lain dengan harga yang murah. Bantu-membantu sebab mereka yang mendapat kemudahan.
Sepatutnya begitu. Saya tengok ada satu, dua syarikat yang berjaya macam Mutiara Motor yang pegang AP ada di Johor Bahru, saya pergi tengok sendiri bagaimana mereka develop enjin kereta buatan Malaysia. Masuk perlumbaan menang dan ada produk-produk lain yang mereka keluarkan. Adalah satu, dua macam. Asalnya Naza Motor pun begitu juga. Kalau semuanya menuju ke arah itu, kita beri sokongan dan patut kerajaan teruskan.
Jadi sekarang ini AP hendak ditamatkan. Saya, kalau tanya pandangan saya, saya tidak berapa setujulah walaupun saya tidak ada AP. Saya tidak akan salah mereka hendak buat berapa juta pun asalkan orang Melayu berjaya. Ada sesetengah dia mohon AP dahulu saya tahu. Tidak boleh ditimbang sebab tidak ada keupayaan.
Maka mereka dapatlah satu, dua AP katanya diluluskan. Betul atau tidak?
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Kemudian mereka ini ditumpang dengan syarikat yang lain, itu saya rasa tidak menjadi masalah. Orang hendak cari makan bagilah. Itu sekian, terima kasih.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih. Kedua-duanya kenyataan daripada Yang Berhormat Kota Belud dan juga Yang Berhormat Pasir Mas memang relevan sekali. Sebenarnya, walaupun dilihat mudah tetapi hendak menjalankan perniagaan AP kereta terpakai ini melibatkan modal yang begitu besar. Kalau satu syarikat itu tidak berkemampuan untuk mewujudkan modal tersebut itu antara sebabnya mungkin mereka terdesak untuk menggunakan kaedah-kaedah lain seperti jual AP seperti yang telah berlaku sebelum ini.
Akan tetapi yang kita dapati bahawa 98 syarikat yang ada sekarang ini seperti yang saya katakan tadi di audit dari semasa ke semasa dan kita dapati mereka antara syarikat yang lebih berwibawa. Pada waktu yang sama ingin saya nyatakan di sini, keputusan untuk menghapuskan AP terbuka ini pada tahun 2015 adalah satu yang buat masa ini tidak boleh diubah walaupun syarikat-syarikat bumiputera memang lah tidak boleh terlibat dalam perniagaan yang melibatkan perkara-perkara yang kita anggap haram di sisi agama tetapi banyak juga peluang-peluang perniagaan yang lain yang saya lihat syarikat bumiputera begitu berjaya sekali yang memberikan pulangan yang begitu lumayan antaranya dalam bidang ICT, teknologi tinggi dan sebagainya yang mana dengan kepakaran yang diperlukan mereka dapat menembusi pasaran antarabangsa dan selain itu mendapat pulangan yang begitu baik sekali.
Jadi, kita telah memberi semua ruang kepada syarikat-syarikat pemegang AP terbuka untuk menceburkan diri dalam bidang-bidang lain khususnya dalam bidang automotif. Jadi contohnya, kalau sejak sekian lama mereka berniaga kereta import terpakai ini, maka mungkin selepas tahun 2015 mereka boleh berunding dengan jenama-jenama besar untuk menjadi dealer kepada pemegang AP francais kerana kepakaran, kerana ruang pameran yang mereka ada dan juga modal yang sedia ada.
Jadi, ini yang kita galakkan dan kita harap mereka berjaya dalam bidang tersebut.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Pengerusi, saya hendak tanya. Bilakah kerajaan, MITI mengeluarkan AP ya? Berapa yang dibayar oleh mereka yang menerima AP itu, syarikat-syarikat itu, berapa dia bayar?... Satu AP daripada kerajaan berapa?...
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
RM10 ribu satu AP? RM10 ribu itu duit bukan duit AP, duit dia panggil...
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Memang kita kenakan surcaj yang telah diputuskan apabila dasar...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu, itu surcaj itu baru dilaksanakan dalam tempoh satu tahun ini...
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ya yang baru ini.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Akan tetapi asalnya tidak adalah.
Freelah.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Sebelum ini tidak ada.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Freelah. Yang Berhormat Kota Belud, free. Maknanya RM30 ribu hingga RM40 ribu, maknanya orang yang betul-betul berniaga kereta risiko dia tinggi. Memang dia memerlukan modal yang besar. Akan tetapi kalau orang yang hanya jual kertas dia jual RM40 ribu, RM40 ribu. Dia untunglah.
Maknanya dia tidak perlu bayar apa-apa kepada kerajaan.
Jadi saya rasa bahawa sepatutnya bahawa kalau kerajaan hendak beri juga bagi saya kepada orang yang bukan genuine berniaga kereta ini, okey, tetapi syaratnya dia kena bayarlah barulah berbaloi. Maknanya dapat sampai berpuluh-puluh ribu tetapi kerajaan apa satu sen pun tidak dapat hanya dapat duit surcaj sahaja.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Itu sebabnya Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi saya rasa tidak kenalah. Kita pun tidak boleh dapat kereta yang murah.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Itu atas sebab yang sama. Itu sebabnya kita kenakan surcaj RM10 ribu ini. Jadi itu sebagai menjawab soalan Yang Berhormat tadi.
Yang Berhormat Pasir Mas juga bertanyakan mengenai berapakah jumlah syarikat bumiputera yang menerima faedah dari Tabung Promosi Eksport Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh MATRADE. Sehingga 31 Oktober, ini pun angka yang terkini, sejumlah 150 syarikat bumiputera yang mewakili 13.91 peratus daripada 1,078 syarikat yang memohon Tabung Promosi Eksport Perkhidmatan telah menerima faedah dari tabung tersebut melalui aktiviti-aktiviti promosi eksport seperti pameran perdagangan luar negeri dan lain-lain aktiviti promosi yang dijalankan oleh pihak MATRADE. Yang Berhormat Pasir Mas juga bangkitkan mengenai Fleet Test Vehicle (FTV), ini adalah satu peruntukan yang khas iaitu satu program pengumpulan data seperti consumer behavior, validasi, reka bentuk kenderaan dan keperluan infrastruktur ke atas penggunaan kenderaan hibrid dan elektrik keluaran Proton.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Jadi, data-data ini adalah penting untuk Proton merancang pengkomersialan kenderaan ini kelak. Program ini akan dijalankan di Putrajaya dan Cyberjaya antara 12 hingga 18 bulan melibatkan kos sebanyak RM473.4 juta. Kos yang tinggi ini adalah perlu untuk menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta program FTV bagi pengumpulan dan analisis data sebelum ia dapat dikeluarkan secara komersial. Dalam hal ini, sokongan dan bantuan kewangan kerajaan adalah penting bagi memastikan usaha pelaksanaan inisiatif kenderaan hybrid dan elektrik ini dapat dijayakan oleh Proton. Baru-baru ini pun kita dapat berita baik bahawa Proton telah memenangi satu pertandingan untuk Kereta REV di London, tahniah kita ucapkan kepada Proton... [Tepuk] Yang Berhormat Pasir Mas juga bangkitkan mengenai kenapa Kelantan tidak dijemput untuk menyertai rombongan perdagangan. Secara umumnya Yang Berhormat, kementerian ini sentiasa menjemput setiap kerajaan negeri dan agensi pelaburan negeri menyertai Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan atau TEAM. Walau bagaimanapun jemputan ini tertakluk kepada kesesuaian Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan tersebut. Saya sendiri telah mengetuai beberapa misi perdagangan dan pelaburan ini di mana Kerajaan Negeri Kelantan juga turut terlibat. Yang Berhormat juga bangkitkan soal syarikat bumiputera yang terlibat dalam pameran perdagangan antarabangsa. Ini telah saya jawab sebentar tadi.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, sedikit sahaja yang Kelantan ini penting masalah misi perdagangan. Yang Berhormat kata waktu Yang Berhormat mengetuai pun ada wakil Kelantan. Saya hendak tanya ada atau tidak bila dibawa misi perdagangan ini, ada dibekalkan seperti CD mengenai negeri-negeri di Malaysia ini termasuk Kelantan, mengenai dengan potensi pelaburan sebab kita tahu Kelantan ini tanahnya murah. Ini dari segi sudut positif. Kemudian bahan-bahan mentah pun ada, tenaga kerja pun murah, tidak payah import dari Bangladesh ataupun Indonesia, ianya wujud di Kelantan. Jadi, apakah perkara-perkara macam ini diberi exposure kepada pelabur-pelabur asing untuk memastikan Kelantan menerima pelabur-pelabur bagi mewujudkan peluang perniagaan kepada anak-anak tempatan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat.
Biasanya misi promosi perdagangan dan pelaburan ini kita membentangkan mengenai potensi negara secara keseluruhan. Biasanya kita tidak menyatakan negeri-negeri secara khusus, kerja-kerja itu dilakukan oleh pihak negeri itu sendiri ataupun wakil-wakil daripada badan promosi perdagangan dan pelaburan peringkat negeri. Bagi Kelantan yang menjadi anggota kepada ECER, maka wakil daripada ECER, apabila mereka mengadakan perjumpaan dengan pelabur-pelabur yang berpotensi, mereka akan menyatakan kepada mereka apa kelebihan-kelebihan negeri-negeri di ECER termasuk Kelantan. Saya rasakan itu adalah cara terbaik bagi syarikat-syarikat pelabur ini membuat penilaian yang sepatutnya kepada negeri-negeri tersebut.
Yang Berhormat juga telah bangkitkan mengenai kelulusan pinjaman mudah untuk pengusaha bumiputera dalam sektor perkhidmatan dan apakah langkah-langkah diambil demi menggalak lebih pengusaha bumiputera membuat lebih banyak permohonan pinjaman untuk business dalam sektor perkhidmatan.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Untuk makluman Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat 31 Oktober 2011 sebanyak 118 permohonan telah diluluskan oleh pihak MIDF iaitu salah satu agensi di MITI dengan jumlah pinjaman yang bernilai RM72.5 juta melalui skim pinjaman mudah untuk peningkatan kapasiti sektor perkhidmatan.
Permohonan bumiputera yang telah diluluskan adalah sebanyak 45 pemohon yang bernilai RM30.3 juta. Langkah-langkah yang sedang diambil untuk menggalak lebih pengusaha bumiputera supaya membuat lebih permohonan untuk mendapat pinjaman mudah untuk perniagaan mereka di dalam sektor perkhidmatan adalah melalui seminar keusahawanan, pameran-pameran, kerjasama di antara agensi MITI dengan persatuan perdagangan dan sebagainya.
Berbalik kepada Yang Berhormat Seputeh yang membangkitkan soal masalah kekurangan pekerja dalam sektor perkilangan. Pada dasarnya Yang Berhormat, kerajaan memang telah melaksanakan prosedur pengambilan pekerja asing seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Apabila sesebuah syarikat diluluskan lesen pengilang, syarikat dibenarkan untuk memohon sejumlah pekerja asing mengikut keperluan operasi masing-masing berdasarkan beberapa kriteria. Walau bagaimanapun syarikat masih perlu memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan di bawah Jabatan Tenaga Kerja, di mana Jabatan Tenaga Kerja akan memainkan peranan mereka dalam perkara ini.
Yang Berhormat juga telah membangkitkan soal peruntukan yang secukupnya bagi pembangunan kawasan perindustrian. Untuk makluman Tuan Pengerusi, soalan yang sama juga telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, RM30 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2011 bagi program menaik taraf infrastruktur termasuk RM1.97 juta untuk negeri Sabah. Infrastruktur asas sedia ada bagi tahun 2012, peruntukan yang lebih tinggi iaitu RM60 juta telah diluluskan. Peruntukan ini akan digunakan untuk menaik taraf keseluruhan kawasan perindustrian di semua negeri. Antara aktiviti menaik taraf yang dilaksanakan adalah menaik taraf jalan, kawasan meletak kereta dan lampu jalan. Selain itu, sistem mitigasi banjir, menaik taraf sistem perparitan dan ban yang sedia ada, menaik taraf tahap keselamatan dengan membina pondok keselamatan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat kata tadi tentang pekerja itu, jadi pekerja asing..., pelabur itu perlu pergi cari Jabatan Tenaga Kerja. Tadi saya sudah sebut di Selangor, yang angka terbaru ialah 30,000 kekosongan jawatan di negeri Selangor. Jadi, memang menunjukkan bahawa siapa yang melabur di Selangor, memang selain daripada mendapat pekerja tempatan, dia memang perlu dapat pekerja asing. Kita lihat pendaftaran pekerja asing itu telah pun mewujudkan begitu banyak huru-hara di dalam kilang-kilang. Di Selangor ini, ramai pekerja yang telah sah jadi tidak sah, pemutihan itu kita kata laughing stock, it is a big joke di Selangor.
Saya hendak balik ke isu, saya hanya hendak minta Yang Berhormat memartabatkan MIDA. Sebenarnya cadangan... itu sangat mudah sahaja, dia kata kalau MIDA yang bawa pelabur masuk, kalau MIDA kata yang sahkan kilang itu perlukan 300 pekerja, jadi pergi ke Imigresen dan ia lulus sahajalah kerana macam di Selangor memang tidak cukup pekerja. Kalau tidak cukup pekerja, macam mana melalui Jabatan Tenaga Kerja, hendak cari di mana lagi? Orang yang duduk di Sabah, di Pasir Salak, di Kelantan, mereka memang tidak mahu kerja di Selangor. Jadi, ini memang something very real tetapi nampaknya kerajaan macam tidak ada apa-apa penyelesaian.
Jadi, keadaan ini akan menyebabkan Malaysia kehilangan daya saing berbanding dengan negara di rantau ini. Saya rasa nampaknya sekali lagi Yang Berhormat macam tidak ada kuasa, MITI tidak ada kuasa, tidak ada pengaruh kerana tangan kanan tidak tahu tangan kiri buat apa, pihak imigresen, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, semua tidak tahu sungutan dan kepahitan dalam bidang pengilangan. Jadi, itu sebabnya saya bangkitkan ini supaya Yang Berhormat boleh perjuangkan supaya MIDA diberi kuasa. Kita bukan hendak anti MIDA tetapi MIDA haruslah diberi kuasa untuk menentukan dan surat pengesahan MIDA itu harus dihormati oleh kementerian yang lain khususnya Jabatan Imigresen.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat.
Walaupun Yang Berhormat kata negeri Selangor menghadapi begitu banyak masalah mengenai sumber tenaga ini.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Pada waktu yang sama negeri Selangor adalah di antara negeri yang mendapat pelaburan yang begitu banyak daripada kedua-dua pelabur asing dan tempatan. Jadi seperti yang saya katakan tadi, ini adalah masalah mengurus kejayaan.
Ianya bukan satu masalah yang sehingga memudaratkan ekonomi negeri.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Pada waktu yang sama, kita memang faham bahawa satu imbangan perlu diwujudkan antara keperluan industri dan peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan.
Kita memang faham syarikat-syarikat ini, yang tempatan mahupun luar, yang telah berusaha sedaya yang boleh untuk dapat pekerja tempatan tetapi gagal untuk memenuhi jawatan-jawatan yang kosong sehinggakan mereka terpaksa mencari pekerja asing untuk memastikan bahawa operasi mereka itu berjalan dengan lancar.
Oleh kerana itu, MIDA memang memainkan peranan malah MITI sebagai kementerian yang terlibat, yang bertanggungjawab, juga sentiasa berunding dengan pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Sumber Manusia untuk mengatasi masalah ini sambil kita nak pastikan bahawa jumlah pekerja asing itu tidak terlalu banyak peratusannya berbanding dengan jumlah penduduk dalam negara kita ini. Pada waktu yang sama, kita tak mahulah ianya terlalu rendah sehingga menjejaskan usaha negara kita ini untuk menjadi sebuah negara industri.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan. Yang Berhormat, saya dengar pejabat MIDA di Bangkok sangat sibuk sekarang kerana banjir besar berlaku dekat sana dan ramai pelabur atau pengilang di Bangkok, di Thailand, mereka berminat untuk cari tapak lain untuk pindah syarikat dan kilang mereka. Jadi soalan saya ialah, kalau kita pujuk mereka datang ke Malaysia tapi tak cukup pekerja dan pergi cari MIDA dan MIDA juga tak boleh buat apa-apa, jadi kata ini semua isu imigresen dan juga Kementerian Sumber Manusia, jadi macam mana kita nak tarik mereka masuk? Ya lah Selangor memang ada banyak projek yang mencapai pelaburan yang paling tinggi.
Selalu ini memang berlaku tapi kalau kita tidak mengatasi masalah yang basic iaitu tentang pekerja itu, lama-kelamaan mereka akan lari. Mereka akan pergi ke Indonesia dan kita tahu pertumbuhan ekonomi di Indonesia sudah menjadi lebih tinggi daripada Malaysia. Kalau kita masih tak atasi isu yang dihadapi oleh pelabur dan pengilang ini, akhirnya negara yang rugi.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir
Saya harap apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini adalah mengenai syarikat-syarikat yang bukan intensifkan buruh.
Walaupun begitu, mereka masih memerlukan pekerja-pekerja yang berkemahiran rendah sebab syarikat ataupun industri yang intensifkan buruh memanglah mereka akan dapati Malaysia ini tidak kompetitif berbandingkan dengan China dan India contohnya, ataupun lebih dekat lagi, Indonesia dan Vietnam, dan kita pun memang tak menggalakkan syarikat-syarikat seperti ini beroperasi di sini.
Kalau saya nak kaitkan dengan beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain khususnya daripada negeri-negeri yang tidak semaju seperti Selangor, saya ingat mungkin ini peluang di mana pelabur-pelabur yang telah dikenal pasti oleh Yang Berhormat boleh membuat pertimbangan untuk menilai negeri-negeri lain yang masih membangun, contohnya Sabah dan Kedah, di mana mungkin sumber tenaga manusia itu lebih banyak berbandingkan dengan Selangor yang sudah maju itu.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sikit Menteri, kalau boleh saya celah. Tak sempat untuk bertanya lebih awal tadi. Bersabitan dengan isu yang mungkin lain sikit, kalau sifatnya labor intensive mungkinlah, tetapi kita bercakap dalam semangat untuk pada akhirnya melonjak kepada rakyat berpendapatan tinggi. Jadi isunya adalah isu sama ada MIDA dan kementerian Yang Berhormat memandang isu human capital ini bukan hanya labor tetapi labor yang punya paling tidaknya teknikal vokasional selain daripada expertise yang lain yang merupakan petualang paling besar dalam menggamit pelaburan asing.
Mungkin mutakhir ini bersabitan dengan apa yang berlaku di Thailand, dan apa juga yang berlaku di negara Eurozone crisis dan negara-negara Barat itu, sepatutnya kita juga mendapat penambahan pelaburan. Akan tetapi apakah sustainable FDI yang didapati tujuh bulan yang lalu dalam tahun ini untuk terus kita bawa dan terus kita gamit sebagai destinasi investment yang menarik seterusnya atau adakah kita akan terkekang sekali lagi kerana human capital?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Talent leakages ini adalah satu perkara yang begitu jelas dan bagaimana MIDA, bukan MIDA sahaja tetapi juga kementerian Yang Berhormat, untuk kembali dalam Talent Corporation nya dan segalanya kerana ini merupakan petualang besar dan tidak dapat dilakukan overnight ataupun dalam waktu yang terdekat. Terima kasih.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir
Saya lihat apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor ini memerlukan satu penyelesaian serampang dua mata di mana sambil kita menarik pelaburan asing mahupun tempatan yang mewujudkan pelbagai peluang, maka masalah brain drain contohnya, akan sekurang-kurangnya dapat kita tangani. Antara sebab ataupun alasan yang diberikan oleh rakyat Malaysia sendiri yang berhijrah ke luar negara ini adalah kerana peluang yang begitu kecil di negara sendiri. Jadi apabila kita tarik lebih banyak FDI dan menggalakkan DDI melalui ETP dan sebagainya, saya yakin mereka akan lihat peluang yang lebih besar di negara sendiri walaupun mungkin kalau nak dibandingkan dengan negara luar, contohnya gaji, mungkin kita lebih murah daripada negara-negara seperti Dubai dan sebagainya.
Kita dapati apabila Talent Corporation membuat temu ramah ataupun perbincangan dengan warga Malaysia yang mencari nafkah di luar negara, ramai yang menyatakan bahawa gaji bukannya satu pertimbangan yang terlalu diutamakan.
Mereka sebenarnya lebih berminat untuk bekerja di negara sendiri kerana dekat dengan keluarga dan sebagainya tetapi peluang untuk meningkatkan keupayaan mereka dan sebagainya itulah yang menjadi keutamaan. Jadi saya rasa selagi kita memberi tumpuan kepada soal ini, akhirnya talents kita di luar negara itu akan kembali ke tanah air, insya-Allah.
Yang Berhormat Silam telah bangkitkan mengenai Dana Pelaburan Strategik dan yang ini juga telah dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat yang lain. Dana Pelaburan Strategik ini diguna pakai untuk menarik pelaburan berkualiti ke negara ini termasuk pelaburan berintensifkan pengetahuan, nilai tambah yang tinggi, teknologi tinggi dan berintensifkan modal. Pelaburan berkualiti yang digalakkan termasuk pelaburan domestik dan asing. Dana ini digunakan untuk menarik kedua-dua pelaburan domestik dan asing melalui pemberian insentif-insentif skim galakan istimewa.
Yang Berhormat Lipis telah mencadangkan supaya kawasan perindustrian ditubuhkan di Lipis, Pahang kerana ianya terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia mempunyai lebih daripada 200 kawasan atau taman perindustrian yang dimajukan oleh agensi-agensi kerajaan iaitu perbadanan-perbadanan kemajuan ekonomi negeri, lembaga-lembaga pembangunan wilayah dan pihak-pihak berkuasa tempatan. Selain daripada itu, kawasan baru akan terus dimajukan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tanah perindustrian. Di samping agensi-agensi kerajaan, pemaju- pemaju swasta juga digalakkan untuk membangunkan kawasan-kawasan perindustrian negeri-negeri tertentu.
Yang Berhormat Lipis juga bertanya adakah MPC merancang untuk mewujudkan standard baru yang boleh diguna pakai dengan acuan dari Malaysia sendiri. Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, agensi yang terlibat secara langsung dalam menetapkan standard di Malaysia adalah Jabatan Standard Malaysia, Malaysia Productivity Corporation (MPC) merupakan salah sebuah organisasi yang membantu dalam menjalankan program latihan dan pembangunan sistem untuk organisasi sektor awam dan swasta untuk mencapai standard yang ditetapkan oleh Jabatan Standard Malaysia.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir
Yang Berhormat Lipis juga membangkitkan mengenai sejauh manakah pelaksanaan yang diambil dari luar negara diguna pakai di Malaysia. MPC sekali lagi telah menjalankan sebanyak 80 program perundingan pada tahun 2010 kepada organisasi swasta dan awam untuk organisasi tersebut mendapat pensijilan standard antarabangsa. Manakala bagi tahun 2011 sebanyak 105 program perundingan telah dijalankan.
Yang Berhormat Indera Mahkota telah membangkitkan soal Skim Pinjaman Mudah Sektor Perkhidmatan (SLSS) yang dilancarkan. Ianya bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada syarikat baru dalam sektor perkhidmatan bagi mewujudkan usahawan baru dalam sektor tersebut.
Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir
Selain itu ia menyediakan pembiayaan kepada syarikat dalam sektor perkhidmatan bagi tujuan menaik taraf atau penambahan kapasiti atau modenisasi dan mempelbagaikan perkhidmatan mereka kepada aktiviti bernilai ditambah tinggi dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan.
Sektor perkhidmatan di Malaysia sedang melalui fasa liberalisasi secara beransur-ansur dengan matlamat untuk mempercepatkan dan merancakkan lagi pembangunan bagi sektor perkhidmatan di Malaysia. Matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 boleh dicapai sekiranya sektor perkhidmatan dapat berkembang dengan lebih maju dan memberi sumbangan yang lebih besar kepada KDNK negara. Skim SLSS ini adalah sebagai platform pilihan yang menyediakan akses pembiayaan dalam bentuk pinjaman mudah kepada penyedia-penyedia perkhidmatan tempatan. Impak yang disasarkan adalah dapat mewujudkan syarikat dan enterprise yang berdaya tahan, maju dan bersaing berdasarkan peningkatan jualan tahunan, keupayaan mengembangkan perniagaan dan mengeksport perkhidmatan. Bagi RMKe-10 sebanyak RM200 juta dicadangkan untuk skim pinjaman mudah bagi sektor perkhidmatan dan pinjaman-pinjaman adalah dibahagi kepada pengusaha-pengusaha di kalangan sektor swasta.
Yang Berhormat juga membangkitkan pengecualian duti import dan jumlah cukai yang terkorban. Ini pun telah dibangkitkan beberapa kali oleh Yang Berhormat dalam sidang-sidang sebelum ini. Pengecualian duti import diberikan kepada bahan mentah dan mesin-mesin yang tidak dikeluarkan oleh industri domestik dan juga untuk menghasilkan produk akhir yang dieksport. Mekanisme ini diperlukan bagi memastikan industri domestik lebih komparatif di pasaran domestik dan luar negara. Jumlah pengecualian duti import yang diluluskan pada tahun 2010 adalah RM24.8 bilion dan dari Januari hingga Mac 2011 berjumlah RM11.6 bilion.
Pada tahun...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ya, silakan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh? Terima kasih. Terima kasih atas maklumat berkenaan dengan jumlah pengecualian yang kita beri untuk tempoh tersebut. Saya hendak tanya lanjutan daripada itu sebab bilangan permohonan tambahan ini agak bertambah dengan banyak juga. Ikut catatan saya ini daripada tahun lepas cuma 6,732 permohonan. Sekarang ini 8,018, maksudnya ada 30 peratus pertambahan dalam permohonan pengecualian duti.
Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan kerana pengecualian ini terpaksa diberi atas bahan-bahan yang tidak dikeluarkan atau tidak ada di dalam negara kita. Apakah justifikasi kalau nilai yang kita korbankan terlalu tinggi RM24 bilion.
Kenapa kementerian tidak boleh mengusahakan supaya di antara bilangan jumlah atau bilangan bahan-bahan yang tidak terdapat dalam negara kita terpaksa diimport. Kita cuba ikhtiarkan untuk barangkali melalui persetujuan perundingan FTA di negara- negara yang kita persetujui untuk kita ratifikasikan bahawa tidak perlu ada wujud ataupun pengecualian duti ditumpukan kerana kita tidak perlu untuk menunjukkan waiver kita yang terlalu tinggi kerana kita boleh batalkan atau usahakan melalui FTA.
Adakah ada cadangan untuk masa akan datang daripada kita memproses permohonan pengecualian duti import yang terlalu banyak lebih baik kita tumpukan kepada usaha untuk mengadakan bahan-bahan ini melalui kerjasama FTA daripada kita tumpu kepada pengecualian. Apa cadangan itu?
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Saya ingat Yang Berhormat Indera Mahkota pun sedia maklum bahawa antara perkara yang lazim digunakan dalam FTA ialah pengecualian cukai dan juga pengecualian duti import. Jadi ianya satu perkara yang biasa. Apabila kita memberikan faedah ini kepada pengeksport daripada luar negara untuk mengeksport produk mereka ke dalam negara kita ini, kita juga menikmati kemudahan yang sama apabila kita mengeksport kepada negara tersebut. Jadi itu antara sebabnya kita adakan pengecualian cukai ini dan sudah tentu ianya bermatlamat untuk meningkatkan pelaburan apabila satu bahan mentah itu diberikan pengecualian cukai biasanya ianya digunakan dalam proses perkilangan di mana akhirnya produk itu dieksport dan di situ pun kita mendapat manfaatnya. Jadi itu antara sebab kita lakukan perkara tersebut dan yakinlah bahawa faedah yang kita dapat jauh mengatasi pengecualian cukai yang kita absorb itu.
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Yang Berhormat juga telah bangkitkan pada tahun 2011 dan 2012 diunjurkan usahawan yang akan dilatih adalah 8,000 sahaja dan ini sangat berkurangan berbanding 60,000 pada tahun 2010. Ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang lain. Kenapa sangat besar jurang unjuran ini? Unjuran pada tahun 2011 dan 2012 sangat berkurangan kerana kekangan peruntukan sebenarnya. Pada kedua-dua tahun ini tiada peruntukan latihan keusahawanan diberikan berbanding 37.4 juta yang diberikan pada tahun 2010. Disebabkan itu program latihan telah dikaji semula dan hanya yang memberi impak yang tinggi dan tidak bertindih sahaja telah diberi keutamaan. Walau bagaimanapun, usahawan-usahawan bumiputera boleh mendapat latihan yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah kementerian- kementerian lain seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan sebagainya.
Yang Berhormat juga telah memohon penjelasan mengenai NKEA dan rangka kerja NKEA. Yang ini pun telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Di bawah Butiran 94000 - NKEA jumlah peruntukan rolling plan kedua iaitu pada tahun 2012/2013 yang disediakan ialah RM528 juta. Mungkin Yang Berhormat salah faham mengenai angka-angka tersebut. Jadi daripada rolling plan tersebut pada tahun 2012 sebanyak RM208 juta akan dibelanjakan. Maksudnya untuk tahun kedua dalam rolling plan tersebut jumlahnya ialah RM528 juta tolak RM208 juta. Jumlahnya ialah RM320 juta. Jadi baki keseluruhan...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Keseluruhan dia RM1 bilion kan?
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ya?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Keseluruhan dia RM1 bilion lebihkan?
Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Tidak, itu kalau masuk dengan yang sebelum ini tetapi yang kita bangkitkan dalam jawatankuasa ini ialah rolling plan kedua tahun ini 2012/2013 di mana 2012 jumlahnya ialah RM208 juta dan RM320 juta pada tahun 2013 perlulah dituntut semula semasa proses semakan dan penyediaan Bajet 2013 nanti.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Okey. Cuma saya sebutkan kerana NKEA ini adalah program baru yang sebelum ini tidak wujud. Tahun-tahun sebelum ini tidak ada. Sebab itu saya bangkitkan. Maksudnya, ada satu permohonan baru, peruntukan baru yang akan dibuat pada masa yang akan datang untuk mencukupkan keseluruhannya RM1 bilion ini. Itu maksud.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Yang RM1 bilion ini Yang Berhormat, RM1.068 bilion ini adalah untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh. Jadi, ianya adalah satu rancangan lima tahun. Jadi, saya ingat kita masih ada beberapa tahun lagi selepas ini untuk menggunakan peruntukan tersebut. Jadi, Yang Berhormat Tumpat telah bertanya mengenai pergerakan pelaburan ke negeri-negeri yang kurang maju seperti negeri Kelantan. Ini pun sebentar tadi telah saya jawab soalan daripada Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi, sama sahaja jawapannya.
Yang Berhormat Jasin pula sekali lagi telah bertanyakan mengenai InvestKL.
Apakah status terkini InvestKL dalam membawa masuk 100 syarikat multi-nasional.
Untuk makluman Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, InvestKL telah ditubuhkan antara lain untuk menarik masuk sekurang-kurangnya 100 buah syarikat ibu pejabat bertaraf antarabangsa bagi tempoh 2011-2020. InvestKL bekerjasama dengan MIDA dalam usaha mengenal pasti dan menarik masuk syarikat-syarikat ini dan sehingga kini sebanyak dua buah syarikat telah berjaya dibawa masuk iaitu Vale dan Schlumberger. Yang Berhormat Jasin juga telah...
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai dengan jawapan InvestKL tadilah. Akan tetapi saya hendak tanya sedikit tentang FIC. Satu ketika dulu FIC ini cukup aktif sekali.
Bukan sahaja untuk kemasukan apa-apa juga pelaburan, bahkan untuk orang luar beli rumah pun terpaksa mendapat kelulusan daripada FIC. Saya hendak tahu apakah kedudukan FIC sekarang?
Kerana apabila kita dapat tahu, saya sudah bangkitkan cerita ini tetapi tidak dapat apa-apa jawapan kerana penjualan syarikat ExxonMobil.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang ada sebenarnya adalah satu daripada industri yang cukup strategik sekali, kerana selain daripada mempunyai pam minyak yang banyak di seluruh negara, syarikat ini mempunyai syarikat penapis yang cukup besar di Port Dickson yang boleh mengeluarkan 80,000 barrel satu hari. Kenapakah penjualan syarikat ExxonMobil ini walaupun sebuah syarikat yang terkemuka di dalam negara, membida satu angka yang cukup besar. Lebih melebihi syarikat daripada San Miguel daripada Philipines boleh menang. Jadi, apakah sebenarnya peranan FIC dalam perkara ini? Terima kasih.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat Jasin.
Memang FIC masih bergiat aktif dalam soal-soal ekuiti syarikat dan sebagainya tetapi saya dimaklumkan bahawa isu penjualan stesen-stesen minyak ExxonMobil ini adalah satu keputusan komersial yang tidak melibatkan kelulusan daripada pihak kerajaan.
Cuma sekadar memaklumkan kepada pihak kerajaan dan kerana ianya adalah antara dua entiti komersial, maka kerajaan tidak berhajat untuk campur tangan dalam soal itu.
Adakah tawaran daripada syarikat tempatan itu lebih baik daripada syarikat asing, itu saya ingat ExxonMobil yang membuat keputusan tersebut tanpa campur tangan daripada kerajaan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya sambung sedikit.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Sebenarnya peranan FIC untuk menapis apa juga pelaburan yang datang daripada luar kerana kita mahu bukan sahaja pelaburan, bahkan kita tidak mahu wang haram mengalir. Kerana ini satu daripada cara untuk menghalalkan wang-wang yang daripada luar. Akan tetapi kita tahu sekarang itu adalah satu pelaburan yang mesti mendapat kelulusan daripada kerajaan. Adakah ianya melalui daripada FIC ataupun terus sahaja melalui perundingan antara kedua belah pihak. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya sambung sedikit Tuan Pengerusi. Saya hendak tahu sesungguhnya di Dewan yang mulia ini. Apakah benar saya dengar bahawa FIC masih lagi wujud ataukah seperti mana yang Yang Amat Berhormat beritahu bahawa ia sudah dibubarkan dan peranannya sudah diambil alih oleh badan-badan seperti PEMUDAH dan mungkin mutakhir ini TERAJU, saya pun naik confuse. Apa kedudukan sebenarnya kerana ini satu perkara yang perlu dapatkan penjelasan sedikit. Terima kasih.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Sekali lagi untuk menjawab soalan Yang Berhormat Jasin sebentar tadi, saya ingin nyatakan sekali lagi bahawa dalam soal penjualan stesen minyak Exxon-Mobil itu kerajaan tidak campur tangan secara langsung dalam keputusan tersebut yang dibuat sebagai satu keputusan komersial.
Mengenai status FIC ini, saya ingat oleh kerana ia melibatkan dasar, saya kira lebih wajar jawapan tersebut dibuat secara bertulis supaya saya tidak tersilap dalam membuat jawapan kerana ini merupakan satu perkara yang agak penting yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor.
Yang Berhormat Jasin juga telah bangkitkan soal usaha-usaha untuk menarik pelaburan dari negara China dari segi insentif fiskal dan bukan fiskal. Seperti yang kita sedia maklum Yang Berhormat Jasin, dari segi dagangannya memanglah China menjadi rakan dagangan yang antara yang terbesar bagi Malaysia. Pada waktu yang sama pelaburan daripada China tidaklah pada tahap yang kita idam-idamkan dan kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan pelaburan daripada China ke negara ini.
Kerajaan sentiasa menggiatkan usaha-usaha menarik pelaburan FDI termasuk daripada China melalui pemberian insentif fiskal seperti pengecualian cukai korporat dan bukan fiskal seperti jawatan asing. Saya rasakan bahawa negara seperti China ini berminat dalam bidang-bidang ataupun sektor-sektor ekonomi yang tertentu termasuk hartanah. Oleh itu, kita sedang bergiat aktif untuk menarik pelaburan daripada China ini dalam bidang-bidang tersebut.
Yang Berhormat Bakri telah membangkitkan soal perdagangan dengan Israel.
Untuk makluman Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah tentu kita di Malaysia ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Oleh kerana itu kita juga tidak mempunyai sebarang perjanjian perdagangan rasmi dengan Israel. Pada waktu yang sama sejak tahun 1996, Jemaah Menteri setelah mendapat permohonan daripada beberapa syarikat MNC ataupun syarikat perkilangan yang besar, asing khususnya, supaya dibenarkan diimport bahan-bahan dan komponen untuk dimasukkan dalam produk-produk mereka untuk dieksport semula.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ada juga permohonan untuk mengeksport bahan dan komponen daripada syarikat-syarikat ataupun kilang-kilang ini kepada Asia Barat, termasuk Israel. Jadi, oleh sebab ini pada tahun 1996, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk membenarkan lesen import dan eksport ini dikeluarkan bagi tujuan tersebut dan itu mungkin antara sebabnya jumlah perdagangan secara tidak langsung dengan Israel ini mula meningkat. Walaupun begitu, ianya tidak bermaksud bahawa kita mempunyai satu hubungan rasmi, khususnya dalam soal perdagangan dengan negara tersebut memandangkan bahawa kita tidak juga mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih. Tuan Pengerusi saya lebih untuk memberi cadangan kalau boleh ianya dipertimbangkan. Tadi ada banyak isu berkenaan dengan FTA. Isu meratifikasikan perjanjian dan sebagainya. Saya hendak tanya cadangan. Mutakhir ini kita tahu negara jiran kita mempunyai masalah yang besar fasal bencana banjir. Kemudian beberapa bulan dulu, Japan pun ada masalah besar juga yang dikatakan kita start merasai kesan dia iaitu kenaikan dalam kos barang pembinaan. Dalam isu ini ada tidak kita memikirkan untuk mengambil peluang dalam sudut ini terutama kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Untuk kes di Jepun sudah tentu kita perlu juga melihat secara reverse, dengan izin, apabila kita meminta atau merunding Kerajaan Jepun untuk mempertimbangkan pengecualian duti eksport atau duti import kepada dia. Untuk menerima bahan-bahan yang bersangkutan dengan pembinaan yang kita keluarkan. Sebab saya mendapat maklumat dari rujukan saya sendiri banyak mengatakan bahawa kenaikan dalam 30 peratus ke 60 peratus kos bahan pembinaan di negara Jepun mengakibatkan Kerajaan Jepun terpaksa melihat kos efektif dalam mengimport bahan-bahan pembinaan.
Untuk kes Thailand jiran negara kita atas pengimportan bahan-bahan keperluan harian secara segera yang saya rasa pihak Timbalan Menteri tentu sedar.
Beberapa hari yang lalu Kerajaan Thailand telah membuat satu pengisytiharan untuk membuka kepada kemasukan barang-barang keperluan harian daripada negara-negara sekitar ASEAN. Akan tetapi adakah kita mempunyai satu dasar serta-merta yang cepat untuk merebut vacuum yang tersedia ini secara tidak semena-mena unprecedented.
Terima kasih.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat saya sahaja untuk peringatan sahaja, saya bukan hendak mengada-ngada ini. Yang Berhormat jawab soalan sebelum Maghrib, ini sudah hendak masuk Isyak sudah, saya terlepas solat Maghrib nanti keluar dalam blog dan kata Yang Berhormat tidak solat Maghrib. Ini macam- macam boleh jadi nanti, Yang Berhormat ini anak Tun Dr. Mahathir, dia orang cari pasal sahaja. Sekian terima kasih... [Ketawa]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Yang Berhormat Menteri boleh jawab sekali dari Yang Berhormat Bakri?
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak itu betul itu saya sokong, saya sokong Yang Berhormat Pasir Salak. Sorry Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Bagaimana pula dengan dokumen kastam yang didedahkan dengan negara Israel? Dalam ucapan saya tadi.
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas kerana mengingatkan saya mengenai waktu solat. Kalau boleh cepatkanlah bolehlah sempat saya Maghrib nanti.
Pertamanya ingin saya jawab soalan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota. Sebelum ini pun pernah kita nyatakan bahawa kita agak sensitif mengenai supaya tidak kelihatan seolah-olah kita mengambil kesempatan di atas kesengsaraan negara-negara jiran dan juga Jepun. Walaupun begitu, memang pasti bahawa negara- negara ini setelah menghadapi satu malapetaka begitu besar banyak memerlukan bantuan daripada negara-negara rakan perdagangan seperti kita.
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Saya tidak dimaklumkan sekiranya Jepun memberikan pengecualian duti bagi bahan-bahan binaan. Akan tetapi saya rasakan bahawa sudah tentu keperluan mereka untuk membina semula kawasan Tohoku region itu adalah satu agenda yang penting bagi Jepun. Sudah tentu juga Malaysia mempunyai banyak bahan binaan yang mungkin diperlukan oleh mereka termasuklah bahan-bahan kayu kayan. Memang menjadi usaha kita untuk mempromosi Malaysia sebagai sumber bahan-bahan binaan ini. Selain itu sebagai sebuah destinasi pelaburan untuk syarikat-syarikat yang memerlukan pusat data kerana ada syarikat di sana yang memerlukan satu pusat data yang seiring dengan apa yang mereka ada di Jepun.
Juga untuk syarikat-syarikat contohnya dalam sektor automotif yang sebelum ini terlalu bergantung dengan kaedah just in time di mana dengan berlakunya gegaran gempa bumi ini just in time itu tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Maka oleh kerana itu mereka memerlukan sumber untuk bahan-bahan komponen yang asing dan kita rasakan bahawa Malaysia begitu sesuai untuk tujuan tersebut. Jadi ini antara pendekatan yang kita ambil malah insya-Allah pada bulan Disember nanti saya sendiri akan mengetuai satu lagi misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun khususnya di Tokyo, Nagoya dan Osaka atas tujuan yang sama.
Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bakri. Saya rasakan bahawa kenyataan oleh pihak tertentu di Israel itu mungkin bersifat nakal untuk menunjukkan bahawa wujud perdagangan di antara Malaysia dan Israel. Ianya sebenarnya mungkin satu angka yang sebenarnya kita tidak dapat hendak kenal pasti adakah ianya tepat ataupun tidak. Walaupun begitu ingin saya tekankan di sini bahawa kita tidak mempunyai hubungan perdagangan yang rasmi dengan Israel di peringkat kerajaan. Akan tetapi mengakui pada waktu yang sama bahawa syarikat-syarikat swasta memang ada di antara mereka yang mengimport komponen dan alat-alat lain daripada Israel secara langsung mahupun tidak langsung melalui negara ketiga. Ini adalah bertujuan untuk dimasukkan dalam produk mereka sendiri sebelum dieksport ke luar negara.
Akhir sekali daripada dua Yang Berhormat Kuala Krai dan juga Yang Berhormat Padang Terap. Ada sini? Dua-dua pun tidak ada. Yang Berhormat Padang Teraplah. Tidak ada? Tidak ada tidak apalah... [Ketawa] Isu penggalakan industri burung walet. Selain daripada Kuala Krai di Kedah pun banyak tempat yang ada industri sarang burung walet ini. Memang ianya satu industri yang menggalakkan. Kita ada sedikit masalah apabila China menyatakan bahawa produk kita ini mempunyai nitride yang agak tinggi. Saya ingat apabila Yang Berhormat Menteri MITI berada di Naning baru-baru ini beliau menjelaskan kepada Menteri berkenaan di China bahawa kandungan nitride ini tidaklah tahap yang membimbangkan malah ianya merupakan satu bahan yang natural kepada sarang tersebut. Kita harapkan bahawa pihak China akan menerima penjelasan kita itu.
Yang Berhormat Padang Terap bangkitkan soal lambakan barangan dari China dan Taiwan. Kita rasakan lambakan ini mungkin berlaku kerana dengan termeterainya perjanjian China ASEAN FTA maka barang-barang daripada China dikecualikan cukai. Itu antara sebabnya kita dapati barang-barang ini banyak dijual di pasar-pasar malam, di hypermarket dan sebagainya.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sebenarnya walaupun dilihat begitu banyak sekali produk China masuk ke pasaran kita pada waktu yang sama eksport dari Malaysia ke China melebihi import daripada China ke Malaysia. Jadi ini satu fenomena yang agak menarik dan membanggakan. Ianya tidak dinikmati oleh banyak negara yang lain. Saya harap bahawa dengan fakta ini sekurang-kurangnya terubat rasa kekhuatiran kita bahawa barang-barang produk ini daripada China ini terlalu banyak di pasaran kita.
Tuan Pengerusi itu sahaja yang hendak saya sampaikan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri satu.
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Ya Yang Berhormat apa soalan?
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Tuan Pengerusi.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
SADA? Soalan Yang Berhormat Padang Terap mengenai Kulim Hi-Tech, mengenai air. Sebenarnya Ahli-Ahli Yang Berhormat pihak SADA, MITI dan pihak-pihak lain yang berkenaan telah beberapa kali berbincang mengenai pembekalan air khususnya kepada industri di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Sehingga kini masalah itu masih belum selesai. Kita telah mendapat rungutan daripada industri bahawa pihak SADA telah mengeluarkan surat amaran akan memotong bekalan air sekiranya kadar baru tidak dibayar. Ada juga masalah di mana dalam satu kilang ada dua kadar bayaran.
Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir
Jadi kita pun tidak faham kenapa SADA boleh mengeluarkan dua jenis bil seperti ini. Dalam perbincangan sebelum ini telah dipersetujui bahawa kenaikan kadar bayaran air ini ditangguhkan tetapi malangnya pihak SADA telah membuat keputusan untuk menjalankannya juga dan mengenakan tekanan ini terhadap syarikat-syarikat pelabur asing khususnya yang telah banyak melabur di Kulim.
Jadi saya rasakan bahawa penting bagi kerajaan negeri untuk memberi pertimbangan yang sewajarnya, melihat kepada faedah yang dibawa kepada negeri Kedah daripada syarikat-syarikat ini dan walaupun mungkin bekalan air itu diberikan pada kadar yang murah tetapi faedah lain yang dinikmati oleh Kedah lebih tinggi daripada itu.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang ada perjanjian kita dengan pihak pengilang, pelabur dan sebagainya. Memang pihak operator air SADA memang berhasrat untuk hendak memenuhi janji yang telah pun dimeterai sebelum ini.
akan tetapi apa yang harus diketahui juga oleh pihak Yang Berhormat khususnya yang bertanggungjawab terhadap masalah pengilang, masalah kehadiran pelabur ini ialah senarai air itu sudah pun dikeluarkan daripada state list kepada senarai bersama iaitu bersama dengan Kerajaan Pusat dan sebagainya. Jadi harga pula telah ditentukan oleh pihak SPAN.
Jadi ini yang menyebabkan berlaku kenaikan. Jadi bagaimana kami hendak memenuhi,bagaimana pihak operator air hendak memenuhi janji mereka kepada pihak pengilang dan pihak pelabur kalau pihak Kerajaan Pusat sendiri khususnya SPAN yang menentukan tarif yang menyebabkan berlakunya kenaikan tarif ini. Jadi yang ini saya fikir bahawa perlu kepada perbincangan lanjut antara pihak MIDA, SADA dan sebagainya kerana bagi saya bahawa tanggungjawab untuk hendak mempertahankan dan mengekalkan pelabur itu merupakan tanggungjawab bersama dan MIDA harus memainkan peranan yang penting.
Saya difahamkan bahawa nampak macam MIDA pun hendak melepaskan tangan dalam soal ini. Bagi saya sepatutnya tidak boleh hendak suruh operator yang beri subsidi kepada pengilang. Mana boleh suruh operator yang beri subsidi kepada pengilang atau pelabur sedangkan kerajaan pusat juga mempunyai tanggungjawab bersama dalam soal ini. Sepatutnya bagi saya, kalau boleh Kerajaan Pusat yang menanggung subsidi lebihan daripada yang telah pun dijanjikan. Kenaikan ini disebabkan oleh sebab kewujudan SPAN perjanjian dalam Akta 655 itu yang menyebabkan berlaku kenaikan. Oleh sebab itu, tidak adillah kerana sebahagian besar hasil keuntungan di Kulim Hi-Tech itu banyak yang diperoleh Kerajaan Pusat. Jadi kalau Kerajaan Pusat tidak hendak langsung menampung subsidi tersebut, saya rasa satu perkara yang sangat malanglah bagi saya.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
[Bangun]
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Kalau boleh biar Yang Berhormat Bakri, biar saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pokok Sena. Kemudian saya akan beri ruang ini.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Okey, baik saya tunggu.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Pertamanya ini adalah tanggungjawab bersama pihak SADA, SPAN, kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Yakinlah bahawa insentif yang telah diberikan oleh MIDA mewakili Kerajaan Pusat begitu banyak sekali untuk menarik pelabur-pelabur ini ke Kulim Hi-Tech termasuklah yang terbaru sekali First Solar dan sebagainya.
Jadi, saya kira tidak perlu dipersoalkan apa insentif yang diberikan oleh pihak MIDA untuk menarik pelabur-pelabur ini. Apa yang pentingnya sekarang ini ialah bagaimana kita hendak mengatasi masalah yang dibangkitkan oleh pelabur-pelabur tersebut. Antara lain mereka menyatakan bahawa kenaikan kadar harga ini dilakukan secara mendadak. Jadi mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak SADA dengan persetujuan kerajaan negeri. Sudah tentu di peringkat Kerajaan Pusat kita tidak ada masalah sekiranya kenaikan itu boleh dilakukan secara beransur-ansur bagi pelabur- pelabur yang sudah lama melabur di sana. Sudah tentu bagi pelabur baru kita akan kenakan kadar yang baru.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Oleh sebab itu saya beritahu di sini, peranan MIDA untuk mengatasi masalah dengan SPAN. Di sini peranan MIDA sebab kenaikan ini, tarif ini ia ada kaitan dengan SPAN di bawah Akta 655.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ya, minta maaf Yang Berhormat...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi sebab itu bagi saya kalau MIDA tidak dapat memainkan peranan bagaimana untuk memastikan supaya kenaikan itu tidak berlaku ataupun Kerajaan Pusat menanggung daripada kenaikan yang ditentukan oleh SPAN, itu yang...
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Itu tidak benar Yang Berhormat. Kita telah mengadakan perjumpaan malah MITI sendiri yang mempengerusikan perbincangan tersebut di mana pada hemat kami telah dipersetujui bahawa kenaikan kadar itu telah dipersetujui ditangguhkan.
Itu sebabnya kita rasa terkejut apabila menerima aduan daripada pihak industri bahawa mereka menerima surat kenaikan kadar air ini dan sekiranya mereka tidak membayar kadar baru, maka bekalan air akan diputuskan. Jadi kita harapkan masalah ini akan dapat diselesaikan dengan baik dan di antara cara yang kita cadangkan ialah kalaupun kita tidak boleh elak daripada kenaikan kadar ini, bagi syarikat-syarikat yang sudah lama melabur di Kulim Hi-Tech kalau boleh dilakukan secara beransur-ansur supaya unjuran perbelanjaan yang telah mereka tetapkan sewaktu dahulu dapat mereka gunakan tanpa kenaikan kos yang begitu mendadak kerana kegunaan air. Silakan..
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, tadi semasa ambil bahagian dalam perbahasan saya ada tanya tentang reinvestment allowance atau insentif yang dikatakan oleh pihak kementerian.
Saya tidak dapat dengar jawapannya. Adakah ia akan diteruskan atau ia akan diberhentikan untuk tahun hadapan?
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Yang Berhormat Kota Melaka, sebenarnya reinvestment allowance itu adalah salah satu cara untuk kita menarik pelabur yang sudah ada di Malaysia dan insentif masih wujud. Saya tidak mempunyai butiran yang terperinci mengenainya dan akan saya berikan kepada Yang Berhormat secara bertulis.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Yang Berhormat Menteri, soalan yang pendek. Di sini saya hendak bertanya, adakah syarikat menyatakan bantahan kepada syarikat tersebut. Namun dalam dokumen kastam yang saya peroleh jelas menyatakan tempat yang original adalah negara Israel bukan negara ketiga yang seterusnya kerajaan seharusnya menunjukkan ketegasan kita dengan mengeluarkan kenyataan menunjukkan kedudukan kita kepada media antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang saya menyatakan tadi Jemaah Menteri pada tahun 1996 telah pun membuat keputusan untuk membenarkan ataupun meluluskan permit import dan eksport sekiranya ia dipohon oleh syarikat-syarikat yang menggunakan alat-alat dan komponen daripada Israel dan ke Israel. Jadi mungkin itu antara sebabnya pihak kastam membenarkan walaupun Akta Kastam jelas menyatakan bahawa ia tidak dibenarkan. Akan tetapi dengan keputusan Jemaah Menteri itu dan dengan wujudnya AP ataupun permit tersebut, maka kastam secara automatiknya akan meluluskan.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Jadi saya rasakan itu sahaja yang saya hendak perjelaskan pada hari ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ini dan saya yakin bahawa semua input yang telah diberikan akan kita ambil kira untuk kebaikan kita bersama. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM555,972,300 untuk Maksud B.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM555,972,300 untuk Maksud B.24 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,167,220,000 untuk Maksud P.24 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM1,167,220,000 untuk Maksud P.24 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahas.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sakit kerongkongkah? Ya, Ahli Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang saya untuk berucap di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di bawah B.25. Saya merujuk kepada Butiran 030000 – Kepenggunaan dan Pengurusan.
Tuan Pengerusi, kalau kita membaca penerangan yang di bawah butiran ini ia menerangkan, berobjektifkan untuk meningkatkan kesedaran kepenggunaan di kalangan masyarakat dan peniaga melalui pendidikan dan pembangunan gerakan penggunaan. Pematuhan standard dan perundangan yang berkenaan serta mengurus hal ehwal pentadbiran, kewangan, perkhidmatan, perjawatan, perundangan dan teknologi maklumat bagi kementerian ini.
Tuan Pengerusi, kita sering kali membaca juga mendengar, melihat iklan-iklan oleh kementerian menyeru orang ramai untuk menjadi consumer yang tahu berbelanja, berjimat-cermat, membuat perbandingan harga sebelum membeli barangan, membeli barangan yang bermutu dan juga menggalakkan orang ramai membeli di Kedai Harga Patut agar boleh memperoleh barangan pada harga yang berpatutan dan berkualiti.
Apabila harga bahan api dan gula naik, kita membaca juga laporan dan kenyataan dibuat oleh pemimpin tertinggi kerajaan menyeru orang ramai agar berjimat-cermat dan memberitahu orang ramai bahawa kerajaan dibebankan dengan subsidi yang tinggi, terpaksa naik harga bahan api dan gula, perlu untuk kurangkan subsidi agar kewangan yang ada boleh digunakan untuk projek pembangunan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya hendak tanya pihak kementerian, apakah ada sebarang kesedaran atau pendidikan kepenggunaan ini diberikan kepada penjawat-penjawat awam khasnya kakitangan-kakitangan kerajaan, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah, pengerusi- pengerusi majlis di bawah kementerian dan juga Menteri-Menteri? Tuan Pengerusi saya membangkitkan ini ialah saya terkejut di mana apabila Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan di Dewan yang mulia ini nampaknya yang tidak tahu, tidak ada kesedaran bagaimana untuk berbelanja adalah penjawat-penjawat awam yang segelintir seperti yang dilaporkan di dalam laporan audit ini.
Tuan Pengerusi apabila kita membaca kita terkejut pembelian marin binokular yang 28 kali ganda harga yang lebih mahal. Di laporkan bahawa pegawai tidak membuat kajian pasaran. Selepas itu kita baca Kementerian Kesihatan pula, laporan audit kata bayaran telah diberi sebelum penerimaan barangan. Kita baca Kementerian Pelancongan pula pembelian risalah-risalah Kementerian Pelancongan melalui direct negotiation sebelum keputusan permohonan untuk rundingan terus ini diberi oleh Kementerian Kewangan. Kita baca berkenaan pembelian barangan selepas itu diserah dan tidak digunakan. Penyerahan barangan disimpan dalam stor tidak digunakan, barangan yang diserah tidak lengkap dan tidak dipasang Yang Berhormat Sri Gading.
Jadi ini semua adalah pembaziran, ketirisan, kebocoran. Apa dilakukan?
Di sini meminta orang ramai membeli barangan pergi Kedai Harga Patut, berjimat-cermat tetapi apabila kerajaan diberi amanah kewangan rakyat ini yang kita baca setiap tahun Tuan Pengerusi. Kadang-kadang tidak masuk akal langsung perbelanjaan, kebocoran, ketirisan ini. MACC boleh kata berkenaan siasatan ke atas pembelian binokular, dia kata ini hanya pegawai tidak ada pergi buat kajian pasaran.
Selepas itu kita dengar suara-suara kementerian kata kita akan siasat. Kita akan tubuh jawatankuasa, kita sudah tubuh jawatankuasa, kita akan senarai hitam. Semalam baru kita dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kata apa Tuan Pengerusi, dia kata, “Oh! auditor tengok harga kilang, dia tidak tengok harga di dalam syarikat, dia tengok harga kilang.” Angka itu tidak termasuk kos pengangkutan.
Ini semua cuba hendak memperjelaskan tetapi sudah ada peraturan Perbendaharaan dilanggar oleh Pejabat Menteri sendiri, Yang Berhormat Menteri Pelancongan. Sekarang kita baca laporan kata satu jawatankuasa siasatan telah diadakan untuk mengemukakan laporan. Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semalam ada kata kita minta syarikat itu kembalikan wang. Ada syarikat kembalikan lebih daripada yang kita bayar. Itu satu jenaka, tidak boleh diterima. Sesen pun tidak boleh ada pembaziran dan kebocoran serta ketirisan.
Oleh sebab itu ramai yang suka berkawan dengan Ahli-ahli Politik Barisan Nasional khasnya UMNO. Boleh dapat projek-projek. Ada ketirisan, kebocoran. Ini Tuan Pengerusi maaf ya, seperti Skim Cepat Kaya. Kita tengok Laporan Ketua Audit Negara ini ia tidak menyiasat semua program, semua projek di bawah kementerian. Hanya memilih beberapa sahaja. Apa yang dipilih, kita nampak jelasnya kebocoran, ketirisan.
Apa kementerian boleh lakukan? Jikalau kata saya minta kementerian ini untuk bagi kesedaran berkenaan bagaimana menjadi satu consumer yang berhemah. Ini sangat aneh sebab mereka diberi menduduki jawatan tersebut, mereka sepatutnya tahu yang paling asas hak-hak consumer ini, bagaimana untuk membeli barangan. Kesannya amat mengecewakan, tiap-tiap tahun tidak belajar langsung daripada Laporan Ketua Audit Negara, berulang-ulang.
Apakah kita boleh pergi ke Tribunal Tuntutan Pengguna? Saya hendak tanya kementerian untuk ambil tindakan kerana perbelanjaan sedemikian harga tidak berpatutan. Tidak boleh. Kita harapkan MACC, MACC kata dia hanya tidak tahu, tidak ada pergi buat kajian pasaran sahaja. Ini kementerian kata kita akan ambil tindakan disiplin. Tiap-tiap tahun ini kenyataan yang sama. Jadi, apa peranan boleh dibuat oleh kementerian ini? Hantar pegawai pergi mengikuti kursus kewangan, bagaimana menguruskan kewangan, saya rasa tidak perlu juga sebab sudah sampai jawatan tersebut untuk meluluskan permohonan peruntukan perbelanjaan. Dia patut faham pengurusan kewangan. Betulkah? Setuju Yang Berhormat Sri Gading?... Mahu minta pertanyaan, penjelasan atau mahu sokong saya?
Ini semua wang rakyat. Kerajaan tidak ada wang Tuan Pengerusi, yang pegang itu adalah wang rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional. Jadi, apa kementerian akan lakukan?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Apa peranan boleh kementerian lakukan? Saya mohon penjelasan di bawah butiran ini. Saya juga ingin tahu Tuan Pengerusi, mungkin Tuan Pengerusi tidak tahu ada satu laporan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Laporan Ketua Audit Negara ini. Dia buat pembinaan pemasangan... [Disampuk]
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Batu Gajah, butiran berapa itu? Itu butiran berapa?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Di bawah inilah Butiran 030000 – Kepenggunaan dan Pengurusan. [Dewan riuh] Ini bagi contoh you tidak baca Yang Berhormat Tenggara. Tuan Pengerusi kontrak kata apa? Kontrak kata buat pintu kecemasan...
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Bercakap tidak ada butiran.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Yang Berhormat Tenggara tidak baca sekarang saya beritahu. Jangan bising. Kita ada banyak masa sebab sudah cepat sangat.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lenggong. Tadi dia jolok Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading tidak respons. Yang Berhormat jolok kena... [Ketawa]
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya minta Yang Berhormat Sri Gading sokong sebab kadang-kadang ucapan Yang Berhormat Sri Gading bernas juga. Jadi Tuan Pengerusi, saya balik tadi ada pembelian bot, pemasangan. Spesifikasi kontrak kata apa, lihat pintu kecemasan itu 18 skru.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Hendak keluar ambil masa 20 minit. Dia kata bagaimana ini boleh berlaku.
Kontrak spesifikasi jelas, pintu kecemasan dalam bot tetapi 18 skru ambil masa 20 minit untuk buka. Laporan audit kata, ini meletakkan risiko keselamatan anak kapal. Kontrak kata sediakan tangki air dan alat penyulingan sebab bot kena membuat rondaan 3 hari di laut, 1,000 liter punya, yang dibekalkan berapa? Yang 600 liter sahaja tanpa alat penyulingan. Consumer biasa yang waras yang tahu asas ini tidak akan menerima sebab tidak mematuhi spesifikasi kontrak. Akan tetapi kita punya kementerian menerimanya Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri dengar ya...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat boleh habiskan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Boleh beritahu apakah yang akan dilakukan, apakah tindakan yang akan diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas melihat laporan audit ini? Sekarang saya tahu Tuan Pengerusi, mengapa laporan audit semuanya lambat dua minggu dibentangkan. Rupa-rupanya kita teruk. Semakin lama semakin teruk laporan audit ini. Apa sebabnya? Walaupun ada yang mendapat banyak bintang, tetapi sebab apa ini berlaku? Sebab Barisan Nasional sudah memerintah lebih 50 tahun, kewangan yang paling asas ini pun telah tidak dapat diuruskan dengan baik.
Akhirnya di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna, Butiran 030100, saya hendak tanya...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Hah, itu baru ada butiran. Tadi tidak ada butiran.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya bagi contoh. Tidak faham kah contoh? Sekarang Butiran 030100 – Tribunal Tuntutan Pengguna. Saya ada menerima aduan di mana ada kes-kes di mana pihak tertentu tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberikan oleh Tribunal dan memohon alasan-alasan penghakiman dan mendapati ia amat tidak memuaskan hati dan tidak boleh diterima. Saya hendak tahu apakah saluran yang boleh diambil apabila timbul kes-kes sedemikian? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Pengerusi, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, butiran sama dengan Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ya?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Butiran sama?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Butiran sama.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sebab butiran samalah ini saya bangun. Butiran 030000 - Kepenggunaan dan Pengurusan.
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai peniaga yang beretika, yang jujur, yang berniaga dengan lunas-lunas yang dihalalkan oleh undang-undang. Kalau ini diamalkan oleh semua peniaga, maka terselamatlah pengguna-pengguna yang jumlahnya jauh lebih besar daripada peniaga. Itulah harapan kerajaan menubuhkan kementerian ini untuk menentukan pengguna akan dilindungi oleh peniaga-peniaga yang mencari kesempatan, yang menipu, yang menjalankan perniagaan-perniagaan yang palsu, jualan-jualan yang boleh memudaratkan.
Saya berterima kasih kepada kementerian, Yang Berhormat Menterinya dan Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menterinya. Walaupun Timbalan-timbalan Menterinya wanita tetapi kegigihan mereka boleh mengalahkan kekuatan lelaki. Saya kagum melihat mereka menjalankan tugas dengan begitu baik.
Namun, pengguna-pengguna masih lagi sentiasa tertipu dengan barang- barang yang palsu, harga tidak pula harga barang-barang palsu, tetapi harga barang- barang berjenama yang jenama ini ialah jenama barang-barang yang sengaja diletakkan jenama-jenama yang tertentu kerana si peniaga ingin mengaut keuntungan yang besar dengan meletakkan jenama seperti itu. Saya tidak perlu sebutlah jenama- jenamanya, terlalu banyak. Bukan semua pengguna faham. Akan tetapi kerana berselindung di sebalik jenama-jenama yang hebat-hebat, peniaga meletakkan atas kadar harga jenama yang sebenar tetapi barang yang diberikan atau yang disediakan atau yang dibeli oleh pengguna bukanlah setulen seperti yang sepatutnya. Jadi, ini tugas kementerian dengan para pegawai penguat kuasa untuk menentukan dan membongkar kegiatan-kegiatan durjana ini.
Ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan pengguna. Ubat-ubatan ini, kepada lelaki, perkara-perkara yang berkaitan dengan kekuatan batin. Memang lelaki sangat menggemari ubat-ubatan seperti ini, tetapi kesan kepada pengguna dari segi kesihatan tidak langsung dipedulikan oleh peniaga-peniaga ini. Saya tidak tahu sejauh mana pihak kementerian dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan dapat membanteras perkara ini. Ini soal yang berkaitan dengan kesihatan yang juga harus dilindungi rakyat kita daripada tertipu.
Kepada wanita, perkara yang diminati oleh wanita ialah bagaimana hendak merampingkan pinggang, macam mana hendak menjadikan seorang wanita secantik Yang Berhormat Batu Gajah umpamanya... [Ketawa] Bagaimana hendak melicinkan kulit, bagaimana hendak menggebukan muka. Ini menjadi tarikan kepada wanita-wanita yang memang ingin sangat sentiasa awet muda. Siapa yang dapat menentukan seseorang itu boleh awet muda dengan makan ubat ini? Iklan yang ditunjukkan gadis- gadis wanita yang memang tidak makan ubat pun cantik. Ramai wanita terpengaruh melihat model yang dipaparkan di surat khabar, majalah dan TV umpamanya. Memang mereka sedia cantik, rambut yang terurai panjang, lebat, hitam, memang dia begitu rupanya, yang sebenarnya pun tidak makan ubat tetapi sengaja digunakan untuk penipuan kepada wanita-wanita yang ghairah..., betul bahasa “ghairah” itu? Ghairah untuk menjaga kecantikan. Saya dengar iklan-iklan di radio, macam-macam ubat.
Semuanya kalau dipakai, selamatlah orang yang memakannya. Jerawat tidak akan timbul.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Muka yang berkedut menjadi tegang, dada yang leper menjadi menonjol...
[Disampuk] Tidak. Inilah dia. Harganya saya lihat sewenang-wenangnya dia letakkan.
Tidak ada satu kawalan bahawa barang seperti ini harganya sebegini, tidak ada. Ikut sedap pengeluar. Rakyat, oleh sebab iklan yang begitu canggih dan hebat, mereka tertipu. Ini harus diberikan perlindungan.
Alat-alat gantian kenderaan. Kadangkala kita mengganti alat-alat dalaman kenderaan kita, mereka kata ini yang tulen daripada negara Jepun, ini daripada negara Itali, ini daripada negara Jerman, tetapi yang dia buat ialah kereta-kereta yang telah pun berlanggar beberapa tahun, barang-barang yang telah pun digunakan oleh kenderaan lain tetapi dengan kaedah-kaedah tertentu, pengguna ..., yang harganya...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, boleh tanya sedikit?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bukan sedikit, banyak pun boleh.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Ketawa] Tidak ada, pasal saya takut terlupa.
Yang Berhormat sebut tadi masalah spare part, maknanya peralatan kenderaan.
Adakah Yang Berhormat sedar, kalau tidak silap saya memang kerajaan hendak mengharamkan sudah pengimportan spare part secondhand ini kerana banyak penipuan. Akan tetapi ada golongan membantah, ada pihak membantah dan kita tahulah dalam negara kita siapa yang rangkaian perniagaan yang besar, rangkaian- rangkaian..., saya tidak perlu sebutlah, nanti sensitif pula. Akan tetapi memang ada pihak yang membantah. Kalau tidak, mungkin sebahagian masalah ini sudah dapat diatasi. Sekian.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas. Saya tidak dapat hendak menjawab. Jadi, saya masukkanlah ucapan beliau dalam ucapan saya untuk dijawab oleh kementerian. Itu lebih selamat bagi saya.
Ini pelekat-pelekat harga ini. Barang-barang kawalan, diletak pelekat harga.
Saya tidak tahu sejauh mana penguatkuasaan dapat menjalankan tugas secara menyeluruh. Di hulu-hulu, di kampung-kampung, di pinggir-pinggir bandar letak tanda harga. Akan tetapi, tanda harga yang sebenarnya berbeza di mana penguatkuasaan berkeliaran. Kita tertipu. Harga-harga barang yang melambung-lambung yang sengaja diletakkan alasan-alasan mengapa harga itu lebih tinggi. Sebab yang utama kerana pengangkutan. Orang ramai hanya menerima dan membayar.
Akan tetapi, sampai bila hendak kita biarkan peniaga-peniaga yang menyeleweng ini dapat terus menipu pengguna-pengguna. Jadi saya harap... Satu lagi.
Sudah biasa dibangkit di sini. Jualan murah. Betulkah murah? Saya tahu kementerian pernah menjawab, sesuatu pusat membeli-belah kalau hendak menjalankan harga murah, terlebih dahulu dia beri notis kepada kementerian menghantarkan senarai- senarai harga asalnya begini, harga yang jualan murahnya begini. Apakah benar apa yang telah dibuat itu benar-benar ditepati?
Jadi, inilah masalah penggunaan yang mesti kita berikan perlindungan. Saya faham pihak kementerian memang bersungguh-sungguh. Akan tetapi kadangkala kementerian alasan yang paling popular yang kita dengar, kakitangan tidak cukup, jentera tidak ada, kekurangan jentera, kami memang hendak melaksanakan. Jadi, saban tahun kita akan mendengar jawapan yang sama.
Jadi Tuan Pengerusi, inilah sedikit sebanyak sentuhan saya dalam membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri yang hadir. Jadi, inilah sahaja Tuan Pengerusi. Walau bagaimanapun, saya menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Puteh Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Pasir Puteh. Saya ingat Pasir Mas... [Ketawa]
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ada dua isu yang hendak disebutkan. Satunya ialah daripada Butiran 040000 - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Ada dua isu di sini ialah satunya, adakah oleh sebab dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini semasa beliau membentangkan bajet baru-baru ini, koperasi langsung tidak disentuh dalam ucapannya. Jadi, adakah koperasi ini tidak dijadikan lagi sebagai satu, disebut dahulu ialah seperti satu penjanaan ataupun penjana ekonomi ketiga negara kita. Akan tetapi, baru-baru ini tidak disebut. Jadi, adakah ini sudah pun mengurangkan dasar yang diberikan pada tahun-tahun yang lalu.
Kedua ialah peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini sendiri. Dalam dua isu yang saya hendak disebut di sini, salah satunya ialah isu saman oleh lima koperasi di bawah Angkasa. Ini kerana kalau ini berlaku, prestasi ataupun wibawa Angkasa yang melindungi atau menaungi beribu koperasi di bawahnya akan terjejas. Jadi tentang saman bekas Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengarahnya terhadap Angkasa itu, saya hendak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Kedua ialah beberapa laporan polis dibuat oleh bekas Lembaga Pengarah Koperasi KOSWIP terhadap salah guna kuasa lembaga pengarahnya termasuklah dalam salah guna kuasa dari segi penyalahgunaan wang zakat yang disebutkan di situ yang juga yang telah..., saya ada laporan di sini ialah SKM telah pun membuat laporan ini dan semacam sudah ditentukan ada salah guna kuasa itu betul-betul terhadap lembaga pengarah itu dan diminta beberapa arahan diberi. Akan tetapi, setakat ini kita tidak nampak penguatkuasaan ataupun tindakan-tindakan disiplin diambil terhadap lembaga pengarah berkenaan.
Kedua ialah Butiran ataupun Kepala 030000 iaitu Kepenggunaan dan Pengurusan. Apakah kerajaan ataupun kementerian dapat melihat balik mengenai laporan yang dibuat oleh Persatuan Industri Kecil dan Sederhana terhadap JAKIM pada penemuan DNA babi dalam produk makanan. Jadi apakah penguatkuasaan dibuat ataupun penilaian dibuat dengan baik. Termasuk juga ialah kementerian mesti lihat tentang rangkaian restoran tomyam ini sendiri yang kita dapat tahu bahawa ramuan tomyam yang sedap itu, semuanya adalah diimport daripada Thailand termasuk kicapnya dan sebagainya itu. Itu penting dilihat atau dilakukan. Jangan kita terperangkap dengan isu halal yang kita termasuk jugalah barangkali saya rasa Colgate itu sendiri pun dibuat di Thailand, bukan di tempat kita.
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Jadi, walaupun sijil halal dikeluarkan oleh JAKIM sudah dikeluarkan akan tetapi itu pun barangkali rasa ada satu masalah yang timbul. Termasuk jugalah ialah restoran kopitiam ini. Saya diberitahu bahawa tidak ada satu pun sijil halalnya. Jadi, ramuan-ramuan yang dibuat itu pun diragukan oleh pengguna. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya cuma ada dua perkara dan satu ulasan. Pertamanya ialah Butiran 030200 - Gerakan Kepenggunaan.
Saya beberapa kali telah meminta kementerian supaya memberi peruntukan yang secukupnya kepada NGO-NGO, persatuan-persatuan pengguna yang menjalankan tugas mereka di lapangan. Untuk memberi, mengajar pengguna dan rakyat Malaysia ini menggunakan kuasa mereka supaya pengguna, supaya ahli-ahli perniagaan, kedai-kedai yang menzalimi pengguna ini dapat diberi pengajaran melalui boikot, melalui pilihan pembelian yang terbaik.
Masalahnya sekarang, rakyat selalu menyalahkan kerajaan dan kerajaan bukanlah satu entiti yang begitu efektif untuk menggerakkan isu-isu kepenggunaan ini.
Sebab itu dalam belanjawan yang telah kita sediakan lebih kurang RM12 juta ini, saya mintalah kerajaan kalau boleh bagi NGO-NGO kepenggunaan ini belanjawan yang mencukupi. Biar mereka yang buat kerja.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Biar mereka yang menggerakkan kekuatan pengguna di peringkat akar umbi supaya mereka ini kerana mereka yang rajin. Mereka turun, they are on the ground.
Walaupun kita selalu mengatakan bahawa kerajaan bertanggungjawab dan sebagainya, saya rasa elok kita bagi tanggungjawab ini kepada NGO. Banyak NGO di sana, di luar sana yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi. Sebab itu bagilah secukupnya. Saya masih ingat lagi dalam bajet pun kita katakan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan ada sedikit jumlah yang akan diberikan kepada NGO- NGO ini.
Keduanya Tuan Pengerusi ialah Butiran 090600 - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Saya berharap kementerian melihat koperasi di negeri Sabah ini, ramai di antara pegawai-pegawai koperasi di sana yang layak untuk menjadi Pengarah Koperasi Negeri Sabah. Saya rasa sudah tiba masanya Jabatan Koperasi Negeri Sabah ini diketuai oleh orang Sabah. Not because they are Sabahans, but because he is qualified.
Ada beberapa perkara kadang-kadang yang orang Sabah yang layak untuk menjadi pengarah itu di transfer ke negeri yang lain. Saya tidak ada masalah dengan..., isteri saya pun orang Kedah, tidak ada masalah. Akan tetapi soalnya sekarang ini mungkin kalau pegawai itu dapat kembali ke negeri Sabah ataupun berada di negeri Sabah menguasai jabatan tersebut, mereka boleh memahami sedikit sebanyak keadaan di peringkat bawah.
Tuan Pengerusi, saya buat ulasan sedikit. Saya mendengar tadi ucapan daripada Yang Berhormat Bukit Gantang, bukan Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat Batu Gajah. Saya di toilet Tuan Pengerusi. Suaranya sampai ke sana dengar. Saya rasa mesti ada peraturan undang-undang, peraturan dalam Dewan ini decibel itu. Tuan Pengerusi lebih faham ini.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tidak, ini masalahnya. Ada beberapa Ahli MP kalau bercakap, lebih-lebih daripada pembangkang ini kuat sangat ini Yang Berhormat Sri Gading. Sampai kita tidak boleh menghayati hujah mereka. Sampai sakit telinga. Sampai kita tidak boleh menghayati...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh kencing tidak tadi?
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Akan tetapi kalau macam Yang Berhormat Tenggara itu okey.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh buang air tidak tadi?...
[Ketawa]
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Tenggara itu dia bercakap dengan olahan bahasa yang baik. Itu lain. Cuma saya ingin hendak bagi tahu Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi
Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat. Masing-masing punya stail. Yang Berhormat Kota Belud juga apa kurangnya. Sila teruskan.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya cuma dalam keadaan tertentu Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ya, teruskan.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Itu kalau kena provoke. Saya ingin bagi tahu sedikit tentang ini pandangan saya Yang Berhormat Batu Gajah, ada di atas itu. Saya ingin bagi pandangan sedikit Tuan Pengerusi, mengenai laporan audit ini yang di bawa oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Dalam masa - semualah kita di sini. Jangan anggap pembangkang sahaja yang khuatir ataupun resah atau marah atau gelisah dengan laporan audit ini.
Kami di Barisan Nasional ini juga merasakan ianya patut dihentikan segala jenis salah guna kuasa, ketirisan, kebodohan. Akan tetapi pada masa yang sama Tuan Pengerusi, saya ingin membawa isu ini dalam perspektif yang betul. Apa dia audit?
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Audit adalah satu exercise, satu aktiviti untuk mengenal pasti kelemahan. Itu asas audit...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Inilah hendak bagi. Saya dah bagi warning tadi Yang Berhormat. Saya kata ulasan. Sekejap. Itu sebab saya bawa dua point sahaja dalam kementerian ini. Saya hendak ulas Yang Berhormat Batu Gajah sikit. Tuan Pengerusi, sebab itu saya katakan walaupun ada kelemahan, yang saya tidak setuju ialah dengan mengatakan seolah-olah kerajaan ini kerajaan yang akan bankrap. Kerajaan yang tidak bertanggungjawab sama sekali... [Dewan riuh] Jangan kacaulah Yang Berhormat. Jadi, saya katakan Yang Berhormat...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Menteri Idris Jala yang cakap.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, saya hendak katakan begini. Di negara-negara luar Tuan Pengerusi, saya hendak bagi tahu Tuan Pengerusi, Laporan Audit bagi tahu saya negara yang tidak mempunyai kelemahan.
Saya buat sedikit kajian. Saya tengok, saya letak dalam Google, ”What is the best country in the world?”. “Canada.” Kanada adalah negara yang telah keluar dalam Google yang mengatakan mereka adalah sebuah negara, is the best country to do business. Selepas itu saya check laporan auditnya Yang Berhormat Sri Gading. Tahun demi tahun, mereka menunjukkan ketirisan, kelemahan perkhidmatan awam mereka. Saya bagi contoh yang terkini, di Kanada. Ketirisan RM4 juta dalam Financial Administration Act.
Maksud saya tadi, ini ialah kita kena letakkan Laporan Audit ini dalam perspektif yang betul. Jangan sekali-kali kalau saya katakan begitu bahawa saya meminta, saya mengiyakan apa yang dibuat oleh perkhidmatan awam ataupun kementerian. Memang kita tak mahu ini berlaku dan kita mahu siapa yang bertanggungjawab itu dihukum, di ambil tindakan disiplin supaya tidak berlaku lagi.
Akan tetapi dalam pada masa yang sama, perspektifnya, UK tahun lepas, audit di United Kingdom...
Dato' Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Akan tetapi kalau perspektif yang kita bincang...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Bagi saya cakap. Nanti saya bagi ruang Yang Berhormat.
Dato' Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Perspektif Tuan Pengerusi, kita hendak bincang...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau hendak bercakap, jangan menyampuk.
Dato' Kamaruddin Jaffar - Tumpat
...Kalau Menteri dapati suami atau isterinya berniaga...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat...
Dato' Kamaruddin Jaffar - Tumpat
...Dan dapat daripada kerajaan RM250 juta, Menteri itu akan terus letak jawatan.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sekali lagi Yang Berhormat...
Dato' Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Kalau perspektif perbandingan yang kita gunakan.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Semalam datanglah mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri... [Dewan riuh]
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Tumpat, itu sebabnya Yang Berhormat cuma datang sebelah malam. Kalau Yang Berhormat datang awal setiap hari macam kawan-kawan yang daripada pagi sampai malam, Yang Berhormat akan tahu bahawa tohmahan Yang Berhormat itu tidak betul dan telah pun dihujahkan oleh Yang Berhormat Rembau, saya, semua di sini tentang RM250 juta.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ahli Parlimen wanita tidak berhujah pun.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Biar saya habiskan ulasan dulu.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ahli Parlimen wanita tidak berhujah, maka tidak tahu benda itu betul, salah.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, saya hendak katakan di sini Tuan Pengerusi, bahawa di negara yang hebat-hebat ini pun laporan audit mereka begitu negatif sekali. Di UK seperti mana yang saya katakan tadi, 500 juta pound tahun lepas dianggap sebagai satu pembaziran di dalam health services di sana.
Pada saya Tuan Pengerusi, ya kita terima laporan audit.
Dato' Johari Abdul - Sungai Petani
[Bangun]
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya sebagai ahli PAC memang geram. Akan tetapi pada masa yang sama tidak adil untuk pihak pembangkang setiap malam berceramah di kampung-kampung di seluruh ceruk rantau di negara Malaysia ini seolah-olah kita sudah hilang kawalan kita. Tidak lagi boleh menjadi sebuah kerajaan yang efektif. Ini masalahnya Yang Berhormat Sri Gading, dia orang bercakap tentang Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri tidak sebut.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak berani. Jadi, saya tidak mahu...
Dato' Johari Abdul - Sungai Petani
Cuma Tuan Pengerusi...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Ucapan saya ini digunakan pula oleh pembangkang mengatakan saya mengiyakan segala ketirisan. Tidak! Saya bagi warning dulu. Yang Berhormat Pokok Sena jangan pergi ceramah di Kedah...
Dato' Johari Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Kota Belud.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
...Dan kata Yang Berhormat Kota Belud setuju dengan ketirisan ini. Tidak!
Dato' Johari Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Kota Belud sedar tidak...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Akan tetapi kita letakkan laporan ini dalam perspektif yang betul. Kita boleh komen tetapi ada pembangkang yang seolah-olah menuduh Menteri bermacam-macam jenis perkara yang dituduh.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya rasa tidak adil kita cari jalan. Saya hendak bagi tahu dan saya boleh berjanji dengan tuan-tuan. Kalau tuan-tuan Yang Berhormat semua menjadi Menteri di – kalaulah dijadikan tidak mungkin tetapi kalau dijadikan Menteri dalam kerajaan Pakatan Rakyat, ketirisan ini tidak akan dapat dihapuskan 100 peratus.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Cuma sedikit Yang Berhormat Kota Belud. Sedarkah Yang Berhormat Kota Belud di UK.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi...
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Saya rasa Yang Berhormat Kota Belud juga menuntut di US dan pernah ke UK. Di UK, apabila bajet session rakyat akan mendengar live dan laporan audit ini akan menjadi salah satu perkara yang amat dinanti-nanti. Live rakyat boleh tengok dari pagi sampai ke malam dan ianya tidak disampingkan. Ia menjadi agenda utama dalam House of Common.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, saya jawab dulu.
Nanti saya bagi Yang Berhormat Batu Gajahlah.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Kita belajar di UK sekali.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya jawab dahulu. Yang Berhormat sekarang ini pun live dalam internet. Saya selalu melihat mana Yang Berhormat Bakri ada menaja satu laman web. Kita live sekarang ini cuma mungkin di dalam TV. Saya setuju. Saya dalam rekod mengatakan saya setuju kalau ada live telecast.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Akan tetapi, saya hendak bagi tahu Yang Berhormat sewaktu pemimpin ketua umum menjadi Menteri Kewangan, tidak tiap-tiap tahunnya saya hendak bagi tahu bahawa buku Auditor General Report keluar bersama-sama dengan bajet, pada masa bajet. Tidak! You check. Saya sudah check dengan Tan Sri Ambrin Buang.
Bukan setiap tahun even zaman Tan Sri atau zaman Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan. Kita kena berlaku adil juga. Itu sebabnya sekarang ini pun timbul soal tentang laporan audit tidak ada ruang, tidak ada bukan kerajaan tidak memberi ruang kepada Yang Berhormat untuk menimbulkan apa isu ini.
Cuma apa yang saya katakan ialah kita kena berpada-padalah. Jangan anggap, saya baca, saya tengok YouTube Yang Berhormat. Kadang-kadang kalau tohmahan itu keterlaluan sampai bordering is fitnah. Kita perlu membangunkan...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Selangor okeykah Selangor?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya rasa Yang Berhormat Kota Belud argument Yang Berhormat Kota Belud tidak boleh digunakan langsung. Yang Berhormat hanya menggunakan Google search kata Kanada, UK pembaziran peratus juta. Akan tetapi, persoalannya pembaziran bentuk mana? Kita punya pembaziran bagaimana. Pembaziran kita beli 23 kuda, 18 tidak boleh guna, lima sahaja boleh guna untuk pertandingan. Kita beli, kita buat bayaran sebelum terima perolehan. Kita beli selepas itu tidak guna. Jadi Yang Berhormat jangan cuba hendak menyelewengkan seolah-olahnya laporan audit, laporan ini sepatutnya boleh diterima.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jangan, jangan. Don’t put word into my mouth. Okey, okey.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Pembaziran ketirisan ini seolah-olahnya boleh diterima kerana Kanada, UK pun ada pembaziran.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya bagi tahu Yang Berhormat begitulah saya faham...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Pembaziran bentuk bagaimana?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini masalahnya Yang Berhormat kalau saya bagi peluang. Okey, saya faham. Saya jawab, saya jawab boleh?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Pembaziran bagaimana? Corak bagaimana. Ini adalah pembaziran berulang-ulang tahun yang sama.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Baik Yang Berhormat. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat. Bagus soalan Yang Berhormat itu. Saya hendak bagi tahu dalam laporan yang dikeluarkan oleh National Audit Office United Kingdom.
Hospital beli 13,177 jenis glove. Apa ini sarung tangan, 177,21 jenis A4 paper.
Pembaziran yang dibuat 5,000 jenis items. Ini baru satu sahaja. Health services 500 paun. Kalau kali lima sudah berapa itu, berapa bilion itu? Akan tetapi...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
No, saya bukan sekali lagi saya ingin katakan Yang Berhormat Batu Gajah, saya tidak sama sekali mengiakan apa yang dibuat oleh setengah-setengah pihak dalam kementerian. Itu tidak saya dalam PAC kita akan siasat sampai ke akar umbi. Kita pun sedang menyiasat sekarang ini. Akan tetapi, yang saya katakan di sini ialah perlu berpada-padalah. Berpatutanlah, tidakkanlah kerana satu binokular walaupun harganya RM50,000 kerajaan ini tidak boleh pakai langsung.
Ini kalau soalnya pekerja ataupun pegawai bawahan yang buat, takkan Perdana Menteri yang menjadi masalah. Ini masalahnya Yang Berhormat. Kos akauntabiliti yes. Saya faham, ini masalah saya apabila saya dengar cantik. Itu kita tujukan kepada isu-isu tertentu, cantik. Akan tetapi kalau sudah hujah Yang Berhormat itu sampai ke tahap negara ini sudah huru-hara ekonomi yang tidak boleh. Hai! Saya dengar Yang Berhormat suara Yang Berhormat tadi. Saya di dalam tandas tadi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Itulah persoalannya. Tidak ada dalam Dewan kena ke tandas...
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Selepas itu dalam Dewan ini kata saya cuba huru-harakan isu ini.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Sri Gading. Yang Berhormat Sri Gading. Di mana kita Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau ada Yang Berhormat Kinabatangan sini dia di audit kita punya masa.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, Yang Berhormat. Hendak habis sudah Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Tidak ada siapa yang tukang audit masa.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya hendak habis, habis. Bagi saya seminit habis.
Tuan Pengerusi
Terima kasih.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Cuma saya sekali lagi katakan, tengok di UK, tengok di Australia, tengok di Kanada, tengok di Amerika. Laporan auditnya bukannya cantik semua. Itu sebabnya laporan audit. Akan tetapi, jangan sekali-kali saya akan tengok YouTube Yang Berhormat Batu Gajah, jangan kata saya setuju dengan laporan ini. Kalau tidak saya saman nanti. Saya cuma katakan put in perspective...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jangan hendak takut-takutkan saya.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Mana saya berkata you takut.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tidak perlu membangkitkan adalah demi kebaikan negara.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Kerana Yang Berhormat pergi cari...
Tuan Pengerusi
Bukan cara berbahas begini.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, habis, habis sudah. Cuma saya hendak katakan kalau boleh...
Tuan Pengerusi
Kesianlah kamu Ahli-ahli Yang Berhormat kepada orang yang duduk di atas sini yang mendengar hujah setiap hari. Semua hujah itu adalah baik. Kalau tidak diterima tidak mengapalah, diam-diam. Datang masa Yang Berhormat berhujah, berhujahlah sepuas hati. Saya tidak pandai puas hati tetapi saya terpaksa bersabar.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya hendak menggulung Tuan Pengerusi, terima kasih, terima kasih Tuan Pengerusi yang berwibawa. Cuma itu saya katakan tadi. Kalau kita hendak komen no problem. Saya terbuka, saya dalam PAC malah saya lebih suka benda-benda ini dapat diselesaikan tetapi saya rasa kita perlu berlaku adil bukan sahaja kepada Kerajaan Persekutuan tetapi kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Selangor...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Selangor, Selangor.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kerajaan Kedah, Kerajaan Negeri Kelantan kerana mungkin kadang-kadang sistem sudah cantik tetapi manusia pegawai yang leka sehingga menyebabkan perkara ini berlaku. Jadi itu poin saya, saya minta supaya Yang Berhormat Pokok Sena jangan gunakan dalam ceramah di Pokok Sena itu nanti. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Kali ini saya panggil Ahli-ahli Yang Berhormat yang jarang- jarang bercakap. Kalau yang selalu berhujah itu, marah-marah saya tidak kisah. Sila Yang Berhormat Jerai.
Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi laluan kepada saya untuk berucap yang jarang-jarang berucap ini. Bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Pengguna saya merujuk kepada Butiran 030300 – Penyelidikan dan Dasar.
Seperti mana yang kita sedia maklum, kita mohon pihak kementerian dengan serius buat kajian dari sudut pemakanan khususnya pemakanan ringan dan pemakan segera ini. Pertamanya ialah kesan kepada kesihatan rakyat dan kalau ia sesuatu sekadar makanan ringan yang tidak ada dalam protein, yang tidak ada manfaat yang kita minta kementerian buat kajian secara menyeluruh dan maklum kepada rakyat supaya rakyat tidak menjadi mangsa kepada kuasa membeli ini tadi. Khususnya makan-makanan ringanlah di kedai-kedai runcit anak-anak kita di sekolah di kantin- kantin sekolah kadang-kadang kita tengok baju anak kita habis dengan makanan ringan sahaja.
Keduanya, Butiran 030400 – Standard Kepenggunaan iaitu keselamatan barang penggunalah yang mana kita hari ini kita melihat bagaimana pelbagai produk makanan kesihatan kurus badan sebagainya, kecantikan yang telah pun begitu memenuhi pasaran semasa. Cuma bagaimana tahap keselamatan yang perlu dinilai oleh pihak kementerian supaya barang ini dapat dinilai dan hari ini kita dilihat dari sudut harga barang mahal ataupun kualiti barang?
Disebut walaupun kualitinya baik tetapi harganya murah juga jadi satu isu yang dianggap tidak ada kualiti sebabnya barangnya murah. Ada barangnya kualiti tetapi barangnya tidak kualiti, harganya mahal. Dilihat baik sebab harganya mahal. Ini antara produk yang khususnya produk untuk kuruskan badanlah dan termasuk juga pakaian di pasar raya-pasar raya kita melihat ini seolah-olah menjadi macam gimik antara kualiti dengan harga barang. Jadi yang kedua, mohon peningkatan kesedaran pengguna supaya sentiasa ada bahan-bahan kempen yang dijalankan oleh pihak kementerian supaya dari semasa ke semasa rakyat dididik dengan pengguna ini tadi.
Bukan sekadar isu subsidi sahaja sering kali kerajaan membuat ungkapan kerajaan telah membayar RM200 juta subsidi gula dan sebagainya.
Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai
Akan tetapi kita juga mesti mendidik rakyat supaya memahami isu pengguna ini. Kemudian, 070700 – Kempen Beli Barangan Malaysia. Saya ingin tahu, ya, mengikut maklumat yang saya ada hanya zaman Tun Abdullah Badawi sahaja, 19 Januari dikatakan itu antara kempen beli barangan Malaysia. ”Beli Barangan Malaysia Pilihan Bijak”, temanya. Kemudian, Menteri sekarang mengatakan “Pengguna Patriotik”. Itu antara tema-tema yang cuba hendak diketengahkan. Cuma saya hendak sebut sahaja barangan Malaysia, banyak mana di pasaran? Kalau kita pergi ke pasar borong, kita semua lihat barangan Chinalah ataupun barangan China yang diubah brandnya pada buatan Malaysia.
Kita lihat barangan ini apakah dari sudut kualitinya? Kemudian, apabila kita hendak barang murah, tidak kualitilah ataupun barang Malaysia belum mengatasi murah dan berkualiti. Ini perlu difahami oleh kita sekalian kerana kalau kita lihat dari sudut permainan kanak-kanak. Barang-barang ini kebanyakannya dari negara luar yang membanjiri pasaran tempatan. Jadi, di manakah barang buatan Malaysia yang ke mana akhirnya kempen “Beli Barangan Malaysia Pilihan Bijak”.
Kemudian, 090500 iaitu Pemantauan Harga Barang. Saya ingin tahulah di mana pegawai-pegawai ini bergerak? Apakah mereka sentiasa bersama dengan rakyat memenuhi harga-harga barang, harga makanan di restoran-restoran mamak khususnya. Tadi Yang Berhormat Pasir Puteh ada disebut bagaimana produk makanan tomyam yang menjadi begitu hangat diperkatakan pada hari ini. Kita lihat juga restoran mamak ini apakah kelebihannya dengan restoran-restoran biasa yang fresh orangenya harga agak melambung tinggi sedangkan kuantitinya, kualitinya sama dengan restoran biasa. Apakah dia diberikan layanan istimewa dan diletakkan harga yang begitu menarik mengatasi harga di restoran-restoran lain? Ini harga barang. Apakah dia mendapat lebih kualiti produknya berbanding dengan restoran biasa? Ini juga ataupun Menteri letak di situ, maklumkan daripada awam harga-harga special. Restoran mamak harga special. Bagaimana, supaya kita ada harga patut yang kita perjuangkan selama ini.
Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai
Kemudian, dari sudut 030300 - Pendidikan dan Dasar. Saya hendak sebut berkaitan dengan produk halallah supaya kementerian bertanggungjawab dari sudut pemakanan, alat-alat guna, kulit yang pada hari ini yang agak menjadi satu isu lagi yang dipanggil syubhah apabila tidak jelas kualiti halal dengan haramnya sehinggalah pada ubat gigi dan syampu dan sebagainya. Satu perkara yang perlu dilihat, saya difahamkan oleh seorang ustaz, ubat gigi Mukmin. Berkaitan dengan isu tulisannya.
Bukannya daripada segi produk itu. Tulisan Mukmin itu kalau dilihat daripada segi bahasa Arabnya “mim”, “wau”, “hamzah”, “mim”, “nun”. Ia adalah kalimah al-Quran.
Dia cuba minta saya untuk berucap dalam Dewan ini, tanya Menteri tengok.
Kalau setakat M-U-K-M-I-N... [Mengeja] Tidak apa tetapi “mim”, “wau”, “hamzah”, “mim”, “nun” adalah kalimah al-Quran daripada kalimah “alif”, “mim”, “nun”, “amana”.
Minta kementerian beri jawapanlah. Apakah sensitiviti itu tidak langsung diambil kira?
Apabila dalam toilet, jatuh dalam toilet, bilik air, dipijak pula oleh anak-anak. Dia berasa agak sensitiflah kalau kalimah itu juga. Saya tidak menafikan daripada segi produk itu tetapi tulisan itu perlu diambil kira.
Kemudian, dari sudut halal. Ini perlu diketengahkan betul-betul kemudian supaya biasanya daripada segi pemakanan ada larangan dalam agama kerana Nabi selalu membaca... [Membaca sepotong doa] Maknanya daripada segi memohon, hari- hari memohon rezeki yang baik, rezeki yang halal. Rezeki yang halal, ilmu yang manfaat, amalan diterima.
Akan tetapi kalau pihak kementerian tidak bertegas dalam halal haram ini, mana mungkin doa kita akan diterima oleh Allah SWT. Ini kerana ia berpunca daripada sebab persoalannya akhirnya dipertanggungjawabkan oleh kementerian yang ada kuasa. Oleh sebab itu, kita mesti menelitinya bukan sekadar logo menjadi isunya tetapi daripada segi proses, jaminan pemakanan ini daripada kementerian itu diteliti sebaik mungkin. Ini kerana pada hari ini, coklat, gula-gula sekalipun tentu ada halal haramnya.
Sesuatu yang masuk ke dalam mulut kita. Maknanya kalau tidak cukup pegawai, kementerian tambah pegawailah. Tidak cukup penguat kuasa, tambah penguat kuasalah. Ini disebabkan ia menjadi satu isu besar kepada kita orang Islam. Jadi, jangan kita ambil lepas pandang. Sekadar ada logo halal, kemudian daripada mana prosesnya. Contoh sardin. Daripada mana datangnya? Pemprosesannya, kesihatan kilangnya.
Kemudian yang terakhirnya 060000 – Perbadanan Harta Intelek. Saya melihat bagaimana cetak rompak ataupun barang tiruan yang menjadi-jadilah. Antaranya kita melihat dua produk yang sama, brand yang sama, dijual di satu-satu pasaran ataupun satu-satu kedai. Contoh Radixlah. Ada Radix original dengan Radix tiruan. Disebutkan Radix original, RM19. Radix tiruan ini RM14... [Ketawa] Jadi, apakah dibenarkan sebegitu sekali berleluasa. Itu sebagai contoh. Apakah selepas ini ada pula tiruan makanan lain yang dianggap dibuat secara meniru brand. Brand yang baik, produk yang baik yang dihasilkan oleh bumiputera, kemudian ada orang yang meniru dan tidak ada pencegahan, tidak ada larangan yang berlaku berleluasa di negara kita. Jadi, akhirnya pengguna menjadi mangsa. Pengguna terpaksa mengambil yang murah, tidak dapat khasiat yang asal kerana semata-mata murah tetapi nama yang sama. Ini contoh yang saya dapat kumpulkan.
Jadi, mohon pihak kementerian supaya menjaga rakyat dan mengemaskinikan perjalanan kepenggunaan ini dan supaya tidak tertipu dan rakyat dengan selesa dan selamat mengguna dan kita kata yang selamat untuk menggunakannya di dalam negara kita ini. Pohon.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Labuan.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedikit sahaja Tuan Pengerusi iaitu mengenai Butiran 030000 – Kepenggunaan dan Pengurusan. Seperti mana yang kita sedia maklum, harga-harga barang di Wilayah Persekutuan Labuan begitu tinggi berbanding dengan bandar-bandar atau kota-kota di seluruh Malaysia. Kalau kita lihat secara keseluruhan, hampir 30 peratus barangan di Labuan lebih tinggi dari tempat-tempat lain.
Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan
Walaupun status Labuan itu sebagai sebuah pulau bebas cukai, cuma yang murah adalah coklat, minuman keras, rokok dan harga kereta. Jadi, makanan-makanan biasa juga bahan-bahan bangunan cukup tinggi harganya. Apakah langkah-langkah kementerian? Tidak adakah langkah yang terbaik untuk menyeimbangkan harga barang-barang di Wilayah Persekutuan Labuan yang mana kalau kita memperoleh gaji RM1,000, di Labuan kita cuma nilainya RM700 sahaja kerana 30 peratus sudah harga barang lebih tinggi.
Jadi, apakah keseimbangan yang sedemikian akan dapat memberikan keselesaan kepada rakyat di seluruh pulau itu. Kita mengharapkan agar kementerian mencari langkah atau formula yang terbaik agar keseimbangan barangan di Wilayah Persekutuan Labuan itu dapat dilihat secara teliti. Ini kerana sudah bertahun-tahun kita menyuarakan perkara ini. Alasan kementerian, disebabkan di Labuan kononnya pengangkutan mahal dan sebagainya. Kalaulah cara yang terbaik, kita beri subsidilah pengangkutan itu supaya keseimbangan harga barang itu sama macam yang ada di Kota Kinabalu, di Sarawak dan juga di Semenanjung. Kalau kita bandingkan dengan Semenanjung malah lebih tinggi berbanding dengan Sabah dan Sarawak. Jadi, kita lihat dalam hal ini apakah langkah yang terbaik bagi kementerian? Lihatlah bahawa orang Labuan itu juga orang Malaysia. Juga kita harus tidur sebantal dan mimpi yang sama. Jangan kita tidur sebantal tetapi mimpi tidak sama.
Jadi, ini masalah yang kita lihat tidak ada keseimbangan antara penduduk Labuan dan juga harga-harga barang yang ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak. Kita mengharapkan kementerian harus fokus sedikit kerana Pulau Labuan ini cuma 100,000 orang sahaja penduduknya. Kalaulah yang 100,000 orang ini diabaikan, satu kerusi Parlimen ada di situ. Kita perlu ingat jugalah. Jadi, sama- samalah kita menyeimbangkan agar kerajaan dapat melihat kesusahan dan juga masalah-masalah di Wilayah Persekutuan Labuan. Jadi, walaupun statusnya duty free tetapi kita tidak sama macam di Langkawi.
Oleh itu, rakyat Labuan, bagi pihak rakyat Labuan, saya menyeru kepada kementerian agar dapat melihat masalah-masalah tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut menyokong. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pasir Mas. Selepas Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010300 – Penguatkuasa (Ibu Pejabat)...
Tuan Pengerusi
Jangan risau. Insya-Allah semua dapat cakap.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sekali gus Butiran 090500 - Emolumen Pegawai Pemantau Harga. Secara ringkas oleh kerana masa tidak mengizinkan, Tuan Pengerusi. Kita memang sedia maklum, memang dalam dunia perniagaan ini, seribu satu macam penipuan berlaku. Inilah beban yang terpaksa dipikul oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sudah disebut daripada masalah kawalan harga, penipuan produk, masalah ah long. Macam-macam masalahlah. Cuma tinggal lagi secara ringkas ialah masalah penguatkuasaan dan tentu tenaga penguatkuasaan tidak mencukupi. Sekarang kerajaan membelanjakan sebanyak lebih RM31 juta. Saya tidak tahu berapa ramai pegawai penguatkuasaan dari segi kawalan harga ini. Mungkin satu Parlimen atau satu daerah, seramai seorang atau dua orang.
Nescaya saya rasa tidak mencukupi dan kita pun tidak tahu sejauh mana jati diri kakitangan ini. Betul-betul bersih ataupun tidak mudah disogok sebab saya tengok selama ini ada di kalangan pegawai-pegawai penguat kuasa berjalan dengan tauke- tauke. Minum di coffeehouse. Saya perasan. Apa pasal rapat sangat ini? Ini persoalannya. Akan tetapi saya tidak tuduh. Soalnya tidak berkesan. Kalau ada yang macam ini, jumlah pun tidak mencukupi.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi, saya hendak buat cadangan, Tuan Pengerusi. Kalau boleh diberi perhatian. Kenapa tidak dimobilisasikan macam RELA? Diberi kad penguatkuasaan.
Kalau perlu masalah undang-undang, pinda undang-undang supaya kita ramai lagi tenaga yang boleh menjadi mata dan telinga kepada masalah kenaikan harga barang ini. Ini yang paling utama, termasuklah penipuan barang-barang, kempen kata kononnya jualan murah tetapi sebenarnya tidak. Termasuk segala hal lah. Boleh dibuat ataupun saya hendak cadangkan supaya pihak kementerian ada insentif iaitu sesiapa sahaja yang membuat laporan dan laporan itu betul ada kedai yang suka menaikkan harga barang ikut suka hati, maka dia diberi hadiah sebanyak RM500 atau RM600.
Saya percaya semua rakyat di negara kita akan berlumba-lumba untuk memberi laporan. Paling tidak bila dia masuk kedai, dia tengok ada penipuan, ada kenaikan harga barang, dia boleh buat laporan dan dia boleh dapat RM500. Kenapa tidak? Mungkin ini caranya, dengan syarat laporan dia itu betul. Jadi kita ramai penguat kuasa. Banyak kumpulan tetapi kita tidak selaraskan. Tidak digunakan secara holistik.
Masing-masing dengan kementerian masing-masing. Masing-masing dengan cara masing-masing.
Kalau di desa, di daerah-daerah, lagi tidak terkawal. Kalau seorang dua pegawai dia masuk kedai, masa itu adalah tanda harga. Dia keluar daripada kedai, naik pula harga. Siapa hendak jaga? Akhir sekali, rakyat marah kepada kerajaan. Selepas itu ada pula kempen-kempen masalah kenaikan harga barang. Ini yang menjadi masalah. Jadi saya cadangkan tolong fikir ke arah itu bagaimana kita boleh memperhebatkan lagi dengan menggunakan cara yang saya cadangkan tadi. Dari segi tenaga, guna RELA. Tidak semua RELA pun atau pilih bagi kad-kad ini. Askar Wataniah. Tentera pun boleh kita guna. Kita Malaysia ini tidak pernah perang pun.
Tentera pun duduk relax sahaja. Boleh kita apply. Cara, kaedah jalan macam mana saya tidak tahu. Akan tetapi fikir mekanisme supaya benar-benar berkesan. Itu nombor satu.
Perkara yang kedua Tuan Pengerusi, saya hendak rujuk kepada Butiran 020300 – Pembangunan Francais. Ini trend baru. Peniaga francais ini memang menguntungkan. Dia bermula dengan kita tengok dulu McDonald, kemudian Kentucky Fried Chicken. Datang Starbuck, datang Secret Recipe, datang Oldtown Coffee House.
Macam-macam. Akan tetapi francais ini saya tidak tahulah jumlahnya, berapa yang dimiliki oleh kaum bumiputera. Kalau hendak buka satu kedai McDonald, saya dengar sampai RM2.5 juta perlunya deposit ataupun modal, memang sukar. Akan tetapi saya tidak tahu cara.
Cuma tinggal lagi sekali gus saya hendak rujuk mengenai dengan Butiran 040000 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Jadi, kenapa tidak koperasi yang saya tengok ‘hidup segan mati tidak mahu.’ Banyak yang tidak berniaga. Kalau berniaga pun macam ‘kais pagi makan pagi.’ Banyak yang tidak berjaya. Ada juga yang berjaya. Akan tetapi kenapa tidak diambil daya usaha oleh kementerian, di mana koperasi-koperasi yang tidak ada perniagaan ataupun ada perniagaan kecil-kecil, dananya ada, tolong bantu mereka mendapatkan francais yang saya sebutkan tadi.
Boleh. Wujud berbagai-bagai kedai seperti Starbuck, Kentucky Fried Chicken atau McDonald sebab memang ini menguntungkan. Kalau atas dasar individu, syarikat sendirian berhad, memang tidak cukup modal seperti yang saya sebutkan tadi.
Yang kedua, francais individu. Francais individu ini melalui syarikat-syarikat jualan langsung. Ini saya hendak sebut di bawah Butiran 020200 – Pembangunan Perniagaan, di mana syarikat jualan langsung ini melantik distributor. Maknanya pengedarnya. Ini juga saya sifatkan sebagai francais. Cuma atas nama individu di mana saya, kita dapati ada lagi syarikat-syarikat jualan langsung yang mengambil pendahuluan begitu besar jumlahnya tetapi barang perniagaan mereka tidak banyak.
Selepas beberapa tahun, tutup ataupun diambil tindakan oleh pihak kementerian. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat, jumlah syarikat jualan langsung sekarang ini dan syarat-syarat.
Pernah dulu saya cadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya dinaikkan syarat dengan lebih ketat. Modal berbayarnya, jumlah produknya dan yang selalu menjadi masalah penipuannya ialah di mana syarikat jualan langsung, yang produk yang mereka pasarkan ialah produk yang dia outsource. Dia outsourcing. Bila dia outsourcing, bila dia ambil duit dengan pengedar-pengedar, deposit ataupun pendaftaran, satu ketika produk yang mereka bekalkan ini pihak pembekal tidak boleh bekal sebab dia outsourcing.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi sebab itu di antara syarat yang patut kita masuk ialah paling tidak syarikat jualan langsung mesti mengeluarkan barang dia sendiri. Produk dia sendiri. Dua atau tiga produk yang berkualiti. Kalau tidak jangan mudah kita keluarkan lesen. Saya difahamkan ada syarikat-syarikat jualan langsung memang disyaratkan dia kena memperbaharui lesen tiap-tiap tahun supaya mudah pemantauan. Akan tetapi ada syarikat jualan langsung diberi sampai sepuluh tahun tidak payah diperbaharui. Apakah syarikat ini? Boleh beritahu? Saya hendak tahu apakah nama-nama syarikat jualan langsung yang saya kira top five. Siapa nombor satu, nombor dua, nombor tiga, nombor empat dan nombor lima, di mana pihak kementerian pun dari segi penguatkuasaan ataupun kempen, kena juga beritahu supaya rakyat pun tahu jangan mudah tertipu.
Mereka masuk kampung-kampung.
Masalah skim yang disebut seperti Pak Man Telo dulu. Macam-macam skim yang memungut wang orang kampung masih berlaku sampai sekarang sebab tidak cukup penerangan. Skim cepat kaya. Tidak cukup penerangan. Jadi, kalau kerajaan sendiri boleh mengesahkan mana-mana syarikat terutamanya dari segi syarikat jualan langsung ini sebab ini satu perniagaan trend baru kerana saya baca. Saya sebut Tuan Pengerusi. Baru-baru ini pun saya ada sebut. Sekali lagi saya hendak sebut iaitu kalau kita tengok dan baca buku Donald Trumph, baca buku Robert Kiyosaki iaitu Poor Dad and Rich Dad di mana syarikat sendirian berhad, 100 buah syarikat akhirnya gulung tikar jadi bankrap. Orang yang kerja dengan kerajaan sampai pencen pun, selepas pencen tidak boleh hidup. Kalau umur dia 55 tahun, kalau anak dua orang, tiga orang atau empat orang, duit EPF tidak cukup. Dia perlukan beberapa ratus ribu kalau hayatnya sampai umur 70 tahun.
Jadi, banyak peluang perniagaan yang boleh buat duit iaitu dalam bidang francais ini terutamanya mewujudkan networking. Ada yang kerja employee, ada yang self employee, ada yang perniagaan kerana ada sistem. Inilah yang disebut sistem ini iaitu francais ini. Perniagaan francais ini yang dimulakan oleh McDonald ini. Kemudian investor. Ini, tidak banyak orang boleh buat. Yang hendak invest sebab memerlukan duit yang banyak tetapi dalam bidang ini, boleh dikembangkan di mana golongan penganggur yang tidak ada kerja, kalau dibuat dengan betul, saya dapati mereka boleh mendapat pendapatan lebih besar daripada sesetengah pegawai dalam jabatan kerajaan. Lebih besar. Belajar beberapa tahun masuk universiti, keluar universiti dua tiga tahun tidak ada kerja. Kalau kerja pun dapat RM1,000 hingga RM2,000.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Dalam bidang perniagaan ini boleh dapat sampai RM5,000, RM6,000, RM10,000 sebulan. Ini satu realiti yang boleh kita majukan. Ini trend yang berlaku di Eropah sekarang ini tetapi kita kena kawal, kita kena latih, kita kena ada cara. Syarikat- syarikat yang dibenarkan mesti yang berwibawa dan yang menipu mesti diambil tindakan tegas sampai hukuman mandatori kalau boleh, sebab ia melibatkan kehidupan orang ramai. Jadi perkara-perkara seumpama ini Tuan Pengerusi, patut diberi perhatian.
Akhir sekali, Butiran 070600 - Subsidi Tepung Gandum. Ini sampai RM113 juta, dahulu RM30 juta. Jadi subsidi tepung gandum ini, kerajaan pun memang sudah bincangkan bagaimana subsidi ini hanya untuk orang miskin, pendapatan RM3,000 ke bawah. Orang kaya tidak patut nikmati subsidi. Kita tahu tepung gandum ini siapa yang banyak guna tepung gandum ini. Saya rasa orang kampung ada lah, rakyat biasa.
Bukan tidak guna, ada juga yang guna. Akan tetapi yang paling banyak sekali ialah tauke-tauke yang buat roti, tauke-tauke yang buat biskut, pemilik-pemilik hotel. Apakah mereka ini juga berhak mendapat subsidi gandum? Mereka mendapat keuntungan, mereka mendapat faedah yang besar hasil daripada subsidi gandum ini.
Sepatutnya dikaji semula supaya subsidi gandum ini hanya untuk golongan rakyat berpendapatan rendah atau pun di bawah RM3,000 yang disebut penggunaan biasa ini, suri rumah tangga, bukan kilang-kilang yang berhak menerima subsidi gandum ini. Banyak duit kerajaan ini hilang begitu sahaja. Kadang-kadang sasaran kita itu tidak kena. Tuan Pengerusi, inilah yang dikatakan dalam pepatah orang Melayu, ”Sayang bertompok, benci melata”, ataupun “Benci melata, sayang bertompok.” Kadang-kadang orang yang begitu sudah hidup senang lenang kita tompok lagi kekayaannya, kita bagi lagi kemudahannya, manakala yang ramai terbiar begitu.
Mungkin kerana sistem, mungkin kerana cara. Itu wallahualam. Cuma saya harap perkara ini ditengok balik.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tuan Pengerusi, terima kasih banyak-banyak.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin turut menyentuh soal Butiran 010300 - Penguatkuasa dan sekali dengan Butiran 030200 - Gerakan Kepenggunaan. Ini berkaitan dengan persoalan BN, Barang Naik. Kawan saya Yang Berhormat Kota Belud tidak ada dah, hilang dah. Balik awal dah dia tidur.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bilik air? Oh, dia dengar daripada bilik air. Insya-Allah, saya tidak akan menjadikan dia terkencing dalam bilik air itu berterabur pula.
Tuan Pengerusi, saya bersetuju bahawa gerakan kepenggunaan, kempen yang dijalankan oleh kementerian ini untuk menggalakkan atau pun memandu masyarakat kita dan rakyat kita untuk berbelanja secara berhemah, berbelanja secara berjimat cermat dan sebagainya. Itu satu perkara yang baik. Dalam pada waktu itu juga, saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah bahawa kementerian juga harus berkempen untuk jentera kerajaan juga harus bijak berbelanja dalam memastikan wang yang dibelanjakan itu benar-benar memenuhi kepada keperluan yang memang diperlukan dalam melaksanakan apa-apa projek yang telah pun diputuskan oleh pihak kerajaan.
Ini kerana saya katakan bahawa sepatutnya kalau tidak berlaku ketirisan – walaupun Yang Berhormat Kota Belud sebutkan tadi bahawa mana-mana negara pun ada berlaku ketirisan, jadi kita selalu berhujah macam pak pandir lah. Bukan negara kita sahaja, negara orang pun. Bukan anak kita sahaja mati, anak orang pun mati. Jadi, bukan negara kita sahaja yang berlaku ketirisan, laporan audit yang buruk seperti ini, tetapi negara orang lain pun begitu.
Kita tidak hendak persoalkan tentang negara lain tetapi kita melihat kepada persoalan di negara kita kerana yang tiris ini ialah berlaku dalam negara kita, wang negara kita, wang rakyat dalam negara kita. Sebab saya katakan begini bahawa kalau dengan ketirisan yang berlaku begitu banyak pada setiap kali laporan audit dibentangkan kepada kita, kalau kita dapat mengatasi masalah-masalah ketirisan dan kebocoran tersebut, wang itu boleh digunakan untuk menampung subsidi yang lebih banyak untuk mengelak daripada berlakunya kenaikan harga barang-barang yang menjadi keperluan kepada masyarakat dan rakyat dalam negara kita. Sedangkan hari ini kerajaan sendiri terpaksa mengurangkan subsidi sedikit demi sedikit hasil daripada cadangan yang dibuat oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kepada pihak kerajaan bagi mengatasi masalah defisit negara kita. Jadi, saya katakan bahawa sepatutnya pihak kementerian harus melihat ini juga untuk melihat secara umumnya bahawa ini menjadi satu tanggungjawab kepada pihak kerajaan sendiri.
Malah kalau saya lihat di sini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pun tidak disenaraikan sebagai kementerian persekutuan yang berprestasi sangat baik oleh Laporan Ketua Audit Negara. Jadi, saya katakan bahawa bila tidak disenaraikan sebagai kementerian persekutuan yang berprestasi baik, bermakna bahawa ada juga masalah-masalah yang berkaitan dengan kecekapan kepada pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh pihak kementerian sendiri.
Jadi saya katakan bahawa pengurusan kewangan kementerian ini sendiri harus dilihat berhemah dan berjimat cermat untuk memastikan supaya kempen kita itu berkesan. Supaya orang melihat bahawa ya lah, kamu berkempen, memang kamu pun baik, jadi barulah orang akan dapat melihat bahawa dari segi komitmen atau pun kesungguhan kempen yang dibuat oleh pihak kerajaan sendiri.
Kemudian, saya juga ingin menyebut bahawa apa yang telah pun disebut sebelum ini oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan beliau bahawa kerajaan akan kaji langkah-langkah baru untuk tangani kenaikan harga barang. Saya difahamkan sudah pun diwujudkan satu NKRA, kos sara hidup.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Satu lagi NKRA, kos sara hidup telah pun diwujudkan tetapi saya masih tidak dapat melihat apakah langkah-langkah baru dalam hendak menangani masalah kenaikan harga barang dan juga NKRA dalam hendak mengatasi masalah kos sara hidup itu tidak menampakkan satu yang jelas bagaimana kita hendak berhadapan dengan masalah tekanan inflasi, masalah peningkatan kos sara hidup yang bermula daripada barang naik iaitu BN ini..., bukan “Barisan Nasional”, tetapi “barang naik” untuk dapat diatasi secara yang baik atau pun secara yang bijaksana.
Sebab saya katakan begini, kerajaan ada langkah, kalau NKRA itu dapat diperjelaskan, tidak timbul saya rasa CUEPACS pun tidak perlulah hendak buat kempen boikot kenaikan harga barang ini. Kempen boikot BN. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada kerajaan...
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
[Ketawa]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Stampin kenapa ketawa? Yang Berhormat Stampin tidak sepatutnya ketawa dengan apa yang saya sebut. Jadi saya hendak minta apakah yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang berkaitan dengan menangani kenaikan barang naik ini, BN ini?
Sudah tentulah bahawa langkah-langkah itu harus dikendalikan oleh kementerian Yang Berhormat tetapi sehingga kini saya tidak dapat melihat apakah langkah-langkah yang sebenarnya berkesan yang boleh memandu masyarakat dan rakyat kita ini untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang dan juga peningkatan kos sara hidup yang begitu tinggi dalam negara kita sehingga menyebabkan CUEPACS mengajak seluruh anggotanya, kakitangannya untuk boikot kenaikan barang naik ini, kenaikan BN ini. Saya bersetuju, saya sokong CUEPACS tetapi saya katakan bahawa kalau ada langkah yang baik daripada pihak kerajaan, tidak perlulah mereka hendak boikot kerana mereka juga hendak guna. Buat apa hendak boikot? Kita hendak guna.
Kita hendak berbelanja, kita hendak makan, mengapa kita hendak boikot daripada makan ayam dan sebagainya? Jadi sebab itu bagi saya bahawa apa langkah daripada pihak kerajaan sendiri?
Berkaitan dengan soal langkah tadi ini, dalam bajet baru-baru ini pun kerajaan hanya mengumumkan beberapa pemberian one-off kepada beberapa segmen masyarakat dalam negara kita tetapi saya tidak dapat melihat bahawa kalau itu lah yang dikatakan bahawa sebagai langkah atau pun NKRA untuk mengatasi masalah kos sara hidup. Ini kerana saya tidak dapat melihat bahawa pemberian RM100 untuk murid- murid sekolah, RM200 untuk mahasiswa beli buku, kemudian RM500 untuk orang yang berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh mengatasi masalah peningkatan kos sara hidup.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sebab saya katakan bahawa kita berikan satu kilo sehari pun boleh habis.
Tidak sampai satu hari pun boleh selesai. Jadi dengan RM100 itu bukan boleh kekal lama untuk sepanjang tahun untuk dia hendak hidup. Jadi perlu ada satu langkah yang benar-benar boleh membantu mengatasi masalah peningkatan beban kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat termasuk oleh kakitangan kerajaan.
Yang ketiga saya hendak sentuh ialah berkaitan dengan 070500, 070600 iaitu Subsidi Gula dan juga Subsidi Tepung Gandum. Saya hendak tanya di sini ialah berkaitan dengan subsidi bukan kepada tepung dan gula tetapi kepada isu-isu subsidi ini sendiri. Saya hendak minta Yang Berhormat untuk memperjelaskan kepada Dewan ini kerana saya difahamkan bahawa Makmal Rasionalisasi Subsidi telah pun mencadangkan kepada pihak kerajaan tentang pengurangan ataupun penarikan, pengurangan subsidi itu kepada barangan-barangan seperti yang saya sebutkan tadi gula, tepung, minyak masak, minyak petrol dan sebagainya ada jadualnya dan kadarnya.
Saya difahamkan ada kadarnya dan boleh tidak Yang Berhormat sebut kepada Dewan ini berapa kadarnya? Saya difahamkan ada sesetengah barangan itu enam bulan sekali kalau ikut cadangan daripada Makmal Rasionalisasi Subsidi, enam bulan sekali maka subsidi itu akan dikurangkan. Ini akan menyebabkan akan berlaku kenaikan harga barang walaupun kerajaan selalu menafikan tidak berlaku kenaikan harga barang.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang berlaku ialah penyelarasan, menstrukturkan semula subsidi, menyelaraskan semula subsidi, hendak rationalizekan kembali subsidi sedangkan kepada realitinya ialah rakyat berhadapan dengan kesan kepada kenaikan harga barang.
Jadi saya hendak minta pihak kerajaan maklumkan di sini barangan-barangan yang saya sebutkan tadi itu apa cadangan-cadangan daripada Makmal Rasionalisasi Subsidi ini saya difahamkan mungkin sampai tahun 2018 kalau tidak silap saya.
Mungkin boleh diperbetulkan oleh pihak kementerian. Jadi saya hendak tahu hendak sampai tahun 2018 itu berapa kadar kenaikan. Kemudian berapa kali jaraknya, tempohnya, enam bulankah, satu tahunkah? Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan untuk melihat persoalan ini dan memperjelaskan kepada kami untuk memastikan supaya rakyat boleh bersedialah penting kepada...
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Yang Berhormat Pokok Sena, minta penjelasan sekejap. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pokok Sena tentang subsidi tadi ini sebab saya difahamkan subsidi untuk barangan keperluan masyarakat yang terbanyak ini jumlahnya sangat sedikit berbanding dengan subsidi-subsidi yang kerajaan bagi kepada syarikat-syarikat besar.
Jadi apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena tentang cadangan supaya kerajaan mengekalkan pemberian subsidi ataupun menambah subsidi kepada barangan-barangan untuk kegunaan masyarakat Malaysia yang terbanyak dan juga adakah Kerajaan Barisan Nasional mempunyai political will (keberanian politik) untuk hendak mengurangkan subsidi kepada syarikat-syarikat korporat yang jumlahnya jauh lebih banyak yang dimiliki oleh hanya segelintir di kalangan tokoh-tokoh korporat tersebut. Apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, saya bersetuju bahawa itu yang sepatutnya tetapi dalam hal pemberian subsidi ini hanya untuk makanan, untuk perut. Perut hanya baru RM3.4 bilion berbanding dengan subsidi yang diberikan kepada IPP umpamanya. Berapa? Mengikut apa yang ada pada saya subsidi RM23.5 bilion untuk tenaga dan bahan api dan sebahagian besarnya dapat kepada IPP sedangkan untuk infrastruktur RM4.8 bilion dan untuk makanan RM3.44 bilion. Jadi kecillah.
Sebab itu bagi saya bahawa isu laporan audit ini sangat penting sebab inilah sepatutnya wang yang boleh digunakan untuk menampung kembali subsidi yang lebih besar. Bukannya kita mengurangkan subsidi, kita tambahkan subsidi untuk mengelak daripada berlaku peningkatan kos sara hidup dan juga berlaku masalah kenaikan BN iaitu barang naik. Jadi saya kata bahawa ini merupakan perkara yang sangat penting dan saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan tentang senarai yang saya katakan tadi itu dan apa cadangan daripada pihak kerajaan langkah-langkah untuk membolehkan pihak rakyat ini semua orang membuat persiapan untuk menghadapi pengurangan penarikan subsidi secara sedikit demi sedikit seperti jadual yang telah pun dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Yang Berhormat Pendang.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Selepas Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Balik Pulau. Sila.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Tuan Pengerusi, Butiran 030200 - Gerakan Kepenggunaan.
Saya amat bersetuju dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi kerana ini memang merupakan bidang yang saya rasa perlu diberi perhatian oleh kementerian ini kerana apabila kita lihat pada bentuk-bentuk iklan yang dipaparkan baik di media cetak ataupun media elektronik, TV ataupun radio kebanyakan bahan-bahan ataupun produk kepenggunaan yang melibatkan barangan kesihatan sekarang ini menjadi boleh dikatakan topik utama diperbahaskan, diperbincangkan ataupun didedahkan kepada masyarakat.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Ini terutama sekali mereka menggunakan apa yang kita sebut sebagai IMP iaitu Islamic Manufacturing Practice. Maknanya produk yang dikatakan menggunakan pengilangan secara Islam, secara Muslim, secara yang halal tetapi kita juga merasa ragu-ragu dengan apa yang didakwa oleh hasil produk-produk tersebut kerana apa yang saya dengar tiap-tiap hari daripada radio misalnya ataupun kita tengok yang dipaparkan di akhbar-akhbar tabloid misalnya mereka mengatakan produk-produk yang dihasilkan oleh kilang-kilang mereka ini boleh merawat berbagai-bagai jenis penyakit termasuklah penyakit-penyakit kronik.
Saya amat ragu dan juga hairan kenapakah kebenaran diberikan kepada produk-produk sebegini kerana kalau kita sebut tentang penyakit-penyakit kronik ini apa yang mereka dedahkan dan paparkan kepada masyarakat adalah mereka boleh ataupun mereka tidak perlu lagi memakan ubat ataupun menerima rawatan seperti biasa. Contoh yang paling klasik adalah kencing manis dan juga darah tinggi. Apabila memakan produk IMP mereka ini kencing manis boleh hilang, darah tinggi boleh hilang.
Saya takut orang itu sendiri akan hilang kalau sekiranya meninggalkan ubat-ubatan yang diberikan. Bukan maknanya kita tidak mempercayai ubat tersebut tetapi kalau sekiranya kajian saintifik tidak dijalankan hanya dakwaan-dakwaan dan juga testimoni yang diterima daripada segelintir masyarakat mengatakan boleh menghilangkan penyakit itu, penyakit ini dengan paparan iklan yang cukup hebat.
Memang kalau sekiranya produk ini dipaparkan melalui iklan dan mereka boleh menggunakan ratusan ribu ringgit untuk mengiklankan produk mereka memang ini merupakan satu hasil yang cukup lumayan bagi mereka lebih-lebih lagi jika sekiranya hasil ini tidak, produk ini tidak memerlukan kedai-kedai untuk jualan tetapi hanya menggunakan konsep multi level marketing ataupun disebut tadi sebagai ejen- ejen yang menjual produk mereka ini. Dari satu mulut ke satu mulut yang lain produk ini boleh sampai kepada orang ramai dan seterusnya orang ramai terpengaruh dengan produk ini.
Saya rasa ini merupakan satu masalah yang cukup besar yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian ini. Walaupun baru-baru ini pihak di Parlimen ini telah meluluskan undang-undang tersebut sebagai rang undang-undang gagdet perubatan.
Ini hanya kepada peralatan-peralatan perubatan. Ini pun saya rasa perlu diberi perhatian juga oleh pihak kementerian walaupun sudah ada undang-undang di dalam Kementerian Kesihatan tetapi dari segi kepenggunaan, saya rasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini juga perlu mengambil tindakan kerana wujudnya produk-produk yang diberikan ataupun dimasukkan ke dalam pasaran yang di claim oleh pembuat-pembuat ataupun pengedar-pengedar ini boleh juga menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit kronik. Hanya apabila misalnya satu produk yang terbaru yang saya terbaca dalam iklan akhbar adalah elektrostatik boleh menghilangkan arteriosklerosis iaitu deposit lemak di dalam kapilari darah kita boleh menghalang daripada penyakit jantung, menghalang daripada penyakit strok.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Ini semua dakwaan yang tidak ada kajian saintifik yang dimasukkan ke dalam pasaran. Mungkin ini boleh kita letakkan di dalam Rang Undang-undang Gajet Perubatan. Akan tetapi kalau sekiranya ianya tidak didaftarkan, digazetkan atau dimasukkan di dalam register peralatan perubatan, maka pihak Kementerian Kepenggunaan dan Koperasi, saya rasa perlu memberi perhatian terhadap peralatan- peralatan yang dimasukkan ke dalam pasaran dalam kategori alat-alat untuk digunakan oleh pengguna.
Saya rasa Kementerian Kepenggunaan dan Koperasi ini juga perlu memberikan kerjasama yang cukup intim dengan pihak PBT, misalnya terhadap paparan iklan barang-barang tersebut. Dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan iaitu terhadap iklan di TV dan juga radio dan juga SKMM terhadap iklan-iklan barangan ini melalui internet yang dimasukkan ke dalam internet. Begitu juga dengan pihak JAKIM apabila mereka mengatakan mereka ini IMP. Apakah benar sebenarnya mereka ini mempraktikkan pengilangan menurut Islamic iaitu Islamic Manufacturing Product.
Keduanya Tuan Pengerusi, adalah Butiran 070700 - Kempen Beli Barangan Malaysia.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Saya dapati jika sekiranya kita pergi ke Jalan Pasar, Jalan Pudu misalnya, kita dapati banyak barangan dan produk daripada negara China terutama sekali barangan elektrik. Memang kita tahu barangan ini tidak mempunyai standard Malaysia atau Malaysian Standard (MS). Akan tetapi inilah yang menjadi rebutan para-para pengguna kerana harganya memang cukup murah. Akan tetapi dari segi keselamatan kepada pengguna-pengguna ini memang boleh dipertikaikan apabila masyarakat membeli barangan ini. Kalau mereka pergi ke pasar minggu atau pasar malam misalnya, memang lambakan barang-barang, produk daripada negara China, Taiwan, Vietnam yang memang sudah tentu tidak mempunyai standard Malaysia. Dengan harga yang murah, tawaran yang hebat, ada pula yang melelong tepuk tong, tepuk meja ini memang dapat membeli dua tiga barang dengan harga yang murah.
Maka, inilah menjadi pilihan pengguna dan mereka ini tidak dilindungi oleh insurans ataupun guarantee. Jadi, perkara-perkara begini perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian kerana kita tidak mahu di dalam kita mengeluarkan belanja yang begitu besar hampir RM10 juta untuk kempen barangan Malaysia ini tetapi masyarakat kita terdedah dengan bahaya-bahaya penggunaan barangan elektrik yang tidak mempunyai standard Malaysia.
Saya rasa itulah dua perkara yang saya hendak timbulkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Yang Berhormat Balik Pulau, selepas Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Kubang Kerian. Selepas itu Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Kalau boleh pendek-pendekkan supaya by tonight kita boleh selesai.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Pengerusi yang budiman. Bolehkah Tuan Pengerusi?
Tuan Pengerusi
Sila.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, saya berminat untuk berbahas terutama sekali mengenai isu 060000 - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Yang Berhormat Menteri, ingin saya katakan dengan penuh yakin bahawa kementerian ini ialah kementerian yang paling penting apabila mengambil kira ucapan belanjawan oleh Yang Berhormat Pekan baru-baru ini. Ini kerana bagi saya pengguna sama juga dengan rakyat. Mudah. Kalau gagalnya kementerian pengguna ini, maka gagallah agenda rakyat.
Yang Berhormat Menteri, dari segi aspek pertama iaitu dari segi perbadanan harta intelek. Kebetulan Yang Berhormat Menteri, saya mengikuti dengan tekun agenda pemerkasaan harta intelek negara. Yang Berhormat Menteri, ingin saya katakan di sini perlu kita memberi perhatian khusus terutama sekali apabila laporan, dengan izin, Intellectual Property Rights Index menunjukkan bahawa tahap pendaftaran, kalau boleh kita katakan, harta intelek negara ini amat di tahap yang saya rasa tidak boleh dibanggakan. Ini kerana negara Brunei, negara Singapura, meningkat. Saya tidak mahu baca peratusannya. Saya mohon Yang Berhormat Menteri membentangkan dalam Dewan yang mulia selepas ini, di mana tahap harta intelek Malaysia ini. Ini kerana saya mengikuti perkembangan ini bermula, seingat saya, ketika Menteri pada masa itu ialah Abu Hassan Omar.
Ketika itu tahapnya adalah unit, dengan izin, unit harta intelek. Kemudian kita berkembang, ketika zaman Yang Berhormat Pagoh, sehingga jadi perbadanan.
Mungkin di kala negara mengangkat agenda inovasi yang mana saya katakan Model Ekonomi Baru ini, kreatif ekonomi ini, saya rasa tulang belakangnya sekali lagi ialah harta intelek. Ini kerana ia akan memberi satu petunjuk ataupun indicator untuk pelabur asing masuk ke Malaysia. Ini juga kerana gagalnya indeks harta intelek negara kita ini akan memberi satu petunjuk yang tidak menarik kepada pelabur-pelabur asing terutama yang kita katakan di sini bersifat high income economy.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya mengandaikan ialah merujuk kepada, dengan izin, ekonomi-ekonomi yang kita panggil high yield, ekonomi-ekonomi kita panggil bukan lagi labor intensive.
Jadi, di sini Yang Berhormat Menteri, kalau indeksnya menunjukkan penurunan, negeri- negeri lain meningkat, saya rasa agenda, saya katakan tadi, dengan izin, agenda ekonomi Yang Berhormat Pekan untuk agenda high income akan gagal. Ini kerana petunjuknya tidak menunjukkan perkara yang menyokong kepada bahawa perkara ini boleh dicapai.
Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya ingin tegaskan di sini juga yang saya ingin mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan, kalau agenda yang diangkat oleh Yang Berhormat Pekan ialah agenda inovasi, agenda kreatif ekonomi, saya hendak cadangkan mungkin tiba masanya Perbadanan Harta Intelek ini diangkat menjadi suruhanjaya harta intelek. Ini kerana kebetulan apabila saya tengok, kakitangan yang bertindak sebagai ketua penguat kuasa dan sebagainya itu, yang seingat saya daripada zaman saya di universiti, saya buat seminar harta intelek, orang yang sama. Kebetulan, tahniah kepada Encik Roslan yang sampai sekarang menjadi ketua penguatkuasaan tetapi mungkin pada pandangan saya, penguatkuasaan di bawah kementerian sekarang ini terlalu macam-macam. Harga barang sebagainya, jadi saya rasa terlalu banyak. Mungkin tiba masanya penguatkuasaan yang bersifat, dengan izin, ala Securities Commission yang mana tugasnya khusus, industri pasaran, capital market. Mungkin tiba masanya Yang Berhormat Pekan dengan nasihat Menteri dan pegawai-pegawai perlu memikirkan bahawa agenda harta intelek ini adalah agenda utama ekonomi negara dan perlu diwujudkan satu suruhanjaya.
Saya ingin memohon penjelasan bahawa baru-baru ini Yang Berhormat Menteri menganjurkan di Kuala Lumpur Sentral kempen membanteras cetak rompak.
Yang Berhormat Menteri, kempen cetak rompak ini, seingat saya juga, kebetulan ketika itu dari zaman Yang Berhormat Abu Hassan Omar, Menteri ketika itu. Sehingga sekarang, kalau tanya rakan-rakan di industri, saya rasa tidak membanggakan. Jadi, bagi saya status telah berubah daripada unit kepada perbadanan. Belanja makin bertambah. Agenda pula dibebankan dengan macam-macam tetapi prestasi tidak membanggakan. Adakah persoalannya, mohon penjelasan, kepakaran, teknikal ataupun mungkin banyak tulisan mengatakan bahawa isunya ialah isu rasuah, isu penguatkuasaan yang diandaikan melibatkan sindiket luar dan dalam.
Jadi Yang Berhormat Menteri, apa isunya? Adakah isunya, dengan izin, kita panggil criminal justice. Adakah itu isunya? Kalau itu, saya rasa perlu diperkasakan penguatkuasaan. Yang Berhormat Menteri, ingin saya katakan di sini tidak menarik kepada warga luar untuk datang ke sini jika kita masih lagi di dalam watch list USTR iaitu yang dipanggil sebagai special report yang mengatakan Malaysia masih lagi di dalam senarai watch list. Oleh sebab itu ketika Yang Berhormat Menteri memberi ucapan baru-baru ini, terpaksa bercakap bahasa Inggeris untuk US Embassy. Kita tahu negara luar melihat dengan dekat sejauh mana kita bersungguh-sungguh dengan agenda cetak rompak ini kerana BSA, Microsoft sanggup melabur untuk usaha-usaha itu tetapi di mana kegagalannya itu. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya Yang Berhormat Menteri, ingin saya sentuh sedikit juga mengenai isu di bawah Butiran Kepenggunaan. Yang Berhormat Menteri, saya ingin katakan di sini tahniah kerana saya nampak ada perkara yang perlu dipuji, saya puji.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Akta Persaingan bagus. Akta Perdagangan Adil bagus. Akan tetapi isunya menteri pada pandangan saya ini menteri jangan ambil sisi politik, ambil sisi positif.
Mana mungkin kita pengguna akan membuat, dengan izin, an inform decision kalau tidak ada maklumat. An inform decision hanya boleh buat, dengan izin, sekiranya menteri melengkapkan Akta Perdagangan Adil dan Akta Persaingan ini dengan saya katakan kebebasan maklumat, Freedom of Information Act seperti yang diluluskan di Dewan Selangor seperti yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana di sini Menteri dengan izin, Akta Kebebasan Maklumat ini, it is a reform legislation yang mana memberi ruang penguatkuasaan dengan langsung kepada pengguna untuk mendapat maklumat contohnya tarif concession air dan sebagainya.
Dia boleh tanya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Di sini saya rasa akan mengurangkan beban kementerian, terpaksa banyak sangat mengeluarkan dana untuk kerja-kerja penguatkuasaan kerana kita mengalih we shift, dengan izin, the new paradigm kepada masyarakat yang bermaklumat. Ini dapat secara tidak langsung pada pandangan saya akan memberi satu anjakan di dalam tahap kepenggunaan di negara kita.
Jadi, saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri pertimbangkan dalam kadar segera kalau agendanya inovasi, agendanya kreatif, agendanya kepenggunaan lengkap tanpa Akta Kebebasan Maklumat. Saya akan tekan di sini, rakyat perlu apa dikatakan you must publish what you pay, you must inform what rakyat has to pay. Jadi maksud saya satu agenda khusus oleh kerajaan tidak cukup satu kedai 1Malaysia, satu kedai perubatan saya rasa tidak cukup kerana itu bukan kepenggunaan. Pada pandangan saya yang akan memberi agenda kepenggunaan memperkasakan masyarakat ialah Akta Persaingan, Akta Perdagangan Adil, dan juga Freedom of Information Act.
Akhir sekali Yang Berhormat Menteri, saya ingin mengatakan di sini Menteri kerana soalan saya dijawab oleh teman saya Menteri tidak ada hari ini. Soalan saya ialah adakah Akta Persaingan ini juga melibatkan GLC? Dia kata betul. Jadi Menteri saya memohon apakah dasar-dasar baru pasca ataupun selepas akta ini dibina kerana kita masih lagi memonopoli, saya tidak yakin Malaysia dalam masa terdekat akan ada Anti-Trust Law itu terlalu, to reform untuk Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Pekan tidak boleh buat itu, kalau boleh buat saya cabar dia. Saya ucapkan kalau boleh buat, tahniah. Anti-Trust Law saya rasa Yang Berhormat Pekan tidak boleh buat lagi tetapi saya rasa kalau menteri boleh mengisytiharkan apakah dasar-dasar pasca, mesti ada dasar selepas sesuatu akta dibina.
Jadi Menteri turut menjelaskan kerana saya rasa kalau tidak yang saya angkat kementerian ini sebagai kementerian tulang belakang itu saya akan simpulkan satu imaginasi saya yang tidak tercapai kerana mana mungkin agenda ekonomi kreatif, agenda keberanian, agenda inovasi hendak dicapai tanpa perundangan dan dasar yang lengkap. Itu sahaja. Terima kasih Menteri.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kubang Kerian. Yang Berhormat Kubang Kerian, selepas itu Yang Berhormat Kota Melaka selepas itu Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Indera Mahkota penghabisan selepas itu Menteri jawab. Sila.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya tidak panjang. Ada dua butiran sahaja, Butiran 020000 - Perdagangan Dalam Negeri yang ada menyatakan tentang pembekal perusahaan kecil dan sederhana bumiputera yang disenaraikan di hypermarket.
Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian bagaimanakah progress dan respons daripada hypermarket ini terhadap pembekal PKS. Saya rasa golongan ini perlu dibantu dengan serius yang perlu ada galakan yang lebih proaktif daripada pihak kerajaan supaya produk-produk mereka ini dapat dipasarkan dengan bijak dan diharapkan supaya hypermarket yang wujud di dalam negara kita ini dapat menerima barangan mereka yang dipastikan kualitinya. Jadi kalau boleh diberikan kepada saya tentang berapa hypermarket yang telah menerima dengan terbuka tentang barangan-barangan yang dihasilkan oleh PKS. Kalau boleh syarikat-syarikat PKS yang telah tersenarai dan barangan-barangan mereka yang dijamin dan telah pun mendapat tempat yang agak stabil yang baik di hypermarket dalam negara kita.
Sehubungan dengan itu saya juga membaca tentang kedai rakyat yang di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang tawar diskaun 40 peratus tajuknya amat menarik ya. Betulkah bahawa kita ada diskaun sampai 40 peratus? Jadi saya dengan membawa laporan ini, saya hanya mahukan supaya ada satu jaminan betul kah ada barang-barangan di sini yang dapat diskaun 40 peratus. Kalau begitu saya rasa semua yang akan bergembira antaranya pegawai-pegawai kerajaan dapat bonus, kalau ada satu kawalan yang begini saya rasa ini satu benda yang sangat baik.
Namun kalau kita pergi secara realitinya di tempat-tempat di mana-mana kedai pun termasuk di Kedai 1Malaysia pun saya rasa jarang-jarang ada barangan yang ada diskaun 40 peratus. Jadi, saya harap saya mahukan penjelasan tentang perkara ini.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Satu kajian yang dibuat daripada 23 barangan item seperti barang asas keperluan seperti teh, kopi, kordial, ayam goreng pedas, sos cili, sardin, 23 barangan ini kalau kita lihat di Kedai 1Malaysia boleh kita dapati secara rambangnya kita boleh dapat dalam RM130.49 tetapi di Carrefour sebagai contoh kita boleh dapat RM120.53.
Jadi di situ kita melihat bahawa dengan kenyataan tadi ada potongan 40 peratus realitinya tidak berlaku. Jadi saya harap kementerian dapat berikan saya satu jawapan.
Jangan lah pandai-pandai letak 40 peratus tapi hakikatnya kita pergi pada kedai ini tidak dapat pun 40 peratus.
Kemudian saya juga ingin mendapatkan kepastian daripada Butiran 030000 Kepenggunaan dan Pengurusan ini, topik akhir Tuan Pengerusi. Untuk anak muda saya amat terkejut bila saya dapati memang tawaran-tawaran prepaid ini saya harap kementerian ambil satu nota yang penting ya. Prabayar prepaid ini tidak betul sebenarnya. Prabayar ini banyak penyelewengan. Saya pernah menggunakan prepaid ini, saya hendak test, ada baki RM11 telefon katanya bukan main nationwide 30 sen satu minit. Saya telefon mak saya di kampung dengan berbaki RM11, lima minit habis.
Jadi prepaid ini betul-betul satu tawaran yang kadang-kadang kita lihat memang satu tawaran yang tidak betul dan yang menjadi mangsanya ialah anak-anak muda kita.
Jadi, sejauh manakah kementerian ada kawalan yang ketat tentang prepaid prabayar ini. Tolong lah ya, tolong ambil perhatian dan jangan lah mereka mengaut dengan sewenang-wenangnya ambil duit daripada kocek anak-anak muda kita yang beli prepaid ini tetapi mereka sebenarnya di mangsakan daripada promosi-promosi yang sangat zalim ini yang boleh saya katakan tanpa ada satu kawalan yang ketat daripada pihak kementerian. Kalau tidak anak-anak muda dalam negara kita memang sentiasa tertipu dengan skim ataupun tawaran prepaid ini. Sekian, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan tiga Butiran sahaja. Tuan Pengerusi, Butiran 020300 - Pembangunan Francais.
Saya ingin tanya setakat ini berapa syarikat francais yang berniaga dalam sebagai francais. Adakah francais ini daripada francais tempatan atau diimport daripada negara-negara lain? Juga ingin tanya bagaimana ada dengan syarat-syarat yang di ikat dengan urus niaga francais? Sungguhpun kita sedia maklum bahawa urus niaga francais ini memang satu urus niaga yang moden dan terkini.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Akan tetapi tentang kawalan dan penguatkuasaan, saya ingin minta kalau dapat Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan atau keterangan tentang kawalan dan penguatkuasaan atas urus niaga francais ini. Kita memang sudah menghadapi beberapa penipuan atau skandal dengan menggunakan francais seperti Island Red Cafe, Yoga Club dan lain-lain. Jadi sebab itu untuk mengelakkan ini berulang, apakah tindakan yang boleh diambil oleh kementerian.
Saya juga ingin rujuk kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia, MyIPO itu.
Saya baca program tentang Perbadanan Harta Intelek Malaysia ini ada juga katakan tentang beberapa program atau aktiviti yang dianjurkan seperti seminar bengkel harta intelek, pencipta tempatan dalam penghasilan bakat dan idea baru, permohonan pendaftaran harta intelek dan juga penyertaan pertandingan pada hari harta intelek.
Akan tetapi saya merasa amat hairan dan saya tidak faham mengapa dalam Butiran 060000 iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ini, pada tahun 2011 anggarannya ialah RM960,400 tetapi tahun depan kosong, tidak ada sebarang anggaran. Apakah sebabnya, saya minta mungkin dapat satu jawapan atau keterangan di Dewan ini.
Butiran yang akhir yang ingin saya tanya iaitu tentang 13001 – Pembangunan Perniagaan Melalui Koperasi. Memang saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas yang kemukakan koperasi kita ini ada yang update, ada yang langsung tidak ada sebarang kegiatan. Saya ingin tanya setakat ini, berapa koperasi yang dapat betul-betul berfungsi dan membantu ahli-ahli koperasi ini dan bidang mana yang mereka terlibat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Adakah hanya dalam kedai runcit atau mini market 24 jam atau adakah koperasi terlibat dalam bidang macam sektor pembuatan atau pembinaan. Saya difahamkan di negeri Melaka, satu koperasi di Kampung Bacap Baru, koperasi ini dapat membina rumah pangsa, rumah teres untuk ahli-ahli mereka dan kejayaan mereka memang disebut-sebut. Saya ingin tanya bagaimana dengan kementerian untuk membangunkan koperasi-koperasi di Malaysia ini. Bagaimana insentif atau bantuan melalui kewangan atau lain-lain, bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu di Dewan ini sedikit sebanyak supaya kita dapat sampaikan maklumat ini kepada koperasi- koperasi yang selalu terlibat. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Assalamualaikum, terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Banyak benda yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Parlimen lain. Saya cuma menyentuh kepada perkara-perkara yang rasa perlu diberi perhatian.
Pertama sekali Butiran 010100, 010000 dan 020000 saya bincang secara bersama memandangkan banyak ketirisan yang berlaku walaupun di dalam audit ini tidak dijelaskan mengenai kementerian ini kerana mungkin tahun ini bukan giliran dia.
Akan tetapi saya rasa sebagai bekas pegawai kerajaan, saya ingin menarik perhatian Menteri kepada peranan audit dalam membanteras ketirisan yang berlaku di peringkat kementerian dan jabatan. Perkara ini sebenarnya perlu diberi perhatian kerana audit biasa hanya akan mengaudit akaun dan perbelanjaan kita untuk setahun. Akan tetapi audit dalam ia akan mengaudit dan menyemak perbelanjaan dan juga urusan jabatan untuk sepanjang tahun.
Jadi bagi kementerian ini, saya rasa audit dalam ini menjadi begitu penting terutamanya berkait dengan perbelanjaan-perbelanjaan yang ada hubungan dengan ahli-ahli koperasi. Koperasi biasanya sekarang ini sejak tahun 2003 saya rasa, kalau silap saya minta betulkan, auditnya diuruskan oleh syarikat-syarikat audit. Syarikat- syarikat audit ini menjalankan pengurusan audit dengan mudah sekali. Kadang kala pegawai-pegawai koperasi, kakitangan koperasi boleh menyatakan hasrat audit yang hendak dibuat. Hendak bagi untung banyak mana, hendak bagi dividen banyak mana, dia boleh bincang dengan audit. Akan tetapi melalui Audit Dalam, selalunya yang disediakan oleh Jabatan Audit dan juga kementerian, koperasi-koperasi ini akan diaudit sepanjang masa. Bila ada kecurigaan, ada rasa tidak puas hati atau ada laporan dari ahli-ahli, audit-audit dalam ini akan turun dan membuat semakan dan mereka boleh mengesan pengurusan sama ada jabatan ataupun koperasi dengan lebih cepat dan pembetulan dapat dibuat.
Jadi saya ingin bertanya atau mendapat pandangan dari Menteri, sejauh ini adakah peranan audit dalam ini diberi peranan yang secukupnya? Bilangan Audit Dalam yang telah ditempatkan di jabatan-jabatan terutamanya di koperasi-koperasi peringkat negeri, Jabatan Koperasi Negeri untuk memastikan bahawa mereka atau koperasi-koperasi ini dapat diaudit sepanjang masa.
Perkara yang kedua Tuan Pengerusi, mengenai SKM atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Saya nampak mutakhir ini, kementerian sebenarnya tidak berminat sangat dengan koperasi ini. Ratusan atau ribuan koperasi yang ada, peruntukan cuma RM9 juta kalau saya tidak silap. Jadi dengan belanja yang begitu kecil, bagaimana kementerian hendak memastikan bahawa koperasi yang ada di negara kita ini dapat berjalan dengan sempurna. Mana cukup kakitangan untuk digaji untuk menyelenggarakan koperasi yang begitu banyak.
Jadi bagi saya, sebenarnya sebagaimana yang dikatakan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain, kementerian sebenarnya tidak ada kesungguhan untuk memajukan koperasi-koperasi ini. Apa pandangan Menteri sebenarnya dalam soal ini kerana koperasi-koperasi terutamanya di kawasan luar bandar selain daripada koperasi sekolah, insya-Allah saya rasa di bawah bimbingan pengetua-pengetua, guru besar, koperasi sekolah dapat berjalan dengan baik.
Akan tetapi koperasi-koperasi lain hidup segan mati tidak mahu, orang tua-tua kata. Jadi kita harus mempunyai satu pendirian tegas. Kalaulah koperasi ini bukan lagi satu cara yang baik untuk membangunkan ekonomi masyarakat luar bandar, bolehlah kita fikirkan sebagai koperasi ini tidak lagi menjadi matlamat utama kita.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Biar pelajar-pelajar sekolah sahaja yang berkoperasi tetapi di peringkat orang tua ataupun dewasa, biarlah koperasi ini dihentikan kerana kebanyakan koperasi hari ini tidak menunjukkan kemajuan yang kita kata mempunyai daya maju, daya saing dan cukup untuk masa depan.
Perkara akhir Tuan Pengerusi mengenai Perdagangan Dalam Negeri - 020100, Butiran 010000 dan Butirran 020000 saya lihat secara serentak. Saya merasakan bahawa pelaksanaan peraturan-peraturan di bawah bidang ini masih agak jauh ketinggalan. Harga barang naik masih kita tidak dapat kawal. Kalau kita lihat seolah-olah terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar di kawasan-kawasan terpencil, tidak ada langsung kawalan harga barang ini. Jadi saya ingin bertanya mengapakah tumpuan hanya diberi kepada kawasan-kawasan bandar, Kedai Rakyat 1Malaysia pun dibuat di bandar-bandar, di kampung tidak buat. Kedai harga patut pun kita tidak tahu ke mana.
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik
Saya ingin mendapat penjelasan berapa sebenarnya Kedai Harga Patut yang telah dianugerahkan sijil untuk melaksanakan program ini sejak ianya dilaksanakan beberapa tahun yang lalu? Bilakah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia yang baru dilaksanakan itu akan diperluaskan ke seluruh negara untuk memastikan bahawa rakyat terutamanya rakyat bawahan mendapat harga yang sepatutnya, mendapat nilai sebenarnya wang yang mereka belanjakan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertamanya, saya memohon maaf kerana pada pandangan saya, di peringkat jawatankuasa, apa-apa pindaan ataupun ‘kesalahfahaman’, kita mempunyai ruang yang cukup luas untuk kita perbetulkan di peringkat jawatankuasa. Ini selaras dengan Peraturan Mesyuarat 68A dan 68B yang menyebut tentang Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966. Sekiranya terdapat apa-apa keraguan dan sebagainya, usul boleh dibuat dalam bentuk ucapan Menteri sahaja untuk membuat pindaan.
Saya bertanya dan mengemukakan persoalan itu sebab saya rasa soalan ini patut juga saya tanyakan pada P.25 iaitu Perbelanjaan Pembangunan, yang dimaksudkan pada Perbelanjaan Pembangunan P.25 di bawah Butiran 01400 – Implementasi Dasar Perdagangan Adil.
Kefahaman saya, di bawah perbelanjaan pembangunan, kita merujuk kepada pembiayaan, pembelian inventori, pembiayaan kepada aset dan juga yang berbentuk tangible, berbentuk pembelian, berbentuk tangible asset, dengan izin, tetapi implementasi dasar perdagangan adil, dia macam di peringkat ataupun di bawah perbekalan. Saya nak tanya, apakah perkara ini telah disengajakan sebab nampak gaya macam implementasi dasar. Dia satu pelaksanaan peraturan sahaja, bukan pembelian aset ataupun pelaburan dalam bentuk tangible asset ataupun tangible yang boleh dilihat atau dicatat. Keseluruhan perbelanjaan jenis pembangunan semuanya berasaskan kepada pembelian, pelaburan, pengenaan yang berbentuk aset tetapi ada diletakkan nanti dasar perdagangan adil. Walaupun Menteri berhak untuk memberi penjelasan apa dimaksudkan dengan implementasi dasar perdagangan adil, mungkin ada perkara yang kita tidak dijelaskan tetapi tak ada nota pun, nota keterangan pun tak ada di sini dan ini bukannya satu dasar baru yang kita perkenalkan.
Saya tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh kementerian tetapi di bawah 68B memang menyatakan dengan terang tujuan dibelanjakan itu mesti diberi kefahaman dan dibentangkan dalam Dewan terutama di peringkat Jawatankuasa.
Sebagai contoh, di bawah one-off Butiran 090500 - Emolumen Pegawai Pemantau Harga. Tahun lepas, tahun 2011 maksudnya peruntukan yang kita bentangkan tahun 2010 untuk belanjawan 2011, Menteri memang menyatakan kita ada melantik 2,000 orang pegawai sementara untuk pasukan pemantau harga barang tetapi dalam anggaran 2011, kosong. Tidak ada langsung perbelanjaan yang diperuntukkan tahun lepas. Saya pun tidak pasti sama ada pegawai pemantau harga barang ini merupakan pasukan yang sama atau pasukan lain sebab catatan saya di sini, dalam laporan saya, saya bawa laporan 2011 kebetulan saya pun bawa.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Menteri menjawab bahawa pasukan itu adalah pasukan yang sama yang akan diserapkan. Ini bermakna perbelanjaan tahun lepas itu adalah perbelanjaan yang sama tetapi kenapa tidak dicatatkan langsung di bawah anggaran 2011? Kosong, tidak ada.
Maknanya pada pandangan saya, Menteri berhak memberi penjelasanlah. Pada pandangan saya, aturan yang diletak di bawah Peraturan Mesyuarat 68B ini saya rasa sangat bersesuaian untuk kita, sekiranya nak lakukan keterangan atau pembetulan, sangat relevan di sini walaupun jumlahnya ada sedikit perbezaan. Di sini dikatakan peruntukan baru RM31,220,600. Ada sedikit perbezaan tetapi pasukan ini jelas saya catatkan memang dijawab oleh Menteri adalah pasukan yang sama, pemantau harga barang seramai 2,000 orang. Memang ada dicatat di sini. Jadi, kemusykilan yang saya nak timbulkan, kenapa perbelanjaan ini langsung dibuang daripada laporan yang baru kita bentangkan ini?
Adakah ini dasar baru tetapi kita tidak ada nampak macam satu pasukan baru yang dicadangkan dan sekali lagi saya berharap kalau kita lihat di bawah Butiran 070000 iaitu Program Khusus, yang kata program yang kita nak lanjutkan pada tahun- tahun akan datang. Kita ada emolumen kakitangan kontrak yang memang kita lantik dia secara kontrak, bukan diserap dalam perkhidmatan dalam kementerian ini tetapi pemantau harga barang, nampak gayanya pasukan ini seolah-olah seperti pegawai kontrak juga yang kita beri peruntukan RM31 juta ini. Okey tak apalah, lepas ini Menteri boleh memberi penjelasan. Saya minat untuk tahu perkara ini sebab saya ikut rapat perkembangannya.
Selain daripada itu, kita nak tahu hasil daripada kita lantik mereka ini, 2,000 orang pasukan pemantau ini. Siapa yang kita lantik itu saya tak mahu pertikaikan tetapi apakah kita letakkan satu matlamat yang jelas, adakah 2,000 orang yang kita bayar RM31 juta ini membuat laporan secara terperinci setiap enam bulan sekali ataupun setiap tiga bulan satu kali dia memantau ini, apakah dapatan dia, apakah yang dia jumpa? Dia jumpa atau tidak harga barang telah naik 20 peratus dalam masa tiga bulan seperti apa yang berlaku sekarang? Adakah kita melantik pegawai pemantau harga barang ini setakat nak wujudkan jawatan untuk kita beri emolumen?
Apakah yang dibawa oleh pasukan ini? Kalaulah kata mencari kesan kenaikan harga barang, masih lagi terletak kepada pegawai-pegawai dalam kementerian sebagaimana lazimnya, sebagaimana amalan biasa. Saya rasa tidak ada keberkesanan langsung sebab sehingga sekarang, saya katakan pihak kementerian masih tidak berupaya untuk memberi perbandingan kenaikan harga dalam bentuk quarterly, dalam bentuk suku tahun sebagaimana yang pernah dijanjikan Menteri terdahulu daripada Menteri sekarang yang ada. Mengatakan kita boleh mengeluarkan perbandingan harga berbentuk quarterly kenaikan harga, setiap tiga bulan sekali.
Bermakna dalam setahun ada empat kali. Saya percaya, saya yakin sebenarnya emolumen yang kita keluarkan untuk pasukan pemantau harga barang ini, RM31 juta ini saya yakin, harapnya pasukan ini yang keluarkan atau mencapai hasrat yang dikatakan quarterly tadi tetapi sampai sekarang langsung tak ada. Ini sudah masuk saya rasa tahun kedua kita membelanjakan jumlah yang sama.
Saya harap kementerian betul terutama tentang jumlah yang pernah kita belanjakan tahun lepas untuk pasukan yang sama tetapi tidak ada dalam laporan kita ini, seolah-olah tidak ada. Tuan Pengerusi, Butiran 40000 berkenaan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Berapa anggota suruhanjaya ini? Berapakah anggota yang dilantik bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebab peruntukannya dua tahun sahaja RM140 juta. Berapa orangkah anggota suruhanjaya ini sebab ini bukan untuk koperasi, ini suruhanjaya. Maknanya jawatankuasa yang dianggotai dalam suruhanjaya. Berapakah kakitangan dia, saya nak tahu yang kita keluarkan perbelanjaan ini yang pada saya, RM140 juga tidak justify dengan apa yang dihasilkan, aktiviti koperasi itu sendiri yang ada 2,400 koperasi yang dikatakan aktif dalam negara kita.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Hasil yang keluar pun tidak sampai dengan yang digunakan oleh pasukan atau jawatankuasa suruhanjaya itu sendiri. Kita baru sahaja buat pindaan undang-undang yang memasukkan kuasa untuk melantik beberapa ahli dalam suruhanjaya, baru beberapa bulan baru kita buat pindaan bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Ada pindaan. Seingatan saya, jumlah ahli jawatankuasa yang duduk dalam suruhanjaya ini tidak ramai. Akan tetapi kenapa begitu besar, dua tahun sampai RM140 juta lebih kita peruntukkan kepada suruhanjaya?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya harap dapat penjelasan dan sekiranya diberi peluang, saya hendak tanya lagi apabila Yang Berhormat Menteri menjawab selaras dengan Peraturan Mesyuarat 68B. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri, sila.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II - Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih saya ingin ucapkan kepada 15 orang Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Kota Belud, ada celahan juga daripada Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pokok Sena, celahan juga Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Sik dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, insya-Allah, saya akan cuba menjawab sebaik yang mungkin. Akan tetapi kalau nanti dengan keadaan masa kita yang mana tidak dapat jawab dengan lengkap, kita akan memberi jawapan secara bertulis.
Kepada Ahli Yang Berhormat Batu Gajah dan beberapa juga Ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara yang sama, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program pendidikan kepenggunaan dilaksanakan bersama pelbagai agensi seperti Bank Negara berserta juga dengan NGO-NGO kepenggunaan. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan di peringkat daerah dan juga di bandar, di sekolah dan juga di IPT termasuk kepada penjawat awam. Bagi tahun 2011, sebanyak 2,063 program kepenggunaan telah dilaksanakan dan ianya adalah juga merujuk kepada pelbagai tajuk termasuklah pengurusan kewangan, perolehan kerajaan, penjawat-penjawat awam yang membuat pembelian tertakluk juga kepada arahan perbendaharaan, pekeliling perbendaharaan, surat pekeliling perbendaharaan yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan dan dipantau dan diaudit oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan juga audit dalaman. Jadi apa-apa sebarang ketidakpatuhan boleh disiasat dan disyorkan hukuman yang berkuat kuasa di bawah peraturan yang sedia ada.
Yang Berhormat, mengenai apakah saluran yang boleh diambil jika alasan penghakiman di bawah TTPM itu tidak memuaskan, jadi ingin saya maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat Batu Gajah bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat TTPM perlulah membawa ke Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman. Ini adalah kerana keputusan TTPM adalah muktamad dan juga telah mengikat kedua-dua pihak dalam prosiding. Untuk makluman juga, bahawa kita ada dana untuk membantu bagi mereka yang merasakan bahawa mereka tidak dapat membawa kes-kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Bagi Yang Berhormat Sri Gading, saya ingin...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat kata program kepenggunaan itu juga merangkumi pengurusan kewangan yang melibatkan penjawat awam juga. Jadi dengan ketirisan kebocoran pembelian yang tidak sepatutnya diberi, pelanggaran peraturan perbendaharaan yang berulang-ulang kali berlaku, apakah ini bermaksud program pengurusan kewangan pihak kementerian nampaknya ada kelemahan atau gagal? Kalau dalaman pun tidak dapat mengelakkan perkara ini berulang kali berlaku, bagaimana kita boleh meyakinkan orang ramai, consumer, bahawa program-program Yang Berhormat ini akan memanfaatkan mereka? Yang paling asaslah, ada peraturan perbendaharaan boleh dilanggar, malahan dilanggar oleh Pejabat Menteri. Jadi ini menjadi persoalannya...
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat, kita jangan bermain politik di sini Yang Berhormat. Saya hanya menjawab yang kena mengena dengan kementerian ini. Yang Berhormat, kalau kementerian ini Yang Berhormat heret sekali dengan segala yang disebut oleh Auditor General, memang tidak habis Yang Berhormat. Yang saya sebutkan ini adalah kena mengena dengan kepenggunaan.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat, kita buat dengan sebaik yang mungkin dan sebab itu kita bawa program ini sehingga ke sekolah rendah. Insya-Allah, mudah-mudahan dengan dipupuk daripada kecil, mereka ini akan membawa satu nilai-nilai murni sehingga mereka menjawat jawatan yang tinggi di mana insya-Allah, dengan apa yang kita pupukan dari serendah-rendahnya di sekolah rendah, insya-Allah. Yang Berhormat, ini kita tidak boleh tentukan satu persatu Yang Berhormat. Yang Berhormat, manusia ini macam-macam. Jadi Yang Berhormat, kalau hendak ikut peraturan segala peraturan yang ada, tidak ada, siapa yang hendak buat penyelewengan Yang Berhormat?
Jadi Yang Berhormat, janganlah sebab Laporan Ketua Audit Negara itu, disapu habis untuk kementerian ini mengaturkan. Saya hanya menjawab Yang Berhormat tadi menjurus kepada program-program kepenggunaan yang ada di kementerian ini. Jadi terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, saya tahu apa Yang Berhormat ingin menjuruskan. Akan tetapi itulah Yang Berhormat. Ingat Yang Berhormat sebelah sana sahaja yang sakit hati? Kami di sini pun sakit hati Yang Berhormat apabila kami membaca Auditor General Report. Jadi jangan fikir kami di sini semua suka juga melihat bahawa banyak, apa yang disebutkan itu juga menyakitkan hati. Ini kerana ia sama-sama cukai kita juga Yang Berhormat. Bukan cukai sebelah sana, duit kami juga dicukai. Okey Yang Berhormat, biarlah saya ini...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Satu lagi Yang Berhormat...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ya, itu masalahnya, Yang Berhormat. Kita ada banyak masa...
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat, saya faham.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Kementerian ini sepatutnya naik untuk bahas esok. Kita ada banyak masa.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Yang Berhormat, okey.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, saya yang menentukan masa.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Saya faham Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi
Jangan bertengkar mengenai dengan perkara yang menimbulkan perbahasan. Jawapan tidak ada yang perfect. Begitu juga soalan. Cara Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain membuat sikap seolah-olah Ahli Yang Berhormat itu sendiri perfect. Nobody’s perfect. Sila, teruskan.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta maaf Tuan Pengerusi. Saya rasa kita ada ruang masa. Kalau saya melihat...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Batu Gajah...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi
Saya yang menentukan masa.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Akan tetapi kita diberi...
Tuan Pengerusi
Sama ada masa itu boleh atau tidak. Kalau saya tidak tentukan, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak pandai berhenti berucap. Yang sekarang ini Yang Berhormat Timbalan Menteri belum pun habis menjawab Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah mencelah. Dan celahan Yang Berhormat itu bagi saya, kalau mengikut peraturan mesyuarat, tidak patut. Pasal Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, dia menjawab dengan seberapa yang boleh dan dia tidak boleh menjawab memenuhi hasrat semua Ahli Yang Berhormat seperti mana Ahli Yang Berhormat mahu dengar. Saya pun begitu juga. Bukan semua hujah yang saya dengar sini saya setuju kerana hujah diulang-ulang juga.
Namun, saya terpaksa bersabar. Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat harus faham. Ada ahli-ahli Yang Berhormat yang sering kali berhujah menimbulkan ketengan seperti ini. Pun sedemikian, saya tidak memilih. Saya panggil juga Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya boleh mengelak untuk tidak memanggil supaya masa tidak dibazirkan seperti begini. Boleh saya buat. Ahli-ahli Yang Berhormat hendak buat tuduhan mana-mana pun tidak apalah, tetapi perkara seperti inilah yang menghabiskan masa. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mahu perkara ini selesai pada pukul 10.45 malam ini juga.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi kepada Yang Berhormat Sri Gading dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain yang menyebut mengenai iklan-iklan yang mengelirukan khasnya ubat-ubatan, memang menjadi kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna bagi sesiapa yang membuat iklan yang mengelirukan kepada pengguna. Bagi isu ubat-ubatan, ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kesihatan di mana kementerian ini sering mengadakan kerjasama.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Mengenai tertipu barangan palsu, jadi kita memang selalu membuat gerak gempur. Oleh yang demikian ada satu program yang kita jalankan yang kita namakan Basket of Brand atau BOB di mana 18 syarikat dengan 76 jenama telah terlibat dengan secara proaktif supaya mereka sama-sama cuba menangani bersama kementerian ini untuk mengatasi barang tiruan. Jadi sehingga Oktober 2011, sebanyak 1,057 kes telah diambil dengan nilai rampasan berjumlah RM11 juta. Jadi kerjasama dengan agensi- agensi lain memang selalu dijalankan iaitu Pasukan Petugas Khas Membanteras Barang tiruan yang disertai oleh pelbagai agensi penguatkuasaan. Jadi dengan adanya Basket of Brand ini, insya-Allah dengan apa-apa dakwaan yang diambil akan mendapat kerjasama yang cepat daripada jenama-jenama yang terlibat.
Yang Berhormat Sri Gading, juga jualan murah dikatakan adakah ini betul- betul murah. Peniaga hanya dibenarkan membuat lima kali dan tiga kali pilihan untuk membuat jualan murah. Peniaga perlu menghantar senarai barangan untuk mengadakan jualan murah kepada kementerian dan pegawai penguat kuasa akan membuat pemeriksaan bagi menentukan bahawa jualan murah itu adalah yang betul seperti dikatakan.
Yang Berhormat Sri Gading juga mengenai barang-barang tiruan yang berjenama dengan harga yang tinggi untuk mengaut keuntungan. Tindakan penguatkuasaan ke atas barang tiruan, pengiklanan yang mengelirukan, penandaan harga yang mengelirukan, dijalankan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan pada November yang lepas, dikuatkuasakan di bawah Akta Perihal Dagangan tahun 2011 yang baru. Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober tahun ini, jumlah kes barang tiruan yang telah dihasilkan adalah sebanyak 1,057 kes dan pecahan kes mengikut jenis barang adalah:
| Jenis Barang | Jumlah Kes |
|---|---|
| Makanan atau kesihatan | 54 |
| Makanan sahaja | 33 |
| Ubatan | 2 |
| Kosmetik | 11 |
| Rokok | 2 |
| Minuman keras | 6 |
Di bawah keselamatan ada 243 kes iaitu:
| Jenis Barang | Jumlah Kes |
|---|---|
| Petroleum | 2 |
| Barang elektrik | 15 |
| Alat komunikasi | 175 |
| Kena-mengena dengan komputer | 27 |
| Alat ganti kenderaan | 24 |
Bagi lain-lain ada 760 kes iaitu:
| Jenis Barang | Jumlah Kes | |||
|---|---|---|---|---|
| Pakaian | 253 | |||
| Jam tangan | 24 | |||
| Barang kulit | 136 | |||
| Kasut | 85 | |||
| Cermin mata | 18 | Lain-lain | 244 |
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Jadi jumlah nilai barang-barang rampasan adalah RM11 juta. Penguatkuasaan yang berterusan akan dijalankan oleh kementerian terhadap perkara-perkara yang telah disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi.
Menjawab daripada Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Puteh iaitu mengapa bajet koperasi tidak dimasukkan di dalam Bajet 2012. Bajet yang diperuntukkan kepada gerakan koperasi tidak ada dalam bajet, sebenarnya ada tetapi tidak disebut secara spesifik ataupun khusus sebab ianya diperuntukkan secara tidak langsung di dalam program-program di bawah kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia seperti di bawah Program TUKAR, peruncitan dan pemborongan produk Koop 1Malaysia. Jadi sebenarnya bajet SKM dimasukkan ke dalam bajet kementerian secara keseluruhan.
Mengenai saman lima koperasi terhadap ANGKASA. SKM telah memanggil kedua-dua pihak di mana ANGKASA tetap mahu teruskan membawa kes ini ke mahkamah. Jadi oleh yang demikian, perkara ini adalah di bawah keputusan mahkamah. Isu salah guna koperasi KOSWIP. SKM telah membuat pemeriksaan perintah di bawah seksyen 67, Akta Koperasi dan telah dikeluarkan di mana laporan dibuat kepada SPRM untuk tindakan mereka.
Mengenai koperasi tidak disebut dalam ucapan bajet, seperti kita katakan sebenarnya di dalam ucapan bajet SKM telah diperuntukkan walaupun tidak tetapi SKM saya ingin maklumkan di sini telah diperuntukkan RM76,809,000 iaitu untuk mengurus dan RM14,800,000 untuk pembangunan.
Menjawab Yang Berhormat Kota Belud...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit, sedikit fasal tindakan Suruhanjaya Koperasi. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya mohon maaf kerana tidak timbulkan isu ini tetapi penting mengenai Koperasi Tunas Muda, Pulau Pinang. Tolong kalau boleh beri jawapan bertulis saya perlukannya kerana inilah satu koperasi antara terbaik di Malaysia yang sekarang ini ada masalah di mana Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu. Saya rujuk dan mohon jawapan secara bertulis kerana isunya kritikal mengenai isu yang telah difahamkan disuspend tetapi diangkat. Mohon jawapan secara bertulis.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Insya-Allah kita akan memberi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.
Mengenai hujah Yang Berhormat Kota Belud iaitu memberi peruntukan supaya memberi peruntukan yang mencukupi kepada NGO. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Belud, kementerian ini mendapat kerjasama daripada NGO seperti NGO Pengguna, Belia, Wanita dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan. Bagi tahun 2011 dan 2012 sejumlah RM4 juta diperuntukkan setiap tahun sebagai bantuan khas kepada NGO bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan. Selain daripada kerjasama NGO penjelasan dan maklumat kepenggunaan turut dipaparkan di dalam Portal 1Malaysia Pengguna Bijak bagi membolehkan carian informasi oleh pengguna.
Yang Berhormat Kota Belud juga mengatakan bahawa pegawai daripada Sabah, jadi insya-Allah Yang Berhormat, kita sentiasa mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat di mana kalau dapatlah pegawai daripada Sabah yang layak untuk menjadi Pengarah di peringkat negeri Sabah. Insya-Allah Yang Berhormat kita juga mengalu- alukan kalau ada yang layak itu mereka lebih mengetahui dari segi negeri masing- masing tetapi ini adalah juga terpulang kepada kelayakan Yang Berhormat, sebab kadang-kadang jawatan dia ini macam-macam skill. Jadi oleh yang demikian, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud atas cadangan tersebut.
Daripada Yang Berhormat Jerai iaitu mengenai penguatkuasaan barangan halal. Bagi memperkukuhkan pelaksanaan pemantauan halal, pegawai JAKIM telah diberikan kuasa untuk melaksanakan peraturan ini. Tuan punya barang jenama perlu membuat laporan, aduan kepada penguat kuasa untuk diambil tindakan iaitu dari segi kalau ada kedai yang dirasakan ada menjual barang yang tiruan dan juga barang yang tidak tiruan. Kami memerlukan supaya diadukan kepada kami supaya kita akan mengambil tindakan untuk memastikan bahawa barang itu adalah betul-betul yang asli dan juga yang asal.
Di bawah MYPO, Yang Berhormat Jerai telah bertanya mengenai usul pentafsiran sesuatu ayat yang menyentuh agama di mana kita akan rujuk kepada pihak JAKIM iaitu tadi ubat gigi Mukmin.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Walau bagaimanapun, bagi permohonan cap dagang yang menyentuh isu-isu agama, permohonan tersebut tidak boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran cap dagangan. Jadi sekali lagi mengenai Radix tadi, sesuatu jenama yang berdaftar di bawah Akta Cap Dagang mempunyai hak eksklusif termasuklah mengambil tindakan undang-undang terhadap jenama yang menyerupai atau serupa dengan tuan punya cap dagang yang berdaftar.
Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Bermakna Radix sepatutnya cepat-cepat juga bertindak sebab merekalah yang tuan punya jenama. Barulah kementerian kita boleh mengambil tindakan. Yang Berhormat Jerai juga bertanya mengenai pemantauan harga. Jadi, memanglah kita di kementerian ini, pemantauan harga adalah dalam empat kategori iaitu:
(i) barang basah seperti ikan, ayam, sayuran di pasar awam, hypermarket dan pasar raya;
(ii) barang kering seperti susu bayi, teh, kopi di kedai runcit, pasar raya dan hypermarket;
(iii) barangan yang siap masak seperti kuih-muih, lauk-pauk dan air minuman di restoran, food court dan sebagainya; dan
(iv) barangan serbaneka iaitu di kedai-kedai seperti 7Eleven dan juga KK Mart.
Bermakna, ini semua memang dipantau. Pemantauan dilaksanakan...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat boleh dapat habiskan jawapan ini sebelum ataupun pada waktu tepat 10.45 malam, jadi kita teruskan. Jikalau tidak, Yang Berhormat boleh sambung esok. Ini kerana kuasa saya cuma 15 minit untuk menambah di bawah Peraturan Mesyuarat 12. Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk kita berbahas memang ada hadnya menurut Peraturan Mesyuarat. Itu sebab saya dan timbalan-timbalan saya terpaksa mengawal perbahasan. Umpamanya, pada peringkat dasar. Kita cuma boleh membenarkan 13 hari berbahas dan tidak kurang dua hari jawapan Yang Berhormat Menteri. Itu pun kita beri tiga hari. Itu pun tidak cukup, terpaksa kita pendekkan.
Pada Peringkat Jawatankuasa, pada masa sekarang ini, kita cuma boleh hadkan masa 20 hari dan kita tidak boleh bagi 20 hari. Maka, kita hadkan masa 13 hari.
Sekarang sudah empat hari kita berbahas, kementerian baru tujuh dan lapan. Jikalau setiap perbahasan mempunyai masalah seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, macam mana kita boleh siap?
Jikalau satu tahun kita bersidang pun, kalau saya biarkan Yang Berhormat Indera Mahkota bercakap dengan Yang Berhormat Pokok Sena, mereka dua orang sahaja enam bulan... [Ketawa] Jikalau lagi diganggu oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Sri Gading...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Tuan Pengerusi, saya...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat faham apa yang saya hujah... [Dewan riuh]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya tersinggung Tuan Pengerusi, macam saya bercakap benda yang tidak baik.
Tuan Pengerusi
Saya tidak berniat untuk menyinggung. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang saya tidak berniat untuk menyinggung, itu cuma sebagai contoh, kalau boleh saya ambil orang lain. Saya mohon maaf.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ya tetapi contoh saya dua orang sahaja.
Yang Berhormat Pokok Sena tidak ada dalam Dewan, saya ada.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Perumpamaan sahaja.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Perumpamaan.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau begitu saya tarik Ahli-ahli Yang Berhormat. Cakap saya itu kalau tersinggung tetapi ini fakta. Jikalau umpamanya Ahli Yang Berhormat sendiri apabila saya kata 10 minit, lihat kepada jam.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Ada jam digital. Tengok kepada jam tangan. Jangan minta Pengerusi untuk menegur. Jangan buat begitu Ahli Yang Berhormat dan apabila Ahli Yang Berhormat berhujah, ingat Ahli Yang Berhormat baru masuk dalam Dewan.
Sudah rehat di sana setengah jam. Sebelum itu sudah ada Ahli Yang Berhormat yang telah berhujah point yang Ahli Yang Berhormat bangkitkan.
Cuba bayangkan kami yang duduk di atas ini mendengar hujah yang berbalik- balik, itu dan itu. Peraturan mesyuarat mengatakan jangan politikkan isu-isu kalau tidak boleh kerana mendapat reaksi negatif, menimbulkan kekurangan masa. Yang Berhormat Pokok Sena baru berucap, saya tidak tegur apabila dia sebut BN ”barang naik”. Itu bagi perasan sayalah walaupun ditengok daripada sanubari, ditanya hati kecil.
Dia menyindir BN. Tidak boleh begitu.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya tidak sindir.
Tuan Pengerusi
Jadi, ada Ahli-ahli Yang Berhormat kadang-kadang apabila minta pula soalan, selepas itu minta Menteri menjawab yang dia puas hati. Dalam berbahas Yang Berhormat, tidak ada yang perlu puas hati. Tiada dan saya tidak boleh memaksa Menteri untuk menjawab seperti yang dikehendaki oleh Yang Berhormat.
Yang menilai ialah orang yang mendengar, Hansard, rakyat.
Apabila kita mengatakan bahawa itu adalah kelemahan kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, semua manusia ada kelemahan. Jadi, itu sebab apabila berbahas, kalau kita berani meluahkan hujah, menghentam orang, maka kita harus bersedia untuk dihentam balik... [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong diam. Apabila kita seronok, apabila kita mengeluarkan hujah seolah-olah hentaman kita itu mengena, jangan pula apabila kita dijawab bahawa kita diperkecilkan oleh kerana fakta kita tidak betul, kita pula rasa tersinggung, jangan! Saya seronok mendengar perbahasan yang mantap. Saya seronok macam tengok boxing. Akan tetapi kalau boxing itu macam Mike Tyson gigit telinga kawan macam mana?... [Ketawa] Terpaksa saya tegur. Jikalau pula umpamanya perbahasan itu hitting below the belt, tidak boleh. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat tolonglah, mohon kerjasama. Jadi, esok Yang Berhormat Menteri akan menjawab. Oleh kerana saya tengok jadual, kalau umpamanya perbahasan ini dapat kita selesaikan hari ini, bermakna kita ada masa lumayan lagi untuk beberapa kementerian yang tinggal.
Saya tahu Ahli-ahli Yang Berhormat juga akan bangkitkan perkara seperti sekarang yang kamu bangkitkan. Semua agresif, semua mempertahankan kedudukan masing-masing. Semua akan menegakkan benang sama ada basah atau tidak.
Wallahualam. Sebagai contoh, Yang Berhormat Indera Mahkota, you ada jumpa saya Yang Berhormat Indera Mahkota di kamar saya dengan Yang Berhormat Balik Pulau...
[Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, ini sebagai contoh. Yang mengutarakan kepada saya bahawa ada kesilapan. Saya kata, saya minta dahulu maklumat daripada kementerian yang berkenaan. Saya minta maklumat. Sebelum pun saya buat reaksi kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat dengan Ketua Pembangkang buat press statement kelmarin di luar. Jadi, yang saya anggap... [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap. Apa yang saya anggap perkara yang dibawa ke pengertian saya sama ada waktu saya mempengerusikan Majlis ataupun di dalam kamar saya, saya anggap itu adalah sebagai official. Jadi, persoalan yang ditimbulkan memang ada jawapan dan jawapan telah dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak pun juga diberi kepada saya secara bertulis, saya dapat kemudian, kena membuat press statement juga.
Jadi, bermakna kenalah pada masanya, pada tempatnya, pada keadaannya.
Selepas buat juga kenyataan akhbar. Jikalau saya ditunggu itu Yang Berhormat, saya ada masa dia untuk saya bagi kepada Yang Berhormat Menteri untuk buat penjelasan dalam Dewan di bawah Peraturan Mesyuarat 14. Jadi, itu sebagai contoh bahawa setiap liku, langkah dipolitikkan.
Tuan Pengerusi
Tidak bolehkah Ahli-ahli Yang Berhormat berfikiran bahawa apabila masuk dalam Dewan ini, tinggalkan politik itu di luar Dewan. Tumpukan perkara itu kepada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Jangan bertengkar selalu dan menganggap bahawa diri masing-masing itu perfect, tiada Yang Berhormat.
Jangan fikir pula saya ini terlampau jahat, tidak ada yang perfect Yang Berhormat boleh menggantikan saya di sini.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya jadi saksi Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Tuan Yang di-Pertu mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 10 November 2011. Terima kasih.
Mesyuarat tamat pada pukul 10.38 malam.