Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong] minta Menteri Pelajaran menyatakan:
(a) apakah usaha kementerian bagi memastikan pelajar sekolah memahami sejarah negara, menghargai perpaduan dan sayangkan negara; dan
(b) apakah kementerian berpuas hati dengan penekanan mata pelajaran Sejarah di sekolah sekarang dan apakah ada cadangan untuk mengkaji semula fakta sejarah dalam sistem pendidikan negara sekarang.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran - Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima tujuh pertanyaan yang menyentuh isu yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah pada persidangan kali ini. Oleh kerana isu sejarah sedang hangat diperkarakan di segenap lapisan masyarakat dan secara tidak langsung telah menyentuh proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah. Oleh itu izinkan saya untuk memperjelaskan dan seterusnya menjawab secara serentak pertanyaan-pertanyaan yang telah pun diajukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan tersebut adalah Yang Berhormat Lenggong pada hari ini. Yang Berhormat Pasir Salak pada 10 hari bulan. Yang Berhormat Paya Besar pada 18 hari bulan, Yang Berhormat Jempol pada 3 November, Yang Berhormat Sibuti 9 November, Yang Berhormat Kuala Krau 23 November dan Yang Berhormat Rembau pada 1 Disember.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila Yang Amat Berhormat.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan sejarah telah pun melalui satu tempoh yang sangat panjang dalam sistem pendidikan negara. Bermula dikenali sebagai mata pelajaran Tawarikh seawal tahun 1956 sehingga 1978. Ianya kemudian ditukar kepada mata pelajaran Sejarah sehinggalah sekarang.
Dalam tempoh hampir 22 tahun, pelbagai usaha dan penambahbaikan telah pun dilakukan terhadap kurikulum dan sukatan mata pelajaran tersebut tanpa menyimpang daripada matlamat asal mata pelajaran ini iaitu untuk memastikan setiap murid dapat memupuk dan memperkukuh semangat setia perpaduan dan kekitaan bangsa serta negara Malaysia selain mewujudkan ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.
Apabila Kurikulum Baru Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula diperkenalkan secara berperingkat bermula dengan Tingkatan 1 pada tahun 1989, mata pelajaran Sejarah telah dijadikan sebagai mata pelajaran teras yang wajib dipelajari dan diambil oleh murid dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
Manakala di peringkat pendidikan rendah, mata pelajaran ini diajar secara merentas kurikulum dalam mata pelajaran Kajian Tempatan ketika murid-murid di Tahap Dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6 dan diuji secara Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).
Di peringkat pengajian tinggi pula umpamanya kemasukan hampir ke semua kursus yang ditawarkan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), calon-calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran ini di peringkat SPM. Mata pelajaran juga wajib diikuti oleh semua guru-guru pra perkhidmatan dalam kursus persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuklah calon-calon ambilan khas lepasan UEC.
Ini menunjukkan bahawa mata pelajaran ini amat penting bagi memastikan modal insan yang dilahirkan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak buta sejarah, menghargai, menyayangi, patriotik dan seterusnya memahami bagaimana terbentuknya sesebuah negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
Langkah kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013 juga merupakan satu langkah yang tepat dan selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar modal insan yang dilahirkan mempunyai ilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu untuk memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.
Selain itu, untuk memastikan generasi muda dapat dibentuk dan didedahkan dengan pengetahuan sejarah di peringkat awal persekolahan lagi, kementerian telah memutuskan supaya mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah akan diperkenalkan mulai 2014 di Tahap 2, Tahun 4 secara berperingkat-peringkat. Manakala untuk melihat pencapaian murid terhadap mata pelajaran ini, murid-murid akan dinilai melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sepenuhnya. Ini adalah untuk memastikan Sistem Pendidikan Negara mampu melahirkan generasi baru yang tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak yang berkepentingan tertentu malah berupaya membuat pertimbangan tepat berlandaskan ilmu pengetahuan yang dipelajari.
Tuan Yang di-Pertua, apabila isu sejarah ini mula diperdebatkan oleh pelbagai pihak sama ada di pentas politik atau pun secara akademik, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya telah pun mengorak langkah lebih awal. Ini termasuklah menubuhkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah pada 3 Mei 2010.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
Jawatankuasa tersebut dipertanggungjawabkan untuk menilai semula kurikulum dan kandungan buku teks sejarah yang digunakan sekarang serta mencadangkan penambahbaikan yang bersesuaian. Sehingga kini jawatankuasa berkenaan telah pun bermesyuarat sebanyak tiga kali dan mengadakan tiga perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan. Dalam usaha untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat, komen serta pandangan daripada pelbagai kaum dan etnik di negara ini. Penemuan awal jawatankuasa mendapati bahawa kurikulum yang sedia ada masih relevan. Akan tetapi ia perlu di perinci, diperluas dan disusun semula skopnya supaya lebih jelas dan mudah difahami oleh pelajar.
Selain itu, kaedah dan teknik P&P perlu dipelbagaikan supaya menarik minat murid-murid untuk mempelajari, memahami dan menghayati mata pelajaran tersebut.
Namun demikian, sebelum sebarang tindakan susulan diambil kementerian, perkara- perkara ini perlu diteliti secara komprehensif supaya penambahbaikan yang bersesuaian boleh dilaksanakan. Jawatankuasa ini dijangka akan mengemukakan satu laporan lengkap kepada saya selewat-lewatnya pada bulan Mei 2012.
Pelbagai langkah telah pun diambil bagi memastikan P&P di sekolah termasuk untuk mata pelajaran Sejarah dilaksanakan dengan berkesan dan mampu memberikan impak yang signifikan kepada pembangunan modal insan secara holistik. Program-program peningkatan kecekapan dan kemahiran bagi para guru yang bertindak sebagai agen penyampai di peringkat sekolah telah dirangka dan akan dilaksanakan secara berperingkat- peringkat. Antara program tersebut termasuklah Program Intervensi Tambah Opsyen
(PITO) yang diperkenalkan mulai 9 Oktober 2011.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
Bagi lima mata pelajaran termasuklah mata pelajaran Sejarah untuk memastikan semua guru dapat didedahkan dengan maklumat yang terkini dan betul. Serta mampu bertindak sebagai pakar rujuk di peringkat sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah memperkenalkan satu program khusus bagi opsyen sejarah di IPGM. Langkah tersebut dilakukan untuk memastikan bekalan guru opsyen Sejarah sentiasa mencukupi. Program berkenaan mulai dilaksanakan pada pengambilan Jun 2011. Sebagai langkah tambahan satu buku panduan mengajar mata pelajaran Sejarah akan digubal bagi membantu dan memastikan guru-guru dapat melaksanakan P&P dengan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum juga dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan murid terhadap sejarah. Sehubungan itu aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan di semua sekolah seperti pasukan kadet, pengakap, pandu puteri dan unit beruniform yang lain. Akan memberikan penekanan terhadap sukatan yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah khususnya yang menyentuh patriotisme. Di samping itu seperti yang dilakukan sekarang semua sekolah akan terus memperhebatkan sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia di peringkat sekolah, daerah dan negeri di samping mengadakan di peringkat nasional.
Saya juga mengharapkan semua sekolah mewujudkan sudut ataupun galeri sejarah dan melaksanakan aktiviti ko-akademik yang berkaitan seperti debat, pidato, drama, sajak dan sebagainya. Agar dapat membangkitkan semangat, minat dan penghayatan murid terhadap mata pelajaran ini. Untuk memastikan semua program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan saya telah meminta pihak kementerian meneliti dan mengkaji geran per kapita mata pelajaran ini bagi setiap murid. Supaya bersesuaian dengan kehendak dan keperluan aktiviti berkenaan.
Usaha-usaha penambahbaikan berterusan yang dilaksanakan oleh kementerian bukan satu tanggungjawab dan amanah yang telah pun diberikan oleh rakyat. Justeru apa yang lebih penting adalah aspirasi negara untuk menjadikan rakyat memahami dan menghayati sejarah dengan lebih tepat lagi. Supaya mereka dapat merasai dan menghargai segala usaha dan perjuangan yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu dalam membina negara. Oleh itu saya menaruh harapan yang tinggi melalui perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan. Sudah pasti hasrat untuk melahirkan generasi mampu berfikir, menimbang, menilai dan menangkis pandangan-pandangan yang tidak tepat dan tidak betul oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda untuk kepentingan peribadi dapat direalisasikan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sebelum saya menjemput Yang Berhormat soalan tambahan, minta tolong put handphone itu dalam silent mode ataupun dalam meeting mode Yang Berhormat. Supaya tidak mengganggu. Sila Yang Berhormat Lenggong.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri atas jawapan yang saya sifatkan menyeluruh dan tahniah kepada kementerian khususnya kerana telah pun mengorak langkah ke hadapan dalam soal pendidikan sejarah ini. Yang Berhormat Tan Sri, soalan tambahan saya, secara spesifiknya bolehkah saya mendapat penjelasan berkaitan dengan pengisian sukatan pelajaran Sejarah itu sendiri, sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah rendah ataupun sekolah menengah atas.
Di samping itu juga saya ingin mendapat penjelasan dan bertanya, apakah kandungan elemen sejarah itu sendiri yang diperkenalkan oleh kementerian dalam kurikulum pendidikan guru di institusi pendidikan guru sekarang ini. Terima kasih.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya maklumkan tadi, elemen sejarah ini diajar secara merentas kurikulum iaitu dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Walau bagaimanapun, elemen sejarah secara spesifiknya kita tekankan di Tahun 5 dan Tahun 6 yang mengambil kira topik-topik yang menyentuh maklumat asas sejarah negara berkenaan dengan Perlembagaan Persekutuabn, dan juga Rukun Negara. Di peringkat sekolah menengah rendah iaitu Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3, mata pelajaran Sejarah ini mengandungi dua komponen iaitu yang disebutkan sebagai Sejarah Malaysia dan juga Kajian Sejarah Tempatan.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
Kandungannya di tahap ini adalah seperti berikut, kalau hendak diketahui lebih lanjut, Tingkatan 1 sebagai contoh, kandungannya ialah “Kita dan Sejarah”, tajuk dia.
Kemudian “Zaman Prasejarah dan Keagungan Kesultanan Melayu Melaka", ketiganya ialah “Kesultanan Melayu Melaka Menjadi Asas Kerajaan Masa Kini”. Itu dalam Tingkatan 1 Tuan Yang di-Pertua.
Tingkatan 2 kandungannya ialah “Kemakmuran dan Kekayaan Negara Kita Menarik British Untuk Menjajah”. Keduanya, “Tindak Balas Masyarakat Tempatan Terhadap Penjajah British”. Tingkatan 3 Tuan Yang di-Pertua, tajuknya “Perjuangan Rakyat Ke Arah Kemerdekaan Tanah Air dan Pembentukan Negara Malaysia".
Di peringkat sekolah menengah pula iaitu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, mata pelajaran ini mengandungi dua komponen yang utama iaitu Sejarah Malaysia dan Sejarah Dunia. Ini kerana kita mahu supaya anak-anak kita juga mempunyai satu orang kata pemahaman tentang apa yang berlaku, bukan sahaja di negara kita tetapi di rantau ini dan juga di seluruh dunia. Umpamanya di Tingkatan 4, kandungan ialah “Tamadun Awal Manusia” dan; “Tamadun Islam dan Perkembangannya”. Ketiganya ialah “Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara”. Kemudian di Tingkatan 5 iaitu tahun yang mereka ambil SPM, “Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua”. Kemudian, “Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Yang Berdaulat” dan “Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa”.
Dalam soal elemen sejarah di Institut Perguruan untuk kita menentukan supaya guru kita ini betul-betul terlatih. Mulai Jun 2011 kita akan masukkan dalamnya, ”Pengantar Sejarah, Sejarah Politik Malaysia Hingga Awal Abad ke-20, Ketamadunan Malaysia, Sejarah Moden Negara Kita Tahun 1945 hingga Tahun 1969, Sejarah Sosioekonomi Malaysia hingga Tahun 1970, Pembinaan Negara Bangsa, Sejarah Asia Tenggara” dan juga “Hubungan Antarabangsa”. Itu antara kandungan, content yang kita buat dalam latihan untuk guru kita.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri Pendidikan, dalam membicarakan soal sejarah saya tidak mahu terlibat dalam polemik semenjak beberapa minggu ini. Ini kerana ada yang berpandangan Mat Indera itu sebagai seorang pejuang nasionalis, ada yang mengatakan sebaliknya. Malahan Yayasan Warisan Johor sendiri pernah mengakui bahawa Mat Indera ini seorang pejuang kemerdekaan.
Akan tetapi apa yang hendak saya kemukakan pada pagi ini ialah tentang sejarah itu sendiri. Ini kerana sejarah itu bukan sekadar melihat daripada sudut fakta sejarah.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Akan tetapi apakah Yang Berhormat setuju bahawa sejarah itu juga harus dilihat dalam konteks falsafahnya ataupun under lying issues ataupun ideas. Oleh sebab itu peranan tokoh-tokoh sejarah hari ini ialah bukan sekadar memberikan kefahaman kepada generasi selepas kemerdekaan tentang fakta sejarah, tetapi apakah kementerian bersetuju bahawa tokoh-tokoh sejarah juga bertanggungjawab untuk memberi makna yang lebih tepat terhadap prinsip dan falsafah sejarah itu sendiri.
Oleh sebab Lord Acton pernah menyatakan bahawa, ini sejarahlah sebab tidak tahu sejarah itu yang tidak tahu apa fakta yang saya hendak berikan. Lord Acton pernah menyebut bahawa sejarah itu adalah untuk membebaskan masyarakat. Bukan sekadar merujuk kepada fakta sejarah yang berkenaan.
Kedua saya ingin memohon penjelasan dan pendirian daripada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional apakah negara Malaysia ini pernah dijajah atau tidak? Kerana ini masyarakat hari ini confused. Anak-anak di sekolah di ajar Malaysia merdeka pada 31 Ogos. Ada tokoh sejarah menyatakan Malaysia tidak pernah dijajah. Bulan depan anak- anak ini akan menduduki peperiksaan SPM. Sekiranya soalan ini dilontarkan kepada anak- anak, maka anak-anak akan celaru. Maka sekiranya anak-anak ini gagal...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Soalan Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
...Maka tanggungjawab UMNO untuk memberikan penjelasan. Terima kasih.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, sejarah adalah sejarah. Itu pokoknya. Kita sebagai rakyat mahu memahami sejarah dalam konteks falsafah dan juga latar belakang negara kita. Pastinya tujuan tidak lain adalah untuk, pertama bukan sahaja mengenali sejarah dan negara kita, akan tetapi apakah hasil daripada pengenalan sejarah itu dapat menyedarkan kita. Dasar perjuangan kita, patriotisme kita, semangat kebangsaan kita dan bukan mempelajari sejarah setakat untuk mengetahui sejarah. Kalau tidak, tidak guna kita membimbing anak-anak kita untuk memahami secara terperinci maksud perkembangan yang berlaku dalam sejarah negara kita. Jadi sebab itu bagi kita di Kementerian Pelajaran Malaysia, kita hendak membimbing dan mendidik anak-anak kita berasaskan kepada falsafah tadi.
Falsafah ini dalam konteks yang lebih luas dan bagaimana yang mungkin Yang Berhormat sebutkan, saya tidak ada halangan untuk bersetuju tentang soal itu. Itu penting bagi kita. Sebab itu dalam content pembelajaran sejarah itu yang hendak di isi ialah satu ketepatan sejarah dan kedua ialah tafsirannya. Tafsiran mungkin boleh dibuat oleh pelbagai pihak. Macam contoh kes yang baru-baru ini berlaku debat yang begitu luas sampai tidak habis-habis cerita sekarang ini ya.
Pasal dilihat dalam konteks berbeza dan mungkin kelainan lagi kalau ditokok dengan elemen-elemen politik di dalamnya. Sampai hendak pertahankan itu kerana pendirian politik, bukan kerana content sejarah yang sebenar. Ini bagi saya bukan asas yang betul. Jadi sebab itu bagi saya yang telah pun kita didik dan kita bimbing anak-anak kita dalam sistem pembelajaran sejarah di sekolah, saya fikir tepat. Cuma sekarang ini ada pandangan baru supaya selepas tempoh agak lama kita harus melihat semula.
Apa yang kita telah laksanakan hari ini supaya bukan setakat difahami, akan tetapi dalam konteks Malaysia moden bagaimana sejarah dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat dan rakyat jelata khususnya anak muda tentang sejarah dan masa depan kita. Oleh sebab itu saya telah jelaskan tadi kita bentuk jawatankuasa dan jawatankuasa ini masih lagi menjalankan tugas. Kita telah meminta supaya mereka boleh buat proses engagement dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk memberikan pandangan dan pendapat.
Kita mengambil kira tentang situasi di Sabah dan juga Sarawak. Kita ambil kira perjuangan dan sumbangan kumpulan-kumpulan etnik dalam masyarakat kita yang mana ada signifikan dari segi sejarah. Kalau hendak dicatatkan kesemuanya mungkin orang kata ini adalah sejarah. Akan tetapi sejarah ada pertimbangan dan prinsip-prinsip asas. Kalau tujuan pembelajaran sejarah itu yang biasa digunakan.
Soal kedua sama ada negara kita dijajah ataupun tidak. Jawapannya ya. Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah kerana kita ini adalah sebuah negara di mana ada Sultan dan sebagainya di waktu itu. Akan tetapi jikalau kita kaji dalam sejarah dan saya pun mengambil sejarah sampai Tingkatan 6. Yang Berhormat pun ambil juga. Mempelajari sejarah boleh kata jauh sikit daripada mungkin setengah-setengah pihaklah. Kita tahu bahawa macam contoh kita menyambut kemerdekaan tiap-tiap tahun. Takkan ini sia-sia. Sebabnya ialah kerana kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam pembelajaran sejarah dulu, British Resident atau penasihat-penasihat waktu itu sebenarnya memberikan nasihat kepada Raja.
Dalam konteks ini the advice of the Commissioner, the Resident must be accepted.
Bermakna bahawa walaupun ada itu tetapi dia tidak bebas. Dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan oleh pihak itu... [Tepuk] Atas konteks itulah kita kata, kita harus berjuang untuk memerdekakan negara. Oleh sebab itu saya hendak sebutkan di sini sumbangan seperti Tunku Abdul Rahman dan lain-lain pemimpin-pemimpin, baik Dato’ Onn Jaafar tidak harus kita ketepikan. Pasal itu faktor sejarahnya.
Kalau tidak apa guna perjuangan kita. Jadi sebab itu – ini pendirian kerajaan. Bagi saya tidak perlu kita debat dan bahaskan panjang lebar. Itu sudah jadi satu perkara yang sudah diterima rakyat. Selama 54 tahun kita sambut perayaan ini, tentulah ia ada signifikan dan maknanya.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tahniah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Berani, tahniah. Alhamdulillah... [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat. Ya. Saya bagi Yang Berhormat soal.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, boleh. Saya pun terkejut juga ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebentar tadi penjelasan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Tentulah bagi saya bahawa isunya sekarang ini bagi saya melihat bahawa perbahasan berkenaan dengan sejarah ini memperlihatkan bahawa kita ada masalah kepada soal ketepatan fakta sejarah. Itu isu yang harus dilihat.
Sehingga hari ini pun kita lihat bahawa persoalan bahawa apa yang disebut oleh Majlis Profesor Negara, walaupun dijelaskan tadi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, tetapi penjelasan-penjelasan untuk menafikan pendapat dan pandangan Majlis Profesor Negara itu tidak dibuat dengan teliti sehingga menyebabkan masyarakat makin keliru.
Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi apabila beliau dalam satu kenyataan akhbar selepas daripada pelancaran buku yang ditulis oleh Profesor Syed Najib Al-Attas berkaitan dengan sejarah. Beliau mengarahkan supaya pakar- pakar sejarah di universiti melihat kembali ketepatan fakta sejarah, ketepatan fakta sejarah ekoran daripada pendedahan yang dibuat oleh Syed Najib yang menyatakan bahawa ada fakta-fakta sejarah yang berkaitan dengan soal kedatangan Islam ke Tanah Melayu itu disembunyikan oleh penulis sejarah daripada barat. Sebabnya memang arkib sejarah kita banyak ada di London dan sebagainya yang menunjukkan bagi saya bahawa kita ada masalah dari sudut ketepatan fakta sejarah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sebab itu saya katakan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya bukan menjemput Yang Berhormat untuk berucap.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, ya. Jadi sebab itu saya katakan bahawa apa salahnya, apa salahnya kerajaan dalam isu sejarah ini termasuk isu Mat Indera, isu Mat Indera sendiri bagi saya bahawa dibuat satu panel khas untuk melihat secara menyeluruh bukan hanya dilihat dalam konteks kurikulum akan tetapi dalam konteks ketepatan dari sudut argument yang disebut oleh Majlis Profesor Negara dan juga argument disebut oleh saudara Mohamad Sabu dan argument yang disebut oleh Syed Najib Al-Attas.
Ini supaya kita memperbetulkan kembali kalau ada fakta sejarah yang cuba disembunyikan oleh pihak daripada Barat. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya yang telah pun kita sediakan dari segi contohnya pembelajaran sejarah di sekolah. Pasal kita pun tahu sejarah kerana kita belajar di sekolah. Kita tidak belajar di luar, mungkin. Oleh sebab itu content yang sudah sedia ada bagi saya tidaklah harus kita pertikaikan. Faktor, fakta yang memang sudah pun sedia ada, bukan sahaja tarikh-tarikh akan tetapi peristiwa yang berlaku itu adalah ketepatan yang ada.
Cuma yang biasa kita berbangkit ialah tafsiran tentang sejarah tadi. Macam yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, mungkin wakil daripada PAS pun Mohamad Sabu menjelaskan itu dari segi perspektif pandangan beliau. Akan tetapi itu tidak tepat. Eloklah soalan datang daripada wakil PAS, supaya kita perjelaskan supaya memang betul mesti ada ketepatan. Kalau tafsiran kita tidak betul, timbullah macam masalah yang kita hadapi pada hari ini. Debat yang tidak berhenti-henti yang boleh menimbulkan mungkin salah faham di kalangan masyarakat atau disebutkan mengelirukan rakyat terutama pelajar- pelajar kita. Bagi saya biar kita serahkan sejarah pada tokoh-tokoh dan pakar-pakar sejarah.
Oleh sebab itu bagi saya di peringkat kementerian, walaupun kita tahu segala- galanya telah pun kita susun dan sediakan mungkin ada keperluan untuk kita melihat semula.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
Bukan melihat sejarah dari segi soal sejarah, tapi apakah content yang boleh ditambah lagi supaya pemahaman kita dengan sejarah pun lebih meluas lagi, tidak terbatas. Taksiran itu mesti dibuat oleh pakar.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
Saya baru membaca beberapa kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim hari ini, yang menawarkan supaya diadakan satu persidangan khas untuk membincangkan soal sejarah dan menawarkan sejarawan dan pihak-pihak lain untuk terlibat bersama-sama. Itu satu forum yang saya fikir baik dan mungkin akhirnya kalau dapat diadakan, dapatlah kita penjelasan yang sebenarnya. Akan tetapi, bagi saya soal fakta tidak harus kita perdebatkan ataupun soal ketepatan tentang soal sejarah itu harus kita timbulkan masalah sehingga kita tidak faham keadaan yang sebenarnya.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi sendiri menyebut soal fakta.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pokok Sena, sudahlah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Dewan riuh] Bukan saya. Yang Berhormat Menteri sendiri yang mengakui tentang Syed Najib punya tulisan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pokok Sena, sudahlah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dan saya tidak...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Jurucakap Mat Sabu itu.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Kena haram pun memang betul juga.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Jurucakap Mat Sabu itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
2. Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh manakah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah berperanan di dalam memudahkan urusan perbicaraan di Mahkamah Syariah dan apakah usaha yang dilakukan oleh JKSM dari sudut penggubalan kaedah, arahan amalan dan pekeliling bagi mempercepatkan perbicaraan di Mahkamah Syariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok, Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sentiasa melaksanakan pelbagai langkah dalam memudahkan urusan perbicaraan di Mahkamah Syariah. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) menetapkan KPI Menteri bagi pengurusan kes perceraian yang tertunggak selama tiga tahun di Wilayah Persekutuan dapat diselesaikan 100 peratus pada 2011. Menetapkan KPI yang dipersetujui di seluruh Mahkamah Syariah negeri bagi pengurusan kes mal dan juga jenayah;
(ii) seterusnya, kes mal diuruskan bagi tempoh permohonan kes diterima sehingga diselesaikan dalam tempoh 180 hari. Bagi kes jenayah diuruskan dari tarikh permohonan kes diterima sehingga diselesaikan dalam tempoh 180 hari dan kitaran masa kes faraid diuruskan bagi tarikh pendaftaran sehingga faraid dikeluarkan dalam tempoh 30 hari.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum
Kitaran masa kes rayuan diuruskan dalam notis rayuan difailkan sehingga keputusan rayuan disampaikan pada mahkamah yang kesnya dirayu dalam tempoh 180 hari;
(iii) seterusnya, ke arah untuk menyegerakan juga proses mahkamah penyelesaian kes melalui majlis sulh;
(iv) pemakaian aplikasi e-Syariah dalam pengurusan kes;
(v) pelancaran buku panduan proses perceraian di Mahkamah Syariah;
(vi) khidmat nasihat perbicaraan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK);
(vii) BSK transit;
(viii) latihan kepada hakim dan pegawai mahkamah untuk menambahkan kemahiran dan kecekapan mengurus kes sebelum perbicaraan dan semasa perbicaraan; dan
(ix) pelantikan hakim wanita.
Sesungguhnya kerajaan percaya usaha mempercepatkan perbicaraan suatu kes tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada usaha pihak mahkamah sahaja, kerana proses perbicaraan tidak sama dengan proses permohonan sesuatu dokumen seperti lesen. Oleh itu, perbicaraan mahkamah maklum penyebaran maklumat berkaitan proses di mahkamah memerlukan kerjasama semua pihak iaitu para peguam, pihak yang terlibat dalam sesuatu kes, saluran media dan pihak NGO.
Mengenai usaha oleh JKSM dari sudut penggubalan kaedah, arahan amalan dan pekeliling bagi mempercepatkan perbicaraan di Mahkamah Syariah, sukacita saya maklumkan sejak tahun 2000 sehingga tahun 2010, JKSM bersama dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri telah merangka dan meluluskan sebanyak 125 arahan amalan dari pelbagai sudut pengurusan bermula daripada pendaftaran kes, pengurusan fail dan tatacara pengendalian kes oleh hakim-hakim, pengurusan rekod serta perbicaraan termasuk juga etika hakim dan peguam syarie.
Keseluruhan arahan amalan tersebut telah disahkan oleh ketua hakim syarie negeri-negeri sebagai arahan amalan negeri-negeri yang wajib dipatuhi oleh semua pengamal undang-undang. Sebanyak enam arahan amalan yang terkini yang dikeluarkan pada tahun 2010. Bagi menjamin keberkesanan arahan amalan yang dikeluarkan dan mencapai objektifnya, pihak JKSM telah melaksanakan audit pemantauan amalan arahan pada setiap tahun bermula pada tahun 2009 sehingga kini. Laporan tersebut dibincangkan dan diambil perhatian dalam mesyuarat ketua hakim syarie pada setiap empat bulan sekali.
Pihak JKSM juga sentiasa mengenal pasti kekurangan, panduan dan peruntukan undang-undang yang terlalu umum. Bagi tujuan tersebut, lapan kaedah telah diluluskan oleh jawatankuasa induk, kaedah Mahkamah Syariah seluruh Malaysia pada tahun 2010 untuk melancarkan perjalanan perbicaraan dan seterusnya menjadi panduan kepada hakim-hakim syarie bagi menjamin perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien dan berkesan. Kaedah-kaedah tersebut ialah:
(i) kaedah hakam;
(ii) perceraian khuluk;
(iii) perceraian fasakh;
(iv) perceraian taklik;
(v) sumpah syarie;
(vi) pengesahan nikah yang berlawanan undang-undang;
(vii) pengesahan lafaz cerai; dan
(viii) sebat Mahkamah Syariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum
Sekiranya terdapat apa-apa persoalan dan kelonggaran pengurusan, pihak JKSM juga akan mengeluarkan pekeliling ataupun surat pekeliling ketua pengarah kepada ketua hakim syarie negeri bagi tujuan pengesahan di negeri-negeri. Sekian.
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang sudah membuat penjelasan tentang KPI dan tindakan-tindakan yang telah diambil untuk memastikan Mahkamah Syariah berada di tahap yang boleh kita banggakan. Cuma Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa di sebalik KPI dan perkara yang telah disebutkan tadi, masih terdapat perkara-perkara kontroversi antara pihak berkuasa agama negeri (MAIN) dan juga pihak JKSM yang berpunca daripada kelemahan kepimpinan JKSM termasuk tadi yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri tentang BSK, insiden yang berlaku di Perak. Pegawai BSK yang disuruh balik semula merujuk kepada Peguam Negara yang menimbulkan satu isu yang bagi saya amat memalukan JKSM itu sendiri.
Terdapat juga maklumat yang saya terima, banyak negeri yang enggan memberikan tauliah kepada panel hakim rayuan di JKSM kerana kebanyakan hakim-hakim rayuan ini adalah mereka yang disambung kontraknya walaupun ada di antara mereka itu yang tidak fit daripada segi kesihatannya sehingga berlaku beberapa kes, hakim tidur ketika membicarakan sesuatu kes...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Apakah soalannya Yang Berhormat?
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Dan juga ingin mendapat penjelasan terakhirnya tentang bagaimana JKSM bagi saya telah gagal untuk mengenal pasti beberapa langkah positif dalam pengendalian kes-kes yang simple? Tadi telah disebutkan. Maklumat yang saya terima, termasuk kes-kes lafaz talak dan cerai ini masih menimbulkan satu isu yang besar dalam kalangan masyarakat Islam yang sepatutnya boleh kita gunakan kaedah dengan menjalankan siasatan inquisitorial, dengan izin, bagi mempercepatkan proses penghakiman sesuatu kes yang dibawa ke mahkamah. Terima kasih.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok terima kasih pada soalan yang telah diberikan tadi. Beberapa perkara yang ditimbulkan di antaranya ialah masalah hubungan antara JKSM dan juga pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terutamanya dalam konteks BSK (Badan Sokongan Keluarga).
Saya suka ingin hendak menambah kefahaman bahawa kita sedia maklum, bahawa mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Negara, agama adalah di bawah negeri. Dalam pengertian yang lebih tepat ialah agama di bawah Raja dan juga Sultan masing-masing kecuali bagi Wilayah Persekutuan bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak ia terletak di bawah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong.
Jadi, dalam kedudukan yang pasti yang disebutkan dalam peruntukan Jadual Kesembilan Perlembagaan Negara, ia memberikan kekuatan untuk Sultan dan Raja masing-masing. Oleh sebab itu, pandangan yang diberikan terutamanya dalam kes Perak, MAIN dan juga pihak JKSM, proses penempatan dan juga proses untuk pengambilan wang daripada BSK untuk diberikan kepada pihak yang terlibat yang sewajarnya terutamanya isteri dan juga anak-anak yang tidak mendapat peruntukan daripada keluarga ataupun suami ataupun bekas suami dan juga ayah. Jadi, masalahnya ialah apabila berlaku perceraian Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, biasanya suami tadi sudah bertukar, apabila berlaku perceraian, dia menjadi bekas suami.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum
Akan tetapi anak, dia tidak menjadi bekas anak. Dia menjadi kekal sebagai anak.
Jadi apabila dia jadi kekal sebagai anak, ayah ini kadang-kadang dia tidak bayar untuk bayaran nafkah dan sebagainya, Badan Sokongan Keluarga (BSK) memainkan peranan untuk membayar sehinggalah mahkamah memutuskan. Apa yang berlaku di Perak di antaranya termasuk ialah penempatan BSK itu mengikut pandangan Perak ialah mestilah diberikan kuasa kepada MAIAMP untuk tujuan pembayaran tadi. Ini pandangan-pandangan yang diberikan dan memang JKSM juga mematuhi keputusan yang sedia ada.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum
Selain daripada itu juga ialah tentang panel hakim dan sebagainya, kita sedia maklum bahawa hal-hal sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi, diambil perhatian oleh JKSM. Ada yang dilihat hakim-hakim yang sedang disambung dan sebagainya dan dalam keperluan pelantikan hakim-hakim baru. Walau bagaimanapun, untuk mengurangkan kes-kes terutamanya tentang penceraian ini, pihak kerajaan telah pun melantik tiga orang hakim wanita buat masa sekarang dengan harapan bahawa rasa keprihatinan dan juga rasa tanggungjawab pihak wanita yang merasakan yang kena cerai itu ialah di kalangan wanita, maka dengan tiga hakim ini, yang dua di Wilayah Persekutuan kita tempatkan dan satu di Melaka, dengan harapan ianya akan mempercepatkan membantu mahkamah lebih prihatin kepada perkara tersebut.
Dalam masa yang sama juga kalau dapat saya tambahkan, perbicaraan pada waktu malam juga dibuat terutamanya bagi pihak mahkamah di Pahang, mahkamah di Wilayah Persekutuan yang kita mengadakan perbicaraan pada waktu malam berdasarkan penawaran daripada mahkamah, persetujuan daripada pihak-pihak yang terlibat dalam kes dan juga termasuk kadang-kadang permohonan daripada peguam-peguam. Jadi perbicaraan pada waktu malam pun juga dalam proses untuk mempercepatkan bagi membantu kes-kes yang berada di mahkamah syariah.
Begitu juga tentang lafaz-lafaz yang telah disebutkan. Oleh sebab itu penjelasan kepada lafaz-lafaz yang saya sebutkan tadi, bahawa ianya begitu luas. Pihak JKSM mengambil tindakan untuk memperincikan penjelasan kepada lafaz-lafaz yang kadang- kadang boleh mengelirukan masyarakat dan juga untuk menambahbaikkan lagi proses penceraian yang berlaku di mahkamah syariah. Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menambah soalan daripada sahabat saya Yang Berhormat Bachok, seorang Ahli Parlimen yang bagus, baik, tetapi sayang diketepikan oleh partinya.
Saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan kerana usaha-usaha untuk menambah baik mahkamah syariah kita dan mudah-mudahan usaha itu akan tercapai, insya-Allah. Cuma soalan saya, bentuk kaunseling ataupun kursus- kursus perkahwinan yang dijalankan selama ini tidak berapa berkesan kerana penceraian pasangan muda – sebelum berkahwin, oh, dunia ini syurga. Belanja kahwin berpuluh-puluh malahan beratus ribu. Setahun, dua tahun lepas itu bercerai. Jadi apakah peranan kursus- kursus perkahwinan ini? Ini menakutkan kita pasal saya difahamkan penceraian pasangan muda ini meningkat daripada tahun ke tahun dan pada tahun yang lalu dikatakan 23 peratus meningkat berbanding dengan pasangan yang berumur. Berumur ini tidak ada apa- apa masalah pula ya. Jadi kalau hendak pilih, pilihlah yang berumurlah saya ingat...
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Bachok ini kawan seganding saya. Saya dulu duduk berforum bersama dengan Yang Berhormat Bachok ini masa zaman dulu. Akan tetapi macam kata Yang Berhormat Sri Gading lah juga...
Saya melihat bahawa kursus pra perkahwinan daripada tempoh pengenalan sewaktu mula-mula diperkenalkan pra perkahwinan ialah untuk membantu bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pasangan-pasangan yang berkahwin. Apabila penilaian dibuat semula, dilihat bahawa banyak lagi kurikulum yang perlu ditambah ataupun sukatan mata pelajaran yang perlu ditambah. Jadi sebab itu dulu kita buat kursus satu hari tetapi sekarang ditambah dua hari. Itu pun masih ada lagi banyak faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian. Saya amat bersetuju kalau Yang Berhormat Sri Gading kata faktor umur itu menjadi faktor orang muda banyak yang menyebabkan penceraian. Akan tetapi dalam masa yang sama juga, saya tidak boleh menolak faktor orang tua-tua pun begitu juga.
Yang Berhormat, saya baru baca pagi tadi dalam paper, dalam surat khabar on the way hendak sampai ke Dewan, saya baca ada pasangan yang tidak jadi akad nikah malam semalam oleh sebab alasan pengantin lelaki itu baju Melayunya tidak ada.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum
Jadi saya tidak tahu baju Melayu yang mana dimaksudkan. Akan tetapi maknanya, alasan yang diberikan begitu mudah dan begitu remeh yang diberikan oleh pihak pasangan.
Jadi sebab itu dalam konteks kehidupan ini, ia tidak lihat bahawa penceraian itu ia berlaku dalam hanya satu sudut semata-mata Yang Berhormat, tetapi saya melihat bahawa dalam konteks yang begitu luas. Gaya hidup moden pada hari ini, social life mereka, pendidikan mereka dan kemudian rasa segan silu, akhlak yang agak begitu sudah tidak menjadi perkara yang lumrah, bahkan mereka melihat penceraian adalah merupakan salah satu daripada gaya hidup. Ini pun satu hal. Jadi barangkali hal-hal yang seperti ini harus dilihat dan berkesinambungan itu, untuk disusun kursus pra perkahwinan untuk lebih bersesuaian. Ini dilihat daripada semasa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat.
3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) jumlah warga asing yang telah diberikan dokumen IMM13,
(khususnya di negeri Sabah), sejak tahun 2000, menurut pecahan negara asal mereka; dan
(b) di manakah mereka ini ditempatkan dan jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan bagi maksud ini serta jumlah yang ditampung oleh sumber lain seperti UNHCR.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya jawab soalan ini, saya hendak mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ahli Parlimen Serdang. Nampaknya Ahli Parlimen wanita DAP ini menjadi Ahli Parlimen dapat cari jodoh. Macam Yang Berhormat Batu Gajah juga serupa.
Tahniah ya... [Ketawa] Untuk makluman Yang Berhormat, tidak ada dokumen IMM13 diberikan kepada pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah. Walau bagaimanapun, Jabatan Imigresen Malaysia ada mengeluarkan dokumen IMM13 kepada dua kumpulan masyarakat asing di Sabah iaitu pelarian Cina Indonesia dan pelarian perang selatan Filipina. Pemberian dokumen kepada kedua-dua kumpulan pelarian ini adalah dibuat atas dasar perikemanusiaan. Untuk itu, mereka telah diberikan pengecualian pasport oleh kerajaan untuk tinggal sementara di Sabah dan di Labuan.
Berdasarkan rekod, sebanyak 81,000 IMM13 telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Sabah pada tahun 2009 kepada pelarian perang selatan Filipina dan pelarian Cina Indonesia. Pengeluaran dokumen IMM13 juga dibuat kepada kanak-kanak yang dipisahkan dari dokumen IMM13 ibu bapa mereka setelah kanak-kanak itu mencapai umur 13 tahun.
Untuk makluman, terdapat enam skim penempatan pelarian perang selatan Filipina yang dibangunkan oleh pihak UNHCR dan diwartakan oleh kerajaan negeri Sabah.
Tempat-tempat itu ialah Kampung Hidayat di Tawau; Kampung Selamat di Semporna; Kampung Bahagia di Sandakan; Kampung Kinarut di Kota Kinabalu; Kampung Telipok di Kota Kinabalu; dan Kampung Muslim di Labuan. Namun begitu, enam pusat penempatan yang didirikan atas perbelanjaan UNHCR ini pada tahun 70an tidak mampu menampung jumlah yang besar itu. Justeru, ada di kalangan mereka yang terpaksa tinggal di luar kawasan penempatan dan mendirikan rumah-rumah di kawasan setinggan.
Manakala pelarian Cina Indonesia yang rata-rata tinggal di kawasan bandar berjaya di asimilasikan ke masyarakat Cina tempatan seperti di bandar Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu yang boleh diterimalah. Jadi oleh sebab Menteri Keselamatan Dalam Negeri ada bersama-sama ini, sebagaimana kita maklumlah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kalau tidak ada soalan tidak perlu berdiri.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Soalan, soalan. Sebagai mana kita maklum di Sabah ini, isu warga asing di Sabah ini sering sekali menjadi tajuk-tajuk utama di surat- surat khabar tempatan, internet, blogger, kedai-kedai kopi dan sebagainya. Jadi, apakah kita mahu tahu tindakan atau reaksi daripada kerajaan termasuk KDN yang paling cukup- cukup meyakinkan rakyat negeri Sabah dan tindakan yang tuntas. Tidak tahulah istilah ini betul yang digunakan oleh Speaker selalu, tuntas. Berita yang sedap didengar oleh rakyat negeri Sabah dan menjadi berita yang baik. Minta jawapan yang boleh cukup-cukup meyakinkan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua. Soalan asal soalan kepada saya berkenaan IMM13 itu di bawah Majlis Keselamatan Negara. Soalan kedua itu, PATI itu sahabat saya. Jadi kalau orang yang bercakap dalam blog, internet semua ini saya ingat paling baik sekali macam Yang Berhormat buatlah iaitu buat pertanyaan di dalam Dewan supaya jawapan rasmi dapat diberikan. Jadi, selepas ini saya cadangkan buat soalan. Dalam ucapan nanti buat soalan kepada sahabat saya sebelah ini.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,soalan tambahan. Berapakah pemegang IMM13 sejak tahun 70-an diberi kewarganegaraan Malaysia dan dengan apa-apa syarat. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, ini soalan tambahan betul. Kita tidak memberi setakat ini kewarganegaraan kerana mereka memegang IMM13. Jadi, jumlah yang saya sebut tadi 81,000 itu jumlah yang terkini dan sehingga pada hari ini mereka memegang IMM13 dan mereka bebas untuk bergerak di dalam negeri Sabah dan di dalam negara Malaysia.
4. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:
(a) kos keseluruhan projek membaik pulih dan menaik taraf bangunan Parlimen dengan memberikan pecahan untuk setiap kerja tertentu; dan
(b) nyatakan kemudahan tambahan akan diperolehi selepas projek ini dan berapakah jumlah kerusi tambahan Ahli Parlimen dapat disediakan.
Menteri Kerja Raya - Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Ahli-ahli di Dewan yang mulia ini, anggaran kos keseluruhan bagi pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf kompleks bangunan Parlimen ialah sebanyak RM520 juta. Projek ini akan dilaksanakan secara konvensional melalui tiga fasa seperti berikut.
Fasa 1 dibahagikan kepada fasa 1A dan 1B. Fasa 1A iaitu melibatkan kerja-kerja membaik pulih dan mengubah suai Dewan Serbaguna sedia ada sebagai Dewan Persidangan sementara dan kerja-kerja yang berkaitan.
Fasa 1A ini telah dimulakan pada 28 Mac 2011 dan siap dalam tempoh kurang dari enam bulan iaitu pada 5 September 2011. Kontrak asal bagi pelaksanaan projek fasa ini adalah sebanyak RM28 juta. Walau bagaimanapun, kos projek ini telah meningkat kepada RM31 juta berikutan terdapat tambahan kos sebanyak RM3 juta bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja di luar skop asal kontrak ataupun variation order dengan izin.
Fasa 1B iaitu melibatkan pembinaan blok baru pejabat pentadbiran Parlimen setinggi tiga tingkat berkeluasan 9,000 meter persegi yang akan menempatkan lebih kurang seramai 200 pegawai dan kakitangan Jabatan Parlimen. Anggaran kos yang terlibat ialah sebanyak RM92 juta. Fasa 1B ini dijangka akan dimulakan pada bulan Jun 2012 dan dijangka siap pada bulan Disember 2013, anggaran 18 bulan; Fasa 2 iaitu kerja-kerja mengubahsuai dan membaik pulih bangunan utama Parlimen sedia ada termasuk Blok Menara. Anggaran awal kos bagi pelaksanaan fasa ini ialah sebanyak RM180 juta.
Menteri Kerja Raya - Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Walau bagaimanapun, kos projek fasa ini tertakluk, saya ulangi, walaubagaimana pun kos projek fasa ini tertakluk kepada tahap kerosakan sebenarnya dan cadangan kerja- kerja baik pulih yang akan diketahui setelah pemeriksaan terperinci dibuat oleh pasukan khas daripada Jabatan Kerja Raya.
Dengan kata lain Tuan Yang di-Pertua, bila kita sudah buka semuanya baru kita tahu dengan detail sejauh mana kerosakan bangunan blok lama itu dan barulah kos yang sebenarnya dapat dikenal pasti. Mungkin dia lebih rendah daripada RM180 juta dan mungkin dia ada sedikit lebih daripada RM180. Ini kerana kerosakan itu hanya akan diketahui sepenuhnya setelah rombakan bumbung itu dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua, skop projek fasa 2 ini melibatkan kerja-kerja membaik pulih bumbung pinnacle Dewan Rakyat, penggantian panel-panel fasad yang telah berkarat, kerja-kerja menaik taraf sistem mekanikal dan electrical dan pengubahsuaian ruang dalaman Dewan Rakyat dan Dewan Negara sedia ada dengan mengambil kira keperluan tambahan bilangan kerusi Ahli-ahli Parlimen pada masa hadapan. Fasa ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, dengan kata lain Tuan Yang di-Pertua, bahawa apabila pembaikan dilakukan pada Dewan yang lama itu, Dewan itu tidak ditutup sepenuhnya.
Bilik-bilik jawatankuasa dibuka sebahagian demi sebahagian, pejabat mungkin boleh digunakan sebahagian demi sebahagian. Maknanya kerja-kerja dilakukan secara zoning untuk membolehkan ia tidak ditutup sepenuhnya. Tender akan dipanggil selewat- lewatnya pada akhir tahun ini. Projek mengubahsuai dan membaik pulih bangunan utama Parlimen ini dijangka akan bermula pada suku pertama tahun 2012 dan tempoh siap kerja ialah selama 41 bulan.
Fasa 3 iaitu melibatkan pembinaan blok bangunan baru setinggi lima tingkat dengan keluasan lantai 59,000 meter persegi bagi menempatkan pejabat Ahli-ahli Parlimen dan fasiliti-fasiliti yang berkaitan, bilik media dan bilik kementerian-kementerian serta kemudahan tempat meletak kereta sebanyak 1,000 petak. Anggaran kos yang terlibat ialah sebanyak RM220 juta. Kerja-kerja pembinaan fasa tiga ini dijangka akan bermula pada bulan April 2012 dan siap dalam tempoh 24 bulan, dengan kata lain April 2014.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia, cadangan membaik pulih menaik taraf Kompleks Bangunan Parlimen ini khususnya dalam pemilihan lokasi blok bangunan baru, reka betuk, hiasan dalaman dan sebagainya sememangnya telah dibuat dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek dan faktor-faktor seperti keselamatan, keselesaan dan kemudahan kepada stakeholders terlibat khususnya Ahli-ahli Parlimen. Di samping itu, kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah ini juga perlu mematuhi garis panduan-garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Di dalam masa yang sama, bangunan tersebut perlu terus dikekalkan sebagai simbol yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat negara ini sebagai mana permintaan Ahli- ahli Parlimen dalam persidangan yang lepas. Oleh itu, Kementerian Kerja Raya telah pun mengkaji dan mengambil kira pelbagai pandangan menerusi sesi-sesi taklimat dan engagement yang diadakan dengan pihak-pihak yang terlibat seperti Jabatan Warisan Negara, Yang Berhormat Speaker Dewan Negara, Yang Berhormat Speaker Dewan Rakyat, pegawai-pegawai kanan Parlimen dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dianggotai oleh wakil-wakil Ahli Parlimen sendiri.
Akhir sekali, memandangkan tempoh kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf keseluruhan Bangunan Kompleks Parlimen ini dijangka akan mengambil masa yang agak panjang iaitu sehingga pertengahan tahun 2015, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk memohon kepada semua pihak yang terlibat agar sentiasa bersabar berikutan dari ketidakselesaan yang mungkin akan timbul sepanjang tempoh tersebut. Terima kasih.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang sudi menjawab sendiri dan dengan jawapan yang amat detail. Yang Berhormat Menteri, bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu kepada Dewan ini nama dan latar belakang kontraktor yang sudah menjalankan kerja ini.
Beberapa Ahli
Prasangka, prasangka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Apakah prasangka, belum jawab sudah cakap prasangka. Katakan adakah ini diberi secara tender terbuka sebab tadi katakan ada fasa yang akan minta tender, yang sudah jalan kerja ini adakah sudah juga menjalankan sebegini, tender terbuka, nama dan latar belakang kontraktor utama yang menjalankan kerja ini.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Setakat hari ini kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian bangunan Dewan Serbaguna ini untuk digunakan sebagai Dewan Persidangan sementara iaitu fasa 1A. Kontrak ini telah sebagaimana yang saya telah maklumkan dahulu bahawa telah diberi kepada Trans Resources Corporation Sendirian Berhad berdasarkan kepada kecemerlangan kontraktor ini menerima anugerah kontraktor terbaik daripada Jabatan Kerja Raya memenangi untuk kategori melebihi RM30 juta. Buktinya beliau telah berjaya menyiapkan kontrak ini dalam masa tidak sampai enam bulan.
Jikalau saya ikut pandangan Yang Berhormat Pokok Sena yang minta panggil dan sebagainya, mungkin sampai hari ini bangunan ini tidak siaplah. Oleh sebab itu ada perkara-perkara kerajaan perlu bertanggungjawab dan perlu membuat keputusan agar keselesaan semua Ahli Parlimen itu dapat dijaga dan lebih daripada itu keselamatan Ahli- ahli Parlimen di dalam Dewan ini sentiasa berada dalam keadaan baik. Terima kasih...
[Tepuk]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Apa yang bising-bising pagi-pagi ini?
Bisinglah kawan-kawan daripada Barisan Nasional ni ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat tidak payah dengar Yang Berhormat. Soal sahaja Yang Berhormat. Sila soal.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hendak suruh tenang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri quote, kalau ikut saya ini mungkin tidak siap. Saya percaya bahawa kalau ikut saya buat daripada awal kita sudah tahu lama sudah isu masalah bumbung bocor itu bukan baru. Jikalau kita daripada awal lagi kita buat saya percaya bahawa sebelum ini sudah siap sudah.
Jadi soalan tambahan saya hendak tanya, asal kos, ceiling price yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM28 juta dan sekarang meningkat RM31 juta. Jadi saya hendak tahulah kata ada kos-kos tambahan sebabnya begini saya tengok kerusi, kerusi lama.
Kerusi, kerusi lama usung daripada sana bawa ke mari. Komputer, komputer lama. Jadi sebahagian besar yang ada ini ialah barang-barang lama yang dibawa daripada Dewan Persidangan kita yang sebelum ini. Jadi kita hendak tahulah apa kos yang menyebabkan meningkat daripada RM28 juta menjadi RM31 juta. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Dekat tempat minum kita pun pakai khemah sahaja, sewa.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Oleh sebab itu Yang Berhormat Pokok Sena ini dia sibuk sahaja. Sibuk tidak tentu perkara. Dahulu dalam persidangan lalu saya sudah beritahu bahawa jangkaan kos, anggaran kos sebanyak RM28 juta setelah mengambil kira menggunakan kerusi yang lama, alat-alat siar dengar yang lama kerana ingin menjimatkan, langkah-langkah kerajaan untuk menjimatkan belanjawan, untuk membantu meringankan beban pengguna. Ini yang dibuat oleh kerajaan pada ketika ini.
Walaupun dalam keadaan hari ini kerajaan berusaha untuk mengurangkan kos sebab itu kita pindahkan kerusi lama, alat siar dengar termasuklah dari segi interior design.
Namun demikian ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperti antaranya bilik untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong. Kemudian kerja-kerja seperti penambahan, extension bagi bilik media dan kemudian dari segi kualiti permaidani dan sebagainya.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Akhirnya walaupun Parlimen ini, Dewan ini digunakan sementara sekali-sekala kata pandangan Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua dan sebagainya sekali-sekala ada pelawat daripada luar, takkanlah gambaran yang hendak kita tunjukkan nanti bahawa Dewan sementara bangunan Parlimen ini terlalu-lalu macam kata orang kalau kita ringkas, ‘chokia’ sangatlah nampaknya.
Jadi sebab itu kita ada perkara-perkara yang terpaksa kita tingkatkan kualitinya dan akhirnya berlakulah peningkatan sebanyak RM3 juta. Namun demikian saya juga ingin memohon maaf kepada mereka yang mengguna Dewan terutamanya rakan-rakan media yang terpaksa duduk di luar kerana keadaan yang agak compact dan saya telah meminta supaya Jabatan Kerja Raya memberi bantuan sebaik mungkin supaya rakan-rakan di media itu dapat menjalankan kerja mereka dengan lebih baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Karpet pun ‘chokia’ sahaja.
5. Dato' Haji Ismail Bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, usaha positif pelaksanaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) di seluruh negara.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersama-sama dengan 12 lagi pertanyaan yang lain iaitu pertanyaan Yang Berhormat Kulai pada hari ini, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Kapar pada 10 Oktober. Yang Berhormat Seputeh pada 11 Oktober, Yang Berhormat Pokok Sena pada 12 Oktober, Yang Berhormat Tenggara pada 18 Oktober, Yang Berhormat Indera Mahkota 19 Oktober, Yang Berhormat Kanowit, Yang Berhormat Seremban pada 25 Oktober, Yang Berhormat Gua Musang pada 8 November, Yang Berhormat Jempol pada 21 November, Yang Berhormat Lawas pada 23 November kerana semua pertanyaan tersebut ada berkaitan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, program penyelesaian menyeluruh menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P adalah sebahagian daripada usaha penting dalam agenda kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di negara ini sekali gus membantu menangani jenayah rentas sempadan khususnya jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. Program 6P merupakan satu pakej inisiatif yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh makmal pengurusan warga asing dan adalah antara inisiatif awal APWA yang dilaksanakan dengan memberikan fokus kepada menangani isu PATI yang berada di negara ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin
(JKKPA-PATI) pada 22 Jun yang lalu telah memutuskan untuk melaksanakan Program 6P ini yang merangkumi enam proses iaitu:
(i) pendaftaran;
(ii) pemutihan;
(iii) pengampunan;
(iv) pemantauan;
(v) penguatkuasaan; dan
(vi) pengusiran.
Proses pendaftaran PATI iaitu fasa pertama dalam Program 6P telah dilaksanakan pada 1 hingga 31 Ogos tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga tamat tarikh proses pendaftaran Program 6P pada 31 Ogos lalu, seramai 2,320,034 orang PATI dan pekerja asing sah telah berdaftar melalui sistem biometrik. Daripada jumlah tersebut seramai 1,303,126 adalah PATI dan seramai 1,016,908 orang pula adalah pekerja asing yang sah. Sebahagian besar daripada PATI tersebut telah berdaftar dengan syarikat-syarikat mengurus yang dilantik iaitu sebanyak 78 peratus dan 22 peratus PATI yang didaftarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Melalui Program 6P ini, rekod Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan pekerja asing sah dan PATI warganegara Indonesia merupakan jumlah tertinggi iaitu seramai 1,045,921 orang iaitu terdiri daripada 405,312 pekerja asing sah dan 640,609 PATI.
Warganegara Bangladesh adalah golongan kedua terbesar dengan jumlah 400,700 orang iaitu 132,897 bagi pekerja asing yang sah dan 267,803 bagi PATI. Ini diikuti dengan negara Myanmar – 257,583 orang; Nepal – 255,054 orang; India – 107,427 orang; dan dari segi jantina jumlah lelaki adalah 977,140 orang atau 75 peratus.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, antara impak positif pelaksanaan Program 6P adalah seperti berikut:
(i) kerajaan berupaya mengumpul data berhubung jumlah PATI yang berada di dalam negara kita;
(ii) pengambilan data biometrik dalam proses pendaftaran dapat membantu memantapkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap warga asing sekali gus meningkatkan kawalan keselamatan negara;
(iii) menangani isu pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan melalui pendaftaran dan data biometrik cap jari yang tidak boleh dipalsukan;
(iv) memenuhi segera keperluan pekerja asing sektor-sektor ekonomi melalui proses pemutihan PATI tanpa perlu membawa masuk pekerja asing yang baru; dan
(v) menangani isu ketirisan dalam pengutipan levi pekerja asing dan sekali gus meningkatkan hasil pendapatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan untuk menangani isu kemasukan dan keberadaan warga asing secara tidak sah di dalam negara.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Selain daripada inisiatif-inisiatif sedia ada yang dilaksanakan secara berterusan, antara penambahbaikan yang akan digerakkan melalui Program 6P dalam proses pemantauan dan penguatkuasaan adalah seperti berikut:
(i) menggerakkan secara bersepadu. Melibatkan semua agensi kerajaan berkaitan termasuk PDRM, ATM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Imigresen Malaysia selaku agensi penggerak utama;
(ii) melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan rakyat melalui JKKK, Rukun Tetangga, persatuan penduduk dan lain-lain; dan
(iii) mengguna pakai peralatan dan teknologi untuk memantapkan keberkesanan penguatkuasaan termasuk sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) yang akan diperkenalkan buat kali pertama. Sistem NERS akan membolehkan status warga asing disemak dalam masa nyata real-time, dengan izin, di lapangan melalui teknologi NERS.
Di antara maklumat yang boleh diaccess oleh pegawai penguatkuasaan di lapangan adalah profile warga asing, majikan, gambar, status keberadaan semasa termasuk tempoh sah laku pas dan permit, lokasi tempat tinggal dan tempat bekerja. Sistem ini akan dapat mengelakkan insya-Allah, isu pemalsuan dokumen dan identiti. Bagi warga asing yang tidak membawa dokumen pula, status mereka akan tetap dapat disemak serta- merta melalui data biometriknya. Terima kasih.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Sebelum soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional dan juga Kementerian Dalam Negeri yang telah dapat mengurangkan kadar jenayah seperti yang telah dirangka dalam Program GTP dan di bawah NKRA. Di mana telah meletakkan negara kita negara yang paling selamat di Asia Tenggara dan tempat ke-4 di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia, di tangga yang ke-19 daripada 153 buah negara di seluruh dunia. Ini satu kejayaan yang besar dan kita dapat mengalahkan negara-negara jiran yang lain.
Soalan tambahan saya, dalam usaha untuk meningkatkan lagi keselamatan dalam negara kita, saya ingin bertanya adakah 6P ini sama dengan Program pemutihan atau pengampunan yang telah kita laksanakan? Dari segi senarai-senarai nama syarikat pengurus yang menjalankan program ini, adakah kita paparkan di mana-mana Facebook atau di mana-mana internet, website Kementerian Dalam Negeri supaya senang kita berurusan? Ini kerana kadang-kadang timbul masalah syarikat atau agensi haram yang mengaut keuntungan yang besar, yang telah mengenakan caj antara RM300 hingga RM500 sedangkan sepatutnya hanya RM35 sahaja. Manakala bagi program pemutihan terlalu banyak sangat syarikat yang telah dilantik. Sekarang ini ada 300 lebih syarikat bagi menguruskan program ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, singkatkan soalan.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Bagaimanakah syarikat- syarikat ini dapat dipantau?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ringkaskan soalan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Bagaimanakah syarikat ini dapat dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih bagi pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis Diraja Malaysia. Kepada Yang Berhormat Kuala Krau berhubung kait dengan kenyataan dan pengiktirafan penurunan kadar jenayah dan kehadiran Tan Sri IDP kita berada di Dewan bersama-sama dengan kita hari ini membawa ertinya yang tersendiri. Tuan Yang di-Pertua, berhubung kait dengan perbezaan di antara pendekatan kita kali ini dengan pendekatan terdahulu, mempunyai tambah nilai yang banyak apabila kita mengambil kira kekangan, penelitian dan juga pengajaran melalui proses yang kita lalui dahulu.
Di antara perkara-perkara yang ditambah nilai yang membezakan sistem kita hari ini ialah pertama Program 6P adalah berbeza dengan program sebelum ini ialah bahawa ia tidak bergerak dan dilaksanakan berasingan dan tersendiri. Program ini adalah satu mekanisme komprehensif yang melibatkan enam komponen yang akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu seperti yang saya sebut tadi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan, dan pengusiran.
Kedua, penambahbaikan program kali ini melibatkan pendaftaran biometrik setiap parti yang akan mengelakkan berlakunya pemalsuan identiti dan dokumen. Data biometrik yang didaftarkan sekali gus akan membantu peningkatan keupayaan dan keberkesanan proses penguatkuasaan bagi menangani keberadaan parti di dalam negara ini. Pendekatan program kali ini juga berbeza dengan cara dahulu kerana apa yang diketengahkan oleh kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu sesuatu kaedah yang kita lakukan mestilah merentasi kementerian dan agensi yang berkepentingan. Ia merentasi kementerian dengan matlamat memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia dan melalui jawatankuasa, kabinet, pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin. Ia adalah agenda dilihat sebagai satu agenda nasional buat pertama kali yang digerakkan secara kolektif, yang melibatkan 14 buah kementerian selain kerajaan negeri serta agensi-agensi di bawahnya.
Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
Keempat, program ini melibatkan engagement dengan pihak-pihak berkepentingan stakeholders dengan izin, di luar kerajaan seperti persatuan majikan, para majikan secara individu, pihak industri dan swasta, kedutaan negara-negara sumber dan syarikat-syarikat pengurus.
Akhir sekali program ini juga berbeza dengan pendekatan kita terdahulu kerana ia dilihat sebagai satu strategi dan pendekatan dalam agenda yang lebih besar iaitu menangani jenayah rentas sempadan, khususnya jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. Tuan Yang di-Pertua, globalisasi dan mobiliti penduduk dunia khususnya dalam konteks penawaran peluang pekerjaan kepada warga asing dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. Situasi ini berlaku apabila wujudnya kelemahan dalam pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan proses pengambilan dan penghantaran pekerja asing yang telah membuka ruang kepada manipulasi sindiket-sindiket antarabangsa dan juga tempatan yang mengaut keuntungan yang besar.
Akhir sekali mengenai syarikat-syarikat pengurus. Sukacita saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa 336 syarikat pengurus yang telah pun dilantik diteliti, diuji. Kita melihat melalui proses 1P ini perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berhubung kait dengan kadar caj yang berlebihan dan tambah...
pengubahsuaian mesti mesin biometrik, gagal memulangkan peraturan biometrik selepas tamat tempoh program pendaftaran, 61 syarikat pengurus yang telah pun kita kenal pasti khusus berhubung kait dengan pengubahsuaian mesin biometrik. Ini bermakna bahawa Kementerian Dalam Negeri memantaunya secara dekat. Pada masa-masa yang tertentu nama syarikat-syarikat ini akan disenaraihitamkan dan akan dimaklumkan kepada khalayak ramai.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dato’ Onn memang diingati sebagai pejuang untuk Malaya. Cucunya ada 6P bagi PATI. Semoga usahanya berjaya... [Ketawa] Akan tetapi...
Seorang Ahli
Mukadimahlah itu...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Mukadimah itu, okey... [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, bolehkan Yang Berhormat sebutkan dengan tindakan yang telah pun diambil yang dikatakan berjaya sehingga akhir bulan Ogos. Berapa bilangan PATI yang masih tidak dikesan memandangkan pintu masuk, pintu tikus lebih 700 di seluruh negara? Bilangan yang belum kita kenal pasti dan dengan tindakan Yang Berhormat itu, apakah itu dapat mengatasi pemalsuan, misalnya pemalsuan mengenai kad pengenalan dan sebagainya.
Apakah dengan usaha untuk mencegah ketirisan ini dapat kita untung?
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Dari segi bilangan penting untuk Yang Berhormat memahami bahawa apa yang telah pun kita jayakan merupakan fasa pertama daripada enam fasa yang akan dikendalikan. Pendaftaran yang merupakan satu ‘P’ dalam masa sebulan seramai 2.3 juta yang berdaftar, bukan satu perkara yang mudah dan daripada post mortem yang kita lakukan sekurang-kurangnya melalui cap jari dan biometric, telah kita kenal pasti 2.3 juta.
Jumlah mereka yang mungkin lebih daripada itu di luar sana akan kita dapat kenal pasti melalui lima lagi proses yang akan kita lalui iaitu pemutihan, yang mesyuarat Jawatankuasa Kabinet akan bermesyuarat hari ini untuk menentukan tarikh, tempoh, kaedah dan pendekatan; pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.
Pada masa dan ketika itu harapan kerajaan ialah kita dapat di dalam data kita bukan sahaja nama dan senarai, bukan sahaja gambar ataupun dokumen kerana seperti Yang Berhormat sebutkan tadi dokumen-dokumen pun boleh dipalsukan tetapi dengan cap jari yang tidak boleh diubah. Kita berharap bahawa pendekatan yang agak komprehensif ini buat pertama kali menggembleng semua agensi yang terlibat dapat menjawab sekali gus apa jumlah sebenar mereka yang berada di negara kita tetapi lebih penting lagi di mana mereka berada dan bagaimana kita dapat memantau pergerakan mereka.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pendaftaran semula PATI dan juga pekerja asing ini, feedback, makluman balas yang saya terima daripada para pengilang dan juga para pelabur is a big mess. Ini telah pun menyebabkan mereka amat kecewa dan juga menjejaskan operasi kilang mereka secara serius di mana mereka mengatakan apabila kerajaan..., okey pada mulanya kementerian ingin mendaftarkan pekerja asing tanpa izin dan mereka diberikan amnesty dan mereka diberikan peluang untuk bekerja lima tahun lagi dan selepas itu mereka mendapati ramai pekerja yang sah menjadi tidak sah dan mereka lari daripada kilang dan mendaftar lagi sebagai pekerja asing tanpa izin dan mendapat lima tahun permit.
Bagi syarikat dan kilang-kilang baru yang ingin mendapat pekerja, pekerja mereka hilang kerana pergi ke kilang lain dan jika mereka hendak mendapatkan pekerja baru mereka mesti membayar fi yang banyak RM3,000 lebih untuk seorang.
Jadi pada pandangan saya ialah pertama, kenapa kementerian hanya mengehadkan pekerja asing hanya dibenarkan bekerja di Malaysia selama lima tahun sahaja. Ini akan menggalakkan ramai pekerja asing yang sah yang sedia ada itu lari kerana mungkin sudah sampai tempoh hendak tamat dan mereka hendak menyambung tempoh perkhidmatan mereka di Malaysia.
Kedua ialah kenapa kementerian semasa menjalankan usaha ini untuk mendaftarkan semula pekerja asing ini, kementerian seperti tidak berunding dengan pihak FMM ataupun pihak majikan dan NGO yang lain. Jadi sehingga pendaftaran ini sambung dan sambung semula dan menjejaskan operasi di banyak kilang...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Soalan lah, soalan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Termasuk pelabur asing di Malaysia.
Jadi saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri menjawab soalan ini kerana terdapat banyak ketidaksenangan dan juga rungutan di kalangan pengilang dan juga pelabur. Sekian terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Sebenarnya apa Yang Berhormat Seputeh sebutkan tadi. Kalau sekiranya masalah warga asing ini tidak ditangani, Yang Berhormat juga yang menyatakan di dalam Dewan bahawa situasinya is a real mess. Jadi apabila kita mengambil tindakan, satu tindakan yang kita tahu bukan mudah tetapi dengan pendekatan baru melibatkan pihak-pihak berkepentingan termasuk juga majikan dan syarikat-syarikat yang terlibat dan termasuk juga kementerian-kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk melihat kepada kepentingan ekonomi negara, saya tengok secara menyeluruh, saya tidak bersetuju dengan apa Yang Berhormat sebut bahawa ramai yang membantah dan melihat apa yang kita lakukan ini sebagai satu kaedah yang negatif.
Cuma yang saya hendak katakan di sini bahawa kita baru melalui fasa pertama, fasa kedua iaitu yang kita akan bincangkan hari ini di dalam jawatankuasa Kabinet ialah dalam konteks pemutihan, bagaimana excess jumlah 1.3 juta PATI yang sekarang ini yang tidak ada majikan dapat disalurkan kepada syarikat-syarikat yang Yang Berhormat sendiri katakan memerlukan pekerja-pekerja asing yang baru. Kalau tidak kita membenarkan lebih ramai lagi masuk dengan tidak mengenal pasti berapa ramai yang sebenarnya ada di negara kita, itu akan menimbulkan satu masalah yang lebih besar dan akhirnya waima Yang Berhormat Seputeh sendiri akan membangkitkan menyatakan bahawa pengurusannya memang di dalam satu keadaan dengan izin in the mess.
[Soalan No. 6 – Y.B. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) tidak hadir]
7. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [Kanowit] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah pelarian di Malaysia dan berapakah bajet tahunan untuk menguruskan pelarian ini.
Apakah faktor yang menyebabkan mereka menjadi orang pelarian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan negara yang tidak menandatangani United Nations Convention Relating to the Status of Refugees 1951 dengan izin, dan Protocol Relating to the Status of Refugees 1967, dengan izin. Walau bagaimanapun, atas dasar perikemanusiaan Malaysia membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara sehingga ditempatkan di negara ketiga. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Suruhanjaya PBB mengenai pelarian iaitu UNHCR di Kuala Lumpur sehingga Ogos 2011 terdapat 94,483 person of consent, dengan izin, di mana 83,993 orang merupakan pelarian dan 10,850 pemohon suaka atau dengan izin, asylum-seekers.
Kerajaan tidak memperuntukkan sejumlah bajet bagi mengurus pelarian ini memandangkan tidak sebarang kem atau depot yang disediakan. Walau bagaimanapun, pelarian ini juga telah diberikan diskaun 50 peratus caj rawatan perubatan di hospital dan klinik kerajaan. Di antara faktor yang menyebabkan golongan PATI ini menjadi pelarian ialah keadaan keselamatan dan pergolakan politik di negara asal mereka.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Pagi ini kita mendengar beberapa soalan dan jawapan berkenaan dengan pelarian dan PATI ini, saya agak keliru sedikit Yang Berhormat Menteri dan meminta penjelasan sedikit berkenaan dengan golongan PATI dan pelarian ini sama ada mereka ini orang yang sama ataupun golongan yang berbeza dan statistik mereka juga.
Kedua soalan saya Yang Berhormat Menteri apakah latar belakang perjanjian di antara Malaysia dan Australia berkenaan dengan program pemindahan pelarian ini dan juga impak keputusan Mahkamah Tinggi Australia dengan program tersebut. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, pelarian adalah mereka yang telah meninggalkan negara mereka disebabkan oleh tekanan-tekanan ataupun penganiayaan ataupun victimization atau pergolakan politik yang berlaku di negara mereka atau negara asal mereka. PATI adalah pendatang asing tanpa izin, jadi itu perbezaannya. Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat yang kedua itu perlu dijawab oleh sahabat saya Ahli Parlimen Sembrong kerana itu merupakan soalan Kementerian Dalam Negeri.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, di Sabah kita mendapati bahawa pada tahun 70-an seramai lebih kurang 60,000 yang telah diberikan dokumen IMM13.
Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar
Malangnya sehingga sekarang, yang didapati bahawa IMM13 ini masih juga 60,000 sedangkan mereka mempunyai anak dan ada juga yang saya difahamkan sudah menjadi warganegara. Jadi, apakah sebenarnya bukti-bukti di mana mereka ini adakah anak-beranak mereka dari Filipina khasnya dibagi juga IMM13? Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Lain kali Yang Berhormat, datang awal ya, sebab soalan itu saya dah jawab. Bukan 60,000, jumlah terkini 81,000. Bermakna yang 60,000 itu dah beranak pinak itu bertambah 21,000 itu. Jadi, yang 13 tahun ke atas kita bagi lah, kita keluarkan daripada kad IMM13 ibu bapa dia, kita bagi dia yang berumur 13, kad IMM13. Sebab itu hari ini jumlah dia 81,000. Tak ada ambil anak-anak luar Filipina, tak ada.
Ini memang anak mereka sendiri.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, semasa menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia Ke-48 pada 15 September 2011 baru-baru ini, saya telah mengumumkan permulaan Program Transformasi Politik Negara sebagai pelengkap kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sedang berlangsung. Ketiga-tiga prakarsa ini bersama-sama Model Baru Ekonomi bermatlamat untuk memastikan wawasan kebangsaan ke arah sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 akan dapat dicapai.
Sesungguhnya teras utama Program Transformasi Politik mengambil kira aspirasi nasional ke arah sebuah Malaysia moden, demokratik, progresif lagi maju dan memiliki demokrasi yang berfungsi.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Semua ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menyeimbangkan keperluan keselamatan kebangsaan dan kebebasan individu dengan mengambil kira kemajmukan negara yang kompleks sifatnya dan ancaman keganasan global pasca tragedi 11 September 2011. Seperkara amat jelas, perjalanan yang kita mulakan ini bukanlah disebabkan tekanan mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar. Bukan pula ia berlaku kerana sebarang kekhuatiran apatah lagi kebimbangan. Sebaliknya langkah- langkah penting sebegini diatur derapnya. Justeru Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab... [Tepuk] Kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat, mendengar keluh kesah massa dan memahami aspirasi ramai semenjak daripada dahulu.
Kalau hendak disimpulkan, segala-galanya adalah hasil kumulatif pembangunan dan kemajuan negara di pelopori tentunya oleh kerajaan yang sama semenjak kita merdeka. Ia sebenarnya adalah puncak cita-cita bapa-bapa pengasas pertiwi yang mewariskan kepada kita prinsip-prinsip kenegaraan seperti ketinggian perlembagaan, kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa, kebebasan kehakiman, Demokrasi Berparlimen dan sistem Raja Berperlembagaan. Pada akhirnya, ia adalah satu tindakan yang menunjang di atas keputusan yang betul, benar dan telah tiba waktunya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan sempena Hari Malaysia tersebut jua, saya telah mengumumkan bahawa proses transformasi ini buat permulaan akan membabitkan pemansuhan tiga proklamasi darurat sedang berjalan. Ini termasuk darurat tahun 1969 yang melibatkan seluruh negara, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yakni ISA, Akta Buang Negeri 1959 dan kajian semula yang membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen 27, Akta Polis 1967.
Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di Dewan yang mulia pada hari ini bagi memulakan proses mengotakan janji kerajaan... [Tepuk] Hakikatnya, amat jarang di dunia bagi sebuah kerajaan yang sedang berkuasa untuk secara sukarela memudarkan kuasa yang dimiliki. Namun begitu, kerajaan ini insaf bahawa amanah untuk mengurus tadbir negara tercinta perlu diasaskan kepada kerelaan serta kepercayaan rakyat terbanyak dan bukannya atas dasar kuasa yang mampu menggusarkan. Malah harus diketahui lagi bahawa kerajaan tidak mengimpikan pada satu kuasa yang mutlak atau sekalipun tampak mutlak kerana ia bertentangan dengan citra hidup demokratik yang kita semua dambakan.
Sesungguhnya kuasa adalah satu amanah bukannya satu keistimewaan. Kita mengambil keputusan ini dengan penuh kesedaran bahawa matlamat tertinggi sebuah kerajaan dari rakyat dan untuk rakyat adalah kebajikan dan kesejahteraan warganegaranya. Kita berusaha dan berikhtiar demi negara dan anak-anak cucu yang mempunyai hak terhadap hari muka yang lebih baik sarat dengan harapan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Sekonyong-konyong terdapat pula polan polanah yang mula berkokok bahawa kerajaan kononnya sedang mengambil atau meniru cadangan daripada sesetengah pihak.
Walhal tiada siapa pun yang mempengaruhi kita. Tiada siapa pun yang mendesak kita.
Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah dan penambahbaikan... [Tepuk] Hujahnya, sama ada kita mengotakan janji atau tidak. Pihak lain boleh sahaja tanpa segan silu ataupun semberono mengaku bahawa ini adalah idea atau pandangan mereka sedangkan mereka bukanlah kerajaan yang diberi mandat oleh majoriti rakyat untuk menunaikan apa yang dijanjikan.
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak apa. Kami izin tiru pun.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
...Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 kerana undang-undang tersebut sudah lapuk ditelan zaman dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa berlandaskan dua faktor utama.
Pertamanya prinsip demokrasi dan keadilan. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi semenjak mencapai kemerdekaan.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang adalah dua daripada lima prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan. Sejajar dengan kemajuan dan pembangunan sosioekonomi yang telah berlaku. Hasil daripada perancangan rapi serta pelaksanaan berkesan, kerajaan semenjak lebih lima dekad lalu, maka sudah tiba masanya untuk kita akur dengan landskap sosiopolitik dan sosioekonomi yang telah berubah.
Pendirian ini menuntut kita untuk mengkaji semula undang-undang serta amalan yang tidak selaras dengan prinsip asas demokrasi dan keadilan. Sehubungan dengan itu, sebagai asasnya tindakan terhadap orang yang melakukan kesalahan jenayah hendaklah diambil di bawah undang-undang sedia ada dengan mematuhi prinsip bahawa sebarang hukuman hendaklah berdasarkan sabitan oleh mahkamah selepas mengambil kira segala bukti sesuai dengan prinsip universal. Di samping itu, ia juga adalah seiring dengan semangat maqasid syariah dan prinsip usul fikah bahawa perkara yang yakin itu tidak akan di selindung yang syak. Di sudut lain, Maxim Perundangan Common Law menyebut, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ”It is better that ten guilty men go free than that one innocent man to be convicted.” Lantaran itu kerajaan percaya bahawa pihak Polis Diraja Malaysia kini amat berkebolehan untuk mengumpul bukti secara saintifik dan sistematik dengan adanya peningkatan kemahiran dan kelengkapan teknologi moden bagi membolehkan pendakwaan dilakukan. Serentak itu kerajaan komited terhadap penambahbaikan profesionalisme pihak Polis Diraja Malaysia dalam usaha memerangi jenayah secara berkesan. Kerajaan juga berpegang kuat bahawa ia dilakukan dalam batas-batas keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan pemeliharaan hak asasi manusia.
Tuan Yang di-Pertua, faktor kedua ialah faktor kemajuan ICT dan urbanisasi.
Dewasa ini menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat telah mengurangkan keberkesanan sempadan fizikal. Perancangan dan pelaksanaan satu jenayah hari ini tidak memerlukan kehadiran fizikal. Ia boleh dilakukan beribu kilometer dari lokasi sebenar. Sebagai contoh, jika dahulu individu menjalani perintah kediaman terhad diasingkan dan dipindahkan ke kawasan terpencil. Hari ini dengan kemajuan prasarana fizikal, sistem pengangkutan dan proses urbanisasi, hampir dua per tiga Malaysia sudah menjadi kawasan bandar. Sebahagian besar ceruk dan pelosok negara sudah boleh dihubungi. Tambahan lagi dalam era jalur lebar mudah alih, telefon pintar, email, Skype, faks dan WiFi terbukti pengasingan fizikal melalui pemakaian perintah kediaman terhad tidak lagi berkesan malah perhubungan secara maya atau virtual menjadi jalan alternatif kepada individu-individu yang disekat untuk berhubung secara fizikal.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan fakta-fakta yang telah saya kemukakan tadi, Akta Kediaman Terhad 1933 sudah terang tidak diperlukan lagi dan pada hemat kerajaan, pemansuhan akta in merupakan satu keputusan yang amat wajar... [Tepuk] Tuan Yang di- Pertua, dengan demikian, saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri akan membebaskan kesemua 125 individu yang ditahan di bawah Perintah Kediaman Terhad... [Tepuk] dengan serta-merta. Serentak dengan itu, Kementerian Dalam Negeri juga akan membatalkan lebih 200 waran yang belum disampaikan dengan serta-merta. Pucuk pangkalnya, saya dan rakan-rakan tidak akan sekali-kali berganjak dari meneruskan perjalanan bahkan makin komited untuk membuat yang terbaik demi keharmonian negara. Sesungguhnya ini hanya satu permulaan.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 yang dibentangkan di hadapan Dewan yang mulia ini bertujuan untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 yang sudah lapuk dan sudah tidak berguna lagi pada masa ini.
Rang undang-undang ini memperuntukkan seperti yang berikut:
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan; Fasal 2 bertujuan untuk memansuhkan Akta 377 dan mengadakan peruntukan kecualian yang menyatakan bahawa pemansuhan Akta 377 tidak akan menjejaskan apa- apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat atau tindakan atau prosiding yang diambil di bawah akta yang dimansuhkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta pemansuhan ini; dan
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai peluputan perintah yang masih berkuat kuasa dan penghentian tindakan dan prosiding yang belum selesai di bawah akta yang dimansuhkan apabila akta pemansuhan ini mula berkuat kuasa.
Dengan kata lain, pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933 tidak menjejaskan apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat atau tindakan atau prosiding yang diambil sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini. Pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933 ini juga tidak akan melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933 adalah berasaskan kepada keperluan dan kehendak semasa. Ia dilihat akan dapat membantu mencapai matlamat untuk pelaksanaan dan pentadbiran sistem perundangan yang lebih adil di samping memelihara kebebasan asasi individu sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. [Tepuk]
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran - Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya sila Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju bahawa akta ini dimansuhkan. Itu memang.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Dengan sedemikian, saya ada meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, yang mengatakan pihaknya adalah satu-satunya yang insaf mengenai keadaan dunia yang sekata kini dengan IT, dengan dunia yang terdedah kepada perkembangan yang baru dan sebagainya. BN sahaja yang dapat mengubah semua ini, yang dapat mengotakan semua janji dan sebagainya, memang hebat. Akan tetapi Yang Amat Berhormat, saya memang akan bangkitkan lagi apabila ISA dimansuhkan tapi bagi semua Ahli Yang Berhormat dan Menteri-menteri di situ, saya rasa percaya satu orang pun tidak pernah dihukum dengan Kediaman Terhad, tidak satu pun dihukum di bawah ISA termasuk Yang Berhormat Sembrong. Memang semuanya tidak begitu insaf, apakah penderitaan yang dialami oleh mangsa-mangsa.
Saya setuju satu sahaja iaitu kita harus menjaga keselamatan negara, itu tidak boleh diabaikan dan mesti diseimbangkan dengan akta-akta, undang-undang dan hukuman yang dikenakan ke atas mangsanya, mesti diseimbangkan. Saya setuju tetapi yang penting sekali kita tidak mahu undang-undang yang draconian disalahgunakan, saya tidak ada bukti, misalnya sekarang dibebaskan 125 tahanan dan juga 200 waran dibatalkan. Saya tidak tahu bilangan yang tidak berdosa, apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi pun begitu iaitu sering kali dibangkitkan. Kalau 10 orang dibebaskan, baik daripada satu yang tidak berdosa dihukum, memang semua ahli-ahli peguam di sini pun sudah biasa dengan sebutan seumpama ini. Walau bagaimanapun, saya berharap dengan bermulanya pemansuhan akta seumpama ini, negara ini boleh masuk ke satu era yang baru di mana tidak ada lagi penyalahgunaan akta draconian untuk menahan orang-orang yang mempunyai perbezaan pendapat dengan kita, terutama di dalam bidang politik.
Saya pernah di sini pada tahun 1988, lebih 20 tahun selepas saya dibebaskan daripada ‘universiti Kamunting’, saya datang ke sini dengan sebutan saya sama dengan hari ini juga, dan kita mengambil entahlah lebih dua dekad baru saya..
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
...Memang, kalau tidak lewat, itu bukan BN dah.
‘Barisan Lewat’lah itu... [Ketawa]
Beberapa Ahli
...Liwat... [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Berhormat Menteri Padang Rengas, memang fikiran itu songsang sedikit... [Ketawa] Saya pernah sebutkan di sini begitu pentingnya jangan kita gunakan akta yang draconian lagi untuk menahan musuh-musuh kita di dalam politik. Seperti ucapan Yang Amat Berhormat tadi, beliau tikam di belakang juga...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak, tidak langsung. Tuan Yang di-Pertua, ini melanggar peraturan, bukan sahaja mengganggu, malah tidak mengikut peraturan tetap.
Ini tikam belakang...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Amat Berhormat, di dalam Dewan dan bangunan yang baru ini walaupun sementara ini, dengan belanja RM31 juta, saya berharap semua ahli termasuk Menteri-menteri dapat mengikut peraturan tetap yang...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kepong.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kepong dah merapu dah ni.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Ikan kembung ikan kerapu, Yang Berhormat Kepong dah merapu.
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Yang Berhormat Kepong, boleh minta laluan tidak?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, minta diam sekejap.
Bermula daripada Yang Berhormat Kepong, apabila berhujah, hujah itu dihalakan kepada Speaker, bukan kepada Yang Berhormat Shah Alam.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Arah saya sentiasa ke sini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Yang Berhormat Kepong, boleh minta laluan tidak?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Bila saya sebutkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya menuju kepada dia, bukan daripada belakang seperti Yang Berhormat...
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Yang Berhormat Kepong, boleh minta laluan tidak?
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itu daripada Sarawak, hendak menyelamatkan Perdana Menteri.
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kepong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti perbahasan Yang Berhormat Kepong tadi, Yang Berhormat Kepong kata kita dah lewat hendak mengadakan ini, tapi saya hendak tanya Yang Berhormat Kepong sebab sebelah sana banyak menyanjung negara Singapura, kenapa Singapura tidak mahu mengikuti jejak langkah kita di Malaysia ini? Kalau kita ini lewat? Terima kasih Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, soalan daripada Yang Berhormat Batang ‘sarung’... [Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Sarung apa itu?... [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Singapura..., apa masalah sekarang?
Seorang Ahli
Masalahnya merapu!
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Adakah Yang Berhormat faham, Republik Singapura itu, negara yang berdaulat... [Dewan riuh] yang merdeka, yang bebas. Apa dasar dia, itu dia punya fasal... [Dewan riuh] Kita punya fasal...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Akan tetapi selalu ikut Singapura.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti memberi nasihat yang betul, jangan ganggu, campur tangan dengan hal ehwal negara lain... [Dewan riuh]
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Kita pun berharap semua negara termasuk Singapura, boleh memansuhkan semua undang-undang yang draconian, yang tidak merujuk kepada mahkamah. Kita berharap, tetapi di negara dia sendiri kita tidak boleh campur tangan, di luar Parlimen ini kita tidak boleh sebut seperti itu. terutamanya Tuan Yang di-Pertua, di dalam Dewan yang mulia ini sepatutnya orang-orang ini bermulia sedikit.
Hendak campur tangan dengan negara-negara orang lain.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Kepong, malu pada budak sekolah lah Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong, malu pada pelajar sekolah lah Yang Berhormat Kepong!
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita beri nasihatlah. Apabila orang berucap di dalam Dewan yang mulia ini...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kepong, jangan menyindir kepada saya Yang Berhormat Kepong. Yang harus memberi nasihat adalah Speaker.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya, saya. Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong senyap. Sila Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya memberi nasihat kepada mereka-mereka yang mengacau tadi, jangan kita campur tangan dengan negara-negara yang lain. Ini kerana di dalam ASEAN, kita ada sepuluh anggota. Kita ada semangat untuk mewujudkan satu rantau yang aman, makmur, sejahtera dan sebagainya. Jangan kita campur dengan negara lain termasuk Myanmar.
Tuan Yang di-Pertua, saya pun membuat catatan mengenai ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi dan perkataan-perkataan itu memang baik dan kalau boleh diikuti. Perkataan keadilan, kedaulatan, kesejahteraan, keamanan ini semua memang baik.
Dengan pemansuhan akta ini dan kemudian Akta Buang Negeri dan sebagainya termasuk ISA – mungkin kalau ISA boleh dimansuhkan sekarang pun lebih baik lagi.
Saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat bukan sahaja memansuhkan di sini bahkan tindakan-tindakan seterusnya memanglah cocok dengan semangat yang dibangkitkan hari ini supaya negara ini benar-benar menikmati satu kebebasan tetapi terhad, bukan begitu bebas. Ini memang kebebasan yang seimbang dengan keselamatan negara. Itu memang satu perkara yang mesti kita sentiasa tekankan.
Akan tetapi apa yang disebutkan di sini semuanya itu elok, indah dan cantik. Cuma kita berharap tindakan yang berikutnya cantik, indah dan makmur juga. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Kepong macam tidak sokong. Dia hujah sahaja. Dulu bukan main, mansuhkan ISA apa semua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah di atas tindakan berani yang diambil oleh kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri untuk memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Undang-undang Kediaman Terhad. Pada saya langkah bijak seumpama ini selaras dengan tuntutan dunia hari ini. Dulu kita melihat bagaimana pembangkang memasang lilit merah, hapuskan ISA. Apabila kerajaan hapuskan, diam pula. Tidak menyokong pula. Ada pula pemimpin pembangkang, Timbalan Presiden PAS, di luar dengan begitu hebat menyanjung tinggi komunis. Polis dan tentera yang mati berjuang dianggap pula orang jahat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Apa pula tidak sokong hapus ISA itu.
Mengarutlah ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tengok! Ha ini namanya pembangkang! Mana lilit hitam itu? Tidak ada sudah?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Menyampuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tengoklah Yang Berhormat Shah Alam ini. Kalau saya tegur, dia marah. Saya salam dia di luar dia kata, “Apa mahu salam-salam, di dalam Dewan you belasah saya.”
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Eh, jangan menipu ya. Yang Berhormat Kinabatangan, cakap terus terang. Salam atau tidak salam?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Salam... [Ketawa]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi dengar dahulu kita bercakap. Langkah yang diambil oleh kerajaan ini seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk puak-puak pembangkang. Jangan mengambil kesempatan dengan apa juga yang dileraikan oleh pihak kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional ini bukan kerajaan yang zalim, bukan satu kerajaan yang menidakkan hak mana-mana orang. Pembangkang juga ada ruang. Diberi ruang untuk bekerjasama, memikir, memberi teguran, memberi input yang baik ke arah mana meletakkan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional ini untuk kita gagas bersama.
Ini kerana di negara-negara luar pun Tuan Yang di-Pertua, banyak parti pembangkang. Akan tetapi selepas pilihan raya, mereka bekerjasama dengan kerajaan, mereka menghormati keputusan rakyat. Di negara kita ini, selepas pilihan raya pun masih marah, masih hendak memerintah. Apa punya pembangkang ini? Saya tidak begitu melihat Tuan Yang di-Pertua, bahawa ada sesuatu yang pembangkang hendak kalau mereka memerintah barulah adil.
Jadi dengan ketelusan kerajaan ini pun diputar belitkan macam-macam sedangkan apa yang kerajaan fikirkan ini adalah untuk kepentingan rakyat dan negara. Ini kerana pemimpin itu datang dan pergi, silih berganti, tetapi negara ini akan tetap kita pelihara, akan tetap kita jaga keharmoniannya, kemakmurannya, keselamatan rakyatnya. Bukan macam Yang Berhormat Shah Alam dan yang lain-lain... [Ketawa] Mempengaruhi rakyat, menghancur dan menghuru-harakan negara kita!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Minta laluan boleh tidak?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan lama ya.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak lama... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta izin Tuan Yang di-Pertua beri laluan ya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Terima kasih. Saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Jarang saya setuju tetapi pada hakikatnya memang begitulah sistem demokrasi.
Pemimpin silih berganti dan sudah terlalu lama Barisan Nasional memerintah. [Dewan riuh] Sabarlah, sabar, sabar. Masanya sudah tiba dan banyak perubahan. Perubahan yang bermula dengan mansuhnya ISA. Ini satu petanda zaman yang baru sudah tiba, pemimpin yang baru sudah tiba, kerajaan yang baru sudah tiba dan kita memberikan jaminan apabila kita mengambil alih, kita tidak akan menggunakan apa-apa undang-undang draconian kerana semua undang-undang draconian akan kita mansuhkan. Kita memohon jaminan daripada kerajaan yang sekarang ini kerajaan, bahawa bila kita memerintah, pihak kerajaan yang menjadi pembangkang akan menghormati undang-undang dan menerima hakikat bahawa zaman sudah berubah.
Jangan jadi macam Yang Berhormat Kinabatangan. Hari yang pertama cukup marah dengan Shah Alam, macam tidak boleh terima hakikat. Shah Alam, Barisan Nasional sudah kalah. Terimalah dengan baik, dengan tenang, tidak payah mimpi-mimpi lagi, mengigau-ngigau lagi waktu malam... [Ketawa] Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Inilah masalah.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita bagi kesempatan, dia ambil kesempatan.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Memang benar perubahan tetap perlu diadakan...
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kepimpinan itu silih berganti tetapi saya tidak nampak di barisan pembangkang ini yang ada berkemampuan untuk memimpin negara... [Tepuk]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau rakyat tersalah pilih, maka karamlah negara kita. Masa depannya tidak akan lagi dapat kita...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ah, cukuplah sudah saya beri laluan.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cakap sudah terlampau lama, di Kelantan pun Nik Aziz berapa lamalah... [Dewan riuh]
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Negeri tidak makmur, kepimpinan tidak makmur, tidak berjaya, tidak juga tukar-tukar. Timbalan Presiden PAS yang baik yang ditukar! Diberi pula pada Mat Sabu yang samseng bukan alang-alang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Macam mana hendak memimpin macam ini?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, ini saya punya floor, kenapa dia ini? Keep on dreaminglah, Yang Berhormat Shah Alam!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan, ada dua Ahli Yang Berhormat berdiri di belakang itu. Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Kinabatangan, ada dua di belakang.
Tuan Yang di-Pertua
Ada dua minta laluan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tahu Tuan Yang di-Pertua, selepas ini Yang Berhormat Shah Alam beliau pun kalah sudah. Pengundi-pengundi beliau sudah muak sudah. Dia kata inilah spesies yang terakhir yang ada dalam Dewan ini...
[Dewan riuh]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Ketawa] Kita akan lihat. Kita akan lihat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cukuplah. Kita Tuan Yang di- Pertua, tidak mendului kuasa Tuhan, tetapi kita tahu...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ada lagi?
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Belakang. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Undang-undang ini baik sebenarnya dan kita pun mudah faham.
Sekadarkan kita, kita pertamanya kita kena fokus. Kita jangan mudah terkeliru dengan fahaman pembangkang ini. Tadi disebut saya rasa seluruh rakyat Malaysia reda hendak tubuh kerajaan. Tidak ada masalah tetapi dengan cara yang betul bukan dengan putar belit, fitnah dan sebagainya.
Contoh yang terbaru, buku Yayasan Warisan Johor. Saya hendak sebut buku Yayasan Warisan Johor itu adalah petikan daripada berbagai pendapat. Ada pendapat yang ditulis di situ pendapat yang mengatakan bahawa Mat Indera, pejuang kemerdekaan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Mat Indera seorang komunis dan sebagainya. Itu buku bertajuk Pengukir Nama Johor. Ada petikan beberapa pendapat, tetapi rumusan penulis mengatakan bahawa Mat Indera adalah pejuang komunis. Akan tetapi pihak sebelah menggunakan isu itu sebagai satu modal untuk diputar belit. Ini yang rakyat Malaysia tidak setuju mengambil alih kerajaan dengan cara putar belit, fitnah dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Yang Berhormat Kinabatangan, sambung sedikit boleh?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang.
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Sambung boleh? Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Perkara yang paling besar sekali dalam pindaan ini ialah soal kerajaan menunaikan janji. Inilah bezanya antara Barisan Nasional dengan pembangkang.
Pembangkang dia banyak menabur janji tetapi gagal untuk menunaikan janji. Akan tetapi Barisan Nasional berjanji dan dapat menunaikannya.
Kedua Yang Berhormat ialah soal mengangkat demokrasi di dalam negara kita.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita daripada Presiden UMNO yang dipilih di dalam perwakilan menjadi Presiden UMNO, menjadi Perdana Menteri. Demokrasi yang berjalan dengan baik. Dalam pembangkang contohnya PKR, hanya Penasihat Umum sahaja tetapi berkuasa besar. Tidak dipilih dalam parti tetapi menentukan dasar-dasar parti dan sekali gus mematikan demokrasi dalam negara kita. Apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Pemilihan UMNO pun tangguh 18 bulan.
Mati demokrasi dalam UMNO.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Timbalan Presiden saya bagi.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kinabatangan. Saya hendak menyanggah tuduhan dan dakwaan daripada Yang Berhormat Jempol. Sebenarnya beliau mengambil ucapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung MCA yang baru lalu yang tidak memberikan satu wawasan yang jelas tentang peranan MCA dalam Barisan Nasional tetapi menggunakan pentas untuk menyinggung KEADILAN.
Sebenarnya pelantikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat ini dibuat dalam satu konvensyen khas Parti Keadilan Rakyat yang dihadiri oleh lebih 2,000 perwakilan. Ini keputusan parti, ini keputusan parti yang kita buat. [Dewan riuh]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ada pencalonan lain tidak?
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Ya. Kita lantik. Tidak ada masalah.
Kita buat di Seremban dan itu adalah keputusan parti. Jadi, itu faktanya yang telah diselewengkan oleh Yang Berhormat Jempol atas arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya response sedikitlah. Saya sebetulnya mahu fokus dengan undang-undang akta ini, tetapi Yang Berhormat saudara saya ini beliau masih lagi hendak buat spinning yang bukan-bukan. Mungkin beliau dilatih oleh mentor beliau... [Ketawa] Berapa banyak pemimpin PKR yang keluar? Zaid Ibrahim keluar, macam-macam. Setiausaha Agungnya ganti-ganti, menghentam pula. Apa yang baiknya kita dalam UMNO ini, keluar dia tidak menghentam parti. Itu satu konsep yang hebat. Dia akur dengan keputusan parti.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sudah saya beri tadi, janganlah balik-balik.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Amat Berbahagia Tun Dr.
Mahathir menyerang parti.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat ini bakal hendak menjadi Perdana Menteri juga. Jadi... [Disampuk] Menteri Besar. Ya, Menteri Besar.
Akan tetapi, kalau Menteri Besar, Yang Berhormat Shah Alam tidak ada peluanglah.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Menteri Besar Selangor.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Fakta Yang Berhormat Kinabatangan tidak betul. Ramai yang keluar daripada UMNO hentam balik UMNO. Di antaranya ramai yang masuk ke dalam KEADILAN, hentam balik UMNO. Tidak betul Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kinabatangan tolong elakkan, jangan sentuh pasal soal parti. Soal akta sahaja.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu saya cakap tetapi - Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akur, saya akur. Kita ini memang akur. Bukan macam Yang Berhormat Shah Alam dengan yang lain-lain, putar, putar, putar sahaja. Beliau terkepung-kepung dan berputar-putar. Jadi pada saya sudah tiba masanya kita memberi penghormatan kepada kerajaan sebab rakyat di bawah mereka memang amat bersetuju walaupun sebenarnya akta ini terlalu bahaya untuk memelihara keselamatan dan keharmonian negara. Akan tetapi, ada pihak-pihak yang memutar-belit kononnya akta ini akan diguna pakai untuk menyekat kebebasan bersuara dan sebagainya, menakut- nakutkan rakyat. Jadi sekarang ini, isu sudah kurang sedikit tetapi tidak kurang juga permainan sebelah ini mencari isu yang lain pula semata-mata untuk mencari kuasa...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sedangkan kita tahu bahawa kuasa itu sebetulnya turunnya daripada Allah SWT.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
BEBAS ya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin mendapat pendapat Yang Berhormat dengan secara yang serius. Ini kerana keselamatan ini adalah segala-galanya. Walaupun undang-undang yang dimansuhkan ini dikatakan undang-undang draconian, tetapi undang-undang inilah yang menyelamatkan negara selam hampir 54 tahun yang lalu. Hari ini undang-undang ini kita semua mengalu-alukan kerana ianya dimansuhkan. Saya hendak dapatkan pandangan Yang Berhormat, mengambil kira perkembangan mutakhir ini masih wujud persoalan perkauman, isu-isu sensitif mengenai dengan agama, ancaman-ancaman ajaran sesat daripada luar dan dalam negara, bagaimana pihak kerajaan dapat menangani. Cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat yang saya hendak dengar daripada penyokong kerajaan dan juga Pembangkang. Bukan retorik politik semata-mata. Sekian, terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Memang Yang Berhormat ini seorang yang berjuang yang hendak melihat masa hadapan negara kita sendiri. Beliau sanggup keluar daripada pakatan pembangkang untuk mengisytiharkan diri beliau bebas sebab beliau tidak mahu diri beliau dikongkong oleh kelompok puak yang memikirkan kepentingan diri masing-masing sahaja.
Saya memang cukup yakin walaupun akta ini telah dimansuhkan bahawa kerajaan masih melihat bahawa keselamatan sebuah negara adalah sesuatu yang amat tinggi dan terpenting. Ini kerana kalau negara tidak selamat, segala-galanya tidak akan ada dalam negara kita. Musnah. Jadi pihak pembangkang jangan mengambil kesempatan dengan pemansuhan akta ini pula mencetuskan huru-hara lagi. Ada lagi BERSIH 3.0 lah, ada lagi demonstrasilah, Ini kerana masih ada undang-undang yang boleh mengekang hasrat jahat mana-mana pihak dan saya percaya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Beliau ada kebijaksanaan dengan Ketua Polis Negara melihat bagaimana negara ini, bagaimana rakyat kita jaga keharmonian dia, keselamatan dia. Sehingga hari ini, alhamdulillah saya tidak mendengar ada rungutan daripada rakyat bahawa mereka tidak selamat. Kita selamat sebetulnya. Satu-satu negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT, negara terlalu hebat.
Selamat di sana-sini. Ada yang rakan-rakan saya nampak keluar balik sampai pagi tidak tahu dari mana... [Ketawa] Perempuan-perempuan saya nampak, saya jalan makan nampak beratus-ratus orang jalan, hebat pula tiada ancaman.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini bermakna negara kita ini...
[Ketawa] Bermakna negara kita ini selamat. Cuma pembangkang yang cakap kita tidak selamat. Jadi...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi apa lagi? Saya harap selepas ini tidak ada lagilah. Sila Yang Berhormat Kota Belud.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya merasakan pemansuhan akta ini adalah kerana ianya menjadi mangsa kepada pembangunan negara.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Oleh kerana kemampuan kerajaan untuk membangunkan negara kita ini di merata pelosok negara di mana telekomunikasi, Astro dan segala jenis komunikasi perhubungan di antara kita ini berlaku di seluruh Malaysia. Dahulu Tuan Yang di-Pertua, restricted resident dan management ini dibuat di mana? Di negeri Sabah di tempat-tempat yang jauh di Kapit, di Limbang dan sebagainya.
Akan tetapi oleh kerana kemampuan Kerajaan Barisan Nasional untuk membangunkan negara ini Tuan Yang di-Pertua maka tidak ada satu lagi kawasan seinci pun di negara ini yang dianggap sebagai satu kawasan yang tidak ada perhubungan langsung dengan dunia luar.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Jadi saya rasakan Tuan Yang di-Pertua bahawa pemansuhan akta ini adalah kerana menjadi mangsa kepada pembangunan negara dan yang keduanya ialah mangsa bukan bermakna secara negatif, yang baik. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, undang- undang keadilan adalah hidup. Ia tidak terpaku, ia dinamik, demokrasi dinamik mengikut masa, mengikut kehendak rakyat. Oleh sebab itu sudah tiba masanya semua pihak harus menyokong pemansuhan akta ini kerana ia akan melonjakkan lagi negara kita setanding negara-negara yang lain. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat.
Walaupun kita belum lagi negara maju cuma menuju negara maju tapi nampak aksi yang telah kita lakukan mendahului negara-negara maju. Kalau kita lihat apa berlaku di Amerika Syarikat selepas 11 September mereka mengimplementasikan satu akta yang lebih dahsyat daripada ISA sehingga pada hari ini. Akan tetapi kita walaupun mungkin kekuatan kita ini tidak begitu hebat seperti Amerika, seperti negara Eropah tetapi kita tetap yakin dengan apa yang kita laksanakan dan hari ini kita terjemahkan.
Saya sedih dengan pembangkang. Saya lihat apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memansuhkan akta ini hambar sambutan mereka. Sebetulnya mereka terperanjat, terkejut. Mereka tidak ada keyakinan yang kerajaan berani untuk...
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
[Bangun]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Memutuskan sesuatu untuk kepentingan masa depan rakyat dan negara ini.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Yang Berhormat, belakang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nampak terlampau ramai yang mencelah. Kalau Ahli Yang Berhormat ingin juga berhujah tetapi cara pendek saya boleh benarkan tetapi jangan menghabiskan masa dengan cara begini.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ini tidak mengambil masa Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya ingat kalau sudah mencelah tidak payah berhujahlah.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Saya bukan bertujuan berhujah tetapi hendak membawa ke arah satu pemikiran yang lebih terbuka.
Pertama, setiap undang-undang yang digubal adalah untuk kebaikan dan kita pasti di dalamnya ada tiga perkara iaitu:
(i) education (pendidikan);
(ii) pengajaran; dan
(iii) penguatkuasaan.
Di sana akan terbina satu sistem Yang Berhormat di mana kita tahu setakat ini kalau boleh kita minta kerajaan menyatakan keberkesanan undang-undang tahanan terhad ini ke arah sistem bagi mengajar pesalah-pesalah supaya tidak melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan. Apa yang saya lihat Tuan Yang di-Pertua di bawah sana berlaku ialah apabila tahanan-tahanan ini berada di daerah-daerah mereka telah membina satu lagi flagship, satu lagi empayar di kawasan mana mereka ditahan dan ada juga membina keluarga yang akhirnya membina keturunan-keturunan dan sedikit sebanyak ada jin-jin kesalahan yang dilakukan oleh pesalah itu... [Ketawa]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Jadi di sini kita perlu melihat kerana kerajaan melihat suatu itu perlu dilakukan dalam penyelesaian masalah secara komprehensif. Jadi cadangan Yang Berhormat apakah gantian kepada hukuman ini yang boleh memberikan kesan yang lebih baik supaya perkara yang sama tidak berulang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat.
Memang benar Tuan Yang di-Pertua bahawa...
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat sekali.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Bahawa hasrat murni kerajaan ini sebab satu ketika dahulu apabila akta ini masih ada di kawasan saya pun ada kena buang dan mereka mewujudkan empayar mereka dengan berbagai-bagai rangkaian. Jadi pada saya ia merupakan satu langkah yang terlalu baik...
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Dilaksanakan oleh kerajaan dan saya juga...
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Belakang, belakang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya?
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Belakang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Kinabatangan berkenaan dengan pemansuhan yang kita akan luluskan pada pagi ini iaitu berkenaan dengan akta kediaman terhad dan mungkin akta buang negeri ini.
Pada saya sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi akta ini telah dapat menyelamatkan negara kita. Saya ingin menarik perhatian bahawa salah satu daripada kaedah yang digunakan kenapakah akta ini dilaksanakan kerana untuk mengambil tindakan yang pantas dan cepat berkenaan dengan perilaku yang boleh mengancam keselamatan negara.
Oleh yang demikian, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kinabatangan untuk mempercepatkan pendakwaan kepada pelaku-pelaku yang membuat kesalahan apakah pihak kerajaan sudah bersedia dengan menyediakan pihak polis dengan kaedah penyiasatan supaya pelaku-pelaku yang buat kesalahan ini akan dapat disiasat dengan lebih telus, dengan lebih cepat dan dengan lebih berkesan supaya pihak pendakwa boleh mendakwa di mahkamah supaya mereka ini boleh dihadapkan ke mahkamah.
Kemudian kita minta juga pihak mahkamah memberi ruang yang lebih cepat supaya mereka ini dapat dibicarakan dan dapat diadili. Di samping itu, kita juga minta pihak pembela jangan sengaja melengah-lengahkan tentang kes-kes ini kerana perkara ini akan membawa kepada keresahan. Jadi bagaimana pendapat Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebelum itu Yang Berhormat Tangga Batu tadi saya memang berharap sangat mudah-mudahan akta baru yang digubal oleh kerajaan akan dapat memberi manfaat dan memberikan keutamaan berhubung dengan keselamatan negara dan rakyat walaupun mungkin ada juga saya dengar desas- desus, ada saya dengar pembangkang berceramah di sana-sini bahawa ISA dihapuskan tetapi ada akta yang baru diganti ini lebih dahsyat daripada ISA.
Ini pada saya Tuan Yang di-Pertua bukanlah satu perkara yang harus diberi gurauan ataupun dipermainkan dengan rakyat sebab keselamatan negara ini adalah penting. Kalau negara tidak selamat siapa pun memerintah tidak akan selamat. Jadi janganlah pembangkang suka memainkan isu keselamatan untuk menarik undi untuk rakyat memihak kepada mereka. Banyak isu lain. Carilah isu-isu yang lain. Janganlah gunakan isu keselamatan rakyat dan negara sebab kita lihat bagaimana runtuhnya beberapa buah negara apabila keselamatan mereka rapuh, tidak menentu, tidak ada pelabur datang, tidak ada orang luar datang, rakyat dia menderita, papa kedana.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita bersyukur dengan sebuah negara anugerah Allah ini kita harus jaga bersama, kita pelihara sebab itu saya terus tetap yakin bahawa Barisan Nasional akan terus diberi amanah oleh Allah SWT... [Tepuk] Ini kerana pemimpinnya bukan semua tetapi tidak ada yang zalim sangat sebab saya melihat ada pepatah menyatakan bahawa untuk melihat pemimpin itu kalau dia berkata, katanya benar, kalau dia berjanji tidak mungkir, kalau diberi amanah dia galas dan pikul amanah itu. Bermakna ini tergolong dalam pemimpin Barisan Nasional, pemimpin yang baik.
Jadi rakyat harus melihat secara keseluruhan, secara saksama jangan biarkan sebuah kelompok yang cuba menghancurkan dan huru-harakan negara ini kita beri sokongan pula secara total sebab akhirnya kita akan mewarisi sebuah negara yang rapuh dan negara itu akan hancur dan musnah. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada kerajaan, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab telah melihat bahawa keperluan ini untuk memansuhkan beberapa akta termasuk ISA dan Akta Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 ini. Saya cukup yakin rakyat akan terus memihak di belakang kerajaan, saya menyokong Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ramai orang yang hendak berhujah ini? Kalau ramai saya akan hadkan masa kerana saya tidak nampak tidak ada banyak yang perlu diperkatakan mengenai dengan pemansuhan. Dari sebelah BN ada lagi?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam, saya bertanya dengan baik.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita BN sudah yakin dengan hujah yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya bermula dengan senior, daripada Yang Berhormat Pokok Sena. Kalau boleh singkatkan supaya saya boleh panggil Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Kita selesaikan kalau boleh sebelum pukul satu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya seronok tengok wakil Barisan Nasional, Yang Berhormat Kinabatangan berhujah tadi dengan penghujahan-penghujahan beliau yang boleh diisytiharkan sebagai ‘Raja Lawak Parlimen’ lah... [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tarik balik, Tuan Yang di-Pertua.
Saya bukan pelawak di sini, saya serius membincangkan, Ahli Parlimen. Kalau saya raja lawak, Yang Berhormat apa? Tarik balik.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, saya kata Raja Lawak, saya tengok PM pun...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Raja Lawak Timbalan Presiden PAS, bukan saya.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Ketawa tadi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Pokok Sena...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tarik balik, tarik balik.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Pokok Sena, kita sedang membahaskan perkara yang serius. Tolonglah jangan menghina orang.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dengarlah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jangan menghina orang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tarik balik. Kalau Yang Berhormat Pokok Sena hormat diri sendiri, tarik baliklah, kita kawan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pasal saya tengok PM gelak tadi, ketawa, sebab itu saya kata Yang Berhormat ‘Raja Lawak’ yang cukup hebat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Gelak bukan bermakna kita lawak. Tolonglah...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tolonglah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Okey, saya tarik baliklah. Memang kita ketawa pun pasal Yang Berhormat memang hebat untuk berlawak di sini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena, teruskan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik, terima kasih. Saya kira bahawa prinsip untuk kita berdiri di sini untuk memang daripada awal bersetuju dengan pemansuhan Akta Kediaman Terhad ini termasuk ISA ialah prinsipnya ialah untuk kita menolak sebarang bentuk undang-undang tanpa bicara. Ini prinsip asas yang harus kita terima bukan hanya sekadar untuk kita membicarakan persoalan seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Prinsipnya ialah kita kena menolak sebarang bentuk undang-undang tanpa bicara di negara kita kerana inilah yang menyebabkan berlakunya kezaliman ke atas ramai orang. Saya katakan ISA umpamanya, saya sendiri menjadi mangsa ISA dan saya juga menjadi mangsa di bawah ISA yang agak serupa dengan Akta Kediaman Terhad selepas satu tahun saya berada di Kamunting.
Kemudian satu tahun saya berada di dalam seperti Undang-undang Kediaman Terhad tetapi itu di bawah ISA.
Pada waktu itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terlepas daripada tindakan di bawah ISA kerana diberikan cuti selama dua bulan di Australia. Itu diberikan, Yang Amat Berhormat sendiri bersama dengan Datuk Lee Kim Sai daripada MCA yang mencetuskan isu yang menyebabkan negara kita berada di dalam kegawatan pada waktu itu... [Tepuk] Saya tidak terlibat, sama ada saya atau pemimpin DAP tidak terlibat dalam isu kegawatan perkauman pada waktu itu termasuk Yang Berhormat Kepong. Yang terlibat ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu selaku Ketua Pemuda UMNO dengan Lee Kim Sai daripada MCA pada waktu itu. Ini fakta. Ini sejarah yang tidak boleh dinafikan.
Akan tetapi pada waktu itu oleh kerana Perdana Menteri mempunyai kuasa yang juga Menteri Dalam Negeri, akhirnya yang menjadi mangsa ialah daripada pembangkang.
Jadi, bagi saya bahawa undang-undang tanpa bicara ini memberi kuasa yang begitu besar kepada Menteri Dalam Negeri untuk menyalahgunakan kuasa mereka di samping undang- undang itu sendiri bertentangan dengan prinsip hak asasi iaitu undang-undang yang sepatutnya dibawa kepada mahkamah untuk mengadili seseorang yang dituduh. Akan tetapi sebaliknya selepas daripada itu undang-undang itu juga disalah gunakan juga oleh Menteri Dalam Negeri untuk melepaskan orang yang sepatutnya berada dalam tahanan ISA iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu.
Yang Berhormat boleh menggeleng kepala tetapi Yang Amat Berhormat berada di Australia dua bulan, Perdana Menteri bagi cuti dua bulan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita tidak lupa, tidak lupa.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya yang jadi mangsa, Yang Berhormat Shah Alam jadi mangsa, Yang Berhormat Kepong jadi mangsa. Siapa lagi jadi mangsa? Ini sejarah. Akan tetapi terima kasihlah Yang Berhormat hendak hapuskan ISA.
Saya minta bahawa biarlah kita berdiri di atas prinsip untuk menolak sebarang bentuk undang-undang tanpa bicara.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, isu yang saya hendak bangkit di sini ialah apabila..., bukan sekadar Kediaman Terhad ini tetapi ISA itu sendiri. Apabila Yang Amat Berhormat hendak mansuh tetapi hendak digantikan dengan dua undang-undang yang lain.
Saya boleh terima soal penggantian dua undang-undang yang lain. Akan tetapi kenapa masih ada unsur-unsur undang-undang tanpa bicara? Masih ada unsur undang- undang tanpa bicara, kuasa Menteri untuk menahan dan sebagainya. Ini seperti mana yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, hendak merujuk kepada patriot, hendak merujuk kepada undang-undang anti keganasan di United Kingdom dan sebagainya. Bermakna bahawa kita masih hendak mempertahankan unsur undang-undang tanpa bicara sedangkan unsur undang-undang tanpa bicara ini ialah merupakan satu perkara yang kita berdiri hari ini untuk menolak kerana kita dapati ia merupakan satu kezaliman ke atas orang yang telah dituduh.
Yang keduanya ialah, bahawa undang-undang yang hendak digantikan kepada ISA masih mempunyai unsur untuk memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri dan saya percaya bahawa apabila beri kuasa kepada Menteri Dalam Negeri dan inilah yang akan menyebabkan mengulangi peristiwa sepertimana Yang Amat Berhormat terlepas daripada tindakan ISA sebaliknya memangsakan orang lain untuk dihumban ke dalam Kem Tahanan Kamunting.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita tidak lupa.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, bagi saya bahawa kerajaan tidak konsisten dalam soal penghapusan ISA, penghapusan Undang-undang Kediaman Terhad ini dalam konteks bagi saya ialah bagi menolak asas dan prinsip, kita tidak perlu kepada undang-undang tanpa bicara. Keduanya ialah, saya hendak sebut di sini ialah Yang Berhormat, apa pun undang-undang yang kita hendak kuatkuasakan di dalam negara kita, yang pentingnya ialah kita harus kuat kuasa dengan penuh amanah, bukan untuk disalahgunakan seperti mana yang berlaku hari ini.
Saya lihat bahawa apa yang disebut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang mengatakan tindakan polis menembak gas pemedih mata dalam perhimpunan Bersih adalah satu tindakan yang menyalahi prosedur operasi-operasi polis. Ini juga harus kita lihat, ini saya katakan bahawa dalam konteks salah guna kuasa tetapi hari ini kata Ketua Setiausaha mereka anggota polis yang didapati menembak dalam kawasan hospital itu akan diambil tindakan disiplin. Sedangkan perkara ini bagi saya bahawa tidak boleh kita membebankan kesalahan kepada anggota pihak polis, sedangkan isu yang timbul hari ini, saya bukan kata anggota polis tidak bersalah langsung. Akan tetapi isu yang timbul pada hari ini dalam isu perhimpunan BERSIH adalah daripada kegagalan Perdana Menteri dan kerajaan sendiri menangani isu BERSIH ini... [Tepuk] Ini yang menyebabkan berlaku. Oleh sebab itu Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri, bapa kepada Yang Berhormat Jerlun mengatakan bahawa beliau bersetuju dengan kajian daripada Merdeka Centre menunjukkan populariti Perdana Menteri menurun adalah berpunca daripada kegagalan menangani persoalan perhimpunan BERSIH . Kerana apa, kata Tun Dr. Mahathir apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak benarkan orang pakai baju kuning, inilah juga antara penyumbang kepada populariti Perdana Menteri juga menurun... [Tepuk] Baju kuning pun tidak boleh pakai.
Saya hendak katakan bawah isunya ialah dalam perhimpunan BERSIH, kerajaan sendiri, Perdana Menteri sendiri flip flop. Sekejap kata “Okey, boleh buat stadium,” kemudian tidak boleh beri pula. Kenapa kita harus flip-flop dalam persoalan-persoalan seperti ini? Sebab itu bagi saya bahawa inilah yang menyebabkan seolah-olahnya sentimen politik itu yang mengapi-apikan anggota pasukan keselamatan yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian rupa, sehingga Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa polis tidak ikut prosedur. Sedangkan yang tidak ikut prosedur asalnya ialah kerana flip-flop daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri... [Tepuk] Jadi, bagi saya bahawa kita harus kembali kepada asas yang sebenarnya bahawa sebarang penguatkuasaan undang-undang ialah mesti berasaskan kepada untuk kita menegakkan keadilan, bukan hanya kerana hendak menjadi sebagai pelindung kepada kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional. Saya disalah, ditangkap, Yang Berhormat Kubang Kerian ditangkap.
Seorang Ahli
Saya kena tembak... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia kena tembak. Sila, bagi laluan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya rasa dalam kes Bersih, tanggungjawab pihak pemerintah tidak boleh dinafikan kerana mereka mengapi-apikan pihak keselamatan dengan mengatakan bawah orang-orang ini berhimpun untuk hendak jatuhkan kerajaan. Mereka datang dengan parang, dengan ini, dengan itu sedangkan itu merupakan fitnah. Selepas peristiwa itu mereka menyamakan pula apa yang berlaku di himpunan aman Bersih dengan apa yang berlaku di UK. Sedangkan di United Kingdom itu merupakan rusuhan. Tidak ada walaupun satu kereta yang diterbalikkan... [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak ada walaupun satu meja yang diterbalikkan. Tidak ada walaupun satu pasu bunga yang telah diterbalikkan tetapi kerajaan bertindak zalim terhadap rakyatnya sendiri sedangkan kerajaan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan bukan bertindak zalim.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Sebab itu tidak boleh berceramah di masjid, sebab fitnah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita tidak lupa, kita bukan macam Melayu UMNO yang mudah lupa. Kita tidak lupa.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam bahawa...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena, duduk dahulu. Saya cukup sabar mendengar. Dalam peraturan mesyuarat sewaktu mencelah itu membangkitkan perkara yang telah dibangkitkan oleh wakil rakyat yang sedang berucap. Bukan point atau hujah baru yang menimbulkan perbahasan. Kalau ada di antara Yang Berhormat seperti yang saya sebutkan di awal tadi mahu juga bercakap, cakap, berdiri hendak berhujah sendiri bukan waktu mencelah. Jangan lupa peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pokok Sena, teruskan dan Yang Berhormat tumpukan perbahasan kepada akta. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat lencongkan kepada soal perkara politik, kita tidak dapat habiskan mengenai akta ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, ini mengenai akta dan undang-undang ini walaupun undang-undang ini undang-undang yang hendak kita hapuskan. Saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi bahawa kesan daripada provokasi politik yang dibawa oleh UMNO kononnya BERSIH ini hendak menghuru-harakan negara, hendak menjatuhkan kerajaan. Jadi ini yang menyebabkan pihak polis terpengaruh dan bertindak di luar daripada prosedur operasi pihak polis.
Saya hendak katakan sedangkan dalam Operasi Lalang sewaktu kami ditahan di bawah ISA, provokasi yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO dan kepimpinan MCA.
Kepimpinan UMNO menjelajah ke seluruh negara untuk diadakan perhimpunan umat Melayu, hasut orang Melayu. Saya dengar dengan telinga saya, saya pergi ke perhimpunan dan dengar, bawa senjata tajam, basahkan darah orang Cina di Kuala Lumpur, bawa mancis api untuk bakar rumah orang Cina di Kuala Lumpur. Ini berlaku pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, ini tidak betul. Ini pembohongan, bohong.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Akan tetapi pemimpin UMNO hanya berapa kerat sahaja yang ditahan di bawah ISA...
Seorang Ahli
Bohong, bohong!...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak betul. Ini bahaya, tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat duduk dahulu. Yang Berhormat Pasir Salak duduk dahulu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kenapa hendak tarik balik pula?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kenyataan yang mengatakan Pemuda UMNO pergi ke seluruh negara supaya membasahkan orang Cina dengan darah, ini satu tuduhan, statement yang tidak bertanggungjawab. Saya minta tarik balik.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hendak beritahu Yang Berhormat saya tidak akan tarik balik. Saya tidak akan tarik balik. Ini fakta, semua orang tahu, ada dalam report polis.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Shah Alam. Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya ada dalam perhimpunan itu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bukan satu perhimpunan, banyak perhimpunan.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, saya pun ada. Saya pun masuk ISA juga. Tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak duduk dahulu.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Inilah dia yang memprovokasi, membuat fitnah,...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat duduk, duduk.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Membangkitkan semangat permusuhan antara kaum. Ini dia orangnya dan saya hendak betulkan tadi, tidak betul kata Perdana Menteri disuruh pergi cuti dua bulan. Tidak betul.
Tuan Yang di-Pertua
Pasir Salak duduk Yang Berhormat!
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu salah fakta. Itu tidak betul kerana Perdana Menteri tidak pernah dihantar ke Australia untuk bercuti. Tidak betul itu, buat macam-macam statement yang suka-suka. Kah kah kah kah apa kah kah kah kah?
Inikah pimpinan PAS?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Pasir Salak duduk!
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pimpinan Parti Islam, buat fitnah. Malulah kepada Islam, memalukan Islam, memalukan ummah dengan pimpinan yang semacam ini. Saya orang Islam pun malu.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Pasir Salak duduk Yang Berhormat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena, nanti dahulu Yang Berhormat Pokok Sena. Belum saya panggil untuk berucap, duduk.
Ahli-ahli Yang Berhormat, yang dibahaskan ini akta yang tidak ada kena-mengena dengan soal-soal politik di luar walaupun itu digunakan sebagai asas untuk berhujah. Itu sebabnya saya tegur daripada awal. Soal berbahas Yang Berhormat tidak ada siapa yang menjadi pengadil yang memenangkan atau mengalahkan seseorang daripada hujah.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas ini menteri yang berkenaan akan menjawab daripada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Jadi Yang Berhormat Pokok Sena teruskan hujah dan jangan terlalu emosi, buat sahaja hujah yang berfakta dan tidak lebih daripada itu. Sila teruskan dan jangan bangkitkan perkara begini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bagaimana dengan kenyataan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena yang mengatakan bahawa Pemuda UMNO...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tunggulah Menteri jawab, Perdana Menteri jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya hendak tahu apakah Tuan Yang di-Pertua membenarkan kenyataan itu berlalu tanpa... [Disampuk] Ini bukan soal jawapan daripada Menteri, ini soal kenyataan itu satu tuduhan kepada UMNO. Saya Pemuda UMNO pada masa itu. Saya tidak boleh terima kenyataan itu. Itu satu tuduhan palsu, fitnah, pembohongan. Apakah Tuan Yang di-Pertua hendak membenarkan kenyataan itu berlalu, apa tindakan?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak. Saya suka sangat untuk mengguna pakai kuasa saya di bawah peraturan mesyuarat pada setiap kali Yang Berhormat berhujah. Atas sebab supaya perkara seperti begini tidak berlaku, saya boleh buat tetapi tolong apabila berhujah, berhujah secara rasional, jangan keluarkan hujah yang menimbulkan macam begini. Jadi tidak mengapa, buat kali ini saya benarkan untuk meneruskan.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena jangan sama sekali membangkitkan isu lagi yang akan mengundang perkara-perkara yang menimbulkan kekecohan seperti begini.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Jadi...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu kenyataan yang menghasut, tidak boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli-ahli Yang Berhormat ...
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Tidak munasabah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
You should not allowed the statement Tuan Yang di-Pertua. Itu kenyataan menghasut, akan keluar dalam paper. Itu kenyataan menghasut.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Itu satu ayat yang menghasut, mengapi-apikan perkauman Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
No problem, dakwa sahaja saya di mahkamah.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Kurang ajar, mengapi-apikan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Heret saya ke mahkamah kalau saya tidak betul, sila buktikan saya tidak betul di mahkamah... [Dewan riuh]
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Melaga-lagakan.
Seorang Ahli
Kepala otak engkau.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Hendak dapatkan undi Cina.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Apa ini Yang Berhormat Shah Alam? Penipu. Apa?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
UMNO dan MCA lah yang menjadi pengacau dalam Parlimen kita.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Hendak mendapatkan undi masyarakat Cina, lagakan dengan UMNO, tidak adil. Saya sudah tidak boleh terima Tuan Yang di-Pertua UMNO dan MCA yang menjadi punca.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
PAS ini bukan parti Islam.
Malulah pemimpin parti PAS macam ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya tidak akan tarik balik. Saya bukan takut untuk pergi mahkamah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Statement yang berbahaya. Tarik balik.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kamu semua boleh dakwa dan seret saya ke mahkamah. Kalau Perdana Menteri selaku Presiden UMNO tidak berpuas hati dengan kenyataan saya, seret saya ke mahkamah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Memang boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, buat keputusan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Seret saya ke mahkamah. Kita berhadapan di mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya cabar Yang Berhormat bercakap di luar.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya sekejap lagi saya buat statement, bagi saya habis dahulu. Sekejap lagi saya buat statement di luar.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sekarang.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
No, sekejap lagi saya buat statement di luar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak, duduk Yang Berhormat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kamu boleh minta Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, dakwa saya di mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Pokok sena sudah terlajak cakap, tarik balik sahajalah kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Tarik balik.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading! Yang Berhormat Pasir Salak tolong duduk... [Dewan riuh] Yang Berhormat Pasir Salak, duduk dahulu Yang Berhormat Pasir Salak. Belum datang timbul untuk Yang Berhormat Pasir Salak dihalau, duduk dahulu.
Yang Berhormat Pokok Sena yang sekarang ini yang menjadi persoalan ialah sama ada kenyataan itu merupakan satu kenyataan menghasut... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dahulu Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolong diam. Kalau Ahli Yang Berhormat Pokok Sena merasakan bahawa Yang Berhormat Pokok Sena betul, tidak payahlah untuk menarik balik tetapi kalau sekiranya perkataan itu juga dianggap sebagai menghasut, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan kerana sebelum ini pun ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang pernah diambil tindakan mahkamah oleh kerana menghasut, jadi terpulang.
Saya cuma pengerusi majlis. Jangan ada kekecohan seperti begitu lagi dan saya tidak boleh memaksa Yang Berhormat untuk menarik balik. Ahli-ahli Yang Berhormat tahu risiko yang sebenar.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, precedence has been set before any wrong statement unwarranted statement you capable of making a decision asking, meminta wakil rakyat menarik balik. Kenapa dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua tidak boleh buat? I want to ask, kenapa Tuan Yang di-Pertua sudah tidak mampu?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tahu kuasa saya. Saya tahu bila saya bertindak. Itu sebab kenapa saya mendengar setiap hujah yang keluar daripada mulut-mulut Yang Berhormat. Akan tetapi kalau saya jalankan kuasa seperti apa yang disebut dari Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak sendiri tidak boleh berdiri setiap kali. Yang Berhormat Gombak! Jangan apabila saya bercakap, ada Ahli Yang Berhormat yang cuba untuk mengganggu. Kadang-kadang saya sabar, kadang-kadang saya gigit bibir, kadang-kadang saya gigit lidah oleh sebab saya hendak tahu bahawa berbahas memang berbahas tetapi jangan melanggar batas.
Seperti yang saya sebut Yang Berhormat Pokok Sena, saya tidak boleh paksa Yang Berhormat Pokok Sena untuk tarik balik kerana itu adalah hasutan. Hasutan satu kesalahan di bawah Perlembagaan. Terpulang kepada Yang Berhormat Pokok Sena dan kepada Yang Berhormat Menteri yang hadir pada sekarang ini. Kalau itu dianggap sebagai hasutan, ambil tindakan. Kalau ada lagi di antara Ahli Yang Berhormat yang berdiri untuk menimbulkan kekecohan, saya gunakan kuasa saya untuk suruh Yang Berhormat rehat di luar. Yang Berhormat Pokok Sena, tolong berhujah secara berhemah, jangan lagi emosi.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak tarik balik dan saya tidak menganggap itu sebagai satu hasutan. Kalau pihak kerajaan menganggap bahawa itu satu hasutan, sila dakwa saya di mahkamah. Saya telah saman polis dan saman Kerajaan Malaysia kerana salah tangkap saya dalam isu Bersih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, teruskan! Teruskan!
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu saya berani. Jadi, kerajaan ada kuasa, sila saman saya, insya-Allah. Baik, saya hendak..
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kalau begitu Tuan Yang di- Pertua, boleh cakap apa sahaja di dalam Dewan ini. Selepas itu minta saman. Cakap apa sahaja, minta saman! Kalau begitu, saya minta keluar daripada Dewan ini sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Sila teruskan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, baik. Okey, saya hendak menggulung Tuan Yang di-Pertua, berasaskan kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri hari ini akan mengambil tindakan kepada anggota polis dalam isu Bersih kerana tidak ikut prosedur operasi polis. Saya katakan bahawa tidak wajar untuk diambil tindakan kepada anggota polis. Walaupun saya tahu mereka bersalah tetapi tindakan harus diambil kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara.
Inilah merupakan tiga orang yang menjadi punca kepada berlakunya kes seperti mana yang didakwa bahawa polis tidak ikut prosedur operasi polis.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, sebab itu saya mengharapkan bahawa kembali kepada asasnya ialah penolakan pemansuhan Akta Kediaman Terhad ini ialah kita kena kembali kepada asas bahawa kita prinsipnya menolak sebarang bentuk undang-undang tanpa bicara dalam negara kita kerana kita meyakini sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi bahawa kita ada kaedah, kita ada cara dengan kaedah-kaedah yang sofistikated, mampu untuk membawa mereka ini untuk didakwa di mahkamah. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, persoalan keselamatan adalah hak rakyat kerana keselamatan ini adalah segala-galanya. Pembangunan ataupun apa jua kemajuan, kalau negara huru-hara dan rakyat tidak selamat, ia tidak memberi apa-apa erti kepada pengisian kemerdekaan. Selama 54 tahun kita sudah merdeka dengan rakyat masyarakat majmuk.
Alhamdulillah, berbeza dengan sesetengah negara lain yang negaranya satu rupa bangsa tetapi negara mereka tidak selamat. Lihat sahaja di Pakistan, lihat sahaja di Afghanistan dan banyak lagi negara-negara lain kita boleh beri contoh. Undang-undang draconian inilah yang berjasa kepada negara. Sama ada proklamasi Ordinan Darurat, Akta ISA, Kediaman Terhad, Buang Negeri, undang-undang ini wujud pada zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan.
Pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak dan pada zaman Allahyarham Tun Hussein Onn. Tiga pemimpin inilah yang memberi kebahagiaan kepada negara dan tiga pemimpin inilah yang mewujudkan tiga undang-undang ini. Walaupun undang-undang ini akan dimansuhkan, saya tetap menyanjung tinggi dan ucap tahniah kepada pemimpin- pemimpin negara yang telah berjasa memberi keselamatan kepada rakyat negara kita...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut tadi selepas ini segala tindakan terhadap penjenayah ataupun mereka yang melakukan jenayah akan diserahkan kepada mahkamah. Saya tidak tahu berapa banyak masa yang ada tetapi panjang kita boleh berbahas dalam perkara soal keselamatan ini sebab ia bukan perkara mudah. Semudah mata memandang tetapi pihak keselamatan terutamanya polis yang memikul tanggungjawab. Kita orang politik mudah bercakap, beretorik untuk dapat tepukan untuk dapat sokongan. Akan tetapi bagaimana dengan kepentingan rakyat jelata yang tidak ada kepentingan dengan politik, yang hanya mengharapkan soal keselamatan bagi diri mereka dan keluar mereka? Ini harus kita memperingatkan kepada diri kita masing-masing.
Alhamdulillah, matlamat pemansuhan Akta Kediaman Terhad dan lain-lain yang disebutkan tadi adalah untuk melonjakkan lagi moral negara kita dari segi demokrasi, kebebasan bersuara dan keberanian kita walaupun ada ancaman dalam negeri, luar negeri, masyarakat majmuk tetapi kita masih mampu bergerak ke hadapan untuk meletakkan asas- asas nilai demokrasi dan hak asasi yang disebutkan selama ini walaupun negara-negara lain dalam keadaan yang undur ke belakang. Baik Singapura yang masih kekal dengan ISA, baik Amerika Syarikat dengan akta patriotnya, baik United Kingdom dengan akta keganasannya tetapi kita langkah ke hadapan.
Kita berharap langkah ini insya-Allah, mudah-mudahan akan mencapai matlamat yang kita hendak realisasikan. Akan tetapi dalam pada masa yang sama kita mestilah menaruh sedikit kebimbangan untuk kita mengingatkan sekurang-kurangnya kepada diri saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, kerana saya juga bekas tahanan ISA sebanyak dua kali.
Dua kali saya kena ISA, 26 bulan dahulu kemudian 60 hari. Saya tidak gembar-gemburkan apabila saya kena ISA sebagai suatu tindakan hendak menunjuk-nunjuk diri, akulah pejuang! Akulah kena ISA tetapi penakut, hangit marah kepada ISA! Tidak usah jadi pejuang kalau takut kepada ISA. Ini sebenarnya, ambil kesempatan.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sebenarnya kerana ISA lah mereka ini jadi popular. Kerana ISA lah sekurang- kurangnya boleh tepuk dada walau pun mengaji sekolah setakat darjah berapa, hendak bercakap soal keselamatan, hendak bercakap bab undang-undang. Jaga apa? Jaga tempat parking kereta, jaga tempat parking kapal terbang.
Ini bukan perkara yang mudah Tuan Yang di-Pertua. Ada waktu kita boleh main- main, kita boleh gelak ketawa. Ini soal harga keselamatan, harga nyawa termasuk keluarga dan anak cucu kita pada masa hadapan. Dengan izin, perkataan I will never compromise on the security matters even kalau saya sendiri turut menjadi mangsa kepada tindakan demi keselamatan negara. Ini kita kena faham. Saya tadi disebut bukan main hebat lagi bercakap salah seorang rakan kita di dalam Dewan ini. Bercakap soal tanpa bicara ini. Dia fahamkah atau tidak dari segi soal undang-undang?
Saya percaya Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham hal keselamatan. Dalam Dewan ini saya yakin seorang pun tidak faham, tidak tahu hal keselamatan negara. Kita tidak tahu. Oleh sebab itu kita tengok di sesetengah negara kadang-kadang bom meletup di dalam tong sampah. Baru-baru ini di Selatan Thailand. Orang yang tahu ialah pihak keselamatan. Tuan Yang di-Pertua pun tidak tahu. Tidak ada siapa yang tahu. Orang yang tahu ialah siapa yang bertanggungjawab kepada keselamatan. Mereka yang tahu sebab mereka menjejak, mengintip melalui rangkaian keselamatan. Mereka tahu di mana sesuatu boleh mengancam keselamatan negara kita. Oleh sebab itu dahulu ISA diwujudkan ialah untuk tujuan preventif. Sesudah preventif untuk rehabilitation. Prevent maknanya mencegah sebelum berlaku. Kalau sudah berlaku, tidak ada makna lagi dah. Nasi sudah menjadi bubur seperti sesetengah negara. Sudah hendak prevent macam mana? Apakah preventif yang hendak dilaksanakan untuk hendak menjamin keselamatan ini terpaksa kena bertindak melalui proses mahkamah. Berapa lama proses mahkamah ini? Polis hendak siasat hendak kumpul bukti.
Walaupun sekarang macam kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, sudah ada kaedah saintifik tetapi tidak mudah. Dahulu kita tengok, kita dengar masalah al- Ma’unah, al-Arqam, Ayah Pin. Macam mana hendak kumpul bukti hendak bawa pergi ke mahkamah? Akan tetapi pihak keselamatan tahu mereka boleh mengancam keselamatan.
Oleh sebab itu diwujudkan apa yang dikatakan prinsip preventif tadi untuk hendak menjaga keamanan rakyat. Walau seorang, dua termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas kena ISA, tidak apa saya kena ISA selagi 27 juta orang rakyat Malaysia selamat selama-lamanya, insya- Allah!... [Tepuk] Ini ahli politik yang bertanggungjawab. Kita sedia. Jangan kita hendak tepuk dada, “Ha, ini ISA zalim, ISA itu, ISA ini”. Kalau penakut tidak usahlah bercakap bab perjuangan.
If you are scared, don’t talk. Kalau berani, terima hakikat macam orang al-Qaeda. Tidak ada dia bersungut pun, tidak ada hal. Akan tetapi soal preventif ini penting kerana tanpa prevention ada tindak-tanduk yang mereka buat ini. Contohnya, kalau kita pergi ke mahkamah Tuan Yang di-Pertua.Tuan Yang di-Pertua pun seorang peguam. Saya tengok ada kes, dia ini ditangkap kerana dadah dalam kereta...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas, panjang lagikah Yang Berhormat?
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ada lagi, ini baru mukadimah.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, duduk dahulu. Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kali ini akan buat satu keputusan yang saya tahu tidak akan diterima oleh semua. Saya telah mendengar hujah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun berhujah dan saya cukup meneliti hujah daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu membentang rang undang- undang iaitu pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933. Saya rasa rata-rata Ahli Yang Berhormat bersetuju dengan pemansuhan itu.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, hujah yang saya dengar ialah hujah-hujah politik yang kalau saya tegur pun tidak ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang akur dengan teguran saya sehingga saya mendapat teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya tidak bersikap adil. Jadi, tidak apalah Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya buat keputusan ini, apa pun tanggapan Ahli Yang Berhormat saya tidak kisah. Jadi, selepas Yang Berhormat Pasir Mas berucap pada tengah hari nanti, saya mahu menteri yang bertanggungjawab untuk menjawab sebelah tengah hari dan gunakan hak masing-masing untuk mengundi sama ada bersetuju ataupun tidak setuju. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat saya tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyambung perbahasan saya yang tertangguh untuk makan waktu rehat tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada menyebut sebelum saya tangguh ucapan tadi iaitu proses perbicaraan di mahkamah untuk menentukan kesalahan, ianya merupakan sesuatu perkara yang sudah terjadi. Manakala pencegahan ini ialah sebelum sesuatu perkara itu berlaku. Ini bermakna jika ianya diserah kepada mahkamah, saya tidak tahu Tuan Yang di- Pertua, sejauh mana keberkesanan dalam perspektif yang lebih besar dalam usaha untuk menangani masalah keselamatan negara ini kerana di mahkamah sesuatu keputusan yang hendak dibuat ditentukan oleh point of law iaitu bergantung pada mirip undang-undang dengan bukti yang ada. Dalam soal ancaman kepada keselamatan negara, ada pihak-pihak yang menjadi dalang sukar untuk dibuktikan walaupun kita tahu mereka yang terlibat dan mereka yang merancang.
Contohnya perbicaraan di mahkamah yang mudah yang mengikut pandangan saya, ada pihak yang ditangkap kerana didapati dadah dalam kereta dengan jumlah yang besar. Akan tetapi bila dibawa ke mahkamah, tuan punya kereta ada kemungkinan terlepas sebab mereka berhujah nanti melalui peguam ataupun membela diri dengan mengatakan betul kereta dia tetapi saya tidak tahu siapa yang meletak dadah dalam keretanya. Maka timbul keraguan, bila timbul keraguan maka seseorang penjenayah mungkin terlepas daripada hukuman mahkamah. Inilah kerumitan, itu satu. Proses perbicaraan di mahkamah pula lama, tengok kes Ketua Pembangkang, perbicaraan Ketua Pembangkang dah 55 kali tangguh, sudah lebih dah. Jadi tentu ianya memberi kesan kepada pihak polis untuk bertindak menjaga keselamatan. Selama ini ada ISA, ada undang-undang buang negeri, kediaman terhad, akta polis, ini semua instrumen untuk pihak keselamatan guna bagi menjaga keamanan negara dan ini semua telah dihapuskan.
Jadi saya hendak tanya pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan, sejauh manakah kita mempunyai persediaan, apakah undang-undang yang sedia ada yang disebut tadi akan diurus melalui undang-undang jenayah yang sedia ada dan akan datang pula dua undang-undang baru akan mengganti ISA diyakini cukup untuk menangani masalah keselamatan dan keamanan ini. Saya hendak menegaskan di sini walaupun undang-undang baru ini belum datang, mungkin bulan Mac yang disebut tetapi awal-awal lagi saya hendak beri pandangan sebagai contribution, sebagai input kepada Dewan yang mulia ini dan juga kepada kerajaan perlu mengambil perkara-perkara yang saya sebutkan tadi sebagai panduan kerana hakim sendiri pun saya katakan tadi dia tengok point of law, dia tidak tahu urusan soal keselamatan di bawah.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Dari segi pihak keselamatan, mereka menjejak, mengintip pihak-pihak yang hendak merosakkan negara, menimbulkan kekacauan dan seumpamanya, ada kumpulan dalam bentuk sel yang kecil dan ada pula kaitan-kaitan dengan kumpulan-kumpulan yang lain.
Apabila seseorang itu ditahan di bawah ISA tanpa bicara, ianya juga untuk tujuan penyiasatan, bukan semata-mata hendak hukum selain daripada hendak mencegah daripada si anu, si anu, orang-orang yang berkenaan melakukan huru-hara tetapi untuk mengesan rangkaian yang dibuat oleh mereka yang disyaki untuk menimbulkan huru-hara.
Inilah keberkesanan ISA selama ini. Betul kita boleh hujah dari hak asasi, demokrasi, kita bagi 5 peratus, 95 peratus kita pertahankan hak asasi, 95 peratus kita pertahankan demokrasi, apa salah kita pertahan kita rugi 5 peratus dalam aspek yang saya sebutkan tadi demi keselamatan negara sebab risikonya tinggi.
Kalau negara huru-hara, keamanan tidak terjamin, bukan sahaja nyawa rakyat tidak selamat tetapi demokrasi juga tidak selamat. Kita juga mungkin tidak boleh mengadakan pilihan raya seperti sesetengah negara lain. Ini yang saya maksudkan penting dan perlu ambil kira dalam soal aspek proses melalui mahkamah itu. Jadi sebab itu cadangan saya elemen prevention terutamanya preventive ini mesti dikekalkan. Mungkin tempoh perbicaraan, dulu tempoh tahanan ISA 60 hari, kemudian dua tahun atas keputusan nasihat polis kepada Menteri Dalam Negeri.
Sebenarnya tahanan tanpa bicara ini di bawah Kanun Jenayah seksyen 117, ini Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tahulah. Seorang polis semata-mata boleh tahan sesiapa sahaja dalam tempoh tujuh hari untuk tujuan siasatan. Kemudian kalau hendak ditahan lagi untuk siasatan selanjutnya perlu mohon di mahkamah untuk 7 hari hingga 14 hari maka berjalanlah proses perbicaraan seterusnya tetapi tujuh campur tujuh, 14 hari. Kemudian yang 14 hari ini, kalau kes beratlah, membabitkan kes bunuh kalau tidak silap saya di bawah seksyen 302, maka orang ini tidak boleh dijamin sampai empat hingga lima tahun dalam penjara.
Apabila perbicaraan selesai, dia disabit kesalahan, dia dihukum gantung, tidak apalah sebab dia bersalah. Akan tetapi bagaimana seseorang itu selepas empat lima tahun ditahan melalui proses perbicaraan dituduh hukum bunuh kemudian dibebaskan, tidak didapati bersalah. Dia dah meringkuk empat lima tahun dalam penjara. Ini hal individu, hal individu yang terlibat dalam tuduhan jenayah, pun kena sampai empat lima tahun kalau hukum bunuh. Akan tetapi dalam aspek ISA, 60 hari. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, 60 hari.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Kalau kita sabitkan soal ada pihak yang terlibat dengan gerakan komunis, ideologi komunis yang boleh menjahanamkan negara, polis tahan tanpa bicara 60 hari untuk siasat rangkaian gerakan komunis ini dalam hutan, luar hutan. Lamakah 60 hari ini atas nama keselamatan negara?
Kalau kita lihat dalam aspek itu dan kita bandingkan dengan Kanun Keseksaan jenayah. Cuma yang saya bimbangnya proses mahkamah ini mengambil masa sebab itu pihak polis mesti diberi instrumen, alat untuk bertindak dengan berkesan bagi menjamin keamanan negara.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Pihak pembangkang Yang Berhormat mengatakan bahawa rakyat menolak ISA. Kononnya rakyat menolak, tetapi kita sudah melalui 12 pilihan raya dan di dalam pilihan raya itu setiap kali pihak pembangkang akan meletakkan pemansuhan ISA sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya mereka, setiap kali rakyat menolak manifesto mereka itu dan mengundi Barisan Nasional. Apakah ini bukan bukti yang cukup nyata bahawa ISA itu masih diperlukan dan rakyat memahami hasrat dan kehendak semangat ISA itu?
Saya faham, saya ada duduk dalam satu mesyuarat yang mana Yang Berhormat sendiri ada di dalam satu mesyuarat yang diadakan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Di dalam itu juga ada wakil daripada Majlis Peguam dan beberapa lagi NGO.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Pada waktu itu pihak kerajaan mendengar semua pihak. Ia tidak ada mengatakan “Oh, Bar Council, Majlis Peguam tidak boleh memberikan pandangan”.
Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pada waktu itu mendengar termasuk juga hujah daripada Yang Berhormat. Akan tetapi akhirnya Yang Berhormat, saya ingin minta pandangan. Saya rasa rakyat memahami kehendak kerajaan sebab itu mereka menolak dalam pilihan raya dua belas kali walaupun ISA itu sebahagian daripada manifesto pembangkang.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.
Memang, sebenarnya saya percaya sebahagian rakyat faham. Sebahagian besar rakyat juga memang tidak ambil kisah. Pihak parti politik khususnya pembangkang menjadikan ini agenda politik sebab mudah sahaja. Dari segi retorik apabila pergi berceramah di kampung- kampung, di kampus ataupun di universiti bercakap “ISA ini zalim, ISA digunakan untuk orang politik, digunakan untuk menindas musuh-musuh”. Dari segi retorik orang dengar sedaplah, bertepuklah. Dia tidak tahu kandungan, semangat, prinsip di belakang undang- undang itu sebab itu kalau dijelaskan betul-betul kepada rakyat, saya percaya rakyat terima, rakyat terima.
Sebab itu sekarang ini dalam pada rakyat menyambut baik pemansuhan ISA dan rang undang-undang yang kita bahaskan sekarang ini tetapi saya buat tinjauan sendiri, saya bertanya ramai pihak mengatakan rakyat menyambut baik sampai ada sesetengah menyebut Perdana Menteri Malaysia ini kiranya Perdana Menteri yang paling berani yang tidak terfikir boleh mansuhkan undang-undang seumpama ini. Ini hebat juga. Saya pun berdiri juga bulu roma sebab keberanian Perdana Menteri ini. Akan tetapi pada masa yang sama, rakyat mengharapkan bagaimana hendak tentukan keamanan pada masa depan.
Apa instrumen ganti bagi menjamin supaya negara kita selamat seperti dahulu.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Secara peribadi dan mewakili Kota Belud saya bersetuju ISA ini dimansuhkan dalam bentuk yang ada sekarang ini. Akan tetapi, saya setuju juga bahawa kegusaran Yang Berhormat Pasir Mas juga dikongsi bersama oleh kebanyakan rakyat iaitu bagaimana untuk memberi satu jaminan kepada rakyat bahawa Malaysia ini akan bebas daripada ancaman-ancaman terrorism dan sebagainya.
Kita bersetuju dan ini mungkin akan menjadi asas kepada undang-undang baru yang akan dibawa ke Parlimen ini oleh pihak kerajaan bahawa mesti ada semangat ISA itu.
Yang kita pertikaikan, yang mungkin terpaksa kita kompromikan dalam keadaan sekarang ialah kuasa-kuasa yang berlebihan Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan di dalam undang-undang ini. Itu tidak ada masalah untuk kita, kerana kita berganjak ke hadapan untuk memastikan negara kita lebih telus, lebih jelas kepada rakyat. Akan tetapi asasnya saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas semangat ISA preventive detention ini dalam bentuk yang baru ini, dalam kuasa yang lebih terhad kepada Menteri perlu ada di dalam ISA ini. Terima kasih.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Memang Yang Berhormat, saya bersetuju sebab pada awalnya waktu cadangan awalnya ISA ini akan dipinda bukan dimansuhkan. Di antara aspek yang dilihatnya tempoh tahanan daripada 60 hari mungkin diturun kepada 30 hari atau 15 hari seperti di bawah Kanun Keseksaan 14 hari kuasa yang digunakan untuk mohon tahanan di mahkamah. Lawatannya lebih kerap kepada keluarga tahanan seumpama itu. Kemudian, kita bersetuju.
Selama ini pun banyak orang salah. Masing-masing buat perspektif masing- masing. Kononnya ISA ini tahanan tanpa bicara. Saya berpengalaman dua kali. Apabila ditahan kita sebagai orang tahanan boleh bawa habeas corpus ke mahkamah. Itu pun proses perbicaraan. Siapa kata tidak boleh dibawa ke mahkamah? Kemudian, sesudah itu kita diberi kertas pertuduhan. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan kita di hantar ke Kemunting.
Setiap tiga bulan, bulan yang pertama Lembaga Penasihat datang. Pengerusi Lembaga Penasihat ialah hakim dengan pegawai-pegawai polis dan kita yang ditahan berhak juga mendapat peguam. Ada perbicaraan cuma in camera.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi, tuduhan-tuduhan setengahnya memang tidak faham sebab tidak banyak orang yang kena ISA ini sebab itu orang tidak kisah pun di luar ini. Yang kena seorang dua, yang sibuk ini dan dijadikan pula agenda politik. Bukan main lagi.
Macam Ketua Pembangkang kalau berucap, “Saya dahulu waktu berjuang zaman belajar dahulu membina rakyat di Baling kerana kemiskinan sehingga saya kena ISA”.
Bolehkah dia sebut dia kena ISA. Orang bertepuk. Kalau tidak ada ISA tidaklah sehebat itu.
Itu pun tumpang sahaja. Nama saya langsung tidak disebut pun. Padahal saya mengaku peristiwa di Baling tahun 1974 waktu itu saya menjadi Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia.
Saya yang pada waktu itu menganjurkan Desa Siswa. Semua pelajar universiti turun ke Baling pada waktu itu dan berlakulah kematian akibat makan ubi gandum, jadi isu kemiskinan. Balik ke Kuala Lumpur berhimpun di Dataran Merdeka tiga, empat hari.
Baliklah Ketua Pembangkang daripada Manila terus ke Masjid Negara, rampas mikrofon bersyarahlah dia. Maka dialah jadi hero. Tenggelamlah kita. Itulah politik Ketua Pembangkang yang saya kenal. Cukup bijak...
Dato' Samsul Anuar Nasarah - Lenggong
Potong corner lah itu.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Itu kenalah dua tahun. Apabila masuk tahanan ISA pula Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu hebat tahanan ISA di Kem Kemunting ini.
Betul, hebat macam hotel third class. Semua ada. TV boleh tengok, surat khabar boleh, kita berkebun pun ada gaji. Saya keluar dua tahun, gaji dapat RM800 lebih.
Semua ada. Boleh main badminton, wayang. Saya tengok cerita koboi. Ketua Pembangkang tengok cerita hindustan. Tidak ada masalah sehingga ada waktu itu satu ketika ada empat orang kena tahan kerana dituduh bersubahat dengan komunis. Orang Kelantan dari Gua Musang. Dia masuk, duduk sekali dengan saya dalam dormitori 8.
Sudah dua bulan, dia kata dekat saya “Encik Ibrahim boleh tidak saya hendak duduk sampai bila-bila dekat sini”. Dia tidak hendak keluar. Saya tanya pasal apa? Dia kata semua free, makan free, itu free, tidur semua free. Cuma satu sahaja yang saya hendak minta kalau boleh hendak bawa isteri masuk. Hendak bawa isteri dia masuk bilik.
So, kalau isteri dia dapat masuk dalam Kem Kemunting dia kira dia hendak duduk selama-lamanya dekat sana. Kita makan roti guna planta Yang Berhormat Sri Gading lepas itu colet sedikit sahaja, satu keping roti, baling. Esok beri yang baru. Ubat gigi, berus gigi.
Hendak apa sahaja, begitu luar biasa. Cumanya tidak bebaslah macam burung dalam sangkar emas. Itu sahaja tetapi kemudahan semua ada. Jadi untuk apa? Untuk kebaikan.
Dituduh pula hidup relation. Tidak ada apa pun. Tiga bulan Lembaga Penasihat datang bertanya, bersembang hal-hal keadaan negara, politik negara, kita beri. Jadi, balik keluar okey dan kita pun jadi makin hebat. Saya anggap ini satu tarbiah. Jati diri kita pun makin kuat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi ini semua dijadikan isu untuk jadi popular sahaja.Memperdagangkan keselamatan negara untuk kepentingan politik diri dan parti. Inilah yang paling dikesalkan.
Kita ini orang perjuangan, kita berani buat kita berani tanggung. Jangan pula tidak hendak mengaku. Berani buat berani tanggunglah. Langgar undang-undang kena tanggung. Buat apa-apa hendak sedap pun kena tanggung. Janganlah tidak hendak tanggung.
Tanggunglah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada soal ISA ini, satu lagi aspek dalam pindaan tadi disebut dikurangkan lagi tahanan, lawatan. Dahulu dikata kuasa Menteri itu disalahgunakan, sebab yang signed order tahanan dua tahun ialah Menteri Dalam Negeri selepas mendapat nasihat daripada polis. Jadi pindaan yang baru akan datang saya tidak tahu macam mana. Mungkin akan diserah kepada mahkamah. Selepas siasatan, terus ke mahkamah. Ini saya ada reservation. Saya hendak minta kerajaan berhati-hati.
Saya lebih berpendapat diwujudkan satu jawatankuasa berprofil tinggi yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri dan anggotanya Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Pengerusi Suhakam ataupun wakil Suhakam dan lantiklah dua tiga orang lagi dalam committee ini. Jadi, pihak polis yang membuat penyiasatan present the case pada committee ini, committee ini menentukan further detention ataupun tidak.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Ini kerana kalau bawa ke mahkamah, dengan cara perbicaraan..., saya tidak tahulah dengan tahunnya begitu lama, macam-macam hal, boleh memberi kesan yang tidak baik kepada negara. Tolong timbang betul-betul hal ini. Tidak usahlah kita rasa apologetic dengan tuduhan-tuduhan salah guna kuasalah dan itu ini. Pihak politik yang bercakap, parti- parti politik belum tentu. Saya percaya rakyat akan beri sokongan sebab tidak ada harga dari segi soal keselamatan yang mesti kita jaga yang mesti kita pertahankan.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya minta juga dari segi bila undang- undang ini tidak ada, maka kita hendak bawa ke mahkamah. Sekarang ini pihak polis seolah-olah sudah demoralize. Berlaku sesuatu yang tidak baik, dikatakan polis tidak bertindak. Bila polis bertindak yang melibatkan ramai, ada pula hal, tuduh pula polis.
Tengok Perhimpunan BERSIH. Terpaksa Ketua Polis Negara buat kenyataan. Maknanya mana-mana polis yang bertindak salah dari segi SOP, akan diambil tindakan. Polis pula hendak diambil tindakan kerana gas masuk dalam hospital.
Akan tetapi penganjur kepada BERSIH termasuk Ambiga tidak diambil tindakan.
Kenapa ini tidak diambil tindakan? Sehinggakan ada pihak mengatakan polis lemah, polis lembik, Menteri Dalam Negeri Menteri amaran. Saya dapat tahu, betul tidak betul saya tidak tahu, 38 kertas penyiasatan sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Apa yang saya hendak tanyanya, apa buat Peguam Negara sekarang ini? Ini kerana polis hanya menyiasat. Polis menangkap, siasat dan kemudian lepas. Dakwa atau tidak, itu terletak di bawah Peguam Negara. Apakah Peguam Negara yang kita ada hari ini adalah Peguam Negara yang inferiority complex? Saya tidak mahulah ungkit lebih-lebih.
Saya pun ada baca dalam blog, dalam internet, ada kes-kes yang dituduh mungkin tidak betul terhadap Peguam Negara. Saya harap benda-benda macam ini jangan buat dia merasakan inferiority complex untuk mengambil tindakan kepada pihak-pihak ini. Saya bimbang nanti oleh kerana suasana seperti ini, takut hendak bertindak, takut ada pihak lagi tuduh dan membuat sesuatu yang lebih terhadap dirinya. Ini yang saya hendak pesan.
Kenapa? Rakyat bertanya kenapa tidak diambil tindakan. Mereka ini mengatakan ini hak dialah, begitu begini tetapi soalnya memang itu perhimpunan haram.
Tadi Yang Berhormat Pokok Sena pun ada bercakap Perdana Menteri janji guna stadium, lepas itu stadium itu pas begitu pas begini. Soalnya ialah perhimpunan haram.
What is the law of the day? Apa rule of the law pada hari ini? Makna mengadakan perhimpunan tidak ada permit adalah haram. Maka mesti diambil tindakan. Sampai hari ini tidak ambil tindakan. Oleh sebab itu saya minta perkara ini juga dilihat oleh kerajaan dengan serius. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bila kita sudah mansuh ISA, pinda undang- undang ini, maka timbul isu baru. Saya bertemu dengan mahasiswa universiti dalam satu dialog, dia kata kerajaan sudah mansuh ISA, langkah yang berani, dia orang seronok, hebat. Akan tetapi dia kata macam mana dengan AUKU? Datang benda yang baru pula. Ini kerana kalau tengok AUKU dengan ISA, ISA lebih serius dan kerajaan sudah sanggup mansuh. Maka saya hendak minta mungkin AUKU terpaksa dilihat balik supaya selaras dengan pemansuhan akta-akta yang sedia ada dari segi keterbukaan pihak kerajaan.
Begitu juga OSA (Akta Rahsia Rasmi). Akta Polis dipinda ke Akta Mesin Cetak, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri akan dimansuh tetapi bagaimana dengan OSA? Kita ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Jadi ada lagi pihak-pihak yang tidak berani ke hadapan untuk mendedahkan jika ada berlaku kes rasuah kerana dilindungi oleh OSA. Ini pun kalau boleh saya minta ditengok balik supaya sejajar dengan peranan Suruhanjaya Pencegah Rasuah untuk kita tentang rasuah habis-habisan, dan dari segi pemberian maklumat rakyat dan kakitangan kerajaan tidak takut kalau sesuatu perkara yang tidak baik berlaku supaya selaras dengan pemansuhan akta-akta yang saya sebutkan tadi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa pun, saya suka nyatakan di sini bahawa keselamatan ini adalah tidak ada harganya. Saya berharap walaupun ada parti-parti politik terutamanya pembangkang menggunakan isu-isu seumpama ini sebagai kempen dan modal pilihan raya, modal kempen politik, tetapi bagi kerajaan yang bertanggungjawab, mestilah ada keyakinan bahawasanya sesuatu yang dibuat itu untuk kebaikan rakyat yang ramai, untuk kebaikan majoriti rakyat yang saya percaya insya-Allah kalau niat itu baik, nawaitu itu baik, akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Itu saya yakin akan dapat pertolongan. Ini kerana kita lihat dunia sekarang ini tidak selamat. Termasuk negara kita.
Oleh sebab itu saya pun turut terkejut akan keberanian Perdana Menteri memansuhkan ISA, sebab suasana negara sekarang ini. Bukan Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak tahu, macam-macam sudah berlaku. Penghinaan terhadap Islam melalui media baru, melalui blog-blog internet. Gambar Kaabah diletaknya anjing, diletaknya perempuan bogel.
Di Masjid Pulau Pinang ada buku Yasin dimasuknya gambar bogel. Isu azan, isu kalimah Allah, isu Bible dalam Bahasa Melayu, baling botol arak dekat surau. Ini semua sudah berlaku dan sukar hendak ambil tindakan, terutamanya dalam konteks media baru. SKMM sukar sebab dalam hal-hal media baru ini, mereka daftar di luar negara.
So macam mana kita hendak ambil tindakan? Dahulu ISAlah yang menjadi senjatanya. Akan tetapi sekarang ini sudah tidak boleh. Jadi saya hendak minta dalam penggubalan undang-undang baru nanti, aspek-aspek atau perkara-perkara yang membabitkan soal isu-isu yang sensitif dengan agama, perkara-perkara yang berkaitan dengan perkauman, perkara-perkara yang membabitkan kedudukan kemuliaan Raja-Raja Melayu termasuklah apa sahaja yang termaktub di bawah Perlembagaan 153 yang diusik yang disentuh yang dicincang lumat sekarang ini, diambil kira, sebab ini juga boleh membawa kepada pergaduhan dan boleh juga menggugat keamanan negara. Jadi...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Tadi Yang Berhormat Pasir Mas ada menyebut tentang keselamatan adalah perkara yang paling terpenting sekali bagi kita kerana kalau tidak ada keselamatan dan kestabilan, apa pun tidak boleh kita buat untuk kebaikan rakyat di negara kita, dari segi ekonomikah, sosialkah? Apa benda pun semua tidak boleh menjadi.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Preconditionnya ialah kestabilan dan keselamatan. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pokok Sena tengah hari tadi berhubung dengan tuduhan beliau bahawa apa yang berlaku pada tahun 1987 yang terkenal dengan Operasi Lalang itu berlaku di mana Pergerakan Pemuda UMNO, Yang Berhormat Pasir Mas sendiri merupakan salah seorang pemimpin Pemuda UMNO pada masa itu bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain termasuk saya juga dituduh oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi, kitalah orangnya yang telah menghasut orang-orang Melayu di seluruh negara untuk bukan sahaja mengerjakan, tetapi bermandi darah dengan orang-orang Cina.
Apakah kenyataan ini satu kenyataan yang nanti akan keluar dari dalam Dewan ini menimbulkan satu perasaan yang sangat berbahaya di kalangan berbagai-bagai kaum di dalam negara kita ini. Saya ingin menegaskan dan saya percaya Yang Berhormat Pasir Mas juga bersetuju bahawa kenyataan Yang Berhormat Pokok Sena itu sama sekali tidak benar. Itu satu tuduhan palsu, fitnah dan hasutan yang sangat berbahaya. Saya ingin merakamkan sedikit lagi, dukacita saya kepada Dewan ini apabila Yang di-Pertua tidak sanggup mengambil tindakan supaya Yang Berhormat Pokok Sena menarik balik...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa, kenapa tidak boleh tarik balik dalam perkara yang kecil-kecil?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Baik Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
The Chair. Kerusi boleh meminta Yang Berhormat untuk menarik balik. Saya disuruh tarik balik kerana saya dituduh mengganggu Yang Berhormat Ipoh Barat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Okey Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Perkara yang kecil begitu sahaja. Akan tetapi kenapa perkara yang besar begini, The Chair and then supported by the opposition, dengan izin. Malu kepada pihak opposition yang tidak ada modal politik semata- mata perkara yang kecil seperti ini...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Okey Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Disokong. Saya hendak minta penjelasan.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Disampuk] Kepala otak kau pasir!
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih apa? Apa yang terima kasih, for what?
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Okey... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya dapat memahami kenapa Yang Berhormat Pasir Salak...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini Melayu semua Melayu murtad belaka.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
...Tidak boleh terima kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pokok Sena. Saya juga terlibat dalam Operasi Lalang dahulu tahun 1987 seperti Yang Berhormat Pasir Salak, kena ISA kali yang kedua. Saya memang menolak bulat-bulat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Beliau sebut tadi beliau kata; “Ini UMNO yang merancang hendak bunuh orang Cina”. Ini kenyataan retorik politik sebagai kempen modal pilihan raya untuk PRU ke-13. Inilah jahatnya. Saya tidak nafikan dalam suasana ketegangan perkauman, bila timbul isu-isu perkauman, mungkin ada di kalangan orang-orang Melayu, mungkin Ahli UMNO atau PAS bila dia berucap di bawah keluar macam-macam kenyataan.
Ia bukan bererti arahan daripada atas atau parti. Kalau pun ada golongan satu dua individu bercakap seumpama itu, sebab itu kena ISA. Akan tetapi bukan arahan daripada parti. Akan tetapi, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena itu sengaja dibuat supaya ucapan itu memang dirakam, akan keluar Youtube dan digunakan untuk hendak meraih undi sokongan orang-orang Cina. Saya harap kaum masyarakat Cina tidak terpedaya, jangan terpengaruh dengan modal politik yang murah ini. Saya yakin sebab ia bukan arahan. Saya turut terlibat dan saya terima sebab saya terlibat. Ahli Parlimen Pasir Salak pun terlibat. Saya tidak ungkit pun sebab saya bersyarah dan bercakap betul. Oleh sebab itu kita tidak mahu timbul isu-isu perkauman sebab apabila timbul isu perkauman, berlakulah ketegangan. Apabila berlaku ketegangan, kita bercakap dia marah pada kita, dia bercakap tidak mengapa. Ini yang kita perlu betulkan persepsi ini.
Oleh sebab itu saya minta sangat-sangat supaya masyarakat kaum Tionghoa dan India, apabila timbul isu-isu seumpama ini iaitu isu-isu yang membabitkan soal masing- masing mempertahankan hak masing-masing, jangan mudah terpengaruh atau mudah tersinggung dan terheret dengan retorik politik dengan api-api perkauman ini semata-mata untuk mendapat undi. Biarlah negara ini hancur lebur.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk rumusan oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan dan pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri khususnya kerana langkah transformasi politik ini. Walaupun kita menaruh kebimbangan dengan hujah-hujah yang diberi tadi, tetapi semangat untuk hendak menegakkan demokrasi, menghormati hak asasi, dan prihatin kepada rakyat, maka langkah berani dibuat untuk memansuhkan akta-akta yang disebutkan ini. Tahniah dan syabas! Malaysia lebih hebat daripada Singapura. Eh! Salah. Malaysia lebih hebat daripada Amerika Syarikat! Malaysia lebih hebat daripada United Kingdom!
Insya-Allah saya cukup yakin kalau langkah-langkah ini dibuat saya percaya angan-angan pihak sebelah sini untuk membentuk kerajaan selepas PRU-13 akan menjadi angan-angan kosong insya-Allah. Terima kasih, saya menyokong Tuan yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, Kuala Selangor.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, keputusan telah dibuat oleh Yang di-Pertua tadi selepas Yang Berhormat Pasir Mas...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Boleh saya celah lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Menteri akan menjawab.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Boleh saya celah Yang Berhormat Menteri, ya? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Pasir Mas yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang ini.
Saya hendak memberi maklum iaitu rang undang-undang pada hari ini untuk menghapus Akta Kediaman Terhad dan kita membincang daripada apa yang saya dengar, saya lihat bahawa tidak ada siapa pun daripada ucapan mereka menunjukkan bahawa mereka tidak bersetuju dengan penghapusan Akta Kediaman Terhad ini. Jadi, saya ingin menjawab cuma perkara-perkara yang ada kaitan dengan Akta Kediaman Terhad dan saya kira perkara-perkara yang dibangkitkan dengan ISA itu bolehlah kita ulang semula apabila ada rang undang-undang untuk menghapus ISA nanti. Ini kerana saya percaya apa juga yang saya jawab pada hari ini akan sekali lagi dibangkit dalam perbahasan rang undang- undang pemansuhan ISA nanti.
Jadi, saya akan khusus kepada perkara Restricted Residence Act, dengan izin, dan saya hendak menjawab sedikit perkara yang dibangkit oleh saudara saya dari Kepong ini. Ada pantun juga untuk Yang Berhormat Kepong, biasalah.
Ikan kembung ikan kerapu, MP Kepong kuat merapu.
Akan tetapi tidak mengapa, ada juga dalam pemerapuannya itu ada juga perkara- perkara yang perlu saya perjelaskan. Pertama Yang Berhormat, untuk menyatakan iaitu bahawa di sebelah sini tidak ada. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata insaf, insaf.
Jadi Yang Berhormat sebut kata kalau tahanan ISAkah, apakah cuma sebelah sana yang rasa, tetapi sebelah sini merasa juga. Siapa yang BEBAS, pro kerajaan pun rasa juga.
Beliau pun kena ISA. Ini, Yang Berhormat Menteri ini pun kena ISA iaitu Yang Berhormat dari Kota Marudu. Kawan saya belakang ini ISA juga, Yang Berhormat Bagan Datuk sudah menjadi Menteri dan juga Yang Berhormat Pasir Salak. Sekejap atau tidak itu tidak kira.
Nanti Yang Berhormat kena satu hari pun tidak tahan juga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Kita tidak perlu kira ‘sat’ atau ‘tidak sat’. Akan tetapi ini semua kena. Orang semua merasa. Jadi, saya hendak membetulkan kenyataan iaitu bukan bermakna kita buat perkara ini, kita sendiri tidak merasa. Orang-orang kita pun juga merasa. Jadi, sama-sama merasa.
Kemudian, macam Yang Berhormat sebut juga iaitu seolah-olah kerajaan sahaja.
Ya, kita tahu bahawa kalau kerajaan tidak bertindak, maka tidak mansuhlah undang-undang kediaman terhad itu. Jadi, sebab itulah kerajaan, Yang Berhormat boleh bercakap beberapa tahun pun saya tahu tetapi sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, setiap kali pilihan raya, letak dalam manifesto suruh hapuskan ISA, hapus itu, hapus semua. Rakyat tidak termakan. Rakyat tetap sokong Barisan Nasional juga. Jadi, untuk Barisan Nasional dalam kerajaan mempunyai semua kuasa yang diberikan ini untuk kita melepaskan kuasa ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Oleh sebab itulah kita bercakap Barisan Nasionallah yang menghapuskannya sebab tanpa Barisan Nasional hapus, tidak akan berlaku perkara ini. Jadi, Yang Berhormat tidak betullah hendak berkata kita ini..., apa-apa pun kita, kita, kita. Sebenarnya ia hapus kerana kehendak kerajaan. Itu pun sewaktu kita berkuasa. Kuasa ini memang sedaplah kalau kita pegang. Sesuatu yang ada pada kita hendak buang, bukan senang.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Oleh sebab itu, saya hendak sebutkan di sini iaitu bahawa daripada political will kita, kita mahu hapus. Maka perkara itulah yang berlaku pada hari ini.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sedikit.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat ada bertanya...
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat ada bertanya berkenaan dengan akta iaitu bahawa akta draconian jangan disalahgunakan. Saya hendak sebut di sini, ini permulaan daripada beberapa akta yang akan dihapuskan. Jadi, selepas ini akta- akta ini yang dianggap sebagai draconian itu, tidak akan ada lagi. Jadi, tidak mungkin ia boleh disalah guna akta-akta draconian ini. Ini kerana ia akan dihapuskan. Jadi, Yang Berhormat jangan bimbanglah. Apabila ia dihapuskan, tidak bangkit soal kita hendak menyalahgunakan.
Keempat, Yang Berhormat juga bertanya iaitu apakah ada lagi undang-undang yang boleh menahan seseorang itu disabitkan oleh kerana perbezaan pandangan politik.
Saya hendak menyebut di sini dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada malam sebelum Hari Malaysia. Beliau telah membuat dua kenyataan mengenai dua perkara yang sangat penting iaitu dalam penggubalan dua undang-undang yang baru nanti. Satu perkara yang tidak akan dilakukan dan dijadikan sebagai janji yang dibuat di khalayak ramai iaitu bahawa tidak akan ada lagi undang-undang yang boleh kita menahan seseorang individu itu berdasarkan kepada fahaman politik yang berbeza dengan kita. Itu satu janji yang dibuat di khalayak ramai.
Jadi, saya tidak percaya seseorang Perdana Menteri boleh memungkiri janji kalau sekiranya beliau telah membuat janji itu di khalayak ramai. Jadi Yang Berhormat Kuala Selangor boleh, silakan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya tidak berpeluang sebentar tadi tetapi merakamkan bagi pihak kawan-kawan juga menyanjung usaha-usaha untuk memansuhkan undang-undang seperti ini. Cumanya sehingga saat ini, saya menantikan apakah boleh kiranya Yang Berhormat Menteri, kalaulah ada sedikit magnanimity berjiwa besar, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk sedikit mengiktiraf bahawa dalam dinamika politik sebuah negara bangsa ini, kalau pun kerajaan punya kuasa penuh untuk menggubal, meminda dan memansuhkan tetapi apakah kita tidak boleh mengakui bahawa dalam proses politization negara bangsa itu ada peranan pihak-pihak lain?
Kalau tidak pun mahu mengiktiraf pembangkang, pihak-pihak NGO, pihak individu- individu tertentu yang juga terlibat dalam contestation dan legitimate decent, dengan izin.
Maka seandainya Yang Berhormat Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengiktiraf seperti itu, saya kira statesmanship itu dapat kita sanjung bersama. Akan tetapi sehingga saat ini, saya cukup kecewa dan cukup terkilan bahawa beliau tidak boleh menjadi manusia cool yang dia mahukan. Menampilkan pesonanya sebegitu. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Menteri? Itu sahaja. Banyak lagi perkara lain. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Terima kasih. Apa-apa juga yang berlaku di dalam negara kita ini, sememangnya tercatat. Sebagai contoh, kalau dalam perbahasan kita, kita lihat bagaimana perbahasan telah berlaku, penentangan terhadap ISA, terhadap EO, semuanya tercatat dalam Hansard. Ia tidak perlu kepada pengakuan sebab ia sudah tertulis. Jadi, untuk kita hendak menghapuskan Hansard, mengatakan iaitu bahawa pembangkangkah, tidak pernah bangkit soal ISA, menentang ISA. Itu tidak boleh dilakukan.
Jadi, tidak perlu bimbanglah Yang Berhormat. Ini semua ada tercatat dalam Hansard.
Memang tercatat dalam Hansard. Jadi, sekalipun tidak ada pengakuan apa-apa, saya sebagai Menteri sudah tentu tidak boleh hendak mengarahkan Hansard padam semua.
Tidak boleh. Ini disebabkan kita tahu apa yang telah dibangkitkan.
Jadi, apa salahnya kalau pihak sebelah sana hendak pergi menjajakan cerita, kami main peranan, cerita. Kita tidak ada masalah. Itu perkara benar. Jadi, jangan bimbang Yang Berhormat. Apa-apa pun nanti saya akan bersembang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya kata nanti jumpa Yang Berhormat Kuala Selangor. Mungkin beliau terlupa agaknya. Beliau bukan magnanimous cuma beliau pun dalam keseronokan. Beliau pun terlupa hendak menyebut. Saya akan sampaikan kepada beliau.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ini kenapa ini?... [Ketawa] Ingat circus?
Naik turun, naik turun. Kena tembak nanti. Hendak bertanya soalan? Okey.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, itu penjelasanlah. Nampak Yang Berhormat Menteri hari ini sopan sedikit... [Ketawa] dengan halus... [Disampuk] Luar biasa itu. Satu perangai yang luar biasa sekarang ini... [Ketawa] Budaya kita membangkit, Rendah diri sebagai amalan, Barisan Nasional yang berkuasa tuntut kredit, Ini bukan budaya sopan.
Oleh kerana keadaan di dalam dan luar negeri memaksa kerajaan mengambil tindakan. Tambahan pula, saya nampak hendak menang lagi dalam pilihan raya umum akan datang. Jadi, inilah cara untuk mengambil hati. Itu menarik perhatian para pengundi dan saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat menerangkan kepada kita apa yang disebutkan tadi tidak akan menyalahgunakan undang-undang yang draconian. Apa yang perlunya Yang Berhormat Menteri, kita umumkan apakah sebenarnya undang-undang yang bakal digubal itu, isi kandungan untuk memastikan tidak akan berlaku lagi perkara-perkara yang tidak diingini.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, bagaimana saya hendak buat? Saya dalam Dewan sebut perkara yang benar. Kerajaan Barisan Nasional menghapuskan seperti hari ini Rang Undang-undang Kediaman Terhad. Jadi, bagaimana pula saya tidak sopan? Cakap benar pun tidak sopan? Saya cakap perkara benar. Ini yang kita hendak hapuskan, Rang Undang-undang Kediaman Terhad. Kerajaan yang cadangkan, kerajaan hendak hapus. Jadi, kalau saya cakap perkara benar, maknanya ini budaya baru. Bercakap benar tidak sopan. Lagi satu Yang Berhormat, ini undang-undang yang akan datang, tunggulah. Apabila undang-undang ini mari nanti, kita akan buat first reading, letak atas meja.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Oleh sebab itu kita kata bulan Mac. Kalau kita letak atas meja bulan sebelas nanti, dalam dua hari hendak bincang, Yang Berhormat juga akan melompat bising nanti. Jadi, kita bentang dalam bulan Mac kah, ada masa ataupun kita try kalau boleh bulan sebelas.
Second, kita punya yang kedua yang kita hendak bahas rang undang-undang ini kita baru masukkan. Adalah masa. Jadi kita hendak bagi ruang untuk pihak Yang Berhormat, bukan Yang Berhormat sahaja, semua di sini melihat rang undang-undang itu.
Tidak mungkin rang undang-undang yang akan diluluskan itu lebih draconian, lebih teruk daripada ICA kerana kalau ia diluluskan juga, Yang Berhormat tidur jawabnya. Itu sahaja, sebab boleh lulus. Kira bersopan sangatlah itu. Jadi, ada satu lagi soalan dari Yang Berhormat Kepong ini, Yang Berhormat tanya dengan situasi ancaman keselamatan...
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Menteri, minta laluan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Semasa terhadap negara. Apakah tindakan kerajaan dalam menangani apabila undang-undang ini dimansuhkan. Jadi Yang Berhormat, apabila undang-undang ini dimansuhkan itulah kita hendak sediakan rang undang-undang yang baru. Jikalau sekiranya mereka yang ditahan ini ada melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang lain kita akan gunakan undang-undang yang lain untuk mendakwa mereka apabila kita mengemukakan bukti. Seperti Kanun Keseksaan, Akta Penapisan Filem dan lain-lainlah, yang mana yang ada. Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Yang Berhormat. Saya cuma mengambil kesempatan sebab saya tidak sempat berucap juga tadi. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha kerajaan untuk memansuhkan akta yang zalim ini. Harapan kita supaya pemansuhan ini bukan untuk meletakkan seolah-olah negara kita memperjuangkan hak asasi serta merta.
Persoalannya sekarang kenapa baru sekarang hendak hapus akta ini sebab kalau kita tengok Suruhanjaya SUHAKAM yang telah menyuarakan isu ini sejak daripada awal tahun 2000 lagi. Isu ini juga tidak dipersetujui oleh banyak pihak termasuk NGO, pihak persatuan dan sebagainya yang menyuarakan bantahan terhadap pencabulan hak asasi dalam negara kita. Yang Berhormat Menteri kata tidak ada desakan dari mana-mana pihak.
Akan tetapi, persoalannya sekarang kenapa pemansuhan akta dilaksanakan pada bulan November sekarang dan apakah ini untuk menarik sokongan rakyat untuk PRU-13?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat, lain kali mari awal ya.
Lain kali mari awal, daripada pagi tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam ucapannya memberi alasan mengapa kita buat sekarang. Oleh sebab Yang Berhormat tidak mari, tidak dengar, tanya sendiri... maknanya. Kalau sudah dengar tetapi tidak faham juga. Saya cuma hendak sebut di sini Yang Berhormat, ada satu lagi. Undang-undang ini kita ada untuk melindungi rakyat to protect the society. Oleh sebab itu pada peringkat kita merdeka, pada tahun 1957, maka tiga tahun kemudian kita telah mengadakan ISA, tahun 1960.
Ini kerana pada ketika itu kita baru sebuah negara merdeka. Baru berkenalan di antara satu sama lain. Rakyat Malaysia berbilang kaum, berbilang bahasa dan berbilang agama, kali pertama hidup dalam sebuah negara. Jadi, pada ketika itu mungkin perkara- perkara yang kecil pun boleh menjadi sensitif isu-isu keagamaan dan lain-lain. Jadi, kita perlu kepada akta itu, ISA untuk memastikan supaya jangan ada perkara yang tidak diingini boleh berlaku hasil daripada perkara-perkara sensitif yang dibangkitkan, yang boleh mendatangkan perasaan marah di kalangan kaum...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi, itu diwujudkan untuk protect society.
Akan tetapi, setelah 50 tahun kita merdeka kita melihat rakyat sudah matang, society has matured. Sebagai contoh saya hendak sebut, peristiwa yang boleh sebenarnya mencetus rusuhan kaum, ia tidak berlaku. Sebagai contoh yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Apabila dibaling najis, dibaling cat ke surau orang Melayu beragama Islam oleh anak- anak muda Cina yang berlaku tiga tahun lepas kah atau awal tahun. Insiden itu tidak mencetuskan perasaan marah, tidak mencetuskan perasaan rusuhan kaum kerana masyarakat tidak cepat melenting.
Masyarakat lebih mahu tahu mengapa perkara itu berlaku. Kemudian apabila penjelasan dibuat oleh ibu bapanya kepada yang menjaga surau maka kita bermaaf- maafan kita kata, “Ini orang muda tidak apa.” Begitu juga macam isu bakar gereja yang dilakukan oleh anak-anak Melayu yang beragama Islam yang muda. Apabila bakar gereja tidak berlaku rusuhan kaum. Kemarahan di antara orang-orang Kristian dengan orang- orang Islam, tidak! Malah priest nya itu sanggup mendengar alasan dan penjelasan dan akhirnya bermaaf-maafan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Begitu juga dengan insiden kepala lembu dan sebagainya. Lembu satu binatang yang dianggap sacred atau holy kepada orang-orang Hindu. Apabila berlaku insiden di mana ada orang Melayu bawa lembu, pijak. Dia tidak mencetuskan rusuhan kaum kerana masyarakat sudah pun matang. Akan tetapi kalau perkara ini berlaku pada tahun 60-an, awal 70-an mungkin ia akan jadi insiden yang lain. Jadi, apabila kita lihat masyarakat sudah matang boleh menerima penjelasan maka undang-undang yang diadakan dahulu untuk melindungi masyarakat dan society ini sudah tidak berguna lagi.
Perkara ini berlaku baru-baru ini sahaja. Jadi, apabila kerajaan tengok bahawa insiden-insiden seperti ini tidak memungkinkan berlaku perkara-perkara yang boleh menjadi rusuhan kaum pergaduhan kaum. Maka masyarakat itu tidak perlu lagi diberikan perlindungan kerana ia sudah matang. Jadi apa guna lagi kita ada ISA. Oleh sebab itulah kita mengambil keputusan kalau ISA itu merupakan undang-undang yang diwujud to protect dengan izin, society tetapi society telah matang pun sekarang ini dan tidak perlukan lagi maka kita tidak adalah ISA itu.
Oleh sebab itulah kita buang sekarang. Untuk hendak menjawab soalan Yang Berhormat, mengapa kita buat sekarang, itulah sebabnya kita buat sekarang sebab masyarakat sudah pun matang. Sekarang ini sudah 50 tahun kita merdeka, first 50 years dengan izin, kita berkenalan di antara satu sama lain. Kita selalu bercakap tentang toleransi kaum. Tidak mengapalah duduk dahulu, saya habis dulu. Duduk, duduk! Toleransi kaum, itu lima tahun pertama. Selepas lima tahun merdeka, ia bukan toleransi kaum lagi. Dia penerimaan sudah bahawa kita ini rakyat Malaysia berbeza kaum, kita menerima perbezaan kita.
Dahulu kita tolerate dan sekarang kita menerima. Jadi, keadaan sudah bertambah baik. Undang-undang dahulunya wujud untuk melindungi society tidak perlu lagi sekarang sebab masyarakat sudah pun matang. Itulah mengapa kita ambil keputusan sekarang iaitu undang-undang yang dianggap sebagai draconian itu sudah tidak diperlukan lagi. Jadi, ini yang mengapa yang kita ambil sekarang. Yang Berhormat sekejap ya, saya hendak jawab Yang Berhormat Pokok Sena dahulu, lepas itu boleh tanya. Hormat sedikit naib presiden dua ini, hendak jawab soalan dia dulu ya, okey.
Saya tahu Yang Berhormat ketua wanita tetapi naib presiden dua atas lagi daripada ketua wanita. Biar saya jawab Yang Berhormat Pokok Sena dahulu. Yang Berhormat Pokok Sena ada bangkit beberapa perkara dan saya ada jawapan daripada pihak Yang Berhormat Pokok Sena bertanya ada laporan yang mengatakan PDRM bertindak tanpa mengikut SOP dalam menjalankan tugas. Apakah penjelasan? PDRM mengamalkan segala langkah, perintah tetap gerakan SOP dan public order manual serta lain-lain arahan yang selaras dengan undang-undang dalam menangani sebarang perhimpunan secara terbuka.
Namun begitu adalah menjadi tanggungjawab pasukan keselamatan untuk mengambil tindakan tegas dan serta-merta apabila berhadapan dengan keadaan yang tidak dapat dikawal. Ada keadaan yang orang kata sebagai mengejut dan tidak dapat dikawal maka kadangkala ada yang terambil tindakan dan mungkin keluar daripada SOP.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi inilah yang telah berlaku mereka mengikut SOP tetapi Yang Berhormat sendiri tahulah dalam keadaan kelam kabut kalau dia sudah tidak menjadi public order sudah pun terjejas pada ketika itu kadang-kadang kita sukar hendak mengikut SOP kerana keadaan sudah menjadi kelam-kelibut. Jadi itulah yang berlaku berkenaan dengan sama ada mereka menjalankan SOP atau tidak. Perkara itu berlaku tetapi di luar keadaan...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak, tidak habis lagi.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak habis lagi. Sila.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya, no problem tidak ada masalah.
Nombor 2 Yang Berhormat bertanya adakah pihak polis dan mahkamah bersedia untuk proses siasatan dan membuat pendakwaan di mahkamah.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
PDRM bersedia untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana laporan yang dibuat dan siasatan terperinci akan dijalankan sekiranya didapati laporan tersebut melibatkan kesalahan jenayah. Hasil siasatan polis ini akan dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya. Kemudian boleh Yang Berhormat bertanya dahulu.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama saya hendak kata bahawa jawapan yang kedua itu saya tidak tanya adakah mahkamah polis akan mengambil tindakan dan sebagainya. Saya kata tadi bahawa bukan sepatutnya kepada anggota polis diambil tindakan walaupun saya tahu itu satu-satu kesalahan. Akan tetapi tindakan yang melanggar SOP itu ialah disebabkan oleh provokasi daripada arahan-arahan yang dikeluarkan supaya diambil tindakan.
Saya percaya kalau tidak ada kerahan 11,000 anggota polis ini saya percaya dia tidak akan jadi huru-hara macam itu dan tidak akan berlaku tindakan seperti itu. Jadi bila timbul keadaan begini arahan dikeluarkan supaya diambil tindakan sampai tangkapan tidak kira tempat salah. Luar daripada kawasan larangan pun tangkap juga itu yang menjadikan bahawa mereka telah melanggar kepada apa yang sepatutnya disebabkan arahan-arahan yang dibuat. Sebab itu saya tanya tadi bahawa yang sepatutnya saya katakan bahawa Perdana Menteri dengan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang mesti diambil tindakan bukannya mereka mencuci tangan akhirnya meletakkan kesalahan itu hanya kepada anggota-anggota biasa. Bagi saya bahawa itu satu penganiayaan kepada anggota biasa.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dia kalau dalam undang-undang kalau kita satu tindakan yang diambil oleh orang yang dibawa yang tidak dibenarkan oleh SOP untuk kita hendak mendakwa orang yang di atas itu isolated sebab sudah tentu arahan yang diterima itu bukan untuk mengambil tindakan luar daripada SOP. Apa juga tindakan yang perlu diambil untuk mengawal keadaan mestilah mengikut SOP. Saya tidak fikir Perdana Menteri ataupun Menteri memberikan arahan kepada orang bawah tidak usah kira you jangan ikut SOP janji ambil tindakan jangan bagi perkara ini huru-hara. Saya ingat itu kalau Yang Berhormat boleh bukti tidak mengapalah tetapi saya rasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri bertanggungjawab kita tidak beri arahan kepada anak-anak buah kita untuk mengambil apa juga tindakan. Itu tidak boleh mesti ikut SOP.
Jadi kalau ada pelanggaran SOP maka pegawai itu bertanggungjawablah. Jadi kalau kita tidak ambil tindakan pula Yang Berhormat pula hendak kata nanti polis buat salah - dahulu ada minta IPCMC kerana hendak mendakwa polis yang membuat salah. Hari ini pula kata jangan ambil tindakan. Jadi Yang Berhormat saya rasa mana-mana polis kalau dia telah mengambil tindakan luar daripada SOP yang telah ditentukan kalau ada buktinya nanti saya rasa tindakan mesti diambil. Akan tetapi untuk hendak katakan Perdana Menteri, Menteri, itu mereka boleh diambil tindakan kalau sekiranya Yang Berhormat bukti yang menunjukkan ada arahan mengatakan Menteri dan Perdana Menteri juga kata tidak usah kira, ambil tindakan apa sahaja asalkan keadaan tenang. Saya ingat itu tidak adalah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat bill yang dikemukakan dan saya percaya Yang Berhormat Menteri juga sedar Akta Kediaman Terhad ini terpisah kepada dua bahagian. Satu di mana di bawah seksyen 2 kuasa diberikan kepada Menteri untuk membuat perintah tertentu dan juga seksyen 2 itu telah pun dipinda masukkan seksyen 2A yang juga memberikan kuasa kepada Menteri. So that is one aspect.
Keduanya kalau kita lihat seksyen 6, ini adalah seksyen yang bolehkan mahkamah menghukum seseorang yang langgar syarat perintah tersebut. Memang ada dua bahagian, satu kuasa Menteri dan satu kuasa mahkamah. Untuk Menteri itu memang tidak ditetapkan had masa sesuatu perintah tersebut tetapi untuk mahkamah kalau tidak silap saya section 6 talks about hukuman pemenjaraan tidak melebihi tiga tahun. Soalan yang hendak saya tanya bila kita kemukakan bill ini, membuat rujukan kepada pemansuhan perintah yang dibuat oleh Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Akan tetapi, persoalan yang timbul apa yang akan berlaku kepada kes-kes di mana seseorang itu telah pun dipertuduh kerana melanggar syarat seksyen 6, di mana mahkamah telah buat keputusan pemenjaraan atau sebagainya dan orang tersebut masih di dalam penjara. Di mana beliau sedang menjalani hukum tersebut. Kalau kita lihat kepada bill ini memang tidak ada saving provision.
Untuk aspek pertama saya faham apa yang dibawa maksud Yang Berhormat Menteri memang satu perintah yang dibuat oleh Menteri tersebut itu akan dimansuhkan dan it would be automatically quash tetapi bagaimana dengan dua soalan yang timbul, pertama berapa ramai orang yang kini ditahan di penjara kerana melanggar syarat di bawah seksyen 2. Apakah yang akan berlaku kepada mereka apabila bill ini diluluskan kerana tidak ada disebutkan di dalam bill ini keadaan untuk mereka yang dihukum oleh mahkamah di bawah atau sesuatu kesalahan di bawah akta yang asal. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya rasa kalau kita lihat kepada rang undang-undang ini perintah hendaklah terhenti berkuat kuasa, kalau Yang Berhormat baca Akta Kediaman Terhad, walau apa pun subseksyen 2(2); “pada tarikh permulaan kuat kuasa akta ini, mana-mana perintah yang dikeluarkan di bawah akta ini yang dimansuhkan yang masih berkuat kuasa pada tarikh permulaan kuat kuasa akta ini hendaklah terhenti berkuat kuasa dan apa-apa tindakan atau prosiding yang belum selesai di bawah akta yang dimansuhkan hendak dihentikan”. Jadi kalau yang sudah selesai makna sudah hukumlah Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya hanya hendak mengesahkan untuk rekod kerana isu ini telah pun dibangkitkan for person who are menjalani hukuman dan seksyen yang baru ini seksyen 3 juga terpakai kepada mereka. So kepada dua aspek Menteri dan juga kepada perintah mahkamah. Boleh Menteri mengesahkan di dalam Dewan ini oleh kerana ini isu yang penting. Nanti menjadi isu - I think...
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya. yang di penjara?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya, yang dipenjarakan hasil daripada melanggar syarat. So ini isu yang saya hendak bangkitkan kerana ada mereka yang tanya saya because the two aspects Yang Berhormat Menteri satu perintah Menteri itu kita setujulah. Itu quite clear, tetapi bolehkah Yang Berhormat Menteri mengesahkan di Dewan atau tidak berkenaan perintah yang dibuat oleh majistret di mana pelanggaran if you look at section 6. Seksyen 6 itu merujuk kepada kesalahan di mana satu perintah dilanggar oleh orang yang di bawah perintah itu. So saya hanya hendak pengesahan. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Saya dapat jawapan setakat ini dia kata tiada siapa yang ditahan di bawah seksyen ini setakat ini tidak ada... [Disampuk] Ada?
Yalah tidak adalah yang langgar tidak ada.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
I think we have to be careful kerana saya ada jumpa...
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yalah. Seperti mana yang saya telah sebut tadi...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau adalah bagaimana saya hendak tanya.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya. Seperti mana yang telah disebutkan tadi, mana yang ditahan. Maknanya prosiding yang belum selesai hendaklah dihentikan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Prosiding yang telah selesai, maknanya yang telah selesai, maka dia terus ikut kerana Menteri boleh keluar dia punya order. Menteri boleh sign order, bebas. Akan tetapi mahkamah pada saya punya pandangan mengikut seksyen 3, apabila disebut iaitu prosiding yang belum selesai di bawah akta, hentikan. Jikalau prosiding sudah selesai, maknanya dia terpaksa menjalankan hukuman itulah kerana pada waktu dia dihukum penjara kah, apakah, pada ketika itu Undang-Undang Sekatan Kediaman Terhad ini sedang berkuat kuasa pada ketika itu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
So, pendirian – saya hendak minta penjelasan.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya, walau bagaimanapun, saya akan bagi jawapan bertulis.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tidak, kita kena bawa ini isu, kita hendak mansuhkan atau tidak hendak mansuhkan.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Akan tetapi ini saya punya interpretasilah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
So, tidak ada pada kebiasaannya Yang Berhormat Menteri, ada saving provision whenever even the act is repealed. Kita ada saving provision yang boleh memelihara apa-apa hukuman, penjara dan sebagainya kerana ini aspek mahkamah. Akan tetapi ini tidak ada.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak apa, saya akan beri jawapan bertulis pada Yang Berhormat ya. I give you jawapan bertulis.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
But, we have to make a decision here.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
How do we decide if we don’t know...
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya. Tidak apalah, kita buat keputusan kalau semua bersetuju, setujulah. Kalau Yang Berhormat tidak setuju, kata tak setuju suara...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita hendak setuju tetapi sebelum setuju kita hendak tahu apa maklumat itu. Tidak akan kita hanya hendak buat persetujuan tanpa ada maklumat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Menyampuk]
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya, itu Yang Berhormat bagi satu persoalan, saya punya interpretasi iaitu saya anggap itu sebagai prosiding yang telah selesai.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tidak. Akan tetapi kalau ikut our strict reading here, it’s an order made under the act as well. So, patut kalau semua order yang dikeluarkan walaupun Menteri ataupun mahkamah it is also an order which is under this act, bukan Kanun Keseksaan atau akta yang lain. So, itu yang menjadi isu yang berbangkit. So, how does that work?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat, saya rasa macam Menteri punya order kita sudah sign sebelum.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Setuju, itu tidak ada masalah. Itu okey.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ha, itu selesai dah. Akan tetapi kalau kita- maknanya, waktu itu undang-undang ada dan dia ada kuasa untuk melepaskan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Betul, itu tidak ada masalah.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Akan tetapi bagi saya punya pandangan, bagi di mahkamah mereka terpaksa menjalankan dia punya kerana..., ini penjara.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
But, it is the old order. Saya baca ya, kalau boleh dalam dua-dua bahasa. “Walau apa pun subseksyen 2(2), pada tarikh permulaan kuat kuasa akta ini, mana-mana perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah akta ini yang dimansuhkan yang masih berkuat kuasa”, iaitu mana perintah dibuat di bawah akta ini, “pada tarikh permulaan kuat kuasa akta ini hendaklah terhenti berkuat kuasa dan apa-apa tindakan atau prosiding yang belum selesai di bawah akta yang dimansuhkan hendaklah dihentikan.” So, bagaimana yang kita nak...
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak apa, nanti saya kena dapat jawapan daripada Peguam Negara.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Untuk meluluskan bill ini kita kena tahu apa yang- kalau tidak tahu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Defer lah Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Kita tidak boleh defer, kita akan ambil keputusan juga sekejap lagi. Akan tetapi saya percaya jawapan saya tidak mahu bagi jawapan yang mungkin tidak betul, cuma tadi saya bagi pandangan saya iaitu bahawa kalau prosiding itu telah pun berjalan, maka ia kekallah. Cuma yang belum selesai kena dihentikan. Apa yang sudah selesai saya ingat dia teruslah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tidak boleh ingat, ingat. Kita kena pasti.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak apalah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
This is an order, ini penting.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak apa, saya akan bagi jawapan kepada Yang Berhormat nanti.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri datang, Yang Berhormat Menteri kata kita committed, BN dan sebagainya, kita sudah pertimbangkan lama dah tetapi nampaknya bill ini memang you are not ready to answer.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak apalah. Kita buat yang terbaiklah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Perkara yang cukup penting, orang yang sekarang berada di penjara, dia hendak tahu bila ini diluluskan, boleh dia keluar ataupun tidak. Tidak akan kita hendak kata, “We don’t know, we’re not sure”. Macam mana pula?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Betul, itu mereka telah pun dipenjarakan kerana melanggar satu perkara pada ketika itu merupakan undang-undang.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Setuju, di bawah akta ini.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi, dia mesti ikutlah. Jikalau dia kena tiga bulan, kena habislah tiga bulan dia.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Betul.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak akan Yang Berhormat, kalau dalam kes mencuri, kes mencuri dia kena dua tahun. Pada waktu dia kena hukum, mencuri itu merupakan kesalahan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya setuju. I agree with you.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ha, ya lah. Tidak apalah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jikalau Yang Berhormat Menteri betul, seksyen 3 ini tidak masuk akal kerana seksyen 3 mengatakan semua perintah di bawah akta ini yang termasuk satu hukuman, sabitan.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya, hukuman.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Itu pun patut dimansuhkan.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Hukuman.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Betul. Perintah di bawah akta ini.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Di situ Menteri, perintah Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
That’s the question I’m asking you.
Bagaimana dengan perintah majistret?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ha, perintah Menteri, Menteri sudah sign lepaslah.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Baik, saya terima apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri sekarang, ia hanya terpakai kepada perintah Menteri, bukan mahkamah.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Mana yang telah dihukum, terpaksa menjalankan hukumannya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Betulkah?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Are you sure?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kenapa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Dia dihukum kerana pada waktu dia dihukum, pada ketika itu Restricted Act ini masih in force. So, you have to follow this a system...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Menyampuk]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Akan tetapi seksyen 3 mengatakan whatever was enforced when the act was enforced akan dimansuhkan juga, that is what section 3 said...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri tidak mahu bagi.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya tetapi dia telah dihukum.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya lah. So, bagaimana dengan hukuman itu?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri beri sayalah dahulu.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Hukuman itu berjalan sehingga selesai.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Teruskan?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya, teruskan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini masalahnya, nampaknya Yang Berhormat Menteri pun memang tidak bersedia untuk menjawab, tidak tahu.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Betul, you are confused.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Puchong, bagi sayalah dahulu. Saya sokong awak, Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tidak bersedia.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Hukuman terus.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jikalau dirakamkan, if that is your answer and so be it. So, as far as hukuman mahkamah is concern, it still remain?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ya, teruskan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, saya mencelah.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, saya ada satu soalan.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya dalam perbahasan kita semua bersetuju dengan perkara ini.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya ada satu soalan.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Celahan, celahan.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang mengambil bahagian. Sekian, terima kasih.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, satu lagi soalan di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang ramai maklum, Akta Buang Negeri 1959 telah tidak diguna pakai sejak 24 tahun yang lalu. Dengan merujuk kepada rekod yang ada, akta ini banyak digunakan semasa tahun 60-an dan yang terakhir ialah pada tahun 1977 iaitu dalam kes Menteri Dalam Negeri lawan Chu Choon Yong and Anor.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Ternyata selepas daripada kes tersebut dan sehingga kini, akta ini tidak pernah digunakan lagi. Bertolak dari situ kes-kes penahanan dan pemulangan warga negara asing kini dikendalikan di bawah Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] memandangkan peruntukan penahanan dan pemulangan warga negara asing yang terkandung dalam Akta Buang Negeri 1959 juga terdapat dalam Akta Imigresen 1959/63.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Untuk makluman Dewan yang mulia ini Akta Imigresen 1959/63 mempunyai peruntukan untuk memindahkan atau remove seseorang yang bukan warganegara sebagaimana yang terkandung di bawah Akta Buang Negeri 1959 iaitu peruntukan subseksyen 33(1) yang memperuntukkan tentang pemindahan orang yang berada di Malaysia secara tidak sah.
Seksyen 32 yang memperuntukkan tentang pemindahan pendatang tanpa izin daripada Malaysia dan subseksyen 56(2) yang memperuntukkan tentang kesalahan- kesalahan di mana seorang yang bukan warganegara yang memasuki atau memasuki semula secara menyalahi undang-undang atau mencuba secara menyalahi undang-undang untuk memasuki atau memasuki semula ke Malaysia atau berada dalam Malaysia secara menyalahi undang-undang hendaklah sama ada atau tidak mana-mana prosiding diambil terhadapnya berkaitan dengan kesalahan itu dipindahkan daripada Malaysia dengan perintah Ketua Pengarah Imigresen. Makanya, pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 adalah wajar oleh sebab ia sudah tidak relevan di samping langkah pemansuhan ini akan memperkemaskan lagi sistem perundangan negara. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang- undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 memperuntukkan seperti yang berikut.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan.
Fasal 2 bertujuan untuk memansuhkan Akta 79.
Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian yang menyatakan bahawa pemansuhan Akta 79 tidak akan menjejaskan apa-apa waran perintah arahan atau surat cara lain yang dibuat atau dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta pemansuhan ini.
Dengan kata lain pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 tidak menjejaskan apa- apa waran perintah arahan atau surat cara lain yang telah dibuat atau dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini. Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 ini juga tidak akan melibatkan sebarang implikasi kewangan daripada kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, memang masanya dengan izin, high time kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan Akta Buang Negeri 1959. Pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 ini juga merupakan aspirasi kerajaan ke atas pentadbiran sistem perundangan yang lebih adil dan mendukung prinsip-prinsip di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, kerajaan juga akan memastikan bahawa keselamatan nagara serta ketenteraman keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara terus dikekalkan.
Kerajaan juga ingin menegaskan bahawa meskipun dengan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959, terdapat mekanisme perundangan lain yang berupaya untuk menangani perkara-perkara yang dihasratkan untuk dilindungi di bawah akta ini yang akan dilaksanakan dengan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, norma-norma di peringkat antarabangsa serta kepentingan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa satu pendekatan yang saya rasa progresif oleh Yang Berhormat Perdana Menteri walaupun Yang Berhormat Perdana Menteri pada masa yang sama dalam menekuni rasional kenapa akta ini perlu dimansuhkan iaitu Yang Berhormat Perdana Menteri menggunakan ungkapan-ungkapan yang saya rasa perlu dijadikan satu tindakan yang konsisten di masa-masa akan datang iaitu di atas dasar mengambil kira keadaan semasa, global, dan sebagainya tadi.
Pada masa yang sama Yang Berhormat Perdana Menteri saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Perdana Menteri di sini. Ini kerana saya fikir tadi ini adalah masalah kerajaan dalam negeri. Saya fikir mungkin Yang Berhormat Sembrong tetapi beliau di mesyuarat. Saya menganggap Yang Berhormat Padang Rengas dapat mandat kuat ini daripada Yang Berhormat Perdana Menteri. Soalannya Yang Berhormat Perdana Menteri ialah di dalam kita memansuhkan akta ini iaitu antara lain kita tidak mahu membenarkan orang luar datang ke dalam. Akan tetapi pada masa yang sama tadi timbul dan saya mohon sebenarnya keputusan Yang Berhormat Perdana Menteri terutamanya dalam kes ini iaitu mengenai urusan perjanjian di antara kerajaan Australia adan juga Malaysia mengenai perjanjian melibatkan refugee. Ini kerana apabila mahkamah Australia mengatakan bahawa keputusan tersebut ialah keputusan yang tidak sah di Mahkamah Tinggi.
Akan tetapi kita lihat seolah-olah terdapat satu komitmen yang berterusan daripada Yang Berhormat Perdana Menteri Australia untuk meneruskan perjanjian tersebut.
Ada banyak kita lihat di dalam tulisan-tulisan media. Jadi saya mohon kata putus Yang Berhormat Perdana Menteri kerana ini ialah satu keputusan politik dan bukan undang- undang iaitu ketegasan politik. Adakah Kerajaan Malaysia mahu meneruskan perjanjian tersebut? Ini kerana ia bukan sahaja dikatakan ditolak di atas sebab asas-asas perundangan antarabangsa, global, dan sebagainya kerana ia juga merujuk kepada apa yang saya katakan di sini Dasar Dalam Negeri dan Dasar Luar Negeri Malaysia ialah ada gambarannya iaitu - kalau dilihat di dalam website Kementerian Dalam Negeri dikatakan Dasar Luar Negeri juga merupakan dengan izin, it is an extension ataupun daripada Dasar Dalam Negeri. Jadi urusan mengenai tadi yang dibangkitkan mengenai ketakutan penangan manusia dan sebagainya.
Saya khuatir kita membasmi apa yang dikatakan yang ada tetapi perkara yang berlaku sebaliknya di dalam ruang yang lain iaitu selalunya penangan manusia ini atau pun membenarkan orang yang tidak sepatutnya berada dalam negara ini berada dalam negara ialah penggerak kerajaan sindiket. Akan tetapi ini alau kita tidak membuat satu keputusan yang tegas, dia melihat seolah-olah di antara GtoG atau pun Government to Government dan ia melibatkan komitmen negara. Saya dengan penuh tegas mengatakan memohon Yang Berhormat Perdana Menteri menolak cadangan Kerajaan Australia terhadap perjanjian tersebut hatta seuntung mana pun perjanjian tersebut.
Ini kerana antara lain ia menggambarkan dasar negara kerana hari ini kita tidak menandatangani perjanjian Bangsa-bangsa Bersatu mengenai refugee. Ini kerana antara lain ia juga akan melihat bagaimana komitmen kita terhadap perkara-perkara yang lain dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Di dalam menangani isu-isu imigrasi ini dia ada perkara- perkara contohnya hak asasi terhadap pendidikan. Itu ditimbulkan di mahkamah Australia yang mana merupakan antara perkara-perkara yang menjadi isu atau pun hujahan utama dan merupakan antara sebab kenapa perjanjian tersebut dikatakan tidak sah.
Jadi, di dalam menekuni rasional Yang Berhormat Perdana Menteri mahu menghapuskan Akta Buang Negeri 1959 yang mana saya katakan mengambil semangat ia progresif tetapi mesti konsisten terhadap perkara-perkara yang lain yang mana saya rasa ianya akan tidak dikatakan bahawa kita tidak konsisten di dalam Dasar Dalam Negeri dan Dasar Luar Negeri.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri seterusnya saya ingin mengatakan bahawa di dalam Akta Buang Negeri 1959, sebenarnya walaupun sudah lama tidak diamalkan, seperti di kampung-kampung, saya terkejut, sebenarnya berlaku di dalam kampung saya di mana masjid-masjid kadang-kadang membuat keputusan Yang Berhormat Menteri. Ada satu kes sebab kita tidak pantau ada berlaku ketidakadilan di dalam satu perkara, yang tidak bermoral pada pandangan jawatankuasa qariah masjid sehingga menyebabkan ada orang tertentu dibuang daerah di dalam peringkat yang berskala kecil. Ini berlaku saya katakan di dalam kampung saya dan kebetulan saya baru mendapat tahu, kadang-kadang disebabkan kononnya ustaz ini mengajar perkara-perkara yang tidak sealiran dengan amalan penduduk kampung tersebut berlaku, ada dua tiga kes saya boleh tunjukkan kes kepada Yang Berhormat Menteri.
Akan tetapi persoalannya Yang Berhormat Menteri di sini pemantauan perlu diadakan kerana walaupun perundangan ini tidak diamalkan, tetapi dari segi praktikalnya ada berlaku. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri di atas sokongan saya bahawa ini satu tindakan yang progresif oleh kerajaan pada hari ini dan saya rasa undang-undang yang lain. Seperti yang saya katakan semalam di dalam media undang-undang hasutan, undang-undang yang lain yang perlu juga dinilai oleh kerajaan, sekarang ini perlu diambil tindakan segera untuk menunjukkan bahawa kerajaan hari ini ialah satu kerajaan yang konsisten, kalau tidak ia merupakan satu perkara yang sukar dipertahankan. Sekiranya ia tidak dibetulkan saya rasa persoalan besar ialah kerajaan yang menggunakan perkataan “reformis” itu saya rasa sukar hendak dipertahankan.
Jadi saya mohon keputusan Menteri terutamanya sekali tadi mengenai urusan perjanjian di antara Australia dan Malaysia itu, apakah pendirian Menteri mahu meneruskan ataupun tidak, kerana Perdana Menteri Julia Gillard telah membuat pendirian, bahawa katanya walaupun ia dibatalkan di Mahkamah Tinggi Australia tetapi perjanjian itu masih segar. Kita faham apa maksudnya itu, diplomasinya itu masih mahu diteruskan. Jadi saya rasa Balik Pulau ingin mencadangkan bahawa perkara itu tidak perlu dibuat kerana ia menyalahi hak asasi manusia dan apatah lagi tidak konsisten dengan pendekatan progresif yang cuba hendak ditunjukkan...
Seorang Ahli
Sudah habis Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya juga bersama dengan rakan-rakan yang lain mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini undang-undang yang kedua yang dimansuhkan, menunjukkan satu keberanian dan yang lebih penting bagi saya ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengotakan janji, bukan senang hendak mengotakan janji ini. Kadang-kadang orang boleh berjanji buat agaknya perbelanjaan yang tidak-tidak, tetapi hendak mengotakan janji ini soal yang lain tetapi alhamdulillahlah.
Sesuatu mesti dilakukan oleh kerajaan. Betullah kita mansuhkan ini tetapi rakyat juga harus dilindungi secara berterusan, apa hal dengan gengster, ah long, penyeludupan dan sebagainya yang boleh menjejaskan keamanan, keharmonian yang patut diberikan kepada rakyat. Jadi saya berharap kerajaan agaknya mengambil kira bagaimana hendak mencegah, menghalang perkara-perkara yang mungkin akan dilakukan oleh orang-orang tertentu, oleh sebab undang-undang ini sudah tidak ada dia mengambil kesempatan. Saya rasa pihak polis agaknya harus meningkatkan lagi usaha-usaha yang boleh menyekat perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketakutan rakyat dan mencegah perkara-perkara yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya pendek sahaja hendak mengucapkan tahniah, terima kasih dan saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini saya bersetuju dan saya minta bahawa kerajaan serius dalam cara memansuhkan Akta Buang Negeri ini, dan saya menyokong walaupun saya melihat Yang Berhormat Gombak ini kalau pandang saya tersenyum lebih elok, jangan pandang sana sini dan saya mendapati kerana Yang Berhormat Gombak seperti telah menyindir apabila dia ketawa, saya hendak mengatakan kalau cerita pertama.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sanggup memansuhkan Rang Undang-undang Buang Negeri ini tetapi saya sudah 12 tahun duduk di dalam Parti Keadilan Rakyat, selalu bersuara lantang untuk kawan-kawan saya, tetapi hari ini saya merasakan diri kena buang negerilah... [Ketawa] Dan saya juga dibuang daerah bukan negeri. Sudah masuk negeri lain dan saya hendak mengingatkan kawan-kawan saya yang duduk di sini. Kalau cerita tentang mahu berlaku adil lihat kawan saya seorang ADUN di Selangor, di mana rakan-rakan saya daripada DAP mengambil tindakan menggantung beliau selama enam bulan dan hari ini saya baca di dalam surat khabar, saya baca bahawa beliau tidak akan diberikan kerusi untuk bertanding. Saya mengucapkan syabas kepada DAP dan di sini kita melihat Ketua Pembangkang iaitu Ketua Umum Pakatan Rakyat juga ada di sini yang memilih dirinya menjadi ketua umum...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Hah itu kena tanya dengan Yang Berhormat Gombak, sebab Yang Berhormat Gombak pandai menganjak 200 menjadi 800..
[Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Bukan 2,000 orang pilihkah?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Jadi saya percaya kawan saya di dalam DAP ini, dia digantung enam bulan tetapi hari ini baca di dalam surat khabar dia tidak akan diberikan ruang untuk bertanding kembali, tetapi pada masa yang sama Ahli Parlimen Bagan membuat satu promosi untuk Johor di Singapura. Cara beliau mempromosikan Johor di Singapura itu, saya percaya Ketua Umum Yang Berhormat Permatang Pauh akan bersetuju, pasti beliau bersetuju sebab itu beliau sehingga ke hari ini bercerita tentang Hudud, dia kata saya sendiri terima Hudud, tetapi adakah itu Pakatan Rakyat punya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rang Undang-undang Buang Negeri Yang Berhormat...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Oh, buang negeri okey... [Ketawa] Saya bukan meminta Yang Berhormat Permatang Pauh dibuang negeri...
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua bijak...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Saya bersetuju memansuhkan, tetapi saya mahu mereka melihat bahawa keadilan itu kalau untuk satu ahli biasa keadilan itu boleh dilaksanakan, mereka mesti memberikan keadilan yang sama kepada semua ahli, kalau mereka boleh mengambil tindakan kepada satu Manogaran, mereka juga mesti mengambil tindakan yang sama kepada Yang Berhormat Bagan. Sebab Yang Berhormat Bagan adalah seorang ahli di dalam Dewan ini yang seharusnya hari ini duduk dan berhujah tentang Akta Buang Negeri ini. Akan tetapi kerana takut berhadapan dengan rakyat, Yang Berhormat Bagan tidak ada di sini dan kezaliman demi kezaliman berlaku terhadap pemimpin-pemimpin India di dalam Pakatan Rakyat... [Dewan riuh] Pemimpin-pemimpin India yang ada di dalam Pakatan Rakyat bukan sahaja dalam PKR, bukan sahaja dalam DAP keseluruhannya dizalimi. Saya bersuara sama-sama untuk Yang Berhormat Ipoh Barat pun...
Seorang Ahli
...Yang Berhormat Ipoh Barat...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Sama-sama untuk Yang Berhormat Klang pun dan juga untuk Yang Berhormat Seremban. Kalau Yang Berhormat Taiping mahu minta laluan saya boleh bagi laluan Yang Berhormat Taiping, jadi saya minta Yang Berhormat Permatang Pauh saya bagi laluan... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tak ada orang mencelah Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Jika tak dengar nanti baca Hansard esok.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat setuju tak pemansuhan rang undang-undang?
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya arif tentang Yang Berhormat Taiping juga bersama-sama dengan Yang Berhormat Beruas, cara mereka mengetepikan Yang Berhormat Ipoh Barat yang duduk di sini. Saya arif. Yang Berhormat Ipoh Barat bersama-sama dengan rakan-rakan India dalam DAP ramai seperti dibuang negeri juga. Ini bukan saya mahu main-main dalam Dewan ini. Kalau Ahli-ahli Dewan boleh diperlakukan sedemikian, DAP dan juga Pakatan Rakyat harus mansuhkan tabiat buang negeri ini.
Kalau hari ini kerajaan di sini, Perdana Menteri boleh hujah di sini, boleh kemukakan untuk buang Akta Buang Negeri ini, saya harap Ketua Umum Pakatan Rakyat ini yang dulu apabila dia duduk dalam penjara, saya duduk di luar keluar masuk penjara membina parti itu untuk Yang Berhormat Permatang Pauh tetapi dibuang negeri hari ini, saya mahu beliau belajar untuk mansuhkan pembuangan negeri ini. Akan tetapi ada lah sesuatu yang begitu akrab di antara Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Gombak ini.
Tuan Nga Kor Ming - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan Yang Berhormat Padang Serai dihantar ke hospital untuk periksa kencingnya.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Taiping, kalau hospital, itu di luar. Kalau mahu hujah bernas tentang kebenaran yang kamu lakukan, yang telah Yang Berhormat Taiping lakukan terhadap seorang pemimpin India, Manoharan, yang bersuara bila Kerajaan Selangor daripada 1,576 biasiswa yang diberikan oleh Kerajaan Selangor, hanya empat sahaja diberikan untuk penuntut-penuntut India di seluruh negeri Selangor.
Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya
Yang Berhormat Taiping, saya tak bersetujulah. Bukan hospital, Tanjung Rambutanlah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tak patut, tak patut.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini yang diperjuangkan oleh Manoharan dalam Dewan. Apabila Manoharan mempersoal Yang Berhormat Seputeh yang bertanggungjawab ke atas itu, hari ini Manoharan pula dianaktirikan. Dibuang negeri dah.
Kalau Pakatan Rakyat hari ini tak berani... [Dewan riuh] Kalau Pakatan Rakyat hari ini tak berani berhadapan dengan kebenaran ini, tak payah cerita tentang Putrajaya.
Saya cabar Yang Berhormat Permatang Pauh di mana anak buahnya iaitu Yang Berhormat Machang yang menjadi pengerusi di Kulim Golf and Country Resort. Semalam Yang Berhormat Permatang Pauh bentangkan bajet. Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan bajet beliau dia kata setiap civil servant akan dapat RM1,200 gaji minimum.
Akan tetapi saya ini bekas ahli lembaga di KTPC yang direcommend oleh Yang Berhormat Permatang Pauh juga yang mana saya menjadi ahli lembaga tiga tahun di situ, saya minta Yang Berhormat Permatang Pauh minta Yang Berhormat Machang yang menjadi pengerusi itu pergi naikkan gaji pekerja Kulim Golf and Country Resort yang hari ini baru terima RM400 sebulan itu. RM400 sebulan gaji mereka, Yang Berhormat Permatang Pauh membina istana di kayangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat balik kepada rang undang-undang.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Jadi, saya tak minta Perdana Menteri buang negeri Yang Berhormat Permatang Pauh, jangan. Ini masih lagi Akta Buang Negeri ini. Saya tak minta. Saya setuju.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya tahu Yang Berhormat Permatang Pauh kepala sudah pusing tetapi hakikatnya saya bertanggungjawab kerana selama tiga tahun saya menjadi ahli lembaga itu, saya telah memaksa lembaga memberi bonus kepada setiap pekerja di Kulim Hi-Tech Corporation sebanyak RM1,000 pada tahun 2008, RM1,500 pada tahun 2009 dan last year tahun 2010 sebanyak RM1,700. Akan tetapi tahun ini oleh kerana saya keluar, lembaga itu berani memberikan bonus hanya RM200. Tak ada satu agensi yang mendapat kutipan hasil-hasil mereka hanya daripada tanah iaitu quit rent dan list sahaja.
Saya bukan mahu menyindir atau apa. Saya beri pandangan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk perbetulkan bekas Menteri Kewangan ini. Penasihat Ekonomi Selangor, tolong lihat. Kulim Hi-Tech Corporation pendapatannya hanya daripada list dan quit rent. Jadi, memang saya yang tak ada pelajaran..., kata Yang Berhormat Permatang Pauh, saya tak ada pelajaran tetapi boleh kita merancang untuk tahun hadapan atau tahun lalu, we have a fix income in Kulim Hi-Tech Corporation, fix income. Jadi, kalau saya sebagai ahli lembaga boleh bagi pada tahun 2008, 2009, 2010, pastinya bekas Menteri Kewangan, Penasihat Ekonomi Selangor boleh membuat lebih baik dan bukan bagi RM200 sahaja.
Mereka menangis. Rintihan mereka pasti sudah sampai tetapi ini semua tidak didengari. Kenapa saya perlu berdiri di sini? Sebab, dalam Keadilan, dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP ini, kalau cakap macam ini pasti kena buang negeri. Jadi itulah saya percaya Yang Berhormat Gombak pun perlu sedar bahawa semua manusia sama sahaja.
Kalau sudah baik sama Yang Berhormat Permatang Pauh, bukan boleh jadi maharaja.
Jangan satu hari Yang Berhormat Permatang Pauh ketinggalan menangis keseorangan.
Jadi, terima kasih. Saya menyokong untuk memansuhkan Akta Buang Negeri ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Parit Buntar.
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya perlu mengingatkan kepada semua Ahli-ahli Dewan bahawa Dewan ini adalah untuk kita membincangkan tentang kepentingan nasional.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Hello, pergi Kedah dan nasihat merekalah. Duduk. Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Parit Buntar...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Nasihat diri sendirilah.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tak perlu politikkan. Take it positively.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tak perlu ingatkan Yang Berhormat. Tidak ada standing order on that ya.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Parit Buntar, bawa mesej saya ke Kedahlah, bawa mesej saya kepada Menteri Besar. Rakyat dizalimi. Kalau tak berani suara dalam parti, duduk diam sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya baru memulakan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini datang sini cakap macam-macam.
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya rasa semua kita bersetuju bahawa daripada awal kita berbincang, isunya bukan isu peribadi, isunya bukan isu Pakatan Rakyat, isunya bukan isu Barisan Nasional tetapi...
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Masa Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Shah Alam kenapa tak nasihat?
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya bercakap atas kepentingan Dewan. Saya tak tahu...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Nasihat Yang Berhormat Pokok Senalah, nasihat Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Takkan tak tahu dalam Dewan berucap.
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa - Parit Buntar
Jadi saya ingat ...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Hello, kepentingan Dewan adalah menjaga kebajikan negara ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Menjaga rakyat negara ini, membantu rakyat negara ini membangun dengan baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Serai, cukup-cukuplah Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya rasa Tuan Yang di- Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita berbincang daripada awal tentang isu- isu pemansuhan ini, saya rasa asas yang paling utama kita bincang ini bukan persoalan kepentingan mana-mana pihak. Kita bercakap tentang kepentingan nasional dan kita bercakap tentang perkara-perkara yang kalau dulu kita buat kesalahan dan kita telah sedar, alhamdulillah lah. Saya rasa itu satu yang berani yang harus kita akur bahawa apa yang kita lakukan ini adalah untuk kepentingan nasional.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kerajaan tidak pernah buat salah. Seolah-olah kita salah. Kita tidak salah, cuma kita mansuhkan.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya tidak kata salah. Saya kata kalau.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
You kata tadi salah.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Kalau. Sebab begini. Persoalan saya – minta maaf. Saya hendak bercakap dengan Tuan Yang di-Pertua. Persoalan yang kita bincang ini ialah kalau saya faham daripada alasan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ini adalah isu tentang hak asasi manusia dan sebagainya. Jadi bagi saya, isu-isu ini perlu kita jelaskan secara meluas. Saya cuma ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau kita berbicara tentang isu hak asasi manusia, apa yang selama ini kita utarakan pandangan dan pendapat kita juga sebenarnya berdasarkan kepada asas-asas itu. Segala apa yang hari ini kita bicarakan, perkara-perkara kediaman terhad, buang negeri, Akta Mesin Cetak dan lain-lain, semua itu bersandarkan kepada prinsip-prinsip yang kita perjuangkan untuk kepentingan orang ramai, untuk kepentingan negara.
Contohnya hak untuk dibicara. Ini bukan persoalan kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah hak asasi manusia. Apa juga kesalahan yang dilakukan, maka dia mempunyai hak untuk di bicara. Apa yang kita bicarakan sebelum ini, hak itu tidak ada. Jadi bila kita berdebat, bila kita berhujah, kita berhujah di atas prinsip-prinsip itu, bukan atas kepentingan-kepentingan lain.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Kedua ialah kita juga kena ingat apa yang kita panjang berbicara di dalam Dewan ini, saya rasa tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa semua orang di sana dan di sebelah sini, masing-masing semua kita sayangkan negara. Jadi bagi saya, tidak timbul persoalan siapa atau mana-mana pihak khususnya Yang Berhormat Sri Gading hendak mempertikaikan tentang patriotisme kita semua. Kita adalah rakyat Malaysia. Kita cintakan negara ini. Bukan hanya Ahli Parlimen Barisan Nasional sahaja boleh bercakap tentang kepentingan nasional. Kita pun juga boleh berbicara tentang kepentingan nasional.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Buat demonstrasi jalanan itu sayang rakyatkah itu?
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, saya rasa antara apa yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingat Yang Berhormat Kinabatangan tidak faham. Yang Amat Berhormat bercakap tentang memansuhkan ataupun menilai semula Akta Polis seksyen 27 dengan memberikan roh dan semangat Artikel 10 iaitu hak untuk berhimpun. Maknanya, ini adalah juga satu perakuan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Artikel 10 itu memberikan kita hak untuk berhimpun dan kita meminta untuk berhimpun secara aman dan selamat ini yang kita adakan khususnya BERSIH, saya ulangi ia bukan perhimpunan haram tetapi ia perhimpunan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Berhimpun tetapi bukan di jalan raya. Ada stadium. Kenapa pergi jalan raya?
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Perhimpunan yang aman. Jadi saya rasa ini..., saya rasa saya tidak mahu layan Yang Berhormat Kinabatangan kerana dia tidak berapa faham soal-soal ini semua.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Paradigma dia masih lama lagi. Saya minta maaf.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Boleh saya mencelah sedikit? Yang Berhormat Balik Pulau bangun, Yang Berhormat Parit Buntar.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Kemudian. Ya, silakan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Setuju atau tidak dengan saya, Yang Berhormat Parit Buntar bahawa kalau hendak berhimpun dalam stadium, tidak perlu buat akta.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Ya betul. Itu hak. Hak tidak boleh diminta sedekah. Hak adalah sesuatu yang mesti diberi. Itu satu perkara yang kita sudah faham daripada awal lagi. Begitu juga saya hendak sentuh tentang isu-isu ini juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, melibatkan soal salah guna kuasa. Undang-undang yang ada, salah guna kuasa. Saya ada di sini laporan daripada United Nations tentang report of the Working Group on Arbitrary Detention yang menyatakan bahawa ini bukan daripada Pakatan Rakyat. Ini bukan daripada mana-mana parti Barisan Nasional bahawa di dalam apa yang dinamakan sebagai kematian di dalam penjara atau dalam detention melibatkan hampir 1,535 orang yang mati di sekitar tahun 2003 hingga tahun 2007. Seramai 85 orang mati dalam lokap polis.
Jadi, ini bukankah menimbulkan persoalan secara jujur. Secara jujur. Bukan di atas apa-apa kepentingan, tetapi secara jujur. Orang yang kita ini yang membuat undang- undang dalam Dewan yang mulia ini, kita berbicara tentang kepentingan nasional.
Bukankah kita sepatutnya memikirkan apa masalah yang berlaku sehingga boleh menimbulkan berbagai-bagai syak wasangka terhadap sejauh manakah pihak polis dalam melaksanakan undang-undang ini, benar-benar mengikuti prosedur-prosedur. Kalau persoalan itu tidak dipegang, kita takut nanti timbul berbagai-bagai salah tanggap kepada pihak polis yang salah guna kuasa. Saya hanya meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat perkara ini dan Ahli-ahli Dewan yang lain untuk melihat perkara ini secara terbuka. Ini bukan persoalan ada kepentingan apa-apa.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Kemudian saya juga hendak menyentuh tentang bagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, hak asasi manusia ini tidak boleh separuh masa. Hak asasi manusia adalah satu mindset. Satu pakej yang bukan hanya melibatkan undang-undang, tetapi juga melibatkan pendidikan, melibatkan demokrasi, melibatkan keterbukaan, melibatkan sikap profesional. Perkara-perkara ini saya mencadangkan dalam ucapan saya ini bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mereka yang masih berkuasa lagi di sini supaya benar-benar memerhatikan bahawa walaupun kita menyambut baik segala pemansuhan akta-akta yang ada ini, tetapi saya ingin bertanya kalau boleh diberi penjelasan bahawa pakej ataupun mindset hak asasi manusia yang kita maksudkan adalah supaya hak asasi manusia ini dilihat dalam berbagai-bagai perspektif.
Antaranya ialah masih ada lagi undang-undang yang di atas prinsip-prinsip yang telah saya sebutkan tadi masih lagi belum mendapat satu jaminan apakah ia akan dimansuhkan juga. Antara lainnya ialah saya ingin bertanya tentang Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhasrat juga untuk menilai semula ataupun memansuhkan akta ini kerana sama sahaja prinsip-prinsip yang diamalkan dalam undang-undang sebelum ini dengan apa yang masih berbaki ini. Asasnya tetap sama iaitu masalah prinsip.
Begitu juga tentang the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act.
Adakah juga kita bercadang untuk memansuhkan ini kerana mengikut pandangan The Working Group, mereka telah memberi cadangan bahawa The Working Group points out dengan izin, that human rights guarantees in Malaysia are hindered by four preventive laws mainly The Internal Security Act yang telah dimansuhkan dan kita tidak tahu apa yang akan diganti dua lagi itu sehingga hari ini but also Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance, The Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act dan Restricted Residence Act yang telah kita mansuhkan sebelum ini. The Working Group recommends that the government abrogate all this laws as soon as possible.
Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada berucap di dalam usulnya tadi bahawa ini adalah untuk mengikut norma-norma antarabangsa. Saya rasa kita boleh jadikan benchmark norma-norma antarabangsa itu ialah apa yang telah dicadangkan dan direkomendasikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini. Begitu juga isu-isu lain yang juga perlu kepada kita menilai semula. Antara amalan-amalan yang saya kata hak asasi manusia yang secara menyeluruh ini iaitu tentang bagaimana juga laporan kita terima tentang RELA. RELA yang telah diberi kuasa untuk menangani pendatang-pendatang asing. Kita setuju. Pendatang-pendatang asing ini menjadi masalah kepada negara kita.
Saya rasa kita tidak berbeza pandangan dalam masalah ini. Kita bersetuju. Semua orang bersetuju.
Cuma masalah yang kita sedang bincang ialah tentang bagaimana mereka menanganinya sehingga di dalam laporan United Nations juga, dalam The Working Group menyebut bahawa RELA telah menyalahgunakan. Ini saya minta penjelasan. Telah menyalahgunakan...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Boleh minta mencelah sikit?
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Kedudukan dia itu untuk – ada yang sesetengahnya mengugut, mengancam dan juga rasuah kepada pendatang-pendatang asing ini. So bagi saya ini perlu dibincangkan sekali dengan apa yang kita bawa dalam isu pemansuhan ini. Jadi saya mengharapkan mindset kita.., mindset. Yes, please Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak balik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai norma-norma antarabangsa dan juga apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, the best democracy. Malaysia should be the most democratic at some point of time. Kita ada dua konsep,dua paradigm. Satu more democray, satu less democracy. Baru-baru ini iaitu pada bulan Julai 2011 di Norway, kita dapati bahawa selepas letupan bom, lebih kurang 50 orang telah mati atau meninggal dunia dan banyak kecederaan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Akan tetapi dalam ucapan Perdana Menteri Norway pada masa itu mengatakan yang saya baca daripada ucapan beliau pada masa itu, dia kata; “Extremism will be met with more democracy” dan dalam perenggan itu tertulis: “Norway's Prime Minister struck a defiant tone today saying the response to twin attacks that have rocked his country will be more democracy”.
Kita dapati bahawa ada satu paradigma yang mengatakan in the face of extremism and terrorism we meet more democracy. Akan tetapi di Malaysia, walaupun kita terima dengan hati yang terbuka bahawa ISA akan dimansuhkan, syabas saya ucapkan kepada Perdana Menteri kerana memansuhkannya tetapi Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa detention without trial will still stay, akan dikekalkan. Saya juga percaya bahawa Yang Berhormat Padang Rengas juga telah membuat pandangan itu detention with trial will be kekalkan. So there have two paradigm, the face of terrorism and the face of extremism, we want less democracy tetapi di Norway, more democracy. Saya minta pendapat Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya rasa itu satu point yang boleh ditambah ke dalam ucapan saya kerana macam mana saya kata tadi hak asasi manusia yang dibicarakan oleh Perdana Menteri itu satu benda yang kita alu-alukan. Akan tetapi persoalannya ialah, dia mesti datang dalam satu pakej, dia bukan kita hendak mansuhkan sesuatu benda itu kerana perkara lain. Ia mestilah di atas prinsip, dan prinsip itu mesti dilihat secara menyeluruh. Ia tidak boleh hanya dilihat satu segi kerana nanti pelaksanaan itu akan mencacatkan, pemansuhan itu tidak akan membawa pengertian jika pakej hak asasi manusia seperti yang disebut tadi...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Salah satu pendekatan Yang Berhormat Klang tadi menyebut bahawa terrorism. Segala apa yang mengancam keselamatan nasional ini, salah satu cara menanganinya ialah memberi ruang yang lebih kepada demokrasi. Saya setuju. Antara lainnya ialah persoalan yang belum diselesaikan walaupun kita telah meluluskan special Select Committee tentang pembaikpulihan, SPR itu sendiri sebagai satu institusi yang mempunyai pelbagai masalah, perlu direformasikan bagi menjawab persoalan, masalah yang kita hadapi ini, supaya rakyat bagi suara dia. Saya juga ingin memberi satu pengalaman di negara-negara Arab, yang dikenali the Arab spring atau kebangkitan Arab baru-baru ini. Masalah besar yang dihadapi kenapa rakyat bangkit ialah tidak ada demokrasi, ini masalah dia.
Jadi masalah kita di sini, kalau kita bagi demokrasi kita takut kita punya kepentingan terjejas. Bagi saya, Barisan Nasionalkah, Pakatan Rakyatkah, siapa sahaja yang memerintah, itu tidak penting, yang penting asas-asas ini tertegak bagi masa depan generasi kita, itu yang lebih utama. Akan tetapi kalau kita masih berfikir di atas jauh untuk mengekalkan kuasa, selagi itu kita tidak dapat membuat reformasi yang menyeluruh, silakan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Parit Buntar. Oleh kerana pembentangan ini untuk memansuhkan akta ini dikatanya tadi kerana undang-undang ini dianggap lapuk.
Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Parit Buntar kata tadi, mungkin ada sebab- sebab yang berlainan. Saya rasa lapuk ini bermaksud pada pandangan saya agaknya tidak berkesan. Oleh kerana tidak berkesan, maka apa perlu dikekalkan akta itu? Saya merasa begitu dan sekali gus hendak kata pandangan Yang Berhormat Parit Buntar.
Saya dengar dan melihat banyak laporan mengatakan bahawa kadar jenayah tidak juga menurun, makin hari makin meningkat. Banyak indeks yang menunjukkan perkara ini berlaku dan statistik juga dimanipulasikan atas peristiwa-peristiwa ataupun angka-angka ini.
Akan tetapi kalau sekiranya dimansuhkan atau ditarik balik atau dibatalkan atas sebab ia tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah.
Saya rasa itu memang satu perkara yang ada agenda lain, bukan agenda untuk melihat keberkesanan atau mendapat kebaikan daripada menarik akta ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya rasa kita juga bertanggungjawab untuk memberi penerangan daripada menarik akta ini sebab kerana tidak berkesan dan kalau duduk di situ dia jadi macam al- Quran buruk yang tidak boleh buat apa. Oleh kerana itu, kerajaan memilih untuk menarik akta-akta yang kalau akta itu berterusan duduk di situ, akan menjadi impak yang tidak baik kepada kerajaan. Apa pandangan Yang Berhormat Parit Buntar?
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Seperti mana yang saya katakan tadi, mindset, daripada awal lagi bila kita bicara tentang Select Committee, tentang SPR.
Banyak daripada rakan-rakan saya sebelah sana berhujah, berhujah menyatakan bahawa:
”Oh! Kalau SPR tidak betul, kenapa pembangkang boleh menang?”, dengan izin, is not that issue, bukan soal pembangkang menang atau pembangkang kalah. Biarlah pembangkang kalah tetapi sistem itu berjalan, sistem yang adil, itu isu dia. Jadi mindset perbahasan kita sepanjang dua, tiga hari ini, seolah-olah kita terkongkong dengan kokun kita, dalam kepompong kita, seolah-olah apa yang kita cakap ini kerana hendak mengekalkan kuasa...
Oh! SPR kalau tidak adil, kenapa pembangkang menang di beberapa negeri? Saya rasa ini hujah yang cukup dangkal.
Kita bercakap tentang prinsip, siapa menang, siapa kalah nombor dua, tetapi sistem itu mesti dilihat berjalan. Itu isu yang kita bawa. Saya rasa saya akan masukkan sebagai ucapan saya itu bahawa apa yang perlu ada ialah mindset yang jelas tentang satu pakej hak asasi manusia yang saya rasa perlu di address. Termasuklah isu AUKU, yang belum diselesaikan. Isu AUKU jelas menjejaskan hak asasi manusia khususnya di kalangan para pelajar dan para pensyarah.
Jadi saya menyatakan dengan jelas bahawa apabila kita berbicara tentang rang undang-undang ini, kita harus berbicara dengan minda yang terbuka. Kita harus berbicara dengan satu kepentingan nasional, dan kepentingan nasional itu tidak hanya ditafsirkan oleh pihak tertentu. Kepentingan nasional itu perlu ditafsirkan dalam keterbukaan semua pihak.
Barulah kita dapat buat satu undang-undang yang lebih efektif, kita mereformasikan apa sahaja yang selama ini kita anggap lapuk, barulah kita dapat berjalan ke hadapan. Saya terus terang merakamkan dalam ucapan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini, sebahagian besar daripada kita berucap. Sebahagian besarnya hanya bercakap tentang kepentingan peribadi, kepentingan politik dia, kepentingan parti dia. Kita bercakap di sini mewakili rakyat bercakap tentang kepentingan nasional, kepentingan rakyat. Kita dibawa ke sini untuk bercakap.
Jadi saya mengulangi semula, masih ada banyak lagi khususnya seksyen 27, Akta Polis itu, Yang Amat Berhormat, telah banyak sungutan rakyat, telah banyak sungutan dan persepsi yang negatif kepada pihak polis. Pihak polis seharusnya menjaga kepentingan umum, menjaga kepentingan rakyat bukan menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.
Ini yang kita minta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan kepada pihak polis, jangan menjadi alat kepada kepentingan pihak-pihak yang tertentu.
Jadilah alat untuk kepentingan nasional. Ini profesionalisme polis, tetapi kalau kita bertugas hanya untuk memuaskan hati orang-orang tertentu, hanya untuk mendengar arahan-arahan orang tertentu, ini akan menjejaskan persepsi orang ramai terhadap polis itu sendiri. Polis orang tidak akan hormat. Bukan kita tidak hormat kerana polis tetapi polis tidak menunjukkan sikap profesionalisme dia menjaga kepentingan nasional, bukan menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.
Dengan ini saya mahu merumuskan Tuan Yang di-Pertua, tidak ada satu rumusan yang terbaik melainkan daripada peringatan Allah SWT, yang dirakamkan dalam Surah Hud, ayat 113, sama-samalah kita insaf, sebagai penggubal-penggubal dasar yang berucap di sini bukan untuk kepentingan diri dia, tetapi untuk kepentingan yang amanah yang Allah SWT bagi kepada kita... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Jangan kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disambar api neraka, dan kemudian kamu tidak akan mendapati sesiapa selain daripada Allah SWT sebagai penolong kamu dan tidak ada sesiapa daripada Allah SWT sebagai penolong kamu. Dan dengan perbuatan itu, kamu tidak akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT”.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Dengan peringatan itu, saya harap semua pihak insaf, moga-moga kita dapat berbincang dengan lebih terbuka...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang zalim itu Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Gombak, itu yang zalim.
Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
...Dan bercakap tentang kepentingan nasional, bukan kepentingan pihak tertentu atau individu-individu tertentu.
Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya
Beliau zalim sebab tidak beri cek.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Kelana Jaya, janganlah banyak runding-runding.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat yang sedang berdiri duduk dahulu. Saya mahu cakap sebentar.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya cukup tertekan sejak pagi tadi apabila tindakan- tindakan saya ditegur oleh Ahli Yang Berhormat ada yang tidak puas hati. Harus Yang Berhormat sedar bahawa apa pun kekecohan yang timbul di dalam Dewan ini bukan akibat tindakan saya ataupun timbalan-timbalan saya. Semua ini berpunca daripada hujah-hujah Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak boleh mengawal perasaan. Jadi, jangan beri tekanan kepada saya dan timbalan-timbalan saya. Oleh kerana Yang Berhormat sendiri tidak mengikuti peraturan mesyuarat. Boleh berbahas, boleh sindir menyindir tetapi jangan keterlaluan.
Yang berdiri, Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak selalu tidak bersetuju dengan tindakan saya. Namun demikian, saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak untuk berhujah tetapi dalam ruang lingkup peraturan mesyuarat, yang mana Yang Berhormat Pasir Salak juga fahami. Sila.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian untuk membahaskan isu yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung dengan pemansuhan Akta Buang Negeri ini.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pembentangan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Sebagaimana biasa, sebelum masuk menjadi Ahli Dewan Rakyat ini dahulu, saya beranggapan bahawa ini adalah satu tempat yang tertinggi sekali untuk membincangkan dan membahaskan perkara-perkara berkepentingan nasional sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi. Seharusnya perbahasan dibuat secara intelektual dan dibuat secara rasional serta memberi peluang kepada semua pihak berucap dengan bebas. Akan tetapi dalam pada itu saya juga mengharapkan perbahasan yang dibuat mestilah dengan bertanggungjawab dan bukannya dengan sesuka hati sehingga boleh buat apa sahaja walaupun menghina, walaupun mencabar, walaupun apa sahaja. Ini saya rasa bukanlah cara atau tempatnya perkara ini boleh kita lakukan. Akan tetapi malangnya kita mendengar banyak ucapan-ucapan perbahasan yang dilakukan boleh dianggap sebagai abuse dengan izin, menyalahgunakan kebebasan dan kekebalan yang diberikan oleh Dewan ini.
Jadi, perkara ini berlaku, kita manusia juga. Kita tidak mungkin duduk diam dan memekakkan telinga dan menjadikan hati kita begitu beku, tidak respons sebagaimana manusia biasa. Tadi berhubung dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pokok Sena, satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab langsung. Satu hasutan dan kenyataan yang begini boleh membawa kepada masalah...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
...Perkauman di antara...
Tuan Yang di-Pertua
Boleh Yang Berhormat berucap tentang hal akta yang sedang dibahas.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya mungkin hendak... Saya minta maaf kerana mukadimah yang agak panjang tetapi saya ingin memperjelaskan.
Berhubung dengan akta iaitu memansuhkan Akta Buang Negeri ini, saya kata dari awal tadi, saya menyokong penuh. Walau bagaimanapun saya ingin memberi pandangan sedikit di sini iaitu kita perlu ingat bahawasanya dalam kita hendak meningkatkan tahap demokrasi dan memberikan hak asasi sepenuhnya kepada rakyat, dalam pada itu kepentingan utama ialah menjaga keamanan, ketenteraman awam, kestabilan dalam negara kita ini.
Kita dapat melihat bahawa ada orang yang mengambil kesempatan daripada kebebasan yang diberikan. Dalam proses undang-undang, court of law, kita dapati ramai mereka yang bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang kerana mereka tahu bahawa tindakan-tindakan yang dibuat itu tidak menjadi masalah kepada mereka. Ini kerana untuk menjatuhkan hukum kepada seseorang, mungkin mengambil masa sehingga 10 atau 15 tahun. Daripada mahkamah seksyen kepada mahkamah tinggi. Mahkamah tinggi kepada Mahkamah Persekutuan dan seterusnya.
Kita melihat ada kes pada hari ini pun, satu kes yang melibatkan seorang tokoh pemimpin pembangkang yang masih lagi berlarutan di dalam perbicaraan di mahkamah.
Inilah satu contoh di mana proses undang-undang itu yang memberikan kebebasan hak asasi, memberi hak kepada seorang rakyat, menjadi kita lihat rungutan kepada rakyat juga iaitu seolah-olah seperti ada penyalahgunaan proses mahkamah dan tidak memberi keadilan kepada pihak-pihak tertentu juga. Jadi dengan sebab itu kita jangan ingat bahawa apabila undang-undang ini, kebebasan diberi kepada setiap rakyat makanya tertegak keadilan...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Belum tentu tertegaknya keadilan. Belum tentunya... Ya, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Mencelah boleh?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sebenarnya saya setuju atas beberapa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Kita yang ada di dalam Dewan ini semuanya mesti merasakan bahawa mereka ini betul-betul ada kebebasan bukan ada ketakutan di mana mereka akan merasakan bahawa apabila hujah tentang Akta Buang Negeri ini, mereka sendiri merasakan bahawa mereka ini kalau hujah tidak mengikut pemimpin tertentu akan dibuang negeri. Mereka merasakan seperti itu. Saya tahu ramai rakan-rakan saya di sini, hati mereka bergelora untuk membebaskan diri mereka tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian kerana sekatan- sekatan yang dikenakan di dalam parti khususnya di parti Keadilan Rakyat. Khususnya...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini kerana Akta Buang Negeri ini...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak duduk dahulu.
Menurut Peraturan 37(1), sewaktu seseorang Ahli Yang Berhormat sedang berhujah, Ahli Yang Berhormat yang lain tidak boleh mengganggu. Cuma boleh mengganggu atas dua sebab atau dua perkara.
Pertamanya, menimbulkan point of order. Keduanya, mencelah. Dalam soal mencelah pun mesti ada asas iaitu hujah yang dilafazkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berhujah itu menimbulkan kesamaran yang kurang difahami oleh Ahli Yang Berhormat yang mencelah. Akan tetapi saya dapati rata-rata Ahli-ahli Yang Berhormat apabila mencelah, Ahli-ahli Yang Berhormat membawa isu-isu yang berlainan, yang boleh dihujah sewaktu berucap secara sendirian.
Tuan Yang di-Pertua
Pun demikian saya pura-pura tidak dengar. Tidak mengapalah, budaya Parlimen Malaysia. Akan tetapi apabila pula dibiarkan, timbul kekecohan seperti pagi tadi.
Saya yang mendapat tekanan kerana saya yang dikatakan tidak menjalankan tugas. Saya menjalankan tugas sekarang. Jadi, Yang Berhormat Padang Serai tidak payah sambung lagi celahan itu. Yang Berhormat Pasir Salak teruskan hujah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi, inilah permasalahan yang dihidapi oleh ketua kerajaan dan juga kepada pemerintah iaitu untuk menegakkan keadilan kepada semua dan memastikan kestabilan negara, keselamatan negara.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bukannya mudah untuk dengan sewenang-wenangnya untuk membuat perubahan dan menggubal satu undang-undang baru ataupun memansuhkan satu-satu undang- undang yang sedia ada. Jadi dakwaan mengapa sekarang, mengapa tidak dahulu seolah- olah untuk memberi gambaran bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau kerajaan kita membuat ataupun mengambil tindakan ini adalah untuk kepentingan peribadi atau kepentingan parti beliau sahaja. Akan tetapi sebenarnya untuk melakukan perubahan ini tentunya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlukan masa untuk berfikir, untuk mengkaji, untuk melihat keadaan dalam negara ini, apa perubahan yang perlu dibuat.
Jadi apa yang berlaku di masa yang lalu itu, tidak dibuat perubahan sebelum ini kerana masa untuk mengkaji dan menggubal ini mengambil masa. Jadi tidak timbul soal mengatakan ianya sudah terlambat. Undang-undang yang ada itu berguna pada waktu itu dan untuk memenuhi tuntutan masa. Tentulah perlu dibuat kajian sebelum ianya dikemukakan di Dewan ini. Ini perlu kita fahami jangan kita mendesak sekarang juga, tapi apa tanggungjawabnya kepada mereka yang mendesak. Tanggungjawabnya kepada pemimpin, kepada pemerintah, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau negara ini kacau bilau, jadi tidak stabil, ekonominya merudum, rakyatnya akan huru-hara, siapa yang akan berhadapan dengan rakyat di atas perkara yang berlaku itu. Tentunya pemerintah. Tentunya Ketua Kerajaan. Pihak yang bercakap sama ada pembangkang, ataupun NGO, ataupun individu boleh lepas tangan begitu sahaja. Tidak ada tanggungjawab.
Walaupun di dunia ini ataupun akhiratlah bagi orang-orang kita yang Islam ini.
Seorang pemimpin itu bertanggungjawab atas kepimpinannya. Ini Yang Berhormat Parit Buntar baca ayat Al-Quran, tetapi ayat Al-Quran yang ini dia tidak baca.
Kebertanggungjawaban pemimpin di atas kepimpinannya...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak, laluan sikit. Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, saya menaruh keyakinan penuh bahawa iaitu pihak kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengambil tindakan atas perubahan yang dilakukan itu mengambil kira dengan penuh komitmen dan tanggungjawab untuk melihat bahawa negara kita ini aman, stabil supaya ekonomi negara akan terus maju dan membangun dan rakyat akan hidup dalam penuh keadaan yang sejahtera, aman dan sentosa. Sekian, saya menyokong.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sila saya bagi kepada Yang Berhormat Seremban kerana tidak nampak wakil daripada tadi tidak bercakap. Sila Yang Berhormat Seremban.
Tuan John Fernandez - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk beri ruang kepada saya untuk ambil bahagian dalam rang undang-undang di hadapan Dewan yang mulia ini. Saya menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada akta yang dihapuskan oleh rang undang-undang ini iaitu Banishment Act 1959 dulu dikenali sebagai Akta 79.
Tuan John Fernandez - Seremban
Saya juga alu-alukan ISA dihapuskan tetapi apa saya dengar tadi daripada Ahli- ahli Yang Berhormat yang lain, walaupun ISA dihapuskan apa dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat yang lain katakan, that the Minister of Home Affairs has said, detention without trial will still be enforced.
Kita di sini tidak sokong apa-apa undang-undang yang perintah diberikan oleh Menteri-menteri tanpa bicara dalam mahkamah. Contohnya ialah Emergency Ordinance atau Akta Darurat dan perintah undang-undang lain contohnya Dangerous Drugs Ordinance
(Special Preventive Measures) 1985 ataupun Prevention of Crime Ordinance. Di dalam undang-undang seperti Prevention of Crime Ordinance ataupun akta yang kita bincang tadi sebelum akta ini iaitu Restricted Residence Ordinance banyak orang-orang kampung dan banyak orang-orang di pekan jadi mangsa dalam akta-akta seperti Prevention of Crime Ordinance.
Saya suka berikan satu contoh kepada Tuan Yang di-Pertua, katakan dalam satu kampung dua kumpulan ada salah faham, satu kumpulan hantar surat kepada KDN; katakan kumpulan ‘A’ hantar surat kepada KDN, dan make allegations atau katakan kumpulan ‘B’ ada jual dadah, this kind of laws is against human rights di mana Menteri boleh berikan perintah seperti tanpa bicara dalam mahkamah. Kita tidak sokong undang- undang di mana perintah dikeluarkan oleh Menteri-menteri tanpa bicara mahkamah because it against human rights.
Selain daripada itu saya merayu kepada kerajaan untuk semak balik banyak undang-undang yang lain seperti Printing, Presses and Publications Act, Emergency Ordinance seperti Sedition Act dan Dangerous Drugs Act (Special Preventive Measures) 1985 dan juga PCO yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat yang lain tadi sebab many of these laws ialah Tuan Yang di-Pertua obsolete and have passed on in time.
Point saya yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada apa dikatakan oleh SUHAKAM dalam surat khabar hari ini atau semalam. Kalau kita hapuskan ISA dan katakan kita ganti oleh dua akta yang baru tetapi detention without trial is still enforced ini tukar nama sahaja seperti kita cakap dalam bahasa Inggeris, new wine, old wine in new bottles. Kandungannya yang sama tetapi tukar cap sahaja. Kandungannya yang sama tetapi tukar botol sahaja.
SUHAKAM katakan, banyak undang-undang di mana pihak polis boleh detain orang lebih daripada 24 jam dan satu cadangan diberi oleh SUHAKAM ialah jikalau kita mahu tahan satu orang lebih daripada 24 jam pihak polis mesti minta satu perintah dari Mahkamah Tinggi. Saya ingin ini suggestion atau cadangan diberikan oleh SUHAKAM adalah satu cadangan yang baik dan constructive. Banyak orang ditahan oleh pihak polis bawa untuk apa kita katakan roadshow. Ini dikatakan roadshow oleh orang, roadshow bahawa Seremban simpan 14 hari. Bila 14 hari sudah luput bawa Port Dickson dapat satu perintah baru. Habis di situ dikatakan you punya roadshow tidak ada belum habis dan you ada kes di Kuala Terengganu. Bawa ke Kuala Terengganu simpan lagi 14 hari. So, saya merayu kepada kerajaan untuk semak balik undang-undang yang saya sebut tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau boleh selepas Yang Berhormat itu satu sahaja saya jemput untuk bagi Yang Berhormat Menteri menjawab. Ini pada saya akta ini terlampau bagi saya berisiko. Sila.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana beri peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang telah membentangkan untuk pemansuhan akta ini di dalam Dewan yang mulia ini seperti mana rakan-rakan saya yang lain.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya akta ini sebelum ini telah banyak membantu negara kita untuk memberikan keamanan kepada negara kita dan ia telah berjalan begitu lama tetapi oleh kerana masa, oleh kerana keadaan yang berubah dari semasa ke semasa, maka kita terpanggil untuk memansuhkan akta ini kerana kita bagi pihak kerajaan, saya fikir ianya begitu mementingkan kepada kesejahteraan rakyat itu sendiri dan kepentingan kepada negara kita sendiri, maka kita telah membuat perubahan dan memansuhkan akta ini supaya ia tidak lagi digunakan.
Di mana pada ketika ini Tuan Yang di-Pertua, kita tentu tahu bahawa kita adalah dunia yang tanpa sempadan. Kita hantar dan buang ke mana sekalipun pesalah-pesalah itu tetapi mereka akan dapat berkomunikasi ataupun mereka akan dapat bercakap dan berbual di antara satu sama lain dengan mudah. Oleh sebab itu saya rasa seperti mana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi bahawa akta ini mungkin sudah tidak menjadi relevan lagi dalam keadaan dan masa kini. Sebab itu kita memerlukan perubahan.
Tuan Yang di-Pertua, tadi kita juga disebutkan oleh beberapa rakan tentang hak asasi manusia. Saya melihat bahawa apabila sesuatu undang-undang itu kita buat, sebenarnya ia adalah untuk memberikan kesejahteraan kepada negara kita dan rakyat kita.
Kalau seseorang itu telah pun dijatuhkan hukuman dengan undang-undang kita, jadi lepas itu pula kita katakan untuk kepentingan hak asasi manusia. Kita terus pusingkan. Jadi akhirnya, undang-undang yang kita buat ini bila kita hendak jalankan hukuman, hak asasi manusia. Bila berlaku permasalahan, dibalikkan pula kepada pemerintah.
Yang ini saya rasa Tuan Yang di-Pertua, kita harus perbetulkan kalau kita sama- sama untuk melihat negara kita untuk menjadi satu negara yang aman, yang bebas, yang demokrasi, yang ada pada masa ini saya rasa yang ini kita harus teruskan dan tidak perlu diputarbelitkan seperti mana yang disebut-sebutkan hak asasi manusia dan ia saya rasa Tuan Yang di-Pertua, mungkin ada udang di sebalik batu ataupun sebagainya...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
[Bangun]
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Jadi, saya mintalah kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya kita sama-sama membina negara kita ini dalam keadaan yang terbaik dan kita mengikut kepada peredaran masa dan zaman Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lenggong berdiri.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Saya dengan ini menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya pertama sekali sangat bersyukur kerana Tuan Yang di-Pertua memberi peluang untuk saya menyertai perbahasan ini yang penuh dengan makna sejarah. Memang betul ini sebagai formaliti untuk kita menghapuskan satu undang-undang yang disifatkan sebagai satu undang-undang yang outdated tetapi saya juga ingin tambah bahawa saya anggap tidak kira tindakan ini datang daripada inspirasi atau datang daripada tekanan mana-mana pihak tetapi langkah yang berani, yang penuh dengan makna sejarah ini harus dipuji kerana hari ini semasa kita berbahas ini adalah masa kita membezakan Malaysia daripada zaman dahulu yang memegang kepada nilai yang berbeza kepada satu zaman baru yang disifatkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai kita melangkah maju sebagai negara demokratik di dunia.
Saya anggap kita tidak boleh nafikan bahawa demokrasi adalah satu nilai yang lebih tinggi daripada apa yang kita lakukan di Parlimen.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Undang-undang yang dibuat oleh manusia dan oleh wakil rakyat yang dipilih oleh manusia harus kita dibimbing oleh nilai yang lebih tinggi daripada apa yang boleh difikirkan oleh manusia. Hak asasi manusia ini bagi saya dan ramai kawan dan saya harap Dewan keseluruhan bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa hak asasi manusia ini adalah nilai-nilai murni yang lebih tinggi yang kalau kita percaya kepada agama masing-masing, ini adalah birth right, adalah sesuatu yang telah dikurnia oleh Tuhan. Saya anggap ini hanya sebagai satu langkah dan saya harap perbahasan ini bukan sahaja secara defensif, siapa yang betul atau siapa yang salah.
Kita mengakui undang-undang yang dahulu mungkin ada relevannya pada masa tertentu tetapi kita juga mengakui ada kelemahan, ada individu-individu yang telah dizalimi dan hilang bukan sahaja hak asasi manusia tetapi kesejahteraan hidupnya. Jadi, saya tidak mahu bezakan kesejahteraan seseorang itu dengan hak asasi manusia. Di sini saya harap kita terus menyambut selepas undang-undang ini dimansuhkan dan kita menanti-nantikan satu perubahan yang lebih besar, yang lebih komprehensif dalam perkara ini.
Saya ingin bawa beberapa lagi secara konsisten kalau kita mansuhkan undang- undang ini. Seterusnya, kita harap secara komprehensif kita menilai semula undang- undang seperti hasutan selain daripada ISA, juga kita harus meneliti ESKA, undang-undang pertubuhan dan juga AUKU. Banyak lagi undang-undang yang tidak konsisten dengan nilai hak asasi manusia.
Bagi pihak kami dalam Pakatan Rakyat, saya tidak segan silu kalau pemerintah telah melakukan sesuatu yang berani, yang betul kita sokong dan kita puji. Hanya kita anggap ini sebagai permulaan, jangan kita lambat dan kita juga harap kawan-kawan dari sebelah sana semasa kita bahas, kita fahami undang-undang pembasmian ini, this Banishing Act hanya beberapa negara yang represif sahaja seperti Ireland, seperti South Africa, seperti Vietnam satu ketika dahulu. Bila kita mansuhkan secara simbolik kita menyatakan kezaliman masa lampau ini harus ditamatkan dan bukan kita secara simbolik tetapi secara praktikal kita harus mengamalkan nilai hak asasi manusia ini.
Dengan itu saya sekali lagi ingin seru kerajaan supaya melanjutkan perubahan ini atau reformasi ini secepat mungkin dan pada masa yang sama mengiktiraf dan mengakui kepada mangsa-mangsa yang telah menghadapi penganiayaan dan kezaliman ini menyampaikan rasa untuk memohon maaf atau menyampaikan rasa kesal kepada mangsa- mangsa perlanggaran hak asasi manusia.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Mohon pencelahan Yang Berhormat, kalau boleh sikit.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, boleh.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya tadi mendengar hujah daripada pihak Barisan Nasional di mana ramai yang menyatakan kalaulah dimansuhkan undang-undang ini termasuk juga undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kita nanti-nantikan ada kemungkinan isu keselamatan awam tidak terjaga. Kita terlalu semberono, terlalu ghairah untuk mempertahankan hak asasi manusia.
Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat tahu bahawa banyak badan hak asasi manusia membawa maklum kepada pengetahuan orang ramai dan juga promosi-promosi kempen mereka bahawa Parlimen Malaysia telah menambah undang-undang termasuk kesalahan berkaitan keganasan dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah pada tahun 2006 termasuklah Kanun Keseksaan
(Pindaan) 2003, bab baru yang merujuk kepada kesalahan yang berkaitan keganasan, Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 untuk masukkan kuasa menyiasat sampingan dalam perhubungan untuk kesalahan keganasan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Maksudnya sudah ada banyak undang-undang dalam negara untuk memastikan keselamatan awam itu terjaga. Adakah Yang Berhormat tahu dan bukankah ini sepatutnya dimaklumkan kepada semua?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya agak kedua-dua belah pihak sedar akan negara ini. Negara ini negara yang paling aman. Tadi kita dengar banyak kali.
Saya hanya sebut, begini, konsep macam ini, apa yang kita dahulu semasa zaman kolonial di bawah penjajah bahawa tanggungjawab keselamatan ini di tangan pemerintah. Ini kerana pada waktu itu pemerintah ini hanya melihat bumi ini sebagai tempat eksploitasi tempat untuk mendapatkan hasil. Kita tidak membentuk sebuah negara lagi. Apabila undang- undang ini dimaktubkan pada tahun 1959, kita baru lahir dua tahun. Belum lagi ada Malaysia. Kita tidak ada rasa sense of belonging, ini negara kita. Kita serah kepada autoriti untuk menjalankan tugas sekuriti untuk keselamatan.
Namun zaman sekarang di mana kita anggap ini sebagai dunia yang tidak bersempadan.Tanggungjawab keselamatan ini adalah tanggungjawab kolektif rakyat Malaysia. Kalau kita tidak membiarkan seseorang yang bersalah, kalau kita tidak berkongsi maklumat tentang ancaman keselamatan negara ini kepada orang awam, kita tidak akan alert, kita tidak akan menyedarkan rakyat supaya mereka sedar. Bagi saya, saya jelas.
Kalau pengganas pun, kita harus membicarakan mereka. Membicarakan mereka ini bukannya menghalang penguat kuasa untuk menjalankan tugas. Bicara pengganas supaya rakyat keseluruhan faham pemikiran dan cara operasi pengganas ini supaya kita masing- masing cari puncanya dan kita mengatasi ini sebagai sebuah negara yang bersatu.
Jangan kita anggap ini kita serahkan kepada autoriti, serah kepada penguat kuasa dan kita tidak ambil tahu. Itu zaman yang lalu. Saya anggap saya amat bersetuju kalau kita menerima hak asasi manusia, ia datang dengan tanggungjawab. Kalau kita tidak diberi kebebasan, maksudnya kita juga tidak diberi tanggungjawab.Kedua-dua ini datang bersama. Dengan itu saya tidak mahu berhujah dengan panjang lagi, saya hanya anggap ini hanya permulaan. Ini sebagai satu langkah yang simbolik yang lebih penting adalah dalam Akta ISA yang digantikan sama ada kita ganti dengan satu akta yang juga tetap mengekalkan penahanan tanpa bicara. Kalau itu berlaku, it fit the purpose. Maknanya tidak sia-sia berbahas di sini. Kita juga lihat, perubahan ini atau reformasi ini harus lebih komprehensif lagi termasuk AUKU, termasuk Akta Pertubuhan, termasuklah Akta Penerbitan dan Pencetakan dan lain-lain lagi. Hak Asasi ini harus merangkumi keseluruhan hidup di Malaysia ini baik pun dalam politik ataupun ekonomi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan banyak terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.
Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Parit Buntar dan juga yang terakhir tadi Yang Berhormat Pasir Salak dan juga Yang Berhormat Batu.
Rata-rata saya lihat dan dengar daripada perbahasan yang telah dijalankan semuanya tidak menentang rang undang-undang ini kerana rang undang-undang ini ialah untuk memansuhkan Rang Undang-undang Buang Negeri ini. Sebelum saya meneruskan jawapan. Pertamanya Yang Berhormat Balik Pulau dia ada sebut mengapa saya yang menggulung. Kita mesti ingat iaitu bahawa kedua-dua rang undang-undang ini untuk menghapus Kediaman Terhad dan Buang Negeri adalah merupakan usaha reformasi dilakukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maka oleh kerana itu Jemaah Menteri telah bersetuju supaya walaupun ownership rang undang-undang ini telah dibawa oleh Kementerian Dalam negeri tetapi kita mahu supaya penghormatan diberikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membentang dan sudah tentulah kalau ikut cara yang kita lakukan apabila pembentangan dilakukan oleh Jabatan Perdana Menteri maka penggulungan itu dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jadi itu sahajalah, tidak ada apa-apa.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak ada kena mengena dengan kurang kepercayaan kepada Yang Berhormat Sembrong, bukan?... Tidak ya?
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Sebab itu saya bagi penjelasan. Ini merupakan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri sebab apabila Perdana Menteri yang membentang, takkanlah Menteri Pertanian pula menjawab. Jadi seelok-eloknya apabila Perdana Menteri dia yang membentang, jadi Menteri di Jabatan Perdana Menterilah untuk menggulung dan saya menggulung, saya pun peguam dan ini ada kaitan dengan undang-undang dengan mudah maknanya dia di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi sememangnya ia merupakan keputusan yang telah dibuat. Tidak ada langsung kaitan dengan kurang kepercayaan. Walaupun saya faham Yang Berhormat Gombak pun sudah tweet banyak kali ada dalam Twitter dia.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat membangkitkan mengenai Australia. Jadi saya hendak sebutkan di sini iaitu kerajaan Malaysia akan terus komited untuk meneruskan kerjasama dengan Australia mengenai aturan penghantaran dan penempatan semula permohonan suaka dan pelarian. Kerajaan Australia telah memaklumkan bahawa pindaan sedang dicadangkan kepada Akta Migrasi negara tersebut bagi membolehkan penghantaran 800 pemohon suaka yang dipersetujui menerusi dokumen aturan yang telah ditandatangani pada 25 Julai 2011.
Pindaan kepada Akta Migrasi di negara tersebut adalah susulan kepada injunksi tetap yang dikeluarkan oleh mahkamah tinggi pada 30 Ogos 2011 iaitu Mahkamah Tinggi Australia. Tuan Yang di-Pertua, kita Kerajaan Malaysia berurusan dengan kerajaan Australia. Apa jua keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi negara Australia ia punya rid tidak ada penguatkuasaan di Malaysia. Sebab itu apa jua keputusan yang dibuatkan oleh mereka itu adalah hal masalah Australia dan Kerajaan Australia cuba untuk menyelesaikan masalah itu dengan mengadakan pindaan kepada Akta Migrasinya dan kalau itu merupakan satu perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan Australia, maka kalau mereka mengatakan itu boleh dilakukan jadi tidak ada kena mengena bagi pihak kita pula untuk mengingatkan kepada mereka bahawa mahkamah Australia tidak membenarkan walhal rid dia tidak apply, dengan izin, di negara kita.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit sahaja, penjelasan lanjut Yang Berhormat Menteri. Ini kerana tadi saya memulakan dengan mengatakan bahawa ini bukan satu tindakan progresif dan Yang Berhormat Padang Rengas pun memang sejak akhir-akhir ini membuat keputusan-keputusan yang amat progresif dan bersetuju untuk ratifikasi ICC dan sebagainya itu dan keputusan mengenai death penalty dan sebagainya .
Saya melihat salah satu alasan mengapa Mahkamah Tinggi Australia mengatakan bahawa itu adalah satu keputusan yang tidak sah kerana kononnya Malaysia fakta ya, Malaysia tidak meratifikasikan perjanjian hak asasi United Nations Refugee. Jadi itu antara alasannya kerana dikhuatiri perkara-perkara lain yang akan memudaratkan pihak refugee ini antaranya hak pendidikan yang sepatutnya ada di dalam United Nations Refugee Convention. Jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri selanjutnya kerana saya faham apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu keputusan ridnya itu tidak ke sini.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Apakah hala tuju dasar negara terutama sekali kerana merujuk kepada keputusan dasar sama ada adakah kita tetapi Menteri katakan tadi mahu meneruskan, itu keputusan hari ini, cuma saya katakan ini alangkah lebih baik dengan sikap progresif yang ada hari ini bahawa ianya menunjukkan mungkin Menteri mengatakan, mungkin kita akan mengambil kira walaupun dikatakan United Nations Convention on Refugees itu tidak ditangani, tetapi hak-hak refugee yang datang terutama melibatkan kanak-kanak terhadap hak pendidikan dan sebagainya, kerana mengikut pandangan saya mungkin boleh dipertimbangkan bahawa saya katakan tadi saya tidak bersetuju untuk perjanjian tersebut, kerana Banishment Act itu bertujuan tadi dikatakan oleh Perdana Menteri ialah supaya kita menguruskan imigran-imigran ini.
Akan tetapi secara tidak langsung di peringkat G to G kita seolah-olah membawa mereka ke sini dengan cara lain. Tadi kita menghalang cara yang tidak sah. Ini merupakan salah satu G-to-G, selalunya human trafficking dan sebagainya merupakan gerak kerja sindiket.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Akan tetapi saya melihat di sini kalau dua negara Malaysia dan Australia boleh bersetuju mengadakan swop deal melibatkan 400 hingga 8,000 imigran, jadi saya rasa ini satu perkara yang menggambarkan dasar dan dasar kita hari ini, saya baru berhujah tadi dasar dalam negeri merupakan adalah refleksi kepada Dasar Luar Negeri. Jadi saya hanya mohon penjelasan pendirian Menteri. Kalau Menteri katakan mahu meneruskan, kita akur yang mana saya katakan tidak setuju.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, walaupun Malaysia tidak merupakan menandatangani kepada UNHCR, tetapi Australia menandatangani. Ini bermakna Kerajaan Australia tidak akan berurusan dengan Kerajaan Malaysia untuk melakukan sesuatu perkara yang melanggar Konvensyen UNHCR sebab dia ahli. Jadi kebimbangan Yang Berhormat tidak berbangkit. Pertama.
Kedua, walaupun kita tidak menandatangani UNHCR konvensyennya, tetapi kalau Yang Berhormat masih ingat mungkin Yang Berhormat muda lagi pada tahun 1970-an dahulu, waktu banyak refugee daripada Vietnam pergi ke Pulau Bidong dan sekarang kita ada refugee daripada Burma iaitu Rohingya dan beberapa orang Burma dan juga pelarian.
Saya jawab pagi tadi dua soalan.
Walaupun kita tidak menjadi ahli dan menandatangani kepada UNHCR tetapi ini tidak menghalang kita daripada berurusan dengan UNHCR sebab dia ada pejabat di sini.
Dan kita menguruskan mereka yang merupakan pelarian dengan cara-cara yang dipersetujui oleh UNHCR seperti contohnya macam Rohingya dan juga orang-orang Burma yang lain ada di sini, kita bagi mereka kad yang dikeluarkan oleh UNHCR dan mereka bebas untuk bergerak dalam negara kita ini berdasarkan dia pemegang kad UNHCR, ada 90,000 lebih. Jadi dia tidak menghalangkan kita untuk...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Nanti dahulu. Jadi ia tidak menghalang kita daripada berurusan dengan UNHCR sekiranya secara realitinya ada pelarian-pelarian datang ke negara kita, cuma kita tidak tandatangan konvensyen ini bersabit pertamanya oleh kerana kehadiran undang-undang seperti ISA, undang-undang yang lain yang dianggap draconian tadi, yang masih lagi ada dalam negara kita ini menyebabkan kita tidak dapat menandatangani konvensyen yang memerlukan kepada undang-undang seperti ini dihapuskan. Itu pertama mengapa kita tidak menandatangani.
Keduanya, kita juga tidak mahu memberikan isyarat apabila kita menjadi penandatangan kepada konvensyen ini, bermakna kita mesti memberikan segala-galanya hak asasi yang dijanjikan oleh konvensyen itu mesti diberikan kepada pelarian ini. Bimbang kita ialah kalau kita tandatangan ini, maka ini seolah-olah sebagai satu isyarat membuka pintu untuk mereka yang datang daripada negara-negara lain yang bukan merupakan orang yang benar-benar political asylum secara betul dan mereka tidak menghadapi masalah di negara mereka, tetapi mereka mahu keluar daripada negara mereka kerana di negara ini mungkin aman dan damai, ekonominya baik, orang boleh bekerja, banyak kerja dan mereka akan lari ke negara kita sebab kita seolah-olah memberi isyarat you are welcome here.
Jadi kita kena berhati-hati dalam soal ini walaupun saya faham iaitu bahawa hak asasi ini mestilah juga diberikan kepada pelarian, tetapi kita juga kena ingat iaitu bahawa yang pertamanya kita perlu menjaga hak asasi rakyat kita terlebih dahulu. Ini adalah beberapa perkara yang kita tidak dapat tandatangani setakat ini, tetapi ia tidak menghalang kita daripada untuk bekerjasama dengan UNHCR untuk menguruskan perkara-perkara yang terlibat dengan pelarian dan yang mana yang kita boleh beri, kita boleh beri dan yang mana kita belum lagi boleh beri, maka kita akan tahan dahulu.
Jadi sebab itu saya sudah sebut sebentar tadi iaitu apa juga kerisauan yang ada kepada Mahkamah Tinggi Australia berkenaan dengan Malaysia tidak merupakan penandatangan kepada konvensyen ini, itu masalah Australia dan kalau mereka mengatasi masalah itu dengan meminda Akta Imigrasi mereka, that is good. Yang Berhormat Batu...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Sedikit Menteri.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Okey.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Sedikit. Menteri, sebenarnya objektif Menteri sebab saya melihat satu ketika rekod kerajaan dalam mengendalikan pelarian dari Rohingya dan sebagainya, saya lihat perkara itu kebetulan ramai yang belajar di Universiti Islam dan sebagainya ada yang kebetulan sekarang jadi peguam, bagus di situ tetapi ada isu yang ditimbulkan contohnya hak right to education.
Pada mulanya ada, tetapi yang ditimbulkan apabila ianya tidak dirasmikan melalui konvensyen dan sebagainya dan ini juga rungutan yang kita terima daripada United Nations sendiri apabila ia menjadi susah di peringkat operasinya di bawah, tetapi mungkin di sini saya mohon apa yang dikatakan oleh Menteri tadi bahawa bagaimana supaya ianya tidak disalahgunakan oleh mereka itu, tetapi saya rasa track record kerajaan satu ketika amat baik dalam menguruskan refugee atau pelarian ini di Malaysia, saya lihat perkara itu ada.
Akan tetapi ada sampai ke satu tahap hak pendidikan itu ditarik dan perkara itu berlaku. Kebetulan saya pernah mengendalikan satu tuisyen percuma kepada pelarian Myanmar ini, tetapi apabila kita memohon bantuan daripada hak pendidikan tidak dapat kerana saya tahu kebetulan dapat melihat sedikit daripada bacaan, perjanjian di antara Malaysia dan Australia itu ada ditimbulkan mengenai hak pendidikan itu tetapi diberi satu komitmen yang agak longgar.
Menteri ada katakan secara unofficial kalau tidak salah saya, maksudnya kerajaan akan pastikan hak pendidikannya itu tidak terabai, walaupun kerajaan tidak menandatangani United Nations Convention on Refugee itu, tetapi persoalan saya di sini saya rasa mohon ketegasan Menteri lagi supaya perkara itu tidak akan memalukan negara kerana melibatkan dua negara iaitu Malaysia dan Australia.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya kita tidak membenarkan mereka hak pendidikan di negara kita dia akan mewujudkan satu masalah sosial di masa akan datang, kerana anak-anak pelarian ini tidak ada pendidikan maka apabila dia membesar nanti dia akan melakukan perkara-perkara yang mungkin dianggap sebagai negatif. Sebab itu saya baru tahu sahaja Yang Berhormat kata ada budak tidak boleh belajar, tetapi yang saya tahu mereka boleh belajar cuma oleh kerana dia bukan warga kita, dia kena bayar dan yang mana diberikan secara percuma kepada anak warganegara Malaysia, kepada mereka kena bayar. Begitu juga macam facilities untuk medical. Mereka diberikan diskaun 15 peratus, kita free tetapi mereka kena bayar 15 peratus.
Dia tidak bolehlah dapat sama seperti warga kita tetapi kalau kita tandatangan, hak mereka sama. Jadi sehingga warga kita boleh terima hakikat bahawa tidak mengapalah kalau rakyat merasakan tidak ada masalah, mungkin pada masa itu kita boleh beri tetapi nanti muncul pula orang kata, “Anak dikendong keciciran, kera di hutan disusukan.” Jadi kita kena berhati-hati dalam perkara ini sebab kita mesti mengutamakan anak-anak warganegara kita terlebih dahulu tetapi kita tidak boleh menafikan hak pendidikan mereka, dia kena bayar kerana di masa akan datang akan bangkit soal sosial kepada kita.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin kembali kepada merit atau kebaikan tentang perjanjian itu. Saya percaya betul kita boleh menyanjung hak asasi manusia tetapi pada masa yang sama, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri bahawa kepentingan nasional harus diutamakan juga.
Akan tetapi saya tidak nampak perjanjian ini bagaimana ia membantu kepentingan negara. Ini kerana saya lihat dari perspektif Australia, mereka menganggap kalau pelarian ini boleh dihantar ke Malaysia ini, ini kurangkan beban mereka. Apakah yang akan terjadi dengan Malaysia? Kita ada dua jenis pelarian. Sekumpulan yang datang ke Malaysia tidak akan pergi mana-mana, mereka akan tinggal di sini, mereka tidak dapat layanan, tidak ada funding dan kita terpaksa bayar daripada tax payer money Malaysia. Layanan mereka mungkin tidak setaraf dengan yang dipersetujui oleh perjanjian ini. Jadi dua standard, itu satu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kedua, bagi mereka yang tujuan mereka ialah pergi ke Australia, mungkin mereka sudah sampai ke Australia dan akhirnya dihantar balik ke Malaysia. Maksudnya kalau mereka berpangkalan ke Malaysia sebagai mid point, nampaknya Australia akan kata mereka tidak ada insentif untuk datang ke Malaysia dan mereka akan stay in Malaysia. Jadi kita akan tambah lagi pelarian.
Ketiga ialah setelah Australia hantar ke sini, mereka akan melalui satu proses accreditation. Ada sebahagian daripada mereka bukan yang pelarian yang genuine, mereka mungkin datang sebab ekonomi, bukan kerana dizalimi oleh rejim masing-masing, akhirnya mereka harus dihantar pulang, dan Malaysia pula kena hantar pulang mereka dan ini menjadi tanggungjawab kita.
Jadi saya tidak nampak perjanjian ini mendatangkan apa-apa faedah kepada Malaysia dan juga akan membebankan kita dari segi imej antarabangsa kerana kalau kita hantar orang ini balik, kita akan lihat seluruh dunia, CNN, al-Jazeera akan tunjuk bagaimana kita terpaksa hantar mereka melalui bot atau melalui pesawat, ada yang ugut hendak bunuh diri, ada anak-anak kecil yang menangis. Ini akan menjadi imej negara Malaysia. Australia senang, dia kata saya sudah ada perjanjian. We sent it all to Malaysia, Malaysia has to settle. So, ini saya tidak nampak.
Itu yang dibawa oleh hakim di Australia bahawa ini tanggungjawab Australia.
Kenapa Australia boleh melepaskan tanggungjawab ini kepada negara ketiga? Itulah sebabnya undang-undang Australia, hakimnya menyatakan tidak membenarkan kerajaan menghantar suaka politik ini atau pelarian ini ke negara ketiga. Akan tetapi saya ingin dapatkan sedikit penjelasan daripada kerajaan, apakah rasional untuk kita menyertai perjanjian ini?
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, ia hakikat sebenarnya orang-orang yang hendak pergi ke Australia, sememangnya menggunakan Malaysia sebagai transit. Itu adalah hakikat, tidak boleh dinafikan. Memang perkara itu berlaku. Ia bukan satu perkara yang tidak pernah berlaku dan kemudian tiba-tiba Malaysia diminta untuk menjadi transit centre. Ia memang berlaku. Oleh sebab itulah Australia berjumpa dengan kita. Kalau banyak dia punya transit di Thailand, saya percaya dia akan berurusan dengan Thailand. Kalau ramai orang ini hendak pergi ke Australia melalui Indonesia, saya percaya dia akan berurusan dengan Indonesia. Akan tetapi hakikat sebenarnya, mereka menggunakan Malaysia sebagai transit. Jadi itu yang pertama, penglibatan Malaysia.
Keduanya sudah tentu soal kemanusiaan. Kalau ada negara, katakanlah bukan Australia. Kalau kes orang Rohingya sebagai contoh. Katalah ada negara seperti Arab Saudi yang sanggup menerima mereka, saya percaya Malaysia juga akan berurusan dengan Arab Saudi untuk mengambil orang Rohingya ini. Jadi kepada kita, mana-mana negara yang mahu berurusan dengan kita dalam soal refugee yang sememangnya memang dia datang melalui negara kita untuk menyelesaikan masalah, kita bekerjasama seperti kita bekerjasama dengan Kanada, United States of America berkenaan dengan pengambilan pelarian-pelarian Vietnam yang pada suatu masa dahulu seramai 70,000 orang. Kita tidak tandatangan dengan UNHCR. Akan tetapi kalau mereka ini berurusan dengan kita dalam membantu menyelesaikan masalah refugee yang menggunakan Malaysia sebagai transit, apa salahnya.
Jadi ini Australia sebuah negara yang mahu berurusan dengan kita dan Malaysia menyedari bahawa kita sememangnya merupakan transit untuk mereka ke Australia, sebab itulah kita berurusan dengan Australia. Itu sahaja. Ini untuk juga menyelesaikan masalah kita kerana sebahagian besar daripada mereka itu melalui negara kita. That is a fact. Ada juga yang mati, yang tenggelam dalam perjalanan. Jadi daripada segi Malaysia mengatasi masalah di sini dan keduanya sudah tentulah soal kemanusiaan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Yang Berhormat, pendek soalan kalau boleh? Soalan pendek sahaja. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Saya ingin bertanyakan tentang perbezaan mereka yang dikatakan pelarian di bawah pemegang status IMM13 kerana di bawah IMM13, saya rujuk kepada kenyataan terbuka Yang Berhormat, mereka boleh menghantar anak-anak mendapatkan perkhidmatan pendidikan, persekolahan serta juga kesihatan di bawah budi bicara agensi-agensi kesihatan dan lain-lain pihak berkuasa khususnya di Sabah.
Akan tetapi malangnya IMM13 ini mengambil semangat daripada UNHCR, isu pelarian. Ada juga jurang perbezaan di mana mereka yang memegang kad ataupun status UNHCR berlainan pula. Lebih kurang 90,000 kebanyakannya pelarian daripada Myanmar seperti Yang Berhormat sebut, tetapi tidak boleh menikmati hak yang sama dengan pemegang satus IMM13. Hakikatnya memang diiktiraf, diguna pakai oleh UN dan semua pihak polis dan sebagainya. Mereka memang menghadapi masalah di mana mereka ditangkap, didera, kadang-kala dipaksa hantar balik ke negara asal yang memangsakan mereka. Jadi saya pinta, apakah perancangan kerajaan bila masa sudah ada dua status yang berlainan bagi pemilik pemegang status IMM13 dan juga UNCHR? Harap dapat diperjelaskan. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, yang IMM13 ini kita kena ingat mereka datang dari negara yang bersempadan. Jadi saya sebut dalam jawapan saya yang pertama tadi, satu daripada Cina Indonesia yang sememangnya duduk di sempadan, kemudian juga Muslim Filipina. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat orang Bajau atau apakah. Mungkin pada masa dahulu, orang-orang Bajau Laut, orang- orang suluk, mereka mungkin mempunyai perhubungan persaudaraan walaupun daripada Kepulauan Filipina. Mereka hadir sebelum adanya sempadan Malaysia. Mereka telah datang pada tahun 70-an. Jadi kaedah yang kita gunakan di sana ialah IMM13. Tahun 1970 di mana sekarang sudah hampir 41 tahun, jadi sudah masuk ke generasi kedua semua.
Saya sebut semua tadi sebenarnya sebagai solution jangka panjang. Saya rasa memang kita tidak boleh hantar mereka balik kerana ramai daripada mereka itu sudah second generation. Jadi kemungkinannya dia akan asimilasilah. Macam orang Cina Malaysia mudah di asimilasi di Sandakan, Tawau dan juga di Kota Kinabalu. Itu di sebelah Sabah. Di sebelah Semenanjung, mereka ini langsung tidak mempunyai hubungan etnik ataupun hubungan budaya dengan Malaysia kita kerana mereka datang dari Burma yang tidak ada sempadan darat atau laut dengan kita. Mereka datang dalam tahun 90-an oleh sebab tekanan di sana. Jadi mereka dikendalikan oleh UNHCR. Akan tetapi Yang Berhormat, dia datang di sini dia boleh belajar. Kalau mereka yang memegang kad UNHCR ini, dia tidak boleh diburu oleh polis.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Mungkin ia ada syarat yang lain sedikit, tetapi saya tidak dengar pula iaitu..., mungkin polis buru untuk tujuan lain, saya tidak tahulah, mungkin ada isolated cases. Akan tetapi kalau Yang Berhormat ada kes di mana mereka ini tidak boleh keluar atau apa, harus diberitahu sebab kita punya perjanjian dengan UNHCR. Kalau dia pemegang kad UNHCR, dia boleh, kita tidak ada kem di sini di mana-mana bukan. Jadi kalau kes-kes tertentu Yang Berhormat beritahu pada saya, kita boleh lihat kerana ini di bawah MKM.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak terus pergi. Yang Berhormat Balik Pulau kalau ada kes-kes Yang Berhormat Balik Pulau dakwa tadi berlaku tolong beritahu. Insya-Allah kita boleh ambil tindakan sebab saya tidak tahu apa dakwaan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Balik Pulau sebentar tadi.
Kemudian Yang Berhormat Padang Serai tidak ada apa, Yang Berhormat Sri Gading okey. Yang Berhormat Parit Buntar, yang 85 orang mati dalam lokap ini, saya hendak kita bincang dalam akta rang undang-undang yang akan datang sebab ini kita hendak buang negeri. Jadi, 85 orang mati dalam lokap tidak ada kaitan dengan rang undang-undang ini. Cuma Yang Berhormat tanya berkenaan dengan EO, insya-Allah EO saya ingat kalau tidak ada halangan, mungkin bulan November akan dibentangkan.
Dangerous Drugs Act, saya tidak tahu apakah yang dianggap sebagai tidak boleh diterima Dangerous Drugs Act ini. Ini kerana saya sebagai seorang Menteri dan Dangerous Drugs Act ini sebenarnya kita bimbang tentang trafficking yang berlaku di negara kita yang boleh menyebabkan warga kita addicted dan macam-macam lagi, itu berbahaya kepada kita.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi kalau Yang Berhormat boleh sebut yang kata beberapa undang-undang tadi, saya ingat dua sudah buang. EO nanti akan buang, tinggal Dangerous Drugs Act sahaja.
Kalau ada seksyen yang dianggap sebagai tidak boleh diterima itu, sila maklum kepada saya apa dia sebab Dangerous Drugs Act ini merupakan satu akta bagi saya untuk kita hendak melindungi masyarakat kita. Ini kerana soal penagihan dadah merupakan satu isu yang cukup besar di negara kita dan Dangerous Drugs Act merupakan perkara-perkara yang saya anggap perlu kita adakan akta ini. Akan tetapi kalau ada seksyen yang mungkin saya tidak tahu, yang very objectionable sangat, maklumkan kepada saya supaya saya boleh beri jawapan.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat, boleh saya minta penjelasan dan bantu sedikit? Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Kemudian Yang Berhormat Parit Buntar bertanya berkenaan dengan..., kalau kita sudah bincang dua akta ini, jadi di mana yang lain? Itu akan menyusul kerana kita hendak membubarkan, menghapus undang-undang ini, ia perlu ada pertamanya perbincangan dengan stakeholders, perundingan perlu dilakukan.
Kemudiannya macam hari inilah, kita hendak repeal, memansuhkan undang-undang, bukan senang-senang sahaja kita bentang. Lihatlah macam hari ini, kita ingat mudah bentang tetapi berlaku perbahasan. Jadi ia tidak semudah prosedurnya. Maknanya kita hendak memansuhkan satu undang-undang, bukan senang begitu sahaja. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ingat esok buanglah undang-undang, tetapi beliau kena ikut prosedur.
Dalam jangkaan saya pun, mudah sahaja saya beritahu, tidak apa ini, semua setuju, ini draconian law. Akan tetapi tidak semudah itu, perlu ikut prosedur, perlu bentang, bahas lagi, sudah berbahas berapa jam tadi.
Jadi Insya-Allah Yang Berhormat. Maknanya kalau ini kita sudah mulakan, pepatah Melayu kata macam mana Yang Berhormat? ‘Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”, supaya seluruh tangan akan bau pekasam, barulah best. Insya-Allah Yang Berhormat, kita akan meniti ke situ satu persatu. Saya yakin kalau satu perkara yang sangat besar sebagai maknanya ISA ini yang telah pun 51 tahun jadi sebahagian, sebati sebenarnya, tetapi setelah kita lihat masyarakat telah maju ke hadapan, kita rasa tidak perlu, kita boleh hapuskan. Jadi ISA pun boleh, saya ingat yang lain itu kita bincang macam mana. Saya percaya perbincangan ini akan berterusan, ia akan berjangkit dan sudah tentu banyak perkara-perkara lain yang perlu dibincangkan itu boleh kita bincangkan. Yang Berhormat Subang.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin balik kepada isu Dangerous Drugs Act itu. Bersamaan dengan EO, isu yang relevan untuk perbahasan pada petang ini adalah bukan Dangerous Drugs Act per se sebab ada dua akta, mungkin itu adalah kekeliruan tadi. Dangerous Drugs Act yang biasa itu adalah untuk tangkap, bawa ke mahkamah dan tuduh. Akan tetapi ada isu lain, Dangerous Drugs
(Special Preventive Measures) Act 1985, sama dengan EU.
So Tuan Yang di-Pertua, adalah beza daripada Dangerous Drugs Act yang biasa yang digunakan untuk tangkap dan mendakwa untuk menyimpan dadah, menjual dan sebagainya. Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act ini adalah sama seperti ISA dan EO di mana ia memberi kuasa yang cukup teruk iaitu tangkap tanpa bicara, tangkap dan tahan tanpa bicara. Mula-mula 60 hari, selepas itu dua tahun yang boleh disambung mengikut budi bicara Menteri. Itu kuasa yang sama seperti ISA, kuasa yang sama diberikan di bawah EO, itulah kaitannya. Jadi apa yang pihak kami tidak setuju adalah kuasa besar ini, tahan tanpa bicara.
Kalau kerajaan bercadang untuk memansuhkan ISA, satu hasrat yang kita sokong, asalkan kita tidak sokong menggantikannya dengan dua undang-undang baru, itu berbeza dan memansuhkan EO juga pada satu masa nanti. Isu pemansuhan DDA ini, DDA yang Special Preventive Measures 1985 itu pun berbangkit. Jadi, itu pun patut dimansuhkan berdasarkan pemansuhan akta-akta lain itu. Itulah soalan dan penjelasan yang saya minta.
Sekian, terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Yang Berhormat sudah perjelaskan.
Kemudian RELA, Yang Berhormat Parit Buntar kata telah menyalahgunakan kuasa dengan mengugut pendatang asing.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
RELA selalu menjalankan operasi mengikut FOP yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, undang-undang tubuh RELA di bawah peraturan-peraturan perlu, Ikatan Relawan Rakyat akan dikaji oleh KDN selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 15 September 2011 untuk menarik balik pengisytiharan darurat itu.
Kuasa-kuasa dan fungsi RELA akan dikaji semula, mungkin dalam akta yang baru.
Kemudian Yang Berhormat tanya adakah kerajaan berhasrat memansuhkan Ordinan Darurat, Mencegah Jenayah dan Ketenteraman Awam 1969 dan Akta Dadah Berbahaya, langkah-langkah pencegahan khas, ini tadi 1985. Berdasarkan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 15 September 2011, untuk memansuhkan pengisytiharan darurat oleh itu Ordinan Darurat, Mencegah Jenayah dan Ketenteraman Awam 1969 akan dimansuhkan berikutan dengan pemansuhan pengisytiharan darurat selepas enam bulan pemansuhan pengisytiharan tersebut iaitu di bawah Perkara 150 (7) Perlembagaan Persekutuan. Akta Dadah Berbahaya, Langkah-langkah Pencegah Khas 1985 juga akan dikaji.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perkara-perkara yang kata macam tahanan, adakah perlu kita menahan orang tanpa bicara. Saya ingat isu menahan tanpa bicara ini saya rasa bukan satu perkara yang tidak dilakukan, reman pun menahan. Cuma saya ingat yang objectionablenya itu ialah masa yang berlebih, 60 hari, dua tahun order. Akan tetapi, kita kena ingat di sini iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan beliau juga telah mengatakan bahawa satu prinsip iaitu bahawa kalau sekiranya kita perlu memanjangkan penahanan itu - kalau tidak silap saya ucapan beliau.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Maka, ianya perlu ditentukan oleh mahkamah sebab kita juga kena ingat undang- undang yang kita kata yang akan diwujudkan itu undang-undang melawan terrorist. Jadi, kita sekarang sedang melihat US Patriot Act. Kita melihat UK Terrorism Act dan di Australia Anti Terrorism Act. Saya kira kita bernasib baik kerana kita dapat melihat kepada tiga akta yang sedia ada di negara yang maju yang demokratik dan juga memerangi terrorist di peringkat antarabangsa...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi, kita boleh melihat kepada undang- undang yang ada ini supaya kita pula akan mengadakan apa yang dikatakan Akta Terrorist kita sendiri kerana melawan terrorism adalah merupakan perkara yang dilakukan bukan lagi secara isolated satu negara tetapi kerjasama di antara negara-negara kerana terrorism ini telah berlaku di peringkat antarabangsa. Jadi, inilah perkara yang...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri, sedikit, sedikit.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak mengapalah Yang Berhormat. Kita sudah setuju semua sudah. Kita akan bincang di dalam ISA lagi. Saya percaya itu satu ruang lagi untuk kita berbahas dengan seluas-luasnya. Hari ini saya ingat kita ada consensus. Sememangnya kita semua bersetuju untuk memansuhkan Akta Buang Negeri ini. Jadi, sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian. Insya-Allah Yang Berhormat semua yang ingin bangun ini nanti ISA kita bincang lebih panjang lagi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Yang di-Pertua
Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 D.R.25/2011 di bacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan Yang Berhormat.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Tuan Yang di-Pertua, Kampong Bharu yang dahulunya merupakan sebuah kawasan perkampungan Melayu sehingga kini masih tidak banyak berubah seiring dengan kawasan di sekeliling yang telah membangun dengan begitu pesat.
Disebabkan oleh pelbagai halangan dan kekangan yang dihadapi menjadikan Kampong Bharu semakin terpinggir dari arus pembangunan. Sekiranya keadaan ini berterusan, adalah dibimbangkan Kampong Bharu akan menjadi kawasan selam dengan izin, di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang dikelilingi oleh kawasan-kawasan yang telah membangun dengan pesatnya seperti KLCC, kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman, kawasan Jalan Tun Razak dan kawasan Jalan Ampang.
Kampong Bharu kini dilihat sebagai kawasan pembangunan kurang teratur dan kurang membangun berbanding kawasan-kawasan lain di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.
Walaupun penduduk Kampong Bharu mempunyai tanah yang boleh dikatakan bernilai tinggi, namun disebabkan oleh halangan-halangan tertentu menyebabkan Kampong Bharu tidak dapat dibangunkan dan agak terpinggir serta ketinggalan dalam arus pembangunan dan nilainya pula tidak dapat dioptimumkan.
Justeru, cadangan pembangunan semula Kampong Bharu yang dapat menguntungkan semua pihak adalah kritikal. Pembangunan Kampong Bharu perlu digerakkan dan digembleng sepenuhnya bagi menjana pertumbuhan ekonomi orang Melayu di Kuala Lumpur khususnya di kalangan penduduk Kampong Bharu. Potensi pembangunan yang terdapat di kawasan tersebut perlu dimaksimumkan dan dalam masa yang sama kepentingan orang Melayu tidak terabai dan tetap terpelihara. Rancangan pembangunan Kampong Bharu tidak harus dilihat dan dianggap sebagai usaha untuk mengikis hak dan kepentingan orang Melayu di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.
Dalam usaha memastikan keseimbangan di antara memaksimumkan potensi pembangunan dengan memelihara dan menjaga kepentingan orang Melayu di kawasan tersebut, peranan dan penglibatan aktif pihak kerajaan dalam membangunkan semula Kampong Bharu dilihat sebagai penggerak dan pemudah cara kepada kejayaan pembangunan semula Kampong Bharu.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan keperluan membangunkan Kampong Bharu serta pandangan penduduk yang mencadangkan supaya pembangunan semula Kampong Bharu hendaklah diterajui oleh pihak kerajaan melalui penubuhan satu perbadanan di bawah Akta Parlimen yang mana perbadanan ini akan berfungsi sebagai badan penyelaras utama atau pun fasilitator dengan izin bagi membangunkan semula Kampong Bharu tersebut. Maka, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan satu perbadanan yang dinamakan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Antara objektif penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu adalah untuk:
(i) bertindak sebagai badan penyelaras utama yang berkaitan dengan pembangunan, pembangunan semula atau pun penambahbaikan kawasan Kampong Bharu;
(ii) memacu pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan, merangsang, memudahkan dan menyelaras pembangunan ekonomi komersial, perindustrian serta infrastruktur dan kemudahan awam dalam kawasan Kampong Bharu;
(iii) memastikan dasar, arahan dan strategi berhubung dengan pembangunan di dalam kawasan Kampong Bharu dilaksanakan mengikut Pelan Struktur dan Pelan Tempatan yang disediakan di bawah Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982; dan
(iv) memberikan khidmat nasihat dan perundingan berhubung dengan kawasan pembangunan Kampong Bharu.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa siri perjumpaan antara pihak kerajaan yang diterajui oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bersama para pemilik dan pewaris Tanah Kampong Bharu telah diadakan sejak Mei 2010. Satu majlis penerangan kepada pemilik dan pewaris tanah di Kampong Bharu mengenai cadangan konsep dan kaedah pelaksanaan Perbadanan Kampong Bharu Kuala Lumpur di PWTC turut diadakan dan telah dihadiri oleh seramai lebih seribu orang pemilik dan pewaris tanah di Kampong Bharu.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Melalui sesi penerangan tersebut dapat dirumuskan bahawa pemilik dan pewaris tanah Kampung Bharu telah diperjelas tentang keperluan pembangunan semula Kampung Bharu dan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu yang akan ditubuh di bawah satu Akta Parlimen. Sejajar dengan persetujuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan beliau ke Kampong Bharu pada 6 Februari 2010. Susulan itu Draf Undang-undang Perbadanan Kampong Bharu telah digubal dengan mengambil kira pelbagai pandangan dengan pihak berkepentingan terutama pemilik dan pewaris tanah di Kampung Bharu.
Seterusnya maklum balas yang diterima dari tokoh-tokoh korporat, wise men dengan izin, pihak-pihak lain yang terlibat dalam pembangunan Kampong Bharu serta wakil-wakil pemilik dan pewaris tanah di Kampong Bharu telah dibincang secara terperinci di peringkat kementerian menerusi lab undang-undang Perbadanan Kampong Bharu pada 1 hingga 4 Ogos 2010.
Sebanyak dua lagi majlis perjumpaan telah diadakan pada 14 Disember 2010 dan 11 Februari 2011. Untuk menerangkan status dan perkembangan terkini cadangan pembangunan semula di Kampong Bharu kepada pemilik dan pewaris tanah, Lembaga Pentadbiran Malay Agriculture Settlement dengan izin, MAS serta badan-badan bukan kerajaan di Kampong Bharu iaitu Persatuan Pembangunan Kampong Bharu dan Persatuan Anak-anak Kampong Bharu, Pakam dan PPKB. Dalam majlis perjumpaan tersebut pemilik dan pewaris tanah di Kampong Bharu telah menyuarakan pandangan terhadap beberapa fasa dalam rang undang-undang tersebut dan meminta supaya penambahbaikan dilakukan di beberapa fasa di rang undang-undang itu.
Maklum balas dan pandangan tersebut diterima baik oleh kementerian dan penambahbaikan telah dibuat terhadap fasa-fasa yang terlibat yang telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan digubal semula. Seterusnya beberapa siri majlis perjumpaan bersama pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu telah diadakan pada 3, 5 dan 11 Jun yang lalu.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Untuk memaklumkan mengenai penambahbaikan yang telah dibuat. Secara totalnya sekurang-kurangnya, selain daripada yang saya sebut itu 20 kali termasuklah yang saya sebut tadi, 20 kali perjumpaan turun padang dibuat oleh saya dan pegawai kementerian. Tidak termasuk program-program seperti raya dan lain-lain.
Jadi perjumpaan terakhir dan terkini dengan pihak berkepentingan dalam Kampong Bharu juga turut dibuat pada 3 Oktober 2011, bagi memperjelaskan lagi semua keperluan yang telah diambil kira oleh pihak kementerian berdasarkan pandangan dan saranan dalam proses penggubalan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 merupakan perundangan yang diperlukan dalam proses penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu yang bertanggungjawab untuk laksanakan dasar, arahan dan strategi yang berkaitan dengan pembangunan dalam kawasan pembangunan Kampong Bharu.
Ia juga bertujuan untuk menggalak, merangsang, meningkat, memudah dan menyelaras pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu serta untuk mengadakan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya. Selain itu rang undang-undang ini juga akan memperjelaskan fungsi dan kuasa perbadanan dalam proses pembangunan semula Kampong Bharu. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu akan diberi fungsi dan kuasa bagi melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan secara berkesan di kawasan Kampong Bharu. Selain itu dapat mewujudkan juga keyakinan di kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu serta bakal pemilik hartanah Kampong Bharu untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan Kampung Bharu.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 7 bahagian, 55 fasal dan 2 jadual.
Bahagian I rang undang-undang ini merupakan memperkatakan mengenai perkara permulaan.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas yang memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan melalui pemberitahuan dalam warta.
Fasal 2 mengandungi takrif perkataan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan.
Bahagian II rang undang-undang mengandungi peruntukan yang berhubung dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
Fasal 3 mengadakan peruntukan berhubung dengan penubuhan perbadanan yang dinamakan sebagai Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
Fasal 4 membenarkan perbadanan untuk mempunyai suatu meterai perbadanan.
Fasal 5 mengandungi peruntukan mengenai keanggotaan perbadanan yang hendaklah terdiri daripada:
(a) pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Menteri tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri;
(b) timbalan pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada kalangan tuan punya tanah dan pewaris tanah di Kampong Bharu;
(c) tidak lebih daripada dua orang wakil Kerajaan Persekutuan yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(d) Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar atau wakilnya;
(e) Datuk Bandar Kuala Lumpur atau wakilnya;
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
(f) seorang yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor, yang dinamakan oleh Raja Negeri Selangor, dan yang hendaklah dilantik oleh Menteri; Perbadanan Pembangunan Kampong Baharu;
(g) lima orang yang dinamakan daripada kalangan tuan punya tanah dan pewaris tanah di Kampong Bharu yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan
(h) tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan dan pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan hal-hal pembangunan, pengendalian dan pentadbiran hal ehwal Kampong Bharu atau apa-apa kelayakan sesuai.
Fasal 6 mengadakan peruntukan tatacara yang hendak dipatuhi oleh perbadanan yang dinyatakan dalam Jadual pertama.
Fasal 7 mengandungi peruntukan di bawah bagi tempoh jawatan anggota perbadanan yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(a), (b), (c), (f), (g) ataupun (h) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan ataupun mengosongkan jawatan ataupun pelantikan dibatalkan terlebih dahulu.
Fasal 8 mengadakan peruntukan bagi pembayaran saraan dan elaun kepada anggota perbadanan.
Fasal 9 mengandungi pembatalan pelantikan anggota perbadanan dan peletakan jawatan mereka.
Fasal 10 menyatakan keadaan yang menyebabkan jawatan anggota perbadanan jadi kosong.
Fasal 11 memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik segera sementara mana- mana anggota perbadanan untuk menjalankan fungsi pengerusi ketika jawatan pengerusi kosong ataupun apabila pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak dapat melaksanakan fungsinya.
Fasal 12 memberi perbadanan kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa untuk membantunya.
Fasal 13 menghendaki seorang anggota perbadanan untuk mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh perbadanan supaya menzahirkan kepentingannya dalam apa-apa perkara yang dibincangkan oleh perbadanan ataupun jawatankuasa itu.
Kegagalan untuk menzahirkan kepentingan adalah suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM100,000 ataupun dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun ataupun kedua-duanya.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian III rang undang-undang memperkatakan mengenai fungsi dan kuasa perbadanan.
Fasal 14 dan 15 menyatakan fungsi dan kuasa perbadanan.
Fasal 16 membenarkan perbadanan untuk mewakilkan apa-apa fungsi dan kuasa kepada anggota perbadanan, jawatankuasa perbadanan atau pekerja perbadanan secara bertulis.
Fasal 17 memberi Menteri kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada perbadanan yang tidak bercanggah dengan peruntukan dalam akta ini.
Fasal 18 meletakkan kewajipan kepada perbadanan untuk memberi penyata, laporan akaun dan maklumat tertentu kepada Menteri ataupun mana-mana pihak berkuasa awam.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV akta yang mengandungi fasal 19 hingga 26 memperkatakan mengenai Majlis Penasihat yang ditubuhkan di bawah akta yang dicadangkan. Penubuhan Majlis Penasihat ini adalah bagi maksud menasihati perbadanan supaya membolehkan terdapat sesuatu semakan dan imbangan pentadbiran perbadanan terutamanya dengan mengambil kira untuk kepentingan orang Melayu di Kampong Bharu.
Fasal 19 mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Penasihat yang berperanan menasihat perbadanan.
Fasal 20 menyatakan keanggotaan Majlis Penasihat yang terdiri daripada:
(a) Pengerusi; dan
(b) tidak lebih daripada 14 orang yang merupakan wakil masyarakat Kampong Bharu.
Masyarakat Kampong Bharu bermaksud tuan punya tanah dan pewaris tanah
Kampung Bharu termasuk tuan punya tanah dan pewaris tanah Kampong Bharu yang
(a) adalah anggota badan bukan kerajaan yang mempunyai kepentingan dalam pembangunan Kampong Bharu; dan
(b) terlibat dalam aktiviti komersial di Kampong Bharu.
Fasal 21 memperkatakan mengenai tempoh jawatan Anggota Majlis Penasihat.
Fasal 22 mengadakan peruntukan bagi pembatalan pelantikan Anggota Majlis Penasihat dan peletakan jawatan mereka.
Kampung Bharu termasuk tuan punya tanah dan pewaris tanah Kampong Bharu yang
Fasal 23 memberi Menteri kuasa untuk melantik secara sementara mana-mana anggota majlis penasihat untuk bertindak sebagai pengerusi penasihat apabila jawatan pengerusi kosong ataupun tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia ataupun pengerusi tidak boleh melaksanakan fungsinya.
Fasal 24 menyatakan hal keadaan yang menjadi jawatan anggota Majlis Penasihat kosong.
Fasal 25 mengadakan peruntukan bagi penzahiran kepentingan yang dikenakan atas perbadanan di bawah clause 13 hendaklah terpakai mutandis dengan izin, bagi anggota Majlis Penasihat.
Fasal 26 mengadakan peruntukan bagi bayaran elaun pada anggota Majlis Penasihat.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian V rang undang-undang memperkatakan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerja perbadanan.
Fasal 27 menyatakan mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan yang dilantik Menteri dengan kelulusan Perdana Menteri yang merupakan seorang Melayu mengikut pengertian yang diberikan kepada di bawah fasal 2, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
Fasal 28 memberi kuasa untuk melantik secara sementara mana-mana pekerja perbadanan untuk menjalankan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif jika jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong atau apabila Ketua Pegawai Eksekutif tiada ataupun tidak dapat melaksanakan kewajipan.
Fasal 29 mengadakan peruntukan bagi pelantikan pekerja perbadanan.
Fasal 30 membenarkan perbadanan menentukan syarat perkhidmatan pekerja tertakluk kepada kelulusan menteri.
Fasal 31 dan 32 memperkatakan kuasa perbadanan untuk memberi pinjaman, biasiswa dan pendahuluan kepada pekerjanya dan kuasa untuk membuat perkiraan bagi pembayaran faedah persaraan, pencen, ganjaran dan elaun lain kepada pekerjanya dan tanggungan mereka.
Kampung Bharu termasuk tuan punya tanah dan pewaris tanah Kampong Bharu yang
Fasal 33 mengandungi peruntukan mengenai surcaj.
Fasal 34 menyatakan perbadanan boleh menerima pakai dengan apa-apa ubahsuai yang difikirkan patut apa-apa peraturan, kaedah, dasar, pekeliling dan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah bahagian ini.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VI rang undang-undang ini mengandungi peruntukan berkaitan dengan kewangan. Fasal 35 mengandungi peruntukan bagi penubuhan kumpulan wang perbadanan pembangunan Kampong Bharu.
Fasal 36 menyatakan perbelanjaan yang boleh dipertanggungjawabkan pada kumpulan wang.
Fasal 37 meletakkan kewajipan kepada perbadanan untuk memelihara kumpulan wang.
Fasal 38 menghendaki perbadanan untuk menubuhkan satu kumpulan wang rizab dalam kumpulan wang itu.
Fasal 39 menghendaki perbadanan menyediakan satu anggaran perbelanjaan.
Fasal 40 membenarkan perbadanan membuka dan menyenggara akaun bank.
Fasal 41 membolehkan perbadanan meminjam wang.
Fasal 42 membolehkan perbadanan melakukan pelaburan wang perbadanan.
Fasal 43 memperuntukkan pembayaran kepada kumpulan wang disatukan persekutuan.
Fasal 44 memperuntukkan bahawa perbadanan tidak boleh membuat apa-apa kontrak yang melebihi RM10 juta tanpa kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan.
Fasal 45 membenarkan perbadanan menentukan tata cara kewangannya.
Fasal 46 menyatakan bahawa tahun kewangan perbadanan hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
Fasal 47 menghendaki perbadanan untuk menyimpan akaun kumpulan wang dan laporan aktiviti perbadanan yang sepatutnya dan mengemukakan akaun dan laporan itu kepada Menteri untuk dibentangkan di Parlimen.
Fasal 48 memperuntukkan bahawa Akta Badan Berkanun, Akaun dan Laporan Tahunan 1980 terpakai bagi perbadanan.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VII mengandungi peruntukan am. Fasal 49 mengadakan peruntukan bagi memula dan menjalan pendakwaan kesalahan di bawah akta yang dicadangkan.
Fasal 50 menyatakan bahawa anggota perbadanan, anggota jawatankuasa, pekerja dan agen perbadanan disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Fasal 51 memberi perlindungan yang diperuntukkan dalam Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.
Fasal 52 memperkatakan mengenai peruntukan yang berhubungan dengan kewajipan untuk mengekalkan kerahsiaan.
Fasal 53 memperkatakan mengenai perwakilan dalam prosiding sivil.
Fasal 54 memberi perbadanan kuasa untuk menubuhkan syarikat.
Fasal 55 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa membuat peraturan-peraturan di bawah akta yang dicadangkan.
Kampung Bharu termasuk tuan punya tanah dan pewaris tanah Kampong Bharu yang
Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya rang undang-undang ini fungsi dan peranan perbadanan dalam proses pembangunan semula Kampong Bharu Kuala Lumpur akan dapat dijelaskan dengan terperinci sekali gus mewujudkan keyakinan di kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu dan bakal-bakal pemilik hartanah Kampong Bharu untuk sama-sama terlibat dengan dalam pembangunan Kampong Bharu.
Pada akhirnya perbadanan ini diharap dapat menjadi pemacu dan pemudah cara dalam pembangunan Kampong Bharu seiring dengan kepesatan pembangunan kawasan- kawasan di sekitarnya. Kerajaan telah mengambil sikap secara telus dan terbuka dalam semua proses penggubalan rang undang-undang ini termasuk dalam mendengar keluhan, pandangan dan cadangan balas pemilik dan pewaris tanah di Kampong Bharu.
Maka perancangan untuk membangunkan kawasan yang dimiliki oleh orang Melayu yang bernilai tinggi dapat diteruskan dan agar dapat dinikmati oleh pemilik dan pewaris tanah di Kampong Bharu dengan mengekalkan pemilikan kepada orang-orang Melayu sahaja tanpa kompromi untuk menjadikan Kampong Bharu menjadi simbol kepada kemajuan dan kegemilangan orang Melayu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun kerajaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuklah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk membantu orang Melayu maju setanding dengan kaum-kaum lain yang di dalam Malaysia. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato' Haji Hasan bin Malek
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu untuk mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan pembangunan Kampong Bharu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berbangkit dan bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk membahas Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011. Saya ingin merakamkan di dalam Dewan yang mulia ini penghargaan kepada Allahyarhamah Yang Berhormat Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa kerana di atas usaha gigihnya semenjak dipilih menjadi wakil rakyat untuk membawa suara dan hasrat pemilik pewaris Kampong Bharu ke Parlimen ini berkali-kali.
Begitu juga dengan usahanya bersama dengan pemilik dan pewaris Kampong Bharu menerangkan dan menjelaskan hak mereka... [Tepuk] Tidak keterlaluan jika saya katakan di atas usahanya bersama ahli-ahli jemaah MAS, penduduk Kampong Bharu mengutarakan bantahan mereka kepada draf awal Rang Undang-undang PPKB 2010, Dewan Rakyat 45/2010 walaupun ditarik balik.
Akhirnya dikemukakan rang undang-undang PPKB 2011 pada hari ini, dibentangkan dengan dimasukkan pindaan-pindaan yang sebahagian daripadanya diminta oleh penduduk ataupun pemilik dan pewaris. Namun ini tidak bermakna rang undang- undang yang dibawa hari ini dapat melindungi hak-hak dan kehendak pemilik dan pewaris Kampong Bharu sepenuhnya dan masih banyak lagi kebimbangan mereka mengenai Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 ini yang akan dikemukakan oleh pihak kami.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, tahun ini genap 111 tahun Kampong Bharu diwujudkan.
Memahami sejarah pewujudan Kampong Bharu ini amat penting kerana ia adalah usaha semasa kita diperintah oleh British, usaha Sultan...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Dinaungi? Dijajahi oleh British.
Saya masih hendak mengguna dijajah British. Pada ketika itu usaha daripada Sultan Selangor pada ketika itu Almarhum Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Shah bin Raja Muda Musa dengan usaha beliau dan kehendak baginda, maka tanah ini diperuntukkan oleh orang-orang Melayu yang mendiami di sekeliling, di sepanjang sungai Gombak dan Sungai Klang.
Apabila pada ketika itu dalam kurun 1800. Pada ketika itu pembangunan yang pesat sedang berlaku di Kuala Lumpur. Atas ingatan baginda, maka baginda telah memastikan bahawa satu kawasan baru diperuntukkan di kawasan Kampong Bharu ini dan pada tahun 1899.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Kawasan Kampong Bharu ini digazet pada bulan Julai tahun 1900. Jadi, genap tahun 2011 ini, Kampong Bharu sudah berusia 111 tahun. Pada ketika itu, setelah digazetkan, satu enakmen iaitu Malay Agricultural Settlement Act telah digubal untuk menjadi pentadbir dan pembela kepada orang-orang Melayu yang dipindahkan ke kawasan itu. Setiap seorang mendapat kira-kira setengah ekar tanah di kawasan Kampong Bharu ini.
Kampong Bharu ini sampai ke hari ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri warisan Melayu, masih mengamalkan tradisi dan tamadun Melayu.
Di situlah satu-satunya tempat yang orang Melayu boleh berasa bangga apabila mereka datang ke Kuala Lumpur, masih ada lagi tanah sebesar sekangkang kera ini masih lagi menjadi milik orang Melayu. Nanti kita akan lihat apabila Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ini diwartakan, maka pada ketika itu, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi sama ada orang-orang Melayu yang tinggal di situ masih lagi menjadi pemilik dan pewaris pada tanah ini.
Tuan Yang di-Pertua, rizab Melayu ini, di tengah-tengah metropolitan ini sebenarnya terdiri daripada tujuh buah kampung. Asas Malay Agricultural Settlement Act ini ataupun juga dikenali sebagai Penempatan Tanah Pertanian Melayu ini ditubuhkan dan mengandungi tujuh jemaah atau ahli jawatankuasanya yang terdiri daripada seorang wakil daripada setiap kampung. Untuk rekod Hansard, tujuh buah kampung ini ialah Kampung Periuk, Kampung Pindah, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya, Kampung Masjid, Kampung Atas A dan Kampung Atas B. Kesemua kampung ini hanya merangkumi lebih kurang 225.89 ekar tanah sahaja. Terdapat tiga jenis tanah di sini; tanah simpanan Melayu, tanah simpanan pertanian dan tanah Melayu diberi milik.
Untuk kita semua kenang kembali, MAS ini sebenarnya adalah satu badan yang ditubuhkan untuk mentadbir tanah Kampong Bharu ini. Sehingga kini, pembangunan di Kampong Bharu ditentukan oleh MAS walaupun ia terletak di bawah DBKL. Kalau hendak membuat pengubahsuaian, hendak membina rumah dan sebagainya, semuanya adalah di bawah pentadbiran MAS. Jadi, MAS ini sebenarnya adalah satu badan yang berkuasa mentadbir Kampong Bharu ini.
Tuan Yang di-Pertua, penduduk Kampong Bharu tidaklah menolak pembangunan.
Memang mereka merasakan bahawa pembangunan di tempat mereka, di Kampong Bharu, adalah sangat terpinggir. Padahal di sekeliling Kampong Bharu sudah tumbuh pesat pembangunan ini dan mereka tidak menolak pemodenan. Mereka juga tidak menolak untuk mengangkat status dan diri mereka untuk bersama-sama bersaing dengan kaum lain dengan aset yang mereka ada. Namun, pengalaman mereka amat pahit kerana ada beberapa insiden yang menyebabkan mereka rasa tertipu. Oleh itu, sebenarnya apa yang mereka mahu adalah mereka perlu mengambil bahagian di dalam pembangunan Kampong Bharu dan they have a say. They want to have a say dan mereka hendak meneruskan pemilikan itu.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Di dalam rang undang-undang ini, kita tertanya-tanya juga bagaimanakah apabila perbadanan ini telah diluluskan kelak, maka hak pewaris-pewaris ini, hak pemilik-pemilik ini dapat dikekalkan? Sedangkan kuasa yang amat besar diberikan kepada menteri dan perbadanan ini untuk membeli, menjual, menggadai dan sebagainya. Semua kuasa ini terletak di dalam perbadanan. Walaupun kita ada penambahan daripada dua orang wakil MAS yang duduk di dalam jawatankuasa ini, sekarang menjadi lima orang wakil MAS dan timbalan pengerusinya juga wakil MAS tetapi kita tahu sebagai perbadanan, apabila ia telah membeli aset-aset ini, apakah yang tinggal lagi kepada wakil ataupun pewaris?
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Laluan sedikit Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dibincangkan oleh Yang Berhormat Kota Raja, bagaimana nilai sejarah yang begitu tinggi yang ada pada tanah penduduk di Kampong Bharu ini. Kalau kita melihat dalam sejarah negara kita bagaimana di Melaka ada Kampung Portugis. Kita lihat juga di bandar Kuala Lumpur ada Little India. Ada China Town. Jadi, di mana sebenarnya nilai sejarah?
Kalau nilai sejarah yang begitu tinggi hendak dihapuskan dengan diwujudkan perbadanan dan saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, apakah perlunya? Kalau sudah ada lembaga MAS ini yang bertanggungjawab terhadap tanah di Kampong Bharu ini, mengapa perlu diwujudkan perbadanan? Mengapa mereka tidak diberikan ruang, diberikan bantuan kalau betul-betul kerajaan hendak memberikan hak kepada kaum Melayu? Minta pandangan Yang Berhormat.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Inilah yang menjadi persoalan kepada kita. Kalau kita serius hendak menjadikan Kampong Bharu sebagai satu warisan Melayu, mengapa tidak kita gazetkannya sebagai satu warisan sejarah dan apabila sudah menjadi warisan negara, maka kerajaan bolehlah turut membantu untuk mengembangkan kawasan ini sebagai kawasan warisan Melayu, tradisi yang seperti kita kehendaki.
Seperkara lagi adalah mengapa selama ini MAS tidak boleh membangunkan secara sendiri? Ini kerana pokoknya adalah soal modal kerana penduduk ataupun waris Kampong Bharu kita lihat, seorang diberikan setengah ekar. Adalah bukan satu tanah yang besar. Walaupun dikatakan nilai pasaran tanah di Kampong Bharu mencecah sehingga RM600 kaki persegi dan nilai tanah di Kampong Bharu itu sendiri mencecah lebih kurang empat bilion ke lima bilion. Saya tidak tahu sama ada ini adalah penilaian terkini tetapi dikatakan adalah satu jumlah yang besar.
Masalah mereka seperti masalah orang Melayu di tempat-tempat lain adalah ketiadaan modal untuk membangunkan perniagaan. Saya mendapat maklum balas daripada sesetengah penduduk daripada Kampong Bharu, pewaris yang tinggal di situ yang mengatakan mengapa tidak kerajaan lakukan apa yang telah dilakukan oleh Allahyarham Dato’ Harun, Menteri Besar Selangor pada satu masa ketika dahulu, apabila Allahyarham telah membantu pewaris atau pemilik untuk mendapatkan pinjaman bank. Di situ mereka telah membangunkan tanah mereka.
Kalau kita lihat di Kampong Bharu, ramai ataupun banyak di antara tanah-tanah itu dibangunkan rumah bertingkat seperti apartment dan sebagainya dan pemiliknya boleh mendapat pendapatan daripada sewa. Ada seorang makcik mengatakan sekarang dia punya pendapatan sebulan hampir pada RM10,000 lebih kerana dia boleh menyewakan rumahnya hampir RM1,000 lebih. Jadi, kalau dia ada modal untuk membangunkan apartment ataupun rumah pangsa, maka di situ dia sudah ada guarantee, sudah ada jaminan, satu pendapatan yang hingga ke anak cucu boleh dipertahankan dan tanah itu tetap miliknya. Akan tetapi, sekiranya perbadanan yang mengambil alih, maka perbadanan akan bergerak untuk membeli semua tanah orang-orang Melayu itu dan akhirnya menjadi aset. Pada ketika itu, orang yang tinggal di Kampong Bharu, di mana mereka akan pergi?
Apabila dibangunkan tanah di situ, kondominium, apartment, rumah-rumah mewah ataupun sebagainya perniagaan, adakah orang-orang yang duduk di situ sekarang mampu membeli apartments ini. Adakah mereka mampu untuk tinggal di tengah-tengah kota untuk bekerja di sekeliling persekitaran Golden Triangle itu? Sudah tidak mampu. Apabila ia dibangunkan, mereka terpaksa keluar.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Mungkin mereka mendapat pampasan di atas tanah mereka. Mungkin mendapat setengah ekar itu ber milion mungkin. Akan tetapi, adakah dengan wang yang mereka ada ini, mereka mampu membeli satu kehidupan untuk keluarga mereka masa depan?
Saya lihat dan saya perhatikan. Tabiat kita kerajaan apabila membangunkan tanah-tanah Melayu, tidak pernah hendak menyelamatkan orang-orang Melayu untuk tinggal di tempat itu!... [Tepuk] Saya memberi satu contoh di Kepong, kita panggil Kepong Metro atau sebagainya. Satu kawasan yang dahulu diduduki oleh kita nampak seperti setinggan, slum. Akan tetapi apabila dibangunkan pusat-pusat perniagaan; Carrefour di situ, Jaya Jusco di situ. Ia membangunkan rumah pangsa di belakangnya yang mana-mana orang-orang yang biasa tinggal di situ tidak perlu berpindah dan mereka tinggal di situ dan mereka mencari rezeki di situ.
Di dalam pilihan raya kecil, saya ke Sibu dahulu, begitu juga pembangunan Sibu.
Di Kampung Nangka itu misalnya. Di tepi-tepi sungai, orang-orang Melayu tinggal di situ.
Kerajaan berusaha untuk membangunkan dan mereka hendak diberikan pampasan dan kemudian diminta untuk meninggalkan tanah itu untuk dibangunkan. Kenapa ini perlu dilakukan? Kenapa tidak dibangunkan supaya orang-orang ini ada aset mereka, hak milik mereka di situ, mereka tidak perlu disingkirkan daripada tanah asal mereka.
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan sedikit Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Apa yang kita lihat hari ini apabila kerajaan membangunkan sesuatu tanah, saya tertarik sebab perkara ini juga berlaku dalam Parlimen saya di Rantau Panjang. Walaupun isu ini isu yang berkaitan dengan Kampong Bharu tetapi ini adalah bagaimana cara pengurusan kerajaan apabila kerajaan membina tempat pusat pemeriksaan kastam dan imigresen di Rantau Panjang yang melibatkan tanah rakyat.
Sampai hari ini di pintu satu imigresen Rantau Panjang melibatkan tanah rakyat yang sudah lebih 20 tahun. Bumbung rumah kastam itu tempat pejabat kastam itu berada di atas bumbung kedai rumah rakyat. Hampir 20 tahun tidak ada satu sen pun pampasan yang diberi dan telah makan kawasan tanah rakyat termasuk lebih daripada 10 kaki. Ini kita lihat bagaimana kezaliman rakyat yang miskin ditindas, yang kaya raya adalah pemaju- pemaju dan kita melihat ini adalah isu yang sama dan sepatutnya wakil-wakil rakyat seluruhnya kita terutama Ahli-ahli Parlimen ini memikir untuk masa depan orang Melayu.
Seharusnya Rang Undang-undang Perbadanan ini ditolak. Ini adalah satu rang undang-undang yang kita lihat lagi satu untuk merampas hak orang Melayu. Apa pandangan Yang Berhormat.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ya, saya bersetuju. Saya mahu apa yang diucapkan serta dibahaskan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang dimasukkan juga sebagai sebahagian daripada ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak balik kepada Malay Agricultural Settlement Act
(MAS)...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, boleh saya mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Kota Raja. Daripada apa yang disampaikan faham saya ialah bahawa penentangan kepada pembentukan perbadanan ini dan rang undang-undang ini ialah bahawa sebahagian daripada tanah yang sekarang ini merupakan milik penduduk Kampong Bharu akan akhirnya diserahkan kepada orang lain.
Itulah sebabnya mengapa disebut tentang bakal-bakal pemilih. Istilah bakal pemilih itu sudah jelas menggambarkan niat kerajaan Barisan Nasional untuk menentukan bahawa sebahagian daripada tanah Kampong Bharu ini diserahkan miliknya kepada pihak yang lain.
Inilah yang menyebabkan penduduk Kampong Bharu itu menolak cadangan ini dan menentang cadangan ini. Saya tertarik dengan penjelasan tadi di mana dinyatakan begitu banyak pertemuan-pertemuan yang telah diadakan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya rasa apabila banyak pertemuan-pertemuan ini mungkin ianya adalah oleh kerana penentangan terhadap konsep yang telah dikemukakan. Pihak kami ataupun pihak penduduk di Kampong Bharu, mereka inginkan satu kaedah di mana tanah itu boleh dibangunkan tanpa mereka hilang hak milik itu ya. Apabila mereka kekal sebagai pemilik tanah di Kampong Bharu maka pembangunan dapat dilakukan, hak milik mereka tidak hilang dan mereka tidak akan kerugian dalam jangka masa panjang. Bagi kita sebagai orang Islam dan orang Melayu kita hendak kekalkan tanah itu terus dimiliki oleh orang Melayu.
Inilah harapan daripada pihak Kampong Bharu. Kita merasakan amat aneh bagaimana kerajaan Barisan Nasional yang di terajui dan tulang belakangnya adalah UMNO yang katanya parti orang Melayu tidak boleh mencari satu idea dan satu mekanisme untuk membangunkan tanah ini tanpa diserahkan milik itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kepada pihak lain. Adakah itu benar Yang Berhormat.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya rasa huraian Yang Berhormat Shah Alam itu cukup jelas lagi terang, lagi bersuluh katanya. Jadi memanglah saya rasa dengan pembentukan perbadanan ini maka dengan sendirinya secara halus pemilik-pemilik asal, pewaris-pewaris asal akan hilang hak milik tanah itu kerana akan dipunyai oleh perbadanan. Saya tidak tahu di sini sama ada diwujudkan seperti syer atau sebagainya untuk memastikan sama ada kepentingan di dalam perbadanan.
Akan tetapi, daripada apa yang dibentangkan yang saya baca maka peluang ini tidak ada kepada mereka. Mereka hanya duduk di situ sebagai ahli perbadanan dan boleh dengan senang di overrule oleh Yang Berhormat Menteri. Kita tahu bahawa sekiranya mereka, tidak ada ruang untuk mereka tidak bersetuju selepas ini. Ya, mereka boleh bercakap di dalam Jawatankuasa ataupun badan lembaga pengarah ini tetapi mereka tidak ada, tidak boleh buat apa-apa, tidak boleh membangkang apa-apa sahaja rancangan perbadanan.
Perkara berikutnya saya hendak sebut adalah mengenai Malay Agricultural Settlement Act iaitu enakmen MAS yang ada sekarang yang menjadi pentadbir kepada Kampong Bharu. Sehingga sekarang kita tidak dapat apa-apa notis yang enakmen ini akan dimansuhkan. Setelah perbadanan ini diluluskan hal ini oleh ahli-ahli wakil rakyat daripada Barisan Nasional maka dengan sendirinya Kampong Bharu sekarang ada dua badan. Satu MAS, satu perbadanan. Yang mana satu berkuasa. Apa peranan MAS kalau MAS sudah tidak berperanan lagi kenapa ianya tidak dimansuhkan.
Adakah dengan adanya ahli-ahli, anggota-anggota jemaah MAS di dalam perbadanan ini maka kita tidak perlu melakukan sesuatu mengenai enakmen ini. Apakah kedudukan enakmen ini. Menteri di dalam perbahasan Dewan Negara 20 Julai 2010 menyebut bahawa di bawah Kanun Tanah Negara saya baca Hansard nya 1965. “Tanah- tanah yang tinggal juga hanya menunggu masa sebelum diberi milik. Justeru segala urusan hak milik tanah Kampong Bharu perlu dibuat mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 yang ditadbirkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
Oleh itu tidak timbul persoalan untuk meminda enakmen MAS kerana ianya tidak lagi relevan”.
Bagaimana kita boleh mengatakan bahawa enakmen MAS ini yang diluluskan oleh Parlimen ini disenyapkan begitu sahaja. Bagaimana kita boleh menidakkan peranan Mas itu sendiri. Kalau ia sudah tidak perlu lagi kenapa tidak dimansuhkan. Ini adalah satu bagi saya adalah satu penidak atau penafian kepada apa yang telah sebenarnya ada di dalam pemikiran Almarhum Sultan Alauddin sebenarnya. Baginda telah melihat jurus ke hadapan bahawa sekiranya tanah ini tidak dirizabkan kepada orang Melayu, orang Melayu sudah tidak ada tempat lagi di Kuala Lumpur ini.
Akan tetapi kita selepas 111 tahun kita dengan mudah untuk mewujudkan perbadanan ini dan Yang Berhormat Menteri boleh terangkan kepada saya macam mana kepentingan mereka boleh dipertahankan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ini kerana di dalam enakmen dalam rang undang-undang ini kalau kita tengok fungsi perbadanan walaupun Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa ianya adalah badan penyelarasan. Akan tetapi sebenarnya enakmen rang undang-undang ini memberi kuasa yang amat besar, tiket yang amat besar kepada Menteri. Siapa hendak bagi projek kepada siapa, hendak jual tanah kepada siapa, harga berapa semuanya adalah final say atau kata putus daripada Menteri.
Kalau kita tengok di dalam enakmen ini kuasa perbadanan. Yang Berhormat Menteri mengatakan kita ada pelan perancangan bahawa kita akan membangunkan Kampong Bharu menjadi satu warisan Melayu, konsep-konsep papernya sudah ada dengan adanya tempat-tempat yang boleh dikenali sebagai untuk mempertahankan warisan Melayu di kampung itu. Akan tetapi di dalam kuasa-kuasa perbadanan ada fasal 15(2) tidak satu pun klausa mandatori kepada perbadanan untuk memastikan bahawa pembangunannya mesti menepati atau mempertahankan ciri warisan kemelayuan ini. Tidak ada.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Sebagai perbadanan, ia mempunyai segala kuasa, ia entiti tersendiri. Dia boleh jual, dia boleh beli, dia boleh buat apa dia suka. Apakah yang akan memastikan 10 tahun, 15 tahun, 50 tahun yang akan datang tidak ada sekeping tanah pun di dalam Kampong Bharu itu yang mempunyai ciri kampung Melayu? Ini kerana tidak ada, perbadanan tidak ada. Jadi bila tidak mandatori, masa akan berubah, pemimpin akan berubah, Melayu cepat lupa, dan satu hari 50 tahun daripada sekarang, maka hak orang Melayu di Kampung Bharu sudah tidak ada lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan di sini bahawa kalau kita boleh menjadikan Brickfields seperti disebut Yang Berhormat Rantau Panjang sebagai warisan Little India untuk orang India dan banyak wang yang dituang di situ, diberi, dibantu untuk menjadikan ia Little India, begitu Sungai Ujong Melaka sebagai kampung Portugis, Petaling Street, China Town, kenapa kita tidak boleh menggazetkan Kampong Bharu sebagai warisan Melayu, mempertahankannya dan memberi peruntukan kepada Kampong Bharu ini sebagai warisan Melayu yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa sahaja yang memerintah negara ini? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Salam sejahtera. Insya-Allah kita melakar sejarah pada hari ini. Sejarah Kampong Bharu sejarah yang amat besar, yang amat dekat dengan bangsa dan negara. Dengarlah.
Yang Berhormat Kota Raja tadi banyak membuat pembohongan, menipu. Kita jangan politikkan benda ini. Daripada 880 tuan punya dan pewaris, 90 peratus hendakkan pembangunan ini. Kalau ada satu atau dua yang tidak mahu, takkan majoriti harus tunduk kepada minoriti. Sejarah Kampong Bharu yang paling dekat dengan bangsa Melayu, soal Kelab Sultan Sulaiman menyaksikan sejarah negara ini berada di Kampong Bharu dan akan dipertahankan. Mungkin dimodenkan, mungkin dibangunkan dengan kemudahan- kemudahan yang luar biasa untuk menaikkan imej orang Melayu dalam Kuala Lumpur...
[Disampuk] Ya lah, benda akan datang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh tanya?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita orang Islam takkan hendak bercakap dengan takbur. Inilah PAS, kata agama tapi takbur, sombong, riak...
Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah
BN menang satu sahaja kerusi di Wilayah Persekutuan. Satu kerusi sahaja menang Parlimen.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat rakan saya. Tadi saya pun mendengar hujah rakan saya daripada Yang Berhormat Kota Raja, argument dia iaitu bertanya kenapa Menteri terlalu banyak kuasa. Jadi siapa yang mahu diberi kuasa? Yang Berhormat Kota Rajakah?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Penduduk ini kena ada ketua dia. Sebab itu saya lihat tadi, lima anggotanya, dua wakil daripada MAS. Bermakna timbalannya pun daripada MAS. Dia ada hanya untuk menyuarakan dalam jawatankuasa ini. Apa Yang Berhormat Kota Raja bimbang sangat?
Kita hendak melakar sejarah membentuk kampung Melayu moden yang tidak terpinggir di tengah-tengah bandar raya. Kata hendak membela orang Melayu, ini bukan membela.
Yang Berhormat punya cadangan meminta menjahanamkan orang Melayu. Terperuk di tengah-tengah bandar raya. Minta penjelasan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Orang UMNO menjaga sejarah, menjaga pewarisan. [Disampuk] Ah! Kalau tidak, takkan negara merdeka di bawah pejuang UMNO.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Bukan sahaja jual Melayu, jual India juga.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sejarah negara ini merdeka di bawah perjuangan titik peluh, darah dan nyawa orang Melayu. Itulah Melayu Kampong Bharu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Mari beri laluan. Minta laluan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Simbol pewarisan Melayu yang perlu dipelihara.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Balik Pulau, Balik Pulau.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Inilah dia fungsi perbadanan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kakanda.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Anda akan menerima balasan Allah. Kepada sebuah parti yang memperjuangkan bangsa, agama dan negara kalau anda kata haprak, anda siapa?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Minta laluan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Minta maaf. Biarlah, saya serius. Tidak payah hendak bertengkarlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak bagi jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Balik Pulau duduklah Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Ini soal survival orang Melayu.
Saya menyokong ini kerana membaca fungsi perbadanan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kampung Kerinchi pun sudah tidak ada dah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Memelihara, apa maksud memelihara? Melindungi, memulihara kepentingan orang Melayu. Itu fungsinya. Tuan Yang di-Pertua, tafsiran dan ini berada di dalam rang undang-undang ini yang akan dipatuhi perbadanan. Tafsiran menjaga kepentingan sosial dan ekonomi orang Melayu.
Seorang Ahli
Apa maknanya?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Menjaga nilai warisan, adat, budaya dan sejarah orang Melayu di Kampong Bharu. Apa yang hendak kita musykilkan, apa yang hendak kita ragukan? Nyata hitam di atas putih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kepentingan orang Melayu membawa maksud membangun dan memberi keutamaan kepada orang Melayu, menambah baik amalan dan cara hidup termasuk perkara berkaitan keagamaan, kemasyarakatan, kebajikan, kesihatan dan keselamatan...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Menjaga nilai, adat, warisan, sejarah dan menjaga ciri-ciri semangat roh kemelayuan dari segi warisan, adat dan sejarah yang harus dikekalkan. Maknanya, apa yang hendak dibimbangkan?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi milik siapa? Milik siapa?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Milik orang Melayu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Mana dikatanya milik orang Melayu? Di mana dikatakan milik orang Melayu?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Milik orang Melayu, Tuan Yang di-Pertua. Orang PAS jangan memperkecilkan orang Kampong Bharu. Kalau PAS memperkecilkan orang Kampong Bharu, kawasan ini insya-Allah pilihan raya akan datang diambil semula oleh wakil Parlimen orang UMNO. Keanggotaan perbadanan semuanya diwakili oleh orang Kampong Bharu. Apakah PAS hendak mempertidakkan kepandaian, kebijaksanaan orang-orang yang menjadi anggota perbadanan? Takkanlah mereka tidak menjaga kepentingan diri mereka sendiri. Kecuali orang PAS mempertidakkan mereka.
Inilah jenis seorang PAS. Itu satu. Yang kedua, yang ketiga.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Anggota Majlis Penasihat.
Beberapa Ahli
Duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Lima belas anggota Majlis Penasihat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Seorang pengerusi, 14 anggota. Majlis Penasihat ini semunya orang Kampong Bharu yang ada harta, yang menjadi waris. Takkan mereka orang bodoh menggadaikan hak mereka. PAS memperkecilkan mereka. Saya harap orang-orang yang menjadi anggota baik anggota perbadanan ini ataupun lembaga penasihat ini, tolong tolak PAS, jangan benarkan masuk di Kampong Bharu ini.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Satu lagi, ini juga dilindungi. Ini juga Tuan Yang di-Pertua, dilindungi maknanya kalau segala anggota di dalam perbadanan ini melakukan penyelewengan, salah laku dan sebagainya boleh didakwa.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bacalah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Minta laluan, minta laluan.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Fasal 51.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri laluan Yang Berhormat?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Sri Gading baca tetapi tidak faham.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak. Tuan Yang di-Pertua, saya harap mari kita...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Sri Gading baca tetapi tidak faham.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
...Melakarkan sejarah di petang 6 hari bulan, hari Rabu ini marilah termasuk seluruhnya orang Dewan ini menyokong Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Bharu. Saya menyokong.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Jual orang Melayu, jual orang Melayu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Sri Gading beri saya bercakapkah?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu hendak berucap? Baik, Yang Berhormat Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tangga Batu?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Batu, tangga tidak ada Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tangga Batu atau Batu Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Batu?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Batulah.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Bukan Tangga Batu?
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tangga nantilah. Ada batu baru tangga.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Maaf Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin menyertai perbahasan ini dengan satu pendirian yang agak serius. Perkara ini tidak ada kena-mengena dengan kepartian. Ini adalah undang-undang yang akan menentukan masa hadapan Malaysia yang kalau kita menghayati perlembagaan di mana kita memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan kita harus juga ingat bahawa undang-undang ini bukan sahaja wujud sebagai abstrak, tetapi dia harus wujud dalam realiti.
Kampong Bharu telah wujud lebih daripada 111 tahun. Ini telah berterusan sungguhpun di bawah penjajah British, diiktiraf. Akan tetapi saya rasa kita tidak menolak sebahagian pembangunan, tetapi bila saya dengar dari Yang Berhormat Menteri yang menyifatkan Kampong Bharu sebagai slum. Saya rasa ini adalah satu penghinaan kepada penduduk-penduduk dan tuan punya tanah. Ini juga bermaksud 100 tahun ini mereka telah mengabaikan tugas mereka untuk menjaga tempat ini dan saya anggap ini tidak boleh diterima.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ini kerana Kampong Bharu merupakan tempat yang menarik kalau dibandingkan dengan bangunan-bangunan tinggi di sekitar Kampong Bharu yang boleh kita dapati di Tokyo, di Singapura, di New York, tidak ada bezanya. Akan tetapi ciri-ciri kemelayuannya yang menjadi pentafsiran refining the culture of Malaysia. Jikalau kita ingin warganegara Malaysia untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kita harus menghayati kewujudan Kampong Bharu.
Saya nampak isu kita harus faham dalam persekutuan kita, isu tanah ini perlindungan kepada hak tanah rizab orang Melayu datang daripada negeri. Itu adalah hak negeri. Semua lain enakmen law dibuat oleh kerajaan negeri. Dalam persekutuan, memang kita dalam kedudukan yang agak istimewa sekarang, tetapi kita tidak boleh tidak reconcile dengan sejarah. Itulah sebab dalam undang-undang ini kita masih mengakui dua wakil yang akan dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Maksudnya, tanah ini pernah dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Enakmen MAS ini juga mengiktiraf bahawa asal-usul tanah ini adalah tanah Selangor. Saya agak kita tidak boleh ketepikan. Saya bukan ingin hendak timbulkan isu perkauman di sini. Bagi saya, sebagai warganegara Malaysia tidak kira apa latar belakang etnik saya, tetapi saya harus mempertahankan sikap ini.
Saya anggap Menteri ini boleh jadi apa-apa bangsa juga. Saya dengan Yang Berhormat Menteri mempunyai hak yang sama menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Akan tetapi di dalam undang-undang ini, kalau kita beri kuasa keseluruhan kepada Menteri dengan secara automatik, kita menafikan hak Sultan, hak orang Melayu kerana kita telah dilute kuasa yang ada dipegang oleh MAS ini kepada seorang Menteri yang boleh datang daripada mana-mana kaum. Saya ingin tahu, apabila kita sudah luluskan ini dalam bukan sahaja kita tidak boleh bayangkan sentiasa UMNO akan memerintah, kita tidak boleh tahu siapa yang akan memerintah. Kita tidak boleh jangka siapa yang akan jadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Siapa yang akan memberi jaminan kepada penduduk-penduduk Melayu di Kampong Bharu ini pada masa yang akan datang, hak mereka akan dijamin? Tidak ada.
Sekarang ini hak ini sudah dipusatkan di kawasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Batu, sedikit. Saya membaca dengan tekun draf naskhah yang dibuat oleh kementerian. Saya agak kurang yakin sebab kebetulan saya datang daripada Pulau Pinang. Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Jawatankuasa PEMANDU, PERDA dan sebagainya,tetapi diskusi masa hadapan Melayu Pulau Pinang dari tahun 60-an sehingga sekarang masih lagi relevan. Ini yang ingin saya tegaskan.
Di sini apabila kita lihat Yang Berhormat Batu, yang diberikan Majlis Penasihat.
Bukan kata pemegang amanahkah, Board of Trusty, itu lain dan kalau kita lihat di sini dikatakan dengan jelas nasihat Majlis Penasihat hendaklah diteliti, dikaji dan jika bersesuaian hendaklah diterima pakai oleh perbadanan. Bukan dia wajib ikut. Dia pula sendiri tentukan sesuai tidak sesuai. Bagi saya penduduk Kampong Bharu tahu apa yang sesuai untuk mereka. Mohon penjelasan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Itulah point saya. Tuan punya tanah yang kita the spirit of a constitution, the land owner, bumiputera yang milik tanah sebelum pendatang lain yang datang mempunyai hak prioriti. Sekarang ini...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Sekejap ya. Sekarang ini mereka jadi penasihat. Ini tidak beza dengan zaman penjajah di mana tuan punya tanah menjadi penasihat kepada administrator. Administrator mempunyai hak mutlak dalam pembangunan. Pembangunan ini kita harus ingat, pembangunan bukan bina gedung- gedung besar dengan ada skyscraper yang boleh mendatangkan keuntungan besar kepada tuan punya tanah, bukan. Tuan punya tanah juga diberi amanah kerana mereka jaga tanah ini untuk anak cucu yang akan datang. Maksudnya, corak pembangunan harus mempunyai ciri-ciri Melayu. Harus pastikan bukan untuk keuntungan sahaja. Akan tetapi, dalam undang-undang ini tidak ada menyatakan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya kata sekali lagi kata sekarang okey, kita boleh kata UMNO yakin mereka boleh melindungi kepentingan orang Melayu. Akan tetapi saya ingin tanya, pemerintah yang akan datang, adakah semuanya akan mematuhi prinsip ini kalau kita tidak tertulis dengan jelas dalam undang-undang ini...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Batu, sedikit sahaja.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Shah Alam, okey.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, terima kasih Yang Berhormat Batu.
Saya cukup kagumlah dengan pendirian Yang Berhormat Batu yang walaupun bukan berbangsa Melayu, tetapi berusaha untuk mempertahankan hak milik Melayu dan untuk menentukan bahawa pemilik-pemilik...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Lengan polis pun gigit, hendak pertahankan apa?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Dan untuk menentukan bahawa pemilik-pemilik asal ini tidak, they will not be dengan izin they will not be overcome dengan satu pembangunan yang pasti yang diharapkan satu pembangunan yang begitu pesat di mana ada bakal-bakal pemilik yang telah disebut dengan jelas tadi oleh Yang Berhormat Menteri. Lalu saya kagum dengan kesungguhan Yang Berhormat Batu yang ingin mempertahankan hak pemilik-pemilik yang sedia ada yang ingin membangunkan Kampong Bharu itu, tetapi dengan satu cara yang tidak lebih daripada kemampuan mereka sehingga mereka hilang sebahagian daripada hak milik itu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Apa yang disebut dalam soal perbadanan walaupun dikatakan bahawa akan dilantik wakil daripada penduduk, akan dilantik wakil daripada MAS dan sebagainya. Akan tetapi akhirnya pelantikan itu dilakukan oleh Menteri. Ianya bukan dilantik oleh penduduk sendiri. Lalu kalau Yang Berhormat Menteri cari orang yang boleh jadi yes man dan diberikan imbuhan yang dia akan dapat memenuhi kepentingan dirinya sendiri, dia akan sanggup duduk di dalam situ. Dia sendiri jadi jutawan.
Berapa ramai yang kita sudah nampak orang Melayu yang jadi jutawan dengan menjual orang Melayu yang lain. Ini bukan satu perkara yang mustahil. Saya rasa pengalaman kita di Pulau Pinang yang bawah Barisan Nasional dahulu perlu diambil kira. Di sinilah yang mana kita melihat bahawa apa yang perlu dilakukan ialah memberikan keutamaan kepada kehendak penduduk-penduduk Kampong Bharu itu sendiri.
Biar pembangunan itu yang ingin dilakukan satu tahap dan kadar pembangunan yang mampu mereka tangani pada masa yang sama mempertahankan kedudukan mereka sebagai pemilik. Jangan ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Khalid Abd Samad - Shah Alam
...Bakal-bakal pemilik yang seperti mana yang disebutkan. Apa pandangan Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, saya memang setuju. Inilah sebab saya, bagi saya adalah tanggungjawab semua untuk yang kita tidak harus bagi dalam segi sifat kepartian. Ini isu yang ada kait bersangkut paut dengan nasib rakyat Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Batu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya ingin menanyakan kepada Yang Berhormat.
Adakah Yang Berhormat sedar Yang Berhormat sebut tentang sekarang ini kita berada di bawah pimpinan UMNO di bawah Kerajaan Persekutuan, di mana Wilayah pun termasuklah di dalam kawasan jajahan. Akan tetapi inilah Menteri yang sama yang telah utarakan cadangan untuk membangunkan Kampong Bharu tidak lama dahulu, 60 peratus milik Melayu dan 40 peratus milik bukan Melayu. Ini dibawa sendiri, bukan oleh orang lain tetapi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada ketika itu. Itu satu.
Keduanya, kalau hendak imbau sejarah, hendak imbau sejarah cara yang dibuat, prosedur yang dibuat untuk mendapatkan suara-suara pemilik bukan menerusi bancian.
Akan tetapi referendum. Referendum di mana 30 peratus sahaja yang memberi maklum balas. Apa maksudnya? Tidak mewakili suara majoriti masyarakat dan pemilik di Kampong Bharu. Sehinggakan Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' sendiri, saya ingat tidak dibenarkan bersuara dalam sidang dialog yang diadakan bersama dengan kehadiran Menteri.
Jadi saya fikir track record ini membangkitkan mala fide, kita pun takut. Bukan bercakap sahaja hendak mempamerkan pandangan negatif akan tetapi sudah berlaku.
Saya hendak bagi contoh isu Little India di sebut tadi oleh Yang Berhormat daripada Rantau Panjang. Di Little India katanya RM35 juta dibelanjakan oleh MRCB. Masalah sekarang dihadapi oleh peniaga dengan kadar keuntungan yang merudum, jalan raya yang begitu sesak termasuklah dengan kadar sewa yang begitu tinggi semata-mata kerana kerajaan putuskan bila hendak bangunkan satu kawasan itu bukan mendengar hasrat pemilik mereka yang tinggal di situ akan tetapi hanya memaksa kepada mereka semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Jadi saya fikir apakah pendapat Yang Berhormat bagaimana kita boleh percaya lagi bila track record sudah terang lagi bersuluh.
Terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya anggap perkara ini, perkara ini dia melibatkan semangat yang kita ada. Budaya ini dia ditanam bersama-sama dengan benda-benda yang fizikal. Kalau kita katalah kita luluskan undang-undang ISA, undang- undang yang kita anggap tidak begitu tepat. Selepas sepuluh tahun kita boleh mansuhkan.
Tidak ada masalah besar. Kita boleh kembali kepada hak asasi manusia, nilai kemanusiaan. Akan tetapi pembangunan fizikal. Bila sudah hancur, sudah kampung sudah habis kita hendak bangun semula, macam mana? Di Singapura...
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Mereka terpaksa bina semula Kampung Bugis yang saya anggap sebagai fake, sebagai fasad yang tidak ada jiwa Bugis lagi. Akan tetapi ada Singapore ada Jalan Bugis. Akan tetapi sebenarnya tidak lagi ada semangat tidak ada jiwa di dalam. Saya tidak mahu melihat Kuala Lumpur ini menjadi satu bandar raya yang tidak ada jiwa.
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Batu, sikit Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ringkas ya.
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau
Ya, ringkas sahaja. Yang Berhormat Batu dan Tuan Yang di-Pertua, saya bukan – saya tidak percaya kepada Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri yang di dalam ini maksudnya menteri ini... [Merujuk kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin)] Teman baik.
Kebetulan kita tengok selain daripada Kampong Bharu di Kuala Lumpur yang terdekat dahulu kita ada Abdullah Hukum pun sudah hilang. Paling dekat kita ada Kampung Kerinchi. Sekarang ada apa? Yang ada Bangsar South. Kita cerita mengenai selam.
Kawan-kawan kita yang Melayu di Pantai Dalam kebetulan hari-hari saya balik ikut situ.
Saya tinggal dalam itu. Duduk di mana, kita buat rumah di sebelah mana? Sebelah loji. Lalu bau.
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau
Jadi di sini di mana yang kata kita hendak percaya hendak berjuang nasib orang Melayu. Jadi saya tengok kalau macam ini satu kampung hilang, satu kampung hilang, kampung itu namanya Kerinchi sebab, ada sebab. Kampungnya nama Abdullah Hukum ada sebab. Mana pergi semua ini. Bangsar South. Saya rasa sepuluh tahun lagi orang tanya mana Kerinchi, Bangsar South. Adakah itu budaya Melayu yang hendak ditinggalkan di negara ini. Jadi saya rasa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu tadi itu perlu diberi pertimbangan dan mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya hendak masukkan satu point sebelum saya habis. Sekali lagi saya ingin tegaskan isu tanah rizab ini perlindungannya datang dari negeri. Kita harus faham. Ini kerana Federation kita tidak ada sifat kemelayuan.
Apa yang ada adalah negeri Selangor, yang ada di negeri-negeri Melayu dan secara simbolnya penaungnya adalah Sultan.
Akan tetapi undang-undang ini menghapuskan perkara ini. Kita lihat dalam federal constitution, kita kata any land in a state. Malay reserve itu dia stress in a state. Enakmen MAS ini mengiktiraf hak Sultan Selangor dan hak penduduk Melayu kerana ada kaitannya.
Penduduknya adalah orang yang asal sebelum kewujudan Malaysia. Sebelum kita ada kerajaan mereka sudah duduk di sana. Mereka mempunyai hak kepada tanah itu. Itu juga diiktiraf oleh British. Kita tidak boleh nafikan hal itu. Mereka mempunyai hak mutlak kepada tanah itu. Siapa penaungnya? Penaungnya adalah Selangor, Kerajaan Raja Selangor kerana mereka merupakan citizen kepada Raja Selangor.
Jadi, kedua-dua ini kita tidak boleh hapuskan seolah-olah sejarah tidak wujud.
Jadi, saya anggap kita, saya anggap ini adalah satu undang-undang yang cacat yang kita harus timbang semula. Saya rayu kepada Menteri...
Tuan R. Sivarasa - Subang
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
...Atas common interest, kita tidak...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Yang Berhormat Batu minta penjelasan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okay, last.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Minta maaf. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu dan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta penjelasan sedikit tentang kuasa-kuasa yang diberi kepada perbadanan. Tadi yang menyokong rang undang-undang ini telah memberikan gambaran kuasa ini tidak begitu teruk. Saya hendak sebut dua contoh sahaja dan minta penjelasan dan pandangan Yang Berhormat Batu.
Satu, adalah perenggan 14(g). Saya baca dengan izin, Tuan Yang di-Pertua; “untuk menguruskan dan mempromosi penjualan tanah”.
Saya tegaskan untuk menguruskan penjualan hartanah adakah ini dapat ditafsirkan orang “A” hendak jual kepada orang “B” mesti di lulus oleh perbadanan. Ini adalah satu yang tidak jelas.
Kedua, lebih besar lagi di 14(i); “untuk menghendaki mana-mana orang yang berhasrat untuk membangunkan kawasan pembangunan Kampong Bharu supaya mengemukakan apa-apa dokumen yang mengandungi cadangan pembangunan itu kepada perbadanan”.
Adakah ini memberi gambaran tuan punya tanah, bila tanah hendak bangunkan, mesti hantar pada perbadanan untuk kelulusan. Dia tidak boleh jalan tanpa kelulusan. Inilah kuasa yang cukup besar yang diberi sekarang kepada perbadanan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Apakah impak ini pada hak semua orang di sana?
Saya minta seminit lagi sahaja untuk bagi ini. Bolehkah kita meletakkan keyakinan dalam perbadanan ini. Saya hendak bagi dua contoh dengan cepat.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ada satu kawasan di Wilayah Persekutuan bernama Kampung Pandan Indian Settlement. Kawasan yang lama, tujuh, lapan dekad, wujud sebelum masa British. Ada sijil beranak yang kata ini orang ini di lahir di Kampung Pandan Indian Settlement. Patutnya dijadikan heritage area. Akan tetapi sekarang dalam struktur rancangan struktur Kuala Lumpur. Kalau kita teliti langsung tidak boleh hendak nampak lagi. Dimansuhkan langsung daripada sejarah kita. Itu track record kita.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Kedua, saya hendak beritahu, ini berkaitan dengan hak Melayu di kawasan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan R. Sivarasa - Subang
Di kawasan Yang Berhormat Batu sendiri, Kampung Chubadak...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat
Tuan R. Sivarasa - Subang
...Adalah rizab Melayu. Saya bagi contoh...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, bagi contoh...
Tuan R. Sivarasa - Subang
...Dimansuhkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Bagi contoh tetapi Yang Berhormat mencelah.
Tuan R. Sivarasa - Subang
Ditutup, dimansuhkan dan melanggar dengan fasal Perlembagaan yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Batu, tidak digantikan, inilah track record dia. Jadi, saya meminta penjelasan dan pandangan Yang Berhormat Batu dengan track record ini bolehkah kita meletakkan kuasa yang begitu besar ini di dalam tangan perbadanan ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Ya, saya hendak menggulung sahaja, isu ini kita harus ingat di dalam semua urus tanah di Malaysia ini, kita harus mengiktiraf hak istimewa Melayu ini wujud kerana mereka sudah wujud, mempunyai kuasa ini sebelum kewujudan Malaysia, selepas Malaysia dibentuk semua kaum yang ada di Malaysia ini sama rata tetapi Enakmen 1897, Malay Agriculture Settlement ini mengiktiraf bahawa ada penduduk yang datang sebelum kewujudan Federation of Malaysia dan kita tidak boleh menghapuskan ini, kalau kita menghapuskannya ini, status bumiputera itu boleh dipertikaikan.
So, saya menganggap kita... memang saya merayu sebab peranan ini dan saya mendengar jaminan daripada Menteri yang mengatakan mereka sudah consult Sultan Selangor. I think problem ini bukan consult Sultan Selangor kerana di dalam Perlembagaan sebuah kerajaan Raja Berperlembagaan, konsultasi itu harus dengan keseluruhan Selangor kerana Baginda mengamanahkan kerajaan Selangor sebagai penguat kuasa dan pengurus, itulah sebab saya menganggap konsultasi harus berjalan secara ketara dengan kerajaan Selangor sebelum undang-undang dihapuskan. Ini kerajaan Selangor bagi pihak Sultan Selangor, itu kita harus mengiktirafnya.
Okey, last sekali, saya menganggap ini satu perkara yang bagi saya sangat serius, perkara ini tidak ada kena mengena kepada sesiapa. Saya, Ahli Parlimen apa bangsa pun tetapi saya di Dewan ini mewakili pengundi saya yang ada Melayu, ada Cina dan ada India.
Akan tetapi hari ini adalah satu hari yang sangat bersejarah kalau kita telah meluluskan satu undang-undang yang mengkhianati hak anak cucu kita, kaum peribumi di Kuala Lumpur ini, saya anggap saya sebagai Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan, kalau kita tidak menolak undang-undang ini saya tidak menjalankan tugas saya secara baik, saya harap ini di... kan semula, sekian terima kasih.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Pasir Salak?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Berapa ramai lagi Tuan Yang di-Pertua, selepas ini boleh lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Apa dia Yang Berhormat?
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Ada lagi kah selepas ini perbahasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Seorang dua lagi Yang Berhormat, boleh.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya tidak bercakap panjang lagi Tuan Yang di-Pertua. Tadi kita mendengar Yang Berhormat Batu mengatakan bahawa kita mengkhianati jika diluluskan undang-undang ini bermakna kita mengkhianati orang Melayu, yang mengkhianati orang Melayu ialah orang yang tidak membenarkan orang Melayu maju... [Tepuk] Apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Batu, dia ingin melihat kampung Melayu ini supaya tinggal begitu sahaja, terus mundur, biar orang lain maju, Melayu tinggal di belakang. Ini adalah satu muslihat yang tidak disedari oleh Yang Berhormat Shah Alam.
Yang Berhormat Shah Alam mengakui Yang Berhormat Batu dan dia telah kena jual, PAS telah menjual segala-galanya kerana kepandaian pihak DAP tetapi dia tidak sedar perkara ini berlaku. Yang Berhormat Shah Alam PKR? Yang Berhormat Shah Alam daripada PAS, PAS telah menjual perjuangannya dan dia kagum dengan Karpal Singh, malulah. Tuan Yang di-Pertua...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa dia RM6 juta?
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Elok pergi minum, dia takut sudah hendak dengar, takut hendak dengar...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, sembahyang?
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Permit pun tidak dapat hendak bersyarah agama...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, sudah kena jual. Tuan Yang di-Pertua...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita hendak menuju kepada negara maju, kita hendak meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia. Jadi, kita tidak mahu orang Melayu di kawasan Kampung Bharu ketinggalan dan ini yang diusahakan oleh kerajaan dengan penubuhan perbadanan ini dan kita telah pun mengetahuinya selama ini.
Berbagai-bagai cara dan usaha dibuat untuk membangunkan kawasan Kampong Bharu ini, macam-macam kerenah, macam-macam kesulitan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sampai bila kita hendak membiarkan perkara ini berterusan? Kalau kita biarkan berterusan, tidak ada keputusan atau kata muktamad, kaedah dan caranya bila lagi hendak tunggu? Kita akan ketinggalan, dengan sebab itu ini, kelemahan sedikit sebanyak mungkin dapat diatasi dari semasa ke semasa. Akan tetapi untuk tidak membuat keputusan, tidak ada komitmen untuk melakukannya, ini satu pengkhianatan kepada bangsa orang Melayu itu sendiri...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi, dengan sebab itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tangga Batu bangun.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit lagi. Kalau kita mencari kesempurnaan, tidak ada kesempurnaan dari segi kaedah dan cara untuk kita menangani perkara ini. Siapa yang boleh memberikan satu solution ataupun kaedah yang perfect? Siapa yang boleh mendakwa, can claim that they can give a perfect solution Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh. Walau sebijak mana pun, sepandai mana pun seseorang itu tidak mungkin dapat memberikan satu penyelesaian yang sempurna.
Walau bagaimanapun kita cuba membuat yang terbaik, apa yang terbaik kita buat dengan niat yang betul. Mungkin kita akan menghadapi berbagai-bagai-bagai rintangan, masalah, mungkin ada ahli perbadanan yang menyeleweng, salah guna kuasa, mungkin berlaku tetapi ada peruntukan untuk mengawal perkara itu daripada berlaku, ini kaedah yang sepatutnya, yang sewajarnya kita lakukan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Pasir Salak, sedikit sahaja.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Pasir Salak, sedikit boleh?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Berhubung dengan...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Pasir Salak boleh?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Tangga Batu lah dulu, kita bagi kita punya partner dahulu....
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Sparing partner. Yang Berhormat menyebut tentang penubuhan satu perbadanan. Disebut oleh Yang Berhormat Batu sebentar tadi tentang Kampung Kerinchi, Abdullah Hukum dan Yang Berhormat Balik Pulau pun menyebut perkara yang sama. Mungkin di ketika itu tidak kesampaian pada pemikiran kita untuk penubuhan satu Perbadanan Kampung Kerinchi, Perbadanan Kampung Abdullah Hukum, mungkin ketika itu kalau ada perbadanan yang mengambil kira kepentingan ciri-ciri, pengekalan ciri-ciri Kampung Abdullah Hukum, pengekalan ciri-ciri Kampung Kerinchi tidak akan berlaku seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu sebentar tadi.
Jadi, saya kira kalau kita meletakkan skop pandangan kita ini hanya pada satu sudut, saya khuatir pembangkang jatuh kategori orang yang paralysis before analysis, dia paralyze before analyze, hendak bergerak pun boleh, hasut sana, hasut sini dan sebagainya. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat? Paralyze before analyze, hendak bergerak pun tidak boleh, dia lebih suka dasar populist, hasut orang untuk tidak bergerak ke hadapan, itu yang paralyze before analyze. Yang Berhormat, sila komenlah tentang perkara itu.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Pasir Salak.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat, boleh combine isu yang sama?
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tidak payah combine, biar jawab dahulu.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Pasir Salak hendak bagi dulu, kawan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey, bagilah Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau
Tadi Yang Berhormat Pasir Salak menimbulkan satu perkara yang saya rasa amat baik ya. Maksudnya betul fakta mengandaikan mungkin ada pegawai atau kakitangan yang akan buat perkara tidak betul, kita dakwa seperti yang dikatakan. Yang Berhormat Pasir Salak, pengalaman Highland Tower, Melayu mati, orang bukan Melayu, bukan Islam mati, akhir sekali kes kalah sebab apa ada satu peruntukan antaranya kekebalan daripada segi undang-undang. Itu rakan- rakan yang arif mengenai municipal law boleh tahu. Perkara yang sama kita lihat Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam, memang dia tidak cakap macam akta-akta lain. Akta- akta lain dia akan cakap jelas, dia akan cakap dia akan hanya dalam kes-kes kecuaian atau sebagainya, dia detail tapi kali ini dia tak, dia cuma cakap mudah sahaja.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 adalah terpakai bagi apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding. Dalam perkara sebegini, saya memohon kepada Menteri mungkin boleh pertimbangkan, akta ini tak payahlah sebab ini, dia memberi ruang kepada esok kalau berlaku kecuaian ataupun perkara-perkara yang dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat Pasir Salak tadi, susah nak ambil tindakan. Lepas itu pula untuk pendakwaan kalau ada berlaku kes-kes. Ini kena melalui Peguam Negara semua, ini suatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah akta tidak boleh dimulakan kecuali atau dengan keizinan secara bertulis daripada pendakwa raya.
Katalah Menteri ke CEO yang dilantik menyeleweng, takkan Peguam Negara mahu ambil tindakan dekat Menteri macam itu sahaja. Saya mengandaikan, saya bukan menuduh. Bukan, buat track record tak berapa bagus, itu sahaja. Jadi Yang Berhormat Pasir Salak timbulkan tadi terima kasih kerana itu saya rasa satu andaian yang objektif cumanya saya rasa kerangka undang-undang ini tak boleh menjawab apa yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Mohon penjelasan.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih. Saya rasa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau itu biar Menteri menjawabnya kerana saya banyak point lagi nak sebut. Yang disebut oleh Yang Berhormat Tangga Batu itu pun jelaslah iaitu sikap Yang Berhormat Batu itu dan juga rakan-rakan beliau itu, memang begitulah. Semua orang faham. Saya nak komen panjang-panjang pun tak guna, buang masa sahaja.
Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk memberi pandangan dan sikit peringatan kepada pihak kerajaan supaya pembangunan yang dibuat ini menguntungkan pemilik-pemilik tanah dan waris-waris mereka semaksimum mungkin. Janganlah umpamanya diadakan dengan cara di mana mereka hanya mendapat sedikit sahaja faedah daripada pembangunan ini. Saya percaya niat kerajaan baik dan juga kita berikan keyakinan kepada perbadanan ini nanti untuk mengambil faedah dan cara di mana orang-orang Melayu Kampong Bharu akan menikmati keuntungan yang maksimum.
Dalam pada itu, berhubung dengan ciri-ciri kemelayuan, saya rasa tidak ada menjadi masalah kepada pihak perbadanan atau pengurusan mereka untuk mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang mana bukan sahaja penting dari segi sentimen kita kepada Melayu itu tetapi juga ada faedah yang besar kepada negara kita iaitu ia akan menjadi satu produk yang sangat penting kepada ekonomi Kuala Lumpur dan juga negara kita.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tentunya ciri-ciri kemelayuan, Cina, India dan pelbagai bangsa yang ada dalam negara kita ini adalah baik. Satu sudut daripada segi pelancongan umpamanya, pelancong- pelancong ingin pergi dan melihat tempat-tempat yang menunjukkan ciri-ciri bangsa kita yang pelbagai kaum di dalam negara kita ini. Untuk melakukannya itu, tidak jadi masalah.
Tidak perlu kekal rumah-rumah seperti yang ada pada hari ini, tidak perlu kekal dengan rumah kampung yang buruk-buruk itu. Boleh dimodenkan dengan pembangunan yang sehebat mungkin tetapi kemelayuannya masih terserlah. Kita melihat bagaimana Islam dibangunkan di Spain semasa pemerintahan Islam di Spain selama 600 tahun, ianya selepas itu meninggalkan Spain tetapi ciri-ciri pembangunan Islam, Tamadun Islam dan kejayaan Islam itu kekal di Spain sehingga hari ini.
Jadi dengan sebab itu di Kuala Lumpur ini juga kampung Melayu boleh dibangunkan menjadi satu kawasan pembangunan yang moden tetapi ada ciri-ciri kemelayuannya, ada ciri keislamannya, boleh dikekalkan. Ini terpulang kepada kreativiti pihak reka bina yang akan mereka bentuk pembangunan di situ sama ada dari segi bentuk bangunan, bentuk apa juga fizikal yang diwujudkan di situ. Nanti akan terserlahlah ciri-ciri kemelayuan dan keislamannya kalau sekiranya kita melantik pereka bentuk-pereka bentuk yang mempunyai kreativiti dan bakat-bakat yang tinggi untuk melakukan kerja yang sedemikian.
Jadi saya rasa tidak ada masalah daripada segi itu. Banyak sudah kita tengok bagaimana pereka bentuk, arkitek-arkitek boleh mereka bentuk pembangunan yang berbagai-bagai ciri. Ada yang menunjukkan ciri kebaratan, ketimuran dan sebagainya.
Tidak ada masalah. Masjid-masjid kita pun direka bentuk dan melihatkan terserlahnya budaya Melayu dan Islam itu dibangunkan pada zaman moden ini, boleh dilakukan. Boleh juga dilakukan di Kampong Bharu.
Tuan Yang di-Pertua, kita akan melakukan value added kepada tanah yang ada di Kampong Bharu itu. Tadi disebutkan lebih kurang 200 ekar lebih dan mengikut penilaian saya, nilai tanah di situ tidak kurang daripada enam bilion. Mungkin mencapai kepada sepuluh bilion dan kalau mengikut perkiraannya, ianya boleh dibangunkan dan mewujudkan satu nilai pembangunan yang mungkin bernilai tiga kali ganda daripada jumlah itu. Kalau maknanya enam bilion didarab dengan tiga kali ganda, ia akan menjadi satu pembangunan bernilai hampir 18 ataupun 20 bilion. Ini satu kekayaan, penjanaan kekayaan bagi masyarakat. Satu kumpulan masyarakat Melayu yang menjadi pemilik dan pewaris di situ.
Kalau kita boleh merancang dengan baik aset atau harta yang dijanakan dengan jumlah bernilai 20 bilion ini boleh berkembang menjadi 100 bilion dan kita mengetahui bahawa di Kuala Lumpur ini, pemilikan harta orang-orang Melayu begitu sedikit sekali dan ini adalah satu kaedah, satu gagasan, satu projek yang boleh membantu untuk meningkatkan pemilikan harta di bandar raya Kuala Lumpur ini dengan begitu besar sekali.
Bukankah ini satu langkah yang baik? Satu projek yang perlu kita sokong. Jadi kenapa perlunya kita menaruh perasaan bahawa bermacam-macam anggapan dan sebagainya. Itu semua akan menjadi penghalang kepada usaha yang hendak kita lakukan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Kerian, selepas itu Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Sekadar untuk berkongsi beberapa idea dan maklumat dalam Rang Undang-undang Kampong Bharu ini. Saya sebagaimana rakan- rakan yang lain juga ingin memperingatkan bukan dengan niat mala fide ataupun dengan niat yang jahat kerana saya rasa semua orang bersetuju bahawa satu-satunya lagi kampung tradisi di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur ini perlu dikekalkan dan segala identitinya tidak akan terhakis. Saya rasa itu asas kepada semua perbahasan yang walaupun mungkin bercampur baur dengan usaha politik, itu biasalah. Kita orang politik, kita bercakap dalam bahasa orang politik.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Akan tetapi saya yakin dan percaya bahawa kepada mereka yang inginkan melihat suatu pandangan jauh, kita punya way forward terhadap masa depan Kampong Bharu ini dan di belakang sana saya rasa ada wakil emas yang telah begitu berpengalaman dan telah pun masuk dalam usia emas, warga emas yang sudah tentu dalam hati mereka ingin melihat bahawa Kampong Bharu ini akan diwarisi oleh anak-anak cucu akan datang yang mana tidak tergadai sedikit pun apa yang mahu kita pertahankan pada hari ini.
Adapun kebimbangan-kebimbangan yang kami lahirkan hanya sekadar satu unjuran pemikiran, suatu pandangan jauh ke hadapan supaya kesilapan masa lalu tidak akan berulang. Saya rasa itu konsep dan falsafahnya. Seorang cendekiawan China iaitu Ai Cheng pernah mengatakan bahawa sejarah adalah cerminan masa depan. Sejauh mana pun kita mahu pantas berlari ke hadapan, jangan lupa pada sejarah, kepada pengalaman masa lampau. Kereta yang paling mahal di dunia pun pada hari ini dengan teknologi yang paling canggih pun ada cermin pandang belakang. Walaupun kereta ini memacu ke hadapan yang mungkin 500 kilometer satu jam, pemandu terbaik, pemenang grandprix, pemandu yang baik ini mesti memandang cermin belakang sebelum membuat pintasan memotong dan kereta akan terus maju ke hadapan.
Jadi saya rasa dalam konteks kita membicarakan tentang Kampong Bharu ini ialah pengalaman masa lalu harus diambil kira. Isu hilangnya satu per satu kampung-kampung Melayu ini bukan satu mitos. Ia bukan macam cerita Laksamana Hang Tuah. Dia bukan cerita macam Hikayat Panji Semerang ataupun Hikayat Malim Deman. Itu cerita mitos.
Akan tetapi hilangnya nama-nama kampung-kampung tradisi Melayu ini adalah satu kenyataan dan satu persatu hilang daripada peta Kuala Lumpur ini.
Saya rasa kalau Allahyarham Tun Razak masih ingat dan dia hadir bersama-sama kita pada hari ini, kita jangan lupa untuk mengimbang suatu kuasa ataupun dominasi politik pada masa itu, Tun Razak mempelawa orang-orang kampung datang ke Kuala Lumpur ini.
Datang untuk apa? Untuk mengimbangkan suatu dominan politik dan menstabilkan politik pada waktu itu. Orang kampung yang berhijrah pada waktu itu bertanya; “Tun, mana tanah kami hendak duduk?” Tun jawab; “Duduklah ini tanah kerajaan. Ini kerajaan kita. Esok kerajaan akan berkira kepada anda semua kita sama-sama orang Melayu”. Itu kata Tun Razak beberapa dekad yang lalu. Hari ini apa jaminannya?
Walaupun nama-nama kampung tadi Abdullah Hukum, pejuang tanah bagi orang Melayu, Kampung Kerinchi, Kampung Chubadak, Kampung Dalaman di Sentul hari ini. Di mana mereka? Ini bukan mitos. Ini bukan suatu cerita dongeng ataupun saya bercakap hari ini dengan suatu fakta yang tidak boleh saya bertanggungjawab. Kalau itu pun hilang pada hari ini, apa jaminannya? Hari ini orang Melayu macam alergi hendak sebut kampung mereka. Kalau ada korporat Melayu pun kalau hendak bangunkan tanah-tanah, gemar menggunakan nama-nama Duta Vista, Valencia, Kerinchi pun letak Link, Danga pun letak Bay, Heritage dan seumpamanya. Hilang Bahasa Melayu. Apa jaminannya? Adakah ini juga cerita dongeng?...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Jadi saya rasa kita harus membuat unjuran pemikiran kita pada hari ini kerana inilah hanya satu-satunya lagi kampung tradisi Melayu yang tinggal dan kalau kita silap pada hari ini membuat keputusan, ia bakal memangsakan anak-anak cucu kita pada masa yang akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Indera Mahkota bangun, Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ya?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh mencelah sikit? Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kubang Kerian ada menyebut mengenai sejarah. Saya rasa sejarah pada saya dalam kes Kampong Bharu ini ringkas. Sejarah membuktikan bahawa yang duduk berjuang untuk mempertahankan Kampung Bharu termasuk orang Melayu telah pernah gagal. UMNO menjanjikan 30 peratus pencapaian dalam DEB. Ternyata gagal sampai hari ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Adakah track record ini kita boleh bagi lagi, mempercayai mereka kata hendak mempertahankan Kampong Bharu dengan track record yang gagal dan begitu buruk sekali ini.
Saya tengok, saya juga hendak tanya Yang Berhormat Kubang Kerian, perbadanan. Maksud perbadanan dikatakan dengan jelas untuk bertujuan komersial. Bila komersial maksudnya akan cuba sedaya upaya untuk mengadakan, mewujudkan elemen keuntungan. Banyak dalam ini dinyatakan. Tidak payah hendak sebutlah satu persatu.
Memang terang dan jelas sangat akta ini mewujudkan perbadanan untuk tujuan komersial.
Bila tujuan komersial ini, maknanya soal namakah, soal kaumkah, soal nama baikkah sudah jadi nombor berapa pun saya tidak tahu. Saya sangat-sangat meragui apabila perbadanan diwujudkan dan rakan-rakan kita di pihak UMNO, Barisan Nasional mempertahankan nama Melayu itu sebenarnya, itu sangat retorik. Saya minta penjelasan.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih rakan saya daripada Indera Mahkota.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Kubang Kerian, saya tambah sikit boleh?
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Sekejap, sekejap. Saya rasa semuanya apatah lagi Yang Berhormat Indera Mahkota yang pakar dalam bidang ini, saya rasa kita harus semua membaca rang undang-undang ini dengan teliti tanpa ada sentimen ataupun perkara-perkara yang boleh memudaratkan kita pada masa akan datang. Kalau kita bercakap tentang siapa yang memberikan komentar ini, bukan sekadar PAS dan kami di sini. Saya hendak kod suatu kenyataan daripada UMNO sendiri. UMNO Titiwangsa.
Bukan lama. Februari 2011. Mungkin beberapa ketika sebelum diambil kira segala-galanya dalam rang undang-undang ini. UMNO Titiwangsa mahu kuasa mutlak dalam akta digubal khusus untuk membangunkan Kampong Bharu ini dikaji semula dengan teliti dan ada perlu dibimbangkan adalah tentang kuasa menteri yang terlalu besar.
Pemangku ketuanya, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, ini UMNO Titiwangsa dan juga bersuara sebagai memperingatkan kita tentang kuasa-kuasa Menteri yang wujud dalam akta ini yang kita tidak tahu kemanakah akhirnya kuasa Menteri ini yang in good faith semuanya. Dengan niat baik, kita boleh tolerate. Ini style undang-undang Malaysia pada hari ini. Semua Menteri itu tidak boleh cabar. Semua dalam in good faith. Dalam istilah semuanya bersangka baik. Jadi sebagaimana yang saya hujahkan tadi, kita alergi dengan nama-nama Melayu, banyak generasi anak muda kita. Rancangan kegemaran ayahanda saya, Yang Berhormat Sri Gading, Radio Klasik pun hendak gunakan nama klasik juga.
Jadi apa makna semua ini? Tidak hendak guna bahasa Melayu. Radio Tradisional. Nampak macam kolot. Tidak moden dan seumpamanya.
Jadi saya rasa balik kepada rang undang-undang ini. Saya rasa sejarahnya perlu diletakkan dalam asas yang kukuh, latar belakangnya harus kita bicarakan dengan cermat.
Ini adalah suatu hasil daripada datuk nenek moyang kita dahulu yang apabila Kuala Lumpur semakin berkembang dan industri-industri bijih timah pada waktu itu semakin meningkat pendapatannya lalu mereka berjumpa dengan Sultan Selangor pada waktu itu. Sultan Selangor memberikan perkenan minta kepada orang putih fikir tentang masa depan rakyat orang Melayu di Kuala Lumpur. Jadi apa yang kita pegang pada hari ini sebagai contoh tentang apa yang telah digazet sejak 111 tahun yang lalu kekal pada hari ini.
MAS adalah suatu badan yang berautoriti. Saya hendak bercakap secara objektif.
Kalau tidak ada perbadanan pun, MAS itu boleh berdiri dengan sendirinya. Tidak perlu ada perbadanan. MAS itu ada identitinya, ada sejarahnya, ada wibawanya, ada integritinya yang tidak perlu ada campur tangan perbadanan. Apa ceritanya di sebalik itu? Suatu hari bekas Perdana Menteri yang kita sayangi yang hari ini bergelar Tun.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Bila siap KLCC, dia naik ke atas, lambang kemajuan negara kita. Baguslah dia naik, baguslah ada satu mercu tanda yang kita ada, tetapi bila dia naik ke atas dia terpandang ke bawah, oh ada Kampong Bharu di bawah, zink yang buruk, semak samun seumpamanya. Jadi dia ada idea apa nak buat, lalu apa nak buat pada Kampong Bharu?
Dia bukan satu tanah yang mahu diteroka.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ini kita kena ingat, dia buka satu tanah kawasan yang kita hendak bangunkan, yang kita baru jumpa. Dia ada latar belakang sejarah yang sentimental kepada orang Melayu, warisannya. Kita biasa ke luar negara, pergi ke Edinburgh, kita pergi ke Venice, di sana negara ini, kita belajar bagaimana mereka menjaga warisan mereka, ada akta. Sebatang pokok yang ditebang kalau ia bertentangan dengan pokok itu ada kena mengena dengan warisan, dendanya cukup berat. Bangunannya dipelihara, itu cara mereka menjaga budaya, menjaga apa yang dikatakan warisan mereka.
Kita balik kepada Kampong Bharu, kita boleh makan hari ini di Kampong Bharu, apa yang ada di Kampong Bharu? Nasi Lemak Antarabangsa, apa yang kita mahu? Syurga makanan, apa yang kita mahu di sana?
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
[Bangun]
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tidaklah jammed sangat, cuma yang ada adalah longkang-longkang yang tidak terurus, rumah-rumah tradisi Melayu, yang di sana atas tanah itu mungkin ada 99 nama, mungkin, yang kita hendak bangunkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin bangun, Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ya sila.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya dapat melihat bahawa sahabat saya Yang Berhormat Kubang Kerian lebih bersikap terbuka, tapi apa yang saya harapkan supaya kita lebih bersifat ikhlas, tanpa ada prejudis dan juga kepentingan politik, semata-mata untuk membincangkan kepentingan Melayu pada masa akan datang.
Kampong Bharu ini sebenarnya cukup significant kepada pembangunan Melayu di tengah- tengah bandar. Saya kalau naik dekat hotel itu, saya lihat Kampong Bharu, saya pun rasa sedih.Jadi kita mahu melihat kalau boleh, kita dapat sama-sama membangun dalam bandar raya yang cukup indah pada ketika ini.
Kampong Bharu ini boleh kita takrifkan sebagai dengan izin, the nerve centre of the Malay, mahu kah kita lihat orang-orang Melayu terus terbiar begitu sahaja? Akan tetapi, sebenarnya rang undang-undang ini setelah kita teliti, sebenarnya kita bukan mahu menggadaikan kepentingan Melayu di Kampong Bharu, bahkan kalau boleh kita mahu menjaga kepentingan Melayu, kalau boleh tanah tersebut ataupun tuan-tuan tanah bukan hanya diberi one-off tetapi kita mahu mereka juga masih ada lagi equity participation dan apa juga keuntungan yang kita akan dapat secara berterusan, sustainable income dengan izin. Apa pendapat Yang Berhormat Kubang Kerian?
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ya, saya rasa kita bercakap tidaklah begitu politik sangat untuk kita bercakap mengenai Kampong Bharu, dan sahabat saya daripada Jasin juga bercakap begitu, Yang Berhormat Shah Alam juga begitu, Yang Berhormat Shah Alam dia lainlah, dia hero Hindustan, dia lain silat dia. Kita hero kung fu lain sikit seni dia, kalau kita bersilat kita kena, kita boleh balas balik, kita tidak ada masalah.
Jadi saya hendak balik dengan nafas yang sama, saya rasa Kampong Bharu kalau 7 hari bulan nanti, Perdana Menteri bentang Belanjawan Negara, tidak ada perbadanan pun kalau dia rasa dia perlu teruskan warisan bapa dia, Tun Razak tentang semangat Kampong Bharu, okey allocate RM2 bilion untuk Kampong Bharu.
Apa yang tidak kena? Longkang yang tersumbat kita bersihkan, gerai-gerai kecil orang Melayu berniaga yang tidak bersih, kita buat dalam satu, tanya arkitek anak muda Melayu, kita buat bangunan-bangunan yang cantik yang kecil yang mampu bayar. Biar anak-anak orang Melayu berniaga di situ. Rumah-rumah yang cukup tradisional, bangunkan. Ini cara Orang Putih, cara orang Scotland, ini cara orang Itali...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Hero Hindustan bangun.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Hero Hindustan hendak cakap...
[Ketawa] Terima kasih, apa punya Khan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya rasa pihak kerajaan tidak memahami begitu juga backbenchers tidak memahami.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Bukan kita hendak kekalkan Kampong Bharu dalam keadaan yang sedia ada, bila kita menolak atau kita membangkang soal rang undang-undang yang dikemukakan ini, bukan maknanya kita kata, kekalkan sahaja, biar begitu, biar orang Melayu dalam keadaan yang sebegitu. Apa yang kita katakan adalah cari satu mekanisme di mana pembangunan yang dilakukan itu tidak akan menyebabkan penduduk di situ hilang milik tanah mereka, nombor satu. Keduanya, biar ianya dilakukan dengan satu cara melibatkan penduduk di situ di mana imej kampung Melayu tradisional itu akan dapat dikekalkan.
Makna ia bukan menjadi satu corak pembangunan yang overwhelming yang menyebabkan pemilik yang asal ini hilang dan kurang ekuitinya, ini yang kita hendak. Kita hendak cari satu mekanisme yang akan menjamin hak milik Melayu itu walaupun satu inci persegi tidak akan digadaikan. Sedangkan di sini jelas disebut dan perkara ini telah pun disebut oleh Yang Berhormat Subang, telah disebut oleh Yang Berhormat Batu dan saya pun hairan kenapa pihak wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional, parti UMNO ini tidak sensitif mereka. Kenapa tidak dikekalkan hak milik mereka? Kenapa ada dalam soal perbadanan ini, soal penjualan, soal pemilik baru, bakal pemilik baru, apa yang pernah disebut oleh Menteri sendiri dahulu, 40 peratus menjadi milik bukan bumiputera, 60 peratus milik bumiputera. Lalu janganlah kita confusekan isu ini, bukan kita kata kita tinggalkan sahaja Kampong Bharu, tidak ada siapa yang kata begitu, tapi biarlah ia dibangunkan dengan cara yang bertanggungjawab, apa pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sikit sahaja. Saya hendak sebut tadi tapi terlupa. Soal keikhlasan tadi. Kalau betul kerajaan hendak juga buat perbadanan ini, hendak juga luluskan, hendak juga bangunkan Kampong Bharu yang dikatakan hak milik orang Melayu. Saya hendak tanya, saya hendak minta melalui Yang Berhormat Kubang Kerian, saya hendak tanya Menteri. Kenapa tidak fikirkan sekarang satu langkah untuk mempertingkatkan nilai tanah Kampong Bharu sementara dia masih lagi dalam hak milik orang-orang di Kampong Bharu iaitu Melayu Kampong Bharu? Kenapa tidak buat? Kenapa biarkan dia jadi slum seperti Menteri kata, hendak ambil dahulu melalui perbadanan barulah hendak bangunkan, kenapa? Kalau ikhlas hendak suruh nilai tanah orang Melayu itu meningkat, buatlah sekarang sebelum Perbadanan ini diwujudkan...
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
...Buat dahulu, tidak perlu buat kemudian, buat sekarang. Sebagai contoh, Yang Berhormat Kubang Kerian, saya hendak tanya, sebagai contoh kerajaan pernah umumkan beberapa insentif khas seperti Cyberjaya, pernah diumumkan insentif dahulu supaya harga nilai itu naik secara mendadak, lepas itu barulah hendak ambil, ambillah. Ini seolah-olah macam suruh ambil masa harga dia murah, kemudian baru hendak buat, apa pandangan?
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Kerian, boleh?
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Saya patuh. Saya rasa kalau kita hari ini ambil contoh yang baik, kita kalau pergi Petaling Street hari ini, tempat anak-anak muda Cina berniaga. Lima tahun dahulu, tidak teratur, tolak kereta tolak, hujan ribut datang mereka berkemas dan seumpamanya, tetapi insentif kerajaan bagi bajet, cantikkan Petaling Street. Satu tarikan pelancongan, destinasi pelancongan, cantik berbumbung. Kita pergi Little India sebagai contoh, kita bangga tengok anak-anak orang India, warisan di situ.
Kampung Morten, kalau kita lihat macam mana kampung tradisi Portugis dibangunkan tidak terusik. Jadi kampung Melayu ini saya hendak sebut adalah kita mesti beri satu komitmen bahawa apa pun yang kita hendak bangunkan, ciri-ciri Melayu, ciri kampung warisan ini tidak akan tergadai.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Kalau kita lihat dalam apa yang dikatakan organisasi pentadbiran Lembaga MAS yang ada di tangan saya ini yang saya lihat kalau saya baca Tuan Yang di-Pertua mungkin masa tidak cukup, tetapi kalau saya baca ini sahaja telah cukup sebenarnya.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
MAS ini sahaja sudah cukup untuk melindungi hak-hak Melayu di Kampong Bharu tanpa perlu ada suatu perbadanan yang ada pada hari ini yang kita rasakan bahawa dengan unjuran pemikiran kita dan unjuran politik yang kita nyatakan secara objektif pada hari ini, saya merasakan ia sangat besar kesannya terhadap masa depan orang-orang Melayu. Jadi kalau kita ada satu bajet yang mencukupi, cantikkan, bangunkan gerai-gerai, biar orang Melayu berniaga dan boleh bayar sewa dengan kadar yang mereka boleh sewa.
Rumah-rumah terisi kita kekalkan, zink-zink buruk itu kita gantikan dengan genting-genting.
Kita boleh adakan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Melayu gerai sahajalah standardnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Kalau kondominium RM2 juta boleh beli kah? Yang Berhormat Pasir Salak boleh belilah. You boleh belilah. Apa yang penting ialah kampung tradisi ini kita kekalkan dan jangan terusik.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa bukan nilai wang boleh menggantikan satu warisan kampung Melayu yang bersejarah beratus tahun?
Seperti mana yang bangunan-bangunan di Jalan Sultan, Jalan Petaling, kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah dan bangunan di Jalan Sultan untuk projek MRT. Mereka tidak mengambil kira satu social impact assessment bahawa bangunan yang bersejarah ini harus dikekalkan dan bukan untuk untung wang sahaja. Satu sejarah yang boleh diberi kepada anak cucu kita untuk berbangga bahawa datuk-datuk kita membangunkan dan menyaksikan bahawa Kuala Lumpur dibangunkan oleh orang Melayu di Kampong Bharu, Jalan Petaling oleh orang Cina dan Little India di Jalan Tun Sambanthan. Satu tempat bersejarah yang boleh menarik lebih pelancong-pelancong dari luar negara. Ini lebih baik lagi daripada satu bangunan yang moden. Pelancong-pelancong datang ke Malaysia untuk menyaksikan bangunan bersejarah, bukannya bangunan moden. Inilah satu hakikat. Adakah Yang Berhormat bersetuju?
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih rakan saya dari Bukit Bintang dan saya gulung Tuan Yang di-Pertua ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Gulung Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Saya akan gulung dan apa pun pandangan kami pada hari ini ialah...
Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang
Minta laluan satu minit sahaja.
Sebelum habis Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
...Kita balik kepada apa yang menjadi hasrat kita supaya walau apa pun, ia tidak akan menggadaikan hak mutlak dan hak anak-anak cucu akan datang yang kampung ini tidak akan kita gadaikan.
Kemudian saya rasa apa yang penting di sini adalah Yang Berhormat Menteri mesti dedahkan hasil referendum, bukan ini suatu yang kita hear say sahaja. Jumlah 90 peratus itu betul atau tidak betul? Ini kerana 30 peratus sahaja hantar borang balik. Kalau benar kita mahu ambil suara orang Kampong Bharu, harus ada satu jawatankuasa khas yang mungkin boleh kita tubuhkan untuk benar-benar mengendalikan satu referendum yang kita harus berikan hak kepada keseluruhan pewaris-pewaris Kampong Bharu untuk mereka menentukan masa depan mereka.
Yang akhir sekali saya rasa apa yang penting di sini adalah saya ingin menyatakan bahawa Yang Mulia Sultan Selangor bersetuju Kampong Bharu itu dibangunkan dan bukan diperbadankan. Dibangunkan supaya segala identiti, segala warisan itu tidak akan tercemar dan tidaklah dikatakan nanti, ‘menang sorak kampung tergadai’. Inilah saya rasa satu perkara yang harus kita fikirkan bersama sebagai memberikan pandangan saya terhadap rang undang-undang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kinabatangan dan selepas itu Yang Berhormat Wangsa Maju dan kemudian Yang Berhormat Menteri menjawab.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Duduklah Yang Berhormat Pokok Sena. Baru masuk tadi pun sudah bukan alang- alang cakap. Saya ingin mengambil kesempatan untuk membahaskan Rang Undang- undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Sebetulnya saya kecewa sedikit dengan rakan saya dari...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kubang Kerian?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kubang Kerian ya. Saya selalu dengar hujah dia begitu progresif, proaktif tetapi petang ini berhubung dengan pembangunan saudara Melayu kita, dia boleh terpesong seperti juga Yang Berhormat Shah Alam hero Hindustan. Hero Hindustan ini biasanya dia tidak tahan lama. Temberang dia lebih... [Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Mati hidup balik.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hujah rakan pembangkang saya ini seolah-olah akta ini seperti dia rasakan Belanda minta tanah. Ini bukan Belanda minta tanah. Kita hendak membangunkan tanah Kampong Bharu untuk kepentingan orang Melayu. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Batu. Dia boleh memesongkan pemimpin-pemimpin Melayu daripada PAS, daripada Keadilan supaya orang Melayu jangan dibangunkan dan dia boleh memperkotak-katikkan sampai bila-bila. Biar orang Melayu terpesong, tercorot di tengah-tengah arus pembangunan bandar raya dan bangsa-bangsa yang lain maju tetapi bangsa Melayu terpinggir.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh mencelah?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sila. Ini tidak bagi susah juga.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kinabatangan, tadi saya melihat rakan kita dari Bukit Bintang mengatakan kita kena kekalkan Kampong Bharu kerana ianya menjadi tarikan pelancong. Setahu saya Tuan Yang di-Pertua, pelancong duduk di Bukit Bintang. Belanja di Bukit Bintang melihat keadaan rumah orang-orang Melayu di Kampong Bharu bukan sebagai tarikan tetapi sebagai satu mungkin menghairankanlah. Di tengah-tengah kemewahan bandar raya Kuala Lumpur ada lagi orang Melayu yang masih lagi merempat, yang masih lagi dalam keadaan begini. Ini satu pemikiran yang betul-betul jahat. Itu satu Yang Berhormat, sekejap ya.
Saya kadang-kadang terlihat ketawa pun tidak, menangis pun tidak. Tadi Yang Berhormat Kubang Kerian bercakap mengenai bagaimana mereka tidak mahu menggadai orang Melayu tetapi hak orang Melayu senang-senang digadai oleh mereka. Dalam perjuangan politik mereka, perjuangan hak orang Melayu menjadi nombor empat atau nombor lima dalam perjuangan politik dan hari ini mereka mahu menjadi hero kepada orang Melayu untuk menghukum orang Melayu di Kampong Bharu. Malulah sedikit!
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, sudah gaharu cendana pula. Memang jelas. Semua orang tahu inilah permainan politik pembangkang. Dia berhujah memegang akta ini dengan berkata kita tidak mempolitikkan tetapi hujah mereka semua politik. Saya berdiri di sini walau pun berasal dari Kinabatangan tetapi selaku Ahli Parlimen Malaysia, saya berkesempatan turun ke Kampong Bharu bertanya dengan pemilik-pemilik tanah dan ada sebahagian besar mereka menyatakan bahawa Akta Perbadanan ini mereka katakan kecil tapak tangan lautan biru kami tadahkan, kerana kerajaan berkesudian untuk mewujudkan perbadanan ini dan jelas saya cukup senang hati.
Kita lihat Bahagian VI bagaimana kumpulan dana akan dikumpulkan dan dana ini akan diselenggarakan untuk kepentingan orang-orang Melayu. Kampong Bharu ini dibangunkan dengan ciri-ciri kemelayuan, agamanya tetap kekal, tradisinya kekal.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cuma kita berbangga sebab kita ada satu lokasi kampung Melayu moden yang pasar rayanya bukan lagi macam sekarang, yang gerainya bukan lagi macam sekarang, yang rumahnya teratur, tersusun. Apa yang susah sangat? Sebetulnya penduduk Kampong Bharu tidak susah, yang susahnya yang di sini ini. Ini yang saya hairan, menyusahkan rakyat. Hendak memerintah…
Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Akan tetapi menyusahkan rakyat. Kalau inilah jenis pemerintah yang ada dalam negara kita...
Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Patutlah Kelantan itu mundur dan mundur terus... [Dewan riuh]
Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan
Labuan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kinabatangan terlalu majulah saya rasa.
Kinabatangan ini terlalu maju. Maju sangat... [Ketawa] Hendak komen Kelantan harap cermin muka dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak perlu menyampuk Yang Berhormat.
Datuk Haji Yussof Haji Mahal - Labuan
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Hendak komen Kelantan, harap cermin muka dahululah... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Penduduknya 40...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Labuan.
Datuk Haji Yussof Mahal - Labuan
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin oleh sebab waktu peluang saya untuk berhujah mungkin tidak sempat, saya cuma untuk mencelah sahaja. Apa yang kita terlalu risaukan?
Kalau sebelah sana terlalu risau untuk pembangunan Kampong Bharu, sedangkan orang Kampong Bharu sendiri, penduduk Kampong Bharu sendiri sudah setuju untuk kampung mereka dibanguni. Kenapa kita harus susah hati? Kita mahu Melayu maju, Melayu membangun. Jangan sampai gara-gara kita cemburukan pembangunan Kampong Bharu sehinggakan kita membuat satu isu yang tidak baik sehinggakan orang Melayu terbenam begitu sahaja. Kita tidak mahu orang Melayu terbenam di Kampong Bharu, kita mahu membangunkan dengan pembangunan berdasarkan kepada Rang Undang-undang Pembangunan Kampong Bharu ini kita harus luluskan supaya ‘vehicle’ ini akan dapat membangunkan Kampong Bharu yang mana akan menjadikan Kampong Bharu mercu tanda orang-orang Melayu di Kuala Lumpur. Terima kasih... [Tepuk]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Labuan memang benar, 97 peratus pemegang-pemegang tanah di Kampong Bharu bersetuju.
Sebanyak 3 peratus sahaja yang tidak setuju. Saya tidak hairanlah Yang Berhormat Shah Alam ini, beliau ada pepatah Melayu, “Seperti kera kena belacan.” Macam itu, kalau terkena belacan dia terpinga-pinga. Dia hendak menyerang ikut suka hati dia.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kinabatangan berkata 97 peratus telah bersetuju sedangkan pihak kerajaan sendiri pun tidak dapat hendak mengeluarkan hasil referendum yang dibuat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Akan tetapi, di tangan saya ini ada satu jawatankuasa bertindak telah mendapat tandatangan daripada beratus-ratus tuan punya tanah, penduduk di Kampong Bharu...
[Dewan riuh] Saya bukan bohong, saya bawa dokumen.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Macam beli dari Chow Kit nampak.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jangan ingat orang Kampong Bharu datang ke Parlimen untuk membohongi...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Fail macam beli di Chow Kit sahaja.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tindakan yang telah dibuat oleh orang Kampong Bharu. Oleh sebab itulah saya katakan, saya minta maaf soal Yang Berhormat hendak berhujah hendak pertahankan Yang Berhormat Menteri, hendak mempertahankan apa yang hendak dibuat oleh kerajaan itu satu hal. Akan tetapi, jangan mengatakan bahawa 97 peratus orang Kampong Bharu penduduk, tuan punya tanah bersetuju dengan tindakan ini. Sokongan membantah penubuhan perbadanan Kampong Bharu...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Pokok Sena tahu tidak jumlah pewaris seluruhnya?
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tak, saya katakan bahawa di sini ada. Saya boleh beri untuk di check.. Ya, saya boleh bagi. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri sendiri tidak pernah mengeluarkan hasil referendum yang telah dibuat oleh kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey faham. Saya jawab, saya jawab.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Oleh sebab itu saya katakan bahawa jangan cuba untuk menghina orang Kampong Bharu sedangkan mereka juga ada prinsip.
Mereka ada prinsip.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey Yang Berhormat Pokok Sena. Janganlah begitu. Kita beri peluang, ambil peluang pula. Ini masalah. Kita beri betis, dia hendak paha pula. Macam Yang Berhormat Shah Alam juga. Saya, Yang Berhormat Pokok Sena ini...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya hendak betis. Saya ambil betis, tidak ambil peha. Bagi betis sahaja. Saya pun ambil betis sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Beliau buat pergerakan haram.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Ketawa] Itu pun tidak berani. Minta betis pun tidak beri. Minta ibu jari sahaja... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Beliau buat pergerakan haram, beliau tidak tahu berapa penduduk Kampong Bharu pun. Inilah masalahnya. Jadi, apa yang lebih penting pada hari ini iaitu ketelusan, kesanggupan dan komitmen kerajaan untuk membangun orang-orang Melayu di Kampong Bharu. Apa yang menjadi kerisauan Yang Berhormat-Yang Berhormat ini? Hendak membangun bangsa seagama sendiri pun kita risaukah?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Jangan gadai tanah orang Melayu. Ini gadai. Hilang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, dengan tertib Yang Berhormat. Mencelah pun dengan tertib .
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya. Sedikit Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang menjual orang Melayu, PAS.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak! Kita tidak jual apa-apa.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia dewa-dewakan Komunis sebagai pejuang.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Itu kenalah Utusan Malaysia kena saman.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itulah menjual orang Melayu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dalam Dewan ini Melayu pun kena jual, Yang Berhormat Batu jual. Terang. Sudah terang.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi, inilah hasrat murni kerajaan itu diputarbelitkan oleh pembangkang kerajaan. Saya telah menjelajah di banyak negara...
Seorang Ahli
Jual apa? Jual apa?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Semua ada kerajaan tetapi tidak ada negara macam Malaysia. Kerajaannya cukup prihatin dengan rakyat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pergi jelajah seluruh negara, tetapi Kinabatangan ketinggalan... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Membangun bukan sahaja bangsa Melayu, bangsa-bangsa lain pun dibangunkan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, macam di Kinabatangan.
Kinabatangan cukup kaya dan cukup maju.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat mengapa ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak payahlah macam ini Yang Berhormat. Mencelah dengan tertib Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apa sudah jadi ini? Duduk.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduk dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Duduklah. Ini floor Yang Berhormat Kinabatangan. Apa ni tidak tahan ke?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Belum. Jalan belum saya beri.
Minta sama Menteri JKR kalau hendak jalan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kinabatangan, Balik Pulau mencelah sedikit boleh? Kawan, kawan, kawan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak mengapa. Tadi pun sudah banyak laluan juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ketulusan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya serius membantu orang- orang kampung Melayu sebab mereka ini saudara kita, saudara seagama. Kita harus bantu kerajaan menyelesaikan kerumitan Kampong Bharu yang sudah 100 tahun lebih tidak juga pandai selesai-selesai...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Penjelasan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sudah 100 tahun ini. Hari ini insya-Allah sejarah akan kita lakar. Apabila perbadanan ini dapat kita laksanakan, saya cukup yakin jawatankuasa yang dipilih kerajaan yang memimpin negara ini, insya-Allah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Selepas pilihan raya pun saya yakin BN juga akan memerintah. Kita tidak akan aniaya orang-orang Melayu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita tidak akan aniaya orang Cina ataupun orang India. Kita bangun sama-sama untuk menentukan masa hadapan negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan berhenti dahulu...
[Ketawa]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Penjelasan, penjelasan.
Kawan. Yang Berhormat Kinabatangan. Kawan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Ini rakan-rakan kita di belah sana ini terutama dari PASlah, hari ini bercakap begitu berapi-api, bersungguh-sungguh untuk membela orang Melayu. Akan tetapi saya teringat sebelum ini, mereka kata, ini soal Melayu-Melayu ini tidak pakai. Ia satu dasar tidak boleh pakai, dalam Islam tidak boleh. Dia Asobiyah, perkauman. Akan tetapi hari ini beria-ia lagi. Ini saya dengar sendiri daripada Tok Guru, Menteri Besar dia. Jadi macam mana? Sekejap perjuangan untuk Melayu, sekejap perjuangan Asobiyah. Bolehkah mendapat penjelasan. Ini isu ini ...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kinabatangan, isu yang sama sedikit-sedikit.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini sebetulnya sumpah serakah... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Memang inilah. Kalau dalam Dewan ini pun boleh kena jual, apa lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak beri jalan Yang Berhormat. Betulkah?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Boleh sedikit? Kawan, kawan. Demi Melayu.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terang-terang kena jual. Yang Berhormat Batu boleh jual Yang Berhormat Shah Alam dengan Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Balik Pulau okey. Balik Pulau.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang hendak hapus 30 peratus kuota Melayu itu ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tanya Yang Berhormat Batu.
Yang Berhormat Batu...
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Pakai timbang kati. Timbang kati sahaja... [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Batu memang hebat!
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang mengumumkan bahawa hendak hapuskan... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena. Cukuplah Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Baik.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena tidak boleh berucap begini Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Perjuangan. Beritahu... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat!
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya. Apa? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri cakap.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tadi Yang Berhormat Pokok Sena belasah kita...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini hipokrit. Hipokrit! Ahli Parlimen konon hendak jadi juara Melayu. Inilah!... [Ketawa] [Tepuk] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat!
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Melayu, Melayu, Melayu, gadai... [Dewan riuh]
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Baru tahu sekarang. Lihat yang lain itu... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat!.. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tahniahlah pemimpin Melayu yang kena jual... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena. Ahli-ahli Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Semua duduk.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Timbang kati sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Jangan berucap membelakangkan standing order Yang Berhormat. Tidak boleh begitu.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tahniahlah Yang Berhormat Pokok Sena.
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh macam itu.
Yang Berhormat Kinabatangan sila habiskan Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya mahu habiskan. Ini Yang Berhormat Pokok Sena ini tadi waktu Akta Kediaman Terhad dia belasah tuduh UMNO bakar rumah, kita relaks. Kita cakap dia kena jual, memang betulkan Yang Berhormat Batu sudah jual dia.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Kecoh tadi! Yang jadi kecoh itu...
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
PAS ini Tuan Yang di-Pertua, hadis pun dia jual, ceramah pun dia jual. Ini hari dia kena jual pula!
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, ini satu scandalizes. Mana boleh kata jual hadis. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ini jual, jual, jual apa ini?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ini salah dari segi hukum.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tanya kepada Yang Berhormat Batu!
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Jual ini jual apa?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Mana boleh kata macam itu!
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Pemimpin PAS bukan semualah...
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Habiskanlah Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Adakah cakap orang jual hadis! Salah dari segi hukum!
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ingat Allah SWTlah!
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, relakslah...
[Ketawa]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Mahu jual apa?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Balik Pulau janganlah emosi. Relaks dahulu.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Mahu jual apa mahu jual ini?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Nasib Yang Berhormat Balik Pulau tidak ikut kalau tidak kena jual juga. Mula-mula Yang Berhormat Batu punya mukadimah memang hebat. Dia ada pelajaran psikologi. Dia psiko dahulu. Dia sedih.
Macam mana Melayu... [Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ha, tengok ini.
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini harga dia RM5 sahaja kena jual.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Menyampuk]
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat!
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, ini harganya RM5 sahaja kena jual. Tak mahal pun.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Berapa ringgit?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
RM5 sahaja... [Ketawa] Yang mahal Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Harga dia RM5? Aduh, malulah!
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya ingat Yang Berhormat Kinabatangan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita kembali kepada...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Dengan kawan-kawannya pemimpin UMNO ini elok dilelong...
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
...Di pasar Kampong Bharu itu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Akta ini.
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey, saya bagi Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tadi Yang Berhormat Kinabatangan...
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
[Menyampuk]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak, saya betul. Saya rasa mungkin kita rehat sekejap sebab kita membicarakan masa depan orang Melayu... [Dewan riuh]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak, sungguh. Bukan, bukan, sungguh.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Apa jadi dengan Balik Pulau?
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Sudahlah Yang Berhormat Balik Pulau. Hipokrit semua itu.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Sudah terang lagi bersuluh.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Nanti hendak cakap.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Jadi orang luar faham-fahamlah.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kinabatangan tadi mengatakan ketelusan tadi ada pakaikan, setuju dengan saya Yang Berhormat Kinabatangan memandangkan Yang Berhormat Menteri mengatakan ada referendum, ada apa semuakan, supaya kita hari ini membuat keputusan berdasarkan ketelusan...
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Cukuplah Yang Berhormat Batu sahaja jual. Jangan Yang Berhormat Balik Pulau pula.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
...Setuju bahawa dengan saya supaya Yang Berhormat Menteri patut menunjukkan kepada kita bukti referendum yang dia kata dia buat itu. Kita hendak tengok. Kita tengok betul tidak? Itu ketelusan. Kalau betul itulah inspirasi orang Kampong Bharu bagi kita tengok sebab ini dia cakap tetapi tidak ada di sini.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Besi itu besi! Tidak boleh tunjuk.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sebab ini dia cakap tetapi tidak ada di sini. Setuju tidak?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Kinabatangan.
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat saya minta maaf Yang Berhormat. This is not the way here. Saya minta maaf cara ini bukan cara seorang Ahli Parlimen untuk berbahas. Please.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Laluan. Saya hendak minta laluan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak, saya tidak bagilah.
Cukup.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak bagi jalan?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Standing order.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Hendak standing order apa?
Standing order mana? Duduklah Yang Berhormat Shah Alam.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Standing order berapa Yang Berhormat Shah Alam?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya mahu jawab dahulu Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
36...
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat standing order berapa?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
36(6).
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
36(6)?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Standing order.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apa?
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Point of order Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dengarlah, duduk.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mana bukunya?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Allah!... [Mengambil buku peraturan mesyuarat]
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Baca, baca, baca, baca... [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Point of order apa?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Nampak?... [Menunjukkan Buku Peraturan Mesyuarat] Saya khuatir ada yang buta... [Ketawa] Ini dia. Ini kerana orang yang datang dari jauh pedalaman kampung terpencil...
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Standing order nombor berapa itu?
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Mungkin tidak nampak. Okey, nampak buku? Peraturan Mesyuarat 36(6).
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Orang pedalaman pun ada ilmu Yang Berhormat!
Ingat Yang Berhormat seorang sahaja yang pandaikah?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan dia telah menuduh kita ini dijual sedangkan perbahasan berhubung dengan Kampong Bharu. Perkara yang hendak dijual adalah orang Melayu di Kampong Bharu oleh UMNO. Lalu saya merasakan bahawa...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cukuplah!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Dia telah mengeluarkan banyak perkataan yang menghina.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cukuplah. Cukuplah, sudahlah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya rasa...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya hendak sambung.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Ianya merupakan satu cara...
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kinabatangan, duduk dahulu Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Yang tidak Parliamentarian... [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sekiranya dia hendak bahas rang undang-undang ini tidak perlu dia menuduh sama ada Yang Berhormat Pokok Sena dijual oleh Yang Berhormat Batu ataupun Yang Berhormat Shah Alam dijual oleh Yang Berhormat Batu kerana ianya merupakan satu kata-kata yang menghina dan saya minta dia tarik balik dan mengaku bahawa sebenarnya yang hendak dijual adalah orang Melayu di Kampong Bharu oleh UMNO.
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya mendengar dan kita mendengar.
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Dia tidak secara literal untuk menjual Yang Berhormat Batu, untuk menjual Yang Berhormat Pokok Sena, untuk menjual Yang Berhormat Shah Alam. Dia tidak bermaksud sedemikian Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tiada niat...
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Saya memutuskan beranggap bahawa tidak ada perlanggaran terhadap 36(6).
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun tidak ada...
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kinabatangan, habiskanlah Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Niat apa-apa cuma apa yang saya jelaskan bahawa akta ini tidak ada niat sangkaan yang tidak baik bukan seperti rakan- rakan yang lain. Yang Berhormat Batu berjaya mempengaruhi. Tadi saya sangka Yang Berhormat Balik Pulau...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya agak itu sudah melebihi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Tidak terpengaruh. Rupanya terpengaruh juga.
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Seluruh ucapan dia, dia target kepada saya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Batu tadi sudah berucap, saya dengar juga.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau ada hujah you cakaplah, apa kena-mengena dengan saya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tidak bagi laluan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau you tidak setuju dengan hujah saya, you bawalah hujah lain.
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat. Tidak payah bertelingkah begini Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak, saya...
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kalau standing order merupakan isu di sini saya minta semua ikut standing order. Yang Berhormat bertelagah begini pun tidak mengikut standing order.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Okey, tetapi setiap ayat yang dia sebut dia kata Batu jual...
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat mencelah yang begitu pun tidak mengikut standing order. Oleh sebab itu saya katakan bahawa tidak ada perlanggaran. Cukup setakat itulah dan saya minta Yang Berhormat Kinabatangan untuk menghabiskan hujah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya. Saya Tuan Yang di-Pertua sekali lagi saya memuji dengan Yang Berhormat Batu sebab dia berjaya memesongkan pendirian rakan-rakan yang lain. Memesongkan untuk memajukan orang Melayu di kampung Melayu sedangkan hasrat murni kerajaan...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
36(6) Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Melalui akta ini...
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan tidak ada niat jahat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mana ada? Puji!
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya tahu Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Ahli lain.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dia puji Yang Berhormat Batu pandai bukan menghina.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya puji Yang Berhormat Batu hebat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
36(6), tadi tersilap baca bukan menghina...
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya tahu 36(6) sangkaan jahat. Oleh sebab itu saya katakan tadi dia tidak bermaksud secara literal untuk menjual siapa-siapa.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia telah menyatakan bahawa kita dijual.
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Saya telah membuat keputusan terhadap usul Yang Berhormat bawa 36(6) saya sudah buat keputusan. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Okey.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya puji Yang Berhormat Batu hebat, luar biasa. Bukan senang hendak memesongkan Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Shah Alam tetapi Yang Berhormat Batu hebat.
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kinabatangan, cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bukan pesong.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Balik Pulau dengan kehebatannya pun terikut-ikut.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Apa yang telah disebutkan olehnya memesong...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Memang luar biasa, saya mahu belajar dengan Yang Berhormat Batu ini.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tarik baliklah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tahniah Yang Berhormat Batu!
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tahniah! Saya mahu belajar sama Yang Berhormat Batu macam mana hendak reverse psychology hendak memajukan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya minta Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik ayat memesong itu.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Mohon laluan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Apa maknanya memesong? Kalau memesong tidak ada...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Kinabatangan kata Yang Berhormat Batu hebat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bolehkah memesong ini tidak mempunyai niat jahat?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya kata Yang Berhormat Batu hebat, luar biasa.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Itu pun hendak suruh tarik balikkah Yang Berhormat Batu hebat?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Pandai.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Adakah kita dalam tafsiran kamus mana-mana pun memesong itu tidak ada niat jahat.
Timbalan yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kinabatangan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Memang Yang Berhormat Batu tidak ada niat tapi hujah Yang Berhormat Batu boleh memesongkan mereka. Bukan, indirect...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Memesong itu adalah ayat yang negatif.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Akan tetapi itu tidak benar, istilah yang negatif. Kita telah berhujah sebelum Yang Berhormat Batu.
Seorang Ahli
Kita pujilah!
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sebelum Yang Berhormat Batu pun kita sudah berhujah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Batu best.
Yang Berhormat Batu ambil... [Menunjukkan isyarat ‘bagus’ kedua belah tangan]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ia merupakan satu sangkaan jahat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dua tangan Yang Berhormat Batu hebat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya pun tolong juga.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Habiskan hujah Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini macam salahkah?
Seorang Ahli
Tarik balik lah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey, Yang Berhormat Batu tidak hebatlah. Saya tarik baliklah. Yang Berhormat Batu tidak hebat lagilah.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Bukan tidak hebat, memesongkan. Itu perkataannya...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat, saya tidak kisah Yang Berhormat hendak kata apa pun. Akan tetapi biarlah berhujah rasional sedikit...
[Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Batu tidak hebat lagi dan boleh memesongkan...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Malulah, pegawai-pegawai ‘duk’ tengok macam Raja Lawak sahaja.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Batu tidak hebat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Batu tidak hebatlah. Dia tidak boleh lagi... memesongkan siapa-siapa.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Kinabatangan, minta laluan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tadi Yang Berhormat hujah, saya tidak kacau.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak payahlah.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Bukan, hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya teruskan. Saya hendak mengakhiri perbahasan saya ini sebab Yang Berhormat Menteri sudah menunggu lama, dia hendak beri maklumat yang sebenar, yang menjadi kekeliruan di kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang keliru. Macam saya, saya tidak keliru sebab saya yakin bahawa akta ini boleh menjamin masa hadapan orang Melayu, di Kampong Bharu, di tengah-tengah bandar raya, kota raya ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat memang tidak keliru sebab Yang Berhormat yang hendak jual Melayu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita mahu melihat orang Melayu yang Perkasa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pokok Sena...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat memang tidak keliru...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh mencelah macam itu, cukup Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita mahu melihat orang Melayu yang berjaya, kita mahu melihat orang Melayu boleh bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di tengah-tengah kota raya ini. Saya menyokong Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Wangsa Maju 15 minit, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya berdiri untuk membahas rang undang-undang ini yang akan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Boleh kata saya duduk di sini beberapa jam, saya merasa sedih kerana nampaknya kita tidak boleh menerima pandangan orang lain dan ini adalah Parlimen. Saya nampak apabila satu pihak bercakap tidak ada orang kacau dan satu pihak lagi ada orang hendak kacau, berdiri dan sebagainya. Ini adalah Parlimen, kita respect lah.
Beri penghormatan kepada orang yang hendak berucap, tidak baik begitu. Mujur hari ini tidak ada murid-murid di sini, nampak seperti Parlimen ini sebagai satu Zoo Negara.
Yang pertama, saya diminta bagi pihak tujuh kampung tradisi di Wangsa Maju dan dekat-dekat Wangsa Maju seperti kampung tradisi Kampung Chubadak, Kampung Padang Balang, Kampung Sungai Mulia, Kampung Sungai Merali, Kampung Bandar Dalam, Kampung Puah Seberang dan Kampung Puah untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan... [Tepuk] Ini kerana pada 7 Disember 2009, di mana saya membangkitkan perkara ini dan Yang Berhormat Menteri di dalam Dewan yang mulia ini, yang lama telah mengisytiharkan kampung tersebut, tujuh kampung tradisi ini akan dikekalkan. Walaupun... [Dewan riuh]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Sila dengar! Kita tidak mahu orang lain kacau kita. Mereka meminta melalui saya satu tarikh di mana pegawai mereka, ketua-ketua mereka boleh datang ke Parlimen untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri tersebut. Akan tetapi kita kena faham di sini berpuluh-puluh tahun perkara kampung tradisi ini telah dibangkit dalam banyak ceramah. Di mana sebuah kampung di Gombak sentiasa dihentam. Akan tetapi tidak pernah sampai ke Parlimen, semua dipolitikkan. Saya rasa amat sedih. Kalau kita berceramah bertahun-tahun angkat tangan, macam-macam perkataan tertentu dikeluarkan. Kawan saya cakap ini takbir tetapi kenapa, sampai di Parlimen ini, bawa ke Parlimen tetapi sayang, tidak apa. Kita telah dapat itu, terima kasih. Akan tetapi yang pentingnya, hari ini saya bahas perkara ini adalah perkara yang penting. Kita hendak bangunkan Kampong Bharu.
Saya tidak mahu membahaskan perkara ini sebagai seorang Tionghoa tetapi sebagai seorang warganegara Malaysia. Ke arah 1Malaysia, bukan menjual Kampong Bharu, tidak. kita kena faham latar belakang Kampong Bharu ini. Kita kena faham Kampong Bharu ini tidak boleh dibangunkan jika tidak ada satu akta yang sedemikian. Sebab apa?
Title, kalau hendak membangun mereka perlu ada hak milik. Apabila kita hendak hak milik, kita kena cari keturunan dan ramai orang akan datang menuntut.
So, sampai bila Kampong Bharu ini boleh dibangunkan sedangkan Kampong Bharu ini dalam bandar raya. Akan tetapi hari ini kita hendak tengok kemelayuan. Di luar, saya dengar ceramah ada segolongan kata, kita hendak jadi kecinaan, kita kena tahan orang Cina. Di kampung, kita kena ada kemelayuan, pertahankan Melayu...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Dengarlah baik-baik, Takut kah? The truth hurts. Hari ini saya dengar di Dewan ini, kemelayuan. Kita hendak pertahankan hak orang Melayu dan juga baru tahun lepas kita dengar apa? Di hadapan orang Tionghoa, “kita tidak mahu ketuanan Melayu, kita buang kerana kita mahu ketuanan rakyat.”... [Dewan riuh] Sebab apa kita hendak dapat sokongan...
Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Yang Berhormat Kota Raja dengar itu baik-baik.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Hendak bakarkan hati rakyat. Di sini kita hendak ketuanan Melayu, kemelayuan dan juga di sini saya ada dengar tadi menuduh pihak-pihak Menteri kata hendak membangunkan Kampong Bharu ini 60 peratus kepada orang bumiputera, orang Melayu, 40 peratus kepada orang Tionghoa ataupun bukan Melayu. Tidak boleh! Inikah ketuanan rakyat? Inikah unsur-unsur atau prinsip-prinsip ketuanan rakyat?... [Dewan riuh] Ini adalah hypocrisy of the highest order dengan izin...
[Tepuk] Kita perlu jadi konsisten, jadi kita hendak bahas di sini, kita kena ikhlas. Bukannya di luar kita cakap ketuanan rakyat, kita hendak jaga kepentingan orang Tionghoa, orang India, termasuk orang Melayu. Kita sokong.
Akan tetapi di sini kita mengucapkan kemelayuan, ketuanan Melayu pula. Apa ini?
Hypocrisy. Kalau kita hendak jadi ketuanan Melayu, berucap di luar dan di sini sama, konsisten. Ini adalah rhetoric. Kita hendak bahas rang undang-undang yang amat penting.
Kalau tidak baik, kita cakap apa yang tidak baik di sini. Bukan dari segi bangsa, kita hendak satu nation building...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Kita hendak membangunkan negara ini, kita mesti ada semangat nation building. Itu yang penting.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Minta laluan Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Saya tidak ada masa, saya ada permit sekarang untuk berucap.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya lah. Juallah, habislah UMNO kena jual.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Jangan kacau, duduk.
Beberapa Ahli
Tidak ada permit.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tidak ada permit, duduk. Nanti masalah pula. So, saya harap tadi...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Berapa ringgit? RM5? RM1!
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Saya harap jangan jadi seorang hipokrit.
Respect demokrasi.
Beberapa Ahli
Keluar! keluar! keluar! Malu, keluar!
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tuduh orang tidak demokratik, asabiyah dan sebagainya. Bukankah ini tingkah laku yang asabiyah? Tidak memberi peluang kepada orang berucap, lebih teruk, respect. Saya respect mereka, siapa yang berucap, kita diam, kita dengar, respect. Saya ingin mengatakan di sini bahawa Yang Berhormat Menteri ini berani sedangkan beliau tahu akan mendapat pelbagai tuduhan di sini dan di luar tetapi oleh kerana hendak membangunkan Kampong Bharu kita mesti ada satu akta ini.
Memang akta ini bukan 100 peratus sebab kalau kita hendak membangunkan dan membuat satu rang undang-undang tidak boleh 100 peratus. Kalaulah tidak baik, kita boleh ubahsuai. Kita boleh kembali ke Parlimen pula, buat usul minta kerajaan untuk ubahsuai kerana ia tidak baik. Memang mesti ada sedikit sebanyak di mana tidak adil kepada sesuatu pihak. Kalaulah kita hendak 100 peratus, saya rasa Kampong Bharu akan kekal begini 100 tahun lagi.
Terima kasih Menteri yang berani tetapi saya hendak rujuk kepada fasal 14.
Memang fasal ini adalah baik supaya kita boleh bangunkan Kampong Bharu ini dengan teratur. Kalau tiada hak-hak atau kuasa-kuasa dalam fungsi perbadanan ini memang kita tidak boleh bangunkan Kampong Bharu ini.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya ingin beralih kepada fasal 13, penzahiran kepentingan. Okey di sini semua ada cover di mana semua anggota dalam perbadanan ini perlu buat pengisytiharan dan sebagainya tetapi ini tidak cukup. Kemungkinan kita perlu ada satu subseksyen lagi bilamana mereka juga sendiri supaya untuk mengisytiharkan harta benda mereka supaya kita tahu sebelum ini mereka ada apa dan selepas itu mereka ada apa. So lebih baik dan juga di bawah fasal ini, fasal 13 ini dia tidak ada penalti langsung menyatakan sekian anggota perlu buat begini, perlu declare kedudukan mereka sama ada mereka ini ada relationship dengan sesiapa pemilik tanah, tidak ada penalti. Kita perlu.
Yang Berhormat Menteri saya harap kita dalam jawatankuasa boleh ada satu clause penalty. Jika mereka gagal berbuat demikian dalam semua ini mesti ada satu penalti di mana mereka akan bersabit dan kena penjara atau fine, hukuman. So kita mesti perlu ada penalti supaya semua anggota di sini mereka mesti ambil berat dalam perkara ini dan mereka memang tidak berani hendak melakukan kesalahan. Kalau tidak, kalau mereka tidak declare, mereka tidak isytiharkan perhubungan mereka dengan pemilik tanah ataupun sesiapa, tidak ada masalah cumanya yang paling banyak mereka dibuang daripada perbadanan ini. Ini tidak mencukupi so saya amat berharap kepada Menteri untuk membuat satu kajian lagi sebelum masuk jawatankuasa untuk menambah satu subseksyen ada satu hukuman jika mereka gagal berbuat demikian, apakah mereka perlu didenda dan penjara.
Ini mesti ada. Kalau tidak saya rasa fasal 13 ini tidak bermakna. Lebih baik kita tidak ada kerana hanya macam kosmetik, buat satu gambaran sahaja untuk rakyat ataupun syok sendiri.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
So saya amat berharap Menteri boleh ambil berat dalam seksyen 13 ini ada satu lagi. Dengan ini saya menyokong subject to this termaktub dalam satu fasal baru ini ditambah dan juga memperketat issue conflict of interest, kepentingan yang bercanggah.
Ini amat penting kerana terdapat dalam banyak perkara dalam negara di mana conflict of interest ini amat ketara. Contohnya seperti AirAsia dan MAS, pertukaran saham. Itu amat jelas di mana conflict of interest yang amat ketara dan boleh dikatakan sakit mata apabila kita nampak di mana AirAsia dapat 25 peratus saham MAS dan Khazanah mendapat 10 peratus AirAsia dan penilaian ini adalah atas harga saham pada 5 Ogos 2011 dan bukan melalui net tangible asset.
Kalau kita hendak buat satu penukaran saham untuk kedua-dua syarikat, kita mesti tahu nilai syarikat itu, berapa sen dia ada, berapa banyak liabiliti mereka ada dan sama ada mereka ada aset atau tidak. Kita hendak tahu...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Duduk. Duduk dahulu, dengar. Apabila awak bercakap kita tidak kacau Yang Berhormat. Behave yourself, thank you. Itu satu contoh yang jelas di mana...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Wangsa Maju sedikit fasal isu AirAsia.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Nanti, saya hendak habiskan. Terima kasih. Ini seperti AirAsia mesti melalui penilaian harta dengan izin, it must be by valuation of net tangible asset antara kedua-dua syarikat. Sebuah syarikat MAS, satu syarikat known as our national airlines, our national pride, selalu dianaktirikan daripada 2002 telah ada satu rescue plan atau untuk atas dasar WAU atau Widespread Asset Unbundling oleh Tan Sri Md Nor dan syarikat itu dibuat oleh BinaFikir Sdn. Bhd. Siapa latar belakang BinaFikir iaitu Tan Sri Azman Mokhtar, MD kepada Khazanah, Mohd Rashdan Yusuf sekarang juga masuk dalam Khazanah, sebelum masuk dia jual BinaFikir kepada Maybank RM8 juta...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya ...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
No, saya hendak beri contoh conflict of interest ini Tuan Yang di-Pertua supaya Menteri boleh faham dan boleh jaga dengan baik supaya perkara conflict of interest ini sedemikian tidak akan berlaku dalam perbadanan ini...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat, isu AirAsia dan MAS. Sedikit sahaja.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Okey, silakan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju yang cuba relatekan isu AirAsia dan MAS itu dan saya percaya adakah Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa itu menunjukkan bahawa tidak ada ketelusan dalam usaha kerajaan kerana kalau kerajaan boleh menjual MAS sehingga MAS ini tergadai sebagai satu syarikat milik negara kita ini terjual kepada kepentingan pihak lain. Terdapat di kalangan orang Melayu sendiri yang menjual kepentingan Melayu, inilah kebimbangan kami dan kami semua ialah bukan persoalan kita membantah pembangunan tetapi kebimbangan kita bahawa Melayu akan hilang di kawasan bandar. Saya ucapkan terima kasih kerana mengiakan bahawa memang kerajaan sendiri ada sejarahnya dalam menjual kepentingan-kepentingan negara. Terima kasih.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Setakat menjual kepentingan warga Malaysia dan setakat menjual harta negara, itu saya boleh setuju. Bukan orang Melayu, orang Tionghoa, orang India, so itu yang penting. Itu kita kena mengelakkan keadaan sedemikian di mana orang yang sama, Tan Sri Mokhtar semasa itu menjadi Pengarah Urusan Bina Fikir yang membuat wau untuk menyelamatkan MAS.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Jual habis 70 peratus MAS Catering Sdn. Bhd di mana 100 peratus dikawal oleh MAS dijual 70 peratus kepada satu syarikat Gubahan Saujana Sdn. Bhd. Siapa yang menjadi ketua syarikat gubahan ini? Haji Ibrahim bin Haji Ahmad. Dia tidak ada di belakang itu, dia malu...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Padahalnya Dato’ Ibrahim bin Haji Ahmad Badawi.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat..
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, saya rasa hujah itu...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi sudah hendak habis dah.
Tuan Yang di-Pertua
Elok kalau Yang Berhormat selepas bajet.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh kita reservekan tajuk itu masa bajet nanti?
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ya, ya, ya. Itu untuk contohlah. Itu kita hendak stop, itu kita hendak berhentikan keadaan yang sedemikian yang berlaku pula yang kes ini dan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kasihan kepada Tuan Yang di-Pertua menunggu.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
...Orang yang sama, Tan Sri Azman Mokhtar ini jadi MD kepada Khazanah dan dia ambil anak buah dia, Mohd. Razlan bin Yusof jadi dalam pengurusan Khazanah dan letak beliau di dalam MAS. Kalaulah masa wau itu dengan sesungguhnya untuk menyelamatkan MAS, kenapakah kita ada perlu pula satu lagi projek untuk menyelamatkan MAS pula di mana penukaran saham yang tidak adil dan tidak seimbang ini. Dengan itu saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh mengambil berat perkara ini dan memasukkan satu subseksyen 13 ini supaya kita boleh kata ia lebih ketat dan mereka iaitu anggota perbadanan ini mesti ambil berat. Jika mereka tidak berbuat demikian di bawah seksyen 13 ini, mereka akan didenda atau kena denda atau masuk penjara. Itu yang penting. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju, terima kasih. Melayu jual Melayu... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri, sila.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasaan sebentar tadi. Kesimpulan daripada semua perbahasan tadi menjurus kepada keperluan wujudnya Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Seterusnya saya akan menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan.
Yang Berhormat daripada Kota Raja telah menyebut hasrat atau peranan arwah dan juga bahawa kita ataupun pihak kerajaan telah menolak peranan MAS dan mencadangkan cara- cara yang lain untuk membangunkan Kampong Bharu.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apa yang telah diutarakan dalam rang undang-undang ini adalah pandangan-pandangan daripada MAS dan badan-badan bukan kerajaan lain yang mewakili pemilik dan pewaris Kampong Bharu. Boleh katakan MAS yang menjadi sekretariat yang mengadakan perjumpaan dengan semua kampung di Kampong Bharu, MAS yang mengendalikan. MAS yang mengendalikan referendum di Kampong Bharu. MAS yang telah memberi sokongan yang begitu padu kepada kami. Jadi, kalau Yang Berhormat memperjuangkan MAS, saya pun tidak tahu mana hubungannya antara Yang Berhormat dengan MAS? Untuk makluman, perubahan-perubahan rang undang- undang ini adalah juga daripada maklum balas yang kita telah terima daripada NGO-NGO Kampong Bharu yang mewakili pemilik dan pewaris Kampong Bharu dan bukan adalah daripada mana-mana parti politik pun.
Ahli-ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan pembangunan yang telah dicadangkan di Kampong Bharu, adalah juga satu cara yang pihak kerajaan telah fikir sedalam-dalamnya. Kalau dahulu ada juga pihak-pihak swasta yang cuba mengusahakan dan membangunkan Kampong Bharu. Akan tetapi oleh sebab perkara-perkara yang tertentu, perkara itu gagal. Jadi, setelah kita mendapat pandangan daripada pemilik dan pewaris yang meminta pihak kerajaan sendiri memacukan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan Kampong Bharu, so yang paling sesuai adalah mengadakan satu perbadanan.
Untuk makluman, Perbadanan Kampong Bharu jika berjaya boleh menjadi satu contoh untuk dibangunkan kawasan-kawasan Melayu lain di seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di kawasan Yang Berhormat Wangsa Maju, mereka daripada kampung-kampung yang berkenaan telah mencadangkan membuat ataupun mencadangkan perbadanan ini memasukkan kawasan mereka ke dalam Perbadanan Kampong Bharu. Akan tetapi untuk masa ini belum lagi sesuai. Jadi, inilah berkenaan dengan penerimaan Ahli-ahli Yang Berhormat dari segi Kampong Bharu...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri.
Sedikit Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Berkenaan dengan Yang Berhormat..
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Biar saya selesai dahulu. Saya ada dua, tiga perkara lagi saya hendak sentuh. Berkenaan dengan kepentingan orang Melayu. Saya rasa banyak perkara yang telah dibuat dalam rang undang-undang ini memang hendak memastikan kepentingan orang Melayu dijaga dengan beberapa cara yang seboleh-bolehnya iaitu dari segi kepentingan orang Melayu, perbadanan iaitu fasal 14(4). Perbadanan hendaklah menjalankan fungsinya dengan melindungi, memelihara dan memulihara kepentingan orang Melayu. Jadi, ayat-ayat itu terlalu mendalam untuk memperjuangkan ataupun menjaga kepentingan orang-orang Melayu. Kita telah menetapkan pengerusi mesti orang Melayu. Keanggotaan Perbadanan mesti orang Melayu, ketua pegawai eksekutif mesti orang Melayu. Lembaga Penasihat datangnya daripada mana? Pemilik dan pewaris Kampong Bharu daripada Lembaga Perbadanan iaitu enam orang. Lima dan satu adalah juga pemilik dan pewaris orang Melayu. Jadi, boleh dikatakan hampir semua adalah orang Melayu Yang Berhormat...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Jadi, inilah dan satu lagi saya hendak jelaskan dari segi MAS. MAS bersama dengan kita. Kalau Yang Berhormat tidak percaya, datanglah ke pejabat saya. Saya akan tunjukkan semua wakil-wakil MAS.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh, boleh? Tidak apa, tidak apa, minta, minta penjelasan.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Ya, datang ke pejabat saya. Saya sudah berjumpa dengan mereka berkali-kali.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya minta penjelasan.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Yang Berhormat, saya sudah buat program dengan mereka. Jadi, kalau Yang Berhormat kata mempertahankan MAS, saya tidak tahulah MAS mana yang dipertahankan. Ataupun penerbangan MAS kot, yang itu kot.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, mohon penjelasan.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Akan tetapi MAS di kampung baru sudah bersama dengan kita. Jadi, berbalik kepada MAS, memang di peringkat awal sebelum semasa rang undang-undang fasa pertama dirangka, cadangan daripada pihak Peguam Negara adalah tidak perlu diadakan MAS. Akan tetapi oleh sebab kita telah serapkan seluruh anggota MAS 10 orang, tujuh ketua kampung dan tiga penjawatnya masuk dalam lembaga penasihat. Ada 10 orang sudah masuk dalam lembaga penasihat.
Akan tetapi atas permintaan daripada warga Kampong Bharu termasuk MAS sendiri dan atas juga nasihat daripada Sultan Selangor, kita tidak membatalkan MAS Yang Berhormat.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Akan tetapi dari segi kuasa MAS pada masa ini, kuasa MAS pada masa ini Yang Berhormat sebelum ada rang undang-undang, dari segi tanah-tanah yang telah dimiliki oleh individu, MAS tidak ada kuasa. Dalam kanun-kanun, ia telah diserahkan kepada Kanun Tanah Negara dan di bawah kuasa Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
Dari segi kuasa perancangan, di bawah Dewan Bandar raya Kuala Lumpur. Pada masa ini Yang Berhormat, sebelum perbadanan. Jadi MAS hanya menjaga keadaan sosial dalam kawasan Kampung Baru dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jadi inilah peranan MAS pada masa ini. Walau bagaimanapun, dalam rang undang-undang ini kita tidak menidakkan dan oleh kerana permintaan kita tidak membatalkan MAS dan saya rasa tidak ada keperluan untuk membatalkan MAS. Jadi dari segi sejarah, elok juga MAS diadakan dan MAS boleh bekerjasama dalam lembaga penasihat untuk memastikan khususnya dari segi kebudayaan, keagamaan dan lain-lain dapat diperjuangkan di dalam lembaga penasihat...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Minta penjelasan Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Penjelasan boleh Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Saya hendak teruskan lagi.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kita hendak cerita sejarah ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Yang Berhormat Indera Mahkota telah sebut.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat, penjelasan ini.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Rakan saya, rakan saya pasal dia dah sebut pasal...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Okey, boleh sikit? Saya duduk Pantai Dalam, saya duduk dalam kawasan Yang Berhormat, boleh kot, bolehlah sikit.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Okeylah.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat, saya sebenarnya di sini ialah kita dalam membangunkan masyarakat, pendekatan yang diajar ialah muafakat. Muafakat maksudnya berunding dulu, itu yang diajar dalam kebudayaan.
Cuma di sini ada satu semangat yang ditunjukkan oleh rakan saya Yang Berhormat Kinabatangan tadi yang menggunakan perkataan transparency, tidak sempat hendak jawab saya tadi, saya harap Menteri jawab. Yang Berhormat Menteri, saya hendak cadangkan kalau Yang Berhormat Menteri boleh setuju, referendum.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Apabila menteri menggunakan perkataan referendum itu, saya mohon Menteri kalau boleh sebab di sini kita memerlukan fakta. Mungkin Menteri boleh menunjukkan kepada kita berapa ramai, siapa duduk?
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jaga Yang Berhormat Balik Pulau itu.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Siapa ini? Kedua, saya mohon Menteri 50 tahun lebih di Malaysia ini kebetulan semua dasar yang jadi CEO, jadi Menteri, semua orang Melayu, kebanyakannya, dasar semualah. Kalau Yang Berhormat Menteri hendak gunakan akta undang-undang, apabila kita katakan jaga kepentingan Melayu, saham pun jaga Melayu juga, dasar tanah semua jaga Melayu juga. Kebetulan Menteri, teman saya baru balik buat Ph.D di Sciences-Po, tajuknya PhD iaitu Wealth Ownership of the Malay, semua check-check habis harta orang Melayu. 30 peratus bila check sekarang ini tidak ada pun benda itu. Saya di sini agak emosi sikit bukan apa sebab benda undang-undang pun tidak jalan, yang dasar NEP pun tidak jalan. Hari ini Menteri bangun mengatakan orang Melayu kena yakin bahawa ketua setiausaha Melayu, menteri Melayu, itu saya rasa memang perkara yang kita panggil kita tidak perlu bahas perkara itu, faktanya memang itu.
Jadi sebab itu sekurang-kurangnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tadi perkara-perkara yang melibatkan governance, mesti buat deklarasi. Itu saya boleh terima untuk menguatkan akta ini. Akan tetapi di peringkat ini, boleh tidak Yang Berhormat Menteri bersetuju ataupun membuktikan di Dewan yang mulia ini referendum yang dibuat tadi itu supaya kita semua dapat tengok. Kita saya rasa rasional, kita boleh tengok benda itu. Kalau itu yang dimahukan oleh penduduk Kampung Baru kesemuanya, saya rasa siapa kita, kita di sini hanya ingin mempertahankan hak mereka. Saya rasa Menteri tolong yakinkan Dewan sebelum kita mengundi.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Fasal referendum Yang Berhormat, elok saya hendak tegaskan di sini mungkin ada salah faham daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan soal hak ataupun kuasa Perbadanan Kampung Baru ini. Kalau kita tengok tidak ada kuasa untuk memiliki mana-mana tanah daripada Kampung Baru. Itu adalah kuasa kalau ada pun daripada hak kerajaan di bawah land acquisition, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Bermakna perbadanan tidak akan sekali-kali menjadi badan yang akan seperti banyak Yang Berhormat menuduh, menjadi badan yang akan ambil alih tanah orang Melayu, tidak. Kita akan menjadi pemudah cara, perunding dengan orang-orang Melayu di Kampung Baru. Kalau mereka tidak setuju, kita tidak akan bangunkan, kalau ada orang Melayu yang setuju, umpamanya ada sekarang satu syarikat Melayu bernama Zikir, mereka boleh bangunkan kawasan mereka, kita dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita facilitate mereka, memberi mereka insentif dengan CCC 10, dengan facilitation grant.
Jadi dengan izin supaya lepas itu memberi insentif dari segi premium atau development charge supaya mereka dapat bangunkan kawasan. Kita tidak sekali-kali berniat untuk mengambil alih tanah sesiapa pun tetapi Yang Berhormat perlu fikir ada banyak mereka yang ada tanah sikit-sikit ini, 5,000 kaki persegi, 10,000 kaki persegi yang mungkin ada sepuluh pemilik. Ada satu yang ada 143 pemilik, keluarga mereka. Jadi bagaimana mereka hendak bangun sendiri Yang Berhormat, bagaimana? Hanya perbadanan yang boleh menjadi pemudah cara, perunding dengan GLC-GLC yang dimiliki oleh bumiputera, faham tidak?
Bermakna pihak kerajaan telah luluskan empat GLC, kita dah kenal empat GLC yang semua berkepentingan bumiputera seperti PNB, Tabung Haji, Pelaburan Hartanah dan satu lagi Permodalan Putrajaya Holdings. Ini bermakna kita tidak memberi ruang kepada syarikat-syarikat swasta ambil alih tanah orang Melayu di Kampung Baru kecuali dengan persetujuan mereka dan ini melibatkan GLC sahaja kecuali di Kampung Baru ada orang Melayu sendiri yang memiliki tanah mereka boleh bangun sendiri. Yang ini kita bantu, seberapa boleh kita bantu...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Jadi kalau tidak ada badan seperti Perbadanan Kampung Baru, bagaimana kita hendak bantu mereka ini. Jadi sampai sekarang Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh sana boleh cakap tetapi apa dia punya vehicle, lain daripada vehicle perbadanan ini, apa vehicle? Saya diberitahu Yang Berhormat belah sana mencadangkan termasuklah Arwah Yang Berhormat Lo’Lo’ menyatakan badan amanah, banyak kali badan amanah ini. Pada peringkat permulaan amanah dia kuatlah tetapi apabila tengok duit dah banyak, harta dah banyak, amanah pun jadi hilang. Akan tetapi ini adalah satu perbadanan yang di bawah naungan kerajaan, ia juga kita kena lapor pada Parlimen. Jadi saya rasa Audit Negara, saya rasa itu dah terbaik, yang paling terbaik punya modul.
Tuan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Minta penjelasan, sikit sahaja.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Jadi modul lain mana, kita dah tunggu bertahun-tahun hendak bangunkan Kampung Baru. Yang Berhormat bukan datang daripada Kuala Lumpur, saya datang daripada Kuala Lumpur, kecil daripada Kuala Lumpur, bersama-sama dengan orang Kampung Baru. Jadi tahu kah bagaimana orang bandar, orang Melayu bandar jika tidak dibangunkan, tidak diberi peluang untuk dimajukan, apa yang kita tinggal? Macam di Kampung Kerinchi, boleh cakap, siapa yang menentang?
Pihak daripada sana, daripada PAS, PKR yang menentang, 90 peratus tidak setuju, 10 peratus yang menentang, saya tetap akan berhujah Tuan Yang di-Pertua, tetap...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Hebat!
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Jadi Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Pada saya cukup emosi kerana 10 peratus yang dipengaruhi oleh belah sana, 10 peratus hingga 90 peratus yang masa saya ketua pemuda dulu sudah minta untuk dibangunkan, 20 tahun dahulu, dah minta untuk dibangunkan, oleh sebab 10 peratus tidak setuju, 90 peratus kena tunggu kawasan yang mundur padahal rumah flat yang RM50,000 boleh meningkat kepada RM250,000, fasal golongan yang kecil termasuklah Yang Berhormat Parlimen Lembah Pantai juga terlibat.
Jadi ini ...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, duduk Ahli Yang Berhormat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat yang lain tolong duduk. Yang Berhormat Balik Pulau. Ahli-ahli Yang Berhormat, control sedikit. Kalau tidak, saya gunakan kuasa untuk suruh undi. Tolonglah. Kita semua faham.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, undi sahajalah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat yang lain, kita semua faham. Masing- masing berhujah untuk kepentingan rakyat. Kita faham itu semua tetapi dalam berhujah, rasional lah sedikit. Yang Berhormat Menteri menjawab, dia jawab apa yang dia tahu untuk kebaikan rakyat. Yang Berhormat sebelah pun mengatakan begitu juga. Pada akhirnya undi juga, pada akhirnya belah bahagian juga. Jadi kalau bertengkar-bertengkar, bagus saya gunakan kuasa untuk panggil undi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Undi sahajalah.
Tuan Yang di-Pertua
Faham?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang di sini rasional, puak sana sahaja yang tidak rasional Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, kita hanya memohon laluan untuk bertanya kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Shah Alam. Ahli Yang Berhormat, dalam untuk meminta untuk mencelah bertanya pun kan kita ada peraturan Mesyuarat. Itu makanya apabila Menteri sedang berucap dan ada di antara Ahli Yang Berhormat yang berdiri, saya tidak pun mengganggu kerana Ahli Yang Berhormat nampak siapa yang berdiri. Kalau dia kasi laluan, maka bolehlah. Kita ada peraturan. Kalau main teriak-teriak, cabar mencabar, apa yang jadi?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Cabar mencabar itu, itu Yang Berhormat Menteri sendiri dalam dia memberikan jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah lah. Ahli Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kalau sekiranya jawapan Menteri itu secara tenang...
Tuan Yang di-Pertua
Sudah lah Ahli Yang Berhormat, sudah, sudah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
...Dan mengemukakan hujah yang rasional, kita bangun kita tanya soalan tetapi ini dia berceramah. Kalau saya berceramah tidak apa, saya bukan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat fikir tidak memberi laluan, itu hak Yang Berhormat. Sila teruskan.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Mohon penjelasan.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Yang Berhormat dari Subang telah membangkitkan pasal ...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Menteri, mohon laluan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Minta laluan.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Kampung Indian Settlement. Kampung ini merupakan penempatan setinggan dan...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tak bagi, cakap tak bagi.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Bukannya tanah yang dimiliki oleh tuan tanah. Jadi oleh kerana itu kawasan ini boleh dibangunkan oleh kerajaan.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Mohon penjelasan.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Berkenaan dengan kuasa- kuasa daripada Yang Berhormat...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Penjelasan, penjelasan.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Bukan, bukan. Dia tak cakap pun.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia sedang concentrate hendak jual Melayu.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, tolonglah Ahli Yang Berhormat beri kerjasama. Tolonglah Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri menjawab, jawapan yang di depan itu pun daripada pegawai juga. Berilah dia peluang untuk menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat sudah berhujah kan.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Mohon penjelasan.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Yang Berhormat Kota Raja telah juga...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Kalau tak bagi, cakap tak bagi lah.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Membawakan berkenaan dengan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, ada beberapa orang yang berdiri, mahu beri laluan kah tidak?
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Tidak, tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk Ahli Yang Berhormat.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Little India untuk orang India kenapa tidak boleh digazet Kampung Bharu sebagai warisan Melayu. Jadi pembentukan perbadanan akan memudahkan penyaluran kerajaan dan jika digazet sebagai warisan Melayu, maka Kampong Bharu akan ketinggalan dari segi pembangunan dan ekonomi serta nilai komersial orang Melayu.
Tadi penubuhan MAS dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Kota Raja, memberikan pembangunan Kampung Bharu adalah sebagai satu badan yang menjadi pemudah cara kepada pembangunan Kampong Bharu. Kalau tidak, Kampong Bharu masih lagi akan ketinggalan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat, laluan.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Yang Berhormat Balik Pulau tadi fasal 51, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1988...
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri pandangan. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak mahu beri laluan, undilah.
Tidak ada guna, tidak gentleman langsung.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri beri jawapan pun baca sahaja. Undi sahajalah.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak ada masalah.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya, undi.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Biar kita jalankan tanggungjawab kita menentang usaha hendak jual Melayu.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat duduk dahulu. Duduk dahulu Ahli Yang Berhormat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kalau dia jawab sampai habis pun memang depa hendak jual Melayu.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Dia tidak beri laluan. Dia Menteri, dia Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kubang Kerian, duduk dahulu Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mungkin...
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Yang Berhormat Menteri. Duduk sekejap, duduk sekejap. Bertenang dahulu Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingatkan balik bahawa semua kita ini bertanggungjawab kepada rakyat. Akan tetapi dalam soal berbahas, saya ulang kembali, tidak ada pengadil di atas ini yang mengatakan siapa betul dan tidak. Pada akhirnya diundi juga. Akan tetapi sewaktu berbahas, jangan memikirkan sahaja hujah Yang Berhormat itu yang betul. Kalau dituduh bahawa Yang Berhormat Menteri sekarang ini emosi, ada juga satu dua Ahli Yang Berhormat yang saya boleh tunjukkan sekarang pun yang emosi juga sewaktu berucap.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, semua kita ini pada sesuatu ketika pun ada perasaan begitu. Control lah sedikit. Yang Berhormat Kinabatangan, tolonglah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Menteri memberi jawapan dan kita minta penjelasan tetapi dia tidak hendak beri penjelasan, tidak payah kita dengar. Bagi sahajalah surat.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat. Ya, saya tahu, saya tahu. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tahu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kalau tidak hendak beri laluan, apa gunanya?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, saya tahu. Peraturan Mesyuarat juga mengatakan bahawa sekiranya Menteri tidak mahu kasi laluan, itu haknya. Macam mana lagi?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Betullah, kita tidak nafikan itu Tuan Yang di-Pertua. Hanya oleh kerana tidak mahu beri laluan, tidak payah kita panjangkan cerita pasal dia pun jawab ikut baca sahaja, tidak pandang orang.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, yang ini pun...
Tuan Yang di-Pertua
Jangan ganggu dia Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kita undi sahajalah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam, jangan ganggu Yang Berhormat Menteri berhujah. Ada di antara Ahli Yang Berhormat apabila diganggu, lebih lagi dapat berhujah. Tolong beri dia peluang untuk menjelaskan apa yang perlu dia jelaskan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, jawapan Menteri itu pun adalah jawapan kepada pertanyaan. Pertanyaan yang datangnya daripada pihak pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ya, tetapi jawapan tidak jelas sebab itu kita hendak tanya lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah lah Yang Berhormat Shah Alam, sudah Yang Berhormat Shah Alam, sudah lah. Sila Yang Berhormat teruskan, sila.
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Yang Berhormat Batu tadi telah menyentuh berkenaan dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Rombongan daripada kementerian telah berjumpa dengan Sultan Selangor dan beliau menyokong penuh pembangunan Kampong Bharu.
Kedua, dia orang ada dua permintaan sahaja iaitu Kelab Sultan Sulaiman dan juga Masjid Kampong Bharu perlu dipertahankan. Akan tetapi beliau kata secepat mungkin perlu dibangunkan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah tidak?
Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin
Tidak, tidak. Berkenaan
dengan Yang Berhormat Lembah Pantai tadi menyebut berkenaan dengan 60
40 kepentingan atau pun hak atau pun jualan kepada Melayu dan bukan Melayu, itu adalah cadangan pada peringkat awal sebelum rang undang-undang dibentangkan di peringkat pertama. Pada masa itu untuk penyewaan, tetapi apabila kita sudah terima maklum balas daripada pemilik dan pewaris, soal itu tidak timbul lagi. Kerajaan telah menetapkan 100 peratus adalah akan dimiliki oleh orang Melayu pada masa kini. Jadi, itu adalah stand kerajaan.
dengan Yang Berhormat Lembah Pantai tadi menyebut berkenaan dengan 60
Yang Berhormat sebut juga tadi berkenaan dengan Little India. Ada juga beberapa orang Yang Berhormat yang bangkitkan, saya pun tidak ingat. Berkenaan dengan mengapa Kampong Bharu tidak dapat dibangunkan seperti Little India di Brickfield dan juga Petaling Street di China Town. Jadi, inilah cara kita boleh bangunkan Kampong Bharu di mana dengan adanya Perbadanan Kampong Bharu, kerajaan boleh menyalurkan peruntukan- peruntukan secara spesifik khususnya untuk membangunkan Kampong Bharu. Mesti fikir bahawa tanah di Kampong Bharu 220 ekar adalah tanah MAS.
dengan Yang Berhormat Lembah Pantai tadi menyebut berkenaan dengan 60
Tanah MAS ini kebanyakan dimilik oleh individu atau syarikat. Akan tetapi, masih ada lebih kurang 100 ekar dimiliki oleh institusi ataupun kerajaan yang kerajaan pun akan bangunkan sekali secara serentak. Untuk masa ini, kita sedang mengkaji cadangan- cadangan untuk memajukan pasar minggu.
Kedua, kita juga sedang mengkaji iaitu kawasan yang berdekatan sebelah Kampong Bharu adalah Pasar Chow Kit. Jadi, inilah pihak perbadanan akan memainkan peranan untuk selaraskan pembangunan-pembangunan ini supaya mereka yang memilik tanah-tanah kecil ini tidak rugi. Di mana jikalah takdirnya tanah mereka menjadi satu kemudahan awam umpamanya, tanah lapang ataupun jalan umpamanya, mereka akan melalui GLC-GLC yang akan perbadanan jadi pemudah cara dan perunding pastikan mereka ini juga ada hak dalam keuntungan pembangunan akan datang. Itu mereka yang ada kecil-kecil ini. Kedua, pembangunan ini kita tidak menolak mana-mana mereka yang bermastautin di Kampong Bharu untuk pindah ke tempat-tempat yang lain. Kita akan usahakan kalau boleh pembangunan dibuat secara in-situ di situ. Kedua, kita akan beri prioriti kepada penduduk ataupun pemilik dan pewaris Kampong Bharu untuk kekal di situ.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa tahun 2000 lebih kurang 30,000 pemilik atau penduduk di Kampong Bharu. Sekarang sudah kurang 17,000. Akan tetapi kalau kita lihat ramai, mungkin ramai tetapi bukan orang Malaysia. Kalau ikut sekarang pun mereka tidak berhak ada di sana. Ini kerana kalau ikut sekatan yang sedia ada, hanya tanah Kampong Bharu hanya boleh di milik dan diduduki oleh orang Melayu. Jadi bermakna inilah keadaan yang di mana bila kita maju, saya rasa pemilik yang mewakili 800 lebih lot ini akan dapat keuntungan yang besar.
Di samping daripada itu, apabila kita libatkan PNB, Tabung Haji, orang Melayu lain dapat bersama. Ini yang sebab kita masukkan clause yang disebutkan bakal-bakal tuan punya tanah, bukan bakal tuan punya tanah daripada luar negara...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
MAS, AirAsia tidak mahu terlibat sekalikah?
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Ya?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
MAS dengan AirAsia tidak terlibat sekali?
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Dia bukan GLC orang Melayu.
Jemaah Menteri hanya meluluskan...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
MAS pun GLC juga. MAS pun GLC juga. Penerbangan Malaysia (MAS), Sistem Penerbangan Malaysia GLC juga. GLC yang selalu jadi associatekan dengan kepentingan bumiputera orang Melayu pun kena jual.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Tidak. Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Kalau...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat duduk dahulu. Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat, kalau lagi ada seorang Ahli Yang Berhormat yang mengganggu bukan dengan cara melalui Peraturan Mesyuarat, yakinlah saya akan rehatkan di luar, siapa sahaja. Sila teruskan.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
GLC yang diluluskan oleh Jemaah Menteri hanya empat. Cuma...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kinabatangan. Mungkin Yang Berhormat Kinabatangan mahu mula untuk rehat di luar.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Hanya empat sahaja. PNB, Tabung Haji, Pelaburan Hartanah dan Putrajaya Holding. Semua adalah bumiputera yang paling-paling tulenlah dalam negara kita. Jadi...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan Yang Berhormat Menteri. Ada fakta sedikit Yang Berhormat Menteri yang perlu Yang Berhormat Menteri jelaskan. Yang Berhormat Menteri? Pengundi Lembah Pantai ini. Saya daftar di Lembah Pantai... [Dewan riuh] Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya, pohon.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat. Saya tanya Ahli Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Balik Pulau itu diberi laluan atau tidak? Kalau tidak saya suruh mereka duduk.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Tidak. Waktu sudah lewat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Boleh.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Jadi saya rasa...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, ini ada satu 1Malaysian Development Berhad contribute RM20 million. 1Malaysian Development Berhad contribute RM20 million kepada Masjid Kampong Bharu. Hendak tanya YMDB ada...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya, tidak boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah sebut tadi bahawa kalau mencelah pun mengikut Peraturan Mesyuarat. Itu bukan mengikut Peraturan Mesyuarat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap. Sila teruskan Yang Berhormat.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi saya ingin menjawab berkenaan dengan referendum. Daripada mereka yang telah menjawab, 92.8 peratus telah bersetuju Perbadanan Kampong Bharu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Berapa yang menjawab?
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Jadi untuk makluman, ada 817 lot tanah di Kampong Bharu, 315 telah menjawab di mana 205 memang tidak akan menjawab kerana mereka dimiliki oleh tapak masjid, surau-surau, syarikat, tapak kelab, tapak sekolah serta tanah milik MAS sendiri, di mana MAS adalah bersama dengan kita. Jadi bermakna, daripada itu majoriti telah bersetuju. Jadi satu lagi Yang Berhormat-Yang Berhormat, yang tidak bersetuju hanya 7 peratus.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Mereka telah diberi ruang daripada awal tahun sehingga sekarang untuk menyatakan tidak persetujuan yang dikendalikan oleh pihak MAS. Pihak yang bertanggungjawab pada tanah di sana.
Jadi, dia seolah-olah Yang Berhormat sama juga macam pilihan raya. Kalau pilihan raya Yang Berhormat, kalau pilihan raya mungkin Yang Berhormat hanya dapat 50 peratus sahaja yang datang hadir mengundi, tetapi Yang Berhormat menang dalam pilihan raya. Sebagai contoh Yang Berhormat, tetapi Yang Berhormat Lembah Pantai tidak ada di sini. Saya hendak bagi contoh di Lembah Pantai. Di Lembah Pantai dengan undi Yang Berhormat Nurul Izzah terima yang menyokong dia hanya 38 peratus daripada pengundi yang berdaftar di Lembah Pantai. Akan tetapi dia masih mewakili Lembah Pantai. Jadi ini adalah berdasar kepada mereka yang datang mengundi. Jadi yang tidak datang mengundi, yang tidak ada datang kita tidak tahu, tetapi majoriti adalah 93 yang menyokong, 50/28.
Inilah Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tidak payahlah. Ada Menteri yang tidak payah undi pun boleh jadi Menteri... [Ketawa]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Back door, back door Menteri. Tidak ada malukah?
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Balik Pulau, duduk Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Mohon laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Shah Alam duduk.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Menteri jawab sesuatu yang tidak ada kena mengena. Itulah sebab...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tidak ada kena mengena dengan soalan. Kita bincang satu perkara yang serius. Tidak ada kena mengena...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itu contohlah Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tidak ada kena mengena dengan siapa menang pilihan raya. Kita tanya..
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat Batu sudahlah.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Kalau...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya minta laluan sedikit Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Saya sebut awal-awal tadi, siapa yang mencelah tanpa mengikut Peraturan Mesyuarat, saya suruh rehat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sedikit Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, laluan sedikit Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau bersinis-sinis dengan tujuan yang tidak baik, itu pun tidak baik.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sedikit Yang Berhormat Menteri?
Tuan Yang di-Pertua
Beliau sebagai Senator, beliau dilantik sebagai Menteri mengikut Perlembagaan.
Tuan Yang di-Pertua
Adakah Perlembagaan itu juga kita tidak hormat? Apa harus bersinis-sinis Yang Berhormat Batu? Sudahlah Yang Berhormat. Sudahlah. Yang Berhormat Balik Pulau duduk.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Mohon laluan, mohon laluan pada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf atas ini. Hanya saya...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, semua Ahli Yang Berhormat fikir Ahli Yang Berhormat tahu segala-gala.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tidak. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon maaf atas tindakan itu. Hanya saya harap Yang Berhormat Menteri juga hormat kita.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dengar tadi sewaktu Ahli- ahli Yang Berhormat berhujah daripada mula. Saya dengar dalam kamar saya. Semua berhujah, beliau dengar dengan tenang. Kali ini giliran beliau pula untuk berhujah. Kenapa tidak Ahli-ahli Yang Berhormat beri penghormatan? Sama ada Yang Berhormat setuju dengan apa yang di hujah, itu hak beliau. Selepas itu Ahli-ahli Yang Berhormat nanti juga akan mengundi. Janganlah tunjukkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat semua pandai. Ada lagi mungkin orang yang lebih pandai daripada kita.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Balik Pulau sudahlah Yang Berhormat Pulau. Ahli Yang Berhormat tidak mahu beri laluan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Dengan penuh hormat.
Tuan Yang di-Pertua
Tolonglah Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Dengan penuh hormat meminta laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, beri laluan kepada Yang Berhormat Balik Pulau? Tidak? Sila teruskan Ahli Yang Berhormat.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh ini yang terakhirlah oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Yang Berhormat Wangsa Maju berkenaan dengan conflict of interest. Jadi saya rasa itu cadangan yang baik, tetapi walau bagaimanapun mungkin saya minta kita luluskan dahulu usul ini. Kita akan perbaiki pada masa yang akan datang jika diperlukan. Akan tetapi, saya rasa sudah ada clause-clause yang memastikan pegawai-pegawai ataupun Ahli-ahli Perbadanan yang ada conflict of interest dapat dikenakan tindakan mahkamah.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Untuk makluman, conflict of interest akan berlaku apabila pemilik dan pewaris masuk sebagai wakil dalam board perbadanan ataupun lembaga penasihat tetapi yang penting, mereka perlu mengisytiharkan. Pengisytiharan itu penting dan saya yakin oleh kerana kebanyakan yang mewakili baik lembaga penasihat ataupun lembaga perbadanan adalah daripada kalangan pemilik dan pewaris dan kebanyakan mereka juga daripada golongan profesional. Perkara-perkara begini mungkin tidak timbul. Jadi, kita doalah supaya prosedur yang ada dapat pastikan ini tidak berlaku.
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan saya pada perbahasan hari ini.
Saya minta maaflah jika saya emosi oleh kerana kepada saya Tuan Yang di-Pertua, inilah peluang terakhir. Yang Amat Berhormat Bekas Perdana Menteri telah mengatakan sedih beliau tidak dapat membangunkan Kampong Bharu tetapi sekarang kita dalam satu era di mana kita berpeluang, bersama-sama kita ini kita berpeluang.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin
Saya pun tak ada undi Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada undi ini yang berpeluang untuk mengadakan satu pemudah cara, satu vehicle, dengan izin, untuk membangunkan orang Melayu. The only bastion, dengan izin, dalam Kuala Lumpur untuk orang Melayu dan tidak sesenang kerajaan nak gunakan tanah itu nak bagi kepada pihak-pihak yang lain. Banyak lagi tanah yang lain dalam Wilayah Persekutuan, tak perlu tanah Kampong Bharu, banyak tanah lain. Jadi, kepada saya ini peluang yang terbaik. Itu yang saya terlalu emosi dalam perkara ini... [Tepuk] Kalau benda ini gagal Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya rasa ketelusan daripada pegawai-pegawai saya yang buat kerja ini begitu bersemangat untuk benda ini berjaya.
Jadi, inilah saya berharap, saya berharap sangatlah bahawa usaha kita ini dapat kejayaan pada hari ini supaya orang Melayu yang begitu ketinggalan dalam Kuala Lumpur ini, saya dah lama berjuang di Kuala Lumpur, dapat diberi peluang Tuan Yang di-Pertua.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, minta undi belah bahagian. Belah bahagian, bangun... [Beberapa Ahli Pembangkang bangun] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sila kira, kalau ada lebih daripada 15.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini pun our last effort untuk pertahankan bastion orang Melayu, our last effort. This is the last bastion, hidup Kampong Bharu.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, bertenang Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya perlu kira. Kalau ada lebih 15 atau 15 orang, baru boleh diadakan belah bahagian. Sila kira... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya suatu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng.
[Loceng dibunyikan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung sila berdiri di depan blok masing-masing.
[Dewan berbelah bahagi] [Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat! Ahli- ahli Yang Berhormat, sila ambil tempat duduk masing-masing dan duduk. Terima kasih.
Keputusan belah bahagi sebentar tadi, yang bersetuju untuk rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang... [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju berjumlah, 72 orang... [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju untuk rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua seramai 28 orang... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini bermakna rang undang- undang ini boleh dibacakan kali yang kedua sekarang.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal 1 hingga 55 diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis, 6 Oktober 2011.
Dewan ditangguhkan pada pukul 9.37 malam.