Nov012011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, saya minta maaf, penjelasan dahulu. Kita nampak soalan-soalan ini yang naik Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Bintulu. Jadi yang lain ini macam tidak ada dilayan. Siapa yang mengatur soalan-soalan ini naik?

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sri Gading pun Tuan Yang di- Pertua sekali-skala.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Kalabakan pun ada nombor satu, nombor dua tetapi bila...

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, pertama kali soalan saya nombor satu.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Boleh check soalan-soalan yang lain sebelum ini.

final • 10:00 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Yang Berhormat Kalabakan suruh jawab tidak hendak. Hendak menyoal sahaja.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Jadi minta Tuan Yang di-Pertua mungkin boleh bagi jawapan siapa yang mengatur soalan-soalan naik atau turun?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pihak kamilah yang mengatur itu Yang Berhormat Kalabakan. Jadi kalau ada nama Ahli-ahli Yang Berhormat yang nama dia secara kebetulan diletakkan di nombor satu adalah sebab-sebab tertentu yang kriteria pun sudah ditetapkan.

Lain-lain hari saya janji Yang Berhormat Kalabakan punya nama pun akan disimpan di nombor satu.

final • 10:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Akan tetapi Sri Gading punya nama pun jangan tertinggal Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan pertama ini saya ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga yang terlibat dalam kemalangan kereta api dan pelanggaran lori di Kota Kinabalu, Sabah kelmarin.

final • 10:00 AM

1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) jumlah subsidi sebenar yang ditanggung oleh kerajaan dalam membiayai kos minyak diesel dan petrol di negara ini; dan

(b) langkah-langkah proaktif kerajaan dalam mengurangkan bebanan subsidi untuk membiayai minyak diesel dan petrol di kalangan pengguna kenderaan di negara ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2010, perbelanjaan sebenar bagi subsidi petrol dan diesel adalah sebanyak RM9.6 bilion. Bagi tahun 2011, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM15.9 bilion untuk membiayai perbelanjaan subsidi petrol dan diesel.

Untuk jawapan (b), sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kebajikan rakyat sentiasa diutamakan. Namun dalam masa yang sama, aspek kemampuan kewangan kerajaan untuk tanggungan subsidi juga perlu diberi perhatian agar dia tidak menjejaskan sumber pendapatan kerajaan serta digunakan secara lebih efisien. Justeru, bagi tujuan tersebut, kerajaan telah melaksanakan penstrukturan semula subsidi petrol dan diesel mulai 16 Julai 2010 di mana subsidi bagi petrol RON95 dan diesel telah dikurangkan sebanyak 5 sen seliter. Harga petrol RON97 pula telah diapungkan secara terkawal. Anggaran penjimatan daripada penstrukturan semula subsidi tersebut adalah sebanyak RM700 juta.

Seterusnya pada 4 Disember 2010, kerajaan sekali lagi telah melaksanakan rasionalisasi subsidi dengan mengurangkan subsidi ke atas petrol RON95 dan diesel sebanyak 5 sen seliter. Langkah ini dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM1 bilion.

Selain itu, sebagai langkah untuk menguruskan perbelanjaan subsidi secara lebih efisien, kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan pemberian super subsidi kepada sembilan jenis pengangkutan darat mulai 1 Jun 2011. Jika sebelum ini harga diesel bersubsidi bagi pengangkutan awam adalah sebanyak RM1.848 seliter, kini harga diesel bersubsidi adalah RM1.80 seliter seperti mana harga jualan runcit. Kenderaan-kenderaan bagi sektor pengangkutan darat yang terlibat adalah seperti berikut:

(i) penggerak utama (prime mover);

(ii) kargo am;

(iii) luton kotak;

(iv) van rigid;

(v) lori rigid bagi minuman botol;

(vi) lori tangki rigid bagi tepung;

(vii) lori rigid refrigerated;

(viii) lori tangki air; dan

(ix) teksi limousin.

Selain daripada sektor pengangkutan darat, sektor nelayan lesen C2 juga telah dimansuhkan super subsidi di mana harga diesel bersubsidi selepas rasionalisasi adalah RM1.80 seliter berbanding RM1.25 per liter. Sekian.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya mengemukakan persoalan ini sebab kita ingin tahu berapa subsidi sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat. Jelas saya baru tahu bahawa tahun 2011, RM15.9 bilion untuk subsidi petrol dan diesel dan ini bermakna seluruh rakyat negara ini mendapat tempias subsidi ini. Sama ada orang senang Yang Berhormat Pokok Sena pun dapat sebab dia ada tiga kereta saya tahu. Dia pun dapat menikmati walaupun dia pembangkang yang kuat dan berani, rakan saya.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Daripada rasionalisasi yang dilakukan, apakah ada lagi pendekatan yang lebih proaktif untuk meringankan pula beban kerajaan sebab kalau kita tertumpu dengan subsidi, saya bimbang negara kita ini akan mengalami satu masalah seperti berlaku di negara Greece di mana kita mungkin menanggung hutang-piutang yang tinggi akibat memberi subsidi terlalu banyak kepada rakyat.

final • 10:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini baru diesel Yang berhormat Pokok Sena, RM15.9 bilion dan petrol, belum lagi beras, baja dan sebagainya. Jadi mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memperjelaskan langkah yang proaktif selain daripada penstrukturan yang dilakukan pada hari ini untuk mengurangkan subsidi. Mungkin ada lagi mekanisme lain untuk direncanakan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa subsidi ini dapat kita kurangkan dari semasa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat dari Kinabatangan yang mengeluarkan soalan yang begitu baik supaya semua Ahli Dewan Rakyat di sini fahamlah apa yang kerajaan sudah beri kepada mereka. Untuk makluman Yang Berhormat, saya juga hendak memberi sedikit maklumat tentang harga minyak RON95 di negara ASEAN ini. Malaysia kita di sini jual harga runcit hanya RM1.90, di Thailand adalah RM4.13, di Singapura RM5.15, di Indonesia RM3.37, Filipina RM5.81. Kita yang murah sekali.

Walau bagaimanapun, kita akan ambil tindakan atau langkah-langkah yang sesuai.

Kita memang tahu bukan senang kita ada master plan supaya kalau rakyat ada pengangkutan awam di Klang Valley, di bandar-bandar besar, mereka pakai kereta sendiri, memang kita akan kurangkan subsidi ini secara beransur supaya kita boleh menjimatkan wang untuk membiayai projek yang boleh memberi lebih manfaat kepada rakyat. Sekian.

final • 10:10 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, RM15 bilion saya dengar daripada jawapan tadi adalah subsidi kerajaan untuk petrol dan diesel. Saya juga semak dalam dokumen bajet, RM4 bilion itu untuk makanan, RM3 bilion lagi untuk gas LPG. Akan tetapi kalau sektor tenaga itu jumlahnya RM19 bilion. Subsidi kerajaan untuk sektor tenaga RM19 bilion, subsidi makanan untuk rakyat itu RM4 bilion. Jadi subsidi kerajaan kepada sektor tenaga sepatutnya diikuti dengan kos elektrik yang rendah, sepatutnya diikuti kos pengeluaran makanan yang rendah. Sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut mengenai Thailand. Saya semak caj elektrik untuk 150 kilowatt pertama di Thailand cuma 18 sen, kita 22 sen sedangkan kerajaan berikan subsidi gas kepada pengeluar tenaga dan sektor tenaga ini RM19 bilion jumlahnya.

Jadi, apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memaklumkan kepada Dewan dari segi jangka panjang sesuai dengan semangat sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan tanyakan tadi, apakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula rasionalisasi subsidi ini kepada sektor tenaga? Jangan disemak rasionalisasi soal subsidi kepada rakyat ini tetapi yang tenaga tadi, apakah kerajaan bersedia menyemak kembali subsidi kepada sektor tenaga yang jauh lebih besar?

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah Yang Berhormat dari Machang. Apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat bahawa Kementerian Kewangan semak semula subsidi kepada sektor tenaga memang isu ini ada bangkit beberapa kali oleh pihak tertentu. Kita memang akan semak semua sektor yang boleh memberi penjimatan kepada rakyat dan juga memberi manfaat kepada rakyat. Sekian.

final • 10:10 AM

2. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Pengangkutan menyatakan terdapat berapa buah syarikat penerbangan sudah sedia menggunakan Lapangan Terbang Batu Berendam untuk pesawat mereka:

(a) sila berikan jadual dan destinasi masing-masing dan tarikh bermula operasinya; dan

(b) berapakah peratusan penggunaan Lapangan Terbang Batu Berendam setakat ini dan nyatakan usaha kementerian untuk menambah baik keadaan ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya juga ingin menyampaikan rasa simpati kepada mangsa- mangsa kemalangan di Sabah kelmarin yang melibatkan kenderaan kereta api dan lori.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini hanya sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Melaka iaitu Syarikat Penerbangan Wings Air yang telah pun memulakan operasi dari Pekan Baru Indonesia ke Melaka bermula 7 September 2010. Syarikat penerbangan ini beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada hari Rabu, Jumaat dan Ahad dengan menggunakan pesawat jenis ATR72.

Berdasarkan statistik terakhir, berakhir Disember 2010, Lapangan Terbang Melaka mencatatkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 21,687 iaitu kapasiti 1.45 peratus.

Pelbagai usaha dan pendekatan telah diambil oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dan kerajaan negeri untuk mempromosikan lapangan terbang ini di antaranya:

(i) Melaka telah dimasukkan sebagai salah satu destinasi yang akan diliberalisasikan di bawah ASEAN Multilateral Agreement on Full Liberalization of Passenger Air Services Di bawah perjanjian ini syarikat-syarikat penerbangan negara-negara ASEAN dibenarkan untuk mengadakan penerbangan di antara mana-mana destinasi ASEAN tanpa had kekerapan, kapasiti dan jenis pesawat termasuk Lapangan Terbang Melaka;

(ii) memberikan diskaun kepada setiap penumpang antarabangsa passenger service charge kepada RM26 yang menggunakan secondary airport termasuk Lapangan Terbang Melaka;

(iii) menawarkan pelbagai insentif kepada semua syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi ke mana-mana lapangan terbang khususnya Lapangan Terbang Melaka oleh Malaysia Airport Berhad seperti memberikan free landing charge kepada syarikat penerbangan yang baru beroperasi bagi tempoh tiga tahun dan kadar sewa pejabat percuma untuk tempoh enam bulan; dan

(iv) inisiatif Kerajaan Negeri Melaka sendiri iaitu menubuhkan Syarikat Penerbangan Malacca Air dan mereka telah pun menjalin kerjasama strategi dengan Syarikat Penerbangan Firefly untuk mengadakan penerbangan domestik bermula akhir tahun ini ke destinasi Pulau Pinang dan Kota Bharu. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya itu kita sedia maklum bahawa Malaysia Airport Holding Berhad

(MAHB), mengalami kerugian setiap bulan untuk menguruskan Lapangan Terbang Batu Berendam. Soalan saya berapa peratusan tambahan penggunaan lapangan terbang ini supaya MAHB ini dapat seimbangkan pendapatan dan perbelanjaan mereka? Berapakah kerugian mereka sejak Lapangan Terbang Batu Berendam ini siap dibina sehingga hari ini?

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, saya tidak ada maklumat berkaitan dengan jumlah kerugian secara spesifik tetapi saya ingin nyatakan di sini bahawa apabila lapangan terbang ini dinaik taraf pada beberapa tahun yang lalu adalah bertujuan untuk memastikan bahawa Melaka akan menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan (medical tourism) yang terpenting.

Di atas inisiatif itu kerajaan negeri telah meminta peruntukan daripada kementerian dan juga kepada kerajaan untuk menaik taraf dan pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi maksud itu seperti mana yang saya telah sebutkan tadi. Kita berharap bahawa satu hari nanti dengan adanya usaha-usaha ini, Melaka akan akhirnya menjadi satu destinasi yang akan berkembang. Seperti mana yang saya ingin nyatakan di sini juga, syarikat penerbangan ini sebenarnya digunakan juga oleh Malaysia Craft Flying Academy iaitu syarikat yang memberikan institusi mengajar penerbangan dan juga digunakan untuk private jet dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

final • 10:10 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Akan tetapi, ingin saya nyatakan di sini bahawa apabila kita membina satu lapangan terbang, ia bukannya untuk keperluan hari ini. Ia untuk keperluan masa hadapan.

Oleh sebab itu, kita akan lihat bahawa ekonomi kita berkembang dan kita akan memastikan bahawa satu hari nanti lapangan terbang ini akan membuahkan hasil khususnya kepada negeri Melaka. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Bolehkah saya mendapatkan jawapan secara bertulis tentang kerugian sebenarnya. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading, saya akan beri kepada Yang Berhormat Jasin pasal Melaka. Yang Berhormat Jasin.

final • 10:20 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kerajaan Negeri Melaka telah diberikan peruntukan sebanyak RM131 juta, iaitu sebahagian daripada permohonan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Batu Berendam yang meliputi untuk pembinaan landasan, pemanjangan dan juga pembinaan terminal. Maka Lapangan Terbang Batu Berendam hanya dapat membina sebanyak dua parking bay sahaja.

Memandangkan negeri Melaka mempromosikan pelancongan perubatan sebagai satu daripada sektor yang boleh menjana pendapatan yang cukup lumayan dan menampung pesakit-pesakit dari Indonesia yang ramai datang ke Melaka. Baru-baru ini Kerajaan Negeri Melaka telah membuat permohonan sebanyak RM250 juta untuk tujuan pembinaan aerobridge, parking bay dan juga taxi way.

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah kedudukan permohonan tersebut dan apakah cadangan kerajaan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Batu Berendam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Seperti mana yang saya katakan tadi bahawa lapangan terbang ini telah pun dinaiktarafkan pada beberapa tahun yang lalu yang telah membolehkan lapangan terbang ini boleh digunakan oleh pesawat Boeing 737 limited load dan juga A320. Oleh sebab itu, sebenarnya kalau kita melihat daripada segi penggunaan sekarang ini masih lagi di tahap yang rendah dan kita masih berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan penggunaannya.

Kita juga melihat bahawa kerajaan negeri memang berusaha ke arah itu dan telah pun menubuhkan Melaka Air seperti mana yang saya telah jelaskan tadi. Kalau sekiranya kita dapat melihat bahawa perkembangannya memang menggalakkan, saya percaya kerajaan boleh mempertimbangkan perkara itu tetapi pokoknya di sini kita telah pun membelanjakan wang yang sebegitu banyak, tetapi setakat ini belum begitu memuaskan.

final • 10:20 AM

Datuk Abdul Rahim bin Bakri

Di masa-masa akan datang ia boleh dipertimbangkan sekiranya kita dapat melihat bahawa ia sememangnya boleh membawa faedah kepada negeri Melaka. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan:

(a) sama ada Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963

(The Malaysian Agreement 1963) masih relevan; dan

(b) adakah perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam perjanjian tersebut telah ditunaikan atau dilaksanakan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Putatan atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, salinan Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 di antara United Kingdom dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura ada disimpan di Jabatan Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta dengan nombor rujukan P.75 dan tersedia untuk dirujuk oleh orang awam. Ini selaras dengan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629], seksyen 7(m) yang menyatakan bahawa fungsi Ketua Pengarah Arkib Negara ialah menyediakan kemudahan bagi penyelidikan dan perujukan. Tuan Yang di-Pertua, secara peribadi, saya menganggap bab-bab berkenaan dengan Sabah dan Sarawak dalam perjanjian ini adalah masih relevan.

Mengenai pertanyaan sama ada perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam perjanjian tersebut telah ditunaikan atau dilaksanakan, kementerian ini berpendapat perkara ini memerlukan kajian terperinci dilaksanakan oleh mereka yang arif dari aspek perundangan untuk mentafsirkan setiap perkara yang terkandung di dalam perjanjian tersebut dan sejauh mana ia telah ditunaikan. Kementerian ini juga tidak mempunyai kuasa untuk menentukan perkara ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Sehubungan dengan itu, saya juga menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pucuk pimpinan Kerajaan Barisan Nasional atas sahutan, permintaan daripada rakyat Malaysia dari negeri Sabah bahawa kebanyakan jawatan-jawatan yang tertinggi telah pun ditunaikan terutama sekali Tuan Yang di-Pertua; HDO sudah baru-baru ini dilantik rakyat dari Sabah; Jabatan Belia dan Sukan, Haji Dahali telah pun baru dinaikkan sebagai Pengarah; Vice Chancellor UMS juga orang Sabah; Bendahari Persekutuan juga orang Sabah; Jabatan Pelajaran, pengarahnya dari Sabah.

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, saya telah memanggil semua experts terutama sekali masyarakat Cina dari Sabah dan Kadazan supaya membantu saya untuk membuat satu usul ataupun soalan di Dewan ini. Oleh sebab itulah, bertunjangkan pada perbualan atau perbincangan itu, maka soalan ini timbul. Apa yang berlaku, yang menghantui perasaan rakyat Sabah ini terutama sekali penjawat-penjawat awam. Tidak semestinya jabatan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Jabatan Penyiaran sendiri.

Saya tidak langsung rasa kedaerahan di sini ataupun racial. Akan tetapi, apa yang berlaku, penjawat awam berjawatan rendah; pemandu, juruteknik adalah orang-orang dari Semenanjung. Minta maaf. Ini bukan kedaerahan. Soalan saya ini bertunjang pada perjanjian ini. Ini menghantui perasaan orang Sabah. Ini bukan saya punya perasaan. Ini penjawat-penjawat awam. Tidak akan pemandu itu, budak-budak Sabah yang menganggur tidak layak.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Jadi, saya mohon daripada pihak kementerian, adakah pihak kementerian ini membuat sebaran kepada semua pegawai-pegawai kerajaan di Putrajaya ini bahawa ada wujudnya perjanjian ini kerana mungkin kalau perjanjian itu disimpan dalam Arkib, maka Ketua Pengarah, Tuan Yang di-Pertua, KSU tidak sedar bahawa keperluan untuk mengambil budak-budak Sabah. Jangan biarkan budak-budak ini berhijrah ke Singapura ke Semenanjung ini, kerja di kilang-kilang.

Saya minta penjelasan kalau adanya langkah-langkah kementerian untuk menyebar atau menyedarkan pegawai-pegawai kerajaan ini dan langkah-langkah yang harus diambil? Minta penjelasan daripada kementerian.

final • 10:20 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Kita bersyukur oleh kerana ada yang tahu berterima kasih seperti Yang Berhormat Putatan.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pengisian jawatan-jawatan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kita tidak menafikan bahawa ada kemungkinan beberapa perkara yang terlepas pandang dan berkemungkinan besar juga pegawai-pegawai yang dahulu tidak mengetahui berkenaan dengan inti pati perjanjian ini.

final • 10:20 AM

Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Saya boleh mengatakan di sini bahawa Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang sedia ada memang sentiasa menyatakan bahawa ini adalah satu perkara yang sangat penting dalam pengisian jawatan. Beliau sering kali memperingatkan pegawai-pegawai kanan supaya tidak terlepas pandang berkenaan dengan isi kandungan perjanjian tersebut. Saya boleh mengatakan di sini juga bahawa setelah wujudnya konsep 1Malaysia yang sedang kita laksanakan, kerajaan sudah tentu menggalakkan mana-mana pegawai dan orang-orang politik untuk menjayakan gagasan di semua wilayah di negara ini...

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

...Dan oleh yang demikian...

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

...Saya rasa jawapan itu biarlah yang betul- betul berkesan.

final • 10:30 AM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Betul.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Supaya pihak di sana tidak datang ke Sabah untuk mengapi-apikan perasaan orang Sabah.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sudah hakis...

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Jadi, isu-isu yang dibangkitkan ini oleh orang pihak di sana terutama sekali Yang Berhormat Pokok Sena ini...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Strength of the people of Sabah and Sarawak, sudah hakis.

final • 10:30 AM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

...Yang datang Sabah mengapi-apikan isu ini.

final • 10:30 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Putatan ini menganggap penjelasan itu tidak betulkah, apa?

final • 10:30 AM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Saya percaya Yang Berhormat Putatan menganggapnya betul dan biarlah kita menjawab rakan kita dari sebelah sana bila masanya mereka bertanya. Berkenaan dengan apa yang diminta oleh Yang Berhormat iaitu supaya perjanjian ini diperingatkan kepada semua pegawai, ianya akan sentiasa diperingatkan dan begitu juga dengan Rukun Negara. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Kita tahu bahawa perjanjian itu adalah ditandatangani oleh lima pihak iaitu London, Persekutuan Malaya, Singapore, Sarawak dan Sabah. Jadi, sepatutnya dalam semua kelima-lima wilayah ini telah pun ada perjanjian yang telah pun dimartabatkan untuk menyatupadukan semua rakyat di kelima-lima wilayah ini. Jadi setakat ini banyak yang telah pun terhakis. Contohnya Imigresen, pendaftaran dan sebagainya. Jadi, apakah kerajaan sedar bahawa ini telah melibatkan kemungkiran dalam perjanjian itu.

Kedua, Singapore juga sebagai satu daripada signatory ini telah pun disingkir dalam perjanjian ini. Jadi, apakah sebenarnya akibatnya oleh kerana saya difahamkan bahawa perjanjian ini walaupun masih ada, masih dapat dilihat di arkib tapi perjanjian ini sama ada sudah null and void ataupun masih digunakan dan bila kita gunakan, apa sebenarnya boleh dilaksanakan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sepanggar. Memang betul sebagaimana yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat bahawa Singapura adalah bukan sebuah negeri di dalam Malaysia lagi tetapi berkenaan dengan perjanjian ini, walaupun Singapura tidak lagi sebagai sebuah negeri di Malaysia, perjanjian ini masih wujud dan ianya masih kekal dan masih relevan sebagaimana yang telah saya katakan tadi.

Berkenaan dengan Imigresen. Sebenarnya Yang Berhormat, di Sarawak Imigresen masih dipegang oleh negeri dan sekiranya Sabah hendak fikirkan bahawa Imigresen tidak penting lagi, ini adalah hak Sabah. Hak pemberi dan yang menerima itu bukan merampas.

Misalnya, Malaysia telah menerima keputusan negeri Sabah untuk tidak menggunakan peruntukan di dalam hal imigresen, maka ini adalah hak Sabah untuk memberi dan Malaysia menerima dengan hati yang terbuka. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ada referendum dengan 20 points itu. Ada referendum.

final • 10:30 AM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepanggar duduk. Sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan, bukan berbahas. Yang Berhormat Dato' Johari Abdul, Sungai Petani.

final • 10:30 AM

4. Dato' Johari Abdul [Sungai Petani] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah peranan Unit Pengurusan, Prestasi dan Pelaksanaan

(PEMANDU) dalam membangunkan usahawan bumiputera; dan

(b) sehingga kini sudahkah PEMANDU mencapai objektifnya atau kewujudannya harus dikaji semula.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya Yang Berhormat Sungai Petani. Unit Pengurusan, ada dua lapisan soalan, Tuan Yang di-Pertua.

Saya jawab soalan lapisan satu dahulu, lepas itu dua.

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjalankan enam makmal strategik reform initiative, dengan izin, di mana ia telah ditugaskan untuk memperincikan program-program yang boleh dilaksanakan hasil daripada 51 cadangan polisi yang telah disyorkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menerusi Buku Moral Ekonomi Baru bahagian akhir. Makmal ini telah dijalankan selama enam minggu pada bulan April dan Mei 2011.

Salah satu daripada makmal SRI tersebut adalah makmal narrowing disparities bumiputera SME’s, dengan izin. Makmal ini bertujuan untuk mengenal pasti langkah- langkah untuk membantu usaha-usaha bumiputera dalam perniagaan kecil dan sederhana

(PKS) dengan mengambil tindakan affirmative yang mesra pasaran, dengan izin, market friendly, telus (transparent) berdasarkan keperluan (need based) dan berdasarkan merit

(merit based), dengan izin, supaya syarikat-syarikat atau usahawan-usahawan tersebut dapat bersaing dalam ekonomi arus perdana.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Bagi fasa pertama, 100 PKS bumiputera sederhana dan 1,000 PKS kecil mikro akan dipilih untuk terlibat dalam program ini. Pemilihan dijalankan secara terbuka dan telus dan sesiapa sahaja golongan bumiputera yang layak boleh memohon untuk melibatkan diri dalam program tersebut. Kriteria pemilihan mengambil kira jumlah ekuiti golongan bumiputera dalam syarikat tersebut, pengurusan tertinggi daripada kaum bumiputera dan paling penting adalah keupayaan untuk bersaing di dalam pasaran.

Sebagai contoh, minimum 50 peratus daripada hasil revenue syarikat tersebut diperoleh daripada sumber bukan kerajaan dan sebaik-baiknya memiliki penarafan biro kredit Malaysia yang baik. Kemungkinan boleh diberi mungkar kurang 20 peratus. Setelah PEMANDU merangka butir-butir tersebut, fokus Unit Peneraju Agenda Bumiputera

(TERAJU) kini adalah untuk mengimplementasikan Program Teras ini. Sekiranya dilihat di berita akhbar-akhbar harian, sering diiklankan mengenai TERAJU dan agenda ini untuk menarik bumiputera untuk menyertai program ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan juga jawab soalan bahagian (b). Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) merupakan satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. Objektif utama PEMANDU adalah untuk menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara, menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) khusus.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Di bawah program GTP, Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Result Area (NKRA) telah diperkenalkan enam NKRA. Saya rasa Yang Berhormat sedia maklum iaitu mengenai jenayah, rasuah, pendidikan, pengangkutan awam bandar, infrastruktur asas luar bandar dan menaik taraf kehidupan isi rumah yang berpendapatan rendah. Pencapaian keseluruhan GTP pada tahun 2010 adalah amat memberangsangkan dengan pencapaian 121 peratus sasarannya merangkumi keenam-enam bidang NKRA.

Yang Berhormat boleh masuk ke dalam laman web www.pemandu.gov.my Bagi program ETP pula, ianya adalah satu usaha komprehensif yang dilihat akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Ia akan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang USD6,700 atau RM23,700 pada tahun 2009 kepada USD15,000 atau RM48,000 menjelang tahun 2020. Perkembangan PNK sebanyak lima hingga enam peratus setahun akan membolehkan negara mencapai sasaran pertumbuhan Wawasan 2020. Sehingga September 2011, sebanyak 97 inisiatif telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi 70 jenis Entry Point Project (EPP). Daripada jumlah inisiatif tersebut, 53 peratus EPP telah berjaya dilaksanakan dengan RM171 bilion pelaburan yang akan dilaburkan. RM228 bilion PNK dapat dicapai pada tahun 2020 dan 372,261 peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

Dalam tempoh setengah tahun pertama, Foreign Direct Investment (FDI) dan dagangan di Malaysia juga telah melonjak dengan begitu baik sekali. Kadar FDI bagi setengah tahun pertama 2010 adalah sebanyak RM12.1 bilion dan telah melonjak sebanyak 110 peratus kepada RM21.2 bilion pada akhir Jun 2011. Jumlah dagangan pada setengah tahun pertama 2011 pula telah meningkat sebanyak 7.9 peratus menjadikan jumlah keseluruhannya RM614.3 bilion berbanding RM569.3 bilion pada setengah tahun pertama 2010.

Ini jelas membuktikan bahawa program GTP, ETP memang membawa hasil yang positif kepada rakyat dan negara. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, usaha akan diteruskan untuk melipat gandakan program-program seperti ini dan usaha- usaha ke arah memajukan negara ke arah tahun 2020 dan kita harap Yang Berhormat sebelah sana pun akan sama-sama membantu menguar-uarkan ini. Sekian, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Jawapan yang baik, panjang, padat. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah kalau PEMANDU dan kerajaan membuka peluang-peluang kepada bumiputera secara telus, open tender bukan direct nego dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh salah sebuah kerajaan negeri, menyaksikan kontraktor-kontraktor bumiputera mendapat hampir 70 peratus kontrak-kontrak di negeri tersebut apabila tender terbuka dibuka. Maknanya ada bumiputera yang betul-betul hendak meniaga boleh dapat peluang-peluang perniagaan.

Cuma soalan saya Yang Berhormat Menteri, PEMANDU ini suatu organisasi yang amat digeruni. Pegawai kerajaan apabila sebut PEMANDU sahaja, dia rasa kadang-kadang fobia sikit. Soalan saya, siapa yang menganggotai PEMANDU, siapa yang menerajui PEMANDU dan apakah hubungan PEMANDU dengan ICU yang telah pun sekian lama wujud dalam JPM juga? Apakah koordinasi ini berlaku ataupun berlaku pertindihan di antara PEMANDU dan ICU ataupun lain-lain agensi dalam kerajaan yang juga akhirnya menjurus kepada pembangunan negara ataupun ICU terus tinggal dalam ICU?...

[Disampuk] TERAJU pula.

Jadi banyak sangat benda-benda ini yang akhirnya kita takut duplikasi yang berlaku dan akhirnya tidak ke mana. Oleh sebab itu, walaupun data-data yang telah pun Yang Berhormat Timbalan Menteri bagikan itu impresif tetapi saya rasa bukanlah peranan PEMANDU sangat. Sebenarnya peranan agensi yang lain tetapi PEMANDU ini seolah-olah driver segala-galanya. Jadi ini membuatkan kegusaran di bawah. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kepada Yang Berhormat dari Sungai Petani supaya tidak gundah gulana, resah gelisah.

Agenda pembangunan negara begitu jelas sekali. Wawasan 2020 adalah sasaran dan pemudahcaraan dan strategi begitu jelas. Tidak pernah ada satu usaha yang mengemblengkan ribuan orang daripada orang biasa, pakar-pakar, agensi kerajaan termasuk pembangkang, untuk terlibat dalam makmal-makmal yang merangkakan segala agenda pembangunan yang telah didepankan kita.

Baik, saya ingin mengatakan PEMANDU ini adalah tugasnya memudah cara.

Stakeholders yang akan memacukan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Berpendapatan tinggi USD15,000, kerana gaji kita kena naik, pendapatan kita kena naik, kalau tidak, kita akan ketinggalan dan persaingan begitu hebat. Untuk itu, kita kena balik kepada induk, dasar kepada apa reform yang kita hendak buat, pengislahan yang kita hendak buat.

Pertama, kita perlu beri untuk agenda bumiputera. Nilaian pemilikan hartanah dan tanah serta ekuiti. Maka, kita ada Ekuinas, kita ada Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera melalui writ dan ada pula Majlis Tindakan Agenda Bumiputera untuk melihat balik dan PEMANDU memudah cara.

Kedua ialah mengenai guna tenaga, man power, yang berkaitan dengan kemahiran dan pendapatan. Oleh kerana persaingan global, persaingan dalaman begitu serius, keupayaan perlu dibina. Seterusnya adalah enterprise berskala besar. SME yang merupakan tunjang negara, 80 peratus ekonomi digerakkan oleh SME di seluruh dunia.

Mereka perlu diperkasa. Maka, pula lain, tahap pendidikan. Maka, ianya begitu menyeluruh.

So, tidak payah risaulah bersama kita dalam perjuangan. Ini agenda murni. Kenapa hendak diuar-uarkan dan dipolitikkan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Saya Tuan Yang di-Pertua, gundah gulana saya, gelisah saya.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Hari ini saya tidak berapa nasib baiklah Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Empat kali sudah saya bangun tetapi Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

PEMANDU ini Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Walaupun berhadapan ini mata bertentangan, Tuan Yang di-Pertua tidak nampak sayalah. Mungkin. Soalan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ada benda yang hendak saya sampaikan.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Mana satu Tuan Yang di-Pertua, saya kah?... [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Nombor satu Tuan Yang di- Pertua, ini Yang Berhormat Timbalan Menteri ini jawab memang cantiklah tetapi kadangkala kita ingin juga Menteri yang berkenaan itu datang sini jawab.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Sri Gading akan mendapat peluang nanti, insya-Allah.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Siapa Menteri dia itu?

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri sahaja yang menjawab. Menteri berkenaan...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kalabakan cuba bawa fikiran Yang Berhormat Sri Gading dan soalan dari pemikiran Yang Berhormat Sri Gading itu diajukan kepada Timbalan Menteri bagi pihak Yang Berhormat Sri Gading. Sila Yang Berhormat Kalabakan.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Soalan saya lain Tuan Yang di-Pertua. Kita semua sedia maklum jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan Yang Berhormat Sungai Petani jangan gundah gulana. Saya gundah gulana kerana saya risau, saya gelisah. Bukan semua jawapan-jawapan...

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bukan Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Kalabakan sahaja risau, saya pun risau Tuan Yang di-Pertua.

PEMANDU ini sepatutnya dia memandu...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Biar saya dengar kerisauan itu. Sila Yang Berhormat Kalabakan teruskan.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

PEMANDU ini Tuan Yang di-Pertua, yang saya tahu memang pemandu tetapi yang masalah sekarang ini, PEMANDU ini dia yang dipandu. Jadi saya fikir mungkin Yang Berhormat Cameron Highlands ini bagus jadi Menterilah. Ini kerana Menteri pun tidak datang jawab dalam Dewan. Jadi persoalan saya, PEMANDU ini dia memantau projek-projek termasuk yang tergendala pun. Saya bagi satu contoh, dalam ucapan bajet saya sudah kemukakan. Saya dibagi peruntukan dalam bulan Mac lagi untuk beli zink orang-orang kampung, tetapi sampai sekarang, daripada Kementerian Luar Bandar ke ICU sampai sekarang satu sen belum keluar.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Jadi, saya minta mungkin Timbalan Menteri boleh tanya PEMANDU bila boleh keluar. Tahun depan atau beberapa bulan yang akan datang? Saya mahu tahu bila boleh diberi kerana kalau tidak, kita bermain sandiwara dalam Dewan sahaja. Rakyat marah kepada kita kerana sandiwara. Jawapan di TV cantik belaka tetapi tidak ada asas sama sekali. Jadi minta kalau boleh... [Dewan riuh] Kalau boleh kita mahu dia punya Menteri, kita mahu tengok Menteri dia juga, datang kah? Handsome kah? Tidakkah? Kita mahu tahu kerana setiap kali Timbalan Menteri mungkin dia tidak dapat authority yang penuh untuk jawab. Jadi, kita minta kalau boleh soalan saya Yang Berhormat Menteri hadir. Keduanya, saya mahu minta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga EPU beritahu saya peruntukan yang diberi dalam bulan Mac tahun ini, hampir tenggelam sudah tahun ini belum lagi keluar.

Bila boleh keluar?... [Dewan riuh]

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kena minta daripada projek lembu keluarga Menterilah... [Ketawa]

final • 10:50 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kepada Yang Berhormat. Saya memahami cetusan perasaan yang telah diluahkan. Akan tetapi isu yang berkaitan dengan pelaksanaan itu saya akan dapatkan maklum balas secepat mungkin. Bagi saya seminggu dan saya akan dapat maklum balas mengenai perkara yang telah dibawa kerana melibatkan rakyat. Kepada rakan-rakan di sebelah sana, janganlah terlalu hendak perli. Nanti kena karang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Ketawa]

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, beri saya soalan...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Oh! Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Hebat Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Berkat kesabaran Yang Berhormat Sri Gading, dapat juga akhirnya.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Begitulah selalu senyum, jangan marah-marah Speaker.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Seperti pantun, Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Dua tiga Speaker boleh dicari, Mana nak sama Tuan Yang di-Pertua seorang... [Dewan riuh]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih... [Tepuk] Yang Berhormat Arau gelak Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ini, Tuan Yang di-Pertua, terkenal sebagai seorang yang petah untuk berkata-kata, kelas. Cuma fahaman orang- orang di bawah, usahawan-usahawan bumiputera Tuan Yang di-Pertua, bahawa PEMANDU ini antara tugasnya, bagi menggalakkan dan memastikan, maknanya hampir wajib Tuan Yang di-Pertua. Bagi menggalakkan bumiputera menceburkan diri ke arah ekonomi yang berpotensi tinggi untuk menambah pendapatan usahawan-usahawan bumiputera.

Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, usahawan-usahawan bumiputera di bawah- bawah, tidak nampak Tuan Yang di-Pertua. Tidak nampak. Apakah objektif PEMANDU ini benar-benar dapat dinikmati oleh mereka seperti Yang Berhormat Kalabakan kata, kita boleh menjawab di Dewan ini tetapi yang penting apa yang dapat kepada mereka di bawah.

Mengharapkan suatu matlamat bagi menentukan mereka yang berniaga ini benar-benar dapat pembelaan. Ini yang menjadi persoalan.

Jadi, tidak payahlah kita hendak cakap cantik-cantik kepada pengusaha- pengusaha bumiputera yang di bawah ini Tuan Yang di-Pertua. Inilah harapan mereka tetapi kalau tidak berapa jelas, mereka tidak faham, peluang tidak diberi, PEMANDU kepada mereka bukan PEMANDU. Pemandu ini Tuan Yang di-Pertua kalau kita memandu, kena belok, kita beloklah Tuan Yang di-Pertua. Kena jalan lurus, kita jalan luruslah. Ini belok pun dia jalan lurus, tidak belok pun dia jalan lurus Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu kita memang seperti kata Yang Berhormat Kalabakan. Sekali-sekala Menterinya datanglah Tuan Yang di-Pertua. Siapa Menteri ini Tuan Yang di-Pertua? Menteri pun masuk dalam persidangan mesyuarat Kabinet.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ada rasa tanggungjawab sebagai Menteri yang juga kena bertanggungjawab kepada portfolio dia, kepada rakyat. Saya sudah tidak faham Tuan Yang di-Pertua. Gundah gulana saya.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri. Sila jawab. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:50 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya terpanggil untuk ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading kerana beliau selalunya seorang yang begitu mendalam dalam komitmen, dalam perjuangan. Selalulah, sejak 2004. Maka saya mengakui bahawa dalam pelaksanaan mesti ada kekurangan. Kita akui sebagai manusia memang ada. Akan tetapi PEMANDU itu sebagai pemudah cara, ICU pelaksanaan dan TERAJU khusus untuk bumiputera. Kita lihat semula bagaimana kita boleh melibatkan diri dalam memperkasakan semula masalah-masalah dan lubang-lubang yang sedia ada supaya perjalanan itu dapat diperelok lagi. Akan tetapi isu yang dibangkitkan saya memang akui dan terima. Kita tengoklah sama-sama, niatnya ikhlas, mungkin pelaksanaannya ada kekurangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Janganlah buat hal belah sana.

final • 10:50 AM

5. Datuk Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, apakah tahap pelaksanaan projek-projek bekalan air, elektrik dan rumah di kawasan luar bandar mengikut negeri dari tahun 2009 hingga kini dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM2.58 bilion bagi pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bermula dari tahun 2009 sehingga kini termasuk September ya. Secara umumnya – saya bercakap berkenaan dengan bekalan air dahulu, pada tahun 2009 sebanyak 671 buah projek melibatkan kos berjumlah RM267.38 juta telah disiapkan. Pada tahun 2010 sebanyak 554 buah projek melibatkan kos berjumlah RM413.4 juta telah disiapkan dan pada tahun 2011 sebanyak 1,089 buah projek yang melibatkan kos sebanyak RM1.97 bilion sedang di dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada bulan Disember 2011.

Bagi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar pula iaitu BELB, kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM2.47 bilion bermula dari tahun 2009 sehingga kini. Secara umumnya pada tahun 2009, sebanyak 296 buah projek melibatkan kos berjumlah RM410.38 juta telah disiapkan. Pada tahun 2010, sebanyak 387 buah projek melibatkan kos berjumlah RM703.1 juta telah disiapkan. Pada tahun 2011, sejumlah RM1.36 bilion telah diperuntukkan untuk melaksanakan 582 buah projek. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 146 buah projek telah disiapkan dan baki 436 buah projek sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada Disember 2011.

Tuan Yang di-Pertua, tahap pelaksanaan Program Bantuan Rumah pula di kawasan luar bandar sepanjang tahun 2009 sehingga September 2011 ialah 54,374 unit rumah dan peruntukan yang telah dibelanjakan mencecah RM1.36 bilion. Pada tahun 2009, sebanyak 19,467 unit rumah telah siap dibina yang mana sejumlah 592 unit rumah telah dibina di negeri Perlis. Kos perbelanjaan bagi pembinaan PBR ialah RM551.1 juta untuk seluruh Malaysia. Bagi tahun 2010, sejumlah RM431.6 juta telah dibelanjakan bagi menampung pembinaan 16,926 unit rumah di seluruh negara. Sebanyak 116 unit rumah telah dibina di negeri Perlis. Pada tahun 2011 sehingga September, sejumlah 7,514 unit rumah telah siap dibina yang mana perbelanjaan kos adalah sebanyak RM154.54 juta.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek

Negeri Perlis telah diperuntukkan RM1.64 juta untuk membina 70 unit rumah.

Pecahan-pecahan kepada projek-projek yang telah saya maksudkan, air, elektrik dan juga rumah tadi, ada di senarai ini begitu komprehensif dan ini akan saya serahkan kepada Yang Berhormat Arau untuk rujukan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Ismail bin Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucap tahniahlah kepada Yang Berhormat Kuala Pilah kerana dapat tambahan Datuk baru-baru ini. Saya mengucapkan tahniah kepada kementerian. Kalau nak diukur daripada KPI, saya rasakan kementerian telah mencapai sasaran sebenarnya tetapi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian.

Disebabkan bidang yang pelbagai contohnya bekalan air, elektrik dan jalan dan setengahnya kementerian terpaksa menyerahkan kepada agensi lain seperti JKR, Pejabat Pembangunan Negeri ataupun ICU dan juga pejabat daerah untuk melaksanakan terutamanya melibatkan jalan luar bandar dan sebagainya.

Jadi, kita melihat ada beberapa perkara yang agak spesifik yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian, terutamanya berhubung dengan bekalan air dan juga BELB dan juga bekalan elektrik yang saya tengok setengahnya kita perlu melihat apabila kita buat tender terbuka yang secara berperingkat-peringkat, kita melihat seolah-olah tidak ada keselarasan. Apa yang jadi masalahnya ialah di peringkat penyelenggaraan kelak, apabila kita nak buat penyelenggaraan untuk BELB bekalan air dan juga bekalan elektrik ini, ia akan hadapi sedikit masalah kerana mungkin teknologi yang digunakan itu agak pelbagai dan mungkin akan menyebabkan kos penyelenggaraan akan meningkat.

Jadi di sini saya ingin bertanya pihak kementerian, adakah cadangan yang akan dibuat oleh pihak kementerian untuk kita menyelaraskan sekurang-kurangnya atau standardize, dengan izin, satu sistem yang akan diguna pakai untuk bekalan air dan juga bekalan elektrik luar bandar terutamanya rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak yang saya lihat kos penyelenggaraan agak cukup tinggi dan kemungkinan projek itu tidak akan berterusan kalau tidak dirancang dengan teliti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu soalan dan juga pandangan yang baik. Daripada segi soal pelaksanaan projek-projek yang saya sebutkan tadi bukan sahaja untuk air, elektrik dan juga rumah, tender dan sebagainya.

Memanglah daripada segi penyelarasannya itu kita di pihak kementerian memang bertanggungjawab sepenuhnya soal pemberian kontrak-kontrak ini kerana ianya dijalankan oleh satu jawatankuasa yang mengeluarkan tender, menguruskan tender dan menawarkan kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya. Begitu jugalah dengan Sabah dan Sarawak.

Memang ada penyelarasan yang dibuat dan kita mendapat kerjasama yang begitu baik daripada kerajaan negeri masing-masing dan kalau sekiranya ada cadangan yang secara khusus daripada Yang Berhormat Arau untuk selaras sebagai mana yang dimaksudkan ini, kita di pihak kementerian bersedialah untuk menerima pandangan daripada Yang Berhormat Arau. Akan tetapi apa yang kita lihat dan apa yang sedang dijalankan pada hari ini adalah cukup baik tetapi kalau ada kiranya penambahbaikan daripada pandangan Yang Berhormat Arau, pihak kita bersedia sebab yang ada ini sudah cukup cantik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya kurang setuju sedikit dengan apa yang tadi diucap oleh Yang Berhormat Arau kerana dia cakap bahawa kementerian sebenarnya telah mencapai sasaran. Akan tetapi saya rasa walaupun banyak projek telah dinyatakan bahawa telah disiapkan tetapi saya rasa kalau ikut sasaran yang telah ditetapkan di bawah NKRA, saya rasa sasaran pada tahun 2012, kita perlulah membekal 60,000 rumah di Sabah dan Sarawak dengan bekalan air, tetapi sehingga September tahun ini hanya 12,000 buah rumah yang dapat bekalan air.

Kedua, tentang bekalan elektrik, sasaran di bawah NKRA adalah untuk membekal 80,000 buah rumah di Sabah dan Sarawak pada hujung tahun 2012 dan sasaran setakat tahun ini adalah sepatutnya kita membekal bekalan elektrik kepada 26,000 unit rumah di Sabah dan Sarawak tetapi setakat September tahun ini hanya 5,440 buah rumah di Sabah dan Sarawak yang dapat bekalan elektrik. Saya rasa ini kalau kita ikut percentage, saya rasa pencapaian setakat ini adalah setakat lebih kurang 20 peratus ataupun 30 peratus sahaja. Bagaimana kita boleh cakap bahawa ini adalah satu pencapaian yang memuaskan?

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau ikut kemajuan yang macam ini, bolehkah kita mencapai sasaran untuk memberi bekalan air kepada 60,000 buah rumah di Sabah dan Sarawak dan juga memberi bekalan elektrik kepada 80,000 buah rumah di Sabah dan Sarawak pada hujung tahun 2012. Ini jawapan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada 11 Oktober tahun ini. Jadi saya minta satu penjelasan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan daripada Yang Berhormat Serdang itu, saya melihat Yang Berhormat Serdang ataupun pembangkang ini mendapat maklumat-maklumat yang tak betul dengan apa maklumat yang kita ada... [Ketawa] Sebab... [Disampuk] Nanti, nanti.

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Ini jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Okey, kalau nak tunjuk satu salinan jawapan, saya boleh tunjuk.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan bertengkar Yang Berhormat, jangan bertengkar.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Hasan bin Malek

Okey. Yang Berhormat Serdang boleh rujuk kepada Menteri yang berkenaan. Untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ini angka kita, statistik kita. Perangkaan kita di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah jelas menunjukkan bahawa dalam projek-projek air, elektrik, jalan dan juga rumah ini menunjukkan ianya melepasi daripada sasaran yang kita sasarkan. Sebagai contoh, daripada segi air yang disebutkan tadi, sebenarnya sehingga September 2011 above the target. Target kita ialah 16,279 buah rumah tetapi kita telah dapat menjayakan sebanyak 21,105 rumah iaitu 130 peratus. Maknanya melebih daripada sasaran kita, ini air. Ini pun yang dapat faedahnya lebih kurang 105,525 penduduk, rakyat dan sebagainya.

Begitu juga dengan bekalan elektrik yang disebutkan tadi. Kalau ikut sasaran dan perangkaan kita, elektrik pun above the target, iaitu untuk sehingga September 2011, kita telah membekalkan elektrik kepada 7,288 buah rumah, 100 peratus target. Jika dibandingkan kepada targetnya ialah 7,252 buah rumah sahaja dan kita telah bina 7,288, above the target. Untuk mendapat faedah 36,440 beneficiaries yang mendapat faedah daripada bekalan ini.

Jadi daripada dua contoh yang saya sebutkan tadi, ini yang sudah. Di masa yang akan datang kita tidak tahu, 2012 cakap tadi, kita tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi apa yang jelasnya yang sudah-sudah, pihak kementerian telah melaksanakan projek-projek ini mengikuti sasaran malahan kesemuanya adalah above the target. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. So kena perbetulkan anggapan itu.

final • 11:00 AM

6. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pelajaran menyatakan, perkembangan pembinaan SJK(C) Sungai Long, SJK(C) Kajang dan SJK(C) Bukit Serdang dan sama ada sekolah-sekolah tersebut akan diizinkan untuk membina bangunan sekolah di atas tapak rizab pendidikan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkembangan pembinaan SJK(C) Sungai Long dan SJK(C) Kajang dan juga SJK(C) Bukit Serdang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum 2008, sukacita dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia telah dapat menyelesaikan masalah perolehan tanah dengan membenarkan dua tanah rizab pendidikan digunakan bagi tujuan pembinaan SJK(C) Sungai Long dan SJK(C) Kajang Utama yang lebih tepat lagi seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri Pelajaran semasa lawatan kerja beliau ke negeri Selangor pada 22 Oktober 2011 dan ianya tertakluk kepada syarat- syarat yang dipersetujui.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, tapak bagi SJK(C) Sungai Long adalah di sebahagian Lot 26154, Seksyen 5, Bandar Cheras, Hulu Langat iaitu bersebelahan dengan SMK Sungai Long, Kajang. Manakala bagi SJK(C) Kajang Utama, ia adalah sebahagian Lot 300, Seksyen 10, Bandar Kajang, Daerah Hulu Langat iaitu di Taman Kajang Utama.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

Berhubung dengan status permohonan tanah SJK(C) Bukit Serdang pula, Kementerian Pelajaran masih meneliti permohonan yang dikemukakan. Malahan semalam ada satu perjumpaan khas yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran bersama dengan KSU dan Ketua Pengarah Pelajaran bersama-sama dengan mereka yang berkepentingan. Adalah menjadi hasrat KPM untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang sempurna bagi mematuhi keperluan semua lapisan masyarakat di kawasan itu.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, Lembaga Pengelola Sekolah SJK(C) Sungai Long dan SJK(C) Kajang Utama telah pun ditubuhkan dan mereka telah bertungkus-lumus bekerja kuat dan telah melantik perunding untuk menyediakan pelan layout untuk diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, adalah menjadi harapan Kementerian Pelajaran apabila lembaga pengelola sekolah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merancang dan juga pelan layout atau pelan bangunan. Saya berharap kita dapat bekerjasama dari pihak berwajib iaitu Majlis Pembandaran Kajang yang di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan kita pohon kerjasama erat daripada pihak kerajaan negeri. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sebelum pilihan raya kedua belas, dimaklumkan bahawa enam buah sekolah baru akan dibina dan sekarang PRU Ke-13 sudah hampir barulah kita sudah tahu bahawa dua sekolah sudah dapat tapak. Saya rasa inilah kemajuan di bawah Barisan Nasional.

Saya hendak tanya, saya rasa sedih kerana setakat hari ini sampai hari ini kementerian masih tidak dapat mengatasi masalah tapak untuk SJK(C) Bukit Serdang. Ini kerana saya rasa di Putra Permai ini, di Putra Height, di Puncak Jalil kita sekurang- kurangnya mempunyai 12 keping tanah rizab pendidikan dan di antaranya sembilan keping adalah tanah yang melebihi lima ekar. Saya rasa itu adalah sekeping tanah yang cukup besar tetapi setakat ini kementerian masih memberi jawapan bahawa masih tidak dapat mengenal pasti mana tapak yang sesuai. Ini pertama, saya rasa kemajuan yang seperti ini saya rasa amat tidak memuaskan.

Isu kedua, saya hendak tanya kerana pada 10 November tahun yang lalu, Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek mengumumkan bahawa dia sudah bincang dengan Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri dan mereka semua sudah setuju bahawa sekarang di kawasan yang mempunyai 3,000 buah rumah di mana majoriti adalah bangsa Cina, jadi mereka akan wujudkan tanah rizab pendidikan yang melebihi lima ekar.

Sekurang-kurangnya lima ekar untuk SJK(C).

Mengikut Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek, ini adalah satu polisi yang akan dilancarkan pada tahun ini. Jadi saya hendak tanya sekarang sudah 1 November, jadi berapa banyak berapa keping tanah rizab pendidikan telah diwujudkan untuk SJK(C) dan SJK(T) dan sekolah agama. Saya hendak tahu dari mulut seorang Timbalan Menteri dari MCA bahawa pengumuman daripada Presiden MCA boleh di percayai atau tidak boleh dipercayai?

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apa pasal banyak marah sama MCA? Jangan marah MCA. MCA tidak ada salah.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di sini ingin saya membetulkan Yang Berhormat Sedang. Yang pertama, Yang Berhormat membuat tohmahan hanya ada dua sekolah jenis kebangsaan Cina yang boleh kita bina. Kalau Yang Berhormat..

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya tanya itu tiga-tiga, jadi dua sudah berilah...

[Dewan riuh]

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Belum, belum. Saya belum habis.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Jangan putar belit okey. Saya sentuh tiga sekolah di sini sahaja.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat .

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Duduk Menteri. Ahli Yang Berhormat. Biasanya saya benarkan soalan-soalan tambahan daripada semua wakil-wakil rakyat, saya tidak kira daripada mana. Tujuannya ialah supaya rakyat tahu the grass roots isu yang sebenar. Pun demikian, jangan bertengkar. Apabila sudah kemukakan soalan tambahan, sudah puas hati, sudah saya biarkan, biar panjang-panjang, izinkan Menteri untuk menjawab. Sama ada Yang Berhormat setuju ataupun tidak, tidak apa lah. Kan ini sesi soal-jawab. Sila Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang arif. Ingin saya membetulkan kenyataan Yang Berhormat. Pertama Yang Berhormat kata itulah kemajuan Barisan Nasional, dua buah sekolah. Saya hendak betulkan, kalau Yang Berhormat sendiri pergi ke Kota Emerald, sekolah itu dibina sudah tingkat teratas dan saya bagi jaminan pada 15 Disember sekolah itu akan siap dan beroperasi pada Januari. Itu yang pertama.

Yang kedua Yang Berhormat, saya hanya bagi jawapan dua tanah rizab yang telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan ini sekali lagi saya hendak maklumkan Yang Berhormat, kita mohon kerjasama Kerajaan Negeri Selangor bantu kita. Sebab, apa yang kita perhatikan di kementerian, biar saya terangkan kepada Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat masih ingat, Yang Berhormat Elizebeth Wong umumkan di daerah Petaling termasuk dalam Serdang ini ada lapan bidang tanah untuk diberi pada sekolah Cina. Dua hari kemudian Exco Pendidikan kata ada tujuh. Kemudian, satu bulan kemudian Yang Berhormat dari Seputeh kata tinggal empat.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Amat Berhormat... [Dewan riuh]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain biar Menteri menjawab.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Amat Berhormat Menteri Besar dari Bandar Tun Razak pula kata, berjanji kepada masyarakat kalau Kerajaan Barisan Nasional tidak hendak bagi kita cari lapan lagi tapak. Itu yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. Apa yang berlaku ingin saya maklumkan pada Yang Berhormat, di Selangor kita beri tanah kalau kita tengok ‘SJK(C) Tun Shan Shushin’ kita bagi walaupun dijanjikan ada tanah. Dia kata kelulusan 24 jam, itu Speaker yang buat Twitter itu dia tweet 24 jam tapi sampai sekarang kelulusan pelan bangunan tidak dapat. Saya mohon kerjasama kerajaan negeri bantu ya.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya belum habis lagi Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Minggu lepas kita dah beri dua tanah tapi tidak ada juga pembinaan sekolah.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Seterusnya Yang Berhormat, sekolah yang keempat SJK(C) Wangsa Maju. Baru-baru ini pihak Kementerian telah meluluskan pelan okey di peringkat EPR di Kementerian Pelajaran dan ianya telah diangkat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk diluluskan pelan bangunan. Jadi apa yang dilakukan oleh kementerian, kita mahu lembaga ini dia buat secara teratur mengikut undang-undang. Itu yang keempat.

Kelima, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dengan murah hati terus bagi satu tanah di Danga Bay untuk dibuat dan beliau berjanji bagi kita satu kawasan yang memang ada kepadatan penduduk yang ramai dan sebab itulah kita menunggu satu pelan susur atur yang terbaru pada hujung tahun ini kita terus buat. Malahan, semasa Yang Berhormat Sri Gading jadi Exco pun sudah mula bagi tanah sehingga tidak terkira lagi Kerajaan Johor bagi. Ini yang kelima Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang keenam, sisa baki itu, satu itu Yang Berhormat Bukit Serdang saya kata semalam Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran adakan perbincangan lanjut kita tidak boleh bagi sewenang-wenangnya Yang Berhormat. Pengalaman kita ialah apabila kita memberi tanah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keng Chi dari Pahang untuk berpindah ke Puchong tiba-tiba kita dikritik seolah-olah kita halang kerajaan negeri tidak bagi tanah pada SJK(T) dan sebab itu kita kena terangkan tanah itu kita bagi pada SJK(C) dan tanah itu diberikan nilainya hampir RM15 juta tanah itu. Ini adalah kerjasama daripada pihak kementerian bersama dengan LPS. Saya rasa tidak wajar dan tidak adil bagi Yang Berhormat membuat tuduhan liar. Saya hendak terus okey..

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Ini semua tapak di Serdang... [Menunjukkan lampiran berkaitan]

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat saya belum habis cakap Yang Berhormat. Sebab itu saya memohon Yang Berhormat soal tapak Yang Berhormat, jangan kita, sampai sekarang Kerajaan Selangor di manakah tanah yang mereka janjikan sekarang? Tidak ada Yang Berhormat. Yang ada di Selangor, saya boleh terus kata Yang Berhormat...

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...Yang ada di Selangor, kita luluskan. Yang Berhormat, saya...

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Dia cakap minggu lepas, bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri ada sini, saya pun ada. Dua tapak lagi...

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

...Dia tidak jawab pun.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat baru masuk. Yang Berhormat keluar tajuk.

final • 11:20 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tolong bagi fakta yang betul.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat keluar tajuk. Ini tentang SJK(C) yang dijanjikan. Saya hendak katakan, di sini saya hendak terangkan. Itu memang satu episod dan semua sekolah yang kita janjikan iaitu tujuh buah yang baru dan 13 buah yang berpindah, kita sudah selesaikan sebanyak 18 buah dan tinggal dua sahaja. Yang Berhormat, kalau kita bertungkus-lumus menyelesaikan masalah, kalau ada sokongan seperti Kerajaan Negeri Johor, kita selesaikan semua... [Tepuk] Oleh sebab itulah Yang Berhormat, saya mohon apabila lembaga pengelola sekolah, mereka mengemukakan pelan layout, saya minta kerjasama dari pihak sana untuk membantu kita kerana ini adalah soal pendidikan anak-anak kita.

Jadi sebab itulah saya merayu kepada pihak berkuasa tempatan untuk membantu lembaga pengelola sekolah supaya kita mempercepatkan SJK(C). Kalau kelewatan itu disebabkan kita tidak bantu, mungkin kita dipersalahkan. Akan tetapi apabila kita mempercepatkan dan hampir setahun pihak berkuasa tempatan tidak mahu bantu kita, itu jadi satu masalah dan bebanan kepada rakyat. Itu yang saya hendak terangkan.

Mengenai apa yang dilemparkan oleh Yang Berhormat, katanya tanah-tanah seperti mana yang diumumkan garis panduan dan sebagainya, ingin saya mengatakan, buktinya ialah, buktinya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri meluluskan tapak di Putra Height. Itu kepadatan penduduk Cina yang ramai.

Kedua, di Sungai Long dan ketiga di Kajang Utama dan Danga Bay ini ada dirizabkan. Kerajaan negeri bantu kita. Jadi ini secara spontan saya perlu bagi jawapan.

Adalah tidak benar Yang Berhormat mengatakan kita ini sengaja melengah-lengahkan. Kita mencari kaedah. Pihak Yang Berhormat ini cuma melontarkan macam-macam dakwaan supaya kita bekerja, kita merealisasikan impian rakyat.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Itu yang saya hendak terangkan supaya perkara ini tidak menjadi satu perkara yang dapat persepsi salah dalam kalangan rakyat kita. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya cadangkan demi untuk kebaikan dan kepentingan rakyat di akar umbi, Yang Berhormat Serdang berjumpa Yang Berhormat Timbalan Menteri dan berbincang secara baik. Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Boleh, boleh. Saya hendak tanya tentang sekolah Cina itu.

final • 11:20 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk menanya soalan susulan. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana meluluskan pembinaan Sekolah Tamil Serendah yang mana kita dalam proses untuk mencari tapak yang sesuai. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah status pembinaan SJK(C) Rasah? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Ini sekali lagi yang ingin mengungkit apa yang berlaku. Pada 29 April tahun lalu, empat hari selepas kemenangan Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyerahkan satu cek bernilai RM3 juta kepada lembaga pengelola sekolah dan pada masa itu kita mengharapkan kerajaan negeri memberi tanah.

Sebenarnya, pemberian tanah oleh kerajaan negeri dijanjikan semasa kempen pilihan raya kecil. Sampai sekarang apa yang kita minta ialah tanah ini sudah terlalu sempit dan kecil di Pekan Rasah. Apa yang mereka minta ialah tanah itu dibagi balik kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri bagi satu tanah yang lebih besar di belakang itu. Jadi kita masih menunggu isyarat daripada kerajaan negeri seperti mana yang dijanjikan setahun setengah yang lalu.

Oleh sebab itulah saya minta, kita sudah bagi duit. Kita sudah minta lembaga pengelola sekolah menghantar pelan dan saya mendoakan supaya pihak berkuasa tempatan meluluskan dengan cepat termasuk juga tanah itu kalau boleh kerajaan negeri tolong ratakan. Jangan bagi tempat cerun kerana kos tambak tanah itu memang tinggi.

Terima kasih, Yang Berhormat.

[Soalan No. 7 – YB. Datuk Abd. Rahman Bakri (Sabak Bernam) tidak hadir]

final • 11:20 AM

8. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sama ada kerajaan akan memansuhkan cukai import dan memberikan Approved Permit (AP) ke atas kenderaan-kenderaan bomba terpakai yang bakal dihadiahkan oleh organisasi-organisasi luar negeri termasuk Jepun yang akan digunakan untuk tujuan pasukan bomba sukarelawan Malaysia.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ll - Dato’ Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Jelutong di atas soalan ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pengimportan kenderaan bomba di bawah kod takrif 8705300000 – A Fire Fighting Vehicles tidak memerlukan lesen import (AP). Dasar semasa menetapkan semua kenderaan bomba yang diimport termasuk kenderaan bomba yang dihadiahkan tertakluk kepada cukai jualan sebanyak 10 peratus dan duti import sebanyak 30 peratus. Kerajaan pada masa ini masih belum bercadang untuk memansuhkan cukai jualan dan duti import ke atas kenderaan bomba.

Walau bagaimanapun, sebarang permohonan atau cadangan akan diteliti untuk tindakan lanjut pihak Kementerian Kewangan mengikut keperluan semasa. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Soalan tambahan. Terima kasih.

Memandangkan pasukan bomba sukarelawan merupakan satu pemacu yang dapat menyemarakkan dan juga meningkatkan semangat sukarelawan di kalangan warganegara kita. Jadi saya telah menikmati bahawa banyak pasukan bomba sukarelawan seperti yang masyhur di Pulau Pinang daripada Paya Terubong ataupun lebih dikenali sebagai Longboi, mereka sentiasa dapat mengejar ke tempat kebakaran lebih pantas daripada pasukan bomba rasmi. Saya rasa kerana ada pasukan sedemikian, mereka telah berjaya untuk menyelamatkan harta dan nyawa dalam masa-masa genting. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah apakah lagi pertimbangan dalam bentuk insentif pengiktirafan dan juga dorongan dan sokongan yang boleh diberikan selain pemansuhan cukai eksais duti dan sebagainya supaya kita dapat meningkatkan lagi semangat sukarelawan sebegini? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, semua kenderaan bomba yang dihadiahkan ataupun diimport memang kena dengan cukai jualan dan juga duti import yang disebutkan tadi.

Walau bagaimanapun, permohonan bagi penjualan cukai boleh dikemukakan kepada MOF dan saya percaya mereka akan mempertimbangkan secara kes demi kes.

Contohnya Pasukan Bomba Sukarela Kuala Kedah pernah membeli kereta bomba terpakai dari Jepun dengan harga RM40,000 dan diberi pengecualian cukai oleh kerajaan. Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengecualian cukai bagi pembelian jentera bomba, boleh membuat permohonan pengecualian kepada MOF.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, bila kita bercakap dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan safety and health – keselamatan dan kesihatan pekerjaan terutamanya, kita akan meletakkan kualiti sebagai perkara utama.

Kita tidak mahu melihat apabila barang-barang berkaitan dengan perkara keselamatan dan kesihatan ini, bila kita gunakan ia akan mengundang berbagai-bagai bahaya kepada kita. Sudah pasti kita tidak mahu ditertawakan nanti apabila kenderaan terpakai yang kita guna dalam perjalanan, surrendered di tengah jalan. Rosak enjin. Sebaik ingin menyelamatkan, jadi bahaya pula kepada pengguna-pengguna dan mereka yang terlibat dengan perkara ini.

Saya hendak tanya apa sikap kerajaan kepada penggunaan perkara-perkara terpakai ini kerana saya yakin dan percaya jika ia sudah menjadi tangan kedua ataupun secondhand, ia mungkin telah mempunyai kekurangan-kekurangan di dalam aspek kualiti dan kerajaan mesti meletakkan kualiti ini sebagai perkara utama ke arah pencapaian satu ciri keselamatan paling tinggi lebih-lebih lagi dalam menuju ke arah sebuah negara maju.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut.

Saya rasa ini adalah terkeluar sedikit dari soalan asal. Walau bagaimanapun, kerajaan memang menjamin bahawa semua kenderaan terpakai yang diimport ke negara ini perlu diteliti dan dikaji dengan mendalam supaya kenderaan tersebut adalah selamat untuk digunakan di negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:20 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II

[Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua giliran kementerian-kementerian menjawab di peringkat dasar dan diputuskan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 2 November 2011.”

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2012

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit

(RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau

(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9, Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [31 Oktober 2011]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kementerian Pengangkutan, sila.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan II - Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ali-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang menyentuh bidang tugas Kementerian Pengangkutan di Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Machang telah membangkitkan pertanyaan berkaitan projek landasan berkembar Gemas-Johor Bahru. Untuk makluman, buat masa ini kerajaan sedang menyediakan dokumen berkaitan penyata kehendak kerajaan, lukisan tender, senarai tender, spesifikasi keupayaan teknikal dan laporan kajian tanah yang diperlukan untuk pelaksanaan projek ini.

Memandangkan proses tender belum dilaksanakan maka harga kontrak serta mekanisme pembayaran belum dapat ditentukan lagi. Selain itu adalah menjadi pra syarat kerajaan supaya kontraktor yang berjaya perlu mengguna pakai khidmat perunding tempatan bagi melaksanakan proses reka bentuk dan mengadakan usaha sama dengan pemborong-pemborong tempatan misalnya dalam kerja tanah, kerja-kerja bangunan di stesen dan depot penyelenggaraan.

Projek ini akan menggunakan bahan-bahan binaan serta peralatan dan loji tempatan sebagaimana dinyatakan di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2002 bertarikh 5 Jun. Penggunaan bahan ataupun barangan perkhidmatan tempatan dalam perolehan kerajaan serta mematuhi dasar mengenai penggunaan bahan-bahan tempatan dalam industri pembinaan.

Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Johor Bahru mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Program Rumah Mesra Rakyat untuk membantu golongan setinggan. Kedai serta pekebun kecil yang terlibat dalam Projek Landasan Kereta Api Berkembar...

final • 11:31 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya, penjelasan.

final • 11:31 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Untuk makluman, jawatankuasa kerja bersama Kementerian Pengangkutan...

final • 11:31 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 11:31 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Saya habiskan ini dahulu. Untuk membantu golongan setinggan, pekedai serta pekebun kecil yang terlibat di dalam Projek Landasan Kereta Api Berkembar. Untuk makluman Jawatankuasa Kerja Bersama Kementerian Pengangkutan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor telah ditubuhkan pada Jun 2011 untuk mengurus isu-isu yang berkaitan, merangka exit plan, dengan izin, bagi setinggan kediaman yang terlibat selain membuat ketetapan berhubung pampasan selaras dengan term of reference yang ditetapkan. Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:31 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini mengenai double track yang dicadangkan akan dibina sehingga ke Johor dan sebagainya.

Akan tetapi masalah yang sedia ada adalah double track di antara Ipoh dan Kuala Lumpur di mana walaupun telah disediakan beberapa tahun, akan tetapi kekurangan coach yang menyebabkan ketidakadaan sistematik frekuensi yang diperlukan.

Masalah ini saya difahamkan akan ada juga double track dari utara ke Ipoh dan selatan. Macam mana kerajaan akan mengatasi masalah ini dan apakah jangka masa yang ditetapkan kerana saya difahamkan bahawa walaupun dual-carriage ini telah pun dicadangkan dan telah dibina, sedangkan Ipoh ke Kuala Lumpur telah dibina lebih dari lima tahun. Akan tetapi, masalah itu masih wujud. Masalah ini masih akan berterusan.

Macam mana ia dapat diatasi dan juga dengan pricing ticket yang sedia ada yang dikenakan di antara Ipoh ke Kuala Lumpur RM45, RM55 yang terlampau mahal yang menyebabkan ramai di antara warga negara tidak dapat menggunakannya.

final • 11:31 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi, macam mana cadangan kerajaan untuk mengatasi dan memberi peluang kepada pihak-pihak yang ingin menggunakan kereta api ini?

final • 11:31 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat ini ataupun celahan Yang Berhormat ini sedikit sahaja berkaitan dengan tajuk yang saya bincangkan ataupun sebutkan sekarang ini, iaitu berkaitan dengan kereta api berkembar di antara Ipoh dengan Kuala Lumpur.

Yang Berhormat, hasrat Kerajaan Barisan Nasional adalah untuk membuat keselesaan, memberi keselesaan kepada rakyat. Walaupun ianya agak lambat sedikit tetapi tujuannya pada akhirnya adalah untuk keselesaan dan ini akan dirancang secepat mungkin.

Mungkin ada masalah-masalah tertentu berkaitan dengan pengambilan tanah ataupun masalah-masalah yang melalui kawasan-kawasan di mana ada penduduk yang perlu dirancang untuk berpindah dari tempat itu. Yang Berhormat Jerai.

final • 11:31 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tuan Yang di-Pertua, saya minta pencelahan sedikit. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini berkenaan dengan landasan kereta api.

Semalam kita telah mendapat satu berita yang amat sedih sekali bahawa di kawasan saya berlaku kemalangan yang mana kereta api di negeri Sabah ini dirempuh dengan lori tangki minyak dan mengakibatkan kecederaan. Nasib baik tiada kematian. Saya sampaikan kepada pihak kementerian adalah janji-janji pihak kontraktor di mana jagaan kementerian semasa landasan ini dibina Tuan Yang di-Pertua. Malangnya, masalah yang kami timbulkan pada ketika itu yang telah dipersetujui oleh pihak kontraktor KTM bersama kontraktor yang tidak perlulah disebutkan nama kontraktor, tetapi ini Timbalan Menteri Pengangkutan seketika dahulu sama-sama berjumpa, berdialog dengan penduduk- penduduk dan pegawai-pegawai di kawasan Putatan.

Terdapat 31 crossing, lintasan kereta api yang mana hanya tujuh sahaja disediakan pagar ataupun signage. Sejumlah 24 daripadanya tidak dilaksanakan.

Pembinaan landasan itu dielevate lebih tinggi daripada jalan raya yang masuk. Sebab itulah Berita Harian melaporkan hari ini bahawa lori tangki itu tersangkut dan terus melompat daripada lori itu dan dirempuh oleh kereta api. Jadi, saya harap pihak kementerian mengambil perhatian kepada perkara ini, walaupun kereta api ini dalam jagaan kereta api negeri Sabah tetapi pihak kementerian adalah bertanggungjawab di atas soal keselesaan seperti Yang Berhormat nyatakan tadi.

final • 11:31 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Jadi, apakah kesudahannya? Perkara-perkara yang jalan susur itu belum dibina, signage belum disediakan, gate belum disediakan. Apa tindakan pihak kementerian supaya tidak akan berlaku lagi kemalangan ini di Sabah? Jadi, rakyat di negeri Sabah ini sudah berapa lama menunggu, walaupun ada batu-batu kerikil telah disediakan untuk penyediaan jalan susur itu, bila? Adakah ia tidak dapat dilaksanakan ataupun pihak kementerian ini sengaja tidak mengetahui dan diserahkan kepada kerajaan negeri. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat soal ini.

final • 11:40 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat Putatan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita turut bersimpati dengan kes yang berlaku semalam di Sabah dan khasnya di kawasan Yang Berhormat Putatan. Kerajaan dan kementerian memang senantiasa mengambil berat perkara seperti ini. Kita telah pun dapat maklumat awal daripada apa yang berlaku semalam. Ini adalah satu-satunya di mana kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu bekerjasama dan mengendalikan satu-satu masalah seperti ini dan saya percaya memang sudah kita buat setakat yang kita mampu. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat sendiri, pengendalian kereta api di Sabah ini adalah di bawah jagaan kerajaan negeri tetapi memang tentulah adanya perbincangan, rancangan untuk memperbaiki kawasan-kawasan yang disebutkan tadi, yang tiada pagar akan diberi pagar dan sebagainya.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Saya rasa rancangan ini tidak begitu baik jawapannya, Menteri. Adakah kerajaan just merancang sahaja, setakat merancang sahaja?

Tindakan harus diambil oleh pihak kementerian.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Kita berbahas bajet dan kalau perlu, dilaksanakan secepat yang mungkin sebab ini janji oleh pihak kementerian yang dahulu mesti ditunaikan. Kalau tidak kerajaan akan dimarahi dan jangan biarkan pembangkang menjadikan ini sebagai satu isu kepada rakyat di kawasan Putatan. So, minta jangan setakat merancang sahaja.

final • 11:40 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih atas teguran dan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan perancangan. Saya rasa apa-apa yang kita hendak buat di mana-mana tempat pun kita mesti rancang dahulu dan kalau adanya wang, misalnya daripada peruntukan bajet pada tahun ini, saya tidak keberatan untuk mengendalikan sesuatu yang agak urgent seperti ini.

Saya akan bawa ini kepada satu mesyuarat dan memberitahu kepada pihak-pihak yang berkenaan dalam kementerian supaya kita dapat mengendalikan apa-apa yang kita boleh kendalikan dalam masa terdekat ini untuk keselesaan semua.

Yang Berhormat Jerai meminta kerajaan menjelaskan perkara berkaitan projek double track yang menyebabkan berlakunya banjir kilat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengelak kejadian banjir kilat termasuk menaik taraf pembetung-pembetung sebagaimana yang disyaratkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran serta pihak berkuasa tempatan. Pihak kontraktor telah diarahkan untuk menjalankan kajian impak alam sekitar. Sekiranya hasil kajian mendapati keperluan membina tembok pemisah, pihak kontraktor adalah bertanggungjawab untuk membinanya dengan mengambil kira keperluan-keperluan teknikal yang berkenaan.

Yang Berhormat Machang ingin mendapat penjelasan berhubung bayaran cukai tanah kepada kerajaan negeri yang perlu dilunaskan oleh Perbadanan Aset Kereta Api kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan jumlah RM30.216 juta setakat Julai 2010. Untuk makluman, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan melalui surat bertarikh 15 September dan 29 September 2011 telah memaklumkan bahawa pihak berkuasa negeri telah membuat keputusan untuk menetapkan semula kadaran cukai tanah kereta api. Oleh itu jumlah cukai tanah yang perlu dijelaskan ialah RM534,034 setahun dan jumlah keseluruhan bayaran yang dituntut bermula tahun 1994 sehingga kini ialah RM4,488,293.70. Perbadanan Aset Kereta Api telah menjelaskan bayaran tersebut kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan pada 12 Oktober tahun 2011.

Yang Berhormat Kinabatangan membangkitkan isu berkaitan sistem sekolah- sekolah memandu di Malaysia dalam memastikan pemandu-pemandu baru berkualiti dan mempunyai skill memandu di jalan raya. Untuk makluman, kerajaan telah pun menyediakan kurikulum baru berasaskan hasil pembelajaran ataupun, dengan izin, outcome-based learning. Kurikulum baru ini akan dilaksanakan pada tahun 2012 yang menekankan aspek pengetahuan ataupun cognitive, dengan izin, kemahiran ataupun psikomotor dan sikap ataupun efektif bagi melahirkan pemandu yang kompeten mematuhi peraturan yang berhemah.

Yang Berhormat Tangga Batu mencadangkan kajian semula dasar pemanduan kita yang menggunakan pemanduan sebelah kanan di mana negara-negara yang mengamalkan pemanduan sebelah kiri tidak menghadapi kemalangan-kemalangan jiwa yang teruk. Untuk makluman, Malaysia secara dasarnya mengamalkan konsep pemandu berada di sebelah kanan kenderaan ataupun, dengan izin, right hand drive dan disesuaikan dengan infrastruktur trafik di sebelah kiri ataupun left hand traffic, dengan izin, seperti di United Kingdom yang mana tahap keselamatan jalan raya mereka adalah sangat tinggi.

Berdasarkan penemuan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya ataupun MIROS ke atas kajian MR Reiss, WH Ehrenstein, BE Arnold-Schultz-Gahmen dan W.

Jaschinski antara faktor yang meningkatkan tahap keselamatan bagi right hand drive dan left hand traffic seperti di Malaysia adalah penggunaan mata kanan yang lebih dominan untuk memerhati trafik daripada bahagian hadapan dan juga memantau trafik daripada belakang menggunakan cermin tepi.

Untuk makluman, sistem pemanduan yang telah diamalkan oleh sesebuah negara sama ada di sebelah kiri atau kanan bukanlah faktor utama berlakunya kemalangan.

final • 11:40 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Faktor lain yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya termasuklah sikap pemandu, reka bentuk jalan raya, penyelenggaraan jalan raya yang lemah dan kegagalan peralatan ataupun mechanical failure, dengan izin. Sehubungan itu, buat masa ini kerajaan belum bercadang untuk menukar sistem pemanduan dan akan mengekalkan sistem sedia ada.

Yang Berhormat Jerai juga meminta agar dikaji semula kadar pemeriksaan Puspakom untuk kali kedua dan ketiga yang agak tinggi. Untuk makluman, kadar bayaran pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM telah ditetapkan di bawah perjanjian konsesi yang ditandatangani antara kerajaan dan Puspakom pada 25 Februari 2011 bagi tempoh 15 tahun. Kadar-kadar ini termasuklah bagi pemeriksaan ulangan yang ditentukan berdasarkan kepada caj bagi penggunaan peralatan, kos penyelenggaraan, kos tenaga kerja dan lain- lain kos yang berkaitan.

Untuk makluman juga, kadar bayaran pemeriksaan ulangan yang ditetapkan adalah lebih rendah berbanding pemeriksaan kali pertama dilakukan. Sebagai contoh, pemeriksaan awalan bagi kereta persendirian adalah sebanyak RM40, manakala pemeriksaan ulangan adalah sebanyak RM30. Bagi teksi pula, kadar pemeriksaan berkala adalah sebanyak RM55, manakala pemeriksaan ulangan adalah sebanyak RM25.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Sedikit sahaja lagi. Oleh itu, sebagai langkah untuk mengelakkan pemilik kenderaan daripada menjalani pemeriksaan ulangan dan seterusnya dapat menjimatkan kos pemeriksaan, adalah dinasihatkan supaya kenderaan masing- masing diselenggarakan dengan baik terlebih dahulu sebelum menjalani pemeriksaan ulangan yang seterusnya. Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Yang Berhormat, sedikit sahaja. Ini mengenai dengan pemeriksaan ulangan Puspakom. Saya lihat di Sabah ini kebanyakan pemilik kenderaan menggunakan perkhidmatan runner dan dalam soal pembayaran pemeriksaan PUSPAKOM ulangan ini oleh kerana mereka ini menggunakan runner, mereka incur extra expenses.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah perkhidmatan runner ini diiktiraf oleh kementerian, ada recognize group? Ini kerana kalau pemilik kenderaan itu mengurus pembaharuan PUSPAKOM itu, saya lihat agak memakan masa. Akan tetapi kalau melalui service runner ini, ia cepat tetapi mereka terpaksa membayar lebih service kepada runner.

Jadi minta penerangan daripada Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada maklumat berkaitan dengan yang runner ini. Setahu saya, orangnya sendiri mesti datang bayar dan selepas itu kalau tidak berjaya kali kedua dan kebanyakan kenderaan yang membayar kali kedua kurang 50 peratus daripada bayaran yang pertama.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Yang Berhormat, saya mohon minta penjelasan sebab kita akan bawa maklumat kepada mereka di Sabah.

Sebab tidak lama dahulu, satu dua tahun yang lalu, pihak PUSPAKOM ini telah menghadapi masalah rasuah, BPR masuk menyiasat dan sebagainya. Jadi saya ingin tahu untuk maklumat rakyat di Sabah, sama ada khidmat runner ini diiktiraf atau tidak? Kalau diiktiraf, maka it is okay. Kalau tidak, maka kita minta kementerian mengkaji semula. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua.

Mengikut maklumat ini, perkhidmatan runner adalah tidak diiktiraf dan pihak enforcement PUSPAKOM senantiasa memantau situasi ini.

Yang Berhormat Tawau meminta kerajaan menjelaskan berkaitan Dasar Kabotaj yang zahirnya telah dilonggarkan pelaksanaannya tetapi terus membebankan rakyat Sabah dengan harga barangan yang lebih tinggi.

final • 11:50 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Kabotaj yang dilaksanakan pada tahun 1980 bertujuan untuk membangunkan kapasiti perkapalan tempatan dan mengurangkan kebergantungan ke atas kapal asing menyebabkan pengaliran keluar mata wang asing dalam bentuk tambang kapal dan insurans. Dalam hubungan itu, dasar tersebut telah berjaya meningkatkan pelaburan rakyat tempatan di dalam bidang perkapalan di mana bilangan kapal-kapal yang telah didaftarkan di Malaysia telah meningkat begitu ketara sekali sejak dilaksanakan...

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Statistik tahun 2010 menunjukkan bahawa terdapat 4,466 buah kapal dengan jumlah tanan kasar sebanyak 10.87 juta tan yang didaftarkan di Malaysia.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Putatan bangun lagi Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Sekejap, ini alang-alang ini.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ini kawan, minta penjelasan lanjut soal kabotaj ini.

final • 11:50 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Boleh tunggu dulu Yang Berhormat. Saya hendak habiskan ini, panjang sikit. Nanti sudah dengar semuanya jawapan daripada ini, barulah buat soalan, bolehkah?

Pada tahun 1985, bilangan kapal yang berdaftar adalah 714 buah dengan berat tanan kasar sebanyak 1.45 juta tan. Dasar ini juga mempunyai tujuan strategik bagi menangani keperluan pengangkutan laut semasa krisis dan darurat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Dasar Kabotaj tidak menghalang perkhidmatan terus antarabangsa ataupun direct shipping services dengan izin, di mana kapal-kapal asing bebas singgah di mana-mana pelabuhan di Sabah dan Sarawak tanpa halangan.

Dalam pada itu, kerajaan telah meliberalisasikan Dasar Kabotaj bagi aktiviti pengangkutan kargo pindah kapal dikontenakan bagi beberapa sektor termasuk sektor Pelabuhan Sepanggar, Pelabuhan Kuching serta Pelabuhan Bintulu ke Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Di bawah liberalisasi ini, kapal-kapal kontena asing yang mengangkut kargo pindah kapal ataupun transshipment boleh menjalankan aktiviti ini tanpa memerlukan lesen perkapalan dalam negeri.

Selain itu, kapal-kapal asing juga turut diberikan lesen untuk beroperasi di perairan Malaysia sekiranya disahkan bahawa kapal-kapal Malaysia tidak dapat memenuhi keperluan dan permintaan. Harga barang yang diimport ke Sabah dan Sarawak ditentukan oleh pelbagai faktor termasuk tambang kapal atau freight, kos logistik daratan, kos pelabuhan dan surcaj yang dikenakan akibat kelewatan dalam operasi pelabuhan. Sila Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Jawapan Yang Berhormat soal Dasar Kabotaj ini memanglah bertujuan untuk melihat supaya industri perkapalan ini dijaga supaya ia tidak dapat membantutkan dalam segi industri perkapalan. Akan tetapi persoalan punca yang disoalkan oleh Yang Berhormat Tawau itu, masalah harga barangan yang dirasai oleh rakyat, pengguna-pengguna dari negeri Sabah dan Sarawak, bukan setakat untuk mementingkan kepada orang-orang kaya yang mempunyai kapal-kapal ini. Kalau dibandingkan jumlah yang kerajaan pentingkan, jika dibandingkan dengan jumlah rakyat yang sengsara akibat daripada harga barang, Yang Berhormat juga sendiri dari Sarawak, saya tidak percaya kalau rakyat di Sarawak dan Sabah tidak begitu merasai masalah perbezaan harga barang di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak.

Kalau sekiranya Yang Berhormat menyatakan sudah meliberalisasikan industri perkapalan ini kepada kapal-kapal kepunyaan negara asing, tetapi Dasar Kabotaj itu masih wujud yang boleh menyebabkan handling harga tambang kapal dengan barang-barang itu dikira sebagai kos.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Kita telah pun melaung-laungkan konsep slogan 1Malaysia, takkan second hand harga barang di Sabah naik, keadaan jalan di negeri Sabah ini berlumpur-lumpur. Di Kuala Lumpur semua bertaraf simen, konkrit, kita punya rumah hanya atap diperbuat daripada rumbia, nipah, di sini zink-zink yang kelas tinggi?

Jadi Yang Berhormat sebagai Menteri Pengangkutan ini, Dasar Kabotaj ini walaupun kita telah bawa perkara ini beberapa penggal, namun, jawapan masih sama.

Bolehkah Yang Berhormat untuk mengkaji semula kenapa suara-suara rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak ini langsung tidak didengari. Cubalah. Dulu Menteri Pengangkutan penggal yang dahulu telah berjanji supaya mengkaji di mana terdapat handling charges ini dapat dikurangkan, port charges dan juga harga-harga tambang ini. Sekiranya pihak kerajaan dapat membantu subsidi atau sebaliknya supaya harga barang ini dapat disamaratakan dengan harga di seluruh negara kita. Boleh Yang Berhormat?

final • 11:50 AM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa fasal Dasar Kabotaj ini, kita tidak seharusnya pertikaikan terlalu banyak kerana we try to protect, dengan izin, ship owner di Malaysia kerana kita mempunyai satu association iaitu Malaysia Shipowner’s Association

(MASA) di mana di negara-negara lain juga mempunyai sistem yang sama iaitu sistem polisi kabotaj yang sedemikian.

Apa yang menyebabkan harga-harga barang di Sabah, Sarawak dan Labuan mahal, bukanlah atas dasar sistem kabotaj itu sendiri. Ini disebabkan oleh handling charges di pelabuhan-pelabuhan yang begitu tinggi. Inilah yang seharusnya kita pertikaikan dan kita bincangkan dengan pengusaha-pengusaha di pelabuhan dan juga pengusaha-pengusaha perkapalan supaya dapat diselaraskan bahawa harga barang yang ada di Sabah itu kita imbangi dengan harga-harga barang di Semenanjung supaya kita juga mempunyai kesamaan. Walaupun tidak tidur sebantal tetapi kita mempunyai mimpi yang sama.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan

Jadi oleh itu, bukanlah Dasar Kabotaj menyebabkan harga barang naik tetapi adalah dasar-dasar kos-kos yang berlainan. Oleh itu kerajaan haruslah memikirkan macam mana cara kita untuk mengimbangi kos handling charges yang lain sehinggakan keseimbangan harga yang ada di Sabah dan Sarawak dapat kita atasi. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih kedua-dua Yang Berhormat dari Sabah, atas teguran berkaitan dengan polisi kabotaj tadi tetapi apa yang diperkembangkan daripada polisi kabotaj ini merangkumi banyak lagi kementerian yang saya tidak boleh jawab bagi pihak mereka seperti kementerian yang memberi subsidi ke atas harga barang.

Kalau dahulu di KPDNKK, saya juga berusaha untuk buat kepada Sabah dan Sarawak.

Saya suka menyatakan di sini bahawa bukan sahaja seperti yang saya sebutkan tadi, bukan kerana polisi kabotaj ini sahaja, harga barang yang begitu tinggi di Sabah dan di Sarawak. Saya tahu sebagai seorang wakil rakyat dari Sarawak bahawa masalah-masalah harga yang lebih tinggi di kawasan-kawasan pendalaman khasnya adalah disebabkan handling charges, bukan sahaja di pelabuhan kita tetapi juga handling charges dari tauke- tauke yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga dengan tidak tentu pasal.

Jadi, saya harap yang ini kita akan bekerjasama untuk menangani masalah ini dan saya rasa kerajaan Barisan Nasional tidaklah mengabaikan masalah-masalah seperti yang telah disebut oleh kedua-dua Yang Berhormat tadi. Kita telah merasa keprihatinan Kerajaan Pusat, kerajaan Barisan Nasional ke atas masalah-masalah yang khasnya di kawasan luar bandar di negeri Sabah dan Sarawak. Kerajaan mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat Labuan berkaitan pembinaan sebuah pelabuhan atau Labuan Integrated Port yang dapat dijadikan hab perdagangan BIMP-EAGA dengan memanfaatkan kedudukan geografi dan juga status Labuan sebagai duty free port yang bakal menjana pendapatan besar kepada negara. Untuk makluman, cadangan pembinaan Labuan Integrated Port di Rancha-Rancha diteliti dan dikaji oleh kerajaan berdasarkan kepada keperluan dan daya maju projek, kos yang terlibat masih dalam penelitian.

final • 12:00 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Kerajaan turut mengambil maklum juga akan persoalan Yang Berhormat Klang berhubung Lembaga Pelabuhan Klang, akan membina South Point sebagai pelabuhan ketiga di Port Klang. Untuk makluman South Point merupakan salah sebuah terminal yang diswastakan pada Northport Berhad pada tahun 1993...

final • 12:00 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Yang Berhormat, minta sedikit mengenai Integrated Port, Labuan.

final • 12:00 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Sekejap. Terminal ini telah mengendalikan kargo sejak awal pengoperasiannya. Oleh yang demikian, kenyataan Yang Berhormat Klang bahawa pembangunan pelabuhan ketiga di South Point akan menjadi satu lagi projek Port Klang Free Zone adalah tidak berbangkit. Yang Berhormat Labuan, sila.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang betul apa yang kita lihat, perancangan kerajaan untuk membangunkan integrated port di Rancha-Rancha, di Wilayah Persekutuan Labuan sudah jelas untuk keprihatinan kerajaan kepada penduduk Labuan. Akan tetapi apa yang kita lihat, sampai saat ini Yang Berhormat, sudah lebih daripada lima tahun perancangan tersebut daripada Ahli Parlimen yang lama, sehinggalah saya sekarang, saya sendiri pun sudah dekat tiga tahun dan yang lama sudah lapan tahun menjadi Ahli Parlimen. Namun begitu, apa yang kita lihat perancangan untuk pembangunan integrated port di Labuan itu macam seolah-olah belum wujud. Jadi, sampai berapa lamakah perancangan tersebut sehingga kita daripada Labuan memiliki atau mempunyai pelabuhan bersepadu yang sedemikian, untuk membolehkan pengangkutan laut dapat dilaksanakan secara sempurna.

Ini kerana kalau kita lihat kedudukan Labuan sebagai pelabuhan bebas dan juga sebagai oil and gas hub di rantau ini. Saya rasa harus kita fikirkan secara cepat agar ia dapat dibangunkan secepat mungkin kerana waktu yang sedemikian membolehkan kita kadang-kadang kehilangan opportunity itu disebabkan kita terlalu lambat, terlalu banyak berfikir daripada untuk membangunkan pelabuhan tersebut, terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Minta jawab sekali, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju dengan sahabat saya dari Labuan, apabila kita melihat pembangunan di masa hadapan untuk sebuah pelabuhan sama ada integrated port dan sebagainya. Saya ingin tanya pandangan kementerian supaya kita tidak melihat pembangunan di masa hadapan – sekarang ini kita lihat ada setengah pelabuhan yang agak congested dari segi pengendalian kargo dan juga selalu kita tidak mengambil kesempatan apabila berlaku advantage yang ada kepada negara kita.

Misalnya untuk kita membangunkan sebuah pelabuhan ICD di kawasan-kawasan sempadan di Padang Besar ataupun di Bukit Kayu Hitam. Hasil daripada kelewatan kita membuat keputusan, maka Thailand telah membangunkan sebuah pelabuhan kecil di Wilayah Pak Bara kerana mereka tidak dapat menunggu keputusan terlalu lama diambil oleh negara kita Satu lagi saya ingin tanya kepada Yang Berhormat, untuk pembangunan masa hadapan, kebanyakan pelabuhan di dunia ini sudah menggunakan GPS ataupun RFID sebagai teknologi terkini dalam mengesan urusan penilaian kargo di pelabuhan-pelabuhan memandangkan berlaku peningkatan pengendalian TUS hampir setiap bulan ataupun tahun. Jadi, adakah cadangan daripada pihak kementerian untuk kita melihat pembangunan di masa hadapan dengan melengkapkan teknologi terkini untuk terutamanya dalam urusan pengendalian, urusan kesesakan dan urusan untuk kita meningkatkan cukai dan pendapatan negara. Ini di antara beberapa perkara yang harus ada dalam perancangan kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Labuan. Tuan Yang di-Pertua, kita terima baik cadangan daripada Yang Berhormat Arau untuk kita meningkatkan kemudahan-kemudahan untuk industri perkapalan kita di perairan Malaysia dan kita akan bawa ini kepada mesyuarat untuk dipertimbangkan selanjutnya.

final • 12:00 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Bagi Yang Berhormat Labuan, saya difahamkan bahawa pada Rancangan Malaysia Kelapan dahulu, costing bagi port di Rancha-Rancha ini adalah RM380 juta dan pada RMKe-10, dikirakan lebih lagi oleh kerana kenaikan harga barang dan sebagainya.

Akan tetapi sekarang ini dalam tangan Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS) Yang Berhormat dan mesyuarat ini berlaku pada Ogos tahun ini untuk memberi pertimbangan kepada cadangan port di Rancha-Rancha.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Sedikit, sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Inilah salah satu faktor kenapa kita harus membelanjakan wang yang begitu banyak disebabkan kita terlalu lambat membuat keputusan. Kalau benda ini kita bangunkan dalam tahun 2008 contohnya, cuma mungkin kosnya dalam RM300 juta lebih tetapi apa yang saya difahamkan, kita juga mempunyai informasi daripada, untuk membangunkan port dan sebagainya, port developer dan sebagainya. Kos yang ada sekarang kalau kita bangunkan integrated port di Labuan, mencecah kepada RM800 ke RM1 bilion dengan spesifikasi yang sama pada tahun 2008.

Jadi, apakah disebabkan kita tiga tahun melambat-lambatkan projek tersebut, sehinggakan kos kita bertambah kepada RM1 bilion. Inilah satu faktor kenapa kita harus lambat membuat keputusan sehinggakan merugikan kerajaan dan membelanjakan wang yang lebih sehingga berbilion ringgit disebabkan kelambatan membuat keputusan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa soalan ini memang valid ataupun betul tetapi kerajaan memang ada priority yang tertentu dan pada masa yang disebutkan tadi, semasa harganya masih lagi rendah daripada sekarang ini, kerajaan tidak sempat buat pada masa itu kerana projek- projek lain yang memerlukan perhatian kerajaan.

final • 12:00 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Yang Berhormat Langkawi meminta kerajaan agar mempertimbangkan untuk menetapkan satu standard tertentu terhadap mutu perkhidmatan yang perlu disediakan oleh operator feri memandangkan baru-baru ini operator feri menarik balik keistimewaan terhadap penduduk di Langkawi dengan menaikkan harga pada hari-hari cuti sekolah, pelepasan am dan hujung minggu.

Untuk makluman, keutamaan yang dititikberatkan oleh Jabatan Laut Malaysia bagi perkhidmatan feri Langkawi adalah aspek keselamatan feri berkenaan ataupun dengan izin, sea worthiness termasuk keselamatan penumpang, keselesaan dan kebersihan di antara lainnya. Dalam hubungan ini Jabatan Laut Malaysia menetapkan piawaian yang wajib dipatuhi oleh semua operator feri bagi memastikan aspek-aspek di atas terpelihara. Jabatan Laut Malaysia juga menetapkan slot pelayaran bagi setiap feri supaya pengguna dapat menetapkan jadual perjalanan mereka dari dan ke Pulau Langkawi. Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya ialah saya berulang alik ke Langkawi setiap minggu ataupun kadang-kadang dalam seminggu dua atau tiga kali. Saya perhatikan terdapat orang katakan terlalu sesaklah, penuh dengan barang-barang belian daripada Langkawi sehinggakan tempat duduk pun tidak selesa dan tidak selamat.

Sesetengah daripada feri itu seat pun rosak atau pun koyak. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri kena turun dan check betul-betul. Saya sudah minta lamalah Tuan Yang di-Pertua. Saya harap sangatlah kementerian memerhati apa yang berlaku pada feri itu Tuan Yang di-Pertua.

Satu lagi ialah berkenaan dengan port atau pelabuhan Kuala Perlis. Yang Berhormat Kangar pun ada di sini. Kami perhatikan dan jawapan daripada saya tiap-tiap dua tahun sekali kita kena adakan digging, korek. Saya perhatikan hari itu mereka buat pada bulan Oktober atau November, sekarang ini sudah timbus balik. Hanya semasa air surut, air lain tidak mengapa. Apabila air surut yang dapat long side hanya satu kapal sahaja. Kalau diikutkan orang ke Langkawi seramai dua juta lebih akan terbantut disebabkan keadaan pelabuhan di Kuala Perlis.

final • 12:10 PM

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib - Langkawi

Saya minta pihak kementerian bincang study dengan betul ada peruntukan RM420 juta nanti mungkin kita adakan outside atau di luar daripada kawasan Kuala Perlis, dibuat di tengah laut sedikit mungkin dua atau tiga kilometer yang di luar. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Jelaing anak Mersat - Saratok

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita akan ambil maklum ke atas cadangan Yang Berhormat tadi dan kita akan check ke tempat yang berkenaan supaya tempat-tempat duduknya dan secara amnya feri ini boleh digunakan dengan selesa oleh rakyat di situ.

Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Kapit membangkitkan isu berkaitan pembatalan penerbangan yang melibatkan Firefly. Untuk makluman, Firefly merupakan anak syarikat MAS yang beroperasi di laluan domestik dan serantau yang kini menggunakan Pesawat Turboprop dalam perkhidmatannya di dalam penerbangan domestik di Semenanjung serta beberapa destinasi di Thailand, Singapura dan Indonesia. Firefly kemudiannya telah mengembangkan operasi perkhidmatannya ke Kota Kinabalu dan Kuching pada 15 Januari 2011; Sibu pada 1 Julai 2011 dan Sandakan pada 1 Ogos 2011 dengan menggunakan Pesawat B737-800.

Operasi Firefly ke Kuching bukanlah bertujuan untuk mengambil alih laluan Kuala Lumpur ke Kuching tetapi ia merupakan laluan baru bagi syarikat penerbangan tersebut.

Sungguh pun demikian laluan ini akan dibatalkan sebagai strategi pemulihan atau pun dengan izin, comprehensive collaborative framework oleh pengurusan pihak MAS. Untuk makluman, MAS akan memastikan supaya Firefly memberikan perkhidmatan penerbangan seperti yang dijanjikan kepada penumpangnya. MAS juga komited di dalam meminimumkan impak gangguan akibat program network rationalization, dengan izin, syarikatnya dengan menjadualkan semula kesemua penerbangan yang terjejas akibat program tersebut.

Yang Berhormat Sibu turut mempersoalkan jenis pesawat yang digunakan bagi penerbangan ke laluan Kuching-Sibu dan Kuching-Bintulu yang dahulunya menggunakan Boeing 737 tetapi sekarang menggunakan ATR72 selain meminta kerajaan mengkaji semula jadual penerbangan ke laluan tersebut.

final • 12:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya amat tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ini adalah collaborative framework yang telah diwujudkan memang kerana penukaran saham antara MAS dan AirAsia bukan?

Collaborative framework ini sama ada maksudnya adalah pembatalan semua route ke Sabah yang dijalankan oleh Firefly. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan satu kenyataan di dalam Dewan yang mulia ini, apakah sebenarnya collaborative framework ini di bawah penukaran saham antara MAS dan AirAsia ini? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Jelaing anak Mersat - Saratok

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi comprehensive collaborative framework ini tujuannya adalah untuk menyelaraskan perkhidmatan penerbangan di Malaysia dan supaya dikekalkan satu penerbangan seperti yang lebih mahal sedikit dan juga masih lagi kita kekalkan dengan penerbangan yang murah seperti AirAsia.

final • 12:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Soalan saya adalah apakah collaborative framework ini? Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan satu penjelasan yang terperinci, apakah collaborative framework ini? Janganlah gunakan perkataan collaborative framework ini untuk menyelaraskan..

final • 12:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, di sini more specific question. I will elaborate on the question.

final • 12:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Apa itu collaborative framework? Sama ada ia membatalkan penerbangan Firefly sahaja di Sabah dan Sarawak. Berilah satu kenyataan yang terperinci di sini.

final • 12:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Mungkin saya boleh bantu. Soalan Yang Berhormat dari Wangsa Maju juga ada sedikit sebanyak sama dengan soalan yang saya akan tanya.

Adakah tambang yang dicajkan ke atas pelanggan-pelanggan MAS atau AirAsia akan lebih murah sama ada frequency of the flight atau ia akan lebih banyak lagi flight dari Kuching ke Kuala Lumpur, Kuching ke Sibu, Kuching ke Bintulu, Miri. Adakah ia akan kurang daripada collaborative framework? Adakah kerajaan telah menjalankan satu tinjauan bahawa tambang yang akan dicajkan oleh syarikat-syarikat penerbangan ini akan lebih murah untuk rakyat jelata? Apakah angka-angkanya?

Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu kita apakah manfaat yang rakyat akan nikmati daripada collaborative atau merger. Jangan beritahu kita apa-apa tentang manfaat kepada syarikat besar sahaja. Manfaat kepada rakyat sama ada terdapat tinjauan dijalankan oleh kerajaan atau tidak.

final • 12:10 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Wangsa Maju dan Tuan Yang di-Pertua. Tujuan collaborative framework ini tadi bukan ianya bukan merger ianya collaborating untuk mengadakan satu-satunya perkhidmatan supaya rakyat kita dapat lagi menggunakan penerbangan di Malaysia sama ada di Sabah, Sarawak ataupun di Semenanjung Malaysia. Ianya selepas ini nanti semuanya akan diatur semula Yang Berhormat Bandar Kuching supaya keselesaan sekarang masih kekal untuk kesemuanya.

final • 12:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

We want figures, we want figures. Saya percaya oleh kerana kesan ini amatlah besar sebelum collaborative framework dijalankan sememangnya kerajaan mesti ada satu tinjauan diadakan supaya berapa-berapa murah, berapa lebih murah untuk pelanggan- pelanggan dari pengalaman saya sendiri. Selepas itu collaborative framework, merger or whatever you call. Tambang lebih mahal tetapi flight schedule lebih kurang lagi. Kurang, kurang. More inconvenience for the people and more expensive for the people. Can you explain?

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya timbulkan beberapa kali di Dewan ini. Kita dengar beberapa kali sudah di sini. Kita dengar di dalam Dewan satu collaborative framework atau kerjasama antara dua syarikat ataupun dua airline, kita tidak perlu ada satu share swap di mana MAS perlu memberi 20 peratus syernya kepada AirAsia dan AirAsia cuma beri 10 peratus. Ikan bilis makan ikan yu.

So, kalaulah collaborative framework, nyatakanlah di dalam Dewan yang mulia ini, apakah collaborative framework ini? Yang saya tahunya collaborative framework ini adalah pembatalan routes oleh Firefly daripada Johor Bahru ke Bandar Kuching dan ke Kota Kinabalu dan collaborative framework ini juga bermakna pembatalan flight routes daripada MAS ke Bandung dan lain-lain lagi. So, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan satu penjelasan yang terperinci di dalam Dewan yang mulia ini. Tolonglah, tolonglah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey Yang Berhormat Wangsa Maju, ramai yang hendak bertanya Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tolonglah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri sila Yang Berhormat, Yang Berhormat Wangsa Maju hendak dengar.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, Tuan Yang di-Pertua. Kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak memberi penjelasan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat Wangsa Maju, saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah faham, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Yang Berhormat Wangsa Maju berilah peluang.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, berilah peluang kepada kita. Sekarang ini kita ada satu perbahasan, kita hendak dapat satu penjelasan, oleh sebab saya dapat jawapannya adalah collaborative framework, kerjasama. Sila berikan satu penjelasan di sini.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ya, ya faham sudah itu.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab sekali. Ini sekali lagi...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya menasihatkan tanya soalan sahaja Yang Berhormat.

Panjang sangat ucapan, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak faham apa Yang Berhormat Wangsa Maju sebut.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Pertanyaan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kurang faham saya rasa. Saya kasi itu sangat jelas.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju saya faham Bahasa Melayu Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat janganlah pusing-pusing bercakap.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Amat jelas, yang saya dapat di sini collaborative framework kerjasama, perkataan yang besar. Big words, dengan izin.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ya, cukuplah itu.

Kami faham itu.

final • 12:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Apakah kerjasama ini? Apakah collaborative framework ini? Soalan itu sangat simple.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey duduklah. Yang Berhormat Tuaran.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Yang Berhormat Timbalan Menteri ini berkaitan dengan konsep collaboration. Nampaknya sekarang ini Yang Berhormat sebelum saya tanya persoalan, nampaknya gambaran ialah AirAsia yang dictating on MAS. Can I just finish ya. Masalahnya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang difahamkan di Sabah dalam penerbangan domestik ini kita ulang-alik dari Sabah ke KL ada penerbangan awal jam 6.00. Kita MP ini is very afford to taking that flight, sekarang ini tidak ada lagi. Lepas itu, beberapa routes international daripada Sabah ke Japan, China dan sebagainya saya difahamkan bakal ditamatkan.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, routes ini adalah sumber pendapatan pelancongan Sabah. Saya difahamkan juga ini adalah atas desakan dan juga depression daripada AirAsia. Saya minta penerangan daripada kementerian sama ada benar ataupun tidak.

Dalam soal mengurangkan perbelanjaan, AirAsia ini satu perkara ialah apabila kita tempah penerbangan, seat, kalau kita terpaksa batalkan penerbangan no refund, bukan seperti MAS. Airport tax RM10 masuk. Tune Hotel kononnya RM10 tetapi tidak ada towel, tidak ada sabun.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Minta sabun kena tambah lagi. In the end it’s a trick. In the end you pay as much as you dengan izin tinggal dengan hotel konvensional. The people are dupe going into Tune Hotel. RM10 tidak ada bantal, tidak ada towel dan sebagainya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini sudah cerita baru Yang Berhormat Tuaran. Sila tanya soalan sahaja seperti yang saya sebut tadi Yang Berhormat. Tanya soalan Yang Berhormat Tuaran.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ya, sebelum saya datang semalam, ada pesanan daripada Sabah. Betul atau tidak the Minister of Pelancongan Sabah minta tanya sama ada routes yang saya sebutkan tadi Japan, China dan sebagainya akan dibatalkan. This is the main land of source of international pelancongan di Sabah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, Yang Berhormat Kapit.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Harap minta penerangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau tidak, bertulis pun boleh.

final • 12:20 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ini cuma hendak menambah apa yang saya huraikan tempoh hari. Kesemuanya untuk rationalization ini itu mungkin perkara yang boleh dijawab kerana sudah ditanya oleh kawan-kawan yang lain. Cuma saya ingin menarik perhatian kepada kementerian, perkhidmatan penerbangan ini bukan lagi adalah satu pilihan untuk yang luxury bagi kita di luar bandar. Misalnya Sibu ini, Sibu ini terletaknya satu bandar di central sekali, di negeri Sarawak.

Ramai yang menggunakan Sibu ini, termasuk Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri. Saya sudah berjumpa beberapa kali Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Saratok. Orang-orang dari Kapit yang miskin untuk menggunakan Sibu sebagai gateway keluar masuk. Jadi yang menggunakannya sekarang ramai yang miskin. Dulu pun begitu juga jadi kalau sudah rationalization ini membebankan yang miskin ini. Ini bagi saya, saya tidak boleh terima. Kalau ada apanya objektif untuk rationalization janganlah perkhidmatan ini jangan bebankan orang-orang miskin yang terpaksa menggunakan penerbangan. Itu yang penting bagi saya. Kerana kita tidak punya masa kalau hendak menghuraikan cerita panjang lebih teliti, Tuan Yang di-Pertua pun sudah tahu. Akan tetapi memadailah untuk saya mohon bukan setakat penjelasan setidak-tidaknya mengingatkan kepada kementerian biarlah kita mendahulukan rakyat sebenarnya. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri ada soalan daripada Bandar Kuching, Wangsa Maju, Tuaran, Kapit. Persoalan daripada Bandar Kuching apa benefit kepada rakyat begitu juga dari Kapit.

Kepada Wangsa Maju apa pula rationalization ini, tujuan sebenar rationalization. Yang Berhormat Tuaran mengatakan why AirAsia calling the shot bukan MAS. Jadi soalan-soalan ini simple sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi sila jawab itu kalau tidak ada jawapan cari cara menjawabnya. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri... [Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat yang telah memberi soalan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya saya tidak ada semuanya jawapan khasnya daripada yang memerlukan figures, memerlukan detail dalam apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju dan Bandar Kuching tadi. Namun saya berjanji kalau ada masa untuk berbincang bersama- sama kita tahu bahawa tujuannya ini bukan sahaja untuk menguntungkan pihak airlines tetapi juga untuk mengirakan keuntungan dan keselesaan kepada rakyat.

final • 12:20 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Itulah saya sebutkan tadi..

final • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Selepas ini nanti, you just wait for a while. Selepas ini nanti, rationalization dan sebagainya nanti peraturan flights, peraturan jadual penerbangan ini akan diwujudkan supaya ia kembali pulih ataupun kalau ada gangguan semasa sekarang, ini adalah kerana masih lagi dalam usaha yang saya sebutkan tadi iaitu usaha rationalization dan sebagainya. Saya tidak ada masa lagi Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini bukan masa untuk bincang-bincang sahaja. Already happening, more expensive flight, yang lebih mahal dan frekuensi yang less. So, saya hendak bertanya, adakah satu tinjauan telah dijalankan sebelum rationalization itu? Sebelum itu cooperative framework diadakan, adakah kerajaan telah menjalankan satu tinjauan? Apakah kesan-kesan ke atas rakyat, ada atau tidak ada?

final • 12:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ada atau tidak ada?

final • 12:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu soalan sahaja.

final • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Apakah hasil tinjauannya?

final • 12:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bolehkah Yang Berhormat Timbalan menteri, nampaknya susah hendak jawab. Bolehkah berikan jawapan bertulis secara terperinci mengenai dengan apakah cooperative framework ini yang kita sentiasa dengar di dalam Dewan yang mulia ini seperti kerjasama, collaborative framework, upper cooperation, itu sahaja, detail tidak ada. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan sekali gus memberikan satu jawapan bertulis senarai apakah collaborative framework ini? Jangan gunakan perkataan yang besar di mana kita pun tidak faham di sini. Apa yang kita faham adalah pembatalan routes oleh Firefly, MAS, itu sahaja. Kalau AirAsia, lebih banyak route.

Itu yang kita tahu mengenai cooperative framework. Bolehkah Yang Berhormat berikan satu jaminan bahawa..

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Jawapan itu akan diberi secara bertulis.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat..

final • 12:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Nampaknya amat susah menjawab, terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli Yang Berhormat Tawau.

final • 12:30 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta penjelasan dari pihak kementerian juga, kenapakah, apa rasionalnya dari Tawau ke Kuala Lumpur yang ada satu tambang yang tertinggi di antara semua route walaupun pada some of the routes yang begitu lebih jauh daripada Tawau ke Kuala Lumpur dan juga kenapakah kalau ikut on the same day iaitu kalau kita travel dari Tawau melalui Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur tambangnya murah. Tidakkah ini menggunakan banyak minyak, servis dan sebagainya? Ini kita minta penjelasan bukan dari pihak saya sahaja tetapi dari rakyat penduduk Tawau. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingat yang daripada Yang Berhormat Wangsa Maju itu tadi, baik jugalah kalau dapat cari jawapan dan dapat beri secara bertulis. Daripada soalan ini the feeling and heart and minds orang Sarawak dan Sabah sebenarnya bercakap yang ini Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun terasa juga. Mengenai tambang Yang Berhormat Tawau, tambang ini terpulanglah kepada airlines yang berkenaan untuk menetapkan tambang ini.

final • 12:30 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Ini business dan kita dari semasa ke semasa juga sebagai kementerian yang bertanggungjawab akan memantau supaya tambang ini adalah wajar. Jadi yang detail diminta oleh...

final • 12:30 PM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Yang Berhormat Bandar Kuching dan juga Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju kita cuba menjawab dengan secara bertulis supaya kita lebih faham ia daripada secara lisan. Oleh sebab saya tidak tahu menahu kesemuanya yang detail dan lebih-lebih lagi ini adalah usaha di antara dua pihak, kompeni ataupun syarikat penerbangan ini. Ya, Ahli Yang Berhormat Sepanggar...

final • 12:30 PM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentu sekali kementerian ini mempunyai kuasa untuk mengawal. Kuasa supaya tambang-tambang atau pun kenaikan tambang ini harus dikawal oleh kementerian. Bagaimanakah kita hanya bagi kedua-dua penerbangan ini bagi mereka sesuka hati sedangkan yang menderita ialah penumpang-penumpang dari kedua-dua wilayah, Sarawak dan Sabah?

Jadi saya rasa sepatutnya kementerian ini mengawal tambang-tambang ini daripada bagi mereka untuk sewenang-wenangnya menaikkan harga tambang. Jadi saya rasa ini harus diambil perhatian supaya kementerian ini betul-betul berjiwa rakyat. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Selepas ini tidak ada lagilah Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Ya, sedikit sahaja.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah panjang sangat dah cerita mengenai MAS dan AirAsia ini.

final • 12:30 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, apabila kita ada penggabungan dan sebagainya untuk keselesaan rakyat. Akan tetapi apa yang kita lihat sebenarnya memang sebaliknya seperti apa yang dinyatakan oleh rakan-rakan tadi. Kalau dahulu AirAsia pada mula-mula beroperasi sewaktu ia mendapat lesen, 15 kilogram free macam mana penerbangan- penerbangan yang lain. Akan tetapi sekarang, 15 kilogram, itu pun kita kena bayar.

Keduanya, apabila kita mahu check-in di kaunter, kalau orang muda yang ada kepakaran yang tahu IT sedikit, okeylah online check-in. Akan tetapi kalau orang-orang tua itu terpaksa pergi ke kaunter. Itu pun kena bayar RM10 juga untuk check-in di kaunter. Jadi di manakah keselesaan rakyat? Mungkin masa yang akan datang, kita mahu kencing dalam penerbangan itu pun terpaksa bayar juga macam mana di hotel kita bayar RM2 atau RM3 untuk kencing. Tidak ada pilihan lain kalau sudah mahu kencing terpaksa bayar di toilet AirAsia. Jadi diharapkan dengan adanya pegawai perhubungan ini harus kita selaraskan supaya semuanya berjalan dengan baik dan juga untuk memudahkan kemudahan rakyat, kesenangan rakyat, bukannya menyusahkan rakyat. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Labuan, Ahli Yang Berhormat Sepanggar atas teguran dan cadangan itu tadi. Sekali lagi saya tegaskan, mengenai tambang ini adalah urusan pihak airlines dan kita boleh secara kita membandingkan dengan syarikat penerbangan lain, begitulah cara kita dapat to see, dengan izin, whether the tambang in our place is more expensive than any that is going to their outside of Malaysia. Saya berharap cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Labuan tadi tidak akan menjadi satu kenyataan oleh sebab kerajaan ataupun kementerian memang selalu memantaunya dan akan menasihatkan ke atas perkara-perkara yang tertentu berkaitan dengan transportation, dengan izin.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah habis Yang Berhormat, sudah habiskah?

final • 12:30 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Belum lagi ini.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kita sudah satu jam lebih Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Ya, itulah. Can I finish it or just macam mana?

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jangan tanya saya Yang Berhormat. Kalau saya kata jawab bertulis nanti, payah.

final • 12:30 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Saya tidak kisah hendak habiskan ini.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Mungkin ada benda-benda yang penting Yang Berhormat hendak touchkan itu tadi. Saya tidak hendak…

final • 12:30 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Saya rasa ini penting Tuan Yang di-Pertua, sebab ada soalan-soalan yang tertentu dan Ahli-ahli Yang Berhormat di sini ada juga hadir untuk menyusul kepada apa yang mereka sentuh di semasa perbahasan bajet itu dahulu.

Jadi tadi bagi jawapan kepada Ahli Yang Berhormat Sibu yang menyentuh bahawa tiada Boeing 737 ke Sibu dan Bintulu. Untuk makluman, MAS masih mengadakan penerbangan ke Kuching-Sibu dan Kuching-Bintulu menggunakan pesawat Boeing 734- 400. Penerbangan dari Kuching ke Sibu menggunakan Boeing 734-400 sebanyak 13 kali seminggu Yang Berhormat dan Kuching ke Bintulu menggunakan Boeing 734-400 sebanyak tujuh kali seminggu. AirAsia pula mengadakan penerbangan kedua-dua laluan ini dengan menggunakan pesawat airbus penerbangan dari Kuching ke Sibu menggunakan A320 sebanyak 14 kali seminggu dan Kuching ke Bintulu menggunakan A320 juga sebanyak tujuh kali seminggu. Selain itu pihak MAS Wing juga mengadakan penerbangan ke kedua-dua laluan ini menggunakan pesawat ATR72.Penerbangan dari Kuching ke Sibu menggunakan ATR32 sebanyak 36 kali seminggu, dan Kuching ke Bintulu menggunakan ATR sebanyak 14 kali seminggu.

final • 12:30 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Yang Berhormat Batang Sadong meminta kerajaan menjelaskan mengapa tiada lagi penerbangan Boeing ke Sibu dan Bintulu? Untuk makluman, syarikat penerbangan masih lagi menggunakan pesawat jenis Boeing dan Airbus dari Kuala Lumpur ke Sibu dan Bintulu seperti yang ada pada sekarang ini. Yang Berhormat Kinabatangan turut meminta kerajaan mengkaji semula waktu penerbangan yang lebih memudahkan rakyat khususnya laluan KL-Sandakan. Untuk makluman, penentuan masa penerbangan ditentukan oleh syarikat penerbangan itu sendiri mengikut keperluan jadual penerbangan ke destinasi- destinasi lain yang telah dirancang dan disusun serta dimasukkan ke dalam jadual penerbangan mereka.

Peranan Kementerian Pengangkutan adalah dalam memberikan kelulusan had trafik yang dipohon oleh syarikat-syarikat penerbangan dari semasa ke semasa. Buat masa ini AirAsia A320 dan Firefly 738 masing-masing mengadakan penerbangan 14 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Sandakan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Limbang membangkitkan isu berkaitan jadual penerbangan MASwings laluan Limbang-Miri dan connecting flight Miri-Kuching dalam hari yang sama. Untuk makluman MASwings mengadakan penerbangan harian pada sebelah pagi iaitu MH 3471 yang berlepas dari Limbang pada jam 7.40 pagi dan akan tiba di Miri pada jam 8.10 pagi. Selain penerbangan di sebelah pagi tersebut penumpang boleh memilih untuk mengambil penerbangan pada waktu tengah hari atau sebelah petang.

Secara keseluruhannya terdapat sebanyak tiga kali penerbangan sehari bagi perkhidmatan MASwings di laluan Limbang-Miri. Bagi mengelakkan waktu menunggu yang terlalu panjang penumpang dari Limbang yang ingin meneruskan penerbangan ke Kuching bolehlah menggunakan penerbangan MH 3475 yang berlepas pada 12.50 tengah hari dari Limbang dan tiba di Miri pada jam 1.20 tengah hari.

final • 12:40 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Kemudian penumpang boleh menggunakan penerangan MAS MH 2805 yang berlepas dari Miri pada jam 2.20 petang dan tiba di Kuching pada jam 3.20 petang...

final • 12:40 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Untuk makluman, MASwings mengamalkan turn- around time minimum bagi pesawat ATR 72 sebanyak 25 minit dan bagi pesawat twin otter sebanyak 15 minit. Turn-around time merupakan masa yang diambil bagi sebuah pesawat beralih dari satu penerangan ke penerbangan seterusnya. Walau bagaimanapun sebuah pesawat MASwings tidak dikhususkan untuk satu jenis laluan sahaja kerana MASwings memiliki bilangan pesawat yang tetap. Setiap pesawat ini telah disusun melalui Aircraft Rotation, dengan izin supaya dapat menyediakan perkhidmatan di tempat-tempat lain di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Menteri sedikit Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu tentang laluan yang tadi dicadangkan oleh MASwings untuk pergi terbang sebelah tengah hari. Untuk pengetahuan Dewan ini bahawa penerbangan itu dalam seminggu hanya dua kali yang ada tengah hari, yang lain itu semua pagi petang sahaja. Itu untuk pengetahuanlah.

final • 12:40 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Saya telah difahamkan oleh pihak MASwings semalam bahawa kesemua flight ataupun penerbangan yang pagi ini telah diubah supaya masa penungguan ini tidak lebih daripada satu jam.

Ianya akan bermula dalam sedikit masa lagi, tetapi yang kita khuatir bagaimana day trippers dari Limbang ke Miri. Ini pula nanti saya ingat dia juga akan complaint bahawa dia tidak dapat balik hari ke Limbang daripada Limbang ke Miri.

Bagi cadangan Yang Berhormat Lanang agar pesawat dari Kota Kinabalu, Kuching atau Kuala Lumpur dapat singgah ke Sibu selain Kuala Lumpur. Untuk makluman, keputusan untuk singgah ke sesuatu destinasi adalah bergantung kepada syarikat penerbangan berdasarkan commercial viability sesuatu laluan.

Yang Berhormat Pasir Mas meminta kerajaan menjelaskan adakah - ini kita sudah bincangkan tadi, kolaborasi di antara MAS dan AirAsia akan memberi kesan kepada kadar tambang penerbangan yang sedia ada. Untuk makluman kolaborasi di antara MAS dan AirAsia tidak akan memberi kesan kepada kadar tambang penerbangan sedia ada.

Syarikat-syarikat penerbangan negara telah mengatakan komitmen untuk mengenakan tambang yang kompetitif dengan mengambil kira keadaan ekonomi dan faktor-faktor lain seperti harga bahan api dan kos operasi.

Yang Berhormat Rantau Panjang meminta kerajaan menjelaskan isu berkaitan projek memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Untuk makluman kerajaan telah menaik taraf lapangan terbang tersebut dengan melaksanakan projek pemanjangan landasan dari 1,981 meter kepada 2,400 meter. Projek tersebut telah siap sepenuhnya pada 8 September 2011 di mana Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan dapat meningkatkan keupayaan operasi pesawat Boeing B737-800 atau Airbus 320.

Yang Berhormat Labuan turut meminta kerajaan menaik taraf Lapangan Terbang Labuan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa. Untuk makluman buat masa ini kerajaan masih belum mempunyai perancangan untuk menaik taraf status Lapangan Terbang Labuan kepada status Lapangan Terbang Antarabangsa. Memandangkan Lapangan Terbang Labuan belum mempunyai sebarang operasi penerbangan antarabangsa berjadual yang merupakan salah satu syarat untuk diiktirafkan ke status lapangan terbang antarabangsa.

Buat masa ini tiada syarikat penerbangan tempatan mahupun asing yang memohon untuk beroperasi ke laluan antarabangsa dari Lapangan Terbang Labuan.

Namun begitu kerajaan sentiasa mengalu-alukan syarikat penerbangan tempatan dan asing yang ingin mengadakan penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Labuan.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Sedikit Menteri.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, takkan semua tiap-tiap kali nama kita kena sebut itu kita kena bangkit Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Kalau kita suarakan kita kena tanya juga Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja just setengah minit. Apabila kita lihat dengan lapangan terbang yang begitu bagus sehinggakan empat aerobridge disediakan untuk laluan kapal terbang. Ini untuk sekurang-kurangnya pun Boeing. Akan tetapi apakah tidak ada langkah lain kerana kita bangunkan airport yang begitu besar tetapi tidak ada yang turun. Cuma dua sahaja penerbangan MAS yang turun pagi dan petang dan satu AirAsia. Ini sahaja saya ingatkan kita buat bangunan lapangan terbang sampai empat aerobridge. Cuba bayangkan berapa banyak pembaziran yang kita buat tetapi kita tidak membuat perancangan yang luas sehinggakan kita bangun, tetapi tidak ada yang turun. Sekurang-kurangnya ada langkah daripada pihak pelancongankah, pengangkutankah untuk membolehkan supaya ada penerangan antarabangsa yang turun ke Labuan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya ingat soalan ini penjelasannya bukan simple kita buat orang datang Yang Berhormat. Sebenarnya perjanjian kita dengan airline lain dengan negara lain di mana dia pilih hendak landing itu semua dia sendiri punya pilihan. Jadi kementerian kena jelas jugalah sedikit.

final • 12:40 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Saya berkali-kali sudah sebut tadi Yang Berhormat Labuan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bahawa penerbangan ke satu-satu tempat bukan didictatekan oleh kementerian, tetapi terpulang kepada airlines terpulang kepada syarikat penerbangan untuk menentukan sama ada mereka mahu terbang ke situ. Juga satu yang penting adalah dia punya load factor. Kalau kurang orang yang menumpang di situ jadi flight itu nanti setengah kosong. Yang Berhormat Sibu minta kerajaan menjelaskan perbelanjaan RM150 juta untuk membina Lapangan Terbang Sibu. Untuk makluman projek naik taraf Lapangan Terbang Sibu Sarawak melibatkan dua pakej iaitu Pakej 1 – pembesaran bangunan terminal (central utilities building) dengan kemudahan berkaitan.

Pakej 2 - naik taraf kemudahan di air site dan land site bangunan Jabatan Penerbangan Awam dan kerja berkaitan.

Untuk makluman sebanyak RM150 juta siling telah diluluskan dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan seperti berikut:

(i) naik taraf keluasan bangunan terminal 8,040 meter persegi sedia ada kepada 15,240 meter persegi bagi menampung seramai 900 penumpang pada waktu puncak berbanding 330 penumpang sedia ada;

(ii) meningkatkan kemudahan daftar masuk dari lapan kaunter kepada 18 kaunter, kaunter imigresen dari enam kepada 14, sistem pengendalian bagasi daripada satu kepada dua;

(iii) meningkatkan kemudahan aerobridge dari dua kepada empat, menambah bilangan tapak pemakiran pesawat, menambah tapak pemakiran kenderaan dan menaik taraf bangunan Jabatan Penerbangan Awam.

Kemudahan-kemudahan ini dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada penumpang dan meningkatkan kecekapan operasi di lapangan terbang tersebut.

Yang Berhormat Kuala Langat turut memohon kerajaan menjelaskan isu AirAsia terhadap kelewatan penumpang.

final • 12:40 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Untuk makluman, seperti yang dimaklumkan oleh AirAsia, pihaknya telah mengambil langkah dengan membuat panggilan melalui sistem audio bagi penumpang- penumpang yang telah check-in tetapi gagal berada di boarding gate.

final • 12:50 PM

Tuan Jelaing anak Mersat

Kakitangan AirAsia juga telah mengambil inisiatif untuk mencari penumpang- penumpang yang masih belum berada di boarding gate dengan membuat rondaan dan panggilan di kawasan balai berlepas. Hanya pada saat-saat terakhir AirAsia akan berlepas tanpa mengambil penumpang yang gagal berada di balai berlepas. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini sahaja jawapan-jawapan yang dapat saya utarakan di sini dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua. Mohon maaf kalau ada silap yang tidak disengajakan, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat, bukan salah Yang Berhormat. Ini MAS dengan AirAsia punya pasal ini. Saya pun orang Sarawak Yang Berhormat, saya tahu itu. Social obligation itu kena dibuat juga, jangan cari profit sahaja. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

final • 12:50 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

Assalamualaikum warahmatullaahi ta'ala wabarakaatuh. Saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Rembau, Sibu, Kota Kinabalu, Pokok Sena, Rantau Panjang, Kuala Kedah, Simpang Renggam, Bukit Mertajam, Gelang Patah, Kuantan, Parit Sulong, Kota Raja, Tuaran, Dungun, Bandar Kuching, Limbang, Petaling Jaya Selatan dan Ampang yang telah membangkitkan pelbagai perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

Kementerian amat menghargai segala pandangan, saranan serta cadangan keprihatinan dan juga teguran yang membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara tersebut dan insya-Allah segala tindakan dan juga langkah-langkah yang perlu diambil oleh kementerian akan kami ambil perhatian dengan sewajarnya. Tuan Yang di- Pertua, bagi tahun 2012 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ataupun KPWKM telah diperuntukkan sejumlah RM1,845,408 di bawah Kepala B.48 Peruntukan Operasi dan RM157,825,000 di bawah Kepala P.48 Peruntukan Pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab beberapa soalan daripada Yang Berhormat Rembau, Kuantan, Parit Sulong, Kota Raja, Limbang, Rantau Panjang dan Ampang yang telah menyentuh mengenai penubuhan taska. Insentif kepada majikan untuk mewujudkan taska dan juga sistem sokongan kepada ibu-ibu yang bekerja. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, taman asuhan kanak-kanak ataupun taska memberikan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun. Taska ini beroperasi melalui dua kaedah. Pertama, yang dibiayai oleh kerajaan dan yang kedua adalah di bawah pengendalian swasta. Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.

Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM telah membantu mewujudkan 30 buah taska 1Malaysia di seluruh negara bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah berpeluang menikmati perkhidmatan pengasuhan yang berkualiti di samping apa yang disediakan oleh pihak lain. Dalam hubungan ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperuntukkan RM55,000.00 sebagai geran pelancaran dan RM64,000.00 sebagai geran penyelenggaraan setahun kepada pertubuhan bukan kerajaan dan juga masyarakat setempat bagi mewujudkan taska-taska ini.

Bagi tujuan memperbanyakkan lagi penubuhan taska, mulai tahun 2009 kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM200,000.00 sebagai geran penubuhan kepada setiap kementerian dan jabatan bagi penubuhan taska di tempat kerja sektor awam. Sehingga Oktober 2011, sebanyak 45 buah taska sektor awam telah berjaya diwujudkan.

Keprihatinan kerajaan juga dapat dilihat melalui penyediaan subsidi yuran taska sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang anak kepada pegawai mahupun kakitangan kerajaan yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan juga turut disediakan.

final • 12:51 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Kerajaan juga memberikan insentif kepada majikan di sektor swasta untuk menubuhkan taska melalui pengecualian cukai sebanyak 10 peratus ke atas kos keseluruhan penubuhan taska bagi tempoh 10 tahun. Perkara ini termaktub di bawah sub perenggan 42A(2) Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] mulai tahun taksiran 1994.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Rembau supaya satu rumah atau pusat jagaan anak-anak yatim disediakan di setiap mukim.

Kementerian lebih cenderung kepada pendekatan agar kanak-kanak tinggal dalam suasana kekeluargaan. Selaras dengan pendekatan kementerian di mana kemasukan ke institusi adalah sebenarnya pilihan yang terakhir. Dalam hal ini, JKM menyediakan bantuan anak pelihara sebanyak RM250.00 kepada keluarga pelihara yang layak. Pada masa ini Yang Berhormat, terdapat 11 buah rumah kanak-kanak yang memberikan jagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak termasuklah anak yatim di seluruh negara.

Bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun ini, sejumlah RM18.3 juta telah dibelanjakan bagi menampung kos operasi rumah kanak-kanak yang telah memberikan manfaat kepada 1,500 orang kanak-kanak selain daripada apa yang dioperasikan oleh pihak-pihak yang lain. Selain daripada itu, kementerian turut menjalinkan kerjasama pintar dengan pertubuhan sukarela kebajikan ataupun PSK bagi menyediakan perkhidmatan...

final • 12:51 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

[Bangun]

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

...Pusat jagaan untuk anak-anak yatim.

final • 12:51 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

...Sehingga kini...

final • 12:51 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Limbang.

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

...Sehingga kini terdapat sebanyak 59 buah PSK yang berdaftar dengan JKM dan menerima bantuan kewangan daripada kerajaan berjumlah RM5.85 juta yang memberikan manfaat kepada 3,730 kanak-kanak.

final • 12:51 PM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Minta maaf menteri, ada retreat balik sedikit tadi tentang taska. Just want to confirm the information before I ask you, dengan izin. Jadi, yang sebenarnya di Limbang is not the taska, yang disemak adalah Pusat Aktiviti Kanak-kanak

(PAKK) sebab di Limbang sekarang ini Pusat Aktiviti Kanak-kanak itu hanyalah sebuah rumah kecil di perumahan yang disewa tetapi ini pusat aktiviti anak-kanak terlalu kecil, tidak ada compound dan sebagainya. Jadi, ia tidak mendatangkan - not much they can do there sebab dalam itu bolehlah kita bantu, bagi komputer apa tetapi untuk yang lainnya sebagai satu pusat aktiviti kanak-kanak, ia tidak memadai. Apa yang di request itu ialah kalau sekiranya kementerian dapat menyediakan tempat yang lebih besar lagi sama ada membeli atau membina kawasan yang lebih besar, itu sahaja Menteri, terima kasih.

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Terima kasih Yang Berhormat, insya-Allah selepas ini saya akan mengambil maklum balas daripada Yang Berhormat dan saya insya- Allah akan cek bagaimana kita boleh membantu untuk memperbesarkan PAKK yang ada.

Yang Berhormat, saya berasa gembira kerana saya nampak bahawa sejak kebelakangan ini PAKK menjadi kegemaran ibu bapa dan juga pemimpin-pemimpin tempatan. Jadi, kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin membantu kami di JKM untuk menubuhkan ataupun memperbesarkan PAKK ini kerana jika mendapat perhatian dan sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, ini akan meringankan kerja-kerja yang dijalankan oleh kami di JKM. Insya-Allah, sila maklumkan kepada pejabat JKM yang terdekat mahupun kepada saya sendiri, insya-Allah kita akan bersama-sama membantu kanak-kanak yang ada. Jadi, di Limbang, saya akan mengambil perhatian dan akan maklum, Yang Berhormat?

final • 12:51 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 12:51 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya, di sini kita diberitahu bahawa kita ada 30 taska 1Malaysia. Saya ingin tahu ia diwujudkan di mana dan adakah kementerian mempunyai statistik berapakah taska di bawah kerajaan dan berapakah jumlah di bawah swasta dan berapakah yang tidak didaftarkan dengan kementerian. Begitu juga dengan rumah anak-anak yatim, all the homes, kerana nampaknya kerajaan hanya perlindungan kepada 1,500 kanak-kanak tetapi PSK swasta ada 59 dan ada ramai lagi yang tidak register. Jadi, adakah kita ada satu gambaran yang penuh, we have a full picture, so kita boleh mengadakan dasar yang lebih baik. Satu yang amat penting ialah kalau anak yatim sampai 18 tahun, dia tinggal di rumah anak-anak yatim tetapi mesti keluar apabila berusia 18 tahun kerana undang-undangnya sampai 18 tahun sahaja. Akan tetapi dia anak yatim, kalau dia tidak ada tempat hendak pergi, apakah caranya? Apakah yang kita lakukan untuk menempatkan anak yatim seperti ini? Terima kasih.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, saya tidak ada kuasa hendak tambah masa pada tengah hari ini, jadi minta jawab pada pukul 2.30 nantilah. Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan sesi pagi ditangguhkan dahulu dan Dewan akan bersidang semula pukul 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:51 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri untuk menyambung menjawab.

final • 12:51 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sehingga September 2011, terdapat 688 buah taska yang berdaftar di bawah JKM dan 2,077 buah taska di seluruh negara yang belum berdaftar dengan JKM. Kementerian telah pun melancarkan kempen sepanjang tahun 2011 untuk menggalakkan lebih ramai pengusaha taska mendaftarkan taska mereka.

Saya sendiri telah pun mempengerusikan satu perjumpaan dan taklimat kepada pengusaha taska dan pengendali pusat jagaan pada 2 Jun tahun ini bagi mengenal pasti beberapa isu berhubung pendaftaran taska dan pusat jagaan serta memperhalusi prosedur kelulusan daripada agensi teknikal seperti bomba, Kementerian Kesihatan, dan pihak berkuasa tempatan. Perjumpaan dan taklimat yang sama juga telah dilaksanakan oleh JKM di peringkat negeri masing-masing. Hasilnya amat menggalakkan di mana ramai pengusaha taska telah mendaftar pusat jagaan masing-masing.

Berhubung dengan pusat jagaan yang menempatkan anak-anak yatim, kementerian telah pun membelanjakan sejumlah RM5.85 juta seperti yang saya maklumkan, dalam bentuk geran penyelenggaraan kepada 59 buah pertubuhan sukarela kebajikan yang mengendalikan pusat-pusat jagaan ini. Sementara itu, JKM juga mengujudkan 11 buah rumah kanak-kanak bagi menjaga anak-anak yatim yang memerlukan perlindungan.

Berhubung dengan isu anak-anak yatim yang berumur di atas 18 tahun, mereka boleh terus mendapat perlindungan di institusi di bawah pertubuhan sukarela kebajikan seperti yang saya nyatakan tadi.

final • 2:32 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Bagi kanak-kanak yang tinggal di institusi JKM yang telah mencapai umur 18 tahun ke atas, pasukan perlindungan kanak-kanak di setiap daerah telah diberikan tanggungjawab bagi membantu anak-anak yatim mendapat pekerjaan yang sesuai.

Sehingga kini, 131 pasukan perlindungan di seluruh negara tidak menghadapi banyak masalah untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Kementerian mengalu-alukan mana- mana pihak termasuklah Ahli Yang Berhormat untuk memberikan kerjasama kepada pasukan-pasukan perlindungan ini bagi memastikan kebajikan anak-anak yatim kita ini terpelihara...

final • 2:32 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 2:32 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Okey.

final • 2:32 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Nampaknya banyak lagi taska yang belum didaftar dengan kementerian. Bolehkah Yang Berhormat memberitahu Dewan ini apakah sebabnya? Adakah kerana terlalu susah untuk comply? Saya setuju bahawa semua taska mesti menjaga kepentingan kanak-kanak. Akan tetapi adakah kemungkinan ada kesusahan untuk mereka comply dengan semua syarat- syarat? Bolehkah kita mengikut keadaan atau pun standard yang kita sekarang bersesuaian dengan negara kita ini untuk memudahkan pendaftaran ini?

Kedua ialah tadi saya ingin tahu di manakah ini Taska 1Malaysia? Apakah tujuan Taska 1Malaysia ini, apakah objektif utama Taska 1Malaysia? Adakah ia untuk membolehkan ibu-ibu dari keluarga yang berpendapatan rendah untuk bekerja atau apakah objektifnya? Apakah tindakan lagi selain daripada..., saya pun tahu adakan kempen, tetapi terdapat banyak juga yang belum mendaftar. Yang belum mendaftar itu lebih banyak daripada yang telah mendaftar. Itu satu.

Kedua, adakah kerajaan berhasrat untuk menjadikan satu polisi supaya kerajaan mengadakan taska ini sebagai taska kerajaan, supaya kanak-kanak yang ingin masuk taska, dia boleh pergi ke taska kerajaan kecuali mereka yang memilih untuk ke taska swasta? Terima kasih.

final • 2:32 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Terima kasih Yang Berhormat. Insya-Allah ya, kerajaan kita amat komited untuk menentukan semua kanak-kanak kita dapat pendidikan yang terbaik terutamanya melalui taska. Akan tetapi seperti mana yang saya katakan pada hari ini, tanggungjawab ini diagihkan pada kerajaan dan juga bukan kerajaan.

Secara idealnya, kalau boleh, mungkin pada masa yang akan datang kerajaan mungkin akan mengambil alih tanggungjawabnya tetapi buat masa ini, inilah keadaannya iaitu tanggungjawab kita bersama.

Tadi Yang Berhormat mahu tahu mengenai Taska 1Malaysia, ini saya baca dengan cepat ya. Tempatnya ada. Kita ada di Sungai Buloh, di Lembah Pantai, Kelana Jaya, PEPENTA, di JKM Negeri Johor, Pertubuhan Pra Sekolah dan Asuhan di Kelantan, Pengusaha Taska dan Tadika Ng Negeri Kedah, di Kemaman, di Kuantan, di Sabak Bernam, Yayasan Tengku Norhayati di Kuala Pilah, di Klang, di Melaka Tengah, di Perlis, di Kinta, di Gombak, di Bintulu, Taska Penyayang Mama, Kelab Wanita Harmoni Kelantan, Persatuan Pengasuh Berdaftar Negeri Kedah, di Dungun, di PPKKSPU, di Labuan, di Sepang; di Chendering, di Perak, di Sarikei, di Sabah, di PPKK Wilayah Persekutuan, dan juga di Kuala Langat.

Tentang soalan Yang Berhormat tadi, ada beberapa soalan Yang Berhormat kemukakan tadi di antaranya ialah...

final • 2:32 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Apakah tujuan utama untuk Taska 1Malaysia?

final • 2:32 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Okey.

final • 2:32 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya juga tanya apakah kriteria dan bagaimana untuk membuat keputusan di Gombak atau di mana ia didirikan Taska 1Malaysia?

final • 2:32 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Okey.

final • 2:32 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Mengapa tidak di semua di seluruh negara?

final • 2:32 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Okey. Kriterianya adalah tumpuan kita untuk keluarga yang miskin, ibu bekerja dan mereka tidak mampu untuk menghantar kepada tempat yang lain. Buat masa kini, kita bina dan tubuhkan taska ini mengikut peruntukan yang diberikan kepada kita. Jadi untuk hendak buat di semua kawasan parlimen atau daerah, pada masa ini memang kita tidak mempunyai peruntukan yang sewajarnya.

Matlamat dan tujuan utama untuk taska ini adalah bukan hanya untuk mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah tetapi untuk memupuk semangat 1Malaysia terutamanya di antara kaum. Saya rasa bahawa ini adalah satu usaha yang murni, insya- Allah...

final • 2:32 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Yang Berhormat boleh atau tidak saya move on ya untuk...

final • 2:40 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Satu question lagi ya. Apakah Projek PERMATA dengan taska? Apakah kesamaannya dan ketidaksamaannya? Mengapa PERMATA ini ada projeknya tersendiri? Mengapa ia tidak di bawah kementerian? Ini kerana PERMATA ini juga untuk pendidikan awal dan early childhood education dan saya rasa itu memang penting. Saya tidak tanya atau object tetapi saya hendak tahu apakah kedua-dua projek ini? Apakah korelasinya ataupun mengapa satu di bawah isteri Perdana Menteri dan mengapakah tidak di bawah kementerian? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang kita sedia maklum, usaha untuk menubuhkan sebanyak mana taska itu telah pun cabarannya disahut oleh pelbagai pihak kerajaan dan bukan kerajaan. So, di bawah kementerian kita, kita hanya tubuhkan setakat mana yang boleh. Akan tetapi sebenarnya tujuan kita adalah untuk menggalakkan pihak-pihak yang lain dan kementerian yang lain, agensi mahupun PERMATA dan juga swasta untuk menubuhkan sebanyak mungkin lagi taska-taska yang ada.

Keindahan PERMATA ini adalah kurikulum dan cara pendidikan mereka. Seperti juga Montessori. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, di dalam cara mendidik ini, ia ada banyak modul. Terdapat pelbagai modul yang dibawa di negeri kita. Masing-masing mempunyai kekuatan masing-masing. Untuk early childhood education ini misal kata seperti PERMATA, mempunyai kebaikannya yang begitu banyak sekali, sama jugalah dengan Montessori dan juga modul-modul yang lain. Kepada saya, ia tidak menjadi persoalan dan oleh sebab Yang Amat Berbahagia Wanita Pertama Malaysia, beliau mempunyai minat untuk menentukan sumbangan terutama dari segi modul dan juga pendekatan itu yang terbaik, maka saya rasa ini adalah satu suara murni yang di mana keuntungannya dapat dirasai oleh begitu ramai sekali mereka yang menghadiri taska-taska PERMATA.

final • 2:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta Yang Berhormat, mohon penjelasan sedikit?

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Ya.

final • 2:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak meminta Yang Berhormat Menteri penjelasan, bagaimana penyelarasan agihan bantuan kepada ibu-ibu tunggal sebab di Sabah ini rasa saya berlainan dengan di sini iaitu agihannya tidak menentu, tidak seimbang dan tidak sama rata. Ada RM80, ada RM100, dan ada yang tidak dapat. Ibu-ibu tunggal dan ibu-ibu tua. Ibu tunggal ini pun dia ada dua kategori yang dipanggil ITT dan ITM iaitu Ibu Tunggal Tua dan Ibu Tunggal Muda. Masalah yang kita hadapi ini ialah ibu tunggal muda. Kadang- kadang dia sudah kahwin ada dua, tiga dan empat anak. Jadi, kalau pun dia jumpa jodoh saya lihat jarang dan kesian sebab kadang-kadang lelaki berfikir kalau dia hendak kahwin, dia kahwin sudah 1+5. Anak empat sama emaknya lima orang. Jadi, ini bagaimana kita mengurus mereka ini sebab ini menjadi beban.

final • 2:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kadang-kadang inilah sebab mereka jadi GRO dan kerja di sini sebab menampung kehidupan anak mereka. Sementara kebajikan pula kurang mengambil perhatian. Jadi, apakah langkah-langkah yang drastik boleh membantu mengekang mereka ini daripada mereka menjadi tidak menentu? Mungkin ada hala tuju yang mereka boleh ikut melalui garis panduan daripada kementerian, membantu mereka, membela mereka dalam memulakan kehidupan mereka? Minta pendapat.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Yang Berhormat, terima kasih di atas soalan yang diutarakan. Saya hendak maklumkan bahawa kementerian kita beri perhatian yang agak besar untuk isu-isu ibu tunggal. Misalnya untuk tahun ini sahaja kita banyak bantu ibu tunggal. Ibu tunggal pada kami di kementerian khususnya di bawah JKM adalah seorang wanita atau ketua isi rumah yang terpaksa menjaga dan membela anak-anak yang bersekolah, berumur 18 tahun ke bawah. Itu menjadi tanggungjawab kita yang utama. Ia menjadi priority kita. Jadi mengikut angka yang kita ada, untuk tahun ini sahaja Yang Berhormat ya, kita membantu 100,1823 kanak-kanak dan kebanyakan mereka adalah daripada keluarga ibu tunggal dan kita telah belanja RM247,226,900 hendak membatu.

Akan tetapi saya memang setuju dengan yang Berhormat, kalau kita hendak bantu semua mereka yang dinamakan ibu tunggal, memang saya rasa tidak ada kerajaan yang mampu untuk membantu.

Di sinilah sebenarnya yang Berhormat kita di kementerian kita hendak mintalah kepada bekas suami terutamanya apabila ada penceraian dan lain-lain. Anak-anak itu jagalah keluarga utama itu dengan baik. Jangan serah bulat-bulat kepada kerajaan untuk membantu kerana bil yang kita tanggung terutamanya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Yang Berhormat, amat tinggi sekali.

final • 2:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri, tidak adakah langkah yang diambil oleh kementerian iaitu mungkin bekerjasama dengan agensi agama? Apabila ada pendaftaran perkahwinan orang muda maka di kaunseling awal-awal siapa yang hendak berkahwin ini, beritahu. Ini kerana kadang-kadang yang mereka yang berkahwin ini mereka tidak berjumpa dengan lelaki budiman, yang terjumpa lelaki buaya. Itu masalah. Selepas kahwin dapat anak dia buang. Dia cari lagi. Jadi ini yang berlaku dan akhirnya ibu tunggal ini akan menjadi beban, dia menanggung anak-anak dia dan suami dia pula hilang, tidak tahu jadi hantu apa. Ini yang masalah. Jadi daripada kita memikir soal- soal begitu, kementerian merancang strategik. Kerjasama dengan agama. Asal ada pendaftaran, kaunseling mereka yang hendak berkahwin ini bagaimana kehidupan yang sebenarnya bagaimana kehidupan yang sebenarnya supaya anak-anak terjejas masa depan mereka. Kalau boleh Yang Berhormat Bukit Mertajam pun menyumbang pandangannya.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk masa ini seperti mana Yang Berhormat sedia maklum untuk pasangan yang bakal berkahwin untuk orang Islam ada khusus pra perkahwinan. Untuk yang bukan Islam dan yang minat, melalui LPPKN di bawah kementerian, kita ada program yang dinamakan Smart Start.

Program Smart Start adalah di antara lain modulnya untuk membincang isu-isu Yang Berhormat bangkitkan tadi dengan harapan bahawa kesemua pandangan yang berkahwin akan mampu untuk menunaikan tugasan dan tanggungjawab hingga akhirnyalah, insya- Allah. Saya minta maaflah saya hendak go on untuk menjawab. Ini kerana banyak dan tebal sangatlah yang saya hendak jawab. Yang Berhormat Bukit Mertajam saya rasa... I am coming to that. Saya akan jawab semuanya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Rantau Panjang menyentuh mengenai usaha mengatasi masalah apa yang dikatakan keruntuhan moral khususnya dalam menangani kes anak tidak setaraf. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini ialah penubuhan sebanyak 131 pasukan perlindungan kanak-kanak dengan 142 pusat aktiviti kanak-kanak, menyediakan perkhidmatan kaunseling di 208 pusat kaunseling di bawah kementerian serta mewujudkan Pusat Remaja kafe@TEEN dan Kuala Lumpur Crash Pad. Selain itu, KWKM telah memperkenalkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang diintegrasikan ke dalam Program Latihan Khidmat Negara mula siri kedua pada bulan 2011. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat daripada Kota Kinabalu telah menyentuh mengenai isu bantuan...

final • 2:40 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan sedikit ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri. tadi kita dapat melihat bagaimana kaedah penyelesaian yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dalam menyelesaikan isu keruntuhan moral yang semakin kronik di dalam negara kita yang secara kita bahasa yang kita gunakan anak tidak sah taraf sedangkan dia sebenarnya anak zina dalam bahasa yang sebenar. Akan tetapi ini adalah satu perkara yang menyebabkan orang tidak rasa benda itu satu dosa yang besar.

Apa yang saya hendak sebut di sini ialah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian. Kita tidak nampak bagaimana langkah-langkah yang boleh memberi kesedaran yang benar-bena, melahirkan terutama bagi orang Melayu Islam. Ini yang ramai terlibat orang Melayu Islam iaitu kalau kita seperti ini seolah-olah hanya dalam bentuk ilmu biasa tetapi tidak ada peningkatan kesedaran agama, kesedaran yang boleh dia merasakan itu adalah satu dosa yang seharusnya dia bertaubat sungguh-sungguh. Apa lagi dengan undang-undang yang kita tahu masih tidak memberi sekatan untuk mereka meneruskan kerja ini.

final • 2:40 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Jadi saya ingin tahu penjelasan daripada yang Menteri, daripada perkara yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi untuk menyelesaikan masalah lambakan anak tidak sah taraf yang berleluasa dalam negara kita ini, sejauh mana keberkesanan program yang telah dibuat oleh kementerian yang dapat boleh membendung isu yang sedang melanda di negara kita. Minta penjelasan.

final • 2:50 PM

Dato' Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya isu seperti mana yang kita bincangkan sekarang ini bukanlah satu isu yang mudah kita hendak tangani. Isu ini adalah tanggungjawab bersama. Kita di kementerian kita akan menentukan sama ada undang-undang atau polisi mahupun program, kita akan jalankan.

Akan tetapi pada akhirnya Yang Berhormat, institusi keluarga, ibu bapalah dengan ajaran agama mereka kepada anak-anak mereka yang akan menjadi benteng yang paling kuat dan efektif untuk menangani masalah dan isu seperti ini. Misal kata di kementerian Yang Berhormat, macam-macam program kita buat. Kita ada Parenting@Work, ‘Kami Prihatin’.

Semua kita saya rasa Yang Berhormat pun, di kawasan Yang Berhormat pun mesti sudah menjalankan pelbagai program tetapi perkara ini berlaku.

Satu yang saya hendak kata Yang Berhormat, secara umumnya saya rasa bahawa rakyat Malaysia menghormati dan menghayati agama masing-masing. Walaupun kita ada kes-kes seperti ini, saya hendak minta supaya janganlah kita copkan semua anak muda Malaysia seolah-olah mereka semua terjebak di dalam situasi seperti ini. Tidak. Walaupun kita menghadapi masalah, kita tidak mahu ada satu kes pun yang berlaku tetapi saya rasa sedih kalau kita rasa bahawa semua anak muda di Malaysia ini...

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat Bukit Mertajam menggalakkan aktiviti begini sebab di Pulau Pinang mereka menganjurkan hari berpeluk-peluk. Inilah dia Raja melaga-lagakan, menggalakkan aktiviti negatif begini... [Ketawa] Kerajaan Pulau Pinang menganjur hari berpeluk-peluk, hugging day, peluk sana peluk sini. Ini hendak minta komen...

final • 2:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Apa ini?

final • 2:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Di Pulau Pinang tidak ada banyak bayi yang dibuang.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Hendak minta komen PAS, macam mana hari peluk-peluk ini anjuran DAP ini?

final • 2:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Di Sabah banyak bayi yang dibuang.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta komen PAS, macam mana pandangan mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganjurkan hari peluk-peluk?

final • 2:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, saya di Pulau Pinang saya pun tidak tahu ada hari berpeluk-peluk.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ada. Ketua Menteri Pulau Pinang yang hug sana hug sini. Saya cakap apa program? Ini hari peluk-peluk, hugging day, dia kata.

final • 2:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dia sendiri reka.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Dia reka, dia reka.

final • 2:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang Berhormat Kinabatangan memang suka...

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bukan reka. Ini betul-betul ada program Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

final • 2:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Pergi ke Sabahlah Yang Berhormat Kinabatangan buat satu hari macam itu.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sedang jawab Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat, kita serius membincangkan ini adalah masa hadapan negara kita. Iaitu yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, iaitu peranan ibu bapa. Saya sangat setuju. Akan tetapi kita berhadapan hari ini keruntuhan institusi keluarga yang cukup kronik. Bagaimana setiap 15 minit berlaku kes penceraian dalam negara kita. Begitu juga kita tengok bagaimana satu kajian dibuat dalam negara kita lebih daripada 80 peratus yang meninggalkan solat.

Ada lagi satu kajian yang didapati, lebih dari enam juta orang muda di negara kita berhadapan dengan kecelaruan identiti. Ini adalah satu angka yang sudah tentu kalau kita tidak mengambil tindakan yang serius, kita akan berhadapan dengan keruntuhan moral rakyat yang teruk akan datang. Apatah lagi dengan keruntuhan institusi keluarga. Di sinilah kita melihat kalau setiap 15 minit berlaku penceraian, kalau berlakunya keruntuhan, setiap hari berlakunya anak luar nikah, rogolnya lebih pada 10 kes sehari, setiap 17 minit berlakunya kelahiran bayi yang tidak sah taraf. Apakah perkara ini kita boleh anggap satu perkara yang kita biarkan begini. Saya rasa bukannya soal kita hendak menuduh semua, tidak. Akan tetapi kita kena bersama, ini adalah satu masalah besar untuk masa hadapan kita. Minta pandangan Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato' Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Yang Berhormat, saya setujulah dengan apa Yang Berhormat kata marilah kita bersama-sama sekali buat program hendak atau tidak? Saya rasa eloklah Yang Berhormat Kota Raja pun kita boleh duduk berbincang macam mana kita hendak bersama-sama...

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya bersetujulah. Jangan lagi anjurkan program-program negatif seperti hari berpeluk-peluk, tidak guna. [Ketawa]

final • 2:50 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Jemput-jemput, kita datang.

final • 2:50 PM

Dato' Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sambung lagi?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato' Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Okey, Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Bandar Kuching membangkitkan mengenai bayaran bantuan lewat diterima dan kaedah pemantauan yang dilaksanakan oleh kementerian melalui JKM. Dalam hal ini JKM telah menetapkan tarikh bayaran bantuan kewangan kepada penerima bantuan kepada 1 hari bulan setiap bulan menerusi akaun bank di seluruh negara. Sekiranya Yang Berhormat mengetahui sebarang kes penerimaan bayaran bantuan yang lewat, maklumat tersebut boleh terus dipanjangkan kepada pejabat kebajikan masyarakat dan jabatan kebajikan negeri untuk tindakan segera.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat...

final • 2:50 PM

Dato' Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Kejap, saya habiskan ini dahulu boleh tidak? Yang Berhormat Simpang Renggam juga membangkitkan mengenai kes di mana seorang ibu tunggal di Simpang Renggam yang bekerja di kilang dengan gaji asas hanya RM540 sebulan akan tetapi perlu menanggung lima orang anak yang semuanya masih di bawah umur 18 tahun tidak layak menerima bantuan maksimum RM450. Untuk makluman Yang Berhormat, bantuan kanak-kanak diberikan kepada keluarga yang mempunyai kanak- kanak di bawah umur di bawah 18 tahun. Bagi kes yang dimaksudkan, ibu tunggal tersebut hanya mempunyai tiga orang anak di bawah umur 18 tahun. Itulah sebabnya saya dimaklumkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang telah meluluskan bantuan kanak-kanak hanya RM300 sebulan kepada keluarga mulai Ogos 2011.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi laluan. Soal kelewatan memang ia berlaku Yang Berhormat Menteri. Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana Menteri yang paling terdekat dengan masyarakat. Itu kenyataan yang betul. Yang Berhormat Menteri selalu turun padang, di Sabah misalnya berdekatan dengan masyarakat-masyarakat yang banyak meluahkan masalah-masalah sosial, bukan sahaja Rantau Panjang.

Akan tetapi soal kelewatan pembayaran ini Yang Berhormat Menteri, di Sabah kita mengetahui melalui surat-surat khabar, interview kepada warga-warga tua ini. Bukan sahaja kelewatan tetapi ramai mereka yang dahulunya menerima bantuan ini telah dibatalkan. Jadi orang-orang seperti ini berjumpa dengan wakil rakyat, apa wakil rakyat yang boleh buat. Ini sebenarnya dalam jagaan kementerian. Jabatan kebajikan negeri, saya tidak tahulah bagaimana hubungan kementerian Yang Berhormat dengan jabatan kebajikan negeri itu diselaraskan ataupun tidak. Oleh kerana pembayaran itu agak berlainan dan ada pula yang menerima berapa tahun sudah dihentikan pembayaran itu, jadi orang ini marah. Jadi saya minta kalau Yang Berhormat tolong perjelaskan kenapa mereka-mereka ini dihentikan

final • 2:50 PM

Dato' Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Yang Berhormat, sebenarnya kalaulah hendak ikut hati kami di JKM dan kementerian, kita memang hendak bantu sampai akhir hayat sebanyak mana yang mungkin. Akan tetapi malangnya kita tidak mempunyai kemampuan seperti itu, pertama. Keduanya kita bukan dengan izin we are not welfare state walaupun kerajaan kita amat prihatin mengenai isu-isu kebajikan. Secara prinsipnya Yang Berhormat, dahulu setiap kes kebajikan hanya untuk enam bulan, membantu sementara keluar daripada kepompong kemiskinan, keluarga dibantu dan lain-lain supaya kita dapat menggunakan peruntukan yang diberi untuk membantu yang lain. Akan tetapi pada realitinya Yang Berhormat, apabila kita sudah bagi welfare aid dengan izin kepada mana-mana penerima apabila kita terpaksa memberhentikan kerana kaedah-kaedah kelayakannya telah ditemui.

Misal kata ada hendak di keluarga itu sudah bekerja misal kata sudah pass, sudah jadi akauntan atau doktor, jadi anggapan kita kena bantulah ibu yang miskin ini. Akan tetapi realitinya itu tidak berlaku. Malah pada hari ini Yang Berhormat, kita dahulu enam bulan, now setahun. Saya sudah tahu di mana-mana saya pergi, apabila saya turun di antara isu yang selalu saya dengar bila ada kes-kes yang kita berhenti. Berhenti sebab apa mesti mereka nanti rasa kenapa bantuan saya diberhentikan.

final • 2:50 PM

Dato' Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Jadi untuk pihak JKM saya sudah minta supaya mana kes sudah kita bantu terutama kalau - tetapi kalau kes terlantar semua Yang Berhormat kita tidak stop. Cuma kes yang kita berhenti daripada maklumat yang saya dapat, bila orang ada dalam keluarga itu boleh membantu penerima kita sebab duit yang kita agihkan untuk penerima itu kita hendak bagi pada keluarga yang lain. Itu prinsip dia. Akan tetapi Yang Berhormat saya tahu, memang saya tahu inilah isu yang paling besar. Mana-mana saya pergi saya dengar selalu ada complaint kenapa hendak berhenti, kenapa hendak berhenti. Sebab itu kita berhati-hati juga. Kes mana yang kita hendak beri terutama kes baru kita check betul-betul sama ada dia layak atau tidak tetapi insya-Allah di mana bawah Program Karisma yang ada pada hari ini iaitu productive welfare, dengan izin, kalau kita terpaksa berhentikan pun kita ada program lain yang untuk membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

final • 3:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat. Itu saya setuju Yang Berhormat. Kriteria, syarat Yang Berhormat itu saya setuju seratus peratus. Akan tetapi apa yang kes-kes yang meluar pada saya Yang Berhormat adalah kes-kes yang genuine.

Anaknya OKU, dia laki bini tidak ada kerja, lagi keluar di newspaper. Jadi masyarakat ini kenapa dihentikan? Ada kes kalau boleh Yang Berhormat saya hantar kes ini dan termasuk keratan surat khabar itu orang yang kena interview itu.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Okey Yang Berhormat. No problem, insya- Allah Yang Berhormat boleh jumpa saya selepas ini ataupun bagi nama-nama itu, saya akan tentukan. Saya dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat ada pun di Dewan pada hari ini. Kita akan beri perhatian yang sewajarnya.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Raja.

Bangun Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya cuma ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya adakah pada penilaian Yang Berhormat Menteri bahawa JKM itu kekurangan kakitangan.

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

Ya.

final • 3:00 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Kerana itulah sebabnya banyak kes-kes yang mereka sepatutnya buat home visit, mereka tidak dapat untuk menjalankan tanggungjawab ini. Jadi, apakah Yang Berhormat Menteri lakukan untuk perkara ini sebab kami akan menyokong kami beritahu bahawa pegawai-pegawai ini amat penting dan kita tahu penilaian mereka itu ada dia punya checklist dan sebagainya.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Yang Berhormat...

final • 3:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Perkara yang sama. Boleh? Terima kasih.

Saya juga melihat perkara yang sama dan berharap kita bersedia untuk membantu sebenarnya. Saya teringat berkenaan dengan aspek kekurangan kakitangan terutamanya JKM untuk mencari data, maklumat dan sebagainya, saya sudah dua kali minta adakah maklumat benar mengatakan bahawa selepas kita announce jumlah miskin tegar telah menurun kepada 100, kemudian pihak kementerian mengatakan ada jumlah yang tertinggal sehingga sampai 5,000 data ataupun maklumat. Ini juga menjadi concern kita, kerisauan kita sebab dalam belanjawan ini kita ada cadangkan.

Saya tidak tahu sama ada kementerian Yang Berhormat terlibat dalam pelaksanaan ini. RM500 kita hendak bagi kepada isi rumah bawah daripada RM3,000.

Sekiranya perkara ini menyentuh atau diletak di bawah tanggungjawab kementerian Yang Berhormat, ini adalah satu task yang begitu besar. Kita bimbang juga nanti kita akan dilanda masalah kekurangan kakitangan untuk mengambil data. Dalam dua hari lepas Yang Berhormat Menteri yang menjaga EPU mengesahkan bahawa akan ada 100,000 hingga 200,000 lagi maklumat berkenaan miskin tegar yang sekarang ini sedang dikutip dan diusahakan untuk di update. Kalau begitu keadaannya saya rasa jumlah ataupun bilangan yang terkandung dalam tanggungjawab kementerian Yang Berhormat agak besar.

Lanjutan daripada itu saya hendak sebut di sini sebab ada discrepancies sedikit.

Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan. Pada saya ada discrepancies. Pertama, apabila kerajaan mengatakan peruntukan RM1.8 bilion. Ini yang dicadangkan membantu keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000, RM500 satu keluarga, peruntukan kita RM1.8 bilion. Akan tetapi mengambil kira apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri EPU tentang jumlah itu, beliau mengandaikan bahawa 40 peratus ada dah di bawah bracket RM3,000 ke bawah. Kalau mengambil kira ini kita memerlukan RM6.2 bilion. Jadi, yang kita sediakan dalam bajet ini RM1.8 bilion untuk membantu angka yang kita perlukan untuk kita jaringkan agak rata jumlah yang sepatut kita tolong atau bantu ini agak jauh sangat, daripada RM1.8 bilion yang kita sediakan dengan RM6.2 bilion yang kita perlukan.

Saya hendak minta penjelasan sedikit adakah ini juga melibatkan kekurangan staf ataupun pegawai untuk mencari maklumat sehingga data kita yang ada ini terlalu besar discrepancies dia. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Yang Berhormat. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat dari Kota Raja saya akan bincang panjang lebar selepas ini. Boleh tidak saya ikut urutan jawapan saya supaya lebih jelas nanti. Ya. Terima kasih.

Yang Berhormat Ampang membangkitkan isu permohonan bantuan JKM yang tidak diselesaikan dan tertunggak. Sukacita saya maklumkan bahawa kesemua permohonan bantuan kebajikan yang diterima oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat bagi tahun 2008 iaitu 1,866 kes dan pada tahun 2009, 5,632 kes telah selesai diproses. Bagi permohonan tahun 2010 dan sehingga bulan Jun tahun ini, hanya 635 kes yang masih belum diselesaikan. Kementerian yakin kesemua kes tertunggak ini dapat diselesaikan insya-Allah pada hujung tahun ini.

Yang Berhormat daripada Pokok Sena...

final • 3:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan tunggakan kes.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Ya?

final • 3:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tunggakan kes bayaran.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Ya.

final • 3:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Boleh minta penjelasan.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Okey, selepas ini saya hendak jawab ya.

Yang Berhormat Pokok Sena menyentuh mengenai isu jentera bantuan banjir di mana terdapat insiden beberapa keluarga tidak dapat dibantu kerana sistem pengangkutan yang lemah. Untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah akan menyelaras mekanisme pengurusan mangsa banjir termasuk pengurusan pengangkutan. Jentera ini akan memberi keutamaan kepada operasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan menempatkan mangsa di pusat pemindahan. Dalam hal ini kerajaan mengambil pendekatan untuk mengoptimumkan penggunaan kenderaan daripada agensi kerajaan yang mempunyai pengangkutan berat seperti Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam supaya bantuan dapat disalurkan secepat mungkin.

final • 3:00 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Menteri. Isu banjir.... Ya?

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Okey.

final • 3:00 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih. Saya berterima kasih Yang Berhormat Menteri menyentuh soal berkaitan dengan isu banjir di bawah JKM ini. Saya ingin penjelasan Yang Berhormat iaitu masalah bantuan banjir ini mungkin tidak hanya tertumpu kepada bantuan dari sudut makanan dan perpindahan tetapi di antara perkara penting yang saya tengok dalam isu banjir adalah pusat-pusat pemindahan.

Terutama yang menggunakan sekolah, premis yang menyebabkan banyak alat-alat yang rosak satu hal dan iaitu tempat-tempat yang menggunakan surau ataupun premis-premis peribadi ataupun premis-premis biasa yang ditempatkan pusat pemindahan banjir yang ada di kalangan tempat ini di antara tempat ini tempat yang tidak selamat. Sebagai contoh kalau di beberapa kawasan termasuk kawasan saya sendiri menggunakan surau yang kita tengok suasana itu agak tidak selamat tetapi di sinilah harusnya kita memberi perhatian bantuan ini bukan hanya dari sudut bekalan makanan, okey yang pertama.

Yang kedua, soal apabila menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Banjir, saya dapat rungutan daripada agensi-agensi yang terlibat. Apabila mereka dibekalkan bot dan sebagainya tetapi ramai yang tidak mahir menggunakan bot untuk datang menyelamat mangsa terutama dalam arus banjir yang begitu kuat. Jadi, ini juga satu perkara yang menyebabkan keberkesanan bantuan itu juga tidak berkesan.

final • 3:00 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya minta sejauh mana penyelesaian sebab peranan JKM cukup besar terutama dalam membantu mangsa-mangsa banjir di samping agensi-agensi yang lain supaya mekanisme bantuan banjir di masa hadapan bukan semata-mata tertumpu hanya kepada bantuan makanan dan sebagainya tetapi lebih kepada bantuan infrastruktur dan keperluan- keperluan yang penting termasuklah kemahiran dari sudut menyelamat dan sebagainya.

Minta penjelasan.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mengikut peraturan kerajaan Yang Berhormat pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kita menjaga pusat pemindahan. Pemindahan makanan dan juga untuk menentukan keselamatan di pusat-pusat pemindahan. Untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan lain- lain, jentera, pengangkutan, semua jabatan-jabatan lain yang membantu jadi kita terima sahaja. Saya faham bahawa apabila berlaku bala bencana memang keadaannya bukan ideal. Memang keadaannya bukan ideal.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Jadi pihak kerajaan kita cuba seberapa yang boleh Yang Berhormat. Pegawai- pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat ini Yang Berhormat, saya tengok mereka apabila ada bala bencana macam banjirlah, mereka memang bertungkus-lumus untuk membantu.

Kalau nak ideal state, dengan izin, memang saya rasa tak ada mana-mana negara di dunia ini, kalau kita tengok Amerika pun apabila bencana Katrina misal kata berlaku, di Amerika sekalipun mereka tidak mampu untuk memberi perkhidmatan A1 lah katakan.

Akan tetapi kepada kami di JKM, apabila ada bencana terutama macam banjir dan lain-lain kita jaga dengan baik dan juga perhubungan di antara agensi bawah kerajaan di antara satu dengan lain ada kesinambungan begitu baik sekali dan insya-Allah, kita pun komited untuk menentukan bahawa perkhidmatan yang diberikan itu akan dapat ditingkatkan lagilah.

Saya faham bahawa tiap-tiap kali kalau ada banjir, kami di kementerian dan di JKM, kita memang bimbang dan sentiasa berasa bertanggungjawab dan insya-Allah kita akan memberi perkhidmatan yang sebaik-baiknya. Yang Berhormat Batu Gajah dan Rantau Panjang, okeylah.

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi disebut bahawa pengendalian akan dilakukan di bawah pejabat daerah. Saya menyambut baiklah cuma kadang-kadang kita lihat bahawa bila berlaku masalah negeri itu lain, negeri di bawah Pakatan Rakyat jadi kadang-kadang penyelarasan itu tidak hendak boleh berlaku secara yang baiknya.

Jadi kadang-kadang agensi di peringkat pusat ini tidak melalui proses-proses ini.

Ini yang kadang-kadang kesulitan kepada negeri macam saya di negeri Kedah, di kawasan saya sendiri memang DO beritahu bahawa dia kata agensi pusat ini tidak rujuk kepada pejabat daerah. Jadi susahlah daripada segi komunikasi untuk kita hendak pastikan bantuan dan sumbangan kita itu dapat berjalan dengan baik.

Jadi saya minta kali ini ialah hormati agensi-agensi di peringkat negeri, pegawai daerahnya, ketua kampung yang JKK di bawah kerajaan negeri punya itu. Jadi hormati ini, jadi senang bagi saya bawa untuk kita kendali. Ini masalah mangsa banjir ini masalah kebajikan yang perlu kita utamakan kepada masyarakat dan rakyat.

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Yang Berhormat, sebenarnya kita tidak ada masalah hendak bekerjasama dengan pihak negeri atau pegawai daerah.

Saya apabila turun di mana-mana negeri apabila ada banjir macam ini, saya tidak nampak pula ada macam masalah di antara pegawai atau pengarah JKM dengan pegawai- pegawai peringkat negeri. Jadi kalau ada apa-apa isu Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh hubung saya direct. Misal katalah kalau di Pokok Sena itu, kalau tidak ada kerjasama PKMD yang memberikan kepada Yang Berhormat ataupun kepada DO di daerah itu, Yang Berhormat khabar kepada saya sebab apa, kita mengikut saluran-saluran yang teruji yang ada dan insya-Allah kita akan bekerja.

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Ini kerana Yang Berhormat, saya tahu kalau kita ketepikan misal kata pegawai daerah, jadi kepada saya mungkin susah untuk kita hendak menjalankan tugas. Jadi saya akan maklumkan kepada JKM di negeri Kedah untuk menentukan bahawa saluran pentadbiran yang sedia ada itu diikuti nanti dan kalau Yang Berhormat ada masalah apa- apa just bagi tahu sahaja kepada saya, insya-Allah nanti.

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

Ini banjir hendak datang ini, minta-minta jangan datang ke Kedah sahaja.

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, betul, sebab itu saya serius benda ini sebab benda ini memang berlaku sebelum ini.

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

Di Pokok Sena?

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Memang aduan daripada pegawai daerah, penolong pegawai daerah beritahu kepada saya. Jadi menyebabkan kadang- kadang berlaku perebutan di tempat itu seperti tidak menghormati. Pejabat daerah dan pejabat penghulu sudah atur sudah, ini jawatankuasa dia tetapi ini datang hendak rebut pula di tempat ini. Ini macam kita hendak politik benda ini. Jadi saya haraplah. Bagi nombor telefon Yang Berhormat...

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

Okey, no problem.

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi jangan suruh kita bagi tahu-bagi tahu, habis Parlimen tidak adalah.

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

Okey, no problem. Saya boleh bagi nombor telefon saya kalau Yang Berhormat pun bagi nombor telefon Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

No problem, tidak ada masalah.

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

Boleh? Okey, tidak ada masalah.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sudah settle sudah isu ini?

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Nombor telefon saya 019-4422685.

Tidak ada masalah.

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

Okeylah, saya bisik nombor telefon saya kepada Yang Berhormatlah nanti.. [Ketawa]

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Letak nanti dekat skrin itu.

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

Okey. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Rantau Panjang telah menyentuh mengenai bentuk latihan yang dirancang kepada wanita bagi meningkatkan keupayaan mereka selaras dengan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita di peringkat buat keputusan dalam sektor korporat.

Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta pada tahun 2012 bukan hanya untuk melatih wanita berpotensi menjadi ahli lembaga pengarah tetapi juga untuk melaksanakan program untuk menarik wanita profesional kembali ke pasaran pekerjaan.

Bagi meningkatkan keupayaan wanita yang berpotensi menjadi ahli lembaga pengarah, kementerian merancang untuk melaksanakan latihan yang merangkumi pengetahuan teknikal serta tadbir urus korporat, kewangan, perundangan dan pengurusan risiko. Dalam hal ini, KPWKM dengan kerjasama organisasi yang berkaitan seperti Bursa Saham, MACD iaitu Malaysian Alliance of Corporate Directors, dengan izin, sedang merangka modul latihan khas bagi wanita berpotensi menjadi ahli lembaga pengarah di antara lain.

Modul latihan ini dijangka siap pada bulan Disember 2011. Yang Berhormat Batu Gajah turut menyentuh mengenai faktor-faktor wanita masih rendah dalam sektor pekerjaan sedangkan bilangan wanita di IPT sangat tinggi.

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

Untuk maklumat Yang Berhormat, faktor utama yang menyebabkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh rendah ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat yang dijalankan oleh LPPKN pada tahun 2004 mendapati 55.7 peratus daripada wanita yang berhenti bekerja berbuat demikian kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga terutama penjagaan kanak-kanak. Faktor ini diperkukuhkan dengan hasil Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2010 yang menunjukkan sebanyak 53.9 peratus wanita yang berada di luar tenaga buruh adalah disebabkan oleh kerja rumah. Sebanyak 97.1 peratus, masih belajar seramai 27.5 peratus, sudah bersara seramai 1.3 peratus, tidak berminat seramai 0.3 peratus, hilang upaya 0.9 peratus dan akan melanjutkan pelajaran 1.2 peratus. Yang Berhormat Rantau Panjang daripada Petaling Jaya Selatan seterusnya...

final • 3:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

...Telah menyentuh mengenai usaha yang diambil bagi memastikan golongan suri rumah tidak ketinggalan dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Kementerian menerusi Jabatan Pembangunan Wanita telah melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti dan latihan kemahiran wanita termasuk suri rumah. Bermula daripada tahun 2001, JPW telah melatih 29,548 orang wanita dalam bidang teknologi maklumat, lebih kurang 145,000 wanita dalam bidang pembangunan kapasiti dan lebih 70,000 wanita dalam bidang kemahiran pelbagai seperti jahitan, masakan dan kraf tangan. Suri rumah berkenaan menggunakan kemahiran yang diperoleh untuk menjana pendapatan tambahan yang mengambil upah atau bekerja daripada rumah.

Selain daripada itu, NKRA LIH (low income household) telah meletakkan sasaran untuk melahirkan sekurang-kurangnya 4,000 usahawan wanita yang berjaya menjana pendapatan RM3,500 sebulan untuk tempoh tiga bulan berturut-turut pada akhir tahun 2012. Yang Berhormat Rantau Panjang juga...

final • 3:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan...

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

Ya, okey.

final • 3:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Sebelum Yang Berhormat Menteri pergi jauh.

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

Macam mana?

final • 3:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Boleh minta penjelasan?

final • 3:10 PM

Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil

Ya, ya.

final • 3:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Berkenaan program latihan di bawah bajet belanjawan yang saya ada bangkitkan di mana akan diperuntukkan RM10 juta. Saya hendak tahu bagaimanakah kementerian akan mendapatkan kumpulan sasaran ini untuk menyertai program latihan tersebut dan pemantauan dan penilaian sama ada program ini dapat dicapai atau tidak objektifnya untuk 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dan juga berapakah jumlah orang yang akan disasarkan, wanita yang akan disasarkan untuk kembali ke pasaran pekerjaan?

Ini juga salah satu sebab peruntukan RM10 juta untuk mengadakan program menarik profesional wanita kembali ke pasaran pekerjaan sebab Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan perkara ini dan Yang Berhormat Menteri, sebab saya telah membaca Laporan Ketua Audit berkenaan program di bawah Teras Pengupayaan Sosial Ekonomi Wanita, ada menyatakan tiga program yang diadakan oleh pihak kementerian iaitu inkubator kemahiran ibu tunggal, inkubator keusahawanan wanita dan pengurusan kediaman. Nampaknya program inkubator keusahawanan untuk membantu wanita pada tahun 2010 untuk mencapai 450 orang usahawan wanita yang boleh memperoleh pendapatan RM1,000 nampaknya Laporan Audit menyatakan ia gagal, ia telah gagal.

Setakat ini menurut laporan itu hanya 102 orang sahaja apabila analisis dijalankan telah mencapai RM1,000 daripada yang hendak dicapai seramai 450 orang.

final • 3:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi itulah yang membangkitkan kerisauan saya dan salah satu juga Laporan Audit juga menyatakan tiada cara pemantauan untuk mencapai atau menuju kumpulan sasar yang betul. Ada yang hadir untuk program incubator keusahawanan ini bukannya kumpulan yang disasarkan kerana program incubator keusahawanan yang di bawah teras pengupayaan sosial ekonomi ialah target pendapatan rendah sekarang peruntukan yang RM10 juta ialah profesional.

final • 3:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya rasa lebih kurang sama untuk membantu wanita juga tetapi kerisauannya kumpulan sasarnya bagaimana penilaian pencapaiannya. Itu adalah kerisauan yang telah dibangkitkan oleh Laporan Audit ini. Saya pohon penjelasan.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana saya maklumkan, bahawa RM10 juta yang diberikan kepada kementerian untuk menentukan polisi sekurang-kurangnya 30 peratus wanita berada dalam tempat membuat keputusan di sektor korporat itu akan disediakan secara terperinci, tidak lebih daripada hujung tahun ini kerana program ini akan dimulakan pada tahun akan datang.

Seperti mana yang saya katakan bahawa pihak kementerian kita telah pun mengadakan beberapa bengkel dengan pihak-pihak yang tertentu untuk menentukan modul yang kita sediakan itu adalah satu modul yang mengambil kira semua kerisauan yang mana Yang Berhormat katakan tadi. Juga kita mengambil iktibar daripada beberapa program yang kita buat melalui Jabatan Pembangunan Wanita.

Saya hendak maklumkan bahawa sebenarnya program-program yang dijalankan ya, seperti mana yang di maklumkan, ada beberapa teguran yang dibuat oleh Auditor General sebenarnya program-program yang dijalankan di bawah kementerian ini walaupun kita ada kumpulan sasar tetapi oleh kerana ramai ibu tunggal yang ingin mengikuti program- program kita, jadi saya dapati bahawa banyak daripada program-program yang kita jalankan itu kita dapat menambat hati kumpulan sasar dan mereka yang luar daripada itu juga.

Namun begitu, apa jua teguran dan juga pengajaran yang kita sudah belajar melalui beberapa tahun mengadakan program-program IQ untuk ibu tunggal dan lain-lain akan kita ambil iktibar, sebab itu modul untuk kita hendak latih wanita-wanita yang berpotensi supaya mereka dapat diberi tempat di tempat buat keputusan itu akan menjadi kenyataan.

Insya-Allah Yang Berhormat, saya percaya mungkin Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat yang lain-lain terutama Yang Berhormat wanita sama ada daripada kerajaan ataupun pembangkang mungkin kita boleh duduk sekali untuk merangka satu pelan strategi di mana akan membawa manfaat kepada lebih ramai wanita insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua,..

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak bangun.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Soalan apa Yang Berhormat...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Salak bangun.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

...Berkenaan lebih pelajar wanita di universiti daripada lelaki, tetapi ramai yang telah berhenti. Tadi Yang Berhormat ada bagi 50.7 peratus mengatakan berhenti kerana ingin memberi masa sokongan untuk penjagaan kanak-kanak. Jadi saya hendak bertanya apakah Yang Berhormat ada menilai, apakah itu pilihan mereka sebenarnya mereka ingin menjadi full time housewife atau kerana tiada pilihan, kerana tidak ada sokongan yang sewajarnya seperti pusat penjagaan kanak-kanak yang mereka mampu bayar. Jadi saya rasa ramai di kalangan rakan sebaya saya mereka terpaksa memilih untuk menjaga anak kerana kurang sokongan, support system yang sedemikian.

final • 3:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apakah dari kajian statistik yang diberi ini, apakah ini adalah pilihan mereka atau kerana tiada pilihan atau sokongan yang sewajarnya.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Okey, saya nampak daripada pengamatan dan reality on the ground dia ada dua senario. Satu senario ada wanita yang berkahwin tetapi mereka tidak ada kemampuan ataupun sokongan yang lain, maka terpaksa duduk di rumah untuk menjaga anak-anak mereka walaupun mengikut hati mereka mahu bekerja.

Memang ada dan ramai kerana mereka mungkin ada tiga atau empat orang anak tiada siapa yang hendak bantu mereka, jadi mereka terpaksa dengan izin, sacrifice kehidupan dan impian, ambition mereka untuk bekerja dan menjadi sukses dalam hidup mereka, mereka terpaksa sacrifice, dengan izin, demi kasih sayang kepada keluarga. Memang ada.

Yang kedua Yang Berhormat, ada emerging trend pada hari ini, ada juga wanita yang berkelayakan dan berkemampuan terutama apabila mereka yang berkahwin pasangan yang mampu menyara kehidupan mereka, maka mereka membuat keputusan untuk duduk di rumah untuk menjadi suri rumah full time. Ini adalah pilihan mereka. Jadi kepada kami di kementerian Yang Berhormat yang sebaik-baiknya hadiah untuk mana- mana..

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Wanita di Malaysia biarlah mereka ini mampu untuk membuat keputusan. Maknanya, kalau dia rasa dia hendak keluar bekerja mesti ada jaringan dan juga initiative yang ada untuk memungkinkan mereka keluar bekerja tetapi kalau dia rasa dia tidak hendak, walaupun dia mampu boleh bekerja dia tidak hendak sebab dia hendak duduk di rumah, dengan izin, they find great joy being at home with the children, dengan izin, jadi kepada saya, jika dia boleh buat pilihan itu adalah yang terbaik.

Yang Berhormat Indera mahkota saya minta maaf sebab ramai lagi yang tunggu sudah lama Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kalau boleh.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Pasir Salak dulu.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya bagi Yang Berhormat Pasir Salak dulu Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Kita mengalu-alukan usaha kerajaan untuk membangunkan keusahawanan wanita dengan begitu komited sekali dengan memberikan peruntukan yang banyak.

Namun begitu, saya ingin penjelasan Yang Berhormat Menteri iaitu projek ini betul- betul akan dapat dijayakan kerana ada beberapa program yang telah dilaksanakan oleh kementerian Yang Berhormat, dia punya kaedah modus operandi dia itu kadang-kadang tidak mencapai matlamat melainkan banyak keciciran, ketirisan di sana sini dan peruntukan kerajaan yang begitu banyak itu merugikan, matlamat tidak tercapai.

Dalam hal ini saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, apakah caranya nanti latihan dan juga bimbingan kursus yang akan dilaksanakan itu melalui pelantikan pihak-pihak tertentu di luar daripada kementerian. Kalau ini, saya ingin menasihatkan supaya berhati-hati kerana apabila kementerian ada duit, banyak pihak yang hendak buat proposal, cadangan macam-macam hendak melatihlah, itulah, inilah, pandai sajalah tetapi matlamat mereka sebenarnya duit kementerian itu yang mahu dimakan. Dia tidak sangat mementingkan matlamat kementerian itu.

Jadi itu perlu berhati-hati sebab sebelum ini Yang Berhormat Menteri boleh menjawab, ada program untuk membangunkan masyarakat dan kesedaran tentang child care, tentang sahsiah dan sebagainya. Duit dibagi kepada NGO, tetapi bukan NGO itu yang melaksanakan program, pihak syarikat-syarikat tertentu pula datang jumpa NGO hendak pakai duit yang kementerian bagi itu laksanakan kursus.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang ini saya dapat maklumat ada beberapa NGO tidak tahu menahu dapat RM100,000 dapat RM50,000 suka hatilah mereka kononnya untuk melaksanakan program- program pembangunan kemasyarakatan, pembangunan keluarga dan sebagainya. Tup, tup datang pula pihak ketiga, syarikat pula yang kononnya telah diberi mandat oleh kementerian untuk ambil duit daripada NGO itu buat program. Ini yang menyebabkan NGO yang berkenaan pun berasa hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Jadi kita menaruh perasaan curiga, adakah kementerian ini, pegawai-pegawai ini berniaga dengan syarikat- syarikat tertentu ini. Betulkah tidak? Ini kita rasa curigalah. Itu satu.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kecurigaan timbul lagi bila barang-barang makanan, beri bantuan barang makanan 1AZAM, disimpan dalam kotak. Selepas itu, minta Yang Berhormatkah atau sesiapakah, tolong agih ke kawasan-kawasan. Makanan ini kualitinya begitu low. Low quality. Ikan-ikan bilis yang sudah lama-lama. Barang-barang yang sudah lama-lama. This is the expired or expiry datenya sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bila sampai kepada pengguna, already expired. So, who get the benefit? Who make money, dengan izin. Yang make money, the supplier of all those food items. Yang Berhormat mungkin tidak tahu pasal Yang Berhormat ambil gambar dengan mereka, keluar dalam surat khabar, cantik. Betul tidak? Tidak tahu Yang Berhormat ini dengan pegawai-pegawai ini. Dengan suppliers ini. How much? How many percent they make on the supply of the food and how much is your allocation on the food, how much, berapa banyak?... RM10 million, RM20 million or RM30 million?

Yang Berhormat, jangan nafi kalau tidak tahu. You have to go back and check with your officers. I am telling you this, because it happens. Kita di akar umbi, we get input and we get feedback. We meet with the ordinary people. Akan tetapi Yang Berhormat, yes you meet but how much time do you have, dengan izin? Most of your time with you officers. With high level people. You do not get this kind of feedback and also input.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sabarlah Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang tidak sabar ini kenapa? Duduk dulu!

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sokong, sokong.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sokong, duduk. I am speaking on your behalf, dengan izin... [Ketawa] I am sure you agree with me, but I am not one of you. Please, ya. I am making a very constructive, dengan izin, constructive criticism. So, this is the thing. Lagi satu saya hendak ingatkan juga. Wakil rakyat ini pun, yang dipertanggungjawabkan ini pun, sesetengah itu tidak bertanggungjawab. You kena check juga. Sudah bagi barang ini, patut edarlah kepada orang ramai iaitu rakyat. Dia simpan dalam bilik stor sampai tikus makan benda-benda itu termasuk gigit gambar Yang Berhormat sendiri pun kena gigit tikus.

So, this is the thing. You jangan happy sahaja tengok gambar keluar dalam surat khabar dan keluar dalam televisyen, serah itu serah ini. So, berbalik kepada peruntukan untuk pembangunan usahawan wanita ini. Pastikan bahawa ia dilaksanakan menepati hasrat kerajaan. Hari ini Menteri Kewangan Kedua pun ada di sini. Outcome-based. Hendak tahu apa outcome daripada peruntukan yang diberi itu. Bukannya activity based tetapi outcome-based. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya ringkas sahaja, hendak sebut sebab saya diminta oleh Yang Berhormat Ampang. Kebetulan dia ada perkara di luar, untuk membangkitkan semula isu berkenaan dengan cougar economy yang pernah disebut berkali-kali. Ramai rakan-rakan kita sebut, sebab potensi ini ada di Pantai Timur. Saya kebetulan mewakili kawasan di Pantai Timur.

Memang aspek potensi cougar economy ini memang besar. Akan tetapi saya terkejut ada satu maklumat dalam satu majalah mengatakan bahawa di Pantai Timur terutama di luar bandar, hanya 10 peratus sahaja di kalangan wanita yang memegang kunci kewangan keluarga, mempunyai akaun bank.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Hanya 10 peratus. Bermakna, dalam sepuluh orang, hanya seorang. Yang selainnya, barangkali membuat transaksi melalui tunai, secara tunai. Simpan di tempat- tempat yang tertentu dan sebagainya. Adakah kementerian tahu berkenaan dengan perkara ini dan apakah cadangan?

Kalau 10 peratus ‘kunci ketua rumah’ memegang ekonomi, tidak berurusan dengan cara yang betul, kita bagi RM500 satu keluarga pun belum tentu dapat disimpan dengan baik. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Yang Berhormat kata ini berleluasa di Pantai Timur ya? Sebenarnya perkara ini tidak boleh berlaku. Yang saya tahu ramai wanita di Pantai Timur terutamanya Kelantan mempunyai potensi dan juga pembabitan dalam bidang ekonomi yang begitu baik sekali. Jadi, saya rasa mungkin kita kena mempertingkatkan lagi kursus-kursus kewangan dan lain-lain untuk menentukan bahawa mereka ini memegang kunci dengan sebaik-baiknya nanti, insya-Allah. Untuk bagi menjawab...

final • 3:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja mengenai tadi tentang kursus-kursus. Saya mendapati bahawa kita menggunakan saluran media kita sebaiknya. Baik RTM, TV3 ataupun RTM2. Yang ada adalah program- program santai dalam bentuk wanita begitu. Akan tetapi kita tidak ada modul. Modul di mana wanita boleh menekuninya daripada ruang rumah mereka yang bersiri begitu. Jadi, ia berbentuk pendidikan. Kalau boleh kementerian organize, mengadakan modul-modul ini dengan slot-slot yang sudah tentunya wanita tahu sebab wanita ingin belajar.

Misalnya tadi, pengurusan kewangan. Kemudian reproduksi untuk bagaimana hendak mendidik anak dan sebagainya. Saya rasa modul-modul ini high time. Saya lama hendak luahkan perkara ini. Kita pergi ke universiti sampai tahap Ph.D tetapi tidak ada modul untuk bagaimana membesarkan keluarga. Apabila sebahagian besar daripada hidup kita, sebahagian masa yang panjang adalah dengan rumah tangga. Bagi orang yang memilih untuk berumah tangga. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri akan adakan modul-modul ini. Kita ada media dan sebagainya untuk secara yang teratur dan tersusun.

Bukan ad hoc. Ada seminar di sini, pergi. Ada kursus di sini, pergi. Jadi, berterabur merata ceruk begitu. Itu pandangan saya. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Okey, Yang Berhormat. Saya ambil maklum. Cuma saya hendak maklumkan ada dalam televisyen misal kata RTM, program- program yang berkala terutama untuk economic empowerment of women, dengan izin.

Program Zamzarina iaitu Apa Kata Wanita, misal kata. Saya tengok bahawa program beliau mempunyai berkala dan ia menggalakkan wanita untuk berniaga, khususnya suri rumah, belajar skills dan bagaimana untuk berniaga dan juga bab pasaran dari segi online pun. Itu sebagai contoh.

Keduanya, memang betul Yang Berhormat kata tadi banyak daripada program kita, kita buat on the ground. Memanglah cara yang terbaiknya kalau kita boleh engage, dengan izin, beberapa stesen televisyen untuk membantu kita menyebar luas. Misal kata, dalam parenting at work misal kata. Isu-isu seperti itu. Selalunya isu-isu seperti itu memang mungkin tidak..., saya tidak tahulah tetapi saya nampak bahawa mungkin tidak ada banyak commercial value dalam erti kata sebab macam kursus-kursus parenting dan lain-lain. Akan tetapi mungkin selepas ini saya dan semua daripada kementerian kita akan duduklah dan bincang tengok bagaimana kita boleh menangani isu itu.

Bagi menjawab beberapa teguran daripada Yang Berhormat Pasir Salak, saya ambil iktibar. Pada hari ini bersama-sama saya di Dewan ini daripada Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semualah yang ada, mereka mendengar teguran dan juga cadangan daripada Yang Berhormat. Kita akan ambil iktibar. Saya hendak maklumkan bahawa untuk perbelanjaan RM10 juta ini Yang Berhormat, untuk training ini, memang kepakaran itu bukan datang daripada kementerian, Yang Berhormat. Kita akan bekerjasama dengan Securities Commission dan juga dengan bursa saham dan juga badan-badan lain yang mempunyai kepakaran. Misal kata dalam bidang kewangan dan lain-lain.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Saya hendak katakan bahawa sebenarnya kita hanya offer courses supaya memberi kepakaran kepada wanita sebab kita ada pool of talent. Pool of talent. Selepas itu kalau ada syarikat-syarikat bursa saham dan lain-lain yang ingin, dengan izin, tap into the talent, bukan tidak ada talent pada hari ini. Di Malaysia ini begitu ramai wanita yang mempunyai kelayakan untuk..., sudah menduduki sebagai pengerusikah atau ahli lembaga pengarah. Sudah ada. Cuma kita hendak tentukan bahawa ada pool itu. Lebih ramai lagi sebab kalau ada syarikat-syarikat yang berminat, maka kalau dia rasa dia tidak ada tempat lain hendak pergi, dengan izin, they can tap into this pool. Itulah tujuan kita.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Rantau Panjang menyentuh mengenai nisbah pegawai JKM dengan client yang begitu tinggi. Ini bagi hendak menjawab tadi beberapa soalan. Mengenai nisbah pegawai JKM dengan client yang terlalu tinggi dan pegawai kaunseling di JKM yang dirasakan perlu kemahiran yang lebih. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Oktober 2011, jumlah pegawai dan kakitangan JKM ialah seramai 6,381 orang dan kakitangan.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Bilangan ini menjadikan nisbah pekerja kes dengan client di JKM adalah sebanyak satu pegawai untuk 200 client. Jika dibandingkan dengan model yang diguna pakai oleh negara maju seperti Australia misal kata, nisbah pekerja kes dengan client seelok-eloknya satu pegawai, 35 client sahaja. Kita satu pegawai, 200 client. Itu pun at best. Akan tetapi banyak kes di mana Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat terpaksa menguruskan lebih daripada 20 kes yang berhadapan dengan mereka.

Ini menggambarkan beban kerja yang terpaksa ditanggung oleh pegawai JKM pada ketika ini amat berat sekali. Keadaan ini menjadi lebih kritikal apabila berlaku bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran dan lain-lain. Dalam hal ini, kementerian melalui JKM telah melaksanakan beberapa inisiatif yang dapat membantu mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan sekali gus mengurangkan beban tugas pegawai JKM.

Di antara inisiatif yang sedang dilaksanakan adalah seperti proses perekayasaan kerja dengan izin, business process reengineering sejak bulan April 2011 di seluruh negara, bayaran bantuan melalui bank, penggunaan sistem e-bantuan serta pelantikan dan penempatan beberapa pegawai yang berlebihan di semua pejabat kebajikan masyarakat daerah.

Berhubung dengan isu kaunselor JKM yang dikatakan perlu meningkatkan kemahiran mereka, ingin saya jelaskan bahawa kaunselor JKM mempunyai kelayakan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling dan telah menjalani latihan khusus yang diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor selaras dengan Akta Kaunselor 1998.

Selain daripada itu, JKM turut mengguna pakai modul psikoterapi sebagai alat bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling. JKM juga telah merangka garis panduan pengurusan intervensi krisis di pusat pemindahan bencana bagi membantu mengendalikan kes semasa berlaku bencana. Penggubalan Akta Pekerja Sosial yang merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak JKM di bawah kementerian bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan, seterusnya meningkatkan profesionalisme pegawai-pegawai di jabatan.

Yang Berhormat Limbang menyentuh mengenai isu peruntukan kewangan untuk membina Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang baru memandangkan PDK...

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Isu kebajikan.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Ya, okey.

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ya. Terima kasih Yang Berhormat. Isu kekurangan pegawai bagi Jabatan Kebajikan, saya percaya Yang Berhormat juga tahu dan pernah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang lalu. Saya ingin mengambil kesempatan ini bertanya Yang Berhormat Menteri, berapakah tempoh masa yang ditetapkan untuk melengkapkan satu proses permohonan? Maksudnya, dari maklumat yang disampaikan kepada Jabatan Kebajikan, selepas itu pegawai turun padang pergi siasat, selepas itu pegawai balik untuk lengkapkan dokumen.

final • 3:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Pegawai hantar dokumen ke Ipoh, contohnya dari Batu Gajah ke Ipoh, dan Ipoh bagi maklumat balik sama ada lulus atau tidak kepada Batu Gajah. Pejabat Batu Gajah hubungi pemohon dan wang turun untuk bayar kepada pemohon.

Ini kerana saya dimaklumkan, malahan minggu lepas saya baru balik kawasan saya dan pergi Jabatan Kebajikan, saya dimaklumkan kes yang telah diluluskan bulan Jun ya, duit baru datang sekarang, kes-kes baru. Jadi saya rasa perlu diperbaiki lagi keseluruhan sistem ini sebab saya rasa ia sukar untuk diterima. Apabila kita terima satu kes, dia kena tunggu beberapa bulan baru boleh dapatkan duit. Apabila dia dapat Tuan Yang di-Pertua, dia dapat tunggakan. Kalau diberi RM300 bantuan orang tua, dia dapat tunggakan sebab dia telah diluluskan bulan Jun. So, dia dapat sekali gus dalam RM1,000 lebih. Jadi, apa akan terjadi kalau beberapa bulan sebelum itu dia mengalami kesulitan?

Padahal, kita sudah tahu dia perlukan bantuan. Jadi, saya pohon Yang Berhormat Menteri beritahu prosesnya. Ini satu perkara.

Saya menyedari kekurangan pegawai di kawasan Batu Gajah tetapi ada satu perkara yang boleh membantu meringankan. Contohnya, saya bagi satu kes minggu lepas, maklumat telah diserahkan kepada Batu Gajah tetapi kurang kakitangan. Orang yang merujuk kes saya kepada saya sudi pergi rumah bawa orang tua itu yang lebih 80 tahun dan anak dia cacat penglihatan. Sampai pejabat kebajikan hendak pohon kad OKU, pegawai ambil statement, pegawai kata kena pergi Hospital Batu Gajah untuk pemeriksaan mata. Isi borang laporan perubatan untuk mengesahkan benar-benar cacat penglihatan.

Akan tetapi selepas itu kena pergi kedai gambar, tangkap gambar.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada tanya pegawai kebajikan, kenapa ini tidak boleh sediakan tangkap gambar, fotostat IC, semua dokumen? Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi rumah lawat bawa pegawai kebajikan pergi, pegawai kata, “Ha, ini pergi sediakan ya, dapatkan salinan IC, bil air, bil elektrik, bil rawatan hospital.” Kalau kita tidak ada kamera untuk menangkap gambar, kita kena pergi kedai. Kadang-kadang di kampung-kampung tidak ada tempat untuk fotostat. Jadi, saya rasa perkara yang sangat senang kalau kita sudi bantu meringankan tugas pegawai, mesti ada kemudahan tangkap gambar, scan gambar kah, kamera mesti dibekalkan atau dokumen seperti kad pengenalan. Saya diberitahu kad pengenalan yang kita tangkap melalui kamera, kita print out, kita serah, ada pegawai dekat Ipoh kata tidak diterima. Kita mahu saiz yang betul. Mesti fotostat punya, tidak boleh tangkap gambar and print out. Important thing is maklumat.

Jadi, saya pohonlah. Perkara ini saya pernah bangkitkan dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini perkara yang boleh dilakukan, yang mampu dilakukan dan kami bersedia membantu. Akan tetapi pihak kementerian mestilah juga memainkan peranan, memberikan sokongan juga kepada pegawai. Ada pegawai di Batu Gajah, ada di antara mereka pegawai kontrak. Jadi kalau boleh mungkin ditambah insentif kepada mereka, ada

final • 3:40 PM

job security, lebih ramai akan sudi menyertai mereka. Yang Berhormat kata 1

  1. Tidak boleh tambah pegawai kah? Saya rasa ada ramai juga sedang mencari kerja dan suka bekerja dengan kebajikan. Jadi, saya pohonlah. Contohnya OKU tadi. Okey, terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil

Yang Berhormat, saya dengar ramai hendak minta supaya birokrasi yang ada pada hari ini dikincupkan. Ada juga dengan izin, there is call for birokrasi dikincupkan tetapi pada masa yang sama ada juga keperluan untuk hendak memperbanyakkan. Saya faham dengan izin, frustration Yang Berhormat katakan tadi. Kita di JKM kita sentiasalah hendak meningkatkan perkhidmatan yang diberikan.

Cuma, hendak berkongsi sedikitlah dengan Ahli Yang Berhormat keluhan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada hari ini, kes yang mereka kendalikan adalah sebanyak 439,156 kes. Kes-kes ini membabitkan manusia. Mereka ini bukan dengan izin, numbers in the computer. Saya hendak kata betul-betul. Saya tengok Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka bertungkus-lumus. It is not about dengan izin, okey, ini boleh dapat, itu tidak boleh dapat. Mengikut kita punya standard operating procedure, sebulan semua kena beres. Akan tetapi reality on the ground, ada kes yang tidak mampu mereka hendak buat sebab mereka tidak menang tangan.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil

Ini kerana, hendak jaga yang sakit dengan bencana dan lain-lain tetapi tidak apa, itu adalah urusan kementerian dan jabatan dan kita mesti sentiasa meningkatkannya. Itu saya faham dan saya pun sendiri hendak tengok supaya perkhidmatan yang diberikan pada hari ini lebih baik daripada apa yang diberi pada hari semalam. Akan tetapi, apabila saya tengok realiti on the ground, dengan izin, apabila pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan apa yang terpaksa dilalui oleh pegawai-pegawai itu, memang menyayat hatilah. Ini kerana mereka mengendalikan kes-kes manusia, insan yang selalunya mempunyai masalah.

Di bawah kementerian saya, kita dengan izin, dealing dengan kumpulan sasar

(target) yang memerlukan bantuan. Itu yang saya hendak kata hendak minta supaya Ahli Yang Berhormat memahami cara Jabatan Kebajikan menjalankan tugas.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, saya antara Ahli Parlimen, insan yang amat simpati dengan pegawai-pegawai Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya tabik dengan pegawai-pegawai Yang Berhormat Menteri. Kalau daerah saya di Batu Pahat yang merangkumi empat Parlimen, memang tidak menang tangan dia orang. Apa yang diluahkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah itu pun betul. Apa yang diluahkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah itu mungkin sama di semua Parlimen.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi masalahnya kekurangan tenaga. Jadi, macam mana Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat Menteri pun hebat orangnya kerja siang malam... [Dewan riuh] Tidak cukup siang, malam. Tidak cukup malam, siang. Ini saya cakap betul, saya tidak belok- belok. Memang dia seorang Menteri yang gigih, saya salute. Beliau antara Menteri yang saya hormati. Jadi, macam mana agaknya hendak menambah kerana beban itu macam Yang Berhormat kata tidak cukup tangan itu betul. Ini depan mata saya, lebih-lebih lagi waktu bencana alam. Kes-kes yang ada tidak ada tangan, tambah lagi sewaktu bencana alam, bertambah-tambah. Saya tengok macam pegawai wanita di kawasan saya, siang malam kerja, 18 jam, 20 jam sewaktu bencana. Kes-kes yang ada itu memang sudah tidak tertangani, tambah lagi.

Jadi, kalau tidak ada usaha hendak menambah bilangan itu dan kami di sini memang sedia menyokong tambah kakitangan bagi meringankan beban kerana 400,000 lebih ini bukan kecil. Saya harap Yang Berhormat Menteri gigih dan kami di belakang Yang Berhormat, di depan atau di belakang?.. [Disampuk] Bersama-sama Yang Berhormat.

Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi semangat kepada pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meneruskan perkhidmatan mereka. Saya janji bahawa kita akan tingkatkan lagi perkhidmatan dan Yang Berhormat Batu Gajah, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat ada di belakang ini. Saya rasa bahawa beliau sudah dengar tentang bagaimana patut ada scanning machine dan juga ambil gambar itu. Saya akan tentukan perkara ini akan menjadi kenyataan nanti, insya-Allah. Jadi, kalau ada idea-idea yang bernas lagi...

final • 3:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Hendak gambar mana Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 3:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sedikit. Isu...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tadi sudah bertukar-tukar telefon number, ada isu lagikah?... [Ketawa]

final • 3:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Belum lagi. Belum dapat nombor lagi.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Belum bagi lagi nombornya.

final • 3:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, sebab orang sudah janji hendak bagi nombor ini okeylah. Begini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi satu pandangan kepada Yang Berhormat. Saya akui bahawa perlu ada peningkatan, penambahan staf dan sebagainya tetapi bukan itu sahaja dalam soal kebajikan ini. Proses pembinaan minda masyarakat juga harus dilihat supaya melahirkan manusia jujur dalam soal untuk hendak mengharapkan soal kebajikan. Saya cukup bimbang, tidak mengapa kalau media hendak melaporkan kata saya mungkin mengkritik masyarakat dan rakyat tetapi saya melihat sendiri kadang-kadang tidak tahu bagaimana punca ini boleh menyebabkan masyarakat sudah tidak jujur dan hanya memikirkan soal diri dia.

Jadi, apabila kita lihat bahawa kadang-kadang report tuntutan kebajikan, dia tidak beri report yang betul dan jadi macam hendak ini... Adakah ini menyebabkan kerana dia merasakan “yang di atas pun sapu, kami pun sapu jugalah.” Saya hendak katakan bahawa kadang-kadang kita tengok di tempat-tempat banjir. Kita bawa tikar, Jabatan Kebajikan bagi tikar untuk orang ramai, dia bawa masuk dalam kereta dia, bawa balik rumah. Dia sudah jadi berebut benda-benda macam..., dianggap sebagai ghanimah untuk kepentingan mereka. Mungkin kerana mereka melihat bahawa yang di atas pun duduk peras juga.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Di atas macam itu, tarik baliklah. Tarik baliklah Yang Berhormat Pokok Sena, takkan macam tuduhan.

final • 3:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi ini yang saya hendak katakan bahawa daripada pemimpin sampai kepada pegawai dan sampai kepada masyarakat dan rakyat harus dibentuk pemikiran dan minda masyarakat. Saya katakan saya berhadapan dengan situasi ini. Ini kadang-kadang kita pergi pada masyarakat, dia duduk di tempat umpamanya tempat banjir, “Apa Yang Berhormat ini, kopi-O cair kah?” Saya kata “Hang duduk tempat ini, orang sukarela bancuh kopi ini. Bukan reti bancuh kopi pun.” Maknanya kita sudah jadi tidak jujur kepada diri kita. Saya hendak katakan bahawa ada kes-kes yang berkaitan dengan pertanian, umpamanya bendang tenggelam.

Siapa bendang tenggelam, sawah tenggelam boleh buat tuntutan ganti rugi tetapi yang sawah tidak tenggelam pun tuntut. Ia sudah menjadi ambil kesempatan.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Jangan panjanglah Yang Berhormat Gombak.

final • 3:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Oleh sebab itu saya katakan bahawa dia kena bermula daripada atas ke bawah, bawah ke atas untuk menyelesaikan persoalan ini.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahulah kes mana Yang Berhormat duduk jumpa tetapi kes yang saya jumpa itu memang yang teruk dan memang memerlukan bantuan, terlantar, cacat, tua tiada orang hendak bantu. Kalau Kerajaan Barisan Nasional tidak bantu, tidak tahu apa yang hendak jadi.

final • 3:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini dalam kes-kes bencana dan sebagainya.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Akan tetapi insya-Allah Yang Berhormat, kami di Jabatan Kebajikan Masyarakat – kita akan cuba sedaya yang boleh untuk meningkatkan perkhidmatan. Jadi, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan.

final • 3:50 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat, sedikit sahaja. Isu berkaitan bantuan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

It’s over Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

Insya-Allah kami daripada kementerian kita akan sentiasa berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Sekian assalamualaikum warahmatulallaahi ta’ala wabarakaatuh.

final • 3:50 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kenapa sudah habis? Allah!

final • 3:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Menteri belum jawab lagi satu soalan saya sebenarnya, mengenai KWSP... [Dewan riuh]

final • 3:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Nafkah, tadi kata hendak jawab tetapi tidak jawab pun mengenai isu nafkah.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya jemput Kementerian Luar Negeri.

final • 3:50 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Luar Negeri, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2012 di peringkat dasar di Dewan yang mulia ini iaitu dari 10 Oktober hingga 20 Oktober 2011. Sesungguhnya Kementerian Luar Negeri amat menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti isu-isu yang dibangkitkan, izinkan saya memberikan penjelasan terhadap perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Luar Negeri yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan oleh enam orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu telah menyentuh mengenai peruntukan Kementerian Luar Negeri yang agak terhad. Terima kasih kerana membangkitkan perkara itu dan tidak mencukupi bagi menjalankan usaha-usaha mempromosikan gerak kerja dasar luar negara yang begitu mencabar. Namun begitu, pada pemerhatian beliau dalam masa yang sama kerajaan sanggup membelanjakan wang untuk mendapatkan perkhidmatan perunding-perunding luar dan ia telah membawa kepada satu dasar luar yang bertentangan dengan dasar-dasar negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Balik Pulau pula semasa mencelah telah bersetuju dengan isu berkenaan. Malah beliau juga mengandaikan Malaysia mempunyai hubungan dua hala secara tidak langsung dengan Israel disebabkan penggunaan perunding-perunding luar tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai peruntukan kewangan yang diagihkan kepada Kementerian Luar Negeri.

Seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, sejak beberapa tahun yang lalu, peruntukan belanja mengurus kementerian ini adalah amat terhad jika dibandingkan dengan peruntukan-peruntukan yang telah diberikan kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, peruntukan yang diagihkan telah meningkat dari tahun ke tahun berdasarkan kepada prestasi kerja kementerian ini dalam menjalankan kegiatan-kegiatan yang dirancang demi mencapai objektif negara di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang.

final • 3:55 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Minta sedikit laluan.

final • 3:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Arau bangun Yang Berhormat.

final • 3:55 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Saya belum habis ayat.

final • 3:55 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Akan tetapi akan tetap bagi laluan?

final • 3:55 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Kementerian ini memahami kedudukan semasa kewangan negara...

final • 3:55 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Akan bagi laluan?

final • 3:55 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Dan tetap komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya melalui perbelanjaan yang berhemah dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

final • 3:55 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai andaian Yang Berhormat Batu bahawa dasar luar tidak selaras dengan dasar negara. Kementerian Luar Negeri ingin menegaskan bahawa Malaysia mengamalkan dasar luar negara yang bebas dan berkecuali demi melindungi dan memajukan kepentingan dan kedaulatan negara. Ini adalah selari dengan dasar-dasar negara keseluruhannya. Oleh yang demikian, andaian Yang Berhormat Balik Pulau adalah tidak benar dan kementerian ini ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Israel. Dasar ini adalah amat jelas dan ia tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.

final • 3:55 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Boleh minta penjelasan?

final • 4:00 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Ini boleh sebab ini dibangkitkan oleh beliau.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa bermula sekitar 1960-an kita telah mengambil keputusan untuk tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel di atas sebab-sebab dasarnya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kebetulan semalam ada perbahasan yang ada kaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan mengenai kemasukan ahli sukan daripada Israel yang mana kita membahaskan dan secara jelas kita katakan yang kita pertikaikan adalah dasar dan pilihan kerajaan. Akan tetapi mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jelaskan agar rakyat boleh faham apabila kerajaan membenarkan terutama dengan bantuan Menteri sendiri membenarkan kemasukan pemain bola sepak Chelsea, ahli sukan Muay Thai untuk datang ke Malaysia dan saya yakin isunya national security, tidak mungkin mereka dapat masuk tanpa bantuan, dengan izin, ministerial assistant.

Mungkin di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jelaskan kepada kita bagaimana hubungan diplomasi yang dikatakan dihentikan itu tetapi dari segi praktikalnya ada berlaku di dalam ruang yang lain supaya rakyat lebih jelas. Kebetulan soalan Yang Berhormat Bakri mengenai ada juga barangan-barangan yang diimport dan eksport, berurusan, saya tidak faham. Soalannya tidak dijawab, dia tanya soalan lain tetapi saya khusus menteri kerana ada dalam contoh-contoh yang lain hubungan putus tetapi pelantikan APCO dan sebagainya itu memberi ruang lain secara, dengan izin, back door bahawa urusan hubungan Malaysia dan Israel ada ruang berurusan. Jadi saya rasa atas sebab-sebab sekuriti dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sovereignty perkara ini perlu dijelaskan, mohon penjelasan.

final • 4:00 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Yang Berhormat rakan saya daripada Balik Pulau. Saya tidak tahu mana satu ahli sukan yang beliau maksudkan tetapi mengikut nota yang ada pada saya di sini, kemasukan atlet warganegara Israel ke Malaysia iaitu yang ada pada kita ialah Ilya Grad bagi rancangan The Challenger Muay Thai tersebut dengan maaf tidak dirujuk kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia, tidak dirujuk.

final • 4:00 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Nanti dulu, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, biarkan saya habis menjawab soalan sebab dia ada membangkitkan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Balik Pulau telah membangkitkan satu soalan yang perlu diperjelaskan. Dasar Malaysia, kita memang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel disebabkan konflik Palestin-Israel yang sehingga kini belum selesai lagi. Itu hubungan bilateral ataupun diplomatic relation kita dengan Israel, tidak ada hubungan.

Jadi tentang kemasukan, saya sebutkan di sini. Walau bagaimanapun, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik, kerajaan dari semasa ke semasa boleh melonggarkan syarat-syarat untuk kemasukan warganegara Israel ke Malaysia bagi menghadiri mesyuarat, persidangan antarabangsa dan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan tetapi dengan syarat-syarat tertentu tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

final • 4:00 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

(i) kemasukan warganegara Israel mesti mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri untuk masuk ke Malaysia. Mereka juga perlu mendapatkan dokumen perjalanan yang membolehkan mereka untuk masuk ke Malaysia iaitu document Niue Personalized or passport yang dikeluarkan kepada warganegara Israel untuk memasuki Malaysia;

(ii) jemputan untuk penyertaan mereka ini perlu dibuat oleh penganjur mesyuarat atau persidangan atau kejohanan antarabangsa berkenaan dan bukannya Kerajaan Malaysia; dan

(iii) penyertaan warganegara Israel di dalam mesyuarat atau persidangan atau kejohanan antarabangsa berkenaan juga hendaklah berbentuk low profile, ini bererti tidak boleh diberikan publisiti oleh media tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, ada juga syaratnya, kita sedar bahawa sensitif rakyat mengenai kemasukan rakyat Israel ke Malaysia perlu diberi perhatian juga yang sewajarnya. Jadi sekatan ke atas penyertaan warganegara Israel memang mungkin akan menjejaskan hasrat negara menjadi tuan rumah kepada mesyuarat atau persidangan antarabangsa atau penganjuran kejohanan sukan antarabangsa dan sebagainya.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, ini last saya sebut tentang ini, sekiranya warganegara Israel disekat...

final • 4:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Nanti Yang Berhormat Arau, sekejap. Saya ulang, sekiranya warganegara Israel disekat daripada menyertai mesyuarat, persidangan atau kejohanan bertaraf dunia ini, besar kemungkinan akan terdapat bantahan atau penarikan diri daripada negara-negara sekutu Israel seperti Amerika Syarikat. Yang Berhormat Arau.

final • 4:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun tadi rakan daripada Balik Pulau telah membangkitkan soal kemasukan beberapa pemain seperti bola sepak. Saya rasa Yossi Benayoun yang mewakili Liverpool itu tidak dibenarkan bermain ketika mengadakan friendly match di Malaysia baru-baru ini, mungkin pihak kementerian menapis perkara ini. Cuma saya ingin tahu hubungan kita dengan Israel ini ada dua perkara, satu perkara tersurat dan satu perkara tersirat. Pertama kita melihat penubuhan negara Israel itu sendiri dicetuskan oleh British dan British juga kita tidak dapat lari daripada menjalinkan hubungan rapat dalam CHOGM kerana mereka pernah menjajah negara kita dan kita terpaksa menggunakan teknologi dan sebahagian daripada teknologi itu juga dibuat di Israel dan dihantar menerusi negara ketiga dan dipasarkan seperti biasa.

Begitu juga dengan bidang pertanian, Israel adalah negara yang paling maju sekali kalau dalam composite fertilizer, nombor satu dalam dunia. Thailand menggunakan sepenuhnya barangan daripada Israel. Misalnya kita hendak strengthen commodity kenaf di negara kita, V36, itu ‘brick’ yang tidak ada dalam dunia lain kecuali dua negara Israel dan Guatemala. Kita tidak ada pilihan, kita terpaksa menggunakan negara itu kerana kita hendak strengthen commodity ini di negara kita.

Jadi pandangan kerajaan, saya rasa kerajaan pun dalam keadaan serba salah melihat satu perkara negara itu terlalu maju dari segi teknologi pertanian, dan yang kedua, hubungan diplomatik kita tidak ada dan peluang-peluang ini juga diambil oleh negara lain untuk mereka mendahului kita terutamanya dalam sektor pertanian yang menyebabkan kita perlu melihat daripada banyak segi. Saya tidak menyokong Israel tetapi saya bercakap tentang hakikat tersurat dan tersirat di sini. Di Kelantan pun, kalau tidak, buat apa kita hendak ambil Thames, Thames ini juga syarikat British. Begitu juga kalau kita hendak melihat banyak perkara yang menjadi asas pertikaian.

final • 4:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Jadi Yang Berhormat, saya mohon satu penjelasan daripada kementerian sama ada kita tidak akan gunakan langsung atas dasar memang kita seorang penyokong Palestin, perkara ini kita tidak akan terlibat langsung dalam apa-apa juga elemen termasuk sukan dan sebagainya. Pandangan jelas daripada pihak kementerian.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh disatukan sekali untuk jelaskan seluruhnya? Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sebenarnya mahu penjelasan sedikit lanjutan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana saya melihat ketika ini dasar luar negara agak sedikit berbeza pendekatannya, kurang jelas pada pandangan saya berbanding dengan yang lalu.

Sekurang-kurangnya apabila di bawah pentadbiran ayah Yang Berhormat Jerlun, Tun, pendekatannya jelas. Kita menjadi jurucakap, kita ambil none allied dan pelbagai yang memang kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri lebih faham, pegawai lebih faham di dalam gerak kerja dasar luarnya itu nampak jelas dari segi arah tujunya.

Mohon penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kita di kala ini mengambil kira juga penerangan Yang Berhormat Arau, keperluan-keperluan lain, ingin jelas saya katakan Israel dari segi indicators petunjuk yang lain, demokrasinya, universitinya dan sebagainya, itu saya rasa kalau dari segi pandangan kerajaan lain memang satu perkara yang hebat. Akan tetapi saya rasa sebab kita memutuskan hubungan diplomasinya ialah disebabkan apa yang dilakukan dasarnya terhadap Palestin.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya rasa itu Malaysia isytiharkan dengan penuh jelas dan secara konsisten selama ini. Kekhuatiran saya di dalam kita merangka gerak kerja dasar luar ini, seolah-olah agak longgar, kabur apatah lagi dengan izin ruang-ruang gerak kerja dasar luar bukan lagi monopoli kementerian kerana ianya bersifat konsultan, bersifat pelbagai, satu.

Keduanya Menteri, sedikit penjelasan, apabila dikatakan media, tanpa publisiti media. Saya bagi contoh Muay Thai tersebut, itu anjuran ESPN, memang terdapat siarannya di dalam negeri. Jadi saya khuatir rakyat Malaysia, kita di Dewan boleh memberi satu kriteria yang jelas, tapi rakyat tidak faham kerana dengan izin, apabila Palestin memohon pengiktirafan di Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini, dengan izin saya mohon kita tidak menyatakan sikap yang bagi saya betul-betul, saya rasa menyatakan tidak bersetuju dengan Israel tersebut, apatah lagi Amerika.

Saya dalam banyak segi bersetuju dengan Obama dalam aspek tertentu tetapi dalam aspek itu saya setuju dengan Yang Berhormat Sri Gading, Obama dengan lantang dengan secara angkuh menyatakan kita tidak boleh iktiraf Palestin. Saya rasa Malaysia ketika itu mempunyai peluang untuk menunjukkan kita merupakan jurucakap negara Islam yang sebelum ini saya tahu OIC dan sebagainya dengan izin, political capital kita yang besar itu, boleh menunjukkan bahawa Malaysia dari segi dasar luarnya jelas, apa sahaja berkaitan dengan dasar negara haram Israel ini, kita jelas. Mohon penjelasan Menteri, adakah kriteria-kriteria ini akan mengubah satu dasar luar yang jelas atau agak longgar?

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan Timbalan Menteri. Saya pun melihat bahawa walaupun saya setuju secara umumnya dengan apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Arau bahawa ada kelebihan dari segi teknologi yang ada di Israel dan sebagainya, tetapi ini jangan menjadi sebagai satu alasan atau hujah untuk hendak kaburkan pendirian kita terhadap hubungan diplomatik dengan Israel itu sendiri dan soal lawatan dan kemasukan warganegaranya ke dalam negara kita. Ini kerana selepas dia keluar, yang atlet itu, dia mengeluarkan kenyataan, dia kata bagaimana dia diberikan satu yang boleh dikatakan secara sinis, dikatakan berikan layanan yang cukup istimewa, ditahan selama 29 jam oleh pihak imigresen, selepas itu datangnya arahan daripada Menteri, kena isi borang yang khas, pasportnya tidak dicop dan sebagainya.

Akhirnya dapat dimasukkan selepas itu apabila bertanding, bagaimana semua yang melihat itu begitu bias terhadap dirinya, begitu juga dengan pengadil walaupun dia sebenarnya menang, tetapi akhirnya diputuskan dia kalah dan sebagainya.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau kita menganggap dengan kita memberikan dia masuk, maka kita akan dapat meningkatkan hubungan ataupun imej kita dengan lebih baik dengan Amerika Syarikat, dengan United Kingdom dan sebagainya, saya rasa kita tersilap kerana dia memperlekehkan dan mentertawakan kita bahawa kita ini kononnya menentang Israel dan penindasan terhadap rakyat di Palestin dan sebagainya, tetapi selepas itu kita benarkan dia masuk dan lepas itu, kita tunjuk sikap kita yang begitu anti dan sebagainya. Lalu dia mentertawakan kita.

Saya rasa apabila Menteri buat satu keputusan untuk memberikan kebenaran khas untuk membenarkan dia masuk, itu merupakan satu kesilapan yang besar, yang mana pada asalnya apabila Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan program itu, sepatutnya mereka lebih teliti kerana mereka tahu bahawa ianya merupakan satu pertandingan di peringkat antarabangsa dan kemungkinan besar ada atlet-atlet yang dari negara-negara seperti Israel yang perlu ditapis daripada awal.

Saya rasa satu kesilapan, two wrongs don’t make a right. Kalau Kementerian Belia dan Sukan kata tersilap kerana tidak tapis senarai nama-nama peserta dengan teliti, itu dah satu kesilapan. Selepas itu Kementerian Luar pula memberikan kelulusan untuk dia masuk, itu merupakan satu kesalahan yang kedua. Two wrongs don’t make a right. Kita dah melakukan satu kesilapan, kita sepatutnya dari awal minta maaf kepada pihak penganjur dan mengatakan bahawa dia tidak boleh datang kerana memang tidak ada hubungan diplomatik antara kita dengan Israel.

Itu merupakan satu ketegasan yang perlu kita zahirkan. Kalau tidak, apa maknanya kita ada satu dasar tetapi kita sendiri langgar. Apa yang lagi teruk, datang ke Dewan ini hendak salahkan Kerajaan Negeri Selangor... [Dewan riuh] Seolah-olah negeri Selangor pula yang bawa dan hendak anjurkan dan sebagainya. Sedangkan kita tahu penganjur program itu adalah... [Dewan riuh]

final • 4:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

RM5 juta, RM5 juta, Selangor bagi duit. Yang Berhormat Shah Alam bukan tahu. RM5 juta Selangor bagi.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Yang menjemput segala peserta adalah daripada Kerajaan Barisan Nasional, bukan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Ini merupakan satu pemutar belit yang terhebat.

final • 4:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sebanyak RM5 juta Selangor bagi

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, duduklah.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini hasil daripada berkawan dengan Israel, jadi macam ini.

final • 4:10 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Itu hendak jadi tidak serius lah itu, daripada elok-elok, beritahu Yang Berhormat Pokok Sena itu.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Putar belit hakikat nak meletakkan kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak Menteri Belia dan Sukan, lepas itu dilakukan pula oleh Kementerian Luar Negeri dan lepas itu hendak salahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Ini merupakan satu sikap yang cukup memalukan.

final • 4:10 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Seorang Ahli

Jangan jawab.

final • 4:10 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

No, mesti jawab, nanti orang cakap kita pengecut... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, tiga orang Yang Berhormat semasa pencelahan iaitu Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Shah Alam.

Jadi saya pergi ke perkara-perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Shah Alam dahulu iaitu mengenai Dasar Luar Negara kita. Saya tegaskan di sini bahawa Dasar Luar Negara Malaysia tidak pernah berubah, itu satu, ia tidak berubah. Tepuklah tangan kawan-kawan di belakang... [Tepuk] [Ketawa] Okey, sebab ia betul, sebab Yang Berhormat bekas Menteri ada di belakang saya, dasar kerajaan Malaysia tidak pernah berubah, tidak pernah berubah... [Tepuk]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, jangan jadikan seperti gelanggang Muay Thai Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tentang soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam, sebenarnya yang menyebut Selangor dan sebagainya, saya menjawab di sini, saya tidak berniat untuk mempolitikkan apa sebenarnya berlaku. Apa yang saya jawab adalah berdasarkan kepada perkara-perkara dan isu-isu yang telah dibangkitkan semasa perbahasan Bajet 2012. Sebenarnya saya berhak untuk tidak menjawab apa yang telah dibangkitkan sebab ia tidak dibangkitkan semasa perbahasan.

Ini kerana mengikut peraturan mesyuarat, apa yang tidak dibangkitkan dalam perbahasan, saya berhak untuk tidak menjawab. Walau bagaimanapun, saya ingin menjelaskan agar yang kurang jelas itu lebih dapat dijelaskan...

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Jadi tentang apa yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Arau, saya amat berterima kasih kepada beliau oleh sebab..., saya tidak akan menjawab di sini tetapi di belakang sana terdapat lebih kurang sepuluh orang pegawai kanan Kementerian Luar Negeri, kementerian saya dan mereka memang telah diarahkan untuk mengambil nota-nota dan apa yang bernas kita ambil sebagai iktibar dan untuk perhatian, apa yang tidak bernas, kita akan biarkan. Jadi saya bagi kawan kita Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya hendak tanya ringkas sahaja iaitu tadi Yang Berhormat jawab boleh orang Israel datang ke Malaysia atas dasar mesyuarat, sukan, tidak ada publisiti, low profile. Saya rasa kelirulah. Bila kita tidak iktiraf sebuah negara Israel, kita tidak boleh lagi membenarkan mereka masuk. Jadi seolah-olah macam kita menipu diri kita sendiri. Ini jadi double standard. Saya cakap ikhlas sebab kalau ada pihak-pihak bertanya, kita hendak jawab pun susah. Kita tidak ada hubungan diplomatik tapi kita benarkan mereka masuk...

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jangan kacaulah Yang Berhormat Shah Alam, duduk... [Ketawa] Saya tengah bercakap lagi. Jadi sekian terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingat...

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Timbalan Menteri, sikit sahaja, ringkas sahaja.

final • 4:10 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Cukuplah Yang Berhormat Shah Alam kerana kadang-kadang beliau memutarbelitkan fakta.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak tanya, Timbalan Menteri beginilah...

final • 4:10 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih...

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Maknanya kalau lain kali, kalau ada peserta sukan Israel datang, dia sangkut, maknanya akan beri jugalah?

final • 4:10 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak memberi floor...

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Maknanya ini akan menjadi standard procedurelah?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, duduklah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dia tunggu dekat airport. Kita takut dengan Amerika, kita takut dengan Britain, kita takut peserta semua tarik diri maka kita akan beri.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau itu menjadi dasar negara, maka tidak payahlah kita ada satu dasar yang kata tidak recognize Israel itu. Saya tidak setuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas tetapi hari ini saya setuju, poin ini.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya rasa kita kena tegas.

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak memberi floor.

Jadi macam mana beliau boleh bercakap?... [Ketawa] Peraturan mesyuarat dengan terang menyatakan bahawa kalau si mempunyai floor itu berucap dan dia berdiri, orang lain tidak boleh bercakap.

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Betul, betul.

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Jadi mengapa Yang Berhormat Shah Alam ini bercakap?

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak ajar Tuan Yang di-Pertualah. Ini jadi masalahlah.

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Ini Dewan, bukan JKK Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia maklumkan standing order kepada Ahli Parlimen semua.

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Saya telah berada di sini selama 20 tahun. Tuan Yang di-Pertua, mengenai kawan kita dari Pasir Mas, terima kasih di atas pemerhatian itu.

Seperti mana yang saya sebutkan sebentar tadi, sama juga dengan Yang Berhormat Arau, pegawai-pegawai kita akan mengambil perhatian.

final • 4:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Ya, kawan saya Yang Berhormat Pokok Sena, saya mesti bagi.

final • 4:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat kata dasar kita tidak pernah berubah. Dasar yang bertulis itu tidak pernah berubah. Dasar luar negara kita dari segi hubungan diplomatik dengan Israel itu tidak pernah berubah. Saya akui bahawa dari segi dasar yang bertulis itu tidak pernah berubah tetapi di dalam amalan- amalan yang berlaku ini menunjukkan bahawa Malaysia menjalinkan hubungan, kalau pun tidak dikatakan hubungan diplomatik tetapi hubungan dagang umpamanya. Saya pernah menyebut di Dewan ini bagaimana eksport yang berlaku antara Malaysia dengan negara- negara haram Israel. Itu satu.

Keduanya, tadi Yang Berhormat menyatakan bahawa kita panggil mereka itu kerana kebimbangan. Kita takut nanti ada negara-negara sekutu dengan Amerika akan menarik diri dari kejohanan tersebut. Dulu saya ingat semasa kemasukan pasukan kriket daripada Israel yang saya terlibat dalam bantahan yang membawa kepada saya dipenjarakan selama dua bulan tempoh hari, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa kita bawa mereka itu, anak-anak muda ini kerana untuk memperkenalkan kepada mereka bagaimana kita ini dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Seolah-olah kita berharap mereka ini belajar daripada kita tetapi saya tidak nampak di mana mereka belajar daripada kita. Jadi hari ini kita bawa pula bukan atas dasar mereka itu hendak belajar daripada kita. Kerana apa? Kita takut bahawa akan ada orang lain nanti akan ambil tindakan boikot terhadap kita.

Jadi saya lihat bahawa alasan-alasan diberikan itu kadang-kadang bersilih ganti.

Zaman Tun begini, zaman sekarang kita berikan alasan-alasan yang sebegini rupa. Jadi sebab itu saya minta bahawa perlu ada ketegasan kita dalam soal pelaksanaan dasar luar negara kita. Kalau kita kata tidak ada hubungan diplomatik, ya tidak ada hubungan diplomatik.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kalau peserta daripada Israel tidak datang...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup, cukup Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya rasa tidak ada pun kecacatan kepada kejohanan tersebut. Kenapa kita tidak sensitif bahawa kalau kita panggil mereka, mungkin negara-negara lain yang benci dengan Israel tidak akan menyertai. Sepatutnya kita ada hujah sebegitu tetapi hari ini kita takut kepada sekutu Israel, sekutu Amerika menarik diri daripada kejohanan tersebut. Jadi saya minta kementerian buat siasatanlah perkara ini.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Bagi betis hendak pehalah ini.

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, dari mula-mula tadi saya cakap dasar luar negara kita memang tidak berubah. Akan tetapi mungkin ada dari kita yang berada di sebelah sana tidak mendengar atau sengaja tidak mahu dengar ayat nombor dua saya itu yang berbunyi, “Walau bagaimanapun, kerajaan dari semasa ke semasa boleh melonggarkan syarat-syarat untuk kemasukan warganegara Israel ke Malaysia bagi menghadiri mesyuarat atau persidangan antarabangsa dan penyertaan dalam aktiviti sukan antarabangsa”. Itu mungkin silap dan itu sebenarnya telah tercatat dari dulu lagi.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Jadi Yang Berhormat Shah Alam, minta maaf saya tidak akan bagi.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pasir Salak sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Ya.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang low profile itu tidak baca. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak baca yang low profile.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Low profile yang tidak dapat publisiti yang tinggi dan sebagainya itu tidak baca.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya ingin pergi kepada tajuk yang agak berlainan sedikit daripada hubungan dengan Israel tadi. Saya ingin bertanya penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai apa yang berlaku di Libya. Kita melihat bahawa di Libya berlakunya peperangan saudara di antara dua puak. Puak itu walaupun dua puak tetapi rakyat Libya yang kerajaan Amerika dan NATO sokong, satu puak menentang kerajaan yang ada, kononnya untuk membela kumpulan ini daripada dizalimi oleh kerajaan.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita lihat ialah apa yang dilakukan oleh kumpulan ini disokong oleh Amerika dan juga NATO ini lebih zalim dari apa yang dilakukan oleh kerajaan. Gaddafi yang sudah ditangkap, ditembak, disepak, diterajang. Ini apa namanya? Kata membela untuk perjuangan, untuk keadilan, untuk hak asasi, itu dan ini tetapi apabila mereka mendapat tempat kemenangan, mereka menunjukkan kezaliman yang lebih dahsyat lagi. Jadi apakah pandangan atau pendirian Kerajaan Malaysia kepada keadaan yang seperti ini?

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya baca bahawa kita sudah membuat satu pendirian mengiktiraf kerajaan sementara, NTC? Bagaimana boleh kerajaan membuat satu keputusan, pendirian yang tergesa-gesa dalam hal ini? Kalau kita bercakap soal keadilan, soal membela rakyat dan sebagainya, di sini tidak jelas. Siapa yang menzalimi siapa? Begitu juga di Iraq tempoh hari berlaku. Kononnya Amerika hendak membantu rakyat Iraq yang ditindas dan dizalimi oleh Saddam Hussein tetapi apa yang berlaku, pembunuhan yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas rakyat Iraq lebih ramai lagi dari apa yang telah berlaku di bawah pemerintahan Saddam Hussein. Siapa yang zalim sebenarnya dalam kes ini?

Kita sebagai satu kerajaan yang berdaulat dan juga bermaruah, berprinsip, kita kena berhati-hati dalam membuat pendirian yang mana kita sokong, yang mana kita iktiraf.

Terima kasih kalau boleh dapat penjelasan.

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya walau bagaimanapun, terima kasih dahulu kepada Yang Berhormat Pasir Salak kerana telah membangkitkan perkara yang berlaku di Timur Tengah iaitu di Libya dan Egypt.

Jadi jawapan saya macam ini. Dasar luar negara adalah untuk berbaik-baik dengan negara luar. Nombor satu.

Nombor dua, dasar luar negara adalah untuk tidak campur tangan dengan undang-undang atau dasar atau apa yang berlaku dalam negara lain. Itu dasar kita. Maka jawapan kita adalah – saya tidak mahu buat komen tentang ini sebab dasar kita adalah, nombor satu dasar luar negara adalah untuk berbaik-baik, menjalinkan hubungan baik di antara negara kita dengan negara-negara yang lain, dan keduanya, kita tidak boleh campur tangan dengan dasar-dasar negara lain.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Jadi Yang Berhormat Balik Pulau, saya teruskan...

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Boleh sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Minta maaf.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri yang budiman.

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Saya akan teruskan sebab I have so many pages to go.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Selepas ini.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Selepas ini Yang Berhormat Timbalan Menteri ya.

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, ini tentang what we call IDFR. Selain dari yang saya maklumkan awal tadi, kementerian ini juga tidak terkecuali dari memikul tanggungjawab bagi menjayakan semua program dan inisiatif kerajaan untuk memajukan dan menjaga imej negara kita yang tercinta ini, Malaysia.

final • 4:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri melalui Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam, iaitu JPDA telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program memupuk dan memantapkan lagi imej kerajaan di dalam dan di luar negara.

Tanggungjawab tersebut dilaksanakan melalui tiga aktiviti iaitu program seranta, program penerangan dan diplomasi awam dan program mendampingi rakyat Malaysia atau dalam ringkas (PMRM). Yang berada di luar negara dan acara-acara sosiobudaya di perwakilan diplomatik Malaysia.

final • 4:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

[Bangun]

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, I’m not giving the floor.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk dahulu Yang Berhormat Segambut dan Kuala Selangor.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

No, no. I’m not giving the floor.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sebab apa?

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Sebab masa tidak mengizinkan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah jelas Yang Berhormat Kuala Selangor. Selepas ini Yang Berhormat boleh tanya.

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, not give you selepas because I have several pages to go... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, janganlah gelak kawan serius di sini. Tuan Yang di-Pertua, dia serius tetapi nampak senyum. Sebab dia memang 24 jam senyum macam kawan saya Yang Berhormat Pokok Sena juga. Dia nampak senyum, tetapi dia serius waktu berucap. Jadi kita samalah warna baju pun sama semalam, hari ini pun sama...

final • 4:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Arau, terima kasih Arau dalam ucapan perbahasan telah menyarankan agar duta-duta besar kita di luar negara harus lebih dengan izin, media friendly dan business minded. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kerana baru masuk. Dalam hal ini, beliau telah membandingkan duta kita di Indonesia dengan duta besar kita di Kemboja.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas saranan berkenaan dan Kementerian Luar Negeri menghargai pandangan-pandangan membina seumpama ini. Dalam hubungan tersebut sukacita saya menjelaskan bahawa duta-duta dan para diplomat kita di luar negara senantiasa menjalinkan hubungan mesra dan baik dengan pihak media dan dewan-dewan perniagaan...

final • 4:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Minta laluan.

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Dengan izin, Chinese Chambers of Commerce.

Ayat belum habis pun sudah minta serta ahli-ahli perniagaan di negara tuan rumah. Tuan Yang di-Pertua, namun begitu kita juga tidak boleh membandingkan seseorang duta di satu negara dengan seorang duta di negara yang lain. Ini kerana situasi tempatan atau local environment atau norma-norma tempatan (local norms) di negara-negara mereka bertugas adalah berbeza. Dalam hal sebegini pengetahuan silang budaya atau cross cultural knowledge memainkan peranan penting untuk menjalankan tugas masing-masing dengan lebih berkesan lagi.

Disebabkan hal-hal tersebut, kursus-kursus yang dianjurkan oleh Institut Diplomasi dan Hubungan Luar telah memainkan peranan penting dalam menyediakan duta-duta besar dan pegawai-pegawai kedutaan kita sebelum mereka ditugaskan ke luar negara...

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Arau juga telah memohon supaya Kementerian Luar Negeri memberikan penjelasan terhadap celahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Gombak. Dia tidak ada di sini.

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Mengenai dakwaan bahawa isteri Duta Besar Malaysia ke Filipina, Yang Berbahgia Datin Sri Zainab bin Abu Kadir dikatakan telah membuat satu komen negatif kepada pejuang kebangsaan Filipina iaitu Mendiang Jose Rizal. I don’t know whether I should answer because Yang Berhormat Gombak tiada di sini.

Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, jawapannya begini. Tuduhan dalam artikel sebuah akhbar tempatan tersebut adalah fitnah semata-mata oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Di mana mesej dan Twitter berkenaan adalah tidak sahih. Malaysia menganggapkan perkara tersebut sebagai selesai. Apabila pihak akhbar berkenaan telah menyiarkan keseluruhan isi kandungan surat dari Datin Sri Zainab yang menjelaskan keadaan sebenarnya. Atas dasar persahabatan yang akrab di antara Malaysia dan Filipina, Kerajaan Filipina tidak melihat perkara tersebut sebagai satu isu yang menjejaskan hubungan dua hal antara dua negara berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya pergi kepada isu pengundian di luar negara...

final • 4:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Minta laluan.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri penjelasan kepada media.

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Okey, I give you kasihanlah.

final • 4:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ini mengenai isu duta. Saya hendak minta penjelasan apa yang dibuat oleh duta special iaitu Dato’ Sri Samy Vellu. Dia duta special kan? Apa tugas dia?

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Special envoy, special envoy.

final • 4:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Apa yang dia buat semenjak dia dapat jawatan, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit. Penjelasan isu berkaitan.

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat Datuk Seri, Tan Srikah sekarang. Samy Vellu itu bukan duta. Beliau adalah special envoy untuk infrastruktur. Maka, janganlah cakap kalau tidak tahu... [Disampuk]

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit penjelasan Timbalan Menteri. Sedikit.

final • 4:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh.

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Saya teruskan dahulu kawan saya. I’ll finish it first.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri media, media.

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Untuk isu pengundian di luar negara, penting.

Sebab election dekat mungkin minggu depan.

final • 4:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Election minggu hadapan?

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Mungkin, mungkin. Yang Berhormat Batu Gajah sekarang sudah menjadi kawan saya.

final • 4:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sepanjang masa juga kita kawan.

final • 4:30 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Yang Berhormat Batu Gajah dalam perbahasan beliau telah membangkitkan mekanisme pengundian warganegara kita di luar negara.

Seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, bagi memastikan mereka ini dapat menjalankan hak dan tanggungjawab berlandaskan Artikel 119, Perlembagaan Persekutuan, kementerian ini sedia bekerjasama dan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam urusan pilihan raya di luar negeri. You want to say anything, untuk Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 4:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya menyambut baik, Yang Berhormat kata bersedia membantu SPR untuk pendaftaran dan pengundian bagi warganegara Malaysia yang berada di luar negara. Akan tetapi sekarang ini warganegara Malaysia yang berada di luar negara ini telah mengambil tindakan mahkamah kerana mereka tidak dibenarkan untuk menjadi pengundi tidak hadir.

Jadi saya rasa pihak kementerian boleh melakukan sesuatu sebab ini hak mengundi adalah hak yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan tambahan juga SPR sebelum ini pada bulan Ogos telah dilaporkan membuat kenyataan akan membuat pindaan kepada peraturannya agar kumpulan ini, warganegara Malaysia boleh juga menjalankan hak mereka mengundi apabila mereka berada di luar negara.

Jadi saya rasa tidak mencukupilah kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri berkata menyokong SPR sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam kerajaan boleh buat lebih dari itu meminta agar Kabinet membincangkan perkara ini dan melaksanakan pindaan kepada peraturan berkenaan. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit sahaja tentang isu yang sama. Hari ini kebetulan ada kenyataan daripada pihak badan berkaitan mengatakan bahawa hanya mereka yang belajar dan juga bekerja layak untuk mengundi. Terutama bagi warganegara Malaysia di luar negara. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya mohon penjelasan lanjut atas dua isu.

Pertama sekali dari segi isu kelayakan. Adakah itu merupakan satu pendirian kerajaan terutama Kementerian Luar Negeri kerana Kementerian Luar Negeri ialah merupakan satu, dengan izin, counter yang akan dijumpai oleh warganegara Malaysia di luar negara. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga sejauh mana Kementerian Luar Negeri terutama kedutaan-kedutaan bersedia untuk menguruskan warganegara Malaysia di luar yang saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu begitu ramai, apatah lagi di kala peruntukan yang khusus untuk gerak kerja ini pun tidak dinyatakan, apatah lagi peruntukan Kementerian Luar tadi seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan pun agak terbatas.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Jadi, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah kita hendak menjayakan agenda ini kerana dengan izin, ini adalah tanggungjawab berperlembagaan.

Jadi, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Terima kasih, kedua-dua soalan itu sebenarnya baik dan penting dan harus diketahui oleh rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Pertamanya, tentang pengundi tidak hadir (PTH). Sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 ialah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan merupakan:

(i) seorang anggota tentera Malaysia dan pasangan masing- masing,

(ii) seorang anggota perkhidmatan awam Malaysia yang sedang berkhidmat di luar negara dan pasangan masing-masing,

(iii) seorang pelajar sepenuh masa yang belajar di institusi pengajian tingi di luar negara dan pasangan masing-masing.

Jadi, pihak swasta itu boleh mendaftar di embassy atau kedutaan-kedutaan kita di seluruh dunia. Akan tetapi waktu pengundian itu, mereka perlu terbang balik ke Malaysia untuk mengundi kerana postal votes tidak boleh diberikan kepada mereka.

Mengenai pengundi tidak hadir ini iaitu di mana mereka akan diberikan postal votes, SPR akan menghantar postal votes itu kepada Wisma Putra. Wisma Putra seterusnya akan mengagihkan postal votes ini kepada kedutaan-kedutaan kita di seluruh dunia. Kedutaan-kedutaan kita seterusnya, oleh sebab alamat telah tercatat di situ, akan menghantar atau mengirim borang itu kepada si individu berkenaan. Setelah...

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bangun]

final • 4:40 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Minta maaf Yang Berhormat Batu Gajah, belum.

Setelah memangkah undian, postal votes ini dihantar terus oleh si pengundi direct kepada returning officer (RO) atau pegawai pengurus di tempat masing-masing dan bukan kepada kedutaan. So, itu jelas. Jadi, Yang Berhormat Batu Gajah tidak perlu tanya lagi.

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya perlu tanya, maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

No, it is already very clear.

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Kita semua sudah tahu peraturan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduk dahulu, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli Yang Berhormat Batu Gajah duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, ada lagi tiga kementerian.

Kalau satu kementerian dua jam, bermakna kita tidak habis by twelve o’clock. Penghabisan ialah Kementerian Kewangan, kementerian yang bertanggungjawab dengan soal ini, kecuali Ahli-ahli Yang Berhormat tidak membangkitkan apa-apa soal sewaktu Kementerian Kewangan menggulung. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ambil kira kepada masa.

final • 4:40 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya minta penjelasan. Saya ada bangkitkan isu ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Itulah sebabnya dari mula-mula tadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya dari mula-mula tadi, dari awal-awal lagi saya telah menyatakan bahawa saya tidak mahu dicelah. Akan tetapi terlalu ramai yang bangkit, maka saya telah memberi peluang kepada mereka. Maka, selepas ini saya tidak akan memberi ruang...

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang lagi, panjang lagikah Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Selepas pertanyaan Batu Gajah.

final • 4:40 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Memberi ruang lagi kepada mana-mana mencelah.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang lagi? Berapa pages lagi?

final • 4:40 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, sekarang satu, dua, tiga.

Dua muka surat lagi.

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada bangkitkan isu in.

final • 4:40 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tidak, Yang Berhormat Batu Gajah terima kasih.

Tentang isu ‘keldai dadah’. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan memberi ruang. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu ‘keldai dadah’, kementerian luar negeri juga ingin menjelaskan mengenai isu ‘keldai dadah’ yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu semasa ucapan perbahasaan beliau. Siapa yang keluar itu keluarlah, terima kasih. Tidak mahu dengar. [Ketawa] Kawan saya Pokok Sena pun tidak mahu dengar.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, dalam peningkatan kesedaran mengenai kegiatan sindiket yang menjadikan rakyat Malaysia sebagai ‘keldai dadah’. Ini sudah laju tren ini. Pengumuman di laman web rasmi Kementerian Luar Negeri dan hebahan awam melalui media massa serta kerjasama rapat dengan kementerian dan agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan telah dilaksanakan dan ia akan diteruskan. Kementerian juga sentiasa memberi khidmat konsular dalam usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang telah selesai menjalani hukuman yang disabitkan dengan pengedaran dadah di luar negara.

final • 4:40 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat kita agar tidak menjadi mangsa ‘keldai dadah’, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak RTM kerana telah mengambil daya inisiatif dengan menyiarkan klip-klip pendek mengenainya. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi saranan kepada agensi-agensi media yang lain supaya mengambil langkah yang serupa dalam mendapatkan perhatian rakyat tentang bahayanya menjadi ‘keldai dadah’. Di samping itu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak-pihak berkuasa di semua pintu keluar di Malaysia dan syarikat-syarikat penerbangan serta syarikat-syarikat pengangkutan dapat memperingatkan rakyat kita untuk mengetahui isi kandungan bagasi mereka supaya mereka tidak terperangkap dengan sindiket seumpama ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu hubungan dua hala Malaysia dan Sri Lanka.

Yang Berhormat Telok Intan dalam perbahasan beliau telah menyentuh hal hubungan dua hala di antara Malaysia dan Sri Lanka. Dalam isu hubungan dengan konflik di Sri Lanka, Malaysia mengambil pendirian bahawa ia adalah isu dalaman negara tersebut. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa konflik ini hendaklah diselesaikan oleh Sri Lanka tanpa campur tangan pengaruh asing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha mempertingkatkan hubungan dan kerjasama dengan Sri Lanka terutama dalam bidang-bidang ekonomi, pelaburan dan pembangunan modal insan. Ini kereta api makin... [Disampuk] Belum.

Isu bumbung bocor di Malawakil New York. Saya ingat tentang ini Tuan Yang di- Pertua, saya hanya ingin memaklumkan bahawa, to cut it short, yang telah dibawa oleh Ahli Yang Berhormat Padang Serai. Untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya kementerian telah memberi peruntukan serta-merta sebanyak RM64,162 kepada perwakilan New York pada 14 September yang lalu untuk melaksanakan pembaikan awal yang paling kritikal dengan segera.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, demikianlah penjelasan saya terhadap isu-isu Kementerian Luar Negeri yang dibangkitkan semasa perbahasan bajet peringkat dasar baru-baru ini. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Bagi pihak Kementerian Luar Negeri, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kementerian akan mengambil perhatian ke atas...

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, FBC Media Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

final • 4:40 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

...Semua pandangan dan cadangan bernas serta teguran yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Apa takut sangat ini?

final • 4:40 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Saya bukan penakut, terima kasih.

final • 4:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya, jawablah.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

final • 4:40 PM

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sepanjang perbahasan belanjawan negara tahun 2012.

Keprihatinan dan ketelitian Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap isu-isu dan perkara- perkara yang membabitkan kesejahteraan hidup serta kebajikan para warga Wilayah Persekutuan, khususnya dan rakyat amnya, amatlah kementerian hargai.

final • 4:48 PM

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah Pantai walaupun tidak ada di sini, telah menyentuh tentang kepentingan orang Melayu bumiputera yang dikatakan akan dihalau dalam pembangunan Kampong Bharu. Isu Kampong Bharu juga turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid dari Kuala Langat, yang mempersoalkan peranan perbadanan serta kehilangan tanah orang-orang Melayu di Kampong Bharu.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu yang akan ditubuhkan akan bertindak sebagai badan penyelaras utama dan pemudah cara berkaitan dengan pembangunan semula Kampong Bharu secara komprehensif. Fasal 14(4) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu menyatakan, “Perbadanan hendaklah menjalankan fungsinya di bawah subseksyen 1, dengan apa-apa cara yang perlu demi melindungi, memelihara dan memulihara kepentingan orang Melayu”. Peruntukan tersebut menjaminkan pemilikan hanya di kalangan orang-orang Melayu dan pembangunan hanya melibatkan pemilik pewaris tanah di Kampong Bharu.

final • 4:48 PM

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Seterusnya kerajaan amat komited dalam usaha membantu membangunkan Kampong Bharu dengan mengambil kira pandangan dan cadangan dari NGO-NGO seperti MAS, PAKAM, PKBM, ketua-ketua kampung dan tokoh-tokoh korporat yang mewakili pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu dalam penggubalan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) 2011.

Fasal 47(1) Rang Undang-undang PPKB 2011 pula memperuntukkan berkenaan perbadanan hendaklah menyebabkan satu akaun yang sepatutnya bagi kumpulan wang dan satu laporan yang sepatutnya aktiviti perbadanan disimpan dan hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen pada tiap-tiap tahun. Selain daripada itu, penglibatan pihak kerajaan dalam usaha memastikan keseimbangan dimaksimumkan potensi pembangunan dengan memelihara dan menjaga kepentingan orang Melayu dilihat sebagai penentu kepada kejayaan pembangunan Kampong Bharu.

Yang Berhormat Lembah Pantai juga turut membangkitkan tentang hasil perkongsian di bawah projek KL Eco City antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan SP Setia, di mana keuntungan 20 peratus adalah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan 60 peratus kepada SP Setia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek tersebut adalah usaha sama di antara Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan KL Eco City Sdn. Bhd. Projek ini melibatkan tanah seluas 24.88 ekar di mana 20.5 ekar merupakan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, manakala baki 4.38 ekar merupakan daripada KL Eco City. Komponen pembangunan terdiri daripada kediaman dan komersial iaitu pangsapuri servis, menara pejabat, ruang perniagaan serta lain-lain kemudahan seperti masjid dan stesen komuter.

Tempoh pelaksanaan dijangkakan 12 tahun yang melibatkan empat fasa.

Bagi setinggan-setinggan yang terlibat dengan tapak cadangan pembangunan tersebut, mereka telah dipindahkan kepada apartment Kampung Haji Abdullah Hukum yang terdiri daripada 600 unit kediaman dengan keluasan 750 kaki persegi serta kemudahan seperti tempat letak kereta yang bertingkat sebanyak 720 petak. Unit-unit ini di mana kosnya adalah RM70,000 seunit telah dijual kepada setinggan dengan harga sebanyak RM51,000 seunit. Bagi kekurangan harga sebanyak RM15,000 seunit yang keseluruhannya berjumlah RM11.4 juta, ia ditanggung oleh KL Eco City. Setiap keluarga yang terlibat juga diberi wang sagu hati sebanyak RM6,000 sekeluarga yang keseluruhannya sebanyak RM3.6 juta. Jadi kalau hendak katakan nett harga mereka dapat adalah RM45,000.

Yang Berhormat Labuan, Datuk Haji Yusof Haji Mahal, telah mengusulkan agar kerajaan menilai untuk dilaksanakan pembangunan pengangkutan marin di Labuan menerusi pembangunan alur Labuan-Menumbok yang dapat memberi kesan positif kepada penduduk Labuan dan juga Sabah. Selain itu, turut dicadangkan agar pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok juga turut diberi pertimbangan kerana dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk Labuan.

final • 4:50 PM

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Labuan, di bawah Second Rolling Plan RMKe-10, kementerian saya telah membuat permohonan peruntukan bagi maksud Kajian Cadangan Projek Membangunkan Pengangkutan Marin di Wilayah Persekutuan Labuan.

Inisiatif diambil selaras dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Majlis Penutupan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011 yang berlangsung di Labuan pada 26 Februari 2011 yang menyokong supaya tempoh memendekkan masa perjalanan pengangkutan marin di antara Tanah Besar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Namun begitu, permohonan di bawah second rolling plan tersebut tidak diluluskan.

Justeru, kementerian akan mengemukakan semula permohonan peruntukan bagi maksud kajian berkenaan pada tahun hadapan dalam third rolling plan bagi tempoh 2013/2014.

Jika peruntukan itu diluluskan kelak, cadangan projek akan dimuktamadkan berdasar kepada kajian yang akan dijalankan secara keseluruhan termasuk penyediaan reka bentuk dan spesifikasi kerja melurus dan mendalamkan laut seperti yang diperlukan.

Serentak dengan itu juga, cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok akan turut diteliti secara komprehensif dan bersepadu termasuk melalui penglibatan pihak swasta dalam cadangan pembangunan projek ini nanti.

Seterusnya Yang Berhormat Labuan turut membangkitkan tentang pelaksanaan program perumahan rakyat oleh kerajaan agar turut dilaksanakan di kawasan Parlimen Labuan supaya masalah kekurangan rumah terutamanya rumah mampu milik bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah di Labuan dapat diatasi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian saya amat menyedari bahawa Wilayah Persekutuan Labuan juga menghadapi masalah kekurangan rumah terutamanya perumahan bagi penduduk setinggan dan golongan berpendapatan rendah.

Bagi menangani masalah ini, projek penempatan semula setinggan yang bernilai RM17.52 juta sedang dibangunkan. Projek ini akan dapat menempatkan seramai 64 buah keluarga pada awal tahun 2012 nanti.

Berdasarkan bancian dan kajian yang telah dilakukan, bagi menyediakan kemudahan perumahan penduduk setinggan dan golongan miskin di Wilayah Persekutuan Labuan, kementerian saya telah memohon peruntukan sebanyak RM32 juta lagi bagi membina sejumlah 160 unit rumah. Projek ini di jadual dilaksanakan di bawah Third Rolling Plan 2013/2014 dalam RMKe-10. Berdasarkan perubahan semasa di Labuan kini, semakan semula juga akan dibuat secara menyeluruh untuk meneliti keperluan perumahan golongan pendapatan rendah bagi maksud perancangan dan pelaksanaan jangka panjang.

Yang Berhormat Tuan Charles Anthony Santiago dari Klang telah membawa isu mengenai...

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Saya minta mencelah dan bawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri. Saya minta Yang Berhormat Menteri boleh ikut amalan dalam Dewan yang mulia ini yang ditulis di bawah Peraturan Mesyuarat 36(5) di mana apabila kita merujuk kepada seorang Ahli Yang Berhormat yang lain, kita tidak sebut nama ahli itu. Kesilapan ini bukan dibuat sekali sahaja tetapi saya dengar pada kali yang keempat. Itu sebab saya bangun dan saya rasa kita tidak patut terus membuat kesilapan itu. Walaupun kesilapan itu mungkin telah disebut dalam teks yang mungkin ditulis oleh kakitangan kerajaan yang mungkin tidak fasih dengan peraturan itu, saya yakin Yang Berhormat Menteri...

final • 4:50 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Tidak apa Yang Berhormat

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Biar saya habis.

final • 4:50 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Atas kesilapan itu, saya minta maaf.

final • 4:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya yakin Yang Berhormat Menteri boleh baca tanpa merujuk kepada nama itu. Ya, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Okey. Yang Berhormat Klang telah bawa isu mengenai bekas pekerja Ladang Bukit Jalil yang dikatakan di minta mengosongkan tapak ladang tersebut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tanpa diberi pampasan dan juga perumahan. Seterusnya Yang Berhormat Klang juga telah mencadangkan agar kerajaan menyediakan tanah seluas empat ekar bagi tujuan penempatan keluarga yang enggan berpindah tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Klang, sebagai latar belakang, pengambilan Ladang Bukit Jalil milik Bukit Jalil Sdn Bhd oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang telah dilaksanakan pada tahun 1980. Berikutan daripada pengambilan alih tanah itu, seramai 116 pekerja ladang berkenaan diberhentikan perkhidmatan oleh Bukit Jalil Estate Sdn Bhd pada 31 Julai 1980.

Kesemua mereka telah dibayar faedah penamatan kerja dan pembayaran tersebut selesai pada 1 November 1983.

Dalam pada itu, pihak kerajaan telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membangunkan ladang tersebut secara berperingkat dan kemudiannya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melantik lapan kontraktor bagi tujuan tersebut. Berikutan daripada pelantikan itu, kontraktor berkenaan telah mengupah bekas pekerja ladang yang telah diberhentikan itu untuk bekerja semula di tempat yang sama mulai 1 Ogos 1980 sehinggalah tahun 1995 iaitu 15 tahun.

final • 4:50 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Tanah yang terlibat dengan pengambilan tersebut adalah berkeluasan 10.54 hektar ataupun 35 ekar dan terletak di lot 45585 Mukim Petaling. Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah merizabkan tanah sebagai tapak perkuburan yang melibatkan perkuburan orang Islam dan juga perkuburan orang bukan Islam serta sebahagian sebagai pusat tahanan.

Selepas tahun 1995, didapati kesemua kontraktor yang dilantik tidak membayar faedah penamatan kerja pada pekerja terbabit setelah perkhidmatan mereka ditamatkan.

Bekas pekerja Ladang Bukit Jalil yang tidak berpuas hati telah memfailkan tuntutan penamatan kerja kepada Jabatan Buruh Selangor dan Wilayah Persekutuan. Namun demikian, tuntutan itu gagal kerana majikan terbabit tidak dapat dikesan. Dalam hubungan ini, di atas keprihatinan kerajaan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah mengambil alih tanggungjawab untuk membayar faedah penamatan kerja dan ex gratia yang dinamakan wang ihsan kepada bekas pekerja LBJ ataupun Ladang Bukit Jalil.

Wang ihsan ini dibayar kepada bekas pekerja Ladang Bukit Jalil sebagai pekerja kontrak dan bukannya sebagai pekerja estet yang telah selesai pembayarannya pada 1 November 1983. Mengenai bantuan pampasan penempatan pekerja dan ex gratia yang dikenali sebagai wang ihsan yang telah disediakan oleh kerajaan, sejumlah RM1,656,248 termasuk wang bantuan perpindahan rumah berjumlah RM1,000 untuk satu keluarga yang terbabit turut diberikan. Hasil daripada perundingan dan perbincangan berterusan yang melibatkan 116 orang bekas pekerja Ladang Bukit Jalil atau disebutkan sebagai sejumlah 71 keluarga telah berpindah ke PPR Kampung Muhibah yang hanya 100 meter di sebelah.

Yang mana 10 keluarga adalah bekas pekerja LBJ dan 61 pekerja adalah waris dan keluarga mereka.

Namun demikian, sejumlah 39 keluarga masih berada di tapak asal, manakala enam keluarga lagi telah berpindah keluar tetapi tidak dapat dikesan lokasi mereka. Selain daripada bayaran wang ihsan pertama dan kedua serta bantuan perpindahan kerajaan juga bersetuju untuk memenuhi tuntutan tambahan daripada penduduk LBJ. Ini termasuk mengekalkan kuil, mengekalkan tapak perkuburan Hindu dan sekolah Tamil seperti yang dituntut walaupun sekolah Tamil yang baru telah dibina dan telah beroperasi sejak bulan Januari 2011. Di samping itu kerajaan turut bersedia menawarkan unit kediaman di PPR Kampung Muhibah yang hanya 100 meter sahaja jaraknya daripada situ dengan kadar sebanyak RM124.00 sebulan. Mereka juga diberikan pilihan untuk memilih unit kediaman tersebut dengan harga istimewa iaitu RM35,000 seunit dan mengikut syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

final • 5:00 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Jadi bagi cadangan untuk mendapatkan empat ekar tanah supaya bekas pekerja dapat mendirikan rumah mereka, pihak kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana tanah berkenaan telah dirizabkan sebagai tanah perkuburan orang Islam dan orang bukan Islam dan juga pusat tahanan. Selain daripada itu kerajaan juga berpandangan bahu ia akan memberikan kesan sampingan kepada program penempatan semula setinggan di Wilayah Persekutuan. Tuntutan itu tidak wajar dipenuhi kerana dibimbangkan akan menjadi precedent kepada pelaksanaan program penempatan semula setinggan yang lain oleh DBKL seperti di Kampung Pandan, Sri Indah, rizab Setapak Jaya, Pekan Kepong dan lain- lain...

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 5:00 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Secara keseluruhannya, daripada 28,582 keluarga setinggan, sebanyak 25,271 keluarga setinggan telah dipindahkan dan daripada jumlah tersebut, tidak ada satu pun kawasan setinggan terbabit diberikan tanah untuk program penempatan semula. Berdasarkan pada status kes di mahkamah, maka didapati program pemindahan penduduk Ladang Bukit Jalil ke PPR Kampung Muhibah wajar dilaksanakan. Kementerian juga berharap bekas pekerja Ladang Bukit Jalil dapat menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu mereka menyelesaikan isu ini sebaiknya.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri boleh minta penjelasan sedikit sahaja tentang sekolah Tamil di Ladang Bukit Jalil? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Isunya adalah tentang sekolah Tamil Yang Berhormat Menteri kata akan dikekalkan di sana. Soalan saya adalah berkaitan dengan tanah yang sekarang diduduki oleh sekolah Tamil tersebut. Kalau tidak silap saya keluasan tanah tersebut lebih kurang satu ekar atau tidak melebihi dua ekar dan sangat kecil. Mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran untuk sekolah rendah, tanah minimum yang sesuai untuk sesebuah sekolah adalah lebih kurang enam ekar.

Soalan saya adalah sama ada kementerian boleh memperluaskan tanah yang sedia ada untuk sekolah tersebut ini kerana memandangkan sekolah tersebut patut dikekalkan dan boleh digunakan oleh penduduk yang berhasrat menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu dan saya nampak tanah di Bukit Jalil itu yang secara keseluruhannya cukup luas. Kementerian boleh menimbangkan sama ada perlunya kita membuat satu pusat tahanan di kawasan tersebut, sebab adakah sesuai untuk meletakkan satu kawasan tahanan di kawasan berjiran dengan bilangan penduduk yang cukup besar di sana? Apakah lebih sesuai kita menggunakan sebahagian, bukan besar, sebahagian daripada kawasan tanah itu untuk memperluaskan tanah untuk sekolah sehingga sekurang-kurangnya enam ekar agar kita dapat memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan sendiri. Kalau perlulah, kita alihkan pusat tahanan itu ke tempat lain yang lebih jauh daripada kawasan bandar ataupun tempat yang sesuai, terima kasih, minta penjelasan.

final • 5:00 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Untuk makluman Yang Berhormat Subang, keluasan sekolah itu adalah tiga ekar di mana dua ekar dirizabkan untuk kuarters guru-guru dan buat masa ini pihak SRJKT Bukit Jalil sedang digunakan. Jadi, saya rasa mencukupi dari segi keluasannya. Tentang pusat tahanan, kalau tidak silap saya akan kaji sebab pusat tahanan ini di bawah kementerian yang lain tetapi kalau tidak silap saya pusat tahanan itu pun sudah siap. Walau bagaimanapun, itulah statusnya berkenaan dengan kedudukan tanah tersebut.

final • 5:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jadi, kementerian tidak bercadanglah untuk meluaskan sekolah tersebut?

final • 5:00 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Tidak ada, saya rasa sudah mencukupi. Yang Berhormat Wangsa Maju telah membangkitkan isu berkenaan projek peluasan Jalan Genting-Klang yang dikatakan telah membawa pelbagai masalah di Wangsa Maju sehingga menimbulkan prasangka negatif kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Di antara perkara-perkara yang ditimbulkan ialah mengambil masa terlalu lama bagi menjawab surat-surat pertanyaan mengenai projek tersebut serta jawapan yang diberikan oleh DBKL dianggap kurang tepat.

final • 5:00 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Kedua, alasan yang diberikan oleh pemaju di dalam permohonan pelanjutan tempoh hampir setahun dalam menyiapkan projek tersebut, apakah alasan yang diberikan oleh pemaju? Ketiga, apakah kemudahan-kemudahan asas seperti jejantas, pejalan kaki, hentian bas di dalam kontrak pembinaan sebelum DBKL memutuskan tidak menaikkan aras sebahagian besar Jalan Genting-Klang kepada 1.65 meter dan tidak memerlukan kemudahan awam berkenaan. Keempat, apakah DBKL sedar bahawa keputusan tidak menaikkan aras ketinggian jalan tersebut telah menyebabkan berlakunya keadaan banjir di kawasan tersebut walaupun dengan alasan untuk menjimatkan 700,000 seperti yang dimaklumkan tetapi sebenarnya tidak melaksanakan syarat-syarat kontrak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju tempoh kontrak asal untuk projek pelebaran Jalan Genting-Klang adalah dari 18 Disember 2007 sehingga 18 Mei 2009. Walau bagaimanapun projek ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang pada 18 Mei 2009 kerana kontraktor telah memohon lanjutan masa pertama dari 19 Mei 2009 sehinggalah 18 November 2010 atas alasan-alasan berikut:

(i) isu pengambilan tanah;

(ii) isu bengkel dan penjaja;

(iii) kerja-kerja pengalihan utiliti; dan,

(iv) penyediaan pelan dan perubahan reka bentuk.

Permohonan lanjutan masa tersebut telah dipertimbangkan dan diluluskan oleh DBKL. Seterusnya permohonan tempoh lanjutan masa kedua...

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya bukanlah untuk masa lanjutan ke Disember 2010. Soalan saya adalah daripada tahun 2009 ini kepada November 2011, apakah alasan yang diberi oleh kontraktor itu, kerana apa? Ini kerana kontraktor itu meminta lanjutan masa ke November 2011 dan tidak dibenarkan oleh DBKL dan kemudian kontraktor itu boleh siapkan kerja-kerja projek itu pada November 2010. Awal setahun pula. Itu soalan tunggal saya.

Kedua, Yang Berhormat Menteri pun kata tidak tepat, saya kata tidak jawab.

Memang tidak jawab pun. Beberapa pucuk surat hantar. Ini sudah jadi satu ciri-ciri DBKL bawah jagaan Yang Berhormat. Yang Berhormat pun sedia maklum, ini sudah jadi way of life untuk DBKL, tidak jawab surat kepada Ahli Parlimen, apatah lagi kepada orang awam.

Tidak peduli langsung. Tolonglah ambil perhatian perkara ini. Kalaulah sikap mereka tidak berubah, gerentilah pilihan raya bila-bila akan tumbang. So, tolonglah ambil perhatian.

Tukar sikap dengan segera. Jawab surat Ahli Parlimen kerana kami menulis surat bagi pihak rakyat, bukan bagi pihak kita. Kita tidak ada masa hendak tulis surat kepada mereka.

So, sila Yang Berhormat Menteri jawab soalan. Kenapa dan apakah alasan yang diberi oleh kontraktor semasa mereka meminta lanjutan masa kepada November 2011, bukan kepada tahun 2010. Ini satu sikap yang DBKL hendak putar belit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Saya jawab dahulu yang soalan kedua. Satu lagi saya akan cuba dapatkan maklumat. Berkenaan dengan surat-menyurat daripada Ahli-ahli Parlimen, memang saya sudah mengarahkan DBKL, bukan baru supaya semua surat-surat dijawab dengan secepat mungkin. Bukan hanya daripada Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi daripada mana-mana rakyat. Saya rasa DBKL pun sudah menubuhkan one-stop centre ataupun call centre untuk rakyat. Jadi itu juga dapat membantu...

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itu kata-kata tiga hari tetapi tiga bulan pun tidak dapat jawapan maklum balas. Datuk Bandar kata tiga hari. Memang kita setuju tiga hari, tidak mengapa, enam hari pun boleh, tetapi janganlah enam bulan pun tidak ada jawapan. Kita perlu tulis surat, telefon pun tidak jawab. Mereka sudah jadi maharajalelalah, sebab apa? Ini kerana mereka tidak boleh ditransfer keluar. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Yang Berhormat, berkenaan dengan tidak ditransfer keluar, jawapan yang kedua akan menjawab dengan Program Cross Fertilization. Berkenaan dengan surat-menyurat ini, saya sudah beri arahan. Walau bagaimanapun jika ada yang timbul selepas ini, Yang Berhormat boleh terus kepada saya supaya saya dapat jawapan yang secepat mungkin.

Jadi, saya sambungkan jawapan ini Yang Berhormat. Jadi, untuk juga berkenaan dengan permohonan kali kedua iaitu daripada 19 November 2010 hingga 31 Disember 2010, selama 40 hari dikemukakan oleh kontraktor atas alasan-alasan berikut iaitu:

(i) kelewatan kerja-kerja pengalihan tiang dan salur atas voltan rendah milik TNB; dan

(ii) kelewatan kerja-kerja pengalihan tiang dan sesalur atas milik TM.

Lanjutan masa kedua turut dipertimbangkan dan diluluskan oleh DBKL. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, kemudahan-kemudahan asas yang terkandung di dalam kontrak adalah dua jejantas pejalan kaki, 13 pondok hentian bas dan empat pondok hentian teksi. Walau bagaimanapun, pembinaan jejantas pejalan kaki yang diperuntukkan dalam projek ini telah dikeluarkan untuk dilaksanakan melalui skim tajaan oleh jabatan pengangkutan bandar.

Manakala pondok hentian bas dan teksi, masing-masing telah disediakan di tapak dengan jumlah 15 unit untuk hentian bas dan dua untuk hentian teksi. Berdasarkan reka bentuk asal pembinaan, beberapa kedudukan pondok hentian bas dan teksi telah berubah mengikut kesesuaian dan keperluan di tapak. Justeru itu, lokasi hentian bas ke arah Ulu Kelang berdekatan simpang Jalan Air Panas yang tidak diperuntukkan di tapak sebelum ini seperti yang diadukan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, kini telah diperuntukkan semula hentian bas.

Berhubung kenyataan DBKL tentang cadangan asal untuk menaikkan taraf jalan di persimpangan tersebut bagi mengatasi masalah banjir. Namun begitu, keputusan telah diambil dengan tidak menaikkan adalah kerana faktor-faktor berikut:

(i) didapati kawasan persimpangan tersebut tidak lagi dilanda banjir kerana kerja-kerja menaik taraf sistem saliran dan kolam tadahan banjir telah dilaksanakan oleh DBKL;

(ii) jika aras jalan dinaikkan, akan menyebabkan lot-lot deretan kedai sedia ada serta gerai-gerai penjaja sementara DBKL berhampiran menjadi rendah dan akan menyebabkan isu permasalahan jalan keluar masuk ke kawasan tersebut lebih negatif terutama kepada golongan peniaga; dan

(iii) pemantauan DBKL setakat ini juga mendapati tiada kejadian banjir di kawasan tersebut. Hanya didapati aliran air tersekat yang disebabkan oleh longkang dipenuhi sampah dan sisa-sisa tanah dari kawasan pembangunan berdekatan jalan Taman Ibu Kota.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan sedikit boleh tidak?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri ini mungkin diberikan maklumat yang salah oleh pegawai DBKL untuk hendak cover-up isu ini kerana kita sentiasa maklum di kawasan persimpangan Jalan Ibu Kota dengan Jalan Genting Klang di sana, berhadapan JPJ sentiasa banjir. Kalaulah hujan lebat, gerenti banjir di sana. Walaupun tidak lebat pun banjir. Satu. Maklumat itu tidak tepat.

Yang Berhormat sendiri sila check. Bila hujan lebat, pergi ke kawasan itu, biar nampak dengan mata sendiri.

Kedua, DBKL semasa menentukan hendak menaikkan taraf jalan itu, menaikkan ketinggian jalan kepada 1.65 meter itu, memang mesti telah buat kajian yang mendalam, barulah menentukan jalan itu mesti menaikkan ketinggian 1.65 meter.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kemudian, bagaimanakah keputusan yang diambil oleh seorang pegawai masih satu orang yang saya tahu diambil oleh beliau sendiri, buat keputusan tidak mahu menaikkan ketinggian jalan itu dan hendak menjimatkan RM700,000 sahaja. Saya rasa lebih daripada itu. Oleh sebab itulah DBKL tidak boleh memberi jawapan sekian lama.

Sampai hari ini jawapan yang diberi itu, kita tanya ‘A’, dia jawab ‘B’. Kita tanya dia sama ada subkontrak untuk semua jalan di wilayah dilaksanakan atau dimonopoli oleh Suhati Sdn. Bhd. dia tidak jawab. Dia jawab, kontraktor utama adalah Mentari Construction Sdn.

Bhd DBKL ini seperti mereka ini buta huruf sudah, tidak pandai baca surat. Kita tanya ‘A’, dia sengaja jawab ‘B’ kerana mereka ini bersehati dengan Suhati Sdn. Bhd.

final • 5:10 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itulah masalah tunggal. Saya harap SPRM mengambil tindakan siasat dengan mendalam jabatan ini, Jabatan Kerja Awam ini khasnya Mah Sing. Orang inilah ada banyak masalah rasuah. Saya cakap dengan terus terang sini sebab itu tidak boleh jawab surat.

Beliau hendak jumpa kita, kita kata jawablah surat. Kita tulis beberapa pucuk surat, sudah tidak jawab. So Yang Berhormat Menteri, tolong check dengan mendalam mengapa DBKL membuat kajian dan menentukan 1.65 meter ketinggian jalan di sana. Mengapa? Dia mesti ada satu alasan dan kemudian boleh turunkan atau buat keputusan untuk tidak mahu naikkan ketinggian jalan. 1.65 meter ini amat tinggi tahu tidak? Bukan 1.65 inci. Mesti ada satu alasan dan berapa sudah jimat jalan 1.65 meter ini. Saya rasa lebih daripada RM700,000.

Juga kedua masalah, bila sudah diturunkan 1.65 meter ini jalan di sana, DO yang dikeluarkan, diluluskan seperti Festival Mall, dia tidak diambil tindakan dan sekarang ini bangunan di sebelah Jalan Ibu Kota, hendak masuk daripada Jalan Genting Klang telah tinggi, sebelah sini development terlalu rendah. Jadinya sekarang ini ada jalan seperti hendak naik bukit separuh jalan di Jalan Ibu Kota bukan, Festival Mall dan di sebelah kanan Mah Sing punya projek, turun 1.65 meter. Inilah DBKL yang semua kita kata gaji buta semua ataupun bukan gaji buta, dia bersehati dengan Suhati Sdn. Bhd., bersehati dengan orang-orang tertentu, bersehati Yang Berhormat tahu sendirilah. SPRM siasat DBKL ini, khasnya Jabatan Kerja Awam ini. Terima kasih. Sila berikan saya satu jawapan, satu penjelasan mengapa DBKL buat kajian mula-mulanya begitu. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Berkenaan dengan keadaan banjir, nanti saya akan contact Yang Berhormatlah, kita pergi lihat kerana laporan yang saya terima memang kata tidak ada lagi banjir.

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Semua laporan itu sudah tidak boleh guna sudah, semua hendak cover up sahaja itu Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Okey. Jadi, saya hendak sambung jawapan tadi. Projek yang telah disiapkan pada 31 Disember 2010 dan terus boleh digunakan sekarang. Maka, tidak timbul penyambungan tempoh hingga November 2011. Pelanjutan tempoh hanya melibatkan pada 19 Mei 2009 hingga 18 November 2010.

Seterusnya seperti saya sebutkan tadi, daripada 19 November 2010 hingga 31 Disember 2010.

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, bolehkah beri penjelasan alasan-alasan yang mereka meminta iaitu kontraktor tersebut, ‘Matahari’ ini meminta lanjutan masa daripada Julai atau Jun 2010 ke November 2011. Apakah alasan itu? Sebab apa? Ini kerana saya perlu penjelasan ini. Mengapa apa? Sebab bila DBKL kata tidak boleh, tidak membenarkan, mereka boleh habiskan kontraknya dalam dua atau tiga bulan sedangkan mereka meminta lanjutan masa setahun. So, kemungkinan semua tindakan ini, keputusan perlu diambil untuk kurangkan kenaikan ketinggian jalan oleh sebab mereka tidak ada masa dan bersehati dengan kontraktor, pegawai DBKL bersehati dan buat keputusan, okeylah kita tolong sama-sama, kita semua okey. Itulah yang paling penting.

final • 5:20 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Yang Berhormat, boleh saya teruskan jawapan?

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sila, berikan jawapan.

final • 5:20 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Jadi Yang Berhormat Wangsa Maju, berkenaan dengan itu, saya akan jawab dengan bertulis. Jadi seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa kontraktor utama, tadi Yang Berhormat pun sudah sebut tadi iaitu Mentari dan subkontraktornya adalah Suhati.

Seterusnya bagi isu-isu yang seakan sama ini dan pernah dibangkit oleh Yang Berhormat sebelum ini, DBKL telah...

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, yang saya minta itu...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Wangsa Maju, saya cukup teliti mendengar hujah Yang Berhormat yang diulang-ulang empat lima kali dengan soal jalan, dengan soal membalas surat. Yang Berhormat Menteri baru cuba menjawab, selepas itu Ahli Yang Berhormat ganggu.

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya tidak mengganggu. Cuma saya hendak minta penjelasan. Kalau tidak saya tidak bangkitkan dalam Parlimen.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, beri peluang dahulu kepada Yang Berhormat Menteri untuk bercakap dua tiga minit, lima minitkah begitu.

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No sebab Yang Berhormat Menteri tidak jawab juga. Saya tanya...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bolehkah begitu Yang Berhormat?

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sedikit sahaja. Saya bertanya sama ada kebanyakan projek-projek jika bukan semua membina jalan di dalam wilayah terlibat subkontraktor Suhati Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh orang tertentu. Itu soalan saya, sama ada itu benar atau tidak.

final • 5:20 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Saya tidak tahu Yang Berhormat.

Jadi, saya akan jawab secara bertulis.

final • 5:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sudah dua minggu, tidak tahu. Alamak.

final • 5:20 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Jadi seterusnya, isu-isu seakan itu Yang Berhormat juga telah kemukakan dan jawapan tersebut telah diberi pada tarikh-tarikh berikut iaitu pada 30 Disember 2010, 24 Januari 2011, 28 Januari 2011, 1 April 2011, 14 April 2011, 11 Mei 2011 - Ini maklumat daripada DBKL yang mengatakan mereka telah menjawab kepada Yang Berhormatlah, 11 Julai 2011, 15 Ogos 2011, 12 September 2011 dan 10 Oktober 2011. Jadi walau bagaimanapun seperti saya sebut tadi, satu hari nanti saya akan pergi dengan Yang Berhormat lihat berkenaan dengan banjir.

Seterusnya, Yang Berhormat Wangsa Maju juga telah mempersoalkan Program Cross Fertilization yang gagal dilaksanakan terhadap pegawai-pegawai peringkat DBKL yang dikatakan tidak mahu keluar daripada DBKL. Beliau mencadangkan agar kerajaan meneliti keadaan tersebut dengan mengambil tindakan yang sesuai bagi meningkatkan imej DBKL.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seterusnya iaitu mengenai Program Cross Fertilization dengan izin, DBKL telah dilaksanakan oleh DBKL iaitu bagi fasa pertama mulai 15 Mac 2010 sehingga 14 Mac 2012. Manakala fasa kedua 17 Mei 2010 sehingga 16 Mei 2012. Seramai 17 orang dari kumpulan pengurusan dan profesional serta pegawai kumpulan sokongan telah dan sedang mengikuti program ini. Pada peringkat awal pelaksanaan, terdapat beberapa masalah yang timbul dan prosesnya telah ditambah baik dan dilaksanakan dengan jayanya dalam fasa kedua.

Secara keseluruhan, Program Cross Fertilization didapati telah berjaya dilaksanakan dan telah memberi faedah kepada kedua-dua agensi yang terlibat. Seramai 10 orang daripada 14 pegawai DBKL yang terlibat dengan PCF telah dinaikkan pangkat.

Selain itu, maklum balas secara keseluruhan daripada agensi turut menyatakan prestasi yang telah ditunjukkan oleh pegawai-pegawai DBKL adalah baik dan memuaskan.

final • 5:20 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Manakala terdapat juga pegawai luar berjumlah 14 orang yang berkhidmat di DBKL, beberapa daripada mereka memohon lanjutan tempoh PCF di DBKL untuk menimba lebih banyak pengalaman. Ini juga menunjukkan bahawa program PCF di peringkat DBKL sendiri yang menerima pegawai dari agensi luar juga adalah berjaya dilaksanakan dengan baik. Dengan perkembangan ini, DBKL akan meneruskan program berkenaan kerana didapati telah memberi faedah serta impak positif kepada pegawai dan DBKL secara keseluruhannya dan juga kepada pegawai-pegawai yang dihantar ke DBKL daripada agensi-agensi kerajaan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan Yang Berhormat daripada Mas Gading pula membangkitkan isu berkenaan dengan pengurusan dan pengumpulan sampah-sampah yang dianggap telah diambil alih oleh anjing-anjing liar menyebabkan sampah sarap berselerakan di tengah-tengah jalan. Hal ini dapat dilihat di sekitar Kuala Lumpur terutama di kawasan Chow Kit dan flat Pekeliling.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Mas Gading, DBKL sentiasa memantau kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor dilantik iaitu Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. yang dipertanggungjawabkan dalam kerja-kerja pengurusan sampah di Kuala Lumpur. Di samping pemantauan berterusan tersebut, DBKL sendiri turut menubuhkan Flying Squad bagi membantu kerja-kerja pembersihan terutama di kawasan sekitar Chow Kit yang merupakan salah satu kawasan tumpuan di bandar raya ini.

final • 5:20 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Pasukan ini mempunyai jadual secara harian dalam membantu melaksanakan pembersihan di kawasan berkenaan. Selain itu DBKL juga turut melakukan aktiviti gotong- royong membersihkan sampah sarap hampir setiap bulan termasuk di kawasan Chow Kit bersama persatuan-persatuan penjaja dan di kawasan-kawasan perumahan di bawah DBKL bersama persatuan penduduk yang berkaitan. Program berbentuk gotong-royong sebegini dapat membantu mengurangkan masalah sampah sarap yang kadang-kala disebabkan juga oleh penduduk ataupun peniaga setempat. Bagi isu sampah sarap yang wujud di sekitar kawasan flat Pekeliling pula, ia berada di luar kawalan dan pemantauan oleh DBKL kerana kawasan berkenaan adalah tanggungan pemaju yang telah mengambil alih kawasan tersebut.

Namun demikian, DBKL akan membantu sekiranya pihak pemaju memerlukan sebarang bantuan dalam aktiviti pembersihan di kawasan tersebut. Dalam masa yang sama pihak DBKL turut membuat penangkapan anjing-anjing liar pada setiap minggu.

Penangkapan ini dibuat bukan sahaja disebabkan oleh masalah anjing yang menyebabkan sampah sarap bertaburan, tetapi juga atas faktor keselamatan umum. Anjing-anjing yang ditangkap akan disimpan di tempat simpanan sementara seperti di Setapak sebelum ia dihapuskan dengan cara yang dibenarkan. DBKL akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam usaha menambah baik sistem pengurusan sampah sarap di sekitar Kuala Lumpur.

final • 5:30 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Minta laluan Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Bintang Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa di Bandaraya Kuala Lumpur salah satu faktor utama yang menyumbang sampah sarap di ibu kota kita ialah pekerja asing dan ramai di pusat bandar ini. Saya ingin tanya apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian khususnya DBKL untuk memantau dan juga memastikan bahawa Kuala Lumpur sentiasa menjadi satu bandar raya yang bersih oleh kerana ini akan memberi imej DBKL khususnya Kuala Lumpur sebagai satu bandar yang tidak bersih. Saya minta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri memastikan bawah sesiapa yang mengotorkan bandar raya Kuala Lumpur ini khususnya pekerja asing salah satu faktor yang utama yang menyumbang kekotoran di sekeliling Kuala Lumpur ini. Minta satu penjelasan dan langkah yang akan diambil oleh DBKL. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin

Yang Berhormat Bukit Bintang, memang DBKL dan kementerian memang beri penekanan kepada kebersihan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya memandangkan sasaran kerajaan untuk mencapai sasaran 2020 iaitu dengan izin. top 20 in terms of liveability dan juga top 20 in terms of sustainability pada tahun 2020. Jadi dalam usaha-usaha ini kita akan pastikan penguatkuasaan dibuat dengan secara total atau keseluruhannya dan perkara ini memang kami sentiasa berbincang baik di peringkat kementerian ataupun DBKL dan usaha-usaha inisiatif Greater Kuala Lumpur Valley adalah ke arah itu di mana kita akan mengadakan pembersihan sungai di bawah river of life dan beberapa perkara-perkara yang lain iaitu yang menjurus kepada membersihkan lagi keindahan atau pun kawasan Kuala Lumpur.

Selain daripada itu berkaitan dengan warga asing yang berada di Kuala Lumpur khususnya golongan ini biasanya bekerja dengan pekedai-pekedai ataupun penjaja-penjaja di kawasan Kuala Lumpur. Mungkin mereka bawa amalan-amalan yang tidak berapa sihat di negara kita. Walau bagaimanapun, itulah selalu pihak penguat kuasa jalankan tugas untuk menguatkuasakan khususnya penjaja-penjaja dan pekedai-pekedai yang menggunakan warga asing ini walaupun apatah lagi dengan cara yang haram. Akan tetapi kadang-kadang kita dapat banyak bantahan daripada persatuan penjaja dan juga peniaga apabila tindakan-tindakan diambil oleh penguat kuasa.

Jadi saya berharap dapat kerjasama khususnya daripada kawasan Yang Berhormat di Petaling Street di mana apabila tindakan-tindakan diambil kadang-kadang kerajaan dituduh zalim kepada penjaja-penjaja. Saya rasa amalan-amalan kebersihan ini kurang apabila pekerja-pekerja asing ini digunakan dalam mana-mana premis pun baik premis penjaja atau premis kedai-kedai ini.

final • 5:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Mohon laluan. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya sejauh mana kepastian kita penjaja-penjaja ini sebenarnya bekerja untuk tauke tempatan atau mereka hanya menggunakan nama, padahal perniagaan itu adalah milik mereka seperti yang berlaku di Chow Kit itu. Kita katakan mereka bekerja, kalau di premis-premis restoran kita tahu bahawa memang jenis pas pekerja ini ada untuk kerja restoran. Akan tetapi untuk penjaja adakah visa untuk mereka bekerja dengan orang yang menjaja? Ini perkara yang agak baru bagi saya.

final • 5:30 PM

Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin

Dari segi penjaja, tidak ada warga asing pun diberi lesen untuk menjaja. Akan tetapi sudah menjadi satu amalan jugalah saya tengok ada warga Malaysia sendiri yang menjual tapak kepada warga-warga asing baik dari segi menguruskan apatah lagi jadi segi pekerjaan dia. Jadi walaupun pihak DBKL khususnya bersama dengan agensi kerajaan seperti KDN, kita mengambil tindakan dari semasa ke semasa untuk memastikan perkara ini tidak berleluasa dan akhirnya umpamanya Petaling Street menjadi Bangladesh Street dan lain-lain. Jadi kita hendak elakkan perkara-perkara ini daripada berlaku.

final • 5:30 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Berkenaan dengan penjaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memang difahamkan kita telah mengambil tindakan yang tegas bahawa tidak ada gerai-gerai yang dijaja oleh warga asing. Ini sudah lama tidak wujud.

Saya ingin bertanya di Chow Kit mahupun di tempat-tempat tertentu ada ramai orang asing diberikan peluang untuk menjaja di sana. Ini ada perumpamaannya, kera di hutan disusukan anak sendiri mati kelaparan. Warga asing diutamakan, pekerja tempatan dibiarkan. Saya minta Yang Berhormat Menteri memastikan bahawa pekerja asing atau penjaja asing tidak boleh diberi peluang untuk berniaga di tempat penjaja. Satu penguatkuasaan seharusnya diadakan memastikan semua tempat di Kuala Lumpur ini tidak ada penjaja orang asing. Ini adalah kerana warga tempatan ramai yang menganggur khususnya di stesen Puduraya, yang mengambil alih sejak dinaik taraf tetapi nampaknya peniaga kecil tidak diutamakan. Sewa dinaikkan sehingga tiga kali ganda dari RM1,000 hingga RM3,000. Mereka akan menghadapi masalah, peniaga akan gulung tikar sebab tidak mampu membayar sewa. Saya minta Yang Berhormat Menteri pun ada campur tangan dan diharapkan kes ini akan membantu mereka khususnya kaum bumiputera peniaga kecil ini. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin

Yang Berhormat, berkenaan dengan penjaja asing ini memang kita tidak bagi lesen. Hanya penjaja yang dilesenkan dari warga kita yang menyalahgunakan lesen dan perkara ini memang kita selalu ambil tindakan. Untuk makluman tindakan-tindakan yang dikenakan pada warga asing, kalau mereka yang terlibat dengan membuang sampah pada 2010 kita telah dapat 240 tangkapan. Kita akan sita kepada warga asing iaitu atas lain-lain kesalahan 834 dan batal lesen peniaga tempatan yang terlibat dengan warga asing 51.

final • 5:30 PM

Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin

Jadi, tindakan-tindakan sedia diambil, tetapi memang saya sendiri pun sudah bersama dengan penguat kuasa DBKL dan juga Jabatan Penjaja DBKL. Mereka begitu arif bila kita turun check mereka kata, bos dia pergi toiletlah, pergi kedailah, pergi sembahyanglah. Perkara ini memang boleh dikuatkuasakan tetapi dalam jangka masa panjang. Asalkan rakyat kita yang kita amanahkan, tidak menggunakan amanah itu dengan baik, dia menjualkan tapak. Akan tetapi ada juga penjaja-penjaja kita yang guna warga asing sebagai pekerja. Jadi, kalau pekerja itu berlesen seperti Yang Berhormat sebut memang saya rasa kita sedikit sebanyak boleh menerima kerana mereka ada permit untuk menggunakan pekerja asing.

final • 5:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri.

Sedikit mengenai penjaja ini, pengalaman di kawasan PBT MBSA, kita telah mengubah sedikit approach atau pendekatan. Bila kita bercakap mengenai penjaja, mereka adalah peniaga-peniaga kecil yang sepatutnya terdiri daripada orang-orang kitalah. Kalau sudah kecil itu maknanya dia mungkin tidak mampu dan tidak perlu mengambil pekerja untuk bekerja dengan mereka. They are owner operated businesses, dengan izin. Mungkin cara pelesenan kita kepada mereka itu perlu, maknanya setiap mereka menampilkan lesen dengan gambar penjaja itu sendiri. Maknanya sekiranya semasa pemeriksaan kita ke sana dan kita dapati bahawa orang lain yang menjalankan perniagaan itu, maka dengan sendirinya menunjukkan bahawa mereka telah meng‘alibaba’kan lesen penjaja mereka itu kepada orang lain.

Jadi, pendekatan ini ada keberkesanannya di Shah Alam kerana kita dapati sebelum itu ramai seperti memfrancaiskan business penjajaan mereka. Mereka buka satu tapak kemudian bila sudah berjaya mereka ambil orang lain, mereka pergi buka dan sebagainya dan ini semua berterusan. Ini bukan lagi penjaja namanya. Mereka ini adalah usahawan dan pelabur. Mungkin dengan cara itu, itu cadangan sayalah kalau boleh dipertimbangkan. Wallahualam. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Proses itu telah pun dilaksanakan di Kuala Lumpur di mana gambar-gambar ditunjuk, maksud saya bila kita tengok gambar, orang itu tidak ada. Apabila melawat dia kata tuan punya kedai pergi sembahyang, pergi beli barang dan lain-lain. Jadi, proses untuk menguatkuasakan itu ambil masa. Inilah yang kadangkala berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negara 2012 yang telah menyentuh perkara-perkara di bidang kuasa kementerian saya.

Semua isu-isu tersebut telah saya jawab atas komitmen kementerian saya khususnya dan kerajaan amnya atas semangat 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’ Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

final • 5:40 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Chor Chee Heung

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat dasar.

final • 5:45 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Chor Chee Heung

Ini terutama sekali kepada mereka yang prihatin terhadap isu-isu yang berkait rapat dengan bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kementerian amat menghargai pandangan dan saranan yang telah pun diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2012 dengan tema Dasar Transformasi Nasional, Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara merupakan satu bajet yang istimewa kerana ia berkait rapat dengan peranan kementerian saya, iaitu mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan mampan bagi semua lapisan masyarakat Malaysia. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan Dasar Transformasi Nasional dijayakan sepenuhnya, kementerian saya telah pun menyusun pelbagai strategi untuk mendukung sepenuhnya misi ini agar seluruh rakyat negara kita dapat hidup dalam persekitaran yang selesa dan yang berkualiti.

Ahli Yang Berhormat Sri Gading dan Petaling Jaya Selatan telah pun membangkitkan isu mengenai peningkatan harga rumah yang telah membebankan golongan muda dan berpendapatan rendah. Kerajaan sememangnya sedar mengenai perkembangan ini dan sehubungan dengan itu di bawah Jabatan Perdana Menteri Program Perumahan 1Malaysia ataupun PR1MA telah bagi memastikan golongan berpendapatan sederhana iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,000 satu bulan mampu memiliki sebuah rumah sendiri berharga di antara RM150,000 sehingga RM300,000 di kawasan Lembah Klang. Sebuah agensi khas iaitu PR1MA Corporation telah pun ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk mengendalikan inisiatif ini. Saya percaya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah pun menjawab mengenai butir-butir perumahan di bawah PR1MA.

Manakala kementerian saya akan memberikan tumpuan terhadap pembinaan dan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi memastikan penyediaan kemudahan perumahan mencukupi untuk golongan berpendapatan rendah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Nerus dan Tangga Batu, skim-skim PPR yang siap dibina akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan ataupun pihak berkuasa negeri untuk memilih warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang belum memiliki rumah dan berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan untuk menduduki rumah PPR tersebut melalui sistem pendaftaran terbuka. Mereka yang berjaya dipilih untuk menduduki rumah PPR ini perlu membayar sewa pada kadar RM124 sebulan seperti dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Rembau.

Namun bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Rembau mengenai kadar sewa PPR di Lembah Subang Satu yang melebihi kadar tersebut.

Kementerian saya telah pun dimaklumkan oleh Dewan Bandaraya Petaling Jaya bahawa pengurusan PPR Lembah Subang Satu di negeri Selangor menghadapi kesukaran untuk menampung kos penyelenggaraan yang semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan persetujuan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor (MNKN) telah pun menaikkan kadar sewa kepada RM250 sebulan. Kementerian juga menghargai keprihatinan...

final • 5:45 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang pemilikan rumah pertama yang di mana Kerajaan Persekutuan memberi pinjaman untuk mereka yang berpendapatan RM7,000 ke bawah supaya boleh memiliki rumah pertama, di mana dengan keadaan ekonomi sekarang banyak penduduk tempatan berpendapatan di antara RM2,000 hingga RM3,000. Saya khuatir dengan pinjaman 100 peratus di mana dengan pembayaran 30 tahun atau 25 tahun, mereka dapat gaji hanya setakat mampu untuk bayar ansuran bulanan dan menyebabkan mereka tidak ada duit lagi untuk spend. Saya rasa yang ini perlu dikaji semula. Sebab saya rasa banyak golongan muda yang baru sahaja tamat sekolah, tamat pendidikan tinggi, mereka tidak mampu lagi untuk bayar ansuran ini. Tidak dapat memiliki rumah pertama yang mereka mahukan.

Yang kedua ialah masalah lembah Subang di mana PPR yang dibina yang disewa kepada penduduk di sekitar lembah Subang. Saya dapat banyak complaint tentang masalah di mana banyak yang sewa itu, menyewakannya kepada orang lain, disewa kepada orang asing.

final • 5:45 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Akan tetapi semasa ada serbuan atau ada penguat kuasa pergi ke sana mereka dapat maklumat, so orang asing keluar dari rumah itu. So, tidak dapat tangkap atau buat tindakan selanjutnya.

Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri tentang masalah di Lembah Subang di mana kurang maintenance, di mana dalam keadaan daif sekarang. Ada kebocoran, lif-lif rosak, tidak ada peruntukan tambahan kepada PPR. Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat ambil perhatian, bagi keutamaan kepada PPR di Lembah Subang. Terima kasih.

final • 5:45 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Menteri, saya berkongsi Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah di sini Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya ini Ahli Parlimen yang baik Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri bagi laluan kepada Yang Berhormat Sri Gading?

final • 5:50 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

[Menganggukkan kepala]

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ha, sila.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Saya berkongsi sama dengan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Kita sekarang dalam dasar, membahaskan dasar. Soal Rumah Pertama ini, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, orang mengeluh Tuan Yang di-Pertua kerana harga rumah macam tak dapat nak dikawal Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.

Melambung-lambung, maknanya meningkat daripada satu masa ke satu masa ikut suka hati pemajulah Tuan Yang di-Pertua. Siapa yang mengawal Tuan Yang di-Pertua? Kita jadi pemerintah, rakyat berharap kepada kita dan konon cerita ada sindiket orang kaya beli rumah-rumah yang dah siap ini lepas itu jual dengan harga yang lebih tinggi.

Di mana rakyat nak berlindung Tuan Yang di-Pertua? Di mana rakyat nak mengadu dan kalau kita biarkan, orang kaya bertambah kaya, bertambah senang. Rakyat yang konon kita nak beri dia rumah pertama, tak mampu Tuan Yang di-Pertua. Walaupun pinjaman daripada RM220,000 dah naik RM400,000 Tuan Yang di-Pertua, tapi kalau harga rumah tidak dikawal dan kalau Yang Berhormat Menteri Perumahan yang akan memegang Dasar Perumahan Negara tak dapat nak melihat masalah rakyat ini Tuan Yang di-Pertua, di mana Tuan Yang di-Pertua, di mana? Saya ulang sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, di mana mereka nak mengadu Tuan Yang di-Pertua? Ini persoalan...

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang dia tanya itu Menteri, Menteri. Dia menyindir ini.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bukan saya menyindir Tuan Yang di-Pertua, ini pertanyaan Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Oleh sebab Tuan Yang di- Pertua jadi pengerusi, saya halakan soalan ini kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya rasa saya dalam keadaan yang betul. Jadi Yang Berhormat Menteri, harap perkara yang sebesar inilah yang harus ditangankan. Ini tugas Menteri. Jadi, saya haraplah Yang Berhormat Menteri. Jawapan memang bolehlah dijawab tapi apakah jawapan kita itu menyelesaikan masalah Tuan Yang di-Pertua? Ini masalah yang saya cuba nak bangkitkan dalam perbahasan dasar kita sekarang Tuan Yang di-Pertua. Saya tak bertanya paip bocor, macam mana lif rosak, itu saya tak nak tanyalah Tuan Yang di-Pertua. Ini dasar. Boleh saya bertanya tadi macam itu Tuan Yang di-Pertua? Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong.

final • 5:50 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kepada menteri, cuma nak minta penjelasan susulan daripada kenyataan yang dibuat oleh menteri tadi. Mengenai sewa PPR, kalau berbanding dengan dasar yang sedia ada, sewa bulanan itu sebanyak RM124 tetapi memandangkan kos penyelenggaraan di Lembah Klang dan kini telah pun dibenarkan supaya dinaikkan kepada RM250 sebulan. Adakah ini satu dasar yang hanya khusus untuk Lembah Klang sahaja ataupun untuk mengurangkan sebarang kekeliruan, itu juga dijadikan satu dasar yang diguna pakai seluruh negara kita.

Itu yang pertama. Tadi juga menteri ada bercakap tentang tugas dan tumpuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana Kerajaan Pusat atau Kabinet akan menjaga tentang perumahan pertama (PR1MA) dan selain itu, mengenai PPR dan juga PKAR akan ditugaskan kepada kementerian Datuk Menteri. Jadi, adakah satu kumpulan dana telah disediakan supaya projek perumahan rakyat dan juga projek kos rendah akan dikendalikan di seluruh negara dan bukan sahaja setakat Lembah Klang sahaja. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri, sedikit Menteri.

Menteri, di peringkat dasar ini Menteri saya mohon penjelasan Menteri ...

final • 5:50 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Tuan Yang di-Pertua, saya serah kebijaksanaan daripada Tuan Yang di-Pertualah sama ada nak bagi atau tidak.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sikit sahaja, pendek sahaja.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Penghabisan, selepas itu Menteri semula.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua budiman. Yang Berhormat Menteri, di peringkat dasar ini saya rasa Menteri mendengar perbahasan daripada Yang Berhormat Sri Gading dan juga Menteri pun tahu pasal di Dewan yang mulia ini pun kita banyak berbahas mengenai isu perumahan ini.

Menteri, saya rasa tiba masa sebenarnya kerajaan melihat isu perumahan ini bukan isu biasa kerana di peringkat Bangsa-bangsa Bersatu isunya ialah isu hak asasi manusia.

Menteri pun tahu iaitu apa yang dikatakan Yang Berhormat Sri Gading, adequate housing ini banyak perkara, dengan izin, security of tenure, adequate services, affordability, habitability, accessibility, location, cultural adequacy.

Jadi, perkara ini telah diangkat sehingga ke tahap itu. Walau bagaimanapun menteri, saya rasa menteri mungkin boleh bekerjasama dengan EPU dan sebagainya kerana perkara ini sehingga hari ini Malaysia tidak meratifikasi pun, dengan izin, economic social cultural rights yang mana akan menuntut kepada Kerajaan Malaysia memastikan prinsip-prinsip hak asasi manusia ini iaitu mendapat hak rumah, dengan izin, adequate housing ini sebagai satu dasar negara iaitu, dengan izin, development policy. Jadi, saya rasa memandangkan isu perumahan sentiasa timbul dan kebetulan di dalam ucapan bajet Yang Berhormat Pekan baru-baru ini saya rasa banyak perkara berkaitan dengan perumahan sehinggakan nelayan dan sebagainya tetapi kalau daripada segi dasar kita tidak memenuhi satu tuntutan yang telah pun termaktub di peringkat Bangsa-bangsa Bersatu, saya rasa Menteri mungkin boleh memulakan dasar ini supaya dijadikan satu permulaan yang bergerak ke depan supaya masalah ini bukan sahaja masalah yang berulang-ulang tetapi masalah yang saya rasa tidak sebahagian, dengan izin, it is a human rights issue, bukannya isu biasa.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang terdiri daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Sri Gading, Jelutong dan juga Yang Berhormat Balik Pulau. Saya akan menjawab secara gabunganlah. Saya tak kata siapa tanya apa, saya akan menjawab secara spesifik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, harga rumah setakat ini memang tidak terkawal dan ini adalah satu amalan biasa di mana-mana di dunia termasuk juga di negara-negara yang kita sentiasa kenali sebagai socialist country, di negara China juga.

Akan tetapi kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita sentiasa memantau harga rumah ataupun harga pasaran mengenai perumahan.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Jika perlu, kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk campur tangan ataupun intervensi tetapi pada lazimnya, kerajaan tidak akan berbuat demikian sebab ini adalah amalan dan kita tinggal dalam sebuah negara yang mempraktikkan perdagangan bebas dan juga ini adalah semua bergantung pada market forces, dengan izin.

Akan tetapi ini tidak bermaksud bahawa kerajaan tidak kira langsunglah, tidak prihatin terhadap golongan-golongan yang tidak mempunyai rumah ataupun orang yang tidak mampu membeli rumah. Seperti kita semua maklum juga, sebab apa kita dapat melihat harga-harga rumah di Lembah Klang khususnya dan di kota-kota besar di negara ini dalam lima tahun kebelakangan ini telah pun meningkat. Ini memang adalah kerana bahan-bahan binaan, tanah-tanah yang ada di kota-kota besar, kos buruh semua telah dinaikkan dan ini telah menyebabkan harga rumah pun terus melambung tetapi kerajaan memang ada satu mekanisme. Selain daripada mengadakan intervensi seperti yang saya katakan dan yang saya akan beritahu iaitu di bawah belanjawan yang dicadangkan iaitu real property gains tax, cukai keuntungan tanah dinaikkan daripada 10 peratus dan selain daripada itu, Bank Negara sentiasa memantau dan juga mengarah supaya pinjaman hanya boleh diberikan kepada peminjam-peminjam bagi rumah ketiga iaitu tidak melebih 70 peratus loan to value, dengan izin. Ini adalah beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan sama ada ianya berkesan atau tidak akan sentiasa dipantau oleh kerajaan juga.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Selain daripada itu, satu sistem mekanisme yang ada ialah baru-baru ini, tahun ini, Kerajaan Persekutuan rasa bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah proaktif untuk membina rumah bagi golongan-golongan yang berpendapatan rendah. Yang rendah itu tidak payah cakap lah, itu tiap-tiap tahun itu kita buat. Ini bagi berpendapatan sederhana dari RM3,000 hingga RM7,000. Ini supaya rumah-rumah ini dapat dibina melalui usaha kerajaan dan golongan-golongan yang disasarkan dapat membeli rumah.

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tanya, dia kata kalau pendapatan RM3,000, macam mana hendak beli rumah RM400,000 hingga RM500,000? Tidak payah, sebab kerajaan memang mempunyai perancangan yang agak panjang supaya rumah- rumah yang dibina memang di antara kos RM150,000 hingga RM300,000. Kalau kita tidak mampu, kita boleh pilih yang mana. Seperti baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah buat cabutan untuk rumah-rumah yang berharga hanya RM150,000 ke bawah.

Selain daripada itu, di tempat-tempat lain di Lembah Klang macam Sungai Besi, akan dibina juga oleh satu usaha di antara Kerajaan dan juga pihak-pihak swasta supaya rumah yang dibina merangkumi RM150,000 hingga RM300,000...

final • 6:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Saya tak habis lagi Yang Berhormat. Tunggu- tunggu sekejap. Selain daripada itu, saya juga ingin memberitahu kepada Yang Berhormat Jelutong iaitu pada dasarnya semua sewa yang di caj oleh kerajaan bagi rumah PPR adalah RM124 sebulan. Akan tetapi bagi kes macam di Lembah Subang itu, ini adalah satu kes yang istimewa. Kes ini telah pun mendapat keputusan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor supaya membenarkan sewa ini dinaikkan sehingga RM250, bukan semua, yang lain masih RM124.

Satu masalah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat ialah kos penyelenggaraan cukup tinggi. Lepas itu kita jangan lupa, bagi semua penduduk di rumah PPR ini, walaupun mereka ini dikehendaki untuk membayar caj perkhidmatan (management fee), mungkin RM20 sebulan, itu pun tidak bayar. Bila semua tidak bayar, maka usaha penyelenggaraan rumah-rumah ini jatuh pada bahu kerajaan negeri ataupun PBT. Kalau PBT atau kerajaan negeri kena tanggung semua, saya rasa memang tidak adillah. Sebab itu mereka ini buat keputusan, Kerajaan Negeri Selangor ini, bukan kerajaan mana, telah pun membuat keputusan bahawa tidak apalah, benarkan hanya di tempat itu RM250 sebulan.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Bagi tempat itu juga, tempat yang sama, PPR Lembah Subang ini, memang pihak PBT telah pun melakukan kerja-kerja dan usaha penyelenggaraan. Pada tahun 2009, mereka ini telah masuk sekali buat habis semua. Akan tetapi oleh kerana kadar vandalisme yang begitu tinggi, sekarang pula masalah banyak. So, saya percaya kita pun tidak boleh salahkan PBT di negeri Selangor di mana mereka tidak ada pilihan lain selain terpaksa menaikkan harga sewa.

Satu masalah lagi, memang baru-baru ini dikesan iaitu yang disewa kepada orang asing. Ini saya serah kepada PBT berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya sama ada mereka ini kalau hendak tangkap semua orang ini, dia kena ada pemeriksaan- pemeriksaan mengejut baru boleh tangkap orang ini semua. So, ini saya serah kepada PBT berkenaan.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sebelum Yang Berhormat Menteri pergi ke topik lain...

final • 6:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Tanah Merah

[Bangun]

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Balik Pulau, memang saya setuju human right charter salah satu bahagian ialah affordable housing, housing is the basic need for every rakyat in this country. That is why you tengok kerajaan yang bertanggungjawab sentiasa mengambil langkah yang positif bagi golongan yang berpendapatan sederhana buat juga rumah. Tidak payah beli di luar, beli dari kerajaan. Bagi golongan berpendapatan RM2,500 sebulan, dia dapat PPR untuk diduduki.

final • 6:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Penjelasan.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sebelum Menteri berpindah ke topik yang lain, boleh?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat saya tidak sampai muka surat satu pun sudah banyak pertanyaan.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Satu soalan, PR1MA, PR1MA.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Saya takut nanti...

final • 6:00 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Nak jelas...

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa panjang Yang Berhormat? Berapa lembar?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Saya kalau hendak kata lambat, memang lambat jugalah.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berapa lembar?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Kalau tidak minta laluan mungkin satu jam.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Soal PR1MA. Satu minit, boleh?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Tuan Yang di-Pertua, PR1MA ini di bawah Jabatan...

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi laluan kepada Yang Berhormat Indera Mahkota dan selepas itu Yang Berhormat teruskan.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

PR1MA ini di bawah Jabatan Perdana Menteri.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya belum tanya lagi.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi peluang dulu Yang Berhormat Indera Mahkota untuk bertanya.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Ah, okey.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Then you respond to that and then you proceed.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang prihatin. Saya cuma hendak tanya penjelasan sebab ada dinyatakan dalam ucapan Belanjawan mengenai dengan kerajaan telah menaikkan kadar atau had maksimum harga rumah bawah Skim Rumah Pertamaku daripada RM220,000 kepada RM400,000. Ini yang dicadangkan dan kita sedang bincang sekarang.

Akan tetapi untuk sebagai galakan tadi, Yang Berhormat Menteri ada sebut berkenaan dengan pengecualian terutama pengecualian tentang surat cara perjanjian ya, ada disebut tadi. Di bahagian untuk mengatakan menggalakkan ini, kerajaan mencadangkan untuk mengecualikan sepenuhnya surat cara perjanjian pinjaman. Itu betul.

Akan tetapi hadnya diletak maksimum RM300,000 sahaja sedangkan cadangan tadi menaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000. Kita buat sekatan sehingga maksimum RM300,000.

Adakah ini satu cadangan yang mengambil kira bracket yang betul atau sengaja hendak letakkan seolah-olah kita beri kelonggaran atau pengecualian sedangkan had itu cuma separuh daripada had yang kita naikkan tadi?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat. Walaupun rumah- rumah yang dibina di bawah PR1MA atau Rumah Pertamaku, itu bukan di bawah tanggungjawab kementerian saya. Ia ini di bawah satu unit Jabatan Perdana Menteri yang telah ditubuhkan. Saya tumpang hendak jawab sahajalah.

Walaupun dahulu pernah dikatakan RM300,000 supaya kemudahan-kemudahan diberikan untuk perjanjian surat pinjaman, tetapi memandangkan baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah setuju untuk mempertimbangkan supaya ia naik sehingga RM400,000, saya percaya ia akan ikut lah. Ia akan ikut. Ia akan ikutlah. Tidak apa lah, ia akan ikut sebab ini tidak selaras lagi. Baru pertama kali, RM150,000 di Cyberjaya, yang lain tidak lagi. Baiklah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Maksud saya, pengecualian tadi yang mana satu? Pengecualian sehingga had RM400,000 atau RM300,000?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Tidak, tidak apa. Bila kalau ada perubahan, saya percaya pengecualian akan diikuti. Saya percayalah akan diikuti. Akan tetapi Yang Berhormat sempat juga tanya pada Menteri-menteri berkenaan mengenai rumah-rumah sedemikianlah kan. You tanya PPR dekat I, saya tahu lah. Okey lah, terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, selain memastikan golongan berpendapatan mempunyai tempat tinggal sendiri, kerajaan juga turut prihatin terhadap pembeli yang telah pun menjadi mangsa akibat projek perumahan terbengkalai dan juga projek sakit. Buktinya, setakat 31 Oktober 2011, sebanyak 83 projek terbengkalai telah pun berjaya dipulihkan. Oleh yang demikian, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Raja, kini terdapat sebanyak 62 projek terbengkalai yang sedang dipulihkan dan 22 projek lagi dalam perancangan awal ataupun dalam usaha untuk mendapatkan pemaju penyelamat.

Manakala bagi membantu pembeli-pembeli projek sakit seperti yang dibangkitkan Yang Berhormat Tebrau pula, KPKT sentiasa membantu wakil-wakil pembeli untuk mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju untuk memulihkan atau mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang ditimbulkan. Selain itu, bagi meringankan bebanan mangsa projek sakit, KPKT juga melakukan inisiatif berikut bagi membantu pembeli-pembeli iaitu:

(i) mengeluarkan surat pengesahan kepada pembeli bagi membolehkan pengurangan kadar faedah dan penstrukturan semula pinjaman perumahan oleh pihak pembiaya-pembiaya institusi kewangan, ataupun di samping itu membolehkan pengeluaran simpanan kali kedua daripada simpanan KWSP;

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

(ii) berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk membatalkan pinjaman dan diberi peluang untuk memohon pinjaman baru dengan jumlah penuh seperti pinjaman pada kali pertama ataupun menangguhkan pengenaan faedah pinjaman sebanyak 4 peratus sepanjang tempoh projek dipulihkan ataupun selama lima tahun, mana-mana terdahulu; dan

(iii) mengeluarkan surat status projek perumahan kepada para pembeli ataupun pihak bank, pembiaya bagi memaklumkan status ataupun perkembangan terkini projek perumahan.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Merujuk kes projek perumahan terbengkalai spesifik Apartment Bahtera di Pulau Indah, Klang yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kota Raja pula. Projek pangsapuri service ataupun service apartment dimajukan oleh Simpulan Cemerlang Sdn.

Bhd. dari tahun 2002 hingga tahun 2004 iaitu sebelum pindaan Akta 118 pada tahun 2007 yang mewajibkan projek perumahan pangsapuri service dilesenkan dengan kementerian saya. Berdasarkan fakta tersebut semasa pembangunan projek ini, pemaju tidak dilesenkan di bawah Akta Pemaju Perumahan dan segala kebenaran dan kelulusan untuk menjalankan pembangunan ini adalah tertakluk dengan pihak Majlis Perbandaran Klang.

Walaupun demikian, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian memang cukup prihatin. Walaupun pada dasarnya ini bukan satu masalah di bawah kementerian saya tetapi pegawai-pegawai dari Jabatan Perumahan Negara telah pun mengambil inisiatif sendiri untuk mengadakan beberapa mesyuarat dengan pemaju dan juga Kerajaan Negeri Selangor supaya kita hendak cari satu penyelesaian untuk keadilan bagi pembeli-pembeli bagi Apartment Bahtera di Pulau Indah. Setakat ini, kita difahamkan syarikat itu telah pun digulung dan memang dari segi.., semua itu telah dilantik oleh mahkamah. Akan tetapi kita masih berurusan dengan mereka supaya mereka ini dapat bantu kita cari sebuah syarikat white knight ataupun pemaju penyelamat untuk membantu pembeli-pembeli Apartment Bahtera di Pulau Indah.

final • 6:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berasa senang hati sebab Yang Berhormat Menteri tahu tentang perkara ini.

Cuma masalahnya adalah pinjaman mereka daripada bank yang sebelum ini yang perlu mereka lunaskan dan agak ramai di antara mereka yang telah dimufliskan. Jadi, inilah perkara-perkara yang sebenarnya sangat membebankan dan saya tidak tahu di mana ada undang-undang ataupun peraturan yang boleh kita bantu mereka sebab kebanyakan mereka hanya dapat membeli rumah sekali sahaja. Sekarang kalau ada white knight pun, maka mereka perlu berhutang lagi dan inilah yang beberapa kali saya bawa dalam Dewan ini, di mana pemaju boleh menggulung tanpa ada tindakan di atas pengarah dan sebagainya. Mungkin Yang Berhormat Menteri patut melihat semula kepada undang- undang di mana perkara ini tidak boleh berulang.

Kedua, ialah adakah unsur penyelewengan di sini, yang mana tanah itu masih lagi status tanah pertanian dan pejabat tanah daerah tidak lagi pun meluluskan tukar syaratnya dan permohonan kepada MPK sebenarnya tidak diluluskan. Jadi, kenapa boleh satu projek perumahan yang sebenarnya ada lima projek di bawah syarikat yang sama boleh dibangunkan seolah-olah tidak ada penguatkuasaan, seolah-olah ahli majlis ataupun wakil rakyat tidak tahu apa yang berlaku di dalam kawasannya sendiri. Jadi adakah unsur penyelewengan di sini, Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Saya kurang pastilah sama ada elemen penyelewengan oleh pihak pemaju sebab pada masa itu service apartment ataupun Apartment Bahtera di Pulau Indah itu memang tidak perlu mendapat lesen pemaju dari kementerian. Selepas Akta 118 dipinda di Parlimen pada 2007, sekarang semua, apa juga apartment, kondominiumkah atau apakah, pangsapuri ataupun rumah pangsa harus mendapat lesen untuk memajukan tanah sebagai skim perumahan pangsapuri ataupun rumah-rumah pangsa. Saya minta supaya Yang Berhormat mungkin boleh bantu pembeli-pembeli.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Mungkin buat laporan polis supaya polis dapat menyiasat sebab saya tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat sama ada terdapat elemen atau unsur-unsur penyelewengan...

final • 6:10 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Sudah dibuat Yang Berhormat Menteri tetapi sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Tidak apa. Saya akan bantu tengok. Saya tidak bagi jaminan tetapi saya akan bantu dan kadang-kadang hendak cari white knight, pemaju penyelamat pun bukan senang. Kalau dia tengok semua tidak ada apa-apa keuntungan yang akan dapati oleh pemaju penyelamat, mereka ini tidak mahu sentuh pun dan pada akhirnya Kerajaan Persekutuan harus membantu juga. Akan tetapi saya hendak beritahu dalam kes ini, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan duit tax payers untuk membantu sebab pemaju ini tidak berlesenlah.

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kementerian saya memandang serius masalah-masalah akibat projek-projek perumahan swasta yang sakit atau terbengkalai bagi memastikan pembeli rumah tidak tertipu dan hak mereka terbela seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sri Gading. Kerajaan telah pun menetapkan setiap pemaju perumahan perlu memohon lesen pemajuan, perumahan dan permit iklan dan jualan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 ataupun dikenali sebagai Akta 118. Sebagai makluman kepada Dewan yang mulia ini, Akta 118 ini bakal dipinda bagi melindungi lagi kepentingan pembeli. Saya tidak lama lagi akan membawa bill dan akta ini untuk membuat pindaan di Dewan yang mulia ini dan kita harap sebelum kita berpisah pada Disember, kita dapat membuat pindaan. Pindaan itu memang cukup-cukup strict dan pindaan itu memang akan dapat melindungi hak kepentingan pembeli-pembeli.

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri memandangkan ada cadangan pindaan undang-undang.

Sedikit sahaja, hendak minta masukkan perkara yang saya rasa mungkin... Yang Berhormat Menteri, terima kasih kerana punya rancangan untuk mempertahankan hak pembeli. Akan tetapi di dalam projek-projek pembangunan yang berjaya, ada lagi mangsa-mangsa yang lain iaitu mereka-mereka yang tinggal di tanah tersebut. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri kerana sehingga hari ini, undang-undang kebanyakannya tidak memihak kepada penduduk di atas nama penduduk asal. Yang pastinya mereka ini bukannya pendatang asing. Mereka pembayar cukai dan sebagainya.

Ini kerana saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh mendapat rujukan daripada pegawai. Hampir kesemua kes tetapi yang kita sebagai di sini kerajaan perlu juga mengambil sikap bertanggungjawab mengenai hal ehwal kebajikan mereka. Kenapa saya tekankan isu tadi dengan izin, economic, social and cultural right United Nations itu kerana di situ ada satu benda yang mempertahankan dengan izin, tidak akan berlaku force eviction. Itu yang dipertahankan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malangnya apabila negara Malaysia tidak menandatangani ratifikasi ataupun convention tersebut, prinsip itu tidak dapat diguna pakai di peringkat Malaysia. Jadi memandangkan trend ini terlalu berleluasa sehinggakan kes-kes menunjukkan merata.

Jadi di dalam melihat kekangan, kita tidak perlu pasrah kepada ekonomi pasaran tetapi dengan izin, market access perlu juga dilihat dan perlu ditangani dan mungkin mengenai dasar-dasar undang-undang Yang Berhormat Menteri akan bentang dalam Dewan ini. Tolong ambil kira juga mereka-mereka ini kerana dengan izin saya katakan mungkin hampir, kalau tidak separuh, mungkin suku daripada kampung-kampung asal di Parlimen Balik Pulau akan hilang di atas nama pembangunan dan pasaran. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Menteri tolong pastikan dan mungkin kerajaan perlu ada satu inisiatif yang khusus.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Chor Chee Heung

Yang Berhormat, saya ingat...

final • 6:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Mengenai bidang... Sedikit sahaja mengenai projek-projek terbengkalai. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Mengenai projek-projek seperti yang dikatakan tadi, adakah dalam pindaan kepada undang-undang nanti, pengarah-pengarah syarikat yang telah menjadi punca kepada projek-projek yang abandon atau terbengkalai akan diambil tindakan seperti senarai hitamkan mereka sebab mereka tidak akan menjadi pengarah lagi di syarikat-syarikat lain.

final • 6:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Sebab apa yang berlaku adalah sesuatu syarikat itu digulung seperti Lembah Beringin Sdn Bhd di Lembah Beringin. Syarikat telah digulung, orang-orang yang membeli rumah sehingga sekarang tapak pun belum dibangunkan tetapi syarikat yang gulung tikar itu adalah anak syarikat kepada Land & General Berhad. Akan tetapi Land & General Berhad tidak langsung peduli apa yang berlaku kepada pembeli rumah.

Mereka kata syarikat telah gulung tikar, bukan ada kena mengena dengan kita iaitu Land & General Berhad. Akan tetapi sedangkan Land & General Berhad adalah pemilik 100 peratus saham Lembah Beringin Sdn Bhd. Bolehkah satu pindaan dibawa untuk merangkumi aspek ini? Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Dalam pindaan-pindaan yang akan diperkenalkan Tuan Yang di-Pertua, memang amat ketat sekali di mana kita akan memperkenalkan unsur jenayah dalam pindaan-pindaan Akta Pemajuan Tanah, Housing Developer Act. Selain daripada itu juga, kita minta supaya cengkeram sebelum lesen dikeluarkan kepada sebuah syarikat pemaju, cengkeram itu dinaikkan hingga 3 peratus daripada jumlah kos construction. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak bagi dah. Ini last. I hendak explain.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri benarkan kepada Yang Berhormat Indera Mahkota because ada perkara mustahak yang dia hendak tanya. Yang Berhormat Indera Mahkota, sila, sila.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila. Last, last.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak menyokong usaha kerajaan untuk menambah pemilikan rumah dalam negara kita. Saya sokong kementerian. Cuma ada perkara yang menyebabkan kementerian nanti dipersalahkan. Kita naikkan had harga rumah dalam skim ini daripada RM220,000 hingga RM400,000. Maka, orang akan berebut- rebut beli rumah tahap syiling kerana kita kata ada pengecualian dalam surat cara perjanjian.

Ini akan direbut kerana mengurangkan harga kos rumah. Akan tetapi had ini dikatakan hingga RM300,000 sahaja sedangkan pengisytiharan kata RM400,000. Ini yang menyebabkan orang yang membeli rumah lebih daripada RM300,000 akan mempersalahkan kementerian Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Ianya tidak akan salahkan kementerian saya sebab ini di bawah kementerian yang lain tetapi tidak apalah Yang Berhormat, saya akan bagi maklum balas balik kepada Jabatan Perdana Menteri supaya mereka ini lebih dapat meneliti aspek yang telah ditunjukkan oleh Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Yang Berhormat, cukup, cukup. Yang Berhormat Telok Intan menjelaskan hendak beritahu bahawa...

final • 6:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Penjelasan, satu sahaja.

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

...Semua pemaju kalau mereka ini syarikat Sdn Bhd jika ada projek-projek yang pernah terbengkalai, maka nama-nama mereka sebagai ahli pengarah akan disenaraihitamkan oleh kementerian saya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini kita mempunyai 1,000 lebih. Saya tidak boleh ingat angka dia lah, 1,000 lebih ahli-ahli pengarah syarikat-syarikat yang menyebabkan skim perumahan yang terbengkalai. Untuk makluman kepada Ahli Yang Berhormat pula ...

final • 6:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, beri satu peluang ...

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Saya ingat sudahlah.

final • 6:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

No. Just clarify tadi 3 peratus.

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Ya.

final • 6:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi dicadangkan hendak dinaikkan defisit, membuat peraturan memastikan pemaju untuk menyimpan 3 peratus tanpa cek. Bagi saya ini akan menambah kos tetapi apakah sudah berlaku kepada sistem di mana semua wang pembelian mestilah disimpan dalam akaun amanah yang mesti digunakan untuk pembinaan. Apakah yang terjadi di dalam sistem itu?

Adakah ia satu kegagalan? Kalau tidak, tidak mungkin sesuatu projek itu terbengkalai.

Jangan kita guna cara tambah kos yang membebankan rakyat lagi. Jadi saya hendak tahu, apakah sudah jadi kepada sistem akaun amanah itu?

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Okey. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, memang HDA akaun, Housing Developer Account, ia masih wujud, dan maksud kerajaan untuk menerima 3 peratus total cost construction bukan untuk satu alasan di mana pemaju boleh menaikkan harga rumah. Ini adalah satu cengkeram di mana kemungkinan cengkeram ini akan dimasukkan balik kepada HDA akaun. Kadang-kadang HDA akaun kalau tidak diawasi dengan baik sebab yang penting sekali barisan yang mengawasi HDA akaun adalah bank, institusi perbankan.

Kalau institusi perbankan terlepas pandang, meluluskan wang yang disimpan dalam HDA akaun itu kepada pemaju, kadang-kadang ianya akan menjadi satu masalah.

Akan tetapi walau bagaimanapun kementerian sekarang telah cukup mengetatkan sistem pengeluaran duit dari HDA akaun. Okeylah.

Baik terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebelum pindaan akta ini diluluskan untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Raja antara proses penapisan yang dilakukan sebelum pengeluaran lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan termasuk juga pengesahan modal berbayar tunai entiti permohonan bagi memastikan ianya tidak kurang daripada 250 telah memperoleh kelulusan berkaitan pemilikan tanah, ubah syarat tanah serta kelulusan pecah sempadan oleh pihak berkuasa negeri dan kelulusan kebenaran merancang dan pelan susun atur dan pelan bangunan oleh pihak berkuasa tempatan dan bayaran cengkeram atau pun deposit sebanyak RM200,000. Keadaan sekarang sebab kita belum pinda lagi akta.

Langkah penambahbaikan juga terus dilakukan oleh KPKT bagi memastikan kepentingan pembeli sentiasa terjaga. Perbagai pendekatan telah dikaji termasuk cadangan mewujudkan skim insurans pembeli rumah seperti yang dicadangkan Ahli Yang Berhormat Kota Raja. Perbincangan untuk mewujudkan skim insurans pembeli rumah juga telah diadakan. Perkara ini dijangka mengambil sedikit masa kerana dasar insurans sedia ada tidak membenarkan syarikat untuk memberi jaminan terhadap risiko perniagaan.

Selain itu, kerajaan juga komited untuk melaksanakan konsep bina kemudian jual menjelang tahun 2015 bagi memastikan rakyat tidak lagi menghadapi kesulitan mendapat rumah yang dibeli. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam cadangan belanjawan untuk tahun depan juga menyebut iaitu apabila kerajaan menggalakkan supaya rumah-rumah yang dibina melalui konsep bina kemudian jual dan didapati syarikat insurans Bank Islam telah pun berminat untuk membantu iaitu memberikan perlindungan secara yang mematuhi dengan syariah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu prestasi kakitangan PBT yang lemah dan tidak kompeten seperti dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kota Raja dan Seputeh, saya yakin bukanlah semua kakitangan PBT ini tidak kompeten. Namun, KPKT tetap sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Jabatan Perkhidmatan Negeri berkaitan bagi mendalami perkara ini. Antara inisiatif yang telah dilakukan termasuk menggalakkan penempatan pegawai di bawah Program Penempatan Silang seperti yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan iaitu melalui satu program dikenali sebagai cross fertilization. Program ini dilaksanakan di antara PBT dalam negeri yang sama.

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Adalah menjadi harapan dengan pendedahan dan pengetahuan yang diperolehi oleh kakitangan PBT ...

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, nanti dahulu Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Melalui program ini prestasi dan... [Memberi isyarat ‘tunggu sekejap’]

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, minta maaf Menteri... [Ketawa]

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Keberkesanan keseluruhan PBT akan ditingkatkan lagi.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Telefon itu nanti ambil, hantar di pejabat saya.

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Apa dia itu?

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, keluarkan.

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Komputer.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sama ada telefon atau komputer, keluarkan dahulu.

Selepas itu hantar di pejabat saya.

final • 6:20 PM

Seorang Ahli

Dia salah tekan Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Komputer Parlimen... [Ketawa]

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila Yang Berhormat Menteri teruskan.

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan...

final • 6:20 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Tidak pandai tutupkah?

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Sumber peruntukan pembinaan Pusat Khidmat MCA dan Mercu Tanda Tarian Singa seperti dibangkitkan Ahli Yang Berhormat Bakri, ingin saya tegaskan di sini bahawa pembinaan struktur kedua-dua projek tidak mendapat apa- apa peruntukan daripada kementerian saya kerana ianya di luar skop pembiayaan yang dibenarkan.

final • 6:20 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Berkenaan isu permit papan tanda dan iklan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bakri pula, Majlis Bandaraya Johor Bahru memaklumkan bahawa majlis bandar raya tidak menyerahkan kuasa ataupun pengurusan mengeluarkan permit-permit untuk papan iklan dan banner kepada Syarikat Southern Ads Sdn. Bhd., pengurusan untuk mengeluarkan permit bagi papan tanda dan banner diuruskan oleh majlis bandar raya berkenaan berpandukan Undang-undang Kecil Pelesenan Iklan Majlis Bandaraya Johor Bahru 2010.

Mengenai kekurangan peruntukan kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan, dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Teluk Intan telah menerima bantuan peruntukan sebanyak RM3.7 juta pada tahun 2011 daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi mengatasi masalah peruntukan yang tidak mencukupi, pihak PBT bolehlah melaksanakan program berbentuk public private partnership yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kemudahan sosioekonomi di kawasan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Padang Serai, pembangunan Kulim Square Development telah diluluskan pembangunannya oleh pihak berkuasa negeri. Daripada maklum balas yang diterima daripada pihak berkuasa tempatan, projek ini diluluskan kerana ianya dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat kerana kedudukannya yang strategik, yang sesuai bagi tempat tumpuan khasnya kepada Kulim High-Tech Park dan berdekatan dengan Lebuhraya Kulim Expressway.

final • 6:30 PM

Dato’ Wira Chor Chee Heung

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa kerajaan telah pun menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam pada 1 September 2011 yang lalu bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien dan berkesan. Penguatkuasaan akta ini turut membolehkan kementerian saya menjalankan aktiviti pengasingan sisa di punca dan kitar semula dengan lebih teratur seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Padang Besar.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kementerian akan mengguna pakai sistem dua campur satu di mana satu hari dalam seminggu sisa boleh di kitar semula termasuk sisa pukal, sisa taman dan sisa lain yang tidak bersifat organik akan dikutip. Bahan kitar semula ini merangkumi 40 peratus daripada jumlah sisa, maka dengan pelaksanaan sistem dua campur satu sekurang-kurangnya 40 peratus sisa dapat dikurangkan daripada dilupuskan di tapak pelupusan. Oleh yang demikian, jangka hayat tapak pelupusan akan bertambah hampir sekali ganda. Pengurusan kutipan ini dijalankan oleh pihak konsesi menggunakan lori open tipper yang disediakan compartment tertentu bagi tujuan pengasingan sisa.

Mengenai isu tapak pelupusan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri, tapak pelupusan sisa pepejal Bakri tidak dapat ditutup sepenuhnya sehingga tapak pelupusan sisa pepejal sanitary di Pagoh dan Muar siap beroperasi. Namun bagi mengatasi masalah bau di kawasan tersebut, kementerian telah pun memulakan kerja-kerja menutup selamat dan menaiktarafkan pelupusan berkenaan dengan kos RM8.7 juta. Kerja-kerja tersebut telah dimulakan pada 5 September 2011 dan dijangka siap pada pertengahan 2012.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, perancangan asal untuk menutup selamat tapak tersebut pada 22 Ogos 2010 tidak dapat dilakukan kerana tiada tapak alternatif untuk menerima sisa pepejal daripada Daerah Muar sekiranya tapak pelupusan tersebut ditutup...

final • 6:30 PM

Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Boleh minta penjelasan sedikit.

final • 6:30 PM

Dato' Chor Chee Heung

Oleh yang demikian, sebahagian daripada tapak di Bakri ini masih perlu digunakan. Sekian.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 6:30 PM

Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah nasib projek RDF yang dimulakan beberapa tahun yang lalu di Semenyih. Adakah ia berjaya ataupun masih berada di tahap yang dikatakan kurang berjaya, jadi mana satu?

final • 6:30 PM

Dato' Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat. In fact, sebenarnya projek RDF yang telah dibina beberapa tahun yang lepas di Semenyih ini boleh dianggap sebagai tidak begitu berjaya. Walaupun demikian kita masih mencari jalan untuk memastikan supaya pelan itu diteruskan walaupun demikian kita sedang meneliti sebagai pada keseluruhannya keadaan di negara ini mengenai pengurusan sisa pepejal. Sekarang kementerian saya melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang membuat kajian menyeluruh dan mendalam what is the way forward in this country, dengan izin, di mana kita mungkin tidak akan gali lubang-lubang, mencari tempat hendak buang sampah. Walaupun tapak pelupusan itu merupakan tapak sanitary tetapi kita harus mengikut amalan yang dipraktikkan oleh negara maju seperti di Singapura, di Korea, Taiwan di mana salah satu langkah ialah untuk membina incinerator untuk menguruskan sampah-sampah dan sisa-sisa.

final • 6:30 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 6:30 PM

Dato' Chor Chee Heung

Saya tahu Yang Berhormat cukup minat mengenai pengurusan sisa pepejal dalam aspek ini dan saya mengalu-alukan cadangan-cadangan dari Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Menteri. Saya minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di sini saya hendak tanya bilakah tapak baru di Pagoh akan siap diguna.

Saya minta satu tempoh yang tepat mengenai isu ini, tentang tapak pelupusan sampah.

Saya hendak tanya, bilakah tapak baru di Pagoh akan siap digunakan dan saya minta satu tempoh yang tepat mengenai isu ini.

final • 6:30 PM

Dato' Chor Chee Heung

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tapak pelupusan Pagoh ini merupakan satu tempat yang baru dan kita sedang meneliti dari semua aspek teknikal supaya ianya menjadi sebuah tempat tapak pelupusan sanitary. Buat masa ini sebab memandangkan kita sedang mengupgradekan tapak pelupusan di Bakri, maka ianya masih dapat berfungsi dan digunakan dengan baik untuk selama setahun. Selepas itu apabila di sini start, sama ada di Pagoh atau Muar kita akan ubah tempat. Ini adalah untuk makluman Ahli Yang Berhormat.

Berkenaan status tapak pelupusan sisa pepejal yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat Kota Melaka, dimaklumkan bahawa terdapat dua tapak pelupusan yang sedang dibina dan naik taraf iaitu satu yang lama di Kerubung sedang di naik taraf dan satu di Sungai Udang akan dibuka sebagai tapak pelupusan sampah yang baru.

Mengenai permohonan Balai Bomba Sibuti dan Batu Sapi, Tuan Yang di-Pertua kementerian saya turut bertanggungjawab dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda sekiranya berlaku sebarang krisis dan bencana melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Dalam hal ini kementerian mengambil maklum permohonan balai bomba di kawasan Ahli Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Batu Sapi...

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun]

final • 6:30 PM

Dato' Chor Chee Heung

Kementerian telah pun membuat permohonan pembinaan balai bomba dan penyelamat di Batu Niah di kawasan Sibuti dalam rolling plan kedua dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walau bagaimanapun, permohonan ini buat sementara tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Namun kementerian akan tetap berusaha untuk merealisasikan hasrat Yang Berhormat dengan mencari alternatif lain seperti memantapkan pasukan bomba sukarela di kawasan berkenaan.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Melaka bangun Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya tentang tapak untuk pelupusan sisa pepejal di Sungai Udang. Adakah ianya masih kekal sebagai landfill atau ia akan ditukar sebagai incinerator.

Terima kasih.

final • 6:30 PM

Dato' Chor Chee Heung

Buat masa ini ia berstatus landfill dan tidak lama lagi kita akan upgradekan jika masa sudah matang, kemungkinan sebuah incinerator boleh juga di bina di landfill itu juga.

Bagi permohonan pembinaan balai bomba di Jalan Lubuk Batu Sapi Sandakan pula, kementerian berpandangan bahawa perlindungan kebakaran dan kecemasan bagi kawasan berkenaan pada masa ini adalah mencukupi. Buat masa ini balai bomba terdekat daripada lokasi tersebut ialah Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, jaraknya 13 KM yang mempunyai dua buah jentera fire rescue tender dengan kekuatan anggota seramai 56 orang.

final • 6:30 PM

Dato' Chor Chee Heung

Kekuatan balai bomba ini turut disokong oleh pasukan bomba sukarela Karamunting yang berjarak 10 kilometer dari Labuk dengan kekuatan 35 orang dan dua-dua kumpulan ini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat jika berlaku sebarang kecemasan.

final • 6:40 PM

Dato' Chor Chee Heung

Walau bagaimanapun, kajian akan dibuat berdasarkan risiko yang wujud di kawasan tersebut untuk dipertimbangkan keperluannya dalam rolling plan yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengulas isu kebakaran di Taman Ungku Tun Aminah seperti yang dibangkitkan Ahli Yang Berhormat Gelang Patah. Berdasarkan laporan kes yang diterima daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulai, pasukan bomba mengambil masa sembilan minit untuk tiba di tempat kejadian. Semasa pihak bomba sampai ke tempat kejadian, didapati api sedang marak membakar sebahagian daripada kedai motosikal tersebut. Tindakan pantas pihak bomba telah berjaya memadamkan kebakaran di kedai motosikal dan sekali gus menghalang api daripada merebak ke kedai gunting bersebelahan. Secara keseluruhannya hanya kedai motosikal sahaja yang terbakar dan bukan tiga buah kedai seperti mana yang didakwa.

Sebagai makluman kepada Ahli Yang Berhormat Gelang Patah juga semua jentera bomba membawa bekalan air di antara 1,800 liter sehingga 3,600 liter bersama dengan alat kelengkapan yang lengkap dan terkini. Apabila tiba di tempat kebakaran, anggota bomba akan memadamkan kebakaran menggunakan bekalan air yang dibawa dan ditambah dengan air dari pili bomba. Secara keseluruhannya kejayaan sesuatu operasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bergantung pada banyak faktor seperti berikut:

(i) tempoh masa kebakaran diketahui dan tempoh masa Jabatan Bomba dan Penyelamat dihubungi;

(ii) jarak perjalanan dari Balai Bomba dan Penyelamat ke tempat kecemasan;

(iii) halangan yang mengganggu laluan kereta bomba seperti kesesakan lalu lintas;

(iv) struktur bangunan yang terbakar; dan

(v) beban kebakaran ataupun fire load dengan izin yang terdapat di dalam bangunan yang terbakar.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut bertanggungjawab dalam memastikan perancangan kegunaan pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung. Perancangan ini merangkumi aspek alam sekitar yang perlu dititikberatkan seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Tenggara bagi mengelakkan bencana banjir yang semakin kerap berlaku.

Bagi kawasan yang berisiko banjir dan terletak di luar kawasan perbandaran ataupun pembangunan, kawasan tersebut dielakkan untuk pembangunan dan dikekalkan sebagai kawasan pertanian. Manakala bagi kawasan berisiko banjir yang terletak dalam zon perbandaran atau pembangunan, kajian rancangan tempatan akan mencadangkan langkah-langkah mitigasi seperti meninggikan aras tanah, reka bentuk sistem perparitan, penyediaan kolam takungan banjir yang berupaya menakung kapasiti air sekurang- kurangnya lima jam dan syarat-syarat lain lagi.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu mengenai projek KTC1 yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Padang Serai. Dimaklumkan bahawa lesen pemaju projek ini telah dikeluarkan pada tahun 1997 dan mengikut rekod yang ada, pemaju telah menyiapkan pembinaan semua unit rumah yang dimohon. Siasatan KPKT mendapati isu mengenai unit rumah yang tidak dibina ini timbul ekoran wujudnya sebuah kuil di atas tanah simpan bagi laluan parit utama ataupun monsoon rain reserved lot. Maka pemaju perlu mencari tapak alternatif untuk mengalirkan laluan parit utama. Tindakan ini telah menyebabkan tujuh buah unit tidak dapat dibina. Memandangkan pemaju telah pun menyelesaikan masalah ketujuh- tujuh unit ini dengan pembeli dan pemaju sememangnya tidak akan membina tujuh unit rumah tersebut lagi, maka rekod kementerian menunjukkan KTC Sdn. Bhd. telah pun menyiapkan kesemua unit rumah yang perlu dibina.

final • 6:40 PM

Dato' Chor Chee Heung

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya sebut dan saya huraikan dalam Dewan yang mulia ini adalah beberapa perkara yang telah pun dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan belanjawan peringkat dasar dan apa yang saya sebut, yang saya jawab adalah jawapan saya yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat, saya jemput Kementerian Kewangan.

final • 6:40 PM

Menteri Kewangan II - Dato' Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang dalam perbahasan Bajet 2012 menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan. Izinkan saya untuk menjelaskan beberapa perkara yang telah dibangkitkan.

Yang Berhormat Permatang Pauh, Indera Mahkota, Kubang Kerian, Petaling Jaya Selatan dan Ipoh Barat telah membangkitkan isu mengenai dengan unjuran KDNK pada tahun 2012. Seperti mana kita maklum, KDNK negara disediakan oleh Kumpulan Perancang Antara Agensi atau dengan izin, Inter-Agency Planning Group yang diwakili oleh Kementerian Kewangan, EPU, Bank Negara Malaysia dan juga Jabatan Perangkaan. Asas- asas untuk menyediakan KDNK mengandungi beberapa faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi dunia dan juga kepada negara kita. Dalam konteks ini, unjuran yang digunakan itu berasaskan beberapa faktor iaitu pertama dari segi kedudukan ekonomi dunia berasaskan kepada unjuran IMF.

IMF menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2012 adalah 4 peratus manakala perdagangan dunia 5.8 peratus. Ini merupakan satu kajian semula yang dilakukan pada bulan September baru lalu iaitu lebih rendah daripada yang dijangkakan pada bulan Jun lalu.

Kedua, kita melihat kepada perdagangan dunia. Kini negara kita memasarkan lebih kepada negara-negara Asia seperti ASEAN, China dan sebagainya. Kita juga melihat pada harga komoditi yang kita jangka akan kekal tinggi pada tahun hadapan. Kita lihat pada keluaran eksport negara yang pelbagai bukan sahaja dalam bidang electrical dan elektronik malahan bidang produk kimia, LNG, jentera dan peralatan. Kadar inflasi kita yang terkawal kita jangka dalam 3 peratus, penunjuk pelaburan swasta yang terus kukuh termasuk FDI dan juga pinjaman diluluskan untuk bidang komersial, penunjuk pengguna swasta dari segi pembelian barangan dan sebagainya, leading index, business confidence index, consumer sentiment index dengan izin, trend export, indeks pengeluaran pembuatan, projek-projek NKRA dan NKEA.

Seterusnya senario ekonomi yang kita lihat bertambah baik di Amerika Syarikat.

Pada suku tahun ketiga, Amerika Syarikat mencatat pertumbuhan 2.5 peratus jauh lebih tinggi daripada jangkaan separuh masa pertama 1.3 peratus. Begitu juga kita lihat bahawa telah ada penyelesaian dari segi krisis hutang terutama bagi negara Greece di kawasan Euro. Berdasarkan indicator tersebut, kita yakin insya-Allah kita akan capai 5 peratus hingga 6 peratus pertumbuhan.

Isu kedua mengenai dengan unjuran KDNK berkaitan dengan ada badan-badan bank dan juga konsultasi yang unjurannya adalah rendah. Sebagaimana kita maklum Tuan Yang di-Pertua, dari segi membuat unjuran ini ada dua kaedah yang dipakai, satu secara konservatif dan satu secara optimistik. Konservatif kita dapati menekankan kepada risiko double dip dalam menyediakan unjuran. Dengan itu ada yang letak 3.6 peratus tetapi ada yang meletakkan tinggi oleh sebab mereka berpendapatan begitu optimistik. Dalam konteks negara kita, kita mengambil pendekatan membuat unjuran berasaskan kepada faktor-faktor yang realistik.

final • 6:45 PM

Menteri Kewangan II - Dato' Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Kemudian ada pendapat daripada Yang Berhormat mengenai dengan kejatuhan ekonomi Eropah nanti akan mengakibatkan kepada kejatuhan ekonomi kita kerana dijangkakan 75 peratus daripada eksport kita ke negara Eropah. Saya bersetuju pandangan tersebut jika berlaku kejatuhan ekonomi di Eropah, ia akan menjejaskan kita tetapi yang sebenarnya eksport kita ke negara Eropah, jumlahnya tidak begitu besar iaitu dalam lingkungan 10.5 peratus. Bagi negara-negara yang terlibat dalam masalah hutang negara, eksport kita pada kadar 1 peratus hingga 2 peratus sahaja. Maka, kesannya kepada ekonomi tidaklah begitu tinggi.

final • 6:45 PM

Menteri Kewangan II - Dato' Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Kemudian Yang Berhormat juga bertanya mengenai dengan keseimbangan antara perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan, yang mana dinyatakan bahawa perbelanjaan pembangunan kita kecil. Perbelanjaan pembangunan kita adalah lebih kurang pada tahun 2012, 21.3 peratus daripada keseluruhan belanjawan kita. Kita juga membuat perbandingan bahawa mana-mana negara pun perbelanjaan pembangunannya memang rendah, dalam konteks negara-negara Asia, kadarnya adalah antara 10 hingga 20 peratus.

final • 6:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Menteri, tentang dua metodologi untuk mengira KDNK seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa kerajaan mengambil satu pendekatan yang realistik tetapi bank-bank telah memberikan angka yang lebih rendah tetapi IMF juga pada bulan Oktober telah mengeluarkan laporan bahawa Asia akan ditimpa oleh kemelesetan ekonomi daripada Eropah. Apakah penjelasan daripada Menteri tentang laporan IMF kepada unjuran dan angka bahawa KDNK masih boleh mencapai 5 hingga 6 peratus.

final • 6:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri, Menteri, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan saya bangkitkan bukanlah persoalan itu satu yang dapat diputuskan kerana kedua-duanya bersifat unjuran. Jadi, ia merupakan probability, kebarangkalian berlaku di atas andaian-andaian yang telah dibuat.

Persoalannya Tuan Yang di-Pertua adalah apabila unjuran yang setinggi itu dibuat, maka unjuran KDNK 5 hingga 6 peratus pada 2012, sekali gus unjuran yang tinggi itu akan membawa fiskal defisit rendah pada unjuran 4.7 peratus. Bayangkan kalau pertumbuhan tidak setinggi itu, maka KDNK yang tidak silap saya pada angka RM899 bilion, tentunya akan menjadi lebih kecil dan sekali gus juga, maka fiskal defisit akan terus lebih besar.

Jadi, oleh kerana itu ia juga membawa serentak dengan itu, apabila pertumbuhan tidak setinggi yang diunjurkan, maka pendapatan juga akan terjejas. Dengan kata lain, seperti mana yang kita dapat lihat, maaf Tuan Yang di-Pertua kerana panjang sikit.

Jadi, kesemua ini meletakkan kami di sebelah sini, bimbang kerana kalau unjuran makro ekonomi terlalu optimistik seperti yang disebut oleh CIMB, disebut oleh Maybank Investment, Affin, Merrill Lynch dan semuanya. Ia akan meletakkan persoalan fiskal defisit, persoalan-persoalan yang termasuk juga hutang. Jadi, kesemua ini membuatkan kami bimbang, bukan untuk mempertikaikan ataupun to run down the numbers, macro economic numbers yang diunjurkan oleh pihak kementerian tetapi meletakkan kebimbangan itu pada tempat yang sesuai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang Berhormat, berkaitan kalau boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terima penjelasan Yang Berhormat bahawa unjuran ekonomi baik pertumbuhan atau defisit itu tidak semestinya tepat atau persis, kerana ia juga berkaitan dengan persekitaran ekonomi dunia dan sebagainya. Akan tetapi, yang saya bangkitkan ialah bahawa unjuran itu harus realistik, unjuran pertumbuhan disentuh oleh rakan-rakan saya tadi iaitu lari jauh daripada unjuran yang dianggap munasabah dalam pertimbangan dan perkiraan secara objektif berdasarkan angka-angka yang kukuh oleh badan-badan lain. Saya bawa umpamanya hal yang berkaitan defisit.

Tahun 2009, dalam belanjawan sulung Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, beliau berjanji memastikan belanjawan defisit tidak akan melebihi 3.5 peratus.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Kalau kita lihat ucapan Yang Amat Berhormat Pekan dalam Pembentangan Bajet 2009, menyebut bahawa defisit fiskal dianggar meningkat kepada 4.8 peratus. Walau bagaimanapun, ini ingat, saya petik ucapan dia, “Kerajaan percaya defisit fiskal yang tinggi ini merupakan keperluan one-off dan kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.6 peratus pada tahun 2009”. Ini yang saya sebut angka dan unjuran yang kurang bertanggungjawab kerana ia mengelirukan Dewan, rakyat dan negara. Defisit yang sebenar berlaku berapa, tahun 2009 - 7.4 peratus, tahun 2010 - 5.6 peratus, tahun 2011 - 5.4 peratus dan unjuran berikutnya 4.7 peratus. Ini ada kaitan lain dengan hasil hutang negara yang mungkin saya akan bangkitkan dalam peringkat jawatankuasa esok.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Permatang Pauh ini akan saya sentuh kemudian kerana ada dalam ucapan saya. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selayang, ada dua aspek. Satu, kita lihat dalam konteks IMF sendiri membuat unjuran bahawa dalam konteks Malaysia, kita diunjurkan akan mencapai pertumbuhan 5.2 peratus pada tahun ini dan pada tahun hadapan 5.1 peratus. Saya juga lihat dari segi keduanya, dalam konteks track record. Saya bersetuju tadi menyatakan bahawa unjuran-unjuran yang agak konservatif dibuat 3.6 peratus, 4.6 peratus, ada juga yang optimistik, umpamanya Citibank 6.1, Moody’s Economy 6 peratus.

Saya tengok dari segi track record, saya mengambil contoh pada tahun 2009, umpamanya World Bank membuat andaian ekonomi kita jatuh - 2 peratus, CIMB jatuh - 3 peratus, RHB - 3.5 peratus tetapi kita telah capai - 1.7 peratus. Maknanya lebih daripada jangkaan tersebut, maknanya track record kita itu baik. Pada tahun 2010, IMF jangka pertumbuhan kita 2.5 peratus, World Bank 4.2 peratus, CIMB 7 peratus, RHB 6.8 peratus, kita capai 7.2 peratus. Maknanya, dari segi track record kita boleh yakin bahawa unjuran kerajaan agak realistik, kita jangka insya-Allah akan tercapai. Kemudian berkenaan dengan isu defisit berterusan. Saya tidak mahu kita berbincang perkara yang lalu, kita berbincang sekarang dalam konteks tahun 2012. Apakah defisit ini akan berada pada 4.7 peratus atau lebih tinggi lagi. Dalam hubungan ini, pertama sekali saya ingin katakan bahawa dari segi perbelanjaan kita memang bertambah. Tahun 2009, kita tidak boleh elak daripada kegawatan ekonomi dan kita menyediakan pakej rangsangan dan kemudian pada tahun 2010 di atas kepimpinan baru, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memperkenalkan NKRA kemudian memperkenalkan NKEA.

Ini tentu memerlukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan yang besar. Itu sebab kita lihat bahawa defisit kita tidak turun begitu mendadak tetapi dari segi perancangan kita, kita katakan pada tahun sudah kita mahu capai 5.7 peratus, kita telah capai. Pada tahun ini kita jangka kita akan capai 5.4 peratus, sehingga bulan Oktober ini, berdasarkan cash flow kementerian, kita buat pemantauan, kita telah capai 5.4 peratus, lagi dua bulan insya-Allah kita akan capai 5.4 peratus. Tahun depan 4.7 peratus tetapi apa yang dalam konteks ini, kita mempunyai kebimbangan, adakah ini akan tercapai ataupun tidak. Dalam hubungan ini, kita mesti pastikan bahawa pendapatan negara akan terus bertambah, manakala perbelanjaan kita akan terus dapat dikurangkan.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Sehubungan dengan itu, apa yang telah kita lakukan, kita mengadakan Public Finance Lab di mana kita mengkaji dari segi kutipan cukai kita. Di manakah loophole dari segi kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga kastam. Kita telah mengadakan satu lab dan kita dapati bahawa kita masih boleh untuk memperolehi lebih banyak pendapatan. Ini telah kita lihat pada tahun ini bahawa pendapatan yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri telah meningkat beberapa peratus. Bagi unjuran tahun hadapan, kita agak konservatif. Bermakna bahawa peningkatan pendapatan yang diperolehi melalui Public Finance Lab itu tidak kita faktorkan kepada tahun hadapan. Kita buat secara konservatif.

Di samping itu, kita juga tahu bahawa kita sekarang sedang melaksanakan apa yang kita katakan monetization of assets. Aset-aset yang tidak digunakan oleh kerajaan kita jual dan kita jangka kita boleh perolehi RM1.2 bilion dari penjualan tersebut yang tidak juga kita masukkan dalam unjuran pendapatan untuk tahun hadapan.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Dari segi perbelanjaan, kita berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita menyediakan rolling plan kerana bila kita lihat, kita mengadakan satu perancangan selama lima tahun, kita tidak dapat ubah angka-angka walaupun berlaku perubahan dari segi environment tempatan atau dunia. Oleh itu, kita mengadakan rolling plan. Dengan itu, setiap dua tahun kita boleh buat review dan memperkenalkan projek-projek baru untuk dilaksanakan. Kita juga mengadakan pengurusan nilai bagi projek RM50 juta ke atas. Ianya amat berfaedah kerana kita tahu hospital umpamanya, yang dibina sebelum ini dibandingkan dengan yang kita adakan pertandingan untuk hospital yang lebih berkualiti dan harga yang lebih rendah, kita dapati bahawa kos boleh dijimatkan.

Begitu juga kita menggunakan beberapa pendekatan lain. Tahun hadapan ini kita memperkenalkan outcome-based budget meliputi enam kementerian dan sekarang ini pihak Bank Dunia sedang membuat kajian ke atas perbelanjaan awam dengan izin, public expenditure review melibatkan lima kementerian. Kita yakin bahawa ini akan dapat memastikan kita boleh memperoleh 4.7 peratus defisit.

Kemudian pertanyaan mengenai apakah kita akan meningkatkan hutang kita kepada lebih 55 peratus, kita berpegang kepada Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan 1983. Maknanya, dalam konteks pinjaman, ia tidak boleh melebihi 55 peratus daripada KDNK, dan bagi pinjaman luar, tidak boleh lebih daripada RM35 bilion. Pada masa ini, untuk makluman semua, apabila kita bercakap soal hutang negara, kita tidak melihat semata-mata dalam konteks nisbah antara hutang dan juga KDNK. Kita juga melihat dari segi kedudukan bayaran khidmat hutang berbanding hasil kerajaan. Pada masa ini adalah 10.1 peratus berbanding dengan prudent levelnya maksimum adalah 15 peratus. Manakala dengan izin, debt servicing ratio untuk external debt kita adalah 0.2 pada tahun 2012.

Di samping itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam kita menyediakan dasar fiskal, kita menetapkan tiga ciri-ciri yang mesti dipatuhi oleh Kementerian Kewangan.

Satu, dengan izin, current account balance, ini mesti. Kemudian, konsolidasi fiskal dengan memastikan bahawa defisit kita akan mencapai tahap yang ditetapkan. Kita unjurkan pada tahun 2015 itu baru akan pergi ke 3 peratus ke bawah manakala debt-to-GDP mesti tidak melebihi 55 peratus.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor bangun Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit ya Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya membangkitkan kaedah yang digunakan oleh kementerian di dalam membuat perangkaan bajet kali ini dengan metodologi apa yang dikatakan sementara oleh Yang Berhormat Menteri sebagai outcome-based budgeting.

Dalam perbahasan saya, saya bertanya kepada kementerian, apakah outcome yang benar- benar mahu digarap dan mahu diatasi atau pun mahu dicapai kalau berpandukan kepada satu diagnosis masalah kewangan negara? Perkara itu tidak diberi jawapan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan petang ini saya harap saya dapat jawapannya. Ini kerana nyata apa yang dirangkakan, minta maaf kalau saya sebutkan ya, it was essentially dengan izin, untuk menyuntik the feel good factor. Tidak salah menyuntik feel good factors itu tetapi permasalahan besar dengan izin, the economic malaise of the economy tidak digarap dan tidak cuba diatasi. Itu satu perkara yang saya minta Yang Berhormat Menteri terangkan apakah outcome yang mahu dicapai.

Keduanya, dalam persoalan Yang Berhormat Menteri bangkitkan tadi untuk melebarkan revenue yang telah pun jelas salah satu daripada masalah ekonomi kita adalah over reliance, dengan izin, kebergantungan kepada revenue minyak yang hampir berjumlah 40 peratus daripada revenue pendapatan negara, maka disebutkan tadi monetization of assets, dengan izin, Yang Berhormat Menteri menyebutkannya. Persoalannya, dalam mendapat to unlock all those value dalam aset-aset kita itu, cara dan management dalam perkara itu sangat mengecewakan kalau kita kembali menggunakan kaedah direct nego yang tidak akan mengizinkan kita unlock these assets.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Contohnya dalam aset Sungai Besi, Kuala Lumpur International Financial District

(KLIFD) contohnya, diberikan kepada satu pihak dan tidak dibuka kepada international bidder yang dengan kata lain akan dapat increase the gross development value dan sebagainya.

Ini sekali lagi kembali kepada cara urus tadbir yang agak tidak memberangsangkan – itu bahasa yang baik itu – atau urus tadbir yang kembali bobrok yang tidak akan dapat membesarkan ataupun increase the revenue model.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Minta ringkaskan Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Dalam melebarkan pendapatan Federal Government.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 7:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ke belakang sedikit sebab Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang jumlah hutang terkini yang disebutkan ratio yang dibenarkan dan sebagainya. Saya hendak minta kepastian bahawa semakan saya melalui laporan audit yang dibekalkan, ada meletakkan beberapa kategori di bawah memorandum liabiliti termasuk hutang awam luar negeri, dalam negeri, bantuan luar negeri dan juga pelbagai liabiliti hutang awam. Juga, diletakkan satu tajuk yang mustahak iaitu liabiliti luar jangka yang juga diletakkan dalam aspek liabiliti iaitu merangkumi segala hutang yang dicatat dalam negara kita.

Semakan saya menunjukkan bahawa jumlah telah pun melepasi angka RM1 trilion. RM407 bilion dicampur dengan RM206.9 bilion dan satu lagi angka RM431 bilion.

Keseluruhan dalam liabiliti awam kita telah pun mencecah angka RM1 trilion, RM1.045 trilion. Ini saya hendak satu pengesahan. Adakah perkara ini juga akan diambil kira untuk menunjukkan kedudukan yang dibenarkan oleh beberapa akta seperti yang disebutkan tadi? Terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Selangor menyentuh tentang outcome-based budget. Untuk makluman Yang Berhormat, outcome-based budget seperti mana yang saya nyatakan, untuk tahun 2012 ini ia melibatkan enam kementerian iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sumber Manusia dan MITI.

Sebenarnya tujuan kita adalah untuk mengubah financial model kita daripada kita semata-mata berbelanja sebagai ukuran kepada performance, kepada apakah hasil daripada perbelanjaan tersebut. Dalam erti kata lain, dengan cara itu, kita dapat menangani isu perbelanjaan yang berlebihan dalam konteks prinsip nilai wang. Apa yang kita lakukan ini adalah melalui proses di mana kita membuat ukuran kepada performance sesuatu perbelanjaan tersebut. Pada akhir tahunnya nanti kita tahu bagaimana performance kementerian tersebut dengan izin, di mana sekarang di kalangan Menteri kita ada key performance indicator, KPI. Jadi setiap Menteri akan diukur berasaskan kepada KPI, berapakah mereka perolehi berdasarkan seratus peratus. Akan tetapi yang kementerian ini akan lebih kompleks lagi daripada semata-mata sama ada sepuluh atau pun 20 KPI. Ini akan meliputi semua subsektor di bawah kementerian tersebut.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Yang Berhormat juga menyentuh tentang monetization of asset, dengan izin. Saya ingin menyatakan bahawa memang ada tanah-tanah yang kita bagi secara langsung tetapi ini melibatkan syarikat-syarikat kerajaan sama ada melibatkan KWSP dan sebagainya.

Akan tetapi lain-lain tanah kita, kita melakukannya secara tender.

Mengenai dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, sebenarnya saya sendiri telah meminta kepada pegawai untuk kita mengkaji laporan daripada Ketua Audit Negara kerana saya mengambil laporan itu sebagai satu yang serius.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Kita sedang mengkaji. Selepas kajian itu nanti barulah saya boleh memberi jawapan kepada Yang Berhormat secara terperinci.

final • 7:10 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih. Tentang hutang negara yang tadi dikatakan sudah mengikut tahap 55 peratus KDNK. Mengikut laporan Bank Negara, sehingga Jun, hutang sudah naik sehingga 53 peratus dengan 4.7 peratus defisit.

Adakah limit ini telah dilebihi 55 peratus dengan pinjaman 4.7 peratus defisit?

final • 7:10 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang Berhormat Menteri, dalam hal yang sama. Yang Berhormat Menteri menyebut tentang bayaran perkhidmatan hutang dan menyebut hanya dari segi peratus. Kadang-kadang statistik ini kalau tidak dijelaskan sepenuhnya mungkin mengelirukan sebabnya ialah bahawa dari segi jumlah peningkatan itu mendadak dan besar. Saya tidak pertikaikan semata-mata soal defisit atau peningkatan yang kecil.

Umpamanya tahun 2008, bayaran perkhidmatan hutang RM12.8 bilion, tahun 2011 ia meningkat kepada RM20.5 bilion maknanya peningkatan 60 peratus itu dianggap suatu angka yang membimbangkan kerana peningkatan yang terlalu mendadak dalam masa yang singkat. Begitu juga isu hutang negara dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga Yang Berhormat Selayang. Sekarang ini mencecah 53.8 peratus daripada KDNK dan jumlah ini walaupun tidak di paras bahaya tetapi sudah menjurus ke arah itu. Kenaikan 0.7 peratus dalam masa yang singkat.

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tentang angka RM1.04 trilion itu telah keluar sudah beberapa minggu. Saya agak terkejut bila Yang Berhormat Menteri menyebut ini akan dikaji dan diteliti. Setakat yang saya tahu prestasi Bank Negara dan Perbendaharaan cukup pantas, kalau ada angka dan laporan yang keluar dalam masa beberapa hari dia harus sampai ke meja Menteri. Kalau angka-angka sama ada yang mengejutkan ataupun bercanggah dengan unjuran sebelumnya.

Akan tetapi sekarang setelah beberapa minggu Yang Berhormat Menteri baru menyebut di Dewan ini hal ini sedang akan diteliti dan akan dibentangkan kelak. Saya tidak berpuas hati dengan penjelasan sebegitu rupa kerana ia akan menyentuh tentang keupayaan dan kewibawaan Bank Negara yang setakat saya faham cukup mampu untuk membuat kupasan analisa dalam masa satu hari bagi angka-angka sedemikian. Jadi, saya harap kita dapat satu penjelasan yang lebih tepat dan tidak hanya berdolak-dalik seperti kementerian-kementerian lain kerana Kementerian Kewangan saya fikir tidak wajar dalam keadaan yang sedemikian terutama dengan Bank Negara dan Perbendaharaan yang saya masih ada hormat kepada keupayaan pegawai-pegawai tetapi bukan kepada Menterinya.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin bangun juga Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya lihat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, bahawa kita terlalu banyak berbincang tentang hutang negara. Akan tetapi seharusnya kita mesti memahami dan kita berharap supaya Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan yang sejelasnya agar dapat difahami bahawa hutang yang kita buat itu semata-mata untuk membangunkan negara, untuk kepentingan rakyat. Hutang negara yang kita catat di sini adalah sebanyak 7.7 peratus sahaja. Dari jumlah hutang ataupun 2 peratus daripada KDNK, apa yang penting sekarang kita hendak tahu, hutang negara ini yang mana satu? Hutang Kerajaan Persekutuan kah atau hutang negara?

Hutang Kerajaan Persekutuan kita dapat lihat di sini kalau di muka – jadual 4.6, hutang negara dan luar negara hanya 16.7 peratus tahun 2010 dan 17.2 peratus tahun 2011. Jadi kalau kita tengok dari segi debt service ratio, ia lebih kurang 0.2 peratus maknanya 2 sen setiap RM10.

Apa yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri sekarang kalau dapat, debt service ratio ini sebenarnya adalah interest kita daripada hutang. Maknanya jumlah faedah ke atas hutang yang hendak kita bayar. Oleh sebab itu kita bagi pula dengan eksport. Jadi saya hendak tanya sekarang, kalau kita tengok dari segi debt service ratio kita tahun 2009 sebanyak 6.5 peratus, tahun 2010 sebanyak 7.4 peratus dan selepas itu kita pergi pula tahun 2011, dia naik 9.2 peratus.

final • 7:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Ini ada dua kemungkinan. Kemungkinan yang pertama, hutang kita bertambah ataupun eksport-eksport kita terus kekal ataupun kemungkinan kita yang kedua, mungkin hutang kita meningkat tetapi eksport kita menurun.

Yang kedua soalan saya, kalau kita hanya debt service ratio ini kita hendak terang dan kita hendak minta penerangan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada kita service debt kita ataupun kita bayar pangkal ataupun dia punya hutang asal. Itu saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Selayang menyentuh mengenai dengan defisit 4.7 peratus. Adakah kita akan melebihi 55 peratus? Saya sudah nyatakan tadi bahawa 55 peratus itu adalah maksimum.

Kerajaan komited kepada mempertahankan agar tidak melebihi 55 peratus. Yang Berhormat Permatang Pauh hanya menyentuh mengenai dengan laporan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, saya menyatakan kita sedang, saya kata bukan kita akan kerana ada beberapa isu, Kementerian Kewangan bukan melihat kepada satu perkara, banyak. Di sini saya ada sediakan laporan yang sedang dalam proses perbincangan. Apakah bentuk tindakan, adakah perkara ini judgment dan sebagainya. Oleh sebab itulah kita tidak membuat keputusan dalam satu hari.

Mengenai dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jasin, apa yang kita katakan debt services itu ialah jumlah yang perlu bayar pada tahun tersebut. Bagaimanakah kedudukannya dari segi keupayaan kita untuk membayar. Keupayaan kita adalah begitu tinggi kita boleh membayar hutang tersebut. Yang Berhormat Klang menyentuh tentang hutang isi rumah. Seperti mana Yang Berhormat maklum bahawa hutang isi rumah pada Ogos 2011 berjumlah RM628 bilion. Dari segi coverage nya apabila kita memberi sesuatu pinjaman kita akan melihat antara lain adalah asset backing daripada pinjaman tersebut.

Dari segi asset backing nya adalah dengan izin, RM1,465 bilion. Dalam erti kata lain iaitu adalah dua kali setengah lebih tinggi daripada pinjaman...

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ringkas sebelum berpindah ke topik lain.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Okey.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya tidak bermaksud untuk berdebat berkenaan dengan isu yang tadi. Saya hormat kerana kata ada rujukan. Saya hendak tanya adakah ini sedikit sebanyak bersangkutan dengan mengapa laporan audit ini dikemukakan kepada Dewan lambat daripada sepatutnya. Adakah ini kerana ada figure ataupun jumlah tertentu yang perlu diselidik ataupun perlu dipertimbangkan dulu sebelum kita mengemukakan ke dalam bentuk laporan. Apa yang saya rujuk ini adalah laporan audit yang diedarkan kepada kita yang dikatakan sedikit terlambat. Perkara yang sama sebenarnya ada di dalam anggaran belanjawan.

final • 7:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Petikan-petikan itu perkara yang sama yang dipindahkan yang saya petik ini adalah yang berada dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012. Cumanya di dalam laporan ini agak sedikit terlewat. Itu sahaja. Adakah berkenaan dengan unsur kelewatan ini menyebabkan terlewatnya Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kakitangan menyemak laporan-laporan yang terdahulu dikeluarkan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pematang Pauh tadi? Terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, apabila Ketua Audit Negara mengeluarkan laporan tersebut, kita berpendapat bahawa kita mahu membentangkannya di Parlimen secara yang balance. Balance dengan erti kata kita mempunyai Laporan Ketua Audit dan juga jawapan-jawapan daripada kementerian yang bermakna putih. Itu sebenarnya tujuan supaya kita bagi balance view tidak semata-mata daripada Ketua Audit Negara. Kita mahu juga kementerian yang bertanggungjawab ke atas ini untuk memberi penjelasan ke atas perkara-perkara tersebut. Mengenai dengan hutang isi rumah di mana saya nyatakan tadi, asset backingnya adalah RM1,465 bilion berbanding dengan RM628 bilion.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Dalam erti kata lain bahawa pinjaman tersebut mempunyai cukup asset backing, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, kerajaan memandang berat kepada pinjaman isi rumah, hutang isi rumah yang meningkat. Dalam konteks ini, kerajaan menyediakan beberapa pendekatan. Di antara lain dari segi kad kredit yang mempunyai hutang yang bernilai RM32 bilion. Pemberiannya akan menjadi lebih ketat dengan hanya mereka yang berpendapatan RM2 ribu sahaja boleh memiliki kad kredit manakala yang berpendapatan RM3 ribu sebulan boleh ada dua kad. Manakala yang memiliki lebih daripada dua kad sekarang ini yang berpendapatan RM3 ribu akan diberi peluang untuk memansuhkan satu kad dan pembayaran balik diberi dalam tempoh dua tahun. Begitu juga dari segi pinjaman perumahan cara penilaian bank, cara yang begitu tinggi kualiti dilakukan.

Mengenai dengan pemberian RM500, sistem pelaksanaannya adalah melalui dua proses. Pertama kita perlu mewujudkan logistik. Dalam erti kata lain, kita mahu tahu siapakah yang patut dapat atas kategori definisi isi rumah yang berpendapatan RM3 ribu ke bawah. Ada dua golongan yang akan memperoleh. Satu, di bawah e-Kasih dan satu lagi adalah mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 isi rumah. Pendaftaran akan dilakukan bermula dalam bulan Disember ini dan kemudiannya pembayaran akan dilakukan melalui Bank Simpanan dan juga post office. Bagi kawasan-kawasan yang jauh di kawasan luar bandar, kita akan berusaha membuat pembayaran secara tunai.

Mengenai dengan peruntukan tambahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu, ini telah saya jelaskan mengapa peruntukan tambahan...

final • 7:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh dapat penjelasan sedikit? Minta maaf, Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang cara kita membuat pembayaran itu tadi, kata melalui pejabat pos.

Saya nampak ada penerangan di sini yang untuk membolehkan kita membayar kepada golongan yang sepatutnya menerima itu, seseorang itu mestilah mendaftar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk tujuan semakan katanya. Adakah kementerian memberi satu garis panduan, berapakah agak-agaknya threshold orang yang kita andaikan sepatutnya menerima dan terpaksa membuat pendaftaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan apakah kaedahnya? Kita tahu sekarang workload yang ditanggung oleh Lembaga hasil Dalam Negeri ini begitu besar sehingga adanya isu yang jauh lebih besar, isu ketirisan, isu pelarian cukai dan sebagainya.

Adakah ini satu mekanisme baru yang kita hendak semua orang supaya menyerahkan rekod ataupun pendaftaran ataupun ada satu tujuan lain? Saya fikir, sekiranya kita minta orang yang dikategorikan sebagai layak menerima bantuan RM1,000 atau RM500, mereka mesti mendaftar. Saya bimbang mereka terdedah kepada satu manipulasi pihak lain iaitu agen-agen yang membantu mereka membuat pendaftaran.

Selalunya agen ini akan mengenakan bayaran walaupun minimum masih lagi dikenakan bayaran pendahuluan sebelum mereka mendapat bantuan. Saya hendak tahu apakah kaedah yang dicadangkan? Ini kerana perkara ini sepatutnya dilangsungkan serta-merta untuk membantu mereka. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Menteri ya, boleh dijawab sekali. Saya minta patah balik sedikit, sabitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh sahabat saya iaitu Ahli Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Menteri sentuhkan sebentar tadi. Bersabit dengan hutang isi rumah Yang Berhormat Menteri sebutkan ke paras RM6.28 bilion mengikut laporan yang saya baca daripada kementerian terbitan daripada MOF adalah RM577 million hutang isi rumah di hujung tahun 2010. Cuma perkara yang saya minta Yang Berhormat Menteri tolong beri penjelasan adalah sebenarnya hutang isi rumah ini tidak wajar dinisbahkan dengan GDP (KDNK).

Sebenarnya keupayaan membuat servis ataupun the ability to solve debt ini sebenarnya wajar dinisbahkan dengan income, pendapatan. Kalau saya boleh minta Yang Berhormat Menteri jelaskan. Sebabnya kalau kita perhatikan negara-negara jiran seperti Thailand, hutang isi rumah nisbah income mereka adalah 53 peratus. Hutang isi rumah Singapura adalah 105 peratus dan US yang mengalami krisis sub prima baru-baru ini, beberapa tahun yang lalu hutang mereka adalah 123 peratus. Akan tetapi hutang rakyat kita ini Yang Berhormat Menteri sudah ke paras 140 peratus, 140 percent of income, bukan GDP.

final • 7:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jadi the ability to solve debt ini, yang agak mencemaskan ini adalah satu perkara yang perlu kita perhatikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua..

final • 7:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya....

final • 7:20 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Satu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, tentang soal logistik pemberian insentif RM500 setiap keluarga itu, saya ingin membayangkan apa yang dikupaskan oleh Ahli Yang Berhormat Sri Gading semasa soal jawab dahulu. Ini sebab kalau kita lihat, warga kerja seluruh negara melebihi 10 juta orang. Akan tetapi pencarum cukai tidak melebihi dua juta. Maksudnya ada satu jumlah yang agak besar yang walaupun mereka warga kerja, tetapi mereka tidak sampai ke satu tahap yang harus mereka membayar cukai. Jadi adakah proses yang setiap penerima RM500 insentif itu harus mendaftarkan diri dengan pihak Inland Revenue Board (IRB)? Adakah itu adalah suatu proses untuk juga mengumpulkan data-data supaya tidak terlepas mereka-mereka yang merupakan pelepas cukai setakat ini? Adakah itu satu agenda yang tersirat?

final • 7:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan tadi yang dikatakan logistik di negeri Perak, kalau Sitiawan hendak pergi ke pejabat cukai, inland revenue, dengan izin, Jabatan Hasil Dalam Negeri yang terdekat ataupun pejabat yang bertanggungjawab ialah di Taiping. Jadi, kalau orang miskin tidak ada kereta, bawa teksi pergi sekurang-kurangnya dua kali. Sekali untuk daftar, sekali untuk pergi ambil duit, ini sudah pun sekurang-kurangnya belanja RM200. Adakah kerajaan bercadang untuk memasukkan wang RM500 ini kepada semua yang dikatakan tidak layak membayar cukai pendapatan kerana jumlah mereka memang kurang daripada RM3,000 ataupun ada niat lain untuk seperti yang berlaku kepada subsidi RM200 yang diberikan kepada nelayan-nelayan. Dahulu masuk ke dalam bank kerana dikatakan mereka tidak merasa berterima kasih kepada kerajaan. Adakah kemudian diadakan pula ceremony untuk memberikan supaya Ahli-ahli politik dapat berjabat tangan dan meraih undi oleh sebab memang secara yang... [Dewan riuh]

final • 7:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Dahulu sebelas bulan, buat juga.

Lagi selalu.

final • 7:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Cara yang kita kata mundur, bad work. Kita mesti harap isu ini dapat ditangani dengan baik kerana kalau tidak nanti Jabatan Hasil Dalam Negeri tidak muat untuk melayani semua. Ini berjuta-juta rakyat ini akan berlaku pula pergaduhan dan juga akhirnya mereka tidak dapat menjalankan, penjawat tidak dapat menjalankan tugas mengutip cukai dengan lebih baik.

final • 7:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat Menteri?

Sambung sedikit Yang Berhormat Kota Belud. Terima kasih. Kita mendengar keresahan pihak pembangkang tentang logistik ataupun cara untuk kita membayar wang bantuan ini.

Saya ingin bertanya juga kalau ikut bajet pembangkang ini dia juga akan mengeluarkan dana seperti mana yang kita buat. Contohnya mereka akan memberi ini semua orang tahu ini RM1,000 untuk tahun 2012 warga suri rumah yang layak. Saya hendak tanya macam mana mereka mahu juga memastikan bahawa ada yang layak, ada yang tidak layak.

Logistiknya bagaimana mungkin kita mahu belajar daripada pihak pembangkang?

Kemudian saya hendak tanya contohnya hendak bayar RM700 setahun bagi penjagaan anak berumur 12 tahun ke bawah bagi keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500. What’s your methodology? Soalnya sekarang kalau ada metodologi yang mantap kongsi bersama tidak ada masalah dengan kita. Akan tetapi saya rasa Yang Berhormat Menteri mereka juga keliru tidak tahu macam mana hendak buat. Saya serahkan kewibawaan Menteri untuk menjelaskan masalah ini. Ini tanya tetapi mereka sendiri keliru dan tidak tahu... [Dewan riuh]

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Indera Mahkota menceritakan tentang manipulasi...

final • 7:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Point of order tidak nampak ini ada orang ambil video ini. Saya tidak nampak sorry minta maaf Yang Berhormat tidak ambil, tidak nampak.

final • 7:30 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat just to remind standing order tidak membenarkan video diambil dalam Dewan. Ya sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, saya telah jelaskan tadi bahawa ada dua peringkat. Satu pendaftaran dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri di mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas. Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mengambil 2,000 kakitangan untuk pergi ke kawasan-kawasan tertentu termasuk Pejabat Tanah. Kalau kita kirakan 2,000 kita ada 222 kawasan Parlimen. Kalau dibahagikan satu kawasan Parlimen boleh ada lapan, sembilan orang untuk satu kawasan.

Mengenai dengan nisbah. Buat masa ini saya tidak ada...

final • 7:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh saya tanya sedikit? Penjelasan.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat habiskan menjawab dahulu Yang Berhormat ya.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah

Saya tidak mempunyai nisbah mengenai dengan hutang dan juga pendapatan sebagaimana Yang Berhormat nyatakan itu.

Mengenai dengan Yang Berhormat Jelutong menyatakan ada perancangan kerajaan mendapatkan maklumat tersebut untuk tujuan kutipan cukai. Itu tidak masuk dalam pemikiran kita. Pemikiran kita, kita mahu bantu rakyat dalam keadaan harga yang tinggi...

final • 7:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Belud apabila Yang Berhormat Kota Belud mengatakan bahawa sekiranya ada metodologi yang lebih baik sila kemukakan daripada semata-mata menyatakan ini tidak boleh, ini tidak boleh. Saya ingat itu bukan cara yang baik. Saya ingin bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua, adakah kita mahu berbincang satu-satu benda itu panjang ataupun ringkaskan? Saya serah kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat kita mempunyai usul sehingga selesai jawapan Menteri Kewangan.

final • 7:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Panjang, panjang.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jadi lazimnya satu jam, satu jam setengah Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri sedikit Menteri.

final • 7:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Saya sebenarnya memang tidak berhasrat hendak panjangkan benda ini tetapi Yang Berhormat Menteri beritahu 2,000 petugas akan keluar mencari maklumat. Saya hendak tanya betul-betul adakah kita hendak cadangkan satu pindaan dalam Akta Cukai yang membolehkan petugas-petugas Lembaga Hasil keluar untuk mencari maklumat untuk tujuan memberi bantuan bukannya membuat pengutipan cukai. Saya hendak tanya adakah perkara ini sedang difikir ataupun bakal dilaksanakan? Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri sedikit Menteri.

Menteri, saya kebetulan Menteri hari itu saya tengok di RTM, Menteri keluar dengan program RTM Sayed Munawar. Saya tengok program itu, ada panggilan telefon tanya soalan yang lebih kurang ini juga. Soalannya mekanisme dan sebagainya.

final • 7:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Di situ Menteri memberi jawapan saya ingat lagi betulkan kalau saya salah, dalam bulan Januari Menteri akan adakan satu mesyuarat bagi Menteri katakan koordinasi dan sebagainya, kemas kini. Saya rasa perkara itu Menteri kata dalam, betulkan kalau faktanya tidak tepat tetapi kalau tidak salah saya itu yang dikatakan apabila pemanggil bertanya di mana hendak ambil, dekat mana. Menteri kata baru hendak bermesyuarat bulan Januari.

Pohon penjelasan,

final • 7:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Perkara yang sama Yang Berhormat Menteri ya. Kami sebagai wakil rakyat selepas pembentangan bajet telah terima panggilan tentang one-off RM500. Saya juga ingin tahu berapa lama tempoh pendaftaran ini? Berapakah tempoh masa pendaftaran ini? Apakah syarat-syarat selain daripada RM3,000 dan ke bawah pendapatan? Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu mereka bawa bersama? Saya rasa details ini adalah sangat penting agar kami boleh juga sampaikan kepada pengundi kawasan kami.

Tadi kata pendaftaran dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, saya rasa perlu dipertimbangkan jugalah jarak di mana agar sukar untuk mereka pergi ke lembaga. Yang Berhormat kata akan ambil 2,000. Saya percaya juga perlu ada fleksibiliti masa mengapa tidak menggunakan kemudahan. Kemudahan Pejabat Tanah di mana adakan kaunter sepanjang masa dan bukan hari-hari tertentu sahaja. Pohon penjelasan.

final • 7:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat sedikit saya hendak buat cadangan. Oleh kerana Ahli-ahli Parlimen ini dipilih oleh rakyat dan kita hendak berkhidmat kepada rakyat, saya cadangkan paling mudah semua kawasan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan BEBAS disahkan oleh Ahli-Ahli Parlimen... [Tepuk] Sebelah sini dia urus sendirilah... [Ketawa] Akan tetapi Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan BEBAS kita terus sah bayar kepada pengundi. Sekian terima kasih. Paling mudah.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Niat sebenar sudah keluar, niat sebenar.

final • 7:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini wang rakyat bukan wang Kerajaan Barisan Nasional atau wang BEBAS ya. Ini wang rakyat ya. Ini wang rakyat ya Menteri jangan dengar cakap itu BEBAS.

final • 7:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Cadangan terbaik dalam ini tahun.

final • 7:30 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Cadangan terbaik Yang Berhormat Batu Gajah marah.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, apa yang Yang Berhormat Indera Mahkota nyatakan dari segi Akta Cukai kita akan buat sedikit pindaan untuk membolehkan semata-mata untuk mendapatkan maklumat, kumpul maklumat. Tugas Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah kumpul maklumat bukannya untuk bayar. Bayar dilakukan oleh pihak bank dan juga post office. Seperti mana saya nyatakan jika terlibat kawasan luar bandar macam di Sarawak, di kawasan-kawasan rumah panjang yang tidak ada kemudahan. Itu kita bagi secara tunai. Yang Berhormat Balik Pulau menyentuh tentang soal koordinasi. Ini sebenarnya dua perkara yang berbeza. Apa yang saya maksudkan dalam rancangan tersebut adalah bagi pelaksanaan belanjawan Bajet 2012. Kita hendak memastikan pelaksanaan secara efisien dan efektif.

Maka kita akan duduk berbincang dengan semua kementerian akan tanggungjawab dan timeline untuk penyediaan tersebut. Untuk makluman Dewan, proses ini telah kita mula kita tidak tunggu Januari. Telah kita mula KSP telah berbincang dengan semua ketua setiausaha dan belanjawan-belanjawan melibatkan kementerian dan sebagainya di bincang dan kemudian diminta bilakah perbelanjaan tersebut akan dapat dilaksanakan. Ini kerana kita tahu dalam konteks ekonomi sekarang ini, kita perlu pastikan belanjawan kita dapat dilaksanakan dengan baik. Seperti mana kita maklum kita sedar bahawa negara Eropah dan Amerika Syarikat pertumbuhannya agak slow.

Bila kita bercakap berkenaan KDNK fungsi KDNK bergantung kepada penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan juga net export. Jadi kalau net export kita itu agak kurang tetapi kalau tiga faktor tadi dari segi penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan yang tinggi. Kita dapat mempertahankan unjuran kita.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah

Yang Berhormat Simpang Renggam menyentuh tentang cukai kereta hibrid. Ini kita sambung sehingga tahun 31 Disember 2013.

final • 7:30 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf ya Yang Berhormat Menteri tadi saya tanya apa details, syarat-syarat selain daripada RM3,000 tersebut.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah

Okey Yang Berhormat Batu Gajah. Syarat-syaratnya adalah isi keluarga. Definisi isi keluarga adalah ketua keluarga yang mempunyai tanggungan. Ini adalah daripada definisi oleh Jabatan Perangkaan yang kita pinda sedikit. Bermakna ketua keluarga adalah individu yang mempunyai tanggungan pendapatan seluruh isi rumah itu kurang daripada RM3,000 sebulan.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah

Kemudian Yang Berhormat tadi ada menyentuh tentang soal pembayar cukai.

Sebenarnya pembayar cukai dari segi pendaftaran cukai di Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah lebih daripada tiga juta walaupun yang membayar lebih kurang 1.8 juta tetapi yang mendaftar lebih daripada tiga juta. Maknanya lebih tiga juta ini akan dijadikan sebagai perbandingan. Kalau seseorang itu mendaftar kita akan mengetahui bahawa pendaftarannya kurang daripada RM3,000.

Yang Berhormat Simpang Renggam menyentuh tentang cukai kereta hibrid yang kita sambung oleh sebab negara kita berpegang kepada inisiatif untuk teknologi hijau bagi negara kita. Yang Berhormat Parit Buntar menyentuh tentang duti mport.

final • 7:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan, saya sentuh ini di dalam perbahasan saya kerana saya melihat kerajaan Jepun, untuk ia menggalakkan rakyat mereka menggunakan kereta hibrid maka sebuah kereta hibrid mereka akan berikan subsidi sebanyak JPY 1 juta di mana lebih kurang dengan RM40,000 tetapi saya tidak mengharapkan jumlah sebesar itu diberikan kepada pembeli Malaysia untuk membeli kereta hibrid buatan Malaysia. Jadi saya hendak tahu adakah kerajaan berniat memberikan subsidi juga kepada kereta hibrid buatan Malaysia, terima kasih.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, sehingga ke hari ini kita belum bercadang untuk memberikan subsidi kepada kereta hibrid kerana kita sedar bahawa subsidi kita pun memang begitu tinggi yang telah kita sediakan dalam pelbagai bentuk. Yang Berhormat Parit Buntar menyentuh mengenai dengan cukai- cukai yang telah kita mansuhkan berhubung dengan barangan berjenama yang bertujuan untuk meningkatkan perbelanjaan dari segi pelancong luar negara ke negara kita. Beliau mahu tahu berapakah kehilangan cukai pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita kehilangan RM185 juta setahun. Tujuan kita untuk meningkatkan perbelanjaan pelancong ke negara kita, dari segi perbelanjaan pelancong telah meningkat daripada RM53 bilion kepada RM56 bilion.

Yang Berhormat Sungai Siput menyentuh tentang satu isu yang saya agak sangat menarik di sini iaitu cadangan daripada James Tobin supaya dikenakan cukai ke atas transaksi kewangan umpamanya kalau kita hendak membeli mata wang asing dikenakan cukai ataupun kita hendak pergi ke futures market atau pun derivatives market. Seperti mana Yang Berhormat maklum bahawa Tobin Tax System ini pada masa ini masih di dalam perbincangan baik di Amerika Syarikat mahupun di Eropah dan perbincangan ini berlaku akibat daripada kedudukan ekonomi kedua-dua negara dalam keadaan yang begitu sukar dengan hutang kerajaan dengan GDP mencecah sehingga Amerika Syarikat 80 peratus manakala beberapa negara di Eropah lebih daripada 100 peratus.

Mereka memikirkan bahawa dengan adanya cukai ini diperkenalkan, mereka boleh mendapatkan pendapatan yang lebih. Akan tetapi ini masih lagi bentuk polemik di kalangan pemimpin-pemimpin mereka kerana mereka bimbang sekiranya dilaksanakan Tobin Tax ini pelaburan kewangan akan berpindah daripada negara yang pasaran kewangannya begitu murah. Jadi kita tidak bercadang untuk melaksanakannya pada peringkat ini.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Yang Berhormat Marang dan Padang Terap menyentuh mengenai dengan sistem perbankan Islam, kita tahu bahawa sistem perbankan Islam telah berkembang maju sekarang ini dari segi jumlah aset bank keseluruhannya. Sistem perbankan Islam memiliki 17.4 peratus, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Marang, apakah tidak kita patut mansuhkan sistem kewangan konvensional? Jawapan saya di sini Tuan Yang di-Pertua, saya menyatakan tadi bahawa nisbah Islamic Banking Asset ialah 17.4 peratus daripada keseluruhan aset yang bernilai RM1,690 bilion bermakna 17.4 peratus.

Sekiranya kita memansuhkan sistem konvensional banking bermakna kita akan kehilangan dana berjumlah 83 peratus. Ini akan menghancurkan ekonomi negara dan memberikan mesej kepada dunia bahawa kita tidak menerima sistem kewangan konvensional, pelaburan akan lari. Itu jawapan saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

...Manakala...

final • 7:40 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat sedikit ya. Saya hendak balik ke belakang sedikit tadi ada Yang Berhormat sebutkan mengenai dengan hendak meningkatkan perbelanjaan pelancongan.

Jadi ada satu lagi jalan bagaimana pula rakyat kita yang berbelanja di luar negara, apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan cukai melawat ke luar negara seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Indonesia? Saya percaya kalau dikenakan cukai RM100 sahaja pun berapa bilion kita boleh pungut sebab banyak rakyat negara kita yang melancong ke luar negara, itu yang pertama.

Kedua, dari segi cukai saya tidak sempat masuk perkara yang ada kaitan juga dari segi pendapatan negara iaitu AP kereta terpakai, kereta mewah yang dikenakan surcharge RM10,000. Bagaimana pula dengan kereta AP francais yang langsung tidak dikenakan apa- apa bayaran, jika ini dikenakan contohnya RM2,000 ke RM3,000 berapa juta kerajaan boleh pungut dari segi hasil pendapatan. Sekian terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Mungkin Yang Berhormat Menteri hendak sambung lagi sikit ya.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Saya sambung dulu Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Padang Terap menyentuh mengenai dengan badan-badan GLC, beliau menyatakan bahawa penggunaan kewangan Islam oleh badan-badan GLC hanya pada kadar 22 peratus.

Seperti mana Yang Berhormat maklum Khazanah sendiri sejak akhir-akhir ini telah pun meningkatkan penggunaan sistem kewangan Islam melalui Sukuk Boleh Tukar melibatkan Telekom Malaysia, Sukuk Boleh Tukar PLUS, Sukuk Boleh Tukar Parkson, Sukuk Jangka Pendek nilainya USD750 juta, selepas itu USD50 juta, USD550 juta, SGD1.5 bilion dan 500 ribu, 500 juta Renminbi maknanya penggunaan itu semakin besar.

Di samping itu juga anak-anak syarikat Khazanah sendiri di dalam operasi perbankan Islam sendiri di mana Bank Muamalat, CIMB, PT CIMB Niaga Java Investment dan GC juga membayar cukai, membayar zakat Telekom, Tenaga, Bank Pembangunan, Bank Pertanian, Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana, FELDA Holdings, FELCRA Berhad. Bermakna proses ke arah peningkatan penggunaan sistem kewangan Islam itu makin meningkat di kalangan GLC.

Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi buat masa ini kita belum melihat kepada untuk mengenakan cukai kepada rakyat kita untuk keluar negara. Begitu juga dari segi AP belum lagi di dalam tindakan kita. Yang Berhormat Hulu Rajang menyentuh tentang perolehan kerajaan, apakah tidak patut bagi projek-projek yang melibatkan kontraktor luar negara memberi kontrak kepada syarikat-syarikat tempatan?

Sebenarnya dari segi pemberian perolehan, syarikat-syarikat luar negara terlibat lebih kepada pembelian perbekalan tidak kepada kontrak. Kontrak biasanya melibatkan G-to-G, umpamanya jambatan kedua dan jambatan kedua ini 50 peratus adalah diberikan kepada syarikat daripada China dan 50 peratus syarikat kepada Malaysia dan dalam erti kata lain tindakan memang telah diambil.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Kemudian Yang Berhormat Indera Mahkota dan Kuala Langat menyentuh tentang GST, seperti mana kita sedia maklum kerajaan belum lagi bercadang untuk melaksanakan GST. Sebenarnya apa yang kerajaan sedang buat kita berhadapan dengan beberapa badan-badan NGO yang mahu tahu lebih mendalam mengenai dengan pelaksanaan GST kerana pelaksanaan GST ini bukan sahaja melibatkan soal cukai itu sendiri, tetapi sistem yang hendak dilaksanakan. Jadi mereka mahu tahu apabila dilaksanakan bagaimanakah sistem tersebut mesti dilaksanakan dengan perbelanjaan dan sebagainya yang terlibat itu.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 7:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, mungkin Menteri maklum bahawa hari ini ada kenyataan oleh Menteri yang menguruskan PEMANDU dengan mengatakan Malaysia could still face bankruptcy di dalam penjelasannya itu akhirnya ada disentuh mengenai aspek GST.

final • 7:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Jadi, adakah kerana kenyataan ini datang daripada Yang Berhormat Menteri.

Apabila dibaca oleh orang awam ia akan menggambarkan komitmen Menteri, ministerial statement. Jadi, rasa Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan, adakah pendirian Yang Berhormat Menteri yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan bankrap dan sebagainya dan antara untuk mewujudkan dengan izin, global comparative, GST perlu dikenakan.

Adakah ini pendirian kerajaan pada hari ini. Pohon penjelasan.

final • 7:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bangkitkan soal pengumuman yang telah dibuat sekian lama bahawa GST akan dilaksanakan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia yang mana pada pembentangan belanjawan yang lalu kerajaan telah mengumumkan beberapa kos yang telah dibelanjakan, dikeluarkan untuk pihak Kastam Diraja Malaysia sebagai proaktif untuk mempersiapkan mekanisme pelaksanaan.

Akan tetapi ada satu pengumuman baru yang juga disahkan oleh pihak kementerian mengatakan bahawa sekarang Lembaga Hasil Dalam Negeri akan diberi tanggungjawab. Perkara ini diumumkan juga secara jelas oleh Perdana Menteri semasa persidangan CEO, The Forbes di Kuala Lumpur. Satu perkara yang mustahak, yang saya tanya, saya sebut dalam perbahasan iaitu pengesahan Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri yang GST akan dilaksanakan selepas pilihan raya.

Ini disebut dengan jelas apabila ditanya oleh wartawan dalam dan luar negara. Ini mendapat liputan yang begitu meluas. Perkataan menyebut itu bahawa GST tidak akan dilaksanakan sekarang dan mungkin dilaksanakan selepas pilihan raya umum akan datang.

Ini perkara yang agak mustahak untuk kita sahkan. Apatah lagi dalam turutan persidangan kita ada disebut atau ada disenaraikan berkenaan dengan cadangan untuk membawa Rang Undang-undang GST. Saya kalau boleh ini bagi yang tepatlah pihak Menteri, terima kasih.

final • 7:50 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan isu bankruptcy yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau, itu adalah satu pembentangan yang dilakukan oleh PEMANDU. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Menteri tersebut, membuat pembentangan secara sektor korporat.

Maknanya, dalam sektor korporat, mereka akan membuat simulasi. The best case scenario, current scenario dan worst case scenario. Maknanya, dalam worst case scenario, pada tahun 2020 bankrap. Akan tetapi saya nyatakan tadi berdasarkan kajian menggunakan the best case scenario, current scenario, 3 scenario cases dan worst case scenario.

Ia hendak menggambarkan di bahawa bawah current scenario, kita akan berada pada middle income economy. Pada masa itu pihak PEMANDU dalam proses perbincangan dengan beberapa kumpulan melalui lab untuk kita memperkenalkan NKRA dan kemudian memperkenalkan NKEA. Bermakna, kita hendak bergerak daripada current scenario yang akan letak negara kita jadi middle income economy kepada best case scenario yang akan membawa kepada negara berpendapatan tinggi dan maju, bermakna kita melonjak ke atas dengan kita memperkenalkan NKRA dan NKEA. Itu sahaja. Bukannya dia kata negara ini akan bankrap.

final • 7:50 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Ia membuat perbandingan secara simulasi untuk menyedarkan kepada semua, mungkin sebagai provokasi kepada semua. Kita tidak boleh bersandarkan kepada current level, we must move, dengan izin, to the best case scenario. Itu sebenarnya.

Mengenai dengan GST, Yang Berhormat kaitkan dengan bankrap, ia tidak ada kena mengena. Kalau kita lihat perkembangan dunia sebenarnya, apabila kita mula memperkenalkan konsep GST, kita telah membuat kajian. Dunia telah berubah. Kalau kita lihat dari segi teknologi, dunia telefon daripada besar sekarang sudah jadi kecil. Dunia televisyen sekarang sudah banyak berubah.

Dunia kewangan juga telah berubah. Kalau dulu negara-negara menggunakan sales and service tax. Sekarang ini lebih 140 buah negara sudah menggunakan GST.

Makna, itu sebenarnya hasrat kerajaan. Maknanya, negara telah berpindah lebih moden, kita mesti berpindah juga jadi moden. Dalam kajian kita pula, di kawasan ASEAN ini hanya Myanmar dan Brunei sahaja yang belum melaksanakan GST.

Adakah kita hendak duduk di situ. Akan tetapi dalam proses kita hendak melaksanakan kerana ia melibatkan beberapa proses, satu daripada prosesnya adalah kita mesti letak kelengkapan-kelengkapan. Ini yang orang mahu tahu, SME mahu tahu, bagaimana kos. Ini yang perbincangan yang kita adakan. Kita tidak letakkan time line, bila kita hendak laksanakan. Setelah kita rasa semua sudah berpuas hati barulah kita meletak untuk kepentingan rakyat. Itu yang kita putuskan... [Dewan riuh] Kemudian...

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 7:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri boleh tanya tidak?

final • 7:50 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Kemudian Yang Berhormat Indera Mahkota menyentuh tentang liputan akhbar. Tuan Yang di-Pertua, saya pegang kepada Peraturan Parlimen. Di dalam Parlimen kita tidak boleh menggunakan liputan akhbar sebagai evidence. Jadi, saya berpendapat tidak perlu kita berbincang sesuatu yang ditulis dalam akhbar. Kalau kita ada sesuatu dalam YouTube, itu mungkin boleh. Akan tetapi kalau dari akhbar, tidak perlu kita bincangkan...

final • 7:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh saya?

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Beruas.

final • 7:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada kerajaan. Saya rasa kita telah pun menggunakan terlalu banyak tenaga manusia di Malaysia ini untuk perkara-perkara yang tidak produktif. Seperti memang kalau hendak dilaksanakan GST, ramai lagi kelengkapan, pekerja-pekerja yang perlu digaji, perlu dipertambahkan lagi, perkhidmatan awam kita ini sudah memang RM1.3 juta ini memang sudah banyak.

Di tambah lagi kalau GST, banyak lagi kerja. Sebentar tadi dikatakan bagi duit kepada rakyat RM500 seorang, sudah tambah lagi RM2,000 lagi. Jadi, NKRA pun belanja berbilion-bilion untuk NKRA, untuk idea-idea diberikan. Saya bukan kata semua ini tidak baik. Akan tetapi pada hemah saya, kita membuang terlalu banyak tenaga rakyat untuk yang tidak produktif. Lebih penting bagi saya, mungkin Menteri...

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 7:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Boleh berikan pandangan, kita simpati dengan negara Thailand, sekarang banjir mereka. Akan tetapi sudah pasti semua syarikat-syarikat yang ada di Bangkok ini dan mesin-mesin sudah rosak, mereka mesti berpindah ke negara lain. Selepas wang-wang insurans yang dibayar kepada syarikat-syarikat ini, mereka akan melabur. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan semua syarikat-syarikat ini automobilekah, high tech technology, semua akan berpindah. Apakah rancangan kita untuk kita kata mengambil peluang ini untuk mempertingkatkan produktiviti negara kita ini dan tidak membazirkan terlalu banyak tenaga manusia di Malaysia ini untuk program-program yang tidak produktif.

final • 7:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa Perdana Menteri dalam temu bual itu hanya menjawab untuk penggunaan masa pertanyaan media sahaja, bukan untuk tujuan memberi pengisytiharan atau memberi pengumuman kepada rakyat Malaysia. Adakah GST ini hendak dikenakan pada satu kelompok yang tidak ada kena mengena dengan rakyat tempatan ataupun kita hendak buat satu langkah awal.

Hendak beri peringatan ataupun pengumuman supaya support system kita bersedia. Saya faham daripada apa Yang Berhormat Menteri beritahu tadi seolah-olah kita hendak menyediakan support system dalam negara kita untuk menyokong atau menerima sekiranya GST ini boleh dilaksanakan. Akan tetapi sekarang seolah-olah kita hendak menafikan langsung apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam temu bual itu.

Saya hendak katakan dengan tegas, sekiranya GST ini tidak dilaksanakan atau hendak dilaksanakan, pihak kita bukan mengatakan kita membangkang 100 peratus. Kita katakan persediaan mekanisme untuk menerima pelaksanaan itu perlu ditekankan dulu.

Seperti mengelakkan kebocoran. Saya hendak tanya, apa rasionalnya kita sekarang...

final • 7:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 7:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya tidak tanya awak?

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak... [Ketawa].

final • 7:50 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Menteri hendak jawab dulu Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Dato' Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Saya telah jelaskan tadi bahawa persediaan kita telah buat. Kita sedang berjumpa dengan berbagai-bagai kumpulan. Hanya hari ini saya tidak bawa beberapa banyak perjumpaan-perjumpaan yang telah kita lakukan. Saya nyatakan tadi tentang akhbar, ini adalah peraturan Parlimen.

Apakah kita Ahli Parlimen, kita mahu melanggar peraturan tersebut? Saya berbangga menjadi Ahli Parlimen dan saya mesti menjaga peraturan tersebut. Itu sahaja isunya.

final • 7:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak beri jalan lagi Yang Berhormat?

final • 8:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

GST sedikit.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Cukuplah.

final • 8:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Menteri, kenalan lama.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Okey, Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 8:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kawan, kawan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa kita hendak melaksanakan GST ini kerana hendak berganjak kerana dunia sudah pun berganjak daripada sales tax kepada GST. Di ASEAN ini pun hanya dua negara sahaja yang tidak melaksana dan adakah kita hendak duduk di situ. Jadi saya mendengar hujah tadi seolah-olah macam kita hendak ikut dunia.

final • 8:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Bila mai masalah hendak kutip duit, hendak kutip cukai, kita hendak ikut dunia, tetapi bila cara kita hendak belanja ini kita tidak ikut cara dunia belanja.

Jadi ketirisan, kebocoran, soal mengenai rasuah, salah guna wang zakat dan sebagainya, kita tidak ikut soal perkembangan trend dunia. Jadi kita lihat bahawa hendak ambil duit daripada rakyat, kita ikut dunia. Sampai beli kuda pun teruklah. Saya hendak tanya, kuda itu dari mana? Ini hendak raya korban ini, kita boleh sembelih korban. Jadi isunya ialah jangan kita berhujah bahawa kita hendak ikut trend dunia, tetapi dalam konteks perbelanjaan kita, kita tidak ikut trend dunia dari segi ketelusan, integriti dan sebagainya.

final • 8:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tambah sedikit Yang Berhormat Menteri, kalau diizinkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin Yang Berhormat Menteri perlu diperingatkan atas prinsip pertentangan kami, opposition kami terhadap GST bukan on principal. Ini bermaksud kami bersetuju secara prinsipnya untuk GST pada akhirnya dilaksanakan.

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri dan kementerian juga mengakui dan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan sendiri mengakui bahawa negara terperangkap dalam middle income trap, yang dengan kata lain menyebabkan hanya 1.7 juta sahaja daripada 12 juta dalam pasaran kerja yang punya keupayaan membayar cukai individu. Lalu dengan itu, persoalan GST ini adalah menyangkut langsung kepada persoalan apakah rakyat yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana itu di cukai juga. Kalau kita put on the time clock Yang Berhormat Menteri, sejak kita bangun sampailah kita tidur balik, that consumption taxes ataupun GST itu adalah sebenarnya work on setiap kita celik, keluar rumah pergi restoran sarapan, naik pengangkutan sampailah kita tidur, we are taxes all the way dengan izin, 24 jam punya consumption taxes. Itu merupakan satu yang cukup berat bagi rakyat yang terperangkap... [Dewan riuh] Sabarlah. Hendak cakap bangunlah. Yang Berhormat Menteri beri laluan.

Bangunlah. Hendak cakap, bangun.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jadi Yang Berhormat Menteri, inilah perkaranya. Dengan kata lain, dari satu sudut ia adalah cukup regresif dari segi itu Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab itu, tentangan kami bukan kerana infrastruktur ataupun to lay down infra ‘bedroom’ segalanya itu, bukan. Ia adalah bergantung dan berasaskan kembali kepada income, pendapatan rakyat yang terperangkap dalam middle income trap.

Itu yang sebenar-benarnya. Dengan kita berikan laluan untuk pendapatan itu appreciate atau diangkat, antara lain dengan gaji minimum itu, ia akan mampu dilaksanakan satu waktu yang lebih munasabah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, saya amat kagum dengan keupayaan Yang Berhormat Menteri dalam bidang ekonomi ini. Saya ingin hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat pembangkang ini Yang Berhormat Menteri, pertama, mereka tidak mahu menaikkan cukai. Kedua, mereka mahu mengekalkan subsidi seperti mana yang ada sekarang ini tanpa mahu merealisasikannya atau merasionalisasikannya. Selepas itu, beri lagi 20 peratus, 30 peratus kepada negeri- negeri yang mengeluarkan minyak. Selepas itu, kakitangan kerajaan diberi lagi. Semua belanja.

Jadi saya ingin hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, income tidak mahu dinaikkan, belanja mahu lebih. Kita anggap... [Dewan riuh] Inilah yang saya katakan tadi bahawa buku jingga ini...

final • 8:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Bagus Yang Berhormat Kota Belud.

Bagus, bagus. Cantik, cantik Yang Berhormat Kota Belud.

final • 8:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini yang mahu diterap itu. Kalau rakyat...

final • 8:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kita punya dasar...

final • 8:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Berilah saya peluang bercakap, Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Basiclah.

final • 8:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tolong lihat belanjawan kami, sumber pendapatan kami.

final • 8:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tadi dengar. Berilah saya cakap dahulu.

final • 8:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bagaimana kami mengangkat sumber pendapatan.

final • 8:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya katakan kalau rakyat Malaysia meletakkan Parti Pakatan Rakyat ini menjadi Kerajaan Malaysia, bankrap negara ini!... [Dewan riuh] Rakyat mesti tahu...

final • 8:00 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Yang pasti orang Sabah akan tukar.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota, duduk Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Rakyat mesti tahu dan mesti diberitahu bahawa kita sebuah kerajaan bertanggungjawab, bukan seperti pembangkang...

final • 8:00 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Malaysia akan bankrap.

final • 8:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang pasti orang Sabah papa kedana nanti.

final • 8:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang sanggup berbelanja tetapi tidak berani untuk mengadakan satu kajian ekonomi yang betul.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, saya...

final • 8:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Beri Yang Berhormat Menteri jawab, Yang Berhormat Menteri jawablah.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini betul. Oleh sebab itu saya katakan tadi Yang Berhormat, saya katakan tadi income lebih.

final • 8:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kota Belud, duduklah.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri jawablah. Beri Yang Berhormat Menteri jawablah.

final • 8:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kalau beginilah, bankrap terus negara.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Beri Yang Berhormat Menteri jawablah.

final • 8:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tolong baca belanjawan kami.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Indera Mahkota, duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Selepas itu IMF. IMF boleh.

final • 8:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tahniah Yang Berhormat Kota Belud. Terima kasih. Senang kami hendak canang di luar.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri jawab dahulu Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh? Kalau boleh...

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Nanti dahulu. Saya sudah beri banyak sudah. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah beri banyak sudah. Izinkan saya menjawab.

final • 8:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Kota Belud tidak hendak 20 peratus... [Ketawa]

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Kita perlu respect Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas tanya saya, saya jawab. Kita perlu respect Yang Berhormat Beruas.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Yang Berhormat Beruas mengatakan tentang soal guna tenaga bila pelaksanaan GST. Sebenarnya saya berpendapat, tidak perlu kita berpolemik tentang GST. Kerajaan telah membuat keputusan tidak akan melaksanakannya sekarang. Setelah kita mendapat feedback terutama sektor korporat faham benar bagaimana sistem tersebut dan NGO juga sedar, baru kita melaksanakannya. Akan tetapi Yang Berhormat menyatakan bahawa kita mengambil kakitangan tidak produktif. Seperti mana saya maklum tadi, GST bukan cukai baru. Ia adalah cukai untuk menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang telah dilaksanakan sekarang. Hanya dalam sistem yang berbentuk baru daripada sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Yang Berhormat Pokok Sena menyentuh tentang soal GST, juga tidak ada isu dibangkitkan...

final • 8:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri setuju...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Manakala Yang Berhormat Kuala Selangor...

final • 8:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

With your claim untuk claim back 4 percent, 4 percent, itu melibatkan banyak lagi tenaga kerja.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Kita sekarang guna online Yang Berhormat. Dunia telah berubah... [Dewan riuh]

final • 8:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi masih...

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Yang Berhormat Kuala Selangor mengaitkan GST dengan middle income trap dan juga dikaitkan dengan tax base kita yang kecil. Taxe base kita sebagaimana kita tahu adalah 1.8 juta, individu dan juga syarikat, memang kecil. Akan tetapi kita mesti lihat tidak ada kaitannya GST dengan middle income trap. Middle income trap ini seperti mana saya nyatakan tadi, the best case scenario adalah kita dengan memperkenalkan the new economic model. Sekarang kita ada NKEA, kita ada 131 entry point projects. Sehingga sekarang, separuh daripadanya telah pun take- off yang akan memakan masa antara satu tahun hingga lima atau hingga lapan tahun.

Bermakna bahawa NKEA kita sudah mencapai kejayaan.

Apabila kita membuat kajian akhirnya pada tahun 2020, kalau sekarang rakyat kita yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM7,000 hanya dalam lingkungan tiga juta orang lebih, yang lebih RM7,000 sebulan dalam 500 orang. Pada tahun 2020, yang mendapat pendapatan antara RM2,000 hingga RM7,000 sebulan akan naik daripada tiga juta orang kepada lapan juta orang dan lebih daripada RM7,000 adalah seramai dua juta.

Makna, tax base kita semakin hari semakin tahun ia akan besar. Ia tidak dikaitkan dengan GST semata-mata untuk tujuan tax base.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak sokong.

final • 8:00 PM

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Saya hendak menyentuh tentang pegawai kanan GLC yang dibangkitkan. Mengenai dengan cadangan Yang Berhormat, itu kita bersetuju. Maknanya kita perlu ambil orang-orang yang berkualiti untuk memastikan bahawa GLC kita dijalankan oleh orang-orang yang berwibawa.

Mengenai dengan CSR, ini memang sedang dilaksanakan dalam pelbagai bentuk.

Dalam bentuk melahirkan usahawan-usahawan bumiputera umpamanya, dalam bidang pendidikan dan berbagai-bagai bidang lain.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh sedikit saya hendak sokong. Boleh?

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Landing mengejut. Habis sudah?

final • 8:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Soalan yang kita timbul pun tidak jawab.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya adalah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

final • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9, Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut hendaklah disahkan.”

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 2 November 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.11 malam.

final • 8:00 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026