Nov082011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Azalina binti Dato’ Othman Said [Pengerang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, usaha dan langkah yang diambil dalam menyedia dan menyiapkan golongan muda negara bagi mendepani isu globalisasi yang memberikan pilihan yang terbuka dan banyak namun terbatas dari segi objektif terutama dari aspek pembangunan infrastruktur berbanding budaya, siasah dan jati diri.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan l - Tuan Gan Ping Sieu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Belia dan Sukan telah memperkenalkan enam inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia iaitu MyPark, Parlimen Belia, VyRec, Youth Icon, MyCorps dan The Leader untuk dilaksanakan dalam tempoh satu hingga tiga tahun. Setiap inisiatif ini telah mengambil kira cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan belia termasuklah dalam mendepani isu globalisasi.

Program-program ini adalah selaras dengan Dasar Pembangunan Belia Negara dan telah diendorse dan diterima oleh Kabinet pada tahun 2007. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2012 sejumlah RM320 juta telah diperuntukkan bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program kepimpinan, daya tahan dan keusahawanan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Sumbangan tambahan juga telah disediakan untuk Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah demi mengupayakan majlis-majlis belia tersebut.

Dua dana khas juga telah disediakan oleh kerajaan iaitu dana permulaan sejumlah RM200 juta untuk My Creative Venture Capital dan juga RM200 juta disediakan untuk Program Strategik Untuk Belia 1Malaysia iaitu Strategic Action for Youth, dengan izin, untuk latihan dan kemahiran belia khasnya untuk belia yang tak meneruskan pengajian persekolahan.

final • 10:00 AM

Datuk Azalina binti Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih. Pertama sekali soalan tambahan saya sebelum saya mulakan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana akan mengadakan Pertandingan Bola Keranjang Three-On-Three dengan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Jadi, saya cadang selepas itu mainlah basketball three-on-three dan jemput Ahli-ahli daripada Pakatan Rakyat dengan daripada Barisan Nasional ya.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, cabaran terkini ya, kita tidak boleh menafikan ialah teknologi maklumat dalam alam siber. Tanpa kawalan banyak kesan negatif berlaku pada generasi muda contohnya arena lucah, penipuan dan salah guna. Sejak kebelakangan kini, di dalam negara kita yang paling hebat kita tengok satu budaya baru yang menggunakan teknologi maklumat iaitu budaya fitnah politik. Perkara ini saya lihat rancak berlaku di mana keluarga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menjadi mangsa, contohnya isteri Yang Amat Berhormat dan anak perempuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, budaya ini kalau kita lihat sudah tentu diwujudkan dan digerakkan oleh parti-parti politik yang tidak puas hati dengan kerajaan Barisan Nasional.

final • 10:00 AM

Datuk Azalina binti Dato’ Othman Said - Pengerang

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah-langkah tambahan dalam usaha yang dilakukan oleh kementerian, saya menerima tentang banyak peruntukan wang diletakkan untuk memperkasakan belia tetapi dalam aspek memperkasakan kekuatan mental generasi muda belia kita dalam menghakis, menapis dan menyediakan mereka kekuatan supaya budaya fitnah politik ini tidak berleluasa kepada generasi muda yang mana akan, kata orang, meletakkan generasi muda dalam golongan minda yang lebih negatif di mana mereka mendapat persepsi yang begitu negatif terhadap kerajaan. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Gan Ping Sieu

Terima kasih atas soalan tambahan yang dibawa oleh Yang Berhormat Pengerang. Saya ucapkan terima kasih jugalah atas galakan daripada Yang Berhormat di mana bukan sahaja saya, saudara Saifuddin, Yang Berhormat KJ dan Kamalanathan akan bermain three-on-three basketball hari Rabu yang akan datang, dan cadangan supaya mengadakan program tambahan, mungkin jemput Ahli-ahli Yang Berhormat daripada wanita dan juga daripada Parti Pembangkang, adalah satu cadangan yang murni. Terima kasih atas cadangan itu.

Berkaitan dengan soalan tambahan iaitu perkembangan teknologi maklumat (IT) yang begitu canggih pada zaman sekarang ini. Kita dapat memperhatikan bahawa dalam bidang-bidang siber ini, kadangkala kita mendapati bahawa belia-belia kita disalahgunakan ataupun diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang penuh dengan tuduhan fitnah ataupun maklumat-maklumat yang palsu.

final • 10:00 AM

Tuan Gan Ping Sieu

Ini suatu perkembangan yang unik, bukan sahaja di Malaysia tetapi saya rasa di seluruh dunia. Satu perkembangan yang begitu unik di kalangan belia kita. Inilah satu budaya belia yang telah berubah dan kita terpaksa mengambil perhatian. Dalam usaha untuk menangani perkembangan ini, adalah mustahak semua pihak khasnya daripada bukan sahaja kerajaan, parti pembangkang juga terpaksa bekerjasama supaya tidak memperalatkan budak-budak kita atau belia-belia kita untuk menyalahgunakan maklumat IT ini. Dalam program-program yang telah disediakan khasnya di Kementerian Belia dan Sukan walaupun dengan peruntukan yang terhad, kementerian telah menyediakan setiap daerah telah menyediakan pusat siber Rakan Muda untuk memudahkan belia-belia kita untuk mengakses IT khasnya di kawasan luar bandar.

Selain daripada itu, salah satu inisiatif yang saya sebut sebentar tadi iaitu di antara enam inisiatif makmal belia ialah VyRec iaitu virtual youth resource center di mana portal VyRec itu akan mengandungi tiga komponen utama iaitu portal maklumat dan saluran media sosial dan berperanan sebagai radar belia. Kementerian Belia dan Sukan berharap dengan adanya program-program sedemikian, kita dapatlah menyebarkan ataupun berkongsi maklumat-maklumat yang betul dengan belia-belia kita. Sekian.

final • 10:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 10:10 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

[Bangun]

final • 10:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gelugor, ada soalan nombor 4, Yang Berhormat Lembah Pantai ada soalan nombor 6, saya beri Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 10:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, selamat pagi Tuan Yang di- Pertua yang membuat keputusan bijak. Saya juga berasa perkembangan atau pergerakan belia sangat dinamik seluruh di dunia pada hari ini. Kita tengok perkembangan yang berlaku terutamanya di Asia Barat, terlalu dinamik sehingga kita tidak dapat menjangkakan apa yang berlaku. Ini telah menjadi perhatian seluruh pentadbir negara-negara maju terutamanya yang menjangka pergerakan belia akan berubah secara revolusi. Sekiranya kita tidak ada satu dasar yang jelas, dibimbangi bahawa pergerakan belia ini boleh mendahului satu pemerintahan sesuatu negara. Kita tahu apa yang berlaku di Libya baru- baru ini, seorang belia mengambil keputusan sendiri yang terlalu di luar jangkaan untuk membuat keputusan yang begitu cepat dan rapid.

final • 10:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak tanya, soalan tambahan. Ada enam inisiatif yang kita cadangkan untuk dilaksanakan terhadap belia. Saya nampak perkara enam inisiatif ini lebih kepada kita hendak letakkan, masih letakkan belia kita sebagai diperbudakkan. Belia masih dianggap ada satu line, satu garisan yang mereka tidak lagi boleh, masih belum lagi boleh tembusi sedangkan negara lain menganggap belia adalah aset negara dan belia ini sebahagian daripada orang dewasa yang telah diberi kepercayaan untuk mentadbir dan membuat keputusan besar untuk sesuatu negara. Adakan enam inisiatif ini kita hendak jayakan dengan hanya beberapa, saya tahu Timbalan Menteri menyebut, peruntukan yang amat sedikit, bawah kurang daripada setengah bilion untuk Kementerian Belia dan Sukan. Saya rasa ini ada satu perkara yang agak tidak munasabah dari segi apa yang kita cadang dengan apa yang hendak kita lakukan. Saya minta penjelasan Timbalan Menteri sebab saya rasa dinamika perkembangan belia ini nampak macam tidak seimbang kita tumpukan sekarang di negara kita. Terima kasih.

final • 10:10 PM

Tuan Gan Ping Sieu

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota. Pergerakan belia memanglah tanggungjawab utama pada Kementerian Belia dan Sukan. Kalau sekiranya Yang Berhormat mengatakan bahawa belia- belia kita telah diperbudakkan dengan program-program yang telah dianjurkan ataupun disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan, itu adalah satu dakwaan yang tidak munasabah dan seolah-olahnya belia-belia kita ini yang berpengajian tinggi seolah-olahnya mereka mudah diperbudakkan. Itu satu tuduhan yang tidak adil kepada belia-belia kita.

Sekiranya juga dikatakan program-program enam inisiatif ini adalah inisiatif yang tidak dapat mencapai matlamat yang ditujukan, itu pun satu dakwaan yang kurang munasabah sebab inisiatif-inisiatif ini bukanlah hasil daripada, bukanlah satu rancangan, program yang sekadar dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, ia adalah satu hasil daripada makmal belia di mana belia-belia, pemimpin-pemimpin belia telah dijemput untuk menyertai dalam program itu selama enam minggu dan melibatkan beberapa stakeholders bukan sahaja di pihak awam, swasta, NGO dan sebagainya. Itulah satu hasil yang, the brain child daripada pemimpin-pemimpin belia ini.

Jadi sekiranya Yang Berhormat menganggap program-program ini tidak dapat membawa hakikat atau hasil yang diingini, itulah satu pandangan daripada Yang Berhormat. Sebenarnya kita penuh dengan kepercayaan, dengan program ini yang akan dijalankan dalam tempoh tidak lama lagi, dalam satu tahun ke tiga tahun, bukan sahaja dapat menjalankan apa yang dicadangkan oleh pemimpin-pemimpin belia kita, juga dapat mengupayakan mereka untuk menghadapi isu-isu globalisasi. Sekian.

[Soalan no. 2 – YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) tidak hadir]

final • 10:10 PM

3. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, sejauh mana kemajuan industri herba dari sudut penyelidikan dan potensi kepada ekonomi negara juga kepada tahap kesihatan rakyat di negara kita.

final • 10:10 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Industri herba merupakan industri yang sedang berkembang pesat dan Bank Dunia menganggarkan pasaran herba global akan meningkat kepada USD5 trilion pada tahun 2050. Pengeluaran bahan mentah herba negara juga pada masa ini sedang berkembang dan ketika ini dianggarkan bernilai lebih RM400 juta. Dengan kedudukan negara yang kaya dengan bio diversiti yang punya lebih dari 20,000 flora dan fauna dan dengan jangkaan pasaran yang besar ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau singkatannya MOSTI telah memperuntukkan sebanyak RM41.5 juta kepada 63 projek R&D berkaitan dengan herba pada Rancangan Malaysia Kelapan dan juga Rancangan Malaysia Kesembilan.

Kajian R&D meliputi dengan izin, identification and development of bio active compounds, drugs screening, development of phyto-ceutical product, anti implementary nutraseutical product dan lain-lain. Penyelidikan ini dijalankan oleh penyelidik di pelbagai universiti dan institusi penyelidikan kerajaan.

final • 10:10 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Bagi memastikan aktiviti R&D herba dapat dibangunkan sebagai bahan ubatan atau farmaseutikal, kerajaan telah membangunkan Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia atau singkatannya IPHARM yang mana salah satu peranannya ialah untuk menjalankan kajian saintifik terhadap tumbuhan herba melalui proses-proses R&D untuk dibangunkan sebagai bahan ubatan yang akan melalui fasa-fasa kajian klinikal.

Tuan Yang di-Pertua, TPM Biotech Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat TPM Malaysia telah membangunkan pusat biotech herba yang berfungsi sebagai pusat kecemerlangan herba ataupun centre of excellent bagi membantu usahawan herba tempatan menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk herba. Pusat kecemerlangan herba ini menggabungkan fasiliti penyelidikan dan analisa makmal, pembangunan produk dan formulasi serta pemprosesan dengan mengguna pakai teknik ekstraksi bagi penghasilan bahan herba bagi penggunaan industri makanan, kesihatan, kosmetik, farmaseutikal, nutraseutikal dan pelbagai kegunaan lain. Semenjak 2006 melalui bimbingan TPM, pembangunan usahawan biotech herba dan eksplorasi perniagaan hasil herba telah melahirkan seramai hampir 909 usahawan IKS yang telah menyumbang sebanyak RM266.7 juta pada pendapatan negara. Syarikat-syarikat industri herba juga telah diberikan status bio nexus oleh Biotech Corp. dan menggalakkan pertumbuhan industri ini. Sehingga 31 Oktober 2011, syarikat-syarikat industri herba yang berstatus bio nexus telah meningkat kepada sepuluh syarikat dengan jumlah pelaburan yang diluluskan adalah RM237,960,163 dan memperolehi jumlah hasil pendapatan sebanyak RM55,407,792 dan mewujudkan sebanyak 206 peluang pekerjaan.

final • 10:10 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melalui bidang ekonomi utama negara NKEA, sektor pertanian telah memilih industri herba sebagai satu daripada bidang yang diberi tumpuan dengan mengunjurkan sumbangan sebanyak RM2.214 bilion kepada pendapatan kasar negara pada tahun 2020.

Sukacita dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa perkembangan industri herba bukan sahaja menjadi tanggungjawab MOSTI tetapi turut juga dilaksanakan oleh kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertindak sebagai penyelaras pada Majlis Pembangunan Herba Negara dalam berusaha menyelaras dan menambah baik setiap rangkaian nilai industri herba dari segi penghasilan produk sehingga kepada sektor pemasaran. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Nampak tadi bila mendengar hujah-hujah, jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri memang kita yakinlah Tuan Yang di- Pertua bahawa ada satu cahaya di hujung terowong makna industri herba ini akan berkembang luas dan amat berharga kepada negara kita. Saya berminat bab ubatan pharmaceutical tadi. Saya harap ia akan menjadi satu kenyataan pada suatu masa nanti.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah daripada segala perancangan dan insya-Allah pelaksanaan yang akan dibuat nanti, bagaimana kita boleh menerokai pasaran herba ini di seluruh dunia supaya kita dapat mengambil bahagian dengan lebih besar lagi dan dapat menjana income ataupun pendapatan yang lebih besar pada masa akan datang bukan setakat lebih RM2 bilion tadi yang dijuruskan dalam NKEA tapi lebih daripada itu kalau boleh, kalau boleh lebih tiga kali ganda mungkin RM10 bilion kerana nilainya sangat besar di seluruh dunia. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Kalau kita melihat sumbangan kita dalam bidang herba setakat ini ialah apa yang saya katakan tadi setakat nutraceutical, bidang kecantikan, food supplement tapi kita belum sampai ke tahap pharmaceutical, ubat-ubatan di peringkat yang boleh dijadikan ubat untuk penyembuh penyakit tapi lebih kepada pencegahan iaitu nutraceutical. Jadi, apa yang dirancang melalui kementerian kita dalam bidang penyelidikan ialah untuk kita merancang menubuhkan National Institute of Biotechnology Malaysia (NIBM), di mana kita gabungkan tiga institut yang setakat ini yang sudah ada, IPHARM (Institute Pharmaceutical dan Nutraceutical), kita ada juga ABI (Agro Biotechnology Institute) dan satu lagi kita ada Genomics yang fokus kepada genome, yang kajian berkaitan dengan genome.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Bila digabungkan tiga institut ini, maka kita mengharapkan National Institute ini akan dapat menggabungkan keseluruhan kementerian dan agensi di negara kita yang terlibat dalam bidang research and development untuk herba.

Kita ada Kementerian Kesihatan yang ada juga membuat research untuk pharmaceutical, ubat-ubatan. Kita ada Kementerian Pertanian melalui MARDI dan sebagainya untuk melibatkan upstream activities dan kita ada banyak kementerian dan kita juga memerlukan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan sumber manusia yang dapat memenuhi kehendak pasaran terutamanya bukan sahaja dalam bidang research and development tapi yang lebih penting untuk membangunkan keseluruhan yang pakar dalam bidang-bidang tertentu terutamanya dalam bidang menghasilkan ubat-ubatan.

Jadi ini yang kita sedang lakukan dan insya-Allah kita berharap tahun depan National Institute Biotechnology Malaysia ini akan dapat ditubuhkan di mana kita dapat intensifkan lagi bidang R&D dengan menggabungkan keseluruhan kementerian dan agensi kerajaan dan digabungkan juga dengan universiti-universiti dan research institute dan industri supaya akhirnya kita akan dapat bukan sahaja menyediakan infrastruktur asas yang sudah ada tapi juga pelbagai lagi bidang-bidang sokongan supaya kita akan dapat menerokai pasaran lebih luas di peringkat antarabangsa. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, menurut Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau FRIM, industri herba negara kita masih kekurangan dana bagi usaha research and development atau R&D. Kos pembangunan bagi satu produk adalah di antara RM500 hingga RM4 juta dan FRIM juga mendedahkan bahawa terdapat syarikat swasta yang meminta kerjasama FRIM untuk membangun produk tanpa memberi sumbangan dana.

Bolehkah pihak kementerian terangkan, adakah pihak kementerian bercadang memberi atau menambah peruntukan kepada FRIM bagi tujuan R&D produk herba dan juga sama ada pihak kementerian bercadang berunding dengan syarikat-syarikat swasta agar mereka bersetuju untuk bekerjasama dan dari segi suntikan dana kepada perusahaan produk herba. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Seperti yang saya katakan tadi, memang banyak agensi dan institut penyelidikan kerajaan yang terlibat dalam bidang pembangunan herba.

FRIM mungkin lebih menumpukan kepada bidang penanaman, untuk mengenal pasti apakah tumbuh-tumbuhan yang ada sumber-sumber herbal yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pharmaceutical, nutraceutical dan sebagainya.

Seperti mana yang saya katakan tadi, Kementerian Pertanian juga terlibat.

Kementerian Pertanian melalui Majlis Pembangunan Herba Negara telah diberi mandat untuk membangunkan herbal ini sebagai salah satu NKEA negara di mana peruntukan disediakan, jawatankuasa telah ditubuhkan dan mereka akan memanggil semua kementerian dan agensi-agensi terlibat untuk duduk dalam jawatankuasa untuk melihat bagaimana kita dapat menggunakan mungkin dana yang memang terhad tetapi dapat dimaksimumkan.

Kalau kita hendak bangunkan pula, dalam satu peringkat daripada tanaman, extraction dan akhirnya kepada hasilan yang terkini akhir sekali iaitu sama ada sebagai pharmaceutical atau nutraceutical belanjanya memang besar Tuan Yang di-Pertua sebab proses clinical trial yang kena dilakukan. Clinical trial sahaja makan masa tiga peringkat.

Peringkat pertama, kedua dan ketiga dan ia makan masa sehingga sepuluh tahun hingga lima belas tahun setelah melalui proses clinical trial baru ia dapat ke pasaran. RM4 juta ke RM5 juta tidak cukup pun untuk kita membawa satu produk herba untuk ditafsirkan sebagai ubatan untuk dibawa ke pasaran. Ia akan makan masa R&D sahaja 10 ke 15 tahun termasuk clinical trial dan belanjanya beratus juta. Kita pernah juga mengambil contoh Bintangor Tree di Sarawak yang dikatakan boleh digunakan untuk menghasilkan ubat- ubatan yang boleh merawat penyakit AIDS dan sekarang ini dah 15 tahun sudah belanja beratus juta pun tapi sekarang ini sudah pergi ke peringkat clinical trial yang ketiga iaitu di test kan kepada manusia dan ia belum lagi ke pasaran.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Sebab itu pelaburan begitu besar diperlukan kalau kita hendak pergi ke bidang perubatan dan bidang perubatan asas untuk tanaman saya kiranya merupakan perkara asas yang boleh kita lakukan. Terima kasih

final • 10:20 AM

4. Tuan Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada kerajaan bersedia dengan sokongan pembangkang untuk memansuhkan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi semangat dan inti pati kepada proses demokrasi. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan memperkatakan tentang kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimen. Perkara yang serupa yang berkaitan dengan kehilangan kelayakan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pula diperuntukkan dalam subseksyen 6(5), Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan.

Fasal 6(6), Perkara 48, menyebut Tuan Yang di-Pertua, “Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh perlepasan keahliannya berkuat kuasa hilang kelayakan menjadi Ahli Dewan Rakyat”.

Fasal 6(6), Perkara 48 dan subsekseyen 6(5) Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan, masing-masing diwujudkan pada tahun 1990 melalui seksyen 2, dan seksyen 6, Akta Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1990 [Akta A767].

Tuan Yang di-Pertua, pada 14 Mac 1990 Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, kini Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu membentangkan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan pindaan menyatakan bahawa tujuan penggubalan peruntukan tersebut adalah seperti yang berikut.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, tidak ada peruntukan yang menghalang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri meletakkan jawatan dan kemudian bertanding semula dalam pilihan raya yang diadakan bagi kerusi yang dikosongkan itu.

Ketiadaan halangan ini, memungkinkan seseorang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri meletakkan jawatan dan bertanding semula bagi kerusi yang sama semata-mata untuk menguji atau membuktikan popularitinya.

Apabila dilakukan ini, maka banyaklah masa, tenaga dan wang yang terbuang sedangkan rakyat dan negara tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya. Pindaan yang dicadangkan kepada Perkara 48 dan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan bertujuan menghalang peletakan jawatan yang sedemikian. Itulah kata-kata Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir pada ketika itu.

Tujuan penggubalan peruntukan ini turut dijelaskan oleh Andrew Harding dalam bukunya bertajuk Law Government and the Constitution in Malaysia yang menyatakan bahawa, “In order to prevent force by-elections, a member who resigned his seat in the Dewan Rakyat is disqualified from Membership of the House for five years. This provisions included by amendment to the constitution in 1990 followed occurs factors with resignation by opposition members design to force by-election embarrassing the government” Secara ringkas, peruntukan ini Tuan Yang di-pertua diwujudkan untuk menghalang seseorang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah meletakkan jawatan untuk bertanding semula sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri dalam tempoh lima tahun bermula daripada tarikh peletakan jawatan. Peruntukan tersebut juga diadakan bagi mengelakkan apa-apa pembaziran wang, masa dan juga tenaga yang akan timbul sekiranya Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri diberi peluang untuk bertanding semula. Jika Fasal 6, Perkara 48, dan subseksyen 6(5), Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan, maka akan terjejaslah sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Kewujudan fasal 6, Perkara 48, dan subseksyen 6(5), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan menghalang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih daripada menyalahgunakan peruntukan undang-undang bagi menjayakan agenda politik, mereka seperti untuk menguji atau membuktikan popularitinya yang pada keseluruhannya tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat dan negara.

Atas alasan yang tersebut di sini, maka kerajaan berpandangan bahawa peruntukan fasal 6, Perkara 48, dan subseksyen 6(5), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan adalah relevan pada ketika ini dan akan dikekalkan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar, tidakkah ada peruntukan seperti Perkara 48(6) dalam mana-mana Perlembagaan di Komanwel? Ini adalah kerana seorang Ahli Dewan Rakyat ada hak untuk meletak jawatan untuk mengadakan satu pilihan raya kecil untuk dapat tahu adakah kerajaan mendapat mandat daripada rakyat untuk menjadi kerajaan dalam konteks sepertimana letakkan jawatan itu diadakan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa demokrasi adalah demokrasi for the government by the people and for the people. Jadi kita di sini ialah menentukan kewujudan undang-undang yang telah pun diperuntukkan pada tahun 1990.

Pada masa itu Ahli-ahli Parlimen di sini ketika itu telah pun meluluskan rang undang-undang ini. Walaupun dikatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa tidak ada negara lain di Komanwel yang mengadakan kewujudan peruntukan ini. Saya rasa dalam keadaan ini di negara kita ini, kita mesti perlu mengadakan undang-undang ini untuk mengelakkan seseorang meletakkan jawatan. Selepas itu membenarkan ahli keluarganya misalnya ahli keluarga suami atau pun isteri untuk bertanding.

Selepas itu apabila isteri atau suami itu hilang kelayakan oleh sebab peruntukan undang-undang yang ternyata dalam Perlembagaan. Jadi isteri yang kini jadi bekas Ahli Parlimen tidak boleh bertanding semula sekiranya beliau terperangkap dalam seksyen 48(6).

Jadi inilah undang-undang yang telah pun diwujudkan pada tahun 1990 untuk mengawal keadaan selepas I think lebih kurang 18 tahun kemudian. Jadi kita dapat lihat bahawa undang-undang ini amat relevan untuk mengekalkan keadaan supaya tidak disalahgunakan oleh segolongan ahli-ahli politik hanya untuk mendapatkan agenda-agenda mereka yang tertentu. Ini tidak mempopularkan agenda rakyat dan demokrasi yang dikatakan untuk dan bagi rakyat. Itu sahaja.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 10:30 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir MAS

[Bangun]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Bukit Gelugor dia seorang peguam dan dia akan pertahankan apa sahaja. Salah atau tidak, benar atau tidak memang itu kerja dia. Itu tidak hairanlah kalau dia bawa soalan-soalan yang sebegini rupa, ya.

Jadi soalan saya ialah, adakah force election, dengan izin, sesuka hati itu merupakan satu tindakan yang demokratik? Adakah itu untuk kepentingan rakyat? Kita semua tahu bahawa itu semua adalah dimotivasikan faktor yang memotivasikan perbuatan itu adalah kepentingan diri sendiri atau kepentingan sempit satu, dua pihak dengan izin, it does not in the interest of the rakyat ataupun not in the interest of the nation. Jadi dengan sebab itu, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah konsep demokrasi dalam negara kita ini perlu dibuka begitu rupa sehingga tidak ada batasannya? Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Itulah Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita melihat dengan teliti dengan dalamnya Perkara 48(6), Perlembagaan Persekutuan yang saya sebutkan tadi.

final • 10:30 AM

Datuk Liew Vui Keong

Peruntukan ini adalah satu prinsip yang mempunyai semangat demokrasi dan juga signifikan penting di sebaliknya. Kewujudan Perkara 48(6) ini adalah memberi peluang kepada seseorang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menjalankan tugas dan juga tanggungjawab kepada rakyat dan bukannya menjayakan agenda politik masing-masing. Itulah semangat demokrasi yang sebaik-baiknya iaitu menjalankan tanggungjawab politik demi manfaat dan juga kesejahteraan rakyat.

Jadi sekiranya seseorang ahli politik mengadakan satu force by-election untuk mendapatkan tujuan politik agenda mereka jadi ini kita tidak bertanggungjawab dan ini hanya satu agenda untuk mendapatkan kepuasan hati mereka dalam agenda politik mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

5. Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, jumlah insentif pertanian yang dikeluarkan pada tahun 2009 dan 2010. Sejauh manakah insentif tersebut dapat meningkatkan hasil pertanian.

final • 10:40 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan meluluskan insentif pengeluaran makanan di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008-2010 berikutan kesan yang dihadapi daripada kenaikan harga petroleum serta krisis bekalan makanan pada awal tahun 2008 yang bertujuan mengurangkan bebanan kos pengeluaran yang ditanggung oleh petani. Pembayaran insentif bagi pengeluaran tanaman makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan pada tahun 2009 bagi tuntutan pada tahun 2008 berjumlah sebanyak RM116.9 juta, manakala pembayaran insentif bagi tahun 2009 berjumlah RM47.3 juta.

Bagi insentif pengeluaran sektor ternakan pula, sebanyak RM208 juta diberikan pada tahun 2009 bagi tuntutan 2008 dan sebanyak RM64.152 juta bagi tuntutan tahun 2009. Manakala bagi sektor perikanan pula, sebanyak RM108.84 juta diberikan pada tahun 2008 dan sebanyak RM16.56 juta pada tahun 2009.

Pemberian insentif pengeluaran makanan telah meningkatkan pengeluaran makanan negara. Sebagai contoh, hasil pengeluaran akuakultur telah meningkat sebanyak 19.7 peratus pada tahun 2009 berbanding tahun 2008. Dalam tempoh yang sama, pengeluaran telur telah meningkat 6.4 peratus iaitu daripada 479 tan metrik kepada 510 tan metrik. Pengeluaran buah-buahan meningkat sebanyak 6.4 peratus. Pengeluaran beras sebanyak 4.6 peratus, daging lembu dan kerbau sebanyak 10.3 peratus dan susu sebanyak 10.9 peratus. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih menteri di atas jawapan yang diberikan tadi. Saya teringat kata-kata Menteri, beliau tidak malu jadi anak petani tetapi belum tentu anak muda kita di kampung malu ataupun hendak menjadi petani. Jadi kepada saya, saya ucapkan tahniahlah kepada Menteri kerana pertumbuhan sektor pertanian pada tahun 2010 meningkat daripada 0.4 peratus kepada 1.7 peratus. Saya nampak bahawa pemberian insentif pertanian ini menggambarkan bahawa kerajaan kita menjalankan dasar kebajikan yang baru hendak dilaksanakan oleh rakan kita di sebelah sana dan saya dapati bahawa insentif pertanian yang diberikan sebanyak RM78 per tan untuk buah-buahan, RM81 per tan untuk sayur- sayuran dan RM468 per tan untuk ayam daging merupakan satu insentif yang meningkatkan pengeluaran pertanian.

Namun demikian pada tahun 2011, insentif ini telah diberhentikan dan saya ingin bertanya kepada menteri, adakah kerajaan bercadang supaya pemberian insentif ini diteruskan pada masa yang akan datang dengan mekanisme yang berbeza kerana amalan mengikut sistem merit yang diberikan, kita dapati bahawa yang lebih beruntung, yang lebih mendapat manfaat ialah golongan-golongan yang terlibat dalam sektor pertanian berskala besar dan golongan-golongan petani hanya mendapat sedikit ataupun tidak langsung kerana kerenah untuk mengisi borang tuntutan dan sebagainya.

Soalan yang kedua, apakah langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan hasil- hasil pertanian supaya anak-anak muda kita di kampung tidak berasa segan dan malu kalau mereka dilabelkan sebagai petani-petani. Pohon jawapan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat dari Hulu Terengganu. Saya ingin maklumkan di sini bahawa walaupun ada peningkatan di dalam hasil-hasil sektor pertanian, sayur-sayuran, buah-buahan dan ternakan, namun demikian, peruntukan tersebut merupakan peruntukan one-off. One-off ini bermakna dasar yang kita buat itu waktu krisis makanan dan untuk meringankan beban petani dan kos yang terlibat amat tinggi sekali sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa beratus juta dalam tempoh dua tahun.

Bagi tahun 2010, tidak ada lagi peruntukan yang diberi untuk tanaman akuakultur dan juga ternakan. Namun demikian, kementerian sedang cuba memohon kepada kerajaan supaya insentif-insentif ini dapat diteruskan. Namun demikian, insentif untuk padi, ini kerajaan teruskan di mana kita sedia maklum bahawa RM400 juta lebih telah pun diberikan tambahan untuk kita meneruskan dasar bekalan makanan hanya untuk padi sahaja dan juga elaun sara hidup nelayan yang diberi RM200 tiap-tiap bulan, yang itu masih diteruskan.

Jadi yang kedua, untuk kita nak menggalakkan anak-anak muda terlibat dalam pertanian, maka kementerian akan dan sedang berusaha untuk mencari ikon. Kerana itulah kita telah pun melancarkan program My Agrosis di mana kita akan melibatkan siswazah- siswazah dengan kelab My Agrosis ini dan kita telah pun bermula di UITM Merbok di mana kalau kita berjaya menarik golongan siswazah daripada mereka belajar lagi terlibat dalam kelab My Agrosis ini, maka ia akan menjadi contoh kepada belia-belia bahawa walaupun mereka ini siswazah, mereka berminat di dalam bidang pertanian. Dalam masa yang sama, kita juga akan melibatkan golongan-golongan muda di dalam perancangan-perancangan yang kita buat seperti pasar tani sebagai contoh. Kita ada satu skim untuk kita nak menarik supaya golongan-golongan muda juga terlibat dalam usahawan-usahawan tani. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini pengeluaran makanan yang cukup adalah amat penting. Ia merupakan soal keselamatan kepada sesebuah negara dan dalam usaha untuk menambahkan pengeluaran makanan, saya dapati bahawa kerajaan ada beberapa insentif untuk ternakan, untuk pengeluaran sayuran dan sebagainya. Jadi saya nak minta tanya, apakah dasar kerajaan terhadap ternakan khinzir ini kerana daging khinzir pun merupakan satu makanan di dalam negara ini dan kita pun boleh eksport kalau kita ada banyak mengeluarkannya tetapi industri ini menghadapi beberapa masalah tentang dasar kerajaan yang tidak jelas, menghadapi juga masalah tanah dan juga teknologi untuk tidak mencemarkan alam sekitar.

Jadi saya nak minta tanya apakah dasar kerajaan terhadap industri ini dan adakah apa-apa insentif, apa-apakah bantuan untuk membangunkan industri ini ataupun memang dasar kerajaan tidak menggalakkan industri ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Mertajam. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa daging khinzir ini sehingga hari ini kita telah pun mencapai self-sufficient, ertinya lebih daripada 100 peratus. Walau bagaimanapun kita tidak mahu bahawa Malaysia dikenali sebagai pengeksport daging khinzir pula kerana tujuan kita membenarkan bela khinzir untuk kegunaan self-sufficient dengan izin. Namun demikian, apabila menjelang Hari Raya Cina sebagai contoh yang tidak lama lagi, kita sedar bahawa ada juga diperlukan kata seperti nak anak khinzir yang kecil itu, yang baru lahir itu untuk buat sembahyang, jadi bila sampai masanya kita membenarkan khinzir-khinzir ini diimport dan juga jika berlaku kenaikan harga khinzir seperti yang pernah berlaku, maka kita akan buka import supaya mengimbangkan harga khinzir dalam negara dan juga yang kita import.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terdapat juga laporan bahawa bila hendak sampai hari perayaan, harga khinzir tempatan akan naik. Kerana itu kita akan benarkan import. Untuk kita hendak menyelaraskannya lagi, kita telah pun menubuhkan bukan sahaja Persatuan Penternak Khinzir Malaysia, kita juga baru-baru ini ada tubuhkan satu Persatuan Pengimport Khinzir supaya mereka dapat berbincang untuk mengimbangkan di antara daging khinzir yang diguna, yang diimport dan juga keluaran tempatan.

final • 10:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang kedua mengenai bantuan. Memang kita ada bagi bantuan. Saya minta maaf saya sudah lupa. Akan tetapi untuk kita hendak memastikan bahawa ternakan khinzir ini mengikut sistem-sistem yang moden seperti di Sarawak dan Sabah. Kita ada berikan juga peruntukan di Negeri Sembilan. Kita ada juga Jabatan Veterinar dengan kerajaan negeri ada memberikan juga peruntukan untuk memastikan bahawa ternakan ini dapat dilaksanakan dengan teratur. Namun demikian, kita tidak boleh bagi 100 peratus kerana ini urusan perniagaan. Maka pengusaha-pengusaha kenalah juga berusaha untuk meningkatkan cara mereka menternak khinzir. Terima kasih.

final • 10:50 PM

6. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, tahap persediaan serta langkah-langkah persiapan yang diambil bagi setiap kedutaan, Pejabat Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Malaysia di seluruh dunia untuk memastikan semua warganegara Malaysia luar negara mendapat hak mengundi serta proses pengendalian kertas undi bagi pengundi di luar negara.

final • 10:50 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri l - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai atas soalan yang telah dikemukakan. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negeri sentiasa beriltizam memastikan hak warganegara Malaysia di luar negara dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih pendaftar sentiasa terjamin. Kementerian ini bertindak bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memastikan borang pendaftaran pemilih (Borang ‘A’) yang mencukupi dibekalkan kepada kesemua Kedutaan Besar, Suruhanjaya Tinggi Consulate General dan juga Konsulat Malaysia di luar negeri.

Perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negeri selaku penolong pendaftar pemilih di luar negeri akan secara berterusan membantu SPR dalam urusan pendaftaran pemilih bagi warganegara Malaysia yang layak di luar negara berlandaskan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh berkenaan kelayakan sebagai pemilih dan peraturan-peraturan pilihan raya mengenai pendaftaran pemilih. Perwakilan-perwakilan Malaysia juga sentiasa memastikan semua butiran peribadi bagi warganegara Malaysia termasuk yang telah berdaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH) yang menetap di luar negeri dikemaskinikan yang mengandungi maklumat lengkap seperti nama, alamat tempat tinggal dan nombor perhubungan di negara-negara berkenaan.

Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, kerajaan telah memberi peringatan betapa perlunya warganegara Malaysia yang berhasrat dan sememangnya menetap di luar negeri untuk mendaftarkan diri dengan perwakilan Malaysia yang berhampiran. Apabila berlaku suatu pilihan raya, Kementerian Luar Negeri akan memastikan sampul-sampul dan kertas undi pos bagi pemilih yang berdaftar sebagai pengundi tidak hadir dihantar kepada perwakilan-perwakilan yang berkaitan sebaik sahaja diterima daripada SPR. Perwakilan-perwakilan seterusnya akan menghubungi pemilih- pemilih yang berkenaan bagi urusan penyerahan sampul-sampul dan kertas undi.

Kesimpulannya, Kementerian Luar Negeri menyarankan kepada semua rakyat Malaysia yang layak di luar negeri untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih di perwakilan- perwakilan Malaysia bagi memastikan hak sebagai warganegara Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih adalah terjamin. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya agak kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana tidak menggambarkan hakikat di lapangan. Saya rujuk kepada 21 konsulat termasuk dengan kedutaan dan juga perwakilan Kerajaan Malaysia. Dilakukan culaan oleh MyOverseasVote, sebuah pertubuhan terhadap 21 perwakilan pejabat Malaysia di negara-negara daripada Perth termasuk juga London hinggalah ke Bangkok dan Singapura. Ternyata kebanyakan daripada pejabat-pejabat perwakilan Kerajaan Malaysia di sana tidak tahu menahu. Ada yang tidak pasti dengan prosedur walaupun disebut tentang Borang ‘A’. Ada yang pinta rakyat Malaysia khususnya pelajar-pelajar sepenuh masa untuk hubungi SPR secara terus.

final • 10:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Jadi pada saya, kementerian tidak benar-benar memahami permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi dalam pilihan raya umum menggunakan undi pos. Itu satu. Kedua, pada 25 Ogos 2011, Pengerusi SPR mengumumkan kesediaan SPR untuk membenarkan semua rakyat Malaysia yang berhak mengundi menggunakan undi pos, bukan sahaja pelajar sepenuh masa tetapi juga semualah rakyat yang bekerja dan sebagainya. Akan tetapi SPR juga Tuan Yang di-Pertua, mengaku mereka tidak mampu untuk melaksanakan sistem ini sebelum pilihan raya yang akan datang. Maka persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah yang sedang kementerian buat untuk:

(i) memastikan kesemua rakyat Malaysia ini berhak mengundi.

Prosedur-prosedur ini diketahui, dikenal pasti cara-caranya yang boleh dilaksanakan; dan

(ii) adakah kementerian bersedia untuk memberi enam orang wakil daripada MyOverseasVote yang terpaksa ke Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan hak mereka mencabar undang-undang sedia ada di bawah SPR untuk mengundi di negara luar sebagai “absent voters”. Tidak perlu pulang ke Malaysia dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Ini persoalan yang wajib dijawab kerana daripada jawapan awal tadi, saya memang amat kecewa dan saya bimbang pihak Kementerian Luar Negeri tidak mempunyai keyakinan dan keupayaan untuk melaksanakan apa yang dijanjikan selaras dengan janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mereformasikan sistem pilihan raya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 PM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya semua Malawakil Malaysia, kita telah dibekalkan dengan borang-borang pendaftaran pemilih dan sekiranya Yang Berhormat Lembah Pantai kata belum sampai, maka saya akan pastikan. Saya akan check balik. Setahu saya, semua Duta-duta Malaysia kita sudah inform, kita sudah beritahu prosedurnya dan juga kita sudah menghantar semua borang-borang. Bagi makluman Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita lihat, terdapat dua bentuk pemilih iaitu:

(i) pemilih biasa; dan

(ii) pemilih tidak hadir (PTH).

Pemilih tidak hadir adalah terdiri dari tiga kategori. Namun begitu, mereka adalah yang berumur 21 tahun ke atas mengikut peraturan (2). Memang inilah tiga kategori iaitu:

(i) seorang anggota tentera Malaysia (ATM) dan pasangan masing- masing;

(ii) seorang anggota perkhidmatan Malaysia yang sedang berkhidmat di luar negara dan pasangan masing-masing; dan

(iii) seorang pelajar sepenuh masa yang belajar di institut pengajian tinggi di luar negara dan pasangan masing-masing.

Ini tiga kategori adalah yang berdaftar di bawah PTH. Mereka akan dibenarkan mengundi mengikut pemilihan PTH luar negara. Namun begitu, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, yang enam orang adalah di bawah keputusan mahkamah.

Jadi biar mahkamah yang menentukan. Namun begitu, pelajar-pelajar yang bukan sepenuh masa, mereka adalah dikategorikan sebagai pemilih biasa. Namun, saya serahkan kepada Select Committee yang kita ada dan juga SPR di mana embassy ataupun Duta Malaysia hanya menjalankan kerja sebagai ejen kepada SPR dalam memastikan perjalanan pemilihan ini berjalan lancar. Sekian.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terpaksa tengok ke kiri dan ke kanan. Akhirnya, dia ke tengah juga. Balance, balance. Kalau kanan dia berat sebelah, kalau kiri pun berat sebelah. Dia kena tengah- tengah, macam barisan.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, kebetulan Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tahu, apakah mekanisme, bentuk pilihan raya diadakan di luar negara dalam pilihan raya akan datang, di peringkat kedutaan? Apakah akan dipanggil ke kedutaan untuk membuang undi dan sebagainya dan apakah juga SPR membenarkan parti-parti politik berkempen di luar negara sebab kita ada pengundi di sana? Kalau dibenarkan, bagaimana mekanismenya? Sebab mutakhir ini, memandangkan kita dalam kerajaan ini sukar untuk keluar negara dan pembangkang telah mengambil advantage yang banyak berkempen.

Jadi, apakah juga mekanismenya kerana kita hendakkan keadilan supaya pengundi-pengundi di luar negara juga boleh kita terangkan mesej kita, matlamat kita untuk mewujudkan kerajaan, bukan seperti DAP, untuk mengurangkan perjawatan awam kalau dia memerintah. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya, selepas 24 jam penamaan calon, maka kertas-kertas mengundi akan mula dicetak. Selepas itu, SPR akan serahkan kepada Wisma Putra dan Wisma Putra melalui diplomatic bag akan menghantar ballot paper, kertas mengundi ke negara-negara berkenaan melalui tiga aspek utama. Pertama sekali kita ada sampul keutamaan.

Sampul keutamaan ini iaitu yang tertera alamat pemilih tidak hadir (PTH) terus ke alamat tetapi ia ada sampul utama. Di mana sampul utama ini akan didistribute, akan dihantar oleh embassy kita kepada pemilih-pemilih. Akan tetapi di dalam sampul itu ada sampul ‘A’ yang tertera nama pegawai, pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya. Jadi, selepas pengundi ini memangkah, mereka akan memasukkan dalam sampul surat itu dan terus menghantar kepada pegawai, pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya secara terus. Jadi, inilah proses yang dilakukan dalam pemilihan. Di mana memang dari segi kempennya, maknanya kedua mana-mana pihak, mereka dibenarkan untuk kempen tetapi mengikut lunas-lunas pilihan raya. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ribuan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak bangkitkan apa yang dibangkitkan soalan asal Yang Berhormat Lembah Pantai adalah hak mengundi bagi semua warga negara Malaysia. Perkara kedua, saya hendak tanya apakah Menteri dan Timbalan Menteri apabila berada di luar negara tidak merasa malu apabila berdepan dengan wakil-wakil asing, duta-duta, ambassador, kerana hak mengundi untuk warga negara Malaysia yang seramai satu juta ini pun tidak boleh diberi kepada mereka. Bagaimana Menteri dan Timbalan Menteri mewakili Malaysia, perkara sebegitu kecil tidak boleh dilaksanakan. Hanya untuk meminda peraturan pilihan raya, pendaftaran pemilih.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Lim Guan Eng tidak tahu malu... [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi, saya hendak tanya pihak Yang Berhormat Menteri, ada membangkitkan peranan, memainkan peranan membangkitkan perkara ini di dalam Kabinet untuk memberikan hak mengundi kepada warga negara Malaysia yang berada di luar negara. Kerajaan adakan TalentCorp. RM20 juta untuk bajet akan datang tetapi hak mengundi ini tidak diberikan kepada mereka untuk memastikan mereka boleh bersama-sama untuk menentukan hala tuju negara. Saya pohon penjelasan, malu atau tidak malu? Itu sahaja... [Dewan riuh] Apa telah dilaksanakan?Apakah ada suarakan untuk warga Malaysia 1 juta di luar negara ini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua, malu atau tidak malu, tidak wujud di sini. Sebenarnya, kalau kita lihat di sini saya ada semua cara-cara mengundi pos bagi semua negara. Jadi, seperti yang saya sudah beritahu Dewan yang mulia ini iaitu adanya Select Committee, semua cadangan-cadangan itu bolehlah ditujukan kepada Select Committee.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Dato’, saya minta jawapan.

Saya tidak minta dia tolak tanggungjawab kepada Select Committee... [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Negara jiran, Singapura, warga negara mereka boleh mengundi apabila berada di luar negara.

final • 11:00 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua, masalahnya...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jangan semua tanggungjawab tolak kepada Select Committee.

final • 11:00 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya ingat masalahnya, Yang Berhormat tidak faham prosedur, tidak faham prosedur. Cakap sahaja. Cakap apa pun boleh cakap tetapi yang penting sekali adalah pelaksanaannya. Jadi, cadangkan kepada Select Committee. Kalau tidak, apa gunanya ada Select Committee termasuk dari pihak sana.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sudah banyak kali bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini tetapi apa yang kerajaan buat?... [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

So, dengan...

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini gagal dalam tanggungjawab. Tanya soalan tidak mahu jawab. Dia tolak pada Select Committee.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Malulah Yang Berhormat, malu!

final • 11:00 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Saya rasa patutnya Yang Berhormat yang lebih rasa malu bila...

final • 11:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tolak pergi ke Select Committee, jawapanlah itu.

final • 11:00 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

...Tidak tahu apa prosedur, apa tugas-tugas sesuatu kementerian itu sendiri. Rasanya, kena tahu apa portfolio dan tanggungjawab yang ditujukan kepada kementerian masing-masing. Ya, terima kasih.

final • 11:00 AM

7. Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh mana pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) semenjak dilancarkan 2010 khususnya pencapaian NKRA dan MKRA sehingga kini selari dengan pendekatan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, serta merealisasikan Wawasan 2020.

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sepang kerana sentiasa mengambil berat terhadap pelaksanaan program dan juga GTP. Tuan Yang di-Pertua, 6 National Key Result Area atau (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah giat dilaksanakan untuk meningkatkan pendidikan, mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, memajukan pengangkutan awam bandar, membangunkan infrastruktur asas luar bandar dan menaiktarafkan kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

Pelaksanaan setiap NKRA diterajui oleh seorang Menteri peneraju atau lead Minister yang berkenaan dan dipantau sendiri oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri setiap bulan. Pelaksanaan GTP bagi tahun 2010 telah menghasilkan prestasi yang amat menggalakkan. Kebanyakan sasaran National Key Performance Indicator atau (NKPI) yang ditetapkan bagi enam NKRA telah tercapai.

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Overall, composite scoring, dengan izin, dianggarkan sebanyak 120 peratus dengan hanya menggunakan 95 peratus daripada jumlah belanjawan sebanyak RM5.44 bilion yang disediakan iaitu penjimatan sebanyak RM269 juta.

Bagi separuh pertama tahun ini, pencapaian menyeluruh dianggarkan sebanyak 90 peratus. Sebagai contoh, secara spesifik NKRA mengurangkan jenayah telah mencapai 15 peratus penurunan bagi jenayah indeks dan 35 peratus bagi jenayah jalanan berbanding dengan tahun 2009, jauh melebihi sasaran 5 peratus dan 15 peratus masing-masing. Bagi separuh tahun pertama tahun ini, penurunan adalah sebanyak 10 peratus dan 45 peratus masing-masing.

Persepsi positif rakyat terhadap prestasi polis telah meningkat ke 58 peratus berbanding dengan hanya 36 peratus pada tahun 2009. Manakala, perasaan takut di kalangan rakyat terhadap jenayah telah juga menurun ke 53 peratus berbanding dengan paras 59 peratus. Composite scoring bagi NKRA jenayah ini pada tahun 2010 adalah sebanyak 168 peratus dengan perbelanjaan hanya 76 peratus daripada RM33 juta yang disediakan.

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, mulai bulan Ogos tahun ini, satu NKRA yang ketujuh telah ditambah dan mulai diurus secara berfokus iaitu mengawal dan mengurangkan kos hidup rakyat yang melibatkan beberapa kementerian dan agensi. Usaha ini telah menghasilkan beberapa langkah konkrit untuk meringankan beban ekonomi rakyat seperti yang telah diumumkan dalam ucapan Bajet 2012 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Di samping tujuh NKRA, setiap Menteri dan kementerian telah juga ditetapkan untuk melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Menteri atau MKRA yang setiapnya diukur melalui petunjuk-petunjuk prestasi utama kementerian atau MKPI. Sebanyak 92 peratus daripada 247 MKPI bagi 28 kementerian telah mencapai sasaran bagi tahun 2010.

Penilaian semua MKRA bagi tahun 2011 akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan.

Adalah jelas pelaksanaan GTP telah mendatangkan impak dan manfaat yang positif kepada rakyat mengikut sasaran-sasaran yang ditetapkan. Bagi pihak kerajaan, penggubalan dan pelaksanaan GTP untuk menyelesaikan beberapa masalah utama rakyat dan menambah baik sistem penyampaian pentadbiran telah menjadi lebih berfokus dan berkesan. Ia berjaya menghasilkan beberapa inovasi dan pembaharuan, menjalin kerjasama yang lebih erat antara agensi serta antara sektor awam dan sektor swasta, memupuk budaya kerjaya baru dan lebih positif di kalangan penjawat awam.

Di samping itu, pengurusan nilai atau value management yang mengutamakan value for money telah dapat meningkatkan impak dengan mengurangkan kos. Proses perolehan telah menjadi lebih telus dan keberkesanan tindakan terhadap rasuah telah juga meningkat. Atas landasan yang kukuh ini, kerajaan yakin bahawa GTP akan terus berhasil dan berjaya pada tahun-tahun yang akan datang sehingga mencapai sasaran Wawasan 2020 dan Gagasan 1Malaysia. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya hendak tanya dalam soalan tambahan ini, kita masih lagi tertanya-tanya sebenarnya apa peranan dan tanggungjawab PEMANDU ini? Itu satu. Kedua, kalau sudah ada PEMANDU, kemudian kerajaan melantik pakar-pakar runding, apa tugas dan tanggungjawab pakar runding ini? Kalau ada pakar runding ini, adakah bermakna kuasa yang ada dalam Kerajaan Pusat seperti ICU dan EPU dan juga pihak kementerian terhakis?

Akhirnya Yang Berhormat, ini cakap-cakap sama ada betul atau tidak, yang kata yang bertanggungjawab untuk melaksanakan ini ialah kementerian Dato’ Sri Idris Jala, betul atau tidak?

final • 11:10 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Terima kasih saya ucapkan Yang Berhormat Sepang kerana mengemukakan soalan yang ditanya-tanya oleh beberapa Ahli Yang Berhormat juga.

final • 11:10 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PEMANDU sebenarnya ditubuhkan untuk membantu dan memandu memantapkan lagi komitmen pencapaian diutamakan untuk mendahulukan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan dan dipacu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Peranannya secara ringkas ialah untuk memperkenalkan kaedah-kaedah pengurusan prestasi yang moden dan didapati berkesan di negara-negara maju. Di samping itu, ia meninjau dan memantau implementasi dari segi hasilnya dan untuk mempercepatkan lagi penyelarasan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Ia juga membantu mencari jalan penyelesaian atau solution yang cepat dan kreatif terhadap masalah-masalah yang timbul.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa PEMANDU tidak sama sekali mengambil alih kuasa atau menghakis kuasa mana-mana kementerian dan juga ICU. Tanggungjawab penyampaian dan menetapkan dasar dan penyampaian secara menyeluruh bergantung kepada menteri yang berkenaan dan kepada kementerian dan agensi yang berkenaan.

Oleh itu, PEMANDU memainkan peranan sebagai pemudah cara atau fasilitator dan juga sebagai penyelaras atau koordinator khasnya untuk mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU atau Steering Committee bagi NKEA iaitu 12 bidang ekonomi yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga untuk mesyuarat bulanan delivery task force untuk enam NKRA yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu, saya ingin menegaskan di sini bahawa sebagai Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Idris Jala memang dilantik atas kepakaran dan pengalaman beliau dalam usaha transformasi di syarikat antarabangsa Shell dan selanjutnya di Malaysia Airlines. Beliau sebagai pemudah cara, bukan sebagai orang yang mengambil alih kuasa mana-mana Menteri.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PEMANDU hanya ditubuhkan pada penghujung tahun 2009 dan kakitangan pertama masuk bekerja pada Disember 2009.

Oleh itu, pada tahun 2010, apabila kita memulakan kerja-kerja untuk merangka program transformasi melalui makmal-makmal yang dilaksanakan pada bulan Oktober dan November tahun 2009 dan juga sepanjang tahun 2010, maka oleh kerana PEMANDU tidak mempunyai complement staf ataupun kakitangan yang mencukupi, maka kita melantik pakar-pakar runding yang berkemampuan untuk membantu memudah carakan makmal- makmal. Makmal-makmal ini melibatkan wakil dari semua kementerian dan agensi mahupun NGO yang berkenaan. Maka hasil daripada makmal ini, bukanlah pandangan ataupun arahan daripada PEMANDU tetapi ialah hasil perbincangan dari semua kementerian yang terlibat dan pelaksanaannya diterajui oleh Menteri yang berkenaan.

Oleh itu mulai tahun ini 2011, semua makmal di kendalikan sendiri oleh kakitangan PEMANDU, tidak lagi melibatkan mana-mana konsultan atau syarikat konsultan daripada sektor swasta. Oleh itu, saya ingin memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa PEMANDU memang berfungsi sebagai agensi yang membantu kerajaan dan bukanlah untuk menguasai mana-mana tempat. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya hendak tanya, kenapa Menteri yang bertanggungjawab kepada PEMANDU ini, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Idris Jala ini jarang datang Parlimen? Itu saya hendak tahu.

Yang Berhormat sebut tadi beliau seorang yang berpengalaman, dikenali daripada MAS, daripada Shell. Akan tetapi semasa memegang dan menerajui MAS, selepas dia tinggalkan MAS, kenapa MAS terpaksa menukar saham dengan AirAsia dan memudah caranya ialah dengan menjual bangunan MAS?

final • 11:10 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, disebut tadi PEMANDU tidak hanya sekadar compliment untuk menjadi fasilitator dan untuk memudah cara serta sebagainya manakala kita sudah ada pelbagai agensi termasuk EPU, MAMPU, ICU dan sebagainya. Saya lihat peranannya tidak lebih daripada mengumpul maklumat daripada agensi-agensi ini, disatukan dalam satu buku yang cantik, dipersembahkan melalui power point, inilah peranan PEMANDU.

final • 11:20 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi, sehubungan dengan itu banyak juga hasil yang dibincangkan di dalam makmal yang saya dapati keputusan-keputusannya kadangkala bercanggah dengan semangat Perlembagaan iaitu dalam konteks kepentingan dasar-dasar informatif.

Sehubungan dengan itu saya hendak bertanya Yang Berhormat, apakah PEMANDU bercadang untuk mewujudkan satu lagi NKRA untuk ditentukan pencapaian ekonomi kaum bumiputera di semua agensi dan semua jabatan kerajaan supaya tahun 2020 nanti tercapailah matlamat 30 peratus. Ini juga penting kerana ia ada kena mengena dengan agenda nasional dan keselamatan negara pada masa depan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Pasir Mas kerana membangkitkan isu ini.

Pertamanya, saya ingin menegaskan di sini bahawa memang Yang Berhormat Dato’ Sri Idris Jala sebagai seorang bukan ahli politik ditugaskan untuk mengendali dan menguruskan PEMANDU yang sentiasa dipanggil untuk menguruskan apa juga yang diminta oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ataupun mana-mana kementerian dan agensi untuk memberi pandangan dan membuat analisa terhadap apa juga masalah yang timbul...

final • 11:20 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Akan tetapi kena datang Dewan Rakyat.

final • 11:20 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nanti! Oleh itu maka di antara saya dengan beliau, saya sebagai Pengerusi PEMANDU dan beliau sebagai CEO. Beliau menjalankan tugas pentadbiran dan pengurusan seharian manakala saya mengendalikan isu-isu yang ditimbulkan dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Maka itulah pembahagian tugas yang telah dipersetujui apabila beliau dijemput masuk ke dalam kerajaan untuk membantu dalam Program Transformasi Kerajaan.

Di samping itu beliau diberi tugas untuk menguruskan hal ehwal koordinasi dengan sektor swasta dalam isu-isu yang tertentu, yang memerlukan pengalaman dan kepakaran beliau. Maka oleh itu beliau sebagai seorang Senator...

final • 11:20 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Pakar jualkah?

final • 11:20 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Ya, maka beliau akan hadir ke mesyuarat dari semasa ke semasa tetapi memang beliau tidak dapat menghadiri seperti mana yang dihasratkan oleh rakan-rakan kita di sini.

Keduanya, EPU dan ICU tetap menjalankan tugas mereka masing-masing.

PEMANDU sebenarnya menjalankan tugas dan bekerjasama rapat dengan EPU dan ICU tetapi PEMANDU memberi satu sudut analisa dari segi yang lebih objektif dan pandangan yang dihasilkan dari sektor swasta dan juga pasaran antarabangsa. Maka ianya memang memberi manfaat dari sudut itu.

Mengenai penyertaan bumiputera dalam ekonomi, memang ianya bukan di dalam NKRA tetapi di bawah Strategic Reform Initiatives (SRI) iaitu sebenarnya ada enam SRI yang penting di dalam Program Transformasi Ekonomi ini. Penyertaan bumiputera dalam bentuk mengurangkan jurang pendapatan dan jurang peluang memang menjadi satu komitmen yang utama di bawah enam SRI untuk ETP dan bukan di bawah GTP. Ini kerana ianya melibatkan aspek-aspek ekonomi dan bukannya aspek pentadbiran. Oleh itu kesemua ETP sebenarnya diuruskan bukan oleh saya sebab saya memang memantau pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan tetapi Program Transformasi Ekonomi memang di bawah Menteri yang bertanggungjawab terhadap EPU iaitu Yang Berhormat dari Tasik Gelugor. Itulah pembahagian tugas di antara kami di dalam Kabinet. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya kecewa dengan jawapan tadi.

final • 11:20 AM

8. Dato' Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah kementerian sedar lebuh raya merentasi Durian Burung sempadan Thailand ke Baling-Kulim telah terbengkalai hampir empat tahun dan tidak disiapkan sepenuhnya. Jika sedar, apakah tindakan dan bila dijadualkan boleh siap sepenuhnya.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lebuh raya dari Durian Burung, Kedah di sempadan Malaysia-Thailand ke Baling-Kulim yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat ialah merujuk kepada projek pembinaan Trans Eastern Kedah Interland Highway atau dikenali sebagai TEKIH sepanjang 115 kilometer.

Projek ini terbahagi kepada dua pakej iaitu Pakej A sepanjang 50 kilometer dari Durian Burung ke Pedu dan Pakej ‘B’ yang dibahagikan lagi kepada lima segmen sepanjang 40 kilometer. Walau bagaimanapun pelaksanaan pakej ‘B’ iaitu segmen ‘C’ dan segmen ‘D’ dari Pedu ke Sungai Chapar dan Sungai Sok ke Weng telah mengalami masalah dan tergendala pelaksanaannya berikutan dari keengganan kontraktor yang terlibat untuk meneruskan pelaksanaan projek. Ini disebabkan oleh faktor kenaikan harga bahan binaan di pasaran pada tahun 2007 dan tahun 2008.

Sehubungan itu kontrak bagi segmen C telah ditamatkan secara persetujuan bersama atau dengan izin, mutual termination pada 17 Julai, 2010 dan segmen ‘D’ pula pada 9 Ogos, 2010. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, segmen ‘C’ telah dimulakan pembinaannya oleh kontraktor penyiap pada 12 September, 2011 dan dijangka siap pada 11 Mac, 2013. Manakala proses pelantikan kontraktor penyiap bagi segmen ‘D’ dijangka akan diselesaikan pada awal tahun 2012. Oleh itu keseluruhan projek TEKIH ini hanya akan dapat disiapkan dalam tempoh 18 bulan mulai dari tarikh kontraktor penyiap yang terakhir memasuki tapak. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Kawasan yang merentasi jalan ataupun lebuh raya Durian Burung sempadan Thailand ke Baling adalah merentasi kawasan-kawasan yang boleh memperkasakan ekonomi penduduk tempatan terutama sekali dari sektor pelancongan sebab kawasan itu ada Tasik Pedu, Tasik Gubir dan sebagainya yang sekali gus juga memudahkan perhubungan antara Thailand terus sehingga ke arah Butterworth, Pulau Pinang. Jadi bagi saya dengan keadaan yang berlaku sampai dua kontraktor yang ditamatkan yang tidak mampu untuk menampung atau meneruskan projek ini adalah sesuatu yang amat mengecewakan dan mendukacitakan.

final • 11:20 AM

Dato' Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Apakah pihak kementerian dari segi jadual untuk jangkaan dari segi menyiapkan ini akan bermula tahun 2012 nanti dipercepatkan lagi kerana ada tanah-tanah kawasan itu diambil oleh kerajaan, saya dimaklumkan belum mendapat apa-apa pampasan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Baling atas cadangan dan maklumat yang diberikan kepada kita. Kita akan cuba sedaya upaya. Kalau kita masuk ke tapak mungkin tahun hadapan dan kalau dapat dipercepatkan, kita akan terus mengarahkan ia dibuat lebih awal daripada 18 bulan kerana saya tahu kalau ada jalan yang siap memang akan memberikan faedah kepada penduduk kedua-dua belah jalan untuk pembangunan ekonomi dan pelancongan juga. Kita faham dan saya janji di sini kita akan dengan follow-up akan cuba menyiapkan projek ini segera.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, setakat itulah pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Tuan

final • 11:31 AM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu 9 November 2011.

final • 11:31 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1).

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Urusan kerajaan Yang Berhormat. Sebentar.

final • 11:31 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PENCEN (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencen 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:31 AM
RANG UNDANG-UNDANG PENCEN PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:31 AM
RANG UNDANG-UNDANG PENYELARASAN PENCEN (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penyelarasan Pencen 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:31 AM
RANG UNDANG-UNDANG SARAAN HAKIM (PINDAAN) (NO.2) 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Bakri.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Di sini saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua menjelaskan mengapa isu kononnya mengenai 11 orang pegawai PDRM gangguan seksual yang terlibat dalam insiden...

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, itu di bawah 18(1) bukan Yang Berhormat?

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ya.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya perjelaskan. Saya akan melanggar peraturan mesyuarat jika saya benarkan usul itu dibaca apabila ia telah ditolak dalam kamar Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Akan tetapi...

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Itu peraturan mesyuarat Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Akan tetapi...

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jadi saya tidak benarkan.

Baiklah. Kita perjelaskan, kita maklum tentang peraturan mesyuarat ini Yang Berhormat.

Saya tidak benarkan 18(1) untuk Yang Berhormat baca semula apabila ia telah ditolak di dalam kamar. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan hendak baca ucapan saya. Saya hendak menjelaskan, saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua mengapa usul ini ditolak sebab ini perkara...

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Pada saya Yang Berhormat...

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

...Dengan 11 anggota pegawai PDRM - gangguan seksual kepada perempuan.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Saya jelas, jika saya benarkan Yang Berhormat membaca usul itu yang telah ditolak, bererti saya melanggar peraturan mesyuarat tidak membenarkan. Ini yang harus kita jelas. Mungkin selepas ini kita akan lebih jelas mengenai perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tidak sebab ini memang peraka yang serius, perlu bincang di dalam Dewan.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Takkan Tuan Yang di-Pertua tolak di kamar sahaja.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Harap Tuan Yang di-Pertua dapat pertimbangkan semula lagi.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak boleh membuat keputusan apa-apa apabila ia telah ditolak di dalam kamar oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan. That is very clear dalam peraturan mesyuarat.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Sebab sini saya hendak jelaskan saya punya usul ini memang penting.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Saya tidak mahu berdebat dengan Yang Berhormat dalam perkara ini.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ini kerana perkara yang saya bangkitkan dalam surat notis saya kononnya mengenai 11 orang pegawai PDRM gangguan seksual yang terlibat dalam insiden yang saya sebut dalam notis saya...[Dewan riuh]

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Bukan mengenai kes pegawai yang terlibat oleh Cik Wong Meng Fong dengan Jabatan Peguam Negara.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sekarang Yang Berhormat sedang membaca usul yang telah ditolak dalam kamar. Itu adalah pelanggaran kepada peraturan mesyuarat.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya mohon Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

Saya minta Yang Berhormat duduklah, tentang perkara ini.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

...Apakah alasan usul ini ditolak sekiranya apa yang saya bangkitkan bukan mengenai kes yang terlibat dalam mahkamah...

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta maaf tetapi saya minta Yang Berhormat dua perkara ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri.

final • 11:31 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Bakri duduklah.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

...Kesalahan yang dilakukan...

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri, saya tidak membenarkan Yang Berhormat baca usul itu Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri, saya minta Yang Berhormat duduk.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, di dalam Dewan ini kita ada peraturan mesyuarat. Saya katakan tadi, jika saya benarkan Yang Berhormat membaca usul yang telah ditolak dalam kamar Tuan Yang di-Pertua, bererti saya melanggar peraturan mesyuarat. Saya tidak boleh benarkan. It is appease to all. Kalau sebelum ini berlaku, tetapi mungkin hari ini selepas ini kita sedar akan peraturan mesyuarat ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:31 AM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Jika macam ini atau saya usulkan semula lagi, Tuan Yang di-Pertua akan pertimbangkan?

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Itu isu yang lain. Ya.

final • 11:31 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2012 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [Hari Ketiga] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 11:31 AM

Jawatankuasa] Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:31 AM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 90(1) dengan izin, “Except with the consent of Tuan Yang di-Pertua, the House shall not proceed upon any Bill, amendment, motion or petition which, in the opinion of Tuan Yang di-Pertua, would suspend the Standing Orders of the House or any of them.” Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk kepada usul yang disenaraikan sebagai 78 dalam Order Paper iaitu usul yang ada disokong oleh 59 Ahli-ahli Dewan Rakyat. Ini adalah usul mengenai kelakuan Dato’ Haji Abdul Malik bin Haji Ishak apabila beliau plagiaries kehakiman seorang Hakim di Singapura, G.P Selvam.

final • 11:31 AM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, usul ini adalah satu usul bagi kepentingan orang ramai. Haji Abdul Malik masih kekal sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kekal sebagai hakim harian, ada mengendalikan kes-kes rayuan dalam Mahkamah Rayuan. Tuan Yang di- Pertua, saya cadangkan usul saya diberi keutamaan kerana ini adalah satu usul bagi kepentingan orang ramai. Oleh itu saya merayu kepada Tuan Yang di-Pertua untuk adopt apa yang ada di dalam Peraturan Mesyuarat 91, memberi keutamaan kepada usul saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gelugor, peraturan mesyuarat menjelaskan secara jelas bahawa urusan kerajaan harus didahulukan di dalam Dewan ini dan seperti yang ditulis di dalam Peraturan Mesyuarat 15(2) jadi memang yang ini telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat dan telah diletakkan sebagai urusan yang ke-78 dalam senarai urutan urusan yang akan dikendalikan oleh Dewan ini. Saya tidak berhasrat untuk membuat sebarang perubahan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:40 AM
Maksud B.20 [Jadual] - Maksud P.20 [Anggaran Pembangunan 2012] -

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya kita masih dalam Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam peringkat Jawatankuasa. Ada sesiapa yang hendak berucap? Sila Yang Berhormat Jasin.

final • 11:40 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang. Saya terus kepada Butiran 010100 - Kemajuan Industri Komoditi dan Pengurusan.

Sebagai sebuah negara pengeluar komoditi utama pada masa kini, Malaysia cukup komited untuk meningkatkan pengeluaran produk-produk kita yang berasaskan kepada komoditi yang bernilai tambah dalam usaha untuk menjadikan negara ini sebagai pengeluar terbesar di dunia. Sumbangan produk-produk komoditi kepada KDNK negara pada tahun 2010 sahaja sebanyak 8 peratus dan ia terus meningkat diunjurkan sebanyak 9 peratus pada tahun 2011. Jadi soalan saya memandangkan keluasan tanaman untuk pertanian negara yang telah mencapai tahap maksimum pada ketika ini, apakah sebenarnya strategi kerajaan dalam usaha kita untuk meningkatkan produktiviti di peringkat huluan dan memperkukuhkan pengeluaran produk kita di peringkat hiliran.

Kedua, setakat manakah kejayaan yang telah kita peroleh dalam usaha kita untuk menerokai sumber-sumber daripada sektor perladangan dan juga komoditi dalam usaha kita untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk yang berasaskan komoditi yang bernilai tambah tinggi dan boleh memberikan pulangan kepada negara dan juga kepada pekebun- pekebun kecil. Soalan saya nombor tiga, memandangkan pekebun-pekebun kecil adalah orang yang memainkan peranan yang utama dalam menghasilkan produk-produk dan didapati lebih 60 peratus daripada mereka yang telah melebihi umur 50 tahun. Jadi apakah usaha kerajaan bagi menarik minat golongan-golongan muda yang lebih bertenaga untuk melibatkan diri dalam sektor ini.

Soalan saya yang keempat, apakah usaha kerajaan untuk mengatasi kebergantungan kita kepada buruh asing untuk pengeluaran produk misalnya mungkin kita ada dengan izin, automation ataupun mechanization. Soalan saya yang kelima pula apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan serta mengambil peluang untuk memperluaskan lagi pasaran kita bagi produk-produk komoditi di rantau Asia Pasifik yang pada ketika ini kita jangka mempunyai satu potensi yang cukup tinggi kerana kita tidak boleh lagi bergantung kepada pasaran Eropah, Amerika ataupun Jepun.

Saya terus kepada perkara yang seterusnya, Butiran 070000 - Program Khusus di bawah Butiran 070300 - Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Saya berpandangan bahawa sebenarnya harga minyak sawit ini tidak sepatutnya menjadi mangsa kenaikan harga barangan, memandangkan kerajaan melalui kementerian telah memperuntukkan bajet sebanyak RM1.52 bilion bagi tujuan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak semasa pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini. Akan tetapi kita dapat lihat setiap kita ada musim perayaan, harga minyak masak akan berhadapan dengan krisis kekurangan bekalan di pasaran dan juga kenaikan harga di pasaran.

Saya berpandangan kos ini kurang berkesan kerana skim ini kita berhubung terus kepada pengeluar. Misalnya pembekal, pengedar dan pengilang dan tidak ada kaitan langsung dengan peruncitan. Wang yang kita peruntukkan ini bulat-bulat pergi kepada mereka. Sepatutnya wang yang telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk tujuan COSS ini beri untuk faedah pengguna-pengguna domestik. Jadi kita mahu kalau boleh end user dapat benar-benar menikmati peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Seterusnya saya pergi kepada isu minyak masak tiruan dan minyak terpakai di pasaran. Di bawah butiran yang sama, saya ingin menyentuh isu minyak sawit masak tiruan yang terpakai di pasaran sekarang.

final • 11:42 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Mungkin isu ini ada kaitan dengan kementerian yang lain ataupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri tetapi saya rasa ada juga hubung kait dengan Kementerian Perladangan. Saya ambil contoh daripada laporan dari Amerika baru-baru ini yang menyebut pihak berkuasa pentadbiran makanan dan ubat-ubatan Amerika Syarikat telah mengeluarkan satu amaran kepada Biro Kesihatan Amerika Syarikat supaya memeriksa minyak masak yang diimport daripada China. Pihak penguat kuasa negara China telah melaporkan bahawa restoran di China menggunakan minyak masak kitar semula dan minyak masak yang telah dicemari sisa-sisa makanan untuk memasak. Laporan ini juga menyebut pengguna dinasihatkan berhati-hati semasa menggunakan minyak masak keluaran China ataupun produk keluaran China seperti acar, sayur-sayuran yang direndam di dalam minyak.

Jadi soalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah kaedah yang dipakai oleh pihak kementerian ataupun diluluskan oleh kerajaan bagi memastikan supaya minyak masak yang dikitar semula ini ditapis yang boleh digunakan oleh orang ramai, yang telah terbukti memang berbahaya. Kedua, bagaimanakah kementerian bekerjasama dengan agensi dan juga badan-badan yang lain dalam memperkasakan pengeluaran minyak masak tempatan kerana Malaysia sendiri adalah pengeluar terbesar iaitu kita menjadi nombor dua walaupun yang pertama Indonesia tetapi kita menjadi pengeluar terbesar di dunia. Jadi tidak seharusnya kita menghadapi kekurangan minyak masak dan tidak sepatutnya kita membenarkan minyak-minyak yang diimport apatah lagi minyak-minyak yang dikitar semula yang dijual dengan begitu murah di pasar-pasar malam yang sebenarnya bukan sahaja ia merosakkan kesihatan bahkan mencemarkan nama baik negara kita.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi setakat manakah seterusnya penguatkuasaan kementerian untuk memantau dan juga merampas minyak masak yang dikitar semula ini yang diambil contohnya daripada restoran dan juga hotel serta dicampurkan dengan minyak asli dan dijual.

final • 11:42 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Ini kerana minyak masak ini secara kasarnya dibungkus dalam plastik dan digantung serta dijual dengan harga yang murah. Jadi saya mohon pihak kementerian supaya dapat memberikan perincian apakah sebenarnya tindakan-tindakan yang kita jalankan bagi memastikan supaya kepentingan masyarakat sentiasa kita berikan perhatian.

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada maksud P.20 butiran 00524 – Pembangunan Industri Berkelompok Minyak Sawit

(POIC) merangkumi RM17.5 juta.

Saya ingin minta penjelasan mengapa POIC di Lahad Datu setakat ini masih belum siap dilaksanakan dan bila agaknya ia akan siap untuk beroperasi sepenuhnya.

Apakah sebabnya yang melambatkan projek itu? Berapa perbelanjaan tambahan yang dijangka akan terlibat akibat kelambatan yang dimaksudkan?

Di samping itu dari segi pelaburan, berapa jumlah pelaburan asing dan tempatan telah sah diterima oleh POIC di Lahad Datu? Dari segi produk yang akan dihasilkan oleh POIC, sila nyatakan jenis dan pasaran yang dikenal pasti untuk produk-produk berkenaan.

Memandangkan projek POIC merupakan satu-satunya projek induk di Koridor Pembangunan Sabah, maka adalah harapan semua anak negeri Sabah bahawa kepentingan warga Sabah akan terbela. Dalam hubungan ini berapa peratus kerja kontrak dalam projek POIC telah dan akan dikhaskan khususnya kepada kontraktor Sabah.

Berapakah jumlah nilai projek yang dimaksudkan dan apa rintangan atau cabaran yang dihadapi.

final • 11:50 AM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Dalam bidang guna tenaga pula, apakah perancangan POIC di Lahad Datu dalam usaha menggaji anak negeri Sabah di pelbagai peringkat guna tenaga. Apakah ada kuota yang khusus akan diletak atau disyaratkan pada penggajian warga Sabah dapat diutamakan demi melindungi peluang pekerjaan anak Sabah sendiri. Dengan itu, sekian terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengambil bahagian sebagai rakyat Malaysia yang lahir di kampung, Tuan Pengerusi, yang besar dengan alam semula jadi, yang besar dengan tumbuh-tumbuhan yang mengindahkan negara kita dengan kehijauannya dan mengeluarkan hasil-hasil makanan. Kita amat bersyukur ke hadrat Allah, hidup dalam negara yang begini makmur, subur. Kalau kita campak biji jagung ia akan jadi jagung, campak biji labu, ia akan tumbuh labu. Beginilah suburnya. Kita berbahagia dan 54 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, aman damai, tidak ada rakyat dalam negara kita ini yang mati kebuluran.

Kerajaan kita kerajaan yang bertanggungjawab yang sentiasa mementingkan seluruh kebaikan dan kemajuan rakyat termaksud kakitangan kerajaan yang terus kita belai.

Tidaklah seperti hasrat DAP...

final • 11:53 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bilangan mana ini Tuan Pengerusi.

final • 11:53 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Hendak mengurangkan jumlah kakitangan yang kalau dilaksanakan akan menjadi malapetaka yang besar bagi negara kita. Maka itu rakyat tolaklah parti yang racist seperti ini di pilihan raya yang akan datang.

Tuan Pengerusi, saya tahu Tuan Pengerusi sabar dengan saya. Saya bercakap tentang Butiran 020000, 030000, 040000, 050000 dan 060000. Tidak ada negara lain Tuan Pengerusi, inilah negaraku yang tercinta. Ada enam lembaga iaitu Lembaga Kenaf dan Tembakau atau butiran 020000. Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Bukan industri itu jadi kayu, ia adalah perindustrian kayu. Dia kalau yang kayu itu ada makna yang lain tetapi ini adalah Lembaga Perindustrian Kayu.

Lembaga Lada Malaysia.

Saya macam terkejut Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi saya tidak terkejut, saya tidak pelik lah, saya terkejut. Kalau Yang Berhormat Menteri berkenaan tidak terkejut, saya terkejut kerana peruntukan yang dicadangkan bagi 2012 jauh berkurangan dari tahun 2011.

Ini terutamanya Lembaga Kenaf, pada tahun 2011 RM20 juta, saya ambil angka bulat sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang ringgit-ringgit belakang itu saya tidak ambil. Akan tetapi untuk tahun 2012 ialah RM18 juta, ia berkurangan. Begitu juga Lembaga Getah daripada RM80 juta kepada RM60 juta. Koko daripada RM30 juta 2011, peruntukan untuk tahun 2012 ini, daripada RM30 juta menjadi RM25 juta. Lembaga Lada sama lebih kurang RM21 juta.

Lembaga-lembaga ini Tuan Pengerusi, apakah peranan dan tugas utamanya kerana semua industri ataupun perladangan ini semuanya boleh membawa hasil yang besar kepada negara serta memberi sumbangan kepada kemakmuran dunia Tuan Pengerusi. Industri-industri yang berada di luar negara juga memerlukan hasil daripada perkara-perkara yang saya sebutkan ini Tuan Pengerusi. Adakah mereka benar-benar menjalankan tugas dan peranan mereka dalam portfolio, yang berkaitan dengan lembaga mereka. Apakah kemajuan-kemajuan yang telah mereka laksanakan? Apakah tahun 2011 menggambarkan bahawa pencapaian mereka tidak sebagaimana yang diharapkan maka peruntukan bagi 2012 dikurangkan.

Apakah itu sebab dikurangkan peruntukan kepada lembaga-lembaga ini. Saya tidak dapat hendak menelah jawapan Yang Berhormat Menteri. Jadi apakah peranan mereka tidak seperti mana yang disasarkan.

final • 11:53 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Objektif lembaga ini ditubuhkan mereka tidak tercapai, Tuan Pengerusi. Saya tidak tahu, saya tidak mahu menuduh, mungkin saya bersifat zalim kalau menuduh benda yang saya tidak faham dan saya tidak tahu. Cuma saya sebagai Ahli Parlimen mewakili rakyat ingin bertanya, sekadar bertanya, saya harap dapat penjelasan.

Lembaga Perindustrian Perkayuan umpamanya Tuan Pengerusi, saban tahun atau saban masa diperuntukkan sekian-sekian ekar yang boleh ditebang hutan kita. Ada sesetengah negeri melanggar peruntukan yang sepatutnya mereka dibolehkan menebang kayu balak. Mereka langgar umpamanya, apa penalti yang dikenakan kepada negeri tersebut lebih-lebih lagi negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang?

Saya tidak dapat hendak memberikan telahan dan jawapan Tuan Pengerusi.

Kemudian, hutan-hutan yang telah pun digondolkan dalam maksud ditebang kayunya, apakah lembaga ini berusaha untuk menanam semula supaya warisan untuk generasi kita akan datang tidak ketandusan dengan kayu-kayu dan kayu-kayu di Malaysia ini adalah salah satu kayu-kayu yang terbaik di dunia. Apa peranan mereka?

Satu ketika dulu, penanaman koko diuar-uarkan, di kempen besar-besaran, sejak kebelakangan ini macam sepi dan sunyi Tuan Pengerusi. Kenapa dan mengapa? Setahu saya koko ini menjadi bahan yang boleh kita eksport dan dunia kekurangan koko. Kenapa tidak diambil peluang umpamanya, begitulah. Soal lada, lada hitam, lada putih, Johor dulu terkenal dalam tahun 1895, terkenal, al-Marhum Sultan Abu Bakar, Johor menjadi pengeluar lada hitam yang terbesar yang dikuasai di sesetengah negeri Johor. Hari ini Johor sudah tidak menjadi pengeluar lada hitam yang mahal harganya. Kenapa dan mengapa? Apakah kita ada sifat ‘hangat-hangat tahi ayam’ di kementerian ini? Ini menjejaskan banyak pihak yang jelas dan terang dia boleh menjejaskan pendapatan rakyat yang boleh kalau diusahakan dengan sebenar-benar perusahaan, diberi tumpuan yang berat, besar, tumpuan yang tajam dengan peruntukan yang tertentu, ia pun boleh memberikan pulangan kepada rakyat sebagai tanaman-tanaman yang boleh disertakan dengan tanaman-tanaman utama.

Lembaga Getah Malaysia Tuan Pengerusi, RISDA baru-baru ini mengadakan kempen mengumpul biji getah, hendak tanam getah kerana kita hari ini sudah menjadi pengimport getak lateks daripada Thailand. Sedangkan satu ketika dulu, Malaysia waktu itu namanya Malaya Tuan Pengerusi, saya rasa Tuan Pengerusi pun ingat, Malaya ketika itu menjadi pengeksport getah yang terbesar di dunia. Akan tetapi hari ini, kita terpaksa mengimport lateks daripada Thailand. Ini belum cerita macam Yang Berhormat Jasin cerita, soal huluan, soal hiliran. Saya sudah bercakap banyak kali di Parlimen ini tentang perindustrian getah, bahagian hiliran. Apakah makcik saya hanya penoreh getah Tuan Pengerusi tetapi ada orang yang mengerjakan hiliran getah, satu jam boleh untung RM25,000. Akan tetapi makcik saya yang menoreh getah hanya dapat dalam masa empat jam cuma RM20, RM30 kerana makcik saya kerja huluan sahaja, menoreh, tidak lebih tidak kurang. Orang yang senasib dengan makcik saya, jutaan jumlahnya Tuan Pengerusi di negara ini.

Kenapa tidak ada satu keberanian, orang-orang macam makcik saya ini dikumpulkan, hiliran dilaksanakan seperti buat kilang dan makcik-makcik saya ini diberikan saham, menoreh tetap terus makcik saya menoreh tetapi dalam waktu yang sama dia mendapat keuntungan daripada saham industri hiliran yang hasilnya dipungut daripada getah-getah orang-orang macam makcik saya di kampung-kampung.

Saya tidak tahu siapa yang harus memulakan ini. Hendak suruh makcik saya memulakan, ‘jauh panggang dari api’. Pertama kepakaran tidak ada. Kedua, modal tidak ada. Tidak ada kekuatan, ilmu dan inilah, makcik saya mewakili jutaan orang di seluruh negara Tuan Pengerusi.

Kenapa tidak ada satu keberanian membuat hiliran yang melibatkan makcik- makcik saya seperti ini di seluruh negara yang mendapat keuntungan daripada tulang uratnya dan juga daripada saham yang dikumpul, ses dan cukai umpamanya. Kita tidak boleh lagi duduk di takuk yang lama. Takuk yang lama tidak boleh Tuan Pengerusi.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Hendak duduk di takuk yang lama, cara lama, dunia sudah berubah, dunia sudah bertukar, musim sudah berlalu. Jadi saya harap lembaga-lembaga yang kita tubuhkan di bawah kementerian ini, lembaga-lembaga yang ditubuhkan di bawah kementerian ini, saya ulang sekali lagi, lembaga-lembaga yang ditubuhkan di bawah kementerian ini harus agaknya berani membuat perubahan supaya benar-benar lembaga ini memberi keuntungan dalam erti kata yang sebenar-benarnya, memberi keuntungan kepada rakyat yang diwakili oleh mereka. Tepuk dada tanya selera. Tuan Pengerusi, saya menyokong.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Silam, selepas Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Parit Buntar. Selepas itu Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus menyentuh butiran yang pertama sekali tentang Butiran 11101, dan Butiran 00524.

Tuan Pengerusi, saya di peringkat Jawatankuasa ini menekankan tentang POIC ini sebab ia betul-betul terletak dalam Daerah Lahad Datu dan dalam Parlimen Silam. Namun saya melihat hampir lebih kurang sudah sepuluh tahun lebih dari segi pertumbuhan dan aktiviti pelaburan yang dibuat oleh agensi-agensi tertentu di kawasan pembangunan koridor Sabah ini yang nampaknya begitu perlahan dari segi kemajuan pencapaiannya.

Saya minta supaya pihak kementerian memberi penjelasan kepada saya untuk makluman masyarakat dan rakyat saya tentang kemajuan peluang-peluang yang telah kita perolehi daripada pembangunan industri berkelompok minyak sawit sebab dalam Bajet 2012 juga, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang telah memberi perhatian dalam Bajet 2012 dan supaya suatu mekanisme yang lebih tersusun.

Untuk makluman pihak kementerian, saya dapati juga dari segi jawatankuasa untuk mengurus dan mentadbir POIC ini, ia hanya melibatkan agensi yang melabur dalam sektor kawasan tersebut.

final • 12:08 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Kedua, saya ingin hendak jelaskan juga, selain daripada pengurusan pejabat daerah dan badan yang dipertanggungjawabkan sebagai pentadbir dan mengurus supaya di masa akan datang perlu dilibatkan dan dimaklumkan, terutamanya saya sebagai wakil rakyat atau pun Ahli Parlimen bagi kawasan tersebut untuk mengetahui dari segi pertumbuhan dan perkembangan. Jika difikirkan perlu, saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya membuat satu garis dasar yang baru yang lebih sesuai supaya perkembangannya dapat dilaksanakan dengan baik sebab kita ingin dapat maklumat bagaimana pembangunan industri berkelompok ini juga wujud di negara jiran kita. Jadi, kita tidak mahu walaupun kita dari segi peringkat awal, kita di antara yang terawal untuk memajukan bidang ini, namun saya melihat dan baru-baru ini saya telah membuat lawatan kemudahan-kemudahan infra. Di sana pun nampaknya ia sudah seperti terbiar.

Jadi, berharap sangat dan minta penjelasan daripada pihak kementerian. Setakat ini inisiatif yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan dari segi perkembangannya sentiasa mendapat perhatian. Ini kerana kita lihat seperti sekarang ini dibuat juga fasa kedua dan ketiga walaupun fasa pertama itu saya nampak belum lagi dipenuhi sepenuhnya oleh pelabur. Saya minta juga dengan pihak kementerian, setakat sekarang ini sudah berapakah jumlah pelaburan yang betul-betul komited yang mahu membuka peluang-peluang perusahaan yang diberi tumpuan di kawasan tersebut dan dari segi percentage peratusan, terutamanya pencari-pencari kerja yang memang keutamaannya itu wajibnya diberikan kepada rakyat negeri Sabah yang ada kelayakan di samping memberikan keutamaan kepada belia-belia generasi muda di kawasan saya sendiri untuk mendapat peluang pekerjaan di kawasan tersebut.

Seterusnya juga, dari segi struktur pengagihan pelaburan yang kita terima ini.

Saya hendak tahu daripada pihak kementerian, setakat ini negeri atau negara mana yang banyak membuat pelaburan dalam pembangunnya industri berkelompok minyak sawit ataupun POIC?

final • 12:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Kawasan Lahad Datu dalam Parlimen Silam ini yang merupakan kawasan Pembangunan Koridor Sabah yang terbesar untuk Zon Pantai Timur. Jadi, kalau kawasan ini dapat dibangunkan dan dimajukan dengan baik sudah tentu ia akan boleh menjana dari segi pertumbuhan ekonomi di kawasan Pantai Timur negeri Sabah. Seterusnya, butiran yang saya ingin sentuh iaitu Lembaga Minyak Sawit. Saya dapati tahniah juga kepada pihak kementerian yang telah mengujudkan Kompleks Plasma iaitu Pusat Latihan Sumber Manusia di bawah pentadbiran MPOB di kawasan DUN Tunku dalam Parlimen Silam. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, bilakah kompleks tersebut akan dibuka kepada masyarakat umum dan apakah sebenarnya tujuan dan peranan utamanya selain daripada kita lihat dari segi nama kompleks itu memang bersesuaian dengan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pihak kementerian.

Saya berharap supaya selain daripada kemudahan yang cantik dan saya sendiri ada melawat. Saya berharap supaya di masa akan datang ianya dijadikan suatu pusat latihan yang besar yang akan menjadi satu institut kemahiran yang lebih bertumpu kepada kemahiran perladangan sebab kita tahu dari segi integrated development on palm oil industry, dengan izin Tuan Pengerusi, memang terdapat di kawasan Parlimen Silam. Ini kerana apabila kita melihat pembangunan bersepadu yang terbesar di dunia di kawasan FELDA ini.

Jadi, kalau Kompleks Plasma nanti di masa akan datang dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian untuk menjadi satu institut kemahiran yang bertaraf, yang boleh memberikan sama ada peringkat diploma atau pun ijazah dengan kerjasama universiti- universiti tempatan di negara kita ini sudah tentunya akan membantu untuk menjana lagi dari segi pertumbuhan dan kita dapat memastikan bidang perladangan ini menjadi satu bidang karier yang diminati oleh generasi muda sebab dari segi kemudahan dan peluang- peluang yang sebenarnya mungkin ramai di kalangan generasi muda tidak begitu peka dengan persekitaran, dengan pulangan yang mereka peroleh jika menceburi diri dalam bidang pekerjaan perladangan.

Tuan Pengerusi, akhir sekali saya ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang Butiran 00100 – Lembaga Koko Malaysia. Saya dapati juga di kawasan Kunak, kita ada pusat salah satu aktiviti untuk membuat R&D dalam aktiviti penanaman koko ini.

Setakat ini kita lihat peranannya semakin obsolete dan not relevant, dengan izin. Saya berharap supaya pihak kementerian mengambil satu inisiatif yang memastikan bahawa industri koko ini walaupun sekarang ini kita lihat didominasi oleh industri seperti kelapa sawit, namun penting bagi kerajaan untuk memastikan dan dapat memperkembangkan lagi perusahaan koko ini. Kaji peranan dan sumbangan industri tersebut dalam terutamanya boleh membantu pekebun-pekebun kecil yang masih lagi mengusahakan.

Saya dapati dan dapat maklumat juga bahawa harga koko ini pada pasaran tertentu masih lagi kompetitif dan sesuai dimajukan. Kalau boleh pihak kementerian cuba berusaha dan memikirkan bagaimana mungkin dari segi supaya tidak berlaku persaingan antara pengusaha kelapa sawit dengan industri koko, mungkin para pekebun kecil terutamanya, yang mahu memajukan tanaman koko ini dapat dimajukan sama ada ia berkonsepkan kepada perusahaan kecil yang sekurang-kurangnya boleh menambah pendapatan kepada penduduk luar bandar sebab kita tahu bidang yang ditekankan kepada skala kecil ini sebenarnya ia boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan penyumbangan ekonomi kepada setiap masyarakat setempat terutamanya di kawasan luar bandar.

Tuan Pengerusi, itu sahaja perbahasan saya di peringkat Jawatankuasa dan saya berharap sangat supaya pihak kementerian dapat memberikan perhatian yang sewajarnya terutamanya dalam pembangunan Development Sabah Corridor di kawasan Pantai Timur negeri Sabah terutamanya POIC dan MPOB yang saya tahu peranan agensi tersebut sangat penting bagi menjana dari segi perancangan di masa akan datang, kesesuaiannya untuk memastikan dari segi pembangunan untuk Zon Pantai Timur negeri Sabah itu juga mendapat perhatian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Sila, Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 12:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin berbicara dalam Kementerian Perusahaan ini menyinggung Butiran 070000 di bawah sub tajuk iaitu peruntukan khas. Tuan Pengerusi, bagi menangani kempen anti sawit.

Pertamanya, pada waktu yang sama kita merasakan atau pun kita menghargai bahawa sawit ini merupakan sumber pendapatan negara dan sawit juga adalah antara industri awal yang telah melonjakkan nama Malaysia. Namun beberapa perkembangan di dalam industri sawit ini turut mengalami perubahan atau pun paradigm shift. Antara lainnya adalah sawit tidak hanya dilihat sebagai bahan untuk kegunaan tradisional sahaja.

Kini telah ada usaha-usaha yang di bawah inisiatif renewable energy di mana sawit mempunyai satu tujuan penghasilan kelapa sawit itu digunakan untuk tujuan biomass renewable energy. Ia merupakan satu industri yang berpotensi, khususnya daripada pasaran negara yang besar seperti China dan juga Eropah dan sudah tentulah Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam mengubah persepsi hasil kelapa sawit ini. Kita mengalu- alukan usaha-usaha dan inisiatif tersebut dan telah pun dibentangkan dalam belanjawan sebelum-sebelumnya tentang usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan menanam semula sawit, khususnya di tanah-tanah yang belum diterokai, yang besar seperti di Borneo, Sabah dan juga Sarawak.

final • 12:17 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Namun saya juga ingin melahirkan rasa kebimbangan kerana dalam lonjakan kita besar-besaran ini, kita terdedah kepada isu-isu lain antaranya Tuan Pengerusi ialah isu kesan kepada alam sekitar. Kita tidak menolak keperluan negara tetapi pada waktu yang sama, semua kita sedia maklum di Dewan ini bahawa isu environmental menjadi satu persoalan yang dalam banyak hal, hasil kelapa sawit Malaysia adalah antara mangsa kepada golongan environmentalist yang berkempen seluruh negara sehingga menyebabkan kelapa sawit Malaysia ini di sesetengah negara, Sweden khususnya telah diharamkan. Sudah tentu ada alasan, bukan kerana soal kualiti tetapi ia menjadi satu permasalahan kepada negara kita dalam konteks hasil daripada usaha kerajaan untuk mempertingkatkan tanaman kelapa sawit dalam satu penanaman yang massive, yang besar di Sabah dan Sarawak khususnya.

Apa yang dipertikaikan oleh golongan-golongan yang cintakan alam sekitar ini ialah berlaku deforestation ataupun penyahan hutan yang merupakan satu substance yang penting bagi mengekalkan keseimbangan pelepasan karbon. Oleh kerana itu, kita telah melihat antara yang mereka serang negara kita ini ialah berlakunya penggondolan hutan yang begitu besar sehingga dikatakan tiga kali lebih pantas, lebih laju berlaku berbanding dengan semua negara Asia dan ini berlaku di kawasan khususnya di Sabah dan Sarawak.

Pengimbangan antara keperluan sawit dengan kesan deforestation ini, saya harap pihak kementerian mengambil satu perhatian yang serius kerana kita tidak mahu nanti kredibiliti sawit kita ini akan dipertikaikan hanya semata-mata kita tidak memberi perhatian kepada persoalan deforestation sedangkan Malaysia telah melahirkan hasratnya untuk menangani carbon emission ini, penyahan karbon dengan mengurangkan carbon emission ini sedangkan persoalan kalau kita menebang pokok-pokok ini berlaku, tidak ada satu mekanisme bagaimana penyahan karbon ini boleh berlaku daripada hutan-hutan yang ada di negara kita.

Tuan Pengerusi, saya tumpu kepada persoalan ini sahaja. Di sebalik kita memerlukan pasaran yang besar, di sebalik kita mahukan keuntungan daripada produk ini, kita juga tidak mahu dituduh sebagai negara yang tidak mesra kepada alam dan saya kira bukan sahaja di peringkat negara-negara tertentu bahkan saya rasa di peringkat United Nations juga akan memberi kesan kepada keseimbangan ataupun kelestarian yang seharusnya kita tangani dalam konteks pada waktu yang sama mahu menghasilkan untuk kepentingan negara tapi pada waktu yang sama kita berada dalam keadaan dilema di mana persoalan environmental ini menjadi satu yang menekan dan akhirnya kita khuatir juga kita terpaksa berbelanja dengan bilangan yang besar untuk menangani kempen anti sawit yang merugikan negara kita.

final • 12:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya juga ingin memberi kesan kepada isu ini ialah kerana dikatakan bahawa destruction of the Amazon, the rainforest of Central Africa, dengan izin, and Southeast Asia account for more than 50 peratus of human cost carbon emission blame for global warming.

Makna 50 peratus daripada sumbangan berlakunya climate change antara lain daripada daerah Amazon, termasuk juga di Asia Tenggara ini, Central Africa dan di Asia Tenggara.

Yang kedua, saya minta dalam kita menangani permasalahan nak meningkatkan penanaman sawit ini Tuan Pengerusi, kita juga perlu memikirkan persoalan apa yang boleh menjejaskan habitat. Kita tahu Borneo antaranya hutan-hutan Sabah dan Sarawak memang hutan yang terkenal dengan spesies-spesies yang rare species baik daripada flora dan fauna dia, baik daripada Orang Utan, yang kita kata yang unik di hutan kita. Dengan berlakunya penebangan penggondolan hutan-hutan itu untuk memberi jalan kepada penanaman kelapa sawit besar-besaran ini, kita khuatir juga isu ancaman habitat ini akan menyebabkan kita akan diserang oleh masyarakat dunia.

Begitu juga saya minta pihak kementerian menangani isu ini dengan bijak iaitu juga persoalan dalam keghairahan kita nak buat penanaman, kita boleh kata wave yang besar untuk kita nak tanam kelapa sawit kerana kita telah shift konsep sawit dan hiliran ini iaitu kesan kepada penduduk tempatan, orang-orang asal di Sabah dan Sarawak yang menjadi mangsa, di mana kita menerima pelbagai aduan tentang mereka yang sudah duduk di situ berapa lama, tanah adat orang-orang asal di situ tiba-tiba terus diambil oleh pengusaha-pengusaha, menggondolkan tempat mereka untuk memberi jalan kepada penanaman kelapa sawit.

Saya rasa kalau tidak ditangani dengan baik, tidak kiralah daripada negeri mana, pembangkang ke daripada pemerintah ke, itu bukan persoalan saya. Soalan saya, siapa sahaja yang memerintah, janganlah kerana gelojohnya kita sehingga kita memangsakan orang-orang yang tidak mendapat hak dan mereka terpaksa pula mengadakan demonstrasi, meminta itu dan ini untuk mendapat habuan ataupun hak mereka di tanah yang telah diambil.

Tuan Pengerusi, jadi saya mintalah menteri tolong bagi penjelasan berapa orang yang terkesan daripada kita mengambil tanah-tanah ini khususnya di Sabah dan Sarawak yang mereka mengadu hal tentang bagaimana tanah mereka digondolkan begitu sahaja tanpa mereka mendapat pembelaan daripada kerajaan dan sebagainya.

Akhirnya, saya melihat juga ada satu mekanisme yang sedia ada untuk mengimbangi Tuan Pengerusi, last dah ini, nak landing dah iaitu RSPO iaitu Round Table Sustainable Pump Oil, dan Malaysia adalah salah satu daripada ahlinya yang mana stakeholder di dalam round table ini ialah di kalangan negara yang mengeluarkan itu, yang mempunyai kepentingan, golongan environmentalist walaupun tidak semua yang terlibat, para pembuat dasar dan sebagainya dan saya ingin tahu how effective, dengan izin, sejauh manakah keberkesanan RSPO ini bagi mengimbangi masalah yang ada dan RSPO inilah setakat ini yang ada kita punya satu mekanisme yang mana telah diperuntukkan dan pada waktu yang sama kita mahu produk ini pada waktu yang sama dia mesti sustainable.

Sejauh manakah kelestariannya dapat kita gunakan dalam round table ini untuk kita aplikasikan dalam permasalahan yang telah saya kemukakan dan sejauh mana RSPO ini membantu imej Malaysia kerana kita tahu kalau luar negeri bila sebut kata sawit produk Malaysia, dibanned kerana isu-isu environmental yang telah saya sebutkan. Saya tidak mahu ini berlaku, saya mahu satu pendekatan yang sustainable di mana RSPO ini setakat yang ada, saya tidak tahu mungkin menteri boleh jelaskan kepada saya dan juga kepada Dewan ini apa mekanisme lain selain daripada RSPO untuk memastikan bahawa perkembangan sawit dan apa juga produk hilirannya boleh dilestarikan supaya tidak nanti akan memberi kesan yang besar.

Kita dah buat produk besar-besaran, tiba-tiba tekanan daripada antarabangsa semata-mata kerana kita tidak apply dengan kelestarian ini kita akan jadi mangsa dan akhirnya kita akan rugi dan kita terpaksa membelanjakan duit yang banyak untuk lobi sana lobi sini bagi memastikan hasil kita.

final • 12:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Oleh itu saya minta menteri menjelaskan sejauh manakah kerajaan menangani isu industri sawit yang mana telah memburukkan imej Malaysia supaya industri sawit ini terus kekal menjadi sumber pendapatan kita tetapi tidak menjejaskan persoalan yang telah saya kemukakan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Simpang Renggam, selepas itu Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Kubang Kerian dan selepas itu kalau boleh menteri jawab. Sila.

final • 12:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya sangat ringkas sahaja. Saya ada dua tiga soalan di bawah Butiran 00401 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan saya ingin pohon jawapan daripada kementerian.

final • 12:29 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Pengerusi, saya lihat kerajaan memang sangat bersungguh-sungguh ingin mempromosikan penanaman kenaf di negara kita dan hendak menjadikannya sebagai komoditi yang ketiga besar selepas kelapa sawit dan getah. Saya ingin bertanya kepada kementerian. Berapakah peruntukan yang disediakan untuk industri huluan dan hiliran kenaf ini? Saya lihat industri hiliran sangat penting. Kalau tidak ada kilang-kilang yang ingin memproses hasil tanaman sama ada fiber ataupun kor kenaf ini, maka saya rasa sektor penanaman kenaf tidak dapat berkembang dengan cepat.

Mengenai supporting staff di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Saya sering juga menerima aduan daripada pekebun-pekebun kecil di kawasan saya bahawa mereka susah mahu mendapatkan staf-staf daripada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara untuk turun ke ladang mereka untuk mengesahkan sama ada tanah mereka sesuai untuk kenaf atau tidak. Saya berharap kementerian dapat memberikan perhatian dalam manpower ataupun supporting staff di Pejabat Lembaga Kenaf ini.

Akhirnya saya ingin bertanya apakah penglibatan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara di peringkat antarabangsa? Exposure Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara ini di peringkat antarabangsa. Adakah kita sudah menjadi ahli kepada International Natural Fiber Organization. Organisasi-organisasi seperti ini saya rasa sangat penting sekiranya kita mahu mempromosikan produk kita di pasaran antarabangsa. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Beruas.

final • 12:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya untuk membahaskan tentang Maksud Bekalan Pembangunan 20 – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan saya merujuk kepada Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan juga Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa di negara kita ini, kerajaan mengutip ses daripada penanam getah melalui Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 dan daripada website RISDA yang saya baca ini, dikatakan ses sebanyak RM9.2079 sen sekilogram ataupun RM4.05 sen sepaun dikutip apabila ia dieksport ataupun apabila getah digunakan untuk proses barangan tambah nilai. Saya tidak tahu jumlah ini telah dinaikkan atau tidak tetapi yang penting Tuan Pengerusi, isu yang saya ingin bangkitkan ialah bahawa wang ses yang dikutip daripada penanam-penanam getah ini merupakan ses amanah dan patut dipulangkan balik kepada mereka apabila mereka menanam semula pokok-pokok getah mereka ataupun menanam pokok kelapa sawit kerana ini wang amanah yang dipegang oleh kerajaan.

final • 12:31 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi malangnya, pertama, saya dapat aduan bahawa tahun ini hampir semua, saya sudah buat survey di kawasan saya, pejabat RISDA kata tidak ada peruntukan langsung untuk penanaman semula untuk pokok getah dan mereka yang ingin menanam semula pokok getah tidak dapat berbuat demikian kerana tidak ada peruntukan. Pegawai- pegawai berkenaan saya dapat maklum balas daripada mereka, mereka tidak ada kerja kerana tidak ada penanam semula yang dapat dilaksanakan.

Kedua Tuan Pengerusi, di bawah definisi estet ini, mereka yang kurang daripada 100 ekar perlu membayar ses ini tetapi apabila penanaman semula diperuntukkan, skala maksimum ataupun skala penuh iaitu 7,000 sehektar ini hanya terpakai kepada mereka yang mempunyai ladang kurang daripada 2.5 hektar ataupun lebih kurang 10 ekar. Kalau kita kutip daripada mereka yang kurang daripada 100 ekar, patutlah mereka yang menanam semula kurang daripada 100 ekar mesti mendapat kemudahan penanaman semula kerana wang yang dikutip itu merupakan wang amanah dan patut dipulangkan kepada mereka dan bukan hanya kepada mereka yang menanam semula kurang daripada 2.5 hektar.

Mengikut website RISDA lagi, dikatakan kalau tanam semula dengan getah, jumlah yang dibayar untuk tanam semula ialah RM7,000 sehektar dan kalau mereka menanam tanaman yang lain seperti kelapa sawit, hanya RM4,448 sehektar yang diberikan.

Yang penting Tuan Pengerusi, masalahnya ramai penanam-penanam getah dan juga kelapa sawit hadapi ialah tidak ada peruntukan yang diberikan. Oleh kerana ramai yang tidak ada peruntukkan, mereka tidak boleh menunggu peruntukan yang hendak diberikan kerana pegawai-pegawai tidak pasti bila wang itu akan datang. Ramai antara mereka menggunakan wang sendiri untuk menanam semula. Malangnya selepas dua tahun atau tiga tahun, ada peruntukan yang sampai dan hendak diluluskan kepada penanam-penanam kelapa sawit ataupun getah ini yang hendak tanam semula, didapati mereka sudah menanam semula.

RISDA pun mengatakan memandangkan anda sudah tanam semula, mereka hanya bayar baki ansuran yang perlu dibayar ataupun maksudnya ansuran pertama yang terbanyak sekali iaitu untuk membersihkan kawasan, membeli benih-benih untuk ditanam, jumlah itu. Ini langsung tidak adil dan tidak saksama. Sebenarnya, RISDA patut berikan jumlah yang sepenuhnya dan memberikan kita kata bunga lagi atas jumlah itu. Tidak akan rakyat yang tekun bekerja, bukan silap mereka, silap RISDA yang tidak ada duit, mereka dihukum. Oleh yang demikian, saya harap kerajaan dapat memberi penjelasan mengenai hal ini dan wang ses yang diterima oleh rakyat patut diberi balik kepada rakyat dengan sepenuhnya dan kenapakah keadaan sedemikian berlaku di mana wang untuk penanaman semula itu tidak ada ataupun tidak cukup pada masa ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:31 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 12:31 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020000 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.

Saya melihat bahawa Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara telah menyasarkan untuk menghasilkan lebih kurang sepuluh tan per hektar yang mana merupakan satu sasaran yang begitu tinggi sedangkan pengeluaran purata kenaf pada bila-bila masa pun ialah di antara lima hingga lapan tan sehektar. Berdasarkan kepada pencapaian industri kenaf negara pada tahun 2010, pengeluarannya hanya merupakan tujuh tan per hektar sahaja. Apakah perancangan untuk kementerian ataupun lembaga yang dapat menyasarkan daripada tujuh metrik tan ke sepuluh metrik tan?

Saya pasti satu perancangan yang baik telah pun diuruskan. Apakah dia perancangan? Kita tidak boleh hanya menyasarkan sepuluh tan per hektar tetapi akhirnya kita balik kepada tujuh atau lapan tan. Sasaran ini harus menepati dan berdasarkan kepada pengalaman, mereka sudah mengeluarkan tujuh tan per hektar pada tahun 2010.

final • 12:37 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara untuk mendapatkan bukan sahaja lembaga tetapi kementerian dalam aspek ini untuk membantu Lembagan Kenaf dan Tembakau Negara untuk mendapatkan lebih lagi syarikat-syarikat seperti Panasonic yang telah beroperasi di sini mengeluarkan papan gentian kenaf ataupun, dengan izin, kenaf fibreboard dieksportkan balik kerana ini merupakan industri masa depan yang saya rasa ada peluang untuk meletakkan industri kenaf negara di satu tahap yang boleh kita banggakan.

Saya juga ingin tahu perancangan masa depan industri kenaf kerana saya nampak dan menurut kajian, kenaf juga berupaya mengeluarkan minyak sayuran dan ia mempunyai peratusan tinggi dengan izin, omega poly-unsaturated fatty acids (PUFA).

final • 12:37 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Ini merupakan satu keperluan penting dalam industri minyak masak sayuran yang mana saya rasa industri minyak sawit kita juga hebat dalam industri ini. Apakah perancangan masa depan? Selain daripada kita pengeluar minyak sawit antarabangsa, adakah kita akan masukkan sekali industri kenaf ini dalam industri minyak sayuran?

Apakah itu di antara aspek butiran pertama?

Butiran seterusnya Butiran 070300 – Skim Penstabilan Harga Minyak Masak

(COSS). Peningkatan daripada RM927 juta kepada RM1.5 bilion merupakan satu peningkatan yang sangat tinggi. Ini menunjukkan komitmen kerajaan Barisan Nasional untuk membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka dan industri ini. Saya bagi pihak rakan-rakan saya di Hulu Selangor dan juga rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi subsidi dan juga membolehkan rakyat Malaysia membeli dan terus menggunakan minyak sawit Malaysia tanpa waswas kerana ada bantuan daripada kerajaan. Soalan saya, siapakah penerima- penerima skim ini? Syarikat-syarikat mana yang menerima skim penstabilan minyak masak ini?

Akhirnya, Butiran 070500 - Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Apakah isu-isu yang terkini yang melanda industri minyak sawit Malaysia? Apakah statusnya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh industri minyak sawit untuk mengatasi masalah- masalah tersebut?

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia kerana mereka dengan kerjasama MPOB telah berjaya menapis dan juga telah berjaya memastikan industri minyak sawit terus kekal di pasaran antarabangsa dengan kerja-kerja yang telah mereka lakukan. Ini kerana saya pasti kalau tidak ada Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia dan MPOB, kita tidak semudah-mudah dapat mengatasi masalah-masalah ini.

Apakah bantuan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan, kementerian kepada Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia ini, sama ada mereka masih bergantung atas sell collection atau pun kerajaan atau pun kementerian memberi bantuan khas kepada mereka untuk menangani dan juga mendapatkan pakar-pakar dalam bidang-bidang yang mereka sedang giat jalankan? Contohnya, pada masa dahulu mereka terpaksa menggunakan pakar-pakar pemakanan, nutritionist untuk melawan isu anti palm oil campaign yang dikemudikan oleh negara Amerika satu masa dahulu, Soybean Association. Sekarang pula isu environment. Bolehkah mereka terus mendapatkan khidmat pakar-pakar ini kerana untuk mendapat perkhidmatan pakar-pakar ini bukan mudah dan bukan murah.

Akhirnya, apakah status industri minyak sawit merah? Industri minyak sawit merah ini mempunyai peratusan karotena yang amat tinggi dan menurut kajian, ia juga merupakan satu agen anti kanser. Saya tidak nampak syarikat-syarikat yang mengeluarkan minyak sawit biasa memberi perhatian, tumpuan khas untuk mengeluarkan minyak sawit ini secara berleluasa supaya lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat menggunakan minyak sawit merah ini dalam pakaian harian mereka kerana ini merupakan produk Malaysia yang saya rasa merupakan salah satu produk yang lebih baik daripada bahan-bahan karotena yang lain. Ia lebih baik daripada tomato dan juga carrot.

final • 12:40 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Ini merupakan keunikan minyak sawit merah ini. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan produk-produk seperti ini dapat dipasarkan di antarabangsa dan juga di Malaysia sendiri? Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 12:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dalam Butiran 010000 – Pentadbiran Am di bawah aktiviti Kemajuan Industri Komoditi dan Pengurusan, di sini diperjelaskan tentang skop atau pun spec butiran ini iaitu merancang, menggubal dan melaksanakan dasar dan strategi, membangunkan industri minyak sayuran, lelemak dan sago, koko dan lada hitam dengan mempertingkatkan usaha-usaha untuk mengekalkan viabiliti industri tersebut.

Di sini ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang prestasi biomass energy ini kerana didapati bahawa telah ada suatu, apa yang dikatakan Biomass Energy Plan in Malaysia yang mana saya ingin tahu apakah progress tentang perkembangan industri ini.

Adakah kita telah berjaya mencipta suatu jenama yang kita hendak eksport bahan-bahan daripada produk ini atau pun hanya sekadar kita ada satu, dua syarikat ini yang hanya sekadar pada nama dan kita tidak ada apa-apa?

Saya tidak hendak jadi macam kenaf. Kenaf ini bukan main kita bahaskan sejak sedekad yang lalu tetapi kita tidak ada lagi nampak satu keberhasilan yang membanggakan kita. Kita sudah ada bahan untuk kita eksport, sudah dijenamakan atau pun ada R&D yang dibuat oleh universiti kita dan dikomersialkan. Ini saya rasa yang paling penting untuk diberitahu ke dalam Dewan yang mulia ini.

Kemudian saya juga ingin tahu tentang..., sudah ada sebuah syarikat yang bernama Bumi Biopower Sdn. Bhd. yang juga dikatakan menceburi bidang ini, dan juga tentang carbon credit evolution yang saya rasa juga salah satu daripada aktiviti yang dilaksanakan oleh industri ini.

Jadi sekadar saya ingin bertanya, apakah keberhasilan tentang minyak yang dihasilkan daripada sayuran? Adakah negara kita telah ada satu produk yang kita ada di samping minyak sawit kita yang berjaya kita eksport, kita juga banyak bergantung pada minyak daripada soya dan kita faham soya bukanlah suatu tanaman yang sesuai dengan iklim di dalam negara kita tetapi adakah ada jenis-jenis sayuran yang lain yang kita juga telah menerokainya dan kita telah berjaya untuk menjenamakan hasil produk ini?

Kemudian di bawah Butiran 020000 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.

Saya juga ingin satu kepastian mengenai satu timeframe, bilakah agaknya dengan industri kenaf ini boleh menggantikan sepenuhnya tembakau? Kita tidak mahu tembakau ini. Ia tidak baik untuk kesihatan tetapi petani-petani terutamanya di Pantai Timur tidak ada pilihan. Kenaf ada tetapi maknanya mereka tidak mendapat hasil pulangan sebagaimana mereka menanam tembakau. Saya harap industri ini akan lebih maju ke hadapan dengan menghasilkan pendekatan dan juga skim-skim yang paling tidak pun apabila mereka menanam kenaf, hasil bulanan mereka sama seperti tembakau, malah lebih baik daripada itu. Jadi, mesti ada satu timeframe di manakah mungkin satu unjuran daripada teknologi kenaf ini yang boleh satu masa esok kita boleh replace, dengan izin, tanaman tembakau ini.

Di bawah Butiran 040000 – Lembaga Koko Malaysia (LKM), saya ingin sekadar bertanya, berapa hektarkah lagi di Malaysia ini, kalau ada angka itu, yang masih ditanam dengan tanaman koko? Ini kerana saya percaya di peringkat kampung-kampung luar bandar dan oleh kerana saya sendiri dahulu pernah menceburi bidang ini, oleh kerana koko diserang dua kali, tiga kali dengan serangan ulat pengorek, kerajaan menasihatkan koko ini ditebang. Jadi, kebanyakannya pekebun-pekebun kecil tidak ada pilihan, tebang dan akhirnya mereka menanam sawit. Tidak apalah sawit itu. Akan tetapi adakah tanaman koko ini dengan keluasan yang saya minta diberitahu kepada saya, adakah masih ada potensi yang masih baik untuk tanaman koko dalam negara kita?

final • 12:44 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Saya tidak nampak lagi ladang-ladang besar dahulu Guthrie, Sime Darby yang dahulunya ada di peringkat perladangan yang masih mengusahakan koko. Sekarang tidak ada lagi tempat seperti Bagan Datok, Segamat yang dahulu kita boleh pergi untuk membeli klon-klon koko yang baik sekarang tidak ada lagi. Jadi, masih adakah masa hadapan lagi untuk penanaman koko dalam negara kita? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato' Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menjawab pertamanya, Yang Berhormat Kapit yang telah mengemukakan beberapa soalan. Pertamanya tentang peruntukan RMKe-10 untuk lada. Saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Kapit, agihan peruntukan di bawah RMKe-10 adalah dibuat berdasarkan rolling plan, di mana peruntukan diluluskan setelah mengambil kira keutamaan projek-projek yang dirancang dan impak kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Berdasarkan kepada permohonan peruntukan oleh pelan pertama iaitu 2011 hingga 2012, MPB telah diluluskan atau Lembaga Lada Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM8.4 juta setiap tahun bagi tahun 2011 dan 2012. Peruntukan ini melibatkan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil lada serta pengukuhan lembaga ini selaku agensi yang bertanggungjawab untuk membangunkan industri lada negara. Fokus rolling plan kedua MPB atau Lembaga Lada pada 2013 hingga 2014 pula adalah penyelenggaraan serta pemulihan kebun-kebun lada bagi meningkatkan bekalan dan kualiti lada yang dihasilkan di samping memenuhi keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Produktiviti lada yang tinggi dan berkualiti secara tidak langsung akan membantu meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil lada terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman.

Yang Berhormat Kapit juga bertanyakan tentang pihak kementerian dan agensi yang telah pun menjalankan kajian ke atas tanah gambut di Sarawak khususnya bagi menyelesaikan isu penanaman kelapa sawit di atas tanah gambut tersebut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau MPOB telah menubuhkan Institut Penyelidikan Tanah Gambut Tropika atau Tropical Peat Research Institute atau TROPI pada tahun 2008. Bertujuan untuk menjalankan kajian sawit di kawasan tanah gambut. Terdapat sembilan projek penyelidikan sedang dijalankan bertujuan untuk mengkaji perkara penting terutamanya isu pelepasan gas rumah hijau atau dengan izin, greenhouse gases dari kawasan gambut dan amalan pertanian baik di kawasan gambut berkenaan. Projek-projek tersebut adalah dengan izin, seperti permintaan

final • 12:50 PM

Yang Berhormat Kapit

(i) projek pertama iaitu review on working program of GSG ‘flux’ studies yang dibuat di Sibu, Betong, Maludam - Sarawak. Tiga kawasan dan status pelaksanaan sehingga kini pelaksanaannya 82 peratus;

(ii) projek inventory of peat land cultivation in Malaysia, dibuat di seluruh negeri Sarawak, pencapaiannya setakat ini 97 peratus;

(iii) best management practice of oil palm on peat land di Sesang Sarawak. Setakat ini sehingga 68 peratus status pelaksanaannya;

(iv) conversion of peat swamp forests juga di Sesang, baru bermula maka ia hanya mencapai status 11 peratus;

(v)) carbon oxidation loss using ‘flux’ techniques juga di Sibu Sarawak hanya 87 peratus pencapaiannya;

final • 12:50 PM

Yang Berhormat Kapit

(vi) depth of drainage and oil palm cultivation juga di Sibu, Sarawak hanya 57 peratus;

(vii) oil palm agronomic practices in carbon flux juga dibuat di Sesang Sarawak hanya mencapai 52 peratus;

(viii) nutrient and carbon stocks in different ground cover vegetation yang dibuat di Teluk Intan Perak dan juga di Endau Pahang. Ini hanya baru mencapai 50 peratus; dan

(ix) peat soil classification di seluruh Sarawak hanya mencapai 30 peratus.

Bagi tempoh 2008 hingga 2011, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM34.3 juta bagi kajian tanah gambut, di mana perbelanjaan sehingga 30 September 2011 adalah sebanyak RM24.4 juta. Bagi tahun 2012 peruntukan berjumlah RM40.85 juta dicadangkan bagi menyambung kajian-kajian yang saya sebutkan tadi. Terdapat juga satu lagi soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Kapit iaitu menanyakan kementerian di dalam menangani isu kempen anti minyak sawit di luar negara. Jikalau kementerian gagal menangkis isu-isu tersebut, melalui perundingan dan penerangan apakah tindakan yang akan kerajaan ambil untuk menentukan ianya dapat kita tangkis. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, kerajaan berpandangan bahawa isu kempen anti minyak sawit di luar negara perlu ditangani secara berterusan melalui rundingan dan memberi penerangan dengan membekalkan maklumat-maklumat tepat berkenaan dengan industri sawit negara termasuk melaksanakan misi promosi perdagangan atau palm oil trade seminar.

Ini adalah bagi membetulkan persepsi yang salah tentang minyak sawit. Kerajaan juga percaya kempen anti minyak sawit yang menggunakan isu pemakanan sebagai contoh lemak tepu atau menyerang minyak sawit dapat ditangani termasuk melalui penyertaan aktif Malaysia di dalam pelbagai jawatankuasa seperti Codex Alimentarius atau Codex. Codex merupakan sebuah badan di bawah World Health Organization (WHO) dan Food and Agriculture Organization of the United Nations, dengan izin, yang bertanggungjawab ke atas piawaian, garis panduan dan kod amalan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan pengguna seluruh dunia. Codex juga digunakan sebagai platform untuk menyalurkan maklumat-maklumat hasil kajian saintifik yang dijalankan oleh MPOB mengenai khasiat minyak sawit.

Di samping itu jika terdapat unsur-unsur amalan perdagangan tidak adil atau, dengan izin, unfair trade practices yang bersifat discriminatory, Kerajaan Malaysia tidak teragak-agak untuk membawa isu berkenaan ke perhatian Pertubuhan Perdagangan Dunia atau WTO. Sebagai contoh isu cadangan pelabelan minyak masak di Australia adalah satu diskriminasi ke atas mintak sawit dan kita mempunyai asas kukuh untuk membawanya ke WTO sekiranya ia tidak dapat diselesaikan melalui rundingan dua hala di antara Malaysia dan Australia. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatannya ke Australia, di mana pertemuan dibuat bersama dengan Perdana Menteri Australia, kerajaan Australia memaklumkan bahawa ia tidak menyokong cadangan rang undang-undang tersebut kerana ia tidak konsisten dan bertentangan dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang saya katakan tadi.

Ini menunjukkan bahawa cadangan undang-undang oleh Ahli Parlimen Bebas berkenaan yang sebenarnya berdasarkan kepada persepsi yang silap dan fakta yang tidak tepat agar tidak di sokong oleh Kerajaan Australia. Ini adalah di atas kemajuan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah pun dapat menentukan supaya Australia tidak menyokong akan rang undang-undang yang dibawa oleh seorang ahli Senate Australia nanti.

Yang Berhormat Jasin ada menanyakan tentang strategi kerajaan tentang Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, bagaimana untuk menentukan supaya hasil produk-produk komoditi dapat menjadi satu hasil yang boleh sama-sama kita banggakan. Yang Berhormat sedia maklum bahawa setelah lima tahun kebelakangan ini jumlah eksport negara melalui komoditi ini telah mencapai satu angka yang agak besar.

Ianya telah mencapai jumlah sebanyak tahun lepas sahaja sudah RM113 bilion.

final • 12:50 PM

Yang Berhormat Kapit

Secara average, dengan izin, telah mencapai lebih RM100 bilion pada setiap tahun. Strategi ini adalah untuk kita menentukan bahawa kita bukan hanya ambil fokus tentang satu komoditi semata-mata...

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, sambung hujah sebelah petang nanti.

final • 12:50 PM

Dato' Hamzah bin Zainudin

Terima kasih.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 12:50 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya sila Yang Berhormat Menteri sambung.

final • 12:50 PM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyambung dengan jawapan saya kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Jasin tentang strategi kerajaan bagi memastikan sektor komoditi dapat mencapai satu sasaran eksport negara berjumlah RM242.5 bilion pada tahun 2020.

Kerajaan melalui KPPK telah pun mengeluarkan satu dasar yang kita panggil Dasar Industri Komoditi Negara (DIKN). Dasar Industri Komoditi Negara telah digubal untuk mencapai lima objektif utama iaitu:

(i) meningkatkan sumbangan industri komoditi kepada pembangunan negara;

(ii) mentransformasikan industri komoditi agar lebih berdaya saing dan mampan;

(iii) menggalakkan pertumbuhan di setiap rantaian nilai industri komoditi;

(iv) meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha dan pekebun kecil; dan

(v) menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan dan kecemerlangan R&D.

Program-program yang kita buat untuk mencapai sasaran yang saya sebutkan tadi, beberapa program melalui NKEA juga telah dibuat. Dua komoditi telah pun dimasukkan. Pertamanya, getah. Sasaran NKEA getah adalah untuk menjana GNI sebanyak RM52.9 bilion menjelang tahun 2020. Bagi sawit pula, sasarannya ialah RM178 bilion menjelang tahun 2020 melalui pelaksanaan lapan EPP dan bagi kayu-kayan sasarannya ialah RM53 bilion menjelang tahun 2020.

Yang Berhormat Jasin juga ada menanyakan tentang bagaimana caranya untuk menarik minat golongan muda dalam sektor komoditi. Pihak KPPK telah mengadakan seminar-seminar dalam satu program khas.

final • 2:33 PM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Ada juga program yang kita namakan seperti Hello Commodity untuk tahun 2011.

Sebanyak lima tempat telah diadakan iaitu di Seberang Perai, Sibu, Jerantut, Kuala Pilah dan Tawau. Kesemua ini diadakan pada tahun ini dan isu kandungan seminar memudahkan peluang-peluang pekerja di sektor perladangan, pengurusan ladang, agronomist, penyelia ladang dan jurutera pertanian. Peserta seminar terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah, penuntut institusi pengajian tinggi, pekebun-pekebun kecil dan beberapa sasaran lain.

Bagi menarik minat golongan muda bekerja di sektor perladangan, kementerian telah menubuhkan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia atau Institute for Malaysian Plantation and Commodities (IMPAC) bagi menyediakan latihan kemahiran khusus peringkat atas dan lanjutan untuk sektor perladangan dan komoditi seperti mandur, penyelia ladang, penggred buah dan operator jentera. Langkah-langkah ini dapat menggalakkan penyertaan golongan belia tempatan. Ia juga dapat meningkatkan produktiviti sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.

Yang Berhormat Jasin juga ada bertanyakan tentang promosi produk komoditi di rantau Asia Pasifik. Salah satu langkah bagi mempromosikan produk komoditi negara di rantau Asia Pasifik adalah dengan menyertai rundingan Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik seperti yang akan dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan ini. Penyertaan Malaysia dalam perenggan perjanjian TPP akan membuka peluang bagi negara meningkatkan perdagangan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement) dengan rakan dagangan serantau. Ia termasuk meningkatkan akses pasaran dan produk-produk komoditi termasuk minyak sawit melalui penurunan dan penghapusan duti import ke atas produk berkenaan.

Di samping itu untuk meningkatkan lagi pasaran sawit Malaysia di rantau Asia Pasifik, Kerajaan Malaysia melalui kementerian dan industri tempatan juga akan terus mempertingkatkan aktiviti-aktiviti promosi bagi menonjolkan kelebihan tekno ekonomi dan khasiat minyak sawit. Antara fokus adalah untuk mempromosikan industri sawit dari segi kemapanannya berbanding dengan minyak sayuran yang lain.

Yang Berhormat Jasin juga bertanya tentang minyak tiruan dan minyak terpakai.

Kuasa memproses minyak sawit mentah (CPO) menjadi minyak sawit olein atau minyak masak adalah di bawah bidang kuasa KPPK atau MPOB dan tiada masalah selama ini.

Cuma minyak masak terpakai dikategorikan sebagai minyak keladak dan tidak sesuai untuk dimakan. Minyak keladak ini boleh digunakan untuk aktiviti hiliran seperti diproses untuk dijadikan minyak bio diesel dan tidak untuk digunakan sebagai minyak makan. Aktiviti jual beli minyak keladak ini dilesenkan oleh MPOB. Setakat ini Malaysia tidak mengimport minyak masak terpakai daripada luar negeri dan isu pencemaran minyak tersebut tidak timbul dalam negara kita.

Yang Berhormat Jasin bertanyakan kenapa kekurangan minyak masak semasa perayaan dan beliau beranggapan kos tidak berkesan. Kekurangan minyak masak semasa perayaan adalah bersifat sementara dengan agihan kuota 71,000 tan sebulan dengan kos berjumlah hampir RM1.5 bilion setahun. Ia adalah mencukupi untuk kegunaan isi rumah.

Bagi mengatasi masalah semasa perayaan, kuota 10 peratus daripada kuota bulan hadapan akan dibawa ke bulan semasa. Sistem ini dikenali sebagai flexible quota yang diberi kepada semua 21 pengilang yang terlibat.

Yang Berhormat Silam dan juga Yang Berhormat daripada Tawau ada bertanyakan tentang status pelaksanaan Palm Oil Industry Cluster (POIC) di Lahad Datu.

Untuk makluman Yang Berhormat, POIC Lahad Datu dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan bantuan Kerajaan Persekutuan bertujuan bagi memperkembangkan potensi sektor hiliran industri sawit. Pada masa ini kementerian difahamkan terdapat 50 pelabur yang berminat untuk melabur di kawasan berkenaan dalam bidang penghasilan baja, penapisan minyak kelapa sawit, bio bahan api dan oleochemical atau oleokimia. Antaranya SPC Biodiesel Sdn. Bhd. daripada Australia, Behn Meyer, Global Bio-Diesel, Blossom Bio Energy dari Jepun dan Zurich Corporation. Kementerian dimaklumkan pembangunan POIC Lahad Datu masih di peringkat pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur.

final • 2:33 PM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin

Dalam hal ini, kemajuan pelaksanaan POIC Lahad Datu hanya akan menjadi kenyataan sekiranya Kerajaan Negeri Sabah mempercepatkan proses kelulusan kerja-kerja infrastruktur.

Yang Berhormat Silam juga bertanyakan tentang R&D di LKM Tawau, tidak ada program tanaman koko untuk pekebun kecil, apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan persaingan antara tanaman kelapa sawit dan koko? Lembaga Koko Malaysia telah dan sedang menjalankan penyelidikan terutamanya bagi keperluan industri huluan bagi negeri Sabah. Ini termasuklah penyelidikan bagi mengenalkan klon-klon baru pengawalan ulat pengorek buah koko dan pengurusan penyakit utama tanaman koko.

Teknologi lengkap bagi keperluan kumpulan sasaran di industri huluan ini telah diperoleh.

Lembaga Koko Malaysia juga telah memulakan Program Pemulihan Tanaman Koko di seluruh negara semenjak Rancangan Malaysia Ketujuh lagi dan ia akan diteruskan sehingga hari ini. Pada masa ini, sejumlah 14,636 pekebun kecil telah menyertai Program Pemulihan dan Pembangunan Tanaman Koko dan dianjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia dan melibatkan keluasan 15,986 hektar.

Lembaga Koko Malaysia dalam usaha mengurangkan persaingan dengan tanaman kelapa sawit telah menyediakan pakej insentif dalam bentuk bahan tanaman terpilih, racun rampai, baja dan khidmat nasihat teknikal dari aspek pembangunan dan pengurusan tanaman koko. LKM juga membantu dari aspek pemasaran biji koko kering.

Pakej ini akan ditambah baik dalam tahun hadapan, tahun 2012.

Yang Berhormat Sri Gading ada menceritakan tentang kerajaan ataupun parti DAP yang cuba untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam. Saya hendak beritahu bahawa kerajaan melalui kementerian ini sentiasa ingin mengembangkan lagi jumlah penyertaan kakitangan dalam lembaga-lembaga kita yang ada untuk memastikan untuk kita mencapai satu jumlah eksport negara yang begitu besar yang saya sebutkan tadi sehingga RM240 bilion. Ini adalah untuk kita melantik mereka sebagai pegawai-pegawai tunas, enforcement officers dengan izin, para saintis dan juga para jurutera. Semua ini adalah keperluan- keperluan yang kita rasa amat perlu sekali.

Yang Berhormat Sri Gading juga bertanya...

final • 2:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh dapat penjelasan?

final • 2:40 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Kenapa...

final • 2:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh dapat penjelasan?

final • 2:40 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Ya.

final • 2:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Adakah ini bermakna Yang Berhormat Menteri bahawa program kita untuk e-Governance melalui internet dan mentadbir kerajaan melalui e-Government ini tidak berkesan langsung, tidak dapat mengurangkan keperluan tenaga kerja. Ini kerana di sektor luar, dahulu sebagai seorang peguam kalau guna sistem menaip yang manual typing, seorang peguam memerlukan tiga orang yang menaip ataupun secretary.

Kemudian selepas adanya komputer, seorang kepada seorang pekerja. Sekarang peguam sendiri pun boleh menaip. Maksudnya, pejabat peguam tidak lagi semestinya ada seorang pembantu kepada setiap peguam. Ini mengurangkan keperluan tenaga kerja dan setiap orang itu menjadi lebih produktif. Bukankah itu matlamat kerajaan supaya setiap pekerja ini lebih produktif supaya kita boleh memberikan gaji lebih tinggi. Kalau kita memperbanyakkan lagi pekerja dan mengeluarkan pekerjaan yang sama, maksudnya kita tidak akan mencapai tahap di mana high income untuk pekerja-pekerja kita. Kalau di Singapura, seorang guru boleh dapat SGD7,000, patutnya lebih kurang RM16,000 sebulan.

Bukankah itu matlamat kerajaan supaya pekerja kita mendapat gaji tinggi dengan produktiviti yang lebih.

final • 2:40 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Apabila kita bercakap dari segi produktiviti, sudah tentu kementerian kita menentukan bahawa produktiviti melalui komoditi ini adalah juga menjadi satu sasaran kepada kerajaan. Oleh sebab itu jawapan saya tadi kepada Yang Berhormat Sri Gading adalah untuk mengatakan bagi kementerian kita, kita sentiasa memikirkan tanggungjawab untuk menentukan apa sahaja yang kita inginkan untuk mencapai angka yang besar ini boleh mencapai matlamatnya dengan mengambil beberapa pegawai kerajaan untuk kepentingan di masa sekarang ini.

Contohnya, seperti yang saya katakan tadi sebagai pegawai tunas, sudah tentu ia tidak boleh digunakan dengan hanya menggunakan e-Government semata-mata. Begitu juga dengan lantikan pegawai untuk enforcement, mana boleh kita suruh komputer jaga manusia yang menceroboh ladang-ladang, sebagai contoh dan juga menceroboh, membawa rokok dan sebagainya daripada luar masuk ke dalam negara tanpa membayar duti, semua itu. Juga para-para saintis untuk kita menentukan research and development untuk kita menentukan bahawa teknologi-teknologi yang kita keluarkan itu adalah teknologi- teknologi yang menggunakan saintis-saintis tempatan. Ini semua adalah satu keperluan yang selama ini kita buat dari semasa ke semasa.

Oleh sebab itu kalau dahulu kita hanya mempunyai beberapa saintis dalam lembaga-lembaga kita, tetapi sekarang ini untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita memerlukan banyak lagi saintis bukan hanya untuk Lembaga Getah dan juga Lembaga Kelapa Sawit, tetapi juga kepada lembaga-lembaga lain seperti Lembaga Koko, Lembaga Lada Hitam, Lembaga Kenaf dan sebagainya. Oleh sebab itu saya ingin memberitahu bahawa apa yang kita hendak buat hari ini adalah keperluan, sebab itu ada penambahan daripada semasa ke semasa.

final • 2:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya, kita hendak memperbanyakkan lagi ataupun kita reassign, dengan izin? Ada kelebihan di mana kerana ada e-Governance sebab ada kelebihan pekerja-pekerja di beberapa jabatan di mana kita mesti mengalihkan...

final • 2:40 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Saya...

final • 2:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya mahu tahu polisi. Adakah kita hendak macam di polis sudah tambah 60,000 kepada 130,000 sungguhpun kita tahu hanya lebih kurang 15 peratus sahaja yang terlibat dengan countering crime secara terus. Dalam Jabatan Perdana Menteri, kementerian adakah rancangan untuk mengalihkan mereka yang tidak ada kerja kepada sektor lain yang memerlukan lagi banyak pekerja lagi ataupun kita hendak tambah sahaja pekerja-pekerja kerajaan.

final • 2:40 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Tuan Pengerusi, inilah Yang Berhormat Beruas ini.

Beliau hendak pukul keliling. Ini masalahnya. Mana boleh pukul keliling Yang Berhormat.

Saya hendak beritahu bahawa dalam kementerian kita ini tidak boleh pukul keliling sebabnya kalau kita hendak tentukan dari segi teknologi yang ada, saya hendak beri sebagai contoh, kalau kita hendak buat kajian tentang klon-klon baru sawit, ia memerlukan satu fokus, saintis yang memerlukan satu kerja yang sebegitu detail sekali dan dia tidak boleh kita assignkan untuk buat tentang pencapaian teknologi getah pula. Inilah Yang Berhormat, jangan pukul keliling. Ini Yang Berhormat DAP pukul keliling sahaja, ini yang menjadi masalahnya.

Jadi saya hendak balik kepada Yang Berhormat Sri Gading tadi, mengapa tidak diambil peluang untuk memperluaskan kawasan tanaman koko di Malaysia. Saya hendak beritahu bahawa kita memang mempunyai program untuk memperluaskan kawasan- kawasan lembaga tanaman koko di seluruh negara.

Kita juga mengadakan program-program baru seperti tanaman koko rakyat yang kita berikan peluang kepada orang-orang kampung untuk menanam sebanyak mana mungkin boleh di kawasan-kawasan kampung dan melalui program-program seperti meningkatkan keluasan tanaman baru seluas 2,000 hektar setahun juga kita rancangkan.

Ini semua akan mencapai satu jumlah yang kita anggarkan sebanyak 20,000 hektar keseluruhannya.

final • 2:40 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Bagi Yang Berhormat Silam, bertanyanya tentang PLASMA bila siap kosnya, bila mula digunakan, aktiviti yang telah dirancang dan telah dijalankan. Saya hendak beritahu bahawa PLASMA siap pada Januari 2006 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Sementara asramanya pula siap pada tahun 2010 dengan peruntukan sebanyak RM6.9 juta. Setakat ini, sebanyak 43 bilangan kursus telah diadakan melibatkan 1,308 bilangan peserta terdiri daripada kakitangan MPOB dan juga industri termasuk pekebun-pekebun kecil dari Sabah dan Sarawak. Penggunaan PLASMA terbuka juga kepada pihak industri sawit.

Yang Berhormat Parit Buntar ada menimbulkan isu tentang pembangunan tenaga diperbaharui melalui biomass. Untuk maklumat Yang Berhormat Parit Buntar, industri minyak sawit menghasilkan banyak biojisim atau biomass dalam bentuk kernel shell, fiber dan juga empty fruit bunch.

final • 2:40 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terdapat pelbagai kegunaan biomass iaitu boleh digunakan melalui biofertilizer, digunakan untuk mulching dan juga untuk menjadikan compost fertilizer. Biocomposite untuk dijadikan medium density fibreboard atau plywood. Fine chemical atau pytho seperti cellulose dan juga lignin, tenaga diperbaharui dalam bentuk haba dan kuasa, cecair gas atau pepejal. Perkembangan tenaga diperbaharui melalui biomass, miso pulp fiber dan palm shell sedang digunakan sebagai bio bahan api pepejal untuk menggerakkan boiler, menghasilkan elektrik dan wap stim di kilang minyak sawit. Palm shell yang berlebihan boleh dijual dalam harga RM160 hingga RM200 untuk satu tan. EFB atau tandan buah kosong juga digunakan untuk menghasilkan kuasa (power generation).

Terdapat dua buah kilang yang menggunakan EFB di Sabah iaitu Seguntur - setakat ini 10 megawatt dan KINA - 10 megawatt, jana kuasa (power plant) ini juga berhubung dengan national grid kepunyaan TNB. Terdapat juga syarikat seperti TSH di Sabah yang menghasilkan kuasa melalui EFB untuk kegunaan sendiri. Biomass boleh digunakan untuk menghasilkan bahan tenaga dalam bentuk pepejal seperti briket dan pellets. MPOB dan Global Green Energy bekerjasama untuk menghasilkan briket secara komersial, manakala pellets dihasilkan oleh FELDA Johor dan sebuah syarikat di Sandakan, Sabah secara komersial.

Yang Berhormat Parit Buntar ada menimbulkan isu deforestation. Yang Berhormat Parit Buntar menimbulkan isu ini dan saya hendak beritahu bahawa sebenarnya Malaysia sentiasa mengikuti komitmen antarabangsa yang terhasil daripada persidangan alam sekitar sedunia seperti Persidangan Rio dan Kyoto Protocol di mana negara dikehendaki mempunyai 50 peratus muka bumi yang masih diliputi dengan hutan. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, muka bumi Malaysia masih diliputi sebanyak 56.4 peratus hutan. Yang Berhormat Parit Buntar ada bertanya tentang RSPO, ia telah dibangunkan pada tahun 2005. Pada masa sekarang, lebih kurang tujuh syarikat seperti Sime Darby, IOI, FELDA, United Plantations, KLK dan beberapa lagi telah menyertai RSPO.

Terdapat masalah di mana walaupun telah mendapat pensijilan RSPO tetapi tidak mendapat harga yang menggalakkan atau premium seperti yang dijanjikan oleh pembeli terutamanya di Eropah. Negara Indonesia telah berundur daripada menganggotai RSPO dan membentuk sistem pensijilan piawaian tersendiri ataupun ISPO iaitu Indonesian Sustainable Palm Oil. Bagi Malaysia, untuk meringankan beban industri, pihak industri dan MPOB sedang membangunkan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). MSPO adalah berlandaskan code of practices MPOB yang sedang dilaksanakan sekarang.

Yang Berhormat Simpang Renggam ada bertanyakan tentang peruntukan untuk pembangunan kenaf. Saya hendak beritahu bahawa setakat ini, bagi tahun 2011 dan 2012, peruntukkan telah pun diberikan pada tahun 2011 sebanyak RM4.53 juta, manakala peruntukan 2012 sebanyak RM5.1 juta bagi keseluruhan perbelanjaan RM9.63 juta. LKTM merupakan lembaga yang baru ditubuhkan, permohonan pertambahan kakitangan sedang dalam proses permohonan dengan pihak JPA. Walau bagaimanapun LKTM telah membuat pengagihan semula kakitangan untuk membuka pejabat cawangan bagi Negeri Johor dan Sarawak untuk memastikan sistem penyampaian kepada kumpulan sasar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.

final • 2:50 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Bagi kerjasama antarabangsa, LKTM telah mengadakan kerjasama dua hala dengan Fujian Agriculture Forestry University (FAFU) dan Japan Environmental Trading

(JET) dan TOA Corporation. LKTN turut menyertai persidangan yang dianjurkan oleh International Jut Study Group, yang kedua, International Fibre Organization dan yang ketiga, Food Agriculture Organization. Yang Berhormat Hulu Selangor ada bertanyakan tentang perancangan Lembaga Kenaf dan Tembakau yang menyebabkan perubahan sasaran daripada 7 tan kepada 10 tan. Saya hendak memberitahu kepada Yang Berhormat, LKTN sedang membuat perancangan untuk meningkatkan produktiviti 7 tan kepada 10 tan dengan mengadakan kerjasama teknikal dengan Fujian Agriculture Forestry University. Di antara bidang kerjasama adalah pertama, kajian genome, yang kedua, pembiakbakaan, yang ketiga, pengurusan germ plasma, yang keempat, pengurusan ladang dan yang kelima, pemprosesan upstream dan midstream.

Penggunaan benih hybrid FH992 daripada FAFU bagi menggantikan benih V36 yang digunakan sekarang ini. Bagi pasaran baru produk kenaf, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Selangor kerana untuk pengetahuan Yang Berhormat, setakat ini Panasonic Electric Works Kenaf Sdn. Bhd. adalah merupakan pengguna utama kenaf yang dihasilkan di Malaysia. Kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan pengguna-pengguna baru. Sebagai contoh, kerjasama di antara LKTN dan syarikat Biopack Sdn. Bhd. semasa MICCOS baru-baru ini untuk menggunakan kenaf sebagai bahan asas dalam pembuatan bekas makanan yang telah mempunyai jaminan pasaran.

LKTN juga telah mengadakan kerjasama dengan Japan Environmental Trading

(JET) dan TOA Corporation daripada Jepun bagi mendapatkan khidmat nasihat teknikal di dalam pemprosesan kenaf untuk penghasilan fibreboard daripada kenaf. JET atau TOA Corporation akan membantu juga dalam urusan pemasaran produk di Jepun. Benih kenaf menghasilkan minyak sawit yang dibangkitkan oleh salah seorang Yang Berhormat tadi.

Setakat ini, LKTM masih dalam kajian untuk menghasilkan minyak daripada benih kenaf memandangkan hasil yang rendah, di mana satu hektar tanaman hanya dapat menghasilkan 400 kilogram benih kenaf sahaja, maka ia tidak mencukupi.

Yang Berhormat Kubang Kerian ada bertanyakan tentang apakah kenaf boleh menggantikan tembakau sepenuhnya. Saya hendak menjelaskan di sini bahawa kenaf dikenal pasti sebagai salah satu tanaman alternatif kepada tembakau yang mana pengeluarannya perlu dikurangkan, kesan liberalisasi pasaran akibat pelaksanaan sepenuhnya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mulai tahun 2010. Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau 2009 atau Akta 692, yang berkuat kuasa melalui 1 April 2010 bagi mengambil alih fungsi Lembaga Tembakau Negara. Suatu kajian yang dijalankan lazimnya akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mendapatkan hasil.

Fungsi utama LKTM adalah termasuk:

(i) untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan industri kenaf dan mengawal selia industri tembakau;

(ii) merancang, mengendali, menggalak dan menyelaraskan, melaksana dan memantau semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, penggunaan dan pemasaran kenaf serta keluaran kenaf; dan

(iii) merancang untuk mengendalikan penyelarasan, melaksanakan dan memantau semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berhubung dengan penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan seperti yang saya sebutkan tadi.

Yang Berhormat Beruas ada bertanyakan tentang peruntukan kepada RISDA bagi tahun 2011 dan 2012. Ingin saya jelaskan, RM184.52 juta untuk tanam semula telah pun diperuntukkan dan RM12.09 juta untuk tanaman baru.

final • 2:50 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

RM9 juta untuk latihan good agriculture practices (GAP) dan pembangunan, membentuk koperasi, LIGS diperuntukkan sebanyak RM29 juta untuk tanam baru dan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) diperuntukkan RM53 juta untuk tanam baru juga. Kadar yang diberikan untuk tanam semula atau tanam baru ialah RM19,300 untuk satu hektar, bukannya RM7,000 seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Beruas tadi.

final • 2:50 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Itu untuk Semenanjung. Untuk Sabah dan Sarawak, sebanyak RM13,500.

Peruntukan ini diberi dalam masa enam tahun. Bukan sekali gus tetapi diberikan sejumlah yang besar seperti yang saya sebutkan tadi. Ketika ini, permintaan tanam semula adalah lebih daripada peruntukan. Daripada ses juga kalau dibandingkan untuk jumlah tanaman semula, ia adalah lebih kurang sangat daripada peruntukan yang diperlukan. Oleh itu, ramai pekebun kecil yang tidak dapat menikmati bantuan yang diberikan kepada mereka.

Namun dalam NKEA, projek yang akan dijalankan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2020, oleh itu ada peruntukan yang boleh diberikan kepada pekebun kecil untuk tanam semula dan juga tanam baru. Ketika ini pekebun kecil yang memohon untuk bantuan tanam semula secara berkelompok akan diberikan keutamaan dan kesemua keluasan tanah mereka akan diberikan peruntukan. Kalau permintaan satu atau dua yang berjauhan dari tempat lain, itu mengikut giliran sehingga peruntukan ada. RISDA juga mengutip ses tanam semula dari estet tetapi akan dikembalikan semula kerana peruntukan untuk tanam semula tidak diberikan kepada estet-estet.

Yang Berhormat Hulu Selangor...

final • 3:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh dapat penjelasan? Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi dikatakan sehektar diberikan RM9,300 untuk tanaman semula di Semenanjung. Jadi statistik yang saya dapat di website RISDA ini mungkin sudah outdated.

Jadi saya hendak tanya, tadi sebanyak 4.5 sen satu paun ses itu mungkin tidak tepat daripada website. Boleh tidak beritahu berapa jumlah ses sekarang ini? Ini kerana dikutip daripada semua yang..., ada dua soalan.

Kita kutip ses daripada semua ladang yang kurang daripada 100 hektar, kenapa ia melebihi, dalam website kata tujuh hektar ke atas tidak layak untuk pertolongan penanaman semula sepenuhnya? Kedua, kalau pihak kerajaan kata kita tidak mencukupi peruntukan, mereka atas inisiatif sendiri, kerana kalau ladang itu tidak produktif lagi, mereka nak tanam semula. Kalau mereka tanam semula, kalau peruntukan sudah sampai, haruslah diberikan sepenuhnya kepada mereka. Kenapa mereka dihukum untuk lebih produktif? Ini bermaksud kalau mereka akan tunggu dua atau tiga tahun untuk peruntukan ini, negara kita ini akan kurang produktif. Saya minta Yang Berhormat Menteri, boleh atau tidak kita jangan mendenda mereka jika mereka bayar dahulu, dan apabila duit sampai, bayar balik kepada mereka dan lepas itu kalau boleh, tambah dengan bunga sekali. Ini sebagai insentif untuk mereka yang kuat kerja.

final • 3:00 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Hebat Yang Berhormat Beruas. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, sebenarnya perundangan telah membenarkan RISDA mengutip 9.97 sen itu masih lagi. Dulu, kini dan insya-Allah tahun-tahun yang akan datang kalau dibenarkan, mungkin kita akan cuba untuk mencari satu jumlah yang agak sesuai. Ini kerana jumlah kutipan ses setakat ini tidak mencukupi untuk kita memberikan bantuan kepada semua pekebun kecil dalam negara kita. Itu jawapan yang telah saya berikan tadi.

final • 3:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh beritahu berapa peratus daripada jumlah untuk tanaman semula supaya kita tahu sama ada pentadbiran yang tidak baik atau memang ada keciciran yang pernah berlaku semasa Lim Keng Yaik dulu yang dikatakan RM400 juta hilang kerana dalam investment Gold Coast dan lain-lain. Kita mahu tahu dengan lebih jelas lagi, lebih telus lagi berapa jumlah yang dikutip dan berapa peratus yang diberikan balik kepada rakyat untuk tanam semula.

final • 3:00 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya hendak beritahu sebenarnya tidak ada keciciran.

final • 3:00 PM

Dato’ Hamzah bin Zainudin

Ini kerana daripada perangkaan yang kita buat dahulu, pada asal perundangan apabila kita mengutip ses ini, kita hanya mengutip produk-produk daripada getah. Apabila sampai di pelabuhan, kita kaji dan kita tengok berapa jumlah getah asli yang digunakan, maka kita kutip ses di situ.

Apabila kita buat kajian semula, kita dapati ramai daripada mereka yang eksport kompaun. Ketika itu kompaun tidak dikatakan sebagai produk getah asli, maka sebab itu kita tidak mengutip ses yang sebenarnya ketika itu. Oleh sebab itu apabila kita kaji daripada keseluruhan pengeluar getah dengan ses yang dikutip, ia tidak mencukupi. Maka ketika itu ramai orang mengatakan seolah-olah ada keciciran tetapi sebenarnya tidak ada keciciran.

Maka sebab itu pada tahun lepas, tahun ini dan insya-Allah pada tahun-tahun yang akan datang, maka perkara itu tidak timbul lagi. Cuma masalah yang saya katakan, ia tidak mencukupi. Kalau hendak tahu jumlah yang sebenarnya, akan saya berikan kerana saya tidak ingat angka yang sebenarnya. Terima kasih Yang Berhormat.

Tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor tentang penerima-penerima COSS atau pembungkus minyak masak, sebanyak 21 kilang penapis minyak sawit dan 223 buah syarikat pembungkus minyak sawit di seluruh Malaysia menyertai skim COSS ini. Begitu juga peruntukan kepada MPOC, saya hendak jelaskan bahawa kerajaan telah memperuntukkan kepada MPOC sebanyak RM24 juta bagi menangani kempen anti minyak sawit pada tahun 2011 dan juga 2012. Minyak sawit merah yang mengandungi karotena atau vitamin A adalah baik untuk kesihatan. Sebenarnya teknologi ini sudah dikomersialkan oleh industri dan telah dipasarkan di dalam dan di luar negara di bawah jenama Carotino.

Yang Berhormat Kubang Kerian ada bertanyakan tentang keluasan terkini taman koko. Saya hendak jelaskan pada tahun 2010, keluasan tanaman koko di seluruh negara adalah seluas 20,241 hektar di mana 19,161 hektar merupakan sektor pekebun kecil. Ini merupakan 95 peratus daripada jumlah keluasan tanaman koko negara. Pada tahun 2010, terdapat sembilan kilang pengisar biji koko yang memerlukan 302,366 tan biji koko kering berbanding pengeluaran biji koko kering tempatan pada tahun yang sama yang hanya berjumlah 15,654 tan sahaja. Kekurangan biji koko kering ini menyebabkan harga terus meningkat daripada RM5 sekilogram pada tahun 2003 kepada RM9.33 sekilogram pada tahun 2010.

Masalah serangan ulat pengorek buah koko boleh diuruskan dengan kaedah kawalan biologi seperti penggunaan bahan tanaman klon yang baru atau klon yang tolerant kepada perosak ini. Serangga semut hitam juga boleh digunakan sebagai agen kawalan biologi kepada perosak ini. Berdasarkan permintaan tempatan yang tinggi, harga yang baik serta teknologi pengawalan perosak yang tersedia ada yang dikeluarkan oleh Lembaga Koko menjadikan perusahaan tanaman ini mempunyai prospek yang baik di masa hadapan.

Yang Berhormat Kubang Kerian ada bertanya tentang R&D ke atas minyak selain minyak sawit yang dijalankan oleh kementerian. Research and development ke atas minyak sawit meliputi sektor makanan dan juga bukan makanan. Antara sektor makanan minyak sawit termasuk pertama, Projek Hypothesis SN2 untuk membuktikan bahawa posisi kedua dalam molekul minyak sawit yang selalunya diisi oleh lelemak asid tidak tepu adalah tidak memudaratkan kesihatan dan bertindak seperti olive oil. Kedua, minyak sawit dan produknya dalam pemakanan halal, contoh palm cheese, palm based santan, palm base sosej dan sebagainya. Ketiga, minyak sawit noveline yang boleh tahan sejuk, yang akan sentiasa cecair walaupun pada suhu 0 degree centigrade.

Untuk makluman Yang Berhormat Kubang Kerian, soalan yang bertanya tentang prestasi Biomass Energy Plant telah pun saya jawab tadi. Maka, itulah Tuan Pengerusi segala yang dibangkitkan telah pun saya jawab. Ada beberapa perkara mungkin saya tertinggal, insya-Allah akan jawab kemudian secara bertulis. Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,797,950,700 untuk Maksud B.20 di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM1,797,950,700 untuk Maksud B.20 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM635,637,000 untuk Maksud P.20 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM635,637,000 untuk Maksud P.20 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.

final • 3:10 PM
Maksud B.21 [Jadual] – Maksud P.21 [Anggaran Pembangunan 2012] -

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Maksud Bekalan B.21 dan Maksud Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Rembau.

final • 3:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Maksud Pembangunan P.21, Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging.

Di sini Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan isu yang telah dibangkitkan dalam media baru-baru ini dan juga dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai projek Pusat Fidlot Kebangsaan ataupun National Feedlot Centre. Saya anggap bahawa projek National Feedlot Center sebagai ini satu projek yang amat strategik di negara kita untuk mengurangkan sara diri, dependence sufficiency ataupun meningkatkan lagi self-sufficiency dengan izin, daripada 20 hingga 25 peratus yang ada hingga 40 peratus. Projek ini sebenarnya projek yang penting supaya kita dapat meningkatkan lagi sara diri dan juga mengurangkan kebergantungan kita kepada import dan juga masalah kualiti import. Kita secara umum tahu bahawa kualiti import sekarang ini bukan hanya lembu tetapi juga termasuk Indian buffalo dan sebagainya. Jadi, saya melihat isu ini penting dan apabila isu ini diangkat menjadi satu case study utama pihak pembangkang, kepincangan projek kerajaan dan sebagainya. Saya rasa penting untuk kita di peringkat Jawatankuasa ini menjawab isu ini secara terperinci daripada pihak kementerian supaya case study ini dapat kita runtuhkan habis. Demolish case study daripada pihak pembangkang atau rakyat.

Yang pertamanya, saya lihat ya, saya hendak tanya Menteri pertamanya. Ini masalah yang asas, asas sekalilah, asas sekali. Saya tengok ada satu risalah. Satu lagi projek Barisan Nasional mahukah kediaman mewah, satu lembu, satu ekar, Pengarah Strategi PKR dan kita tengok risalah ini kita buka, risalah ini dia tunjuk 5,000 ekar tanah di Gemas, Negeri Sembilan.... [Merujuk dokumen berkaitan] Saya minat isu ini sebab ia negeri saya Tuan Pengerusi. Jadi, saya pun buatlah sedikit research, bukan hanya pembangkang yang boleh buat research.

Saya tengok 5,000 ekar yang disebut ini, yang diberi dan yang di jaja seluruh negara. Sebenarnya yang diberi kepada National Feedlot Center ini 1,500 ekar sahaja. Itu maklumat yang saya dapatlah. Saya tidak tahu betul ke tidak. Saya minta penjelasan daripada Menteri, betul atau tidak 5,000 ekar seperti mana yang dibangkitkan oleh pembangkang berdasarkan kepada policy paper awal yang mungkin ada dalam website Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang tidak dikemaskinikan dengan secara hakikatnya yang diberi kepada National Feedlot Center yang kalau ikut kajian saya, research saya hanya 1,500 ekar. Ini perkara asas. Kita start dengan perkara asas. Soal keluasan tanah pun saya rasa tak betul.

final • 3:11 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang kedua, saya hendak tanya soal sasaran. Sasaran. Sekali lagi kalau kita tengok sidang akhbar awal yang dibuat oleh Parti Pembangkang mengenai National Feedlot Center ini. Disebut bahawa projek ini gagal sebab tidak menepati sasaran. Sasaran diambil daripada policy paper awal. Kertas dasar awal mengatakan bahawa di bawah National Feedlot Center (NFC) sahaja, sasaran adalah 60,000 ekor setahun. Tambah pula dengan NFC yang kedua sebab apabila projek ini kalau tidak silap saya. Ini mohon penjelasan juga.

Disebut bahawa projek ini diberi terus tetapi kalau tidak silap saya asalnya projek ini diberi kepada dua operator. Yang pertama adalah Syarikat Agro Science yang mengendalikan NFC dan juga satu lagi syarikat NFC, Lambert. Kita campur dengan Lambert 20,000 ekor, campur pula dengan Ladang Satelit iaitu 186,000 ekor setahun. Kita dapat 206,000 ekor lembu setahun di bawah projek ini. Dikatakan gagal sebab gagal di bawah National Feedlot Corporation hanya dapat 8,016 ekor tahun lepas kalau tidak silap saya. Akan tetapi saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, saya buat research juga ya. Saya rasa tuduhan ini tidak betul sebab dia ambil daripada policy paper awal Rancangan Malaysia Kesembilan. Rancangan Malaysia Kesembilan kita kena ingat daripada tahun 2006 hingga tahun 2011.

Saya tanya kepada pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Saya tanya juga kepada pengendali projek ini. Saya kata bila mereka mula operasi NFC dan kita tahu bukan hanya daripada jawapan yang saya terima tetapi dalam laporan berita dan sebagainya bahawa syarikat NFC ini, NFC yang asal, bukan NFC Lambert, bukannya Ladang Satelit tetapi NFC yang dikendalikan oleh syarikat Agro Science ini bermula operasi pada hujung tahun 2008. Maksudnya di pertengahan Rancangan Malaysia Kesembilan. Apabila perkara ini berlaku disebabkan kelewatan pembangunan infrastruktur, pembangunan ladang ataupun persediaan ladang dan sebagainya, penyerahan ladang kepada mereka maka mereka telah minta supaya anggaran ini diubah daripada policy paper awal yang disebutkan 60,000 ekor lembu setahun kepada 8,000 ekor setahun.

Perkara ini telah dikaji semula. Kalau tidak silap saya dalam barangkali kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, diubah kepada 8,000 ekor setahun.

Kalau kita lihat daripada sasaran itu maka kita melihat bahawa apa yang telah dihasilkan oleh NFC itu sudah menepati sasaran tersebut. Saya bangkitkan perkara ini sebab kita tidak boleh berdasarkan kepada satu policy paper yang sudah lapuk, yang tidak menggambarkan realiti pelaksanaan projek ini kalau projek ini dilaksanakan pada awal ataupun sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan, barulah kita boleh kata projek ini gagal sebab tidak menepati sasaran. Akan tetapi apabila prasarana, infrastrukturnya tidak siap, ladang ataupun tanahnya tidak diberi, tanah bukan 5,000 ekar tetapi 1,500 ekar sahaja.

Mana mungkin kita boleh buat tuduhan bahawa projek ini telah gagal?

Kalau kita tengok ya, dia punya tuduhan yang lain. Dikatakan bahawa syarikat ini perlu membina ataupun membangunkan ladang-ladang Satelit. Ladang-ladang Satelit ini pembiayaannya adalah daripada kerajaan. Jika kita lihat pada hari ini ya. Saya pun buat research, saya katakan betul atau tidak Yang Berhormat Menteri disahkan bahawa ladang yang telah disiapkan adalah 53 dan sudah beroperasi ialah 23. Maknanya Ladang Satelit ini sudah mula bergerak. Sudah mula dibangunkan. Kalau disebutkan bahawa projek ini gagal, tidak ada langsung kontrak farming. Tidak ada langsung usaha untuk membangunkan petani-petani satelit, petani-petani kampung untuk kita bangunkan projek ini supaya melibatkan lebih luas lagi, lebih ramai lagi petani-petani dan bukan hanya National Feedlot Centre.

Saya rasa tidak betul sebab kalau kita tengok dari segi pembiayaan pembangunan Ladang Satelit ini sudah berlaku dan tanggungjawab ini tanggungjawab bersama bukan hanya NFC tetapi juga pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Benda ini telah bergerak. Kalau kita cakap projek ini gagal disebabkan bekalan makanan kepada 310 satellite farm ini tidak disediakan. Saya difahamkan bahawa belum lagi sampai critical mass untuk kerajaan meluluskan feedmill ataupun satu feedmill yang menghasilkan palm kernel cake, yang perlu dibiayai oleh syarikat NFC dan masih lagi tidak dapat kelulusan.

final • 3:11 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sama juga dengan projek baja organik, masih lagi belum dapat, satu critical mass.

Jadi saya bangkitkan isu ini sebab saya hendak tanya kepada pihak Menteri bahawa sudah pasti, tadi saya baca ada satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang. Dia kata, “Keadilan berpendapat jumlah RM250 juta pinjaman yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk”. Jadi Yang Berhormat Menteri, ini satu kenyataan terlalu umum memandangkan satu projek hanya mula tiga tahun beroperasi dan kalau tidak silap saya dalam tiga tahun ini mereka telah berjaya untuk mendapat RM70 juta turnover, pendapatan turnover mereka dalam tempoh masa tiga tahun. Walaupun pada waktu ini mungkin dari segi akaunnya menunjukkan kerugian tetapi bagaimana boleh dibuat satu kenyataan terlalu umum untuk disensasikan isu ini menyatakan bahawa duit pinjaman RM250 juta ini dikirakan hangus, right-off disebabkan buat waktu ini masih lagi tidak ada keuntungan atau prospek yang bagus.

Saya bangkitkan isu ini sebab kita tengok kepada usaha ini bukan senang. Kita tengok usaha NFC ini bukan semata-mata usaha untuk hanya menternak lembu tetapi mereka ditugaskan untuk membangunkan kontrak farming, untuk menembusi pasaran, hendak menembusi pasaran bukan senang. Satu lagi saya hendak tanya kepada Menteri...

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sekejap, sikit lagi Tuan Pengerusi. Ini soal marketing, dua perkara lagi ini soal marketing. Disebut dalam sidang akhbar oleh Ketua Strategi PKR; “I went down to the farm and interviewed the workers, who openly told me that the beef produced was sent mainly to three luxury restaurants, Meatworks, Senor Santos and Brawn. All three are owned by Shahrizat Jalil’s family”.

Saya hendak tanya kepada Menteri, saya buat research, restoran Senor Santos Brawns dan salah satu restoran Meatworks ini ada di Singapura. Setahu saya kita tidak boleh eksport daging lembu kepada Singapura sebab negara kita masih lagi tersenarai foot and mouth disease. Jadi macam mana dia boleh kata daging daripada NFC ini dihantar kepada restoran di Singapura, ini tidak betul ini sebab faktanya tidak betul. Kita buat research, foot and mouth disease kita tidak boleh eksport kepada Singapura. Jadi kalau kita tengok ya, saya buat research, mana feedlot ini hantar dia punya hasilnya. Prima Agri- Products, Darabif, Domino’s Pizza, Subway, Giant, Carrefour, Cold Storage, Jusco, pasar tani, semuanya di Malaysia, tidak betul. Ini mensensasikan perkara dengan fakta yang tidak betul kerana hendak mengelirukan, hendak menunjukkan bahawa projek ini gagal. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya hendak minta penjelasan daripada Menteri.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya masa Yang Berhormat. Itulah jangan banyak berucap Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Salah satu fakta lagi yang dibentangkan tadi ialah bahawa loan, pinjaman ini telah semua diberi kepada NFC. Saya minta penjelasan daripada Menteri, setahu saya loan ini loan khas walaupun tersenarai dalam akaun syarikat tersebut, saya hendak minta pandangan dan penjelasan daripada Menteri sama ada RM250 juta kesemua itu sudah masuk dalam akaun syarikat itu atau tidak. Setahu saya loan khas ini masuk dalam akaun dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan perlu persetujuan daripada Jawatankuasa Teknikal setiap kali hendak dibelanjakan dengan akauntabiliti. Jadi pohon penjelasan yang lanjut, kalau insya-Allah ada masa nanti, akan saya menyampuk dalam penjelasan daripada Menteri. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tajuk Kementerian Pertanian, Butiran 010400 – Industri Padi dan Beras Negara.

final • 3:23 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Soal National Feedlot Centre saya percaya Ahli Parlimen lain, mungkin Yang Berhormat Machang jelaskan, isunya isu RM250 juta petani peladang lain tidak layak, anak menteri sahaja layak, itu isu pokok kita.

Konsesi penswastaan BERNAS, Yang Berhormat Menteri sedia maklum ia diswastakan atas keputusan Unit Perancang Ekonomi sejak 1996. Kemudian masa itu saya mensyaratkan supaya NAFAS dan NEKMAT dilibatkan, itu kemudian oleh Kementerian Kewangan. Perjanjian penswastaan itu kita syaratkan NAFAS dan NEKMAT supaya NAFAS dan NEKMAT boleh pertahankan kepentingan peladang, petani yang saya percaya Menteri harus lebih prihatin dan mungkin boleh setuju. Akan tetapi pada masa itu Budaya Generasi Sdn. Bhd. telah menyerah konsesi ke pihak lain. Penswastaan ini tamat 2011 dengan lanjutan konsesi lima tahun, ekuiti asing dalam syarat pertama itu tidak boleh melebihi 25 peratus. Apa yang berlaku?

Kita hendak tahu siapa yang dapat? Secara terperinci siapa yang memperoleh penswastaan industri beras kerana ia melibatkan 150 ribu keluarga penanam padi, 95 peratus Melayu bumiputera. Kalau kita hendak kata pertahankan, inilah saya berikan contoh bagaimana hak mereka dirampas, kepentingan mereka tidak dapat dipertahankan.

November 2009, Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS) JPM menyatakan bahawa Tradewinds meneruskan melalui inovasi perjanjian BERNAS. Pada 17 November 2009, tawaran membeli saham BERNAS dengan harga RM2.08 seunit. Tradewinds kemudian menguasai 50 peratus ekuiti saham BERNAS. Jadi orang yang diberikan penswastaan itu sebenarnya hanya mengambil supaya mengumpul keuntungan secepat mungkin selepas itu tanpa membuat apa-apa perubahan bermakna. 2009, BGSB kepada UKAS memberitahu mereka bersetuju inovasi konsesi dan dengan itu penswastaan BERNAS dan monopoli import beras ke Malaysia pada Tradewinds dibuat tanpa mendapat kelulusan, membelakangi namun di bantah oleh pemegang saham minoriti antaranya NAFAS, NEKMAT dan Ilustrasi Hikmat Sdn. Bhd.

Saya akan sediakan keterangan lebih lanjut kepada Yang Berhormat Menteri kerana masa tidak mengizinkan untuk saya berikan secara terperinci kerana isu ini seperti yang saya sebut menjejaskan kepentingan penanam padi yang sebenarnya diperuntukkan banyak dana dan masuk dalam kategori di kalangan rakyat termiskin dalam negara kita.

Yang Berhormat Menteri umumkan pagi tadi tentang jumlah yang besar yang diberikan kepada petani dan yang saya percaya kalau cara pengendalian penswastaan BERNAS sedemikian, tidak akan berikan manfaat langsung kepada petani, penanam padi khususnya.

April 2011, BERNAS yang dikuasai kini oleh Tan Sri Syed Mokhtar melalui Tradewinds menerima surat UKAS meluluskan lanjutan konsesi sepuluh tahun sehingga 2021. Apa alasan lanjutan itu, apa perubahan, apa manfaat kepada penanam padi, apa strategi mereka untuk meningkatkan pendapatan penanam padi? Kaitannya pula, kemudahan pinjaman bank, kalau tadi RM250 juta untuk anak menteri untuk feedlot, ini RM1 bilion oleh Tradewinds untuk membeli saham BERNAS. Berdasarkan nota 23 dan laporan tahunan 2009 Tradewinds, syarikat tersebut mengambil alih BERNAS pada suku pertama 2010 menguasai 72.75 peratus dengan meminjam RM1 bilion.

Persoalannya sekarang yang lebih serius ialah secara berperingkat, ada seolah- olah satu pakatan untuk menjual kepentingan industri penanam yang melibatkan kepentingan penanam padi 95 peratus Melayu ini dijual kepada syarikat Wang Tak Hong Kong. Sekarang Wang Tak Hong Kong menguasai mulanya 25 peratus meningkat kepada 31.52 peratus dengan BGSB susut menjadi pemegang ekuiti 30.7 peratus. Maknanya ekuiti sekarang ini yang diberi segala konsesi, kemudahan, pinjaman, kononnya atas nama kepentingan penanam padi Melayu, sekarang ini 31 peratus dikuasai oleh Wang Tak Hong Kong dan 30 peratus oleh Tan Sri Syed Mokhtar.

Ya, ini fakta ya Yang Berhormat Sri Gading. Yang, saya timbulkan kebimbangan kerana tatkala meluluskan kepentingan untuk NAFAS dan NEKMAT kerana mereka ini patut suara peladang, penanam padi, petani dan juga nelayan itu untuk mempertahankan kepentingan mereka.

final • 3:23 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Jadi ini ada kaitan dengan Butiran 120600 - Insentif Peningkatan Hasil Padi yang besar yang diluluskan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertanian iaitu galakan kepada petani dan dikaitkan dengan keputusan IPH oleh Jemaah Menteri pada September 2006/2007. Akan tetapi pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2010 menunjukkan objektif IPH tidak dicapai. Ada kelemahan dalam pengurusan IPH.

Pertama, tiada perjanjian yang mengikat BERNAS yang dilantik sebagai agensi pelaksanaan skim. Peruntukan tidak mencukupi mengakibatkan kerajaan belum membayar insentif RM110 juta kepada 73,291 pesawah. Kadar insentif tidak munasabah bagi pesawah yang mengusahakan tanaman lebih dua hektar. Kemudian kelewatan BERNAS menyelesaikan siasatan terhadap kes di mana peningkatan hasil padi melebihi sepuluh peratus daripada anggaran hasil yang ditetapkan. Ini mengikut pengauditan.

Kalau kita rujuk laporan Ketua Audit Negara dan juga kelemahan pengurusan Skim IPH yang terkandung dalam buku Yang Berhormat sedia maklum, Laporan Maklum Balas daripada Perbendaharaan Malaysia ke atas isu utama dan Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan dan aktiviti kementerian, jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan tahun 2010 yang diedarkan sekali dengan Laporan Ketua Audit Negara, Kertas Perintah 41. Isu berkaitan dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara itu pelantikan agensi pelaksana, pembayaran insentif, kadar insentif, pemantauan dan sebagainya. Saya hendak tentukan hanya agensi pelaksana, pembayaran insentif dan Skim IPH.

Pendapat audit, skim IPH dan skim subsidi mempunyai prinsip pendekatan dan klien berbeza. Satu perjanjian penswastaan yang khusus mengenai skim IPH hendaklah dimeterai. Dalam penjelasan, Laporan Maklum Balas Perbendaharaan draft perjanjian itu disediakan oleh BERNAS kepada Kementerian Pertanian dengan ulasan.

Ini dicadangkan oleh Perbendaharaan untuk di semak semula, pertama ke atas pelantikan BERNAS sebagai agensi pelaksana kerana penswastaan khusus mengenai Skim IPH dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara di saran supaya lebih dilakukan melalui tender terbuka untuk menjamin kepentingan penanam padi dan tidak menjadi monopoli BERNAS. Dialah import, dialah yang beli daripada petani dan kepentingan petani tidak terjamin.

Yang Amat Berhormat Menteri boleh jelaskan. Kerana saya juga ada maklumat tentang siapa yang peroleh dan kepentingan siapa, BERNAS pada peringkat awal dan ini membimbangkan...

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Mengenai insentif kegagalan kerajaan belum bayar insentif sebanyak RM110 juta kepada 73,000 pesawah berikutan peruntukkan tidak mencukupi. Ini semakan Ketua Audit Negara mendapati pihak BERNAS hanya memaklumkan kepada kementerian berkaitan kekurangan peruntukan. Jadi ada usul untuk menyelesaikan dan saya minta Yang Berhormat Menteri merujuk dalam maklum balas itu di muka surat 109 hingga 110 dan saya minta dimasukkan iaitu muka surat Laporan Maklum Balas dan saya tidak akan baca untuk menjimatkan waktu.

Akhirnya tentang pemantauan skim IPH kerana 69 peratus penanam padi ini tidak tahu kadar yang mereka layak terima, 52 peratus tidak mengetahui tentang pemberian bonus sebanyak RM650, 8.5 peratus tidak mengetahui sama sekali mengenai skim IPH. Ini berdasarkan kajian audit terhadap pesawah. Jadi saya harap Menteri dapat memberikan penjelasan kerana peruntukan ini menelan belanja ratusan juta, jumlah besarnya daripada apa yang saya bacakan tadi itu sampai RM1.137 bilion iaitu 23.46 peratus daripada jumlah anggaran.

Jadi bagi menjamin kepentingan 150,000 penanam pesawah padi ini saya harap kementerian bersedia dan mempunyai tekad politik untuk menuntut BERNAS berunding semula beberapa syarat terutama yang menyentuh kepentingan penanam padi, pesawah yang miskin. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bangun]

final • 3:30 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Bintulu.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi bagi peluang sama saya ambil bahagian dalam ini perbahasan. Saya mahu bahas ini B.21 Butiran 120900 - Subsidi Harga Beras.

Tuan Pengerusi, memang kita kerajaan Barisan Nasional ambil perhatian atas orang miskin. Kita kerajaan bersedia untuk menolong orang miskin bagi subsidi beras. Akan tetapi masalah tiba bila kita ada isu subsidi beras kita telefon kepada BERNAS macam contoh di Sarawak pegawai daripada BERNAS memang dia main bola, tendang sini, tendang sana satu orang pun tidak mahu jawab. Masalah kuota, masalah bila you beli ada syarat, bila kita tanya semua orang buat tidak tahu.

Tuan Pengerusi masalahnya bila kita rakyat orang miskin hendak beli beras memang tidak dapat, susah hendak dapat subsidi beras. Contoh di Tatau baru-baru ini, saya terima laporan masalah bila mereka mahu beli ST15 Beras Nasional memang tidak dapat. Kalau dia tidak beli satu pek itu ‘cap ayam’ punya brand memang tidak dapat beras subsidi ini. Beras subsidi sama dengan cap ayam bila kita buka kedua-dua beg kualiti dia lebih kurang sama, cuma ‘cap ayam’ itu lebih baik sedikit sahaja.

Saya mahu minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh bagi penjelasan atas perkara ini. Kenapa harga beza? Ini ST15 lebih kurang RM15 itu beras subsidi. ‘Cap ayam’ beras setakat RM30. Macam mana hal ini boleh berlaku? Bila kita tanya kedai, kedai cakap ini daripada supplier punya syarat. Kalau tidak mahu jual ‘cap ayam’ memang beras subsidi tidak boleh di keluar. Ini perkara berlaku bukan di Bintulu, kebanyakan kawasan pedalaman di Sarawak. Saya rasa banyak tempat saya difahamkan ada berlaku perkara begini.

Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh capai sasaran sebab itu kita bantu untuk orang miskin. Kita orang miskin kerana hari ini kata beli beras pun susah, beli subsidi daripada kerajaan semua susah. Saya harap kita boleh bagi satu penjelasan yang terang kepada rakyat. Sekian, terima kasih.

final • 3:37 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

[Bangun]

final • 3:37 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 3:37 PM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

[Bangun]

final • 3:37 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Baling.

final • 3:37 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Ya, terima kasih Tuan Pengerusi atas kesempatan dan peluang yang diberikan untuk turut sama membahaskan peruntukan Kementerian Pertanian di peringkat Jawatankuasa. Begitu juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri sendiri yang datang untuk mengambil respons pada persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Pertama saya ingin menyentuh mengenai dengan Butiran 010600 yang berkaitan dengan Pengairan dan Saliran Pertanian. Sebagaimana yang telah berulang kali diberi penekan dalam Dewan yang mulia ini oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang tanah-tanah terbiar yang tidak dapat dibangunkan dengan usaha-usaha pertanian.

final • 3:39 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Apakah pihak kementerian sedar bahawa tanah-tanah yang berpotensi untuk dibangunkan dengan pertanian ini sebahagian besarnya adalah tanah-tanah yang pada suatu ketika dahulu adalah subur dan dapat menjanakan hasil pertanian yang tinggi. Akan tetapi disebabkan oleh pengairan dan saliran pertanian pada waktu ini ada di antaranya yang telah terbantut, ada yang sungai-sungai di tepinya yang telah tertimbus menyebabkan aliran air dan saliran untuk menuju ke sawah-sawah atau pun ke tempat-tempat pertanian tadi telah tidak lagi dapat dilakukan sebagaimana pada ketika dahulu. Jadi dengan sebab itu maka kita mengharapkan supaya pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini sendiri di bawah peruntukan ini untuk melihat supaya pengairan dan saliran ini dapat diselenggarakan dengan sebaik mungkin.

Contoh, kalau dilihat di kawasan saya sendiri di Baling, banyak sungai-sungai itu yang walaupun di bawah Jabatan Pengaliran dan Saliran tetapi ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan pihak pertanian dengan sebab ada yang sungai-sungai itu tadi telah pun terjejas kedudukannya, maka usaha-usaha pertanian di sebelah ataupun yang berdekatan itu tadi juga turut terjejas.

Tuan Pengerusi, yang kedua ingin saya sentuh di atas butiran 10000 – LPP di mana kita tahu bahawa salah satu daripada agensi yang terus kepada pihak grassroot di petani-petani atau pak tani-pak tani kampung ialah LPP. LPP apa yang difahamkan ialah antara lain untuk memperkasakan hasil-hasil pertanian terutamanya sekali dalam usaha- usaha pemasaran selain daripada FAMA. Kita lihat di pasar-pasar tani sejak daripada beberapa tahun yang lalu tumbuh begitu membanggakan di seluruh pelosok negara ini terutamanya sekali di kawasan-kawasan luar bandar. Dengan sebab itu maka pada asalnya pasar-pasar tani ini apa yang kita fahamkan ialah untuk memberi peluang kepada pak tani- pak tani kecil atau pak tani-pak tani kampung mengeluarkan hasil pertanian mereka untuk mereka pasarkan tidak-tidaknya di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kawasan mereka atau di bandar-bandar yang dekat dengan kampung mereka sendiri.

Namun tetapi kebelakangan ini kalau kita meninjau dan melihat sebenarnya sebahagian besar daripada apa yang dipasarkan di pasar-pasar tani itu sendiri bukan lagi hasil sebenarnya daripada hasil pak tani-pak tani kecil kampung ini atau usaha-usaha orang kampung. Akan tetapi sebahagian besar adalah daripada pasar-pasar borong oleh pemborong-pemborong yang besar yang disebabkan kebanjiran daripada barang-barang atau hasil-hasil pertanian yang sebegini membantutkan sebenarnya dengan hasil-hasil pertanian daripada pak tani-pak tani kecil. Ini kerana pak tani kecil tidak mampu untuk bersaing dengan harga-harga yang telah diberikan oleh pasar-pasar borong atau pun pengusaha-pengusaha borong yang besar ini.

Begitu juga kita lihat persatuan peladang yang telah dijanakan sebelum ini adalah untuk membantu membimbing atau pun meletakkan suatu kedudukan supaya dapat diorganizekan pak tani-pak tani ini di samping mereka dapat sama-sama memikul tanggungjawab dan amanah bebanan supaya pak tani-tani ini dapat dibantu dan dapat dibela dan dapat disatukan suara mereka itu sendiri. Akan tetapi rata-rata kita lihat sekarang ini, persatuan-persatuan peladang seolah-olah seperti hidup segan mati tidak mahu.

Oleh itu, saya merasakan bahawa sampai masanya pihak kementerian sendiri mengambil suatu inisiatif atau suatu pendekatan supaya persatuan-persatuan peladang ini juga mendapat bimbingan khusus daripada pihak kementerian bagaimana mereka hendak organize dan bagaimana mereka hendak mengendalikan supaya pak tani-pak tani ini dapat menghasilkan hasil pertanian yang agak lebih baik daripada apa yang kita dapat sekarang.

Saya rasa kalau ini tidak dilakukan maka persatuan peladang pada umumnya boleh dikatakan hanya seolah-olah seperti tinggal nama sahaja tetapi matlamat dan tujuan sebagai satu institusi yang berdaya maju dalam perkhidmatan sokongan pertanian kita bimbang takut nanti tidak wujud.

Tuan Pengerusi, ingin juga saya menyentuh tentang butiran 060000 iaitu FAMA.

Hasil-hasil pertanian terutama daripada pak tani kampung kita lihat masih berada di tahap lama dan tidak begitu meluas pemasaran.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Boleh jadi faktor-faktor utama ialah kerana kesulitan pihak pak tani ini untuk mendapat pemborong-pemborong dengan harga yang munasabah. Hasil daripada modal yang mereka keluar pembajaan dan sebagainya dan usaha-usaha daripada sejak biji benih.

Akan tetapi apabila hasil daripada itu mereka tidak dapat harga yang agak munasabah.

Contohnya, kalau tidak keterlaluan di sini saya boleh sebut. Contoh FAMA membeli hasil daripada pekebun-pekebun dengan harga yang agak rendah. Contohnya pisang, melalui FAMA pak tani boleh jual secara umumnya dalam RM1.40 sekilo. Akan tetapi kalau pembeli-pembeli yang bukan daripada FAMA dari luar, pak tani dapat menjual RM1.60 sekilo. Jadi keadaan inilah menunjukkan bahawa sejauh mana pertanggungjawaban yang diberikan kepada FAMA dalam membantu untuk menjana hasil pertanian daripada pak tani-pak tani yang terutama sekali dari pak tani-pak tani kecil atau pak tani kampung ini.

Kedua, faktor yang kedua Tuan Pengerusi, kita melihat pengangkutan adalah merupakan salah satu perkara yang besar kerana pak tani-pak tani kecil tidak mampu untuk menyediakan pengangkutan yang agak munasabah dan baik untuk mereka bawa hasil pertanian mereka ke tempat-tempat yang boleh terjamin pemasaran. Dengan sebab itu kos mereka akan meningkat kerana mereka terpaksa menyewa pengangkutan yang agak lebih- lebih lagi dalam keadaan hari ini yang kita tahu bahawa diesel dan sebagainya harganya naik.

Apa yang paling malang sekali beberapa kali berlaku di kawasan saya sendiri, pak tani menghadapi gangguan-gangguan haiwan liar. Gajah masuk kebas pokok pisang mereka dan berbagai-bagai lagi. Ubi, babi sapu dan macam-macam. Modal sudah keluar.

Jadi dengan keadaan-keadaan ini akhir sekali pak tani yang baru mencuba keberanian mereka untuk menyahut seruan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini seolah- olah dengan keadaan itu rasa sudah jadi perit.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, masa Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Dengan izin Tuan Pengerusi sedikit. Saya hendak sentuh juga butiran 010100 ini iaitu dari segi Pengurusan. Terima kasihlah pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana ada membantu memberikan beberapa jenis bantuan yang diperlukan oleh pak tani-pak tani. Cuma kadang- kadang kita lihat ada bantuan-bantuan itu tidak sampai kepada sasaran dan tidak sampai kepada tempatnya yang sebenar. Dengan sebab itu saya cadangkan supaya pihak kementerian menubuhkan satu pasukan pemantauan atau penguatkuasaan untuk memastikan supaya bantuan-bantuan itu sampai kepada sasaran dan tempatnya.

final • 3:40 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Kalau boleh Tuan Pengerusi, sepintas lalu, Butiran 030000 – Perkhidmatan Veterinar. Sulit untuk kita, penternak-penternak haiwan kecil di kampung-kampung, lembu, kambing dan sebagainya, begitu jugalah pak-pak tani tadi. Untuk mendapatkan perkhidmatan veterinar ini atau doktor haiwan kerana agak jauh tempat dan kedudukan doktor veterinar ini juga terhad dia punya tenaga dia itu tadi. Dengan sebab itu kadang- kadang haiwan itu mati dulu sebelum dapat rawatan. Jadi ini merugikan.

Akhir sekali saya nak sentuh mengenai NATC ini, butiran 010500 – Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan, yang saya rasa kita jelas benda itu tapi persoalan yang timbul sekarang ialah kita lihat pak-pak tani masih berada dalam keadaan cara pertanian tradisional. Mana pergi latihan-latihan untuk menjanakan dengan menggunakan teknologi moden? Ke mana perginya sebahagian daripada graduan-graduan ataupun lepasan- lepasan daripada institusi-institusi pertanian termasuklah Universiti Pertanian Malaysia dan sebagainya di mana pak-pak tani kampung teraba-raba untuk mendapat bimbingan ini? Kita yakin bahawa berbeza di tempat kita dengan negara-negara luar, apabila kita ada sikit ijazah, maka kita tak mampu lagi dan tak mahu lagi pada sesetengahnya untuk turun padang bertungkus-lumus dengan keadaan selut lumpur itu sendiri untuk membangun dan menjanakan pertanian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Arau.

final • 3:50 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa. Saya ingin menarik perhatian berhubung dengan beberapa perkara iaitu Butiran 121000 – Subsidi Benih Padi Sah; Butiran 120800 – Insentif Hasil Tangkapan Nelayan; Butiran 120900 – Subsidi Harga Beras; dan yang terakhir Butiran 040600 – Kejuruteraan.

Tuan Pengerusi, saya merasakan apabila berlaku bencana alam hampir di seluruh negara pengeluar beras sekarang ini, kadang-kadang kita merasakan kita terpaksa tidak boleh meletakkan kebergantungan kepada negara luar terutamanya apabila keperluan makanan yang makin mendesak dan apabila keadaan La Nina dan juga global warming yang berlaku ini menyebabkan kita merasa bimbang kedudukan dan stok bahan makanan kita sama ada mencukupi ataupun tidak. Jadi berdasarkan kerana itu, kita perlu memperkasakan pengeluaran makanan di dalam negara.

Di antara perkara-perkara yang harus diberi perhatian oleh pihak kementerian, pertama sekali kalau melihat daripada segi penghasilan beras, ia bermula daripada benih padi sah. Saya merasakan ada banyak kriteria yang kalau kita lihat, menimbulkan keluh kesah yang berlaku seperti penyakit-penyakit terutamanya di musim sekarang, apabila di peringkat penanaman awal semaian dan sebagainya pun, berlaku serangan siput gondang di kawasan utara. Kemudian padi angin baru-baru ini sebelum musim tuaian masih lagi dianggap fenomena yang agak besar yang menyebabkan hasil tuaian secara keseluruhannya berada dalam keadaan yang begitu tidak baik.

Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, saya akur bahawa kemungkinan apabila pihak kementerian membuat keputusan untuk kita memberi benih padi sah ini kepada beberapa syarikat dalam jumlah kuota yang agak besar, mungkin kementerian melihat ada rasionalnya di sini iaitu syarikat-syarikat berkenaan mungkin ada kepakaran ataupun pelan yang mencukupi untuk mengendalikan urusan benih padi sah ini kerana saya difahamkan, walaupun pihak kementerian telah meletakkan prosedur ataupun standard tertentu untuk benih padi sah ini seperti standard Jabatan Pertanian Malaysia dan benih di peringkat base pun, tetapi ada atau tidak di peringkat pengurusan ladang sebelum ianya dihasilkan, kita membuat pemantauan setiap ekar ataupun setiap keluasan tanah supaya di peringkat awal perkara ini dapat dijaga supaya kualiti benih padi yang dihasilkan adalah lebih baik?

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri dalam hal ini, adakah setakat ini kualiti yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat swasta yang telah diberi hak untuk mengeluarkan padi benih ini lebih baik daripada apa yang dihasilkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan juga pihak MADA? Ini kerana ini adalah penting. Kalau mereka tidak mencapai kualiti yang dikehendaki, harus kita bagi balik kepada agensi kerajaan yang saya ingat adakah mereka ini betul-betul mengambil asas pembenihan ini daripada benih yang diperakukan oleh pihak MARDI. Saya difahamkan sekarang ini pelbagai yang dijual dalam pasaran, ada setengahnya dibawa masuk terus dari Indonesia yang di luar kawalan.

Juga ada dari China sekarang ini yang terus dibawa masuk yang menyebabkan kita melihat kesesuaian daripada segi kita untuk mendapatkan hasil yang lebih baik adalah berada dalam tahap yang tidak begitu memuaskan.

Jadi dalam hal ini, saya minta prosedur skim pengesahan ini perlu diperketat dan kalau kita lihat kegagalan pihak swasta dalam mengendalikan loji-loji dan juga pelan bagi urusan menghasilkan benih padi sah ini, kita perlu balik kepada agensi kerajaan yang saya rasa lebih bertanggungjawab untuk kita menghasilkan kualiti yang lebih baik.

Kemudian Tuan Pengerusi, saya juga ingin menarik perhatian tentang insentif hasil tangkapan. Saya melihat walaupun pelbagai usaha dibuat oleh kerajaan tetapi masih ada insentif yang kita berikan ini tidak mencapai sasaran 10 sen bagi setiap kilo.

final • 3:51 PM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Yang kita lihat bukan soal pendaratan ikan, masalahnya nelayan kecil pantai ini kalau mereka dapat pun, mereka tidak pergi ke laut. Mereka lebih melihat insentif ini sebagai sebahagian daripada pendapatan mereka. Mereka jual minyak subsidi, mereka ambil insentif dan saya tidak tahu bagaimana ikan tidak ada tetapi insentif ini boleh dikeluarkan, dan ini berlaku. Saya tidak tahu sama ada persatuan nelayan kawasan bekerjasama dengan LKIM dalam hal ini supaya tidak ada penyelewengan yang berlaku.

Jadi kita hendak di sini sedikit siasatan dan juga pemantauan yang dibuat supaya kita pastikan bahawa ikan dapat didaratkan. Kebetulan ikan sekarang berada dalam harga yang cukup mahal terutamanya selepas musim perayaan dan juga keadaan laut yang tidak menentu yang menyebabkan dalam ‘kintai’ ataupun air pasang besar, dengan izin Tuan Pengerusi, yang kadang-kadang menyusahkan untuk nelayan pergi ke laut ketika ini dan menyebabkan harga ikan meningkat dan kita telah terpaksa mengimport ikan lebih banyak dari negara-negara jiran kita.

Kemudian satu lagi saya ingin menarik perhatian pihak kementerian, Butiran 040600 – Kejuruteraan. Unit Mekanisasi. Unit ini amat penting Tuan Pengerusi kerana apabila berlaku kekerapan pertukaran mesin tuaian, harvesting machine dengan izin, yang berlaku di antara negeri-negeri, dari Kedah, Perlis pergi ke Selangor, Selangor pergi ke Kelantan, Kelantan pergi Terengganu, Terengganu balik ke Kerian, pergi ke Chui Cak, pergi ke Sabak Bernam, pergi ke sana ke sini dan mesin ini tidak dikawal selia, tidak ada unit khas daripada Jabatan Pertanian Malaysia ataupun daripada pihak MADA yang melihat apabila mesin ini berlaku pertukaran, ianya dicuci sepenuhnya yang menyebabkan mesin ini menyebabkan berlaku transfer penyakit dari negeri-negeri berkenaan kemudian dibawa balik ke negeri berkenan.

Jadi apa pun concrete solution dengan izin yang cuba dibuat, dicari jalan keluar termasuk kita nak cari benih, kompaun, apa yang lebih baik, ianya tidak akan mencapai sasaran kalau perkara-perkara ini tidak kita pantau. Kita harus melihat walaupun negara- negara lain yang kawasan penanaman padinya lebih besar daripada negara kita tetapi mereka tidak membenarkan jentera berat terutama yang ada vakum, malah disekat jumlah berat jentera berkenaan sebelum dibenarkan masuk ke ladang, ke sawah padi yang menyebabkan mereka menjaga struktur dan bes tanah ini supaya keadaan penghasilan hasil pertanian ini berada dalam keadaan yang cukup terkawal. Akan tetapi kita tidak mengawal perkara ini. Ini termasuk pengenalan jentera-jentera berat yang baru yang kita lihat ianya terus dilaksanakan begitu sahaja.

Jadi saya pohon Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan supaya unit penguatkuasaan, kalau tidak ada akta, kita buat apa pun amendment di Dewan yang mulia ini untuk kita pastikan perkara ini kita dapat kawal kalau kita ingin melihat berjayanya kita dalam kita mengawalnya daripada peringkat awal supaya petani-petani mendapat pendapatan dan hasil yang lebih baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Machang.

final • 4:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Tuan Pengerusi, terima kasih.

Perkhidmatan Veterinar, Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging.

Tuan Pengerusi, National Feedlot Corporation ini mendapat RM250 juta pinjaman mudah daripada kementerian dengan matlamat untuk membekalkan 40 peratus keperluan bekalan daging tempatan. Ini bersamaan dengan 50 ribu tan setahun. NFC juga, kerajaan amanahkan untuk menjadi projek integrator, ia kena asuh 310 orang penternak yang menternak sebulan sebanyak 50 ekor lembu. Setahun lebih kurang 600 ekor. NFC juga mengambil peranan untuk membekalkan baja organik, makanan ternakan dan rangkaian pemasaran.

final • 4:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri dalam kenyataan media bahawa sehingga hari ini cuma RM6 juta geran dan RM135 juta daripada pinjaman itu yang sampai kepada National Feedlot Corporation. Maknanya jumlah RM141 juta.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 1 November 2011 menjawab, setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta geran dan pinjaman daripada jumlah RM250 juta. Tuan Pengerusi, kita menyemak daripada akaun syarikat setelah kita lakukan carian dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah tajuk key financial information. Balance sheet di sini tertera non current liabilities. Istilahnya hutang jangka panjang.

Jumlahnya ialah RM256,082,138. Dari mana datangnya RM256 juta? Logiknya hutang mudah kerajaan sebanyak RM250 juta, geran RM6 juta. Tertera di sini tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009. Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, mesti memberi penjelasan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata RM181.9 juta, Yang Berhormat Menteri kata RM141 juta tetapi rekod kewangan syarikat yang kita lakukan carian tertera di sini RM256 juta adalah hutang jangka panjang National Feedlot Corporation. Tidak mungkin dengan seluruh kekuatan agensi dan maklumat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani boleh berlaku silap. Jika itu berlaku, maklumat yang diberikan oleh NFC kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak tepat dan ini satu kesalahan yang serius. Penjelasan Yang Berhormat Menteri diperlukan.

Prestasi NFC mesti diukur mengikut kertas dasar. Saya tidak akan menggunakan ungkapan polisi yang lapuk. Saya menghormati seluruh kepakaran kakitangan kerajaan khususnya Jabatan Veterinar. Semakan dalam laman web Jabatan Veterinar tertera di sana berapa banyak yang mesti dibela setahun, berapa banyak yang mesti disembelih sebulan.

Semuanya tertera dengan terang. Kerja agensi setelah mendapat pinjaman sebanyak RM250 juta ialah memastikan setiap sen dana rakyat ini diuruskan dengan amanah.

Tuan Pengerusi, apa dia realitinya? Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri meletakkan kos menternak 9,000 ekor lembu untuk memberikan pulangan keuntungan sebanyak 28 peratus ialah RM6.4 juta. Itu kos kementerian. Akan tetapi kos yang dijalankan oleh NFC ini adalah 22 kali ganda lebih tinggi berasaskan kepada bilangan lembu yang ada di kawasan fidlot hari ini. Pada tahun 2008, semakan kita pada rekod kewangan NFC ialah rugi sebanyak RM7 juta. Pada tahun 2009, rugi RM11 juta. Tiada laporan pada tahun 2010 dan tiada laporan pada tahun 2011. Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Rembau kerana memberikan angka turnover ialah RM70 juta. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk mengesahkannya. Hasil daripada menternak dan menjual daging ini pada tahun 2009 ialah RM6 juta sahaja yang diperoleh oleh NFC.

Disbursement of loan telah pun mencapai kesemua sekali sasaran itu. Banknya di mana? Maybank. First loan drawdown pada tahun 2008 ialah RM130 juta masuk Maybank.

Pada 31 Mac 2009, second drawdown sebanyak RM120 juta masuk Maybank. Pada 6 Mei 2009, NFC pindahkan sebanyak RM116 juta daripada RM250 juta ke dalam Fixed Deposit Account Public Bank dan ini memberikan keuntungan simpanan tetap kepada NFC berjumlah RM667,000 setahun. Dia simpan. Dia ambil loan, dia simpan fixed deposit lebih untung daripada dia berniaga lembu sebulan. Mampukah membayar hutang? Pada tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih lembu di NFC ialah bernilai RM4,481 seekor. Saya ulang, RM4,481 seekor. Kos ini sangat tinggi, Tuan Pengerusi. Saya baru buat korban di Machang. Seekor lembu bernilai RM2,700 sahaja. Ini kosnya sahaja sudah bernilai RM4,481.

Yang kedua, NFC rugi tetapi bagi diskaun RM3 juta kepada Real Food Company.

Kita lakuan carian pada Real Food Company. Siapa pemegang amanah? Suami Menteri.

Anak-anak Menteri. Apa kerjanya? Operate restoran mewah. Apa nama restorannya?

Senor Santos, Meatworks dan Brawns. Saya hargai pandangan rakan saya, Yang Berhormat dari Rembau. Apakah restoran mewah yang di Singapura ini pun mendapat bekalan daripada NFC? Kita minta Yang Berhormat Menteri jelaskan. Yang jelas ialah NFC memberi diskaun. Beri diskaun kepada restoran macam ini, menyalahi prinsip pertanggungjawaban dana rakyat bagi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab... [Tepuk] Oleh kerana kos operasi yang tinggi, mampukah RM250 juta ini dibayar kembali? Jangan sampai jadi macam hutang IWK atau hutang PERWAJA atau PKFZ.

final • 4:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Tuan Pengerusi, dana NFC ini dipindah ke syarikat-syarikat milik keluarga Menteri.

Ada dua syarikat bersekutu. Associate companies yang kita lakukan carian daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Yang pertama the National Meat and Livestock Corporation. Pemegang saham utama ialah suami Menteri. Pemegang saham yang lain ialah anak-anak Menteri... [Dewan riuh] Sangat jelas.

Saham itu tertera dalam data carian syarikat. Syarikat ini dormant. Tidak ada kegiatan sejak tahun 2007. Anehnya, the National Meat and Livestock Corporation ini, syarikat dormant, tidak ada aktiviti sejak tahun 2007, bila kita semak rekod kewangan NFC setakat 31 Disember 2009 menunjukkan NFC memberi hutang kepada National Meat and Livestock Corporation sebanyak RM81 juta...

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Lailahaillallah!

final • 4:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

...Syarikat tidak ada kegiatan. Tidak ada aktiviti tetapi NFC bagi hutang sebanyak RM81 juta kepada syarikat ini yang principle activitiesnya ialah memasarkan daging sahaja. Memasarkan daging sahaja. Hutangnya sebanyak RM81 juta. Yang ini juga memerlukan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kos lawatan daripada syarikat NFC ini, kos lawatannya sahaja ke luar negeri ialah RM827,000. Baik. Audit sebut, Yang Berhormat Menteri dalam kenyataan media menyebut tidak ada laporan audit mengatakan projek ini gagal. Ada tiga perkara. Saya bacakan balik laporan audit yang menyentuh kegagalan projek ini, Tuan Pengerusi.

(i) NFC gagal mewujudkan 310 orang penternak. Stated clearly dengan izin dalam laporan audit;

(ii) kegagalan mengadakan projek biogass; dan

(iii) kegagalan menyediakan atau mengadakan projek bekalan fertilizer.

Tiga. Sangat jelas. Isu di sini ialah dana rakyat sebesar RM250 juta dapat kepada keluarga Menteri dan anak-anak Menteri. Kebetulan ialah Ketua Wanita UMNO Malaysia...

[Disorak][Tepuk] Agama, bangsa, negara. Hidup Melayu, hidup Melayu!

final • 4:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Setiap sen duit rakyat ini perlu pertanggungjawaban. Yang Berhormat Menteri, saya kenal Yang Berhormat Menteri lama, saya tahu Yang Berhormat Menteri akan mengambil tanggungjawab untuk memberi penjelasan. Bagaimana mungkin projek yang begini penting dengan matlamat yang begitu besar, 40 peratus bekalan daging tempatan kerana apa Yang Berhormat Menteri selalu sebut dalam Dewan ini, import makanan kita terlalu besar, RM30 bilion setahun. Ini beban kepada kewangan kerajaan, maka diadakan peruntukan RM250 juta.

Akan tetapi, syarikat yang menjalankan ini hendak kata gagal atau tidak tetapi rekodnya sembelih 1,618 ekor lembu. Ini kalau dibahagi dengan RM250 juta Yang Berhormat Menteri kata untuk period 2008, 2009, tiga tahun ini jumlah lembu yang diternak 8,000. Peruntukan yang dia sudah ambil setakat Mac 2009, RM257 juta. Kos satu ekor lembu ialah RM31,250.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih... [Dewan riuh]

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 4:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Jawab Yang Berhormat Pasir Salak, jawab, jawab.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Kadang-kadang mudah kita menuduh. Benar tidak benar belum tahu lagi. Saya hendak mengambil bahagian Tuan Pengerusi, terima kasih dalam perbahasan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini, tiga perkara. Ketiga-tiganya berkaitan dengan makanan.

Makanan ini semua makanan yang menjadi makanan wajib rakyat Malaysia contohnya ayam. Ayam ini makanan yang menjadi kegemaran yang tidak ada pantang bagi semua kaum di Malaysia ini. Cuma, pelik dan hairan, pelik bin takjub dalam masa perayaan harga ayam ini boleh dikawal, boleh ditekan turun harga yang berpatutan. Akan tetapi apabila lepas musim-musim perayaan, melambung-lambung harganya naik. Saya difahamkan bahawa ayam ini harganya bukan dikawal oleh peniaga tetapi dikawal oleh penternak-penternak yang mempunyai ladang-ladang ayam yang besar, terpulang kepada mereka Tuan Pengerusi.

Kadang kala kerajaan hendak mengurangkan harga ayam ini, diimport ayam daripada luar. Perbuatan kerajaan ini akan menimbulkan kemarahan kepada peladang- peladang, penternak-penternak ayam yang besar-besar ini untuk menentukan bahawa ayam diimport ini mengalami persaingan yang hebat dengan mereka, mereka sanggup menurunkan harga ayam yang mereka ternak begitu rendah sehingga pengimport- pengimport ayam ini tidak dapat bersaing dengan harga yang diturunkan oleh penternak- penternak. Maka, mereka terpaksa gulung tikar.

Apabila bekalan sudah berkurangan kerana pengimport-pengimport ayam ini tidak dapat bersaing dengan mereka, mereka naikkan semula harga. Inilah permainan mereka sedangkan mereka mendapat subsidi jagung, makanan ayam, mereka dapat. Tujuan kerajaan memberikan subsidi ini kerana hendak membantu rakyat yang ramai agar penternak-penternak ini tidaklah melambung-lambungkan harga ayam. Jadi, apakah permainan ini tidak dapat hendak kita selesaikan. Main tarik tali ini.

Saya tidak hendak menyalahkan kementerian tetapi inilah suasana yang berlaku dalam negara kita sejak dari dahulu dan mungkin akan berlarutan sampai entah bila dan bila. Akan tetapi yang menanggung beban dan masalah ialah rakyat. Jadi, ini sesuatu yang harus agaknya bijak pandai, mereka yang ada dalam kementerian ini memikirkan, manusia yang hendak mengaut keuntungan dengan rasa tamak, ia akan menjalankan apa juga usaha untuk mempertahankan keuntungan yang mereka nikmati selama ini. Jadi, saya harap kementerian boleh mencari jalan. Payah kadang-kadang.

Ada sesuatu ketika kementerian cuba hendak menekan harga ini, mereka kadang- kadang sanggup bunuh anak ayam ini beribu-ribu ekor. Bunuh sebagai protes atas tindakan kerajaan dan bangkai-bangkai ayam ini dibuang di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan jadi serba salah dan akhirnya kita terpaksa tunduk kepada penternak dan peladang-peladang ayam ini. Tidak tahulah macam mana hendak disekolahkan penternak-penternak, peladang-peladang ayam ini oleh kementerian demi kepentingan rakyat. Itu cerita ayam.

Cerita daging import ini. Kerajaan mengimport daging daripada negara sumber yang terkenal sekarang ini ialah daripada India dan Australia. Cuma masalah yang harus agaknya dilihat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama pihak yang berkuasa agama, soal kehalalan ini, tempat penyembelihan di kedua-dua negara ini.

Sejauh ini, bagaimana daging-daging ini boleh halal, disediakan dengan halal, diyakini halal dan kita makan daging yang halal. Adakah benar-benar kita bertanggungjawab dalam mengimport daging-daging daripada luar negara ini, India dan Australia ini benar-benar diyakini. Saya berbual dengan seorang tukang masak nasi beriani yang terkenal, nasi beriani gam.

Di Johor memang terkenal dengan nasi beriani. Dia kata daging yang diimport daripada India itu bukan daging lembu. Saya ulang sekali lagi Tuan Pengerusi, bukan daging lembu, daging kerbau. Di sesetengah negeri di negara kita ini, antara daging lembu dengan daging kerbau harganya berbeza.

final • 4:11 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Daging-daging ini walaupun dia daging kerbau, rakyat negara ini ditipu daging lembu dan dalam kerja-kerja mengeksport mengimport daging-daging ini kadang-kadang lima, enam bulan, setahun daging itu beku dibawa masuk.

Tukang masak ini berkata kalau kita beli daging import ini di pasar, kita hendak kenduri hari Ahad, kerja kahwin. Kita beli hari Ahad, selepas itu kita cincang, basuh terus masak, daging ini haram walaupun asalnya..., Yang Berhormat Baling tolong saya kalau saya salah. Asalnya memang halal kerana daging ini bercampur dengan darah.

final • 4:11 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Darah nanah bangkai ini haram bagi orang Islam memakannya. Jadi tukang masak ini mengatakan hendak jadikan dia halal hendaklah ditos sebelum dimasak supaya darah ini yang beku berbulan-bulan ini keluar setelah berjam-jam di tos darahnya keluar baru dibasuh dan dimakan. Barulah daging ini daging yang fresh, halal suci yang mendatangkan khasiat yang baik. Akan tetapi kalau makan dengan darah yang diharamkan oleh Islam, inilah sebab antara penyakit-penyakit yang daripada bangkai daripada daging-daging yang mempunyai darah-darah beku yang mengandungi perkara-perkara yang boleh mendatangkan penyakit. Jadi saya ingin tahu bagaimana tentang kehalalan ini. Baik Australia mahupun di India, bagaimana pegawai-pegawai kita yang mengendalikan daging ini, apakah dia sentiasa berada 24 jam di ladang-ladang ini hendak menentukan penyembelihan halal diproses dengan cara halal. Maklumlah orang Islam bertanggungjawab dengan kehalalan, tetapi bagi orang bukan Islam yang meniaga daging- daging ini...

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, masa Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ada masa juga ya. Masa yang dihalalkan untuk saya bercakap... [Ketawa] Kemudian yang ketigalah yang saya singkatkan Tuan Pengerusi, boleh ya yang ketiga. Ini kerana ada kaitan dengan negeri Tuan Pengerusi. Saya sudah bercakap tentang jelapang padi yang kata telah pun disediakan di Sarawak. Bagaimana kemajuannya? Kita tidak boleh bergantung dengan beras padi import dan sampai bila kita mempunyai tanah yang subur sesuai dengan padi tetapi kadang-kadang ada orang berkata, mengimport beras lebih murah daripada menyediakan jelapang padi. Betullah dalam jangkaan masa yang singkat.

Akan tetapi dalam jangka masa panjang, ia menjadi keuntungan kepada negara kerana kita akan mempunyai bekalan makanan yang tidak payah bergantung dengan negara luar. Ini Thailand sudah bah ini, saya rasa sudah terjejas walaupun pihak Kementerian Pertanian memberi jaminan tujuh, lapan bulan beras stok kita ada tidak gaduh.

Okey. Akan tetapi kalau banyak negara sumber ini yang mengalami bencana alam yang di luar kemampuan kita untuk menahannya menegahnya dia akan menjejaskan. Tuan Pengerusi, perut yang kosong menyebabkan kepala menjadi gila. Macam-macam kepala jadi gila.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi saya berharap itu menjadi keutamaan Tuan Pengerusi. Jangan kita bercakap lagi, Sarawak ada tanah yang luas.

Kemudian saya puji pesawah-pesawah Cina yang ada di Selangor, yang ada di Tanjong Karang dan seumpamanya Yang Berhormat Menteri fahamlah yang boleh keluarkan sepuluh tan. Macam mana kemajuan teknologi sepuluh tan satu ekar yang boleh tanam dua, tiga kali setahun tidak bolehkah dikongsi dengan jelapang-jelapang yang lain supaya pengeluaran padi kita meningkat dalam saiz yang sama tetapi pengeluarannya dua, tiga kali ganda. Terutamanya di Kedah, di Perak...

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Selangor.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah panjang.

final • 4:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Selangor ini Tuan Pengerusi jangan perasan orang di sebelah sana. Asalnya Barisan Nasional punya projek... [Ketawa] Cuma dia sambung. Kita sudah 30 tahun dahulu, baru tiga tahun inikan. Jadi kalau hendak mendabik dada inilah kejayaan negeri di bawah PKR silap hari bulan betul, lailahaillallah, istighfar saya, astaghfirullahazim.

Jadi itulah pertanyaan saya macam mana boleh dikongsi kepakaran yang baik yang ada pada pesawah-pesawah. Saya difahamkan pesawah-pesawah Cina kita. Apakah tidak boleh kita kongsi kepakaran yang sangat baik itu. Tuan Pengerusi, saya menyokong.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya akan tumpukan kepada Butiran 010400 dan Butiran 020000 - Industri padi.

Pada masa ini di Malaysia kalau tidak silap saya kita sudah sampai hanya 70 peratus tahap sara diri. Dengan masalah iklim pemanasan dunia cuaca dan sebagainya, jika ada kekurangan dalam bekalan padi dan makanan lain, harga akan melambung tinggi.

Jadi saya rasa adalah penting kerajaan kita buat rancangan tertentu untuk mencapai 100 peratus tahap sara diri dalam makanan penting seperti padi. Jadi saya mahu tahu daripada Kementerian Pertanian apakah rancangan kita untuk sampai ke tahap ini ataupun kita rasa hendak beli pasaran dunia kerana harga di pasaran dunia boleh naik dengan cepat sahaja.

Apakah cadangan kita, strategik kita, adakah kaedah kita untuk cuba meningkatkan produktiviti sawah-sawah padi yang sedia ada ataupun adakah kita ada rancangan untuk buka lebih tanah padi di negara kita?

Dalam masalah isu ini juga Butiran 120400 - Pemberian Subsidi Harga Padi dan juga 120500 Pemberian Subsidi Baja Padi, saya sokong usaha ini kerana kita tidak boleh kata ini ada market distortion dan sebagainya. Ini kerana isunya ialah kita mesti menggalakkan petani kita keluarkan padi. Dia kena tanam beras. Pada masa yang sama kita tidak boleh hanya harapkan kepada harga di pasaran. Jika harga barangan yang basic macam beras adalah harga yang tinggi untuk menggalakkan production untuk menggalakkan orang menanam padi tetapi itu akan menyusahkan keluarga-keluarga miskin di negara kita. Jika isu ini orang yang biasa di dalam bandar akan ditekan jika kita hanya pakai insentif harga di pasaran untuk menggalakkan lebih orang.

final • 4:25 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 4:25 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Yang Berhormat Beruas.

final • 4:25 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Sungai Siput boleh saya mencelah untuk mendapatkan penjelasan.

Adakah Yang Berhormat Sungai Siput bersetuju bahawa keputusan kerajaan sekarang tidak membenarkan jenis benih tiga musim yang sedang ditanam di Sekinchan dan langkah itu patut digalakkan di tempat-tempat lain supaya produktiviti padi ini di seluruh negara akan bertambah. Kita pergi luar negara untuk belajar, tetapi di dalam negara kita sendiri ada padi jenis tiga musim setahun tetapi sampai hari ini saya tidak faham kenapa kerajaan tidak membenarkan benih sedemikian untuk ditanam di lain-lain tempat yang hanya dapat menghasilkan padi dua musim setahun untuk penambahan hasil padi, adakah Yang Berhormat Sungai Siput bersetuju? Itu langkah yang bijak kalau kita benarkan kalau ia ditanam di lain-lain tempat.

final • 4:25 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Beruas, saya tidak pakar dalam perkara ini dan saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan itu.

final • 4:25 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Saya hendak beralih kod isu 020200 - Sayur-sayuran. Sini pun saya difahamkan lebih kurang 80 peratus daripada sayur-sayuran yang dikeluarkan di Malaysia adalah daripada tanah yang bukan dikeluarkan geran kepada petani tersebut.

final • 4:25 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Macam di kawasan Sungai Siput ramai pekebun kecil pekebun Cina yang telah membuat kerja pertanian sayur-sayuran selama tiga generasi, daripada datuk, nenek mereka sehingga sekarang tetapi sampai masa kini mereka tidak ada geran tanah itu.

Apabila ada perkembangan di bandar-bandar kita, mereka satu demi satu dihalau keluar, diusir tanpa diberi tanah gantian. Jadi saya rasa ini satu perkara yang begitu bahaya untuk kita kerana walaupun kita buat tapak industri, tapak kilang atau projek perumahan tetapi apa akan berlaku kepada bekalan makanan di negara kita?

Ini sedang berlaku di setiap kawasan, pejabat tanah atau majlis daerah yang meluluskan tanah kerana tanah itu adalah tanah kerajaan seperti di dalam rekod kerajaan dan belum lagi diberikan geran untuk pertanian. Jadi ia ditafsirkan sebagai tanah kerajaan dan petani yang telah berada di situ selama 50 tahun ditafsirkan sebagai haram atau setinggan. Saya tidak tahu adakah kementerian mengambil berat tentang permasalahan ini di mana secara beransur beribu-ribu ekar tanah yang digunakan untuk kebun sayur sedang dimusnahkan, diambil alih atau digunakan untuk perkara yang lain. Adakah ini termasuk di dalam pelan induk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjaga pekebun- pekebun kecil.

Pekebun-pekebun kecil ini mahir. Saya rasa jika kita hendak sampai ke tahap seharian yang lebih besar untuk sayur-sayuran, pada masa ini belum sampai 60 peratus sayur-sayuran yang di Malaysia. Jadi untuk kita jadikan ia lebih tinggi, adalah baik jika kita boleh menggalakkan dan membantu pekebun yang sedia ada kerana mereka ada kemahiran selama tiga generasi. Kita kena pakai kepakaran mereka untuk menjana dan boleh mengeluarkan lebih sayur.

Saya mahu tahu daripada kementerian, apakah pelannya. Adakah rancangan induk kementerian mengambil kira kemahiran yang sedia ada dalam negara kita? Jika mereka boleh diberi geran atau boleh diberi satu list yang panjang, sepuluh atau 20 tahun, mereka akan melabur lebih dalam tanah mereka dan keluaran mereka akan meningkat. Ini akan to some extent akan selesaikan masalah bekalan sayur-sayuran. Saya hendak tahu apakah pelan yang diadakan oleh kementerian. Adakah kementerian mengambil kira atau tahu bahawa beribu-ribu pekebun kecil ini yang boleh menyumbang kepada tahap sara diri yang lebih tinggi kepada sektor sayur-sayuran.

Sekarang saya beralih kepada Butiran 030600 – Pembangunan Komoditi Ternakan. Tadi kita ada berbincang dengan panjang lebar berkenaan dengan satu projek yang begitu mahal yang nampaknya begitu inefficient di dalam mengeluarkan daging lembu. Di pinggiran bandar-bandar kita ada beribu-ribu penternak kecil yang telah menternak kambing dan lembu selama beberapa dekad. Mereka ini adalah family business daripada datuk, bapa dan sampai sekarang mereka masih ada tetapi mereka ini tertekan oleh pembangunan bandar-bandar kita. Secara beransur mereka hilang tempat untuk menyimpan lembu mereka, tidak ada tempat untuk lembu meragut dan lama-kelamaan ada di antara mereka yang give up. Ada yang menjadi drebar lori, drebar van tetapi ini satu kerugian untuk kita kerana mereka ini ada kemahiran.

Sekarang ini tanpa apa-apa bantuan daripada kerajaan pun mereka begitu efisien.

Bolehkah kita gunakan kemahiran orang atau sektor yang seperti ini selain daripada kita sekarang membekalkan lembu dengan harga RM30,000 seekor. Kita boleh salurkan sedikit kepada mereka. Sediakan padang ragut untuk lembu mereka. Beri mereka tanah untuk mereka membuat kandang dan simpan lembu dan kambing mereka.

Saya rasa kementerian kena tengok apakah kepakaran yang kita ada dan jangan hanya bergantung kepada projek-projek mewah yang perlu satu kompeni dan beri bermillion-million kepada kompeni itu yang langsung tidak ada kepakaran. Ini cuma membuatkan wang kita hilang. Saya rasa semua ini kita perlu lihat kerana kita ada kemahiran dalam penanaman sayur-sayuran dan penternakan.

final • 4:30 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Saya juga ingin bertanya mengenai Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu; dan Butiran 10730 – Pembangunan Industri Tenusu. Dalam semua projek pembangunan ini adakah ini tertumpu kepada syarikat yang baru ataupun adakah ia untuk memperkasa dan mempertingkatkan prestasi penternak yang sedia ada.

Akhirnya saya hendak bertanya tentang Butiran 94000 – NKEA di mana RM1.6 bilion diperuntukkan bagi tahun 2012 dan tahun 2013. Ini adalah lebih 50 peratus daripada anggaran peruntukan bagi pembangunan. More than 50 peratus dalam dua tahun ini tetapi di dalam nota itu tidak dinyatakan apakah NKEA sebanyak RM1.6 bilion ini, what is it for, untuk apa? Adakah untuk tiga buah syarikat atau ini akan digunakan untuk orang ramai.

Saya rasa secara amnya... Okey saya gulung. Secara amnya jika kita boleh memperkasakan prestasi 100 orang penternak kecil, itu jauh lebih baik untuk masyarakat dari kita tubuhkan satu syarikat gergasi yang membuat kerja yang sama. Distributionlah.

Kita akan mengagihkan kekayaan negara secara yang lebih baik. Jika Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh berbuat begitu, tumpukan kepada projek-projek yang membantu petani kecil, pekebun kecil dan penternak kecil menjadi lebih efisien dan lebih efektif, itu jauh lebih baik untuk kita daripada kita mewujudkan satu atau dua kompeni seperti Sime Darby untuk membuat kerja yang sama. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jempol.

final • 4:30 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membincangkan dan juga bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Butiran 10000 – Lembaga Pertubuhan Peladang.

Saya memang melihat betapa pentingnya Lembaga Pertubuhan Peladang yang memainkan peranan membantu petani yang dekat dengan petani, tempat petani kita bergantung dan sampai masanya bagi kementerian untuk memperkasakan Lembaga Pertubuhan Peladang. Bukan sahaja dari segi kepegawaiannya, bidang profesional yang ada dalam institusi ini malahan juga keperluan untuk kita melihat pejabat-pejabat yang lama sangat seperti LPP Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan yang saya fikir sampai masanya untuk kita bangunkan dengan pejabat yang baru.

Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya juga dapat melihat bagaimana pertubuhan peladang kawasan memainkan peranan untuk membantu petani.

Sebahagian daripada PPK kita ini menjalankan aktiviti pertanian dan juga perniagaan dengan berjaya sekali sehinggakan dapat menarik minat sebahagian besar daripada petani- petani tempatan untuk menambah modal mereka dalam pertubuhan peladang kawasan.

Sebagai contoh PPK Jempol telah pun mencatat keuntungan yang tinggi tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah tidak boleh kita membuat satu dasar di mana sahaja PPK yang mengaut keuntungan, mereka boleh membayar balik keuntungan dividen dan bonus ini kepada pemegang-pemegang sahamnya mengikut jumlah keuntungan tanpa dihadkan sama ada 10 peratus ataupun 15 peratus. Kadangkala ada PPK ini yang mampu membayar keuntungan dividen dan bonus sehingga 40 peratus ataupun 30 peratus tetapi oleh kerana ada peraturan ini, maka ia tertakluk kepada kelulusan kementerian. Ini saya fikir akan membantutkan usaha petani-petani kita untuk menambah modal seterusnya menjayakan satu permuafakatan pertanian yang berjaya di kawasan luar bandar.

final • 4:37 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, suatu ketika dahulu kita memberikan insentif untuk melihat peladang-peladang muda kita berjaya dalam bidang pertanian, sejauh mana kejayaan dasar yang telah pun dilaksanakan lama dahulu?

final • 4:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Apakah tidak ada satu pendekatan baru bagi membolehkan peladang-peladang muda ini yang menjadi pewaris generasi penternak, petani dan nelayan kita ini akan dapat terus maju dalam bidang pertanian ini dan apakah insentif yang telah pun disediakan oleh kerajaan bagi membolehkan peladang-peladang muda ini terus minat dan menjayakan bidang ini?

Pasar Tani sudah berjaya, keperluan rakyat sudah mendesak, tetapi memang benar sebahagian daripada petani-petani kita tidak mampu untuk menghasilkan bahan tani untuk dijual di Pasar Tani. Keperluan desakan daripada rakyat yang paling besar sekali ialah ingin menikmati sayur-sayur kampung di pasar-pasar tani yang begitu segar dahulunya di pasarkan, tetapi hari ini sudah tidak ada lagi. Apakah kementerian tidak ada rancangan khusus bagi memberikan insentif kepada petani-petani kita khusus untuk menanam sayur-sayur kampung yang sangat popular seperti pucuk pegaga, cili api, maman dan sebagainya, untuk dibekalkan di pasar-pasar tani kita seluruh negara bagi membolehkan keperluan rakyat dapat kita isi.

Tuan Pengerusi, saya juga mengucapkan tahniah kepada kementerian yang berjaya bagaimana membantu petani kita dan juga peniaga-peniaga kecil kita apabila program Tekun Nasional ini dapat kita gerakkan dengan lebih baik. Namun demikian, sekarang ini sudah ada permintaan di kalangan peniaga-peniaga kecil ini supaya tahap pinjaman yang diluluskan kepada peniaga-peniaga ini dikaji semula bagi membolehkan mereka mendapat nikmat pinjaman yang lebih besar dan membolehkan perniagaan mereka dapat ditingkatkan lagi pada masa yang akan datang. Begitu juga bidang perniagaan dan urus niaga yang dapat diluluskan oleh TEKUN ini, kalau dapat, dikaji semula dan kalau boleh dapat meliputi bidang pertanian dan juga penternakan.

Tuan Pengerusi, saya dapat melihat makanan ternakan kita sangat mahal dan inilah yang menjadi punca masalah apabila kita dapat melihat harga barang-barang makanan daripada penternakan ini melambung tinggi. Selalunya ia ada kaitan dengan sejauh mana kita dapat mengeluarkan bahan-bahan makanan ternakan yang lebih murah dan berkualiti tinggi. Saya ingin bertanya kepada kerajaan melalui kementerian ini, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dan kementerian ini bagi dapat mengeluarkan bahan-bahan makanan ternakan sama ada lembu, kerbau, kambing, ikan dan sebagainya, yang boleh menurunkan harga? Apabila kita dapat membekalkan makanan-makanan yang lebih murah dan berkualiti dan sudah tentulah akan dapat membantu petani-petani kita.

Tuan Pengerusi, butiran 04800 berkaitan dengan Pembangunan Industri Kelapa.

Rakyat selalu mengeluh kerana harga kelapa sangat tinggi dan mahal. Ini lebih-lebih lagi bagi masyarakat Negeri Sembilan yang mengamalkan makanannya masak lemak cili padi, memang hari-hari memerlukan santan kelapa. Akan tetapi, kelapa ini mahal harganya dan kadangkala begitu sukar untuk didapati. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementeriannya, apakah tidak boleh kita adakan satu program khas, subsidi khas bagi melonjakkan tanaman kelapa ini terutama sekali di rancangan tanah FELDA yang begitu banyak tanah-tanah yang kosong supaya insentif dan dorongan ini dapat kita tanam pokok-pokok kelapa ini supaya dapat mengeluarkan hasil dan memberikan tambahan pendapatan kepada petani kita. Begitu juga tanah-tanah terbiar yang masih ada yang tidak sesuai dengan tanaman yang lain, tetapi boleh kita usahakan dengan tanaman kelapa.

Tuan Pengerusi, saya juga bersetuju supaya tanaman padi ini diberikan perhatian yang khusus melalui Butiran 010400. Ini kerana cuaca dunia yang tidak menentu ini menakutkan kita. Orang Malaysia memang makan nasi. Kalau tidak ada nasi, dia tidak lelap tidur. Maknanya, setiap rakyat kita memerlukan bekalan beras untuk dijadikan makanan harian mereka. Kebimbangan rakyat ini lebih mendesak lagi apabila cuaca yang tidak menentu mengancam, yang dahulunya jelapang padi yang membekalkan beras dunia, seperti yang berlaku di Thailand sekarang memang membimbangkan kita.

Saya juga sedar bahawa kawasan untuk tanaman padi kita ini amat terhad dan semakin terhad. Ia diancam pula oleh pembangunan yang lain. Namun demikian, ada ruang lagi apabila kawasan-kawasan tanaman padi kita yang terhad keluasan ini, tetapi pengeluarannya amat rendah. Maknanya boleh dipertingkatkan lagi pengeluaran.

final • 4:40 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Ini termasuk juga kawasan yang ada di Jempol yang memerlukan kawasan ini diratakan dengan sistem saliran air yang lebih baik. Saya yakin dan percaya kalau kemudahan infrastruktur ini dapat kita pertingkatkan, kalau ianya di kawasan lain dapat 10 tan satu ekar, ia juga dapat diangkat ke 10 tan satu ekar. Kalau ini dapat kita berikan fokus dan tumpuan, saya yakin dan percaya keseluruhan kawasan-kawasan padi yang walaupun keluasannya amat terhad, tetapi kalau ditingkatkan pengeluarannya, saya yakin dan percaya ia akan dapat memberikan peluang yang lebih baik kepada pengeluaran padi yang cukup untuk menghasilkan beras negara. Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Lama menunggu hendak dapat bercakap ini. Terima kasih. Saya hendak rujuk kepada B.21 iaitu Butiran 010200; Butiran 010400; Butiran 080000; dan kemudian P.21 iaitu Butiran 00600, termasuk juga Butiran 120700; dan Butiran 010000. Saya sebut ini sebab masa ringkas, saya hendak rangkaikan semua sekali kerana ada kaitan.

Pertamanya Tuan Pengerusi, setiap tahun bila berlaku banjir, kerajaan mengganti rugi kepada petani-petani. Ini kita ucap terima kasih kerana di kawasan saya Pasir Mas boleh dikatakan 90 peratus bergantung pada pertanian. Akan tetapi masalahnya, bila berlaku banjir, ia mengambil masa yang panjang untuk kerajaan membayar ganti rugi.

Proses pendaftaran satu hal, kemudian berbulan-bulan lamanya barulah nampak ganti rugi itu. Boleh atau tidak pihak kementerian cari jalan bagaimana dapat dipercepatkan supaya bila berlaku banjir, bila kerajaan bayar ganti rugi, boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan atau dua bulan? Itu perkara yang pertama.

Perkara yang kedua, kerajaan banyak belanja dari segi bidang pertanian ini.

Daripada insentif pengeluaran padi, RM500 juta lebih tahun 2012, tahun lepas RM150 juta, lonjakan begitu banyak. Saya hendak tanya kenapa? Kemudian begitu juga ternakan lembu, kambing, binatang, import ikan, jadi semuanya kita lihat tidak begitu produktif dan kerajaan masih bergantung pada import berbilion ringgit dalam bidang makanan. Jadi, apa yang saya hendak tarik perhatian terutamanya negeri saya Kelantan.

final • 4:47 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Di negeri Malaysia Barat, kita lihat negeri-negeri ini telah berlaku transformasi ke arah perindustrian. Kalau ada pun tanah, sudah jadi ladang kelapa sawit. Tanah-tanah lot kecil-kecil yang boleh digunakan sebagai tanaman kontan contohnya, yang banyaknya di Kelantan dan di Kedah dan di utara. Akan tetapi tanah-tanah ini masih lagi terbiar seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Baling tadi saya bersetuju, kenapa?

Macam di Kelantan, kita ada KADA, kemudian kita ada LPP, di mana kekurangan?

Duit banyak, kakitangan pun ramai, saya tidak menyalahkan Menteri tetapi agensi yang dipertanggungjawabkan ini, kenapa? Kita tengok LPP, ‘hidup segan mati tidak mahu.’ Saya mencadangkan supaya dipinda undang-undang tubuh LPP, selama ini mereka memilih pemimpin berdasarkan demokrasi, ada yang jadi ahli LPP tidak pernah pun bercucuk tanam, cikgu sekolah, kontraktor dan macam-macam orang yang menjadi ahli. Kemudian mereka terpilih memimpin LPP, mereka tidak pernah pergi ke ladang. Jadi, kenapa tidak kita tentukan pimpinan peladang itu datang daripada peladang sendiri?

Kedua, sekarang ini pihak kerajaan, kementerian membayar pengurus kepada LPP tetapi tidak menjadi juga sebab mungkin pengurus ini rasa dia makan gaji, pergi pukul 8 balik pukul 4 petang, lembaga pula hanya sekadar untuk glamor bukan hendak mengerakkan supaya pertanian negara kita menjadi maju. Akan tetapi Tuan Pengerusi, mana-mana pun kita tengok pengurus-pengurus yang dipegang oleh mereka yang makan gaji, dia banyak tidak berjaya.

final • 4:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya hendak menarik perhatian supaya..., saya percaya Yang Berhormat Menteri ada baca buku Robert Kiyosaki dan Donald Trump yang mana dia menghuraikan melalui kajian yang begitu detail, iaitu rakyat ini dibahagi kepada empat quadrant, yang makan gaji, yang berniaga sendiri, yang ada perniagaan tetapi ada sistem, kemudian ada satu lagi melalui investment kalau dia ada modal besar.

Sebanyak 80 peratus kekayaan negara dimiliki oleh 20 peratus rakyat. Manakala 80 peratus rakyat hanya menikmati 20 peratus kekayaan ekonomi negara. Ambil contoh bagaimana McDonalds boleh berjaya, dahulu pengasas McDonald yang bernama Rayan kalau tidak silap saya. Saya baca di dalam buku, kemudian dia hendak memperbesarkan syarikat dia telah menubuhkan satu cawangan tetapi cawangan itu gagal, rugi sebab dia melantik manager. Akhir sekali dia tanya adik dia hendak berniaga atau tidak, dia kata, “Nah aku hendak ajar kamu berniaga.” Dia ajar, dia kata “Keuntungannya kamu bagi aku 4 persen sahaja.” Akhir sekali sistem ini berjaya dan inilah memulakan dunia francais daripada McDonalds yang diikuti oleh lain-lain pihak.

Ertinya mengikut kajian, mana-mana perniagaan ’sendirian berhad’. apatah lagi kalau ia diuruskan oleh orang-orang yang makan gaji semata-mata, 100 syarikat empat tahun tinggal satu sahaja, yang lain semua bungkus. Sama juga orang makan gaji, kakitangan kerajaan, bila pencen 100 orang seorang sahaja boleh hidup, yang lain tidak boleh hidup, tidak cukup, duit EPF pun tidak cukup. Jadi, moral yang saya bawa ini Tuan Pengerusi ialah kalau boleh Pengurus LPP ini, biar lembaga pengarah lantik dan bukannya dibayar oleh kerajaan lagi.

Ramai graduan-graduan pertanian, biar mereka lantik, cari orang baru yang berpengalaman menguruskan LPP dan kalau untung tentukan mereka diberikan 30 peratus, ada syer 30 peratus, ada peraturan dan panduan seperti ini. Saya rasa baru jadi, kalau tidak semua goyang kaki, sudahlah lembaga pengarah tidak dalam bidang pertanian, yang ini pula pergi pagi balik petang. Maka lihat, terbiarlah tanah-tanah, lalang tumbuh, tanah terbiar dan saya mencadangkan kalau kita membuat sistem ini satu LPP menternak lembu, satu LPP lagi menternak kambing, satu LPP menternak itik, telur itik pun susah hendak dapat sekarang ini, bukan main mahal sebab anak-anak sekolah makan telur itik termasuk Ahli Parlimen daripada Sri Gading yang sampai sekarang makan telur masin... [Ketawa] Jadi, boleh specialize satu LPP satu produk, selepas itu dibantu pula oleh KADA, agensi-agensi yang ada di peringkat negeri, kakitangan ramai, peruntukan banyak. Saya hendak tanya macam KADA ini, berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan untuk kegiatan sosial, lawatan ke luar negara atau dalam negeri dan keraian? Saya tengok kawasan saya di Pasir Mas, dahulu ada ladang tanaman padi, ladang rakyat dan banyak tanah-tanah ladang yang diuruskan oleh KADA dahulu sudah disewa. Akan tetapi saya lihat setelah saya balik, saya masuk ke kawasan saya dan lihat tidak ada padi pun yang menjadi, musim mana yang menanam? Selepas itu tanah-tanah terbiar sudah satu hal.

Tidak bolehkah inisiatif diambil oleh KADA atau LPP, supaya menghidupkan semula program tanaman kontan ini, belajar.

Saya cadangkan dahulu supaya pergi ke Thailand, saya hendak mengajak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini, kita pergi melawat ke Thailand, bukan kita pergi tengok dua tiga jam selepas itu kita balik, tidak boleh. Kita tengok macam mana jati diri petani- petani Thailand, apa teknologi mereka gunakan, kalau kerajaannya membantu bagaimana bentuk bantuan kerajaan. Lebih banyak agensi kita daripada pihak Thailand, kita belajar, jati diri mereka hebat tetapi sikap pegawai-pegawai pun tidak ramai tetapi bagaimana? Kita belajar, sebab saya tengok Kelantan dengan Thailand itu sebelah sahaja, ini kalau kita menanam cili, orang kampung kata saya adalah sedikit tanah untuk menanam cili, apabila dia sudah tanam takkan dia hendak makan semua cili itu, cili itu pedas, mestilah dijual sebahagiannya tetapi macam mana pula dengan pasaran?

Jadi LPP, kalau boleh berunding dengan koperasi pula, ada kerajaan beri peruntukan, LPP ini menjadi agensi yang membeli bahan-bahan pertanian kontan daripada ini daripada orang-orang kampung ataupun KADA. Kemudian KADA ataupun LPP dan LPP hantar kepada pusat TEMAN yang sudah ditubuhkan.

final • 4:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi, maknanya orang menanam kontan selain untuk menjadi kegunaan dia sendiri dan makan sendiri dia boleh jual tetapi dengan syarat apabila hasil itu sudah boleh dipungut, mereka ada tempat untuk menjualnya. Ini buah rambutan tidak boleh jual bukan musimnya, kalau durian pun melebih-lebih, ubi kayu tidak boleh jual, dahulu KADA menanam ubi kayu, suruh rakyat menanam ubi kayu, ada orang tanam ubi kayu untuk menjadi makan binatang ternakan, akhir sekali ubi kayu tidak dibeli, merana orang kampung. Ini betul sebelum zaman Yang Berhormat.

Jadi, kita kena tengok secara holistik, kena tengok menyeluruh masalah pertanian ini, bukan masalah padi sahaja, baik padi dan tanaman kontan supaya kita berjaya, berapa lama kita hendak bergantung kepada luar negara? Hasil import, sama juga dengan ikan.

Saya hendak meminta Yang Berhormat Menteri ini, tolong beri perhatian khusus kepada pengusaha bot laut dalam ini yang mana pengusaha bot laut dalam ini banyak awak-awak daripada Thailand ataupun memang disewa daripada tauke Thailand. Pergi berpuluh-puluh batu untuk menangkap ikan kemudian ikan ini dijual di tengah laut, naik atas bot siam balik ke Songkhla. Saya bercakap ini sebab saya tahu dan saya pernah pergi ke Songkhla. Saya orang Pasir Mas, bersempadan. Wakil rakyat sana, gabenor sana, jeneral sana semua saya kenal termasuk petani-petani. Yang Berhormat Sungai Petani kalau hendak berjalan ikut saya, selamat jangan takut dengan bom ini. Dengan saya selamat, insya-Allah, tidak ada, saya cuma tahu.

Jadi belajar dengan mereka, tanah sama, cuaca sama tetapi kita ini banyak yang tidak menjadi, tengok ini saya bawa contoh Tuan Pengerusi, saya tengok contoh ini...

[Menunjukkan baja berkaitan] Ini baja.

Ini Baja Insentif Pengeluaran Padi Kerajaan Persekutuan (Bantuan Input Pertanian), baja semburan dedaun, ini. Siapa yang dapat kontrak saya tidak tahu, petani tidak hendak kerana tidak berkesan penyembur ini, tidak boleh lawan... kalah dia, kalah racun jadi membazir. Berapa banyak kerajaan belanja ini, saya bawa contoh ini..., dengar Yang Berhormat ya, kita bawa contoh ini. Cuba bawa balik dan gunakan.

Jadi, sebab itu petani-petani kita hilang jati diri, jadi bagaimana cara kita hendak memulihkan keadaan ini supaya negara kita terutama Kelantan, saya sebutkan ini di hadapan Kerajaan Pusat Yang Berhormat Menteri sebab hendak mengharapkan kerajaan negeri tidak boleh, jabatan pertanian tidak ada benda pun. Dia tidak ada, tidak boleh, yang tumbuh banyak sepanduk ceramah bukan tanaman-tanaman. Kalau kita pandang balik masuk kampung poster itu, poster ini tetapi tengok-tengok buah dukung pun tidak menjadi, kalau tanam pokok buah-buahan pun tidak berapa menjadi. Akhir sekali semua bergantung kepada Thailand, nasib baik ada Thailand.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

...Kalau tidak ada negara Thailand saya percaya nahas kita, baik beras, betul, kita mengimport beras tetapi sebenarnya saya tidak hendak cerita sahaja bagaimana benda-benda ini masuk, kalau benda ini tidak masuk Tuan Pengerusi, barang-barang naik lagi, tidak ada hasil.

final • 4:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tahu, saya tengok pukul 3 hingga 4 pagi, saya orang Pasir Mas, saya Ahli Parlimen Pasir Mas macam mana kereta berlumba pada pukul 4 pagi macam di Mexico, terbalik satu kereta Kancil, lapan keluar Yang Berhormat. Rupa-rupanya orang Bangladesh lapan orang duduk masuk dalam... [Ketawa] Lepas itu kereta Kancil tengok berapa pikul beras, gula hendak masuk ke Thailand dan memang tidak berupaya hendak tangani ini tetapi apa pun kalau hasil pertanian kita berjaya atau menjadi, saya percaya kita boleh kurang kegiatan ini. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat selepas ini, KKLW iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang juga akan didebatkan secara panjang. Saya akan hentikan setakat pukul 5.30 petang nanti.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Selepas itu kita minta Yang Berhormat Menteri menjawab dan ada tiga orang lagi, masa 10 minit dan yang tidak sempat panggil itu, minta maaf banyak-banyak dan pukul 5.30 petang kita berhenti. Saya beri kepada Yang Berhormat Jempol.

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Jempol tidak ada, sudah.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Minta Tuan Pengerusi...

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Minta Yang Berhormat Lenggong, minta maaf. Yang Berhormat Jempol sudah tadi.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Pengerusi, diminta untuk tambahkan masa. Setengah jam sahaja dan ramai hendak bercakap, bila lagi hendak bercakap. Okey ya Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apa selepas ini Yang Berhormat Ampang boleh bercakap. Pukul 5.30 petang Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tidak boleh Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri akan menjawab satu jam setengah.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Pengerusi kena adillah, kita semua...

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya tengah adillah ini, duduk sini perlu urus waktu juga Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Nanti tidak boleh celah, Menteri tidak kasi celah.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya sila Yang Berhormat Lenggong.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Menteri dah cabar saya suruh duduk dalam Dewan tadi.

final • 5:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 120000, khusus kepada Butiran 120300, saya ingin mendapat maklumat secara terperinci kepada pihak kementerian sejauh mana MAHA yang kita laksanakan setiap tahun yang begitu baik memberi kesan kepada industri pertanian dalam negara ini. Saya lihat kalau kita tidak manfaatkan dengan apa yang telah kita lakukan melalui MAHA, sudah tentu ia akan merugikan kepada kita. Sebab itu apakan kesan dari segi industri pertanian kepada negara kita.

Seterusnya Butiran 120900 berkaitan dengan subsidi harga beras. Juga secara ringkasnya, saya minta kementerian menyatakan jumlah subsidi beras yang telah diberikan oleh kerajaan kepada industri ini.

Seterusnya Butiran 130000 – Dasar Baru, bagi..., terperinci ialah Butiran 130200 – TEKUN Nasional. Saya ingin mendapat penjelasan kementerian, apakah program yang telah kita laksanakan ini benar-benar mencapai sebagaimana yang kita sasarkan? Apakah target group yang kita sasarkan itu benar-benar menepati apa yang kita inginkan? Juga usaha kerajaan melalui TEKUN ini untuk menggalakkan kewujudan lebih ramai peniaga kecil yang selama ini kita lihat begitu banyak dapat benar-benar memberi kebaikan kepada mereka. Apakah kadar balik pembayaran pinjaman TEKUN ini yang dilakukan oleh peminjam-peminjam kepada TEKUN dapat dilakukan secara berjadual atau apakah boleh kementerian memaklumkan apakah kadar bayaran balik oleh peminjam-peminjam yang mempunyai masalah dan sebagainya.

final • 5:01 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sambil itu Butiran 10730 bersama Butiran 10750; dan Butiran 21700 berkaitan dengan veterinar dan juga ternakan lembu ini. Saya ingin mendapat pandangan kementerian. Hari ini kita dapat lihat begitu banyak terutama sesetengah kerajaan negeri mengazetkan kawasan-kawasan tertentu untuk dijadikan kawasan-kawasan padang ragut untuk projek ternakan lembu, rusa dan sebagainya. Namun mungkin ada juga kekangan di situ apabila hak milik tanah berkenaan dimiliki oleh kerajaan negeri, sudah tentu ada sedikit kesukaran dan ada berapa kelemahan di situ untuk membolehkan pihak kementerian membangunkan secara lebih berkesan.

Kita juga dapat lihat bahawa kita tidak berusaha untuk membangunkan kawasan berkenaan dan dibiarkan, ia akan menyebabkan banyak kawasan berkenaan di ceroboh oleh orang-orang tertentu untuk melakukan usaha-usaha penanaman getah dan sebagainya. Ia juga akan beri kesan kepada jumlah kawasan ternakan yang sepatutnya dimiliki untuk membolehkan negara ini menyediakan keperluan lembu dan sebagainya untuk keperluan dalam negara ini. Oleh sebab itu saya ingin mendapat penjelasan pihak kementerian, apakah usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk membolehkan kita manfaatkan sepenuhnya kawasan-kawasan yang banyak telah digazetkan untuk industri ini untuk kita dapat manfaatkan sebaik mungkin. Itu sahaja secara ringkasnya, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:01 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ampang.

final • 5:01 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi saya hendak membangkitkan Butiran 030000, 21700, 10710, 10750, 29000. Ini semua berkaitan dengan lembu Tuan Pengerusi. Jadi memandangkan dalam keadaan yang ekonomi meruncing sekarang, hidup rakyat susah kerana barang naik. Jadi lembu lagi baik kerana lembu dapat tanah lima ekar. Jadi inilah ‘Kerajaan Lembu 1Malaysia’... [Dewan riuh] Jadi alasan Yang Berhormat Rembau kononnya perkara ini baru dilaksanakan bermula tahun 2008, kita tidak ambil kira. Kita orang yang waras, kita tidak macam kerajaan yang ada, lembap. Bila lancarkan, tiga tahun kemudian baru hendak laksana. Kita memang mengambil kira perbahasan kita daripada tahun 2008. Jadi dalam masa tiga tahun ini, duit dapat RM250 juta. Tahun 2009, duit Mac sudah dapat RM250 juta. Akan tetapi apa yang menghalang National Feedlot ini untuk melaksanakan objektifnya, saya tidak tahu.

Kenapa mereka gagal untuk menepati sasaran, jumlah ternakan lembu yang 60 ribu ekor setahun. Kenapa mesti gagal walaupun sudah dapat wang RM250 juta, dengan fixed deposit lagi RM666 juta tetapi masih gagal lagi untuk membekalkan 40 peratus permintaan daging, masih gagal lagi untuk membangunkan penternak kecil, masih gagal lagi untuk membekalkan baja organik, masih lagi gagal untuk membekalkan ternakan bermutu, masih lagi gagal untuk membina rangkaian penternak kecil.

Jadi saya pun rasa Tuan Pengerusi, akaun ini adalah akaun escrow account bermakna bahawa setiap perbelanjaan harus diteliti kerana ini dana amanah rakyat, ini duit rakyat. Jadi kenapa tidak diteliti dahulu sebelum wang-wang ini dikeluarkan seperti yang dikeluarkan kepada dua syarikat iaitu syarikat National Meat and Livestock dan syarikat Real Food yang mana kita pun rasa kecewa tergamak, tergamak National Feedlot untuk menyalurkan wang atau memindahkan wang dari dua syarikat ini tanpa siasat dan apa yang menyedihkan lagi nama-nama dalam pemilik syarikat ini adalah nama Mohamad Salleh dan binti dan bin Mohamad Salleh.

Bagaimana kerajaan boleh membiarkan ini berlaku, apakah yang disebutkan tender proses dan sebagainya. Kata bukan direct nego tetapi ada enam syarikat tetapi kenapa dua syarikat ini diberikan untuk menjalankan, untuk dipindahkan wang kepada syarikat ini...

final • 5:06 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Ampang.

final • 5:06 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:06 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tidak kira apalah tetapi kenapa semua Salleh and the gang.

final • 5:06 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Kedah bangun Yang Berhormat.

final • 5:06 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kenapa Yang Berhormat Kota Belud? Jawab, kenapa Salleh and the gang?

final • 5:06 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan[Kota Belud]

No, fakta Yang Berhormat Ampang tidak betul. Fakta...

final • 5:06 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sudah banyak kali sudah beri jawab, sudah lima kali Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 5:06 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Yang Berhormat Kota Belud tengok ini, ada bukti ini...

final • 5:06 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan[Kota Belud]

Apa bukti, itu rekaan politik semata- mata.

final • 5:06 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Mohamad Salleh and the gang...

[Dewan riuh]

final • 5:06 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan[Kota Belud]

...Belajar daripada apa yang salah...

final • 5:06 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Ini yang kita pertikaikan Tuan Pengerusi.

final • 5:06 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Ampang minta penjelasan.

final • 5:06 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan[Kota Belud]

Semua tidak betul.

final • 5:06 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

sekejap ya, Yang Berhormat Kota Belud duduk. Yang Berhormat Ampang, tadi bila Yang Berhormat sebut soal pandangan Yang Berhormat Rembau yang mengatakan bahawa ada projek-projek satelit di bawah NFC ini.

final • 5:06 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Adakah Yang Berhormat Ampang rasa 53 yang dicadangkan oleh NFC dan Yang Berhormat Rembau sebut 23 sudah operasi dalam masa tiga tahun. Adakah wujud ini projek-projek satelit untuk supply lembu-lembu untuk NFC. Adakah benda itu wujud dan minta penjelasan Yang Berhormat Ampang. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Saya tidak tahulah kalau Yang Berhormat Rembau satu daripada penternak satelit itu saya tidak tahulah. Akan tetapi, yang jelas dan nyata bahawa sasaran 310 penternak kecil tidak tercapai. Dengan wang RM250 juta telah disalurkan patutnya mampu National Feedlot untuk melaksanakan sasaran ini.

Yang Berhormat Rembau memang dia tidak cari lembu mungkin dia cari kerbau.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak tanya soalan...

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Rembau bangun Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tidak mengapalah Yang Berhormat Rembau duduk, duduk... [Dewan riuh]

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak ada salah dia sebut 5,000 ekar. Lima ribu ekar kita hendak jelaskannya tersebut.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tidak payah, tidak payah.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Menyampuk] Itu kerajaan negeri...[Dewan riuh]

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kita cakap mengenai lembu tidak mahu terima sudahlah Tuan Pengerusi.

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu sebabnya tidak boleh main.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang soal satelit saya hendak tanya kepada beliau soal akaun itu tadi.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Pengerusi, ini kita hendak tanya Astro akaun ini.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kalau Oxford mesti pandai kalau akaun ini. Kena diteliti.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak saya hendak tanya soalan.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kena diteliti duit keluar masuknya.

Akan tetapi, kenapa tidak diteliti. Boleh senang-senang pindahkan duit kepada syarikat- syarikat ini.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya hendak tanya soalan.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat Rembau. Tidak bagi jalan.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tanpa disemak dan disiasat. Jadi inilah yang kita rasa kecewa Tuan Pengerusi bahawa wang sebanyak RM250 juta wang rakyat, rakyat dizalimi dengan diberikan kepada kroni-kroni dan hampir-hampir dapat kroni...

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sebab itu Tuan Pengerusi, saya hendak tanya kita minta pencelahan.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Bukan satu syarikat, dua syarikat saling-saling geng.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat Ampang?

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Minta penjelasan sebab buat tuduhan yang lama, yang amat berat.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Dua syarikat bukan satu. Dua syarikat orang yang sama. Apa ini Tuan Pengerusi?

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Akan tetapi, kita minta penjelasan. Bagilah penjelasan.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat Ampang ini dia tahu kah tidak bagaimana ia dikendalikan?

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat hendak bagi jalan ke tidak bagi? Hendak bagi jalan?

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tidak, tidak, tidak bagi jalan yang itu sudah cukup.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Macam mana dia lepas begitu sahaja dia tidak bagi kita peluang untuk tanya soalan.

final • 5:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Nanti saya bagi ini. Saya bagi ini nanti... [Menunjuk dokumen berkaitan]

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Minta Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan. Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan tentang kedudukan ini ya.

final • 5:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak berani, tidak berani bagi pencelahan.

final • 5:10 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Kita tidak mahu Kerajaan Malaysia menjadi kerajaan lembu 1Malaysia. Sekian, terima kasih... [Dewan riuh]

final • 5:10 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Pasir Salak... [Menyampuk]

final • 5:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hebat-hebat semua ini. Bagi Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 5:10 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Pasir Salak tengok.

final • 5:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya pun dulu sebenarnya ada buat kertas kerja projek lembu fidlot ini. Dahulu banyak tahun dulu. Akan tetapi, tidak menjadi kenyataan kerana tidak mendapat modal. Tidak dapat modal jadi tidak buatlah. Hari ini orang lain yang buat. Sebelum saya sentuh itu saya hendak sentuh perkara saya dululah ya. Tuan Pengerusi, saya hendak merujuk kepada Butiran 01300, 10500, 12500 dan juga 040700.

Tuan Pengerusi, projek Sungai Manik, Kerian Sungai Manik. Saya minta..., saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menunjukkan sikap yang begitu ambil berat terhadap masalah petani khususnya di Sungai Manik di kawasan saya dalam Parlimen Pasir Salak di mana Yang Berhormat Menteri for the record tidak keberatan untuk meninjau sendiri permasalahan dan juga menjawab telefon kalau sekiranya ada apa-apa perkara-perkara yang berbangkit. Terima kasih banyak- banyak bagi pihak petani Sungai Manik.

Namun begitu, petani-petani Sungai Manik menghadapi masalah dalam masa pelaksanaan projek ini. Ini disebabkan oleh pegawai-pegawainya, pegawai-pegawai Menteri yang membuat kerja saya rasa sambil lewalah ataupun tidak ada perasaan keprihatinan kepada petani-petani. Mereka tidak turun padang melihat bagaimana projek-projek dilaksanakan dan membiarkan kontraktor membuat kerja sesuka hati, tidak mengikut spec dan sebagainya. Di mana kontraktor yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan dan cuba menjimatkan kos dengan membuat kerja-kerja yang tidak mengikut standard yang ditetapkan oleh pihak kerajaan apabila tender itu diberikan kepada mereka.

Ini amat malang sekali apabila kita melihat peruntukan yang begitu besar kepada pengurusan Kementerian Pertanian berbilion ringgit. Kalau kita lihat daripada carta ini dia jumlah mengurus RM3.7 bilion dibandingkan dengan peruntukan pembangunan cuma RM930 juta.

final • 5:12 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi dengan jumlah kakitangan yang begitu ramai dan peruntukan untuk membiayai dan membayar gaji serta elaun mereka yang begitu banyak sekali kita merasa hairan kenapa pihak kementerian, kakitangan mereka, pegawai-pegawai mereka, jurutera mereka seolah-olahnya tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan projek ini dengan sebaik mungkin.

Walaupun ada jawapan yang diberikan bahawa projek sedang dalam pelaksanaan dengan sebab itu petani diminta untuk bersabar sehingga projek siap. Akan tetapi Tuan Pengerusi, memang kita mengaku belum lagi siap. Namun begitu tidak bermakna dalam tempoh bermusim-musim dan bertahun-tahun petani hendak kita biarkan menanggung kerugian begitu banyak dan juga menghadapi masalah untuk mengusahakan pertanian mereka disebabkan projek dalam pelaksanaan. Kalau ianya makan masa selama sepuluh tahun bagaimana? Apakah sepuluh tahun petani perlu dengan izin, suffer, ataupun menderita disebabkan alasan bahawa projek ini dalam pelaksanaan.

Kalau kita melihat projek ini sudah pun lebih lima tahun. Masih belum siap.

Mungkin masa sepuluh atau lima belas tahun baru siap sepenuhnya. Adakah kita berasa senang hati melihat petani-petani menderita selama tempoh sepuluh, lima belas tahun.

Tentunya tidak sama sekali.

Tuan Pengerusi, jadi saya meminta Yang Berhormat Menterilah untuk tukar sahaja pegawai-pegawai yang kalau tidak minat bekerja itu ataupun tidak hendak menunjukkan pertanggungjawabannya gantilah dengan pegawai yang lain.

Tidak ada masalah saya kira. Tunjukkan Yang Berhormat Menteri berkuasa.

Bukan pegawai yang berkuasa. Gunakan kuasa itu dengan sebaik-baiknya. Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah membantu petani-petani Tionghoa di kawasan saya di kampung Jerjak di mana masalah mereka untuk menjual padi keluar daripada negeri Perak, membebaskan mereka daripada cengkaman kilang-kilang tempatan yang berpuluh tahun mencengkam mereka dan menindas mereka disebabkan monopoli yang diberikan. Monopoli atau oligopoli yang mana betul saya pun tidak tahu menyebabkan mereka menekan harga petani-petani. Ya, saya bersama-sama dengan petani Jerjak.

Petani Tionghoa dalam hal ini.

final • 5:12 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apabila mereka membangkitkan bahawa adalah tidak adil bagi mereka yang mengeluarkan belanja yang begitu banyak dan bekerja siang dan malam, tidak kira hujan ataupun panas. Apabila sampai masa padi hendak dijual, mereka ditekan dan tidak mendapat harga pasaran yang sepatutnya. Saya sebagai wakil rakyat Pasir Salak akan terus membela mereka dan saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menunjukkan sikap yang baik dan mahu membantu petani-petani saya di kawasan saya yang saya sebutkan tadi.

Tuan Pengerusi, kalau sekiranya sebagai satu komen ataupun nasihat saya kepada kilang-kilang tempatan, local mills, saya rasa mereka tidak perlu bimbang akan ketiadaan atau kekurangan bekalan padi untuk kilang-kilang mereka. Begitu juga pegawai- pegawai kerajaan yang di belakang mereka, mereka tidak perlu bimbang dengan kerisauan bahawa kilang-kilang tempatan ini tidak mendapat bekalan padi kalau sekiranya dibenarkan dijual ke kilang di luar dari negeri. In this case, dalam hal ini, negeri Perak. Kalau sekiranya pihak kilang tempatan bersedia untuk menawarkan harga pasaran, harga yang berpatutan.

Mereka tidak akan mendapat padi, bekalan padi, kerana mereka tidak mahu memberikan harga pasaran yang sepatutnya diperoleh oleh petani-petani.

Jadi, janganlah takut dengan apa-apa perkara yang tidak wujud. Buatlah dengan secara betul, insya-Allah, tidak ada kekurangan bekalan padi. Saya rasa petani-petani tidak berhajat untuk bersusah-payah menjual padi mereka ke luar. Menjual padi ke luar dari negeri lebih susah. Ada masalah transport, masalah itu masalah ini. Mereka lebih rela ataupun lebih suka untuk menjual kepada kilang tempatan. Akan tetapi masalahnya harga itu mestinya suatu harga yang adil, yang berdasarkan pada permintaan dan penawaran yang di peruntukkan, diputuskan oleh supply and demand yang menentukan harga.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Di samping itu Tuan Pengerusi, saya juga ingin membawa pada perhatian Menteri berhubung insentif peningkatan hasil padi. Kerajaan telah pun melancarkan ataupun melaksanakan satu skim yang seperti ini untuk menghargai dan mengiktiraf peranan petani- petani padi. Di samping itu juga untuk membantu kerajaan meningkatkan bekalan makanan utama negara kerana kita sentiasa bercakap tentang masalah food security, insecurity.

Food security adalah satu perkara yang amat penting, satu agenda negara yang sedang diusahakan dan petani-petani padi sanggup bersama-sama kerajaan menjadi rakan kongsi kepada kerajaan untuk menjayakan agenda nasional ini.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Habiskan Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Akan tetapi, apabila projek ini dilaksanakan ataupun skim ini dilaksanakan Tuan Pengerusi, kerajaan tidak konsisten dalam mengagihkan insentif ini. Ada masanya diberikan, ada masanya tidak. Ada masanya dilewatkan. Ini semua berlaku, ia tidak memberikan kebaikan kepada sesiapa juga pihak sama ada petani atau kerajaan ataupun rakyat pada keseluruhannya. There will be no one that will win, everybody lose, dengan izin.

Selain daripada itu Tuan Pengerusi, sedikit lagi saya mohon izin, menyentuh soal subsidi baja. Perkara 120500. Subsidi baja mendapat peruntukan yang begitu banyak sekali. Kita lihat di situ... [Merujuk Anggaran Perbelanjaan] Jumlah RM400 juta lebih. Kita tahu bahawa hanya satu pembekal sahaja iaitu NAFAS yang membekalkan baja kepada petani-petani. Sekarang yang menjadi complaint daripada petani-petani ialah baja-baja ini kebanyakannya tidak berkualiti. Tidak membantu untuk meningkatkan hasil atau produktiviti petani-petani itu.

Jadi, ini yang dipersoalkan. Soal memberi bekal kepada sebuah syarikat, dua syarikat itu tidak penting asalkan ia dilaksanakan dengan betul dan baik. Apalah salahnya sebuah syarikat diberikan kalau ia boleh mengendalikan perniagaan itu dengan baik.

Biarlah dia menjadi kaya-raya kerana kekayaan mereka itu akan membantu membangunkan negara dan ekonomi rakyat. Tidak ada jadi masalah. Jangan kita berdengki apabila orang mendapat peruntukan, kita dengki. Orang buat itu, kita dengki. Tidak tahu pun hendak campur tangan juga.

Soal fidlot. Saya hendak menyentuh di sini, soal itu ialah pinjaman daripada kerajaan. Kalau syarikat itu rugi pun, dia bayar balik. Dia punya pasallah. Dia hendak bayar dengan cara bagaimana pun dan mana ada perniagaan yang boleh jamin terus keuntungan. Yang Berhormat saudara-saudara sekalian, tidak ada satu perniagaan yang boleh menjamin keuntungan. Saya hendak beritahu satu contoh, Tun Dr. Mahathir.

final • 5:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Dengar Yang Berhormat Ampang.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sedikit sahaja lagi Tuan Pengerusi. Tun Dr. Mahathir dimaki, dihamun kerana kerugian ke atas projek Proton Saga dan saya sendiri salah seorang daripada mereka semasa itu. Seorang pemimpin muda yang agresif, tidak sabar dan begitu kononnya prihatin pada masalah wang rakyat dan sebagainya. Saya menuduh Tun Dr. Mahathir menghabiskan duit rakyat dengan projek Proton Saga tetapi apa yang jadi?

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Rugi!

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kerugian semasa itu sudah ditebus dengan keuntungan pada hari ini... [Tepuk] Kejayaan hari ini boleh mengatasi segala kerugian yang lalu. Ini perniagaan. Yang penting...

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Akal pendek.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Kita doakan. Doakan kejayaan. Bukan yang kita doakan ialah daripada hati perut yang busuk, yang ingin melihat orang lain jatuh! Bukannya hendak melihat orang lain berjaya. Orang yang macam ini, terimalah. Tuhan tahu. Tidak perlu sorok. Pakai tudung litup pun hati perut busuk! Tuhan tahu!... [Ketawa] [Dewan riuh]

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Ketawa] Pakai tudung litup tidak bermakna seseorang itu dia beriman... [Dewan riuh] Dan iblis pun berlindung di tepi tudung-tudung itu.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Iblis pun boleh bergantung di bawah janggut pun... [Ketawa] Termasuk janggut Yang Berhormat Pokok Sena itu.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Janggut orang yang cakap itu pun sama.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

‘Pokok’ saya, tidaklah.

Janggut saya. Pokok saya pula... [Ketawa] [Disampuk] Akhir sekali Tuan Pengerusi...

[Ketawa] [Dewan riuh] Pembangunan pertanian ini.... [Disampuk] Sekarang zaman sudah berubah. Ya, bercakap soal transformasi. Transformasi kerajaan, transformasi ekonomi, transformasi itu termasuk transformasi politik dan berbagai lagi. Tidak ketinggalan juga, kita ingin melihat transformasi berlaku di dalam sektor pertanian.

Yang Berhormat Menteri, transformasi dalam sektor pertanian, kita sudah masuk ke dalam millienium yang ke-21. Jangan lagi petani-petani kita macam juga dalam tahun 60-an, 70-an. Hari ini petani-petani tidak lagi turun ke bendang. Dia tidak turun. Hari ini petani-petani ini adalah merupakan usahawan, entrepreneurs. Yang bekerja di bendang ialah pekerja asing, Indonesia kebanyakannya. Jangan ingat orang tempatan kita yang sekarang ini yang turun ke bendang. Tidak lagi. Kalau ada pun bilangannya kecil.

Peratusannya kecil. Jangan disebabkan itu, senario pertanian, sektor pertanian sudah berubah. Jadi saya tidak ada masa panjang. Mungkin dalam kesempatan yang lain kita boleh bincang bagaimana kita perlu menyesuaikan sektor pertanian dalam arus perubahan transformasi yang perlu dilakukan ini. Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat. Sudah cukuplah. Kita mula dengan 13 orang. Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Belud pun sudah berucap, Yang Berhormat Hulu Terengganu sudah berucap. Cukuplah Yang Berhormat. Silalah Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada 13 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan begitu prihatin mengenai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga isu-isu yang berkaitan dengannya. Pertama, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rembau yang memberikan fakta yang betul dan saya hendak terangkan perlahan-lahan supaya sahabat saya Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Ampang, rakan-rakan sebelah sana, jangan kita selesaikan di luar. Saya bersedia untuk memberikan jawapan dalam Dewan ini.

Pertama, projek Fidlot Nasional memang dalam RMKe-9. Kita rancang RMKe-9 bermula tahun 2006, sebab itu kita buat tawaran, buat invitation. Mana-mana syarikat yang boleh memenuhi perancangan kita, maka kita akan beri peluang. Sebab itu ada enam syarikat yang dijemput, yang menawarkan diri mungkin salah satunya daripada Berhormat Pasir Salak yang datang meyakinkan jawatankuasa bahawa mereka boleh mencapai sasaran seperti yang disebutkan iaitu 266,000 ekor. Itu pertama. Jadi apabila terpilihnya Syarikat AgroScience yang dikatakan berkaitan dengan Ketua Wanita dan sebagainya, itu bukannya direct nego. Ini yang pertama kena jelas, ia bukan direct nego, ia ada pembentangan.

final • 5:30 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Daripada ucapan-ucapan yang diberi tadi jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang tidak berapa jelas apa yang dia cakap. Pertama, untuk mencapai sasaran 266,000 ekor ini Yang Berhormat Machang, ia bukan sahaja bergantung kepada Syarikat AgroSciences yang dikaitkan dengan Menteri ini. Ada tiga pihak yang kena mainkan peranan. Pertama ialah Syarikat AgroSciences yang sepatutnya mengeluarkan 60,000 ekor. Kemudian kita juga minta syarikat yang terpilih yang kedua iaitu Syarikat Lamberts dari Australia. Dia pun tidak tahan, dia pun lari sudah. Kita sudah bagi dia tanah.

Tanah sebenarnya 5,000 ekar. Ini nak beritahu. Tanah seluas 500 ekar kita bagi kepada Lamberts, 1,500 ekar kita bagi kepada AgroSciences. Bukan kita bagi, disewakan, dipajak oleh kerajaan negeri. Tanah itu kerajaan negeri punya. Dan 3,000 ekar lagi balance tanah ini diambil balik oleh kerajaan negeri untuk membuat projek-projek pertanian termasuk kita hendak buat lembu. Jadi tanah yang kita kena terangkan ialah mengenai 1,500 ekar. Yang 500 ekar ini dia lari sudah. Itu yang dalam audit yang tengok kita pagar jatuh sebab kita sudah belanja berpuluh juta sudah untuk kita hendak memulakan projek ini.

Baik, macam mana projek ini kita hendak mula? Bila kita sudah pilih dua syarikat, maka kerajaan telah pun memberikan peruntukan untuk kita membuat prasarana untuk 5,000 ekar ini pada mulanya. Bila kita bagi 5,000 ekar, kita buka tender terbuka. Bila kita buka tender terbuka, syarikat yang dapat ini dia lewat siapkan projek tapak. Mungkin juga salah satu sebab Syarikat Lamberts dari Australia ini lari mungkin kerana lambat, lambat siap tapak ini. Lambatnya sampai setahun lebih. Sepatutnya projek ini bermula pada tahun 2007 ataupun 2008 tetapi dia tidak boleh hendak take off lagi sebab rumput semua tidak selesai lagi. Baik.

Oleh kerana kelewatan ini, maka Syarikat AgroSciences ini dia telah pun membuat rayuan balik. Dia buat rayuan dia kata sebab tempoh masa ada lagi lebih kurang tiga tahun dan projek ini lambat hendak take off, maka dia buat rayuan balik. Maka dia buat kajian semula, dia kata, okey, dia akan keluarkan dalam 8,000 ekor menjelang tahun 2011. Maka dikajikan balik, maka Kementerian Kewangan meluluskan, dan setuju untuk 8,000 ekor.

Sebab itulah kalau kita baca Laporan Audit, memang sasarannya sampai 8,000 ekor tetapi yang disembelih lebih kurang 5,000 ekor lebih pencapaian daging yang dia patut capai.

Maka kita lihat daripada Laporan Audit sendiri, Yang Berhormat baca balik Laporan Audit bahawa kena tengok yang 8,000 ekor. Maka telah pun mencapai sasarannya 8,000 ekor.

Syarikat Lamberts patut keluarkan 20,000 ekor, dia sudah lari, dia sudah tidak ada.

Kemudian, sasaran pembinaan 310 ladang satelit ini. Ini hendak kena jelas. Ini ialah peranan kerajaan, peranan Kerajaan Persekutuan. Ia ada perjanjian. Dalam perjanjian itu ia ada sebut apakah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan apa pula tanggungjawab syarikat. Yang hendak menyediakan satellite farm ini ialah kerajaan kita, kementerian sayalah. Dalam kita menyediakan satellite farm ini, kita telah pun lihat bahawa dengan kemampuan kita yang ada, dengan peruntukan kita yang ada, maka sekarang ini target kita ada 67 satelit tetapi sekarang ini kita baru siap 53 satelit. Daripada 53 satelit ini, yang ada taker yang ada operasi ada 23 buah. Ini bermakna kita ada 30 lagi kosong.

Teorinya cukup mudah, di mana setiap satelit ini dia mesti menghasilkan 300,000 ekor lembu satu pusingan kalau lembu ini diambil dari Thailand. Bermakna dalam satu tahun, satu satellite farm ini, dia mesti melibatkan tiga pusingan. Bermakna dalam satu tahun, 900 ekor dalam satu satellite farm. Itu kalau diambil lembu dari Thailand. Akan tetapi kalau dia ambil lembu dari Australia, dia hanya boleh buat satellite farm ini satu pusingan 200 ekor. Dalam 100 hari dia mesti jual lembu ini. Kalau dia lebih daripada 100 hari, lebih tiga bulan maksudnya, dia akan mengalami kerugian. Jadi untuk kita hendak mencari taker ini, kalau Yang Berhormat Machang sedia, Yang Berhormat Ampang juga bersedia, saya janji dengan Yang Berhormat, saya bagi dua satellite farm pada Yang Berhormat. Teorinya mudah sahaja Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 5:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Nanti dahulu, saya bagi habis satellite farm ini dahulu. Ini saya cakap ikhlas, memang kita ada kosong 30 lagi. Kita sudah siapkan 53 dan masih ada 30 lagi kosong, no taker. Jadi teori taker ini senang sahaja.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kalau Yang Berhormat ambil satellite farm ini, mampu atau tidak Yang Berhormat memenuhi apa unjuran kita iaitu dalam satu satellite farm, kalau beli lembu Australia, satu tahun Yang Berhormat kena lahirkan 600 ekor satu satellite farm.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Masalah kita sekarang ini siapa hendak jadi taker? Taker tidak ada. Yang kata National Feedlot ini, dia sebagai integrator. Kalau ini sudah ada, sudah ada semua ini, kalau 310 ini sudah jalan, maka National Feedlot yang akan membelinya. Sekarang ini untuk mencari taker ini, sampai sekarang ini Yang Berhormat, saya masih mencari siapa yang sanggup menjadi taker. Saya offer kepada Yang Berhormat dari pembangkang kalau ada sesiapa berminat, saya akan bagi satellite farm ini. Ini janji saya, boleh rekodkan. Yang Berhormat penuhkan hasrat ini. Itu daripada segi unjuran.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Kedah, sebentar Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Jadi saya hendak betulkan fakta bahawa yang mengatakan bahawa National Feedlot ini mesti keluarkan 266,000 melalui AgroSciences, itu tidak tepat, tidak tepat Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat sudah tengok Audit, Audit sudah buat laporan tetapi nampaknya Yang Berhormat cuba spin isu ini, menceritakan yang 266,000 ini, 310 di dalam tanggungjawab kita sendiri belum dapat memenuhkan lagi, in fact sekarang, sebab apa kita tidak boleh 310? Kita sudah siap 53 ini pun 30 masih kosong lagi. Yang Berhormat hendak satu satellite farmkah?... [Ketawa] Hendak, saya boleh bagi Yang Berhormat pegawai pertanian dahulu bukan saya tidak tahu.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Hendak minta penjelasan, di Dewan ini kita minta penjelasan.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey tidak apa saya bagi. Satu isu kita pakai.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri terima kasih atas ruang yang diberi. Saya hendak minta penjelasan lanjut berkaitan dengan 23 satellite farm yang telah pun sudah operasi. Bolehkah kita tahu nama-namanya dan di mana di lokasinya dan siapa pemiliknya?... [Dewan riuh] Lebih detail. Kedua, soalan mudah sahaja, saya direct to the point. Soalan kedua berkaitan dengan syarikat yang terpilih AgroSciences ini agak meragukan. Apa yang kami sebut di dalam Dewan ialah soal pemilikannya dimiliki oleh satu keluarga. Bermakna business yang lebih efisien, yang lebih telus, tidak ada, tidak nampak. Bapanya director, anaknya berusia 36 tahun, 27 tahun...

final • 5:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, Yang Berhormat saya rasa cukup setakat itu. Yang Berhormat jangan..., satu-satu isu dahulu. Yang Berhormat jangan hendak drag isu yang lain. Satu-satu Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak payah tanya saya 23 siapa yang dapat? Saya offer pada Yang Berhormat. Lima saya offer Yang Berhormat kalau hendak. Jangan hendak fikir siapa dapat. Pembangkang jangan fikir siapa dapat, saya offer sekarang, Yang Berhormat buat.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Saya hendak tahu lokasinya di mana, lokasinya di mana?

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, saya bagi bertulislah. Lebih baik Yang Berhormat tanya saya di mana lokasi yang belum beroperasi, yang sudah beroperasi hendak tanya buat apa orang sudah mula, yang belum beroperasi. Okey, kalau Yang Berhormat betul-betul ikhlaskan.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Menteri, sedikit celah sedikit mengenai...

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak, Yang Berhormat Ampang ini tidak...

[Dewan riuh]

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Celah sebentar, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Ampang.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Cuma hendak tanya sedikit.

Kenapa dan sebab-sebab kegagalan untuk mendapatkan operator-operator ini?

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Macam mana?

final • 5:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Sebab-sebab kegagalan operator untuk satellite farm.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, saya cakap dengan Yang Berhormat sekarang ini saya offer, saya offer kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang mana berminat.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Saya hendak tahu, bukan masalah offer, saya hendak tahu kenapa gagal untuk memastikan 53 itu beroperasi? Kenapa orang tidak tertarik dengan skim ini? Apa sebabnya?... [Dewan riuh]

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Sebabnya Yang Berhormat ialah saya sudah kata. Tugas hendak membuka satellite farm ini kerajaan belanja duit. Kita buat ladang, kita buatkan kandang, kita tanamkan rumput, semua kita sediakan. Hanya yang hendak jadi pemaju kawasan satellite farm ini dia kena membeli dengan duit dia sendiri 300 ekor lembu.

Dia kena beli sendiri, 300 ekor lembu. Ini satellite farm yang 310. Itu ialah tanggungjawab dan baca balik dalam agreement, itu tanggungjawab daripada kerajaan, daripada jabatan.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Menteri tidakkah rasanya 300 ekor untuk dalam invest is very heavy dengan izin, kenapa tidak memberi satu skim yang lebih mudah agar mereka-mereka ini boleh mengambil bahagian?... [Dewan riuh]

final • 5:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, ini kita bercakap soal dasar, yang saya cakap tadi Yang Berhormat kata ini dasar yang dibuat oleh Jabatan Veterinar.

Juga sahabat saya Yang Berhormat Machang kata dia tidak kisahlah sama ada sudah ketinggalan zaman. Kita hendak dasar is dasar, itu dasar kita yang kita buat.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Jadi bila kita... Okey, ini ada lagi. Yang Berhormat hendak tahu lagi lokasi dia? Tidak payahlah Yang Berhormat nanti saya bagilah kalau Yang Berhormat minat. Saya bagi Yang Berhormat yang belum buka lebih baik.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

[Bangun]

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rembau bangun Yang Berhormat. Belakang.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ini macam sungai... Tanah Merah Kelantan ada empat, Labis ada satu, Segamat ada dua, Jelebu ada satu, Gemas ada satu. Saya bagi yang belum buka Yang Berhormat, biar Yang Berhormat jadi tauke lembu juga, hendak tengok mudah tidak mudah teori ini. Okey, sahabat saya Yang Berhormat Rembau.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Amat jelas sekali bahawa pembangkang sebenarnya tidak memahami tugas antara kerajaan dan tugas yang diberi kepada NFC itu sendiri. Saya hendak tanya soalan susulan mengenai perkara ini juga sebab dijelaskan tadi oleh Menteri bahawa satellite farm ini adalah tugas kerajaan bukan tugas NFC seperti didakwa oleh pembangkang.

final • 5:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sama juga pembangkang dakwa bekalan makanan feed untuk satellite farm ini tidak dapat disempurnakan oleh NFC buat masa ini. Saya hendak tanya, ini pun perlu juga kepada persetujuan daripada kementerian bukan? Bukan ini hanya tanggungjawab daripada NFC sahaja. Ini salah satu lagi contoh pembohongan daripada pembangkang yang seolah-olah mengatakan bahawa ini tanggungjawab NFC. Tidak faham tanggungjawab.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya beri isu ini, isu tadi Yang Berhormat sahabat saya Yang Berhormat Machang kata tiga perkara mengapa tidak buat. Yang Berhormat kita menangguhkan dua benda, tiga benda yang patut kita kena buat. Kita patut buat pertama, abattoir. Abattoir yang kita buat ialah abattoir yang standard. Kita sudah iklan sudah pun.

Sudah iklan dan kita sudah tender pun, sudah lantik pun kontraktor yang patut buat tetapi kita batalkan dahulu. Sebab ada beberapa masalah yang timbul kerana itu kita sepatutnya buat abattoir. Bila kita tidak buat abattoir yang boleh menyembelih lembu 350 ekor satu hari maka NFC dia sudah mula bela lembu. Dia terpaksa membuat abattoir dia sendiri. Itu sebab abattoir hanya boleh sembelih 100 ekor satu hari. Itu abattoir yang dia buat sendiri.

Jadi, abattoir yang kita punya tanggungjawab, abattoir kita belum buat dan juga biogas. Sepatutnya kita bagi lagi peruntukan pun kita belum lagi bagi. Saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat sebab apa kita tidak bagi duit ini habis? Ini kerana penangguhan pembinaan ini semua diarah oleh Yang Berhormat Perdana Menteri sendiri.

Diarah kerana dia tengok, dia kata suruh tengok balik syarikat ini, tengok balik projek ini.

The viability and the business model project. Sebab itu kita lantik UPM Holdings, UPM Holdings dilantik oleh MOF untuk menjalankan kajian viability dan juga business model pada Jun 2009. Bila sudah buat kajian dibentangkan balik hasil kajian ini pada 16 November 2009. Itu pun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak puas hati lagi, dia suruh kaji lagi. Dia kata kaji balik, dia kata tengok pula daripada segi aspek impak dan pulangan projek kepada kerajaan.

UPM Holdings dilantik semula dan mereka telah pun membuat kajian dan kajian ini telah pun diserahkan kepada Kementerian Kewangan. Jadi, bermakna projek ini kita tidak buat, kita tidak bagi duit semua lagi kerana kita kena menunggu dahulu daripada kajian yang dibuat oleh UPM Holdings...

final • 5:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

[Bangun]

final • 5:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey.

final • 5:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Berkenaan tugas siapa yang membuat ladang satelit. Yang Berhormat www.dvs.government.my/c/document_library. Saya boleh bagi alamat itu pada Yang

final • 5:40 PM

Berhormat Menteri. Tertera di sana

(i) Pusat Fidlot Kebangsaan perlu menyediakan sekurang- kurangnya 60,000 ekor lembu fidlot setahun yang diternak di ladangnya di Gemas;

(ii) pada masa yang sama sebagai integrator project syarikat tersebut perlu membangunkan 310 penternak kecil seluruh negara dengan saiz ternakan 600 ekor setahun menjadikan sasaran ternakan lembu 186,000 setahun;

(iii) Pusat Fidlot Kebangsaan membangunkan sebuah ladang komersial bebas dengan sasaran 30,000 ekor setahun;

(iv) Sasaran keseluruhan ternakan lembu di bawah skim yang diusahakan oleh Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Siapa NFC? AgroSciences ada RM1,110,002 saham. Kementerian Kewangan ada satu saham golden share. Itu membentuk National Feedlot. Pusat Fidlot Kebangsaan tertera di situ, dari mana datangnya anggaran RM250 juta? Dia bukan dipetik di awang- awangan berasaskan kepada policy paper kementerian ini.

final • 5:40 PM

Berhormat Menteri. Tertera di sana

Tadi Yang Berhormat Menteri sebut bahawa ini tidak ada kena mengena dengan NFC. Saya mohon sedikit penjelasan. Saya faham daripada Yang Berhormat Menteri jawab tadi ada tiga bantuan kerajaan NFC, investment made by government. Itu Yang Berhormat Menteri jelaskan tadi. Soal tanahnya, soal prasarananya 3,000 diambil balik oleh kerajaan negeri. Sewanya murah. Sewa satu ekar projek ini Yang Berhormat Tuan Pengerusi sangat murah. Sewanya cuma saya semak. Tengah bersyarah ini, maklumat masuk ini jadi kena petik di sini. Untuk 2,000 ekar sewa RM490,408 setahun bersamaan RM20 seekar sebulan.

Murah. Itu adalah bantuan kerajaan. Kedua, geran yang tidak perlu bayar, Yang Berhormat sebut RM6 juta sudah bagi. Ketiga, Soft loan barangkali interest 2 peratus.

final • 5:40 PM

Berhormat Menteri. Tertera di sana

Yang Berhormat kata, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri arah tengok berkali- kali supaya jangan disbursement itu berlaku sepenuhnya. Oleh sebab itu Yang Berhormat Menteri, saya sebut tadi bahawa di dalam financial report yang kita search cariannya daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia disebut hutang jangka panjang NFC ini tertera di sini, non current liablities RM256,082,138 hutang jangka panjang. Kalau disbursement daripada kementerian belum sepenuhnya, RM141 juta kata Yang Berhormat Menteri atau RM181.9 juta kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dari mana datang hutang jangka panjang NFC kerana pegangan 1 peratus oleh Kementerian Kewangan itu, maka kerajaan ada tanggungjawab menjelaskan. Mohon penjelasan.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Okey, saya hendak tengok Yang Berhormat hendak bergantung pada dokumen yang mana? Baik, yang pertama tadi Yang Berhormat kata tanggungjawab NFC. Saya ada di tangan saya.

Tanggungjawab yang butir ladang segala ini pengarah lagi betulkan, kalau saya salah cakap. Ladang integrated farm perlu diwujudkan dahulu sebelum AgroSciences boleh menjadi integrator kepada 310 penternak, itu menjadi tanggungjawab kita untuk membangunkan. Bermakna, nanti Yang Berhormat...

final • 5:50 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Kita bagi laman web department veterinar kepada Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak mengapa, tidak mengapa.

final • 5:50 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Baik, terima kasih.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Oleh sebab itu saya kata tadi, di sini, skop projek ini ada tanggungjawab kerajaan, ada juga tanggungjawab daripada syarikat. Yang Berhormat check agreement terus, senang. Check pada agreement. Macam mana saya kata Yang Berhormat boleh keliru? Contoh yang paling jelas, Yang Berhormat amat keliru dan saya tidak tahu Yang Berhormat hendak ikut laporan yang mana. Betul, Yang Berhormat kata, menafikan Yang Berhormat punya statement dalam ini.

Saya baca press statement Yang Berhormat, kata saya dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pembohong. Yang Berhormat kata saya pembohong, Perdana Menteri pembohong. Saya tanya Yang Berhormat, betul dalam Yang Berhormat ada kata pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC. Ini Yang Berhormat punya statementlah.

Yang Berhormat kata saya dengan Perdana Menteri pembohong. Baik sekarang ini Yang Berhormat baca Laporan Audit, bertentangan. Dalam Audit jelas. Yang Berhormat kata pada 31 Mac 2009, duit RM120 juta telah dimasukkan, okey? Audit, pinjaman mudah.

Pinjaman mudah sebanyak RM250 juta hanya baru disalurkan kepada NF Corp sehingga Disember 2010. Yang Berhormat punya laporan ini bertarikh 31 Mac 2009. Yang Berhormat kata, sudah keluarkan RM120 juta.

Akan tetapi audit ini, Audit Negara mengatakan bahawa sehingga Disember 2010 berjumlah RM134.72 juta dan berbaki RM115.28 juta yang baru disalurkan. Saya bacakan ayat habis, supaya Yang Berhormat dengar baik-baik. Pinjaman mudah sebanyak RM250 juta hanya baru disalurkan kepada National Corporation sehingga Disember 2010 berjumlah RM134.72 juta dan berbaki RM115.28 juta hanya akan disalurkan apabila kajian viability and business model project selesai dilaksanakan oleh UPM yang saya cakapkan tadi.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ini menjelaskan bahawa pelaksanaan aktiviti penternakan lembu fidlot oleh ini menjejaskan. Ini audit cakap. Ini menjejaskan pelaksanaan aktiviti penternakan lembu fidlot oleh NFC. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak ikut laporan audit syarikatkah?...

final • 5:50 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

[Bangun].

final • 5:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Nanti, nanti Yang Berhormat, bagi saya habis cakap dahulu. Yang Berhormat hendak dengar laporan audit syarikatkah, hendak pakai laporan audit daripada negara? Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, macam mana perkara ini boleh berlaku. Bagi saya jelaskan dahulu. Sebab Yang Berhormat patut kena dengar dengan jelas. Jelas dahulu dan selepas ini kalau tidak puas hati, hendak buat PC pun tidak mengapalah, kata statement apa. Ini tidak ada etikalah Yang Berhormat. Belum apa-apa lagi, Yang Berhormat sudah buat PC, kata kita pembohong. Kita discuss dahulu.

Yang Berhormat tahu sekarang ini saya hendak menggulung. Yang Berhormat tunggulah dahulu. Selepas ini tidak puas hati, Yang Berhormat buatlah PC. Saya boleh terima. Akan tetapi it is not ethical that you made the PC first sebelum Dewan. Baik Yang Berhormat, saya hendak bagitahu.

Saya sudah check mengapa audit ini berlaku. Saya beritahu Yang Berhormat macam mana duit ini kita keluarkan. Duit ini bukan kementerian saya pegang. Duit ini dipegang oleh Kementerian Kewangan. Bila sahaja duit ini dikeluarkan RM250 juta kepada Kementerian Kewangan, di dalam akaun ini seolah-olah duit itu telah pun diberikan kepada syarikat. Sepatutnya, diberikan syarikat. Sepatutnya, kalau kita bagi pinjamlah, Yang Berhormat buat pinjaman bank. Kita dapat kata RM100 juta. Bayarlah RM100 juta. Akan tetapi tidak menjadi semacam itu. Kalau sudah lulus RM250 juta, patut kerajaan kena bagi terus RM250 juta. Mengapa kerajaan must stop?

Akan tetapi oleh sebab kerajaan tengok supaya syarikat dan projek ini berjalan baik, kerajaan luluskan RM250 juta, bank Kementerian Kewangan pegangan. Bila kita hendak bayar? Kita ada jawatankuasa teknikal. Jawatankuasa teknikal ini diketuai oleh Ketua Pengarah JPD kita dan di dalam jawatankuasa ini kita hendak tengok, mereka hendak minta apa? Kalau kata hendak minta buat kandang, kita ada committee hendak tengok justifikasinya. Itu sebablah lambat projek ini siap. Kita tengok kalau dia minta kata tidak munasabah, kita tolak. Sampailah jawatankuasa teknikal ini berpuas hati, barulah jawatankuasa teknikal rekomen kepada kementerian kewangan, kementerian kewangan baru bayar. Itu sistem kita Yang Berhormat...

final • 5:50 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

[Bangun]

final • 5:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, apa Yang Berhormat?

final • 5:50 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tanyakan saya, dokumen mana yang saya hendak pakai? Pada tangan Yang Berhormat Menteri ialah Ketua Audit.

Pada tangan saya ialah key financial informations Suruhanjaya Syarikat atas nama National Feedlot Corporation, company name, 756-757/K. Auditors L.M. Chan & Associates di bawah balance sheet items ia ada non current assets, ada current assets, ada non current liabilities. Jadi, tertera di situ dengan jelas angka RM256 juta. Baik, sekarang ada dua pendapat.

Kalau sekiranya Laporan Ketua Audit kita hendak pakai, andaikan begitu, saya hendak sebutkan bahawa implikasinya ialah National Feedlot Corporation kena membuat penjelasan. Hutang jangka panjang yang berjumlah RM256 juta itu, yang logiknya ialah RM250 juta, first drawdown RM120 juta, 2008. Upon completion of the MoU terus dapat.

Second drawdown, RM120 juta. Itu masuk dalam akaun Maybank. Sejumlah RM250 juta, ia sebut jelas. Jadi, tertera di sini RM250 juta. Lalu Yang Berhormat sendiri mengesahkan RM6 juta lagi adalah geran. Angka di sini adalah RM256 juta. Okey, sama ada Laporan Ketua Audit yang saya tahu dalam membuat semakan audit, ia ada skopnya. Siapa yang siapkan skop? Macam Yang Berhormat kata tadi, lapan ribu mencapai objektif. Skop National Feedlot Project ini skop Jabatan Veterinar atau skop NFC? Kita kena jelas.

final • 5:50 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Kalau NFC hendak diaudit, ia bagi skop yang rendah. Sedangkan National Feedlot yang membelanjakan RM250 juta ini ia perlu ada spesifikasi yang jelas, skop Audit.

Itulah sebabnya soal first drawdown dan second drawdown yang saya terterakan di sini, laporan kewangan...

final • 5:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak mengapa Yang Berhormat, sila Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya rasa penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri cukup terang, cukup jelas sebab di sini kalau diikut maklumat yang diberi oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana dibentangkan oleh Yang Berhormat Machang tadi yang mengatakan non current liabilities sebanyak RM256 juta, itu memang betul. Itu sebab filing daripada syarikat National Feedlot Corporation. Soalan di sini, soalan pokok di sini adalah sama ada duit itu, sejumlah RM250 juta pinjaman itu telah disalurkan untuk diguna oleh National Feedlot Corporation?

Kerajaan jawab bahawa masih lagi tidak diberi sepenuhnya untuk operasi National Feedlot Corporation.

Jadi, apabila saya dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, saya rumuskan begini. Duit itu dimasukkan ke dalam satu akaun, special account kerana ini adalah loan khas. Akaun itu adalah di bawah nama National Feedlot Corporation Sdn. Bhd.

Sebab akaun itu di bawah nama NFC, maka dalam akaun tersebut mestilah diletakkan sebagai liabiliti. Akan tetapi masalah seperti Yang Berhormat Menteri cakap tadi, akaun ini ada syarat-syarat tertentu. Akaun ini kalau tidak silap saya, apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi, ia macam ‘escrow account’.

final • 5:50 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Kalau tidak dapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan, kalau tidak dapat persetujuan daripada core signatory yang dalam hal ini adalah Kementerian Kewangan memandangkan Kementerian Kewangan ada golden share dalam NFC, maka duit itu tidak dapat diguna, duit itu tidak dapat ditransfer daripada escrow account, custodial account dengan izin, ke operational account. Operational account itulah akaun yang dapat diguna untuk pelaburan dan untuk kos operasi yang dikendalikan oleh NFC. Jadi apa yang kementerian dan juga Perdana Menteri cakap memang betul bahawa jumlah besar RM250 juta itu tidak diberikan sepenuhnya untuk diguna oleh NFC. Cuma dimasukkan ke dalam escrow account, satu akaun yang mana persetujuannya adalah bukan hanya NFC tetapi satu teknikal komiti yang bernama Authorized Technical Officer Committee yang dikendalikan oleh DVS barulah dengan persetujuan itu MOF boleh meluluskan dana tersebut untuk digunakan oleh NFC, betul atau tidak, penjelasan?...

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Boleh saya minta, saya minta Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Soal escrow account, bagus, menarik, terima kasih Yang Berhormat Rembau. Kalau escrow account, ini lebih menarik, escrow account ini macam akaun amanah, ia lebih strict, lebih ketat syarat-syaratnya. Siapa signatorynya, keputusannya mesti keputusan bersama, berapa limit hadnya, ini menarik.

Jadi Yang Berhormat Menteri manfaatkan platform ini, reveal semuanya. Kalau ianya escrow account, nyatakan escrow account, buka di mana. Kalau tidak kita tetap pakai bahawa liabiliti jangka panjang yang saya sebut tadi stick sehingga ada penjelasan sebab dalam penjelasan Yang Berhormat Menteri tidak ada sebut pun soal escrow account ini...

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Terima kasih. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rembau, Tuan Pengerusi. Kita sudah lihat bagaimana hujah Yang Berhormat Machang sudah berubah. Kita telah tunjuk dengan betul, pertama sekali bahawa akaun ini dalam bentuk seperti escrow account, itu kata Yang Berhormat Rembau tadi.

final • 6:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Dengarlah dulu, selepas itu Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, RM250 juta itu ... [Dewan riuh]

final • 6:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Seperti, seperti.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

RM250 juta itu saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, saya tidak boleh dengar.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya pun tidak boleh dengar Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Kalau tidak kita berucap di ceramah macam Yang Berhormat Machang selalu buat. Saya hendak beritahu, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali apabila duit ini dipindahkan ke akaun yang disebutkan tadi itu RM250 juta, signatory kepada akaun ini. Saya hendak betul-betul kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, apakah duit ini boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya oleh syarikat tersebut. Ini amat penting bagi orang kampung yang selalu dikelirukan oleh mereka ini.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak main istilah dengan saya. Saya bukan akauntan, saya bukan economist, Yang Berhormat pun bukan economist, Yang Berhormat betul-betul berharap kepada Rafizi Ramli, ini pun tidak berapa betul juga. Nanti dulu!

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Saya mengaji ekonomi pertanian.

Bidang ini bidang saya Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okeylah, ekonomi pertanian okeylah.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Tetapi...

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, terima kasihlah.

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Pegawai-pegawai kementerian Yang Berhormat ramai senior saya.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, terima kasih Yang Berhormat, tidak apa.

Saya bukan hendak berdebat sahabat saya, kawan baik saya dahulu tetapi sayanglah patut nama di belakang ini tulislah nama Yang Berhormat, ini kenapa tulis nama “Muhammad Rafizi Ramli, Pengarah Strategi”? Ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat pun tidak tahu apa Yang Berhormat cakap.... Dia sediakan laporan ini, itu Rafizi telefonkah? Rafizi ini saya hendak cabar dia, bagi satu farm, dia boleh bela lembu? Dia penasihat ekonomi Selangor, bukan saya tidak tahu.

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Baik, boleh Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak apalah, duduk-duduk.

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Boleh?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Nantilah, saya belum jawab Yang Berhormat.

Yang Berhormat hendak pakai istilah dengan saya.

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Yang Berhormat sebut soal nama siapa, itu biasalah.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, okey, tidak apa.

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Kita ada pembahagian tugas, macam Yang Berhormat bagi kepada pegawai-pegawai juga, itu biasa. KSU ada tugas, timbalan ketua, ketua bahagian, jadi itu tugas kitalah, begitu juga parti.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, tidak apalah. Yang Berhormat, kalau saya buat statement, Menterilah jawab, saya tidak tulis nama KSU di belakang itu. Akan tetapi Yang Berhormat buat PC tetapi yang sediakan PC orang lain, kenapa tidak Yang Berhormat baca apa Yang Berhormat buat. Tidak apalah, saya tidak mahu argue tetapi nampak sangat kurang bijak Yang Berhormat, itu sahajalah.

Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan main istilah dengan saya. Escrowkah, ‘crow-crow’ itu saya tidak tahu. Saya lawyer, I’m a lawyer, kalau hendak cakap terlebih prinsipnya, prinsipnya jelas. Yang Berhormat janganlah gelak, kalau Yang Berhormat serius dan juga ikhlas, dengar baik-baik apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Rembau dengan Yang Berhormat Kota Belud betul.

Saya sudah cakap tadi bahawa duit ini ada akaun khas sebab saya sudah kata tadi, lulus RM50 juta sepatutnya kalau kita pinjam duit bank, kalau kita sudah dapat duit bank RM250 juta, bank tidak ada hak hendak tahan kita lagi, dia terus bagi pada kita RM250 juta, terpulang pada kita apa kita hendak buat sebab itu duit kita. Akan tetapi sekarang tidak jadi macam itu, RM250 juta ini kita pegang dan sebelum bayar saya sudah kata tadi, Ketua Pengarah Jabatan Veterinar, jawatankuasa komiti mengesahkan justifikasi, sebab itu projek ini lambat bermula, red tapenya banyak. Oleh sebab itulah unjuran mula- mula, kita tengok, kita kena kurangkan unjuran itu. Jadi sebab itu Yang Berhormat kena jelas, saya tidak tahu Yang Berhormat tetapi jelas bahawa statement Yang Berhormat mengatakan saya pembohong, Yang Berhormat betul-betul berdasarkan kepada Laporan Audit tanpa mendapat penjelasan daripada kami, ini satu yang tidak beretika. Sedangkan Yang Berhormat sepatutnya selepas ini bolehlah tidak puas hati dengan apa yang saya terangkan. Jadi saya ingat saya tidak mahu bincang lebih lagi kerana daripada awal tadi, daripada unjuran pun Yang Berhormat sudah silap buat, tidak faham, Yang Berhormat cakap 267,000 lembu pun tidak berapa tepat, mengenai standard farm pun Yang Berhormat tidak berapa jelas.

Jadi apabila fakta dah tidak betul, maka sampai ekor pun tidak betul. Apabila Yang Berhormat tidak faham cara strategi, tidak tahu macam mana duit kita keluarkan maka Yang Berhormat hanya berdasarkan kepada laporan daripada Suruhanjaya Syarikat. Jadi sepatutnya, terpulanglah Yang Berhormat hendak terima atau tidak terima penjelasan saya tetapi saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat, Audit Negara juga telah mengesahkan bahawa duit ini belum lagi dibayar keseluruhannya seperti mana Yang Berhormat mengata saya dan Perdana Menteri seorang pembohong. Sebenarnya Yang Berhormatlah yang cuba membohongi rakyat dengan fakta yang tidak betul... [Tepuk]

final • 6:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Sikit, baik.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya boleh argue tetapi masa. Saya bagi Yang Berhormat Machang, selepas itu saya jawab, selepas itu saya tutup sebab saya banyak isu lagi sebab ini masalah pertanian, bukan masalah itu sahaja, ramai kawan, ada 13 orang hendak kena jawab juga. I don’t mind sampai malam, saya tidak lari sebab saya ada fakta...

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

[Ketawa]

final • 6:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Apa Yang Berhormat ketawa? Siapa yang ketawa, bangunlah tanya, janganlah jadi budak-budak ketawa-ketawa, bangun tanya baik- baik dengan saya, saya bagi jalan.

final • 6:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tali merah bangun.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Janganlah melulu, come on, rasional sikit.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat Machang.

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Baik boleh ya. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya tidak ada sengketa apa-apa peribadi dengan Yang Berhormat, sebab itu saya straightly kepada fakta dan angka dan saya meminta penjelasan. Kalau di sana ada penjelasan Yang Berhormat yang saya fikir munasabah, saya terima, itu tidak ada timbul apa ya. Baik, sebab itu saya sebut kalau Yang Berhormat kata saya ambil data secara di awang-awangan tidak tepat, saya sebut sumber saya, Jabatan Veterinar dan ada laman, ada addressnya pun, itu saya sebut. Jadi pegawai- pegawai Yang Berhormat boleh verify. Kalau sekiranya maklumat ini tidak betul, kita buat pembetulan dalam laman webnya. Untuk kita rakyat biasa, RM250 juta ini banyak. Jadi kita minta prinsip akauntabiliti, itu sahaja, itu yang pertama.

Yang Berhormat, oleh sebab dua percanggahan. Saya pakai Suruhanjaya Syarikat carian yang kita buat berkenaan dengan maklumat kewangan, kunci kewangan, saya pakai.

Yang Berhormat minta dan sarankan saya pakai Laporan Ketua Audit, ada dua. Yang Berhormat seorang Menteri dan projek ini ada kepentingan rakyat, dananya cukup besar, prinsip pertanggungjawaban ialah Yang Berhormat boleh berkongsi dengan kita kedudukan akaun sebenar NFC. Tidak ada bahasa basi, tidak ada khilaf. Akaun adalah angka, ia boleh menceritakan segala-galanya. Saya katakan bahawa sudah berlaku disbursement penuh berasaskan kepada dua draw down tarikh dan bank yang terlibat. Yang Berhormat belum menyentuh mengenai Mei 2009 di mana akaun dipindahkan pula Maybank ke Public Bank dalam fix deposit yang memberikan pulangan RM667 ribu. Baik oleh sebab itu, bolehkah Yang Berhormat bersetuju kalau saya cadangkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan ini.

final • 6:00 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Saya hormati fakta Yang Berhormat dengan bantuan pegawai-pegawai, saya hormati. Saya juga sebagai anggota Dewan, sumber kita bukan sumber jabatan, kalau tulis pun memang tidak dapat jawapan. Jadi, kita pilih kepada Suruhanjaya Syarikat. Sebab itu saya berkongsi dengan Yang Berhormat fakta-fakta ini. Kalau ada dua perbezaan ini, sebagai Menteri yang bertanggungjawab, saya percaya Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab, saya pernah berkempen dahulu bertanding Ketua Pemuda Bahagian Tanjong Karang, betul tidak. Jadi, Yang Berhormat, saya pernah tidur rumah Yang Berhormat juga, itu tidak ada masalah.

Bolehkah Yang Berhormat bersetuju bahawa Yang Berhormat boleh berkongsi dengan Ahli Parlimen berkenaan National Feedlot Corporation ini, kedudukan kewangan semasa yang terkini. Baik, terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri, sikit Menteri. Menteri berada dalam kedudukan yang istimewa sebagai seorang peguam. Maklumat kewangan Suruhanjaya Syarikat merupakan tuntutan statutory. Bukan saja-saja diserahkan begitu sahaja. Menteri...

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sudahlah.

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

...Setuju dengan saya Menteri, bahawa apabila kita ada dua angka yang berbeza, Auditor Report pun juga satu perkara yang juga..

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

...Ada implikasi undang- undang. Saya rasa ini Suruhanjaya Syarikat, ini tuntutan di bawah undang-undang.

Sekiranya kalau ada kontradiksi ini, dengan izin, atau irregularities ini, saya rasa Menteri boleh bersetuju dengan kita bahawa Suruhanjaya Syarikat dengan kuasa yang ada apabila terbentuknya Suruhanjaya ini, boleh melakukan siasatan kerana kalau memberi maklumat yang salah ia merupakan satu kesalahan...

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh, Yang Berhormat? Saya...

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat, saya rasa tidak ada percanggahan. Saya rasa tidak ada percanggahan. Saya rasa soalan daripada Yang Berhormat Machang tadi, ini saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sudah pun dijawab bahawa yang didisburse untuk operation NFC itu adalah sebanyak RM181 juta, seperti mana yang Menteri sudah jawab, acap kali sudah jawab dalam Dewan dan luar Dewan.

Yang ada dalam SSM ini oleh kerana account khas yang ditubuhkan dengan Kementerian Kewangan itu sudah pun dapat RM250 juta tetapi bukan untuk operasinya. Itu masih lagi tertakluk kepada persetujuan daripada Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian. Apa susah sangat hendak faham Yang Berhormat Machang?

Susah sangatkah hendak faham?

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh?

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Tuan Pengerusi tolong saya, Menteri Pertanian ini siapa sebenarnya?... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Saya keliru sikit. Saya minta maaf.

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita ada tugas tahu tidak? Itu bohong.

Tidak ada tugas? Kita ada tugas. Kita ada tugas. Ini tugasan. Apa hendak marah?

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ini tugas saya. Tugas saya, sebab saya faham Yang Berhormat Machang tidak faham... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa hendak marah, apa hendak marah, apa hendak marah? Kita jawab bila minta penjelasan. Kita jawab benda yang simple pun tidak faham.

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya faham, Yang Berhormat Machang tidak faham. Yang Berhormat Machang langsung tidak faham... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Kalau sudah kemaruk hendak jadi Menteri, tunggulah tahun depan. Siapa Menteri ini? Yang jadi Menteri ini siapa? Kalau dah kemaruk sangat tunggu tahun depan. Cuba kamu menang nanti. Biarlah Menteri jawab.

Cara jawab macam Menteri. Apa punya...

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Machang.

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Menteri, Menteri sikit... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat Machang, kalau Ahli Parlimen tidak tolong pun saya boleh jawab. Saya boleh jawab dan saya sudah jawab pun. Hanya Yang Berhormat tidak mahu faham. Yang Berhormat sengaja tidak mahu faham, saya sudah jawab banyak kali tetapi Yang Berhormat sengaja hendak pusing. Saya kata, lagi sekali saya hendak terang kepada Yang Berhormat, bahawa duit memang sudah ada RM250 juta. Saya sudah buat contoh, orang kampung. Patut apabila kata Yang Berhormat pinjam RM250 juta, bank sudah luluskan, berhak atau tidak Yang Berhormat hendak dapat duit itu Yang Berhormat? Saya tanya Yang Berhormat. Berhak atau tidak bank pegang duit itu lagi?

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Sebab...

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Berhak atau tidak Yang Berhormat dapat duit RM250 juta?

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

...Saya akan sebut pula. Saya akan sebut pula.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Dari duit RM250 juta ini, keluarga Menteri turut membeli kondominium mewah.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Dengar, dengar dulu... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Saya minta Menteri jawab.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya tahu, saya tahu.

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Saya akan berikan data-data itu.

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Isu asas sudah kalah, isu lain pulak.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya tahu Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat. Okey, duduk. Okey, duduk.

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Kita tengok transaction tersebut.

Tunggu, tunggu, tunggu, tunggu. Ya, sebab itu saya tidak mahu pergi lagi. Saya akan tunjukkan dana yang RM250 juta ini disalurkan kepada syarikat-syarikat keluarga Menteri dan menunjukkan pembelian kondominium... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pembohong lagi.

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Okey, tunjuk, tunjuk. Tunjuk mana, tunjuk bukti... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Saya tahu siapa pemajunya. Saya tahu nilai kondominium itu. Saya ada bukti.

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tunjuk. Sudah kalah, finish already. No answer, no answer, finish! What kind of politic?

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, saya tanya Yang Berhormat.

Saya tanya Yang Berhormat. Saya hendak jawab, saya hendak jawab. Saya rasa isu itu lain Yang Berhormat. Tunggu dulu. Saya hendak beritahu Yang Berhormat mengenai isu, saya hendak beritahu Majlis dalam Dewan ini bahawa tuduhan pembangkang yang mengatakan duit RM250 juta itu telah pun diberikan kepada National Feedlot adalah satu pembohongan.

Tidak betul. Saya hendak beritahu. Saya sudah kata tadi, banyak kali saya cakap, macam orang kampung cakap, tidak akan Yang Berhormat tidak faham... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Dengar dahulu, dengar dahulu.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya, saya faham. Saya faham. Saya tadi, saya cakap Yang Berhormat tidak faham tadi apa ini.

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak.

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Yang Berhormat Machang.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, Yang Berhormat dengar. Duit RM250 juta ini lulus dalam kita punya akaun, duit ini memang sudah keluar. Dalam balance account Kewangan ini memang sudah keluar, RM250 juta, memang sudah keluar. Akan tetapi duit ini keluar, tidak diserahkan 100 percent kepada National Feedlot. Tidak ada.

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ialah sebab dalam SSM, ia tengok duit di dalam tanggungan, yang liabiliti itu, memang ada.

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya betullah.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Machang.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun].

final • 6:10 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Kalau tidak terima lagi, kenapa masuk dalam kategori hutang .

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak tahu accounting, berhenti.

Masalahnya, tidak tahu accounting. Tidak tahu accounting. Spin.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat faham atau tidak. Saya bercakap orang kampung Yang Berhormat. Duit Yang Berhormat, katakanlah sekarang ini, memanglah sekarang ini duit hutang RM250 juta, okey. Akan tetapi walaupun itu duit Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh guna sewenang-wenangnya, Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri. Escrow account is not a liability. Escrow account is not a liability.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak apalah Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Hendak jelas, kita buat due diligence, boleh?

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak apa, tidak apa. Saya hendak menjawab pertanyaan Yang Berhormat bahawa duit RM250 juta belum lagi dikeluarkan habis dan duit itu kalau hendak keluar, Yang Berhormat baca perjanjian. Dalam perjanjian ada, macam mana duit itu hendak dikeluarkan sebab ini bukannya pinjaman biasa.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri, minta?

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya, Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sini dulu.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya ingat last Yang Berhormat, saya boleh jawab semua ini.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Bagi tidak bagi? Saya tidak ada masalah.

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya minta penjelasan sikit. Kalau boleh jawab bagilah. Kalau boleh jawab bagi.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Bagi Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Pasir Salak dulu. Pembangkang kemudian.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dia bagi Yang Berhormat Pasir Salak dulu Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Dia pun dah keliru Yang Berhormat Pasir Salakkah, Yang Berhormat Gombakkah yang dia bagi... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya sudah mendengar tadi isu sama ada duit ini sudah di keluarkan dan diberikan kepada syarikat yang berkenaan atau tidak. Itu yang penting. Yang Berhormat Machang ini risau takut duit itu sudah disburse habis sudah. Dia takut duit itu tidak menjadi apa pun nanti.

Tidak menjadi business, tidak menjadi projek dan sebagainya. Itu yang menjadi kerisauannya. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri katakan duit itu bakinya ada lagi.

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

[Bangun]

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Nantilah dulu. Bukan. Jadi, persoalannya sekarang, lebih baik kita tanya Menteri, adakah cara dia boleh tunjukkan bahawa duit itu ada lagi.

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

[Bangun]

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Nantilah. Sabar, sabar, sabar.

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Cukuplah itu.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat, dia belum habis. Jangan mencelah Yang Berhormat. Jangan mencelah ya.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Lagi satu, ini satu pinjaman kepada syarikat itu, kan ada surat perjanjian. Apalah. You tidak tahu, you duduk diam- diamlah. Alahai... [Ketawa] Ya lah, ini soal pinjaman. Soalnya sekarang ini, kalau kita bagi pinjaman, kita bagilah dan kalau dia rugi, dia tanggung, dia tanggunglah apa syaratnya.

Kena bayar balik, betul tidak?... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak payah mengganggu Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kalau dia tidak boleh bayar balik...

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

[Bangun].

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Tentu ada syarat-syarat yang boleh dikenakan ke atas dia. Jadi, apa masalah hendak sekat-sekat. Ada duit bagilah suruh dia buat.

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta penjelasan sedikit. Tuan Pengerusi, saya lihat, saya mengikuti perbahasan sepanjang tempoh penggulungan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya lihat pertikaian yang timbul pada petang ini ialah kegagalan yang Yang Berhormat Menteri untuk mengesahkan status akaun itu. Yang Berhormat Rembau sebut escrow, Yang Berhormat Kota Belud sebut seolah-olah escrow...

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

[Bangun]

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini kata escrowlah Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Yang Berhormat Menteri mengelak tidak hendak jawab. Saya hendak dengar, escrow atau tidak? Itu dulu. Sebelum saya tanya penjelasan yang lebih lanjut.

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Menteri, Menteri. Saya minta ini.

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Sebab ini ada kaitan dengan perbahasan Yang Berhormat Machang. Kalau ia status escrow account, syaratnya ketat. Ada syarat- syaratnya. Okey, Yang Berhormat berani jawab dalam Dewan bahawa ini adalah escrow account?

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh?... [Dewan riuh]

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Jangan suruh Menteri, dia belum Menteri.

Inilah masalah. Sana belum Menteri.

final • 6:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tidak, tidak. Saya minta penjelasan.

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Sebab tidak layak jadi Menteri pun.

Masalah rasuah banyak. Tidak layak jadi Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Menteri jawab. Kenapa hendak tunjuk Yang Berhormat Rembau buat apa?

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya sudah beritahu Yang Berhormat..

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya hendak Menteri jawab. Ini escrow account. Jawab sekarang.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, ya. Ini escrow account.

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Okey.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey. Apa Yang Berhormat susah?

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Siap.

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Siap apa?

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, okey. Bermakna dia mesti diluluskan ada syarat-syarat yang mesti dipatuhi. Saya sudah beritahu banyak kali sudah. Dia ada syarat- syarat yang dipatuhi di mana kalau dia justifikasi, tidak dapat. Saya hendak beritahu Yang Berhormat bahawa...

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri.

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 6:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Cakaplah.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

...Bila hendak keluar duit, mesti mendapat kelulusan daripada jawatankuasa yang diketuai oleh Jabatan Veterinar. Baru duit itu boleh dikeluarkan.

final • 6:10 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Baik, kalau Yang Berhormat Menteri memberi jawapan dalam Dewan bahawa ini adalah escrow account, bagaimana dalam SSM boleh appear sebagai hutang jangka panjang?... [Dewan riuh]

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Liabiliti.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ya.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat...

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Nanti. Kalau Yang Berhormat hendak beri analogi secara orang kampung sebab Yang Berhormat Menteri minta kita fikir begitu...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Kalau saya dapat pinjaman daripada bank RM100 juta, saya belum dapat itu, itu belum diiktiraf sebagai hutang.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

[Bangun]

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Bagaimana kalau Yang Berhormat Menteri sebut ini adalah escrow account tetapi dalam SSM ada sebagai hutang?

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Yang Berhormat Menteri faham atau tidak?

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ini ada dua percanggahan yang besar.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak ada.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kita rujuk sahaja Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Baik Yang Berhormat, duduk dahulu.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Ini satu lagi penyelewengan daripada Yang Berhormat Gombak.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Sekarang ini ada dua laporan okey.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Tuan Pengerusi...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ini adalah Laporan Audit Negara... [Gangguan sistem pembesar suara]

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Laporan Audit Negara mengesahkan bahawa sehingga Disember 2010..., saya ulangi, ini daripada Laporan Audit Negara sehingga Disember 2010 berjumlah RM134.72 juta dan masih lagi berbaki sebanyak RM115.28 juta.

Bermakna duit ini belum habis didebat. Ini Laporan Audit Negara. Terpulang kepada Yang Berhormat hendak terima atau tidak Laporan Audit Negara. Ini ialah Laporan Audit Negara mengatakan bertarikh sehingga Disember 2010, ingat ya. Akan tetapi di dalam Laporan SSM mengatakan bahawa Mac 2009. Bermakna Laporan Audit Negara tidak betul? Kalau ikut SSM, dia kata 31 Mac 2009, dia kata telah pun bayaran kali kedua RM120 juta sedangkan Laporan Audit Negara mengatakan di sini Disember 2010. Ia masih lagi belum berbayar.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, laporan audit ini disubmit oleh syarikat kepada SSM.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya minta...

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Dia sendiri.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

It is a volunteer information.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang belakang sedikitlah Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kita hendak minta penjelasan juga di sini. Di sini...

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Minta penjelasan.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bukan mereka sahaja.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak perlu Yang Berhormat... [Gangguan sistem pembesar suara]

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi, apakah Yang Berhormat Menteri mencadangkan bahawa syarikat telah mengemukakan laporan palsu kepada SSM?... [Dewan riuh]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, dengar dahulu. Saya tanya Yang Berhormat pula, adakah Yang Berhormat menuduh bahawa Laporan Audit Negara ini laporan palsu?

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya tidak menuduh, saya hendak tanya...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya pun tidak menuduh!

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri menyatakan Laporan Audit Negara itu tidak sama dengan Laporan SSM.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya, betul.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Itu yang pertama. Apakah Yang Berhormat tahu...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain duduk Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu benda yang sama...

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Apakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa SSM menerima laporan daripada syarikat? Betul?

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Betul.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Maka, apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa syarikat telah mengemukakan laporan palsu kepada SSM?... [Gangguan sistem pembesar suara]

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Daripada mula tadi saya dah cakap. Dua contradict laporan, okey. Laporan Audit Negara mengatakan bahawa duit belum dibayar sehingga Disember 2010. SSM kata duit ini telah ada tanggungan hadapan sebanyak RM256 juta, baik. Saya katakan tadi saya bukan pakar ekonomi tetapi daripada penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Jelebu tadi, seorang pakar ekonomi...

final • 6:20 PM

Beberapa Ahli

Rembau.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya, dia seorang pakar ekonomi. Ya, jelas bahawa di dalam akaun itu seolah-olah duit itu telah dikeluarkan tetapi duit ini tidak dibayar untuk beroperasi. Yang Berhormat faham atau tidak? Ia berbeza, ini satu pinjaman khas.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sinilah pula Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya hendak beritahu Yang Berhormat, saya hendak beri contoh. Sepatutnya RM250 juta ini apabila sudah lulus, dia terus ambillah.

Akan tetapi dia tidak ambil duit ini. Dia tidak boleh ambil pun.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh beri peluang sebelah sini pula?

Kalau tidak, saya balik.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ia mesti dikawal oleh Kementerian Kewangan.

Takkan Yang Berhormat tidak faham. Pusing-pusing cakap lagi.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Apakah Yang Berhormat Menteri menolak SSM?

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, boleh beri peluang sebelah sini pula?

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Apakah Yang Berhormat menolak Laporan Audit Negara?

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya tidak menolak Laporan Audit Negara... [Gangguan sistem pembesar suara]

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Offkan dahululah Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya setuju dengan Yang Berhormat Machang, kita hendak cari kebenaran. Kita akan dapatkan laporan rasmi daripada SSM dan kita akan semak daripada SSM ini macam mana Laporan SSM ini bercanggah dengan Laporan Audit Negara. Sudah!

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Okey.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Akan tetapi saya hanya hendak menyatakan rasa terkilan saya kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat belum apa-apa lagi, Yang Berhormat telah buat tuduhan kata kita pembohong. Itu suatu benda yang tidak sepatutnya Yang Berhormat buat.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sebelah sinilah pula Yang Berhormat Menteri. Kita pun hendak penjelasan juga ini.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, sedikit tentang SSM.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Sudah, sudah! Saya ingat saya hendak tukar kepada isu lain.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sebelah sinilah pula Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak mengapalah Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, saya minta sedikit.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak boleh Yang Berhormat, sekarang ini...

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Satu ayat. SSM.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, duduklah Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak beri jalan Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Sebentar, dia beri peluang kepada saya.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, sinilah pula.

final • 6:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Tuan Pengerusi, satu soalan ringkas. Escrow account yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau dan disetujui oleh Yang Berhormat Menteri, saya katakan tadi syarat-syaratnya ketat. Oleh sebab itu saya hendak tanya... [Gangguan sistem pembesar suara]

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Peraturan mesyuarat.

final • 6:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Dana sebanyak RM40 juta...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, point of order, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Yang disalurkan ke dalam...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Machang.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Peraturan mesyuarat.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat, semua orang duduk Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

...National Feedlot Corporation, RM40 juta. Atas dasar apa syarikat ini dapat?

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Machang, peraturan mesyuarat. I have to entertain peraturan mesyuarat. Ya, apakah peraturan mesyuarat itu Yang Berhormat?

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Peraturan Mesyuarat 36(12).

Ya, saya hendak jelaskan di sini sebab disebutkan tadi apabila...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan mesyuarat mana Yang Berhormat?

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Peraturan Mesyuarat 36(12).

Sebentar tadi disebut soal escrow dan sebagainya. Tadi saya beri penjelasan tentang akaun ini. Saya beri penjelasan tentang akaun ini, saya menyebut bahawa akaun ini ada ciri-ciri seperti escrow... [Dewan riuh] Ya, dengar sampai habis, boleh?.. [Dewan riuh]

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ini tidak bolehlah... [Dewan riuh]

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Boleh?

final • 6:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Yang Berhormat Menteri sudah mengesahkan itu escrow account.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Sekejap, sekejap. Tuan Pengerusi...

final • 6:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Yang Berhormat Rembau cakap pasal escrow account okey.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Tuan Pengerusi...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Ini kerana saya hendak jelaskan di sini sebab perkara ini penting. Maksudnya, prinsipnya saya tidak pasti sama ada akaun ini...

final • 6:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Tuan Pengerusi. Tidak, dengar ini. Saya tidak pasti sama ada akaun ini escrow atau pun tidak, tetapi prinsipnya adalah akaun ini tidak boleh diguna untuk operational expenditure, tidak boleh dikeluarkan untuk operasi sehingga dapat persetujuan, ya. Itu seperti konsep escrow.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Biarlah Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Clown lah!

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Itu seperti konsep escrow.

final • 6:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ini standard Pemuda...

final • 6:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Clown, clown.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Akan tetapi di sini kalau sekiranya kita lihat dari segi SSM...

final • 6:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Pasir Salak, tolong ajar ini, Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Kalau kita lihat dalam balance sheet...

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Peraturan mesyuarat.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

...Dalam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, disebut...

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Peraturan mesyuarat.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Saya belum habis lagi Yang Berhormat Gombak.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rembau saya...

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ini peraturan apa panjang seperti ini?

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apalah Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Saya belum habis, duduk dahulu.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau sekarang ini bukan peraturan mesyuarat tetapi dia mencelah.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

Saya jelaskan.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Dia peraturan mesyuarat, bukan mencelah.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya sudah ruled bahawa this is not peraturan mesyuarat.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ha! Duduklah.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Tidak mengapalah, saya consider bahawa dia mencelah sekarang.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Bagi duduk dahulu.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tuan Pengerusi, saya ingat saya hendak beri penjelasan sekali lagi. Apa juga istilah Yang Berhormat hendak cakap, cakaplah.

Escrowkah, tak escrowkah?…

final • 6:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Memang saya cakap betul.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Akan tetapi prinsipnya jelas bahawa duit ini apabila diluluskan, ia tidak boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya dan kalau duit ini hendak digunakan, maka ia mesti mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Teknikal.

Sama ada istilah ini escrowkah, apakah, saya kata saya bukan ahli ekonomi, saya tidak faham.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Akan tetapi prinsipnya jelas bahawa... Saya hendak ulang sekali lagi, sama ada istilah ini escrow atau tidak, saya tidak tahu. Akan tetapi prinsipnya…

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi…

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya hendak beritahu prinsipnya ialah...

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Peraturan mesyuarat.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Sebelum duit ini dikeluarkan, ianya mesti mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Teknikal.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Itu prinsipnya.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Peraturan mesyuarat.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Apa istilah Yang Berhormat hendak pakai, Yang Berhormat pakailah apa istilah Yang Berhormat hendak pakai. Itu prinsip dia.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, peraturan mesyuarat apa Yang Berhormat Gombak?

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Peraturan Mesyuarat 36(12), Tuan Pengerusi.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Mahu rujuk orangkah Yang Berhormat?

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ya, sebab tadi saya sendiri bangun minta Yang Berhormat Menteri sebut confirmkan status akaun ini.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Yang Berhormat dengan jelas menyebut bahawa ya, escrow account. Sekarang setelah lima minit, sebagai Menteri jawab escrow account kah, ‘crow, crow’ kah. Ini apa punya Menteri?... [Ketawa] Malu pada pegawai, KSU ada, pegawai ada, ketua jabatan ada... [Dewan riuh] Kalau Menteri jawab escrow, escrow lah. Ini sekarang sebut crow kah, saya tak tahu. Bukan tak tahu undang-undang...

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi.

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dan yang lembunya pembangkang.

Masalahnya lembu pembangkang.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Kalau Yang Berhormat Menteri tak tahu...

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Dia bukannya escrow...

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh mengesahkan ini escrow account? Yang Berhormat Menteri tadi dengan keyakinan bahawa ini escrow account, sekarang tak sampai lima minit dia retreat balik. Tak boleh perbahasan berlangsung sebegini, dia kena beri jawapan yang tepat.

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Seperti escrow account, Yang Berhormat Gombak faham tidak? Macam mana nak jadi Menteri kewangan macam ini?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, dah habis? Sudah habis?

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ya. Mengelirukan Dewan...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, daripada mula saya cakap tadi...

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Macam mana nak jadi Menteri Kewangan?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tunggu kejap Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Bukan soal daripada mula. Yang Berhormat Menteri dah sebut ini escrow account. Betul?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Daripada mula tadi saya cakap, daripada mula saya cakap bahawa saya bukan pakar ekonomi... [Dewan riuh]

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri cakap...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya bukan pakar ekonomi.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Kalau tak pandai, sebut saya tak tahu.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya. Sebab itu saya kata tadi...

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat tak tahu account, macam mana nak bercakap?... [Dewan riuh]

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gombak.

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Itu masalahnya. Menipu semua, 1Malaysia.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

...Apa risikonya?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Gombak, are you on standing order, on standing order?

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ya?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dalam standing order?

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang lain duduk Yang Berhormat.

Standing order. Baik, saya mendengar 36(12) harus ada niat untuk mengelirukan Dewan.

Yang Berhormat Menteri dah perjelaskan bahawa istilah itu adalah istilah ekonomi tetapi bagi dia, dia tidak ada niat untuk mengelirukan Dewan Yang Berhormat. Dia cuma...

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Adakah ini istilah ekonomi?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Dia tidak ada niat, tidak ada niat Yang Berhormat... [Dewan riuh] Peraturan Mesyuarat 36(12) tidak terpakai Yang Berhormat, dalam kes ini 36(12) tak terpakai. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya rasa malu dengan ketua-ketua jabatan di belakang Tuan Pengerusi.

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Macam mana, perbahasan tak ada kualiti langsung. Perbahasan tak ada kualiti.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 6:30 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Sebab Yang Berhormat Menteri, saya tanya soalan yang paling mudah tadi.

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Don’t be distracted Minister, don’t be distracted by this.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya tanya Yang Berhormat Menteri, boleh atau tidak Yang Berhormat Menteri mengesahkan status akaun ini, escrow atau tidak? Jelas. Yang Berhormat Menteri bangun dengan keyakinan ini adalah escrow account, habislah. Habis di situ.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya, ya betul.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Akan tetapi tadi... Ada tetapi itu... [Dewan riuh]

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ha! Ada tetapi pula.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tadi saya Yang Berhormat, tanya saya. Saya daripada mula cakap tadi bahawa saya tidak faham istilah daripada segi...

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Bukan Astro Awani... [Dewan riuh]

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Dengar, dengar. Saya cakap Yang Berhormat ialah daripada mula asas, prinsip. Prinsip saya daripada mula saya cakap.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Betul, Yang Berhormat Menteri betul.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Prinsip saya, sudah katakan bahawa duit nak dikeluarkan mesti mendapat kelulusan daripada jawatankuasa teknikal, jelas. Kalau Yang Berhormat nak pakai itu – pinjaman apa pun itu terpulang kepada Yang Berhormatlah, itu sahaja.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya tanya secara spesifik, ini escrow atau tidak. Bukan Astro Awani, escrow!

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, ini remeh-temehlah Tuan Pengerusi. Remeh-temeh.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk... [Dewan riuh]

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Remeh-temeh, escrow lah, escrow lah. Itu sebabnya tak boleh.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya minta Yang Berhormat Menteri duduk, Yang Berhormat Kota Belud duduk.

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dia bersikap jahat.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Duduk juga Yang Berhormat Indera Mahkota. Kita dah satu jam tiga minit Yang Berhormat. Saya gunakan kuasa di bawah 37(2), tidak bagi penjelasan lagi kerana penjelasan boleh dibuat oleh Menteri, siapa tak setuju, pasal dia. Biar Menteri buat penjelasan. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Dia nak kelirukan kita. Dia dah tersilap buat...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Dewan Yang Berhormat. Parlimen ini lain Yang Berhormat, bukan kita nak bergaduh macam itu.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Ya, Tuan Pengerusi tetapi inilah tujuan penggulungan.

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tak, bukan itu tujuannya kita datang ke Parlimen ini Yang Berhormat Gombak.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tujuan penggulungan ada pencelahan.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Itu pendapat Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Pendapat Tuan Pengerusi tak ada pencelahan?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, saya setuju.

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kalau nak mencelah, mencelahlah betul-betul.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya nak tunjuk peraturan mana?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Peraturan Mesyuarat 37(2)...

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Kalau begitu tak payah. Duduk, bagi laporan bertulis.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Buat bertulis. Buat apa kami buang masa di sini Tuan Pengerusi?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tak apa. Tujuan kita bagi… Yang Berhormat, supaya kita nak bagi penjelasan.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak tetapi Yang Berhormat, kita jangan kelirukan Dewan ini. Saya punya istilah cukup mudah...

[Dewan riuh] Dengar dulu. Saya punya istilah tadi jelas bahawa ia ialah special loan dan duit ini tidak dibayarkan terus kepada syarikat National Feedlot, ia dipegang oleh satu tabung khas. Hendak keluarkan duit ini mesti mendapat kelulusan daripada jawatankuasa teknikal. Itu yang saya terang, cukup jelas Yang Berhormat. Yang dia nak pusing-pusing kemudian dia kata istilah. Saya kata saya tak ada istilah apa pun tetapi itulah prinsipnya telah saya kata daripada mula...

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi.

final • 6:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, yang jadikan Dewan ini keliru.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Menteri, Menteri! Satu.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya ingat saya pindah ke tajuk yang kedua.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Cukup Yang Berhormat, cukuplah.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Satu sahaja. Menteri. Sebelum Menteri berpindah ke topik lain, pasal SSM ini Menteri. Supaya Menteri boleh buat penjelasan, boleh? Menteri buat satu statement yang merosakkan imej SSM.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tak apa, tak apa.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kita ada beratus ribu syarikat yang buat auditor account, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ia tak ada kena mengenalah dengan SSM. Faham tidak? Penjelasan SSM dengan Audit sama.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah, sudahlah Yang Berhormat. Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya dah bersetuju.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Belud, Menteri tak perlu sokonganlah, tak apa Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya dah setuju, saya dah bersetuju dengan Yang Berhormat Machang tadi bahawa kita akan kaji mengapa ada contradict statement.

Sama ada Audit silapkah ataupun SSM silap, saya dah bagi tahu tadi. Jadi, bermakna saya cakap dengan Yang Berhormat bahawa kita akan tanya SSM. Mengapa laporan dia contradict dengan Laporan Audit? Okey, cukuplah.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat sebut laporan SSM contradict dengan Laporan Audit?

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat...

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak, itu pembangkang. Jangan, jangan kelirukan Dewan Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat, Yang Berhormat mesti sedar ada beratus ribu Laporan Audit yang dikemukakan. Kalau Yang Berhormat mengatakan bahawa laporan... [Dewan riuh]

final • 6:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, tidak betul itu.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Indera Mahkota, minta tolonglah Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya nak pergi ke topik lainlah, Yang Berhormat dah pergi menyeleweng yang lain.

final • 6:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, tak apa sedikit sahaja ini Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang BERNAS ini, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 6:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sedikit sahaja.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ini bukan mislead lagi. Beri discredit surcharge kepada Audit ini.

final • 6:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tadi saya minta bahawa sebut kepada Yang Berhormat Machang tadi bahawa kita nak lihat balik, maknanya saya rasa elok diserahkan kepada PAC untuk memanggil kesemua pihak ini untuk menentukan ketepatan maklumat yang telah dibentangkan. Yang keduanya, saya nak sebut bahawa saya tengok ini tak ada pun Ahli Parlimen Wanita UMNO ini bela ketua dia, saya pun hairan juga ini. Semua yang lelaki yang tolong bela, yang wanita ini tak berapa nak berlaga mungkin? [Ketawa]

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, ini ialah politik. Nak cakap pasal politik ini esok pun tak habis Yang Berhormat... [Ketawa] Kalau nak cakap pasal politik.

Baik, yang pasal NAFAS. Pasal isu NAFAS, syer NAFAS dan NEKMAT dalam BERNAS seperti yang dibangkitkan tadi. Saya ingat Yang Berhormat Permatang Pauh ini lebih tahu sebab benda ini berlaku pun waktu zaman beliau dalam Kabinet. Kita tahu bahawa pada peringkat awal memang penswastaan NAFAS dan juga NEKMAT masing-masing ada memegang saham sebanyak 11.1 peratus pegangan saham ke atas BERNAS. Akan tetapi saham tersebut telah pun berkurangan semasa penyenaraian BERNAS di BSKL, ianya kerana NAFAS dan NEKMAT tidak menyuntik tambahan modal pada tahun 1996.

Oleh sebab itulah syer NAFAS dan NEKMAT telah mengecut kepada 3.4 peratus tiap satu sebagai tambahan peningkatan modal berbayar BERNAS pada tahun 2002 dan 2005 turut memberi kesan kepada pengecutan pegangan saham NEKMAT dan juga BERNAS. Tadi mengenai kata ada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, isu pinjaman sebanyak RM1 bilion dan pakatan untuk jual kepada syarikat asing iaitu Wang Tak itu tidak berapa tepat dan juga itu tak betul kerana tak ada. Setahu saya tidak ada pinjaman sebanyak RM1 bilion oleh Tradewinds Malaysia Berhad.

Pengumuman bursa-bursa hanya menyebut pinjaman sebanyak RM700 juta, ia bertujuan untuk membeli saham-saham daripada Wang Tak yang pada masa itu 31.5 peratus. Jadi, melalui pembelian ini Tradewinds Malaysia Berhad memegang syer majoriti sebanyak 72.6 peratus bernilai RM730 juta.

final • 6:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Melalui usaha ini, syer BERNAS dibeli balik daripada Wang Tak Jadi tidak mungkin ada pakatan untuk jual syer BERNAS kepada syarikat asing selepas ini. Ya?

final • 6:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, saya nak kembali kepada isu pokok itu. Isu pokoknya ialah pada tahun 1996 bila konsesi tunggal atau monopoli ini yang dipegang oleh BERNAS diswastakan, perjanjian itu ada syarat-syarat tertentu. Ini termasuk hak konsesi ini tidak boleh dialih tangan kepada pihak ketiga. Ini juga termasuk tidak boleh melebihi 25 peratus daripada pemilik saham ini adalah daripada syarikat-syarikat asing dan ini juga termasuk peranan-peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi yang mempunyai kepentingan petani dan bumiputera. Isunya, kenapa syarat-syarat ini tidak dipatuhi?

final • 6:30 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Seterusnya, kenapa bila syarat-syarat ini tidak dipatuhi, kita masih extend bagi sepuluh tahun. Pada mulanya, syaratnya hanya lima tahun. Optional bagi kepada BERNAS.

Akan tetapi kenapa kita bagi sepuluh tahun tambahan kepada sebuah agensi yang telah diswastakan tetapi tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditentukan sebelum ini.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya sudah kata tadi bahawa, apabila BERNAS ini dijadikan public listed, pada masa itu ia open share. Ia open share. Pada masa itu kita lihat bahawa ada syarikat asing yang membeli. Sebab itulah kita berusaha balik untuk kita syarikat tempatan membeli balik. Walau bagaimanapun, bahawa golden share masih dipegang oleh pihak kerajaan. Bermakna, apa juga dasar yang dibawa oleh BERNAS, ia mesti mendapat persetujuan daripada pihak kerajaan. Jadi, kerana itu kita lihat bahawa share yang diberikan..., macam kita mula-mula, seperti kepada NAFAS, seperti kepada..., tetapi apabila share ini telah pun dinaikkan, sebab itu dia kurang share-share yang dipegang oleh syarikat setakat ini. Akan tetapi sampai sekarang, BERNAS dan NEKMAT masih lagi memegang share ini.

Tadi Yang Berhormat daripada Wangsa Maju membangkitkan mengenai isu RM110 juta yang kita masih tertunggak, yang kita tidak bayar kepada petani-petani. Saya hendak jelaskan bahawa yang RM110 juta ini memang kita belum bayar lagi. Oleh kerana itu sekarang ini kerana duit yang kita peruntukkan tidak mencukupi. Pada tahun 2008, kita dapat hanya RM27 juta, pada tahun 2009 sebanyak RM40 juta, pada tahun 2010 kita dapat sebanyak RM40 dan pada tahun 2011 sebanyak RM80 juta. Jadi, walaupun kita dapat banyak tambahan tetapi insentif peningkatan hasil padi ini masih meningkat dan sehingga kita terhutang ada lebih kurang RM110 juta kepada petani-petani. Oleh itu, kerajaan telah pun menambahkan peruntukan ini, peruntukkan tambahan sebanyak RM117 juta dan insya- Allah kita akan bayar...

final • 6:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 6:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

...Kepada petani-petani dan kita minta BERNAS untuk menguruskan bayaran ini. Dalam usaha BERNAS menguruskan bayaran ini, ia menjalankan social obligationnya. Tidak ada apa-apa komisen yang dibayar kepada...

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi, boleh saya mencelah?

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau hendak tanya, ringkaskan Yang Berhormat. Jangan berucap Yang Berhormat ya.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak, hendak bertanya sahaja.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, tanya.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Soalan saya, kenapa kerajaan dengan petani pun hendak berhutang? Bukannya banyak sangat. Itu satu. Yang kedua, BERNAS ini kadang-kadang dia tertangguh lama sangat. Dia tidak nampak macam gaya prihatin kepada petani. Hutang beratus-ratus ribu ringgit tangguh lama-lama. Minta penjelasan.

final • 6:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Perkara yang sama ialah kita ingin tahu. Masalahnya siapa? Sama ada BERNAS tidak maklum kepada kerajaan bahawa peruntukan tidak cukup atau kerajaan sudah diminta tetapi tidak respons kepada permintaan BERNAS? Kita ingin tahu perkara ini kerana yang hutang, kita hutang kepada orang miskin dan sampai bertahun-tahun kita hutang. Ini satu perkara yang serius.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih. Ini kerana projek ini bermula pada tahun 2007 kita perkenalkan. Bila kita kata penambahan insentif hasil padi, kita tidak tahu berapa banyak yang hendak ditambah hasil itu. Jadi, kerana itu kerajaan ada bagi peruntukan. Kita bagi peruntukkan seperti saya katakan tadi, pada tahun 2008 kita bagi peruntukan sebanyak RM27 juta. Kemudian pada tahun 2009 kita tambahkan lagi menjadikan sebanyak RM40 juta. Pada tahun 2010, kita bagi lagi peruntukan sebanyak RM40 juta dan pada tahun 2011, kita tambah lagi sebanyak RM80 juta. Akan tetapi oleh kerana ia accumulate ini, ia bersambung-sambung hutang ini kerana pada masa itu BERNAS kita bagi ia bayar setakat yang ia adalah. Jadi, kerana itu kita telah minta supaya BERNAS lihat balik semula mana-mana petani-petani yang mungkin ada lagi yang belum dapat jumlahnya.

Jadi, kemungkinan ada petani pada tahun 2007 sudah dapat, tahun 2008 sudah dapat. Maka, pada tahun 2009 dia mungkin tidak dapat. Bukan kita tidak bagi. Kita ada bagi bajet tetapi ini bajet yang kita susah hendak agak. Yang kita tidak tahu bajet kita berapa banyak..., insentif begini akan bertambah. Akan tetapi hari ini apabila kita sudah buat final, sehingga sekarang ini kita tambah, bermakna kita kena tambah lagi sebanyak RM117 juta.

Bermakna peruntukkan sebanyak RM80 juta yang telah kita tengok dalam laporan bajet itu memang tidak cukup. RM80 juta pun tidak cukup. So, kita kena tambah sebanyak RM117 juta. Jadi, selepas ini kita akan buat bayaran kepada petani-petani.

Yang Berhormat daripada Bintulu membangkitkan isu tentang membeli ST15 peratus wajib pula membeli satu lagi beras ‘cap ayam’. Saya hendak memaklumkan bahawa ini tidak pernah diarahkan dan ini bukan satu dasar kementerian. Ini mungkin hanya dibuat oleh pemborong-pemborong ataupun peruncit-peruncit yang tidak bertanggungjawab. Jadi, kalau ada peruncit yang sedemikian, harap membantulah kepada kementerian supaya kita boleh mengambil tindakan kepada pemborong ataupun peruncit yang tidak bertanggungjawab ini.

Yang Berhormat Arau banyak membangkitkan isu mengenai insentif tangkapan ikan yang mana beliau mengatakan bahawa tidak mencapai sasaran RM0.10 sen sekilogram. Saya ingin menjelaskan bahawa kadar bayaran insentif hasil tangkapan adalah mengikut kategorinya iaitu kita bayar tradisional sebanyak RM150 sebulan. Kemudian (b) sebanyak RM750, (c) sebanyak RM1,500 dan (c)(ii) sebanyak RM5,000. Kemudian bayaran hasil insentif tangkapan kepada bot vessel ‘A’ seluruh negara adalah sebanyak RM8.3 juta bagi tempoh Januari 2011 hingga Ogos 2011. Ada yang dapat. Bagi tempoh yang sama, zon (a) iaitu Perlis, bayaran insentif hasil tangkapan adalah sebanyak RM300 ribu. Ini berdasarkan kepada jumlah tangkapan yang diisytiharkan oleh nelayan yang disokong dengan invoice jualan.

Akan tetapi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Arau bahawa kita tidak boleh hanya bergantung kepada invoice jualan sahaja. Malah LKIM telah pun diminta untuk memastikan, melihat sendiri ikan yang ditangkap oleh pihak nelayan sebelum kita membayar insentif 10 sen.

Mengenai skim pengesahan benih padi sah, kuota benih padi sah– saya ingat sudah panjang lebar saya jawab hari itu dalam Dewan ini. Kuota benih padi sah ini kita berikan kepada pengeluar benih padi sah yang memenuhi kriteria yang telah kita tetapkan iaitu syarikat bumiputera, memiliki loji sendiri, mempunyai mesin penyisir benih padi angin.

Jadi, Jabatan Pertanian sebenarnya melaksanakan skim pengesahan biji benih sah kerana ia sebagai jabatan yang menentukan kualiti benih padi sah sama ada benih padi sah ini boleh dikeluarkan ataupun tidak. Pemantauan yang dibuat oleh Jabatan Pertanian ini bermula daripada sawah padi lagi. Daripada tanaman benih. Tanaman padi lagi kerana peserta yang terlibat dalam Program Benih Padi Sah ini, Jabatan Pertanian, ia akan melihat sekurang-kurangnya empat kali. Kalau kali pertama ditengok tidak ada kualiti, akan dibatalkan dan sehinggalah setuju supaya ia ada kualiti.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Maka, barulah dihantar ke kilang dan sampai ke kilang, Jabatan Pertanian sekali lagi untuk menilai kualiti benih padi ini yang saya kata tadi bahawa setiap sepuluh biji, satu kilogram padi, ia tidak lebih daripada sepuluh biji padi angin. Jadi, saya ingat kualiti ini telah pun kita tetapkan kerana kita berpegang kepada kualiti yang begini tegas. Maka, baru-baru ini kita tengok ada sedikit masalah kelewatan untuk mengedarkan benih-benih padi sah ini.

Sudah panjang lebar saya jawab ini, Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam jawapan Yang Berhormat sebelum ini, Yang Berhormat sebut tentang kriteria atau syarat untuk diberikan kuota padi benih ini. Antara satunya ialah syarikat bumiputera. Syarikat-syarikat bumiputera. Saya tidak perasan.

Adakah itu keputusan Kabinet dan sebagainya Yang Berhormat Menteri telah sebut. Akan tetapi saya hendak sebut bahawa apa pula kriteria sehingga kita berikan kepada satu syarikat, katalah ia bumiputera macam Seri Merbok. Kita beri sampai 26,000 tan hingga 27,000 tan untuk ia hasilkan atau keluarkan padi benih ini. Saya hendak katakan bahawa Seri Merbok ini dulu ia bukannya bumiputera tetapi ada masuk share. Salah seorang bumiputera, orang Melayu masuk, lalu ia pun jadi taraf bumiputera.

final • 6:40 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah selepas ini daripada lima, enam lagi syarikat yang bukan bumiputera ini kalau dia buka syer kepada bumiputera, jadi dengan sendiri mereka itu akan jadi syarikat bumiputera. Adakah mereka juga akan diberikan peruntukan yang sama, kuota yang sama, itu satu.

Kedua Tuan Pengerusi, saya juga hendak dapatkan penjelasan bahawa antara syarikat itu, ada syarikat yang menyewa loji. Syaratnya kena ada loji benih, kena ada loji benih. Ada syarikat yang saya difahamkan bahawa antaranya syarikat yang menyewa loji itu daripada menggunakan loji Jabatan Pertanian. Jadi, saya hendak tanyalah kadar sewanya berapa? Berapa jumlah yang dia telah bayar kepada Jabatan Pertanian? Akan tetapi isunya kenapa dia tidak ada loji benih tetapi dia diberikan kuota? Kenapa dia diberikan kuota? Sepatutnya baiklah Jabatan Pertanian yang buat atau pun agensi kerajaan yang menggunakan loji benih daripada Jabatan Pertanian.

final • 6:50 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Menteri, bangun jawab sekali nanti. Tentang benih padi juga. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendapat maklumat yang terkini daripada petani- petani baru, masa hari Yang Berhormat Menteri pergi ke Pendang hari itu, saya berjumpa dengan petani-petani mereka mengatakan tentang harga. Apakah ada kawalan harga tentang benih padi sah ini? Kalau dahulu RM28, sekarang ini mereka mengatakan naik sampai RM35. Apakah pihak kementerian mengadakan kawalan atau pun biar berapa ringgit mereka hendak jual bagi 20 kilogram terutama sekali benih MR219 ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi mengenai syarikat status bumiputera ini, ini diputuskan oleh Kabinet. Syarikat itu ialah bumiputera dan bukan sahaja dia mesti katakanlah Yang Berhormat kata ada satu syarikat. Tiba-tiba dia bukan bumiputera, kemudian bumiputera masuk. Kalau bumiputera masuk bermakna dia betul-betul bukan sahaja dia mesti mendapat - kita lihat syernya di pendaftaran syarikat tetapi juga dia mendapat sijil.

Sijil pengiktirafan sebagai syarikat bumiputera daripada Kementerian Kewangan kerana saya tahu Yang Berhormat ramai orang jumpa saya. Kadang-kadang ada syarikat dia kata dia sudah beli syer tetapi bila kita tengok laporan daripada company secretary seolah-olah syarikat itu telah pun transfer kepada bumiputera tetapi apabila kita semak dengan pendaftar syarikat, ia tidak berdaftar dengan pendaftaran syarikat. Hanya company secretary sahaja yang buat.

Kemudian, bila kita tengok dengan Kementerian Kewangan, dia pun memang tidak dapat status syarikat bumiputera. Jadi Seri Merbok ini mengapa kita beri sampai RM25,000 kerana syarikat ini bukan sahaja Seri Merbok. Pada mula kita, kita melihat kepada kapasiti MADAkah KADA yang mampu untuk mengeluarkan.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Noh bin Haji Omar

Dia ada formula dia yang dibuat oleh jawatankuasa teknikal. Jadi, kerana itulah kita bagi jumlahnya itu mengikut kapasitinya dengan jumlah syarikat yang layak diberi tidak silap saya sembilan syarikat yang layak diberi. Dia ada formula yang telah pun dikira oleh pihak jawatankuasa teknikal.

Mengenai sewa loji, dahulu Jabatan Pertanian yang buat benih padi tetapi oleh kerana ia contradict dengan prinsip kita dan juga prinsip antarabangsa di mana Jabatan Pertanian mesti menjadi pemantau, bukan dia sendiri buat. Jadi, kerana itu ada loji-loji ini yang disewakan, diambil alih oleh MADA. Ada diberi macam di Sungai Burung ambil pada MADA dan di Terengganu kalau tidak silap diberi kepada MADA dan juga loji-loji ini disewa semula kepada mana-mana syarikat yang hendak buat. Akan tetapi asalnya syarikat yang dapat ini dia mesti ada loji sendiri. Kalau dia hendak sewa loji dahulu yang dipunyai oleh Jabatan Pertanian, itu mungkin tambahan yang diberi. Dia tidak boleh berdasarkan kepada loji Jabatan Pertanian sahaja untuk kita bagi benih padi. Itu tidak boleh, itu sebagai dia punya sewa sahaja. Kemudian, Yang Berhormat tadi kata...

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Noh bin Haji Omar

Sewa ini ditentukan oleh bukan kementerian saya.

Bukan Jabatan Pertanian, dia ini kena rujuk kepada pihak, saya sudah lupa tetapi bukan kementerian saya. Ini bahagian, kementerian... Nanti mungkin pegawai dia boleh bantu sayalah, saya akan beritahu. Saya lupa. Dia macam tanah ...

final • 6:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Menyampuk]

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Noh bin Haji Omar

Kemudian, yang kedua yang tadi yang dikatakan mengapa sampai RM35 satu beg itu. Harga yang semestinya dijual ialah RM28 sahaja tetapi itu harga di pintu kilang. Saya tahu memang banyak kita dapat laporan, bila kita terus siasat mengapa harga ini dia naik kerana ada pihak-pihak, ejen-ejen tertentu dia caj sewa lori dan juga pengangkutan. Ada itu kita hantar sampai ke rumah tetapi kalau petani dia boleh beli terus ke pintu kilang, yang itu kalau kilang itu jual harga di pintu kilang lebih daripada RM28, ini saya janji dengan Yang Berhormat kita akan ambil tindakan kepada syarikat ini. Manakala yang jual sampai RM32 ialah ejen, boleh jadi PPKkah atau adalah ejen-ejen yang mereka lalu.

final • 6:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat, mengenai syer bumiputera tetapi saya melihat walaupun perlu mendapatkan sijil daripada Kementerian Kewangan untuk mengesahkan syarikat itu diberikan taraf bumiputera tetapi akhirnya kita lihat macam Seri Merbok ini yang run business itu tauke lama juga ‘Phek Choo Keong’. Dia juga yang run business, bukan yang Melayu masuk ini. Melayu masuk ini dia macam jadi sleeping partner sahaja. Dia bukan usahawan yang betul, dia bukan seorang ahli perniagaan yang tulen.

Jadi, akhirnya maknanya kita membohongi masyarakat. Kononnya bahawa kuota bumiputera, pemilikan syer bumiputera sudah pun meningkat. Padahal dia bukan seorang yang tulen, yang run businessnya betul-betul ialah tauke lama. Tauke lama hanya boleh beri kepada syer itu kerana apa, hanya semata-mata kerana hendak dapatkan benih ini daripada...

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Noh bin Haji Omar

Minta maaf Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat pergi sampai dalam macam itu, itu di luar kekuasaan saya untuk menjawab.

Bermakna kalau saya Yang Berhormat pernah, kita hendak tubuhkan syarikat kontraktor, syarikat bertaraf bumiputera bukan mudah. Kementerian Kewangan datang turun tengok, siapa pengurus dan sebagainya. Akan tetapi kalau apa yang berlaku di sebaliknya itu di luar kita punya jangkaan tetapi yang pentingnya syernya ialah dipunyai oleh bumiputera dan mendapat pengiktirafan daripada syarikat daripada Kementerian Kewangan.

Mengenai siput gondang ini, MARDI telah pun menyediakan manual teknologi iaitu manual teknologi kawalan siput gondang emas dan manual teknologi kawal padi angin yang boleh diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Arau tadi. Hari itu pun saya telah menjawab panjang lebar Yang Berhormat mengenai isu padi angin di dalam Dewan ini.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat daripada Baling telah pun membangkitkan banyak perkara mengenai kepentingan petani dan juga penternak di mana segala pandangan-pandangan Yang Berhormat kita telah pun ambil kira dan secara kasarnya saya hendak terangkan bahawa Yang Berhormat telah meminta supaya LPP jadi sebagai pengeluaran kepada hasil-hasil pengeluaran. Ini memang betul. Kita sekarang ini telah pun meminta supaya LPP dan FAMA mesti saling bekerjasama untuk memastikan bahawa apa juga yang hendak dikeluarkan oleh LPP mesti ada pemasarannya dan juga betul Yang Berhormat kata kadang-kadang ada orang kampung susah untuk memasarkan setandan kelapa, pisang yang kecil-kecil ini. Siapa yang hendak pergi kutip. Itu FAMA kenakan sistem peraih di mana kita menggunakan sistem motosikal roda tiga, kita memperbanyakkan pusat-pusat pengumpulan yang kita minta FAMA tidak payah buat bangunan-bangunan besar.

Letak satu khemah tulis pusat pengumpulan untuk orang kampung menghantar barang-barang, hasil-hasil pertanian dan juga kita minta juga projek kedai rakyat. Dalam masa yang sama 400 pasar tani kita telah minta peranan supaya mereka juga mesti memainkan peranan sebagai contract farming dan kita telah minta FAMA menjelang tahun 2015. Kita minta dia tidak lagi boleh menjual hasil-hasil daripada luar kerana tadi banyak dibangkitkan. Banyak hasil ini kita jual hasil daripada luar negara, kerana itu kita tengok dalam bajet yang baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan ada RM14 juta untuk melaksanakan contract farming. Sebelum ini pun Agro Bank, TEKUN juga memberikan pinjaman.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Noh bin Haji Omar

Ertinya, kita minta FAMA mesti dan juga melalui pengusaha-pengusaha pasar tani supaya mereka juga mesti memastikan daripada mana mereka dapat hasil-hasil. Jadi, kalau mereka sudah kenal pasti hendak kangkung, kangkung sudah tidak ada sekarang. Jadi, dia kena cari orang yang boleh tanam kangkung. Untuk tanam kangkung perlukan modal RM20 ribu, RM30 ribu. Yang ini FAMA akan bagi kepada petani-petani.

Jadi, kita berharap dengan adanya konsep contract farming, satu hari nanti semua peraih-peraih atau penjual di pasar tani mereka sudah ada orang yang akan menjual hasil- hasil pertanian kepada mereka. Tidak perlu lagi mereka hendak ambil di pasar-pasar borong kerana kita sudah sedia maklum tanah kita banyak. Tadi ramai yang bercakap tanah terbiar banyak, jadi kerana itu kita akan cuba dengan sistem contract farming yang dibuat oleh FAMA. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya kena maklumkan kadang-kadang contract farming ada juga yang gagal. Kerana ada syarikat anchor ini kurang bertanggungjawab. Kadang-kadang suruh modal tanam sayur, dia lebih berminat hendak menjual benih, hendak menjual baja. Apabila sudah sampai musim menuai, tidak mahu membeli balik. Jadi, kerana itu saya nasihatkan, mana-mana yang terlibat dalam contract farming mestilah mendapat pengesahan daripada FAMA supaya FAMA dapat pastikan betul-betul siapa mereka yang bertanggungjawab.

Jadi, juga mengenai harga pisang. Kenapa FAMA ambil murah ambil RM1.40...

final • 7:00 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih, saya minat contract farming tadi.

Sebab saya juga ada bangkit dari segi masalah pemasaran untuk petani-petani walaupun itu langkah yang baik. Akan tetapi apa Yang Berhormat bersetuju kalau saya beri pandangan, yang pentingnya apabila petani-petani di kampung-kampung yang tanaman kontan ataupun yang ada tanah yang luas sedikit. Dia tanam apa sahaja bentuk pertanian yang dia tanam tetapi sebaik sahaja sampai tempoh dia pungut hasil tanaman dia itu, dia terus boleh jual ke satu tempat yang dibawa ada tempat pembeli atau dibeli oleh FAMA terus, dibeli saya kata oleh LPP. Kalau LPP itu aktif ada modal ataupun KADA, apa sahaja mekanisme.

Dengan cara ini saya percaya ia memberi galakan kepada petani-petani yang bersepah di desa-desa akan bercucuk tanam. Kalau cara contract farming ini boleh tetapi kena pergi berunding dengan FAMA kemudian hendak kena ada macam-macam kontrak.

Jadi, yang pentingnya ialah dengan cara yang saya katakan tadi yang mungkin akan membantu meningkatkan motivasi petani-petani. Yang dahulu menjadi petani sekarang sudah malas menjadi petani oleh kerana sudah macam-macam red tape, payah hendak jual kalau ada hasil-hasil pertanian mereka. Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri berapa lama lagi? Kita sudah hampir empat jam untuk kementerian ini sahaja Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kalau boleh, saya buat ringkas-ringkas Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Itu yang saya katakan tadi bahawa LPP ini ada ahlinya dan tanah. Jadi, oleh kerana itu kita minta peranan LPP ini mesti memastikan unit-unitnya memainkan peranan supaya ia tidak hanya menjalankan kerja-kerja yang sebagai menjual baja dan sebagainya. Mesti melibatkan di dalam kerja- kerja menambahkan hasil-hasil pertanian. Ini insya-Allah, kita akan buat pendekatan baru dan kita minta LPP untuk melaksanakan.

Yang Berhormat Baling banyak membangkitkan benda ini Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat berkata pasal pisang ini. Betullah FAMA beli ada harga siling. Walaupun kita menetapkan harga siling tetapi kalau petani-petani ini boleh jual pada peraih yang lebih mahal, tidak ada halangan. Akan tetapi kalau tidak laku, orang lain sudah tidak mahu beli, barulah jual di FAMA. Jadi, itu sebab kita tengok kadang-kadang harga siling FAMA ini agak lebih rendah sedikit daripada harga yang boleh dijual kepada peraih-peraih di luar.

Mengenai NATC Yang Berhormat bangkitkan tadi, saya hendak maklumkan bahawa graduan-graduan daripada NATC sekarang ini kita sedang untuk mengenalkan kursus berpakej. Kursus berpakej ini maksudnya kita minta supaya mana-mana pelajar- pelajar yang terlibat dalam NATC akan diberikan peluang untuk mereka melibatkan diri dalam bidang yang mereka perolehi. Daripada situ nanti kita akan berikan bantuan daripada segi kewangan. Jadi, kita mahu apabila mereka hendak buat kambing, kita terus bagi dia menjadi penternak kambing. Tidak mahu lagi dia habis kursus, dia usung sijil jumpa Agro Bank dan sebagainya. Kita dalam proses, malah dalam program MyAgrosis, kita akan bagi kad. Kiranya mana-mana student yang ada kad ini, bermakna dia diberikan pengiktirafan bahawa orang yang ada kad MyAgrosis ini akan dapat laluan pinjaman mudah daripada institusi seperti Agro Bank dan TEKUN. Ini membuktikan memang pelajar-pelajar ini memang telah terlibat secara serius sewaktu mereka dalam latihan lagi.

Jadi, begitu juga Yang Berhormat membangkitkan fasal veterinar. Kita tidak nafikan memang kita kekurangan kakitangan kerana JPV memerlukan 80 doktor pada tahun 2011 tetapi universiti tempatan nampaknya masih tidak cukup untuk mengeluarkan doktor-doktor ini dan kerana itu kita lihat hari ini ada berapa universiti Terengganu, Universiti Sultan Zainal di Terengganu, mereka lihat maklumat yang diberi kepada saya ini bahawa mulai tahun 2012, universiti-universiti ini akan memperkenalkan kursus-kursus veterinar ini.

Yang Berhormat Jempol mengenai isu bahan-bahan makanan ternakan, langkah- langkah yang dilaksanakan oleh MOA, R&D mengenai potensi penggunaan sumber-sumber tumbuhan dan tanaman yang boleh digunakan untuk makanan ternakan terus dilakukan oleh MARDI. Jadi, pengeluaran biji benih juga sedang diusahakan. Yang Berhormat Jempol juga minta langkah-langkah MOA mengeluarkan makanan ternakan dari menurunkan makanan haiwan. Maka, kita sedar bahawa hari ini rantaian nilai untuk satu-satu hasil mesti kita pertingkatkan. Kalau selama ini mungkin kita lebih tumpu kepada suruh orang bela ayam, bela lembu, bela ikan, mungkin kita terlepas pandang di mana hendak dapat benih ikan, anak ayam, makanan ikan, makanan ayam. Jadi, kerana itu kita lihat kadang-kadang macam ayam walaupun surplus tetapi harga kadang-kadang masih naik. Kerana alasan anak ayam mahal, makanan mahal walaupun bekalan ayam telah mencapai self-sufficient.

Oleh kerana itu dalam Dasar Agro Makanan, kita akan melaksanakan proses pertanian ini melalui rantaian nilai. Di bawah NKEA pun kita telah mula untuk mewujudkan kilang-kilang memproses makanan, membantu usahawan untuk mewujudkan kilang-kilang makanan haiwan. Untuk benih-benih ini kita menubuhkan Majlis Benih Negara. Kita lihat dari mana benih-benih yang kita boleh dapat untuk hasil-hasil pertanian.

Yang Berhormat Jempol juga minta supaya langkah-langkah menurunkan harga makanan ternakan termasuk makanan ikan. Jabatan Perikanan menggalakkan pengeluaran makanan ikan di peringkat tempatan, membekalkan peralatan membuat makanan kepada penternak kecil, menggalakkan ternakan ikan yang tidak memerlukan kandungan protein tinggi di dalam makanan, contoh ikan talapia dan ikan keli.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Jabatan juga telah menjalankan penyelidikan penggunaan usus ayam sebagai ganti tepung ikan untuk memberikan peluang dengan harga yang lebih murah untuk makanan ikan.

Yang Berhormat Sungai Siput tadi ada membangkitkan mengenai penternak kecil sekitar bandar. JPV mewujudkan pusat pembangunan industri tenusu di mana sebahagian besar diceburi oleh penternak-penternak di peringkat bandar.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Oleh sebab itu, dalam APP3 kita ada untuk pembangunan tenusu di mana MOA akan membekalkan lembu betina dan juga peralatan tenusu. Juga, projek pembiakan kambing boer di Pondok Tanjung, Perak akan menghasilkan kambing baka dan juga induk untuk dibekalkan kepada penternak-penternak di pinggir bandar dan juga di kampung- kampung.

Juga pertanyaan Yang Berhormat Sungai Siput mengenai meningkatkan tahap SSL dalam pengeluaran beras, saya ingin nyatakan bahawa memang kita sedang berusaha untuk meningkatkan SSL walaupun dalam Economic Council mencadangkan 70 peratus kita keluarkan sendiri dan 30 peratus kita import tetapi kementerian sedang membuat satu formula untuk kita meningkatkan hasil padi. Saya setuju dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengatakan walaupun kosnya memang tinggi untuk kita mewujudkan sawah-sawah padi yang baru, sistem pengairan yang lebih berkesan kosnya cukup tinggi, tetapi demi untuk masa depan keselamatan makanan, kerajaan akan berusaha untuk meningkatkan hasil padi.

Tadi Yang Berhormat Beruas ada bangkitkan mengenai isu penanaman padi tiga musim. Sebenarnya Yang Berhormat, tidak ada lagi benih padi tiga musim. Apa yang ada ini kita sedang berusaha untuk tanam dan kalau setahun dua kali kita akan usahakan, jadi dua tahun lima kali. Projek ini kita sudah mula di MARDI Tanjong Karang kerana di kawasan IADA Barat Laut Selangor ini sistem pengairannya amat baik. Oleh sebab itu tadi kita dengar mengapa di Sekinchan sebagai contoh, boleh mendapat hasil yang baik kerana sistem pengairan yang dibuat oleh petani-petani itu sendiri. Mereka tidak bergantung kepada JPS dan sebagainya. Mereka buat sistem mereka sendiri dan sebab itu mereka dapat meninggikan hasil padi mereka.

final • 7:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh dapat penjelasan, kerana saya diberitahu biji benih daripada kawasan sedemikian, di Langkat dan Sekinchan, tidak dibenarkan untuk dibawa ke tempat lain untuk ditanam. Adakah ini benar ataupun tidak? Ini kerana itulah aduan yang pernah saya terima dan saya pun tidak berapa faham kenapa itu tidak dibenarkan. Kalau boleh dapat penjelasan.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya ingat benih padi yang ditanam di Sekinchan dia pakai benih padi sah, M219 kalau tidak silap saya. Ada beberapa variety yang baru seperti dipanggil padi kebal. Padi kebal ini memang dikeluarkan di Seberang Perak dan padi kebal ini ertinya salah satu padi jenis variety baru yang boleh kita gunakan untuk kita melawan padi angin. Begitu juga dengan padi hibrid yang memang kita sedang membuat percubaan.

Kalau Yang Berhormat kata mengapa ada benih padi di Sekinchan tidak dibenarkan, itu saya kena siasat sebab mana-mana benih padi yang kita hendak benarkan untuk ditanam, ianya mesti mendapat kelulusan daripada MARDI terutamanya. Ini kerana kita bimbang kalau nanti benih padi ini boleh membawa apa-apa virus. Jadi pada prinsipnya kalau di Sekinchan boleh ditanam, maka tidak ada sebab mengapa di negeri-negeri lain tidak boleh ditanam benih yang sama, kecuali yang saya kata benih yang hendak dibawa itu benih yang tidak ada kelulusan daripada pihak MARDI.

Yang Berhormat Sri Gading banyak bercerita mengenai harga ayam, bahawa ayam kita sedia maklum harganya turun dan naik. Apabila hari perayaan, kita gunakan undang-undang supaya harga tidak boleh dijual lebih tetapi selepas hari perayaan, bila kita sudah habis tempoh kawalan harga, nampaknya harga ayam ini naik. Ini kerana memang berbagai-bagai alasan diberikan oleh pihak penternak ayam.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Dengan itu, kerajaan akan berusaha untuk mewujudkan stok penimbal dan bila harga naik, kita akan keluarkan ayam ini kerana ayam ini kita beri kebenaran mengimport kepada beberapa syarikat. Nampaknya tidak ada syarikat yang mampu untuk membawa masuk ayam kerana bila ditengok, harga ayam di luar negara lebih mahal daripada ayam yang ada di Malaysia.

Mengenai isu halal, ini kita berikan jaminan bahawa sebelum kita meluluskan pusat penyembelihan di luar negara, kita mesti menghantar team kita daripada JAKIM untuk menyiasat bagi memastikan bahawa rumah sembelihan ini mengikut hukum kita dan boleh diberikan taraf halal. Oleh kerana itu baru-baru ini kita terpaksa tidak mengeluarkan lesen lagi kepada beberapa buah negara. Ini kerana apabila kita pergi siasat, kita tengok ada yang lari daripada syarat-syarat yang asal. Ada juga negara yang tidak membenarkan kita untuk pergi siasat sedangkan kita kena siasat setiap tahun. Sehinggakan apabila kita pergi ke luar negara, ada yang kompelin mengatakan mengapa daging yang datang daripada rumah sembelihan yang tidak diluluskan oleh JAKIM tetapi daging yang sama itu boleh pula dieksport ke Timur Tengah. Jadi mereka kata kenapa halal Malaysia ini terlalu tinggi standardnya. Jadi kita beritahulah bahawa bagaimana sistem halal kita dan kerana itulah logo halal Malaysia ini diterima di peringkat antarabangsa dengan baik.

Yang Berhormat Pasir Mas, mengenai ganti rugi banjir ini Yang Berhormat, memanglah banjir kalau dijadikan itu bencana negara, dia kena mohon melalui jabatan, dan jabatan akan bawa kepada kementerian dan kementerian akan bawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana itulah peruntukan daripada MKN. Akan tetapi kalau banjir yang kecil seperti di Kelantan, kita lihat setiap tahun banjir, kosnya tidak banyak, RM3 juta sahaja. Ini tidak lagi dianggap sebagai bencana negara. Oleh kerana itu baru-baru ini bila kita tengok Kerajaan Negeri Kelantan tidak ada memberi bantuan kepada petani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggunakan peruntukan kita yang sedia ada, kita turun dan kita beri bantuan kepada semua petani yang terlibat melibatkan lebih kurang RM3 juta lebih di Kelantan.

final • 7:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, sedikit sahaja. Akan tetapi apakah Yang Berhormat sedar bahawa persoalan yang saya bangkitkan ialah kelambatan.

Tadi Yang Berhormat kata itu bantuan daripada MKN. Jadi saya minta kalau boleh Yang Berhormat panjangkan pendapat dan rintihan yang saya bawa ini kepada MKN supaya ganti rugi itu dapat diberi dengan cepat. Ini supaya rakyat dapat menghargai kalau kita bertindak cepat daripada kita tunggu begitu lama untuk rakyat mendapat pampasan akibat daripada banjir. Sekian, terima kasih.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, saya akan maklumkan perkara ini. Akan tetapi kadang-kadang kalau kita tengok urgent seperti di Kedah baru-baru ini, di Kedah bila kita buat bantuan lebih kurang RM60 juta, bermakna Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kena advance duit dahulu. Jadi bila kita advance duit dahulu dan kita kena tunggu daripada MKN. Kita tengok kalau mustahak, kita akan segerakan. Akan tetapi memang bukan sahaja di Kelantan Yang Berhormat, banyak di seluruh negara musim banjir dan yang akan datang ini pun kita bimbang banjir nampaknya makin besar. Saya sebagai Menteri Pertanian rasa risau kalau banyak lagi hasil-hasil pertanian akan menghadapi masalah.

Yang Berhormat Lenggong bertanya mengenai MAHA. Saya mengatakan bahawa hasil daripada MAHA kita tahu kunjungannya 2.6 juta dan di situlah kita buat promosi kita.

Hari ini ramai usahawan yang terlibat dalam MAHA telah pun dapat memasarkan hasil-hasil industri asas tani mereka hingga ke peringkat antarabangsa. Juga mengenai pandangan Yang Berhormat Lenggong supaya digazetkan padang ragut, MOA wujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan untuk kita bangunkan padang ragut. Saya minta maaf kalau ada perkara-perkara yang kita..,

final • 7:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, sikit sahaja. Minta maaf, ada yang saya bangkitkan masalah KADA dan MPP belum dijawab. Kalau Yang Berhormat tidak ada, boleh jawab dengan bertulislah. Saya hendak tahu masalah peruntukan yang dibelanjakan oleh KADA dalam kegiatan sosial, lawatan dan seumpamanya.

final • 7:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini kerana dalam bidang-bidang yang dipertanggungjawabkan nampaknya tidak begitu produktif dan kakitangannya begitu ramai. Begitu juga dengan pertubuhan peladang di kawasan-kawasan yang saya minta kalau boleh di overhaul, kan. Kalau perlu dipinda undang-undang tubuh, pinda. Kita tidak boleh biar keadaan berlarutan seperti sekarang ini, ‘hidup segan mati tidak mahu.’ Buat tandas, berniaga masuk tender RM50,000. Kita hendak mereka agresif dan dapat menjadikan satu pertubuhan pergerakan pertanian yang betul- betul kita boleh banggakan dari segi membantu menghasilkan pertanian negara dan mereka juga dapat untung dan boleh meningkatkan kos kehidupan para petani. Sekian, terima kasih.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas...

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit sahaja sebelum Yang Berhormat duduk hendak menggulung? Tuan Pengerusi, minta izin. Ini kerana mungkin Yang Berhormat hendak tutup, bukan?

Yang Berhormat beri kelulusan untuk jual padi keluar daripada negeri Perak, maknanya boleh jual kepada kilang-kilang di luar Perak. Akan tetapi surat yang dikeluarkan oleh TKSU, beliau mensyaratkan pula; beliau kata boleh tetapi dua tiga kilang sahaja yang beliau benarkan. Ini pun dalam satu bentuk kontrol juga ini. Jadi yang diberi itu tiga empat pelesen sahaja yang boleh, yang pelesen lain bagaimana? Saya dapat SMS daripada kawasan ini, dia kata pelesen-pelesen lain sibuk kompelin, mengapa tiga empat pelesen sahaja yang boleh? Boleh tidak Yang Berhormat tolong kata kalau sudah boleh, bolehlah.

Siapa yang ada lesen, bolehlah memohon kepada kawal selia untuk mendapatkan permit.

Terima kasih.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Ini saya akan lihat mengenai soal-soal pentadbiran. Saya akan melihat balik dan mungkin TKSU ada sebab-sebab tertentu mengapa beliau beri kepada beberapa lesen. Jadi, hari ini saya beri jaminan bahawa kalau kita lihat bahawa tidak mengganggu bekalan padi di Chui Cak, semua ini, bagi saya tidak ada masalah untuk kita eksport. Apa yang kita bimbangkan ini ialah takut nanti orang Chui Cak tidak dapat padi. Itu...

final • 7:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat, beliau sudah benarkan 10,000 tan. Bila 10,000 tan dibenarkan, 10,000 tanlah, tidak kisahlah sesiapa yang diberi permit.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey Yang Berhormat. Saya akan lihat balik kelulusan ini. Jadi, terima kasih banyak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah beri pandangan. Saya minta maaf kalau saya tidak dapat menjawab satu-persatu dan insya- Allah, saya lihat balik cadangan-cadangan Yang Berhormat dan kita akan berikan jawapan bertulis. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Maraton jawapan itu. Sudah hampir empat jam lebih dari kementerian ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,726,480,600 untuk Maksud B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Wang sebanyak RM3,726,480,600 untuk Maksud B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,121,169,100 untuk Maksud P.21 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Wang sebanyak RM1,121,169,100 untuk Maksud P.21 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat membahas satu kementerian lagi, kita sama- sama memperingatkanlah sebenarnya dalam Dewan bukan macam police interrogate criminal. Dalam Dewan, kita bertanya dan Menteri menjawab. Kalau kita tidak setuju dengan jawapan Menteri, di sanalah letaknya – kita tidak boleh interrogate, “You salah, I betul.” Figure mana pun keluar, Menteri akan bertegas menggunakan maklumat yang ada pada beliau. Maklumat ada pada kita itu berlainan.

Jadi, kita tidak boleh mengatakan Menteri itu salah, kita itu betul. Begitu juga Menteri mengatakan figure you itu salah ataupun betul. Jadi, ini sebenarnya Dewan. Kita tidak boleh berkehendakkan orang lain bersetuju dengan kehendak kita. Ini dalam Dewan Parlimen, jadi saya berharap – kalau ini tidak berlaku tadi, mungkin kita tidak berpanjangan sangat. Jadi dengan itu, saya berharap kita kembalilah sebagaimana perbahasan dalam Dewan. Kalau kita tidak bersetuju dengan pendirian dasar dan sebagainya, boleh kita tidak bersetuju. Memang adatnya, tugas kita sebagai tidak bersetuju dengan kementerian ataupun kerajaan. Akan tetapi, kita tidak boleh berkehendakkan bahawa kerajaan mesti ambil sikap menerima cadangan dan kata-kata kita. Itu dia.

final • 7:24 PM
Maksud B.22 [Jadual] Maksud P.22 [Anggaran Pembangunan 2012] -

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.22 dan Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Lipis.

final • 7:24 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu Kepala B.22 dan P.22.

Pertamanya, saya hendak bercakap tentang Butiran 020000 - KEMAS yang saya kaitkan dengan Butiran 011100 - Infrastruktur. Jadi, kalau kita lihat dalam KEMAS ini, KEMAS merupakan satu Jabatan Kemajuan Masyarakat yang menyeluruh sebenarnya.

Kalau kita lihat, banyak program atau bahagian yang ada seperti sumber manusia dan pentadbiran, kewangan dan perolehan, pembangunan desa, pendidikan masyarakat, bina ihsan, kurikulum dan agihan, pengurusan pemakanan, latihan dan sebagainya.

Jadi, kalau kita lihat institusi KEMAS ini, pejabat-pejabatnya berada hampir di setiap daerah dan juga malah hampir di setiap Parlimen. Di dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terdapat juga satu program iaitu pembinaan pembangunan seperti infrastruktur, jalan, projek-projek aktiviti sosial dan sebagainya. Kalau kita lihat sekarang ini telah ada, wujud pejabat-pejabat KKLW di setiap negeri yang diketuai oleh pengarah-pengarahnya sendiri. Apa yang saya cadangkan supaya dapat diperluaskan pejabat tersebut ke dalam daerah. Jadi ini membolehkan peranan untuk pembangunan seperti membina jalan dan sebagainya diuruskan dan boleh juga diletakkan dalam KEMAS tadi. Ini kerana KEMAS ini sifatnya menyeluruh, mengenai dengan kemajuan masyarakat.

Jadi, dengan cara itu kita dapat meringankan beban Pejabat Daerah dan Tanah yang sekarang ini terpaksa menguruskan banyak projek jalan, pembangunan desa, jalan kampung dan sebagainya, yang diberikan kepada mereka dan juga kepada Jabatan Kerja Raya. Dengan adanya satu bahagian iaitu bahagian infrastruktur dan mungkin bahagian teknikal atau kejuruteraan yang terletak di KEMAS, jadi ini boleh memudahkan pihak kerajaan atau kementerian dapat memantau dan pergi kepada akar umbi sendiri.

final • 7:25 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Melihat apakah keperluan-keperluan yang ada, yang terdapat di setiap daerah- daerah, setiap kampung dan sebagainya.

Keduanya iaitu Butiran 060000 - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Kini kalau kita lihat RISDA telah memperluaskan aktivitinya bukan sahaja di Semenanjung, tetapi mereka juga telah sampai di Sabah dan Sarawak.

Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, apakah isu-isu berbangkit dan sebagainya mengenai kemasukan RISDA ke Sabah dan Sarawak ini. Kalau kita lihat contohnya di Sabah, dia sudah ada Lembaga Getah Sabah dan apakah peranannya tidak bertindih dan sebagainya. Ini kerana saya lihat seolah-olah agak lembap kemasukan RISDA ke Sabah dan Sarawak ini. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian apakah isu--isu yang berbangkit daripada masalah berikut.

final • 7:25 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Yang berikutnya saya hendak berucap mengenai dengan B.22 - 011300 iaitu Pengupayaan Komuniti dan Infodesa. Kita tahu melalui KKLW ini rasa saya pusat-pusat infodesa telah diperluaskan ke setiap tempat iaitu kampung, di pusat-pusat pembangunan desa dan sebagainya dan kita berharap program ini diperluaskan lagi dan kalau kita lihat.., di sini saya agak terkejut apabila melihat bilangan kampung berdaftar di bawah EGW iaitu Elektronik EGW ini sama sahaja tidak ada bertambah iaitu 15,169 buah daripada tahun 2010, 2011 dan juga 2012, jadi tidak ada pertambahan. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian apakah program ini tidak berjalan dengan lancar atau apakah yang menyebabkan kekangan-kekangan hingga menyebabkan program EGW ini tidak dapat berkembang dan sebagainya.

Begitu juga dengan kompleks komuniti desa, saya lihat ia makin menguncup, tahun 2010 ada dua, 2011 ada satu dan 2012 tidak ada, kosong terus maknanya tidak berkembang. Jadi saya sendiri hendak mendapatkan penjelasan apakah isu-isu ataupun masalah-masalah yang berbangkit sehingga kita tidak dapat menubuhkan kompleks komuniti desa kerana bagi saya kalau ada kompleks-kompleks yang sebegini ia dapat membantu penduduk-penduduk terutamanya di tempat di mana capaian dari segi maklumat dan sebagainya agak terhad. Jadi dengan adanya kompleks-kompleks sebegini mungkin dapat menambahkan lagi.

Begitu juga bagi saya, kita mohon supaya setiap JKKK ini dapat dibekalkan dengan komputer dan sebagainya, peralatan termasuk peralatan media seperti komputer dan peralatan masing-masinglah supaya mereka juga dapat menggunakan komputer untuk berhubung dan ada internet sekali supaya mereka dapat berhubung terus dengan pihak pejabat daerah dan sebagainya dan mereka ini boleh dilatih menggunakan komputer. Saya rasa sekarang latihan sudah banyak, sudah ramai ketua-ketua kampung ataupun pengerusi-pengerusi JKKK boleh menggunakan tetapi mereka tidak dibekalkan dengan kemudahan tersebut.

Seterusnya kepada P.22, iaitu saya hendak bercakap mengenai jalan-jalan luar bandar, Butiran 02300 iaitu Jalan-jalan Luar Bandar. Ini sebab banyak sangat istilah jalan penghubung desa, jalan luar bandar, jalan kampung jadi saya mohon penjelasan apakah definisi bagi di setiap jalan tersebut agar jelas kepada Ahli Parlimen dan mudah untuk kita yang mana satu diklasifikasikan sebagai jalan kampung, yang mana jalan penghubung desa, yang mana jalan luar bandar dan sebagainya. Saya juga hendak bertanya lagi mengenai jalan-jalan di estet, adakah jalan-jalan di estet ini tergolong dalam jalan luar bandar kerana kalau kita lihat kebanyakan estet ini juga terletak di luar bandar dan mereka ada perkampungannya sendiri. Sekarang sebagai contoh di Lipis, saya ada dua ladang ataupun dua estet yang memang terletak jauh daripada jalan besar dan mereka ini masih lagi menggunakan jalan tanah merah dan sebagainya. Setiap kali mereka mengemukakan permohonan kepada kami, kepada saya sendiri sebagai Ahli Parlimen agar kita dapat menaiktarafkan jalan-jalan yang ada menuju, ke kawasan perumahan dan kawasan sekolah-sekolah mereka.

final • 7:30 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Saya sendiri tidak tahu ke mana saya hendak mengarahkan permohonan ini, jadi kalau dapat penjelasan daripada pihak kementerian adakah jalan-jalan di estet ini termasuk dalam skop jalan-jalan yang dibina oleh mereka atau kalau tidak ke mana boleh kita tujukan permohonan-permohonan tersebut.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KKLW kerana telah memberi sebatang jalan kepada saya..., dimaklumkan sebanyak RM4 juta iaitu jalan daripada Kuala Lipis, Bandar Baru Kuala Lipis menuju ke Kuala Kercau, ke Kampung Matuk dan ke Kuala Kenung, kerana jalan ini sangat penting dan setakat ini belum ada lagi jalan.

Di kawasan Kuala Kenung juga terdapat Taman Rimba Kuala Kenung di mana para pelancong daripada luar negara akan datang ke sana dan dengan adanya kemudahan jalan tersebut dapat merancakkan lagi program di kawasan Taman Rimba Kuala Kenung itu.

Saya berharap juga pihak KKLW boleh juga bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan kerana Taman Rimba Kenung itu merupakan pusat pelancongan.

final • 7:30 PM

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya masa Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Akhirnya saya hendak bertanya apakah pihak INFRA masih melatih pengerusi-pengerusi JKKK ini dan juga ahli-ahli jawatankuasanya kerana saya melihat masih ramai lagi pengerusi-pengerusi JKKK ini yang belum mendapat latihan bagaimana untuk mentadbir sebuah kampung dengan baik dan berkesan. Sekian saya menyokong. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:30 PM

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sepanggar.

final • 7:30 PM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya terus kepada B.22, Butiran 090000 - MARA.

Saya ingin bertanya di sini mengenai pinjaman yang diberikan oleh MARA ini disebabkan di Sabah agak sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada MARA, oleh sebab kriteria-kriteria untuk mendapatkan pinjaman itu begitu sukar sekali dipenuhi. Contohnya peminjam-peminjam yang bukan beragama Islam terpaksa diminta supaya mengadakan logo halal di dalam restoran-restoran mereka sedangkan ini bukan untuk – sebenarnya ini untuk restoran yang bebas. Jadi ini satu keluhan daripada pengusaha-pengusaha di Sabah di mana kalau kita sebagai bumiputera di Sabah tentu sekali kita ingin memohon pinjaman daripada MARA oleh sebab satu status sebagai bumiputera. Namun masalahnya ialah disebabkan oleh banyak kriteria-kriteria yang sukar diatasi oleh pengusaha-pengusaha ini, sebab itu saya ingin tanya kepada kementerian sama ada ini boleh dilonggarkan atau tidak.

Kedua mengenai one-off 120400 - NKRA: Education - Pra Sekolah. Walaupun ini kita dapat lihat bahawa banyak dibangunkan untuk pra sekolah, namun kita juga dapat melihat bahawa jabatan ataupun Kementerian Pelajaran juga membangun. Jadi ini seolah- olah ada pertindihan ataupun ada percanggahan dengan menyatupadukan anak-anak kita untuk mendapat pra sekolah ini.

final • 7:36 PM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Contohnya satu kampung ada dua sekolah. Satu yang dibiayai oleh kementerian ini dan satu juga dibiayai oleh jabatan daripada Kementerian Pelajaran. Maka adakah ini tidak ada satu saingan bila masa kita dapat lihat bahawa kadang kala dikendalikan oleh KEMAS ini, kita dapat lihat bahawa bangunan yang didirikan untuk pra sekolah ini agak kebelakangan atau tidak begitu baik. Sedangkan di sekolah itu, dia berdekatan dengan sekolah maka kita dapat lihat sekolah itu begitu cantik dan begitu baik sekali. Jadi ini sepatutnya kalau ada sekolah, ada yang dibiayai oleh Kementerian Pelajaran, ada baiknya ini KEMAS buat lain tempatlah, janganlah buat di kampung sama.

final • 7:50 PM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Ketiga mengenai P.22, Butiran 01703 - Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sabah.

Memang bukan senang dan mudah untuk memberi bekalan melalui grid-grid di Sabah kepada luar bandar tetapi apa yang mungkin diatasi ialah untuk membekalkan mereka dengan bekalan solar ataupun mini hidro. Akan tetapi kita dapat lihat pada ketika ini, Sabah agak kecundang sekali oleh sebab apa yang kita lihat ialah bekalan seperti ini sukar dapat dijalankan.

Hanya melalui grid ataupun bekalan tenaga elektrik yang sedia ada yang kita dapat peroleh bekalan ini. Itu pun banyak yang bermasalah di mana kita nampak bahawa contohnya di kawasan saya sendiri, banyak dahulunya telah pun dibekalkan dengan street light oleh kementerian ini tetapi tidak menyala. Sudah hampir dua tahun, masih belum dapat menyala. Jadi tidak guna kita membekal sekiranya lampu jalan ini tidak bernyala. Jadi kita minta kepada kementerian supaya dapat usahakan supaya betul-betul – pegawai-pegawai yang berkenaan dapat melihat serta turun padang melihat masalah-masalah seperti ini.

Satu lagi mengenai Butiran 02404 - Program Lonjakan Mega Luar Bandar. Ini kalau kita dapat istilah lonjakan ini begitu baik sekali tetapi yang sebenarnya apa yang terjadi kita tidak lihat sama ada betul-betul ada lonjakan yang di jalankan untuk program- program yang sedia ada ini. Oleh sebab di Sabah masih lagi mundur. Tidak ada lonjakan yang kita dapat dilihat, tidak ada kemajuan yang betul-betul boleh dibanggakan. Masih belum lagi dapat mengatasi masalah-masalah yang ada di Sabah ini.

Akhirnya mengenai Butiran 04000 - RISDA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada RISDA atau kementerian ini kerana telah membantu sekurang-kurang pekebun- pekebun kecil di Sabah untuk mengusahakan kebun-kebun. Cuma yang kita sedih ialah, bila pemohon-pemohon itu ingin mengusahakan ladang-ladang mereka, satu persoalan ialah sama ada ladang itu telah pun ditanam dahulu dengan getah. Jadi, hanya boleh ditanam sekiranya RISDA hanya boleh mengusahakan sekiranya ini tanam semula getah.

Sedangkan yang kita dapat lihat banyak dan besar luas kawasan pekebun-pekebun kecil yang masih tidak dapat diusahakan kerana pada dahulu yang dikendalikan oleh industri getah Sabah ini ialah secara block planting.

Maka pekebun kecil tidak dapat mengusahakan kebun atau ladang-ladang mereka disebabkan terpaksa mengikut dengan block planting yang sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seratus hektar. Kita mintalah kepada RISDA ini supaya longgarkan syarat-syarat ini supaya mereka, pengusaha-pengusaha pekebun kecil ini juga boleh mengusahakan walaupun bukan secara tanam semula. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Kanowit.

final • 7:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 7:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 7:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan menyentuh dua butiran sahaja di sini iaitu Butiran 01702 - Bekalan Elektrik Luar Bandar: Sarawak, bukan itu elektrik dulu. Masalah bekalan elektrik di Sarawak yang setakat ini adalah, kita mempunyai peruntukan Rural Electricity Supply (RES) di kawasan luar bandar tetapi masalahnya adalah bagi rumah-rumah individu ataupun rumah panjang dan pendek yang tidak termasuk dalam program RES ini. Apabila mereka memohon untuk mendapatkan bekalan elektrik, mereka terpaksa memohon kepada SESCO, ini menjadi masalah yang besar.

Apabila SESCO membuat anggaran elektrik, anggaran untuk mereka adalah terlalu mahal. Jadi saya fikir kementerian perlu berbincang dengan SESCO supaya dapat memberi rate yang semurah seperti Kementerian Luar Bandar atau pun JKR. Ini amat menjadi masalah yang besar sekali di Sarawak terutama di kawasan saya Kanowit apabila ramai di antara mereka yang sudah pindah-pindah ke tepi jalan untuk memohon bekalan elektrik tetapi tidak termasuk di dalam RES.

final • 7:46 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Kedua, mengenai dengan Bekalan Air Luar Bandar: Sarawak - Butiran 02002 ini.

Sama juga masalah dia adalah Kementerian Luar Bandar memberi peruntukan untuk menyambung paip ataupun membuat buster plan untuk bekalan air. Namun masalah dia adalah, apabila paip sudah disambung, air tidak ada. Akan tetapi air ini, mereka yang berkuasa ke atas supply untuk air ini adalah Water Board di semua kawasan di Sarawak saya fikir. Ini sebab Water Board juga yang mengutip bayaran tiap-tiap bulan kepada pelanggan. Jadi di sini juga saya fikir Kementerian Luar Bandar perlu berbincang dengan Water Board supaya mereka dapat membekalkan air yang cukup atau membina buster plan ke kawasan-kawasan yang sudah disambung dengan air. Jadi saya ingat masalah ini adalah sama dengan semua kawasan yang berada di Sarawak.

Ketiga, saya fikir juga telah disebut oleh beberapa ahli yang lain adalah berkenaan dengan KEMAS atau Tabika Kemas ini. Banyak telah ditubuhkan di kawasan-kawasan di rumah panjang di Sarawak. Akan tetapi masalahnya tempat mereka untuk mengadakan kelas tadika ini sangat tidak sesuai. Apabila ia kadang-kadang diberi atau ditubuhkan di tempat-tempat yang begitu kecil, dekat-dekat dengan rumah dan tidak elok untuk budak kecil belajar.

final • 7:46 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Jadi, ini juga saya fikir kalaulah kementerian betul-betul ingin majukan pelajaran untuk anak-anak kecil ini, saya fikir peruntukan lebih banyak lagi diberi supaya JKK ataupun rumah panjang yang ingin menubuhkan kelas tadika ini dapat peruntukan untuk membuat atau membina rumah yang selesa dan sesuai untuk budak-budak ini belajar. Saya ingat itu sahajalah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Terap.

final • 7:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan dalam kementerian KKLW ini. Pertama, berkaitan dengan 070000, dibacakan dengan 04100 iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Persoalan saya yang pertama, sejauh mana perkembangan kemajuan di antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat dalam membangunkan wilayah Kedah ini kerana masih lagi saya mendapat maklumat pihak kerajaan negeri masih lagi belum dilibatkan secara intensif dalam pembangunan wilayah di Kedah.

Kedua, berkaitan dengan tambahan peruntukan bagi 2012 dalam Butiran 04100 iaitu daripada RM9 juta ke RM20.9 juta. Apakah maksud pertambahan ini. Adakah ia melibatkan pembinaan rumah-rumah PPR ataupun rumah-rumah untuk rakyat termiskin.

Berapakah bilangan yang dicadangkan untuk 2002 untuk pembinaan rumah-rumah dan juga pembaikan rumah-rumah di kawasan luar bandar. Jadi, maksudnya data ini di peringkat yang pertama, di peringkat negeri Kedah, keduanya, berapakah rumah-rumah yang dicadangkan untuk daerah Padang Terap.

Kedua Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan Butiran 100200 - Program Khusus, pertambahan daripada anggaran tahun 2011 terdapat RM156 juta meningkat kepada RM355 juta. Bolehkah pihak kementerian menjustifikasikan apakah yang dimaksudkan dengan pertambahan hampir RM200 juta ini untuk program apa, apakah tujuan sebenar kepada peningkatan ini untuk kita sama-sama Ahli Majlis tahu.

Seterusnya, ialah Butiran 120400 - NKRA: Education - Pra Sekolah, daripada anggaran untuk tahun 2011, tidak ada sebarang peruntukan yang diperuntukkan one-off untuk NKRA ini yang tiba-tiba pada tahun 2012, jumlah peruntukannya ialah RM20.3 juta.

Adakah ini untuk Program PERMATA ataupun apa sebenarnya kerana dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tidak menyebut Program PERMATA. Adakah one-off ini adalah untuk PERMATA ataupun apakah program sebenarnya yang dicadangkan oleh pihak kementerian.

final • 7:51 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 00602 - Maktab Rendah/ Kolej Sains Mara, peruntukan yang diberikan oleh kementerian ini adakah juga melibatkan penambahan sebuah sekolah ataupun beberapa buah sekolah yang melibatkan Sekolah Ulul Albab yang dibuat oleh pihak kementerian dan oleh MARA sendiri.

Saya mencadangkan agar program ini diperluaskan kerana permintaan yang begitu banyak daripada anak-anak kita untuk memasuki Program Mara yang berasaskan kepada tahfiz. Saya mendapat maklum balas yang cukup positif daripada masyarakat yang mempunyai peluang anak mereka melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA Ulul Albab. Saya juga mencadangkan supaya sebuah sekolah asrama penuh, khususnya di bawah MARA ini juga dibawa ke Padang Terap.

Belum ada sebuah sekolah pun yang berasaskan asrama penuh dibina di sana.

Seterusnya, untuk bekalan air dan juga bekalan elektrik luar bandar yang dibaca sekali dengan Butiran 01000 dan juga 02000. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berapakah minimum rumah yang diperlukan untuk pihak kementerian menyalurkan bantuan elektrik dan juga air yang di peringkat luar bandar ini kerana masih ada lagi permintaan- permintaan daripada penduduk-penduduk kampung bukan sahaja Sabah dan juga Sarawak tetapi masih ada di Padang Terap dan juga di kawasan-kawasan di Parlimen di Kedah yang mempunyai masalah bekalan air dan juga bekalan elektrik. Jadi, bolehkah pihak kementerian mungkin dengan jawapan bertulis untuk saya memberikan maklumat kepada rakyat, bagaimanakah cara memohon peruntukan-peruntukan ini.

Seterusnya, jalan-jalan luar bandar. Saya juga ingin membangkitkan peruntukan RM1.8 bilion ini, adakah melibatkan jalan-jalan di kawasan negeri Kedah. Bolehkah pihak kementerian memberikan perincian jalan-jalan tersebut?

Sikit lagi Tuan Pengerusi, Butiran 03100 - Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA). Ada pertambahan peruntukan dalam bentuk pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan. Saya ingin membangkitkan yang pertama, bolehkah pihak FELCRA memberikan perincian perjanjian yang dibuat dalam membangunkan tanah dan juga penyatuan tanah Persekutuan ini dalam perjanjian dengan kerajaan negeri. Saya difahamkan bahawa di sana ada tanah-tanah yang dibangunkan dengan secara bersama di antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan. Masih ada lagi masalah yang kita dengar kerjasama daripada pihak-pihak FELCRA dan juga kerajaan negeri masih lagi di peringkat yang sangat minimum.

Adakah pihak kementerian ataupun apakah inisiatif pihak kementerian untuk mempercepatkan lagi dan pembangunan bersama tanah-tanah ini. Saya juga ingin membangkitkan tentang dua FELCRA yang ada di kawasan iaitu FELCRA Trolak dan juga FELCRA Bukit Tampoi yang masih lagi belum diberikan geran kepada peserta-peserta.

Saya mohon kepada pihak kementerian untuk mempercepatkan proses pengeluaran geran hak milik kepada peserta-peserta sama ada hak milik ini berkaitan dengan hak milik kampung ataupun rumah yang mereka duduki, tanah yang mereka duduki ataupun ladang- ladang yang sebelum ini sepatutnya diberikan kepada peserta.

Satu lagi ialah FELCRA Sibapin. Saya mendapat maklum balas yang masih lagi belum beberapa positif sebenarnya walaupun sudah dua kali saya bangkitkan dalam perbahasan di peringkat kementerian ini iaitu persoalan pembangunan tanah FELCRA Sibapin yang melibatkan pemilihan peserta yang tidak berapa tepat ataupun yang dipertikaikan oleh penduduk-penduduk tempatan. Penduduk-penduduk luar Padang Terap diberikan kawasan di kawasan Kuala Kedah, di kawasan Kubang Pasu, di luar kawasan yang sepatutnya peserta yang sepatutnya dipilih mereka yang membangunkan, mereka yang mengusahakan tanah, tidak termasuk di dalam nama-nama peserta yang diumumkan oleh kerajaan, yang diberikan geran oleh kerajaan.

Akan tetapi orang-orang luar daripada Padang Terap yang tidak terlibat pun dengan tanah tersebut diberikan geran. Akhirnya, menyebabkan mereka yang mengusahakan tanah ini telah membuat bantahan dan juga menyebabkan pembangunan di kawasan tersebut tidak dijalankan dengan sempurna. Saya difahamkan daripada 300 ekar yang diluluskan oleh FELCRA ini, hanya 60 peratus ataupun 63 ekar sahaja yang boleh dibangunkan.

final • 7:51 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Ini kerana terdapat bantahan-bantahan dan juga pihak-pihak berkuasa tanah yang mengusahakan tanah terlebih dahulu yang sudah pun mendapat hasil getah baik ataupun pohon-pohon tanaman yang lain yang mereka usahakan.

Dua lagi Tuan Pengerusi, yang seterusnya ialah tentang Butiran 04000 - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Saya difahamkan...

final • 7:51 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sorry saya kacau ya. Satu minit lagi.

final • 7:51 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Satu minit lagi. Saya difahamkan bahawa pihak RISDA juga akan membeli getah-getah beku selepas daripada ini. Dapat maklumat bahawa RISDA sudah mula masuk ke kampung-kampung lalu ia menjejaskan pendapatan kepada pemborong dan juga peruncit getah-getah yang mereka ini membeli getah-getah beku daripada petani-petani, penoreh-penoreh yang ada di kawasan-kawasan pedalaman, kawasan-kawasan kampung.

final • 7:51 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Jadi, bagi saya ini tidak wajar pihak kerajaan dan kementerian mengambil langkah untuk menyaingi ataupun bersaing dengan pengusaha-pengusaha kecil getah-getah beku ini yang akhirnya menyebabkan mereka hilang pendapatan. Jadi saya ingat itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberikan saya peluang. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 8:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Bintulu.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Tuan Pengerusi, di sini saya hendak menyentuh P.22, Butiran 01700 mengenai Bekalan Elektrik Luar Bandar, butiran 02000 mengenai Bekalan Air Luar Bandar, Butiran 02300 mengenai Jalan-jalan Luar Bandar. Saya memohon sekali gus di dalam perbahasan butiran ini.

Tuan Pengerusi, memang kita kerajaan Barisan Nasional mengambil prihatin atas masalah rakyat, tetapi kita sedih bila kita lihat pada peringkat pelaksanaan. Contoh, bekalan elektrik. Di kawasan luar bandar, saya bersetuju dengan apa Yang Berhormat Kanowit sentuh, banyak kita nampak tetapi tidak boleh digunakan. Contoh macam di kawasan saya bekalan elektrik ini di beberapa tempat. Contoh ada satu jawapan daripada Sarawak Energy, 4th November 2011 mengenai kawasan di Suai di beberapa rumah panjang, Rumah Pana, Rumah Jeffrey, Rumah Sinju A, Rumah Sinju B, rumah lain-lain lagi. Bekalan elektrik ini memang overhead line semua siap. Dalam wiring pun siap tetapi apabila on sahaja ia punya suis, elektrik tidak ada. Pasal, daripada overhead line tarik pergi rumah panjang tidak ada. SESCO kata ia tidak boleh disambung.

Surat ini dikira di mention. Tuan Pengerusi, izinkan kepada saya untuk membaca ini dalam bahasa Inggeris. Ini memang heading kata pasal electric supply pada rumah panjang ini. “To above capture mention refer. We regret to inform you that the commission of the APA project could be further delayed due to retiligation work and need to be done by the RES contractor who had agreed to complete the retiligation work as follow”. Dua sahaja di sini. Satu, to clear the vegetation underneath the line six meters from both side. Dua, to rectify the installation according to SESCO standard. Ini SESCO cakap ini paling teruk.

Saya mahu bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, masalahnya kita melantik kontraktor, mengapa kontraktor tidak ada qualify punyakah atau tidak ada experinece punya kah, apakah masalahnya? Bukan satu tempat, semua kawasan Bintulu banyak. Sekarang sudah tarik overhead line. Apabila pilihan raya kita pasang wayar semua dalam, janji atas janji tetapi elektrik tidak ada. Bekalan air pun sama.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Bekalan air kita pun sama. Kita nampak macam Kuala Tatau. Hari itu saya ada sebut. Ini kita pipeline semua sudah siap. Testing, selepas testing, pressure drop, LAKU kata saya tidak boleh supply air. Memang ada leaking tetapi sampai hari ini Kementerian Luar Bandar dan Wilayah tidak ambil perhatian, tidak ambil peduli.

Saya sudah bahas pada hari itu sampai ke hari ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun janji kata KSU akan ambil tindakan, tetapi tindakan di mana? Sudah satu minggu lebih, tidak ada orang turun padang. Rakyat bising, bila air mahu ada? Mereka kata harap-harap paip ini jangan sambung pergi jamban nanti. Bagaimana bila sampai peringkat pelaksanaan kementerian tidak mengambil perhatian? Biarkan sahaja kontraktor. Itu satu.

Dua, mengapakah kita melantik kontraktor menjalankan tugas ini? Tidak boleh lantik itu kontraktor ataupun dibawa payung, lantik kontraktor tempatan. Apabila kita ada masalah, sekarang kita telefon, ini kontraktor di Miri, di Bintulu, kadang-kadang pengarah tiada, kadang-kadang cakap tidak ada orang, ofis punya kerani kata, “Oh! Saya tidak tahu.

Mahu tunggu saya punya tauke mari.” Tauke kita tinggal telefon minta dia telefon balik pun dia tidak telefon balik. Jadi, mana kita mahu cari? Kenapa tidak boleh lantik Bintulu punya kontraktor? Contohlah mana-mana kawasan pun sama. Kita lantiklah kontraktor tempatan.

Kenapa kita mahu sekali gus mahu beri semua kontraktor. Huru-hara sini satu, tempat pun tidak siap.

Air pun sama juga. Di bawah satu orang. Sub, sub sampai bawah, cari itu kontraktor, pasang paip pun mungkin tidak faham. Inilah pressure nya. Kuala Tatau punya air pun sudah lama. Siap satu tahun lebih tetapi test pressure tidak boleh pam... [Disampuk] Inilah kemungkinan saya setujulah dengan Yang Berhormat Putrajaya tadi, sub, sub, sub, ‘suwei’... [Ketawa] Memanglah. Ini memang sudah sui, sui, nampak memang cantik...

[Ketawa]. Sui, Cina boleh cakap suwei pun boleh cakap cantik. Pun boleh cakap kita sui tahu. Inilah masalah kita.

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, perkara ini kita harap kementerian ambil perkara ini serius. Menunjukkan memang kita mengambil perhatian ini. Dalam masa yang sama minta kementerian ambil perkara ini serius. Sama macam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita serius mahu tolong dan bantu kawasan luar bandar.

Janganlah kita jawapan atas semberono sahaja. Tuan Pengerusi, setuju atau tidak?

Masalah kita kawasan semua nampak tetapi masuk sana sini tidak ada, sana tidak ada.

Ini satu lagi, jalan luar bandar. Kita memang tolong tafsir semua sama dia, penyelenggaraan siapa yang bertanggungjawab. Apabila jalan raya rosak, kita tanya siapakah yang hendak menanggung. Kerajaan negeri kata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Apabila bertanya kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kementerian kata saya sudah beri peruntukan one-off, itu kerja sudah selesai.

Contoh tadi macam rumah panjang luar bandar ini, kalau jalan ini sudah rosak, mahu bertanya kepada siapa? Tanya tuhan Allah? Ataupun minta tuhan Allah bina balik semula?

Paling teruk punya Tuan Pengerusi, sekarang saya nampak Kementerian Luar Bandar dan Wilayah punya jalan compared with previous, dengan izin, memang kualiti teruk. You siap jalan itu, pun sama juga sub, sub, sub, akhir sekali jalan siap, dalam tiga bulan memang berlubang sini berlubang sana. Mengapa kualiti tidak ada control? Kalau jalan ada jauh, di luar pedalaman, janganlah ikut standard.

Dahulu saya sudah beritahu. Jangan ikut standard one kilometre, berapa, sudah RM120,000. Kalau kawasan contoh di Dubau dekat belakang sana, RM120,000, kontraktor memang curi kiri kanan. Fasal sebuah lori naik sana, dapat RM1,000. Transport Fees sahaja. Kita pegawai daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah patut turun padanglah, tengok, lihat kawasan semua. Barulah tentukan berapa harga. Jangan standardized. Kalau sepuluh kali kita buat, sepuluh kali kita tidak boleh siap jalan itu, berapa rugi sama kementerian? Saya minta dan memohon jasa baik daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, haraplah kali ini boleh beri satu jawapan yang semua rakyat boleh terima... [Disampuk] Memang dari Sarawak. Dia pun faham. Mintalah Yang Berhormat Timbalan Menteri bantulah dalam masalah ini. Sekian, terima kasih.

final • 8:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ramai yang hendak bercakap kementerian ini Yang Berhormat tetapi saya beri Yang Berhormat Beruas.

final • 8:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang keemasan ini untuk saya berucap berkenaan dengan Maksud Bekalan Pembangunan 22 dan Butiran 020000 - Bekalan Air Luar Bandar dan juga Butiran 01000 - Bekalan Elektrik Luar Bandar dan juga berkenaan dengan apa yang telah diluahkan oleh Yang Berhormat Bintulu.

Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa di dalam tahun 2011 ini, terdapat 290 buah projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini dan nombor kontraknya KKLW 1/2011- 209/2011. Akan tetapi sehingga ke hari ini hanya diumumkan keputusan 129 buah projek sehingga 8 September 2011. Saya hendak bertanya, apakah yang sudah berlaku pada 80 buah projek yang telah dirancang? Adakah ia diberikan secara senyap-senyap atau apakah yang sudah berlaku pada 80 buah projek tersebut?

final • 8:08 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita tahu bahawa di bawah kementerian ini tiga jenis kontrak diberikan. Pertama, melalui rundingan terus, satu tender terhad dan ada lain-lain secara tender terbuka. Saya sangat hairan kenapa banyak sangat kontrak-kontrak di bawah kementerian ini terutamanya di Sarawak yang menelan belanja ratusan juta diberikan secara rundingan terus. Seperti bekalan air luar bandar negeri Sarawak RM638,910,000. Kenapa ia diberikan secara rundingan terus? Banyak misalan saya boleh berikan tetapi tidak cukup masa.

Tuan Pengerusi, saya mendapat aduan bahawa apabila tender terhad diberikan ianya bukan secara telus. Di mana lima atau sepuluh kontraktor berasingan dalam kerja yang sama untuk mendapat tawaran kontrak yang terbaik daripada orang-orang dalam bidang ini. Berlakunya di mana kontrak terhad ini sebenarnya dimiliki lima atau sepuluh syarikat yang menawarkan untuk membuat kerja ini adalah orang yang sama. Hanya nama yang kita kata, yang digunakan oleh orang yang sama sahaja. oleh sebab itu tender-tender kontrak terhad ini didapati harganya lebih kurang sama. Jadi mana-mana syarikat yang dapat, itulah orang sama yang dapat.

Tuan Pengerusi, apa lebih penting, daripada maklumat dan juga dokumen- dokumen yang saya ada. Boleh dikatakan hampir semua kontrak yang diberikan dalam tender terbuka bukan diberikan kepada mereka yang menawarkan jumlah wang ataupun contract price, harga kontrak yang terendah. Saya dimaklumkan bahawa ini satu yang tidak boleh diterima kalau kita hendak mengamalkan sistem tender terbuka. Secara prinsip Tuan Pengerusi, kita apabila mengamalkan tender terbuka ini, pertama; kita pastikan semua yang membuat tender itu berkelayakan. Apabila sudah dipastikan syarikat-syarikat ataupun kontraktor-kontraktor ini berkelayakan mana-mana kontraktor yang menawarkan harga terendah patut dan mesti mendapat kontrak tersebut. Barulah tender terbuka itu meaningful dengan izin, bermakna.

Tuan Pengerusi, kerana terlalu banyak izinkan saya secara..., bagi misalan berapa kerana 100 lebih, hampir semua tidak diberikan kepada yang rendah. Tuan Pengerusi kontrak nombor satu, yang ke lapan tinggi dia dapat projek tersebut No. 12011. Kontrak kedua – kesembilan tinggi dapat projek; kontrak ketiga – kesepuluh tinggi dapat projek; kontrak keempat – ke-23 tingginya dapat projek; kelima – keenam tinggi dapat projek; Projek keenam – ke-14 tinggi dapat projek; projek ketujuh – ketiga tinggi dapat projek; projek kelapan – ketujuh tinggi dapat projek; kesembilan – kedua tinggi. Ini tender terhad, saya akan masuk ke tender terbuka.

Kontrak keempat – ke-13 tingginya dapat projek; dan untuk kontrak ke-17 kontrak terbuka – kesembilan tinggi dapat projek. Kontrak ke-21 – ke-17 tinggi dapat projek, kontrak ke-41 – kelapan tinggi dapat projek; kontrak ke-42 – ke-17 tinggi dapat projek; dan kontrak ke-49– yang sepuluh tingginya dapat projek; kontrak ke-50 – kesepuluh tinggi dapat projek.

Saya boleh kita kata senaraikan lagi hampir 100 lebih lagi, semua sama.

final • 8:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi kalau kita lihat sahaja sebagai contoh, enam kontrak pertama kita dapati kita boleh jimat sekurang-kurangnya RM150 juta. Kalau kita mengamalkan sistem tender terbuka dan mengikut prinsip yang telah saya nyatakan tadi. Saya bagi misalan kontrak pertama, tender terbuka diberikan kepada sebuah syarikat yang kelapan tinggi harga sebutan. Harga terendah RM7.7 juta tetapi yang dapat kontrak RM41.37 juta.

Maksudnya daripada yang dapat kontrak dengan yang terendah adalah hampir lima kali ganda RM33.9 juta lebihan yang kerajaan bayar. Kontrak kedua, yang dapat ialah kesembilan tingginya harga terendah ialah RM30.7 juta tetapi orang yang dapat kontrak RM50 juta. Kita lagi tambahan RM20 juta iaitu lebih daripada yang terendah 66 peratus.

Tender ketiga RM46.4 juta tetapi yang terendah ialah RM31.8 juta lebihan RM15 juta iaitu tambahan 50 peratus daripada yang terendah. Lagi, kontrak keempat yang terendah ialah RM27.5 juta dan yang dapat kontrak RM50.86 juta yang dapat kontrak ialah yang kedua puluh tiga tingginya iaitu kontrak yang terendah yang dapat itu ialah dua kali ganda yang ditawarkan yang terendah. Kontrak kelima yang terendah RM12.46 juta, yang dapat RM45.57 juta iaitu tambahan RM33 juta, hampir tiga kali ganda. Tuan Pengerusi.

bagi kontrak keenam yang terendah RM9.5 juta. yang dapat kontrak ialah tawaran ke-14 RM53.3 juta. Banyak lagi kalau saya senaraikan ratusan, beratus-ratus wang yang kita boleh kita kata jimatkan kalau kita ikut sistem tender, prinsip yang telah saya nyatakan tadi.

Daripada enam sahaja kerana tidak ada masa kita boleh jimat RM150 juta. Tuan Pengerusi dakwaan dan semua bukti-bukti yang saya terima dan dakwaan yang saya terima ialah...

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, masa Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey, ialah rasuah lebih kurang RM70 juta telah diberikan kerana ada kepincangan yang berlaku.

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Point of order Tuan Pengerusi.

final • 8:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Laporlah, mana boleh macam ini.

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak boleh cakap begitu, mana kata rasuah?

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya dapat...

final • 8:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Laporlah.

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi, ini mengelirukan Dewan, dia kata ada RM70 juta rasuah.

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kepincangan ini...

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak boleh terima itu Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan sahaja RM70 juta...

final • 8:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Beruas...

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat kata tadi RM70 juta rasuah.

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi semua...

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Pengerusi! Tuan Pengerusi ini tidak boleh dibenarkan, ini tuduhan melulu.

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya tidak kata siapa ambil duit.

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

RM70 juta kata tadi rasuah.

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya kata...

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Lepas itu spin dekat...

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ya, kalau sesiapa mendakwa tidak ada duit, cabar saya.

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jangan tuduh, lapor pada SPRM.

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ya, nanti itu – belum lagi, kalau ada masa.

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jangan cakap macam itu Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat sudah habis sudah.

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya ada semua, 100 lebih projek. Semua dokumen di tangan saya.

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Akan tetapi itu bukan rasuah, you jangan rasuah Yang Berhormat, salah.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa Yang Berhormat sudah habis sudah.

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, saya hendak minta Menteri beritahu kenapa kontrak-kontrak ini...

final • 8:10 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

WiFi dekat Penang pun tidak tender.

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan diberikan kepada yang rendah.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kenapa ini berlaku? Memang kasihanlah orang- orang Sarawak. Daripada banyak projek ini banyak yang diberikan melalui tender rundingan terus bukan tender terbuka. Oleh yang demikian, demi kebaikan rakyat haraplah kita memastikan wang rakyat di belanja secara telus, secara amanah supaya rakyat mendapat sepenuhnya wang yang telah diperuntukkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 8:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini bukan ucapan dalam Jawatankuasalah Yang Berhormat. Saya ingat Menteri boleh jelas kalau, apa prinsip tender, macam mana prinsipal orang menerima tender sebenarlah. Kalau terendah itu tidak payah, ada pakar lagi duduk dalam tender board lah. Sila Yang Berhormat Tenom.

final • 8:10 PM

Datuk Raimi Unggi - Tenom

Terima kasih. Tidak apa Yang Berhormat Beruas, lapor sahaja SPRM. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 060000 berkenaan dengan RISDA.

final • 9:19 PM

Datuk Raimi Unggi - Tenom

Terima kasihlah kepada pihak kementerian KKLW kerana mengembangkan peranan RISDA ke negeri Sabah untuk membantu pekebun-pekebun kecil getah di negeri Sabah untuk penanaman semula. Cuma Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, dengan peruntukan sebanyak RM14,000 yang telah diberikan oleh pihak kementerian kepada pihak pekebun-pekebun kecil untuk membantu menanam semula.

Saya memikirkan bahawa peruntukan sebanyak RM14,000 ini tidak mencukupi memandangkan tanah-tanah yang hendak ditanam semula ini memerlukan jalan-jalan masuk. Jadi saya harap pihak kementerian menambah peruntukan yang telah diberikan oleh pihak kementerian melalui RISDA untuk pembinaan jalan-jalan ke kebun ini.

Keduanya Tuan Pengerusi, saya ingin mengetahui pihak RISDA telah banyak masuk kampung, keluar kampung untuk mendapat pemohon-pemohon bagi penanaman semula.

final • 8:20 PM

Datuk Raimi Unggi - Tenom

Akan tetapi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, sebelum mendapatkan pemohon-pemohon untuk menanam pokok-pokok getah, apakah tindakan pihak RISDA iaitu untuk mewujudkan benih-benih ataupun pokok-pokok getah. Setahu saya pihak RISDA setakat ini belum ada. Kalau boleh, pihak RISDA menumpukan kepada nurseri-nurseri untuk pengembangan pokok-pokok getah dan ini amat penting kerana saya percaya pada hari ini untuk mendapatkan benih-benih baik pokok-pokok getah sukar terutamanya di kawasan saya. Begitu juga berkenaan dengan pelaksanaannya hari ini. Saya dapati pihak RISDA telah mewujudkan satu koperasi. Adakah koperasi ini juga turut dalam melaksanakan program-program pembangunan bagi pemohon-pemohon pekebun-pekebun kecil ini?

Keduanya Tuan Pengerusi, 04500 berkenaan dengan LIGS. Saya bersependapat dengan Yang Berhormat daripada Lipis tadi, apakah peranan LIGS sebenarnya. Apa yang kita lihat, LIGS juga menumpukan kepada penanaman semula, kepada pekebun-pekebun kecil terutamanya di negeri Sabah. Saya ingin tahu jumlah peruntukan yang telah dimasukkan dalam Kementerian Luar Bandar. Apakah tumpuan yang telah diberikan oleh pihak LIGS melalui peruntukan KKLW ini.

Keduanya Tuan Pengerusi, berkenaan jalan-jalan luar bandar ini. Saya lihat amat penting jalan-jalan luar bandar ini dibangunkan. Terima kasihlah kepada pihak kementerian kerana telah mengupgradekan jalan-jalan yang ada di kawasan saya seperti di Jalan Batu- batu, di Jalan Mendalom Inubai, Mentailang dan Kemabong-Merais yang terbarulah. Jadi saya mohon juga jalan-jalan sambungan daripada projek Mendalom-Inubai ini perlu disambung semula iaitu Inubai-Paal yang mana tidak jauh lagi supaya kampung-kampung seperti Sidungun-Paal-Seberang dapat menikmati jalan yang baik. Begitu juga dengan jalan-jalan di Pekan Sangon dan saya lihat bahawa amat penting juga bagi jalan luar bandar yang perlu diupgrade oleh pihak kementerian perlu diberi keutamaan iaitu Jalan Ulu Tumanik.

Tuan Pengerusi, berkenaan dengan 00611 berkenaan dengan Pusat GIATMARA.

Saya telah beberapa kali mengemukakan masalah ini dan beberapa kali membuat tinjauan.

Setakat ini tidak ada tindakan yang dibuat oleh pihak kementerian. Saya beranggapan bahawa projek pembinaan bangunan GIATMARA yang ada di kawasan saya ini antara projek yang saya lihat perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak kementerian. Sudah sekian lama terbengkalai Tuan Pengerusi.

Saya ingin tahu sejauh manakah perkembangan untuk membina Pusat GIATMARA ini. Saya mendapat makluman daripada pihak berkenaan bahawa pada mulanya menjadi masalah tanah. Akan tetapi kalau menjadi masalah tanah kenapa bangunan terdahulu dibina dan dibiarkan sekian lama? Tuan Pengerusi juga, saya melihat bahawa pada hari ini Pusat GIATMARA yang ada di tempat saya cuma menumpang sahaja di Pusat Kebudayaan Murun. Apabila saya membuat tinjauan, saya amat sedih apabila melihat pelatih-pelatih yang tinggal di sana. Mereka cuma diberi tempat tinggal sahaja.

Mungkin kelengkapan seperti dapur dan tilam tidak diberi. Amat daif bagi kedudukan mereka. Kasihan mereka Tuan Pengerusi. Datang daripada jauh, daripada kampung untuk belajar bersama-sama dengan GIATMARA tetapi agak malang, kemudahan tempat tinggal mereka pula terabai. Saya ingin mencadangkan Tuan Pengerusi, untuk pembinaan Pusat GIATMARA di kawasan saya mengharapkan satu blok asrama perlu dibina bagi kemudahan pelajar-pelajar ataupun pelatih-pelatih yang berasal daripada jauh Tuan Pengerusi.

Berkenaan dengan 02000 – Bekalan Air Luar Bandar. Bagi kawasan saya Tuan Pengerusi, kita telah diluluskan oleh pihak kementerian berkenaan dengan bekalan air bersih di luar bandar, tidak silap saya lebih kurang RM61.4 juta dan sedang dilaksanakan dalam lapan pakej, terima kasih banyak. Walau bagaimanapun, saya melihat ia merangkumi beberapa kawasan yang hampir dengan dua loji sebenarnya yang telah dibina oleh pihak kerajaan. Bagaimana pula nasib kampung-kampung yang menggunakan bekalan air untuk mendapatkan air melalui paip graviti?

final • 8:20 PM

Datuk Raimi Unggi - Tenom

Saya dapati banyak kampung di kawasan saya masih lagi menggunakan paip graviti dan saya harap pihak kementerian juga memasukkan supaya kampung-kampung yang mendapat bekalan paip graviti ini dapat dibantu Tuan Pengerusi. Lebih-lebih lagi apabila mereka mengalami masalah banjir. Banyak paip graviti ini telah rosak dan mereka tidak mendapat bekalan air.

Akhirnya Tuan Pengerusi, berkenaan dengan bekalan elektrik di luar bandar.

Saya juga telah mendapat jawapan daripada pihak kementerian melalui soalan-soalan yang lalu. Berkenaan dengan bekalan elektrik luar bandar yang mana beberapa buah kampung di kawasan saya terutama di Mukim Rundung akan bakal mendapat talian grid. Akan tetapi agak malangnya saya masih menunggu.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian Tuan Pengerusi supaya kampung-kampung ini tidak dibiarkan dalam kegelapan. Saya mencadangkan dengan adanya sistem yang terbaik iaitu sistem solar hibrid yang mana telah dapat membantu dan dapat mempercepatkan capaian elektrik ke kampung-kampung yang saya rasa perlu untuk bekalan elektrik di luar bandar. Oleh sebab itu untuk menunggu pelaksanaan talian grid ini begitu lama apatah lagi pada yang lepas-lepas saya dapati ada peruntukan yang telah diberi tetapi tidak dapat dilaksanakan di kawasan saya disebabkan oleh beberapa perkara birokrasi. Jadi saya harap pihak kementerian menumpukan kepada kampung-kampung yang tidak mendapat bekalan elektrik luar bandar bagi mereka talian tenaga solar, solar hibrid. Ini di mana saya telah juga dapat melaksanakan di dua kampung.

Pada hari ini sebanyak 84 buah rumah yang mana melalui peruntukan khas telah diberi tenaga solar ini dan hari ini mereka tidak lagi kegelapan. Saya harap kepada pihak kementerian supaya dapat membekalkan mereka ini kepada kampung-kampung seperti di Kampung Rundung, Kampung Kapuluk, Kampung Kololok dan kampung-kampung yang saya fikirkan memang amat perlu untuk talian ataupun bekalan elektrik di luar bandar ini.

Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian.

Terima kasih.

final • 8:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli Yang Berhormat Putatan.

final • 8:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Hai, Sarawak sahaja bab ini.

final • 8:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana membenarkan saya turut berbahas bagi Maksud B.22, Program, Butiran 090000 iaitu program MARA termasuklah membentuk masyarakat perniagaan pengurusan bumiputera seperti MRSM, IKM, KKTM, GIATMARA dan sebagainya. Ini satu tujuan untuk membentuk usahawan kita yang muda dan yang telah dilatih untuk menjurus kepada bidang perniagaan. Akan tetapi dalam program ini saya nampak jumlah yang begitu besar. Saya rasa ini termasuklah pinjaman-pinjaman bukan sahaja di dalam segi pendidikan tetapi juga dalam bentuk pinjaman bagi perniagaan untuk usahawan-usahawan yang telah dilatih.

final • 8:28 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian bahawa kegiatan kita untuk melatih golongan muda ini, berapa agaknya jumlah yang dikenal pasti sebagai usahawan yang telah dilatih dan apa yang berlaku dan saya lihat Tuan Pengerusi adalah apabila keluaran- keluaran GIATMARA ini balik ke kampung, ramai antara mereka yang sukar mendapat pekerjaan kerana kekurangan ruang. Jadi perkara ini kebanyakannya orang-orang ini berhijrah ke tempat-tempat yang lain.

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Saya harap Yang Berhormat Menteri mendengar sebab kawasan Yang Berhormat Menteri pun saya rasa semasa di Sarawak ini ramai golongan muda Tuan Pengerusi berhijrah ke bandar meninggalkan kawasan perkampungan, meninggalkan kawasan tanah pusaka yang mana terdapat banyak buah-buahan yang boleh dikutip dan boleh dijual.

Jadi dengan ini Tuan Pengerusi, masalahnya yang selalu dikemukakan ataupun diketengahkan oleh golongan muda ini Ahli Yang Berhormat Pokok Sena, adalah lesen ‘F’.

Lesen ‘F’ ini masih dibeku. Ia tidak boleh berniaga dengan sendiri walaupun sudah dilatih, ada machinery dan sebagainya Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian. Inilah masalahnya bagi golongan muda kita dari luar bandar ini dan ramai di antaranya terutama sekali di Sabah dan Sarawak ini berhijrah ke Singapura. Ke Kelantan tidak adalah, dia pergi Semenanjung kerja di kilang-kilang. Jadi ini saya berharap pihak kementerian dapat melihat supaya pihak-pihak yang tertentu dapat mengkaji semula pengeluaran lesen ‘F’ ini kepada mereka-mereka yang kita anggap sebagai qualify, layak untuk berbusiness.

Jadi bila kita akan buka ruang untuk mereka berniaga? Jadi sekarang apa yang terjadi ialah golongan yang ada lesen ‘F’ ini dikontrol oleh beberapa orang ya Ahli Yang Berhormat Pokok Sena. Ahli Yang Berhormat Pokok Sena saya fikir dia tidak layak dengan kelas ‘F’. Dalam satu perkara lagi Tuan Pengerusi, saya ini sebagai pengerusi biro ekonomi parti dan tugas saya adalah terpaksa saya turun padang ke bahagian-bahagian yang lain.

Apabila berdialog dengan ahli-ahli koperasi dan sebagainya untuk menggalakkan orang- orang ini untuk berhadapan dengan bidang perniagaan. Ada yang berdiri untuk bertanya dan bukan sahaja seorang tetapi ramai yang mana pinjaman-pinjaman termasuklah TEKUN, pinjaman MARA ini disyaratkan sebagaimana Ahli Yang Berhormat Sepanggar sebutkan tadi bahawa syaratnya ialah apabila mereka yang memohon untuk berkecimpung dalam bidang pelancongan, homestay misalnya. Disyaratkan bahawa pemakanan ataupun ruang-ruang dapur ini mesti mengikut syarat-syarat sebagaimana Islam dikuatkuasakan.

Tuan Pengerusi, bumiputera di Sabah tradisinya lain. Pemakanannya lain.

Bagaimana kita mempromosikan pemakanan orang-orang kampung kepada orang-orang Cina Taiwan yang ramai berkunjung di Sabah? Inilah target dia. Dia mahu cuba bagaimana makan cacing, bagaimana makan ulat? Ini di dalam Islam, ini tidak halal. Saya minta maaf sebab perkara ini ditimbulkan oleh orang-orang di akar umbi ini yang mahu berkecimpung dalam perniagaan tetapi sekatannya, kekangannya itu ada. Jadi perasaan ini apa? Kecewa Tuan Pengerusi. Kecewa dengan kerajaan kita. Kenapa kita pakai agama dalam bidang pinjaman ini? Kalau orang misalnya yang bukan Islam itu dapat perniagaan yang begitu baik sekali, mereka macam Ahli Yang Berhormat Rasah ini tidak perlu pinjaman Tuan Pengerusi. Jadi kita ini orang kampung, biarlah mereka buat. Bagilah pinjaman. Adillah kepada mereka Tuan Pengerusi. Jadi inilah yang selalu ditimbulkan. Jadi saya tidak dapat jawab Tuan Pengerusi... [Disampuk] Ahli Yang Berhormat Tumpat, Ahli Yang Berhormat Tumpat jangan... [Ketawa] Itulah sahaja Tuan Pengerusi.

Jadi saya harap perkara ini dapat dikaji semula mengenai pinjaman-pinjaman ini.

Jadi menjadi keluhan daripada akar umbi ini selalu ditimbulkan. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin berpindah kepada maksud Butiran 100200 iaitu Elaun JKKK/JKKP.

Di Sabah Tuan Pengerusi, yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah, elaun JKKK hanya RM650. Apa yang diterima oleh Pengerusi JKKK di Semenanjung ialah RM800.

Kenapa ada perbezaan? Saya minta penjelasan. Sebetul-betulnya sebab orang yang mempengerusikan tugas yang sama dengan harga barang yang lebih mahal daripada sini kenapa dibayar sikit? Ini satu pertanyaan? Ini menjadi isu politik di peringkat-peringkat kampung.

Jadi minta Yang Berhormat Menteri tegas atas perkara ini. Kenapa? Sarawak kemungkinan lebih daripada RM650? Ketua kampung pun begitu juga. Apabila dia membicarakan orang-orang yang ada datang berkunjung ke rumah ketua kampung, kopi siapa bayar? Kuih siapa bayar? Wakil rakyat. Yang Berhormat Menteri dengar? Jangan main-main ya. Ini ketua kampung, pengerusi JKKK kenapa diperbezakan... [Disampuk] Ahli Yang Berhormat Kota Belud dia banyak duit, dia kasi sama ketua kampung dia, dia bagi peruntukan... [Dewan riuh]

final • 8:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jangan seleweng Yang Berhormat ya.

final • 8:30 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baru kita tahu sekarang ya.

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Pengerusi, dia banyak duit. Saya mahu ulang bagi maksud Butiran 01700 - Bekalan Elektrik Luar Bandar dan 02000 iaitu Bekalan Air Luar Bandar. Saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat Bintulu. Tahun 2004 Tuan Pengerusi, saya menimbulkan perkara ini. Yang Berhormat Menteri, pada beberapa tahun yang lalu saya beritahu tidak mahu timbulkan lagi perkara ini sebab banyak kali sudah saya timbulkan perkara ini. Pembekalan electricity dan air di Pulau Gaya. Saya sudah muak membawa perkara ini. Janji bekas Menteri dahulu akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Sampai sekarang, tahun hadapan, hadapan, hadapan, hadapan, hadapan.

Bila itu hadapan sampai? Saya tidak tahu. Saya minta maaf Tuan Pengerusi, saya terpaksa ada panas sedikit soal ini sebab orang di sana sudah kita dengar janji Menteri dahulu.

Bukan saya janji. Saya janji akan memperjuangkan nasib-nasib seribu penduduk di Pulau Gaya ini.

Musim kebakaran, Yang Berhormat Menteri janji laksanakan perumahan 2,000 unit. Tidak dilaksanakan juga sampai sekarang, bila? Tuan Pengerusi, saya dimaklumkan baru-baru ini reka bentuk sudah siap, peruntukan sudah ada.

final • 8:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Side position sudah beberapa bulan yang lalu tetapi pergerakannya sampai sekarang belum ada. Bincang berkali-kali dengan pegawai-pegawai, Yang Berhormat Pokok Sena jangan main-main, hang punya bahasa lain sikit. Jadi, kalau bahasa kawasan perkampungan, saya sedikit bahasa Sabah, alon-alon, fahamkah? Di kampung berpilau- pilau, faham bahasa Brunei? Yang Berhormat Kuala Pilah tahu. Adakah rancangan kerajaan untuk menyusun semula kawasan kampung-kampung ini. Kawasan kampung saya banyak yang jalan sempit, tidak dapat berlimpas, faham berlimpas? Yang Berhormat Kota Belud tidak faham ini, tidak boleh berlimpas. Minta maaf Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Putatan, masa Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan, masa beredar Yang Berhormat.

final • 8:40 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Pengerusi, kalau boleh disusun semula oleh kementerian ini, kita menuju kepada negara maju berpendapatan tinggi. Tidak lama lagi, lapan tahun Tuan Pengerusi, kita punya kampung, di kawasan kampung ini sempit sekali. Kebakaran selalu berlaku walaupun hal ini dalam bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ada peranan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini termasuk membentuk keselesaan rakyat. Tolong lihat, kaji, apa yang kerajaan boleh buat dalam kawasan kampung. Yang Berhormat Kota Belud tidak ada masalah ini, saya ada banyak masalah.

final • 8:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kerajaan sudah beri banyak di Putatan, lapangan terbang, kereta api, pembangunan, semua ada, yang tidak ada Kota Belud. Semua ada dengan Yang Berhormat, lima stars hotel, semua ada.

final • 8:40 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Kalau kapal terbang itu, minta Kementerian Pengangkutan.

final • 8:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini sudah lawan sama-sama...

[Ketawa]

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Mas, bersedia. Selepas Yang Berhormat Putatan.

final • 8:40 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Last Tuan Pengerusi, minta maaf.

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Putatan, kalau masa itu kurang, percepatkan hujah itu. Ini masa sepuluh minit, dikasi slow pula. Pakai gear lima.

final • 8:40 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Kalau begitu saya akur Tuan Pengerusi, tetapi ada satu lagi, ini amat penting sekali. Apa yang ditanya-tanya oleh budak-budak kampung ini, study centre. Ini amat berkesan sebab di kampung-kampung tidak terdapat keistimewaan tuisyen.

final • 8:40 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Jadi, orang kampung ada yang budak pandai sedikit, kalau mereka dibina dengan satu tempat study center di mana cubicle dilaksanakan dan seorang antara orang kampung itu menjaga budak-budak ini, study dengan private, tidak dikacau TV, tidak dikacau bising di dalam rumah, yang working distance daripada rumah-rumah di kampung. Cuba lihat kementerian kalau boleh buat perkara ini, ini amat menyentuh hati rakyat kalau boleh dilaksanakan sebab ini boleh dilaksanakan oleh pengerusi-pengerusi JKKK. Ini cadangan, tiada dalam butiran tetapi ini diselit dalam butiran ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi

Aduh, mahu setengah kampung lagi hendak berhujah rupanya.

Sila Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 8:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 090000 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali gus di bawah P.22, Butiran 00602, 00604 dan 0064. Memang hal MARA ini banyak saya hendak cakap tetapi masa sepuluh minit, apakan daya, tentulah kena ringkas dan padat. Jadi, saya mesti mendahulukan kepentingan rakyat saya dalam kawasan Parlimen Pasir Mas.

Pertamanya, saya hendak tanya bila Maktab Rendah Sains MARA dalam Daerah Pasir Mas akan dilaksanakan? Berkali-kali sudah saya tanya dan peruntukan untuk tahun ini, untuk pembangunan RM158 juta sahaja, cukup kecil. Sepatutnya kerajaan, Kementerian Kewangan, Perbendaharaan, meningkatkan lagi peruntukan ini sebab satu sekolah Maktab Rendah Sains MARA berharga RM50 hingga RM60 juta. Kalau RM150 juta mungkin berapa biji, mungkin dua biji, tiga biji. Itu pun saya tidak tahu ini untuk Maktab Rendah Sains MARA yang baru ataupun lain-lain. Tanah sudah pun ada di Jalan Pasir Pekan begitu lama.

Daerah Pasir Mas ini ada dua Parlimen, rakyatnya ramai dan saya lihat ada satu kawasan Parlimen ada satu Maktab Rendah Sains MARA, penduduknya tidak begitu ramai. Tempat yang patut, tidak ada, tempat yang patut ada, tidak ada. Jadi, saya hendak tanya.

Kedua, saya hendak tanya mengenai dengan Institut Kemahiran MARA. Ini banyak, RM646 juta peruntukan. So, dalam Majlis Daerah Pasir Mas, ada di Lubok Jong, kawasan Parlimen Rantau Panjang tetapi dikongsi dengan Parlimen Pasir Mas. Saya hendak tanya dari segi rancangan pembangunan untuk dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, tahap sasaran IKM di tempat yang saya sebut tadi, di Pasir Mas. Berapa jumlah pelajar yang akan diambil sepanjang apabila tamat Rancangan Malaysia Kesepuluh ini.

Berapa jumlah, yang saya hendak tahu, bentuk kursus dan bentuk pembangunan infrastruktur tahun ini dan tahun depan untuk IKM di Lubok Jong, Pasir Mas.

Kemudian Pusat GIATMARA. Pusat GIATMARA ini peruntukannya RM48 juta, hendak buat apa dengan RM48 juta? Itu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom, bangunan pun tidak boleh siap. Di Pasir Mas pun dah berapa lama pusat giat ini duduk di tempat yang lama. Kawasan baru ada tetapi tidak selesai masalah dengan Majlis Daerah Pasir Mas, hendak beli tanah sendiri tidak boleh. Program GIATMARA inilah program yang paling berjaya dalam bidang latihan mengikut pandangan saya. Banyak di kalangan graduan yang keluar dari Pusat GIATMARA mudah dapat kerja. Sepatutnya pelajar-pelajar yang masuk, pelatih-pelatih yang masuk dalam Pusat GIATMARA bila dapat sijil, mereka ini juga boleh dipertimbangkan untuk melangkah masuk ke IKM seumpamanya, di program- program MARA seterusnya, bukan setakat sijil yang mereka perolehi. Akan tetapi kejayaannya memang hebat. Mereka ini mempunyai pendapatan yang sudah lulus, terutamanya dalam bidang automobil, mekanikal, saya dapati pendapatan mereka lebih tinggi daripada siswazah yang keluar daripada universiti. Akan tetapi malangnya peruntukan begitu kecil sekali.

Saya lihat baru-baru ini ada pelbagai pihak membuat pick up hal laporan audit Pusat GIATMARA ini yang saya kira isunya begitu kecil macam semut dalam telinga. Ianya merupakan teknikal sahaja dan penjelasan-penjelasan yang diberi boleh diterima akal.

final • 8:43 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya bangkitkan perkara ini sebab saya tidak mahu kedudukan program GIATMARA ini rosak ataupun dirosakkan oleh mereka yang melihat bahawa Pusat GIATMARA ini tidak berjaya ataupun hancur sepanjang jalan sebab ianya begitu penting kerana ia telah melatih mereka-mereka yang drop out tetapi akhirnya menjadi golongan yang berjaya.

Jadi Tuan Pengerusi, satu lagi saya hendak sebut di sini mengenai dengan 02000 mengenai dengan Projek Rumah PPRT. Rumah PPRT ini satu projek yang cukup mulia sebab ianya menyediakan rumah untuk mereka yang tidak ada rumah, lebih-lebih lagi kepada kumpulan miskin tegar. Mereka ini kalau ada tanah yang ditinggalkan oleh keluarga ataupun diizinkan oleh mana-mana pihak, mereka boleh memohon untuk mendapat rumah.

Inilah yang dijanjikan oleh kerajaan. Maka, saya pun balik ke kawasan saya, saya uar- uarkan dan saya dapati ramai golongan miskin tegar yang tidak ada rumah. Maka, mereka pun membuat permohonan, saya angkat kepada kementerian. Tahun lepas dapatlah mula- mula lapan orang, kemudian sembilan, yang lain-lain tidak dapat tetapi untuk waktu peringkat permohonan, mereka terpaksa ke majlis daerah sebab hendak mengesahkan dia ada tapak tanah. Maka, dia turunkan tandatangan di depan ketua jajahan, district officer.

Mereka naik turun, naik turun, cari tanah dan sekarang ini yang lain-lain yang mohon tidak dapat. Maka, mereka kata kita tipu, bercakap banyak tetapi tidak dapat tunai. Jadi, yang dapat sembilan, lapan orang, yang tidak dapat berpuluh-puluh. Jadi, akhirnya dia menjadi backfire, akhirnya banyak golongan miskin.

Saya boleh baca nama-nama, ini saya hantar lagi surat rayuan kepada menteri pada 18 Mei. Saya boleh sebut nama. Nor Hayati binti Ismail, Sulaiman bin Abdul Rahman, Osman bin Ahmad, Aziz bin Hashim, ini ada alamat, ada IC. Hasnah binti Lokman, Hashim bin Salleh, Siti Samira binti Harun, Tuan Jahari bin Tuan Kasum, Mohd. Nor bin Seman, Mohd. Kamil bin Seman, Mohd. Nizam Ariffin, Rusdi Hamzah, Khairul Azhar bin Abdul Rahman, Mohd. Melini bin Yahya, Suhaidatul Lumama, Ismail bin Yusof, Rusli bin Salleh, Nurehan binti Deraman, Muhammad bin Seman, Ratnarini binti Abdul Mior, Che Hasma binti Che Seman, Abdullah bin Omar, Wan Hanafiah bin Wan Harun, Che Yam binti Latif, Abdul Kadir bin Yahya.

final • 8:43 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini, berapa lama sudah mereka menanti ibarat kucing tumbuh tanduk. Tiap-tiap malam bermimpi hendak rumah sebab mereka tidak ada tempat tinggal, menumpang.

Kalau sewa pun tidak upaya hendak bayar sewa. Inilah kalau kita bantu lebih afdal daripada projek-projek mega, projek-projek raksasa, beliung sana, beliung sini. Kita janji, kita bagi harapan kata kerajaan mendahulukan rakyat. Akan tetapi inilah yang sepatutnya kita beri perhatian, dan bagaimana kita tengok dan kita dapat jangkakan pahala daripada Allah SWT pun besar ini, rahmat yang kita akan terima. Ini kerana tentu mereka yang dapat rumah tempat berteduh bukan sahaja akan bersyukur, bukan sahaja akan berzikir dan bersyukur kepada Allah SWT tetapi tentulah ada ganjarannya untuk Kerajaan. Akan tetapi kita kadang-kadang ambil ringan, ambil mudah. Jadi sebab itu saya merayu supaya perkara ini dapat diberi perhatian.

Tuan Pengerusi, mengenai dengan jalan kampung, jalan luar bandar di bawah Butiran 02300 yang tadi dibangkit oleh Yang Berhormat Bintulu. Betul, saya sudah bangkit perkara ini banyak kali sudah. Dari sesi Parlimen kesebelas dahulu. Lama sudah masalah jalan kampung yang di buat mudah rosak. Kejap-kejap pecah. Sebabnya kita tidak tahu.

Sebabnya mudah sahaja. Bukan kita tidak tahu, kita tahu. Kerana kita tidak ikut spec.

Sebab apa dia tidak ikut spec? Mungkin kontraktor hendak untung banyak. Hendak lah untung sikit ataupun banyak.

Jadi, untuk jalan itu untuk disahkan bila buat, adalah pengiraannya dengan pihak- pihak tertentu, dengan pegawai-pegawai pelaksana dan ini berterusan, tidak ikut spec. Ini kerana kita tengok batu yang digunakan dicampurkan dengan tanah. Lepas itu nipis pula.

Kalau patut mungkin enam inci jadi dua inci. Kalau macam kawasan saya ini masuk pula kereta-kereta, lori penyeludup beras ini, lagilah cepat hancur. Banjir pula selalu berlaku.

final • 8:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi jalan projek luar bandar ini saya hendak beritahu Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau orang kena buasir ataupun kalau orang hendak mengandung naik kereta lalu jalan ini, dia patut bersalin cukup bulan, sembilan bulan ataupun lapan bulan, tetapi kalau dia lalu jalan ini, enam bulan pun sudah bersalin tahu tidak. Punya teruk lubang-lubang jalan di kampung ini saya hendak beritahu. Akan tetapi kadang-kadang saya fikir pula, eh, biar begitu lah kerana kalau jalan ini selalu hendak dibaiki tiap-tiap tahun, adalah peluang perniagaan pada kontraktor Kelas ‘F’. Kalau tidak, mereka pun tiada peluang kerja. Paling tidak, ada kerja-kerja untuk membaik pulih. Jadi saya dalam keadaan dilema memikir bab ini tapi pengguna mesti kita pentingkan, wang rakyat mesti kita dahulukan. Amanah, sebab itu ini sebabnya.

Begitu juga di kampung-kampung jarang sangat ada lampu. Banyak lagi kampung tidak ada lampu. Sebab itu bila gelap, ada golongan muda duduk tepi jalan, hisap ganja kah, pil kuda kah dan boleh membahayakan orang kampung ataupun pengguna-pengguna.

Manakala kita tengok lampu di Bandaraya ini, lampu di kawasan-kawasan industri ini, wah bukan main lagi. Lampu yang ditanggung oleh kerajaan. Orang datang ke Kuala Lumpur tengok lampu KLCC Tuan Pengerusi, tengok lampu di lebuh raya, dia balik rumah tengok- tengok kawasan dia gelap. Hendak bawa motor dan kereta pun tidak boleh. Menitis air mata lihat tempat yang begitu indah, bila balik ke kampung masing-masing gelap gelita macam dalam gua.

Tidak boleh kah pasang lampu satu jalan, dua tiga jalan? Bukan tidak tahu, bukan tidak ada maklumat. Mesti majlis daerah, kalau di Kelantan, JPP. Bukan tidak ada maklumat. Bukan tidak tahu di mana patut pasang lampu, di cabang mana patut pasang lampu. Hendak mengurangkan jenayah, hendak menentukan soal keselamatan dan juga hendak menghiburkan sedikit hati orang kampung yang datang ke Kuala Lumpur tengok lampu bukan main lagi. Kita belanja. Kita imbang, tidak seimbang. Boleh tidak fikir perkara- perkara macam ini? Bagi pihak kerajaan, boleh tidak Kementerian Luar Bandar fikir hal-hal seumpama ini supaya perkara ini, kenikmatan kehidupan di negara kita ini biar seimbang.

Biar seimbang!

Kita boleh buat satu jejambat dalam bandar Kuala Lumpur ini, betul lah kerana ini ibu negara, kesesakan lalu lintas seratus, dua ratus juta. Ini kalau seratus, dua ratus juta, kalau di kampung berapa banyak kita boleh pasang lampu ini. Pasang lah. Pasang lah.

Demi kesejahteraan rakyat di kampung. Demi keselamatan. Ini jalan luar bandar tadi saya sebut dan saya pun hendak tanya, berapa jalan luar bandar yang di buat di kawasan Parlimen Pasir Mas tahun lepas dan sehingga bulan Oktober tahun ini? Berapa banyak permohonan dan apakah dari segi peruntukan untuk kawasan Parlimen Pasir Mas dari segi jalan-jalan di luar bandar? Saya hendak tahu. Saya hendak tahu daripada pihak kementerian.

Kalau hendak harap kepada kerajaan negeri, pasti perkara ini tidak akan ke mana- mana. Jalan kampung walaupun ada jalan kerajaan negeri tetapi saya tahu saya kena terima hakikat tidak upaya Kerajaan Negeri Kelantan hendak melaksanakan projek-projek ini termasuklah projek-projek bekalan air seumpamanya. Ini kalau hendak cakap, panjang lagi ini, masa pun tidak ada. Tinggal lagi, saya bangkitkan perkara ini untuk mendapat perhatian.

Saya hendak memberi cadangan kepada Kementerian Luar Bandar, oleh kerana Kelantan menghadapi masalah air iaitu di bawah Butiran 02200, ada tempat-tempat yang cukup kritikal, bolehkah tidak Kementerian Luar Bandar membekalkan tong air untuk disimpan air? Bila berlaku keadaan kecemasan, ia boleh digunakan. Kalau tidak semua pun, tempat-tempat yang dikenal pasti. Di kawasan saya ada di Pasir Mas. Boleh saya kemukakan cadangan tapi tidak guna kalau saya hendak kemukakan cadangan tetapi akhirnya seperti saya pohon perkara-perkara lain memang dapat tapi tidak lah sepenuhnya.

Jadi beri harapan pun tidak guna juga.

Saya hendak tanya dulu sama ada perkara ini boleh dipertimbangkan atau tidak termasuklah mendirikan tong-tong air ini dekat sekolah di luar bandar yang memang berlaku masalah tidak cukup air di sekolah-sekolah di luar bandar terutamanya di Kelantan termasuk di kawasan saya di Parlimen Pasir Mas. Tuan Pengerusi, sekian, terima kasih.

final • 8:50 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kubang Kerian. Selepas Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Tenggara. Selepas itu Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 8:50 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Pengerusi, terima kasih kerana mengizinkan saya juga berbahas Kementerian Luar Bandar, B.22 di bawah Butiran 090000 yang mungkin saya ada satu tajuk sahaja iaitu tentang Majlis Amanah Rakyat

(MARA).

Pertama sekali saya ingin mendapat penjelasan dari pihak kementerian tentang satu perkara yang telah dilaporkan mungkin di bawah Butiran 110000 – Dasar Baru tentang apa yang dikemukakan dalam Laporan Audit Negara tentang beberapa kelemahan yang dianggap berulang-ulang yang melibatkan kerugian RM54 juta yang mana dalam laporan itu menyatakan dengan jelas bahawa MARA membeli peralatan yang harganya seratus peratus lebih tinggi.

Jadi saya minta supaya pihak kementerian dapat menjawab tentang perkara ini dan mengapa ia boleh berlaku? Adakah kesilapan ini di peringkat pegawai ataupun mana- mana pihak yang tidak sepatutnya MARA terlibat dengan kerugian yang sebegini. Sebagai contoh yang disebut dalam Laporan Audit Negara itu adalah contoh pembelian ketuhar yang dibeli dengan harga satu unit RM1,200 yang harga pasarannya boleh didapati dengan harga RM419.

final • 8:57 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Katil lipat yang dibeli dengan harga RM500 sepatutnya boleh dibeli dengan harga RM100. Dapur gas harganya RM200 yang sepatutnya boleh dibeli dengan harga RM59.90.

Mesin gunting rambut harga RM250 yang sepatutnya hanya boleh dibeli dengan harga RM79 dan pengisar iaitu blender harga RM250 yang sepatutnya hanya boleh dibeli dengan harga RM79. Ini dijelaskan dalam Laporan Audit Negara yang melibatkan jumlah keseluruhan hampir RM54 juta. Angka ini terlalu banyak bagi MARA yang saya rasa dengan jumlah yang sebegini kalau dapat dijimatkan dan dibelanjakan dengan cermat dan kalau ada kecuaian ataupun ketirisan di peringkat mana sekalipun saya rasa tidak perlu berulang-ulang sebagaimana yang disebut dalam Laporan Audit Negara.

Di samping menjelaskan perkara ini, saya ingin mendapatkan kepastian kesilapan di peringat mana? Di peringkat pegawai ataupun di peringkat mana yang seharusnya ia tidak diulangi dalam pada masa-masa yang akan datang. Ini kerana RM54 juta itu terlalu signifikan dan terlalu besar yang kita rasa kita boleh agihkan untuk kepentingan yang lebih diperlukan terutama apabila kita setiap tahun menyaksikan ketidakcukupan dalam MARA memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak untuk menerimanya. Saya rasa dalam konteks ini, saya merasakan saya ingin mendapatkan penjelasan tentang berapakah jumlah biasiswa yang dapat dianugerahkan oleh MARA bagi tahun kemasukan ke IPTA tahun ini, yang saya harap sama ada kemasukan itu dalam IPTA dalam negeri dan juga tajaan MARA kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk mendapatkan tempat di luar negara.

Jadi, saya harap dengan angka-angka itu, supaya dapat diperjelaskan di dalam Dewan yang mulia ini.

Demikian juga saya ingin mendapat kepastian daripada program-program di bawah Butiran 00602 - Maktab Rendah/Kolej Sains MARA sampailah kepada Butiran 00616 tentang Universiti Kuala Lumpur. Yang mana kita harus memberikan perhatian terhadap potensi pelajar-pelajar kita yang berada di peringkat pengajian tinggi di bawah MARA ini.

Saya ingin mendapat beberapa penjelasan dari pihak kementerian tentang UiTM sendiri, adakah kerajaan bercadang untuk menambah lagi bilangan kampus di seluruh negara memandangkan ketidakcukupan tempat bagi pelajar-pelajar khususnya bumiputera untuk melanjutkan pelajaran mereka?

final • 9:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Demikian juga di kawasan saya ada sebuah Maktab Rendah Sains MARA Pasir Tumboh, yang saya juga menyaksikan perlu kepada pembangunan tambahan kerana saya rasa boleh menampung lagi jumlah pelajar-pelajar yang mungkin dapat belajar khususnya di Maktab Rendah Sains Mara Pasir Tumbuh ini. Jadi atas perkara itu Tuan Pengerusi, saya merasakan saya perlu mendapatkan beberapa penjelasan daripada pihak kementerian.

Terima kasih.

final • 9:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tenggara.

final • 9:00 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ada beberapa perkara yang saya hendak sebutkan. Pertama yang berkaitan dengan Butiran 030000 yang berkaitan dengan JAKOA. Saya hendak tahu berapa banyak agaknya peruntukkan yang diperuntukkan untuk pembinaan rumah PPRT ini di kampung-kampung Orang Asli terutama bagi kawasan Daerah Kota Tinggi dalam kawasan Parlimen Tenggara.

Di kawasan saya ini ada tiga kampung. Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kampung Orang Asli Pasir Intan, dan Kampung Orang Asli Kempas Menang Yang Berhormat Menteri.

Saya harap kali ini Yang Berhormat Menteri tidak lupa hendak jawab soalan saya.

Kelmarin di peringkat dasar terlupa, kali ini jangan terlupa. Saya hendak tahu berapa banyak yang diperuntukkan untuk membina baru rumah PPRT dan berapa banyak untuk penyelenggaraan. Ini kerana Tuan Pengerusi, saya harap bagi Bajet 2012 ini lebih banyaklah dapat diperuntukkan untuk bina baru. Ia bukan sahaja bagi kawasan saya Yang Berhormat Menteri tetapi bagi semualah kawasan-kawasan kampung Orang Asli kerana kita perhatikan banyak keperluan untuk bina baru rumah-rumah PPRT di kampung-kampung Orang Asli ini. Selain daripada bina baru rumah-rumah PPRT ini termasuk juga keperluan peruntukan untuk penyelenggaraan rumah-rumah PPRT sedia ad adi kampung-kampung Orang Asli ini. Saya juga hendak tahu sampai mana agaknyalah perancangan kerajaan ini, selamanya kampung Orang Asli pembinaan rumahnya sehingga ke tahap PPRT?

Sehingga mana agaknya perancangan kerajaan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli ini sehingga ke tahap PPRT ini? Selama manakah perancangan pembangunan yang hendak dibangunkan oleh kerajaan ini, apabila sebut Orang Asli ini ia bersamaan dengan PPRT, selama mana perancangan kerajaan ini? Jadi saya harap mudah-mudahan dengan adanya NKRA yang kerajaan wujudkan ini ada perancangan- perancangan baru yang dapat direncanakan oleh kerajaan supaya kampung-kampung Orang Asli ini terutama kampung-kampung Orang Asli yang berada di pinggiran-pinggiran bandar ini dapat dibangunkan. Ini supaya mereka dapat dikeluarkan daripada kelompok kepompong PPRT dan supaya mereka ini dapat dijadikan contoh perancangan Pembangunan Kampung Orang Asli yang ada mungkin di tempat-tempat yang lain.

Selain daripada itu, saya juga tertarik dengan Butiran 100300 dengan peruntukkan sebanyak RM20 juta. Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli. Apa agaknya maksud kerajaan ini peningkatan taraf hidup Orang Asli dengan peruntukkan RM20 juta ini? Program khas atau khusus. Apa maksud kerajaan ini, apa perancangannya ini? Apa yang hendak dicadangkan ini? Peningkatan taraf hidup bagaimana ini yang hendak dicadangkan ini?

Kalau boleh Yang Berhormat Menteri, maklumkan kepada kitalah. Kita pun hendak tahu juga apa yang hendak ditingkatkan taraf hidup Orang Asli ini bagaimana ini? Maklumkan kepada kami sebagai wakil-wakil rakyat ini supaya kita tahu dengan peruntukan RM20 juta ini? Ini kerana selama ini kita lihat mungkin ada perubahan tetapi tidak begitu ketaralah.

Saya lihat dalam kampung saya ada perubahan tetapi tidak begitu nyata dan jelas atau ketaralah.

Sepatah kata Yang Berhormat Lenggong tidak begitu umph! Okey, berbalik kepada Kepala 030300 – Pembangunan Sosioekonomi. Saya hendak tahu, ini untuk tiga kampung saya juga. Saya harap bagi perancangan Bajet 2012 ini biar nampak kesungguhanlah bawah Projek Pembangunan Sosioekonomi ini. Ini kerana saya lihat tiga kampung Orang Asli saya ini, bawah Projek Pembangunan Sosioekonomi tidak ada kesungguhan sebenarlah.

final • 9:04 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Saya hendak lihat biar ada perubahan yang ketara, yang menampakkan bahawa bawah Projek Pembangunan Sosioekonomi dapat merubah dan menjana pendapatan yang lebih memberangsangkan dan merubah kehidupan masyarakat Orang Asli saya. Jadi...

Cuba jangan ganggu orang sedang bercakap ini.

final • 9:04 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 9:04 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Ya, Allah, kacau dan ganggu betullah! Ini saya harap dapat dimaklumkan. Saya hendak tahu apakah pendekatan- pendekatan terkini yang dapat dilakukan oleh pihak kementerian mengambil maklum tentang apa yang telah dilakukan. Yang mungkin tidak menampakkan kejayaan yang cemerlang, agaknya kerana banyak Projek Pembangunan Sosial Ekonomi telah dilakukan tetapi tidak berjaya merubah dan tidak berjaya menambahkan sumber pendapatan kepada masyarakat Orang Asli.

final • 9:04 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Saya fikir dah sampai masanya pihak kementerian mengkaji semulalah program- program yang tidak berjaya merubah nasib dan masa depan masyarakat Orang Asli ini.

Bukan sahaja di kawasan-kawasan kampung tetapi juga kampung-kampung Orang Asli yang berada di kawasan pinggir-pinggir bandar seperti bandar-bandar di Johor Bahru dan sebagainya.

Saya nak beralih tajuk pula, KEMAS, Butiran 020000. Di kawasan saya ini Menteri, di FELDA Sungai Sayong ini ada bangunan TBK KEMAS dah 40 tahun. Tahun 1971 dibina dan dimakan dek anai-anai, anai-anai ini bukan sahaja makan kayu, dah sampai ke batu pun dia bahamnya. Pegawai daripada HQ, pegawai daripada HQ dah datang tengok Yang Berhormat Menteri, TBK KEMAS saya di FELDA Sungai Sayong ini dan memang dah maklumkan bangunan itu tak selamat untuk anak-anak kawasan saya di FELDA Sungai Sayong itu belajar. Saya minta Yang Berhormat Menteri berikan keutamaan kepada bangunan TBK KEMAS saya di FELDA Sungai Sayong ini Yang Berhormat Menteri, keutamaan untuk bina baru. Ini tak boleh tunggu. Kalau tak, tak selamat anak-anak saya nak belajar ini. Ini keutamaan perlu diberikan pembinaan segera kerana pegawai daripada HQ kata memang tak selamat, perlu dibina segera. Ini sahaja beberapa perkara yang saya nak bawa. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 9:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Indera Mahkota. Selepas Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Labuan.

final • 9:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya nak minta Timbalan Menteri memperjelaskan bagaimana bawah program Jabatan Kemajuan Orang Asli - 30000, kita ada satu item yang berasingan di bawah program khusus. Rujukan saya di bawah Akta Acara Kewangan, sepatutnya segala perbelanjaan berkenaan dengan Orang Asli mestilah diletak di bawah sub kepala yang sama iaitu Kepala 30000 - Jabatan Kemajuan Orang Asli tapi diwujudkan satu perbelanjaan lain bawah 10000 iaitu program khusus. Kita ada 100,300 peningkatan taraf Orang Asli yang dua tahun dah kita peruntukkan RM20 juta, RM20 juta.

Saya nak tahu kenapa kita asingkan program ini dan kita letakkan di bawah program khusus. Sama juga seperti dua perbelanjaan yang di atas ini, emolumen kakitangan kontrak dengan elaun JKKP dan JKKK. Sepatutnya kedua-dua ini diletakkan di bawah emolumen atau perbelanjaan di bawah pentadbiran tapi kita asingkan, kita wujud satu program khas. Saya nak tahu apakah sebab kita wujudkan perbelanjaan yang berasingan ini.

Yang terakhir di bawah pembangunan P.22. Saya minta Timbalan Menteri rujuk kepada Butiran 02300 iaitu Jalan-jalan Luar Bandar. Oleh kerana isu berkenaan dengan kontrak atau pemberian kontrak-kontrak untuk jalan-jalan luar bandar ini banyak diperkatakan dalam peringkat dasar.

final • 9:11 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi, saya dapati bahawa ada satu penjelasan yang perlu diberi dalam Butiran 02300. Kita ada buat pecahan, ini di muka surat 271 di bawah Jalan-jalan Luar Bandar. Kita ada pecahan di mana keseluruhan harga projek untuk sehingga 2013, bermakna di bawah sub kepala ini kita peruntukan keseluruhannya RM4.653 bilion kalau kita perhatikan. Akan tetapi Yang Berhormat Tuan Pengerusi, kita membuat unjuran ataupun membuat peruntukan yang jelas di sini, tahun lepas 2011 sebanyak RM2.843 bilion, adalah RM24,100 keseluruhan. Itu 2011 maksudnya tahun ini. Kemudian kita ada anggaran yang kita nak buat untuk tahun hadapan iaitu 2012 sebanyak RM1,810,638,800.

Kita campur peruntukan yang telah kita guna sepanjang tahun ini dengan anggaran yang kita nak bagi pada tahun hadapan yang kita bincangkan ini, jumlahnya RM4,653,663,251.

Bermakna bagi untuk tahun 2013 hanya RM351 sahaja. Macam mana kementerian Yang Berhormat membuat anggaran untuk baki 2012 hingga 2013 itu sehingga RM2 bilion? Di mana tambahan RM2.657 bilion yang kementerian Yang Berhormat nak ambil? Ini agak mengelirukan juga kerana saya merujuk kepada butiran yang ada diberi oleh kementerian Yang Berhormat mengatakan bahawa yang telah dibelanjakan di peruntukan tahun lepas, maksudnya untuk tahun ini, 2011 dan yang kita bincangkan sekarang untuk 2012, sedangkan keseluruhan harga projek dengan peruntukan cuma RM4.6 lebih sikit sahaja.

Sebab itu pendapat saya kalau mengikut perkiraan yang kementerian Yang Berhormat berikan kepada kita, bakinya cuma RM351 sahaja dan sekiranya belanjawan ini kita luluskan, bermakna kementerian Yang Berhormat bertanggungjawab untuk menjelaskan daripada manakah RM2.6 bilion lagi yang ada yang dikatakan untuk peruntukan bagi 2012 sehingga 2013. Masa satu tahun lagi itu yang berbaki.

Ini muka surat 271 Yang Berhormat ya, merujuk kepada item 02300 iaitu Jalan- jalan Luar Bandar. Barangkali ada isu yang Yang Berhormat ingin perjelaskan kerana dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang dan juga oleh Yang Berhormat Machang yang menyenaraikan beberapa ratus projek jalan-jalan luar bandar yang diberi secara runding terus. Saya melihat ini ada satu beban yang agak besar untuk kementerian Yang Berhormat memberi penjelasan kerana sekarang ini ada dua kemungkinan, seminit sahaja saya ambil masa. Ada dua kemungkinan yang mungkin berlaku, pertama ialah peruntukan yang telah diberi untuk jalan-jalan kecil, jalan-jalan luar bandar ini telah pun terlebih pemberian, maksudnya diberi melebih daripada yang dianggarkan atau diperuntukkan untuk dua tahun, 2011 dan 2012 anggaran ataupun kementerian Yang Berhormat merasakan ada satu perbelanjaan tambahan yang akan digunakan.

Sekiranya ada, peruntukan asal, harga projek sebenarnya adalah RM7.2 bilion Yang Berhormat. Saya minta penjelasan daripada kementerian Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 9:11 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 9:11 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Labuan. Sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat, saya perlu untuk kementerian ini disiapkan pada malam ini, barulah kita on target tapi memandangkan ramai lagi yang berhujah ini, pasal saya tanya Menteri, Menteri kata dia mengambil masa 45 minit sampai sejam untuk menggulung, so kita habis 10.30, so ada sepuluh orang lagi mahu bercakap kecuali Ahli-ahli Yang Berhormat nanti apabila Menteri menggulung jangan ganggu. Kalau ada persetujuan, saya panggil mungkin lima minit seorang. Kalau tak ada, saya panggil seorang dua lagi lepas itu saya suruh Menteri menjawab. Sila Yang Berhormat Labuan, selepas Yang Berhormat Labuan sila Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 9:11 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan ruang untuk Yang Berhormat Labuan turut berbahas pada malam ini. Saya tidak banyak Tuan Pengerusi, cuma ada beberapa perkara yang harus saya highlight dalam perbahasan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah ini. Walaupun Labuan masalah- masalahnya cuma masalah-masalah kecil sahaja.

final • 9:19 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Pertama adalah Butiran 00602 mengenai Maktab Rendah/Kolej Sains MARA.

Berdasarkan kepada kemajuan dan juga kedudukan Labuan itu sebagai wilayah, kita telah pun lama memohon agar Maktab Rendah Sains MARA ditubuhkan di Labuan kerana dengan kedudukannya yang strategik di antara Sabah dan Sarawak, ini akan membolehkan pelajar-pelajar bukan sahaja dari Labuan tetapi juga dari sekitar Sabah dan Sarawak seperti mana wujudnya Kolej Matrikulasi di Labuan. Kita mengharapkan, rakyat Labuan mengharapkan agar Maktab Rendah Sains MARA dapat ditubuhkan di Labuan.

final • 9:19 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Kedua adalah Butiran 00611 – Program GIATMARA. Di Labuan telah pun wujud sebuah pusat GIATMARA yang cukup baik di mana seperti mana yang kita dengar tadi daripada Yang Berhormat Pasir Mas bahawa pusat GIATMARA ini cukup baik. Cukup memberikan impak yang cukup besar kepada rakyat di Malaysia terutamanya rakyat-rakyat yang di bawah ini di mana pusat GIATMARA yang ada di Labuan itu kelihatan sudah waktunya untuk di upgrade dengan izin, supaya ia dapat memenuhi keperluan-keperluan tenaga mahir yang diperlukan oleh syarikat-syarikat oil and gas yang begitu pesat membangun di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ini kerana Labuan telah pun diwartakan sebagai hab oil and gas. Jadi peluang yang sedemikian, saya mengharapkan agar pusat GIATMARA di Labuan dapat kita perbaiki dan kita tingkatkan dan kita upgrade sebaik mungkin supaya peluang-peluang yang sedemikian dapat dinikmati bukan sahaja oleh penduduk-penduduk Labuan tetapi penduduk-penduduk di sekitar Labuan terutamanya di Sabah dan Sarawak juga. Jadi oleh itu harapan itu haraplah mudah-mudahan dapat dipenuhi kerana dengan adanya ruang yang sedemikian kita dapat memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kita yang berada di sekitar Labuan.

Ketiga adalah Butiran 00614 - Bangunan Perniagaan. Di Labuan, kita tidak mempunyai bangunan perniagaan yang dibangunkan oleh MARA. Seolah-olah di Labuan ini kalau MARA ini agak kurang melihat Labuan ini. Mungkin dia melihat sebelah mata sahaja, Tuan Pengerusi kerana mungkin dia lihat pulau itu kecil. Akan tetapi dengan kemajuan yang ada, keperluan penduduk Labuan itu sendiri, kita mengharapkan agar sebuah bangunan Arked MARA dapat dibangunkan di Labuan kerana apa yang ada sekarang involvement MARA di Labuan tidak begitu menyerlah sangat. Jadi kita mengharapkan MARA itu lihat-lihatlah juga, Yang Berhormat Timbalan Menteri agar Labuan itu dapat diperhatikan dan penduduk Labuan juga memerlukan bangunan-bangunan perniagaan seperti Arked MARA dan sebagainya.

Terakhir adalah Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar. Sebenarnya untuk jalan, kita tidak begitu memerlukan sangat kerana hampir semua jalan kampung telah pun diturap dengan jalan simen. Akan tetapi apa yang saya harapkan adalah agar jalan-jalan tersebut ditukar kepada jambatan-jambatan kampung di mana di Labuan terdapat empat buah kampung air. Jadi kita mengharapkan agar jambatan-jambatan kampung air yang satu sudah pun cukup diperbaiki tetapi yang tiga, tetapi bukan dibaiki oleh MARA tetapi dibaiki oleh kerajaan tempatan iaitu Perbadanan Labuan.

Walau bagaimanapun, saya rasa MARA juga turut bertanggungjawab atas pembangunan-pembangunan jalan luar bandar di mana jambatan-jambatan kampung air tersebut dapat diberikan peruntukkan untuk diperbaiki kerana tiga buah kampung air ini masih mempunyai jambatan-jambatan yang begitu usang. Mungkin mereka atau pegawai- pegawai kementerian daripada Semenanjung tidak tahulah mengenai jambatan-jambatan kampung air tersebut. Ini kerana cuma di Labuan, di Semporna dan sebahagian di Kota Kinabalu, kita mempunyai kampung-kampung air yang mana terdiri daripada penduduk- penduduk suku kaum Brunei.

Jadi kita mengharapkan janganlah kita melihat apa ada kemajuan di Semenanjung ataupun di tempat lain sahaja tetapi kita lihat keperluan-keperluan kepada penduduk- penduduk yang ada di Sabah dan Sarawak mahupun di Labuan terutamanya penduduk- penduduk kampung air. Kita betul-betul mengharapkan jambatan tersebut dapat diperbaiki dan diberikan peruntukkan agar ia dapat memberikan keselesaan kepada rakyat di Wilayah Persekutuan Labuan. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

[Bangun]

final • 9:20 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

[Bangun]

final • 9:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 9:20 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

[Bangun]

final • 9:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 9:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Parit Sulong, selepas itu Yang Berhormat Bakri. Selepas Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Hulu Rejang dan selepas itu saya minta, saya mohonlah Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain itu saya mohon maaf. Kalau ada perkara yang perlu untuk dibangkitkan juga, sewaktu Yang Berhormat Menteri menjawab, buat celahan.

final • 9:20 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 00606 - Kolej Poly-Tech MARA. Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri mengenai status KPTM ini yang sepatutnya dibina di kawasan Parlimen Parit Sulong seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Kenapa saya tengok sampai sekarang KPTM ini tidak didirikan sedangkan tanah telah dikenal pasti sebelum ini?

Seterusnya kepada Butiran 020000 - KEMAS. Saya hendak tahu mengenai jumlah pembantu masyarakat KEMAS bagi Daerah Batu Pahat dan juga di Parlimen saya iaitu Parlimen Parit Sulong. Jadinya adakah ada cadangan dan juga perancangan untuk menambah peruntukkan untuk PM ini agar ditambah sebab saya tengok terutamanya di kawasan Parlimen saya di mana jumlah kampung pun semakin bertambah dan program pun perlu banyak dilakukan. Akan tetapi mungkin ada masalah tidak mempunyai ataupun kekurangan pembantu masyarakat KEMAS di kawasan Parlimen saya. Jadinya saya harap pihak kementerian dapat meningkatkan peruntukan untuk menambahkan PM KEMAS di Parlimen Parit Sulong.

Seterusnya ke Butiran 01701 - Bekalan Elektrik Luar Bandar. Saya setuju dengan rakan-rakan yang lain bahawa lampu jalan kampung ini memang sangat penting apa lagi bila ada urusan sebelah malam terutamanya bila kita hendak ke surau, ke masjid ataupun ke pekan yang berhampiran. Bagi kawasan saya Tuan Pengerusi, kalau kita lalu daripada tol Tangkak terus ke Semerah melalui jalan Muar, kalau kita perhatikan lampu memang banyak tetapi sampai sahaja peringkat di sempadan iaitu masuk sahaja kawasan Parlimen Parit Sulong iaitu Semerah sampai ke Daerah Batu Pahat ataupun pekan Batu Pahat, tidak ada lampu pula. Sampai Batu Pahat, ada lagi lampu. Jadinya ini menyumbang kepada banyak kes terutamanya kes kemalangan maut. Jadi saya harap pihak kementerian dapat memberikan perhatian sebab macam di Parlimen Parit Sulong ini ada 57 buah kampung induk dan hampir 300 buah kampung rangkaian. Ada enam buah mukim.

Saya hendak bagi contoh. Mukim satu sebagai contohnya. Masih ada lagi kekurangan 79 lampu jalan kampung. Kalau kita ikut prosedur kementerian, satu jalan kampung ada sepuluh lampu yang akan diperuntukkan. Itu baru satu mukim. Saya ada enam mukim di tempat saya. Jadinya saya harap kementerian dapat menyelesaikan masalah lampu jalan kampung di Parlimen Parit Sulong sebab saya banyak kali membangkitkan masalah lampu jalan kampung ini, Tuan Pengerusi... [Disampuk] Okey, kacau semua lelaki ini.

Seterusnya ke Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar. Jalan luar bandar ini juga perlu diberikan perhatian yang serius. Peruntukan yang banyak iaitu RM1.810 bilion. Saya percaya ada ruang yang sangat besar untuk membantu naik taraf jalan, turap semula jalan, lebarkan jalan dan membina lebih banyak lagi jalan terutamanya di kawasan Parlimen Parit Sulong. Jadinya saya harap kementerian dapat meluluskan kos-kos yang dinyatakan tadi.

Kalau sebelum ini apabila dibangkitkan, diminta kita menghantar surat, saya kira sudah terlampau banyak surat yang dihantar.

final • 9:24 PM

Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Sekarang ini apa yang kita perlukan adalah penyelesaian dan saya harap mendapat perhatian daripada pihak kementerian. Terima kasih banyak-banyak.

final • 9:24 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bakri.

final • 9:24 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya merujuk kepada Butiran 02001, di bawah P.22, masalah bekalan air di Mukim Ayer Hitam, Bukit Naning. Terdapat percanggahan di antara penjelasan yang diberikan oleh pihak kementerian dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Syarikat Air Johor di mana kementerian menyatakan bahawa ia telah disenaraikan di dalam rolling plan kedua RMKe-10.

Namun, SAJ pula menyatakan tiada keperluan untuk membina tangki baru ekoran daripada sistem paip bekalan yang sudah di naik taraf dan masalah yang dihadapi ekoran dari musim perayaan sahaja.

final • 9:29 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya memetik contoh, dalam satu kawasan perumahan yang mempunyai jumlah rumah sebanyak 500 rumah. Di negara kita, purata sebuah rumah mengandungi lima orang. Namun, tidak semua rumah dalam kawasan perumahan itu diduduki. Bukankah kita mesti menyediakan sistem paip yang boleh menyalurkan bekalan mencukupi untuk kegunaan 2,500 orang pada setiap masa walaupun jumlah pengguna bukan musim perayaan mungkin di bawah jumlah 2,500 tersebut. Syarikat Air Johor adalah merupakan syarikat korporat utiliti yang patut memenuhi tanggungjawab pada pengguna dengan efisien. Bolehkah kita menyatakan bahawa masalah ini terjadi pada musim perayaan kerana tidak menyangka jumlah penduduk yang pulang ke kampung. Jadi, adakah pihak kementerian menyedari permasalahan yang dihadapi oleh pihak penduduk mukim Ayer Hitam ini.

Saya merujuk Butiran 010600 di bawah P.22 berhubung sistem pengangkutan awam dan stesen minyak di kawasan mukim Ayer Hitam. Masalah pengangkutan awam ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya. Tiada pengangkutan awam disediakan untuk penduduk sekitar. Apakah peranan kementerian dalam menyelesaikan perkara ini?

Berhubung dengan stesen minyak pula, penduduk sekitar mukim Ayer Hitam terpaksa memandu ke pekan Bakri atau Parit Sulong hanya untuk mengisi minyak atau penduduk terpaksa membeli minyak di kedai-kedai runcit yang menjual minyak petrol di dalam botol mineral 1.5 liter pada harga yang berlainan dari harga pasaran. Ini sangat tidak adil kepada pihak penduduk.

Keadaan jalan di kawasan mukim Ayer Hitam ini juga gelap. Saya meminta pihak kementerian untuk memberikan penekanan terhadap perkara ini dengan menambah bilangan lampu jalan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini. Adakah kementerian menjalankan kajian lengkap terhadap kemudahan- kemudahan awam dan stesen minyak di kawasan tersebut?

Adakah kementerian menyedari akan permasalahan ini kerana ini adalah satu isu yang sudah cukup lama membebani penduduk sekitar. Selain itu, saya meminta penjelasan kementerian mengenai Projek Perumahan PPRT. Senaraikan bilangan Projek Perumahan PPRT yang sudah siap dan belum siap, kos yang terlibat, tempoh permohonan dan syarat layak memohon. Berapakah permohonan yang telah diluluskan dan ditolak? Sekian, terima kasih.

final • 9:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Hulu Rajang. Yang Berhormat Menteri, sedia menjawab selepas Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 9:30 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa butiran. Yang pertama ialah 01700 - Bekalan Elektrik Luar Bandar.

Anggaran untuk Sarawak untuk tahun 2012 ialah RM612 million. Saya ingin memohon supaya penempatan semula Sungai Asap dan Koyan disambung terus kepada grid dari Bakun yang akan beroperasi tidak lama lagi.

Memandangkan jalan dari Bakun ke Pekan Belaga sedang dibina melalui projek jalan raya, saya juga ingin memohon supaya Pekan Belaga juga disambung kepada grid.

Ini yang menjadi masalah di Sarawak. Dahulu di Batang Ai, mereka yang di tepi jalan tidak mendapat elektrik sedangkan bekalan elektrik atau pun HEP berdekatan sahaja. Ini boleh menjadi satu isu sekali lagi. Untuk mengelakkan itu, saya ingin memohon, memandangkan peruntukan ini lumayan, sepatutnya dibuatlah di dua tempat ini.

Satu lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri, 02002 - Bekalan Air Luar Bandar di Sarawak. Biasanya pengagihan projek di Sarawak tidak begitu adil. Ada tempat yang mendapat banyak projek. Selalunya kawasan saya Hulu Rajang, mungkin sebab jauh di pedalaman. Saya ingin kalau ada cukup peruntukan, juga diagihkan bekalan air di kawasan-kawasan Hulu Rajang. Walaupun rumah panjang mungkin jauh dan susah dihubungi tetapi mereka juga memerlukan perkhidmatan ini.

Begitu juga dengan 02300 - Jalan-Jalan Luar Bandar. Saya ingin memohon supaya satu jalan dibuat, kalau dapat dari peruntukan ini yang hampir RM2 bilion, ke kawasan Penan iaitu ke Lusun Laku dari Murun Dam, sebab highway akan sampai ke sana.

Dari sana ke Lusun Laku tidak begitu jauh dan Lusun Laku nanti the gateway to the Penan area di Sungai Linau. Ini pentinglah. Begitu juga di kawasan hilir Belaga. Jika dapat dibuatkan jalan terus ke Penebah dari Pekan Belaga. Begitu juga di Baleh. Saya cadangkan di Baleh, sekolah-sekolah di pedalaman harus diberi jalan terus ke sana dari jalan utama kayu balak. Satu jalan di Sungai Benar sedang dibina sekarang. Saya cadangkan jalan ini yang sampai ke SK Rantau Panjai, jika dapat diteruskan hingga ke Rumah Mahmud, hanya tiga buah rumah panjang sahaja lagi, hanya beberapa kilometer panjangnya.

Saya juga ingin menyentuh tentang peruntukan untuk RISDA. Di Sarawak, kita ada banyak tanah yang masih belum diusahakan dan crop, tanaman yang sangat sesuai sekarang ialah getah. Banyak permintaan dari kawasan Kapit, di Baleh dan juga di Belaga untuk bantuan untuk menanam getah. Jika tidak, RISDA pun jika dapat peruntukan khas diberi untuk menanam baru getah. Yang ada sekarang ini penanaman semula. Jadi, banyak kebun-kebun getah dahulu sudah di potong apabila harga tidak bagus. Jadi, mereka sekarang minat untuk menanam getah tetapi saya tengok tidak ada peruntukan untuk itu.

Jika kementerian Yang Berhormat dapat membuat peruntukan untuk penanam getah sebagai satu usaha. Ini atas permintaan rakyat Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit tentang Orang Asli.

Walaupun ini tidak ada kaitan dengan Sarawak tetapi selalu saya sebutkan di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang peruntukan seperti peruntukan khas RM20 million untuk Orang Asli, untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli. Apa beza Orang Asli dengan orang Penan di Sarawak? Mengapa tidak diextendkan sedikit peruntukan untuk orang Penan di Sarawak. Hidup mereka hampir sama dan saya percaya Kerajaan Negeri Sarawak tidak akan membantah jika ada peruntukan untuk membantu mereka meningkatkan taraf hidup orang Penan. Jika tidak semua kawasan, kasilah Hulu Rajang sebagai satu permulaan. I have so much plan for the Penan, but I don’t have the fund.

Kemudian, sedikit tentang KEMAS. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebab ada banyak KEMAS telah dibuka di Hulu Rajang dalam satu, dua tahun yang lepas. Akan tetapi ada sedikit masalah di kawasan Penan sebab mereka yang dilantik sebagai cikgu ialah datang dari bandar atau pun di kawasan dekat bandar. Jadi mereka menghadapi banyak masalah untuk menyesuaikan diri mereka di kawasan Penan. Di satu tempat mereka sudah menghilangkan diri, belum kembali ke sana. Jadi di kawasan Penan walaupun di pedalaman, ada di kalangan mereka yang sudah menghadiri tingkatan lima. Jika dapat, kita ambil dari golongan mereka sendiri untuk menjadi guru KEMAS.

final • 9:33 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang satu projek di Punan. Ini jambatan gantung yang siap pada tahun 2008 tetapi setakat ini belum dibayar lagi, it has not been paid. Mungkin ada masalah dari segi administrative dahulu. Mungkin ada penukaran DO dan sebagainya. Akan tetapi kita tidaklah harus membuat kontraktor menjadi mangsa. This is small-time contractor and bank is going after them dan mereka tidak buat apa-apa kerja lain sebab tidak ada duit lagi. The name of the contractor is very general contractor dan ini saya sudah tahu peringkat atasan. Jika dapat, selesaikan masalah this small-time contractor. Sekian, terima kasih.

final • 9:40 PM

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 9:40 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa untuk kementerian ini.

Yang Berhormat Lipis menanyakan sama ada peranan RISDA di Sabah dan di Sarawak tidak bertindih dengan Lembaga Getah di Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak yang mengendalikan projek yang dianggap sama. Jawapannya ialah tidak bertindih sama sekali. Peranan RISDA di Sabah adalah untuk tanam semula getah individu, manakala peranan Lembaga Getah Sabah adalah menanam semula getah berkumpulan. Di Sarawak pula, RISDA cuma menanam getah semula atau getah ke getah, manakala Jabatan Pertanian Sarawak adalah menanam getah baru ataupun membuat penanam baru.

Yang Berhormat Lipis juga memohon penjelasan lanjut berhubung perbezaan antara jalan perhubungan desa atau JPD dengan jalan luar bandar ataupun jalan kampung dahulu. Jawapan ini ada kaitan dengan beberapa isu jalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dan kadang-kadang saya rasa kekeliruan di antara fahaman tentang apa jalan kampung, apa jalan luar bandar, apa yang dimaksudkan jalan perhubungan desa yang menyebabkan perbahasan agak ke tepi sedikit dari apa yang hendak dimaksudkan. Objektif jalan luar bandar ini ialah untuk menghubungkan sesuatu kampung dengan pekan yang terdekat. Skopnya ialah 15 kaki hingga 18 kaki. Ia ada menggunakan istilah R1, R2, R3 dan sebagainya. Pada puratanya kos yang diluluskan ialah lebih kurang RM2.5 juta per kilometer.

Jalan perhubungan desa atau dahulunya ialah jalan kampung. Jalan perhubungan desa objektifnya ialah untuk menghubungkan kampung dengan kampung yang lain. Tadi kampung ke pekan, ini kampung ke kampung. Jalan perhubungan desa juga adalah merangkumi jalan ladang ataupun jalan pertanian yang bukan milik swasta. Skopnya lapan hingga 14 kaki. Akan tetapi kita juga ambil kira jumlah bakal pengguna jalan tersebut. Kita ambil kira lebih kurang 50 orang, baru kita akan dipertimbangkan. Kalau jumlah bakal penggunanya kurang daripada 50 orang, kita akan barangkali melaksanakan lebih lewat sedikit. Purata kos yang kita beri kepada jalan perhubungan desa ialah RM350 ribu setiap kilometer. Kalau kosnya lebih daripada itu, kemungkinan ianya akan disenaraikan di bawah jalan luar bandar.

Adakah jalan-jalan estet diletakkan di bawah jalan luar bandar? Sebenarnya saya sudah jawab lebih kurang tadi. Jalan-jalan estet adalah di luar skop Program Jalan Luar Bandar KKLW. Namun begitu, sekiranya jalan yang dipohon melalui kawasan estet menuju ke sesebuah kampung, ia boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan di bawah program jalan perhubungan desa dengan keizinan pemilik estet. Maknanya pemilik estet tersebut mesti bersetuju.

Yang Berhormat Lipis juga menanyakan mengapa projek dan peruntukan yang diluluskan untuk melaksanakan projek Kompleks Komuniti Desa (KKD) semakin berkurangan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada asalnya kementerian merancang untuk melaksanakan sebuah KKD di setiap kawasan Parlimen.

final • 9:41 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Walau bagaimanapun, disebabkan kos untuk melaksanakan sebuah KKD adalah tinggi iaitu lebih kurang RM4.2 juta, maka bilangan KKD yang dilaksanakan perlu dikurangkan selaras dengan bajet atau siling yang diluluskan. Setakat tahun 2010 dan 2011, hanya tiga buah KKD dibina iaitu satu di Lenggong, Perak; satu di Seremban, Negeri Sembilan; dan satu lagi di Melaka.

Isu jumlah Kampung Gerakan Desa Wawasan di seluruh negara ada – semua kampung induk yang JKKK adalah digalakkan menjadi kampung GDW. Walau bagaimanapun, kerana ketiadaan peruntukan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti GDW, maka bilangan kampung GDW tidak ada pertambahan buat ketika ini.

Juga ditanya adakah kursus-kursus untuk JKK masih diteruskan di INFRA. INFRA masih lagi meneruskan kursus-kursus untuk meningkatkan kompetensi JKKK. Setakat Oktober 2011, INFRA telah menganjurkan sebanyak 40 siri kursus kepada 1,465 orang JKKK dan belia desa dengan perbelanjaan sebanyak RM656 ribu.

Yang Berhormat Sepanggar menanya apakah syarat tanam semula daripada getah dapat dilonggarkan. Pada masa ini syaratnya ialah untuk tanam semula mesti mempunyai pokok getah yang tua. Kalau baru ditebang dan tidak ada getah lagi di sana, tunggulnya pun boleh diambil sebagai bukti. Bagi kebun yang tidak ada getah tua, RISDA akan memberi bantuan Program Tanam Baru Komoditi Getah bermula tahun 2012 di Semenanjung. Manakala di Sabah, ianya akan dilaksanakan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Syarat pembiayaan perniagaan MARA di Sabah yang dikatakan mesti ada logo halal untuk mendapat pinjaman. Sejarahnya ialah skim pembiayaan perniagaan MARA bermula 1 Januari 1995 telah dilaksanakan mengikut konsep Islam yang antara lain disyaratkan perniagaan-perniagaan tidak menyalahi syariah Islam. Saya bersedia, selepas dikemukakan masalah ini, untuk meminta MARA memberi kelonggaran bagi usahawan- usahawan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

final • 9:41 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Yang Berhormat Sepanggar juga mencadangkan supaya kementerian melaksanakan projek BELB menggunakan sistem solar atau mikro hidro di kawasan pedalaman yang tidak dapat disambung dengan talian grid. Sebenarnya memang kita buat dan beberapa tempat telah kita beri. Saya hendak jawab dengan ringkas sahaja ini. Tanpa cadangan ini pun kita sudah buat.

Yang Berhormat Sepanggar juga menyentuh isu lampu jalan kampung yang dipasang tidak menyala. Untuk makluman, semua Lampu Jalan Kampung (LJK) yang dipasang oleh KKLW akan diserahkan kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) untuk dioperasi dan diselenggarakan secara berterusan. Jika ada kerosakan lampu jalan kampung di kawasan Yang Berhormat, kementerian memohon supaya aduan dibuat terus dengan menghubungi nombor 15454. Pihak SESB akan mengambil tindakan pembaikan dalam masa tiga hari bekerja.

Yang Berhormat Sepanggar juga menyuarakan seolah-olah ada saingan di dalam pembukaan kelas NKRA dan menanya bagaimana bangunan Tabika KEMAS terkebelakang ini berbanding dengan pra sekolah Kementerian Pelajaran. NKRA pra sekolah menyasarkan peningkatan kanak-kanak mengikuti pendidikan pra sekolah daripada 67 peratus kepada 87 peratus menjelang tahun 2012. KEMAS turut terlibat membuka 2,500 buah Tabika menjelang tahun berkenaan. Bagi mengelakkan berlaku pertindihan, Jawatankuasa Penyelarasan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah telah ditubuhkan.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Pada peringkat ini kelas Tabika KEMAS dibuka bagi mengisi keperluan dan kehendak masyarakat luar bandar. Bangunan yang dibuka di bawah NKRA ini berbentuk sementara dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Kanowit menyentuh isu rumah panjang yang tertinggal untuk pelaksanaan projek BELB. Apa yang disentuh beliau adalah isu rumah individual yang dikatakan tidak dapat ataupun pihak SESCO atau KKLW tidak mahu meluluskan permohonan mereka. Setahu saya, tidak ada peraturan ataupun dasar yang sedemikian.

final • 9:50 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II - Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Orang-orang individu rumahnya yang berasingan dari rumah panjang memang tidak layak menerima bantuan RES ini, bukan rumah panjang sahaja. Akan tetapi ada juga rumah panjang yang terbaru yang dibina selepas RES ini dilaksanakan di kawasan tersebut. Maka ia perlu memohon baru supaya RES ini dapat dilaksanakan di rumah panjang tersebut. Yang Berhormat Kanowit juga menyebut tentang masalah apabila paip yang disambung tiada air kerana tekanan rendah.

final • 9:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Yang Berhormat Menteri.

final • 9:50 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Ya.

final • 9:50 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

RES tadi. Yang Berhormat Menteri, masalah ini adalah berkenaan dengan kadar yang perlu dibayar kepada SESCO. Kita pun tidak begitu faham cara basis SESCO untuk meminta bayaran apabila kita mohon untuk menyambung bekalan elektrik kepada rumah-rumah panjang atau rumah individu. Sama ada kita mendapat peruntukan dari RES ataupun tidak, ataupun daripada DO atau SDO tetapi masalahnya adalah apabila mereka memohon dan diberi taksiran oleh SESCO.

Kadar yang diberikan oleh SESCO adalah begitu mahal, sampai RM20,000 untuk sebuah rumah walhal kita cuba tarik satu tali yang mungkin 20 atau 30 meter. Ini yang membuat masalah begitu besar di kawasan pedalaman sebab bayaran itu adalah terlalu besar. Saya fikir kalau dapat kita berbincang dengan SESCO untuk menurunkan bayaran bagi penyambungan elektrik ini. Terima kasih.

final • 9:50 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Tuan Pengerusi, apabila SESCO hendak mengenakan bayaran sehingga RM20,000 maknanya itu bukan projek RES. Itu adalah permohonan individu tersebut yang langsung kepada SESCO untuk melaksanakan projek tersebut. Kalau dibuat atau dilaksanakan di bawah KKLW ataupun projek RES, bekalan elektrik luar bandar, kos untuk menyambung ke rumah tersebut akan ditanggung oleh kementerian. Cuma ada kos yang sama dengan kos yang dikenakan kepada penghuni- penghuni rumah panjang yang lain cuma ditanggung oleh individu tersebut tidak berlainan.

Berkenaan dengan bekalan air luar bandar, saya ingin membuat penjelasan secara umum di sini. Di bawah NKRA, banyak kawasan hendak kita bekalkan dengan sistem retikulasi dan peruntukan telah disediakan. Akan tetapi apabila kita hendak melaksanakan projek tersebut, kita dapati kapasiti loji di banyak tempat di Sarawak tidak mencukupi, tidak cukup besar. Ini telah melambatkan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar di bawah NKRA ini. Kelulusan bajet atau peruntukan telah pun dibuat untuk menaik taraf kalau tidak silap saya di antara lapan hingga 11 loji yang besar di Sarawak. Apabila loji ini sudah dinaiktaraf nanti, masalah kekurangan tekanan ataupun air yang tidak sampai di paip yang dibuka walaupun paip itu sudah siap tidak akan wujud lagi.

Kerajaan Negeri Sarawak semasa bermesyuarat dengan kementerian dan jawatankuasa yang tertentu berjanji pada tahun 2013 semua projek-projek bekalan air luar bandar yang menggunakan sistem retikulasi di bawah NKRA ini akan dapat dilaksanakan dan siap. Saya harap itu menyahut atau menjawab semua kekeliruan atau soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan bekalan air luar bandar di Sarawak.

Yang Berhormat Kanowit juga menanya tentang kelas tabika di Sarawak yang tidak sesuai. Sebenarnya saya sudah jawab ini tadi. Itu adalah sementara sahaja tetapi saya harap kita jangan membuat bising sangat. Agak baik kerajaan telah bersedia dengan secara cepat menyediakan banyak tabika di luar bandar. Kalau tidak ada tempat biarlah dia buat di rumah panjang pun kita buat tetapi ada juga di sebahagian tempat orang tempatan secara gotong-royong membina kelas tabika secara sementara.

Yang Berhormat Padang Terap bertanya, berapakah bilangan minimum rumah untuk KKLW menyalurkan bantuan bagi projek bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar. Apakah prosedur bagi memohon bantuan bagi dua projek tersebut. Kita tidak menggunakan berapa ramai orang di sana. Kita menggunakan kos per rumah yang bakal dibekalkan. Untuk bekalan air, asal sahaja kosnya tidak melebihi RM55,000 setiap rumah, itu di Semenanjung, kita akan pertimbangkan permohonan tersebut termasuk juga di Sabah dan di Sarawak.

final • 9:50 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Bekalan elektrik untuk di Semenanjung, kita akan pertimbangkan kalau kosnya tidak melebihi RM40,000 sebuah rumah dan di Sarawak kalau kosnya tidak lebih dari RM50,00 setiap rumah yang akan dibekalkan.

Permohonan boleh dikemukakan kepada kementerian ataupun melalui projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau di Semenanjung ia menggunakan sistem yang lain. Kalau di Sabah dan Sarawak, kita ada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan boleh disalurkan di sana ataupun kepada State Development Office di Sarawak. Yang Berhormat Padang Terap juga bertanya tentang RISDA membeli getah beku dan mengatakan itu menjejas pendapatan orang di kampung, pembeli borong.

final • 9:50 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Tujuan RISDA membeli di peringkat kampung adalah bagi memastikan pekebun kecil mendapat harga yang munasabah dan berpatutan mengikut harga pasaran semasa.

Ini juga bagi memastikan pekebun kecil tidak ditindas dan di manipulasi oleh orang tengah.

final • 10:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit. Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya mendapat maklum balas yang agak negatif daripada ramai pembeli-pembeli runcit ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila RISDA sebagai sebuah agensi kerajaan yang besar masuk. Isunya ialah adakah RISDA tidak memantau? Baru-baru ini saya dapat maklumat ada satu seminar tentang pemberian lesen-lesen pembelian getah beku ini yang dibuat oleh RISDA sendiri, oleh LGM

(Lembaga Getah Malaysia) tidak silap saya.

Adakah tidak cukup dengan pemantauan yang dibuat terhadap harga-harga, terhadap timbang-timbang ataupun alat-alat timbang yang selalu dibuat pemeriksaan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, saya ingat cukup. Berilah peluang kepada peniaga-peniaga kecil ini, tidak perlulah RISDA masuk.

RISDA masuk ke kampung-kampung, saya lihat ini menjejaskan. Dengan itulah bagi saya pihak kerajaan perlu membuka lebih banyak ruang kepada peniaga-peniaga kecil ini. Saya harap kementerian mempertimbangkan semula kemasukan RISDA untuk pembelian getah beku ini. Terima kasih.

final • 10:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Yang Berhormat, saya akan bawa pandangan Yang Berhormat kepada pegawai-pegawai RISDA semasa pasca lusa. Akan tetapi, saya tidak berjanji ia dipatuhi mengikut apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat kerana kita pun mengira lebih ramai lagi penoreh ini dari pembeli runcit. Kalau kepentingan mereka kurang dijaga ataupun banyak manipulasi dan sebagainya walaupun banyak pemantauan, kemungkinan pandangan itu tidak boleh kita terima. Akan tetapi, kita akan buat satu lagi pertimbanganlah.

Isu prasekolah dari Yang Berhormat Padang Terap. Pada tahun 2011, KEMAS diluluskan RM140 juta untuk tujuan latihan guru-guru tabika, pengurusan tabika dan perolehan peralatan tabika. Pada tahun 2012, peruntukan ini digunakan untuk tujuan yang sama seperti tahun 2011 untuk 2,500 buah kelas tadika KEMAS. Maknanya sudah banyak, meningkat nanti.

Yang Berhormat Padang Terap juga menanya tentang RM1.8 bilion yang diperuntukkan bagi program jalan luar bandar, adakah ia melibatkan kawasan di negeri Kedah dan Yang Berhormat minta diberi perincian bagi peruntukan tersebut. Daripada RM1.8 bilion yang telah diperuntukkan, sebanyak enam projek telah diluluskan di negeri Kedah dengan siling berjumlah RM46.3 juta. Lima projek merupakan projek sambungan, manakala satu projek melibatkan projek baru. Peruntukan terperinci akan diberi secara bertulis.

Yang Berhormat Padang Terap juga menanya, adakah peruntukan yang disediakan kepada MARA dalam Bajet 2012 untuk MRSM termasuk bagi tujuan penubuhan projek MRSM Ulul Albab, macam cerita P. Ramlee... [Disampuk] Ulul Albab betul? Yang baru.

final • 10:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Cerita P. Ramlee, Ahmad Albab.

final • 10:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MRSM Ulul Albab dimulakan pada tahun 2009 dengan pengambilan pertama pelajar Tingkatan 1 di MRSM Kota Putra, Besut. Di atas sambutan memberangsangkan serta kejayaan pelajar-pelajar, MRSM Ulul Albab kedua dilaksanakan pada tahun 2010 di MRSM Gemencheh dan pada tahun 2011 di MRSM Kepala Batas.

Peruntukan yang disediakan dalam Bajet 2012 adalah bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan 30 projek MRSM sedia ada sahaja bertujuan meningkatkan keselesaan pelajar-pelajar MRSM. Sehingga kini, telah terdapat enam buah MRSM di negeri Kedah iaitu di Kulim, Langkawi, Pendang, Merbok, Kubang Pasu dan Baling. Kalah tempat saya, tidak ada.

final • 10:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Samalah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya minta satulah untuk Padang Terap. Tidak ada satu pun, sekolah berasrama penuh. Samalah kita. Beri untuk kawasan Yang Berhormat satu, kawasan saya satu. Baru boleh adil.

final • 10:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Yang Berhormat punya di rolling plan yang kedua. Untuk tahun 2012 memang tidak ada peruntukan.

final • 10:00 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Alhamdulillah.

final • 10:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Isu berkaitan KEDA dari Yang Berhormat Padang Terap. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Kedah mempunyai tiga orang wakil dalam Lembaga Pengarah KEDA iaitu Yang Berhormat Exco Luar Bandar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah Tanah dan Galian. Semua perkara termasuk perancangan dan pelaksanaan yang dilaksanakan oleh KEDA di bincang di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah KEDA di kerajaan negeri di mana kerajaan negeri dilibatkan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan bersama.

Yang Berhormat Padang Terap juga bertanya tentang pertambahan peruntukan RM20.9 juta untuk pembiayaan apa. Tambahan peruntukan adalah meliputi peruntukan keseluruhan KEDA bagi tahun 2012 dan melibatkan sejumlah lapan buah program. Bagi peruntukan bantuan rumah yang juga disuarakan oleh Yang Berhormat, peruntukan yang dicadangkan berjumlah RM8.25 juta untuk negeri Kedah dan Padang Terap berjumlah RM0.8 juta. Sasaran bilangan rumah dianggarkan dalam 48 buah projek. Banyak isu Yang Berhormat Padang Terap ini.

Yang Berhormat juga menanya tentang bentuk pinjaman yang dimeterai oleh FELCRA dengan Kerajaan Persekutuan. Bentuk perjanjian pinjaman pembangunan di antara FELCRA dengan Kerajaan Persekutuan adalah tertakluk kepada justifikasi permohonan kepada agensi pusat iaitu Kementerian Kewangan. Sekiranya pinjaman diluluskan, perjanjian akan dimeterai dengan kadar faedah sebanyak 4 peratus. FELCRA selaku peminjam perlu mematuhi jumlah dan tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Sumber bayaran balik pula adalah melalui hasil daripada ladang yang diusahakan.

Yang Berhormat juga menanya tentang kerjasama kerajaan negeri.

Mencadangkan supaya ia perlu ditingkatkan yang beliau fikir agak minimum. Sebagai sebuah agensi persekutuan, FELCRA sentiasa mengalu-alukan tawaran daripada kerajaan negeri untuk memajukan tanahnya. Namun, ia turut tertakluk kepada peruntukan yang diterima oleh FELCRA. Sehingga kini, FELCRA telah memajukan tanah kerajaan negeri seluas 226,000 hektar di seluruh negara yang melibatkan 95,000 peserta melalui Program Penyatuan dan Pemulihan tanah.

Elaun JKKK ataupun JKKKP, mengapa terdapat pertambahan peruntukan daripada RM156 juta pada tahun 2011 kepada RM355 juta. Pertambahan peruntukan bagi elaun JKKK ataupun JKKKP daripada RM156 juta pada tahun ini kepada RM355 juta pada tahun hadapan berlaku ekoran kenaikan elaun Pengerusi JKKK ataupun JKKKP daripada RM450 sebulan kepada RM800 sebulan sebagaimana diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun lalu semasa bajet.

final • 10:00 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Kenaikan elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada Pengerusi JKKK sebagai agen kerajaan sebagai usaha membangunkan luar bandar. Yang Berhormat Bintulu, cakap-cakap selepas itu lari, isu projek BELB di Bintulu yang tidak dapat memulakan tugas kerana isu kualiti kerja kontraktor. Semua projek BELB (Bekalan Elektrik Luar Bandar) di Negeri Sarawak dilaksanakan oleh kontraktor tempatan Negeri Sarawak yang berkelayakan. Semua pemasangan kabel yang dibuat mendapat kelulusan reka bentuk dari SESCO sebelum kerja-kerja ditapak bina dimulakan. Kementerian bersama SESCO dari semasa ke semasa memantau kualiti kerja yang dijalankan oleh kontraktor.

Sekiranya kerja-kerja pemasangan talian elektrik yang dibuat tidak mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan kerja-kerja pembaikan perlu dibuat sebelum projek berkenaan mula tugas dan diserahkan kepada SESCO.

Dalam sesetengah kes talian yang dibina tidak dapat mula tugas kerana keupayaan bekalan elektrik oleh SESCO mengalami masalah susutan beban bekalan ataupun voltage drop walaupun talian yang dibina memenuhi semua spesifikasi.

Bagaimanapun isu-isu ini jarang berlaku dan KKLW sentiasa bekerjasama dengan SESCO untuk memperbaiki keadaan dan satu lagi saya hendak tambahkan di sini, main grid ataupun kabel yang 133KB ini adalah di bawah SESCO, KKLW ataupun kontraktor di bawah KKLW ataupun yang telah dipilih melaksanakan projek KKLW ini bekalan elektrik luar bandar cuma menyambung daripada main grid itu kepada rumah. Akan tetapi buat masa sekarang ada shortage, kesuntukan kabel 133KB dan dalam masa terdekat kita berharap isu ini tidak wujud lagi dan saya berharap pembekalan elektrik kepada luar bandar dapat dipercepatkan.

Yang Berhormat Bintulu dan beberapa Ahli yang lain menyuarakan tentang kualiti teruk jalan luar bandar ataupun jalan kampung yang kurang diselenggarakan. Saya rasa bukan jalan luar bandar yang dimaksudkan tetapi jalan kampung ataupun jalan perhubungan desa tetapi skop pelaksanaan projek jalan perhubungan desa tidak melibatkan penyelenggaraan jalan. Peruntukan penyelenggaraan jalan disalurkan kepada kerajaan negeri dan dilaksanakan di bawah program Malaysia Road Registration Information System (MARRIS) dan peruntukan ini disalurkan kepada JKR Sarawak selepas itu JKR Sarawak akan membuat maintenance bagi jalan tersebut.

Pembinaan GIATMARA Tenom, Yang Berhormat Tenom ada? Ini berita baik Yang Berhormat Tenom, tender untuk GIATMARA Tenom. Tender pembinaan telah dikeluarkan pada 10 Oktober tahun ini dan ditutup pada 21 November bulan ini dan projek ini dijangka siap April tahun hadapan dengan bajet sebanyak RM1.3 juta. Tempat transit ataupun asrama ini akan dibina dalam bajet rolling plan kedua iaitu antara tahun 2012/2013 yang boleh menampung 40 hingga 50 orang pelatih.

Yang Berhormat Pasir Mas sudah balik? Isu Giat MARA Pasir Mas ini, Giat MARA ini telah berpindah ke lokasi baru di bangunan sendiri pada Disember 2010 di bawah bajet PRE Kedua. Saya ingin mengucapkan terima kasih bagi pihak kementerian kerana Yang Berhormat Pasir Mas ini banyak memuji-muji kementerian tadi, terima kasih.

GIATMARA Labuan, terima kasih juga. Dua kursus iaitu kimpalan welding dan elektrik akan dilaksanakan dan ini adalah memandangkan oil and gas industry di Labuan ini yang menjadi main stay, itu kita akan menaiktarafkan kursus kimpalan di GIATMARA Labuan. Sekarang GIATMARA sedang upgrade ikut fasa dan kerjasama dengan sebuah syarikat lepasan GIATMARA untuk kursus profesional di hujung minggu.

Yang Berhormat Putatan, masih ada Yang Berhormat Putatan, bekalan air luar bandar dan juga isu Pulau Gaya dan bekalan elektrik juga. Untuk makluman Yang Berhormat, projek bekalan air di Pulau Gaya telah ditutup tender, maknanya sudah dapatlah ini, pada 20 Oktober tahun ini. Status terkini adalah di peringkat pengeluaran surat setuju terima kepada kontraktor yang berjaya. Projek ini dijangka akan bermula pelaksanaannya pada awal Disember tahun ini. Pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar ke Pulau Gaya telah ditawarkan kepada kontraktor. Tarikh milik tapak projek bermula pada 1 Ogos 2011 dan dijangka siap pada 30 Januari 2013, cakap terima kasih sahajalah.

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin berdiri untuk mengucapkan terima kasih supaya rakyat mendengar bahawa ini betul- betul telah ditawarkan dan tidak lagi janji-janji kosong....

final • 10:10 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Itulah jangan marah dahulu...

final • 10:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

...Tidak ada sudah, terima kasih Timbalan Menteri, jangan ikut macam pembangkang punya kacau, Yang Berhormat Seputeh buat apa di sini? Yang Berhormat Seputeh patut....

final • 10:10 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Ini berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat supaya mangsa kebakaran ditempatkan di kampung di bawah program kampung tersusun semula.

KKLW melalui program penyusunan semula, sentiasa bersedia untuk membantu kerajaan negeri sekiranya terdapat kawasan yang terlibat dengan bencana dan perlu disusun semula. Walau bagaimanapun pelaksanaan program ini adalah tertakluk kepada permohonan yang dikemukakan serta peruntukan yang diluluskan, belum pasti dapatlah Yang Berhormat.

GIATMARA - MARA menyedari bahawa peluang pekerjaan di pasaran kerajaan sangat terhad. Sehubungan dengan itu latihan kemahiran MARA adalah bertujuan memberikan kemahiran dan kebolehan pelatih-pelatih menceburi bidang perusahaan dan perniagaan, bukan semata-mata untuk mencari pekerjaan. Mereka juga diberikan peluang untuk melanjutkan latihan kemahiran di peringkat yang lebih tinggi di Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Universiti Kuala Lumpur dengan tujuan supaya memiliki peluang yang lebih besar untuk mendapatkan pekerjaan. Berkenaan dengan pengeluaran lesen Kelas ‘F’, MARA tidak terlibat dalam pengeluaran lesen Kelas ‘F’. Walau bagaimanapun MARA menyediakan kemudahan pembiayaan untuk mendapatkan modal segera kepada kontraktor Kelas ‘F’ untuk melaksanakan projek yang mereka peroleh melalui program Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE). Kemudahan pinjaman maksimum ialah RM250,000 tanpa cagaran. Ini diharap dapat membantu kontraktor kecil kita.

Soalan kenapa JKK di Sabah hanya dibayar RM650 tetapi di Semenanjung Malaysia RM800. Pembayaran elaun sebanyak RM800 kepada Pengerusi JKK di Semenanjung Malaysia adalah kerana di Sabah keputusan Kerajaan Negeri di Sabah memutuskan RM800 diagihkan kepada pengerusi JKK dan ketua kampung untuk dikongsi.

final • 10:10 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Dengan ini, kedua-dua pihak menerima kenaikan daripada RM200 kepada RM400 bagi elaun Pengerusi JKKK dan daripada RM450 kepada RM650 kepada ketua kampung.

Keputusan ini dibuat kerana peranan dan tanggungjawab ketua kampung adalah lebih besar berbanding Pengerusi JKKK. Hal ini tidak berlaku di Semenanjung memandangkan ketua kampung juga merupakan Pengerusi JKKK.

Yang Berhormat Tenom, berapa minit lagi Tuan Pengerusi, tetapi tidak banyak lagilah. Berkenaan dengan Yang Berhormat Tenom iaitu bantuan tanam semula yang RM14 ribu tidak mencukupi. Kadar bantuan tanam semula RM14 ribu cukup untuk pembangunan kebun sehingga mengeluarkan hasil dan dibayar dalam enam ansuran dikeluarkan kepada orang yang mengusahakan kebun itu. Pihak RISDA sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi menyediakan prasarana asas untuk kebun ini.

Isu seterusnya ialah keperluan benih bagi 2012. Keperluan benih bagi 2012 ialah 3.575 juta pokok. Dalam 2011, RISDA telah menubuhkan lima semaian transit iaitu di Keningau, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kota Marudu dan Sandakan dengan kapasiti sejuta pokok. Bagi 2012, RISDA akan menambahkan 15 buah tapak semaian transit yang boleh mengeluarkan sebanyak tiga juta pokok.

Peranan Koperasi Pekebun Kecil di Sabah adalah untuk melaksanakan sebahagian daripada kerja-kerja pembangunan kebun kecil, tadi Yang Berhormat Tenom bertanya tentang apakah peranan koperasi di Sabah ini.

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Yang Berhormat Tenom juga bertanya tentang bagaimana dengan kampung- kampung di kawasan Tenom yang masih menggunakan paip graviti. Dapatkah kementerian memberi bantuan supaya kampung-kampung yang terlibat dapat dibekalkan dengan bekalan air terawat iaitu retikulasi.

Untuk makluman Yang Berhormat, projek bekalan air yang menggunakan paip graviti adalah di bawah projek bekalan air alternatif yang merupakan pilihan terakhir kerana lokasi kawasan yang jauh dari paip utama dan melibatkan kos yang tinggi. Walau bagaimanapun kementerian tiada halangan sekiranya Yang Berhormat mengemukakan senarai kampung yang masih menggunakan paip graviti berkenaan untuk disemak dan diselaraskan untuk dibekalkan dengan bekalan air terawat. Namun, kita masih juga merujuk kepada dasar asal iaitu berapa ongkos atau pun kos untuk melaksanakan projek tersebut, pra purata setiap rumah.

Yang Berhormat Beruas...

final • 10:20 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan dengan kos tadi itu. Paip graviti sebenarnya tidak banyak. Ia cuma memerlukan perbelanjaan lebih kurang RM20 ribu hingga RM30 ribu sebab yang tersedia sudah ada sekarang, cuma perlu untuk pembaikan.

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Kalau begitu, Yang Berhormat kemukakan permohonan itu lagilah, kita akan pertimbangkan. Yang Berhormat Beruas, berkenaan dengan tender-tender ini. Tidak pernah saya dengar tender yang terendah mesti diambil.

Kita perlu ambil kira macam-macam faktor yang lain. Jadi, tidak betullah Yang Berhormat sebut yang kesembilan diambil, yang ketujuh diambil. Ini kerana kalau kita ambil yang pertama, kalau dia sengaja buat kos itu terendah, banyak kali. Dia buat kos, estimate atau tawaran yang rendah tetapi kemudian dia tidak mampu melaksanakan projek. Jadi, kita tidak boleh terimalah.

final • 10:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi, boleh tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, setuju atau tidak untuk tender terbuka, kita mesti ada pra-kelayakan.

Maksudnya, kita hanya menerima tender mereka yang layak membina atau membuat projek itu. Kemudian kalau pra-kelayakan, kesemua syarikat yang layak itu sudah dipilih. Mereka yang dapat yang terendah mesti diberikan, takkan ke-24 tinggi atau ke-17 tinggi. Bagi daripada informasi yang dapat 100 lebih kontrak ini, lebih kurang RM500 juta, kalau tidak kata ada rasuah ada ketirisan.

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Faham, faham!

final • 10:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Mesti bagi keterangan di sini, setuju atau tidak dengan cadangan saya bahawa kita mesti ada pre-qualified tenderers. Sudah qualified, setiap yang terendah mesti diberikan.

final • 10:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Menteri, saya rasa Yang Berhormat Beruas itu satu tuduhan. Ini mesti dibekalkan dengan bukti, projek apa, di mana, siapa orangnya.

Minta Yang Berhormat Beruas untuk buktikan.

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

final • 10:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tadi yang saya nyatakan, betul atau tidak? Betul atau tidak?

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Saya faham, saya hendak jawab. Yang Berhormat Beruas, maknanya tambah lagi satu peringkat birokrasi. Apabila lambat kita buat, pembangkang marah juga, hendak cepat lagi. Akan tetapi apa yang kita gunakan sekarang tidak ada lari daripada apa yang telah dibuat di negara lain, di tempat lain, ini sudah bertahun-tahun. Kerajaan di bawah pembangkang pun ada juga membuat tender dan sebagainya.

final • 10:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Timbalan Menteri.

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Juga menggunakan kaedah yang sama.

final • 10:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi, saya hendak tanya, fakta yang saya beri tadi betul atau tidak? Yang Berhormat Menteri boleh jawab kah tidak?

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Saya tidak bagi jalan, saya tidak ada masa.

Berkenaan dengan projek, syarikat tender, direct nego, ini adalah kaedah yang lama sudah dipakai, bukan kaedah yang baru kita perkenalkan.

final • 10:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau birokrasi boleh jimatkan wang sampai RM500 juta, apa masalahnya Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Shah Alam nama sahaja engineer tetapi tidak faham... [Dewan riuh]

final • 10:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya hendak tanya Timbalan Menteri, adakah kita hendak ikut Kerajaan Pulau Pinang, buat tender terbuka. Kalau orang yang tidak dapat yang paling rendah, buat tender terbuka yang kali kedua. Orang yang tidak dapat, buat re-tender, buat sekali lagi. Ada hendak ikut Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Tidak apalah. Kita tidak akan buat sistem gila macam itu.

final • 10:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi, kalau boleh saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab soalan saya.

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Yang Berhormat Kubang Kerian ingin mendapatkan kepastian kesilapan di peringkat mana yang menyebabkan kerajaan kerugian RM54 juta.

final • 10:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tidak jawab, Menteri takut. Apa yang saya nyatakan, betul atau tidak, itu sahaja.

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Ini berkenaan dengan Laporan Jabatan Audit Negara. Saya ingin menjelaskan, kemungkinan ada tanggapan bahawa ada penyelewengan atau kerugian besar yang dihadapi oleh kerajaan melalui isu-isu kononnya kesilapan yang dibuat di bawah GIATMARA. Sebenarnya satu, kerugian RM54 juta ini salah, angka atau amount ini. Sebenarnya ialah RM92,559, tidak sampai RM100 ribu pun.

Ceritanya ialah, RM54 juta ini dulu disalurkan kepada GIATMARA dalam projek PRE-2 dan GIATMARA...

final • 10:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi, boleh saya mohon satu rulling.

[Dewan riuh] Tadi saya tanya soalan, Timbalan Menteri jawablah, kalau tidak, tidak ada guna saya berbahas dan tunggu sampai sekarang. Tuan Pengerusi, saya hendak dapat satu rulling.

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

...Disuruh untuk melaksanakan projek ini dalam masa enam bulan. Kita ada sasaran yang tertentu dari segi jumlah... [Dewan riuh]

final • 10:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya sudah nyatakan satu per satu semua kontrak bukan yang terendah dapat. Saya hendak dapat satu pengesahan. Bolehkah Menteri tidak mahu jawab?

final • 10:20 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

...Peserta yang perlu diambil dan juga berapa jumlah kursus perlu dilaksanakan. Berdasarkan daripada itu, GIATMARA telah membuat berapa langkah dan di dalam kita melaksanakan projek-projek tersebut, dari segi matlamatnya...

final • 10:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Semua dokumen-dokumen saya ini, saya dapat pengesahan.

final • 10:20 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri. Tunggu dulu.

final • 10:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi, boleh minta Timbalan Menteri, jawab.

final • 10:20 PM

Tuan Pengerusi

Mengikut peraturan mesyuarat, Tuan Pengerusi tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab sesuatu persoalan yang ditimbulkan oleh mana-mana Ahli. Ia tidak menjadi obligatori bagi pihak Menteri untuk menjawab secara terperinci kepada setiap persoalan yang dikemukakan.

Cuma apabila Yang Berhormat Menteri cuba tidak menjawab soalan-soalan, terpulang kepada Ahli Yang Berhormat di dalam Mesyuarat yang menilai, terpulang kepada masyarakat yang mendengar dan sedemikiannya. Jadi, saya tidak boleh mengarah Menteri untuk menjawab kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas. Saya tidak juga boleh memaksa Menteri untuk menjawab sehingga setiap persoalan itu memuaskan hati Ahli Yang Berhormat yang bertanya. Jadi, jangan timbulkan umpama kekecohan. Kalau Yang Berhormat Menteri kata itu jawapan dia, maka terpaksa kita terima.

Saya sendiri terpaksa menerima itu jawapan dia.

final • 10:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan Tuan Pengerusi, seluruh debat saya hanya satu sahaja, minta Menteri mengesah atau menidakkan semua butiran yang saya umumkan tadi dalam Dewan ini. Kenapa 80 projek dah diumumkan, sampai hari ini apa berlaku, kenapa semua kontrak yang open tender hampir semua tidak diberikan? Saya pun terperinci katakan satu persatu.

final • 10:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sudahlah Yang Berhormat Beruas...

final • 10:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Hanya Menteri tahu, kita ini dapat maklumat, kita tidak tahu. Jadi sebab itu saya datang sini minta Menteri mengesah atau menidakkan semua butiran yang telah saya nyatakan di dalam Dewan yang mulia ini. Kalau tidak jawab langsung, tidak perlulah datang.

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Tuan Pengerusi, saya tidak ada butiran, macam mana saya hendak sahkan tetapi pokoknya tadi ialah Yang Berhormat mengatakan sepatutnya tawaran yang terendah patut dikontrak tersebut, saya tidak tahulah di mana kerajaan, setiap kali memang bagi...

final • 10:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi, saya mohon untuk jawapan bertulis.

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Tidak apa, saya boleh jawab satu lagi berkenaan dengan jumlah projek tadi.

final • 10:30 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, saya hanya berkuasa untuk menambah masa 15 minit di bawah Peraturan Mesyuarat 12. Maka terpaksa Yang Berhormat habiskan jawapan dalam masa sepuluh minit dan kepada jawapan-jawapan yang tidak sempat terjawab, biar secara bertulis. Sila.

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Minta tiada gangguan lagi. Berkenaan dengan teguran GIATMARA kononnya ada kerugian, amaun itu salah. Kedua, kalau disiasat sebenarnya, penemuan ada yang tidak betul perkara yang dibuat oleh kontraktor- kontraktor ataupun pengendali khusus yang telah kita pilih. Sebenarnya penemuan itu dibuat dahulu oleh internal audit di GIATMARA ataupun di MARA dan penemuan tersebutlah yang dilihat oleh Jabatan Audit Negara dan sebab itu dia turun padang untuk memastikan betul itu berlaku. Mestilah betul, takkanlah internal audit mengatakan sesuatu yang tidak betul dan bukan perkara yang disembunyikan oleh kementerian ataupun MARA.

Kemudian ditemui oleh Jabatan Audit Negara.

Penerangan ini sudah dibuat, misalnya kenapa ada barang yang dibekalkan itu harganya tinggi. Satu isu ialah harga yang disebut ataupun diperkatakan oleh Jabatan Audit Negara adalah harga kilang. Padahal pembekal menggunakan harga runcit dan juga harga yang disebutkan oleh Jabatan Audit Negara tidak termasuk kos pengangkutan terutama sekali untuk barang yang dibekalkan ke Sarawak. Inilah satu daripada sebabnya ada perbezaan. Ada juga kes di mana betul-betul ada yang tidak kena, kita telah memohon supaya pembekal tersebut membayar balik.

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Ada yang telah membayar balik, sebenarnya seorang daripada pembekal tersebut membayar lebih daripada apa yang kita tuntut, ada juga. Yang belum memberi maklum balas sama ada dia mahu membayar balik ataupun tidak, kementerian dan MARA juga akan menyenaraihitamkan syarikat-syarikat tersebut.

Yang Berhormat Pasir Mas meminta pembekalan tangki ataupun tong air...

final • 10:30 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Yang Berhormat, Yang Berhormat, penjelasan.

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan pembekal tangki ataupun air boleh dikemukakan terus kepada ICU, JPM memandangkan peruntukan bagi pembekalan tangki ataupun tong air telah diluluskan di bawah peruntukan ICU, Jabatan Perdana Menteri.

final • 10:30 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Berkaitan GIATMARA Yang Berhormat.

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Tiada masa.

final • 10:30 PM

Tuan Salahuddin Ayub - Kubang Kerian

Nanti hilang.

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Tidak ada masa sekarang. Yang Berhormat Pasir Mas juga bertanya bilakah kementerian akan bina MRSM di Pasir Mas, itu tadi telah saya jawab. Apakah kegunaan peruntukan RM158,295,000 kepada MRSM? Peruntukan ini adalah untuk projek bersambung, pembelian alatan, pembinaan bengkel kemahiran hidup dan peningkatan MRSM yang sedia ada.

Yang Berhormat Pasir Mas juga menyentuh kolej kemahiran tinggi MARA di Pasir Mas iaitu bilangan pelatih. Bilangan pelatih ialah 1,020 orang tahun satu hingga tahun tiga.

Kursus-kursus Diploma Seni Bina, Diploma Teknologi Bangunan, Diploma Elektrik, Diploma Elektronik, Diploma Reka Bentuk Mekanikal, diploma ini mendapat pengiktirafan JPA dan bajet pengurusan hanya RM2 juta setahun. Rancangan pembangunan ini kita akan memulakan kursus chargeman pada tahun 2012.

Yang Berhormat Pasir Mas juga membangkitkan tentang keperluan projek bantuan rumah yang banyak khasnya di Parlimen Pasir Mas yang banyak diperlukan. Semua tempat kawasan Parlimen semua dapat, kawasan saya pun tidak dapat mengikut apa yang saya hendak. Jadi ini dibahagikan di seluruh negara. Jadi kalau dapat kita tambahkan, kita akan usahakan tetapi itulah semua permohonan tidak dapat kita tunaikan tetapi kita akan laksanakan secara berperingkat-peringkat.

final • 10:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Tidak ada lagikah, okey saya loncat. Yang Berhormat Tenggara takut tidak dijawab. Yang Berhormat Tenggara menyentuh bangunan tabika KEMAS dimakan anai-anai, bangunan tidak selamat di FELDA Sungai Sayong.

Cadangan supaya dibina baru. Pihak KEMAS telah menyenaraikan tabika FELDA Sungai Sayong di bawah bina baru tahun depan, 2012, antara Januari hingga Disember.

final • 10:30 PM

Datuk Halimah Mohamad Sadique - Tenggara

Saya tanya 2012 itu bila dibina baru?

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Akan dilaksanakan pada tahun depan.

final • 10:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Antara Januari hingga Disember, menteri jawab dah.

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Yang Berhormat Tenggara juga bertanya berapakah peruntukan program bantuan rumah bagi tahun 2012 dan berapakah jumlah projek bina baru dan projek baik pulih. Bagi tahun 2012, PBR telah diperuntukkan sejumlah RM302.9 juta untuk seluruh negara dan dianggarkan akan membiayai pelaksanaan sejumlah 2,304 projek bina baru dan 12,260 projek baik pulih untuk seluruh negara. Untuk Tenggara, kita memperuntukkan sebanyak RM16 juta kepada pihak JAKOA untuk melaksanakan 963 projek PBR meliputi bina baru dan baik pulih.

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 80 unit projek PBR diperuntukkan bagi perkampungan Orang Asli negeri Johor. Kementerian mengambil perhatian akan permohonan Yang Berhormat dan meminta pihak JAKOA melaksanakan projek berkaitan di kawasan terbabit sekiranya terdapat keperluan. Pelaksanaan projek ini perlu dilaksanakan mengikut keutamaan memandangkan peruntukan yang terbatas. Berapa minit lagi Tuan Pengerusi, dah habis?...

final • 10:30 PM

Tuan Pengerusi

Ada lebih kurang lima minit lagi Yang Berhormat.

final • 10:30 PM

Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Okey. Yang Berhormat Tenggara dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota menyoal apakah yang dimaksudkan dengan program Bantuan Kualiti Hidup dan kenapa program Bantuan Kualiti Hidup diasingkan butiran dari 030000 kepada 100000, program khusus di bawah pecahan aktiviti 100300. Program meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli adalah program bagi membiayai program ataupun aktiviti ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

Peruntukan khas ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2008 yang bertujuan membiayai dan meningkatkan kualiti hidup Orang Asli khususnya keluarga miskin dan miskin tegar. Program khas ini diwujudkan rentetan daripada kegawatan ekonomi yang melanda negara pada tahun 2007 bagi mengurangkan kesan inflasi berikutan kenaikan harga barang dan bahan api. Program ini diperuntukkan sebanyak RM20 juta setahun yang mana meliputi bantuan wang saku pelajar sekolah menengah, tambang pengangkutan pelajar sekolah, bakul makanan dan input pertanian.

Yang lain Tuan Pengerusi, akan saya jawab bertulis, tidak banyak lagi. Cuma beberapa orang sahaja. Sekian.

final • 10:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM5,219,158,600 untuk Kepala B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM5,219,158,600 untuk Maksud B.22 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

final • 10:30 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM7,050,321,100 untuk Maksud P.22 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2012 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM7,050,321,100 untuk Maksud P.22 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2012.

final • 10:30 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat bersidang semula sebagai majlis Mesyuarat.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu 9 November 2011, terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada pukul 10.41 malam.

final • 10:30 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026