Oct202011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tan menyatakan:

(a) adakah pihak kementerian berhasrat untuk memberi atau meneruskan bantuan khas Elaun Saraan Hidup kepada para nelayan yang mana akan ditamatkan pada tahun 2012 akan datang; dan

(b) berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan program bantuan elaun saraan hidup kepada nelayan semenjak ianya dilaksanakan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industi Asas Tani I - Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi taala wabarakaatuh, salah sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing Ahli Parlimen Bintulu yang telah mengemukakan dua soalan berhubung dengan elaun sara hidup yang telah dikeluarkan kepada nelayan-nelayan.

Pertama, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat untuk meneruskan bantuan elaun sara hidup nelayan yang sudah tamat pada tahun 2012 dan ini juga bergantung pada kewangan negara. Akan tetapi bagi pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kita memang tahu betapa peritnya kehidupan nelayan.

Maka itu, kita bercadang untuk meneruskan. Walau bagaimanapun, ini terpulanglah kepada kemampuan kewangan negara.

Kedua ialah berkenaan dengan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu membayar elaun sara hidup kepada nelayan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2008. Jumlahnya pada keseluruhannya adalah sebanyak RM356 juta setakat ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Macam cepat sahaja, sudah habis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini pihak kerajaan akan menyediakan peruntukan kepada para nelayan di bawah Program Pembinaan Rumah Kediaman yang lebih baik lagi.

Seronok untuk para nelayan tetapi tadi saya dengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu pada tahun 2012 akan tamat peruntukan khas kepada para nelayan tetapi kemungkinan kementerian akan pertimbangkan balik kalau kewangan yang mampu. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedar kah tidak walaupun kita bagi peruntukan khas kepada para nelayan, kadang-kadang kita menilai hasil daripada itu tidak berapa efisien.

Ada segelintir para nelayan tidak pernah pergi tangkap ikan. Dia tipu keluarga dia. Hari-hari dia bawa balik cuma bantuan daripada kerajaan. Bantuan daripada kerajaan, dia beritahu dia begitu susah, dia dapat. Pergi tangkap ikan. Kerajaan pun bantu, sekarang sudah banyak RM100, RM200 tetapi keluarga dia berasa kerajaan tidak menjalankan tugas dengan bertanggungjawab menolong rakyat kerana tidak mencukupi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita boleh lah pertimbangkan...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Soalan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Ya, inilah masa soalan. Bolehlah pertimbangkan daripada skim bantuan khas bergabung bersama-sama subsidi melalui hasil tangkapan. Kita boleh dikategorikan jenis ikan. Daripada sana kita naikkan harga atau membeli balik atau pun sekilo berapa kita pertimbangkan untuk bantu para nelayan. Saya rasa ini lebih lagi efisien, lebih lagi menguntungkan kerajaan dan para nelayan.

Kedua, bolehkah kementerian pertimbangkan balik, beri cadangan kepada kerajaan menolong para nelayan bila masa para nelayan atau pun petani apabila dia pinjam wang daripada mana-mana institusi bank terutama sekali di Agro Bank, berikan faedah yang terendah kepada para nelayan dan petani. Saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bolehkah dipertimbangkan. Sekian.

final • 10:00 AM

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat.

Pertama sekali ialah berkenaan dengan subsidi dan bantuan yang kita telah beri kepada nelayan selama ini. Sebenarnya memanglah kalau kita lihat daripada subsidi yang kita beri kadang-kadang ianya disalahgunakan, saya tidak nafikan. Begitu juga elaun sara hidup dan sebagainya. Sebab itu pada setiap bulan kita ada bantuan yang kita sampaikan secara peribadi oleh pemimpin-pemimpin untuk kita buat pemutihan mengenai nelayan yang betul-betul nelayan yang dapat bantuan elaun sara hidup itu.

Sebab itu pada mula kita lancarkan jumlahnya besar. So hari ini semakin hari semakin kecil jumlahnya berdasarkan kepada pemutihan yang kita buat. Itu memang kita tidak dapat nafikan bahawa ada antaranya penyelewengan. Begitu juga dengan subsidi diesel dan sebagainya, memang ada. Walau bagaimanapun, kita sekarang sedang melihat perkara itu dan kita hendak perbaiki supaya bantuan dan juga subsidi yang kita beri sampai kepada mereka yang betul-betul terlibat dalam sesuatu projek sama ada nelayan atau lain-lain seperti penanam padi dan sebagainya.

Mengenai interest yang kita beri, dikeluarkan pinjaman kepada nelayan atau penternak melalui terutama sekali Agro Bank. Agro Bank memanglah setakat hari ini kita punya interest kalau kita tengok untuk dana pinjaman usahawan, iaitu geran yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui MOF interestnya hanya 3.75 peratus sehingga 5 peratus sahaja iaitu lebih murah dan bergantung kepada projek. Akan tetapi untuk nelayan, kita ada juga Skim Pinjaman Nelayan Pantai. Skim Pinjaman Nelayan Pantai ini kita boleh bagi sampai RM25,000 tanpa interest atau no interest at all. Ini yang kita beri. Selain daripada itu banyak lagi bantuan-bantuan yang kita telah kemukakan kepada nelayan dan juga petani-petani umpamanya semasa bencana. Kalau bencana, kita ada bantuan bencana yang kita beri kepada nelayan.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kata RM25,000 tanpa faedah, tanpa interest tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada rasa atau tidak kalau nelayan dia diberi pinjam wang, dokumen-dokumen tidak ada. Apabila dia sampai bank mahu pinjam, bank cerita ‘A’ sampai ‘Z’. Dia sudah pengsan di bank sana, mana boleh pinjam lagi. Balik rumah kosong, keluarga tanya abang sudahkah? Abang pergi, apa pun tidak boleh buat. Macam mana.

final • 10:10 AM

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum

Sebenarnya Yang Berhormat seperti yang saya nyatakan tadi RM25,000 itu adalah pinjaman daripada LKIM, bukan daripada bank dan ini yang ditawarkan oleh LKIM. Kini kita ada persatuan nelayan dan persatuan nelayan ini diwakili oleh ahli lembaga. Maksudnya ini yang dibantu oleh kerajaan.

Kalau bank ini, seperti Agro Bank tidak lagi macam Bank Pertanian dahulu. Sekarang bank mempunyai Akta Bank yang perlu dipatuhi oleh bank, dengan syarat-syarat yang tertentu.

Walau bagaimanapun kita bagi pelbagai jenis bantuan. Umpamanya kita tengok Tabung Bencana Alam. Apabila berlaku bencana alam, kematian. Kalau kematian, kemalangan diri RM4,000 kita beri. Kalau kematian biasa RM2,000, kalau kehilangan keupayaan RM10,000 dan sebagainya. Jadi bantuan-bantuan ini disalurkan kepada nelayan-nelayan dan kebajikan mereka, memanglah kita jaga setakat ini.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, kalau kita ikut cara Taiwan, iaitu kita bagi insentif berdasarkan kepada hasil tangkapan.

Kita tidak ada masalah untuk melihat bahawa sekarang ini yang menjadi masalah negara iaitu hasil tangkapan terutamanya C1 dan C2 tidak balik ke dalam negara. Jadi boleh atau tidak kerajaan fikirkan supaya insentif diberikan kepada hasil tangkapan.

Kita perbetulkan sedikit. Semua prasarana sudah ada dan kita perbetulkan sedikit supaya lebih nampak bahawa nelayan-nelayan kita lebih bersungguh-sungguh untuk keluar daripada kepompong kemiskinan ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum

Terima kasih Yang Berhormat, itu memang cadangan yang baik. Memang kita sudah lihat perkara ini. Seperti yang kita tahu kebanyakan ikan-ikan yang ditangkap dari segi pendaratannya. Pendaratannya kita tahu ada yang telah dibawa balik ke negeri dia dan sebagainya. Kita tahu bahawasanya pendaratan itu tidak betul seperti minyak dan sebagainya. So sebab itu kita ada cadangan supaya insentif ini kita tidak bagi subsidi tetapi kita akan bayar mengikut jumlah tangkapan ikan. Maknanya kalau sekarang ini 1 kilo 10 sen, mungkin kalau kita tarik balik subsidi itu kita boleh katakan 1 kilo kita boleh bagi sampai RM1.

Maknanya the exact figure ikan yang mendarat di Malaysia ini.

Ini yang sedang kita buat kajian dan walau bagaimanapun ini mendapat tentangan yang hebat daripada pengusaha-pengusaha laut terutama sekali laut dalam.

Walau bagaimanapun, cadangan ini akan kita teruskan untuk kita kaji pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, apakah yang telah dikeluarkan surat pekeliling bagi memastikan semua bangunan kerajaan menggunakan suhu penyaman udara di bawah 24 celcius bagi menjimatkan tenaga.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Noriah binti Kasnon

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 11 Ogos 2011 telah memutuskan agar langkah-langkah segera ataupun langkah-langkah serta-merta untuk menggunakan tenaga dengan cekap dilaksanakan di semua bangunan kerajaan. Ini akan dilaksanakan melalui penyelarasan suhu persekitaran dalaman kepada tahap minimum 24 darjah celcius. Penetapan ini merupakan salah satu langkah penjimatan tanpa kos yang boleh dilaksanakan dengan serta-merta.

Selaras dengan keputusan tersebut Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini sedang menyediakan surat arahan yang mengandungi garis panduan pelaksanaan arahan penjimatan tenaga melalui penetapan suhu pada tahap minimum 24 darjah celcius, iaitu suhu persekitaran di semua bangunan kerajaan untuk diedarkan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang berkenaan sebagai langkah pengurangan perbelanjaan kos utiliti kerajaan. Semua agensi kerajaan adalah dikehendaki untuk melaksanakan penetapan suhu di pejabat masing-masing seperti yang digariskan di dalam surat arahan ini kelak. Pelaksanaan langkah penjimatan tenaga ini mesti dibuat dengan serta-merta secara menyeluruh atau berperingkat dan berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, surat arahan ini menetapkan ruang di dalam bangunan kerajaan yang dapat diselaraskan suhu persekitaran dalaman seperti ruang pejabat, bilik pengawal, bilik mesyuarat, ruang lobi, koridor dan lain-lain. Di samping itu surat arahan ini juga bersetuju agar ruang-ruang kritikal tertentu yang memerlukan penetapan suhu khusus seperti dewan bedah, unit rawatan rapi, makmal bilik alatan mekanikal dan ruang menempatkan perkakasan teknologi maklumat seperti bilik server.

Tuan Yang di-Pertua, kecekapan tenaga merupakan tanggungjawab bersama dan setiap pihak dan individu perlu memainkan peranan masing-masing untuk membolehkan sasaran kecekapan tenaga ini tercapai selain daripada mengambil tindakan menyelaraskan suhu penyaman udara, ruang bangunan kerajaan pada tahap minimum 24 darjah celcius.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Noriah binti Kasnon

Amalan kecekapan tenaga lain yang perlu diamalkan ialah seperti menutup suis semua peralatan elektrik yang tidak digunakan, memaksimumkan penggunaan pencahayaan semula jadi, menggunakan tangga bagi menggantikan lif dan menggunakan alat-alat cekap tenaga yang telah pun mempunyai star rating labeling, dengan izin. Langkah berkenaan tidak melibatkan sebarang kos kepada pelabel ini, namun pada kebiasaannya langkah menjimatkan tenaga pada kadar 3 peratus hingga 7 peratus dari jumlah keseluruhan penggunaan tenaga. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:10 AM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih. Di manakah gerangan Yang Berhormat Kota Samarahan, izinkan saya soalan tambahan. Hari ini saya terasa hendak berpantun, tidak tahu sebab apa, ya.

final • 10:10 AM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Bangsa dan budaya kita harus dimartabatkan. Okey saya terus balik kepada tajuk. Jadi maknanya saya faham tadi daripada jawapan Timbalan Menteri saya faham tadilah maknanya belum hantar lagilah surat itu. Jadi saya rasa benda ini kita sudah mesyuarat hari itu kata bulan Ogoskah berapa, ini sudah masuk bulan Oktober dan saya rasa... Saya mohon supaya disegerakan kerana lagi lama kita tidak bertindak hanya buat keputusan sahaja. Saya rasa kita terpaksa tanggung kos tenaga yang hari ini semakin meningkat. Saya minta supaya dalam soalan tambahan saya ini, adakah kementerian mempunyai hasrat ataupun kementerian bersungguh-sungguh? Bukan sahaja penjimatan penggunaan tenaga ini tanpa kos yang hanya melibatkan penggunaan penghawa dingin pada minimum 24 tetapi adakah kementerian serius untuk membawa konsep bangunan itu secara menyeluruh dengan apa yang dinamakan sebagai bangunan hijau?

Kebetulan saya berminat warna hijau. Yang Berhormat Sri Gading dia tidak ada kata bangunan biru dia ada bangunan hijau. Jadi saya hendak tanya, serius ini serius, saya hendak tanya. Ini kerana kalau kita tidak fikir secara serius konsep bangunan hijau ini kita akan terus menanggung kos tenaga secara jangka panjang yang kita tidak mampu untuk berbuat demikian. Pertama saya minta supaya kerajaan serius atau tidak dari segi reka bentuk. Reka bentuk yang mesra cahaya alam semula jadi, dapat mengurangkan kos penyelenggaraan. Kemudian sistem pengudaraan yang mengurangkan penyerapan haba seperti penggunaan sistem penebat, siling yang lebih tinggi dan aliran udara yang lebih baik. Bahan yang digunakan perlu kita buang daripada pemikiran bahan yang ada hari ini.

Saya kira banyak universiti kita telah buat kajian yang cukup banyak untuk kita commercializekan bahan-bahan itu. Kemudian pemakaian sistem kitar semula pepejal yang cekap. Penggunaan air hujan, air hujan digunakan untuk kita buat penyiraman dan lain-lain. Akhirnya landskap bangunan itu sendiri dengan pohon-pohon dan pokok- pokok yang boleh memberikan, kurangkan kepanasan dan akhirnya menyedut gas karbon dioksida.

Jadi saya minta supaya kementerian dengan soalan tambahan saya ini pertama jawapannya tadi belum lagi surat itu dihantar dan saya minta segera. Kedua, adakah akta yang akan memastikan pengawal selia semua apa yang dicadangkan dalam konsep bangunan hijau ini? Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat terima kasih Yang Berhormat. Saya bagi peluang Yang Berhormat sebab Yang Berhormat Bintulu tadi sudah buat jalan.

final • 10:20 AM

Datuk Noriah binti Kasnon

Insya-Allah Yang Berhormat banyaknya soalan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya selalu bersikap adil, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Noriah binti Kasnon

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar ya atas..., saya ingat kalau terlalu banyak soalan sangat minat dan maknanya sangat menyokong apa yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada hari ini. Terima kasih untuk itu.

final • 10:20 AM

Datuk Noriah binti Kasnon

Yang Berhormat, satu soalan yang diutarakan tadi adalah kenapa mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan arahan ataupun garis panduan?

Sebenarnya Yang Berhormat ia sudah pun dimuktamadkan ada di tangan saya tetapi baru sahaja ditamatkan pada minggu ini. Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan edarkan kepada jabatan agensi kerajaan dan GLC terlebih dahulu. Ianya mengambil sedikit masa Yang Berhormat kerana ianya melibatkan ataupun ia melibatkan perkara- perkara teknikal.

Maklumlah pelarasan suhu ini di bangunan-bangunan kerajaan melibatkan tiga kaedah. Ada secara automatik, ada yang separuh automatik dan ada juga yang secara manual. Jadi kami mengambil masa untuk berbincang dengan pakar-pakar teknikal khasnya daripada JKR untuk memperhalus garis panduan ini. Supaya lebih jelas dan tidak mendatangkan masalah di masa hadapan semasa pelaksanaan. Insya-Allah akan diedarkan dalam masa yang terdekat Yang Berhormat.

Begitu juga dengan sama ada kerajaan sungguh serius. Saya kira Yang Berhormat kalau sampai perkara ini dibentangkan dalam majlis yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Ogos lalu ianya memang satu petanda yang sangat serius. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri sudah mengarahkan supaya perkara-perkara yang boleh ataupun amalan yang boleh menjurus kepada penjimatan tenaga ataupun pengurusan tenaga dengan cekap yang tidak memerlukan kos mestilah dilaksanakan terlebih dahulu. Ini adalah salah satunya termasuk beberapa item lain yang saya sebut tadi seperti menggunakan tangga kalau tingkat itu tinggi. Menggunakan pencahayaan semula jadi dan sebagainya.

Begitu juga dengan sama ada kita serius untuk membawa penjimatan tenaga ini ataupun ciri-ciri green building ini kepada bangunan-bangunan kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat ya setakat ini sudah ada tiga bangunan di negara kita ini kalau pun tidak mendapat platinum ataupun gold, akan tetapi sudah berada di kategori low energy office iaitu Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air, kemudian green energy office iaitu MGTC (Malaysia Green Technology Corporation) dan juga ST

(Energy Commission) suruhanjaya tenaga yang terbaru. Menyusul juga melalui retrofitting yang sudah pun selesai dilaksanakan iaitu bangunan MOF, bangunan EPU yang dijangka dapat menyelamatkan ataupun menjimatkan kos utiliti tenaga ini sebanyak 15 peratus ke 20 peratus. Juga sekarang sedang retrofit, dengan izin, bangunan MAMPU dan juga NRE dengan belanja yang agak kecil dalam RM1.8 juta.

Akan tetapi akan dapat menjimatkan kos utiliti tenaga khasnya lingkungan 8 peratus ke 10 peratus.

Ini adalah satu jumlah yang besar. Sekiranya pekeliling ataupun arahan, garis panduan ini oleh Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air ini diedarkan kelak kepada seluruh bangunan kerajaan, agensi dan jabatan yang saya kira ada lebih 24,000 buah bangunan semua. Saya kira ianya akan pasti akan dapat menjimatkan kos sebanyak RM100 juta setahun untuk keseluruhan sekiranya dapat dilaksanakan.

Pastinya perkara baru ini akan ada sedikitlah kekangan-kekangan dan itu sebab mengambil sedikit masa Yang Berhormat. Begitu juga dengan ciri-ciri bangunan cekap tenaga seperti pencahayaan semula jadi, menggunakan kaca-kaca. Banyak menggunakan kaca-kaca bagi membolehkan tenaga ataupun cahaya matahari semula jadi dapat masuk kita kurang menggunakan lampu misalnya, menggunakan siling yang tinggi, menggunakan pengurusan pepejal yang cekap.

Kemudian boleh menjana tenaga melalui bahan-bahan yang secara dalaman, menggunakan bahan-bahan yang terbuang itu secara dalaman untuk menjana tenaga sendiri. Jadi saya kira itu semua sudah dalam perancangan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tadi memang concern tentang garis panduan penjimatan tenaga ini memang sudah siap Yang Berhormat dan insya-Allah akan diedarkan dalam masa yang terdekat lagi. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Ledang.

final • 10:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Arau...

[Tepuk] Serta pelajar-pelajar sekolah di sebelah kanan sana... [Tepuk]

final • 10:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada suhu 24°celsius tadi, pertama saya mengalu-alukanlah langkan tersebut. Sekadarkan Tuan Yang di-Pertua, kalau ada circular ataupun circular tidak diadakan pun tidak ada makna. Kedua Tuan Yang di- Pertua ialah kalau kita set contoh Tuan Yang di-Pertua, kalau kita set thermostat 24° celsius tetapi, ini sebagai contoh ya, akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, gas tidak cukup, gas penyejuk udara tidak cukup.

Maknanya compressor aircond itu akan sentiasa berjalan walaupun 24°celsius. Apabila compressor aircond terus berjalan tenaga elektrik terus digunakan dia tidak off. Makna jarak off elektrik tadi itu rapat dia tidak panjang. Jadi Tuan Yang di- Pertua ini pun tidak akan berkesan. Justeru Tuan Yang di-Pertua saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, sejauh mana penafian atau perlanggaran kepada segala sistem dan juga peralatan penjimatan tenaga elektrik? Ataupun segala perkakasan, sistem termasuk tadi circular ke atas aplikasi tenaga hijau. Kita khusus kepada bangunan hijau. Adakah kajian secara kuantitatif atau kualitatif sudah dibuat?

Ini kerana kita serius hendak mengamalkan, hendak mengaplikasi tenaga hijau. Akan tetapi kalau ianya tidak berlaku sikap orang ramai terutamanya pegawai- pegawai kerajaan tidak peka terhadap circular tersebut. Maka akhirnya kita tidak akan mencapai objektif itu. Jadi saya hendak bertanya sejauh mana kajian itu sudah dibuat dan bagaimana ia boleh dilaksanakan? Sekian terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Noriah binti Kasnon

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju juga dengan Yang Berhormat apabila kita menetapkan suhu penyaman udara di 24 darjah celsius, kadang-kadang tidak dapat menampung keselesaan kepada penghuni atau pengguna kalau dalam bilik itu ramai misalnya, kerana ia akan menimbulkan rasa kurang selesa juga.

Akan tetapi seperti yang saya ada tekankan tadi sebenarnya, 24°celsius ini bukan penyaman udara, ia adalah untuk ruang persekitaran. Jadi, kita mungkin Tuan Yang di-Pertua, masih lagi mengkaji, mungkin kita akan memerlukan satu gadget Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, iaitu satu device untuk mengawal. Kalau, katalah dalam dewan yang padat, dalam 100 ke 200 orang, penyaman udara memang tidak boleh diletak pada 24°celsius kerana ia akan tidak cukup untuk menampung dan memberi keselesaan yang ataupun dingin kepada...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Di Parlimen ini pun tidak boleh 24°celsius, terbakar semua.

final • 10:30 AM

Datuk Noriah binti Kasnon

[Ketawa] Ya. Itu juga sedang kita kaji Yang Berhormat, kita ada berbincang dengan pakar-pakar teknikal daripada JKR sama ada perlu satu device khas untuk mengawal suhu ini secara automatik melalui haba badan, secara automatik dia boleh detect misalnya dan adjust suhu itu mengikut yang comfortable atau mengikut kesesuaian satu-satu kumpulan yang berada di dalam bilik tersebut.

Mengenai ciri-ciri untuk diterapkan kepada bangunan hijau ini dan lain–lain perkara yang bersangkutan dengannya Yang Berhormat, kita sebenarnya sedang memuktamadkan satu pelan induk kecekapan tenaga di mana dalam pelan induk yang telah dirancang ini akan meliputi banyak teras-teras termasuk kesedaran kempen pendidikan, standard measures, dengan izin dan banyak lagi dan itu sedang dalam proses yang memerlukan sedikit dana dan insya-Allah, apabila semuanya sudah sedia, kita akan angkat kepada pengetahuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Insya- Allah kalau dana itu kita peroleh, kita insya-Allah akan..., sasaran untuk ke arah kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga ini akan lebih berjaya dan lebih berkesan dengan keprihatinan dan tanggungjawab bersama oleh semua rakan-rakan khasnya yang berada di dalam Dewan ini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

3. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, berkenaan harga untuk tol Lebuh Raya Senai-Desaru yang dilihat agak keterlaluan dan mahal serta rasional penggunaan satu laluan yang menyukarkan pengguna terutama ketika waktu-waktu puncak dan musim perayaan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Belum saya jemput Yang Berhormat tadi... [Ketawa]

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di- Pertua, beliau tanya saya sudah berdiri sudah. Saya pun menjawab.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

[Ketawa] Tidak apa Yang Berhormat. Sila, sila Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Lebuh Raya Senai-Desaru atau dikenali Senai-Desaru Expressway (SDE) sepanjang 77 kilometer telah di bina secara penswastaan dengan tempoh konsesi tol selama 33 tahun. Lebuh raya dengan nilai kos projek sebanyak RM1.37 bilion ini telah dibina pada 18 Julai 2005 dan dibuka kepada lalu lintas pada 10 September 2009 kecuali fasa tiga iaitu Persimpangan Cahaya Baru-Pasir Gudang ke Persimpangan Penawar di Desaru yang dibuka kepada lalu lintas pada 10 Jun 2011 yang lalu.

Kutipan tol di lebuh raya ini dilaksanakan secara sistem tol tertutup atau, dengan izin, closed toll system iaitu kadar tol akan ditentukan berdasarkan kepada jarak perjalanan oleh pengguna kerana tol yang dikenakan kepada pengguna di lebuh raya SDE ini adalah sebanyak 14.96 sen sekilometer. Kadar ini adalah bersamaan dengan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya yang lain yang mengamalkan sistem tol tertutup seperti Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS). Kadar tol 14.96 sen sekilometer ini juga bersamaan dan mengambil kira kadar yang sepatutnya dikenakan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) pada tahun 2008 sebagaimana perjanjian konsesi PLUS.

Walau bagaimanapun, berikutan penstrukturan semula kadar tol, kerajaan telah menangguhkan kenaikan kadar tol Lebuh Raya PLUS pada tahun tersebut dan mengekalkan kadar tol semasa iaitu 13.96 sen sekilometer. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pembinaan satu lorong dua hala atau single carriageway bagi pakej tiga SDE iaitu daripada Persimpangan Cahaya Baru ke Persimpangan Penawar dibuat setelah kerajaan mengambil kira unjuran trafik yang rendah di laluan itu iaitu kurang daripada 12,000 kenderaan sehari.

Oleh itu, cadangan mereka untuk membina lorong dua hala di laluan berkenaan akan mengakibatkan projek SDE ini tidak ekonomi dan berdaya maju untuk dilaksanakan secara penswastaan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada perjanjian konsesi, jajaran fasa ini akan di naik taraf kepada dua lorong dua hala ataupun dual carriageway pada masa hadapan setelah kadar trafik meningkat dan mencapai threshold sekurang-kurangnya 30,000 kenderaan sehari. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok harga tol yang dikenakan sekarang ini adalah amat tinggi, contohnya kalau mereka yang duduk di kawasan bandar Penawar, Parlimen Pengerang yang bekerja di Ulu tiram, Pasir Gudang, Johor Bahru-Senai. Contohnya, daripada Desaru ke Tiram tol dikenakan RM8.20, daripada Desaru ke Cahaya Baru, RM5.90. Jadi, kalau campur kedua-dua itu lebih kurang RM14.10 yang dibayar untuk satu hala.

Bagi masyarakat di kawasan ini saya tengok kadang-kadang banyak mengatakan mereka tidak begitu berpuas hati disebabkan oleh kadar tol yang begitu tinggi. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah agaknya kerajaan bercadang hendak menurunkan harga tol ini ataupun sekurang-kurangnya nak mengkaji semula harga tol ini mengambil kira desas-desus, suara-suara masyarakat yang tidak begitu berpuas hati dengan harga tol yang begitu tinggi?

Kedua, soalan saya itu berkenaan dengan single carriageway yang mana Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyebut disebabkan oleh jumlah kenderaan yang tidak begitu banyak mengikut harian. Di sini saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa dalam perayaan dan cuti umum kalau kita lihat disebabkan oleh single carriageway itu, jalan yang begitu sempit.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said - Pengerang

Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk melebarkan dalam masa yang terdekat mengambil kira pembangunan petroleum yang sedang dan dalam proses berlaku di kawasan Parlimen Pengerang di mana kata orang daripada jalan hendak ke Johor Bahru ke kawasan bandar Penawar lebih dekat melalui Desaru-Senai toll highway daripada melalui, mengikuti jalan Kulai memasuki ke jalan Kota Tinggi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri .

final • 10:30 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Sebenarnya kadar tol yang ditentukan di bawah perjanjian konsesi dan closed system ini memang mengikut jarak berapa kilometer kemudian kita caj RM14.96 sekilometer.

final • 10:30 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Ini memang ditetapkan. Masalah kalau dia hendak kurangkan kadar tol, kita ada satu unit di EPU iaitu Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS) akan berbincang supaya kadar tolnya boleh diturunkan atau tidak atau bagaimana cara kita memberi pampasan kalau tidak dibenarkan naik tol.

Untuk soalan yang kedua, kalau kita ikut traffic volume atau jumlah kenderaan melalui fasa 3 yang disebut tadi, ia masih dalam single carriageway. Mengikut kiraan kita, memang benar setiap hari average dalam 12,000 kenderaan sehari sahaja. Untuk kita mengadakan dual carriageway, sekurang-kurangnya trafik harus mencapai 30,000 kenderaan sehari. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada apa yang akan berlaku di kawasan Desaru di mana banyak pertumbuhan ekonomi akan diadakan, kita akan juga memohon supaya ianya ditingkatkan kepada dual carriageway. Sebenarnya jalan ini jambatannya telah pun diadakan dual carriageway dan bukannya single carriageway. Cuma kita akan tambah kalau kita dapat memohon peruntukan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

[Bangun]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya hendak bagi Yang Berhormat Pendang tetapi ini Desaru, Yang Berhormat. Senai- Desaru. Jadi kena confine dengan itulah.

final • 10:40 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Ia 60 peratus dalam kawasan Tebrau.

final • 10:40 AM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Saya minta soalan lainlah nanti.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak payah gaduhlah. Saya panggil Yang Berhormat Tebrau. Ini ada tawar menawar pagi ini, Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih dengan Yang Berhormat Pendang juga Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Ya, terima kasih Yang Berhormat Pendang.

Lebuh raya Senai-Desaru 60 peratus terletak dalam kawasan Tebrau, sebab itu saya minat untuk bertanya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya saya hendak mengemukakan satu cadangan yang menang-menang, bukan sahaja untuk rakyat tempatan di kawasan Parlimen Tebrau dan Pengerang tetapi juga untuk konsesi swasta. Saya sendiri melihat kepada kadar penggunaan lebuh raya itu, ia amat rendah. Kebanyakannya kenderaan dari Singapura ke Desaru, orang tempatan dia orang elak. Dia orang guna jalan tikus kampung. Buat apa kita bina lebuh raya?

Saya ucapkan tahniah atas projek pembinaan lebuh raya itu kerana hendak melegakan kesesakan di Lebuh Raya Pasir Gudang yang amat teruk yang sudah terima kompelin bertahun daripada penduduk Johor Bahru.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Soalan Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Jadi soalan saya, mengapa konsesi swasta ini tidak lebih berfikiran perniagaan? Kalau kadar penggunaan itu ditingkatkan dengan merendahkan kadar tol, itu pasti akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi.

final • 10:40 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Akan tetapi pada kadar penggunaan sekarang, saya pasti konsesi swasta itu mengalami kerugian yang besar oleh kerana kadar penggunaan terlalu rendah dan terlalu mahal atau tinggi kadar tol itu. Lagi satu cadangan.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ini bukan masa ucapan dan cadangan Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Ya, ya, terima kasih. Satu cadangan lagi, jalan lebuh raya itu ada bahagian-bahagian yang tidak rata, tidak sampai standard lebuh raya. Jadi minta JKR look into it. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tebrau beri satu cadangan. Lebih baik juga kalau cadangan boleh disampaikan kepada pihak syarikat konsesilah sebab kita ada perjanjian itu.

Keduanya, kalau kita tengok jalan-jalan dari Gelang Patah ke Desaru, memang sebenarnya sampai hari ini separuh jalan digunakan single carriageway. Ada peluang untuk kita tambah. Jalan yang beralun-alun pula saya akan teliti dengan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia.

final • 10:40 AM

4. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Kewangan menyatakan, berikutan kemerosotan ekonomi negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat bagaimanakah kesannya ke atas ekonomi Malaysia terutama eksport negara dan sejauh manakah ianya berjaya dipulihkan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi terbuka sungguh pun menerima kesan berikutan ketidaktentuan pasaran global, tetapi ia dijangka tidak begitu ketara. Ekonomi Malaysia terus berkembang meski pun berhadapan dengan persekitaran luar yang lebih mencabar.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pernah mencatat pertumbuhan 4.4 peratus dalam tempoh separuh pertama tahun 2011. Pertumbuhan yang sederhana ini disebabkan oleh eksport yang perlahan berikutan prestasi ekonomi Amerika Syarikat yang lebih rendah daripada jangkaan, krisis hutang negara Euro yang semakin berlarutan, gangguan rantaian bekalan kesan daripada gempa bumi dan tsunami di Jepun serta peningkatan inflasi global. Namun demikian, kesan ini dijangka memberi impak yang minimum kepada negara kita memandangkan kekuatan daya tahan dan asas-asas ekonomi yang mampan serta rancangan kerajaan untuk memastikan ekonomi berkembang kukuh.

Prestasi perdagangan luar kekal menggalakkan berikutan rakan niaga utama adalah negara yang sedang pesat membangun iaitu di rantau Asia seperti China, Singapura dan Thailand. Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2011, kadar eksport meningkat kukuh sebanyak 7.4 peratus kepada RM454.9 bilion disokong oleh eksport komoditi yang berdaya tahan serta eksport yang berasaskan sumber seperti kayu balak, makanan, kelapa sawit dan getah. Peningkatan kadar pertumbuhan eksport ini juga didorong oleh permintaan serantau yang kukuh. Eksport ke rantau Asia kecuali Jepun, mencakupi 47.3 peratus daripada jumlah eksport negara, manakala eksport ke Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mencakupi 18.9 peratus daripada jumlah eksport negara. Bagi tahun 2011, eksport negara dijangka meningkat pada kadar sederhana sebanyak 6.8 peratus disebabkan oleh jangkaan permintaan global terutamanya produk elektrik dan elektronik yang perlahan pada bulan-bulan berikutnya.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan unjuran terkini pertumbuhan KDNK negara bagi tahun 2011 yang dijangka berkembang 5 peratus hingga 5.5 peratus dan akan dipacu oleh permintaan domestik iaitu penggunaan swasta yang berdaya tahan dan disokong oleh peningkatan pelaburan swasta, pertumbuhan sektor awam terutamanya pelaksanaan projek-projek infrastruktur awam akan lagi dirancakkan pada separuh kedua tahun 2011. Sehubungan dengan itu, kerajaan yakin dengan pelbagai inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan akan dapat mengurangkan impak kemerosotan ekonomi yang dialami oleh negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Oleh itu, kerajaan akan memastikan ekonomi negara terus kukuh dengan melaksanakan langkah-langkah yang boleh meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah serta merancakkan aktiviti permintaan domestik. Sekian.

final • 10:40 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah prestasi industri asing yang berada di Malaysia sekarang akibat ekonomi dunia merosot dan apakah mereka tertekan dan berhasrat memberhentikan operasi. Jikanya ia, apakah langkah kementerian Yang Berhormat akan diambil untuk memastikan bahawa ramai pekerja di kilang ini tidak akan kehilangan kerja? Apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian Yang Berhormat, minta penjelasan?

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Bintang. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti saya telah buat penjelasan tadi iaitu kita memang mencapai tahap yang sederhana. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pelabur asing terus melabur di Malaysia. FDI telah meningkat 75.4 peratus kepada RM21.2 bilion berbanding dengan RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama untuk tahun 2010. Tambah pula peningkatan kedudukan daya saing Malaysia dalam Global Competitiveness Report 2011 hingga 2012 dari tangga 26 ke tangga 21 telah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan. Yang Berhormat ada bertanya, ada industri yang telah keluar dari Malaysia, memang industri yang memerlukan labour intensive, memang kita pun tidak berapa minat. Kita hendak industri yang high tech, yang boleh menjana lebih keuntungan untuk negara kita. Kita haraplah semua pihak boleh bantu dalam hal ini.

final • 10:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Arau.

final • 10:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Saya beri Yang Berhormat Indera Mahkota lah, orang Barisan Nasional ini baik Tuan Yang di-Pertua sebab tadi dah dua dari Barisan Nasional, saya bagi pada pembangkang dua... [Ketawa]

final • 10:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau Yang Berhormat Arau tidak hendak, biar saya bangun.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Bagi adil.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini bukan soal adil.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat Sri Gading. Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 10:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih banyak Tuan Yang di- Pertua yang adil hari ini.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya ingat Yang Berhormat Arau hendak bangun, saya mengalahlah fasal satu Yang Berhormat Bukit Bintang, sahabat kita, jadi lepas itu Barisan Nasional. Saya ingat Yang Berhormat Arau ...

final • 10:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tidak sporting lah, Yang Berhormat Arau dah beritahu tadi.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya kawasan perindustrian Tuan Yang di-Pertua, ada tiga kawasan perindustrian antara 14 perindustrian di Johor adalah berada di Sri Gading.

final • 10:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sabar. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak kisah, kalau Yang Berhormat Sri Gading hendak, saya bagi... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya cuma nak tanya perkara yang ringkas sahaja kepada Timbalan Menteri kerana nampak gaya dua, tiga hari ini kita ada pertanyaan yang kita perlu selesaikan baik di dalam Dewan ataupun di luar Dewan juga, ramai yang minat.

final • 10:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Timbalan Menteri tentu tahu yang Timbalan Menteri sebut berkenaan pertumbuhan ekonomi atau jangkaan tadi, yang katakan kerajaan menjangka pertumbuhan sekitar 5.5 peratus ke 6 peratus sebagaimana yang Perdana Menteri juga sebut.

Saya hendak tanya apa sebab berlaku macam ini? RHB Research Institute kata jangkaannya 3.6 peratus. Satu lagi yang agak kita rasa berdebar, nervous dengan izin, Gabenor Bank Negara sendiri mengatakan bahawa pertumbuhan kita hanya terikat sekadar maksimum tingginya 4.6 peratus. Saya hendak tanya Timbalan Menteri, apa fasal ini bahan boleh jadi? Mana satu yang kita perlu pakai, kita confused. Kita confused, pelabur asing lagi confused. Saya mahu tanya Timbalan Menteri, kenapa hal ini terjadi? Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat dari Indera Mahkota, beliau selalu confused sendiri. Untuk makluman Yang Berhormat, unjuran terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), tahu IMF kan? Pada 20 September tahun ini menunjukkan, mengeluarkan satu laporan iaitu Malaysia untuk tahun ini kita jangka boleh dapat 5.2 peratus pertumbuhan, untuk tahun 2012 – 5.1 peratus, inilah angka.

final • 10:50 AM

5. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, sejauh mana Program Kitar Semula yang dilancarkan oleh kementerian telah berjaya menarik penyertaan rakyat negara ini dan nyatakan nama program yang dijalankan dan di mana.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak dilancarkan secara rasmi pada tahun 2000 yang lalu, program dan aktiviti kitar semula berjalan dengan baik dan pesat. Program-program yang diadakan telah berjaya menarik minat pelbagai pihak seperti badan-badan kerajaan, badan- badan korporat dan badan-badan bukan kerajaan NGO untuk turut serta. Antara program bersama badan kerajaan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2010 dan 2011 adalah seperti Program Kempen Kitar Semula dan gotong-royong bersama pemimpin di Temerloh, Pahang, pertandingan pengumpulan barangan kitar semula Universiti Teknologi MARA (UITM) di Arau, Perlis, Program Kitar Semula di pejabat- pejabat kerajaan di Wisma Darul Aman, Kedah dan program pengkomposan di sekolah-sekolah di negeri Pulau Pinang.

Program bersama badan bukan kerajaan pula seperti Program Pengkomposan Pusat Penjaja Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, Program Kitar Semula peringkat negeri Sarawak dan Malaysia Plastics Manufacturers Association

(MPMA) dengan izin, Scientex Foundation – 3Rs Awareness Program di Johor.

Manakala badan-badan korporat seperti hotel-hotel dan pusat membeli belah yang telah bersama menjayakan Program Kitar Semula pula merangkumi program seperti pengkomposan kaedah Takakura Home Method di hotel-hotel negeri Pahang. Program Drive Through 3R di Mydin Mall di Kuala Terengganu, Terengganu dan seminar kitar semula anjuran Tetra Pak.

Justeru itu kementerian percaya bahawa kempen-kempen kesedaran dan program-program kitar semula yang dijalankan telah memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai kepentingan mengamalkan kitar semula. Kementerian yakin bahawa dengan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] akan meningkatkan lagi kesedaran rakyat seterusnya meningkatkan kadar kitar semula kebangsaan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tahu sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa Program Kitar Semula ini telah dilancarkan pada tahun 2000 tetapi sebenarnya dalam negara kita ini telah dilancarkan dua kali. Pada tahun 1993, kita telah pun melancarkannya tetapi pada masa itu sambutannya gagal. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, menurut kajian kementerian, berapa peratuskah kitar semula kita pada hari ini dan adakah kita akan mencapai sasaran kitar semula sebanyak 22 peratus pada tahun 2020 nanti.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Saya juga difahamkan bahawa satu kajian keberkesanan program kitar semula ini telah dilancarkan di Putrajaya. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana keberkesanan program yang dijalankan ini dan adakah ianya dapat merubah data kitar semula yang sedia ada dalam negara kita ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Terima kasih Yang Berhormat. Tentang data peratusan yang kita capai pada hari ini, saya tidak ada di sini.

Walau bagaimanapun, saya akan jawab secara bertulis tetapi kepastian untuk mendapatkan 22 peratus menjelang tahun 2020 dengan kerjasama semua pihak, kita yakin bahawa kita akan mencapai kepada peratusan 22 peratus. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, memandangkan Program Kitar Semula ini tidak mendapat sambutan yang begitu bagus terutama di PBT di mana sampai sekarang saya nampak di PBT ada banyak tong sampah yang ada tiga jenis yang telah dilancarkan pada empat tahun yang lalu tetapi tidak ada langsung masyarakat tempatan ada kesedaran untuk mengasingkan barang-barang atau sampah itu. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam usaha kita memperkenalkan Program Kitar Semula ini tentang penggunaan plastik yang semakin berleluasa sekarang ini. Bagaimana kerajaan mengurangkan penggunaan plastik di kalangan rakyat? Adakah sekarang ada kaedah atau teknologi yang boleh mengitar semula plastik yang digunakan? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Terima kasih Yang Berhormat. Dakwaan Yang Berhormat bahawa tidak mendapat sambutan, saya percaya ini mendapat sambutan daripada semua PBT. Akan tetapi cuma kita akui bahawa kesedaran masyarakat agak berkurangan sebab kita perlu meneruskan kempen ini dari masa ke semasa untuk membantu supaya masyarakat boleh mengasingkan melalui tiga tong sampah yang telah kita sediakan. Itu akan berterusan.

Bagi penggunaan plastik memang kerajaan punya program untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak menggunakan plastik yang tidak boleh di kitar semula. Dengan kerjasama pihak PBT dan pihak yang berkepentingan seperti shopping centre dan sebagainya, kita juga telah mengadakan beberapa perbincangan dengan mereka dan ada shopping centre yang telah pun menentukan masa dan hari mereka yang mereka tidak membekalkan bakul plastik ataupun beg plastik kepada pelanggan-pelanggan mereka. Kalau mereka inginkan plastik, mereka kena bayar 20 sen. Jadi ini di antara langkah-langkah yang kita diambil untuk dijayakan supaya masyarakat Malaysia akan faham supaya tidak lagi menggunakan plastik yang tidak boleh di kitar semula. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6. Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya hendak tambah ada jatuh dua perkataan di situ iaitu arahan yang tidak jelas ‘mengenai penarikan balik PPSMI’. Terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Tuan Haji Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan, tentang arahan yang tidak jelas mengenai penarikan balik PPSMI dan kertas soalan yang dikemukakan dalam dua bahasa dalam peperiksaan kebangsaan (UPSR, SRP dan SPM) menyebabkan Guru Besar/Pengetua membuat tafsiran sendiri. Di kebanyakan sekolah dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Nyatakan pendirian kementerian dalam perkara tersebut.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini Kementerian Pelajaran Malaysia masih meneruskan penggunaan dwibahasa dalam penyediaan kertas peperiksaan awam UPSR, PMR dan SPM serta Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PNP) bagi murid- murid dalam kohot PPSMI. Namun dengan pendekatan soft blending melalui dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), penggunaan dalam dwibahasa ini akan digerakkan secara beransur-ansur mengikut fasa MBMMBI sehinggalah penggunaan bahasa Malaysia dilaksanakan sepenuhnya.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Proses ini akan berlangsung bagi kohot yang telah berada dalam sistem PPSMI mulai tahun 2010. Ini bertujuan untuk membantu guru dan murid untuk menyesuaikan diri dengan peralihan penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut. Ini juga untuk memastikan dasar baru ini dapat dilaksanakan dengan terancang serta meminimumkan permasalahan P&P yang sedang berlangsung sekarang. Walau bagaimanapun, bagi P&P Sains dan Matematik bagi Tahun 1 melalui kohot 2011, murid-murid tersebut telah menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu KSSR.

Kementerian dari semasa ke semasa akan memantau pelaksanaan dasar ini bagi memastikan ia berjalan dengan lancar dan teratur. Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa P&P mata pelajaran Sains dan Matematik kecuali Tahun 1 boleh menggunakan dwibahasa sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia bergantung kepada kemampuan guru dan murid di sesebuah sekolah itu. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mengikut tinjauan saya di sekolah-sekolah, kita dapati bahawa walaupun penarikan PPSMI ini telah berlaku sejak dua tahun tetapi hingga ke hari ini surat rasmi untuk pengetua dan juga pentadbiran sekolah belum lagi dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Begitu juga konsep MBMMBI pun tidak ada surat rasmi mengenainya.

Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku dan saya rasa ini kementerian perlu tegas bagi memastikan bahawa dasar-dasar kita dilaksanakan sepenuhnya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya kita memang sudah pun memaklumkan kepada guru dan juga pengetua mengenai dasar MBMMBI ini dan juga mengenai soft blending ini. Bahkan kita juga sebenarnya telah memberikan kursus dan penerangan kepada mereka yang terlibat supaya mereka faham tentang dasar ini. Pada pihak kementerian, kita merasakan bahawa tidak timbul dari segi masalah pelaksanaan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat sekarang berlaku banyak perubahan dasar dari segi pendidikan ini dan sekarang pun saya difahamkan sedang membuat beberapa penilaian dasar. Jadi berkait dengan peperiksaan ini, kita di Malaysia dahulu ada empat peperiksaan kebangsaan iaitu Tahap 1, Tahun 3, UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Sekarang kita sudah kurangkan kepada tiga sekurang- kurangnya untuk sehingga ke Tingkatan 5. Jadi masih lagi sekarang ini pihak ibu bapa terutamanya dan diikuti pula oleh guru bahawa pencapaian dalam akademik sangat dipentingkan. Jadi ini meninggalkan hasrat falsafah pendidikan negara ini iaitu yang mahukan keterampilan dalam keempat-empat bidang utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Penekanan banyak kepada intelek dan ini memberi tekanan juga kepada murid-murid sekolah sehingga menyebabkan kadang-kadang ada daripada mereka yang agak murung dan sebagainya.

Dalam penilaian dasar ini apakah pihak kementerian memikirkan bahawa kalau kita lihat di setengah-setengah negara Barat seperti di Australia, penilaian peringkat kebangsaan itu hanya diadakan pada hujung year 12. Year 12, dengan izin.

Sebelum itu semuanya penilaian di peringkat atau berasaskan sekolah. Jadi setakat mana pihak kementerian memikirkan supaya hanya satu peperiksaan akhir sahaja iaitu di Tingkatan 5 diadakan dan yang lain-lain itu semuanya berasaskan sekolah agar guru-guru dapat menumpukan perhatian untuk menerampilkan keempat-empat bidang itu dan ibu bapa juga perlu diberi penjelasan apakah harapan kerajaan sebenarnya terhadap anak-anak kita untuk menuju negara maju. Mohon penjelasan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita faham bahawa di negara kita ada empat peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan juga STPM.

final • 11:00 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Oleh kerana itu, sesuai dengan transformasi pendidikan, kita memang hendak melaksanakan PBS iaitu Penaksiran Berasaskan Sekolah. Oleh kerana itu kita mengadakan perundingan, perbincangan, pertemuan dengan berbagai-bagai pihak.

Akan tetapi nampaknya hanya satu sahaja peperiksaan awam yang dipersetujui untuk tidak diteruskan iaitu PMR.

final • 11:10 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Walau bagaimanapun, untuk UPSR, walaupun diteruskan tetapi penambahbaikan akan dilakukan iaitu bahawa kita akan melaksanakan PBS dalam UPSR ini iaitu dari segi komponennya iaitu 40 peratus PBS dan 60 peratus sahaja peperiksaan pusat. Maka ini adalah antara penambahbaikan yang kita lakukan terhadap UPSR walaupun diteruskan.

Jadi PBS dekat sini maksudnya ialah selain daripada penaksiran sekolah, penaksiran pusat, kemudian penaksiran psikometri, maka kita juga melakukan penaksiran terhadap sukan jasmani dan juga kokurikulum yang mana tujuannya ialah pembangunan modal insan itu yang diutamakan. Jadi oleh kerana itu pada kita, apa yang kita lakukan ini bukan maksudnya kita sentiasa melakukan perubahan dasar tetapi apa yang penting ialah kita melakukan penambahbaikan, pembetulan supaya sistem pendidikan negara kita ini tidak tertinggal dan kita sentiasa responsive kepada perubahan. Sebab itulah seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran semalam iaitu bahawa kita juga sedang menilai sistem pendidikan kita ini secara menyeluruh dan kita harap kita dapat menyiapkan laporan itu pada akhir tahun ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

7. Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, bilakah projek Bahau Bypass hendak dilaksanakan dan berapakah implikasi kewangan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di- Pertua, cadangan projek pembinaan Jalan Pintas Bahau atau dengan izin Bahau Bypass merupakan antara projek yang sememangnya telah dipohon oleh kementerian ini untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Projek dengan anggaran kos sebanyak RM90 juta merupakan antara cadangan projek Rancangan Malaysia Kesepuluh yang dikenal pasti melalui Laporan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Lebuh Raya Malaysia 2008 Fasa Satu Semenanjung Malaysia.

Skop projek melibatkan pembinaan jalan baru dengan piawaian JKR R3, satu lorong dua hala atau dengan izin single carriageway sepanjang tujuh kilometer dari Jalan Bahau-Kuala Pilah (FT13) ke Jalan Bahau-Gemas (FT10) melalui Jempol. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, projek ini telah dikenal pasti antara projek berkeutamaan tinggi untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Sehubungan itu, kementerian ini akan berusaha untuk berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan projek ini akan dimulakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oleh kerana Rancangan Malaysia Kesepuluh itu panjang, keperluan sekarang ini amat mendesak lebih-lebih lagi apabila FELDA ini disenaraikan untuk memberikan durian runtuh kepada peneroka FELDA dan lebih daripada 40 skim FELDA di sekeliling Bandar Bahau ini akan menggunakan Bandar Bahau ini sebagai tempat shopping.

Dengan adanya durian runtuh ini, saya menjangkakan lebih banyak kenderaan yang akan dibeli oleh peneroka FELDA.

Oleh yang demikian, apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menggunakan sebahagian daripada peruntukkan di kementerian Yang Berhormat bagi menaik taraf jalan-jalan yang sedia ada di bandar tersebut bagi membolehkan kita menjalankan tindakan segera bagi mengelakkan kesesakan yang sememangnya menjadi masalah kepada rakyat kita di Bahau.

final • 11:10 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sebenarnya Menteri Kerja Raya iaitu Yang Berhormat Tampin pun datang dekat sana dan juga Yang Berhormat Kuala Pilah. Semua kita bersama-sama supaya dapat adakan jalan ini, bypass ini dilaksanakan. Sebenarnya di FELDA Road 10, kita tahu ada limitation jalan itu kerana ada juga landasan kereta api di mana jalan tersebut masuk ke Bahau tidak dapat dilebarkan dan itulah kita cadangkan supaya kita ada satu bypass. Bypass ini saya hendak beritahu Yang Berhormat, ada juga satu struktur bertingkat supaya kita boleh merentasi landasan kereta api dan juga ada satu jambatan di atas sungai sana.

Untuk membaiki jalan-jalan Road 10 ini memang ada kekangan sebab jalan dekat Bahau ini telah pun tidak dapat dilebarkan. Saya fikir Yang Berhormat tahu.

Kedua-dua belah sini banyak pembangunan pesat dan landasan kereta api.

final • 11:10 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Akan tetapi saya akan berbincang dengan Menteri yang datang dari sana juga supaya kita cari satu cara boleh kita mulakan memperbaiki jalan FT10 ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

8. Dato’ Kamaruddin Jaffar [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah jumlah pelaburan yang diperoleh oleh ECER pada separuh pertama 2011 dan apakah prestasinya berbanding dengan koridor-koridor lain.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Jun 2011, jumlah pelaburan yang berjaya diperoleh oleh ECER adalah berjumlah RM2.44 bilion. Prestasinya adalah setanding dengan koridor-koridor lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mengatakan dalam jawapan yang paling ringkas daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berbanding dengan jawapan-jawapan yang lain. Hanya pada setengah tahun pertama 2011 ini, RM2.44 bilion yang mengikut jawapan seterusnya sama dengan prestasi koridor-koridor lain. Saya berkebetulan ada laporan berkaitan dengan koridor utara yang mana melaporkan bahawa pelaburan mereka untuk separuh pertama tahun 2011 ialah RM6.89 bilion iaitu secara mudahnya lebih daripada tiga kali ganda banyaknya berbanding dengan ECER. Jadi jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak betul sebenarnya dari segi perbandingan.

Yang penting Tuan Yang di-Pertua ialah bahawa dalam kes ECER ini yang menjadi peneraju utamanya ialah Petronas. Petronas tugas penting mereka ialah untuk membantu kewangan negara dari segi memberi kepada negara ini keuntungannya, dividennya dan royaltinya. Tugas kedua Petronas ialah untuk membayar royalti minyak kepada negeri Kelantan. Jadi saya mencadangkan dan bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah kerajaan bercadang untuk menukar peneraju utama daripada Petronas kepada syarikat-syarikat atau agensi-agensi lain kerana Petronas...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkas. Ringkas, Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat

Dan Kerajaan Negeri Kelantan ada kes di mahkamah....

final • 11:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Saya jawab.

final • 11:10 AM

Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat

Oleh itu ia akan menjejaskan peranan Petronas untuk membangunkan Pantai Timur...

final • 11:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Yang Berhormat, saya jawab.

final • 11:10 AM

Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat

...Yang mana Kelantan adalah satu daripada tiga negeri tersebut. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil dalam Dewan yang mulia ini untuk mengatakan kepada Yang Berhormat Tumpat bahawa saya kata setanding. Bererti prestasi koridor-koridor lain dengan ECER adalah setanding. Maklumat yang diberi oleh Yang Berhormat Tumpat mungkin mengelirukan Dewan kerana pada 2007, untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita bandingkan prestasi-prestasinya begitu baik sekali. Komited setakat ini 5.1, potensi sebanyak RM2.4 bilion dan jumlahnya begitu besar sekali iaitu 32 kalau kita lihat keseluruhannya.

final • 11:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Kita kena juga lihat Tuan Yang di-Pertua, saiz juga. Macam Iskandar dia lebih awal tahun 2006. ECER pula kemudiannya. Kita kena tengok tempoh masa. Kita balik kepada soalan yang kedua tadi iaitu berkaitan dengan Petronas. Petronas telah menjadi Tuan Yang di-Pertua konsultan awal untuk merangkakan hala tuju pembangunan ECER, Eastern Corridor.

final • 11:20 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Sekarang mengikut undang-undang yang telah diluluskan, pihak yang berkuasa yang menjaga pembangunan ECER bukan Petronas, adalah pihak berkuasa pelaksana Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA) di utara dan ECER pula adalah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, iaitu ECERDC.

Maka Yang Berhormat jangan kelirulah. Petronas adalah isu lain. Dia menjadi konsultan. Sama macam Sime Darby di utara. Akan tetapi pihak berkuasa koridor adalah ECERDC. Isu berkaitan dengan royalti adalah isu yang berbeza yang tidak ada berkaitan dengan ini. Akan tetapi saya sambut baik daripada Yang Berhormat Tumpat bahawa pembangunan perlu diagihkan. Percayalah, Yang Berhormat pengagihan itu telah diberi. Fokus Kelantan banyak kepada pertanian. So, jangan risaulah. Kita sama- sama jaga semua rakyat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun macam turut terpanggil. Oleh sebab jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri begitu menyeronokkan. Bunyinya baik. Saya mungkin relate sikit Tuan Yang di-Pertua. Ini soal koridor di Sabah. Saya pun sehaluan dengan Yang Berhormat Tumpat. Hendak juga bertanya apa progress dan program koridor di Sabah.

Oleh sebab pada tahun ini saya tidak nampak ada peruntukan tambahan sehingga projek jalan raya di kawasan saya di bawah koridor, empat pakej. Tiga pakej jalan luar bandar, cuma dua sekarang sedang dilaksanakan. Satu saya tanya dia kata tidak ada peruntukan. Jadi apakah kementerian berhasrat untuk memberi peruntukan untuk menjayakan program koridor-koridor yang sedia ada ini ataupun kita hanya menengok di koridor sahaja. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya daripada Kinabatangan. Untuk makluman Yang Berhormat setakat di DSC, Sabah Development Corridor untuk 2011 hingga 2015 pelaburan sebenar adalah RM23.5 bilion. Bagi pelaburan komited Januari hingga Jun 2011 ini adalah RM5.359 bilion.

Untuk makluman Yang Berhormat prestasi yang saya bakal bagi, sepanjang tempoh ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah projek yang telah disyorkan adalah 54. Akan tetapi dalam tempoh itu dilaksanakan 49 projek, 90.7 peratus. Kerana isu-isu berkaitan dengan tanah, isu-isu berkaitan lain telah turut membantutkan 10 peratus itu.

Seterusnya projek untuk rolling plan satu. Untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua kita gunakan tahun demi tahun. Itu disebut RP1, rolling plan. Sekarang kita masuk rolling plan kedua dalam tahun 2012.

Maka saya setuju dengan Yang Berhormat ini...

final • 11:20 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Di Sabah dan Sarawak ini ada masalah berkaitan dengan kewangan. Oleh kerana unjurannya begitu besar sekali.

Maka kita buat mengikut priority. Ada beberapa projek macam di Sarawak ada lapan.

Daripada lapan itu, dua telah dilaksanakan enam lagi akan diberhentikan untuk rolling plan seterusnya. Maka tahun demi tahu, apabila projek itu siap kita akan teruskan. So, jangan risaulah. Rancangan itu akan kita, akan tetapi luas sungguh Sabah dan Sarawak. Kita akan cuba sedaya yang boleh.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya risau. Jalan raya ini banyak makan nyawa Tuan Yang di-Pertua. Hendak ke hospital tidak boleh, mati tengah jalan. Itu sebab saya risau.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, tidak payahlah jawab Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit pembetulan kepada soalan saya, iaitu ‘Tranformasi Pendidikan Vokasional’ bukan ‘Nasional’.

final • 11:20 AM

9. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pelajaran menyatakan, kesan pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional kepada Pembangunan Modal Insan Negara.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat datang juga kepada Kuala Nerus, penyokong kuat saya... [Ketawa] [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Transformasi Pendidikan Vokasional merupakan satu proses merekayasa re-engineering untuk membina sistem pendidikan vokasional yang lebih dinamik bagi menyokong kepada agenda transformasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi, terutama untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan berdaya saing serta memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri berwatak profesional dan diterima oleh pasaran kerja.

Transformasi Pendidikan Vokasional melibatkan dua aspek penting iaitu Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan kolej vokasional. PAV ataupun Program Pendidikan Asas Vokasional dikhususkan untuk murid-murid di peringkat menengah rendah daripada Tingkatan 1 hingga 3. Ini akan menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang akan ditamatkan secara berperingkat.

Ia ditawarkan kepada lepasan UPSR yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands on. Ia dilaksanakan selama tiga tahun di sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang terpilih. Tingkatan 1 akan menumpukan kepada asas pendidikan vokasional iaitu tester programme. Tingkatan 2 murid memilih satu program khusus hingga mencapai SKM Tahap 1. Tingkatan 3 murid meneruskan program yang dipilih sehingga mencapai SKM Tahap 2. Lepasan PAV ini Tuan Yang di-Pertua, boleh menyambung pelajaran ke institut latihan kemahiran awam, swasta ataupun nanti kolej vokasional.

KPM akan melaksanakan projek rintis PAV. Pada tahun 2012 di mana 15 buah sekolah menengah kebangsaan yang terpilih untuk melaksanakan proses rintis PAV atau pendidikan asas vokasional ini. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Terima kasih. Soalan saya apakah kerajaan yakin lepasan UPSR yang mendapat kelulusan yang rendah ini di antara ‘D’ dan ‘E’ ini yang akan dipilih ke pendidikan asas vokasional (PAV) ini mampu menguasai kemahiran yang diajar sehingga ke tahap sijil kemahiran, SKM Tahap 2 atau ke universiti vokasional untuk mendapatkan diploma. Sedangkan mereka mungkin masih tidak dapat menguasai asas tiga ‘M’. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat seperti mana yang saya menjawab soalan nombor enam tadi, kita juga melakukan ujian-ujian aptitude terhadap pelajar ini untuk melihat, memahami hala tuju mereka. Kita yakin sebenarnya bahawa program-program kemahiran seperti ini akan lebih menarik minat mereka sebenarnya untuk berada di dalam sistem ini kerana ia tidak berasaskan kepada akademik semata-mata.

Oleh itu pada saya bahawa tidak timbul masalah pelajar-pelajar ini walaupun barangkali mereka mempunyai keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa sebenarnya program ini adalah program yang lebih kepada tumpuan kita iaitu untuk melahirkan mereka yang mempunyai kemahiran sebenarnya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pendidikan negara kita ini ada vokasional, ada politeknik, ada kolej komuniti, macam-macam. Jadi apakah bezanya semua ini. Sebab saya bertanya demikian kerana ada juga pendidikan yang dianjurkan oleh pelbagai kementerian. Kementerian Belia dan Sukan, Institut Kemahiran MARA dan macam-macam lagi.

Apakah dalam transformasi pendidikan ini, latihan ini adakah pihak kementerian bercadang untuk menyelaras. Oleh kerana namanya berbeza-beza akan tetapi inti pati program itu hendak sama. Hendak sama.

final • 11:20 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apakah Yang Berhormat sedar program yang paling baik kalau hendak lakukan transformasi pendidikan bagi meningkatkan modal insan ialah Pusat Giat MARA. Saya sendiri membuat kajian dan saya dapati walaupun ianya jauh beza daripada kolej-kolej komuniti kah ataupun politeknik ataupun vokasional tetapi graduan ataupun pelatih dari Pusat Giat MARA adalah yang paling terlaris dan kemajuan yang dicapai oleh setiap individu melalui Pusat Giat MARA cukup membanggakan.

final • 11:30 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi apakah pihak Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk menyelaraskan semua program pendidikan ini dalam aspek transformasi ke arah pembangunan insan. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

Sebenarnya bila kita melakukan transformasi ini, memang ia diselaraskan di bawah Unit Latihan Kemahiran. Sebenarnya kita berbincang dengan semua pihak sama ada di IPT dan juga di Kementerian Sumber Manusia. Oleh kerana itu, seperti mana yang saya sebut tadi tentang PAB tadi bila kita mengeluarkan SKM Tahap 1, SKM Tahap 2, ini dikeluarkan oleh Bahagian Latihan Kemahiran di Kementerian Sumber Manusia sebenarnya.

Oleh sebab itulah penyelarasan ini memang kita lakukan untuk memastikan bahawa tidak berlaku sebarang pertindihan ataupun perbezaan antara semua pusat latihan kemahiran yang ada di negara kita ini bahkan bila kita melaksanakan nanti kolej vokasional pula, kita berharap kita dapat mengeluarkan hingga kepada peringkat SKM Tahap 4 yang juga dikeluarkan oleh Bahagian Latihan Kemahiran di Kementerian Sumber Manusia. Oleh sebab itu kesemua ini diselaraskan sebenarnya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin hendak sebut sikit mengenai soalan tambahan, Yang Berhormat ya. Sebenarnya soalan jawab lisan dan soalan tambahan daripada soalan jawab lisan ini sebenarnya satu instrument dalam Parlimen untuk to put the government into account. Jadi sebanyak mungkin soalan yang boleh kita ajukan kepada kerajaan, sebanyak mungkin dapat tanggungjawab kerajaan itu boleh dipersoalkan. Akan tetapi kalau kita hendak berucap panjang-panjang lebar, akhirnya the purpose of the question itu telah depicted oleh kita sendiri bukan kerajaan. Jadi saya berharap kita bersamalah memahami hakikat sebenar soalan-soalan tambahan ini. Terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato' Donald Lim Siang Chai]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2012

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.”

final • 11:30 AM

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9, Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan

final • 11:30 AM

tujuh senarai tersebut.” - 19 Oktober 2011] Timbalan Yang di-Pertu

Ya, Yang Berhormat Limbang menyambung. Ada lapan minit lagi Yang Berhormat nampaknya.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyambung perbahasan saya iaitu di bawah Program Transformasi Luar Bandar. Jadi saya memohon agar Jalan Ipai Pendam iaitu yang terletak bersempadan dengan negara jiran, negara Brunei supaya dilaksanakan. Pada masa ini baru tiga kilometer telah dilaksanakan itu pun kepada tahap tanah merah sahaja. Ini kerana jalan ini amat penting sebab ianya bersempadan dengan izin, undefined border sedangkan di sebelah sudah ada jalan raya elok. Jadi kita kena buat jalan ini juga di sebelah kita. Seterusnya saya mohon ialah untuk bekalan air luar bandar. Saya memohon kepada kerajaan agar bekalan air luar bandar disambung dari kawasan Ukong di Limbang untuk disambung ke kawasan Nanga Medamit dan Ulu Medamit.

Di samping itu juga, program-program seperti rain water harvesting yang telah pun disuarakan dalam Bajet supaya ianya ditukar kepada gravity feed kerana ia lebih sesuai sebab apabila kemarau, ianya tidak memberi makna apa-apa juga seperti di Rumah Nonong di Kampung Kelati, di Rumah Manai dan juga di Rumah Embol. Di samping itu juga saya memohon tentang bekalan elektrik luar bandar. Pada masa ini, ada tiga tempat yang begitu jauh yang tidak boleh disambung dengan bekalan grid iaitu di Rumah Lawai di Selidung dan juga di Rumah Jangin di Long Napir dan juga di Merasam Parit. Jadi saya mohon kepada kerajaan agar ketiga-tiga tempat ini disediakan dengan solar hibrid. Di bawah transformasi luar bandar ini juga saya memohon kepada kerajaan untuk membuka tanah-tanah untuk menyediakan tanaman- tanaman komersial untuk Parlimen Limbang. Di antaranya adalah tanaman padi komersial sebagai mini estet di Kampung Merasam kerana skim ini telah pun disediakan oleh Jabatan Perparitan dan ianya pada masa ini hanyalah diusahakan secara kecil-kecilan oleh orang kampung.

Jadi saya minta kepada kerajaan mungkin melalui FELCRA dan sebagainya untuk mengusahakan tanah-tanah ini. Begitu juga dengan tanah-tanah NCR di bawah inisiatif baru yang telah pun disukat di kawasan Limbang. Saya minta kepada kerajaan dan mana-mana juga badan supaya dapat membawa projek-projek seperti tanaman kelapa sawit, kenaf dan juga menyambung semula atau menambah semula projek vanila yang telah pun ada di Limbang pada masa ini sebab adalah baiknya kalau orang kampung dibawa secara win-win partnership supaya tanah ini tidak terbiar.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Begitu juga dengan RISDA sebagaimana disuarakan oleh Yang Berhormat Tuaran. Saya setuju kalau RISDA ini jangan hanyalah program untuk penanaman semula sahaja sebab banyak kawasan yang memerlukan penanaman baru.

final • 11:34 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 11:34 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Saya minta maaf. Banyak cerita, panjang cerita ini. Masa tidak panjanglah Yang Berhormat. Jadi saya minta kalau boleh RISDA mengkaji semula dasar ini sebab apalah faedahnya kalau tanah-tanah ini terbiar begitu sahaja juga. Di samping itu juga saya meminta kepada kerajaan untuk memikirkan tentang membuka pusat ternakan iaitu penyelidikan kerbau di Limbang kerana di sebelah kawasan Limbang ini dan sampailah ke selatan Sabah, kerbau ini lebih popular daripada lembu. Jadi semasa lawatan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ke Limbang dulu, perkara ini telah pun disuarakan iaitu melihat bagaimana produk-produk daripada haiwan kerbau ini boleh diusahakan.

Di samping itu juga saya menuju kepada Program Perumahan Rakyat. Pada masa ini kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sebab telah mengadakan program ini. Banyak rakyat kita yang telah dibantu namun ada juga masalah sedikit iaitu kadang-kadang di tempat yang jauh. Kontraktor-kontraktor yang mendapat projek untuk melaksanakan pembinaan ini tidak dapat melaksanakan sebab dengan harga itu, transportation cost adalah terlalu tinggi. Jadi saya minta kalaulah sebagaimana yang saya setuju dengan Yang Berhormat Kanowit supaya sekiranya tempat-tempat di mana kontraktor tidak sanggup untuk membinanya, kerja-kerja ini diserahkan kepada jawatankuasa kampung ataupun jawatankuasa rumah panjang untuk melaksanakannya.

Di samping itu juga tentang perumahan RMR atau Rumah Mesra Rakyat. Di Limbang ada permohonan sebanyak 20 buah sejak tahun 2009 dan telah pun diinterview. Hanya lapan yang diluluskan dan pada masa ini yang diluluskan untuk dibina hanyalah tiga. Jadi saya minta kepada kerajaan untuk meluaskan lagi, menambah lagi rumah-rumah RMR di Limbang ini sebab banyak rakyat memerlukannya. Di samping itu juga kita minta kepada kerajaan sebagaimana dibentangkan dalam Bajet supaya memanjangkan perumahan-perumahan untuk nelayan ini. Begitu juga dengan rumah-rumah mampu milik. Saya menuju kepada bahagian kesihatan.

Sebagaimana yang telah saya suarakan selalu, memang sekali ini pun saya minta juga agar klinik pakar asas ini diadakan di Limbang demi untuk memudahkan lagi pesakit-pesakit supaya tidak payah hendak dihantar ke Miri dan ke Queen Elizabeth di Kota Kinabalu dan sebagainya sebab kedudukan Limbang di tengah-tengah negara jiran.

final • 11:34 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Satu lagilah tentang masalah kebajikan hospital. Iaitu pada masa ini saya telah difahamkan ada aduan-aduan bahawa ramai pesakit kita iaitu tentang mesin- mesin scanner dan sebagainya. Apabila hospital tidak dapat kesan penyakit, pesakit dihantar ke klinik swasta. Klinik swasta pula kena bayar. Orang kampung yang bayar.

Kalau orang kaya tidak apalah. Akan tetapi masalahnya ialah ungkapan, ’Kalau hendak cepat, pergi swasta, kalau tidak, tunggu’, dua minggu, sebulan dan sebagainya. Akan tetapi masalahnya ialah, dengan izin, the doctor knows best whether this thing kena cepat atau tidak. Jangan kata orang kampung, saya sendiri pun tidak tahu ini kena cepat atau tidak. Macam mana seriusnya penyakit itu. Jadi, apa yang kita minta di sini kepada kerajaan ialah untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan walaupun ianya hospital daerah sahaja. Akan tetapi kalau tidak ada perkakas, sediakan. Kalau hendak disuruh pergi ke swasta, kerajaan bayar, sebab we leave the decision to you, we don’t give the choice to the people, they don’t know.

Jadi, saya minta kepada kerajaan untuk melihat perkara ini dan kadang- kadang harganya bukan murah, RM400, RM500. Jadi, seolah-olah ini menjadi amalan.

Jadi, kita tidak mahulah perkara ini berterusan sebab impaknya kepada orang-orang kampung, orang-orang yang mempunyai pendapatan yang rendah. Jadi, saya minta kepada kerajaan sekali lagi untuk mengkaji, melihat, menimbang perkara ini. Selain daripada itu, prasarana untuk kesihatan ini di Limbang sebagaimana yang sudah- sudah, saya sekali lagi merayu kepada kerajaan untuk membina klinik kesihatan di Long Napir iaitu di kawasan pedalaman, kawasan pergunungan. Kita jangan ikut polisi biasa iaitu kategori biasa kena ada sekian penduduk baru hendak buat. Sebab kalau hendak tunggu begitu, saya cakap terus terang di Long Napir itu tidak akan cukup.

Akan tetapi mereka hendak turun ke bandar, RM700 dalam tangan, pergi-balik. Jadi, kita sekali lagi saya minta kepada kerajaan untuk mengadakan klinik kesihatan di Long Napir. Tapak sudah sedia, semua sudah sedia.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Begitu juga dengan klinik di Kampung Telahak di Sungai Limbang. Tapak sudah disediakan, sudah dibersih dan diclear pun. Jadi, saya minta kerajaan melihat perkara ini juga. Di sub-district Nanga Medamit, pada masa ini penduduk dari kawasan hulu Medamit hendak turun ke Limbang seawal 7 pagi, 6 pagi, 6.30 pagi. Apabila sampai ke Hospital Limbang, hendak balik dengan kesesakan yang ada di hospital daerah itu, pukul satu ataupun sambung sebelah petang baru selesai. Apalah kiranya sekiranya kerajaan menimbang untuk Klinik Kesihatan Medamit ini diupgrade menjadi poliklinik supaya penduduk-penduduk di sebelah hulu dan di anak-anak sungai tidak payah turun ke bandar. Jadi, saya minta kepada kerajaan untuk melihat perkara ini.

Menyentuh tentang kebajikan, saya minta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya melihat pusat asuhan kanak-kanak di Limbang. Masa ini mereka hanya menyewa dalam keadaan yang sungguh sempit sekali dengan sewaan RM500 sebulan. Saya minta kepada kerajaan supaya melihat untuk memberikan peruntukan mungkin RM300 ribu atau RM400 ribu sama ada untuk membeli satu perumahan yang boleh ditukar menjadi pusat ini ataupun membina sendiri. Di samping itu juga, saya minta pusat pemulihan dalam komuniti. Keadaannya sungguh daif dan sungguh kecil sekali. Jadi, tidak ada makna sebab tidak ada kawasan untuk latihan fizikal dan sebagainya.

Jadi, saya minta kepada kementerian, kerajaan supaya menyediakan peruntukan. Saya pernah minta kepada Yang Berhormat Menteri dengan peruntukan sebanyak RM400 ribu untuk membina ataupun membeli kawasan atau perumahan untuk dijadikan pusat pemulihan dalam komuniti. Dalam usaha untuk mempergiat perusahaan kecil, sederhana dan mengimarahkan kehidupan rakyat, saya minta kepada kerajaan, semua yang kita sebut-sebut, kita dengar-dengar UK Dinamik, Program TUKAR, Kedai 1Malaysia, menu rakyat 1Malaysia atau program pembangunan usahawan dan kontraktor di bawah KKLW. Semua yang saya sebut ini terus terang saya minta supaya perkara ini, kami di Limbang jangan ditinggalkan.

Panjang-panjangkanlah ke Limbang juga semua ini. Jangan kami di Limbang hanya mendengar cerita-cerita begini.

Menyentuh tentang teksi, saya setuju sebagaimana yang tersebar dalam akhbar semalam bahawa persatuan teksi meminta tentang insurans kelompok. Mereka telah mengadu perkara ini kepada SPAD. Sebab di Sarawak pada masa ini LPKP Sabah dan Sarawak, we are on our own, dengan izin. Jadi, kita minta apa juga keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan atau Bank Negara dan sebagainya supaya tentang insurans kelompok untuk teksi-teksi ini juga dipanjangkan ke Sarawak.

Di samping itu juga tentang SME Bank. Permudahkanlah pembiayaan kepada pengusaha bas di Sarawak. Sebab sebelum ini saya banyak menerima aduan selaku Pengerusi LPKP Sarawak. Memang mendapat aduan, peruntukan ada untuk pembiayaan tetapi susah sangat hendak dapat sampai mereka terpaksa pergi ke bank lain. Jadi, saya minta supaya SME Bank permudahkan pembiayaan untuk pembelian bas-bas baru sebab banyak bas henti-henti di Sarawak yang sudah uzur.

Di samping itu juga tentang terminal bas. Sekarang Limbang adalah pilihan yang popular untuk bas-bas dari Kuching untuk ke KK. Mereka memilih Limbang sebagai tempat berhenti sebab persempadanan tutup pukul 10 malam. Jadi, masalahnya sekarang ialah kita sudah meminta iaitu pembinaan terminal bas di Limbang sebab saya telah mendapat aduan dari pengusaha-pengusaha bas daripada Damri iaitu dari Indonesia, yang dari Brunei dan Sarawak sendiri supaya we have a proper bus terminal di Limbang sebagai perhentian. Sebab Limbang itu sempadan.

Kadang-kadang mereka apabila sudah sampai ke Limbang, sudah tidak boleh meneruskan. Terpaksa berhenti di Limbang disebabkan oleh sempadan negara jiran kita telah ditutup. Ianya hanya akan dibuka pada waktu malam sekiranya ada kes emergency sahaja. Akan tetapi untuk passenger, untuk bas, ia akan ditutup melebihi 10 malam ke atas. Jadi, mereka terpaksa berhenti di Limbang. Ini adalah juga sesuai di bawah Perjanjian BIMP-EAGA.

Tentang hendak memperkejap perkhidmatan awam. Saya ada satu permohonan dari pegawai-pegawai kerajaan khususnya daripada penjawat awam Persekutuan di Limbang iaitu permohonan untuk kenaikan bantuan insentif wilayah

(BIW). Sebab pada masa ini jumlah bantuan hanyalah 17 peratus hingga 25 peratus.

Saya rasa amatlah sesuai iaitu 25 peratus hingga 30 peratus. Kita minta kerajaan untuk mengkajinya. Ini adalah kerana peningkatan dalam kos sara hidup yang berlaku akibat pertukaran mata wang asing dengan negara jiran yang kaya.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Mereka beli barang di Limbang tidak bertawar. Ambil sahaja tetapi kita penduduk di sana dan juga penjawat-penjawat awam yang bekerja di Limbang tahulah bagaimana rasanya tentang kos. Daripada sayur-sayuran hinggalah kepada barang- barang keperluan kita seharian. Jadi, kita minta kepada kerajaan untuk menimbang perkara ini. Ini pun disebabkan oleh kedudukan Limbang itu sendiri.

Jadi, ada beberapa perkara juga yang saya hendak sebut iaitu tentang isu kebankrapan. Kami di Limbang pada masa ini ialah kita pun tahu, bankrap ini bukan semua orang buat salah. Ada orang kadang-kadang jadi guarantor, ada kadang-kadang orang yang berhutang tidak bayar, yang jadi mangsa guarantor. Guarantor pula jadi bankrap disebabkan masalah ini kalau tidak mampu bayar. Ada juga di antara kadang- kadang sebagai ketua keluarga, bread and butter tetapi masalah sakit menyebabkan tidak boleh bayar hutang. Jadi, jadilah mereka menjadi orang bankrap. Masalahnya ialah saya pernah bersuara tentang pasport. Di Limbang kita ada dua pasport. I think kita tahu tentang pasport terhad untuk melintasi negara Brunei Darussalam.

Kedudukan Limbang di tengah-tengah daerah negara jiran ini, hendak keluar masuk kena ada pasport. Masalahnya ialah tentang orang bankrap saya tahu pasport merah, international passport memang diblok, tidak boleh, supaya mengelakkan kita ke luar negara lari dan sebagainya. Akan tetapi saya minta kalaulah pasport biru itu sahaja, yang terhad itu dibenarkan untuk orang-orang yang bankrap, yang bukan sengaja, bukan penjahatlah. Ini betul-betul bangkrap punya sebab...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada lagi dua minit Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Akan gulung. Minta ruang sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya minta kalaulah pasport biru ini, saya minta kepada Jabatan Insolvensi melihat perkara ini supaya pasport terhad ini sahajalah.

Orang bankrap lain di Malaysia ini they can roam freely in the country. Akan tetapi bila kena pula rakyat Malaysia yang duduk di Limbang, kebetulan pula bankrap tidak sengaja sebab perbuatan orang, they cannot move. Terpaksa menahan di daerah Limbang sahaja sebab hendak keluar itu payah. Kena guna kapal terbang, mahal tiket.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Jadi, saya mewakili rakyat di Limbang merayu kepada kerajaan untuk melihat perkara ini. Kita tidak minta lebih. Bukan minta pasport merah itu, yang biru ini sahaja.

Supaya dapatlah keluar masuk bergerak hendak ke Miri, hendak ke Lawas, jumpa keluarga ataupun orang sakit, orang meninggal dan sebagainya. Itu sahaja. Bukan hendak minta lebih-lebih.

Di samping itu juga ialah tentang MASwings. Schedule penerbangan MASwings di Limbang betul-betul tidak cun. Betul-betul tidak cun. Bertolak dari Miri pukul 7 pagi, sampai pada pukul 7.40 pagi. Apabila sampai di Miri, the next flight hendak ke Kuching pukul 2.30 petang, 2.20 petang. Satu lagi, schedule ini diubah baru.

Saya rasa schedule sebelum ini lebih sesuai. Saya rasa MASwings tahu apa yang saya maksudkan. Jadi saya minta kementerian untuk menyuarakan perkara ini kepada MASwings untuk melihat perkara ini sebaik-baiknya.

Saya baru menerima panggilan telefon baru sekejap ini tadi bahawa saya minta kalaulah perkara ini benar, kalaulah ia benar, iaitu Syarikat Ambang Wira sejak tahun 2010, baru dua bulan sahaja membayar KWSP kepada enam orang pekerjanya.

Mereka mengadu kepada saya tadi, gaji sudah beberapa bulan tidak dibayar. Jadi, saya minta kalau betul Syarikat Ambang Wira, dia subkontrak kepada Metro, sila bayar gaji dan saya minta kementerian nasihat-nasihatkanlah sebab kasihan juga security guard ini gaji berapa sahaja. Lihat-lihatlah perkara ini.

Untuk mengakhiri ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kepada kerajaan juga untuk membina kompleks kediaman untuk polis sebab IPK baru sudah siap, cantik, alhamdulillah tetapi masalahnya ialah mereka lupa hendak bina kuarters polis. Maka, sekarang ini polis terpaksa jauh pergi tempat bandar baru. Jadi, saya minta supaya kerajaan membina kompleks kediaman polis daerah Limbang, berhadapan dengan IPD mereka. Ini saya rasa lebih sesuai kepada polis yang terpaksa jauh daripada balai yang lama dengan yang baru ini.

Di samping itu juga, saya minta kepada kerajaan dan menyokong atas apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa akta, kita telah pun memansuhkan Akta Buang Negeri. Saya memang setuju sebab Limbang selama ini adalah satu tempat orang buang daerah.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang

Saya mengucapkan terima kasih tetapi saya minta satu, supaya mereka ini, ada sesetengahnya sudah berakar-umbi tidak mahu pulang ke kawasan sendiri sebab sudah selesa. Sudah beberapa tahun kena buang daerah di tempat kami. Saya minta kepada kerajaan untuk melihat, memantau apa juga usaha, kegiatan-kegiatan mereka serapi-rapinya. Ini kerana kita tidak mahulah walaupun sudah dimansuhkan, sama juga ceritanya di kawasan kami.

Jadi, dengan itu, saya menyokong. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Dengar kepada nama-nama ini yang saya panggil supaya dapat bersedia. Sekarang saya panggil Yang Berhormat Keningau. Selepas Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Seputeh.

Selepas Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Pendang. Selepas Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Maran. Selepas Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Lawas. Selepas Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Seremban.

Silakan Yang Berhormat Keningau.

final • 11:50 AM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:53 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau boleh, stick to the time supaya ramai yang boleh bercakap.

final • 11:53 AM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai dengan Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia pada 7 Oktober yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dinafikan bahawa Bajet 2012 ini telah diterima dengan baik oleh rakyat pada keseluruhannya terutama sekali kepada mereka yang memperoleh manfaat secara langsung mahupun tidak langsung. Ini amat ketara dan jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang selama ini dan sejak beliau menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri telah bersusah-payah dan bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian mengenai dengan permasalahan negara dan merangkumi semua lapisan sektor pentadbiran, ekonomi, kemasyarakatan, politik dan infrastruktur. Kesemuanya bertujuan membawa transformasi dan keadilan kepada semua yang memerlukannya termasuk rakyat di negeri Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ adalah pendekatan falsafah yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membawa perubahan transformasi dan seterusnya kejayaan terhadap kehidupan rakyat majmuk negara Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh usaha suci murni yang cuba dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri termasuklah melalui Bajet 2012 ini. Tentu sekali kita di negeri Sabah memang ternanti-nanti penyelesaian kepada banyak perkara serta isu-isu yang sering dibangkitkan oleh penduduk Sabah termasuklah oleh beberapa orang pemimpin daripada komponen parti Barisan Nasional sendiri.

Isu-isu kenaikan royalti minyak, ‘Borneonization’, latihan dan penyerapan guru- guru tempatan, peluang-peluang kontrak kepada kontraktor-kontraktor asal negeri Sabah dan hal mengenai dengan pemansuhan dasar kabotaj adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang sering dibangkitkan. Kita tidak mempertikaikan usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membantu rakyat dalam Bajet 2012 yang mana dalam tahun yang akan datang, dalam tahun 2012, termasuklah perkara mengenai dengan pendidikan yang mana tiada lagi bayaran yuran sekolah di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Bahkan, murid-murid diberikan baucar RM200 untuk membeli buku dan banyak lagi bantuan-bantuan yang lain dan bantuan serta subsidi yang membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat.

final • 11:53 AM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya kita merayu supaya masalah kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kalau boleh sebelum tahun 2013, demi keselamatan, ketenteraman dan keselesaan rakyat negeri Sabah dan seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, langkah dan tindakan kerajaan melalui Program 6P dan Program 5P memang menuju ke arah penyelesaian. Akan tetapi rakyat negeri Sabah masih menunggu pembentukan dan pewujudan Royal Commission of Enquiry sebagai satu penyelesaian muktamad. Kita mengharapkan permohonan rakyat untuk kerajaan membentuk sebuah Pesuruhjaya Penyiasatan Diraja (Royal Commission of Enquiry) terhadap kehadiran pendatang asing tanpa izin ini dapat diluluskan supaya kita dapat dengan izin Tuan Yang di-Pertua, unravel the mystery behind the large number of illegal immigrant of foreigners in the country.

Tuan Yang di-Pertua, the security of the future of this country and its genuine citizens cannot be compromise, dengan izin... [Tepuk] Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam perkara ini khususnya kepada generasi muda kita.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengalu-alukan pelaksanaan penggunaan sistem biometrik untuk mendokumentasikan rakyat asing yang datang ke negara ini. Saya juga menyifatkan inisiatif kerajaan menggunakan sistem biometrik sebagai bijak dan tepat pada masanya.

final • 11:53 AM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Kita sedia maklum bahawa kawalan kemasukan ke negara ini khususnya di perbatasan antara Malaysia dan negara-negara jiran sering dibolosi, di mana rakyat asing yang dapat masuk ke negara ini melalui jalan-jalan tikus sepanjang persempadanan tanpa boleh dikesan oleh pihak berkuasa. Saya berharap dan saya yakin penggunaan sistem biometrik yang agak canggih ini maka pihak berkuasa akan dapat mengesan kehadiran rakyat asing di negara ini dan seterusnya memastikan mereka mematuhi dan menghormati keluhuran undang-undang negara ini.

Dengan terlaksananya Program 6P atau 5P, saya harap fakta sebenar jumlah kehadiran rakyat asing di negara kita, sama ada secara sah atau sebaliknya dapat didokumentasikan. Dalam kesempatan ini saya ingin meminta Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan statistik atau fakta sebenar dan menyatakan berapakah jumlah sebenar kehadiran rakyat asing yang kini bekerja, tinggal dan menetap sama ada secara sah atau tidak sah di negeri Sabah mengikut daerah. Saya berpendapat fakta ini amat diperlukan untuk memastikan program-program kerajaan seperti 6P atau 5P benar-benar mencapai sasarannya.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, tujuan kita adalah untuk memastikan masa depan negara kita ini terselamat dan supaya ia juga tidak tergugat oleh pihak-pihak yang memang pada asalnya bukan warganegara daripada negara Malaysia ini. Justeru adalah diharapkan supaya kerajaan benar-benar menumpukan perhatian terhadap keluarga ataupun isi kandungan rakyat Malaysia yang benar-benar adalah genuine citizens. Jika tidak Tuan Yang di-Pertua, kaburlah kenyataan kita terhadap apa yang dikatakan patriotisme kepada negara kita.

Justeru, kita mintalah supaya kerajaan benar-benar menumpukan perhatian dan membantu rakyat iaitu citizens of Malaysia yang asal dan di sini juga kita meminta supaya pihak kerajaan juga prihatin terhadap relationship between the states particularly states of Sabah and Sarawak, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, supaya tidak terganggu, tidak terkacau undang-undang yang sedia wujud, yang termaktub di dalam perlembagaan kita sama ada berkaitan dengan immigration authority. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, kita juga melihat ada juga kawan-kawan kita yang nampaknya tidak menghormati apa yang sudah sedia wujud sehingga mereka ingin sekali melihat penghapusan authority ataupun kuasa yang sudah diletakkan di bahu kerajaan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mewujudkan perpaduan dan semangat kekitaan di antara kita sebagai rakyat majmuk di negara Malaysia ini, kita harus mengenali di antara satu sama lain sebagai satu keluarga yang besar dalam sebuah negara yang sedang membangun ini. Tentu sekali apa sahaja yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan semangat patriotisme ini haruslah dibuat dengan penuh semangat dan juga kita mengharapkan supaya apa program-program yang sudah kita terima sebagai program yang boleh menuju ke arah ini tidak dipinda-pinda.

final • 12:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Ini kerana yang pinda-meminda satu hari sekian menumpukan perhatian terhadap patriotisme, kemudian diubah lagi seperti bahasa kebangsaan kita ini.

Sekarang kita keliru adakah kita ini memegang kepada, menuju ke arah membentuk sebuah Bahasa Kebangsaan bahasa nasionalisme ataupun sebaliknya.

Pihak jiran kita, kita tahu apa asas atau foundation Bahasa Kebangsaan mereka dan saya fikir itu adalah satu contoh yang baik kerana akhirnya kalau kita benar-benar ingin melihat patriotisme di kalangan masyarakat majmuk kita ini, kita perlu menekankan apa yang baik, apa yang menuju, apa yang benar dan ikhlas terhadap masa hadapan kita bersama.

Tuan Yang di-Pertua, kami dalam Parti Bersatu Sabah bersiap-sedia membantu. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata demikian saya menyokong Bajet 2012 ini. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Seputeh. Sebelum Yang Berhormat Seputeh berhujah, ada perkara yang saya mohon untuk Ahli-ahli Yang Berhormat persetujui iaitu selain daripada nama-nama tadi yang saya sebut, ada minat ingin berucap juga dihantar kepada saya. Jadi, lapan orang lagi yang minat untuk berhujah. Pada bajet lalu, sebelum kita dapat siapkan ada 106 Ahli Yang Berhormat yang berhujah. Sekarang ini setakat 104 Ahli Yang Berhormat. Jadi, saya minta persetujuan kerana hari ini kita tidak sambung cuma sampai 5.30 petang kerana hari ini hari Khamis.

Jadi saya minta persetujuan sebelah tengah hari nanti kalau boleh kita hadkan lagi masa kepada 10 minit. Jadi, supaya nama-nama yang ada di sini dapat berucap.

Jikalau Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju dengan begitu kita buat begitu jadi supaya ramai yang dapat berucap, boleh?

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Lanjutkan masa berucap.

final • 12:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua nama saya tidak ada di sana tetapi saya tahu itu sistem baru.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini Yang Berhormat bukan sistem baru. Ini untuk memandu kita sebagai Tuan Yang di-Pertua duduk di sini tidak menghabiskan masa kerana kalau pun tiada, ini bermakna saya panggil sahaja siapa yang saya mahu, boleh. Jadi, ini cuma apabila ada nama di sini, jadi Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan benar-benar mahu bercakap, begitu. Jadi kadang-kadang pertimbangan kita ialah kita tengok pada seniority. Kadang-kadang wakil parti, kadang-kadang yang belum pernah berhujah pun. Itu kriteria-kriteria kita ambil kira.

final • 12:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Hari ini kalau boleh kita...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi sebelum ini pun ada sudah nama-nama yang dikemukakan oleh whip party masing-masing, umpamanya Keadilan ada pernah hantar sebelum ini pun. Begitu juga DAP. Jadi, itu cuma sebagai cadangan kalau tidak pun cari nasiblah. Boleh begitu? Cari nasib.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kalau Beruas dan Yang Berhormat Taiping ada peluang tidak hari ini?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa itu?

final • 12:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Beruas dan Yang Berhormat Taiping.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Taiping mahu cari nasib kerana nama tidak kena hantar di sini.

final • 12:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Oh! Saya tidak tahu sistem...

final • 12:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini bukan sistem, ini yang kita..., cuma saya umumkan begitu sahaja untuk persetujuan.

final • 12:00 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Saya pun mohon untuk berhujah.

final • 12:00 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Yang di-Pertua saya hendak mencelah, saya tahu bukan sistem tetapi saya lihat sebenarnya daripada BN then balik ke sini dan saya jangka tadi selepas BN, Yang Berhormat Limbang berucap, Keadilan. Jadi kita tidak payah beri nama. Jadi, memandangkan nama itu tidak sebut, jadi enam-tujuh nama itu sahaja. Saya tahu ini bukan amalan tetapi saya cuma...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dahulu.

Duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cuma minta kerjasama seperti begitu. Jikalau tidak ada begitu pun, apa yang dihantar kepada kami tidak apalah. Jadi, kami ikut mana yang kami mahu, panggil dahulu. Ini saya rasa, saya sudah bersikap terlalu adil kerana Yang Berhormat Ampang dalam sini semua kami catat... [Merujuk catatan] Selepas satu parti berhujah satu parti kita panggil. Selepas itu satu parti kita panggil. Kadang- kadang kalau dua sana, saya arah juga timbalan-timbalan saya untuk panggil dua di sini. Ini sudah seadil-adilnya yang dapat kami buat. Ini kerana dalam sistem demokrasi sampai masa, siapa saya dapat berhujah, selesai. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri harus keep to the time.

Apabila kita kata 20 minit kadang-kadang kita mengganggu pun serba salah.

Ahli-ahli Yang Berhormat bukan budak-budak. Kadang-kadang ada yang meleret sampai 10 minit, kita pun dengar sahaja. Jadi, sebetulnya yang tidak bertimbang rasa ini adalah teman-teman Ahli Yang Berhormat yang berucap sana. Saya sebut kepada Yang Berhormat Keningau tadi saya kata 20 minit, Yang Berhormat Keningau tidak sampai 20 minit pun. Itulah saya bercakap sekarang. Akan tetapi ada yang mahu 10 minit selepas itu setengah jam. Jikalau tidak ditegur dia jalan sahaja. Jadi jangan salahkan saya dan timbalan-timbalan saya Ahli Yang Berhormat ya. jikalau tidak saya bercakap tegas. Jadi jangan paksa saya bersikap tegas.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hari itu saya minta saya kata berapa masa, 20 minitkah, ada bilang 20 minit.

Yang Berhormat Seputeh bilang 21 minit. Tidak mengapa kadang-kadang ada juga berpendapat begitu. Ini bermakna satu minit pun boleh pernah saya berhujah di IPU tiga minit sahaja. Tidak mengapa habis 10 minit saya yang buat keputusan. Jadi okey kita cari nasib, yang hantar kepada saya, saya ignore cuma yang sebut tadi yang saya panggil lebih awal dia dapat berucap. Pada tengah hari siapa ganti saya timbalan saya, saya arah siapa yang dia nampak dia panggil. Sila Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sejak bajet tahun 2012 ini diumumkan maklum balas daripada masyarakat umum ialah bajet ini adalah bajet pilihan raya yang hanya mementingkan pemberian wang dan hadiah kepada pengundi bagi BN untuk menang pilihan raya di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah dan bukan dengan tujuan untuk menetapkan arah dan rancangan baru untuk merangsangkan ekonomi negara. Di sini dengan masa yang terhad ini saya ingin membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan rakyat di Dewan yang mulia ini.

Isu pertama ialah tentang perlanjutan tempoh perkhidmatan pegawai kerajaan ke umur 60 tahun. Dalam Bajet Tahun 2012 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mencadangkan supaya umur persaraan kakitangan awam dinaikkan kepada 58 tahun sekarang sehingga 60 tahun. Walaupun cadangan ini menyeronokkan sekumpulan pegawai kerajaan tetapi ia juga mengecewakan ramai pegawai kerajaan kerana dasar ini menyebabkan lebih daripada 8,000 kakitangan awam dinafikan kenaikan pangkat.

berdasarkan semakan saya pada tahun hadapan iaitu tahun 2012 sepatutnya terdapat 30 orang pegawai JUSA daripada perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik akan bersara. Kesan persaraan mereka akan membolehkan seramai 350 orang pegawai dinaikkan pangkat daripada gred 41 hingga 44, 48, 52, 54 ke JUSA ‘C’.

Jika kita mengambil kira pula lain-lain perkhidmatan seperti pegawai kumpulan ‘A’, pengurusan dan profesional iaitu seperti guru, pensyarah, doktor, jurutera, askar, polis dan akauntan jumlah yang terlibat dengan kenaikan pangkat akan melebihi 2,000 orang. Jumlah ini mungkin akan mencecah 8,000 orang jika dikira bersekali dengan jawatan lain pangkat yang terdiri daripada perkhidmatan bukan pengurusan dan profesional.

final • 12:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Di sini saya ingin tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apakah tujuan kerajaan meninggikan had umur persaraan adalah untuk menjimatkan wang Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dijangka terpaksa dicairkan sebanyak RM2 bilion bagi menampung pembayaran gratuiti dan pencen bagi kakitangan awam untuk tahun 2012.

Sekiranya ini alasannya maka tujuan kerajaan terpaksa menaikkan had umur persaraan bukanlah kerana kerajaan ingin menghargai khidmat kakitangan awam tetapi sebaliknya tujuannya adalah untuk menjimatkan kantung KWAP. Terdapat pegawai kerajaan yang berkata kepada saya bahawa tujuan kerajaan melanjutkan usia persaraan kumpulan JUSA adalah kerana ramai di antara mereka adalah penyokong BN. Akan tetapi saya juga ingin mengingatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri langkah ini telah menafikan kenaikan pangkat di kalangan pegawai yang berumur di antara 30 hingga 40 tahun yang mana sudah tentu menjadikan mereka kecewa terhadap Barisan Nasional. Ini mungkin akan menghasilkan impak terhadap BN dalam pilihan raya yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menyeru pihak JPA untuk mengkaji semula sistem pelantikan pegawai kerajaan. Sekarang semua pegawai kerajaan di majlis kerajaan tempatan digaji oleh majlis kerajaan tempatan dan mereka terpaksa berkhidmat di majlis kerajaan tempatan seumur hidup. Sekiranya wujudnya pegawai kerajaan yang tidak efisien ataupun wujudnya pegawai kerajaan yang lebih layak untuk berkhidmat di bidang tertentu, majlis kerajaan tempatan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap pegawai tersebut kerana dari segi undang-undang kerajaan negeri ataupun kementerian juga tidak ada kuasa untuk mengalih pegawai sedemikian.

Di sini saya ingin menyeru pihak JPA dan juga Kerajaan Pusat untuk mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh kerajaan tempatan dan banyak lagi agensi kerajaan yang mempunyai perkhidmatan tertutup ataupun close service supaya pegawai kerajaan di kerajaan tempatan dan agensi kerajaan dalam sistem perkhidmatan tertutup boleh dialih ke agensi yang lain yang lebih sesuai dengan kepakaran dan kemampuan pegawai kerajaan berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengakui agak ramai pegawai kerajaan yang sampai umur persaraan telah pun menunjukkan prestasi perkhidmatan yang baik. Jadi adalah baik bagi sesetengah pegawai yang menunjukkan prestasi tersebut untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatan. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya Jabatan Perkhidmatan Awam mengadakan satu sistem penapisan di mana pihak autoriti di setiap jabatan ataupun kementerian diberi kuasa untuk menentukan sama ada seseorang pegawai yang mencapai umur persaraan itu patut dipanjangkan perkhidmatannya ataupun tidak.

Dengan adanya sistem penapisan tersebut kita boleh mengeluarkan pegawai kerajaan yang tidak efisien daripada perkhidmatan awam. Manakala kita boleh mengekalkan pegawai kerajaan yang efisien dan mempunyai kepakaran yang tertentu untuk terus menyumbangkan kepakaran mereka kepada kerajaan dan rakyat. Saya berharap pihak kerajaan boleh mengkaji semula cadangan melanjutkan tempoh perkhidmatan bagi semua pegawai kerajaan yang sepatutnya bersara dengan mengambil kira cadangan saya tadi.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin bangkitkan tentang Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan. Saya diberitahu bahawa anak Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah dianugerahkan Hadiah Latihan Persekutuan pada tahun 2010 untuk melanjutkan Program A Level di United Kingdom. Saya ingin tanya kenapakah ramai pelajar yang layak dan berasal daripada keluarga yang miskin dinafikan biasiswa JPA. Akan tetapi biasiswa ditawarkan kepada anak KSN yang sedangkan gaji bulanan bersama elaun KSN menjangkau RM80,000 iaitu jauh lebih tinggi daripada pendapatan rasmi Perdana Menteri dan Menteri dalam Kabinet.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga dimaklumkan bahawa Tan Sri KSN sendiri yang menghantar anaknya ke pusat temu duga untuk menghadiri temu duga dan dengan menggunakan kenderaan rasmi beliau. Boleh kata semua anggota panel temu duga bagi biasiswa tersebut melihat anak Tan Sri KSN keluar daripada kereta bapanya dan mencium tangan bapanya sebelum Tan Sri melambaikan tangannya untuk beredar dari pusat temu duga tersebut.

final • 12:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Nyata sekali anak KSN mendapat biasiswa tersebut bukanlah kerana merit seperti apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebaliknya beliau ditawarkan biasiswa kerana kedudukan beliau sebagai anak KSN. Manakala panel temu duga berasa segan dan takut jika tidak menawarkan biasiswa kepada anak KSN.

Selain itu ahli panel temu duga mungkin juga takut akan di ‘pool’ kerana antara perkara-perkara yang gemar dilakukan oleh Tan Sri KSN ialah menghantar pegawai- pegawai kanan daripada kumpulan JUSA yang mengingkari perintah dan arahan beliau ke jawatan kumpulan pool di JPA dengan alasan tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Di sini saya ingin menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kabinet mengkaji semula tentang apa yang saya bangkitkan tadi.

Di sini saya juga ingin membangkitkan tentang isu PNB mengambil alih syarikat swasta yang disenaraikan. Tuan Yang di-Pertua, banyak mata telah bertumpu pada cadangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebuah syarikat berkaitan dengan kerajaan GLC yang ingin mengambil alih ataupun mengawal syarikat pemaju SP Setia.

Saya difahamkan bahawa PNB telah membeli RM23.5 juta saham di SP Setia di pasaran saham dengan harga RM3.868 satu saham dan tengah menawarkan RM3.90 sesaham untuk mengambil alih semua saham SP Setia sehingga PNB boleh mengawal lebih daripada 50 peratus jumlah saham di SP Setia. Saya difahamkan bahawa pemegang saham utama SP Setia termasuk KWSP, dengan mempunyai 13.4 peratus saham, Kumpulan Wang Amanah Persaraan memegang 5 peratus saham dan lebih daripada 40 peratus saham dalam tangan pemegang saham minoriti.

final • 12:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

PNB sebagai GLC yang mempunyai wang tunai sebanyak RM150 bilion, memang mudah bagi PNB untuk mengawal lebih daripada 50 peratus jumlah saham syarikat SP Setia. Akan tetapi, isu yang diperhatikan oleh semua pihak ialah apakah yang berlaku pada SP Setia selepas PNB mengambil alih syarikat tersebut? Apakah pegawai kerajaan di bawah PNB mampu mengurus syarikat tersebut dengan baik dan mengekalkan pencapaian syarikat ini. Apakah langkah PNB ini akan menjejaskan nilai kejayaan yang dibina oleh Lembaga Pengurusan SP Setia selama ini? Sehubungan dengan itu, saya difahamkan PNB juga melakukan pengambilalihan yang sama ke atas syarikat tersenarai public yang lain yang dibina oleh pihak swasta seperti Pelangi, IMP, Petaling Garden dan lain-lain.

Pengambilalihan syarikat besar swasta oleh GLC sebenarnya telah mendatangkan sambutan yang negatif di kalangan masyarakat peniaga di Malaysia, kerana cara ini menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap perkembangan syarikat mereka dan menjejaskan semangat kerjasama di antara pihak swasta dengan GLC. Ini juga mewujudkan kebimbangan syarikat swasta yang percaya terhadap kemungkinan syarikat mereka akan diambil oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, peranan kerajaan seharusnya menggalakkan sektor swasta untuk dijadikan enjin pertumbuhan atau engine of growth dan bukannya menggunakan GLC untuk bersaing dengan pihak swasta. Kita harus faham bahawa hanya usahawan atau entrepreneur mampu menguruskan perniagaan satu syarikat dengan berjaya, dan bukannya pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan di GLC yang efisien tidak semestinya mampu memainkan peranan baik seperti usahawan swasta sebenar. Saya ingin minta pihak kerajaan dan para GLC khususnya PNB, boleh mengkaji semula tindakan pengambilalihan yang dilancarkan oleh mereka terhadap syarikat swasta sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan tentang isu pembinaan SJK(C) di negeri Selangor. Dalam jawapan bertulis yang diberi oleh Menteri Pelajaran pada 18 Oktober, saya diberitahu bahawa Kementerian Pelajaran telah meluluskan pembinaan tujuh SJK(C) di Malaysia sejak tahun 2008 sehingga sekarang. Isu tentang ketidakcukupan SJK(C) di Lembah Klang telah banyak dibangkitkan oleh Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini. Isu tersebut juga selalu dijadikan modal politik bagi pemimpin dan bakal calon MCA menjelang pilihan raya. Apa yang saya rasa kesal ialah Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri Pelajaran selalu berbohong kepada rakyat tentang isu tanah sekolah.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Mereka selalu menuduh kerajaan Negeri Selangor tidak memberi tanah kepada pihak Kementerian Pelajaran sehingga pihak Kementerian Pelajaran tidak dapat membina SJK(C) dan SJK(T) untuk rakyat. Tuan Yang di-Pertua, mengikut garis panduan perancangan negeri, setiap kawasan yang mempunyai 3500 hingga 7000 penduduk dikehendaki untuk mengadakan tanah rizab sekolah rendah, manakala tempat yang mempunyai 9000 penduduk, dikehendaki menyediakan tanah rizab untuk sekolah menengah.

Pada beberapa hari yang lepas, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran dari kawasan Parlimen Batu Pahat, menuduh sekali lagi kerajaan negeri Selangor tidak memperuntukkan tanah bagi Kementerian untuk membina sekolah rendah Cina di negeri Selangor. Ini memang merupakan tuduhan liar yang tidak berasas. Untuk rekod Dewan rakyat yang mulia ini, saya ingin menyatakan di sini sejak Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di negeri Selangor pada April 2008, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah pun meluluskan 84 keping tanah rizab sekolah...

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

[Bangun]

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Di antaranya lima diperuntukkan kepada SJK(C) atas permohonan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan iaitu SJK(C) Hin Hua di Klang...

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

[Menyampuk] Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...SJK(C) Bandar Serendah di Hulu Selangor...

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

[Menyampuk] Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sekejap, sekejap. SJK(C) Balakong di Hulu Langat, SJK(C) Connaught 2 Hulu Langat dan SJK(C) Gurney di Hulu Selangor.

Okey dipersilakan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Yang Berhormat, saya hendak tanya tentang pengesahan daripada Yang Berhormat tentang tanah yang diluluskan oleh kerajaan negeri. Sehingga hari ini saya masih menunggu tanah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Sin Ming, Putra Perdana ini. Apa jawapan Yang Berhormat selaku Exco ini, jangan cakap sahaja dalam Dewan ini dah bagi, dah janji dua tahun dah, sehingga hari ini tidak dilunaskan lagi. Jadi jangan mengelirukan Dewan dengan memberi fakta yang salah.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Biar saya jawab, terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Yang Berhormat sendiri turun di Sin Ming, kata hendak bagi tanah tetapi sehingga hari ini rakyat di Sepang masih lagi menunggu tanah Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya mahu jawablah Yang Berhormat. Saya baru berhubung dengan Ahli Majlis...

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Macam mana hendak berhubung. Sudah dua tahun sudah, bawa penasihat ekonomi pun tidak selesai, jangan mislead the Dewan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya baru menghubungi Majlis Kerajaan Tempatan Sepang dan saya sebenarnya sudah berdialog dengan pihak Lembaga Pengelola Sekolah. Tanah yang mereka ingin pohon itu adalah kawasan lapang dan kerajaan negeri telah pun meminta pihak sekolah supaya jangan guna kawasan lapang kerana itu adalah kawasan hijau...

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

[Menyampuk] Yang Berhormat datang dengan Penasihat Ekonomi, Yang Berhormat kata masalah tanah dah selesai, hari ini Yang Berhormat beritahu saya tanah ini milik persendirian. Ini cakap bohong Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Akan tetapi kerajaan sudi membantu mereka untuk mengambil alih kawasan lapang di sebelah Sekolah Rendah Cina Sin Ming tersebut. Saya juga difahamkan bahawa tanah di sebelah Sekolah Sin Ming itu adalah kepunyaan seorang pemilik tanah dari MCA, dan mereka ingin menjual tanah itu lebih tinggi daripada harga pasaran sehingga pihak Lembaga Pengelola sekolah itu tidak mampu beli tanah tersebut dan sekarang saya ingin minta pihak Yang Berhormat...

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6)...

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Daripada Barisan Nasional pergi pujuk orang MCA supaya bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri untuk beri kita membeli ataupun mengambil alih tanah di sebelah SJK(C) Sin Ming tersebut. Saya sudi bekerjasama dengan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Yang Berhormat sendiri turun, Yang Berhormat kata, janji kepada lembaga sekolah, Yang Berhormat hadir dalam majlis kata masalah tanah selesai, dah dua tahun dah Yang Berhormat saya tunggu, hari ini tidak selesai.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Betullah, tapi tanah di sebelah itu adalah tanah swasta. Jadi kami...

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Please don’t mislead the Dewan.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Perlu berunding dengan tanah swasta tersebut.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Saya hendak supaya tanah ini diselesaikan Yang Berhormat kerana Kerajaan Persekutuan dah bagi peruntukan sudah.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kalau tanah di sebelah Sekolah Sin Ming adalah tanah bapak Yang Berhormat, saya rasa ini lebih senang bagi kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini..

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Ahli Yang Berhormat yang Cina, saya minta tarik balik perkataan ”bapak” ini.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

”Kalau” saya kata, kalau tanah itu tanah bapak Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, Perkara 36(6) sangkaan jahat, menghina Ahli Dewan yang lain, saya minta Yang Berhormat Seputeh tarik balik.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Mana sangkaan jahat Tuan Yang di- Pertua? Saya kata kalau tanah di sebelah sekolah itu tanah bapak dia, jadi lebih senang bagi kami untuk menyelesaikan, mana ada salah... [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Dia menggunakan perkataan di luar peradaban Ahli Dewan dengan menuduh tanah ini bapak saya punya, ini tidak boleh! Yang ini tidak boleh, yang ini tidak boleh. Saya bangun hendak selesaikan masalah rakyat, masalah Yang Berhormat janji tanah di Sekolah Sin Ming, Yang Berhormat akan tunaikan dan selesaikan.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Mana ada, saya cakap ”Kalau” tanah itu bapak Yang Berhormat. Jadi lebih senang hendak urus. Betullah.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Jangan mislead the Dewan Yang Berhormat. Jangan! Kerana Yang Berhormat kata bahawa... [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

...Memang mahu, kerana kita hendak bantu sekolah itu, mengembangkan sekolah itu di sebelah tanah tapak kosong itu.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed - Sepang

Jangan Yang Berhormat, jangan. Ini tidak boleh.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, biar saya teruskan kerana Yang Berhormat Sepang lama tidak masuk Dewan, jadi dia hendak tunjuk yang dia hadir hari ini... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, MMKN Negeri Selangor pada 23 September 2011 telah pun meluluskan dua keping tanah rizab sekolah yang tidak dipohon oleh...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada dua minit lagi Yang Berhormat, dua minit lagi.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Okey, yang tidak dipohon oleh Jabatan Ketua Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (JKPPTG) di Taman Tasik Prima Puchong kepada dua buah sekolah Cina iaitu Lot 65768 yang berkeluasan 4.12 ekar kepada Lembaga Pengurus SJK(C) Yak Chee dan Lot 65766 yang berkeluasan 6.38 ekar kepada Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Katolik. Pihak setiausaha kerajaan Selangor telah menghantar surat yang bertarikh 30 September 2011 kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

Di sini saya ingin menyeru Menteri Pelajaran dan kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran yang selalu menuduh Kerajaan negeri Selangor tidak memberi tanah kepada sekolah Cina untuk meluluskan permohonan kedua-dua sekolah ini untuk membina cawangan sekolah mereka di Puchong tersebut. Saya ingin mencabar pihak Kementerian Pelajaran supaya memberi kelulusan untuk kedua-dua sekolah ini sebelum pilihan raya yang akan datang untuk menunjukkan keikhlasan Kerajaan Barisan Nasional dalam isu ini.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyeru Kementerian Pelajaran untuk meluluskan permohonan Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian yang telah lama memohon pemindahan sekolah ke tapak rizab sekolah di Sentul di Kuala Lumpur. Saya berharap Kementerian Pelajaran boleh memberi kelulusan ini dengan secepat mungkin memandangkan pihak sekolah menengah jenis kebangsaan Confucian tengah berkongsi bangunan dan halaman sekolah dengan sekolah menengah persendirian Confucian dan berada dalam keadaan yang amat himpit dan sesak.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang akhir sekali saya ingin bangkitkan ialah kita lihat sekarang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah meluluskan lesen bagi banyak pasar raya raksasa seperti Tesco, Jaya Jusco, Giant dan sebagainya di kawasan Lembah Klang dan di seluruh negara.

Baru-baru ini, kerajaan malah meluluskan lesen pasar raya tanpa mengira kesesuaian tempatan khususnya di kawasan saya di kawasan Parlimen Seputeh, di mana di kawasan saya bukan sahaja sudah diluluskan pasar raya Jusco, Tesco, Giant, Econsave, Plaza OUG dan beberapa bulan yang lepas kementerian malah meluluskan pasar raya NSK yang beroperasi 24 jam.

Kewujudan pasar raya yang baru seperti Tesco dan NSK telah banyak menjejaskan perniagaan pasar pagi di kawasan saya, sehingga banyak gerai penjaja terpaksa berhenti perniagaan kerana mereka memang tidak dapat bersaing dengan pasar raya yang mampu menjual barang mereka dengan harga yang jauh lebih rendah daripada gerai mereka. Mereka juga tidak faham mengapakah kementerian dan DBKL membenarkan pasar raya NSK berniaga 24 jam satu hari.

Di sini saya ingin menyeru pihak kementerian bahawa peranan mereka sepatutnya membatu peniaga kecil untuk menghentikan pengeluaran lesen pasar raya besar dan khususnya pasar raya dari pelabur asing. Perniagaan runcit, sederhana dan kecil merupakan life line kepada ramai peniaga kecil. Peniaga kecil ini memang tidak mampu bersaing dengan pasar raya besar yang mempunyai modal yang besar.

Sekiranya kementerian terus meluluskan lebih lesen perniagaan kepada pasar raya besar, malah di banyak kawasan luar bandar, kerajaan kelihatan hanya berminat untuk membantu tauke besar dan bukannya peniaga dan penjaja kecil.

Akhir sekali saya ingin bertanya di sini, apabila kerajaan berkata rumah mampu milik, apakah harga penjualan rumah mampu milik kerana saya difahamkan di kawasan Sungai Besi, di lapangan terbang yang lama itu yang mana kerajaan telah membina projek perumahan yang besar. Saya difahamkan harga perumahan yang dikatakan rumah mampu milik itu dijual daripada lingkungan RM220,000 sehingga RM400,000. Apakah ini harga rumah mampu milik?

final • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bagi mereka yang membeli rumah yang harga jualan RM400,000, pay backnya ataupun pinjaman ansurannya setiap bulan adalah sekurangnya-kurannya RM2,000. Jadi, ini bermaksud hanya mereka yang mempunyai gaji RM5,000 ke atas hanya mampu membeli rumah mampu milik yang dikatakan dibina oleh syarikat pembinaan 1Malaysia tersebut. Jadi, saya ingin mendapatkan jawapan daripada pihak kementerian apakah yang dimaksudkan rumah mampu milik dan apakah hadnya ataupun had harga jualan khususnya di kawasan Lembah Klang, di Kuala Lumpur dan juga di kawasan bandar. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Seputeh berucap daripada jam 12.10. Sekarang jam 12.34, dia makan empat minit. Saya tegur, dia minta lagi. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Pendang dan terpulang kepada Pendang kalau hendak beri panjang lebar atau tidak pasal saya sudah tidak larat. Saya bersikap adil juga dapat teguran.

Jadi, biarlah Ahli Yang Berhormat sendiri yang buat timing. Sekarang ini Yang Berhormat Pendang mulai jam 12.34 dan harus siap berhujah pada jam 12.54 dan saya tidak akan tegur. Cuma, apabila sampai jam 1, saya panggil. Mulai dari sekarang, saya akan buat begitu kerana saya tidak larat lagi berurusan dengan Ahli Yang Berhormat.

Sila Yang Berhormat Pendang.

final • 12:30 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya orang baik, ikut time Tuan Yang di-Pertua. Semalam apabila Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat, dia mengatakan kita kena pentingkan yang penting dahulu sesuai dengan saranan Profesor Yusuf Al-Qaradwi dalam buku Fiqh al-Awlawiyyat. Ini yang penting dahulu di kawasan saya ini.

Yang pertama berhubung dengan satu projek di Jabatan Kerja Raya iaitu jalan Timur Barat dari Pendang ke Sungai Tiang. Pakej 2 Kampung Sawa Kecil ke Sungai Tiang yang telah tempat dan tarikh dokumen semua tender pada tahun 2005. Saya hendak tanya kepada kementerian apakah status jalan ini? Ini kerana jalan ini membabitkan jalan raya Jalan Timur Barat Pendang-Sungai Tiang berjumlah RM160 juta. Bukan Menteri Kerja Raya dari Sepang ini, sebelum itu lagi. Saya harap pihak kementerian boleh menjawab.

Seterusnya, saya hendak berbahas berhubung dengan masalah di kawasan saya, iaitu yang menjadi keluhan kepada penduduk di kawasan Pendang pada hari ini berhubung dengan masalah benih padi. Walaupun Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah pun menyelesaikan masalah ini, tetapi apa yang menjadi kekecewaan kepada petani adalah berhubung dengan masalah ketiadaan benih pada musim sekarang ini.

Mereka telah menyediakan tapak-tapak sawah. Mereka telah menyedia, membajak dan juga melakukan ‘badai’ dan persediaan, tetapi apabila hendak mendapatkan benih padi, benih ini tidak wujud. Terpaksa Yang Berhormat Menteri campur tangan dan membawa benih sebanyak 3,000 kilogram daripada negeri Selangor ke Kedah untuk membekalkan benih kepada pihak petani.

Mereka mengeluh kepada saya kenapa boleh terjadi begini kerana sebenarnya petani-petani ini sendiri telah diberi arahan oleh pihak MADA, insentif daripada MADA untuk menanam padi untuk dibuat benih. Mereka mendapat penjagaan, baja dan juga racun daripada pihak yang berkenaan supaya petani ini menanam padi yang dikhaskan untuk membekalkan benih kepada petani-petani yang lain. Kenapakah perkara ini boleh terjadi ketiadaan benih padi.

Walaupun pada musim ini masalah ini dapat diselesaikan, tetapi pada musim akan datang apakah perkara ini akan berulang. Itulah yang menghantui pemikiran mereka. Ini kerana kita tahu banyak telah disebut oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain berhubung dengan masalah yang berlaku di negara Thailand hampir 1.38 juta hektar sawah mereka tenggelam. Sampai sekarang pun ada yang masih tenggelam. Jadi, kita mendapat bekalan beras daripada Thailand 60 peratus daripada 700,000 tan setahun daripada Thailand.

final • 12:34 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Jadi, maknanya kalau sekiranya berlarutan masalah banjir di Thailand ini dan juga kita menghadapi masalah benih padi yang mungkin kita tidak tahu pada musim- musim yang akan datang. Sekarang musim yang kedua, hendak pergi musim pertama tahun depan, kalau berlaku lagi saya rasa mungkin stockpile kita sebanyak 295,000 tan ini yang hanya dikatakan oleh pihak BERNAS cukup untuk 45 hari sahaja. Kalau dicampurkan dengan stok-stok yang lain mungkin sampai empat atau lima bulan. Akan tetapi, kalau 295,000 tan ini sahaja yang ada, saya rasa kita mungkin menghadapi masalah kekurangan beras walaupun Pakistan, India, Kemboja, Vietnam mungkin boleh menggantikan supply tetapi kita perlu ingat 60 peratus adalah daripada negara Thailand.

Jadi, masalah benih padi yang dihadapi oleh petani-petani ini saya harap pihak kementerian memberi perhatian yang bersungguh-sungguhlah kerana kita tidak mahu perkara ini berulang untuk musim-musim yang akan datang. Saya mendapat pemahaman daripada percakapan, saya tidak tahulah hearsay atau perkara ini benar kerana ada yang mengatakan apabila benih ini dibawa oleh PPK MADA kepada kilang yang menguruskan benih tersebut, mereka bukan menjadikan padi itu sebagai benih tetapi dijadikan beras kerana ada insentif-insentif lain. Saya tidak tahu, perkara ini saya harap pihak kementerian dapat memberikan penjelasan.

Dahulu ada lima buah syarikat yang membekalkan benih padi. Sekarang tinggal dua syarikat sahaja. Kononnya syarikat-syarikat yang lain ini bukan berstatus bumiputera. Saya juga ingin bertanya, apakah Seri Merbok yang menjadi salah satu daripada syarikat yang membekalkan benih padi ini dikategorikan sebagai bumiputera.

Kita tahu siapa di belakang Syarikat Seri Merbok ini. Saya harap pihak kementerian dapat memberi penjelasan.

Kedua adalah berhubung dengan masalah yang ada hubung kait yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam semalam, iaitu berhubung dengan hospital. Hospital Shah Alam, Hospital Permai dan Hospital Pendang telah dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri di Kepala Batas. Kosnya RM125 juta untuk dibuat tiga-tiga hospital ini.

final • 12:34 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Jadi saya telah beberapa kali membangkitkan perkara mengenai Hospital Pendang ini seolah-olahnya bagaimana Tuan Yang di-Pertua kerana daripada tahun 2006 telah disebut dalam bajet. Setiap tahun diulang dan diulang. Setiap kali pilihan raya kecil dikatakan hendak dibuat. Sudah dua kali pilihan raya. Saya harap perkara- perkara ini perlu diberi perhatian. Pada tahun lepas saya tanya sekali lagi Timbalan Menteri telah mengatakan mid year this, pertengahan tahun ini akan dimulakan.

Apa yang menjadi masalah adalah kawasan tapak hospital tersebut. Dahulu saya sudah kata mungkin zirafah sahaja yang belum hidup lagi, yang lain semua binatang buas. Kalau sebut babi hutan, biawak, musang, ular sawa semua sudah ada, harimau, zirafah belum ada lagi. Saya harap tidak ada selepas ini. Apabila hutan itu semakin tebal, binatang buas ada. Kawasannya luas kira-kira 40 ekar kalau tidak silap saya maknanya ia mengganggu penduduk tempatan dan juga tanaman-tanaman penduduk tempatan. Ada penduduk ataupun syarikat yang telah memohon untuk menyewa kawasan tersebut untuk membuat tanaman kontang tetapi apabila kita mendapat feedback daripada kementerian, kementerian mengatakan mereka akan membangunkan segera tapak tersebut, hendak bina hospital.

Jadi sudah sekarang daripada 2006 sampai 2011, bayangkanlah betapa tebalnya hutan di kawasan tersebut. Jadi saya harap pihak kementerian dapat menyegerakan projek ini dan janganlah tunggu pilihan raya sekali lagi pula. Kalau mereka kata apabila hendak pilihan raya, letak semula benteng, mereka hendak menang saya rasa mungkin agak sukar sedikit di kawasan Pendang, insya-Allah.

Juga seterusnya berhubung-kait dengan apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri elaun kepada doktor-doktor dan kepada HO ataupun houseman ship officer. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kawan- kawan yang lebih bernasib baik daripada kami dahulu. Saya mula kerja tahun 1983.

Kami boleh kata alternate day, kami terpaksa melakukan kerja-kerja on call.

final • 12:40 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Hari ini kerja, esok rehat, lusa kerja, tulat rehat macam itulah kerana kekurangan HO tetapi sekarang mungkin HO telah banyak dan mereka dapat sedikit masa untuk relax sehingga pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan mereka hanya dalam masa seminggu boleh melakukan kerja tidak lebih daripada 60 jam.

Saya tidak membantah pengehadan kerja ini kerana mereka pada sekarang ini mereka ada ruang masa yang lebar iaitu selama dua tahun. Kalau dahulu hanya setahun tetapi apa yang menjadi masalah adalah saya berharap pihak kementerian memberi perhatian tentang jadual fleksi yang di offer oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini iaitu mereka hendaklah melakukan kerja on call dan pagi esoknya.

Ini disuarakan oleh ramai pakar supaya pagi esoknya mereka tidak diberikan off kerana apabila mereka on call, malam itu mereka terpaksa menerima kes-kes yang baru masuk, kemudian mereka memeriksa. Maka pagi esoknyalah pegawai perubatan atau pakar yang akan datang buat round dan di situlah mereka akan mendapat pengalaman, pengajaran, teknik-teknik, prosedur-prosedur yang akan dilakukan supaya apabila mereka bergerak menjadi pegawai perubatan esok, mereka mendapat pengalaman ataupun skill ini.

Jadi saya harap jadual fleksi ini hendaklah mengatakan bahawasanya pagi esok tomorrow morning itu mereka wajib datang dan tidak diberikan day off kerana pengalaman inilah yang menentukan sama ada seseorang doktor ataupun kalau esok dia berupaya menjadi pakar, pakar yang kompeten. Ramai di antara pakar yang mengeluh kerana banyak daripada mereka yang bertugas tidak mempunyai skill yang sepatutnya ada pada mereka. Jadi saya harap dengan adanya ruang 60 jam seminggu jadual fleksi yang diberikan oleh kementerian ini, jadual ini hendaklah dipergunakan betul-betul supaya mereka ini mendapat pengalaman yang secukupnya.

Seterusnya saya merayu juga kepada kementerian seperti Kementerian Kewangan, ada lagi staf-staf lain seperti staf sokongan (supporting staff) ini yang bertugas di pihak hospital kementerian dan di operation theater ini. Mereka juga berada dalam golongan yang perlu diberi perhatian, bukan setakat HO dan MO dan specialist sahaja. Mereka ini juga perlu diberi insentif tambahankah? Elaunkah? Kerana saya lihat di kawasan-kawasan misalnya luar bandar, mereka on call boleh dikatakan 24 jam.

Kalau hanya ada dua staf mungkin tiga hari setengah seminggu mereka terpaksa melakukan on call. Kalau ada seorang staf mungkin seminggu itu terus-menerus, seminggu, sebulan, setahun mereka terpaksa on call.

Bayaran imbuhan yang diberikan berdasarkan kepada kes yang datang kepada mereka, satu jam antara RM4 hingga RM16. Jadi saya harap insentif tambahan perlu diberikan kepada mereka sebab mereka tidak boleh pergi ke mana-mana kalau berada di pusat kesihatan. Kadang-kadang hendak balik tengok mak mertua sakit pun tidak berupaya kerana on call. Jadi maknanya perkara ini perlu juga diberi perhatian staf sokongan yang lain bukan setakat HO, MO dan juga specialist.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah tentang IPTA dan IPTS ini semasa saya mencelah Yang Berhormat Kuala Krau semalam saya mengatakan ada, mungkin ada satu sindiket atau tidak ada satu penyelarasan di antara kolej swasta dengan IPTA ini kerana pada tahun ini contohnya yang paling ketara adalah pada tahun ini. Bulan Mac ataupun bulan April result SPM keluar. Bulan Jun kolej swasta panggil untuk masuk kursus, bulan September baru IPTA panggil masuk ke IPTA.

Jadi kepada pelajar-pelajar terlalu hendak masuk ke universiti ini mereka tentulah mengambil peluang yang diberikan oleh IPTS ini dan terus masuk ke IPTS dan mereka dikenakan bayaran RM500, RM600. Bayangkan kalau di kampung terpaksa jual lembu, jual kerbau untuk dapatkan RM500 dan RM600 untuk membayar yuran pendaftaran dan bayaran yang lain.

Apabila ini berlaku dan bulan Ogos, bulan September mereka kena daftar kepada IPTA semula. Kalau sekiranya result mereka baik, mereka mendapat peluang ke IPTA jadi mereka pun keluar daripada IPTS. IPTS awal-awal lagi sudah mengatakan yuran pendaftaran tidak dikembalikan. Ini bermakna betapa ramai pelajar kita yang mungkin telah teraniaya bayar wang kepada IPTS, kemudian masuk IPTA. Kalau dapat PTPTN okey, kalau tidak dapat, mungkin awal-awal tidak dapat terpaksa keluarkan duit lagi. Duit tadi sudah lesap.

final • 12:40 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Jadi saya harap penyelarasan perlu diadakan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi supaya perkara ini tidak menganiayai ataupun membebankan para pelajar kita terutama sekali mereka yang ingin memasuki pengajian tinggi.

Seterusnya tentang ambulans. Menteri telah menjawab tempoh hari tentang latihan-latihan yang diberikan kepada mereka yang tidak tergolong di dalam ambulan yang berada di hospital. Di tempat saya khususnya Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) merupakan satu entiti yang cukup aktif, cukup cergas untuk melakukan kerja-kerja mengambil alih ambulan ini kerana mungkin ambulans daripada pejabat kesihatan lambat memberi respons maka JPAM yang mereka labelkan sebagai ambulans di depan itu melakukan kerja-kerja tersebut. Panggil sahaja, mereka terus pergi.

Apa yang membimbangkan saya adalah apakah kementerian melihat, pihak berkenaan melihat bahawasanya adakah mereka yang bertugas di dalam ambulans tersebut mempunyai latihan asas kepada perkara-perkara yang ada hubung kait dengan nyawa manusia, resuscitations. Apakah mereka ini diberi latihan asas ataupun cara-cara hendak melakukan set drip, tambah air jika sekiranya emergency berlaku ataupun mereka mengendalikan kes-kes patah kerana kalau patah leher kita angkat macam orang biasa, memang mati tempat itu. Ianya kena ada teknik dan juga cara- cara yang betul. Jadi apakah mereka ini diberikan latihan asas?

Begitu juga dengan elaun kepada mereka. Apakah mereka ini diberi hak ataupun imbuhan terhadap kerja-kerja yang mereka lakukan? Begitu juga dengan ambulans yang dikendalikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan juga ambulans yang dikendalikan oleh hospital-hospital swasta. Mungkin hospital swasta, mereka dalam kategori yang lain tetapi latihan-latihan asas seperti ini saya rasa perlu ada pada mereka kerana ini melibatkan nyawa manusia.

final • 12:40 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya harap dalam masa dua tiga saat ini adalah keluhan daripada Persatuan Pemandu Teksi. Persatuan Pemandu Teksi ini mengatakan masalah mereka bukan setakat road tax yang berharga RM15 setahun itu tetapi adalah insurans yang membebankan mereka. Ini kerana kalau memberi imbuhan menukar teksi ini mereka mengatakan syarikat yang boleh mendapat habuan daripada perkara tersebut.

Akhir sekali, jam 12.50. Saya mengharap kepada janji Perdana Menteri yang lalu, dua Perdana Menteri yang lalu iaitu tentang imbuhan alam sekitar kepada Kerajaan Negeri Kedah. Ini kerana tidak menebang balak di kawasan tadahan air yang membekalkan air kepada Kedah, Perlis dan juga Pulau Pinang dijelaskan, ditunaikan iaitu sebanyak RM100 juta setahun. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Maran ada baki empat minit. Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Maran mulai 12.50, jam 1 berhenti lepas itu sambung sebelah tengah hari dan saya catat masa nanti berhenti sendiri. Tidak payah diingatkan. Sila.

final • 12:50 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Bismillaahi Rahmaanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan izin kepada saya untuk terus membahaskan perbekalan 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 hari bulan Oktober yang lalu. Saya Tuan Yang di-Pertua, ingin mengambil kesempatan bagi pihak Barisan Nasional dan rakyat di kawasan saya, mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini kerana bajet yang dibentangkan pada tahun 2012 ini ialah bajet rakyat dan prihatin yang membawa dasar ataupun tema, ‘Dasar Transformasi Nasional, Bajet Membela Rakyat Mensejahtera Negara’.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan syabas kepada Perdana Menteri kerana berani memperkatakan dan memperkenalkan bajet yang cukup selesa bagi rakyat di negara kita di semua peringkat.

final • 12:51 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Malahan Perdana Menteri sanggup berhadapan dengan apa juga tanggapan jahat dan negatif yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Inilah sering berlaku di negara kita. Saya minta supaya rakyat sedar bahawa selama ini negara kita sudah 53 tahun merdeka dan diterajui oleh kepimpinan Barisan Nasional.

Inilah bajet yang dibentangkan di Parlimen negara kita.

Saya amat kecewa dengan bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya tengok bajet yang dibentangkan oleh pembangkang ini bajet khayalan. Saya sebagai Ahli Parlimen, saya boleh juga keluarkan bajet saya. Saya boleh tulis bajet RM600 bilion tetapi hanya seolah-olah saya bermimpi di siang hari. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengimbas kembali bahawa kita telah merdeka 54 tahun, 53 bajet telah dibentangkan di negara kita. Malah kalau kita lihat kejayaan Kerajaan Barisan Nasional telah merancangkan berbagai program bagi negara kita dalam membangunkan sama ada masyarakat bandar dan juga luar bandar. Umpamanya, sepuluh rancangan lima tahun negara, tiga rancangan jangka panjang negara telah pun digubal oleh kerajaan.

Kita telah melihat bahawa hari ini kesan daripada perancangan-perangan itu telah pun diperolehi oleh rakyat negara kita termasuklah Ahli-Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini. Walaupun sebahagian daripada mereka menafikan bahawa mereka menikmati kejayaan, pembangunan, kesejahteraan, pendidikan yang mereka perolehi melalui perancangan bajet yang disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih yang tidak terhingga kepada pemimpin-pemimpin kita dahulu, lima Perdana Menteri termasuk yang keenam sekarang ini Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Telah membentangkan bajet bagi tahun 2011 baru-baru ini dan juga kepada pasukan keselamatan, tentera, polis dan lain-lain yang telah pun mengorbankan diri mereka, keluarga mereka, harta benda mereka dan juga kehidupan mereka ketika itu. Bagi mereka mempertahankan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga melahirkan rasa kecewa sebagai rakyat di negara ini. Sebagai rakyat negara ini walaupun saya Tuan Yang di-Pertua, saya agak muda berbanding daripada sebahagian orang yang telah pun berumur lebih daripada saya. Akan tetapi ada terdengar suara-suara yang cukup mengecewakan. Sebahagian daripada pemimpin pembangkang, sebahagian daripada mereka ini saya appreciate, hargai Tuan Yang di-Pertua. Umpamanya, beberapa sahabat kita yang berada dalam ini yang mempunyai pemikiran yang rasional.

Akan tetapi sebahagian mereka ini seolah-olahnya tidak berpijak di bumi nyata tetapi sebaliknya menafikan jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang kita. Amat malang sekali apabila ada di antara mereka ini lebih mengutamakan, mengagungkan komunis sebagai seolah-olah pejuang negara. Sedangkan pasukan keselamatan kita, pejuang-pejuang, polis, tentera dan sebagainya yang bertungkus-lumus yang mengorbankan diri mereka dianggap seolah-olahnya bukan sebagai pejuang kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana dengan memperuntukkan wang sejumlah RM232.5 bilion, Bajet 2012 ini dilihat sebagai bajet yang cukup menyeluruh dan memberikan kesan yang cukup mendalam kepada jiwa dan hati rakyat di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen dan juga rakyat raja berperlembagaan. Perkara 32, Perlembagaan menetapkan, maka hendaklah ada seseorang Ketua Negara bagi Persekutuan yang bergelar Yang di-Pertuan Agong. Manakala Perkara 38, Perlembagaan pula dipersetujui dan mengatakan bahawa, maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut jadual kelima. Mengikut jadual kelima dalam Perlembagaan, Tuan Yang di-Pertua yang lebih arif daripada saya. Sebagai orang yang berlatar belakangkan undang-undang ialah Majlis Raja-Raja termasuk Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Yang di-Pertua Dewan Negeri di mana negeri yang tidak beraja.

Tuan Yang di-Pertua, kerana adanya, bersemayamnya, Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi negeri-negeri yang beraja dan Yang di-Pertuan Negeri bagi negeri- negeri yang tidak beraja.

final • 12:51 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Disokong oleh kerajaan yang cukup stabil, Kerajaan Barisan Nasional dan yang berjiwakan rakyat, negara kita masih kekal serta ada dalam aman makmur dan sebagainya. Saya bukan hendak libatkan raja dalam politik Tuan Yang di-Pertua, tetapi hendak menyedarkan kepada kita semua bahawa kerana rajalah, kerana Yang di- Pertuan Agonglah, kerana institusi raja-rajalah, kerana Yang di-Pertuan Besar. Maka, hari ini negara kita dengan sokongan Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri yang lain kita dapat mempertahankan kemakmuran dan kesejahteraan negara. Saya lihat bahawa Raja-Raja di negara kita cukup berperanan dalam menentukan keamanan dan kesejahteraan negara ini. Inilah yang harus kita sedar.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ingatkan kepada rakyat di negara ini jangan angkuh, jangan derhaka, jangan sombong. Hormatilah Raja-Raja dan jangan biadab kepada raja dan juga orang yang lebih lama daripada kita. Dahulu kita anak- anak kecil, kita belajar di sekolah-sekolah, pergi sekolah menengah, pergi sekolah tinggi, pergi universiti dan sebagainya sebelum kita berada hari ini. Ini semua adalah pengorbanan yang dilakukan oleh kerajaan kita. Penglibatan yang diberikan oleh Agong dan juga Raja-Raja dan hari ini kita lihat apabila kita sudah cerdik, sudah pandai, menjadi seorang doktor, menjadi seorang profesor.

Akan tetapi kerana kita terlibat dengan kepentingan peribadi, kepentingan politik, maka kita sanggup menafikan apa yang ada selama ini bahkan apa yang kita perolehi selama ini adalah hasil daripada apa yang telah dilakukan oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan juga Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah selama ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagi kita rakyat di negara ini cukuplah saya hendak ingatkan kepada seluruh rakyat di negara ini, sama ada orang Melayu. Apatah lagi menjadi hina kepada kita bagi orang Melayu. Kalau mereka sendiri yang mana di negara kita ini Raja-raja Melayu tetapi mereka derhaka kepada raja. Maka, ini suatu fenomena yang cukup memalukan. Pada saya mereka tidak layak menjadi orang Melayu.

Begitu juga bagi orang Cina, orang India, Orang Asli dan lain-lain. Kita kena sedar bahawa keamanan, kemakmuran dan juga ketenteraman yang ada di negara kita ini adalah hasil daripada kombinasi. Kombinasi Raja-Raja, pemerintah dan juga seluruh pasukan keselamatan dan juga pihak-pihak lain dalam negara kita...

final • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut - Kuala Terengganu

[Bangun]

final • 12:51 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 12:51 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat nanti dahulu. Jadi saya Tuan Yang di-Pertua, sebagai anak Melayu, sebagai pemimpin Barisan Nasional, saya akan pertahankan ini habis-habis. Jangan kita menderhaka. Kita kadang-kadang kita terlupa, inilah katanya. Rakyat di negara kita ini lupa di mana mereka berasal dan akhirnya nanti apabila berlaku kehancuran negara kita, kita semua tidak akan ada lagi di dunia ini. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut - Kuala Terengganu

Penjelasan Yang Berhormat Maran, sedikit boleh? Sedikit, sedikit sahaja. Hendak minta penjelasan, sedikit sahaja.

final • 12:51 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Okey, bagi chance.

final • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut - Kuala Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Tuan Yang di-Pertua, saya bila sebut menyentuh soal raja-raja Melayu, saya teringat di Terengganu. Pemimpin UMNO boleh berarak dekat istana, dia boleh kata ”binatang” dekat Tuanku, Sultan Terengganu. Inikah contoh yang dikatakan mempertahankan Raja-Raja? Kata ”menatang” - “menatang Tuanku”...

final • 12:51 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Okey. Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat dengar tidak apa saya cakap tadi? Saya sudah sebut, saya tidak kira siapa... [Tepuk] Kadang-kadang yang saya bencinya Tuan Yang di- Pertua, ialah penghinaan. Orang belah sana sentiasa memburukkan, Barisan Nasional buat kerja bagus, semua tidak bagus... [Ketawa] Inilah! Ini sikap. Gelak... [Ketawa] Inikah pemimpin yang dianggap pemimpin dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:51 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Maran sambung hujah sebelah petang nanti.

final • 12:51 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Saya sambung petang. Saya akan tambah lagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.

final • 12:51 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mempengerusikan

final • 12:51 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dijemput Yang Berhormat Maran.

final • 12:51 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Izinkan saya untuk sambung perbahasan Bajet 2012. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi menegaskan supaya rakyat di negara ini sedar bahawa jangan kita sekali-kali menghina Raja dan negara kita kalau kita ingin hidup selesa di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana sebelum membentangkan Bajet 2012 telah berani memansuhkan Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri yang akan digantikan dengan akta yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, melalui pemansuhan ini, beratus-ratus pesalah di bawah ordinan-ordinan tertentu telah pun dibebaskan serta-merta. Saya berharap kepada mereka yang terlibat, pesalah-pesalah ini, jadikanlah ini sebagai satu pengajaran dan jangan jadikan penglibatan kita dengan kerja-kerja yang salah ini yang boleh merugikan negara ini dan akibatnya akan menimpa diri kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta supaya dengan pemansuhan akta dan ordinan ini, kita janganlah mudah memikirkan bahawa kita boleh melakukan apa sahaja kerana kemusnahan dan kehancuran akibat kesilapan kita sendiri akan merugikan diri kita sendiri, agama dan bangsa kita.

Tuan Yang di-Pertua, masalah keselamatan adalah juga perkara yang amat penting dalam negara ini. Saya berterima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memberikan perhatian yang cukup baik, bersimpati dan mengenang jasa pasukan keselamatan kita yang telah pergi dan memperjuangkan negara kita, dengan pemberian bajet sebanyak RM9.92 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga bajet-bajet yang lain. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas one-off yang diberikan kepada duda dan balu serta bekas anggota sebanyak RM3,000 melibatkan kurang lebih 60,000 orang bekas-bekas polis, home guard, anggota zaman darurat dan sebagainya. Ini tanda Kerajaan Barisan Nasional berterima kasih dan mengenang budi jasa yang diberikan oleh pasukan keselamatan kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga sebagai Ahli Parlimen ingin juga melihat apakah sumbangan kerajaan kepada keselamatan di kawasan saya. Saya hendak tahu, hari ini kita telah mendapat satu bangunan Ibu Pejabat Polis Maran yang baru tetapi sehingga hari ini saya difahamkan belum dapat lagi digunakan. Jadi bilakah ibu pejabat polis ini akan dibuka? Apakah masalah-masalah yang dihadapi yang perlu diselesaikan?

Saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan membina sebuah pondok polis di kawasan Chenor Seberang di mana kawasan ini adalah merupakan kawasan kampung tradisional dan berhampiran dengan kawasan FELDA yang telah pun kita mohon iaitu yang saya mohon sebagai Ahli Parlimen dan juga ADUN kawasan saya.

Berikanlah tambahan yang sepatutnya kepada pasukan keselamatan kerana mereka adalah pejuang-pejuang negara dan mempertahankan keselamatan kita semua.

final • 2:32 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya juga kepada kerajaan, berapakah lagi jumlah balai dan pondok polis yang menyewa di kedai-kedai dan juga di rumah- rumah di kawasan pedalaman?

Tuan Yang di-Pertua, perpaduan juga adalah unsur yang amat penting. Hari ini kita berada di dalam sebuah negara yang aman, makmur dan sebagainya adalah hasil daripada perpaduan antara kaum. Kita merasa bangga kerana negara kita terdiri daripada negara berbilang kaum, Melayu, India, Cina, Orang Asli dan juga kaum-kaum lain di Sabah dan juga di Sarawak. Bahkan, pendatang-pendatang daripada negara lain juga selesa berada di negara kita. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana Kerajaan Barisan Nasional meletakkan selama ini perpaduan adalah asas kepada keselamatan dan ketenteraman negara.

Pelbagai usaha telah pun dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional termasuklah kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan umpamanya. Di bawah Jabatan Peraduan di mana seorang Menteri disediakan di Jabatan Perdana Menteri, adakan jabatan khas, Jabatan Perpaduan. Kita mendidik anak-anak kecil kita di bangku sekolah lagi di tabika perpaduan. Kempen- kempen media yang cukup baik umpamanya RTM, TV, radio dan sebagainya. Lagu 1Malaysia yang sungguh menarik hati saya, ”Kerana perpaduan, kita masih bersama...”. Ini satu ungkapan yang cukup menyuntik hati saya di mana kalau tanpa perpaduan, saya kira kita tidak akan berada dalam sebuah negara yang aman seperti hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga kecewa dan sebab itulah saya ingin bertanya kepada pembangkang, berapa banyak usaha dan kempen-kempen yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ini yang mengajak rakyat membuat perpaduan, membasmi dadah, membasmi jenayah dan sebagainya? Apa yang saya nampak, setiap ceramah yang dilakukan semuanya menghasut rakyat, memburukkan Barisan Nasional, memburukkan kerajaan hari ini. Ini hakikat. Walaupun sebahagian besar daripada mereka di sebelah sana semuanya membesar kerana kerajaan Barisan Nasional, tetapi tidak ada berterima kasih. Inilah yang dikatakan bahawa orang yang tidak ada hati perut. Ingatlah Tuan Yang di-Pertua, fitnah dan hasad dengki ini boleh menghancurkan kita. Bukan sahaja Barisan Nasional akan hancur, bahkan Ahli-ahli kita sebelah sana juga akan hancur bersama. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi meminta supaya kerajaan bersikap tegas dan mengambil tindakan yang sekeras- kerasnya kepada mereka yang cuba menghancurkan perpaduan dan memecahbelahkan kaum di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyentuh tentang masalah pendidikan. Pelajaran dan pendidikan adalah merupakan aset yang paling penting dan ianya boleh menentukan masa depan manusia sama ada ia menjadi orang yang baik ataupun sebaliknya. Tahniah kementerian ini atas peruntukan kurang lebih RM32 bilion bagi Bajet 2012. Amat wajar kerana pendidikan adalah harta yang amat mahal sebagaimana yang disebutkan tadi. Saya teringat pesanan junjungan kita Nabi Muhammad SAW, dengan izin... [Membaca sepotong hadis] Bermaksud, “Barang siapa berkehendak kebahagiaan, kesenangan dan kesejahteraan di dunia, dia mesti ada ilmu. Barang siapa berkehendak keselesaan, kebahagiaan di akhirat, dia mesti ada ilmu. Barang siapa berkehendak kedua-duanya sekali, maka ilmu adalah segala- galanya.” Oleh sebab itulah bajet yang terbesar yang diberikan kerajaan adalah kepada Kementerian Pelajaran.

final • 2:32 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Saya rasa ini satu petanda yang cukup baik yang membawa kerajaan Barisan Nasional amat sedar bahawa pendidikan adalah segala-galanya. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kini ibu bapa merasa selesa kerana banyak kemudahan yang akan diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Anak-anak di sekolah tidak perlu lagi membayar yuran, kalau dulu yuran PIBG dan sebagainya terpaksa ditanggung oleh ibu bapa tetapi hari ini ibu bapa tidak lagi perlu membayar yuran-yuran seperti itu kecuali yang dipersetujui oleh mereka bersama.

Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi program yang diberikan oleh kerajaan di dalam pendidikan ini. Umpamanya Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Rancangan Makanan Tambahan, Biasiswa Kecil Persekutuan sebanyak RM255 juta, bantuan buku teks yang percuma sudah lama diberikan oleh kerajaan termasuk kepada anak-anak Barisan Nasional dan juga anak-anak pemimpin pembangkang.

final • 2:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Saya tidak ada masa.

final • 2:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Cakap fasal yuran sekolah.

final • 2:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Tidak payah, tidak payah.

final • 2:40 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Pada tahun 2005, dulu buat yuran sekolah janji percuma, bila ibu bapa pergi sekolah tidak ada yuran percuma, semua terkejut kena bayar. Jangan perkara yang sama terjadi kali ini... [Dewan riuh]

final • 2:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua, kecuali dia nak pulangkan buku percuma, kita hendak beri pada orang lain.

final • 2:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Maran.

final • 2:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Akan tetapi segala-galanya mereka ambil, inilah, terima kasih lah sedikit. Jangan lama sangat, saya tidak ada masa.

final • 2:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

[Ketawa] Marah saja, bagi pun marah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Ampang mungkin silap. Sebenarnya kalau yuran memang percuma..., apa yang nak kerajaan buat ini, tidak ada lagi yuran. Bayaran-bayaran yang ditetapkan oleh PIBG sekolah itu lain, itu tidak kena mengena dengan kerajaan. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Maran, kita ada banyak wang KWAMP dan pelbagai sumbangan daripada kerajaan tetapi kadang kala sumbangan yang diberi ini hanya kepada pelajar berkenaan sahaja iaitu seorang pelajar dia dapat banyak bantuan, buku, dia dapat yuran, dia banyak dapat. Boleh tidak kita cadangkan supaya kementerian menyelaraskan seorang pelajar cuma dapat satu bantuan sahaja...

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 2:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Saya bersetuju Yang Berhormat Lenggong. Mekanisme caranya serah pada kementerian. Yang Berhormat, Yang Berhormat ambil juga yang kerajaan bagi ini, jangan nafi dengan saya, malu saya.

Kalau saya terjun ke air tetapi saya tak naklah... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masa hendak melayan pembangkang, memang selama ini tidak baik di hati kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta dari segi pendidikan di kawasan saya. Saya telah lama minta sebuah sekolah berasrama penuh, saya telah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia supaya kalau boleh menaikkan taraf Sekolah Menengah Sri Jengka sebagai sekolah berasrama penuh. Saya mohon merayu sekali lagi Sekolah Menengah Maran 2 memerlukan sebuah asrama kerana ramai pelajar-pelajarnya berulang daripada jauh, jadi minta diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, kebebasan beragama. Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa Islam adalah agama persekutuan tetapi agama- agama lain masih boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Saya, Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara yang cukup bersatu padu hari ini, saya mohon supaya semua rakyat, semua penganut-penganut agama jangan kita mainkan isu sensitif ini, kita hendak supaya kita terus berada dalam aman makmur dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, jasa pegawai awam. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada Perdana Menteri kerana meluluskan skim perkhidmatan yang cukup baik kepada pegawai awam. Saya sebagai bekas pegawai awam, saya cukup menghargai dan saya minta pegawai awam, pegawai kerajaan memberikan sokongan yang padu kepada kerajaan. Janganlah kita menjadi gunting dalam lipatan, yang boleh merosakkan pentadbiran kerajaan dan negara kita. Berkhidmatlah dengan baik demi masa depan bangsa, agama dan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, transformasi luar bandar adalah juga penting kepada negara kita.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh gulung Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Jadi, saya juga berharap supaya bantuan-bantuan ini dapat diteruskan kepada masyarakat luar bandar dan tidak boleh dinafikan. Satu lagi yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah kesihatan penting. Saya berharap kepada kerajaan supaya jangan melewatkan pelaksanaan pembinaan hospital baru Maran yang saya difahamkan telah pun dipersetujui dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, bermakna second rolling plan, dengan izin, yang telah dipersetujui bagi dilaksanakan di daerah Maran kini adalah maruah dan kepentingan masyarakat di kawasan saya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya harap benar supaya usaha ini dapat dipertingkatkan dan kerajaan sekali lagi yakin, saya yakin bahawa kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini mampu memperjuangkan masa depan rakyat, masa depan negara, bangsa dan juga segala-galanya negara Malaysia ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh panjang lagi Tuan Yang di-Pertua, sikit ya.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habis sudah Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Saya dengan itu, saya sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional menolak bajet pembangkang... [Dewan riuh] Tidak berguna dan menyokong penuh bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober baru-baru ini. Terima kasih banyak.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

...Tidak ada sebut pun nama tadi.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dalam senarai ini Yang Berhormat Lawas tetapi Yang Berhormat Lawas tidak bangun, sebab itu saya ganti. Ya, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kerana memberi kebenaran untuk saya terlibat dalam bahas Bajet 2012 ini.

Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kakitangan dan pegawai Kementerian Kewangan dan juga kakitangan Parlimen yang bertugas untuk memastikan Bajet 2012 dapat disempurnakan dengan baik. Jadi pada saya, mereka ini adalah golongan yang tidak disebut memainkan peranan utama untuk menentukan Bajet 2012 ini berjalan lancar. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam penyediaan Bajet 2012 ini.

Saya tahu sebab ada di antara mereka yang berjaga malam, saya jumpa sendiri ada kakitangan Parlimen yang tidur di sini untuk memastikan dokumentasi bajet ini berjalan baik. Jadi, kita perlu merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka.

Cumanya, mereka ada yang melahirkan rasa kecewa sebab setelah berbulan-bulan menyediakan bajet ini, memerah otak mereka, fikiran mereka, kepakaran dan pengalaman mereka untuk menyediakan bajet yang sebegini, tiba-tiba dituduh mencedok daripada bajet Buku Jingga kepunyaan pembangkang. Jadi pada mereka, ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak berasas kerana untuk menyediakan bajet ini memakan masa berbulan-bulan sedangkan bajet Buku Jingga ini keluar hanya dua tiga hari sebelum bajet sebenarnya dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jadi bila kita tengok bajet olok-olok yang dibuat oleh pembangkang ini pun – saya dulu Tuan Yang di-Pertua, pernah masa mantan Perdana Menteri, Tun Dr.

Mahathir, dia pernah sebut, dia kata dia pecat Yang Berhormat Permatang Pauh ini antara kerana sebabnya kurang cerdik dalam mengurus ekonomi dan kewangan negara. Masa itu saya kurang percaya tetapi bila tengok bajet olok-olok yang dibuat oleh mereka ini, saya rasa Tun Dr. Mahathir cakap itu betul, memang kurang cerdik, bajetnya kurang cerdik.

final • 2:46 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bagaimanapun, kata pegawai yang menyediakan bajet ini, kalau hendak kata ada kaitan dengan bajet olok-olok yang dikemukakan oleh pembangkang, mungkin satu iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerima cadangan dalam Buku Jingga mereka supaya elaun dan peruntukan Ahli Parlimen dinaikkan. Itu ada dalam Buku Jingga.

Jadi, maknanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri respons kepada permintaan mereka. Kalau Tuan Yang di-Pertua kita buka buku oren yang mereka pamerkan, ada dalam itu tetapi tiba-tiba apabila dicadangkan, mereka marah dan mereka putar belitkan nak naikkan gaji apa semua. Sebenarnya kalau mereka baca, yang mereka pun tidak pernah baca, apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah ayatnya, ”...kerajaan bercadang mengkaji semula elaun dan kemudahan Ahli Parlimen”, bukan gaji.

final • 2:46 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Elaun dan kemudahan termasuklah peruntukan kemungkinan untuk sekretariat dan lain-lain. Saya kebetulan dengan beberapa rakan daripada pembangkang termasuk Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Kuala Langat. Kita dalam Jawatankuasa yang menyediakan cadangan kenaikan peruntukan ini iaitu elaun dan kemudahan bagi Ahli Parlimen. Bukan sekadar gaji. Macam-macam yang kita cadangkan. Mereka pun belum dengar lagi apa benda cadangan yang hendak dikemukakan. Tiba-tiba kerana soal politik, mereka mengambil sikap untuk mempolitikkan isu ini sedangkan kalau kita tengok betapa hipokritnya mereka.

Beberapa bulan lepas, Selangor menaikkan elaun dan kemudahan Ahli Dewan Undangan Negeri di mana Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi penasihat ekonominya. Jadi kita nampaklah sebenarnya isu ini sengaja dipolitikkan dan diputarbelitkan untuk mendapat political mileage, dengan izin.

Jadi saya hendak ambil peluang ini Tuan Yang di-Pertua untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana meluluskan usul yang saya bawa untuk menggunakan antaranya untuk umat Islam yang menjadi pencarum kepada KWSP untuk menggunakan akaun dua mereka sebagai sandaran untuk pendaftaran haji tanpa perlu membuka akaun Tabung Haji. Saya kira ini satu langkah yang baik. Saya harap kerajaan dapat menambahkan kelulusan tersebut..., menambah baik kelulusan itu dengan membenarkan, kalau pencarum itu suami, dibenarkan isteri juga untuk mendaftar. Kalau pencarum itu isteri, membenarkan suami juga menggunakan akaun pasangan masing-masing sebagai pendaftaran bagi mengerjakan haji ini.

Saya juga mencadangkan ditambah baik kelulusan tersebut dengan membenarkan umat Islam menggunakan akaun ataupun wang caruman yang mereka ada dalam KWSP untuk mengerjakan haji kerana kalau skim KWSP ini adalah untuk simpanan hari tua, kerja haji ini adalah rukun. Rukun lebih kepada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Jadi saya percaya bahawa mengerjakan haji ini adalah satu perkara yang perlu diberikan keutamaan. Takut mereka tidak sampai umur tua sudah tidak sempat menggunakan akaun simpanan yang ada dalam KWSP. Jadi saya cadangkan ditambah baik kelulusan tersebut kepada membenarkan pencarum KWSP menggunakan caruman mereka untuk mengerjakan haji walaupun belum mencapai umur 55 tahun.

Pada saya, bajet ini bukan sahaja ada pengisian material tetapi juga ada pengisian kerohanian contohnya dalam meluluskan penggunaan tabung simpanan KWSP ini untuk pendaftaran haji. Ini adalah penting Tuan Yang di-Pertua kerana tatkala kerohanian atau perkara-perkara keagamaan ini perlu diberi penekanan. Sebab itu kita tengok hari ini banyak sangat isu berkaitan dengan agama ditimbulkan.

Kita baru-baru ini melihat bagaimana isu hudud dibangkitkan semula. Saya tidak faham kenapa isu hudud ini hendak dibangkitkan. Pertamanya kita kena faham bahawa pelaksanaan hudud ini adalah di dalam kerangka sebuah negara Islam sedangkan kita sudah dengar sendiri ucapan bagaimana negara Islam tidak akan lagi dilaksanakan kerana ceritanya tidak jumpa. Tidak ada dalam al-Quran. Ini ucapan oleh Yang Berhormat Marang sendiri sedangkan saya hendak ingatkan semula ucapan Yang Berhormat Marang. Saya tidak mahu pergi sejarah Banggol Peradong tahun 1983 yang melahirkan amanat Haji Hadi. Saya hendak pergi yang baru semasa melancarkan, sebab saya terlibat. Semasa melancarkan dokumen negara Islam pada 12 November 2003.

final • 2:50 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Marang? “Membangun bersama Islam akan digarap dan dihayati untuk membina negara Islam”. Eh, ada pula negara Islam pada masa itu? Begitu juga semasa melancarkan dokumen negara Islam yang disediakan oleh Sahibul Fadhilah Datuk Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS. Ini ungkapan Yang Berhormat Marang. “Dengan terbitnya dokumen ini akan terjawablah segala tohmahan dan fitnah yang ditabur oleh musuh-musuh PAS kononnya PAS tidak akan menubuhkan negara Islam. Malah pernah dikatakan bahawa seluruh ahli PAS tidak pernah berniat sedikit pun untuk menubuhkan negara Islam”. Akan tetapi baru- baru ini dalam Muktamar Agung PAS 2011, orang yang sama kata kita mulakan dengan pelaksanaan negara kebajikan, itu ada dalam Al-Quran. Dia tidak sebut pun negara Islam dalam al-Quran. Jadi satu pusingan yang begitu jauh. Kerana apa? Kerana Yang Berhormat Bukit Gelugor terbatuk sikit. Itu sahaja.

Bila kita bercakap tentang hudud, ada antara mereka yang menyatakan hudud tidak boleh. Perkataan negara Islam, hudud ini diburukkan oleh UMNO. Saya tidak nafikan memang UMNO ada peranan dalam menjadikan konsep ini satu stigma tetapi yang mereka tidak mahu sebut antara orang yang terlibat ialah Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri masa itu. Macam mana Tun Dr. Mahathir bila menyebut tentang negara Islam, tentang perkara hudud ini, penyokong kuatnya siapa masa itu?

Sebagai mana kata seorang pensyarah baru-baru ini yang mempertikaikan titah Tuanku Sultan Selangor. Dia kata saya tidak kurang ajar. Kurang ajar lagi Tun Dr. Mahathir semasa isu Raja-Raja. Yang dia tidak mahu cakap siapa dia balaci dan barua Tun Dr.

Mahathir masa itu? Yang keliling kampung satu Malaysia kritik dan hentam Raja-Raja.

Bukankah Yang Berhormat Permatang Pauh? Yang ini dia tidak mahu sebut.

Jadi kenapa dalam isu seperti ini mahu kita politikkan? Yang penting kita kena bersama. Perkara pertama kita hendak tanya yang kata hendak dilaksanakan hudud oleh PAS, apa dia yang hendak dilaksanakan? Saya baca sendiri. Mereka sebut bahawa yang hendak dilaksanakan ialah apa yang dilaksanakan di Terengganu dan Kelantan. Saya hendak baca, Tuan Yang di-Pertua. Betulkah enakmen yang dikatakan hudud, qisas dan takzir Terengganu dan Kelantan itu betul-betul hudud Islam? Mereka tidak pernah beritahu. Contoh, saya hendak pertikai enakmen hudud yang dikatakan hudud ini sebab ini hudud PAS. Ini bukannya datang daripada Allah. Contohnya, dalam seksyen 1 disebut tentang orang yang tertakluk kepada hudud, qisas dan takzir iaitu orang mukalaf. Dalam Islam kita panggil orang mukalaf. Dia taklif. Dia tertakluk kepada hudud, qisas dan takzir.

Taklif ini maknanya orang yang sudah mencapai umur akil baligh. Dalam Islam jelas akil baligh, mukalaf, orang yang sudah mencapai umur sama ada wanita sudah datang haid dan lelaki sudah mimpi atau umur sudah sampai 15 tahun kalau tidak datang haid atau tidak mimpi. Itu clear. Akan tetapi tengok di dalam enakmen yang dikatakan hudud PAS ini. Mukalaf maknanya orang yang sudah mencapai umur 18 tahun. Ini bercanggah. Bercanggah dengan hukum yang ada.

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh?

final • 2:50 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kedua. Sekejap sahaja, satu lagi. Saya hendak sebut contoh yang saya rasa sangat berat. Antaranya dalam ini ada pelantikan hakim-hakim. Hakim bukan Islam pun boleh jadi hakim dalam enakmen hudud mereka. Selepas itu berkenaan dengan qazaf, empat saksi. Kalau empat saksi beri keterangan betul ada berlaku zina apa semua, boleh dihukum. Akan tetapi kalau tiba-tiba salah seorang saksi itu tarik diri, yang tiga orang tadi itu akan dihukum pula.

Bukankah tidak adil namanya itu? Adakah dalam hukum? Akan tetapi yang paling saya terperanjat ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam. Yang saya hendak tunjuknya, ini bukan datang daripada yang dikatakan syariat Islam. Contohnya berkaitan dengan liwat. Disebut di dalam ini liwat - seksyen 14. Saya ada enakmen yang belum digazet dan ini enakmen yang digazet. Dalam ini disebut, seksyen 14 – liwat. Tafsiran liwat ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki, kita fahamlah itu, yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

final • 2:50 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Maknanya liwat sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan main ikut pintu belakang. Apa yang saya terperanjat, dia kata selain daripada isterinya, makna kata kalau seorang lelaki, suami main dubur isteri dia itu tidak liwat dalam ‘hudud PAS’ ini.

final • 3:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Apa ini Yang Berhormat Ampang?

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Jadi adakah...

final • 3:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Bagaimana ini Yang Berhormat Ampang?

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Adakah ini hudud?

Orang kata, kalau ikut ayat Yang Berhormat Pokok Sena, main punggung bini tidak mengapa. Tidakkan lah main belakang isteri tidak jadi liwat?

final • 3:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Jawab Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 3:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Kenapa duduk diam sahaja Rantau Panjang?

final • 3:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat, sebab apakah Yang Berhormat sedar di mana Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 hudud PAS tidak digubal oleh pakar-pakar ulama ataupun mustaid. Ia jelas oleh perakuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan yang disiar dalam Harakah terbitan 29 November 1993. Ia mengaku Enakmen Hudud PAS digubal oleh pakar-pakar undang-undang yang berijazah undang-undang sekular. Ini, dia mengaku.

Sehubung dengan itu, memang Yang Berhormat telah menjelaskan tadi Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan bercanggah dengan hukum hudud Allah sebab apakah Yang Berhormat sedar di mana banyak perkara yang perlu diperbetulkan yang sesuai dengan al-Quran, hadis-hadis, pendapat juga ulama dan mazhab Imam Syafii kerana di antaranya diperjelaskan tidak terdapat dalam elemen tersebut contoh 21 mengikut fasal 10(1) enakmen PAS watissubahah sahaja yang dikecualikan daripada zina. Manakala rogol, zina paksa tidak dikecualikan. Apakah wanita yang mengaku dirogol boleh dihukum hudud sedangkan ia dipaksa berzina?

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Itu maksud saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan Enakmen Hudud, Hisab, dan Ta'zir PAS ini ia bukannya daripada undang-undang Islam yang sebenarnya. Mana ada undang- undang Islam kata mukallaf mesti 18 tahun, clear yang itu. Ia membenarkan liwat isteri bukan liwat? Ini bercanggah sama sekali dengan Islam. Tidak tahulah saya kalau fahaman ini dibawa oleh rakan-rakan dalam PAS boleh main belakang isteri. Itu tidak liwat.

Jadi, apa yang saya hendak tunjukkan bahawa yang PAS sebut sebagai Enakmen Hudud ini pun bukan hudud yang dibawa oleh Rasulullah. Mereka reka sendiri dan yang paling saya takut ialah kenyataan seorang sahabat saya. Sekejap ya Yang Berhormat Kubang Kerian. Apa yang saya paling takut, seorang tokoh politik PAS yang agak veteran. Dia kata, “Sebenarnya Syeikh memang sengaja dibuat silap-silap ini supaya UMNO tolak”. Saya check balik dan apabila saya check semula rupanya betul. Pejabat mantan Tun Dr. Mahathir dahulu beritahu, memang Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu tolak kerana ini bukan hudud Islam, ini hudud PAS. Ia ada percanggahan jelas. Isteri dibenarkan boleh diliwat, mukalafnya 18 tahun, dan banyak lagilah sebenarnya. Jadi ia ditolak kemudian dispin bahawa Tun Dr. Mahathir tolak hudud. Apa yang Tun Dr Mahathir maksudkan dia tolak inilah. Ini yang jadi masalah.

Apa yang kita hendak disebutkan Tuan Yang di-Pertua, PAS bolehkah hendak bercakap tentang hudud dalam keadaan antara perkara yang paling kritikal yang perlu dipelihara dan dijaga ialah soal akidah. Saya tanya soalan kepada Jabatan Perdana Menteri tentang fahaman pluralisme yang pernah saya bangkitkan dalam bahas lepas.

Sebentar sahaja Yang Berhormat Kubang Kerian. Adakah fahaman Yang Berhormat Permatang Pauh tentang pluralisme ini sesat tau tidak?

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Jawapan jelas diberi bahawa ungkapan Yang Berhormat Permatang Pauh di dalam ucapan di London School of Economic berkenaan dengan pluralisme, jelas mempunyai ciri-ciri fahaman pluralisme yang difatwakan sebagai sesat, yang difatwakan oleh Sahibus Samahah mufti Perak sebagai fahaman yang boleh merosakkan akidah dan boleh membawa kepada murtad. Ini soal akidah.

Jadi, tidak adakah kawan-kawan dalam PAS hendak pergi jumpa Yang Berhormat Permatang Pauh beritahu, saya sudah hantar surat. Saya beritahu saya sudah hantar surat kepada pejabat Ketua Pembangkang. Kita tidak mahu panjangkan perkara ini tetapi saya minta di bertaubatlah dan baliklah ke pangkal jalan dan balik kepada akidah Islam yang sebenarnya. Saya minta supaya sahabat-sahabat PAS pergi jumpa dia kata, “Benarkah anta ini berfahaman begini? Kalau betul, anta perlu bertaubat”. Ini kerana fatwa jelas bahawa fahaman pluralisme menyamakan semua agama adalah salah. Sebentar Yang Berhormat Kubang Kerian, ya.

Kemudian, adakah dalam soal hudud ini kita lihat bagaimana apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat respons menyatakan bahawa hukum hudud ini kita akui hukum Allah, cuma realiti masa-masa tidak membolehkan kita laksanakan. Oh! Kita lihat respons sampai ke taghut dan sampai ada ke kafir kan Yang Berhormat Perdana Menteri kerana tolak hudud. Akan tetapi apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, ulama PAS, dia kata apa? “PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud. Ini kerana realitinya, PAS berkongsi kuasa parti cauvinis DAP ini dan PKR”.

Apa beza kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Ia sama tetapi apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah sebut seperti itu, oh! Dia kata, “Syeikh, ini siasah syariah” Eh, bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cakap, kamu kata kafir yang ini kamu kata siasah syariah. Bendanya sama, malahan ada di antara mereka kata, PAS tidak boleh laksanakan hudud tanpa persetujuan parti cauvinis DAP ini dan PKR. Kalau yang bercakap itu UMNO lama kena kafir tetapi sebab yang cakap itu mereka, siasah syariah, maqasid syariah. Jadi pokok pangkalnya, ini isu yang penting kepada umat Islam...

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jawablah Yang Berhormat Balik Pulau... [Ketawa]

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya dalam usul, saya di sini Tuan Yang di-Pertua, saya tabik Yang Berhormat Bukit Gelugor sebab konsisten.

Dia hentam hudud ini cukup konsisten. Dia kata, “Over my dead body.”

final • 3:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Baling sampai, Yang Berhormat Baling.

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Cuma yang tidak konsistennya dalam bab dengan Yang Berhormat Permatang Pauh, bukan? Tahun 1997 dia kata Yang Berhormat Permatang Pauh kaki liwat sekarang dia yang jadi peguam bela. Itu yang tidak konsisten dan tidak tahu kenapa. Namun, dalam isu hudud dia cukup konsisten sehinggakan ada kalangan kawan kita dalam PAS sekarang sudah terbalik pula sanggup mati untuk Yang Berhormat Bukit Gelugor pula.

final • 3:10 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini yang jadi terbalik. Apa yang penting...

final • 3:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Ampang, apa sudah jadi Yang Berhormat Ampang.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Kubang Kerian, tidak mengapa kawan saya.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, tadi isu dikatakan hudud PAS itu sebab isu mukallaf, isu 15 tahun. Saya rasa dalam al-Quran pun disebut mumaiyiz atau pun mukallaf ini ia adalah memang perempuan bagi yang sampai haid dan lelaki bagi yang bermimpi.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Akan tetapi dalam al-Quran pun tidak sebut umur. Jadi ini terpulang kepada empat mazhab, empat imam besar yang telah menentukan, mungkin bagi orang Arab timur tengah tahap mumaiyiznya itu mungkin ada sampai 18 tahun, mungkin Melayu 15 tahun.

Jadi apa yang dirujuk adalah tahap kematangan untuk dijatuhkan hukuman itu.

Itu terpulang kepada kebijaksanaan hakim-hakim dalam Islam. Jadi tidaklah maknanya kita meletakkan umur yang bertepatan dengan pendapat-pendapat empat mazhab itu dikatakan undang-undang itu adalah merupakan undang-undang yang terkeluar daripada hukum Islam. Jadi itu memerlukan suatu yang bergantung pada waqie kepada keadaan setempat yang demikian juga tentang liwat. Ada beza liwat dengan orang yang bukan isteri yang liwat pada isteri. Ada ta’zir di situ. Jadi kita harus faham. Jadi jangan kita baca satu kitab sahaja, ada empat kitab dan empat imam...

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Itu harus kita perjelaskan.

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sekarang ini, liwat...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh mencelah, tolong Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Liwat dimasukkan sebagai hudud. Jadi ada bezakah liwat isteri dengan liwat orang lain? Saya ingat tak ada beza.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bolehkah liwat isteri sendiri?

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kalau ikut hudud PAS, bolehlah.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Oh, hudud PAS boleh?

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Boleh.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ha itu aniaya.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Yang Berhormat Kinabatangan, you..,. ini mistake, you tak boleh tuduh macam itu.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat ya.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tak ada dalam hudud PAS, tak ada. Boleh liwat isteri? Tak boleh! Mana-mana agama pun Tuan Yang di-Pertua tak boleh. Mana-mana agama, meliwat isteri tak boleh. Jadi saya minta tarik balik.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya ingat..., saya pegang kepada kenyataan saya.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tidak ada. Dalam Kanun Jenayah Syariah (II) tidak ada. Tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Saya guna Peraturan Mesyuarat 36(6), 26(1)(p).

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Peraturan Mesyuarat 36 mana satu..., on Yang Berhormat Kinabatangan?

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Kedua-dua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tak tahu Yang Berhormat pasal saya mendengar ucapan sekarang ini.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Dia menyebut itu hudud PAS - meliwat isteri boleh! Itu hudud PAS. Tengok Hansard.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Saya minta satu ruling Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Ini 26(1)(p).

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya pegang kepada ucapan saya. Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah Terengganu yang dibuat oleh PAS.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Ya, you sebut hudud PAS - membenarkan liwat isteri? Itu tak betul.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini saya bacalah ini...

[Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Peraturan 26...

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya bacalah ini.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Baik, benarkan saya baca ini. Saya baca balik, saya baca balik.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Saya nak gunakan Peraturan Mesyuarat 26(1)(p). Jadi saya nak merujuk Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan Yang Berhormat Kinabatangan kepada Committee of Privileges kerana mereka mengatakan, meliwat isteri itu hudud PAS.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya baca balik Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Kita check Hansard, kita check Hansard. Tuan Yang di-Pertua, saya minta ruling.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya baca balik.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Ataupun jangan ulang lagi sekali.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya baca balik.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Saya minta Tuan Yang di- Pertua buat ruling ya.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sebentar. Ini ada usul 26(1)(p) untuk merujuk kedua- dua Yang Berhormat kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, over that statement yang mengatakan ada dalam Enakmen Hudud PAS. Saya tengah mendengar ucapan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu daripada tadi Yang Berhormat. Ya, saya tahu tetapi dia membaca dokumen yang mengatakan itu adalah enakmen. So saya dalam keadaan yang serba salah, saya serba salah Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, itu dalam dokumen memang tidak ada, tetapi ucapan tadi saya minta. Untuk keadilan kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Tuan Yang di-Pertua boleh tengok Hansard, tetapi saya menggunakan peraturan itu untuk kita tengok Hansard. Jangan tuduh itu hudud PAS. Itu tak betul!

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Nampak, dia ulang lagi. Dia ulang lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ya saya...

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bagilah saya baca. Saya nak baca tadi tak mahu dengar.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Jadi check Hansard. Jadi meliwat... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Bagilah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu baca dulu.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Meliwat isteri itu bukan hudud PAS.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Kubang Kerian, bagi saya baca dulu.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Mengizinkan liwat isteri itu bukan dalam hudud PAS, dalam mana-mana agama pun tak boleh.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini hudud PASlah ini.

Dokumen, dokumen. Dokumen yang dipegang ini PAS. Saya baca balik.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya minta ruling. Saya minta dia dirujuk.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bagi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu baca dulu.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya baca balik.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu, yang digubal dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri semasa PAS memerintah. Inilah, inilah yang disebut banyak kali sebagai hudud PAS.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sah dan sahih.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini dokumen saya nak baca hudud PAS Terengganu.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya baca seksyen 14, dia sebut, “Liwat ialah satu kesalahan, merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan dilakukan di luar tabii melalui dubur selain daripada isterinya”... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu saya tanya.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar, sebentar Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk dulu.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh saya tanya?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Okey.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ini ada standing order.

Standing order yang dibawa oleh Yang Berhormat Kubang Kerian yang belum diputuskan.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

[Bangun]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau, duduk Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya belum habis lagi.

Saya baca enakmen yang dibuat oleh PAS.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, baik Yang Berhormat. Saya tidak ada privilege over that statement and enactment, tetapi pada saya sekarang ini 26(1)(p) ini tak sesuai Yang Berhormat. Nanti kalau ada pelanggaran yang mengatakan bahawa itu bukan enakmen yang sebenar then ada avenue, so 26(1)(p), saya rasa tak sesuai ketika ini.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak berhasrat untuk merujuk mereka ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Untuk pengetahuan mereka, saya baca balik Tuan Yang di-Pertua. Enakmen ini ialah Enakmen Negeri Terengganu, Bilangan 4, Tahun 2002. Bacalah balik okey.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu boleh habiskanlah Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin penjelasan kalau boleh.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya nak bagi tahu bahawa di dalam draf asal, ini saya ada draf ini.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ha, draf asal! Draf asal! That’s why, you lie!

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Eh yeop, dengarlah dulu... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Dia tahu ini draf asal. Penipu!

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang saya baca...

[Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Sebab itu 26(1)(p) kena pakai... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Ini munafik, munafik!

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Inilah dia munafik Islam!

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Eh orang Islam, buat malu orang Islam sahaja. Jangan main-main.

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Tak menerima kenyataan.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Malukan orang Islam! Tak payah!.. [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Bagi undang-undang Islam kita malu. Bodoh!... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang saya baca tentang enakmen... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Inilah contoh orang Islam yang malukan Islam... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique - Tenggara

Dia ada dua draf.

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

Bukan satu, dua draf.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Menyampuk]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini draf, ini enakmen.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, berbahas dengan sopan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, undang-undang Islam. Yang tak faham, kita tanyalah dengan ulama-ulama Islam.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Peraturan mesyuarat.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Malaysia, orang Islam malukan umat Islam. Jangan, aniaya, aniaya.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Settle, settle.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Kalau kita..., janganlah malukan orang Islam. Apalah!

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini enakmen.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Balik Pulau.

Duduklah Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Yang ini saya akan lawan sampai habis. Kita lawan sampai habis...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, lawan dengan peraturan. Dalam Dewan Yang Berhormat, ada peraturan.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Kita bahas pasal undang- undang Islam, kalau tidak...

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini adalah enakmen yang digazet.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, jadi saya...

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini yang saya baca.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia ada dua. Satu draf, satu enakmen. Dengarlah!.. [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Para munafik, ini munafik, munafik.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Dua draf, dua draf Tuan Yang di-Pertua, dua draf... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Tak tahu peraturan.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Nak selamat, tukar tajuk lain!... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Beberapa Ahli

Ha takut, takut, takut!

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, we take it on.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong.

final • 3:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Satu draf, satu enakmen yang digazet.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Dua-dua ada. Dengarlah dulu. Apalah!

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, gunakan Peraturan Mesyuarat 26(1)(p). Saya merujuk Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, dalam draf pun ada, dalam gazet pun ada... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia draf pun ada, gazet pun ada.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Kinabatangan, duduk. Yang Berhormat Lenggong, duduk.

final • 3:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Dua-dua ada.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat duduk. Ahli Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya sudah buat keputusan tadi bahawa 26(1)(p) tidak sesuai. Walau bagaimanapun, saya minta Yang Berhormat perjelaskan apa tuduhan ke atas tuduhan dan point of order yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:10 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya nak perbetulkan sebab saya baca enakmen yang digazet. Yang saya nak bagi tahu, dalam draf pun ada benda itu... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dua-dua ada, apa lagi?

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bincang, bincang dulu.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Dua-dua ada.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Draf pun ada, gazet pun ada.

Macam mana?

final • 3:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Bila jadi pakar agama Islam pula ini?... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tak payahlah Yang Berhormat Balik Pulau. Suka merendahkan orang. Diri sendiri pun tak tahulah.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Ya, Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ingat floor. You ingat lawyer semua tahukah?

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya hairan pemimpin PAS sendiri pun tidak tahu...

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Bila saya merujuk...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan...

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya merujuk, saya berharap untuk keadilan kita buka Hansard. Ada masa untuk kita beri tempoh buka Hansard. Barulah kita boleh merujuk apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baru.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, 26(1)

(p), ia belum diputuskan. Saya mendengar ketika ini dan saya tidak nampak sebarang pelanggaran...

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Akan tetapi dia mengatakan bahawa... [Disampuk] Itu hudud PAS...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Pada ketika ini...

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Liwat isteri.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Memang betul!

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Liwat isteri, boleh...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Enakmen PAS Terengganu, hudud PAS .....

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Isteri boleh. Ini hudud PAS...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebab kalau boleh... [Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sudah habis masa Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Biarkanlah hudud ini tidak payah masuk campur. Ini Hudud PAS.

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Dia tidak betul.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini enakmen-enakmen PAS Terengganu... [Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akan tetapi hudud PAS mengizinkan suami meliwat isteri, mana boleh. Itu haram, itu haram. Itu tidak boleh, haram... [Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sudah habis Yang Berhormat. Habis masa.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bini tetap bini, tetapi tidak boleh diliwat...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 3:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Tuan Yang di-Pertua menggunakan discretion Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

PKR, diam PKR. Diam sahajalah.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

....Kebenaran dan harus disiasat dan mesti ada silap some where some there.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya sudah buat Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tuan Yang di-Pertua, tolong gunakan kebijaksanaan untuk blok subjek yang memalukan menggunakan perkataan- perkataan yang hodoh, seolah-olah mereka enjoy menggunakan perkataan-perkataan sedemikian.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tidak relevan langsung. Boleh senyum dan gembira ketika bercakap bukan-bukan. Tuduh macam itu tidak perlu hendak bercakap.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ampang, cukuplah Yang Berhormat Ampang. Saya sudah buat keputusan Yang Berhormat, 26(1)(p) saya tolak. Kalau keputusan ini tidak sesuai dan salah, Yang Berhormat boleh buat usul...

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Bawa usul, tidak ada masalah. Bawa usul, biar bertamadun sedikit.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Untuk merujuk semula keputusan saya. Ya, habiskan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Habiskan Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, untuk rujukan mereka, enakmen ini dipanggil...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baiklah.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Dalam draf dipanggil, ”Draf Cadangan Rang Undang-undang Jenayah Syariah Hudud dan Kisas Terengganu”...

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Nantilah dahulu.

final • 3:20 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Dengarlah dahulu.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Dan diluluskan. Draf ini dimasuk semasa PAS memerintah Terengganu, kemudian...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat cukuplah...

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Sudahlah mukalaf pun tidak tahu...

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Enakmen ini ...

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

...Mumaiyiz pun tidak tahu.

Ini apa punya Islam Tuan Yang di-Pertua. Mukallaf pun tidak tahu, mumaiyiz pun tidak tahu, Islam apa itu?

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Enakmen ini diluluskan...

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Ini contoh orang Islam yang memberikan gambaran yang salah.

final • 3:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Janganlah rendahkan orang lain...

[Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Islam apa ini?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya minta habiskan. Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baru...[ Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Mandi wajib pun tidak tahu.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, masa sudah habis.

final • 3:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini kenyataan Kerajaan PAS Terengganu, enakmen yang diluluskan oleh PAS....

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Balik Pulau dengar....

final • 3:20 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Buat malu sahaja...

final • 3:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini draf, ini enakmen yang PAS buat...

final • 3:20 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique - Tenggara

Berani buat, berani mengaku.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya

PKR jangan campur PKR tidak layak hendak berkata begini, PKR duduklah... [Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, masa sudah habis Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua, biar dia jelaskan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bercakap tanpa pembesar suara] [Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Hei, duduklah!

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sudah habis masa Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

...Bahawa PAS pesongkan aqidah umat Islam. Itu sebab kita tentang PAS....

final • 3:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Confirm setuju, setuju.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, enakmen ini...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habislah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Mumaiyiz pun tidak tahu, mukalaf pun tidak tahu...

final • 3:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Mumaiyiz pun tidak tahu hendak cakap mengenai Islam?... Sudahlah.

final • 3:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Come onlah Yang Berhormat Kubang Kerian, janganlah rendahkan orang lain. Janganlah mengaku pandai seorang.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, orang munafik memang takut kebenaran... [Tepuk][Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tidak takutlah. Mandi wajib pun tidak tahu.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah tuduhan...

final • 3:20 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Cukup umur pun tidak tahu.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat cukuplah. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu...

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Orang macam itulah munafik... [Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, yang begini pun salah peraturan mesyuarat.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Pakai apa macam ini ketayap?

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Apa pakai macam ini?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya minta Yang Berhormat habiskanlah. Terima kasih Yang Berhormat .

final • 3:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya malu dengan PASlah.

final • 3:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Jangan nak simpanlah.

Tidakkan sampai tahap macam itu?

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Apa ini?

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

...PAS, agama Islam tidak belajar pun.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya

Keadilan, jangan cakap, jangan campurlah. Keadilan duduk, duduk, duduk.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Balik pulau, control yourself Yang Berhormat. Saya bercakap dari segi peraturan mesyuarat. Takkan tak nak dengar peraturan mesyuarat.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, shouting like that is tidak boleh..

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, dia kata munafik ini apa? Kita pun hendak tindakan tegas. Macam ini tidak boleh.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You want me to let everybody to speak like you?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Putrajaya

Tuan Yang di- Pertua...

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Because….

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You are out of order, please.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

You are not stopping him.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

I’m not stopping him?

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

You are not.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You check the Hansard tomorrow, how many time I stopped him?

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

I will check the Hansard.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You are going against me you know. Saya pula dituduh not stopping dia. You check the Hansard berapa puluh kali?

final • 3:20 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Dia tuduh kami munafik. Munafik itu apa maknanya?

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Dia cakap....

final • 3:20 PM

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat

Cakap depan lain, belakang lain Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

...You tuduh dia tidak tahu apa itu mandi wajib semua apa ini?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, terima kasih Yang Berhormat sudah habis masa. Habis masa...

[Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, habis masa Yang Berhormat. Baik.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kita bahas benda lainlah, benda agama kita hendak cakap pun...

final • 3:20 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Dia pandai cerita tentang agama.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Balik Pulau, you are going over board, jangan macam inilah. Cukuplah.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Kita cerita PAS...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah yang lain duduk. Yang Berhormat Kinabatangan...

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

You pun...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya minta duduk. Masa sudah habis. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Macam mana Tuan Yang di-Pertua boleh terperangkap dalam permainan mereka?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Mereka ganggu saya, saya tidak boleh hendak bercakap. Saya perlukan masa untuk saya...

final • 3:20 PM

Tuang Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Masa sudah cukup.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini enakmen yang mereka buat ...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

We talk about the draft. Dia membaca tentang draft, bukan...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Ini enakmen yang disebut...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Bukan yang diwartakan.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Sudah cukup, sudah cukup.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Watch you!

final • 3:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Dia ada dua.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Dia punya floorlah, jangan ganggu.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

.... Despicable liar, watch you!

final • 3:20 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

...Hendak betulkan keadaan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat...

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:20 PM

Tuang Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Masa cukup.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Mereka sengaja hendak buat bising supaya saya tidak boleh hendak jelaskan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apa Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Sebab mereka takut kepada kebenaran. Saya hendak bagi tahu, enakmen...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Any timelah, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu any time. Go on your ...

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Tuan Yang di-Pertua, enakmen ini dibuat semasa PAS memerintah Terengganu dan ianya merupakan bahawa meliwat isteri itu bukan kesalahan hudud. Itu sahaja.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua you can stop him talking. Dia bercakap tentang draf... [Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sudah habis masa Yang Berhormat. Sudah, sudah, sudah! Duduk Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah - Lenggong

Ini dokumen yang diwartakan.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak habiskan pada point lain.

final • 3:20 PM

Tuang Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Sudah habislah masa.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak payah jadi speaker.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Suruh duduk, tidak duduk- duduk lagi.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak habiskan. Saya hendak rumuskan. Akan tetapi saya hendak bagi tahu bahawa kebenaran memang pahit. Itu sahaja.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Kita sudah tahu, kebenarannya begitulah seksyen 14 membenarkan isteri diliwat oleh suami...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kebenaran apa Tuan Yang di- Pertua?

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Suami.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak perlulah respons Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

He is reading from a draft.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya ingin menyebut bahawa apa yang berlaku petang ini ...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

You are the most despicable liar on earth.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Isu berkaitan dengan...

dalam isu berkaitan dengan umat Islam hari ini, apa yang penting saya sendiri masukkan dalam usul saya usul nombor 50 dalam Peraturan Majlis Mesyuarat jelas saya sebut di situ supaya enakmen berkaitan hudud, kisas dan ta’zir dilaksanakan. Apa yang penting kita sebagai umat Islam kita mahu undang-undang dan cara hidup kita dilaksanakan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang penting sekarang ini ialah untuk orang-orang Melayu yang beragama Islam khususnya yang ada di dalam Parlimen, ahli Parlimen PAS, UMNO dan lain-lain yang beragam Islam bangsa Melayu khususnya duduk semeja. Apa salahnya kita berbincang supaya kita boleh bincangkan perkara ini... [Dewan riuh]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Banar baharu, setakat itulah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, satu sahaja, satu sahaja...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu...

final • 3:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Hipokrit.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Sebelum tutup sebab ini untuk Hansard.

final • 3:20 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, yang penting saya hendak bagi tahu Enakmen Hudud, Qisas dan Ta’zir Terengganu ini adalah dokumen rasmi yang ada di dalam...

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

You are reading from the draft!

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baiklah, cukuplah Yang Berhormat. Tidak payah respons Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Itu sahaja.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

The more you responds, dia tidak akan berhenti.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, dia baca daripada draf, dia kata benda itu sebagai kebenaran.

final • 3:30 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Saya boleh confirm Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Itu yang rasmi!

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Pembohong!

final • 3:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Pembohong!

final • 3:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kuala Selangor, yang rasmi Yang Berhormat!

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu...

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Manusia kazib, kata Rasulullah!

final • 3:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Apa hal PAS buat macam itu!

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Manusia pembohong!

final • 3:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Merendahkan martabat agama!

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya minta Yang Berhormat duduk. Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Apalah profesor ini? Takut dengan undang-undang yang dibuat sendiri!

final • 3:30 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tutup dengan menyatakan bahawa peluang terbaik untuk umat Islam menunjukkan kesatuan ialah untuk bersama pada hari Sabtu ini menghadiri himpunan sejuta umat. Kenapa dalam himpunan haram mereka boleh hendak bersama diketuai oleh orang kafir tetapi dalam himpunan umat Islam mereka boleh tolak. Ini adalah jelas satu mainan politik semata-mata untuk mendapat political mileage dalam keadaan mereka tahu bahawa yang mereka lakukan...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

...Adalah sesuatu yang bercanggah sama sekali dengan Islam... [Tepuk] Wallahualam, wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh... [Tepuk]

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Manusia pembohong. Kazib.

Despicable liar!

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seremban.

final • 3:30 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tahniah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, tahniah!

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seremban.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Tahniah! Nonsense, ucap tahniah!

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tahniah, tahniah!

final • 3:30 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Tahniah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, tahniah.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seremban.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tahniahlah PAS, tahniah PAS!

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Despicable liar!

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

You yang big liar! You are big liar!

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Despicable liar on earth!.. [Dewan riuh]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Liar, liar, liar! Get out liar!

final • 3:30 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ini apa ini?

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Orang Islam bagi malu agama Islam, malu!

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Malu, malu, malu!

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seremban.

final • 3:30 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kerana berikan peluang untuk mengambil bahagian dalam debate ini.

Saya akan bangkitkan tiga empat isu sahaja secara ringkas. Isu yang pertama, saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua ialah satu isu daripada negeri saya iaitu daripada Negeri Sembilan. Lebih kurang dua tahun dahulu ada satu laporan dibuat kepada jabatan rasuah oleh satu ahli Pakatan Rakyat ke atas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan yang dihantar RM10 juta secara haram kepada negara yang lain melalui satu money changer di Seremban.

final • 3:31 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Laporan ini sudah dibuat lebih kurang dua tahun dan setakat hari ini kita tidak dapat apa-apa jawapan daripada jabatan rasuah. Isu ini bukan isu baru sebab saya sudah bangkitkan isu ini lebih kurang dua tahun lalu dan isu ini sudah dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat Rasah tetapi kita tidak dapat apa-apa jawapan daripada jabatan yang berkenaan.

Selain daripada isu itu Tuan Yang di-Pertua, saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada sedikit isu-isu berkenaan orang India dalam negara kita.

Saya bukan bangkitkan isu ini sebab saya seorang India tetapi isu-isu ini melibatkan isu-isu yang saya sudah bangkitkan dahulu.

Yang pertama, dalam KLIA untuk announcements dibuat oleh PA system, bahasa yang digunakan masa ini ialah bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan Arabic. Walaupun kita sudah bangkitkan isu ini dahulu, saya merayu kepada kementerian yang berkenaan untuk gunakan selain daripada empat bahasa ini iaitu bahasa Tamil sebab masa ini kita ada 600,000 orang tourist India datang tiap-tiap tahun ke Malaysia.

Lagi satu isu yang saya suka bangkitkan ialah berkenaan dengan ATM machine. Dalam ATM machine tiap-tiap bank di negara kita menggunakan bahasa Cina, Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris tetapi saya dapat aduan daripada banyak pengundi-pengundi dalam kawasan saya untuk merayu kepada kementerian yang berkenaan untuk gunakan bahasa Tamil kepada semua ATM machine dalam negara kita. Begitu juga bila cheque ditunaikan dalam bank. Di semua bank sekarang cheque boleh ditulis dalam bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan bahasa Cina tetapi bila cheque diberikan kepada mana-mana bank, bahasa Tamil tidak diterima. Cheques dalam bahasa Tamil tidak diterima oleh mana-mana bank.

Oleh sebab itu saya merayu kepada kementerian yang berkenaan untuk semak balik dasar ini dan berikan peluang kepada orang India untuk tulis cheque dalam bahasa Tamil. Walaupun negara kita sudah 54 tahun merdeka, orang India dalam negara kita ada satu peratus sahaja daripada economy cake. Sebanyak 1 peratus sahaja dalam economy cake dan the highest number school dropouts ialah murid-murid India, the highest number of persons with red IC’s, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ialah orang India.

The highest number of unemployed ialah orang India dan jikalau kita pergi mana-mana penjara dalam negara kita seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat yang lain, 40 peratus orang yang ada dalam penjara ialah orang India, 40 peratus.

Oleh sebab itu saya merayu kepada kerajaan untuk semak balik dasar-dasar di atas orang India di negara kita. Lagipun jikalau kita lihat apa kita katakan dalam civil service dalam Malaysia masa ini walaupun banyak cadangan sudah dibuat kepada kerajaan, setakat hari ini di civil service walaupun kita katakan dasar 1Malaysia daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, dalam civil service ada 5 peratus atau 6 peratus sahaja orang India ataupun orang Cina dalam civil service lebih kurang 6 peratus sahaja.

Di Amerika, ramai orang tidak tahu di Amerika ada 3.22 million orang India di Amerika. Daripada 3.22 million orang India di Amerika, 36 peratus doktor di Amerika ialah orang India, 12 peratus scientists di Amerika adalah orang India, 34 peratus Microsoft employees adalah orang India. Oleh sebab itu saya harap kerajaan boleh ambil perhatian di atas isu-isu yang saya bangkitkan tadi.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya suka sentuh lagi satu isu di atas minimum wage. Kita sudah dekat 50 tahun dan MTUC ada bangkitkan isu ini selama 50 tahun untuk dapat gaji minimum. Ada banyak cadangan sahaja tetapi setakat hari ini kita tidak buat apa-apa implementation di atas minimum wage. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya akan bangkitkan isu yang last dan isu yang last itu ialah di atas death penalty dalam negara kita.

final • 3:31 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Ini satu isu yang mana jikalau kita baca international trend masa ini seperti daripada human rights issues, lebih kurang 240 buah negara-negara yang lain sudah abolish death penalty. Saya harap kementerian yang berkenaan boleh semak balik polisi di atas death penalty dalam Malaysia dan hapuskan hukuman mati dalam negara kita. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kapit.

final • 3:40 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, berapa minit kita dapat?

final • 3:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Masih 20 minit.

final • 3:41 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Ada 20 minit. Okey, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk turut serta berbahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bajet ini banyak memberikan pengumuman tentang apa, untuk apa dan bagaimana perbelanjaan akan dilaksanakan. Sesungguhnya, ada yang mengatakan bajet ini mengambil kira kehendak hampir kesemua lapisan masyarakat termasuk juga golongan yang berada apatah lagi yang miskin atau yang kurang mampu. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan iaitu Perdana Menteri kerana memberikan rakyat satu bajet yang amat kita alu-alukan. Akan tetapi bagi saya, bajet ini menceritakan begitu banyak sekali tentang perbelanjaan tetapi tidak menjelaskan bagaimana kerajaan mendapat sumber kewangan untuk menampung keperluan perbelanjaan. Dalam kata orang, it is a whole list of expenditures and little mention on the revenue. Justeru, saya mohon penjelasan yang sebaik mungkin tentang perkara ini.

Nampaknya sasaran pertumbuhan ekonomi negara yang dijangka berkembang pada kadar antara lima peratus dan enam peratus adalah, mungkin kalau dikatakan tidak realistik, akhirnya adalah terlalu tinggi bagi saya. Ini adalah berdasarkan senario ekonomi global yang rata-ratanya dijangka lebih menguncup, lebih buruk daripada yang telah kita alami sekarang. Ramai pakar ekonomi berpendapat sebegini Tuan Yang di-Pertua.

Lagipun, telah disasarkan juga untuk mengurangkan defisit bajet ke kadar hanya 4.7 peratus. Ini sudah tentunya meminta pengurangan perbelanjaan daripada pihak kerajaan ataupun less public spending. Jika inilah gambaran sebenar, maka ia sudah tentu akan bergantung sangat pada perbelanjaan daripada pihak swasta dan sekarang kita selalu mendengar bahawa negara kita tidak lagi mampu menarik foreign direct investment secara besar-besaran atas sebab persaingan yang semakin sengit dari negara-negara lain. Dalam perkara ini, saya juga memohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengkhusus pada satu perkara iaitu isu penggantian Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada pegawai dan kakitangan awam yang berasal dari Sarawak dan Sabah yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berhubung dengan kebajikan pegawai dan kakitangan awam berasal dari Sarawak dan Labuan juga di Sabah yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia.

Saya ingin memberikan pandangan terhadap Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4, Tahun 2009 iaitu mengenai kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang diluluskan cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji. Kedua, surat edaran JPA (S) 63/57/2 Klt.8 (97) bertarikh 8 Februari 2010. Perenggan 5.1(x) SPP Bil.4 Tahun 2009 menyebut mengenai penukaran Bayaran Insentif Wilayah dengan Bayaran Sara Hidup bagi pegawai yang diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) atau berkursus melebihi tempoh tiga bulan. Apakah itu Bayaran Insentif Wilayah (BIW) yang dinyatakan secara spesifik dalam pekeliling-pekeliling berikut: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987; dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007?

BIW diberikan adalah atas dasar memberikan insentif kepada pegawai yang terpaksa berkorban kerana bertugas di antara wilayah iaitu pegawai yang berasal dari Semenanjung yang ditempatkan berkhidmat di Sabah termasuk Labuan dan Sarawak dan sebaliknya. Walau bagaimanapun, pegawai dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di negeri Sabah atau Sarawak juga masih layak menerima elaun ini.

final • 3:41 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Pegawai yang layak adalah pegawai dari Sarawak atau Sabah termasuk Labuan dan Semenanjung Malaysia yang bertukar wilayah dan pegawai dari Sabah, Labuan dan Sarawak yang masih berkhidmat di negeri masing-masing.

Bayaran Sara hidup (BSH) pula dinyatakan dalam pekeliling-pekeliling tersebut: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005; Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2006; dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6, Tahun 2007. Tujuan BSH adalah untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan pegawai perkhidmatan awam persekutuan. Pegawai yang layak pula adalah pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan, pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak dan guru sandaran dan pegawai yang diluluskan cuti belajar di dalam negeri. Pegawai yang tidak layak antara lain adalah pegawai yang dibayar BIW iaitu Bayaran Insentif Wilayah.

Isu-isu berbangkit daripada penggantian BIW dan BSH ini. Kes satu. Semasa pegawai yang berasal dari Sarawak dan Sabah termasuk Labuan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) di universiti-universiti tempatan di Semenanjung Malaysia, contohnya UPM, UKM, UM dan sebagainya, pegawai-pegawai ini tidak akan dibayar Bayaran Insentif Wilayah (BIW) tetapi digantikan dengan Bayaran Sara hidup (BSH).

Persoalannya di sini ialah tujuan BSH adalah untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan pegawai tetapi dalam kes ini, kadar BIW ini yang telah diterima adalah lebih tinggi daripada nilai BSH. Justeru, dengan mengambil nilai yang lebih besar, tinggi dan menggantikan dengan nilai yang lebih kecil, apakah ini akan menjaga kesejahteraan dan kebajikan pegawai serta meningkatkan taraf hidup pegawai berkenaan?

Lampiran A dan Lampiran C dalam SPP Bil. 4, Tahun 2009 tidak ada menyebut mengenai kesan terhadap SPP Bil. 6, Tahun 1987 iaitu pekeliling berkenaan Bayaran Insentif Wilayah kepada pegawai berasal dari Sabah termasuk Labuan dan Sarawak. Ini menunjukkan bahawa SPP Bil. 4, Tahun 2009 adalah tidak mendatangkan kesan kepada SPP Bil. 6, Tahun 1987 dan secara tidak langsung bahawa pegawai yang berasal dari Sabah termasuk Labuan dan Sarawak masih layak menerima BIW dan bukannya BSH.

Kes kedua. Dengan mengambil kira senario kes satu di atas, tempoh cuti belajar bergaji penuh dan berkursus ini juga diambil kira dalam tempoh perkhidmatan.

Justeru, secara tidak langsung, sepatutnya segala kemudahan yang diterima adalah juga sama seperti yang diperoleh semasa berkhidmat. Dalam hal ini, sepanjang tempoh CBBP tersebut, pegawai juga tidak diberikan kemudahan tambang percuma mengunjungi wilayah asal seperti mana yang dinyatakan dalam SPP Bil. 6, Tahun 1987 tersebut.

Dalam usaha untuk menggalakkan perkongsian pengalaman dan menyemarakkan integrasi nasional dalam kalangan penjawat awam dari Sabah termasuk Labuan dan Sarawak, juga adalah wajar supaya penjawat awam dari Sabah, Labuan dan Sarawak dan sebaliknya yang sedang melanjutkan pelajaran diberikan kemudahan tambang percuma seperti yang dinyatakan dalam SPP Bil. 6, Tahun 1987 supaya semangat integrasi nasional ini turut dapat dipertingkatkan.

final • 3:41 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Kes ketiga, bayaran BIW berbanding BSH terutamanya bagi kakitangan sokongan Gred 1 hingga Gred 17 di mana gaji pokok adalah di bawah RM1,000, kadar bayaran insentif wilayah adalah antara 22.5 peratus ke 25 peratus atau pada jumlah RM200 kepada RM250. Jumlah bayaran BIW ini bagi kakitangan sokongan berasal dari Sabah, Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia, sekiranya Lembah Kelang adalah lebih rendah berbanding rakan sama gred yang berasal dari Semenanjung Malaysia yang menerima BSH berjumlah RM300.

Kes keempat, kes ini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di mana pada April tahun 2011 ini pengurusan SSM dengan kelulusan daripada lembaga pengarah telah meningkatkan pemberian BSH sebanyak 100 peratus menjadikan penerimaan BSH kini pada kadar RM600. Kadar ini adalah bagi pegawai mahupun kakitangan sokongan yang berasal dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia, di Lembah Klang, sekiranya. Berbanding dengan penerima BIW iaitu kalangan kakitangan sokongan berasal dari Sabah, Labuan dan Sarawak hanya menerima BIW sebanyak 20 peratus daripada gaji pokok yang berjumlah RM1,200.

final • 3:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Maka kakitangan tersebut akan hanya menerima BIW sebanyak RM240

final • 3:50 PM

sahaja. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa cadangan di sini iaitu

(i) pegawai berasal dari Sabah, Labuan dan Sarawak yang menyambung pengajian di mana-mana universiti tempatan masih layak BIW apatah lagi kalau di universiti tempatan di Semenanjung Malaysia;

(ii) pegawai berasal dari Semenanjung Malaysia yang sebelumnya berkhidmat di Sabah, Labuan dan Sarawak dan menyambung pengajian di universiti tempatan di Sabah dan Sarawak adalah masih layak menerima BIW; dan

(iii) pegawai berasal dari Semenanjung Malaysia yang sebelumnya berkhidmat di Sabah, Labuan dan Sarawak dan menyambung pengajian di universiti tempatan di Semenanjung Malaysia maka pegawai adalah tidak layak BIW sebab telah kembali ke wilayah asal.

Elaun BSH juga turut diberikan kepada pegawai yang menerima BIW atau dipanjangkan ke bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak berdasarkan alasan- alasan berikut, iaitu:

(i) BIW diberikan atas dasar insentif kepada pegawai yang terpaksa berkorban kerana bertugas di antara wilayah, BSH pula diberikan atas dasar menjaga kesejahteraan dan kebajikan pegawai-pegawai awam;

(ii) kos sara hidup di bandar-bandar utama Sabah dan Sarawak yang lebih tinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia; dan

(iii) kadar bayaran BIW bagi kakitangan sokongan yang berasal dari Sabah itu termasuk Labuan dan Sarawak ialah lebih rendah berbanding bayaran BSH juga menunjukkan bahawa Bayaran Sara Hidup (BSH) patut dipanjangkan kepada penerima Bayaran Insentif Wilayah (BIW) yang bertukar wilayah.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharaplah sepanjang itu, sedalam itu penjelasan tadi ataupun cadangan usul telah saya kemukakan ini diambil kira. Oleh kerana banyak objektifnya lebih-lebih lagi untuk kita menyelaraskan, untuk kita mengadakan satu situasi yang saksama dan juga untuk kita membantu pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan kerajaan agar mereka kesemuanya adalah sedikit berpuas hati. Jikalau tidak, ada di kalangan mereka ini merasakan ada yang tidak berapa betul dalam apa yang telah saya nyatakan tadi.

Oleh kerana masih ada peluang, ada masa Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya hendak sentuh iaitu peluang sebagai pendidik untuk rakyat di Sarawak. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rakan-rakan Yang Berhormat daripada Sarawak dalam isu ini bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia harus melatih seramai mungkin anak-anak Sarawak yang berkelayakan untuk menjadi guru dan seterusnya mengajar anak bangsa sendiri daripada kementerian menghantar tenaga pengajar daripada Semenanjung secara beramai-ramai ataupun terlalu ramai ke Sarawak bagi mengisi kekosongan ini.

Dengan syor berkenaan janganlah saya disalahertikan dan tidak bermakna saya anti Semenanjung, tidak. Jauhlah daripada itu. Tidak sama sekali saya mempunyai niat sedemikian. Cuma saya membangkitkan isu ini atas dasar bahawa anak-anak tempatan iaitu anak Sarawak yang berkelayakan harus diberi peluang terlebih dahulu untuk mendidik anak mereka sendiri di samping berpeluang menyertai perkhidmatan kerajaan. Lebih-lebih lagi dalam bajet yang telah dibentangkan baru-baru ini, ramai di kalangan mereka menaruh harapan dan lebih tertarik kepada profesion perguruan ini oleh kerana agak lumayan juga kalau kita lihat karier path mereka secara gaji dan yang lain di karier pengajaran ini.

final • 3:50 PM

sahaja. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa cadangan di sini iaitu

Saya tidak sama sekali meminta bahawa kita patut memberhentikan penghantaran tenaga pendidik dari Semenanjung ke Sarawak. Ingin saya tekankan sekali lagi bahawa saya amat berterima kasih dan sesungguhnya amat menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka selama ini terhadap anak-anak tempatan di Sarawak. Banyak juga di Kapit kenalan saya dan saya amat menghargai mereka khususnya, apa-apa yang kita persoalkan adalah angka tenaga pengajar daripada Sarawak yang berkurangan jika berbanding dengan angka tenaga pengajar daripada Semenanjung di sekolah-sekolah pendalaman di negeri Sarawak.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi isu iaitu berkenaan dengan MAS dan AirAsia. Saya tidak sama sekali mempersoalkan share swap, semestinya ada objektif dan ada sebab-sebab tertentu. Hanya dalam perkara ini saya ingin menarik perhatian kerajaan agar rakyat tidak dibebankan. Maksud saya janganlah ada rationalization dalam operasinya nanti, rakyat yang amat memerlukan perkhidmatan ini sepertinya kami di Kapit dan di daerah-daerah yang sekeliling bandar Sibu, di mana di sana ada satu airport ataupun lapangan terbang kepada Central Region Sarawak. Kita bergantung sangat kepada penerbangan daripada Sibu ke Kuching, ke Bintulu, ke Miri, ke Kota Kinabalu dan juga sesungguhnya ke Johor dan ke Kuala Lumpur yang pada setiap hari kerap kali diadakan. Akan tetapi baru-baru ini flight ataupun pesawat seharian telah banyak dikurangkan jadi itu menimbulkan masalah kepada kami di sekeliling Bandar Sibu...

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Oleh kerana dalam minggu lepas Yang Berhormat Bandar Kuching memberi saya peluang, saya bagi peluang sedikit sahaja sebab...

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Boleh. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Boleh. Akan tetapi jangan berpolitik.

Itu janji dia.

final • 3:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tidak, tidak. Tidak politik. Ini memang kebajikan rakyat. Yang Berhormat Kapit, bukankah kita tahun lalu baru luluskan satu Akta Persaingan di mana kita hendak menggalakkan persaingan di antara persaingan di industri-industri masing-masing. Soalan saya adalah dengan kelulusan Akta Persaingan supaya kita dapat menggalakkan persaingan, kenapa kerajaan masih meluluskan share swap itu di antara MAS dan AirAsia yang akan mewujudkan satu monopoli, di mana rakyat dan consumer yang akan dikorbankan. Bolehkah Yang Berhormat beri sedikit pandangan atas itu?

final • 3:50 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Saya bagi Yang Berhormat Kota Belud sekalilah.

final • 3:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat, kita diberitahu di negeri Sabah setelah merger dengan izin ini dibuat bahawa representative atau wakil daripada negeri Sabah dan Sarawak tidak duduk di dalam lembaga pengarah entiti baru ini. Dahulu macam di Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri mewakili kepentingan negeri Sabah di dalam MAS. Sekarang ini beliau telah dikeluarkan.

final • 3:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kononnya yang diberi alasan ialah, mereka mahu supaya board of director itu terdiri daripada orang-orang perniagaan yang mengetahui tentang perjalanan perniagaan. Pada saya alasan itu kurang tepat sebab Sabah dan Sarawak mesti ada wakil di situ kalau pun paling tidak untuk menjaga kepentingan penduduk negeri Sabah dan Sarawak.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 4:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Biar saya jawab yang sebelah sini dahululah. Pertamanya ucapan ataupun pertanyaan daripada Yang Berhormat Kota Belud ini boleh dimasukkan dalam ucapan saya dan kita mohon penjelasan yang sedalam-dalamnya nanti daripada pihak kementerian. Sebab saya sendiri pun ingin penjelasan yang begitu. Kalau betul dahulunya dalam MAS ada wakil daripada Sabah dan Sarawak duduk di dalam lembaga pengarah mengapa tidak sekarang itu bagi saya memang tidak sepatutnya dikeluarkan sebab kita ini wilayah begitu besar kedua-dua negeri ini. Mungkin di situ juga banyak penerbangan AirAsia dan MAS sekali. Jadi biar saya mendapat penjelasan daripada kementerian...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Gulung Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Gulung?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

final • 4:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Baru masuk Tuan Yang di-Pertua, gulung... [Ketawa] Okey kepada Bandar Kuching saya memang tahulah kerana kita tahun lepas meluluskan akta itu. Begitu juga biarlah kementerian beri penjelasan kepada apa yang telah ditanya Yang Berhormat Bandar Kuching melalui saya. Kita semuanya ingin penjelasan sedalam-dalamnya daripada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah sedikit. Saya tahu sebab ini berkenaan sedikit dengan kawasan luar bandar. Telah disebut oleh rakan-rakan yang mewakili kawasan luar bandar, di Dewan ini RISDA. Saya amat mengalu-alukan sekarang RISDA sudah masuk ke Sarawak dengan secara besar-besaran. Banyak telah diumumkan telah mula dipergiatkan aktiviti RISDA untuk membantu kita di Sarawak untuk kita meluaskan tanaman getah dan sebagainya. Cuma dalam hal ini di Sarawak oleh kerana kawasan luar bandar ini memang begitu luas sekali jadi di kesemua tempat semua ada penduduk orang luar bandar.

Jadi saranan saya di sini kepada RISDA dan kerajaan biarlah RISDA ini kalau di Sarawak janganlah bergiat di satu-satu daerah sahaja sebab rakyat kita di luar bandar amat memerlukan mata pencarian kewangan economy well being. Orang-orang di luar bandar ini bukan hanya di satu daerah di satu bahagian sahaja. Yang Berhormat...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Boleh ya, jelaskah Tuan Yang di- Pertua?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Jelas ya. Okeylah. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kita sampai 5.30 sahaja Yang Berhormat tidak boleh sambung lagi.

final • 4:00 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Saya menyokong bajet ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

[Ketawa] Setujukah bagi 10 minit. Yang Berhormat saya hendak tanya Yang Berhormat? Kita biarlah bersama. Boleh Yang Berhormat?

final • 4:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Ya.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi janganlah bagi peluang kepada orang lain bercakap. Jadi bila bercakap, cakap seorang sahaja. Tidak payah ada intervention. Pencelahan. Sila Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 4:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Belanjawan negara bagi tahun 2012. Bajet 2012 tidak menyebut secara langsung projek MRT yang dibina dari Sungai Buloh ke Kajang yang menelan belanja RM50 bilion. Walaupun projek bermaksud baik dan memudahkan pergerakan rakyat namun di sana sini terdapat rungutan dan bantahan orang ramai mengenai bagaimana projek akan bermula dan kesan ke atas kehidupan orang ramai sedia ada.

Di kawasan saya Parlimen Bukit Bintang jajaran MRT yang melintasi Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang sebelum menuju ke selatan ia mendapat bantahan orang ramai kerana banyak tanah sepanjang Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang milik persendirian akan diambil menerusi penguatkuasaan Akta Pengambilan Tanah Tahun 1960 dan Kanun Tanah Negara lantas menyebabkan mereka hilang hak kepunyaan tanah tersebut yang dipegang selama ini.

Jajaran MRT akan melalui bawah tanah dan di Jalan Sultan itu akan dibina sub stesen. Penduduk membantah tindakan pengambilan tanah kerana kebanyakan di situ bangunan yang sedia ada adalah bangunan lama dan sesuai digazetkan sebagai bangunan warisan dan bahan sejarah untuk tatapan generasi akan datang. Jika bangunan-bangunan atas tanah tersebut akan dirobohkan dan akan hilanglah identiti bangunan warisan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, orang ramai musykil mengapa projek MRT melalui bawah tanah kecuali stesen Jalan Sultan akan berada atas tanah memerlukan pengambilan tanah persendirian sedangkan ia boleh berterus tanpa perlu memiliki tanah dan bangunan yang sedia ada. Nampaknya Syarikat Prasarana Negara Berhad yang kini ambil alih oleh Prasarana itu ialah MRT Co. mempunyai agenda tertentu untuk mengambil kesempatan melaksanakan projek MRT berserta dengan pembangunan harta. Ini patut dihentikan dan digantikan dengan rancangan yang lebih baik. Cadangan mengambil tanah itu di Jalan Sultan hendaklah diberhentikan walaupun warta berkaitan telah dikeluarkan dan rundingan telah dijalankan. Saya mencadangkan di sini ialah kerajaan haruslah menarik balik semua yang mengambil tanah yang diisytiharkan, digazetkan di dalam BDG dan nama-nama pemilik ini harus digazetkan dan ditarik balik.

Walaupun majlis penerangan diadakan bagi menjelaskan maksud projek tetapi orang ramai terutama pemilik masih tidak dapat menerima hakikat mereka hilang tanah di situ. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengutarakan cadangan supaya banyak lagi bangunan lama sekitar Jalan Sultan hendaklah dikekalkan dan dijadikan bangunan warisan. Ia merupakan satu kawasan asal bandar raya Kuala Lumpur untuk masa ini. Kerajaan perlu membuat pemeriksaan dan semakan bangunan-bangunan lama sekitar pusat bandar raya diwartakan sebagai bangunan warisan. Selain itu di kawasan Bukit Bintang yang merupakan pusat perdagangan segi tiga emas yang mana menjadi tarikan pra pelancong asing.

Sebut sahaja Bukit Bintang kebanyakan pelancong asing sudah mengetahui di mana ia terletak dan suasana kondusif yang ada di situ. Cadangan membina Stesen MRT di Bukit Bintang akan menyebabkan banyak bangunan yang menempatkan pelbagai perniagaan, perkhidmatan serta ribuan pekerja akan menerima nasib malang bila ia terpaksa dirobohkan dan perniagaan ditutup. Ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan masing-masing dan hilang juga sumber pendapatan. Inilah kesan buruk projek MRT di Bukit Bintang.

Bila projek bermula para pelancong akan melarikan diri ke hotel dan ke tempat lain kerana mereka tidak akan sanggup membenarkan diri dalam suasana kesesakan, hingar bingar bunyi bising yang datang dari projek ini. Aktiviti perniagaan di kawasan tersebut akan terjejas dan susah. Ini ada satu yang 10 tahun yang lalu. Oleh kerana menutup Jalan Bukit Bintang dalam tempoh hanya tiga bulan, Bukit Bintang sudah jadi satu bandar raya, satu city yang dikatakan dihantui, tidak ada orang datang ke tempat itu. Saya harap kerajaan haruslah mengambil belajar daripada apa yang berlaku 10 tahun yang lalu dan stesen yang dicadangkan haruslah di tempat yang lebih sesuai.

Saya dicadangkan bahawa di Bukit Bintang ada satu tempat kosong ialah itu di bekas Cinema Cathay, tempat lapang meletak kereta sahaja. Ini stesen boleh diletak di sana mengelakkan bila projek memulakan tidak mengganggu aktiviti-aktiviti di kawasan itu.

final • 4:03 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu isu yang amat kecewa ialah tentang UDA, Hentian Puduraya. Baru-baru ini setahun yang lalu kerajaan telah membelanjakan RM50 juta untuk menaik taraf Hentian Puduraya, sekarang nama sudah ditukar Sentral Pudu. Oleh kerana naik taraf itu ramai para peniaga kecil yang di sana dulunya sewa hanya RM1,000 satu bulan. Sewa ialah RM718 dan caj perkhidmatan RM182 sahaja.

Akan tetapi bila naik taraf sudah siap caj perkhidmatan sudah naik dari RM182 hingga RM2,419. Banyak 15 kali ganda dari yang mula itu.

Saya dapat aduan dari para peniaga kecil di sana, ramai ialah kaum bumiputera. UDA salah satu perbadanan patut membela nasib bumiputera peniaga kecil, bukan menekan mereka. Sekarang UDA telah memberi satu surat meminta mereka bayar jumlah RM12,374.00 ialah tiga bulan sewa cagaran ialah RM8,599.50 sen. Satu bulan sewa pendahuluan ialah RM2,866.05 sen. Ini jumlah RM12,000 lebih.

Kalau peniaga kecil dipaksa membayar satu jumlah yang begitu besar mereka terpaksa menggulung tikar perniagaan mereka. Saya harap UDA mengambil perhatian bahawa satu perbincangan antara Persatuan Peniaga Kecil di Hentian Bas Puduraya untuk mencari satu jalan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh para peniaga kecil ini.

Oleh kerana masa yang singkat saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua memberi peluang berucap di sini. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Setiu.

final • 4:10 PM

Dato' Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua pertamanya saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kerana saya diberi peluang untuk sama untuk membahaskan cadangan Belanjawan 2012 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 7 Oktober yang lalu.

Seterusnya saya juga ingin mengucapkan banyak terima kasih serta penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan Belanjawan 2012 yang penuh keprihatinan serta menyeluruh kepada rakyat biasa, penjawat awam dan juga para usahawan di negara kita; iaitu selari dengan matlamat, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Mudah-mudahan belanjawan ini dapat disempurnakan dengan baik setelah masanya tiba.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua saya ingin membangkitkan ialah rancangan tebatan banjir. Di dalam belanjawan ini kerajaan telah pun meluluskan sebanyak RM1 bilion bagi kawasan-kawasan yang kerugian banjir iaitu yang melibatkan 4 juta penduduk yang berada di kawasan berisiko. Rancangan tebatan banjir ini melibatkan Perlis, Perak dan juga Johor sahaja.

Jadi Tuan Yang di-Pertua selaras dengan peruntukan ini saya ingin memohon supaya rancangan tebatan banjir ini juga dimasukkan pada negeri Terengganu khususnya di Daerah Setiu yang mana satu rancangan pengairan Setiu yang telah pun dilaksanakan pada tahun 2009 dan dijangka siap pada Oktober 2010 akan tetapi telah terbengkalai sehingga ke hari ini. Oleh kerana rancangan pengairan Setiu ini akan membantu lebih kurang 1,500 hektar tanah padi jika perancangan ini siap. Jadi oleh kerana program ini tergendala akibat ketiadaan ataupun ketidakcukupan duit ataupun terlebih masa, saya memohon pihak kerajaan supaya meneruskan rancangan pengairan Setiu. Ini supaya kerja-kerjanya dapat dilaksanakan dengan baik apatah lagi kawasan ini merupakan kawasan padi yang mana pada masa kini kita sangat memerlukan padi. Akibatnya ialah seperti mana yang kita maklum di Bangkok juga telah mengalami kesusahan banjir yang melibatkan jutaan tanah telah pun rosak.

Jadi Tuan Yang di-Pertua yang seterusnya saya juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberikan tabung khas perumahan nelayan yang melibatkan 77,000 nelayan diharapkan akan mendapat faedah.

final • 4:13 PM

Dato' Mohd. Jidin Shafee - Setiu

Apa yang kita harapkan ialah nelayan-nelayan yang benar-benar susah dan juga mempunyai tanggungan serta berisiko terutamanya nelayan-nelayan di pantai timur yang mana di dalam setahun hanya tiga empat bulan sahaja dapat bekerja.

Dengan adanya bantuan sebegini kita harap nelayan-nelayan ini akan terus bersama-sama mengecapi kehidupan seperti mana masyarakat-masyarakat lain juga.

Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 4:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Membantulah Yang Berhormat. Yang Berhormat Ampang.

final • 4:13 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana dapat mengambil bahagian dalam bahas ini. Saya akan fokuskan bahas saya kepada fokus kelima iaitu meredakan inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat dalam belanjawan membela rakyat dan mensejahtera negara yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Namun demikian saya lihat dalam hujah-hujah perbahasan ini, kita lihat banyak yang pertikai bagaimana pelaksanaan yang hendak dilakukan dan nampaknya hanya manis di bibir sahaja. Jadi dalam kos sara hidup Tuan Yang di-Pertua, pembentangan belanjawan gula-gula Perdana Menteri mengatakan akan memberikan sumbangan RM500 kepada golongan yang berpendapatan – keluarga yang berpendapatan sebanyak RM3,000.

Kita tengok sekarang keadaannya, realitinya pelaksanaan kerajaan terhadap kawalan kenaikan barang pun tidak boleh dilaksanakan. Kenaikan barang mentah dan masakan harian terus meningkat. Tidak seimbang dengan kadar pendapatan bulanan yang masih ditakuk lama. Situasi ini menyebabkan rakyat terpaksa membuat pelbagai pinjaman sampingan bagi menampung tekanan ketidakseimbangan belanjawan yang dihadapi.

Malah ada di antaranya juga terpaksa membuat dua tiga kerja semata-mata bagi menghadapi krisis kenaikan ini. Buktinya telah dicatatkan bahawa nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat di negara ini telah mencecah sehingga kadar 140 peratus iaitu merupakan yang tertinggi di dunia. Hutang isi rumah pada tahun 2010 telah mencecah sehingga RM583.3 bilion peningkatan sebanyak 12.5 peratus berbanding dengan 2009.

Manakala nisbah hutan isi rumah pada KDNK pada tahun 2010 pula mencecah sehingga 76 peratus. Lebih menggusarkan ini menunjukkan hampir 60 peratus daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membayar hutang. Ini memberi kesan yang besar terhadap kualiti hidup harian keluarga terutama keluarga muda dan keluarga di bandar-bandar. Rakyat golongan pertengahan majoriti ini akan terpaksa merendahkan kualiti makanan keluarga sehingga ke tahap minimum.

Kualiti pendidikan anak-anak mula terabai. Malahan lebih teruk lagi kualiti kesihatan juga terpaksa dilupakan kerana ke tidak kemampuan ini. lebih mendukacitakan kerajaan yang seharusnya bertindak sebagai public and society interest care taker, dengan izin, juga nampaknya gagal memainkan peranan apabila Bank Negara sendiri dilihat seolah-olah tidak berdaya untuk mengawal tindakan haloba dan tekanan kadar faedah pinjaman yang terus meninggi oleh sistem dan institusi perbankan yang dikenakan terhadap peminjam yakni kepada rakyat. Peminjam iaitu rakyat.

final • 4:17 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Inilah hakikat sebuah dilema kesengsaraan yang membebani hampir 40 peratus rakyat di negara ini yang berpendapatan hanya RM1,500 sebulan. Maka, tidak hairan apabila dicatatkan bahawa hampir 41 orang muflis setiap hari. Persoalannya, apakah mekanisme dan jaminan kerajaan bahawa pemberian RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ini ke bawah secara one-off akan dapat membantu keluarga yang dibebani hutang-hutang ini bebas dari tekanan ketidakseimbangan belanjawan isi rumah yang sedang dihadapi kini bagi menjamin suatu standard kualiti hidup harian yang selesa buat rakyat.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan baru-baru ini, bahawa proses pengagihan bantuan ini akan diserahkan di bawah tanggungjawab Lembaga Hasil Dalam Negeri dan penerima akan diminta untuk berdaftar dan mengisi borang dengan LHDN terlebih dahulu. Apa yang dilihat, secara tidak langsung proses ini akan merumitkan dan membebankan penerima kerana sudah pastinya proses pendaftaran akan mengambil masa yang lama malahan proses ini juga seolah-olah sengaja mahu menambahkan red tape dan birokrasi yang seterusnya meminggirkan penjaja-penjaja kecil seperti penjual nasi lemak, kedai-kedai runcit dan rakyat yang tidak ada kerja tetap. Inikah cara BN membela rakyat dan mensejahtera negara? Telunjuk lurus, kelingking berkait.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan Dewan ini juga kita dengar bagaimana bertimbun-timbun fail yang tidak diselesaikan oleh JKM terhadap permohonan-permohonan orang susah, orang miskin, warga tua dan sebagainya. Saya tidak boleh hendak bayangkan bagaimana mereka hendak mengagihkan wang sebanyak RM500 ini kepada hampir 60 peratus keluarga di Malaysia. Saya tidak tahulah kalau dia akan berikan berguni-guni wang kepada Ketua Bahagian UMNO untuk angkat ke rumah-rumah untuk mengagihkan wang ini. Selain daripada itu, saya tidak nampak bagaimana ini boleh dapat dilaksanakan.

Belanjawan Jingga Pakatan Rakyat, lihat! Ia menjanjikan, menawarkan mekanisme yang lebih baik dengan memperuntukkan RM1,000 kepada suri rumah tangga. Polisi ini amat membanggakan wanita Malaysia. Kenapa? Ini kerana ia memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap peranan wanita dalam pembangunan negara. Pelaksana gender responsive budget yang mana belanjawan BN masih gagal untuk faham konsep GRB. Kita sudah ada perkataan GRB dalam Belanjawan Jingga ini. Namun, Kerajaan Barisan Nasional sudah 15 tahun menandatangani Perjanjian CEDAW masih gagal, lagi hendak memahami apa konsep GRB yang mana peruntukan kerajaan diberikan manfaat kepada wanita dengan secara langsung. Demi rakyat, Menteri dan kerajaan, BN harus meneladani dan belajar dari Belanjawan Jingga Pakatan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, bukankah baik sekiranya pemberian – kalau ia pun hendak beri RM500 itu, disalurkan melalui suri rumah tangga kerana merekalah yang menjaga hal ehwal perbelanjaan rumah tangga dan merekalah yang patut diberikan RM500 ini agar mereka boleh mengaturkan cara perbelanjaan terbaik untuk isi keluarga. Pengiktirafan keupayaan wanita kononnya hendak meningkatkan penglibatan 30 peratus wanita di sektor korporat tetapi apakah sistem sokongan yang dirancang?

Tidak ada. Wanita muda hendak pergi bekerja, berikanlah mereka kelegaan. Ada satu sistem sokongan yang mana anak-anak mereka dapat dijaga dan dibela dengan berkualiti tinggi. Ini yang kita perlu.

Bertahun-tahun mengatakan bahawa sudah ada tadika-tadika, sudah ada ‘creches’ di tempat-tempat kerja, namun tidak dapat terlaksana. Itu satu. Keduanya, kualiti juga harus ditingkatkan kerana ibu-ibu muda ini adalah orang-orang yang berpelajaran tinggi, doktor, lawyer, engineer. Bagaimana mereka hendak melegakan anak-anak mereka, seorang engineer, doktor ini membiarkan anak mereka dijaga oleh penjaga-penjaga yang berkualiti rendah dan apatah lagi kalau mereka adalah daripada golongan warga asing, orang Indonesia dan orang Myanmar Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya minta perkara ini harus dikaji agar satu sistem sokongan yang mantap dirancang dan kualiti penjagaan kanak-kanak dalam ‘creches’ ini ditingkatkan dan kualiti guru-guru dan penjaga-penjaganya juga harus ditingkatkan agar orang-orang muda ini boleh masuk ke lapangan ekonomi dengan lebih rasa selesa dan lega.

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat belanjawan pada tahun 2010 ini, PERMATA sudah hilang. Tidak tahu ke mana perginya PERMATA. Sudah dibawa lari dengan cincin jelmaan RM24 juta, sekejap ada sekejap tidak ada. Ke mana perginya peruntukan 3 tahun berturut-turut kepada PERMATA? Tiada satu pun laporan kewangan dibentangkan, pihak Menteri malah selalu mengelak apabila ditanyakan soal PERMATA ini. Jadi kalau PERMATA sudah hilang, sebut sudah hilang, cakap siapa curi. Kita senang, kita tahu apa jawapannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan hal...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada dua minit lagi Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Ya. Tadi sibuk cakap tentang agama dan sebagainya daripada mereka yang mungkin tidak ada kelayakan untuk berhujah tentang agama, tetapi saya juga hendak bertanya kepada Menteri agama.

Negara kita ini adalah negara Islam, sebagai seorang Islam dan agamanya rasmi agama Islam, kita harus memikirkan bagaimana kita hendak melaksanakan undang- undang Islam.

Jadi sebagai sebuah negara Islam, bukankah ia menjadi tanggungjawab kerajaan di bawah kementerian agama untuk memainkan peranan dalam memberikan penerangan dan penjelasan mengenai hudud agar rakyat bukan Islam dapat memahami lebih mendalam mengenainya. Insya-Allah saya percaya perancangan program penerangan yang berterusan akan dapat memberi pengetahuan dan justeru meminimumkan tentangan terhadap Islam dan hudud. Islam itu adil, mana mungkin ia tidak memberikan satu undang-undang yang adil untuk semua orang. Jadi kita minta Menteri agama memainkan peranan, dalam masa jangka panjang buat satu program berpanjangan agar umat yang bukan Islam dalam negara kita dapat memahami apa itu konsep hudud dan apabila kita laksanakannya kemudian, ia dapat diterima oleh mereka yang bukan beragama Islam. Saya juga amat berharap Menteri memanfaatkan kuasa media yang ada untuk tujuan ini dan tidaklah disalahgunakan untuk memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat dan program-program lagha sahaja...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, masa Yang Berhormat sudah...

final • 4:20 PM

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang

Akhir sekali, penutup Tuan Yang di-Pertua. Belanjawan membela rakyat mensejahtera kan negara adalah belanjawan olok-olok. Banyak menjanjikan one-off sana-sini, namun tidak ada keberanian untuk memberi satu dasar yang lebih menjamin keselesaan hidup rakyat seperti dalam Belanjawan Jingga Pakatan Rakyat yang menjanjikan gaji minimum RM1,100. Ini seolah-olah Kerajaan BN tidak ada keyakinan. Pelaksanaan gula-gula sana-sini membawa banyak persoalan tentang pengendaliannya dan kemungkinan besar seperti yang lepas-lepas, tidak ditunaikan, hanya manis di bibir sahaja. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Parit.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2012. Alhamdulillah kita telah dibentangkan dengan pembentangan bajet yang cukup terbaik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dengan merangkumi segala aspek yang memberikan manfaat kepada semua rakyat dan juga setiap lapisan masyarakat. Di atas keprihatinan sebuah kerajaan kepada rakyatnya, satu bajet yang tidak dijangkakan telah dibentangkan dengan penuh keyakinan demi kesejahteraan semua pihak untuk menjalani kehidupan yang terbaik di masa yang akan datang.

Berikut melalui Bajet 2012, RTP menerima peruntukan RM5 bilion bagi memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asas luar bandar merangkumi Program Jalan Luar Bandar dan Projek Perhubungan Desa. Di dalam kesempatan ini, saya sekali lagi ingin menyebut bahawa untuk membina sebuah jambatan yang menyeberangi Lambor Kanan-Lambor Kiri khususnya di Parlimen Parit yang telah pun diluluskan tempoh hari, tetapi masih lagi belum dapat dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mewakili masyarakat Parlimen Parit memohon kepada pihak kerajaan agar dapat meluluskan peruntukan bagi melebar luruskan jalan Siputeh ke Parit yang ia dapat menghubungkan perhubungan yang cukup baik. Pada masa yang sama, di situ adanya Maktab Rendah Sains Mara yang boleh untuk dipergunakan oleh masyarakat khususnya di Parlimen Parit.

Tuan Yang di-Pertua, dalam peruntukan Bajet 2012 juga saya ingin memohon kepada pihak kerajaan bagi membina sebuah kolej komuniti di Parlimen Parit yang bersebelahan dengan Maktab Rendah Sains Mara. Ini bertujuan memberikan peluang kepada pelajar untuk menyambung pendidikan di dalam bidang kemahiran.

final • 4:28 PM

Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit

Malah ia juga turut dapat mengembangkan dan mempromosikan bidang kemahiran kepada pelajar dan membina satu generasi yang mempunyai kemahiran di dalam bidang tertentu. Secara tidak langsung, ia menyambut baik langkah dan saranan kerajaan kepada pelajar yang berminat di dalam bidang kreatif dan inovatif dan melahirkan usahawan di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

final • 4:28 PM

Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria - Parit

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan usaha positif daripada kerajaan yang menjadikan rakyat sihat sejahtera dan boleh menikmati kemudahan hospital yang baik dari semasa ke semasa menerusi peruntukan mengurus sebanyak RM5 bilion dan RM1.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Saya amat bersetuju penambahbaikan yang akan dilaksanakan di hospital tertua yang juga merupakan hospital terulung Malaysia iaitu Hospital Kuala Lumpur selain membina hospital khusus untuk wanita dan kanak-kanak.

Saya juga ingin membangkitkan sekali lagi permohonan pembinaan hospital baru Seri Iskandar yang berada di tapak 12.1 hektar di mana permohonan ini telah pun dilakukan bagi menggantikan Hospital Changkat Melintang di Parlimen Parit yang ianya telah lama dan saya sekali lagi mohon kepada pihak kerajaan agar dapat memberikan perhatian kerana 120,000 masyarakat khususnya di daerah Parit Tengah, Parlimen Parit amat memerlukan bentuk-bentuk kesihatan yang cukup baik kepada masyarakat.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, tiba masanya kerajaan melakukan satu kajian secara terperinci dalam penetapan umur persaraan daripada umur 56 tahun ke 60 tahun. Selain itu saya memohon agar kerajaan mengkaji semula penetapan skim pencen yang sedia ada kepada skim pencen minimum berdasarkan putaran ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dengan yang demikian, penjawat awam adalah struktur menentu arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam bagi memenuhi tanggung jawab dan amanah mereka sebagai pekerja kepada negara, dan memberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota penjawat awam sebagai institusi utama yang membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, pengumuman baru-baru ini mengenai kebenaran mencarum KWSP membuat pendaftaran awal melalui ring-fencing, dengan izin, dua pencarum sebanyak 1,300 adalah satu usaha yang baik.

Malahan saya boleh katakan satu kejutan kerana sebelum itu kerajaan dan KWSP telah meletakkan satu kata putus bahawa wang caruman KWSP adalah wang pada masa tua pencarum, sejajar dengan matlamat utama penubuhannya. Ini menunjukkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional begitu fleksi dan memahami kehendak rakyat yang mahukan sesuatu perubahan yang boleh membawa manfaat bersama. Tatkala itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan dan KWSP bersedia untuk melonggarkan syarat bagi membolehkan pencarum mengeluarkan wang dalam dua akaun bagi tujuan menyempurnakan ibadah haji sepenuhnya, sesudah pendaftaran awal dilaksanakan.

Jika dilihat, biasanya seseorang yang berdaftar itu sekurang-kurangnya mereka dijadualkan mengerjakan ibadah haji lapan hingga sepuluh tahun dan ini membolehkan caruman wang dalam akaun dua terus bertambah sepanjang tempoh berkenaan, harap kesediaan kerajaan terhadap cadangan saya kemukakan ini. Dalam ruang dan kesempatan ini, saya mewakili masyarakat petani dan pesawah Parlimen Parit memohon untuk diangkat 3,160 hektar kawasan padi di Parlimen Parit untuk dijadikan sebagai kawasan jelapang padi, dan ianya akan memberi suatu semangat motivasi khususnya kepada masyarakat petani, pesawah di kawasan saya untuk meningkatkan hasil dan pengeluarannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mohon kepada kerajaan agar dapat meluluskan peruntukan membina mahkamah baru yang ada di Pekan Parit yang agak lama, agar dapat digantikan kerana tapak yang baru telah pun tersedia di Bandar Baru Seri Iskandar.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili masyarakat Parlimen Parit mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di atas pembentangan bajet yang cukup terbaik untuk kesejahteraan rakyat bandar dan juga luar bandar, seterusnya pembangunan negara dan keseluruhannya. Dengan ini saya menyokong.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Insya-Allah habis Yang Berhormat, ya Silakan Yang Berhormat Beruas.

final • 4:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2012.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa yang singkat dan terhad, saya ingin secara ringkas mengutarakan beberapa isu, harap pihak kerajaan akan menangani dengan secepat mungkin. Berkenaan dengan pendidikan, isu PPSMI memang telah lama didebatkan tetapi kalaupun kerajaan membuat keputusan untuk menukar bahasa perantaraan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia, ia harus dibuat secara beransur-ansur seperti yang dilakukan semasa saya di sekolah dahulu, daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ataupun bahasa Malaysia, ia dibuat dari peringkat darjah satu dan seterusnya ke peringkat sekolah menengah dan universiti. Akan tetapi dalam jawapan kepada saya dalam persidangan Dewan yang lepas, dikatakan tahun hadapan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, dwibahasa akan digunakan iaitu bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Akan tetapi, baru-baru ini kebanyakan ibu bapa telah diberitahu bahawa tahun hadapan daripada Tingkatan 1 dan juga Tingkatan 4, Bahasa Melayu ataupun Bahasa Malaysia akan digunakan. Ini memang tidak masuk akal kerana murid-murid di Darjah 6 dan Tingkatan 3 sekarang telah pun mempelajari pelajaran mereka daripada Darjah 1 sejak tahun 2003 dalam bahasa Inggeris. Ini akan menggagalkan ramai daripada mereka bukan kerana mereka tidak fasih dalam Matematik ataupun Sains tetapi kerana tidak faham dengan sepenuhnya bahasa perantaraan yang akan ditukar kepada bahasa Malaysia.

Biar pun mencabar kalau ini memang tidak masuk akal kerana saya boleh memberi jaminan bahawa Menteri Pelajaran kita dan kedua-dua Timbalan Menteri Pendidikan akan gagal dalam Sains dan Matematik Tingkatan 5 kalau mereka menggunakan bahasa Tamil kerana bahasa Tamil bukannya bahasa perantaraan yang digunakan oleh mereka apabila mereka belajar Sains dan Matematik semasa di sekolah. Jadi harap kerajaan dapat menyelesaikan isu ini dan membenarkan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 terus menggunakan bahasa Inggeris pada tahun hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya utarakan ialah kalau kita hendakkan transformasi, ia mestilah secara betul dan kita tahu statistik menunjukkan penurunan jumlah bilangan jenayah yang berlaku di negara Malaysia, tetapi sebenarnya itu tidak semestinya benar kerana saya telah mendapat banyak aduan bahawa pihak polis tidak menggalakkan orang ramai membuat laporan polis, kalau mereka datang ke balai polis, untuk kes-kes yang kecil, mereka kata tidak perlu buat laporan. Ada juga kes di mana suspek telah ditangkap oleh orang ramai, bawa ke balai polis. Polis masih melepaskan mereka mungkin kerana untuk mengurangkan jumlah kes. Ini berlaku di kawasan saya, di bawah laporan polis Setiawan, Repot 10448 tahun 2011, bertarikh 26 September ini. Kalau inilah cara dia menurunkan statistik jenayah, ini bukannya transformasi sebenar. Kita jangan cuba berbohong kepada rakyat kalau hendak transformasi, transformasilah yang benar-benar seperti yang berlaku dua hari yang lepas, Perdana Menteri pergi Kedai 1Malaysia, dikatakan harga makanan itu RM3, tetapi orang biasa pergi beli masih RM6.

Jadi begitu juga ketika Tun Dr. Mahathir dahulu, menteri-menteri to decieve, dengan izin rakyat, mereka pakai kereta Perdana tetapi semua pegawai yang mengapit ataupun berjalan bersama menteri-menteri pakai Volvo besar pula. Jadi harap kita lebih telus, jujur kepada rakyat, transformasi mestilah transformasi sebenar.

final • 4:34 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, mengenai transformasi ini dikatakan kerajaan lebih bebas untuk rakyat berkumpul tetapi ada satu jamuan ataupun satu program yang dianjurkan oleh NGO di Ipoh iaitu di Hotel Tropicana, Ipoh bertaraf empat bintang bertajuk, ‘100 Hari Selepas 709 Yellow Spirit’ tetapi polis tidak memberikan permit.

Akan tetapi di Shah Alam, nak himpun sejuta pun boleh. Adakah memang kerajaan telus bahawa semua perhimpunan yang aman damai dibenarkan, itulah harapan saya agar memang kerajaan akan membenarkan semua perhimpunan aman.

final • 4:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu agama dan rakyat, ingin saya nyatakan di sini bahawa saya berasa amat sedih kerana baru-baru ini agama telah digunakan untuk memecahkan rakyat. Kita tidak boleh di atas soal politik kita melaga-lagakan antara rakyat daripada satu agama dengan agama yang lain. Saya ingin mengatakan bahawa agama adalah berkaitan dengan relationship, dengan izin, di antara manusia dengan Tuhan penciptanya. Untuk mereka yang tidak percaya tentang pencipta adalah antara dia dengan destiny, masa depan dia. Akan tetapi baru-baru ini di Malaysia kita nampak manusia cuba menggunakan agama untuk mengawal atau mengongkong manusia yang lain. Mereka melaga-lagakan penganut satu agama dengan penganut agama yang lain.

Kita tahu sebenarnya di Malaysia ini kalau kita lebih mengetahui agama yang lain, kita boleh mendapati ada banyak persamaan di antara kita. Kita tahu orang Islam juga percaya bahawa Jesus Kristus yang mereka panggil Nabi Isa adalah seorang antara nabi mereka dan orang-orang Islam juga mempercayai tentang kelahiran virgin birth, dengan izin, Nabi Isa iaitu dilahirkan oleh Maryam tanpa melibatkan seorang lelaki. Orang Islam juga percaya Nabi Isa akan kembali menyelamatkan dunia, ini sebelum hari kiamat dan itulah juga kepercayaan orang-orang Kristian.

Jadi, perhimpunan yang hendak diadakan di Shah Alam ini dikatakan untuk..., kalau niatnya untuk mengukuhkan umat Islam di dalam akidah dan kepercayaan mereka, saya menyokongnya tetapi kalau ia digunakan untuk melaga-lagakan di antara orang Islam dan orang Kristian memang itu satu perbuatan yang memang sangat hina kerana kita tahu kalau kita tidak menghormati kebebasan yang Tuhan berikan kepada manusia iaitu kebebasan untuk memilih agama atau Tuhannya sendiri...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Satu minit Yang berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Dia sebenarnya anti Tuhan. Jadi, kalau tuhan hendak kita semua sujud di depan dia, dia akan menjadikan kita robot tetapi itu bukan ciptaan Tuhan. Tuhan hendak kita satu kebebasan untuk memilih, kalau mereka yang anti proselytising ini melanggar kebebasan ini, mereka sebenarnya adalah melanggari tuhan pencipta mereka sendiri. Oleh kerana tidak ada masa, saya berterima kasih di atas peluang yang telah diberikan, terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini kena keep masa Yang Berhormat, kalau tidak kawan belakang tidak dapat.

final • 4:40 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, saya ingin turut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dengan perbelanjaan sejumlah RM232.8 bilion iaitu yang terbanyak di dalam sejarah negara kita. Belanjawan 2012 ini merupakan satu belanjawan yang populis tanpa sebarang isi yang bernas serta rancangan untuk pembangunan negara dalam jangka masa yang panjang. Malahan ekonomi negara akan dipengaruhi oleh gelora ekonomi dunia yang tidak menentu. Bagaimana kerajaan boleh meyakinkan rakyat serta Dewan yang mulia ini bahawa pertumbuhan ekonomi negara mampu mencecah 5 peratus sehingga 6 peratus bagi tahun 2012, seterusnya mengurangkan defisit negara kepada 4.7 peratus.

Kenyataan ini telah disokong oleh kumpulan pemikir daripada Institut Kepimpinan dan Strategik Asia (ASLI) di mana BERNAMA juga membuat liputan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi pusat kajian ASLI ini pada 11 Oktober yang lalu. Kedua-dua pakar ini telah memberikan pandangan bahawa pertumbuhan ekonomi negara lebih daripada 5 peratus adalah satu usaha yang sukar dicapai dalam suasana ekonomi dunia yang sedang mengalami kemelesetan dan tidak menentu.

final • 4:43 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, sektor perusahaan kecil dan sederhana (SME) merupakan sektor yang penting dalam struktur ekonomi negara. Kerajaan telah terpesong arahnya daripada membantu sektor ini dan sebaliknya memberikan insentif kepada syarikat kroni di mana kerajaan sanggup memberikan pelepasan cukai 100 peratus selama 10 tahun kepada pemaju hartanah dalam projek Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD), dengan izin, tetapi tidak menawarkan sebarang intensif atau mengurangkan cukai pendapatan bagi sektor SME. Siapakah mereka pemaju hartanah yang diluluskan oleh kerajaan di dalam projek KLIFD ini. Tidak kurangnya kerana mereka adalah kroni-kroni Barisan Nasional sehingga kerajaan sanggup melepaskan cukai kepada mereka demi kekayaan segelintir orang-orang ini tetapi melupakan kesejahteraan ekonomi negara.

Berbanding dengan penawaran kerajaan dalam SME Fund, pinjaman maksimum RM1 juta kepada peniaga SME untuk membangunkan semula perniagaan mereka. Mana yang lebih memberangsangkan? Pinjaman RM1 juta atau pelepasan cukai 100 peratus selama 10 tahun? Jelasnya, kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan sektor SME, sebaliknya Pakatan Rakyat telah merancang dana kemudahan sebanyak RM2 bilion dalam belanjawan Pakatan Rakyat untuk membantu peniaga SME dalam pelbagai usaha pembangunan seperti penstrukturan FIMA, proses operasi dan lain-lain.

Pada tahun lepas, SME telah menyumbangkan sebanyak 31 peratus kepada KDNK, 56 peratus kepada tenaga kerja dan 19 peratus daripada jumlah eksport.

Dengan ini, saya ingin menyuruh kerajaan untuk mengkaji semula kadar cukai pendapatan yang dikenakan pada SME di mana peniaga SME perlu membayar cukai pendapatan sebanyak 20 peratus sehingga 26 peratus daripada jumlah keuntungan mereka. Ini merupakan satu beban dan juga cabaran besar kepada mereka yang memulakan perniagaan dengan modal tidak lebih daripada RM2.5 juta. Berbanding dengan jiran seperti Singapura dan Hong Kong, hanya 17 peratus dan 15 peratus masing-masing cukai pendapatan dikenakan pada peniaga SME.

Perkembangan ekonomi kedua-dua negara ini cukup mantap atas sebab SME negara mereka diberi ruangan yang cukup besar untuk berkembang dan dipergiatkan.

Melihat semula kepada negara kita, di manakah usaha kerajaan untuk mengurangkan beban sektor SME dan membantu mereka terus berkembang. Jikalau pemaju hartanah di KLIFD ini diberikan pelepasan cukai yang begitu lumayan, kenapa sektor SME ini tidak diberikan sebarang insentif. Pertumbuhan sektor SME ini bukan sahaja dapat mengukuhkan ekonomi negara malah dapat menambahkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Untuk meningkatkan pasaran pekerja tempatan negara kita, belanjawan Pakatan Rakyat 2012 telah mengusulkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk menambah baik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk menaiktarafkan kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan berinovasi teknikal. Ini akan menjadi satu taraf tarikan kepada pelabur asing.

Berbanding dengan peruntukan Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan, hanya sebanyak RM200 million diperuntukkan melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth atau SAY 1Malaysia. Di mana program ini sekadar fokus kepada belia tetapi mengabaikan latihan kemahiran berterusan kepada golongan pekerja mahir dan separuh mahir yang sedia ada. Bukan itu sahaja, kerajaan juga mengabaikan usaha untuk mempertingkatkan kedudukan wanita di dalam bidang ekonomi. Tiada sebarang bantuan dan inisiatif daripada kerajaan untuk menarik golongan wanita melibatkan diri di dalam bidang pekerjaan.

Statistik menunjukkan lebih separuh golongan wanita di Malaysia yang mempunyai tahap pendidikan yang setaraf dengan golongan lelaki adalah tidak bekerja.

Apakah usaha Kerajaan Persekutuan dalam menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan terutama golongan suri rumah. Kerajaan BN perlu mengambil pendekatan Pakatan Rakyat yang memberikan elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 kepada suri rumah yang menyertai dalam tenaga kerja. Ini bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan keluarga mereka malah dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan mencergaskan sektor SME di negara ini.

final • 4:43 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu harga rumah yang kian meningkat walaupun Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan Rumah Pertamaku pada Mac 2011, namun kita masih melihat masalah rumah yang tidak mencukupi untuk menampung golongan muda yang bekerja di sekitar Lembah Klang.

final • 4:43 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Berdasarkan jawapan yang telah diberi oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di dalam Dewan Rakyat yang lepas, jumlah unit rumah yang diluluskan pembinaannya oleh pemaju yang dilesenkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam tempoh tahun 2005 hingga bulan Ogos 2010 di Lembah Klang ialah sebanyak 10 peratus untuk projek perumahan kos rendah, 10 peratus rumah kos sederhana dan 80 peratus kos tinggi. Berdasarkan statistik tersebut, jumlah unit kos rendah dan sederhana adalah amat rendah sekali dan tidak dapat menampung keperluan para pembeli terutama golongan muda yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Bukan sekadar pembinaan perumahan yang tidak cukup, tindakan kerajaan tidak menghalang sesetengah pembeli membeli lebih daripada satu rumah telah menyebabkan harga rumah turus meningkat. Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) telah menjangka harga rumah akan meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini berbanding dengan tahun 2010. Kerajaan harus mengehadkan bilangan pembeli rumah kos rendah dan sederhana bagi seseorang individu atau seisi keluarga. Dengan dasar pendaftaran nama di Lembaga Perumahan untuk setiap pembelian, maka kerajaan akan dapat mengawal pembeli yang ingin mengaut keuntungan dalam pembelian rumah ini.

Ini adalah seperti apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura di mana Kerajaan Singapura menubuhkan satu perbadanan perumahan untuk mendirikan rumah kos rendah dan menjalankan semua kerja penjualan rumah kos rendah. Dengan itu, kerajaan dapat menghalang sesetengah pembeli daripada membeli lebih daripada satu unit rumah. Begitu juga pemilik rumah kos rendah yang ingin menjual unit rumah mereka, pembeli tersebut hanya boleh jual balik kepada perbadanan perumahan tersebut dengan harga yang berpatutan dan terkawal. Maka dengan ini, kerajaan akan dapat mengawal harga rumah kos rendah dan juga sederhana serta membantu rakyat mencapai impian mereka untuk memiliki rumah pertama mereka sendiri. Pada masa yang sama, ia juga dapat menghalang sesetengah pembeli daripada membeli rumah dengan harga yang lebih tinggi dan mengaut keuntungan semata-mata.

Namun, merujuk kepada Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia di mana fasa pertama sebanyak 550 unit apartment yang akan didirikan di Presint 11 Putrajaya, salah satu syarat kelayakan untuk memohon adalah pemohon mestilah bekerja dan tinggal di Putrajaya. Malah, pemohon juga mesti berdaftar sebagai pengundi di Putrajaya. Saya ingin tanya, kenapa kerajaan menentukan syarat sedemikian sedangkan kebanyakan pekerja atau kakitangan kerajaan adalah datang dari seluruh Malaysia?

Mungkin Kerajaan Barisan Nasional terlalu takut Putrajaya akan ditawan oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang, maka menetapkan satu syarat yang tidak munasabah ini. Mengapa hendak mendaftar sebagai pengundi baru, baru boleh dapat rumah? So, saya minta penjelasan. Pendapatan syarat sebegini adalah tidak adil kerana...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Satu minit Yang Berhormat, satu minit lagi.

final • 4:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Yang tinggal bekerja di kawasan bersebelahan dengan Putrajaya seperti Cyberjaya, Sepang dan lain-lain juga perlu memohon unit rumah ini. So, saya pohon Menteri boleh bagi penjelasan tentang perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

final • 4:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Masa saya sudah sampaikah?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada 30 saat lagi Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan

Itu sahajalah. Saya bagi peluang kepada colleague saya untuk berbahas. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Ketereh. Jangan bimbang Yang Berhormat Segambut, saya akan bagi.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya ikut serta berbahas Belanjawan 2012. Secara jujurnya tiada siapa yang akan menafikan ianya sebagai belanjawan pilihan raya.

Saban tahun berbilion ringgit diperuntukkan untuk pembangunan luar bandar. Namun, hasilnya masih belum boleh dibanggakan. Di manakah silapnya? Mungkin kah kelemahan agensi pelaksana atau ketirisan yang terjadi atau mungkin masih ada unsur- unsur penyelewengan? Sebagaimana kes bantuan PPRT suatu masa dahulu, ‘Jerung terlepas, bilis yang kena’.

Untuk itu, saya pohon penjelasan, berapakah kes-kes rasuah yang melibatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah? Apakah ada program bersama SPRM dijalankan bagi memastikan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah tidak terbabit dengan gejala rasuah? Apakah ada kajian dilakukan oleh SPRM terhadap tatacara dan operasi agensi-agensi di bawah kementerian? Tuan Yang di-Pertua, apakah alasan dan kriteria kementerian terpaksa melantik perunding dalam melaksanakan projek kementerian? Berapakah peruntukan yang dihabiskan dalam membayar setiap perunding-perunding ini? Berdasarkan kajian yang dibuat, apakah masalah utama kerajaan dalam membangunkan kawasan luar bandar?

Tuan Yang di-Pertua, pelancaran Dasar Agro Makanan Negara 2011 hingga 2020 mendedahkan kelemahan Dasar Pertanian Negara. Keupayaan negara dalam mengeluarkan sendiri makanan masih jauh. Negara masih bergantung pada negara jiran bagi membekalkan makanan asasi. Malangnya, sumber asas makanan negara terus diperniagakan. Monopoli BERNAS seharusnya dihentikan. Kerajaan telah pun membuka jelapang makanan negara yang baru termasuk di Sabah dan Sarawak walaupun kosnya agak tinggi.

Agensi seperti KADA misalnya, asyik berslogan ’KADA Baloh Negara’.

Semenjak pengerusi KADA yang ada sekarang menerajui KADA, berapakah jumlah peningkatan hasil padi kawasan KADA dan berapakah peningkatan hasil pendapatan petani seliaan KADA? KADA juga dipohon tidak dijadikan sebagai jentera kempen politik sebagaimana KEMAS dan JASA. Kakitangan bergerak ke kampung-kampung atas alasan bancian sosioekonomi petani tetapi banyak soalan menjurus kepada soal politik. Penggiat politik hadir ke KADA bukan untuk bincang masalah petani tetapi semata-mata untuk mencari projek mencuci tali air dan sebagainya. Kesian petani KADA mendapat pengerusi pemimpin politik UMNO.

Para penanam padi dahulu punya ‘mandirian’ juga stok sendiri yang dinamakan baloh. Namun kini, melalui Dasar Pertanian Negara yang menjutawankan BERNAS dengan keuntungan ratusan juta setahun, kilang-kilang kecil padi dihapuskan. Petani padi terpaksa membeli beras untuk dimakan. Malahan, lebih menyedihkan, petani padi pun menunggu bantuan beras. Apa jenis dasar ini? Bekalan benih padi juga menjadi masalah di negara kita. Apakah penyelesaian kerajaan mengatasi masalah benih padi ini?

Tuan Yang di-Pertua, dalam menyediakan makanan asas yang menyihatkan rakyat, ia tidak seharusnya dipertaruhkan dengan habuan keuntungan menjaga kepentingan kapitalis industri kimia dan racun pertanian. Dalam belanjawan juga dilihat tiada fokus khusus untuk program pertanian yang melestarikan alam. Belanjawan semacam ini pasti menghuru-harakan negara, mengharu-birukan negara. Rakyat, haiwan, serangga, tumbuhan bahkan mikrob yang menghuni dalam sempadan negara ini tidak selamat kepada segala hidupan yang ada. Tanah terus diracun.

Dari tahun 2008 hingga 2010, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM394.3 juta untuk bantuan racun. Dalam tahun 2010 sahaja, kerajaan telah membekalkan 2.002 juta liter racun kepada petani. Ini menjadikan tanah semakin tidak subur bahkan menagih kos yang lebih tinggi untuk diusahakan.

final • 4:53 PM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

Belanja untuk bantuan racun semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini menggambarkan penggunaan racun semakin bertambah. Mungkin sampai satu masa, hanya syarikat besar yang mampu mengusahakan pertanian. Petani bermodalkan tulang selangka dan satu kelibat besi tidak akan lagi mampu mengusahakan pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, Terminal Makan Negara (TEMAN) di Kota Bharu yang sepatutnya menjadi terminal para petani, peladang, penternak dan nelayan telah bertukar menjadi terminal penyokong fanatik UMNO lambang merah. Pada 5 Oktober lalu, bukan riuh rendah pemborong dan pembeli produk pertanian kedengaran, sebaliknya jerit pekik laungan kosong hendak merampas negeri Kelantan daripada Pakatan Rakyat yang membingitkan telinga. Apakah langkah-langkah kerajaan dalam memastikan Terminal Makan Negara benar-benar berfungsi sebagaimana tujuan asal pembinaannya? Berapakah lot-lot perniagaan yang masih tidak menjalankan perniagaan dan berapakah jumlah pengunjung yang hadir berurus niaga di TEMAN?

Tuan Yang di-Pertua, bersebelahan Terminal Makanan Negara di Kota Bharu, Kerajaan Negeri Kelantan mengumpulkan para petani miskin di Taman Organik Negeri Kelantan. Di situ para petani diajar bagaimana berinteraksi dengan air, alam, haiwan dan juga tumbuhan. Para petani di situ juga dididik bagaimana hutan belantara tidak memerlukan baja subsidi dan racun perosak bahkan diingatkan tiada siapa yang membaja dan meracun membolehkan hutan belantara tetap subur dan menghijau. Di Kelantan dasar kita ialah pertanian adalah salah satu ibadah. Memperkasakan para petani bukannya memperkayakan syarikat kapitalis. Di Taman Organik Negeri Kelantan membuktikan bahawa padi yang ditanam hanya perlu dibajai pada musim pertama sahaja. Itu pun baja yang diproses daripada bahan-bahan tempatan. Hasil daripada pemulihan tanah yang dijalankan, para petani tidak lagi perlu bergantung kepada baja dan juga racun serangga. Hasil daripada mengenali alam, petani tidak lagi perlu mengeluarkan wang membeli racun syarikat kroni kapitalis.

final • 4:53 PM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

Tuan Yang di-Pertua, seharusnya kerajaan belajar daripada pengalaman India dalam melaksanakan pertanian bebas racun dan kimia. Mereka berjaya melestarikan pertanian.Berapakah jumlah dan kos lawatan ke luar negara yang telah diatur oleh kerajaan dalam mempelajari kaedah pertanian? Mengapakah pula amalan pertanian organik dan ekologi yang dipraktikkan di negara luar tidak pula dilaksanakan meluas di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, kita juga mungkin boleh mengguna pakai kepakaran sebahagian dari Ahli-ahli Parlimen kita yang telah berkursus pertanian di Taiwan satu masa dahulu. Apakah praktis-praktis kemajuan pertanian di Taiwan yang telah dilaksanakan di sini?...

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

Banyak.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan golongan miskin mendapat jaminan makanan, Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Skim al-It'am. Pemberian beras percuma kepada penduduk miskin. Di Indonesia pula diperkenalkan Skim Raskin (Beras untuk Keluarga Miskin). Saya pohon penjelasan kerajaan berkaitan bantuan beras kepada orang miskin yang diuar-uarkan sedikit masa dahulu, adakah program ini telah berjalan dengan lancar atau belum?

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua, dalam buku, Memori Pejuang Bangsa

Bersama Mencipta Masa Depan Gemilang terbitan Jabatan Penerangan Malaysia, nama-nama seperti Tok Janggut, Engku Besar, Jeram, Tun Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said dan Encik Ishak disebutkan sebagai penentang penjajah British di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1915. Justeru itu, selain daripada peruntukan khas one-off kepada 62,000 bekas anggota polis serta balu yang pernah berkhidmat semasa darurat, kerajaan juga perlu mengenal pasti pejuang kemerdekaan yang lain. Nama-nama mereka ini terpahat di hati rakyat dan mereka ini perlu sama diberi penghargaan. Berapa ramaikah dan sila namakan senarai rasmi nama para pejuang kemerdekaan yang diiktiraf kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada soal institusi penjara.

Ada bekas banduan yang berjumpa dengan saya, dia pohon agar institusi ini dijadikan sebagai tempat pemulihan bukan tempat penderaan. Kerajaan juga sepatutnya membuat transformasi dalam bidang ini. Kegagalan institusi penjara di Malaysia menjadi institusi pemulihan sangat memalukan.

Masih ada penjara di Malaysia penghuninya terpaksa membuang air besar dalam tong...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Seminit lagi Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

Sedangkan penghuni yang lain akibat tiada kemudahan asas. Masih ada penjara di Malaysia yang penghuni terpaksa berkeadaan separuh bogel akibat kepanasan kerana kesesakan. Ringkas sedikit Tuan Yang di-Pertua. Begitu juga dengan pusat pemulihan akhlak. Dimaklumkan tiada program pemulihan khusus untuk tahanan kecuali setiap pagi menyanyikan lagu. Tidak dibekalkan penceramah agama khusus untuk memberi didikan, bimbingan rohani khususnya kepada tahanan beragama Islam.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya juga pohon penjelasan berkaitan dengan permohonan undi awam ditukar kepada undi pos. Merujuk kepada kes 408 isteri tentera di kem Desa Pahlawan, Parlimen Ketereh, daerah mengundi 026-25-08. Perbicaraan terhadap bantahan kami telah bermula pada 13 Oktober. Perbicaraan hari kedua ditangguhkan apabila perundingan dibuat dengan SPR. Beberapa soalan ingin saya bangkitkan di sini:

(i) berdasarkan temu bual yang kami lakukan dengan pemohon, mereka menyatakan mereka tidak pernah pun mengisi Borang ‘A’ untuk mengundi secara pos, menggambarkan di sini seolah-olah ada satu perancangan khusus oleh mereka yang berkepentingan untuk melaksanakan.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, baik Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

Cukup dah? Ada dua, saya sedikit sahaja.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sudah terlebih.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir - Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Segambut.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Lim Lip Eng [Segambut] Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Belanjawan negara kita ini disediakan oleh Kementerian Kewangan dan saya ada satu isu yang hendak dibangkitkan untuk penjelasan daripada Kementerian Kewangan. Isu yang hendak saya bangkitkan ialah mengenai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti.

Saya rasa beliau, nama dia Tan Sri Zarinah Anwar. Beliau telah terlibat dalam satu kes transaksi haram yang salah dari sisi undang-undang. Kes ialah mengenai penglibatan Tan Sri Zarinah dengan keluarganya untuk mengaut keuntungan sendiri daripada pasaran saham. Suami kepada Tan Sri Zarinah Anwar adalah pengerusi sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham iaitu Eastern & Oriental Berhad

(E&O). Pengerusi Datuk Azizan Abdul Rahman.

Perkara yang saya hendak ucapkan ialah sebelum pengumuman dibuat bahawa syarikat kerajaan Sime Darby untuk membeli 30 peratus saham daripada syarikat E&O Berhad pada bulan Ogos. Sebelum itu, pada tahun ini sebelum pengumuman itu dirasmikan, suami kepada pengerusi Suruhanjaya Sekuriti telah mengumpul, accumulate yang dilaporkan di dalam media ialah 450,000 saham.

Syarikat sendiri iaitu E&O Berhad sebab apabila pengumuman dirasmikan bahawa syarikat Sime Darby akan membeli 30 peratus saham syarikat E&O, pastinya sahamnya akan naik. Ini adalah clear-cut jelas sekali insider trading.

Akan tetapi sampai sekarang apa tindakan telah dibuat oleh kerajaan? Apa tindakan telah dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti. Diam-diam sahaja sebab pengerusi SC adalah isterinya Tan Sri Zarinah Anwar. Kalau di negara luar, baru-baru ini di Amerika Syarikat dipenjarakan, life sentence seumur hidup.

final • 5:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Bukan sahaja dipenjarakan, hartanya disita tetapi di negara kami apa pun tidak ada. Jadi, membayangkan untuk mencerminkan belanjawan negara kita baru ini adalah satu belanjawan yang telus.

Saya minta kerajaan ambil tindakan. Tindakan yang dahsyat untuk mengajar orang-orang yang terlibat dalam insider trading ini. Saya minta kerajaan menggantung atau suspend Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar dengan serta- merta sempena siasatan dibuat. Pending investigation... [Disampuk] Saya minta siasatan jenayah daripada pihak polis, jenayah komersial dimulakan terhadap pengerusi Tan Sri Zarinah Anwar dan juga Pengerusi E&O Berhad Datuk Azizan Abdul Rahman dan juga dua pengarah di E&O Berhad iaitu Terry Tham dan satu lagi Wan Azmi.

Bukan sahaja siasatan polis dibuat, satu panel bebas, independent panel patut ditubuhkan oleh Securities Commission untuk menyiasat perkara ini sementara pengerusi, sekarang Tan Sri Zarinah digantung tugasnya. Itulah isu saya. Saya minta Menteri Kewangan menjawab dalam penjelasan beliau. Sekian, terima kasih.

final • 5:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Batu Sapi.

final • 5:03 PM

Datin Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada 7 Oktober 2011 Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kita yang dikasihi, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat yang meliputi jumlah peruntukan sebanyak RM232.8 bilion, pembentangan belanjawan dianggap ramai sebagai pembentangan belanjawan terbaik yang pernah dibentangkan setakat ini. Diharapkan melalui pembentangan belanjawan ini, ianya boleh menjadi transformasi untuk memacu pembangunan negara dan pada masa yang sama terus memelihara kesejahteraan rakyat jelata.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, izinkan saya untuk memberi pendapat tambahan berkaitan dengan Belanjawan 2012 yang telah dibentangkan serta disebut, di mana setelah mendengar dan meneliti kandungan pembentangan belanjawan tersebut, saya beranggapan masih terdapat ruang-ruang yang boleh diisi dengan cadangan usul tambahan bagi tujuan penambahbaikan terhadap Belanjawan 2012.

final • 5:08 PM

Datin Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di sini saya ingin memuji langkah-langkah untuk merendahkan inflasi dan meringankan beban rakyat dengan terus memberi subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion. Walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan agar tindakan mengawal harga barangan di negara ini diseragamkan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.

Ini adalah bertujuan bagi memberikan keseragaman harga barang-barang kawalan di seluruh negara dan boleh dinikmati oleh rakyat di negara ini secara berpatutan dan saksama. Oleh sebab barangan yang mahal di Sabah dan Sarawak, kebanyakannya berpunca daripada kos pengangkutan maka saya mengesyorkan kerajaan memberi subsidi untuk mengurangkan kos pengangkutan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sememangnya tenaga elektrik amat penting dan merupakan keperluan dan diperlukan oleh semua rakyat tidak kira di bandar mahupun di kampung-kampung. Akhir-akhir ini terdapat langkah kenaikan kadar tarif bayaran penggunaan tenaga elektrik. Saya ingin memohon agar tindakan ini boleh ditangguhkan kepada suatu masa hadapan atau setidak-tidaknya dapat mempertimbangkan kadar kenaikan tarif elektrik yang berpatutan serta munasabah bagi tujuan agar tidak membebankan kepada para pengguna tenaga elektrik.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam pembentangan Belanjawan 2012 yang baru ini bagi bidang pendidikan telah dicadangkan sebuah tabung khas bagi pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah yang mana dana tabung tersebut adalah bernilai sebanyak RM1 bilion.

final • 5:10 PM

Datin Linda Tsen Thau Lin - Batu Sapi

Setengah bilion diperuntukkan kepada sekolah-sekolah kebangsaan, RM100 juta masing-masing kepada sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah-sekolah mubaligh dan Maktab Rendah Sains MARA. Cadangan peruntukan ini mengikut kuota adalah langkah yang baik dan saya ingin mengesyorkan di sini agar peruntukan dibahagikan secara adil dan saksama mengikut keperluan.

Di kawasan Parlimen Batu Sapi yang saya wakili terdapat beberapa buah sekolah yang tergolong dalam kategori sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah mubaligh yang sangat memerlukan peruntukan dari tabung khas ini dan saya menyeru agar Menteri Pelajaran memberi perhatian yang sewajarnya kepada sekolah-sekolah ini.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di sini saya ingin mencadangkan agar sebuah stesen bomba di bina di kawasan Batu Sapi. Ini adalah kerana populasi penduduk yang agak padat di kawasan Batu Sapi dan juga banyak rumah di kampung-kampung di Tanah Merah, Karamunting, Cecily dan Batu Sapi diperbuat daripada bahan papan yang menjadikannya lebih mudah dijilat api sekiranya berlaku kebakaran. Sekiranya stesen bomba di kawasan ini, maka ianya dapat memendekkan masa ketibaan pasukan bomba ke sesuatu lokasi kebakaran jika dibandingkan stesen bomba yang ada pada masa ini terletak di Kilometer 5, Jalan Labuk Sandakan. Keadaan ini dapat membantu dalam usaha pasukan bomba dan penyelamat bertindak menyelamatkan nyawa dan harta benda penduduk di kawasan Batu Sapi dengan lebih cekap lagi.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga ingin mengalu- alukan cadangan pengecualian cukai dalam Belanjawan 2012 untuk penderma kepada institusi pendidikan rendah dan menengah, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadah yang berdaftar. Saya menyeru agar mekanisme untuk pemotongan cukai ini diringkaskan agar para dermawan dapat menikmati faedah pengecualian cukai ini tanpa banyak sekatan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan cadangan serta usul yang saya bentangkan tadi, penuh harapan saya semoga ianya dapat diambil perhatian dan dipertimbangkan dengan sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kerana mendengar dan memberi perhatian dalam ucapan saya tadi. Dengan ini saya mohon menamatkan ucapan saya. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kelana Jaya.

final • 5:10 PM

Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan bajet yang berunsurkan transformasi ini. Saya bersyukur atas kesedaran dan desakan rakyat serta usaha mangsa dan keluarga tahanan ISA sendiri yang berterusan membela diri mereka walaupun berdepan dengan cabaran dan ancaman kerajaan serta polis yang mempertahankan kezaliman ISA.

Perlu diingatkan di sini bahawa sejak beberapa dekad yang lalu, beribu-ribu orang telah ditahan tanpa bicara di bawah ISA dan EO. Bukan untuk apa yang mereka lakukan atau mereka katakan tetapi berdasarkan syak wasangka dan tuduhan tanpa bukti daripada pihak ketiga. Ramai yang telah ditahan di kem untuk tuduhan yang tidak dibuktikan di mahkamah dan beribu-ribu masih ditahan di kem perlindungan di seluruh negara.

Akta yang kejam ini digunakan oleh semua Perdana Menteri untuk menindas rakyat jelata yang dahagakan demokrasi dan keadilan. Pada tahun 1960-an, ISA digunakan untuk melumpuhkan gerakan kesatuan sekerja dan parti politik pembangkang yang begitu aktif. Pada tahun 70-an selain daripada Kesatuan Sekerja dan aktivis politik, mahasiswa juga ahli akademik yang aktif dalam gerakan sosial pula jadi mangsa ISA. Pada tahun 80-an, golongan yang menjadi mangsa lebih luas sehingga para aktivis alam sekitar, golongan gerakan agama dan aktivis hak wanita turut dizalimi. Pada tahun 90-an sehingga sekarang, pengikut Syiah dan aktivis reformasi pula dijadikan sasaran baru kezaliman.

final • 5:16 PM

Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya

Dalam Operasi Lalang yang berlaku pada 27 Oktober 1987 itu, seramai 106 orang politik terutama daripada parti pembangkang yang telah ditahan di bawah ISA dan menyaksikan pembatalan lesen dua akhbar harian dan dua akhbar mingguan.

Sejarah telah menyaksikan bahawa penahanan ISA menghalalkan penyeksaan dan penghinaan maruah seorang manusia. Sejak 1960-an, ribuan tahanan yang ditahan di bawah ISA telah melalui pelbagai penyeksaan yang amat menjijikkan, penyeksaan fizikal mahupun mental. Ini telah menjadi satu kezaliman untuk setiap pertahan ISA.

Tahanan tanpa perbicaraan adalah satu perkara yang tidak patut berlaku lebih-lebih lagi di negara kita yang berbangga mengamalkan prinsip demokrasi...

final • 5:16 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit. Sebab saya tidak dapat peluang berbahas saya ingin mengatakan, setuju dengan saya bahawa Yang Berhormat Kelaya Jaya. Sekarang ini negara ini we are, dengan izin, at the state of contempt not at the state of competent. Sebab itu apa sahaja rencana ekonomi, rencana pembangunan ia gagal kerana masih lagi paradigma contempt. We are contemptuous when we detain someone without trial.

Jadi apabila negara berada di tahap itu segala perancangannya akan gagal dan saya yakin Yang Berhormat Pekan tahu sebab itulah dia respons kepada pemansuhan ISA dan kononnya membawa negara ke satu tahap state of competent.

Akan tetapi setuju dengan saya bahawa sekiranya anything we do, dengan izin, when we are at the state contempt we are contemptuous bukan competent. Segala agenda pembangunan kita tidak akan berjaya kerana kita menzalimi orang. Mohon penjelasan.

final • 5:20 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau. Bila kerajaan do not trust the people is very difficult amat susah sekali untuk rakyat to trust the government back. Jadi, saya amat berharap setelah ISA telah dimansuhkan saya amat berharap agar mangsa-mangsa tahanan yang tidak dibuktikan bersalah dan telah ditahan tanpa dakwaan diberikan pampasan sewajarnya.

Jangan kita lupa ada di antara Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan ini yang seperti Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Sungai Siput dan lain-lain adalah bekas tahanan ISA dan EO di mana akhirnya mereka telah dibebaskan tanpa sebarang dakwaan.

Saya amat berharap agar undang-undang baru yang akan dibentangkan bagi menggantikan ISA adalah sebuah undang-undang yang adil dan saksama. Tanpa mengamalkan sistem tahanan tanpa perbicaraan. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia kita mempunyai satu tabiat buruk. Sebagai contoh, semasa kita berada dalam masalah, apabila kita ditahan kerana memandu laju. Sebahagian daripada kita akan bertindak menawarkan rasuah. Jadi apa yang berlaku apabila kerajaan sendiri adalah dalam kesusahan. Apa yang akan berlaku sekiranya kerajaan berada dalam kesusahan dan pilihan raya makin hampir, apakah yang kerajaan akan berlaku?

Saya amat terkejut bila kemurahan hati pihak kerajaan apabila membentang bajet baru-baru ini. Sedangkan pada tahun lepas pihak kerajaan mengatakan bahawa pemberian subsidi melebihi boleh membankrapkan negara. Justeru saya tertanya-tanya bagaimana pula kita kini kita mampu untuk memberi subsidi. Adakah ini tidak akan menjadi kita bankrap? Kerajaan membentangkan bajet ini seolah-olah menabur wang kepada masyarakat. Tiba-tiba kerajaan mahu katakan yang mereka prihatin. Tiba-tiba kita ada wang untuk memberikan kepada golongan miskin, tiba-tiba kita ada wang untuk sekolah Tamil mahupun Cina. Di manakah belas kasihan seperti ini kepada pihak-pihak ini yang kurang bernasib baik ini di dalam bajet tahun lepas?

Apabila rakyat ingin lari daripada masalah kita menggelarnya rasuah. Apa pula yang kita panggil yang bila kerajaan cuba untuk lari daripada masalah? Oleh itu bolehkah kita menggelar bajet ini sebagai bajet rasuah, Bribe budget? Tuan Yang di- Pertua, niat adalah segala-galanya. Seorang bekas Presiden Amerika Syarikat berkata,”You cannot fool all the people all the time.” Di Malaysia pula kata-kata yang terkenal daripada seorang Perdana Menteri adalah,”You help me, I help you.” Niat adalah segalanya. Niat yang membezakan di antara kebajikan dengan rasuah. Jadi saya ingin bertanya semula, adakah ini yang sebuah bajet rasuah?

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya masa Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Gwo-Burne Loh - Kelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini yang baik sekalilah saya tegur satu kali terus duduk. Terima kasih Yang Berhormat...

[Tepuk] Yang Berhormat Tanah Merah.

final • 5:20 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi saya peluang untuk turutt serta dalam perbahasan Belanjawan 2012 kali ini. Jika ramai...

final • 5:25 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

[Menyampuk]

final • 5:25 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Mengambil pembentangan belanjawan kali ini sebagai belanjawan gula-gula, belanjawan Santa Claus tetapi pada saya ianya belanjawan yang menggerunkan. Ini kerana trend belanjawan kali ini dirancang atas rekod defisit negatif selama 14 tahun berturut-turut. Ditambah kadar kenaikan hutang negara yang bertimpa-timpa berjumlah RM437.2 bilion bersamaan dengan 53 peratus dalam keluaran negara kasar. Ini di peringkat amaran berjaga-jaga.

Memandangkan saya tidak ada masa saya terus pergi kepada point saya iaitu berkenaan dengan keluar masuk secara haram warga negara Thailand di negara ini melalui Sungai Golok Rantau Panjang yang dilihat semakin tidak terkawal. Malah turut dianggar bahawa angka ini telah mencecah sehingga 100,000 orang sebulan.

Bayangkan sahaja ini bermakna dalam setahun warga yang masuk secara haram di negara ini jika dibandingkan jumlah kemasukan rakyat Thailand ke negara ini jauh lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia ke negara Thailand. Pelancong asing masuk pintu masuk yang sama namun apa yang dibimbangkan oleh saya di sebalik perkara ini adalah kehadiran ratusan ribu warga Thailand ini turut menjejaskan ekonomi rakyat tempatan.

Maka saya mohon kementerian yang berkaitan memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini. Jika tidak dibanteras ianya boleh menabur pasir dalam periuk nasi terutamanya kepada penoreh-penoreh getah dan peniaga tempatan. Tuan Yang di- Pertua...

final • 5:25 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Tanah Merah sedikit Yang Berhormat Tanah Merah ambil peluang terakhir. Yang Berhormat Tanah Merah kerisauan Yang Berhormat Tanah Merah mengenai kemasukan pendatang asing ini adalah satu kerisauan bagi saya yang ada. Akan tetapi hari ini kita tengok trend kerajaan hari ini dia memasukkan orang melalui keputusan kerajaan. Kita tengok swap deal dengan Australia, terbaru swap deal dengan Myanmar. Saya khuatir, dengan izin, jenayah human trafficking ini perangai manusia sekarang ini dilakukan oleh the state actor bukan non state actor iaitu kerajaan. Mohon penjelasan.

final • 5:25 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Saya minta pihak kementerian menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau... [Ketawa] Saya tidak ada masa. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kerajaan menjelaskan berkenaan projek di Tanah Merah iaitu status terkini Projek Lintasan Kereta Api di Tanah Merah ataupun flyover. Dahulunya pada akhir tahun 2007 turut ataupun pernah dilawati tapaknya oleh mantan Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Samy Vellu. Ingin saya ketengahkan perhatian kerajaan bahawa projek ini sangat penting bagi mengurangkan kesesakan jalan raya yang sedia teruk di bandar Tanah Merah. Keadaan ini diburukkan lagi apabila jalan utama ditutup apabila kereta api melaluinya. Ini suatu yang merugikan masa dan menyukarkan pengguna dan rakyat di Tanah Merah.

Juga antara isu-isu yang ingin saya diketengahkan ialah berkenaan dengan tuntutan hak royalti minyak Kelantan. Untuk rekod merujuk kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa, nilai terkini hasil bumi Kelantan yang masih di hutang oleh Kerajaan Pusat berjumlah RM9.4 bilion. Merangkumi hasil royalti minyak dan premium rizab tanah Taman Negara yang melibatkan kawasan seluas 1,043 kilometer persegi. Inilah yang rakyat Kelantan maksudkan rompakan besar-besaran oleh Kerajaan Pusat terhadap harta kekayaan anak-anak Kelantan.

final • 5:25 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Retoriknya Perdana Menteri semasa di Machang mengakui bahawa kononnya beliau adalah penyokong nombor satu Pasukan Bola Sepak Kelantan, Red Warriors.

final • 5:25 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

Maka di manakah kedudukan sokongan beliau terhadap pasukan bola sepak Pahang. Agak sedih diperlihatkan juga semenjak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat kenyataan ini prestasi pasukan bola sepak Kelantan makin merudum... [Ketawa] Seolah-olah wujud protes dalaman. Maka saya pohon agar Perdana Menteri menarik balik...

final • 5:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Malu Kelantan. Malu sokmo.

final • 5:30 PM

Tuan Amran bin Ab. Ghani - Tanah Merah

...Kenyataannya demi meningkatkan prestasi bola sepak Kelantan. Lebih mendukacitakan lagi dalam kepura- puraan kononnya beliau menyokong Red Warrior dalam masa yang sama hak-hak anak-anak Kelantan pun masih dinafikan. Oleh itu, melalui rampasan hak royalty minyak Kelantan ia sehingga ke hari ini masih belum dipulangkan sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat.

Tuan Yang di-Pertua, saya kena potong banyak. Dalam minit terakhir ini saya mengetengahkan tentang isu pengabaian estetika warisan oleh Kerajaan Pusat terhadap jambatan besi kereta api terpanjang di Malaysia iaitu 686 meter terletak di Kampung Kusial di Tanah Merah Kelantan yang merentasi Sungai Kelantan boleh juga dijadikan produk pelancongan negara. Sejarah jambatan ini telah dibina pada tahun 1920 dan telah disiapkan pada tahun 1924 hampir 84 tahun dan jambatan ini kemudiannya diberi nama Jambatan Guillemard sempena nama Pesuruhjaya Negeri- negeri Selat pada ketika itu.

Namun sangat menghampakan apabila tidak ada sebarang pemuliharaan oleh kerajaan terhadapnya berbanding dengan negara-negara jiran Thailand dan Indonesia yang sentiasa memelihara estetika nilai sejarahnya. Contohnya di Thailand yang terkenal dengan Jambatan Kwai menjadi nadi daerah Khanchanaburi, manakala Indonesia pula Gunung Berapi Tangkuban Perahu di Bandung.

Mungkin kementerian yang berkaitan terlepas pandang akan nilai estetika yang dimiliki oleh Jambatan Guillemard ini. Maka sebagai permulaan saya mohon agar kiranya kementerian meletakkan lampu-lampu di kerangka-kerangka utama di jambatan ini sebagai penarik buat pengunjung untuk mengunjungi terutama pada waktu malam.

Seterusnya mewartakan ia sebagai tapak warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] sebagai langkah pemuliharaan memelihara etika sejarahnya buat tatapan generasi akan datang.

Malah saya menjemput semua Ahli Parlimen termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan juga Tuan Yang di-Pertua untuk menaiki kereta api selama lebih kurang 14 jam daripada Kuala Lumpur, seterusnya berhenti di Jambatan Guillemard dan kita minum teh di sana. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Saya menyokong, menyokong, menyokong. Saya mohon menyokong, ada yang tidak menyokong ini.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, bagus juga penutupan itu. Kepentingan bersama Yang Berhormat.

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat selepas lapan hari berbahas, 116 orang telah membahas. Pecahan pun cukup memuaskan, 53 orang daripada Barisan Nasional, 20 orang daripada DAP, 19 orang daripada PKR, 15 orang daripada PAS, 6 orang daripada BEBAS, seorang daripada SAPP, seorang daripada PSM, jumlahnya 116 orang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa perbahasan peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2012 adalah yang terakhir pada hari ini 20 Oktober 2011. Pada hari Isnin, 24 Oktober 2011 selepas sesi Pertanyaan- pertanyaan Jawab Lisan, pihak kementerian akan mula menjawab ke atas perbahasan peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2012. Sebanyak tiga hari diperuntukkan kepada pihak kementerian-kementerian untuk menjawab isu pada hari Isnin itu, pada hari Isnin 24 Oktober, 31 Oktober dan Selasa 1 November 2011. Sekian, terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang.

final • 5:30 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026