Oct172011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Perdana Menteri menyatakan, bersetujukah pihak Kementerian dengan adanya Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) maka perpaduan kaum dan keselamatan sesebuah tempat tersebut dapat ditingkatkan. Apakah langkah pihak kementerian dalam menggalakkan penubuhan skim tersebut di kampung-kampung tradisional yang telah mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memandangkan faedah yang terdapat di dalam SRS amat besar.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Maran kerana berminat dengan Rukun Tetangga. Seperti yang sedia maklum, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) mula diwujudkan pada tahun 1975 mengikut Peraturan-peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 di bawah Ordinan Darurat: No. 1/1969. Tujuan utama KRT pada waktu itu adalah untuk melibatkan para penduduk yang layak untuk menjalankan rondaan wajib bagi membantu pihak polis menjaga keselamatan, khasnya di kawasan-kawasan perumahan kerana ancaman anasir-anasir subversif yang masih aktif pada waktu itu. KRT adalah diurus dan ditadbir sekarang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

(JPNIN).

Selanjutnya pada tahun 1983, rondaan wajib telah dimansuhkan kerana keadaan keselamatan telah pulih. Maka KRT telah menumpukan kepada pelbagai aktiviti yang dapat mempromosikan interaksi, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan, kejiranan, muhibah, kerjasama, persefahaman, keharmonian dan perpaduan di kalangan penduduk di kawasan berkenaan. Pada amnya, sejak ditubuhkan, kebanyakan KRT telah dapat memainkan peranan secara objektif mengikut sasarannya.

Walau bagaimanapun, mulai tahun 2004, Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah diperkenalkan untuk melibatkan anggota-anggota jiran dalam membantu pihak polis menangani jenayah yang kian meningkat. Mengikut Peraturan, SRS hendaklah ditubuhkan atas permohonan jawatankuasa KRT yang sedia ada dan dikawal selia oleh jawatankuasa tersebut. Mengikut peraturan juga, JPNIN tidak diberi peranan dan kuasa untuk menubuhkan SRS di kampung-kampung tradisional di mana tidak ada KRT.

Sememangnya terdapat persefahaman bahawa KRT ditubuhkan bagi kawasan-kawasan perumahan dalam bandar atau separuh bandar (semi–urban). Manakala Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) adalah untuk kawasan-kawasan kampung tradisional. Persefahaman ini adalah untuk mengelakkan pertindihan dan percanggahan tanggungjawab.

Walau bagaimanapun, oleh kerana pembangunan skim-skim perumahan secara pesat di luar bandar, maka di tempat-tempat tertentu KRT juga telah diwujudkan dalam keadaan luar bandar di mana telah wujudnya JKKK. Dalam keadaan sedemikian, KRT dan SRS sentiasa bersedia bekerjasama dengan JKKK, persatuan penduduk dan badan-badan lain untuk meningkatkan lagi keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan di kawasan yang berkenaan.

Untuk makluman Dewan ini, sejak awal tahun 2009, khasnya selepas Gagasan 1Malaysia dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilancarkan dan dilaksanakan, salah satu Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) ialah untuk memerangi jenayah.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

SRS telah diberi tumpuan sebagai satu komponen yang penting dalam NKRA jenayah bersama-sama dengan RELA, Jabatan Pertahanan Malaysia (JPAM) dan badan- badan sukarela yang lain. Bilangan KRT telah meningkat dari 3,995 buah pada awal tahun 2009 sehingga 5,456 pada bulan Ogos tahun ini. Peningkatan sebanyak 37 peratus.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Dalam tempoh yang sama, SRS pula bertambah dari 1,248 ke 2,698 iaitu sebanyak 110 peratus lebih daripada dua kali ganda. Ini merupakan dua rekod yang dicatat di bawah pentadbiran baru melalui inisiatif-inisiatif NKRA jenayah di bawah GTP. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang cukup menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya KRT dan SRS ini cukup berkesan dalam membina keselamatan dan juga perpaduan masyarakat. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, RT ini dahulu di bawah Ordinan Darurat 1975 dan ordinan ini akan dimansuhkan. Jadi apakah yang akan terjadi kepada skim RT dan juga SRS ini dan oleh kerana skim ini cukup baik menyebabkan pertambahan SRS meningkat begitu mendadak kerana adanya faedah di sebalik program yang dijalankan ini. Jadi saya ingin bertanya setakat ini berapakah jumlah kes kemalangan yang dialami oleh peserta-peserta ataupun ahli-ahli KRT dalam mereka membantu pasukan keselamatan dalam menangani masalah jenayah dan berapakah sumbangan bayaran pampasan yang telah pun diterima oleh ahli-ahli ini bagi menghargai sumbangan ataupun perkhidmatan yang telah pun mereka lakukan dalam masyarakat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa Ordinan Darurat akan dimansuhkan tidak lama lagi, maka kerajaan sedang dalam proses untuk menggubal satu akta baru khas untuk Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela.

Kami mengalu-alukan apa juga pandangan dan juga cadangan yang bernas dari semua pihak untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan KRT dan SRS mengikut akta yang baru yang akan digubal dan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini.

Mengenai perlindungan bagi anggota-anggota SRS, saya ingin memaklumkan bahawa sebenarnya setiap anggota SRS telah diberi perlindungan di bawah Insurans Takaful dengan pampasan maksimum RM20,000 untuk kematian dan untuk hilang upaya kekal. Untuk kecederaan yang lain pampasan diberi mengikut tuntutan resit perubatan.

Dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, iaitu 2007 hingga 2010 sebanyak RM3.2 juta pampasan telah dibayar untuk 142 kematian, 12 hilang upaya kekal dan 560 kecederaan.

Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan di sini bahawa kemalangan ini tidak semestinya kena semasa menjalankan tugas. Pada bila-bila masa mereka diberi perlindungan ini. Mulai daripada tahun ini untuk kematian biasa yang tidak bersabit kemalangan maka khairat kematian sebanyak RM1,000 seorang telah juga disediakan. Ini mencerminkan penghargaan pihak kerajaan terhadap perkhidmatan dan pengorbanan anggota SRS yang menjalankan tugas secara sukarela. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tadi ada menjelaskan tentang inisiatif yang telah diambil bagi mengelakkan pertindihan fungsi di antara SRS, KRT dan sebagainya. Saya ingin bertanya tentang hubungan SRS, KRT ini dengan perkembangan dan saya juga lihat banyak berlaku di dalam masyarakat yakni peranan RELA. Tadi telah disebut yang banyak sekarang ini berfungsi sebagai security guard di kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya.

Keprihatinan saya adalah, apakah juga tindakan yang telah diambil untuk mendedahkan mereka yang terlibat dengan SRS dan KRT ini dalam sedikit bidang profesional dalam pengawalan suasana dan keadaan kerana mereka terdedah dengan berbagai-bagai ancaman dan sudah tentulah kalau tidak ada sedikit pendedahan kepada profesionalisme di dalam mengendalikan contohnya jenayah yang bersenjata dan sebagainya mereka akan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkinan yang boleh mengakibatkan perkara-perkara yang negatif kepada petugas-petugas ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya penglibatan secara sukarela oleh anggota SRS merupakan satu tanggungjawab warganegara yang memang dialu-alukan oleh pihak kerajaan. Akan tetapi kerajaan memang perlu peka bahawa mereka terdedah kepada ancaman dan juga risiko yang tertentu. Oleh itu, mereka diberi perlindungan insurans dan di samping itu mengikut peraturan-peraturan operasi pihak anggota SRS memang dinasihatkan supaya menjalankan tugas dengan berhati-hati tetapi yang penting sekali ialah untuk mengadakan perhubungan yang rapat dengan pihak polis supaya apabila disyaki ada apa-apa masalah yang telah timbul atau mungkin timbul maka polis haruslah diberitahu dengan segera.

Maka polis dapat menjalankan tugas. Dalam kawasan-kawasan tertentu yang begitu banyak dilanda oleh jenayah sering kali rondaan sukarela ini dilaksanakan bersama dengan anggota polis dan dibantu oleh RELA. Perkara ini memang sentiasa diambil berat oleh kerajaan supaya semasa menjaga keselamatan untuk kawasan anggota SRS sendiri keselamatan mereka itu hendaklah juga diambil kira. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan, langkah-langkah yang diambil dalam memastikan pembekalan bahan-bahan makanan ke hospital-hospital kerajaan oleh pembekal adalah halal, bersih dan berkualiti.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sangat menitikberatkan dan memberi jaminan penuh bahawa semua makanan yang dibekal, disedia dan dihidang kepada para pesakit yang mendapat rawatan di semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berkeadaan bersih, selamat untuk dimakan, berkualiti tinggi dan pastinya juga dijamin 100 peratus halal. Untuk pengetahuan ataupun makluman Ahli Yang Berhormat sebanyak 128 hospital Kementerian Kesihatan yang penyajiannya dikendalikan secara in house dengan izin iaitu kendalian sepenuhnya oleh pegawai dan petugas Kementerian Kesihatan dan terdapat tujuh hospital yang dikendalikan oleh pihak swasta iaitu:

(i) Hospital Pulau Pinang;

(ii) Hospital Putrajaya;

(iii) Hospital Ampang;

(iv) Hospital Selayang;

(v) Hospital Sungai Buloh;

(vi) Hospital Serdang; dan

(vii) Hospital Sultan Ismail, Johor.

Terdapat pelbagai langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan bagi menjamin standard yang ditetapkan dan ianya meliputi dari bermulanya penyediaan dokumen tender ataupun sebut harga pembekalan bahan makanan tersebut sehinggalah makanan itu dihidang di hadapan pesakit.

Tuan Yang di-Pertua, mohon izin saya jelaskan secara terperinci satu-persatu langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh kementerian. Yang pertama, mewujudkan syarat-syarat ketat dalam dokumen tender dan sebut harga pembekalan bahan-bahan makanan mentah basah dan kering di hospital-hospital kementerian di mana:

(i) kontraktor hendaklah menentukan barang-barang makanan yang diserahkan mengikut spesifikasi yang telah ditentukan dalam perjanjian

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

(ii) kontraktor hendaklah apabila diminta oleh kerajaan membekalkan dengan tiada apa-apa bayaran. Contohnya barang makanan yang dibekalkan untuk diuji oleh kerajaan;

(iii) bagi makanan untuk orang-orang Islam, kontraktor hendaklah menunjukkan dengan memuaskan hati kerajaan bahawa barang- barang makanan tersebut bersesuaian dengan kehendak undang-undang dan peraturan agama Islam;

(iv) kontraktor hendaklah membenarkan pegawai-pegawai kerajaan pada bila-bila masa memasuki dan memeriksa tempat penyembelihan kilang makanan atau tempat simpanan barang- barang yang akan dibekalkan; dan

(v) barang-barang makanan yang dibekalkan hendaklah mengikut penentuan pembungkusan ataupun pengetinan dalam perjanjian dan kerajaan tidak akan menerima barang-barang makanan yang rosak bungkusan atau tinnya.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua, antara langkah seterusnya adalah

(i) Memastikan kawalan kualiti yang ketat setiap hari dalam aktiviti penerimaan pembekalan bahan-bahan makanan mentah, basah dan kering mengikut spesifikasi kontrak;

(ii) menyelia kawalan kualiti dalam aspek penyimpanan bekalan di dalam stor bagi bahan-bahan makanan mentah basah dan kering;

(iv) memastikan kawalan kualiti ke atas bahan-bahan makanan mentah, basah dan kering semasa proses penyediaan makanan di jalankan;

(v) menyelia kualiti dalam proses memasak makanan pesakit;

(vi) melaksanakan kawalan kualiti semasa aktiviti pengagihan makanan ke wad;

(vii) menyelia hidangan makanan yang dihidangkan kepada pesakit- pesakit di wad; dan

(viii) pihak kerajaan juga melaksanakan program jaminan penyediaan makanan yang selamat dan berkualiti di semua unit, Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak Kementerian Kesihatan sedang berusaha untuk memastikan semua 135 unit Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital-hospital Kementerian Kesihatan memperoleh Sijil Jaminan Kualiti dalam penyediaan makanan atau lebih dikenali sebagai GMP daripada pihak berkuasa. Ketika ini terdapat sepuluh hospital Kementerian Kesihatan yang telah memperoleh GMP iaitu:

(i) Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang;

(ii) Hospital Muadzam Shah Pahang;

(iii) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Pahang;

(iv) Hospital Jerantut Pahang;

(v) Hospital Raub, Pahang;

(vi) Hospital Kuala Lipis, Pahang;

(vii) Hospital Jengka, Pahang;

(viii) Hospital Bentong, Pahang;

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua, antara langkah seterusnya adalah

(ix) Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor; dan

(x) Hospital Langkawi, Kedah.

Manakala Hospital Serdang Selangor telah memperoleh sijil Hazard Analysis and Critical Control Point ataupun HACCP pada tahun 2009. Hospital-hospital lain sedang berusaha dalam memperoleh Sijil Jaminan Kualiti dalam penyediaan makanan tersebut dan akan dijangka tercapai sepenuhnya pada akhir tahun 2014.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Dietetik dan Sajian kementerian juga mengadakan penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan perkhidmatan sajian makanan dengan membentuk resipi-resipi baru, perubahan cara memasak, tindakan ke atas Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan. Merancang pemberian pelanggan yang dapat mengekalkan suhu makanan yang dimakan oleh pesakit seperti hot and cold trolley, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Pemakanan Kebangsaan 2003 telah digubal untuk memastikan orang awam mendapat akses kepada makanan yang selamat, food safety dengan izin, berkhasiat dan berkualiti. Selaras dengan dasar tersebut perkhidmatan sajian makanan dimantapkan dengan pewujudan jawatan Pegawai Penyediaan Makanan C41 dan penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tukang Masak N1 dan N4 kepada Pembantu Penyediaan Makanan gred N17, N22 dan N26 dengan kelayakan minimum SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dan pihak kementerian telah mengambil tindakan secara komprehensif di semua peringkat operasi makanan bermula di peringkat pembentukan spesifikasi tender sehingga penghidangan makanan wad bagi memastikan makanan yang dihidangkan kepada pesakit di hospital kerajaan adalah halal, bersih, berkualiti dan selamat dimakan. Pencapaian kualiti adalah sesuatu yang dinamik.

Sehubungan dengan itu penambahbaikan secara berterusan akan sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memenuhi kehendak pelanggan, terima kasih.

final • 10:20 AM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana jawapan yang diberikan terlalu lengkap untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh masyarakat tentang kesangsian makanan yang dibekalkan di hospital sama ada dari segi halalnya, bersihnya dan kualitinya. Soalan yang saya timbulkan biasanya oleh kerana al-Quran menyebut selalunya halalan toyibah maknanya halal dan baik, itu yang pertama.

Yang kedua, antara tujuh pembekal swasta ini, saya difahamkan ada yang bukan Islam. Jadi, sebab itulah persoalan itu timbul bagaimana kita hendak memastikan bahawa bahan mentah yang mereka dapat itu halal. Akan tetapi dijawab, pihak kementerian memeriksa tempat penyembelihan dan sebagainya. Jadi, soalan tambahan saya adakah pihak kementerian mempunyai kemudahan in-house untuk memastikan umpamanya makanan yang diterima halal, yang kedua sayur-sayuran tidak tercemar dengan bahan- bahan toksik dan sebagainya. Sebagaimana yang kita faham sayur-sayuran yang kita eksport ke Singapore, mereka terus membuat kajian in situ untuk memastikan bahawa level toksiknya tinggi ataupun rendah. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat atas persoalan yang ditimbulkan. Menyentuh mengenai persoalan pertama Yang Berhormat yang berkait rapat dengan halal. Saya ingin mengulang kembali jawapan saya pada awalnya Yang Berhormat, di mana di dalam kita mendapatkan perkhidmatan atau memberikan kontrak kepada mana-mana pembekal, keutamaan kita adalah untuk memastikan bahawa pembekal bukan sahaja dapat menunjukkan dan memuaskan hati kerajaan. Bahawa barang-barang makanan tersebut bersesuaian dengan undang-undang dan peraturan agama Islam, yang mana ia membawa maksud yang jelas Yang Berhormat, bahawa kontraktor perlu membekalkan bahan-bahan makanan mentah, basah dan kering yang dijamin halal kepada kementerian.

final • 10:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Contohnya Yang Berhormat, bagi bekalan-bekalan makanan diproses atau yang siap di pek, sebagai contoh bekalan roti, kek, kuih-muih, ianya adalah diperoleh daripada kontraktor yang mempunyai sijil jaminan halal. Yang Berhormat, sekiranya sijil ini tidak ada, secara automatik kita akan menolak khidmat kontraktor tersebut.

Manakala bagi bekalan makanan yang ditinkan, dibungkus seperti susu, serbuk coklat, minuman kordial makanan dalam tin dan lain-lain, semua barangan tersebut Yang Berhormat, akan dipastikan mempunyai cap logo halal daripada JAKIM. Mana-mana barangan makanan bahan-bahan mentah, basah dan kering yang diragui status halalnya tidak akan dibenarkan masuk langsung Yang Berhormat, ke premis, unit dan Jabatan Dietetik dan Sajian hospital-hospital kementerian kita. Yang Berhormat, saya juga ingin menambah bahawa kita sebenarnya dalam kontrak pihak kerajaan dan juga pihak kontraktor kita telah memaktubkan syarat bahawa pegawai-pegawai daripada kementerian hendaklah dibenarkan pada bila-bila masa sahaja memasuki serta tempat penyembelihan, kilang makanan dan juga tempat penyimpanan barang-barang yang akan dibekalkan di hospital-hospital ,Yang Berhormat.

Ini membawa maksud yang jelas bahawa pihak kontraktor mesti membenarkan lawatan mengejut apabila dilakukan dan perlu dilakukan oleh pegawai-pegawai kementerian. Seperti contoh Yang Berhormat, bekalan ayam yang diperoleh daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan ataupun NAFAS adalah dijamin 100 peratus halal. Di mana pihak Jabatan Agama Islam akan membuat lawatan ke tempat penyembelihan dan tempat pemprosesan. Sijil halal akan diperolehi – selepas tempoh tamat ia akan diperoleh semula. Pegawai-pegawai kementerian termasuklah dietetik kita dan pegawai penyediaan makanan akan membuat lawatan mengejut untuk memastikan bekalan, contohnya bekalan ayam ini adalah daripada kualiti yang tinggi dan dijamin halal. Itu merupakan kemestian kepada kementerian.

final • 10:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat mengenai sayur-sayuran dan sebagainya. Sebenarnya apabila sahaja barang-barang itu dibekalkan di hospital-hospital kita, perkara yang pertama adalah barang-barang ini akan diselia oleh pegawai-pegawai khususnya pegawai dietetik kita. Sekiranya barang-barang atau sayur-sayuran tersebut menunjukkan walaupun sedikit elemen yang tidak elok contohnya berulat atau discoloration atau penukaran warna dan sebagainya, kita akan tolak serta-merta Yang Berhormat.

Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan.

final • 10:30 AM

Tuan Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri memang banyak jelas tetapi ada beberapa perkara yang ingin saya tanyakan. Antaranya, walaupun kontraktor telah mengikuti syarat-syarat yang telah dikemukakan bagaimanapun ada ketikanya ianya melanggar dan tidak melaksanakan dengan tepat dan ianya membekalkan makanan yang tidak berkualiti. Jika didapati perkara ini berlaku apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kementerian terhadap kontraktor tersebut?

Kedua, siapakah yang bertanggungjawab untuk memeriksa dapur-dapur ini di hospital supaya ianya benar-benar bersih dan mengikuti taraf yang ditentukan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Sekarang ini kita tengok juga banyak hospital-hospital swasta yang menjalankan perkhidmatan kesihatan ini dan menyediakan bekalan-bekalan makanan yang bertaraf hotel. Adakah makanan di pihak hospital kerajaan ini juga dapat menandingi taraf makanan seperti yang disediakan oleh hospital swasta? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukti Katil di atas soalan yang dikemukakan. Untuk menjawab persoalan pertama yang dibangkitkan mengenai tindakan penalti yang kita atau pun pihak kementerian boleh ambil ke atas pembekal-pembekal makanan atau pun kontraktor, izinkan saya menjelaskan di sini bahawa terdapat dua tindakan penalti yang boleh diambil atau pun kita boleh bahagikan tindakan penalti ini kepada dua kategori Yang Berhormat.

Pertama adalah kategori bagi penyajian makanan hospital yang dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai serta petugas Kementerian Kesihatan sendiri.

final • 10:30 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Dalam hal ini Yang Berhormat, jika kerajaan mendapati bahawa pihak kontraktor telah membekalkan makanan yang rendah mutunya atau kualitinya atau pun tidak mematuhi spesifikasi tender yang telah ditetapkan, maka pihak kementerian atau pihak kerajaan boleh mengenakan denda seperti yang berikut Yang Berhormat.

Pertama adalah untuk menolak kesemua atau pun sebahagian daripada barang- barang makanan dan meminta kontraktor menggantikan dengan barang-barang makanan yang sama atau bersamaan dengannya mengikut budi bicara kerajaan dan menyerahkan makanan-makanan ini sebelum pukul 11 pagi pada hari yang sama penyerahan tersebut dikehendaki atau pun tindakan yang boleh diambil adalah menolak semua atau sebahagia barang-barang makanan tersebut dan membeli daripada punca lain. Sekiranya kos bagi memperoleh barang-barang makanan dari punca lain tersebut melebihi daripada harga dalam jadual perjanjian, kontraktor adalah dikehendaki untuk membayar amaun yang lebih iaitu sebagai pampasan kepada kerajaan.

Ketiga, kerajaan boleh mengenakan denda berjumlah sebanyak 10 peratus daripada nilai barang-barang makanan yang dipesan atau RM500 mengikut mana yang kurang.

Tuan Yang di-Pertua, bagi kategori yang kedua di mana penyajian makanan dikendalikan oleh pihak swasta sepenuhnya seperti di tujuh buah hospital yang telah saya sebutkan lebih awal tadi, jika kerajaan mendapati bahawa pihak kontraktor telah membekalkan makanan dan juga memberikan perkhidmatan yang rendah kualitinya, maka pihak kerajaan boleh mengenakan 18 jenis penalti Yang Berhormat.

Jenis penalti dan kaedah pengiraan penalti secara terperinci seperti yang termaktub dalam perjanjian kontrak yang kita buat dengan pihak-pihak kontraktor. Contoh yang pertama yang mungkin boleh saya kongsikan di sini adalah jika bendasing dijumpai di dalam bekas makanan semasa penyediaan, memasak, uji rasa, holding makanan atau pun pengagihan makanan di tray line, kontraktor hendaklah menggantikan keseluruhan hidangan tersebut dengan segera dalam tempoh 30 minit daripada waktu insiden tersebut.

Penalti akan dikenakan sebanyak 20 peratus ke atas kos jumlah hidangan yang terlibat.

Jika bendasing dijumpai dalam hidangan makanan pelanggan atau pesakit kita, kontraktor hendaklah menggantikan hidangan tersebut dengan segera dalam tempoh setengah jam daripada waktu aduan diterima sekiranya aduan dibuat dalam tempoh hidangan dan penalti yang dikenakan adalah 100 peratus ke atas kos hidangan yang terlibat.

Bagi kedua-dua kategori penyajian makanan ini Yang Berhormat, pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak pembekal tersebut berdasarkan syarat-syarat dalam kontrak perjanjian. Menyentuh mengenai makanan yang dihidangkan di hospital swasta, saya boleh memberikan jaminan Yang Berhormat. Makanan yang dihidangkan di hospital kita juga kalau tidak sama taraf malah jauh lebih baik mengikut spesifikasi pesakit-pesakit kita di hospital-hospital. Ini kerana pesakit-pesakit kita mungkin ada di antara mereka memerlukan diet-diet khas contohnya diabetic dan sebagainya.

Makanan yang disediakan adalah bersesuaian dengan kondisi pesakit tersebut. Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan.

final • 10:30 AM

3. Tuan Haji Ahmad Lai Bujang [Sibuti] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, adakah pihak kementerian bercadang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan air kencing secara percuma untuk mengesan individu yang menyalahgunakan dadah dan adakah sebarang kajian untuk pihak kementerian menyediakan kit pemeriksaan air kencing untuk kegunaan ibubapa di rumah bagi pengesanan penyalahgunaan dadah lebih awal.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sibuti yang mengemukakan soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Dalam Negeri melalui Agensi Antidadah Kebangsaan atau AADK di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 memberi kuasa kepada pegawai pemulih.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Ini juga termasuklah mana-mana pegawai kebajikan masyarakat atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari sarjan atau mana-mana pegawai penjaga balai polis untuk membuat pemeriksaan air kencing bagi mengesan individu yang menyalahgunakan dadah.

Pegawai AADK menurut Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 adalah diiktiraf sebagai pegawai pemulih juga. Sehubungan dengan itu, AADK di bawah Program Pencegahan Dadah telah melaksanakan aktiviti ujian saringan air kencing terhadap pelajar di sekolah, di institusi pengajian tinggi dan juga bagi pekerja di sektor awam dan swasta berdasarkan kepada permohonan yang diterima daripada pihak-pihak berkenaan.

Perkhidmatan ujian saringan air kencing ini adalah diberi secara percuma.

Tuan Yang di-Pertua, AADK selain daripada membuat ujian saringan air kencing dalam program pencegahannya, agensi ini juga menjalankan beberapa program lain seperti pertamanya membuat pameran dan ceramah di sekolah-sekolah. Bagi sekolah-sekolah berisiko tinggi yang mana pelajar mereka terjebak dalam penyalahgunaan dadah, AADK dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri mengadakan Program Heal untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan di kalangan peserta program mengenai bahaya dadah dan kesannya.

Program ini juga bertujuan untuk memupuk sikap dan amalan yang baik serta mengamalkan gaya hidup sihat di samping memperkasakan keupayaan dan komitmen sekolah dan keluarga dalam membimbing peserta program untuk mengatasi masalah berkaitan dadah.

Ketiganya mengadakan program-program pendidikan pencegahan serta kesedaran awam kepada institusi kekeluargaan di seluruh Malaysia bagi memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan awalan terhadap sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat terutamanya belia dan ibu bapa. Di antara aktiviti yang dilaksanakan di bawah program ini ialah seperti Family on Alert dan juga Forum: Let’s Talk About Drug and Health.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan pertanyaan mengenai pembekalan kit pemeriksaan air kencing untuk kegunaan ibu bapa di rumah bagi mengesan penyalahgunaan dadah lebih awal. Buat masa kini kementerian tidak ada bercadang untuk membekalkan kit pemeriksaan air kencing ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin tahu oleh kerana jumlah pelajar di sekolah dan juga di institut pengajian tinggi serta pekerja-pekerja di sektor awam dan swasta yang telah dibuat ujian saringan air kencing. Adakah hasil ujian yang dibuat ke atas mereka ini di tahap yang membimbangkan? Apakah tindakan selanjutnya diambil oleh pihak kerajaan ke atas mereka yang didapati positif dadah? Seterusnya saya juga ingin hendak bertanya oleh kerana pengedaran dadah ini meluas ke luar bandar?

Adakah pihak polis kerana polis sahaja yang ditakuti oleh pihak belia dan juga anak-anak sekolah memantau sejauh manakah penglibatan belia di sekolah dan juga di kawasan-kawasan ladang sawit dan juga pekan-pekan kecil di kawasan saya di Sibuti dan Bekenu? Kita juga melihat bahawa ibu bapa ini kalau anak terlibat dalam dadah mereka malu. Kalau kita usahakan supaya memberi mereka kit untuk mereka memantau anak-anak mereka di rumah bukankah lebih baik daripada kita sentiasa untuk menghantar mereka ke pusat serenti. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Sibuti. Sehubungan dengan isu-isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sibuti. Pertamanya yang saya ingin menjawab berkaitan jumlah pelajar yang telah dibuat ujian. Bukan sahaja pelajar termasuk pekerja-pekerja sama ada di swasta ataupun di tempat awam. Di sini saya ingin menyatakan bahawa kalau daripada segi statistik yang telah dilaksanakan oleh pihak AADK.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Ini yang mana di bawah program pencegahan agensi ini, didapati sebagai contoh bagi bulan Januari hingga September 2011 bilangan pelajar di sekolah yang diuji melibatkan 27,445 orang. Akan tetapi yang positif dadah adalah sebanyak 579 orang sahaja atau dalam peratusan dalam 2.1 peratus.

Bagi bilangan pelajar di institut pengajian tinggi pula yang diuji melibatkan 8,649 orang tetapi yang positif adalah sebanyak 72 orang ataupun 0.82 peratus. Bagi bilangan pekerja sama ada di sektor awam ataupun di sektor swasta bilangan yang diuji melibatkan 12,024 orang tetapi yang positif adalah sebanyak 58 orang atau 0.48 peratus. Manakala bilangan pekerja di sektor swasta yang diuji sebanyak 4,024 orang tetapi yang positif adalah 47 orang ataupun 1.16 peratus sahaja. Jadi berdasarkan daripada data-data ini dan peratusannya kita lihat begitu rendah sekali. Jadi kita merasakan bahawa keadaannya tidaklah membimbangkan.

Walau apa pun sehubungan mereka yang didapati positif dadah selepas melaksanakan ujian saringan pemeriksaan air kencing ini. Jadi kalau pelajar-pelajar bawa ada proses intervensi yang dibuat yang mana pihak AADK akan mengadakan satu perbincangan daripada pihak kementerian dan sekolah dan juga ibu bapa. Di mana mereka ini akan dibawa ke summer camp untuk diberi motivasi dan juga kaunseling mengenai bahayanya dadah itu. Jika taraf keparahan seseorang pelajar itu didapati tinggi selepas berunding dengan pihak sekolah dan juga ibu bapa. Maka pelajar tersebut akan dihantar untuk membuat rawatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia (C&C 1Malaysia).

Berkaitan dengan pekerja awam pula atau swasta, jika didapati positif dadah mereka digalakkan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia yang telah diwujudkan oleh pihak AADK ini. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan polis, tindakan dalam pemantauan sama ada di sekolah dan juga di ladang-ladang sawit ataupun di pekan- pekan kecil. Saya ingin maklumkan bahawa berkaitan dengan pemantauan di sekolah program-program ini biasa dibuat secara bersepadu bersama dengan AADK dan juga dengan pihak berkuasa sekolah yang mana membuat pemantauan-pemantauan secara rambang ke tempat-tempat di sekolah-sekolah ini.

Bagi di kawasan-kawasan sawit dan juga di pekan-pekan kecil dan kampung.

Pihak polis memang mengadakan rondaan di tempat-tempat ini dari semasa ke semasa sama ada siang ataupun malam. Apa yang kita lihat kalau ada maklumat-maklumat yang tertentu di mana ada penglibatan penagihan dadah ataupun pengedaran dadah. Bahawa pihak polis di bawah Unit Pencegahan Dadah ini sentiasa mengambil tindakan untuk membanteras kegiatan-kegiatan ini. Walau bagaimanapun, jika ada di kawasan Yang Berhormat yang tidak ada dilawat oleh polis atau membuat rondaan di sana boleh maklum pada sayalah supaya saya meminta supaya pasukan Unit Pencegahan untuk membuat rondaan dari masa ke semasa di kawasan Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Soalan tambahan kepada Timbalan Menteri berkenaan dengan isu dadah terutama di kalangan pemuda bukan sahaja di sekolah ataupun di luar sekolah. Ini adalah satu pengalaman saya sendiri melihat khususnya di Pulau Pinang dan saya telah berundur ataupun telah bincang dengan CPO di Pulau Pinang. Masalah sosial akibat penahanan pemuda-pemuda oleh polis apabila mereka disyaki mengambil dadah. Walaupun saya rasa itu masalah dadah adalah begitu serius di kalangan pemuda atau pelajar-pelajar sekolah tetapi cara tarikan ke sini memang jadi tanda tanyalah. Misalnya apabila polis ini menjalankan rondaan dia menahan katakan tiga, empat lelaki umurnya katakan 20 tahun atau 25 tahun mereka adalah buruh kasar.

Apabila ujian air kencing atau darah tidak dijalankan serta-merta mereka ditahan reman lima hari ataupun sepuluh hari. Apabila mereka tidak kesan apa-apa, tidak ada tanda apa-apa mereka mengambil dadah mereka dilepaskan. Jadi, lima hari atau sepuluh hari dalam penjara, lokap apabila mereka keluar mereka hilang pekerjaan. Ini adalah masalah sosial yang besar bukan sahaja saya bincang CPO Pulau Pinang tetapi juga dengan OCPD di Bahagian SPT. Jadi apakah kementerian ini, apakah tindakan kementerian untuk mengurangkan supaya mereka yang disyaki mengambil dadah ini dapat diuji ataupun ujian dijalankan serta-merta, mereka yang tidak salah dilepaskan. Janganlah buat ini lima hari, sepuluh hari atau berapa belas hari.

final • 10:40 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Ini masalah serius dan apabila mereka keluar, mereka hilang kerja, jadi beban kepada ibu bapa. Ini adalah kompelin daripada penduduk di sekitar Perai yang saya sendiri saksikan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Wira Abu Seman Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan oleh pihak Yang Berhormat Batu Kawan. Jadi dalam tahanan polis ini biasanya dalam tahanan pada peringkat pertama ini ianya dibuat dalam masa 24 jam untuk menjalankan pemeriksaan, dalam ujian air kencing untuk memastikan sama ada seseorang itu terlibat dalam penagihan dadah atau terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini.

Jadi jika didapati positif maka saya percaya bahawa tindakan polis mereka kalau tidak ada apa-apa bukti perlu dilepaskan dan jika ada bukti, ianya tidak dapat diselesaikan penyiasatan kes itu dalam 24 jam, yang mana bahawa suspek ini akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan penahanan lanjutan, 14 hari di bawah seksyen 117, CPC.

Jadi di bawah proses inilah yang mana budi bicara mahkamah untuk melanjutkan tempoh penahanan bagi membolehkan pihak polis menjalankan tindakan. Jadi oleh kerana tindakan tidak dapat diselesaikan dalam itu, maka mereka dalam tempoh penahanan itu mereka perlu menyiapkan kes-kes penyiasatannya. Kalau didapati ada kes bahawa mereka akan dituduh di mahkamah dan kalau tidak ada kes selepas dibuat pemeriksaan walaupun tempoh yang dibenarkan oleh mahkamah belum tamat lagi biasanya memang pihak polis akan lepaskan mereka, Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

4. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, tujuan kerajaan untuk melantik syarikat PR antarabangsa untuk promosi tenaga nuklear dan adakah ini bermaksud bahawa kerajaan akan meneruskan projek pembinaan loji nuklear.

final • 10:50 AM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan dari Ahli Yang Berhormat Klang bersekali dengan soalan Ahli Yang Berhormat Selayang yang akan dijadualkan dalam 22 November memandangkan skop dan ruang lingkup soalan yang dikemukakan adalah hampir sama.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti mana yang pernah saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan masih belum membuat keputusan yang muktamad mengenai cadangan pembinaan loji janakuasa nuklear di negara ini. Ini kerana pelbagai kajian perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengukur tahap keupayaan dan kesediaan negara. Hasil kajian-kajian tersebut akan digunakan untuk membantu kerajaan dalam membuat keputusan muktamad mengenai pembinaan loji jana kuasa nuklear di negara ini. Kementerian saya ada melaksanakan pelawaan kepada para runding pada bulan Julai tahun ini untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung pelaksanaan program pendidikan dan kesedaran awam bagi pembangunan kuasa nuklear.

Walau bagaimanapun, atas nasihat kerajaan program ini tidak akan diteruskan.

Seterusnya suka saya menyatakan di sini bahawa program pendidikan dan kesedaran awam berhubung pembangunan kuasa nuklear merupakan aspek yang amat penting bagi mana-mana negara. Sehingga kini program pendidikan dan kesedaran awam tersebut dilaksanakan oleh pelbagai pihak di negara ini termasuklah badan-badan pertubuhan bukan kerajaan.

Namun, pelaksanaannya dilihat hanya tertumpu kepada beberapa kumpulan sasar tertentu sahaja. Menyedari kepentingan pelaksanaannya secara lebih berkesan dan menyeluruh, kementerian saya merasakan bahawa adalah perlu program pendidikan dan kesedaran awam dimulakan daripada peringkat awal lagi dan dilaksanakan secara berterusan meskipun keputusan muktamad mengenainya masih belum lagi dibuat oleh kerajaan.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan pelaksanaan program pendidikan dan kesedaran awam yang komprehensif daripada kementerian saya adalah bertujuan untuk mendidik dan memupuk kesedaran masyarakat melalui penyebaran pengetahuan maklumat serta fakta mengenai tenaga nuklear yang tepat, sahih dan menyeluruh. Secara tidak langsung ia sedikit sebanyak akan memberi manfaat ke arah meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap tenaga nuklear dan sekali gus melahirkan masyarakat yang berpemikiran berasaskan pengetahuan dan fakta dan bukan hanya bersandarkan kepada persepsi negatif semata-mata.

final • 10:50 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada awal tahun ini Perdana Menteri telah mengatakan bahawa kerajaan akan melakukan beberapa perundingan dengan rakyat termasuk dengan stakeholders sebelum satu keputusan muktamad dibuat. Akan tetapi tindakan kerajaan ataupun kementerian menunjukkan berlainan.

Pertama, Malaysia Nuclear Power Corporation telah ditubuhkan. Kedua cooperation agreement dengan Korea Selatan dan Jepun telah ditandatangani dan sekarang kita dapati bahawa kerajaan hendak melantik PR company untuk meyakinkan rakyat mengenai kebaikan tenaga nuklear.

Kalau saya boleh baca Tuan Yang di-Pertua the brief atau tugas yang akan diberikan kepada public relations company ini ialah to make Malaysia has to be nuclear already, maksudnya kerja PR company itu ialah untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa we are ready for nuclear power plan construction in Malaysia and the mandate of the public by 2013 dan juga pada masa itu kerajaan akan reveal site ini daripada Holmes Report yang dikeluarkan di New York.

Jadi, soalan saya adalah bukankah tindakan kerajaan mencerminkan bahawa kerajaan telah membuat keputusan iaitu membina dua loji nuklear dan adakah ini bercanggah dengan nasihat yang telah diberikan oleh Perdana Menteri iaitu kementerian tidak mengikut arahan daripada Perdana Menteri ataupun Perdana Menteri membohongi rakyat. Saya juga ingin tahu berapakah jumlah yang akan dibayar untuk firma PR ini.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Yang Berhormat, saya harap Yang Berhormat tidak memutar-belitkan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri. Perdana Menteri tidak pernah sebut bahawa kita tidak atau ingin melaksanakan program tenaga nuklear di Malaysia.

Perdana Menteri pernah sebut bahawa kita kena tengok, kita kena kaji tahap manakah kesedaran rakyat di Malaysia. Kalaulah rakyat di Malaysia ini kebanyakan rakyatnya ingin hendak lihat bahawa satu program tenaga nuklear ini diwujudkan di Malaysia maka kita akan laksanakannya tetapi kalau sebaliknya, kalau kebanyakan rakyat di negara kita ini tidak ingin hendak lihat satu program tenaga nuklear maka kita tidak akan laksanakan. Itulah apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Saya rasa untuk mendapatkan kajian dan maklumat yang menyeluruh ini daripada fikiran rakyat, kita kena ada program-program kesedaran rakyat. Kita kena ada program kajian di tahap manakah rakyat sedar, di tahap manakah rakyat boleh terima program ini.

Itu sebab kita mengadakan program ini tetapi apabila saya bentangkan kepada pihak kerajaan, pihak kerajaan katakan tidak perlulah sekarang. Oleh sebab itu kita tutup program ini dan kita tidak akan laksanakannya. Walau bagaimanapun, saya hendak sebut, pihak pembangkang ini apabila ada sedikit maklumat, dia katakan, ”Oh, dia dakwa sini dan dakwa sana”, tetapi dengan tidak ada dengan fakta yang sahih, tidak ada fakta yang kukuh. Ini yang saya hendak jelaskan.

final • 11:00 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya fikir bahawa rakyat Malaysia tidak boleh disekat daripada menerima maklumat yang sebenar tentang apa-apa yang berkaitan dengan tenaga nuklear, tentang reka bentuk dan sebagainya.

final • 11:00 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Jadi, soalan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah selepas loji nuklear di Fukushima bocor, tahap kebimbangan rakyat Malaysia terhadap tenaga nuklear ini semakin meninggi.

Dahulu sudah almost reda, dengan izin. Jadi, untuk ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya, sejauh mana kementerian boleh mendapatkan gambaran sebenar dan memaklumkan kepada rakyat tentang kegagalan tenaga nuklear di Fukushima yang lebih kepada reka bentuk generasi pertama, supaya rakyat Malaysia dapat memahami tentang reka bentuk yang terbaru, loji tenaga nuklear yang lebih selamat dan tentang perlunya rakyat Malaysia diberikan kefahaman dan kesedaran fakta-fakta sebenar tentang loji nuklear supaya tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Kita kena sedia di negara kita perbincangan yang meluas.

Perbincangan yang tertumpu kepada fakta di negara ini supaya rakyat kita boleh menimbang dan akhirnya membuat satu keputusan sama ada menerima atau tidak tenaga nuklear di negara kita. Program ini untuk menyedarkan rakyat macam mana kita boleh laksanakan kalaulah ini hanya dibuat secara ad-hoc atau secara tidak ada kaedah yang baik. Dengan adanya fakta seperti Fukushima ini kita boleh pelawa experts dan sebagainya datang daripada Jepun untuk membuat sesi taklimat atau sesi maklumat. Kita boleh adakan secara perbincangan atau debat di antara pihak pembangkang dengan pihak kerajaan atau dengan pihak yang lain juga supaya penglibatan ini adalah menyeluruh dan tidak tertumpu kepada pihak NGO yang buat masa sekarang sudah ambil keputusan sebab dia hendak menentang perkara ini. Kita kena ada. Kalau kita tidak laksanakan ini macam mana kita dapat pendapat daripada rakyat dan rakyat kita ini bukan semua tahu selok-belok tentang tenaga nuklear ini.

final • 11:00 AM

5. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, perbandingan di antara pelaburan dalam negeri

(domestic investment) dengan foreign direct investment (FDI) dalam tempoh setahun yang lalu.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2010 jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan adalah sebanyak RM47.2 bilion yang melibatkan 910 projek. Daripada jumlah tersebut RM18.1 bilion iaitu 38.3 peratus adalah pelaburan domestik manakala RM29.1 bilion bersamaan dengan 61.7 peratus adalah pelaburan asing. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2011 pula, sejumlah 585 projek perkilangan telah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM35.8 bilion. Daripada jumlah tersebut RM16.4 bilion bersamaan 45.8 peratus merupakan pelaburan domestik manakala pelaburan asing pula berjumlah RM19.4 bilion bersamaan dengan 54.2 peratus. Lima sektor utama yang menyumbang kepada jumlah pelaburan domestik yang diluluskan dari tahun 2010 hingga Ogos 2011 adalah:

(i) kelengkapan pengangkutan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM6.5 bilion;

(ii) produk petroleum termasuk petrokimia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM6.4 bilion;

(iii) produk logam asas dengan jumlah pelaburan sebanyak RM4.4 bilion;

(iv) produk logam fabrikasi dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3.3 bilion; dan

(v) produk elektronik dan electrical dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.7 bilion.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Lima sektor utama yang menyumbang kepada jumlah pelaburan asing yang diluluskan dari tahun 2010 hingga Ogos 2011 adalah:

(i) produk elektronik dan electrical dengan jumlah pelaburan sebanyak RM19.1 bilion;

(ii) produk logam asas dengan jumlah pelaburan sebanyak RM6 bilion;

(iii) kimia dan produk kimia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM4.9 bilion;

(iv) produk galian bukan logam dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3.6 bilion; dan

(v) pengilangan makanan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.9 bilion.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah, saya ingin tahu apa sudah terjadi kepada projek Proton City di Tanjung Malim, Perak, khususnya mengenai pelaburan untuk membangunkan Proton City di Tanjung Malim itu? Latar belakang pelaburan dan juga pelaburan yang sedang berlangsung sekarang? Adakah pelaburan untuk masa hadapan ini sama ada daripada pihak kerajaan, public sector ataupun daripada private sector luar atau dalam negeri.

Selain daripada itu saya ingin juga bertanya kepada Yang Berhormat, berapa banyak pelaburan asing dan juga pelaburan dalam negeri yang masuk ke negeri Perak dalam tempoh setahun atau dua tahun ini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Mengenai Proton City di Tanjung Malim, setakat ini Proton telah membelanjakan ataupun melabur lebih kurang RM1.6 bilion. Ke depannya pula mereka merancang untuk membina kilang pemasang kenderaan untuk OEM dan juga kilang pembuat enjin yang mana kilang- kilang ini bernilai RM800 juta. Selain daripada Proton, ada juga syarikat-syarikat tempatan yang telah melabur untuk mendirikan kilang-kilang sebagai vendor kepada Proton yang berjumlah lima kesemuanya dan jumlah pelaburan adalah RM46 juta.

final • 11:00 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Bagi negeri Perak pula Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, ada beberapa projek yang sedang berjalan, yang telah diluluskan sejak tahun 2006 hingga Ogos 2011.

Jumlah pelaburannya ialah RM11.2 bilion. Jumlah projeknya adalah 288, yang memberikan peluang pekerjaan sebanyak hampir tiga puluh ribu. Ini adalah projek-projek perkilangan yang telah diluluskan di negeri Perak sejak tahun 2006 hinggalah Ogos 2011.

Untuk makluman semua juga, dari segi projek-projek yang telah diluluskan mengikut negeri, Perak tidaklah dianggap sebagai top five tetapi daripada jumlahnya, mungkin ia mempunyai potensi yang besar untuk menyaingi negeri-negeri lain.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, hari ini wujud satu perdebatan yang agak sengit sama ada negara perlu tumpu kepada FDI ataupun sebaliknya iaitu DDI iaitu domestic direct investment. Ada yang berpandangan bahawa FDI ini sudah tidak lagi relevan atas beberapa sebab dan di antara sebab yang dikemukakan ialah tidak wujud linkages dengan local economy dan juga negara menghadapi persaingan yang agak sengit dengan China dan negara-negara jiran. Maka persoalan saya, apakah pendirian kementerian berhubung pertembungan di antara tumpuan FDI dan DDI ini?

Kedua, saya ingin merujuk kepada satu artikel yang ditulis oleh Yang Berhormat Menteri MITI yang dihantar kepada NST pada 6 September 2010 di mana Yang Berhormat Menteri telah membuat pengakuan wujudnya beberapa syarikat gergasi negara termasuk beberapa GLC yang telah mula menumpukan pelaburan mereka di luar negara dan tidak lagi tumpuan di dalam negara.

final • 11:10 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Sebagai contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri iaitu Khazanah, CIMB Bank, Maybank, YTL, Genting dan Sime Darby. Antara halangan yang

final • 11:10 AM

menyumbang kepada perkembangan ini mengikut Yang Berhormat Menteri sendiri ialah

(i) iklim pelaburan yang tidak kondusif dalam negara,

(ii) tidak wujud rangsangan untuk syarikat-syarikat ini menumpukan pelaburan dalam negara,

(iii) kegagalan kerajaan untuk mengurangkan birokrasi, dan

(iv) kegagalan kerajaan untuk mewujudkan garis panduan dan peraturan yang lebih telus dan tuntas.

Persoalan saya ialah sekiranya syarikat-syarikat ini tidak yakin dengan pelaburan dalam negara, bagaimana mungkin kita dapat menarik pelaburan luar negara untuk datang ke Malaysia? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Gombak.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perbahasan tentang yang mana yang perlu diberi perhatian, FDI atau DDI, kita dapati bahawa sebenarnya kedua-duanya pun penting.

Walaupun di peringkat awalnya kita rasa agak khuatir bahawa dalam iklim pelaburan dunia yang agak lembap buat masa ini maka Malaysia pun mungkin tidak akan menarik lebih banyak FDI, tetapi mengikut angka-angka yang kita dapati sekarang ini, nampaknya FDI tetap melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

Sambil itu, syarikat-syarikat tempatan pula yang melabur di Malaysia pun semakin meningkat di mana usaha kita untuk mengimbangi ataupun mempunyai nisbah 50:50 antara FDI dan DDI itu masih satu perkara yang rumit kerana jumlah FDI yang semakin meningkat dan tidak nampak trend menurun. Jadi oleh sebab itu, penting bagi kita untuk memastikan rangsangan yang kita berikan kepada kedua-dua pihak ini, pelabur asing dan pelabur tempatan, diteruskan dan tidak sekali-kali kita menganaktirikan pelabur tempatan.

Pada waktu yang sama Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan kedua yang diutarakan oleh Yang Berhormat Gombak, kita perlulah menyedari sebarang kelemahan yang mana akan menjejaskan peluang untuk pelabur tempatan ini melabur di dalam negara kita sendiri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah beberapa kali mempengerusikan mesyuarat bersama dengan pelabur-pelabur tempatan untuk mendapat maklum balas mereka mengenai bagaimana untuk merangsang lagi ekonomi tempatan kita ini supaya mereka juga melabur di negara sendiri. Setelah mendapat maklum balas mereka itu termasuklah kenyataan-kenyataan daripada mereka seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Gombak, maka tindakan susulan telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memperbetulkan keadaan-keadaan ini dan saya lihat responsnya begitu memberangsangkan.

Kalau kita lihat angka-angka terbaru, DDI kita pun semakin meningkat yang sekali gus membuktikan bahawa pendekatan yang kita ambil untuk menggalakkan DDI ini telah mula menunjukkan hasil yang kita cita-citakan. Daripada tahun 2010, RM18 bilion, ini dalam sektor perkilangan sahaja yang diluluskan dan daripada bulan Januari hingga Julai 2011, RM15.9 bilion. Ini membuktikan kepada kita bahawa syarikat-syarikat tempatan pun masih mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pasaran tempatan kita ini.

Suka saya nyatakan di sini bahawa pelaburan tempatan yang mencecah RM1 bilion pun agak banyak Tuan Yang di-Pertua, yang sekali lagi membuktikan bahawa tindakan kita ini satu yang merangsang ekonomi tempatan. Kita ada lebih tujuh syarikat daripada bulan Januari hingga Ogos 2011 ini yang telah melabur lebih daripada RM1 bilion setiap satu. Ini adalah semuanya pelaburan tempatan dan ini membuktikan kepada kita bahawa pendekatan yang telah kita ambil selama ini adalah tepat dan merangsang peluang untuk syarikat tempatan melabur dalam pasaran tempatan kita ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

6. Tuan Sivarasa A/L K. Rasiah [Subang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, sama ada tindakan Ratu Queen Elizabeth II memakai baju kuning semasa Perdana Menteri menghadapnya di Istana Buckingham pada 14 Julai 2011 akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dengan United Kingdom.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Subang atas soalan yang telah dikemukakan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke United Kingdom pada 12 hingga 15 Julai 2011 telah berjaya meningkatkan hubungan dua hala Malaysia dengan United Kingdom. Justeru, pertemuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan baginda Ratu Elizabeth II menandakan pengiktirafan United Kingdom terhadap hubungan dua hala yang semakin utuh dengan Malaysia.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri I - Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Sewajarnya pertemuan dan pengiktirafan ini merentasi pilihan warna pakaian Baginda Ratu semasa menemui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri beliau di Istana Buckingham. Pakaian Baginda Ratu Elizabeth untuk upacara dan acara rasmi semasa musim bunga dan panas di United Kingdom serta juga semasa lawatan baginda ke negara-negara asing ialah warna-warna yang lembut dan cerah... [Ketawa] Malahan semenjak tahun 1954 lagi sudah ketara kelihatan bahawa Ratu Elizabeth gemar memakai pakaian yang berwarna kuning. Ini boleh tanya isteri Yang Berhormat pun.

Ini termasuk semasa lawatan diraja beliau ke Australia. Pada tahun 2011, antara acara dan upacara di mana Baginda Ratu Elizabeth memakai baju berwarna kuning adalah pada 18 Mei 2011, semasa lawatan rasmi Baginda ke Republik Ireland. Baginda telah memakai baju berwarna kuning ketika melawat Taman Croke dengan izin, Croke Park, yang diiringi oleh presiden negara tersebut, Puan Yang Terutama Mary McAleese. Pada tahun ini juga, semasa upacara perkahwinan cucu baginda Ratu Elizabeth iaitu di antara Putera William dengan Kate Middleton pada 29 April 2011 di Westminster Abbey, Baginda Ratu Elizabeth telah memakai baju dan topi kuning. Pilihan warna kuning Baginda semasa upacara ini ditafsirkan oleh semua pihak sebagai melambangkan keceriaan, kegembiraan dan kebahagiaan Baginda dan bukan kebahagiaan orang lain.

Tuan Yang di-Pertua, yang penting adalah objektif dan hasil lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke United Kingdom tercapai dalam mana hubungan antara kedua-dua negara telah diperkukuhkan lagi demi kesejahteraan bersama. Tumpuan diberi terhadap kerjasama dalam sasaran ekonomi, sektor bidang industri berteknologi tinggi, pembangunan usahawan kecil dan sederhana serta teknologi maklumat. Tujuh perjanjian dan memorandum persefahaman di antara kerajaan dan sektor swasta juga ditandatangani mengeratkan kerjasama dan memanfaatkan kedua-dua negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengambil peluang untuk berinteraksi dengan ahli-ahli perniagaan dan ketua-ketua kewangan United Kingdom dalam usaha untuk menggalakkan syarikat-syarikat United Kingdom untuk melabur dan berkecimpung di dalam sektor termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan industri berasaskan pengetahuan dan dengan izin, knowledge driven industry di Malaysia.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Nampaknya daripada jawapan itu, Timbalan Menteri buat tafsiran bahawa pemakaian kuning oleh Ratu Elizabeth pada hari lawatan itu nampaknya hanyalah secara kebetulan dan bukan memberi apa-apa mesej kepada Perdana Menteri kita. Saya ingin menasihatkan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kita tidak boleh mengambil apa yang dinampak sebagai kebetulan itu begitu ringan. Kita kena faham bahawa protokol di Buckingham Palace kalau kita kaji dengan teliti, ini bukan perkara yang ringan.

Kita tahu daripada tindakan Ratu Elizabeth dan protokol yang digunakan selalu berkaitan dengan aktiviti baginda. Setiap langkah yang beliau buat adalah strict, dengan izin, dengan teliti, daripada topi, daripada pakaian dan semua.

final • 11:20 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya tidak berkata ataupun maksud saya, Queen Elizabeth tidak pernah memakai kuning. Isunya ialah kenapa dia memakai kuning pada hari itu dengan Perdana Menteri kita.

Itu isunya. Jadi apabila kita memandang baru 9 Julai, baru seminggu sebelum itu BERSIH telah berlaku di Malaysia, tangkapan seramai 1,600 orang... [Tepuk] Perhimpunan BERSIH di seluruh dunia, di 30 buah negara bersama dan apabila Perdana Menteri kita mendarat di London diikuti dengan bantahan oleh orang-orang yang berpakaian kuning.

Maksud saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah semua perkara ini pastinya ditaklimatkan kepada Ratu Elizabeth. Jadi saya hendak tahu sama ada kerajaan telah ambil tafsiran yang saya sebut tadi dan kenapa kerajaan tidak siasat dengan lebih lagi, kenapa?

Adakah kerajaan membuat siasatan? Itu soalan tambahan saya. Adakah kerajaan buat siasatan tambahan kenapa Ratu Elizabeth memakai pakaian kuning pada hari itu dalam lawatan Perdana Menteri? Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya, dalam isu ini saya tengok dan saya ingatkanlah jangan kita syok sendirilah.

Ini ‘nawaitu’. Tahu apa itu ‘nawaitu’? Nawaitu kita kena betul. Kalau itu tidak betul, susah kita. Saya ingat Yang Berhormat Subang boleh jadi penasihat. Hanya untuk menasihatkan pakaian. Apa colour mahu pakai. Sebenarnya dari segi protokolnya tidak ada warna yang perlu dipakai untuk program macam mana dan sebagainya. Seperti yang saya telah nyatakan tadi, beberapa acara beliau telah pun berpakaian kuning. Jadi ini tidak seharusnya jadi isulah. Jangan syok sendiri, okey? Kadang-kadang saya tengok Yang Berhormat pun pakai baju biru – Barisan Nasional. Adakah ini bererti memberi signal tepat kepada Barisan Nasional? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan ini soalan jahat sebenarnya.

Orang yang mengajukan soalan ini pendek akal sebenarnya.

final • 11:20 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jalanlah.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apa masalah warna? Baginda Queen hendak pakai warna apa, apa soal kita hendak persoalkan dia? Kebebasan dialah.

Ini BERSIH pakai kuning, orang lain pakai kuning seolah-olah menyokong BERSIH. Ini perasan. Soalan ini seperti menghina baginda Queen. Salah soalan ini. ini sebenarnya menghina Raja. Kenapa hendak menghina raja? Perasan warna kuning menghina Raja Queen Elizabeth. Ini menghina sebenarnya dan inilah soalan yang merenggangkan hubungan kita dengan Britain. Bukan pakaian kuning Baginda itu merenggangkan hubungan kita dengan kerajaan... [Disampuk] Ini soalannya. Kuning.

Kalau budaya Melayu, Raja-Raja Melayu pakai kuning lebih dulu daripada kuning yang dipakai oleh BERSIH. Apa masalahnya? Jadi jangan perasanlah hingga segala- galanya dipolitikkan. Inilah pembangkang. Tidak ada perkara dalam dunia ini yang tidak dipolitikkan. Sampai warna raja pun dipolitikkan. Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri persoalan pembangkang inilah sebenarnya yang cuba merenggangkan hubungan Malaysia dengan Great Britain.

final • 11:20 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu ucapan atau soalan itu?

final • 11:20 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya saya setuju. Pandangan yang begitu bagus sekali. Kita ini debate tetapi mereka selalu tengok pakaian sahaja. Warna apa kita pakai dan sebagainya. Yang pentingnya isi perbincangan di antara kedua-dua pemimpin. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu

[Soalan No. 7 – Y.B. Puan Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) tidak hadir]

final • 11:30 AM

8. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, sama ada kementerian akan meluluskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

(KLIA 2) yang baru untuk tidak membina jejantas bergerak (aerobridge) bagi penumpang kapal terbang kos rendah. Apakah kementerian akan membenarkan Malaysian Airport Holding Berhad untuk meningkatkan kutipan yuran sekiranya ia tidak menjaga kepentingan penumpang kapal terbang kos rendah.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan II - Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon izin untuk menjawab sekali pertanyaan ini bersama dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat Parit Sulong pada 2 November 2011, yang mana kedua-dua soalan adalah melibatkan perkara yang hampir sama.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Parit Sulong, keputusan sama ada untuk membina jejantas bergerak ataupun aerobridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) atau sebaliknya adalah bergantung kepada keperluan pengguna aerobridge tersebut iaitu syarikat penerbangan. Aerobridge hanya akan dibina sekiranya syarikat penerbangan ingin menggunakannya untuk mengelakkan aerobridge tersebut tidak digunakan sepenuhnya ataupun dengan izin, underutilize. Sungguhpun demikian, pihak kerajaan mengambil berat akan pandangan umum berhubung pembinaan aerobridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Kepada Pengarang, Letters to The Editor, dengan izin, di dalam surat akhbar tempatan.

Selain itu, kerajaan telah pun mengutarakan pandangan daripada Orang Kurang Upaya (OKU), MATTA, dan juga Board of Airline Representatives berhubung keperluan pembinaan aerobridge tersebut kepada pihak MAHB. Namun begitu cadangan pembinaan aerobridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) masih di peringkat penelitian dan pihak Malaysian Airport Holding Berhad juga telah memperuntukkan wang untuk memasang aerobridge tersebut sekiranya syarikat penerbangan ingin menggunakannya kelak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, anggaran jumlah kos yang diperlukan untuk pembinaan 80 buah aerobridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

(KLIA 2) ini ialah sebanyak RM132 juta. Berhubung sama ada kementerian membenarkan MAHB meningkatkan kutipan yuran sekiranya ia tidak menjaga kepentingan penumpang kapal terbang kos rendah, kementerian hanya akan membenarkan MAHB meningkatkan kutipan yuran sekiranya ia setaraf dengan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada penumpang di sesebuah lapangan terbang. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merasa hairan sehingga sekarang Kementerian Pengangkutan masih kata, “Oh! Ia dalam tahap penelitian.” Sudah banyak OKU, orang tua dan Ahli Parlimen buat bising. Kita semua naik kapal terbang khususnya Yang Berhormat yang tiap- tiap minggu perlu datang ke sini melalui kapal terbang. Ini kerana apabila kita pergi ke KLIA – LCCT sekarang, kerana tidak ada aerobridge pada waktu hujan begitu susah bagi kita semua. Begitu juga bagi OKU seperti Yang Berhormat Bukit Gelugor, bagaimana dia mahu naik kapal terbang apabila hari hujan? Apabila Yang Berhormat Sri Gading jadi lebih uzur dan susah bagi dia juga untuk naik kapal terbang.

Jadi, kita perlu jagalah semua keperluan penumpang dan bukan syarikat penerbangan yang kita..., AirAsia kata, dia tidak perlu aerobridge. Ini kerana kita yang penumpang low class, tahu? Ini kerana AirAsia low fare. Dia kata low class tidak perlu aerobridge. Akan tetapi kalau kita lihat yang volume atau jumlah penumpang yang ke LCCT dan KLIA sekarang, memang setiap orang kalau kita buat secara purata tidak sampai RM1 pun dari segi cukai, airport tax. Jadi, saya hendak minta yang Kementerian Pengangkutan lebih tegas bila buat keputusan. Keputusan kecil seperti ini kalau tidak boleh buat, saya cadangkan kita tukar Menteri dan juga Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan.

Setuju atau tidak Yang Berhormat Sri Gading?... Hah! Semua setuju sekarang. Kita luluskan.

final • 11:30 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Jalan di Selangor lubang-lubang amoi.

final • 11:30 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Seputeh. Semalam pada pukul 8 lebih saya bertolak dari Sibu menaiki AirAsia dan ia menggunakan aerobridge di Sibu dan ini menunjukkan bahawa adanya flexibility daripada syarikat-syarikat penerbangan.

final • 11:30 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Saya percaya dengan jawapan saya tadi keputusan muktamad pun belum lagi dibuat dan kita akan teruskan yang ini untuk keselesaan semua. Yang Berhormat sendiri tahu, itulah sebab kita bentangkan bajet yang begitu cantik, oleh kerana kita prihatin kepada rakyat...

final • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Eh! Bajet itu...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tidak termasuk aerobridge lah... [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Tuan Jelaing anak Mersat]

...Orang-orang yang menggunakan AirAsia, MAS, dan sebagainya.

final • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Slogan Barisan Nasional ialah ‘Rakyat Didahulukan,’ tahu?

final • 11:30 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Malulah sedikit. Malulah Exco Selangor punya ini.

final • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bukan syarikat penerbangan ditangguhkan.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:35 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:35 AM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 11:35 AM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 20(1). Saya ingin mendapat penjelasan dari pihak Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:35 AM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Setakat hari ini kita tidak terima lagi Laporan Ketua Audit Negara dan perkara ini telah pun disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap pada minggu lepas.

Jadi, bolehkah Tuan Yang di-Pertua memberikan jaminan kepada kami, kenapakah terjadinya perkara yang agak luar biasa tahun ini? Ini kerana biasanya laporan ini disediakan bersama dengan bajet. Selalunya ia begitu. Jadi, bilakah kami akan mendapat laporan ini? Saya minta satu...

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, kita dalam kedudukan yang sama Yang Berhormat. Pihak Parlimen belum lagi menerima laporan tersebut dari jabatan yang berkenaan, sehingga Parlimen menerimanya maka setiausaha akan mengikut Peraturan Mesyuarat 20(1), akan mengemukakan kepada Ahli-ahli Parlimen.

final • 11:35 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, tajuk yang sama. Sepatutnya Parlimen meminta penjelasan sebab – untuk menghormati Parlimen dan sebelum perbahasan belanjawan, Laporan Ketua Audit Negara harus disediakan. Parlimen tidak boleh menyatakan sekadar kami tunggu. Kalau dia tidak beri sehingga tahun depan?

Jadi, Parlimen sekurang-kurangnya Tuan Yang di-Pertua mesti pohon penjelasan tegas daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah Dewan ini mahu diserahkan Laporan Ketua Audit Negara ataupun apakah muslihat menyorok dan menangguhkan laporan ini supaya tidak dapat dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen?... [Tepuk]

final • 11:35 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sekadar itu jawapan saya Yang Berhormat dan perkara ini telah pun dibahas oleh ramai Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan ini. Saya sarankan apabila menggulung nanti, Yang Berhormat Menteri boleh menjawab perkara ini.

final • 11:35 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2012

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit

(RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9, Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran

final • 11:35 AM

itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” - 13 Oktober 2011] Timbalan Yang di-Pertu

Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani untuk 20 minit. sila.

final • 11:35 AM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semasa saya berhenti berucap pada hari Khamis yang lepas, saya ada menyatakan beberapa fakta.

Di antara fakta yang telah saya sebut ialah 40 peratus dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan dan tiga perempat daripada mereka yang datang dari kumpulan ini Yang Berhormat Sri Gading, adalah terdiri daripada orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Itu fakta.

final • 11:35 AM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Fakta yang kedua saya juga sebut Tuan Yang di-Pertua ialah 40 peratus daripada yang tergolong dari rakyat 40 peratus yang termiskin berebut-rebut ke atas 50 peratus kekayaan negara ini, sedangkan 20 peratus rakyat yang maha kaya negara ini menguasai 50 peratus khazanah yang ada melimpah ruah di negara kita. Sebab itu isu gaji minimum Tuan Yang di-Pertua menjadi penting, kita lihat dan kita yakin bahawa gaji minimum ini telah pun kita bahaskan, kita bincang tetapi kita sarankan bersungguh-sungguh supaya kerajaan mengambil isu ini sebagai isu yang besar malah kita di sebelah sini mencadangkan agar gaji minimum dimulakan di tahap RM1,100.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Ini disebabkan dengan adanya gaji minimum ini ada dua sebab yang boleh kita ketengahkan, yang pertama rakyat yang bekerja di negara ini yang rata-ratanya yang saya katakan tadi 40 peratus itu apabila dia ada gaji minimum Tuan Yang di-Pertua saya yakin dia rasa confident bahawa dengan RM1,100 bolehlah dia menyara anak bini dengan tanpa masalah yang agak besar.

Keduanya, kita juga dengan ini memberikan tekanan kepada majikan dan juga pengusaha-pengusaha supaya kalau dia terpaksa mengeluarkan gaji minimum oleh yang demikian dia terpaksa kreatif, inovatif dan mempunyai daya saing. Kerana jika dia tidak buat seperti itu dia akan selama-lamanya bergantung kepada tenaga buruh yang murah dan untuk bergantung kepada tenaga buruh yang murah akan tidak membawa dia ke mana- mana kerana negara-negara luar telah pun masuk ke bidang-bidang tertentu, telah employ mesin dan sebagainya untuk meningkatkan produktiviti mereka tetapi di Malaysia nampaknya pergantungan terhadap tenaga buruh yang murah ini berleluasa. Apatah lagi lebih malang apabila kita telah pun baru-baru ini telah meluluskan pindaan kepada Akta Kerja 1955 khususnya dalam seksyen 31 yang membenarkan contractor for labour.

Tuan Yang di-Pertua, dengan terwujudnya pindaan seksyen ini saya secara peribadi melihat ini satu malapetaka kerana ini akan menambahkan dan meletakkan pengusaha-pengusaha dalam keadaan yang pergantungan mereka kepada buruh bukan sahaja buruh murah lebih malang lagi buruh-buruh asing akan berduyun-duyun datang ke Malaysia dan mereka ini akan duduk dalam sektor-sektor perkilangan malah kita pergi hotel, security guard pun daripada orang luar dan sektor-sektor yang sepatutnya mengajikan anak-anak tempatan tetapi nampaknya orang-orang luar telah pun mengambil peranan ini dan sebab itu kita berasa sedih apabila kerajaan masih dan akhirnya telah meluluskan pindaan seksyen 31.

Seterusnya saya hendak membawa satu lagi isu untuk Tuan Yang di-Pertua, kita amat menghargai dan menyanjung peranan yang dimainkan oleh para pasukan tentera dan juga polis di negara kita, sebab itu kita juga mengalu-alukan kerajaan memberikan intensif dan apa juga gaji tambahan, elaun tambahan kepada kedua-dua pasukan ini iaitu polis dan juga tentera. Namun saya juga hendak mengesyorkan kepada kementerian dan juga kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri supaya melihat sementara polis menjalankan tugas yang baik, rata-rata tetapi ada juga tindakan-tindakan polis yang perlu kita lihat, perlu kita ambil kira supaya pasukan polis tidak terjejas imej mereka.

final • 11:40 AM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Saya hendak membawa satu kes di sini di mana 13 November 2010 tiga orang pemuda Melayu telah ditembak mati di Glenmarie, Selangor. Mereka ialah Muhamad Hanafi Omar berumur 22 tahun, Muhamad Hairul Nizam Tuah, berumur 20 tahun, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, berumur 15 tahun dan Muhammad Shamil Hafiz Shapiei ini juga adalah pelajar Maahad Thafiz. Tuan Yang di-Pertua, polis mendakwa mereka ini adalah Geng Minyak yang merompak kedai minyak, polis mengatakan bahawa mereka telah pun mengepung ketiga-tiga pemuda ini dan ketiga-tiga pemuda ini cuba menyerang mereka dengan senjata tajam termasuklah parang, polis tidak ada pilihan kononnya dan telah menembak ketiga-tiga pemuda ini.

Akan tetapi apabila kita menyiasat Tuan Yang di-Pertua, tidak ada satu rekod jenayah pun yang dapat mengaitkan ketiga-tiga pemuda ini, malah yang lebih malang lagi pada bulan Ogos 2011, satu laporan post mortem telah pun dikeluarkan oleh pihak Hospital Ampuan Rahimah dan apa yang dijumpai daripada post mortem ini ialah yang pertama peluru tembakan polis menembusi ketiga-tiga si mati pada paras 45 degrees, ketiga-tiga 45 degrees di badan dan kepala mangsa, exactly 45 degrees ketiga-tiga mangsa. Oleh yang demikian pakar percaya mereka ditembak tepat pada jarak yang dekat dan ditembak dalam keadaan ketiga-tiga pemuda ini sedang melutut style accusation. Makanya mereka diminta duduk dan ditembak dari atas. Muhammad Shamil Hafiz Shapiei 15 tahun anak seorang orang kampung dan beliau ialah budak Maahad Thafiz.

Tuan Yang di-Pertua, ini kejadian sedih. Kita telah pun meminta supaya polis membuat satu jawatankuasa dan menyiasat. Kita tidak tuduh mengatakan polis jahat, kita tidak tuduh polis menyelesaikan masalah dengan secara rambang, tidak. Apa yang kita minta, malah kita hantar rombongan ke Bukit Aman, yang kita minta menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat. Tidak masuk akal kalaulah pemuda ini menyerang polis peluru masuk dalam kepala dan badan ketiga-tiga pemuda ini dalam keadaan 45 degrees, exactly.

Sebab itu kita meragukan, kita minta.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua sehingga sekarang tidak ada apa-apa yang berlaku, sebab itu kita minta supaya untuk menjelaskan keadaan ini kepada ibu bapa dan juga masyarakat tempatan serta rakyat seluruhnya, kita minta satu badan siasatan ditubuhkan dan mintalah sangat supaya polis dapat menjelaskan apakah yang terjadi.

Kalau sekiranya, saya sebut sekiranya kita tidak menuduh, sekiranya ada tindakan-tindakan yang tidak betul sama ada dari segi prosedur atau perundangan, tindakan haruslah diambil kepada mereka yang bersalah, ini untuk meyakinkan rakyat bahawa polis kita, memang kita tabik, kita salute mereka kerana mereka menjalankan tugas tetapi ada juga yang black sheep dan inilah black sheep yang selalunya memberikan masalah kepada imej pasukan yang baik ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beranjak kepada tajuk satu lagi pasukan tentera, pasukan keselamatan kita iaitu tentera dan kita juga telah pun menyebut bahawa mereka yang pencen pada umur 27 tahun, mereka telah berkhidmat pada 21 tahun mendapat pencen dan mendapat ganjaran dan sebagainya. Cuma saya hendak tanya di sini bagaimana mereka yang berhenti awal, tidak servis lebih daripada 21 tahun tetapi berhenti di atas sebab-sebab yang pelbagai. Isu yang saya hendak bawa ini Tuan Yang di- Pertua ialah bagaimana kerajaan mengatakan bahawa akan ada usaha-usaha oleh pihak kerajaan untuk membantu mereka tetapi membantu dalam konteks ini hanyalah memberikan latihan dan beberapa khidmat nasihat yang lain tetapi tidak secara yang berbentuk material.

Saya hendak membawa satu contoh, saya rasa ramai di kalangan mereka yang bekas-bekas tentera yang berhenti di kawasan-kawasan Yang Berhormat-Yang Berhormat pun tentu ramai yang berhenti tidak cukup 21 tahun servis. Saya ada satu kes contohnya, perajurit Muhamad Sharif bin Baba, number service 1047358 sebagai contoh yang baik.

Apabila saya tanya beliau kenapa berhenti 18 tahun, dia kata Yang Berhormat macam mana saya tidak berhenti kerana walaupun pangkat saya koperal, gaji pada tahun 1986 hanyalah RM820, tidak boleh bela anak tidak boleh bela isteri dengan gaji yang sedemikian.

final • 11:40 AM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Jadi, saya ambil keputusan berhenti awal 18. Walaupun saya tahu, kalau saya tunggu lagi tiga tahun, saya dapat pencen tetapi tekanan hidup yang amat sangat. Akibat daripada itu, saya Tuan Yang di-Pertua, dia beritahu saya bahawa, dia cuma dapat simpanan yang diberikan balik kepada dia ialah simpanan dia di Lembaga Tabung Angkatan Tentera manakala mereka tidak mendapat gratuiti. Oleh sebab itu saya hendak bertanya kepada kerajaan, adakah benar bekas-bekas tentera yang berhenti awal, hanya sekadar mendapat simpanan mereka di Lembaga Tabung Angkatan Tentera tetapi tidak mendapat lain-lain ganjaran termasuklah gratuiti mereka.

Saya rasa ini masalah besar. Ini hak mereka, patut diberikan balik kerana saya lihat rata-rata bekas-bekas perajurit ini sekarang ini ada masalah yang besar termasuklah Mohamad Sharif ini berjumpa saya dan apatah lagi dia sedang menghidapi penyakit jantung. Kemudian akhirnya berniaga pisang goreng di tepi jalan dan saya bertanya, berapakah pendapatan sekarang, dia kata, pada hari yang baik, akan dapat lebih kurang RM500 sebulan tetapi sekarang sudah ramai juga yang berniaga pisang goreng sebab itu ada masalah competition. Lebih malang lagi, mereka ini lazimnya tidak mendapat prioriti untuk tujuan-tujuan lain selain daripada apa yang mereka dapat. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, tidak hairanlah, untuk makluman teman-teman di sebelah sana. Tidak hairan. Kalau kita buat ceramah – kalau Pakatan Rakyat inilah orang yang pertama akan menggantung poster. Orang seperti inilah sebab mereka ini merasa kecewa sangat tidak dibela.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya ialah isu Kedai Rakyat 1Malaysia. Kita menyanjung tinggi hasrat kerajaan untuk membina kedai-kedai rakyat 1Malaysia ini dengan tujuan memberikan peluang kepada rakyat shopping ataupun membeli-belah di kawasan- kawasan ataupun di kedai-kedai yang agak murah harganya. Cumanya Tuan Yang di- Pertua, saya pun hairan adakah government is in the business doing business? Adakah kerajaan sendiri ini buat business seperti ini. Yang lebih pelik lagi dan saya rasa ini juga suatu yang tidak kena Tuan Yang di-Pertua, kerana kerajaan menyebut bahawa harga yang akan ditawarkan di kedai-kedai 1Malaysia ini berkemungkinan 40 peratus lebih rendah daripada kedai-kedai runcit yang biasa.

Isu yang ada pada kita ini ialah dengan akan wujudnya tambahan 85 buah kedai ini, kerajaan akan membelanjakan RM40 juta. Jadi, beri pada Mydin, tubuhkan kedai 1Malaysia, RM40 juta. Tentulah harganya lagi murah. Akan tetapi dengan wujudnya Kedai- kedai Rakyat 1Malaysia ini bukan sahaja mengehadkan orang-orang miskin datang. Orang yang memandu Ferrari pun boleh beli juga barang. Orang yang memandu Mercedes juga boleh beli barang. Jadi, apa masalahnya? Isunya hendak selesaikan masalah kemiskinan kepada mereka yang berpendapatan rendah tetapi tidak akan ada had siapa yang boleh membeli di situ. Baik, itu yang pertama.

Kedua, apabila kita tubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan mereka mendapat bantuan RM40 juta daripada kerajaan, ini akan membunuh retailers yang lain. Kedai-kedai runcit yang lain yang tidak boleh bersaing kerana mereka tidak mendapat insentif daripada kerajaan, sudah tentulah kedai-kedai lain akan gulung tikar. Sekali gus, muncul pula masalah-masalah baru dalam sosial yang mana kedai-kedai retail yang lain, kedai-kedai runcit yang lain akan tutup bisnes. Mereka yang menggaji pekerja-pekerja juga, pekerja- pekerja akan hilang. Jadi, saya rasa ia akan jadi satu putaran masalah yang lain dan berapa lama pula kita boleh bertahan? Tidak akan tiap-tiap tahun kita hendak pump in RM40 juta selepas itu, tahun hadapan RM50 juta, selepas itu, RM60 juta, apa akan jadi?

Oleh sebab itu saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua bahawa kerajaan perlu serius untuk memberikan dan melihat supaya orang-orang atau rakyat yang betul-betul susah mendapat subsidi. Bukan cross the board. Walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam jawapan mengatakan pada hari itu bahawa kerajaan sedang berusaha untuk memperkenalkan food coupon dan juga food stamp. Saya rasa banyak negara luar yang telah pun mengamalkannya. Ini bukan baru tetapi telah lama. Jadi, saya mencadangkan dan saya juga minta supaya kerajaan melihat ini secara serius supaya apa juga subsidi yang akan diturunkan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan subsidi itu, dapat.

Jangan kita beri semua. Minyak, semua orang dapat.

final • 11:50 AM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Jadi, yang ada 20 buah biji kereta di rumah dia pun dapat. Gula, semua dapat.

Yang kaya-raya 20 peratus. Yang sedang menikmati 50 peratus daripada kekayaan negara pun dapat. Yang ada yacht, yang ada kapal, yang ada macam-macam pun dapat.

Jadi, kalau sekiranya kita amalkan subsidi dalam bentuk kupon ataupun setem, maknanya sudah tentu orang-orang yang betul-betul susah akan dapat. Mereka yang berpendapatan RM1,500 ke bawah ataupun RM700 ke bawah sahaja dapat. Sudah tentu dengan mekanisme yang ada, jentera yang ada, kakitangan kerajaan yang hampir sejuta orang, masalah ini walaupun mungkin bocor satu atau dua tetapi saya tidak jangkalah lebih daripada 30 peratus. Maknanya walaupun ada defect 30 peratus tetapi 70 peratus subsidi itu masih pergi kepada mereka yang sepatutnya mendapat subsidi. Akan tetapi sekarang ini kita beri subsidi, semua orang dapat. Oleh sebab itu, orang yang kaya, orang yang miskin apakah bezanya? Tidak ada beza. Yang miskin akan terus miskin juga.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan syarikat-syarikat insurans takaful kita. Saya lihat oleh kerana persaingan yang hebat sekarang ini, kita lihat syarikat- syarikat takaful berlumba-lumba untuk mencari perniagaan. Berkembang banyak syarikat- syarikat ini bukan sebuah atau dua buah. Sekarang ini kerajaan telah memberikan syarikat takaful banyak licenses. Jadi, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana memperkembangkan perniagaan takaful ini. Akan tetapi ada satu masalah yang baru saya nampak baru-baru ini.

Oleh kerana persaingan yang begitu hebat, malah syarikat sendiri pun hendak bersaing dengan ejen-ejennya. Kadang-kadang dia buat contohnya sekarang ini memperbaharui lesen kereta, motosikal, syarikat-syarikat offer direct kepada pelanggan- pelanggan. Kalau beli direct dengan mereka, dapat diskaun 10 peratus. Dia juga ada beribu-ribu ejen di bawahnya. Sepatutnya dia develop ejen-ejennya supaya jadi usahawan tetapi apabila dia masuk dalam market, dia pula offer kepada public dengan diskaun 10 peratus. Diskaun 10 peratus itu maksudnya yang komisen sepatutnya pergi ke ejen tetapi apabila dia beri diskaun, ejen hendak dapat apa. Ejen tutup kedai sebab syarikat yang offer sendiri. Jadi, saya tidak nampak logiknya di sini.

Hal itu saya ingat kerajaan harus lihat supaya membina perniagaan insurans dan takaful ini ialah melalui perkembangan dan pengembangan ejen-ejen. Ejen-ejen yang berniaga dengan sendirinya kita dapat selesaikan masalah pekerjaan, masalah, macam- macam kita boleh selesaikan. Akan tetapi apabila kita membenarkan syarikat-syarikat sendiri direct jual kepada pelanggan-pelanggan, dengan sendirinya syarikat compete dengan ejen-ejennya. Saya rasa banyak ejen dalam syarikat-syarikat insurans akan mati.

Saya yakin, ini juga akan memberikan masalah baru kepada masyarakat kita. Ramai yang akan menutup kedai dan akibatnya, syarikat-syarikat buat duit tetapi dia tidak akan lama kerana dalam industri insurans, kita memerlukan tenaga yang ramai, ejen yang ramai. Akan tetapi kalau kita bunuh mereka ini yang sedang membangun, saya yakin dan percaya akhirnya negara tidak akan ke mana-mana.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih. Saya menghormati masa dan terima kasih kerana memberikan peluang ini kepada saya. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

Yang Berhormat Kalabakan.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober lepas.

Tuan Yang di-Pertua, dalam belanjawan yang dibentangkan, kita nampak bahawa keseluruhan rakyat mendapat faedah daripada belanjawan. Akan tetapi, ada kemusykilan Tuan Yang di-Pertua, kemusykilan yang saya akan kemukakan ini ialah sistem penyampaian nanti ini.

final • 11:58 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Ini kerana kita nampak kewangan begitu banyak disediakan, akhirnya tidak dapat manfaat kepada rakyat jelata. Saya beri satu contoh, dalam belanjawan, isi rumah yang pendapatan mereka RM3,000 ke bawah, dapat RM500 one-off.

final • 11:58 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Jadi kita mahu tahu siapa yang menentukan isi rumah di seluruh negara di mana penduduk kita begitu ramai, siapa yang menentukan? Ini kerana kalau kita anggap satu agensi kerajaan untuk menentukan, ia memakan masa mungkin dua tahun untuk menentukan siapa layak dan siapa tidak layak. Jadi itu satu persoalan yang dikemukakan kepada kita selaku Ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, jika sekiranya ini dapat dijalankan, tentu sekali rakyat berterima kasih tetapi kalau tidak dapat dijalankan rakyat akan mengatakan itu mimpi di siang hari sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, sistem penyampaian kita begitu lemah sekali. Kita ada sistem PEMANDU untuk mengukur di mana kelambatan projek-projek kerajaan. Sistem ini sudah begitu lama tetapi kita nampak di tahun ini sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu sebut di kawasan lain, di kawasan Kalabakan projek yang diluluskan tahun ini dalam bulan tiga, hampir sembilan bulan sekarang enam bulan sampai sekarang belum pun take- off. Jadi sampai mana kita mahu tunggu, peruntukan ada dan kita nampak perjalanannya tidak lancar? Jadi saya minta mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri..., Menteri Kewangan atau Yang Berhormat Menteri Kewangan II memberitahu kepada semua Ahli Wakil Rakyat Parlimen ini kepada siapa kami mahu mengadu? Tentu sekali kami mahu mengadu kepada satu agensi yang kami boleh telefon direct untuk mengatakan kenapa projek-projek yang sudah begitu ada peruntukan tidak dilaksanakan, apa masalah yang dihadapi?

Tuan Yang di-Pertua, kita nampak memang banyak peruntukan yang dibagi untuk memberi subsidi. Kita diberitahu bahawa setahun kerajaan belanja RM83 bilion untuk bayar subsidi. Akan tetapi saya mahu tahu siapa yang menggunakan subsidi ini? Contoh saya beritahu Tuan Yang di-Pertua bahawa barang-barang kawalan sudah saya beberapa kali bawa dalam Dewan Rakyat ini, berapa kali saya sudah kemukakan bahawa kita ada kementerian tetapi kita tidak ada pengawalan. Di Tawau, semua barang subsidi, gula, beras, tepung bukan rakyat Sabah yang makan. Bukan rakyat Sabah yang makan, bukan rakyat Tawau yang makan, bukan rakyat Kalabakan yang makan, bahkan kalau kita nampak di satu kawasan di Sabindo dipanggil Batu bertan-tan gula, beras, tepung dan lain- lain ini semuanya diangkat untuk pergi ke negara jiran.

Sudah berapa kali Tuan Yang di-Pertua saya kemukakan ini tetapi tidak sama sekali diendahkan kerana tidak ada pengawalan. Saya mahu tahu siapa yang buat pengawalan? Sama ada Marin Polis atau Polis atau Maritim yang menjaga lautan begitu luas. Saya mahu tahu atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sendiri ada penguatkuasaan atau mereka ini nampak tetapi tutup mata? Ini kita mahu tahu juga kerana rakyat di Sabah, rakyat di Tawau khususnya mahu tahu sebab mereka ini jijik dengan peraturan yang ada ini. Mereka nampak dengan mata kepala mereka sendiri bahawa ini adalah satu perbuatan yang menganiaya rakyat di Sabah dan di Tawau khususnya.

final • 12:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Mohon laluan, sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Kalabakan apa Yang Berhormat Kalabakan bangkitkan soal Pelabuhan Tawau.

Saya difahamkan sejak dahulu lagi Pelabuhan Tawau ini adalah pelabuhan transshipment yang ditukar kepada urusan-urusan penyeludupan yang begitu jelas. Pelabuhan Tawau ini juga tidak selamat kalau kita lihat amat terdedah kepada kedudukan dan serangan lanun- lanun daripada jiran berdekatan.

Jadi setakat ini apakah kawalannya dibuat oleh pihak keselamatan ke atas Pelabuhan Tawau seperti Yang Berhormat bangkitkan dalam perbahasan tadi tidak mencukupi setakat ini. Ini kerana kita lihat seperti Yang Berhormat katakan perkara ini masih berterusan dan berleluasa dilakukan sama ada urusan penyeludupan dan juga urusan pengawalan yang masih tidak mencukupi. Pandangan Yang Berhormat Kalabakan?

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Kalabakan boleh satu kali juga? Lebih kurang sama.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Saya tidak ada masa ini.

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ada, masa banyak... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kalabakan saya sehaluan dengan Yang Berhormat Arau. Cuma tanggapan Yang Berhormat mungkin tidak semualah barang-barang itu di barter tradekan sebab Tawau ini dia terkenal dengan barter trade. Jadi mungkin ada sebahagian barang-barang, cuma yang perlu pada hari ini mungkin Yang Berhormat perlu menyarankan iaitu enforcement ataupun penguat kuasa itu dipertingkatkan supaya dapat mengawal barter trade ini tidak melibatkan barang-barang yang dikawal oleh kerajaan yang di subsidi. Cuma mungkin benda-benda, barang-barang yang tidak subsidi itu bolehlah di barter trade. Ini kerana kalau barang- barang di subsidi oleh kerajaan di barter trade mungkin tidaklah dapat membantu untuk menyelesaikan masalah rakyat di peringkat bawah.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Apa yang saya katakan di sini memang saya faham. Apa yang saya katakan tadi barter trade itu berlainan daripada barang-barang kawalan. Tidaklah kita sebegitu bodoh bahawa barang kawalan masuk dalam barter trade. Kita ada barter trade, kita ada barang kawalan. Barang kawalan tidak boleh di barter trade kerana itu barang-barang di subsidi oleh kerajaan, itu dia.

Kedua, daripada Yang Berhormat Arau saya katakan tadi Lembaga Pelabuhan memang tidak mengendalikan barang-barang seperti ini. Apa yang mereka kendalikan ini di Sabindo, di Batu itu bukan di bawah kawalan pelabuhan. Ini satu tempat penyeludupan sahaja yang dikeluarkan dari sana. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Kinabatangan cakap “Ai, senang-senang seludup?” Memang senang seludup kerana tidak ada mata yang nampak atau ada yang nampak tetapi pura-pura tidak nampak itu pun ada.

Jadi Tuan Yang di-Pertua saya tidak mahu panjang hal perkara ini, saya mahu beralih kepada satu tajuk lain.

Tuan Yang di-Pertua, di Tawau-Kalabakan kalau kita sebut Tawau ini termasuk Kalabakan keseluruhannya tidak selamat lagi. Tempat di Tawau ini tidak selamat kerana banyak penjenayah, banyak judi haram. Jikalau Tuan Yang di-Pertua, kalau judi haram yang saya katakan ini di perumahan pun ada judi-judi haram. Jikalau judi itu dibagi lesen mungkin kita tidak ada masalah, itu lesen daripada Kerajaan Persekutuan, jackpot dan lain- lain. Akan tetapi ini di perumahan pun ada judi-judi haram. Jadi siapa mengawal judi-judi haram ini Tuan Yang di-Pertua? Jikalau kita buat laporan polis, polis kata bukan. Jikalau kita kata majlis perbandaran mereka kata mereka tidak ada kuasa. Jadi saya mahu tahu siapa kalau bukan polis? Merata-rata perumahan. Jadi kita minta Kementerian Dalam Negeri, Yang Berhormat Menterinya muda bertenaga untuk buat siasatan apa yang sudah berlaku di Tawau. Di Sandakan pun mengikut Yang Berhormat Kinabatangan, di Sandakan pun.

Jadi kita minta mungkin sistem kita yang ada ini tidak boleh dipakai kerana pegawai-pegawai polis tinggal satu tempat sampai lima tahun, sepuluh tahun. Mereka sudah berakar. Jadi saya cadang mereka ini ditukar tiap-tiap dua tahun ditukar keluar kerana kalau ini berlaku mungkin kita nampak tindakan positif boleh diambil nanti. Ini penting Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu ada mungkin bukan semua polis yang bersekongkol dalam daerah. Kita tidak mahu ini berlaku. Kalau sekiranya ada pegawai yang paling tinggi dari Bukit Aman telefon saya, saya boleh bawa mungkin mereka ke Tawau dengan plain clothes, under cover, boleh nampak sendiri apa yang terjadi di daerah Tawau.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap ini bukan kehendak saya. Saya diminta oleh rakyat Sabah, oleh rakyat Tawau untuk menyuarakan ini dalam Parlimen kerana kalau kita suarakan pakai telefon sahaja mereka tidak akan ambil tindakan. Saya berharap dengan adanya Dewan Rakyat ini...

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Yang Berhormat Kalabakan minta...

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

...Maka tindakan positif akan diambil.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Minta sedikit Yang Berhormat Kalabakan.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Jadi Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu tiap-tiap hari kereta-kereta mewah yang parking dipecahkan.

Dipecahkan, rakyat marah kepada kita...

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Yang Berhormat Kalabakan minta, penting.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Marah kepada Barisan Nasional. Mereka marah! Jadi, kita minta...

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Sikit. Ya, terima kasih, sikit sahaja. Saya setuju Tuan Yang di-Pertua, di Sandakan pun mesin judi haram ini seperti cendawan tumbuh. Berleluasa di perumahan dan sebagainya. Jadi, saya meminta Yang Berhormat Kalabakan, supaya di Sandakan juga kalau boleh mesin-mesin haram seperti ini ditutup, dimansuhkan dan mana-mana mereka yang terlibat, pegawai-pegawai tempatankah, diambil tindakan. Minta Yang Berhormat Kalabakan.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Itu saya sudah sampaikan tadi, jadi harap Kementerian Dalam Negeri atau siapa sahaja yang mempunyai kuasa. Tuan Yang di-Pertua, di dalam negara kita ada agensi Beras Nasional (BERNAS).

BERNAS Tuan Yang di-Pertua, ia agensi pusat. Ia agensi pusat, ia bagi beras, supply beras pergi Sabah dan Sarawak. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini meniaga monopoli. Kita Sabah, kita Sarawak, kita mahu agensi kita sendiri.

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Mengapa kita mahu beri keuntungan kepada satu orang dari sini untuk control, pegang kita punya leher Sabah dan Sarawak. Kenapa? Mungkin di Sabah, Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak semua setuju. Kita bikin agensi. Sabah satu agensi, Sarawak satu agensi. Tuan Yang di- Pertua, mungkin setuju. Jadi Tuan Yang di-Pertua, BERNAS ini biasanya tiap-tiap tahun kita mahu tahu apa sumbangan kebajikan. Apa sumbangan kebajikan, kita wakil rakyat bukan mahu minta beras, kita mahu mereka bagi kita untuk bagi kepada orang-orang miskin pada tiap-tiap tahun pada waktu bulan Ramadan dan hari raya. Akan tetapi, itu pun nampaknya macam kita minta sedekah.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Jadi, saya sekarang minta Perdana Menteri gunakan kuasa. Kita mahu satu agensi untuk Sabah, satu agensi untuk Sarawak.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kalabakan. Ini BERNAS saya setuju sangat dengan sahabat saya dari Kalabakan. BERNAS di Sabah ini banyak orang complain terutama sekali di dalam pembeli-pembeli dan pengguna-pengguna. Kononnya beras yang repackage ini bercampur dengan beras yang kurang kualiti.

Ini ramai yang complain soal ini. Saya minta MARA dan saya minta pendapat daripada Yang Berhormat, apa harusnya tindakan BERNAS. Kalau tidak ditukar BERNAS kepada syarikat tempatan.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Itu memang kita tahu. Tiap-tiap perniagaan ada penipuan. Ini penipuan besar terhadap rakyat jelata.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Jadi, kita tahu bahawa BERNAS ini membuat perkara begitu, haram hukum dia.

Haram, jadi saya mahu jangan tindakan, kita minta sokongan daripada Sabah dan Sarawak agensi masing-masing... [Tepuk]

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Ini kita minta Tuan Yang di-Pertua, kerana kita tidak mahu tiap-tiap tahun wakil-wakil rakyat, Ahli-ahli Parlimen minta sedekah, bukannya kita mahu minta beras. Kita mampu beli beras tetapi kita mahu mengagihkan kepada rakyat jelata di luar bandar, di luar yang perlu bantuan daripada kita.

Itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, kerana saya tidak mempunyai masa yang cukup, saya beralih kepada tajuk lain.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tidak patut suarakan di sini perkara ini tetapi kerana saya tertekan, terpaksa saya keluarkan perkara ini di sini. Mungkin orang kata, “Oh! Datuk Ghapur, Ahli Parlimen kenapa bawa perkara ini di Parlimen?”. Akan tetapi, kalau saya tidak bawa di Parlimen banyak orang tidak tahu. Jadi, bagus saya bawa. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam pemikiran Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib, dia mahu memilih calon yang ‘ winnable ’ untuk Barisan Nasional. Jadi, saya mahu tanya juga.

Calon yang ‘winnable’ kah atau parti yang ‘winnable’ kah?

Ini kerana saya nampak Parti Gerakan Tuan Yang di-Pertua, sudah dicabut dengan akar-akarnya sekali di Semenanjung ini. Sudah dicabut dengan akarnya sekali di Semenanjung. Sekarang mahu bertetap di Sabah. Orang Tionghua di Sabah kata, ‘Kalau orang Tionghua di Semenanjung tolak Gerakan, kenapa Barisan Nasional mahu bagi bodoh itu orang Cina untuk letak calon di Sabah’. Jadi, kita minta Yang Amat Berhormat cuba fikir, cuba fikir banyak calon-calon daripada parti-parti yang ada di Sabah, cukuplah kenapa.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Yang Berhormat Seputeh jangan senang hati ya.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Dua minggu lalu, Presiden Gerakan pergi Tawau.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Siapa dia?

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Menteri, tidak sebut nama, semua orang tahu. Presiden Gerakan pergi Tawau. Rasmi satu pejabat Gerakan. Di sana penuh orang yang diupah, 300 seorang untuk datang.

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

Oh! [Menyampuk]

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Kalau sekiranya dia punya ahli ini terdiri daripada kaum Tionghua tidak mengapalah. Daripada Ahli-ahli UMNO, daripada Tawau dan Kalabakan pun dibawa sama. Jadi, ini bukan dibeli. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini memalukan. Ini memalukan, mereka kata di Semenanjung Gerakan sudah dicabut dengan akar-akarnya sekali. Jadi, kita minta Yang Amat Berhormat jangan sama sekali pertimbangkan untuk letak calon Gerakan di Sabah untuk ada parti tidak mengapa. Akan tetapi, untuk letak calon jangan sekali kerana kalau tidak, ini parti Gerakan calonnya akan...

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Ini masuk bajet mana itu?

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

...memalukan orang Sabah dan memalukan Barisan Nasional. Cukuplah untuk Gerakan.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Ini termasuk Ipoh Timur kah tidak boleh masuk Sabah?

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, masalah yang selanjutnya yang kita hadapi ialah mengenai Tuan Yang di-Pertua, kita mesti ingat juga di Sabah ini tidak mempunyai Raja. Kita ada Tuan Yang Terutama sahaja. Raja kita ialah kita di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong. Kita tidak ada Raja tetapi kita punya masalah apabila kita mengemukakan mengenai masalah keagamaan, kita dapat jawapan bahawa ini kuasa negeri, kuasa Majlis Agama Islam.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Saya bukan katakan mahu ambil kuasa negeri, saya mahu supaya peraturan mahkamah, peraturan agama diselaraskan seluruh negara.

Bukan saya mahu kata ambil kuasa negeri, tidak. Diselaraskan. Contoh saya bagi Tuan Yang di-Pertua. Ramai orang yang sudah kahwin di Sabah dan di Kota Kinabalu, Sandakan dan lain-lain ini, sijil kahwin, sijil nikah ini satu tahun baru boleh keluar. Satu tahun! Jadi, kalau saya tanya kenapa satu tahun? Kenapa lama? Dia kata, ‘Oh! Kita Majlis Agama mahu siasat dulu sama ada waktu kahwin mereka punya wali ini sah atau tidak sah’.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Kalau begitu Tuan Yang di-Pertua, siapa mahu tanggung? Apabila selepas enam bulan, setahun sudah mengandung, sudah keluar anak, kalau diberitahu perkahwinan itu tidak sah, siapa tanggung anak itu nanti, siapa mahu tanggung? Jadi kita minta Kerajaan Persekutuan ambil perhatianlah sedikit.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Yang Berhormat Seputeh, boleh.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa aneh. Jadi, mengapa sijil perkahwinan kedua...

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia belum kahwin mahu tanya, apa macam?

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Kinabatangan itu keluar begitu cepat sehingga beliau boleh didakwa di mahkamah selepas beliau berkahwin...

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Orang tidak kahwin, tidak boleh tanyalah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak perlu jawab itu Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini sangkaan jahat. Yang Berhormat Seputeh sangkaan jahat...

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Itu saya tidak jawablah, Tuan Yang di-Pertua. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bukan saya kata Jabatan Agama Islam Persekutuan mahu rampas kuasa, tetapi mahu selaraskan. Majlis Fatwa Kebangsaan selaraskan. Kalau waktu nikah dinikahkan oleh imam yang bertauliah, jadi kalau begitu Tuan Yang di-Pertua, sistem kita yang ada ini, hari ini nikah, esokkan sudah boleh keluar sijil nikah. Mengapa tunggu enam bulan, setahun? Mungkin orang kata Yang Berhormat Kalabakan bodoh, mengapa bawa pergi ke Parlimen. Kalau saya tidak bawa di sini, ini perkara tidak selesai. Saya mahu menteri agama selesaikan, bincang dan buat keputusan sebagaimana hukum syarak. Itu yang saya mahu. Itu penting Tuan Yang di-Pertua, kerana kalau tidak, ini berlarutan. Kita gaduh sana, kita gaduh sini dan akhirnya anak yang lahir semua tidak legitimate, haram semua. Jadi, kita minta ini diselaraskan.

Tuan Yang di-Pertua, di Sabah, kita nampak di seluruh Sabah, air yang kita minum tidak selamat. Memang kita ada penapis loji dan macam-macam, tetapi tidak cukup. Ini kerana kita nampak oleh sebab Sabah ini membangun dengan ada banyak pembangunan, banyak sawit, banyak pokok, tercemar air-air yang ada di Sabah. Tercemar. Jadi kita hendak minta racun, baja yang mengalir pergi sungai-sungai ini memang – memang di Kinabatangan pun, cuma dia tak mahu cakap sahaja... [Ketawa] Di Kinabatangan pun begitu kerana kalau kita lintas Sungai Kinabatangan, ia macam teh susu.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini sangkaan jahat. Boleh check Hansard, saya sudah bercakap berpuluh-puluh kali tetapi tidak ada tindakan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan tidak...

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalabakan bukan ada sungai, mengapa perlu cakap?... [Ketawa]

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Yang Berhormat Kinabatangan ini tidak suarakan, jadi saya suarakan bagi pihak orang Sabah. Tolong kami selesaikan masalah. Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana waktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri buka satu Taman Perdana...

final • 12:20 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sedikit, pasal air. Yang Berhormat Kalabakan, pasal air. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

Menyentuh soal air di Sabah yang dibangkitkan Yang Berhormat Kalabakan, saya merasakan ada beberapa perkara yang perlu dibetulkan. Ini kerana sekarang ini bekalan air luar bandar di Sabah kebanyakannya dibuat oleh KKLW. Sepatutnya tugas dan tanggungjawab ini diberi kepada SPAN. Dia yang jaga air. Kalau boleh kita menyalahkan satu pihak sahaja. Apabila banyak pihak, banyak sistem yang diguna pakai, urusan maintenance akan meningkat. Jadi pandangan Yang Berhormat Kalabakan, wajar atau tidak perkara ini kita laksanakan di negara kita?

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana cara. Kalau sekiranya Kerajaan Persekutuan fikirkan begitulah yang paling baik, maka buatlah. Akan tetapi saya ingin cadangkan, sewaktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang untuk merasmikan Taman Perdana di Kota Kinabalu, kita ada sistem yang dikemukakan di sana di mana sistem menggunakan seperti tanker, mengeluarkan air bersih. Daripada kolam pun boleh keluar air bersih...

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Kalabakan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Jadi saya cadang...

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Kalabakan, minta sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kalabakan ada 5 minit lagi Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, 20 saat sahaja. Yang Berhormat Kalabakan, sewaktu Yang Berhormat Padang Besar menjadi Menteri Alam Sekitar, saya bawa beliau ke Kinabatangan, kita tumbang kelapa-kelapa sawit yang ditanam di tebing sungai. Akan tetapi malangnya, akta ini rupanya di bawah kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh menghukum mana-mana mereka yang menanam kecuali kerajaan negeri. Saya sudah suarakan kepada kerajaan negeri tetapi tidak ada tindakan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Itulah saya katakan Tuan Yang di-Pertua, saya tidaklah mahu tuduh siapa yang mahu mengambil tindakan, tetapi kita minta Kerajaan Persekutuan untuk menyelaraskan. Saya cadangkan, sewaktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri buka Taman Perdana, ada satu sistem di mana ada kontena dari Amerika atau China punya teknologi, mereka ini boleh mengeluarkan air bersih walau daripada kolam pun. Walau daripada kolam pun, apabila kita sudah install masuk dan kita dapat air bersih. Saya ada satu di kawasan saya dan saya sudah check, saya nampak ini yang berkesan. Jadi kita minta, kalau boleh untuk Sabah, RM300,000 satu kontena, seluruh Sabah kita supply. Minta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk supply seluruh Sabah supaya rakyat Sabah selamat daripada meminum air yang tidak bersih ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, akhir sekali ini. Perumahan rakyat begitu bermasalah kerana di seluruh negeri Sabah, di Tawau khususnya, kita ada perumahan rakyat yang dibuat, tetapi ia dibuat satu kawasan di kawasan saya, 500 buah rumah dibuat, 7,000 permohonan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Jadi kita minta kalau boleh, mana pun agensi untuk membantu Kerajaan Negeri Sabah untuk menyuarakan masalah ini, maka saya minta kalau boleh diberikan peruntukan lebih untuk Sabah supaya mereka ini dapat membina rumah untuk rakyat supaya masalah- masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan. Maka Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati masa, saya ingin menyokong. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2012 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mencapai banyak nombor satu dalam sejarah Parlimen dan bajet Malaysia. Pertama sekali, ia mengalahkan kesemua 53 bajet yang dibentangkan sejak tahun 1957 dan menjadi bajet yang memberikan paling banyak goodies demi meraih undi dalam Pilihanraya Umum Ke-13 serta cuba mencapai pelbagai kumpulan sasaran yang terdiri dari bank undi yang penting.

Keduanya, ia merupakan usaha bajet yang paling brazen dan sinis menimbunkan hutang Kerajaan Persekutuan yang paling tinggi dalam sejarah kita yang akan memecah tanda RM500 bilion tahun hadapan, sungguhpun untuk tahun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah pada kadar 53.8 peratus yang bertambah sebanyak 12 peratus daripada RM407 bilion untuk tahun 2010 iaitu 53.1 peratus daripada KDNK, menjadi RM456 bilion dalam tahun 2011.

Tuan Yang di-Pertua, selepas 13 tahun berturut-turut mengalami bajet defisit, hutang Kerajaan Persekutuan telah bertambah berlipat kali ganda, lebih empat kali ganda dari RM103.1 bilion tahun 1998 yang merupakan 38.3 peratus KDNK menjadi RM455.7 bilion dalam tahun 2011 atau 53.8 peratus KDNK.

Ketiganya, ia memberikan suatu gambaran masa hadapan ekonomi negara yang sengaja dimeriahkan tanpa mengambil kira perhitungan realistik tentang keadaan ekonomi antarabangsa. Belum pernah ada satu bajet yang mendapat begitu banyak dengan izin, naysayer di kalangan ahli-ahli ekonomi, penganalisis-penganalisis pasaran, malah bank- bank, mengenai unjuran pertumbuhan ekonomi Yang Amat Berhormat yang dianggap terlalu tinggi.

Pihak utama yang tidak setuju dengan bajet ini adalah Institut Penyelidikan RHB yang mengunjurkan kadar pertumbuhan yang jelas kurang daripada anggaran Yang Amat Berhormat yang meletakkan kadar pertumbuhan pada lima ke enam peratus pada tahun 2012, memberikan amaran bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia mungkin hanya mencapai kadar 3.6 peratus tahun hadapan lebih rendah dari anggaran pertumbuhan 4.3 peratus untuk tahun ini, berikutan dengan risiko yang semakin ketara bahawa akan berlaku kemelesetan ekonomi global dua kali ganda atau double-dip global recession.

final • 12:27 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Institusi Penyelidikan berkenaan berkata bahawa risiko berlakunya double-dip global recession. Ini adalah semakin tinggi kerana Amerika Syarikat dan Eropah tidak berupaya menahan satu lagi kejutan sungguhpun kemelesetan boleh dielakkan sekiranya para pemimpin di kedua-dua benua ini bertindak pantas untuk menahan krisis-krisis hutang dan mengelakkan kontinjennya yang akan mengakibatkan kehilangan keyakinan pasaran secara keseluruhannya.

Bank of America Global Research menganggarkan KDNK Malaysia pada kadar 4.2 peratus dalam tahun 2012 sementara Maybank Investment Bank berkata ia menganggarkan KDNK Malaysia akan berkembang di antara 3.5 peratus ke 4 peratus.

CIMB Investment Bank pula menjangkakan kadar KDNK kita pada 3.8 peratus pada tahun depan.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Semasa membuat komen mengenai “rosy growth projections” dalam Bajet 2012 Yang Amat Berhormat ini pengulas atau commentator Dr. Ong Kian Ming ada memberikan amaran berikut dengan izin, “If nominal GDP growth rates for 2011 and 2012 were cut by between 1 percent to 2 percent, the projected government deficit to nominal GDP would increase to 5.3 percent to 5.6 percent from the 4.7 percent announced. This can easily increase to beyond 6 percent if a supplementary budget of RM10 billions is passed after the 2012 Budget, especially if another ‘stimulus’ package is seen to be needed”.

Keempat, satu lagi nombor satu dalam Bajet 2012 adalah ia mungkin suatu bajet paling mengelirukan dan berunsur mengelirukan rakyat apabila dibandingkan dengan bajet- bajet yang lepas. Temanya, “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Menyejahterakan Negara.” Akan tetapi ia gagal membawa sebarang transformasi nasional untuk membuka jalan Malaysia supaya berjaya mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Ini adalah kerana sistem ketidaksaksamaan, rasuah, dan penyelewengan yang menghasilkan ketidakadilan, ketidaksamaan, dan eksploitasi-eksploitasi selama berdekad-dekad masih tidak ditangani.

Bajet 2012 adalah digubal bagi memenangkan pilihan raya umum seterusnya untuk Yang Amat Berhormat dan bukannya untuk ubah dan transformasi sistem struktur dan institusi negara dengan tujuan mengakhiri segala penyelewengan dan kelemahan yang mengakibatkan Malaysia kalah dalam daya saingan sedunia. Ia diambil alih oleh semakin banyak negara dari segi pertumbuhan nasional, ekonomi, dan sumber-sumber manusia termasuk dalam Asia Tenggara. Adakah Malaysia berada pada tahap transformasi nasional yang utama untuk memulihkan perpaduan nasional mencapai kecemerlangan dan mengembalikan daya saingan antarabangsa berikutan dengan pelancaran berbagai-bagai usaha dan dasar seperti, “1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Dengan pelaksanaan Government Transformation Programme, dengan tujuh National Key Result Areas, Economic Transformation Programme dengan 12 NKEA, Model Ekonomi Baru dengan lapan Initiative Reform Strategic (SRI) serta Political Transformation Programme baru-baru ini untuk menghapuskan dan mereformasi undang-undang tidak demokratik.

Nampaknya kita masih jauh ketinggalan dan jika diperhatikan apa yang berlaku dalam minggu-minggu dan bulan-bulan yang lepas ini kita harus diperingatkan mengenai fakta serius bahawa kita masih perlu melakukan lebih banyak sebelum kita dapat memiliki minda dan mentaliti transformasi. Sebagai contoh antaranya adalah yang pertama, universiti-universiti di Malaysia tidak dimasukkan ke dalam Senarai Universiti Sedunia 400 Tertinggi (Times Higher Education) THE 2011-2012. Senarai Universiti Sedunia 400 Tertinggi (Times Higher Education) THE 2011-2012 yang diumumkan baru-baru ini tidak dimasukkan satu pun universiti Malaysia dalam senarainya. Menghampakan kegembiraan dan keghairahan yang muncul dua bulan yang lepas apabila Senarai Universiti Sedunia 200QS 2011-2012 mempamerkan nama Universiti Malaya dalam senarai 200 universiti tertingginya iaitu melonjak 40 tempat kepada tempat ke-167 berbanding dengan tahun 2010.

Dalam Senarai Universiti Sedunia 200 QS, empat lagi universiti dari Malaysia merosot dalam penyenaraian mereka. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenaraikan di tempat ke 279 tahun ini berbanding tempat ke 263 tahun 2010; Universiti Sains Malaysia

(USM) tempat ke 335 berbanding 309 tahun lepas; Universiti Putra Malaysia (UPM) tempat ke 358 berbanding 319 tahun lepas dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di antara tempat ke 401 dan 450 berbanding 365 tahun lepas. Akan tetapi dalam Senarai Universiti Sedunia 400 Tertinggi - Times Higher Education, THE 2011-2012, tidak ada satu pun universiti-universiti Malaysia yang berjaya masuk ke senarai berkenaan.

Sejumlah 60 universiti di Asia berjaya masuk ke dalam senarai berkenaan, antaranya 16 daripada Jepun, enam dari Hong Kong, dua dari Singapura, 10 dari negara China, tujuh Korea Selatan, lapan Taiwan, satu India, satu Iran, dan satu negara Thailand.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Antara yang menarik adalah Universiti Mahidol yang menjadi bahan utama semasa inkues kematian misteri Teoh Beng Hock dalam bulan Ogos tahun lepas apabila peguam utama SPRM, Abdul Razak Musa memalukan dirinya sendiri dengan menyerang kelayakan Pakar Patologi Forensik Negara Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand yang kononnya tidak diiktiraf di Malaysia. Dr. Pornthip pada masa itu membuat bantahan yang mengatakan bahawa Mahidol University adalah antara universiti yang disenaraikan sebagai terbaik di dunia. Kini, dakwaan beliau disahkan oleh Senarai Universiti Sedunia 400 Tertinggi Times Higher Education (THE) 2011-2012 ini.

Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, dalam responsnya berkata bahawa, “Universiti-universiti Malaysia hanya akan bersedia dimasukkan dalam senarai Universiti Sedunia 400 Tertinggi (Times Higher Education) THE 2011-2012 dalam tempoh enam atau tujuh tahun dari sekarang.” Katanya, “Dalam senarai THE, adalah berlandaskan 62.5 peratus pada kesan tinggi penyelidikan dan pendidikan dan masih merupakan bidang baru buat universiti-universiti tempatan.” Ini merupakan satu pengakuan yang paling memeranjatkan. Apabila Senarai Universiti Sedunia 200QS diumumkan dalam bulan September, Yang Berhormat Menteri berkata, “Ini menunjukkan universiti-universiti Malaysia adalah berdaya saing sebagaimana yang ditunjuk oleh tujuh universiti Malaysia yang disenaraikan dalam kurungan 600 teratas dari sejumlah 30,000 universiti sedunia yang menyertai pertandingan berkenaan.” Akan tetapi kini beliau memberikan alasan yang berbeza terhadap penyenaraian THE yang kurang baik ini. Sememang kita tidak harus tidak harus terlalu abses dengan senarai dengan universiti-universiti yang berbagai-bagai ini tetapi kita juga tidak patut menggunakan dwistandard semasa mengukur relevansi dan tahap penting senarai-senarai ini yang berbeza-beza mengikut tempat tinggi atau rendahnya universiti-universiti kita disenaraikan.

Kita harus menerima hakikat bahawa penyenaraian universiti tahunan oleh organisasi atau institusi yang terkenal ini adalah berguna dalam menilai tahap senarai dan daya saingan universiti-universiti kita. Apa yang rakyat Malaysia ingin tahu adalah mengapakah universiti-universiti utama negara khasnya universiti terkenal seperti Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia yang lama dikenali sebagai universiti yang bermutu, tidak dapat mempertahankan kedudukan baik mereka berbanding dengan universiti- universiti lain di rantau Asia Pasifik sungguhpun kita bermula dari tempat yang lebih baik berbanding dengan banyak universiti lain.

Sebagai contohnya dalam tahun 60-an, 70-an, Universiti Malaya adalah diiktiraf sama taraf dengan lain-lain universiti terkemuka di rantau ini seperti National University of Singapore, University of Hong Kong dan dianggap sebagai lebih maju berbanding dengan kebanyakan universiti-universiti di Australia.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Pada hari ini dalam senarai universiti sedunia 400 tertinggi Times Higher Education, University of Hong Kong disenaraikan pada tempat 34, manakala University of Melbourne ke – 37; Australian National University ke – 38; NUS ke – 40; University of Sydney ke – 58; Hong Kong University of Science and Technology ke – 63; University of Queensland, Australia ke – 74; Monash University ke – 117; Chinese University of Hong Kong ke – 151; dan Nanyang Technological University – 169; University of Auckland ke – 173; University New South Wales ke – 173; University of Western Australia ke – 189; City University of Hong Kong ke – 193; dan lain-lain.

Di Australia, ada 21 universiti yang ada di golongkan dalam 400 universiti yang terbaik di dunia. Pada 50 tahun yang dahulu, rakyat Malaysia bermegah dengan kedudukan Universiti Malaya yang sama taraf dengan..., malah lebih superior daripada beratus universiti yang disenaraikan dalam senarai universiti sedunia 400 tertinggi, Times Higher Education hari ini. Kita membaca senarai ini sepatutnya menjadi satu peringatan yang suram bagi kita betapa teruknya standard universiti terunggul kita telah jatuh di tangan universiti dunia. What has gone wrong? Why have we fallen so far and so low, apa yang telah berlaku?

final • 12:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Adakah kita sedia belajar dari kesilapan yang kita lakukan dan sekiranya kita tidak bersedia untuk menjadikan universiti-universiti kita institusi-institusi yang unggul, apakah transformasi nasional yang kita melaung-laungkan?

Kedua, sikap tidak demokratik ke atas perhimpunan aman BERSIH 9 Julai, yang meminta sistem pilihan raya adil, bebas dan bersih diwujudkan. Demokrasi dan transformasi politik semestinya perkara-perkara yang jauh daripada pemikiran kerajaan yang sanggup melakukan sekatan, tidak demokratik ke atas perhimpunan aman Bersih 9 Julai yang meminta sistem pilihan raya yang adil, bebas dan bersih diwujudkan. Sehingga melancarkan penangkapan beramai-ramai, mengepung ibu kota dan menggunakan pemedih mata dan meriam air bercampur bahan kimia secara tidak bertanggungjawab, sembarangan dan melulu terhadap para ‘pendemonstrasi’ yang aman dan patriotik termasuk para pemimpin Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0.

Minggu-minggu sebelum dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0, pastinya merupakan tempoh masa paling teruk sejak Yang Amat Berhormat menjadi Perdana Menteri. Selama 27 bulan sejak April 2009 lepas, kegagalan paling besar beliau dan menjadikannya bahan lawak dan cemuhan bukan sahaja di dalam negara malah di arena antarabangsa sehingga memaksa memendekkan lawatan luar negerinya. Adakah rakyat Malaysia kini akan percaya bahawa dalam tempoh ini Yang Amat Berhormat telah bertukar hati secara tiba-tiba dan mula memeluk agenda pendemokrasian dan transformasi politik sehingga satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya ditubuhkan dan pengumuman bahawa undang-undang yang menindas dan tidak demokratik seperti ISA akan dihapuskan dan dipinda.

Ataupun semua ini sebenarnya helah politik semata-mata demi memulihkan sehubungan politik dan pengundi berikutan dengan salah nilai dan salah urus perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lepas. Sebenarnya tidak ada apa-apa hasrat politik untuk melancarkan pendemokrasian menyeluruh di negara ini. Masa akan memberitahu kita jawapan ini. Sekiranya pilihan raya umum yang seterusnya diadakan sebelum sebarang perubahan yang bermakna dilakukan ke atas-atas undang-undang dan sistem pilihan raya di negara ini, yang dapat memastikan senarai pemilih adalah bersih dan komprehensif. Di mana setiap pengundi yang layak sama ada yang berada di dalam atau luar negara dapat membuang undi pada hari pengundian.

Semua pengundi hantu dan tidak sah dihapuskan. Segala tipu helah pilihan raya dan salah guna kuasa dapat dihapuskan khasnya dalam segi politik wang dan undi pos.

Penerimaan konsep “caretaker government” di dalam tempoh Parlimen dibubarkan dan hari membuang undi serta penghentian salah guna dana, sumber dan kakitangan kerajaan untuk tujuan menarik undi, access dan adil kepada media, untuk semua calon bertanding tidak kita parti. Maka kerajaan Barisan Nasional akan didedahkan sebagai tidak ikhlas dan tidak jujur dalam menghasilkan sistem pilihan raya baru yang adil, bebas dan bersih untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13.

Ini juga terpakai dalam penghapusan undang-undang, menindas dan sembarangan yang menafikan hak kebebasan dan hak kemanusiaan asas rakyat Malaysia.

Bukan hanya sekadar penghapusan ISA tetapi juga termasuk perundangan atau peruntukan undang-undang zalim yang lain sama ada ianya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (UCA) dan lain-lain.

Ketiga, kemerosotan yang berterusan dan bukannya pemulihan kebebasan, profesionalisme dan integriti institusi-institusi nasional penting negara ini. Pertama, kecacatan paling serius laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Teoh Beng Hock, gagal meletakkan tanggungjawab terhadap kematian Teoh Beng Hock ke atas SPRM sungguhpun terdapat bukti yang melimpah-limpah. Suruhanjaya Siasatan Diraja Teoh Beng Hock tidak membantu dalam memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kebebasan, profesionalisme dan integriti institusi-institusi nasional penting negara ini yang terus merosot.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Satu kecacatan paling serius laporan RCI Teoh Beng Hock adalah kegagalannya untuk meletakkan tanggung jawab terhadap kematian Teoh Beng Hock ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sungguhpun terdapat bukti yang banyak pada prosiding RCI. Bukan sahaja orang-orang berseorangan – semua pegawai SPRM yang diketuai oleh Hishamuddin Hashim, Timbalan Pengarah SPRM Selangor pada masa itu serta mastermind operasi SPRM yang besar-besaran melibatkan 33 orang pegawai yang mesti bertanggungjawab terhadap kematian Teoh Beng Hock, tetapi juga institusi SPRM sendiri. Laporan RCI hanya membuat rujukan serong terhadap peranan dan tanggungjawab SPRM dalam terma rujukannya iaitu, “Menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan keadaan persekitaran yang menyumbang kepada kematian beliau”. Sebagai contohnya, perenggan 336 RCI, Teoh Beng Hock menyatakan, “Kami berpendapat bahawa kematian Teoh Beng Hock tidak boleh menjadi sia-sia dan segala usaha hendaklah dibuat untuk menambah baik fungsi SPRM dan pentadbiran keadilan jenayah dalam negara hasil daripada siasatan kami ke atas cara SPRM beroperasi. Keterangan yang dikemukakan menunjukkan bahawa pegawai SPRM sanggup melakukan apa sahaja untuk menipu”.

Tuan Yang di-Pertua, skandal kematian tragik Beng Hock di Ibu Pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam pada 16 Julai 2009 bukan sahaja disebabkan oleh pegawai SPRM sanggup melakukan apa sahaja untuk menipu, tetapi juga SPRM sebagai satu institusi yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyertai konspirasi senyap dan penipuan untuk menghalang proses keadilan, dan cover-up sebab dan keadaan sebenar yang menyebabkan kematian Beng Hock.

RCI Teoh Beng Hock menamakan Hishammuddin Hashim sebagai pegawai paling kanan yang pada keseluruhannya mengarahkan operasi berkenaan yang jelas bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock di SPRM Selangor, menyebabkan kematiannya. Akan tetapi, pada masa ini, Hishamuddin masih bebas sebagai pegawai SPRM Kanan yang hanya diarah tidak mengambil bahagian dalam tugas-tugas siasatan sungguhpun beliau dan lain-lain pegawai SPRM sebenarnya harus didakwa kerana menyebabkan kematian Teoh Beng Hock. Kematian Teoh Beng Hock akan sia-sia sekiranya, pertama pembunuhnya kekal bebas dan tidak dihukum; dan kedua, SPRM tidak perlu bertanggungjawab terhadap kematian beliau malah dibenarkan melakukan apa sahaja untuk cover-up. Sebab-sebab dan keadaan sebenar kematian Teoh Beng Hock di Ibu Pejabat SPRM dengan pegawai SPRM terus berbohong kepada RCI.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Bukan sahaja tidak mengutuk sekeras-kerasnya, malah RCI Teoh Beng Hock hanya memerhatikan secara pasif bahawa SPRM bukan sahaja tidak “bertindak tidak berat sebelah dalam membantu kami mencari kebenaran mengenai apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock pada malam tragik 15 hari bulan dan awal pagi 16 hari bulan”, sebaliknya ia telah menyebelahi Peguam SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan mempertahankan pegawai-pegawai SPRM yang diarahkan memberi keterangan. Datuk Seri Muhammad Shafee ada dibayar RM150 ribu untuk perkhidmatan beliau, untuk mengganggu satu pendedahan sebenarnya siapa yang membunuh Teoh Beng Hock.

Majlis Peguam dalam kesimpulan yang dikemukakan kepada RCI, Teoh Beng Hock adalah lebih langsung dan berterus terang dalam mengkritik peranan SPRM di prosiding RCI. Katanya, dengan izin: “One would have expected the MACC to have led the charge in this inquiry to ascertain the truth and thereby restore its credibility. Instead, it failed to draw a distinction between itself and the officers, and chose to align itself with its officers who may have been involved, responsible and/or privy to the cause of death of Teoh Beng Hock. The absence of separate representation is telling. MACC as a whole chose to defend the actions of its officers rather than assist the investigation. The MACC adopted the posture of defendant throughout the course of this inquiry. The Commission has had to deal with witnesses primarily from MACC who have either been evasive, misleading and/or lied.

It has also been shown that the MACC had suppressed, tampered with and destroyed evidence. In the circumstances, it has been a difficult task to piece together the evidence to establish what actually transpired at Plaza Masalam leading to Teoh Beng Hock’s death.”

final • 12:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mengapa RCI Teoh Beng Hock melarikan diri dari tanggungjawabnya mengutuk peranan SPRM di RCI yang menyembunyi, mengganggu dan memusnahkan keterangan, menghalang dan menyesatkan proses keadilan di RCI Teoh Beng Hock demi mencari sebab dan keadaan sebenar kematian Teoh Beng Hock?

Majlis Peguam dalam kesimpulannya berkata RCI memberikan, dengan izin, “classic evidence of the saying that an institution is only as good as its people. It is important that the officers of MACC tasked with preventing, detecting and eradicating corruption posses the qualities of integrity, independence and intelligence, what may be conveniently referred to as the three “I”s. Whilst the Commissioners have recognised that MACC as an institution must be preserved and its image, reputation and functioning enhanced, it must also be recognised that this can only be brought about if the people entrusted with the powers of the institution were brought to task”.

RCI Teoh Beng Hock telah berakhir tanpa mana-mana pegawai SPR dan SPRM sendiri dikehendaki bertanggungjawab terhadap salah laku mereka mengakibatkan kematian Teoh Beng Hock semasa beliau berada di bawah kawalan, jagaan dan tahanan SPRM. Peluang keemasan telah terlepas oleh RCI untuk mengkaji mengapakah SPRM, dengan izin, world’s apart in terms of repute, public perception and functioning dari ICAC Hong Kong sungguhpun SPRM sebenarnya dibentuk berpandukan model ICAC.

Berdasarkan prosiding RCI Teoh Beng Hock, Majlis Peguam mencadangkan bahawa RCI sepatutnya mendapati SPRM dan pegawai-pegawainya harus dipertanggungjawabkan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan bahawa mereka harus dipersalahkan kerana bersubahat menyembunyikan sebab dan keadaan kematian Teoh Beng Hock berlaku di RCI.

Dan sekiranya kematian Teoh Beng Hock tidak menjadi sia-sia, SPRM dan pegawai-pegawainya mesti bertanggungjawab terhadap kematian dan usaha menutup perkara sebenar. Keadilan untuk Teoh Beng Hock mengehendaki bahawa satu siasatan baru harus dilakukan ke atas pembunuhan Beng Hock oleh skuad siasatan khas bertaraf tinggi, supaya bukti-bukti baru dan jejak-jejak baru yang terbongkar semasa prosiding RCI dapat disiasat, demi memecah konspirasi blue wall of silence para pegawai SPRM, dan mengecam serta memberkas pembunuh Teoh Beng Hock sebenar. Sungguhpun RCI tidak dapat membuktikan bahawa ia adalah berkesan dalam memastikan keadilan terserlah tetapi bagi pihak-pihak teraniaya yang tidak mempunyai pilihan lain, RCI masih merupakan permintaan mereka.

Inilah sebab kenapa keluarga kes misteri kedua yang berkait dengan SPRM yang melibatkan kematian cara terjun dari tempat tinggi, Ahmad Sarbaini Mohamad, telah menolak keputusan koroner yang memutuskan bahawa beliau adalah death by misadventure dan sebaliknya meminta supaya RCI ditubuhkan. Wujudnya banyak keadaan yang mencurigakan dalam kes Sarbaini...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, lima minit sahaja Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Seorang pegawai kastam berumur 56 tahun, yang kononnya jatuh mati setinggi sembilan meter di pejabat SPRM KL pada 6 hari bulan April, khasnya mengenai misteri rakaman CCTV semasa Sarbaini melawat ke pejabat SPRM KL yang telah dipadamkan secara sengaja sebagaimana yang diakui oleh pakar polis dari Makmal Forensik Polis di Cheras bahawa rakaman CCTV telah diganggu oleh seorang yang berkepakaran.

Saya menyeru para Ahli Parlimen supaya menyokong permintaan ini dan mendesak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya mengumumkan bahawa RCI akan ditubuhkan untuk siasatan mengenai kematian Sarbaini apabila beliau menggulung perbahasan ini nanti. Contoh-contoh yang boleh saya sebut mengenai tidak adalah pemulihan profesionalisme keyakinan orang ramai terhadap institusi-institusi nasional antara sebab ialah Tribunal Kehakiman mengenai tuduhan serius rasuah dan salah guna kuasa yang ditujukan terhadap Peguam Negara yang ada dibuat.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Oleh sebab, dalam beberapa bulan yang lepas, banyak tuduhan mengenai tindakan rasuah dan salah guna kuasa telah dilemparkan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, khasnya dari bekas Ketua CID Kuala Lumpur, Dato’ Mat Zain Ibrahim dalam siri surat terbuka, bekas ahli panel SPRM, Tan Sri Robert Phang serta blogger, Raja Petra Kamaruddin. Kalau beliau tidak akan ambil tindakan untuk membersihkan nama beliau dalam kes undang-undang patutlah ada satu tribunal diadakan.

Usul untuk menubuhkan tribunal menyiasat salah laku kehakiman melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik bin Ishak yang disyaki melakukan plagiarisme harus diberikan keutamaan dalam urusan perbahasan dan keputusan. Saya harap bahawa Yang Amat Berhormat akan memberi masa supaya keutamaan diberi supaya usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor dan diberi sokongan 59 orang Ahli-ahli Parlimen bahawa satu tribunal diadakan untuk siasat tuduhan yang serius itu dan pun bahawa untuk menggantung Yang Arif tiga bulan sehingga menunggu siasatan tribunal pula dibahaskan. Yang Amat Berhormat ada kata bahawa beliau mahu satu best democracy in the world dan ini adalah satu test sama ada kita boleh mempunyai best democracy in the world oleh kerana menjadi customary dalam semua Parlimen yang establish bahawa usul seperti ini diberi keutamaan, satu substantive usul yang mengikut kehendak Perlembagaan.

Apa pun, apa yang berlaku baru-baru ini di mana kerajaan enggan mengedarkan Laporan Ketua Audit Negara pada masa bajet dibahaskan merupakan bukti terbaru bahawa kerajaan Yang Amat Berhormat tidak mempraktikkan apa yang dilaung-laungkan mengenai transformasi kerajaan ekonomi. Tema Bajet 2012 adalah Dasar Transformasi Nasional, kita tidak boleh lihat apa ciri-ciri transformasi dalam perkara ini dan kalau bajet ini sebenarnya mahu satu transformasi diadakan program-program, dasar-dasar yang berikut antaranya:

(i) patutlah ada diumumkan satu dasar affirmative yang berlandaskan meritokrasi dan keperluan untuk terbuka bagi semua contract;

(ii) tender terbuka bagi semua contract kerajaan;

(iii) toleransi sifar terhadap rasuah menerusi perang habis-habisan terhadap gejala rasuah tanpa rasa takut atau pilih kasih – bermula dengan Sabah dan Sabah, menubuhkan pasukan tugas khas di setiap negeri yang berkenaan;

(iv) mengambil langkah segera untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kebebasan profesionalisme dan integriti institusi- institusi penting negara contohnya kehakiman, Pejabat Peguam Negara, polis, SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya; dan

(v) menaikkan royalti minyak daripada 5 peratus menjadi 20 peratus untuk semua negeri-negeri yang ada mengeluarkan minyak dan menggunakan 20 peratus royalti minyak khas di Sabah dan Sabah untuk memperbaiki kebajikan dan kesejahteraan rakyat pada kedua-dua negeri berkenaan dan bukannya ditelan oleh mereka yang berkuasa di negeri-negeri berkenaan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Akhirnya, bulan Mei ini saya telah melawat di Kampung Tambatuon yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu yang bakal ditenggelami air sepenuhnya sekiranya cadangan pembinaan Projek Empangan Tambatuon yang bernilai RM450 juta dilaksanakan. Sungguhpun cadangan Empangan Tambatuon ini telah dibincangkan selama dua tahun lamanya tetapi penduduk tempatan langsung tidak dirunding oleh pihak-pihak berkuasa, termasuk Ahli Parlimen Kota Belud, yang kini menjadi pembela projek empangan yang paling kuat sekali dan akibatnya adalah cara hidup tradisional serta habitat kawasan berkenaan akan musnah segala-galanya. Penduduk Kampung Tambatuon dan masyarakat-masyarakatnya yang prihatin telah mengemukakan bantahan kepada pelbagai pihak berkuasa negeri mengenai cadangan pembinaan Projek Empangan Tambatuon ini. Sebagai contohnya...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jam sudah pukul satu Yang Berhormat. Pukul satu Yang Berhormat. Jam sudah pukul satu.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ya. Saya menggulung perenggan ini. Sebagai contohnya, satu memorandum telah dikemukakan kepada Ketua Menteri Sabah dan lain- lain jabatan oleh Jawatankuasa Induk Badan Bertindak Bantahan Pembinaan Empangan Sungai Kadamaian Kampung Tambatuon pada November 2010 dan ini ada dikemukakan oleh beberapa pihak berkuasa dan saya harap cadangan mereka yang meminta membatalkan rancangan pembinaan Empangan Tambatuon di Kampung Tambatuon ini akan diberi perhatian khasnya seruan penduduk-penduduk Kampung Tambatuon dan di penduduk-penduduk kawasan sekeliling. Seruan yang berbunyi batalkan serta-merta cadangan rancangan pembinaan Empangan Tambatuon di Kampung Tambatuon di Sungai Kadamaian, Kota Belud atau memindahkannya di tempat yang tidak menyusahkan penduduk orang asal agar diberi perhatian.

Apa yang mustahak ialah bahawa sebelum apa keputusan dibuat, bahawa satu proses consultation, satu perundingan patut diadakan dengan penduduk-penduduk yang akan terlibat dan sampai sekarang ini tidak berlaku dan sebab itu ada banyak hal dan soalan ada berbangkit. Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan, macro dan micro, full security micro, sama ada empangan itu perlu untuk Tambatuon. Adakah tempat itu yang sekarang disebut sesuai atau boleh dipindah ke tempat yang lain dan cara untuk mengatasi masalah kemiskinan untuk penduduk-penduduk di sana. Saya harap bahawa inilah semua akan diambil kira dan dilaksanakan sebelum apa-apa projek dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ya. Yang Berhormat Hulu Rajang. Yang Berhormat berucaplah selepas ini Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Okey. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan kita sesi pagi ditangguhkan dahulu dan Dewan akan bersidang semula pukul 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Hulu Rajang.

final • 12:50 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahas Belanjawan 2012 di Dewan yang mulia ini.

Telah lebih lima dekad semenjak negara kita mencapai kemerdekaan, negara kita telah mencapai kemajuan yang membanggakan dalam suasana aman dan damai. Dalam kita menyusun langkah untuk 50 tahun seterusnya, adalah penting untuk kita manfaatkan sepenuhnya kepelbagaian yang wujud di negara kita untuk terus dibina satu kekuatan agar kita teguh, bersatu bergerak mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju. Kualiti hidup rakyat Malaysia hari ini telah jauh berbeza berbanding dengan zaman awal kemerdekaan.

Pendapatan per kapita rakyat negara kita telah meningkat hampir lebih 30 kali ganda daripada tahun 1957 pada masa kini. Di bawah kepemimpinan Barisan Nasional juga kadar kemiskinan telah berjaya dikurangkan di bawah 6 peratus pada masa kini. Dengan pembentangan Belanjawan 2012, sekali lagi kita menyaksikan ketelusan kerajaan untuk memajukan lagi taraf hidup rakyat Malaysia.

final • 2:32 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Walau bagaimanapun, saya ingin menyentuh sedikit sebanyak berkenaan perkara- perkara yang pada firasat saya juga amat penting untuk diketengahkan dan diberi perhatian oleh pihak-pihak yang relevan dalam Belanjawan 2012 ini.

Pertama sekali saya ingin menyentuh Kementerian Pendidikan. Berkenaan kekurangan guru terutamanya di bahagian pedalaman Sarawak, masalah ini seharusnya diselesaikan dengan pengambilan guru-guru dari kalangan anak tempatan Sarawak. Di sebahagian sekolah di Sarawak, hanya 30 peratus daripada tenaga pengajar merupakan guru-guru dari Sarawak. Maka tidak hairanlah yang kadar penukaran guru adalah tinggi terutamanya di sekolah-sekolah pedalaman Sarawak. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana melaksanakan temu ramah kemasukan ke maktab- maktab perguruan untuk bakal-bakal guru di kawasan pedalaman seperti di Sungai Asap.

Seharusnya usaha ini diteruskan untuk mencungkil bakat-bakat guru yang bersedia untuk berkhidmat dengan tekun di kawasan-kawasan pedalaman. Pihak kementerian seharusnya meneliti seruan pelbagai pihak berkenaan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pelajaran kerana membenarkan penerusan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik untuk kumpulan pelajar Tingkatan 3 sesi tahun ini sehingga mereka sampai ke peringkat SPM.

Dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi kini, kita tidak seharusnya membiarkan pelajar-pelajar kita ketinggalan terutamanya dari segi penguasaan bahasa Inggeris yang kepentingannya sebagai bahasa penghantar terutamanya bagi bidang-bidang sains dan teknologi serta ekonomi di peringkat tertinggi yang hakikatnya tidak dapat dinafikan lagi. Biarlah para pelajar didedahkan di peringkat awal persekolahan kepada penggunaan bahasa Inggeris agar mereka dapat menguasai bahasa ini dan ianya tidak menjadi batu penghalang terhadap kejayaan mereka di peringkat menara gading kelak.

Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan dan memohon bantuan Kementerian Pelajaran mengenai masalah air di SK Lusung Laku Belaga yang tidak mempunyai bekalan air bersih. Saya berharap pihak kementerian dapat menyalurkan bantuan pembinaan sistem air graviti yang telah dianggarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan akan menelan belanja tidak lebih dari RM200 ribu.

Menyentuh tentang hidro elektrik Bakun dan Murun di bawah Kementerian Tenaga dan Teknologi Hijau, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana berjaya menangani isu-isu sensitif berkaitan dengan projek Hidro Elektrik Bakun terutamanya isu penempatan semula Sungai Asap. Pemulangan baki 50 peratus daripada nilai ganti rugi rumah penduduk bernilai RM41 juta seharusnya dilaksanakan sesegera yang mungkin. Penduduk juga berharap jasa baik kerajaan agar melupuskan bayaran premium iaitu RM1900 yang dikenakan ke atas tanah 3 ekar yang telah diperuntukkan untuk setiap keluarga di Sungai Asap. Memandangkan ada di antara mereka yang hanya mendapat RM10 ribu, untuk compensation.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu rangka lawatan ke Sungai Asap juga telah berjanji akan memperuntukkan lot tanah tambahan untuk penduduk di Sungai Asap. Walaupun penduduk setakat ini belum telah menerima lot tanah yang dijanjikan, saya pasti pihak kerajaan akan menunaikan janji ini dan ianya mungkin akan melibatkan pembelian semula tanah yang telah dikonsesikan kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di kawasan tersebut. Perhatian terhadap perkara ini sangat penting dan perlu disegerakan dan sejajar dengan laungan rakyat didahulukan.

Penduduk-penduduk amat berterima kasih kepada keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana sekarang ini pembinaan jalan raya yang berhubung Bakun ke Pasar Belaga telah mula dilaksanakan untuk kepentingan bersama. Justeru itu penduduk di Belaga juga memohon supaya bekalan elektrik dapat disalurkan dari Bakun ke Pasar Belaga agar ia selaras dengan kemudahan asas yang dinikmati penduduk lain di Malaysia. Dalam pada itu, Pekan Sungai Asap yang mempunyai penduduk lebuh 10,000 orang memerlukan sebuah bank seperti BSN ataupun Agro Bank agar memudahkan mereka menjalankan aktiviti perbankan mereka yang kini mereka terpaksa melakukan di Bandar Bintulu, tiga jam daripada Sungai Asap.

final • 2:32 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Seterusnya jasa baik kerajaan juga diperlukan untuk meneliti semula permasalahan jalan raya dari kawasan Tuba ke Bakun yang telah sekian lama berlanjutan yang mana jalan penyelesaiannya terbaik harus diambil untuk kebaikan bersama untuk jangka masa panjang.

final • 2:32 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Mengenai Tasik Bakun, ini mungkin di bawah naungan Kementerian Pelancongan, Jabatan Perdana Menteri dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tasik Bakun mempunyai potensi tinggi yang sebesarnya pulau Singapore untuk dibangunkan bagi tujuan aktiviti pelancongan serta perikanan. Sesuai dengan statusnya sebagai tasik buatan terbesar di negara ini. Seharusnya, pada masa ini pihak kerajaan telah pun menyediakan sebuah pelan tindakan master plan untuk pembangunan kedua-dua industri ini serta industri-industri lain yang berkaitan.

Justeru itu, kerajaan harus menyediakan peruntukan bukan hanya master plan tetapi menyediakan peruntukan yang cukup untuk menyiapkan master plan ini dengan seberapa cepat yang mungkin sebab mungkin dalam satu bulan lagi Bakun will be fully operational. Ini satu seruan terus kepada Perdana Menteri. Penduduk kawasan Bakun yang telah ditempatkan semula di Sungai Asap juga masih memohon agar satu muzium khazanah, kebudayaan dan kesenian Orang Ulu dibina di kawasan Tasik Bakun.

Muzium ini amat penting untuk memperingati dan menjaga budaya serta tradisi- tradisi lama yang kian pupus akibat generasi muda yang mengikuti cara hidup serba moden. Ini sudah dimaklumkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebenarnya. Saya juga ingin cadangkan di sini Tasik Bakun ini dinamakan Tasik Baloi untuk memperingati Sungai Asap yang juga tanah air Orang Ulu di mana Orang Ulu lama menetap.

Mengenai Kementerian Kesihatan, apakah rancangan kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan untuk memerangi penyakit-penyakit berbahaya seperti malaria, serta melioidosis terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman. Penyakit-penyakit ini endemik kepada Asia Tenggara. Seperti yang sedia maklum, malaria disebabkan gigitan nyamuk anofeles yang membawa penyakit malaria. Sementara melioidosis disebabkan bakteria burkhoderia pseudomallei yang kebiasaannya dijumpai di atas permukaan air tercemar mahupun di dalam tanah.

Tanpa rawatan segera, penyakit-penyakit ini boleh mendatangkan maut terutamanya melioidosis yang mempunyai purata kematian sehingga 90 peratus kepada pesakit infeksi kronik. Gejala wabak ini sering kali melanda penduduk pedalaman di kawasan Bakun misalnya. Oleh itu, Kementerian Kesihatan seharusnya menyediakan plan liputan kesihatan yang lebih menyeluruh dan komprehensif untuk penduduk pedalaman agar mereka dapat juga menikmati hidup yang sihat setaraf dengan masyarakat bandar.

Dalam sebuah masyarakat penyayang, keprihatinan terhadap segenap lapisan masyarakat tidak kira dari bandar mahupun kawasan pedalaman harus dititikberatkan.

Kematian yang disebabkan oleh penyakit campak kecil atau pun campak sekam, measles, dalam negara kita yang serba moden ini seperti yang berlaku beberapa tahun yang lepas di kalangan masyarakat Penan di Long Urun tidak seharusnya dibiarkan berlarutan sedangkan pencegahannya amat mudah.

Oleh itu, saya ingin sekali lagi menyatakan seperti yang telah berulang kali saya nyatakan dalam Dewan ini akan kepentingan dan keperluan sesebuah klinik di Long Urun bagi menjaga kesihatan masyarakat di sana. Selain Long Urun, saya juga ingin memohon agar sebuah klinik dibina di Long Usang khususnya untuk penduduk Kenyah serta penduduk Penan di Long Unai yang berdekatan.

Pada masa sekarang penduduk terpaksa mengharungi perjalanan yang mengambil masa lebih sehari melalui jalan balak dan sungai untuk sampai ke hospital yang terdekat di Kapit. RM1.95 bilion telah dialocatekan untuk tujuan pembangunan dan seharusnya pihak kerajaan menilai semula prioriti kementerian. Seharusnya rakyat di Long Urun dan Long Usang tidak diketepikan dan klinik di kedua-dua tempat ini dibina seawal tahun hadapan.

final • 2:40 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Kementerian Kesihatan juga seharunya mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatannya di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak. Klinik-klinik desa di sana haruslah di buka sepanjang tahun dan diduduki pekerja-pekerja yang terlatih dan mencukupi. Klinik- klinik ini juga seharusnya dilengkapi kemudahan pengangkutan yang sesuai seperti bot laju atau kenderaan empat roda yang cukup untuk membawa pesakit-pesakit yang tenat ke hospital yang terdapat seperti di pekan Belaga atau pun di Kapit.

Saya memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang amat prihatin kepada masalah rakyat khususnya di pedalaman Sarawak. Bantulah kita mengurangkan jurang perbezaan antara masyarakat bandar dengan luar bandar Sarawak, khususnya dari segi perkhidmatan kesihatan. Diharapkan Kementerian Kesihatan dapat menyediakan juga perkhidmatan seperti imunisasi kepada masyarakat pedalaman, khususnya kanak-kanak.

Selain itu, perkhidmatan pergigian juga amat diperlukan di kawasan luar bandar Sarawak melalui klinik-klinik pergigian di desa. Ini yang penting. Satu lagi keperluan dari segi perkhidmatan kesihatan di Sarawak adalah hostel-hostel percuma atau murah harus di bina berdekatan dengan setiap hospital di Sarawak, Kuching, Sibu, Bintulu atau Miri. Ini khas untuk keluarga terdekat pesakit-pesakit dari luar bandar yang menjalankan rawatan di sana. Perkhidmatan hospital ini penting terutamanya untuk rakyat miskin seperti dari kaum Penan yang terpaksa ke bandar besar bagi tujuan perubatan. Adalah harapan saya agar pihak Kementerian Kesihatan dapat menangani masalah-masalah yang disebut tadi dengan segera serta membaik pulih klinik-klinik pedalaman Sarawak yang telah lama dan usang.

Saya ingin menyentuh juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana usahanya untuk memajukan industri pertanian di negara kita. Namun lebih banyak lagi yang mesti dilakukan pihak kementerian agar Malaysia boleh bebas daripada pergantungan kepada hasil pertanian yang diimport dari negara asing. Ini juga telah disentuh oleh rakan-rakan yang lain di Dewan ini.

Usaha yang lebih gigih dan agresif seharusnya dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memastikan masyarakat petani dapat menambahkan hasil mereka. Sekurang-kurangnya agar negara kita dapat berdikari dari segi stok makanan terutamanya beras. Jika kita meneliti negara Asia lain seperti Taiwan contohnya, di negara itu Jabatan Parit dan Saliran terletak di bawah Kementerian Pertanian jika tidak salah saya.

Sistem pengairan yang digunakan mereka untuk kegiatan pertanian sangat efisien sehingga padi dapat ditanam di hampir mana-mana sahaja di negara Taiwan. Di Sarawak terdapat banyak tanah di kawasan-kawasan pedalaman yang terbiar begitu sahaja. Apakah usaha kerajaan untuk membantu rakyat pedalaman Sarawak memajukan tanah mereka untuk tujuan penanaman padi.

Kekurangan beras di kalangan masyarakat pedalaman Sarawak amat membimbangkan terutamanya di kalangan kaum Penan. Adakah mereka akan mengharapkan belas kasihan badan-badan kebajikan atau pun gereja selama-lamanya bagi bantuan beras dan adakah kerajaan akan membantu mereka menjadi petani berjaya dalam jangka masa yang akan datang.

Objektif jangka pendek kementerian seharusnya memfokuskan kepada keupayaan sektor pertanian untuk mengeluarkan makanan secukupnya sekurang-kurangnya untuk menampung rakyat tempatan. Persoalannya sekarang, badan kerajaan manakah yang harus melengkapkan masyarakat, misalnya masyarakat Penan ini dengan pengetahuan serta kelengkapan menanam padi secara moden? Adakah ini tanggungjawab Jabatan Pertanian ataupun Kementerian Luar Bandar? Seharusnya, sebuah dana untuk orang Penan ditubuhkan seperti kini untuk masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia untuk membantu mereka secara langsung dalam hal-hal seperti ini.

final • 2:40 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Saya ingin menyentuh tentang Kementerian Perladangan dan Komoditi. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Perladangan dan Komoditi kerana keprihatinan beliau terhadap keperluan peladang kecil dan sederhana di pedalaman Sarawak dan Sabah yang ingin menceburi di bidang perladangan getah dan kelapa sawit.

Saya ingin memuji tindakan Menteri yang telah memastikan hasil polisi kementerian beliau sampai kepada rakyat. Bagi pihak penduduk kawasan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sendiri turun padang melawat kawasan penempatan semula Sungai Asap untuk mendengar masalah penduduk.

final • 2:40 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Sehubungan itu, saya ingin memohon kepada Menteri agar turut membantu rakyat di bahagian Kapit, di Street dan juga Belaga untuk turut serta dalam Skim Penanaman Semula Getah yang merupakan komoditi yang sangat sesuai untuk diusahakan oleh penduduk secara ladang kecil-kecilan. Mungkin bagusnya juga jika Menteri Kesihatan juga melawat tempat seperti Asap dan dengar sendiri masalah dari rakyat.

Mengenai Kementerian Kerja Raya, Menteri Kerja Raya juga seharusnya melawat ke kawasan Bakun untuk melihat sendiri masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ terutamanya untuk melihat sendiri keadaan Jalan Tubau-Bakun. Isu berkenaan keadaan jalan ini telah dibangkitkan beberapa kali oleh saya di sini dan juga di Dewan Undangan Negeri. Persoalannya sekarang, adakah jalan ini telah dirosakkan oleh kenderaan-kenderaan berat terutamanya lori balak serta lori pengangkutan jentera berat ke Murung Hidro? Jadi siapakah yang seharusnya menanggung beban membaiki pulih serta menjaga jalan raya ini? Sebenarnya jalan raya Tubau dekat Bakun digunakan oleh syarikat- syarikat pembalakan dengan sesuka hati mereka terutamanya sebuah syarikat, dia tahulah apa syarikat ini.

Ini sering mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya yang lain terutamanya apabila kenderaan yang berat dan panjang ini cuba mengelak lubang-lubang yang dibuat mereka sendiri. Walau bagaimanapun, jalan raya ini mesti dibaiki kerana merupakan nadi penghubung utama penduduk Sungai Asap dan Belaga ke Bintulu. Dalam keadaan yang sedia ada ini, ia amatlah berbahaya kepada semua penggunanya.

Pihak kementerian juga seharusnya membantu kontraktor-kontraktor khasnya kontraktor bumiputera Sarawak untuk terlibat secara langsung dalam bidang pembinaan ini dan bukan menjadi satu masalah untuk mereka memajukan diri. Ini saya sentuh tentang berkaitan dengan isu pembekuan permohonan lesen PKK. Di sini saya ingin membangkitkan isu pembekuan permohonan lesen PPK misalnya satu syarikat di Sarawak iaitu HAV Innovative Technology Sdn. Bhd. yang memenuhi semua kriteria pelesenan yang ditetapkan telah memohon untuk PPK Kelas ‘B’ untuk tiga tahun berturut-turut tanpa keputusan. Saya percaya bahawa pihak kementerian telah mengkaji syarikat-syarikat yang kini berdaftar dengan PKK dan boleh membuat keputusan sebaiknya berkenaan permohonan-permohonan yang baru.

Berkenaan projek Sarawak Corridor Renewable Energy (SCORE) yang dirancang untuk Sarawak sejumlah mungkin RM11 bilion ringgit dirancang untuk dibelanjakan untuk projek-projek penjanaan tenaga serta infrastruktur gergasi. Namun penduduk-penduduk setempat tidak akan berpuas hati sepenuhnya dengan projek-projek ini jika tidak menampakkan kesan secara langsung ke atas taraf hidup mereka dari segi penjanaan peluang pekerjaan dan kontrak. Seharusnya kerajaan merancang projek-projek ini dengan satu mekanisme untuk membolehkan kontraktor-kontraktor tempatan terutamanya kontraktor kecil yang memegang lesen PKK untuk turut terlibat sama. Projek gergasi seperti pembinaan empangan hidroelektrik sering di anugerahkan kepada syarikat-syarikat asing dan walaupun hakikatnya mungkin bahawa keadaan ini tidak dapat dielakkan, kemungkinan disebabkan kepakaran dan pengalaman yang diperlukan. Akan tetapi kerajaan seharusnya memastikan terdapat sekurang-kurangnya sebahagian kecil daripada projek-projek ini diberikan kepada orang tempatan. Ia akan memberi kepuasan kepada penduduk setempat dan mereka juga mendapat manfaat secara langsung daripada projek-projek gergasi ini.

final • 2:50 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Menyentuh Kementerian Luar Bandar dan Jabatan Perdana Menteri, saya ingin sekali lagi menyentuh sedikit sebanyak berkenaan masalah penduduk Penan di Sarawak terutamanya penduduk Penan di Sungai Linau. Terdapat lima perkampungan Penan di Sungai Linau iaitu Lusong Laku, Penan Long Abit, Penan Long Kajang, Penan Tanyit dan Penan Busang. Para penduduk di penempatan yang disebut tadi berharap agar tidak ada syarikat yang datang untuk membangunkan ladang kelapa sawit di atas tanah pusaka mereka. Dalam satu mesyuarat baru-baru ini, dengan lima ketua kampung penempatan Penan di Sungai Linau, ketua-ketua kampung telah memohon kepada saya agar menyampaikan mesej ini kepada kerajaan khasnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Mereka ini sebenarnya bukan ingin menentang arus pemodenan tetapi mereka ingin memajukan tanah mereka sendiri dengan bantuan kerajaan dan bukannya menjadi hamba di atas tanah sendiri kepada syarikat-syarikat gergasi yang ingin mengoperasi ladang-ladang kelapa sawit di sana. Mereka semuanya berminat untuk menanam padi serta getah dan memohon jasa baik Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan apa pun agensi yang terlibat untuk membantu mereka menjadi pengusaha ladang kecil-kecilan.

Selain itu masyarakat Penan di Sungai Linau juga mengharapkan agar Pejabat Desa Jabatan Pertanian di Lusong Laku dibuka semula untuk memudahkan lagi penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti pertanian. Walaupun masyarakat Penan telah lama mengamalkan cara hidup nomadic hunter gatherer dan bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan namun mereka sendiri sedar bahawa cara hidup ini tidak akan berkekalan terutamanya dengan kemusnahan hutan rimba yang dahulunya dapat menyediakan keperluan hidup mereka sepenuhnya. Namun demikian mereka masih mengharapkan agar satu kawasan hutan rizab khas untuk masyarakat pertanian dapat disediakan untuk memudahkan sedikit transisi mereka menjadi masyarakat pertanian moden dan mengekalkan sedikit sebanyak tradisi cara hidup turun temurun mereka.

Dengan adanya satu kawasan hutan simpanan rizab kaum Penan di Linau ia bermula dari ‘Giamoreng’ iaitu di tepi tebing Tasik Bakun nanti ataupun Tasik Balui sekurang-kurangnya sebahagian kecil daripada alam flora dan fauna asli akan kekal abadi di bawah jagaan kaum Penan. Ini untuk generasi-generasi yang akan datang.

Di samping hutan rizab komoditi ini juga saya juga telah mencadangkan seperti tadi, penubuhan dana khas dalam bentuk tabung untuk pembangunan kaum Penan di Sarawak berasaskan kepada model yang digunakan untuk kaum Orang Asli di Semenanjung. Kerajaan boleh memulakan tabung ini dengan contohnya dengan nilai permulaan RM50 juta dan dana ini boleh di manfaatkan untuk tujuan pertanian, bekalan makanan, bantuan kesihatan, persekolahan dan sebagainya. Dengan kewujudan dana ini bantuan yang diperlukan dapat disalurkan dengan segara bila diperlukan. Sebagai antara kaum manusia yang pertama sekali menjejaki bumi Malaysia, kaum Penan ini sendiri merupakan satu khazanah hidup negara ini. Bukankah wajar kerajaan menunaikan permintaan mereka yang tidak seberapa ini. Saya juga merayu kepada Yang Berhormat Perdana Menteri untuk membantu masyarakat Penan ini dengan membimbing mereka menghadapi arus pemodenan. Usaha ini semestinya juga menampakkan keikhlasan seruan “Rakyat Didahulukan”, di kaca mata masyarakat tempatan dan juga global. Ada masa lagikah Tuan Yang di-Pertua?

Saya ingin menyentuh sedikit tentang perkhidmatan MAS. Langkah penukaran sebanyak 20.5 peratus pegangan saham dalam MAS dan sepuluh peratus saham dalam AirAsia dengan restu kerajaan telah menimbulkan kebimbangan terutamanya di kalangan rakyat biasa. Tuahnya peniaga kerana ia bakal mewujudkan kartel yang akan memonopoli sektor penerbangan negara. Keadaan ini berpotensi menjadi rakyat jelata mangsa kerana akibat ketiadaan persaingan dalam perniagaan domestik negara seperti sebelum ini.

Kini kita dapat melihat sedikit sebanyak senario yang bakal berlaku apabila anak syarikat MAS iaitu FireFly memberhentikan kesemua penerbangan mereka ke Kuching adakah ada apa-apa langkah untuk memastikan keadaan seperti ini tidak berlaku.

final • 2:50 PM

Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang

Saya berharap kerajaan akan mengkaji sebaiknya apa yang berlaku ini untuk memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin. Ini kerana seperti AirAsia yang sebelum ini merupakan pesaing dan pemangkin untuk MAS, kini akan bertindak sebagai rakan kongsi yang semestinya membimbangkan semua rakyat yang kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan domestik.

Saya juga ingin menyentuh sedikit dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saya ingin memohon pembinaan water front baru di Pasar Belaga seperti yang telah diadakan di Kapit dan juga Song. Ini perlu memandangkan paras air selepas Bakun telah turun dan sentiasa rendah. Satu jeti yang sampai ke paras air perlu dibina.

Akhirnya saya ingin menyentuh Kementerian Dalam Negeri. Tahniah dan terima kasih kepada Menteri atas usaha untuk mengiktiraf sumbangan pahlawan-pahlawan negara, tidak seperti seorang yang kita tahu ya. Saya cuba ingin mengatakan juga di sini jangan lupa satu golongan dari Sarawak iaitu border scout yang juga memainkan peranan yang penting semasa tahun-tahun konfrontasi dahulu. Dalam insiden di Long Jawi, ada beberapa border scout yang maut dan ada beberapa orang yang masih hidup.

Pengorbanan mereka ini juga harus diiktiraf dan dihargai.

Saya mengakhiri ucapan saya dengan harapan bahawa kita sebagai pentadbir negara ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayat oleh Tuhan dalam terus membina negara dan bersama menikmati kemakmuran pada tahun-tahun akan datang. Sekian, saya menyokong.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya ada nota makluman daripada dua parti iaitu DAP dan PAS berhubung dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berucap. Jadi saya akan panggil nama mengikut urutan yang telah diberi kepada saya oleh whip parti masing- masing.

Pada pagi tadi DAP ada bercakap, sebentar tadi Barisan Nasional, sekarang ini giliran untuk saya panggil PAS. Dalam senarai yang saya diberi di sini untuk 17 hari bulan, nama terdahulu ialah Yang Berhormat Rantau Panjang. Maka saya panggil Yang Berhormat Rantau Panjang. Sila.

final • 3:00 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Bajet 2012 yang mana melibatkan kos RM232 bilion yang mana kita semua tahu bajet ini sudah 14 tahun berturut-turut berdepan dengan bajet defisit yang mana melebihi RM45.9 bilion, dan yang paling membimbangkan kita apabila kadar hutang kita melebihi 53 peratus daripada kadar KDNK. Ini adalah satu angka yang sangat menggerunkan sebab negara kita dianggap berada dalam keadaan yang amat kritikal apabila sudah mencapai hutang negara 60 peratus daripada KDNK. Tambahan pula dengan kadar inflasi yang meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang amat perlahan, ini akan menambahkan lagi beban kepada negara kita. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada semua pemimpin tertinggi negara supaya hentikan gaya hidup mewah sebab gaya hidup mewah inilah yang seterusnya membawa kesan kepada negara.

Kalau kita lihat bagaimana dalam jawapan Parlimen dalam sesi yang lepas dalam soalan saya di Parlimen menanyakan kos yang telah ditanggung oleh negara untuk kediaman rasmi rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Untuk tahun 2006 hingga tahun 2010 sahaja, kerajaan berbelanja RM49 juta di mana sewa rumah Perdana Menteri sahaja untuk sehari puratanya RM18,318 sehari. Untuk kos elektrik dua rumah ini, sehari puratanya RM5,704 sehari, dan untuk kos air sahaja RM1,093 sehari. Kalau kita bandingkan kos yang sebegini banyak kalau diberi kepada penduduk dengan kos RM1,092 sehari ini, kita mampu memberi nikmat kepada hampir 5,961 keluarga dalam masa sebulan.

final • 3:02 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kita juga melihat bagaimana angka yang cukup besar juga untuk membaik pulih rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri iaitu untuk sehari puratanya ialah RM1,989. Ini adalah satu angka yang cukup besar dan membuktikan bagaimana pembaziran wang rakyat terus dilakukan. Apa lagi apabila pemimpin negara melawat luar negara yang menelan kos berjuta-juta ringgi dengan menggunakan wang rakyat, tidur di hotel-hotel mewah yang nilainya ratusan ribu sedangkan dalam keadaan negara kita menganggung beban hutang yang cukup banyak. Rakyat disuruh berjimat dengan kadar inflasi yang semakin tinggi dengan keadaan ekonomi kita yang semakin tenat tetapi pemimpin negara kita ini terus boros dan sudah tentu ia akan memberi kesan kepada negara apalagi dengan masalah rasuah, masalah ketirisan, projek-projek mewah yang memberi keuntungan kepada kroni-kroni. Begitu juga kita melihat bagaimana kenaikan harga barang apabila kerajaan mengurangkan subsidi kepada rakyat, maka sudah tentulah ia akan memberikan tekanan lagi kepada rakyat.

Dalam pemantauan yang kita buat, pada tahun 2011 sahaja, didapati 21 kementerian hanya berbelanja 55 peratus daripada peruntukan yang telah ditetapkan kerana kekangan kewangan. Kali ini kita lagi sedih apabila bajet dibentangkan tanpa ada laporan Audit yang dibentangkan kepada kita Ahli Parlimen. Kenapakah perkara ini berlaku? Apakah kerajaan ingin menutup kelemahan-kelemahan yang ada untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti?

Tuan Yang di-Pertua, kita berterima kasih di atas usaha kerajaan untuk memartabatkan kaum wanita, memberi pengiktirafan kepada kaum wanita, untuk memberi ruang supaya wanita menguasai 30 peratus daripada sektor korporat di peringkat pembuat dasar dan begitu juga usaha yang telah dibuat oleh kerajaan untuk memberi pelbagai latihan untuk membangunkan wanita. Akan tetapi persoalan kita sekarang ialah bagaimana sistem sokongan yang masih lemah terutama untuk memberi sokongan terhadap pekerja- pekerja wanita sama ada sektor awam ataupun sektor swasta?

Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian, apakah insentif yang telah dibuat untuk membantu mengurangkan beban pekerja-pekerja wanita terutamanya mereka yang bekerja di sektor awam dan swasta supaya ada kemudahan untuk mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ibu dan sebagai kakitangan pekerja- pekerja awam dan swasta?

Begitu juga tentang kebajikan kepada suri rumah yang memainkan peranan yang cukup besar dalam membangunkan negara. Apakah insentif yang telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan suri rumah tidak ketinggalan daripada arus pembangunan negara dan jasa mereka diberi pengiktirafan yang besar untuk membangun kepimpinan masa depan negara?

Kita melihat juga bagaimana masalah yang paling penting yang harus kita lihat iaitu isu keselamatan wanita yang mana tidak ada diberi penekanan dalam Bajet 2012.

Malah, program-program untuk pemulihan akhlak untuk membina jati diri supaya kaum wanita lebih ke depan apa lagi dalam menjaga maruah mereka tidak dijadikan agenda utama dalam bajet negara kita hari ini. Kita juga melihat bagaimana kes-kes yang menjatuhkan maruah wanita begitu serius berlaku setiap hari.

Hari kini kita melihat purata kes rogol dalam negara kita, 10 orang sehari berlakunya kes rogol. Hingga akhir tahun 2010, terdapat 3,575 kes rogol telah berlaku dalam negara kita. Begitu juga kes ragut, kes bunuh, kes simbah asid yang hampir 52 peratus mangsanya adalah kaum wanita. Saya inginkan penjelasan, sejauh mana tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan? Saya ingin juga penjelasan daripada pihak kerajaan, bilakah Akta Kawalan Asid akan dibentangkan di Parlimen? Begitu juga sejauh mana usaha kerajaan untuk memastikan Akta Keganasan Rumah Tangga, Akta Gangguan Seksual yang kebayakannya untuk melindungi kaum wanita ini dijadikan agenda utama untuk memastikan semua pihak menghormati dan bertanggungjawab terhadap keselamatan wanita?

Saya melihat juga bagaimana isu berkaitan dengan eksploitasi wanita masih berleluasa dalam negara kita, sama ada melalui bahan iklan dalam pelbagai sektor yang menjadikan wanita sebagai alat untuk promosi mereka.

final • 3:02 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ini adalah satu perkara yang menjatuhkan maruah wanita. Begitu juga tentang keruntuhan moral yang melibatkan kaum wanita sebagaimana isu anak luar nikah yang begitu ramai, yang kita dapati, yang dimaklumkan daripada jawapan Parlimen. Daripada tahun 2000 hingga tahun 2010; 270,000 orang anak luar nikah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Negara. Ini adalah satu angka yang cukup besar dan menggerunkan. Tidak ada ertinya sebuah negara kita bangunkan tanpa rakyatnya kita bangunkan moral dan akhlak mereka. Apa usaha yang telah dilaksanakan untuk menjadikan rakyat negara kita mematuhi syariah terutamanya mereka yang beragama Islam. Wanita adalah tiang agama.

Rosak wanita rosaklah negara.

Apabila kita melihat begitu juga berkaitan dengan keruntuhan institusi keluarga.

Kadar perceraian yang begitu tinggi yang cukup menggerunkan kita. Sehingga akhir tahun 2010, lebih daripada 22,000 pasangan keluarga yang telah bercerai. Daripada pasangan yang telah berkahwin, 59 peratus telah bercerai dan mengikut puratanya setiap 15 minit satu perceraian berlaku di Malaysia. Ini membuktikan lagi kegagalan negara kita bagaimana untuk melahirkan keluarga yang selamat dan harmoni sedangkan keluarga ini adalah satu unit asas yang cukup penting dalam pembentukan sebuah masyarakat untuk menentukan keutuhan sebuah negara.

Kita melihat sekarang ini di antara punca kelemahannya ialah peranan suami juga walaupun isteri juga ada kelemahannya. Di antara kelemahan yang kita hadapi ialah peranan suami yang gagal berperanan untuk menjadi ketua keluarga yang benar-benar baik dan bertanggungjawab. Kita lihat bagaimana penguasaan wanita di pusat-pusat pengajian tinggi melebihi 70 peratus. Ini juga merupakan satu cabaran dari sudut kesamaan gender untuk masa depan negara kita. Kita lihat juga pasaran pekerjaan. Kita lihat kebanyakannya dikuasai juga oleh kaum wanita terutama yang melibatkan atau memerlukan kelulusan ataupun merit.

Di sini adalah satu perkara yang seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

Maka saya mencadangkan satu badan khusus ataupun satu unit khusus perlulah dibentuk untuk membangunkan kaum lelaki. Kalau kita ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mungkin kita perlu ada untuk membangunkan kaum lelaki.

Bukan kita melemahkan kaum lelaki tetapi untuk memastikan supaya lelaki betul-betul berperanan dan bertanggungjawab sebagai ketua keluarga supaya mereka bertanggungjawab terhadap masa depan negara. Bukan mungkin tidak Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini, insya-Allah.

Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan bantuan kebajikan masyarakat yang sistem penyampaiannya masih lemah. Kita dapati pelbagai masalah yang timbul. Di antaranya ialah bagaimana pegawai yang tidak mencukupi, bagaimana seorang pegawai melebihi daripada 966 penduduk. Ada yang seorang pegawai terpaksa menjaga lebih dari 1,000 penduduk. Ini adalah satu nisbah yang cukup besar. Kita melihat juga bagaimana kelemahan kemahiran terutama pegawai kaunseling yang kurang mahir dari segi kaunseling terhadap pengunjung-pengunjung di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jadi saya mengharapkan supaya perkara ini dipantau dengan sebaiknya oleh pihak kementerian. Begitu juga dengan bayaran yang lewat yang diberi kepada penerima- penerima bantuan kebajikan masyarakat. Seharusnya perkara ini tidak berlaku. Ada kes yang bayarannya lewat melebihi tiga bulan sedangkan sepatutnya diberi dalam tempoh jangka waktu yang telah ditetapkan iaitu paling lewat dua minggu. Saya ingin penjelasan kenapa perkara ini berlaku dan sejauh mana pemantauan dibuat terhadap pembahagian sumbangan dari sudut kebajikan ini supaya benar-benar sampai kepada sasaran mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.

Saya ingin juga menyentuh soalan berkaitan dengan kawalan pendatang asing.

Kita melihat dalam negara kita ini pendatang asing telah mengusai semua sektor sedangkan sebelum ini pendatang asing hanya kita letakkan di bawah bidang pembinaan ataupun perladangan. Akan tetapi sekarang ini semua sektor telah dikuasai oleh pendatang asing.

final • 3:10 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Sudah tentu ianya memberi kesan yang cukup besar yang mengakibatkan bukan sahaja masalah kepada negara tetapi mempunyai kesan kepada ekonomi negara kita. Jadi saya ingin penjelasan sejauh mana perkara ini dibuat pemantauan oleh pihak kerajaan.

Kita tidak mahu kedatangan dan kebanjiran pendatang asing ke dalam negara kita bukan sahaja mengurangkan pekerjaan kepada rakyat tempatan malah menimbulkan masalah jenayah. Ada di kalangan pendatang asing yang dijadikan pengundi dan diberi IC oleh pihak yang tertentu. Ini adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab, menjual maruah negara kita. Perkara ini saya harap supaya diberi pemantauan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Saya ingin penjelasan juga berkaitan dengan masalah kawalan sosial iaitu berkaitan dengan keselamatan di sempadan. Kita melihat terutama di kawasan saya sendiri di sempadan Rantau Panjang dengan Thailand adalah kawalan yang amat longgar.

Walaupun pintu kawalan itu ditutup pada pukul 10 malam tetapi pangkalan haram tetap beroperasi yang mana tidak ada pemantauan dan tidak ada tindakan yang serius oleh kerajaan. Maka sudah tentu menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini termasuklah penyeludupan dan sebagainya. Jadi saya ingin penjelasan sejauh manakah kawalan dibuat.

Saya ingin juga penjelasan terhadap kerajaan yang berkaitan dengan kedudukan perkara di antara yang menjadi masalah di dalam Parlimen saya sendiri iaitu berkaitan dengan pangkalan haram ke Munduk melalui Bukit Lata. Sekarang ini ribuan penduduk mengunjungi Pekan Munduk di Thailand tanpa melalui sebarang dokumen perjalanan.

Masalah yang paling besar di sini ialah isu keselamatan yang sebelum ini berlaku kes terbalik perahu, 50 orang satu perahu. Ini menyebabkan masalah nyawa dan tidak ada kawalan yang tegas daripada pihak kerajaan. Sudah tentulah iaitu memberi kesan sampingan yang cukup besar iaitu di mana kawasan bebas cukai yang telah diwartakan oleh Kementerian Kewangan. Keadaan kawasan bebas cukai ini menjadi lengang.

Penduduk-penduduk tidak dapat menjual barang kerana masing-masing tertumpu kepada pangkalan haram dan ia memberi kesan yang sama. Kerajaan akan kehilangan sumber cukai daripada pintu-pintu masuk yang telah dibuat. Jadi sejauh mana perkara ini telah diberi perhatian oleh kerajaan.

Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan integriti dan ketirisan yang kita sangat prihatin perkara ini bimbang walaupun berbilion wang negara kita diperuntukkan tetapi sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan maka ia tidak akan memberi kesan kepada rakyat dan negara. Isu yang di antara perkara yang saya hendak sebut di sini iaitu berkaitan dengan pembinaan Balai Pemeriksaan Kastam di Pintu Nombor 1, Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, yang mana kos keseluruhan pembinaan ini pada tahun 1992 menelan belanja berjumlah RM3.8 juta. Apa yang paling kita sedihnya ialah bagaimana kecuaian agensi kerajaan yang melaksanakan projek ini. Projek ini telah dibina dan diluluskan yang mana sebahagian tapak binaan itu dibuat di atas milik tanah persendirian tanpa izin, tanpa pampasan, tanpa ganti rugi sudah hampir 20 tahun sampai hari ini.

Walaupun pelbagai aduan telah dibuat, pelbagai tindakan dibuat sampai hari ini tidak ada apa-apa bayaran dibuat. Kenapa tindakan yang amat tidak profesional ini boleh dibuat oleh kerajaan? Kita tidak mahu projek kerajaan dibina dengan keadaan yang cukup tidak profesional ini. Macam mana satu projek yang menelan belanja berjuta ringgit melibatkan pelbagai agensi boleh meluluskan satu projek dengan tanpa peraturan yang sepatutnya. Saya ingin penjelasan kenapa perkara ini berlaku. Siapa sebenarnya bertanggungjawab dan pagar besi pula dibina menyekat laluan kedai penduduk sehingga semua kedai terpaksa ditutup – menutup punca pencarian rakyat. Ini adalah satu kezaliman kepada rakyat sendiri.

Bagaimana yang kerajaan kata rakyat didahulukan prestasi diutamakan. Macam mana rakyat didahulukan kalau rakyat hendak cari makan sampai kena tutup kedai gara- gara kerana pembinaan pejabat kerajaan tanpa mengikut kelulusan yang sepatutnya tetapi dibina dan saya dimaklumkan binaan itu tanpa CF. Macam mana perkara ini boleh berlaku?

Ini adalah satu kezaliman dan saya mengharapkan supaya kerajaan menyelesaikan perkara ini dengan segera. Saya mendapat mandat daripada warga rakyat yang terlibat supaya kerajaan memohon maaf secara rasmi. Tidak cukup dengan bayaran ganti rugi bukan semata-mata pengambilan tanah, pengambilan bangunan.

final • 3:10 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Bagaimana mereka menderita hampir 20 tahun, putus punca pencarian.

Sepatutnya pohon dan maaf secara rasmi daripada kerajaan terhadap keluarga yang terlibat. Saya ingin memberi peringatan juga ini adalah satu peringatan bagaimana dalam Hadis Nabi pun menyebut; “Orang yang menzalimi atau mengambil tanah orang lain tanpa izin akan dipikul di atas belakangnya di akhirat tujuh lapis bumi sebanyak mana tanah yang diambil daripada hak orang lain”.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan juga berkaitan dengan penerokaan minyak iaitu gas petrol dan gas di perairan Kelantan yang mana seolah-olah rakyat Kelantan ini dipekak dan dibisukan. Kenapa royalti rakyat Kelantan sampai hari ini tidak diberi? Saya ingin penjelasan kedudukan telaga minyak yang telah beroperasi setakat ini, berapa jumlah yang telah beroperasi dan berapa kos pendapatan yang telah dapat diperolehi daripada sumber telaga minyak tersebut dan berapa banyak royalti yang sepatutnya dibayar kepada rakyat Kelantan. Bilakah royalti ini akan dibayar kepada rakyat Kelantan. Yang kita dapat maklum, diberi dengan bentuk wang ihsan, beberapa orang Menteri daripada Kelantan menggunakan wang ini untuk kepentingan politik mereka, bukan untuk diberi kepada rakyat Kelantan.

Saya mendapat aduan baru-baru ini bagaimana pelajar-pelajar sekolah yang hendak ke universiti diberi wang ihsan daripada royalti, diberi melalui salah seorang Menteri daripada Kelantan. Apabila diberi, sepatutnya diberi RM800 tetapi yang dapat kepada mereka hanya RM600, RM200 hilang. Di mana? Ini aduan yang saya terima daripada rakyat sendiri. Jadi saya ingin penjelasan mengapa ini berlaku dan seharusnya negeri yang mengeluarkan minyak ini separuhnya hak mereka.

Begitu juga kita lihat bagaimana kesengsaraan rakyat di negeri Sabah, Sarawak dan termasuk negeri Terengganu, negeri yang paling kaya hasil minyak, negeri ini yang paling miskin. Sepatutnya negeri yang mempunyai hasil bumi yang banyak termasuk Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan ini, sepatutnya rakyatnya mendapat menikmati daripada pendapatan yang ada.

final • 3:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Ikut sokong Kelantan.

final • 3:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya ingin penjelasan jadi sejauh mana perkara ini diambil tindakan oleh kerajaan dan sekiranya Kerajaan Barisan Nasional tetap berkeras tidak akan memberi royalti kepada rakyat Kelantan, maka 1.4 juta rakyat Kelantan akan menuntut dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional bayaran royalti sampai hari akhirat...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 3:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan juga iaitu...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya Yang Berhormat Rantau Panjang menjelaskan apakah benar Kerajaan Persekutuan berhutang sebanyak RM9.4 bilion atas royalti ini. Terima kasih, minta penjelasan.

final • 3:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Kuala Selangor, ini adalah satu fakta yang jelas. Jadi sepatutnya Kerajaan UMNO – Barisan Nasional berasa malu apabila perjanjian telah ada dalam Akta Pembangunan Petroleum, perjanjian telah ada tetapi hak rakyat Kelantan tidak diberi. Hutang yang sepatutnya diberi.

Angka ini cukup besar, RM9.4 bilion. Ini adalah hak rakyat Kelantan dan kami rakyat Kelantan tidak akan halalkan duit ini sampai ke akhirat.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta perhatian yang serius iaitu berkaitan dengan di antara projek-projek yang dijanjikan oleh kerajaan termasuk juga baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri melawat kawasan saya menjanjikan projek kawalan banjir untuk di Rantau Panjang, lebih daripada RM20 juta. Sedangkan dalam peruntukan bajet tidak ada satu sen pun peruntukan untuk kawalan banjir di Rantau Panjang, tidak dimasukkan langsung.

final • 3:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Kelantan dianaktirikan, ini adalah kezaliman, dah lah hutang kami RM9.4 bilion tidak dibayar, projek untuk kami sedangkan kami juga pembayar cukai. Ini adalah kezaliman kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Saya ingin penjelasan juga berkaitan projek Hospital Bachok yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang sampai hari ini belum dimulakan pembinaannya. Mengapa perkara ini berlaku? Saya ingin penjelasan juga dengan projek pelabuhan komersial di Tok Bali yang sepatutnya di bawah Pelan Pembangunan ECER, di mana Kerajaan Pusat bersetuju untuk membinanya. Jadi saya ingin tahu bagaimanakah status projek ini dan bilakah ia akan dilaksanakan. Begitu juga bagaimana kita melihat menjelang pertengahan tahun 2012, semua ibu negeri di Semenanjung Malaysia akan dihubungkan dengan lebuh raya empat lorong tetapi kita melihat semua negeri lain mendapat peruntukan kecuali di Kelantan. Jadi kenapa perkara ini berlaku dan di mana janji Kerajaan Barisan Nasional.

Dalam bajet juga, kita dapati RM978 juta diperuntukkan untuk membina pembangunan di lima wilayah koridor. Kenapa Kelantan tidak dimasukkan sedangkan rakyat Kelantan juga adalah pembayar cukai. Di mana janji kerajaan untuk membina projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 iaitu yang melalui Terengganu- Kota Baharu-Pengkalan Kubor, bilakah ia akan dibina? Kerajaan menyatakan bahawa satu lagi lebuh raya akan dibina pada tahun hadapan iaitu Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 sedangkan fasa 3 pun belum lagi dibuat.

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Rantau Panjang, tanya sikit. Terima kasih. Saya hendak tanya Yang Berhormat Rantau Panjang berkenaan dengan projek LPT ini. Pada pandangan Yang Berhormat Rantau Panjang, mana baik, tidak buat langsung atau dah buat tetapi tiga tahun terbengkalai, rakyat makan habuk, kemudian kalau masa banjir, musim tengkujuh, makan lumpur seperti yang berlaku di LPT melalui Terengganu tadi sebelum sampai Kelantan? Saya hendak tanya apa pandangan Yang Berhormat Rantau Panjang, apakah resolusi rakyat yang perlu kita buat atas perkara yang pelik ini? Terima kasih.

final • 3:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Inilah membuktikan janji manis yang ditabur oleh Kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan rakyat didahulukan sebenarnya, ‘rakyat yang didahulukan untuk dibebankan’. Mereka tidak meletakkan kepentingan rakyat, sepatutnya ini adalah projek yang lebih penting untuk rakyat tetapi yang mereka buat ialah projek lain. Kita lihat bagaimana mereka sanggup bermewah dengan perhiasan, rumah mereka, dengan macam- macam, cincinnya, beg tangannya, jam mahalnya, gelang tangannya sedangkan ini untuk rakyat tidak didahulukan. Yang telah dijanjikan, yang telah diluluskan untuk rakyat tetapi tidak dibuat. Inilah janji bohong UMNO, Barisan Nasional. Saya ingin juga penjelasan yang berkaitan dengan projek...

final • 3:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Demo fitnah saja ni.

final • 3:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang telah dijanjikan sekian lama yang mana untuk dipanjangkan daripada 2,400 meter kepada 3,400 meter. Bilakah projek ini akan dilaksanakan? Saya ingin juga penjelasan berkaitan dengan projek untuk membina jambatan ketiga menghubungkan negara Malaysia dengan Thailand iaitu melalui Tak Bai ke Pengkalan Kubor, Tumpat yang sepanjang satu kilometer yang kita dimaklumkan perkara ini telah ada perundingan antara Kerajaan Thailand dengan Kerajaan Malaysia. Jadi sejauh mana perkembangan perkara ini.

Apa yang paling pelik sekali, apa yang memelikkan kita ialah sepatutnya tempat yang paling utama yang menghubungkan antara Malaysia dengan Thailand, di antara pintu masuk utamanya ialah Rantau Panjang melalui pekan Golok tetapi projek pembesaran jalan, pembesaran lorong untuk pemeriksaan kastam tidak diletakkan di Rantau Panjang, diletakkan di Bukit Bunga, Jeli, sedangkan kawasan ini bukan laluan utama, di mana sebenarnya kepentingan, keutamaan untuk rakyat.

final • 3:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya tidak melihat kerajaan begitu serius benar-benar untuk membela rakyat, yang kita lihat mereka hanya menyediakan projek untuk memberi projek kepada kroni-kroni mereka dan menjaga kepentingan politik pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Okey, sekian terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Projek nak tapi mengata orang.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kota Belud. Selepas Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Selayang.

final • 3:20 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tadi terpegun juga dengan ucapan Yang Berhormat Rantau Panjang. Kadang-kadang kalau saya tidak terpandang dengan aura dia, saya fikirkan ucapan tersebut datang daripada seorang yang memang hati dia hitam, tidak sesuai dengan pemandangan saya.

final • 3:29 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Sangkaan jahat, sangkaan jahat.

final • 3:29 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu penghinaan terhadap .....

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Oh! Tadi cakap bukan main. Bukan main sedap. Bukan main sedap!... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, apa masalah dia?

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud, elakkan untuk gunakan perkataan-perkataan yang menyinggung perasaan. Apa salahnya mohon maaf kepada Yang Berhormat Rantau Panjang?

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, ya, ya. Individual. Hitam. Hati yang hitam. Bukan dia, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengatakan kepada yang lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa bulan yang lepas kita melihat bagaimana rakan- rakan kita dipihak pembangkang mengatakan tentang kezaliman. Saya selalu gelak Tuan Yang di-Pertua kalau mereka selalu cakap ini. UMNO – Barisan Nasional, UMNO – Barisan Nasional, UMNO – Barisan Nasional. Tidak mahu cerita pasal Barisan Nasional tetapi UMNO. Rupanya masih takut lagi dengan UMNO ini. Perkataan Barisan Nasional mesti UMNO. Agaknya ini Yang Berhormat Ketua Pembangkang suruh. Mesti everyday. Setiap hari mesti cakap UMNO - Barisan Nasional. UMNO - Barisan Nasional. Kita tidak cakap pun pasal PKR – Pakatankah. Ini Pakatanlah...

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Oh! Bohong. Tidak usah temberanglah. Hari-hari cakap... [Ketawa]

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

PKR. Yang Berhormat. Jadi, UMNO – Barisan Nasional. Jadi tidak apa. Akan tetapi beberapa minggu yang lepas Tuan Yang di- Pertua, kita melihat bagaimana rakan-rakan di pihak pembangkang mengatakan tentang bagaimana zalimnya kerajaan ini kerana menaikkan cukai prabayar sebanyak 6 peratus.

Prabayar sebanyak 6 peratus. Jadi, berminggu-minggu kita melihat bagaimana rakan-rakan daripada pihak pembangkang menghentam kerajaan. Kononnya kita ini tidaklah memikirkan tentang rakyat dan sebagainya. Akan tetapi apabila kita membaca buku dan perutusan ataupun ucapan Bajet PKR ataupun Pakatan Rakyat – minta maaf, tidak disebut pun di situ bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan mengurangkan cukai ini. Kita dibuai dengan satu hasutan kononnya kita ini zalim. Kerajaan Barisan Nasional ini zalim tetapi peruntukan untuk mengurangkan 6 peratus itu, yang mana kerajaan ataupun parti Pakatan Rakyat boleh meletakkan dalam bajet mereka tetapi tidak meletakkan dalam bajet mereka. Kenapa!

Kenapa?

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kenapa waktu sebelum keluar bajet alternatif Pakatan Rakyat, semua cukai ini dikatakan menghimpit kehidupan rakyat Malaysia. Akan tetapi apabila mereka mempunyai peluang untuk mengurangkan atau menghilangkan cukai ini, mereka tidak menggunakan peluang yang terbuka untuk mengurang. Jadi, saya ingin mengatakan di sini Tuan Yang di- Pertua bahawa sebenarnya ini adalah wayang gambar politik yang paling canggih daripada parti pembangkang.

Saya melihat Pakatan Rakyat, walaupun bajet mereka itu telah pun diulas oleh ramai Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, saya cuma ingin menyentuh beberapa perkara, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya ialah tentang Dasar Keselamatan Makanan Negara. Kawasan saya adalah salah satu yang sering dikunjungi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Setiap hari ada sahaja perkara..., dan juga Yang Berhormat daripada Kota Kinabalu.

Dia tidak ada hari ini. Kalau dia ada, saya beri ruang untuk dia menjawab ataupun mencelah ucapan saya ini. Saya ingin perbetulkan sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2008 apabila negara kita berdepan dengan krisis makanan terutamanya beras seperti mana yang berada sekarang ini, ada ura-ura mengatakan bahawa kita berdepan dengan krisis beras. Apa yang berlaku pada tahun 2008 Tuan Yang di-Pertua ialah sebahagian ramai, ramai daripada pihak pembangkang terutamanya daripada DAP juga mengatakan bahawa kerajaan ini tidak bertanggungjawab dan tidak pandai mengurus bekalan beras di negara ini.

Maka pada waktu itu Yang Berhormat Tun Abdullah, mantan Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau akan membelanjakan sejumlah yang besar untuk membangunkan jelapang padi yang baru untuk menyelesaikan masalah ini. Maka di Kota Belud, kita telah diberi arahan oleh kerajaan untuk membangunkan lebih daripada 20,000 hektar tanah baru. Tanah yang sudah ditanam dengan padi supaya jelapang padi di Kota Belud itu dapat direalisasikan agar kita tidak berdepan lagi dengan masalah krisis makanan.

Apabila Perdana Menteri baru di Thailand, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bangun dan menjadi Perdana Menteri di Thailand, antara lain yang menjadi pokok kepada dasar beliau ialah untuk memberi subsidi ataupun menaikkan harga beras di Thailand. Ini akan menjadikan beras yang kita beli daripada petani-petani di Thailand itu akan menjadi lebih mahal daripada dahulu.

Kombinasi ini Tuan Yang di-Pertua, akan menyebabkan bekalan beras ataupun harga beras di negara kita akan naik. Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, tujuan kerajaan untuk menjadikan Kota Belud ini sebagai satu jelapang padi telah diputarbelitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur yang setiap kali datang ke Kota Belud untuk menghasut rakyat dan orang kampung di Kota Belud. Kita berdepan dengan satu masalah, Tuan Yang di-Pertua. Ini tidak dirasai oleh parti pembangkang. Ahli-ahli daripada parti pembangkang kerana mereka bukan kerajaan. Kita berdepan..., oleh kerana kita kerajaan, kita berdepan dengan suatu dilema. Tidak ada satu pembangunan Tuan Yang di-Pertua, yang boleh dibuat di atas angin. Semuanya memerlukan tanah, semuanya memerlukan pengorbanan.

Ada masanya kita yang berkorban, ada masanya orang lain yang berkorban.

Di Kampung Tambutuan Tuan Yang di-Pertua, yang mana Tuan Yang di-Pertua sendiri tahu kampung ini di Kota Belud, di mana Tuan Yang di-Pertua juga faham tentang isu ini. Orang kampung dihasut kononnya kerajaan zalim dengan membuat empangan di kawasan tersebut padahal kajian demi kajian telah dibuat, yang mana kajian tersebut mewajibkan pembinaan empangan yang boleh mengairi lebih daripada 20,000 hektar tanah yang akan dibangunkan untuk penanaman padi di Kota Belud ini. Saya melihat Tuan Yang di-Pertua, percubaan mereka untuk menghasut rakyat ataupun orang kampung di Kampung Tambutuan ini adalah satu permainan politik yang amat-amat rendah sekali. Saya merasakan mereka hanya datang ke sana untuk menghasut dan hanya untuk memastikan bahawa pulangan politik kepada mereka tanpa memikirkan masa depan negara kita. Kota Belud terpaksa berkorban 20,000 hektar tanah terpaksa dibangunkan untuk padi dan selepas itu terpaksa membangunkan lagi empangan untuk mengairi kawasan padi tersebut semata-mata untuk memastikan kita tidak berdepan dengan krisis beras seperti tahun 2008.

Pada waktu itu, rata-rata rakan-rakan saya daripada pihak pembangkang bangun dan meminta, demand the government dengan izin, untuk mengadakan satu program yang boleh mengurangkan dependency kita dengan izin, kepada import beras di luar negara.

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Akan tetapi pada masa yang sama mereka datang ke kampung dan menghasut orang kampung kononnya empangan itu tidak boleh digunakan. Saya ingin mencabar Ahli Pembangkang. Kalau betul empangan itu tidak perlu, buat satu kajian. Jangan datang hanya dengan bermodalkan air liur politik sahaja. Buat satu kajian dan serahkan kepada kerajaan. Mari kita bandingkan sama ada kajian yang dibuat oleh konsultan yang telah dilantik oleh kerajaan itu merupakan satu kajian yang betul-betul in detail ataupun kajian yang dibuat oleh rakan-rakan saya daripada pihak pembangkang. Ini tidak. Mereka datang, mereka masuk ke kampung dan menghasut orang kampung sedangkan kita mempunyai perancangan yang cukup rapi, Tuan Yang di-Pertua.

Kalaupun ditakdirkan empangan tersebut dibuat di Kampung Tambutuan itu, kita akan pastikan rakyat Kampung Tambutuan itu akan mendapat pampasan yang paling baik di dalam negara kita ini. Kita ada contoh.

final • 3:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya faham ada pampasan-pampasan yang mungkin tidak begitu menarik tetapi saya selaku Ahli Parlimen dan beberapa orang Yang Berhormat di kawasan saya, ADUN mahu supaya kerajaan menggunakan pampasan yang dibuat di Empangan Bris di Kedah sebagai salah satu asas kepada pampasan itu. Jadi saya minta hentikanlah wayang politik ini dan kalau betul-betul pihak pembangkang mahu membantu rakyat dan negara kita ini supaya self-sufficient, dengan izin, dalam bekalan beras ini, buat satu kajian. Kami terbuka.

Kalau ada lagi cara yang lain untuk membuat pengairan di kawasan ini kami terbuka. Kalau empangan ini tidak diperlukan, kita terbuka.

Tuan Yang di-Pertua, perpindahan kerana pembangunan ini berlaku sepanjang sejarah negara kita ini. Dahulu pun sewaktu kita belum merdeka, zaman British pun waktu Kampung-kampung Baru dibuat, ramai orang yang dipindahkan dari pinggir-pinggir hutan masuk ke Kampung Baru. Kalau jalan raya di Semenanjung ini dibuat, banyak kampung terpaksa dipindah. Ini bukan suatu perkara yang luar biasa. Perpindahan kepada satu tempat oleh sebab memberi ruang dan laluan kepada pembangunan adalah ciri-ciri pembangunan negara. Ini bukan satu kezaliman. Kalau dahulu Tuan Yang di-Pertua, di kawasan kita di Kota Belud orang lain yang berkorban untuk membuat jalan raya dari Kota Kinabalu ke Kudat. Orang lain dan yang tidak berkorban pada waktu itu senang hati dan senyum tetapi kali ini rakyat di Kampung Tambatuon pula terpaksa membuat laluan atau pengorbanan. Inilah saya katakan tadi, politik yang harus kita buat, pembangunan kedua- dua belah pihak. Jangan hanya duduk masuk ke kampung kerana kepentingan politik, menjujut dan juga menghasut rakyat di kampung tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Bajet Pakatan Rakyat, saya masih tercari-cari setiap kali apabila pemimpin-pemimpin..., ya, ya Yang Berhormat Kubang Kerian. Akan tetapi satu terlupa Yang Berhormat, dahulu dijanjikan Timbalan Perdana Menteri untuk Sabah dan Sarawak, kenapa janji ini tidak dimasukkan di dalam janji Bajet Pilihan?

Kenapa? No, no! Kalau dikatakan hanya ada kaitan dengan wang dan ringgit, kenapa perlu masukkan jawatan SPR, SPRM, Pengerusi SPR, dan Pengerusi SPRM mesti dibuat di Parlimen? Itu bukan ada kaitan dengan wang dan ringgit. Kita masih lagi... Di Buku Jingga tidak disebut. Kalau mahu bercakap berdiri Yang Berhormat. Saya beri laluan.

final • 3:40 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Pembetulan statement.

Jawatan itu Jawatankuasa Perdana Menteri, jawatan yang dibahas dalam perbahasan Belanjawan adalah untuk diendorse dalam Dewan. Okey, Yang Berhormat Kota Belud?

Terima kasih.

final • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya rasa Yang Berhormat harus hanya bercerita tentang soal-soal buruhlah. Saya hendak tanya, di mana jawatan itu? Ini kerana inilah yang selalu dicanangkan di Sabah dan di Sarawak. Kenapa tidak disebut sekarang ini? Jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Sabah dan Sarawak. Rakan-rakan saya dari Sarawak juga bertanya, kenapa tidak dimasukkan di dalam Buku Jingga atau pun Buku Bajet Alternatif Pakatan Rakyat atau Bajet Bayangan (Shadow Budget)?

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini Tuan Yang di-Pertua, dikatakan di dalam bajet ini bahawa kononnya apabila Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, mereka akan memastikan bahawa pelantikan Pengerusi SPR, Pengerusi SPRM, Attorney General dengan izin, Peguam Negara, dan semua mesti di bawah naungan atau pun di bawah jurisdiction Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, saya bukannya berkata apa Tuan Yang di-Pertua, tetapi ini adalah sekali lagi satu hujah yang amat-amat pendek akal. Saya ingin bertanya, kalaulah Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Persekutuan, saya rasa majoriti Ahli Parlimen Pakatan mesti berada di dalam Parlimen ini.

Oleh sebab itu mereka akan menubuhkan kerajaan. Pada waktu itu Tuan Yang di- Pertua, saya bukan memperkecilkan Parlimen tetapi inilah sistem yang ada pada kita iaitu kita berdasarkan kepada whip. Saya lihat bila masa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan mengundi, yang bukan mengikut apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri mereka.

Tidak pernah! Malah dalam Dewan Undangan Negeri. Jadi kalau kita letakkan juga pelantikan Pengerusi SPR, Pengerusi SPRM, IGP, dan Attorney General ia mesti diluluskan oleh Parlimen. Ini semua wayang kulit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sebab apa?

Akhirnya nanti mereka juga akan mengundi dan seperti mana yang selalu Tuan Yang di-Pertua katakan, di mana-mana sahaja ada permasalahan di dalam Dewan yang mulia ini kana diputuskan melalui pengundian. Pada waktu itu, saya sama sekali yakin dan percaya tidak seorang pun daripada mereka yang berani untuk melawan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri mereka pada waktu itu. Ini yang berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pun dan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ia pernah atau tidak, ada di antara mereka yang meminta kepada... Hah! Semua kena gab order. Jadi, semua ini helah.

Pada saya Tuan Yang di-Pertua, jawatan Perdana Menteri itu adalah jawatan yang telah diberi mandat oleh rakyat dalam sistem kita. dia mempunyai tanggungjawab. Baik atau buruknya negara ini di dalam tangan beliau. Siapa sahaja jadi Perdana Menteri. Kalau kita ketepikan dan Perdana Menteri langsung tidak boleh buat satu keputusan, IPG tidak boleh dicanangkan nama Attorney General, dan sebagainya. Baik dia jadi guru besar bukan Perdana Menteri. Kita letakkan dia jadi Perdana Menteri sebab dia ada sedikit kelebihan dan akhirnya Tuan Yang di-Pertua, lima tahun Perdana Menteri itu akan membawa partinya berdepan dengan rakyat. Di situlah nanti rakyat akan menentukan sama ada mahu memberi mandat semula kepada beliau. Sistem ini tidak ada perbezaan Tuan Yang di- Pertua.

Apa yang silapnya kalau ingin mengaburi mata rakyat, orang katakan diletakkan di bawah Parlimen tetapi akhirnya parti pembangkang dan Ahli-ahli Pembangkang sendiri akan tunduk dan akur kepada apa yang dijanjikan atau pun yang diminta oleh Yang Berhormat Perdana Menteri mereka apabila mereka menjadi ketua. Sahabat saya Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 3:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Tadi negara maju yang kita melihat sistem mereka telah jauh ke hadapan. Seperti United State sebagai contoh, walaupun Presiden itu ada preventivenya dan bidang kuasanya tetapi pelantikan AG, hakim-hakim, hatta ambassador pun ditapis atau pun di bincang dan diperhalus melalui Senate. Ini satu prosedur yang sangat bagus di mana walaupun ia cadangan daripada Presiden tetapi apa hak atau pun Senate itu menapis segala-galanya. Jadi ini satu amalan yang baik yang harus... Ini yang kita cadangkan oleh Pakatan Rakyat. Ia bukannya satu cadangan yang kita rasakan cadangan tepi jalan begitu.

Kita ada contoh negara-negara maju yang mengamalkannya. Jadi itu yang kita cadangkan kepada Parlimen, dengan adanya contoh-contoh yang diamalkan oleh negara-negara maju.

Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang mengetahui pandangan Yang Berhormat kerana kita berdua bersama-sama di dalam Public Accounts Committee (PAC). Saya faham, cuma yang menjadi masalahnya Yang Berhormat kepada saya ialah apabila pihak Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pihak pembangkang membuat cadangan begitu seolah-olah cara kita menjalankan tugas pada waktu ini terlalu korup dan Perdana Menteri ini seorang yang tidak boleh dipercayai.

Ini masalahnya, itu satu.

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Keduanya ialah, saya ingin bertanya kepada rakan-rakan saya. Bila masa Yang Berhormat boleh membantah Whip Yang Berhormat, bila masa? Contohnya apabila adalah calon IGP diketengahkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu. Katalah Perdana Menteri daripada Pakatan Rakyat, kalau jadi. Adakah Yang Berhormat sanggup untuk melanggar etika Yang Berhormat sendiri untuk melawan calon yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Yang Berhormat?

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya rasa tidak sebab ini waktu ini, sekarang ini pun saya melihat di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, Dewan Undangan Negeri Kelantan, di Pulau Pinang malah di sini sendiri pun tidak pernah sekalipun kita mendengar baru-baru ini sedikit tentang elaun, benda kecil, elaun Ahli Parlimen, saya tahu ramai di dalam bilik air, sewaktu saya di dalam bilik air ada saya terdengar ada rakan-rakan daripada pihak pembangkang yang mahu, yang mahu saya tahu...

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Saya tahu ada Yang Berhormat...

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Ada Yang Berhormat yang mahu, kita tahu tetapi sekali sahaja Ketua Pembangkang kata stop it… [Menunjukkan isyarat] Semua diam...

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 3:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Menikus semua.

Jadi pada saya ini bukan satu petanda yang sihat, itu sebabnya saya katakan tadi walaupun mungkin Perdana Menteri yang meletakkan calon IGP, menawarkan calon, mencadangkan calon kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, yang sebenarnya yang menentukan ialah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, ya.

Akan tetapi yang lebih penting, yang mesti diingat ialah Perdana Menteri bukannya seorang yang duduk di sana sampai kiamat, dia setiap lima tahun akan berhadapan dengan rakyat.

Dia akan berhadapan dengan rakyat dan meminta mandat dan pada waktu itulah segala keputusan beliau sama ada pelantikan IGP, segala-galanyalah akan dirangkumkan oleh rakyat sama ada mahu diberi lagi mandat untuk lima tahun yang akan datang. Jadi saya rasa itu tidak masuk akal dan saya rasa itu hanyalah satu gula-gula politik Yang Berhormat Kubang Kerian yang tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya baru balik daripada Portugal Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Beberapa Ahli

Wah!

final • 3:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Dihantar oleh Parlimen. Terima kasih kepada pihak Parlimen untuk pergi ke Portugal, untuk mengikuti beberapa siri perjumpaan dengan pihak kerajaan di sana berkenaan dengan polisi antidadah mereka.

Portugal, adalah salah sebuah negara yang dianggap sebagai salah sebuah negara yang begitu berjaya menangani masalah dadah mereka.

Tuan Yang di-Pertua saya cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman saya lebih kurang seminggu di sana dan mungkin kalau kita boleh fikirkan perkara ini sebagai satu perkara yang boleh kita ketengahkan nanti, kita boleh memperincikan pada masa-masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, di Portugal dadah telahpun di “criminalize”.

Maknanya ia tidak lagi melalui satu proses criminal justice di mana di situ kalau ada seseorang yang ditangkap dan mempunyai dadah adalah ia punya schedule ia itu, heroinnya berapa, ganjanya berapa yang mempunyai user, this is for personal consumptions Tuan Yang di-Pertua untuk sepuluh hari, orang itu masih ditangkap tetapi tidak akan melalui justice system, tidak akan melalui mahkamah, tidak akan melalui proses mahkamah.

final • 3:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa yang berlaku ialah sesiapa yang ditangkap dan mempunyai kandungan sepuluh hari bekalan dadah untuk kegunaan peribadi mereka, mereka akan secara automatik dianggap sebagai pesakit dan akan melalui proses apa yang dipanggil administrative process. Ada banyak kelebihannya Tuan Yang di-Pertua yang saya lihat walaupun mungkin agak kontroversi, pertamanya ialah polis boleh memfokuskan banyak tenaga dan masa mereka kepada perkara yang lebih besar lagi, lebih kurang 30,000 daripada orang yang ada di dalam penjara kita sekarang ini berkaitan dengan dadah, yang masuk-keluar, masuk-keluar dan masuk-keluar dan di Portugal Tuan Yang di-Pertua, apabila mereka ini didapati mempunyai dadah dalam pegangan mereka untuk bekalan sepuluh hari, mereka dibawa di dalam satu sistem administratif, mereka tidak akan criminal record, mereka akan dirawat secara kesihatan, secara health di bawah Kementerian Kesihatan dan yang lebih penting daripada itu ialah oleh sebab penagih dadah ini kalau di negara kita penagih dadah ini tidak akan dapat personnel contact dengan pegawai-pegawai kerajaan daripada Kementerian Kesihatan daripada kaunseling, daripada psikiatri kaunseling dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua.

Ini kerana mereka ini di bawah below the ground sebab is criminal offence tetapi di Portugal decriminalize. Apabila decriminalize ia menjadi satu pentadbiran, apabila dia ditangkap dengan bekalan begitu dihantar ke administratif, di hantar ke hospital, dihantar ke pusat-pusat yang boleh merawat mereka seperti AADK. Akan tetapi kita sudah ada sistem tersebut Tuan Yang di-Pertua, cuma mungkin bezanya di antara kita dengan Portugal adalah kita criminalizekannya, di sana masih lagi offence, masih lagi satu kesalahan untuk memiliki dadah tetapi apabila ia dianggap sebagai user not a pusher, dengan izin, maka secara automatik kerajaan akan meletakkan penagih tersebut di bawah satu sistem administratif.

Pertamanya apabila mereka sudah sembuh, mereka tidak mempunyai criminal record maka senang untuk mereka mendapat pekerjaan dan sebagainya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sebelum saya bertindak untuk menyokong cadangan Bajet 2012 ini, saya cuma ingin meminta supaya kerajaan sekali lagi membuat beberapa dasar Tuan Yang di- Pertua.

Saya melihat di kawasan luar bandar kita mempunyai masalah apabila kilang- kilang tidak mahu menubuhkan atau membina kilang-kilang di luar bandar dan apabila mereka berada di luar bandar, mereka tidak ada insentif untuk mendapatkan insentif dan juga tax holidays dan tax exemptions, dengan izin. Oleh sebab itu saya amat-amat memohon supaya kerajaan dapat mempertimbangkan dasar-dasar yang khusus, seperti mana pada tahun 70-an apabila kerajaan membuka negara kita kepada kilang-kilang elektronik yang besar-besar dengan memberikan tax holidays dan sebagainya, apa salahnya kita membuat satu dasar yang khusus kepada luar bandar supaya sesiapa yang membuka kilang mereka di luar bandar akan dapat tax holiday dan tax exemptions yang mana akan memberi mereka insentif untuk membuka kilang tersebut.

Ini akan mengurangkan unemployment di situ dan juga mengurangkan urban migration yang akan memudaratkan lagi mereka kerana apabila mereka berada di bandar susah untuk mereka menyesuaikan diri. Jadi saya mintalah kepada kerajaan supaya ada satu dasar yang khusus kepada isu ini bukan sebagai insentif seperti SMIDEC dan sebagainya, insentif sebegitu tidak perlu, perlu tetapi tidak memadai, apa yang mahu ialah satu insentif yang khusus membuka kilang di Kota Belud contohnya tujuh tahun tax holiday.

Buka kilang di Kapit contohnya dia terus potong income tax, contohlah. Jadi ini akan dapat memberikan insentif kepada mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih, saya mohon menyokong bajet ini. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Selayang, selepas Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 3:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2012.

Isu pertama yang saya hendak sentuh ialah tentang kemelesetan ekonomi dunia.

Bajet 2012 bercadang menyediakan peruntukan perbelanjaan RM232.8 bilion dari segi kutipan hasil kerajaan dijangka mengutip RM186.9 bilion dan mengadakan satu defisit berjumlah 4.7 peratus daripada KDNK. Mengikut anggaran hasil kerajaan persekutuan, hasil ini dijangka diperoleh daripada pertumbuhan yang kukuh sebanyak 5 peratus sehingga 6 peratus dalam tahun 2012. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2012 berkembang 5 peratus sehingga 5.5 peratus dan untuk tahun 2012 ialah di antara 5 peratus hingga 6 peratus.

final • 3:58 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Akan tetapi beberapa pakar ekonomi tidak bersetuju dan mempertikai dengan anggaran kerajaan. Antara mereka ialah RHB Research Institute yang mengumumkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun hadapan kemungkinan perlahan setakat 3.6 peratus berbanding paras 4.3 peratus dianggarkan tahun ini ekoran risiko kemelesetan ekonomi global yang berganda dan mendalam. Anggaran pertumbuhan RHB yang dikeluarkan adalah jauh lebih rendah berbanding dengan anggaran 5 peratus sehingga 6 peratus yang diramalkan oleh kerajaan. RHB juga berkata, risiko kemelesetan ekonomi global yang mendalam dan semakin meningkat memandangkan Amerika Syarikat dan Eropah tidak boleh menerima satu lagi kejutan.

Mengikut RHB, pertumbuhan pelaburan swasta dijangka menurun sehingga 4.6 peratus untuk tahun 2012. Eksport dijangka akan menghalang pertumbuhan sekitar 1.1 peratus berbanding dengan 3.4 peratus tahun ini ekoran penurunan permintaan luar bagi barangan elektrik dan elektronik. Permintaan domestik dianggarkan akan mengalami pertumbuhan pada kadar rendah 5.1 peratus. Anggaran RHB adalah bersama dengan penyelidikan ekonomi bank-bank yang lain seperti Bank of America Global Resource yang meramalkan pertumbuhan hanya setakat 4.2 peratus. Maybank Investment Bank berkata, pertumbuhan adalah di antara 3.5 peratus sehingga 4 peratus. Malaysian Institute of Economic Research (MIER) juga telah berkata bahawa sukar untuk pertumbuhan KDNK dapat mencapai 4 peratus dan meramalkan pertumbuhan adalah 4.6 peratus.

Pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, anggaran oleh bank-bank ini adalah berasas. Ini adalah kerana Malaysia adalah negara perdagangan dan bergantung pada eksport terutamanya elektrik dan elektronik kepada Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.

Mengikut laporan ekonomi tahun 2011, barang yang dieksport pembuatan ke China hanya adalah 14 peratus, Eropah 12.8 peratus, Amerika Syarikat 12.2 peratus, Jepun 7.4 peratus.

Angka-angka ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak mungkin boleh menukar eksport daripada Amerika Syarikat dan Eropah atau Jepun kepada China atau pada pasaran domestik.

Kalau kita melihat kadar pertumbuhan perusahaan, manufacturing growth rate bagi suku tahun pertama adalah 5.5 peratus dan ini telah menurun sehingga 2.1 peratus pada suku tahun kedua ekoran krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya meminta kerajaan untuk mengkaji semula anggaran kerana ada yang memanggil Bajet 2012 ini, dengan izin, overly optimistic. Akan tetapi apabila kita melihat laporan oleh pakar-pakar ekonomi, mereka berkata ini menjadi impossibly optimistic. Nampaknya Bajet 2012 bukan sahaja mengadakan defisit bajet tetapi ada defisit kredibiliti. Ini bukan kali pertama ramalan kerajaan telah dipertikaikan dan tidak dipersetujui oleh pakar-pakar ekonomi.

Saya masih ingat dalam perbahasan Bajet 2009 pada bulan Ogos 2008, ahli-ahli dan rakan saya di sebelah Dewan ini telah meminta kerajaan untuk mengambil kira impak negatif pada ekonomi Malaysia.

final • 4:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Pada waktu itu, apabila masalah sub-prime timbul tetapi kerajaan pada ketika itu menafikan masalah yang akan timbul pada negara kita. Akan tetapi selepas dua bulan iaitu pada bulan Oktober, anggaran yang telah diterbitkan pada bulan Ogos tidak boleh digunakan lagi kerana ekonomi kita telah ditimpa dengan kemelesetan ekonomi.

Pada akhirnya, kerajaan bercadang membuat bukan satu tetapi dua pakej rangsangan ekonomi dengan bermulanya pakej pertama RM7 bilion dan apabila ini tidak mencukupi, pakej kedua sebanyak RM60 bilion. Akan tetapi pada masa pakej kedua dapat dilaksanakan, kesan negatif telah menimpa rakyat dan ramai telah merasai kepahitan kemelesetan ekonomi. Oleh yang demikian, saya merayu kepada kerajaan untuk mengkaji semula dengan teliti dan mewujudkan tindakan dan langkah yang seharusnya dibuat untuk membela pekerja, syarikat dan ekonomi kita sebelum ini menjadi terlalu lewat.

Satu perkara lain yang saya hendak sentuh ialah tentang undang-undang yang mengehadkan jumlah pinjaman kerajaan. Terdapat dua akta yang mengehadkan jumlah hutang kerajaan iaitu Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983.

Mengikut seksyen 3(iii), Akta Pinjaman Tempatan dan seksyen 3(i), Akta Pendanaan Kerajaan, jumlah terkumpul hutang kerajaan tidak boleh melebihi 55 peratus daripada KDNK bagi tujuan pembangunan. Mengikut laporan Bank Negara Malaysia, angka hutang negara setakat suku kedua sehingga Jun, sudah melebihi 53 peratus daripada KDNK. Ini bermakna kerajaan hanya dapat meminjam 2 peratus KDNK tetapi Bajet 2012, kerajaan bercadang meminjam RM46 bilion iaitu 4.7 peratus KDNK.

Oleh sebab itu, saya meminta kerajaan dan Menteri untuk memberikan jawapan adakah kerajaan dihadkan untuk meminjam lebih daripada 53 peratus daripada KDNK?

Daripada hutang kerajaan yang sedia ada, berapakah adalah untuk pembangunan dan berapakah adalah untuk pengurusan? Dengan ada jumlah hutang yang terhad, adakah kerajaan bercadang untuk meminta Dewan Rakyat mengikut kedua-dua seksyen ini untuk membahaskan dan meluluskan kenaikan siling meminjam? Kita telah lihat di Amerika Syarikat dengan pentadbiran Obama dan Kongres tentang siling hutang, dan pada pandangan saya ini juga hendak dibahaskan di Dewan yang mulia ini.

final • 4:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Satu perkara lagi ialah tentang GST. Mengikut Laporan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, kerajaan meramalkan tidak mengambil kira perubahan kepada cukai yang kerajaan bercadang akan buat di dalam Finances Bill untuk sesi ini. Kita tahu dalam sesi ini ada bill GST. Saya meminta kerajaan dan Yang Berhormat Menteri untuk memberikan jawapan anggaran hasil yang akan dikutip daripada GST.

Isu kedua ialah tentang pelaburan domestik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pelaburan swasta domestik akan memainkan peranan yang penting di dalam rancangan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Seminar Pelaburan Domestik pada 15 September berkata bahawa Malaysia memerlukan pelaburan domestik berjumlah RM940 bilion dalam masa sepuluh tahun dengan purata pelaburan domestik RM94 bilion setahun untuk mencapai status pendapatan tinggi pada tahun 2020.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkata bahawa pelaburan domestik yang dicapai sehingga tahun ini adalah jauh daripada sasaran tahunan. Pelaburan domestik di dalam sektor perusahaan dari Januari sehingga Julai 2011 hanya berjumlah RM15.9 bilion, sementara pelaburan di dalam sektor perkhidmatan adalah RM11 bilion. Kekurangan pelaburan domestik adalah atas beberapa masalah tertentu. Saya meminta kerajaan untuk mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah-masalah ini supaya pelaburan domestik dapat ditingkatkan. Masalah ini boleh diatasi seperti yang berikut:

(i) kerajaan hendaklah memansuhkan monopoli yang sedang diberikan kepada GLC dan syarikat-syarikat yang tertentu;

(ii) kerajaan hendaklah mengadakan sistem tender terbuka untuk kontrak; dan

final • 4:10 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

(iii) kerajaan hendaklah memberikan tumpuan kepada sistem meritokrasi.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam satu ucapan telah berkata bahawa without meritocracy we will be a nation of mediocrity, maknanya kita tidak mengejar excellent. Akan tetapi di dalam ucapan itu juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata bahawa, belum sampai masanya untuk kerajaan melaksanakan dasar meritokrasi untuk semua lapisan masyarakat dan hanya untuk bumiputera sahaja. Oleh yang demikian, saya meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan untuk memberikan penjelasan tentang dasar pentadbiran dengan isu meritokrasi yang kita telah melihat dan mengkaji dengan slogan ‘1Malaysia’.

Selain daripada itu, saya meminta kerajaan untuk memberikan penjelasan atas langkah dan program yang diambil untuk menambahkan kelas pertengahan (middle class) kerana hanya dengan mengadakan middle class yang kukuh, bolehlah negara kita dapat mencapai pendapatan tinggi. Ini hanya boleh dicapai dengan ada gaji minimum dan juga dengan dasar kebebasan persaingan, dengan izin, freedom of competition. Satu isu yang berkaitan juga ialah tentang syarat-syarat di dalam lesen yang dikeluarkan di bawah Industrial Coordination Act untuk pelabur tempatan. Syarat-syarat ini telah digantung untuk pelabur asing beberapa tahun yang lepas iaitu pada tahun 1986. Saya mendapati bahawa masa telah sampai untuk syarat-syarat ini dimansuhkan juga untuk pelabur tempatan.

Isu ketiga ialah tentang kos sara hidup yang tinggi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2012 telah mengumumkan beberapa pemberian tunai secara one-off. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas cadangan membuat bayaran tersebut, kerana apa yang boleh membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah yang sengsara kerana kenaikan kos sara hidup memang sangat dialu-alukan.

Namun begitu, saya berpendapat bahawa bayaran tersebut tidak akan dapat membantu rakyat untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari.

Jumlah peruntukan kepada enam golongan one-off payment melebihi RM7 bilion.

Kalau kita membandingkan dengan jumlah subsidi bahan makanan asas seperti yang dinyatakan dalam perenggan 70 dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, keseluruhan subsidi bahan makanan asas menelan perbelanjaan RM2.3 bilion. Ini bermakna bayaran one-off sebanyak RM7 bilion adalah tiga kali ganda daripada jumlah subsidi makanan asas. Bayaran one-off memang akan dialu-alukan oleh golongan tersebut tetapi bayaran ini tidak akan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah yang akan timbul tiap-tiap hari dan tiap-tiap bulan. Antara sebab kos sara hidup tinggi adalah harga bahan makanan asas yang tinggi...

final • 4:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Beberapa syarikat diberikan monopoli di dalam perniagaan pengedaran makanan dan bahan keperluan. Syarikat seperti Bernas...

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 4:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Selayang. Saya juga turut sama macam Yang Berhormat Selayang, rasa mengalu-alukan, sebab nampak gaya macam ada RM1,000 yang dijanjikan untuk setiap rumah ataupun keluarga yang miskin. Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Selayang sebab perkara ini kita tidak hendak masyarakat kita ataupun rakyat kita terkeliru dengan perkataan ini. Kerajaan memang cadang hendak beri RM1,000 tetapi Yang Berhormat Selayangkan tahu dan semua orang tahu bahawa cara pemberian RM1,000 ini dibuat melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri yang diumumkan dua tiga hari lepas.

Saya ditanya oleh ramai orang dan saya minta ulasan atau pandangan Yang Berhormat Selayang, betul atau tidak perkara ini melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri ini, ini bukan cara hendak beri duit, ini menambah rumit? Saya rasa hendak boleh dapat RM1,000 ini, setiap orang akan keluarkan wang pendahuluan sekurang-kurangnya RM100 sebab hendak pergi semak dan sebagainya. Kita bukan biasa dengan sistem percukaian.

Ramai keluarga miskin ini tidak pernah bayar cukai pun, tidak pernah pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri pun.

final • 4:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kita syaratkan mereka pergi isi borang, saya bimbang mereka terdedah kepada manipulasi, ada pihak yang mengenakan caj pada mereka pula hendak tolong isi borang dan sebagainya. Kita bimbang. Apa pandangan Yang Berhormat Selayang dalam hal ini?

Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Ya, memang ini adalah satu perkara yang hendaklah diberikan penjelasan yang lebih kepada rakyat. Kalau wang ini hendak didapati daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, kita tahu di dalam negara kita, daripada 1.5 juta rakyat yang perlu bayar hasil cukai, hanya 700 sahaja pada akhirnya yang membayar.

Bermaknanya lebih daripada beberapa juta orang yang tidak membayar. Bagaimana mereka akan dapat bayaran ini?

final • 4:10 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Tuan Yang di-Pertua, saya telah sentuh tentang monopoli. Monopoli yang diberikan kepada syarikat-syarikat di dalam perniagaan untuk mengedarkan makanan dan bahan keperluan seperti BERNAS, Tradewinds yang diadakan monopoli atau mempermain dominan di dalam perniagaan gula. Saya meminta kerajaan untuk memberikan penjelasan mengapa di dalam keadaan di mana kita akan dihadapi dengan kemelesetan ekonomi dunia dengan masalah harga bahan keperluan yang tinggi. Kerajaan tidak memansuhkan monopoli-monopoli ini untuk memberikan lebih syarikat pemain-pemain masuk ke dalam industri itu supaya dengan ada persaingan dan mengikut kehendak pasaran market forces, kita akan mendapat satu harga yang munasabah dan dapat dibayar oleh rakyat.

Isu yang keempat ialah tentang pekerja asing. Kerajaan bercita-cita Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Untuk mencapai sasaran ini, negara kita tidak boleh terus bergantung pada buruh yang berkemahiran rendah low skill labour dan industri yang menggunakan buruh intensif. Kerajaan baru-baru ini menjalankan Program 6P untuk mendaftar pekerja asing dan saya diberitahu jumlah yang telah didaftar adalah melebihi 2.3 juta dan ada ramai lagi yang belum didaftarkan. Mengikut laporan ekonomi untuk tahun 2010 dan 2011, 1.8 juta pekerja asing telah didaftar dan daripada 1.8 juta ini 38.2 peratus adalah daripada sektor perusahaan, 16 peratus daripada pembinaan, 14.2 peratus daripada perladangan.

Mereka terdiri daripada Indonesia 50.9 peratus, Bangladesh 17 peratus, Nepal 9.7 peratus, Myanmar 7.8 peratus, India 6.3 peratus dan Vietnam 4.2 peratus. Ada penganalisa yang berkata pekerja asing dengan gaji yang rendah membolehkan syarikat dan juga negara kita untuk bersaing dengan negara perusahaan kos rendah. Akan tetapi juga ada para ekonomi yang lain yang berpendapat bahawa syarikat-syarikat tempatan tidak akan berinovasi dan meningkatkan kecekapan kalau kerajaan meneruskan dasar membenarkan pekerja asing di negara kita untuk meneruskan.

Saya meminta kerajaan untuk mengkaji semula tentang program mengurangkan pergantungan syarikat-syarikat tempatan kepada pekerja asing dan mengambil tindakan untuk menaikkan taraf kemahiran pekerja menuju kepada pendapatan tinggi. Jumlah pekerja asing sehingga Disember 2010 merangkumi 15.2 peratus daripada tenaga kerja.

Kerajaan hendak terus mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing yang kurang mahir dan kerajaan hendak menetapkan sesuatu jadual untuk kebergantungan kepada pekerja asing dikurangkan.

Saya juga meminta kerajaan untuk melaksanakan gaji minimum sebagai satu cara untuk mengatasi masalah ini. Dengan pelaksanaan gaji minimum, saya percaya masalah kebergantungan kepada pekerja asing akan diatasi dengan serta-merta dengan cara insentif kepada majikan untuk membuat inovasi, untuk menambahkan produktiviti setiap pekerja. Isu yang akhir Tuan Yang di-Pertua ialah tentang hutang isi rumah yang tinggi.

Jumlah hutang sudah sampai tahap 7.70 peratus KDNK, satu jumlah yang terbesar di Asia selain daripada Jepun. Masalah hutang ini bukan sahaja bank menggalakkan penduduk untuk meminjam tetapi adalah juga satu keperluan untuk membeli rumah dan meminjam wang yang tinggi kerana harga rumah yang tinggi.

final • 4:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Sebab untuk dapat pergi daripada rumah ke pejabat mereka hendak membeli kereta Myvi atau Kancil dan meminjam untuk sewa beli kereta ini. Jumlah hutang kepada gaji lebih daripada setengah untuk membayar pinjaman rumah dan lagi 25 peratus untuk membayar sewa dan bayaran ansuran kereta. Inilah adalah sebab harga yang tinggi. Saya menyeru kepada kerajaan untuk mencari satu penyelesaian kerana masalah ini tidak dapat diatasi dengan ada bantuan kepada pemuda untuk membeli kerana pinjaman itu juga besar dan tempoh bayaran yang panjang 30 tahun iaitu satu usia untuk membelikan rumah. Kalau kerajaan dapat mengadakan affordable housing dan pengangkutan awam yang baik, saya percaya masalah ini dapat diatasi. Inilah sahaja ucapan saya, saya mengucapkan terima kasih.

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 4:20 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia kerana telah membentangkan satu bajet yang menyeluruh dan komprehensif merangkumi semua aspek sosioekonomi rakyat Malaysia.

Bajet 2012, sememangnya satu bajet yang mesra rakyat dan berjiwa rakyat selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan. Rakyat akan mengenang jasa dan budi Yang Amat Berhormat kerana sebagai seorang pemimpin negara yang ulung dan pembela nasib rakyat memahami serta menghayati perasaan kesusahan, kebimbangan dan harapan rakyat. Bajet 2012 sekiranya dilaksanakan sepenuhnya, boleh membantu mengurangkan dan seterusnya boleh mengatasi banyak masalah yang sedang dihadapi rakyat.

Strategi Bajet 2012 memang tepat sekali dan mencerminkan apa yang diperlukan untuk melonjakkan ekonomi kita ke tahap maju menjelang tahun 2020. Fokus terhadap mendaya kembali pelaburan swasta, membangunkan modal insan, menyejahterakan hidup rakyat luar bandar, mentransformasikan perkhidmatan awam dan meredakan inflasi adalah bidang yang kita mesti perkasakan demi merealisasikan Wawasan 2020.

final • 4:28 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Pendidikan merupakan asas kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.

Pelaburan dalam sektor pendidikan dapat menjana pulangan yang berlipat ganda dalam menghasilkan modal insan yang mencukupi bagi pembangunan negara dan menjana serta mentransformasikan ekonomi negara. Modal insan yang berpelajaran tinggi dan berkemahiran, selain dapat mempercepatkan proses transformasi sektor ekonomi, juga mampu membolehkan warga kerja menikmati pendapatan tinggi.

Satu sistem pelajaran yang komprehensif, menyeluruh dan memberi fokus terhadap penguasaan kemahiran teknikal, teknologi maklumat, sains dan teknologi serta pendidikan moral dapat dan boleh menarik pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Malaysia pada masa ini terpaksa bersaing dengan banyak negara sedang membangun di rantau ini untuk menarik pelaburan asing ini. Negara kita mempunyai kelebihan kerana Kerajaan Barisan Nasional selama ini telah mewujudkan dan meneruskan satu sistem pelajaran yang mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang berkemahiran.

final • 4:30 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Menyedari hakikat ini, Bajet 2012 telah memperuntukkan sebanyak RM50.2 bilion bagi sektor pelajaran berbanding dengan RM39.5 bilion pada tahun 2011. Peruntukan yang besar ini memberi manfaat kepada para guru, pelajar dan ibu bapa. Kerajaan prihatin terhadap maklum balas rakyat. Oleh yang demikian, peruntukan yang begitu besar ini merangkumi individu dari semua lapisan umur sama ada generasi muda atau warga emas.

Setiap kanak-kanak berhak menerima pendidikan asas mengikut bahasa ibunda masing- masing. Ini adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pendidikan boleh mengubah nasib dan masa hadapan seseorang kanak-kanak.

Menyedari betapa pentingnya pendidikan pada masa hadapan mereka, kerajaan telah memansuhkan yuran sekolah bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Langkah ini dapat mengurangkan beban kewangan keluarga yang berpendapatan rendah, apatah lagi sekiranya keluarga tersebut mempunyai ramai anak yang bersekolah. Langkah ini juga dapat membantu Kementerian Pelajaran mencapai sifar keciciran. Ibu bapa atau penjaga tidak ada alasan lagi tidak menghantar anak-anak ke sekolah kerana pendidikan sekarang adalah percuma. Di sini, saya ingin mencadangkan bahawa satu peraturan dapat diwujudkan supaya tindakan undang-undang diambil terhadap ibu bapa atau penjaga yang gagal menghantar anak-anak ke sekolah. Ini kerana tindakan mereka secara langsung telah menjejaskan masa hadapan kanak-kanak tersebut.

Bajet ini juga menyentuh tentang kenaikan gaji guru sama ada guru siswazah atau guru bukan siswazah. Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan dan kepentingan golongan pendidik yang selama ini telah banyak memberi sumbangan dan pengorbanan demi kemakmuran dan pembangunan negara. Jasa dan pengorbanan guru-guru telah diiktiraf oleh kerajaan. Saya berharap dengan kenaikan kewangan ini, para guru dapat meningkatkan mutu tugas mereka. Guru-guru perlu diingatkan bahawa mereka menjadi teladan kepada anak-anak murid dan generasi muda.

Belanjalah gaji dengan baik dan bijak, belilah dan bacalah lebih banyak buku ilmiah untuk menambahkan pengetahuan masing-masing agar tidak ketinggalan dan jadikanlah proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kepada anak murid. Penambahan insentif kewangan haruslah menghasilkan peningkatan mutu kerja yang setimpal.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan satu pelan keluar atau exit pelan, dengan izin, bagi guru-guru yang tidak produktif, tidak menjalankan tugas dengan memuaskan seperti ponteng kerja, kerap mengambil cuti sakit, tidak masuk kelas ataupun masuk kelas tetapi tidak mengajar, tidur dalam kelas. Terlibat dalam gejala jenayah seperti menagih dadah atau memaki pelajar-pelajar dengan menyentuh soal-soal peribadi seperti agama, bangsa dan bahasa. Guru-guru dalam golongan ini tidak layak menjadi pendidik.

Saya juga menerima aduan-aduan bahawa terdapat seorang pengarah institut perguruan di Negeri Sembilan sengaja tidak menghantar borang permohonan pensyarah cemerlang, DG54 pensyarah-pensyarah. Alasan yang diberikan cukup tidak masuk akal, tidak profesional dan memalukan. Saya diberitahu, sebenarnya pengarah tersebut telah cuai dalam tugasnya dengan menyerah tanggungjawab memilih calon-calon yang layak kepada orang lain. Penjawat awam seperti ini telah menjejaskan dan mencemari martabat perguruan di Malaysia dan harus diambil tindakan tatatertib. Tindakan beliau telah mematahkan semangat pensyarah-pensyarah yang berdedikasi dan banyak berkorban demi kepentingan guru-guru pelatih.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan sejumlah RM100 juta dana khas untuk pembinaan, menarik taraf dan penyelenggaraan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan mubaligh sangat dialu-alukan. Peruntukan khas ini boleh mengurangkan beban kewangan sekolah dan komuniti setempat. Ini jelas mencerminkan sikap prihatin dan penyayang kerajaan. Pembangkang boleh berkata mereka juga ada bajet untuk ini dan itu tidak kiralah dalam apa juga warna, mungkin hijau, merah atau putih, soalnya mereka hanya pandai main wayang kulit dan suruh bentuk kabinet bayangan dengan izin, shadow cabinet pun tidak mampu. Sebaliknya Kerajaan Barisan Nasional, cakap terus buat.

final • 4:30 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Kerajaan juga komited mengurangkan beban kewangan rakyat yang sedang menghadapi masalah kenaikan harga barang dan kos kehidupan yang tinggi dengan pemberian tunai sekali sahaja sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dan voucher sekolah sebanyak RM200 bagi pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan Tingkatan 6. Saya berharap kerajaan tidak melupakan pelajar-pelajar di sekolah menengah Cina. Saya bercadang pemberian voucher buku ini dapat diperluaskan kepada semua pelajar di lebih kurang 62 buah sekolah menengah Cina di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah juga akan menerima bantuan wang tunai sekali sahaja, sebanyak RM500. Golongan yang akan menikmati bantuan ini termasuklah golongan berpendapatan rendah, para graduan yang baru mula kerja atau pasangan yang baru kahwin. Kerajaan menyedari kesulitan yang dihadapi rakyat akibat kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi.

Bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan rakyat. Kerajaan yang sentiasa mendampingi rakyat memahami kesusahan mereka. Nasib mereka akan sentiasa dibela selagi Barisan Nasional menerajui pucuk pimpinan negara. Bagi mereka yang belum mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan tidak sempat...

final • 4:30 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Yang Berhormat Simpang Renggam, just one minute.

final • 4:30 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tidak ada masa, banyak lagi.

final • 4:30 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga tertarik tentang bantuan yang diberikan kepada yang berpendapatan rendah iaitu RM3,000 ke bawah melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Cuma apa yang kita lihat mungkin masalahnya ialah pendedahan kepada mereka terutamanya di kampung-kampung ini, bagaimana cara mereka mendaftar di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Saya mencadangkan agar satu badan yang tertentu atau Lembaga Hasil Dalam Negeri itu sendiri membuat roadshow ke kawasan-kawasan ataupun memanggil ketua-ketua kampung dan sebagainya untuk membuat ceramah dan juga penjelasan atau penerangan bagaimana cara untuk mendaftar supaya mereka ini tidak ketinggalan terutamanya orang-orang kampung terutama di Sabah, Sarawak termasuk Labuanlah. Di sini mungkin semua orang sudah moden-moden di kampung, tetapi kita di sana mungkin sebahagian itu masih tidak tahu bagaimana untuk mendaftar. Sekurang- kurangnya ada pendedahan ataupun penerangan kepada mereka ini melalui pemimpin masyarakat. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Seolah-olah Yang Berhormat Labuan juga dapat membaca hati saya. Ini juga merupakan salah satu soalan saya dan biarlah kementerian – saya percaya dapat mencari mekanisme untuk kita mendaftarkan mereka yang berada di kampung-kampung.

Bagi mereka yang belum mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan tidak sempat menikmati bantuan wang RM500, saya ingin mencadangkan supaya mereka diberi bantuan tahun hadapan semasa membuat pendaftaran pertama di Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang dimaklumkan dalam bajet juga kerajaan akan menyediakan RM1.2 bilion untuk Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KARISMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin. Sebanyak RM300 sebulan bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan dengan had maksimum RM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada OKU antara RM150 hingga RM300 sebulan.

Saya amat mengalu-alukan bantuan-bantuan ini. Hanya saya berasa risau tentang pelaksanaannya.

final • 4:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya pagi tadi barulah terima satu aduan daripada seorang ibu tunggal yang daripada Simpang Renggam yang bekerja di kilang dengan gaji basicnya hanya RM540 akan tetapi hendak membela lima orang anak yang semuanya masih di bawah umur 18 tahun. Sepatutnya ibu tunggal ini layak menerima bantuan maksimum RM450. Akan tetapi beliau cuma menerima RM300 sebulan.

Apabila saya bertanya kepada JKM alasan yang diberi adalah ibu tunggal ini masih muda dan boleh lagi bekerja. Apakah alasan ini dan kalaulah perkara ini boleh dibenarkan tidak perlulah kita memerlukan garis panduan dan saya pohon kementerian boleh mengetatkan lagi pantauan dan sistem penyampaian ini.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengetahui dan memahami pentingnya kemahiran yang patut diperolehi oleh modal insan sebagai salah fungsi dalam pembangunan ekonomi agar rakyat dapat menikmati gaya hidup yang lebih baik dan selesa. Oleh yang sedemikian, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM40.1 bilion bagi program pembangunan modal insan. Program Latihan 1Malaysia bertujuan untuk mewujudkan pekerja yang kompeten. Setakat ini seramai 160,000 peserta telah menjalani kursus bahasa, kemahiran dan teknikal. Para pekerja harus sentiasa menambah baik kemahiran masing-masing dengan menyertai kursus untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Langkah ini dapat membantu pekerja memperoleh pekerjaan dengan lebih senang dan pendapatan yang lebih menarik. Begitu juga dengan para guru dan penjawat awam.

Kerajaan menawarkan yuran tuisyen kepada kakitangan kerajaan untuk melanjutkan pengajian dalam bentuk sambilan. Sebanyak 2,000 tempat ditawarkan kepada guru untuk menyertai pengajian sambilan ini. Ini merupakan peluang untuk membaiki diri di samping memperoleh peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah pada masa akan datang.

Adalah diharapkan bahawa peluang ini tidak disalahgunakan di mana guru mengabaikan tanggungjawab asas untuk mengajar dan usaha membaiki diri dari segi akademik patut dipuji, akan tetapi pelajaran murid-murid juga perlu diutamakan. Penjawat awam juga digalakkan melanjutkan pengajian ke tahap ijazah sarjana dan falsafah pengetahuan dan kemahiran baru yang diperolehi dapat membantu mereka dalam menjalankan tugas dan membuat keputusan dan seterusnya meningkatkan produktiviti.

Rakyat sekarang memahami hak-hak mereka sebagai pengguna dan pelanggan.

Oleh yang demikian, penjawat awam perlu mempunyai pengetahuan asas tentang subjek yang dikendalikan atau lebih baik mempunyai kemahiran dalam hal-hal tersebut. Pelanggan tidak berpuas hati sekiranya sikap pegawai tidak mesra atau lebih teruk lagi sombong dan kasar apabila berinteraksi dengan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua banyak kali pegawai-pegawai pergi menghadiri kursus pendek seperti tiga hari atau satu minggu. Dalam tempoh ini fail-fail sangkut di pejabatnya.

Contohnya seorang pegawai pergi menghadiri kursus selama lima hari dari Isnin hingga Jumaat. Ini bermakna beliau tiada dalam pejabat untuk menandatangani dokumen- dokumen atau mempengerusikan mesyuarat dan membuat keputusan. Banyak urusan penting orang awam dan swasta tergendala begitu sahaja. Gejala ini harus diatasi segera, ini kerana masa rakyat dan pihak swasta juga penting.

Saya mencadangkan sama ada pegawai ini menurunkan kuasa menandatangani dokumen-dokumen semasa menghadiri kursus dan ini tidak lagi menimbulkan masalah kepada orang awam dan pihak swasta kerana seseorang kakitangan awam yang dibayar gaji oleh rakyat tidak ada di pejabatnya. Cadangan saya semata-mata untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat. Mereka mengharapkan sistem penyampaian yang lebih cekap.

Tuan Yang di-Pertua, sudah pun dua tiga kali saya membangkitkan dalam Dewan yang mulia ini iaitu di kawasan saya terdapatlah satu projek perumahan swasta terbengkalai yang terletak di Taman Layang-Layang. Pemaju sudah bankrap dan jumlah hutang kepada Maybank adalah sebanyak RM15 juta. Saya diberitahu oleh Jabatan Perumahan bahawa agak mustahil untuk kerajaan membelanjakan amaun itu untuk memulihkan projek tersebut.

final • 4:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Akan tetapi baru-baru ini saya dengar pula ada berita baik. Saya bersyukur pada Bajet 2010 kerana peruntukan sebanyak RM200 juta disediakan untuk memulihkan projek terbengkalai dan mengharapkan projek yang terbengkalai di kawasan saya dapat diselesaikan. Akan tetapi setelah menunggu selama dua tahun tidak ada kemajuan dan Bajet 2011 tidak ada bajet juga disediakan dan pembeli amat kecewa. Oleh itu dalam Bajet 2012 yang telah menyediakan RM63 juta ini saya meminta kepada kementerian, janganlah mengecewakan lagi pembeli-pembeli di Layang-layang dan membantulah mereka memulihkan projek terbengkalai ini.

Tuan Yang di-Pertua saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memandang serius dalam menangani isu masalah banjir. Kawasan Simpang Renggam juga merupakan kawasan yang senang dilanda banjir. Oleh itu satu kajian berkenaan penyelesaian banjir di Simpang Renggam telah dilaksanakan oleh konsultan dan telah siap pada tahun 2009. Saya dimaklumkan bahawa anggaran kos untuk penebatan banjir bagi sungai Benut adalah RM300 juta manakala bagi sungai Sayong adalah RM180 juta. Saya ingin bertanya kepada kementerian adakah projek RTB di Sungai Segamat telah merangkumi penyelesaian banjir di kawasan kami.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan kerajaan akan melaksanakan rolling plan yang kedua bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan peruntukan sebanyak RM49.2 bilion. Di antara projek yang akan memanfaatkan kawasan Simpang Renggam ialah projek landasan kereta api berkembar dari Gemas ke Johor Bahru di mana dua daripada sepuluh stesennya ialah stesen Renggam dan stesen Layang-layang yang terletak dalam kawasan Simpang Renggam.

Projek seperti ini akan melibatkan pampasan dan penempatan rumah setinggan.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu jawatankuasa di bawah program rumah mesra rakyat khasnya untuk membantu golongan setinggan yang terlibat dalam projek landasan kereta api berkembar supaya mereka memiliki rumah setelah pindah keluar daripada kawasan tersebut. Bagi kedai-kedai dan pekebun-pekebun kecil yang sudah berpuluh tahun mencari rezeki atas tanah rizab kereta api saya merayu bagi pihak mereka kepada kerajaan supaya diberikan juga pampasan kerana kehidupan mereka akan terus jadi masalah selepas projek dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2012 adalah memberi pengecualian penuh mengenai duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dan kereta elektrik sehingga 31 Disember 2013. Saya bercadang selain daripada langkah tersebut ini kerajaan perlu memberi subsidi kepada rakyat bagi memiliki kereta elektrik dan hibrid buatan Malaysia seperti Proton. Saya mengambil contoh di Jepun di mana kerajaan Jepun memberi subsidi sebanyak 1 juta yen atau lebih kurang RM40,000 kepada setiap pembeli kereta hibrid atau kereta elektrik.

Rakyat digalakkan untuk menggunakan kereta hibrid atau elektrik ini bagi mewujudkan dan memelihara satu alam sekitar yang lebih bersih. Di samping itu kerajaan juga dapat menjimatkan bahan api yang semakin berkurangan seperti petroleum dan gas.

Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan fenomena kesan rumah hijau atau green house, dengan izin. Pencemaran alam sekitar dapat dikawal khususnya kenderaan yang menggunakan diesel. Suhu di bumi sekiranya tidak dapat dikawal akan meningkat dan ini memberikan kesan buruk terhadap kehidupan bumi termasuklah manusia sendiri.

final • 4:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, semua usaha untuk mengurangkan, meringankan beban kewangan rakyat telah membuktikan bahawa kerajaan telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan. Tidak serupa. Pembangkang awal tahun ini cakap mahu mewujudkan negara berkebajikan, sekarang pun sibuk dengan hukum hudud. Mereka buat semua ini semata-mata untuk memancing undi dan simpati tanpa mengambil kira realiti sosial politik negara yang berbilang bangsa dan agama. PAS telah terus terang menyatakan hasrat untuk menubuhkan satu negara Islam sekiranya Pembangkang dapat membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum yang akan datang. Ini memang tujuan atau matlamat akhir PAS sejak penubuhannya dahulu.

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

PKR khususnya Yang Berhormat Permatang Pauh dalam cita-citanya ingin menjadi Perdana Menteri telah bertukar pendirian politik selama ini dan menyokong hasrat PAS.

DAP dalam impian ingin menjadi Timbalan Menteri, secara pasifnya menyokongnya pendirian PAS. Pendirian politik selama ini menentang hukum hudud, tiba- tiba lenyap dalam ingatan. Rakyat boleh lihat dan menilai sendiri permainan politik yang sedang dilakonkan oleh Pembangkang. Pengerusi DAP, Yang Berhormat Bukit Gelugor telah menyatakan kalau PAS ingin menubuhkan satu negara Islam, dia kata, “over my dead body” dengan izin, iaitu selepas dia mati. Inilah Pembangkang boleh melakukan apa sahaja termasuk menggadaikan prinsip dan perjuangan politik untuk merampas kuasa. Bolehkah rakyat percaya satu perkataan yang mempunyai perjuangan politik yang berbeza, pendirian yang berlainan mengenai isu-isu seperti agama, hala tuju Malaysia dan banyak lagi isu yang sedang melanda Pembangkang. Apabila mereka tidak menyelesaikan masalah itu, cara paling senang adalah bagi perintah tutup mulut...

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Bagaimanakah Pembangkang boleh melakukan masalah ini...

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ini di antara Gerakan...

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Sekarang rakyat sudah bijak dan boleh menilai sendiri sandiwara yang sedang dilakukan oleh Pembangkang. Bagi Pembangkang, apa-apa isu yang tidak boleh diatasi...

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bagilah laluan...

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tutup mulut sahaja, senang cerita...

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Okey sekarang saya hendak buka mulut, tidak berani bagi laluan...

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, saya seorang yang bukan Islam, tetapi saya menghormati agama Islam, seperti agama yang wujud di bumi ini. Saya berusaha memahami prinsip-prinsip Islam untuk mengelakkan sebarang salah faham atau konflik...

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bagi laluanlah...

final • 4:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Semua agama mengajar penganutnya untuk melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan. Tidak apa, saya habiskan. Masalah timbul apabila PAS dengan degilnya mahu mewujudkan hukum hudud dan sebuah negara Islam walaupun PAS memahami senario politik Malaysia tidak membenarkannya. Malaysia sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Walau bagaimanapun, mahkamah syariah diwujudkan bagi mengendalikan kes-kes yang melibatkan Muslim sahaja. Saya hairan kenapa PAS tiba-tiba panas dan rajin memperjuangkan hukum hudud, walaupun ia tahu ini akan menakutkan penyokong- penyokong kaum lain.

Tuan Yang di-Pertua, di kalangan bukan Muslim, khususnya masyarakat Cina dan India ada wujud satu persepsi dan saya percaya PAS ini ada agenda lain. Mereka tanya saya, sekiranya andai kata skandal video seks dibuktikan adalah Ketua Pembangkang, andai kata adalah ketua pembangkang, apakah jenis hukuman akan dikenakan kalau beliau terbukti bawah hukuman hudud? Mengikut mereka, setelah banyak ditanyakan kepada ramai Muslim, ada yang kata akan dikenakan sebatan beratus kali dan ada juga kata rakaman video tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Maka mereka ini kata, agenda sebenar PAS ialah mahu menyelamatkan Ketua Pembangkang. Saya rasa keliru kerana ...

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau hendak sebut, bagilah laluan, tidak berani bagi laluan jangan cakaplah, tidak faham perkara...

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Agenda sebenar Pas melaksanakan Hudud adalah mahu menyelamatkan Ketua Pembangkang dan saya rasa keliru kerana saya percaya kepercayaan agama adalah murni dan suci tidak boleh mempunyai niat-niat politik. Mungkin Presiden PAS boleh menjelaskan kepada kalangan...

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, ya, bagi laluanlah...

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Kepada mereka bukan Muslim ataupun DAP juga boleh beri penjelasan...

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Hendak tanya penjelasan, tidak bagi laluan...

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Kerana mereka sama-sama memperjuangkan negara Islam. Mahu kah rakyat Malaysia menerima seorang bankrap nilai-nilai moral untuk menjadi pemimpin negara. Manakah maruah dan martabat negara.

Sanggup kah rakyat Malaysia dipandang hina oleh masyarakat antarabangsa. Saya menyeru DAP dan PAS, sama-samalah kita renungkan. Saya alih topik.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengatakan bahawa Parti Gerakan adalah sebuah parti komponen dalam BN...

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Perdana Menteri suruh tutup kedai... [Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Kita semua adalah keluarga yang sama dalam Barisan Nasional. Sama-sama kita naik, sama-sama kita turun...

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Ucapan Yang Berhormat Kalabakan tadi bagus untuk Parti Gerakan.

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya amat kecewa dengan tohmahan...

final • 4:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Parti ‘Sotong’...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat. Saya tidak boleh dengar lagi Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Dia hendak kritik orang lain, tidak bagi laluan untuk penjelasan...

final • 4:50 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Saya amat kecewa dengan tohmahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kalabakan, tohmahan-tohmahan terhadap parti Gerakan. Jadi kesabaran Gerakan juga ada batasnya, dan saya telah meneliti selama ini iaitu beliau Yang Berhormat Kalabakan bukan kali pertama mengkritik ahli keluarganya.

Jadi saya meminta Ketua Whip Barisan Nasional mengambil tindakan terhadap beliau.

Perkara ini amat serius dan janganlah selesaikan dengan bagi surat amaran sebab kami bukan seperti DAP, boleh gantung selama enam bulan kemudian selesai dengan bagi surat amaran. Jadi saya menyeru Ketua Whip kerana perkara ini memang telah melampau dan saya berharap satu tindakan dan hukuman dilakukan terhadap Yang Berhormat Kalabakan.

Dengan ini saya mohon menyokong.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Cerita hal Bajet, jangan cerita hal parti Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tetapi kerajaan ini ditubuhkan terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti juga.

final • 4:58 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Hendak memperjuangkan negara Islam ya?

final • 4:58 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kalau mereka yang tidak berani untuk menegaskan hak-hak rakyat di dalam Barisan Nasional, jadi jangan hendak salahkan orang lain. Kalau sendiri tidak berani, hendak salah orang lain buat apa?

final • 4:58 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tegaskan kepada PAS lah.

final • 4:58 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang penting ialah ahli-ahli Gerakan sendiri menyuruh Pengerusinya lebih berani terhadap polisi yang tidak adil Barisan Nasional, khasnya UMNO tetapi tidak berani, jadi hendak salahkan orang lain buat apa? Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan ini sangat suka bola sepak, betul ya? Dalam 26 tahun kebelakangan ini, from 1998 before to 2010, jumlah peruntukan yang dibelanjakan untuk membangunkan bola sepak ialah RM569 juta, ini banyak.

final • 4:58 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Pada jangka masa yang lebih kurang sama sehingga tahun 2010 geran yang diberi untuk mendirikan pusat jagaan kanak-kanak ialah RM22.4 juta. Ia lebih kurang 4 peratus berbanding dengan perbelanjaan ke atas pembangunan bola sepak. Sekiranya kita tanya mana pembangunan pusat jagaan kanak-kanak ataupun pembangunan bola sepak itu mana satu yang lebih penting. Saya rasa semua Yang Berhormat di sini akan bersetuju bahawa pusat penjagaan kanak-kanak adalah lebih penting kerana kita selalu kata kanak- kanak ini bakal pemimpin kita. Akan tetapi kita pada hakikatnya Barisan Nasional lebih mementingkan pembangunan bola sepak daripada pembangunan kanak-kanak. Ini yang selalu dikatakan bahawa dasar kerajaan ini gender blind. Dia gender blind. Dia tidak lihat apa yang penting kepada boys and girls, men and women. Dia pentingkan bola sepak sahaja. Di sini saya hendak katakan bahawa kita perlulah lebih gender sensitive. Jadi kita mesti mengamalkan gender responsive budget yang sudah lama dikatakan kita akan laksanakan. Barisan Nasional akan laksanakan tetapi tidak dapat jalan, tidak dapat laksanakan. Apakah masalahnya? Saya rasa kerana dipihak sana tidak ada Menteri yang benar-benar komited untuk menjaga kepentingan kanak-kanak dan juga wanita.

Salah satu masalah yang juga selalu dihadapi oleh bekas isteri ialah nafkah.

Mengenai bekas suami yang tidak memberi nafkah dan pada tahun 2005 pada waktu itu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengatakan bahawa tindakan akan diambil jika gagal bayar nafkah. Ini news paper cutting. Pada tahun 2008 dalam satu jawapan kepada saya dia kata ini jawapannya.

Ini dari Menteri Dalam Negeri kerana akta ini adalah di bawah Menteri Dalam Negeri. Dia katakan, “Kementerian saya memang sedar masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh ibu-ibu yang telah bercerai untuk mendapatkan nafkah daripada bekas suami mereka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kementerian memang bercadang untuk meminda peruntukan yang diguna pakai di bawah Akta Pembaharuan Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1976 (Akta 164). Jabatan Peguam Negara telah mengadakan perbincangan bersama-sama agensi kerajaan iaitu Pejabat Pendaftaran Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Biro Bantuan Guaman dan Badan Bukan Kerajaan seperti Majlis Peguam, Persatuan Peguam-peguam Wanita Selangor dan Wilayah Persekutuan dan Join Action Group of Gender Equality. Hasil daripada mesyuarat itu cadangan pindaan undang-undang mengenai pembayaran nafkah seperti yang termaktub dalam Akta Pembaharuan Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian akan mengambil masa sebab ia melibatkan beberapa akta iaitu akta Married Woman and Children (Enforcement of Maintenance) Act 1968 (Act 356) dan akta Married Woman and Children (Maintenance) Act 1950 (Act 263). Walau bagaimanapun, tindakan telah diambil dan pada masa ini Jabatan Peguam Negara sedang merangka cadangan-cadangan pindaan dalam akta-akta berkaitan supaya enforcement and implementation of maintenance orders ini diperketatkan.”

final • 5:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, pada 5 Oktober tahun ini saya menerima satu jawapan lagi mengenai pindaan tentang perkara nafkah dan ini adalah jawapannya, “Dalam hak nafkah yang keadilan perkara ini terletak di bawah bidang kuasa mahkamah dan adalah tertakluk kepada kebijaksanaan kepada kedua-dua pihak dalam membentangkan fakta kes semasa perbincangan kes sivil tersebut”. Jadi dia kata bahawa ia tertakluk kepada ternyata dalam perintah mahkamah tersebut. Jadi tidak perlu dipinda lagi Akta Perkahwinan dan Perceraian. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan...

final • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan sedikit.

final • 5:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya.

final • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya difahamkan bahawa kerajaan telah mengagihkan sebanyak kuantum untuk kes-kes di mana nafkah tidak dibayar bukan sahaja kes-kes di mana pihak Muslim yang terlibat di kes syariah tetapi juga non Muslim. Adakah bayaran itu dari pengetahuan Yang Berhormat dibayar? Itu nombor satu.

Nombor dua mengenai seksyen 95. Yang Berhormat ingat lagi lebih kurang tiga tahun dahulu Yang Berhormat dan saya dan beberapa Ahli Parlimen telah berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa ada perlu pindaan untuk pembayaran maintenance kepada anak-anak mereka dan sehingga ini walaupun telah di janji oleh kerajaan beberapa soalan yang saya kemukakan dan beberapa soalan Yang Berhormat kemukakan. Apakah pendapat mengenai hal ini?

final • 5:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.

Pada jawapan yang saya dapat baru-baru ini dia mengatakan bahawa, “Berhubung dengan pindaan seksyen 95 dalam akta yang sama iaitu akta Marriage and Divorce Act kementerian berpandangan klausa tersebut turut melibatkan peranan dan bidang kuasa agensi-agensi kerajaan lain dan memerlukan penelitian secara bersama. Oleh itu tuntutan nafkah oleh pemohon haruslah dinyatakan secara jelas dalam perintah mahkamah kerana ia tidak terkandung di dalam akta kerana akta ini hanya memperuntukkan bahawa nafkah boleh diberi kepada anak dan isteri. Dalam hal ini isu berkaitan jumlah tempoh pemberian nafkah dan isu lain berkaitan dengannya hanya dinyatakan dalam perintah mahkamah tersebut. Sehubungan dengan itu tiada cadangan dipihak kementerian untuk meminda seksyen 95 dalam masa tersingkat. Walau bagaimanapun, pindaan ke atas seksyen ini sedang dalam kajian”.

Kita selalu dapat jawapan seperti ini dalam kajian. Pada tahun 2005 dia akan kaji.

Pada tahun 2008 dia sedang mengkaji dan pada 2011 masih akan dikaji, dalam kajian. Ini kerajaan yang selalu kaji tetapi tidak ada tindakan. Ya, apa kaji-kaji? Ini hanya kerajaan kajian. Tukar kerajaan supaya kerajaan dapat kerajaan yang bertindak dan bukan kerajaan kajian. Akan tetapi dia ada buat sedikit juga. Dia telah menubuhkan satu bahagian sokongan keluarga dalam syariah judiciary department pada April 2009.

final • 5:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Menurut satu laporan di dalam NST pada Jun 2011 ini, bahagian ini telah berjaya untuk menyelesaikan 60 peratus kompelin atau aduan mengenai bekas suami yang tidak membayar nafkah. Sehingga Disember 2010 terdapat kes 1,019 kes dan 590 kes telah diselesaikan. Jadi, saya tanyalah kepada bahagian ini kerana dia telah berjaya menolong menyelesaikan kes yang tidak membayar nafkah. Ini kerana berbanding kepada tahun 2005, 80 peratus kes tidak membayar nafkah ini tidak diselesaikan. Ini menunjukkan bahawa bahagian sokong keluarga ini dapat membantu. Akan tetapi ini hanya untuk Islam sahaja. Menurut kawan peguam saya, ini pun tidak dapat dilaksanakan sekiranya bekas suami, Muslim, dia kerja di syarikat yang bukan Islam, dia tidak boleh potong gaji dia.

final • 5:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi, saya hendak cadangkan, kita memandang the best practices in the world iaitu di Canada, ia ada satu Enforcement of Maintenance Orders Act 1997, dengan ini bahawa, dengan izin, “The Enforcement of Maintenance Orders Act 1997 established a Maintenance Enforcement Office to register and enforce maintenance orders and agreements, it also provides a number of enforcement measures, including lump sum and continuing garnishments, as in the case of a garnishment against the respondents salary or wages; and the seizure of personal property, bank accounts or real estate”. Kalau dia enggan bayar, jadi boleh seize the property, and “two additional remedies, available only to the Director of the Maintenance Enforcement Office, are a claim against the respondent’s pension funds”. Jikalau dia ada pension fund, boleh claim against the pension fund.

“Suspension of the respondent’s driving license”.

Kalau dia tidak bayar nafkah, dia tidak boleh memperbaharui driving licensenya.

Jadi, dia terpaksa bayarlah kalau dia ada duit, kalau tidak ada duit lain perkara. Jadi, saya merayu kepada kerajaan Barisan Nasional supaya kita mengadakan mekanisme seperti ini.

Dalam transformasi. Kata transformation plan, transformation plan ini mesti include this transformation for the divorced wife. Sekarang kita ada 830,000 single mothers. Many of them are divorced wife and sekiranya mereka tidak dapat nafkah untuk diri mereka dan anak-anak mereka. Mereka terpaksa mencari rezeki dengan cara-cara whatever. Kadang- kadang kita kata mereka mencari rezeki yang tidak halal tetapi apa kerajaan buat sekiranya kerajaan tidak membantu mereka untuk mendapatkan nafkah. Kalau ini rezeki mereka tidak halal kerana kerajaan tidak bantu. Jadi, ini kerajaan yang tidak halal.

Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet Barisan Nasional 2012, ia memberi banyak wang juga kepada rakyat. Dia banyak gula. Gula itu kalau sedikit-sedikit, baik. Akan tetapi kalau banyak tidak baik, kerana akan diabetes. Kita pun sudah ada ramai rakyat yang menghidapi penyakit diabetes. Jadi, kita hendak sebuah kerajaan yang baik. Jangan mengakibatkan lebih banyak kes diabetes lagi. Di dalam satu peruntukan ialah untuk memberi RM100 kepada pelajar-pelajar from Standard 1 to Form 5. Kami mengalu-alukan kerana ada ramai yang memerlukan juga untuk membeli buku, untuk membeli uniform, kasut dan lain-lain lagi. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, RM100 ini tidak diberi kepada pelajar persendirian di the Chinese independent school. Chinese independent school ini saya rasa 50,000 pelajar dan ibu bapa mereka bukannya kaya. Kebanyakan daripada mereka dari keluarga yang biasa sahaja. Mereka pergi ke sekolah ini kerana mereka lebih fasih dalam bahasa Mandarin yang menjadi bahasa penghantaran.

Ataupun mereka lebih suka pergi ke sekolah seperti ini. Ibu bapa mereka bayar cukai sahaja, walaupun pergi sekolah seperti ini. Jadi, apakah rasionalnya yang tidak memberi RM100 kepada anak-anak mereka yang belajar di independent secondary school.

Jadi, saya hendak tanya apakah ini 1Malaysia minus independent school children, apakah ini 1Malaysia?

Saya juga ingin tanya sama ada pelajar di sekolah rakyat juga diberi RM100 atau tidak ataupun hanya mereka di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Jadi, saya harap dapat jawapan. Kerajaan juga pada tahun pertama atau bajet pertama menetapkan satu peruntukan untuk sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dan juga missionary school. Ini adalah satu sejarah dan mengapa sejarah ini boleh berlaku? Ini adalah kerana rakyat telah memberitahu Barisan Nasional dengan undi mereka pada PRU 12 bahawa mereka tidak puas hati dengan cara Barisan Nasional yang tidak adil kepada sekolah-sekolah ini...

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh mencelah sedikit Yang Berhormat?

final • 5:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya.

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya tidak ada masalah dengan hujah Yang Berhormat.

Mungkin Yang Berhormat mahukan bantuan kepada sekolah-sekolah yang disebutkan tadi.

Akan tetapi saya boleh merasakan di bawah nada Yang Berhormat itu, seolah-olah sekolah kebangsaan itu bukan milik seluruh rakyat Malaysia, seolah-olah sekolah kebangsaan itu, sekolah kerajaan itu milik sesetengah kaum sahaja.

final • 5:10 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sedikit saya rasa itu tidak begitu betul. Apabila kerajaan membantu sekolah kebangsaan, ianya untuk semua kaum yang berada dan yang mengaji atau belajar di bawah sistem tersebut. Jadi, kalau minta untuk sekolah yang lain, tidak ada masalah, kita boleh debatkan. Akan tetapi jangan sekali-kali mengatakan bahawa sekolah kebangsaan itu hanya milik sesetengah kaum sahaja. Itu yang saya ingin minta penjelasan.

final • 5:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Itu bukan perkataan saya, itu yang dicakap oleh Yang Berhormat. Saya tidak pernah kata. Saya pun tidak ada masalah. Bagilah segala facility, kemudahan yang secanggih kepada sekolah kebangsaan. Akan tetapi janganlah tidak bagi pula yang asas kepada sekolah jenis kebangsaan. Seperti kerusi meja pun tidak diberi. Selalunya sekolah kebangsaan ada lebih, masih baru dan tidak dipakai lagi. Jadi, sekolah jenis kebangsaan pergi minta kepada sekolah kebangsaan. Adakah ini dikatakan kerajaan yang adil? Saya mengalu-alukan Bajet 2012 ini memberi RM10 juta kepada SRJK(C) dan SRJK(T)...

final • 5:10 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 5:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Berapa, RM100 juta? Okey, terima kasih.

Jadi saya hendak tahu bagaimana ia akan diagihkan? Adakah ini akan selalu ada? Tahun depan pun ada, tahun selepas itu pun akan ada ataupun hanya special sahaja, one-off untuk tahun depan sahaja kerana pilihan raya sudah dekat. Jadi saya harap ia menjadi satu features, tiap-tiap tahun dia akan membayar. Saya juga ingin tahu bagaimana ia akan diagihkan?

Di Pulau Pinang, kita juga memberi peruntukan tiap-tiap tahun dan kita mengikut keperluan. Kita mengadakan satu sistem, satu garis panduan di mana sekolah yang lebih memerlukan akan mendapat dahulu. Jadi saya menyeru supaya sekolah-sekolah yang pada waktu sekarang dalam proses membina classroom atau pun bangunan akan diberi dengan cepat. Umpamanya SRJK(C) Pai Chai di Batu Feringghi. Mereka memerlukan RM3 juta untuk membina dua blok bangunan 24 buah bilik darjah. Mereka telah mengutip derma RM2 juta tetapi masih kekurangan RM1 juta. Jadi saya harap peruntukan ini pada Januari boleh memberikan RM1 juta pada sekolah ini supaya mereka dapat menyiapkan bangunannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya pelan transformasi Barisan Nasional ini juga termasuk dasar untuk membina SRJK(C) dan SRJK(T) dan sekolah menengah jenis kebangsaan yang baru kerana pada waktu sekarang, membina sebuah SRJK(C) yang baru ini lebih susah dan lebih payah daripada membina sebuah universiti yang baru. Tidak ada SRJK(C) yang baru tetapi pada masa yang sama kita telah membina beberapa buah universiti yang baru.

Jadi, saya rasa transformation plan ini akan termasuk juga bahawa SRJK(C) dan SMJK yang baru boleh dibina mengikut keperluan. Umpamanya di Seberang Perai Selatan, tidak ada sekolah menengah jenis kebangsaan seperti Jit Sin. Jadi, mereka meminta supaya membina sebuah sekolah SMJK seperti Jit Sin ini. Pihak pengelola Jit Sin ini pun telah setuju supaya membina satu cawangan di Seberang Perai Selatan. Mereka pun telah dapat sekeping tanah daripada seorang pemaju dan mereka mengatakan bahawa mereka akan bantu dalam mengutip derma untuk membina sekolah ini. Akan tetapi sudah satu dua tahun, kerajaan masih enggan memberi kebenaran. Kebenaran sahaja, mengapa begitu susah? Kita kan sudah membenarkan sekolah antarabangsa, universiti antarabangsa mengadakan kampus di Malaysia, mengapa SMJK ini tidak boleh dibina yang baru? Saya tidak dapat faham. Bolehkah kerajaan Barisan Nasional menjelaskan?

Saya rasa sekiranya betul-betul boleh transform, saya rasa haruslah memberi kebenaran membina cawangan SMJK Jit Sin ini sebelum end of year ini, sebelum tahun ini kerana ia bukan susah sangat. Apa yang susah sangat? Saya tidak dapat faham. Hanya satu pucuk surat sahaja untuk memberi. A signature only.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita lihat ada dua kes di mana dua orang rakyat, seorang di Hospital Pulau Pinang, dia diberi blood transfusion, dia diberi blood type yang salah. Dia blood type ‘A’ tetapi dimasukkan blood type ‘B’.

final • 5:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini merupakan satu kesilapan yang serius dan bagaimana ia boleh berlaku? Ada lagi iaitu seorang wanita, dia pesakit buah pinggang dan dia memerlukan dialisis. Selepas dialisis, dia didapati bahawa dia sebagai HIV positif. Mereka sangsi transfusion atau pun dialisis proses itu telah menyebabkan beliau mendapat HIV. Ini merupakan satu kesilapan yang lebih serius lagi.

Jadi saya ingin mendapatkan satu penjelasan, apakah yang Kementerian Kesihatan akan buat sekiranya pihak kerajaan atau pun pihak hospital atau pun pegawai- pegawai perubatan sudah membuat kesilapan seperti ini atau kecuaian seperti ini? Apa tindakan yang boleh diambil dan bolehkah mereka dipecat? Saya rasa sudah sampai masanya kita harus mengadakan satu akta untuk mengawal kecuaian perubatan supaya mereka yang menjadi mangsa ini boleh mendapat pampasan atau pun keadilan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ialah...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada tiga minit lagi Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Okey. Kita mendapati semakin ramai kanak- kanak yang memerlukan special attention iaitu golongan OKU. Pada waktu sekarang kita kekurangan kemudahan persekolahan untuk golongan ini – mereka yang down syndrome, mereka yang autistik, mereka yang menghadapi kesusahan untuk pembelajaran. Saya hendak tahu dalam bajet ini, apakah telah diperuntukkan supaya kemudahan-kemudahan ini diperbanyakkan untuk golongan ini? Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Lenggong.

final • 5:20 PM

Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan ucapan dalam perbahasan kali ini.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kerana Bajet 2012 amat baik dan memberi suatu yang melegakan rakyat secara keseluruhannya.

Secara keseluruhannya kita dapat lihat bahawa bajet ini memperlihatkan kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam meningkatkan pendapatan dan membantu rakyat di pelbagai peringkat. Apatah lagi perkara ini dilakukan ketika keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan menekan masyarakat di luar bandar.

Walaupun kita dengar ucapan dari rakan-rakan di sebelah sana yang terus memperkatakan bajet ini tidak baik, tidak realistik, mencedok, namun hakikatnya apa yang dicadangkan oleh kerajaan hari ini benar telah cuba meletakkan negara ini pada landasan yang betul bagi memastikan negara benar-benar mencapai negara maju pada tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2012 amat besar maknanya. Kita dapat lihat sebenarnya terdapat lebih daripada 100 perkara yang secara terus dinikmati oleh rakyat.

Amat nyata daripada anak kecil hinggalah orang tua. Daripada penduduk di ceruk desa hinggalah ke bandar besar, peniaga kecil hingga ke peniaga bertaraf antarabangsa.

Maknanya bajet ini meliputi semua pihak dan sehinggakan golongan yang tidak pun kita jangka untuk mendapat bantuan selama ini pun diberikan perhatian terutama sekali kepada golongan-golongan yang daif dan tidak berkemampuan.

final • 5:28 PM

Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong

Inilah kita lihat pertama kali dalam sejarah apabila kerajaan memberikan pendidikan secara percuma kepada rakyat. Malah banyak lagi program-program lain terutama dalam program transformasi luar bandar, pendidikan, program perumahan rakyat dan sebagainya. Maknanya kita sendiri mengakui bahawa ia meliputi banyak perkara.

Sebab itu saya berharap semua pihak yang selama ini selalu mengkritik agar bersikap jujur dalam perkara ini. Ini kerana hakikatnya setiap daripada kita mendapat nikmat dari apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 5:30 PM

Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong

Saya amat bersetuju apabila kerajaan terus memberikan fokus untuk meredakan inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat. Antaranya meningkatkan pengeluaran bekalan makanan dan industri agro. Oleh itu sebagai wakil rakyat yang mewakili kawasan Parlimen Lenggong saya harap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak melupakan program-program pertanian di kawasan saya. Terutama sekali Projek Lenggong Agro Valley yang memberi fokus kepada usaha untuk menjadikan kawasan ini sebagai tapak kekal pengeluaran makanan.

Bagi kawasan zon industri akuakultur, kawasan industri asas tani, kawasan zon ternakan dan agro pelancongan. Semua program ini memang sekarang dapat sokongan daripada pihak kementerian. Saya harap bajet tahun hadapan juga dapat mempergiatkan lagi Projek Lenggong Agro Valley ini supaya boleh menjadikan kawasan ini sebagai kawasan pengeluaran makanan negara ini dan juga tentunya membasmi kemiskinan di kawasan berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, rancangan tebatan banjir juga menjadi tumpuan kerajaan.

Oleh itu saya juga sekali lagi pohon untuk supaya kerajaan memberikan perhatian di daerah kecil Lenggong yang sentiasa menghadapi masalah ini. Saya berharap melalui projek ini kerajaan membantu menyelesaikan masalah di rancangan tebatan banjir daerah kecil Lenggong. Oleh itu saya harap Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dapat merealisasikan rancangan tebatan banjir daerah kecil Lenggong yang meliputi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Temelong, Hulu Perak, Rancangan Tebatan Banjir Sungai ‘Nehrung’ Hulu Perak dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Lenggong.

Di samping itu saya juga berharap supaya Kementerian Kerja Raya dapat memberikan tumpuan untuk menyelesaikan masalah pembinaan jambatan baru di Kampung Supitan, Kampung Chang Lenggong dan juga jambatan Kampung Boh. Ini kerana jambatan-jambatan ini menjadi punca kepada berlakunya masalah banjir di kawasan berkenaan terutama sekali waktu hujan. Program transformasi luar bandar, kita tahu adalah pelengkap kepada pelbagai Program Transformasi Kerajaan. Program Lonjakan Mega misalnya saya juga merasa bertuah kerana di kawasan saya memang terdapat satu Projek Agropolitan Ganda yang memang sedang dalam proses untuk pengambilan peserta seramai lebih 400 orang.

Namun demikian saya mahu juga mendapat jawapan daripada pejabat Menteri supaya ada isu-isu misalnya masalah tanaman yang tidak dapat hidup dengan baik.

Berapa kerja-kerja di sana yang agak lewat daripada jadual kerana masalah-masalah serangan gajah liar dan sebagainya. Oleh itu saya harap pihak kementerian memberi perhatian kepada perkara ini. Di samping itu juga melalui bajet tahun akan datang saya juga berharap supaya pihak kerajaan memberikan tumpuan juga kepada penyelesaian bagi masalah rakyat. Ini yang berkaitan dengan pembinaan jalan iaitu jalan dari Kampung Ulu Chenderong ke Air Kelat di Tanjung Rambai Gerik dan menyelesaikan sambungan jalan fasa berikutnya ke Kem Intan Suraya di Sungai Siput yang sekarang ini terhenti di Lenggong.

Selain daripada itu pembangunan masyarakat Orang Asli amat penting sekali kerana mereka adalah sebahagian daripada penduduk yang memberi sokongan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional. Oleh itu saya mohon supaya pihak kementerian khususnya JAKOA memberikan perhatian untuk membantu, meningkat dan menyelesaikan sedikit lagi masalah yang terdapat terutama sekali di Rancangan Penempatan Sementara

(RPS) Dala iaitu berkaitan dengan bekalan air dan elektrik. Saya tahu bahawa bekalan air dan elektrik di kawasan ini telah pun ada tetapi agak tidak memenuhi sebagaimana dikehendaki. Ini kerana masih lagi kelihatan bekalan air dan elektrik ini menghadapi masalah walaupun kita telah berbelanja besar untuk operasi berkenaan.

Di samping itu saya juga berharap terdapat lapan buah kampung di kawasan ini terutama masih ada lagi kawasan-kawasan yang belum lagi diliputi dengan jalan perhubungan. Oleh itu saya harap pihak kementerian memberi perhatian kepada pembinaan beberapa jalan kampung jalan di RPS Dala ini. Di samping itu penempatan Orang Asli juga ada lagi di kawasan Parlimen saya iaitu di Air Papan dekat Ganda jalan ke Ganda Temenggong.

final • 5:30 PM

Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong

Oleh itu saya mohon supaya pihak kementerian memberi perhatian kepada penempatan ini kerana terdapat beberapa buah keluarga masyarakat Orang Asli di sini yang masih lagi jauh ketinggalan. Masalah kediaman, masalah bekalan elektrik yang masih jauh ketinggalan dan ini perlu diberi tumpuan oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya mengikuti program dan aktiviti belia sejak sekian lama dan inilah kali pertama yang saya dengar apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan perhatian khusus kepada Program Pembangunan Belia dan Organisasi Belia dalam negara ini. Juga disebut dengan begitu nyata, dengan begitu jelas dalam pembentangan bajet baru baru-baru ini. Di mana berita yang amat gembira kepada golongan belia dan pertubuhan belia dengan peruntukan yang lebih besar lebih daripada RM320 juta. Tentunya program-program latihan kemahiran, latihan kepimpinan mewujudkan daya tahan keusahawanan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dapat dilakukan oleh kementerian dan juga NGO-NGO berkaitan melalui bajet yang diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Oleh kerana itu saya harap semua organisasi belia dapat memainkan peranan masing-masing. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Bagaimana dan apakah mekanisme yang akan dilakukan kementerian bagi membolehkan bajet yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini dapat benar-benar direalisasikan dan dapat dimanfaatkan oleh golongan belia terutama sekali di peringkat akar umbi. Kita juga rasa bangga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memberikan peruntukan yang begitu besar kepada Kementerian Pelajaran. Sebagaimana saya sebut di awal tadi tahniah saya ucapkan kerana inilah kali pertama kerajaan memberikan pendidikan secara percuma kepada rakyat. Kita tahu setiap awal tahun ibu bapa terutama sekali masyarakat di luar bandar begitu tertekan dan gelisah kerana terpaksa menyediakan sejumlah peruntukan yang amat besar untuk menyediakan keperluan anak-anak.

Sebab itu apabila bajet yang diumumkan tempoh hari dengan pemberian wang RM100 setiap seorang pelajar dan pelbagai lagi bantuan lain. Ini memang amat melegakan dan sudah tentu rakyat terutama sekali di luar bandar tertunggu-tunggu bilakah peruntukan ini akan diturunkan. Apatah lagi mereka akan tidak lama lagi akan menyiapkan keperluan- keperluan anak-anak mereka sekolah. Saya harap pihak kementerian dapat memaklumkan di Dewan yang mulia ini apakah kaedah dan bagaimanakah cara pemberian itu dapat dilakukan? Supaya ianya dapat dilakukan dengan sempurna dan tidak menghadapi masalah. Selain daripada itu saya minta juga pihak kementerian agar menyelaras dan menyediakan garis panduan terutama sekali kepada pihak sekolah PIBG supaya tidak mengenakan yuran-yuran lain.

Kadang-kadang PIBG dan pihak sekolah apabila melihat kerajaan memberikan bantuan kepada para pelajar mereka akan mengenakan yuran-yuran tertentu bagi membolehkan banyak perkara dapat dilakukan di sekolah ataupun kegiatan PIBG. Ini kadang-kadang akan menekankan juga kepada ibu bapa. Oleh itu saya harap supaya PIBG dan pihak sekolah tidak sewenang-wenangnya mengenakan bayaran-bayaran tertentu.

Maka pihak kementerian mesti mengambil inisiatif menyediakan garis panduan supaya perkara ini dapat diselaraskan di seluruh negara. Saya juga melihat bahawa peruntukan yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran ini cukup tinggi. juga berkaitan dengan pembangunan fizikal sekolah. Oleh itu saya harap pihak kementerian tidak melupakan Program Pembangunan Fizikal di kawasan saya.

Oleh itu saya harap pihak kementerian memberikan perhatian untuk pembinaan baru Sekolah Kebangsaan Kenayat di Gerik yang acap kali menghadapi masalah apabila banjir. Pihak kementerian mesti memberi perhatian dan meletakkan prioriti utama untuk pembinaan sekolah di kawasan ini supaya masalah banjir tidak dapat menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar di sekolah berkenaan. Di samping itu saya juga ingin mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini, ketika ini tidak ada sekolah berasrama penuh di kawasan Parlimen Lenggong. Apa yang ada hanya adalah Maktab Rendah Sains MARA.

final • 5:30 PM

Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong

Pelajar-pelajar yang berjaya di kawasan dan Daerah Hulu Perak ini kebanyakannya dihantar belajar ke sekolah-sekolah luar iaitu apabila pelajar-pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR, yang berjaya ke Maktab Rendah Sains Mara, yang berjaya ke sekolah berasrama penuh, ia tidak menimbulkan masalah kepada kita tetapi yang menimbulkan masalah ialah pelajar yang tidak mendapat tempat. Apabila pelajar ini tidak mendapat tempat, mereka akan belajar di sekolah-sekolah rancangan khas di luar kawasan Parlimen dan juga di daerah dan tempat lain. Ini akan menyebabkan prestasi akademik di daerah dan di kawasan Parlimen saya akan merudum dan berada pada tahap yang begitu rendah kerana pelajar-pelajar cemerlang ini belajar di sekolah-sekolah terpilih di daerah lain.

Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian. Cadangan ini telah pun ada pada kita di peringkat daerah untuk menjadikan Sekolah Menengah Sri Budiman Gerik di dalam kawasan Parlimen Lenggong sebagai sekolah yang terpilih. Di mana sekolah ini boleh menempatkan pelajar-pelajar yang tidak mendapat tempat di mana-mana sekolah Maktab Rendah Sains Mara atau sekolah asrama penuh untuk ditempatkan di sekolah ini. Apabila di sekolah ini, pelajar-pelajar yang terbaik dapat ditempatkan, dengan sendiri akan meningkatkan memastikan prestasi akademik di kawasan ini dapat ditingkatkan daripada kedudukan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga bagi pihak rakyat di kawasan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan kerana telah pun bersedia dalam bajet baru-baru ini untuk memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM3,000. Saya yakin bahawa pihak kerajaan tentu mengkaji dengan lebih mendalam akan implikasi bantuan ini, cuma saya ingin mendapatkan penjelasan secara terperinci oleh kerana kita turun ke peringkat akar umbi sekarang, pada pertanyaan yang telah ditimbulkan oleh rakyat. Bagaimanakah mekanisme, apakah cara? Apakah jabatan yang akan digunakan untuk membolehkan bantuan ini dilakukan dan sebab itu saya harap pihak kerajaan memaklumkan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga memaklumkan bahawa Lenggong merupakan kawasan yang sedang dalam proses untuk pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia. Oleh itu saya harap pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dapat memaklumkan di Dewan ini, apakah statusnya sekarang dan bagaimanakah peluang untuk membolehkan kawasan ini dapat benar-benar dijadikan sebagai satu lagi kawasan yang diiktiraf UNESCO? Jika perkara ini benar-benar direalisasikan pada tahun hadapan, sudah tentu ia akan beri impak bukan hanya kepada kawasan saya di Lenggong atau di negeri Perak. Akan tetapi sudah tentu akan menjadi destinasi pelancongan yang akan menyebabkan ramai pelancong dan juga pengunjung dari luar negara hadir kerana ingin melihat Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia kerana inilah satu-satunya kawasan kediaman awal manusia yang tinggal sejak 1,830 tahun dahulu yang ada di dunia ini kerana tamadun yang terbina di sini bersambung-sambung sehinggalah ke zaman moden.

Sebab itu saya harap komitmen kerajaan dan juga kementerian berkaitan mesti dilipat gandakan dan usaha melobi mesti dibuat secara bersungguh-sungguh bagi membolehkan perkara ini dapat direalisasikan. Tentunya di samping perkara tersebut, saya harap kementerian berkaitan dan juga Kementerian Pelancongan akan membantu untuk menyediakan pelbagai lagi produk pelancongan sampingan bagi membolehkan apabila pelancong datang melihat Lenggong, Tapak Warisan Dunia juga akan melihat beberapa lagi produk pelancongan yang lain terutama sekali gua-gua, kawasan-kawasan rekreasi dan banyak lagi perkara lain. Saya mohon supaya pihak Kementerian Pelancongan dan juga kementerian berkaitan bagi membantu untuk membangunkan lagi kemudahan-kemudahan penginapan bagi dipersiapkan lebih awal untuk membolehkan pelancong yang hadir nanti dapat kemudahan tempat tinggal yang selesa di kawasan ini.

Saya juga harap produk-produk pelancongan misalnya kolam air panas di Kampung Ayer Panas, kawasan rekreasi Hutan Lipur Lata Kekabu dan Lata Ulu Lawin dan banyak lagi diberi perhatian untuk dinaiktaraf supaya ia menjadi sebahagian daripada produk pelancongan yang baik untuk kita semua di kawasan ini.

final • 5:40 PM

Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong

Jadi, saya sekali lagi bagi pihak rakyat di kawasan Parlimen Lenggong mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana bajet yang telah diumumkan begitu melegakan rakyat. Sudah tentu rakyat berasa seronok kerana inilah kali pertama mereka akan mendapat sesuatu secara terus melalui bajet yang begitu baik dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ini. Jadi, sekali saya ucap terima kasih. Sekian sahaja dan saya mohon menyokong.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahitaa’la wabarakaatuh.

Labbaikallahuma labaik, labbaikala syarikala kalabaik, innalhamda wanikmata lakawalmulk, la syarikala.

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih di atas peluang yang diberi untuk membahaskan belanjawan tahun depan tetapi sebelum saya memulakan, ingin saya mendapat penjelasan daripada Dewan yang mulia ini khususnya daripada Tuan Yang di- Pertua. Di manakah rakan kita Yang Berhormat Kota Samarahan? Semenjak saya duduk di Parlimen ini saya tidak pernah berjumpa dengan rakan kita Yang Berhormat Kota Samarahan. Saya dikhabarkan melalui berita-berita yang tidak dapat disahkan, maklumat- maklumat yang agak nakal berkenaan dengan rakan kita Yang Berhormat Kota Samarahan.

Maka apa sudi kiranya diterangkan kedudukan dan dijelaskan ke manakah angkara Yang Berhormat Kota Samarahan sudah lama meninggalkan kita tanpa ada apa-apa pemberitaan yang terkini. Jadi, saya mohon dinyatakan di manakah rakan kita, Yang Berhormat Kota Samarahan.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberikan respons yang baik kepada Timbalan Presiden PAS Haji Mat Sabu dalam kenyataannya yang telah diputar belit.

Namun responsnya amat baik oleh kerana tidak kurang 48,000 para waris, yang keluarga mereka terlibat dalam anggota keselamatan sewaktu darurat dahulu diberikan sedikit imbuhan untuk meyakinkan mereka maka sudah tentulah saya mewakili beberapa rakyat mahu menyatakan dalam Dewan yang mulia ini penghargaan kepada Timbalan Presiden PAS Haji Mat Sabu, yang dengan kenyataan dia akhirnya mereka telah pun dianugerahkan sedikit imbuhan, terima kasih Timbalan Presiden PAS... [Tepuk] Ya, kalau Yang Berhormat Lenggong fikirkan, sepatutnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini memberikan penghargaan kepada pejuang-pejuang itu sudah lama. Kenapa kena tunggu selepas merdeka baru hendak beri kepada waris-waris keluarga tersebut? Namun tidak terlambat dan terima kasih kerana diberi penghargaan itu Yang Berhormat Lenggong.

final • 5:45 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 5:45 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Sila.

final • 5:45 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang diperjuangkan oleh Timbalan Presiden PAS itu bukan anggota polis di Bukit Kepong tetapi pembelaan itu ialah komunis yang menyerang Bukit Kepong. Jadi, berbeza sekali sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 5:45 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Ya, daripada Perak. Saya ingin menyatakan di sini bahawa tiga minggu lepas saya berjumpa dengan kawan Mat Indera, namanya Haji Majid Saleh, dia duduk di Kampung Sengat, Simpang Pulai, Ipoh. Dalam suasana umurnya yang agak lanjut 87 tahun, meringkuk di rumahnya sekarang ini, pemikirannya amat jelas.

final • 5:45 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Maka dia menyatakan bahawa Mat Indera adalah rakannya. Apabila saya katanya, “Berumur 20 tahun, pergi ke Johor maka Mat Indera lah yang akan menunggu saya di stesen kereta api Johor untuk menuntut kemerdekaan pada ketika itu, mengajak orang- orang Islam di Johor bangun untuk menentang kebiadaban Orang Putih dan dia juga beritahu setiap kali waktu solat, Mat Indera beritahu, maka kami akan azan dan kami juga akan iqamat. Maka Mat Indera lah yang akan memimpin solat itu dan biasanya solat Maghrib, Isyak dan Subuh Mat Indera akan baca ayat panjang-panjang” katanya. Maka saya tanya dia, “Adakah Mat Indera juga dikatakan sebagai seorang komunis?” Maka dia menggeleng kepala, “Mana mungkin seorang komunis boleh baca ayat al-Quran panjang- panjang dalam solat Subuh, solat Maghrib dan solat Isyak” katanya.

Jadi, untuk itu saya hendak beritahu bahawa ini adalah satu cetusan daripada Timbalan Presiden PAS yang ingin supaya rakyat Malaysia kembali balik untuk menerangkan fakta yang sebenar, apa yang terjadi 54 tahun yang lepas berkenaan sejarah kita. Barangkali telah diputar-belitkan, sehinggakan apabila Yang Berhormat Gombak bertanya kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran terangkan dalam Dewan yang mulia ini, adakah hari ini negara kita pernah dijajah ataupun tidak kerana ramai profesor-profesor menyatakan negara kita tidak pernah dijajah. Tiba-tiba pada pagi itu saya dengar Yang Berhormat Menteri Pelajaran menyatakan ya, negara kita juga pernah dijajah.

final • 5:45 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Maka Yang Berhormat Lenggong harus sedar bahawa di samping mereka menyatakan tidak dijajah tetapi sebenarnya Yang Berhormat Menteri Pelajaran confirmkan negara kita pernah dijajah. Sila Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 5:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya lihat profil Yang Berhormat Lenggong. Yang Berhormat Lenggong ialah bekas seorang guru. Saya terkejut kalau inilah cara guru mengajar anak-anak muridnya, apa agaknya pada fikiran Yang Berhormat Bukit Gantang akan terjadi kepada anak-anak muridnya. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Ya, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Inilah dikatakan pepatah Perak mengatakan ‘cerodik tidak boleh diikut, tenging tidak boleh diajor’... [Ketawa]

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh bantu sedikit?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Jadi saya harapkan...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

...Fahamkan sedikit tentang sejarah.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh mencelah sedikit?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Oleh kerana orang Johor tanya saya. Saya pergi ke Johor, saya pergi ke Pontian, orang Johor tanya saya. Kenapa pula kata mereka Mat Indera ini adalah orang Johor. Mat Indera ini daripada Batu Pahat, Muar. Kenapa dia disimpan di Kampung Jambu, Taiping? Saya hendak beritahu Yang Berhormat Kota Belud, hendak beritahu Yang Berhormat Lenggong...

final • 5:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Boleh celah sedikit?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Silakan sekejap sahaja. Selepas itu karang Yang Berhormat Kota Belud. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sebenarnya Yang Berhormat Kota Belud, dia menyerang saya dalam Dewan ini bukan apa. Dia pergi Lenggong ceramah, sepuluh orang sahaja yang ada. Oleh sebab itu dia marah. Terima kasih... [Ketawa]

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat. Tidak mengapa Yang Berhormat Bukit Gantang. Teruskan usaha untuk mengagungkan komunis ini insya-Allah kita akan memenangi hati rakyat selepas ini tetapi saya hendak bertanya satu soalan. Satu soalan Yang Berhormat. Ditakdirkanlah, ditakdirkan katalah perjuangan Mat Indera dengan komunis ini, kita merdeka dan pada waktu dan ketika itu kalaulah perjuangan yang dibuat oleh Mat Indera dan konco-konconya komunis ini ialah untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis yang berbentuk komunis. Sistem pentadbirannya komunis. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat apakah Yang Berhormat bersetuju pada waktu kita merdeka nanti, pada waktu itu tuntutan Mat Indera dan sebagainya itu tidak dapat dipenuhi mereka akan memberontak...

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sebagai satu semangat komunis yang patut ditentang.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Saya mengundanglah Yang Berhormat Kota Belud kalau boleh pergi ke beberapa ceramah yang dihadiri oleh...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang sepuluh orang pergi itu?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Adiknya Mat Baharom. Dia akan menceritakan tentang suasana abangnya. Tadi saya nyatakan bahawa kubur Mat Indera disimpan di Taiping. Kenapa disimpan di Taiping, jauh daripada Johor? Ini kerana Mat Indera telah pun ditahan di bawah ISA oleh kerajaan Orang Putih ketika itu selama tujuh tahun. Dan transkripsi yang boleh disahkan hari ini seorang doktor, Syukri menyatakan bahawa apabila ketika itu pihak Inggeris tidak boleh mempengaruhi Mat Indera, maka ditanyakan ataupun diarahkan oleh OCPD Taiping untuk menyatakan kepada Mat Indera membuat pilihan, dua pilihan. Sama ada kamu mengaku perjuangan kamu berdasarkan komunis ataupun kamu pergi ke tali gantung. Maka Mat Indera mengaku aku rela pergi ke tali gantung.

Ini yang dikatakan dalam sejarah dan inilah rakyat perlu tahu. Bukannya Mat Sabu menafikan perjuangan kemerdekaan yang dibuat oleh Allahyarham Onn Jaafar. Mat Sabu tidak juga menafikan perjuangan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Akan tetapi jangan dilupakan perjuangan-perjuangan yang lain. Jangan dilupakan Tok Janggutnya. Jangan dilupakan Dr. Burhanudin Helminya, yakni pejuang, pejuang perwira umat. Jangan dilupakan Abdul Rahman Limbung. Jangan dilupakan juga Datuk Bustamam dan lain-lain rakan yang juga turut menuntut kemerdekaan pada ketika itu.

Tuan Yang di-Pertua, untuk itu saya lagi sekali merakamkan setinggilah terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenangkan jasa-jasa mereka dan akhirnya insya-Allah sebanyak lebih 62,000 saya difahamkan akan menerima imbuhan tidak kurang daripada RM3,000 barangkali kepada mereka.

Ketiganya saya ingin menyatakan bahawa ramai di antara Ahli Parlimen telah menyatakan berkenaan dengan cadangan untuk melanjutkan tempoh pencen daripada 50 tahun kepada 60 tahun. Ramai juga ibu bapa khususnya kepada kaum Melayu di kampung menyatakan keresahan mereka bahawa anak-anak mereka hari ini selepas keluar universiti, mereka tidak ada kerja dan ditokok lagi kalau ditambahkan dua tahun menjadi 60 tahun, maka peluang untuk mereka mendapat pekerjaan cukup tipis sekali. Maka apa sudi kiranya difikirkan bahawa tidak dilanjutkan tempoh pencen kepada kakitangan kerajaan.

Keempat saya ingin menyatakan bahawa Ahli Parlimen daripada Perak - Sungai Siput pernah ditahan di bawah OD dan hari ini kita rasakan bahawa ini satu penganiayaan kepada dia dan rakan-rakan PSM seramai enam orang yang ditahan di bawah Emergency Ordinance. Pada awalnya mereka telah dituduh mengisytiharkan perang dengan Yang di- Pertuan Agong. Kemudian ditukar pula pendakwaan itu menyatakan mereka ini subversif dan mengedar risalah-risalah komunis dan akhirnya ditukar pendakwaan itu.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Maka saya ingin mencadangkan supaya PDRM yang mengenakan tahanan itu memohon maaf kepada pimpinan PSM khususnya di negeri Perak yang dipimpin oleh Yang Berhormat daripada Sungai Siput dan rakan-rakan mereka yang telah dianiaya di atas penyalahgunaan Emergency Ordinance tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita ada beberapa makalah yang ditulis oleh seorang profesor bekas sahabat universiti yakni Dr. Profesor Jesudason yang pernah bersama dengan Yang Berhormat daripada Sungai Siput. Dia telah menyatakan apakah benar tuduhan mengisytiharkan perang Yang di-Pertuan Agong? Jadi untuk itu saya lagi sekali mencadangkan supaya pasukan Polis Diraja Malaysia memohon maaf kepada rakyat khususnya daripada parti PSM. Kami di Perak yang terpaksa, kami mencuba sedaya upaya untuk membantu mereka supaya dapat dibebaskan ketika mereka ditahan pada bulan puasa hari itu.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyatakan bahawa dua minggu ataupun empat atau lima hari yang lepas, keluar satu kenyataan daripada akhbar The New Straits Times yang menyatakan bahawa The Asian University for Women Chittagong di Bangladesh telah melantik isteri kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sebagai salah seorang daripada penaungnya. Syabaslah. Cuma dinyatakan dalam kenyataan akhbar itu, “The wife of an Islamic country’s leader”. Saya ulangi dinyatakan dalam laporan The New Straits Times, “The wife of an Islamic country’s leader.” Tuan Yang di-Pertua, negeri kita hari ini parah menghadapi masalah gejala sosial.

Saya dalam Dewan Undangan Negeri Perak mengatakan seikhlas-ikhlas hati saya sebagai seorang yang daif, seorang yang jahil. Oleh kerana ramai dentuman saya terima dari rakan- rakan, saya terima daripada Puteri UMNO, daripada Wanita UMNO, apa sudi kiranya dinyatakan di dalam Dewan yang mulia berkenaan dengan isteri kepada pemimpin kami yang terang-terang melanggar perintah Allah kerana tidak menutup aurat. Ustaz dan ustazah menyatakan kepada saya di sekolah kebangsaan, mereka memberitahu anak-anak mereka di sekolah menengah. Mereka beritahu kepada budak-budak sekolah Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 yang menyuruh mereka ini menutup aurat. Mereka telah pun memakai baju kurung tetapi tidak menutup aurat. Maka ustazah beritahu kepada anak murid. “Ina, Ina.., Ina sudah pakai baju elok dah. Kenapa Ina tidak tutup kepala, tidak pakai tudung?” Apa kata Ina? Kata Ina, “Rosmah pun tidak pakai tudung!” katanya. Inilah yang dinyatakan oleh ibu-ibu yang hari ini terang-terang kita mengatakan...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak payah peribadilah Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Kalau sekiranya saya menyatakan dalam konteks dasar. Oleh kerana ini...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tanya Timbalan Presiden. Timbalan Presiden PKR, isterinya pakai tudung atau tidak?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Sit down.

Please sit down.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak tanya. Saya hendak bertanya Yang Berhormat. Timbalan Presiden PKR, isterinya pakai tudung atau tidak?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Sila duduk.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak tahu. Dulu dia macam itu.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Sila duduk.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak tanya kawan-kawan yang lain.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

But this is my floor.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat kalau hendak berucap, jangan tentang peribadi.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Bukan, saya menyatakan dalam konteks hari ini.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Cantik sudah yang tadi itu.

final • 5:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Bagilah contoh yang lain.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Anak-anak murid menjadikannya ia sebagai idola.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa kena mengenanya dengan anak- anak murid, apa kena mengenanya dengan masalah sosialnya?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Akan tetapi kalau isteri Presiden UMNO, kalau isteri Perdana Menteri tidak boleh menghormati ayat Al- Quran...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jaga perkataan Yang Berhormat itu!

final • 5:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat!

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Menentang arahan Allah.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tidak betul Yang Berhormat!

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Maka jangan disalahkan anak-anak muda. Wanita juga mungkar kepada ayat-ayat Allah.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat jangan suka bercakap begitu. You no class!

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Jadi untuk itu saya ingin mengambil kesempatan ini.

final • 5:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat, kalau pun Yang Berhormat pejuang kepada agama tidak payahlah menghina orang lain.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Bukan menghina. Kalau yang melaksanakan itu bukan isteri Presiden UMNO...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa kena mengenanya?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Maka saya juga tidak berkuasa mengata di dalam Dewan ini.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa kena mengena tudung isteri Perdana Menteri dengan masalah sosial di negara ini?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Akan tetapi oleh kerana isteri Presiden UMNO, isteri Perdana Menteri Malaysia adalah The First Lady.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa dia? Tunjuk bagi saya contoh!

Mana contoh?

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Maka itu saya sebut...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat hipokrit!

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Bahawa isteri Presiden UMNO tidak langsung menghormati perintah Allah.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Apa dia bukti yang menunjukkan tudung isteri Perdana Menteri ada kaitan dengan gejala sosial di negara ini. Saya minta bagi bukti.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Sila duduk.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bagi bukti Yang Berhormat. Kalau tidak Yang Berhormat kena.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mencadangkan...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Hipokrit!

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Oleh kerana ini merupakan satu cerminan daripada seluruhnya. Kalau ianya bukan isteri pimpinan, saya pun tidak kuasa hendak sebut...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya minta bukti Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Akan tetapi oleh kerana dia adalah role model. Dia ada peranannya yang boleh dijadikan sebagai contoh anak-anak muda hari ini. Maka saya serendah-rendah hati, sedaif-daifnya...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Point of order.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Merayu supaya perintah Allah ini diikut supaya pemimpin UMNO tidak lagi menipu rakyat dan orang kampung.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, point of order Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Point of order Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Saya juga dalam Dewan Undangan Negeri Perak menyatakan benda yang sama.

final • 6:00 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

Tolong duduk dulu, saya ada point of order.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Ahli Dewan Undangan Negeri memberikan sokongan, penghargaan kepada saya. Maka saya nyatakan ini adalah tanggungjawab...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Bukit Gantang, cubalah dengar orang buka point of order Yang Berhormat. I don’t like to raise my voice. Kalau orang kata point of order Yang Berhormat, walaupun ghairah macam mana, duduklah sekejap.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya boleh dengar Yang Berhormat punya ucapan. Apa point of order Yang Berhormat?

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya mendengar hujah Yang Berhormat yang cuba memesongkan Dewan dengan mengatakan bahawa gejala sosial di negara ini ada kaitan dengan sama ada isteri Perdana Menteri memakai tudung atau tidak.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tunggu sekejap, tunggu sekejap, Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini memesongkan Dewan, saya minta bukti.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Belud, point of order yang mana ni?

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Peraturan Mesyuarat 36(6).

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Tuan Yang di- Pertua, saya sebut tadi persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung pada 15 hari bulan Ogos... Tuan Yang di-Pertua menanyakan artikel mana dalam perintah tetap.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Belud, duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya minta...

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Persidangan terakhir Dewan Undangan Negeri Perak.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini kita sama-sama Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak payah menjeritlah bercakap.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 15 Ogos menyaksikan bagaimana seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dinafikan hak kami untuk bersuara dalam Dewan yang pada awalnya dinyatakan persidangan berlarutan sampai dua hari. Rupa-rupanya tidak sampai tiga jam Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana dalam persidangan itu, seluruh mike kami daripada Pakatan Rakyat ditutup oleh Speaker yang haram itu. Kami tidak dapat bersuara dalam Dewan, lebih-lebih lagi dalam bulan puasa kerana mike kami ditutup oleh mereka. Mike daripada Barisan Nasional boleh pula bersuara, yang pertama.

Kedua, Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak tidak dihormati oleh Speaker haram yang ada hari ini. Ketiga, saya hendak menyatakan bahawa soalan-soalan yang kami tanya dibenarkan lapan soalan, tiga lisan dan lima yang bertulis tidak dijawab.

Kalau pun dijawab hanya satu ataupun dua soalan. Maka saya sebagai Ketua Pembangkang ketika itu memberikan saranan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk meninggalkan Dewan dan hanya bersidang tidak sampai tiga jam - saya hendak beritahu kepada Ahli Yang Berhormat.

Dalam suasana sedemikian, pada 21 September baru ini, bekas mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki membuat satu kenyataan bahawa dalam kedua-dua kes yang melibatkan Mahkamah Persekutuan Putrajaya menentukan kes di antara saya dengan Yang Berhormat Menteri Besar Perak hari ini, Zambry Abdul Kadir bahawa dia tidak campur tangan dalam menentukan siapa dia hakim dan berapa orang hakim tersebut. Ini jelas dinyatakan. Saya ingin menyatakan dalam peradaban yang dinyatakan oleh Akta Mahkamah Kehakiman, dengan izin saya menyatakan pada tahun 1989 dibuat keputusan itu oleh Ketua Hakim ketika itu yang dipanggil sebagai the Supreme Court, “The powers of the Lord President or any person acting as Lord President under Section 38 and 39 of the

(Courts of Judicature Act) are express statutory powers which cannot be exercised by others unless properly exercised under section 9(1) of the act during illness or absence from Malaysia or owing to any other cause when the Lord President is unable to exercise the functions of his office.” Ini merupakan pengakuan daripada mantan Ketua Hakim Negara yang dia mengaku tidak campur tangan dalam menentukan berapa orang hakim dan siapakah hakim yang akan menentukan kes ini.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Kedua, mantan Lord President, Ketua Hakim Negara juga menyatakan bahawa dia mengarahkan registrar daripada Mahkamah Rayuan untuk menentukan seorang hakim dalam mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan saya sebagai Menteri Besar yang sah. Maka untuk itu, dia berlawanan dengan peraturan oleh sebab registrar tidak ada hak untuk menentukan siapa hakim.

Lagipun ketika itu hanya satu hakim yang mengetepikan penghakiman daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diketepikan oleh hanya satu hakim yang diputuskan oleh seorang registrar untuk menentukan keputusan dan akhirnya diketepikan hukuman daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Jadi untuk itu, kita minta menteri berkenaan supaya mengkaji balik keputusan ini kerana kalau ianya benar maka keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang menyatakan lima orang hakim itu memutuskan bahawa Yang Berhormat Zambry Abdul Kadir Menteri Besar yang sah, maka keputusan itu juga tidak sah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana tersebut saya ingin menyatakan bahawa kalau boleh ...

final • 6:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bukit Gantang, hendak jadi Menteri Besar balik kah? Sudahlah tu.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Ya terima kasih. Keenamnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa di Perak, kita ada satu insiden yang tidak lama dahulu berlaku sebuah kapal kepunyaan Royal Navy tenggelam di Sandakan. Berita ini tidak diketahui. Maka saya ingin bertanya kenapakah kapal yang tidak sepatutnya boleh selam akhirnya ia menyelam dan kapal yang sepatutnya boleh menyelam, tidak boleh menyelam. Jadi saya tanya kapal KD Pari, kapal KD Pari tenggelam di perairan Sandakan, maka rakyat tidak diberitahu.

final • 6:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bukit Gantang sudahlah, jom minum kat luarlah.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Kenapa kapal tersebut tenggelam, apakah puncanya dan siapa yang bertanggungjawab? Jadi saya minta dalam suasana sedemikian supaya diberikan penerangan berkenaan dengan insiden tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kita mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Khas Pilihan untuk menambah baik dan membersihkan pilihan raya yang akan datang. Saya ingin bertanya sama ada kos yang telah dilaksanakan untuk memastikan PATI didaftarkan menggunakan konsep 6P dan pendekatan 6P. Berapa banyakkah kos yang dibelanjakan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi membiayai software, hardware nya yang akhirnya nanti kita tidak mahu digunakan sebagai justifikasi untuk biometrik digunakan dalam Pilihan Raya yang ke-13. Maka saya serendahnya bertanyakan berapakah banyak kos biometrik tersebut. Cuba sahkan, gambaran di luar menyatakan kalau takdirnya biometrik digunakan dalam pilihan raya akan datang, maka kosnya tidak kurang RM80 hingga ke RM100 juta.

Saya mahu mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri, seandainya kita membuat keputusan untuk menggunakan biometrik, adakah ianya berbaloi kerana sistem tersebut hanya akan dipakai pada hari mengundi daripada pukul 8 pagi sampai ke 5 petang. Wajar dan berbaloikah kita berbelanja kos sebegitu banyak hanya dalam tempoh tidak sampai sembilan atau sepuluh jam. Jadi untuk itu saya merayu seboleh-bolehnya dinyatakan kos yang telah pun digunakan dalam mendaftarkan parti yang berjumlah lebih RM2 juta kalau sistem yang sama juga digunakan dalam pilihan raya akan datang, berapakah kos yang akan dibiayai oleh rakyat bagi memastikan pilihan raya itu berjalan bersih.

Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana hari ini, kita lihat bahawa pada akhir bulan ini, Kementerian Kesihatan akan buat keputusan besar. Satu syarikat besar yang ada kena mengena dengan UMNO telah diberikan kontrak panjang, sebelum ini selama 15 tahun untuk menguruskan dan juga menyelenggarakan keseluruhan hospital-hospital di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak. Saya difahamkan bahawa kontrak yang lama itu akan berakhir pada akhir bulan Oktober ini.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Maka saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah Kementerian Kesihatan mengikut peraturan Kementerian Kewangan akan mengadakan tender terbuka bagi memilih syarikat dan firma ataupun conglomeration yang boleh melaksanakan kerja-kerja yang sama kepada hospital-hospital kerajaan di negara kita. Jadi untuk itu saya pohon supaya Kementerian Kesihatan memberikan jawapan untuk mencerminkan bahawa syarikat bukan kroni diberikan semula untuk menguruskan kerja-kerja pengurusan dan juga penyelenggaraan seluruh hospital di negara ini.

Dalam suasana tersebut, saya berterima kasih kerana peruntukan dalam bajet tahun depan diberikan kepada sekolah-sekolah dalam bentuk pembangunan, dalam bentuk penyelenggaraan. Ya, semua sekolah-sekolah itu mendapat sedikit imbuhan bahkan dalam konteks penyelenggaraan, sekolah kebangsaan mendapat RM500 juta, bagus.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina juga begitu, Tamil juga begitu, Mubaligh juga begitu dan juga MRSM. Saya ingin bertanya di manakah peruntukan sekurang- kurangnya sedikit imbuhan diberikan oleh kerajaan kepada sekolah agama rakyat yang dilaksanakan oleh orang-orang perseorangan yang hari ini tidak diiktiraf mereka.

Pernah satu ketika dahulu Kerajaan Pusat memberikan imbuhan dalam bentuk per kapita. Akan tetapi akhirnya mantan Perdana Menteri telah menarik peruntukan tersebut.

Maka akhirnya hari ini sekolah agama rakyat tidak mendapat satu sen pun dalam belanjawan tahun hadapan. Saya ingin merayu dan mencadangkan agar sekolah agama rakyat ini diiktiraf dan diberi sedikit geran kepada mereka kerana kalaulah kita tengok hari ini di Perak, kebanyakan infra-infranya cukup-cukup mendukacitakan. Sebahagian daripada sekolah ini telah diserahkan kepada SABK. Sesetengahnya masih lagi dalam kawalan orang perseorangan.

Cumanya Tuan Yang di-Pertua, setiap kali bulan puasa, maka ramailah dan banyaklah pengerusi masjid akan menghubungi mudir-mudir di sekolah agama rakyat ini untuk memohon kalau boleh dihantar ke masjid masing-masing seorang ataupun dua orang hafiz bagi mengepalai solat tarawih yang dulunya mereka tidak iktiraf tetapi bulan Ramadhan, bukan main seronok mengiktiraf mereka. Maka apa sudi kiranya sekolah agama rakyat ini juga diberi sedikit peruntukkan supaya mereka juga sama-sama boleh membimbing dan juga boleh melahirkan individu-individu yang boleh berguna kepada masyarakat.

Ada empat buah sekolah yang saya ingin sebutkan dalam suasana yang memerlukan bantuan. Kita ada sekolah tahfiz Quran di Tualang Sekah di Malim Nawar, Perak. Kita juga ada sekolah yang sama iaitu Al-Islah di Sungai Lampam. Sungai Lampan di Sungai Manik. Kita ada sekolah tahfiz di Kampung Medan iaitu di Bagan Serai dan kita juga ada lagi sekolah tahfiz yang duduknya nun jauh di Pengkalan Hulu dekat dengan Lenggong yang mana tidak dapat langsung imbuhan daripada peruntukan besar yang diberikan oleh kerajaan yang ada. Saya ingin menyatakan...

final • 6:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Jauh itu Lenggong.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

...Dalam Dewan yang mulia ini. Sekolah Tahfiz Pak Teh yang ada di Pengkalan Hulu itu. Mereka pernah memohon daripada kerajaan Barisan Nasional sejumlah 45 ekar tanah di belakang pondok mereka. Arwah Pak Teh sebagai seorang ahli jawatankuasa, bekas daripada Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Perak yang telah pun meninggal dunia tiga, empat bulan yang lepas memohon daripada kerajaan Barisan Nasional yang ketika itu Ahli Dewan Undangan Negerinya adalah mantan Menteri Besar. Apa sudi kiranya 45 ekar tanah di belakang pondok tersebut yakni padang ragut diluluskan untuk sekolah Pak Teh melaksanakan kerja- kerja pertanian dan akhirnya boleh membiayai kos perjalanan sekolah tersebut.

Malangnya...

final • 6:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Teks ucapan ini untuk Dewan Undangan Negeri Perak. Dia tidak sempat baca.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Malangnya permohonan arwah Pak Teh tidak diluluskan. Setelah Pakatan Rakyat berkuasa selama sebelas bulan, tidak sampai dua minggu kami telah meluluskan permohonan Pak Teh dan akhirnya... [Tepuk] Pak Teh telah memberikan saya satu sijil sebelum Pak Teh meninggal dengan melelehkan air mata.

Kalau sekiranyalah dahulu diluluskan pada tahun 2004 oleh UMNO - Barisan Nasional, sudah tentulah sekarang ini Pak Teh boleh menggunakan hasil daripada tanah tersebut untuk membiayai sekolah Pak Teh. Itulah suasana yang ada hari ini yang boleh disahkan oleh Yang Berhormat daripada Baling kerana dia juga ada kena mengena tali persaudaraan dengan arwah Pak Teh. Silakan, Yang Berhormat Baling.

final • 6:10 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Lenggong tidak sebut pun.

final • 6:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Itu teks ucapan Dewan Undangan Negeri Perak. Tidak sempat baca itu hari.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong... [Ketawa] Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat Lenggong tidak lama dia sudah menyeberang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berhubung dengan sekolah agama rakyat. Melihat kepada suasana dan keadaan yang tidak dapat dinafikan dalam negara hari ini, pertama, kesulitan untuk kita mengganti terutama sekali imam-imam yang sudah lanjut usia di semua negeri sebenarnya di Malaysia sama ada negeri Pakatan Rakyat atau negeri Barisan Nasional. Imam-imam di kampung- kampung atau imam-imam kariah agak sulit apabila imam-imam tua sudah uzur ataupun meninggal dunia untuk kita gantikan.

Begitu jugalah dengan suasana ajaran Islam yang berkecamuk yang diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sebahagian besar masyarakat kita agak terkeliru. Pada satu ketika dahulu masalah-masalah begini diatasi oleh lepasan- lepasan daripada sekolah agama rakyat. Merekalah yang menjadi opinion leader (OL) di kampung-kampung terutama sekali. Jadi apakah Yang Berhormat Bukit Gantang boleh bersetuju untuk kita, Ahli Dewan ini melihat suatu yang lebih serius dan lebih ikhlas supaya Bajet 2012 diambil kira sebagaimana kerajaan serius mengambil kira peruntukkan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan juga sekolah jenis kebangsaan Tamil yang diperuntukkan RM100 juta kalau tidak silap. Jadi sekolah agama rakyat...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa sudah habis sebenarnya, Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib - Baling

Sikit sahaja, Tuan Yang di- Pertua. Setengah minit. Kalau tidak silap saya sekolah agama rakyat peringkat menengah ada lebih kurang 161 buah di seluruh negara yang melibatkan 20,700 orang murid. Sekolah rendah melibatkan 208,000. Jadi hampir 230,000 pelajar sekolah agama di seluruh negara.

Ini Yang Berhormat, apa pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang?

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Saya cukup bersetujulah di atas pandangan Yang Berhormat Baling itu dan saya minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga JAKIM memberikan sedikit perhatian dalam suasana sedemikian. Oleh kerana betul. Kami di Perak juga masjid-masjid diisi oleh imam-imam yang agak uzur. Jadi kalau boleh sekolah agama rakyat ini membekalkan imam-imam yang jauh lebih sempurna daripada itu akan memberikan satu gambaran yang baik...

final • 6:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masa sudah habis, Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 6:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Bukit Gantang, boleh?

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Masa sudah habis.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak payahlah. Tidak payahlah. Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong, tidak payahlah.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Kita jumpa di Lenggong nanti.

final • 6:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Siapa hendak tunggu? Sepuluh orang ceramah buat apa?

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Tuan Yang di- Pertua, saya terima kasih kepada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran berkenaan PPSMI. Ini satu suasana yang agak menggembirakan oleh kerana dua, tiga orang menteri sebelum ini tidak boleh memutuskan sama ada kita hendak meneruskan PPSMI ataupun kita memberhentikan. Akhirnya keputusan muktamad dibuat dan kita akan meneruskan PPSMI. Syabas kerana pimpinan PAS khususnya Almarhum Ketua Pembangkang ketika itu menyatakan dalam Dewan yang mulia ini – bukan sini tetapi yang sana itu, menyatakan kalau kita hendak mengajar bahasa Inggeris, kita cari pakar-pakar orang bahasa Inggeris. Kalau kita hendak mengajar Sains dan Matematik, kita mengajar mereka dalam bahasa ibunda mereka. Negeri-negeri seperti Korea, Jepun, Jerman dan yang lain-lainnya mereka mampu bersaing dalam sains dan matematik kerana diajar dalam bahasa ibunda.

Maka hari ini, point yang sama, hujah yang sama diberitahu oleh Menteri Pelajaran oleh kerana kita mesti mengajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda kita. Maka syabas! Kami daripada PAS pada tahun 2006 telah pun memfailkan kes ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya salah seorang daripadanya ketika itu memfailkan untuk mengembalikan balik bahasa Kebangsaan kerana dasar yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional ketika itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, bertentangan dengan Akta Pendidikan, bertentangan juga dengan Akta Bahasa Kebangsaan. Kita ada satu akta dekat negara ini yang memelihara bahasa kebangsaan. Akan tetapi ketiga-tiga akta itu termasuk penyata daripada penyata yang dibuat sebelum itu mereka langgar dan langsung tidak memberikan perhatian kepada PPSMI.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Jadi untuk itu saya lagi sekali merakamkan supaya PPSMI ini diteruskan supaya proses integrasi dapat dilaksanakan dengan cara baik.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya sudah kata tadi ini bertentangan dengan apa yang saya sebut, Yang Berhormat. Dua minit. Tiga minit lebih, Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih, memohon maaf kepada semua. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Happy Deepavali kepada seluruh rakan-rakan saya kaum Hindu dalam Dewan yang mulia ini dan juga masyarakat India.

final • 6:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat hendak ke mana?

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Happy Deepavali... [Berucap dalam bahasa Tamil] Wabillaahi taufik walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Sibuti.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillaahir Rahmaannir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 6:19 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada Jumaat yang lalu.

Dasar yang diolah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan iaitu Dasar Transformasi Nasional – Bajet Membela Rakyat, Menyejahterakan Rakyat merupakan tema bajet yang telah dibentangkan dan kami sebagai wakil rakyat daripada kawasan Sibuti dan juga wakil rakyat daripada negeri Sarawak merasa dan menyambut baik bajet yang telah dibentangkan ini kerana merasakan bajet ini dapat benar-benar menaikkan sokongan rakyat di kawasan-kawasan di luar bandar.

final • 6:19 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Inilah yang dikatakan Kerajaan Barisan Nasional yang dikatakan mencintai negara kita dan juga mencintai rakyat agar kita benar-benar maju di masa hadapan. Tuan Yang di- Pertua, saya juga ingin meninjau pandangan masyarakat di kawasan saya bahawa setelah mendengar bajet ini mereka mengharapkan ia nanti boleh disampaikan dengan baiknya di kawasan-kawasan di luar bandar kerana bajet ini benar-benar memberi satu tujuan daripada orang petani di bawah sehingga ke peringkat universiti di atas.

Saya juga menyambut baik bajet yang dibentang ini kerana pihak masyarakat kita di luar bandar banyak masih memerlukan yang berterusan pembangunan-pembangunan di luar bandar. Apa yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia adalah satu-satunya kita percaya Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan memang akan memanggil semua pakar-pakar ekonomi termasuk juga Gabenor dan kakitangan Bank Negara Malaysia dan juga semua pegawai-pegawai yang cerdik pandai di dalam Kementerian Kewangan Malaysia untuk membuat laporan-laporan dan persediaan bajet ini. Maka, dengan itu kita mempunyai keyakinan bahawa bajet ini benar- benar dapat sampai kepada rakyat, insya-Allah. Saya juga Tuan Yang di-Pertua, mengalu- alukan bantuan RM500 kepada rakyat yang susah untuk mereka boleh menambah belanja keperluan mereka seharian dan juga dengan pemberian RM100 kepada semua pelajar- pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah boleh membantu meringankan sedikit ibu bapa dalam mereka membelikan pakaian, buku-buku sekolah untuk anak-anak mereka.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memberi perhatian kepada rakyat-rakyat di kawasan luar bandar. Saya juga menyambut baik keputusan kerajaan untuk memansuhkan yuran sekolah-sekolah bermula tahun depan bagi seluruh sekolah menengah dan sekolah rendah di kawasan-kawasan seluruh Malaysia.

Begitu juga sebanyak RM1 bilion digunakan untuk membaik pulih sekolah-sekolah dan membina baru sekolah. Saya mengharapkan peruntukan-peruntukan seperti ini sampai juga ke kawasan saya Sibuti kerana masih ada sekolah-sekolah yang di dalam keadaan daif dan juga kerusi meja yang telah berumur lebih kurang 20 tahun ke 30 tahun masih digunakan. Saya juga merasa senang hati apabila keperluan-keperluan kenaikan pangkat guru-guru dan juga mendapat gaji yang baru nanti boleh merencanakan pendidikan yang begitu baik kepada anak-anak kita yang berada di bangku sekolah.

Oleh kerana guru-guru inilah yang akan kita melihat, akan mengajar bahawa anak- anak kita akan menjadi insan yang berguna di masa hadapan. Jadi, model yang tertentu untuk mencapai ke menara gading terletak begitu dengan guru-guru. Dengan kesempatan ini saya mengharapkan bahawa guru-guru yang berada di Sarawak yang datang dari Semenanjung ini, yang dihantar untuk mengajar di luar bandar janganlah mereka dalam dua tahun, tiga tahun hendak balik ke sini dan berpindah kawasan.

Ini kerana perpindahan itu memakan belanja yang besar. Kalau boleh juga kita memohon kepada Kementerian Pelajaran bahawa anak-anak Sarawak yang layak boleh menjadi guru, berilah latihan juga kepada mereka diterima di dalam mana-mana IPG yang berada di negeri Sarawak, untuk mereka dapat menjalan tugas dengan baik di kawasan- kawasan luar bandar.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Saya juga ingin menyentuh soal peruntukan pembinaan rumah mesra rakyat. Oleh kerana rumah mesra rakyat ini di kawasan saya telah pun di janji oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri masa lawatan dulu hanya 20 buah sedang diluluskan dan 240 buah telah diluluskan untuk dibahagi-bahagi dan diagih-agihkan kepada masyarakat di sana. Akan tetapi peruntukan kewangannya belum sampai-sampai lagi. Saya mengharap dengan ada peruntukan yang besar begini, daripada 10,000 buah rumah itu tidak ketinggalan kawasan saya Sibuti, sekurang-kurangnya mendapat 100 buah lagi untuk di Parlimen Sibuti.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kita kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana telah walk the talk, dengan izin. Beliau telah memberitahu kepada rakyat di kawasan saya akan membuat jalan raya di kawasan Saeh - Niah telah dijalankan oleh di bawah Kementerian Pertahanan. Menteri yang berkenaan turun padang. Jiwa murni ini telah dilaksanakan dan telah siap dan telah boleh diguna pakai pada hari ini. Terima kasih daripada semua rakyat rumah panjang sebanyak 13 rumah panjang di kawasan saya. Berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana ini janji-janji beliau telah pun di tunai.

Begitu juga jambatan-jambatan di Kuala Sibuti dan juga di jambatan di Kuala Lajong telah pun siap dan boleh diguna pakai pada hari raya yang lepas. Maka, rakyat sangat-sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Kita juga ingin untuk berterima kasih kepada peruntukan RM150 juta untuk Tabung Pembangunan Perkhidmatan Awam yang diurus oleh SME Bank bagi membantu pengusaha bas-bas sekolah atau bas-bas mini mendapat pinjaman bagi membaiki bas, membeli bas yang baru.

Ini saya lihat dapat meningkat mutu pengangkutan di luar bandar. Di sini juga saya menyarankan kalau boleh pihak kementerian benar-benar melihat di antara Firefly dan MAS yang bersaing dengan begitu hebat. Saya mengharapkan untuk pelajar-pelajar kita dari universiti di Kuala Lumpur ini pergi ke kawasan Sarawak dan dari Sarawak dan Sabah pergi ke Kuala Lumpur mesti diberi pertimbangan yang baik dan jujur bahawa tambang-tambang ini mesti diberi peluang kepada mereka mendapat tambang yang paling minimum. Ini supaya pelajar-pelajar kita dapat menikmati pelajaran mereka di sini dan kebanyakan ibu bapa mereka adalah orang yang miskin daripada kawasan-kawasan luar bandar.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang pelancongan kerana kawasan saya Sibuti adalah kawasan yang dikatakan banyak tempat yang boleh dilawati oleh pelancong seperti Gua Niah, Air Terjun di Lambir dan juga coral reef dengan izin, yang begitu baik di kawasan saya di Tanjung Bungai, Sibuti. Didapati daripada mereka yang selalu pergi menyelam, terdapat banyak ikan-ikan yang tidak pernah kita dilihat di kawasan lain terdapat di situ. Oleh sebab itu saya mengharapkan bahawa Menteri Pelancongan ataupun timbalannya datanglah melawat kawasan saya dan melihat perkara ini dengan baik. Ya Tuan Yang di-Pertua, diizinkan.

final • 6:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya ingin berkongsi pendapat dengan Yang Berhormat dan kalau Yang Berhormat bersetuju, mungkin boleh dimasukkan di dalam ucapan Yang Berhormat. Seperti mana yang saya katakan awal tadi, saya baru balik dari luar negara dan sepanjang penginapan saya di Portugal dan juga di Holland, mereka mempunyai satu tax atau cukai yang dikenakan kepada pelancong-pelancong yang dikutip oleh kerajaan tempatan yang dikutip oleh hotel tersebut bagi pihak kerajaan tempatan untuk memastikan kesemua kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada pelancongan itu dapat dibiayai oleh kerajaan tempatan. Oleh sebab kawasan Yang Berhormat mungkin mempunyai eco-tourism yang bagus dan ini adalah premium places dengan izin, apa pendapat Yang Berhormat kalau kita mengajukan kepada kementerian untuk mengenakan cukai? Kalau di sana lebih kurang EURO6 atau lebih kurang RM24. Itu mungkin salah satu cara untuk mendapatkan lebih dana kepada kerajaan tempatan.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud kerana memberikan pandangan yang baik. Saya sangat menyokong. Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh ucapan Yang Berhormat Kota Belud dimasukkan di dalam ucapan saya agar Menteri-menteri yang berkenaan mengambil berat hal ini.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, bajet kali ini kita lihat bahawa kerajaan masih mengekalkan subsidi-subsidi penting terutama sekali subsidi makanan yang berjumlah RM2.3 bilion dan subsidi bahan api yang berjumlah RM33.2 bilion. Perlu diingatkan bahawa subsidi ini diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira status mereka sama ada miskin ataupun kaya.

Apa yang perlu saya hujahkan di sini Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana pihak kementerian benar-benar boleh mengawal ketirisan-ketirisan subsidi ini supaya pihak kerajaan tidak rugi berbilion-bilion sedangkan tujuannya adalah untuk membantu rakyat miskin. Apa yang difahamkan kepada saya ialah bahawa pihak stesen-stesen minyak ini ada yang beroperasi dalam 24 jam satu hari dan operasi mereka bertukar selepas daripada pukul enam sehingga pukul enam pagi iaitu di mana minyak yang masih tinggal di dalam stesen itu, lori-lori besar akan membeli minyak itu dengan tanker-tanker, lori-lori, tong-tong yang besar. Oleh sebab itu pada keesokannya minyak tersebut telah habis. Tuan Yang di- Pertua, jadi saya mengharapkan pihak kementerian yang mengawal minyak ini benar-benar boleh mengawal agar minyak kita tidak tiris dan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang mengaut keuntungan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong komitmen kerajaan memperuntukkan lebih kurang RM900 juta bagi merancang koridor pembangunan termasuk SCORE di negeri Sarawak. Koridor pembangunan ini adalah penting bagi menjana pendapatan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat terutama sekali rakyat di kawasan luar bandar di negeri Sarawak. Lantaran itu, usaha kerajaan menekankan aspek pembelajaran teknikal dengan memberikan sejumlah peruntukan untuk pendidikan politeknik dan vokasional amatlah dialu-alukan.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa menu 1Malaysia jika di kawasan luar bandar saya merasakan masyarakat kampung tidak memerlukan program sebegini, tetapi keperluan adalah untuk rakyat-rakyat kita di kawasan bandar besar yang perlu menjimatkan kos makanan harian mereka yang ketika bekerja, seperti makan di KFC, di Sugar Bun. Semua ini adalah syarikat-syarikat dari Amerika yang bertapak di negara kita dan memberikan sedikit pekerjaan kepada anak-anak kita supaya mereka benar-benar melihat bahawa apa yang dihidangkan oleh mereka itu adalah halal 100 peratus. Kadang kala kita mendengar yang dirungutkan oleh rakyat ialah kadang-kadang ayam yang dibawa dari luar itu di dalam kontena-kontena yang besar bercampur dengan daging-daging yang tidak halal.

Diharapkan agar kementerian melihat perkara ini supaya anak-anak kita nanti tidak terpesong akidahnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa beberapa perkara di kawasan saya yang disebut-sebut, yang pernah dijanjikan oleh menteri-menteri sebelum ini, kepada rakyat kita di kawasan luar bandar. Seperti balai bomba di kawasan saya yang sudah diluluskan pada tahun 2006. Apabila beberapa kali saya mengutarakan soalan ini di dalam Dewan ini, jawapannya belum ada bajet. Kemudian saya bertanya lagi, akan cuba sekali lagi di rolling yang kedua pada Rancangan Malaysia Ke-12 ini nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengutarakan bahawa ada juga janji-janji yang lain seperti Menteri Kesihatan – terima kasih lah kerana Menteri Kesihatan dan timbalannya melawat kawasan saya untuk melihat masalah rakyat yang sebenar.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Mereka pernah berjanji bahawa Hospital Besar Miri untuk diubahsuai, menggantikan alat-alat perubatan dan juga untuk memperbesarkan lagi tempat-tempat katil di hospital itu kerana rakyat saya dari kawasan luar bandar, hanya itulah hospital yang boleh kami bawa pesakit-pesakit kronik dari luar bandar. Juga, Menteri berjanji bahawa Klinik 1Malaysia untuk ditambahkan bangunannya menjadi juga tambahan klinik ibu dan anak. Saya harap ini akan dijalankan pada tahun baru. Juga, klinik-klinik di luar bandar, klinik di Pekan Bekenu dan juga di Pekan Niah dijanjikan untuk dinaiktarafkan seperti poliklinik, harap ini dapat dijalankan dengan secepat mungkin.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Rakyat di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, kebanyakannya di luar bandar.

Saya pernah mengutarakan kepada Dewan ini dengan Menteri Dalam Negeri, stations, dengan izin di tempat di mana balai polis kecil boleh diadakan; di persimpangan Bekenu, di persimpangan Niah yang mana pembangunan ladang-ladang sawit itu banyak di kawasan luar bandar. Jadi, kita benar-benar mengharapkan dapat diadakan stesen ini supaya dapat kita mencegah jenayah-jenayah yang berlaku di kawasan-kawasan ini.

Saya juga ingin mengambil perhatian pihak yang berkuasa terutama sekali pihak imigresen kerana imigresen, polis, kastam dan juga jabatan-jabatan lain yang berada di negeri Sarawak, pegawai-pegawai selalu termasuklah Kementerian Pelajaran, pegawai- pegawai dan guru-guru besar digalakkan untuk mengambil peperiksaan ataupun meneruskan pelajaran mereka ke peringkat tinggi untuk mengambil ijazah dan PhD. Apa yang saya dengar, apa yang dilaporkan kepada saya, apabila mereka ini lulus dan menunggu dua tahun atau tiga tahun, gred mereka tidak naik-naik. Kalau ada Gred 44, tinggallah Gred 44. Tidak dinaikkan ke gred 48. Kalau Gred 48, tinggallah Gred 48.

Sedangkan mereka layak untuk pergi ke Gred 52.

Inilah yang menyebabkan banyak yang sudah bijak pandai ini akan menjadi private lecturer di universiti-universiti. Maka kita hilanglah pegawai-pegawai kita yang tinggi, yang mempunyai pelajaran yang begitu baik untuk naik pangkat dengan segera. Janganlah menunggu ada kekosongan jawatan, baru mereka boleh naik. Naiklah mereka seperti apa yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat bahawa cadangan-cadangan untuk – sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini iaitu daripada SKM untuk membuat menara-menara supaya kita mendapat line telefon untuk kawasan luar bandar. Di kawasan saya ini, jauh di luar bandar, maka line telefon itu kita hendak pergi naik bukitlah, mahu pergi naik tanggalah untuk mencari line itu. Maka, saya mengharapkan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri berilah perhatian pada kawasan kami di luar bandar untuk mendapat line itu terutama sekali di waktu kecemasan, kebakaran, banjir dan sebagainya.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi bagi pihak rakyat di kawasan saya, untuk berterima kasih kepada Menteri-menteri yang ada sebab merekalah yang banyak membantu di kawasan saya seperti Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang memberikan banyak peruntukan untuk membaiki rumah-rumah panjang dan rumah- rumah kampung, rumah rakyat termiskin dan sebagainya di kawasan saya. Oleh sebab itu, saya menyampaikan perasaan rakyat ini kepada kerajaan di bawah kementerian- kementerian yang berikut. Juga Menteri yang selalu turun padang ialah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran dan juga timbalannya, turun padang dan melihat sendiri bagaimana keadaan sekolah-sekolah di kawasan saya. Inilah yang dipesan oleh guru-guru besar, pengetua-pengetua, guru-guru dan anak-anak sekolah, ibu bapa mereka. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan Timbalan Menterinya, Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi.

Begitu juga dengan kementerian-kementerian yang lain, Menteri Pertahanan dan Menteri-menteri lain yang saya tidak dapat sebut di sini. Terima kasih kepada Menteri- menteri yang selalu melawat kawasan saya di Sibuti.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Saya mengharap benar bahawa kementerian-kementerian yang belum melawat kawasan kita, kita jemput bersama-sama agar kita benar-benar boleh melihat apakah masalahnya yang untuk kita meneruskan pembangunan untuk rakyat terutama sekali rakyat di luar bandar di negeri Sarawak terutama sekali di kawasan Sibuti.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan ini saya menyokong bajet ini dan mengharapkan dan berdoa agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan semua Menteri-menteri Kabinetnya dan juga pegawai-pegawai kerajaanya akan sihat walafiat, dapat menjalankan tugas dengan baik. Sekian, wabillahi taufik. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 6:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk turut berbahas dan memberikan pandangan di peringkat dasar belanjawan negara bagi tahun 2012. Belanjawan merupakan dokumen yang amat penting bagi merencanakan perbelanjaan dan perancangan negara. Secara umumnya belanjawan mengandungi dua aspek utama iaitu perbelanjaan (expenditure) dan hasil (revenues) negara. Perbelanjaan merujuk pada perancangan dalam pelaksanaan dasar dan program negara. Ini termasuk pelaburan dan belanja mengurus dalam bentuk perkhidmatan ataupun bekalan. Manakala hasil negara diperlukan untuk menanggung segala perbelanjaan negara yang dijana melalui cukai, pengeluaran hasil minyak dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2012 telah mencatat sejarah baru di Malaysia apabila rakyat disajikan dengan dua tawaran iaitu Belanjawan Kerajaan Barisan Nasional dan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik dalam arena politik tanah air. Adalah lebih baik persaingan yang sihat begini menjadi budaya politik tanah air. Dengan adanya dua belanjawan ini, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengambil kesempatan untuk membuat perbandingan dan pemerhatian terhadap pendekatan dan kandungan kedua-dua belanjawan ini.

Antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh yang membuat perbandingan antaranya ialah Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Kota Belud dan rakan-rakan yang lain. Terima kasih kerana mereka membaca dan membuat analisa belanjawan Pakatan Rakyat. Masing-masing berhujah dan mempertahankan belanjawan masing- masing serta mengkritik belanjawan pihak lawan. Saya menganggap situasi ini adalah sihat dalam konteks negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang memerlukan kuasa pengimbang. Belanjawan Pakatan Rakyat telah memberikan penekanan pada kebajikan rakyat dan juga perhatian pada menambah baik perbelanjaan negara. Bahkan perbandingan berbanding belanjawan Pakatan Rakyat, belanjawan negara tidak membicarakan secara khusus aspek reformasi politik. Pakatan Rakyat secara serius menjadikan agenda reformasi politik dan tata kelola yang baik sebagai satu fokus utama dalam belanjawan Pakatan Rakyat.

Antaranya ialah soal penjimatan dan pengurusan yang berhemah, mengurangkan belanjawan di JPM sebanyak RM10 bilion untuk diagihkan kepada kementerian- kementerian yang lain kerana kita tidak mahu Jabatan Perdana Menteri menguasai dana yang begitu banyak. Pakatan Rakyat mencadangkan supaya kita mengkaji semula projek- projek konsesi untuk manfaat rakyat kerana ternyata projek-projek konsesi ini banyak membebankan rakyat, sistem tender yang lebih telus. Begitu juga cadangan untuk meminda Akta Persaingan 2011 supaya meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor monopoli yang lainnya.

final • 6:46 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Oleh sebab itulah apabila belanjawan Pakatan Rakyat diketengahkan, hasilnya rakyat dapat melihat. Belanjawan Pakatan Rakyat meletakkan “Kesejahteraan Untuk Semua” sebagai tema Belanjawan 2012 yang menyediakan peruntukan sebanyak RM220 bilion dengan matlamat untuk mengurangkan defisit sebanyak 4.4 peratus.

final • 6:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Manakala belanjawan negara memperuntukkan sebanyak RM232.8 bilion dengan bertemakan “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat Mensejahtera Negara.” Ini bermakna belanjawan negara memperuntukkan RM12.8 bilion lebih berbanding dengan belanjawan Pakatan Rakyat iaitu peningkatan yang agak ketara sekiranya dirujuk kepada peruntukan Belanjawan 2011 iaitu kira-kira 9.4 peratus peningkatan belanjawan dan defisit 4.7 peratus. Defisit ini merupakan antara yang tertinggi dalam belanjawan negara.

Saya beri contoh mudah tahun 2010 defisit negara ialah RM362.29 bilion. Tahun 2011, ia mencapai aras RM437 bilion. Adakah kaedah mengurangkan defisit melampau ini dibentangkan di dalam belanjawan negara? Nampaknya tidak, malah tidak disebut pun.

Saya rasa seolah-olah macam kerajaan Barisan Nasional tidak mempunyai political will untuk mengurangkan defisit negara ini. Tidak mempunyai kesungguhan dan keberanian untuk melaksanakan belanjawan yang agak lebih berhemah. Saya mengharapkan paling tidak satu pelan komprehensif bagi menaikkan cukai korporat dilaksanakan agar kerajaan dan korporat mega punya satu kebertanggungjawaban bersama memulihkan ekonomi negara. Bukankah golongan ini yang dapat manfaat dan keuntungan besar hasil insentif dan diskaun cukai sejak puluhan tahun yang lalu. Akan tetapi mungkin kerana ada laluan- laluan tertentu maka cukai korporat ini tidak disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan belanjawan pada 7 Oktober yang lalu.

Beberapa Ahli Yang Berhormat telah pun memberikan pandangan mengenai defisit selama 14 tahun, yang amat tidak sesuai dengan tata kelola pengurusan kewangan yang baik. Walaupun kita akur bahawa pembentangan belanjawan defisit bukanlah satu yang luar biasa, namun untuk tempoh yang panjang adalah satu yang tidak lazim.

Manakala maknanya yang seharusnya diambil peranan utama oleh kerajaan adalah membuat transformasi kepada sistem tata kelola yang baik, telus, belanjawan yang berhemah, tidak boros, membuat keutamaan kepada projek-projek yang berdaya maju yang memberikan manfaat kepada rakyat bukannya projek-projek mega yang menguntungkan kroni semata-mata. Kita tidak dapat nafikan bahawa belanjawan kali ini mempunyai terlalu banyak ganjaran one-off dan hadiah untuk rakyat untuk sementara waktu. Seperti mana rakan-rakan Ahli Yang Berhormat menyebutkan soal ini adalah gula-gula yang bersifat sementara, menanti Pilihan raya yang ke-13.

Dari balu tentera yang menerima RM3,000 sehinggalah budak Darjah Satu merasai RM100. Dari pertambahan mata gaji kakitangan kerajaan awam termasuk juga guru-guru yang mendapat layanan yang begitu istimewa. Itu pun setelah pimpinan-pimpinan utama Pakatan Rakyat menyantuni para guru, barulah kerajaan memberikan perhatian.

Apabila pimpinan Pakatan Rakyat mendekati golongan pemandu teksi, barulah kerajaan begitu lunak dengan pemandu-pemandu teksi. Apabila kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat mendekati golongan-golongan tertentu barulah ada sedikit kesedaran untuk pihak-pihak kerajaan mendekati golongan tersebut. Alhamdulillah sekurang-kurangnya itulah kebaikan yang telah kita laksanakan.

Contoh terbaik Tuan Yang di-Pertua ialah soal pengurusan dan tata kelola dalam mengurus kewangan negara. Itulah yang telah dititikberatkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan juga Kelantan. Kita mengakui bahawa perbelanjaan ataupun belanjawan defisit ini perkara yang lumrah. Akan tetapi apabila kita laksanakan belanjawan dengan berhemah, dengan pengurusan yang baik dengan mengikut agenda-agenda pengurusan kewangan yang telus dan sebagainya maka kita dapat menjimatkan wang negara dan wang rakyat.

Contoh yang ingin saya sebutkan di dalam Dewan ini ialah soal, tahun 2010 belanjawan defisit Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM19 juta. Ini belanjawan defisit. Akan tetapi hasil daripada pengurusan yang berhemah, berjimat-cermat, telus, akhirnya kita berjaya melaksanakan belanjawan yang lebih, surplus RM12 juta walaupun pada awalnya pembentangan sebanyak defisit RM19 juta. Ini hasil daripada pengurusan dan tata kelola belanjawan yang baik dan inilah yang Pakatan Rakyat ingin memberikan pandangan di peringkat dasar ini kepada kerajaan supaya mengurus belanjawan negara dengan mengikut cara yang lebih transparent, berhemah dan berjimat-cermat serta memberikan keutamaan kepada projek-projek yang lebih berdaya saing.

final • 6:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Begitu juga kerajaan negeri Kelantan telah berjaya mengurangkan hutang kepada Kerajaan Pusat walaupun hutang itu telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelumnya. Akan tetapi alhamdulillah hasil daripada pengurusan kewangan yang telus, yang berhemah, jimat-cermat mereka berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri Kedah juga berjaya menunjukkan contoh yang terbaik dalam pengurusan tata kelola kewangan. Sebagai contohnya selalu diulang-ulang di dalam Dewan ini, soal hasil balak dengan keluasan yang sama tetapi kita berjaya meningkatkan pendapatan negara daripada tahun 2009 kepada RM38 juta, tahun berikutnya RM45 juta lebih dan tahun yang berikutnya sehingga RM54 juta. Ini adalah hasil daripada komitmen kerajaan Pakatan Rakyat untuk menguruskan belanjawan negara dengan begitu baik sekali.

Antara persoalan menarik untuk diketengahkan juga ialah mengenai belanjawan negara iaitu sasaran peningkatan ekonomi (economic growth) dengan izin, 5 peratus hingga 6 peratus yang dianggap agak mengaburkan. Ini berfaktor kepada jangkaan peningkatan ekonomi dunia adalah negatif ataupun maksimum 3 peratus sahaja. Terkini apabila dengan izin, Malaysian Institute of Economic Research (MIER) mengunjurkan 4.2 peratus KDNK pada tahun hadapan berdasarkan pada faktor ekonomi yang tidak memberangsangkan pada tahun hadapan. Unjuran ini Tuan Yang di-Pertua, lebih signifikan kerana pakar-pakar ekonomi yang berwibawa dan bertanggungjawab tanpa ada agenda politik partisan yang mereka inginkan.

Hanya dengan peningkatan tahap tertinggi ekonomi negara atau dalam erti kata yang lain, sedikit keajaiban boleh mencapai sasaran 5 peratus hingga 6 peratus yang dianggap kurang realistik. Ini ditambah pula dengan hutang negara kini mencecah lebih kurang RM455 bilion. Kenapa kita kerap membangkitkan soal hutang negara ini kerana yang akan melarat, yang akan menderita adalah kita semua rakyat Malaysia yang akan bertanggungjawab untuk membayarnya. Kita tidak menghulurkan derma, kita tidak membayar harga yang lebih mahal untuk petrol, minyak masak, gas, tepung dan sebagainya dan ia membuatkan atas nama kerajaan tidak mampu lagi menampung beban subsidi yang terlalu memewahkan rakyat. Akhirnya negara kita juga akan terjerumus ke arah bankruptcy.

Dari aspek yang lain, belanjawan Pakatan Rakyat dirangka dengan bersandarkan kepada kegagalan ataupun kelemahan tadbir urus kerajaan. Belanjawan Pakatan Rakyat menyertakan fakta dan data kelemahan kerajaan dan seterusnya menawarkan program khusus bagi menangani perkara ini dengan komitmen Buku Jingga yang dilancarkan sebelum ini. Bertentangan dengan pendekatan belanjawan negara tidak menyebut secara khusus kelemahan mahupun kegagalan program kerajaan. Inilah yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan laporan Ketua Audit Negara yang tidak sampai ke meja Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kita boleh memberikan pandangan yang lebih konstruktif terhadap belanjawan ini.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, adakah permohonan saya di dalam Dewan ini supaya Tuan Yang di-Pertua menggunakan budi bicara Tuan Yang di-Pertua untuk memohon kepada Ketua Audit Negara supaya boleh sampai Laporan Ketua Audit Negara ke meja Ahli-ahli Yang Berhormat di Parlimen dalam masa yang terdekat supaya perbahasan kita lebih cantik kerana kita boleh membuatkan perbandingan-perbandingan khususnya dalam tadbir urus kerajaan. Kerajaan kena berlapang dada untuk menerima pandangan-pandangan dan kritikan-kritikan daripada Ahli-ahli Parlimen khususnya daripada pembangkang kerana memberikan pandangan yang konstruktif ini sebahagian daripada tanggungjawab di dalam sistem demokrasi di dalam negara kita.

Dalam erti kata yang lain, pendekatan Pakatan Rakyat adalah berdasarkan kepada analisa dari aspek kelemahan kerajaan manakala belanjawan negara bersandarkan kepada kesinambungan daripada program-program yang telah dilaksanakan sebelum itu.

Oleh sebab itulah, kita perlukan supaya program-program yang sebelum ini yang dilaksanakan mungkin memberikan pandangan-pandangan yang baik, kita akan terus menyokong. Akan tetapi, sekiranya ini program-program yang kurang memberikan kesan yang baik kepada rakyat seperti mana cadangan ataupun pandangan Ketua Audit Negara seharusnya mendapat pandangan yang lebih telus daripada pihak kerajaan.

final • 6:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Isu kesejahteraan rakyat untuk berlaku adil, kedua-dua belanjawan dianggap belanjawan yang mesra rakyat. Masing-masing cuba untuk memanfaatkan rakyat sepenuhnya menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang. Inilah kebaikan apabila sistem dua parti wujud dalam sistem politik Malaysia. Manfaat akhir adalah kepada rakyat jelata. Cuma pendekatan dan programnya dirancang berbeza. Umpamanya, program subsidi, allowance dan pelbagai insentif demi kesejahteraan rakyat.

Kedua-dua belanjawan juga memfokuskan hampir segenap lapisan rakyat hatta sehingga suri rumah, orang kurang upaya dan warga emas juga mendapat perhatian.

Dalam hal ini secara tidak langsung ianya menunjukkan persaingan politik yang sihat akan memberikan rahmat yang lebih baik kepada rakyat. Kita berbeza pandangan. Pakatan Rakyat membentangkan belanjawan, dikritik oleh rakan-rakan daripada Barisan Nasional.

Begitu juga kerajaan membentangkan belanjawan dikritik oleh rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Ini adalah satu suasana yang sepatutnya diterima dengan cara yang baik, harmoni dalam sistem negara.

Walaupun begitu di samping belanjawan negara menawarkan pelbagai insentif dan inisiatif untuk rakyat umum, ianya tidak menyatakan apakah perancangan untuk menghapuskan subsidi korporat yang dianggap membebankan negara sebagaimana yang terkandung dalam belanjawan kerajaan Pakatan Rakyat. Sehingga kini, beban subsidi korporat merupakan antara kos yang sangat tinggi terpaksa ditanggung kerajaan. Apakah ada agenda di sebalik usaha kerajaan untuk mengekalkan subsidi kepada syarikat-syarikat yang besar ini. Inilah persoalan yang sering ditimbulkan kerana subsidi untuk barang- barang keperluan hanya sekitar antara RM2 bilion.

Sedangkan subsidi kepada syarikat-syarikat besar yang dimiliki oleh beberapa individu sahaja jumlahnya lebih besar daripada subsidi untuk rakyat jelata. Apakah kerajaan tidak mempunyai satu pendekatan untuk memberikan pandangan alternatif kepada – ataupun mengurangkan subsidi-subsidi bukan bermakna kita tidak langsung membantu syarikat-syarikat korporat ini tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan subsidi ini dengan memberikan perhatian kepada jumlah rakyat yang lebih ramai.

Perkhidmatan awam, bagi memenangi hati rakyat belanjawan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya memfokuskan kepada kebajikan rakyat dan ini termasuk perkhidmatan awam. Perancangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam dan pelan gaji minimum merupakan salah satu daripada perkara utama dalam belanjawan Pakatan Rakyat. Jadi aspek ini setiap inisiatif untuk menaikkan gaji perkhidmatan awam dan insentif lain harus juga diberi perhatian sewajarnya. Dalam mengejarkan sokongan rakyat, implikasi juga perlu difahami inflasi dan kenaikan harga barang bakal ditempuhi sekiranya inisiatif perkhidmatan awam ini tidak dikaji sepenuhnya.

final • 7:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 7:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Umpamanya, di Greece yang dikenali sebelum ini sebagai kerajaan mesra perkhidmatan awam dengan pelbagai imbuhan dan insentif akhirnya terpaksa memberhentikan lebih kurang 30,000 kakitangan awam dan memotong hampir 40 peratus pendapatan kakitangan awam. Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 7:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Gaji minimum. Okey, okey. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendapat berbagai-bagai definisi tentang gaji minimum yang terkandung di dalam Bajet Pakatan Rakyat. Ada yang menyatakan seperti mana Yang Berhormat katakan tadi hanya untuk kakitangan kerajaan tetapi ramai juga pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang menyatakan ianya adalah untuk keseluruhan rakyat di semua sektor ekonomi negara kita.

Kalau ia merangkumi ke semua sektor, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Kita tahu bahawa di kalangan pekerja-pekerja ladang, construction dan sebagainya itu adalah majoritinya adalah rakyat asing.

final • 7:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini yang menjadi persoalan dipihak kami iaitu mengenakan gaji minimum dalam sektor-sektor yang tertentu hanya akan memberi kebaikan kepada pekerja asing kerana di dalam perundangan antarabangsa kita tidak boleh membezakan gaji yang diberi kepada rakyat Malaysia ataupun rakyat asing yang bekerja di negara kita.

Jadi di situ ada permasalahan sedikit yang saya tengok Bajet Pakatan Rakyat tidak menjelaskan dengan sejelas-jelasnya. RM1,100 kalau diberikan kepada pekerja asing yang mana akhirnya nanti gaji itu akan mengalir ke negara-negara luar dan akan terus menghimpit lagi nilai mata wang negara kita. Apa komen Yang Berhormat?

final • 7:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Kuala Kedah, saya ingin tambah sedikit tentang gaji minimum. Konsep gaji minimum adalah konsep supaya semua pekerja tidak kira apa bangsa atau kewarganegaraan supaya mereka mendapat saranan hidup supaya mereka tidak di diskriminasikan. Itulah sebab kita sebut tidak kira dia warga asing atau pekerja tempatan, gajinya harus sama.

Kalau tidak sama, kita memberi ruang kepada majikan supaya mereka akan mengupah warga asing. Ini kerana diskriminasi ini yang menjadikan negara kita yang sentiasa bergantung kepada yang disebut sebagai cheap labour. Itulah yang menjadi halangan bagi Malaysia menjadi sebuah negara yang berproduktiviti tinggi dan juga bergaji tinggi. Saya harap tidak kiralah sebelah sini atau sana kita mempunyai muafakat dalam perkara ini. Kalau tidak gaji minimum tidak akan dilaksanakan dengan berjayanya.

final • 7:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya rasa apabila kita telah sebutkan di dalam dokumen Bajet Pakatan Rakyat bermakna kita serius, kita membuat kajian yang terperinci, kita mempunyai justifikasi untuk menyatakan soal gaji minimum. Saya meneliti soal Akta Pekerja, begitu juga pandangan-pandangan di dalam website khususnya tentang pandangan-pandangan kerajaan memang ada sedikit keresahan. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Belud ini sebahagian daripada keresahan khususnya para majikan yang kurang berkemampuan untuk memberikan status gaji minimum.

Sebab itu kerajaan mempunyai lagi masih lagi berdolak-dalik untuk melaksanakan gaji minimum. Akan tetapi, insya-Allah sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kita memberikan kolektif soal gaji minimum ini.

final • 7:00 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat Kuala Kedah?

Sedikit lagi, sikit lagi. Sikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Sebenarnya Yang Berhormat mungkin tidak mengikuti perkembangan mutakhir Kerajaan Barisan Nasional melalui Majlis Perundingan Gaji akan membentangkan sebulan-bulan Disember ini satu bentuk gaji minimum dalam sektor-sektor yang tertentu. Akan tetapi, pandangan saya Yang Berhormat ialah dalam Pakatan Rakyat, bajet Pakatan Rakyat RM1, 100 across the board, dengan izin, akan memudaratkan ekonomi kita kerana ianya akan hanya memberi kebaikan kepada pekerja asing. Which we are trying to solve, dengan izin, so pandangan saya Yang Berhormat kalau saya boleh diberi peluang.

Sebenarnya apa yang patut dibuat oleh Pakatan Rakyat dalam bajet itu ialah menaikkan gaji minimum tetapi pada masa yang sama menaikkan levi supaya apabila gaji minimum itu naik, rakyat Malaysia akan mengambil alih tugasan tersebut tetapi pada masa yang sama kalau rakyat asing hendak datang levi itu tertinggi, tinggi sedikit. Jadi agak kurang penerangan dari segi itu. Jadi sebenarnya kita berada di dalam satu kaedah yang sama. Cuma penerangan tidak begitu tidak jelas.

final • 7:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Kita tidak ada masalah untuk menerima pandangan yang baik sekiranya benda itu konstruktif itu cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Yang di-Pertua, pendekatan Belanjawan 2012 yang mengambil kira faktor ini perlu difahami setiap rakyat terutamanya kakitangan awam. Pakar-pakar ekonomi juga tidak setuju dengan pendekatan untuk memulihkan ekonomi dengan pendekatan one-off dengan izin, sebagaimana yang dilaksanakan ini. Ini kerana pendekatan pemberian secara one-off ataupun sekali gus ini hanya akan memberikan kesan sementara kepada pihak-pihak tertentu.

final • 7:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Dia tidak membantu di dalam kitaran ekonomi, circle of economic, dengan izin.

Oleh sebab itulah kita beberapa kali memberikan pandangan, pendekatan yang disebut yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ketika membentangkan belanjawan ini selalu dipuja dan dipuji oleh rakan-rakan daripada Barisan Nasional. Ini kerana pendekatan one-off ini hanyalah bersifat sementara. Kita ulangi berkali-kali bersifat sementara sebab ia tidak memulihkan ekonomi dalam jangka masa yang panjang.

Tuan Yang di-Pertua, isu harga barang keperluan. Apa yang diharapkan oleh rakyat ini adalah membantu majoriti dengan mengurangkan harga barangan, keperluan yang kini membebankan. Tidak ada pengumuman mesra dalam menurunkan harga barangan khususnya barangan asas. Yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah berapakah jumlah subsidi yang kerajaan telah beri pada tepung, minyak, satu tong gas. Begitulah antara pengumuman. Yang sedang dinantikan oleh rakyat ialah menurunkan harga barang.

final • 7:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Tidak ada pengumuman yang mesra. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk daripada kerajaan yang mempersoalkan isu ini. Kakanda Yang Berhormat Sri Gading juga mempersoalkan tentang harga barang yang semakin melambung tinggi. Harga barang utama seperti beras, tepung, minyak, barangan basah, ikan, sayur, daging, ayam sekarang ini berharga antara RM8 hingga RM9. Kinabatangan, daging RM22 sekilo. Makin tinggi. Itu tidak termasuk lagi di Sabah. Di Sabah lagi tambah lagi. Ini semua membebankan rakyat.

Apa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat ialah penurunan harga barang tetapi nampaknya tidak disebut, tidak disentuh dalam belanjawan ini...

final • 7:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Lipis.

final • 7:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Sedikit sahaja Yang Berhormat Lipis.

final • 7:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Masalah kenaikan harga barang ini sebenarnya bukan masalah kerajaan, bagi sayalah. Ini kerana masalah kenaikan harga barang ini kerana peniaga-peniaga dia rakus. Dengar sahaja orang hendak naik gaji, dia sudah naikkan harga barang walaupun sepatutnya harga-harga barang itu tidak dinaikkan. Itu masalahnya. Jadi, kenapa kita menyalahkan kerajaan atas kenaikan harga barang ini? Terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Satu pandangan yang baik. Inilah di antara sebabnya mengapa apabila kita memberikan pandangan naik gaji akhirnya mereka naikkan harga.

final • 7:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh sedikit sekejap?

final • 7:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 7:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tambahan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat. Sebetulnya memang saya pun tidak tahulah, barang-barang dalam dunia ini bergantung kepada pasaran. Cuma, barang-barang tertentu kerajaan sudah subsidi seperti gula, minyak, beras. Akan tetapi malangnya saya setuju dengan Yang Berhormat Lipis, baru petang ini hendak umum bajet, esok semua naik barang Tuan Yang di-Pertua.

Pekedai-pekedai naikkan. Jadi bermakna, bukan salah pemerintah, kalau mungkin pemerintah pun di sebelah sana, tidak boleh kita kontrol barang ini. Ini kerana dia berkisar di seluruh dunia, dia ikut market price. Jadi Yang Berhormat, rasa saya jangan salahkan kerajaan yang adalah.

final • 7:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

...Sekiranya kita ingin menyelesaikan ekonomi jangka panjang, yang saya sebutkan ini penyelesaian ekonomi jangka panjang, bukan jangka pendek. Apa yang diumumkan dalam belanjawan Kerajaan Barisan Nasional adalah penyelesaian bersifat sementara. Itu yang ada sebut sebagai belanjawan panadol, ada yang sebut sebagai gula-gula pilihan raya. Apabila pemberian secara one-off inilah di antara kesannya.

final • 7:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Saya setuju sebahagian daripada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang memberikan pandangan yang konstruktif terhadap isu ini kerana mereka juga merasai peritnya. Apabila balik ke kawasan, rakyat bertanya, “Bagaimana Yang Berhormat, ini harga barang semakin naik”. Di Padang Besar pun semakin naik walaupun Thailand dilanda banjir dan sebagainya. Ini di antara perkara-perkara yang cukup membimbangkan dan Ahli-ahli Yang Berhormat terpaksa berhadapan dengan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang ini. Terima kasih kerana bersetuju.

Saya membawa suara rakyat dalam kawasan Kuala Kedah yang baru-baru ini membuat demonstrasi membantah kenaikan harga barangan keperluan yang semakin mahal. Mereka menggelar diri mereka sebagai POKAI iaitu Persatuan Orang Kedah Anti Inflasi. “Pokai” ini dalam bahasa lorat Kedah ini “tidak ada duit”, pokai Tuan Yang di-Pertua.

Duit tidak ada hendak membeli barang yang terlalu mahal. Kesedaran rakyat ini amatlah perlu diperhatikan kerana mereka adalah golongan petani, nelayan yang miskin, yang amat terasa dengan kenaikan harga barang...

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada 2 minit lagi Yang Berhormat ya.

final • 7:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Oleh sebab itulah maka rasionalnya kerajaan untuk menaikkan harga barang ini ataupun tidak menurunkan harga barang ini memberikan kesan yang jangka panjang. Lebih membimbangkan lagi Tuan Yang di-Pertua ialah apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan soal Rang Undang-undang GST akan dilaksanakan sekiranya Barisan Nasional memenangi dalam pilihan raya yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir ialah berkaitan dengan isu pertanian makanan.

Dasar Agro Makanan 2011 hingga 2020 akan dilaksanakan oleh kerajaan selepas Dasar Pertanian Negara dengan empat strategi utama. Termasuk dalam strategi ini ialah menjamin bekalan makanan yang mencukupi dengan peruntukan RM1.1 bilion. Isunya ialah mengenai peningkatan hasil padi yang belum mencapai tahap sara diri. Negara kita mengimport sekitar 28 peratus hingga 30 peratus. Untuk makluman Dewan, keluasan sawah dalam negara kita lebih kurang 650,000 hektar. Sebenarnya 650,000 hektar ini cukup untuk makanan sebanyak 30 juta rakyat. Kalaulah dalam negara kita ada 28 juta rakyat, bermakna cukup dengan keluasan padi ini dengan hanya penambahan sebanyak lebih kurang 1 tan per hektar sahaja.

Akan tetapi dengan teknologi yang sedia ada, dengan peruntukan yang sedia ada, dengan prasarana yang sedia ada masih lagi negara kita kekurangan bekalan sebanyak 30 peratus dan terpaksa mengimport dan kita terpaksa berhadapan dengan senario luar negara yang tidak menentu. Ini akan memberikan kesan kepada rakyat dalam negara kita.

Begitu juga isu terbaru ialah berkaitan dengan benih padi yang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hanya memberikan kepada dua syarikat sahaja. Akhirnya, ada sebahagian daripada kawasan-kawasan sawah yang tidak mendapat benih padi seperti mana yang dijadualkan. Lebih prihatin ialah kawasan jelapang padi negara khususnya dalam kawasan Kuala Kedah, kawasan Muda Agricultural Development Authority (MADA) yang penanaman padinya mengikut jadual yang ditentukan.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan daripada apa yang ingin saya sebutkan ini – sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi berkaitan dengan soal Tabung Khas Perumahan Nelayan yang agak signifikan dengan kawasan Kuala Kedah. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk Tabung Khas Perumahan Nelayan.

Sememangnya nelayan mempunyai rumah yang daif, yang kurang selesa, yang perlu pembaikan, baik pulih, saya tidak ada bantahan dalam isu ini. Cuma prosedur untuk hendak melaksanakan ini. Kadang-kadang apabila permohonan untuk hendak dibuat baik pulih sesuatu rumah atau permohonan rumah mesra rakyatlah, contohnya Tangga Batu tidak ada sekarang. Cop Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat tidak diterima seolah-olah macam – apabila kami mencadangkan rumah ini layak untuk dibaik pulih, Jabatan Perumahan Negara menolak. Alasannya kerana datang daripada Ahli Yang Berhormat parti pembangkang. Inilah kesannya.

final • 7:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Oleh sebab itulah saya mohon kerjasama supaya lebih telus tanpa mengira mana- mana pihak ahli-ahli Yang Berhormat layak untuk memberikan saranan kerana kita kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tidak memikirkan langsung soal partisan dalam membuat keputusan. Lihat Kerajaan Negeri Kedah, datanglah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri hendak sewa stadium, Yang Amat Berhormat Menteri Besar beri. Mereka hendak membuat Mesyuarat Agung UMNO, kita beri asalkan dia dapat menyewa.

Dahulunya tidak ada harapan langsung, Sepang tidak ada harapan, dahulu tidak dapat, dahulu kami hanya menggigit jari. Akan tetapi alhamdulillah sekarang ini, ahli-ahli UMNO bolah menggunakan dewan yang dimiliki oleh kerajaan. Kita tidak menganaktirikan mana- mana pihak, asalkan mereka bayar sewa dan mengikut syarat, dapat permit polis, silakan.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan daripada ucapan saya ini ialah soal keupayaan Pakatan Rakyat merangka belanjawan menunjukkan kita mampu bersaing dengan belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan walaupun ada juga suara-suara sumbang.

Akan tetapi, kita menerima pandangan dan kritikan kerana kita bukanlah sempurna sifatnya.

Hal itu tidak menjadi kegusaran kepada kerajaan kalaulah mereka berlapang dada dan menerima pandangan ini secara yang lebih positif. Kita memberikan pandangan-pandangan yang konstruktif untuk membaik pulih soal dasar negara dan beberapa pandangan- pandangan kita untuk tujuan penambahbaikan dan peningkatan dalam pentadbiran kerajaan. Berdasarkan kepada pandangan dua belanjawan yang dibentangkan kepada rakyat, rakyat boleh membuat perbandingan dan memberikan komen kepada pembentangan yang masing-masing dibentangkan oleh pimpinan-pimpinan utama masing- masing.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak kerajaan akan mendengar pandangan ini serta membuat muhasabah untuk lebih prihatin kepada kehendak pihak rakyat jelata.

Sekian, terima kasih. Assalammualaikum.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tanjong Piai. Selepas Yang Berhormat Tanjong Piai, senarai yang saya dapat daripada next Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bakri, selepas itu Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sila Yang Berhormat Tanjong Piai.

final • 7:10 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan peringkat dasar pembentangan Belanjawan 2012. Belanjawan 2012 adalah bukti usaha bersungguh- sungguh...

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bersabar. Kalau boleh insya-Allah dapat bercakap. Semua saya perhatikan sudah. Sila.

final • 7:20 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Dan perancangan kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi dan menghapuskan kemiskinan tegar di kawasan bandar dan juga luar bandar. Saya berharap perancangan ini tidak hanya memberi tumpuan kepada sebilangan kelompok tertentu sahaja, akan tetapi kerajaan perlu menitikberatkan kepada golongan sasar iaitu kelompok miskin dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2012 sebanyak RM1.1 bilion akan disediakan untuk memperluaskan bekalan elektrik luar bandar kepada 39,000 buah rumah.

Selain itu kerajaan juga meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah RM20 sebulan dan ke bawah. Pemberian subsidi ini telah pun melibatkan peruntukan RM150 juta dan seramai satu juta isi rumah akan mendapat manfaat. Ini adalah bukti kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin kepada permasalahan rakyat. Pelbagai usaha dibuat untuk meringankan beban ekonomi rakyat khasnya yang berpendapatan rendah.

Di antara kos yang sentiasa ditanggung oleh golongan miskin ialah tenaga elektrik.

Golongan berpendapatan rendah sentiasa berjimat agar penggunaan bulanan tidak tinggi dan antaranya adalah memastikan penggunaan tidak melebihi 200 unit sebulan bagi mendapatkan kadar RM0.218 kiraan bacaan.

final • 7:20 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Dalam keadaan ini jika contohnya penggunaan sebanyak 200 unit bermakna bayaran elektrik adalah 200 x RM0.218 bersamaan dengan RM43.60. Sebagai rujukan penggunaan 200 unit merupakan julat kadar terendah yang dikenakan kepada pengguna domestik. Dengan kata lain penggunaan yang lebih dari 200 unit akan dikenakan kadar yang lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini rakyat mengadu TNB membuat polisi membaca bil dalam tempoh dua bulan kali. Ini menyebabkan bagi pengguna yang sama jika menggunakan contoh yang saya berikan maka meter elektriknya akan menjadi 400 unit bila bacaan dibuat. Jika demikian kos bil elektrik yang sepatutnya dibayar, RM43.60 sebulan dan sepatutnya hanya membayar RM87.20 sen bagi dua bulan. Akan tetapi ia telah menjadi RM117.00. Ini kerana terdapat dua kadar tambahan iaitu 100 unit kedua dengan kadar RM0.334 dan 100 unit ketiga dengan kadar RM0.40.

Ini adalah tindakan tidak adil dan saya melihat ini sebagai satu kaedah tersembunyi yang dilakukan oleh TNB bagi mengaut lebih keuntungan. Pengguna berkenaan kerugian RM29.80 dan pada masa yang sama TNB keuntungan tambahan sebanyak itu juga. Nilai wang yang hilang sebanyak itu amat besar ertinya kepada golongan berpendapatan rendah. Mereka boleh melunaskan bil bulanan atau membayar wang saku seorang anak sekolah atau untuk lain-lain keperluan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bila kaedah membaca dua bulan sekali ini dilaksanakan TNB telah memperkenalkan tiga kaedah bacaan iaitu bacaan anggaran yang dikenakan sebagai bil kod ‘O’, keduanya bacaan sebenar bila meter dapat dibaca dan dicetak sebagai bil kod ‘N’. Bil bagi bacaan meter yang dapat dibaca iaitu bil kod ‘E’ iaitu dalam pagar berkunci dan sebagainya.

Walaupun pelarasan dibuat kemudiannya, akan tetapi secara teknikalnya pihak TNB menyimpan bayaran milik pengguna kepada satu tempoh yang merugikan pengguna juga. Sebagai contoh mudah, jika seorang pengguna dikenakan lebih bacaan anggaran sebanyak RM10, maka bayaran terlebih ini akan ditolak bila bacaan sebenar dibaca pada bulan berikutnya. Dalam tempoh sehingga bacaan berikutnya dibuat, bermakna TNB telah memegang wang pengguna sebanyak RM10. Ini jika seorang pengguna. Bagaimana kalau ada sepuluh juta pengguna domestik?

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat secara moralnya, keadaan ini akan menjadikan kerajaan menjadi tidak popular. Kaedah bacaan sedemikian ini juga sebenarnya mengelirukan ramai pihak khasnya kepada golongan miskin. Di Dewan yang mulia ini, saya ingin meminta TNB mengkaji semula kaedah bacaan yang tidak popular ini supaya kembali kepada kaedah bacaan meter pada setiap bulan. Biarlah slogan ‘Rakyat Didahulukan’ diterjemahkan dalam tindakan yang memberi manfaat sebenar kepada masyarakat di luar sana.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu berkaitan dengan pencemaran. Di Semenanjung Malaysia mempunyai pantai yang panjang dari Perlis ke Tanjong Piai jika dilihat di sebelah Barat di Semenanjung Malaysia. Kawasan Tanjong Piai mempunyai perairan pantai tidak kurang 30 kilometer dan mempunyai sebuah pelabuhan masuk iaitu di Kukup. Bila memperkatakan perairan di Selat Melaka, saya ingin merujuk kepada kawasan pantai Tanjong Piai di mana isu utama yang sentiasa berlaku ialah pencemaran. Agensi Maritim Malaysia telah menggalakkan kawasan perairan Tanjong Piai sebagai lubuk kapal asing, melakukan kesalahan maritim terutamanya pemindahan minyak secara haram dan pembuangan minyak.

Pada bulan September dan Oktober 2011 ini telah berlaku dua kejadian pencemaran minyak. Kejadian pertama adalah pada 11 September 2011 di mana pantai sepanjang 300 meter telah tercemar teruk dan jawatankuasa pembersihan tumpahan minyak Daerah Pontian telah diaktifkan. Sebanyak dua kali gotong royong dengan melibatkan pelbagai jabatan dan penduduk kampung telah dijalankan untuk membersihkan tumpahan minyak yang merosakkan alam sekitar.

final • 7:20 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Tuan Yang di-Pertua, pencemaran minyak tersebut dipercayai datang dari aktiviti pembersihan tangki minyak kapal yang melalui perairan Tanjong Piai. Kejadian terkini adalah pada 8 Oktober 2011 yang mana pada kali ini ia telah memasuki Selat Kukup di mana terdapat aktiviti pemeliharaan ikan sangkar. Pencemaran minyak ke atas kawasan pemeliharaan ikan sangkar boleh menjejaskan ekonomi dengan teruk. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kini terdapat 77 pengusaha yang melibatkan hampir 8,000 sangkar ikan beroperasi di selat berkenaan.

Mereka telah menjana ekonomi Pontian di antara RM25 juta hingga RM30 juta setahun. Jumlah ini merupakan sumbangan yang besar kepada ekonomi negara.

Pencemaran minyak telah dikesan berlaku di kawasan ini sejak tahun 1997 lagi. Paling kerap berlaku dari bulan Ogos hingga Oktober setiap tahun bila angin selatan bertiup dari arah laut ke pesisiran pantai.

Saya percaya agensi yang berkaitan juga maklum tentang perkara ini. Akan tetapi pengusaha melihat tiada tindakan dan pemantauan yang jelas dari pihak berkuasa.

Tindakan yang dibuat seolah-olah sekadar ambil maklum sahaja. Ini telah menimbulkan ketidakpuasaan daripada kumpulan nelayan tersebut. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kerajaan, siapakah yang bertanggungjawab membersihkan tumpahan minyak ini.

Maka itu saya juga ingin bertanya apakah langkah-langkah yang lebih berkesan dalam melaksanakan bagi menangani isu yang berpanjangan ini. Ini adalah kerana sehingga hari ini terlalu sedikit kes kapal-kapal yang mencemarkan alam sekitar dengan tumpahan minyak ini berjaya dibawa untuk pengadilan berbanding dengan kejadian pencemaran yang berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan juga seharusnya memberikan prihatin terhadap isu pencemaran minyak yang menjejaskan ekonomi domestik masyarakat nelayan sangkar berkenaan. Mengikut harga pasaran, harga pukat setiap sangkar ialah di antara RM350 hingga RM500. Mereka telah melabur ratusan ribu untuk membina sangkar- sangkar. Akibat pencemaran minyak jangka hayat pukat yang sepatutnya boleh tahan selama tujuh tahun mungkin hanya tinggal dua tahun kerana minyak yang telah melekat dipukat akan mereputkan pukat dengan cepat. Ini belum lagi mengambil kira kerugian kematian ikan, pembesaran ikan yang terbantut dan sebagainya. Kesimpulannya apabila berlaku sahaja pencemaran minyak maka nelayan akan mengalami kerugian berganda.

Dengan mengambil kira kejadian ini yang berlaku sejak tahun 1997 lagi memang nelayan ikan sangkar telah mengalami banyak kerugian. Saya berpendapat tiba masanya kerajaan bertindak untuk membantu nelayan ikan sangkar ini.

Justeru, saya memohon mencadangkan semoga ada satu mekanisme yang boleh meringankan beban nelayan ikan sangkar ini dapat dilaksanakan oleh kerajaan dalam bentuk pampasan, kerugian sebagai tanda keprihatinan kerajaan.

final • 7:20 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk bantuan one-off kepada mereka sebagai tanda keprihatinan. Nilai atau jumlah bantuan one-off bukanlah menjadi perkara utama tetapi sebagai tanda keprihatinan kerajaan yang mendahulukan rakyat, perkara ini wajar diberikan pertimbangan. Selain itu, saya juga mencadangkan agar nelayan ikan sangkar yang terbukti terjejas kerana pencemaran minyak diberikan keutamaan khas untuk mendapat pinjaman dari mana-mana agensi kewangan sama ada dalam bentuk mudah tunai atau bantuan dalam bentuk kadar pinjaman yang rendah. Ini pastinya akan memberikan kelegaan kepada mereka yang terlibat dan sekali gus dapat mengelakkan pihak yang sentiasa mencari peluang menangguk di air yang keruh. Sehubungan dengan itu juga, saya ingin mencadangkan supaya pemantauan yang lebih kerap dilakukan, kalau boleh sepatutnya 24 jam rondaan harus dilakukan oleh pihak berkuasa. Ini kerana pepatah ada mengatakan, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.

Antara langkah yang paling berkesan adalah dengan menempatkan pejabat cawangan operasi maritim secara tetap di Kukup bersama kapal peronda yang boleh bertindak dengan segera bagi memantau dan bertindak terhadap sebarang laporan jika berlakunya kejadian yang tidak diingini.

final • 7:30 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang saya akan sentuh berkaitan dengan makhluk perosak. Keperluan pembangunan menyebabkan banyak hutan diterokai dan alam sekitar menanggung akibatnya. Pencemaran dan kemusnahan biodiversiti alam menjadikan ada pihak yang sentiasa mendapat kerugian. Projek mega di Tanjong Piai iaitu di stesen jana kuasa Tanjung Bin memusnahkan kawasan habitat binatang sebanyak 600 ekar, dan projek petrokimia telah menyebabkan 2,755 ekar hutan dibersihkan.

Penghuni hutan seperti kera, monyet dan babi hutan tiada pilihan lalu masuk ke kawasan kampung. Di sinilah masalah dan isu yang menjadi aduan penduduk hampir di seluruh kawasan Parlimen Tanjong Piai yang saya lawati, sebutlah apa sahaja sama ada buah-buahan, serai, pisang, nanas, kelapa sawit atau apa sahaja yang ditanam, semuanya menjadi sasaran makhluk perosak monyet, kera dan babi hutan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya masalah makhluk perosak yang saya maksudkan ini bukan menjadi isu di Tanjong Piai sahaja tetapi di seluruh negara sebenarnya. Ini adalah isu nasional yang perlu ditangani dengan segera dan dengan tindakan yang berkesan. Kerugian bukan lagi ratusan ringgit, ia telah mencecah ribuan ringgit dan malahan jutaan ringgit jika dihimpunkan semua kerugian tanaman akibat serangan makhluk perosak tersebut.

Bagaimanapun, kerana itulah sahaja ruang yang ada untuk mendapatkan rezeki, terpaksalah setiap hari berperang dengan makhluk ini. Sebahagian penduduk kampung sudah berputus asa untuk mengusahakan tanah-tanah yang ada dan menjadikan kebun- kebun sebagai tanah terbiar. Ironinya, kerajaan selalu menasihatkan dan meminta penduduk memanfaatkan tanah yang ada dan selalu disentuh dalam hal-hal berkaitan peningkatan ekonomi tetapi kita kurang perhatian terhadap apakah masalah sebenar di sebalik tanah terbiar tersebut. Keadaan ini adalah sesuatu yang sangat tidak adil kepada orang kampung. Di satu pihak, menjana keuntungan jutaan ringgit, manakala penduduk kampung pula merintih kehilangan punca pendapatan. Tuan Yang di-Pertua, pendekatan yang telah dibuat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) selama ini sebenarnya adalah tidak berkesan dan gagal.

Saya mengesyorkan kerajaan mesti mencari pendekatan baru untuk mengawal makhluk perosak tersebut. Langkah paling berkesan adalah mengawal populasi pembiakannya secara biologi. Negara kita mempunyai ramai pakar, carilah jalan atau kaedah supaya pembiakan populasi kera, monyet dan babi hutan ini dapat dikawal. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya ingin juga menyentuh beberapa isu berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya. Dalam Belanjawan 2012, kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta untuk merancakkan pembangunan di lima wilayah koridor. Di antara projek yang akan dilaksanakan ialah termasuk pembinaan Lebuh Raya Persisiran Pantai Johor Bahru-Nusajaya di Iskandar, Johor. Sejajar dengan pembangunan Wilayah Iskandar di Johor akan membawa banyak pelaburan langsung ke wilayah ekonomi tersebut dan kawasan kejiranannya khasnya daerah Pontian akan mendapat limpahan pembangunan.

Sejumlah RM339 juta disediakan oleh kerajaan, antara membina lebuh raya, memajukan kawasan perumahan serta menyedia dan memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam. Laporan statistik bancian Lalu Lintas Kebangsaan yang dijalankan oleh JKR pada tahun 2009 dan 2010 menunjukkan sebanyak purata 72 ribu kenderaan melalui jalan Pontian-Johor Bahru dalam satu hari untuk kedua-dua hala. Ini bermakna secara puratanya 2.1 juta kenderaan sebulan menggunakan laluan berkenaan. Jalan utama Pontian ke Johor Bahru pada masa kini didapati mengalami kelemahan ketara yang perhubungan jalan rayanya yang telah menjadi sesak dan sibuk, selain daripada keadaan jalan yang rosak, tidak rata dan sempit menyebabkan laluan pelaburan ke daerah Pontian tidak popular kepada pelabur.

Dalam pengetahuan saya, boleh dikatakan seluruh daerah di negeri Johor telah dinaiktaraf ke empat lorong. Malangnya, jalan utama Pontian ke Johor Bahru yang mempunyai penggunaan tinggi masih lagi dalam keadaan dua lorong. Tuan Yang di-Pertua, satu laluan baru Johor Bahru ke Pontian sejauh 26 kilometer telah dicadangkan sejak RMKe-8 yang dianggarkan kos pembinaan adalah RM100 juta, masih belum dapat dilaksanakan. Sehingga hari ini, anggaran kos telah meningkat kepada RM145 juta. Jika pelaksanaan projek ini ditangguhkan lagi, kos akan terus meningkat dan Daerah Pontian akan terus tertinggal di pembangunan di Wilayah Iskandar.

final • 7:30 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Ini akan memberi kesan rantaian berlaku, kekurangan peluang pekerjaan dan penghijrahan keluar akan berlaku akibat kurangnya pelabur yang hendak beroperasi di Daerah Pontian khasnya di Parlimen Tanjong Piai.

Oleh itu, saya memohon kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya diminta dapat melaksanakan projek yang telah lama dirancang ini supaya pembinaannya kelak akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di Pontian, khasnya di kawasan Parlimen Tanjong Piai. Saya meminta perhatian kementerian supaya projek ini telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kelapan, Kesembilan dan Kesepuluh dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2009, projek naik taraf Jalan Pekan Nanas ke Tanjong Piai yang bernilai hampir RM46 juta telah dilaksanakan. Jalan sepanjang 18 kilometer ini akan memberi manfaat kepada ramai apabila dijangka siap pada April 2011. Bagaimanapun sehingga hari ini, jalan tersebut masih belum dapat digunakan. Oleh kerana kawasan laluan adalah merupakan jalan keluar utama mengeluarkan hasil tanaman, selain daripada laluan ke rumah-rumah penduduk, maka keadaan jalan yang belum dapat disempurnakan ini telah memberikan banyak rungutan dan aduan rakyat.

Dengan sekarang ini, sudah bermulanya musim hujan, keadaan jalan amatlah buruk dan menyukarkan penduduk. Saya ingin bertanya apakah langkah yang dilakukan bagi memastikan jalan tersebut dapat digunakan dalam tempoh terdekat. Ini kerana saya bimbang kelewatan yang panjang akan menjadikan projek yang pada awalnya mendapat sokongan rakyat menjadi sebaliknya. Saya juga ingin tahu bilakah projek jalan ini dapat disempurnakan. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi, laluan jalan Johor Bahru ke Pontian melalui Pekan Nanas yang telah membangunkan kesan di pembangunan Wilayah Iskandar, bilangan kenderaan yang banyak menyebabkan keselamatan pengguna untuk melintas adalah berisiko kemalangan yang tinggi, khasnya kepada kanak-kanak sekolah.

Telah banyak kejadian-kejadian kemalangan yang melibatkan warga emas dan kanak-kanak berlaku khasnya lintasan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yu Ming yang telah pun berlaku kemalangan maut. Justeru, pembinaan sebuah jejantas amatlah perlu, memandangkan jumlah kenderaan yang lalu akan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun dan tidak seharusnyalah setelah kehilangan jiwa yang banyak, dijadikan ukuran untuk pembinaan jejantas tersebut.

final • 7:30 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Tindakan awal bukan sahaja boleh menyelamatkan banyak nyawa tetapi juga mengurangkan kos berbanding dengan pembinaan yang dibuat pada tahun-tahun akan datang. Di sini saya ingin memohon Kementerian Kerja Raya agar meluluskan satu peruntukan khas untuk merealisasikan projek pembinaan jejantas ini dengan secepat mungkin demi keselamatan penduduk tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang ingin saya sentuh ialah berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri. Mengikut laporan, didapati seramai 28,782 orang pengguna telah melayari laman web Semakan Status Permohonan Permit Masuk (SPPM) Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan menyemak status permohonan permit masuk bagi tempoh Februari sehingga Disember 2010. Manakala dari Jun hingga Mei 2011, seramai 20,849 orang pengguna telah mengguna pakai sistem tersebut.

Saya amat menyokong langkah kerajaan dalam memperkenalkan perkhidmatan online kepada mereka yang berkenaan. Sistem ini telah berjaya memberikan impak yang positif serta situasi menang-menang di mana pegawai-pegawai jabatan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam tugas-tugas hakiki pemprosesan permohonan-permohonan yang telah diterima. Selain itu, pemohon-pemohon juga dapat sentiasa mengikut perkembangan status permohonan mereka dengan mudah dan pantas.

Walau bagaimanapun, saya memohon agar keberkesanan sistem tersebut dikaji semula. Saya berpendapat bahawa ketepatan maklumat yang berkenaan dengan status permohonan pemohon-pemohon yang berkaitan dapat dipertingkatkan lagi demi mencapai objektif pelaksanaan sistem tersebut.

final • 7:40 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Saya telah menerima beberapa aduan di kawasan Parlimen saya bahawa status yang diberikan oleh sistem tersebut adalah berlainan dengan status yang sebenarnya.

Sistem semakan online sentiasa menyatakan bahawa permohonan mereka dalam pemprosesan. Akan tetapi apabila saya membantu pemohon-pemohon tersebut membuat pertanyaan di kaunter ibu pejabat JIM, pegawai pula menyatakan bahawa surat kelulusan mereka telah dikeluarkan kepada alamat surat-menyurat penaja dan telah pun tamat tempohnya. Ini bermakna bahawa sistem semakan online ini bukan sahaja tidak dibekalkan dengan data-data permohonan yang terkini tetapi sistem penghantaran surat ini juga tidak begitu cekap sehingga penaja yang sepatutnya menerima surat kelulusan juga tidak menerimanya walaupun tiada pertukaran alamat surat-menyurat. Ekoran itu, keadaan ini menyebabkan pemohon-pemohon perlu membuat permohonan rayuan untuk mendapatkan surat kelulusan kali kedua.

Bagaimana objektif penubuhan sistem semakan online ini dapat dicapai dengan sepenuhnya sedangkan informasi yang dipaparkan sentiasa menimbulkan kekeliruan di kalangan pemohon-pemohon berkenaan? Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya kerja-kerja mengemas kini status ini dijalankan dari semasa ke semasa. Saya berpendapat bahawa jikalau kerajaan membenarkan, saya memohon kerja-kerja kemas kini ini dapat dilaksanakan pada setiap hari.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan kepada PDRM yang telah berjaya menurunkan indeks beberapa jenayah tertentu. Bagaimanapun, seperti mana umum mengetahui, jenayah-jenayah lain seperti kecurian kenderaan terutamanya motosikal dan kereta tidak menunjukkan perubahan yang ketara malahan di setengah-setengah kawasan telah berlaku peningkatan.

Saya ingin merujuk kepada jenayah yang berlaku di kawasan Parlimen Tanjong Piai dari Januari hingga Mei 2011 di mana telah direkodkan kejadian curi kenderaan yang melibatkan kereta sebanyak lima buah, motosikal sebanyak 12 buah, 16 kes pecah cermin kereta, tiga kes pecah rumah dan satu kes rogol. Bilangan kes-kes ini jika dibandingkan dengan nisbah penduduk dan kenderaan yang ada di kawasan Parlimen Tanjong Piai yang 80 peratus merupakan kawasan luar bandar, saya rasa agak tinggi. Oleh yang demikian, saya ingin mengetahui apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh PDRM bagi menangani masalah ini memandangkan rakyat dan masyarakat mulai berasa bimbang dengan tahap keselamatan mereka?

Pada tempoh yang sama, saya juga mendapat maklum peningkatan jenayah juvana juga berlaku khasnya di kawasan DUN Pekan Nanas. Jenayah juvana ini melibatkan kes memecah masuk rumah, masjid dan kedai, dan dalam satu kejadian, seramai empat orang telah ditangkap ketika memecah masuk kedai. Walaupun tanggungjawab menjaga anak-anak bawah umur ini sepatutnya sebagai tanggungjawab ibu bapa dan penjaga, tetapi kita sedia maklum kebanyakan kes juvana juga berpunca dari institusi keluarga yang pincang yang memang ibu bapa sudah gagal memikul peranan dan tanggungjawab mereka.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan supaya mana-mana kanak-kanak bawah umur yang berkeliaran tanpa sebab melewati jam 11 malam diambil maklum tentang diri mereka oleh anggota PDRM yang meronda dan memanggil ibu bapa atau penjaga tentang perilaku anak-anak yang mungkin tanpa pengetahuan mereka sebagai langkah kawalan.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi kejadian gaduh dan bunuh telah berlaku baru-baru ini di Pekan Nanas. Waris mangsa telah melahirkan rasa kurang puas hati kerana walaupun suspek utama telah ditahan tetapi sehingga sekarang tiada sebarang pertuduhan dikenakan. Pihak saya difahamkan suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan. Saya meminta supaya dalam menangani kes-kes sedemikian, faktor masa amatlah penting untuk mengelakkan pelbagai tanggapan negatif terhadap pihak berwajib. Oleh yang demikian, saya memohon supaya kes ini dapat disegerakan supaya kejadian dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Justeru itu, saya juga ingin tahu perkembangan terkini dalam siasatan kes ini.

final • 7:40 PM

Datuk Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Tuan Yang di-Pertua, yang akhir adalah saya mengharapkan apa yang dibentangkan akan dapat direalisasikan dan dirasakan manfaatnya oleh setiap lapisan rakyat. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bakri. Selepas Yang Berhormat Bakri, bersedia Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 7:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang Muzium Bukit Kepong. Bukan isu Mat Indera cuma Muzium Bukit Kepong. Pada bulan lepas saya telah menulis satu artikel yang bertajuk, ‘Bangsa Yang Tidak Menghargai Sejarah Sendiri, Ia Tidak Akan Menjadi Bangsa Yang Berjaya’. Kalau sesiapa yang berminat, boleh melawat ke laman blog saya untuk membaca selanjutnya.

Saya cuma ingin bertanya kepada rakan-rakan saya di Dewan yang mulia ini, adakah mesyuarat ini tujuannya untuk perbahasan pentadbiran kerajaan atau perbahasan akademik sejarah? Mengapa tiba-tiba rakan-rakan saya semua menjadi pakar-pakar sejarah? Adakah rakyat pilih kita berdiri di Dewan yang mulia ini kerana kepakaran kita dalam sejarah atau kepakaran kita dalam bidang politik, pengurusan dan pentadbiran?

Ahli-ahli politik campur tangan dalam sejarah atau cuba tulis semula sejarah bukanlah satu perkara baru, ia berlaku di seluruh dunia. Namun sedemikian, rejim-rejim yang cuba campur tangan dalam sejarah mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu pentadbiran kuku besi dan fikiran fasis. Satu cara yang terkesan untuk mengawal fikiran rakyat ialah melalui tulis semula kandungan sejarah.

Saya telah mengadakan lawatan ke balai Muzium Bukit Kepong dua minggu selepas bencana Johor 2011 dan membuat pertanyaan mengenai isu pembaikpulihan di dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat berhubung perkara ini pada bulan Mac. Malah, Timbalan Menteri secara sinis mengatakan beliau tidak menyediakan jawapan lisan sebaliknya jawapan bertulis yang diberikan oleh pihak Timbalan Menteri adalah isu ini bukan di bawah tanggungjawab Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri.

final • 7:47 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Persoalan adakah Jabatan Warisan Negara terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri? Ini sebenarnya satu soalan saya dalam artikel yang saya sebut di atas. Saya minta Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan yang tepat mengenai isu ini. Janganlah lepas tangan atas tanggungjawab Kerajaan Persekutuan terhadap isu warisan negara seperti apa yang berlaku pada tahun lepas di mana saya telah membangkitkan isu kubur- kubur beragama Hindu yang kononnya beratus-ratus tahun telah dimusnahkan secara sistematik. Menurut jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, beliau menjawab perkara ini adalah di atas kuasa negeri.

Kalau demikian, apakah sebenarnya peranan Jabatan Warisan Negara? Saya minta penjelasan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai pusat khidmat Ahli-ahli Majlis Perbandaran Muar, MCA atau Lao Chu yang terletak di Jalan Bakri. Pusat khidmat tersebut merupakan salah satu fasiliti yang diperuntukkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan berapakah perbelanjaan dan peruntukan yang diberi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai fasiliti ini.

Di dalam jawapan lisan yang saya terima mengenai isu tapak pelupusan sampah Bukit Bakri. Baru-baru ini dinyatakan bahawa tapak alternatif masih belum dapat dibina dan sementara tapak baru dikenal pasti dan dibina. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menutup selamat sebahagian besar tapak, manakala sebahagian lagi akan dinaik taraf bagi menangani masalah pencemaran air dan bau.

final • 7:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Pada 30 Jun 2011, Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, “Tapak pelupusan sampah Bukit Bakri dengan keluasan kawasannya 37 ekar, sebahagiannya masih boleh digunakan lagi. Demi rancangan yang betul anggaran kegunaannya boleh dipanjangkan selama dua tahun.” Saya cuma memperingatkan perkembangan isu ini dari tahun lepas sehingga kini, pada 1 April 2010, Menteri Besar Johor mengumumkan tapak pelupusan tersebut akan ditutup sepenuhnya pada akhir tahun 2010. Pada 20 Ogos 2010, satu keputusan telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Muar bahawa penutupan secara berperingkat akan bermula pada November 2010 dan penutupan sepenuhnya akan dilaksanakan pada 2011. Pada 29 Oktober 2010, bekas YDP Majlis Perbandaran Muar Tuan Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan pula berkata, “Tapak pelupusan tersebut akan ditutup separuh dan separuh lagi akan digunakan sehingga kawasan pelupusan di Pagoh siap dibina.” Soalan saya ialah saya minta kementerian berkenaan memberikan satu tarikh yang tepat bilakah ia akan ditutup sepenuhnya memandangkan surat EIA perlu disiapkan pada bulan Julai tahun ini dan menurut laporan EIA tersebut, mengapa sehingga sekarang kementerian masih sebut bahawa tapak tersebut belum dikenal pasti dan dibina.

Pelan Draf Daerah Muar 2002 menunjukkan dengan jelas bahawa tapak pelupusan tersebut akan sampai tahap penuh pada 2008 dan tapak baru juga sudah dirancang dan dikenal pasti di satu lot tanah di Singkang, Pagoh. Dalam pelan draf tersebut, jawapan yang saya terima baru-baru ini kementerian perlu membelanjakan sebanyak RM8.7 juta untuk kos projek naik taraf supaya ia boleh digunakan lagi sepanjang dua tahun. Soalan saya ialah sekiranya projek pembinaan ini sudah dikenal pastikan sembilan tahun lepas dan kerajaan pun sudah tahu bahawa tapak pelupusan sampah Bukit Bakri akan sampai tahap penuh pada 2008, mengapa sehingga kini kerajaan tidak mengikut pelan awal dan terpaksalah membelanjakan RM8.7 juta untuk projek naik taraf.

Adalah difahami bahawa kos pembinaan satu tapak pelupusan sampah RM30 juta secara purata dan kini kerajaan perlu berbelanjawan RM8.7 juta iaitu hampai 1/3 daripada kos penuh untuk penyediaan tapak pelupusan sampah yang baru. Apa sebabnya rancangan awal tidak dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan dan siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab atas kos naik taraf sebanyak RM8.7 juta ini?

Seterusnya saya ingin membangkitkan dua isu mengenai infrastruktur umum di Muar. Saya minta Menteri Belia dan Sukan menjelaskan apakah status kolam renang Muar? Menurut satu jawapan yang dikeluarkan oleh Dewan Undangan Negeri Johor, Pada 26 Jun 2010, di mana Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor cawangan Muar telah mengemukakan permohonan peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi membangun semula kolam renang tersebut dalam RMKe-10. Di sini saya ingin menanyakan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berasal dari kawasan Muar. Saya harap beliau boleh menjawab soalan ini. Adakah kementerian sudah menerima permohonan peruntukan tersebut dan apakah perkembangan terhadap isu ini.

Pada 17 Jun 2010, dalam ucapan penangguhan saya yang bertajuk, “Pembinaan Mercu Tanda Tarian Singa di Bandar Muar.” Yang Berhormat Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan kementerian berkenaan bersedia memberikan kerjasama dalam usaha kejayaan Pembinaan Mercu Tanda Tarian Singa tersebut. Pada 6 Julai 2011, Majlis Pecah Tanah telah dilaksanakan dan akan siap dibina pada Disember tahun ini. Adalah difahamkan bahawa mercu tanda tersebut dibina di atas satu lot tanah swasta dan perbelanjaan keseluruhannya dari masyarakat Cina tempatan.

Di sini saya ingin bertanya dua kementerian iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan apakah sumbangan dari segi kewangan dan sebarang usaha yang diberi oleh kedua-dua kementerian ini kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri pernah sebut bahawa beliau bersedia memberikan kerjasama dalam kejayaan pembinaan mercu tanda tersebut.

Soalan kedua, saya ingin kementerian memberikan penjelasan mengapa dalam jawapan lisan yang bertarikh 4 Oktober 2011 bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hanya menyediakan peruntukan untuk membantu PBT membina kemudahan-kemudahan awam yang berkepentingan kepada rakyat.

final • 7:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Adakah Yang Berhormat Menteri cuba mengimplikasikan kejayaan Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng Muar yang telah menaikkan nama Malaysia sebagai Juara Dunia sebanyak 30 kali di dalam Pertandingan Antarabangsa adalah tidak penting kepada rakyat terutamanya rakyat di Muar. Bukankah kewujudan kebanyakan tarian singa negara ini telah mencipta satu keunikan eksklusif yang mencerminkan masyarakat majmuk kita seperti apa yang dikenalkan oleh slogan dan konsep 1Malaysia.

final • 7:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya harap kedua-kedua kementerian yang saya sebutkan di atas boleh memberikan penjelasan yang memuaskan kepada penduduk-penduduk di Muar. Saya minta penjelasan mengenai satu soalan yang saya bangkitkan pada 23 Jun 2011 di Dewan yang mulia ini. Oleh kerana soalan ini tidak dijawab dan saya tidak terima sebarang jawapan secara bertulis dari Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, maka saya terpaksalah mengulang soalan saya di sini dan berharap Menteri berkenaan boleh jawab dengan betul.

Senaraikan nama pemilik sebuah syarikat bernama Southern Ads Sdn. Bhd. (No.

Pendaftaran 627954-B). Adakah Majlis Bandaraya Johor Bahru sudah menyerahkan kuasa mengeluarkan permit untuk papan tanda, banner dan pengutipan yuran kepada syarikat ini?

Sejak bila Majlis Bandaraya Johor Bahru menyerahkan kuasa ini kepada syarikat swasta ini? Apakah dasar KPKT dalam penyerahan penguatkuasaan ini? Satu soalan pendek yang saya minta penjelasan dari Kementerian Dalam Negeri bahawa berapakah kes sumbang mahram atau inses yang telah didakwa di negara kita dari tahun 2001 sehingga tahun ini?

Senaraikan dengan pecahan umur, bangsa, kaum dan negeri.

Berhubung dengan permasalahan bekalan air di Mukim Air Hitam kawasan Bukit Naning, Bakri. Jawapan yang diberikan oleh pihak kementerian adalah sangat tidak memuaskan. Ini tidak mencerminkan amalan pengurusan yang baik. Hanya perenggan pertama sahaja yang memenuhi kehendak soalan saya. Yang lainnya adalah maklumat tambahan mengenai projek-projek bekalan air yang dilaksanakan di Mersing, Simpang Renggam dan Labis. Jawapan panjang lebar yang diberikan ini adalah merupakan maklumat yang tidak berkenaan di dalam isu ini. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan bahawa permohonan pembinaan tangki dan rumah paip air bagi kawasan ini telah disenaraikan di bawah rolling plan kedua RMKe-10. Namun begitu, tiada penjelasan lanjut mengenai perkara ini. Saya ingin memohon pihak kementerian untuk memperjelaskan perkara ini.

Apabila pihak kementerian menyatakan bahawa terdapatnya perancangan di dalam rolling plan kedua untuk melaksanakan projek pembinaan tangki dan rumah paip.

Seharusnya, pihak kementerian telah mempunyai perancangan yang rapi. Pihak kementerian boleh menyatakan mengenai spesifikasi isi padu tangki dan tarikh yang spesifik bagi pembinaan tangki dan rumah paip ini agar perkara ini boleh diperhalusi untuk melihat kesesuaian kawasan ini.

Pihak Syarikat Air Johor dalam jawapan e-mail yang dihantar kepada saya telah menyatakan sejak tahun 2003 pihak SAJ telah melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan terhadap sistem bekalan air di kawasan tersebut. Pemasangan paip 500mm sepanjang 10km yang siap telah pada tahun 2003 dengan kos berjumlah RM4.1 juta dan pemasangan paip berukuran 400mm sepanjang 3.5km dengan kos berjumlah RM4.7 juta yang siap pada Ogos 2009 membantu penduduk kawasan Bukit Naning menerima bekalan air bersih dengan tekanan air sewajarnya.

Ini bermakna penduduk di kawasan tersebut boleh menerima bekalan air secara terus dari tangki air Bukit Dinding tanpa melibatkan pembinaan tangki baru di Bukit Naning.

Terdapat percanggahan di dalam kedua-dua jawapan ini. Pihak kementerian menyatakan permohonan telah disenaraikan dalam rolling plan kedua RMKe-10. Namun, dalam masa yang sama, SAJ telah menyatakan bahawa tiada keperluan untuk pembinaan tangki baru.

Ini semakin mengelirukan mengenai hasrat sebenar pihak terbabit sama ada ingin membina ataupun tidak.

final • 8:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Dalam e-mail yang sama juga, pihak SAJ telah menyatakan bahawa tekanan air terutamanya di kawasan tinggi bagi kawasan Bukit Naning mematuhi piawaian yang ditetapkan iaitu 10 meter dan SAJ juga telah menjalankan kerja-kerja naik taraf paip bekalan air bernilai RM8.6 juta pada tahun 2003 dan 2009. Namun, masalah yang dihadapi oleh penduduk setiap kali musim perayaan tetap juga berlaku saban tahun. Setelah berbelanja jutaan ringgit, namun masalah tetap berlaku, kenapa? Satu penjelasan yang telus perlu diberikan berkaitan perkara ini.

Seterusnya, saya ingin menyentuh isu Senai-Desaru Expressway atau diperkenalkan sebagai SDE. SDE dengan panjangnya 77km merupakan satu infrastruktur yang amat penting dalam pembangunan Johor Selatan. Projek ini bukan sahaja memudahkan penduduk-penduduk dari sekitar Pengerang, Bandar Penawar untuk ke Ulu Tiram dan Pasir Gudang, Johor Bahru namun memendekkan perjalanan dari dua jam ke setengah jam.

Selepas lebuh raya tersebut dirasmikan pada 10 Jun 2011, saya menerima banyak komen mengenai isu-isu di SDE. Kebanyakan komen-komen tersebut menggunakan perkataan “pelik” untuk menggambarkan keadaan jalan raya di SDE khususnya laluan Cahaya Baru ke Desaru. Menurut komen-komen yang saya terima kesimpulannya adalah seperti berikut:

(i) inilah kali pertama rakyat menjumpai lebuh raya dengan satu lorong satu hala dari Cahaya Baru hingga Desaru. Ramai rakyat menganggap lebuh raya satu lorong ini sebagai satu bahan ketawa kepada dunia dan ia seharusnya dimasukkan sebagai Malaysia Book of Records; dan

(ii) sekiranya jalan raya tersebut dikategorikan sebagai lebuh raya seperti apa yang dinyatakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, yang mana piawaian surat diikuti, sila jelaskan bagaimana sesebuah kereta dapat memotong kereta depan dengan kelajuan 90km seperti apa yang ditetapkan di satu lebuh raya dengan satu lorong satu hala?

Seterusnya, saya hendak bangkitkan lagi satu isu iaitu Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam Fatawa wa Ahkam dan Khutab wa Muhadarat telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.

Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.

Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya Kerajaan Barisan Nasional ini membentuk polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan pengkhianatan terhadap polisi negara ini. Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya.

final • 8:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Berdasarkan satu artikel dalam laman web anakmudamalaysia.com, Solidariti Anak Muda Malaysia telah menyatakan secara jelas bahawa, dalam satu sesi pemerintahan ini memunculkan imej anti-Israel dan pro Palestin. Malah pemerintah ini pula me’wajah’kan lawan politik dalam negara sebagai agen Yahudi dan Israel dalam pelbagai imej seolah- olah anti Islam. Namun dalam wajah yang lain, Malaysia ialah antara negara umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam telah menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel. Beberapa bukti seperti borang kastam yang membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang yang memastikan ekonomi Israel terus segar dan terus berupaya membeli senjata untuk membunuh umat Islam Palestin turut telah didedahkan kepada umum.

final • 8:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Dahulu sememangnya Malaysia mempunyai satu undang-undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang secara langsung dan tidak langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid. Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan runtuh maka pada tahun 1994 di bawah Kabinet Tun Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (Pindaan Bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagangan dengan Afrika Selatan. Akan tetapi kesempatan diambil untuk menjalinkan hubungan dagangan dengan Israel. Sejak daripada itu Malaysia menjadi antara rakan dagangan utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di perpustakaan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa dengan jelas terdapat banyak bahan-bahan mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review Israel, Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes

(iaitu buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Micha Harish, Israel Minister of Industry and Trade, Israel-Asia Chamber of Commerce pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu majalah promosi perdagangan Israel seperti berikut dengan izin, “The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade this continent. “ Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini. Sekian, terima kasih.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Hulu Selangor. Yang Berhormat Hulu Terengganu sila.

final • 8:10 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan bajet perbelanjaan negara tahun 2012 yang berjumlah RM232.83 bilion, di mana RM181.58 bilion perbelanjaan mengurus dan RM51.25 bilion untuk pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana telah membentangkan bajet ‘Membela Rakyat, Mensejahtera Negara’.

Satu bajet yang luar biasa yang tidak terfikir pun oleh kita bagaimana murah hatinya Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang dibentangkan pada 7 hari bulan yang lepas.

Dalam bajet ini semua golongan mendapat faedah secara langsung dari budak sekolah sampailah ke wakil rakyat Ahli Parlimen... [Tepuk] Murid sekolah akan mendapat RM100, ibu bapa yang berpendapatan bawah RM3,000 akan mendapat RM500. Di kawasan saya, saya amat yakin lebih 90 peratus ibu akan mendapat habuan daripada bajet yang murah hati ini. Akan tetapi kedengaran beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, termasuk Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Bagan menolak. Walaupun anak buahnya berkeliaran, bertempik kerana mereka rasa rugi dan terpinggir... [Tepuk] Kita faham kenapa Yang Berhormat Bagan menolak maklumlah beliau seorang ADUN, seorang Ahli Parlimen dan seorang Ketua Menteri. Tidak cukup dengan itu isterinya pun seorang wakil rakyat termasuk juga bapanya... [Tepuk]

final • 8:14 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Demikian juga dengan Yang Berhormat Gombak seorang Ahli Parlimen, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri. Mereka sudah banyak duit, mereka tidak pandang lagi anak- anak buahnya. Saya harap bahawa anak-anak buahnya faham, mengerti inilah pemimpin yang mereka pilih, yang mereka junjung... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kalaulah begini...

final • 8:14 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Yang Berhormat Lipis.

final • 8:14 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Saya cadangkan supaya dibuat opsyen, dibuat pilihan siapa yang hendak, siapa yang tidak hendak. Siapa yang tidak hendak biarkan mereka, yang hendak berilah kepada mereka sebab Menteri Kewangan kita sangat bermurah hati untuk memberi habuan ini. Ya Yang Berhormat Lipis.

final • 8:14 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Saya hanya hendak bertanyalah betulkah ADUN dalam negeri Selangor mereka telah membuat usul dan gaji mereka, elaun mereka telah dinaikkan pada antara RM6,000 atau RM8,000 saya pun tidak pasti dan bermula pada 1 Januari 2011 yang dibawa oleh Yang Berhormat Gombak. Kalau betul ini hipokrasi yang paling tinggi dalam dunialah PKR, PAS dan DAP.

final • 8:14 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Itulah, itulah, itulah perlakuan mereka. Di hadapan lain di belakang lain.

Hadapan rakyat cakap lain hadapan sesama sendiri bercakap lain.

final • 8:14 PM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Itu pelik itu hadapan lain belakang lain itu.

final • 8:14 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Itu cerita ini. Nanti, nanti sabar. Itulah ceritanya, itulah ceritanya yang telah diputarbelitkan oleh pihak pembangkang di Terengganu dahulu. Dia kata sembelih orang Barisan Nasional tidak boleh makan tetapi pemimpinnya balun... [Ketawa] Bila ditanya betulkah tidak boleh makan? Betullah dia kata sebab Barisan Nasional itu bukan sahaja orang Islam termasuk orang bukan Islam? Jadi kalau bukan orang Islam sembelih mana boleh makan. Itulah putar belit yang telah diamalkan oleh rakan-rakan kita sebelah sana.

Tuan Yang di-Pertua, kakitangan kerajaan tidak kurang mendapat laba daripada bajet yang telah dibentangkan. Mereka...

final • 8:14 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 8:14 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Sekejap, sekejap. Mereka bukan sahaja mendapat bonus, mendapat kenaikan gaji tetapi dipendekkan masa untuk kenaikan pangkat. Oleh yang demikian, sewajarnyalah kakitangan kerajaan melahirkan rasa kesyukuran dan menyokong Barisan Nasional dan jangan terpikat dengan janji-janji palsu pihak pembangkang yang sentiasa menanam tebu di bibir mulut.

final • 8:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Terengganu yang hebat, seorang pendidik yang paling hebat. Saya terpanggil untuk menyokong hujah Yang Berhormat. Saya bersimpati kepada sahabat-sahabat saya, orang yang baik-baik ini yang menyokong hasrat kerajaan untuk bagi elaun sedikit lebih kepada wakil-wakil rakyat tetapi malang Yang Berhormat, pemimpin yang tidak berbincang langsung oleh orang-orangnya. Jadi bagaimana pula pendapat Yang Berhormat soal pucuk kepimpinan pembangkang ini. Orang-orangnya sudah sedikit naif, macam mana? Minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat...

final • 8:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Minta penjelasan sedikit.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Okey.

final • 8:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya rasa kita pada pihak pembangkang semua kita setuju bahawa yang penting ialah pihak kerajaan menetapkan peruntukan yang tiga tahun kami sudah tidak dapat di Parlimen kami dan buka soal gaji ataupun elaun.

final • 8:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya rasa kita semua setuju, tidak ada masalah. Kenapa kalau RM2 juta atau RM1 juta peruntukan pun tidak boleh bagi tiba-tiba hendak cakap naik elaun dan selepas itu kata pula kami tidak setuju, saya rasa itu tidak betul.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Tidak, yang saya bercakap ini berkenaan dengan elaun. Kalau setuju, apa lagi tunggu hendak ikut lagi Ketua Pembangkang kah? Sebelah sinilah dan jangan ikutlah sebelah sana. Yang Berhormat Putatan tadi, sudah terang lagi bersuluh. Saya rasa tidak perlu saya jawab.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan perlanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun. Berbagai-bagai alasan telah dikemukakan untuk membolehkan perlanjutan usia bersara ini. Mereka dikatakan bahawa di negara-negara maju umur persaraan telah meningkat di Australia umpamanya 65 tahun, di Belgium 65 tahun, di United States Amerika 67 tahun tetapi juga mereka katakan bahawa kerajaan memerlukan pengalaman dan kemahiran pegawai-pegawai yang akan bersara ini juga dibezakan bahawa hayat rakyat Malaysia telah meningkat kepada 74 tahun bagi lelaki dan 79 tahun bagi perempuan.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua pengumuman itu telah menimbulkan pelbagai reaksi. Sekumpulan ada yang bersorak gembira, sebahagian yang lain rasa terkilan dan rasa berduka. Kepada yang bersorak ria terutama kepada pemimpin-pemimpin persatuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya dengar orang-orang bercakap di kedai kopi, di wakaf, di mana- mana mereka berkata bahawa yang benar-benar berjuang untuk melanjutkan usia bersara kepada usia 60 tahun ini ialah untuk kepentingan pemimpin-pemimpin kesatuan.

Saya kata begitu sebab pengalaman rakan saya ketika beliau menjadi timbalan pengurus. Rakannya disambung setahun lagi, marahnya dia bukan main, marah kepada kerajaan, marah kepada pegawai yang dilanjutkan tempoh kerana dia tidak berpeluang untuk menjawat jawatan pengurus.

Kemudian ketika beliau dilantik menjadi pengurus setelah rakannya bersara, dia juga rupa-rupanya minta supaya dilanjutkan usia persaraan kerana ingin untuk meneruskan perkhidmatan. Jadi saya juga ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua benar atau tidak bahawa perlanjutan usia bersara ini diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin kesatuan kerana lebih kepada kepentingan peribadi mereka. Saya juga hendak tahu berapakah elaun yang mereka peroleh kalau mereka jadi Presiden CUEPACS, timbalannya, setiausahanya termasuklah Presiden MTUC dan sebagainya sebab saya bimbang bahawa perjuangan ini lebih merupakan perjuangan yang berbentuk peribadi.

Tuan Yang di-Pertua, kita rasa belas kasihan kepada anak-anak muda kita yang mungkin mencari jawatan tetapi dengan usia persaraan yang dilanjutkan mungkin menyempitkan untuk mereka menjawat jawatan kerajaan dan peluang untuk mereka naik pangkat. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan perlanjutan usia bersara 60 tahun ini bukanlah dibuat secara automatik. Buatlah penapisan kepada pegawai-pegawai yang tidak dedikasi, yang tidak komited, yang selalu curi tulang, yang membuat kerja secara lebih kurang, tidak perlulah mereka ini dilanjutkan sehingga 60 tahun. Kepada pegawai-pegawai yang selalu sakit-sakit, yang berjalan tiga silinder tidak perlulah disambung perjawatannya.

Kepada pegawai-pegawai yang disejuk bekukan juga tidak perlu dilanjutkan sampai umur 60 tahun. Buatlah penapisan, biarlah pegawai-pegawai yang kita lanjutkan umur 60 tahun ini pegawai-pegawai yang boleh memberi perkhidmatan, produktiviti yang cukup kepada perkhidmatan masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian berkenaan dengan berita- berita yang telah disiarkan di dalam akhbar-akhbar. Satu isu yang menjadi fobia kepada kita berkenaan dengan isu keldai dadah. Sejak akhir-akhir ini kita dapati bahawa ramai anak- anak muda kita, wanita-wanita yang telah diperalatkan oleh orang hitam, oleh anak-anak muda Afrika yang telah pandai bermain kata-kata terutama melalui Internet sehingga ramai anak muda wanita kita yang telah terpaut jatuh cinta dan mengikut kekasihnya. Terpedaya kerana ingin mendapat kemewahan sanggup mereka diperalatkan pergi ke luar negara.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Kita merasa kasihan kepada ibu bapa mereka kerana ramai keldai dadah ini yang dipenjarakan di luar negara dan saya kadang-kadang rasa serba salah - kedegilan mereka ini, kita beritahu kepada mereka, dipaparkan dalam surat khabar ramai yang telah terjerat tetapi masih ada lagi yang sanggup menjadi keldai dadah. Oleh yang demikian kita minta supaya pihak kementerian sama ada Kementerian Luar Negeri atau Kementerian Dalam Negeri memberi perhatian yang sungguh-sungguh supaya angkara ini tidak terus berlaku ini dan menjadi masalah kepada penduduk-penduduk di negara, supaya Putera UMNO tidak lagi menjadi jaguh untuk memberi bantuan kepada keldai-keldai dadah ini yang masa pergi seronok bukan main apabila terkena menangis tidak habis-habis.

Jadi kita minta supaya kerajaan harus memastikan perkara ini tidak berlaku. Saya difahamkan bahawa 1000 orang rakyat kita di luar negara yang dipenjarakan ataupun dalam kes mahkamah daripada 1941 orang yang terlibat dalam kes-kes yang lain. Jadi saya harap bahawa perkara ini menjadi perhatian kepada kementerian supaya ianya tidak berterusan.

Saya juga hendak luahkan hasrat bahawa kehadiran pemuda-pemuda Afrika ini sesungguhnya menjadi masalah kepada negara kita. Kita suka, kita mengalu-alukan kedatangan orang-orang luar ke negara kita sebab kita yakin mereka akan membawa kemasukan wang untuk dibelanjakan tetapi sebahagian daripada mereka ini yang dari Afrika yang kononnya datang untuk belajar tetapi nampaknya mereka melepak di mana- mana seperti pusat membeli-belah, jual jam, jual tali pinggang dengan jenama yang diputar- belitkan dan kita harap bahawa langkah yang sewajarnya diambil oleh pihak kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi dan orang-orang tempatan tidak berasa takut untuk berjumpa melalui kawasan orang-orang yang berkulit gelap ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian berkenaan dengan Program Perumahan Rakyat.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Hulu Terengganu, Ahli Yang Berhormat boleh sambung hujah esok. Yang Berhormat ada lagi baki 15 minit.

final • 8:20 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 18 Oktober 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.31 malam.

final • 8:20 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026