Oct032011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
USUL
MENARIK BALIK RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Dato’ Raja Nong

Chik bin Raja Zainal Abidin]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua, bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62 saya mohon menarik balik DR. 45/2010 Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu seperti yang tertera di nombor 11 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. [Tepuk]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah.

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut:

  1. Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010; 2. Akta Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011; 3. Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010; 4. Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan)

(Pindaan) 2011; 5. Akta Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011; 6. Akta Perbekalan Tambahan (2011) 2011; 7. Akta Institut Sukan Negara 2011; 8. Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2011; 9. Akta Perihal Dagangan 2011; 10. Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011; 11. Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011; 12. Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011; 13. Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011; 14. Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan)

(Pindaan) 2011;

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (Pindaan) 2010; 16. Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(Pindaan) 2011; dan 17. Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

final • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan Negara kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen penggal yang lalu.

Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “12 Julai 2011 Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  1. Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010; 2. Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu

(Pindaan) 2011; 3. Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Perbadanan)

(Pindaan) 2010; 4. Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2011; 5. Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011; 6. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011; 7. Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011; 8. Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011; 9. Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011; 10. Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011; 11. Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011; 12. Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan

(Pindaan) 2011; 13. Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011; 14. Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011; 15. Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah

(Pindaan) 2010;

final • 10:00 AM

Tuan yang di-Pertua

  1. Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011; dan 17. Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Yang Ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta Perdana Menteri menyatakan, langkah dan strategi terkini yang telah diambil oleh kerajaan untuk menyatupadukan rakyat di negara ini, yang mana baru-baru ini telah dilanda pelbagai isu yang berkaitan dengan agama, bangsa dan juga jurang ekonomi antara rakyat yang ketara yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kapit yang menyentuh tentang langkah dan strategi terkini kerajaan untuk menyatupadukan rakyat dalam keadaan pelbagai isu yang telah ditimbulkan.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Kerajaan pada dasarnya terus komited untuk menunaikan tanggungjawab, untuk menjamin kestabilan keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara demi terus memastikan kualiti hidup yang tinggi bagi setiap rakyat Malaysia. Ke arah matlamat tersebut, kerajaan terus menerapkan Gagasan 1Malaysia sebagai landasan paling penting bagi mengeratkan perpaduan rakyat yang seterusnya menjadi tonggak utama kestabilan dan kemajuan negara. Seperti yang diketahui umum, gagasan ini berpaksikan pada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta berpandu kepada konsep kesederhanaan atau konsep wasatiyyah dalam Islam serta prinsip keterangkuman ataupun inclusiveness.

Gagasan 1Malaysia juga menegakkan prinsip keadilan sosial di mana semua rakyat Malaysia akan terbela khasnya golongan-golongan yang memerlukan bantuan.

Semangat 1Malaysia inilah yang diterapkan dalam setiap inisiatif dan program yang benar- benar mengambil kira hasrat dan keperluan rakyat. Bagi memupuk perpaduan, program- program untuk menggalakkan interaksi dan integrasi telah dan akan terus dilaksanakan termasuklah program dalam bentuk kegiatan aktiviti-aktiviti sukan belia, program latihan khidmat negara.

Manakala di peringkat universiti, kursus hubungan etnik diwajibkan untuk semua pelajar dan sekretariat Rukun Negara ditambahkan untuk menggalakkan persefahaman terhadap Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama atau JMKPA pula telah ditubuhkan sejak awal 2010 sebagai satu mekanisme untuk berdialog, berunding dan menyelesaikan isu-isu antara agama dan penganut agama. Empat jawatankuasa kerja diwujudkan untuk memupuk persefahaman terhadap isu-isu antara penganut agama, menggalakkan aktiviti-aktiviti bersama, mengadakan mediasi antara penganut-penganut agama dan menganjurkan acara-acara bersama kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Di samping mesyuarat formal melalui JMKPA, pertubuhan-pertubuhan dan pemimpin-pemimpin agama juga mengambil inisiatif sendiri untuk menganjur dan menyertai pelbagai forum sesi perbincangan dan kegiatan bersama. Antara pertubuhan yang aktif termasuk ACCIM, MCCBCHST, INSAF, IKIM, Malaysia Interfaith Network, Universal Peace Foundation dan Cheng Ho Multicultural Education Trust.

final • 10:10 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Di samping itu, langkah pencegahan atau preventive measure merangkumi pemantauan yang rapi oleh pihak polis, Rukun Tetangga dan persatuan penduduk terhadap apa jua isu atau kejadian yang mungkin menimbulkan reaksi dan sentimen yang boleh menjejaskan keharmonian. Ini dilaksanakan secara bersama oleh pihak polis dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. JPNIM telah juga melatih pemimpin Rukun Tetangga dan masyarakat dalam kemahiran mediasi untuk menjadi mediator community yang akan bertindak menyelesaikan perselisihan yang muncul sebelum ianya tercetus menjadi insiden yang besar. Hasil daripada usaha gigih, semua pihak terlibat dan sambutan baik rakyat secara keseluruhannya, alhamdulillah kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman telah juga diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Mengikut Global Peace Index kedudukan Malaysia telah meningkat dari tangga 38 pada tahun 2008, ke tangga 26 pada tahun 2009, tangga 22 pada tahun 2010 dan tangga 19 pada tahun 2011 iaitu di antara 20 buah negara yang paling aman di kalangan 150 buah negara yang dibuat penilaian.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai soal jurang ekonomi, saya akan jawab perkara ini di dalam ucapan belanjawan saya pada 7 Oktober ini. Insya-Allah dengan langkah-langkah dan pendekatan berterusan yang dilaksanakan, rakyat secara umumnya akan dapat menilai dengan sendiri bahawa di akhirnya bukan sahaja kerajaan terus berusaha memakmurkan rakyat dan negara tetapi yang lebih penting ialah hakikat bahawa semua kenikmatan yang kita miliki adalah berakar kepada perpaduan rakyat Malaysia yang telah 54 tahun terjalin erat dan terus kukuh dan utuh di bawah Gagasan 1Malaysia.

final • 10:10 AM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kita sudah lebih 50 tahun selepas mencapai kemerdekaan dan seterusnya wujud sebagai sebuah negara. Sekarang kita hanya ada lapan tahun lagi untuk kita sampai ke tahap negara maju. Sesungguhnya negara dan rakyat juga ekonomi kita tidak sepatutnya masih menghadapi isu-isu ataupun masalah-masalah yang saya sebut dalam soalan tadi. Soalan saya, apakah dengan pemansuhan ISA nanti, kerajaan masih lagi mempunyai instrument ataupun undang-undang yang diperlukan untuk membendung masalah-masalah tersebut. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat kerana berani membuat perubahan... [Tepuk] Mansuhkan ISA dan sebagainya. Undang- undang yang dikatakan draconian ini dan lagi soalan, apakah jaminan daripada Yang Amat Berhormat untuk memastikan jentera kerajaan dan perkhidmatan awam memberi kerjasama juga komitmennya kepada hasrat Yang Amat Berhormat. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, jentera kerajaan pada keseluruhannya memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk membatalkan ISA ataupun Akta Keselamatan Dalam Negeri dan digantikan dengan dua akta yang baru. Dua akta yang baru ini akan mengambil langkah untuk mencari perimbangan ataupun balance di antara hak asasi individu, civil liberties dan di samping menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua, dengan langkah tersebut Malaysia akan berada antara negara yang dapat mengamalkan demokrasi yang akan dihormati oleh semua negara lain... [Tepuk]

final • 10:10 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memberikan jawapan tadi tentang kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan kebanyakan tuntutan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sebelumnya. Saya terus, saya merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri menyatakan bahawa...

final • 10:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini perasanlah.

final • 10:10 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Kerajaan perlu masa sebelum boleh siapkan...

final • 10:10 AM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Mimpi siang hari itu.

final • 10:10 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Akta untuk memansuhkan darurat.

Saya ulang ya Tuan Yang di-Pertua. Pertama, kenyataan Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan perlu masa untuk menggubal akta tersebut. Satu, untuk memansuhkan ISA dan kedua, untuk menghentikan atau menarik balik pengisytiharan darurat yang tidak boleh dikemukakan untuk sesi ini.

final • 10:10 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Cadangan saya, adakah Perdana Menteri bersedia untuk mengguna pakai Akta Pemansuhan Darurat yang telah disiapkan oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam sesi sebelumnya kerana saya berikan salinan juga kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Dewan ini. Malangnya ditolak oleh Dewan pada sesi lepas...

final • 10:10 AM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Malulah sedikit!

final • 10:10 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

...Justeru saya...

final • 10:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cukuplah.

final • 10:10 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Jemput Perdana Menteri kalau boleh lihat akta tersebut, memandangkan Peguam Negara pun tidak boleh siapkan menjelang sesi ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak pembangkang jangan cuba hendak ambil namalah. Sebenarnya lembu punya susu, sapi jangan ambil nama. Saya telah...

final • 10:10 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Susu pun masam dah... [Ketawa]

final • 10:10 AM

Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Saya sudah sebut perkara ini Tuan Yang di-Pertua, pada bulan April 2009 lagi. Ini bukanlah atas desakan Pakatan Rakyat tetapi atas kehendak kerajaan Barisan Nasional. Jadualnya kita akan beritahu sebab ada beberapa perkara yang harus kita lakukan termasuk menggubal dua undang-undang baru ini dan melakukan proses consultation dengan pihak-pihak tertentu yang mewakili rakyat yang ramai.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Soalan tambahan satu Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Soalan penting Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Kewangan menyatakan, langkah- langkah yang diambil untuk memperkukuhkan Malaysia terhadap kemerosotan ekonomi dunia. Adakah beliau masih mempercayai bahawa pertumbuhan ekonomi akan mencatat 6 peratus.

final • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Relaks, bertenang. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Kepong bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat Gua Musang dan Yang Berhormat Simpang Renggam yang dijadualkan dijawab pada 4 Oktober 2011 kerana menyentuh mengenai perkara dan isu yang sama. Prestasi ekonomi negara dianggar terus berkembang pada tahun ini meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan persekitaran luar.

Ini termasuk kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, krisis hutang kerajaan di Eropah, kenaikan inflasi akibat peningkatan harga komuniti global. Sebagai sebuah negara perdagangan persekitaran yang tidak menentu ini sudah pasti memberi kesan kepada ekonomi negara mengenali hubungan perdagangan dan pasaran kewangan.

Namun demikian, kesan ini dijangka memberi impak yang minimum kepada negara kita memandangkan kekuatan daya tahan dan asas-asas ekonomi yang mampan serta perancangan kerajaan untuk memastikan ekonomi berkembang kukuh. Dalam tempoh separuh pertama 2011 dengan persekitaran luar yang mencabar termasuk kesan gangguan bekalan akibat gempa bumi di Jepun, ekonomi negara berupaya mencatat pertumbuhan 4.4 peratus. Momentum pertumbuhan dijangka lebih baik dalam tempoh separuh kedua 2011 disokong terutamanya oleh perbelanjaan permintaan domestik dan kecergasan aktiviti pelaburan. Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komuniti yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil.

final • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Sementara itu, pelaburan swasta dijangka terus cergas dirangsang oleh peluang perniagaan daripada pelaksanaan Projek Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelaksanaan beberapa inisiatif utama kerajaan dalam menarik pelaburan. Inisiatif ini termasuk pemberian insentif bagi bidang pertumbuhan baru bagi bidang pertumbuhan baru langkah liberalisasi ekonomi penswastaan syarikat milik kerajaan, pengkorporatan MIDA, dan penambahbaikan yang berterusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Usaha-usaha ini dijangka akan meningkatkan potensi pertubuhan ekonomi negara sekali gus mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan sektor luar.

Selain itu, prestasi ekonomi rantau Asia dikatakan terus positif terutamanya bagi negara membangun, berkembang pesat seperti China, India, dan Indonesia.

Perkembangan ini menyokong pertumbuhan perdagangan infra serantau seterusnya akan mengimbangi kesan kelembapan Amerika Syarikat dan Eropah. Selain itu, kerajaan akan memastikan ekonomi negara terus kukuh dengan melaksanakan langkah-langkah bagi mengurangkan beban rakyat dan merancakkan aktiviti penggunaan domestik.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan unjuran terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pertumbuhan ekonomi dunia dijangka berkembang 4 peratus dan perkembangan perdagangan dunia meningkat 7.5 peratus pada tahun 2011. Dengan mengambil kira perkembangan ini, kerajaan akan mengumumkan kedudukan terkini prestasi ekonomi negara bagi tahun 2011 dan 2012 pada 7 Oktober ini semasa pembentangan Belanjawan 2012.

Tuan Yang di-Pertua, strategi dan langkah yang akan digubal dalam Belanjawan 2012 ini pada asasnya turut mengambil kira keprihatinan kerajaan terhadap kesulitan dan masalah yang dihadapi rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas. Ini juga dapat membantu dan melindungi mereka dalam keadaan kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi dunia serta kenaikan kos dan harga barang. Sehubungan dengan ini, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi meringankan bebanan golongan ini antaranya bantuan kewangan, subsidi, dan insentif program latihan dan kemahiran serta menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perumahan. Kerajaan juga telah mengumumkan NKRA ketujuh di bawah Program Transformasi Kerajaan iaitu mengurangkan kos sara hidup rakyat bagi mengenal pasti langkah-langkah segera dan jangka sederhana untuk menangani dan meringankan beban rakyat.

Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam membantu golongan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah termasuk pemberian subsidi makanan dan keperluan asas yang berjumlah hampir RM23 bilion bantuan kebajikan sara hidup bulanan kepada golongan miskin melalui Jabatan Kebajikan Malaysia, bantuan persekolahan anak- anak serta projek perumahan rakyat. Di samping itu, kerajaan juga kana memperluaskan Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh negara yang menawarkan barangan keperluan harian pada sehingga 40 peratus lebih rendah. Program jualan terus dari ladang bagi barangan makanan terpilih dan memperbanyakkan pembukaan perkhidmatan Klinik 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yakin inisiatif-inisiatif lain yang akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2012 pada hari Jumaat ini insya-Allah akan dapat menangani kesulitan dan kesukaran yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dalam cabaran perkitaran ekonomi yang sangat hebat ke arah mencapai sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

final • 10:20 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Pergolakan politik tidak tertentu. Yang Berhormat Perdana Menteri tetap dipujuk di dalam bangunan baru pemimpin Barisan Nasional masih merajuk.

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya memang nampak langkah-langkah inisiatif dan subsidi juga allowance yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi. Bagaimana langkah-langkah ini akan dibayar? Bagaimana langkah-langkah ini boleh dilaksanakan dengan sempurna bagi destinasi yang tertentu?

final • 10:20 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Adakah dengan menggunakan wang rakyat seperti defisit bajet lebih daripada 5 peratus. Dengan keadaan sedemikian, bagaimana Yang Amat Berhormat dapat meningkatkan pelaburan di dalam negara ini dan menambahkan penggunaan domestik yang telah pun disebutkan tadi?

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, hairan jugalah Yang Berhormat Kepong bermula dengan pantun tadi. Saya tidak faham dia kata kita ini merajuk, kita tidak merajuk. Akan tetapi yang lebih nampak pembangkang yang berbalah sehari dua ini...

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, langkah- langkah yang kita ambil nanti saya akan terangkan sewaktu ucapan belanjawan tetapi prinsipnya kita komited untuk mengurangkan fiskal defisit negara dan saya akan terangkan perkara ini secara terperinci dalam ucapan belanjawan nanti. Jadi, apa-apa program yang kita buat ini dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan di samping itu komitmen kita untuk mengurangkan fiskal defisit negara. Faham atau tidak?

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

final • 10:20 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri. Soalan tambahan saya, kalau kita melibatkan keadaan yang berlaku di Eropah dan juga di Amerika Syarikat bermakna kata Minimum Development Goals (MDG’s) kita dengan izin, ada sedikit perubahan untuk kita menyesuaikan dengan asas yang telah dibina oleh negara. Jadi, saya ingin bertanya Yang Amat Berhormat dalam perkara ini, ada banyak peluang-peluang yang harus kita rebut. Misalnya berlaku gempa bumi di Fukushima. Beberapa syarikat gergasi Jepun tidak memilih negara kita sebagai negara untuk mereka menutup kilang di negara mereka dan untuk membuka kilang baru akibat mereka takut ada bencana kali kedua, ketiga dan sebagainya.

Jadi, dalam hal ini kita mungkin kehilangan peluang dan kemungkinan ekonomi intelligence kita tidak begitu peka terhadap peluang-peluang yang sepatutnya kita rebut apabila keadaan yang berlaku pada negara Jepun khasnya sebagai contoh. Jadi, dalam hal ini saya ingin bertanya Yang Amat Berhormat, dalam menghadapi keadaan yang tidak menentu dan asas-asas yang kita bina di negara kita, adalah kita bersedia untuk memperkenalkan preventive bagi kali yang kedua dalam memperkukuhkan sektor perkhidmatan di dalam negara.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana saya nyatakan dalam jawapan saya tadi, asas kita ataupun strategi kita untuk menghadapi persekitaran luaran yang tidak begitu menentu ialah untuk kita pastikan bahawa permintaan dalaman ataupun domestic demand berada di tahap yang kukuh lagi tinggi. Ini dapat kita lakukan melalui perbelanjaan kerajaan yang kita akan pantau supaya belanja pada tahap yang tinggi. Di samping itu, kita juga akan terus menggalakkan pelaburan domestik dan juga pelaburan luaran.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tahap pelaburan asing yang mengalir masuk ke dalam negara kita terus meningkat. Sebagai perbandingan dalam tahun dan tempoh yang sama antara Januari hingga Jun 2009, kita telah memperoleh RM3.5 bilion lebih kurang FDI. Pada tahun 2010 antara Januari hingga Jun, RM12.1 bilion. Pada tahun ini, di antara Januari hingga Jun telah melonjak kepada RM21.2 bilion. Ini menunjukkan hasil daripada strategi kita itu menampakkan kejayaan dan kita dapat menentukan bahawa impak dari luar ini agak minimum kepada ekonomi negara kita.

[Soalan No. 3 – Y.B. Datuk Tiong Thai King (Lanang) tidak hadir]

final • 10:30 AM

4. Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan, mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak berupaya mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasanya yang sedia ada di bawah undang- undang dan peraturan-peraturan pilihan raya bagi memperbaiki sendiri kelemahan- kelemahan yang dibangkitkan dalam tuntutan BERSIH 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat SPR ditubuhkan mengikut Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan. Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan fungsi utama SPR adalah seperti yang berikut:

(i) menjalankan pilihan raya umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan;

(ii) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

(iii) membuat kajian dan persempadanan semula bahagian- bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siap urusan kajian, dan persempadanan semula dan terdahulu.

Sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, setiap tindakan SPR berpandukan kepada asas Perlembagaan Persekutuan dan lunas demokrasi negara serta kehendak suara rakyat terbanyak di dalam Parlimen. Dalam hal ini perlu dijelaskan bahawa SPR melaksanakan fungsi-fungsi menurut rangka undang-undang yang sedang berkuat kuasa sekarang iaitu seperti berikut:

(i) Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 113 dan 120;

(ii) Akta Kesalahan Pilihanraya 1994 ataupun Akta 5;

(iii) Akta Pilihanraya 1958 iaitu Akta 19;

(iv) Peraturan-peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981;

(v) Peraturan-peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) 2002; dan

(vi) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Ini termasuklah dalam melakukan usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan di dalam pengurusan dan operasinya yang bertujuan utama untuk memantapkan lagi sistem pilihan raya sekali gus demokrasi di Malaysia. Berhubung dengan tuntutan NGO baru-baru ini yang menuntut lapan perkara yang terdiri daripada:

(i) SPR perlu melaksanakan pembersihan daftar pemilih;

(ii) SPR perlu melaksanakan pembaharuan sistem undi pos;

(iii) SPR perlu melaksanakan penggunaan dakwat kekal;

(iv) SPR perlu memperuntukkan tempoh berkempen tidak kurang dari 21 hari;

(v) SPR perlu menjamin adanya akses media yang bebas dan adil;

(vi) memperkukuhkan institusi awam;

(vii) memberhentikan amalan rasuah; dan

(viii) memberhentikan amalan politik kotor.

SPR mendapati hanya lima perkara sahaja yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan bidang tugas SPR iaitu Perkara 135 sahaja. Manakala Perkara 6 hingga 8 bukan termasuk di dalam bidang kuasa SPR.

final • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kelima-lima perkara tersebut telah pun diambil maklum oleh SPR untuk dikaji dan dilaksanakan mengikut masa dan keadaan serta kemampuan.

Untuk makluman Yang Berhormat, perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh NGO dalam tuntutan mereka bukan perkara baru dan ia juga sering dibangkitkan di dalam mesyuarat Parlimen sama ada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara oleh Ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat secara sah di sisi perlembagaan. Malah, tanpa tuntutan-tuntutan tersebut pun perkara-perkara ini telah lama dan sentiasa menjadi fokus SPR dalam melaksanakan tanggungjawab bukan sahaja untuk membersihkan bahkan untuk memperdayakan, dengan izin, to empower serta merekayasa sistem pengurusan dan operasi pilihan raya di Malaysia. Namun, kebelakangan ini, isu ketelusan proses pilihan raya yang diamalkan sering dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu dengan lantang menyanggah kewibawaan dan keupayaan SPR dalam menjalankan fungsi-fungsinya yang telah ditetapkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, untuk berlaku adil kepada SPR dan pihak-pihak yang mempertikaikan peranan SPR dan sejajar dengan semangat demokrasi, kerajaan telah tampil mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi membincangkan keperluan untuk menambahbaikkan proses pilihan raya yang sedia ada agar lebih adil, telus, dan demokratik serta progresif. Ini merupakan satu langkah bijak bagi menyediakan ruang dan peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dalam proses pilihan raya di negara ini, muhasabah, dan menyampaikan suara hati nurani dengan izin, conscience mereka melalui wakil-wakil mereka yang dilantik melalui Jawatankuasa Pemilih Parlimen agar suatu kajian secara komprehensif dan politik mengenai pembaharuan proses pilihan raya dapat dilakukan dan dikemukakan kepada SPR untuk dilaksanakan...

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya masa yang terbaik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab soalan Ketua Pembangkang...

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Mengapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memilih untuk tidak menjawab soalan daripada Ketua Pembangkang? Kalau di House of Commons ia ada sesi Perdana Menteri...

final • 10:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Gombak ini melakukan...

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Menjawab soalan Ketua Pembangkang.

final • 10:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kesalahan yang lebih teruk di dalam pemilihan parti Gombak dengan Permatang Pauh. Ini mahu cakap banyak...

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya minta Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Gombak boleh duduklah!

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 10:30 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Saya tanya soalan yang mudah.

final • 10:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini Yang Berhormat Permatang Pauh dengan Yang Berhormat Gombak jangan mengelirukan Dewan di sini.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, sudahlah! Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberikan penjelasan...

final • 10:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya pun mahu soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tentang soalan yang saya bangkitkan. Kita menyambut baik termasuk cadangan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang akan bersidang harapnya dengan kadar segera. Soalan saya, bukan mempertikai cadangan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang akan membincangkan isu-isu yang dikatakan oleh SPR tidak termasuk di dalam bidang kuasa mereka. Soalan saya agak khusus sebenarnya mengapa hal-hal yang di bawah bidang kuasa termasuk dalam Fasal 113, Perlembagaan iaitu penyediaan daftar pemilih itu tidak dapat disempurnakan dengan baik.

Contohnya Tuan Yang di-Pertua ialah pendaftaran ini terpaksa dikerahkan jentera parti-parti politik keseluruhannya untuk mendaftar padahal ini isu fundamental - asas. Ia hak asasi rakyat Malaysia. Ini gagal disempurnakan dengan baik. Kedua, Akta Kesalahan Pilihan Raya 27E memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan bahawa undang-undang yang diperuntukkan harus dilaksanakan isu yang sekecil dakwat kekal yang digunakan oleh negara-negara Islam Turki dan Indonesia. Digunakan di negara jiran Thailand dan Filipina masih gagal kerana campur tangan politik berterusan. Ini salah satu cara yang boleh dilaksanakan dan saya...

final • 10:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dalam pemilihan PKR pun sudah tiada apa, ini mahu jalankan apa?

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat..

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

PKR 160...

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat...

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Soalan saya...

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini sendiri tipu dalam PKR, sini mahu mari perbetulkan Dewan pula... [Ketawa] [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

[Ketawa] Okey, dia upah tambahan, jeritan lagi kuat.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini soalan Menteri tidak perlu jawablah, Timbalan Menteri sahaja jawab.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai...

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Pasal Perdana Menteri ada...

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Halau keluarlah dia.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kasi Timbalan Menteri sahaja jawab, tidak payah Menteri jawab.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Ya, Perdana Menteri ada, jadi minta tambahan bantuan kepada Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Suruh beli tanah banyak sikit.

Tuan Yang di-Pertua, soalnya akhirnya begini...

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ya lah, Ahli-ahli PKR semua minta bantuan juga...

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Yang saya hendak tekankan ialah bagaimana dan apakah cara untuk mendesak SPR yang diberikan kuasa begitu besar dan menjalankan pilihan raya begitu lama dibiarkan, dilepaskan daripada tanggungjawab besar melaksanakan tanggungjawab ini yang perlu dilakukan? Sehinggakan menjadi isu dan dibahaskan bukan sahaja di dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa. Malaysia tercemar kerana tidak dapat menjalankan pilihan raya yang bebas dan bersih kerana SPR gagal.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang mencemarkan itu Yang Berhormat Permatang Pauh lah... [Ketawa]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, sebelum menjawab, tolong duduk sekejap. Ahli Yang Berhormat, kalau ada Ahli Yang Berhormat yang mengganggu lagi sewaktu seorang Ahli Yang Berhormat sedang berhujah, kalau nanti saya suruh Ahli Yang Berhormat rehat sekejap, jangan marah saya. Yang Berhormat Padang Serai sebenarnya tadi saya mahu panggil untuk soalan tambahan yang berikut tetapi Yang Berhormat Padang Serai sudah mengganggu...

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk. Sila Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, kerana selalu tidak bagi saya peluanglah saya berdiri. Jadi, selepas ini kasi saya peluang, saya tak ganggu.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak sebut tentang Yang Berhormat Gombak tadi itulah. Dia menyoal tentang kenapa Perdana Menteri tidak menjawab. Saya hendak beritahu dengan dia bahawa kita mengamalkan demokrasi dan Perdana Menteri percaya kepada Menteri untuk menjawab.

Bukan seperti di sebelah sana sudah ada gap order, dalam mesyuarat baru ini sudah ada gap order.

Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan asal saya, saya ada menyebut lima perkara yang dianggap sebagai sememangnya secara langsung di bawah SPR. Saya sudah sebut iaitu kelima-lima perkara tersebut telah pun diambil maklum oleh SPR dan akan dilaksanakan mengikut masa dan keadaan serta kemampuan. Membersihkan pendaftaran dilakukan setiap kali dan kalau sekiranya di dalam kaedah yang sedia ada – kalau ada kaedah yang baru yang kita fikirkan boleh membantu SPR untuk menjalankan tugas dengan baik, kita bincang dalam kita punya Select Committee, mana tahu ada kaedah baru.

Bantulah, jangan dok hentam sahaja. Ini kerana pilihan raya yang adil dan telus itu adalah kehendak kita bersama, bukan tuntutan daripada pihak pembangkang sahaja.

Keduanya, saya hendak sebut berkenaan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Sememangnya kalau ada apa-apa kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, sememangnya SPR akan mengambil tindakan. Akan tetapi setelah kita maju ke hadapan, jika ada perkara-perkara baru yang dianggapkan sebagai kesalahan baru yang tidak diambil kira oleh Akta Kesalahan Pilihan Raya yang ada sekarang, kita bincanglah dalam Select Committee. Itulah tujuannya diadakan Select Committee. Bukan awal-awal lagi kita ada Select Committee sudah hendak tolak.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Akan tetapi saya hendak beritahu sama ada mengambil bahagian ataupun tidak, ini Select Committee Parlimen. Kita akan meneruskan juga sama ada mereka hendak mengambil bahagian ataupun tidak.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tentang Select Committee saya fikir Yang Berhormat Menteri jawab kurang tepat.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sudah habislah.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tidak, tidak, cuma penjelasan.

Kita membuat kenyataan rasmi dan terbuka...

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini sudah habis giliranlah Yang Berhormat Permatang Puah, boleh duduk

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Bahawa kita menyambut dan akan menyertai. Jadi untuk Menteri memberikan kenyataan prasangka, saya fikir tidak baik, sebab daripada awal Majlis Pakatan Rakyat memutuskan untuk bersama menyertai Jawatankuasa Pilihan tersebut.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ikut prosedur, sekali sahaja kita tanya soalan tambahan. Saya sudah jawab, sudah habis.

Keduanya, saya tidak buta. Saya membaca surat khabar dan saya tahu kenyataan..., saya tidak pekak pun, saya dengar sememangnya peringkat awal tidak mahu mengambil bahagian. Oleh sebab itu saya hendak beritahu sama ada mengambil bahagian ataupun tidak, kita akan teruskan. Jadi Yang Berhormat, saya yang betul. Yang Berhormat yang tidak betul ini. Kot pekak atau tak nampak.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, saya yang cukup sabar kerana melanggar peraturan mesyuarat sedikit pun saya berikan laluan. Tidak apa. Yang Berhormat Padang Serai, berhujah, bertanya dengan baik menurut peraturan mesyuarat. Sila, soalan tambahan kedua.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak bertanya dengan kerajaan iaitu di dalam sistem demokrasi, Yang Berhormat Permatang Puah bangun dan meminta supaya ada pembersihan dan pelbagai perubahan yang perlu dilakukan. Ini yang dikatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Akan tetapi apa yang berlaku, sebagai rakyat Malaysia yang menjadi ahli-ahli dalam parti...

final • 10:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Beli tanah RM1.4 juta... [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat mereka ditindas dalam pemilihan parti mereka sendiri.

final • 10:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Dua cek RM700,000.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai...

final • 10:40 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Soalan berkaitan dengan SPR lah.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya hendak tanya dengan pihak SPR...

final • 10:40 AM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai, duduk dahulu. Ahli Yang Berhormat, saya telah mengingatkan bahawa apabila Yang Berhormat Gombak bertanya saya “Why do you allow this?”, itu bagi saya seolah-olah mempersoalkan tindakan saya. Apabila Yang Berhormat berdiri tadi mengatakan bahawa yang harus menjawab adalah Perdana Menteri, saya diam.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebetulnya Yang Berhormat, siapa sahaja Menteri yang menjawab apabila itu di bawah bidang kementerian masing-masing, itu boleh. Saya tidak tegur Yang Berhormat kerana bagi saya, biasalah Parlimen Malaysia begitu. Yang Berhormat Padang Serai, saya telah mengingatkan bahawa bertanya dengan baik dan ada kaitan dengan soalan asal...

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang ada kaitan dengan SPR.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, jangan ganggu Ahli Yang Berhormat.

Kadang-kadang semua kita faham tetapi kita berpura-pura tidak faham. Sila.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memperingatkan mereka-mereka yang masih jahil lagi.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat, soalan.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Soalan saya adalah kepada Menteri tentang Suruhanjaya Pilihan Raya. Jadi di dalam sistem demokrasi ini, dari seseorang pemimpin itu mestilah belajar untuk berlaku adil, seorang pemimpin itu mestilah...

final • 10:40 AM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Membeli tanah RM1.4 juta.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Berhemah sebagai demokrasi.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Bangun! Bangun! Mana dia? Bangun!

Saya mahu berhujah!

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, sudahlah.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau anak jantan...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, sudah Yang Berhormat.

Duduk.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Machang, bangun Yang Berhormat Machang.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dato’ Seri Tiong King Sing.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada peluang saya?

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bintulu.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya tidak ada peluang soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua? Ini soalan betul-betul...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bintulu.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya untuk SPR belum selesai lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini penyangak dari Machang, dari Permatang Pauh, Gombak... Saya mahu habiskan soalan saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua mahu buang saya pun tidak apa, saya mahu habiskan soalan saya.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya cukup bersabar pada pagi ini dan saya telah pun memberikan amaran kepada semua. Saya memberikan laluan kepada Yang Berhormat Padang Serai untuk bertanya dengan baik bukan untuk menimbulkan kekecohan.

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai! Kalau Yang Berhormat Padang Serai ingkar lagi, saya akan menyuruh Yang Berhormat Padang Serai untuk berehat sekejap. Sekarang ini saya memanggil soalan kelima, Yang Berhormat Bintulu.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya mahu Tuan Yang di-Pertua berlaku adil kepada saya.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bintulu

final • 10:40 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Hanya kerana beberapa penyangak itu mengacau, Tuan Yang di-Pertua tarik balik soalan, itu tidak betul.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bintulu.

final • 10:40 AM

5. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan:

(a) adakah kedai runcit 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan dipertimbangkan ke negeri Sabah dan Sarawak; dan

(b) bilakah pelaksanaan tersebut akan dijalankan atau apakah perancangan pihak kementerian terhadap pelaksanaan tersebut di negeri Sabah dan Sarawak.

final • 10:50 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan sepuluh soalan lain yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bakri pada 5 Oktober, Yang Berhormat Ipoh Timur pada 10 Oktober, Yang Berhormat Mas Gading pada 20 Oktober, Yang Berhormat Serdang pada 25 Oktober, Yang Berhormat Kanowit pada 1 November, Yang Berhormat Lenggong pada 10 November, Yang Berhormat Sipitang dan Yang Berhormat Tanjong Piai pada 15 November, Yang Berhormat Kuala Nerus pada 21 November dan Yang Berhormat Gua Musang pada 22 November kerana ia menyentuh isu dan perkara yang sama iaitu Kedai Rakyat 1Malaysia.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, Kedai Rakyat 1Malaysia

(KR1M) merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam memastikan rakyat terutamanya di bandar-bandar yang menghadapi tekanan berikutan kenaikan kos sara hidup dapat memperoleh produk keperluan pada harga rendah dan berkualiti. Ia juga sebagai medium kepada kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barang dan mengurangkan monopoli produk yang didominasi oleh syarikat-syarikat pengeluar.

KR1M dibangunkan dengan konsep menjual produk keperluan pada harga rendah tanpa mementingkan jenama produk. Namun, kualiti produk tetap diutamakan. Harga produk yang dijual di KR1M telah ditetapkan antara 30 peratus hingga 50 peratus lebih rendah berbanding dengan produk serupa di bawah jenama lain. Jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah didaftarkan tanda niaganya sebagai hak milik daftar Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri. Manakala bagi produk yang dijual di dalam KR1M dikenali dengan jenama 1Malaysia Kedai Rakyat.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sebagai permulaan, pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) telah diberi kebenaran untuk menggunakan logo 1Malaysia yang diberikan tanggungjawab sebagai cartelize untuk menjalankan operasi KR1M atas kepakaran dan keupayaan yang dimilikinya dalam bidang peruncitan dan pemborongan. Selain itu, pihak Mydin juga berperanan di dalam menjalankan operasi kedai tersebut seperti membekal barangan, menyusun atur barangan, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir urus sistem point of sales. Program ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Mydin kepada masyarakat setempat.

Untuk makluman, KR1M telah mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai kerana kepelbagaian produk yang dijual dalam kuantiti yang lebih kecil bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah mendapatkan produk tersebut berdasarkan kemampuan dan keperluan mereka. Sebanyak 250 jenis produk keperluan pengguna dijual di KR1M. Antara produk yang mendapat sambutan daripada pengguna seperti biskut, susu krimer, lampin bayi pakai buang, sardin, mihun, air mineral dan minuman ‘malt chocolate’.

Pelaksanaan Program KR1M tidak berorientasikan keuntungan semata-mata.

Program ini lebih kepada usaha sama strategik antara kerajaan dan badan korporat untuk membantu mengekang kenaikan harga barangan dan sekali gus mengurangkan beban sara hidup rakyat. Penjimatan dari segi kos pengiklanan antara 20 peratus hingga 30 peratus dengan pembungkusan yang mempunyai label generik 1Malaysia serta pembelian secara pukal daripada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana dan tidak bergantung kepada orang tengah merupakan penyumbang kepada penurunan harga barang di Kedai Rakyat 1Malaysia.

Pada tahun 2011, minimum sebanyak 25 premis KR1M akan dibuka di seluruh negara. Manakala bagi tahun 2012, minimum sebanyak 60 premis akan dibuka di seluruh negara. Sehingga kini, sebanyak empat premis telah beroperasi di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya iaitu di Stesen LRT Kelana Jaya, Pusat Komuniti Bandar Tun Razak Cheras, Projek Perumahan Rakyat Pantai Dalam dan juga Presint 2 Putrajaya.

Bagi menyebar luas manfaat daripada pelaksanaan program ini, kerajaan telah meminta agar semua kedai runcit yang terlibat di dalam Program Transformasi Kedai Runcit

(TUKAR) melibatkan 500 buah kedai di seluruh negara untuk turut menjual produk terpilih jenama Kedai Rakyat 1Malaysia. Kerajaan juga telah meminta agar semua 250 kedai D’Mart shop di tanah rancangan FELDA untuk menjual barangan jenama 1Malaysia selain barangan jenama generik Koop 1Malaysia. Selain daripada itu, Agro Bazaar Kedai Rakyat di bawah FAMA yang melibatkan 150 buah kedai di seluruh negara akan turut menjual barangan terpilih jenama Kedai Rakyat 1Malaysia ini.

Pihak kita juga sedang berbincang dengan syarikat-syarikat minyak untuk menjual di stesen-stesen minyak di seluruh negara dan kita juga sedang mengadakan perbincangan dengan pihak PERNAMA untuk menjualnya di kem-kem tentera dan sebagainya.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memang sedang merancang untuk membuka KR1M di Sabah dan Sarawak. Pada waktu ini kita sedang mengadakan perbincangan melihat dan juga mengenal pasti lokasi-lokasi. Dalam masa yang sama sedang berbincang dengan pihak IKS di Sabah dan Sarawak supaya mereka juga boleh supply produk-produk tempatan di Sabah dan Sarawak bagi mengelakkan kenaikan harga jika kita membawanya daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Kita masih lagi di dalam perbincangan.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Sesungguhnya konsep memang baik, idea pun baik untuk rakyat mengatakan ini Kedai Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan memang tepat pada masanya dan mendapat sambutan yang baik serta dapat mengurangkan kebimbangan rakyat dari segi kos hidup.

Soalan tambahan, Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak bahawa golongan yang paling memerlukan Kedai Rakyat 1Malaysia adalah rakyat di kawasan luar bandar dan apakah sebab kerajaan tidak mengutamakan di kawasan luar bandar dan Program Kedai Rakyat 1Malaysia?

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Contoh tadi, Yang Berhormat Menteri kata di Sabah dan Sarawak kita masih lagi berbincang, berapa lama lagi mahu berbincang? Contoh seperti di kawasan Kinabatangan, Bintulu ini kawasan luar bandar mestilah memerlukan ini, disegerakan ini Kedai Rakyat 1Malaysia. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri pun sudah melawat kawasan Bintulu, nampak kawasan banyak luar bandar. Kita pun, Yang Berhormat Menteri pun, Yang Berhormat Menteri kata ini kawasan banyak susah, naik bot, jalan kaki tetapi kedai 1Malaysia tidak ada. Minta, boleh jelas sedikit tidak? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya sebutkan tadi bahawa memang di dalam perancangan kita untuk membuka di seluruh negara. Akan tetapi, buat masa ini kita tumpukan perhatian kita di kawasan-kawasan bandar besar kerana kos sara hidup di bandar besar jauh lebih tinggi daripada kos sara hidup di laur bandar dan sebagainya.

Akan tetapi, ini tidak bermakna kita tidak akan membuka kerana Kedai Rakyat 1Malaysia ada dua konsep. Pertama, kita buka kedai itu sendiri dan kedua kita supply barang kepada kedai-kedai yang telah pun wujud misalnya di Bintulu atau di mana sahaja.

Peruncit-peruncit boleh membeli produk-produk tersebut dan menjual produk tersebut dengan harga murah seperti yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia ini. Saya ingin maklumkan misalnya di Kuala Lumpur ini, walaupun kita hanya mempunyai empat Kedai Rakyat 1Malaysia yang telah dibuka, tetapi sudah ada 17 kedai-kedai runcit di bawah rumah pangsa kos rendah yang bukan nama Kedai Rakyat 1Malaysia, kedai pemilik peruncit itu sendiri tetapi menjual produk Kedai Rakyat 1Malaysia.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bagi pihak kerajaan yang penting adalah rakyat boleh membeli produk tersebut walau apa-apa nama sekali pun, Kedai Rakyat atau kedai-kedai lain. Yang penting produk itu. Jadi, soal Sarawak dan Sabah insya-Allah kita akan percepatkan untuk supply produk ini di Sabah dan Sarawak termasuk di Bintulu. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Oleh kerana Syarikat Mydin yang memonopoli pengedaran, adakah kerajaan mencadangkan bahawa syarikat lain ditawarkan untuk mengendalikan Kedai 1Malaysia?

Jika tidak, apakah sebab-sebabnya? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Seperti yang saya sebutkan, ini hanyalah peringkat awal kita bekerjasama dengan pihak Mydin. Kita menerima banyak permohonan daripada pihak-pihak lain untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan di dalam mengedar ataupun menjual produk-produk ini.

Salah satu cara yang sedang kita bincangkan pada hari ini adalah untuk menjadikan program ini di bawah sebuah program francais supaya kalau program ini dijadikan program francais, ramai lagi pihak yang boleh menjalankan perniagaan seperti ini.

Kita juga menggalakkan walaupun tidak menggunakan nama Kedai Rakyat 1Malaysia tetapi program produk tanpa jenama ini boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Akan tetapi tidak semesti namanya Kedai Rakyat 1Malaysia. Misalnya pihak koperasi sekarang ini, mengeluarkan produk tanpa jenama ini, no-frills product ini atas nama Koop 1Malaysia.

Yang pentingnya adalah menjual produk tanpa jenama dengan harga yang rendah.

Saya sendiri pernah berjumpa, telah berjumpa dengan persatuan peruncit daripada kaum Cina misalnya untuk berbincang dengan mereka dan kita tawarkan, kalau mereka boleh mengeluarkan produk tanpa jenama dengan harga yang rendah, kita pun menyokong. Apa yang pentingnya ialah kita dapat mengeluarkan ataupun mengedarkan produk-produk murah kepada rakyat ketika keadaan harga barang yang naik pada waktu ini.

Jadi, tidak timbul soal monopoli dan sebagainya kerana produk-produk yang menggunakan nama lain pun dibenarkan dengan syarat ia harga rendah dan sebagainya.

Terima kasih.

[Soalan No. 6 – Y.B. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) tidak hadir]

final • 11:00 AM

7. Datuk Ir Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan berapakah bilangan keseluruhan pengguna kad perkhidmatan telefon prabayar semasa di seluruh negara, serta nyatakan peratusan pengguna yang tidak menggunakan sepenuhnya nilai kad ini berbanding dengan jumlah keseluruhan serta nyatakan juga kuantumnya dalam bentuk Ringgit Malaysia.

final • 11:00 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, bilangan keseluruhan pengguna kad perkhidmatan telefon prabayar atau dengan izin, prepaid semasa di seluruh negara ialah 28.4 juta iaitu 80 peratus daripada sejumlah 35.3 juta orang pengguna. Peratusan pengguna prabayar yang tidak menggunakan sepenuhnya nilai kad ini ialah 90.2 peratus dan kuantum yang tidak digunakan ialah sekitar RM60 juta. Kuantum ini merupakan 0.5 peratus daripada pendapatan syarikat-syarikat telekomunikasi.

final • 11:00 AM

Datuk Ir Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Suka saya berkongsi sebenarnya soalan ini, menjurus pada satu perkara yang overtaken by event. Satu ketika apabila syarikat-syarikat ini mengumumkan caj perkhidmatan lebih kepada pengguna-pengguna yang telah menggamit pelbagai reaksi daripada pelbagai suku yang menyebut bagaimana keprihatinan kerajaan. Namun, apabila kerana menarik balik rancangan tersebut, banyak pihak telah pun menarik nafas lega. Ini suatu yang baik. Pertamanya, sikap kerajaan yang begitu terbuka dan begitu dinamik apabila mendengar rungutan serta rayuan daripada pelbagai pihak, kerajaan bersedia untuk menarik balik apa juga keputusan walaupun ia melibatkan beberapa implikasi.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya berkaitan dengan perkara yang sama ialah apakah proses yang dilalui oleh syarikat-syarikat ini apabila ke arah membuat satu pengumuman-pengumuman yang besar, yang melibatkan suasana korporat di negara kita yang boleh memberikan pelbagai akibat kepada masyarakat? Apakah proses yang dilalui supaya perkara yang sama tidak berulang, yang menampakkan pihak berkuasa tidak diberikan peluang untuk mengambil bahagian di dalam proses untuk membuat keputusan pengenalan penambahan cukai-cukai perkhidmatan seperti ini? Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan saya jawapan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tersebut. Sejarahnya ialah bahawa semenjak Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dikuatkuasakan, semua syarikat telco atau syarikat telekomunikasi di Malaysia pada asasnya dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5 peratus. Di atas pertimbangan korporat mereka sendiri, maka kuantum itu telah diresap atau dengan izin, absorb oleh syarikat-syarikat berkenaan sehinggalah baru-baru ini apabila dikemukakan semula soal itu supaya cukai perkhidmatan tersebut dibayar oleh pengguna.

Ada dua sahaja isu terlibat. Pertama ialah adakah pengguna prabayar ini dikenakan bayaran sekali sahaja apabila membeli perkhidmatan tersebut atau dikenakan setiap kali mereka memperbaharui kad prabayar tersebut? Oleh kerana persoalan- persoalan itu tidak lagi beres. Isu kedua ialah bolehkah syarikat-syarikat berkenaan meneruskan khidmat seperti biasa dan tidak mengenakannya kepada pengguna? Namun demikian, Kementerian Kewangan secara khusus akan mempertimbangkan kaedah yang terbaik bagaimana hal ini akan dibereskan dalam bentuk kerjasama menang-menang dan juga memberikan faedah kepada masyarakat pengguna.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu adakah kerajaan satisfied dengan kos yang kena bayar pada sistem prabayar ini? Ini kerana saya difahamkan kos yang sedia digunakan, yang dikenakan terhadap pengguna-pengguna adalah lebih tinggi atau mungkin yang tertinggi di rantau ini dan kerap kali dengan miss call pun, dikenakan bayaran. You just make a miss call, ada miss call, dikenakan 16 sen. Apakah kawal selia yang dibuat oleh kerajaan supaya kos ini adalah kos yang munasabah dan boleh comparative di lain-lain negara di rantau ini?

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini memang merupakan soalan yang berterusan. Oleh itu, beberapa pihak khususnya badan-badan bukan kerajaan, consumer ataupun pengguna telah mengemukakan kepada kementerian mengenai kadar atau caj yang sepatutnya dikenakan terhadap panggilan, kadar-kadar spesifik dan juga kadar-kadar perkhidmatan menyeluruh. Oleh kerana had-had mengenakan perkara ini tidaklah tertumpu kepada sesuatu syarikat. Memang ada beberapa faktor yang telah diarahkan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi supaya kadar yang digunakan untuk pengguna di Malaysia hendaklah pada kadar yang mampu dan adil.

Akan tetapi, usaha-usaha ini merupakan usaha-usaha yang tidak lagi mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna sendiri yang lebih daripada 35 juta di seluruh tanah air. Kementerian sangat menilai perkara ini sekiranya pengguna-pengguna sendiri mengemukakan perkara-perkara ataupun faktor-faktor dengan butir-butir yang lengkap sekali, di mana letaknya ketidakadilan tersebut. Akan tetapi, jika tidak diambil perkiraan tersebut, kementerian mendapati kadar yang digunakan pada masa ini, tampaknya diterima oleh masyarakat.

final • 11:00 AM

8. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan kenapakah sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-54 masih hambar di kalangan rakyat jelata:

(a) adakah pihak kerajaan telah menjalankan satu kajian yangterperinci dan menyeluruh kenapakah fenomena ini wujud; dan

(b) sekiranya ada, nyatakan hasil penemuannya.

final • 11:10 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, sambutan Hari Kemerdekaan pada setiap tahun merupakan satu peristiwa yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Menerusi maklum balas yang diterima kemeriahan dan keberkesanan perayaan merdeka ke-54 dan Hari Malaysia amat diminati dan disambut baik serta menimbulkan kesan-kesan patriotisme serta kekitaan di kalangan rakyat. Hanya Yang Berhormat sahaja yang mengatakan ia hambar.

Barangkali ini mungkin parti Yang Berhormat kurang kisah tentang perayaan Hari Merdeka kita ataupun cara Yang Berhormat melihat Hari Malaysia. Dikatakan begitu oleh kerana semua negeri kecuali di Kelantan dan juga sedikit sebanyak hanya di Pulau Pinang serta Selangor tidak menonjolkan perayaan masing-masing. Negeri-negeri lain cukup hebat Tuan Yang di-Pertua. Jadi dengan pernyataan sedemikian saya mencadangkan pula supaya Yang Berhormat melihat kembali di dalam pintu hati sendiri sama ada betul atau tidak komen tersebut.

Saya katakan begini Tuan Yang di-Pertua kerana kita telah mengadakan 218 program di seluruh tanah air dan sambutan yang dibuat meliputi 10,170 mengambil bahagian di pinggiran Dataran Merdeka dan tidak kurang dari 11,000 ke 12,000 di setiap negeri kecuali di tiga-tiga negeri yang sempat saya sebutkan tadi. Justeru saya mengatakan bagi pihak Jawatankuasa Perayaan Merdeka Kali Ke-54 dan Hari Malaysia kita telah berjaya dan jauh sekali daripada hambar.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri menyebut lebih silat di Dewan ini. Kita perlu lebih melihat di medan di seluruh negara bagaimana sambutan di seluruh negara, di medan ini perlu dilihat. Adakah Yang Berhormat Menteri tidak sedar di sana ada faktor-faktor yang perlu dipulihkan bagi menyeluruhkan sambutan kemerdekaan. Yang pertama, persejarahan yang tidak menyeluruh. Mengapikan perjuangan ratusan tahun menentang penjajah. Sejak tahun 1511 bukan sejak tahun 40-an. Menafikan tokoh-tokoh sepanjang zaman dalam semua pihak.

Seterusnya, adakan keilmuan yang menafikan Malaysia dijajah.

final • 11:10 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

Yang ketiga, kesan penjajahan pemikiran yang tebal di antaranya ialah bahasa Melayu, bahasa yang digunakan oleh ratusan juta dirantau ini masih gagal diperkasakan menjadi bahasa ilmu yang utama di tempat bumi berpijak sendiri. Budaya negatif penjajah bukan kebudayaan positif. Positif kita terima, budaya yang negatif yang masih menebal dalam masyarakat. Sekian.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah. Yang Berhormat Marang berkata saya bersilat. Sebenarnya beliau yang bersilat tangkap.

[Ketawa] Jadi silat tangkap beliau ini mungkin yang jenis cekak atau yang jenis silat lincah.

Namun demikian, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Soalan tadi berbeza daripada apa yang diperlukan dalam bentuk jawapan.

Pertama, dikatakan tidak meriah, hambar tetapi beliau telah menyambung dengan mengatakan kita menafikan beberapa konsep termasuk bahasa, soal penjajahan dan juga bagaimana bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Walaupun bukan tempatnya bagi kita berhujah dalam soal ini, tampaknya Yang Berhormat itu seolah-olah hendak menembak itik tetapi yang kena ayam. Walaupun begitu saya cuba jawab. Kerajaan Barisan Nasional tidak pun menafikan bahawa sejarah itu adalah nukilan dan penulisan ilmu yang terasas kepada fakta. Akan tetapi, dalam soal hendak menyatakan bahawa komunis misalnya hendak dijadikan hero. Ini tidak boleh kita terima sebagai fakta. Walau macam mana pun Yang Berhormat dari Marang dengan izin Tuan Yang di-Pertua hendak menunjukkan bahawa fakta sejarah itu perlu diubah mengikut kaca mata sendiri. Saya yakin negara ini dan rakyat tidak akan menerima komunis sebagai pejuang dalam tanah air kita... [Dewan riuh] Selain itu, beliau menyatakan semenjak tahun 1511 sejarah itu telah di nukil dan telah diubah. Cuba buktikan di mana diubah. Siapa yang mengubah? Kita tidak ada merubah apa-apa. Kedatangan Portugis tetap tahun 1511. Parameswara tetap datang ke Melaka pada tahun yang telah ditetapkan dalam sejarah kita. [Dewan riuh] Selain daripada itu, tahun 1400... [Dewan riuh] Ini menunjukkan saudara tidak dengar habis dulu.

Parameswara membuka Melaka pada tahun 1400 [Dewan riuh] telah membuka Melaka dan Belanda tahun 1641 telah menjajah kita.

Nenek moyang Yang Berhormat sendiri pun terkena dalam soal ini dan bagaimana British menjalankan tugas sama ada menerusi Sistem Residency ataupun tidak itu pun kita sama tahu. Akan tetapi, peranan Jepun dan peranan komunis tidak ada seorang yang boleh menukarnya. Justeru mari kita balik ke pangkal walaupun Yang Berhormat selalu mengatakan... [Membaca sepotong doa] Tolonglah percaya kali ini sejarah yang jujur adalah sejarah yang mengandungi fakta yang boleh dipakai bersama.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju sangat memang sambutan 54 tahun merdeka tahun ini yang disambut sama 16 September Hari Malaysia salah satu sambutan yang amat meriah... [Dewan riuh] Saya ulang sekali lagi Yang Berhormat Menteri. Amat bermakna dan amat meriah kecuali orang yang ada mata, buta, ada telinga pekak yang tidak hendak mengakui kebenaran dan ini memang permainan pembangkang... [Ketawa] Saya ucapkan tahniah. Yang penting sekarang ini apa usaha kerajaan khususnya kementerian Yang Berhormat Menteri hendak mengekang, hendak menghakis dan hendak menjelaskan kekeliruan dan putar belit fakta. Putar belit fakta yang sengaja dimainkan oleh puak-puak pembangkang, mengelirukan rakyat. Fakta yang sebenarnya hendak dipadamkan seperti apabila PAS mengakui komunis ialah hero mereka. Oh! Ini tidak ada tarik balik, memang kenyataan hingga Mat Indera pembunuh yang paling kejam sanggup diangkat menjadi wira. Polis, tentera dan orang awam yang mati dibunuh oleh komunis...

final • 11:10 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Itu Kerajaan Negeri Johor sendiri tulis dalam buku rasminya.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak ada. Bukan...

final • 11:10 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bukan PAS.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak, tidak, tidak!

final • 11:10 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Sri Gading ini tidak baca buku Kerajaan Negeri Johor.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak, tidak, tidak ada.

final • 11:10 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tidak betul.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Menteri Besar Johor sendiri tidak mempunyai masalah.

final • 11:10 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Inilah masalah tidak baca. Orang suruh baca.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Menteri Besar Johor tidak pernah memusuhi komunis dan kalau Timbalan Presiden PAS hendak tahu siapa Mat Indera tanya Yang Berhormat Sri Gading... [Dewan riuh] Tanya Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading anak Batu Pahat. Mat Indera ditangkap di Seri Medan di Batu Pahat.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading soalan, soalan Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ketika itu kita tahu cerita sebenarnya tetapi ialah tiada sokong.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi apa usaha, apa usaha kerajaan? Kita di pihak yang benar. Rakyat harus mengetahui secara jelas dan terimalah kenyataan kerajaan kerana kerajaan tidak pernah berbohong seperti pembangkang...

[Dewan riuh] Tidak pernah bohong.

final • 11:10 AM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kerajaan banyak bohong ini.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan dan usaha kita bagi menentukan rakyat mendapat kenyataan- kenyataan yang benar, tepat dan memang itulah sejarah yang sebenarnya. Yang Berhormat, saya minta jawapan.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, sedikit penjelasan. Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini hendak menjawabkah ini?

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tidak, bukan, bukan. Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini hendak menjawab kah ini?

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua.

Kebetulan yang menulis bukut tersebut yang diterbitkan oleh kerajaan Johor itu ialah Profesor Bakar Hamid. Seorang Emeritus.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Woih, woih.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bacalah buku itu secara betul.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kita tidak mahu imej beliau sebagai Profesor Emeritus itu tercemar.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Baca buku itu secara betul.

Menteri Besar Johor tidak pernah mencerapkan macam ini.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini boleh berdiri cakap macam-macam.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Duduk, duduk!

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Orang mahu tanya soalan tidak bagi.

Ini penyangak berdiri bercakap ini.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Balik Pulau, duduk Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua.

Profesor Bakar Hamid ialah Profesor...

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Emeritus Universiti Malaya, mantan Pengerusi Bernama...

final • 11:20 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Balik Pulau, 16 September tidak jadilah.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Telah menulis buku biografi...

final • 11:20 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Hey. Balik Pulau, 16 September tidak jadilah.

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya risau, satu naskhah yang begitu - menjadi scandalous, mohon penjelasan.

final • 11:20 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Balik Pulau sudah lupa September 16 tidak jadi Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Peraturan mesyuarat mengatakan bahawa sewaktu sesi bagi pertanyaan-pertanyaan jawapan lisan tidak boleh berbahas secara begitu. Selepas bajet nanti dibaca oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, timbulkanlah apa-apa fakta yang difikirkan sesuai untuk ditimbulkan. Sila Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Apakah yang harus diperbuat dalam suasana pihak- pihak yang cuba menyelewengkan fakta sejarah. Ini isu yang timbul. Tuan Yang di-Pertua, bagi pandangan kementerian ini tidak ada yang telah diselewengkan. Fakta-fakta sejarah tetap dengan faktanya dan izinkan saya memperingatkan kita apa yang telah disebutkan oleh Arnold Toynbee. Seorang sejarawan yang ulung di dunia. Arnold Toynbee berkata, “Jangan diselewengkan apa-apa fakta dalam sejarah, sekiranya fakta itu telah tidak timbul sebagai isu dalam tempoh berdekad-dekad.” Jadi, selepas kita merdeka 54 tahun, sejarah kita telah mantap dan cendekiawan-cendekiawan sejarah kita telah memberi penerangan, menulis buku-buku sejarah termasuk Joginder Singh Jessy, Profesor Hall dan lain-lain.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita ingin melawati semula fakta-fakta ini, kita mesti menjalani beberapa proses. Proses pertama ialah mesti ada pertemuan sejarawan yang kelulusan mereka diperakukan. Kedua, mereka tidak menzahirkan pandangan-pandangan yang berbaur dengan politik parti masing-masing. Jadi dengan itu, sekiranya kita adakan satu pertemuan cerdik pandai sejarah sama ada di bawah naungan Persatuan Sejarah Malaysia ataupun di bawah kementerian ini, kita boleh melakukannya dalam konteks menentukan fakta akademia dan juga fakta sejarah. Akan tetapi dalam masa yang sama kita seharusnya tidak menimbulkan prasangka yang terbit daripada sangkalan semata-mata.

final • 11:20 AM

9. Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Kesihatan menyatakan, dalam tempoh lima tahun, berapakah bilangan kakitangan kementerian dalam kategori staf sokongan yang terlibat di dalam kemalangan semasa menjalankan tugas dan langkah- langkah yang diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan tersebut.

final • 11:20 AM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon untuk menjawab soalan pertanyaan ini secara bersekali bersama- sama dengan tiga soalan yang lain yang menyentuh isu berkaitan kemalangan melibatkan ambulans iaitu pertanyaan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor bertarikh 10 Oktober, Yang Berhormat Sungai Petani bertarikh 21 November dan Yang Berhormat Tanjung Malim bertarikh 30 November 2011.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Tuan Yang di-Pertua, jumlah kemalangan yang melibatkan ambulan sejak lima tahun yang lalu adalah secara purata sebanyak 57 kemalangan setiap tahun. Ini termasuk kemalangan kecil yang tidak melibatkan kecederaan atau kematian. Statistik kemalangan ini adalah daripada 137 buah hospital dan lebih daripada 800 klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negara. Kini terdapat sebanyak 1,402 buah ambulans di seluruh hospital dan fasiliti kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengatasi masalah kemalangan ambulans ini. Ini termasuklah dari segi aspek kenderaan ambulan itu sendiri serta pemandu ambulan. Kenderaan ambulan yang dibekalkan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang dimasukkan dalam spesifikasi kenderaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kenderaan ambulans diserahkan kepada hospital, pemeriksaan akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PUSPAKOM dan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan kenderaan tersebut adalah selamat untuk digunakan. Penyelenggaraan kenderaan ambulans juga dilakukan secara berkala mengikut jadual, tambahan lagi pemeriksaan kenderaan juga dilakukan oleh pemandu dan dipantau oleh penyelia penolong pegawai perubatan yang mana diwajibkan kepada setiap ambulan sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan tahap keselamatan dan fungsi ambulans tersebut.

Pemandu juga diberikan latihan mengenai pemanduan berhemah, latihan, mengandungi dua modul iaitu teori dan praktikal. Dua hari diperlukan untuk latihan teori dan tiga bulan secara praktikal yang akan dipantau rapi oleh penolong pegawai perubatan kanan dan di peringkat hospital. Latihan ini memberikan penekanan tentang peranan dan tanggungjawab pemandu ambulans. Teknik pemeriksaan dan penjagaan ambulans, peraturan lalu-lintas dan panduan jalan raya bagi ambulans, etika pemandu ambulans serta juga penekanan tentang teknik pemanduan berhemah, pemanduan ambulan. Latihan yang dijalankan juga melibatkan pegawai dari JPJ dan PUSPAKOM. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri di mana 57 kemalangan melibatkan ambulans tetapi soalan utama saya ialah bertanya berapakah dalam tempoh lima tahun bilangan kakitangan kementerian yang sokongan, bukan sahaja ambulans tetapi kakitangan-kakitangan lain yang terlibat dengan kemalangan sama ada di dalam kenderaan ataupun di hospital sendiri. Perkara ini berlaku, tadi ada dijelaskan bahawa mereka ada mendapat latihan, apakah ini juga disebabkan oleh kekurangan kakitangan sokongan seperti mana yang berlaku kepada pakar-pakar dan juga doktor-doktor kita.

Oleh kerana mereka penat dan sebagai, saya perhatikan memang - saya ucapkan tahniah, terima kasih kepada kakitangan hospital, cukup hebat, klinik dan sebagainya, bekerja. Akan tetapi saya bimbang oleh kerana mungkin rationya antara pekerja dan pesakit ini tidak sama, menyebabkan mereka terpaksa memberikan treatment ataupun rawatan yang lebih termasuklah kita merawat pendatang-pendatang asing. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Maran yang juga prihatin tentang kemalangan yang berlaku bagi pegawai sokongan di tempat kerja bukan sahaja ambulan.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Kalau kita lihat dari segi bilangan kemalangan dan kecederaan yang dilaporkan di kalangan anggota sokongan Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006 adalah lebih kurang 176 daripada 1,064 kemalangan yang berlaku di tempat kerja di Kementerian Kesihatan iaitu kalau dari segi peratusannya hanya 16.5 peratus. Pada tahun 2010 lebih kurang 257 daripada 1,731 kes kemalangan yang berlaku dalam tempat kerja di Kementerian Kesihatan iaitu lebih kurang 14.8 peratus sahaja.

Kita lihat memang kita memantau dengan serius semua kemalangan yang berlaku di tempat kerja di Kementerian Kesihatan. Rawatan diberi kepada anggota sokongan yang tercedera dan tindakan susulan dilakukan jika diperlukan dan pendidikan kesihatan dan taklimat mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja diberikan semasa orientasi di tempat kerja dan secara berkala. Audit keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dilakukan setiap tahun untuk mengenal pasti hazard di tempat kerja dan tindakan penambahbaikan diambil berdasar penemuan audit. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dari segi ratio kakitangan dengan pesakit dalam negara kita kalau kita lihat kita mempunyai lebih kurang 184,000 kakitangan dalam Kementerian Kesihatan dan bilangan rakyat negara daripada semua, lebih kurang 28 juta. Semua adalah our clients, kita memberikan perkhidmatan kepada semua rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, singkatkan Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi bahawa pemandu-pemandu ambulans kerajaan sama ada di hospital penswastaan diberikan kelainan latihan dan ini melibatkan latihan intensif.

Bagaimana pula dengan pemandu-pemandu yang bukan daripada kalangan kakitangan kerajaan, pemandu-pemandu swasta, adakah satu syarat-syarat tertentu yang dikeluarkan supaya pemandu-pemandu ini wajib mempunyai latihan secukupnya sebelum mereka dibenarkan memandu ambulans. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya dari segi kerjasama dengan pemandu-pemandu ambulans swasta, kementerian juga mengambil inisiatif untuk mengadakan kerjasama lebih rapat dengan hospital swasta, St. John’s Ambulance dan juga Bulan Sabit Merah. Kita mempunyai satu kerjasama dan dari segi latihan mempunyai latihan masing-masing. Jikalau St. John’s Ambulance ataupun Bulan Sabit Merah, mereka mempunyai latihan masing-masing dan Standard Operating Procedure (SOP) telah diberikan agar mereka juga dapat mengikuti sistem latihan yang diberikan oleh kerajaan.

Kementerian sentiasa dalam usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan ambulans dalam negara kita termasuk response times bagi ambulans termasuk juga kita memperkenalkan nombor 999 untuk panggilan kecemasan dan juga bagaimana kita mengadakan pusat koordinasi perubatan kecemasan di mana ini semua dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada perkhidmatan pre-hospital dalam negara kita.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:30 AM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Saya merujuk kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang menarik balik Rang Undang- undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.

final • 11:30 AM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, elok kalau rang undang-undang itu hendak ditarik balik sebab-sebabnya diberikan supaya kami yang bersedia untuk membahaskannya, kami yang bersedia untuk menolaknya, kami yang bersedia untuk mengalahkan rang undang- undang ini tidak dapat membahaskan dalam Dewan ini... [Dewan riuh] Apa yang saya hendak rujuk Tuan Yang di-Pertua lebih khusus iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan baru-baru ini bahawa Rang Undang- undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan ditarik balik dan hanya akan dibentangkan selepas pilihan raya umum yang akan datang tapi ia masih ada dalam Aturan Peraturan Mesyuarat kita sehingga hari ini. Bilakah ia akan ditarik balik dan kenapakah ia tidak ditarik balik sekarang dan kenapakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak berani membentangkannya dalam sidang... [Disampuk]

final • 11:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Angkuh sangat itu. Belum menang sudah angkuh.

final • 11:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, selepas saya buat respons kepada Yang Berhormat Tumpat – duduk dahulu Yang Berhormat Padang Serai, saya respons kepada Yang Berhormat Tumpat dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, setiap apa perkara yang saya benarkan untuk dimasukkan ke dalam agenda kita bermakna itu saya beri pertimbangan yang sewajarnya bahawa ia betul.

Bagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi berhubung dengan akta yang ditarik balik oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat satu akta akan dimasukkan kembali yang referencesnya ialah DR 20.05.2011 setelah mengambil kira, saya difahamkan kementerian berkenaan semua perkara-perkara yang dibangkitkan sebelum ini.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat Tumpat, satu akta baru akan dimasukkan balik dan Yang Berhormat Tumpat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bolehlah mengambil bahagian untuk membahaskan akta tersebut. Sila Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:30 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua saya merujuk kepada 36(6) dan juga 36(9) di mana Yang Berhormat Machang telah mengeluarkan kata-kata bahawa Padang Serai terima dua cek. Saya mahu mengatakan bahawa Yang Berhormat Machang telah mengeluarkan sangkaan jahat terhadap saya dan juga telah mengelirukan Dewan ini.

Yang Berhormat Machang harus dedahkan dalam Dewan ini kesahihan dua cek itu ataupun diambil tindakan oleh Tuan Yang di-Pertua sebab Yang Berhormat Machang telah mengelirukan Dewan ini dan saya mahu tahu apa kebenarannya Yang Berhormat Machang katakan itu. Seharusnya semua orang dalam Dewan ini tahu apakah dua cek itu... [Dewan riuh]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat, saya akan ambil maklum kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Machang tidak ada di dalam Dewan Mesyuarat pada ketika ini. Nanti saya akan kembalikan kepada Yang Berhormat pada suatu ketika yang sesuai nanti. Setiausaha teruskan.

final • 11:30 AM
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1)
Pengambilan Tanah di Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan hormatnya, saya Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang ingin mengemukakan notis di bawah perkara 18(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi menangguhkan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk membincangkan perkara tertentu iaitu kepentingan orang ramai yang hendak disegerakan.

final • 11:36 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Tindakan syarikat Prasarana Negara Berhad mengambil tanah di Jalan Sultan dan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur di sepanjang jajaran projek Mass Rapid Transit (MRT) antara Sungai Buloh ke Kajang yang akan melalui Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang.

Perkara ini tersentuh kerana Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah mewartakan pengambilan tanah di jalan tersebut sedangkan projek pembinaan jajaran MRT dibuat di bawah tanah dan tiada kaitan dengan bangunan-bangunan atas tanah sedia ada. Perkara ini kepentingan orang ramai kerana kebanyakan bangunan-bangunan di Jalan Sultan adalah bangunan lama yang perlu dikekalkan sebagai sebahagian warisan sejarah.

Kita tidak hendak ini diambil, bangunan-bangunan akan dirobohkan, negara akan kehilangan sebahagian warisan sejarah.

Di Bukit Bintang pula banyak blok bangunan perniagaan akan diambil dan dirobohkan kerana ia terletak dalam kawasan segi tiga emas, satu landmark di Jalan Bukit Bintang yang akan dimusnahkan. Para peniaga akan kehilangan perniagaan dan pekerja- pekerja pula hilang pekerjaan. Perkara ini perlu disegerakan bagi menyelamatkan ia dari diambil dan dirobohkan dalam masa terdekat kerana projek MRT bawah tanah masih boleh diteruskan tanpa mengambil tanah persendirian.

Para penduduk dan pemilik-pemilik yang berkepentingan dan pandang projek MRT yang berkonsep rail plus property sebagai tidak wajar. Jika tanah perlu diambil ia hanya melibatkan stesen MRT yang terhad keluasannya manakala yang lain akan melalui bawah tanah. Bagi menyelesaikan masalah ini jajaran MRT hendaklah diubah sama ada melalui bawah tanah Jalan Tun Tan Cheng Lock ke Jalan Pudu ke Jalan Bukit Bintang ataupun di Jalan Balai Polis atau Jalan Panggung ke Bukit Bintang tanpa melalui Jalan Sultan. Sekian, terima kasih.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Yang Berhormat Bukit Bintang pada hari Khamis, 20 September 2011. Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat pada hari ini saya sebagai Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu:

(i) bahawa perkara itu tertentu;

(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan

(iii) ia berkehendak disegerakan.

final • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya telah meneliti perkara ini saya dapati bahawa bagi syarat pertama tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu. Bagi syarat kedua untuk kepentingan orang ramai, ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Sama ada ia berkehendakkan untuk disegerakan, saya mendapati urusan terhadap pengambilalihan tanah untuk projek Mass Rapid Transit MRT ini adalah dalam tindakan rundingan antara pemilik projek, pemilik tanah persendirian serta pihak-pihak yang membuat bantahan. Oleh itu, perkara ini bagi pendapat saya tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).

final • 11:40 AM
UCAPAN TAKZIAH
Ucapan Takziah Kepada Keluarga Yang Berhormat Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, ingin saya memaklumkan bahawa Yang Berhormat Allahyarhamah Dr.

Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, Ahli Dewan Rakyat telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 17 Julai 2011 bersamaan 16 Sya’aban 1432 Hijrah.

final • 11:42 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.

Kita berdoa moga-moga Allah SWT akan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di antara roh-roh orang yang soleh. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun. Kepada yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarhamah dan kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama seminit, Al-Fatihah. Terima kasih.

[Ahli-ahli bangun membaca Al-Fatihah dan bertafakur seminit]

final • 11:42 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KEDIAMAN TERHAD (PEMANSUHAN) 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri [Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:42 AM
RANG UNDANG-UNDANG BUANG NEGERI (PEMANSUHAN) 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Buang Negeri 1959; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri [Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:42 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan jumlah itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kewangan II [Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada 7 Oktober 2011, jam 4.00 petang.

final • 11:42 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu untuk mengadakan peruntukan yang berhubung dengan pembangunan Kampung Bharu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berbangkit dan bersampingan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:42 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN POS 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pelesenan dan pengawalseliaan industri perkhidmatan pos dan bagi perkara- perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh

final • 11:42 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:42 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:47 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:47 AM
JAWATANKUASA PILIHAN KHAS BERHUBUNG DENGAN PENAMBAHBAIKAN PROSES PILIHAN RAYA DI BAWAH P.M. 81(1)

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

(iii) satu anggota selain anggota daripada Barisan Nasional ataupun pembangkang iaitu Bebas.

Jika Pengerusi yang dipilih tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, Jawatankuasa tersebut hendaklah memilih seseorang Pengerusi dari kalangan anggota-anggota Jawatankuasa yang hadir yang akan memegang jawatannya hanya pada hari ia dipilih itu sahaja;

final • 11:49 AM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

(c) Tempoh masa pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah selama enam bulan. Jika Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut tidak melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dalam tempoh tersebut, perkara ini hendaklah dibawa semula ke Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi maksud lanjutan tempoh pelantikan,

(d) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah mengkaji perkara-perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil; dan

(e) Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah menyiapkan dan membentangkan penyata jawatankuasa yang mengandungi syor-syor berkaitan dan penyata jawatankuasa tersebut hendaklah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk dipersetujukan atau mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Majlis Mesyuarat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak merdeka 50 tahun yang lalu, Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dengan kata lain, kita mempunyai sistem, dasar dan undang-undang yang telah sekian lama digariskan yang perlu kita ikut dan patuh untuk memastikan demokrasi dan hak-haknya dilaksanakan mengikut kehendak rakyat terbanyak, dengan izin, the majority, dari keputusan suara mereka yang diwakilkan atau wakil rakyat di dalam Parlimen. Wakil rakyat pula dipilih melalui sistem pilihan raya yang juga telah diasaskan semenjak 54 tahun yang lalu yang berteraskan kepada tiga fungsi utama seperti berikut;

(i) Berasaskan kepada sistem first-past-the-post, dengan izin ataupun majoriti mudah. Ini bermakna mana-mana calon yang memperoleh undi yang terbanyak akan diisytiharkan sebagai calon yang menang walaupun beliau hanya mendapat kelebihan satu undi mengatasi calon lawannya yang lain;

(ii) berasaskan kepada pemilihan seorang perwakilan bagi setiap bahagian pilihan raya, dengan izin, single member territorial representation sama ada bagi bahagian pilihan raya Parlimen atau bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri; dan

(iii) berasaskan kepada sistem penyertaan pelbagai parti politik dan pihak-pihak yang layak bertanding dalam sesuatu pilihan raya, dengan izin, multi party electoral system.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] SPR ditubuhkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan fungsi utama SPR adalah seperti yang berikut:

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

(i) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan;

(ii) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

(iii) membuat kajian dan persempadanan semula bahagian- bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu.

Sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, keputusan SPR tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun dalam melaksanakan fungsi-fungsinya. SPR berlandaskan kerangka undang- undang yang sedang berkuat kuasa sekarang seperti berikut:

(i) Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 113 sehingga 120;

(ii) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5);

(iii) Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19);

(iv) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981;

(v) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002; dan

(vi) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Ketelusan SPR dalam menjalankan pilihan raya boleh dilihat di pelbagai peringkat seperti ketelusan semasa proses penamaan calon, semasa tempoh berkempen, semasa hari pengundian, semasa proses pengiraan kertas undi dijalankan dan juga semasa mengisytiharkan pemenang bagi parti yang bertanding.

Untuk makluman, perlu disebut bahawa SPR telah membuktikan kewibawaannya melalui pengendalian 12 pilihan raya umum (PRU) semenjak tahun 1959. Ini termasuklah PRU ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan pihak pembangkang telah memenangi 82 daripada 222 Kerusi Parlimen yang dipertandingkan di PRU ke-12, di samping menguasai pada ketika itu pemerintahan empat buah kerajaan negeri yang baru selain mengekalkan pemerintahan di Kelantan.

Sementara itu, daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU ke-12 pula, lapan daripadanya telah dimenangi oleh pihak pembangkang. Kesemua ini meyakinkan rakyat bahawa sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang adalah sistem yang berwibawa, credible election, bebas dan adil. Ini kerana keputusan-keputusan pilihan raya telah diterima secara sah, dengan izin, legitimate oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang yang telah membawa kepada pembentukan kerajaan yang diiktiraf.

Tuan Yang di-Pertua, soal pemilihan kerajaan yang memerintah adalah menjadi tanggungjawab pengundi untuk menentukan pihak mana yang mereka pilih. Walau bagaimanapun, jika mereka berhasrat untuk melakukan perubahan terhadap institusi SPR, maka terpulanglah kepada pembuat undang-undang dalam negara ini untuk meminda undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya yang sedia ada.

Namun, SPR berpendapat sistem dan kaedah ini masih relevan dan perlu terus dikekalkan. Pun begitu, ini tidak bermakna SPR tidak bersedia melakukan anjakan paradigma dan transformasi untuk melakukan usaha pengupayaan dan penambahbaikan di dalam pengurusan dan operasinya bagi memastikan tiga fungsi utama SPR dilaksanakan dengan lebih telus, berintegriti dan efektif demi menjamin demokrasi terus hidup subur di Malaysia. Bagaimanapun, sebarang usaha tersebut sudah tentu mesti berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan lunas sistem demokrasi negara.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini isu-isu ketelusan sistem pilihan raya yang diamalkan sering dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu yang lantang mengkritik SPR dalam menjalankan fungsi-fungsinya yang telah ditetapkan di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Perhimpunan haram yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 yang menuntut supaya SPR lebih telus dan adil dalam menjalankan pilihan raya telah mencetuskan beberapa insiden yang tidak diingini, walaupun SPR sentiasa membuka pintu rundingan bagi maksud menambah baik sistem pilihan raya yang diamalkan sekarang.

Ketika majlis buka puasa di Wisma Bernama pada 15 Ogos 2011, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa satu Jawatankuasa Pilihan Khas akan dilantik bagi membincangkan penambahbaikan kepada sistem pilihan raya. Berikutan pengumuman itu, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2011 telah bersetuju bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas itu akan diusulkan dalam mesyuarat Dewan Rakyat pada sesi ini.

Cadangan untuk melantik Jawatankuasa Pilihan Khas bagi membincangkan penambahbaikan kepada sistem pilihan raya agar lebih telus dan adil adalah satu langkah bijak bagi melenyapkan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menuduh bahawa sistem pilihan raya yang diamalkan sekarang adalah tidak demokratik, adil dan telus. Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pilihan Khas itu, maka pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya di negara ini melalui wakil mereka di Parlimen akan sama-sama diberi peluang untuk memberi pendapat dan mengkaji secara mendalam sistem pilihan raya yang difikirkan lebih baik bagi mendukung dan mengukuhkan lagi demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Apa jua syor, perubahan dasar mahupun pindaan undang-undang yang dicadangkan yang datangnya daripada Jawatankuasa Pilihan Khas itu tidak lagi akan dipertikai dan dijadikan agenda politik memandangkan syor, perubahan dasar mahupun pindaan undang-undang itu telah pun dibuat melalui perbincangan dan penelitian pihak- pihak yang mewakili rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya di Parlimen, secara telus dan tulus membuktikan bahawa sistem demokratik negara masih wujud dan subur. Ini kerana penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas ini merupakan sebahagian daripada kelangsungan dan kesinambungan tradisi demokrasi berparlimen yang telah sekian lama diamalkan di negara kita. Maka yang demikian, menjadi harapan agar tiada lagi wujud sebarang syak wasangka terhadap sistem pilihan raya dan SPR pada masa hadapan.

Jawatankuasa Pilihan Khas ini juga merupakan satu constructive engagement dengan izin iaitu permuafakatan yang membina di antara parti-parti politik yang mewakili satu suara rakyat Malaysia bagi membincang dan mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dilaksanakan pada pilihan raya yang akan datang.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Adalah diharapkan Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya ini akan dapat memberikan sumbangan dan idea yang bernas bagi merealisasikan hasrat dan harapan besar kita semua untuk menyaksikan satu transformasi dalam Sistem Pilihan Raya negara kita, agar rakyat dapat hidup lebih rukun, sejahtera dan progresif di samping peranan dan sumbangan semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama menjayakan usaha ini. Semoga ia akan menjadikan kenyataan yang berkat dan rahmat daripada Ilahi. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:00 PM

Menteri Penerangan, Komunkasi dan Kebudayaan - Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 81(1) sekarang terbuka untuk dibahas.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini kita menyambut baik inisiatif yang diambil oleh kerajaan. Untuk memberi ruang supaya perjalanan dan kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya itu diperbaiki. Saya percaya pembangkang juga akan meletakkan ahli-ahli dalam jawatankuasa ini yang akan mempertahankan hujah-hujah berdasarkan pengalaman dan juga fakta yang dikemukakan. Termasuk yang disuarakan oleh pihak Bersih.

Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi ini harus kita jelaskan, supaya jangan dianggap sebagai satu helah atau dalih melambatkan usaha dalam bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya sendiri untuk mengambil tindakan-tindakan segera yang perlu. Seperti mana yang telah kita sebut sebelum ini undang-undang dan kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya itu terserlah dalam Perlembagaan. Umpamanya fasal 113, Perlembagaan Persekutuan. Soal penyediaan daftar pemilih adalah fungsi asas Suruhanjaya Pilihan Raya. Di bawah seksyen 15(1), Akta Pilihan Raya 1954, Suruhanjaya Pilihan Raya dengan kelulusan Yang di- Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan bagi pendaftaran pemilih dan semua perkara yang bersampingan dengannya.

Suruhanjaya Pilihan Raya melalui Ketua Pendaftar iaitu Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya boleh membersihkan daftar pemilih ini atau daftar pemilih tambahan di bawah peruntukan sub seksyen 25(2), Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan seolah-olah perkara ini masih samar dan dalam kajian. Saya ingin merujuk Menteri kepada laporan yang dikemukakan dan kemudian dirumuskan oleh Suhakam sendiri, yang memberikan dan mencerakinkan dan menjelaskan dengan beberapa contoh yang ditafsirkan sebagai penipuan ketara. Akan tetapi dalam konteks ini yang ingin kita tekankan ialah penubuhan jawatankuasa pilihan jangan sekali- kali dijadikan alasan oleh kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk menyegerakan tugas yang mampu mereka laksanakan segera.

Tidak ada hujah atau alasan yang boleh dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak memudahkan cara dan kaedah pendaftaran rakyat Malaysia. Bukan rakyat Indonesia atau Bangladesh, rakyat Malaysia untuk mengundi, untuk menjadi pengundi.

Akan tetapi ini dipersulitkan.

Pertama, masih ramai dan kenyataan menyebut jutaan yang belum mendaftar. Ini melambangkan kelemahan kerana peruntukan yang disediakan untuk maksud tersebut mencukupi. Kedua, nama-nama yang dianggap bertindih. Saya sendiri di Permatang Pauh dikemukakan dua rumah, jumlah 70, satu rumah kecil tuan rumah membuat bantahan merayu kepada saya. Kalau ikut peraturannya kena bayar ratusan ringgit. Pada hal dengan kenyataan yang jelas begitu, dengan bukti nombor kad pengenalan dan sebagainya dan pengakuan dari tuan rumah itu sendiri memadai untuk Suruhanjaya Pilihan Raya memikul amanah kerana membersihkan senarai, bersihkan segera. Akan tetapi ini tidak berlaku. Ini merupakan kes-kes yang walaupun khusus...

final • 12:01 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:01 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya percaya kalau dibangkitkan sama ada oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat atau Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, saya percaya perkara ini boleh dijelaskan dengan lebih baik lagi. Oleh sebab itu bagi saya Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:01 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta laluan.

final • 12:01 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung. Ini kerana Yang Berhormat Padang Serai dia kena belajar, faham rang undang- undang Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak bagi laluan Yang Berhormat. Tunggu dahulu masa Yang Berhormat bercakap nanti.

final • 12:01 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya ingin menekankan di sini Tuan Yang di-Pertua, bahawa isu mendaftar dan membersihkan seperti mana yang dituntut oleh BERSIH dan semua pihak yang memahami prinsip pilihan raya yang bersih ini.

final • 12:01 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Setelah lebih 50 tahun kita merdeka dengan pengalaman menjalankan dan mengurus pilihan raya sekian lama, saya tidak fikir ia satu perkara yang terlalu membebankan melainkan tugas mereka itu dikekang oleh arahan tertentu, pertama.

Keduanya, memang mereka tidak berhasrat untuk membuat perubahan kerana kenyataan-kenyataan pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya itu tidak merupakan kenyataan, tokoh-tokoh yang dipilih khusus menjalankan amanah secara bebas. Kenyataan-kenyataan mereka itu keras menolak segala bentuk teguran walaupun sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya harus berlapang dada.

Yang Berhormat Menteri menyatakan mereka bersiap untuk mengadakan perbincangan. Tidak pernah, kita pihak Pakatan Rakyat menolak sebaik sahaja dipelawa atau diizinkan. Akan tetapi setiap perjumpaan mereka mengatakan pertama, mereka tiada kuasa. Keduanya tunggu arahan. Itu kenyataan-kenyataan yang pada hemat saya kurang bertanggungjawab dan tidak berpandu kepada prinsip perlembagaan yang disebut. Maka Jawatankuasa Pilihan walaupun harus berfungsi kerana ia ada peranan untuk memperbaiki, mengangkat keupayaan Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut kesesuaian masa. Akan tetapi ia tidak boleh dijadikan helah atau alasan untuk melengahkan.

Saya ingin juga penegasan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada, supaya untuk menunjukkan keikhlasan konsistensinya bahawa reform ini harus berlaku sebelum pilihan raya baru diadakan. Kalau tidak ini hanya kenyataan yang melunakkan kita akan reform, kita akan reform sesudah penipuan pilihan raya. Tidak mampu, tidak mampu untuk kita meneruskan. Apa sebab kita Perdana Menteri akhirnya tunduk kepada tuntutan BERSIH 9 Julai yang dikatakan haram? Sebabnya ialah kerana tuntutan itu munasabah, tuntutan itu munasabah. Tuntutan itu berasaskan fakta-fakta yang jelas yang dikemukakan.

Perkara kedua umpamanya disebut ialah peraturan-peraturan pilihan raya pengundian pos. Saya sebut di sini supaya pengerusi yang bakal dilantik dan jawatankuasa tidak menganggap ini suatu perkara yang baru yang direka yang hendak diketengahkan oleh jawatankuasa. Perkara ini telah dikemukakan. Soal peraturan, contoh-contoh pegawai- pegawai tentera yang menyebut, memberikan bukti, menyatakan cara terbuka bagaimana pengundian pos itu dilakukan.

Perkara umpamanya soal dakwat kekal yang dianggap oleh hampir semua negara berkembang sebagai mudah, akan tetapi masih dijadikan isu dan saya tidak bermaksud ulang dalam perkara ini.

Jawatankuasa, ahli anggota Suruhanjaya Pilihan Raya berulang kali termasuk dalam forum terbuka dihadiri oleh Puan Ambiga selaku Pengerusi BERSIH. Menyatakan bahawa tidak cukup peruntukan dan mereka tidak ada bidang kuasa untuk menguatkuasakan cara berkesan.

final • 12:01 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Sebab itulah maka Puan Ambiga umpamanya dalam ulasannya menyebut tentang Akta Kesalahan Pilihan Raya 27E yang memberikan tanggungjawab, kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan tidak ada pelanggaran dalam semua aspek ini semasa pilihan raya dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, dalam kes Jawatankuasa Pilihan raya. Saya tidak mahu dianggap bahawa menyokong itu menyokong untuk melengahkan.

Menyokong untuk menyegerakan tindakan, menyokong untuk mendengar cara terbuka kerana isu pilihan raya ini hal yang dijamin oleh Perlembagaan dan kita bukan baru merdeka enam bulan untuk merangka satu sistem pilihan raya. Kalau kita lihat dengan negara yang baru memperlihatkan pencetusan kebangkitan rakyat termasuk di Mesir, walaupun masih banyak pertelagahan tetapi dalam pengendalian suruhanjaya pilihan raya itu dianggap jauh lebih telus dan bebas.

Indonesia setelah reformasi 1958 memperlihatkan bagaimana pemerintah pada masa itu di bawah Presiden Habibie melaksanakan satu pilihan raya di bawah Anggota Komisi Pemilu yang bebas termasuk menjamin media bebas dalam melaporkan berita yang berkaitan dengan pilihan raya. Perkara yang berbangkit juga ialah termasuk soal tempoh berkempen minimum.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Pada zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Almarhum Tun Abdul Razak semasa pilihan raya awal dan juga tahun 1974 di bawah Almarhum Tun Razak, tempoh pilihan raya itu oleh kerana memandangkan dari Perlis sampai ke Sabah, perjalanan dan sebagainya, jauh lebih dan yang paling singkat ialah di era Tun Dr. Mahathir. Jadi, sebab itulah dibawa tentang Perkara 55(4), dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu bila Parlimen dibubarkan, menentukan tarikh pilihan raya itu biarlah dengan cukup supaya tidak dilihat sebagai suatu yang di rencana oleh kerajaan yang wujud, memendekkan dan mengurangkan ruang untuk parti-parti yang terlibat berkempen dengan bebas.

Tuan Yang di-Pertua, memang benar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, ada bidang-bidang umpamanya akses kepada media yang tidak sepenuhnya berkaitan di bawah bidang kuasa SPR. Akan tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan kerana SPR masih boleh membuat teguran yang tegas untuk menjamin supaya ada apa yang dianggap sebagai pilihan raya yang bebas dan adil. Maka oleh yang demikian, saya ingin menggesa kerajaan dan di hadapan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, sementara kami mengambil pendekatan untuk memberikan sokongan dan laluan untuk menyegerakan dan saya ingin betulkan Yang Berhormat Menteri menyatakan ada kenyataan.

Memang ada kenyataan berbeza yang menggesa supaya jangan dipersetujui tetapi saya ingin menekankan bahawa Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan untuk memberikan kesempatan dan ruang supaya dapat kita bekerjasama dengan maksud menyegerakan langkah ini. Tidak hanya melengah-lengahkan dan memberi ruang, helah untuk mengadakan jawatankuasa seolah-olah ada reform tetapi daripada segi pelaksanaannya itu tidak berlaku kerana ada kenyataan yang samar, yang mengatakan pilihan raya mungkin diadakan sebelum adanya reform yang lain.

Kita tidak boleh terima kenyataan bahawa ada reform pilihan raya tetapi sistem pilihan raya itu masih ‘ke terbelakang,’ tidak menghormati prinsip perubahan yang telah berlaku. Oleh yang demikian, saya ingin tegaskan betapa perlunya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi jaminan di Dewan Parlimen ini bahawa jawatankuasa ini pertama, yang pertamanya adalah serius melaksanakan tindakan dengan segera.

Keduanya, ia tidak menjadi alasan dan helah bagi SPR gagal menyempurnakan tanggungjawab mereka memastikan kuasa yang ada dilaksanakan dalam kadar yang segera. Ketiga, jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya menghormati hak dan tuntutan rakyat supaya pilihan raya yang akan diadakan itu perlu bersih dan adil dan tidak diadakan pilihan raya sebelum perubahan perlu yang diadakan. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan untuk turut berbahas dalam usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan pengwujudan Jawatankuasa Pilihan Khas bersabit dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya pertama sekali, mengalu- alukan usaha murni seumpama ini sebab selama ini kita diancam, digembar-gemburkan, dikatakan tidak adil dalam pilihan raya, macam-macam sehingga ada yang membawa rakyat di jalan raya untuk menuntut keadilan. Keadilan yang macam mana yang kita mahu sebab selama ini pun kerajaan di Dewan Rakyat ini pun daripada 220 wakil rakyat, 82 daripada pembangkang. Kalau kita tidak adil, kalau kita tipu, rasa saya kosong dalam Dewan ini tetapi oleh kerana sistem itu adil, bersih, maka adalah pembangkang, adalah.

Saya tunggu giliran Yang Berhormat Shah Alam, jangan biadab dalam Dewan ini.

Di luar boleh biadab, di sini jangan. Yang Berhormat Shah Alam jumpa lain orang, jumpa saya, you shut up. Tuan Yang di-Pertua, tujuan suruhanjaya ini diwujudkan adalah semata- mata bukan untuk memenuhi tuntutan sebilangan kecil kumpulan Bersih konon yang didukung oleh pembangkang yang kotor. Tujuan dia untuk memberi ruang yang cukup luas, tuntutan sesebuah negara. Kita mengikut tiupan angin.

final • 12:16 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk]

final • 12:16 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ha! Ini tak tahulah, ini makhluk dari mana. Mungkin inilah makhluk yang terakhir nanti kita tengok dalam Dewan akan datang sebab makhluk-makhluk sebegini tidak dikehendaki oleh Dewan yang mulia ini, oleh rakyat. Makhluk yang tak tahu, tak tahu peraturan, tak tahu apa-apa. Dulu daripada berjuang berlandaskan Islam, berlandaskan agama, berlandaskan hudud, dia tukar pula pergi kebajikan, sekarang hudud lagi. Ha! Ini dia, ini dia berdolak-dalik. Pemimpin yang tidak ada ketahanan, tidak ada tahan lasak dia. Dia jumpa lain orang, dia boleh pusing- pusing.

final • 12:16 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Dia takut kat siapa itu?

final • 12:16 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya lebih lama daripada Yang Berhormat ini, jadi dia tersalah orang. Ha! Tengok, inilah. Kalau saya panggil perkataan jahat, dia kata saya jahat tetapi dia ini saya kata orang kampung saya cakap bodoh, bodoh macam inilah.

final • 12:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, perkataan makhluk itu jangan pakailah Yang Berhormat.

final • 12:16 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ha! Baik datuk. Spesieslah, spesies.

final • 12:16 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, dia ini dah mula merapulah. Bahas benda lain, dia nak serang Yang Berhormat Shah Alam buat apa? Nak bincang, bincang benda lain. Terima kasih.

final • 12:16 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ha! Tengok. This is my floor. Ini saya punya hujahlah, Yang Berhormat apa pasal ini? Dengarlah dulu, ada giliran juga. Jadi pada saya, kita lihat sejarah. Pilihan raya 2008, Kedah, pembangkang menang. Kelantan, dia lagi menang. Perak, dia pernah menang. Selangor, dia menang. Pulau Pinang, dia menang. Wilayah hampir dia sapu. Tak adil juga kah, tak adil lagi?

final • 12:16 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ada lagi pengundi hantukah? Pengundi hantu apa? Ada lagi daftar pemilih tidak bersihkah? Jadi Jawatankuasa ini nanti saya meminta wakil Barisan Nasional, wakil pembangkang mainkan peranan ke tahap yang lebih tinggi. Cadangkan yang terbaik sebab kita mahu lihat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, jangan lagi ada pepatah Melayu berbunyi ‘rumah sudah siap, pahat masih berbunyi’. Masih ada lagi BERSIH 3.0, masih ada lagi mengajar rakyat di kaki lima, di jalan raya, mengganggu ketenteraman awam.

Menggunakan BERSIH. Apa bersih sangatlah. Bersih pengotor sangatlah.

final • 12:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat Kinabatangan?

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak boleh. Orang lain boleh.

final • 12:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Kota Belud boleh... [Dewan riuh] [Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Tadi kita mendengar dengan teliti hujah Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengatakan bahawa satu perubahan harus disegerakan. Dia seolah-olah mengatakan bahawa kerajaan begitu lambat mengambil tindakan dalam usaha untuk mendemokrasikan pilihan raya, SPR dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sebab Yang Berhormat ini orang lama dalam politik. Sepanjang pengetahuan Yang Berhormat, sepanjang pengetahuan Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Permatang Pauh berada di dalam Kabinet selama 16 tahun.

Pernahkah terdengar sekali, sekelumit perkataan daripada mulut Yang Berhormat Permatang Pauh sama ada dalam dewan Kabinet negara ataupun dalam ucapan-ucapan beliau yang mahukan perubahan dalam SPR.

final • 12:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ataupun inikah contohnya politik bermusim, lidah bercabang yang mana apabila berada di luar dan tidak mempunyai kuasa, barulah beliau menjadi apa yang dikatakan born against democrat. Akan tetapi sewaktu berkuasa dahulu tidak berbuat sesuatu. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Kota Belud, saya ini sebetulnya dulu pun dia ini saya punya bos. Dulu. Akan tetapi dia punya pusingan terlampau jauh sehingga saya tidak boleh mengikut di belakang. Dia punya terbang terlampau tinggi. Jadi saya takut ikut jatuh. Jadi begitulah keadaannya. Di dalam satu rumah, dia tidak memperbetulkan rumah itu. Sudah keluar daripada rumah, dia kata rumah ini terlampau buruk, banyak perlu diperbaiki, busuk. Saya sendiri pun dia berbuat hujah baru-baru ini. Dia kata saya badan kepada UMNO. Apa sangatlah. Jadi tidak adalah.

Sebetulnya inilah permainan seorang ahli politik yang berkehendakkan sesuatu. Saya tidak hairan, Yang Berhormat Kota Belud.

Balik kepada soal pokok. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan sebab bersedia dan sudi untuk melaksanakan satu jawatankuasa pilihan khas berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan saya melihat bahawa ketelusan ini merupakan satu langkah baru yang perlu kita sokong semua sebab akhirnya kita akan membawa rakyat ke satu kancah yang tidak sihat iaitu selepas pilihan raya, pembangkang kalah, dia kata kerajaan Barisan Nasional tipu. Mungkin dengan cadangan-cadangan ini, siapa menang, siapa kalah, kita tawakal. Akan tetapi saya tetap yakin bahawa Barisan Nasional masih boleh mempertahankan pemerintahan di negara ini... [Tepuk]

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Menyampuk]

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini kita... Tengok Tuan Yang di- Pertua, dia ada lagi spesies yang sebegini yang satu-satunya mungkin akan tenggelam daripada muka bumi ini. Insya-Allah... [Disampuk]

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Itu maksudkan Mahathirkah atau saya?

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tengok. Tengok, tengok.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya ingat Mahathir kot yang tenggelam.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak bagi apa-apa laluan.

Ini namanya orang kampung bilang kami tidak ada adat dia kata. Tidak ada peraturan kiranya. Tidak ada adat. Tidak hormat Dewan dan Speaker. Saya tidak mahu sebut kampung mana tetapi tahulah. Ini namanya orang tidak ada adat dia kata. Orang tidak ada adat ini kalau di kampung saya di bawah kolong... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua. Orang bilang bukan saya bilang. Orang Shah Alam mungkin pun sudah bosan jugalah dengan sikap-sikap sebegini. Dia kata tunggu pilihan rayalah. Kita kerjakan dia balik. Jadi apa yang perlu dilihat, apa yang perlu dibuat oleh suruhanjaya ini ialah pertama, suruhanjaya kita mempunyai akta tersendiri iaitu mungkin saya ingin mencadangkan kepada jawatankuasa ini untuk melihat bahawa pilihan raya akan datang haruslah berlandaskan dengan daftar pemilih yang semua pihak terima dan di kawasan saya, saya sudah semak. Kebetulan pengundi tidak banyak. Saya tidak nampak ada pengundi hantu. Tidak nampak. Pembangkang nampak?

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Saya bagi...

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini saya punya bos.

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana Yang Berhormat Kinabatangan membangkitkan soal itu, saya hendak petik Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dia petik, jumlah penduduk Kinabatangan ialah seramai 150,323 orang.

Foreigners ialah seramai 117,689 orang, penduduk tempatan seramai 32,638 orang.

Maknanya foreigners jauh melebihi penduduk tempatan. Ini kata Ketua Setiausaha Kementerian. Jadi bila kita bandingkan nisbah pengundi dengan penduduk, Kinabatangan itu tinggi iaitu 68 peratus. Purata di Sabah, nisbah voters to population cuma antara 20 peratus hingga 35 peratus, Beluran 18 peratus, Penampang 28 peratus, Beaufort 36 peratus. Kinabatangan ini 68 peratus.

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Apakah bermakna kalau cut off umur pengundi itu 21 tahun ke atas, itu bermakna jumlah penduduk Kinabatangan yang berumur 21 tahun ke bawah itu cuma 30 peratus.

Angka ini sebenarnya ada perkara yang perlu kita semak. Bagaimana reaksi sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan?

final • 12:20 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat Kinabatangan?

Bantu. Soal sama. Yang Berhormat Kinabatangan, saya mendengar tadi hujah daripada Yang Berhormat Machang. Akan tetapi saya mempunyai satu masalah untuk memahami hujah tersebut. Hujahnya ialah penduduk dengan pengundi. Penduduk dengan pengundi itu berbeza, Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau dikatakan penduduk, kita akui Sabah mempunyai kumpulan pendatang tanpa izin yang tinggi. Ini tidak pernah kita nafikan. Kita mempunyai jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tetapi yang menjadi permasalahan saya dalam hujah seperti ini ialah penduduk ramai kita tidak nafikan tetapi pengundi adalah pengundi yang sah.

Betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Machang bahawa penduduk tinggi tetapi saya ingin beritahu kepada Yang Berhormat dan minta Yang Berhormat komen bahawa pengundi di Sabah adalah teratur tetapi mungkin penduduk. Sama juga dengan Singapura, sama juga dengan Brunei. Mereka mempunyai berjuta-juta penduduk tetapi pengundinya adalah pengundi yang sah. Penduduk dengan pengundi adalah dua fakta dan hujah yang berbeza. Terima kasih Yang Berhormat...

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Saya minta.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sekejap saya jawab dulu.

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Satu second sahaja. Saya fikir Yang Berhormat Kota Belud...

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak ngam ini. Tidak ngam ini jawab.

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Saya tidak sebut penduduk dan pengundi. Saya kata nisbah pengundi dan penduduk.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, saya jawab, saya jawab.

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Beza. Sangat beza.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat. Yang Berhormat Machang.

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Pengundi dan penduduk.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Machang, duduk. Duduk, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Kita lawan dalam Tweet sudah...

[Ketawa]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud memberi sebahagian penjelasan. Saya ingin perjelaskan dengan sejelas-jelasnya. Kinabatangan ini sebuah kawasan terlampau terpencil di tengah-tengah.

Lihat peta negeri Sabah itu. Di tengah-tengah pedalaman negeri Sabah. Justeru banyak penghijrahan penduduknya ke bandar Sandakan. 45 peratus pengundi Kinabatangan di bandar Sandakan. Sebab itu tidak boleh dibanci. Dia dibanci di bandar Sandakan. Akan tetapi pilihan raya dia semua balik undi sama saya. Macam Kelantan juga. Balik Kelantan.

Itulah ceritanya. Jadi tidak hairanlah sebab dia tidak boleh dibanci.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Lagipun pembanci-pembanci ini saya tengok, dia tidak boleh sampai ke sasaran.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia pergi dua minggu, dua minggu mungkin 40 peratus yang pergi ke kampung, dia kena pergi dua bulan baru dia boleh cover semua kampung-kampung itu sebab ia terlalu besar.

final • 12:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Kinabatangan, minta laluan.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak tahu apa ilmu saya jadi hari ini, semua orang sebut salah sama saya, sila, sila Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bersetujukah Yang Berhormat Kinabatangan kalau saya katakan bahawa mana pihak sekalipun sama ada pembangkang ataupun BERSIH yang kita dengar hari itu mempersoalkan daftar pemilih ini. Sebenarnya mereka menaruh syak dan wasangka bahawa daftar pemilih kita mempunyai pendatang- pendatang tanpa izin ataupun orang-orang asing. Inilah sebenarnya dalam hati mereka.

Mereka takut orang-orang asing ini kerajaan ambil sebagai pengundi dan mereka takut kalah. Akan tetapi, saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah kemungkinan, betulkah bahawa kerajaan atau SPR menerima pendatang tanpa izin, orang asing untuk jadi pengundi? Kalau tidak ada, maka syak wasangka ini adalah syaitan punya kerja.

Perangai syaitan, iblis, selalu syak kat orang, selalu bersangka jahat dekat orang.

Saya hendak bagi tahu, tidak berkat. Ini hendak ubah segala-galanya, jangan kata ingat, ‘oh, kalau boleh ubah kami menang’, inilah niat pembangkang. Mereka ingat buat perubahan ini, mereka akan menang. Allah Taala sahaja yang menentukan siapa menang, siapa kalah. Jangan terlalu confident. Kita tahu Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh telah berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi Perdana Menteri, tidak jadi. Kenapa?... Kerana tidak berkat, perjuangan itu tidak berkat. Kenapa tidak berkat? Hati tidak betul, hati nurani itu betulkan dahulu...

final • 12:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Menyampuk] Betul, betul, betul.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya orang buat macam- macam, benam, benam, dua tiga kali benam tapi saya boleh hidup sampai sekarang saya berada dalam Parlimen, sebab apa? Sebab hati saya bersih dengan perjuangan, terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Kenyataan yang begitu lucu sekali.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bagaimana keadaan negara kita cuba dihuru-harakan dan mutakhir ini...

final • 12:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Minta laluan...

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak boleh.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tidak boleh? Ini pasal orang kampung, kata tidak boleh...

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia tidak gentleman. Kalau gentleman saya bagi, lain orang saya bagi.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau Yang Berhormat Kinabatangan gentleman, bagi.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya gentleman, tapi orang tidak gentleman lawannya jangan gentleman, duduk! Sila duduk, minta maaf ya. Saya tidak akan berdiri, saya akan keluar kalau giliran Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bagaimana kerenah pemimpin Pembangkang yang bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bagan dengan sombongnya, dengan biadabnya, boleh mendiskriminasikan jiran lain, menyatakan di Singapore bahawa Johor negeri tidak selamat, apa ini? Hendak jadi pemimpin yang terbaik, tidak perlu memburuk-burukkan sahabat masing-masing, gunalah akal fikiran.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau inilah contoh pemimpin yang hendak memerintah negara, lingkup negara kita. Jadi, saya percaya rakyat di luar tahu bagaimana muslihat DAP ini, hendak bermain politik secara jahat dengan belum lagi menjadi Perdana Menteri, belum lagi jadi apa-apa, dah buat sesuatu mendiskriminasi negeri-negeri yang lain.

Ini rasa saya satu permainan yang cukup jahat, yang cuba dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin Pembangkang. Kita lihat bagaimana Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih, yang dulunya hebat, cukup matang, di sini dikalahkan, Yang Berhormat Shah Alam lah ‘tukang kempen’ mengalahkan Yang Berhormat rakan saya di depan ini, yang baik, yang budiman. Dia mahu orang yang ganas seperti Mat Sabu yang boleh menganggap komunis sebagai hero, sebagai wira memerdekakan negara. Ini kerja Yang Berhormat Shah Alam, saya dengar dia kempen kalahkan sahabat saya ini. Saya tahu, orang baik dikalahkan. Sudah terbalik dunia ini, seolah-olah PAS kembali kepada zaman batu, jahiliah. Orang yang baik dicondemnkan, orang yang tidak baik diangkatkan. Jadi kalau ini yang berlaku, tawakallah, insya-Allah tidak akan ke mana-mana kepimpinan PAS ini.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Panjang lagi Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Memang panjang lebar Tuan Yang di-Pertua, sebab ini soal masa depan negara kita. Apabila soal masa depan negara kita berhadapan dengan pilihan raya, sebab kalau tidak selesai juga isu ini, akan ada lagi BERSIH 3.0-lah, akan ada lagi macam-macamlah. Jadi, kita cuba huraikan apa yang baik untuk jawatankuasa ini fikirkan, termasuk kalau boleh saya ingin mencadangkan kepada jawatankuasa ini iaitu mewujudkan pemilihan daftar pemilih itu tidak perlu mendaftar lagi, sampai umur 21 tahun, maka ia akan menjadi pengundi automatik. Tidak payah lagi parti politik kempen, DAP kempen, UMNO kempen mendaftar, buat apa susah payah? Online dia jadi pemilih, asalkan dia warganegara, ada kad pengenalan, cadangkanlah. Jangan pula jawatankuasa ini tidak tahu hendak buat apa...

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Balik Pulau hendak bersetuju boleh?

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu boleh, itu boleh.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Kinabatangan, saya menyokong cadangan Yang Berhormat Kinabatangan terutama cadangan pendaftaran automatik. Cuma saya mohon sedikit lanjutan, sebab memandangkan kita mengarah ke negara yang maju, apa salahnya kita turunkan lagi ke umur 18 tahun, mohon pandangan Yang Berhormat Kinabatangan, kerana saya rasa rata- rata anak-anak 18 tahun warganegara Malaysia ini, boleh membuat keputusan untuk masa depan negara, sudah matang untuk membuat keputusan, mohon pandangan.

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu kita serahkan kepada kebijaksanaan jawatankuasa yang telah kita pilih nanti. Biar mereka berdebat, berbincang ke arah mana mereka di bawah umur ini. 18 kah? Sudah cukup matangkah umur 18 tahun ini? Ataupun umur 17 tahun ataupun 20 tahun, terserah. Kita di Dewan ini menerima cadangan mereka, kita undi, kita sokong. Akan tetapi, kalau ikut Yang Berhormat Shah Alam, umur 40 tahun pun belum matang... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi, kita melihat juga bagaimana pergolakan, ini tidak bagi, susah, sebab depan saya... [Ketawa].

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

[Ketawa] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Kinabatangan untuk menjadikan pengundi secara automatik berdasarkan kad pengenalan. Sesungguhnya Yang Berhormat, negara kita amat bertuah kerana kita hanya ada tiga negara di dunia yang pendaftaran penduduknya bermula daripada tarikh lahir, tarikh kita berumur 12 tahun, selepas itu 21 tahun dan sampai mati pun kita ada daftar. Jadi, tidak perlu lagi kita meminta parti politik mendaftar nama-nama untuk mengundi. Cuma pengundi boleh memilih di mana ia hendak mendaftarkan diri untuk mengundi berdasarkan kepada kad pengenalan.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Jadi, tidak perlu lagi kita berhujah, tidak perlu lagi kita menuduh sana dan sini, bahkan untuk menjadi pengundi, sesiapa sahaja yang sudah menjangkau umur yang dibolehkan, maka mereka automatik menjadi pengundi, bolehkah ini diterima oleh Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta pandangan Yang Berhormat tentang membenarkan registration atau pendaftaran pengundi secara automatik. Ada beberapa perkara Yang Berhormat, yang harus kita bincangkan dan minta supaya jawatankuasa ini bincangkan.

Pertamanya ialah, pada saya kalau kita berkata tentang demokrasi, hak asasi, kalau dia tidak mahu mendaftar, itu pun juga satu hak, satu. Keduanya ialah, saya rasa di dalam negara kita Yang Berhormat, tidak ada seorang pun yang tidak tahu bagaimana untuk mendaftar. SPR telah membuat pendaftaran sepanjang tahun. Sebenarnya, siapa yang mahu mendaftar boleh mendaftar dengan begitu senang sekali Tuan Yang di-Pertua.

Masalah kita sekarang ini ialah kalau kita buat pendaftaran secara automatik, ada beberapa perkara Yang Berhormat, yang akan berlaku.

final • 12:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Pertama, peratus pengundian akan jatuh, mungkin 30 peratus atau 40 peratus kerana orang yang sepatutnya mengundi didaftarkan tidak mahu keluar mengundi apatah lagi mahu mengundi mendaftar pun mereka tidak mahu. Ini adalah satu fakta kerana kita akan berdepan dengan masalah pengundian peratus yang jatuh dan kalau mengikut trend pembangkang Yang Berhormat, kalaulah peratus pengundian itu jatuh itu pun akan disalahkan kepada kerajaan di masa akan datang dan hujah saya kemudian nanti dalam ucapan saya seterusnya.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih kedua-dua Yang Berhormat mempunyai pandangan yang berbeza tetapi matlamatnya tetap sama. Jadi pada saya kita serahkan kepada jawatankuasa ini memikirkan pula tetapi saya memang dengan pendirian saya iaitu saya lebih bersetuju kalau pendaftaran pilihan raya ini tidak dibuat secara automatik. Sebab, kalau tidak, pertama akan menghabiskan wang ringgit, akan menghabiskan waktu yang sia-sia dan kita perlu merekrut, membawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya ke kampung-kampung membuat pendaftaran dan sebagainya.

Soal jatuhnya peratusan pengundi itu nanti maka sama-samalah menerima hakikat ekoran daripada keputusan yang kita ambil kali ini jangan pula seperti saya katakan tadi rumah sudah siap pahat masih berbunyi. Kita sudah setuju. Dalam Dewan kita setuju dalam ceramah-ceramah di luar pula lain bunyinya. Jadi kalau ini masih lagi terjadi saya tidak rasa dapat lihat apa juga undang-undang yang kita buat tidak akan mencapai apa-apa matlamat yang baik sebab ada pemain-pemain yang tidak boleh menerima hakikat bahawa kita ini manusia merancang segala-galanya tetapi perancangan daripada Allah jugalah itu yang harus kita terima. Kalau itu kita boleh terima kalau ini Yang Berhormat Shah Alam boleh terima, rasa saya tidak ada masalah sangat tetapi seperti saya katakan tadi dalam PAS ini Tuan Yang di-Pertua, sudah berubah...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Siapa ya, oh okey. Sila-sila.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Ini kita cerita tentang satu jawatankuasa yang akan menentukan masa depan negara yang terus melihatkan sesuatu yang betul-betul bersih. Jadi ahli-ahli jawatankuasa itu mestilah terdiri daripada mereka-mereka terbukti sebagai Ahli-ahli Parlimen yang tidak tercalit di dalam mana-mana pemilihan pun. Akan tetapi saya takut ahli- ahli jawatankuasa daripada pembangkang khususnya daripada Permatang Pauh, Gombak, Machang mereka semua ini terlibat dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat di mana sehingga hari ini belum terselesai lagi 160 lebih tuduhan-tuduhan dan juga di mana mereka terlibat di dalam anjakan misalannya di Kubang Pasu, Yang Berhormat Permatang Pauh arif tentang 92 orang mengundi tetapi Yang Berhormat Gombak terima 290 undi... [Dewan riuh] Di Sabah, beberapa cabang PKR...

final • 12:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Bayar tanah dahulu RM1.4 juta... [Dewan riuh]

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini kalau betul-betul Yang Berhormat Machang seorang ahli Parlimen yang waras dan ikhlas dan berani dedahkan sekarang dalam Dewan ini dua cek itu. Dedahkan. Siapa punya cek dan berapa jumlah cek itu.

final • 12:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya sudah dedah sesi yang lepas di dalam dan luar Dewan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat-Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dalam Dewan. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Machang.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat ini bukan masanya Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Dalam dan luar saya sudah ulang. Surat lawyer pun saya sudah terima.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini saya punya floor tau, apa sudah jadi ini.

final • 12:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Dalam dan luar Dewan, di mana Yang Berhormat Padang Serai membayar tanah RM1.4 juta.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat-Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Oleh kerana Yang Berhormat Machang ungkit sekarang sebut siapa punya cek, siapa punya duit?

final • 12:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Saya sudah ulang berkali-kali dalam dan luar Dewan.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jangan main politik di dalam Dewan ini Yang Berhormat Machang.

final • 12:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Dalam dan luar Dewan RM1.4 juta mana dapat tanah. Cek tunai, dua keping cek tunai mana dapat duit?

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Siapa-siapa punya cek. Sebut! Sebut!

Saya beri peluang. Jangan macam Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya londehkan kabur sebut.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat-Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Okey Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat-Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat. Tidak ada menangnya dengan bill ini Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dia sampai bila-bila pun....

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Serai saya nasihatkan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya sekarang tuju kepada Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, saya dengar apa Yang Berhormat tuju itu. Balik kepada usul itu Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi, bolehkah jawatankuasa ini merangkumi ahli-ahli yang sudah betul-betul menipu dalam pemilihan parti mereka sendiri.

Bolehkah kita ada mereka-mereka yang jijik seperti Yang Berhormat Machang ini.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat jangan guna perkataan macam itu Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya belum habis lagi.

final • 12:40 PM

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail - Machang

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kita jangan benarkan orang yang mabuk bercakap dalam Dewan... [Dewan riuh]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Betul saya ingat Yang Berhormat Machang ini betul sebab apa Yang Berhormat Machang kata mabuk itu Yang Berhormat Machang selalu pergi ke Sungai Karangan dia pun minum bawah pokok kelapa, dia minum todi.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini Islam dan Melayu yang minum todi.

final • 12:40 PM

Timbalan Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai sudahlah Yang Berhormat... [Dewan riuh].

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Macam mana Yang Berhormat Machang penangan todi, sedap ke?

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Padang Serai sudahlah.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kinabatangan kalau perkara yang tidak relevan dengan usul tidak payah menjawab Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya sebetulnya...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Itu yang pertama Yang Berhormat. Saya nasihatkan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya punya okey.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang tidak relevan itu tidak payah

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, saya tidak perlu jawablah.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang kedua kepada semua Ahli Yang Berhormat minta tolonglah elak dari segi perkara yang peribadi Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua saya pun sebetulnya saya tidak tahu apa sebabnya Yang Berhormat Machang dengan Yang Berhormat Padang Serai ini ada clash, cuma....

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak apalah saya juga tidak mahu tahu Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya pun simpati dengan Yang Berhormat Padang Serai gaya seperti orang yang teraniaya... [Ketawa] Jadi saya tidak boleh kata apa-apa kerana saya tidak tahu asal usul dia. Siapa punya duit, siapa punya tanah, saya tidak tahu.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Akan tetapi jawablah orang yang tidak bersih bolehkah dia menjadi ahli jawatankuasa itu.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau dia memang betul tidak bersih memang tidak boleh... [Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua, pertama... Sila Yang Berhormat Sri Gading.

final • 12:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan apakah ada jaminan kita akan bersetuju jawatankuasa ini kita tubuhkan baik yang dianggotai oleh Barisan Nasional ataupun puak pembangkang.

Maknanya sembilan orang itu kita bersetuju. Mereka akan berbincang, bermesyuarat, mengadakan cadangan-cadangan untuk menambah baik SPR. Setelah kita bincang dan kita luluskan kalau dalam pilihan raya yang akan datang yang dalam firasat saya pembangkang akan kalah teruk, Barisan Nasional akan menang besar apakah tidak berbangkit lagi suara-suara sumbang yang akan menyalahkan jua kepada SPR. Apakah ada jamin?

final • 12:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Kinabatangan isu yang sama sedikit, sedikit. Yang Berhormat Kinabatangan, memandangkan kita berbahas mengenai isu keahlian anggota sebenarnya saya merasa sedikit terkilan kerana sebenarnya wujudnya jawatankuasa kita panggil jawatankuasa pilihan khas ini di negara-negara lain adalah satu yang amat biasa tetapi hari ini kita berdentam-dentum.

Kalau kita di negara jiran, komisi satu komisi dua bagai-bagai Select Committee ini satu perkara biasa tetapi memandangkan ini satu perkara yang luar biasa, kita berbahas.

Saya memohon Yang Berhormat Kinabatangan mempertimbangkan cadangan saya kerana di dalam fasal 114(2), Perlembagaan, perkara ini mungkin boleh membantu kita sedikit kerana di dalam Perlembagaan mengatakan antara satu perkara yang tidak kita masukkan di dalam usul ini adalah, dengan izin, pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

Jadi saya mencadangkan mungkin keahlian dalam Select Committee itu mungkin mereka-mereka yang, saya boleh bersetuju sedikit mempunyai satu wibawa yang mempunyai kepercayaan awam kerana saya rasa penting kerana akhirnya sekali rakyat yang perlu diyakinkan kita di sini mungkin berkepentingan yang berbeza tetapi rakyat itu kepentingannya satu ialah untuk masa depan negara yang lebih baik. Mohon penjelasan.

final • 12:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, pertamanya Yang Berhormat Sri Gading, sahabat saya. Soal jaminan rasa saya tidak ada siapa yang boleh memberi jaminan sebab kita ini bak kata pepatah Melayu ‘Rambut sama hitam, hati lain-lain’.

Kadang-kadang dalam meja bulat kita bersetuju, di luar kita menafikan dan permainan ini memang tidak dapat dinafikan. Ia menjadi realiti, menjadi kenyataan. Jadi kita tawakallah sebab ini usaha walaupun..., dan saya kembali kepada sahabat saya tadi iaitu menyatakan bahawa memang Select Committee ini bukan suatu yang luar biasa. Ianya satu jawatankuasa seperti yang pernah kita wujudkan dan hari ini kita bebas untuk memberi modal asas kepada jawatankuasa ini bagaimana hala tuju jawatankuasa ini hendak membentuk, membantu Suruhanjaya Pilihan Raya, memperbaiki apa juga kekurangan, memperbaiki apa juga kelemahan di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya itu sendiri yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sama ada bagi pandangan Yang Berhormat, dia tidak mendapat kepercayaan awam.

Akan tetapi apabila Yang di-Pertuan Agong sudah setuju, saya, siapa saya pula sebagai rakyat biasa yang tidak mengatakan Yang di-Pertuan Agong itu tersalah. Jadi saya rasa Yang Berhormat pun tidak akan menyatakan bahawa pelantikan Yang di-Pertuan Agong itu silap dan tidak terdiri daripada kalangan mereka yang tidak diterima oleh rakyat sebagai kepercayaan.

Jadi apa yang soal pokoknya iaitu ketelusan kita melihat bagaimana pilihan raya akan datang kita boleh gembleng bersama. Tidak ada pergaduhan sebab apa yang kita rebut ini suatu kuasa yang amat signifikan, tidak perlu berperang, tidak perlu angkat senjata, tidak perlu tumpah darah, tidak perlu rakyat huru hara, tidak perlu negara menjadi padang jarak padang tekukur.

final • 12:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Biar rakyat menentukan ke arah mana kerajaan ini hendak diserahkan, amanah hamba itu ke arah mana bahu dia sandarkan. Kalau dia kata ditakdirkan di pihak sana, saya salute. Saya tidak akan ganggu tetapi kalau takdir Allah kata di sana juga diberi amanah mandat memerintah negara ini kerana dunia dan akhirat, terimalah Yang Berhormat Shah Alam...

final • 12:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan bermain belakang seperti saya dengar Yang Berhormat Shah Alam berkomplot menjatuhkan sahabat saya.

Saya dengar dalam Dewan ini dia kempen!... [Ketawa] Dia kata dia hendak pemimpin yang out spoken. Terlebih out nampaknya sehingga boleh mendewa-dewakan penjahat menjadi hero. Ini namanya from hero to zero... [Ketawa] Tersalah pilihlah.

Jadi dalam perjuangan ini kalau pengikut-pengikut dia tersalah pilih pemimpin maka kecundanglah perjuangan tersebut. Jadi sebelum terlambat fikir-fikirlah. Oleh sebab itu baru-baru ini clash nampaknya DAP dengan PAS. Dia kata.. Ini pura-pura sahaja duduk politik. Dia kata DAP cakap langkah mayat kami dahulu. Oh, kalau ada negara Islam Hudud PAS. Daripada negara Islam dia putar pergi negara kebajikan, dia putar balik hudud pula.

Masya-Allah. Dia nampaknya sudah menggelabah dengan Timbalan Presiden barunya.

Itulah jadinya, salah pilih. Apabila salah pilih rosaklah orang yang seharusnya dimartabatkan dijatuhkan, dihina. Orang yang tidak sepatutnya memegang tampuk jawatan itu pula didewa-dewakan. Jadi Tuhan telah memperlihatkan bagaimana kesilapan pemimpin-pemimpin saudara saya di sebelah sini. Seharusnya kita harus tidak melihat secara lebih seperti hendak mengaut segala-galanya. Orang tamak selalu rugi. Itu ceritanya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada soal jawatankuasa ini. Saya cukup yakin bahawa ketelusan yang kita terapkan, yang kerajaan leraikan untuk sama-sama, saya berharap pembangkang juga jangan lagi memencilkan diri dalam jawatankuasa ini.

Sertailah, bincanglah secara bijaksana apa yang dia hendak, apa yang tidak mahu, apa yang disukai, apa yang tidak disukai, bincang secara baik dan bawa dalam mesyuarat.

Tidak perlu bergaduh dalam jawatankuasa sebab kita bukan mahu berperang. Kalau mahu berperang kita pergi ke sempadan sana perangi musuh-musuh negara.

Dalam Dewan ini, dalam negara kita ini, kita berperang mengikut kebijaksanaan dan kita serahkan kepada rakyat. Rakyat yang menentukan lima tahun satu kali kita pilihan raya. Kita bagi mandat kepada rakyat menentukan mana satu kepimpinan, mana satu kerajaan yang dikehendaki oleh rakyat. Jangan kita mengadu domba, jangan kita terlalu memutar belit fakta membohongi rakyat dan sebagainya. Ini tidak betul. Kalau kita ikhlas dalam perjuangan, kita akan mendapat kejayaan tetapi percayalah mana-mana puak, mana-mana kumpulan, mana-mana pihak kalau kita berjuang atas dasar kita dendam, atas dasar kita ingin menindas seseorang, Allah SWT tidak akan menyebelahi puak-puak yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Habis itu macam ustaz sahaja nampaknya. Ya, sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri untuk mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas ini sungguhpun kita ada banyak keraguan.

Sejak tahun 1970-an di Parlimen, Ahli-ahli Parlimen DAP telah sering kali menyeru supaya adakan satu sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Antara cadangan- cadangan pembaharuan yang kita kemukakan termasuklah:

final • 12:57 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

(i) senarai pengundi yang bersih, jujur dan komprehensif di mana satu sistem pendaftaran pengundi automatik dilaksanakan.

Setiap rakyat yang mencapai umur mengundi akan disenaraikan berserta dengan proses pembersihan senarai pengundi dan menghapuskan semua pengundi hantu dan yang tidak sah;

(ii) penghapusan penyelewengan pilihan raya khasnya mengenai pos undi;

(iii) penurunan umur pengundi sah dari 21 tahun menjadi 18 tahun;

(iv) kempen pilihan raya yang adil supaya pengundi diberi masa yang cukup untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan bagi mereka membuat keputusan yang sewajarnya di dalam memilih parti dan calon yang disokong;

(v) menghapuskan segala kesalahan dan amalan pilihan raya- pilihan raya yang korup seperti politik wang dan di mana pengundi-pengundi dibeli jual;

(vi) memperkenalkan konsep kerajaan caretaker atau caretaker government untuk melaksanakan tugas pentadbiran harian sepanjang tempoh selepas Parlimen dibubarkan hingga ke hari pengundian di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dilarang dari menggunakan kuasa, sumber atau dana jabatan rasmi mereka untuk sebarang tujuan kempen pilihan raya dan menghadapi risiko kehilangan kelayakan bertanding. Sekiranya mereka melanggar peraturan begini seperti mana yang berlaku kepada Perdana Menteri India, Indira Gandhi dalam tahun 1975 di mana pemilihannya ke Parlimen didapati tidak sah kerana melakukan kesalahan salah laku pilihan raya dengan menggunakan sumber-sumber kerajaan termasuk helikopter kerajaan dalam kempen beliau;

(vii) Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas, credible dan profesional untuk melaksanakan tugas perlembagaan untuk mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil dan bukannya satu badan yang mendakwa bahawa ianya bertanggungjawab mengendalikan proses pilihan raya, tetapi tidak berkuasa untuk memastikan pilihan raya itu bersih, adil dan bebas;

(viii) akses yang bebas dan adil kepada media; dan

(ix) pembahagian kawasan pilihan raya yang adil dan demokratik supaya prinsip satu orang, satu undi, satu nilai dipertahankan.

Seruan selama empat dekad ini tidak dihiraukan oleh UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka berjaya meneruskan kuasa memerintah mereka berpandukan sistem pilihan raya yang tidak demokratik, tidak adil malah penuh dengan amalan-amalan korup. Adakah sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tiba-tiba bertukar hati berikut dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk pembaharuan pilihan raya di Dewan yang mulia ini? Sungguhpun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kini nampaknya memeluk semangat pembaharuan politik dan demokratik, rakyat berhak bertanya sama ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri benar-benar berhasrat murni dengan tiba-tiba bertukar menyokong usaha pembaharuan pilihan raya ini.

final • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 12:57 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Ini berikutan dengan tindakan kerajaan menindas..

final • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat.

final • 12:57 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Oh, baik.

final • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sambung tengah hari Yang Berhormat.

final • 12:57 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih.

final • 12:57 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan sesi pagi ditangguhkan dan Dewan akan bersidang semula pada pukul 2.30 petang nanti.

**Dewan ditangguhkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:57 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dijemput Yang Berhormat Ipoh Timur untuk meneruskan perbahasan.

final • 12:57 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Soalan yang timbul sama ada usaha pembaharuan pilihan raya ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah jujur dan ikhlas adalah disebabkan tindakan kerajaan yang menindas dan tidak demokratik dalam menangani perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas yang menuntut supaya pilihan raya adil dan bebas di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, jikalau ada mana-mana orang yang diminta melaksanakan satu tugas khas mencipta segala senario terburuk mengenai cara pentadbiran Yang Amat Berhormat menguruskan perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, tiada siapa pun yang cukup kreatif untuk merancang terdahulu siri kesilapan-kesilapan ataupun faux pas yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum, semasa dan selepas 9 Julai. Sebagai contohnya, apa yang berlaku sebelum 9 Julai antara lainnya ialah:

(i) secara sewenang-wenangnya mengumumkan bahawa BERSIH 2.0 adalah menyalahi undang-undang;

(ii) mengharamkan kemeja-T BERSIH dan sebarang benda-benda yang berkaitan termasuk kemeja-T berwarna kuning serta melakukan penahanan yang sembarangan;

(iii) bahawa kemungkiran janji pihak yang berkuasa mengenai satu kompromi di mana perhimpunan diadakan di dalam stadium dan bukannya secara perarakan, yang merupakan cadangan yang diterima baik oleh BERSIH 2.0;

(iv) sekatan jalan oleh pihak polis mengakibatkan kesesakan jalan raya yang teruk di semua jalan masuk dan keluar Kuala Lumpur.

Jalan-jalan di beberapa kawasan di kota raya ditutup sama sekali menyebabkan rakyat tidak sempat mengambil bahagian;

(v) ugutan yang berbentuk liar dan ekstrem bahawa demonstrasi- demonstrasi counter dan huru-hara perkauman, malah juga satu lagi peristiwa 13 Mei akan berlaku;

(vi) menyalahgunakan kuasa mahkamah menerusi injunksi satu pihak mengharamkan para pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat dari masuk ke kawasan-kawasan utama di Kuala Lumpur pada 9 Julai;

final • 2:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

(vii) kempen maki hamun yang tidak berasas untuk memburuk- burukkan para pemimpin BERSIH khasnya Pengerusi BERSIH, S. Ambiga yang bertujuan mencetuskan kebencian dan ketegangan agama dan kaum;

(viii) percubaan setiap hari menerusi kempen benci dan pembohongan oleh media arus utama BN cetak dan elektronik khasnya Utusan Malaysia;

(ix) salah guna kuasa yang serius dengan menahan Yang Berhormat Ahli Parlimen Sungai Siput dan lain-lain aktivis PSM yang pada mulanya atas dakwaan tidak masuk akal kononnya mereka ada melancarkan perang terhadap Agong dan menghidupkan kembali komunisme dan kemudian pula menahan mereka di bawah Ordinan Darurat atau EO tanpa perbicaraan; dan

(x) kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk respons terhadap lapan tuntutan BERSIH 2.0 demi pilihan raya yang bebas, adil dan bersih.

Semasa 9 Julai, antara peristiwa-peristiwa yang berlaku antaranya ialah:

(i) tindakan keras polis yang melakukan penahanan beramai-ramai dan kes-kes individu di mana polis melakukan keganasan dan kekejaman;

(ii) perkara kematian Baharuddin Ahmad;

(iii) penggunaan gas pemedih mata secara sembarangan dan cuai tanpa memberikan notis ke dalam terowong Kuala Lumpur Sentral, satu kawasan yang tertutup tidak menghiraukan keselamatan para pemimpin BERSIH dan Pakatan Rakyat serta orang ramai; dan

(iv) penggunaan gas pemedih mata serta pemancut air bercampur bahan kimia yang sembarangan dan menyalahi undang-undang- undang ke dalam kawasan Hospital Tong Shin.

Selepas 9 Julai, antara apa yang berlaku ialah:

(i) Ucapan Yang Amat Berhormat yang garang di depan 6,000 orang pemimpin UMNO sehari selepas 9 Julai;

(ii) kredibiliti UMNO dan polis yang terus menjunam kerana mempertikaikan bahawa seramai 50,000 orang telah berkumpul menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 di mana Ketua Polis Negara mendakwa hanya 6,000 orang yang hadir, manakala Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pula berkata 10,000 orang dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pula berkata di London hanya 15,000 orang yang hadir di perhimpunan tersebut;

(iii) menolak tanggungjawab salah urus perhimpunan BERSIH 2.0 khasnya menafikan bahawa polis bertindak kejam dan ganas dan melontar gas pemedih mata dan serangan pemancut air di Hospital Tong Shin oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan serta terowong KL Sentral sungguh pun terdapat bertimbun- timbun bukti sama ada dalam bentuk saksi atau rekod video;

(iv) amaran oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan bahawa Bank Negara boleh membekukan harta para pemimpin Bersih;

(v) penapisan artikel ekonomis, “Taken to the cleaners – an overzealous government response to an opposition rally”;

final • 2:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

(vi) kempen fitnah dan dusta media arus perdana BN yang mereka cerita hantu dan musuh sehinggakan Jabatan Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan satu kenyataan yang jarang dilakukan dan hanya ditunjukkan kepada media asing untuk menjauhkan diri dari dakwaan Utusan bahawa Bersih mempunyai hubungan Yahudi yang bertujuan untuk menjauhkan kerajaan BN yang turut menggambarkan kegagalan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO untuk melakukan sekatan dan kawalan ke atas Utusan iaitu surat khabar rasmi UMNO.

Bagaimana satu kerajaan boleh melakukan begitu banyak kesilapan sebelum, semasa dan selepas perhimpunan aman BERSIH 9 Julai kalau ia komited kepada satu proses demokrasi? Hasilnya, lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke UK, Vatican dan Perancis menjadi malapetaka kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerap diburu oleh media antarabangsa dan ditanyakan soalan mengenai salah urus kerajaan dalam isu perhimpunan aman BERSIH 2.0 ini. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akhirnya terjaga oleh hakikat bahawa beliau mengakui telah salah urus perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai yang menyebabkan kehilangan sokongan rakyat Malaysia pada keseluruhannya?

DAP, Pakatan Rakyat, masyarakat madani dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya kini mempunyai sebab yang amat munasabah untuk meragui keikhlasan dan tujuan sebenar cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas kerajaan ini sama ada ia satu pertukaran hati, changes of heart yang sebenar ataupun ia hanya sekadar helah politik.

Memandangkan kita akan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas ini, maka usul ini tidak sesuai dijadikan perbahasan penuh mengenai pembaharuan sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas kerana ianya sepatutnya ditangani oleh jawatankuasa ini tetapi rakyat Malaysia berhak diberi jaminan yang tegas bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas ini bukanlah satu helah politik tetapi merupakan change of heart yang sebenar untuk membaharui sistem pilihan raya kita. Boleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan jaminan berikut termasuk:

final • 2:32 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

(i) satu jaminan tegas bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan dan pilihan raya umum seterusnya tidak akan diadakan sehingga cadangan-cadangan jawatankuasa pilihan khas ini serta sistem pilihan raya yang menjamin pilihan raya bersih, bebas dan adil dapat dilaksanakan;

(ii) lapan tuntutan pilihan raya yang bebas yang adil oleh BERSIH 2.0 dimasukkan ke dalam terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Raya Parlimen;

(iii) menarik balik pengharaman yang dikenakan kepada BERSIH 2.0 dan melakukan rundingan menyeluruh dengan semua stakeholder dan masyarakat madani dalam proses pertimbangan dan membuat keputusan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas ini;

(iv) Jawatankuasa Pilihan Khas ini telah menjadi alasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak melakukan pembaharuan pilihan raya segera yang tidak perlu menunggu keputusan Jawatankuasa Pilihan Parlimen misalnya membebaskan senarai mengundi, menghapuskan salah laku pilihan raya dan memastikan setiap rakyat yang cukup umur dapat membuang undi mereka dalam pilihan raya nanti;

final • 2:40 PM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya ingin mengumumkan di sini bahawa sungguhpun kita mempunyai pendapat yang berbeza-beza dan tidak kira apa yang berlaku pada masa lepas, termasuk peristiwa BERSIH 2.0 dan tidak kira berapa banyak syak wasangka dan keraguan terhadap bona fide cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas ini DAP, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya ingin lihat Jawatankuasa Pilihan Khas ini berjaya membawa pembaharuan pilihan raya supaya sistem pilihan raya negara kita benar-benar bebas, adil dan bersih.

Kami berjanji akan memberi segala sokongan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas ini untuk menjayakan dan bukannya menggagalkan seperti dua jawatankuasa pilihan yang lepas, iaitu mengenai integriti negara dan mengenai perpaduan negara yang tidak dapat menggunakan laporan muktamad mereka sebelum Parlimen dibubarkan, Parlimen yang dahulu. Pada hakikatnya dalam kes Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti Negara dalam Parlimen dahulu, Menteri yang mempengerusikannya iaitu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Giluk Dompok terpaksa meletak jawatan kerana kecewa dengan segala jenis rintangan, bantahan, malah jabatan-jabatan kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan semasa cuba mendapatkan maklumat dari mereka khasnya apabila menyentuh perihal projek Tun Dr. Mahathir yang didakwa bertanggungjawab menghalalkan pendatang tanpa izin secara besar-besaran dan memberikan kuasa mengundi kepada mereka ini di Sabah menerusi pengeluaran dokumen- dokumen kerakyatan yang palsu.

Bolehkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan jaminan bahawa tidak akan berlaku, sebarang rintangan, bantahan dan pemulauan dari pihak jabatan atau pegawai kerajaan kali ini dan Jawatankuasa Pilihan Khas ini untuk pembaharuan rakyat ini akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak kerajaan termasuk sekiranya ia menyiasat mengenai projek Tun Dr. Mahathir. Sementara wakil-wakil DAP dan Pakatan Rakyat di Jawatankuasa Pilihan Khas ini akan memberi segala kerjasama yang diperlukan untuk menjayakan matlamat Jawatankuasa Pilihan Khas ini sebagai satu proses pendemokrasian Malaysia.

Kita tidak akan menyokong sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas ini bertukar menjadi satu helah politik yang hanya memberikan markah politik tambahan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Barisan Nasional tanpa sebarang hasrat untuk melaksanakan pembaharuan yang benar-benar membawa kepada sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Sebagai kesimpulan saya menyeru supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menunaikan janji-janjinya baru-baru ini yang kononnya hendak menjadikan Malaysia the best democracy in the world dan menarik balik pengisytiharannya di perhimpunan Agung UMNO tahun lepas iaitu, “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa” bahawa beliau, UMNO dan Barisan Nasional akan menerima keputusan rakyat termasuk keputusan untuk bertukar kerajaan di Putrajaya dalam pilihan raya akan datang. Ini menunjukkan bahawa adalah komitmen untuk mengadakan satu sistem demokrasi pilihan raya yang baik dan juga kita boleh best democracy in the world. Sekian terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas, selepas itu Yang Berhormat Marang.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 2:40 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai dengan penubuhan jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Saya turut mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa ini walaupun saya berpendapat ianya tidak perlu. Akan tetapi oleh kerana kerajaan begitu prihatin dan begitu sensitif dengan kehendak-kehendak semasa setelah menerima pelbagai provokasi oleh pihak-pihak tertentu, maka jawatankuasa ini ditubuhkan.

final • 2:45 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Oleh itu saya turut mengalu-alukan dan ingin menyampaikan beberapa pandangan dan cadangan bersabit dengan matlamat penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas ini.

Pertama Tuan Yang di-Pertua, isu yang berbangkit ialah kerana kononnya selama ini SPR tidak menjalankan pilihan raya yang bersih dan adil. Tohmahan dan tuduhan SPR tidak menjalankan pilihan raya yang telus, adil dan saksama sebagaimana dakwaan sebelum ini. Saya turut keliru Tuan Yang di-Pertua sebab pihak SPR terutamanya Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausahanya berkali-kali dalam pelbagai kenyataan, dalam pelbagai forum menyatakan jika ada perkara-perkara yang tidak betul yang ditohmah sesuatu yang tidak baik ataupun salah laku dari segi SPR menjalankan tugas mengendalikan pilihan raya, berikan bukti termasuk senarai daftar pemilih, berkali-kali dan sampai hari ini, tuduhan-tuduhan mengenai bukti yang diminta oleh SPR tidak dapat diadakan. Ia merupakan retorik semata-mata. Tinggal lagi ada satu, dua cadangan bersabit dengan daftar pemilih secara automatik, itu perkara lain. Akan tetapi yang besarnya yang diungkit selama ini ialah senarai daftar pemilih. Ini yang dikatakan pengundi hantu, pengundi import, macam-macam.

Saya hendak maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua, saya sudah agak lama berkecimpung dalam politik ini dan bertanding dalam pilihan raya beberapa kali berkawan dengan semua parti. Saya ada pengalaman. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua soal pindah pengundi ini dilakukan ini oleh sebuah parti politik. Ada pula pihak-pihak individu yang merancang, dia tahu mungkin dia akan bertanding, maka dia pindah pengundi-pengundi dan bukan sahaja di kalangan, dituduh parti pemerintah tetapi pihak pembangkang pun lakukan juga kerja pindah pengundi ini. Ini tidak boleh dinafikan dan semua orang tahu bukan perkara yang sulit.

Begitu juga dengan tuduhan mengenai dengan penyalahgunaan kuasa, waktu pilihan raya. Saya tengok pengalaman, saya bercakap berdasarkan pengalaman. Apabila ada pilihan raya kecil, apabila sudah ada parti pembangkang mentadbir negeri sudah dapat memerintah seperti pilihan raya seperti di Manik Urai di Kelantan sebelum itu pilihan raya kecil di lain-lain negeri yang ditadbir oleh pembangkang, saya tengok cara menggunakan jentera kerajaan sama sahaja. Sama-sama memberi geran tanah, sama-sama bagi sumbangan, sama-sama bagi pam air. Mungkin hal duit saya tidak tahu. Mungkin hal duit pun saya rasa duduk tuduh orang itu rasuah, orang ini rasuah. Saya percaya banyak pihak yang terlibat. Kalau saya hendak anjurkan boleh sumpah laknat di masjid kalau mereka tidak menggunakan wang ringgit, tidak kira parti mana, tidak kira calon mana. Mungkin ada yang menggunakan wang ringgit melakukan rasuah untuk mendapat undi. Ini perkara hakikat. Akan tetapi kita tuduh-menuduh di antara satu sama lain yang saya rasa amat tidak adil kepada SPR.

Sama juga dari segi penggunaan media. Dikatakan media tidak adil terutamanya aliran perdana. Saya tengok Tuan Yang di-Pertua, zaman media baru ini kemudahan yang diperolehi oleh semua parti tidak ada hadnya. Cuma yang dipersoalkan kononnya media perdana. Media perdana apa dia? RTM, TV3. Saya tengok ASTRO Awani, memberi coverage kepada semua parti politik baik pembangkang baik pemerintah, begitu imbang sekali. Malah lebih kepada pembangkang saya tengok.

Surat khabar Sinar Harian waktu pilihan raya kecil, pilihan raya, hari-hari cerita front page yang digunakan oleh pihak parti, yang dibuat coveragenya parti pembangkang.

final • 2:45 PM

Dato' Ibrahim bin Ali - Pasir Mas

Kalau disebut Utusan Malaysia, ini saya percaya mereka pun tidak berminat untuk di cover oleh Utusan Malaysia sebab mereka pun melabelkan Utusan Malaysia bermacam- macam, bakar Utusan Malaysia. Akan tetapi akhbar-akhbar lain memberi liputan yang adil.

Jadi, saya tidak nampak di mana lagi yang tidak puas hati. Akhbar-akhbar tabloid, Mingguan, Harakah, Siasah, Suara Keadilan, DAP berlambak-lambak, dan dengan macam- macam berita yang kita baca sama ada betul atau tidak pun kita tiak tahu. Akan tetapi jauh bezanya kalau hendak dibandingkan dengan akhbar aliran perdana, cara dia buat tohmahan, cara berita-berita dilaporkan, tuduhan-tuduhan yang dibuat memang saya lihat amat berat sekali. Tidak sebagaimana media aliran perdana. Jadi, itu dari segi media. Saya mahu ringkas-ringkas sahaja. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading bangun Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hah!

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini di antara contoh yang besar, daftar pemilih. Kedua, media dan ketiga, mengguna jentera kerajaan.

Apa yang saya lihat tidak ada asas. Kalau hendak ada asas pun ianya sama-sama diguna oleh parti-parti yang bertanding sama ada parti pemerintah ataupun parti pembangkang.

Cuma sekarang ini menuduh pemerintah, itu tidak adil Yang Berhormat Sri Gading. Saya hendak cari keadilan. Saya bukan mahu sembunyikan benda yang benar. Oleh sebab itu saya katakan tadi, kalau ada parti pembangkang atau kalau kata parti pembangkang ini bersih. Saya tidak kata semua tetapi memang ada di kalangan calon parti pembangkang yang bertanding juga guna duit. Kalau dia tidak guna duit tidak beli undi, saya hendak minta mereka sumpah laknat di masjid kalau betul tidak. Ini perkara benar saya hendak dedahkan. Jadi, jangan menuduh tidak tentu pasal.

Oleh sebab itu apabila BERSIH mengadakan perhimpunan, saya juga turut tidak senang hati kerana bimbang tentang boleh berlaku huru-hara dalam negara kita. Cara mereka hendak kendalikan perhimpunan BERSIH. Jadi, oleh sebab itu saya hendak tanya pihak kerajaan, secara ringkas sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya, kenapa Ambiga, Pengerusi Bersih ini sampai sekarang kerajaan tidak ambil tindakan? Dia jelas melanggar undang-undang kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit melanggar titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong. Apakah dia lebih kebal daripada Sultan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja? Apakah dia lebih kebal daripada pihak-pihak yang lain?

final • 2:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Ya, seksyen berapa?

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya. Saudara Timbalan Presiden PAS yang dikatakan mengeluarkan kenyataan bersabit dengan Yang Berhormat Bukit Kepong dituduh pro komunis pun telah diambil tindakan begitu cepat sekali. Kenapa Ambiga tidak diambil tindakan? Orang yang jelas melanggar undang-undang negara, apakah dia lebih kebal daripada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja di negara ini? Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya soalan-soalan seumpama ini, ringkas-ringkas sahaja. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya hendak buat cadangan. Kalau ada cadangan mengenai dengan tempoh kempen yang hendak dilanjutkan, saya bersetuju. Katakanlah daripada 10, 11 hari Yang Berhormat Sri Gading. Menjadi 15 atau 20 hari ataupun sebulan.

Akan tetapi dengan syarat, sudah pilihan raya diharamkan segala kempen.

Maknanya sekarang ini, kempen politik boleh berjalan sepanjang tahun. Sekarang dan sebelum ini pun sudah berkempen siang dan malam. Selepas pilihan raya umum seminggu sudah ada ceramah-ceramah perdana yang langsung tidak membantu untuk memupuk semangat perpaduan bukan sahaja di kalangan orang-orang Melayu tetapi rakyat Malaysia.

Masa terbuang dan pihak keselamatan pun terbuang masa. Sepatutnya selepas pilihan raya ditumpukan kepada usaha-usaha membangun rakyat dan melaksanakan pembangunan.

Maka dekat pilihan raya nanti baru ada kempen pula. Jadi, cadangan saya supaya sebaik sahaja selepas pilihan raya diharamkan segala bentuk ceramah kempen politik sehinggalah tiba tempoh pilihan raya yang akan datang. Bilakah pula? Soal mekanisme itu boleh difikirkan cuma kita tidak mahu ada kempen pilihan raya politik ini sepanjang masa berlaku di negara kita ini. Ini tidak baik kepada rakyat dan tidak baik juga dari segi pembaziran tenaga dan masa yang terus menerus tidak membantu kepada perpaduan rakyat. Seterusnya, selain daripada tempoh pilihan raya, saya juga hendak cadangkan di sini. Saya harap Yang Berhormat Sri Gading pun boleh bersetuju. Sekarang ini negara kita membenarkan seseorang bertanding dua kawasan iaitu Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri dan kita tahu rakyat berkehendakkan khidmat wakil rakyat yang dipilih secara berkesan. Manakala undang-undang mengizinkan seseorang calon bertanding.

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Katakan Parlimen di Perak, Dewan Undangan Negeri di Selangor, di lain-lain negeri. Kemudian salah seorang dilantik pula sebagai Exco ataupun Menteri Besar.

Bagaimana masa dia hendak tumpu di kawasan lain yang mereka di pilih? Maka sebab itu saya cadangkan supaya dipinda undang-undang, setiap orang hanya boleh bertanding hanya satu kawasan sahaja sama ada Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri. Ini juga bagi menentukan tidak ada pembaziran duit rakyat dan rakyat berhak mendapat khidmat yang terbaik daripada wakil rakyat. Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Penjelasan sedikit.

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih.

Saya hendak minta pandangan daripada Yang berhormat, mana-mana calon khususnya Barisan Nasional yang kalah dalam pilihan raya tetapi masuk ikut pintu belakang lalu jadi Senator untuk jadi Menteri atau Timbalan Menteri. Apa pendapat Yang Berhormat?

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Kalau dari segi undang-undang memang itu tidak ada salahnya. Undang-undang negara kita mengizinkan sesiapa sahaja dilantik menjadi Senator dan sesiapa sahaja boleh dilantik dalam Menteri Kabinet. Itu undang-undang yang sedia ada. Jadi, itulah jawapannya. Ini cadangan baru. Cadangan baru sekarang ini bertanding dua kerusi. Tadi Senator itu satu jawatan sahaja. Apa yang saya tumpukan ialah seseorang itu mesti pegangan satu jawatan sahaja pada satu masa. Jangan tamak mahu jadi Menteri Besar lagi dan mahu jadi MP lagi seperti Yang Berhormat Bukit Gantang ini tidak cukup-cukup dengan jawatan yang ada.

final • 2:50 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Betul atau tidak? Jadi, satu jawatan cukup...

[Ketawa] Ini kerana saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, rakyat berhak mendapat khidmat yang terbaik daripada wakil yang dipilihnya. Jadi, ini satu. Malah saya hendak cadang sampai ke peringkat dalam satu keluarga ini kalau boleh apabila seorang bertanding yang lain tidak boleh. Jangan pula suami bertanding, isteri bertanding, anak bertanding, cucu bertanding dan cicit bertanding. Selepas itu tuduh orang kroni dan nepotisme tetapi lihat sekarang ini mereka bertanding satu keluarga dan tidak lama lagi cicit pun bertanding...

final • 2:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Menyampuk]

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Hah?

final • 2:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Menyampuk]

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apa dia?

final • 2:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya tidak faham. Cuba bangun bertanya...

[Ketawa]

final • 2:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat, saya mahu tanya, kalau lain-lain parti bagaimana?

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya.

final • 2:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kalau satu kawasan abang bertanding parti A dan adik bertanding parti B?

final • 2:50 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Hah! Itu....

final • 2:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kalau kawasan lain seperti Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Johor Bahru itu kita fahamlah. Kalau satu kawasan?... [Ketawa]

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tidak. Satu kawasan itu tidak boleh, kalau lain-lain mungkin tidak mengapalah. Ini demokrasi. Ini telah lama kita amalkan, jadi tidak menjadi masalah. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya kembali kepada hal daftar pemilih ini. Saya hendak minta kalau bolehlah pihak SPR, paling ramai sekali pengundi- pengundi rakyat Malaysia yang telah cukup umur dan boleh daftar sebagai pemilih setelah mencecah umur 21 tahun ialah pelajar-pelajar universiti. Saya bertemu dengan pelajar- pelajar universiti. Sepuluh orang saya tanya, tujuh orang belum daftar. Umur sudah 22 dan 23 tahun. Jadi, sahlah pada saya, jumlah ratus ribu yang tidak daftar ini ialah pelajar-pelajar di universiti paling besar sekali.

Kalaulah mahasiswa di universiti ini, saya rasa tidak sukar untuk mereka daftar pemilih. Kalau SPR mendapat kerjasama dengan tiap-tiap universiti melalui vice chancellor masing-masing supaya dibuka kaunter daftar pemilih sepanjang masa ataupun paling tidak dua hari seminggu ataupun sekali seminggu waktu cuti hari Sabtu atau ahad dibuka di kaunter pejabat pentadbiran ataupun di asrama-asrama kediaman bagi pelajar yang tinggal di dalam kampus. Saya percaya kita dapat daftar ramai pemilih baru. Saya cukup yakin kerana saya semak secara random, memang saya dapati yang paling ramai sekali ialah pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi. Jadi, kalau semua pusat pengajian tinggi ini didaftar menjadi pengundi, saya percaya mungkin separuh daripada jumlah yang dianggarkan, yang cukup umur belum daftar akan daftar menjadi pengundi.

final • 2:50 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi, Tuan Yang di-Pertua itu sahaja pandangan saya dan saya harap isu hal pilihan raya bersih tidak bersih ini yang diungkit selama ini tidak akan menjadi isu lagi selepas ini. Begitu juga sebagai rumusan saya lupa hendak sebut tadi, pihak kerajaan jangan terikat dengan Jawatankuasa Pemilih ini.

Kalau hendak adakan pilihan raya bila-bila masa, kalau rasa perlu itu hak pihak kerajaan untuk mengadakan pilihan raya walaupun sama ada Jawatankuasa Pemilih ini sudah selesai atau tidak. Oleh sebab selama ini pun pilihan raya diadakan dan keputusannya diterima dengan baik. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Marang.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, atas nama PAS saya juga mengalu-alukan usul Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung penambahbaikan proses pilihan raya. Akan tetapi mengharapkan kesungguhan kerajaan dan keikhlasan melakukan islah pembaikan dengan sepenuhnya sebagaimana yang berlaku dalam negara-negara di seluruh dunia, yang terus mengalami perubahan cara pilihan raya mengikut perkembangan masa dan keperluan zaman dan masyarakat.

Demokrasi melantik rakyat menjadi hakim, selaras dengan makna demokrasi itu sendiri. Democratia, Democritus yang bermaksud rakyat diberikan kuasa untuk memilih dan menghukum kerajaan. Suruhanjaya Pilihan Raya adalah badan yang mengendalikan badan kehakiman rakyat supaya bertindak mengurus dengan cara yang saksama. Sebagaimana yang berlaku dalam amalan demokrasi yang bertamadun.

Rakyat bertindak menghukum hati yang memerintah ataupun pemimpin yang memerintah. Ataupun terus membela parti yang memerintah dan pemimpin yang memerintah melalui proses pilihan raya sekiranya berlaku kelemahan, tuduhan, kesilapan.

Parti yang memerintah boleh dijatuhkan oleh rakyat. Pemimpin boleh dijatuhkan oleh rakyat. Inilah demokrasi yang sama yang berlaku di seluruh dunia. Sehingga menjadikan kerajaan yang memerintah kerajaan yang sentiasa matang. Parti yang lemah memimpin negara diberi peluang untuk memulihkan dirinya, sehingga dia pulih dan dipilih oleh rakyat lagi.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

Perubahan demokrasi mestilah selaras dengan tamadun manusia. Demokrasi dilahirkan melalui tamadun manusia. Bermula dengan demokrasi Athens the Great yang diamalkan sebelum Masihi yang hanya menghimpunkan rakyat ataupun pemimpin- pemimpin di kalangan bangsawan sahaja bukan kalangan bawahan, wanita. Dihimpun di stadium untuk melakukan pilihan dan pungutan suara secara purba. Kemudian demokrasi mengalami Tamadun Islam dan Tamadun Barat.

Dalam Tamadun Islam telah berjaya mewujudkan satu sistem yang memberikan hak kepada rakyat selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW umat Islam telah mengemukakan tiga calon iaitu Abu Bakar di kalangan Muhajirin dan Ansar, Saidina Ali dan kalangan Ahlil Bait dan Saadun Mubadah dari kalangan Ansar.

Kemudian, suara majoriti memilih Abu Bakar menjadi khalifah dan semua kalangan terlibat dalam kerajaan yang ditubuhkan. Amalan-amalan berterusan dalam Tamadun Islam di zaman kegemilangan dan keemasannya. Dibukukan oleh para ulama Islam di dalam karya-karya mereka. Tamadun Barat yang memodenkan demokrasi, mengenali demokrasi moden melalui kajian oleh kapitalis. Pembacaan mereka daripada buku-buku Islam.

Sebelumnya bila tidak setuju dengan kerajaan, di England mereka sembelih Raja, sembelih menteri-menteri. Di Perancis mereka gantung King Lewis, pancung dan bunuh menteri-menteri. Itu amalan di barat. Di mana mereka telah berjaya mewujudkan proses demokrasi secara moden yang diamalkan di negara mereka setelah mereka mengkaji Tamadun Islam. Buku-buku Fiqah politik Islam diterjemahkan ke dalam bahasa barat.

Muqaddimah Ibnu Khaldun, Al-Ahkam As-Sulthaniyyah, Siyasah Syar’iyah, Thuruq Al- Hukmiyyah diterjemah ke dalam bahasa Latin, bahasa Jerman, bahasa Perancis dan dikaji oleh mereka.

Malangnya umat Islam sendiri khususnya umat Islam yang menjadi mangsa penjajahan sepatutnya mereka membebaskan diri, bukan sahaja penjajahan asing bahkan membebaskan diri, fikiran mereka yang terbelenggu itu dan kembali kepada tamadun yang sebenar. Dengan sebab itu kami mengalu-alukan penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya. Akan tetapi mestilah melibatkan semua bukan satu sahaja pilihan raya. Dari pengalaman saya sendiri, perlu melihat daftar pemilih yang masih bercelaru di mana jumlah pengundi yang tidak seimbang dengan jumlah penduduk dan jumlah kelahiran yang terlalu ramai yang dikatakan dan terbukti adanya pendatang asing, pengundi luar didaftarkan dengan jumlah yang banyak bagi menjamin kemenangan parti yang memerintah. Undi pos bukan lagi zaman undi pos. Kita bukan zaman berperang dengan komunis. Tentera bukan dalam keadaan darurat, mereka boleh dibawa mengundi di kawasan masing-masing. Boleh bagi cuti. Akan tetapi undi pos pun digunakan sebagai keputusan pilihan raya. Undi berulang kali.

Ini ternyata berlaku bahkan tarikh pilihan raya menjadi teka-teki. Suruhanjaya SPR tidak boleh hendak tentukan tarikh pilihan raya mengikut dia sendiri. Banyak negara-negara dalam dunia, tarikh pilihan raya ini sudah tahu lima tahun, sudah tahun tiga tahun, setahun.

Di negara kita tarikh pilihan raya itu teka-teki. Ada kata tahun ini, tahun depan. Dua tiga empat minggu baru tahu tarikh pilihan raya. Seolah-olah ini digunakan awal-awal lagi untuk memberi kesempatan kepada parti yang memerintah sahaja.

Di antaranya perubahan kawasan pilihan raya. Mengikut perlembagaan, lapan tahun, sepuluh tahun sekali mesti diubah kawasan pilihan raya ditambah kawasan-kawasan di negeri-negeri. Bagi negeri Kelantan, Terengganu, Kedah sudah puluhan tahun tidak ada tambahan kawasan pilihan raya. Apa yang ditambah di Johor, di Sarawak, negeri lain dan ada kawasan-kawasan yang jumlah pengundinya sampai 80,000. Kawasan Baling 70,000 hingga 80,000. Tumpat 80,000 dan banyak lagi akan tetapi telah di pecah kawasannya. Ada negeri-negeri yang Parlimennya 10,000 sahaja, belas ribu sahaja.

Mengapa proses tambahan kawasan Parlimen itu diatur? Adakah kerana ianya kepentingan untuk menjamin kemenangan parti yang memerintah. Ini adalah satu amalan yang tidak demokratik. Termasuk amalan demokrasi iaitu demokrasi media. Bila rakyat menjadi hakim, media adalah saksi. Kerajaan tidak – hakim tidak adil kalau saksi tidak boleh memberi penjelasan daripada semua pihak.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

Apa yang berlaku hari ini media dikongkong, TV dimonopoli, parti-parti yang tidak memerintah hanya boleh berceramah. Berceramah pula bergantung kepada kebenaran polis. TV masuk tiap-tiap buah rumah. Media bercerita pula kebenarannya agak terhad untuk ahli sahaja. Tidak boleh pada umum. Sedangkan pihak yang lain boleh menggunakan media dengan seluas-luasnya.

Di negara-negara yang maju demokrasinya membenarkan semua parti ada stesen TV masing-masing. Bukan TV kerajaan memberi peluang kepada semua-parti-parti. Kalau kerajaan dituduh, tuduhan bohong kerajaan boleh jawab, rakyat boleh mendengar. Kalau kerajaan tidak boleh jawab, kerajaan boleh hukum. Ini maknanya demokrasi. Bahkan kita selalu baca dalam media bagaimana pilihan raya di Amerika Syarikat, di England dan lain- lain lagi berlaku perdebatan di antara calon-calon yang bertanding. Rakyat boleh melihat hujahnya secara berdepan supaya media benar-benar menjadi saksi. Media adalah saksi dalam kehakiman rakyat.

Seterusnya menyalahgunakan alat kerajaan, masih berleluasa. Ini sangat memalukan. Sepatutnya apabila musim pilihan raya pemimpin-pemimpin yang memerintah tidak berhak menggunakan alat-alat kerajaan tanpa mengira mana-mana parti politik. Ini memerlukan perubahan. Di India, tadi disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur bagaimana dalam tahun 1975 Perdana Menteri India sendiri yang menang dalam kawasan dia, kerana di India dia boleh bertanding banyak kawasan. Mengikut undang-undang pilihan raya itu satu kawasan dia guna alat kerajaan, di mana pihak mahkamah membatalkan pilihan raya dia dan pilihan raya semula.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

Ini termasuklah amalan rasuah, menggunakan politik wang di mana politik wang ini bukan sahaja menular di dalam pemilihan parti bahkan dibawa kepada rakyat. Rakyat disogok, rakyat yang mengalami masalah hidup, masalah kemiskinan, dibelenggu, dijadikan kesusahan mereka sebagai cara untuk rasuah politik pada masa pilihan raya. Kita jangan lupa di dalam tahun 70-an bagaimana di Amerika, seorang presiden yang sudah menang pilihan raya dibatalkan kemenangannya dalam skandal Watergate yang terkenal kerana rasuah di dalam pilihan raya. Ini adalah demokrasi yang patut kita contohi, yang sangat positif, termasuk di dalam demokrasi ialah demonstrasi aman. Polis memberikan kebenaran untuk melakukan demonstrasi kepada rakyat yang tidak berpuas hati, mengawal keselamatan, mengawal keadaan supaya aman.

Bukan sahaja kita perlu mendengar suara daripada wakil-wakil rakyat di dalam Parlimen, mungkin yang disebutkan tidak sampai dan disampaikan oleh wakil rakyat, wakil rakyat ini perlu menyampaikan melalui luahan rasa, melalui tunjuk rasa, melalui demonstrasi yang aman. Jika mereka mengacau barulah boleh diambil tindakan, kalau mereka tidak mengacau atau memusnahkan alat-alat kerajaan, tidak sewajarnya. Kerajaan perlu mendengar di mana demonstrasi aman ini diamalkan di negara-negara demokrasi yang maju. PAS melibatkan diri di dalam Bersih 2.0 kerana kita menganggap kita berdemonstrasi secara aman, walaupun di sana melibatkan NGO-NGO, PAS sebagai sebuah parti Islam.

Bagaimana parti Islam boleh terlibat dengan NGO yang menganjurkan Bersih 2.0 sedangkan mereka bukan Islam, kerana kita tahu ketuanya bukan parti politik, bukan ahli mana-mana parti politik dan dia tidak dicalonkan, dia tidak bertanding pilihan raya. Cuma dia menunjukkan sikapnya yang terbuka dan kesan politik terhadap tanah air yang dia sedari dan menganggap itu suatu penyelewengan, suatu kezaliman dalam amalan demokrasi yang boleh merosakkan negara. Islam mengajar kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi menentang penyelewengan.

Nabi Muhammad SAW ketika telah mendirikan negara dan berkuasa di Madinah, pernah menyebut peristiwa yang berlaku pada zaman Jahiliah di mana Baginda telah dibawa oleh bapa-bapa saudara Baginda menyertai perjumpaan di rumah Abdullah bin Jud’an yang melibatkan pemimpin-pemimpin Mekah yang bukan Islam bagi membuat suatu keputusan untuk membela orang-orang yang dizalimi, yang menentang mereka yang zalim.

Baginda menyebut, “Sekiranya persefahaman ini dibawa pada zaman Islam, nescaya Baginda menyertainya”. Seterusnya, kita melihat amalan demokrasi yang sihat bukan sahaja melalui pilihan raya, bahkan dalam proses pentadbiran.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang - Marang

Di dalam negara yang maju demokrasinya, hendak melantik jawatan-jawatan penting kerajaan, hendak melantik Ketua Setiausaha Negara, hendak melantik Ketua Hakim Negara, di mana calon yang dibawa di dalam Jawatankuasa Parlimen untuk menilai calon yang hendak dilantik itu.

Di dalam Islam disebut jar wata’adil, untuk mendedahkan baik dan buruk. Kalau ada buruknya, kelemahannya, didedahkan supaya jawatan penting ini benar-benar mendapat sokongan daripada suara rakyat yang sebenarnya. Rakyat boleh melakukan muhasabah termasuklah demokrasi tidak mengganggu perkembangan minda di dalam urusan pentadbiran, di dalam urusan pendidikan dan pelajaran. Di sana ada akta-akta yang menghalang pegawai-pegawai kerajaan yang sedar berlakunya penyelewengan, hendak mendedahkan penyelewengan. Tidak boleh dedah, dia akan diambil tindakan ataupun pegawai kerajaan-pegawai kerajaan yang berani mengkritik, pangkat dia tidak naik. Jikalau pangkat dia naik, dia mengampu. Jikalau naik pangkat yang mengampu, ini satu amalan yang boleh melemahkan usaha. Termasuklah percambahan pemikiran di dalam bidang pendidikan dan pelajaran. Kita melihat Akta Universiti yang mengongkong pensyarah- pensyarah, yang mengongkong pelajar-pelajar. Mereka adalah di kalangan yang berpelajaran, sepatutnya mereka diberikan hak untuk memberikan pandangan mereka yang bebas, yang adil, yang berhujah dan kerajaan boleh menilai pandangan-pandangan mereka.

Akan tetapi akta-akta ini telah menghalang mereka daripada terlibat dengan perkembangan yang berlaku di dalam medan rakyat. Padahal mereka selepas belajar, di luar universiti, di luar kampus, akan terlibat dengan masyarakat. Dengan sebab itu mereka perlu tahu tentang masyarakat dan membuat muhasabah perkembangan yang berlaku dalam masyarakat. Akan tetapi akta ini mengongkong perkembangan minda untuk melahirkan demokrasi yang subur. Kemudian amalan federalisme selepas pilihan raya.

Bulan lepas pilihan raya, kita mesti menghormati keputusan rakyat, ada rakyat yang memilih kerajaan negeri, parti lain, bukan parti Kerajaan Pusat. Apabila rakyat memilih parti lain mengendalikan kerajaan negeri, Kerajaan Pusat mesti menghormati pilihan kerajaan negeri ini. Mesti mengamalkan sistem federalisme tetapi berlaku campur tangan, tubuh pegawai persekutuan di negeri-negeri yang dimenangi oleh parti lain kerana hendak mencampuri urusan-urusan dalaman negeri. Tubuh jawatankuasa kampung, lantik ketua kampung. Ini urusan negeri, bukannya urusan Kerajaan Pusat tetapi Kerajaan Pusat mencampuri hal yang seperti ini. Ini adalah amalan yang tidak demokrasi, termasuklah melanggar perjanjian, melanggar amalan federalisme yang pernah berlaku di Kelantan, semata-mata kerana parti lain yang memerintah. Dinafikan hak petroleum, dirampas daripada Terengganu. Ini adalah amalan yang tidak demokratik, semata-mata kerana keputusan rakyat lain daripada Kerajaan Pusat.

Hal-hal yang seperti ini sepatutnya diambil kira oleh kerajaan dan saya berharap supaya jawatankuasa ini benar-benar menjadi satu jawatankuasa yang diambil secara positif. Pandangan-pandangannya hendaklah dihormati, jangan di bakul sampah kan sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, saya bercadang untuk memanggil Yang Berhormat Tuaran dan selepas itu Yang Berhormat Sri Gading dan saya meminta Menteri untuk menjawab selepas itu. Cukup, Pakatan Rakyat tiga orang, seorang Ahli BEBAS dan tiga daripada Barisan Nasional. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih...

final • 3:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Tuaran.

final • 3:16 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan khasnya kepada Yang Berhormat Perdana Menteri kerana berani untuk mengambil satu langkah lagi di dalam pembaharuan di dalam negara ini.

final • 3:16 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Seperti yang sedia maklum, beliau ini telah memulakan program pembaharuan ini melalui Economic Transformation Program, selepas itu Government Transformation Program. Sekarang ini beliau telah melangkah kepada satu kawasan iaitu yang agak sensitif dan very touchy iaitu Political Transformation Program.

Jadi, saya menganggap bahawa beliau ini adalah peka dengan suara rakyat, kalaupun ada pihak-pihak mengatakan bahawa inisiatif ini berhasil daripada tekanan daripada pihak-pihak tertentu untuk mendesak untuk mengadakan satu perubahan. Apa pun, saya kira kita menghargai tindakan kerajaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli yang telah dilantik di dalam jawatankuasa ini. Saya kira di dalam keputusan kerajaan memilih ahli-ahli jawatankuasa ini pertamanya perkiraan mengenai perwakilan kaum dan juga parti-parti. Saya mengalu-alukan kesediaan pihak rakan-rakan di barisan pembangkang untuk mengambil bahagian di dalam jawatankuasa ini dan memberikan contribution yang positif. Kita berharap apabila nanti dapatan ataupun cadangan jawatankuasa ini, kita terima kesemuanya untuk membolehkan kita berjalan terus untuk mengamalkan dan mempraktikkan sistem demokrasi di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya ingin lihat ialah supaya jawatankuasa ini berfungsi seperti jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen yang lain. Seperti Public Hearing Committee dan juga jawatankuasa-jawatankuasa yang lain di mana ahli-ahli jawatankuasa berfungsi sebagai suatu jawatankuasa. Tidak ada apabila jawatankuasa ini bermesyuarat, maka perasaan belah bagi di antara pembangkang dan kerajaan itu tidak lagi wujud.

Seperti yang kita dapat, saya salah seorang daripada Ahli Public Accounts Committee, apabila kita bermesyuarat, semua ahli itu bersuara sebagai satu nada. Apabila kita berdepan dengan satu isu atau satu perkara yang dibawa ke depan pertimbangan kita, maka kita ini memberikan komen secara satu pasukan. Saya berharap jawatankuasa ini juga berfungsi sedemikian.

Walaupun di dalam kes jawatankuasa pilihan khas ini saya kira perkara-perkara yang dibawa itu agak divisive dan kadang-kadang memerlukan satu pendekatan give and take, toleransi antara satu sama lain.

final • 3:16 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, yang penting ialah juga semua stakeholders sistem politik kita di Malaysia ini harus diberi peluang untuk didengar terutamanya ialah parti-parti politik.

Parti politik itu tidak sudah cukup, the stakeholders are not only among the political parties in Malaysia, tetapi juga ia merangkumi dengan NGOs iaitu kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam sistem politik seperti persatuan-persatuan ini. Mereka ini harus diberi peluang untuk didengari. Walaupun mereka tidak diberi peluang, mendapat peluang untuk menghantar perwakilan untuk mendengar secara peribadi di hadapan jawatankuasa ini, tetapi saya kira submission yang penting ialah semua submission yang disampaikan harus diambil kira secara serius. Ini kerana saya berpendapat dan percaya bahawa mereka yang menghantar pendapat dan juga submission kepada jawatankuasa ini adalah serius dan memerlukan pendengaran yang serius daripada jawatankuasa.

Saya juga bersetuju dan berpendapat jabatan-jabatan yang berkenaan apabila dipanggil oleh jawatankuasa ini harus tampil ke hadapan. Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan sebagainya harus diberi kebebasan untuk hadir, bukan seperti dahulu dalam Jawatankuasa Integriti, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak hadir. Jadi, itulah menyebabkan jawatankuasa itu tidak berfungsi secara efektif.

Tuan Yang di-Pertua, saya ringkas sahaja. Saya ingin menyentuh tentang konteks di Sabah. Apabila kita menyentuh tentang sistem pilihan raya, kita juga tidak lari daripada mengenai dengan senarai pilihan raya. Di Sabah ini kita tahu iaitu kehadiran pendatang tanpa izin yang begitu ramai sekali. Saya tidak perlu ulang apa yang telah disiarkan dan ternyata dalam banyak publication dan juga laporan dan sebagainya mengenai dengan kehadiran pendatang tanpa izin ini. Kita tidak boleh nafikan Tuan Yang di-Pertua. Saya kira ini tidak boleh dinafikan pada mereka ini. Kalau dahulu kita beli sayur, kita lihat penjual sayur tempatan tetapi sekarang ini kita beli sayur, kita beli ikan, kita semua lihat ramai daripada mereka ini terdiri daripada mereka yang baru datang ke Sabah.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ini tidak juga dapat dinafikan bahawa ramai mereka ini telah masuk ke dalam ‘electoral roll’ di Sabah. We cannot deny this Tuan Yang di-Pertua. I would like to challenge anybody to deny this.

Baru-baru ini Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri datang ke Sabah dan mengatakan sekali lagi bahawa tidak ada IC diberikan kepada PTI. Saya berpendapat bahawa beliau ini tidak berkata benar, deny or ignorance and I repeat here in Parliament.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga tahun lalu telah menghantarkan satu memorandum kepada Menteri Dalam Negeri. Apabila saya dimohon oleh Menteri berkenaan untuk menyampaikan kalau ada bukti, saya sudah sampaikan. Malangnya pada hari ini sudah sampai setahun, saya belum mendapat apa-apa feedback daripada kementerian. Saya tidak perlulah ulang lagi apa yang telah disampaikan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal pembersihan senarai pengundi ini, saya juga bersetuju bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ini tidak boleh dipersalahkan oleh sebab individu yang datang untuk mendaftar sebagai pengundi ini datang dengan kad pengenalan mereka dan Suruhanjaya Pilihan Raya ini tidak mempunyai..., they are not in the position to certify whether the IC that they brought, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, is generally known. They just register them on the surface daripada dokumen yang they brought. So…

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya terpaksa memberhentikan Yang Berhormat untuk suatu pengumuman.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Ya.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengalu-alukan kehadiran Her Excellency Dr. Fehmida Mirza, Speaker of The National Assembly of Pakistan ke Dewan yang mulia ini. Semoga kehadiran Excellency Dr.

Fehmida Mirza dan delegasinya dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara Parlimen Malaysia dengan National Assembly of Pakistan yang tersedia terjalin kukuh selama ini.

Silakan Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ulang lagi bahawa dalam soal pembersihan ataupun pengemaskinian senarai pengundi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya ini tidak boleh dipersalahkan. Ini kerana apabila seseorang individu datang untuk mendaftar, mereka datang dengan dokumen, IC dan sebagainya. Jadi, suruhanjaya ini tidak mempunyai cara untuk certify. They take the registration dengan izin, on the surface document that they brought, so kita tidak boleh mempersalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Oleh itu di dalam fungsi jawatankuasa ini Tuan Yang di-Pertua, apabila nanti ada submission ataupun keterangan yang disampaikan, saya berharap jawatankuasa ini mengambil kira perkara ini secara serius. Kalau tidak, dapatan ataupun rumusan jawatankuasa ini nanti tidak mendapat penghormatan daripada rakyat jelata.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengundur diri, saya singkat sahaja ini. Saya menyentuh satu dua perkara. Pertamanya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya mengehendaki rakyat Malaysia ini mendaftar diri sebagai pengundi di tempat di mana alamat dalam kad pengenalannya itu. Jadi memanglah saya memahami secara rasionalnya, tetapi kita lupa bahawa sekarang ini rakyat Malaysia ini mobile di seluruh Malaysia. Orang Sabah ini berhijrah ke Semenanjung bekerja, orang Semenanjung datang ke Sabah bekerja. Akan tetapi, kalau setiap kali rakyat atau individu itu berpindah dan terpaksa ke Jabatan Pendaftaran mengubah alamat IC itu, apabila dia sudah habis, contohnya seorang guru daripada Kelantan mengajar di Sabah, dia mengundi di Sabah, dia terpaksa ubah alamat IC itu. Apabila habis tempoh tugasan beliau, beliau terpaksa balik ke negeri asalnya, beliau terpaksa mengubah lagi alamat dalam IC.

Saya ditemui oleh beberapa rakan-rakan yang mendapat IC di Semenanjung, orang Sabah Yang Berhormat. Dia balik ke Sabah, dia mahu mengundi di Sabah tetapi ICnya tidak membolehkan dia mengundi di tempat sendiri. Jadi, saya cadangkan di sini bahawa tidak perlulah mengubah alamat dalam IC ini, means minta temporary address daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Sekarang ini hendak diubah sebab ini melibatkan kos.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Our people’s..., dengan izin Tuan Yang di-Pertua, are mobile. Why do not you take this situation, our people working around in research work, pekerjaan dan sebagainya. Jadi, kita ambil kira dan saya harap ini untuk Suruhanjaya Pilihan Raya. Kita ambil kira perkara ini.

Satu lagi saya ingin menyentuh sebelum saya mengakhiri Tuan Yang di-Pertua ialah dua perkara yang sedang hebat diperbahaskan iaitu sistem bagaimana untuk memastikan tidak ada individu atau pengundi yang mengundi dua kali, tiga kali. Ini antara sistem biometrik dengan ink kekal. Sistem biometrik ini bukan tidak bagus tetapi di kawasan luar bandar ini Tuan Yang di-Pertua, pertamanya kita perlu mendapat connection daripada internet. Di Sabah ini penembusan jalur lebarnya hanya setakat 26 peratus. Apa jadi dengan polling station yang dulu-dulu ini? They have no connection to the internet. Kedua, tidak ada elektrik. Di Sabah ini satu program yang paling digemari atau yang terkenal ialah blackout, elektrik mati. Ini sudah biasalah. Jadi, kalau dalam satu polling station itu kita pakai biometrik, apabila elektrik mati, bagaimana? Kita boleh undi? So, itu ia punya faktor.

Jadi yang simple ini ada ink. Saya setuju dengan ink ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan di Sabah ini ramai daripada mereka ini – saya tahu ini daripada PTI, ramai daripada mereka ini ada dua, tiga kad pengenalan.

Sebagai contoh, saya mendapat kiriman satu gambar ini, orang Sabah ditangkap dalam perhimpunan Bersih baru-baru ini, dia ada dua kad pengenalan. How does this happen?

Dia mengatakan kepada pihak polis dia ada tiga kad pengenalan, dia hanya dapat bawa dua sahaja. This is only the tip of the iceberg, you have to settle this.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Jadi, saya bersetuju kalau boleh sebab kita tidak ada masa Tuan Yang di-Pertua.

Only six months. Tidak akanlah sahabat ini mendapat 100 peratus tembusan, ... dalam enam bulan ini. Impossible. So, we have to go to the most convenient dan, ...itu senang sahaja. Orang kahwin pun ada ink juga bukan. Sampai satu minggu tidak hilang, sudah...

kahwin sudah. Jadi, dalam pemilihan pun kita gunakan ink, simple sahaja.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah larangan kepada pegawai kerajaan melibatkan diri dalam politik. Saya sebagai Timbalan Presiden parti saya UPKO, mendapat teguran daripada jabatan-jabatan bahawasanya ini, ”Pegawai kamu tidak boleh campur tangan dalam politik kerana dia ini Division I”. Dia suruh pilih terus berpolitik ataupun terus kerja. Akan tetapi ada juga parti-parti politik di mana super scale pun memegang jawatan dalam parti. Jadi, kerajaan harus consistent dalam perkara ini.

Saya lihat ada pros and cons Tuan Yang di-Pertua. Kalau pegawai itu rasional, dia boleh membahagikan antara dua tugas sebagai ahli politik dengan sebagai pegawai kerajaan itu, okey. Akan tetapi, ada juga kes-kes ini, pembaca meter elektrik pun ramai, pembaca meter air. Apabila ada perhimpunan parti dia hilang dari kawasan, satu bulan.

Jadi, orang tidak dapat membaca bilnya. Sekarang ini ada dua dasar kerajaan iaitu bil RM20 ke bawah itu tidak perlu membayarnya bukan. Free. Akan tetapi kalau dibaca sekali tiga bulan, sudah RM60. Terpaksa bayar juga. Salah siapa? Pembaca meter yang tidak datang? Ini disebabkan dia sibuk dengan karier politiknya. Jadi, ia menjejaskan juga dasar kerajaan.

Saya juga difahamkan, betul atau tidak betul saya tidak tahulah. Pegawai daripada Jabatan Penerangan ini diminta, dimestikan untuk mengambil keahlian parti. Saya minta standard daripada Yang Berhormat Menteri yang berkenaanlah. Saya difahamkan bahawa setiap pegawai kanan jabatan ini mesti mengambil keahlian parti. Rahsianya saya tidak tahu. Akan tetapi, maksud saya ini ialah kerajaan harus be consistent. Boleh atau tidak boleh, ini harus di apply to everybody balik.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingat penubuhan ini straight forward. Jadi,...

banyak-banyak cakap, dalam hal ini saya sekali lagi ingin berterima kasih kepada kerajaan dan saya menyokong sepenuhnya penubuhan jawatankuasa ini. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Yang Berhormat Sri Gading.

final • 3:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak hendak macam Yang Berhormat Tuaran ini iaitu pembangkangkah, Barisan Nasionalkah. Tidak faham saya.

final • 3:33 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya menyatakan kenyataan.

final • 3:33 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ya.

final • 3:33 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Saya ada hak dengan berdiri ini sebagai Ahli Parlimen kawasan saya... [Tepuk] I have speak on a truth.

final • 3:33 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya pun tidak membangkang apa Yang Berhormat kata. Terpulanglah tetapi persoalannya tetap ada. Benar atau tidak benar, soalan lain.

final • 3:33 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

“Wa ampu sana, wa ampu sini”...

[Ketawa]

final • 3:33 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya SPR yang ada pada hari ini, dengan undang-undang dan peraturannya yang terbaik di dunia... [Disampuk] saya ikuti perkembangan SPR ini daripada pilihan raya tahun 1964, 1969, 1974, 1979 dan seterusnya. Saya mengendalikan sebagai wakil calon sewaktu saya menjadi Setiausaha UMNO bahagian, wakil calon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini semua dalam tahun-tahun yang berkenaan.

Setiap kali pilihan raya, SPR tentu ada penambahbaikan. Maklumlah masa berubah... [Ketawa] Masa berubah, suasana bertukar. Kita perlu sesuaikan waktu semasa.

Macam Yang Berhormat Permatang Pauh kata, dahulu panjang. Sekarang mengapa singkat waktu berkempen. Dahulu tahun 1955, pilihan raya pertama sebelum merdeka, orang pun tidak faham bagaimana hendak mengundi sebab itu sampai 42 hari ketika itu.

Selepas itu pilihan raya tahun 1959, kita punya tempoh berkempen selama 32 hari. Orang tidak faham. Oleh sebab itu, rakyat ini hendak diajar bagaimana hendak mengundi. Baru merdeka dua tahun. Oleh sebab itu, waktu itu sesuailah 32 hari, 42 hari.

Akan tetapi sekarang, daripada Mac 2008 sampai ke hari ini, beribu kali pihak pembangkang buat kempen. Tidak cukup lagikah. Hendak berapa hari kempen? Beribu DAP, PAS, PKR, semua dengan kempen, tiga tahun lebih sudah berkempen, apa yang hendak diharapkan waktu pilihan raya. Saya berkempen? Huh! Line internet, line itukah, lain. Jadi, kalau sekarang lapan hari atau sepuluh hari, cukuplah. Rakyat pada hari ini pun sudah jauh berbeza. Betul Tuan Yang di-Pertua? Sudah jauh berbeza. Orang sudah lebih bijaksana, kemudahan sudah lebih terserlah... [Ketawa] Jadi, apabila SPR kata lapan hari berkempen, terimalah. Dalam lapan hari berkempen, lima buah negeri Barisan Nasional melayang. Apa lagi yang tidak telusnya SPR? Come on man.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh dengan dia punya caralah, Yang Berhormat Permatang Pauh kita kenal lama sudah. Cara dia seolah-olah hendak mengugut kerajaan mesti itu mesti ini, baru boleh pilihan raya. Eh! Dia lupakah sewaktu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri. Soal hendak menetapkan bila pilihan raya ialah kerajaan semasa. Tidak ada syarat. Tidak perlu hendak meluluskan itu meluluskan ini, baru hendak pilihan raya. Tidak perlu. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agaknya dia mimpi indah malam itu, esok dia isytiharkan, hak dia. Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Inilah cara pembangkang. Hendak mengelirukan rakyat... [Ketawa] Sorry lah. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada kuasa.

Yang Berhormat Permatang Pauh faham sangat. Bukan tidak faham. Dia faham tetapi dia buat-buat tidak faham pasal hari ini dia duduk di luar kamar. Sewaktu di dalam kamar, dialah juga dengan Tun Dr. Mahathir dahulu, pakat bila hendak pilihan raya. Dia juga pakar. Kita pun tidak tahu. Jadi Yang Berhormat Menteri, kerajaan jangan diugut bila hendak mengadakan pilihan raya, silakan. Rakyat patuh. Parti-parti politik patuh. Kita patuhlah seperti ini. Saya menyokong jawatankuasa ini walaupun sahabat dari sebelah pembangkang, saya tetap sokong.

final • 3:33 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dia dipilih oleh partinya dan kemudian diluluskan oleh Parlimen. Saya sokong sesiapa sahaja. Baik yang lima orang daripada Barisan Nasional atau yang tiga orang daripada pembangkang. Itulah cara kita. Kita terima.

Tuan Yang di-Pertua, pada saya, bab dakwat atau tidak dakwat ini tidak penting.

Mari kita lihat sistem yang ada sekarang. Kita berdasarkan buku daftar pemilih, okey. Setiap pusat pengundian ada wakil-wakil parti di dalam itu bersama-sama dengan RO, kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya yang bekerja dalam tempat mengundi itu ada wakil parti baik daripada parti UMNO, Barisan Nasional, pembangkang, ada. Masuk seorang. Mohamad bin Haji Aziz, SPR itu kata Mohamad bin Haji Aziz, dia potong pada buku daftar pemilih. Betul?

final • 3:33 PM

Seorang Ahli

Betul.

final • 3:33 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Wakil parti kerajaan pun potong. Wakil parti pembangkang pun potong.

final • 3:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Wakil BEBAS pun potong.

final • 3:33 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Mana mungkin...Ya. Wakil BEBAS pun potong. Kata orang Indonesia, ‘Mana mungkin pak’. Mana mungkin hendak buat penipuan. Mana mungkin dua kali Mohamad bin Haji Aziz hendak mengundi, namanya sudah dipotong kerana Mohamad bin Haji Aziz kena pergi undi di pusat pengundian itu.

final • 3:33 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Di pusat lain nama dia tidak ada. Kalau hendak syak wasangka, kita tidak akan tamat perbahasan ini kalau hanya menggunakan simptom syak wasangka. Takkanlah pegawai-pegawai sebodoh itu. Takkanlah pegawai-pegawai tidak arif undang-undang sedia ada. Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya yakin sangat SPR kita bagus...

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh?

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Walaupun agaknya hendak menambah baik, okeylah tidak ada masalah. Akan tetapi tidak pula macam soalan Yang Berhormat Permatang Pauh, jahat soalan dia. Saya petik ya. Tengok, dia menggunakan ungkapan hendak mengelirukan rakyat. “SPR tidak berupaya mengambil tindakan di bawah undang-undang dan peraturan pilihan raya.” ‘Tidak berupaya’. Maknanya macam SPR langsung tidak ada apa-apalah. Soalnya, SPR sudah 12 kali pilihan raya. Kita kadang menang, kadang kita kalah, kadang itu..., come on lah. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Siapa lagi..., hendak juga?

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Minta pandangan.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dijemput.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, di negara-negara lain Yang Berhormat, permasalahan tentang daftar pemilih ini juga wujud. Di New Zealand, orang awam membuat bantahan kepada SPR mereka bahawa seramai 306 orang, ada 90 orang pengundi tinggal satu rumah pun ada bantahan yang dibuat di Australia dan di New Zealand. Di Venezuela, bantahan dibuat 39,000 orang melebihi 100 tahun ada dalam daftar pemilih di Venezuela. Di Sepanyol, 22 pekan, 16 di Granada semuanya mempunyai masalah dan bantahan terhadap daftar pemilih.

Bezanya Yang Berhormat, di negara-negara yang saya sebutkan ini apabila mereka mempunyai masalah dengan daftar pemilih, mereka datang berjumpa dengan pegawai-pegawai SPR mereka dan meminta supaya di buat penyiasatan, dan pegawai- pegawai SPR di negara-negara tersebut membuat penyiasatan. Akan tetapi di Malaysia ini Yang Berhormat, apabila kita ada temui 100 orang melebihi 100 tahun di dalam daftar pemilih, kita pergi ke jalan raya untuk berdemonstrasi. Itu bezanya.

Itu sebabnya saya katakan tadi Yang Berhormat dan saya minta pandangan Yang Berhormat, statistik kita besar, 12 juta lebih pengundi di dalam daftar pemilih dan sudah tentu ada statistical error.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Siapa sahaja yang tahu tentang statistik, memang ada ruang-ruang kesilapan teknikal tetapi sama ada masalah teknikal itu dapat mempengaruhi ataupun merosakkan keseluruhan data, itu saya tidak yakin.

Satu lagi Yang Berhormat minta pandangan. Kita dengar Bersih membuat banyak cadangan dan disambut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Contohnya tentang pendaftaran secara automatik (registration automatic). Akan tetapi sedar kah Yang Berhormat, ini adalah sebahagian daripada undang-undang negara untuk kita memohon menjadi pengundi? Kalaulah mereka benar-benar mahu satu perubahan dibuat, sepatutnya mereka bawa cadangan ataupun usul di dalam Dewan yang mulia ini untuk mengubah Perlembagaan Negara, bukan di bawa ke jalan raya. Itu tidak akan menyelesaikan masalah. Begitu juga untuk mengurangkannya kepada 18 tahun supaya mengundi. Semua mesti dibawa ke Dewan ini, Dewan Rakyat, supaya kita bahas dan ubah undang-undang.

Tanpa itu Yang Berhormat, saya rasa percubaan mereka ini adalah satu percubaan yang berlandaskan politik. Saya minta pandangan Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 3:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh minta pandangan sekali? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju antara beberapa isu yang dibawa dan saya rasa yang disebut berkenaan tidak mungkin data statistik itu tersilap itu, itu saya rasa itu sangat mustahak oleh sebab saya juga pernah membangkitkan berkenaan dengan isu klon voters ini atau klon pengundi yang dianggap sebagai klon ini. Saya rasa ada baiknya saya sebut di sini penemuan yang saya kata walaupun tidak banyak tetapi ia boleh menjejaskan kredibiliti sebagaimana yang Yang Berhormat Kota Belud katakan tadi tidak mungkin statistik itu tidak boleh silap. Memang betul. Akan tetapi dalam sistem pangkalan data, saya rasa yang tidak mungkinnya begini.

Tidak mungkin kalau sistem komputer yang diguna pakai oleh pihak SPR tidak boleh mengesan pengundi yang sama yang mempunyai dua nombor kad pengenalan yang berlainan. Apatah lagi nombor kad pengenalan itu yang berlainannya nombor baru sedangkan nombor kad pengenalan lamanya sama. Kalau sistem itu sistem komputer, tentu boleh mengesan, sebab kemasukan data itu mesti merujuk kepada satu nombor yang asas dan satu nombor yang baru kalau kad pengenalan itu nombor baru. Tidak mungkin juga perkara ini menjadi kesilapan kerana komputer, programmingnya kalau menyebut tentang nombor yang biasa, sudah tentu ia akan keluar orang yang sama.

Akan tetapi, dalam kes ini kita menemui orang itu memang mengakui yang dia punya juga nombor kad pengenalan. Ini yang saya kata antara kes yang menyebabkan..., walaupun kita membuat laporan siasatan dikata akan dibuat tetapi sehingga sekarang data itu masih berada dalam pangkalan data yang sama. Oleh sebab itu berkenaan tidak mungkin itu, saya rasa tidak munasabah kalau dikata tidak mungkin berlaku kesilapan.

Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Teruskan Yang Berhormat Sri Gading.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, kita manusia, kemungkinan berlaku kesilapan. Ada, tidak dapat dinafikan. Oleh sebab itu saya begitu percaya dan yakin SPR. Itu sebabnya saban tahun, setiap masa sebenarnya dia sentiasa memperbetulkan daftar pemilih, mengemaskinikan daftar pemilih. Seramai 12 juta lebih pengundi kalau ada tersilap satu dua, adatlah Tuan Yang di-Pertua. Bukanlah pula kita hendak menafikan. Itu kalau ada. Akan tetapi kalau kesilapan-kesilapan kerana kemanusiaan ini hendak kita katakan bahawa SPR ini tidak berlaku adil, dia pembohong, dia begitu, dia ini penipu, zalim sangatlah kita.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya minta laluan.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Belud. Ada benda-benda sebenarnya kita bawa di sinilah, jangan dibawa ke jalan raya. Kenapa bawa ke jalan raya? Pasal bawa di sini sudah tentu kalah. Ya lah..., masa, masa tidak ada...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bagi laluan sikit sahaja, sikit sahaja.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Sikit sahaja Yang Berhormat Sri Gading.

Janganlah macam Yang Berhormat Kinabatangan.Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, boleh ya?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Sri Gading...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ringkas Yang Berhormat, ringkas Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Yang menunjukkan sifat gentleman yang jauh lebih baik daripada Yang Berhormat Kinabatangan... [Ketawa] Ini tadi yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Sri Gading tentang soal kalau ada salah satu dua itu perkara biasa, masalahnya ini bukan satu dua. PAS Selangor telah mengemukakan nama-nama yang bertindih yang mempunyai IC nombor lama yang sama tetapi IC baru yang ada dua bagi orang yang sama lebih daripada seribu lebih orang. Seperti mana yang disebutkan tadi, kalau mana ianya dilakukan secara manual satu hal, ini pakai komputer. Inilah yang kita timbulkan iaitu soal integriti, soal kepercayaan yang boleh kita serahkan kepada SPR dalam keadaan apabila kita kemukakan masalah-masalah ini, semuanya dia hendak tolak.

Oh! Ini tidak ada, ini tidak ada tetapi apabila kita dedahkan, dia salahkan JPN pula dan sebagainya.

Saya di Shah Alam, saya hendak beri satu kes yang selain daripada ini. Baru-baru ini kita buat bantahan 58 nama. Daripada 58 nama itu, 52 bantahan kita diterima. Enam sahaja yang lekat. Daripada 52 itu, dua orang yang datang orang Indonesia. Cakap terus terang. Cakap pun pelat-pelat Indonesia, baru sahaja dapat IC dan dia beritahu kepada kita dia kata dia pun tidak tahu macam mana nama dia boleh ada dalam daftar pemilih. Dia tidak pergi daftar. Lalu nama dua orang ini pun digugurkan. Dia beritahu kita dia kata dapat IC terus masuk dalam daftar pengundi.

Inilah yang menimbulkan persoalan adanya kerjasama di antara SPR, JPN dan Majlis Keselamatan Negara yang merancangkan satu suasana di mana pilihan raya yang ke-13 ini dijangka akan menjadi pilihan raya yang paling kotor kerana Barisan Nasional sudah tahu...

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Mana orang itu?

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Eh! Ada di Shah Alam.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Dah buat dah. Jangan risau, jangan risau.

final • 3:40 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Okey.

final • 3:40 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Bawa pergi polis. Tangkap dan arrest.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Memang ada satu perancangan untuk kekalkan Barisan Nasional dalam kedudukan berkuasa walaupun rakyat negara Malaysia sudah tolak.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Memang kita terpaksa bawa ke pilihan raya kerana tidak ada cara lain.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Okey Yang Berhormat Shah Alam. Sudahlah kata tadi pendek.

final • 3:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau tidak bawa ke pilihan raya orang tidak tahu.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Mencelah satu minit sahaja.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua,

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, inilah permainan pembangkang. Inilah permainan yang sengaja hendak diwujudkan supaya rakyat esok menyalahkan kerajaan. Dia sudah tahu dia hendak kalah, jadi sebab itu kalau kita menang Barisan esok, ha! ini tipu punya kes - supaya rakyat rasa ragu dan sebagainya.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Yang Berhormat Sri Gading...

final • 3:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini cara dia advancekan pembohongan mereka supaya rakyat esok kalau dia kalah ini bukan mengenai rakyat punya pilihan, ini kerana BN main kotor. Inilah politik...

final • 3:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Saya minta dia tarik balik pembohongan itu. Saya sudah kemukakan fakta di Shah Alam, SPR sudah mengaku sudah di Shah Alam.

Dia bukan satu pembohongan.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, ini betul saya pun pernah berbual, kadang-kala hendak pilihan raya pembangkang sengaja hendak mewujudkan satu rumah sepuluh pengundi. [Ketawa] Dia sengaja, esok kalau dia kalah, ha, inilah contoh macam mana BN buat kotor. Walhal dia sendiri buat. Saya boleh saya andaikan begitu. Betul atau tidak betul tidak tahu.

Akan tetapi maknanya kalau hendak buat andaian saya pun boleh buat andaian.

Dia sengaja satu rumah sepuluh orang pengundi. Esok kalau kalah, inilah kerajaan buat kotor, satu rumah boleh alamat sepuluh orang. Walhal benda itu sengaja dibuat. Macam juga kalau pembangkang hendak main kotor ini dia boleh buat beginilah. Jadi Tuan Yang di- Pertua, tidak payah cakap banyak sangatlah Tuan Yang di-Pertua sudah signal saya sudah banyak kali, saya patuh.

final • 3:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bagi satu minit lagi.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Setengah minit lagi...

final • 3:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya menyokonglah rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasihlah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.

final • 3:54 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Beberapa orang Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Sri Gading dan juga yang telah pun mencelah sebentar tadi. Saya akan cuba menjawab perkara-perkara yang sebenarnya tidak akan..., yang perlu saya jawab berdasarkan kepada soal perkara-perkara yang mungkin tidak dapat dijawab oleh PSC.

Pertamanya Yang Berhormat Permatang Pauh. Dia tidak ada di sini tidak mengapalah, dalam ucapan beliau tadi saya tunggu dan dengar, mengatakan bahawa ini merupakan helah daripada pihak kerajaan mengadakan PSC ini. Cuma saya hendak sebut dia tidak merupakan helah kerana pada bulan Ogos saya telah didatangi oleh beberapa Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang iaitu Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Shah Alam kalau tidak silap saya, Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang telah menyampaikan kepada saya satu memorandum yang menyatakan bahawa mereka mahu perkara-perkara tertentu diambil kira dalam perbincangan untuk membersihkan, mengadakan pilihan raya yang bersih dan adil dan mereka telah menyatakan itu bahawa kalau dalam masa tujuh hari tidak diberikan jawapan dia mahu mengadakan satu sesi spesiallah. Itu betul Yang Berhormat ya, Yang Berhormat Kubang Kerian.

Jadi kita memandang berat tentang permintaan berkenaan dengan pilihan raya yang bersih yang mana kerajaan juga mahukan kepada pilihan raya yang bersih, adil dan bebas. Maka daripada kita merasakan kalau kita panggil mesyuarat tergempar tujuh hari dalam bulan puasa atau apakah kemudian kalau kita bincang akhirnya dia akan bawa juga kepada satu keputusan yang mungkin mendesak kepada Parlimen untuk mengadakan Select Committee.

Jadi untuk mengelakkan daripada kita buang masa dan buang duit, memanggil Ahli-ahli Parlimen bulan puasa pula, kita jangkakan iaitu lebih baiklah kita bersetuju untuk mengadakan Select Committee ini supaya kita akan dapat mendengar perkara-perkara yang dibangkitkan untuk menambah baik, perkataan rasmi adalah menambah baik.

Tuduhan-tuduhan yang dibuat berkenaan dengan pilihan raya pada masa-masa yang lepas itu adalah tidak benar, tetapi kita bersetuju untuk mengadakan..., ya lah kerana kita fikirkan kalau perkara yang disebut itu tidak pernah berlaku di masa lepas tetapi kemungkinannya dia akan berlaku di masa akan datang, maka untuk pencegahan adalah lebih baik supaya kita mengadakan Select Committee untuk membincangkan perkara-perkara yang boleh menambah baik Suruhanjaya Pilihan Raya dan juga untuk memastikan supaya diadakan pilihan raya yang bebas, bersih dan adil.

Yang Berhormat Permatang Pauh juga mengatakan itu bahawa dalam pilihan raya yang lepas ada penipuan yang ketara. Namun saya tidak diberikan fakta-fakta yang tertentu yang menyatakan apakah penipuan ketara itu...

final • 3:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 3:54 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]

...Akan tetapi kalau Yang Berhormat dari Permatang Pauh boleh memberikan kepada pihak saya sudah tentu kita akan membuat penyiasatan. Yang Berhormat biar saya habis dahulu, last sekali baru saya beri. Jadi Yang Berhormat Sri Gading juga telah menjawab berkenaan dengan tuntutan supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan jaminan bahawa di waktu PSC ini bersidang jangan hendaknya diadakan apa yang dikatakan yang mengejut. Jadi kita semua tahu bahawa amalan...

final • 3:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri kalau boleh mencelah.

final • 3:54 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]

Saya tidak bagi mencelah.

final • 3:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tidak. Isu Yang Berhormat Permatang Pauh...

final • 3:54 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]

Saya tidak bagi mencelah sila duduk.

Tidak bagi mencelah duduk.

final • 3:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Permatang Pauh belum dijawab. Isunya kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan. Saya minta jawab...

final • 3:54 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]

Boleh duduk dahulu. Duduk. Saya kata bagi lepas, ini floor saya dan saya tidak bagi. Duduk.

final • 3:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Betul, betul. Akan tetapi tidak jawab Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:54 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]

Saya bagi sekejap lagi. Dia tidak ada dia punya masalahlah. Siapa suruh dia tidak tunggu.

final • 3:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya dengar tadi kenapa kerajaan tidak ambil tindakan.

final • 3:54 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]

Nanti dahulu saya hendak jawab.

Tunggu saya habis jawab dahulu.

final • 3:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya pun bukakan lapan kes...

final • 3:54 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]

Saya tidak bagi jalan duduk.

final • 3:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sebab itu perlu dijawab.

final • 3:54 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]

Tuan Yang di-Pertua. Jadi...

final • 3:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Takut hendak jawab.

final • 3:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 3:54 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]

Saya bukan takut hendak jawab dengan you, I tidak takutlah bila-bila masa boleh, okey. Yang Berhormat Beruas tidak takutlah...

[Ketawa] Jadi soalnya di sini ialah kita tidak boleh hendak memberikan jaminan iaitu bahawa pilihan raya tidak akan diadakan pada waktu PSC bersidang. Ini disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Sri Gading merupakan amalan yang dilakukan daripada dahulu dan bukan merupakan satu perkara yang luar biasa iaitu hak untuk memanggil pilihan raya ialah kepada Perdana Menteri, kuasa ini.

Kemudian Yang Berhormat daripada Permatang Pauh juga bangkit berkenaan dengan dakwat kekal ini. Dakwat kekal ini sebenarnya kita serah kepada PSC dan juga kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan apa juga keputusan yang difikirkan perlu dilakukan. Cuma saya hendak sebut di sini dakwat kekal ini pada pilihan raya yang lepas, ianya telah tidak dilaksanakan disabitkan pada saat-saat akhir pilihan raya yang ke dua belas hendak diadakan, ada soal perlembagaan yang penting yang perlu diputuskan yang menyebabkan kita terpaksa memberhentikan penggunaan dakwat kekal itu. Soalnya ialah soal constitutional iaitu apabila dibangkit, kalau sekiranya waktu pilihan raya diadakan ada seorang pengundi ataupun tidak kisahlah seorang atau dua orang kita tidak kisahlah.

Pada hari pengundian maka kalau dia membuat bantahan iaitu bahawa dia tidak mahu dicalit, maka apakah kedudukan dia dari segi Perlembagaan sama ada..., sebab di dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan iaitu bahawa, kalau dia mendaftarkan diri dia sebagai seorang pengundi kemudian dia telah mencapai umur 21 tahun maka dia berhak untuk mengundi. Jadi dijangkakan pada ketika itu mungkin satu kesalahan baru pula iaitu perlu dicalit dengan indelible ink.

final • 3:54 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]

Jadi, pada ketika itu sememangnya tidak ada jawapan yang dapat diberikan. Maka oleh kerana itu di saat akhir ia terpaksa diberhentikan. Akan tetapi saya percaya dalam soal dakwat kekal ini saya ingat sekarang sudah ada pertemuan pemikiran iaitu bahawa perkara ini mungkin tidak ada masalah lagi daripada soal constitutional. Maka saya rasa ini terpulanglah kepada pihak SPR untuk mereka mengambil keputusan, untuk dilaksanakan dalam pilihan raya akan datang. Tuan Yang di-Pertua, kemudian Yang Berhormat...

final • 4:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya hendak jawab semua dahulu kemudian boleh tanya, last sekali saya bagi. Saya punya perjalanan, train of thought tengah berjalan. Kemudian, berkenaan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh ada sebut mengatakan itu perlu disegerakan. Jadi, saya hendak sebut di sini, sememanglah kita memang hendak segerakan sebab itu kita kata iaitu the life span of SPR ialah enam bulan.

Ini kerana kalau kita kata tiga bulan tidak munasabah dalam tiga bulan boleh buat semua kerja. Jikalau sebulan lagi tidak munasabah. Jadi, mengambil kira bahawa Parlimen ini akan berakhir secara legal nya iaitu pada bulan April tahun 2013, maka tempoh enam bulan diberikan kepada suruhanjaya ini adalah satu tempoh yang munasabahlah. Dalam enam bulan itu bolehlah dikatakan kita memang mahu menyegerakan kerja-kerja PSC ini.

Kemudian Yang Berhormat daripada Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur ada sebut iaitu bahawa lapan perkara yang dibangkitkan hendaklah di masuk ke dalam rangka kerja PSC. Jadi, kita memikirkan iaitu bahawa bukan sahaja lapan perkara ini sahaja yang perlu dibincangkan. Kita tidak mahu hadkan PSC ini kepada lapan perkara itu sahaja. Kita mahu dia ada kuasa kepada apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Itu kita sebut dalam dia punya rangka kerja dia, kita kata iaitu jawatankuasa pemilihan khas tersebut hendaklah mengkaji perkara-perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil. Jadi ini merangkumi lapan perkara itu sekali, malah bukan lapan perkara itu sahaja tetapi perkara ini, rangka kerja ini juga merangkumi perkara-perkara yang lain, yang pada suatu ketika tidak difikirkan oleh NGO-NGO ini. Akan tetapi kita bagi dia ruang yang begitu luas untuk membincang apa sahaja bagi memperkukuhkan SPR dan menjamin pilihan raya yang bebas dan adil.

Yang Berhormat juga..., saya ingat yang itu yang saya boleh jawab. Kemudian Yang Berhormat Pasir Mas, hal-hal yang ada kaitan dengan Kementerian Dalam Negeri itu biar KDN jawablah. Saya hanya akan menyentuh perkara yang dibangkit ada kaitan dengan SPR. Dia bercakap tentang mereka yang berada di universiti, yang tidak mendaftarkan diri mereka. Jadi, saya hendak sebutkan di sini iaitu bahawa sememangnya SPR kalau dia buka kaunter di pusat membeli-belah sudah tentulah juga dia buka di universiti untuk mereka mendaftar. Di universiti pun kita membuka kaunter untuk pelajar-pelajar universiti mendaftarkan diri sebagai pengundi. Sekarang saya minta..., nanti-nanti, Yang Berhormat Beruas.

final • 4:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ialah kenapa kerajaan berlengah- lengah tidak mengambil tindakan seperti dalam pengalaman saya, saya sudah tunjukkan lapan orang warga asing yang telah didaftarkan sebagai pengundi dan apabila nombor- nombor IC itu disemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara, dikatakan nombor-nombor itu tidak sah. Ini bermaksud ada orang di luar yang sedang membuat MyKad palsu dan diberikan kepada orang-orang asing dan daftar sebagai pengundi. Jikalau kerja sebegini begitu serius, kenapa polis tidak ambil tindakan? Sampai hari ini polis tidak datang minta ataupun nombor-nombor IC itu, nama mereka, alamat mereka, kenapa mereka boleh didaftarkan sebagai pengundi? Ini satu misalan.

Jadi, tidak payahlah sampai hari di mana Special Select Committee ini bersidang.

Kita mesti bertindak sekarang. Kita sudah tunjukkan bukti. Jadi kenapa tidak ambil tindakan? Ini menyebabkan orang ramai memberi satu syak wasangka bahawa mungkin kerajaan terlibat dalam skim ini. Itu tidak baik. Itu memang satu syak wasangka, saya harap kita rakyat tidak memberi syak wasangka itu terhadap kerajaan. Jika boleh, saya mohon kerajaan mengambil tindakan membuat siasatan dengan serta-merta kerana tindakan kerajaan tidak mendakwa tiga pegawai imigresen yang mengaku melakukan kesalahan membawa orang-orang asing ini ke dalam Malaysia tetapi tidak didakwa di mahkamah. Itu pun menimbulkan soalan besar, kenapa kerajaan tidak dakwa pegawai-pegawai imigresen yang telah pun mengaku mereka bersalah. Adakah kerajaan terlibat dalam isu ini? Ingin mendapat penjelasan. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebenarnya apa Yang Berhormat Beruas bangkit itu benda itu, kita boleh berjumpa terus dengan SPR. Oleh sebab dalam jawapan saya sebut tadi iaitu semakan kepada pendaftaran itu merupakan satu daripada perkara yang dituntut oleh Perlembagaan bagi SPR melaksanakan. Jadi, dia tidak payah tunggu Select Committee kita. Itu memang dalam bidang kuasa dia. Jadi, suruh dia terus buatlah.

Soal pendakwaan, itu di bawah KDN, di bawah AG Chambers, tidak ada kena-mengena di sini ya.

Jadi, sebenarnya semakan kepada pendaftaran itu sememangnya boleh dilakukan tanpa menunggu Select Committee sebab saya sudah jawab daripada mula-mula soalan nombor empat pagi tadi saya sudah jawab dan kemudian dalam pembentangan usul ini juga saya telah jawab. Jadi, itu tidak payah tunggu sidang Select Committee. Saya hendak.., nanti dahulu, ini hormat Naib Presiden Pertama PAS, Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 4:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri iaitu Yang Berhormat Padang Rengas walaupun cuba untuk memecahbelahkan saya dengan Yang Berhormat Pokok Sena... [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, tadi Yang Berhormat sebut tentang surat yang kami hantar untuk kita minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adakan satu sidang khas Parlimen. Yang Amat Berhormat respons, jadi saya ucap terima kasih di atas respons itu dan alangkah baiknya kalau Yang Berhormat Padang Rengas jadi Perdana Menteri, senang kita hendak berurusan.

Jadi Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat percaya dan yakin tentang reforms, kita bercakap tentang reforms dan Yang Berhormat sebut tadi pun bahawa kerajaan mahukan reforms. Apabila kita beri tempoh enam bulan kepada PSC ini untuk bersidang dan melaksanakan tanggungjawabnya, isu yang kami minta jaminan adalah tidak ada pilihan raya dalam tempoh itu. Itu adalah kehendak daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Yang Berhormat Menteri minta supaya diadakan satu reforms. Itu iltizam daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Jadi kalau begitu iltizamnya, kalau begitulah matlamatnya jadi PSC bersidang di atas terms of references yang telah dipersetujui.

Walaupun kita tidak menafikan tentang hak seorang Perdana Menteri, prerogative as a Prime Minister, itu memang kita tidak menafikan dan Yang Berhormat sebut tadi bahawa itu adalah hak sebagai seorang Perdana Menteri. Akan tetapi adakah hak itu satu yang tidak boleh berubah kalau kita bercakap tentang reforms. Yang Berhormat tentu lebih arif tentang bagaimana House of Commons baru-baru ini, persetujuan yang dibuat oleh Party Conservative dan Liberal Democratic.

final • 4:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Walau apa pun sebab dan alasannya, mereka telah menetapkan tarikh pilihan raya atas persetujuan dan House of Commons meminda peraturan mesyuarat dan mengizinkannya. Itu adalah budaya suatu contoh yang baik dalam sebuah negara yang telah mengamalkan demokrasi yang telah bersetuju untuk mereka mengadakan satu reform. Jadi takkanlah Parlimen Malaysia hendak duduk di tahap lama lagi? Ini adalah suatu reform yang kita mahu berdasarkan kepada apa yang kita perjuangkan. Jadi saya minta satu bukan sangat satu jaminan tetapi izinkan PSC ini bersidang selama enam bulan dan jangan adakan pilihan raya. Kalau ada recommendation penting daripada PSC yang dipersetujui bersama, adalah tanggungjawab kerajaan untuk menunaikannya untuk kepentingan negara ini. Itu sahaja yang kita minta.

Jadi adakah jaminan itu Yang Berhormat boleh beri sebagai seorang Menteri yang senior dalam Parlimen ini? Saya harap jawapan itu tidaklah jawapan yang hanya hendak melepaskan diri tetapi mestilah jawapan konkrit yang saya hendak dengar dalam jawapan pada hari ini. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, dia hendak memecahbelahkan saya juga dengan Perdana Menteri. Cakap tidak serupa bikin ini. Akan tetapi saya cakap fakta. Naib Presiden I bukan? Dapat pengundian, naib presiden satu bukan? Saya bercakap fakta ya. Tuan Yang di-Pertua... [Disampuk]

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak, tidak saya fakta. Yang Berhormat Pekan selaku Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bukan saya. Itu fakta... [Disampuk] Tidak ada, tidak ada, itu fakta ya.

Okey, kita bercakap fakta di dalam Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa begini ya. Sebenarnya kuasa ini kepada ketua eksekutif. Saya ingat kuasa yang ada kepada Perdana Menteri ini juga ada kepada ketua- ketua menteri dan menteri besar di peringkat negeri. Mereka juga berhak untuk memanggil pilihan raya yang mungkin berbeza dengan pilihan raya yang diadakan di peringkat federal.

Akan tetapi kita di sebelah Barisan Nasional tidak pernah mempertikaikan kuasa. Jadi itu hak mereka. Kita respect, ini amalan.

Kemudian pula, kita pada hari ini bercakap tentang Suruhanjaya Pilihan Raya

(SPR). Untuk hendak mengadakan tarikh pengundian, itu bukan di bawah bidang SPR. Itu hak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi di luar daripada bidang SPR yang kita hendak bincangkan untuk mengadakan pilihan yang adil dan bebas. Kita bukan hendak bercakap tentang SPR, kita bercakap tentang Perdana Menteri. Oleh sebab itu tidak boleh dimasukkan di dalam kerangka kerja kita ataupun diberikan jaminan sebab atas alasan- alasan yang telah saya sebutkan sebentar tadi.

final • 4:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri tadi semasa dia menggulung tadi, kita hendak mencelah tetapi dia kata dia tidak boleh. Dia hendak kena concentrate. Maknanya dia kian menurunlah dia punya ketajaman itu. Tidak layak jadi Perdana Menteri... [Ketawa] Dahulu itu dia boleh spontan. Sekarang ini dia kena tunggu habis, dia sudah slow. Dia punya pick-up itu sudah kurang... [Disampuk] Ya, berumur sudah dia, berumur dah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat kata tadi bahawa itu hak yang ada kepada Perdana Menteri dan Yang Berhormat tidak menafikan hak itu ada kepada menteri besar dan juga ketua-ketua menteri yang ada. Akan tetapi isunya sekarang ini ialah kita hendak memperbaiki proses perjalanan pilihan raya SPR dan juga perkara-perkara yang menyentuh kepentingan yang berkaitan dengan soal perjalanan pilihan raya di dalam negara kita. Jadi bagi saya, apa makna kita hendak memperbaiki proses perjalanan pilihan raya ini, tiba-tiba belum perbaiki, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah membubarkan Parlimen. Jadi ini bukan soal hak bagi saya. Sepatutnya mestilah ada satu- satu jaminan. Saya katakan bahawa kita boleh bersedia untuk di peringkat negeri. Kita akan menunggu sehingga jawatankuasa ini untuk selesaikan dalam tempoh enam bulan, itu satu.

Keduanya ialah, sehingga sekarang ini pun tidak ada satu jaminan daripada kerajaan bahawa cadangan yang akan dirumuskan oleh Jawatankuasa ini akan diambil oleh kerajaan untuk memperbaiki proses perjalanan pilihan raya. Kalau ini tidak ada satu jaminan, saya katakan bahawa kita menggunakan Dewan ini macam main-main sahajalah.

Kita main-main untuk menggunakan Dewan ini. Bukan untuk hendak menunjukkan satu komitmen kesungguhan kita dalam hendak memperbaiki proses perjalanan pilihan raya ini supaya ia dilihat betul-betul demokratik. Oleh sebab itu saya bersetuju dengan pandangan tadi daripada Yang Berhormat Tuaran. Dia tidak sama macam Yang Berhormat Sri Gading.

Yang Berhormat Sri Gading ini jadi penjilat apa sahaja.. [Dewan riuh] Apa pun..

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jangan! Jangan sentuh peribadi.

final • 4:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, saya katakan bahawa lebih Yang Berhormat Tuaran...

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Penjilat itu jahat maknanya.

final • 4:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Tuaran itu mempunyai pemikiran yang lebih jauh untuk melihat bahawa...

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya tidak pernah menjilat.

Mungkin anda yang menjilat. Jangan! Jangan sentuh peribadi.

final • 4:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak! Tidak! Saya katakan bahawa...

final • 4:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini Yang Berhormat Pokok Sena memang raja jilat.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya tidak pernah hendak menyentuh peribadi orang. Saya tidak hendak, tidak hendak Yang Berhormat. Tidak hendak menjatuhkan maruah orang.

final • 4:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, tidak. Saya katakan, saya tarik balik. Dia bukan penjilat, tetapi dia pengampu.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Pengampu pun tidak. Saya bercakap benar.

final • 4:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pengampu! Pengampu! Maknanya apa yang telah disebut, semuanya betul. Saya ini tidak boleh hendak bercanggah langsung.

Oleh sebab itu bila saya dengan Yang Berhormat Tuaran...

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bukan! Bahasa yang dipakai...

final • 4:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Oleh sebab itu bila dengan Yang Berhormat Tuaran. Dia tidak boleh bercanggah langsung.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bukan! Bahasa yang dipakai.

final • 4:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dia tidak boleh bercanggah dengan Yang Berhormat Tuaran. Dia melihat bahawa Yang Berhormat Tuaran itu sudah bercanggah dengan kerajaan.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bahasa yang dipakai...

final • 4:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sedangkan ini sudah hak demokratik yang ada kepada Yang Berhormat Tuaran sebagai Ahli Parlimen. Sepatutnya dia kena hormati... [Tepuk] Tidak boleh dia hendak menuduh bahawa Yang Berhormat Tuaran ini pembangkang atau apa? Ini adalah hak sebagai seorang Ahli Parlimen. Jadi oleh sebab itu bagi saya kita minta satu ketegasan daripada pihak kerajaan untuk memastikan bahawa niat kita mewujudkan Jawatankuasa ini ialah sebenar-benarnya niat untuk memperbaiki proses perjalanan pilihan raya, bukan untuk mempermainkan rakyat.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, baik Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Mungkin saya senior sedikit. Maknanya disebut oleh beberapa orang tadi. Yang Berhormat Kubang Kerian sebut tadi. Senior ini mungkin dia kerana sudah berumur, dia slow sedikit. Akan tetapi yang pentingnya saya tidak nyanyuk dan tidak beballah... [Ketawa] Ini adalah sebab jawapan yang dia tanya itu sudah dijawab dua, tiga kali dah. Itu pilihlah, sama ada dia nyanyuk, dia lupa yang kita sudah jawab ataupun dia bebal. Itu sahaja. Yang Berhormat Shah Alam.

final • 4:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jawab dua, tiga kali pun macam jawab hantu bonceng sahaja... [Ketawa]

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat apa yang disebutkan tadi iaitu cadangan untuk ditubuhkan PSC ini adalah cadangan daripada Perdana Menteri sendiri. Walaupun kita faham bahawa pindaan itu adalah di bawah kuasa SPR tetapi niat yang dizahirkan secara lisan ialah untuk Perdana Menteri menginginkan bahawa pindaan dilakukan supaya kelemahan-kelemahan yang sedia ada yang mana kelemahan-kelemahan ini Pengerusi SPR sendiri pun telah mengaku dalam soal daftar pemilih yang perlu diperbetulkan.

Dalam soal proses penggunaan dakwat kekal yang perlu dikaji dan sebagainya untuk menjamin satu proses pilihan raya yang lebih bersih. Itu sudah disebut. Lalu ia merupakan satu pengakuan bahawa ada kekurangan, ada kelemahan dan Perdana Menteri sendiri minta supaya Jawatankuasa Khas ini ditubuhkan untuk mengatasinya.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau sekiranya diadakan pilihan raya dalam tempoh jawatankuasa ini melakukan kajiannya, maka kita boleh rumuskan bahawa cadangan ini hanya satu cadangan yang merupakan gimik politik yang hanya hendak menunjukkan bahawa ada keprihatinan, ada niat untuk membawa transformasi tetapi sebenarnya masih ingin melaksanakan satu pilihan raya ataupun mengadakan satu pilihan raya dalam suasana kelemahan-kelemahan dalam daftar pemilih, dalam proses pengundian dan sebagainya diakui oleh SPR sendiri bahawa ada kelemahan-kelemahan itu.

Lalu saya rasa permintaan kita supaya adanya satu jaminan, jangan ada pilihan raya sehingga proses ini selesai adalah bukti keikhlasan dan kesungguhan Perdana Menteri sendiri, bukan SPR. Minta maaf.

Sekarang ini rakyat melihat pada Perdana Menteri. Dia yang sebut kata hendak adakan Jawatankuasa Khas ini. Dia yang mengakui bahawa wujudnya kelemahan yang perlu diatasi. Dia yang minta supaya kita ini sebagai satu rakyat bekerjasama untuk membersihkan proses pilihan raya ini. Ini semua akan dianggap sebagai gimik politik sekiranya pilihan raya diadakan sambil Jawatankuasa itu masih lagi buat kajian dan tidak selesai lagi. Ini saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri. Sama ada Yang Berhormat Menteri hendak terima ataupun tidak terima, hakikatnya begitu. Pihak pembangkang daripada Pakatan Rakyat, kita telah bersedia untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Rakyat akan menilai dan akan menghukum pihak kerajaan.

final • 4:10 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Perdana Menteri sendiri akan terpaksa menjawab kenapa setelah kita semua telah sanggup untuk bersatu, bekerjasama untuk mengubah dan untuk memperbaiki sistem pilihan raya itu, Perdana Menteri tetap ingin mengadakan pilihan raya pada masa dan dalam keadaan pindaan-pindaan ini belum lagi diadakan. Ini soal politik dan ini soal persepsi.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ini seorang lagi bebal dan nyanyuk.

Jawab banyak kali dah. Yang takut sangat, yang hendak jawab Perdana Menteri, yang you takut sangat kenapa? Biar dia jawab, biar dia jawab.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

It’s fair warning, it’s not takut, ini fair warning.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apalah, bukan sebelah sana yang menjawab.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

It’s not takut, ini fair warning. Kita sebagai gentleman bukan macam Yang Berhormat Kinabatangan, kita sebagai gentleman, kita beritahu kepada tuan, Yang Berhormat Menteri, inilah persepsi yang akan terzahir.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apalah, tidak apalah.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tidak apalah, akhirnya memang buat juga kan tetapi kita beri fair warning, inilah implikasinya.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ini Perdana Menteri yang hendak jawab.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Shah Alam!

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kalau daripada hari ini jawapan Yang Berhormat Menteri adalah sebegini, maka rakyat daripada hari ini dapat tahu bahawa ini semua permainan politik dan gimik politik dan tidak ada satu kesungguhan untuk membawa perubahan.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Lilah Yasin - Jempol

Yang Berhormat Shah Alam ini mufti pun tidak suka dia.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang sebenarnya yang susah hati sangat buat apa, Perdana Menteri yang hendak kena jawab. Tidak usah susah hati, kot-kot sebenarnya penyokong Barisan Nasional ini kot fasal abang dia Barisan Nasional ini kan, risau takut Perdana Menteri tidak dapat jawab.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kita tidak susah hati, kita seronok.

Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, kita seronok.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Menteri tidak beri jalan Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kita seronok, buat sebelum ada pindaan itu dilakukan, itu lagi seronok. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, apa pun sekalipun kita tahu apa risiko yang kita hadapi. Tidak perlu hendak rasa prihatin apa sebab saya hendak sebut iaitu pilihan raya yang ketiga belas ini bukan pilihan raya yang terakhir bagi negara Malaysia lepas itu dunia dah kiamat.

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Bagi Barisan Nasional mungkin.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat!

final • 4:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi kalau sekiranya kalau tidak dapat dilaksanakan pada pilihan raya yang ke-13 sekiranya diadakan pilihan raya cepat, ia akan dilaksanakan dalam pilihan raya ke-14, ke-15, ke-16, ke-17, ke-18. Jadi apa yang takut sangat?

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Pilihan raya ke-14 memang jamin fasal masa itu kita kerajaan.

final • 4:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Ini betul-betul nyanyuklah Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena duduk Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat iaitu daripada pengumuman saya tengok dalam ini tadi pun yang pembangkang mula-mula kata...

final • 4:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan, minta penjelasan satu perkara.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak mahu ambil bahagian, sekarang hendak ambil bahagian. Jadi saya ingat ini gimik daripada mereka sahaja, bila saya bagi amaran...

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Apa takut sangat? Bila kita hendak ambil bahagian, kenapa takut, kenapa takut?

final • 4:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bahawa PSC akan tetap terus menjalankan, maka...

final • 4:20 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Kan Yang Berhormat Menteri jemput kita menyertai, lalu kita kata okey, kenapa Yang Berhormat takut sangat?

final • 4:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bebal betullah!

final • 4:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya dengar mereka hendak ambil bahagian, kita tidak ada masalah daripada awal lagi, dah bagi tiga tempat, ambil sahajalah tetapi sama ada dia hendak ambil bahagian atau tidak kita akan tetap teruskan, ini Parliamentary Select Committee, bukan Select Committee pembangkang.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tengok tidak ada bantahan untuk diadakan PSC ini, maka saya mencadangkan iaitu segala apa yang telah dibangkitkan dalam perbahasan ini, kita ambil Hansard ini kita serahkan kepada PSC untuk mengambil kira apa juga yang telah dibangkitkan di dalam perbahasan pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang tertera dalam Aturan Peraturan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 1 hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 4:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERANTI PERUBATAN 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Menteri Kesihatan - Dato' Seri Liow Tiong Lai

Tuan Yang di-Pertua, keperluan untuk mewujudkan undang-undang bagi mengawal peranti perubatan mula dicadangkan pada tahun 1996. Perkara ini dibangkitkan semula dalam majlis dialog Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2002 berikutan kebimbangan berkaitan lambakan peranti perubatan, sub standard dan tidak selamat kerana ketiadaan undang-undang bagi mengawal kemasukan peranti perubatan ke pasaran Malaysia.

final • 4:24 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, mohon Menteri terangkan peranti ini apa Tuan Yang di-Pertua?

final • 4:24 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Medical devices.

final • 4:24 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya tidak faham.

final • 4:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, selalunya dalam ketika Menteri membaca bacaan kali kedua, dia tidak diganggu. Terima kasih.

final • 4:24 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Bagi menangani kebimbangan ini, Kementerian Kesihatan telah menggubal Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011. Penggubalan rang undang-undang ini telah dibuat dengan kerjasama agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, badan-badan profesional serta badan-badan lain yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan penggubalan Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 adalah:

(i) melindungi kesihatan dan keselamatan awam dengan mencegah kemasukan peranti perubatan yang sub standard dan tidak selamat; dan

(ii) menggalakkan perkembangan industri dan perdagangan peranti perubatan yang merupakan salah satu industri strategik bagi pertumbuhan ekonomi negara.

Melalui rang undang-undang ini, Kementerian Kesihatan bertanggungjawab membuat penilaian keselamatan dan prestasi peranti perubatan berdasarkan standard antarabangsa dan memastikan hanya peranti perubatan yang memenuhi keperluan perundangan sahaja yang dibenarkan dipasarkan di negara ini. Ini akan dapat memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada peranti perubatan yang selamat dan prestasinya terjamin. Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 juga dapat memberi impak yang besar bagi meletakkan Malaysia setaraf dengan negara maju dari segi ekonomi.

Rang undang-undang ini merupakan enabler untuk menjana industri peranti perubatan yang akan menyediakan fair and rule based practices dalam industri ini.

final • 4:24 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Ia juga akan menyediakan platform yang terbaik bagi industri peranti perubatan tempatan mencapai tahap standard antarabangsa dan dengan ini membolehkannya bersaing secara kompetitif di pasaran global.

Di samping itu, ia dapat menarik lebih banyak lagi pelaburan dari dalam dan luar negara kerana rang undang-undang ini mampu menyediakan persekitaran yang selamat bagi para pelabur yang berhasrat untuk melabur dalam industri peranti perubatan di negara ini. Seterusnya ia akan menjana dan meningkatkan ekonomi negara serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 akan menyediakan satu prasarana bagi mengawal peranti perubatan dan industri yang berkaitan bagi melindungi kepentingan awam serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Rang Undang-undang Peranti Perubatan dibahagikan kepada enam bahagian dan mengandungi 80 fasal yang menyentuh mengenai aspek-aspek kawalan peranti perubatan.

Bahagian I merupakan permulaan rang undang-undang yang merangkumi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa serta tafsiran. Bahagian II pula mengandung dua bab iaitu Bab 1 menggariskan perkara-perkara mengenai pendaftaran peranti perubatan yang bermula daripada fasal 3 hingga 9. Manakala Bab 2 pula menggariskan perkara-perkara mengenai badan penilaian pematuhan yang bermula daripada fasal 10 hingga 14.

Bahagian III pula mengandungi lima bab iaitu Bab 1 memberi peruntukan mengenai lesen establishment, bermula daripada fasal 15 hingga 25. Bab 2 pula memberi peruntukan mengenai permit bagi peranti perubatan yang ditetapkan bermula daripada fasal 26 hingga 36. Seterusnya Bab 3 memberi peruntukan mengenai tugas dan obligasi pemegang lesen dan permit bermula daripada fasal 37 hingga 42. Manakala Bab 4 bermula daripada fasal 43 hingga 44 yang menggariskan peruntukan mengenai tugas am dan akhir sekali Bab 5 yang memberi peruntukan mengenai permit eksport yang bermula daripada fasal 45 hingga 46.

Seterusnya Bahagian IV yang mempunyai satu fasal iaitu fasal 47 memberi peruntukan mengenai rayuan dan Bahagian V yang bermula daripada fasal 48 hingga 66 yang menggariskan penguatkuasaan. Akhir sekali Bahagian VI yang menggariskan perkara-perkara am bermula daripada fasal 67 hingga 80. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 4:24 PM

Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 4:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengawal selia peranti perubatan industri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 4:24 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana membawa rang undang-undang yang baru ini, Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011.

final • 4:29 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Saya kira industri peranti perubatan memanglah satu industri yang begitu besar dan semakin hari kita lihat pertumbuhan atau perkembangan industri ini mungkin akan mencakup kepada dua angka. Negara kita juga dari segi industri perubatan, perkhidmatan kesihatan kita juga bertumbuh dengan pesatnya terutamanya dengan program-program ataupun galakan kerajaan untuk mengadakan pelancongan kesihatan dengan banyak tumbuhnya hospital-hospital swasta dan juga pembesaran hospital-hospital kerajaan. Maka sudah tidak dapat kita lari daripada pertumbuhan industri ini.

final • 4:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Industri Peranti Tuan Yang di-Pertua kalau tidak silap saya bacaan saya mencecah hingga RM4 bilion hingga RM5 bilion setahun. Itu angka mungkin dalam 2008/2009 begitu mungkin sekarang mencecah RM5 bilion. Tujuan rang undang-undang ini ialah untuk memastikan bahawa peranti yang dibawa masuk oleh pengimport-pengimport, syarikat-syarikat yang menjual peranti perubatan ini mendaftarkan peranti-peranti ini supaya peranti ini selamat digunakan ke atas pesakit-pesakit. Kita ada banyak jenis peranti.

Amalan sekarang sebenarnya adalah apabila sebuah syarikat membawa masuk sesuatu peranti baru mereka akan test the market. Mereka akan menguji pasaran tentang penerimaan peranti yang baru ini.

Biasanya mereka meletakkan dengan percuma atau untuk dicuba oleh pakar- pakar perubatan dan sebagainya. Daripada situ mereka melobi supaya peranti ini dapat diterima oleh pakar-pakar dan sebagainya. Biasanya daripada pengetahuan saya, daripada pengalaman saya maka lagi banyak jumlah peranti yang digunakan, diberi digunakan dengan secara percuma. Maka recommendation ataupun cadangan yang positif akan diberi kepada peranti-peranti ini. Ini kadang-kadang menyebabkan peranti-peranti yang perubatan yang mungkin lebih baik tetapi daripada segi marketingnya daripada segi pasarannya kurang menyerlah akan terpinggir daripada digunakan oleh establishment atau daripada institusi-institusi perubatan.

Jadi peranti-peranti yang kita gunakan terima kasih diagnosis, untuk siasatan, untuk memantau keadaan pesakit, untuk terapi dan juga untuk pembedahan. Jadi adalah satu skop yang begitu besar. Kita mengharapkan bahawa dengan adanya industri peranti ini maka setiap peranti perubatan yang masuk ke dalam negara kita ini diperiksa dengan piawaian yang tinggi. Ini adalah supaya pengguna atau pembeli yang membelinya tidak ada lagi rasa keraguan di dalam hati mereka bahawa satu hari satu perkara yang tidak diingini mungkin berlaku sekiranya ada device tidak menemui prinsip-prinsip keselamatan.

Di negara-negara maju seperti Eropah dan juga di Amerika. Di Eropah setiap peranti perubatan kalau tidak ada tanda CE iaitu yang diterima oleh European Union maka peranti perubatan itu tidak boleh dijual langsung di dalam pasaran Eropah itu. Begitu juga di Amerika Syarikat sekiranya tidak mendapat dari satu kelulusan daripada FDA maka ianya juga tidak dapat dipasarkan. Jadi sekarang ini pengguna-pengguna kita, doktor-doktor kita, pakar-pakar kita bergantung teramat sangat kepada recognition daripada CE atau FDA.

Kalau dia tengok ada CE maka ada FDA dia rasa selamat. Namun kadang-kadang dari segi fizikal, mekanikal, keperluan seperti voltan atau supply dan sebagainya itu mungkin dia tidak sama negara kita dan negara luar. Jadi perlu ada adjustment atau perlu ada pengubahsuaian peranti-peranti perubatan yang masuk ke dalam negara kita.

Saya cuma ingin menyebut di sini bertanya apa berlaku sekiranya sekarang ini kita meluluskan akta ini ataupun rang undang-undang ini. Apa berlaku kepada peranti-peranti perubatan yang telah lama digunakan ataupun sudah ada di dalam pasaran? Adakah perlu mereka mendapatkan kelulusan, mendapatkan lesen? Ataupun adakah mereka sudah melepasi jangka waktu itu maka mereka dibenarkan untuk digunakan. Ini kerana ada kita menerima banyak peranti-peranti terutama daripada negara China. Mereka menawarkan kepada industri perubatan kita peranti-peranti perubatan yang lebih jauh murah daripada peranti-peranti perubatan yang diimport daripada Amerika ataupun daripada Eropah.

Jadi apakah kedudukan mereka ini kerana yang mengimportnya adalah pengusaha-pengusaha ataupun supplier pembekal-pembekal yang rakyatnya kebanyakan adalah rakyat Malaysia. Sekiranya kita tidak memberi satu jangka masa untuk mereka mendapat kelulusan ini maka mereka juga akan menanggung kerugian. Ini kerana mereka tidak boleh jual peranti-peranti perubatan ini kepada penggunanya.

Kedua saya ingin bertanya kerana untuk sesuatu peranti mendapat tempat di sebuah kawasan pasaran yang baru mereka perlu membuat pemasarannya. Biasanya dibawa masuk oleh satu syarikat.

final • 4:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Kadang kala pembuatnya memberi kelulusan ataupun lesen ataupun membuat satu persetujuan dengan syarikat-syarikat tempatan beberapa syarikat boleh memasarkan satu peranti yang sama. Misalnya kalau mesin ECG echocardiogram untuk kita buat ECG itu kita ada satu katalah jenama ‘A’ mungkin jenama ‘A’ ini diberi kepada satu 1,2,3 syarikat untuk memasarkan.

Jadi apakah, bagaimanakah prosedurnya? Adakah perlu setiap syarikat mendapat lesen ataupun pihak pembekal utamanya sahaja mendapatkan lesen? Bagaimanakah prosedurnya? Ada kalanya apabila pihak pembekal bawa masuk dan kemudian oleh kerana dia tidak dapat memenuhi kuota pasarannya ataupun mencapai sasaran pasarannya.

Maka pihak pembuat akan memutuskan atau tidak membenarkan dia untuk memasarkan maka diberikan hak untuk memasarkan atau menjual ini kepada syarikat lain. Pada ketika itu adakah perlu syarikat yang kedua ini yang mendapat hak untuk memasarkan mendapat lagi sekali lesen untuk peranti perubatan ini.

Perkara ketiga yang saya ingin sebut di sini adalah mengenai badan penilaian pemantauan mungkin dalam ada lagi satu rang undang-undang di sini. Walau bagaimanapun, apabila saya membaca ini tadi dengan begitu cepat ia terdiri..., saya faham bahawa ia perlu satu sahaja badan pemantauan. Di antara Ahli-ahli Jawatankuasa Badan Penilaian ini adalah daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan dan sebagainya. Kita ada berpuluh peranti perubatan yang diimport di setiap bulan mungkin.

Jadi adakah badan pemantauan ini boleh bergerak pada kadar yang cepat berbanding dengan kadar kemasukan alat peranti ini. Ini kerana bagi industri perubatan dia perlu kepada kecepatan kerana kalau kita ada kelewatan di dalam membuat penilaian maka syarikat-syarikat yang hendak melabur itu tadi akan mengalami kesusahan.

Ini kerana bila habis sahaja dinilai masa itu mungkin satu peranti yang baru pula yang masuk yang lebih canggih. Jadi ini mungkin kita dapat dahulu pengalaman yang sama dengan apabila ubat-ubatan tradisional ingin mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Jadi bila ada kelambatan di situ maka ia menyebabkan kerugian kepada pihak- pihak pelabur itu. Satu perkara lagi yang menjadi sedikit kebimbangan saya yang saya melihat kepada praktis ini ialah walaupun di dalam yang saya baca sekali lalu. Bahawa orang-orang yang menjadi anggota, badan-badan penilaian pemantauan ini tidak boleh ada kepentingan di dalam syarikat-syarikat yang membawa masuk peranti perubatan ini.

Akan tetapi daripada pengamatan saya bekas-bekas pengarah-pengarah di dalam Kementerian Kesihatan misalnya sudah ditindik awal-awal lagi kadang-kadang untuk menjadi Pengarah Syarikat seperti di dalam kolej-kolej perubatan.

final • 4:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Kalau kita tengok kolej-kolej perubatan swasta yang ada sekarang, tidak ada satu kolej perubatan yang tidak ada bekas pensioner atau orang pencen daripada Kementerian Kesihatan untuk bekerja dengan mereka. Jadi bila hubungan rapat ini ada di antara bekas kakitangan kerajaan dan juga dengan petugas-petugas atau kakitangan kerajaan yang sedia ada, dia ada sedikit faktor PR ini antara mereka dan ini juga boleh mengganggu objektiviti di dalam kita membuat penilaian. Jadi saya biasalah makna ini bukan mendengar, saya tahu individu-individu itu misalnya saya bagi contoh biasa bekerja di dalam angkatan tentera dan juga di dalam Kementerian Dalam Negeri, orang pangkat tinggi di dalam polis dan sebagainya, bila keluar, mereka juga duduk di dalam syarikat-syarikat yang juga memasarkan alat-alat seperti senjata dan sebagainya.

Jadi, perkara-perkara macam ini tidak memberi satu persepsi yang sihat sama ada, ada betul-betul ketelusan objektiviti sekiranya pengarah-pengarahnya terdiri daripada orang-orang yang biasa bekerja dengan Kementerian Kesihatan, orang-orang yang biasa bekerja di dalam hospital dan syarikat ini bila mereka membawa alat-alat ini untuk dinilai dan mereka mengenali orang-orang di dalam badan penilaian pemantauan ini, dia ada sedikit tanda tanya sama ada betul-betul ia objektif dan telus kerana dalam pengalaman, pengamatan saya di masa lepas, apabila pihak-pihak syarikat dia nak menjual sesuatu peranti, dia akan berjumpa dengan orang-orang yang di bahagian personel.

final • 4:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Kalau kata jabatan itu Jabatan Bedah, dia akan jumpa dengan Ketua Jabatan Bedah, dia akan jumpa dengan pakar-pakar Jabatan Bedah untuk mempengaruhi mereka dulu untuk menerima alat mereka dan kemudian bila ditender. Dikatakan tender ini adalah tender terbuka tetapi spesifikasinya itu sudah dipakai spesifikasi alat-alat tertentu.

Jadi bila orang lain masuk tender, syarikat lain masuk tender. Bila spesifikasi ini 90 peratus wording dia, cara dia menulis spesifikasi itu pun sudah tidak objektif lagi menyebabkan syarikat-syarikat lain yang masuk sama di dalam tender tidak dapat memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak yang menendernya iaitu Kementerian Kesihatan. Jadi ini adalah perkara-perkara yang saya rasa perlu diteliti supaya tidak berlaku ketidakadilan kepada pelabur-pelabur yang kebanyakan terdiri daripada kita. Kita tahu industri peranti perubatan ini memerlukan satu modal yang begitu besar untuk membawa masuk alat-alat peranti perubatan ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya memang bersetuju bahawa peralatan atau perkakasan perubatan, medical device perlu diregularize di negara kita, perlu didaftar sebab buat masa ini, untuk maklumat Yang Berhormat, peralatan atau perkakasan perubatan di negara kita tidak perlu mendaftar, tidak perlu didaftar. Jadi saya memang bersetuju adalah sampai masa untuk kita regularize medical device di negara kita. Saya telah baca rang undang-undang ini. Saya tidak puas hati di Bahagian V mengenai penguatkuasaan. Paling utama di seksyen 50, ia memberi kuasa yang cukup besar, lebih tinggi daripada polis kepada pegawai-pegawai yang akan dilantik oleh menteri. Dalam seksyen 50(2), dia kata pegawai yang dilantik boleh tangkap dan kuasa yang diberi adalah tambahan kepada Kanun Tatacara Jenayah. Maksudnya dia lebih besar, lebih tinggi daripada seorang pegawai polis.

Ini perlu dikaji semula dan juga di seksyen 51, dia kata segala siasatan, penyitaan, perlu memohon waran dari majistret dan lepas waran diberi, operasi boleh dilakukan pada bila-bila masa siang atau malam dan juga boleh memasuki premis dengan kekerasan, dan ia juga memberi kuasa kepada pegawai untuk memeriksa mana-mana orang. Ini mengenai dengan waran tetapi di seksyen 52, ia seolah-olahnya mengatakan dengan waran atau tanpa dengan waran adalah sama sahaja sebab di seksyen 52, dia kata, jika seseorang pegawai berpuas hati atas maklumat yang diterima, dia boleh membuat operasi ini tanpa waran dan operasi ini adalah seolah-olah sama kuasa yang diberi di bawah seksyen 51 iaitu dengan waran. Maksudnya sesiapa pegawai di bawah Perbadanan Peranti Perubatan ini boleh melakukan operasi, penyitaan, siasatan, roboh sesuatu premis tanpa waran dan dengan kekerasan hanya dengan satu alasan, dia berpuas hati dengan maklumat yang diterima.

Ini memang saya rasa kita perlu satu mekanisme untuk check dan checking apa definisi “Berpuas hati atas maklumat yang diterima”. Selain daripada itu, seksyen 54 ini, ini memang saya rasa banyak ridiculous. Dia kata waran yang diterima boleh dipakai walaupun cacat. Saya baca ya, “Waran yang dikeluarkan di bawah akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya”. Jadi saya bagi satu contoh, kalau waran itu dia kata boleh serbu, boleh buat siasatan, boleh masuk premis dengan kekerasan dan nama premis itu adalah Syarikat Ah Beng tapi bila tiba di sana, itu adalah Syarikat Ali. Ha, ini boleh tak pakai waran yang cacat itu ataupun alamat yang silap. Waran itu kata premis syarikat itu ada di Penang tapi pegawai-pegawai yang buat operasi pergi Selangor. Dia kata walaupun cacat tapi di bawah seksyen 54 masih lagi waran itu, masih sah sebab dia kata walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan.

Maksudnya, kalau majistret keluar satu waran, waran itu boleh dipanggil waran blanket. Dia boleh buat operasi di mana-mana di merata-rata tempat di Malaysia. Dari Sabah sehingga Penang sehingga Johor. Nama silap tidak jadi masalah, alamat silap tidak jadi masalah. Jadi seksyen 54 ini memang satu seksyen yang cacat saya rasa.

final • 4:43 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Lagi satu, seksyen 55(3) juga satu seksyen yang tidak adil saya rasa, sebab dia kata bila buat serbuan, jika premis itu tidak ada orang, tidak berpenghuni, masih boleh diserbu. Lepas masuk tanpa warankah, ada warankah, secara kekerasankah atau tidak secara kekerasan, kalau tidak ada penghuni, masuk sahaja, ambil sahaja apa yang dikehendaki tanpa pengetahuan penghuni. Lepas itu hanya letak atau tampal satu senarai di luar bangunan yang mengatakan kita sudah ambil. Siapa yang tahu? Mungkin sudah ada short change. Ini memang satu seksyen yang tidak adil .

Kalau tidak ada penghuni, saya rasa mesti ada pegawai berkuasa yang ketiga seumpamanya poliskah atau jabatan yang lain sebagai saksi supaya tidak akan jadi satu isu lain lagi dan seksyen 56, ia tidak memberi masa perlu dipulangkan item-item yang telah disita. Dia tidak memberi had masa. Maksudnya Perbadanan Peranti Perubatan ini boleh ambil masa sesuka hati untuk simpan item-item yang disita.

final • 4:43 PM

Tuan Lim Lip Eng - Segambut

Juga seksyen 57, ini saya rasa lagi satu seksyen yang memang tidak adil. Secara ringkas, seksyen 57 memberi satu blanket imuniti kepada pegawai-pegawai di bawah Perbadanan Peranti Perubatan ini. Ia mengatakan segala perbuatan pegawai-pegawai di bawah perbadanan ini tidak boleh dipertikaikan di semua mahkamah. Saya baca. “Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana peranti perubatan...” Maksudnya sekiranya ada kesilapan atau kesalahan atau negligence atau pegawai yang berniat jahat untuk membuat satu tindakan terhadap seorang yang memang innocent, akhirnya dia tidak boleh di sue. Tiada apa-apa tindakan prosiding mahkamah boleh diambil terhadap pegawai itu. Ini memang satu seksyen yang mesti diubah dan dikaji semula. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 4:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyedari niat baik kementerian mengadakan Rang Undang-undang Peranti Perubatan ini bertujuan untuk regulate peranti perubatan dan untuk memastikan peranti perubatan di pasaran adalah selamat, mempunyai tahap keselamatan tertentu dan berkualiti.

Akan tetapi saya hendak tahu sama ada pihak kementerian ada mengadakan konsultasi dengan mereka yang berada dalam industri ini untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum membentangkan rang undang-undang ini. Ini kerana apabila saya meneliti rang undang-undang ini, saya rasa bukan mudah untuk menjalankan dan melaksanakan peruntukan dalam undang-undang ini. Kalau kita tengok Singapura, daripada apa yang saya baca, mereka juga telah mengadakan peraturan atau undang-undang untuk regulate dan mereka menjalankannya melalui tiga tahap atau tiga fasa. Jadi saya hendak tahu bilakah rang undang-undang ini selepas diluluskan dalam Dewan ini akan dikuatkuasakan?

Saya akan rujuk kepada fasal demi fasal berkenaan kenapa saya rasa rang undang-undang ini, saya berpendapat terlalu banyak birokrasi yang akan terlibat. Ini kerana daripada apa yang saya baca, kalau di bawah seksyen enam di mana establishment itu, manufacturekah seperti dalam definisi itu, dia perlu didaftarkan dahulu, selepas itu peranti perubatan tersebut perlu didaftarkan, badan penilaian tersebut perlu didaftarkan, mahu mengeksport peranti perubatan juga perlu dapatkan permit lesen dan mereka yang menggunakan peranti perubatan tertentu juga perlu mempunyaikan kelayakan tertentu yang tidak dinyatakan dengan jelas apakah peranti perubatan tersebut yang perlu mempunyai kelayakan dan kompensasi tertentu sebagai yang ditetapkan oleh Menteri dalam seksyen 43.

Kesemua ini yang tadi saya nyatakan, keperluan pendaftaran, permit ini nampaknya adalah tidak memperjelaskan berapa lama masa yang perlu digunakan sebelum pendaftaran tersebut ditolak atau berjaya didaftarkan oleh pihak berkuasa ini selepas dikemukakan oleh pihak-pihak yang saya tadi katakan establishment, badan penilaian, mereka yang hendak eksport peranti perubatan ini.

final • 4:51 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya rujuk kepada seksyen enam, permohonan bagi pendaftaran peranti perubatan. Silent, senyap berkenaan selepas saya kemukakan pendaftaran tersebut.

Berapa lama pihak berkuasa perlu untuk tentukan sama ada ia diluluskan atau ditolak atau diperlukan tambahan-tambahan syarat-syarat tertentu?

Saya rasa adalah wajar satu tempoh dikenakan atau dinyatakan dalam rang undang-undang ini agar pihak yang mengemukakan pendaftaran mereka akan tahu bilakah kelulusan atau penolakan atau satu keputusan akan diberi oleh pihak berkuasa agar tiada kelewatan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja, peranti perubatan ini sentiasa mempunyai kemajuan yang amat cepat. Oleh itu, jika ada kelewatan kelulusan, pendaftaran atau pemberian permit lesen ini, berkemungkinan besar ini akan mengganggu urusan atau perjalanan industri ini.

Juga tiada tempoh yang ditetapkan bagi rayuan-rayuan di mana apabila pihak- pihak ini seperti badan penilaian, seksyen 11, mereka yang memerlukan permit, seksyen 25, tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Yang Berhormat Menteri melalui seksyen 47. Tiada tempoh juga ditetapkan.

Saya rasa adalah adil dinyatakan tempoh tersebut.

Kalau kita tengok apabila mana-mana pihak yang diperlukan untuk mengadakan pendaftaran ini, mereka ada diletakkan satu tempoh apabila kalau pihak berkuasa minta mereka memenuhi syarat-syarat tertentu dan jika mereka gagal dalam tempoh tertentu, akan dianggap terbatal permohonan pendaftaran tersebut. Mengapa tidak boleh dalam situasi yang sama, pihak berkuasa juga menetapkan satu tempoh di mana pihak yang mengemukakan pendaftaran ini dapat mengetahui keputusannya.

Seterusnya saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Segambut berkenaan dengan bahagian penguatkuasaan di seksyen 48 di mana Menteri boleh memberi mana- mana pegawai, pihak berkuasa atau pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan. Akan tetapi kuasa penyiasatan, penggeledahan, penyitaan ini adalah terlalu luas. Apakah mekanisme untuk check and balance untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang diberi kuasa oleh Yang Berhormat Menteri untuk menjalankan penguatkuasaan?

Tuan Yang di-Pertua, saya amat terkejut apabila saya tengok seksyen 50. Di sini dinyatakan dengan izin saya membacakan:

“(1) seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah akta ini;

(2) bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh ditangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah, dan kuasa ini adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan baginya.” Ini sangat merisaukan. Kuasa yang begitu kuat. Yang Berhormat Segambut juga membangkitkan seksyen 51 di mana pegawai yang diberi kuasa boleh ada satu pilihan sama ada pergi ke majistret dapatkan waran ataupun tidak. Bawah seksyen 52, kalau pegawai diberi kuasa sekadar berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah. Jadi ini sangat bahaya seksyen ini.

Kalau saya baca seksyen ini bersama dengan seksyen 57, kalau akhirnya didapati tiada pelanggaran akta atau tiada apa-apa tindakan boleh diambil terhadap mereka yang sebelum ini dikatakan disyaki telah melanggar akta ini, pihak yang mengalami kerugian ini tidak boleh menuntut sebarang penyitaan yang telah dijalankan oleh pegawai yang diberi kuasa tersebut kecuali kalau dia boleh kemukakan ia telah dijalankan tanpa sebab yang munasabah.

final • 4:51 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya rasa ini tidak adil, tidak wajar apabila tidak ada satu mekanisme yang disediakan untuk memastikan bahawa tidak ada satu penyalahgunaan kuasa oleh pegawai- pegawai yang diberi kuasa menjalankan penguatkuasaan dan tiada dinyatakan kelayakan mereka, apakah kemahiran mereka yang boleh dilantik oleh Yang Berhormat Menteri untuk menjalankan penguatkuasaan ini.

Saya juga ingin tahu daripada pihak Menteri, setakat ini setahu saya di bawah kementerian ini mempunyai satu bahagian Medical Device Control Division, di mana memberi satu establishment secara sukarela untuk sama ada hendak daftar atau tidak secara sukarela sebelum rang undang-undang ini. Berapa orang di antara mereka yang telah mendaftar? Pada pendapat atau mungkin Yang Berhormat Menteri mengetahui selepas rang undang-undang ini diluluskan dan dikuatkuasakan, anggarannya berapakah peranti perubatan yang berada di pasaran ini yang akan didaftarkan? Saya rasa ini adalah di antara beberapa perkara yang ingin saya kemukakan. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 5:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berhajat untuk mendapatkan makluman daripada pihak Menteri yang menjaga kementerian ini, ada dua perkara yang saya ingin dapatkan maklumat. Perkara yang pertama, saya pasti pihak kementerian punya data atau maklumat ataupun anggaran, berapakah jumlah ataupun nilai peranti perubatan ataupun nilai kewangan perniagaan atau apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan peranti perubatan di dalam negara kita setakat ini? Barangkali kita ada unjuran daripada tahun ke tahun. Saya mengambil kira kedudukan ini kerana lima tahun kebelakangan ini, belanjawan yang diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan agak..., saya ada data yang lengkap berkenaan dengan jumlah dari bentuk kewangan.

Akan tetapi, saya hendak tanya apakah anggaran jumlah yang merujuk kepada peranti perubatan itu sahaja, iaitu medical devices yang kita bincangkan pada hari ini.

Saya rasa perkara ini sangat significant kerana kalau dahulu kita lihat kemahiran ataupun pengetahuan atau skil yang ada kepada seorang pengamal perubatan itu menjadi begitu komersial sifatnya. Akan tetapi sekarang peranti itu pula menjadi terlalu komersial, maknanya alatan itu juga dilihat tersangat komersial selepas daripada skil yang ada pada pengamal perubatan. Jadi ini menjadikan bahawa bidang ataupun skop peranti ini sangat lumayan. Saya berkeyakinan ia menjadi satu bidang yang sangat lumayan. Oleh kerana itu, kita harap penelitian terhadap mendaftar ataupun meletakkan satu undang-undang khusus kepada peranti perubatan. Saya yakin selepas ini ada satu lagi rang undang-undang yang berkenaan dengan pihak berkuasa. Ini sudah tentu menggariskan satu hak kepada hanya orang-orang yang tertentu sahaja diberi kelulusan atau diberi kuasa untuk mengendalikan peranti-peranti perubatan yang kita senaraikan kelak.

Saya bawakan perkara ini kerana bulan Jun yang lalu, bermakna sesi yang lepas, kita di bangunan Parlimen yang lama, bangunan lama, kita telah luluskan dalam Dewan bahawa peranti perubatan adalah salah satu daripada bidang yang kita kecualikan atau berikan kelulusan atau beri layanan cukai yang teramat baik, kita tidak pernah buat sebelum ini tentang memberi layanan cukai yang begitu baik. Kita bagi kepada tiga perkara iaitu:

(i) peranti perubatan;

(ii) multimedia; dan

(iii) peralatan sokongan kepada pesakit.

Akan tetapi yang dua ini saya pasti, kita beri satu layanan cukai yang teramat istimewa, tidak pernah kita buat semacam ini tetapi Jun lepas, sesi lepas kita buat iaitu menyentuh tentang apa-apa berkenaan peranti perubatan termasuk kajian, penghasilan, nilai-nilai komersial yang ada dalam peranti perubatan.

final • 5:01 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ini memang kita telah luluskan, sekarang kita bawa satu rang undang-undang yang berkaitan peranti perubatan itu sendiri, nampak kaitan rapatnya seolah-olah kita melihat peranti perubatan ini satu bidang yang sangat lumayan atau akan menjadi bidang yang sangat menguntungkan. Jadi sudah tentu peralatan-peralatan perubatan ini akhirnya akan menjadi alat untuk ditawarkan atau kita kemukakan kepada rakyat kita untuk dapatkan faedahnya. Kita tahu sumber atau bidang perubatan ini sangat tinggi kosnya, dari segi pembiayaannya, dalam masa kita tahu, kita bergelut dengan kenaikan kos perkhidmatan dan juga barangan.

Saya sudah pasti peranti-peranti perubatan ini atau alat-alat perubatan ini akan menjadi sumber untuk menaikkan kos atau sumber menjadikan kos-kos rawatan itu akan menjadi meningkat. Persoalan yang saya hendak bertanya kedua ini, apabila kita telah pun memberi layanan yang begitu baik dari segi percukaian kepada sesiapa sahaja yang berkaitan dengan industri peranti perubatan ini, adakah jaminan pihak Menteri sendiri menyatakan selepasnya kita wartakan atau kita senaraikan, kita ada undang-undang yang khusus tentang peranti perubatan ini, adakah bermakna kos rawatan di dalam negara kita kepada orang awam akan menjadi sedikit menurun, ataupun akan bertambah lebih tinggi oleh sebab...

final • 5:01 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Indera Mahkota, sedikit penjelasan. Mohon penjelasan sikit. Yang Berhormat Indera Mahkota, saya mohon di peringkat ini kalau Yang Berhormat Indera Mahkota boleh menjelaskan kerana apa Yang Berhormat Indera Mahkota minta ialah jaminan Menteri. Akan tetapi, saya rasa saya kurang yakin di situ kerana saya melihat apa yang diminta di dalam rang undang- undang ini satu perkara yang dari segi perundangannya amat kuat sifatnya.

Maksudnya dari segi kita panggil protection kepada pembekal ini, amat kuat dari segi undang-undangnya. Walaupun kita ada Public Authority Protection Act (PAPA) itu adalah salah satu naskhah undang-undang untuk mempertahankan penjawat awam dalam kes-kes tertentu. Akan tetapi di sini, on top of it, di atas itu lagi, ada lagi diminta di sini, dengan kuasa-kuasa yang melangkaui kuasa-kuasa di bawah kanun prosedur jenayah. Jadi saya rasa, perkara itu Menteri perlu penjelasan yang lebih yakin kepada Dewan ini kerana dengan izin Menteri, lebih jelas dikatakan di sini, kerana orang yang terlibat dalam meniaga peranti ini melibatkan sehinggakan adik Yang Berhormat Pekan, kebetulannya kad pengerusi syarikat tulis nama, dia pegang kad pegawai sahaja, tetapi dia tulis siapa pengerusi. Kebetulan saya tidak mahu mengaibkan orang itu, tetapi bagi saya kerana ia menunjukkan kadang-kadang ia disalahgunakan, tetapi kalau kita bagi lagi protection undang-undang yang melampau, jadi di mana rakyat hendak dipertahankan.

Tambah pula industri ini agak dengan izin, very protective business kerana melibatkan dasar-dasar yang perlu diperkemaskan lagi oleh kerajaan, mohon penjelasan.

final • 5:01 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Asas yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau itu sepatutnya menambahkan kebimbangan kita kalau begitu kedudukannya, saya rasa akan berlumba-lumbalah orang yang ada kedudukan ataupun yang mudah untuk mendapatkan kedudukan dalam industri ini untuk mencuba, untuk mendapatkan seberapa tinggi, seberapa banyak faedah yang mungkin dalam industri baru yang hendak kita wujudkan ini. Saya mempertikaikan cara hemahnya kita mengendalikan bidang yang berkaitan dengan alatan perubatan ini. Saya tidak nafikan sememangnya ada kepentingan kita melesenkan, menyenaraikan tetapi kebimbangan itu lebih kepada kebimbangan ada sekelompok orang yang berkepentingan yang sedang memikirkan cara untuk memaksimumkan faedah dalam bentuk mata kewangan daripada industri ini. Kalau betul dikaitkan dengan pemimpin kita ataupun kedudukan tertinggi atau kedudukan Menteri ataupun sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa.

final • 5:01 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya agak ini adalah petanda-petanda awal yang cukup tidak baik yang saya sendiri merasakan itu tanggungjawab Menteri yang orang kata memegang portfolio ini untuk memastikan perkara ini tidak boleh berterusan atau dibiarkan begitu sahaja.

final • 5:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Perkara yang terakhir hendak saya perkatakan, oleh kerana kita telah pun sanggup melayan dengan baik industri ini, sekali lagi saya hendak bertanya kepada pihak Menteri adakah pihak Menteri sedar bahawa layanan ini telah menjadikan bahawa bidang ini bidang yang tidak menyumbang kepada hasil negara sekiranya kita katakan -saya minta angka anggaran tadi. Barangkali kita punya lima angka RM7 bilion setahun, nilai komersial yang bersangkutan dengan peralatan-peralatan ini di seluruh negara kita, barangkali ataupun aktiviti-aktiviti yang terlibat dengan peranti perubatan termasuk aktiviti lepas jualan, servicing dan sebagainya barangkali.

Jadi, daripada nilai ini kita nampak gayanya tidak ada langsung hasil. Kenapa kerajaan barangkali ada sebab-sebab tertentu yang kita tidak diberi atau di luar pengetahuan kita. Kenapa kerajaan memikirkan untuk mengecualikan langsung atau melepaskan langsung siapa-siapa yang berkenaan dengan aktiviti peranti perubatan ini.

Nampak gayanya mereka tidak perlu atau mereka diberi pelepasan begitu tinggi, dikecualikan. Jadi, kita telah luluskan. Apakah falsafah yang hendak dibawa, barangkali ada keuntungan lain yang dikatakan boleh dibawa oleh bidang peranti perubatan ini kepada negara dari segi sumbernya.

Setakat ini saya rasa perkara asas yang berlaku, kesan asas yang berlaku ialah kita hilang atau kita tidak ada hasil langsung kalau daripada RM5 bilion ke RM7 bilion dianggarkan jumlah transaksi keseluruhan atau nilai. Barangkali kita ada revenue yang dikutip Kerajaan Persekutuan bernilai beberapa bilion, sekali tidak ada. Saya hendak tahu apakah sebab dan barangkali ada penerangan lain yang pihak Menteri punya pengetahuan tentang hal ini dan saya menunggu untuk mendapatkan maklumat itu. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kepong. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 5:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Rang Undang- undang Peranti Perubatan begitu penting bagi semua orang termasuk Tuan Yang di-Pertua, setiap kali berjumpa doktor adalah diperiksa melalui peranti termasuk Yang Berhormat Gombak dan semua yang ada di sini melalui peranti ini.

Sungguhpun begitu penting tidak ramai yang begitu minat. Akan tetapi saya hendak menggunakan kesempatan ini untuk berbincang dengan Yang Berhormat Bentong, cara-cara kita sama-sama untuk mengawal dan mengatasi masalah-masalah yang wujud.

Alat peranti bukan sahaja, ini termasuk saya diberitahu termasuk di makmal-makmal juga menggunakan peranti perubatan kerana kita mempunyai lebih 500 makmal di Malaysia dan juga di hospital-hospital dan klinik-klinik, beribu-ribu di negara ini. Ini bermakna ia satu industri yang besar. Saya setuju kita mesti ada pengawalan yang ketat dan perlu kita ada undang-undang seumpama ini untuk memastikan semua peranti yang digunakan adalah mematuhi standard-standard dan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Akan tetapi ada beberapa perkara yang hendak saya sebutkan di sini.

Pertamanya, mengenai tadi ada beberapa orang yang menyebutkan mengenai ‘penyalahkuasaan’ kerana ini sangat ada, dari fasal-fasal peruntukan kuasa yang begitu besar diberi kepada kementerian dan kita mestilah merayu kepada Yang Berhormat Bentong supaya kita ada kaedah untuk memastikan tidak berlakunya ‘penyalahkuasaan.’ Ini kerana alat-alat ini mahal belaka. Bukan setakat untuk mengambil tekanan darah sahaja. Itu pun mahal juga. Kalau kita mengambil tindakan untuk memberhentikannya begitu sahaja tanpa pampasan. Di sini semuanya pun tanpa pampasan, disita dan sebagainya. Memang hebat kalau disalahgunakan.

Di sini Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya berharap semua badan yang terkandung di dalam, saya akan menyentuh fasal... Di sini kita mesti menentukan pegawai- pegawai yang dilantik itu memang mempunyai pengalaman dan pakar di dalam bidang itu sebelum kita melantik. Kriteria-kriterianya saya beri contoh, di semua hospital. Misalnya termasuk Tuan Yang di-Pertua, sudah menjadi usia emas.

final • 5:12 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dengan usia emas ini sekiranya kita masuk hospital kadangkala kita perlu misalnya memantau saluran nadi kita, jantung kita, continuous pulse recorded kerana ada pesakit-pesakit apabila kita ambil nadi mereka, ia tidak begitu tepat. Ia berubah. Ia memerlukan continuous pulse recorded.

Di Malaysia sekarang kalau tidak silap saya, kosnya sampai RM200,000 bagi satu mesin. Ini perlu. Yang Berhormat Bentong boleh lain kali pergi ke hospital kalau tengok ada bahagian geriatrik sama ada adakah alat peranti ini di jabatan usia emas. Ini perlu dan mungkin Yang Berhormat Bentong belum tahu yang inilah yang diperlukan... [Ketawa] Saya berharap lain kali kita pergi tengok. Apabila kita luluskan jenis peranti ini kita mesti memastikan peranti yang mematuhi kriteria-kriteria. Hanya orang yang pakar dan berpengalaman yang tahu peranti ini memang cukup hebat dan boleh digunakan.

Akan tetapi yang pentingnya Yang Berhormat, kadangkala sistem, sebelum saya meneliti fasal-fasal itu, sistem yang ada sekarang bukan sahaja dengan hospital awam bahkan termasuk hospital-hospital universiti, sistem peruntukan untuk membeli peranti.

Saya berharap Yang Berhormat dapat mengkaji sistem yang digunakan sekarang ini.

Mengapa kita hendak luluskan permintaan ini? Mengapa kita tidak luluskan permintaan untuk peranti yang lain dan sebagainya? Ini memang ada, mesti ada kriteria yang munasabah dan peruntukan yang walaupun terhad mesti diberikan kepada cara yang boleh dipercayai. Di sini saya tekankan bahawa Yang Berhormat mesti mengkaji sistem meluluskan permintaan untuk peranti di semua hospital dan klinik.

final • 5:12 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Sebab bagi saya sekarang ini tidak ada sistem, memang tidak ada. Tuan Yang di- Pertua juga tahu sistem itu tidak wujud. Kalau kita adakan rang undang-undang ini dan sistem ini tidak wujud sia-sia sahaja dan saya berharap sebelum saya meneliti semua ini, Yang Berhormat Bentong mengkaji di semua hospital termasuk hospital universiti walaupun tidak tahulah hospital berkenaan dalam bidang Yang Berhormat Bentong ataupun tidak, kita kaji sistem untuk meluluskan peruntukan bagi membeli peranti di semua hospital. Ini permintaan sayalah hari ini.

Saya bersetuju ada beberapa fasal untuk menjaga keselamatan peranti digunakan. Ini memang betul, ini memang betul dan di sini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat fasal-fasal sampai fasal 85, saya hendak Yang Berhormat Bentong memastikan apabila satu syarikat dia mohon untuk didaftar, masa yang diperlukan mesti ditetapkan misalannya dalam dua minggu atau satu minggu kalau bagi peranti yang sangat canggih mungkin lebih panjang sedikit. Akan tetapi kita tetap, tetapkan. Saya tidak mahu lihat seperti Tuan Yang di-Pertua, saya pernah sebutkan di dalam Dewan misalnya ini mengenai pelabuhan.

Apabila kapal itu pergi ke Pelabuhan Singapura pagi, dan barang-barang boleh dikeluarkan dalam 24 jam. Kalau di dok di Pelabuhan Klang kadangkala tiga minggu atau empat minggu. Kalau di Tanjung Pelepas lebih teruk lagi, walaupun Pelabuhan Klang itu ranking dunia itu enam belas, tetapi bila sampai di Singapura itu, kalau pagi dalam 24 jam itu benda barang-barang itu boleh keluar. Apa masalah pentadbiran perbezaan yang begitu dahsyat. Begitu juga dengan rang undang-undang apabila diluluskan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, yang digazetkan, saya berharap kita ada masa tetapkan kalau kita tidak perlu di Singapura ataupun di Hong Kong di mana dia perlu satu minggu, kita satu bulan tidak boleh saya sungguh tidak boleh terima. Tetapkan masa sebelum didaftar dan diluluskan itu memang penting.

Di sini misalnya fasal 25 untuk mengehendaki supaya apabila lesen establishment digantung, dibatalkan, diserah balik atau dibaharui pemegang lesen hendaklah serta-merta berhenti mengimport, mengeksport atau meletakkan dalam pasaran dan apa-apa peranti perubatan yang didaftarkan yang berkenaan dengannya lesen establishment diberikan dan untuk memperuntukkan bahawa sesuatu pemegang lesen yang lesen establishment nya digantung, dibatalkan atau tidak dibaharui dan tidak berhak apa-apa pampasan atau apa- apa kerugian yang disebabkan kepadanya atau apa-apa pembayaran balik yang ditetapkan yang telah dibayar. Memang teruk, memang teruk.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Bolehkah Yang Berhormat Bentong menjelaskan bagaimana itu kalau orang itu tidak dapat pendaftaran memang dia tidak import. Kalau dia tidak dapat lesen bagaimana dia hendak import. Apabila tindakan diambil tidak ada pampasan, langsung tidak ada.

Memang satu perkara yang sangat teruk. Perkara teruk kalau dia mengimport berjuta-juta ringgit dan disita matilah dia. Memang mati. Saya berharap Yang Berhormat Bentong dapat menjelaskan...

final • 5:20 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Apakah Yang Berhormat Kepong menyedari selain itu peranti perubatan yang telah disita itu tidak perlu dibayar ganti rugi ataupun pampasan tetapi barangan tersebut boleh dikenakan kos bagi memegang atau menyimpan peranti perubatan tersebut oleh pihak berkuasa dan kos ini tidak akan dikenakan tanpa mengira sama ada akhirnya ada pendakwaan atau tidak. Jadi saya rasa mungkin Yang Berhormat Kepong boleh memberi pandangan berkenaan dengan seksyen 58 ini.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ini mengenai fasal 58. Fasal 58 peruntukan bahawa kos bagi memegang benda yang disita di bawah akta yang dicadangkan sementara menunggu apa-apa prosiding diselesaikan hendaklah menjadi satu hutang sivil yang kena dibayar kepada kerajaan. Memang satu fasal yang begitu teruk, begitu teruk. Mungkin Yang Berhormat Bentong dapat memberitahu kepada Dewan ini bagaimana fasal ini dapat dikuatkuasakan dengan adilnya, dengan adil.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Minta penjelasan, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya tengah berucap kerana benda ini penting.

final • 5:20 PM

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, ya sebab selepas ini Yang Berhormat Menteri hendak menjawab. Saya melihat Yang Berhormat Kepong punya..., Tuan Yang di-Pertua, saya melihat Yang Berhormat Kepong punya concern mengenai kes- kes di mana syarikat-syarikat ataupun establishment ini ditarik balik pendaftarannya, kerana mereka telah pun membawa masuk sebahagian daripada peranti-peranti ini ke dalam negara, ya. Apakah boleh Yang Berhormat Kepong mencadangkan supaya bagi pihak- pihak yang menjalankan conformity assessment ini dibenarkan ataupun diminta membuat assessment mereka di tempat peranti tersebut dibuat. Contohnya kalau satu peralatan MRI misalannya ia dibuat di Germany. Kalau hendak dibawa masuk mungkin ada masalah kalau direject, apakah mungkin dihantar assessment body ini ke sana untuk dibuat penilaian dan kalau dirasakan boleh dibawa masuk barulah disahkan oleh assessment body. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ini satu cadangan perlu dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Walaupun MRI dan peranti yang sangat canggih itu memerlukan kepakaran, memerlukan kepakaran kalau kita hendak hantarkan satu rombongan kepada syarikat yang membuat peranti itu mungkin melibatkan perbelanjaan besar juga. Adakah Yang Berhormat Bentong tidak ada peruntukan sedemikian untuk mengkaji, untuk memeriksa peranti itu di tempat asal sebelum didaftar, dibenarkan, diberi lesen untuk membawa masuk. Ini satu cara untuk mengatasi masalah kita.

Mengenai fasal 25 pula, bolehkah Yang Berhormat Bentong menerangkan itu tindakannya yang begitu dahsyat dan tidak ada pampasan langsung.

final • 5:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Apakah rasionalnya yang diambil oleh pihak kementerian untuk mengadakan fasal seumpama ini? Begitu juga dengan fasal 26 yang serupa dan juga 40, 29 dan fasal 25 dan 36 itu serupa sahaja dengan begitu berat ke atas peranti-peranti itu dirampas dan untuk fasal 38 bertujuan untuk mengenakan kewajipan ke atas sesuatu establishment untuk memantau keselamatan dan prestasi sesuatu peranti perubatan yang dibuat, diimport, dieksport dan diletakkan di dalam pasaran untuk menyediakan satu sistem pemantauan pasca pasaran. Ini bermakna sudah dimasukkan di dalam negara ini Yang Berhormat.

Sudah dimasukkan ke dalam negara ini. Kalau tidak ada lesen macam mana dibenarkan masuk?

final • 5:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Establishment itu juga dikehendaki supaya memastikan bahawa apa-apa laporan pengawasan mengenai insiden yang memudaratkan dan melibatkan peranti perubatannya dalam pasaran direkodkan dengan sewajarnya dan dianalize sepenuhnya. Di sinilah kita hendak tahu kalau dengan menguatkuasakan undang-undang ini memang mereka tidak dibenarkan membawa masuk. Tidak boleh dibenarkan masuk kalau tidak meluluskan. Saya setuju kadangkala kita nampak bukan sahaja peranti ini kalau tidak mengikut kriteria, disalahgunakan kerana dibayar dengan mahal dan dia hendak dapat balik wang itu dan peranti ini digunakan dengan cara yang salah ke atas pesakit-pesakit. Ini pun satu masalah yang timbul dalam masyarakat kita.

Seterusnya mengenai fasal 40, memperuntukkan kehendak mandatori bagi sesuatu establishment untuk melaporkan kepada pihak berkuasa apa-apa insiden yang sampai kepada perhatian establishment itu yang berlaku di dalam atau di luar Malaysia yang antara lain berhubung dengan kegagalan peranti perubatan atau telah menyebabkan kematian atau kemerosotan serius dalam keadaan kesihatan seseorang pesakit, pengguna atau orang lain atau yang merupakan satu ancaman serius kepada kesihatan awam. Saya kurang faham apakah maksud yang berlaku di luar Malaysia pun, apakah maksud? Saya setuju memang pihak yang insidennya berlaku, perlu berhubung dengan pihak kementerian.

Memang perlu tetapi yang berlaku di luar Malaysia pun macam mana. Kalau tidak kena- mengena dengan mereka, berlaku di luar Malaysia, mengapa mereka bertanggungjawab?

Untuk 44.

Fasal 47 memperkatakan penggunaan, pengendalian, pemasangan, pengujian dan pentauliahan penyenggaraan dan pelupusan sesuatu peranti perubatan. Orang yang menggunakan atau yang mengendalikan sesuatu peranti perubatan ke atas pihak ketiga dan memasang, menguji, mentauliahkan penyelenggaraan dan melupuskan sesuatu peranti perubatan dikehendaki supaya mempunyai kelayakan dan kompetensi sebagaimana yang ditetapkan oleh menteri. Memang saya setuju kita mesti menentukan semua orang ini mempunyai kompetensi, mempunyai kelayakan dan pengalaman supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan sempurna. Di sini adakah satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh pihak Yang Berhormat untuk menguatkuasakan fasal 43 kerana ini memang memerlukan kepakaran dan ada melibatkan tempoh yang diperlukan untuk menjalankan tugas. Mesti ada had masa. Kalau tidak, berbulan-bulan ini tidak boleh diterima.

Fasal 48 bertujuan untuk memberi menteri kuasa untuk melantik mana-mana pegawai pihak berkuasa atau pegawai awam sebagai seorang pegawai diberi kuasa bagi maksud menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah akta yang dicadangkan. Di sini saya hendak menanya Yang Berhormat Bentong dengan berkuat kuasanya undang-undang ini berapa pegawai yang akan dilantik, berapa pegawai yang akan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri untuk menguatkuasakan, satu, dua, 10, 20? Tidak ada had, tidak ada had langsung? Kalau 1,000 pun boleh? Ini kita mesti melantik orang-orang yang memang mempunyai pengalaman, kelayakan dan sebagainya. Memang kita perlu orang-orang yang mempunyai integriti kerana dengan hukuman yang begitu dahsyat, memang penyalahgunaan kuasa boleh berlaku dan kecurangan pun boleh timbul.

Mengenai fasal 57 memperuntukkan bahawa tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan apa-apa jua dalam menjalankan atau berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa di bawah akta yang dijalankan boleh didapatkan dalam apa- apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah melainkan jika penyita itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Fasal 57 ini siapa yang menentukan tanpa sebab yang munasabah. Pihak berkuasa boleh kata semua yang berlaku itu tanpa sebab yang munasabah. Siapa yang menentukan, Menteri?

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali mengenai fasal 67 iaitu mengenakan kewajipan ke atas pihak berkuasa untuk menyimpan dan menyelenggarakan suatu daftar yang mengandungi semua peranti perubatan dan badan penilaian pematuhan yang didaftarkan, lesen dan permit yang diberikan oleh pihak berkuasa dan keputusan pihak berkuasa. Ini memang kita perlu satu daftar yang lengkap untuk mendaftarkan semua peranti perubatan dan ini bermakna kita perlukan sekurang-kurangnya tiga atau empat jabatan. Yang Berhormat Bentong perlukan tiga atau empat atau lima jabatan untuk tujuan ini.

final • 5:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Adakah Yang Berhormat Bentong sanggup mengadakan tiga atau empat jabatan?

Adakah peruntukan untuk berbuat demikian or another act. Seterusnya.

Itulah sahaja, saya berharap apa yang saya cadangkan tadi dapat diambil perhatian supaya kita boleh menguatkuasakan undang-undang secara adil dan saksama dan dengan sedemikian. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Menteri Kesihatan - Dato' Seri Liow Tiong Lai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada kelima-lima Ahli Yang Berhormat dan Ahli Yang Berhormat yang lain yang dapat membahaskan rang undang-undang ini yang telah memberi pandangan-pandangan yang bernas bagi rujukan dan juga memastikan rang undang-undang ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Saya juga mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi untuk kita mendaftar alat peranti kesihatan ini agar kita dapat menjamin kesihatan rakyat kita dengan lebih baik lagi.

Berhubung dengan pandangan daripada Ahli Yang Berhormat Kota Raja bahawa apa yang terjadi kepada alat-alat yang lama apabila rang undang-undang ini telah diluluskan? Sebaik sahaja rang undang-undang ini diluluskan, kementerian akan mengambil pendekatan seperti mana yang telah digunakan di negara-negara lain iaitu menggunakan konsep ‘grandfathering’ kita ada grandfather clause, yang mana konsep ‘grandfathering’ ini adalah membenarkan peranti perubatan yang sedia ada, berada di pasaran dan boleh diguna pakai. Mereka terus diguna pakai. Pada masa yang sama pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil langkah-langkah bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang ditetapkan di bawah akta ini. Tambahan ini akta ini mempunyai peruntukan kecualian dan peralihan yang memberi kelonggaran dari segi masa supaya pihak yang bertanggungjawab dapat membuat persediaan untuk memenuhi keperluan dan kehendak diletakkan di bawah akta ini.

Kita beri lebih kurang setahun untuk mereka mendaftar. Namun yang penting saya hendak memberi satu pandangan yang jelas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di mana bukan semua alat-alat peranti kesihatan ini kita menggunakan standard yang sama. Bagi kita, kita mengelaskan peranti ini kepada beberapa kelas menurut tahap risikonya. Kalau risikonya tinggi, maka kita ada pendaftaran yang ketat iaitu kita ada pemeriksaan mesin, kita lihat dia punya kandungan dan sebagainya, tetapi kalau tahap risikonya rendah, maka kita hanya notice, just to notified the Ministry, Bahagian Peranti Perubatan bahawa mereka ada kandungan alat-alat tersebut.

Kita ada empat kelas - kelas ‘A’, ‘B’, ‘C’ dan ‘D’. Kelas ‘A’ adalah kelas biasa tahap risiko yang rendah seperti perkakas pembedahan tongue depressor, ataupun thermometer.

These are all very simple alat-alat yang biasa memang kita tidak perlu pun lagi memberi pendaftaran yang ketat. Kelas ‘B’ adalah sederhana seperti jarum hipodermik suction equipment, anesthetic, breathing circuit, aspirator dan sebagainya. Kelas ‘C’ pula adalah sederhana tinggi lung ventilator, orthopedic implants, baby incubator. Manakala kelas ‘D’ yang paling tingi pacemaker - this is all inside the body ataupun bahan-bahan dalam badan kita, implantable defibrillator, implantable infusion pump, heart valve, inter ‘unterine’, contraceptive device, dan sebagainya.

Jadi, saya harap dengan adanya kita memahami bahawa kita mempunyai beberapa kelas dan kita telah pun mengadakan banyak perbincangan dengan banyak stakeholders, in fact more than 20 stakeholders from many areas, termasuk syarikat- syarikat swasta and all the NGOs. Memang banyak tahun dah, alat peranti ini, I told you since 2005 perbincangan telah pun dijalankan dan sehingga sekarang.

final • 5:40 PM

Menteri Kesihatan - Dato' Seri Liow Tiong Lai

Kita juga penurunan kuasa di mana kita juga melihat self-declaration, as I said, peranti perubatan kelas ‘A’, they just declare that they have this product. Pembuat membuat pilihan sendiri bagi regulatory control root berdasarkan risiko ‘A’, ‘B’, ‘C’ dan ‘D’. Kemudian kita juga seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi, sekarang kita kebanyakan menggunakan CE daripada EU, Australia, TGA. Kita ada lima negara rujukan di mana abreact system telah diwujudkan. Peranti perubatan yang digunakan di lima negara ialah Australia, TGA, EU, Health Canada, Jepun, MHLW dia punya logo dan Amerika Syarikat US FDA boleh daftar dengan cara yang mudah dalam sistem kita yang akan diwujudkan.

So, oleh itu apabila kita sudah jelas dari segi secara keseluruhannya, maka peranti-peranti yang lama tidak risau jugalah. Peranti-peranti yang lama tidak risau sangatlah. Kita juga akan beri masa kepada mereka dan juga untuk pemasaran oleh syarikat parallel, you are talking about parallel atau pelesenan ya. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan supaya tiada lagi berlaku parallel import dalam industri peranti perubatan ialah menggubal akta ini dengan membangunnya sistem kawalan di bawah akta ini. Antara skop kawalan di bawah akta ini ialah pelesenan establishment yang mengehendaki semua pembuat, pengimport, wakil yang diberi kuasa dan pengedar memohon lesen sebelum menjalankan aktiviti-aktiviti dalam skop mereka.

Antara keperluan yang perlu dipatuhi oleh pengimport, wakil yang diberi kausa dan pengedar sebelum mereka dilesenkan ialah mereka perlu mengemukakan surat kuasa atau authorization letter yang diberikan kepada mereka oleh pihak pembuat, oleh pihak manufacturer. Dengan ini hanya pengimport peranti perubatan yang sah sahaja yang diberi lesen dan dibenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan peletakan peranti perubatan di Malaysia.

Oleh itu tidak akan timbul pembekal lain yang daripada syarikat yang sama masuk.

Kalau manufacturer bagi pembekal ini kita bersetujulah dengan barang ini kecualilah manufacturer bagi pembekal yang lain, kita akan mengikuti, berhubung dengan manufacturer...

final • 5:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 5:40 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Ya.

final • 5:40 PM

Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya cuma ingin sedikit penjelasan. Di dalam rang undang-undang ini ada tiga perkara yang saya rasa perlu sedikit penjelasan. Pertama ialah Badan Penilaian Pematuhan. Adakah ini sama dengan accreditation body maknanya adakah ia satu badan atau banyak badan? Sekarang kita ada SIRIM misalnya, tetapi sekarang ini untuk peranti perubatan, adakah sekarang ini pihak berkuasa melantik beberapa badan pemantauan ini, adakah badan pemantauan ini sama kedudukan dan statusnya dengan EU, dengan FDA dan sebagainya?

Kemudian juga ada satu terma lain iaitu “establishment” - establishment, saya faham di sini adalah pengimport yang bawa masuk dan sebagainya. Jadi sekarang ini flow chat dia bagaimana kalau kita mengimport adakah kita perlu mendapatkan akreditasi daripada badan pemantauan ini kemudian baru kita memohon lesen daripada pihak berkuasa. Jadi akta ini adalah untuk mendaftar badan penilaian pemantauan. So this is the monitoring body of all medical devices come into your country. Now lesennya pula diberi oleh pihak berkuasa, am I right in my understanding?

final • 5:40 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Memang benar apa yang dikatakan tetapi soal sama ada kita ada berapa penilaian, tidak ada. Kita memang ada satu penilaian, kita hendak wujudkan seperti CE ataupun di US FDA dan juga would be referring point atau pusat rujukan seperti SIRIM. SIRIM seperti alat, tidak termasuk alat perubatan. Namun bagi badan ini kita akan wujudkan satu badan di negara kita juga boleh mengeluarkan satu tanda aras yang tinggi bagi peralatan ini negara kita.

final • 5:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Okey, persoalannya badan pemantauan ini adakah ia satu badan swasta? Adakah ia satu badan korporat, swasta atau korporat atau ia satu GLC ataupun ia satu... Apakah hubungannya dengan kerajaan.

Adakah sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan boleh menubuhkan badan pemantauan ini?

final • 5:50 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Tidak boleh. Ini adalah badan kerajaan. Ini kerajaan di bawah kita akan wujudkan badan berkanun nanti. Di bawah badan berkanun. Kita akan membincangkan dalam akta yang satu lagi selepas ini untuk kita bincangkan secara terperinci.

final • 5:50 PM

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, Yang Berhormat Menteri saya agak keliru sebab yang hendak dibincangkan dalam rang undang-undang seterusnya ialah pihak berkuasa dan autoriti yang di bawah Director General of Health. Akan tetapi ini pemantau yang assessment yang buat assessment ini.

Di dalam rang undang-undang ini ada disebut pemantau ini boleh dibatalkan.

Dibatalkan dia punya lesen. Jadi kalau sudah dibatalkan macam mana hendak bawa masuk? Ini pemantau yang ditanya tadi...

final • 5:50 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Ialah pemantau ialah he said, we sent different machine with different..., pemantau. This individu yang buat assessment but the body is one body but you can send pemantau to the different medical devices. Dia perlukan kepakaran yang berlainan, but this is the same body yang badan berkanun ini nantilah, yang kita akan bincangkan sebentar nanti. Yang Berhormat...

final • 5:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Okey. Saya belum sampai Yang Berhormat Batu Gajah lagi.

final • 5:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Berkenaan Badan Penilaian Pematuhan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja. Saya rasa kita perlu sama ada yang dirujukkan dalam fasal 10 ini Badan Penilaian Pematuhan ini adalah swasta atau seperti yang dinyatakan di bawah kerajaan. Oleh sebab kalau kita tengok di bawah fasal ini dia jelas seolah-olahnya swasta. Ini kerana hanya mereka yang belum menjadi boleh menjalankan Badan Penilaian Pematuhan adalah bagi mereka jika mereka adalah seorang warganegara Malaysia, mengemukakan permohonan untuk pendaftaran dia boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai Badan Penilaian Pematuhan. Jadi saya ada keliru dalam aspek ini seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

I think that is the assessor yang telah saya tadi jelaskan. That can be more than one assessor, assessment body as long as register with the medical advisor.

final • 5:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

So, under this bill as said private one. Di mana-mana pihak boleh menubuhkan Badan Penilaian Pematuhan jika mereka mengemukakan permohonan untuk didaftarkan seperti dinyatakan dalam fasal 11.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Ya, kita akan keluarkan peraturan untuk memantau semua what we call, conformity assessment body. Apa yang dirisau ini, whether it is a private or it is a government, but definitely, ia adalah..., kerana kita kerajaan. Kita juga perlukan specialist ataupun pakar-pakar dalam bidang-bidang tersebut. Kita juga perlu invite them to be in the assessment body untuk memantau dan juga menilai alat-alat yang telah pun kita tetapkan ini. Kita akan perjelaskan lagi.

Keduanya berhubung dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Badan Penilaian Pemantau Peranti Perubatan tidak boleh mempunyai kepentingan seperti kepentingan dirilah. Memang ini satu pandangan yang tepat. Tidak boleh ada kepentingan diri dan subseksyen 10(3) rang undang-undang ini telah memperuntukkan bahawa sesuatu Badan Penilaian Pematuhan hendaklah bebas dan tidak boleh memperolehi apa-apa kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam penilaian mana-mana peranti perubatan dan dinilai oleh badan berkenaan.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Maka subseksyen 10(3) telah menghalang mana-mana orang yang mempunyai kepentingan untuk melibatkan diri dalam menjalani penilaian untuk peranti perubatan tersebut. Berhubung...

final • 5:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Menteri?

Soalan, minta maaf.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Ya.

final • 5:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Okey. Memang begitu di dalam peruntukan ini. Akan tetapi saya bagi satu contoh, misalnya saya biasa bekerja dengan Kementerian Kesihatan. Saya duduk di dalam badan penilaian pemantau ini ataupun duduk dalam jawatankuasa pihak berkuasa. Kemudian saya pencen. Kemudian saya akan joint company dan saya akan masuk satu company pemasaran alat tertentu.

Jadi kalau dalam kes ini, saya seorang pengarah, walaupun kadang-kadang bukan pengarah eksekutif akan tetapi duduk dalam pengarah. Sebagai pengarah sesebuah syarikat, adakah perlu diperketatkan kerana memang ada hubung kait. Tidak dapat dinafikan. Saya bagi contoh, ada pegawai-pegawai yang biasa bekerja di dalam Nursing Accreditation Board. Bila mereka habis bertugas dengan kerajaan, mereka duduk di dalam kolej-kolej seperti MAHSA, kolej-kolej kejururawatan yang lain. Jadi hubungan ini sebenarnya memudahkan budi bicara, kawan lama untuk memberi akreditasi kepada kolej- kolej tersebut. Ini kebimbangan kita Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Kerajaan memang memantau perkara ini. Bukan sahaja bersara yang belum bersara pun sama, dia orang ‘pinch’ by some company. Kita memang memantau dan kita tahu bahawa pekeliling kerajaan memang banyak dia punya regulation dan juga untuk memperketat agar tidak ada salah guna kuasa berlaku di dalam badan-badan penilai ini. We will assure that dalam peraturan-peraturan yang kita akan melaksanakan kemudian.

Berhubung dengan Yang Berhormat Segambut yang telah pun berbincang berhubung dengan seksyen 50, 54, 56, 57. Memang saya hendak tegaskan di sini pelaksanaan akta ini kita juga merujuk kepada banyak akta yang lain dalam negara kita dan di luar negara. This is normal practice dari segi penguatkuasaan untuk kita memulihkan pegawai penguat kuasa menjalankan tugas.

Akan tetapi kalau pegawai penguat kuasa salah guna kuasa maka pegawai itu juga akan dikenakan tindakan tatatertib. Dia ada garis panduannya. Terdapat perbezaan antara penguatkuasaan seksyen 51 dan seksyen 52. Seksyen 51 memperuntukkan kuasa kepada pegawai yang diberi kuasa untuk membuat penggeledahan dan penyitaan di mana- mana premis atau pengangkut dengan waran. Itu seksyen - unless with the warrant cannot get through then only they can use the one…, seksyen 52 memperuntukkan kuasa kepada pegawai yang diberi kuasa untuk membuat penggeledahan dan penyitaan di mana-mana premis ataupun pengangkut tanpa waran, jika pegawai yang diberi kuasa berpuas hati dengan maklumat yang diterima mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah, yang mana di bawah seksyen 51 akan menjejaskan penyiasatan atau keterangan akan diganggu dan dipinda dan dirosakkan atau dimusnahkan oleh penyeludup atau kilang-kilang yang tertentu.

Memang kita akan gunakan section 51 first. It cannot be straight away we use section 52, unless kita dapati ada unsur-unsur kerana kita menggunakan waran, maka akan mengganggu penyiasatan kita, maka kita terpaksa menggunakan seksyen 52.

Itu adalah penjelasan untuk memaklumkan bahawa segala seksyen yang ada dalam ini adalah standard operating procedure yang sering diadakan di mana-mana enforcement act dalam negara dan juga di luar negara.

Yang Berhormat Indera Mahkota menyatakan bahawa pelaksanaan akta ini menunjukkan kos akan meningkat. Saya ingin tegaskan di sini bahawa, kos kesihatan memang sentiasa meningkat. Every year the cost is increasing at the level of 10 to 12 percent. Dari segi ubat pun dia telah meningkat 10 hingga 12 peratus. Saya hendak tegaskan di sini bahawa kita perlukan assessment, buat assessment. Ini bukan hendak menyusahkan ataupun hendak meningkatkan kos, akan tetapi adalah untuk memastikan alat yang kita gunakan itu selamat untuk rakyat kita.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Oleh itu kos itu memang ada kosnya. Akan tetapi tidak akanlah meningkatkan kos yang keterlaluan dari segi alat-alat peranti yang kita gunakan ini. So, berhubung dengan Yang Berhormat Indera Mahkota juga tanya, sama ada apakah anggaran nilai peranti yang dalam negara kita? Lebih kurang dalam negara kita tahun 2007 punya fakta, tahun 2009, tahun 2010 lebih kurang RM2.7 billion, RM2.7 billion but it goes up to RM2.9 billion by 2011, this year. Memang nilai-nilai ini akan terus meningkat. Actually the whole world global punya data menunjukkan, is about USD290 billion, and go up to USD200 billion this year.

final • 5:50 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Oleh itu kita tahu ini adalah satu pasaran yang cukup besar – USD200 billion in the whole world. Memang kerajaan juga melihat it is a growth sector. It grows at 10 peratus and 20 peratus growth. Dalam kementerian, kita juga sekarang ada NKEA di mana kita dalam transformasi ekonomi kita, kita juga telah masukkan peranti ini, medical device as one of NKEA dan ia akan menjana pendapatan negara kita menjelang tahun 2020, and introduce another seven more EPP. Tujuh lagi EPP bawah medical devices akan membawa kita keuntungan lebih kurang RM11 bilion menjelang tahun 2020.

Akan tetapi saya hendak beritahu bahawa bukan apa yang disangka oleh Yang Berhormat Indera Mahkota bahawa ada personal interest, ada protection perlindungan mana-mana siapa. Kita is very transparent di mana semua peningkatan ekonomi ini adalah terbuka kepada rakyat Malaysia untuk kita sama-sama melabur dan sama-sama kita tingkatkan industri peranti kesihatan ini untuk rakyat negara kita. Kos rawatan seperti yang saya katakan tadi, memang ia tidak ada undang-undang ini pun ia terus meningkat. Akan tetapi dengan undang-undang ini kita dapat mengawal, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal semua kos peranti kesihatan yang masuk dalam negara kita.

Berhubung dengan Yang Berhormat Kepong yang telah pun menyatakan beberapa perkara di sini, saya hendak nyatakan bahawa penetapan kriteria perolehan bagi peranti perubatan yang digunakan di hospital adalah berdasarkan beberapa prinsip keselamatan dan prestasi yang ditetapkan. Kita memang mempunyai standard criteria mana-mana alat yang boleh digunakan selepas disahkan oleh specialist dan kita ada satu unit di Unit Perkembangan Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan untuk memantau dan juga melihat semua ini. Tanpa akta ini, kita juga ada unit itu untuk melihat keberkesanan tiap alat-alat. Kita memastikan bahawa alat-alat yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan adalah berkesan dan dapat memberi kebaikan kepada rakyat dalam negara kita.

Berhubung dengan fasal-fasal yang lain, seperti mana yang telah saya sebutkan tadi, memang telah pun kita melihat untuk kita memberi ya. Saya belum jawab lagi yang Yang Berhormat Batu Gajah. Berhubung dengan seksyen 58, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi, seksyen 58 diperlukan untuk membolehkan kerajaan memastikan kos bagi penyimpanan peranti perubatan yang disita kerana kerajaan perlu menanggung kos dan untuk menyimpan peranti-peranti tersebut. Ada peranti-peranti yang di seludup dari luar negara dan memang melanggar undang-undang kita dan perlu kita pastikan bahawa apa yang disita itu untuk dijadikan saksi ataupun evidence dalam mahkamah. Sekiranya tiada dakwaan dijalankan, kos itu adalah ditanggung oleh kerajaan dalam penguasaan akta ini. So, ini adalah apa yang saya hendak jelaskan di sini.

Yang Berhormat Batu Gajah memang telah pun menyatakan beberapa perkara.

Sebentar tadi saya sudah jawab tadi tentang konsultasi dan stakeholders yang mana memang telah pun kita mengadakan beberapa konsultasi dan memang akta ini actually is a bit to late. Banyak stakeholders telah pun merayu kepada Kementerian Kesihatan untuk cepat-cepat bawa kepada Parlimen untuk dapat kita adakan akta ini kerana mereka amat memerlukan akta ini untuk memastikan hak mereka dapat dilindungi dan tidak – orang kata di Malaysia ini too many ‘fly by night’ punya equipment, barang-barang daripada buatan palsu yang masuk dalam negara kita dan menjejas kesihatan negara kita.

Oleh itu yang keduanya, kita juga amat memerlukan akta ini untuk memastikan NKEA dan juga transformasi ekonomi kita dapat berjalan dengan baik. Kita akan sediakan satu mekanisme dari segi rayuan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi bahawa tempoh-tempoh rayuan ini dan juga masa pendaftaran terlalu banyak birokrasi yang mana kerenah birokrasi ini akan melambatkan pendaftaran dan sebagainya.

final • 6:00 PM

Dato' Seri Liow Tiong Lai

Saya hendak beri jaminan pada Yang Berhormat bahawa kementerian tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk melambat-lambatkan dari segi pendaftaran dan juga dari segi tempoh-tempoh rayuan. Kesemua ini kita akan masukkan dalam peraturan yang kita akan rangka selepas undang-undang ini diluluskan kelak.

Yang Berhormat ada tanya berapa banyak item yang telah pun didaftar. Saya dimaklumkan lebih kurang ada lebih daripada 1,270 syarikat telah pun didaftar dan mempunyai lebih daripada lebih kurang 8,000 alat. It has to be more. Sepatutnya kena ada lebih banyak, tetapi oleh kerana ia ada voluntari, maka kita yakin kalau undang-undang ini diluluskan, kita akan dapat lebih banyak lagi alat-alat yang dapat didaftarkan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

final • 6:00 PM

Fasal-fasal 1 hingga 80 - Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 6:00 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada fasal 51 dan fasal 52. Walaupun Yang Berhormat Menteri telah pun menerangkan bahawa ini adalah standard operating procedure dan jika ada penyalahgunaan, kuasa tatatertib akan dikenakan. Akan tetapi kalau kita lihat fasal 51, ia telah sangat jelasnya menyatakan bahawa jika waran diberi oleh Majistret, ia boleh memasuki premis itu pada bila-bila waktu – waktu siang atau malam. Itu sudah sangat luas peruntukan ini. Akan tetapi dalam fasal 52, kalau menjalankan penguatkuasaan, Yang Berhormat boleh beritahu penguasaan yang mana yang boleh kita klasifikasikan tidak perlu disegerakan? Semua pun perlu disegerakan.

Kalau boleh adakan fasal 51, kita tidak perlu adakan fasal 52. Semua situasi penguatkuasaan kita boleh anggap sebagai perlu disegerakan. Fasal 52 kata kalau berpuas hati atas maklumat jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati atas makluman yang diterima bahawa ia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh satu waran geledah di bawah seksyen 51, ia boleh masuk buat penyitaan tanpa waran.

final • 6:08 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi saya rasa saya masih tidak boleh menerima fasal ini yang memberikan kuasa sebegitu luas, sebab fasal 51 ada check and balance, majistret boleh menilai sama ada ia benar-benar situasi yang munasabah untuk memasuki premis. Ini juga sangat luas, masuk bila-bila masa siang ataupun malam.

final • 6:10 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi fasal 52 terlalu luas dan inilah saya risau menjadi ruangan penyalahgunaan kuasa di mana akhirnya akan menjejaskan industri ini dan bagi saya..., penyertaan boleh dibuat tanpa waran jika seseorang pegawai diberikan kuasa memasuki dengan sebab yang munasabah dan akhirnya manufacturer atau establishment itu tidak boleh menuntut ganti rugi dan kerugian akibat penyertaan tersebut. Jadi itu saya masih tidak dapat menerima akan fasal 52.

Saya juga ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri berkenaan bilakah akan dirancang untuk menguatkuasakan rang undang-undang dan kalau fasal 50 ini ada menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri melantik pegawai yang diberikan kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan. Di bawah jangkaan Yang Berhormat Menteri atau rancangan mereka adalah daripada mana yang akan diambil, kelayakan tahap mana yang akan diberikan atau dilantik untuk menjadi pegawai yang diberikan kuasa? Saya rasa itu sangat penting dan saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 6:10 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan mengenai fasal 65 dan fasal 66 mengenai kuasa mengambil sampel, apakah maksud kuasa mengambil sampel sesuatu peranti perubatan?

Manakala fasal 66 itu, melantik juruanalisis mengikut pemahaman saya bahawa peranti itu bermakna satu alat atau satu bahan, bagaimana pula hendak mengambil sampel peralatan ini, adakah mengambil peranti tadi dan sebagainya, terima kasih.

final • 6:12 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:12 PM

Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batu Gajah memberikan pandangan yang bernas tadi dan juga minta saya bila agaknya boleh apabila akta ini diluluskan dan bilakah kita boleh melaksanakannya.

Sebenarnya pihak industri mahukan akta ini dilaksanakan dengan secepat mungkin, tetapi kita mempunyai masa yang agak constrain kerana apabila ia diluluskan pun sudah akhir tahun ini iaitu pada bulan Disember kemudian kita memerlukan sekurang- kurangnya tiga hingga enam bulan untuk melaksanakan peraturannya, kita memerlukan masa untuk menggubal peraturan pula untuk membolehkan akta ini dikuatkuasakan. Oleh itu saya rasa ia mengambil sekurang-kurangnya lebih kurang sehingga pertengahan ataupun akhir tahun hadapan untuk melaksanakan undang-undang ini.

Berhubung dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tentang fasal 51 dan fasal 52, saya memang faham keraguan Yang Berhormat tadi bahawa kalau diberikan kuasa yang terlampau kepada penguat kuasa akan menyebabkan salah guna kuasa akan berlaku. Saya telah menjelaskan tadi bahawa pegawai yang diberikan kuasa hendaklah menggunakan kuasa di bawah seksyen 51 terlebih dahulu dan seksyen 52 hanya boleh diguna pakai di dalam exceptional circumstances dengan izin, this is very-very critical, menjejaskan keadaan yang amat genting bagi negara dan juga barangkali keselamatan pesakit dan sebagainya. Itu di dalam keadaan yang tertentu sahaja akan digunakan untuk menjaga keselamatan masyarakat dan negara kita.

Saya yakin pegawai yang berkenaan tidak akan menyalahgunakan kuasa ini yang diberikan kerana di dalam keadaan yang tertentu sahaja iaitu apabila kesalahan, apabila kita hendak mendapatkan waran memerlukan masa dan if you need, if the news need count and pihak tertentu yang dituduh itu dapat menggunakan peluang itu untuk, to erase all the proof, semua yang ada baru kita menggunakan seksyen 52.

Kita faham atas keraguan Ahli-ahli Parlimen tetapi kita yakin bahawa akta ini akan membantu kita untuk memberikan keberkesanan kepada penguat kuasa di dalam negara kita.

final • 6:12 PM

Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Berhubung dengan seksyen pelantikan pegawai yang diberikan kuasa, apakah kelulusannya, seksyen 48, pegawai pihak berkuasa peranti perubatan atau mana-mana pegawai awam boleh dilantik sebagai pegawai yang diberikan kuasa, hanya seksyen 48 dalam akta memberikan kuasa kepada menteri untuk melantik pegawai, tetapi pegawai ini juga seperti saya faham pertanyaan Yang Berhormat Batu Gajah perlu fasih di dalam bidang itu. Itu kita akan tetapkan di dalam peraturan kita. Berhubung soalan Yang Berhormat...

final • 6:12 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 6:12 PM

Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Hulu Langat tadi, juru analisa, memang mereka ini adalah daripada assessor. Kita ada penilai-penilai untuk menjalankan assessment ini dan kita yakin bahawa mereka adalah yang pakar di dalam bidang tersebut dan kita berharap dengan adanya kuasa ini mereka dapat menjalankan penganalisisan juru analisa ini agar dapat membantu memberikan kesempurnaan dari segi pelaksanaan penguatkuasaan kita, terima kasih.

Fasal-fasal 1 hingga 80 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 6:12 PM
RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan mencadangkan satu agensi diwujudkan bagi melaksanakan dan menguat kuasa Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011. Sehubungan dengan itu satu Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 telah digubal bagi memberikan peruntukan berkaitan dengan penubuhan agensi tersebut.

final • 6:19 PM

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Oleh sebab Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011 tidak memberi peruntukan berkaitan dengan agensi pelaksana, maka Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 perlu diwujudkan dan dibaca bersama Rang Undang- undang Peranti Perubatan 2011. Sehubungan dengan itu, kedua-dua rang undang-undang tersebut perlu diluluskan serentak.

Tuan Yang di-Pertua, agensi yang ditubuhkan ini akan berperanan sebagai badan kawal selia yang melaksana dan menguatkuasakan Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011. Ia akan berfungsi sebagai sebuah badan yang bebas bagi melaksana fungsinya dengan cekap dan berkesan. Agensi ini juga perlu lebih proaktif dan bertindak dengan mengambil kira daya saing, cabaran global serta perubahan teknologi peranti perubatan yang begitu pesat. Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 merangkumi organisasi dan fungsi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, pelantikan pegawai kewangan dan peruntukan-peruntukan lain berkaitan operasi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan sebagai sebuah badan berkanun.

Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 dibahagikan kepada enam bahagian dan mengandungi 41 fasal yang menyentuh mengenai aspek- aspek penubuhan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.

final • 6:20 PM

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai - Bentong

Bahagian I merupakan permulaan rang undang-undang yang merangkumi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa serta tafsiran. Bahagian II pula bermula daripada fasal 3 hingga fasal 11 yang menggariskan perkara-perkara mengenai Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Manakala Bahagian III pula memberi peruntukan mengenai kuasa dan fungsi pihak berkuasa bermula daripada fasal 12 hingga fasal 15.

Seterusnya Bahagian IV yang bermula daripada fasal 16 hingga fasal 22 memberi peruntukan mengenai pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa. Bahagian V pula memberi peruntukan mengenai kewangan bermula daripada peruntukan 23 hingga 33. Akhir sekali Bahagian VI yang menggariskan perkara-perkara am yang bermula daripada fasal 34 hingga fasal 41. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 6:20 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan untuk mengawal dan mengawal selia industri peranti perubatan dan aktivitinya dan menguatkuasakan Rang Undang-undang Peranti Perubatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk di bahas. Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 6:20 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin memberikan pandangan sedikit mengenai Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri mesti diluluskan serentak dengan Akta Peranti Perubatan kalau ia ingin dilaksanakan.

Melihat kepada kedua-dua rang undang-undang ini kalau kita lihat sekali, saya masih lagi mengatakan bahawa antara perkara yang penting selain daripada pihak berkuasa peranti ini ialah apa yang disebut dalam rang undang-undang sebelumnya iaitu badan penilai pematuhan. Ini kerana saya rasa pihak berkuasa peranti ini akan banyak bergantung kepada badan pematuhan tersebut dari segi input-input sebelum mereka ataupun pihak berkuasa ini meluluskan mana-mana peranti untuk diguna pakai di dalam sistem perkhidmatan kesihatan kita.

Oleh sebab itu kepentingan individu, syarikat ataupun mana-mana pihak yang disebutkan Yang Berhormat Menteri tadi seolah-olah setaraf dengan FDA Amerika, saya rasa satu perkara yang harus diperdebatkan lebih panjang. Dalam rang undang-undang sebelumnya disebut bahawa badan-badan pematuhan ini boleh dibatalkan pendaftarannya kalau didapati tidak sesuai. Kalaulah kita ada mempunyai suatu pihak seperti FDA seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, bagaimana kita hendak membatalkan suatu organisasi yang begitu besar dengan peranannya bukan sekadar untuk melihat tentang peranti tetapi dari segi ubat-ubatan, bahan-bahan makanan dan sebagainya.

Jadi, saya masih lagi merasakan bahawa di sini ada sedikit kekeliruan. Ini kerana untuk memastikan kelancaran gerak kerja ataupun tanggungjawab dan tugas pihak berkuasa ini, kita memerlukan pihak pematuhan ataupun badan penilaian pematuhan yang lebih efektif, yang lebih profesional. Tidak boleh satu kerana terlalu banyak peralatan yang perlu dinilai. Oleh sebab itu saya menyebut di peringkat pencelahan tadi bahawa kalau peralatan itu besar..., cuma tadi di peringkat awal Yang Berhormat Menteri menjawab, beliau tidak sebut tentang peralatan besar. Beliau hanya memberikan contoh-contoh seperti pacemaker dan alat-alat makmal yang kecil-kecil.

final • 6:23 PM

Dato’ Seri Liow Tiong Lai

MRI.

final • 6:23 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

MRI, mesin-mesin yang besar-besar untuk membawa masuk mungkin dan suatu perkara yang melibatkan kos. Lagi satu, alat- alat ini pun sudah ada dipakai di sesetengah institusi. Jadi, adakah perlu pergi ke prinsipal di luar negara atau boleh dinilai di institusi yang telah menggunakannya atau boleh mesti dibawa masuk oleh establishment atau distributor kita dan dinilai di dalam negara. Apa kata kalau bawa satu mesin, tidak lulus kemudian dihantar balik. Ini satu perkara yang saya rasa amat berat bagi mana-mana syarikat untuk mengendalikannya. Apa yang lebih penting ialah tidak boleh ada satu syarikat yang memonopoli urusan pemastian penilaian pematuhan ini. Tidak boleh ada satu monopoli, kalau tidak apabila ada monopoli, kita akan berhadapan dengan suasana di mana ada patronage, perkara-perkara yang mungkin tidak telus di dalam urusan penilaian ataupun assessment bagi peranti-peranti perubatan ini.

Jadi, saya inginkan sekali lagi penjelasan, apakah betul-betul hanya satu organisasi yang kita amanahkan untuk melaksanakan tanggungjawab yang sebegini banyak dan besar. Seandainya katalah, kalau ikut saya sebutkan di awal tadi, badan ini boleh dibatalkan, apa terjadi kepada proses untuk kita hendak luluskan barangan yang baru yang hendak dibawa masuk. Pacemaker mungkin kecil tetapi kalau satu syarikat itu dibatalkan, pacemaker yang lain daripada syarikat yang lain hendak dinilai, bagaimana pula kita hendak menunggu penubuhan dan pendaftaran suatu lagi badan penilaian pematuhan?

Jadi, ini semua saya rasa memerlukan suatu, bukan kelonggaran tetapi satu usaha supaya tidak terhalang proses pelaksanaan pematuhan peranti ini.

Dalam konteks pihak berkuasa ini sendiri, saya amat bersetuju diberikan leadership nya kepada Kementerian Kesihatan kerana memang kita bercakap mengenai peranti perubatan. Sebagai profesional, pengerusinya yang juga adalah Director General of Health atau Ketua Pengarah Kesihatan mewakili sebenarnya profesion ini dan boleh mendapatkan nasihat-nasihat daripada unit-unit yang sedia ada di kementerian ataupun mana-mana pihak lain yang difikirkan perlu.

Cumanya dalam konteks ahli-ahlinya yang lain dari perenggan (e) kalau tidak silap saya, 41(e) “Tidak lebih lima orang yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman dalam hal perkara peranti perubatan...”. Saya ingin mendapat bayangan daripada Yang Berhormat Menteri, bagaimana agak-agaknya kriteria-kriteria yang akan ditetapkan bagi pemilihan mereka ini? Adakah mereka ini hanya pakar-pakar perubatan ataupun saintis-saintis perubatan, engineer ataupun boleh melibatkan juga daripada bidang-bidang lain seperti veterinar ataupun pakar-pakar pemakanan seperti Yang Berhormat Menteri kita kah atau bagaimana?

final • 6:23 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi, sebab ini penting kerana kredibiliti pihak berkuasa ini pada keahlian pihak berkuasa ini sendiri. Kita mengehendaki suatu keyakinan bahawa mereka yang sembilan orang yang duduk dalam pihak berkuasa ini benar-benar boleh memberikan keyakinan bahawa sebarang peranti yang diluluskan itu...

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Memang sudah melalui proses penyelidikan, kajian dan mempunyai efficacy dan juga effectiveness yang sesuai bagi mana-mana ilmu ataupun bidang perubatan yang kita hendak rawat. Sekarang ini di pasaran kita melihat bukan sekadar alat-alat perubatan, alat- alat meta perubatan ataupun di luar bidang perubatan seperti alat-alat elektronik yang dikatakan berkesan dan diiklankan dalam radio, berleluasa alat-alat dan mesin-mesin yang dikatakan boleh membuat diagnosis melalui pelbagai cara. Ini sudah menjadi tumpuan yang cukup hebat di seluruh negara.

final • 6:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Di Kuala Krai ada pusat-pusat yang memberikan rawatan alat-alat elektronik, elektrostatik misalnya yang dikatakan mempunyai kesan efficacy yang cukup baik sehingga beratus-ratus queue untuk mendapatkan perkhidmatan yang mulanya selalunya diberikan secara percuma. Kemudian, setelah dua atau tiga pusingan akan mencadangkan supaya pesakit-pesakit membelinya.

Jadi ini kalau ditanya kepada saya di kawasan saya sama ada perkara ini sesuai dengan bidang ini, saya ingin melihat di dalam siaran-siaran rasmi Kementerian Kesihatan ataupun selepas ini pihak berkuasa untuk memastikan sama ada alat-alat ini memang telah melalui proses penyelidikan dan ujian yang sesuai, baru kita boleh bercakap. Ini kerana sekarang ini memang ramai yang berpuas hati. Ramai yang seronok. Itu testimoni-testimoni daripada mereka yang dikatakan dirawat dan berjaya melalui proses rawatan ini. Akan tetapi kita tidak akan mendengar dalam radio mana-mana panggilan yang memberikan berita yang tidak baik iaitu alat-alat ini gagal. Rakyat ataupun orang ramai mungkin terpedaya dengan alat-alat ini.

Jadi, kita memerlukan dengan segera pengesahan daripada pihak berkuasa ini dan mesti diberikan sebegitu tepat supaya orang awam dan rakyat jelata tidak mudah terpesong dan tertipu untuk menggunakan alat-alat yang memang dikatakan mahal yang mungkin kerana desperation, dengan izin, mereka terpaksa bergolok-gadai untuk mendapatkan alat-alat ini. Jadi, saya harapkan jawatankuasa ini betul-betul profesional dan mempunyai hubungan yang rapat dan intim dengan mana-mana badan-badan pihak berkuasa yang lain di peringkat antarabangsa supaya bukanlah kita tidak yakin tetapi adalah baik dalam bidang yang sama dipraktikkan di seluruh dunia, kita mempunyai hubungan yang baik dengan badan-badan lain di luar negara, pihak berkuasa yang lain supaya kita dapat sentiasa bertukar pandangan dan maklumat. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 6:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 6:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ringkas sahaja mengenai beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan berkenaan dengan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 ini.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai berkenaan dengan bagaimanakah pihak berkuasa ini untuk menangani mesin-mesin yang besar seperti mana yang disebutkan MRI dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, pihak berkuasa ini nanti apakah mereka ini akan mewajibkan syarikat-syarikat yang membawa peranti perubatan untuk mendapatkan kelulusan sebelum membawa peranti- peranti perubatan ini ke dalam negara kita? Ini disebabkan kalau ia selepas itu, mungkin timbul sedikit masalah.

Pertamanya kalau mesin-mesin atau peranti-peranti perubatan ini adalah bersaiz besar ataupun yang memang diperlukan secara tergesa-gesa ataupun secara urgently, dengan izin oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jadi, kalau ia diberikan peluang ataupun diwajibkan meminta pihak berkuasa meluluskan pembelian ataupun pembawaan masuk peranti-peranti perubatan ini sebelum ia dibawa dan minta kebenaran atau diwajibkan sebegitu, mungkin ia akan mengurangkan masalah-masalah yang saya sebutkan tadi.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua ialah tentang syarikat-syarikat yang tadi dikatakan mungkin akan dilantik oleh pihak berkuasa ini untuk menyelaraskan kerja-kerja memantau peranti perubatan bagi pihak berkuasa tersebut. Saya setuju ia tidak boleh diberikan kepada sebuah syarikat. Ia perlu diberikan kepada beberapa buah syarikat supaya ada sedikit competition, dengan izin, supaya mereka boleh membuat kerja yang baik. Akan tetapi, yang lebih daripada itu dalam Bahagian III seksyen 12(1)(f) yang memperuntukkan;

final • 6:34 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

“Pihak berkuasa mempunyai kuasa ataupun mempunyai fungsi yang berikut iaitu untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh pihak berkuasa.” Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kalau syarikat swasta atau syarikat lain dilantik untuk menjadi syarikat yang menilai peranti-peranti perubatan ini, apakah lagi perlu diberikan kuasa untuk pihak berkuasa mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh pihak berkuasa ini? Ataupun mungkin clarification, dengan izin, diperlukan sama ada fi ini double charging. Maknanya syarikat yang dilantik itu akan mengenakan syarat ataupun mengenakan fi tetapi pihak berkuasa juga akan mengenakan fi yang sama kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Saya juga ingin merujuk pada seksyen 32 - Akaun dan Laporan yang memperuntukkan supaya penyata akaun pihak berkuasa ini diserahkan kepada menteri dan laporan ini dibentangkan ke hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Apakah pihak kementerian juga akan meminta supaya laporan ini diberikan kepada stakeholders yang lain contohnya Persatuan Perubatan Malaysia, Malaysian Medical Association dan sebagainya?

Apakah mereka juga mempunyai kuasa atau mempunyai hak untuk menerima laporan ini bagi pihak supaya ada juga idea-idea ataupun cadangan dan kritikan terhadap laporan ini dibuat oleh pihak yang lain selain daripada pihak kementerian?

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, pihak yang berkuasa ini, kalau saya membaca di sini, ia memantau peranti-peranti perubatan dan menguatkuasakan peruntukan yang telah diberikan kepada Akta Undang-undang Peranti Perubatan yang baru kita luluskan. Akan tetapi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pihak berkuasa ini juga akan memantau daripada segi harga? Bukan sahaja keberkesanan peranti-peranti perubatan ini ataupun keselamatannya kepada rakyat tetapi daripada segi harga.

Apakah pihak berkuasa ini mempunyai kuasa untuk memantau pembelian harga?

Ini kerana ia ada kaitan secara langsung dengan kos yang akan dikenakan kepada pesakit terutamanya dalam mesin-mesin ataupun peranti-peranti yang complicated sedikit, yang mungkin one of a kind, dengan izin, dan kalau harga itu tidak dipantau oleh pihak berkuasa ini, akhirnya nanti pesakit-pesakit yang akan menerima perkhidmatan itu akan terpaksa dikenakan caj yang tinggi oleh pihak-pihak tertentu. Jadi, ini adalah beberapa persoalan yang saya minta pihak kementerian tolong beri penjelasan. Terima kasih.

final • 6:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong.

Selepas itu, Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab.

final • 6:34 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, walaupun rang undang- undang ini penting tetapi nampaknya tidak ada ramailah yang berminat untuk..., saya pernah juga sebutkan agak panjang lebar lagi rang undang-undang sebelum ini mengenai keanggotaan pihak berkuasa dan sebagainya. Di sini misalnya, keanggotaan pihak berkuasa yang terdiri daripada anggota-anggota berikut. Ketua pengarah kesihatan sebagai pengerusi, ketua eksekutif seorang wakil kementerian kewangan, seorang wakil kementerian kesihatan dan tidak lebih daripada lima orang yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman dalam hal perkara peranti perubatan yang dilantik oleh menteri, ini memang Ketua Pengarah Kesihatan sebagai pengerusi.

Namun beliau sibuk, tanpa itu pihak berkuasa peranti perubatan pun sibuk, hendak cari masa pun susah. Yang Berhormat Kuala Krai tahulah itu. Memang tidak ada masa.

Bilakah hendak adakan mesyuarat untuk memutuskan dan menentukan perkara-perkara yang penting. Saya hairan macam mana boleh dibuat, saya nampaknya untuk mengatasi ia ada jawatankuasa. Pihak berkuasa boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu melaksanakan fungsi. Memang dia ada menggunakan jawatankuasanya. Cuma saya berharaplah Yang Berhormat Bentong dapat memberi jaminan kepada di Dewan yang mulia ini bila kedua-dua rang undang- undang menjadi akta kelak. Semua ini boleh dijalankan dengan lancar.

final • 6:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kalau setakat yang ditunjukkan di dalam rang undang-undang, saya kurang percayalah keberkesanannya, bahkan juga saya tadi Yang Berhormat sendiri kata itu peranti yang kita dapati di negara ini mungkin lebih daripada 8,000. Mungkin lebih. Itu pun satu anggaran yang konservatif. Ya, beribu-ribu dan pengerusinya kalau hendak mesyuarat satu, dua kali setahun pun susah, macam mana hendak menjalankan tugas? Saya tidak tahulah macam mana sebab saya berharap semua kawalan itu dapat dijalankan dengan berkesan dan ditambah pula mengenai jawatankuasa.

Tidak sebut pun..., walaupun ada sentuh sedikit mengenai nepotisme dan sebab hendak elakkannya itu. Nepotisme sedikit seperti ibu atau bapa, anak, adik-beradik, suami dan isteri, ini ada hendak elakkan nepotisme nampaknya. Akan tetapi, tidaklah ini sangat longgar. Pihak pengerusi itu boleh melantikkan sesiapa sahaja. Kalau dianggap Kuala Krai itu boleh dipercayai, dia lantik sahaja. Tidak ada. Kriteria-kriteria pun tidak ada langsung itu.

Ini memang sangat bahayalah di sini, tiada had, tiada kriteria untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa dan tambah pula cara untuk menguruskan kewangan.

Cara untuk menguruskan kewangan di sini nampaknya dengan akan ditubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Walaupun disebutkan di sini yang kumpulan wang hendaklah terdiri daripada apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud akta ini dan undang-undang peranti perubatan. Di sinilah walaupun dari segi teknikalnya ia kata ada kawalan sedikit kerana Tuan Yang di-Pertua pun ada meneliti dan semua Ahli-ahli Parlimen akan meneliti, itu entahlah apa-apa perkara yang kita meneliti satu bajet itu begitu tebal.

Hendak teliti daripada semasa ke semasa. So, Yang Berhormat Bentong walaupun disebutkan di sini kita di dalam Parlimen meneliti hal ini tetapi saya nampak, saya boleh percaya tidak ramailah dapat untuk mengesan kerana mungkin amaun yang terlibat tidak begitu besar, bukan berbilion-bilion. Mungkin beberapa juta ringgit dan sebab itulah mungkin akan diabaikan oleh ramai Ahli Parlimen yang hadir di dalam Dewan ini. Oleh sebab itulah saya berharap Yang Berhormat Bentong dapat memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa apa sahaja itu kumpulan wang yang akan adakan kelak tidak akan disalah gunakan, membazir dan sebagainya.

Apa masalah dengan..., Yang Berhormat, bagi dia untuk bangkit untuk berucap dalam hal yang begitu penting.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya. Biarkan Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh teruskan penjelasan.

final • 6:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya, ya. Walaupun kita ada nampak pemeliharaan kumpulan wang, pihak-pihak berkuasa berkewajipan memelihara kumpulan wang dengan melaksanakan fungsi perjalanan kuasanya di bawah akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil pihak berkuasa mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungjawabkan, dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya termasuklah susut nilai dan umur atas modal dari setahun ke setahun. Memang dari segi teorinya yang saya terima, memang dari segi praktisnya susah hendak kita laksanakannya ini.

Kita memerlukan akauntan yang pakar didalam hal ini, bukan main. Dari segi Kementerian Kesihatan, macam mana kita ada akauntan khas untuk meneliti akaun-akaun kumpulan wang seumpamanya. Memang satu masalah yang rumit dan Yang Berhormat boleh menerangkan kepada Dewan ini bagaimana kita dapat mengatasi perkara yang rumit untuk mengawal kumpulan wang ini supaya tidak dapat disalahgunakan. Sekian, terima kasih.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang dapat menyertai perbahasan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011.

final • 6:48 PM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat Kuala Krai, saya hendak ucap terima kasihlah kerana amat prihatin dengan standard yang kita hendak wujudkan dalam negara kita. Memastikan bahawa badan-badan penilai rantau ini di tahap dan juga kualitinya dan juga tidak ada personal interest dalam melaksanakan penilaian-penilaian tersebut. Saya hendak tegaskan di sini bahawa penilaian pemantauan (monitoring assessment) adalah dibuat di tempat pembuatan, di manufacturing site.

Kalau di manufacture di oversea ia memang di sana dan bukan di sini. Kita membuat pendaftaran alat-alat peranti ini juga kita tidak minta the retailer, pengguna untuk daftar. Yang daftar hanya manufacturer or wholeseller yang bawa masuk, dia kena daftar.

So, kita tidak akan menyusahkan orang ramai yang menggunakan alat, seperti pengguna, saya membeli alat peranti, bukan saya yang bertanggungjawab mendaftar. Memang dari segi manufacturer dan juga the wholeseller .

Keduanya, memang tidak ada monopoli dalam bidang ini kerana kita pastikan adalah terbuka pasarannya.

final • 6:48 PM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Kemudian conformity assessment body boleh menjadi banyak badan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Ia boleh banyak badan. What I mean just now one means badan berkanun inilah, tetapi dia boleh pilih, dia beri kita lantik banyak badan untuk menjalankan penilaian dan juga mereka perlu daftar dengan badan berkanun di bawahnya.

Berhubung dengan kenyataan bahawa sama ada alat itu selamat atau tidak selamat banyak ada di Kuala Krai ada alat ini, memang sekarang kita tidak ada kuasa, kementerian kita tidak ada undang-undang. Akan tetapi apabila dengan adanya undang- undang ini semua alat itu akan digredkan sama ada tahapnya skor ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’ dan perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan dengan badan ini, maka kita boleh bagi keyakinan kepada rakyat sama ada alat yang digunakan itu selamat atau tidak selamat ataupun telah pun dilalui peperiksaan oleh jabatan berkaitan.

Berhubung dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud telah menyatakan wajibkan syarikat untuk mendapat kelulusan terlebih dahulu sebelum bawa masuk. Memang ini yang telah pun kita tetapkan, mereka tidak akan dapat bawa masuk alat itu kecuali telah mendapat kelulusan daripada kita dan fi pendaftaran adalah berpatutan. Kita tidak akan menyebabkan kerana adanya pendaftaran ini menyusahkan pihak peniaga dan juga menyebabkan ekonomi kita tergugat dan fi pendaftaran ini adalah saya yakin tidak akan membebankan dan tidak ada double atau orang kata dua kali seperti yang dinyatakan tadi penilai, kemudian badan berkanun kena lagi. Saya rasa dia adalah bersekali untuk pastikan bahawa fi ini adalah bersesuaian untuk pembangunan industri peranti perubatan dalam negara kita.

Berhubung dengan akaun dan laporan hanya diberi kepada kementerian dan juga Parlimen, bukan. Dia sama dengan badan-badan berkanun yang lain apabila ia telah pun kita buat laporan tiap-tiap tahun akan kita hantar kepada Parlimen dan juga semua persatuan atau stakeholder yang terlibat boleh mendapatkan akaun dan juga laporan badan berkanun tersebut. Saya rasa ini penting kerana kita juga dapatkan maklumat-maklumat dan juga teguran daripada semua pihak untuk memastikan bahawa badan berkanun ini dapat berjalan dengan baik. Pihak berkuasa peralatan perubatan tidak memantau harga peralatan. Saya hendak tegaskan di sini bahawa kita menjamin keselamatan, jamin kualiti, tetapi dari segi harga pasaran demand and supply akan menentukan. Isu harga memang ditentukan oleh kuasa pasaran terbuka dan juga pihak berkuasa hanya memantau dari segi keselamatan, efficacy of the medical devices.

Kementerian Kesihatan sedang menyediakan kadar fi yang akan dikenakan ke atas peranti perubatan dan tahap yang didaftarkan. Asas yang digunakan dalam menentukan fi ialah:

(i) kelas peranti perubatan tersebut;

(ii) risiko yang dibawa bersama peranti perubatan tersebut;

final • 6:50 PM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

(iii) keperluan yang perlu dipatuhi;

(iv) proses penyemakan dan penilaian dibuat; dan,

(v) masa yang diambil bagi menjalankan penilaian tersebut.

Oleh itu semua, there’s no redundant semuanya akan kita fikir sekali. Walau bagaimana pun harus saya ingatkan bahawa kadar fi yang dikenakan adalah memang dalam negara kita setimpal dengan kos sara hidup rakyat yang rendah pada masa sekarang.

Berhubung dengan Yang Berhormat Kepong yang mengatakan ketua pengarah yang sibuk. Bagaimana hendak mempengerusikan jawatankuasa yang begitu penting. Saya hendak kata memang ketua pengarah ini selalunya jawatan yang amat penting dalam Kementerian Kesihatan. Dia menduduki banyak jawatan termasuk MMC (Malaysia Medical Council) yang penting untuk menjaga kepentingan semua doktor. Saya hendak ingatkan juga bahawa beliau juga mewakili doktor-doktor untuk memastikan alat perubatan ini betul atau tidak betul, boleh dipakai atau tidak boleh dipakai dan juga kuasa ketua pengarah sekarang even attorney agency menurunkan kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk menetapkan memberikan lesen pada X-ray, X-ray sekarang yang kita gunakan, X-ray, MRI semuanya di bawah kuasa Ketua Pengarah Kesihatan. Oleh itu adalah sesuai Ketua Pengarah Kesihatan menduduki jawatan ini untuk memastikan bahawa tidak ada dua kuasa kalau dia pengerusi yang lain, dia ketua pengarah mahu pergi ke jurusan yang lain dia jadi dua kuasa nanti. So it has to be Ketua Pengarah Kesihatan yang mempunyai kuasa bagi kelulusan alat-alat X-ray sekarang.

final • 6:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Walaupun Yang Berhormat Bentong bercakap demikian, beliau tidak masa macam mana akan adakan mesyuarat?

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Jangan berikan tanggapan yang salahlah kepada Ahli- ahli Yang Berhormat. Saya rasa memang jawatan ini penting kerana ianya juga mempunyai tanggungjawab yang berat dan beliau perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi. Saya yakin ketua pengarah boleh menjalankan tugas ini dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan juga boleh melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi di bawah seksyen 7(2). Kalau kita lihat bawah akta ini juga kita benarkan timbalan ketua pengarah menjalankan tugasnya.

Berhubung dengan Yang Berhormat Kepong mengawal kumpulan wang daripada penyelewengan adalah prosedur, kita mempunyai audit bagi memantau aktiviti-aktiviti kumpulan wang. Di samping itu pihak berkuasa menghantar satu salinan akaun yang diperakui oleh juruaudit dan salinan kepada menteri dan dibentangkan di hadapan kedua- dua Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kita juga boleh bantu memantau, Yang Berhormat Kepong kata tadi tidak ada masa tengok... [Ketawa] Kita boleh. Saya rasa sama- sama memantau dan juga laporan ini adalah laporan tahunan adalah dibuka kepada orang ramai untuk melihat prestasi badan berkanun tersebut dan kita pastikan bahawa tidak ada wang salah digunakan ataupun diselewengkan. Itu sahaja pandangan saya Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

final • 6:50 PM

Fasal-fasal 1 hingga 41 - Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 6:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada fasal 3, penubuhan pihak berkuasa dan fasal 12 fungsi dan kuasa pihak berkuasa. Di bawah fasal 12 sangat jelas mengatakan bahawa pihak berkuasa adalah menjalankan kuasa ataupun fungsinya dan fungsi di bawah undang-undang peranti perubatan. Adalah jelas kalau kita lihat, saya ingin membawa Yang Berhormat Menteri balik kepada rang undang-undang sebelum ini peranti perubatan di mana ia peranti perubatan yang ingin didaftarkan oleh establishment kena kemukakan kepada pihak berkuasa.

Sebelum kelulusan diberi oleh pihak berkuasa, ia perlu telah menjalani tatacara penilaian pematuhan yang dijalankan oleh suatu badan penilaian di bawah fasal 7 rang undang- undang tadi peranti perubatan. Jadi dalam situasi ini adalah jelas bahawa sama ada satu peranti perubatan akan didaftarkan ataupun tidak oleh pihak berkuasa, ia bergantung kepada sama ada ia telah lulus atau tidak penilaian oleh badan penilaian tersebut.

final • 6:59 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi saya ingin tahu daripada pihak kementerian di bawah kedua-dua rang undang-undang ini, badan penilaian ini yang akan dan perlu mengemukakan permohonan agar didaftarkan sebelum dia boleh menilai peranti perubatan ini kerana pendaftaran badan penilaian ini ia akan didaftarkan mengikut apa kategori? Apakah ia akan didaftarkan mengikut kelas peranti perubatan yang akan dinilai selepas ia didaftarkan? Jika ya, saya ingin tahu apakah pihak kementerian akan memastikan bahawa ada saingan di dalam setiap kelas badan penilaian tersebut atau ia akan hanya dimonopoli oleh satu badan sahaja yang akan menilai satu kelas peranti perubatan.

Saya rasa itu sangat penting untuk memastikan bahawa pihak badan penilaian ini tidak dimonopoli satu kelas penilaian peranti perubatan tersebut. Di dalam rang undang- undang sebelum ini ia adalah senyap berkenaan komposisi badan penilaian pematuhan ini.

Ia tidak menyatakan kelayakan mereka, berapa jumlah mereka atau anggota dalam badan ini. Ia hanya menyatakan kalau kita rujuk balik kepada rang undang-undang sebelum ini ia mesti adalah di bawah kawalan warganegara Malaysia, tidak ada conflict of interest, share- share tertentu atau mempunyai peranti perubatan yang akan dinilai oleh badan penilai. Itu sahaja.

Jadi saya.., ia tidak menyatakan anggotanya, kepakaran mereka tersebut, saya rasa pada sebelum satu peranti perubatan akan sampai ke pasaran, digunakan oleh customer ia perlu melalui yang paling penting, saya rasa peringkat yang paling penting adalah badan penilaian ini. Pihak berkuasa hanya tengok sama ada dia telah dapat kelulusan atau tidak dari pihak badan penilai. Saya rasa badan penilaian pematuhan ini sangat penting fungsinya tetapi tidak dinyatakan kepakaran mereka yang diperlukan, berapa anggota, siapakah mereka? Hanya kata tidak boleh ada konflik warganegara Malaysia sahaja. Itulah saya mohon penjelasan terhadap fasal-fasal ini.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 7:00 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk pada fasal 12(1)(d). Bagi saya tidak setuju kalau klausa ini dimasukkan iaitu untuk memberi perkhidmatan perundingan dan nasihat apa-apa perkhidmatan lain berhubung dengan industri peranti perubatan dan aktivitinya. Ini kerana kalau pihak berkuasa juga menjadi konsultan, menjadi penasihat maka berlaku conflict of interest. Oleh sebab itu bagi saya clause ini patut kita keluarkan, boleh syarikat tadi melantik satu konsultan lain dan buat recommendation kepada pihak berkuasa. Itu yang saya nampak. Banyak dah jawatankuasa ataupun konsultan terdiri daripada agensi kerajaan menyebabkan berlaku conflict of interest sama ada bidang saya nuklear dan sebagainya ada berlaku perkara itu.

final • 7:02 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Kedua fasal 13, adakah pihak berkuasa ini melantik ejen untuk memastikan bahawa peranti yang dibawa masuk nanti mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kerana kalau tengok di sini mewakilkan mana-mana fungsi. Adakah jawatankuasa sahaja ataupun ada agensi lain yang boleh dilantik yang mereka ini pakar sebagaimana Yang Berhormat Batu Gajah sebutkan tadi. Kita tidak jelas siapa yang boleh memeriksa peranti itu yang sebenarnya. Jadi adakah ada agensi macam kementerian-kementerian lain yang melantik agensi katalah JPJ ada agensi seperti, PUSPAKOM memeriksa kereta dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

final • 7:02 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 7:02 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri saya mula keliru balik. Tadi masa kita membincangkan Rang Undang-undang Peranti Perubatan tadi jelas bahawa akan ada badan penilaian pematuhan yang berdaftar dengan kementerian. Badan ini dia tidak semestinya dia hanya badan induk dan kemudian dia boleh melantik mana-mana institusi lain sebagai salah satu daripada penilai dia kerana tidak mungkin satu badan ada kesemua, jadi contohnya kita ada untuk tadi sebut Kelas ‘A’, Kelas ‘B’ dan kemudian juga mengikut alat peranti itu sendiri mungkin ada satu institusi yang semua mesin ECG mesti melaluinya. Ataupun semua mesin X-ray satu institusi.

Tiba-tiba sekarang kita ada pula ada satu jawatankuasa, pihak berkuasa boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perlu atau sesuai. Jadi sekiranya sudah ada badan penilaian pematuhan yang establishment atau syarikat-syarikat pembuat atau pembekal ini telah melaluinya untuk mendapat akreditasi daripada badan ini. Apakah perlu satu jawatankuasa lain? Jadi saya rasa kita bermimpilah kalau kita fikir kita ada banyak expertise, setengah expertise duduk di dalam badan-badan penilaian pemantauan ini kemudian kita juga ada satu jawatankuasa lain pula di bawah pihak berkuasa. Jadi adakah ini tidak menjadi satu redundancy dan satu pertindihan fungsi? Itu saya rasa apakah perlu ada lagi jawatankuasa ini.

Saya faham mungkin ada masa dan ketikanya kita memerlukan satu jawatankuasa khas untuk alat-alat tertentu dan sebagainya mengikut kepakaran. Misalnya kalau alat peranti ini menggunakan bahan radioaktif, pada ketika itu saya faham kalau salah seorang jawatankuasa duduk dalam pihak berkuasa itu dilantik daripada agensi atau negara kita misalnya. Akan tetapi untuk mengadakan satu lagi jawatankuasa yang tugasnya mungkin sama dengan badan penilaian pematuhan, adakah ia satu pertindihan? Adakah ia menjadi satu birokrasi yang tidak patut wujud dan melambatkan proses. Sedangkan syarikat tadi, pembekal tadi, pembuat tadi sudah melalui satu badan pemantauan ini. Terima kasih.

final • 7:04 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:04 PM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa fasal berhubung dengan rang undang- undang ini. Yang Berhormat Batu Gajah telah pun menekankan sekali lagi berhubung dengan kelas pendaftaran dan juga risau dan bimbang tentang monopoli yang akan berlaku dalam sesuatu alat tersebut. Saya hendak beri jaminan pada Yang Berhormat bahawa memang tidak akan berlaku sedemikian kerana semua alat-alat peranti kesihatan yang hendak didaftarkan, mereka boleh daftar dan penilai itu yang telah pun didaftarkan dengan badan berkanun boleh pergi membuat penilaian dan sekiranya tidak lulus mereka boleh membuat rayuan ataupun mereka boleh membuat susulan. Tidak semestinya ada anggapan bahawa penilai itu tidak akan luluskan sesuatu alat untuk monopoli pihak kepada sesuatu syarikat dan membolehkan kedua-dua syarikat itu monopoli alat tersebut.

Saya rasa memang jawatankuasa yang diwujudkan di bawah badan berkanun juga tidak akan membenarkan perkara ini berlaku kerana tidak ada jawatankuasa sebab itu saya hendak balik pada yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi.

final • 7:07 PM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Jawatankuasa yang diwujudkan oleh badan berkanun ini memang dia jawatankuasa kerja di mana akan juga memantau badan-badan penilai yang telah pun diwakilkan untuk menilai alat-alat tersebut. Maka semua isu-isu ini akan diselesaikan di peringkat jawatankuasa yang diwujudkan oleh badan penilai. Yang Berhormat Kota Raja jangan bimbang bahawa ada pertindihan kerana memang tidak ada pertindihan, kerana apa yang dijalankan penilaian di peringkat manufacturing dan juga yang telah diluluskan ataupun penilai analisa itu sudah lulus kena bawa balik jawatankuasa untuk disahkan kemudian bawa kepada badan berkanun induk untuk mendapat kelulusan. Saya rasa kita mempunyai beberapa lapisan adalah untuk mengelakkan mana-mana penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku dalam bidang kita.

final • 7:07 PM

Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai

Yang Berhormat Hulu Langat ada menyatakan tentang ejen yang diwujudkan.

Memang betul kita boleh melantik, bukan ejen, seperti penilai-penilai tadi, ia seperti SIRIM.

Kita boleh agihkan dan minta SIRIM untuk kita lakukan sesuatu penilaian. Kita memerlukan semua penilai ini untuk memastikan bahawa alat yang kita daftarkan itu adalah betul-betul bertaraf antarabangsa dan sesuai dengan kehendak kementerian dan juga doktor-doktor dan pesakit-pesakit kita.

Berhubung dengan apa yang dinyatakan bahawa sama ada badan berkanun boleh diberi kuasa untuk berkhidmat consultancy job, there is a conflict of interest. Saya hendak jelaskan di sini bahawa kita lebih fikirkan dari segi antarabangsa bagaimana khidmat kita kemudian kelak, bagaimana kementerian kita dengan badan berkanun ini dapat memberi perkhidmatan juga kepada peringkat antarabangsa. Bukan untuk bersaing di peringkat dalam negara. Di dalam negara ini memang kita sudah agihkan kepada syarikat-syarikat yang telah ditetapkan. Kita akan memantau dari semasa ke semasa dan pastikan tidak ada penyelewengan. Okey, terima kasih.

Fasal-fasal 1 hingga 41 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 7:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG HAK CIPTA (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332] dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dan bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Hak Cipta 1987 telah diwartakan pada tahun 1987 dan melindungi karya-karya seperti berikut:

(i) karya sastera;

(ii) karya muzik;

(iii) karya seni;

(iv) filem;

(v) rakaman bunyi; dan

(vi) siaran.

final • 7:14 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Secara umumnya, hak cipta yang terdapat pada karya sastera, muzik atau seni wujud sepanjang hayat si pencipta dan sehingga 50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya-karya jenis lain pula, jangka masa hak cipta ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu mula-mula diterbitkan.

Jika diimbas sejarah, akta ini telah dipinda beberapa kali sejak pewartaannya.

Bermula pada tahun 1960, akta ini dipinda apabila Malaysia menandatangani keahlian menganggotai Konvensyen Berne bagi memastikan peruntukan sedia ada mematuhi Konvensyen Berne bagi karya-karya sastera, muzik dan seni. Seterusnya pada tahun 1996, akta ini dipinda sekali lagi dengan tujuan untuk meluaskan bidang kuasa Tribunal Hak Cipta serta memasukkan peruntukan kompaun. Setahun kemudian, akta ini dipinda untuk memasukkan peruntukan bagi memberikan perlindungan kepada karya-karya hak cipta di internet.

Selain itu juga, akta ini telah dipinda pada tahun 2000 bagi memberikan hak kepada pelaku selaras dengan kehendak perjanjian Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS) yang perlu dipatuhi oleh semua negara ahli World Trade Organization menjelang tahun 2000. Akta ini telah dipinda kali terakhir pada tahun 2003 untuk memperkemaskan dan memantapkan bidang kuasa pegawai-pegawai penguat kuasa bagi membolehkan aktiviti penguatkuasaan khususnya dalam membanteras cetak rompak dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, jika dilihat dari segi perundangan yang melibatkan teknologi dan bidang ICT bagi karya-karya hak cipta terutamanya yang melibatkan penggunaan internet, Malaysia masih ketinggalan dalam keadaan ini dan ini menjadi penghalang kepada pembangunan dan perkembangan industri kreatif dan hak cipta tanah air.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana kita semua sedia maklum, pihak World Intellectual Property Organization (WIPO) iaitu satu badan antarabangsa yang menaungi bidang hak harta intelek dunia telah merangka dua triti berkaitan hak cipta iaitu WIPO Copyright Treaty (WCT) dan WIPO Performance and Phonograms Treaty (WPPT) yang mengandungi peruntukan-peruntukan untuk menangani cabaran-cabaran yang dibawa oleh teknologi digital terutamanya internet. WCT memperuntukkan hak eksklusif kepada pemilik hak cipta untuk menyediakan atau menyampaikan karya mereka kepada pihak awam sama ada melalui wayar atau tanpa wayar termasuk internet. Manakala WPPT pula lebih menekankan mengenai hak-hak pelaku yang mana pelaku mempunyai hak eksklusif menyediakan atau menyampaikan karya mereka kepada pihak awam sama ada melalui wayar atau tanpa wayar termasuk internet.

Kedua-dua triti itu yang diperkenalkan pada tahun 1998 sudah pun berkuat kuasa apabila 30 buah negara menyertai triti-triti tersebut. WCT telah berkuat kuasa mulai 6 Mac 2002 manakala WPPT telah berkuat kuasa mulai 20 Mei 2002. Kebanyakan negara telah menyesuaikan dan mengemaskinikan undang-undang hak cipta negara masing-masing sebelum menyertai triti-triti tersebut. Sehingga kini, 86 buah negara masing-masing telah menganggotai WCT dan WPPT sehingga Januari 2010. Jika pindaan ini diluluskan, Malaysia dijangka akan menyertai sebagai anggota WCT dan WPPT pada akhir tahun ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan pembangunan harta intelek di Malaysia, Kementerian telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan perlindungan karya-karya hak cipta di dalam negara diberi perlindungan yang sewajarnya. Oleh itu, pindaan akta ini dilihat sebagai satu langkah kerajaan dalam membina satu kerangka perundangan yang komprehensif dan kondusif yang bukan sahaja memberikan jaminan perlindungan yang menyeluruh tetapi juga memastikan pembangunan industri kreatif dan hak cipta negara lebih holistik dan berdaya maju untuk jangka masa yang panjang.

final • 7:14 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Industri hak cipta sendiri begitu aktif dan komited di dalam memastikan hak-hak mereka terjaga dan terbela. Ini dapat kita lihat daripada beberapa sesi dialog di antara pihak kementerian dengan pihak industri. Ingin dinyatakan di sini yang industri hak cipta amat luas dan bukan hanya meliputi dunia muzik, seni dan filem sahaja malah lebih dari itu.

final • 7:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Hak cipta merangkumi karya sastera, siaran, penerbitan dan tidak salah jika dikatakan di sekeliling kita ada karya-karya hak cipta yang dilahirkan hasil kreativiti dan inovasi individu-individu istimewa. Lantas sebagai pemangkin kepada cetusan kreativiti tersebut dan bagi memastikan perkembangan industri kreatif di Malaysia berterusan, akta ini perlu dikemaskinikan. Ini bukan sahaja sebagai galakan dan dorongan kepada industri kreatif negara tetapi juga dapat menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran ekonomi negara.

Secara umumnya kerangka pindaan ini memberikan tumpuan kepada aspek-aspek berikut. Pertama, keperluan memantau fungsi badan pelesenan ataupun Collective Management Organization (CMO) selaras dengan slogan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Kerajaan amat prihatin akan kebajikan para penggiat seni dan sewajarnya golongan ini dibela dengan memastikan mereka mendapat ganjaran yang setimpal daripada sumbangan yang telah mereka berikan dalam mewarnai dunia seni hiburan tanah air. Oleh itu, kerajaan perlu memantau fungsi badan pelesenan supaya ia lebih telus dalam menjalankan kutipan dan agihan royalti kepada mereka yang layak menerimanya.

Dalam pindaan ini, mana-mana pihak yang hendak menjalankan operasi sebagai badan-badan kutipan royalti hendaklah mendaftar dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak kementerian. Adalah menjadi satu kesalahan jika badan pelesenan gagal mendaftar dan boleh didenda tidak melebihi RM500,000. Permohonan hendaklah dibuat kepada kementerian dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang sewajarnya seperti penyata kewangan syarikat, kontrak di antara pemunya karya dan badan pelesenan serta dokumen-dokumen lain yang difikirkan perlu oleh pihak kementerian.

Kedua, perkembangan teknologi maklumat. Dunia tanpa sempadan atau proses globalisasi menyebabkan dunia semakin mengecil oleh ledakan teknologi maklumat yang pesat sehinggakan segala maklumat dapat disalurkan, disebarkan dan dikongsi menerusi pelbagai perantara, media komunikasi seperti internet, media elektronik dan juga teknologi siber. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan bergeografi tetapi pengaruh globalisasi adalah menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik malahan segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

Perkembangan ini bukan sahaja melahirkan hubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain tetapi membuka jaringan perhubungan sesama manusia.

Perkembangan teknologi adalah untuk membuat kehidupan kita lebih mudah dan economical. Di sebalik semua kemudahan dan manfaat yang diperolehi daripada kecanggihan teknologi tersebut, pasti ada ruang yang jika tidak diberi perhatian serius akan membawa kemudaratan di kemudian hari contohnya mengenai isu pelanggaran karya, karya hak cipta yang berleluasa di internet.

Oleh itu adalah perlu satu kerangka undang-undang yang dapat dijadikan panduan untuk mengawal dan memantau keadaan ini. Oleh itu kementerian telah mengambil inisiatif dengan memasukkan peruntukan baru bagi memenuhi keperluan semasa supaya perlindungan hak cipta akan lebih berkesan. Antara peruntukan baru yang diperkenalkan di dalam pindaan ini ialah peruntukan bagi aktiviti anti rakaman kamera ataupun anti- camcording bagi tujuan menghalang kegiatan cetak rompak dalam panggung wayang.

Manakala bagi tujuan mengehadkan tanggungan pemberi perkhidmatan atau service provider diperuntukkan mengenai limitation of the liability of the service provider dimasukkan voluntary notification system for copy rights works, dengan izin. Ini pula memberi satu platform bagi pemunya karya hak cipta mendaftar secara sukarela.

Ketiga, keperluan untuk menambah baik fungsi tribunal hak cipta. Seterusnya dalam usaha untuk memantapkan lagi institusi perlindungan hak cipta bagi maksud menyelesaikan pertikaian hal berkaitan dengan hak dan agihan royalti secara pantas. Maka pindaan kali ini juga melibatkan keperluan untuk menambah baik fungsi-fungsi tribunal hak cipta dengan memperluaskan kuasa-kuasa yang sedia ada. Di samping itu, pelaku ataupun performer juga diberikan hak untuk merujuk kepada tribunal hak cipta apa-apa isu berkaitan ketidakpuasan hati atau pertikaian berkenaan dengan hak-hak saraan saksamanya.

final • 7:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Antara peruntukan yang dilihat semula dan dipinda ialah peruntukan berkaitan limitation and exception, dengan izin dengan memberikan definisi yang lebih terang dan mudah difahami terhadap terma pelaku. Cadangan pindaan ini dilihat akan menjamin keseimbangan hak dan keperluan masyarakat umum dalam mengeksploitasi karya-karya hak cipta tanpa menafikan hak-hak eksklusif tuan punya karya hak cipta tersebut. Dengan pindaan ini, garis panduan yang jelas terhadap perlindungan hak cipta akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya untuk memaklumkan beberapa ciri utama rang undang-undang ini yang melibatkan pindaan terhadap 38 fasal keseluruhannya.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuat kuasa rang undang-undang yang dicadangkan.

Fasal 2, fasal 9, fasal 12, fasal 14, fasal 25 dan fasal 26 pula bertujuan supaya akta ini konsisten dengan peruntukan yang terdapat di dalam WPPT dan WCT.

Fasal 3 bertujuan untuk membida tafsiran bagi menjelaskan perkataan-perkataan tertentu dalam seksyen 3.

Fasal 4, fasal 6, fasal 7 dan fasal 8 bertujuan untuk memperjelaskan lagi peruntukan sedia ada dalam akta ini.

Fasal 5, fasal 33, fasal 34, fasal 35, fasal 36 dan fasal 37 bertujuan untuk memberi kuasa bagi mentadbir dan menguatkuasakan akta ini.

Fasal 16 bertujuan memperkenalkan seksyen baru iaitu 26A, 26B dan 26C yang memperkatakan tentang peruntukan baru berhubung dengan mekanisme pemberitahuan karya hak cipta secara sukarela. Melalui sistem ini, karya hak cipta boleh didaftarkan secara sukarela dan sijil pemberitahuan yang dikeluarkan oleh pengawal hak cipta boleh dijadikan keterangan prima-facie di dalam sebarang pertikaian berkaitan hak cipta.

Fasal 17, fasal 18, fasal 19 dan fasal 20 bertujuan untuk memperkenalkan peruntukan baru dan juga membina peruntukan yang sedia ada berkaitan badan pelesenan karya-karya hak cipta ataupun CMO.

Fasal 21, fasal 22, fasal 23 dan fasal 24 bertujuan meminda peruntukan untuk memperkasakan tribunal hak cipta yang sedia ada.

Seterusnya fasal 32 adalah untuk memperkenalkan bahagian VIA dan VIB yang mengandungi seksyen 43A iaitu anti rakaman kamera atau anti-camcording.

Bahagian VIB pula adalah peruntukan berkenaan pengehadan tanggungan pemberi perkhidmatan internet. Dengan peruntukan baru ini, tanggungan pemberi khidmat ataupun service provider akan dihadkan.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian mempunyai keyakinan yang sepenuhnya bahawa rang undang-undang ini akan membawa kebaikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung ke arah pembentukan sebuah industri kreatif dalam meletakkan Malaysia setanding dengan negara- negara maju di dunia. Oleh itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini adalah amat diharapkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 7:20 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan II - Tuan Jelaing anak Mersat

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hak Cipta 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 7:20 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya berbahas mengenai Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 dalam Dewan yang mulia ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian kerana saya difahamkan menerusi pindaan yang dibuat melibatkan 38 fasal.

Setiap badan yang mahu menjalankan kerja memungut royalti akan berdaftar dahulu dengan kementerian. Badan yang ingkar mematuhi peraturan ini boleh dibatalkan lesennya.

Saya ingin bertanya kepada kementerian, selama ini siapakah sebenarnya yang mengutip royalti bagi pihak karya sastera, karya seni, karya muzik, rakaman bunyi dan filem serta siaran? Apakah kelak nanti badan yang berdaftar ini perlu menghantar laporan kepada kementerian mengenai berapakah kutipan dan royalti yang telah dijelaskan?

Bagaimanakah pula mekanisme untuk diagih-agihkan kepada pihak yang berhak?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengalu-alukan denda yang dicadangkan sebanyak RM500,000 boleh dikenakan kepada badan yang melakukan kutipan royalti secara haram. Malah saya mencadangkan agar denda ini ditingkatkan kepada RM1 juta untuk memastikan hak mereka yang terlibat dalam industri terpelihara. Saya berharap pindaan yang dicadangkan itu akan memastikan bahawa Undang-undang Hak Cipta Malaysia hendaklah konsisten dan terkini dengan perkembangan baru dan standard antarabangsa yang baru.

Saya juga ingin bertanya apakah menerusi pindaan-pindaan dalam akta ini akan menetapkan kadar tertentu untuk artis agar mereka tahu lebih awal jumlah royalti yang bakal mereka perolehi? Ini penting bagi membolehkan kumpulan berkaitan umpamanya pencipta lagu dan penulis lirik, artis di bawah syarikat rakaman dan penerbitan produk muzik serta penyanyi dan pemuzik yang melakukan persembahan di tempat awam, televisyen mahupun radio mendapat royalti yang sewajarnya.

Bagaimana pula dengan artis yang muncul menerusi internet? Umpamanya menerusi Youtube. Apakah mereka ini tertakluk di bawah akta ini? Ini satu persoalan yang besar. Pohon penjelasan kerana saya dimaklumkan kebanyakan artis sebagai contoh ada yang menerima 3 peratus sahaja daripada hak sebenar royalti milik mereka. Jika di Singapura, kesemua penggiat seni termasuk artis, penulis lirik, penyusun muzik, pemuzik serta syarikat rakaman dapat merasakan setiap keuntungan dengan adil dan saksama.

Mengapa di Malaysia senario terbatas dan masih ada kesamaran dalam pengagihan?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya bagaimana pula mereka yang belakang tabir seperti penggerak di belakang penerbitan album, pentas, drama dan filem mahupun teater? Adakah mereka mempunyai hak saksama dalam pindaan ini? Bagaimana pula dengan hak para pelakon dan pembikin filem yang hanya terlopong apabila menonton filem atau drama lakonan mereka diulang berpuluh-puluh kali di stesen televisyen tanpa menerima imbuhan royalti berbanding di luar negara yang hak royalti masih termaktub kepada artis sekiranya karya lakonan mereka ditayangkan lagi. Ini satu persoalan yang besar. Walaupun berulang-ulang kali adakah mereka ini berhak mendapat royalti berikutnya?

Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah adanya satu jawatankuasa khas di bawah kementerian kelak yang akan berfungsi untuk mengutip segala royalti bagi pihak artis. Ini kerana mungkin bagi pandangan saya ianya lebih berkesan dan relevan agar tidak wujud sebarang kekusutan.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu apakah pihak kerajaan juga akan mengambil langkah bagi berbincang dengan pihak telekomunikasi yang selama ini senang lenang mengaut keuntungan daripada hasil jualan nada dering (RBT). Sedangkan operasi utama mereka adalah rangkaian telefon dan juga perkhidmatan lain berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit dan bukannya daripada nada dering.

final • 7:30 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Jualan nada dering sememangnya kini menjadi kiblat utama penggiat muzik kerana jualan fizikal pada album tidak lagi berkesan. Namun pihak artis dan pihak syarikat rakaman terpaksa berkongsi keuntungan yang sama dengan pihak telekomunikasi sedangkan mereka tidak langsung berkongsi dalam soal pembikinan. Jadi, saya berharap supaya kementerian menyelidik dengan lebih teliti soal pembahagian royalti kepada pelakon dan hak-hak eksklusif mereka dalam menjual bakat dan hasil kerja selama ini.

Saya berharap juga menerusi pindaan ini juga dapat melaksanakan semula Tribunal Hak Cipta supaya jika ada artis tidak berpuas hati mereka boleh membawa kes mereka ke tribunal tanpa melalui Mahkamah Sivil. Dengan itu saya menyokong.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau yang nampaknya begitu prihatin kepada nasib artis. Saya tidak tahulah artis muda kah atau artis yang sudah berumur. Akan tetapi yang penting Yang Berhormat Kuala Krau... [Ketawa]

final • 7:36 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Termasuk anak Menteri.

final • 7:36 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya ingin memaklumkan bahawa untuk CMO bagi CMO ataupun pengutip royalti ini. Setakat ini bagi pemuzik, penyanyi dan sebagainya memang ada mempunyai syarikat-syarikat yang terlibat di dalam mengadakan kutipan ini.

Misalnya Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM) pengutip royalti bagi syarikat rakaman. Manakala Music Authors’ Copyright Protection Bhd. (MACP) adalah mengutip bagi penulis lirik, penggubah dan syarikat penerbitan lagu dan muzik. Ketiganya, adalah Performers and Artistes Rights Sdn. Bhd. (PRISM) yang mengutip bagi pihak pelaku persembahan dan siaran awam dan sebagainya. Mengutip bagi pihak penyanyi dan sebagainya.

Jadi, ada tiga yang mengutip bagi pihak mereka. Ini yang ada setakat ini. Walau bagaimanapun suka saya nyatakan bahawa selama ini CMO ini ataupun badan yang mengutip royalti ini tidak berdaftar, tidak didaftarkan di bawah kementerian dan sebagainya.

Mereka mengutip atas ihsan dan cara mereka sendiri. Sebab itulah kita terdapat rungutan daripada pihak artis bahawa royalti mereka di manipulasi oleh setengah-setengah badan pengutip ini. Tidak ada ketelusan misalnya. Mereka tidak dimaklumkan berapa jumlah jam lagu-lagu mereka dimainkan, di mana lagu mereka dimainkan dan sebagainya.

Akhirnya mereka tidak mempunyai satu benchmark, tidak tahu di mana, bagaimana dan sebagainya. Oleh sebab itulah kita pinda akta ini supaya selepas ini bahawa sesiapa sahaja syarikat yang ingin mengutip royalti bagi pihak artis dan sebagainya, pelakon, pencipta lagu dan sebagainya mesti berdaftar dan mendapat kebenaran daripada kita. Bolehlah kita membuat peraturan-peraturan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat mencadangkan supaya selepas ini perlu dihantar laporan, mesti transparent, mesti beritahu jumlah kutipan yang patut mereka perolehi, berapa kadar dan sebagainya.

Kita akan tetapkan perkara ini kerana selepas sahaja akta ini dipinda, kita akan buat peraturan-peraturan yang lebih jelas tentang bagaimana dan berapa jumlah serta dari segi laporan-laporan dan sebagainya. Kita akan buat peraturan Yang Berhormat. Mungkin kita akan minta mereka hantar setiap enam bulan atau setahun sekali mengenai laporan- laporan yang lebih detail. Tidaklah seperti sekarang panggil sahaja artis hendak bagi RM300, bagi. Hendak bagi RM200, bagi. Tidak ada sistem yang kita boleh kawal. Jadi inilah salah satu tujuannya.

final • 7:36 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat, kalau saya teliti hujah Yang Berhormat Menteri tadi, adakah kalau setakat ini CMO yang tidak berdaftar dengan kementerian, adakah sebarang tuntutan yang dituntut oleh CMO setakat ini boleh diabaikan ataupun tak perlu bayar pun ataupun sekiranya wujud ada suit case pun, itu pun boleh diabaikan. Terima kasih.

final • 7:36 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Mereka kalau tak puas hati masih lagi boleh, artis-artis masih boleh menuntut kerana kita menyediakan Tribunal Hak Cipta dan sebagainya ataupun boleh mereka membawa kes ke mahkamah dan sebagainya. Cuma daripada segi bukti dan sebagainya susah. Tidak ada agreement pun di antara artis dengan pihak CMO kita, tidak ada. Sebab itu sekarang ini dalam peraturan yang akan kita tentukan nanti, kita hendak supaya CMO yang dilantik hendaklah mendapat pelantikan bertulis daripada artis tersebut. Sekarang ini tidak ada. Dia boleh kutip untuk sesiapa sahaja.

Kadang-kadang artis pun tak tahu ada CMO yang mengutip bagi pihak dia. Sekarang ini kita hendak supaya ada agreement ataupun consent letter dan sebagainya yang mengesahkan bahawa CMO itu mengutip bagi pihak artis. Sekarang ini tidak ada. Kalau ada kes yang melibatkan artis dan CMO, kadang-kadang susah nak dibuktikan berapa jumlah kutipan dan sebagainya.

Sebab itulah Tribunal Hak Cipta walaupun dah ada, tidak ada artis pun membawa kes ke tribunal kerana susah bagi mereka untuk menentukan berapa yang mereka nak claim dan sebagainya kerana tidak ada satu sistem yang lengkap dan sebagainya untuk mereka jadikan sebagai bukti.

final • 7:40 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya tak sempat bangun tadi, tak apa cuma berdasarkan perbahasan sahabat saya dari Kuala Krau tadi yang mungkin banyak berkisah daripada persoalan muzik, artis dan seumpamanya tetapi beliau juga menyebut tentang hasil sastera yang seni budaya, seni sastera yang terangkum dalam akta yang dibahaskan ini. Jadi, mungkin daripada segi artis itu mungkin ramai yang akan berucap tetapi saya ingin menekankan daripada segi aspek golongan sasterawan negara yang banyak menghasilkan novel yang besar sumbangannya kepada perkembangan bahasa dan budaya dalam negara kita. ASAS 50 sebagai contoh, adalah suatu kumpulan yang bukan sekadar menulis puisi, cerpen, novel tetapi hasil karya juga sangat besar sumbangannya ke arah kemerdekaan negara dan juga ke arah perkembangan sastera pada waktu itu.

Jadi, terdapat novel-novel penting sebagai contohnya, sasterawan negara menghasilkan Ranjau Sepanjang Jalan atau SAGA karya Anuar Ridwan yang dijadikan teks di sekolah-sekolah, dicetak ribuan ribu buku dan menjadi teks sastera di sekolah-sekolah menengah. Adakah dengan perbahasan akta ini juga, buku-buku yang dicetak itu, yang dijadikan teks itu dikira balik dan adakah penulis-penulis ini mendapat ganjarannya? Bukan artis sahaja, artis itu satu hal lah, dengan banyak album yang dihasilkan tetapi golongan ini juga menghasilkan karya bermutu yang dijadikan teks di sekolah-sekolah menengah dan di universiti pun novel-novel ini disimpan sebagai khazanah negara. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, adakah ada suatu mekanisme, ada badan yang memantau tentang bagaimana karya-karya mereka di ceduk dan dijadikan tajuk pada drama.

Karya-karya mereka juga diambil sebagai bahan dalam pementasan teater dan seumpamanya. Jadi, badan mana yang memantau tentang golongan ini yang saya harap tidak akan terpinggir daripada perbahasan tentang akta ini. Terima kasih.

final • 7:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Menteri tengah menjawab Yang Berhormat. Yang Berhormat tak boleh mencelah.

final • 7:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya ada nak sebut, nak mencelah kerana saya setuju dengan rang undang-undang Tribunal Hak Cipta kerana mesti kita memelihara pencipta-pencipta di dalam negara ini. Cuma saya hendak Yang Berhormat dengan hak cipta ini dan pindaannya untuk memperlindungkan karya-karya sastera, karya seni, karya muzik, rakaman bunyi, filem, siaran dan melindungi kepada pelakon dan sebagainya. Saya nampak di dalam kementerian ada perdagangan domestik dan juga hal pengguna sahaja tetapi dengan begitu banyak seni kita ini, adakah pakar di dalam kementerian ini? Itu saya nak tahu. Walaupun saya setuju dengan rang undang-undang ini, nampak dia nak memperlindungkan elektronik pun ada. Kalau ada Yang Berhormat Padang Rengas menciptakan satu karya di dalam elektronik, macam mana Yang Berhormat Bera dapat memperlindungkan?

final • 7:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Adakah beliau mempunyai kepakaran? Saya nampaklah Yang Berhormat Bera, baru-baru ini saya nampak di Sungai Pahang itu kalau nak jalan pergi ke Bera...

final • 7:40 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 7:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Siapa Perdana Menteri? Dia Menteri. Jadi, bila kita pergi ke Bera melalui itu jalan, itu Sungai Pahang, saya nampak perkara barulah, ciptaan mungkin daripada Yang Berhormat Menteri. Di seberang itu ada Bandar Bera. Buat kali yang pertamalah saya nampak, sekarang ada jadi Menteri, dia nak tunjukkan penciptaannya. Nanti cuba tengok di jalan di Sungai Pahang... [Ketawa] Nanti bolehkah?

Saya akan menyertai di dalam ucapan dasar nanti ya.

final • 7:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Okey... [Ketawa]

final • 7:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Boleh Menteri? Boleh satu lagi?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Kalau kita perhatikan ini, saya amat berterima kasih dan menghargai usaha ini di mana kementerian mengambil kira banyak pihak yang sepatutnya boleh menerima apa yang patutnya mereka terima di bawah Copyright Act ini. Kita perhatikan artis-artis pun mula sedar dan merekalah di antara golongan yang ramai menjadi mangsa dalam hal ini. Cuma saya nak tanya kepada kementerian mengenai perkara di mana kalaulah ini dilakukan, adakah kementerian bersedia untuk mewujudkan satu mekanisme supaya ia menjadi satu perkara yang mudah.

Ia tidak menyusahkan apabila ia dilaksanakan nanti sebab kalau kita perhatikan kalau dalam akta ini, dalam rang undang-undang ini hendak disediakan, declare penyata kira-kira, salinan untung rugi dan semua ini. Adakah ianya menjadi satu bebanan ataupun ianya boleh membantu dengan cara di mana ianya boleh meringankan beban pihak-pihak yang terlibat.

Jadi, diharapkan ini menjadi satu insentif kepada mereka yang seharusnya menerima apa yang seharusnya diterima melalui faedah apabila ianya dilaksanakan.

Terima kasih.

final • 7:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih. Yang Berhormat Kubang Kerian, sebenarnya setakat ini tidak ada badan yang menjalankan kutipan bagi hasil-hasil sastera, penulisan buku dan sebagainya. Walau bagaimanapun, di dalam pindaan akta yang baru ini, di dalam akta copyright ini memang karya sastera itu dilindungi sepanjang 50 tahun selepas penciptaan ataupun selepas kematiannya, 50 tahun.

final • 7:40 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Selepas kematiannya masih lagi karya itu dicipta. Cuma setakat ini tidak ada badan dan selepas ini misalnya kalau ada badan pengutip royalti ini diwujudkan, pihak kementerian memang mengalu-alukan kerana hendak jawab juga ada kaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau sama ada adakah pihak kementerian sendiri akan mewujudkan CMO ini untuk mengutip royalti. Setakat ini tidak ada perancangan daripada pihak kementerian untuk mewujudkan badan di bawah kementerian untuk mengadakan kutipan ini. Ini terserah kepada pihak swasta dan mana-mana pertubuhan yang ingin mengadakan kutipan sama ada bagi karya muzik ataupun sastera seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.

Saya ingin meneruskan kerana kita tidak banyak tadi. Satu sahaja yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang filem. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, pertanyaan Yang Berhormat ialah mengenai filem. Walaupun berkali-kali ditayangkan. Kalau kita lihat filem P. Ramlee dan sebagainya, berkali-kali ditayangkan sama ada ada royalti atau tidak. Jawapannya, tidak ada. Tidak ada kerana biasanya, yang pertamanya, di dalam akta yang lepas misalnya, tidak ada peruntukan untuk royalti bagi filem-filem ini. Keduanya, biasanya kesilapannya mungkin dilakukan oleh pihak penerbit filem itu sendiri kerana biasanya mereka akan menjual terus filem mereka kepada TV station dan mereka mengambil lump sum. Katakan RM50,000. Jadi, mereka terus ambil.

Jadi, walaupun filem itu diulang tayang berkali-kali tetapi mereka sudah pun melepaskan hak mereka kepada TV station dan sebagainya. Begitu jugalah dengan pelakon. Kalau di luar negara kita dapati pelakon misalnya dibayar secara royalti ataupun profit sharing juga dengan syarikat-syarikat yang mengeluarkan filem.

final • 7:50 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Akan tetapi di dalam negara kita pelakon dibayar secara lump sum juga. Dibayar terus. Setiap filem lakonannya telah pun dioffer untuk bayaran. Jadi, mereka ambil wang bayaran tersebut walaupun filem mendapat box office dan sebagainya, itu terserah kepada pihak produser. Ada yang beri dan ada yang tidak beri dan mereka tidak ada hak dari segi kutipan dan sebagainya.

final • 7:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Menteri, saya ingin penjelasan. Dengan wujudnya pindaan daripada rang undang-undang ini, adakah penjualan secara terus seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dapat dihalang dan pengusaha-pengusaha filem boleh membuat rundingan terhadap berapakah jumlah yang sepatutnya dibayar kepada artis dan juga penggiat seni?

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tidak ada secara khusus disebut di dalam akta ini. Walau bagaimanapun, kita akan kaji dari segi mungkin akan mengadakan peraturan kerana kita juga dibenarkan untuk mengadakan peraturan-peraturan tertentu seperti yang Yang Berhormat sebut tentang caller ring tone tadi yang merupakan satu punca pendapatan kepada artis hari ini. Kalau kita lihat dari segi bayaran yang diberikan oleh syarikat-syarikat telco ini adalah agak kecil di dalam negara kita berbanding dengan negara-negara luar yang memberikan bayaran yang agak tinggi berbanding dengan negara kita. Jadi, perkara itulah yang akan kita letakkan di dalam peraturan-peraturan nanti.

Menetapkan kadar misalnya, berapa peratus dan sebagainya untuk dibayar kepada artis, kepada pencipta lagu dan sebagainya. Semuanya kita boleh adakan di dalam peraturan- peraturan yang akan kita buat selepas akta ini diluluskan di Parlimen nanti.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krau. Begitu juga dengan Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Kepong yang tadi dia tidak yakin dengan keupayaan kita. Saya lupa hendak jelaskan bahawa di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ada satu agensi iaitu Malaysia Intellectual Property (MIPO). MIPO itu satu agensi khusus untuk menjaga royalti. Jadi, kita tahu tentang royalti dan sebagainya. Jadi, Yang Berhormat Kepong jangan bimbang. Kalau Yang Berhormat Kepong jadi penyanyi esok, kita bayar. Kita tahu hendak bayar. Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal 1 hingga 16 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

final • 7:50 PM

Fasal 17- Pindaan - Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Pengerusi serta Ahli-ahli Yang Berhormat, seksyen 27(a) Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2010 memperuntukkan bahawa suatu pertubuhan yang berhasrat untuk beroperasi sebagai suatu badan pelesenan bagi pemunya hak cipta atau bagi golongan pemunya hak cipta tertentu hendaklah memohon kepada pengawal supaya diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan.

final • 7:57 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Pengisytiharan perlu dibuat dalam apa-apa bentuk bahan tara dengan mengemukakan objektif utama adalah untuk merundingkan atau memberikan lesen hak cipta, senarai pemunya hak cipta dan ejen mereka yang menjadi anggota pemohon.

Sekiranya diterima suatu permohonan, pengawal boleh mengisytiharkan pemohon suatu badan pelesenan sebagai suatu badan pelesenan dengan mengeluarkan secara bertulis kepada pemohon.

Peruntukan 27A(5) menyebut bahawa badan pelesenan hendaklah memberi pengawal suatu salinan akaun untung rugi, penyata, penyata kira-kira dan laporan juruauditnya. Pengawal boleh membatalkan pengisytiharan yang diberikan kepada suatu badan pelesenan sekiranya ia mendapati bahawa badan pelesenan tidak memenuhi dan tidak bertindak sebagai suatu badan pelesenan. Manakala peruntukan 27A(8) memperuntukkan bahawa badan pelesenan yang beroperasi tanpa mendapat pengisytiharan di bawah subseksyen satu atau mana-mana badan pelesenan yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen lima melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.

Oleh itu fasal 17 (Pindaan) dalam Jawatankuasa meminda seksyen 27A dengan menggantikan seksyen 27A yang baru dalam akta ibu dengan mengehendaki suatu persatuan atau pertubuhan yang berhasrat untuk beroperasi sebagai badan pelesenan untuk mendapatkan pengisytiharan sebagai badan pelesenan dari pengawal dan bagi memperuntukkan bahawa kegagalan untuk diisytiharkan atau untuk mematuhi peruntukan yang dikenakan ke atas badan pelesenan adalah suatu kesalahan.

Selain daripada itu, pindaan ini dibuat adalah bagi memberi keadilan kepada semua pihak sama ada pemunya hak cipta, badan pelesenan dan juga pihak-pihak lain yang berkepentingan. Dengan peruntukan baru ini, pihak kerajaan dapat mengawal serta memantau aktiviti dan proses perjalanan badan kutipan ini agar lebih telus. Oleh itu saya memohon kerjasama sokongan daripada Dewan yang mulia ini. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

final • 7:57 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang telah dibentangkan sekarang terbuka untuk dibahas.

final • 7:57 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Pengerusi.

final • 7:59 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 7:59 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut mengenai badan pelesenan yang ingin diwujudkan. Adakah badan pelesenan ini mempunyai kuat kuasa undang-undang? Ia mempunyai kuat kuasa undang-undang, berkuasa menentukan berapa royalti dan sebagainya. Yang keduanya, siapakah yang layak untuk menjadi badan pelesenan ini? Apakah syarat-syarat tertentu dan peraturan-peraturan organisasi tersebut yang barulah boleh dijadikan sebagai badan pelesenan? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:59 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 7:59 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 7:59 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Kepong sudah berbahas. Ya, sila Yang Berhormat.

final • 7:59 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Elektronik itu kadang kala tidak begitu lancar dan ciptaan tidak baik... [Ketawa] Rang undang-undang ini untuk mengganti 17, akta itu dipinda dengan menggantikan seksyen 27A dengan seksyen yang berikut dan sebagainya untuk memberikan lesen hak cipta dan di sini saya hendak tanya, di dalam hak cipta ini, adakah ia terhad kepada bahasa?

final • 8:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kalau bahasa Inggeris ataupun bahasa Perancis, bahasa Cina ataupun bahasa Tamil, apa sahaja bahasa yang dicipta di Malaysia, adakah terlindung di dalam?

final • 8:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ciptaan di dalam bahasa yang lain. Adakah ia terlindung? Ini memang penting, saya tidak pernah dengar. Sekarang ini saya hendak tanya Yang Berhormat Bera, itu tidak tanda ia tidak ada ciptaan, cakap sahaja begitu. Itu pun melanggar Peraturan Mesyuarat. Ciptaan itu melanggar peraturan mesyuarat. Saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan sama ada ia merangkumi semua, tidak kira apa bahasa pun, ciptaan ini, hak cipta ini dilindungi.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sebenarnya badan pelesenan ini ialah CMO tadilah, dan saya sebut CMO tadi badan yang mengutip royalti, itu maksud badan pelesenan itu. Sebenarnya kenapa kita masukkan pindaan ini, tujuan kita masukkan 27A(8) itu adalah untuk memberi kuasa sebenarnya kepada pihak kerajaan untuk mengenakan denda kepada badan pelesenan itu yang tidak mengikut peraturan atau melanggar peraturan, itu sebenarnya tujuan pindaan seksyen itu. Bagaimanapun, bolehlah saya menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Kuala Krau, untuk makluman, mereka tidak mempunyai kuasa undang-undang, cuma ia bergantung kepada kontrak di antara pelaku ataupun artis dengan badan pelesenan tadi. Kalau ada agreement, ia just bergantung kepada agreement di antara mereka berdua.

Mereka tidak ada kuasa perundangan, kuasa perundangan hanya terletak kepada pihak kerajaan sahaja. Kedua, syarat-syarat untuk menjadi CMO, sesiapa sahaja berhak untuk menubuhkan badan CMO ini dan mereka hanya perlu memohon lesen daripada pihak kementerian dan pihak kementerian akan menilai keupayaan mereka dan jika didapati sesuai, maka kita akan berikan. Yang Berhormat Kepong, soal bahasa tidak timbul isu, kita boleh..., semua akan dilindungi. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan..

Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Fasal 17 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal-fasal 18 hingga 20 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

final • 8:00 PM

Fasal 21 – Pindaan - Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Pengerusi, fasal 21(c) rang undang- undang dipinda dalam perenggan 28(2)(c) yang dicadangkan iaitu dengan menggantikannya dengan perkataan 27A (8) dengan perkataan 27A (7). Ini merupakan consequential amendment, dengan izin, terhadap pindaan ke atas fasal 17 ini. Oleh kerana berkaitan dengan pindaan kita yang awal tadi.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Fasal 21 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal-fasal 22 hingga 29 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

final • 8:00 PM

Fasal 30 – Pindaan - Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Pengerusi, fasal 30 rang undang- undang ini juga dipinda dalam perenggan (a) dengan memasukkan sub perenggan (i) yang baru dengan menggantikan perkataan ‘memiliki’ dengan perkataan ‘ada dalam milikannya, jagaan atau kawalannya’ dan menomborkan semula sub perenggan (i)(ii)(iii) dan (iv) masing-masing sebagai sub perenggan (ii)(iii)(iv) dan (v).

Pindaan kepada fasal 30 ini bertujuan untuk meluaskan ruang lingkup kesalahan berhubung dengan salinan, pelanggaran untuk termasuk dalam jagaan dan kawalan ke atas suatu salinan langgaran. Oleh itu saya memohon sokongan, Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan.

Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Fasal 30 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal-fasal 31 hingga 38 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 8:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang bernama suatu akta untuk pendaftaran, pentadbiran dan penggulungan perkongsian liabiliti terhad serta untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 8:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat, pada masa ini pilihan bentuk perniagaan adalah terbatas kepada pilihan tradisional seperti pemilikan tunggal, perkongsian dan syarikat. Pihak kementerian berpendapat bahawa kerangka undang- undang ini perlu mengambil kira arus globalisasi dan liberalisasi perdagangan dan perkhidmatan untuk memastikan perniagaan di Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa. Inisiatif untuk memperkenalkan perkongsian liabiliti terhad ini adalah untuk melengkapkan lagi bentuk perniagaan yang sedia ada di Malaysia dan bertujuan untuk memberikan pilihan yang lebih luas kepada peniaga dan usahawan bagi tujuan menjalankan dan menstrukturkan operasi perniagaan mereka supaya lebih kompetitif. Ini adalah kerana perkongsian liabiliti terhad yang dicadangkan merupakan hibrid yang menggabungkan ciri-ciri sesebuah syarikat dan perkongsian konvensional.

Perkongsian liabiliti terhad ini akan memberikan status liabiliti terhad kepada pekongsi-pekongsinya di samping mengekalkan ciri-ciri perkongsian konvensional yang memberikan keanjalan peraturan dalam sesebuah perniagaan. Gabungan ciri-ciri tersebut dirumuskan untuk memenuhi kehendak keperluan perniagaan kecil atau yang baru bermula iaitu berbentuk start-up dan venture capital, dengan izin, serta golongan profesional. Ciri-ciri utama perkongsian liabiliti terhad adalah seperti berikut:

(i) merupakan pertubuhan perbadanan atau body corporate yang berasingan dari pekongsi-pekongsi dan mempunyai status liabiliti terhad, mempunyai pewarisan kekal dan kapasiti yang tidak terhad untuk membolehkannya memegang harta, mengambil dan diambil tindakan undang-undang dan berkontrak;

(ii) mempunyai fleksibiliti di dalam menentukan urusan dalamannya melalui perjanjian perkongsian yang mengikat sesama pekongsi- pekongsi dan perkongsian liabiliti terhad itu; dan

(iii) keanggotaan sekurang-kurangnya dua ahli dan pendaftaran perkongsian liabiliti terhad terbuka bukan sahaja kepada golongan peniaga malah kepada golongan profesional juga.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat, pada masa ini bentuk perniagaan pemilikan tunggal dan perkongsian konvensional tidak memberikan akses kepada status liabiliti terhad, manakala Akta Syarikat 1965 pula tidak memberikan keanjalan sepenuhnya untuk membolehkan firma perniagaan yang baru beroperasi atau yang sedang berkembang untuk memilih model struktur perniagaan yang memenuhi kehendak mereka.

Secara khususnya, seksyen 14(3), Akta Syarikat 1965 melarang persatuan yang tidak diperbadankan yang mempunyai lebih daripada 20 ahli untuk menjalankan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kecuali sekiranya ia diperbadankan sebagai sebuah syarikat atau diperbadankan menurut undang-undang bertulis yang lain atau di bawah mana-mana surat kurnia (letter of pattern). Tambahan lagi tidak semua aktiviti perniagaan dapat dijalankan melalui syarikat berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 terutamanya ini merujuk kepada golongan profesional tertentu seperti peguam dan akauntan yang dilarang oleh undang-undang yang mentadbir profesion mereka daripada memperbadankan firma perniagaan mereka. Lantaran pengenalan perkongsian liabiliti terhad akan membawa manfaat kepada golongan profesional kerana ciri-cirinya yang memberikan perlindungan melalui status liabiliti terhad kepada pekongsi yang tidak cuai ketika menjalankan tanggungjawab berkaitan perniagaan. Ini berbeza dengan keadaan ketika ini yang tidak membezakan liabiliti seorang pekongsi sekiranya mereka beroperasi menggunakan firma perkongsian konvensional.

Selain daripada itu pengenalan perkongsian liabiliti terhad boleh dianggap sebagai memberikan golongan peniaga dan pelabur untuk memilih bentuk perniagaan yang bersesuaian dan memenuhi kriteria komersial serta keperluan perniagaan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam setiap perniagaan yang dijalankan tidak dinafikan terdapat risiko berkaitan yang mungkin mengekang semangat keusahawanan di kalangan peniaga dan pelabur. Pada masa ini hanya syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 sahaja yang memberikan status liabiliti terhad kepada para usahawan.

final • 8:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sekiranya usahawan tersebut beroperasi menggunakan bentuk perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian konvensional, aset peribadi mereka juga akan terjejas sekiranya perniagaan tersebut menghadapi masalah. Ini adalah kerana usahawan tersebut boleh diambil tindakan secara bersesama atau berasingan dengan firma perniagaan.

Risiko berkaitan perniagaan merupakan salah satu faktor penghalang untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan ini dapat dikurangkan memandangkan kerangka perundangan perkongsian liabiliti terhad dapat melindungi aset peribadi pekongsi perniagaan. Perundangan perkongsian liabiliti terhad yang dicadangkan juga mempunyai mekanisme perlindungan yang mencukupi untuk memastikan kepentingan pihak ketiga yang berurusan dengan sesebuah perkongsian liabiliti terhad serta pekongsinya juga dilindungi. Pengenalan perkongsian liabiliti terhad yang memberikan status liabiliti terhad kepada pekongsi-pekongsinya boleh memupuk semangat keusahawanan di kalangan usahawan dan pelabur kerana secara amnya risiko terhadap aset peribadi mereka adalah dibataskan dan tidak tertakluk kepada tanggungan hutang atau liabiliti perniagaan.

Ciri ini adalah amat penting terutama sekali kepada peniaga atau usahawan yang baru sahaja menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Selain daripada status liabiliti terhad, pekongsi liabiliti terhad juga menawarkan fleksibiliti dalam membuat perjanjian perkongsian untuk mengawal peraturan dalaman perniagaan.

Kombinasi ini bakal memberikan usahawan dan peniaga sebuah bentuk perniagaan yang lebih berstruktur berbanding pemilikan tunggal atau perkongsian konvensional dan menawarkan fleksibiliti operasi yang dikawal mengikut perjanjian perkongsiannya sendiri berbanding sebuah syarikat yang tertakluk kepada keperluan peraturan tadbir urus korporat di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965 dalam kebanyakan urusan harian. Oleh yang demikian pengenalan perkongsian liabiliti terhad akan menggalakkan perniagaan untuk berkembang maju dan lebih berdaya saing bukan sahaja di Malaysia malah di persada antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian juga telah membuat kajian berhubung pengenalan perkongsian liabiliti terhad di negara lain. Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, India, Jepun serta Emiriah Arab Bersatu adalah di antara negara-negara yang telah memperkenalkan perkongsian liabiliti terhad sebagai bentuk perniagaan alternatif.

Hasil kajian juga mendapati bahawa pengenalan perkongsian liabiliti terhad di negara- negara ini telah menyumbang kepada pemupukan semangat keusahawanan.

Pada tahun 2009, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan juga telah memperkenalkan perkongsian liabiliti terhad. Kerangka undang-undang yang dicadangkan memperuntukkan prosedur yang mudah bagi tujuan penubuhan, penyelenggaraan dan pembubaran. Oleh kerana prosedur dan keperluan yang mudah, kos pentadbiran dan pematuhan juga berkurangan berbanding dengan sesebuah syarikat. Keistimewaan dan manfaat ini akan menjadi pemangkin kepada pertubuhan perniagaan di Malaysia dan dapat menjadikan negara ini sebuah perniagaan yang kondusif dan dinamik.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad 2011 yang dibentangkan ini mencadangkan sembilan bahagian yang terdiri daripada 92 seksyen dan tiga jadual seperti berikut:

final • 8:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bahagian I mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan akta yang dicadangkan.

Bahagian II menerangkan ciri-ciri asas sesebuah perkongsian liabiliti terhad termasuk bahawa ianya merupakan perbadanan pertubuhan yang mempunyai keperibadian undang-undang berasingan dari pekongsi-pekongsinya yang memberikan sifat berwarisan berterusan serta membolehkan memegang harta, mengambil dan diambil tindakan undang- undang dan kontrak.

Bahagian III mengandungi peruntukan berhubung penubuhan dan pendaftaran sesebuah perkongsian liabiliti terhad.

Bahagian IV mengandungi peruntukan berhubung pengurusan perkongsian liabiliti terhad termasuk hubungan di antara pekongsi-pekongsinya.

final • 8:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bahagian V menjelaskan peruntukan yang membolehkan sesebuah perkongsian konvensional dan sebuah syarikat persendirian menukar statusnya kepada sesebuah perkongsian liabiliti terhad mengikut prosedur dan syarat-syarat tertentu serta kesan penukaran status tersebut.

Bahagian VI mengandungi peruntukan berhubung keperluan pendaftaran sesebuah perkongsian liabiliti terhad asing di Malaysia termasuk proses pemberhentian perniagaan di Malaysia terterkesan, pelikuidasian atau penggulungan perkongsian liabiliti terhad asing di tempat pendaftaran asal.

Bahagian VII mengandungi peruntukan berhubung penerimaan, penggulungan dan pemotongan nama sesebuah perkongsian liabiliti terhad.

Bahagian VIII menjelaskan peruntukan-peruntukan penguatkuasaan yang diberikan kepada pendaftar termasuk kuasa untuk mendapatkan maklumat menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Bahagian IX menyatakan mengenai perkara-perkara am berhubung pentadbiran sesebuah perkongsian liabiliti terhad yang memperincikan tanggungjawab pekongsi sesebuah perkongsian liabiliti seperti keperluan menyerah simpan perakaunan tahunan dan keperluan untuk menyimpan rekod-rekod perakaunan.

Jadual. Jadual Pertama akta ini memperuntukkan kategori amalan profesional yang terdiri daripada akauntan bertauliah, peguam bela dan peguam cara serta setiausaha syarikat.

Jadual Kedua akta ini memberikan peruntukan berhubung tugas dan tanggungjawab bersama di antara pekongsi dan perkongsian liabiliti terhad.

Jadual Ketiga memberikan peruntukan berhubung keadaan di mana sesebuah perkongsian liabiliti terhad asing tidak dianggap sebagai menjalankan perniagaan di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 8:20 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran pentadbiran dan pembubaran perkongsian liabiliti terhad dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan Masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 92 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 8:20 PM
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA(PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia [Akta 49].

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) [Akta 726] telah pun diwartakan pada 18 Ogos 2011.

Lanjutan daripada itu, pindaan berbangkit terhadap Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 perlu dibuat bagi maksud mengelakkan pertindihan kuasa dari segi kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan serta memperakukan bagi import dan eksport ikan, membolehkan MAQIS berkongsi dengan kemas, teratur dan selaras dengan undang- undang.

Rang undang-undang ini bertujuan meminda Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 [Akta 49]. Kemudian daripada ini disebut akta. Rang undang-undang ini mempunyai empat fasal. Peruntukan terperinci rang undang-undang ini adalah seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baru (2A) kepada subseksyen 4 daripada Akta 49 untuk memperuntukkan supaya lesen bagi pengimport dan pengeksport ikan hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah MAQIS.

Fasal 3 bertujuan memasukkan seksyen baru 11A kepada Akta 49 yang memberikan kuasa kepada pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah Akta MAQIS 2011 untuk menjalankan penguatkuasaan berkaitan dengan ikan di pintu masuk, premis kuarantin dan stesen kuarantin.

Fasal 4 mengatakan peruntukan kecualian.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mempunyai keyakinan penuh dengan melakukan pindaan-pindaan terhadap Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 akan membolehkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia sebagai satu badan tunggal yang bertanggungjawab di pintu masuk negara menjalankan tugas pemeriksaan kuarantin dan penguatkuasaan terhadap import eksport tumbuhan, binatang, ikan, karkas, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma dan makanan dilaksanakan dengan lebih bersepadu, cepat, cekap dan berkualiti.

Dengan ini sudah tentu dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan negara dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar yang boleh menjejaskan industri pertanian dan keselamatan serta kesihatan tumbuh-tumbuhan, binatang, ikan dan manusia dan juga meningkatkan pengeksportan tumbuhan, binatang, karkas, ikan dan keluaran pertanian kerana negara mematuhi kehendak-kehendak negara pengimport. Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua termasuklah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 8:27 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 8:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 8:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan Masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 8:27 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 4 Oktober 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.33 malam.

final • 8:27 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026