Oct042011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, alumni di semua IPTA dan aktiviti-aktiviti berkesan yang menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan negara yang telah dijalankan. Nyatakan aktiviti yang paling popular yang telah dijalankan pada tahun ini (2011).

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kecuali Universiti Malaysia Kelantan, setiap 19 buah IPTA yang lain telah pun masing-masing menubuhkan pusat perhubungan alumni.

Pusat ini bertanggungjawab menjadi penghubung kepada alumni dengan universiti selaras dengan perkembangan pesat universiti dan juga pertambahan bilangan alumni ini.

Pusat perhubungan alumni ini juga menjadi penghubung perkongsian pintar di antara universiti dan para alumni agar jaringan dan rangkaian silaturahim alumni akan terus erat, kukuh lagi mantap dan seterusnya memberi manfaat kepada universiti, graduan, industri dan negara.

Aktiviti yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk membawa kembali alumni sebagai rakan dan pendukung kepada aspirasi untuk menjadi universiti bertaraf dunia. Di antara aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan alumni IPTA pada tahun ini termasuklah siri seminar, aktiviti sukan alumni, aktiviti kesukarelawanan alumni, siri syarahan alumni, forum program transformasi ekonomi dan program jejak alumni. Sekian.

final • 10:00 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak nafikanlah tentang perkara-perkara yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana hubungan antara universiti dan bekas-bekas pelajar mereka dapat dipertingkatkan? Misalnya Tuan Yang di-Pertua, dengan memberi kebenaran kepada bekas-bekas pelajar ini untuk terus akses perpustakaan (library) supaya hubungan baik dan perkongsian maklumat serta pengalaman dapat dijalinkan antara universiti tersebut dan juga pelajar-pelajar.

Seterusnya yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya bagaimana pihak universiti untuk terus pantau bekas-bekas pelajar mereka supaya dapat mengesan mereka yang terlibat dengan kegiatan keganasan termasuklah terpengaruh dengan ideologi komunis dan Yahudi. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang universiti di negara kita ini ada menjalinkan hubungan rapat dengan alumni mereka. Misalnya seperti Yang Berhormat tadi kata seperti perpustakaan. Memang universiti dia mempunyai satu peraturan supaya alumni juga boleh berdaftar tetapi dengan bayaran. Itulah yang telah dilakukan oleh universiti. Untuk soalan yang seterusnya, saya berpendapat tingkah laku segelintir orang yang telah mencemarkan mungkin universiti tidak boleh dijadikan sandaran terhadap kewibawaan sesebuah alumni ataupun sesebuah universiti. Malah alumni atau universiti tidak wajar melibatkan diri dalam hal-hal sedemikian sebaliknya terus memainkan peranan yang memberi impak positif kepada pelajar, universiti dan negara. Sekian.

final • 10:00 AM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, pertama sekali saya ucapkan tahniah di atas usaha yang telah dibuat. Cuma soalan saya, apakah ada peruntukan khusus yang telah diberikan oleh kerajaan untuk setiap IPTA dan untuk melaksanakan program di bawah alumni ini serta setakat ini apakah kejayaan yang telah dicapai dan sejauh manakah usaha yang telah dibuat untuk memastikan bukan sahaja manfaatnya kepada alumni tetapi juga kepada para mahasiswa yang sedang belajar supaya dapat melahirkan mahasiswa yang benar-benar berkualiti apabila mereka keluar daripada universiti nanti.

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sebenarnya alumni ini salah satu tujuannya ditubuhkan ialah untuk membantu universiti dan bukan mendapat peruntukan daripada kerajaan. Jikalau kita lihat yang ada banyak alumni di tempat-tempat yang lain, mereka memang memainkan peranan yang sebegini.

Di sini saya ingin menyebutkan satu alumni yang sangat-sangat aktif iaitu the Federation of Alumni Association of Taiwan Universities, Malaysia (FAATUM). FAATUM pada masa ini menyelia seramai lebih 6,000 orang pelajar Malaysia yang sedang belajar di Taiwan. Ini tidak termasuk bilangan alumninya yang telah kembali ke negara dan yang berada di luar negara yang jumlahnya dalam puluhan ribu. FAATUM selain melaksanakan fungsi tradisi seperti menjaga kebajikan pelajar, memberi khidmat nasihat dan sebagainya turut sentiasa menyemaikan semangat kenegaraan kepada para ahlinya. FAATUM juga aktif menggalakkan perdagangan dua hala yang memanfaatkan kedua-dua buah negara.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, adalah didapati sense of belonging dengan izin di kalangan pelajar IPTA terhadap IPTA masing-masing masih kurang.

final • 10:00 AM

Dr. Hou Kok Chung

Ini kemungkinan disebabkan bilangan pelajar di dalam sesebuah universiti adalah ramai. Sebaliknya, persatuan atau kumpulan yang berdaftar ataupun tidak berdaftar yang bergerak secara kecil-kecilan ataupun lebih aktif dan lebih berjaya menghidupkan sense of belonging itu, dengan izin. Sebagai contoh alumni di peringkat jabatan atau tahun graduan ataupun peringkat kelab dan persatuan pelajar. Sekian.

final • 10:10 AM

2. Tuan Muhammad bin Husin [Pasir Puteh] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, kesan lambakan barangan China ke atas ekonomi Malaysia.

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 2009, negara China merupakan rakan perdagangan terbesar bagi Malaysia selepas negara Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun. Jumlah perdagangan pada tahun lalu, 2010 ialah RM147 bilion atau 12.6 peratus daripada perdagangan luar Malaysia berbanding cuma RM23.8 bilion pada tahun 2000 iaitu pada masa itu tahun 2000 merupakan cuma 3 peratus daripada jumlah dagangan Malaysia, tahun lepas 12.6 peratus. Kita dapati bahawa terdapat peningkatan ketara dalam jumlah dagangan antara Malaysia dengan China iaitu kira-kira lima kali ganda dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Pada tahun lepas jumlah eksport Malaysia ke China bernilai RM81 bilion dan jumlah import kita daripada negara tersebut pula ialah RM66 bilion. Lebihan dagangan adalah sebanyak RM14.2 bilion iaitu menyebelahi Malaysia, bermakna perdagangan antara Malaysia dengan China menguntungkan negara kita. Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, jumlah dagangan adalah RM77.5 bilion di mana eksport Malaysia ke China ialah RM43 bilion dan import Malaysia dari China adalah sebanyak RM35 bilion, sekali lagi dagangan antara Malaysia dengan China menguntungkan negara Malaysia. Eksport utama negara kita ke negara China adalah pertamanya keluaran electrical dan elektrik, minyak sawit, petrokimia dan keluaran getah. Manakala import daripada negara China ke negara kita pula terdiri daripada keluaran elektrik, besi dan keluli, mesin dan bahan kimia.

Tuan Yang di-Pertua, lambakan soalan daripada Yang Berhormat Pasir Puteh boleh kita definisikan sebagai keadaan di mana harga barangan yang dieksport adalah lebih murah berbanding harga jualan di negara asal iaitu negara China.

final • 10:10 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Aktiviti lambakan boleh menimbulkan persaingan yang tidak adil dan menyebabkan kemerosotan jualan dan syer pasaran pengusaha-pengusaha tempatan serta memudaratkan industri tempatan. Dalam bahasa mudah ataupun bahasa kampung, lambakan bermaksud terdapat terlalu banyak barangan dalam negara kita pada harga yang terlalu murah, itu maksudnya.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat industri tempatan yang merasai impak berikutan perjanjian perdagangan bebas yang dilaksanakan termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China ataupun ASEAN-China Free Trade Agreement yang telah dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari tahun lepas. Duti import ke atas 90 peratus barangan yang telah dimansuhkan oleh ASEAN dan China iaitu beberapa barangan tertentu masuk ke Malaysia dan negara ASEAN tanpa dikenakan sebarang duit, kosong duti. Ini telah menyebabkan produk-produk dari China memasuki pasaran ASEAN dengan harga yang lebih kompetitif. Di antara industri yang merasai kesan pelaksanaan perjanjian ini adalah tekstil, kasut, perabot, besi dan keluli. Impak seperti ini juga dihadapi oleh negara-negara lain di ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani aktiviti lambakan, kerajaan boleh mengambil tindakan yang sesuai mengikut peraturan di bawah World Trade Organization ataupun WTO dan juga beberapa undang-undang negara kita sendiri. Jika aduan diterima mengenai kegiatan lambakan, kerajaan akan menjalankan siasatan dan mengenakan Duti Anti Lambakan sekiranya terbukti bahawa barangan yang dieksport tersebut memudaratkan industri negara kita. Sehingga kini untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hanya satu siasatan anti lambakan terhadap barangan dari China dilakukan hasil daripada aduan dari syarikat negara kita iaitu bagi produk basikal. Hasil siasatan tersebut, Duti Anti Lambakan sebanyak 11.8 peratus hingga 186 peratus telah dikenakan ke atas produk basikal yang diimport dari negara China. Duti Anti Lambakan ini dikenakan selama lima tahun bermula 18 Januari 2003 hingga 17 Januari 2008. Itu sahaja siasatan yang telah dijalankan dalam negara kita hasil aduan daripada sebuah syarikat yang mengeluarkan basikal di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, dari sudut positif, pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas antara ASEAN dan China telah membolehkan syarikat-syarikat Malaysia menubuhkan operasi negara China untuk mengambil peluang liberalisasi pasaran negara tersebut. Ini merupakan strategi perniagaan yang mana syarikat-syarikat Malaysia telah mengambil pendekatan bagi menubuhkan operasi di negara tersebut, mengambil kira kos pengeluaran yang lebih kompetitif. Dari sudut positif juga, pembelian barang-barang daripada China umpamanya tekstil, kasut dan lain-lain membolehkan rakyat Malaysia menikmati harga yang lebih kompetitif berbanding dengan pengeluaran dari negara-negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memantau impak FTA dan akan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi memastikan industri tempatan dapat bersaing dengan industri negara China dan juga industri-industri daripada negara lain.

Peranan utama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah untuk memastikan bahawa perdagangan dijalankan secara bebas tetapi adil dan mengikut peraturan-peraturan antarabangsa dan undang-undang dalam negara kita sendiri.

Sekiranya terdapat lambakan mana-mana produk daripada mana-mana negara, pengusaha-pengusaha boleh membuat aduan untuk tindakan kerajaan sewajarnya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Soalan tambahan saya ialah oleh kita lihat barangan daripada negara China ini terlalu banyak sekarang. Kesan yang berlaku ialah servis selepas jualan. Kita ambil contoh barangan elektrik yang macam-macam jenama dibuat di Malaysia sekarang. Boleh dikatakan bahawa sebahagian besar daripada barangan tersebut ialah menggunakan pakai buang. Maknanya kita tidak ada satu teknik ataupun peraturan dibuat supaya barang-barang tadi boleh di servis di sini. Umpamanya telefon, hand phone yang kita umpamanya dan kita beli hendak jual, hendak baiki semula tidak ada dah, tidak ada kedai tidak ada pusat servis di sini. Ini satu kesan daripada apa yang berlaku.

final • 10:10 AM

Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh

Soalan yang saya ingin tahu ialah apakah kerajaan mempunyai perancangan ke arah membetulkan keadaan itu. Kedua ialah apakah kerajaan tidak mempunyai satu standard barangan yang diimport dari negara China sebab apa yang kita dapat bahawa sebahagian besarnya ialah pembeli yang standardnya rendah. Saya bimbang sampai diisytiharkan oleh Menteri kelmarin, 40 peratus daripada barangan di kedai 1Malaysia itu harganya kurang. Jadi saya bimbang diserahkan ke Mydin dan kita tahu saya rasa sebahagian besarnya ialah barangan daripada China yang akhirnya rakyat kita di peringkat bawah, orang miskin akan menikmati barangan yang standardnya rendah dan banyak yang kita jumpa bahawa barang-barang tiruan, keselamatannya yang tidak terjamin. Jadi adakah kerajaan ada satu standard? Kemudiannya, apakah kerajaan juga mempunyai kuota seperti yang kita borong perniagaan dengan negara lain, Eropah contohnya, kita ada kuota kemasukan. Adakah kita buat itu? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Yang pertama, setiap barang yang dibawa masuk ke negara kita secara umumnya perlu mematuhi aspek standard kesihatan, keselamatan, sanitary dan hydro sanitary di bawah pertanian. Bagi barang-barang electrical, ia perlu memenuhi syarat- syarat tertentu yang ditetapkan oleh SIRIM dan lain-lain badan kerajaan. Maka sebelum sesuatu barangan itu dapat memasuki negara kita, ia harus mematuhi standard tertentu.

Jika tidak memenuhi standard tersebut, maka barang tersebut tidak boleh dibenarkan dijual dalam negara kita. Begitu juga barang tiruan, kita ada undang-undang, tidak boleh dibawa barang-barang tiruan ke dalam negara kita. Itu peraturan kita tetapi mungkin kadang- kadang ada isu-isu berkaitan dengan pelaksanaan atau enforcement. Tidak dinafikan kadang-kadang perkara ini berlaku dan jika ada perkara seperti ini berlaku di mana penguatkuasaannya lemah, maka menjadi tanggungjawab pengguna dan juga syarikat untuk melaporkan kepada kerajaan.

Berkaitan kuota, kita tidak ada mengenakan kuota kecualilah barang-barang tertentu umpamanya keluaran pertanian di mana sebahagian kecil daripada import negara kita dikenakan kuota.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Kebanyakannya, kita mengamalkan barangan bebas. Ini penting. Kita perlu konsisten dalam amalan kita. Kalau kita hendak jual barangan kita ke luar negara, kita mahu access kepada pasaran, maka adalah tidak logik apabila kita hendak beli daripada negara lain kita mengenakan pelbagai sekatan. Kita adalah sebuah negara perdagangan.

Kita mengamalkan perdagangan bebas, maka kita adalah penyokong kuat kepada perdagangan bebas tetapi ia berlandaskan peraturan-peraturan yang tertentu dan ini dimaktubkan dalam undang-undang yang ada dalam negara kita. Berkaitan dengan barangan yang dijual dalam supermarket dan lain-lain, jika ada aduan, maka kita ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang boleh menerima aduan daripada rakyat Malaysia. Secara umumnya, perdagangan dengan negara China ini telah memberikan kesan yang baik kepada pengguna kerana barangan ini dinikmati pada harga yang lebih kompetitif dan murah.

Pada masa yang sama kita dapati bahawa Malaysia tidak mampu lagi untuk mengeluarkan barangan tersebut kerana kosnya terlalu rendah di negara-negara seperti China. Lagipun di negara kita, kita sekarang ini sedang menggalakkan industri-industri berasaskan knowledge atau pun pengetahuan yang memberikan gaji yang lebih lumayan.

Ini konsisten dengan Model Baru Ekonomi negara kita. Kita hendak jadi sebuah negara yang maju adalah tidak munasabah kita terus menggalakkan industri yang mengguna terlalu ramai buruh dan sebahagiannya diimport daripada luar negara dan gajinya terlalu rendah.

Maka, dasar kerajaan pada masa ini konsisten dengan Model Baru Ekonomi dan menggalakkan industri yang berintensifkan pengetahuan yang mampu memberi gaji dan pendapatan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia. Kita secara umumnya tidak lagi menggalakkan produk-produk yang berintensifkan buruh kerana kita tidak lagi komparatif dan untuk barangan tersebut adalah lebih baik kepada negara kita Malaysia mengimport barangan tersebut. Ini juga akan memberi kesan baik kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih berpatutan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Maran.

final • 10:20 AM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Menjadi kebiasaan atau kelaziman kita, kita hendak beli barang murah dan kalau boleh berkualiti baik dan tidak mungkin dua keadaan ini kita boleh dapat sekali. Ini biasa kalau barang mahal mesti kualiti bagus. Akan tetapi dalam masyarakat kita telah mengenali sebagai tambahan kepada Yang Berhormat, bahawa barang-barang keluaran daripada China ini biasanya kualiti rendah. Jadi, ini memberi kesan yang cukup besar kepada pengguna. Bagi kita, mungkin masyarakat luar bandar seperti yang disebut Yang Berhormat tadi, akan mungkin tertipu. Itu dari satu sudut, dari segi kualiti. Satu lagi Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya sebab dalam masa yang sama kita juga berhadapan dengan masalah dari segi agama. Makna ada barang-barang yang dikeluarkan melibatkan halal haram.

Umpamanya kasut dan sebagainya. Sebahagian daripada pengeluaran kasut di luar mungkin daripada kulit binatang yang tidak halal. Ini bagi kita susah kita hendak membeli. Jadi, apakah usaha kerajaan atau kementerian dalam mendidik pengguna- pengguna kita supaya mereka tahu bahawa ini barang-barang yang tiada kualiti. Ini jenis barang-barang yang tidak halal dipakai dan sebagainya. Apakah tindakan yang dilakukan oleh kementerian dalam menangani isu-isu ini? Saya kira mungkin kalau tidak ditangani dengan baik kita akan terlibat dengan penggunaan barang-barang yang bukan sahaja tidak berkualiti tetapi dalam masa yang sama terlibat dengan barang-barang yang tidak halal ini.

Terima kasih

final • 10:22 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat Maran sebut sebentar tadi, barang-barang yang harganya rendah kadang-kadang kualitinya juga rendah, tidak semestinya begitu. Umpamanya jam, dahulunya mungkin RM100 satu jam biasa. Jam mahal harganya lainlah tetapi sekarang ini kita boleh beli jam dari negara China, RM5 ada dan RM10 pun ada. Memanglah harga ini cukup murah dan mampu dibeli.

Oleh sebab harganya murah adalah tidak munasabah kita mengharapkan jam RM5 yang dibeli dari negara China itu dapat diguna 10 atau 20 tahun, ya. Itu memang sudah menjadi lumrahnya. Jadi, pada kebiasaannya kalau harga terlalu murah, jam RM5, maka tidak boleh tahan lama. Itu yang kita perlu akui realitinya. Maka, kita mengamalkan perdagangan bebas. Pengguna berhak untuk membuat pilihan dan mereka yang mampu boleh membeli barangan yang lebih tinggi harganya manakala yang kurang mampu boleh membeli jam ataupun kasut ataupun baju pada harga yang lebih rendah dan tidak semestinya ia tidak berkualiti. Kadang-kadang jam RM5 itu ataupun baju RM10 itu lebih lama tahan daripada baju yang mahal. Keduanya, berkaitan halal haram kasut dan lain-lain. Soalannya, apakah peranan kerajaan dalam memberi pendidikan.

Secara umumnya kita tahu bahawa JAKIM dan lain-lain badan negeri yang memberi sijil halal ini pada masa ini mungkin lebih tertumpu kepada makanan dan hal-hal berkaitan. Mungkin kasut dan lain-lain belum lagi begitu berleluasa. Jadi, kerajaan akan terus memberi pendidikan kepada rakyat dan secara umumnya apabila kita pergi ke kedai kita akan bertanya daripada kedai tersebut apa bahan yang digunakan untuk membuat kasut. Kita harap pengguna-pengguna akan berhati-hati apabila membeli barangan dari luar negara untuk memastikan ia adalah halal digunakan. Dalam pada itu, kerajaan akan terus memainkan peranan untuk mendidik rakyat Malaysia supaya memberi khususnya masyarakat Islam untuk memastikan bahawa kasut dan lain-lain barangan yang dibeli itu adalah halal. Terima kasih.

final • 10:22 AM

3. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah bentuk kerjasama yang telah berjaya dibangkitkan oleh Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Vatican di Rome sempena kunjungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pertemuan dengan Paus, pemimpin gereja Katolik dunia di sana.

final • 10:22 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi, salam sejahtera, dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, izinkanlah saya untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Libaran bersama- sama dengan soalan Yang Berhormat Tebrau bertarikh 12 Oktober 2011 kerana kedua- duanya menyentuh perkara yang sama.

final • 10:22 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 10:22 AM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, hasil utama lawatan tersebut ialah perjumpaan di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Paus Benedict XVI berkesempatan untuk menerangkan inisiatif Gerakan Global ke arah kesederhanaan. Inisiatif ini disambut baik oleh Paus Benedict XVI kerana Malaysia dan Holy See menyedari nilai kebaikan bersama atau common values yang dianjurkan oleh semua agama. Inti pati utama inisiatif tersebut adalah untuk merangkumkan kerjasama di antara golongan-golongan sederhana atau wasitiyyah tanpa mengira agama serta menggalakkan dialog di antara agama bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain.

Tuan Yang di-Pertua, hasil lawatan itu juga menandakan penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Holy See secara rasminya pada 18 Julai 2011. Hubungan ini merentasi sempadan kerjasama dua hala dan diplomatik yang melibatkan usaha yang saling memahami antara semua agama samawi di seluruh dunia. Dengan penubuhan hubungan diplomatik ini, Malaysia kini merupakan di antara 179 buah negara di seluruh dunia yang telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Holy See. Malaysia juga termasuk di dalam 48 daripada 57 buah negara OIC yang telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan Holy See. Sekian, terima kasih.

final • 10:22 AM

Datuk Juslie Ajirol - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Kita amat berterima kasih dan bangga di atas usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk turun padang khasnya di negara kita dan juga di luar negara. Sesungguhnya lawatan seperti ini mempunyai kesan yang amat ketara kepada rakyat negara kita, sebagai contoh lawatan Perdana Menteri ke Vatican City menandakan bermulanya hubungan diplomatik seperti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Persoalan saya ialah, adakah juga Holy See bercadang untuk mengadakan kedutaan ataupun hubungan diplomatik di Negara Malaysia ini? Sekian terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua itu soalan yang baik iaitu sama ada Holy See akan membuka embassynya di Malaysia. Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan kebanyakan negara termasuk Holy See. Ini adalah seperti mana yang saya sebutkan sebagaimana amalan diplomatik sedemikian di bawah Konvensyen Vienna, Malaysia akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya sekiranya Holy See bercadang untuk membuka kedutaan serta menghantar duta besar ke Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa sekarang Holy See masih mempertimbangkan sama ada untuk mentauliahkan serentak duta mereka dari Thailand, Indonesia atau mana-mana negara lain ataupun membuka kedutaan di Malaysia sahaja.

Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya tahu Yang Berhormat Tebrau bangun kerana saya belum menjawab, jadi saya akan menjawab sekarang. Mengenai Global Movement of Moderate iaitu soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Tebrau, Global Movement of Moderate adalah suatu pendekatan bagi mengetengahkan suara-suara kesederhanaan ke arah pencapaian keamanan global, pergerakan kesederhanaan tidak tertakluk kepada aspek agama sahaja tetapi merangkumi semua aspek seperti perhubungan antara budaya, kaum dan juga ketamadunan.

Malaysia dibangunkan dengan kepercayaan bahawa kepelbagaian itu adalah sumber kekuatan sesebuah masyarakat atau negara. Atas dasar kepercayaan ini Tuan Yang di-Pertua adalah diyakini bahawa amalan kesederhanaan di Malaysia ini boleh dipraktikkan di peringkat antarabangsa, malah komposisi perkampungan global atau global village mempunyai persamaan dengan kepelbagaian masyarakat Malaysia. Oleh itu formula yang berjaya di Malaysia berkemungkinan juga akan berjaya di peringkat antarabangsa.

final • 10:30 AM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Kementerian Luar Negeri atau KLN telah ditugaskan untuk menerajui isu Global Movement of Moderate. Dalam hal ini, KLN sedang berusaha untuk mengetengahkan isu ini di peringkat antarabangsa dengan mengadakan perbincangan bersama kementerian atau jabatan berkaitan. Setakat ini dua sesi percambahan idea telah diadakan dan hasil daripada sesi-sesi ini, Kementerian Luar Negeri sedang mendrafkan satu draf pelan tindakan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sebenarnya daripada analisis banyak penganalisis dan penulis mengatakan bahawa Perdana Menteri dan rombongannya telah pergi ke Vatican City bukan kerana daripada alasan-alasan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri tetapi sebenarnya adalah kerana dunia Kristian, the World Christian Society mengkritik Malaysia kerana apabila pendirian kerajaan tidak membenarkan penggunaan Bible di Sarawak, perkataan “Allah”, dan sebagainya dan inilah sebabnya serta Perdana Menteri Barisan Nasional sedar bahawa ramai di antara para Kristian tidak ada kepercayaan lagi dengan Barisan Nasional dan alasan-alasan ini dan juga...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini tuduhan liarlah, ini tuduhan liar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ini sebenarnya berniat jahat.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Vatican...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Yang Berhormat Ipoh Barat tolonglah...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Duduklah, ini...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Tolonglah jangan lagakan soal agama...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini Yang Berhormat Ipoh Barat tidak ada agamakah tidak, you tidak tahu apa-apalah, you shut up!

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Barat habiskan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apalah Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Apa ini Yang Berhormat Kinabatangan...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Menyampuk]

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Because you provoke them...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

You berniat jahatlah.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Soalan Yang Berhormat provoke him, habiskan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

....Berniat jahat, tanya...

final • 10:30 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Wah, ini Yang Berhormat Kinabatangan hendak tunjuk dia gentleman, ini kononnya perangai gentleman.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Janganlah Yang Berhormat Ipoh Barat, tolonglah! Bertanggungjawablah, jangan kita...

final • 10:30 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Biarlah dia bercakap.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bukan...

final • 10:30 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Pergi ke Vatican tetapi perangai macam ini apa guna.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat Ipoh Barat habiskan soalan...

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Janganlah bercakap soal Islam, tidak tahu Islam pun.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Soalan Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Menyampuk]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Soalan Yang Berhormat walaupun dalam niat yang baik tetapi provoking.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Apa yang saya katakan semua benar...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat habiskan.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua adakah Tuan Yang di- Pertua akan katakan...

final • 10:30 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, macam mana provoke?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat ....

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, ini semua orang...

final • 10:30 AM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tidak boleh tanya soalan ke sini?

final • 10:30 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Bangun] ...Provokasi!

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

You banyak soal....

final • 10:30 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

....Orang Barisan Nasional ini sahaja...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat, please.

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Janganlah...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Soalan dibenarkan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Biarlah soalan ditanya.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukankah benar bahawa Vatican City telah memberitahu, telah memberi amaran kepada kerajaan supaya jangan...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Berlaku diskriminasi di negara ini terhadap pihak-pihak yang memeluk agama Kristian, maka Perdana Menteri dengan terdesak, dan oleh sebab beliau takut, dia terus pergi ke Vatican City dan di sana...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Dia memberi jawapan...

final • 10:30 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Tidak payahlah ....

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Dan alasan...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduklah Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

... Kepada...

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mana ada...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Pope Benedict...

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...Diskriminasi against apa nama ini Kristian..

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

You know nothing! You know all best… Please sit down.

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Tidak payahlah cakap Perdana Menteri penakut...

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

...You know nothing about Islam...

final • 10:30 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Kalau hendak tanya, tanya sahajalah...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Don’t play-play...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup ya Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat kemukakan, saya minta Yang Berhormat duduk.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jangan main-main hal Islam...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Itu soalan..

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Desakan adalah daripada Vatican City sendiri...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat....

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Terpaksa pergi untuk memberi keterangan kepada...

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

...Tidak payah jawab Menteri, tidak payah jawab, soalan bodoh itu, soalan bodoh.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Sila beri penjelasan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Ada juga rakan di sini lebih kurang menyuruh saya supaya tidak menjawab tetapi saya akan menjawab, kerana apa yang telah dilemparkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi adalah tidak benar sekali... [Tepuk]

final • 10:30 AM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Mengapa tidak benar, saya berani berkata di sini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat kunjungan hormat ke Pope di Vatican kerana kita mesti tahu di dunia ini penganut Kristian berjumlah 2.26 bilion, dan daripada jumlah itu, yang menganut agama Katolik adalah berjumlah 1.14 bilion. Jadi kunjungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Vatican City secara langsung atau tidak langsung, akan dapat mengeratkan tali silaturahim di antara agama-agama dan ini terkandung di dalam Global Movement of Moderates… [Tepuk] Dan bukan untuk menakutkan...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Selepas 54 tahun baru sedar, after 54 years… [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pergilah!

final • 10:30 AM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Ya, sekian terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat, please get your facts correct Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

...Yang Berhormat Tuan Saifuddin Nasution Ismail. Cukup, Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini Kementerian Luar sedang menjawab, boleh minta saya mengajukan satu...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah, sudah habis Yang Berhormat. Minta maaf Yang Berhormat, sudah habis.

final • 10:30 AM

4. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang] minta Menteri Kewangan menyatakan, perihal perjanjian pertukaran saham MAS-AirAsia dan kesannya terhadap masa depan industri pengangkutan udara negara.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Tuan Yang di- Pertua, saya memohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Machang pada hari ini dan pertanyaan-pertanyaan yang akan dikemukakan oleh Yang Berhormat Kapit pada 5 Oktober, Yang Berhormat Ipoh Timur pada 6 Oktober, Yang Berhormat Putatan pada 11 Oktober, Yang Berhormat Mukah dan Yang Berhormat Pendang pada 13 Oktober, Yang Berhormat Sabak Bernam pada 25 Oktober, Yang Berhormat Bukit Katil dan Yang Berhormat Sepang pada 1 November, Yang Berhormat Selayang dan Yang Berhormat Pokok Sena pada 2 November, Yang Berhormat Arau pada 15 November, Yang Berhormat Wangsa Maju pada 22 November, Yang Berhormat Kuala Selangor pada 23 November dan Yang Berhormat Bachok pada 1 Disember 2011.

Memandangkan kesemua pertanyaan menyentuh perkara yang berkaitan transaksi pertukaran bersilang saham atau share swap di antara MAS-AirAsia. Oleh itu, izinkan saya untuk memberikan penjelasan yang panjang sedikit memandangkan minat yang menyeluruh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Untuk makluman Yang Berhormat, pada 9 Ogos 2011, Malaysian Airline System Berhad (MAS), AirAsia Berhad (AirAsia) dan AirAsia X Sdn.

Bhd. (AirAsia X) telah menyertai Rangka Kerja Kolaborasi Komprehensif (CCF) Comprehensive Collaborative Framework bagi meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang. CCF tersebut melibatkan tiga perkara utama iaitu perjanjian kerjasama, perjanjian pemegang saham dan pengawasan.

Perjanjian Kerjasama – CCF merupakan rangka kerja kerjasama yang menggariskan prinsip-prinsip panduan, guiding principle yang mesti diikuti oleh ketiga-tiga pihak iaitu MAS, AirAsia dan AirAsia X.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Antara prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut, iaitu semua pihak akan mendapat faedah dan manfaat daripada perjanjian ini dan tiada pihak yang akan berada dalam kedudukan yang merugikan berbanding keadaan sebelum perjanjian. Ia mengenal pasti bidang-bidang kerjasama yang akan diikuti oleh ketiga-tiga buah syarikat. Tempoh CCF adalah selama lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh perjanjian selama lima tahun lagi. Tempoh ini adalah bagi memberikan masa yang secukupnya untuk semua pihak memperoleh manfaat yang ketara hasil jalinan kerjasama tersebut.

Daripada segi perjanjian pemegang saham yang melibatkan pertukaran saham antara Khazanah Nasional Berhad, pemegang saham utama MAS dan Tune Air Sdn. Bhd., pemegang saham utama AirAsia, untuk menjaga kepentingan pemegang saham minoriti, AirAsia akan menerbitkan waran untuk para pemegang saham MAS dan MAS juga akan menerbitkan waran untuk pemegang saham AirAsia secara percuma pada nisbah yang telah ditetapkan.

Daripada segi pengawasan, beberapa orang ahli lembaga pengarah yang sama akan dilantik untuk menduduki kedua-dua buah syarikat. Sebuah jawatankuasa kerjasama bersama akan diwujudkan yang melibatkan pengarah daripada kedua-dua buah syarikat penerbangan untuk melaksanakan perjanjian. Sebuah panel penasihat kerjasama akan diwujudkan bagi memastikan kedua-dua belah pihak memelihara kepentingan awam dalam operasi masing-masing serta meningkatkan nama baik dan imej Malaysia terutama di arena antarabangsa.

Rangka kerja ini akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan undang-undang anti persaingan di peringkat antarabangsa. Bagi mengukuhkan kerjasama dan memberikan manfaat bersama, Khazanah dan Tune Air telah memiliki saham kedua-dua buah syarikat penerbangan. Tune Air memegang 20.5 peratus saham dalam MAS sementara Khazanah memegang 10 peratus saham AirAsia. Nisbah pertukaran saham adalah berdasarkan pada harga saham ketika penutup sesi dagangan pada 5 Ogos 2011.

Memandangkan kedua-dua buah syarikat tersebut merupakan entiti yang tersenarai, pertukaran saham tersebut adalah berdasarkan pada harga pasaran saham yang mencerminkan nilai saham yang wajar dan berpatutan. Khazanah juga sedang melaksanakan kajian menyeluruh due diligence atas kedudukan kewangan dan model perniagaan syarikat AirAsia X dan keputusan untuk memiliki saham AirAsia X adalah bergantung pada hasil kajian tersebut.

Lanjutan daripada pertukaran saham MAS dan AirAsia, setakat 20 September 2011, antara pemegang saham utama MAS adalah seperti berikut:

(i) Khazanah Nasional Berhad – 48.87 peratus;

(ii) Tune Air Sdn. Bhd. – 20.5 peratus; dan

(iii) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – 10.54 peratus; Para pemegang utama saham AirAsia setakat 23 September 2011 pula adalah seperti berikut:

(i) Tune Air Sdn. Bhd. – 13.1 peratus;

(ii) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – 10.35 peratus;

(iii) Khazanah Nasional Berhad – 10 peratus;

(iv) Genesis Oil Company - 5.43 peratus; dan

(v) Wellington Management Company – 5.04 peratus.

Untuk maklumat Yang Berhormat, secara amnya, rasional CCF adalah seperti berikut:

(i) meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan kepada pelanggan serta mengukuhkan persekitaran industri penerbangan negara;

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

(ii) meneroka bidang-bidang kerjasama yang berpotensi termasuk pembelian pesawat, kejuruteraan, perkhidmatan darat dan sokongan, perkhidmatan kargo, katering dan latihan;

(iii) penyelarasan kepentingan bersama para pemegang saham bagi mengukuhkan kerjasama;

(iv) selari dengan hasrat kerajaan untuk menyaksikan kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta; dan

(v) memastikan industri penerbangan negara kekal mapan dan kukuh untuk menghadapi persaingan di peringkat global.

CCF dijangka memberi manfaat pada tiga kumpulan utama iaitu pemegang saham, orang ramai dan industri dan kakitangan seperti berikut:

(i) daripada segi manfaat kepada pemegang saham, kedua-dua jenama MAS dan AirAsia akan terus dibangunkan sebagai dua buah produk berbeza yang berlandaskan pada kekuatan masing- masing. Sinergi yang lahir akan mampu memberikan nilai tambah serta-merta kepada MAS dan AirAsia. Pertumbuhan jangka panjang yang mapan bagi ketiga-tiga buah syarikat penerbangan melalui kerjasama dan penyelarasan pemegang saham;

(ii) manfaat kepada orang ramai dan industri ialah satu, peningkatan mutu produk dan perkhidmatan kepada pelanggan. FireFly akan menjadi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, full service serantau, jaringan yang lebih baik bagi penerbangan ke dalam dan luar negara serta mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai hab penerbangan serantau bagi syarikat penerbangan penuh, full service carrier dan syarikat penerbangan tambang murah, low cost carrier. Mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan di Malaysia hasil daripada kesan gandaan kepada negara yang dijangka daripada kemasukan penumpang dan pelancong yang lebih ramai dan AirAsia X kini boleh menumpukan pada usaha mengurangkan lagi kos secara lebih ketara; dan

(iii) manfaat kepada kakitangan pula ialah mewujudkan suasana kondusif bagi sektor penerbangan dalam negara yang terus berkembang, melahirkan bakat yang bertaraf dunia melalui proses pembelajaran silang amalan terbaik serta peluang pembangunan kerjaya di ketiga-tiga buah syarikat penerbangan.

Harus ditekankan di sini bahawa kerjasama di bawah CCF ini adalah hanya sebahagian daripada rancangan pemulihan MAS. MAS akan terus menumpukan usaha untuk memperbaiki operasi dan memperkukuhkan kewangannya dalam usaha menjadi syarikat penerbangan yang berdaya maju di masa depan.

Berkaitan kebimbangan kesatuan sekerja pula, MAS akan terus mengambil kira kepentingan kakitangan dalam setiap keputusan perniagaannya. MAS telah pun memulakan perbincangan dengan kesatuan sekerja untuk menjelaskan tentang CCF secara terperinci dan jelas. Dengan perbincangan dan penjelasan tersebut, diharap akan wujud kesefahaman yang lebih baik di kalangan semua pihak untuk sama-sama menyokong usaha pengukuhan industri penerbangan di Malaysia di tahap yang lebih tinggi.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan yang panjang lebar itu menarik perhatian saya untuk bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri beberapa perkara. Latar belakang pada CCF ini adalah kerana MAS rugi, AirAsia untung. Oleh kerana itu, sejak tahun 2006 dan di bawah pengendalian dua orang Ketua Pegawai Eksekutif MAS telah dilakukan atau apa yang disebut sebagai dengan izin, business turnaround plan, sejak tahun 2006. Lima tahun berlalu. Apakah CCF ini diilhamkan daripada pelan turnaround perniagaan itu, ataupun ianya suatu yang baru dihasilkan pada tahun 2011?

final • 10:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Di sana juga Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pernah menjalankan Program Transformasi GLC dan satu daripada key indicator deliverable ialah kejayaan memulihkan MAS. Apakah ini satu daripada rentetan rancangan itu atau ianya satu yang terpisah asing sama sekali?

Dua stakeholders yang terlibat yang di jelas dengan baik oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah pekerja. Difahamkan usaha yang dilakukan ini tidak langsung membabitkan input dan pandangan daripada pekerja walhal diakui mereka adalah stakeholders penting dalam MAS, jatuh bangun susah senang bersama MAS selama ini.

Akhirnya, formula ini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, semacam akan melahirkan dengan izin, one dominant domestic airlines dictating the market. Apakah ini baik untuk keadaan negara kita dalam industri strategik penerbangan macam ini? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Banyak sangat soalan. Tidak tahu saya boleh jawab semuanya atau tidak. Saya cuba Yang Berhormat ya.

Pertamanya sama ada CCF itu merupakan lanjutan kepada usaha penstrukturan semula MAS yang telah dibuat beberapa kali, jawapannya ialah tidak. Ini adalah usaha baru. Saya boleh menyatakan di sini bahawa dalam usaha menstrukturkan semula MAS akibat daripada masalah-masalah yang dihadapi sebelum ini, ianya telah berjaya kepada satu-satu tahap, ia telah berjaya.

Umpamanya dalam sepuluh tahun yang lepas, kita melihat MAS berjaya mencapai keuntungan dalam tujuh tahun yang berjumlah sebanyak RM2.97 bilion tetapi juga mengalami kerugian yang besar dalam tiga tahun iaitu sebanyak RM2.11 bilion. Bermakna kalau diambil sepuluh tahun kebelakangan ini, MAS boleh dikira mampu tetapi hanya pada tahap yang agak sederhana iaitu lebih kurang RM800 juta sahaja untung keseluruhan bagi sepuluh tahun yang lepas. Akan tetapi menghadapi cabaran baru hari ini, cabaran yang semakin sukar, kalau kita lihat operasi MAS sahaja pada tahun ini bagi separuh masa pertama, MAS sudah kerugian RM770 juta. Setahun penuh mungkin ianya akan menjadi lebih besar. Jadi soalnya, berapa banyak kah pula suntikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan? Apakah kita harus kekal dengan keadaan sedemikian dengan keadaan yang tidak menentu di masa-masa akan datang atau kita perlu mengambil satu inisiatif baru yang mungkin boleh perbaiki keadaan?

Kita tahu bahawa AirAsia yang juga merupakan syarikat Malaysia mempunyai kekuatannya dari segi modal operasinya yang berbeza, keuntungannya agak baik dari segi bukan sahaja keuntungan tetapi profitability keseluruhannya, AirAsia juga begitu berjaya beroperasi di negara-negara ketiga seperti Thailand dan Indonesia. Pengalaman mereka ini sepatutnya boleh dimanfaatkan bersama.

Saya ingin menyatakan bahawa transformasi GLC dan MAS yang dibuat selama ini seperti yang saya nyatakan tadi, telah berjaya ke satu tahap tetapi untuk dibawa ke tahap yang ke hadapan, cabaran-cabaran baru yang perlu ditangani, ini mesti dilihat dalam konteks pendekatan yang baru. Jadi inilah satu pendekatan yang seperti mana ternyata dalam guiding principalnya, yang tidak akan merugikan mana-mana pihak bahkan akan menguntungkan ketiga-tiganya.

Perlu diingatkan bahawa pemegang saham utama AirAsia hari ini melalui share swap ini juga mempunyai saham di dalam MAS yang lebih kurang sama banyak. Bermakna mereka tidak mempunyai kepentingan yang lebih dalam satu-satu syarikat. Bermakna dengan tujuan supaya kedua-duanya mempunyai kepentingan yang sama untuk sama- sama mencari jalan dan ikhtiar supaya kedua-dua syarikat ini dapat mara ke hadapan dengan jayanya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selepas CCF ini dipersetujui, rakyat mempertikai, umum mempertikai, ramai mempertikai siapa guna siapa. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia sebaik sahaja CCF ini dimulakan, telah menaja Queens Park Rangers, sebuah kelab bola sepak di...

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Kelmarin itu 6-0 kena belasah.

final • 10:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Diletakkan nama Malaysia Airlines. Kita berbangga sebenarnya apabila nama Malaysia terpapar di jersi Queens Park Rangers. Akan tetapi soalnya di sini ialah kelab yang bagaimana kita membuat – dan seolah-olah CEO AirAsia mempunyai kuasa yang menyeluruh kepada MAS.

Sedangkan Yang Berhormat, saya bukan baru, mengambil kira pandangan kawan- kawan, dulu penjualan aset berlaku di Kuala Lumpur dan juga di Australia. Saya juga difahamkan boleh dibuat siasatan. Pada masa CEO dahulu yang sekarang ini menjadi Menteri, ada dua buah pesawat 747 yang telah diberi, saya tidak tahu dalam bentuk charted sewaan ataupun jual kepada sebuah syarikat di Middle East di Arab Saudi ataupun..., saya tidak tahu mana-mana syarikat, cuba siasat. Apabila syarikat itu tidak beroperasi sekarang, adakah dua-dua pesawat milik MAS ini diberi balik kepada MAS sekarang?

Kedua, kita melihat dalam keadaan siapa guna siapa, sebuah syarikat yang berpengalaman terpaksa belajar kepada CEO dari kumpulan Revolvers, pemuzik, yang tidak mempunyai latar belakang dalam penerbangan. MAS yang berpengalaman dalam LAD, dalam katering, dalam kargo tiba-tiba menjadi seperti ini. Ini menjadi asas...

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Terbalik dunialah.

final • 10:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Kenapa ini perlu berlaku sedangkan syarikat ini dikawal dengan begitu rapi oleh kerajaan? Jadi di masa hadapan kita meminta supaya perkara-perkara sebegini di dalam kawalan kerajaan. Ya, supaya tidak berlaku apa-apa yang merugikan dan Yang Berhormat telah bangkitkan tadi dengan kerugian terkumpul sekarang RM700 juta lebih pada setakat ini dan masa ini sudah RM3 juta satu hari. Saya tidak nafikan imej MAS sejak CCF ini naik, confidence, tetapi pesawat lama yang memerlukan penyelenggaraan baik pulih yang..., kenapa tidak dibuat pembelian yang baru?

Aset dijual. Pada masa itu CEO hendak membuktikan dia seorang CEO yang hebat, jual harta dan kemudian declare kata keuntungan pada first year operation.

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan

Ini Idris Jalal punya kerja.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Saya pohonlah pertimbangan pihak kerajaan adakah sekarang MAS dan AirAsia ini kedua-duanya mendapat keuntungan hasil daripada CCF ini?

Pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa satu daripada masalah yang dihadapi oleh seluruh rakyat ialah kerana model CCF ini tidak diketahui umum dengan jelas. Jadi macam-macam sangkaan seseorang individu yang mengawal bukan sahaja AirAsia tetapi juga mungkin MAS. Saya ingin menyatakan di sini bahawa dari segi strukturnya, pemimpin-pemimpin AirAsia ini hanya merupakan pengarah non executive dalam lembaga pengarah MAS. MAS sekarang sudah pun mempunyai CEO yang baru, pengerusi juga adalah pengerusi yang baru dan juga ahli-ahli lembaga pengarah yang baru...

final • 10:50 AM

Dato Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Akan tetapi dia orang tidak ada pengalaman dalam bidang itu.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

CEO memang mungkin tidak ada pengalaman tetapi CEO telah mengetuai...

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Tak, macam ini, macam ini. CEO telah...

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Macam mana?

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Tunggu.

final • 10:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Dengarlah dulu.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Dengarlah dulu. Dengar dulu.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Padang Besar kacau ini.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Masa Yang Berhormat mula-mula jadi Timbalan Menteri, beliau pun tidak ada pengalaman juga.

final • 11:00 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya... [Ketawa]

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Beliau pun baru. Akan tetapi, bila beliau menjadi Timbalan Menteri, tidak semestinya beliau tidak menjadi Timbalan Menteri sebelum itu, beliau tidak boleh menjadi Timbalan Menteri, boleh.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

[Ketawa]

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Beliau ini merupakan CEO syarikat yang telah tersenarai. Beliau telah berjaya dalam syarikat-syarikat yang tersenarai, listed company.

Listed company kadang-kadang merupakan seorang akauntan. Akauntan ini dia tidak perlu berada dalam satu-satu industri. Dia tahu prinsip-prinsip perakaunan, dia sudah boleh. Jadi saya rasa kita kena bagi peluang, kita jangan pula mempunyai prasangka seseorang - bagi dia peluang.

Saya yakin bahawa ini adalah sesuatu percubaan yang baik kerana kita tidak adalah pilihan. Nanti kalau kita tidak berbuat apa-apa, syarikat penerbangan kita rugi lagi, kerajaan terpaksa suntikkan lagi duit, kita marah lagi. Jadi ini sesuatu percubaan yang baik dan saya harap dengan penjelasan-penjelasan yang akan diberikan nanti rakyat lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan kalau sekiranya kita ikuti guiding principles yang pertama yang tidak ada mana-mana syarikat yang akan rugi daripada hubungan ini, maka saya rasa ini sesuatu yang baik yang perlu diberi sokongan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Berilah, berilah.

final • 11:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta satu soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Ada 12 Ahli-ahli wakil rakyat yang mengemukakan soalan yang sama terhadap isu ini. Saya akan bagi keutamaan kepada 12 orang ini. Saya jemput Yang Berhormat Putatan.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi soalan pendek saya ialah menyambung kepada Yang Berhormat Arau tadi. Saya rasa MAS ini suatu ketika dia hebat, nama baik, tiba-tiba pada tiga tahun lepas masalah sampai rugi RM770 juta dalam masa enam bulan. Apa punca sebenarnya kerugian MAS ini, rakyat hendak tahu. Biar telus siapa yang salah, siapa yang guna kuasa itu harus diambil tindakan.

Adakah audit-audit yang boleh dikemukakan kepada Dewan yang mulia ini. Kita mahu tahu sebab ada kononnya betul atau tidak, pembelian pesawat yang sama dengan AirAsia pesawat yang lama. MAS membeli lebih mahal... [Ketawa] Jadi itu sudah salah dalam segi perakaunan walaupun dilantik CEO yang baru yang expert dalam akaun ini tetapi, orang yang membuat salah ini tidak akan kita biarkan sahaja. Minta penjelasan kalau boleh punca-punca yang sebenar kerugian MAS ini.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Kerugian MAS ini bukanlah merupakan kerugian yang hanya dialami oleh MAS. Banyak syarikat penerbangan di dunia hatta di negara-negara maju mengalami masalah kerana model...

final • 11:00 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Hujah macam pak pandir... [Ketawa]

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Marilah cakap. Kalau tidak mahu jawab tidak apa, saya tidak perlu jawab.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya minta yang lain diam, Yang Berhormat. Biarlah Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Putatan.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Tidak payah jawab. Kalau tanya dan perlukan jawapan saya boleh jawab. Akan tetapi kalau sahaja tanya hendak syok tanya, tidak hendak saya jawab pun tidak mengapa. Saya tidak perlu jawab. Jadi, model business syarikat- syarikat penerbangan lama ini tidak menguntungkan, kosnya tinggi. Oleh sebab itu, syarikat-syarikat sekarang ini syarikat penerbangan yang banyak untung adalah syarikat- syarikat yang low cost airline. Itu yang perlu kita lihat dan perlu syarikat-syarikat ini mengurangkan...

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Untungnya daripada forex exchange, bukan untung yang sebenarnya.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Tidak ada.

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bagaimana kita ada satu...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Pertukaran saham...

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Ini soalan nombor berapa pula ini... [Ketawa]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kita dalam sesi soal jawab Yang Berhormat .

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ia dalam pertukaran saham bukan NTA.

Malu sahaja.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Saya rasa kalau forex itu, kita boleh cakap di luarlah fasal forex itu.

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, forex. Check dengan baik akaun AirAsia ini. Kebanyakan keuntungannya dari forex exchange. Oleh kerana dia nasib baik sekarang.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Okey. Susah. Ya, jadi ini...

final • 11:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Orang kata ikan bilis makan ikan jerung... [Ketawa]

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, betul.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Susah kalau persepsi yang sedemikian hendak diteruskan. Kita cuba jelaskan fakta-fakta, tetapi kalau – macam mana boleh 10 peratus pegangan saham boleh dianggap sudah menguasai satu-satu airline. Khazanah ada gunakan 8 peratus...

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kenapa tidak digunakan NTA...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju...

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Untuk menentukan equation formula?

Kenapa gunakan tuntutan harga saham pada 5 Ogos...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju sila duduk Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Ya...

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sedangkan ada insider trading dan harga saham AirAsia terus naik dan saham MAS terus turun daripada 21 Julai.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya, itu yang penting.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 11:00 AM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Tidak pernah kita ada...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Kita dalam sesi soal jawab Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak mengemukakan soalan tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah habis?

final • 11:00 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Sudah habis.

final • 11:00 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak melihat Yang Berhormat Kalabakan dalam Dewan untuk soalan nombor 5.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Puan Chong Eng.

[Soalan No.5 - Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan) tidak hadir]

final • 11:00 AM

6. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, bagaimana Pelan Transformasi Negara akan memanfaatkan golongan miskin, suri rumah tangga, wanita yang bekerja dan orang kurang upaya.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pelan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) mahupun Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah merupakan pendekatan inclusive yang dapat memperluaskan keupayaan rakyat termasuklah golongan miskin, suri rumah tangga, wanita bekerja dan orang kurang upaya untuk menyertai dan bermanfaat daripada pembaharuan sistem penyampaian dan aktiviti ekonomi.

Di bawah GTP, satu Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi meningkatkan taraf hidup golongan yang berpendapatan rendah telah pun diwujudkan yang diterajui oleh kementerian ini. NKRA LIH iaitu dengan izin, Low Income Household, menggunakan pendekatan dengan izin, productive welfare di mana golongan miskin yang produktif dibantu untuk menjana pendapatan sendiri melalui program 1Azam. Program ini disasarkan kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin yang berdaftar dengan sistem e-Kasih dan penerima bantuan jabatan kebajikan masyarakat. Ini termasuklah orang kurang upaya. Para peserta pelbagai program 1Azam dibantu melalui pelbagai aktiviti ekonomi untuk membolehkan mereka meningkatkan pendapatan dan keluar dari kepompong kemiskinan.

Inisiatif di bawah 1Azam dilaksanakan menerusi kerjasama pintar dengan pelbagai agensi pelaksana termasuklah Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Sehingga 18 Jun 2011, sejumlah 30,335 orang ketua isi rumah telah pun menyertai program 1Azam.

Tuan Yang di-Pertua, NKRA LIH juga memberi fokus kepada pengupayaan ekonomi wanita sama ada berstatus suri rumah mahu pun yang bekerja. Dalam hal ini, NKRA LIH menyasarkan kelahiran seramai 4,000 orang usahawan wanita pada akhir tahun 2012. Bagi tempoh Januari 2010 hingga 31 Julai 2011, seramai 2,680 orang usahawan wanita telah pun berjaya dilahirkan.

Tuan Yang di-Pertua, golongan berpendapatan rendah turut mendapat manfaat daripada program lain di bawah inisiatif NKRA LIH seperti Skim Insurans 1Azam, projek sanitasi dan kumbahan, Projek Kemasyarakatan 1Azam, Elaun Bulanan 1Azam dan program perubahan minda.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Dalam membela kepentingan golongan orang kurang upaya pula, aspek accessibility mereka kepada bangunan dan kemudahan awam turut diberi perhatian serius.

Untuk itu kerajaan telah bersetuju untuk melantik OKU menganggotai jawatankuasa perancangan dan pembangunan dan unit audit akses yang diwujudkan di setiap pihak berkuasa tempatan. Selain itu kerajaan juga berusaha untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada OKU selaras dengan dasar satu peratus peluang pekerjaan di sektor awam kepada OKU di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, jelaslah kepada kita bahawa program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan sesungguhnya banyak memberikan manfaat kepada semua lapisan rakyat termasuklah golongan miskin, suri rumah tangga, wanita bekerja dan kurang upaya. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada beberapa program telah diberitahu kepada Dewan ini mengenai bagaimana ia boleh mengupayakan golongan miskin, suri rumah tangga, wanita yang bekerja dan orang kurang upaya. Akan tetapi saya rasa adalah penting ialah untuk mewujudkan satu alam yang mengupayakan enabling environment. Saya rasa untuk mewujudkan satu alam yang seperti ini hanya program-program ekonomi belum cukup lagi.

Dia perlu menyatakan accessibility adalah sangat penting.

Accessibility ini tidak boleh wujud dengan cakap sahaja kerana sudah diberitahu banyak kali dan sudah lama memang sudah ada by law dan banyak undang-undang di dalam Dewan ini. Akan tetapi berapakah OKU yang ada accessibility kepada bangunan- bangunan dan dapat keluar kerja, pergi ke sekolah pun masih kekurangan kemudahan- kemudahan seperti ini dan boleh memberikan data-data yang konkrit yang beritahu Dewan ini, berapa buah bangunan dan berapa buah sekolah sudah ada kemudahan-kemudahan untuk OKU? Berapa orang OKU yang sudah dapat kerja?

Kedua ialah untuk wanita yang bekerja. Pakej yang paling penting ialah kemudahan penjagaan kanak-kanak. Berapakah wanita yang bekerja yang mendapat kemudahan seperti ini daripada pihak kerajaan. Sudah lama bercakap tetapi cakap tidak boleh wujudkan kemudahan ini. Bolehkah berikan langkah-langkah yang konkrit dan berapa pusat penjagaan kanak-kanak sudah diwujudkan dan untuk faedah wanita yang bekerja.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Tentang bilangan bangunan dan sekolah yang disediakan dengan kemudahan untuk OKU, usahanya adalah dimulakan dengan semua iaitu bangunan di bawah agensi di bawah kementerian ini. Tadi seperti mana yang telah saya nyatakan untuk mempergiatkan ataupun meningkatkan keberkesanannya, kini kita telah pun bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu dengan untuk melantik OKU bagi menganggotai jawatankuasa perancangan dan pembangunan dan juga unit audit akses ini. Jadi saya rasa dengan demikian ini jelas membuktikan keikhlasan kerajaan dalam meningkatkan kemudahan ataupun kemudahan ini untuk OKU.

Selain daripada itu bagi menjawab soalan yang kedua tentang bilangan OKU yang bekerja. Bagi mencapai dasar satu peratus peluang pekerjaan di sektor awam kepada OKU ini, setakat ini di seluruh negara, 24 kementerian yang ada terdapat seramai iaitu 575 orang penjawat awam di seluruh negara. Sememangnya bagi beberapa kementerian termasuklah kementerian ini kita telah pun mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun usaha ini akan terus dipergiatkan lagi di masa akan datang. Tadi Yang Berhormat juga telah membangkitkan tentang berapakah bilangan wanita yang telah bermanfaat daripada program-program yang dijalankan. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa walaupun Yang Berhormat kata Yang Berhormat kurang nampak kesannya tetapi data itu tidak akan membohong.

Jadi seperti mana yang saya nyatakan tadi setakat ini kita telah pun berjaya untuk melahirkan seramai 2,580 wanita usahawan yang telah berjaya. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi memang kalau dengar memang seluruh rakyat seronok terutama sekali orang miskin, OKU atau orang pesakit. Memang kita sebagai wakil rakyat kita dengar kita pun syok juga. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sedarkah tidak? Jawapan kita selalu kita syok sendiri sahaja.

Sampai hari ini saya mahu tahu, daripada Jabatan Kebajikan ataupun kementerian kita betul-betul ada rekod tidak untuk satu-satu kawasan Parlimen berapa orang miskin?

Berapa orang OKU? Berapa orang pesakit? Berapa janda semua adakah betul-betul?

Betul-betul ada rekodkah tidak? Contoh tadi kita kata kita ikut semua e-Kasih. Jikalau orang itu teruk punya OKU macam mana lagi kasih? Macam mana dia mahu pergi daftar sendiri?

Di rumah panjang jauh di pendalaman, pegawai pun tiada hantu pun tidak ada nampak, macam mana dia mahu daftar? You minta orang OKU banyak teruk itu pergi bandar sana daftarkah? Mana itu pegawai?

Itulah tadi saya kata jawapan memang kita seronok kita jawab senang hati. Itulah rakyat marah. Sampai hari ini pembangkang baru ada peluang. Jikalau kita ada jalan tugas mana pembangkang ada peluang. Kita tidak jalankan tugas. Yang Berhormat Menteri pun semua jawab atas kertas sahaja cari kertas kosong tidak ada turun padang. Cuba tanya rekod kita mana? Di Bintulu sampai hari ini bantu orang miskin tidak selaras sama Semenanjung. Sarawak ada RM80, RM70, RM50 macam-macam ada tetapi sini RM300 tetap. Saya minta penjelasan ini. Jawab! Jawab baik-baik jangan jawab seronok sahaja.

final • 11:10 AM

Puan Heng Seai Kie

Okey, terima kasih atas soalan tambahan bagi Yang Berhormat Bintulu. Pertama sekali bagi kementerian ini rekod yang ada pada kita tentang OKU ataupun bilangan ibu tunggal ataupun warga emas ialah data tentang bilangan penerima bantuan JKM yang berdaftar. Kedua bagi menjawab soalan yang kedua Yang Berhormat ialah di setiap daerah sebenarnya kita ada melantik pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat peringkat daerah bagi menguruskan iaitu semua urusan berkaitan dengan kebajikan masyarakat. Jikalaulah Yang Berhormat menghadapi masalah dengan pegawai kita, bolehlah tujukan aduan kepada kementerian ini dan kita akan mengambil tindakan secepat mungkin.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Sudah banyak kali, tetapi jawapan tidak ada.

final • 11:10 AM

Puan Heng Seai Kie

Tunggu saya habis dahulu ya Yang Berhormat. Ketiga ialah tadi Yang Berhormat telah pun membangkitkan iaitu tentang jumlah bantuan JKM yang berbeza dikatakan bahawa di situ di kawasannya ada yang dibayar RM50 ataupun RM70 dan sebagainya. Akan tetapi di kawasan-kawasan tertentu pula ada dibayar dengan beratusan. Soalan ini sebenarnya jelas membuktikan bahawa mungkin Yang Berhormat kurang arif...

final • 11:10 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Puan Heng Seai Kie

Tentang kadar bayaran JKM, ya.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

[Bangun] Apa yang saya kurang arif?

final • 11:20 AM

Puan Heng Seai Kie

Tunggu saya habis dahulu.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Hei!

final • 11:20 AM

Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tidak, Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak boleh jawab seperti itu.

final • 11:20 AM

Puan Heng Seai Kie

No. No! I...

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat Menteri sendiri umum, mesti selaras. Akan tetapi sehingga hari ini belum ada. Pilihan raya DUN Sarawak sudah habis. Jangan cakap seperti itu, tidak betul itu.

final • 11:20 AM

Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya terdapat dua jenis bantuan. Satu ialah bantuan yang diberikan di bawah Kerajaan Persekutuan. Contohnya, bagi bantuan orang tua ia telah pun diselaraskan di seluruh negara. Kalaulah ia diagihkan di bawah bantuan orang tua iaitu RM300 sebulan. Walau bagaimanapun di setiap negeri juga ada yang dikatakan sebagai bantuan am. Di bawah bantuan am ini kadar bayarannya adalah berbeza-beza mengikut ketetapan negeri masing-masing. Jadi apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi adalah mereka yang menerima bantuan am di peringkat negeri.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

7. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Kesihatan menyatakan, bilangan penyakit “depression” di kalangan murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, universiti serta rakyat umum. Apakah program pendidikan dan pencegahan disediakan untuk membantu rakyat menghadapi masalah berkaitan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tebrau di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Pertubuhan Kesihatan Sedunia melalui kajian Global Burden of Disease 2000 study (GBD 2000), dengan izin, meramalkan secara global kemurungan dijangkakan akan menduduki tempat kedua di antara 10 penyakit teratas yang disenaraikan menjelang 2020. Kementerian Kesihatan tiada data spesifik untuk depression di kalangan murid sekolah rendah, menengah dan universiti.

Walau bagaimanapun, menurut data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang lima tahun yang lepas iaitu tahun 2006 hingga 2010 sejumlah 23,436 pesakit telah menerima rawatan di hospital kerajaan bagi penyakit mental kategori mood offensive disorders dan neurotic and stress related disorders, dengan izin, di mana penyakit kemurungan tergolong di bawah kedua-dua kategori penyakit tersebut. Ini merupakan 17.4 peratus dari jumlah keseluruhan gangguan mental yang menerima rawatan di hospital dalam tempoh lima tahun tersebat.

Tuan Yang di-Pertua, antara program promosi dan pencegahan yang dijalankan ialah:

(i) aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kesedaran awam telah dilaksanakan semenjak tahun 2000 meliputi kem-kem kesihatan, pameran, ceramah, dialog dan forum yang dilaksanakan semasa sambutan Hari Kesihatan Mental dan Kempen Cara Hidup Sihat seperti Program Aktiviti Pupuk Minda Sihat.

Aktiviti lain adalah melalui penghasilan bahan-bahan pendidikan kesihatan yang berbentuk risalah, poster dan juga maklumat di media cetak, media elektronik serta di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu www.myhealth.gov.my;

(ii) melalui Program Kesihatan Mental Komuniti. Kementerian juga telah mewujudkan perkhidmatan saringan dan intervensi minda sihat yang dilaksanakan melalui aktiviti outreach dengan izin dan secara integrasi di klinik-klinik kesihatan di mana ia merangkumi aktiviti saringan tahap kesihatan mental termasuk stress, keresahan ataupun anxiety dengan izin, dan kemurungan “depression” dengan izin, serta intervensi minda sihat kepada masyarakat.

Sepanjang tahun 2007 hingga 2010 seramai 5,933 orang individu telah menjalani saringan tersebut di klinik-klinik kesihatan dan didapati seramai 981 orang ataupun 17 peratus orang dikesan mengalami tanda-tanda kemurungan;

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

(iii) garis panduan amalan klinikal bagi pengendalian kemurungan atau pun clinical practice guideline on management of depression telah pun dihasilkan semenjak tahun 2008 bagi melatih anggota kesihatan daripada pelbagai kategori seperti pakar psikiatri, pakar perubatan keluarga, pembantu perubatan dan jururawat bagi mengesan penyakit mental termasuk kemurungan di peringkat awal; dan

(iv) pelaksanaan aktiviti pemerkasaan komuniti dengan melatih komuniti tentang kemahiran menangani stres dan melalui Program Intervensi Bersepadu ataupun Non-Communicable Disease Prevention (NCDP) 1Malaysia. Elemen menangani stres turut dimasukkan sebagai salah satu komponen intervensi.

Selain daripada itu saringan minda sihat bagi mengenal pasti tahap stres keresahan dan kemurungan akan terus diperluaskan ke klinik-klinik kesihatan di setiap negeri dan intervensi akan dibenarkan ataupun diberikan kepada mereka yang dikenal pasti berisiko mempunyai masalah kesihatan mental dan sehingga kini seramai 704 sukarelawan telah dilatih di peringkat komuniti tentang kemahiran menangani stres.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian. Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua, dengan proses urbanisasi negara yang semakin cepat dan meningkat, penyakit mental akan juga turut meningkat. Soalan saya menuju kepada bilangan pelajar di semua peringkat yang terlibat dalam penyakit ini. Oleh sebab itu saya hendak tahu, selain daripada ibu bapa adakah guru dan pendidik di semua peringkat itu dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan depression supaya mereka tidak memburukkan keadaan penyakit pesakit depression.

Jadi, saya minta penjelasan tentang hal ini. Jika kita lihat, murid sekolah rendah pun mengidap penyakit depression pada masa ini. Jadi, itu menunjukkan satu gejala yang amat membimbangkan. Saya minta penjelasan kementerian, apakah langkah yang telah diambil untuk membantu pendidik-pendidik supaya mereka bersiap sedia untuk membantu mengawal peningkatan penyakit depression?

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tebrau di atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya ingin maklumkan bahawa kementerian telah menghasilkan banyak modul latihan kesihatan mantel iaitu seperti:

(i) modul kemahiran daya tindakan kesihatan;

(ii) modul kesihatan mental komuniti bagi anggota kesihatan;

(iii) modul latihan kemahiran kesihatan mental kanak-kanak dan remaja; dan

(iv) modul latihan pengendalian kemurungan bagi melatih anggota kesihatan daripada pelbagai kategori seperti contoh pakar perubatan keluarga, pembantu perubatan dan jururawat serta guru-guru sekolah.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kementerian sedang bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan Promosi Kesihatan Mental Kanak- kanak dan Remaja melalui Projek Rintis Minda Sihat menangani stres di kalangan murid sekolah. Projek ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar yang berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan mental dan untuk memberi kemahiran daya tindak ataupun copping skills, dengan izin, kepada murid-murid sekolah di dalam usaha untuk menangani cabaran hidup seharian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan kategori depression ini, tahun 2020 jatuh nombor dua. Jadi, kita dapati statistik kepada kes bunuh diri sekarang ini semakin meningkat di dalam masyarakat kita. Jadi, saya minta penjelasan daripada kementerian apakah kajian yang dijalankan berhubung dengan kes bunuh diri dan depression yang berlaku dalam masyarakat kita yang agak membimbangkan sekarang ini. Salah satu daripada punca depression ini menurut kajian yang dijalankan adalah berhubung dengan masalah hutang. Daripada hendak kahwin sampai mati kena hutang. Jadi, saya minta penjelasan daripada kementerian hubung kait antara depression dan bunuh diri yang semakin meningkat dalam masyarakat kita pada hari ini? Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Yang Berhormat Pendang di atas soalan yang dikemukakan. Izinkan saya untuk menyentuh Tuan Yang di- Pertua, mengenai persoalan yang berkait rapat dengan kes bunuh diri. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan mendapati lebih kurang 1.35 juta bersamaan dengan 5 peratus daripada penduduk Malaysia menerima rawatan untuk penyakit mental yang meliputi schizophrenia, schizotypical delusional disorders dan mood offensive disorders dengan izin di institusi mental dan juga hospital- hospital kerajaan.

Bagi peratusan kes bunuh diri, data pula dikumpulkan oleh registry Bunuh Diri Kebangsaan atau pun National Suicide Registry Malaysia atau lebih dikenali sebagai

(NSRM) semenjak tahun 2007. Jumlah kes bunuh diri daripada tahun 2007 hingga 2009 adalah sebanyak 731 kes di mana 113 kes telah dilaporkan untuk tahun 2007, 290 kes untuk tahun 2008 dan 328 kes untuk tahun 2009. Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat, dikatakan bahawa kadar bunuh diri dilaporkan adalah 1/3:100,000 penduduk iaitu 1.2:1,000 penduduk yang dilaporkan pada tahun 2009 iaitu kurang daripada satu kes bunuh diri sehari.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, bagi menjawab soalan mengenai antara sebab-sebab penyakit mental yang menjurus kepada permasalahan yang lebih besar iaitu kes bunuh diri. Memang benar Yang Berhormat, sebenarnya antara faktor-faktor penyumbang kepada penyakit mental ini adalah antara lain masalah genetik. Akan tetapi, pada masa yang sama terdapat faktor-faktor yang menyumbang kepada penyakit mental iaitu kemiskinan, tiada pekerjaan, kegagalan akademik, tragedi atau pun krisis hidup seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kehilangan orang yang tersayang, masalah perhubungan, sejarah ahli keluarga yang telah membunuh diri, masalah penceraian, penderaan dan tidak kurang kes-kes yang melibatkan hutang piutang dan loan shark fenomena.

Seperti yang saya nyatakan pada awal jawapan saya kepada persoalan Yang Berhormat Tebrau tadi, selain daripada kita menyediakan perkhidmatan untuk rawatan psikiatri iaitu di empat buah institusi mental dan juga 42 buah hospital kerajaan. Peringkat kementerian juga pada tahun lepas telah menubuhkan Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia sendiri yang dianggotai majlis ini oleh pakar psikiatri, pakar perubatan kesihatan awam dan wakil-wakil agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi merancang serta menentukan program kesihatan mental ini.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, Kementerian Kesihatan pada masa yang sama juga sentiasa mengutamakan aktiviti-aktiviti prevention atau pun prevensi melalui menjalankan promosi-promosi, program-program kesihatan mental komuniti yang telah dijalankan sejak 1997. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itu sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk Meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan [Akta 141] Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) [Akta 728] telah pun diwartakan pada 18 Ogos 2011.

Lanjutan daripada itu, pindaan berbangkit terhadap Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141] perlu dibuat bagi maksud mengelakkan pertindihan kuasa dari segi kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan serta pemerakuan bagi import dan eksport.

Bagi keluaran pertanian untuk membolehkan MAQIS berfungsi dengan kemas, teratur dan selaras dengan undang-undang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Pindaan berbangkit ke atas Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965. Rang undang-undang ini bertujuan meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141]. Rang undang-undang ini mempunyai empat fasal.

Peruntukan terperinci rang undang-undang ini adalah seperti berikut:

(i) mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan;

(ii) bertujuan untuk meminda seksyen 3 [Akta 141] dengan memasukkan subseksyen-subseksyen baru (2A) dan (2B).

Subseksyen baru (2A) memberi kuasa kepada Ketua Pengarah MAQIS untuk mengeluarkan lesen menurut Akta MAQIS 2011. Subseksyen baru 3(2B) mengadakan peruntukan tentang perakuan untuk tujuan pengimportan hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah MAQIS.

(iii) bertujuan untuk memasukkan peruntukan baru seksyen 17A kepada Akta 141 bertujuan untuk membolehkan pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah Akta MAQIS 2011 menjalankan penguatkuasaan berkaitan dengan keluaran pertanian di pintu masuk stesen kuarantin dan premis kuarantin.

(iv) memperkatakan peruntukan kecualian.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mempunyai keyakinan penuh dengan melakukan pindaan-pindaan terhadap Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141] akan membolehkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia sebagai satu badan tunggal yang bertanggungjawab di pintu masuk negara menjalankan tugas pemeriksaan kuarantin dan penguatkuasaan terhadap import atau eksport tumbuhan, binatang, ikan, carcass, keluaran pertanian, tanah dan mikro organisma dan makanan dilaksanakan dengan lebih bersepadu, cepat, cekap dan berkualiti. Dengan itu sudah tentu dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan negara daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar, contaminant, dengan izin, yang boleh menjejaskan industri pertanian dan keselamatan.

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong

Serta juga kesihatan tumbuh tumbuhan, binatang, ikan dan manusia dan juga dapat meningkatkan pengeksportan tumbuhan, binatang, carcass, ikan dan keluaran pertanian kerana negara mematuhi kehendak-kehendak negara pengimport. Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuklah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ada yang menyokong?

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 di baca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Yang Berhormat Machang.

final • 11:32 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bangun untuk mengambil bahagian berbahas dan menyokong Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Seperti yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, kita sedia maklum bahawa terdapat beberapa masalah dan kelemahan yang telah dikenal pasti oleh kementerian pada peringkat pelaksanaan yang membabitkan jabatan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kementerian dan jabatan serta agensi yang lain terutama dalam melaksanakan urusan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan serta pemerakuan bagi tumbuhan, binatang, ikan, keluaran pertanian, mikroorganisma dan juga makanan.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga sedia maklum bahawa urusan-urusan tersebut dikendalikan secara berasingan oleh jabatan-jabatan, agensi berkaitan mengikut sub sektor yang berkaitan iaitu Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Kementerian Kesihatan khususnya bagi sektor tumbuhan dan tanaman.

final • 11:38 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Jabatan Perikanan dan Kementerian Kesihatan bagi sektor perikanan di Jabatan Perubatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan bagi sektor ternakan. Perkara ini sudah tentu memerlukan misalnya pengeksport makanan berurusan dengan lebih daripada satu agensi. Dalam industri makanan kita sedia maklum masa adalah sangat sensitif sebab dia boleh menyebabkan barangan makanan yang hendak dieksport itu terdedah kepada kerosakan dan hasilnya kualiti produk pertanian dan makanan itu akan terjejas. Keadaan ini Tuan Yang di-Pertua sudah tentulah menjejaskan kecekapan sistem penyampaian bagi pengeksport dan pengimport produk makanan dan produk industri asas tani. Oleh itu berdasar latar belakang ini saya fikir rang undang-undang ini sudah kena pada masanya untuk kita adakan.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya bertumpu kepada tiga perkara. Pertama eksport makanan yang semakin menurun import bertambah import itu menurun. Saya sempat meneliti laporan FAMA yang di bekal kepada Ahli-Ahli Parlimen setakat 2009.

Menunjukkan penurunan eksport sebanyak 11.54 peratus berbanding tahun sebelumnya tahun 2008. Peratus perubahan yang paling ketara adalah kumpulan daging dan sediaan daging sebanyak 14.06 peratus, gula sediaan gula dan madu sebanyak 13.57 peratus.

Manakala kumpulan bahan makanan untuk ternakan mengalami penurunan eksport paling tinggi 41.75 peratus bagi tempoh tersebut. Jumlah eksport bagi sayur-sayuran menurun sebanyak 5 peratus kepada RM633.6 juta berbanding tahun sebelumnya.

Soalannya ialah Timbalan Menteri apakah punca kemerosotan eksport makanan ini yang begitu besar 11.54 peratus pada tahun tersebut?

final • 11:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Apakah ia disumbangkan oleh prosedur pengeksportan yang leceh dan merimaskan? Ataupun masalah birokrasi yang menjejaskan sistem kelancaran dari segi penyampaian perkhidmatan? Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua ialah sistem ICT FAMA.

Saya menyambut baik usaha keras FAMA dalam menjalinkan hubungan dengan pihak swasta termasuklah pihak Multimedia Development Corporation dan Jabatan Pendaftaran Negara. Untuk membangunkan beberapa sistem aplikasi e-pasar tani, e-ladang kontrak, e- pusat operasi, e-SMS dan segala macam.

Semua sistem ini saya percaya berperanan untuk menyimpan dan memproses profile serta peserta misalnya e-pasar tani. Dalam laporan FAMA itu menyebut sehingga kini 14,250 peserta pasar tani barangkali angka ini sudah meningkat dalam tempoh setahun kebelakangan yang berdaftar melalui sistem ini. Antara maklumat yang boleh dicapai adalah maklumat profile peserta, lokasi pasar tani dan komoditi jualan serta maklumat jualan tahunan. Soalan yang ingin saya timbulkan ialah apakah boleh kementerian maklumkan jumlah pembangunan sistem aplikasi ini? Setakat mana pula tahap penggunaan sistem aplikasi tersebut? Apakah penggunaan aplikasi tersebut secara angkanya telah berjaya meningkatkan penjualan hasil barangan petani?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ialah Terminal Makanan Negara. Kita mula diperkenalkan istilah ini beberapa tahun lepas yang disebut sebagai satu pembangunan prasarana pasaran moden yang menghubungkan rangkaian pengeluar dan pembekal kepada pengguna. TEMAN adalah satu perantaraan yang menghubungkan pengeluar, pembekal dan pengguna. TEMAN berperanan sebagai pusat pemborongan hasil pertanian dan industri asas tani secara cekap dan berkesan. Di Kelantan Timbalan Menteri ada lokasi TEMAN dibina, di kawasan Kubang Kerian jalan dari Salor, Pasir Mas.

Pada ketika itu kementerian melalui FAMA meletakkan sasaran sekurang- kurangnya 30 peratus penyertaan usahawan dan pemborong bumiputera dan sistem pemborongan dan pengedaran makanan akan berlaku di TEMAN, akan berlangsung di TEMAN. Bagi memastikan penyertaan pemborong bumiputera di TEMAN, FAMA menawarkan ruang niaga kepada pemborong-pemborong bumiputera sedia ada, peserta- peserta pasar tani yang berpotensi, persatuan-persatuan pengeluar bumiputera, Usahawan Dewan Perniagaan Melayu, Pertubuhan Peladang Kawasan, Pertubuhan Peladang Negeri, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Persatuan Peladang Kebangsaan (NAFAS), syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan lain-lain. Itu sasaran yang akan terbabit seperti mana saya baca dalam laporan FAMA.

Soalannya Timbalan Menteri ialah setakat ini, setakat yang telah berlangsung.

Barangkali TEMAN di Perak sudah berlangsung, TEMAN di Kelantan itu saya belum nampak operasinya. Jangkaannya beroperasi April 2011. Itu sasarannya. Di Perak barangkali sudah. Saya hendak tanya ialah kalau begitu sasaran atau matlamat diadakan TEMAN. Setakat ini apakah kadar penyertaan bumiputera? Apakah purata peningkatan pendapatan petani-petani yang menyertai program TEMAN? Saya sebut TEMAN Perak kerana dalam laporan itu disebut ianya dibangunkan melalui wang pembangunan sebanyak RM12 juta dan peruntukan siling inisiatif pembiayaan swasta PFI sebanyak RM110.3 juta.

Pembinaan fizikal bagi TEMAN telah dimulakan pada 17 September 2007 siap sepenuhnya 22 September 2009 dan akan beroperasi pada tahun 2010. Barangkali Timbalan Menteri boleh berkongsi maklumat semasa dengan Dewan yang mulia ini bagi membolehkan kita mengikuti dekat progress kerjanya bagi mengetahui sasaran objektif yang telah digariskan sama ada tercapai ataupun tidak. Saya pula difahamkan bahawa projek TEMAN Kelantan juga dilaksanakan melalui wang pembangunan sebanyak RM38 juta dan PFI sebanyak RM85.7 juta. Sehingga Disember 2009 kerja tambak tanah selesai, pada 29 September 2009 pembinaan fizikal dan seterusnya dijangka beroperasi pada 2011.

Saya sempat meneliti laporan FAMA yang meletakkan sasaran bahawa operasi TEMAN di Perak itu turnovernya yang dijangkakan ialah RM400 juta. Manakala TEMAN Kelantan pula meletakkan sasaran turnovernya RM300 juta. Jadi persoalannya apakah pencapaian kedua-dua TEMAN yang telah beroperasi barangkali bukan Kelantanlah sebab saya tidak nampak aktiviti di sana. Kalau belum beroperasi TEMAN Kelantan itu bolehkah Timbalan Menteri berkongsi jangkaan persiapan fizikalnya? Tarikh jangka operasinya?

Jumlah pemborong yang akan terbabit dan sebagainya?

final • 11:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, FAMA Corporation Sdn. Bhd atau FAMACO adalah anak syarikat milik penuh FAMA ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 15 Ogos 2004.

Dengan tujuan menjalankan antara lain aktiviti berikut:

(i) aktiviti import, eksport, pengedaran sayur dan buah-buahan segar untuk pasaran domestik antarabangsa,

(ii) mengedarkan barangan proses di bawah jenama Anggerik, AgroMas dan Olimas ke hypermarket, pasar mini dan runcit,

(iii) menguruskan rangkaian kedai runcit Agro Bazar,

(iv) mengilang serbuk kopi dan lain-lain produk berkaitan kopi,

(v) mengurus pengimportan kubis menerusi Fama Consortium (M) Sdn. Bhd. anak syarikat FAMACO,

(vi) melaksanakan kerjasama perniagaan business collaboration, dengan izin,

(vii) kerjasama secara joint venture, dengan izin, dengan pihak ketiga.

Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 yang telah diaudit dan setakat yang di bekal kepada Ahli Parlimen oleh juruaudit Atarek Kamil Ibrahim & Co. Kumpulan Famaco telah mencapai perolehan berjumlah RM12.158 juta berbanding RM12.117 juta sebelumnya. Bolehkah Dewan ini diberitahu oleh Timbalan Menteri mengenai prestasi semasa kewangan FAMACO yang berbanding tahun 2008/2009? Berapa banyak pula rangkaian-rangkaian kedai yang menunjukkan atas nama Agro Bazar?

final • 11:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Berapa banyak syarikat atau produk kopi dan lain-lain produk berkaitannya yang telah berjaya dihasilkan. Berapakah nilai proses barangan yang dinamakan di bawah jenama Anggerik, Agromas, Polimas. Berapa banyak hypermarket yang dipasarkan, berapa banyak pasar mini yang berjaya dihasilkan, yang berjaya dilibatkan dan juga berapa ramai peruncit yang terbabit dengan jenama-jenama. Itu mengakhiri ucapan saya yang mencakupi keempat-empat bahagian. Terima kasih, assalamualaikum.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 11:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk sama-sama membahas Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 di mana saya ingin merujuk Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini bertumpu kepada fasal 2 dan fasal 3 iaitu untuk memberi kuasa kepada ketua pengarah dalam urusan mengawal kemasukan barang-barang pertanian atau penternakan terutamanya daripada segi kuarantin bagi menentukan segala bahan-bahan makanan, bentuk makanan dan juga ternakan di bawa masuk bukan sahaja yang berkualiti tapi bebas daripada penyakit. Satu perkara yang paling penting untuk ditentukan bahawa hasrat pindaan rang undang-undang ini akan berjaya ialah kita mesti sedar kemasukan bahan-bahan import makanan termasuk ternakan yang paling banyak ke negara kita ialah dari Thailand, iaitu daripada pintu masuk sama ada di Bukit Kayu Hitam ataupun melalui Rantau Panjang di Kelantan dan juga di Jeli, di pintu-pintu masuk di antara sempadan Malaysia dengan negara Thailand.

Tuan Yang di-Pertua, saya penuh yakin jumlah kemasukan import bahan-bahan pertanian termasuklah buah-buahan dan juga ternakan binatang yang masuk secara halal mengguna permit ataupun AP dengan yang masuk secara penyeludupan, saya percaya yang seludup mungkin lebih banyak daripada yang masuk secara halal.

final • 11:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kalau masalah penyeludupan ini masih lagi tidak dapat ditangani dengan berkesan, ertinya usaha dengan meminda akta ini bagi menentukan ternakan terutamanya yang dibawa masuk ke negara kita, dikuarantinkan dahulu, dipastikan ianya selamat, ianya tidak akan memberi apa-apa makna lagi.

Saya sendiri masih lihat kerana kawasan saya di Pasir Mas bersempadan dengan Rantau Panjang, bersempadan dengan Thailand dan kita lihat antara Thailand dengan sempadan Kelantan, ianya mudah dibolos oleh kerana sempadan ini tidak ada pagar. Ianya terbelah dengan sungai yang kecil, kadang-kadang airnya surut. Jadi mudah sangat keluar masuk di antara kedua buah negara tanpa apa-apa masalah. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kalau inilah keadaannya kita akan wujud pelaksanaan kuarantin ini sebagaimana yang dicadangkan ini hanya sekadar untuk kita lihat ada dibuat tapi ada juga yang bolos, ada juga yang dibawa masuk secara seludup dan bukan sahaja daripada segi penyeludupan, yang paling penting saya nak tarik perhatian pihak kementerian ialah seseorang yang dilantik sebagai ketua pengarah termasuk kakitangan penguatkuasaan ini.

Ini samalah juga kakitangan kastam, penguatkuasaan kastam dan juga lain-lain agensi yang bertanggungjawab untuk penguatkuasaan dan dalam urusan masuk keluar import eksport barang-barang makanan dan ternakan antara Malaysia dengan Thailand ini, jumlah nilainya saya percaya bilion ringgit, tidak sedikit, cukup banyak. Jadi berertinya tauke-tauke daripada negara Thailand ini, saya nak beritahu kepada Yang Berhormat, orang-orangnya handal-handal semuanya. Dengan networking perniagaan pula di kalangan negara kita di Malaysia ini, jadi networking mereka tidak mudah untuk diatasi, itu satu.

Yang kedua, kalaulah penguatkuasaan dan ketua pengarah ini tidak dilatih, tidak dipilih di kalangan orang-orang yang betul-betul beriman, tegas, bersih, amanah, saya yakin jawatan ini adalah jawatan yang mudah dirasuah oleh pihak-pihak yang berdagang dengan begitu besar untuk membawa barang-barang import dari negara Thailand. Ini hakikatnya.

Kita tengok berapa banyak agensi penguatkuasaan. Polis, UPP, askar, JPJ, macam-macam penguatkuasaan daripada segi agensi-agensi yang terlibat tapi bila masuk dari Thailand, dia sampai elok-elok sahaja dekat KL, masuk gudang, tak ada apa-apa masalah. Baik beras, baik ternakan. Ada yang masuk secara halal tapi bercakap yang soal tidak halal ini nilainya saya percaya tidak sedikit. Jadi, saya percaya kalaulah pihak kementerian, kalau hendak melaksanakan betul-betul hasrat dan matlamat akta ini, saya minta apa yang saya bangkit ini diberi perhatian yang sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, kita pula pun memang bergantung kepada import, semua jenis import. Makanan baik ternakan dan hari ini rakyat pun sudah dibebankan dengan kenaikan kos bahan-bahan makanan dan kita kena ingat bahan-bahan makanan ini ialah dari Thailand. Kalau sayur mungkin, setakat sayur adalah dari Cameron Highlands dan sayur-sayur dari Cameron Highlands banyak dieksport ke Singapura. Walaupun ia segar tapi banyak mengandungi racun, setahu sayalah. Betul-betul tidak betul itu kena semaklah.

Sebab itu bagi orang yang tahu, dia cari sayur-sayur pun yang mana daun-daun pun dah ditebuk oleh ulat-ulat, yang dikira ia paling sihat tapi yang banyaknya datang dari Thailand dan kena ingat Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, harga barang-barang makanan di Thailand pun sudah mula meningkat dan ini akan memberi kesan kepada rakyat di negara kita juga. Harga beras pun dah naik. Yang terbaik dulu 15 kilo tak sampai RM40 sekarang dah jadi RM80 dan barang-barang lain pun dah mula naik.

Jadi, saya berharaplah oleh kerana kita ada Lembaga Pemasaran Pertanian ini, kalau boleh kita nak pasarkan barang-barang pertanian hasil petani-petani kita. Bukan kita ada Lembaga Pemasaran Pertanian, kita nak latih betul-betul nak majukan usahawan bumiputera ataupun bukan bumiputera bergantung kepada barang-barang yang dibawa dari luar. Boleh, tidak salahnya, bahkan lebih baik kalau kita berhasrat untuk lihat peranan lembaga ini lebih bukan sahaja memaju usahawan bumiputera meningkatkan produktiviti pertanian hasil dari dalam negara kita bukan daripada import semata-mata. Saya nak sebut macam TEMAN iaitu Pusat Terminal Makanan yang diwujudkan di tiap-tiap negeri terutama di Kelantan.

final • 11:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tidak menganaktirikan Kelantan, mewujudkan TEMAN di tujuh kawasan di Kelantan. Pelaburannya besar, bangunannya begitu indah sekali, cantik sekali dan bolehlah membantu Kerajaan Negeri Kelantan mengatakan, “Nah tengok mereka memerintah negeri Kelantan dah maju” walaupun TEMAN itu diwujudkan oleh Kerajaan Pusat. Jadi tambahlah ada satu TESCO, ada satu TEMAN. Okeylah itu, itu bentuk dan landmark pembangunan Kelantan.

final • 11:50 AM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Cuma tinggal lagi, TEMAN ini walaupun bangunannya cantik dan indah tetapi saya pasti peniaga-peniaga nanti, pemborong-pemborong yang berniaga dalam TEMAN ini saya pasti mungkin 80 peratus barang-barangnya dari Thailand. Itu sahaja. Saya percaya semua barangnya ialah barang import dari Thailand. Itu yang tidak sedap dilihat oleh mata kitalah.

Kita hendak tengok supaya keindahan TEMAN ini dapat menyimpan, menjadi tempat pusat pungutan makanan yang dihasilkan oleh petani-petani di negara kita termasuk di Kelantan.

Akan tetapi petani-petani di Kelantan dari segi hal-hal pertanian dulu memang berjaya. Kalau kita tengok dari segi ternakan semasa saya kecil-kecil dahulu, banyak lembu-lembu, kambing, biri-biri, pertanian pun menjadi-jadi. Sekarang ini tidak ada. Lembu tidak ada, kambing tidak ada. Bendang-bendang padi pun tidak berapa menjadi. Banyak tanah-tanah naik lalang. Cuma yang banyaknya sepanduk-sepanduk ceramah politik lebih banyak daripada kilang-kilang yang boleh membantu meningkatkan pendapatan penduduk- penduduk tempatan di Kelantan...

final • 12:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Pencelahan.

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya.

final • 12:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan Yang Berhormat Pasir Mas tadi bila menyebut mengenai TEMAN di Kelantan. Di negara kita, setahu saya ada dua sahaja. Satu di Perak dan satu lagi ialah di Kelantan. Bertuahlah orang Kelantan. Cuma, saya tertarik apabila Yang Berhormat Pasir Mas sebut tadi kita bimbang lambakan barangan dari negara luar lebih banyak daripada barangan tempatan. Itu satu.

Cuma saya hendak juga berkongsi dan mungkin Yang Berhormat Pasir Mas boleh bagi idea bagaimana. Kita wujudkan TEMAN di samping kita mahu melihat ada tempat perniagaan yang begitu cantik, memenuhi standard piawaian dunia misalnya, bagaimana pandangan Yang Berhormat Pasir Mas untuk membolehkan supaya peniaga-peniaga di situ juga mempunyai sikap dari segi kebersihannya, mematuhi peraturannya, supaya apabila masuk ke TEMAN itu kita tidak nampak ia umpama pasar borong yang lain tetapi seumpama pasar moden yang hebat dengan bersihnya, dengan segala-gala yang tidak dapat kita tengok di tempat lain? Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Memanglah saya pun berhasrat seperti Yang Berhormat juga tetapi susah sikit di Kelantan ini. Di Kelantan ini susah saya kata sebab dia bergantung juga kepada peranan kerajaan negeri selain daripada peranan Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ini kerana pertamanya untuk hendak tentukan dahulu bahawa tanah-tanah terbiar. Kalau pun tidak dibuat secara estet, secara besar-besaran tetapi dibuat secara kecil-kecilan, small skill, kerana seekar atau dua ekar, itu boleh. Cili padikah, jagungkah boleh ditanam. Akan tetapi rakyat sudah hilang fokus.

Rakyat Kelantan yang rata-ratanya berlatar belakangkan pertanian sudah hilang fokus kerana malangnya Kelantan diseret dengan kancah politik tanpa henti daripada semasa ke semasa. Jadi rakyat terpaksalah malam-malam dengar ceramah. Dari Kota Bharu ke Kuala Krai, ke Gua Musang, ke Jeli, turun ke Pasir Mas. Balik pukul satu, pukul dua. Macam mana hendak bertani? Macam mana hendak menyuburkan tanah? Ini hakikat yang sebenarnya berlaku. Fokus itu tidak ada. Kalau fokus itu digiatkan, ditumpukan betul- betul, saya percaya kita tidak patut bergantung sepenuhnya dari negara Thailand.

final • 12:00 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat berkenaan orang Kelantan ini tidak dapat bertani daripada pagi sampai malam kerana dengar ceramah. Saya hendak tanya di kawasan Pasir Mas, orang tanam padi di waktu malam atau pagi?

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini sudah tidak ada modal hendak tanya, tanya benda yang memang tidak masuk akal... [Ketawa] Dia dalam dunia sekarang ini Yang Berhormat Rantau Panjang, kalau kita belajar teknologi, malam pun kita boleh tanam, pagi pun kita tanam, petang pun boleh tanam. Sebab itu di Jepun ada orang tanam padi di atas bumbung flat...

final • 12:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Di Kedah pun ada. Di Kedah dulu pun ada.

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya?

final • 12:00 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Di Kedah dulu pun ada juga.

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Di Kedah pun ada juga. Jadi di mana-mana pun boleh. Cuma saya sebut tadi, fokus itu penting. Dia fokusnya datang daripada pimpinan, yang memimpin. Rakyat perlu dipimpin. Jadi kalau fokus itu ditumpunya betul-betul, saya percaya akan ada kemajuan sedikit sebanyak. Jadi, kita tengok TEMAN nanti adalah lambakan barang-barang makanan hasil daripada petani-petani tempatan. Bukan sahaja soal hendak bersih dan sebagainya tetapi ini yang berlaku.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi saya pun tidak tahulah bagaimana Kerajaan Pusat boleh pilih Kelantan. Jadi saya ucap terima kasihlah. Ya, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hendak tumpang tanya sikit kepada Yang Berhormat. Banyak sangat cerita pasal Kelantan ini. Di Kelantan ada tanah banyak, bukan? Akan tetapi projek pertanian tadi kata tidak berapa ada. Kemudian ladang rakyat ada atau tidak? Ladang-ladang rakyat untuk rakyat. Tanah-tanah yang banyak itu mereka buat apa? Dengar kata mereka jual kepada tauke Singapore sahaja yang banyak, betulkah?... [Ketawa]

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tidak berapa tahulah, tidak berapa pasti.

Cuma dengar-dengar cerita begitulah. Saya tidak ada fakta. Cuma tinggal lagi, memang kita tahu contohnya macam di Hulu Kelantan, kawasan di Hulu Kelantan ini memang negeri Kelantan ini kaya dengan hasil balak. Balak di Kelantan ini semua orang tahu mutunya tinggi, nilainya tinggi. Kemudian ada pihak-pihak memohon kononnya 10,000 ekar, 2,000 ekar, 3,000 ekar untuk tanam kenaflah, untuk tanam getahlah, untuk tanam kelapa sawitlah, macam-macam. Diluluskan atas dasar itulah. Akan tetapi setahu saya, kebanyakannya selepas tebang pokok balak, dia tinggal begitu sahaja. Itulah yang berlaku. Semua ini seperti yang saya cakap semalamlah, serupalah, dua kali lima, lima kali dua. Jadi ini yang berlaku.

Jadi di Kelantan memang tidak sedikit tanah. Negeri Kelantan luas dan tanah di Kelantan ini pun tidak bezanya dengan Thailand. Di Thailand Tuan Yang di-Pertua, kawasan empat wilayah Thailand yang asalnya memang orang tahu dari segi sejarahnya kepunyaan negeri Kelantan tetapi berpisah dan dapat kepada negara Thailand, tetapi dari segi kesuburan tanah di Kelantan, ia sama dengan di Songkhla, di Narathiwat, di Yala, di Pattani di mana di sinilah terdapat hasil-hasil pertanian yang cukup banyak dan hebat.

Pokok-pokok durian setakat pinggang kita sahaja. Buah mangga pula bukan main lagi besar dan cantiknya. Sebut apa sahaja buah-buahan. Dan bagaimana mereka menternak dan bagaimana rakyat Thailand boleh jadi begitu rajin sebagai petani-petani.

Yang sebelah negeri Kelantan, bagaimana pimpinan Kelantan tidak dapat melatih petani dan rakyat Kelantan serajin rakyat Thailand. Tidak tahulah Yang Berhormat. Mungkin kalau bagi dekat Yang Berhormat Pasir Mas menjadi kot.

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Bagaimana hendak menggerakkan motivasi rakyat, fokus rakyat untuk kita membangunkan bidang pertanian ini kerana Kelantan memang amat berpotensi menjadi negeri dari segi pertanian oleh kerana dia bersempadan dengan Thailand, yang mana boleh belajar dengan negara Thailand.

Saya tidak tahulah Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini sudah berapa kali pergi ke Thailand. Kena pergi banyak kali ke Thailand. Jangan pergi Golok, bahaya. Pergi ke tempat kawasan pertanian. Tengok Yang Berhormat, macam mana dari sebuah paya, dia pelihara ikan. Letak satu tingkat lagi ayam, satu tingkat lagi itik.

Bertingkat-tingkat macam KLCC dan menjadi.

Tidak ada bezanya dengan tanah di Kelantan. Tidak ada bezanya dengan paya- paya di Kelantan. Itu yang saya dok fikir. Bengang kepala saya fikir mengapa tidak boleh hakikat ini terjadi realiti di negeri Kelantan, di negeri saya. Masalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tanikah, masalah kadarkah, masalah kerajaan negerikah. Akan tetapi saya letak lebih kepada kerajaan negeri. Kalaulah kerajaan negeri ini pimpinannya fokus seperti mana mereka dok ceramah tiap-tiap malam, saya percaya Tuan Yang di-Pertua, dari segi hasil buah mangga pun kita boleh eksport ke seluruh dunia. Begitulah. Buah jambukah.

Apa sahaja, tetapi tidak menjadi.

final • 12:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi, saya mintalah Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani beri tumpuan supaya TEMAN nanti tidak menjadi pasar lambakan barang-barang daripada Thailand. Kita hendak majukan usahawan, tetapi bukan barang-barang semata-matanya daripada Thailand. Kalau tidak 100 peratus daripada Thailand, daripada buah gajusnya kepada lembu, kambing dan biri-biri. Di Kelantan, kambing biri-biri, lembu sudah tidak ada.

Ia masuk ke Kelantan pun melalui Thailand. Ini pun hendak kuarantin, berkesan atau tidak, sebab dia masuk melalui pelbagai pintu masuk, yang bawa masuk secara haram pasti berlaku dan kalau Ketua Pengarah Penguatkuasaan pula orang yang lemah semangat, yang mudah di rasuah dan dalam bidang ini saya sebut tadi Yang Berhormat, ini industri berbilion ringgit.

Saya hendak beritahu, pengimport-pengimport barang-barang daripada Thailand masuk ke Malaysia ini, duitnya dalam guni Yang Berhormat. Dalam kereta, di dalam lori, di bawah tempat gear itu, penuh dengan duit, nanti campak ke hulu hilir sahaja supaya sampai ke KL. Saya tidak payah beritahu detaillah, saya bagi gambaran itu yang sebenarnya berlaku. Jadi sebab itu, saya berharap sangatlah diberi perhatian perkara- perkara yang saya sebutkan tadi. Banyak kalau hendak bercakap. Kalau hendak bercakap soal bidang pertanian, Thailand experience versus Kelantan ataupun Malaysia, dua tiga jam kita boleh mengolah. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat hendak pergi melawat tempat- tempat yang saya sebut tadi, saya boleh tolong bawakan sebab tidak jauh dengan tempat saya. Memang saya selalu pergi dan ramai saudara mara di sana dan saya lihat bagaimana kerajinan mereka bercucuk tanam, memang luar biasa, luar biasa sekali. Oleh sebab itu mereka boleh berjaya. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin turut mengambil bahagian dalam membahaskan Rang undang- undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011.

Saya terpanggil dengan rakan saya Yang Berhormat Pasir Mas iaitu saya mengalu-alukan langkah yang diambil oleh kementerian untuk mewujudkan satu lembaga.

Ini untuk memastikan bahawa apa jua bentuk asas pertanian yang diimport ke negara kita ini di kuarantin dan dijamin akan keselamatannya untuk boleh dimakan. Saya juga melihat bahawa mungkin masanya sudah tiba untuk kita sama-sama melihat ke arah mana kita membawa industri pertanian ini ke satu tahap yang mana kita tidak ada keraguan.

final • 12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kita melihat hari ini bagaimana ekonomi dunia yang merudum telah memaksa tempiasnya dihadapi oleh negara kita. Barang-barang import kita, harganya menurun.

Kelapa sawit daripada RM3,500 ke RM2,900, lain-lain barang turun, harga barang meningkat. Jadi, sudah tiba masanya FAMA melihat bagaimana membantu petani-petani kita khususnya di kampung-kampung, di desa, di luar bandar untuk tujuan memasarkan hasil-hasil pertanian mereka. Ini kerana masalah yang kita hadapi ialah pemasaran. Kita lantik FAMA sebagai satu agensi yang boleh menyelesaikan masalah mereka, tetapi FAMA ini pun seolah-olah tidak ada kemampuan secara total. Kalau di kawasan saya, kita minta sesuatu, dia kata, “Datuk, kekuatan kita terhad”. Jadi bolehkah kementerian dan kerajaan, kalau boleh memperkasakan FAMA ini dan FAMA boleh memainkan peranan secara lebih meluas, secara lebih saksama dan kita tidak lagi bergantung kepada import bahan-bahan mentah.

Semua barang-barang kita, outsourcing, kita bergantung kepada import negara luar. Beras kita import, gula, bawang, tepung dan macam-macam lagi. Akhirnya kita menjadi sebuah negara yang tertakluk kepada kuasa-kuasa negara luar. Ini kerana di negara kita sudah tidak ada lagi satu benda yang dikeluarkan yang menjadi kebanggaan negara kita...

final • 12:12 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kinabatangan, minta laluan sedikit.

final • 12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Baru mukadimah sahaja.

final • 12:12 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Bolehlah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Kinabatangan sebut perlunya FAMA memainkan peranan untuk membantu khususnya petani dari aspek pemasaran dan sebagainya. Kita lihat FAMA dengan program-program misalnya basikal roda tiga dengan pasar tani, kedai rakyat, bazar rakyat. Ini program-program yang memang boleh membantu khususnya kepada petani yang menanam dalam skala yang kecil. Kalau dia tanam satu ekar pisang, hendak bersaing dengan syarikat yang berekar-ekar tentu tidak mampu, tetapi kaedah yang FAMA buat ini boleh membantu mereka misalnya melalui kaedah basikal roda tiga dan sebagainya.

Akan tetapi, mungkin FAMA ini ada kekangan kewangan, kemampuan dari aspek itu. Apakah Yang Berhormat Kinabatangan fikir, perlunya kerajaan beri peruntukkan secara besar-besaran kepada FAMA ini supaya FAMA boleh memainkan peranan bagi membantu petani-petani di peringkat bawah ini, apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar ini.

final • 12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Lenggong. Memang inilah sebetulnya hasrat saya, kebetulan Yang Berhormat Menteri ada di sini, mintalah dengan kerajaan, bahawa ekonomi sesebuah negara itu hanya akan bergantung dengan hasil mahsul, pengeluaran negara itu sendiri akhirnya. Ini kerana kalau ekonomi dunia merudum berterusan, bagaimana sebuah negara itu hendak mempertahankan ekonomi domestiknya. Justeru itu, pertanianlah satu-satunya jawapan yang paling kukuh, yang ada asas untuk membantu mempertahankan ekonomi sesebuah negara.

final • 12:12 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Mohon izin Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan kata Yang Berhormat Kinabatangan tadi bahawa sumber dalam negeri dari segi pertanian, makanan dan sebagainya mesti diwujudkan. Ini kerana kalau tidak kita akan rasa terjajah semula oleh orang lain. Jadi bagi saya asas kepada pembentukan, penghasilan makanan, pertanian ini adalah pendidikan. Jadi, kita melihat bahawa sekarang ini fokus pendidikan kepada pertanian ini agak kurang, sehinggakan dahulu kita ada sebuah universiti yang khusus tentang pertanian ini, kita telah tukar namanya. Hasilnya, banyak perkara-perkara yang berkait dengan pertanian ini nampak terabai dan kini kita risau kerana kita tidak boleh makan cip, cip komputer kita tidak boleh makan.

final • 12:12 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan, jika kerajaan memikir semula untuk memasukkan objektif ataupun perkara-perkara yang berkaitan dengan pertanian ini dalam kurikulum sekolah yang sekarang ini mungkin sedang digubal semula dan sebagainya. Kita juga mohon kepada kerajaan untuk mewujudkan sebuah universiti penuh yang khusus tentang pertanian ini semual. Mohon pandangan.

final • 12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Lipis, cadangan yang paling baik Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memanjangkan hujah Yang Berhormat Lipis, sudah tiba masanya kerajaan melihat ke hadapan. Kita harus menerima hakikat, hakikat dia bahawa sumber domestik itu adalah satu-satunya kekuatan ekonomi sesebuah negara. Justeru itu, pertama kita hidupkan semula Universiti Pertanian.

kedua kita perbanyakan kolej-kolej pertanian di setiap negeri. Ini untuk memberi pendedahan pendidikan pertanian asas. Kita banyak tanah yang luas terbiar, kita banyak hasil-hasil orang-orang kampung tidak dapat dipasarkan. Maka ini berlakulah lambakan- lambakan bahan-bahan mentah daripada luar negara, terutama sekali Thailand.

final • 12:12 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kita ada orang kata, kita ada kacang – kacang Taiwan, kita ada laici – laici Thailand, kita ada mangga – mangga Taiwan, mangga Thailand, mangga Pakistan, ada kelapa – kelapa Indonesia. Macam-macam. Durian? Durian Thailand! Saya tidak tahu apa lagi buah-buahan nama buah dari Kelantankah, buah dari Sabahkah, semuanya dari Thailand. Salah siapa?

Kita tidak benarkan dia masuk, akhirnya buah-buah ini tidak ada di pasaran. Kita benarkan maka lambakan itulah. Kenapa petani-petani Thailand begitu gigih seperti dihujahkan oleh rakan saya Yang Berhormat Pasir Mas sehingga boleh mengeluarkan bahan-bahan mentah seumpama ini bukan sahaja di Malaysia, di merata dunia dia lambakkan hasil-hasil pertanian mereka. Kenapa kita tidak boleh? Di mana silapnya? Apa masalahnya? Maka kita harus ada pendedahan asas. Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya wujudkan ko-kurikulum di sekolah-sekolah berhubung dengan industri pertanian. Kita jadikan sebagai enjin utama kita bukan lagi enjin ketiga untuk memacu ekonomi negara. Ini sebab kita bergantung..., beras bergantung dengan Thailand, Siam, China, macam-macam negara. Kalau satu hari mereka hentikan supply beras ini saya tidak tahu orang Malaysia boleh makan ubi kayu atau tidak sebab ubi kayu pun sudah tidak ada.

final • 12:20 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.

Yang Berhormat bangkitkan soal fokus kita dalam bidang pertanian. Saya merasakan bahawa setakat hari ini kita telah kehilangan sentuhan sebenarnya apabila Universiti Pertanian kita sudah tidak ada lagi, ada tetapi bukan memfokuskan dalam bidang berkenaan. Kalau kita melihat keseriusan beberapa negara yang sudah berada dalam tahap membanggakan, yang lebih memikirkan soal food crisis di masa akan datang dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, misalnya di negara China. Di 32 wilayah, mereka ada 32 universiti pertanian dan forestry yang hanya memfokuskan kepada penyelidikan dalam bidang pertanian sahaja. Hasil penyelidikan dipatenkan melalui anak syarikat daripada universiti berkenaan.

Mereka begitu serius kerana kalau kita lihat dalam konteks negara kita sekarang Yang Berhormat, saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Kinabatangan dalam hal ini. Banjir sekarang selalu berlaku. Saya tidak salahkan Kelantan. Apabila banjir kerap berlaku di Perlis sekarang dan Kedah, ia akan menjadi hasil pertanian akan berkurangan apabila basenya telah mula dibawa oleh air setiap kali banjir. Itu yang berlaku di Kelantan.

Hasil produktiviti pertanian akan terus kurang apabila kerajaan tidak memfokuskan kepada base iaitu sebagai permulaan bahawa tanah itu dapat dineutralizekan mengikut keadaan.

Jadi ini akan berlaku di Perlis, akan berlaku di Kedah kalau ini hanya dibagi kepada petani dan tidak ada usaha berterusan daripada pihak kementerian untuk melihat ini sebagai sesuatu yang cukup serius selain daripada pengecilan kawasan saiz pertanian.

final • 12:20 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sekarang ini untuk pembangunan pun merupakan di antara faktor yang menyebabkan kita gagal untuk mencapai fokus yang kita harapkan di dalam misi pertanian ini. Pandangan Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Kinabatangan, sekali jawab. Bersekalilah. Satu peluru boleh dua, tiga ekor burung ya.

Saya pun pelik, hairan, pelik. Kita sudah bercakap lama sudah. Pertanian itu perniagaan. Negara kita pun dikenali dulu sebelum tukar kepada negara perindustrian ialah negara pertanian. Akan tetapi masalah kekurangan makanan dalam negara kita walaupun tanah-tanah di negara kita tidak kurang juga suburnya seperti Yang Berhormat Pasir Mas kata tadi, Kelantan suburnya macam juga negara-negara dan negeri-negeri dalam jiran kita Thailand tetapi kita masih kurang makanan.

Saya rasa dari segi pegawai harus juga berubah sikapnya. Saya pergi ke Taiwan.

Ketua Setiausaha Kementerian tidak duduk di pejabat, tidak pakai tie. Dia gaul lumpur itu dengan tangannya hendak mengajar petani-petaninya supaya bertani dengan ilmu bagi menambah nilai supaya hasilnya itu meningkat. Begitu sekali fokusnya kepada bidang kerjaya yang mementingkan petani yang menjadi sasarannya meningkatkan hasil. Saya tidak nampak di sini. Jadi maknanya ada sesuatu yang kurang kepada kita yang harus kita belajar dengan negara-negara macam Thailand, macam Taiwan supaya rakyat kita yang memang boleh ditingkatkan ekonomi dapat kita capai dengan sekali gus kita dapat memenuhi permintaan makanan yang makin meningkat.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Ini sebetulnya Tuan Yang di-Pertua sudah lama pepatah orang tua kita, dia kata, “Di mana ada kemahuan, di situlah ada kejayaan”. Memang benar kalau kita rungkai makna ungkapan ini cukup sentuhannya penuh dengan makna iaitu Taiwan ini sebuah pulau yang tidak besar. Akan tetapi yang hairannya kita pandu kereta, sebelahnya dia tanam padi, selepas padi dia tanam jagung, selepas jagung dia tanam kacang sebab tanahnya tidak cukup. Kita di sini kalau di Sabah itu, tanah terbiar dan menjawab kepada Yang Berhormat Arau, memang benar kita tidak boleh salahkan hukum alam.

Inilah iklim negara kita dan hari ini iklimnya sudah berubah. Dulu hujan, kalau dia hujan bulan sebelas sampai bulan Februari. Sekarang ini boleh dikatakan setiap bulan hujan tidak menentu. Itu perubahan. Jadi perubahan ini harus kita cari pula. Justeru itu kerajaan bukan hanya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani malah seluruh agensi kerajaan termasuk Kementerian Perairan duduk berbincang macam mana hendak mengatasi masalah petani-petani di seluruh negara, di seluruh negeri, kalau hendak melihat industri pertanian ini dapat kita bangkitkan. Kalau tidak, betul, tanam, lepas itu banjir habislah!

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Peruntukan kita pertingkatkan, perbanyakan, tidak lagi boleh bergantung kepada semata-mata import daripada luar negara.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Yang Berhormat. Belakang. Sibuti.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, sila.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya hendak menegur sedikit Yang Berhormat. Kita sudah berbincang soalan industri pertanian sekarang Yang Berhormat. Padahal undang-undang di hadapan kita ini berlainan. Jadi minta tolonglah sedikit. Kalau persoalan itu hendak tanam jagung, hendak tanam padi, hendak tanam beras, hendak tanam apa sahaja Yang Berhormat, carilah forum yang lain. Saya tahu ia penting Yang Berhormat. Tidak ada soalan Yang Berhormat?

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Mungkin dia terjammed sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, sebetulnya saya relate perkara ini sebab akta ini kuarantin, pemeriksaan bahan-bahan pertanian, sayur-sayuran. Jadi memang buah-buah pun termasuklah.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi saya ingin mencadangkan sekali lagi, kementerian bawalah cadangan daripada pihak kami supaya pertanian ini dilihat sebagai satu industri termasuk sayur- sayuran yang boleh memangkinkan ekonomi negara, boleh mempertahankan dan memantapkan ekonomi negara dalam apa juga ancaman bentuk ekonomi sebab kalau kita tidak lihat secara bijaksana, kalau kita tidak lihat secara lebih besar..

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sekejap Yang Berhormat Putatan. Saya melihat di Eropah terutama sekali di Itali, bandarnya tidak ada apa-apa yang dibanggakan selain daripada pusat sejarah orang melancong tetapi ramai orang kaya raya di kampung-kampung. Di rumah mereka penuh dengan tanaman. Kalau musim oren dia tanam oren, musim anggur dia tanam anggur. Dia tukar-tukar tetapi mungkin attitude ataupun etika orang kita Malaysia ini malas bertanam. Apabila malas maka kita harus ada satu task force untuk memberikan mereka pendedahan bahawa pertanian bukan lagi pendapatan sampingan dan kerja yang tidak baik tetapi boleh mendatangkan hasil yang lumayan apabila kita usahakan. Ya, Yang Berhormat Putatan.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ini soal pemasaran bukan industri pertanian dan soal ekonomi negara. Yang Berhormat Kinabatangan, saya tertarik soal apa yang di hujah oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi itu Tuan Yang di-Pertua. Soal BERNAS, dulu bekas mantan Perdana Menteri telah membuat satu kenyataan bahawa Sabah dan Sarawak ini dijadikan sebagai pengeluar utama. Itu pemasaran padi Tuan Yang di-Pertua tetapi sampai sekarang BERNAS masih berlagak sebagai monopoli pengimportan, ini bab pemasaran, pengimportan beras daripada negara Thailand. Jadi, apa pendapat Yang Berhormat Kinabatangan soal kenyataan itu yang belum lagi dilaksanakan?

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Putatan cuma saya confuse sedikit Tuan Yang di-Pertua. Dia tanya pasaran ke atau ‘penyesaran’. Yang Berhormat Putatan, pemasarankah ‘penyesaran’... [Ketawa] Kedua- dua. Okey... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini dah macam kedai kopi Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Saya pun terbaca statement itu jadi mungkin saya meminta Yang Berhormat Menteri melihat perkara ini sebab ianya telah menjadi bahan cerita di negeri Sabah, kenapa seolah-olah apa yang dicadangkan itu tidak menjadi daripada sasaran, daripada pemasaran dijadikan penyesaran. Saya pun tumpanglah dengan Yang Berhormat Putatan untuk memajukan apa ini supaya kementerian dan pegawai-pegawai dia melihat secara lebih bijaksana, mungkin saya dengar-dengar di Kota Belud dia punya pusat, Yang Berhormat Kota Belud tidak ada.

Mudah-mudahan perkara ini dapat direalisasikan dan tidak lagi kita bergantung pada apa ini kepada outsourcing semata-mata tetapi kita boleh bangga negara kita boleh mengeluarkan sesuatu. Jangan lagi....

final • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Kinabatangan, ya Yang Berhormat Sibuti.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, sila, sila. Perlahan-lahan ya, Yang Berhormat Sibuti.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya memang hendak tanya kuarantin tadi, oleh sebab Tuan Yang di-Pertua bercakap kita mesti duduk itulah amalan dia. Saya hendak tanya biasanya kuarantin ini adalah di sempadan-sempadan. Bila di sempadan itu kita hanya melihat pihak imigresen, kastam, polis dan kita tidak melihat juga adalah – ataupun pegawai-pegawai yang expert dalam melihat barang-barang yang diimport itu ditegah oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

final • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Jadi, kalau boleh di masa-masa hadapan kita lantiklah beberapa orang pegawai yang expert dalam itu, boleh melihat adakah barang-barang pertanian ini yang untuk di kuarantin, ada di dalam kontena-kontena, di dalam bot atau di dalam apa kah. Itu yang saya hendak bertanya. Bolehkah Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab melihat perkara ini? Terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat dan saya percaya dengan wujudnya akta ini maka kementerian telah bersedia meletakkan penguat kuasa-penguat kuasa yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang ini dan saya masukkan ucapan Yang Berhormat sebahagian daripada ucapan saya. Yang Berhormat Menteri pun khusyuk mendengar dan saya percaya dia akan jawab dalam balasan dia nanti. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan dan menyokong akta ini untuk diluluskan. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Duduk sekejap Yang Berhormat. Saya oleh kerana perkara saya dah sendiri bangkit dan Yang Berhormat Sibuti sudah saya sebut. Kalau kita melakukan apa kesilapan di bawah 36(6), 36(12) cepat kita bangun Yang Berhormat. Akan tetapi ini ada juga dimasuk 36(1) ini.

“Seorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk, hanya perkara-perkara berkaitan rang undang-undang itu sahaja yang dibenarkan bercakap dan tidak kepada perkara melibatkan akta induk.” Soalan akta induk pun tidak boleh dibahas. Sebenarnya hal pindaan itu sahaja. Di sini, pindaan ialah berhubung dengan pelesenan, kuasa pelesenan dan sijil pelesenan dan premises quarantine. Jadi, saya berharap. Yang Berhormat Kuala Kedah sila.

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju dengan pandangan Tuan Yang di-Pertua itu. Kadang-kadang beri Ahli Parlimen bercakap...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, tujuan kita Yang Berhormat Kuala Kedah supaya itu masa persidangan kita jangan diganggulah.

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Saya setuju, saya amat bersetuju. Sokong 100 peratus. Kadang-kadang beri bercakap tidak ada kena mengena. Saya ada lima point sahaja Yang Berhormat Menteri. Pertama, berkaitan dengan isu kuarantin di pintu masuk itu sebab ia melibatkan barangan import dan eksport dan kita sering kali begitu teliti dengan barangan yang import bermakna barangan-barangan tumbuh-tumbuhan daripada luar negara masuk, kita ambil kira soal bahan-bahan yang dilarang untuk masuk ke dalam negara kita.

Bolehkah Yang Berhormat Menteri tolong berikan sedikit prosedur tentang barangan-barangan pertanian yang dieksport, yang terpaksa juga melalui proses kuarantin ini dari sudut jumlah barangan tersebut dan juga kadang-kadang kita dapati ada barangan- barangan pertanian tersebut yang dihalang untuk masuk ke dalam negara-negara luar.

Sebagai contohnya negara yang paling terdekat dengan Malaysia ialah Singapura. Adakah barangan pertanian daripada Malaysia yang dilarang masuk ke dalam negara Singapura ataupun negara-negara lain yang kita eksport.

Apakah punca-punca barangan pertanian tersebut dihalang untuk masuk kerana mungkin mengandungi bahan-bahan pengawet sayuran khususnya untuk menyegarkan sayuran ataupun tumbuhan ataupun ikan dan sebagainya. Jadi, kadar residue racun yang dibenarkan. Adakah pihak kerajaan mematuhi standard piawaian antarabangsa supaya kadar racun yang dihalang untuk masuk dalam negara-negara luar khususnya dipatuhi oleh Kerajaan Malaysia. Itu dalam bentuk eksport. Sila Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 12:30 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih. Saya ada hendak tambah sikit tentang bagaimana negara rugi apabila barangan eksport kita ke luar negara oleh kerana beberapa aspek yang tidak diambil berat atau ada masalah. Umpamanya pada satu ketika pada tahun 2008, eksport makanan laut telah diharamkan masuk ke EU yang mengakibatkan kerugian dengan RM1.5 bilion, yang melibatkan 46 pengeksport. Begitu juga jangan lupa Rusia, walaupun kita bukan merupakan pengeksport terbesar kerana kedudukan kita hanya keempat setelah Vietnam dan Thailand.

final • 12:30 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Kita rugi RM2.11 juta kerana masalah pengharaman di negara tersebut untuk menerima eksport kita daripada makanan laut contohnya. Jadi, saya menyokonglah kalau boleh masukkan sekali sebab ini kerana ini akan merugikan negara jika kita tidak benar- benar menguatkuasakan perkara tersebut.

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar, jadi saya minta supaya ucapan Yang Berhormat Parit Buntar itu dimasukkan ke dalam ucapan saya dan minta pihak kementerian memberikan perhatian yang begitu serius terhadap isu ini kerana ia melibatkan kerugian kepada negara. Khususnya RM1.5 bilion yang disebut barangan eksport kita yang telah dipulangkan kerana tidak mematuhi piawaian antarabangsa.

Isu kedua Yang Berhormat Menteri ialah berkaitan dengan soal isu lembu import khususnya untuk kita menghadapi Hari Raya Aidiladha untuk program korban, yang saya difahamkan oleh pihak Jabatan Veterinar telah pun menyediakan lebih kurang 15,000 ekor lembu untuk diimport masuk melalui pintu di Kelantan dan juga di Perlis. Biasanya syarikat- syarikat yang mengimport lembu-lembu ini terpaksa menghadapi proses kuarantin di pintu- pintu masuk ini dan kita dapati beberapa halangan-halangan di kuarantin ini khususnya penyakit yang kadang-kadang apabila sampai di kuarantin itu barulah dikenal pasti penyakit ini.

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Sekurang-kurangnya bolehkah dimaklum ke dalam Dewan ini tentang penyakit- penyakit yang biasanya dihadapi dikuarantin khususnya untuk lembu supaya pihak syarikat yang membuat urusan dengan pihak-pihak luar lebih awal mengenal pasti tentang penyakit- penyakit tersebut dan supaya kita dapat membuat perhatian yang lebih awal.

Isu ketiga Yang Berhormat Menteri ialah…

final • 12:40 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 12:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Sila Yang Berhormat Pendang.

final • 12:40 PM

Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berhubung dengan kuarantin ini saya juga ingin menyentuh ataupun mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Kedah masa sesuatu tempoh ataupun had kuarantin yang dikenakan ke atas barangan yang dibawa masuk. Adakah di dalam pindaan ataupun rang undang-undang induk yang terdapat ini ia mengehadkan kepada pihak-pihak yang melakukan kuarantin itu had masa misalnya, sebelum sesuatu barangan yang dibawa masuk itu akan mengalami kerosakan. Misalnya, tadi disebut sebagai lembu, ia ada had berapa hari sebelum kajian-kajian yang dijalankan didapati sihat, boleh dibawa masuk dan dikuarantin di situ dan dilihat penyakit-penyakit yang terdapat pada haiwan tersebut.

Begitu juga dengan sayur-sayuran dan juga bahan-bahan yang mengandungi racun-racun dan juga bahan-bahan kimia. Apakah terdapat had-had masa tertentu sebelum pengimport itu boleh mengambil tindakan jika sekiranya barangan tersebut dilupuskan dan siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelupusan bahan tersebut dan denda yang akan dikenakan ke atas kesalahan mengimport bahan-bahan yang tidak boleh melepasi had kuarantin tersebut. Pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 12:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Pendang.

Dalam ilmu business pertanian ini Yang Berhormat Menteri, saya bidang pertanian daripada UPM (Universiti Pertanian Malaysia). Di antara perkara yang paling penting ialah soal masa sebab dalam bidang pertanian ini masa sangat penting. Ia bukan barangan elektronik yang boleh disimpan sampai begitu lama bertahun-tahun tetapi barangan pertanian ia akan ada tempoh yang cukup pendek.

Saya difahamkan dalam Akta MAQIS masih lagi longgar tentang tempoh masa dikuarantin ini. Saya dah bangkitkan dan Yang Berhormat Menteri telah pun menjawab isu berkaitan dengan soal had masa di dalam rang undang-undang MAQIS ketika kita berbahas dalam sesi mesyuarat yang lalu tetapi saya diminta untuk bagi penjelasan oleh Yang Berhormat Pendang bahawa saya sangat setuju soal tempoh masa.

final • 12:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Seboleh-bolehnya pihak MAQIS tolong perhatikan isu masa dalam bidang pertanian ini. Sangat sensitif sebab kalau buah mangga atau sayuran, kalau melibatkan masa sampai dua hingga tiga hari, ia akan kurangkan nilai barangan tersebut. Oleh sebab itu masa sangat penting dan saya minta supaya perhatian diberi kepada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang tadi.

Berkaitan dengan isu yang ketiga yang ingin saya bangkitkan soal kemampuan pegawai-pegawai MAQIS apabila mereka terlibat seperti mana pandangan daripada Yang Berhormat Sibuti tadi soal qualification, dengan izin, kemampuan pegawai-pegawai MAQIS.

Bolehkah kita dimaklumkan tentang berapakah bilangan pegawai yang terlibat di satu-satu pusat kuarantin dan bolehkah kita dimaklumkan tentang latar belakang experience bidang mereka kerana mereka terpaksa mengawal terlalu banyak barangan di sempadan. Oleh sebab itulah kita memerlukan orang-orang yang pakar dalam bidang racun, pakar dalam bidang pertanian, pakar dalam bidang perikanan dan sebagainya ataupun mereka diberi latihan khusus untuk mengenal pasti barangan-barangan tersebut.

Isu yang keempat yang ingin saya bangkitkan ialah berkaitan dengan pusat kuarantin swasta. Yang Berhormat Menteri, apabila saya melihat laman web Jabatan Veterinar, kita dimaklumkan tentang kewujudan pusat kuarantin swasta. Jadi, adakah pusat kuarantin swasta ini mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan adakah MAQIS terlibat secara langsung dalam memastikan pusat-pusat kuarantin swasta ini ditubuhkan dan bolehkah Dewan yang mulia ini dimaklumkan berapakah jumlah pusat kuarantin swasta ini yang ada dan di manakah lokasinya dan siapakah pemiliknya, syarikatnya, bolehkah kita dimaklumkan dan yang paling penting adakah caj yang dikenakan oleh pusat kuarantin swasta dengan pusat kuarantin yang dimiliki oleh kerajaan ini, berapakah perbezaan yang paling ketara. Biasanya pusat kuarantin swasta ini sudah barang pasti lebih tinggi tetapi mungkin lebih longgar dari sudut pengurusannya dan atas faktor-faktor tertentu mungkin lebih cepat proses kerana ada isu-isu yang tertentu.

Jadi, pusat kuarantin swasta ini difahamkan diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu mungkin untuk memberikan kemudahan kepada pihak kerajaan menyediakan ruang-ruang tertentu supaya binatang ataupun bahan-bahan pertanian tersebut boleh diletakkan di tempat tersebut. Bolehkah kita dimaklumkan dalam Dewan ini tentang kewujudan pusat kuarantin swasta ini.

Yang akhir sekali Yang Berhormat Menteri ialah berkaitan dengan isu- saya tidak tahu sama ada benda ini berkaitan dengan rokok yang diimport ini. Rokok ini penuh dengan racun. Jadi, biasanya lepas juga walaupun kadar racun yang begitu tinggi. Jadi, adakah ia termasuk kuarantin ini? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak ada yang nak bercakap Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat Padang Terap.

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Sedikit sahaja tentang rang undang-undang untuk meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ini iaitu berkaitan dengan pusat kuarantin yang diwujudkan di sempadan-sempadan pintu masuk negara. Di Kedah kita ada beberapa tempat termasuklah yang baru dibuka iaitu di Kota Putera ataupun Durian Burung. Saya ingin membangkitkan tentang persoalan pusat-pusat ini bagaimana ia dikawal selia.

Sebelum ini kita mendengar pusat-pusat kuarantin ini menjurus kepada yang berkaitan tentang lembu-lembu, kerbau yang dieksport ataupun diimport daripada Thailand.

Kemudian baru-baru ini saya balik dan saya berjumpa dengan kawan-kawan yang terlibat dalam industri juga perikanan iaitu penternakan keli. Dia kata sebelum ini tidak disyaratkan adanya lesen-lesen seperti ini. Maksudnya, ikan keli yang dieksport keluar negara terutamanya di Thailand tidak memerlukan kepada lesen ini.

final • 12:46 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian terutamanya, adakah juga wujud lesen-lesen ini bagi sayur-sayuran yang berasaskan kepada sayur-sayuran yang sebelum ini tidak dikenakan lesen sekarang dikenakan. Apa rasionalnya dikenakan lesen ini? Sebelum daripada ini mudah, tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Apa perlunya bayaran ini dikenakan dan kenapakah pihak kementerian tidak memikirkan agar diberi percuma sahaja lesen ini tanpa perlu mengenakan apa-apa bayaran kepada pengusaha-pengusaha ternakan ataupun pertanian. Jadi, ini saya ingin timbulkan supaya mungkin beban pertanian ataupun penternakan ini, ia tidaklah memberikan pulangan yang lumayan sangat bagi pengusaha-pengusaha kecil yang sentiasa berada di sempadan itu, mereka boleh hantar 200 kilogram hingga 300 kilogram satu hari. Kemudian hendak sampai satu tan hingga dua tan pun kadang-kadang susah kerana mereka berniaga import eksport kecil-kecilan.

Jadi, saya memohon kepada pihak kementerian supaya mempertimbangkan dalam pengeluaran lesen ini, lihat daripada sudut juga mungkin berat ataupun jumlahnya.

Agar jumlah yang mungkin di bawah tiga tan atau empat tan ini dikeluarkan lesen tanpa dikenakan bayaran. Bagi pengeksport ataupun pengimport yang besar sahaja diberikan ataupun dikenakan bayaran-bayaran yang sekiranya dikemukakan di dalam kertas ini untuk pembayaran, saya minta supaya dikecualikan bagi peniaga-peniaga kecil kerana kami yang berada di sempadan ini urusan kami seharian memang berurusan dalam jumlah yang kecil.

Jadi, saya pohon pertimbangan daripada pihak yang selepas ini akan dikenali dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ini dalam konteks bayarannya dikecualikan ataupun diberi penilaian semula. Jadi saya ingat itulah saya lihat ada kebaikan untuk kita menyekat mungkin penyakit-penyakit dan sebagainya. Saya beri sokongan terima kasih.

final • 12:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri menjawab. Lihatlah perkara yang relevan Yang Berhormat. Kalau yang bercakap itu di luar, kalau hendak jawab sambil lalu oleh kerana industri ini penting kepada negara, bolehlah jawab sambil lalu, tetapi janganlah tumpukan sangat. Soalannya ialah tiga lesen, dua premis, ketiga sijil. Sila Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun berikan pandangan walaupun pindaannya terlalu mudah iaitu untuk memberikan kausa kepada Ketua Pengarah MAQIS untuk memberikan lesen yang selama ini kuasa itu adalah di tangan Ketua Pengarah FAMA itu sahaja. Walau bagaimanapun, saya menghargai segala pandangan yang telah diberi tadi, dan segala pandangan yang dinyatakan tadi ramai yang beri pandangan mengenai industri pertanian.

Kita cukup alu-alukan dan secara dasarnya Kabinet telah pun meluluskan Dasar Agro Makanan dan untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, kalau sebelum ini Dasar Pertanian ini hanya ada satu. Dasar pertanian yang ketiga dia termasuk komoditi dan agro makanan. Akan tetapi supaya kita lebih fokus, maka kali ini dalam tempoh sepuluh tahun, kerajaan pisahkan di antara fasa agro makanan yang akan memberikan tumpuan kepada food security penamatan petani dan juga untuk meninggikan sektor pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan satu lagi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi yang dinamakan Dasar Komoditi Negara yang dilebihkan kepada bahan-bahan eksport komoditi.

Jadi apabila sebut pertanian ini, tanah tidak boleh lari, tanah untuk agro makanan, tanah untuk komoditi kita lihat baru-baru ini ramai rakyat lebih berminat untuk tukar tanah mereka kepada komoditi. Kita juga lihat hari ini dalam bab komoditi ini memang pengurusannya secara ladang, secara besar-besaran. Sedangkan untuk agro makanan, kita lihat tanah memang masalah. Oleh sebab itu kalau kita lihat sayur sebagai contoh, saya berdialog dengan Persatuan Sayur, mereka bagi tahu saya 60 peratus penanam-penanam sayur ini menjadi setinggan. Dia terpaksa tanam bawah tanah-tanah terbiar dan sebagainya ertinya mereka tidak ada tanah yang kekal.

final • 12:50 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Jadi kerana itulah kerajaan daripada kementerian akan memperkenalkan pelbagai program KPM yang ada seribu ekar, dua ribu ekar dan sebagainya dan segala apa yang diberi pandangan tadi sememangnya ada dalam perancangan kita dan kita telah pun masukkan di bawah Dasar Agro Makanan Negara bagi 2011-2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat fokus yang diberi daripada hujah-hujah tadi yang berkaitan dengan pindaan ini daripada Yang Berhormat Kuala Kedah, ini memang fokus.

Terima kasih banyak. Yang Berhormat Kuala Kedah telah membangkitkan banyak isu, ada lima perkara iaitu barang-barang yang dieksport ini sama ada barang-barang ini kadang- kadang ada yang tidak diterima oleh luar negara. Saya ingin maklumkan bahawa barang- barang agro makanan yang kita hendak eksport ke luar negara ini kita kena mengikut kehendak-kehendak dan syarat-syarat di negara tersebut. Saya ambil contoh macam kata akuakultur.

Baru-baru ini kita pernah, kita sedia maklum kita pernah dihalang untuk mengeksport ikan kita ini udang kita ini ke Europe negara Eropah, kerana apa? Ini kerana standard yang ditentukan EU terlalu tinggi. Apabila mereka datang, dia tengok bagaimana ikan kita ditangkap. Dia tengok ikan ditangkap daripada macam mana ikan ditangkap kemudian bot yang kita guna, ada tandas ke tidak ada tandas, bagaimana ikan kita didaratkan, air batu yang digunakan juga mesti air batu cube dan tidak boleh air batu besar- besar serta pelbagai syarat yang akhirnya kita tidak dibenarkan mengeksport ke EU. Oleh itu kalau tidak silap saya, rasa hampir dua tahun kita perbetulkan syarat-syarat ini, dan hari ini alhamdulillah, akuakultur kita telah pun dapat dieksport ke luar negara. Kita juga barang- barang lain macam burung walet sebagai contoh, sarang burung walet, apabila kita hendak eksport ke negara China mereka letakkan syarat kosong (zero) nitrat. Semua ini kita kena ikut.

Jadi begitu juga apabila kita hendak mengimport bahan makanan daripada luar.

Saya ambil satu contoh bagaimana kita meletakkan syarat untuk mengimport daging. Baru- baru ini kita terpaksa menghentikan sekejap import-import daging daripada negara Europe daripada Amerika Latin kerana kita dapati rumah sembelihnya tidak mengikut standard kita.

Namun apabila mereka complain kepada Kementerian, dia pun persoal. Dia kata mengapa Malaysia tidak benarkan daging mereka dieksport ke Malaysia sedangkan dia kata abbatoir yang sama, rumah sembelih yang sama boleh eksport daging yang sama ke Timur Tengah.

Jadi adakah standard yang berbeza di antara Islam Timur Tengah dengan Islam di Malaysia. Jadi kita berikan penjelasan bahawa cara kita mengukur halal ini ada ukuran dan sebagainya. Jadi itulah Tuan Yang di-Pertua, untuk mengeksport kita perlu mengikut kehendak negara-negara itu.

Even lebeling pun, kalau dia hendak merokok, dia punya ingredients kena tulis dalam bahasa Perancis, Arab pun dia tulis. Jadi oleh itu saya yakin pengeksport- pengeksport ini sudah memang mahir, dia memang pakar dan dia memang tahu untuk mengikut kehendak-kehendak yang ditentukan oleh negara-negara pengimport mereka.

Kedua, mengenai lembu import. Memang betul bahawa tempoh yang kita berikan kepada bahan-bahan import terutamanya lembu hidup daripada Thailand ada tempohnya.

Kalau tidak silap, dia ada dua tempoh. Satu tempoh mesti kuarantin di negara Thailand, kalau tidak silap saya sebulan. Kemudian sudah habis bulan itu, hendak masuk ke negara kita, dia masuk ke pusat kuarantin pun kita letakkan lagi syarat. Kalau saya tidak silap sebulan, ada tempoh dia. Sebagai contoh kes Raya Haji, saya dimaklumkan bahawa AP untuk import daging lembu itu dari Thailand tidak akan dikeluarkan dua bulan sebelum Hari Raya Haji.

Sesiapa hendak import, dia kena import sekarang sebab dia kena memenuhi syarat-syarat tempoh kuarantin telah pun ditetapkan. Memang betul ada kuarantin-kuarantin swasta yang diwujudkan bilangan saya tidak dapat lagi. Pegawai belum bagi dengan saya.

Saya tahu memang ada. Sebab saya pergi melawat sendiri. Saya melihat bahawa untuk syarikat swasta untuk menubuhkan kuarantin ini syarikat ini mestilah memenuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Jadi ada juga pusat kuarantin yang kita tarik balik kebenaran kerana apabila kita melawat bahawa pusat kuarantin ini tidak memenuhi syarat.

final • 12:50 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Dahulu mula-mula dia memenuhi syarat tetapi apabila sudah lama kita sudah benarkan, kita buat spot check dia tidak penuhi syarat-syarat. Jadi kita batal atau tangguhkan kelulusan dia kena perbaiki balik pusat-pusat ...

final • 12:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Hendak tanya sedikit. Yang saya tekankan isu itu ialah berkaitan dengan biasanya kita sudah boleh mengenal pasti apakah faktor- faktor yang boleh menghalang lembu tersebut untuk masuk ke dalam negara. Contohnya ia mempunyai penyakit tertentu. Jadi kita telah identify, kita kenal pasti penyakit-penyakit tersebut dan kita telah memaklumkan kepada pihak yang hendak mengimport supaya bersiap sedia tentang perkara yang hendak diteliti dalam kuarantin perkara satu, dua, tiga dan empat. Jadi pihak pengimport telah mengenal pasti tentang perkara-perkara tersebut, jadi mereka membuat persiapan. Dengan itu sekiranya mereka lepas tempoh kuarantin selama sebulan, dia Malaysia boleh dipercepatkan tempoh masanya. Jadi kalaulah mereka dimaklumkan tentang apakah perkara yang menghalang biasanya. Jadi kalau masuk dalam seminggu dua minggu, boleh keluar dengan cepat. Itu yang saya maksudkan supaya dimaklumkan kepada pengimport.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, jam kita sudah pukul 1 Yang Berhormat. Di bawah peraturan saya tidak ada kuasa untuk sambung. Saya minta Yang Berhormat sambung petang ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan sesi pagi ditangguhkan dan Dewan akan bersidang semula pada pukul 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Menteri meneruskan hujah menggulung, sila Yang Berhormat Menteri baca usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1).

final • 12:50 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 2:32 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menyambung penggulungan mengenai Akta FAMA (Pindaan). Mengenai tempoh kuarantin yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Kuala Kedah tadi, saya hendak menjelaskan lagi sekali bahawa tempoh ini bergantung kepada bahan-bahan import seperti lembu. Di Thailand, tempoh kuarantin kita ialah 30 hari dan dikenakan suntikan sepuluh hari dan dikenakan juga suntikan kuku dan mulut hanya satu kali. Bilangan pusat kuarantin swasta setakat tahun 2010 ialah ada 27 buah pusat.

Mengenai ikan pula Tuan Yang di-Pertua, ikan ada dua iaitu ikan hidup dan satu lagi ikan beku. Kalau ikan beku ia tidak ada kuarantin. Kalau ikan hidup, ia tengok pula jenis ikan kerana kita ada mengikut keperluan OIE-World Organization for Animal Health, di mana kuarantin yang dikenakan kalau ikan mas atau ikan koi ialah 21 hari. Ikan gurami ataupun udang ialah 14 hari. Lain-lain ikan tropika ialah tujuh hari. Ini adalah untuk mengelakkan daripada sebarang penyakit dan ikan ini kita kuarantin bukan di tempat kita tetapi di tempat pengeksport-pengeksport ini.

Jadi kita hanya memantau bahawa ikan tersebut tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh-tempoh yang telah ditetapkan. Bagi sayur pula, kita kenakan kepada 12 jenis sayur.

Sayur ini ia kena perlu permit import dan juga sijil ‘fitosanitasi’. Jadi sayur ini setakat ini kita pakai secara rambang. Kita ambil dan kita tengok sama ada mengandungi atau tidak makhluk perosak yang perlu dibuat rawatan. Kalau kita dapati ada makhluk perosak, kita akan ambil dan kita akan membuat rawatan. Setelah ditengok melalui makhluk perosak daripada segi kandungan racun dan sebagainya, ini akan diperiksa pula di bawah Kementerian Kesihatan. Jadi, mengenai pegawai-pegawai yang bekerja di MAQIS ini, sebenarnya yang kita sedia maklum setakat ini memang pegawai-pegawai ini datang daripada jabatan masing-masing. Kalau perikanan daripada Jabatan Perikanan, LKIM pun ada, veterinar pun ada, kesihatan pun ada dan pertanian pun ada. Jadi oleh sebab itulah kita membuat undang-undang MAQIS supaya semua pegawai ini dia answerable kepada Ketua Pengarah MAQIS.

Selama ini dia answerable kepada ketua pengarah masing-masing. Jadi apabila kita satukannya nanti, bermakna pegawai-pegawai ini memang sedia ada pengalaman mereka dan pada masa yang sama kita juga akan meneruskan untuk memberikan kursus- kursus mengenai kursus dan juga latihan berkaitan undang-undang dalam bidang teknikal yang melibatkan bidang masing-masing. Jadi...

final • 2:34 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit. Berkaitan dengan pusat kuarantin swasta, Yang Berhormat Menteri hanya menjawab satu sahaja soalan berkaitan dengan jumlah iaitu sebanyak 27 buah. Apa yang ingin saya mendapatkan penjelasan tentang prosedur penubuhan pusat kuarantin swasta ini iaitu adakah pihak kerajaan membenarkan penubuhan prosedur itu.

Keduanya ialah sejauh manakah MAQIS ini boleh terlibat dalam membuat pemeriksaan di pusat-pusat kuarantin swasta ini? Kemudiannya apa yang lebih penting itu ialah siapakah pemiliknya, syarikat ataupun benda ini hak milik individu dan yang lebih pentingnya ialah tentang caj yang dikenakan oleh pusat kuarantin ini sebab kerajaan saya difahamkan ada standard rate. Jadi adakah pihak pusat kuarantin swasta ini dia ada caj yang lebih tinggi, sebab kalau caj yang lebih tinggi sudah barang pasti akhirnya yang akan kenanya ialah pengguna kerana membeli lembu dengan harga yang lebih tinggi kerana caj yang dikenakan pusat kuarantin swasta lebih tinggi daripada pusat-pusat yang lain. Jadi minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 2:34 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kalau in detail tuan punya ini, mungkin kena bagi notislah. Saya katakan tadi bahawa kuarantin ini mesti mengikut kita punya spec, kita punya standard. Jadi kalau kita tengok ia tidak mencapai standard kita tidak akan benarkan pusat ini terus beroperasi. Mengenai caj, saya difahamkan lain syarikat lain dia punya caj. Walau bagaimanapun, harga itu masih dikawal oleh pihak veterinar dan terpulanglah kepada pengimport-pengimport. Dia boleh pilih mana pusat kuarantin yang mungkin sesuai dengan mereka.

Sebenarnya Yang Berhormat, Yang Berhormat pun mungkin faham. Mereka ini sudah ada pakar, dia ada geng-geng dia. Dia sudah tahu dah. Kalau orang ini bawa keluar, dia sudah tahu dah bahawa inilah pusat kuarantinnya. Jadi bermakna di dalam mereka punya circle itu dia sudah memang amat memahami di antara satu sama lain. Hanya Jabatan Veterinar, ia hanya memantau supaya apa juga yang hendak dia bawa import daripada luar negara mesti memenuhi syarat kita.

final • 2:34 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tadi Yang Berhormat kata bahawa syarat-syarat. Sebenarnya setiap lesen yang kita beri, di belakang permit itu dah ada syarat dah. Dah diberitahu dah apa standard- standard yang mesti dipatuhi di belakang lesen itu sendiri. Jadi kalau kata pengimport ini tidak tahu apa syarat-syaratnya, itu tidak betullah. Dia mungkin mereka tidak baca apa syarat-syarat yang ditulis di belakang lesen.

Tadi Yang Berhormat dari Padang Terap bangkit fasal caj yang dikenakan kepada ikan keli yang kecil-kecil ini, yang hendak dieksport. Memang LKIM kenakan fee untuk bagi lesen import dan eksport ikan. Ia punya fee tidak mahal, RM200 setahun. Sebenarnya Yang Berhormat, memang kita di pihak kementerian telah pun membuat kajian bahawa memang kita bercadang untuk kita hendak menghapuskan bayaran-bayaran ini kerana kita dapat...

[Gangguan sistem pembesar suara] Kadang-kadang orang yang hendak import eksport sampai lima tan... [Gangguan sistem pembesar suara] Satu tan pun bayarannya sama. Ini memang telah kita...

[Gangguan sistem pembesar suara] Akan tetapi bila kita umum, jangan pula Yang Berhormat kata Yang Berhormat punya perjuangan pula. Itu memang kita dah ada dalam perancangan. Kadang-kadang pembangkang ini bila dia cakap kita umum, dia kata ini perjuangan dia. Jadi, terima kasihlah Yang Berhormat mengingatkan. Saya hendak beritahu memang kita dah ada perancangan itu.

Yang Berhormat Kuala Kedah bercakap fasal rokok, itu bukan di bawah kementerian sayalah...

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Berkira Menteri ini.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Tembakau, tembakau. Kadar racunnya begitu tinggi sekali. Walaupun bukan di bawah kementerian, tetapi adakah pihak kuarantin sendiri terlibat dalam mengawal tentang kadar racun tembakau?

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Ya, saya dah kata tadi bahawa kita ada dua eksport. Satu, Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian ini dia tengok daripada makhluk- makhluk perosak, serangga dan sebagainya. Kemudian mengenai kandungan racun di dalam sayur-sayur, ia dilaksanakan pula oleh kakitangan daripada Kementerian Kesihatan kerana di bawah Akta Makanan, setiap makanan yang dimakan, ia mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Itu kadang-kadang itu kemungkinannya kita dapati agak lambat sedikit.

Contohlah kalau kata Kementerian Pertanian dah tengok sayur ini dah okey, kita kata tidak ada masalah. Bila kita kata tidak ada masalah, ianya akan pergi kepada Kementerian Kesihatan. Jadi kemungkinan Kementerian Kesihatan mungkin mengambil masa lagilah. Dia hendak tengok racun dan sebagainya. Jadi ini Yang Berhormat, insya- Allah setakat ini kita memang berhati-hati. Walau bagaimanapun, kita tidak nafikan kadang- kadang ada yang terlepas pandang, berlaku juga bahan-bahan makanan yang tidak mengikut spec dan juga mungkin yang bawa penyakit. Ini kerana kita sedar Yang Berhormat, kalau kita tidak kawal rapi di pintu masuk, kalau kata kena penyakit kuku, mulut, maka kita akan menghadapi masalah.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Macam baru-baru ini kita tidak nafikan, kita ada tersilap, ada seekor lembu tenusu yang overlooked terlepas satu. Kalau terlepas, dia bawa penyakit. Jadi ini menyebabkan ada penternak-penternak tenusu ini ada penyakit.

Untuk kita mengatasi masalah itu, kita kena buat kajian lebih terperinci dan kementerian terpaksa beri sedikit pampasan, RM1 juta lebih kepada penternak-penternak lembu ini kerana penyakit itu ia menghasilkan susu lembu yang kurang. Jadi kerana itu kementerian mengingatkan pegawai-pegawai bahawa kesannya kalau mereka terlepas pandang, bukan sahaja akan menyebabkan kerugian kepada kerajaan tetapi boleh menyebabkan ternakan yang lain akan menerima bencananya. Jadi saya ingat Yang Berhormat dari Kuala Kedah, saya ingat sudah saya jawab banyak apa Yang Berhormat bangkitkan tadi.

Mengenai Yang Berhormat Kinabatangan, memperkasakan peranan FAMA, FAMA memang terus mengamalkan supaya memasarkan barang-barang ini terus diambil daripada pengeluar-pengeluar. Oleh sebab itu kita lihat harga barang-barang di pasar tani ini lebih murah sedikit. Ada itu sehingga 30 peratus, 40 peratus lebih murah daripada luar kerana barang-barang ini kita pasarkan. Target kita untuk memastikan perkara ini dilaksanakan, kita memperkenalkan sistem ladang kontrak.

Ladang kontrak ini sudah pun bermula dan untuk pastikan ladang kontrak ini bermula, kita juga pastikan bahawa peserta ladang kontrak ini diberikan pinjaman iaitu kita ada kerjasama dengan Agro Bank, TEKUN kerana kita sedar salah satu sebab mengapa kita tidak boleh kawal harga barang-barang ini ialah kerana peranan orang tengah. Kalau Yang Berhormat pergi di Ulu Yam, tempat sayur-sayur, banyak sayur tetapi Menteri Besar Selangor hendak ambil balik tanah itu. Tempat sayur yang hendak bekalkan di Lembah Klang. Juga kita lihat bahawa seorang tauke sayur ini dia tidak tahu harga. Ia ditentukan oleh pasar borong. Jadi oleh sebab itu kita hendak perbanyakan ladang kontrak. Bila ada ladang kontrak, kita bukan sahaja janji hendak beli tetapi kita mesti beri juga bantuan kewangan daripada mula sayur ataupun apa juga produk yang dihasilkan. Jadi ini kita telah pun ada peruntukan dengan TEKUN dan juga Agro Bank. Untuk itu, kita sasarkan satu tahun untuk ladang kontrak ini ialah RM600 juta dan kuantitinya ialah 300,000 metrik tan.

Dalam masa yang sama, kita juga sedar bahawa masalah yang dihadapi oleh petani ini ialah apabila ia merupakan pengeluar yang kecil, yang ada pisang lima tandan, keladi sepuluh pokok, yang ini mereka hendak jual di mana. Oleh kerana itulah FAMA memperkenalkan roda tiga ini supaya dengan roda tiga ini, macam orang dulu-dululah, kita beli sikit-sikit, rumah ke rumah, sistem peraih, dia pergi kutip. Untuk itu, kita telah memperkenalkan sistem roda tiga ini. Setakat ini kita dah ada 206 buah motosikal ini.

Motosikal ini pun kita beri subsidi lagi. Ia punya harga RM7,000 lebih. Kerajaan beri subsidi, dia hanya bayar 50 peratus sahaja yang petani ini kena bayar. Katalah harganya RM7,000, petani hanya bayar RM3,500 dan RM3,500 lagi kementerian tolong bayar. Kemudian peraih ini pula dia hanya bayar RM100 sebulan. Punya baik Kerajaan Barisan Nasional ini Yang Berhormat. Hendak tolong, kita bagi. Kita hendak pastikan bahawa yang ‘pak ngah’, ‘mak ngah’ yang jual pisang ini dapat dipasarkan. Ini kita akan kembangkan.

Tidak cukup itu, kita juga perkenalkan pusat-pusat pengumpulan dan juga kedai rakyat kerana kita tahu daripada kampung hendak kumpul..., hari ini pula kita minta FAMA bukan sahaja menyediakan pusat pengumpulan, dia juga mesti ada pemprosesan. Kalau ada berlaku lambakan, ia terus proses. Jadi insya-Allah ini kita tengah buat. Agro Bazar kita telah ada 95 buah, pusat pengumpulan 122 buah, gerai buah-buahan segar tepi jalan yang Yang Berhormat lalu itu supaya mudah jual, itu kita ada 416 buah, K-Shoppe kita ada 117 buah.

Yang Berhormat Kinabatangan juga meminta kita menyediakan maklumat- maklumat pasaran. Sebenarnya kita telah pun menyediakan sistem IT kita yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang tadi. Kita kenalkan satu sistem IT. Kita ada e- sms, kita ada e-ladang kontrak, kita ada e-pasar tani. Kalau tengok sistem ini, katalah hendak tengok siapa tauke yang boleh bekalkan rock melon, kita tekan sistem ini kita boleh tahu berapa ramai pengeluar-pengeluar yang mengeluarkan rock melon. Hari ini ladang kontrak ada 20 ribu peserta.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Kalau buka sistem ini, kita boleh tengok ada 20 ribu nama dan sebagainya. E- pasar tani ada 15 peserta, IAT ada lima ribu orang. Jadi inilah dalam usaha-usaha FAMA untuk kita hendak mempertingkatkan pasaran kita.

Yang Berhormat Pasir Mas bangkitkan mengenai kemungkinan akan berlaku jualan barang-barang pertanian dari negara jiran. Inilah perkara yang pertama sekali yang kementerian telah mengingatkan FAMA. Jangan kita buat TEMAN yang begitu cantik tetapi sayur-sayurnya datang dari negara jiran.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Buat masa ini saya difahamkan ada datang daripada negara-negara jiran dan ada juga datang daripada produk-produk tempatan. Oleh itu pihak FAMA kita berikan tempoh.

Dalam tempoh sepuluh tahun, FAMA dia perlu pastikan barang-barang yang hendak dijual di TEMAN dan di pasar tani mestilah barang-barang yang dihasilkan oleh petani-petani tempatan. Jadi oleh sebab itulah kita perlukan sistem ladang kontrak. Kita minta tauke- tauke pasar tani dan tauke-tauke TEMAN dia bukan sahaja tukang hendak jual, dia juga mesti ada peserta di bawahnya. Kalau dia hendak tanah kampung, sekarang ini di Tanjong Karang sahaja, sudah tidak ada kampung. Dahulu pasar tani senang Tuan Yang di-Pertua, hendak kangkung pergi ambil dalam sawah sahaja. Sekarang ini kangkung sudah tidak ada. Jadi dia mesti create. Kalau bawah ada lima orang tanam kangkung, dia mesti pastikan. Jadi inilah yang kita telah susun. Mudah-mudahan apa yang kita pasarkan di TEMAN Kota Bharu ini, kita akan dapat memasarkan hasil-hasil tempatan.

TEMAN juga tadi disentuh oleh Yang Berhormat Machang bahawa TEMAN...

Sahabat saya daripada Machang tidak ada. TEMAN di Perak iaitu di Gopeng, saya hendak maklumkan bahawa TEMAN di Gopeng kita sekarang ini dalam proses untuk kita hendak menjadikan ia sebagai Rural Transformation Centre (RTC) di mana TEMAN di Gopeng nanti ia bukan sahaja menjadi pasar borong, ia juga akan menjadi pusat pengumpulan. Ia juga akan menjadi pusat penjual secara runcit dan dalam masa yang sama akan menjadi tempat-tempat latihan. Ia akan melibatkan bukan sahaja Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, akan melibatkan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia, hendak jadikan satu RTC yang pertama di negara kita supaya apa yang dibuat oleh kerajaan ia benar-benar dapat dinikmati dan dirasai oleh penduduk-penduduk di sekitarnya dan juga untuk mengelakkan daripada ia menjadi gajah putih.

Untuk sekarang ini di RTC Gopeng, kita telah ada 64 orang peruncit-peruncit dan syarikat Mydin akan melabur, saya difahamkan dekat RM20 juta untuk buat semula supaya ia dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pertanian di kawasan tersebut terutamanya daripada negeri Perak. Setakat hari ini, hasil jualan di TEMAN Gopeng ini kita dapat kumpul sebanyak RM27 juta. TEMAN di Kota Bharu yang dibangkitkan juga tadi, Yang Berhormat daripada Pasir Mas pun bangkit bahawa ia mula beroperasi pada 21 Julai dan telah pun mendapat hasil sebanyak RM37 juta. Ia melibatkan 350 orang usahawan.

Daripada jumlah itu, 330 orang adalah usahawan bumiputera. Jadi usahawan yang seramai 350 orang inilah yang kita akan train, kita akan latih. Kalau satu orang boleh melahirkan lima orang cukuplah di bawahnya. Sebanyak 350 orang kali lima, berapa ramai boleh lahirkan petani-petani dengan syarat kita mesti berikan jaminan pada pasaran. Walau bagaimanapun, kita sedia maklum bahawa dalam sektor pertanian ini ia banyak risiko yang tinggi. Saya lihat - tidak tahulah antara Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa yang benar-benar terlibat di dalam bidang pertanian.

Pertama, kerana dikhuatiri apabila bencana alam. Kita lihat bencana alam, ayam sudah besar kena penyakit. Kita baca surat khabar ikan kena penyakit. Jadi, kita tidak ada satu peruntukan ganti rugi. Jadi kalau kita ada pun, kita hanya berikan pampasan. Padi pun sudahlah. Padi di Kedah habis, kerajaan terpaksa belanja tambahan RM60 juta untuk menyelamatkan padi. Kalau kerajaan tidak membelanjakan RM60 juta, kita akan kehilangan RM250 juta hasil-hasil padi. Di negeri Kelantan, kita lihat banjir berlaku sudah dua tahun iaitu tahun 2009 dan 2010. Kos banjir ini tidak banyak, lebih kurang RM3.8 juta. Ia tidak boleh dikatakan banjir bencana alam, ia boleh ditakrifkan sebagai satu bencana kepada negara kita tidak seperti di Kedah. Di Kedah itu betullah sebab melibatkan sampai RM60 juta.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Akan tetapi kalau di Kelantan kalau setakat RM3 juta itu dipohon, sepatutnya kerajaan negerilah tolong bayar ganti rugi RM3 juta. Akan tetapi apabila kita lihat, dua tahun kerajaan negeri tidak ada beri apa-apa bantuan pun. Oleh sebab itu baru-baru ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terpaksa cari duit bayar ganti rugi. Ia bukan ranti rugi, tetapi pampasan kepada petani-petani. Di Kelantan pun sama juga seperti Yang Berhormat Pasir Mas cakap tadi itu. Masalah air, kemarau. Saya pergi kemarau, kerajaan negeri tidak buat apa pun. Saya pergi perlu buat rubber dam belanja RM500,000 on the spot supaya menahan air supaya ada limpahan. Kemudian tidak cukup rubber dam, kita hendak buat satu lagi empangan, tetapi kerajaan negeri saya lihat tidak ada beri apa-apa pun sumbangan. Jadi ianya boleh berjaya...

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 2:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

...Kalau kita dapat kerjasama daripada kerajaan negeri tetapi seperti buah-buahan. Saya hendak tekankan di Perlis, Perlis ini terkenal dengan dua buah sahaja iaitu buah mangga harum manis. Di Melaka Kerajaan Negeri Melaka Barisan Nasional, dia buat air dari mangganya sendiri. Ini kerana pertanian ini asasnya ialah tanah. Tanah ini kepunyaan kerajaan negeri, seperti Selangor, Menteri Besar Selangor sudah keluar dah...

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Dia tidak kenal. Di Puchong, petani-petani dan penanam sayur, kerajaan negeri mahu ambil pula tanah itu. Dia mana ada orang hendak tanam sayur sedangkan statistik penanam sayur ini 60 peratus mereka ini setinggan, tidak ada tanah melainkan dapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri. Ya, Yang Berhormat.

Masa tidak ada.

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya, terima kasih. Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah pihak Kerajaan Pusat di bawah kementerian Yang Berhormat memandangkan kita sudah tahu. Contohnya masalah Kelantan, negeri saya banjir dan kadang-kadang memang menimbulkan masalah kepada penanam padi tidak jadi viable. Berapa banyak kita belanja, dan berapa banyak subsidi kita beri, akhirnya tidak menguntungkan.

Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang supaya diadakan satu kajian komprehensif pelan yang baru dalam bidang pertanian dengan menjemput pakar-pakar pertanian dari negeri Thailand, bawa mereka datang ke Kelantan atau kedah, melalui pengalaman mereka bagaimana mereka boleh membuat transformasi di Kelantan ataupun di Kedah di mana tanah-tanah terbiar, padi-padi yang memang sudah tidak menguntungkan diadakan tanaman alternatif. Ditukar strategilah. Bagaimana boleh dan mampu kita menuju ke arah itu. Apakah mungkin kalau saya kemukakan cadangan seumpama ini? Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, di Kedah kita telah pun dapat kerjasama kerajaan negeri. Mungkin Yang Berhormat Menteri ada maklumat ataupun tidak, wallahualam. Apa yang pastinya kita di Kedah telah pun menghimpun buah-buah rambutan, buah-buah kampung dan tinkannya, nama Kedah Best. Sama juga dengan mempelam, mempelam dia sebut manis, buah mempelam Sala dia panggil. Kita telah pun juskan mempelam, pasaran untuk negeri. Baru- baru ini pada Hari Penternak Nelayan Kuala Kedah, kita telah pamerkan kepada masyarakat. Jadi saya minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tahu ataupun tidak dan kalau sudah tahu mesti beri sokongan untuk memastikan produk tani dapat dimajukan. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Kerajaan Negeri Kedah yang cuba melibatkan diri dalam bidang pertanian. Akan tetapi, kita sudah hendak banding usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri dan yang dibuat oleh KADA sebagai contoh, saya ingat jauh lebih banyak KADA. KADA pun kita ada berbagai-bagai projek pertanian yang diuruskan oleh KADA mengenai daripada rangkaian nilainya iaitu daripada air mangganya sampai ia diproses dan sebagainya. Akan tetapi baguslah. Saya ucapkan tahniahlah. At least adalah juga nama air daripada Kedah, kalau tidak kita katakan tadi Yang Berhormat ada yang kata semuanya daripada Siam.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Jadi, bermakna kita memang galakkan supaya kita dapat mempromosikan sektor pertanian. Ini kerana bab pertanian ini, bab makanan ini tidak boleh dijadikan isu politik.

Kalau kita mengalami krisis makanan nanti bukan sahaja...[Ketawa] Orang PAS pun tidak makan sama. Tidak, ia betul, ya. Saya cakap benda yang betul, apa yang salahnya. Apa masalahnya? Salahkah saya cakap isu-isu makanan tidak boleh jadi isu politik. Oleh sebab itu... Ya lah!

final • 2:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Oh! Akan tetapi apa yang kita nampak yang hendak mempolitikkan adalah Yang Berhormat Menteri sendiri! Orang yang cakap tentang Barisan Nasional sudah buat ini, sudah buat itu dan Kerajaan Pusat sudah buat ini dan kerajaan negeri tidak buat ini. Itu menunjukkan bahawa Yang Berhormat Menteri sendiri yang hendak mempolitikkannya sedangkan kita bercakap tentang soal kerjasama...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya lah.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Untuk membangunkan...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

...Pertanian.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Baik. Yang Berhormat dari Selangor.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tidak perlulah mahu kutuk-kutuk atau perli-perli. Kita pun tidak mahu politikkan.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, saya ini tadi - Kalau Yang Berhormat dari Selangor, bukan? Sekarang tahniahlah jadi Timbalan Pengurus Pesuruhjaya PAS Selangor, sudah naik pangkat lagi. Begitulah kerajaan negeri.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Timbalan Pesuruhjaya.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bukan Timbalan Pengurus.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Hah! Okeylah.

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak mengapalah, sebab PAS ini pun dia sudah lupa jawatan. Jadi Yang Berhormat berkaitan dengan Selangor. Kita tidak politik. Menteri Besar sudah keluar. Kalau sudah tanah itu, saya sudah katakan tadi, tanah itu kerajaan negeri. Kalau telah dibuat oleh usahawan boleh tanam sayur di Puchong, biarlah dia buat tidak perlulah ambil. Hari itu, semasa Yang Berhormat Kepala Batas...

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Boleh.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

...Memperkenalkan TKPN.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Boleh saya respons?

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Dengarlah, dengarlah dahulu...

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tadi saya dengarlah ini.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kata orang Ketua Polis Negara...

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sebab dengarlah mahu respons.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat Kepala Batas masa jadi Timbalan Perdana Menteri perkenalkan Konsep TKPN. Kita buat dan buka ladang secara besar-besaran kerana kita lihat sekarang ini pertanian ini ia tidak ada seperti komuniti, ada ladang kelapa sawit dan ladang getah. Kita tidak ada, tidak ada orang kata tanam sayur sampai dua ribu ekarkah tiga ribu ekar.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Jadi kita perlukan konsep TKPN. Konsep TKPN ini ialah kerajaan negeri sediakan tanah, Kerajaan Federal menyediakan prasarana. Itu konsepnya. Akan tetapi kalau kerajaan negeri yang tuan punya tanah tidak beri kerjasama dengan kita, jadi bermakna bagaimana kita hendak membangunkan tanah kepunyaan kerajaan negeri?

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya fikir...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Mahu...

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Ini kerana saya tidak tentu sama ada diberi laluan ataupun tidak.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya hendak ucapkan terima kasihlah.

Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun agak orang yang lama dan cukup berpengalaman.

Tadi telah disebut masalah tanah ini urusan kerajaan negeri. UMNO tidak ada perwakilan dalam Dewan Undangan Negerikah sampai hendak dibawa isu ini dalam Parlimen?

Mengapa tidak wakil-wakil rakyat UMNO walaupun saya tahulah bahawa Yang Berhormat Menteri tidak berapa setujulah dengan mantan Menteri Besar dahulu. Akan tetapi bawalah dalam Dewan Undangan Negeri. Kenapa bawa dalam Parlimen? Kita mahu jawab di sini pun tidak ada guna kerana persoalan ini adalah kuasa kerajaan negeri.

final • 3:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak. Ini kerana Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor soal, kita berilah naik Presiden PAS. Nanti tidak adil pula.

final • 3:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang kerajaan negeri seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi kemungkinan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk mengetinkan rambutan dan sekarang ini sudah habis musim rambutan. Kita akan sudi dengan untuk membantu penanam-penanam nanas dan kemudian akan diikuti dengan ikan keli untuk ditinkan menjadi sardin keli untuk tujuan bukan sekadar dalam negara kita tetapi juga tujuan untuk eksport.

Akan tetapi isunya Yang Berhormat, ini isu pertanian secara keseluruhan. Di Kedah ini saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat, masalah Kedah dan di Perlis, isu sekarang ini benih padi tidak ada. Hal ini orang jadi kecoh sekarang. Orang mahu tabur benih dan sebagainya jadual akan ditentukan oleh MADA. Apabila berpindah jadual ini sudah tentunya masalah kita dengan masalah musim hujan, tenggelam dan akan mengalami masalah kerugian. Jadi saya pun tidak tahu. Ini saya sudah bercakap soal benih ini kerana diberikan kuota subsidi benih kepada syarikat-syarikat tertentu.

Akan tetapi hari ini ia telah jadi seperti... Saya difahamkan oleh petani sudah menjadi monopoli untuk beberapa syarikat sahaja sehingga syarikat-syarikat kecil ini makin mengecil kuota termasuk MADA sendiri makin mengecil. Di Kedah itu saya difahamkan bahawa yang paling besar ialah Seri Merbok. Saya tidak tahu siapa punya adakah kawan Yang Berhormat Menterikah wallahualamlah tetapi Seri Merbok. Jadi isu yang sekarang ini memang masalah benih padi. Jadi saya tidak mahu nanti kita bincang masalah buah- buahan sedangkan makanan ruji, makanan utama kita ialah beras atau nasi ini akhirnya kita berhadapan dengan...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, saya faham. Saya pun telah dapat.

final • 3:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi saya minta Yang Berhormat tolong atasi isu ini.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya pun telah faham Yang Berhormat. Respons daripada Yang Berhormatlah. Cerita benih padi sedikitlah. Saya hendak sentuh soalnya.

Memang kita dapat maklumat ini. Sebenarnya apa yang kita buat kali ini ikut saranan Yang Berhormat sebenarnya. Cuba lihat Hansard, Yang Berhormat cadangkan beri kepada KADA, MADA, beri kepada agensi-agensi kerajaan. Oleh itu kita beri perkara ini mengikut agensi-agensi kerajaan dan mengikut kapasiti agensi tersebut. Kalau KADA mampu proses lapan ribu, kita beri lapan ribu metrik tan.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kalau Yang Berhormat boleh bantu saya, Yang Berhormat pergi balik kawasan tanya daripada agensi mana yang tidak mampu untuk mengeluarkan benih ini? Adakah daripada agensi kerajaan ataupun syarikat? Untuk syarikat Yang Berhormat, hanya dua syarikat sahaja yang kita beri. Kalau hendak debat ini kita masa tidak ada. Oleh itu Yang Berhormat perlu bantu saya. Yang Berhormat pergi siasat mana agensi yang tidak mampu mengeluarkan benih padi. Kuotanya enam ribu sebagai contoh. Ia tidak mampu keluarkan enam ribu sebab ia punya kilang kapasiti tidak boleh sub dan sebagainya.

Jadi ini memang dalam perhatian kita dan syarikat Yang Berhormat cakapkan tadi itu pun kuota dia pun telah habis. Apabila kuota sudah habis dia sudah tidak boleh jual. Jadi kita minta, saya cakap kalau ada cukup kuota jualkan juga kepada petani-petani. Ini kerana apabila kita beri kuota, syarikat-syarikat ini dia telah ada kuota masing-masing. Apabila kuota dia habis dia tidak boleh hendak proses. Kalau dia proses dia sudah tidak dapat lagi bantuan insentifnya dari pihak kerajaan. Jadi kalau Yang Berhormat boleh tolong saya cuba check...

final • 3:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Maaflah, saya tidak mahu panjang lagi.

final • 3:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya boleh tolong Yang Berhormat, saya boleh bantu Yang Berhormat dan kementerian. Akan tetapi saya rasa maknanya, kementerian harus melakukan satu siasatan yang menyeluruh kenapa boleh jadi begini sebab misal katakan tadi bahawa walaupun diberikan kepada agensi-agensi tiba-tiba masalah benih ini timbul semula. Saya difahamkan bahawa beberapa rakan-rakan dalam Pertubuhan Peladang mengatakan bahawa ada merupakan kilang-kilang yang mendapat kuota ini mereka tidak proses untuk diberikan benih tetapi mereka proses untuk proses buat beras kemudiannya mereka claimed subsidi...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, saya telah katakan tadi...

final • 3:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Perlu pada satu siasatan.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Oleh sebab itu syarikat kita beri hanya dua syarikat iaitu satu Seri Merbok dan... Lain semua agensi bukan kerajaan. Jadi Yang Berhormat perlu balik dan lihatlah mana satu yang tidak cukup kuota. Kita beri KADA.

KADA kita beri enam ribu. Cuba lihat dan check dengan KADA berapa ribu telah dikeluarkan? Adakah sampai kuota enam ribu? Jadi kuota ini cuma 80,000 kita edarkan kepada tujuh ke lapan agensi dan dua syarikat. Jadi inilah, badan inilah yang mesti mengeluarkan kuota dan sekarang ini apabila kita check di kementerian syarikat inilah.

Katalah KADA ataupun MADA dapat. Dia akan jual dan dia claim. Daripada claim itu kita tahu bahawa agensi itu dia claim sampai atau tidak kuotanya. Katalah kuota dia enam ribu, apabila dia hantar claim empat ribu. Ini bermakna dua ribu yang dia tidak keluarkan.

Apabila dua ribu tidak dikeluarkan, ini yang menyebabkan petani-petani tidak cukup benih. Jadi ada syarikat seperti Seri Merbok, kuotanya sudah sampai dan petani pula dia pilih. Mana satu syarikat yang mengeluarkan kualiti yang lebih elok walaupun padi sah itu kita yang tentukan. Akan tetapi ini manusia yang buat. Kadang-kadang ada syarikat kualiti dia cukup baik kalau dibandingkan dengan agensi sebab agensi Yang Berhormat perlu ingat, apabila agensi ini dapat ada yang saya difahamkan, mereka ini sub, bukan dibuat sendiri.

Penimbang dia tidak cukup dan dia beri-beri orang lain pula. Jadi ini masalah- masalah pentadbiran tetapi memang bagi saya kita memang beri perhatian yang lebih kepada isu padi dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat, pucuk pangkalnya ialah padi ini, seperti Yang Berhormat dari Pertanian Kuala Kedah kata pertanian ialah masa. Masa perlu cukup. Cukup masa, baja perlu beri. Oleh sebab itu kita telah buat pengumuman.

Mana-mana petani yang dapat baja yang terlewat, petani jangan ambil baja. Petani perlu pulangkan semula baja... [Gangguan sistem pembesar suara] Padi ini Yang Berhormat saya lahir dalam sawah padi sampai sekarang Yang Berhormat. Akhir sekali saya hendak respons daripada... [Gangguan sistem pembesar suara]

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat tidak faham, saya ambil... Terima kasih Yang Berhormat...

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

final • 3:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 4 - Tuan Pengerusi

Silakan.

final • 3:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan dengan seksyen fasal 3 iaitu pindaan akta ibu yang berkenaan dengan seksyen 17 yang memasukkan elemen enforcement at the entry points. Saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian terutama Yang Berhormat Menteri berdasarkan pada pengalaman sektor yang mengenakan atau yang menjalankan enforcement seperti pada tahun lalu, agensi yang menjalankan penguatkuasaan ini sering kali berlaku perkara atau insiden-insiden yang orang kata agak menggemparkan negara juga.

Kita lihat pihak kastam sendiri pun ada terlibat dalam masalah-masalah yang bersangkut-paut dengan enforcement dan kuarantin untuk enforcement ini..., enforcement pada kuarantin ini sudah tentu memerlukan kementerian Yang Berhormat Menteri ini lebih teliti apakala kita ini bercerita tentang bahan makanan, pertanian yang bukan sahaja kalau tidak lengkap atau kalau tidak effective enforcement ini bukan sahaja... [Gangguan sistem pembesar suara]... Penyakit dan sebagainya, ada kesan yang berganda.

Saya hendak bertanya ada atau tidak persiapan yang dibuat untuk menumpukan pada bidang enforcement dalam kuarantin ini kerana pihak kastam sendiri juga terlibat dalam penguatkuasaan memberi reaksi mengatakan mereka hanya bertindak berdasarkan pada random. Sifat random ini menyebabkan banyak perkara yang terlepas pandang dan mereka mengakui ini adalah salah satu kelemahan. Adakah kementerian Yang Berhormat Menteri juga berfikir yang aspek enforcement yang berbentuk random juga akan dilaksana atau terpaksa dilaksanakan setelah seksyen 17 ini kita adakan tambahan, memasukkan perkara-perkara baru. Adakah mengambil kira juga untuk elemen random dalam pemeriksaan ini yang menyebabkan masalah pada yang berbentuk berganda tadi. Terima kasih.

final • 3:11 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya hendak menyatakan tadi bahawa...

final • 3:11 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 3:11 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat Indera Mahkota. Minta maaf.

Buat masa ini memang kita pakai random. Saya sudah mengatakan tadi bahawa kalau sayur ini kalau sebuah trak ada masuk, ia ‘main’ random lah. Dia ambil dan kita semak.

Jadi, begitu juga dengan ikan.

final • 3:11 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kalau ia datang sampai sebuah trak pun, kita pakai random tetapi yang ikan ini kita recognize satu peti biru ini. Kita sudah kenal peti berilustrasi ini, yang ada cip. Itu kita tidak perlu punggah ikan. Kita pasang alat sahaja, kita boleh lihat apa jenis ikan dan sebagainya.

Akan tetapi, sayur ini saya difahamkan masih lagi pakai random. Ini kemungkinan telah sampai masa untuk dilihat daripada segi mesin.

Daging lembu, baru-baru ini kerajaan telah meluluskan RM10 juta untuk mengguna pakai satu sistem yang mana hendak menentukan kehalalan daging lembu tersebut. Ini mungkin kita akan buat peringkat demi peringkat dan saya bersetujulah bahawa dalam zaman IT ini, bermakna kita mencari satu sistem yang tidak menyusahkan rakyat tetapi boleh memberikan kesan yang baik kepada kita. Saya juga telah menyatakan tadi kerajaan memang amat sedar. Kalau kita terlepas seekor lembu ataupun seekor ikan ataupun sayur ini yang beracun, ia bukan sahaja akan membebankan rakyat tetapi juga kerajaan akan mengalami kerugian, kita perlu membayar pampasan dan sebagainya. Terima kasih.

Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 3:11 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERIKANAN (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perikanan 1985.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia telah pun diwartakan pada 18 Ogos 2011. Lanjutan daripada itu, pindaan berbangkit terhadap Akta Perikanan 1985 perlu dibuat bagi maksud mengelakkan pertindihan kuasa daripada segi kuarantin pemeriksaan dan penguatkuasaan serta ‘pemerakuan’ bagi import dan eksport bagi ikan hidup untuk membolehkan MAQIS berfungsi dengan kemas, teratur dan selaras dengan undang-undang. Rang undang- undang ini bertujuan meminda Akta Perikanan 1985, mempunyai tiga fasal. Peruntukan terperinci rang undang-undang ini adalah seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 40 dengan memasukkan subseksyen baru iaitu subseksyen (3) hingga (7). Subseksyen-subseksyen ini memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah MAQIS untuk mengeluarkan permit import dan eksport ikan hidup mengikut Akta MAQIS 2011. Adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport mana-mana ikan hidup tanpa permit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah MAQIS. Subseksyen ini juga bagi memperuntukkan kuasa bahawa permohonan permit import dan eksport mana-mana ikan hidup menurut Akta MAQIS 2011.

Sebagai tambahan, penguatkuasaan berkaitan dengan ikan hidup akan dijalankan oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah Akta MAQIS 2011. Walau bagaimanapun, kuasa penguatkuasaan ini adalah terhad pada pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin sahaja dan dijalankan menurut Akta MAQIS 2011.

final • 3:17 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong

Fasal 3 mengadakan peruntukan kecualian.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mempunyai keyakinan penuh dan melakukan pindaan terhadap Akta Perikanan 1985 akan membolehkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia sebagai satu badan tunggal yang bertanggungjawab di pintu masuk negara menjalankan tugas pemeriksaan kuarantin dan penguatkuasaan terhadap import atau eksport tumbuhan, binatang, ikan, kokus keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang akan dilaksanakan dengan lebih bersepadu, tepat, cekap dan berkualiti.

final • 3:17 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong

Dengan ini sudah tentu dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan negara daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar – contaminant, dengan izin, yang boleh menjejaskan industri pertanian dan keselamatan serta kesihatan tumbuh-tumbuhan, binatang, ikan dan manusia, dan juga dapat meningkatkan pengeksportan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, dan keluaran pertanian kerana negara mematuhi kehendak- kehendak negara pengimport.

Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan juga kerjasama daripada semua pihak termasuklah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perikanan 1985 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Ya, sila Yang Berhormat Beruas.

final • 3:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan suatu akta untuk meminda Akta Perikanan 1985 iaitu Rang Undang- undang D.R. 23/2011. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu apabila disebut sahaja Akta Perikanan 1985, nelayan-nelayan termasuk saya sebagai seorang peguam, kita menggeletar. Ini kerana di bawah akta ini memang memperuntukkan hukuman-hukuman yang amat berat dan juga sebelum dihukum pun sudah dihukum di bawah banyak seksyen terhadap nelayan-nelayan.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengatakan kenapa akta perikanan ini harus dipinda untuk lebih adil kepada nelayan-nelayan. Pindaan yang hendak dicadangkan di bawah..., untuk meminda Akta Perikanan 1985 ini untuk membolehkan mereka yang mengimport atau mengeksport ikan-ikan hidup mendapat lesen di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 atau MAQIS.

Tuan Yang di-Pertua, kalau rang undang-undang ini dipinda, ada satu keadaan akan berlaku di mana ada pengimport-pengimport atau pengeksport-pengeksport ikan hidup pun juga akan mengeksport atau import ikan yang sudah mati. Seperti ikan-ikan yang nilai harganya tinggi seperti ikan ‘empurau’ di mana kalau boleh mereka hendak eksportkan ikan ini keluar negara. Difahamkan kalau di negara China, empurau boleh mendapat harga RM1,000 sekilo. Akan tetapi, susah untuk kita mengeksport ikan hidup kerana perlu membuat persiapan yang memakan ataupun memerlukan persiapan-persiapan yang lebih dan juga equipments untuk memastikan ikan-ikan itu tidak mati.

Akan tetapi, sementara pengeksport-pengeksport ikan yang harga nilai tinggi ini, mereka terpaksa juga mengeksport ikan di mana ia sudah mati dan disimpan dalam beku ais ataupun now got bukan ais sistem lain di mana kesegaran ikan itu dapat, dengan izin, dikekalkan. Jadi, dalam keadaan sedemikian, adakah pengeksport ikan ini perlu mendapat dua lesen. Satu daripada pengarah, director general di bawah akta perikanan ini. Satu lagi di bawah Akta MAQIS 2011.

final • 3:21 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Dalam keadaan sedemikian, kalau sesuatu kesalahan dilakukan, adakah kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 terpakai ataupun di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Ini kerana di bawah Akta Perikanan 1985, ia amat menakutkan kerana sebelum seseorang itu didakwa, dia pun sudah dihukum kerana kalau mana-mana ikan di bawah seksyen 48, mana-mana ikan ataupun barang-barang yang, dengan izin, perishable, yang akan rosak dengan cepat boleh dijualkan dengan mengikut budi bicara director general perikanan. Kita tidak tahu dalam pengalaman biasa, ikan nelayan-nelayan yang disita sebelum ianya dibawa ke mahkamah akan dijual dengan harga amat rendah. Ini kerana ia perlu dilelongkan dengan serta merta.

Di bawah seksyen 49, sungguhpun nelayan hanya disyaki melakukan sesuatu kesalahan semua vessel ataupun bot-bot atau kapal-kapal dan peralatan nelayan boleh disita dan hanya boleh..., sementara boleh diberikan balik untuk simpanan nelayan-nelayan.

Buat sementara waktu, nelayan-nelayan terpaksa mengeluarkan jaminan yang tidak kurang nilainya daripada bot-bot, kapal-kapal atau peralatan perikanan tersebut yang biasanya boleh memakan ataupun memerlukan nilai beratus-ratusan ribu dan ada kalanya sampai melebihi RM1 juta.

Jikalau mereka didapati bersalah, nelayan-nelayan atau pengeksport ikan ini akan dikenakan juga kos menahan ataupun simpanan barangan tersebut yang kadang-kadang kerana kes mahkamah berlanjutan sampai bertahun-tahun. Jumlah harga simpanan barangan tersebut boleh mencecah ratusan ribu. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya meminta kerajaan supaya nombor satu, berlaku adil kepada nelayan di negara kita ini agar mereka dilayan dengan sama rata, dengan cara dengan penjenayah-penjenayah yang lain. Penjenayah-penjenayah di Malaysia hanya dihukum selepas mereka didapati bersalah di mahkamah.

Akan tetapi di Malaysia, kalau nelayan disyaki bersalah, mereka terpaksa menanggung tindakan yang boleh dikatakan sungguhpun dikatakan satu tindakan terhadap mereka, ia sudah menjadi satu hukuman. Ini kerana ikan-ikan yang mereka tangkap itu dijual dengan secara lelong yang murah dan mereka tidak dapat menggunakan vessel ataupun kapal mereka kerana sudah disita. Mereka diperlukan mengeluarkan wang yang banyak untuk sementara menjamin balik bukan seperti kes-kes yang lain di mana jaminan diberikan kepada mahkamah untuk memastikan kehadiran mereka sahaja di mahkamah, bukan nilai barangan yang berkenaan.

Orang penjenayah-penjenayah yang di tahan di penjara mereka tidak perlu membayar kerajaan untuk sewa penjara ataupun makanan yang mereka makan untuk tempoh mereka dalam penjara. Dari segi ini haraplah kerajaan berlaku adil kepada semua rakyat dan saya ingin menyatakan bahawa pada masa sekarang ini banyak akta perikanan ini sungguhpun ia satu akta undang-undang tetapi langsung tidak dipakai secara undang- undang. Ini kerana nelayan takut pergi ke mahkamah. Mereka, dengan izin, live at the mercy of the fishery officer. Jadi, mereka hidup di bawah budi bicara kuasa pegawai- pegawai perikanan ini.

Ini kerana undang-undang terlalu tidak adil. Mereka biasanya berbincang untuk selesai. Banyak kes yang mana cara kompaun iaitu telah dibenarkan di bawah undang- undang di mana mereka diminta membayar denda. Akan tetapi, daripada complain ataupun aduan yang telah saya terima, lebih banyak kes diselesaikan dengan memberi rasuah kerana itu cara terbaik.

final • 3:21 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Oleh kerana kalau tidak rasuah, tidak selesai dengan segera mereka akan dihukum seperti yang telah diperuntukkan di bawah seksyen 48, 49, 50 dan 51. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya memohon agar.., dan memang Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia ini lebih adil daripada Akta Perikanan kerana ia hanya menyatakan bahawa jumlah hukuman tidak sampai RM100,000 atau penjara tidak sampai enam tahun dan tidak ada kita kata seperti yang diperuntukkan di bawah perikanan penyitaan ataupun compulsory forfeiture, hakim-hakim tidak ada budi bicara.

final • 3:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya mohon supaya budi bicara diberikan kepada pihak mahkamah untuk menilai sesuatu kes dan saya berharap Menteri dapat memberi penjelasan kalau berlaku apa-apa kesalahan di bawah pindaan yang hendak kita bawa hari ini. Manakah undang-undang yang akan terpakai supaya kepastian undang-undang dan kedaulatan undang-undang ini dapat kita tegakkan di Malaysia yang tercinta ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 3:30 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam membahaskan Rang Undang-undang Perikanan ini saya hanya ada beberapa isu sahaja yang ingin mendapat jawapan dari pihak kementerian. Pertamanya dari segi isu bio sekuriti ini di mana kita sedia maklum bahawa walaupun kita mempunyai pusat-pusat kuarantin atau beberapa premis yang disediakan dan memang kerajaan sedang dalam proses untuk upgrade, dengan izin, beberapa pusat kuarantin ini. Isu yang selalu kita pertikaikan dalam apa juga industri dan yang melibatkan perikanan ini khususnya dalam isu eksport dan import ikan ini saya rasa isu keselamatan adalah menjadi isu yang sering kali menjadi isu yang berlegar dalam negara kita.

Penggunaan bahan formalin ataupun bahan awet yang sememangnya wujud terutama dalam ikan-ikan yang diimport daripada negara jiran adalah merupakan isu yang tidak selesai. Ini adalah isu yang berpanjangan yang tidak ada jaminan sebenarnya ikan- ikan yang di pasarkan dalam negara kita yang melibatkan ikan-ikan yang diimport ini adakah benar-benar bebas daripada bahan awet ini. Oleh itu saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian adakah kita memiliki bilangan penguat kuasa yang mencukupi, kepakaran yang mencukupi di premis-premis kuarantin ini supaya isu yang melibatkan ikan yang memiliki bahan awek ini tidak menjadi isu dan tidak lagi menjadi perkara yang rakyat khuatir setiap kali mereka membeli. Kadang-kadang di tempat-tempat yang tertentu memang rakyat tidak mempunyai banyak pilihan, kawasan-kawasan pedalaman yang jauh daripada pusat-pusat ataupun kampung-kampung nelayan sudah pasti sukar mendapat ikan-ikan tempatan yang segar yang bebas daripada bahan awek ini.

Kedua saya juga ingin mendapat penjelasan tentang istilah carcass atau bangkai yang sama ada dibawa keluar daripada negara ini ataupun dibawa masuk ke dalam negara ini mungkin atas isu pendidikan, perubatan dan seumpamanya. Jadi saya ingin mendapat maklum daripada pihak kementerian apakah jenis-jenis carcass atau jenis-jenis bangkai yang sering kali dibawa masuk ke dalam negara kita ataupun daripada negara kita dibawa keluar dan adakah ada statistik yang jelas daripada pusat kuarantin kita yang boleh memberikan jawapan pada hari ini. Apakah jenis-jenis bangkai yang mungkin yang menjadi favorite mana-mana agen yang akan menjadikan sama ada haiwan dalam negara kita ini haiwan buruan yang semakin pupus disebabkan oleh hasil yang lumayan daripada industri ini ataupun perniagaan ini.

Sebagaimana kita lihat tenggiling ataupun binatang-binatang kawalan yang semakin popular, kadang-kadang bukan sekadar dieksport untuk jadi hiasan tetapi menjadi industri makanan dan ia semakin popular. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan atas isu-isu yang melibatkan carcass ini yang memang jarang-jarang kali kedengaran tetapi ada dalam akta ini yang juga menjadi perhatian pihak kementerian agar dikawal jenis-jenis bangkai ini. Saya ingin mendapat kepastian apakah jenis-jenis bangkai itu yang saya juga khuatir ada di kalangan spesis binatang dalam negara kita ini memang menjadi buruan dan mendatangkan hasil yang lumayan sekiranya ia dijual. Kalau tanpa pengawalan yang rapi, yang sistematik dari pihak yang berwajib pusat kuarantin ini sudah pasti ianya juga menjadi satu isu.

Demikian juga kalau kita melihat isu sayur-sayur sama ada juga yang diimport daripada luar negara ini bebas daripada bahan-bahan yang berbahaya ini. Saya juga ingin mendapat kepastian kalau boleh dalam statistik dalam masa dua tahun terakhir ini, adakah berlakunya penahanan yang serius terhadap sayur-sayuran yang kadang-kadang bahan kimianya atau racun berjadualnya melebihi indeks yang dibenarkan, jadi ini juga saya rasa satu isu yang melibatkan keselamatan makanan dalam negara kita.

final • 3:31 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai bersetuju dengan sahabat saya daripada Beruas, sering kali memang denda ataupun fine dengan izin yang dikenakan ke atas nelayan yang terlibat dengan isu bila mereka sudah kena tangkap ini memang satu denda yang – mereka ini kalau kena denda ini hampir bankrap dan boleh jadi bankrap kerana nilai hukuman itu adalah amat tidak munasabah.

Jadi saya juga bersetuju tadi sekiranya pihak kementerian juga dapat melihat tentang isu ini dan maklumlah yang kadang-kadang yang paling ramai yang terkena denda ataupun hukuman-hukuman ini ialah nelayan-nelayan pantai yang mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi bila dikenakan ataupun ditangkap ataupun dikenakan hukuman mereka memang tidak mampu untuk memberikan bayaran ataupun melunaskan bayaran yang dikenakan kepada mereka. Jadi itulah dua tiga isu Tuan Yang di- Pertua, sebagai saya berkongsi sedikit dalam membicarakan tentang pindaan akta ini.

Terima kasih.

final • 3:31 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 3:31 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Di peringkat dasar ini saya ingin memaklumkan bahawa kita menjangkakan ekonomi tahun hadapan agak tidak menentu jadi saya rasa adalah wajar untuk Menteri Pertanian memberikan penekanan terhadap mereka-mereka yang mencari sumber ekonomi daripada laut. Secara amnya Yang Berhormat Menteri, rungutan yang kita terima daripada contohnya di Balik Pulau daripada Teluk Bahang sampai ke Gertak Sanggul dan Batu Maung dan sebagainya ialah rata-rata hasil tangkapan makin kurang dan yang lebih parah lagi apabila kemasukan pukat-pukat tunda yang rata-rata apabila aduan dibuat dari segi penguatkuasaan amat lemah sekali. Sehingga ingin saya katakan di sini kepada Menteri Pertanian secara dengan penuh yakin ini nelayan di Balik Pulau, kalau mana-mana ahli politik boleh selesaikan masalah pukat tunda ini ada peluanglah dapat undi banyak di kalangan nelayan.

final • 3:58 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Jadi saya bercakap terus-terang kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kalau mungkin hendak dapat undi banyak kaum nelayan di Balik Pulau, tolong selesaikan. Saya rasa mereka mengatakan bahawa isu pukat tunda ini sudah lama sangat. Sudah hampir dekat 20 tahun. Buat aduan macam mana pun, penguatkuasaan macam mana pun bagi mereka seolah-olah mereka pasrah. Jadi saya bagi peluang politik kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, mana tahu ada peluang menang di Balik Pulau?

Pertama, saya mengatakan isu pertama iaitu eksport makanan makin menurun.

Pada tahun 2009, secara keseluruhan eksport bahan makanan bagi tahun 2009 menunjukkan penurunan sebanyak 11.54 peratus daripada tahun 2008. Peratus perubahan yang paling tinggi adalah daripada kumpulan daging dan sediaan daging sebanyak 14.06 peratus, dan gula sediaan gula dan madu sebanyak 13.57 peratus. Manakala bahan makanan untuk ternakan mengalami penurunan nilai eksport paling tinggi iaitu sebanyak 41.75 peratus bagi tempoh tersebut. Selain itu jumlah eksport bagi sayur-sayuran menurun sebanyak 4.72 peratus bagi tahun 2009 kepada 633.6 juta berbanding 665 juta pada tahun 2008. Persoalannya Yang Berhormat Menteri, mohon penjelasan di peringkat dasar ini ialah, apakah sebab kemerosotan eksport makanan menjadi begitu drastik iaitu 11.54 peratus kurang lebih pada tahun 2009 dan adakah ia disebabkan oleh prosedur pengeksportan yang leceh dan birokrasi sebelum itu ataupun sebab-sebab yang lain?

Seterusnya Yang Berhormat Menteri, mohon penjelasan peringkat dasar ialah berkaitan dengan sistem ICT FAMA. FAMA menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta antaranya dengan Multimedia Development Corporation (MDEC), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membangunkan beberapa sistem aplikasi seperti e-pasartani@FAMA, e-ladangkontrak@FAMA, e-gbbs@FAMA, e-pusatoperasi@FAMA dan seterusnya e- GeoMISFarmer@FAMA. Semua sistem ini berperanan untuk menyimpan dan memproses profil peserta misalnya sistem e-pasartani@FAMA.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sehingga kini seramai 14,250 orang peserta pasar tani telah mendaftar melalui sistem ini. Antara maklumat yang boleh dicapai adalah maklumat profil peserta, lokasi pasar tani dan komoditi jualan serta maklumat jualan tahunan. Persoalannya Yang Berhormat Menteri ialah apakah jumlah kos pembangunan serta tahap penggunaan sistem aplikasi di atas? Adakah penggunaan aplikasi tersebut mampu dan telah meningkatkan penjualan hasil barangan petani tersebut? Yang Berhormat Menteri kerana perkara-perkara yang diperkenalkan itu amat canggih sifatnya, persoalannya adakah isu pokok mengenai penambahbaikan sektor pertanian ini berlaku?

Seterusnya Yang Berhormat Menteri mohon penjelasan juga mengenai isu Terminal Makanan Negara (TEMAN). Terminal Makanan Negara (TEMAN) merupakan pembangunan prasarana pasaran moden yang menghubungkan rangkaian pengeluar dan pembekal kepada pengguna. TEMAN berperanan sebagai pusat pemborong hasil-hasil pertanian dan industri asas tani secara cekap dan berkesan. Ia juga berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat penentu kecekapan dan kesilapan makanan serta agro pelancongan. Pada masa yang sama MOA melalui FAMA menyasarkan sekurang- kurangnya 30 peratus penyertaan usahawan dan pemborong bumiputera dalam sistem pemborongan dan pengedaran makanan di TEMAN.

Bagi memastikan penyertaan pemborong bumiputera di TEMAN, FAMA menawarkan ruang niaga kepada pemborong-pemborong bumiputera sedia ada. Peserta- peserta pasar tani yang berpotensi, Persatuan-persatuan Pengeluar Bumiputera, Usahawan Dewan Perniagaan Melayu, Pertubuhan Peladang Kawasan, Pertubuhan Peladang Negeri, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), syarikat-syarikat berkaitan kerajaan lain. Persoalannya Yang Berhormat Menteri ingin saya mohon penjelasan peringkat dasar ini ialah apakah kadar penyertaan bumiputera setakat ini? Apakah purata peningkatan pendapatan petani-petani yang menyertai program TEMAN ini?

final • 3:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Boleh beri laluan berkenaan dengan TEMAN?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Balik Pulau.

Berkenaan dengan TEMAN ini sebenarnya memang ada terminal agro business di kawasan Gopeng dengan pelaburan sebanyak RM120 juta di atas tanah lebih kurang 25 hektar kalau tidak silap saya. Saya pernah melawat kawasan tersebut dua kali dan tengok nampak kosong sahaja, hampir 70 peratus daripada gerai-gerai di situ tertinggal kosong dan tidak sewa, yang ada buat business di situ pun tidak dapat buat business yang munasabah dan kebanyakan pengusaha-pengusaha di situ mengalami kerugian.

Akhir-akhir ini saya dengar kebetulan FAMA telah buat keputusan untuk memberikan tapak tersebut kepada Mydin untuk dijadikan sebuah hypermarket. Jadi ini jelas menunjukkan bahawa projek TEMAN tersebut di kawasan Gopeng telah gagal. Saya harap respons daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya, terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Sebenarnya isu persoalan TEMAN ini banyak kerana projeknya ada juga TEMAN Kelantan, TEMAN Perak dan macam-macam. Akan tetapi persoalannya di sini ialah Yang Berhormat Menteri mohon penjelasan, apakah pencapaian kedua-dua TEMAN pada tahun 2010? Adakah kesemua sasaran tersebut iaitu persiapan fizikal, tarikh beroperasi, jumlah pemborong dan turn-over nya tercapai? Ini kerana jumlah yang terlibat di dalam inisiatif ini amat besar.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri di peringkat dasar ini saya mohon penjelasan iaitu berkaitan dengan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) TEMAN. Persoalannya di sini adakah projek tersebut melalui tender terbuka? Berapakah peratusan pelaburan tersebut datang daripada pihak swasta dan syarikat apakah yang terlibat?

Selanjutnya Yang Berhormat Menteri isu yang saya rasa penting dijelaskan di Dewan yang mulia ini ialah di peringkat dasar ini sebelum akta pindaan ini dibincangkan iaitu berkaitan dengan FAMA Corporation Sendirian Berhad. FAMA Corporation Sendirian Berhad merupakan anak syarikat milik penuh FAMA ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sebagainya itu, aktiviti-aktivitinya seperti yang kita semua maklum.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 yang telah diaudit oleh juruaudit Kamil Ibrahim & Co., betulkan fakta ini kalau salah ya. Kumpulan FAMA Co. telah mencapai perolehan berjumlah RM12.158 juta berbanding dengan tahun 2008 iaitu RM12.117 juta.

Persoalannya mengapakah prestasi kewangan FAMA Co. tidak menunjukkan peningkatan ketara berbanding dengan tahun 2008? Memandangkan kerajaan baru melaksanakan strategik reform initiative. Sebenarnya reform ini juga ada dalam di peringkat FAMA ini SRI ini yang antaranya untuk mengurangkan peranan dan intervensi kerajaan dalam sektor perniagaan. Adakah kerajaan bercadang juga untuk merombak FAMA Co.

supaya tidak bersaing dengan pengusaha-pengusaha swasta?

Jadi di peringkat ini itu sahaja persoalan daripada Balik Pulau dan cumanya di peringkat mukadimah tadi saya lagi sekali dengan tegas memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri meyakinkan kenapa isu pukat tunda ini terutama melibatkan nelayan- nelayan kecil tidak dapat diselesaikan? Saya kebetulan berdialog dengan persatuan nelayan, apek-apek di Balik Pulau itu mengatakan bahawa Yang Berhormat kenapa isu ini setiap kali dibangkitkan tidak dapat diselesaikan dan kami kalau menggunakan ruang secara sendiri maksudnya cuba menangkap, cuba membuat laporan sendiri tetapi sebaliknya perkara tersebut menjadi isu yang lebih kritikal kadang-kadang melibatkan isu jenayah, pergaduhan dan sebagainya.

Saya sendiri pernah mengendalikan kes begitu contohnya untuk rujukan di kawasan Pulau Betong, nelayan di Pulau Betong ada kes bergaduh apabila mereka sendiri menangkap sehinggakan mereka mengatakan kalau kerajaan tidak mampu bagilah kami jadi RELA laut. Kami sendiri tangkap. Akan tetapi adakah itu jalan keluarnya kerana ia melibatkan soal keselamatan. Jadi saya rasa mohon satu komitmen yang kuat daripada Yang Berhormat Menteri, kerana di kala ekonomi yang tidak menentu kadang-kadang laut menjadi ruang kepada mereka yang kurang berkemampuan kerana di situ sekurang- kurangnya ada rezeki. Akan tetapi aduannya hari ini, hasil tangkapan pun amat kurang. Jadi mohon Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan perkara tersebut.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kota Belud. Selepas Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kuala Kedah selepas itu Yang Berhormat Indera Mahkota.

Okey, Yang Berhormat Bandar Kuching. Jikalau tidak ada lagi minat Yang Berhormat Menteri bersedia untuk menjawab. Sila.

final • 3:40 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hanya pendek sahaja. Saya menghargai hasrat kementerian untuk meminda Akta Perikanan 1985 ini untuk memperkemaskan lagi akta ini dan juga melengkapkannya dengan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Akan tetapi di dalam usaha kerajaan atau kementerian untuk memberi kehidupan yang baik kepada para nelayan ini, kita masih juga berdepan dengan beberapa masalah di..., saya simpati dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau, memang masalah nelayan ini satu masalah yang perlu ditangani bersama. Di Kota Belud Tuan Yang di-Pertua, kita telah dijanjikan banyak kali kampung nelayan tersusun dan kampung nelayan tersusun ini diumumkan oleh kementerian beberapa kali tetapi masalahnya sekarang ialah kita masih lagi melihat pengumuman-pengumuman dibuat kononnya perkampungan nelayan ini akan dibuat di satu kampung, kemudian selang beberapa bulan diubah ke kampung yang lain dan kali ini satu kampung lagi pula yang disebut.

Saya mempunyai masalah, walaupun mungkin kementerian serius tetapi kalau pengumuman itu dibuat beberapa kali, saya tidak tahu masalahnya apa. Akan tetapi kita berdepan dengan harapan yang meninggi daripada kampung-kampung yang telah disebut tersebut.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Jadi kalau pengumuman itu dibuat, dan satu kampung sahaja yang mendapat kampung nelayan tersusun dengan rumah yang tersusun ini, maka kampung-kampung yang telah disebut sebelum itu akan kecewa dan akan menjadi satu masalah bagi pihak kerajaan.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Kota Belud, sikit Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Kebetulan Yang Berhormat Kota Belud, saya rasa menarik juga saya mengambil perhatian Yang Berhormat Menteri dalam isu ini. Oleh kerana saya sendiri setakat ini Yang Berhormat Kota Belud, contohnya di Balik Pulau itu di kuala-kuala, di situlah kampung nelayan dan rata-ratanya ialah kelompok masyarakat Tionghoa.

Mereka hari ini berdepan dengan dua isu utama iaitu isu pertamanya ialah isu kampung tradisi iaitu boleh dikatakan kampung nelayan ini mengalami kemungkinan akan hilang disebabkan hambatan ekonomi dan pembangunan. Saya sendiri sekarang ini mewakili lebih 31 penduduk kampung nelayan yang mana akan ditolak disebabkan oleh satu projek perumahan kerana ada seorang yang tidak bertanggungjawab menukar status tanah tersebut daripada tanah pertanian kepada tanah yang boleh dibangunkan iaitu Ahli Parlimen dulu atau Ahli Yang Berhormat dulu. Saya tidak hendak sebut nama dia. Bukan itu medannya.

Keduanya saya mohon pandangan Yang Berhormat Kota Belud ialah di kampung- kampung nelayan ini adalah masalah-masalah generation gap, masalah generasi, kerana di Balik Pulau, sekurang-kurangnya di kampung-kampung nelayan ini, sudah kurang masyarakat orang muda Tionghoa yang tinggal di kampung. Mereka semua telah bekerja di Jepun, di England dan sebagainya kerana dengan alasan tidak ada sumber ekonomi untuk mereka bekerja.

Jadi isu ini saya rasa ada isu bersifat kebudayaan dan bagi saya yang lebih penting ialah isu kita mahu masyarakat yang lestari dan saya rasa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud itu mengenai kampung tersusun dan sebagainya akan menyumbang ke arah memastikan pembangunan sustainable di kawasan-kawasan nelayan. Mohon penjelasan sedikit.

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau. Usaha untuk membantu golongan nelayan ini tidak mengira bangsa. Ianya mesti dibantu tanpa mengira latar belakang politik mereka sekalipun.

Mengenai generation gap tadi itu, saya setuju. Oleh sebab itu di Kota Belud Yang Berhormat, disebut juga tentang digalakkan nelayan-nelayan di Kota Belud ini untuk menubuhkan koperasi ataupun kumpulan walaupun mereka terdiri daripada generasi yang mungkin sudah berumur sedikit, tetapi untuk memberi satu kekuatan kepada mereka, mereka dibuat satu kumpulan nelayan supaya mereka boleh diberi bot tunda, pukat tunda dan kepentingan-kepentingan mereka supaya keseluruhannya dapat menerimanya.

Akan tetapi dalam masa kerajaan menyumbang begitu pun, satu masalah lagi timbul. Saya ingin maklumkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa di kampung, saya lupa, di Kampung Pituru Laut ya, di situ telah diberikan lima buah kapal tunda kepada golongan nelayan di kampung tersebut, tetapi malangnya, bot-bot tunda ini tidak boleh dipakai dari hari pertama ianya diserahkan kepada kumpulan nelayan tersebut. Enjinnya bermasalah, GPS nya tidak berfungsi. Sampai sekarang mereka masih lagi tidak dapat menggunakan bot-bot tersebut walaupun bot itu sudah empat tahun diserahkan kepada mereka. Apa masalahnya? Masalahnya ialah orang nelayan ini, mereka terpaksa membayar bulanan. Bayaran bulanan kepada bank kerana mereka telah diminta untuk membeli secara berkumpulan pukat tunda ini dan pukat tunda ini tidak berfungsi.

Saya tidak salahkan nelayan, sebab hari pertama pun bot-bot ini diserahkan kepada kumpulan nelayan tersebut ianya sudah tidak boleh digunakan langsung. Di mana silapnya ini?

final • 3:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Satu lagi point saya Tuan Yang di-Pertua, ialah saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Menteri tentang persatuan nelayan ini. Saya bukanlah memperkecilkan kemampuan mereka ataupun tugasan mereka. Akan tetapi dalam banyak hal, persatuan- persatuan nelayan ini kadang-kadang hanya menjadi posmen, ataupun satu kumpulan ataupun persatuan yang tidak dapat membuat kerja mereka dengan baik dan akhirnya bergantung kepada orang lain. Sehinggakan kadang-kadang kalau mesyuarat tahunan mereka sendiri pun, kalau wakil rakyat tidak membantu dari segi perbelanjaan mereka untuk menjalankan mesyuarat tersebut, mereka tidak dapat menjalankannya dengan baik.

Saya tidak ada masalah dan saya rasa kawan-kawan yang lain pun ada juga yang mengeluh. Akan tetapi kalau persatuan nelayan ini tidak dapat membantu mereka sendiri untuk berdiri di atas kaki sendiri, bagaimana mereka mahu membantu golongan nelayan yang rata-ratanya terdiri daripada orang-orang yang miskin? Kadang-kadang kalau kita tengok persatuan nelayan ini, habitnya apabila ahli mereka meminta sesuatu pertolongan, jalan pintas yang diambil ialah untuk menyerahkan surat tersebut kepada wakil rakyat dan minta wakil rakyat menyelesaikan masalah tersebut bagi pihak ahli-ahli mereka.

Itu sebabnya saya katakan tadi mereka hanya menjadi posmen. Kalau inilah keberkesanan persatuan nelayan ini, saya rasa kementerian mesti melihat semula, mesti merombak semula tugasan mereka ini supaya mereka ini betul-betul dapat membantu ahli- ahli mereka di peringkat akar umbi. Ini yang saya katakan tadi mereka haya menjadi posmen. Bukan semualah. Ada persatuan nelayan yang saya rasa baik dan berfungsi dengan begitu baik, tetapi ada juga yang membebankan kerana akhirnya mereka membuat banyak program dan tidak ada peruntukan kewangan dan akhirnya wakil-wakil rakyat dan orang-orang tertentu yang menjadi sasaran kepada mereka.

Jadi saya mintalah sebagai ulangan saya tadi. Satu mengenai kampung nelayan di Kota Belud, apa status terkininya? Keduanya ialah tentang bot-bot tunda yang telah diberikan kepada nelayan tersebut, bagaimana kementerian boleh membantu mereka untuk menyelesaikan masalah ini kerana ini bukan masalah mereka? Mereka diminta untuk membeli bot-bot ini. Dan yang ketiga tadi tentang keberkesanan persatuan nelayan di negara kita. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya turut ingin membahaskan tentang pindaan rang undang-undang untuk meminda Akta Perikanan 1985. Saya hanya ada tiga isu sahaja Yang Berhormat Menteri.

Pertamanya berkaitan dengan isu salah guna plastik perkhidmatan kuarantin untuk eksport ikan hiasan. Bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan plastik itu milik MAQIS? Bagaimana pihak-pihak luar, pihak-pihak syarikat boleh mendapat plastik tersebut? Mesti ada orang dalam yang memberikan plastik tersebut. Mesti ada kebocoran dekat mana-mana pihak yang menyebabkan plastik tersebut digunakan oleh pihak luar untuk eksport ikan hiasan ke negeri China.

final • 3:59 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Isunya ialah menggunakan plastik milik kerajaan dan mereka dapat pengecualian cukai hampir ratusan ribu, mendapat keuntungan yang begitu banyak. Bagaimana perkara ini boleh berlaku walaupun akhirnya dengan takdir Allah Taala berlaku kebocoran di Lapangan Terbang Antarabangsa. Itu takdir, tetapi kalau tidak berlaku..., mungkin sebelum itu sudah beribu-ribu ikan yang dieksport yang akhirnya kerajaan mengalami kerugian hampir jutaan ringgit.

Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri tolong maklumkan ke dalam Dewan bagaimana perkara itu boleh berlaku dan adakah pihak yang telah melakukan kesalahan ini telah didakwa dan ditangkap dan diseret ke mahkamah? Apakah langkah-langkah susulan selepas daripada insiden yang memalukan ini kerana ia melibatkan isu kuarantin dalam negara yang melibatkan sebuah institusi yang baru diluluskan dalam Parlimen MAQIS.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Bolehkah kita dimaklumkan tentang berapakah jumlah pendapatan negara hasil daripada eksport ikan hiasan sekiranya pendapatan itu boleh memberikan income yang begitu baik kepada rakyat Malaysia. Itu isu yang pertama yang ingin saya dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Kedua ialah berkaitan dengan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) yang mana rata-ratanya pengimport makanan membuat bantahan terhadap penggunaan kotak ini. Ini kerana pada mereka kotak ini mahal walaupun pihak kerajaan telah pun memberikan subsidinya, tetapi sehingga sekarang kotak tersebut masih lagi berkurangan kerana pihak kerajaan telah pun menguatkuasakan penggunaan kotak tersebut. Akan tetapi, saya difahamkan mendapat bantahan daripada pengimport- pengimport kerana mungkin mereka lebih selesa dengan menggunakan kotak kayu atau pun kotak sistem yang lama yang lebih murah. Kesannya ialah harga ikan melambung dengan begitu tinggi sekali. Kalau di Kuala Kedah, kalau ikan kembung kalau di tepi pantai masih lagi harganya sekitar RM4, RM5 tetapi kalau di pasar, sudah naik sehinggalah RM10 untuk satu kilogram.

Jadi, kesan daripada penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan yang mahal harganya yang mendapat bantahan daripada pihak pengimport khususnya di sempadan ialah harga ikan ini tinggi dan terpaksa di tanggung oleh pihak pengguna. Isu yang terakhir ialah.., ya sila Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:00 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya juga ingin merujukkan isu kenaikan harga ikan-ikan di pasaran ini yang memang menjadi beban kepada rakyat masa kini sebab itu kalau di dalam pasaran hari ini, ikan yang menjadi antara makanan ruji rakyat Malaysia sudah hampir tewas kepada makanan lain seperti ayam.

Ini berpunca daripada kenaikan harga. Sedangkan dari segi kandungan zat di dalam makanan, kita meyakini protein-protein yang ada di dalam makanan laut ini adalah jauh lebih superior, dengan izin, daripada daging-daging merah terutamanya dan juga daging tidak merah seperti daging ayam. Jadi, kalaulah apa yang didakwa oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi kenaikan harga ini berpunca daripada penggunaan tong yang special ini, maka tidakkah ianya perlu dilihat semula satu alternatif lain yang tidak menjejaskan kualiti ikan semasa diimport tetapi tidaklah semahal yang sedia ada.

Saya khuatir juga bukan setakat tong ini sahaja, apabila rang undang-undang ini diluluskan dan kuasa untuk mengeluarkan lesen import dan juga eksport ini berpindah kepada Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan ini, mungkinkan juga ada implikasi kos di sana merujuk kepada kemungkinan birokrasinya susahnya untuk mendapatkan lesen import atau eksport ini kerana ini juga boleh memberikan kesan kepada harga ikan akhirnya di pasaran? Saya minta pandangan Yang Berhormat Kuala Kedah. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.

Saya bersetuju sebab kalau kita belajar dalam sistem ekonomi segala kos-kos yang bersangkutan termasuklah harga minyak pengangkutan, harga kos di ladang dan apa lagi kos-kos, semuanya akan memberikan kesan kepada harga kepada pengguna. Jadi, termasuk juga dalam isu ini ialah berkaitan dengan soal penggunaan kotak ikan.

Jadi, kalau kita melihat kepada perkara ini Yang Berhormat Menteri, ini lumrah.

Semua kos yang ditanggung oleh pengguna sebenarnya bermula daripada kos-kos yang telah dimanipulasikan oleh syarikat-syarikat. Penggunaan kotak ini sudah puluhan tahun pengimport-pengimport kita menggunakan kaedah lama tetapi mungkin ada syarikat- syarikat tertentu yang mempunyai kepentingan akhirnya mereka design kotak dengan memberikan justifikasi semasa dan sebagainya. Akhirnya yang akan tanggung adalah pengguna.

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Batu. Ya, tentang kotak ini saya ingin dapat pandangan dari Yang Berhormat Kuala Kedah sama ada Yang Berhormat Kuala Kedah sedar atau tidak kotak ini sebenarnya dibuat oleh syarikat-syarikat yang mempunyai saham dan pelaburan dari LKIM dan pemaju ikan. Padahal kedua-kedua agensi ini tanggungjawab utama ialah mempertingkatkan pendapatan nelayan dan membantu pemasaran hasil laut.

final • 4:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Akan tetapi, sebaliknya mereka telah mendirikan kilang untuk membuat kotak seterusnya memperkenalkan syarat-syarat untuk pembelian kotak. Adakah ini dianggap sebagai ada pertindihan kepentingan conflict of interest?

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Ya, terima kasih Yang Berhormat Batu.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Batu ini. Bukan sahaja isu kotak ini, termasuk dahulu satu masa isu memakai topi keledar untuk penunggang motosikal.

Syarikat yang membuat topi keledar itu akhirnya berjumpa dengan pihak Menteri, akhirnya endorse sebagai satu peraturan, rang undang-undang.

Walaupun kita bersetuju tidak ada masalah, banyak lagi isu-isunya yang semuanya akhirnya menggunakan saluran undang-undang untuk endorse perniagaan mereka. Jadi, termasuk juga dalam isu kotak ini. Ini bermakna ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai conflict of interest, kepentingan-kepentingan tertentu akhirnya menggunakan saluran, peraturan dan undang-undang untuk hendak menguatkuasakan.

Akhirnya yang terbeban adalah rakyat sendiri. Jadi, saya bersetujulah dengan pandangan Yang Berhormat Batu tadi.

Isu saya yang ketiga yang terakhir ialah tentang soal kualiti kolam-kolam ikan yang tidak memenuhi piawaian antarabangsa sama ada ikan itu untuk dieksport atau pun diimport kerana ianya memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Saya difahamkan banyak kolam-kolam ikan yang kotor, yang tidak diurus dengan baik tetapi mengeluarkan ikan-ikan untuk dieksport atau pun untuk kegunaan tempatan. Jadi, adakah pihak kementerian mengawal selia kolam-kolam ikan ini? Saya bimbang sekiranya kita jadikan ikan-ikan ini untuk dieksport, kita sekali lagi akan dihalang untuk dieksport ke pihak luar negara. Jadi, itu sahaja pandangan saya. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Indera Mahkota. Lepas itu Yang Berhormat Bandar Kuching kerana saya sudah sebut dahulu, baru Yang Berhormat Tangga Batu. Selepas itu kalau tidak ada yang minat lagi Menteri sedia untuk jawab. Sila.

final • 4:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya berhajat hendak tanya berkenaan dengan peraturan mesyuarat. Oleh kerana Peraturan Mesyuarat 51(1)(a) ada mensyaratkan supaya rang undang-undang ini diberikan nombor yang berturutan untuk menyatakan hasrat pindaan itu dibuat. Akan tetapi saya rasa lebih baik saya bertanya dalam peringkat ini kepada pihak kementerian. Pertama, kita diminta untuk meneliti dan mempertimbangkan serta membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Perikanan 1985.

Saya teliti kandungannya dan di bahagian huraian ada memberi dengan jelas bahawa ia merujuk kepada kuasa untuk memberi lesen ataupun memberi permit mengimport dan mengeksport yang berkaitan dengan ikan hidup iaitu pada pandangan saya, pemahaman saya ikan hidup ini ikan hiasan. Bukanlah ikan yang menjadi kegunaan ataupun consumption ramai rakyat Malaysia untuk sebagai sumber makanan. Ini bermakna pihak kementerian memberi tumpuan kepada aspek nilai komersial kepada ikan-ikan yang dijadikan hiasan. Barangkali ada perkara yang hendak diterangkan kenapa perkara ini menjadi terlalu mustahak. Lebih mustahak daripada rang undang-undang yang sebelum daripada itu iaitu 22/2011 iaitu rang undang-undang yang kita dibekalkan dalam Dewan ini yang berhajat untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Ini yang mana Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 menyentuh tentang keseluruhan aspek perikanan dalam negara kita, terutama yang menyentuh tentang kegunaan makanan sebagai sumber makanan kepada rakyat kita. Sebagaimana yang banyak diperkatakan masalah sekarang ialah kenaikan kos, harganya melambung, penawarannya tidak ada atau berkurangan, penangkapannya berkurang, kualiti pengeksportan berkurang, aktiviti pengimportan yang makin mengecil skalanya.

Saya terasa barangkali Peraturan Mesyuarat 51 boleh digunakan untuk bertanya kenapa tidak diikut turutan. Ataupun kenapa didahulukan yang tidak mustahak rang undang-undang 23/2011 ini hanya bercerita tentang ikan hiasan sahaja.

final • 4:11 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Permit untuk mengimport ataupun mengkuarantin ikan hiasan. Manakala D.R.

22/2011 yang terdahulu daripada itu menyentuh tentang LKIM juga tentang kuasa yang sama iaitu lesen import, eksport diberikan kepada Ketua Pengarah kuarantin dan pemeriksaan sahaja. Perkara yang disebut berkenaan dengan penguatkuasaan di pintu masuk. Saya rasa ini yang mustahak dibincangkan. Semua dari pagi tadi membincangkan tentang masalah penguatkuasaan di pintu masuk dan sebagainya.

Cerita berkenaan dengan berlakunya contamination, dengan izin. Berlakunya keracunan kerana isu barang-barang eksport makanan laut kita ditolak oleh European Union bernilai beberapa bilion ringgit itu. Ini adalah kerana persoalan kuarantin atau persoalan pemeriksaan atau kualiti barang-barangan tersebut. Saya faham kerana dalam Aturan Mesyuarat memang tidak diletakkan. Satu diletakkan 21/2011 kemudian yang kedua diletakkan 23/2011. Kita dibekalkan memang Tuan Yang di-Pertua, kita dibekalkan dengan rang undang-undang bernombor D.R.22/2011 yang berkenaan dengan pindaan berkenaan dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Betul saya hendak minta kenapakah perkara ini difikirkan, diletakkan priority oleh kementerian Yang Berhormat tidak untuk melihat pada saya kepentingan yang lebih besar lagi. Dari segi aturan pun ini pun lebih mustahak daripada yang kita bincangkan sekarang.

Akan tetapi malangnya tidak ada dalam Aturan Mesyuarat hari ini. Tidak ada langsung diletakkan rang undang-undang yang menyentuh tentang kedudukan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Isunya terlalu banyak untuk kita bincangkan dan perlu kita jawab atau kita baiki barangkali.

Oleh kerana itu aspek yang hendak dibawa pada hari ini iaitu memberi kuasa permit mengimport dan mengeksport ikan hidup ini, saya rasa pada pandangan saya selama hari ini memang tidak ada langsung difikirkan kerana inilah perkara pertama yang dimasukkan secara spesifik. Ini juga menjawab persoalan kenapa sehingga hari ini bertahun-tahun berlakunya kes yang seperti mana termasuk dibangkitkan oleh rakan saya.

Pengeksportan secara haram, memanipulasikan kedudukan pihak berkuasa yang mengendalikan tentang ikan-ikan hidup ini. Juga ia membawa kepada kesan sampingan yang pernah ditimbulkan oleh satu negara iaitu Amerika Syarikat yang menuduh bahawa negara Asia terutamanya negara yang berada di sekitar negara kita ini negara Malaysia, Indonesia, Thailand.

Mengatakan kita menjadi agen mengimport atau mengeksport ikan-ikan malapetaka yang dipanggil ke negara mereka menyebabkan sungai mereka itu pupus spesies ikan asal mereka kerana dimakan oleh ikan dikata berasal daripada negara seperti kitalah toman. Ikan toman atau ikan haruan yang makan semua spesies ikan-ikan mereka.

Benda ini disebarkan begitu luas. Kalau buka internet mereka menuduh bahawa ikan yang dilabelkan itu ikan yang tidak bertamadun. Datang daripada tempat negara kita dan memakan semua spesies ikan-kan asal mereka yang mereka banggakan. Mereka membenci menanamkan sikap benci kepada aktiviti sebegini. Ini munasabah kerana kita tidak ada satu langkah yang kita telah masukkan sebelum pada ini untuk mengawal kuarantin ikan-ikan hidup.

Saya menyokong tetapi kenapa kita dahulukan berkenaan ikan hidup tetapi kita buang. Saya tidak tahu buang ataupun kita lambatkan tetapi dalam susunan hari ini Tuan Yang di-Pertua memang tidak ada langsung yang berurusan tentang kuarantin ataupun mengendalikan apa-apa prosedur berkenaan makanan ikan-ikan yang menjadi sumber makanan rakyat kita. Kenapa..., 22/2011 kenapa langsung dibuang tidak ada dalam Aturan Mesyuarat untuk dibincangkan. Terima kasih.

final • 4:11 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin membangkitkan beberapa isu. Pertamanya saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai apakah statistik mengenai eksport dan import hasil lautan dari negara kita dan lebih khususnya daripada Sarawak? Apakah angka eksport hasil lautan dari Sarawak dan khususnya dari Tanjong Manis? Ini kerana pada tahun 2007 Tanjong Manis itu Integrated Deep Sea Fishing Port yang telah mula beroperasi.

final • 4:17 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Kerajaan telah berbelanja lebih kurang RM300 juta untuk membina deep sea fishing port ini. Ia dijangka akan menambahkan hasil lautan daripada Sarawak dengan tiga kali ganda sehingga 100,000 tan hasil lautan pada tahun 2010. Saya ingin tahu sama ada projection telah disampaikan oleh industri lautan?

Isu keduanya adalah berkaitan dengan deep sea fishing. Deep sea fishing kebelakangan dua, tiga tahun lalu kita kedengaran menteri mengatakan bahawa itu nelayan fishing boat sea, C class yang dimiliki oleh pihak asing bukan orang tempatan, orang Malaysia yang membuat transshipment of hasil lautan tanpa pendaftaran dengan agensi kerajaan kita.

final • 4:17 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Oleh sebab itu negara kita kehilangan lebih kurang satu bilion hasil lautan dan sama ada masalah ini telah ditangani atau sama ada masalah ini telah bertambah teruk lagi dan di Sarawak juga saya selalu terima aduan bahawa pemegang license deep sea fishing telah sewa lesen itu kepada foreign vessel atau bot nelayan yang dimiliki oleh pihak asing.

Akan tetapi kebelakangan ini, foreign vessel telah pun berdaftar dengan registry kita. Oleh itu mereka telah dijadikan kapal nelayan tempatan tetapi sebenarnya mereka ‘dioperasikan’ oleh nelayan asing dan pemegang lesen itu, mereka hanya mengambil sewaan RM5,000 satu bulan daripada pemilik vessel ini. Adakah kementerian ada buat siasatan atas aduan- aduan tersebut dan saya pun diberitahu bahawa ada di kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat di Parlimen ini juga memiliki license deep sea fishing yang disewa kepada pemilik vessel asing yang telah didaftarkan di negara kita untuk..., to use the loophole of the law.

Adakah siasatan telah diambil dan apakah hasil siasatan daripada aduan-aduan ini yang saya ingin tahu kerana ia telah memudaratkan industri perikanan negara kita sehinggakan tadi Yang Berhormat dari Balik Pulau kata nelayan-nelayan tempatan mendapati bahawa hasil lautan semakin hari semakin kurang. Ini juga yang telah dialami oleh nelayan-nelayan di Sarawak juga. Isu ketiganya adalah mengenai bot ‘A’ dan ‘B’ di Sarawak. Ia adalah satu polisi kerajaan bahawa untuk nelayan-nelayan bot ‘A’ dan ‘B’, mereka tidak dibenarkan untuk mengupah pembantu nelayan asing. Keadaan di Sarawak adalah ramai pemilik bot ‘A’ dan ‘B’, mereka cuba nak cari pembantu tempatan tetapi gagal kerana orang tempatan tak sudi untuk menjadi pembantu nelayan. Mereka buat iklan dalam surat khabar tempatan pun tak ada orang nak interview atau cuba untuk menjadi pembantu nelayan.

Oleh sebab itu mereka rasa amat sukar dan susah untuk mereka cari pembantu nelayan. Mereka terpaksa untuk mengupah pembantu nelayan asing tetapi oleh kerana regulation yang tidak membenarkan mereka untuk mengupah pembantu nelayan asing yang amat menyusahkan mereka untuk cari rezeki. Oleh itu, saya ingin Yang Berhormat Menteri bolehkah memberi pertimbangan atas golongan nelayan ‘A’ dan ‘B’ itu. Saya telah beberapa kali tolong mereka tulis kepada LKIM supaya kelonggaran polisi ini dibuat dan diberi kepada mereka supaya mereka dapat terus mencari rezeki dalam laut. Tanpa pembantu nelayan, impossible untuk mereka pergi ke laut untuk menangkap ikan. Ini adalah ketiga-tiga isu yang saya ingin bangkit. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Tangga Batu, lepas Yang Berhormat Tangga Batu, Menteri sedia menjawab.

final • 4:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun ingin sama terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang

(D.R.23/2011) ini dengan membawa minat yang sama untuk bertanyakan Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, bila bercakap tentang ikan hidup ini, imej yang kita dapat posisi ikan itu. Impression kita yang pertama adalah ikan hiasan. Dalam kegiatan mengeksport dan mengimport ikan hidup dulu, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apa jadi dengan satu ketika dahulu satu industri belut. Belut ini ikan kah apa? Ikan lah, dalam kategori ikan tetapi dia bukan ikan hiasanlah. Ada kata ikan kuat Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:26 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Belut, jadi belut ini kita pernah dirakamkan sebagai antara negara pengeksport belut yang terkemuka. Belut kita kualitinya baik sama ada dia datang dari sungai ataupun dari tanah-tanah kolam binaan.

Saya kira beberapa negara mengiktiraf belut ini termasuk negara matahari terbit di Jepun sana dan kedudukan ketika itu, unagi. Ya, betul-betul, Yang Berhormat Sepang sebut unagi. Tuan Yang di-Pertua, bagaimana keadaannya ialah apabila belut ini perlu dieksport secara hidup-hidup ke negara Jepun dan mereka membida belut ini di dalam kuantiti bilangan ataupun kuantiti berat secara kilogram. Jadi, saya nak tahu daripada Yang Berhormat Menteri sama ada perkara ini masih lagi berlaku atau tidak? Di sana sebenarnya telah berlaku satu kegiatan ekonomi yang benar-benar dapat mengangkat kedudukan, taraf masyarakat di luar bandar di mana taman-taman kolam belut ini dibina, diproses dan dihantar dan satu lagi, telah meletakkan kita di satu tangga kualiti yang tinggi.

Jadi sama ada, ada tidak dalam rakaman kementerian proses ini berlaku dan di manakah peranan kementerian pula dalam mengekalkan industri ini supaya negara kita juga dikenali kerana belut ini termasuk di dalam ikan yang hidup. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pelik. Baru-baru ini saya merasmikan satu Program Belia Dunia (World Assembly of Youth). Dalam program tersebut, mereka telah mencipta satu sajak yang terpanjang di dunia dan ketika pulang, saya naik dengan beberapa orang muda. Dalam kereta itu ada satu beg dan saya tanya apa dalam beg itu. Dia kata ular. Ular sawa letak dalam beg dalam kereta. Terperanjat saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingat saya nak turunlah sebab saya geli dengan ular tetapi ia telah menjadi satu mainan orang muda dan tak cukup dengan itu, dikongsi dengan saya ialah mainan mereka adalah ikan-ikan bahaya seperti ikan pirana.

final • 4:26 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Dia kata Tuan Yang di-Pertua, rakannya membela ikan piranha dan makanan ikan piranha ini adalah ikan-ikan yang lebih kecil. Seingat saya, membela ikan piranha ini menjadi satu kesalahan besar di sebuah negara. Negara Amerika, it is a federal offence, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi negara kita sekarang ini ikan piranha ini menjadi mainan anak-anak muda. Bukan ikan piranha sahaja tetapi reptilia yang lain pun menjadi mainan mereka. Biawaklah. Ini bukan biawak hidup. Ini biawak. Biawak. Biawak.

Sesumpah. Sesumpah. Ada juga yang main sesumpah. Chameleon dan beberapa lagi.

Jadi, saya hendak tanya pendirian kementerian tentang pengimportan ikan piranha ini ataupun adakah ikan piranha ini menjadi habitat di sungai-sungai air tawar ataupun di muara-muara sungai negara kita. Jadi, dalam kaedah ini saya yakin kalau kementerian mempunyai polisi-polisi yang mengawal tentang pengimportan dan pengeksportan ikan-ikan hidup ini, perkara seperti ikan piranha masuk ke negara kita melalui pintu-pintu masuk tadi mungkin tidak berlaku.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Boleh juga kalau dilihat sama ada program latihan kepada pengawal-pengawal sama ada mereka mengenali atau tidak jenis-jenis atau spesies-spesies ikan-ikan ini.

Kekhuatiran kita adalah jika ikan-ikan yang tidak mereka kenali ini, mereka akan memberikan satu laluan hijau ataupun tidak melakukan pemeriksaan dan sebagainya.

Dalam satu lagi perkara yang dikongsi bersama saya, ikan ini dibawa masuk melalui botol air. Air yang diletakkan di dalam botol-botol mineral dan sebagainya. Jadi, pegawai kita hanya menyangka itu sebagai air bekal untuk minuman, dalam itu ada ikan piranha dua tiga ekor. Jadi, ini semua menjadi suatu kaedah mereka untuk membawa masuk perkara- perkara yang mungkin juga menjadi suatu perkara yang salah di negara kita ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya suka hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Parlimen Tangga Batu. Kita di Parlimen Tangga Batu ini adalah antara Parlimen yang mempunyai pantai terpanjang di negeri Melaka. Di negeri Melaka.

final • 4:30 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Panjang mana sangat Melaka. Melaka itu kecil tetapi kecil-kecil Melaka lebih besar dari Singapuralah. Jadi, ada dua masalah di sana, Yang Berhormat Menteri. Menteri pun telah turun melawat. Apabila kegiatan nelayan-nelayan di pesisiran pantai di Parlimen Tangga Batu ini, dia panggil di muara Sungai Lereh. Apabila beting-beting pasir terbina disebabkan oleh arus lautan yang tidak menentu dan juga angin pasang laut dan juga angin darat yang menyebabkan nelayan-nelayan tidak lagi boleh menggunakan jeti pendaratan ikan yang telah dibina oleh kementerian dua tahun yang lalu.

Jadi, rata-rata masyarakat di muara Sungai Lereh ini, nelayan di muara Sungai Lereh ini menganggap jeti itu sebagai gajah putih pada satu ketika selepas satu ketika menggunakannya. Yang Berhormat Menteri sendiri telah turun ke tapak dan melihat suasana ini tetapi sehingga hari ini masih lagi tidak ada sebarang tindakan daripada kementerian walaupun saya mendengar sudah ada perancangan. Jadi, masa setahun sudah berlalu. Tidak ada tindakan kerana kita khuatir perbelanjaan kerajaan membina jeti pendaratan ikan yang boleh menempatkan lebih kurang 96 orang nelayan-nelayan tradisi ini dianggap sebagai satu pembangunan yang membazir wang kerajaan.

Begitu juga secara proaktif Yang Berhormat Menteri, pihak kementerian perlu melihat di Pantai Puteri, di Pantai Jaring dan juga di Pantai Kundur di mana di sana kita mempunyai lebih kurang 200 orang nelayan yang memerlukan perkhidmatan rumah-rumah untuk menyimpan sampan dan perahu mereka. Jadi, kita telah merencana dengan baik.

Namun begitu sokongan daripada pihak kementerian untuk memberikan satu khidmat nasihat serta bantuan peruntukan bagi nelayan-nelayan ini dapat menyimpan alat-alat penangkapan ikan mereka termasuk perahu-perahu mereka kerana pada ketika musim angin yang tidak menentu, yang kuat, yang boleh merobohkan rumah-rumah nelayan yang mereka bina yang juga boleh membawa akibat sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Pernah suatu ketika rumah-rumah penyimpan bot nelayan ini roboh, telah merosakkan bot-bot mereka yang akhirnya pihak kementerian melalui persatuan-persatuan terpaksa turun menyampaikan bantuan-bantuan kecemasan yang saya lihat lebih banyak mengalami kerugian daripada keuntungan. Lebih baik kita melaksanakan suatu, mengambil kira sebarang kemungkinan dan mencegah daripada membaiki dan membelanja yang lebih.

Saya suka juga membawa ke perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa kumpulan nelayan ini walaupun mereka tidaklah sebesar yang kita harapkan tetapi suara mereka adalah perlu kita dengar. Mereka adalah kumpulan-kumpulan yang menyara keluarga- keluarga yang mempunyai keahlian yang ramai. Seorang nelayan di Parlimen Tangga Batu ini mempunyai sepuluh orang hingga 20 orang ahli keluarga dan jika kita mempunyai 500 orang nelayan di sana, kita telah mempunyai 5,000 orang hingga 10,000 orang.

Jadi, saya pohon kepada menteri supaya melihat masalah nelayan di Parlimen Tangga Batu ini. Saya tahu mengapa berlakunya suatu pertembungan kerana kebanyakan menganggap Parlimen Tangga Batu ini berada di pinggir bandar dan limpahan kemakmuran bandar itu tumpah ke Tangga Batu dan nelayan-nelayannya sepatutnya telah mempunyai suatu kegiatan ekonomi yang baru. Akan tetapi suka saya jelaskan nelayan- nelayan ini tetap dengan kerja mereka iaitu menangkap ikan. Saya juga menuntut di sini bahawa walaupun kerja-kerja penambakan laut yang begitu rancak, yang begitu besar diadakan di Tangga Batu, nelayan-nelayan ini masih lagi kita berikan perhatian kerana di dalam kajian impak sosial yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar dan juga pihak-pihak yang berkaitan telah menetapkan bahawa kumpulan-kumpulan nelayan ini masih lagi boleh meneruskan kegiatan penangkapan ikan dan mereka boleh menjana pendapatan untuk menanggung keluarga dan masyarakat di sekitar mereka.

Saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, uniknya di Tangga Batu ini kumpulan nelayan yang kita ada ialah kumpulan nelayan Melayu, kumpulan nelayan Cina dan kumpulan nelayan India yang mereka ini dianggap sebagai kumpulan nelayan 1Malaysia. Jadi, bolehlah Yang Berhormat Menteri turun, lihat dan hulur- hulurkan bantuan kepada kami di sana. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ll - Tuan Chua Tee Yong

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Mungkin saya jawab Yang Berhormat Tangga Batu dahululah. Senang sedikit.

Dari segi industri belut di Malaysia, sebenarnya akta pindaan ini ialah untuk menyelaraskan di antara Akta Perikanan dengan Akta MAQIS tetapi kebanyakan yang dibincangkan adalah tidak berkaitan juga dengan eksport atau import. Oleh itu saya cubalah sedaya upaya untuk menjawab secara ringkas supaya tidak melengahkan persidangan Dewan ini. Dari segi industri belut memang pernah diusahakan di negeri Pahang dan juga telah berjaya di eksport tetapi selepas itu terdapat isu dari segi benih dan mungkin kerana memandangkan pasarannya adalah untuk eksport, kita mungkin kena lihatlah sama ada keperluan ini untuk mengusahakan industri ini kerana kalau usahakan tetapi tidak ada pasaran akan menyebabkan kerugian juga. Selain itu dari segi pengeksportan ikan hidup yang boleh memberi ancaman kepada biodiversiti.

final • 4:38 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ll - Tuan Chua Tee Yong

Sebenarnya sebelum kita eksport, kita perlu mendapatkan sijil kesihatan yang dikeluarkan daripada negara yang mengimport ikan-ikan kita. Oleh itu kalau diluluskan, maka ia tidak menjadi masalah kepada kita. Negara pengimport, ia harus tahu sama ada ia akan menjejaskan bio diversiti itu. Dari segi peruntukan-peruntukan Yang Berhormat Tangga Batu katakan, itu kalau boleh tulis menerusi suratlah, lebih senang.

Yang Berhormat Indera Mahkota, saya berasa kesal dan sedih kerana Yang Berhormat menuduh bahawa kementerian tidak mementingkan ikan yang dimakan, atau ikan beku dan sebagainya. Sebenarnya Yang Berhormat, kalau you berbincang dengan kawan-kawan kamu, mungkin you sudah tahu yang semalam telah diluluskan...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, “you, kamu”, kalau boleh elakkan Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Sorry. Yang Berhormat Indera Mahkota, sebenarnya ia telah diluluskan semalam semasa persidangan pada pukul lebih kurang 8 malam. Maka isu yang dibentangkan dan diutarakan mengenai..., bahawa kementerian tidak mementingkan rang undang-undang dari segi pemindaan adalah tidak benar. Ia telah diluluskan. Dari segi Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat, ikan hidup...

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Jangan cakap dia tidur, dia mungkin ada urusan lain.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Saya terima kalau kata perkara ini diluluskan semalam. Saya cuma hendak katakan dari segi turutan, saya bangkitkan Peraturan Mesyuarat 51 itu kerana digariskan berkenaan turutan, kalau tengok hari ini 21, 23 itu sahaja, 22 diluluskan semalam, okey, kalau diberitahu, kebetulan saya tidak ada di dalam Dewan. Akan tetapi benda ini tidak boleh menutup asas dia, apa yang kita bincang hari ini, Menteri sendiri mengakui kita hendak bincangkan tentang ikan hiasan iaitu permit yang terhad hanya boleh diberi oleh ketua pengarah sahaja. Saya kata selama hari ini, maksudnya belum ada lagi perkara ini. Saya bangkitkan tadi tentang ikan yang dituduh atau diberi nama buruk kepada kita itu sebabnya selama ini ikan itu dibuat secara haramlah maksudnya dibawa secara haram. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun boleh bersetuju perkara itu, saya tidak kata kita ini mengeksport dan membenarkan ikan itu dieksport dengan saya menuduh ikan itu dieksport secara halal, tidak, saya kata secara haram. Sebab itu kita perlu lakukan pindaan ini, tidak begitu?

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Tidak begitu, akta ini untuk menjelaskan supaya ada satu badan yang mengeluarkan permit ini supaya tidak mengelirukan. Kita sekarang hendak seragamkan di bawah Jabatan MAQIS dan sebenarnya Yang Berhormat Indera Mahkota, kalau kita kata ikan hidup, ikan hidup bukan ikan hiasan sahaja, benih ikan air tawar dan ikan air masin juga perlu diimport.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Oleh itu, jika dikatakan bahawa ikan hidup cuma untuk hiasan, itu adalah salah.

Saya juga tidak ingin bertengkar dan saya ingin habiskan kerana banyak jawapan yang harus diberi di sini.

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak clarify sedikit sahaja, memang ikan toman dan ikan haruan itu orang tidak panggil ikan hiasan kerana ia buruk. Jadi sebab itu saya katakan orang luar mengatakan ikan itu ikan yang bawa malapetaka, sebab ia bukan hiasan, tapi masih lagi ikan yang diseludupkan?

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Tadi saya dah cakap dah, ikan yang dieksport secara jelasnya perlu mendapat sijil kesihatan negara kita sebelum kita boleh eksport ke negara pengimport. Maka jika diluluskan, kalau negara pengimport tiada masalah, kenapa Yang Berhormat di sini menjadikan ia isu? Selain itu dari segi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, dari segi deep sea fishing dan sebagainya. Sebenarnya Yang Berhormat telah mengatakan mengenai C2 dan bukannya C. Foreign vessel yang dikatakan adalah bukan foreign vessel. Ia sebenarnya vessel yang mungkin dahulu disita oleh pihak berkuasa dan selepas itu bila dilelong, dibeli oleh nelayan-nelayan tempatan. Selain itu, ada juga pada masa dahulu, nelayan tempatan dibenarkan membeli foreign vessel ini dari negeri-negeri jiran, dan kerana ia telah mengelirukan pihak berkuasa, maka kementerian telah melarang pembelian-pembelian ini supaya dari segi penguatkuasaan tidak akan ada kekeliruan.

Yang Berhormat juga tahu bahawa dari segi C2 ini, ia boleh mempunyai 100 peratus pekerja asing. Maka bila ada orang kata bahawa foreign vessel atau C2 ini adalah semua orang asing, ia adalah benar kerana dia boleh mengupah 100 peratus orang asing.

Dari segi untuk melihat sama ada kita sedang meninjau dari C2 ini, dari segi tangkapan dan sebagainya, kita telah membuat satu audit baru-baru ini dan yang mana memenuhi tangkapan yang dihadkan dan ditetapkan oleh Jabatan Perikanan, mereka telah diberi mandat untuk terus mendapat subsidi manakala yang gagal tidak digantung subsidi atau memberi peluang kepada mereka dalam tempoh enam bulan untuk mereka memperbaiki situasi sebelum mereka boleh mendapat subsidinya. Selain itu dari segi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah dan juga Yang Berhormat Batu...

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Mengenai kotak...

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Minta penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya juga ada bangkitkan isu mengenai kapal nelayan C2 deep sea fishing yang menjalankan transshipment of their catch di kawasan antarabangsa di mana mereka transship apa yang ditangkap oleh mereka kepada mother boat asing. Hasil ini telah dijual kepada nelayan mother boat asing tanpa mereka membayar cukai. Dua tiga tahun yang lalu, Menteri ada kata kita kehilangan hasil lebih kurang 1 bilion, apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini?

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Yang Berhormat Bandar Kuching, saya ulangi sekali lagi.

Kementerian telah membuat audit dari segi hasil tangkapan untuk C2, di mana kita melihat sama ada hasil tangkapannya memenuhi tahap atau matlamat Jabatan Perikanan. Tadi saya juga telah memberitahu bahawa yang tidak memenuhi hasil tangkapan ini dari segi subsidi, mereka tidak dapat manfaat subsidi ini. Kebanyakan yang mungkin, saya ini secara teka tekilah bahawa yang tidak memenuhi hasil tangkapan dalam sesuatu masa itu, kemungkinan mereka terlibat dalam aktiviti Yang Berhormat nyatakan tadi. Dari segi nilai itu, saya tidak dapat komen kerana saya tidak tahu secara accurate apakah nilai yang dikatakan itu.

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah...

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini bukan teka teki, ini adalah apa yang disebutkan oleh Menteri sendiri pada dua tahun dahulu...

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Pada masa dia sebut, saya tidak ada. Saya pun tidak ada keratan akhbar yang menilai...

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ya, tetapi pegawai ada. Pegawai yang membekalkan jawapan, takkan pegawai sekarang tidak bekalkan satu anggaran kehilangan. Ini bukan hanya isu subsidi sahaja...

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Kalau kamu tahu Yang Berhormat...

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

...Ini penyeludupan hasil lautan...

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Saya tidak izinkan Yang Berhormat berucap...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan, itu jawapan yang tiada standard!

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Apa yang tidak ada standard? You punya soalan pun tidak ada standard.

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tidak ada standard, tidak jawab atas isu yang dibangkitkan. Apakah angka sekarang? Inilah satu masalah yang penting...

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

Yang Berhormat, Yang Berhormat, kalau kita tahu jumlahnya...

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Mana saya tahu, ada pegawai- pegawai yang tahu...

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tee Yong

...Mana ada seluduplah, ia bukan seludup sudah...

final • 4:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Ada pegawai-pegawai yang tahu, lebih dua tahun lalu, pegawai tahu, takkan sekarang tidak tahu? Bukan! Adakah masalah ini menjadi lebih teruk lagi?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 4:50 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Sehinggakan angka ini tidak dapat diberitahu kepada kita semua!

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tee Yong

Yang Berhormat, dari segi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, beliau telah membangkitkan beberapa isu iaitu salah guna plastik yang telah dikatakan. Dari segi ini kita tidak mendapat maklumat yang dikatakan plastik MAQIS digunakan untuk eksport ikan hidup ke negara China. Maka kalau dari segi ini terdapat maklumat setakat ini MAQIS belum mengenakan sebarang syarat menggunakan plastik MAQIS bagi tujuan eksport. Maka saya juga kelirulah dengan pertanyaan itu tetapi dari segi konteks isolasi ia adalah di bawah LKIM dan bukan di bawah Jabatan Perikanan.

Dari segi kolam terbiar, memang kita sentiasa mengadakan rancangan dan juga kita mengadakan sesi training untuk meningkatkan dari segi mutu dan dari segi kualiti ikan- ikan yang dikeluarkan bahkan untuk eksport dan juga tempatan. Sebenarnya dari segi eksport kalau ikan itu tidak sihat dan tidak memenuhi kriteria negara pengimport, ia tentu tidak dapat dieksport. Dari segi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud iaitu daripada Kampung Nelayan Tersusun dan juga lima buah kapal tunda, sebenarnya maklumat yang diberi kepada saya tiada kapal tunda yang dibekalkan. Sebenarnya yang dibekalkan adalah pinjaman dan selain itu pinjaman itu digunakan untuk membeli kapal tersebut. Oleh itu kalau terdapat masalah yang dihadapi mungkin saya boleh panggil Jabatan Perikanan atau LKIM untuk berbincang dengan Yang Berhormat supaya dapat melihat bagaimana menyelesaikan masalah ini.

Yang Berhormat Balik Pulau juga membangkitkan isu yang dihadapi oleh pukat tunda dan juga masalah-masalah yang kian menyebabkan sumber ekonomi nelayan itu menurun, kita di jabatan baru-baru ini telah berbincang dengan APMM bersama dengan persatuan-persatuan nelayan yang juga diwakili oleh persatuan nelayan berdekatan iaitu polis dan sebagainya.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tee Yong

Mereka juga telah menyatakan bahawa dalam mesyuarat itu APMM akan tingkatkan lagi dari segi penguatkuasaan untuk meninjau supaya masalah perselisihan zon dan masalah lanun kalau ada dapatlah dikurangkan...

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tee Yong

Memang dari segi kementerian, kita mementingkan kebajikan nelayan. Oleh itu pelbagai subsidi juga telah diteruskan.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tee Yong

Boleh.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab kebetulan saya pun tinggal di kawasan Kampung Jalan Baru itu dekat dengan kuala-kuala tempat nelayan-nelayan ini. Rungutan mereka ialah begini Yang Berhormat Timbalan Menteri walaupun tadi ada - yalah saya tidak nafikan mungkin ada dialog dengan persatuan itu tetapi isunya ini isu yang sudah terlalu lama.

Kebetulan dialog yang pernah saya lakukan bersama dengan Jawatankuasa Maritim dan sebagainya, katanya bot hendak menangkap kalau penceroboh-penceroboh haram ini pun kadang-kadang katanya, kalau tidak salah saya, betulkan - tidak cukup.

Maksudnya dari Kuala Muda itu hendak kena pusing sampai ke Teluk Bahang, lebih separuh daripada pulau. Aduan-aduan yang mereka terima itu dari segi penguatkuasaan memang amat lemah. Baru hendak bagi tahu sahaja, sampai sahaja - hilang. Jadi dia ada aspek lain ya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mungkin dari aspek pemantauan dan aspek-aspek yang boleh dilakukan pada kadar segera tanpa menunggukan satu bajet-bajet atau keputusan-keputusan yang terlalu birokratik.

Jadi saya memohon satu tindakan yang menunjukkan dengan izin, leadership of difference. Mungkin Menteri muda yang semangat boleh tunjukkan satu sikap yang lebih komited mungkin. Ini cadangan saya.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tee Yong

Okey Yang Berhormat Balik Pulau, dari segi inisiatif baru semasa berdialog dengan APMM sebenarnya kadang-kadang masalah lanun dan sebagainya adalah disebabkan dari segi persatuan dulu dalam nelayan grouping itu ada informer. Maka dari segi itu mereka bekerjasama dengan pihak polis untuk mengesan informer-informer ini dan memang ada satu dua kes yang di mana mereka berjaya ditangkap. Kita berharap dengan kerjasama semua pihak kerana ini bukan satu pihak sahaja penguat kuasa boleh menjalankan tugas ini untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kebetulan kalau Timbalan Menteri, saya tunjukkan satu usaha yang persendirian.

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri pergi ke youtube sekarang, ada satu usaha oleh seorang pakcik tua, namanya Pek Aki. Dia bersama-sama citizen journalists naik atas bot pergi sendiri kejar yang dikatakan nelayan penceroboh ini sehinggakan benda itu boleh dibuat dalam keadaan yang tidak dibantu oleh kerajaan, usaha sendiri. Akan tetapi isunya di situ ialah isu keselamatan, isu bahaya dan beliau katakan saya boleh buat dia cakap.

Kebetulan dia ini pun orang berani, tetapi saya tidak mahu jadikan itu sebagai satu perkara dasar kerana saya rasa kita mungkin ada jalan lain yang boleh memastikan kadar ekonomi bertambah dan keselamatan juga terjamin. Maksud saya pada pandangan mereka benda itu boleh dibuat. Cuma memerlukan sedikit pendekatan perbezaan yang boleh ditunjukkan oleh kementerian kerana masalah terlalu berlarutan dan yang paling malang lagi ialah hasil tangkapan kurang, penceroboh banyak, masalah tidak selesai. Jadi maksud saya perlukan satu jalan keluar kalau tidak saya rasa kesian pada orang kampung.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tee Yong

Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Balik Pulau.

Dari segi isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Kubang Kerian yang mengatakan bahawa dari segi ikan yang diimport sama ada di pasaran mempunyai barang awet atau formaldehyde. I am not very sure about the term, dengan izin. Kita sebenarnya telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk membuat satu tinjauan dari segi barang-barang ikan yang diimport dan juga di pasaran.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tee Yong

Pada masa ini selepas bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bersama dengan LKIM, kita tidak mendapati dan mengesan barang awet yang dikatakan itu. Akan tetapi kalau ada maklumat selanjutnya daripada Yang Berhormat, kita memanglah welcome itu, dengan izin.

Dari segi haiwan-haiwan, binatang kawalan, sebenarnya kalau ia masuk ke negara kita dan dikesan, ia memang ditahan tetapi bukan di jabatan kita. Ia melalui Jabatan Perhilitan. Dari segi sayur-sayuran dan sebagainya, ia dikesan atau diambil sampel secara rambang kerana kalau kita ambil secara seratus peratus, ia akan menambah birokrasi dan melambatkan segala proses import. Ini akan menyebabkan juga dari segi pasaran mungkin dari segi kesegarannya. Oleh itu kita harus mengambil langkah secara rambang untuk membuat testing.

Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas yang mengatakan bahawa dari segi eksport, sebenarnya dengan pindaan ini dan juga dari yang lepas hanya satu lesen sahaja dan permit untuk import dan eksport dan ini akan dikeluarkan pada masa ini oleh MAQIS dan bukannya dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. Jabatan Perikanan pada masa ini hanya keluarkan sijil kesihatan untuk ikan hidup. Sebenarnya Jabatan Perikanan kebanyakannya berurusan mengenai import dan eksport ikan hidup. LKIM kebanyakannya ikan beku.

final • 4:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maksud saya ini memang kalau ikan hiasan biasanya dieksport secara hidup tetapi ada ikan seperti empurau, dalam bahasa Cina, ‘wang pu liau’ tidak dapat dilupakan kalau sudah makan satu kali kerana nama itu pun baik dalam bahasa Cina. Jadi harganya di negara China memang sampai di hotel boleh dijual RM1,000 sekilo.

Jadi dalam keadaan ini kalau memang ada pengeksport kalau boleh jual ikan hidup dia dapat harga lebih baik tetapi kemungkinan banyak ikan yang besar ini tidak dapat hidup melainkan dijaga dengan baik. Kalau pengeksport ini mengeksport ikan yang mati dan juga yang hidup, berapa lesen mereka hendak dapatkan kerana kalau mengikut undang-undang yang ada sekarang, kalau hendak mengeksport ikan mati mesti dapat lesen daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan. Kalau hendak eksport ikan hidup ia mesti mendapatkan lesen daripada MAQIS. Jadi mesti dapat dua lesen kalau kita meluluskan seperti yang telah dicadangkan di Dewan yang mulia ini. Oleh sebab itu saya hendak mendapatkan kepastian supaya tidak ada timbulnya masalah, kerana di kawasan saya memang ada orang yang mengeksport ikan ‘wang pu liau’ atau empurau ini tidak dapat dilupakan kalau sudah makan sekali.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tee Yong

Yang Berhormat ini mesti sudah makan beberapa kalilah ini. Sebenarnya lesen import dan eksportnya di bawah Ketua Pengarah MAQIS. Ini adalah kerana kita membuat..., dari segi kementerian membuat pindaan supaya dapat diselaraskan di mana semua lesen adalah dikeluarkan dari MAQIS supaya tidak ada masalah tersebut.

Sebenarnya Yang Berhormat, kalau kita membuat eksport, eksport ikan yang hidup adalah lebih mahal daripada ikan yang mati sebenarnya. Di pasaran kita juga tahu semua dan...

final • 5:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi maksud saya, Akta Perikanan ini menyatakan eksport ikan mendapat lesen daripada Ketua Pengarah Perikanan.

Dinyatakan di bawah seksyen 40, sungguhpun kita hendak tambah subseksyen 3 selepas subseksyen 2. Maksudnya kita hendak tambah subseksyen 3 yang mengatakan untuk mengeksport ikan hidup, ia perlu mendapat lesen daripada Ketua Pengarah MAQIS. Di bawah seksyen 40, nak eksport ikan ini dan kalau ikan itu mati, dia mesti mendapat lesen daripada Ketua Pengarah Perikanan.

Maksud saya ini, ada seorang pengusaha hendak eksport ikan yang sama, ada yang mati dan ada yang hidup. Jadi kalau ikut undang-undang yang sedia ada yang akan kita luluskan, dia mesti dapat dua lesen. Kemudian kalau ada dilakukan kesalahan, apakah hukumannya? Tadi saya sudah nyatakan, di bawah Akta Perikanan, hukumannya memang berat dan belum disabitkan kesalahan pun ada penyitaan dan sebagainya, dan juga melelongkan ikan sementara menunggu perbicaraan.

final • 5:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi di bawah Akta MAQIS ini, maksimumnya RM100,000 ataupun 6 bulan penjara. Di bawah Jabatan Perikanan, semua barang-barang akan disita, dirampas, dilucutkan hak dan sebagainya.

Jadi kita tidak boleh ada undang-undang yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini kerana kita adalah orang-orang yang membuat undang-undang. Undang-undang itu mesti pasti jelas supaya rakyat tahu dengan jelas apakah undang-undang itu. Tidak boleh ada timbulnya keraguan selepas kita meluluskan undang-undang ini. Kalau ada keraguan, haruslah Yang Berhormat Menteri mencadangkan supaya pindaan kepada cadangan bill ini dibuat supaya kita semua jelas. Itulah maksud saya supaya jangan kita luluskan undang- undang ini dan kemudiannya menimbulkan keraguan. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tee Yong

Terima kasih Yang Berhormat Beruas yang mengatakan isu ini. Sebenarnya saya dah katakan bahawa hanya satu lesen sahaja untuk eksport dan import ikan. Sebenarnya MAQIS sahaja yang akan keluarkan lesen atau permit untuk import dan eksport. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis Yang Berhormat?

final • 5:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah habis ya.

final • 5:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya ada minta angka fishery...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bandar Kuching, cukuplah Yang Berhormat Bandar Kuching. Kalau kita dengar tadi, kebanyakan yang dibahaskan tidak berkaitan dengan pindaan. Walau bagaimanapun...

final • 5:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Eksport, eksport.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun sudah secara sedaya upaya menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Yang itu, kalau itu penting, Yang Berhormat boleh tulis surat dan minta Dewan ini...

final • 5:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Bukan tulis surat Tuan Yang di- Pertua. Itu satu angka statistik eksport ikan sahaja. Takkan tidak ada.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apalah. Mereka boleh jawab secara bertulis selepas ini Yang Berhormat. Lagipun, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun menamatkan penggulungannya.

final • 5:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Belum, dia tidak jawab.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sila duduk.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan Masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

final • 5:00 PM

Fasal-fasal 1 hingga 3 - Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Beruas.

final • 5:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ingin saya menekankan sekali lagi bahawa di bawah seksyen 40, Akta Perikanan, dinyatakan dengan jelas sekali import eksport ikan adalah di bawah kuasa Ketua Pengarah Perikanan dan kita hanya tambah tambahan subseksyen 3 ini yang mengatakan kalau ianya ikan hidup, kita bawa kuasa ini kepada pihak Ketua Pengarah MAQIS. Kita tidak boleh luluskan pindaan ini sebegini sahaja. Hendaklah dijelaskan keadaan di mana kita ada eksport ikan hidup dan ada juga ikan mati. Kalau dalam keadaan tersebut, kita berikan seluruh kuasa kepada MAQIS.

Kalau kita luluskan seperti yang dicadangkan dalam jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, adalah kita kata tidak tepat dan akan menimbulkan masalah. Harap Yang Berhormat Timbalan Menteri mendapatkan pandangan daripada ahli panel, peguam, penasihat undang-undang sebelum memberi jawapan supaya kita tidak meluluskan undang-undang, kemudian datang balik lagi untuk pindaan lagi disebabkan kekeliruan dalam hal ini.

final • 5:05 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:05 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong

Sebenarnya Yang Berhormat Beruas, tadi saya katakan dalam fasal 2, ia bertujuan untuk meminda seksyen 40 [Akta 317] dengan kemasukan subseksyen baru. Akta MAQIS ini memberi kuasa kepada Ketua Pengarah MAQIS untuk mengeluarkan permit untuk eksport dan import. Bagi cadangan pindaan di subseksyen 3 merujuk kepada (1) dan (2), ia memang untuk mengeksport ikan hidup dan hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah MAQIS.

final • 5:07 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Maksud saya keadaan di mana dia mengimport sebahagiannya ikan hidup dan sebahagian ikan mati tetapi spesiesnya sama, empurau.

Memang kalau kita tidak meminda akta ini, kuasa untuk mengimport eksport ikan ini sama ada mati atau hidup, Ketua Pengarah Perikanan mesti memberikan lesen. Akan tetapi sekarang kita hendak keluarkan ikan hidup, kita berikan kuasa kepada Ketua Pengarah MAQIS. Jadi maksud saya ini, kalau kita pinda undang-undang seperti yang dicadangkan, pengusaha yang mengeksport ikan empurau hidup dan mati, dia mesti dapat dua lesen.

Akan tetapi kalau dia dikatakan melakukan kesalahan, mana satu undang-undang terpakai?

Kita setujulah sementara ini mengikut Akta Perikanan, dia hendak eksport ikan mati atau hidup, dia di bawah Akta Perikanan, dia mesti mendapat lesen di bawah Ketua Pengarah Perikanan, betul tidak?

final • 5:07 PM

Tuan Chua Tee Yong

Kalau Yang Berhormat Beruas lihat dari segi pindaan semalam iaitu Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, mereka juga telah melalui pindaan ini dan memasukkan subseksyen baru 2A untuk memberi peruntukan lesen bagi pengimport dan pengeksport ikan, di mana ia tidak tulis ikan hidup atau mati, hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia. Maka semua lesen akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah MAQIS. Sekian, terima kasih.

Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

final • 5:07 PM

Tuan Chua Tee Yong

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 5:07 PM
RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 iaitu suatu akta meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tanggal 29 Jun 2011 yang lalu merupakan detik yang amat bermakna dalam sejarah perjuangan hak dan kepentingan wanita. Tarikh tersebut merupakan tarikh di mana Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk bacaan pertama. Bacaan kedua rang undang-undang ini bakal melakar satu episod baru kepada negara dalam memberikan perlindungan undang-undang bagi menangani situasi keganasan rumah tangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya. Dengan pindaan ini, mangsa keganasan rumah tangga di negara ini terutamanya wanita tidak perlu lagi merasa takut untuk bertindak jika mereka dikasari oleh pelaku keganasan rumah tangga sama ada suami atau isteri ataupun ahli keluarga.

Kerajaan telah bersetuju supaya Akta Keganasan Rumah Tangga [Akta 521] dipinda bagi memberikan perlindungan undang-undang yang lebih berkesan kepada mangsa keganasan rumah tangga khususnya wanita dan kanak-kanak. Sebagai kementerian yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan wanita, keluarga dan masyarakat, kementerian ini terus menggiatkan usaha untuk memastikan semua ahli keluarga dapat menikmati kehidupan yang harmoni dan tenteram.

Ini kerana keluarga adalah merupakan tonggak pembangunan negara.

Akta Keganasan Rumah Tangga [Akta 521] telah digubal untuk memberikan perlindungan undang-undang kepada mangsa keganasan rumah tangga melalui perintah perlindungan yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah. Akta ini diwujudkan berdasarkan falsafah untuk membendung kecenderungan menggunakan keganasan rumah tangga sebagai cara untuk menyelesaikan masalah dalam keluarga dan sebagai medium untuk mangsa mendapatkan perlindungan apabila keganasan diperlakukan ke atas dirinya oleh mana-mana ahli keluarga. Walaupun semangat akta ini bertujuan memelihara hak dan menjaga maruah golongan wanita, namun penggubalan Akta 521 tidak sekali-kali bertujuan untuk menggalakkan penceraian. Sebaliknya, perintah perlindungan yang diperuntukkan dalam akta ini dapat memberikan ruang untuk bertenang iaitu dengan izin, cooling of period kepada pasangan semasa berlaku pertelingkahan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dimensi keganasan rumah tangga masa kini semakin mencabar kerana ia tidak lagi terhad kepada keganasan fizikal. Kini, penderaan emosi dan psikologi mempunyai implikasi yang negatif terhadap mangsa. Oleh itu, ia harus dikategorikan sebagai sebahagian daripada keganasan. Selain itu, keganasan terhadap mangsa juga terjadi melalui pihak ketiga. Justeru, kementerian mengambil inisiatif untuk meminda akta ini bagi memperluaskan takrifan keganasan rumah tangga supaya turut merangkumi penderaan emosi, mental dan psikologi.

Tuan Yang di-Pertua, secara amnya pindaan akta ini meliputi 18 fasal utama.

Fasal 3 pindaan akta menyatakan dengan khususnya bahawa peruntukan Akta 521 hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan kanun keseksaan ataupun mana-mana undang-undang bertulis lain yang melibatkan keganasan rumah tangga. Pada masa ini, akta ini hanya dibaca bersama dengan peruntukan kanun keseksaan sahaja.

final • 5:11 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Keganasan rumah tangga yang berlaku pada masa ini bukan sahaja dilakukan oleh ahli keluarga, tetapi turut melibatkan pihak ketiga. Sehubungan dengan itu, fasal 5 pindaan akta ini turut melarang pelaku keganasan rumah tangga yang menerima perintah mahkamah daripada menghasut mana-mana orang lain untuk melakukan keganasan rumah tangga terhadap mangsa. Selain itu, fasal 5 juga memperuntukkan cara perintah perlindungan interim boleh diminta dan terhenti berkuat kuasa.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam fasal 7 pindaan baru turut menjamin perlindungan menyeluruh kepada mangsa terutamanya dari aspek keselamatan dengan memasukkan larangan tambahan kepada pemangsa keganasan rumah tangga daripada menghampiri atau memasuki tempat berlindung atau tempat selamat yang tidak dinyatakan dalam akta sedia ada.

Fasal 8 pula bertujuan untuk meminda seksyen 7 [Akta 521] untuk mewajibkan mahkamah melampirkan waran tangkap bersama dengan perintah perlindungan interim atau perintah perlindungan. Ia juga bertujuan untuk membolehkan seseorang pegawai polis untuk menangkap tanpa waran pelaku keganasan rumah tangga.

Fasal 9 pula bertujuan untuk memperluaskan tuntutan pampasan kepada mangsa keganasan rumah tangga untuk membolehkan mangsa membuat tuntutan pampasan bagi penderaan psikologi mahupun kecederaan emosi yang dialami.

Fasal 12 telah memasukkan seksyen baru 12A dan 12B dalam akta. Peruntukan asal hanya membenarkan mangsa sendiri untuk membuat permohonan interim protection order, dengan izin (IPO). Peruntukan baru ini diwujudkan bagi membolehkan permohonan untuk mendapatkan IPO iaitu dengan izin, interim protection order boleh dibuat melalui permohonan sebelah pihak sahaja sama ada oleh:

(i) pemohon itu sendiri;

(ii) peguam pemohon; dan

(iii) seorang pegawai kebajikan bagi pihak pemohon.

Walaupun pindaan baru ini melindungi mangsa keganasan rumah tangga, hak pelaku keganasan juga tidak dinafikan. Seksyen 12B memperuntukkan sekiranya pelaku keganasan rumah tangga tidak berpuas hati, mereka bolehlah membuat rayuan untuk memohon supaya IPO diketepikan oleh mahkamah dalam masa 14 hari dari tarikh perintah itu disampaikan.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 13 pindaan yang baru ini juga turut memudahkan urusan mendapatkan perintah perlindungan sama ada IPO ataupun protection order (PO) dengan izin.

final • 5:11 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Seksyen 14 dipinda bagi membenarkan permohonan IPO atau PO difailkan di mana-mana mahkamah tanpa mengira wilayah bidang kuasa mahkamah itu berada. Ini akan memudahkan pemohon ataupun mangsa mendapatkan bantun undang-undang. Oleh yang demikian mahkamah dikehendaki mendengar permohonan itu secepat mungkin.

Fasal 16 juga bertujuan untuk memudahkan proses penyampaian salinan perintah kepada pesalah. Pindaan seksyen 17 membenarkan mana-mana pegawai polis di mana pesalah tinggal tidak terhad kepada polis yang bertanggungjawab bagi daerah polis itu sahaja untuk menyampaikan salinan perintah kepada pesalah.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 17 [Akta 521] juga bertujuan untuk membenarkan supaya mahkamah lebih fleksibel dalam menetapkan mana-mana pegawai mahkamah dan tidak semestinya pendaftar untuk mengeluarkan perintah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 17 [Akta 521] yang sedia ada. Pindaan ini memudahkan penyampaian perintah perlindungan dan pemfailan bukti penyampaian perintah itu dengan mahkamah oleh pihak polis.

Fasal 18 pindaan baru ini juga turut memperuntukkan bahawa kesalahan keganasan rumah tangga merupakan satu kesalahan yang boleh tangkap.

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Fasal-fasal lain yang tidak dinyatakan secara khusus adalah merupakan pindaan kecil dan berbangkit. Sehubungan dengan itu saya menyeru kepada semua orang ramai supaya tidak teragak-agak untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya menjadi mangsa ataupun mempunyai maklumat berkaitan kes keganasan rumah tangga.

Cadangan pindaan kepada Akta 521 diyakini akan memberi keadilan kepada mangsa keganasan rumah tangga. Di samping itu pindaan akta ini juga dapat memberi peluang kepada mangsa untuk mendapatkan pembelaan, perlindungan dan perhatian pihak berkuasa yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah pun membantu dalam memungkinkan kepada pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang- undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 5:20 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya membahaskan akta untuk meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya hendak ucapkan tahniah kepada kementerian kerana isytihar yang dilaksanakan oleh kementerian ini amat baik. Kalau berbandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia memang jauh lebih maju dari negara- negara lain. Misalnya kita ada kementerian khususnya mengurus hal ehwal wanita dan keluarga, begitu juga Akta Keganasan Rumah Tangga, di mana Malaysia sudah mempunyai Akta Keganasan Rumah Tangga semenjak tahun 1994 lagi. Malah Malaysia merupakan antara negara yang berani membuat dasar 30 peratus wanita menduduki pembuat keputusan berbanding dengan negara-negara lain. Baru-baru ini kita telah pergi seminar di negara luar. Negara kita jauh lebih maju. Kalau kita perhatikan dari segi pembentukan kementeriannya dan hal-hal lain yang telah diperkongsikan dengan negara.

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga, ini telah membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menangani kes keganasan rumah tangga. Isu keganasan rumah tangga ini sentiasa berlaku dan akan terus berlaku dari semasa ke semasa sebabnya keganasan rumah tangga bukan sahaja dari segi fizikal, malah juga termasuk penderaan psikologi. Di harapkan kalau ianya diluluskan sehinggakan ianya menyebabkan mangsa hilang kawalan. Jadi sebab itu kita mengharapkan supaya kes seperti ini boleh berkurangan. Jadi kita hendak menyedarkan ramai di kalangan wanita dan kanak-kanak untuk mengetahui apakah di antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan atau boleh dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga.

Jadi baru-baru ini saya dan rakan-rakan ahli Parlimen dari sebelah sana Yang Berhormat Bukit Mertajam, dari Bebas sama-sama menghadiri seminar di New Delhi di India yang berhubung dengan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Di situ kita mendengar amalan terbaik dari negara-negara lain termasuk di Malaysia sendiri di mana kita perlu kongsikan. Jadi kita membincangkan apakah di antara faktor yang boleh menyumbang ke arah berlakunya keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak ini. Jadi dari perkongsian kami didapati di antara penyumbangnya menyumbang berlaku kepada keganasan ini secara menyeluruh di antara seperti faktor ekonomi keluarga yang ada di antara mereka gaji terlalu rendah sehingga berlaku tekanan emosi kepada si suami.

final • 5:23 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Jadi apabila berlaku tekanan emosi seperti ini, anak isteri menjadi mangsa, menjadi tempat untuk melepaskan kemarahan ataupun melepaskan perasaan tertekannya.

Cara melepaskan tekanan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara sama ada dengan memukul ataupun melakukan seks kepada kanak-kanak. Di antara faktor juga disebabkan oleh amalan agama dan budaya. Di mana ada di antara wanita yang percaya bahawa mereka terpaksa menyerah apa sahaja yang berlaku kepada faktor bangsa dan agama.

Kalau kita mengkaji agama Islam, ianya memberi keistimewaan kepada wanita oleh si suami. Namun masih ada juga di kalangan wanita menerima hakikat bahawa apa yang berlaku kepada mereka ialah kehendak agama dan budaya mereka. Misalnya adanya wanita yang keluar dari rumah sekejap pergi ke kedai tanpa izin suami, dan ada suami yang terus memukul isteri kerana marah kepada tidak meminta izin dan si wanita menerima hakikat bahawa itu adalah kesilapannya sendiri.

Jadi mereka tidak menganggap itu sebagi satu keganasan rumah tangga dan kita mahu menyedari wanita bahawa ini adalah satu salah laku keganasan rumah tangga yang dilakukan kepada mereka. Ia tidak harus dilakukan. Jadi kita mengharapkan di antara wanita dan kanak-kanak menyedari perkara ini dan kita juga hendak tahu kenapa perkara ini berlaku dan kita perlu mengkaji perkara ini. Mungkin ramai di antara kita yang melihat dari segi bilangan wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Apa yang kita tidak nampak ialah kesannya dari segi ekonomi negara. Wanita adalah penentu kepada ekonomi dunia, penentu dari segi ekonomi di dalam keseluruhan dunia ini. Misalnya wanita bekerja di Malaysia ramai sekali dan mereka juga menjadi usahawan wanita. Kalau kita dengar pagi tadi Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengatakan 2,680 usahawan wanita yang berjaya di negara ini. Jadi kesemua mereka ini menyumbang ke arah ekonomi negara.

Misalnya dari segi pembentukan ataupun pembinaan washing machine, dengan izin.

Kebanyakan survey dilakukan melalui keperluan wanita kerana ramai yang menganggap wanita yang menjadi penentu, maka mereka hendak mengetahui apakah design yang lebih sesuai yang diminta oleh wanita. Jadi ini adalah salah satu sahaja perkara yang boleh menyumbang kepada ekonomi negara.

Jadi kita tidak dapat memandang ringan kepada peranan wanita dalam menyumbang ke arah ekonomi negara. Jadi sebab itu kalau kita bayangkan sekiranya ramai wanita yang produktif ini juga menjadi mangsa keganasan rumah tangga, apa akan berlaku kepada operasi sesebuah organisasi dan juga produktiviti organisasi tersebut?

final • 5:23 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Begitu juga dengan ekonomi negara. Kalau wanitanya tertekan, sakit, tidak dapat bekerja, tidak dapat membuat kerja, maka ekonomi negara juga menerima implikasinya. Di sini ingin juga saya berkongsi di antara perkara yang kami bincangkan semasa kami menjalankan woksyop di New Delhi. Kita juga mengkaji apakah faktor yang menyumbangkan kepada keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak yang dilakukan di tempat awam.

Kita telah mengkaji bahawa ada di antaranya disebabkan oleh di kawasan tempat awam ini gelap, tidak mempunyai cukup prasarana dari segi elektrik atau lampu jalan tidak ada. Maka apabila berlakunya keadaan seperti ini ia juga boleh menyumbang ke arah keganasan ataupun berlakunya seks di kawasan gelap seperti ini. Kanak-kanak yang didera, anak-anak ataupun wanita yang digolongkan di kalangan OKU, apabila mereka berjalan tidak diketahui oleh keluarga, jadi di situlah ada orang yang tidak bertanggungjawab menjadikan mereka ini menjadi mangsa keganasan. Jadi, kita mengharapkan, dan sebabnya di sinilah, walaupun kita membincangkan mengenai Akta keganasan Rumah Tangga (Pindaan) ini tetapi kita perlu melihatnya dari segi keseluruhan.

Oleh sebab itu kita memerlukan apa yang kita sering kali kemukakan mengenai gender responsive budget ini.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Batang Sadong...

final • 5:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Okey, bagi...

final • 5:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh saya mencelah di sini?

Selalunya Tuan Yang di-Pertua, apabila merujuk kepada keganasan rumah tangga, lelakilah yang dipersalahkan. Selalunya, tidak mesti semua. Selalunya... Akan tetapi macam Yang Berhormat Batang Sadong nyatakan di awal ucapannya, isteri hendak keluar rumah kena minta izin suami. Itu agama kerana isteri keluar tanpa izin suami, suami jadi marah Tuan Yang di-Pertua. Mungkin agaknya berlaku pertengkaran. Agaknya, sedikitlah kekasaran berlaku. Ini kita bercakap tentang rang undang-undang. Jadi macam mana hendak diukur, itu satu.

Tuan Yang di-Pertua, hubungan suami isteri ini rahsia masing-masing. Kemahuan, kekuatan, keganasan, selera masing-masing Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] Suami hendak, faham sahajalah, faham sahajalah Tuan Yang di-Pertua. Isteri tidak bagi, marah suami. Timbul pergaduhan, timbul pertengkaran. Ini hendak disalahkan siapa Tuan Yang di- Pertua? Itu sebab soal rumah tangga ini soal rahsia masing-masing. Soal nafsu ini soal suami isteri. Kalau suami pula tidak memberi nafkah batin, itu sudah penyeksaan kepada isteri. Begitu juga kalau si isteri tidak menyerahkan batinnya... [Ketawa] Apa itu Tuan Yang di-Pertua, betul perkataan itu? Betul perkataan itu? Payahlah, payah betul hendak bercakap Melayu ini yang berselindung, “Iso ngomong Jowo.” Jadi, kalau perkara-perkara macam itu berlaku, di manakah letaknya di dalam rang undang-undang ini? Seperti mana yang saya katakan tadi Yang Berhormat Batang Sadong, asal ganas lelaki. Okey, okeylah! Pasal lelaki itu tubuhnya kuat, itunya kuat, ininya kuat. Minta sedikit penjelasan.

final • 5:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Saya hendak berterima kasihlah kepada Yang Berhormat Sri Gading kerana mempunyai minat untuk bertanya dan mengambil bahagian.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Minat betul...

final • 5:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Dalam perbahasan ini. Pertama tadi, Yang Berhormat Sri Gading bertanya mengenai kita sedikit-sedikit..., kita menyebabkan orangnya yang kita salahkan ialah lelaki. Ini tidak semestinya, kalau si isteri keluar dari rumah tanpa izin suami kalau suami kebetulannya tidak ada di rumah, terus kita menyeksa isteri dengan memukul. Ada caranya kalau kita hendak menegur. Itu yang saya rasa dalam Islam pun tidak ia menyatakan harus dipukul si isteri kalau dia berlaku begitu, kalau sudah terpaksa keluar dari rumah. Apa lagi kalau si suami tidak memberi belanja nafkah di rumah. Jangan lagi cerita yang lain. Jadi, kita tidak semestinya hendak menyalahkan lelaki semuanya.

Cuma di sini kita mesti melihat dari sudut practicality lah sebab apa lagi kalau kita melihat pada keadaan terkini. Keadaan-keadaan pada masa kini, ramai wanita, saya sendiri terpaksa keluar dari rumah bekerja. Kalau kita hendak tunggu suami ada di rumah hendak memberitahu dia, tunggu suami datang dekat rumah baru hendak turun, bila masa kita hendak berkhidmat? Akan tetapi oleh sebab suami pun sudah memahami keadaan kita sekarang. Apa yang kita bincangkan di sini ialah mengenai keganasan di mana ia telah melampaui batasan di mana si suami langsung tidak mahu memahami dan juga di sini bukan sahaja mengenai suami. Kita juga bercerita mengenai kanak-kanak di sini.

Jadi, secara rumusannya Yang Berhormat Sri Gading, saya mengharapkan Yang Berhormat Sri Gading akan terlibat dalam perbahasan nanti. Kita hendak mendengar apa yang diluahkan oleh rakan Yang Berhormat yang lelaki, mewakili kaum lelaki dan juga boleh melihat apakah perasaan lelaki terhadap wanita yang mungkin di antara wanita yang malanglah di Malaysia ini. Kita tidak mahu Malaysia ini dikerumuni oleh orang-orang yang suka menjadikan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa.

Saya percaya Yang Berhormat Sri Gading, Tuan Yang di-Pertua sendiri dan ramai rakan Ahli Yang Berhormat di sini apabila kita mempunyai keluarga, isteri dan anak-anak kita, kita mahu mereka hidup dalam keadaan aman, bahagia. Itu yang kita hendak. Jadi, biarlah kita di sini, di dalam Dewan yang mulia ini menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana. Kita hendak mendengar apa yang disuarakan oleh rakan-rakan Yang Berhormat terutama sekali dari golongan lelaki. Ini kerana kita wanita pun kita hendak tahu. Kita tidak mahu Ahli Parlimen wanita di sini dikatakan kita hanya mementingkan kita sendiri. Jadi, sama-sama kita mengimbangkan pendapat kita masing-masing.

final • 5:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya hendak nyatakan mungkin kementerian ingin menimbangkan di sini ialah ada beberapa negara di luar sana telah menubuhkan apa yang dinamakan dengan izin, Majlis Violence Against Women and Children. Mungkin kalau wujudnya majlis seperti atau pun mungkin sudah wujud, kita tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini. Kalau diwujudkan majlis seperti ini, ia boleh menjadi satu badan yang khusus memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang melibatkan mangsa keganasan dan juga mungkin mereka boleh memikirkan cara-cara yang terbaik untuk melindungi mangsa-mangsa ini. Malah ada di antara negara mempunyai mahkamah khususnya untuk wanita.

Saya tidak pasti kalau ia satu projek yang feasible dengan izin. Kalau ia tidak feasible untuk mempunyai satu police station dengan izin yang menangani masalah seperti ini, mungkin bergantung pada kependudukan kita. Akan tetapi memadailah kita memang mempunyai satu kumpulan di police station, dengan izin, di mana kita memang ada orang- orang yang terlatih dalam hal-hal seperti ini.

final • 5:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Apa yang saya tahu melalui perbincangan kita dengan pihak polis dan dengan pihak-pihak yang tertentu yang menangani masalah-masalah keganasan rumah tangga ini, saya rasa kita masih kekurangan pakar-pakar. Jadi, saya mengharapkan adanya kita memperuntukkan kewangan dalam bajet kita, sebab itu kami dari Kokus sentiasa menyeru supaya kita memberi perhatian kepada bajet responsif, gender responsive budgeting, dengan izin. Kita mengharap agar kali ini apabila dibentangkan bajet kali ini, ia menjurus kepada perkara-perkara seperti ini kerana apabila saya berbahas tadi bila diminta laluan oleh Yang Berhormat Sri Gading, saya menyentuh mengenai tempat-tempat di mana kawasan-kawasan masih lagi tidak mempunyai lampu jalan. Ini boleh menyumbang kepada perkara seperti ini.

Apa kata kalau kita memperuntukkan peruntukan kita, beri keutamaan kepada tempat-tempat seperti ini, sekarang ini juga kita telah memberi keutamaan kepada CCTV.

Ini satu petunjuk yang baik di mana kita memberi perhatian kepada masalah-masalah keganasan ataupun masalah-masalah kecurian. Jadi, gender responsive budgeting yang kita seru selama ini adalah menjurus kepada perkara seperti ini supaya ianya boleh membantu kita mengurangkan masalah keganasan seperti ini, masalah wanita dan juga kanak-kanak dijadikan mangsa. Jadi, kita mengharapkan agar adanya, wujudnya, majlis keagamaan seperti ini agar kita dapat mewujudkan satu masyarakat yang lebih merasa selamat apabila berjalan terutama sekali wanita dan kanak-kanak.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyarankan agar di sini kita mempergiatkan lagi program-program dari segi kesedaran dalam hal-hal keganasan rumah tangga, program dari segi keselamatan untuk wanita dan kanak-kanak terutama sekali gadis-gadis remaja dan juga dari segi kesedaran program keagamaan untuk mereka menyedari dan mengetahui bahawa tidak semestinya apabila kita keluar rumah sedikit tanpa izin suami, boleh dipukul, boleh didera. Jadi, kita mahu memberi sebanyak-banyak ilmu kepada wanita kita supaya mereka mengetahui tempat mereka.

final • 5:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Batang Sadong. Mungkin Yang Berhormat Batang Sadong boleh mengambil peluang ini menjelaskan kepada semua Ahli terutama Yang Berhormat Sri Gading, tidak ada apa-apa alasan boleh diterima oleh seseorang isteri dipukul atau mana-mana individu dipukul. Tidak ada alasan boleh diterima.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini bukan soal pukul, ini saya cerita soal agama.

final • 5:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi, tidak ada alasan boleh menggunakan keganasan.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

You agama lain, kita agama Islam, tanyalah ustazah-ustazah PAS.

final • 5:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mungkin Yang Berhormat boleh perjelaskan.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya bercerita tentang hukum tetapi tidaklah semua orang pula dia pukul isteri dia keluar rumah tanpa izin ini, tidak tetapi hendak menceritakan. Saya rasa semua lelaki sini tidak akan pukul isteri dia keluar tanpa izin, minta izin ini pun boleh sekali seumur hidup, “abang, kalau saya ada keluar, abang izinkan”. Ya, kebanyakan suami akan kata, “awak kalau ada keperluan, silalah keluar”.

Diberi izin, ini saya cerita hukum.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Okey, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya percaya Yang Berhormat Sri Gading ini seorang suami yang baik.

final • 5:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Batang Sadong, sikit sahaja. Maaf kakanda Sri Gading, saya terpaksa bangun sebab apabila hukum dikaitkan. Saya dengan tegas mengatakan di sini, hatta dari segi hukum pun tidak boleh pukul. Kebetulan, Yang Berhormat Batu Gajah ini pun belajar di Universiti Islam, dia belajar undang-undang Islam, kebetulan. Akan tetapi saya hendak mengatakan di sini, tidak boleh, melainkan, saya rasa tidak boleh. Itu saya tekankan dengan tegas.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Memang betul, tidak boleh tetapi kadang-kadang fasal pertengkaran, apabila bertengkar.

final • 5:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya, mungkin sebabnya emosi tetapi bukan sebab hukum.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya, itu dia.

final • 5:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya, tetapi sebabnya bukan hukum, mungkin sebab lain.

final • 5:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Memang dalam Islam pun tidak menggalakkan kita pukul isteri kita, yang dipeluk cium kenapa pula dipukul?

final • 5:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Ketawa]

final • 5:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Sri Gading, terima kasih juga Yang Berhormat Balik Pulau.

Memang tadi Yang Berhormat Sri Gading mengatakan ia melibatkan apabila ia menjadi emosi. Cuma kita tidak mahu ini menjadi satu amalan kepada mana-mana pihak. Saya amat menghargai apa yang disuarakan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain. Dari sinilah kita menjadi role model, dengan izin, kepada mereka yang di luar sana supaya kita, tadi saya menyentuh mengenai ajaran supaya kita sentiasa melebihkan peruntukan untuk mengadakan program-program seperti ini.

final • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Batang Sadong. Saya hendak bertanya, biasa kita dengar apabila kedua suami isteri itu bercerai, maka masalahnya anak. Isteri hendak anak itu, suami pun hendak anak itu, apabila berlaku pertengkaran, jadi pergaduhan besar sehingga salah satunya akan membawa ke mahkamah. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Batang Sadong supaya perceraian ini kita boleh elakkan dari apa juga dalam rang undang-undang yang kita pinda ini boleh diimplikasikan. Sekian terima kasih.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat.

Jadi, sebab itulah saya rasa inilah di antara sebabnya undang-undang ini, akta ini dipinda untuk mengetatkan lagi, untuk memberi lebih perlindungan kepada si mangsa. Kalau dari segi perceraian tadi, itu memang adalah pilihan peribadi cuma dari awal tadi saya menyatakan faktor-faktor di antara yang menyumbang ke arah keganasan rumah tangga ini adalah disebabkan oleh faktor ekonomi, ada juga kerana apabila tertekan, emosi orang itu menjadi lebih tertekan, sebab itulah berlaku seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading, berlakulah masalah keganasan tersebut dilakukan.

Jadi, dari apa yang kita bincangkan di sini, kita boleh lihat bahawa apa yang boleh menyumbang kepada perkara seperti ini adalah di antaranya ialah orang yang memerlukan ilmu pengetahuan yang lebih supaya mereka dapat mengawal diri dari segi emosi, boleh menjustifikasikan kenapa ianya boleh bertindak seperti itu.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat rakan-rakan yang lain yang telah menyumbang ke arah berkembang majunya kita berbincang di sini, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan saya amat menyokong pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga ini supaya ianya boleh membantu kita untuk melindungi mangsa-mangsa keganasan rumah tangga. Dengan itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sokong apa yang sudah dicadangkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong mengenai majlis mengurangkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Ini telah pun diwujudkan di Australia dan akan juga diwujudkan di banyak negara. Saya rasa negara Malaysia ini kita sudah cukup maju untuk menangani masalah ini dengan mewujudkan majlis ini. Keganasan terhadap wanita dan juga kanak-kanak yang punca asasnya ialah di mana di antara wanita dan lelaki mempunyai kuasa yang tidak seimbang. Lelaki selalunya di kedudukan yang berkuasa, di rumah dia menjadi household head seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading bahawa isteri hendak keluar mesti tanya keizinan.

Sebenarnya isterinya sudah dewasa, kalau anak di bawah 16 tahun, kita hendak jaga dia.

final • 5:48 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi kita hendak dia beritahu mana dia pergi supaya kita tahu kalau ada apa-apa berlaku kepada dia kita boleh cari dia dan tolong dia. Akan tetapi untuk isteri memang sudahlah dewasa dan saya rasa wanita dan lelaki pun ciptaan Tuhan. Mereka dicipta berlainan.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

[Bangun]

final • 5:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Akan tetapi maksudnya...

final • 5:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Bukit Mertajam celahan, ingin bertanya.

final • 5:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

...Tidak diberi hak yang sama.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Bukit Mertajam. Kalau suami dia keluar rumah lama tidak beritahu, isteri rasa marah tidak? Saya ingin bertanya.

final • 5:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Itu berlainan dengan mesti tanya, keizinan.

Yang tadi...

final • 5:50 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Sama juga kedudukan isteri yang keluar rumah kena minta pada suami. Minta kebenaran suami, kena bagi tahu.

Kedudukan yang sama. Jangan bias.

final • 5:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kalau mereka sudah ada satu persetujuan.

Kalau abang keluar, tanya izin dulu ya. Kalau isteri keluar tanya - diverse nya pun sama.

Jadi okeylah. Itu perjanjian di antara sepasangan. Akan tetapi ini bukan undang-undang ataupun jangan gunakan agamalah. Saya rasa agama hanya untuk menjadi guideline supaya semua orang hormat menghormati di antara satu sama lain khasnya isteri dan suami.

final • 5:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini...

final • 5:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dan ini adalah gender inequality adalah sebab yang utama yang menyebabkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, ia ini adalah penyelesaian long term ialah untuk...

final • 5:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Bukit Mertajam...

final • 5:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya, akan bagi nanti. Secara long term kita hendak kurangkan gap di antara lelaki dan wanita. Ya Yang Berhormat Padang Serai.

final • 5:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya pun tadi Yang Berhormat Bukit Mertajam kata, saya rasalah tadi yang dikatakan kena minta izin, kadang-kadang seorang lelaki itu bila dia lelakilah, lelaki itu bila dia keluar rumah dia akan beritahu isterilah. Beritahulah. Saya pergi tempat ini, saya pergi sekian, saya pergi kedaikah, main bolakah. Mungkin tarif itulah, mungkin the understanding between beritahu, dan minta izin.

Jadi seorang isteri pun dia juga perlu kadang-kadang keluar dia beritahu sahajalah, bukan minta izin. Saya ingat itu memadai. Akan tetapi saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam dan juga Yang Berhormat Batang Sadong kerana kebelakangan ini masalah keganasan terhadap rumah tangga ini adalah terlalu kerap dan saya hendak mengatakan di sini sebagai seorang lelakilah.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Sri Gading you tidak setujukah?

final • 5:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Ketawa] Samalah setuju. Akan tetapi Yang Berhormat Sri Gading, saya pemikiran saya berbeza sikitlah. Saya hendak katakan bahawa jenayah keganasan rumah tangga ini kebanyakannya pada penglihatan saya lebih daripada 75 peratus penyebabnya adalah lelakilah. Lelaki memainkan faktor ataupun satu ruang yang begitu besar dalam masalah wanita dan kanak-kanak ini.

Saya pun merasakan bahawa sudah tiba masanya kita perlu mendidik semua orang, lelaki, kanak-kanak semua ini. Khususnya kebelakangan ini apabila saya menghadiri satu konvensyen, ini untuk Yang Berhormat Bukit Mertajam, konvensyen yang dihadiri sama. Kita dengar hujah-hujah dan saya telah berhujah bahawa untuk menangani masalah keganasan terhadap wanita ini mesti melibatkan lelaki.

Ini kerana apa sahaja yang dibuat itu misalannya dalam Parlimen ini lebih daripada 75 peratus Ahli-ahli Parlimen adalah lelaki. Jadi kalau lelaki terlibat dalam masalah menangani keganasan rumah tangga ini maka mungkin kita akan dapat satu pencapaian yang lebih cepat. Jadi itulah saya Yang Berhormat Bukit Mertajam. Tidak apalah mungkin saya tidak sempat berucap itulah saya hendak kongsi samalah. Itu sahaja.

final • 5:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Okey, terima kasih, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua saya mengalu-alukan untuk meminda Akta Keganasan Rumah Tangga ini. Ini memang sudah diminta-minta banyak tahun. Oleh kerana ada kelemahannya. Pada seksyen 2 yang idea menambahkan supaya dia menambahkan penderaan psikologi termasuk sebagai keganasan rumah tangga. Walaupun saya berpendapat psikologi memang merupakan salah satu caranya untuk mendera orang lain. Akan tetapi ini adalah susah untuk membuktikan khasnya pada waktu sekarang kerana kita kekurangan pakar psikologi. Kita mesti memberi pertimbangan sama ada kita boleh melaksanakan rang undang-undang ini atau tidak. Kalau secara psikologi penderaan psikologi.

Jadi saya hendak meminta supaya kita berfikir bagaimana hendak melaksanakan rang undang-undang ini.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 5:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Sedikit sahaja Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya pohon pandangan kerana isu yang dibangkitkan amat penting. Kebetulan. Sebenarnya pandangan bahawa isu keganasan rumah tangga ataupun isu kekeluargaan ini bukan sahaja isu perundangan malah merupakan isu psikologi adalah satu pandangan yang telah sekian lama saya yakin di dalam negara ini.

Ada pandangan yang mengatakan mungkin di peringkat ini perlu diadakan satu mungkin badan arbitrasi ataupun arbitration, family arbitration yang mana yang akan mengendalikan isu-isu keganasan rumah tangga ini bukanlah merupakan satu isu perundangan semata-mata. Ini kerana adalah dikaitkan isu psikologi. Tuntutannya adalah berlaku adil juga kepada kedua-dua pihak.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Mungkin saya rasa satu dengan izin, family arbitration yang mana diwakili bukan sahaja orang undang-undang, pakar psikologi, pakar keagamaan yang bersesuaian dengan kes-kes yang sewaktu dengannya. Apa pandangan.

final • 5:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Memang itu cadangan yang baik. Selain daripada undang-undang ini kita memerlukan satu mekanisme untuk menggalakkan supaya mangsa-mangsa ini dapat tampil ke depan untuk mencari penyelesaian ataupun tampil ke depan untuk mendapatkan bantuan.

Walaupun sekarang kita ada undang-undang seperti ini tetapi dia banyak masalah.

Ini kerana ramai isteri-isteri yang tidak bekerja dan yang bekerja sebagai di rumah bekerja sebagai suri rumah, tidak ada berpendapatan. Mereka bergantung kepada suami untuk menampung kehidupan mereka dan juga menjagakan anak-anak mereka.

Jadi susah untuk mereka untuk tampil ke depan ataupun mencari bantuan. Pergi ke balai polis untuk buat laporan terhadap suami mereka. Ini merupakan satu perkara yang kurang elok dilihat oleh kawan-kawan dan juga saudara mara. Inilah sebabnya kalau bukan sehingga satu tahap yang sangat serius yang mengancamkan nyawa biasanya isteri-isteri ini tidak sudi pergi melaporkan kepada polis. Jadi saya rasa kita – akta ini untuk menjadikan keganasan terhadap isteri dan kanak-kanak ataupun ahli keluarga sebagai satu kelakuan yang salah. Ini ada baik kerana ini memberikan satu mesej. Ini adalah tidak betul dan ini boleh dihukum. Saya juga mengalu-alukan kerana sekarang dia boleh ditangkap, seterusnya dia boleh ditangkap oleh polis.

Pada waktu sekarang ramai polis dia juga lelaki juga. Dia sependapat dengan Yang Berhormat Sri Gading bahawa ini perkara rumah tangga. Jangan – sabarlah. Dia selalu nasihatkan sabarlah. Pergi balik cakap baik-baik dengan suami.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Bukit Mertajam salah faham sama Yang Berhormat Sri Gadinglah.

final • 5:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kalau bukan ini bagus. Bukan pendapat macam itu, ya.

final • 5:50 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi kita harus mengadakan satu mekanisme di Community Coordinated Respond supaya satu komuniti itu ada satu jawatankuasa ataupun ada satu kumpulan yang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa yang duduk di sana sama ada suaminya dikasari pun akan diberikan bantuan tetapi kebiasaannya isteri yang dikasari. Kalau ia boleh dijadikan satu mekanisme seperti ini, saya rasa dia akan membantu ramai mangsa dan akan mendapat bantuan. Oleh itu saya mengalu-alukan bahawa ia menjadi satu kesalahan yang boleh ditangkap.

Saya juga mengalu-alukan pindaan di mana pada waktu sekarang bahawa si mangsa tidak boleh memohon Interim Protection Order terhadap diri sendiri, ia mesti bagi pihak polis ataupun wakil kebajikan dan kalau isteri tersebut mampu hendak membuat permohonan pada waktu sekarang tidak boleh, dengan pindaan ini isteri yang mampu berbuat sedemikian boleh berbuat sedemikian. Akan tetapi saya rasa kalau ia boleh ditetapkan sebagai satu prosedur civil, ia akan menjadi lebih mudah jika menggunakan Criminal Procedure Code kerana criminal mesti membuktikan prosedurnya lebih rumit. Jadi saya rasa kalau kita boleh menetapkan bahawa ini boleh dijadikan sebagai civic civil procedure, mangsa keganasan itu dia akan dapat memohon IPO itu. Saya rasa dia akan lebih elok.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batang Sadong, keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak mempunyai kos dan kos ini secara ekonomi, kalau wanita selalu dikasari dia tidak dapat pergi bekerja dan tidak dapat menjaga anak-anaknya, absentee ini ialah satu kos, kehilangan produktiviti. Kalau dia dicederakan dan harus mendapatkan rawatan, jadi rawatan itu adalah satu kos. Ada kos yang tidak dapat dilihat iaitu kos kepada sosial, psikologi kepada anak-anaknya kerana anak-anak yang melihat keganasan sedemikian apakah kesan kepada mereka dan mungkin akan ada kesan yang buruk terhadap mereka, inilah kos yang tidak dapat dilihat.

final • 6:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Di Australia sudah dikira pada setiap tahun kos kerana keganasan rumah tangga ini melibatkan 13.6 bilion Dollar Australia dan ini merupakan satu angka yang besar, jadi kita hendak mencegahnya. Sekarang kita adalah merawat, apabila ia sudah berlaku kita cuma hendak tengok berapa, bagaimana hendak how to save it, how to create it, how to heal, tetapi ini merupakan satu cara yang kurang efektif, yang lebih efektif, lebih baik ialah mencegahnya daripada berlaku dan untuk mencegahnya daripada berlaku adalah penting bahawa sama ada wanita ataupun lelaki mesti saling menghormati, have a respectful relationship, jangan apabila marah pun janganlah sampai melakukan keganasan dan kita mesti lebih bertamadun, we must more civilized supaya kita tidak memukul orang khasnya mereka yang lebih lemah daripada kita, kalau hendak berlawan lawanlah dengan yang ...

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

...Yang sama saiz ataupun lebih saiz, jangan mengasari kaum wanita dan kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, di sini ada dikatakan apabila menerima permohonan IPO, jadi mahkamah mesti secepat mungkin mendengar permohonan tersebut. Saya memohon supaya...

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat...

final • 6:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Secepat mungkin ini...

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Sebelum pergi...

final • 6:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Nanti, nanti, secepat mungkin ini ditetapkan kerana seorang hakim mungkin secepat mungkin ialah satu hari dan pada lain satu minggu kepada seorang hakim yang dia mempunyai banyak kes, mungkin satu bulan dia sudah secepat mungkin, tetapi untuk mangsa keganasan seperti ini khasnya di dalam kes yang serius, selalunya kalau ia mengancam nyawa, saya rasa hari tersebut pun mesti didengari.

Jadi saya berharap agar ditetapkan satu time frame, ya.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat, perbincangan kepada Yang Berhormat Balik Pulau, adakah Yang Berhormat bercadang kepada pihak kementerian supaya lebih memperkasakan kaunseling daripada punitive action, domestic violence ini juga, keganasan rumah tangga ini, lebih baik kalau kita memperkasakan dari segi keagamaan ataupun dari segi kaunseling ataupun pendekatan-pendekatan yang halus, yang soft approach rather than punitive action.

Adakah Yang Berhormat bercadang supaya..., saya lihat pada ketika ini kementerian tidak begitu berkesan untuk memberi khidmat kepada masyarakat-masyarakat yang terdedah kepada..., keganasan ini berlaku kepada masalah-masalah yang mungkin disebabkan kesempitan, kemiskinan dan masalah-masalah sosial yang lain. So, Yang Berhormat mungkin boleh mencadangkan kepada pihak kementerian agar memperkasakan lagi kepada kaunseling.

final • 6:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Kalau kita hendak menggunakan cara yang lebih efektif ialah dengan meningkatkan kedudukan wanita supaya mereka dapat berdikari dan tidak bergantung kepada kaum lelaki ataupun suaminya sahaja yang menjadi breadwinner. Kalau isteri pun dapat mencari pendapatan, jadi mungkin keadaan ekonomi dan masalah ekonomi ini akan dikurangkan dan keganasan ini ia bukan di bawah undang- undang, apa juga keadaannya ia tidak boleh...

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

[Bangun]

final • 6:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Menjadi satu alasan untuk mengasari orang lain kerana mengapa suami, nanti ya. Suaminya mengapa tidak mengganasi orang di kedai kopi atau orang di jalan raya, tetapi dia balik rumah mengasari ahli-ahli keluarganya, isterinya ataupun anak-anaknya. Ini kerana dia rasa dia lebih superior daripada isteri ataupun anak-anaknya...

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Bagi jalan.

final • 6:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dia tidak ada respect ataupun kesaksamaan, dia tidak melihat mereka sebagai...

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Boleh...

final • 6:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Equal partners.

final • 6:00 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Okey, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua ini hanya hendak menyahut kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi. Bagaimana pandangan Yang Berhormat kalau saya cadangkan pendapat Yang Berhormat, ada negara-negara di mana suami menjadi suri rumah, suami memasak, suami menjaga anak kerana isterinya mendapat pendapatan yang lebih daripada suami, bermakna rolenya telah terbalik. Jadi adakah cadangan Yang Berhormat tadi menjurus ke arah itu dan kemungkinan, dengan harga bayaran kepada pembantu rumah pada hari ini telah meningkat, adakah ini berkemungkinan, adakah ini mendapat persetujuan Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 6:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Saya rasa ketidaksamaan di antara kedudukan di antara lelaki dan perempuan menjadi punca utama ialah there is a decision of job mengenai gender, selalunya model sekarang ataupun dari dahulu sampai sekarang ialah lelaki keluar bekerja mencari rezeki dan wanita duduk di rumah. Akan tetapi dengan kemajuan pada masa sekarang lebih ramai wanita di universiti.

final • 6:00 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi, ia sudah berubah. Model ini pun sudah berubah. Ramai wanita sudah keluar bekerja dan ada wanita, segelintir sahaja lah, yang berpendapatan lebih tinggi daripada suami mereka. Jadi, saya rasa ini adalah untuk pasangan itu untuk berunding apakah model mereka, sama ada seorang hendak duduk di rumah menjaga anak. Siapa yang lebih sesuai, itu adalah bergantung pada keputusan mereka, persetujuan antara pasangan.

Akan tetapi saya rasa kita ini boleh lebih maju sekarang supaya kita jangan memandang rendah kepada lelaki yang dia choose, dia pilih untuk duduk di rumah menjaga anaknya. Itu pun satu karier yang sangat dihormati..., jaga anak-anak dan membesarkan anak-anak.

Ini adalah seperti wanita yang sekian lama telah mengorbankan karier sendiri untuk membesarkan anak. Itu merupakan satu karier yang sangat great, yang sepatutnya dihargai. Jadi perhubungan di antara suami isteri, lelaki dan wanita adalah berubah mengikut masa. Jadi, saya boleh terima, kita sama-sama terima sama ada lelaki keluar bekerja atau lelakinya sendiri membuat pilihan untuk tidak keluar bekerja. Ini merupakan satu pilihan yang bukan semua lelaki boleh buat pilihan seperti itu dan bukan semua wanita boleh buat pilihan seperti itu. Ini kerana banyak keluarga yang memerlukan dua pendapatan untuk menampung rezeki.

Jadi di sini juga ada penyampaian IPO itu. Itu selalunya menjadi masalah sekarang kerana pihak polis kata tidak dapat cari suami. Si pelaku keganasan itu telah menghilangkan diri, tidak dapat menyampaikan IPO. Akan tetapi dia terus mengganggu isterinya. Jadi dengan perubahan ini ataupun pindaan ini, saya harap masalah ini dapat diselesaikan. Akan tetapi di sini pun ia tidak kata satu time frame. Ia kata kalau pihak polis menyampaikannya sebanyak tiga kali, kalau selepas tiga kali cubaan pegawai yang berkenaan masih tidak dapat menyampaikannya, dia mesti buat permohonan bertulis pada mahkamah dengan dia boleh serve dengan cara yang lain. Ini dialu-alukan tetapi ia juga tidak ditetapkan untuk mahkamah membuat keputusan.

Saya harap ia boleh ditetapkan. Ia mesti dibuat dalam berapa hari selepas IPO dikeluarkan. Ini kerana dalam kes seperti ini, selalunya ia sangat urgent. Isteri sampai tidak tahan lagi dipukul, diganasi dan merasa nyawa diancam, baru lah dia memohon IPO, protection order ini. Kalau order ini tidak berkesan, tidak disampaikan...

final • 6:10 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

[Bangun]

final • 6:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Dan tidak boleh dihentikan pesalah laku itu, jadi IPO ini tidak guna juga.

final • 6:10 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 6:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi saya berharap...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Belakang, Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Boleh?

final • 6:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ya, okey.

final • 6:10 PM

Datuk Hajah Norah Abd. Rahman - Tanjong Manis

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya amat tertarik dengan apa yang telah dibincangkan di sini.

Yang mustahak selalu kita lihat keganasan yang nampak dengan mata. Keganasan yang silent, yang tidak nampak dengan mata, yang mana kita mendapat juga keluarga yang mana suaminya keluarga yang berada, position yang tinggi dan telah memberikan isterinya nafkah yang tidak mencukupi, tidak mencederakan isterinya dan meninggalkan untuk mengikuti isteri kedua atau isteri ketiga dan tidak mempedulikan masalah di rumah tangga.

Apakah pendapat Yang Berhormat bagaimana apabila seorang isteri itu mengadu kepada mahkamah supaya mendapat pembelaan dan tidak mendapat pembelaan kerana suaminya berkata, dia telah memberi nafkah, dia tidak mencederakan isterinya dan dia ada balik ke rumah tetapi tidak memberikan juga nafkah batin? Apakah pendapat Yang Berhormat?

final • 6:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini yang saya kurang berpengetahuan. Ini Yang Berhormat Sri Gading yang pandai, saya rasa... [Ketawa]. Jadi nanti Yang Berhormat Sri Gading boleh cuba jawablah. Akan tetapi saya harap akta ini yang saya rasa walaupun saya mengalu-alukan pindaannya, ia masih tidak cukup. Kita mesti wujudkan satu mekanisme di komuniti dan kita juga mesti kurangkan gap antara lelaki dan wanita.

Seterusnya memupuk satu sikap untuk menghormati orang lain walaupun orang yang lebih lemah daripada kita dan juga menghormati hak manusia setiap orang. Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya melihat perbahasan semua menyokong rang undang-undang ini. Jadi kita panggil seorang dua dan selepas itu kita minta Yang Berhormat Menteri menjawab, Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Oleh kerana permintaan daripada Yang Berhormat Batang Sadong, permintaan daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya panggil Yang Berhormat Sri Gading.

final • 6:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf, Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sebelum itu Yang Berhormat Sri Gading.

Saya pohon lebih ramai boleh diberikan peluang sebab kita ada...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kita ada satu bill lagi selepas ini.

final • 6:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya faham tetapi kita bersedia untuk sampai lewat malam.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Saya akan, tetapi tidak semualah ini. If you count, it is more than 10. Tidak semualah boleh.

final • 6:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mereka perlu sokong sebab mahu undi wanita.

final • 6:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengikuti dua orang Ahli Parlimen kita – Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat Bukit Mertajam mengeluarkan pendapat-pendapat yang sangat baik. Saya yakin Yang Berhormat Batu Gajah juga akan mengeluarkan pendapat yang baik kerana mereka ini orang-orang yang berpengalaman. Saya tabiklah. Saya ucap tahniah kepada Menteri atas mewujudkan rang undang-undang ini. Walaupun apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam mungkin ada yang patut ditambah-tambah, saya setuju.

Cadangan beliau itu untuk membaikkan lagi, untuk memperbaiki.

Saya Tuan Yang di-Pertua, saya adalah seorang lelaki yang akan mengutuk sekeras-kerasnya lelaki yang menzalimi perempuan. Saya tidak ada kompromi. Kalau di hadapan saya ada lelaki yang menganiayai perempuan, tidak kiralah sesiapa pun perempuan itu, isteri dia kah, anak dia kah ataupun perempuan lain, saya akan tentang habis-habisan. Pasal wanita ini, Rasulullah SAW apabila diutus menjadi nabi, antara yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah hormati wanita, kasihkan wanita, lindungi wanita. Itu Nabi Muhammad, dan kita umat Nabi Muhammad wajib mengikut ini. Ini bukan perkara yang kecil. Wajib kita melindungi dan mengasihi mereka. Dalam ajaran Islam pun ada mengatakan barang siapa yang menyayangi tiga saudaranya yang perempuan, balasannya syurga yang paling besar, sama ada adik kah, kakak kah, ibu saudara kah, lebih-lebih lagi ibu kita. Balasannya hebat. Ini ajaran Islam.

Jadi macam Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya setuju dengan ungkapan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Undang-undang ini boleh menyedarkan masyarakat bahawa keganasan boleh dihukum, boleh ditangkap, boleh dibuat pengajaran kepada dia. Saya setuju sangat dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Jadi undang-undang ini, ia menyedarkan masyarakat. ‘Oh! Buat macam ini, ke lokap engkau.’ Itu yang saya rasa.

Negara yang aman dan tenteram berasal daripada rumah tangga. Mustahil negara boleh aman kalau setiap rumah tangga huru-hara. Huru-hara Tuan Yang di-Pertua. Ini yang penting ini. Kalau setiap rumah tangga aman damai, negara akan aman damai. Oleh sebab itu unit yang paling kecil untuk menentukan negara itu aman ialah rumah tangga. Oleh sebab itu undang-undang ini sangat baik.

final • 6:17 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya fikir semua. Bagilah peluang Yang Berhormat Batu Gajah bercakap. Beliau akan menyokong ini. Beliau mungkin ada pendapat-pendapat yang baik macam Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Bukit Mertajam yang boleh diambil kira oleh kementerian untuk menambah baik. Ini kerana hal rumah tangga ini memang hal yang rumit. Hal-hal yang rahsia, hal-hal menyentuh perasaan, hal-hal menyentuh emosi. Ia bukan sahaja soal fizikal, misalan suami yang mendera isteri bukan fizikal tetapi disuruh kerja berat, berpanas, pikul itu, pikul ini mencari nafkah, suami goyang kaki main dam di kedai kopi.

Itu pun penderaan, penderaan, penderaan. Suami kahwin dua tiga, isteri tua dibiarkan tidak diberikan nafkah batin, penderaan. Oh! Itu sebab saya kata macam Yang Berhormat Bukit Mertajam, kata macam Yang Berhormat Batang Sadong, cadangan- cadangan..., saya harap Yang Berhormat Batu Gajah. Ini tokoh-tokoh wanita dalam Parlimen dan mungkin agaknya Yang Berhormat Rantau Panjang dan sebagainya bolehlah untuk..., saya amat setuju. Kita alu-alukan fikiran-fikiran wanita dan sebagai lelaki saya memang tidak boleh terima, tidak boleh terima, tidak sekali-kali boleh terima.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krau bangun Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Sri Gading.

Tahniahlah Yang Berhormat Sri Gading. Saya bersetuju juga. Cuma ramai yang berkata berhujah mengenai keganasan terhadap wanita dan juga anak-anak. Apakah persoalannya yang si isteri pula melakukan keganasan kepada suami atau wanita melakukan keganasan kepada lelaki. Ini kerana keadaan telah banyak berubah.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Angka-angka telah dinyatakan. Saya bagi contoh Yang Berhormat Sri Gading, seramai 50 orang lelaki menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak tahun 2005 oleh isteri. Tahun 2005 hingga 2007, 50 orang lelaki telah dilakukan kezaliman oleh isteri akibat keganasan isteri. Itu yang pertama.

Keduanya, bercakap mengenai emosilah, emosi. Yang Berhormat Sri Gading kata kalau lelaki kahwin dua, tiga, empat bagi juga nafkah batin kepada isteri pertama. Saya setuju, saya sokong. Akan tetapi, dalam pindaan ini menyatakan memasukkan penderaan psikologi termasuk kecederaan emosi kepada mangsa. Yang Berhormat Tanjong Manis telah bertanya, katakanlah si suami hendak melakukan hubungan tetapi isteri tidak mahu.

Ini berlaku ini, bukan saya hendak main-main hendak menyatakan ini cerita lucu dan sebagainya, tetapi telah si isterinya lari lintang pukang tanpa pakaian ke balai polis kerana tidak mahu melakukan hubungan dengan suami.

Macam mana hendak dikatakan penderaan emosi itu hendak ditafsirkan kalau ada janji-janji, ada penderaan emosi. Hendakkan kereta, dijanjikan beli kereta ada gangguan emosi kerana tidak memenuhi janji. Janji dengan seorang wanita hendak kahwin dengan dia, tidak pun diberikan dikotakan janji. Adakah itu juga gangguan emosi terhadap wanita?

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Tidak dinafikan, tidak dinafikan Tuan Yang di-Pertua. Ada juga keganasan bermula daripada perempuan. Ada juga keganasan bermula daripada isteri sehingga suami apabila balik ke rumah menjadi tikus, mendiamkan diri tidak angkat muka. Isteri tali pinggang hitam. Main-mainkah?... [Ketawa] Ini bukan hendak mengendeng Yang Berhormat Pengerang... [Ketawa] Di belakang kerusikan. Tidak. Pokok bergegar... [Ketawa] Akan tetapi Yang Berhormat sahabat saya dari Kuala Krau, lazimnya lelakilah.

Lazimnya, lazimnya. Akan tetapi, rasa keganasan yang seperti itu tidak juga dilindungi. Ia juga tertakluk kepada akta keganasan rumah tangga. Ia bukan keganasan kepada perempuan, keganasan rumah tangga. Soal anak tiri. Emaknya dipeluk, anak tiri di tampar.

Ini kadang-kadang bapanya dipeluk, si suami bawa anak, anaknya didera oleh isteri. Ini juga penderaan, tetapi itulah macam juga Yang Berhormat membentangkan tadi, bukanlah hasratnya hendak memecahbelahkan rumah tangga. Yalah pasal kalau suami isteri telah report polis, ditangkap, ia akan mengakibatkan keretakan rumah tangga. Akhirnya, rumah tangga akan runtuh dan runtuh, banyaklah anak-anak yang lebih terbiar, banyaklah isteri- isteri yang menjadi janda. Ini semua agaknya - memang saya setujulah Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Bukit Mertajam...

final • 6:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya berharap juga Ahli Parlimen wanita yang dapat bangkit untuk mengatakan.

final • 6:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Boleh Yang Berhormat? Tuan Yang di-Pertua, apabila menyebut anak tiri dan sebagainya, saya pun pernah melalui proses itu. Saya tanya Yang Berhormat, kadang-kadang kita ini bercakap, kita berasaskan lebih dalam hal kekeluargaan ini meletakkan emosi mengatasi fakta, mengatasi perkara yang benar-benar berlaku. Cuba Yang Berhormat fikir satu pepatah yang kita selalu dengar, “Sayang isteri, tinggal-tinggalkan; Sayang anak, tangan-tangankan.” Yang Berhormat pula memang amat dekat dengan pepatah petitih seperti ini.

Apakah komen Yang Berhormat tentang perkara ini yang membentuk perwatakan dan pemikiran kita? Itu saya minta Yang Berhormat jelaskan. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Maksud pepatah itu lain.

Tinggal-tinggalkan itu janganlah engkau tidur siang malam. Tinggal-tinggalkanlah, keluarlah kerja cari makan. Anaknya bukanlah hendak di tangan-tangankan, maknanya diajar.

Ditunjuk ajar itu maksudnya. Orang Melayu, orang tua-tua kita ini halus budi pekerti dia. Dia menggunakan ungkapan-ungkapan yang tersirat itu yang harus kita faham.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal rumah tangga macam ini, isteri tidak hendak report dia dilanyak oleh suami dia. Balik malam kena tengking, marah, pukul, gedebak- gedebuk. Dia diam. Jiran, jiran. Tindakan jiran melaporkan ini kepada pegawai kebajikan umpamanya, polis umpamanya, bagaimana keadaan?

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apabila action yang hendak diambil, isteri kata jangan, jangan, jangan.

Bagaimana? Ini bagaimana? Tidak tahu Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Batu Gajah. Okey.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau Yang Berhormat Balik Pulau hendak menambah, sila.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit sahaja Yang Berhormat Sri Gading. Sebenarnya pengalaman saya menunjuk saya pernah mendapat satu kes daripada kementerian yang mana memang dipukul pecah. Kita pun peguam mengambil tindakan cepat. Sementara hendak buat-buat, tiba-tiba dia patah balik, dia kata tidak payahlah. Dia sayang suaminya dialahkan, tetapi sudah pecah riuk ini. Jadi, di sini sebenarnya saya mohon pandangan Yang Berhormat Sri Gading yang banyak pengalaman, lebih banyak daripada saya.

Yang Berhormat Menteri, saya rasa perkara ini serius dalam kita membincangkan undang-undang yang akan menentukan penggunaan undang-undang nanti secara bijaksana ialah mereka yang duduk di atas sebagai Hakim. Di sini mungkin Majistret. Jadi pada pandangan saya, latihan ataupun mereka yang berkelayakan di peringkat itu mestilah mereka yang punya asas kekeluargaan yang tinggi kerana pada pandangan isunya selain daripada isu undang-undang ialah dalam isu keluarga.

Dengan penuh rendah diri saya kata latihan sijil undang-undang sahaja tidak cukup untuk mereka menangani isu kekeluargaan ini. Kemungkinan kalau silap membuat keputusan akan memecahbelahkan keluarga. Jadi, bersetuju dengan saya Yang Berhormat Sri Gading bahawa mungkin kementerian memastikan mahkamah itu mahkamah keluargakah, satu mahkamah yang khusus bahawa hakim-hakim itulah mereka yang amat terlatih supaya keputusan-keputusannya adalah bijaksana.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya setuju. Ucapan Yang Berhormat Balik Pulau sebahagian daripada ucapan saya. Senang... [Ketawa] Jadi ini masalahnya. Jadi, itu sebab antara tindakan yang hendak diambil antara hendak menyelamatkan rumah tangga macam Yang Berhormat Balik Pulau kata, bengkak-bengkak sudah isteri, pecah-pecah bibir. Hendak ambil action, dia sudah balik pula. Sudah dipeluknya suami dia.

final • 6:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Siapa tidak sayang suami kata perempuan. Macam kita pula siapa tidak sayang isteri.

final • 6:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh. Ini orang pengalaman.

Dia mengikuti jejak saya... [Ketawa]

final • 6:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Sri Gading, saya mahu tanya apakah Yang Berhormat melihat bahawa akta keganasan ini juga mencukupi kepada kaum lelaki. Ini kerana mutakhir ini saya terbaca paper hampir setiap hari suami kena dera oleh isteri pula. Jadi apakah Yang Berhormat Sri gading ingin mengesyorkan bahawa akta ini juga diguna pakai untuk jalan penyelesaian supaya individu yang terlibat juga dapat dilindungi bukan sahaja wanita sebab kebanyakannya adalah wanita tetapi ada juga macam kes-kes terpencil suami kena dera.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Sri Gading belakang Yang Berhormat Sibuti.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sibuti belakang Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Ya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sri Gading, apabila lelaki dikatakan didera saya ingin hendak membawa satu kisah, lelaki yang begitu handsome, yang begitu kaya oleh kerana isterinya takut untuk suami dia beristeri kedua atau ketiga, tetapi dia menggunakan ilmu hitam yang dari Siam pula... [Ketawa] Jadi ilmu hitam itu benar-benar boleh menjadi sehingga suami dia tidak pandai keluar rumah lagi. Adakah ini satu penderaan juga dan selepas itu apabila datang seorang ustaz pergi berjumpa dan mengatakan insya-Allah kita doakan kita mohon kepada Allah maka suami itu sembuh dan sedar bahawa dia diilmuhitamkan isterinya. Maka dia pergi ke mahkamah dia menuntut untuk diceraikan. Adakah rang undang-undang akta keganasan ini boleh diguna pakai. Sekian, terima kasih.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Sibuti. Tidak dapat saya hendak jawab... [Ketawa]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang itu nanti Yang Berhormat Menteri jawab Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya, biarlah Menteri jawabkan.

Macam Yang Berhormat Kinabatangan...

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Akan tetapi yang ilmu Siam itu mungkin boleh.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Ketawa] Yang Berhormat Kinabatangan, tetapi lelaki ini pun ada satu sifat yang ditakuti. Apabila dia dikatakan dayus, katalah isterinya memang kasar, ganas, bengis, suaminya report orang akan kata engkau dayus, engkau tidak boleh ajar isteri engkau. Sudah pergi ke situ dan akhirnya rumah tangga akan runtuh.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi itulah Tuan Yang di-Pertua, jadi sama-samalah kita bincangkan rang undang- undang ini yang sangat baik yang tujuannya untuk keamanan kesejahteraan rumah tangga.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini undang-undang ini Yang Berhormat tidak pernah dibincang dalam Dewan sebenarnya.

Dilulus dengan tidak ada perbahasan dahulu. Saya duduk di sana, 11.45 malam di table di Dewan. Jadi saya hendak bagi peluang bagi wanita-wanita bercakap. Jadi Yang Berhormat daripada Kota Raja.

final • 6:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang wanita dan juga saya kira mewakili ahli keluarga semualah kita mengalu-alukan pindaan ini. Saya ingin membawa beberapa perkara tentang keganasan yang berlaku di dalam rumah tangga.

Sebenarnya kita semua tahu bahawa keganasan ini bukanlah satu perkara yang seseorang itu dilahirkan dengannya. Dia bukanlah sesuatu yang kita warisi, dia adalah sesuatu yang kita acquire, kita belajar dari apa yang kita lihat. Jadi keganasan rumah tangga ini perlu dibendung kerana ia akan melibatkan satu lagi generasi iaitu anak-anak terutamanya anak lelaki untuk melihat, bila dia melihat bapanya ganas kepada ibunya atau sebaliknya, maka dia menganggap inilah cara yang betul untuk menangani masalah yang timbul dalam rumah tangga. Bagi seorang anak perempuan pula apabila dia sering melihat ibunya diganasi, di dalam kepalanya, mungkin berfikir ini adalah perkara biasa yang berlaku.

Sekiranya ada kesalahan maka si suami berhak untuk memukul atau mendera isterinya. Kita perlu menanam sikap ke dalam semua anggota masyarakat bahawa keganasan bukan satu cara untuk menyelesaikan masalah.

final • 6:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terutamanya di kalangan anak-anak perempuan. Keganasan ini bukan satu perkara yang timbul bertahun-tahun selepas seseorang itu mendirikan rumah tangga.

Kajian menunjukkan bahawa sebenarnya ciri-ciri keganasan itu sudah wujud dari mula lagi kerana biasanya suami-suami yang mendera isteri adalah anak lelaki yang dibesarkan dalam rumah di mana bapanya telah mengganasi atau mendera ibunya. Jadi ia adalah wanita, anak-anak perempuan terutamanyalah walaupun tadi disebut orang lelaki juga, suami juga mungkin diganasi dan didera, anak-anak perempuan perlu diajar, perlu ditanam sikap kepada mereka bahawa sekiranya si suami mengangkat tangan dan memukulnya maka pada ketika itu dia perlu bersedia untuk keluar dari satu perkahwinan yang mungkin tiada kesudahan keganasan yang akan dialaminya.

Kebanyakan wanita yang tampil ke pihak polis dan mengadu mereka diganasi sebenarnya telah diganasi dan didera sudah lama. Dia tidak sebenarnya tidak berkait sangat tentang taraf sosioekonomi, kaya atau miskinnya. Saya biasa berjumpa kes betul- betul kes yang depan saya, saya lihat sendiri, saya kenal orangnya bahawa suaminya adalah orang yang berpangkat, profesional tetapi isteri mereka juga profesional juga didera.

Akhirnya apa yang berlaku isteri yang jadi tidak siuman, yang jadi tidak tentu, tidak stabil psikologi, isteri terpaksa berjumpa ahli psikologi sementara suami di luar dilihat sebagai seorang yang begitu lemah lembut, pijak semut tidak mati. Akan tetapi di rumah apabila isterinya tersalah sedikit maka sudah naik sepak dan terajangnya. Jadi sebenarnya lelaki yang mengganasi dan mendera isteri adalah lelaki yang sebenarnya sakit. Lelaki yang emosinya tidak stabil, lelaki yang menggunakan kekuasaannya untuk menangani masalah yang ada dalam rumah tangga. Jadi...

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Kota Raja.

Saya hendak tanya sedikit, Yang Berhormat menyentuh satu isu yang saya rasa ada juga di tempat lain seperti isu pendidikan tadi bukan. Ini kerana saya melihat Yang Berhormat Menteri mungkin boleh respons terhadap isu ini kerana saya tidak ada peluang untuk membahaskan, bahawa di negara maju kebetulan saya dapat peluang melawat tempat tersebut iaitu di mana dia menggabungkan aspek yang menjadi komunikasi antara bapa dan anak ini.

Contohnya macam bola, program bola contohnya grassroot soccer, dibuat oleh Family Violent Preventions Fund di San Francisco yang mana antaranya ialah Yang Berhormat Menteri telah berjaya mengurangkan kadar keganasan rumah tangga kerana antaranya dengan izin, dikatakan you can be tough, you can be rough tetapi dalam padang.

Jadi dikombinasikan aspek bola sepak dengan izin sport as mode of development telah dikombinasikan grassroot soccer dan juga agenda mengurangkan keganasan rumah tangga ini dan berjaya mengurangkan kadarnya dengan agak efektif. Perkara ini dilakukan di Brazil, San Francisco dan sebagainya. Saya rasa mungkin dari segi pendekatan seperti yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Kota Raja itu dapat dijadikan satu pendekatan untuk menggalakkan komunikasi di antara bapa dan anak.

final • 6:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya boleh bersetuju tetapi pokoknya sebelum kita membuat terapi sebegitu ataupun mengambil langkah-langkah untuk memberikan bantuan kepada keluarga ini, faktor pertama adalah mengaku bahawa masalah itu wujud. Kita tidak boleh merawat sesuatu perkara yang kalau si bapa ataupun ketua rumah yang suka mendera ahli keluarganya tidak mengaku yang dia ada masalah.

Selalunya pendera ini dia menyalahkan isterinya. Isterinya tidak siap itu, isterinya begitu, isterinya begini dan take out dia punya anger, kemarahannya, apa-apa tekanan yang dihadapinya di luar sana balik ke dalam rumah tangga dan inilah pokoknya. Akan tetapi kes yang saya beri tadi adalah kes yang memang seorang besar, pangkat datuk dan sebagainya dan isterinya didera.

final • 6:30 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Akhirnya isterinya terpaksa pergi kaunseling, makan ubat anti stress kerana terpaksa menghadapi suaminya. Dia tidak dapat meluahkan perkara ini kepada orang lain daripada luar keluarganya kerana ia akan memalukan suaminya. Dia akan memalukan keluarganya dan sesetengah daripada pendera ini sebenarnya mereka bukanlah orang- orang yang tidak pandai. Pandai sebenarnya.

final • 6:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Di antara mereka beberapa kes yang saya sendiri lihat, mereka baik dengan anak- anak. Apa anak-anak hendak mereka beri dan sebagainya. Akhirnya mereka menggunakan anak-anak ini sebagai satu ancaman atau ugut kepada isteri sekiranya berlaku penceraian, sekiranya kamu melaporkan, sekiranya itu dan ini maka dia akan, rumah tangga itu akan bercerai-berai, anak-anak akan diambilnya.

Jadi, inilah ketakutan wanita yang tadi disebut oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam bahawa apabila dia tidak ada satu ‘safeness,’ dia tidak ada rasa harga dirinya, dia tidak rasa yang dia dihargai maka dia akan menunduk, tunduk kepada suami bukan tunduk pada Allah dan taat pada Rasulullah, dia takut pada suami. Jadi, akhirnya bak kata pepatah Bahasa Inggeris, “It is the straw that broke the camel’s back”. Sampai ke satu tahap dia sudah tidak boleh terima pada ketika itu baru dia boleh meninggalkan suaminya. Jadi, dia ada banyak psikologi di sini memahami dinamik penderaan ini bukanlah mudah untuk difahami kerana orang yang ditindas, orang yang didera dengan orang yang mendera itu dia love head relationship. Di ada satu pertalian yang emosinya kuat, hendak tinggal sayang tetapi pada masa yang sama benci dan inilah mainan psikologi yang ada di dalam keadaan penderaan ini. Kes-kes penderaan...

final • 6:40 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Raja.

final • 6:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya.

final • 6:40 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Raja. Akan tetapi pandangan saya masalah rumah tangga ini kita tidak boleh melihat dalam satu pihak sahaja. Mungkin kes isteri ini orang profesional dan suami juga orang bijak dan cerdik tetapi dia berjumpa dengan Yang Berhormat. Saya ingin memberi pandangan yang lebih jauh sedikit, apakah mungkin sebab kalau kita mendengar sebelah pihak bagi saya mungkin kalau saya, suami dia berjumpa dengan saya dia akan ceritakan bahawa isteri dia tidak bagus.

Jadi, mungkin apakah tidak mungkin ataupun mungkin Yang Berhormat telah berjumpa kedua-dua pihak umpamanya. Mendalami masalah kedua pihak. Pada saya kalau kedua-duanya boleh bertolak-ansur tidak akan berlaku benda seperti ini sebab mungkin kelemahan pada isteri pun ada, kelemahan pada suami pun ada. Jadi bagaimana?

Mungkin, apakah Yang Berhormat dapat bertemu dengan si suami yang boleh melihat masalah yang dihadapi oleh suami dan dalam masa yang sama menemukan kedua-dua masalah ini dan akhirnya kita dapat tahu bahawa...

final • 6:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih.

final • 6:40 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Ya. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Sebenarnya, di sini bukan saya hendak sebut bukan tidak ada masalah tetapi penyelesaian masalah dengan mendera isteri bertahun-tahun lamanya tidak boleh diterima. Memukul isteri kerana isteri membuat sedikit kesalahan tidak boleh diterima. Ini adalah perkara yang konsep, yang semua wanita mesti terima. Ini kerana kalau kita masuk di alam perkahwinan ia adalah kontrak sosial kita, kontrak kita dengan dia. Dia menjaga kita, dia melindungi kita dan kita menjalankan tanggungjawab.

Sekiranya ada permasalahan maka patut diselesaikan dengan cara yang matang bukan dengan menggunakan kekerasan. Jadi, bab masalah rumah tangga bak kata “Bumi mana tidak ditimpa hujan,” “Gigi dengan lidah lagi tergigit.” Itu saya boleh terima. Akan tetapi adakah kita hendak menerima, are we to condone bahawa kita boleh memukul seseorang kerana ada masalah. Itu sebabnya keganasan in the first place, pada awalnya keganasan itu kita tidak boleh terima. Hatta keganasan pihak polis dalam cuba menguatkuasakan sesuatu undang-undang juga tidak boleh diterima kerana keganasan per se itu adalah sesuatu perkara yang kita tidak boleh terima. Ini yang perlu kita tanam dalam anak-anak kita bahawa kita tidak boleh menyelesaikan masalah dengan keganasan.

final • 6:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat. Sedikit sahaja Yang Berhormat, saya ingin minta pandangan. Tadi Yang Berhormat berkata tentang bagaimana wanita didera bertahun-tahun lamanya.

final • 6:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Mungkin antara satu sebabnya ialah kerisauan pihak wanita atau isteri ini apabila bercerai atau meninggalkan suami, dari segi jaminan kewangan masa depan mereka, itu satu. Keduanya ialah mungkin kalau mereka sudah berumur sedikit untuk mendapat pasangan hidup dalam fasa kedua dalam kehidupan mereka.

Jadi, dua perkara ini juga harus dipandang berat oleh kerajaan dan juga persatuan NGO yang boleh membantu mereka pertamanya, ialah untuk memberi keyakinan semula untuk mereka membina hidup baru dengan mendapat pekerjaan di lapangan. Keduanya ialah bagaimana caranya untuk matching cupid ini. Ini mungkin salah satu perkara yang perlu dilihat. Minta pandangan Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya bersetujulah apa Yang Berhormat Kota Belud sebut itu. Itu adalah orang kata perkara-perkara yang kita hendak membantu merukunkan rumah tangga. Jikalau kita pergi kepada perbincangan itu tidak selesai hari ini. Itu sepatutnya menjadi sebahagian daripada tindakan dan perkara yang patut kita lakukan di dalam apabila kita telah berumah tangga. Saya terima apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Apa yang kita sebut sekarang ialah di mana masyarakat meletak keganasan ini, penerimaan. Misalnya saya hendak tanya Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudah ada anak perempuan yang sudah berkahwin. Jikalau dia balik kepada Yang Berhormat mengatakan saya dipukul suami, adakah anda mengatanya kamu buat salah apa ataupun adakah Yang Berhormat akan berkata bahawa saya tidak boleh terima anak saya dipukul.

Itu dia persoalannya diterima atau tidak diterima. Saya sendiri tegas dalam perkara ini bahawa kalau dipukul anak saya, saya kata balik sebab saya rasa kalau ini permulaan dia memukul anak saya maka ke depannya belum tentu apa yang akan berlaku. Faktor ini memang betul, faktor sekuriti dan sebagainya. Itu saya sebut tadi, kenapa seorang wanita setelah dipukul bertahun-tahun oleh suaminya, didera bertahun-tahun oleh suaminya maka akhirnya dia sampai ke satu tahap dan ini mungkin 10 tahun, mungkin 15 tahun, kadang- kadang 20 hingga 30 tahun ia sampai ke satu tahap bahawa enough is enough. Itu sahaja dan pada itu, masa itu pujuklah macam mana, bawalah kaunseling macam mana dia tetap akan meninggalkan rumah tangganya itu. Saya hendak berbalik kepada statistik ini. Statistik yang ditimbulkan, dilaporkan oleh BERNAMA...

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya nampak tadi ada empat orang yang berdiri Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Okey, pendekkan sedikit sahaja.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi tolong beri masa pada saya, peluang untuk dia orang bercakap.

final • 6:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya,ya. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya ada sedikit sahaja lagi, apa yang saya hendak katakan satu perkara tentang tadi kita sudah sebut keganasan fizikal, keganasan emosi masing-masing kita sudah memahami. Ada satu lagi yang perlu kita ambil prihatin adalah apabila harassment ataupun deraan yang dilakukan melalui telefon, SMS terutamanya apabila berlaku penceraian maka ada kala dan masanya bekas suami atau bekas isteri mengugut dan menghantar mesej-mesej sebegini kepada bekas isterinya terutamanya apabila dia hendak mendapatkan sesuatu daripada isterinya, hendak anak balik misalnya dan sebagainya. Jadi, saya harap di dalam pindaan ini ia juga dikira sebagai semua bentuk harassment ataupun mengacau ini diambil perhatian sebagai menyebabkan tekanan emosi terhadap wanita ataupun sesiapa sahaja yang didera. Saya ingat sahabat-sahabat lain akan membawa lagi banyak. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 6:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk membahaskan pindaan kepada Akta Keganasan Rumah Tangga ini. Saya menyokong segala usaha oleh kementerian untuk menambah baik Akta Keganasan Rumah Tangga ini. Akan tetapi saya ingin tanya, apakah ada konsultasi dijalankan dengan NGO-NGO wanita yang lain dan mengapakah ahli-ahli wanita khasnya tidak dilibatkan bersama untuk menambah baik memberi cadangan dan pandangan terhadap pindaan yang akan dicadangkan agar pindaan yang dikemukakan hari ini dapat disempurnakan atau dilengkapkan dengan lebih baik.

final • 6:49 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya ingin menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri ada kata tidak perlu rasa takut lagi sebab sudah ada akta ini jika mana-mana wanita dikasari. Oleh sebab ada Akta Keganasan Rumah Tangga, tidak perlu teragak-agak jika menjadi mangsa keganasan rumah tangga untuk membuat laporan polis.

Akan tetapi persoalannya ialah apakah kita mempunyai pegawai-pegawai yang telah melalui latihan yang mencukupi, yang sensitif, untuk menangani atau membantu atau melaksanakan Akta Keganasan Rumah Tangga ini? Pegawai yang terlibat iaitu pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai polis khasnya. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh lupa akan kejadian di mana saya pernah membantu seorang mangsa keganasan rumah tangga, seorang wanita, pergi membuat laporan polis. Pegawai polis pula soalan pertama dia tanya, “Apa sebab dia pukul?” Saya terkejut. Saya tanya apakah ada alasan yang boleh diterima oleh seorang wanita ataupun isteri untuk dipukul?

Jadi saya rasa itu adalah kenyataan atau pertanyaan yang langsung tidak sensitif.

Apakah pegawai-pegawai kita telah difahamkan berkenaan begitu seriusnya apabila ada satu-satu laporan keganasan rumah tangga dibuat? Mereka harus memandangnya dengan serius dan memberi perhatian, tidak boleh dilengah-lengahkannya apabila bantuan diperlukan oleh mangsa ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada statistik, yang mana setahu saya, statistik kementerian pada tahun 2009, sebanyak 3,643 kes; pada tahun 2010 sebanyak 3,173 kes. ini menurut makluman yang saya perolehi. Daripada kes ini, berapakah kes di mana pelakunya yang melakukan keganasan ini telah dituduh, berjaya disabit atau kes tersebut ditarik balik? Ini kerana saya setuju ada di kalangan mangsa keganasan rumah tangga di mana selepas mereka membuat laporan polis, suaminya dimasukkan ke dalam lokap, mereka selepas itu akan meminta agar suaminya dibebaskan. Akan tetapi kita mesti memahami mengapa situasi sedemikian timbul.

Saya percaya salah satu sebabnya ialah kerana suaminya adalah menyara kehidupan keluarganya. Begitu juga sebab-sebab yang lain seperti sokongan. Sokongan- sokongan yang perlu diberikan dan juga kerana anak-anaknya. Juga kerana keluarga. Dia tidak mahu perpecahan keluarga. Suami janji tidak akan pukul lagi, jadi memohon dilepaskan.

Walau bagaimanapun, saya rasa apabila setiap mangsa yang hadir untuk membuat laporan polis, kes sedemikian tidak harus dilihat sebagai hal peribadi ataupun hal keluarga. Ini kerana ada kes-kes di mana apabila laporan polis dibuat, ada di kalangan pegawai polis melihat kes ini kes peribadi, kes keluarga dan hanya sekadar pergi jumpa suami memberi nasihat sahaja. Selepas itu isteri akan datang tanya mengapa tidak ada tindakan diambil terhadap si pelaku keganasan tersebut. Jadi sebab itu saya kata latihan pemahaman betapa seriusnya keganasan rumah tangga ini harus diberi kepada pegawai- pegawai yang terlibat di bawah akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan terus kepada pindaan rang undang-undang yang dicadangkan. Saya menyokong pindaan di mana definisi keganasan rumah tangga merangkumi penderaan psikologi. Akan tetapi saya hendak tanya apakah bukti-bukti yang perlu dikemukakan sebab ia berbeza daripada fizikalnya. Sebelum ini boleh melalui fizikal, tetapi meluaskan pada psikologi, memang benar apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam, bukan senang untuk membuktikan. Akan tetapi ia memang wujud di mana si isteri didera secara mental atau emosi yang menjejaskan keadaannya.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Perkara kedua adalah berkenaan dengan seksyen 3 di mana seksyen 3 juga memperuntukkan bahawa akta ini dibaca bersama dengan Kanun Keseksaan. Saya menyatakan, yang mana ini juga pandangan NGO, iaitu mengapakah tidak mengadakan satu peruntukan yang jelas dalam Akta Keganasan Rumah Tangga memperuntukkan ia satu jenayah dan memberi hukuman-hukumannya di dalam Akta Keganasan Rumah Tangga ini?

Ini kerana sekarang kena rujuk kepada Kanun Keseksaan ya. Apabila kita merujuk kepada Kanun Keseksaan, ia seperti kes-kes biasa. Tidak diberi pertimbangan yang lebih serius. Kalau kita ada satu seksyen yang jelas ia adalah satu kesalahan termasuk apakah tindakan yang dikatakan sebagai keganasan rumah tangga, selepas itu apakah hukumannya, saya rasa ini adalah lebih baik jika peruntukan sedemikian disediakan dalam akta ini. Ini kerana sekarang ini akta ibu ini hanya memperuntukkan hukuman bagi pelanggaran perintah perlindungan sahaja di mana boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan. Itu berkenaan perintah perlindungan sahaja.

Saya ingin merujuk pindaan kepada seksyen 4 di mana memperuntukkan perintah perlindungan interim atau interim protection order. Saya menyambut baik di mana menambah subseksyen 3 di mana ia juga menjadi satu kesalahan apabila orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, ia adalah di larang – maaf, ia melarang orang di mana perintah itu dibuat daripada menghasut orang lain untuk melakukan keganasan rumah tangga. Rasa ini adalah baik. Akan tetapi klausa yang timbul adalah di mana subseksyen 4 pindaan yang dicadangkan menyatakan bahawa interim protection order ini akan terhenti berkuat kuasa selepas selesai penyiasatan atau prosiding jenayah. Akan tetapi sering kali di mana apabila laporan polis dibuat, kita sering kali susah mengetahui perkembangan siasatan tersebut.

Mungkin adalah lebih baik diperjelaskan prosedur-prosedurnya agar mangsa yang telah diberi interim protection order itu mengetahui perkembangan kes tersebut dan tahu bahawa pihak polis ada mengambil tindakan, perkembangan mengenai siasatan tersebut dan tahu setakat mana dia masih atau tidak lagi di bawah perlindungannya. Akan tetapi perkara yang paling penting di mana rang undang-undang ini saya rasa perlu ditambah di bawah interim protection order di bawah seksyen 4 akta yang lama ini, iaitu ia tidak memperuntukkan bahawa Majistret atau mahkamah boleh memberi perintah-perintah lain seperti yang terkandung dalam seksyen 6 akta ibu, di mana ada banyak perintah-perintah lain yang boleh disertakan bersama apabila ada satu permohonan perintah perlindungan.

Ini tidak dikandungkan, dibenarkan atau diberi apabila permohonan interim perintah perlindungan tersebut.

Apa yang saya cuba terangkan adalah seksyen 6. Kandungan seperti diberi hak penghunian eksklusif, melarang atau menyekat orang itu memasuki tempat kediaman, mengehendaki orang yang terhadap perintah itu daripada memasuki kediaman bersama, mengadakan perhubungan bertulis atau apa jua cara yang dicadangkan sekarang ini nampaknya tidak dirangkumi sebagai satu-satu perintah tambahan boleh diberi apabila satu permohonan perintah perlindungan interim ya. Jadi saya pohon kalau boleh diambil perhatian agar peruntukan ini juga diberi apabila permohonan interim perlindungan dikemukakan.

Berkenaan seksyen 7, saya tahu niat baik pihak kementerian mencadangkan pindaan di mana nampaknya di bawah seksyen 7 adalah kuasa penangkapan, di mana dinyatakan bahawa sekarang mahkamah hendaklah dari sebelum ini adalah boleh – boleh maksudnya “may”, kalau dalam bahasa Inggeris, dan sekarang akan jadi “shall”, boleh.

Nampaknya mandatorilah. “hendaklah”.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Akan tetapi, kalau kita baca dengan teliti barisan ayat akta ibu seksyen 7 itu, kuasa penangkapan ini akan disertakan bersama apabila mahkamah mengarahkan perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim boleh menyatakan bersama kuasa menangkap ini jika mahkamah berpuas hati bahawa orang yang terhadapnya perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim dibuat berkemungkinan akan menyebabkan kecederaan fizikal.

final • 7:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Nampaknya majistret masih perlu sendirinya berpuas hati akan ada kecederaan terhadap mangsa ini apabila memutuskan untuk memberi atau tidak memberi perintah perlindungan tersebut. Ini bukannya apabila ada permohonan, mahkamah memutuskan memberi perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim, ia bersama-sama mandatori bersama-sama disertakan kuasa untuk menangkap. Ia bukan kalau saya tidak membaca silapnya.

Nampaknya pihak mahkamah masih perlu berpuas hati bahawa kemungkinan akan ada kecederaan fizikal, baru mahkamah hendaklah menyertakan kuasa menangkap.

Itu dari pembacaan saya. Mungkin pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjelaskan. Jadi, kalau mahkamah dapati tidak puas hati berkemungkinan akan berlaku kecederaan fizikal, ia tidak perlu menyertakan kuasa menangkap. Saya tahu niat baik kementerian tetapi saya rasa ini perlu diteliti lagi sebab syarat awal adalah mahkamah mesti puas hati dahulu bahawa kemungkinan ada kecederaan fizikal.

Kalau kita lihat di bawah subseksyen 2, di bawah seksyen 7 di mana memperuntukkan penangkapan tanpa waran. Nampaknya, jika apabila mahkamah meneliti permohonan perintah perlindungan kalau didapati tidak ada kemungkinan kecederaan fizikal, ia tidak memberi satu kuasa menangkap seksyen 7, subseksyen 2, tidak boleh memberikan kuasa kepada polis untuk mengambil tindakan tanpa waran jika ada satu laporan keganasan berlaku selepas ini. Jadi, saya harap pihak kementerian boleh meneliti semula seksyen 7, subseksyen 1, dan subseksyen 2 ini.

Perkara seterusnya ialah berkenaan seksyen 11. Seksyen 11 ini memperuntukkan kaunseling. Kalau diteliti yang dicadangkan dalam perintah perlindungan diminta sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada mengeluarkan perintah perlindungan, membuat satu perintah untuk merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan kepada suatu badan pendamai.

Badan pendamai itu perlu menyediakan satu laporan berserta dengan syornya kepada mahkamah dalam tempoh satu bulan. Akan tetapi, persoalan yang timbul ialah jika mahkamah apabila dalam apa-apa permohonan perintah perlindungan mendapati menggunakan seksyen ini tetapi menolak permohonan perintah perlindungan, menggantikannya perintah perlindungan tersebut dengan merujuknya kepada badan pendamai. Badan pendamai ada satu bulan ya untuk memberi syornya. Jadi, dalam satu bulan gap ini mangsa ini tidak ada perlindungan Tuan Yang di-Pertua sebab dia kata sebagai ganti kepada mengeluarkan perintah perlindungan.

Mahkamah boleh merujuk dia kepada badan pendamai. Jadi, dalam masa one month sementara menunggu report tersebut tidak ada perlindungan. Nampaknya tidak ada perlindungan kepada mangsa tersebut. Jadi, saya pohon diteliti semula cadangan pindaan ini. Seharusnya, pada pendapat saya kalau apa-apa permohonan perlindungan boleh diberi kuasa tambahan juga merujuk kepada badan pendamai dan bukannya sebagai ganti.

Okey, ini perkara seksyen 11.

Seksyen 12A. Saya menyambut baik seksyen 12A di mana perintah interim ini juga kepada pemohon, peguam pemohon dan pegawai kebajikan masyarakat bagi pihak untuk memfailkan permohonan perintah perlindungan interim. Saya menyokong sebab sebelum ini kes yang pernah saya kendalikan, saya kena bawa dia rujuk kepada Jabatan Kebajikan.

Jabatan Kebajikan terlalu sibuk dan kes dilambat-lambatkan. Saya tidak salahkan mereka tetapi mereka tidak boleh memberi keutamaan kepada kes ini sebab mereka berpendapat mereka ada banyak kerja lain lagi. Jadi, benar situasi sedemikian timbul dan saya menyokong 12A ini di mana pemohon, peguam pemohon boleh mengemukakan permohonan ini.

Akan tetapi saya ada sedikit hairan di masa yang sama nampaknya kementerian cuba menambah baik akta ini untuk memberi perlindungan yang lebih sempurna kepada mangsa keganasan rumah tangga. Akan tetapi dalam seksyen 12B memperuntukkan di mana orang yang terhadapnya perintah perlindungan interim itu dibuat boleh memohon untuk mengetepikan perintah itu dalam masa 14 hari. Mengapa ada peruntukan sedemikian disediakan. Ini adalah mengetepikan perintah perlindungan interim. Apakah asasnya?

Bagaimanakah ia akan mengganggu si pelaku, keganasan tersebut jika perintah perlindungan interim sedia ada berjalan.

final • 7:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Mengapa ada satu ruangan membenarkan si pelaku keganasan ini untuk mengetepikan. Setahu saya ialah kalau perintah interim ini diketepikan yang susah adalah mangsa. Akan tetapi ini adalah fasal yang baru, peruntukan 14 hari untuk mengetepikan.

Saya hendak tanya apa sebabnya membenarkan 12B ini?

Seterusnya adalah berkenaan...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Panjang lagi Yang Berhormat?

final • 7:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Sedikit lagi. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam di mana memfailkan permohonan di bawah seksyen 14, di dalam cadangan ini didengar oleh mahkamah secepat yang dapat dilaksanakan tetapi seharusnya saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam ada satu tempoh masa dalam masa 48 jam sebab ini semua adalah keganasan rumah tangga dan kes yang serius.

Penyampaian seksyen 17 bukti penyampaian perintah perlindungan. Di sini menyatakan apabila satu perintah dikeluarkan 24 jam, mahkamah mesti kemukakan salinan itu kepada pegawai polis atau pun pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah tersebut.

Akan tetapi ia tidak menyatakan apabila pegawai polis itu terima perintah itu dalam tempoh masa berapa lama dia perlu serahkan. Pada pendapat saya dalam masa 48 jam kalau boleh mesti serahkan. Di sini hanya memperuntukkan pegawai polis yang telah serahkan mesti failkan bukti penyampaian dalam masa tujuh hari selepas penyampaiannya. Dia tidak cakap, cadangan ini senyap. Tempoh masa dia perlu serahkan perintah ini kepada si pelaku keganasan tersebut. Saya rasa perlu ada satu tempoh.

Saya tahu niat baik, 17A penyampaian ganti tetapi ia adalah senyap juga. Dia kata pegawai polis boleh merujuk balik kepada mahkamah apabila tidak dapat menyampaikan perintah tersebut kepada pesalah itu selepas tiga kali cubaan. Tiga kali cubaan dalam tempoh masa berapa lama senyap.

Saya rasa adalah baik jika 17 subseksyen 2 apabila polis dalam masa 48 jam diwajibkan untuk serahkan perintah kepada pesalah. Kalau pesalah gagal tidak dapat serahkan dalam masa selepas itu, dia terus pergi ke mahkamah menyatakan tidak dapat serah, memohon penyampaian penggantian.

final • 7:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Batu Gajah.

Saya tertarik dengan Yang Berhormat Batu Gajah punya hujah ini. Yang Berhormat Menteri harus sedar kerana undang-undang tidak akan berkesan kalau tindakan juga tidak berkesan. Tidak ada makna undang-undang kita kalau misalan macam Yang Berhormat Batu Gajah kata berapa hari, tempoh masa. Jadi kalau kita tidak tetapkan macam kehendak Yang Berhormat Batu Gajah ini, undang-undang itu sudah jadi longgar sangat. Tujuan asal kita hendak membendung keganasan tetapi kita yang membuat kelemahan itu. Jadi saya fikir Yang Berhormat Batu Gajah punya pendapat ini harus diambil kiralah. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih banyak-banyak Yang Berhormat Sri Gading. Selepas itu apabila mahkamah memberi satu perintah penyampaian ganti ia juga senyap tidak ada tempoh masa diperuntukkan. Di mana sini memperuntukkan salinan perintah penyampaian ganti ditinggalkan di alamat terakhir pesalah menambah satu salinan perintah atau apa-apa lain cara. Akan tetapi senyap dalam tempoh berapa lama selepas perintah... Sekarang saya cadang 24 jam selepas perintah penyampaian ganti ini dikeluarkan 24 jam salinan ditampalkan di papan notis, ditinggalkan di dalam alamat terakhir pesalah. Saya rasa perlu ada satu tempoh masa dinyatakan dan juga satu tempoh masa untuk memaklumkan pemohonnya. Agar dia tahu bahawa sekarang saya di bawah perlindungannya.

Akan tetapi di sini adalah senyap hanya menyatakan pemohon harus dimaklumkan berkenaan penyampai yang diganti itu oleh mahkamah secepat yang dapat dilaksanakan.

Saya rasa perlu ada satu tempoh masa ditetapkan. Tadi saya ada tertinggal, saya rasa pihak mahkamah juga apabila menggunakan seksyen 6 di mana memberi perintah perlindungan tersebut juga menerangkan kepada mangsa atau pemohon tersebut.

final • 7:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Bahawa mahkamah juga boleh ada kuasa memberi perintah-perintah lain seperti yang ada tambahan melarang pesalah memasuki tempat yang lain, tempat kerja atau sekolah. Tanya mahkamah, tanya pemohon atau mangsa apakah ini di bawah peruntukan undang-undang? Apakah anda memerlukan peruntukan tambahan di bawah perintah ini?

final • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

[Bangun]

final • 7:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf ya Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Sedikit, sedikit ini point interesting Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat kalau dapat...

final • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Sebab ini interesting cuma tidak ada masa. Minta pendapat sebagai peguam ya. Bolehlah?

final • 7:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaflah lain kali saya kena hormati sebab ada lain yang ...

final • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Saya minta pendapat Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf, maaf terima kasih itu sahaja. Maaf ya saya terima kasih dahulu tetapi maaf ya. Terima kasih itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya beri Yang Berhormat Lembah Pantai lepas itu Menteri menjawab.

final • 7:10 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang kepada Yang Berhormat Lembah Pantai untuk turut membawa beberapa point dalam isu Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011. Saya fikir saya tidak akan mengulangi apa yang sudah disebut oleh banyak Ahli Parlimen yang menyokong juga secara dasar pindaan yang dibuat. Hanya saya fikir kementerian juga sedar betapa seriusnya masalah keganasan terhadap wanita. Kalau kita lihat kajian Pertubuhan Pertolongan Wanita (Women’s Aid Organization) yang dibuat pada tahun 1989, hampir 39 peratus daripada wanita berumur 15 tahun ke atas di negara ini pernah mengalami ataupun pernah dianiayai oleh temannya. Akan tetapi hanya 999 wanita yang membuat laporan polis.

Itu tidak digandingkan lagi Tuan Yang di-Pertua kadar statistik keganasan terhadap wanita dalam tahun 2000 hingga 2009. Saya ambil sumber daripada Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang untuk domestic violence, dengan izin ataupun keganasan rumah tangga sahaja jumlahnya dalam tahun 2000 hingga 2009 31,418 laporan. Ini tidak termasuk yang belum dilapor. Kalau isu kes rogol seramai 21,768 orang termasuklah sumbang mahram dan juga mencabul kehormatan iaitu 2,900 lebih untuk sumbang mahram dan untuk mencabul kehormatan lebih kurang 16,788 orang.

Jadi di sini bila dibangkitkan tentang langkah susulan, pertama saya fikir saya mahu mengulangi tentang masalah-masalah di lapangan yang dihadapi oleh bukan sahaja mereka yang buat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Akan tetapi juga mereka mangsa yang membuat laporan polis. Jadi saya melihat kalau kita tumpu isu pertama tentang pindaan yang dicadangkan. Kami sebenarnya mendapat maklum balas daripada beberapa badan Pertubuhan Hak Asasi Wanita yang mengusulkan beberapa cadangan diperhaluskan, ditokok tambah supaya pindaan itu lebih berwibawa. Kebanyakannya telah disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Saya benar-benar harap kementerian ambil serius kerana kita setuju, kita mahu mendukung pindaan yang dibuat. Akan tetapi pada masa yang sama kita harap diambil juga maklum balas setiap cadangan yang diberikan oleh badan-badan yang mereka ini terus on grassroot level, dengan izin di lapangan bertemu dengan mangsa-mangsa keganasan rumah tangga.

final • 7:13 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Secara khusus saya ulang hanya tiga. Pertama di bawah seksyen 2 undang- undang ini ada kes-kes yang melibatkan mangsa yang dipaksa ambil dadah ataupun secara mereka tahu ataupun tidak. Akan tetapi tidak ada peruntukan dibuat untuk mangsa-mangsa yang menghadapi masalah dengan izin, being stalked by the traitor ataupun diserang hendap. Jadi saya fikir wajar di kala ini peluang yang terbaik kalau boleh dimasukkan supaya lebih menyeluruh deskripsinya.

Kedua di bawah seksyen 7 seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah juga. Beri majistret kuasa tetapi dengan izin, up to their discretion. Jadi saya rasa untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga tidak mudah.

Pertama hendak buat laporan polis dan kena berhadapan dengan pihak polis.

Kemudian isu kedua dengan budaya yang sedia ada kena buat laporan di pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini kedua-duanya sudah merupakan burden approve pada pendapat saya yang cukup tinggi. Makanya kalau ada kuasa majistret diberikan penekanan mereka boleh terus berikan kuasa kepada pegawai polis untuk menjalankan atau meneruskan Interim Protection Order pada saya lebih baik. Khusus kerana niat pindaan untuk menimbulkan rasa takut. Kalau tidak dia orang akan buat lagi. Saya fikir hendak cuba yakinkan beberapa Ahli Parlimen di sini yang menyatakan memukul itu salah pun mengambil masa.

Jadi tentunya bila kita sudah ada pindaan sebegini kita patut go for the kill, dengan izin. Seksyen 11 yang terakhir bila bercakap tentang sebuah badan pendamai ada banyak jurang di antara pihak penguat kuasa, pihak polis. Mungkin ada yang tidak kurang, agak kurang sensitif tentang kes-kes berkait dengan keganasan rumah tangga dan badan-badan hak asasi wanita. Saya cadangkan untuk menyelaraskan kualiti bagi semua badan-badan pendamai supaya ia dipilih itu ada certain standard Tuan Yang di-Pertua. Mungkin perlu kolaborasi dan mengguna pakai setiap rumah-rumah perlindungan yang diwujudkan ataupun dijaga, dipantau dan dimiliki oleh badan-badan bukan kerajaan yang khusus menjaga atau dilihat sebagai tempat perlindungan wanita.

Kenapa saya sebut di sini. Di sini saya ingin sentuh isu kegiatan aktiviti pantauan kementerian di lapangan. Bila saya teliti semua rumah-rumah perlindungan. Sekarang sudah ada pindaan akta, itu cadangan untuk baik pulih ditambah dengan pelaksanaan.

Pelaksanaan akan tempang bila tidak cukup rumah-rumah perlindungan yang ada misalannya. Saya nampak dalam laman web yang ada saya harap pihak Timbalan Menteri atau Menteri boleh perbaiki kalau tidak disenaraikan dalam laman web. Tidak ada pun rumah perlindungan di Kuala Lumpur. Bila kita lihat tidak adanya rumah perlindungan, di manakah mangsa-mangsa akan ditempatkan bila IPO itu telah diberi. Itu satu.

Keduanya bercakap tentang akses kepada mangsa. Mangsa ini yang didera dan sebagainya untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

final • 7:13 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Kadangkala sukar untuk keluar rumah kalau dikurung dan sebagainya. Adakah pihak kementerian membuat cost benefit analysis, dengan izin, ke atas perkembangan prestasi Talian NUR yang khusus hanya membenarkan kes-kes berkait dengan kanak- kanak yang didera. Saya ingin bertanya kenapa, kerana dalam maklum-maklum balas yang diberikan kepada kami, semua pihak aktivis hak asasi wanita mengatakan Rumah Perlindungan Talian NUR itu baik tetapi masalahnya tidak cukup pegawai untuk memastikan ada tindakan selanjutnya. Samalah seperti dalam undang-undang ini, adakah kementerian juga memperincikan target sasaran berapa orang pegawai dalam JKM khusus untuk menjaga kebajikan para wanita yang terlibat dalam kes-kes sebegini.

Itu persoalan saya. Yang terakhir, saya dimaklumkan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Malaysia ada menjalankan banyak program latihan khusus kepada pihak anggota polis, anggota pasukan keselamatan supaya mereka lebih sensitif dalam kes-kes yang melibatkan hak asasi tetapi saya mahu bertanya, boleh tidak pihak kementerian memperincikan apakah program-program gandingan supaya ada training ataupun latihan berterusan untuk memberi lebih tinggi kadar sensitiviti, kepekaan kepada pihak polis dalam kes yang melibatkan pindaan yang besar, yang baru ini.

final • 7:20 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Kita bercakap tentang isu mindset change Tuan Yang di-Pertua, dengan izin.

Bukan mudah, ramai yang merasakan ataupun budaya itu dah menular kalau seperti yang disebutkan oleh ramai Ahli Parlimen. Kalau pukul itu kenapa, mesti buat salah. Jadi, tidak begitu sensitif. Kalau sudah ada digandingkan dengan langkah-langkah susulan termasuklah latihan bersama SUHAKAM dan kesemua badan bukan kerajaan yang berkait dengan isu hak asasi wanita, saya fikir lebih baik. Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Sebagai guideline Yang Berhormat, pujian-pujian itu kata terima kasihlah tetapi tidak payah dijawab ulang panjang-panjang sangat dan soalan ada hubung kait dengan pindaan ini dijawab. Yang lain-lain itu saya ingat biarlah ia jadi rekod, sokongan, cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat sahaja. Yang Berhormat, sila.

final • 7:20 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011.

Sesungguhnya kementerian menghargai semua pandangan, saranan, cadangan mahupun teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut. Bagi menjawab iaitu soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Batang Sadong, saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa bukan sahaja Yang Berhormat Batang Sadong tetapi juga Yang Berhormat Bukit Mertajam dan Yang Berhormat Padang Serai bahawa sebenarnya keluar tanpa minta izin itu tidaklah boleh dijadikan sebagai alasan untuk si suami bagi melakukan keganasan rumah tangga kerana bagi kita semua, sebenarnya bagi si suami, semua isteri ini haruslah dibelai, dipujuk dan disayangi seperti mana yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading kita tadi.

Jadi, di sini sayangnya Yang Berhormat Sri Gading tidak bersama dengan kita pada ketika ini kerana sebenarnya saya harapkan Yang Berhormat Sri Gading yang budiman itu dapat menjadi champion untuk membina budaya dan amalan menyayangi isteri-isteri di Malaysia ini dan menjadi contoh atau role model kepada rakyat kita.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Sri Gading juga ada menyatakan iaitu tentang intervention daripada Yang Berhormat Sri Gading tadi, dia kata selalunya dalam kes-kes keganasan rumah tangga, lelaki selalunya dipersalahkan.

Memang kalau kita mengikut statistik PDRM ataupun Polis Diraja Malaysia, secara keseluruhannya pada tahun 2010, mangsa keganasan rumah tangga yang terdiri daripada seramai 3,173 orang itu, suspeknya ataupun pemangsanya, majoriti adalah merupakan suami iaitu 47.12 peratus. Ini diikuti dengan anak iaitu 8.38 peratus, abang kandung 6.4 peratus dan sebagainya.

Sebenarnya untuk isteri iaitu peratusan untuk isteri yang menjadi pemangsa ialah hanya 1.21 peratus, kurang daripada 1.5 peratus. Yang Berhormat Sri Gading juga menyentuh tentang punca keganasan rumah tangga. Jadi, antara punca-punca keganasan rumah tangga mengikut urutan adalah seperti berikut:

(i) perselisihan faham;

(ii) masalah kewangan;

(iii) kecurangan;

(iv) cemburu;

(v) masalah anak; dan

(vi) masalah mabuk.

final • 7:22 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Batu Gajah membangkitkan isu tentang iaitu seksyen 7 (Kuasa Menangkap). Di bawah subseksyen 7(1) telah memperuntukkan bahawa mahkamah perlu berpuas hati terhadap kemungkinan kecederaan fizikal berlaku sebelum waran tangkap dikeluarkan. Dalam perkara ini, pihak polis akan membentangkan fakta kes bagi membuktikan kemungkinan kecederaan fizikal melalui penyiasatan yang dibuat. Siasatan polis ini adalah mencukupi bagi memuaskan hati mahkamah untuk menyertakan kuasa menangkap kepada perintah perlindungan. Yang Berhormat Batu Gajah juga menyentuh tentang pengetepian ...

final • 7:22 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Maaf ya, mohon penjelasan. Tadi menteri menyatakan bahawa yang akan memuaskan hati mahkamah sebelum menyertakan kuasa menangkap itu kepada perintah perlindungan atau perintah perlindungan adalah bergantung kepada penyiasatan polis tetapi permohonan untuk perintah perlindungan terutamanya perintah perlindungan interimnya, perlu dilakukan dalam kadar yang segera.

Apakah kalau dalam masa 24 jam pihak polis boleh memberi hasil siasatan? Saya rasa perlu apabila permohonan dikemukakan, sertakan bersama kuasa untuk menangkap itu kerana apabila berlaku lagi kejadian tersebut, polis boleh menggunakan pindaan yang dicadangkan. Menangkap tanpa waran apabila isteri membuat laporan polis. Kalau kata mahu tunggu lagi laporan polis, ini akan melambatkan lagi. Kalau mahkamah kata, saya tak terima lagi laporan polis, hasil siasatan polis, ini akan melambatkan pendengaran atau permohonan terutamanya perintah perlindungan interim. Saya rasa proses ini harus diterangkan dan diteliti semula kalau bergantung pada laporan siasatan polis. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 7:22 PM

Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat, tadi saya telah menyatakan polis tidak perlu memberikan bukti pada masa itu. Dia hanya perlu membentangkan fakta kes iaitu atas laporan yang dibuat, yang diterima daripada si mangsa tadi.

Tuan Yang di-Pertua, tentang isu bagi pengetepian perintah perlindungan interim di bawah seksyen 12A adalah dibuat bagi memberikan peluang kepada suspek keganasan rumah tangga untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

final • 7:22 PM

Puan Heng Seai Kie

Peruntukan ini adalah adil bagi memberikan peluang kepada kedua-dua pihak bagi mengemukakan kes mereka kepada mahkamah dan untuk mengelak orang tidak bersalah menjadi mangsa. Selain daripada itu...

final • 7:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, penjelasan.

final • 7:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya - kerana tadi cukup peluang dan masa telah diberikan kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan pendapat dan soalan. Jadi, berikanlah saya masa untuk menghabiskan sesi jawapan ini.

final • 7:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Saya ada beberapa penjelasan saya hendak minta. Adakah saya akan diberi peluang kemudian nanti, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 7:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Ya. Selepas habis mendengar semua penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah Pantai tadi telah menyentuh tentang isu untuk mengklasifikasikan stalking sebagai satu kesalahan di bawah AKRT. Perbuatan stalking boleh dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga sekiranya ia dibuktikan mengganggu emosi, psikologi dan mental mangsa.

Yang Berhormat Batu Gajah juga tadi telah menyentuh tentang latihan untuk pegawai penguat kuasa dan pegawai polis. Ini adalah satu cadangan yang baik dan pegawai polis sebenarnya diberikan latihan ataupun kursus berhubung dengan Akta Keganasan Rumah Tangga. Antara lain bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap isu keganasan rumah tangga agar mereka tidak menganggap kes keganasan rumah tangga sebagai isu keluarga serta bagi meningkatkan pengetahuan dalam aspek pengendalian kes keganasan rumah tangga.

final • 7:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Yang Berhormat Lembah Pantai juga telah bercadang supaya Ahli Badan Pendamai haruslah dilantik secara teliti. Untuk makluman Yang Berhormat, Ahli Badan Pendamai adalah terdiri daripada:

(i) pegawai kebajikan masyarakat daerah;

(ii) pegawai psikologi ataupun kaunselor; dan

(iii) individu yang berpengalaman, berpengetahuan atau berkepakaran dalam isu-isu yang berhubung dengan pembangunan, kebajikan dan kesejahteraan keluarga.

Yang Berhormat juga sentuh tentang rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya di bawah Kementerian kita terdapat 31 buah institusi yang telah diluluskan sebagai tempat selamat di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 sebagai tempat untuk memberikan perlindungan kepada mangsa ini. Jadi, antara pecahan mengikut negeri adalah seperti berikut:

NEGERIJKMNGO
Selangor5
Terengganu4
Johor31
Sarawak3
Sabah32
Negeri Sembilan2
Pahang21
Kedah1
Perlis1
Melaka1
Kelantan1
Perak1
JUMLAH274

Jadi, tempat selamat di bawah senarai institut JKM ini adalah seperti mana yang disenaraikan di dalam dokumen ini dan saya bolehlah berikan senarai ini kepada Yang Berhormat nanti. Tadi juga Yang Berhormat Batu Gajah...

final • 7:30 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sedikit Yang Berhormat. Kalau boleh saya tanyakan soalan susulan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya hanya membangkitkan kalau diperincikan jumlah-jumlah ini memang terlalu sedikit. Adakah kementerian bercadang contohnya di Kuala Lumpur untuk mewujudkan lagi rumah-rumah perlindungan kerana saya fikir kadar kes-kes yang berlaku di tempat saya iaitu di Lembah Pantai misalnya begitu banyak dan mereka tidak ada tempat. Kebanyakannya akan berhadapan dengan masalah kalau perlu ke Selangor untuk mencari tempat perlindungan. Jadi, saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan itu dan kita akan meneliti perkara ini. Akan tetapi, satu permintaan daripada kementerian ialah nanti apabila sampai masa untuk Bajet, masa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Bajet, kita mohon kerjasama daripada Yang Berhormat untuk memberikan sokongan sepenuhnya.

Yang Berhormat Batu Gajah juga menyentuh tentang konsultasi oleh NGO. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, antara NGO-NGO yang terlibat dalam sesi konsultasi bagi meminda Akta Keganasan Rumah Tangga adalah termasuklah:

(i) Join Action Group for Gender Equality yang mewakili Women’s Aid Organisation (WAO), AWAM, Sisters In Islam, Empower, Women’s Center for Change;

final • 7:30 PM

Puan Heng Seai Kie

(ii) National Council of Women’s Organizations (NCWO); dan

(iii) Darul Saadah iaitu Majlis Agama Islam.

Yang Berhormat Batu Gajah juga menyentuh tentang mengapakah sesi konsultasi pindaan akta tidak melibatkan NGO dan kumpulan-kumpulan wanita. Sebenarnya pindaan akta ini telah pun melibatkan sesi konsultasi yang menyeluruh dengan pelbagai stakeholders termasuklah NGO yang saya nyatakan dan kumpulan wanita serta ahli akademik. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, sesi konsultasi ini telah pun diadakan seawal tahun 2004.

Yang Berhormat Sibuti telah membangkitkan...

final • 7:30 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum Yang Berhormat pergi ke tajuk lain. Kalau boleh.

final • 7:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Saya memohon maaf Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Akan tetapi, Yang Berhormat belum lagi menjawab tentang isu statistik Talian Nur.

final • 7:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Nanti saya akan sampai. Sila berikan peluang untuk saya membentangkan semua jawapan. Kemudian, kalau ada kemusykilan barulah Yang Berhormat-Yang Berhormat kemukakan.

Okey. Yang Berhormat Sibuti telah membangkitkan persoalan tentang adakah penderaan melalui ilmu hitam boleh dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam akta ini aspek kecederaan emosi dan kecederaan mental diberi penekanan selain daripada kecederaan fizikal. Sehubungan itu, sebarang perbuatan yang membawa kepada kecederaan fizikal, mental, psikologi dan tekanan emosi adalah ditakrifkan sebagai keganasan rumah tangga. Justeru, mangsa akan mendapat perlindungan di bawah akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Balik Pulau telah menyentuh tentang latihan kekeluargaan kepada pegawai-pegawai mahkamah. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, latihan telah pun dilaksanakan kepada pegawai-pegawai mahkamah dari semasa ke semasa oleh Kementerian dengan kerjasama Institut Kehakiman, Latihan dan Perundangan (ILKAP).

Yang Berhormat Balik Pulau juga tadi telah pun mencadangkan tentang konsep arbitrasi keluarga. Untuk makluman semua, arbitrasi keluarga telah pun diperuntukkan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga. Malahan ia telah ditambah baik dalam rang undang-undang ini di bawah fasal 10 yang dirujuk sebagai badan pendamai. Mahkamah boleh mengeluarkan perintah perlindungan atau membuat sesuatu perintah untuk merujuk pihak-pihak dalam kes keganasan rumah tangga kepada satu badan pendamai. Badan pendamai ini juga meliputi badan yang mengadakan perkhidmatan kaunseling yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bagi orang-orang Islam boleh juga merujuk kepada badan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang berkenaan.

final • 7:30 PM

Puan Heng Seai Kie

Yang Berhormat Batang Sadong telah menyentuh tentang keperluan untuk mewujudkan Mahkamah Khas Wanita. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini tiada bagi kementerian, kita berpendapat bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk menubuhkan satu Mahkamah Khas Wanita kerana:

(i) untuk mengelakkan gender diskriminasi terhadap lelaki;

(ii) keganasan rumah tangga bukan hanya meliputi wanita tetapi juga kepada suami, kanak-kanak, dan mana-mana ahli yang lain...

final • 7:40 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Mohon penjelasan. Kalau bukan...

final • 7:40 PM

Puan Heng Seai Kie

Boleh tunggu sampai akhir Yang Berhormat?

final • 7:40 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Ini tajuk yang sama, kalau bukan Mahkamah Khas Wanita, bagaimana dengan Mahkamah Keluarga, kerana telah janji beberapa tahun yang lalu tetapi hanya di Kuala Lumpur sahaja ada satu Mahkamah Keluarga, di tempat- tempat lain masih belum ada. Saya rasa untuk menguruskan kes-kes melibatkan ahli-ahli keluarga, ia perlu satu Mahkamah Keluarga, ia tidak sama dengan kes-kes yang lain.

Adakah kementerian masih berusaha untuk mewujudkan Mahkamah Keluarga di Pulau Pinang atau negeri-negeri yang lain selain daripada Kuala Lumpur.

final • 7:40 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan itu, saya akan mengambil maklum tentang perkara ini tetapi dakwaan bahawa kita tidak memandang serius tentang perkara ini adalah tidak berasas. Ini kerana seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, Mahkamah Keluarga memang sudah ditubuhkan, cuma mungkin bilangannya harus ditambah mengikut tuntutan dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krau tadi menyentuh tentang penderaan kepada lelaki. Jadi sebenarnya Akta 521 ini juga melindungi kaum lelaki dan akta ini sebenarnya ia bukan hanya untuk wanita sahaja. Jumlah mangsa keganasan rumah tangga yang berlaku terhadap lelaki atau suami adalah seperti berikut iaitu:

TAHUNJUMLAH KES
200712
200813
200914
201026
20114

Jadi jumlahnya bukanlah 50 seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi tetapi adalah 69 kes. Walau bagaimanapun, jumlah mangsa keganasan rumah tangga wanita adalah jauh lebih tinggi iaitu contohnya jumlah mangsa wanita pada tahun 2007 hingga 2011 dalam tempoh yang sama adalah seramai 2,724 orang.

Jadi janganlah risau Yang Berhormat Kuala Krau, belum lagi iaitu lelaki itu, belum lagi ke tahap yang membimbangkan dari segi mangsa keganasan rumah tangga. Yang Berhormat juga mempersoalkan bagaimanakah sekiranya suami ingin melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan atau paksaan ke atas isteri.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya suami memaksa untuk melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan ataupun paksaan ke atas isteri, maka ia boleh dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga, ia merujuk kepada seksyen 2, tafsiran Akta 521 iaitu memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya yang mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya. Yang Berhormat Batang Sadong juga turut menyentuh tentang penubuhan Majlis Violence Against Women and Children. Ini merupakan satu cadangan yang baik, pihak kementerian akan menimbangkan cadangan ini. Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi telah pun memberikan beberapa cadangan yang saya kira begitu memberangsangkan iaitu yang pertama adalah pendengaran permohonan mendapatkan IPO perlu diperjelaskan takrifan secepat yang dapat dilaksanakan kerana mahkamah mungkin sibuk dan tidak dapat membenarkan ataupun mendengar kes pada waktu permohonan dibuat.

Kedua ialah tiada tempoh masa yang ditetapkan di bawah fasal 17 bagi kelulusan oleh mahkamah untuk perintah penyampaian ganti disampaikan kepada pemohon dalam takrifan secepat yang dapat dilaksanakan kerana mahkamah mungkin sibuk dan tidak dapat membenarkan ataupun mendengar kes itu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian mengambil maklum akan takrifan secepat yang dapat dilaksanakan yang perlu diperjelaskan dan akan berunding dengan pihak mahkamah agar suatu pekeliling dapat dikeluarkan kepada semua mahkamah untuk mendengar permohonan IPO dan meluluskan Perintah Penyampaian Ganti pada waktu ia dipohon dalam keadaan-keadaan kecemasan atau pada masa yang ditetapkan.

final • 7:40 PM

Puan Heng Seai Kie

Yang Berhormat Bukit Mertajam juga membangkitkan iaitu menyentuh tentang isu badan pendamai sebagai medium untuk menangani masalah keganasan rumah tangga.

Saya rasa soalan ini telah pun saya jawab tadi dan sebagai tambahan saya juga ingin perjelaskan bahawa antara fungsi badan pendamai ini adalah sejajar dengan pindaan akta iaitu kementerian masih dalam usaha menyemak semula fungsi dan peranan mereka berdasarkan pelaksanaan yang telah dijalankan oleh bahagian warga tua dan keluarga dengan kerjasama Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Selaras dengan itu, pada 13 Julai 2010, perbincangan mengenai pembangunan modul badan pendamai telah pun diadakan. Ekoran daripada perbincangan tersebut, Bengkel Pembangunan Modul Badan Pendamai Siri I telah pun diadakan pada 27 hingga 29 September yang lalu.

Seterusnya pada November iaitu daripada 1 hari bulan hingga 3 hari bulan, tahun lepas telah pun diadakan Bengkel Pembangunan Modul Siri II. Hasil daripada bengkel tersebut iaitu Modul Badan Pendamai, dikemaskinikan dari segi peranan atau fungsi ahli- ahli yang terlibat. Sehingga kini Modul Badan Pendamai adalah dalam proses dikemaskinikan dan akan diadakan pra uji Modul Badan Pendamai pada 1 hingga 4 November yang dijangka diadakan di Hotel Carlton Holiday Shah Alam sebelum ia dibentangkan untuk mendapatkan kelulusan. Yang Berhormat Balik Pulau juga telah menyentuh tentang kesukaran untuk mengenal pasti penderaan psikologi. Kaedah yang dijalankan oleh pegawai psikologi untuk mengukur tekanan emosi akibat keganasan rumah tangga adalah melalui kaedah berikut, pegawai psikologi menjalankan intervensi kaunseling, jadi intervensi kaunseling dijalankan di peringkat awal mengikut keperluan klien untuk melihat sejauh mana permasalahan klien. Intervensi kaunseling ini yang boleh dijalankan melalui kaunseling individu, kaunseling keluarga dan kaunseling perkahwinan.

Tujuannya adalah untuk melihat dari skop permasalahan klien dan mengenal pasti intervensi selanjutnya yang perlu dijalankan. Selain itu, melalui intervensi ini, klien akan mendapat celik akal untuk memastikan klien dapat melaksanakan tindakan yang sepatutnya dilakukan. Seterusnya klien ataupun mangsa akan menjalani ujian psikologi untuk melihat sejauh mana kesan dari aspek psiko logikal klien tersebut.

final • 7:40 PM

Puan Heng Seai Kie

Keduanya, pegawai psikologi menjalankan ujian psikologi. Antara ujian psikologi yang boleh digunakan untuk mengukur kes-kes keganasan rumah tangga adalah ujian Emotional Competence Inventory (ECI) untuk melihat dari segi gangguan emosi dan skala senarai simptom semak trauma, untuk melihat sejauh mana klien itu mengalami trauma akibat dari keganasan rumah tangga yang berlaku.

Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada ujian psikologi tersebut, pegawai psikologi kemudiannya akan dapat menentukan terapi atau intervensi yang sesuai untuk membantu dari aspek permasalahan klien. Namun jika data menunjukkan tanda-tanda emosi dan trauma yang ekstrem khususnya melibatkan gangguan dari segi pemikiran yang serius, maka pegawai psikologi akan berbincang dengan pegawai psikiatri dan seterusnya merujuk kepada pegawai psikiatri yang berdekatan untuk tindakan yang selanjutnya.

Yang Berhormat Putatan telah bertanyakan tentang kaunseling kepada mangsa.

Untuk makluman Yang Berhormat, keberkesanan kaunseling ini adalah melalui pegawai psikologi yang menjalankan intervensi kaunseling dan juga yang kedua, adalah melalui pegawai psikologi yang menjalankan ujian psikologi seperti mana yang saya nyatakan tadi.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini terdapat 188 orang kaunselor yang telah pun ditempatkan di semua daerah di Malaysia. Juga yang penting sekali untuk memastikan keberkesanan sesi kaunseling ini, kerjasama daripada mangsa itu adalah amat penting sekali.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Oleh kerana ini dijawab soal kaunseling, apa yang saya timbulkan tadi itu adalah memperkasakannya. Ini kerana apa yang berlaku sekarang ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, kes-kes keganasan rumah tangga ini seolah-olah disimpan di bawah karpet, kebanyakan kes-kes ini. Oleh sebab itulah pendekatan kementerian ini ditutup dan sebagainya. Kita mahu pendekatan kaunseling ini diheboh-hebohkan supaya awareness atau kesedaran daripada keluarga-keluarga yang bermasalah seperti ini.

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Itu yang saya katakan tadi, memperkasakan supaya tindakan ataupun langkah- langkah yang diambil oleh pihak kementerian ini dapat dirasai oleh masyarakat yang berkenaan.

final • 7:50 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat Putatan atas cadangan tadi.

Sebenarnya bagi makluman Yang Berhormat, kita memang berusaha iaitu dalam meningkatkan perkhidmatan kaunseling ini, di mana di 32 buah Klinik Nur Sejahtera yang telah pun ditubuhkan di seluruh Malaysia pada masa kini, di setiap Klinik Nur Sejahtera itu ada disediakan perkhidmatan kaunseling. Bagi memudahkan rakyat kita yang memerlukan bantuan iaitu terutama sekali bantuan bimbingan atau perkhidmatan kaunseling ini, mereka boleh membuat panggilan melalui Talian Nur iaitu 15999 untuk membuat pertanyaan ataupun untuk mendapatkan bantuan.

Pegawai ataupun operator yang menjawab telefon atau panggilan daripada Talian Nur itu, sekiranya didapati bahawa pemanggil itu memerlukan bantuan kaunseling, maka mereka akan membantu untuk mengaturkan iaitu sesi temu duga untuk pemanggil tersebut di tempat ataupun di Klinik Nur Sejahtera yang terdekat dengannya untuk memudahkan beliau.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Lagi panjang jawapan Yang Berhormat?

final • 7:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Bolehkah Yang Berhormat iklankan di TV atau di Astro, di mana kita boleh tahu nombor telefon untuk dihubungi? Bolehkah Yang Berhormat, kementerian spend a little bit of money, dengan izin.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab, jawab soalan saya dahulu. Panjang lagikah?

Yang Berhormat lihat di belakang rang undang-undang ini tidak ada pun soalan untuk kaunseling Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Puan Heng Seai Kie

Okey, ini the last one Tuan Yang di-Pertua ya.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya memahami lebih daripada itu. Jawapan pegawai di belakang itu Yang Berhormat baca.

final • 7:50 PM

Puan Heng Seai Kie

Terima kasih. Sebenarnya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Putatan tadi, kita telah banyak membuat iklan di surat khabar tempatan. Cuma mungkin promosi ataupun publisitinya perlu dipergiatkan lagi. Walau bagaimanapun, di sini saya juga boleh membuat publisiti. Talian Nur kita ialah 15999. Silalah buat panggilan dari semasa ke semasa jika perlu.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Mertajam juga telah membangkitkan tentang perlu adanya mekanisme untuk mangsa tampil untuk membuat laporan. Jadi, melalui Talian Nur 15999 kita sediakan perkhidmatan 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Jadi, pemanggil boleh merujuk kepada mana-mana pegawai kementerian khususnya Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kaunselor tempatan selain daripada Talian Nur tadi.

Yang Berhormat juga bangkitkan tentang empowerment of women. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengupayaan wanita termasuk keupayaan ekonomi. Justeru banyak program-program untuk meningkatkan pendapatan wanita seperti latihan keusahawanan wanita, latihan Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan sebagainya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, maka dengan jawapan tadi mungkin sekarang saya buka kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin bertanya tadi.

final • 7:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak bertanya mengenai beberapa seksyen.

Pertamanya, mengapakah akta ini, pemindaan kepada akta ibunya tidak mengandungi seksyen-seksyen untuk hukuman atau kesalahan dengan sendirinya. Macam seksyen 3, ia merujuk kepada Akta Keseksaan (Penal Code). Ini menunjukkan bahawa pihak kementerian atau kerajaan tidak mengambil berat, dibandingkan dengan Akta Perlindungan Haiwan (Wild Life Protection Act).

final • 7:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ia mengandungi seksyen-seksyen tersendiri bagi hukuman jika didapati bersalah tetapi akta ini cuma merujuk kepada penal code di mana pihak polis atau DPP harus melihat Penal Code untuk membawa seseorang itu ke mahkamah.

Saya rasa ini tidak mementingkan mangsa-mangsa keganasan rumah tangga.

Jadi, inilah sebabnya dahulu pun kita ada memberitahu Dewan yang mulia ini, apa-apa suatu akta atau rang undang-undang dibawa ke Dewan ini, ia patut terlebih dahulu diedarkan kepada pihak atau ahli-ahli pembangkang untuk kita memasukkan atau membawa cadangan-cadangan bagi Dewan ini mengambil kira sebelum ia dibawa sebagai satu akta untuk diamalkan.

final • 7:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Begitu juga dengan seksyen-seksyen 12, mengapa tidak seseorang pemohon itu selain dari isteri atau suami yang pohon kepada mahkamah, mengapa tidak pihak polis juga menjadi satu pemohon kepada mahkamah untuk perlindungan interim. Sebab dalam keadaan yang kita tengok seperti di mana-mana tempat di mana ada keganasan di rumah tangga, apabila seseorang isteri itu dipukul oleh suami, beliau tidak boleh membuat permohonan segera untuk ke satu perintah interim perlindungan. Kena tunggu satu hari, dua hari melalui peguam untuk membuat satu permohonan ataupun Jabatan Kebajikan.

Jika polis, saya cadang pihak polis pun boleh diberi kuasa untuk membuat permohonan. Yang pertama, pihak polis berkhidmat 24 jam. Sedangkan pihak kebajikan pun tidak boleh memberi perkhidmatan 24 jam. Undang-undang mesti digubal untuk memberi kuasa kepada pihak polis untuk mengambil tahu, take cognizance, dengan izin.

Apakah keadaan seseorang isteri yang dipukul oleh suaminya? Dengan segera memberikan perlindungan, memberi tempat alternatif untuk sementara dan keesokan hari terus pergi ke mahkamah untuk memperolehi satu Interim Protection Order (IPO).

Jadi, itu lebih senang untuk seseorang isteri sebab jika mereka hendak mencari peguam kadang-kadang mereka tidak mampu. Pergi ke Jabatan Kebajikan, kadang-kadang si suaminya, mereka pun ada boleh mempengaruhi Jabatan Kebajikan. Kita harus ada satu unit khas di Jabatan Polis untuk menangani masalah keganasan rumah tangga. Saya harap pihak Yang Berhormat Menteri di kementerian mengambil perhatian terhadap hal ini.

Mengenai seksyen 4 iaitu Interim Protection Order. Di samping menunggu perintah interim itu, apakah keadaan mangsa itu. Bolehkah satu tempat alternatif disediakan, siapa akan sediakan dari segi wang, dari segi apa-apa jaminan atas keselamatannya, ia tidak jelas mengikut seksyen 6. Seksyen 6 juga mengatakan salah satu perintah boleh diberi oleh mahkamah adalah di bahagian IV, 50 meter.Jadi, adakah ini bermakna satu tempat alternatif diberikan kepada mangsa jika pengganas itu tidak boleh berdekatan 50 meter, the radius. Jadi, apakah bermakna ini satu tempat alternatif akan diberikan, kita ingin hendak tahu.

Seterusnya, saya setuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah, mengapa ada peruntukan untuk diketepikan perintah interim itu? Itu pun tidak begitu baik. Jika sesuatu perintah interim itu boleh diketepikan, orang yang menggunakan kekerasan boleh terus menggunakan kekerasan terhadap mangsa.

Pada setakat ini, di negara kita ini pihak wanita dan kanak-kanak adalah senang menjadi mangsa dan pihak polis pun kadang-kadang kita tengok pihak berkuasa tidak begitu simpati kepada isteri-isteri dan kanak-kanak yang menjadi mangsa. Contohnya, apabila mereka pergi ke balai polis, apabila mereka ambil tahu seseorang isteri itu dipukul oleh suami, next step adalah untuk memberi perlindungan, memberi nasihat dan memberi segala pertolongan yang harus diberi. Akan tetapi mereka tanya, ”Kenapa suami kamu pukul kamu?”. Itu bukan hak polis atau tugas polis untuk mengambil tahu kenapa suami pukul, sedangkan mangsa sudah dipukul. Jadi, apakah langkah yang kemudiannya harus diambil. Itu mesti menjadi perhatian pihak berkuasa atau polis...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masih panjang kah ucapan Yang Berhormat itu?

final • 8:00 PM

Tuan M. Monagaran - Telok Intan

Ya, ya lagi sedikit lagi. Satu sahaja lagi, lagi satu point. Saya ingin juga mengambil tahu dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah pihak kementerian membawa satu pindaan yang lebih kepada keseluruhan sebab jika kita boleh duduk bersama dan bincang, kita boleh cadang lagi banyak pindaan daripada akta ibu 1966 ini. Saya harap pihak kementerian boleh ambil kira cadangan saya, jika boleh bawa pindaan ke seluruh Dewan sebab kita tengok keadaan kita di Malaysia kita tidak boleh banding dengan negara-negara lain. Kita masih ada pihak berkuasa dengan Third World mentality di mana wanita dan kanak-kanak tidak diberi satu perlindungan atau satu penghormatan yang mereka harus terima Tuan Yang di-Pertua.

Macam ada orang masih berbincang lagi boleh pukul isteri ke kalau dia buat kesalahan. Untuk pandangan saya, seseorang itu tidak boleh dipukul mahupun isteri ke anak, especially isteri di sesuatu rumah tangga yang saya percaya sesuatu rumah itu adalah tempat yang suci untuk keluarga. Mana boleh kita biarkan lelaki ataupun suami pukul isteri, tidak, tidak boleh. Tidak timbul soalan itu, jadi saya harap satu perhatian yang keseluruhan akan diberi kepada akta ini sebelum rang undang-undang ini sebelum dia jadi akta. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nasihatkan jawab bersama dengan Yang Berhormat Batu Gajah tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab soalan itu memang relevan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ia terkandung di dalam rang undang-undang ini. Ada soalan iaitu berhubung dengan seksyen 12B tadi. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:00 PM

Puan Heng Seai Kie

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Teluk Intan terima kasih atas soalan yang telah dibangkitkan. Pertama sekali, saya dapati antara isu yang telah dibangkitkan itu banyak yang telah pun diperbincangkan dan jawapannya juga sudah saya berikan. Cuma satu daripada isu itu yang saya rasa saya perlu perjelaskan ialah tentang iaitu isu yang Yang Berhormat Telok Intan sentuh bahawa kementerian ini tidak pandang serius tentang Akta Keganasan Rumah Tangga ini. Ini adalah satu dakwaan yang tidak berasas dan kalau kita lihat dari segi hukuman, kalau Yang Berhormat Telok Intan baca betul-betul semua akta rang undang-undang ini, sebenarnya selain daripada Kanun Keseksaan, dia juga boleh dihukum di mana-mana akta yang bersesuaian. Bukannya sahaja sekadar Kanun Keseksaan.

Yang kedua ialah Yang Berhormat Telok Intan juga membangkitkan isu yang menyatakan kenapakah permohonan mangsa itu harus diwakilkan oleh peguam ataupun pegawai JKM. Saya rasa Yang Berhormat Telok Intan juga tidak juga teliti tentang rang undang-undang ini. Sebenarnya dalam rang undang-undang ini ia adalah untuk memudahkan, memberikan alternatif kepada pemohon atau mangsa itu supaya bila dia membuat laporan itu dia boleh memilih sama ada dia sendiri hadir ataupun tidak hadir, diwakili oleh peguam ataupun pegawai JKM kerana sebelum ini, si mangsa ini wajib hadirkan diri.

Sekarang di bawah pindaan ini kita longgarkannya untuk memudahkan si mangsa itu iaitu dia boleh pilih untuk membuat laporan sendiri ataupun diwakili oleh peguam ataupun diwakili oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi, saya tidak nampak kenapakah pindaan ini dipertikaikan. Yang ketiga juga Yang Berhormat Telok Intan bangkit tentang di manakah mangsa itu harus diletakkan jika berlaku keganasan rumah tangga?

Saya rasa tadi saya telah pun dengan panjang lebar telah menerangkan sebenarnya di bawah kementerian ini kita menyediakan 27 iaitu tempat yang selamat untuk menyediakan perlindungan kepada mana-mana mangsa keganasan rumah tangga dan 4 buah lagi juga tempat perlindungan ini yang disediakan oleh NGO. Jadi Tuan Yang di-Pertua, maka dengan kata-kata itu saya...

final • 8:00 PM

Timbalan yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Habis jawab sudah Yang Berhormat?

final • 8:10 PM

Puan Heng Seai Kie

...Mengucapkan terima kasih ke atas semua Ahli Yang Berhormat yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini.

Sekian, terima kasih.

final • 8:10 PM

Timbalan yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa

final • 8:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 20 - Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat. Ada orang berdiri Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat daripada Batu Gajah dan Yang Berhormat Telok Intan tadi sebahagian daripada dia memang sudah dalam soalan Jawatankuasa. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 8:10 PM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mendapat penjelasan untuk seksyen 3 yang mengatakan akta hendaklah dibaca bersama dengan kanun keseksaan. Dahulu di negara kita, kita tidak ada dalam indeks jenayah.

Tidak ada ragut kerana pada suatu masa dahulu jenayah ragut ini tidak banyak tapi selepas tahun 1990 ragut menjadi rampant, menjadi banyak tahun 2000. Jadi dia diberikan satu kategori.

Di sini juga kita sekarang tahu bahawa keganasan rumah tangga ini merupakan satu jenayah yang selalu berlaku dan mengapa kita tidak mahu mengadakan satu akta keganasan rumah tangga tetapi dia dibaca bersama dengan kanun keseksaan seperti yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Telok Intan. Jadi saya harap dapat satu penjelasan kerana saya rasa ada satu akta yang spesifik ini akan lebih berkesan.

Untuk seksyen 11 dia membolehkan 11(1)(1B). Mahkamah boleh setelah menimbangkan laporan dan syor yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (1A) memerintahkan satu pihak atau lebih dirujukkan kepada terapi pemulihan, fisioterapi atau apa-apa kaunseling pendamaian yang difikirkan sesuai.

Tuan Pengerusi, di sini saya rasa arahan seperti ini dia mesti mendapat pandangan mangsa kerana selalunya kita hendak mereka berbaik-baik semula dan kita mementingkan kesempurnaan ataupun keluarganya berbaik balik tetapi kita telah ringankan kelakuan keganasan itu. Saya rasa lebih penting kita mengubati keganasan dahulu kerana sekiranya keganasan itu tidak ditangani keluarga itu akan selalu bermasalah. Jadi saya cadangkan sekiranya mahkamah hendak buat perintah untuk terapi dia semestinya atas kehendak ataupun atas rayuan mangsa itu dan bukan atas kehendak mahkamah. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 8:12 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Telok Intan.

final • 8:12 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan belum jawab mengenai 12B yang diutarakan oleh saya dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat lain.

final • 8:15 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Fasal 12B dan 17A penyampaian ganti, tiada jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya perlu jawapan mengapa perlu satu setting aside interim protection order. Apakah rasional di belakang itu? Tolong beri jawapan.

final • 8:15 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 8:15 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya sangat ringkas. Saya balik kepada fasal 3 di mana akta ini dibacakan bersama dengan kanun keseksaan. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Telok Intan perlu ada satu seksyen spesifik untuk menyatakan kita memandang berat kejadian keganasan rumah tangga ini sebab sebelum ini dalam ucapan saya tadi ada bangkitkan berkenaan statistik.

Berapakah dari jumlah kes yang dilaporkan yang diterima oleh kementerian itu dan daripada jumlah itu berapa kes itu telah dituduh, disabit dan lepas itu berapa kes telah ditarik balik? Oleh kerana si pesalah ini adalah dituduh di bawah kanun keseksaan kita tidak boleh lihat berapa serius atau efektifnya tindakan undang-undang terhadap si pesalah keganasan ini kerana tiada peruntukan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga untuk menghukum si pesalah itu kerana buat masa ini adalah rujuk balik kepada kanun keseksaan. Ia bercampur aduk seperti kes-kes yang lain.

Jadi kalau Yang Berhormat tidak ada statistik sekarang boleh bagi saya selepas ini. Saya mahu kes dituduh selepas laporan keganasan rumah tangga disabit dan ditarik balik. Fasal 12B tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sentuh sedikit sahaja berkenaan mengetepikan perintah perlindungan interim. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan apakah pendiriannya untuk menyatakan saya sebenarnya tidak harus di bawah perintah ini apabila beliau memohon untuk mengetepikan interim dan apa masalahnya. Bagaimana ia akan ganggu si pesalah ini? Yang Berhormat kata bagi dia peluang untuk jelaskan keadaan yang akhirnya kalau ada apa-apa kesilapan yang susah adalah si mangsa ini. Apa kerugian kalau interim ini masih efektif? Mengapa peruntukan fasal 12B ini? Terima kasih banyak Tuan Pengerusi.

final • 8:16 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 8:16 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie

Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat atas soalan yang telah dikemukakan. Tadi Yang Berhormat Telok Intan telah meminta penjelasan tentang mengapakah akta dibaca dengan kanun keseksaan. Ini adalah kerana kesalahan keganasan rumah tangga itu adalah berada dalam kanun keseksaan. Jika satu akta khusus untuk keganasan rumah tangga diadakan maka ia akan bertindih dengan kesalahan dalam kanun keseksaan.

Yang kedua Yang Berhormat juga menyentuh tentang akta keganasan rumah tangga. Di sini saya ingin jelaskan bahawa akta keganasan rumah tangga adalah satu akta yang memperuntukkan prosedur perlindungan. Satu lagi adalah Yang Berhormat Telok Intan juga sentuh tentang kenapakah kita ketepikan perintah perlindungan di bawah seksyen 12A yang juga telah dibangkitkan bersama oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Jadi jawapannya adalah sama iaitu adalah untuk memberikan keadilan kepada suspek untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Tadi Yang Berhormat Bukit Mertajam telah membangkitkan tentang...

final • 8:18 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan. Untuk menyatakan seseorang pesalah keganasan itu tidak bersalah adalah di mahkamah apabila beliau dihukum di bawah kanun keseksaan atau prosiding jenayah dijalankan. Sekarang adalah berkenaan perlindungan kepada si mangsa ini.

final • 8:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi untuk menyatakan saya tidak memukulnya, apabila dia dituduh di mahkamah prosiding jenayah tersebut. Jadi saya masih tidak boleh terima jawapan itu dari pihak Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Puan Heng Seai Kie

Yang Berhormat, terima kasih atas pandangan itu. Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat haruslah faham bahawa IPO itu atau Interim Protection Order adalah diberikan sebagai cooling of period. Saya telah menyatakan tadi bahawa tujuan utama kita adakan Akta Keganasan Rumah Tangga ini adalah untuk memberikan perlindungan kepada mangsa-mangsa khususnya wanita dan juga kanak- kanak. Akan tetapi kita tidak sekali-kali menggalakkan penceraian. Kalau ada kemungkinan untuk mendamaikan si suami dan isteri, kita akan memberikan peluang untuk mereka berbuat demikian. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, semasa IPO itu haruslah dianggap sebagai satu cooling of period. Sekian, terima kasih.

Fasal-fasal 1 hingga 20 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 8:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG VETERAN 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk menubuhkan Majlis Veteran Kebangsaan untuk membuat peruntukan bagi pendaftaran veteran dan persatuan veteran dan untuk membuat peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

final • 8:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 8:24 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sama-sama kita sedia maklum, bahawa Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 11 Oktober 2000 telah bersetuju untuk menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia ataupun JEV. Peranan JEV adalah untuk menguruskan pengagihan manfaat faedah persaraan termasuk pencen dan program kebajikan bagi veteran ATM dan tanggungan mereka yang diiktiraf. Di samping itu jabatan juga menjalankan beberapa inisiatif supaya veteran ATM dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera setelah menamatkan perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia. Setelah ditubuhkan, JEV telah beroperasi berdasarkan kepada peraturan-peraturan semasa kerajaan seperti Akta Pencen 1980, Peraturan-peraturan Angkatan Tetap iaitu pencen, ganjaran dan faedah-faedah lain 1982, Perintah-perintah Majlis Angkatan Tentera dan keputusan Jemaah Menteri sebagai punca autoriti bagi membantu veteran ATM yang telah diiktiraf.

Veteran ATM adalah berbeza daripada pesara-pesara perkhidmatan awam yang lain dari segi terma perkhidmatan. Ada di antara mereka yang berpencen iaitu yang berkhidmat lebih 21 tahun dan ada pula yang tidak berpencen iaitu yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun. Di samping itu usia veteran ATM yang masih muda kebanyakannya antara 30 hingga 50 tahun serta keperluan tanggungan mereka juga perlu diberi perhatian selaras dengan kepentingan memelihara semangat perjuangan institusi ATM seperti yang diperbincangkan dalam Dasar Pertahanan Negara.

final • 8:24 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Setiap tahun lebih kurang 3,000 anggota tentera akan menamatkan perkhidmatan daripada ATM dengan tempoh pemberhentian yang pelbagai, di mana ada yang berhenti kurang daripada 21 tahun dan ada yang berhenti genap atau lebih 21 tahun. Mengikut tinjauan Kementerian Pertahanan trend jangka panjang ini akan berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Veteran Kebangsaan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran Veteran dan Persatuan Veteran dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. Rang undang-undang ini memberikan takrifan dan tafsiran yang baru kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Veteran Angkatan Tentera Malaysia ini didefinisikan sebagai warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah ditamatkan dari perkhidmatan di bawah peraturan disiplin tentera dengan mana-mana angkatan tertera yang berikut, iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Simpanan Angkatan Tentera yang dikerah sepenuh masa tanpa mengira tempoh perkhidmatan, Pasukan Force 136, bekas tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura dan Sarawak Rangers.

Rang undang-undang ini akan mengambil alih kuasa Pertubuhan 1996 khususnya bagi pertubuhan-pertubuhan bekas tentera yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1996, di mana semua pertubuhan tersebut akan didaftarkan semula dengan JEV.

Ketiadaan rang undang-undang pada masa ini dilihat sebagai satu kelemahan bagi mendapatkan bajet atau geran bantuan tahunan demi membantu kebajikan veteran ATM di samping sukar untuk mengawal selia badan bukan kerajaan atau NGO serta pertubuhan bekas tentera yang merupakan pressure group yang memerlukan perhatian yang istimewa.

Sebagai jabatan yang bertanggungjawab berkaitan dengan veteran ATM, perlu diwujudkan pusat maklumat veteran yang lengkap untuk pemantauan, analisis statistik dan untuk inisiatif kerajaan yang lain pada masa hadapan. Akta ini akan membolehkan setiap bekas tentera mendaftar di JEV dan akan memantapkan sistem maklumat jabatan.

Memandangkan rang undang-undang ini akan membolehkan pendaftaran veteran ATM dan pertubuhan-pertubuhan bekas tentera satu jawatan khusus yang dikenali sebagai pendaftar akan diwujudkan. Ketua Pengarah JEV adalah dilantik sebagai pendaftar bagi kedua-dua tujuan ini.

Tuan Yang di-Pertua, kewujudan Majlis Veteran ATM melalui akta ini pula akan mengawal selia serta membantu mencari sumber kewangan dan melakukan check and balance ke atas NGO-NGO atau persatuan bekas tentera, di samping itu majlis ini juga akan memberikan input tentang hala tuju JEV agar hasil inisiatif bantuan kebajikan sampai kepada golongan yang layak dan benar-benar perlu. Hakikatnya kuasa Menteri melalui akta ini diharap dapat memantapkan kawalan institusi kerajaan terhadap bekas tentera selaras dengan amalan di negara-negara maju yang lain.

Akta ini juga penting dari segi memantapkan kebajikan asas veteran ATM dan tanggungan mereka supaya kehidupan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan. Sebagai rakyat Malaysia veteran ATM dan tanggungan mereka layak mempunyai ruang untuk berusaha bagi membina kehidupan baru selepas berhenti dari perkhidmatan.

final • 8:24 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk memastikan nasib veteran ATM terus terbela dan terjaga, kerajaan sewajarnya mengadakan undang-undang dan peraturan agar veteran ATM yang baik perkhidmatannya diberi pembelaan...

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, pembentangan ini panjangkah Yang Berhormat?

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Lagi dua muka surat sahaja.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau pendek saya boleh bagi masa Yang Berhormat untuk habiskan pembentangan ini dan kita sambung esok sahajalah.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Boleh.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi baca sampai habis sahaja pembentangan Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Okey.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sebab saya ada kuasa di bawah peraturan...

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Mengikut perintah Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Untuk tambahan. Sila Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan nasib veteran ATM terus terbela dan terjaga, kerajaan sewajarnya mengadakan undang-undang dan peraturan agar veteran ATM yang baik perkhidmatannya diberi pembelaan yang adil dan setimpal. Oleh sebab itu rang undang-undang ini akan memberi kuasa bagi membolehkan Menteri mewujudkan peraturan-peraturan berhubung bantuan kebajikan dan perubatan serta bantuan sosial ekonomi. Peraturan-peraturan di dalam akta bertujuan memelihara kesejahteraan veteran ATM dan akan sesuai dengan norma-norma utama yang diguna pakai di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kita sambung esok?

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak Yang Berhormat, sambung Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya tengok macam Tuan Yang di- Pertua sudah hendak balik sahaja... [Ketawa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 8:30 PM

Mesyuarat] Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, implikasi kewangan yang utama bagi Akta Veteran ATM akan terbit dari penggubalan peraturan- peraturan khusus berkaitan dengan bantuan kebajikan dan perubatan serta bantuan sosioekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 24 fasal.

Bahagian I memperkatakan perkara-perkara permulaan iaitu fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 mengandungi takrif istilah tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan.

Bahagian II mengandungi peruntukan mengenai penubuhan Majlis Veteran Kebangsaan.

Fasal 3 mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis, manakala fasal 4 memperkatakan fungsinya.

Fasal 5 mengadakan peruntukan bagi pembayaran elaun kepada anggota Majlis sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Fasal 6 memperuntukkan bahawa Majlis hendaklah dibantu oleh jabatan dalam pelaksanaan fungsinya dan perjalanan kuasanya.

Bahagian III mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan pendaftaran veteran.

Fasal 7 mengadakan peruntukan bagi pelantikan pendaftar.

Fasal 8 mengadakan peruntukan bagi penyimpanan dan penyelenggaraan daftar veteran.

final • 8:30 PM

Mesyuarat] Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Fasal 9 memperkatakan permohonan untuk pendaftaran.

Fasal 10 memberi pendaftar kuasa untuk meminta dokumen atau maklumat tambahan daripada seorang pemohon.

Fasal 11 memberi pendaftar kuasa untuk meluluskan atau menolak untuk meluluskan permohonan untuk pendaftaran seorang pemohon.

Fasal 12 memperkatakan pengeluaran kad veteran kepada seorang veteran berdaftar.

Bahagian IV mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan pendaftaran dan penyeliaan persatuan veteran.

Fasal 13 memperkatakan permohonan untuk pendaftaran persatuan veteran.

Tiada persatuan boleh menjalankan apa-apa aktiviti veteran melainkan jika persatuan itu telah didaftarkan sebagai suatu persatuan veteran di bawah akta ini.

Fasal 14 memberikan Pendaftar kuasa untuk meluluskan atau menolak untuk mendaftarkan permohonan bagi pendaftaran oleh pemohon sebagai suatu persatuan veteran.

Fasal 15 mengadakan peruntukan bagi penyimpanan dan penyelenggaraan daftar persatuan veteran.

Fasal 16 memperkatakan pengeluaran peraturan pendaftaran kepada persatuan veteran.

Fasal 17 memperkatakan mana-mana persatuan yang menjalankan aktiviti veteran yang didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966, persatuan Itu hendaklah terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966 dan hendaklah didaftarkan di bawah akta ini.

Fasal 18 menghuraikan keadaan yang pendaftar boleh membatalkan atau menggantung mana-mana persatuan veteran berdaftar.

Fasal 19 memperkatakan rayuan kepada Menteri oleh sesuatu persatuan yang terkilan dengan keputusan Pendaftar.

Fasal 20 bertujuan untuk membolehkan Menteri mengeluarkan arahan bagi penerusan fungsi sesuatu persatuan dalam hal jika suatu rayuan untuk persatuan itu masih belum selesai.

Fasal 21 mensyaratkan bahawa suatu persatuan veteran mesti menyelesaikan pertikaiannya mengikut tatacara dalaman yang ditetapkan.

Fasal 22 memperkatakan rujukan pertikaian kepada Menteri.

Fasal 23 memperkatakan kesan penolakan pendaftaran dan pembatalan atau penggantungan pendaftaran.

Bahagian V mengandungi peruntukan am iaitu fasal 24 memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan JHEV belum mempunyai Akta Veteran ATM sejak ditubuhkan pada tahun 2001, maka adalah wajar kepentingan institusi ketenteraan yang diperjuangkan akta ini diluluskan kerajaan bagi membela nasib veteran ATM dan tanggungjawab sebagai manifestasi kerajaan dalam menghargai pengorbanan veteran ATM setelah menamatkan perkhidmatan. Kegagalan membantu veteran ATM mencapai tahap kebajikan minimum adalah bertentangan dengan dasar pertahanan negara dan mungkin mengurangkan minat rakyat menyertai Angkatan Tentera Malaysia secara sukarela atau sebagai kerjaya yang disanjung.

Sesungguhnya saya percaya bahawa kewujudan Rang Undang-undang Veteran ini adalah merupakan suatu usaha murni kerajaan dalam memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas anggota tentera yang telah berkhidmat bersungguh-sungguh dalam mempertahankan negara dan bangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 8:30 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Majlis Veteran Kebangsaan untuk membuat peruntukan bagi pendaftaran veteran dan persatuan veteran dan untuk membuat peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 8:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Lulus, tidak payah bahas?

Yang Berhormat Maran.

final • 8:30 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dia ada semangat tentera.

Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan kerajaan kerana mengadakan Rang Undang-undang Veteran 2011 ini. Sebagai warganegara Malaysia yang sayangkan negaranya, saya minta kita semua sebagai rakyat Malaysia memberikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada pasukan keselamatan kita..., tentera, polis dan sebagainya, yang telah banyak berjasa kepada negara kita dan bukan menghina mereka dengan memberikan penghargaan kepada komunis yang menghancurkan negara kita sebagai pahlawan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya kira akta ini cukup penting kepada bekas tentera kita. Sudah sampai masanya kerajaan memberikan bukan sahaja penghargaan bahkan penghormatan dan juga penilaian kepada jasa-jasa yang telah dimainkan oleh pasukan keselamatan tentera, polis dan juga veteran ini. Oleh sebab itulah saya memberikan sokongan penuh. Saya kira kalau di segi nilainya, faedahnya, kita tidak bincang pun tidak mengapa sebab akta ini cukup penting dan cukup berharga kepada pasukan tentera kita ini.

Cuma saya berharap supaya dalam kita melaksanakan akta ini, minta Yang Berhormat Menteri memberikan perhatian.

Saya sepanjang masa Yang Berhormat Menteri, memberikan penghormatan yang sungguh-sungguh dan sokongan kepada bekas-bekas tentera pasukan keselamatan iaitu bekas pasukan tentera yang ada pada hari ini termasuklah bekas polis dan sebagainya.

Kita memberikan sokongan kepada mereka dalam melaksanakan apa jua program. Hari ini mereka berhadapan dengan banyak masalah kerana tidak ada peraturan yang kemas, tidak ada undang-undang yang lebih teratur yang boleh menyusun program dan menyediakan peruntukan khusus kepada mereka. Oleh sebab itulah saya kira dengan adanya rang undang-undang ini, maka kita berharap pasukan keselamatan kita, bekas tentera, veteran yang telah banyak berjasa kepada negara dan keselamatan negara ini akan dapat kita pertahankan termasuklah dari segi mereka ini, keluarga dan anak-anak mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya, dalam kita mencadangkan pelaksanaan rang undang-undang ini, masih juga terdapat sebahagian daripada bekas pasukan keselamatan kita yang agak kurang menerima rang undang-undang ini. Saya kira mungkin mereka tidak mendalami, tidak memahami dan sebab itulah kita bawa dan bahaskan di dalam Dewan ini supaya mereka sedar. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan kepada kita sedikit sebanyak dalam kita membantu. Apakah di antara isu-isu yang menyebabkan sebahagian daripada mereka ini tidak...

final • 8:36 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

[Bangun]

final • 8:36 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Sila.

final • 8:36 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya dengar Yang Berhormat Maran sebut tadi masih ada lagi bekas anggota tentera yang mungkin menolak akta ini.

final • 8:36 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Apakah Yang Berhormat Maran berpandangan mungkinkah ada kelompok dan golongan tertentu yang mahu mengambil kesempatan dan cuba menyebut kononnya rang undang-undang yang hendak dibentangkan ini akan menekan dan menindas perajurit.

Contohnya hari ini apabila ada pihak di sebelah sana tubuhkan pula KERABAT. KERABAT satu lagi pertubuhan yang dibuat kononnya mahu membela angkatan tentera, yang lebih hebat lagi, boleh bagi borang geran tanah, borang untuk memohon bukan tanah angkatan tentera, tanah FELDA, FELDA Plantation. Di tempat saya sudah dibuat, baru ini di Pahang.

Jadi, kenapa perkara ini boleh berlaku?

final • 8:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Lenggong. Saya bila mendengar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lenggong, saya memang tidak hairan sebab inilah kerja pembangkang. Dibuat apa pun yang baik, dia akan cari mana yang buruk. Yang baik itu tidak pernah berterima kasih walaupun mereka gunakannya. Ini hakikatnya. Saya hendak kalau boleh Yang Berhormat Kepong kena fikir, yang baik terima baik, yang tidak baik itu kita sama-sama kerjakan. Ini sepatutnya prinsip yang ada. Ini tidak, yang baik kita baloi, yang tidak baik beri kepada kerajaan, kepada Barisan Nasional. Ia berbaloi juga kadang-kadang. Jadi, saya tidak hairan Yang Berhormat Lenggong. Oleh sebab itulah kalau tadi pasukan keselamatan kita, tentera kita yang selama ini berjuang mempertahankan negara dinafikan pengorbanan mereka, apatah lagi benda-benda macam ini. Kecil sahaja pada saya.

final • 8:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terengganu ada tentera?

final • 8:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Ada.

final • 8:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Sila.

final • 8:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya sebenarnya teringat dalam keadaan kita hendak membela tentera itu, tetapi kita jangan lupa tentang sejarah sebenarnya. Dahulu semasa berlaku keadaan darurat, kerana usaha kita untuk membanteras komunis, kerajaan kita seolah-olah macam buat kesilapan. Pihak komunis yang menentang kepada kerajaan, yang melawan tentera, kita kumpul dia, kita beri makan minum dia, kita beri tanah kepada dia dan komunis ini mendapat sesuatu. Pihak tentera, pihak polis, homeguard yang lawan kepada komunis, yang patah kakinya, yang putus tangannya, bila tamat perkhidmatan tidak diberi tanah, tidak diberi tempat tinggal. Inilah yang menyebabkan pihak tentera rasa tidak puas hati.

Oleh itu Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Maran, kita memperingatkan supaya jasa baik askar tersebut, polis tersebut perlu diberi balasan, perlu diberi sesuatu supaya mereka rasa mereka dihargai. Bagaimana Yang Berhormat Maran? Terima kasih.

final • 8:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Hulu Terengganu ini hendak berterima kasih kepada Menteri, tetapi beliau tidak direct. Maknanya hendak dikhabarkan apabila kita bentang akta ini, maknanya kerajaan terima kasih, tidak dibiar begitu sahaja. Maknanya hendak menghargai bahawa tentera itu banyak berjasa. Jadi kita hendak, saya hendak komen sedikit tentang Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi. Dahulu komunis ada sebab saya pernah terlibat dengan komunis, bukan jadi komunis tetapi maknanya bagaimana kita mengepung komunis.

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah makan racun dalam hutan dengan pasukan tentera kerana hendak hapuskan komunis. Ini baru lagi, tahun 80-an, saya semasa itu dengan Keselamatan Negeri. Akan tetapi malangnya orang yang sudah mewah, sudah kaya raya hari ini, dia boleh mengaku pula komunis itu bagus daripada pasukan kita. Ini cukup mengecewakan saya. Kalau boleh ada negeri lain, kita hantar dia keluar.

final • 8:40 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Sebutlah siapa itu.

final • 8:40 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Tidak kiralah, faham-fahamlah siapa yang kena, yang sebelah sana. Jadi sebab itulah kita harap dahulu, dahulu komunis mungkin mereka tersilap, silap kena dipengaruhi dan sebagainya. Akan tetapi, kita hendak supaya orang yang terpengaruh dengan komunis ini kembali balik kepada masyarakat. Ada sebahagian mereka kembali tetapi kita ini yang mendapat mewah daripada kerajaan, tiba- tiba menyokong komunis. Maknanya pelik, pelik wal ajaib, dengan izin, separuh Arab.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah saya hendak supaya pelaksanaan rang undang-undang ini dapat dilaksanakan dengan baik. Saya kira sampailah masanya dan saya kira sudah cukup saya berbangga dengan kerajaan kerana memberikan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan veteran ini. Hari ini kita lihat bila kita bercadang sahaja hendak melaksanakan, bila isu Bukit Kepong lahir, kita masih terdengar ada lagi bekas- bekas tentera kita yang ketinggalan, terlepas pandang oleh kerajaan yang sepatutnya mereka boleh dapat bantuan dan sebagainya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk bercakap panjang. Saya dengan lebih 100 peratus menyokong supaya akta ini dapat dilaksanakan dan kita hendak pastikan supaya kementerian melaksanakan dengan terbaik, pastikan pendaftaran persatuan-persatuan ini di peringkat bukan sahaja negara bahkan negeri dan juga daerah dapat kita sempurnakan. Insya-Allah kita sebagai Ahli Parlimen akan memberikan sokongan kepada pendaftaran rang undang-undang ini. Terima kasih, saya mohon menyokong.

final • 8:40 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dan mengucapkan terima kasih kepada Menteri kerana membawa rang undang-undang ini. Kiranya inilah masa yang terbaik untuk kita bincangkan hal-hal bekas perajurit kita kerana sebagai seorang yang lahir daripada keluarga yang juga dari tentera dan ada juga di antara keluarga saya yang mati dalam perkhidmatan. Jadi, saya kira inilah masanya kita menghargai jasa-jasa mereka yang telah pun bukan sahaja menggadai masa, tenaga tetapi juga nyawa.

Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, kita perhatikan ramai juga di antara bekas-bekas perajurit, bekas-bekas tentera yang hidupnya jauh di bawah paras kemiskinan.

Kita lihat bekas-bekas tentera kita yang menjadi guard di supermarket, yang menjadi driver, malah ada yang tidak ada kerja bukan sahaja di kawasan-kawasan luar bandar tetapi juga dalam bandar. Saya rasa ramai di antara kita Ahli Parlimen yang sentiasa berjumpa dengan bekas-bekas tentera yang tidak mempunyai masa hadapan langsung. Apatah lagi apabila berhenti daripada angkatan tentera pada umur yang sebenarnya umur yang masih produktif, tetapi market tidak boleh terima mereka kerana dia juga telah menjangkau umur 40 tahun atau 41 tahun hingga 45 tahun. Syarikat swasta tidak mahu terima dia kerana dianggap tua, kerajaan tidak mahu terima dia sebab tidak ada kepakaran khusus. Akhirnya mereka inilah yang menjadi masalah.

Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa ramai di antara bekas-bekas tentera yang tidak dapat apa-apa selepas mereka berkhidmat dengan kerajaan. Malah ada di antara mereka yang terpaksa merayu gerai, lesen perniagaan dan treatment yang diberikan oleh PBT ataupun kerajaan atau agensi-agensi lain sama seperti rakyat biasa. Rakyat biasa perlu queue, askar pun perlu queue, bekas tentera pun perlu queue. Kalau pergi hospital samalah, kalau rakyat civilian pun perlu queue, bekas tentera pun perlu queue. Maknanya, tidak ada pengiktirafan secara jelas yang diberikan kepada mereka. Jadi sebab itu, saya tidak teragak-agak mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Menteri kerana inilah waktunya untuk ...

final • 8:45 PM

Dato Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 8:45 PM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Ya, silakan.

final • 8:45 PM

Dato Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 8:45 PM

Dato Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Apabila Yang Berhormat Sungai Petani menyebut tentang bekas anggota tentera kita sukar untuk mendapat bantuan perubatan ini, memang ini terasa sangatlah kerana kita biasa bertugas di hospital dan mendapat keluhan daripada ramai pesara-pesara tentera ini.

Misalnya mereka menghadapi kemalangan, terpaksa memasukkan prostesis ataupun besi ke dalam yang patah di sana sini terpaksa merayu kadang-kadang sampai kita terpaksa postpone dia punya operation, pembedahannya. Pergi kebajikan, kebajikan tolak, pergi merata tempat minta bantuan sampai terpaksa masuk di dalam surat khabar. Kadang- kadang mereka itu merupakan bekas penderma-penderma darah sampai 20 kali ke 30 kali tetapi masih lagi belum mendapat pembelaan daripada persatuan-persatuan yang menaungi mereka.

final • 8:45 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pendang, malah saya ada satu kes di mana seorang bekas tentera yang telah pun pencen sebagai Medical Board, kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rumah dia tidak lebih daripada kandang lembu, anak-anak yang empat orang, yang duanya tidak bersekolah, setiap kali kita jumpa dia marahnya luar biasa dan seperti yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu sebentar tadi, dia kata komunis dapat macam-macam, dapat tanah, dapat itu dapat ini, yang aku ini jadi askar keluar berperang apa pun tidak dapat, malah ada kes dia meminta bantuan beg sekolah, buku sekolah Jabatan Veteran tolak permohonan dia, nama dia Zainol. Tolak, di Sungai Petani, jadi sampai begitu sekali.

Saya telah pun menulis kepada jabatan untuk meminta tolong dan jabatan telah menghantar Persatuan Bekas Perajurit, tetapi persatuan, biasalah persatuan, dia tengok dan dia baliklah dan saya rasa ini adalah di antara satu daripada ribuan yang lain. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita melihat seolah-olah bekas perajurit, bekas tentera ini seolah-olah mewarisi kemiskinan yang diwarisi oleh ibu bapa dia sendiri. Rata-ratanya sama ada private atau NCO ini datang daripada keluarga yang tidak berada, sebab itu dia menjadi private. Kalau yang kaya sedikit, yang ada qualification dia masuk kadet. Jadi NCO-NCO ini apabila dia pencen ataupun dia berhenti pada umur 40-41 tahun, anak dia berada di sekolah menengah ataupun di kolej dan dia tidak ada pendapatan lagi, akhirnya apa yang berlaku dia juga menjadi seperti bapa dia, miskin dan menyebabkan kemiskinan itu diwarisi daripada bapa dia kepada dia walaupun dia telah menjadi askar tetapi nampaknya anak dia juga miskin. Saya rasa rata-rata di kampung kita, kita jumpa ramai orang yang macam ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa akta ini dan ingin meminta supaya beberapa seksyen di dalam akta ini dilihat secara teliti supaya akta ini akhirnya akan memberikan manfaat kepada veteran-veteran kita...

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

[Bangun]

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Silakan.

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani kerana memberikan ruang kepada saya.

Saya tengok Yang Berhormat Sungai Petani begitu bersemangat sekali berucap dengan menyokong bekas tentera ini, penubuhan veteran ini. Nampaknya Yang Berhormat ini memang di dalam hati dan jiwa raga dan keluarga sekali dahulu adalah di dalam tentera.

Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat ini iaitu kawan Yang Berhormat juga di sebelah sana mengatakan bahawa pengganas komunis ini sebagai hero, sedangkan kita tahu bahawa pengganas komunis ini ramai yang mati. Bukan kata orang Melayu tetapi orang Cina pun ramai selepas Jepun dia mengejar yang mana yang menyokong Jepun dahulu, yang dia tidak puas hati dia bunuh dan hilang dengan begitu sahaja dan kita hendak menganggap dia sebagai hero ini? Bagaimana Yang Berhormat ini? Minta pendapat Yang Berhormat, terima kasih.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Untuk Yang Berhormat Sekijang, saya minta baca buku sejarah Bukit Kepong berlaku 23 Februari 1950. Tahun 1950 kita merdeka 31 Ogos 1957.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Jadi apa yang berlaku, penyerangan Bukit Kepong itu berlaku semasa kita menuntut kemerdekaan, tidak bersangkut paut dengan kemerdekaan, tidak bersangkut paut dengan mempertahankan hak kerajaan yang kita tubuhkan, waktu itu kerajaan British. Jadi askar British ini bukan Melayu sahaja, Gurkha pun ada, Fiji pun ada, Sri Lanka pun ada dan ramai lagi. Jadi secara kebetulan British suruh askar-askarnya yang membebaskan, yang menghidupkan Israel diwujudkan dan ada di antara tentera-tentera British dibawa ke sana...

[Dewan riuh] Jadi baca buku ya. Untuk maklumat...

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

[Bangun]

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Untuk rekod Bukit Kepong...

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Boleh?

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Tahun 1950...

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Boleh?

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Saya rasa Yang Berhormat Sekijang tidak perlu...

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Boleh...

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Tidak perlu debate...

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sedikit lagi...

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Baik, saya hendak masuk ke dalam ini...

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sedikit sahaja Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Saya tidak bagi... [Dewan riuh] Kita debate di luar.

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Saya hendak tanya Yang Berhormat sedikit sahaja.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Kita debate di luarlah.

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sedikit sahaja.

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Kalau berani bagilah.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Okey.

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Okey.

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa Bukit Kepong ini yang terlibat semua ini adalah ahli keluarga saya. Saya hanya lebih kurang dalam lima kilometer sahaja daripada Bukit Kepong ini walaupun saya di sebelah Segamat, sempadan ini...

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat baca buku.

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Keluarga saya terlibat sama apabila Mat Indera datang ke kampung ini dia hendak makan buah kelapa bukan dia ambil buah kelapa dengan pokok kelapa, hendak makan buah durian pokok durian di tebang, hendak ambil buah rambutan buku rambutan ditebang, memusnahkan dan yang mana yang tidak mahu mengikut dia ditambat dan diseksa dan ini hendak menjadi hero? Selepas itu menyerang Balai Polis Bukit Kepong?

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tidak ada di dalam buku itu.

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Hah! Ini Yang Berhormat saya ingat janganlah tengok sahaja, tanya dengan masyarakat di situ dahulu, tengok keadaan, ini keluarga saya semua yang terlibat.

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Cerita dengan Mat Sabu itu.

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat Sekijang, Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 bukan? Terima kasih. Bukit Kepong fakta...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh sedikit?

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Tahun 1950 ya. Sebelum itu bukan ada Kerajaan Barisan Nasional atau Perikatan.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, ya.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Kerajaannya Kerajaan British. Jadi mereka ini bekerja untuk kerajaan... [Dewan riuh]

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Dia bermula daripada situ Yang Berhormat, jangan kita hendak mempertikaikan pula.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh? Sedikit Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Itu adalah rentetan daripada peristiwa - sebab itu kita dalam akta ini ada Komanwel ada kita masukkan sekali, tengok dalam Akta Veteran kita ini, kita tengok dalam ini, Yang Berhormat baca tidak dalam ini apa yang dimaksudkan di dalam akta ini.

final • 8:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Malulah Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Saya sebut...

final • 8:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Saya mencelah sedikit.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Saya sebut...

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat dengar ceramah Mat Sabu sahaja, tidak baca pun, dengar ceramah Mat Sabu sahaja agaknya.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh bagi ruang sedikit?

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Saya sebut bahawa semua pegawai polis, anggota polis yang bertugas pada hari itu bekerja dengan British, saya sebut fakta. Bekerja dengan British dan sebelum itu ada juga askar dari Fiji dan sebagainya di Bukit Kepong.

Jadi yang saya sebut adalah fakta, kejadian berlaku pada tahun 1950 periode. Saya hendak teruskan Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat mencelah sedikit sahaja.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Sabarlah!

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sedikit sahaja.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Next round.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sedikitlah ini berkenaan komunis ini penting, yang lain itu tidak penting.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat...

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Dalam...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Polis pada masa itu mempertahankan Malaya Yang Berhormat bukannya British.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Pada seksyen 9...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Mempertahankan Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu bukannya British.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Seksyen 9...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Nama Indera itu...

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Sungai Petani tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Di situ. Ini kerana saya hendak tanya ini penting sedikit sahaja.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Tahun 1950...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, ya betul. Dia mempertahankan Persekutuan Tanah Melayu...

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Tahun 1950, kita belum merdeka.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya saya tahu.

final • 8:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Yang Berhormat Sungai Petani, beri sedikit.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Selepas itu Yang Berhormat, komunis-komunis...

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat tidak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Okey saya bagi jalan kepada Yang Berhormat Jerai.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh?

final • 8:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Untuk Yang Berhormat Sungai Petani, isu komunis yang cuba dibangkitkan, mudah begini sahaja kalau kita melihat isu yang dibangkitkan pada bulan Ramadan yang lalu, sebenarnya Mat Indera ini telah disetujukan oleh Menteri Besar Johor.

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Petani...

final • 8:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

....Dalam kata penghantar itu, menjulang nama Johor itu bukan? Bukunya untuk makluman Yang Berhormat Sungai Petani...

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Ini lagi seorang dengar ceramah Mat Sabu ini.

final • 8:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

...Ditulis oleh disokong...

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

...Tidak baca buku.

final • 8:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Menteri Besar Johor...

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

...Dia dapat maklumat Mat Sabu ini...

final • 8:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

... Ini mengaku Mat Indera ini, kenapa hari ini pemimpin Barisan Nasional macam tidak baca perkataan penghantar itu...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Jerai dengar ceramah Mat Sabu ini...

final • 8:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

...Menjulang nama Johor.

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat...

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

...Ceramah Mat Sabu ini....

final • 8:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Salah baca buku Johor ini, baca pun tidak faham.

final • 8:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat...

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Jerai, saya hendak sambung ini..

final • 8:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Baca pun tidak faham. Tidak baca pun tidak faham. Tidak boleh tidur nanti.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Seksyen 9 mengatakan bahawa...

final • 8:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

final • 8:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Kata penghantar itu semua orang boleh beri, mana- mana pun.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Seksyen 9 mengatakan...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

P. Ramlee betullah, P. Ramlee.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Untuk menjadi...

final • 8:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Jangan baca buku dekat kulit sahaja...

final • 8:50 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Mikrofon pun tidak mahu dengar lagi.

final • 8:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri penghargaan. Saya tidak silap Yang Berhormat ini bekas pasukan keselamatan.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih...

final • 8:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Oleh sebab itu saya rasa kita berikan penghormatan kepada dia tetapi Yang Berhormat kita terimalah hakikat, jangan kerana kepentingan politik kita korbankan, nama kita. Saya sebenarnya hormat Yang Berhormat tadi tetapi Yang Berhormat membela yang bukan-bukan, memburukkan Barisan Nasional, hilang hormat saya, betul, lillahi Taala, saya cakap...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya...

final • 8:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Dalam Dewan yang mulia ini.

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Saya tidak minta penghormatan Yang Berhormat...

final • 8:50 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Bukan, saya kena hormat...

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Saya hendak baca fakta...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya minta Yang Berhormat...

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat faktanya ialah...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya hendak tanya...

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Faktanya ialah...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Selepas...

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Seksyen 9...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

....Kita mencapai kemerdekaan...

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Ia tidak menjadi...

final • 8:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

...Yang Berhormat hendak ini, komuniskah atau negara?

final • 8:50 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

...Dia mesti memohon. Saya mencadangkan kepada kementerian..., kenapakah veteran mesti memohon. Saya mencadangkan supaya seksyen ini dilihat kembali supaya sebaik sahaja seseorang itu tamat perkhidmatannya, dia terus menjadi veteran. Kalau sekiranya kita rasa dan menunggu dia untuk menjadi veteran, pengalaman kita ialah selepas sahaja tamat berkhidmat kita akan kembali ke kampung. Kita akan melaksanakan tugas-tugas dan akhirnya apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, kita lupa dan apabila kita berjumpa masalah barulah kita akan datang ke Jabatan Veteran. Oleh sebab itu saya mencadangkan untuk menjadi ahli veteran, saya mencadangkan dilakukan secara automatik.

Keduanya ialah seksyen 11, di mana dilihat bahawa pendaftar boleh menolak permohonan tersebut. Saya juga mencadangkan supaya dikaji semula seksyen ini agar pendaftaran boleh dilakukan ataupun diterima secara automatik kecuali, the word ataupun perkataan yang saya cadangkan ialah supaya kecuali ada hal-hal yang dilihat supaya – di mana permohonan ataupun pendaftaran automatik itu tidak dapat diterima.

Kemudian seksyen 13, memperlihatkan bagaimana persatuan veteran mesti meminta kelulusan kepada pendaftar untuk menjalankan aktiviti. Saya rasa selepas rang undang-undang ini diluluskan dan ia menjadi undang-undang, saya kira banyak persatuan- persatuan yang akan didaftarkan dan ramai juga bekas-bekas tentera yang akan menjadi veteran. Jadi, untuk meminta mereka memohon kepada pendaftar sekiranya hendak membuat aktiviti, saya rasa ini kerana faktor masa, yang agak tidak praktikal. Saya mencadangkan supaya digubal, agar kita memberikan sedikit kelonggaran agar mereka ini dapat bergerak tanpa dikongkong oleh birokrasi. Jadi ini memberikan peluang kepada mereka untuk bergerak lancar dan menyemarakkan persatuan mereka.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, yang berhenti ini adalah daripada kalangan gazette officer, general, kolonel..., pun daripada waran, official one, official two maknanya orang-orang ini adalah orang-orang yang berpengalaman di dalam mentadbir dan juga mengepalai kumpulan-kumpulan bersenjata ini. Saya kira berilah mereka ruang yang agak luas untuk mereka bergerak.

Seksyen 15(3) Yang Berhormat Menteri, melihatkan apabila persatuan memohon dan permohonan mereka ditolak dan apabila pendaftar meminta perlembagaan, persatuan lama dipinda ataupun diubahsuai, pendaftar memberikan 21 hari sahaja. Saya kira ini juga terlalu sempit ruangnya kerana tahulah orang pencen ini, apabila permohonan mereka untuk menjadi persatuan yang berdaftar di reject. Yang pertama sekali mereka mesti meeting, hendak memanggil orang yang telah berpencen ini untuk bermesyuarat ini pun satu hal, ditambah pula setiausaha itu koperal yang ahli-ahlinya ialah Pegawai Waran II, letih jugalah. Jadi, disebabkan itu saya mencadangkan supaya seksyen ini diperluaskan daripada 21 hari, saya mencadangkan 60 hari adalah suatu yang lebih munasabah.

Satu lagi, seksyen yang amat digeruni oleh bekas-bekas tentera Tuan Yang di- Pertua ialah seksyen 17. Banyak rungutan-rungutan yang dibawa kepada kita mengatakan bahawa seksyen 17 ini seolah-olah kerajaan, saya sebut seolah-olah ya. Seolah-olah kerajaan cuba mengongkong perjalanan NGO-NGO yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966. Jadi, mereka mengatakan bahawa sebaik sahaja rang undang-undang diluluskan dan tertubuhnya akta baru ini sekali gus mereka yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 ini wajib kembali di bawah akta ini dan sekali gus status mereka hilang sebagai NGO yang sedia ada. Saya kira ini adalah pertimbangan yang adil, yang benar kerana mereka telah membina seperti persatuan Kelab Komando dan banyak lagi kelab- kelab, persatuan-persatuan yang ditubuhkan.

Saya kira Tuan Yang di-Pertua, harus dipertimbangkan kembali supaya ia tidak menjadi compulsory kepada persatuan-persatuan ini untuk mewajibkan mereka bernaung di bawah ini tetapi membiarkan mereka remind as NGO. Akan tetapi jika sekiranya mereka memerlukan ataupun mereka rasa hendak bantuan daripada segi sumber ataupun kewangan dan sebagainya, mereka ada opsyen. Kalau mereka rasa mereka tidak memerlukan bantuan dan mereka hendak duduk sebagai NGO, saya rasa pilihan ini juga harus dihormati.

final • 9:00 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Akan tetapi kalau mereka rasa inilah masanya untuk bernaung di bawah akta ini berikan opsyen itu, jadi jangan kita terus sekali gus menutup ataupun mematikan karier mereka.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya Majlis Veteran Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah akta ini melihat, review balik pendapatan dan juga kewangan yang kalau boleh bekas-bekas tentera kita dapat. Seperti contohnya sarjan pencennya sebanyak RM800 Tuan Yang di-Pertua. Tahun 2011 dan kita akan menapak ke tahun 2012 dengan anak seramai tujuh, lapan orang dengan pencen RM800 duduk di Ipoh, Sungai Petani, saya ingat susah hendak hidup. Jadi, saya kira majlis harus melihat bagaimanakah bekas-bekas perajurit kita ini dapat dinaikkan pendapatan mereka, pencen mereka dalam keadaan yang lebih reasonable.

Majlis harus memperlihatkan ataupun boleh mencadangkan kepada kerajaan, bagi mereka yang tidak mendapat pencen, mereka yang tidak servis sampai 20 tahun, yang mungkin berhenti 15, 18, harus ada satu perkiraan imbuhan kewangan ataupun apa bentuk bantuan kewangan diberikan secara berterusan kepada mereka. Ini kerana kebanyakan daripada mereka ini dalam keadaan yang susah dan saya kira kalau ini dapat dilakukan, saya yakin sangat kita akan membuktikan bahawa kita amat bukan sahaja prihatin tetapi juga kita memberikan penghormatan kepada servis ataupun perkhidmatan yang telah mereka berikan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong akta ini.

Terima kasih.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tahu ramai bekas tentera di sini. Ada yang bersimpati dengan tentera, ada yang anak tentera tetapi kita sudah larut malam, kena habiskan bill ini. Saya ingin memanggil Naib Presiden, Yang di-Pertua Persatuan Bekas Tentera, Yang Berhormat Lipis.

final • 9:00 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan ruang kepada saya untuk berbahas mengenai Rang Undang- undang Veteran 2011 dalam Dewan yang mulia ini. Saya mengalu-alukan rang undang- undang ini, malahan di bawah rang undang-undang ini Malaysia diiktiraf di antara 30 negara yang mempunyai kemudahan lengkap bagi menguruskan hal ehwal veteran selepas rang undang-undang ini diluluskan kelak.

Saya berharap ekoran daripada rang undang-undang ini akan ada beberapa peruntukan bagi menjamin hak kebajikan dan kepentingan veteran Tentera Malaysia.

Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap 100 buah negara di seluruh dunia, hanya ada 30 peratus yang mempunyai kemudahan lengkap mengurus hal ehwal veteran termasuklah Malaysia sekiranya rang undang-undang ini diluluskan nanti. Saya percaya Rang Undang- undang Veteran 2011 adalah bertujuan untuk menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan berhubung dengan hal ehwal veteran selain menjadi badan pemantau bagi semua persatuan-persatuan veteran di Malaysia.

final • 9:09 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Di bawah fasal 3, Majlis Veteran Kebangsaan ditubuhkan bagi merumus dasar utama dan pelan tindakan mengenai hal ehwal veteran. Majlis ini akan dianggotai oleh wakil kedua-dua pihak termasuk Menteri Pertahanan dan lima orang pakar yang berpengalaman dalam bidang hal ehwal veteran untuk mewakili veteran. Saya amat berharap penubuhan majlis ini akan memastikan seperti apa yang saya katakan tadi hak kebajikan dan kepentingan veteran di negara ini terjamin. Malah menerusi Majlis Veteran Kebangsaan, ia turut berupaya dan dapat membincangkan hal ehwal veteran dan isu-isu berkaitan pesara ATM dalam menentukan hala tuju mereka.

Di samping itu, saya percaya lebih ramai kelak seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani dan persatuan pesara tentera dapat didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau singkatannya JHEV. Apabila berada di bawah satu bumbung, kemungkinan aktiviti dan data dapat diselaraskan.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Saya katakan kemungkinan kerana selama ini banyak aktiviti dan data yang agak berserabut juga, dapat diselaraskan dan saya berharap tidak berlaku lagi keciciran kebajikan anggota veteran ATM yang selama ini telah menyumbangkan tenaga dan pengorbanan yang tidak berbelah-bagi kepada negara mereka.

Jadi, sudah sampai masanya kita memastikan kebajikan mereka terpelihara termasuklah ahli-ahli anggota keluarga mereka yang lain. Peluang anak-anak mendapat pekerjaan, kemasukan ke universiti dan sebagainya perlu diberikan perhatian serius. Lebih- lebih lagi ada pesara tentera ini berada di bawah paras kemiskinan. Saya amat berharap ia diberikan tumpuan yang serius. Saya pasti Tuan Yang di-Pertua, saya harap undang- undang ini tidak sama sekali menghalang ini Tuan Yang di-Pertua, kebebasan bersuara golongan pesara tentera seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi.

Umpamanya di bawah fasal 17, rang undang-undang ini mengehendaki mana- mana persatuan bekas tentera yang telah didaftarkan dahulu di bawah Akta Pertubuhan 1966 didaftarkan semula di bawah akta yang baru ini seperti mana yang saya sebutkan tadi. Jadi, fasal 17, Akta Veteran, rang undang-undang ini yang dicadangkan dan akan secara automatik melibatkan pembubaran persatuan-persatuan yang tidak didaftarkan di bawah akta berkenaan ataupun persatuan-persatuan yang telah berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966. Jadi, kuasa pembubaran wujud jika di bawah akta-akta lain juga seperti Akta Pertubuhan 1966, fasal 7 memberikan kuasa kepada Pendaftar untuk menolak pendaftaran mana-mana persatuan yang dikemukakan.

Oleh kerana persatuan sedia ada telah pun wujud sekian lama, saya berpendapat fasal 17 akta berkenaan tidak melibatkan persatuan yang sedia ada. Seterusnya, di bahawa fasal 13, akta berkenaan, Pendaftar diberikan kuasa untuk membatalkan atau menggantung keahlian mana-mana persatuan. Menteri berkenaan juga mempunyai kuasa di bawah fasal 3, Akta Pertubuhan 1966, contohnya untuk membatalkan pendaftaran persatuan di atas sebab-sebab keselamatan negara, ketenteraman awam atau moral.

Kesemua ini bererti bahawa setelah sesuatu persatuan didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966, ia tidak boleh dibubarkan melainkan menurut peruntukan yang terdapat di bawah fasal 5, fasal 7, dan fasal 13, akta berkenaan. Pada keseluruhannya, isu utama yang menyebabkan pembubaran keahlian adalah apabila perkara-perkara berkaitan keselamatan negara, ketenteraman awam atau moral dipertikaikan. Oleh yang demikian, pelucutan keahlian persatuan yang telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang dicadangkan di bawah fasal 17, Akta Veteran ini merupakan satu penghelahan, dipanggil oleh Parlimen yang tidak dapat dipertahankan atas sebab-sebab keselamatan negara, ketenteraman awam atau moral.

Jadi, ini juga bertentangan dengan peruntukan artikel 10, Perlembagaan Malaysia yang mana di bawah artikel 10(1)(c), mengatakan rakyat Malaysia secara amnya mempunyai hak untuk menubuhkan persatuan. Parlimen juga mempunyai kuasa melalui peruntukan artikel 10 (2)(c) untuk mengehadkan atau menyekat hak berkenaan tetapi ia harus didorong oleh sebab-sebab keselamatan negara, ketenteraman awam atau isu moral.

Memandangkan fakta-fakta yang saya berikan tadi, saya berpendapat dalam fasal 17, Rang Undang-undang Veteran ini jika diluluskan, dicadangkan bagi menyekat hak mana-mana persatuan daripada menjalankan aktiviti yang ditafsirkan sebagai veteran adalah bertentangan dengan prinsip Artikel 10, Perlembagaan Malaysia. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai perkara tersebut.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya percaya suara pesara tentera tidak terbatas apabila akta ini berkuat kuasa kerana segala-galanya perlu dibuat menerusi Majlis Veteran Kebangsaan yang kebanyakan anggotanya terdiri daripada mereka yang masih berkhidmat. Majlis Veteran Kebangsaan tetapi anggotanya terdiri daripada mereka yang masih berkhidmat kecuali mungkin dinyatakan dalam pindaan tadi. Rasa saya ada satu pindaan yang hendak dibuat. Dua orang daripada veteran diwakili dalam majlis tersebut.

Saya difahamkan masih ramai yang belum mendaftar lagi di bawah Jabatan Veteran. Saya pun mendapat maklum bahawa lebih 140,000 orang anggota veteran belum mendaftar dan saya berharap mereka mendaftar supaya dapat menikmati apa juga faedah yang disediakan oleh kerajaan menerusi jabatan berkenaan. Jadi, saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Sungai Petani tadi.

final • 9:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

[Bangun]

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Sepatutnya tidak ada permohonan untuk mendaftar ahli-ahli veteran ini kerana rasa saya Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) pasti telah ada maklumat-maklumat dan apabila mereka pencen atau mereka berhenti daripada perkhidmatan selama 10 tahun atau 11 tahun atau 15 tahun atau 18 tahun, secara automatik, mereka ini harus menjadi veteran di bawah akta ini.

final • 9:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Sibuti.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Okey. Silakan.

final • 9:10 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Oleh kerana tafsiran nombor dua ini berkaitan dengan veteran, termasuk juga (e) Sarawak Rangers. Oleh kerana Sarawak Rangers ini yang sudah lama, hanya tidak berapa ramai lagi yang hidup, jadi saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana mereka inilah yang benar-benar mempertahankan negeri Sarawak sewaktu Komunis dahulu. Saya mengharapkan bahawa penubuhan majlis ini nanti tidak lupa untuk melantik seorang wakil dari negeri Sarawak. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Jadi, itulah yang kita harapkan tadi supaya rekod-rekod lama ini dapat diwujudkan kembali, mungkin dalam Sarawak Rangers tidak ramai. Akan tetapi, Sarawak Rangers telah menjadi Malaysia Rangers. Jadi, rekod itu saya percaya terus ada dalam simpanan dan seperti kata Yang Berhormat Sungai Petani ini tadi, maknanya kita tidak perlulah minta mereka mendaftar tetapi secara automatik mereka ini terus menjadi veteran. Kalau dalam selepas akta ini, apabila mereka hendak berhenti sahaja, persiapan telah ada. Mereka terus diberikan kad veteran seperti pesara awam sekarang. Pesara awam tidak perlu mendaftar.

Apabila kita berhenti sahaja, seperti saya dahulu berhenti, terus dapat kad pesara itu, pesara awam. Kad pesara tentera pun ada. Dua-dua ada.

final • 9:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Lipis.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Akan tetapi, pesara ini kena memohon. Ya. Silakan.

final • 9:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak bertanya pandangan Yang Berhormat Lipis juga pimpinan daripada persatuan bekas tentera. Ada timbul kononnya apabila ada akta ini, kebebasan bersuara disekat. Ini kerabat cakap lah. Minta pandangan.

final • 9:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Apakah akta ini dia bertentangan dengan hak dan kebebasan bersuara yang mana dimaksudkan dalam Perlembagaan, Artikel 10, Perlembagaan, kebenaran berpolitik dan sebagainya. Apakah pada pandangan Yang Berhormat Lipis mengenai perkara ini.

final • 9:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Sebenarnya saya sendiri pun tidak pasti sebab itu saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri membuat penjelasan.

Maknanya perkara ini pun saya sendiri pun mendengar berbagai-bagai-bagai pihak memaklumkan kepada saya. Akan tetapi, kerabat itu biarlah dia dengan berkerabat dia.

Sesama dia memang tidak mendapat perhatian pun daripada bekas-bekas tentera. Oleh sebab itu kita lihat perhimpunan yang diadakan pada – berapa hari bulan itu di Sri Serdang sebenarnya tidak mendapat sambutan pun yang saya tahulah.

Jadi kita tidak usah kisahlah tentang kerabat-kerabat. Jadi setakat ini sebenarnya saya difahamkan hanya ada 160,000 orang yang mendaftar dengan jabatan yang diwujudkan khas untuk menjaga hal ehwal veteran malah di Sarawak sahaja terdapat 70,000 orang veteran ATM ini. Mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak sedar dengan kewujudan JHEV ini apatah lagi kepentingan rang undang-undang ini banyak membantu...

final • 9:20 PM

Tuan Masir Kujat - Sri Aman

[Bangun]

final • 9:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Seperti mana yang di bawah fasal 4. Rang undang-undang ini fungsinya...

final • 9:20 PM

Tuan Masir Kujat - Sri Aman

Sri Aman, Sri Aman.

final • 9:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Okey, sila Yang Berhormat Sri Aman.

final • 9:20 PM

Tuan Masir Kujat - Sri Aman

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Lipis. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Lipis mengenai perkataan yang dahulunya dikenali sebagai Border Scouts, kalau di translate bahasa Malaysia Pengakap Sempadan. Terutama sekali semasa konfrontasi dengan Indonesia tahun 63 hingga 67 sama ada mereka ini patut layak dimasukkan dalam anggota polis dan veteranlah. Ini kerana ramai yang masih hidup. Saya difahamkan ipar saya pun masih hidup. Dia dulu pun pernah menjadi anggota Border Scouts semasa konfrontasi. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Saya masukkan ucapan Yang Berhormat Sri Aman itu ke dalam ucapan saya kerana saya pun hendak – tidak pasti Border Scouts ini dimasukkan dalam pasukan tentera atau polis.

final • 9:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Lipis.

final • 9:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Sila.

final • 9:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Boleh saya campur sikit ya.

Sebenarnya Border Scouts ini ditubuhkan pada tahun 60an bagi mempertahankan negeri Sarawak daripada serangan konfrontasi pada ketika itu. Ia ditakrifkan di bawah polis. Ini sama dengan polis Bukit Kepong. Ini sebab apabila Yang Berhormat Sungai Petani bangkit tadi saya hendak menjawab jadi tidak dibagi peluang. Jadi saya hendak terangkan sedikitlah tentang sejarah kalau dia tidak faham.

Tahun 1946 masa itu saya pun belum lahir lagi. Saya belajar sejarah tahun 1946, Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union di mana seluruh tanah Melayu di bawah jajahan takluk Inggeris. Maka orang Melayu pun bangkit menentang Malayan Union pada ketika tersebut saya pun belum lahir. Jadi tahun 1948 baru saya lahir. Waktu tersebutlah saya fikir Yang Berhormat Sungai Petani pun belum lahir. Waktu tersebutlah Inggeris menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu di mana Inggeris menyerahkan pentadbiran walaupun dia memegang pentadbiran bagi kepentingan ekonominya sahaja. Akan tetapi, adalah di bawah pentadbir kuasa Raja-Raja Melayu. Semasa tersebut tahun 50-an saya hendak sebutkan di sini supaya kita tidak menjadi Mat Sabu... [Ketawa]

final • 9:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Tahun 50-an semasa komunis menyerang Bukit Kepong pada ketika tersebut apabila kita tengok polis ketika tersebut memakai p-cap dipanggil Police of Malaya, polis. Jadi Polis Persekutuan Tanah Melayu, tuan-tuan mereka sebenarnya, apakah Persekutuan Tanah Melayu? Ini kerana mereka berkhidmat untuk menentukan supaya ketuanan Melayu dijaga. Jadi janganlah kata dia menjaga British. Kalau kita tidak tahu sejarah kerana kepentingan politik kita burukkan sejarah. Kita nafikan dan kita hina perajurit-perajurit tanah air bahkan kita boleh ditakrifkan sebagai orang yang kufur nikmat.

Ini saya tidak cakap khianat. Saya kata kufur nikmat ini kerana nikmat Allah yang diberikan kepada kita negara yang aman dan makmur hasil daripada perjuangan perajurit- perajurit tanah air kita. Janganlah kita perkecilkan mereka dan menghina mereka. Saya terperanjat sahabat saya Yang Berhormat Sungai Petani sebenarnya di kalangan kita juga dalam keluarga kita juga. Jangan kerana ada kepentingan politik kita menidakkan ibu bapa kita. Tadi kata ada keluarga saya yang meninggal. Mereka sebenarnya adalah perajurit tanah air, bunga bangsa. Adakah kita mahu mendewa-dewakan komunis yang telah banyak membunuh rakyat kita. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Jadi saya berharap Yang Berhormat Sungai Petani dan yang lain-lain dapat penjelasanlah daripada perkara itu. Baliklah ke pangkal jalan kerana..., jadi dan saya percayalah...

final • 9:20 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Balik ke pangkal jalanlah sendiri.

final • 9:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

ATM akan cuba sedaya upaya untuk memajukan kebajikan veteran, mengekalkan hubungan dan kedudukan baik martabat veteran ATM untuk memastikan status sosial ekonomi veteran ATM ini terpelihara. Ini termasuklah bantuan kebajikan dan pelajaran untuk keluarga mereka. Ia di bawah bantuan yang disediakan oleh ahli keluarga anggota veteran yang tidak berkemampuan termasuk anak-anak boleh memperoleh bantuan persekolahan.

Insentif pembelajaran serta bantuan untuk memasuki institusi pengajian tinggi.

Anggota veteran juga boleh mendapat bantuan perubatan, peralatan perubatan dan bantuan sara hidup. Saya difahamkan sepanjang tempoh sepuluh tahun ini lebih kurang RM200 juta telah dibelanjakan untuk membantu 105,500 orang anggota veteran ATM yang memerlukan bantuan dan juga keluarga mereka di seluruh negara. Sehubungan itu, saya amat berharap rang undang-undang ini mengikut hasrat dan matlamatnya.

Selepas ini mungkin akan ada peraturan-peraturan yang akan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri berhubung dengan perkara-perkara kebajikan dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan ya dengan veteran. Jadi sehubungan itu saya berharap ini kita mengambil contoh kerajaan negeri Perak yang menawarkan lot kediaman percuma dengan bayaran premium tanah paling minimum kepada pesara tentera. Polis sebagai penghargaan mereka terhadap jasa serta pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan negara dalam satu majlis. Itu adalah 18 September yang lalu. Jadi bagi tujuan itu, kerajaan negeri mengumumkan 7,000 lot kediaman disediakan menerusi Projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) untuk bekas tentera dan polis.

Manakala premium tanah diletakkan hanya RM500 sekali gus menjadi negeri pertama berbuat demikian. Ini kerajaan Barisan Nasionallah bukan semasa kerajaan dulu itu. Langkah seperti ini amat kita alu-alukan dan apatah lagi bagi pengorbanan anggota keselamatan negara ini yang terlalu tinggi. Jadi akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya juga hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab tadi dinyatakan bahawa mereka yang berkhidmat dengan baik sahaja yang diiktiraf sebagai veteran tetapi saya percaya ramai juga atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan iaitu mereka terpaksa diberhentikan dan sebagainya.

Jadi saya berharap dan saya merayu sangat-sangatlah kepada Yang Berhormat Menteri agar kita juga memberi perhatian kepada bekas-bekas tentera ini walaupun mereka pernah melakukan kesalahan semasa di dalam perkhidmatan tetapi kita juga janganlah menghukum mereka dua kali. Carilah jalan bagaimana kalau mereka perlukan bantuan dan sebagainya kita beri. Jadi begitu juga bagi mereka yang kadang-kadang tidak sempat untuk berkahwin kerana perkhidmatan mereka komited dengan ini mereka tidak sempat untuk berkahwin. Apabila tidak sempat untuk berkahwin lepas berhenti baru berkahwin.

Apabila berkahwin lepas berhenti minta bantuan pihak JHEV pula mengatakan bahawa oleh kerana sudah berhenti berkahwin selepas berhenti jadi kelayakan-kelayakan itu tidak dapat. Jadi kelayakan seolah-olah berhenti semasa bujang jadi kita pun perlu memikirkan perkara ini dan saya percaya Yang Berhormat Menteri yang bijaksana ini akan memastikan keseluruhan kebajikan anggota tentera ini sama ada yang berhenti dengan baik, berhenti dengan agak kurang baik, yang tidak baik, yang berhenti berkahwin, yang berhenti belum berkahwin dan sebagainya diambil kira dalam memproses perkara ini. Jadi dengan itu saya menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong, selepas itu saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah berkhidmat dengan Kor Perubatan Angkatan Tentera dan saya mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan beberapa perkara yang tidak terkandung dalam rang undang-undang ini.

Angkatan tentera mempertahankan negara, veteran tentulah diperlindungkan. Rang Undang-undang Veteran mengambil kira keadaan keadilan dan kebajikan diberikan.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Bila berbahas dengan cermat saranannya patutlah persis. Yang Berhormat Maran tidak pernah berkhidmat, ucapannya cukup sinis. Ini termasuklah Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Jasin...

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin bekas tentera Yang Berhormat.

final • 9:30 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Merapu.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dia bukan ucap. Dia menggunakan kesempatan untuk menghina orang lain.

final • 9:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Bukan hinalah betulkan fakta.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Itu tidak ikut peraturan Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:30 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

… Ikan kembung ikan kerapu, Yang Berhormat Kepong jangan merapu.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak merapu langsung. Jangan memandangkan itu, rang undang-undang itu begitu penting, jangan menggunakan untuk mempolitikkan dan saya pun percaya Yang Berhormat Bagan Datoh dia serius bila membentangkan rang undang-undang ini.

Di sini saya hendak mencadangkan beberapa cadangan yang pertamanya saya berharap selain daripada kita mengadakan Majlis Veteran Kebangsaan, itu perlu kita buat dan selain daripada itu saya berharap Yang Berhormat Bagan Datoh dapat mengadakan satu kajian ke atas semua veteran untuk mengetahui bilangan yang menghadapi masalah kerana dia berkhidmat dengan tentera dan selepas berkhidmat dengan tentera mereka ada yang menghadapi kesusahan masalah untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat. Kita hendak tahu berapa veteran yang mengalami masalah kerana itu veteran ini menghadapi masalah seperti posttraumatic stress disorder, masalah mental dan sebagainya.

Kita hendak tahu peratusan yang terlibat dengan jenayah, kerana ada yang tidak mempunyai rumah, ada yang tidak mempunyai peluang dan sebagainya dan bilangan. Satu kajian perlu dibuat untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya veteran-veteran di Malaysia. Di dalam rang undang-undang ini saya tidak nampak sebutan mengenai veteran perempuan, biasanya ada yang didiskriminasi. Yang Berhormat Bagan Datoh bagi mereka tahu bilangan wanita yang berkhidmat dengan angkatan tentera kerana dia tidak mengambil serius, kerana dia anggap wanita bukan manusia. Kalau menganggap wanita sebagai manusia mengapa kita hendak mengacau bila saya sebutkan veteran perempuan.

Tuan Yang di-Pertua, apa faktanya mereka pun tidak tahu ada wanita yang berkhidmat dengan angkatan-angkatan tentera. Yang Berhormat Lipis tahu, Yang Berhormat Sungai Petani tahu. Tuan Yang di-Pertua, dia tidak ikut peraturan langsung, kita hendak menjimatkan masa. Ya, jam 9.35 malam sudah sekarang. Jadi saya berharaplah di dalam rang undang-undang ini tidak termasuk veteran perempuan mesti kita hendak gender itu dilayankan dengan cara yang sama. Di sini kita mesti tahu kerana sikap orang awam termasuk sikap Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Sekijang, sikap mereka terhadap veteran kita mesti tahu, mungkin Yang Berhormat Bagan Datoh dapat mengetahui dengan sebenarnya apakah sikap orang ramai terhadap veteran.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 9:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Kepong baca tafsiran veteran itu sahaja Yang Berhormat Kepong dalam akta rang undang-undang.

Bacalah dulu sebelum bahas.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, tidak ikut peraturan langsung.

final • 9:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Habis dah Yang Berhormat Kepong, berhentilah. Cukuplah Yang Berhormat Kepong.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya berharap Yang Berhormat Bagan Datoh dapat mengkaji juga sikap orang ramai termasuk Ahli-ahli Parlimen terhadap veteran. Itu penting.

final • 9:30 PM

Seorang Ahli

Tidak ada poinlah itu.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Macam mana tidak ada poin pula. Tuan Yang di- Pertua, apa peraturan di Dewan yang mulia ini. Walhal kita masuk ke dalam bangunan baru, Dewan yang baru walaupun sementara...

final • 9:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kepong macam itu juga tidak berubah-ubah.. [Ketawa]

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kepong sendiri ada cakap sudah 9.35 malam, cakaplah sahaja Yang Berhormat.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya. Di sini saya hendak tambah dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lipis yang sebutkan mengenai pendidikan. Di dalam 24 fasal ini tidak sebutkan dengan tepat kita mesti ada latihan, peluang untuk mereka dilatih kerana ada yang tidak sampai 40 umurnya, kadang-kadang tidak sampai 35 pun dan mereka...

final • 9:30 PM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat Kepong saya hendak menyokong Yang Berhormat Kepong memberi pandangan yang cukup baik. Saya ingat lepas sokong Yang Berhormat Lipis maknanya penghargaan Yang Berhormat Kepong diberikan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri kita dan kerajaan Barisan Nasional kerana mengadakan akta ini. Maknanya diakui bahawa bekas tentera itu berjasa. Minta pandangan Yang Berhormat Kepong mengenai pandangan Mat Sabu ini tentang komunis adalah pejuang daripada tentera. Macam mana pandangan. Minta komen.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Bagan Datoh kita membahaskan Rang Undang-undang Veteran.

final • 9:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tidak beranilah itu. Tidak berani hendak berpendirianlah itu.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kita membahaskan Rang Undang-undang Veteran macam mana kita boleh memelihara veteran-veteran, itu yang dibahaskan. Sebagai Ahli- Ahli Parlimen...

final • 9:30 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Sebab Mat Sabu menghina veteran.

final • 9:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Yang Berhormat Kepong tidak berani takut.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat tidak mengapalah Yang Berhormat. Biar Yang Berhormat Kepong bercakap. Sila Yang Berhormat.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Mereka tidak pernah berkhidmat dengan tentera begitulah kurang disiplin... [Ketawa] Kalau di dalam tentera memang di court-martial.

Memang di court-martial.

final • 9:30 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Mat Sabu itu sudah kena bunuh dah... [Ketawa]

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat Bagan Datoh...

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat minta tolong Yang Berhormat.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat Bagan Datoh mesti tahu bila tidak ada disiplin di dalam tentera di court-martial.

final • 9:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dia mengambil kesempatan di dalam Dewan yang tidak ada court-martial ini. Inilah yang saya sebutkan tadi iaitu kita hendak tahu apakah sikap orang ramai terhadap veteran.

Ini perlu satu kajian yang lengkap. Untuk mengetahuinya penting kerana tadi saya pun ada sebutkan mengenai pendidikan, mereka mesti diberi peluang untuk latihan, untuk mendapat kemahiran, dan terserah kepada minat mereka. Jikalau hendak jadi mekanik untuk memperbaiki kereta pun boleh, membaiki kapal terbang pun boleh. Kita bagi dia peluanglah untuk latihan yang cukup. Setakat ini saya nampak tidak ada latihan yang sistematik yang diberi kepada veteran-veteran ini.

final • 9:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Kepong.

final • 9:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, masih ada gangguan.

final • 9:40 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Kepong, Pendang. Terima kasih Kepong. Tuan Yang di-Pertua, bila Yang Berhormat Kepong menyebut tentang latihan teknikal, saya ada terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh Dato’ Zulkifli tidak silap saya daripada angkatan tentera, mengatakan latihan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu dan sebelum mereka pencen ini, sijil latihan yang diberikan itu – keluhan mereka tidak diterima oleh agensi yang ingin mengambil mereka yang ada sijil ini untuk bekerja. Maknanya kalau buat latihan sebelum pencen itu pun tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka kerana sijil itu tidak diterima. Apakah Yang Berhormat Kepong boleh memberi pandangan kepada pihak kementerian supaya menilai balik institusi yang memberi latihan tersebut, kerana apabila dapat sijil, sijil tidak boleh diguna. Terima kasih Yang Berhormat Kepong.

final • 9:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, pendapat tadi itu adalah bernas. Mestilah dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri sama ada kita dapat memperbaiki keadaannya supaya sijil-sijil mereka diterima. Saya setuju kalau kita latih mereka dan mereka tidak diterima untuk bekerja, memang latihan itu memang sia-sia sahaja. Bentara kita pun bekas tentera. Saya nampak tadi pun ada setuju dengan cadangan-cadangan yang baik tidak? Yang mengacau itu memang Bentara kita pun tidak setuju.

final • 9:40 PM

Seorang Ahli

Tidak ada point.

final • 9:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Memang ada banyak point lagi. Cuma itu sahajalah Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan saya untuk memperbaiki isi kandungan rang undang-undang ini termasuklah memberi layanan yang serupa kepada veteran perempuan.

Sekian, terima kasih.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Belum ada dihadkan bercakap tadi Yang Berhormat ya?

final • 9:40 PM

Beberapa Ahli

Sudah, sudah.

final • 9:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat. Kalau keputusan sudah dibuat, saya tidak akan ubah Yang Berhormat.

Sila Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain mencelah tapi lihatlah jam kita Yang Berhormat.

final • 9:40 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap empat Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan secara keindukan terhadap akta ini dan sepuluh Ahli- Ahli Yang Berhormat yang mencelah terhadap lontaran membahaskan akta ini.

final • 9:44 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Maran yang telah memberikan penghargaan setinggi-tingginya kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Pada hemat saya, semua pihak sama ada kita dalam kerajaan ataupun di dalam pembangkang, seharusnya kita tidak boleh ada mufaraqah, ada perbezaan di dalam memberikan pengiktirafan kepada veteran tentera ataupun pihak polis.

Kita harap rang undang-undang ini diambil dari segi rohnya, dari segi semangatnya untuk mewujudkan suatu perundangan khusus bagi menentukan bahawa badan-badan yang menjaga kebajikan tentera sama ada ia berbentuk majlis atau jabatan atau persatuan-persatuan atau kelab-kelab yang ditubuhkan ini mendapat pengiktirafan sepenuhnya dan tidak ada rasa satu zarah sekali pun untuk menyekat. Jauh sekali daripada melonggarkan prasyarat untuk memberikan kekuatan kepada pertubuhan atau kelab angkatan tentera dan tentulah kita langsung tidak berhasrat untuk menyekat kebebasan suara. Jikalau dilihat dari segi rohnya, ini adalah hasrat apabila pihak kerajaan khususnya Jemaah Menteri di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun dan beliau amat-amat mengetahui serta amat-amat prihatin terhadap keperluan akta ini.

Oleh yang demikian, tentulah jika ada di kalangan kita atau yang di luar sana mengiktiraf anggota tentera atau anggota polis yang kini telah menjadi veteran sebagai tali barut British, saya fikir itu harus ditolak kerana ia di luar daripada fakta sejarah. Apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Jasin itu adalah fakta sejarah kerana mereka tidak berkhidmat untuk British, mereka berkhidmat untuk Raja-Raja Melayu di bawah Persekutuan Tanah Melayu. Ini harus dibetulkan. Dalam hal ini, saya fikir kalau ada sebuah pertubuhan yang belum didaftarkan yang dinamakan KERABAT yang tidak mendapat sambutan sebagaimana disebutkan oleh Yang Berhormat Lipis, saya harap tinjau-tinjau balik bahawa akta ini dibuat adalah untuk mengukuhkan pemberian kebajikan, menjaga hal ehwal veteran agar ia diperundangkan, bukan hanya diletakkan di sebuah jabatan yang tidak diperundangkan.

Oleh yang demikian, saranan pencelahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Hulu Terengganu tentunya memperlihatkan bahawa pelaksanaan rang undang-undang ini...

final • 9:44 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

final • 9:44 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bagi saya jelaskan dahulu, nanti saya bagi peluang.

final • 9:44 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Sedikit kerana Yang Berhormat Menteri sudah pindah ke tajuk lain. Mengenai KERABAT tadi. Sekiranya...

final • 9:44 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sila duduk, sila duduk. Saya hendak menjelaskan dahulu ya. Saya tidak fikir pihak kerajaan cuba untuk lari daripada pertanggungjawaban bagi memberikan faedah-faedah ganjaran, pencen dan sebagainya di luar daripada pertanggungjawaban biasa. Disebutkan oleh Yang Berhormat Lipis bahawa Malaysia adalah antara 30 negara yang mempunyai akta yang sebegini yang tentunya meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang memang benar-benar memberikan pengiktirafan kepada veteran tentera, dan bukan omong-omong kosong oleh kerana pilihan raya telah hampir maka diwujudkan pelbagai persatuan atau kelab pakai perhimpunan yang menjadi semarak untuk seolah-olah menafikan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan selama ini.

Tentunya apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Maran dan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani adalah sesuatu yang harus kita ambil kira terutamanya apabila terdapat bekas tentera yang berada di bawah garis kemiskinan, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap apatah lagi apabila mereka berpencen atau berhenti kurang daripada 21 tahun. Maka kita akan mengadakan permohonan kepada pihak Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan untuk memohon agar mereka yang diberikan pencen di bawah garis kemiskinan akan dapat diberikan kenaikan mengikut kemampuan kewangan oleh pihak kerajaan suatu hari kelak.

final • 9:44 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya tidak fikir bahawa bantuan-bantuan yang disebutkan tidak dapat diberikan dengan adanya JHEV yang menjadi agen si pelaksana untuk membantu veteran-veteran tentera ini. Pada hemat saya, apa yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani adalah merupakan dengan izin, practical problem yang dihadapi di bawah. Oleh kerana apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lipis bahawa daripada lebih...

final • 9:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 9:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sejumlah 300,000 yang telah berpencen atau berhenti daripada perkhidmatan tentera, tetapi yang berdaftar hanya 140,000 sahaja. Oleh yang demikian, saya harap dengan adanya Majlis Veteran ini secara automatik mereka akan mendaftar dan secara automatik mereka akan dapat diberi bantuan.

Untuk menghormati Yang Berhormat, saya bagi Yang Berhormat Pendang dahulu.

final • 9:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Kuala Kedah, Kuala Kedah.

final • 9:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 9:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas keberanian untuk memberikan kepada saya. Saya agak tersinggung dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri, seolah-olah telah memberikan satu indikasi tentang KERABAT ini kerana sekiranya permohonan KERABAT hendak didaftarkan di bawah pendaftar pertubuhan sebagai sebuah pertubuhan bekas-bekas angkatan tentera yang mempunyai kecenderungan politik yang mungkin berbeza dengan Yang Berhormat.

Sekiranya kita merujuk pada rang undang-undang ini Yang Berhormat, saya ingin membaca sedikit lagi tambahan di bawah jadual seksyen 14, Perlembagaan Persatuan Veteran, perkara yang kedua. Aktivitinya dijalankan tanpa diskriminasi tentang jantina, bangsa, agama, asal usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggotanya.

Bermakna Yang Berhormat Menteri telah pun memberi satu indikasi bahawa pendaftar pertubuhan tidak akan meluluskan pendaftaran KERABAT sekiranya KERABAT membuat permohonan untuk mendapat sebagai sebuah pertubuhan yang sah untuk berdaftar dalam negara kita. Ini satu pandangan yang tidak adil kepada veteran yang mempunyai kecenderungan politik. Minta penjelasan.

final • 9:50 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat Menteri, minta jawab sekali. Sama sahaja.

final • 9:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya hendak beri kepada...

final • 9:50 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Saya hendak KERABAT ini.

final • 9:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sahabat saya. Nanti sekejap, beri kepada sahabat saya daripada Sabah ini. Lama dia.

final • 9:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya ingin betul-betul membahas rang undang- undang ini tetapi tidak ada masa. Jadi, saya ambil peluang ini ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri atas kewujudan Rang Undang-undang Majlis Veteran Kebangsaan.

Saya sebenarnya memang selalunya membawa perkara-perkara berkaitan dengan bekas tentera ini Yang Berhormat Menteri. Bukan sahaja dalam usul-usul saya dalam persidangan yang lalu, tetapi direct kepada Yang Berhormat Menteri. Soal pengalaman, bukan pengalaman dari tentera, tetapi keluarga saya juga terlibat. Saya punya sepupu sekali sekarang sedang sakit akibat daripada mental. Sampai sekarang bertugas di Sungai Petani sebagai second ranger pada satu ketika.

Sampai sekarang belum kahwin, sudah tua. Jadi, ini adalah satu perkara yang amat terdekat dalam hati saya Yang Berhormat Menteri dan saya minta penjelasan dan saya minta penjelasan walaupun banyak perkara-perkara, point bukan macam Yang Berhormat Kepong, tidak ada point. Banyak point yang saya hendak kemukakan tadi tetapi tidak sempat.

final • 9:50 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Satu perkara yang ingin saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ialah soal bagaimana agaknya Majlis ini mendapat sumber kewangan. Saya berharap operasi tentera ini dapat diperkasakan lagi dan bekas-bekas yang bersara tentera ini boleh dilatih untuk menjadi kontraktor ataupun dalam bidang ketenteraan, kontraktor ketenteraan ataupun kontrak-kontrak yang di dalam kem-kem ini sebab kampung saya ini bersebelahan pagar dengan kem tentera.

Jadi, saya berharap bekas-bekas tentera ini bagi peluang untuk mendapat kontrak- kontrak ini supaya dapat juga menyumbang kepada persatuan-persatuan yang wujud di negara ini. Jadi, daripada yang kita baca pengalaman veteran-veteran negara-negara yang lain ini banyak sumber-sumber kewangan yang boleh diperoleh melalui dengan kewujudan syarikat-syarikat atau konsultan-konsultan di bidang ketenteraan.

Jadi ini saya harap pihak Menteri, pihak kementerian nanti melihat akan fungsi Majlis Veteran Kebangsaan ini dapat mengadakan beberapa program, aktiviti supaya dapat dana yang secukupnya untuk pesara-pesara veteran ini. Minta penjelasan kalau ini boleh dapat dilaksanakan Yang Berhormat Menteri.

final • 9:50 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sedikit sahaja. Saya hendak sentuh tentang KERABAT ini. Saya hendak tanya, minta Menteri tegas, kerajaan bertegas. Tujuan akta ini ditubuhkan ialah untuk membela nasib veteran, pasukan keselamatan. Ini tidak boleh dinafikan. Bahkan dari sudut pembangkangkah, Barisan Nasional, siapa sahaja, yang orang tidak ada berparti pun yang mereka ada keluarga mereka, mereka akan setuju dengan kita.

Akan tetapi, saya hairan kenapa KERABAT ini hendak ditubuhkan? Saya minta kerajaan bertegas. Saya minta juga agensi lain, kalaulah ada mana-mana persatuan yang bertujuan untuk memecahkan perpaduan mana-mana persatuan, jangan benarkan. Ini merugikan kita. Oleh sebab itu saya hendak tanya orang sebelah sana, apakah tujuannya KERABAT ini? Apa dia? Kalau semata-mata hendak kepentingan. Ini bila kerajaan sahaja buat walaupun baik, kepada kita pun baik tetapi oleh kerana kerajaan Barisan Nasional, kita akan tentang. Akan tetapi, kalau betul-betul tolak semua. Apa yang kita dapat tolak semua...

final • 9:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Apa makna dalam rang undang-undang ini kalau ada...

final • 9:50 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Itu sebab saya maksudkan jangan kerana...

final • 9:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Kecenderungan politik. Tidak mengira kecenderungan politik. Apa maknanya.

final • 9:50 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Sekarang kita...

final • 9:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Apa makna dibentangkan rang undang- undang ini kalau dimasukkan begitu.

final • 9:50 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Sebab itulah...

final • 9:50 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Tidak boleh berbeza pandangan.

final • 9:50 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Kerajaan membentangkan akta ini tidak ada kepentingan politik. Ia untuk kepentingan veteran, pasukan keselamatan.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kita pun sudah gaduh macam kaki lima Yang Berhormat.

final • 9:50 PM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Oleh sebab itu saya hendak jelaskan, saya tidak suka Tuan Yang di-Pertua. Saya respect, saya hargai. Akan tetapi, biarlah kita rasional dalam memperjuangkan benda-benda seperti ini. Jangan kita politikkan benda seperti ini sentiasa. Merugikan kita. Membuang masa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 9:50 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya ringkas sahaja Yang Berhormat Menteri. Pertama, saya hendak mengucapkan tahniahlah. Sekurang-kurangnya permintaan...

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Bincang kepada saya Yang Berhormat, beritahu saya Yang Berhormat.

final • 9:50 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Cukup bertepatan.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah beberapa kali sebut, berucap kepada Speaker selepas itu Speaker itu dia pusing ke sana, bukan kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 9:50 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Don’t make it personal.

final • 9:50 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Ucap tahniahlah, sekurang-kurangnya cukup bertepatan sekali. Selain daripada kita memartabatkan anggota-anggota perajurit kita, sekurang-kurangnya akta ini satu ubat kepada merekalah. Apa yang saya hendak sebut di sini, akta ini cukup baik sekali, tetapi ada sikit yang terkurang. Kenapakah dalam akta ini tidak disebutkan tentang keistimewaan-keistimewaan. Kita gariskan tentang skim- skim faedah untuk mereka secara quantumkah, monetary termkah, apa sahaja. Kerana ini yang sangat-sangat ditunggu oleh mereka.

Keduanya, perkara yang saya hendak sebut di sini tentang takrifan. Takrifan di sini dikata pendaftar ertinya pendaftar yang dilantik, bagus. Persatuan ertinya mana-mana organisasi, pertubuhan, persatuan kelab atau badan yang keahliannya terdiri daripada sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kalangan bekas anggota tentera Malaysia yang pernah berkhidmat di Malaysia.

Kenapa kita gunakan perkataan tersebut? Saya hendakkan penjelasan. Oleh kerana saya tidak mahu mana-mana persatuan lain dapat gunakan kesempatan ini. Ini kerana apabila penubuhan persatuan veteran ini, saya yakin pihak kementerian akan menurunkan berbagai-bagai bantuan. Kita tidak mahu persatuan-persatuan menggunakan kesempatan ini. Kenapa kita gunakan 50 peratus? Bahkan persatuan-persatuan veteran pada ketika ini 100 peratus adalah dianggotai oleh mereka yang pernah berkhidmat dalam angkatan tentera.

Keduanya, saya hendak sebut di sini tentang keresahan perkara 17 oleh persatuan-persatuan yang sedia ada. Saya memang hormati apa yang disebut oleh Yang Berhormat Lipis tadi, seolah-olah mereka merasakan mereka dikongkong. Kalau dahulu semasa berkhidmat mereka terkongkong dengan undang-undang, tetapi mereka mahu kalau boleh selepas ditamatkan perkhidmatan mereka mahu bebas.

Apa yang saya mahu sebut di sini, mungkin mereka salah anggap. Tujuan Yang Berhormat Menteri itu cukup ikhlas sekali. Apa yang kita harap kalau boleh selepas ini kita berikan penerangan kepada mereka.

final • 9:50 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Selepas warta ini diterima atau pun akta ini diterima selepas tiga bulan diwartakan dan bilakah hendak dikuatkuasakan? Ini kerana kalau kita ikut daripada fasal 24 ini, kuasa- kuasa Menteri di sinilah sebenarnya terletak kuasa Menteri. Selepas akta ini diterima, selepas itu diwartakan kita hendakkan bila hendak dikuatkuasakan?

Ini kerana, setakat ini persatuan-persatuan adalah didaftarkan di bawah ROS.

Akan sampai masanya persatuan ini dianggap macam terbubar apabila didaftarkan di bawah veteran. Jadi, kita hendak tanya semasa interim period ini semua tanah, semua harta ditadbirkan oleh siapa kerana pertukaran nama dan juga kalau ada kewangan kerana kalau katakan misalan sekarang Persatuan Bekas Tentera Malaysia, kita hendak tukar sekarang Persatuan Veteran Tentera Malaysia.

final • 10:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Mungkin ada masalah teknikal-teknikal tentang nama dalam bank. Ini kita hendak tanya. Macam mana kedudukan ini? Adakah ianya di bawah tadbiran veteran atau pun masih lagi mereka menggunakan nama lama seperti daftar ROS? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat itu adalah manifestasi rasa keprihatinan terhadap veteran-veteran. Mungkin ada salah tafsiran terhadap Perkara 17 yang akan saya jelaskan bila tiba masanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang dibangkitkan terutamanya mengenai seksyen-seksyen yang telah dilontarkan tadi. Yang Berhormat Sungai Petani membangkitkan seksyen 11, seksyen 13, seksyen 15(3), seksyen 17 dan Majlis Veteran Kebangsaan. Ini mungkin sesuai kalau kita dapat bahaskan sewaktu jawatankuasa nanti.

Akan tetapi saya ingin memberitahu Yang Berhormat Kuala Kedah bahawa jangan prasangka bahawa kerabat itu adalah sebuah pertubuhan atau kelab yang berhasrat untuk ditubuhkan tetapi mengunjurkan bahawa saya atau pendaftar kepada Kelab Veteran atau Persatuan Veteran membatalkan atau tidak menerima. Akan tetapi kenal pasti kerabat ini pertubuhan politik atau hendak jaga veteran tentera?

Kalau hasratnya untuk menjaga veteran tentera masuk kepada persatuan- persatuan yang sedia ada. Jangan tubuhkan yang lain semata-mata untuk membakulsampahkan mereka yang tidak bersama-sama dengan persatuan yang sedia ada untuk menyokong parti saudara. Ini jumud dan saya harap terima fakta ini dengan baik, dengan hasrat dan roh yang baik.

Saya akan mendengarkanlah apa yang Yang Berhormat Jasin dan juga Yang Berhormat Maran bagi kali kedua menyebutkan dan saya akan secara spesifiknya membincangkan Tuan Yang di-Pertua tentang perkara yang menjadi perbahasan hangat di luar sana dan tadi iaitu mengenai fasal 17.

Manakala yang lain-lain itu saya akan mengambil kira termasuklah Yang Berhormat Kepong saya ingin membalas pantun beliau...

Tidak payah sokong Mat Indera, Veteran tentera semua patriotik, Yang Berhormat Kepong dahulu doktor tentera, Cepat pencen sebab hendak berpolitik.... [Tepuk]

final • 10:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ingat pantun itu penutup Yang Berhormat.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kena balas, dia ingat dia seorang yang boleh berpantun. Menteri Pertahanan pun boleh juga. Saya ingin menyebutkan perkara yang menjadi mauduk perbincangan di luar sana tentang fasal 17.

Fasal 17 tidak menyebut bahawa mahu membatalkan persatuan-persatuan yang sedia ada sebaliknya memindahkan kuasa yang dahulunya ada pada pendaftar pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966 kepada Pendaftar Persatuan-persatuan Tentera di mana Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran adalah sebagai pendaftar pertubuhan yang baru ini. Ertinya cuba dipindahkan.

Soal aset tidak timbul. Persatuan Bekas Tentera terus kekal. Aset yang ada didaftarkan atas nama persatuan itu. Apa sahaja pemegang jawatan terus kekal. Aktiviti terus berjalan. Tidak ada duit, Majlis Veteran akan bantu. Persatuan lain yang hendak ditubuhkan boleh tetapi jangan bawa untuk tujuan politik. Mungkin kita masih ingat lagi bahawa apabila Majlis Sukan Negara ditubuhkan, beribu-ribu persatuan-persatuan sukan dipindahkan kuasanya daripada pendaftar pertubuhan kepada pesuruhjaya sukan. Tidak ada sebuah pun persatuan sukan yang disekat aktivitinya malah dibantu kewangannya.

Dipantau supaya mutu sukan meningkat.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Begitu juga hasrat atau rohnya di sini ialah untuk membantu Persatuan Veteran supaya mana-mana persatuan yang tidak dapat sumber kewangan, maka dana daripada Tabung Rayuan Hari Pahlawan dapat dikongsi bersama untuk diagihkan mengikut pro rata atau per kapita ahli-ahli dalam persatuan atau kelab berkenaan dan...

final • 10:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam hal yang demikian, saya jelaskan dahulu. Duduk, duduk Yang Berhormat Kuala Kedah.

Jadi, di dalam cara ini saya ingin menjelaskan bahawa mana-mana presiden persatuan yang sedia ada atau pengerusi kelab-kelab veteran yang sedia ada teruskan.

Apabila ada perkara 21 hari disebutkan dalam perkara tersebut maksudnya ialah supaya dalam tempoh 21 hari itu dipindahkan pendaftarannya daripada ROS kepada Pendaftar Pertubuhan atau Kelab Veteran. Itu sahaja.

Hak-hak masih sama. Jalankanlah aktiviti yang sama yang khuatir sangat ini mengapa, apa yang khuatir sangat? Takut hendak hantar audit, Audit hendak check? Ada penyelewengan dilakukan atau kerana hendak pegang jawatan seumur hidup atau pun ada agenda-agenda lain. Itu mungkin ada kekhuatiran. Saya tidak menuduh, mungkin ada kekhuatiran pada hari itu. Jangan khuatir. Hal-hal yang lain boleh diperbincangkan di dalam kuasa Menteri apabila kita menyusunkan peraturan.

Peraturan-peraturan tidak ada lagi. Maka peraturan itu kita duduk sama-sama.

Setakat ini Tuan Yang di-Pertua ada 48 persatuan. Sebanyak 48 sahaja. Ada yang besar, ada yang kecil. Yang paling besar ialah PBTM. Sama ada PBTM atau persatuan-persatuan yang lain semuanya adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan anggota, bekas anggota, keluarga, anak-anak mereka.

Dari segi biasiswa, dari segi bantuan dan pelajaran dan sebagainya beratus juta yang telah diperuntukkan oleh kerajaan. Saya ingin memetik beberapa statistik bahawa bantuan-bantuan yang diberikan setakat ini melebihi daripada dua ratus juta ringgit. Apatah lagi apabila rang undang-undang ini mendapat kelulusan dan pelaksanaannya tergantung kepada kuasa yang akan diberikan mengikut apa yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya mahu supaya jika ada di luar sana yang khuatir terhadap akta ini, saya fikir jangan ada kekhuatiran. Dialog telah diadakan sebelum undang-undang ini dibawa di Dewan Rakyat. JHEV telah pergi ke tiap-tiap negeri. Saya sendiri dan Timbalan Menteri menguruskan bersama dialog itu. Ketika itu timbulkanlah. Ketika itu dalam dialog itu, “Oh kenapa seorang penjual kue teow mahu duduk dalam Majlis Veteran”...

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi, dalam perkara ini saya fikir bila ada rasa prasangka, niat jahat dan dengki serta hati buruk menyebabkan perkara ini timbul.

Padahal ini satu hasrat yang baik. Takut hilang kuasa. Janganlah.

final • 10:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Menteri. Ini pesanan daripada Persatuan-persatuan Bekas Melayu Veteran Angkatan Tentera di Sabah. Apabila saya mengadakan majlis perjumpaan dengan persatuan-persatuan ini, ini satu pesanan Yang Berhormat Menteri. Untuk menambah dana tabung persatuan-persatuan ini, yang saya cadangkan tadi Yang Berhormat Menteri belum perjelaskan lagi bahawa adakah apabila Majlis Veteran Kebangsaan ini diwujudkan, boleh tidak persatuan-persatuan yang boleh didaftarkan di bawah kementerian ini mendapat atau membenarkan sumber kewangan sendiri terutama sekali memberi kerja-kerja di dalam kem-kem? Ini Yang Berhormat Menteri belum menjawab.

final • 10:00 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Belum sampai lagi Yang Berhormat, take time. Saya akan jawablah itu tetapi sebelum sampai pun sebenarnya kita mengikut undian secara giliran untuk kontraktor kelas ‘F’. Bukan tentera ini yang buat kerja-kerja di kem-kem. Kita telah lakukan. Orang yang tidak sokong Barisan Nasional pun kita bagi juga.

Saya telus dalam perkara ini tetapi bila sudah bagi janganlah kutuk di belakang.

final • 10:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Gigit tangan yang beri. So, dalam perkara ini saya, jangan pula kemudian dituduh berbagai-bagai.

Jadi, saya mahu pemimpin-pemimpin persatuan ini jelaslah dalam perkara ini fasal 17 dalam akta ini Tuan Yang di-Pertua. Memang saya berhasrat untuk bercakap sampai jam 11.59 tetapi tidak adillah untuk kita duduk di Dewan yang mulia ini untuk hanya membahaskan perkara-perkara ini. Akan tetapi yakinlah kalau Yang Berhormat Kepong mengatakan bahawa kononnya kita ada diskriminasi antara tentera wanita dan tentera lelaki. Saya fikir jangan ada prasangka dalam perkara ini. Dari segi kajian-kajian yang dijalankan pun, kita ada kajian-kajian yang diminta oleh Yang Berhormat Kepong.

Untuk maklumat Yang Berhormat semua bahawa JHEV telah melaksanakan skim bantuan kepada semua veteran sama ada berpencen atau tidak. Untuk makluman, tahun ini sahaja seramai 5,157 orang yang tidak berpencen telah diberikan kemudahan rawatan perubatan dengan kos perbelanjaan RM8.08 juta...

final • 10:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 10:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat saya akan bagi peluang Yang Berhormat, lepas saya jawab ini ya. Untuk veteran tentera Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan memperuntukkan wad veteran. Veteran-veteran ada disediakan wad khas. Untuk mengambil ubat pun ada kaunter farmasi untuk veteran. Kemudian kita akan lanjutkan ke hospital-hospital lain iaitu Hospital Lumut dan Hospital Terendak. Manakala terdapat rumah sakit-rumah sakit di kem-kementerian, yang kita akan laksanakan perkara yang sama. So, perkara-perkara seperti ini kita harap ianya dapat jelas bahawa kita mempunyai semangat yang cukup baik dalam perkara itu.

Untuk Yang Berhormat Kepong juga, bilangan anggota wanita yang sedang berkhidmat 6,781 orang atau 6.62 peratus daripada seluruh anggota tentera. Hendak tahu berapa jumlah sebenar, darablah dan tahulah 100 peratus nya berapa. So, dalam perkara ini veteran yang berpencen 99,254 orang, veteran yang tidak berpencen, lebih banyak lagi iaitu 172,501 orang. Semua ini kita akan ambil kira apabila Majlis Veteran ini diwujudkan maka saranan Yang Berhormat Lipis agar mereka yang telah melakukan kesalahan tidak dihukum untuk kali yang kedua.

Jadi, Majlis Veteran ini akan mengambil kira perkara-perkara yang telah disebut oleh Ahli Yang Berhormat terutama Yang Berhormat Lipis. Dalam perkara ini saya fikir kita juga ingin menyebutkan bahawa ada kononnya tentera yang tidak sempat berkahwin. Kita ingin menyebutkan bahawa kelayakan menerima pencen terbitan hanyalah dalam tempoh 12 tahun setengah daripada tarikh tamat perkhidmatan veteran tersebut. Manakala bagi faedah perubatan isteri dan anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun atau 21 tahun yang masih belajar layak untuk menerima nikmat faedah ini selagi veteran tersebut masih hidup...

final • 10:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 10:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

So, dalam perkara ini saya – silakanlah.

final • 10:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua penjelasan. Tadi Yang Berhormat kata ada kajian. Maksud kajian saya ini ialah kita mengkaji dengan menyeluruh veteran-veteran yang sudah bersara, semua itu. Apakah keadaan mereka dari segi perubatan, kesihatan, dari segi peluang untuk bekerja dan sebagainya. Kalau ada kajian itu, bolehkah mengemukakan satu laporan. Saya hendak tengok apakah hasil kajian tersebut.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan tidak sabar. Fikirannya kurang kawalan. Saya bersara dari askar kerana lanjutkan pelajaran.

final • 10:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, kajian-kajian itu telah dijalankan oleh JHEV tetapi ada kekangan. Ini kerana mereka tidak menjadi respondent kepada semua soal selidik yang dikemukakan. Kita ada mempunyai beberapa sampel yang telah dilakukan kajian dan berdasarkan pada dapatan kajian itulah beberapa tindakan telah dilakukan oleh JHEV sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pertahanan yang menjaga hal ehwal veteran.

final • 10:10 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir banyak lagi perkara-perkara yang seharusnya saya bincangkan. Akan tetapi saya fikir cukup setakat ini dan saya akan memberikan jawapan- jawapan yang bertulis kepada persoalan-persoalan yang dikemukakan. Ini untuk memuaskan hati, termasuk yang mencelah, yang tidak ada kesempatan untuk membahaskan perkara ini secara dasar. Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1-2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

final • 10:10 PM

Fasal 3 - Pindaan] - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamid

Tuan Pengerusi, saya ingin mengemukakan pindaan seperti berikut:

(a) rang undang-undang ini dipinda dalam perenggan 3(2)(e) dengan memasukkan selepas perkataan “orang” dengan perkataan “sekurang-kurangnya dua orang daripada mereka ialah veteran.”

final • 10:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk di bahas.

[Tiada perbahasan]

final • 10:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.

Pindaan dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Fasal 3 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal-fasal 4 hingga 24 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali ketiga dan diluluskan.

final • 10:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari esok, Rabu 5 Oktober 2011 selepas selesai sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kita akan memulakan perbahasan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan seterusnya diikuti dengan Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguh sehingga pukul 10 pagi, Rabu, 5 Oktober 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 10.22 malam.

final • 10:10 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026