Jun302011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
USUL
MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah. Peraturan Mesyuarat 12(1).

final • 10:00 AM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

(i) (D.R.10/2011) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(Pindaan) 2011; dan

(ii) (D.R.17/2011) Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Yang dijadualkan di nombor 1 dan 2 dan ucapan penangguhan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan.”

final • 10:05 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:05 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 10:05 AM
PERMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

Kedudukan Ahli Parlimen Ekoran Sabitan Kesalahan dan Didenda RM2000 Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 16 Jun 2011, saya telah menerima satu pemberitahu usul daripada Yang Berhormat kawasan Pasir Mas mengenai dengan kedudukan Ahli Yang Berhormat kawasan Batu yang telah disabitkan kesalahan dan didenda RM2,000. Pada masa yang sama, saya juga telah menerima satu alasan penghakiman - nombor rayuan jenayah 41-175-2009 daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Alasan penghakiman tersebut adalah berkenaan dengan rayuan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat kawasan Batu terhadap sabitan satu pertuduhan di bawah seksyen 332 Kanun Keseksaan. Dalam alasan penghakiman itu, berkenaan sabitan dan hukuman kepada kesalahan Yang Berhormat Kawasan Batu, hakim pada perenggan 32 menyatakan bahawa:

“32. Setelah penghakiman dijatuhkan terhadap perayu dengan menolak rayuannya atas sabitan dan menerima rayuan beliau di atas hukuman dengan mengurangkan hanya kepada hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara, telah timbul pelbagai persoalan sama ada dengan hukuman denda RM2,000 itu, perayu sebagai Ahli Parlimen kawasan Batu, Kuala Lumpur akan hilang kelayakannya untuk terus menjadi Ahli Parlimen”.

Seterusnya hakim pada perenggan 42 alasan penghakiman menyatakan:

“42. Maka dengan berpegang kepada keputusan di dalam kes mahkamah agung di atas, saya berpuas hati dan berpendapat bahawa denda RM2,000 itu tidak menjadikan perayu hilang kelayakan beliau secara otomatik kerana denda untuk menjadikan beliau hilang kelayakan adalah RM2,001 ke atas dan bukannya bermula daripada RM2,000”.

Berikutnya, hakim dalam perenggan 44 alasan penghakiman tersebut menyatakan bahawa:

final • 10:05 AM

Kedudukan Ahli Parlimen Ekoran Sabitan Kesalahan dan Didenda RM2000 Tuan Yang di-Pertua

“44. Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa hukuman denda tersebut tidak akan memberikan suatu implikasi kepada suatu pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Batu. Maka niat saya yang ikhlas itu telah dizahirkan melalui hukuman denda tersebut selain memberikan suatu amaran keras kepada perayu supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa hadapan”.

Ahli-ahli Yang Berhormat, maka itulah keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes rayuan jenayah Yang Berhormat kawasan Batu.

Ahli Yang Berhormat, doctrine separation of powers yang diperkukuhkan dalam Perlembagaan Persekutuan telah secara jelas menyatakan dan membezakan peranan tiga cabang demokrasi.

final • 10:05 AM

Kedudukan Ahli Parlimen Ekoran Sabitan Kesalahan dan Didenda RM2000 Tuan Yang di-Pertua

Cabang pertama iaitu eksekutif sebagai kerajaan, cabang yang kedua iaitu perundangan, legislatif sebagai penggubal undang-undang dan cabang ketiga, kehakiman sebagai pihak yang mentafsir undang-undang dan menjatuhkan hukuman. Oleh yang demikian, dengan mendukung kepada prinsip doctrine separation of powers, maka Dewan yang mulia ini perlu berpegang dan berpandukan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kehakiman iaitu cabang yang mentafsir undang-undang dan mengenakan hukuman dalam negara ini. Oleh itu, Yang Berhormat Batu adalah kekal sebagai Ahli Parlimen Malaysia...

[Tepuk] Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Duduk dulu, Yang Berhormat Padang Rengas, duduk dulu. Tuan Yang di- Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1) dirujuk dan saya ingin mendapatkan penjelasan kerana saya telah mengemukakan satu usul di bawah peraturan tersebut untuk meminta Dewan ditangguhkan bagi membincangkan penangkapan Ahli Parlimen Sungai Siput.

Keputusan dari kamar ialah usul ini ditolak kerana tidak perlu disegerakan kerana penyiasatan yang rapi sedang dilakukan. Saya tidak mempertikaikan siasatan kerana Ahli Parlimen tersebut berada di balai, yang saya nak bahaskan dan diajak Dewan berbahas ialah penangkapan seorang Ahli Dewan, menafikan hak beliau berada dalam di Dewan bersama dengan kita setelah beliau dipilih secara sah oleh penduduk di sana.

Oleh sebab itu saya meminta supaya diberikan suatu keputusan kerana Yang Berhormat Sungai Siput telah memainkan peranannya dengan baik dalam Dewan dan luar Dewan. Adalah tidak adil beliau dihalang daripada melaksanakan tanggungjawabnya. Kita pun di dalam Dewan, di hari pertama sidang bagi tahun ini pun telah memutuskan supaya pihak berkuasa polis tidak menghalang pergerakan mana-mana Ahli Parlimen untuk sampai ke Dewan ini dan keluar dari Dewan ini... [Dewan riuh] Jadi, apa yang telah berlaku, beliau telah kehilangan hak ini untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada Dewan ini. Oleh sebab itu saya merasakan Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh dipertimbangkan supaya hasrat saya ini dibincangkan dan diberikan penjelasan oleh pihak kerajaan. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 10:10 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana- mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.” Saya ingin merujuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr.

Mashitah binti Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana telah menjawab dalam Parlimen semasa pertanyaan Ahli Parlimen Machang, yang telah membangkitkan mengenai penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Dewan Rakyat pada 21 Jun 2011. Tuan Yang di-Pertua, wang zakat yang digunakan untuk membayar khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

final • 10:10 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Wang zakat sebanyak RM31,150 dibayar oleh kementerian untuk membayar kos guaman kepada Syarikat Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir, ditandatangani sendiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah, Datuk Haji Che Mat bin Che Ali yang juga Setiausaha MAIWP pada 21 April 2010, yang juga di saman dalam kes tersebut.

Maksudnya, Datuk Haji Che Mat bin Che Ali mengarahkan MAIWP guna duit zakat untuk bayar, membela Datuk Haji Che Mat bin Che Ali. Timbalan Menteri dalam jawapannya Tuan Yang di-Pertua, pada persidangan Dewan seperti terkandung dalam Hansard 21 Jun 2011 bilangan 26 muka surat 99, pada 21 Jun 2011 menyatakan, ”Yang Berhormat Machang membangkitkan isu saman Yang Berhormat Permatang Pauh kepada Yang Berhormat Menteri JPM dan Pengarah JAWI di mana ia menggunakan wang zakat untuk bayaran kepada peguam Zainul Rijal. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan bagi pembayaran guaman di Unit Undang-undang adalah menggunakan wang zakat akan tetapi ianya adalah disebabkan sebelum ini pihak MAIWP tidak mempunyai sebarang perolehan.

Bagaimanapun, pada tahun ini Januari 2011, pihak Unit Undang-undang telah menerima geran kerajaan sebanyak RM500,000 dan segala pembayaran kos berkaitan guaman akan dibiayai melalui geran ini...” Malangnya, saya amat keliru Tuan Yang di-Pertua kerana sehari kemudiannya Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum, salah seorang responden yang di saman dalam kes tuntutan qazaf telah mengeluarkan kenyataan di luar Dewan yang bercanggah 100 peratus dengan Dato’ Dr. Mashitah iaitu wang yang digunakan bukan wang zakat dan peruntukan untuk kos guaman sememangnya wujud dengan nilai RM700,000 untuk tahun lepas dan RM500,000 untuk tahun 2011.

Ini disiarkan dalam laporan Utusan Malaysia pada 23 Jun 2011 dan saya baca, yang dikatakan oleh Dato’ Seri Jamil Khir; “Tuduhan mengenai penggunaan wang zakat ini adalah satu kesilapan dan kekeliruan. Perkara itu sebenarnya tidak perlu menjadi pertikaian. Mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman.” kata beliau. Jamil Khir memberi contoh, “Pada tahun lepas sahaja sebanyak RM700,000 diperuntukkan oleh kerajaan untuk kos guaman”. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah At-Taubah, ayat 60 “Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan miskin dan para amil yang menguruskannya dan para mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba dan orang yang berhutang dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan untuk para musafir di dalam perjalanan. Demikianlah ketetapan dari Allah dan ingatlah bahawa Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana”.

Antara asnaf zakat yang dikategorikan oleh Allah SWT yang layak menerima adalah fakir, miskin, amil, mualaf, gharimin iaitu orang yang berhutang, Ibnu Sabil, riqab iaitu yang dibebaskan sebagai hamba dan fisabilillah. Seandainya wang zakat digunakan dalam hal-hal yang lain, yang diberikan untuk urusan bukan kepada asnaf yang sepatutnya yang dibenarkan dalam Islam, amat malanglah kita kerana mempunyai urus tadbir yang meragukan dalam pengagihan wang zakat.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Mashitah itu mengelirukan Dewan, oleh itu menghina Majlis dan sehubungan dengan itu saya memohon agar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan ini. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingatkan kembali bahawa peraturan mesyuarat sentiasa dipatuhi. Apabila kita menggunakan peraturan mesyuarat, kita sendiri mematuhi. Sebagai respons kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, respons saya setakat ini ialah sebegini. Apabila kita bersidang dan berbahas, perkataan-perkataan seperti binatang, kurang ajar, racist, pembohong, liars, itu unparliamentary. Kadang-kadang, pihak yang kena sasaran perkataan itu diminta untuk tarik balik.

Di atas semangat yang sama, apabila seseorang Yang Berhormat menggunakan 36(12), menuduh seorang Ahli lain apatah lagi kalau ianya Menteri bahawa Menteri itu menyelewengkan Dewan, tuduhan itu adalah lebih serius daripada unparliamentary words.

Peraturan Mesyuarat 36(12) cuma boleh timbul apabila, saya ulang balik:

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

(i) apabila seseorang Ahli itu berhujah, dia sedar pada ketika itu bahawa hujahnya adalah salah;

(ii) apabila menyedari bahawa hujahnya itu adalah salah, dia sengaja tidak memperbetulkan hujah itu; dan

(iii) pihak yang berkenaan berniat untuk menyelewengkan Dewan.

Jadi, perkara sebegini juga dalam peraturan mesyuarat kita ialah kalau ada seseorang Ahli melanggar peraturan mesyuarat, pada ketika itu juga seorang Ahli mesti berdiri menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua bahawa peraturan mesyuarat telah dilanggar. Pada ketika waktu berlaku.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi pada 36(12) telah menjadi budaya kita bahawa apabila penyataan- penyataan sudah dibuat, kita buat rujukan seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, pun demikian saya tidak boleh membuat keputusan secara spontan kerana memerlukan fakta-fakta yang berkenaan. Maka, petua saya pada hari ini dan untuk ingatan Ahli-ahli Yang Berhormat ialah kalau Ahli-ahli Yang Berhormat sangat-sangatlah memikirkan bahawa 36(12) itu telah dilanggar oleh Ahli Yang Berhormat yang lain, maka tulis surat kepada saya. Bangkitkan isu itu kepada saya secara terperinci, saya minta maklumat daripada pihak yang tertuju secara terperinci supaya saya dapat membuat keputusan sama ada hal prima facie on the surface on it, sama ada Ahli yang berkenaan itu perlu dirujuk kepada jawatankuasa untuk dibicarakan.

Namun apabila pula saya buat keputusan, janganlah dipertikaikan seperti yang saya ulang-ulang, 18(1) dan 18(2) tidaklah boleh digunakan sewenang-wenangnya. Saya sengaja tidak respons kepada Yang Berhormat Kuala Krai tadi, oleh sebab saya tahu bahawa hal ini sedang dibicarakan di mahkamah di Pulau Pinang. Kelmarin pun dibicarakan, kenapa hal-hal bersangkutan dengan kuasa orang lain yang juga sedang diambil tindakan perlu dibincangkan dan Ahli-ahli Yang Berhormat heret sama saya kepada soal-soal sebegini. Saya faham Ahli Yang Berhormat menjalankan tugas. Saya pun menjalankan tugas. Sila Setiausaha.

final • 10:20 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, sedikit penjelasan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat berkeras juga, saya tidak teragak-agak untuk minta Ahli Yang Berhormat keluar.

final • 10:20 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Bukan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh sebab saya sudah beri penjelasan sebelum ini pun.

final • 10:20 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Lain penjelasannya.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya tidak perlu pun beri penjelasan.

final • 10:20 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, kalau tidak perlu pun tidak apa.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah saya buat petua berkali-kali mengenai dengan 18(1) dan 18(2).

final • 10:20 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Di sini tidak ada disebut tentang mahkamah tadi.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, tolong duduk Ahli Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat yang lain, tolonglah Ahli Yang Berhormat yang lain. Sila Setiausaha.

final • 10:20 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

final • 10:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian khususnya Yang Berhormat menteri kerana telah membentangkan rang undang-undang meminda Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 tepat pada masanya.

Tuan Yang di-Pertua, isu sekarang atau penyataan masalah sekarang ialah mutu binaan, mutu binaan dari segi membina infrastruktur dan sebagainya sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta yang dilabelkan sebagai menurun. Mungkin Tuan Yang di- Pertua, saya memohon kepada pihak kementerian supaya dapat memberikan sedikit penjelasan tentang status ataupun butiran kejadian-kejadian yang berlaku berkaitan dengan mutu binaan, khususnya dari segi berapa peratus bangunan atau struktur yang roboh, yang retak, tidak berkualiti dan sebagainya.

Namun Tuan Yang di-Pertua, saya fikir tidak adil kalau kita hanya menyalahkan Kementerian Kerja Raya atau JKR semata-mata kerana JKR juga telah banyak membina bangunan atau infrastruktur dengan jayanya sama ada jalan, jambatan, jeti, bangunan dan sebagainya. Ini adalah satu perkara yang sememangnya betul dan tidak boleh kita nafikan.

Cuma kita perlu ada satu penjelasan sedikit tentang status, adakah benar sebab umumnya mengatakan bahawa mutu pembinaan dalam negara kita menurun atas sebab-sebab banyak perkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan seperti roboh dan sebagainya berlaku.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa sesuatu binaan tidak boleh di kompromi kerana ia melibatkan nyawa, melibatkan keselamatan sama ada pekerja, pengguna, penghuni dan sebagainya termasuklah wang rakyat dan sebagainya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini sangat tepat kerana ia bertujuan, matlamatnya adalah untuk meningkatkan kualiti binaan dan..., saya beri satu minit sahaja kepada Yang Berhormat Kepong.

final • 10:23 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak payah satu minit. Tuan Yang di-Pertua, itu penjelasan ya. Yang Berhormat Ledang pernah menjadi pegawai di dalam JKR. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, pihak JKR atau kementerian itu melaksanakan lebih 3,700 projek tetapi hampir 50 peratus itu gagal.

Apakah mutu dan standard JKR? Mungkin kerana Yang Berhormat sudah tinggalkan JKR, mutu sudah turun... [Ketawa]

final • 10:23 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tidak apalah, saya akan jawab sekali gus nanti semasa saya membahaskan rang undang-undang ini. Maksud saya, Tuan Yang di- Pertua, kita tidak boleh berkompromi dari segi mutu. Justeru itu, matlamat dan undang- undang ini ialah untuk meningkatkan kualiti binaan dan saya harap sekali gus dapat membina apa juga jenis binaan yang mesra alam, tinggi kualiti reka bentuknya, yang menggunakan bahan-bahan yang reka bentuk selaras dengan mesra alam, bahan binaannya selaras dengan mesra alam, kaedah dan sebagainya.

final • 10:23 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Jika ini berlaku Tuan Yang di-Pertua, ini sebagai mukadimah yang pendek. Kalau mutunya tinggi dan tugas CIDB ialah untuk meningkatkan mutu binaan seluruh negara sama ada sektor swasta atau sektor awam, saya yakin Tuan Yang di-Pertua, soal taraf jawatan Ketua Eksekutif CIDB tidak menjadi persoalan. Ini kerana saya nampak hasrat kerajaan ialah untuk meningkatkan taraf CIDB bagi memastikan bahawa taraf pembinaan dalam negara kita meningkat dan sekali gus tanggungjawab ketua eksekutif itu ditingkatkan dan dapat diselaraskan dengan keperluan semasa dan tidak timbul soal mungkin..., Tuan Yang di-Pertua, minta maaf kalau boleh saya sebut nama Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Judin tidak menolak tawaran yang dibuat oleh pihak JPA untuk menyandang jawatan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya nampak rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk memastikan bahawa kawal selia binaan, industri binaan itu sentiasa meningkat dan berkembang dengan baik. Menjawab celahan daripada Yang Berhormat Kepong tadi ialah latihan industri dipertingkatkan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti. Tentang pertanyaan yang dibawa oleh Yang Berhormat Kepong tadi, 50 peratus atau lebih, kurang ke, itu penyataan daripada Yang Berhormat Kepong. Saya fikir ada statistik yang tertentu dan sebab itu tadi saya memohon penjelasan daripada pihak JKR.

final • 10:23 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, justeru saya selepas ini meminta supaya CIDB sentiasa peka dengan perkembangan industri binaan yang terkini. Maknanya yang selari dengan permintaan industri binaan selaras dengan perkembangan kemajuan dan teknologi seluruh dunia misalnya sistem IBS. Begitu juga keperluan semasa Tuan Yang di-Pertua perlunya pembinaan yang selari atau selaras dengan keperluan mesra alam. Teknologi hijau menjadi satu keperluan penting di mana kita sedang berdepan dengan pemanasan global. Oleh yang demikian, reka bentuk Tuan Yang di-Pertua sesuatu bangunan biarlah menepati ataupun selaras dengan tuntutan untuk sama-sama kita mengurangkan tahap pemanasan global di mana kerajaan sendiri sudah komited untuk mengurangkan pembebasan karbon pada tahap 40 peratus menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat seronok melihat rang undang-undang ini kerana salah satu daripada komponen penting Tuan Yang di-Pertua ialah soal latihan. Latihan sudah pun dimasukkan di dalam rang undang-undang ini di mana CIDB selepas ini menitikberatkan soal latihan. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, industri binaan bukan sahaja terletak kepada reka bentuk, terletak kepada pereka sama ada jurutera, arkitek dan sebagainya tetapi juga pekerja. Pekerja kemudian penyelia dan sebagainya sama ada penyelia itu sendiri yang diamanahkan oleh pihak kerajaan, yang diamanahkan oleh pihak perunding, juga yang diamanahkan oleh pihak jabatan di semua peringkat.

Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua saya menyeru supaya soal latihan ini diperkembangkan. Kalau kita tengok sini Tuan Yang di-Pertua mungkin Tuan Yang di- Pertua bersetuju dengan saya bahawa JKR satu-satunya jabatan yang tidak ada pusat latihan berbanding dengan jabatan-jabatan lain. Jabatan Kehakiman ada pusat latihan, Jabatan Pelajaran ada pusat latihan, JPS ada pusat latihan, bank-bank ada pusat latihan, Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian ada pusat latihan tetapi JKR tidak ada Tuan Yang di-Pertua.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru supaya perkara ini diambil secara serius dan mungkin kita boleh mengambil kesempatan daripada pindaan rang undang-undang ini di mana kementerian boleh menggunakan kemudahan CIDB Tuan Yang di-Pertua sebagai salah satu daripada pusat latihan kepada semua staf JKR. Bukan sahaja pekerja atau staf sektor swasta tetapi juga JKR kerana dua-dua perlu dipertingkatkan. Saya tidak nafikan tentang prestasi JKR buat masa ini tetapi teknologi Tuan Yang di-Pertua sentiasa berkembang. Teknologi binaan berkembang. Kalau saya boleh merujuk kepada insiden stadium runtuh di Kuala Terengganu. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita semak balik Yang Berhormat Kepong bersetuju dengan saya di dalam Mesyuarat PAC bukan salah reka bentuk Tuan Yang di-Pertua. Bukan salah design dengan izin tetapi salah pemasangan.

final • 10:30 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, pembinaan ini melibatkan semua peringkat sama ada arkitek, jurutera, kontraktor, penyelia termasuk juga pekerja. Maknanya pekerja perlu mahir. Kalau dia putar skru Tuan Yang di-Pertua perlu ada magnitud yang tertentu.

Begitu juga penyelia tahu tiang mana patut pasang dahulu. Kalau cara pemasangan tidak betul binaan boleh runtuh walaupun design, reka bentuknya betul.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, tetapi sebelum itu Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon supaya latihan ini Tuan Yang di-Pertua dipertingkatkan, disuburkan supaya ia benar-benar memberi suatu impak yang sangat besar kepada mutu binaan. Tuan Yang di- Pertua, ringkas sahaja yang kedua yang paling saya suka sekali dengan pindaan rang undang-undang ini ialah apabila fasal 2(a) menyebut di sini berhubung dengan takrif kontraktor untuk membenarkan mana-mana orang yang hanya mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan kerja pembinaan dianggap sebagai kontraktor Tuan Yang di- Pertua dan oleh itu dikehendaki untuk didaftarkan.

Ini Tuan Yang di-Pertua adalah satu langkah yang sangat proaktif. Kalau selama ini Tuan Yang di-Pertua ada subkontraktor dengan izin yang mungkin belum ada lesen dan sebagainya, tidak berdaftar dengan mana-mana tetapi hendak belajar. Dia ada pengalaman sebagai pekerja dahulu kemudian belajar hendak jadi subkontraktor tetapi belum ada lesen.

Ini Tuan Yang di-Pertua satu langkah yang proaktif di mana mereka ini juga diwajibkan berdaftar dengan CIDB.

Dua perkara yang saya nampak Tuan Yang di-Pertua. Pertama, sudah pastilah CIDB dapat mengawal selia kontraktor yang tidak berdaftar ini. Mutunya dapat dipertingkatkan tetapi kebaikan kepada kontraktor Tuan Yang di-Pertua ialah kalau kontraktor utama gagal bayar bayaran ke atas kerja-kerja yang dilaksanakan. Oleh kerana mereka ini sudah berdaftar dengan CIDB, saya yakin Tuan Yang di-Pertua soal bayaran tidak dijelaskan oleh kontraktor induk kepada subkontraktor tidak akan timbul kerana mereka terbukti dan jelas melaksanakan kerja tersebut kerana sudah pun didaftarkan di CIDB.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu langkah yang sangat proaktif yang kepada saya Tuan Yang di-Pertua adalah satu pendekatan yang sangat baik dan bertepatan dengan masa sekarang. Sekali gus Tuan Yang di-Pertua sudah pasti oleh kerana kontraktor-kontraktor sub ini yakin bayarannya akan diperolehi dan tidak ada masalah soal bayaran, mutu binaan juga akan meningkat. Tidak akan berlaku seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong tadi...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

[Bangun]

final • 10:30 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Satu minit sahaja.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya dari Ledang. Tadi Yang Berhormat Ledang menyebut tentang industri pembinaan yang dikelolakan oleh CIDB sebagaimana yang kita bahaskan pada pagi ini.

Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Ledang ini. Selain daripada CIDB, kita ada satu lagi Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Kedua-dua ini saya percaya adalah menjurus kepada untuk membentuk satu pembinaan yang berkualiti tinggi ataupun yang berkualiti yang lebih baik.

Pada masa yang lalu, mungkin CIDB di bawah Kementerian Kerja Raya dan PKK dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, tempat hari ini sudah bawah satu bumbung. Jadi saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Ledang ini yang pernah bekerja di JKR ini, adakah seolah-olah sekarang ini ada macam perlumbaan ataupun persaingan di antara dua perkara yang menjurus kepada satu yang sama? Jadi kalau keadaan yang sebegitu, saya melihat dalam satu kementerian itu satu untuk membuat kualiti binaan terbaik dan satu pun serupa juga. Jadi seolah-olah persaingan ini melebihkan bidang pekerjaan padahal bidang yang hendak dibuat sama.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ini mungkin boleh merugikan kepada kementerian atau jabatan itu sendiri kerana ianya boleh disatukan sekiranya kalau ada kekuatan ataupun kalau ada kualiti untuk menuju kepada kualiti pembinaan yang terbaik. Jadi saya minta penjelasan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Umumnya, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sekijang tadi.

Seeloknya ada satu penyelarasan walaupun fungsi PKK itu adalah untuk mendaftarkan kontraktor-kontraktor kerajaan, kontraktor-kontraktor yang bid ataupun yang melaksanakan projek daripada sumber peruntukkan kerajaan. Sedangkan CIDB mendaftarkan semua kontraktor di seluruh negara tidak kira kerajaan ataupun swasta.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh? Yang Berhormat Ledang.

final • 10:30 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Boleh, tetapi sekejaplah.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan satu permasalahan yang dibangkitkan oleh kontraktor-kontraktor Kelas ‘F’ berhubung dengan CIDB. Iaitu sedarkah Yang Berhormat bahawa kontraktor Kelas ‘F’ pada ketika ini setiap tahun diminta untuk renew dan mengambil kursus CIDB.

final • 10:30 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi ini kos dia memang tinggi dan ini membebankan kontraktor-kontraktor Kelas ‘F’ dan saya ingin bertanya, apakah Yang Berhormat mencadangkan kepada kerajaan bahawa kontraktor Kelas ‘F’ ini kalau boleh selepas mengambil kursus mungkin tiga tahun atau lima tahun barulah mereka diminta untuk memperoleh lesen mereka dan mengambil kursus yang sama, sebab kadang-kadang kontraktor Kelas ‘F’ ini dalam satu tahun tidak ada kerja langsung. Jadi macam mana dia hendak menampung pembiayaan kursus dia dan sebagainya kalau tidak ada projek. Ini rata-rata mereka mengatakan ini beban kepada kontraktor Kelas ‘F’ dan mereka meminta saya mencadangkan, kalau boleh biarlah tiga tahun atau lima tahun sekali barulah diperbaharui lesen itu dan ini menyenangkan mereka dan tidak membebankan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Yang Berhormat Ledang boleh satu lagi? Terima kasih Yang Berhormat Ledang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menyentuh mengenai kontraktor Kelas ‘F’ juga. Ramai telah mengadu kepada kita sebab masa ini Kelas ‘F’ masih dibekukan.

Jadi saya mengharapkan melalui CIDB ini mungkin ianya menjadi satu platform kepada mereka untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya dibukakan lagi Kelas ‘F’- Kelas ‘F’ ini. Sebab ramai di kalangan mereka terutama sekali dari kalangan bumiputera yang banyak menunggu untuk mendapat kerja-kerja kecil-kecilan melalui lesen Kelas F ini.

Akan tetapi sekarang ini masih dibekukan. Jadi diharapkan Yang Berhormat Ledang dapat memuatkan ucapan ini dimasukkan sekali dalam perbahasan Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan dan juga Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 10:40 AM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Yang Berhormat, boleh sekali? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang. Saya hendak respons kepada Yang Berhormat Kinabatangan tentang kursus-kursus yang diberikan. Cuma saya melihat dari sudut yang lain. Kalau Yang Berhormat Ledang tengok ada terdapat kontraktor Kelas F ini bukan semua. Sebahagian mereka mungkin tidak ada jati diri yang kuat dan sebagainya kadang-kadang projek yang kita bagi direct award maknanya pemberian terus RM20,000 ke bawah ataupun projek-projek yang tidak besar sangat tetapi mereka masih lagi memberikan kepada sub, kepada kontraktor yang lain yang menyebabkan kadang-kadang mereka ini walaupun setiap tahun dapat projek, tetapi tidak pernah buat pun. Jadi ini bukan sahaja merugikan mereka sendiri dari segi pengalamannya, dan juga merugikan pelaksanaan projek itu.

final • 10:40 AM

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran

Saya rasa mungkin CIDB perlu melihat. Sebab itu mereka hendak mensyaratkan supaya kursus ini diteruskan. Jadi minta pandangan Yang Berhormat, bagaimanakah caranya kita hendak pastikan supaya kontraktor ini buat kerja dia sendiri walaupun peruntukan tidak besar. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Ledang.

final • 10:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih, sekejap ya, sekejap. Saya hendak jawab dahulu. Terima kasih Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Kinabatangan dan juga Yang Berhormat Batang Sadong.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekejap sahaja jangan bimbang. Tentang kursus Tuan Yang di-Pertua kalau tujuannya adalah untuk meningkatkan mutu binaan saya setujulah.

Cuma saya juga setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kinabatangan tadi supaya dapat diselaraskan dan tidak membebankan kontraktor Kelas ‘F’. Akan tetapi kontraktor Kelas ‘F’ juga perlu sentiasa sedar bahawa mutu kerja mereka perlu ditingkatkan dan sekali menjawab Yang Berhormat Batang Sadong tadi. Pada pandangan saya, bagi tempat- tempat tertentu, bagi daerah-daerah tertentu sekiranya berlaku kekurangan sewajarnya permohonan kontraktor Kelas ‘F’ ini dipertimbangkan untuk dibuka. Dia tidaklah dibuka secara umum dan sewajarnya juga kontraktor Kelas ‘F’ yang sudah berdaftar lama ini dinaiktarafkan, jangan kekal di situ ataupun jangan ditinggalkan pusaka kepada keluarganya Kelas ‘F’ sampai berpuluh-puluh tahun.

Begitu juga peluang kerja Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini supaya pihak JKR sentiasa peka dengan keperluan kontraktor Kelas ‘F’. Kalau kerjanya besar bolehlah sebahagian kecilnya diserahkan kepada kontraktor Kelas ‘F’. Walaupun Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan dasar itu ada, tetapi dari segi pelaksanaan saya nampak dan ini juga perlu penjelasan secara kuantitatif daripada pihak JKR, supaya kita diberikan satu gambaran jelas daripada banyak kerja besar dijalankan oleh kontraktor induk berapa banyak yang dapat diserahkan kepada kontraktor kecil Kelas ‘F’ ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak banyak lagi...

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 10:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sedikit lagi satu minit.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang. Saya percaya Yang Berhormat juga bekas engineer di JKR dan sebagai engineer JKR ini mungkin mendengar luahan, rintihan, rentetan daripada pihak kontraktor-kontraktor bumiputera Kelas ‘F’. Di Sabah Yang Berhormat, keluhan kontraktor yang ini tidak tahulah betul atau tidak bahawa mereka sukar mendapat projek di Jabatan Kerja Raya kerana selalunya yang mendapat projek adalah kontraktor-kontraktor Kelas ‘F’ yang sama dan ada kena-mengena dengan engineer tersebut. Apabila disiasat pemegang yang berdaftar atas kontraktor itu adalah tukang kebun, driver dan mungkin lain-lain yang langsung tidak terlibat dengan kerja kontrak.

Selain daripada orang lain bukan bumiputera yang melaksanakan projek-projek yang di award.

Oleh kerana itu Yang Berhormat, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Batang Sadong kalau pihak JKR menyiasat semua kontraktor Kelas ‘F’ yang selalu melaksanakan projek di bawah JKR dipantau, check adakah pemilik itu langsung secara direct melaksanakan projek itu. Kalau tidak cancel sebab lima kontrak yang selalunya diperlukan untuk melaksanakan projek. Ini selalunya seorang sahaja yang mengurus, engineer itu sendiri yang mengurus. Jadi saya minta kalau kenyataan ini betul atau tidak, kalau berlaku di Johor atau tidak, di Sabah saya dengar banyak keluhan. Kalau boleh tolonglah, saya menyokong saranan Yang Berhormat Batang Sadong tadi supaya lesen kontraktor Kelas ‘F’ ini Tuan Yang di-Pertua dapat dibuka semula supaya bumiputera-bumiputera yang sudah berlatih ini sudah pergi training semua ini dapat lesen kontraktor Kelas ‘F’. Minta penjelasan.

final • 10:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

Saya fikir biarlah...

final • 10:40 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Ledang.

final • 10:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kementerian menjawab. Jadi saya masukkan dalam teks ucapan saya.

final • 10:40 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Okey, Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lipis hendak campur juga. Dahulu saya ingat pada tahun 2004 apabila permohonan atau pendaftaran lesen Kelas ‘F’ ini dibekukan ada dinyatakan bahawa tujuan dibekukan adalah untuk menengok berapa banyak kontraktor Kelas ‘F’ ini, dan mungkin ada yang akan dikeluarkan daripada senarai dan sebagainya dan akan dibuka semula. Akan tetapi sekarang ini sudah 2011. Daripada 2004 sampai sekarang sudah tujuh tahun. Masih perkara itu tidak berlaku. Jadi dengan adanya akta ini, dengan lulusnya akta ini nanti siapakah yang akan memainkan peranan untuk membuat kajian terhadap semua kontraktor bukan sahaja Kelas ‘F’, dari aspek pelesenan itu adakah ia terletak pada PKK ataupun pada CIDB. Saya mohon Yang Berhormat panjangkan penjelasan tersebut.

final • 10:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Oleh kerana permohonan beliau adalah untuk memanjangkan, maka saya masukkan ke dalam teks ucapan saya.

final • 10:40 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya tinggal dua perkara sahaja.

Menjawab celahan daripada Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Lipis tadi, apa yang penting ialah mutu binaan meningkat sama ada Kelas ‘F’, Kelas ‘A’ dan sebagainya.

Saya mengambil kesempatan pada pagi ini..., ya lah saya mungkin agak kontra sedikit akan bab ini. Menjadi kontraktor bukanlah menjadi kontraktor sebagai kerja part- time, kena dengan izin, full time. Kalau hendak menjadi kontraktor Kelas ‘F’ pun mesti full time, bukannya part-time. Oleh sebab itulah saya harap ada penjelasan dari pihak JKR kerana PKK sekarang di bawah JKR. Berapa ramai kontraktor Kelas ‘F’ yang masih aktif, masih berdaftar dan keperluan kontraktor Kelas ‘F’ di masa akan datang dan pada masa yang sama peluang-peluang bagi kontraktor Kelas ‘F’ daripada projek-projek besar yang diserahkan kepada kontraktor besar Kelas ‘A’, tidak Kelas ‘A’ dan sebagainya. Itu yang perlu penjelasan dari pihak kerajaan...

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 10:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Masa tidak cukup tetapi yang meminta ini Naib Pengerusi... [Ketawa] Tiada pilihan. Tidak mengapa, satu minit sahaja.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Lepas seorang, seorang satu minit. Terima kasih Yang Berhormat Ledang dan juga Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat dahulu kerja di JKR. Ini yang kontraktor Kelas ‘F’ kata tadi banyak yang mendaftar, beribu-ribu, kemudian didapati bukan kontraktor yang genuine. Apa Yang Berhormat buat dahulu di JKR? Jadi Yang Berhormat punya kesalahanlah dahulu.

Kesilapan semasa di JKR menyebabkan ramai kontraktor yang tidak genuine. Jadi apabila berlaku begitu, maka kualiti kerja pembinaan terjejas. Yang Berhormat bertanggungjawab tau! Jangan main-main. Itu satu. Tolong bagi penjelasan bab itu.

Keduanya, Yang Berhormat dahulu kerja di JKR, apa cerita orang Melayu ini hanya setakat Kelas ‘F’ sahaja kah, tidak boleh pergi tinggi lagi kah? Apa JKR tidak ada bantu kontraktor bumiputera untuk meningkat kepada peringkat yang lebih tinggi? Ini setiap kali bercakap di Dewan yang mulia ini, semua Ahli Parlimen, seolah-olah Melayu ini Kelas ‘F’ sahaja yang layak. Malu kita! Malu!...

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Betul!

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya hendak jangan lagi cakap setakat Kelas ‘F’. Kita hendak bercakap kelas ‘A’, A+, A++. Barulah kita boleh berbangga dengan kejayaan kita sebagai sebuah kerajaan, sebagai Jabatan JKR, sebagai insinyur. Ini apa yang hendak dibanggakan? Tolong jawab bab itu.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ketiganya...

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Masa seminit... [Ketawa]

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mana boleh seminit...

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya lagi hendak tanya. Dahulu di...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak mengapa Yang Berhormat Pasir Salak, teruskan sahaja. Anggap sahaja saya tidak ada duduk di sini... [Ketawa]

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya hendak berbaik dengan Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau berbaik dengan saya, jangan langgar peraturan mesyuarat. Ini mahu berbaik tetapi mencabar lagi tahap kesabaran saya, macam mana?

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Semalam saya sudah kata Tan Sri yang budiman. Yang Berhormat Paya Besar kata, “Sejak bila pula ini?”... [Ketawa] Jangan bimbang Tuan Yang di-Pertua. Hati saya baik. No problem.

Ketiga tadi saya hendak sambung. Dahulu kerajaan dan JKR telah umum bahawa projek ratus-ratus juta, bilion-bilion yang besar-besar ini, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada kerja-kerja itu diberi kepada kontraktor-kontraktor bumiputera termasuklah kontraktor yang kecil-kecil sama ada Kelas ‘F’ kah, ‘B’ kah, C kah. Apa sudah jadi dasar ini, apa sudah jadi? Kalau perkara itu telah dilaksanakan, tidak timbul soal kekurangan kerja di kalangan kontraktor-kontraktor bawahan ini. Ini nampak cakap tetapi tindakan tidak ada.

Kerajaan Barisan Nasional punyai dasar yang jelas untuk membantu kontraktor bumiputera, ekonomi bumiputera. Yang menjadi masalahnya ini ialah..

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ledang! Yang Berhormat Ledang! Yang Berhormat Pasir Salak telah ambil you punya floor… [Ketawa]

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang menjadi masalah ini ialah pelaksanaan! Jabatan JKR, pegawai JKR, pegawai CIDB. Pelaksanaan. Jangan salahkan parti Barisan Nasional, kerajaan yang memerintah. Kita mempunyai dasar-dasar yang begitu elok.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah itu Yang Berhormat Pasir Salak. Berat sudah itu.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Ketawa] Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Ledang.

final • 10:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Okey Tuan Yang di-Pertua. Lepas ini tidak ada lagi celahan, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas kesabaran Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Kiranya salah seorang dari mentor kitalah. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tekankan di sini bahawa pemikiran saya sealiran dengan Yang Berhormat Pasir Salak dan saya setuju dengan pandangan beliau. Awal tadi saya mengatakan bahawa kontraktor Kelas ‘F’ bukan kerja sambilan. Mutu mesti meningkat. Maknanya janganlah selama-lamanya Kelas ‘F’. Begitu juga dengan orang yang berniaga di warung. Janganlah bermula daripada warung, kemudian tinggalkan pusaka pun warung, bukannya restoran ataupun hotel. Itu maksud saya.

Begitu juga dengan agihan kerja. Saya juga sealiran dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Awal-awal tadi pun saya telah jelaskan. Ini pun perlu ada penjelasan daripada pihak JKR. Dasar ada tetapi setakat ini berapa banyak peluang yang telah pun diberikan kepada kontraktor bawahan ini dalam mengambil bahagian ataupun berkongsi kerja Tuan Yang di-Pertua, di atas segala lambakan yang ada?

Tuan Yang di-Pertua, dua perkara tinggal, sedikit sahaja. Saya hendak memuji langkah kerajaan meminda rang undang-undang ini kerana fasal 14 menyebut memasukkan seksyen baru 25A ke dalam Akta 520 untuk mengadakan peruntukan bagi akreditasi kontraktor. Tuan Yang di-Pertua, ini satu langkah yang baik yang perlu disokong.

Cuma, saya perlukan penjelasan apakah kaedahnya, bagaimana akreditasi kontraktor ini dapat dijalankan? Saya mengharapkan supaya ianya serius dan dapat dibuat dengan tegas supaya kontraktor yang betul-betul layak sahaja diberi Kelas ‘A’.

final • 10:50 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kontraktor yang kurang layak, ada tarafnya. Kemudian kontraktor yang gagal Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, didisqualified. Jangan ada perasaan simpati dan sebagainya kerana hujungnya ialah mutu binaan yang menjejaskan keselamatan orang ramai termasuk nyawa.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong langkah fasal 21 iaitu bertujuan untuk memperkenalkan bahagian baru di mana pemerakuan bahan binaan oleh Lembaga yang memberi kuasa untuk menetapkan bahan binaan tertentu untuk digunakan dalam industri binaan. Tuan Yang di-Pertua, ini satu langkah yang proaktif kerana ia berkaitan dengan mutu. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kaedah juga mesti jelas nanti supaya ianya tidak bercanggah dengan penentuan kerja, ia tidak bercanggah dengan arahan kerja awal. Mungkin semasa di tender atas pertimbangan yang lain mungkin mutu bahannya adalah ‘A’ tetapi apabila tiba kepada tahap pembinaan nanti, oleh kerana atas pandangan yang berbeza, maka CIDB terpaksa campur tangan untuk menentukan bahan binaan. Ertinya, biarlah penentuan bahan binaan dibuat daripada peringkat awal supaya kontraktor tidak berdepan dengan masalah. Langkah ini baik.

Cuma penjelasan ataupun pelaksanaan itu perlu dilihat supaya tidak menjejaskan prestasi binaan bukan sahaja dari segi kualiti, malah dalam tempoh masa yang tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara hendak dibincangkan tetapi cukup setakat itu. Saya mengucapkan tahniah dan menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena. Ada lagi yang berminat untuk berbahas dalam ini? Kalau tidak ada, selepas Yang Berhormat Pokok Sena, Menteri bersedia untuk menjawab.

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang semalam telah membentangkan pindaan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994.

Saya juga berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang telah pun mengambil bahagian tadi. Yang Berhormat Ledang tadi dia sebut bahawa kontraktor ini kalau hendak berjaya pastikan kontraktor yang baik itu, dia mesti full time. Dia berikan satu mesej tidak boleh di masa yang sama dia jadi kontraktor dan pada masa yang sama dia jadi Ahli Parlimen... [Ketawa] Tidak boleh, bukan setakat jadi kontraktor sahaja tetapi apa pun, dia harus full time, tidak boleh masa dia jadi...

final • 10:59 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Penjelasan sedikit. Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Yang Berhormat Pokok Sena masuk part time, syarikat itu mesti full time, bukan syarikat part time, faham ya maksudnya.

final • 11:00 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa] Adakah syarikat part time?

Saya pun tidak pasti ada syarikat part time, ini istilah baru Yang Berhormat Pasir Salak, istilah syarikat part time. Macam mana hendak diuruskan syarikat part time, saya pun tidak tahu. Ini CIDB kena tengok pula, macam mana hendak mengurus syarikat part time dengan syarikat full time.

Jadi mungkin Yang Berhormat Pontian tahu, saya pun tidak pastilah. Saya seronok, saya pergi kawasan Pontian baru-baru ini, 34 orang ahli UMNO masuk PAS, jadi alhamdulillah. Rupanya adik ipar dia, adik ipar dia Tuan Yang di-Pertua, orang PAS. Jadi adik dia itu telah diambil oleh orang PAS...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, tiga minit lagi... [Ketawa]

final • 11:00 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi kita telah berjaya masuk dalam rumah Yang Berhormat Pontian.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:00 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi adik ipar dia kirim salam kepada dia, namanya Mazlan. Saya pun seronok, orang PAS ini boleh masuk ambil.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, seminit lagi.

final • 11:00 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Lepas ini kita ambil anak dia pula.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit lagi.

final • 11:00 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya... [Ketawa] Selepas ini kita target ambil anak dia pulalah.

Baik terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dalam isu perbahasan kepada pindaan undang-undang Akta Lembaga Pembangunan Industri. Saya bersetuju bahawa kita hendak pastikan supaya industri pembinaan kita ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dalam pembentangan semalam dapat ditingkatkan dari sudut kualitinya termasuk dalam konteks untuk memperkasakan CIDB, pembangunan modal insan dalam konteks mempertingkatkan dari segi mutu bahan binaan dan pengurusan tapak binaan dan sebagainya. Ini suatu langkah yang sangat diperlukan untuk memastikan bahawa industri pembinaan dalam negara kita ini dapat dibaiki dari semasa ke semasa. Akan tetapi bagi saya bahawa dalam konteks ini sudah tentulah bahawa pelanggan kita yang akan diberikan keutamaan adalah kontraktor itu sendiri. Akan tetapi dalam urusan ini, bagi saya bahawa ia tidak cukup kepada hendak mempertingkatkan industri pembinaan kita ini hanya kepada pindaan-pindaan ini, untuk mempertingkatkan bahan binaan dari segi kontraktornya mesti kontraktor yang bagus dan sebagainya, tidak cukup setakat itu.

Akan tetapi kalau kita masih lagi dalam pengurusan projek itu sendiri, soal-soal pengurusan projek, pemberian projek, ini yang tidak menjadikan, tidak mengundang kepada kontraktor itu sendiri akan ada suatu integriti yang tinggi apabila dilihat kepada proses pengurusan projek itu tidak dilihat mempunyai integriti yang tinggi. Jadi bagaimana kita hendak mempertingkatkan dari sudut daya saing kerana antara saya lihat dalam website CIDB itu sendiri ialah kenyataan misi untuk meningkatkan daya saing industri pembinaan negara kita. Jadi bagaimana kalau kita hendak mempertingkatkan daya saing itu kalau dalam pengurusan pemberian projek itu tidak dapat dilihat suatu integriti yang sangat tinggi.

Jadi ini yang menyebabkan mengundang kepada kualiti kontraktor-kontraktor kita itu sangat tidak baik untuk memastikan industri pembinaan kita itu berada pada satu tingkat yang memuaskan.

Saya tunjuk contoh pengurusan projek Istana Negara Tuan Yang di-Pertua, yang mungkin sudah hampir siap. Di waktu awal pemberian projek tersebut kepada syarikat kontraktor, saya telah difahamkan sudah beberapa kali saya bangun sebelum ini saya katakan bahawa kontraktor tersebut tidak berdaftar dengan PKK pada waktu projek itu diluluskan. Kontraktor itu tidak mempunyai lesen Kelas ‘A’. Jadi dia diberikan kontrak untuk membina satu projek yang sangat berharga dan projek yang ada kaitan dengan institusi yang sangat tinggi dalam negara kita. Bukan dia diberikan kontrak untuk membina reban ayam ataupun lau ayam tetapi dia diberikan kontrak untuk membina satu tempat kediaman golongan yang tertinggi dalam negara kita.

Jadi ini saya katakan yang menyebabkan kita tidak dapat melihat bahawa kualiti akan menjadi daya saing tetapi dilihat hubungan dengan pihak-pihak tertentu itulah yang akan menjadi daya saing sebenarnya dalam proses pemberian ataupun perolehan satu- satu projek itu.

Jadi bagi saya bahawa ini merupakan satu hal yang perlu dilihat dengan jelas bahawa bukan sahaja di peringkat CIDB. Saya tahu bahawa CIDB sudah tentu bahawa hendakkan supaya industri pembinaan dapat ditingkatkan tetapi dia sangat contradict apabila pengurusan projek yang terletak kepada kementerian itu sendiri tidak dapat diuruskan secara yang baik.

final • 11:00 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Contoh seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kepong semalam, umpamanya MRR2, sehingga sekarang kita tidak dapat kembali duit RM67 juta iaitu kos pembaikan ke atas 27 daripada 33 tiang yang mengalami kerosakan. Saya pun tidak tahu apakah kita akan berupaya untuk mendapat kembali bayaran ganti rugi ini, pampasan ganti rugi atas kelemahan dan kelalaian kontraktor sendiri. Jadi saya tidak tahu apakah bentuk perjanjian, syarat-syarat perjanjian, syarat-syarat kontrak yang terkandung dalam perjanjian kontrak antara kerajaan dengan pihak kontraktor itu dalam melaksanakan projek MRR2 sehingga menyebabkan kontraktor utama itu boleh berlepas tangan sehingga kita terpaksa memohon kepada mahkamah, saya difahamkan kalau ikut apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kepong semalam.

Kerajaan terpaksa memohon kepada mahkamah untuk menuntut supaya pihak kontraktor membayar kepada kerajaan. Jadi bagi saya bahawa ini menunjukkan bahawa satu kelemahan, kegagalan kita dalam hendak membantu pembangunan industri pembinaan dalam negara kita ini. Jadi sebab itu bagi saya bahawa isu soal pengurusan projek ini merupakan perkara yang sangat penting kerana dia ada kaitan dengan institusi yang kita duduk sekarang ini iaitu Parlimen apabila pemberian projek di belakang sana itu tidak dibuat secara yang terbaik, hanya dibuat berasaskan kepada AP55, kita berhujah mengatakan bahawa keadaan AP55 itu keadaan darurat. Sedangkan kita tidak dapat melihat di mana daruratnya, di mana keadaan darurat yang menyebabkan kita boleh menggunakan AP55 hanya semata-mata bagi saya sebagai alasan untuk menghalalkan kita memberi projek kepada syarikat-syarikat yang kita tentukan.

final • 11:00 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota, kalau tidak dia tidak berhenti mengulang-ulang balik yang 55 itu.

final • 11:00 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pokok Sena, ada sedikit lari daripada yang disebutkan tadi.

Saya terpandang kata antara pindaan yang hendak dibawa itu dikatakan semua kontraktor tertakluk kepada akta itu, walaupun berdaftar atau tidak, keseluruhan kontraktor, namanya kontraktor maknanya tertakluk kepada pindaan ini.

Saya hendak tanya, barangkali Yang Berhormat Pokok Sena juga ada terlihat dalam ini mengatakan bahawa lembaga ini bertanggungjawab untuk memberi perakuan kepada bahan binaan. Menyebut tentang perakuan, seperti Yang Berhormat Pokok Sena sebut tentang pembinaan institusi ataupun projek-projek yang besar seperti Istana Negara dan sebagainya, saya hendak tanya apakah pandangan Yang Berhormat Pokok Sena.

Apakah sebenarnya sebelum daripada pindaan ini, nampak gaya perakuan ini menjadi satu elemen yang longgar, sebab itu berlakunya bahan binaan yang dikatakan di bawah standard. Kalau tidak, tidak mungkin berlaku peristiwa seperti stadium runtuh dan sebagainya yang mana bahan binaan itu dipertikaikan. Barangkali itulah maksud pindaan ini. Kalau begitu maksudnya, kalau atas kefahaman saya Yang Berhormat Pokok Sena, bermakna sebelum daripada tarikh ini banyak berlaku kepincangan dari segi memperakukan bahan binaan, sebab itu kontraktor itu terlepas seperti juga MRR2 Yang Berhormat Pokok Sena sebutkan tadi. Saya mohon pandangan Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila Yang Berhormat Pokok Sena menyebut tentang pengurusan projek dan disambung oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tentang perakuan bahan binaan. Saya teringat apa yang saya celah kepada Yang Berhormat Kepong semalam iaitu berhubung dengan bahan binaan yang digunakan untuk membina Hospital Queen Elizabeth. Saya difahamkan bahawasanya pasir yang digunakan adalah daripada pasir laut, bukannya pasir sungai.

Jadi dengan adanya pindaan rang undang-undang ini, kita harap selepas ini tidak lagi berlaku perkara-perkara yang sebegini walaupun kita sedang menghadapi misal katanya bom dalam ekonomi. Yakni projek yang dijalankan begitu banyak sekali. Ini kerana kita takut dan bimbang mungkin kerajaan ataupun kementerian terpaksa pula masuk ke mahkamah untuk menuntut balik.

final • 11:00 AM

Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Dalam hal Queen Elizabeth hospital ini saya rasa kerajaan telah kerugian beratus- ratus juta ringgitlah kerana terpaksa merobohkan, repair ataupun buat lain binaan-binaan yang sepatutnya tidak berlaku jika sekiranya perakuan bahan binaan ini dijalankan dengan secara yang telus dan betul. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:10 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya daripada Indera mahkota dan Pendang. Saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi bahawa akuan bahan binaan ini, maknanya banyak projek yang berlaku sebelum itu seolah-olah seperti tidak boleh memberikan satu jaminan keselamatan kepada kita sekarang ini. Kita tidak tahu sejauh manakah proses untuk mengenal pasti bahan binaan yang digunakan itu benar- benar mempunyai jaminan, itu satu.

Keduanya ialah bagaimana mereka menggunakan pada kadar mengikut spesifikasi yang betul dan ditentukan oleh pihak JKR seperti yang ditentukan dalam syarat- syarat kontrak itu sendiri. Sejauh manakah penyelidikan atau pun penelitian oleh pegawai- pegawai di peringkat teknikal ini untuk mengenal pasti bahan-bahan campuran yang telah digunakan itu adalah satu yang betul. Akan tetapi bagi saya Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan saya Yang Berhormat Indera Mahkota, saya kira bahawa bahan binaan itu adalah satu hal tetapi proses pemilihan kontraktor ini juga merupakan satu hal. Macam di Stadium Terengganu yang runtuh. Ia bukan sahaja berkaitan dengan soal bahan binaan macam yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ledang tadi mengenai soal pemasangan dan sebagainya.

Teknologi yang digunakan itu saya katakan kita boleh terima teknologi yang digunakan tetapi kontraktor yang hendak buat itu pemilihan kita itu tidak berasaskan kepada kepakaran. Mereka tidak punya kepakaran dalam hendak melaksanakan teknologi yang saya kenal pasti agak baru dan saya tidak berapa ingat nama teknologi yang digunakan itu.

Ia agak begitu baru dan kita ambil pula teknologi itu daripada negara-negara yang bukan punya kepakaran tersebut. Walaupun dia buat, tetapi sepatutnya ada pihak lain lagi yang mempunyai kepakaran yang tinggi dan kita sendiri pun memilih mereka-mereka yang tidak mempunyai kepakaran. Jadi ini menyebabkan berlaku keadaan yang tidak diingini seperti mana berlaku di Stadium Terengganu.

final • 11:10 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya bertanya sedikit lagi. Agaknya Yang Berhormat Pokok Sena rasa bersetuju, oleh sebab tidak ada kepakaran dalam teknologi tadi, apabila runtuh menjadi rumit pula untuk menyiasat. Saya rasa setakat ini sudah dua tahun perkara runtuh ini berlaku. Sampai sekarang siasatan terhadap insiden itu tidak dapat disempurnakan. Saya rasa betul dan pada pandangan saya agaknya munasabah sebagai Yang Berhormat Pokok Sena sebutkan tadi. Oleh sebab teknologi itu kita tidak ada, jadi hendak menyiasat itu pun jadi masalah. Sampai sekarang tidak boleh selesaikan perkara itu dan laporan pun tidak boleh dikeluarkan mengenai insiden penyiasatan stadium runtuh di Terengganu. Barangkali agaknya betul. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih. Sebenarnya pun saya hendak katakan bahawa kita bukannya tidak ada kepakaran. Kita ada kepakaran. Saya tidak bawa maklumat syarikat-syarikat konsultan yang mempunyai kepakaran. Akan tetapi konsultan dalam negara kita yang mempunyai kepakaran ini tidak digunakan. Sampai kepada peringkat dalam membuat penyiasatan ini tidak digunakan. Ini menyebabkan sampai sekarang, hasil daripada penyiasatan itu kita pun tidak tahu pasal apa? Tidak ada satu hasil penyiasatan yang jelas dan boleh kita terima apakah punca-punca yang sebenarnya sehingga berlaku keadaan ia runtuh. Jadi begitu juga dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pendang tadi. Saya bersetuju dengan pendapatan dan pandangan beliau. Walaupun saya berkali-kali sebutkan soal AP 55 ini. Walaupun saya harap Tuan Yang di-Pertua tidak begitu gembira saya sebutkan. Akan tetapi saya kata saya punya hak untuk menyebut walaupun berkali-kali.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan saya tidak gembira tetapi kalau hujah itu telah diulang-ulang, dalam peraturan mesyuarat menyatakan jangan ulang hujah, hujah diulang dan diulang.

final • 11:10 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Akan tetapi penghujahan itu sangat penting walaupun diulang kerana belum ada satu jawapan yang cukup jelas dan tegas.

Kalau begitu bermakna bahawa kita tidak akan dapat mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat cakap begitu tidak betul, Yang Berhormat Menteri telah pun menjawab. Dia kata peraturan telah diikut, tetapi cuma Yang Berhormat yang tidak berapa senang. Dia sudah jawab. Kalau ada umpamanya kesilapan- kesilapan, buat laporan-laporan yang tertentu kepada MACC, kepada polis dan sedemikiannya. Jangan ulang-ulang Yang Berhormat, tidak elok.

final • 11:10 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya menyebut bahawa soal AP 55 ini ada kaitan dengan penghujahan kita supaya kerajaan harus sedar bahawa bukan hanya dalam pindaan ini sahaja yang akan membangunkan industri pembinaan kita berada pada satu tahap yang cukup baik. Kalau kita tidak menyelesaikan masalah pengurusan pemberian projek dan sebagainya pada kaedah yang betul. Maknanya kita tidak boleh menggunakan sewenang-wenangnya maka kerajaan memberikan alasan-alasan untuk menghalalkan tindakan itu. Padahal hakikat dan realitinya saya katakan bahawa seperti mana yang diakui oleh Yang Berhormat Menteri yang menjaga Parlimen sendiri pun dia mengakui dan bersetuju bahawa tidak sewajarnya berlaku sedemikian rupa.

Jadi sekarang sudah contradict antara pihak Yang Berhormat Menteri yang menjaga Parlimen dengan pihak kementerian yang mengendalikan projek tersebut. Jadi oleh sebab itu bagi saya, saya berbalik kepada soal akta ini bahawa apa yang saya sebutkan tadi itu adalah sebagai contoh. Maknanya Parlimen sendiri, kemudian MRR2, Istana Negara dan sebagainya menunjukkan bagaimana pengurusan projek itu yang perlu diperbaiki. Pengurusan pemberian projek itu mesti diperbaiki, mesti ada ketelusan, mesti ada integriti yang tinggi. Kalau kita mempertingkatkan kualiti kontraktor kita, bahan binaan, tetapi kita boleh beri sewenang-wenangnya kepada siapa pun yang kita hendak beri, akhirnya tidak ke mana industri pembinaan kita ini. Industri pembinaan kita akan berada pada tahap yang seperti ini.

Umpamanya seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ledang dan juga rakan-rakan kita tadi berkaitan dengan kontraktor Kelas ‘F’ umpamanya. Saya bersetujulah untuk kita bantu kontraktor Kelas ‘F’. Akan tetapi saya juga boleh bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak, takkanlah selama-lamanya bumiputera ini hendak duduk kepada Kelas ‘F’ tetapi hendak naik daripada Kelas ‘F’ kepada kelas yang tinggi itu mestilah mempunyai kualiti yang sangat baik. Akan tetapi dalam pengurusan pemberian projek ini, saya tidak jelas dasar kementerian sendiri umpamanya.

Kalau dahulunya apabila kontrak-kontrak yang bernilai pada kadar yang agak besar, syaratnya kontrak tersebut Kelas ‘A’ mesti disubkan beberapa projek itu kepada Kelas ‘F’. Akan tetapi isunya ialah berlaku unsur yang tidak sihat di mana Yang Berhormat Menteri panggil kontraktor kelas ‘A’ yang dapat projek tersebut, “Ini kamu kena buat Akujanji”. Senarai kontraktor Kelas ‘F’ yang telah dipilih oleh Yang Berhormat Menteri ataupun oleh kementerian. Jadi, bagi saya bahawa ini seolah-olahnya satu pemaksaan untuk memilih kontraktor Kelas ‘F’ yang menjadi pilihan kementerian dan Yang Berhormat Menteri, bukan pilihan kontraktor Kelas ‘A’, main con, kontraktor utama yang mendapat projek tersebut.

Jadi saya tidak tahu apakah dasar ini masih diguna pakai ataupun tidak. Akan tetapi inilah dahulu yang diguna pakai. Maknanya orang yang dapat, dia kena sain, tandatangan buat aku janji. Kalau lima yang disenaraikan, lima ini mesti diberikan. Tidak boleh beri kepada Kelas ‘F’ yang lain. Sama ada Kelas ‘F’ yang disenaraikan oleh kementerian dan Yang Berhormat Menteri itu mempunyai kualiti, genuine atau pun tidak, part time ataupun tidak, full time ataupun tidak, syarikat part time atau tidak, syarikat full time ataupun tidak, itu soal lain. Apa yang penting kena beri kepada lima buah syarikat itu, ataupun enam ataupun tujuh buah syarikat yang ditentukan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga yang ditentukan oleh kementerian. Jadi ini yang saya katakan bahawa pengendalian pemberian projek yang tidak mendorong membantu kepada kita untuk meningkatkan industri pembinaan dalam negara kita ini.

final • 11:10 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kemudiannya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan ada satu pindaan dalam fasal 5 untuk menukar nama “Ketua Pegawai Eksekutif” kepada “Ketua Eksekutif”. Ini isu yang timbul sekarang ini. CIDB tidak ada Ketua Eksekutif sekarang ini. Ketua Eksekutifnya sudah pun tamat tempoh perkhidmatannya. Isu yang berlaku sekarang ini adalah isu pelantikan Ketua Eksekutif baru yang dibuat dan diumumkan oleh kerajaan iaitu Profesor Datuk Dr. Ir. Judin, Ketua Pengarah JKR telah dilantik menjadi Ketua Eksekutif, yang sekarang dan belum dipinda ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif kepada CIDB. Akan tetapi isunya seperti yang pernah saya sebutkan bahawa kontroversi dan penyelesaiannya tidak ditemui sehingga hari ini.

final • 11:10 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya melihat bahawa bagaimana hendak memastikan bahawa CIDB dapat diperkasakan kalau pelantikan ketua eksekutif itu tidak dibuat mengikut proses-proses yang betul dan sekarang ini CIDB kosong, ketua eksekutifnya tidak ada dan saya persoalkan bahawa kita hendak perkasakan CIDB. Pindaan ini hendak memperkasakan CIDB. Salah satunya ialah nama ketua pegawai eksekutif itu kepada ketua eksekutif sahaja. Akan tetapi bagaimana kita hendak perkasakan kalau pelantikan kita ke atas ketua eksekutif itu tidak dibuat secara yang betul, secara yang meyakinkan kita semua sebab saya melihat bahawa isu pelantikan ini sehingga menjadi satu isu yang memalukan perkhidmatan awam dalam negara kita ini.

Saya hendak mengatakan di sini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut juga sedikit bahawa isu yang saya hendak bangkitkan di sini bukan hanya sekadar soal Ketua Eksekutif CIDB ataupun siapa Ketua Pengarah JKR.

Isunya harus dilihat secara yang lebihnya isu ini ialah apa hendak jadi dengan civil service kita ini? Apa hendak jadi dengan perkhidmatan awam kita ini? Isu ini isu penjawat- penjawat awam yang tidak diberikan layanan ataupun tidak diberikan satu layanan yang baik untuk memastikan satu kebebasan yang ada kepada mereka dalam menghargai dan menghormati perkhidmatan yang telah mereka berikan.

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 11:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Boleh minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya pada asasnya Tuan Yang di-Pertua bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pokok Sena. Ertinya pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai kepakaran tertentu ini ditempatkan di tempatnya, maknanya di tempat yang betul.

Kalau seseorang itu mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan lebih-lebih lagi bertaraf profesor dan sebagainya, saya yakin mesti seseorang penjawat jawatan itu mempunyai ilmu yang tinggi dan sewajarnya dimanfaatkan. Saya juga bersetuju dengan pihak JPA untuk meletakkan Profesor Dato’ Ir. Dr. Judin ini sebagai Ketua Eksekutif CIDB, sekadar mungkin masalah komunikasi, ada terputus hubungan dengan izin, communication breakdown, masalah komunikasi. Masalah itu perlu diperjelaskan, maksudnya perlu dijelaskan secara telus supaya tidak menimbulkan persepsi.

Akan tetapi asasnya adakah Yang Berhormat Pokok Sena setuju bahawa itulah salah satu tempat yang sewajarnya, dengan kepakarannya supaya CIDB itu sendiri berkembang dan naik tarafnya sesuai dengan keperluan semasa kerana salah satu daripada rang undang-undang ini adalah menjurus kepada soal latihan, Tuan Yang di- Pertua. Adakah Yang Berhormat Pokok Sena setuju, tempatnya betul cuma soal penjelasan daripada pihak JPA kepada pegawai berkenaan dalam bentuk tawaran. Ini adalah tawaran.

Saya rasa kalau dijalankan secara betul, pihak berkenaan ataupun Yang Berbahagia Dato’ Ir. Dr. Judin menerima tawaran tersebut. Sekian terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Pokok Sena, isu yang sama Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa ada agenda tersirat di sebalik pindaan ini yang sekali gus menukar ketua pegawai eksekutif. Adakah Yang Berhormat Pokok Sena boleh memberikan penjelasan bahawa ada perkara yang tersembunyi, yang dibentangkan dalam Dewan supaya seolah-olah macam meng upgrade CIDB ini supaya setaraf dengan Ketua Pengarah JKR yang menjadi isu sekarang ini.

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Kita juga dapat maklumat bahawa bukan isu Ketua Pengarah JKR ini hanyalah isu kemuncak sebab sebelum itu sudah berlaku proses-proses diskriminasi oleh pihak-pihak atasan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok sena tadi terhadap layanan yang tidak adil kepada pegawai-pegawai utama kerajaan ini.

Saya juga difahamkan oleh kerana kehebatan Ketua Pengarah JKR ini yang dicemburui oleh pihak-pihak tertentu yang menyebabkan cuba hendak merendah- rendahkan martabatnya. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya tidak tahu apakah pemilihan ini ada kaitan dengan isu ini tetapi saya tidak melihat bahawa penukaran itu boleh dilihat sebagai hendak upgrade standard sebab tanpa ada perubahan nama ketua pegawai eksekutif kepada ketua eksekutif ini pun untuk hendak upgrade, terpulang kepada pihak kerajaan untuk memastikan supaya walaupun ketua eksekutif itu bertaraf turus tiga. Itu hak dalam konteks JPA dan juga SPA untuk menentukan.

Akan tetapi saya hendak respons Yang Berhormat Ledang tadi bahawa saya bersetuju bahawa mesti orang yang pakar. Tidak semestinya Dato’ Ir. Dr. Judin tetapi mesti orang yang pakar. Jadi, adakah selama ini kita hendak katakan bahawa ketua pegawai eksekutif dahulu ini bukan orang pakar? Keduanya, adakah bermakna bahawa selama ini kita katakan bahawa kita telah salah letak Dato’ Ir. Dr. Judin ini sebagai Ketua Pengarah JKR kepada tempat yang tidak sepatutnya? Adakah begitu? Jadi saya hendak katakan bahawa alasan-alasan...

final • 11:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Penjelasan sedikit. Saya sangat seronok topik ini kalau Tuan Yang di-Pertua boleh beri ruang.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, selepas Yang Berhormat Pokok Sena, bersedia untuk menjawab.

final • 11:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Okey, saya sedikit sahaja. Ertinya Yang Berhormat Pokok Sena adakah bersetuju bahawa masa berubah, teknologi berubah. Kalau dahulu mungkin tidak perlu sangat kepakaran yang tinggi tetapi sekarang perlu. Dahulu kita tidak boleh salah tetapi sekarang ini kalau kita letakkan bukan pada tempatnya atau jawatan itu tidak diisi oleh orang yang betul-betul pakar, pada masa ini dan akan datang, itu satu kesalahan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Adakah tidak ada orang lain yang juga punya kepakaran seperti itu. Kalau saya hendak berhujah kepakaran yang ada itu perlu pada masa sekarang, mungkin kepakaran yang ada pada dia itu sekarang ini dengan ilmu yang diperoleh di oversea suatu ketika dahulu dan sebagainya dengan penjelajahan yang berterusan tetapi sekarang ini ilmu baru mungkin dia sudah ketinggalan pada kepakaran-kepakaran baru.

Itu yang saya hendak katakan bahawa jadi itu adalah alasan-alasan yang tidak kukuh untuk kita hendak menghalalkan tindakan yang salah ini sebab saya melihat begini Tuan Yang di-Pertua, saya katakan bahawa saya difahamkan bahawa ramai..., walaupun tidak sampai lebih daripada 60 orang tetapi saya katakan tidak kurang daripada 60 orang pegawai-pegawai di peringkat PTD sampai kepada peringkat JUSA ini yang beri istilah di peti sejukkan, dihantar ke INTAN.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut bahawa mereka ini JUSA ‘C’ ini, ada pegawai JUSA ‘C’ yang bertaraf penerimaan pendapatan gajinya sahaja RM13,000. Kita beri duduk sahaja, tidak buat kerja apa, baca surat khabar, beri kerusi, beri meja, duduk sahaja di INTAN ataupun di mana-mana. Saya katakan bahawa kalau ada pegawai yang salah dari segi disiplin, dari segi prestasi mereka, okey ambil tindakan ikut proses. Ikut prosedur yang betul dan bukannya merugikan wang negara yang perkhidmatan mereka, kepakaran mereka kita tidak boleh guna.

Saya bimbang bahawa bukan kerana prestasi mereka tidak dipanggil oleh Lembaga Disiplin kalau berkaitan dengan disiplin atau tidak pernah dipanggil oleh bos kerana berkaitan dengan prestasi mereka.

final • 11:20 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Akan tetapi saya bimbang bahawa takut kerana masalah-masalah hubungan yang tidak baik dengan pihak atasan yang menyebabkan mereka akan di peti aiskan.

Bayangkan kalau 60 orang Tuan Yang di-Pertua seorang JUSA ‘C’, 60 orang JUSA ‘C’ ini, seorang RM13,000 bayangkan berapa sebulan kita bayar kepada pegawai yang tidak buat kerja apa, yang kita tidak boleh manfaat. Saya tidak tahu sampai bila mereka akan di peti aiskan kerana umur mereka antaranya belum melepasi 50 tahun.

Bermakna bahawa hendak tunggu umur pencen sampai 56 ataupun 58 umpamanya, bermakna bahawa kita menghabiskan wang negara dengan kepakaran yang tidak boleh dimanfaatkan oleh negara dan juga rakyat.

Sebab itu saya tidaklah hendak menuduh mengatakan bahawa proses pemilihan ataupun pelantikan terhadap Dato’ Ir. Dr. Judin kepada CIDB ini untuk hendak di peti aiskan dia tetapi saya bimbang bahawa kerana tahap integriti dia yang sangat tinggi, yang sangat contra dengan amalan pemberian projek selama ini di bawab JKR itu yang menunjukkan ada unsur-unsur yang tidak sihat maka akhirnya dia di bawa ke CIDB untuk supaya kamu duduk di situ, kamu fikir soal pembinaan tetapi soal pengagihan projek itu kami yang akan tentukan.

Jadi ini bagi saya suatu yang perlu dilihat sebagai suatu yang sangat menyedihkan kita dalam perkhidmatan awam ini apabila seorang yang begitu baik ini diperlakukan dengan tidak memberikan satu penghormatan. Ini sangat bertentangan Bahagian X, Perkara 134 - Perlembagaan Persekutuan dan fasal 12, dan fasal 13, Pekeliling A176 berkaitan dengan peraturan-peraturan pegawai awam, pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan 2005 dan perkara 4(a), Bahagian II, Pekeliling Perkhidmatan, Bil.12 tahun 2008.

final • 11:20 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Di tangan saya ini ada dokumen berkaitan dengan surat-menyurat proses pelantikan kepada Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim dan juga terhadap Dato' Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob yang ditugaskan untuk mengambil alih tempat Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim. Akan tetapi bagi saya ini jelas apabila saya merujuk kepada dokumen yang berkaitan dengan pekeliling yang saya sebut tadi dan juga perlembagaan yang saya rujukkan tadi. Menunjukkan bahawa satu perlanggaran yang sangat jelas, yang tidak menunjukkan satu pematuhan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Ini kerana dalam Bahagian II dalam Pekeliling 2005 ini prinsip peminjaman, prinsip yang digunakan dan menjadi asas untuk menimbang peminjaman seorang pegawai ialah peminjaman perlu dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak yang terbabit. Iaitu agensi pembekal iaitu JKR, agensi peminjam iaitu CIDB dan pegawai batang tubuh itu sendiri. Ini yang tidak diguna pakai apabila pegawai itu sendiri tidak memberikan persetujuan, tiba-tiba Ketua Setiausaha Negara boleh mengumumkan pelantikan ketua pengarah yang baru. Ini menunjukkan bahawa apabila pegawai yang sedia ada itu tidak memberikan persetujuan penerimaan kepada tawaran dia, peminjaman beliau kepada CIDB. Bermakna bahawa beliau tetap kekal sebagai Ketua Pengarah JKR.

Pada waktu yang sama, SPA dan juga JPA serta Ketua Setiausaha Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong telah melantik Dato' Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob sebagai ketua pengarah yang baru. Ini menunjukkan bahawa bagi saya perkenan Di Bawah Duli Yang Maha Agong itu tidak dibuat melalui proses yang betul. Bermakna bahawa ada unsur-unsur penipuan terhadap Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong, seolah-olah digambarkan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bahawa proses- proses yang saya katakan mengikut perlembagaan dan juga mengikut Pekeliling 2004 dan Pekeliling 2005 itu iaitu dalam prinsip peminjaman ini telah diguna pakai.

final • 11:30 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, menyebabkan keadaan kalut sehingga sekarang dan ini sangat memalukan apabila dilihat bahawa mereka cuba mendorong untuk Yang di-Pertuan Agong membuat satu kesilapan. Pada hakikatnya, Seri Paduka tidak mengetahui akan maklumat yang sebenarnya yang tidak dibekalkan kepada Seri Paduka iaitu bahawa syarat peminjaman ini tidak dipatuhi. Jadi, saya katakan bahawa bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Kemudian juga ialah saya katakan bahawa yang saya sangat keliru ataupun saya sangat sangsi ialah surat-surat pelantikan daripada SPA umpamanya kepada Dato' Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob tidak dibuat oleh pegawai yang lebih tinggi, hanya dibuat oleh Timbalan Setiausaha Suruhanjaya. Begitu juga walaupun kemudian disusuli dengan surat daripada Ketua Setiausaha Negara.

Begitu juga dengan surat-surat kepada Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim juga tidak dibuat oleh pegawai yang lebih tinggi daripada JKR ataupun daripada SPA ataupun daripada JPA. Tidak seperti mana sewaktu Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim menerima pelantikan.

Dia mendapat surat daripada Ketua Perkhidmatan Awam iaitu Tan Sri Ismail Adam, tidak seperti mana Dato' Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob mendapat hanya daripada pegawai yang lebih rendah daripada Dato’ Ismail Adam umpamanya. Jadi, saya katakan bahawa ini seolah-olah macam ada sesuatu yang tidak kena dalam proses pelantikan Dato' Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob dan juga Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim ini. Saya tidak menyalahkan Dato' Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob sebab saya lihat bahawa Dato' Ir. Hj.

Mohd Noor bin Yaacob sekarang ini menjadi mangsa seperti mana Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim juga menjadi mangsa dalam percaturan yang saya anggap bahawa ada percaturan-percaturan yang tidak kena, yang ada kaitan dengan soal kepentingan- kepentingan pihak-pihak yang tertentu dalam soal ini.

Jadi, saya lihat bahawa perkara ini perlu diperbetulkan dan sebab saya cukup bimbang apabila keadaan ini tidak selesai, akhirnya CIDB tidak akan ada ketua eksekutif dia, JKR akan terus berada dalam keadaan yang tidak stabil. Saya bimbang kalau berlaku dalam keadaan yang tertentu sekarang ini projek-projek kerajaan khususnya, yang memerlukan kepada diterminatekan ke atas kontraktor ini. Maka, sudah tentu bahawa untuk hendak terminate kontraktor ini mesti dibuat atas nama ketua pengarah. Jadi, ketua pengarah mana yang akan buat yang akan terminate ini? Ikut pihak kerajaan atau pihak menteri dan juga ikut Ketua Setiausaha Negara mengatakan bahawa yang menjalankan tugas-tugas ketua pengarah sekarang ini ialah Dato' Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob.

Akan tetapi kalau Dato' Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob yang mengeluarkan surat untuk terminate satu-satu projek. Kontraktor tersebut tidak bersetuju, dia boleh saman balik.

Dia kata bahawa Dato' Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob tidak sah sebagai ketua pengarah kerana dia dilantik di waktu ketua pengarah yang lama masih wujud. Maka, di sini akan memberikan implikasi kewangan kepada negara dan juga kepada kerajaan. Jadi, sebab itu bagi saya bahawa saya lihat bahawa yang penting kerajaan harus kembalikan dahulu situasi ini. Kembalikan dahulu situasi ini walaupun dalam keadaan masa yang sama CIDB masih kekosongan ketua eksekutif. Ini kerana bagi saya perlu kepada perundingan yang lebih jelas. Kembalikan Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim, kekalkan Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim itu, sebagai terima dahulu beliau dan dialah yang bertanggungjawab terhadap sebagai Ketua Pengarah JKR. Untuk kerajaan memperakui kesilapan dan kesalahan mereka.

Dato' Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob itu boleh diletakkan di mana-mana tempat yang setimpal dengan tawaran yang telah pun diberikan kepada beliau. Lepas itu barulah proses rundingan ini mesti dibuat secara yang terbaik mengikut perundingan-perundingan yang ditentukan melalui syarat-syarat peminjaman yang telah pun dibuat. Akan tetapi bagi saya bahawa saya katakan bahawa kepakaran yang ada pada Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim ini bukan hanya untuk diletakkan kepada satu agensi yang kecil di bawah JKR. Akan tetapi sepatutnya beliau perlu dikekalkan di situ, di JKR sendiri untuk memastikan kepakaran itu dapat dimanfaatkan kepada semua agensi yang ada di bawah JKR termasuk kepada CIDB.

final • 11:30 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, saya lihat bahawa kita perlu kepada ketua pengarah yang punya ketelusan, yang punya integriti yang sangat tinggi. Untuk memastikan bahawa pengurusan kewangan negara kita melalui projek-projek yang diluluskan. Khususnya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh itu benar-benar yang bersifat value for money kepada kerajaan sendiri juga kepada negara dan juga kepada rakyat.

Saya tidak mengatakan Dato' Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob tidak punya integriti.

Dato' Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob juga punya integriti tetapi dia telah dimangsakan oleh kepentingan-kepentingan tertentu di dalam JKR. Juga dalam perkhidmatan awam ini yang menyebabkan penjawat awam itu telah dicatur, diadu dombakan oleh kepentingan- kepentingan ini. Jadi, sebab itu bagi saya bahawa suatu perkara yang sangat penting untuk dilihat oleh pihak kerajaan. Saya akan menyerahkan selepas ini, saya telah buat appointment dengan Pengerusi PAC untuk menyerahkan aduan saya tentang persoalan kedudukan Ketua Pengarah JKR ini. Untuk dibuat satu siasatan oleh PAC kerana dia ada implikasi kewangan. Mana boleh dua orang menerima gaji untuk satu jawatan. Dato' Ir. Hj.

Mohd Noor bin Yaacob menerima gaji dia atas nama Ketua Pengarah JKR, Dato’ Sri Ir. Dr.

Judin Abdul Karim juga menerima gaji atas nama Ketua Pengarah JKR.

Belum pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam dua orang menerima gaji untuk atas satu jawatan iaitu jawatan ketua pengarah. Bermakna bahawa ini dari sudut pengurusan kewangannya perlu dilihat oleh PAC. Untuk membuat siasatan kerana ada unsur-unsur yang tidak sihat yang saya lihat bahawa perlanggaran-perlanggaran yang telah saya sebutkan tadi. Dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan dan juga pekeliling penjawat-penjawat awam. Jadi, sekian terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dengar ucapan dari semalam. Jadi, tolong jawab yang berhubung kait dengan peraturan dan rang undang- undang itu tadi.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 iaitu Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Pokok Sena.

Terlebih dahulu saya ingin memohon izin dari Tuan Yang di-Pertua yang telah pun mengarahkan saya untuk membenarkan saya menjawab isu-isu berkaitan dengan perkara dasar dan menyentuh kepentingan nasional.

Manakala isu-isu spesifik yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seperti isu yang bersifat khusus kepada projek yang dibangkitkan akan saya berikan jawapan secara bertulis. Ini saya janji kepada Yang Berhormat Kepong saya akan beri jawapan bertulis tentang MRR2 ini. Saya belum sedia jawapan itu dan akan diberi tidak lama lagi.

Saya tidak memungkiri janji saya, saya selalu jawab secara bertulis...

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Kuala Krau membangkitkan isu kualiti dalam pembinaan yang tidak memuaskan sama ada pindaan rang undang-undang ini akan membolehkan CIDB memantau dan mengawal kualiti projek-projek pembinaan seluruh negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, cadangan pindaan rang undang-undang CIDB adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kualiti industri pembinaan agar ianya boleh bersaing di pasaran tempatan dan arena antarabangsa.

Antara elemen utama pindaan melibatkan perubahan sistem, proses, dan pembangunan sumber. Menerusi pindaan rang undang-undang tersebut, industri pembinaan akan dapat dikawal selia melalui pendekatan seperti berikut:

(i) pendaftaran dan akreditasi kontraktor;

final • 11:40 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

(ii) pendaftaran dan akreditasi personel binaan yang mahir dan terampil;

(iii) penguatkuasaan dan pematuhan kepada standard;

(iv) penerapan teknologi terkini seperti Sistem Binaan Berindustri

(IBS); dan

(v) meningkatkan penguatkuasaan ke atas industri pembinaan.

Sudah bangun, ya.

final • 11:40 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya setujulah kalau hendak meningkatkan standard, pendaftaran, akreditasi dan semua itu baik. Akan tetapi itulah, yang satu itu tidak dibuat. Kita perlu buat akreditasi untuk ahli CIDB juga. Saya akan sentuh sedikit sebanyak apabila di peringkat Jawatankuasa. CIDB ini bukan untuk developments sahaja itu. Saya tidak sebutkan semua ahli itu baik atau corrupt. Saya tidak sebut semua pegawai JKR itu corrupt. Kebanyakannya itu baik, segelintir. Kalau kita hendak akreditasi, ahli CIDB pun mesti diakreditasikan juga.

Misalnya saya beritahu sebab apa. Saya ada bukti juga, fee ini oleh CIDB yang destructive ini bukan secara development but destructive ini. CIDB itu untuk destruction juga. Apa fi ini dengan bayaran terdahulu, upfront payment untuk kontraktor. Saya bukan kata semua kontraktor jahat, ada kontraktor yang baik. Akan tetapi, CIDB ini dia hendak kenakan fi ke atas kontraktor 0.125 peratus, Tuan Yang di-Pertua. Ini yang kadangkala lebih RM500,000 dan dia tidak kiralah apa sahaja selepas subkontraktor itu Kelas F, kelas G dan apa pun dia tidak kira. Apabila kontraktor dapat tender dia ambil fi. Jadi memang kalau kita hendak pindakan rang undang-undang ini kita mesti pinda ahli CIDB juga. Mesti diakreditasikan juga.

Jadi ini satu kelemahan. Kalau kita pinda semua pun tidak guna juga kalau Ahli- ahli CIDB itu tidak bersih, tidak cekap dan mungkin ada segelintir itu terlibat dengan korupsi? Apa gunanya CIDB? Ia untuk destruction bukan untuk development. Ini saya ada banyak lagilah hendak sebutkan mengenai CIDB ini. Akronim itu tidak tepatlah kalau bagi sesetengah yang corrupt. CIDB ini, apakah ia? Construction Industry Development Board ada juga Construction Industry Distraction Board.

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Huh! Ya, ya, ya. Jadi saya berharaplah Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat mengkaji semula bagaimana kita pinda? Ahli CIDB mesti diakreditasikan juga, baik.

final • 11:40 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Ini akreditasi untuk pegawai dan ini kita ada melalui latihan semuanya. Akan tetapi, kata fi itu memang ada terkandung dalam akta di mana kita memungut levi sebanyak dalam surat ini 0.25 peratus. Akan tetapi, sekarang kita telah pun memberikan remission kurangkan sebanyak 0.125 peratus sahaja. Ini untuk CIDB kita menjalankan banyak latihan. Kita ada enam Akademi Binaan Malaysia dan di mana kita telah pun memberikan latihan kepada dekat ratus ribu orang untuk all kind of trade di latihan ini.

final • 11:40 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bantu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, enam akademi. Mungkin kita ada satu lagi akademi, tujuh akademi. Akademi hanya untuk melatih ahli CIDB, this one. Ini kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri yang pentingnya Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti memperhatikan dan segelintir konsultan dan segelintir pegawai JKR dan sesetengah ahli CIDB dia bersekongkol, berpakat.

Apa yang dipanggilkan tender itu bukan tender juga dan apabila disebutkan open pun tidak wujud. Ia tidak terbuka dan ia memang tersembunyi. Ia tender tersembunyi, dengan itu sesetengah ahli CIDB, konsultan dan pegawai JKR dia bersekongkol dan bersubahat. Apabila dapat tender dia hendak fee walaupun 0.125 peratus ataupun 0.000 peratus pun tidak perlu. Dia hendak fi sahaja. Jadi, ini tidak bolehlah Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Bagaimana kita dapat membangunkan industri pembinaan kalau hal seumpama ini wujud dan rang undang-undang itu tidak ada satu fasa pun untuk menangani masalah ini.

final • 11:40 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya harap Yang Berhormat Kepong boleh bantu saya beritahu di mana yang berlaku seperti yang dikatakan tadi kita akan ambil tindakan. Jujur ini ikhlas. Untuk makluman Dewan yang mulia, cadangan pindaan rang undang-undang CIDB adalah bertujuan tadi saya ada bacakan. Oleh itu, rang undang-undang ini akan meningkatkan keupayaan CIDB untuk memantau dan mengawal kualiti projek-projek pembinaan negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kepong, standard Malaysia adalah diambil kira dan meletakkan benchmark berdasarkan beberapa standard antarabangsa. Standard Malaysia juga diiktiraf dan setaraf piawaian international, antarabangsa. Kita pun pakai ISO dan Euro standard dan British standard untuk bahan-bahan juga.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krau membangkitkan isu data-data pekerja asing serta bagaimana pindaan rang undang-undang ini akan dapat membolehkan CIDB memantau jumlah pekerja asing sektor pembinaan di dalam negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Krau tidak dapat dinafikan bahawa tenaga kerja dalam sektor pembinaan di dalam negara kita ini masih memerlukan pekerja asing. Berdasar statistik dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia seramai 235,010 pekerja asing bekerja dalam sektor pembinaan sehingga akhir tahun 2010.

Melalui pindaan rang undang-undang ini setiap pekerja binaan asing yang sah wajib berdaftar dengan CIDB dan ini membolehkan CIDB memperoleh data yang berkaitan.

Menerusi data yang mencukupi dan komprehensif serta tepat, perancangan keperluan tenaga kerja, latihan yang diperlukan dapat direalisasikan. Pendaftaran juga dapat memberikan pengiktirafan dan menaikkan imej personel pembinaan.

Yang Berhormat Kuala Krau juga minta penjelasan lanjut berhubung dengan syarikat yang ditubuhkan bagi menguruskan kemasukan pekerja asing sektor pembinaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krau, Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) atau CLAB telah ditubuhkan sebagai sebuah organisasi bertaraf syarikat berhad menurut jaminan tanpa keuntungan pada 13 November 2003. Ianya adalah hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing atau JKKPA dalam Bil.1/2003 pada 28 Januari 2003 dan ditubuhkan menerusi inisiatif CIDB.

CLAB merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu menyelesaikan isu bekalan pekerja asing binaan. Ia berperanan membantu memantau, membantu industri pembinaan sebagai pusat setempat agihan pekerja asing binaan bagi kontraktor yang mempunyai pekerja asing yang tidak digunakan setelah projek disiapkan dan seterusnya mengagihkan pekerja asing berkenaan kepada kontraktor yang memerlukan.

Di samping itu, JKKPA juga telah menetapkan supaya setiap kontraktor yang memerlukan pekerja asing binaan kurang daripada 10 orang memohon permohonan tersebut perlu dikemukakan menerusi CLAB. Sehingga 31 Mac 2011, seramai 25,630 orang pekerja asing telah diproses oleh CLAB, di mana sebanyak 17,328 orang merupakan pekerja yang masih aktif.

Berhubung dengan isu aplikasi IBS dalam projek kerajaan dan swasta, serta impak IBS dalam mengurangkan pekerja asing. Berdasarkan kepada maklumat ICU, Jabatan Perdana Menteri sebanyak 331 buah projek kerajaan telah menggunakan kaedah IBS dari Oktober 2008 sehingga Mei 2010 ialah setelah Surat Pekeliling Perbendaharaan, SPP Bil. 7 Tahun 2008 dikeluarkan pada 31 Oktober 2008. Walau bagaimanapun, penggunaan IBS dalam projek swasta masih rendah dan pindaan rang undang-undang ini dilihat amat perlu dilakukan.

Melalui kajian yang telah dilakukan oleh CIDB pada tahun 2010 menunjukkan tenaga buruh asing di tapak bina yang menggunakan IBS dapat dikurangkan sehingga lebih 40 peratus berbanding kaedah pembinaan secara konvensional. Pengurangan ini adalah berdasarkan kepada bidang trade seperti tukang kayu, tukang bengkok besi, pekerja am, tukang konkrit dan tukang lepa.

final • 11:50 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Kuala Krau juga menimbulkan apakah rasional pindaan berkenaan Ketua Pegawai Eksekutif kepada Ketua Eksekutif yang sama ada ianya melibatkan peningkatan gred jawatan yang lebih tinggi...

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua mohon penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon penjelasan apabila akta ini telah diluluskan, adakah sistem IBS ini akan diwajibkan kepada yang dilakukan oleh pihak kerajaan, pembinaan pihak kerajaan dan juga termasuk pembinaan yang dilakukan oleh pihak swasta?

final • 11:50 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Sebenarnya pada waktu ini kita telah pun menjalankan satu proses di mana pembinaan bangunan kerajaan perlu gunakan 70 peratus bahan IBS. Di mana di pihak swasta digalakkan supaya boleh guna kalau mereka gunakan sampai 50 peratus dalam pembinaan mereka akan dikecualikan dari bayaran-bayaran levi. Ini adalah satu galakan supaya ianya kita boleh menggalakkan pembinaan gunakan IBS, di mana kita tahu faedahnya memang baik kerana kita boleh kurangkan masa, kos dan juga kita dapat memberikan satu suasana pembinaan yang selamat.

final • 11:50 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Lipis. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini berkait dengan pekerja asing tadilah, ya pekerja asing dan kita mengharapkan penggunaan IBS ini dapat mengurangkan pekerja asing. Jadi, saya selalu diberitahu bahawa pekerja asing ini mendapat kemahirannya apabila mereka datang bekerja di sini.

Sebelum itu mereka merupakan pekerja yang tidak mahir, tetapi bila datang bekerja dalam industri binaan di Malaysia mereka mendapat kemahiran dan akhirnya mereka menjadi pekerja mahir. Jadi sejauh manakah kebergantungan kita dalam industri binaan ini kepada pekerja asing dan kalau katakan semua pekerja asing ini balik, bagaimana status industri pembinaan kita? Mohon penjelasan.

final • 11:50 AM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, Yang Berhormat apa? Baru pertama kali tengok... [Disampuk] Yang Berhormat Lipis. Yang angka ini, ini memang betul pekerja asing yang datang mereka adalah pekerja buruh yang tidak ada kemahiran. Selepas kerja di sini mereka pun mendapatkan separuh kemahiran dan melalui kita juga CIDB bagi akreditasi dan beri sedikit latihan dan detailnya saya akan bagilah secara bertulis.

Untuk menjawab Yang Berhormat Kuala Krau mengenai Ketua Pegawai Eksekutif kepada Ketua Eksekutif.

Pertukaran istilah adalah untuk menyelaraskan giliran Ketua Eksekutif dalam badan-badan berkanun seperti yang diarahkan melalui Surat Pekeliling Am Pekerjaan, Bil.

3, tahun 1998. Pindaan ini tidak bertujuan untuk meningkatkan jawatan sekarang kepada gred jawatan yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Ledang telah pun membangkitkan di mana kita akan meningkatkan mutu pegawai di CIDB dan kementerian. Kita tahu beberapa tahun yang dahulu, dalam tahun 1990-an, kita masih ada IKRAM yang telah pun diswastakan di mana kita berikan latihan untuk pegawai di Kementerian Kerja Raya. Sekarang kita telah pun memohon supaya kita menubuhkan satu institut latihan untuk pegawai-pegawai, kakitangan di Kementerian Kerja Raya. Ini akan berjalan terus dari sekarang. Sebenarnya telah pun dipohon pada tahun yang lepas.

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetujulah bahawa perlu ada satu institut latihan untuk menggantikan IKRAM yang suatu ketika dahulu di bawah JKR kemudian diswastakan kepada pihak lain sehingga menyebabkan pihak JKR telah kehilangan kepakaran-kepakaran yang sangat baik.

Apa jaminan pula kita tubuh satu institut latihan baru ini dan selepas itu tidak diswastakan pula, tidak akan diambil oleh pihak lain, oleh pihak swasta juga? Jadi takut nanti kita hanya membekalkan kepada pihak swasta kepakaran-kepakaran kita, bukan untuk hendak meningkatkan kepakaran JKR sendiri.

final • 12:00 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, ini yang saya pun tidak dapat anggar apa akan terjadi. Mungkin saya tidak ada di sini lagi. Betul tidak Yang Berhormat Pokok Sena? Senyum masih manis.

Mengenai pendaftaran kontraktor PKK dengan pendaftaran kontraktor di CIDB, ini ada..., dahulu PKK di bawah Kementerian Kerja Raya, selepas ini pun pergi ke kementerian lain dan dua tahun yang lalu kembali kepada Kementerian Kerja Raya. Jabatan ini memang mendaftarkan kontraktor-kontraktor untuk projek-projek kerajaan di mana CIDB mendaftarkan semua kontraktor, bukan sahaja bumiputera. Semua kontraktor.

Mengenai kontraktor Kelas F, kita pun sudah ada usaha supaya bukan mereka duduk di Kelas F sahaja bertahun-tahun tetapi kita bagikan latihan. Mungkin tadi Yang Berhormat Kinabatangan ada kata lebih setiap tahun sekali dan ini terlalu beban kepada pihak kontraktor. Jikalau kontraktor ini aktif, dia memang perlukan latihan dan kita tahu masa ini ada juga PKK masih dibekukan oleh kerana kita hendak menyelaraskan di antara PKK dan pendaftaran kontraktor di CIDB. Ada kes-kes yang seperti yang dibawa oleh pihak Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Kinabatangan mengenai memberi kelonggaran ini. Memang kita boleh tulis kepada Menteri supaya membuat penilaian supaya dapat juga buka sedikit untuk orang yang benar-benar hendak buat kerja kontraktor Kelas ‘E’ dan ‘F’.

final • 12:00 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan. Soal pembekuan PKK ini terutamanya Kelas ‘F’, menjadi masalah utama kepada lepasan Diploma Kejuruteraan Awam. Dahulu Menteri ada cadangan untuk membuka semula khusus kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat pekerjaan di tempat lain, di dalam sektor awam atau bekerja dengan kakitangan kerajaan, dibenarkan membuka atau memohon untuk mendapatkan lesen kontraktor Kelas ‘F’ ini. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat melaksanakan supaya masyarakat pelajar lepasan Diploma Kejuruteraan Awam ini akan ada pekerjaan yang berminat untuk mengadakan atau melakukan kerja-kerja sebagai kontraktor binaan.

final • 12:00 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas cadangan ini. Kita akan sampaikan cadangan ini kepada Menteri untuk tindakan seterusnya. Sebenarnya saya tahu bukan sahaja Kelas ‘F’ untuk pihak ada diploma tetapi boleh juga sampai ke Kelas ‘E’ saya ingat. Ini ada dalam usaha Menteri dan kita akan sampaikan cadangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya ini sahaja yang saya dapat jawab. Mengenai Yang Berhormat Pokok Sena yang saya terima pandangan dan tidak ada jawapan dari saya kerana kita akan meneliti...

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, sekejap. Tidak apalah Yang Berhormat tidak mahu pun jawab tidak apalah, tetapi saya cadang supaya pihak JKR membatalkan hasrat untuk membawa Datuk Judin ke CIDB sebab saya katakan bukan tempat dia di situ. Tempat dia sama ada kekal di JKR ataupun dibawa ke tempat yang lebih penting yang saya lihat khususnya kepada Unit Kerjasama Awam-Swasta

(UKAS) kerana kita memerlukan pegawai yang mempunyai integriti yang tinggi sebab pendekatan kerajaan dalam perolehan awam yang baru ini menggunakan PFI.

Sudah tentu bahawa dalam hal ini kita memerlukan seorang yang mempunyai integriti seperti mana Datuk Judin dan saya kata adalah tidak wajar untuk letak hanya di satu sudut tempat yang kecil sedangkan kebolehan dan kepakaran serta pengalaman dan ketegasan integriti dia itu perlu kepada tempat yang lebih baik. Akan tetapi apa pun, mesti dikembalikan maruah dia di JKR dahulu sebelum diangkat kepada tempat yang lebih baik dengan diberikan Jusa 2 ataupun Jusa 1 dan sebagainya. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Sedikit, sedikit. Serentak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada dasarnya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena seperti yang saya ucapkan tadi. Akan tetapi di satu bahagian itu saya tidak setuju sangatlah. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, ini pandangan daripada saya. Kalau katakan dapat di..., sebab tadi saya berucap bab itu.

final • 12:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Pada saya CIDB juga penting, bukannya CIDB tidak penting sebab kita hendak meletakkan CIDB itu pada tahap sekarang dan akan datang di mana pembangunan, pembinaan berkembang, teknologi berkembang. Kita perlukan daya fikir baru.

final • 12:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kita pun perlukan ilmu yang tinggi lebih-lebih lagi daripada orang yang pandai seperti beliau bergelar Profesor. Jadi kita hendak menegaskan tentang perlunya latihan, perlunya kualiti dan sebagainya. Bahkan bukan sahaja dari sudut pekerja sumber manusia akan tetapi juga bahan-bahan binaan. Saya fikir biarlah ditempatkan di tempat yang betul dan tidak semestinya CIDB itu tidak betul.

Pada saya CIDB itu betul, begitu juga di tempat-tempat yang lain. Apa yang penting tempatnya betul dan saya rasa itu pun tidak salah. Makna tawaran, tawaran itu tidak salah, tidak salah. Apa yang penting seperti saya ucapkan tadi..., yang saya ucapkan tadi ialah penjelasan dalam ucapan saya tadi ialah yang penting penjelasan kepada beliau supaya beliau menerima tawaran tersebut dan mungkin juga di tempat lain. Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yoong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, kita bincang pindaan kepada Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan yang isu-isu yang sangat spesifik yang telah pun ditanya dan dijawab beberapa kali. Cadangan daripada Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Ledang kita akan terima.

Saya juga dengar tadi Yang Berhormat Pokok Sena kata telah hendak jumpa..., kita ada Jawatankuasa di PAC ini. Ini biarlahnya yang berlaku. Saya tidak ada komen yang sebenar untuk isu-isu ini. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa

final • 12:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 33 - Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Kepong.

final • 12:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi, fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 520 untuk mengadakan asas undang-undang bagi penggunaan nama Constructions Industry Development Board Of Malaysia (CIDB). CIDB tidak payah kita ubah. Akan tetapi bagi segelintir ahli CIDB ini patut kita pun masuklah. Constructions Industry Destructions Board Of Malaysia. Fasal 3... [Ketawa] Ini kerana Tuan Pengerusi...

final • 12:13 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:13 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Pengerusi Yang Berhormat Timbalan Menteri apabila saya sebut di sini ‘tikus’ di Kuala Lumpur itu, di sesetengah tempat terutamanya tempat makanan, besar-besar dan bilangan yang banyak. Yang Berhormat tanya saya adakah ini benar? Saya bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, memang ‘tikus’ itu besar dan bilangan itu bertambah banyak sehingga kucing pun takut.

Ini kerana bilangan banyak yang besar, itulah. Akan tetapi di CIDB ini ada ‘tikus’ juga dan besar juga. Besar juga Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan pun tahu. Ada besar juga. Macam mana kita buat? DBKL bagi saya tahu ambil tindakan untuk menghapuskan. Yang Berhormat Timbalan Menteri apa tindakan ini fasal 3.

Fasal 4, saya setuju kerana fasal 4 ini bertujuan untuk meminda seksyen 4, Akta 520 berkenaan dengan fungsi Lembaga yang termasuk antara lain mengawal selia pematuhan standard, mendaftarkan, mengakreditasi dan memperakukan personal binaan dan sebagainya dan (c) mengawal selia pelaksanaan sistem binaan berindustri dalam industri pembinaan. Sistem binaan berindustri memang penting. Cocok dengan zaman semasa.

Bagi saya yang perlu dibuat itu yang (d) nya. Masuk satu (d) itu. Bagi (d) ini adalah untuk mencungkilkan ahli-ahli lembaga yang terlibat dengan rasuah. Mesti kita masukkannya. Di sini fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 15 [Akta 520] untuk menjelaskan bahawa pendapatan lembaga yang sekarang ini hendaklah juga termasuk wang yang dipungut melalui kompaun. Ia hendak dapat kompaun lagi, hendak dapat levi lagi.

Kalau bayaran up front itu, kontrak-kontrak yang susah pun dia kutip juga. Dia hendak masuk kompaun lagi, apa lagi hendak kompaun. Apa yang baiknya kita menjalankan tugas lembaga sahaja, menjalankan tugas yang betul. Hendak kompaun ini, hendak kompaun itu, semua hendak ambil. Apakah tugas dan fungsi CIDB. Hanya mengutip levi, hanya mengutip kompaun.

Jadi ini memanglah saya tidak setuju kalau itu fungsinya. Tuan Pengerusi, saya tidak setuju dengan fungsi yang seperti itu. Itu kutip levi, kutip fee, kutip kompaun. Apa fungsi yang lainnya. Ini memang kita di dalam Dewan ini mestilah kita bertimbang dengan masak-masak bagaimana kita luluskan CIDB sekarang itu dan bagaimana CIDB menjalankan tugas. Sekian, terima kasih.

final • 12:13 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri saya hendak clarify Yang Berhormat Kepong ini.

final • 12:13 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

[Bangun]

final • 12:13 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kepong bertanya pembayaran apabila seseorang kontraktor dapat kontrak daripada kerajaan itu kena caj. Akan tetapi caj ini dikena sebelum kontrak itu dibuat. Bila sudah terima kontrak sahaja bayar dahulu. Ini up front pembayaran ini. Boleh tidak dibayar selepas kontraktor itu perform. Itu yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong ini. Betul juga itu. Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.

final • 12:13 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Saya ingin..., terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada fasal 13 di mana ia memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh menjalankan atau menyiapkan, mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau mengaku dirinya sebagai kontraktor melainkan jika dia berdaftar dengan lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh lembaga di bawah akta ini.

Memandangkan peruntukan ini adalah amat luas dan ia pun akan dipakai untuk itu kontraktor kecil-kecilan mungkin satu atau dua kerja satu bulan – satu tahun. Orang kampung yang hendak membina rumah sendiri dianggap menjalankan pembinaan kerja pembinaan walaupun mereka buat rumah mereka sendiri.

final • 12:18 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Adakah itu fasal ini akan selepas diluluskan di dalam Dewan ini akan – adakah peruntukan ini ada dipakai guna pada golongan itu. Itu yang pertama.

final • 12:18 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Bandar Kuching

Keduanya adalah mengenai fasal yang sama (iii) lembaga boleh bagi maksud pendaftaran kontraktor mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan yang patut. Saya hendak tahu apakah syarat-syarat yang akan dikenakan kerana saya ada sedikit khuatir bahawa di sesetengah bidang umpamanya shipping forwarding adalah syarat-syarat bahawa sebelum lesen diberikan kepada pemohon untuk lesen shipping company, syarat- syarat bahawa syarikat itu perlu ada 51 peratus bumi participation. Samakah syarat-syarat berkenaan akan dikenakan sekiranya kita meluluskan. Kalau syarat sebegitu dikenakan maka semua syarikat pembinaan kontraktor-kontraktor sama ada besar ataupun kecil pun harus ada bumi participation. Oleh itu saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah ada any clue apa yang syarat-syarat yang akan dikenakan, apakah tujuan kerajaan untuk mengenakan syarat untuk pengeluaran untuk menerima pendaftaran kontraktor. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan dengan pindaan seksyen 3 ini, iaitu seksyen 3, Akta Ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia perkataan dan boleh disebut bagi kesemua maksud dengan akronim CIDB.

Jadi saya hendak tanyalah kenapa kita tidak hendak menggunakan bahasa Malaysia, kita akronimkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dengan LPIP, apa masalahnya. Jadi saya pun hairan sebab kalau kita lihat dalam akta, akta itu sendiri tidak menggunakan CIDB.

Akta itu tetap menggunakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dalam bahasa Inggeris pun masih digunakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia tetapi kenapa kita hendak pinda supaya bila sebut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ini selepas itu boleh disebut CIDB. Jadi CIDB itu tidak memberi maksud lembaga - macam UMNO itu tidak mengapa. Memang UMNO itu kalau UMNO, UMNO. Maknanya United Malay National Organization maknanya Orang Putih jadi “UMNO” - “Um” dan “No”... [Ketawa] Barang mahal sudah ini, barang mahal tak nak makan...

final • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak mengapalah Yang Berhormat. Sudah cukuplah...

final • 12:21 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak. Kalau UMNO itu memang betullah dia guna sebab memang dia parti yang ditulis dalam bahasa Inggeris, jadi ringkasannya disebut UMNO. Cuma dia sekarang ini tidak mahu orang belarak padahal dahulu dialah belarak menjelajah seluruh negara menentang Malayan Union. Cuma pada waktu itu British tidak perangai macam UMNO lah. Kalau British perangai macam UMNOlah, UMNO pun tidak ada. Dia char kuey teow di luar sahaja... [Ketawa] Tidak duduk dalam Parlimen... [Ketawa] Jadi saya sangat agak pelik kita masih hendak menggunakan CIDB ini sedangkan akta sendiri tidak menggunakan perkataan bahasa Inggeris yang diterjemahkan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Masih lagi akta dalam bahasa Inggeris itu menggunakan tajuk, topiknya ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Tiba-tiba sekarang kita hendak kata bahawa kita masih menggunakan lembaga tetapi ringkasan kita hendak sebut CIDB. Jadi bagi saya bahawa di mana seolah-olah kita tidak hendak mengangkat martabat bahasa Malaysia sendiri.

final • 12:21 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi saya lihat bahawa pindaan ini tidak ada kemunasabahan dan kewajarannya kerana saya percaya bahawa kita masih boleh menggunakan ringkasannya LPIP. Kalau sudah lama-lama orang sebut LPIP, LPIP tidak ada masalah. Cuma sekarang ini orang sudah sebut CIDB, sudah lama sebut CIDB, CIDB. Akan tetapi kalau kita sebut selepas ini LPIP, LPIP jadi LPIP. Jadi sebab itu saya lihat bahawa tidak kena dari satu sudutnya akta dalam bahasa Inggeris pun masih menyebut iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, tiba-tiba kita sekarang ini hendak sebut bahawa selepas perkataan itu boleh disebut CIDB...

final • 12:21 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Sama dengan PAS tidak betul.

final • 12:21 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi... Apa dia? ‘Pa-alif-sin’ - PAS.

Pasal apa silap?... [Ketawa] ‘Pa-alif-sin’ - PAS [Pasal–UMNO-Silap] - ‘Pa-alif-sin’...

final • 12:21 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tulisan “PAS”...

final • 12:21 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 12:21 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Itu hakikatnya Tuan Pengerusi.

final • 12:21 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Saya tengok Yang Berhormat Pokok Sena ini sekarang...

final • 12:21 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Patut PIS bukannya PAS.

Tidak samalah itu sedarlah sedikit. PAS samalah. Mana ‘I’ itu dengan ‘A’ beza. Jawablah itu.

final • 12:21 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Selepas menang ini apa kurang Islam ini sudah jadi macam DAP cara cakap.

final • 12:21 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Alif, mim, nun, tendang wau sarkas.

final • 12:21 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tak apa, tak apa, tak apa.

final • 12:21 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Samalah. Jangan kata orang tidak betul.

final • 12:21 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tak apa, tak apa, tak apa. Mereka...

final • 12:21 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Alif tendang mim, nun dan wau sarkas.

final • 12:21 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

PAS itu apa? PAS. Kata tidak betul bila kena tidak betul marah. Bila kena ke muka sendiri marah.

final • 12:21 PM

Seorang Ahli

Belajar jawi dahululah.

final • 12:21 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tak apa, tak apa.

final • 12:21 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Tulisan PAS lah.

final • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey. Sudah puas Yang Berhormat.

final • 12:21 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tak, bukan apa Yang Berhormat kawan saya daripada mana, Kuala Krau dia meroyan.

final • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat sudahlah cerita. Yang Berhormat tumpu kepada peraturan Yang Berhormat.

final • 12:21 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, tidak. yang itu bukan apa dia Yang Berhormat Kuala Krau dia meroyan.

final • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Rang undang- undang itu Yang Berhormat.

final • 12:21 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dia meroyan jadi saya pun jadi kacau itu. Hendak kena buat pulut kuning bagi kepada dia supaya dia berubat ambil kelapa dua biji.

final • 12:21 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Pokok Sena dahulu meroyan.

final • 12:21 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa] Jadi saya minta penjelasan bahawa soal ini satu perkara yang paling penting penggunaan dalam akta bahasa Inggeris pun masih disebut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia tiba-tiba kita hendak menggunakan bahawa ringkasan singkatannya CIDB. Jadi satu perkara yang tidak wajarlah bagi saya terima kasih.

final • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Soalan itu sebenarnya 30 second sudah cukup Yang Berhormat... [Ketawa] Akan tetapi hendak berucap panjang lebar itu saya tidak fahamlah. Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 12:21 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:26 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Dia meroyanlah itu Tuan Pengerusi, dia meroyan.

final • 12:26 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Suara Yang Berhormat Kuala Krau ini manjalah... [Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak juga menyebut berkenaan dengan sebahagian yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi bawah takrifan pindaan seksyen 2. Kalau bolehlah kalau ada perkataan lain macam di para dua ini muka surat 6 masih mengekalkan perkataan di ”award”, ada perkataan Bahasa Malaysia “dipilih” atau “dianugerah”, yang rasa lebih sesuai daripada itu.

Kemudian ada juga yang ini pada pandangan saya lebih mengelirukan kalau kita tengok muka surat 12, seksyen 25, fasal 14, ”mengakredit”, rasanya ada perkataan yang lebih sesuai daripada ”mengakredit” ini rasanya. Saya berharap pihak kementerian bolehlah timbangkan gantikan perkataan “mengakredit”. “Mengakredit” ini bunyinya terlalu asinglah.

Sebab kita ada pilihan hendak beri perkataan lain bagi “mengakredit kontraktor”. Saya rasa ada pilihan, saya pasti ada.

Kemudian yang terakhirnya saya hendak sebut berkenaan dengan pindaan seksyen 2 juga iaitu menyebut tentang Sistem Binaan Berindustri atau SBB. Ertinya dia kata teknik pembinaan apa semualah. Akan tetapi perkataan SBB itu ringkasan SBB. Kalau maklumat yang saya, semakan saya banyak syarikat pembinaan yang menggunakan singkatan SBB ini, pembinaan SBB semua banyak lebih daripada sepuluh saya yakin kalau disemak. Saya semak dalam daftar syarikat pun banyak SBB. Tidakkah perkara ini memberikan kelebihan dari segi nama baik atau good will atas syarikat-syarikat yang kebetulan nama dia itu ada berkenaan SBB.

Jadi tidak berapa adillah nampak macam seolah-olah pindaan ini memberikan kelebihan dari segi nama baik, good will secara percuma. Apa kata syarikat yang tidak ada kena-mengena dengan perkataan ini agak nampak macam ada kelebihan secara barang kali tidak sengaja mana-mana syarikat pembinaan yang ada nama dia dikaitkan dengan SBB nampak dia ini ada lebih keistimewaan, kebetulan kita masukkan perkara ini. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 12:26 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 12:26 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut memberikan pandangan di bawah perkara seksyen 31 di mana di sebut di sini dengan jelas tentang kontraktor tertakluk kepada akta ini.

final • 12:29 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Setiap kontraktor sama ada berdaftar di bawah akta ini atau tidak adalah tertakluk kepada akta ini. Saya mendapati bahawa sekiranya kontraktor-kontraktor yang tidak berdaftar dengan CIDB, mudah disebut istilah lama CIDB ini, ia akan menghadapi masalah kerana saya difahamkan bahawa CIDB mempunyai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan tentang sesuatu pembinaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Akan tetapi sekiranya kontraktor-kontraktor ini yang mungkin mempunyai kepakaran-kepakaran dalam pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu. Kadang-kadang seni bina yang melibatkan mungkin soal heritage, soal pengkhususan dalam... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Heritage, dengan izin...

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

Warisan.

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Warisan, kadang-kadang apabila melibatkan soal spesifikasi di dalam bidang-bidang tertentu yang mungkin tidak ada di dalam senarai pembinaan yang termaktub di dalam CIDB. Jadi, kadang-kadang kontraktor-kontraktor yang memerlukan, jadi ia juga akan tertakluk di bawah akta ini. Ini beberapa persoalan yang ingin saya bangkitkan supaya perkara ini diteliti kerana begitu juga kadang-kadang bagi saya yang terlibat lebih banyak di dalam bidang pertanian. Mungkin pembinaan sesebuah jambatan ataupun jeti, yang mungkin bangunan itu saya bersetuju bangunan itu mungkin kepakaran dalam CIDB tetapi pembinaan-pembinaan khusus, projek-projek khusus untuk manfaat para nelayan dan sebagainya.

Kadang-kadang kontraktor-kontraktor itu tidak berdaftar dengan CIDB tetapi oleh sebab akta ini memerlukan, mendesak, meminta supaya semua kontraktor-kontraktor yang juga tidak berdaftar dengan CIDB juga tertakluk kepada akta ini dan ini memberikan ketidakadilan kepada pihak kontraktor terbabit. Oleh sebab itu, saya meminta penjelasan kementerian, adakah boleh diberikan kelonggaran kepada kontraktor yang tidak mempunyai atau tidak berdaftar dengan CIDB, boleh dikecualikan daripada akta ini?

Keduanya, berkaitan dengan soal latihan yang disebut di dalam latihan di bawah institut latihan pada 33B. Saya difahamkan CIDB pernah menswastakan unit latihan ini dengan melantik agensi-agensi di luar daripada CIDB dengan mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh CIDB. Itu tidak menjadi masalah tetapi sejauh manakah pihak CIDB memantau tentang kurikulum ataupun tentang pelaksanaan latihan yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat tersebut? Adakah mematuhi ataupun syarikat tersebut hanya sekadar untuk business dalam bidang latihan untuk mendapatkan keuntungan?

Kadang-kadang saya rasa syarat wajib untuk berdaftar dengan CIDB mesti mengikuti latihan. Latihan itu telah dibuat oleh syarikat swasta dan syarikat swasta ini mengambil peserta seramai mungkin kerana ini dalam bidang perniagaan dan memberikan kelulusan dengan begitu mudah, sekadar mengajar, memberikan penilaian dalam peperiksaan dan mereka hanya mendapat sijil yang begitu mudah diperoleh oleh syarikat swasta yang mengajar latihan ini kerana tidak dipantau oleh bahagian latihan dalam CIDB.

Akhirnya kontraktor yang mendapat sijil daripada bahagian latihan ini dengan beberapa kelulusan, hanya sekadar mengetahui bagaimana untuk membaca pelan, kontraktor-kontraktor ini akhirnya boleh berdaftar dengan CIDB, boleh ditunjuk kelulusan mereka pada ketika temu duga dan sebagainya. Akhirnya inilah yang menjadi masalah kerana kualiti dan mutu yang dilaksanakan ketika melaksanakan sesuatu projek itu tidak menepati seperti mana yang dikehendaki oleh CIDB. Jadi, saya mohon dua penjelasan daripada pihak kementerian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya sila Yang Berhormat Kota Raja.

final • 12:30 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada 34B. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, adakah dengan adanya rang undang-undang ini, akta ini maka semua kontraktor termasuk kontraktor-kontraktor kecil-kecilan yang bekerja dengan izin kampung dan sebagainya.

Mereka ini mempunyai kebolehan dan kemampuan tetapi memang selama ini tidak pernah mengambil kontrak-kontrak yang diberi oleh kerajaan tetapi mereka bekerja sebagai subkontraktor kepada kontraktor dan mereka juga menjalankan kerja-kerja sebagai pengubahsuaian dan sebagainya tetapi yang bukan projek kerajaan.

Saya memahami bahawa kalau projek-projek itu melibatkan projek-projek awam maka tentulah menjadi kepentingan awam, mereka ini perlu berdaftar dan mempunyai kelayakan. Akan tetapi kontraktor kecil-kecilan ini yang pendaftarannya sahaja akan membebankan mereka kerana ini adalah punca mata pencarian mereka. Terima kasih.

final • 12:35 PM

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:35 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

[Bangun]

final • 12:35 PM

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada seorang lagi Yang Berhormat.

final • 12:35 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mahu merujuk Perkara 34D berkenaan dengan keselamatan.

Jika sekiranya mana-mana kontraktor pembinaan itu tidak mengikut peraturan dan akhirnya suatu pelanggaran dan juga kemalangan ditapak pembinaan itu berlaku. Jadi, di manakah kedudukan CIDB di sini oleh sebab isu yang sama juga akan diambil alih oleh satu lagi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang juga akan bertanggungjawab di dalam membuat laporan jika sekiranya mana-mana kontraktor tidak mengikut ketetapan dan akhirnya menjadi pelanggaran dan kemalangan ditapak binaan.

Di sini, di manakah kedudukan CIDB membuat laporan supaya tindakan yang tertentu dan wajar akan diambil kepada kontraktor yang melanggar peraturan dan akhirnya menyebabkan bencana kepada pekerja dan juga kepada orang awam. Jadi, saya minta penjelasan kalau sekiranya ada pertindihan jawatan ataupun urusan yang dibuat oleh kedua-dua jabatan tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 12:36 PM

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:36 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh di dalam perbincangan fasal-fasal dalam rang undang-undang ini. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Pokok Sena, akronim CIDB yang diguna kerana CIDB telah terkenal dan juga CIDB terlibat dalam pembinaan di peringkat antarabangsa. Saya fikir ini adalah cara yang senang diwujudkan CIDB kerana di mana-mana negara, mereka juga menggunakan building industry dan ini juga adalah satu sebab CIDB masih kekal. Kita ambil perhatian Yang Berhormat kerana saya pun tidak tahu segala-galanya, bagaimana ia mesti disimpan – CIDB.

Yang Berhormat Bandar Kuching, baru masuk hari ini selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah timbul soalan, tentang pembinaan yang kecil-kecilan seperti low cost sourcing, medium cost sourcing, kita tidak levi.

final • 12:37 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Syarat-syarat untuk pendaftaran kontraktor..., memang semua pendaftaran kita memerlukan mesti ada guideline dan panduan supaya ia dapat didaftarkan dengan mengikut beberapa kelas dan kelengkapan company tersebut.

Yang Berhormat Kuala Kedah, juga menimbulkan soalan yang serupa di mana nama yang digunakan,

final • 12:37 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Saya akan ambil perhatian hal ini sebab kita tidak dapat tukar sekarang perkara ini dan juga Yang Berhormat Bukit Gantang mengenai tindakan yang kita dalam akta ini telah pun ada wujudkan. CIDB menjadi bukan sahaja penggalak untuk industri ini, ia juga menjadikan satu regulatory body boleh mengambil tindakan undang-undang.

Yang Berhormat Kota Raja mengenai kontraktor kecil-kecil di kampung-kampung.

Tujuan kita untuk mendaftar mereka adalah memberikan latihan. Kalau mereka dapat mendaftar dan mendapatkan latihan, ini untuk manfaat kepada kontraktor yang kecil-kecil di kampung-kampung ini, Kelas ‘F’ ini.

final • 12:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini melibatkan apabila pendaftaran melibatkan kewangan dan biasanya mereka ini bukanlah kerjanya besar benar. Akan tetapi, mereka diperlukan untuk kerja-kerja kontraktor inilah. Jadi, adakah ada pertimbangan tentang pendaftaran dan sebagainya?

final • 12:40 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Yang Berhormat Kota Raja, memang ada pertimbangan. Ini kerana kita pun dalam akta ini tambahan kita ada yang berlaku janji yang boleh juga masuk kerja-kerja di mana kontraktor ini walaupun tidak didaftar, mereka pun boleh masuk sebagai pengaku janji dalam menjalankan projek itu.

Ada satu lagi saya lupa mengenai..., apa lagi yang ditimbulkan?...

final • 12:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Tuan Pengerusi, kita membahaskan rang undang-undang yang cukup penting untuk pembinaan negara. Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat, kita rasa tidak berpuas hati dengan jawapan daripada pihak kementerian. Tuan Pengerusi sendiri pun faham tetapi sepatutnya Yang Berhormat menteri datang untuk memberikan jawapan yang cukup memuaskan. Banyak persoalan yang ditimbulkan daripada Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Pokok Sena, daripada rakan-rakan daripada Barisan Nasional juga. Akan tetapi Yang Berhormat menteri tidak boleh memberikan jaminan jawapan daripada pihak kementerian terhadap rang undang-undang ini yang ditanya. Tidak serius. Minta maaf. Kita memberikan teguran. Jadi, saya rasa pegawai-pegawai di belakang juga merasakan begitu tetapi apakan daya, itu yang ada.

Jadi, Yang Berhormat menteri, saya bertanya tadi soal kelayakan kontraktor, begitu juga di dalam bidang latihan yang memerlukan pihak luar melatih sedangkan mereka ini tidak mempunyai kepakaran yang dikehendaki oleh CIDB. Akan tetapi kontraktor ini akhirnya boleh mendaftar, boleh menjadi kontraktor kerana mendapat tauliah. Mereka membawa sijil mereka sudah berdaftar dengan CIDB untuk mendapat kontrak-kontrak tertentu. Mereka jual nama CIDB sedangkan latihan tidak cukup kerana tiada pemantauan daripada pihak CIDB terhadap syarikat-syarikat yang mengendalikan latihan ini, dibiarkan kepada syarikat-syarikat latihan itu mengurus. Mereka hanya mengendalikan latihan untuk mendapatkan keuntungan, bukan untuk memenuhi kehendak yang telah ditetapkan oleh CIDB. Itu persoalan yang ingin saya bangkitkan. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Pengerusi, sememangnya isu pusat latihan yang dilantik oleh pihak CIDB, kita ada enam akademi pembinaan Malaysia dan kita ada puluhan pusat latihan yang telah pun disahkan. Mereka boleh jalankan latihan dengan pemantauan dari pihak pegawai-pegawai CIDB. Memang ada pemantauan.

Saya harap kalau yang betul-betul yang latihan yang diberi di pusat latihan kecuali di IBM, ada hanya masalah kelemahan. Saya harap juga dapat dilaporkan kepada kita supaya pegawai boleh pergi siasat. Kita dengar sahaja di sini, mereka yang telah pun dapatkan sijil, tauliah dari pusat-pusat latihan yang dilantik oleh CIDB, semua pelosok negara kita, ada puluhan pusat. Kita harap juga ia memuaskan kerana dalam enam akademi ini tidak mampu untuk di bahagian lain, di luar pusat dan latihan kita yang ada.

final • 12:40 PM

Dato’ Yong Khoon Seng

Mungkin kita perlu juga mengadakan pusat latihan yang telah pun disoalkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah habis? Baiklah.

Fasal-fasal 1 hingga 33 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 12:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 iaitu suatu akta untuk menubuhkan Majlis Perundingan Gaji Negara dengan tanggungjawab untuk menjalankan kajian tentang semua perkara yang berkenaan dengan gaji minimum dan untuk membuat syor kepada kerajaan seupaya membuat perintah gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 12:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Silakan.

final • 12:48 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 melalui empat tunggak utama transformasi iaitu Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Dalam usaha mencapai matlamat menjadi sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi dalam tempoh sembilan tahun dari sekarang, nasib golongan pekerja berpendapatan rendah ataupun golongan yang dianggap sebagai working poor, dengan izin, di negara ini perlu mendapat pembelaan sewajarnya selaras dengan prinsip keterangkuman dalam Gagasan 1Malaysia, ’Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

final • 12:48 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini penetapan gaji bagi pekerja-pekerja sektor swasta di Malaysia, ditentukan melalui tiga kaedah iaitu:

(i) kuasa-kuasa pasaran berdasarkan penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh;

(ii) melalui perjanjian kolektif ataupun collective agreement hasil rundingan antara kesatuan sekerja dengan pihak majikan; dan

(iii) melalui Majlis Penetapan Gaji di bawah Akta Majlis Penetapan Gaji 1947.

Daripada ketiga-tiga kaedah tersebut, hanya gaji yang ditetapkan melalui Majlis Penetapan Gaji merupakan gaji minimum. Namun begitu, penetapan gaji minimum adalah terhad pada subsektor tertentu bagi kumpulan pekerja yang mudah terjejas atau vulnerable groups seperti pembantu kedai, pekerja di pelabuhan, pekerja hotel, penyediaan makanan dan pengawal keselamatan.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Gaji yang ditentukan melalui kuasa pasaran didapati tidak berkesan kerana berdasarkan kajian oleh Bank Dunia sejak sepuluh tahun yang lepas, kadar gaji di Malaysia hanya meningkat secara purata sebanyak 2.6 peratus setahun. Kajian Guna Tenaga Kebangsaan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2009, melibatkan sampel sebanyak 24,000 orang majikan dan 1.3 juta pekerja mendapati 33.8 peratus pekerja adalah bergaji di bawah RM700 sebulan. Ini menunjukkan bahawa terdapat herotan dalam pasaran buruh yang mana kadar gaji yang ditentukan oleh kuasa pasaran telah mengekang peningkatan kadar gaji sedangkan kos sara hidup meningkat berlipat kali ganda.

Gaji yang dirundingkan bersama antara majikan dan pekerja dalam perjanjian kolektif atau collective agreement hanya meliputi kira-kira 7 peratus daripada keseluruhan guna tenaga iaitu pekerja yang menyertai kesatuan pekerja sahaja. Bagi menangani isu ini, kerajaan perlulah mengambil langkah intervensi untuk melaksanakan Dasar Gaji Minimum di peringkat nasional. Langkah intervensi ini adalah berasaskan fakta dan perangkaan yang tepat, relevan, menyeluruh dan bersandarkan kajian penyelidikan yang komprehensif dan bukannya disebabkan oleh desakan mana-mana pihak.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, gaji minimum ditakrifkan sebagai gaji paling rendah yang patut dibayar kepada pekerja untuk kerja atau perkhidmatan yang dilakukan dalam tempoh tertentu sama ada dikira berdasarkan masa atau output yang tidak boleh dikurangkan oleh individu atau menerusi perjanjian bersama, dijamin oleh undang-undang dan ditetapkan bertujuan untuk menampung keperluan minimum kehidupan pekerja dan keluarganya berasaskan keadaan sosioekonomi sesebuah negara. Definisi gaji minimum itu sendiri menunjukkan bahawa pelaksanaan Dasar Gaji Minimum memerlukan suatu undang-undang yang khusus.

Atas keperluan dan kepentingan tersebut, suatu rang undang-undang yang dinamakan Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 telah digubal bagi melaksanakan gaji minimum di peringkat nasional. Rang undang-undang ini telah digubal dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak iaitu pihak pekerja, pihak majikan, agensi-agensi kerajaan, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan, orang awam dan pengalaman serta kepakaran antarabangsa iaitu pihak Bank Dunia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Melalui mesyuarat-mesyuarat kumpulan fokus, bengkel- bengkel, makmal dan hari terbuka malahan melalui saluran internet iaitu blog gaji minimum di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk menubuhkan sebuah Majlis yang dinamakan Majlis Perundingan Gaji Negara yang berfungsi sebagai satu badan bebas bagi mengkaji dan sebagai satu badan yang menetapkan gaji minimum berteraskan prinsip tripartisme antara pihak kerajaan, pihak pekerja dan pihak majikan. Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada pakar-pakar ekonomi, statistik dan sosial berteraskan gabungan prinsip tripartisme dan profesionalisme tersebut, ia akan menjamin kaedah penetapan gaji minimum dilaksanakan dengan lebih adil dan telus. Berteraskan gabungan prinsip tripartisme dan profesionalisme juga ia sebenarnya membentuk satu perundingan kolektif di peringkat nasional atau National Collective Bargaining, dengan izin, yang akan menjadi asas pada perundingan kolektif di peringkat kesatuan sekerja atau pihak majikan kelak.

Ini bermakna Majlis akan menetapkan satu gaji minimum yang asas based line yang mana pihak kesatuan sekerja dan majikan boleh mengkreditkan gaji yang lebih tinggi daripada gaji asas berdasarkan tahap produktiviti, daya saing, kemampuan syarikat dan sebagainya. Perundingan kolektif di antara kesatuan sekerja dan pihak majikan akan menjadi perkara pokok yang lebih penting daripada gaji minimum bagi membolehkan pekerja mendapatkan gaji yang jauh lebih tinggi daripada gaji minimum sesuai dengan tahap produktiviti mereka berbanding dengan gaji minimum iaitu gaji lantai yang diwartakan kerajaan. Dalam erti kata lain, gaji minimum akan berjalan seiringan dengan perjanjian kolektif iaitu go in hand-in-hand with the collective bargain.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan gaji minimum bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan kuasa beli bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup dan seterusnya menangani isu kemiskinan dalam kalangan pekerja iaitu the working poor.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Gaji minimum juga bertujuan mengelakkan eksploitasi majikan ke atas pekerja dalam keadaan majikan mudah mendapat bekalan pekerja asing yang sanggup menerima gaji yang rendah. Selain itu, ia bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja tempatan dan bagi menggalakkan majikan meningkatkan rantaian nilai melalui pelaburan dalam teknologi tinggi dan peningkatan produktiviti pekerja. Dengan itu, secara tidak langsung, dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Di kebanyakan negara yang telah melaksanakan gaji minimum, menunjukkan bahawa pelaksanaan gaji minimum lebih banyak membawa kesan positif ke atas pembangunan sosioekonomi mereka. Walau bagaimanapun, jika gaji minimum ditetapkan pada kadar yang terlalu tinggi, secara teorinya ia boleh menyebabkan peningkatan kos menjalankan perniagaan kepada majikan yang boleh mendorong majikan mengurangkan jumlah pekerja dan seterusnya akan meningkatkan kadar pengangguran. Perusahaan kecil- kecilan terutamanya di luar bandar, selalunya beroperasi dengan margin keuntungan yang sangat kecil dan kerap kali menghadapi masalah di masa-masa kelembapan ekonomi.

Andaikan gaji minimum ditetapkan pada kadar yang terlalu tinggi, ia tentunya di luar kemampuan perusahaan kecil untuk terus beroperasi dan ini boleh menjejaskan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Pelaksanaan gaji minimum secara teorinya mungkin memberikan kesan ke atas peningkatan kadar inflasi di dalam tempoh jangka pendek. Walau bagaimanapun, kadar inflasi dipengaruhi oleh pelbagai faktor ekonomi seperti permintaan dan penawaran kos tenaga, kos bahan-bahan mentah, teknologi dan sebagainya dan bukannya disebabkan oleh faktor peningkatan gaji sahaja semata-mata. Penetapan gaji minimum yang munasabah sewajarnya dapat meningkatkan kapasiti dalam menjana peluang pekerjaan.

Namun, pelaksanaan gaji minimum ini mungkin boleh memberikan kesan terhadap peluang pekerjaan kepada golongan yang mudah terjejas iaitu vulnerable groups seperti orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.

Dalam hal ini, Majlis akan diminta untuk mencari kaedah terbaik supaya kumpulan ini diberikan perlindungan agar peluang pekerjaan mereka tidak terjejas. Sementara itu, Majlis juga akan diminta mengkaji sistem gaji bagi sektor tertentu seperti perhotelan, pertanian, pengangkutan dan sebagainya yang mempunyai elemen gaji boleh ubah seperti caj perkhidmatan, piece rated, komisen dan pelaksanaan gaji minimum mungkin adalah berkesan kepada Sistem Upah Berdasarkan Pada Produktiviti (PLWS). Bagi menangani kemungkinan implikasi-implikasi itu, Kementerian Sumber Manusia telah menggunakan kepakaran daripada Bank Dunia untuk menjalankan kajian yang komprehensif. Selain itu, pemantauan yang berterusan dan konsisten akan dijalankan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara dengan bantuan daripada Jawatankuasa Teknikal melalui pengumpulan dan penganalisisan data tentang gaji dan indicator sosioekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi enam bahagian dan 61 fasal seperti berikut. Bahagian I yang mengandungi fasal 1 dan fasal 2 yang memaklumkan nama akta ini, penetapan tarikh kuat kuasa, pemakaiannya dan tafsiran istilah-istilah yang digunakan. Dalam fasal 2, rang undang-undang ini, gaji minimum ertinya gaji pokok yang diwartakan daripada perintah gaji minimum. Rasional gaji pokok dipilih sebagai gaji minimum adalah bagi mengelakkan pelaksanaan gaji minimum ini dimanipulasikan kaedah pembayarannya kepada pekerja.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Selain itu... Sambung pukul 2.30 petang.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri akan menyambung pembentangan pada jam 2.30 petang nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan sesi pagi ditangguhkan dan kita akan bersidang semula jam 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.**

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:50 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung.

final • 12:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12) sebab saya...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat tidak teruskan perkara itu.

final • 12:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tidak, tidak. Bukan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tahu itu adalah keputusan yang telah saya sampaikan secara bertulis kepada Yang Berhormat dan Yang Berhormat tidak ada kapasiti untuk merujuk dan merayu balik keputusan yang telah saya buat. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ini kerana hari ini ialah hari yang penghabisan tetapi tidak dapat jawapan lagi.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Biar saya meneruskan bacaan kali yang kedua Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Dalam fasal 2 rang undang-undang ini, gaji minimum ertinya gaji pokok yang diwartakan dalam perintah gaji minimum. Rasional gaji pokok dipilih sebagai gaji minimum adalah bagi mengelakkan pelaksanaan gaji minimum ini dimanipulasikan kaedah pembayarannya kepada pekerja. Selain itu, secara umumnya pembayaran elaun atau pemberian faedah pengajian oleh majikan adalah berdasarkan kepada gaji pokok seseorang pekerja. Oleh itu sebarang pemberian elaun seperti elaun lebih masa yang diasaskan kepada gaji pokok akan dapat meningkatkan pendapatan keseluruhan seseorang pekerja. Gaji pokok juga akan dapat memastikan seseorang pekerja dapat menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau PERKESO yang lebih tinggi dan ini akan dapat menjamin masa depan masa hadapan pekerja dan keluarganya. Dengan kata lain, gaji minimum juga bertujuan meningkatkan perlindungan sosial kepada pekerja bukan sahaja semasa mereka bekerja tetapi juga untuk hari tua.

Bahagian II yang mengandungi fasal 3 hingga fasal 20 memperincikan perkara- perkara yang berkaitan dengan penubuhan Majlis Perundingan Gaji Negara termasuk keahlian, kuasa dan fungsi majlis, jawatankuasa yang boleh ditubuhkan, urus setia tetap dan penyediaan dana kepada majlis.

Fasal 4 rang undang-undang memperuntukkan fungsi majlis seperti berikut:

(i) untuk menasihati kerajaan tentang semua perkara yang berhubungan dengan gaji minimum termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa;

(ii) untuk membuat syor kepada kerajaan tentang kadar dan liputan gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah dan perkara-perkara lain yang berhubungan dengan gaji minimum dan gaji;

(iii) untuk membuat rundingan dengan orang awam tentang kadar dan liputan gaji minimum;

final • 2:33 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

(iv) mengumpul dan menganalisis data dan maklumat dan menjalankan kajian tentang gaji dan petunjuk sosioekonomi;

(v) menyelaraskan dan menyelia dan menilai impak pelaksanaan gaji minimum;

(vi) mengkaji semula perintah gaji minimum;

(vii) menimbang teliti tentang semua perkara yang berhubungan dengan gaji minimum;

(viii) menyebarkan maklumat dan analisis tentang gaji; dan

(ix) menjalankan apa-apa fungsi lain yang difikirkan patut untuk membolehkan melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Selaras dengan fungsi majlis sebagai satu badan yang memberi nasihat dan syor kepada kerajaan dalam hal berkaitan upah, gaji dan penetapan gaji minimum serta bagi memastikan kepentingan semua pihak terjamin, keanggotaan majlis sebagaimana dalam fasal 5 adalah seperti berikut:

(i) seorang pengerusi;

(ii) seorang timbalan pengerusi;

(iii) seorang setiausaha yang merupakan penjawat awam;

(iv) sekurang-kurangnya lima orang wakil dari kalangan penjawat awam;

(v) sekurang-kurangnya lima orang mewakili pihak pekerja;

(vi) sekurang-kurangnya lima orang mewakili pihak majikan; dan

(vii) sekurang-kurangnya lima orang wakil yang lain.

Pengerusi, timbalan pengerusi dan wakil-wakil lain adalah bukan dari kalangan penjawat awam, pihak majikan atau pihak pekerja dan mereka hendaklah mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam hal ehwal perburuhan dan perhubungan perusahaan. Majlis mempunyai kuasa menjalankan fungsi-fungsi dan tanggungjawab secara self regulatory dalam lingkungan semangat keharmonian perhubungan perusahaan. Selain pihak pekerja, pihak majikan dan pihak kerajaan yang berasaskan prinsip tripartisme, keanggotaan majlis ini turut terdiri daripada individu-individu berkecuali yang berkemahiran atau berpengalaman luas.

Selain itu, ahli majlis ini akan dilantik supaya dapat mewakili wilayah iaitu dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Langkah ini adalah bagi memastikan proses yang telus, terbuka dan menyeluruh digunakan oleh majlis sebelum sesuatu syor dimuktamadkan dan dikemukakan kepada kerajaan untuk kelulusan. Majlis ini juga boleh menubuhkan jawatankuasa bagi membantu majlis menjalankan fungsinya. Salah satu jawatankuasa ialah jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada wakil-wakil yang pakar dalam bidang ekonomi, statistik dan sosial yang berperanan memberi maklumat teknikal kepada majlis secara bebas dan profesional.

Perkara-perkara yang akan dikaji oleh jawatankuasa teknikal termasuklah impak pelaksanaan gaji minimum seperti impak terhadap pasaran buruh iaitu kadar pengangguran, tahap gaji iaitu level of wages, inflasi, consumer price index, cost of living, produktiviti (value added for worker), pertumbuhan ekonomi iaitu GDP, pendapatan garis kemiskinan atau poverty line income dan isu-isu sosioekonomi yang lain.

Bahagian III yang mengandungi fasal 21 hingga fasal 25 memperincikan kuasa majlis membuat konsultasi dengan orang awam berhubung cadangan gaji minimum, kuasa majlis membuat perakuan kepada kerajaan, perintah gaji minimum dan kuasa majlis dan kerajaan dalam mengkaji semula gaji minimum.

final • 2:33 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Kajian semula atau review perintah gaji minimum sekurang-kurangya sekali dalam setiap dua tahun adalah untuk memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan gaji minimum ke atas pembangunan sosial dan ekonomi negara serta mengkaji keperluan sama ada kadar dan liputan gaji minimum perlu diselaraskan.

Bahagian ini juga memperincikan proses yang perlu dilalui sebelum sesuatu syor gaji minimum diwartakan dan kesan undang-undang apabila suatu perintah gaji minimum dikuatkuasakan melalui warta. Syor oleh pihak majlis akan diputuskan oleh kerajaan sama ada syor berkenaan diterima atau kerajaan boleh meminta majlis mengkaji semula dan mengemukakan syor yang baru dalam tempoh yang ditentukan oleh kerajaan. Sekiranya kerajaan masih tidak bersetuju dengan syor yang baru, kerajaan boleh menentukan kadar gaji minimum dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

final • 2:33 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Walau bagaimanapun, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menentukan gaji minimum secara sendiri. Syor gaji minimum yang dibuat oleh Majlis kepada kerajaan boleh mengikut sektor, jenis pekerjaan dan wilayah. Sekiranya Majlis membuat syor hanya satu gaji minimum terpakai untuk semua sektor, semua jenis pekerjaan dan semua wilayah, ini bermakna gaji minimum yang ditetapkan itu adalah gaji minimum kebangsaan. Majlis juga akan membuat syor bagi mengecualikan mana-mana sektor atau golongan pekerja yang tidak sesuai diliputi di bawah perintah gaji minimum. Selain itu, Majlis juga boleh membuat syor tentang tarikh penguatkuasaan perintah gaji minimum.

Implikasi pelaksanaan gaji minimum terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara dijangkakan sangat meluas dan kompleks. Walaupun Majlis diberi tanggungjawab menentukan gaji minimum berlandaskan prinsip tripartisme dan bersifat profesional, namun kerajaan perlu mempunyai peranan dalam menentukan kadar dan liputan gaji minimum setelah menimbang syor daripada Majlis. Dalam hal ini, peranan kerajaan adalah penting kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab terhadap hal ehwal ekonomi dan pembangunan sosial negara secara menyeluruh. Lebih-lebih lagi, pelaksanaan gaji minimum di peringkat nasional merupakan perkara yang baru untuk negara kita.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lebih daripada 70 peratus dari negara di dunia ini yang melaksanakan gaji minimum memberi peranan kepada kerajaan sama ada kepada Kabinet, Kongres atau Parlimen dalam menentukan gaji minimum. Umpamanya negara Perancis, gaji minimum ditentukan oleh Majlis Menteri dan di United Kingdom oleh Parlimen setelah mendapat syor daripada badan penasihat, dan di Amerika Syarikat oleh Kongres tanpa obligasi untuk berunding dengan rakan sosial.

Bahagian IV yang mengandungi fasal 26 hingga 42 memperincikan tentang kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai Jabatan Tenaga Kerja. Di bawah bahagian ini, kuasa penyiasatan, penggeledahan, penyitaan, pemeriksaan dokumen diperuntukkan kepada pegawai penyiasat yang dihuraikan secara terperinci dalam 17 fasal bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum dapat dikuatkuasakan dengan teratur, telus dan lancar.

Bahagian V yang mengandungi fasal 43 hingga 47 memberi tumpuan kepada aspek kesalahan dan penalti. Semua bentuk penalti yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini yang disebabkan oleh ketidakpatuhan majikan adalah bertujuan untuk melindungi pekerja daripada sebarang ketidakadilan dan eksploitasi serta membolehkan pekerja mendapatkan hak-hak di bawah undang-undang.

Selain penalti RM10,000 maksimum bagi setiap kesalahan, majikan dikehendaki membayar apa-apa perbezaan gaji pokok kepada pekerja yang dapat dibayar di bawah paras gaji minimum serta bayaran-bayaran lain yang berkaitan. Selain itu, rang undang- undang ini turut menekankan penalti yang bersifat deterrent, dengan izin, dalam hal kesalahan berterusan dan berulang. Bagi kesalahan berterusan, penalti yang dicadangkan ialah denda tidak melebihi RM1,000 sehari bagi setiap kesalahan. Sementara bagi kesalahan berulang, penalti yang dicadangkan ialah denda RM20,000 maksimum atau penjara tidak melebih lima tahun bagi setiap kesalahan.

final • 2:40 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Bahagian VI merupakan fasal-fasal am yang mengandungi fasal 48 hingga 61 memperincikan tanggungjawab majikan, badan korporat, perlindungan kepada pegawai awam, perlindungan kepada pemberi maklumat, kuasa penawaran kompaun bagi kesalahan pendakwaan, kuasa menteri dalam membuat peraturan dan rujukan.

Bahagian ini juga memperincikan pemansuhan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 atau Akta 195 dan digantikan dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Ini kerana penetapan gaji minimum melalui Akta 195 mengambil masa yang lama dan melalui proses yang rumit. Akta tersebut juga tidak menyeluruh kerana pendekatannya adalah mengikut jenis pekerjaan dan subsektor tertentu sahaja. Dengan pemansuhan Akta 195, apa-apa rujukan terhadapnya dalam mana-mana undang-undang bertulis selepas pemansuhan Akta 195 adalah merujuk kepada Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai kesimpulan, Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara adalah suatu perundangan yang sangat penting sebagai platform utama bagi kerajaan, pihak pekerja dan pihak majikan berbincang secara konstruktif dalam semangat tripartisme berkenaan gaji termasuk penetapan gaji minimum bagi memastikan pekerja menerima gaji yang berpatutan, mengelakkan eksploitasi majikan, meningkatkan kuasa beli pengguna, menggalakkan pelaburan dalam teknologi tinggi, meningkatkan produktiviti pekerja dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Kadar gaji minimum hendaklah berpatutan yang tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi. Sekiranya kadar gaji minimum terlalu tinggi, ia boleh membebankan majikan dan seterusnya menjejaskan perniagaan mereka atau terpaksa gulung tikar yang mana akhirnya akan merugikan pihak pekerja sendiri. Sekiranya gaji minimum terlalu rendah, ia tidak mencapai objektif pelaksanaan gaji minimum.

Sehubungan itu, gaji minimum perlu ditetapkan pada kadar yang munasabah dan berpatutan kepada semua pihak. Melalui pelaksanaan dasar gaji minimum secara teratur, telus dan tulus, kerajaan berkeyakinan penuh bahawa nasib rakyat berpendapatan rendah akan terus terbela dan terangkum dalam satu bahtera kecemerlangan 1Malaysia menuju Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Majlis Perundingan Gaji Negara dengan tanggungjawab untuk menjalankan kajian tentang semua perkara yang berkenaan dengan gaji minimum dan untuk membuat syor kepada kerajaan supaya membuat perintah gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, point of order. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2). Saya pohon agar rang undang-undang ini dirujuk kepada satu Select Committee seperti yang diperuntukkan di Peraturan Mesyuarat 54(2)...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ini yang kita sedang lakukan Yang Berhormat. Kita serahkan kepada Jawatankuasa sekarang.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya, saya memohon di sini sebagai satu usul.

Saya tak perlu bagi notis sebelum itu dan notis sekarang boleh diberi dan lepas itu diputuskan oleh mesyuarat ini adakah ia perlu dirujuk kepada satu Select Committee atau tidak mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2), Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tidak berhasrat untuk membuat perintah yang baru dan saya tidak ada hasrat untuk membuat perjalanan mesyuarat yang berbeza seperti yang dilakukan selama ini Yang Berhormat. Maknanya sekarang kita membaca dalam bacaan kali yang kedua dan dibahaskan.

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju apa yang telah berlaku tetapi saya menggunakan kuasa peraturan mesyuarat bahawa ada satu peraturan yang mengatakan bahawa sebagai Ahli Parlimen, saya ada hak di P.M.54(2) untuk merujuk dan adakah ia boleh dirujuk atau tidak, keputusan akan dibuat oleh mesyuarat di sini by vote. “When a bill has been read a second time it shall stand committed to a Committee of the whole House unless the House on motion commits it to a Select Committee. Such motion shall not require notice, must be made immediately…”

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Maksudnya Yang Berhormat ingin rang undang-undang ini dirujuk terus kepada Select Committee?

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sedemikian.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak dibahas?

final • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya, tanpa dibahas.

final • 2:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, pernah ada satu rang undang-undang di bawah Kementerian Dalam Negeri dulu dibawa kepada satu Select Committee.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya tahu, saya tahu.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang - Batu

Ia pernah berlaku dengan Bill DNA juga.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kenapa Tuan Yang di-Pertua, sudah ada satu usul, teruskan sahajalah.

final • 2:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, interpretasi terhadap 54...

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Disampuk] Siapa yang cakap suruh saya diam. Kalau mahu cakap bangunlah Yang Berhormat PJ. Yang Berhormat PJ saya minta kalau mahu bunyi tidak mahu saya cakap, buat macam jantan. Jangan macam pondan tau.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai. Interpretasi...

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tidak ini Yang Berhormat PJ Selatan buat macam pondan.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai minta duduk. Interpretasi terhadap 54(2), ianya Yang Berhormat boleh mengemukakan usul sedemikian selepas usul ini didebat, makna selepas bacaan kedua dan didebat.

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Selepas didebate.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, dibahas dan sebelum bacaan kali ketiga, Yang Berhormat boleh mengemukakan usul sedemikian. Kita akan siapkan prosedur untuk itu.

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya ikut arahan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua tetapi pada pengetahuan saya sebelum ini, dalam Dewan ini, at this stage it’s referred. Actually it doesn’t make sense if I can argue a bit further.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, tidak apalah Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini kerana kita debate selepas itu ke Select Committee dan datang ke sini debate lagi, itu bukan prosesnya.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Itu dimaklumkan kepada saya sekarang ini, itu interpretasi kita adalah sedemikian dan Yang Berhormat boleh membuat demikian selepas perbahasan, sebelum bacaan kali ketiga. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 2:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan ‘Rang Undang- undang Kerja (Pindaan) 2011’ Kementerian Sumber Manusia. Saya merasakan walaupun ada di awalnya dalam bacaan kali kedua, asas...

final • 2:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat sebentar Yang Berhormat. Saya ingin memaklumkan bahawa terdapat sebelas orang yang mengemukakan nama untuk bahas dalam usul rang undang-undang ini dan saya ingin hadkan masa tidak melebihi 15 minit untuk setiap pembahas. Terima kasih.

final • 2:52 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Saya akur Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua walaupun tadi Ipoh Barat telah mempertikaikan di peringkat awal, tetapi dalam bacaan kali kedua kalau kita hendak banding dengan yang pernah dilakukan pada Bill DNA itu adalah masalah teknikal yang ditarik sendiri oleh kementerian. Akan tetapi, pada saya ini satu rang undang-undang yang cukup baik yang telah kita tunggu setelah sekian lama menjadi agenda perjuangan bersama kerajaan dan juga pembangkang. Akan tetapi hari ini kerajaan mengotakan perkara ini selepas kajian terperinci, selepas Jemaah Menteri membuat keputusan pada 15 Oktober 2010 untuk memastikan bahawa gaji minimum kebangsaan dapat dilaksanakan.

final • 2:52 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak betulkan Yang Berhormat Arau ini. Hanya kerajaan sahaja tidak ada pembangkang.

Kerajaanlah yang berusaha membawa undang-undang ini. Saya tidak mahu rekod yang salah... [Dewan riuh]

final • 2:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 2:52 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Tidak apa, Yang Berhormat Sri Gading duduk. Tidak apa ada tetapi. Yang Berhormat Sri Gading sabar saya ada tetapi. Saya quite rasional dalam perkara ini tetapi yang menjadi asas pertikaian pada hari ini ialah soal amount dan soal mekanisme pelaksanaan yang menjadi asas pertikaian rakan-rakan daripada pihak pembangkang. Akan tetapi dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sudah sampai masanya dan saya merasakan rang undang-undang wajar disokong oleh kita semua kalau kita hendak memastikan nasib pekerja, nasib majikan, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya selepas pihak kerajaan mengambil kira semua pihak sebelum rang undang- undang ini dibentangkan pada hari ini.

Malah kita melihat, kalau mengikut pembentangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tadi, pengalaman juga di peringkat antarabangsa di World Bank dan juga ILO juga diambil kira tidak termasuk siri-siri mesyuarat, bengkel dan juga daripada Internet, blog dan sebagainya yang dibuat secara terbuka bagi memastikan kerajaan mendapat satu keputusan yang terbaik untuk kita memberikan gaji minimum kepada pekerja-pekerja di negara kita.

final • 2:52 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Minta celah Yang Berhormat Arau.

final • 2:52 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Baru hendak mula, tidak mengapalah, silakan.

final • 2:52 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Arau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:52 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya berpendapat bahawa bill ini kalau boleh hantar balik kerana apabila kita teliti bill ini, ia memberi kuasa absolute kuasa kepada Menteri. Saya juga selepas tiga tahun di Parlimen ini, ada beberapa masalah-masalah yang telah saya bawa terus kepada Menteri dan juga kepada..., di Parlimen ini berjumpa dengan mereka untuk membetulkan beberapa hal. Akan tetapi saya mendapati bahawa keputusan daripada Yang Berhormat Menteri agak payah juga. Tidak ada masa. Kalau boleh saya juga mahu cadangkan, kalaulah Menteri ini peruntukan satu hari dalam sebulan atau seminggu memberikan ruang kepada mereka yang...

final • 2:52 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 2:52 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Celahan ini belum habis Yang Berhormat Arau, memberi ruang kepada mereka terbabit dengan masalah–masalah pekerja, masalah gaji pekerja dan khususnya kesatuan-kesatuan di negara ini di mana mereka boleh datang, berjumpa duduk dengan Menteri. Mereka boleh memberi cadangan, membawa cadangan serta membuat kebaikan-kebaikan yang seharusnya dilakukan kepada pekerja-pekerja.

Jadi ini, saya merayu agar bill ini dibawa balik untuk rundingan seterusnya melibatkan semua kesatuan supaya manfaat yang terbaik diberikan kepada pekerja- pekerja. Gaji ini amat penting dan inilah asas dan tulang belakang segala kejayaan kerajaan negara hari ini.

final • 2:52 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Ya terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya tidak bersetuju supaya bill ini ditarik balik. Saya tidak bersetuju. Kalau kita tidak memulakan pembentangan bill ini dan saya rasa Yang Berhormat Padang Serai patut melihat kepada keseluruhan 28 peruntukan sedia ada yang dipinda dan juga tujuh peruntukan baru yang telah dibuat. Ini kerana saya rasa tidak ada absolute power kepada Menteri secara tidak langsung dalam hal ini. Namun walau bagaimanapun itu pandangan peribadi Yang Berhormat Padang Serai tetapi pandangan peribadi saya kalau kita tidak memulakan sesuatu kita tidak akan dapat berbuat sesuatu.

Hanya adakah cukup kita berada hanya sekadar di sebuah peringkat perbincangan yang akan mengambil masa berbulan dan bertahun sedangkan perkara yang sepatutnya kita buat demi kebaikan pekerja, kita tidak laksanakan. Jadi itu boleh dibuat amendment, itu boleh dibuat pindaan pada masa-masa akan datang. Bukan benda dibuat ini adalah absolute yang tidak boleh diubah atau tidak boleh dipinda pada masa akan datang. Ini adalah perkara yang terbaik.

Saya bersetuju supaya bill ini dibentangkan dan wajar untuk kita memperjuangkan nasib pekerja. Oleh sebab itu, ruling yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, itu yang terbaik.

Sekarang kita kemukakan cadangan dahulu dan kalau ada masalah ataupun usul yang difikirkan bersesuaian, kita buat kemudian. Akan tetapi ini kemukakan, ini adalah masa yang terbaik ataupun pentas bagi Ahli-ahli Parlimen untuk..., kita bukan setakat menjadi jaguh di luar tetapi jaguh di dalam Dewan dengan kita benar-benar ikhlas dalam memastikan nasib pekerja di negara kita akan datang terbela sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik kepada beberapa pindaan yang sedia ada iaitu peruntukan 2(1) - Peluasan Takrifan Pesalin yang dipinda daripada 28 minggu kepada 20 minggu. Yang Berhormat, sekarang ini kita melihat takrifan ini ada kebaikan, ada setengah orang mentafsirkan dan bukan di sini saya hendak menyalahkan bahawa orang hendak mengambil pekerja wanita terpaksa cuti tiga bulan, mahu memikirkan berkali-kali jadi menyebabkan hilang hak mereka yang sebenarnya berkeupayaan, berkebolehan.

Mereka hendak mendapatkan pekerjaan kerana wanita yang berkahwin mereka akan menghadapi keadaan yang sebegitu rupa yang pada sesetengah majikan menganggap bahawa perkara ini adalah merupakan satu kerugian kepada syarikat dan sebagainya.

Selain itu, tindakan yang lebih tegas yang dibuat, penalti yang ditingkatkan kepada RM10,000 maksimum. Saya merasakan ini adalah wajar untuk memastikan bahawa majikan lebih berhati-hati kerana sekarang ini kebanyakannya kita melihat ada sesetengah majikan boleh dikatakan baik, yang cukup consider, dengan izin, peka kepada masalah pekerja.

final • 2:52 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Namun ada sesetengah majikan mereka mengambil kesempatan, mereka tidak treat all the employee sebagai human,sebagai manusia yang sepatutnya diberikan penghargaan, pengiktirafan kerana hasil daripada keringat tenaga yang telah dikeluarkan oleh mereka ini.

final • 2:52 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Jadi ini yang patut kita buat dan saya penuh yakin bahawa pasukan penguat kuasa akan membuat pemeriksaan dan pemantauan dari semasa ke semasa untuk kita memastikan bahawa kerajaan akan dapat memberikan peluang dan juga tindakan yang seadil-adilnya kepada kita dalam memastikan bahawa nasib gaji minimum para pekerja di negara ini akan dapat dibela sepenuhnya.

Jadi Majlis Perundingan Gaji Negara ini akan dapat sekurang-kurangnya kita akan dapat melihat bahawa pekerja-pekerja termasuk, saya ingin tahu kedudukan pekerja asing di negara kita sama ada mereka juga turut dilibatkan dalam Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Minimum ini dan juga saya ingin melihat kepada Bahagian II iaitu yang mengandungi 18 fasal yang merupakan di antara peruntukan baru yang telah dibuat dan saya minta bahawa adakah syor-syor yang dibuat...

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Arau.

final • 3:00 PM

Dattuk Ismail Kasim - Arau

Oleh jawatankuasa ini akan didengar oleh kerajaan kerana walaupun ahli-alinya terdiri daripada mereka yang dari pelbagai sektor yang terlibat dalam membuat keputusan menasihati kerajaan dalam memastikan bahawa kita mendapat satu keputusan yang terbaik untuk kita berikan kepada pekerja-pekerja kita. Silakan.

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat ada menyebut tentang pekerja asing tadi itu saya terdengar dan saya bangun kerana saya memikirkan tentang pekerja asing ini dalam kaedah penetapan gaji minimum ini nanti dan saya percaya Majlis Perundingan ini juga akan mengambil kira bagaimana kedudukan ini dibandingkan dengan pekerja-pekerja tempatan. Kekhuatiran kita ialah apabila diambil kira hak-hak pekerja asing ini yang telah difikirkan oleh majikan dan bottom line nanti, di bawah nanti apabila dikira kita khuatir yang pekerja-pekerja tempatan ini akan mengalami kekurangan berbanding dengan faedah- faedah yang akan dinikmati oleh pekerja asing.

Umpamanya jika seorang majikan itu terpaksa menyediakan penginapan, makanan dan juga keperluan-keperluan lain termasuk pakaian-pakaian dan kegunaan- kegunaan wajib pekerja. Sesetengah majikan sehingga menyediakan tuala-tuala untuk pekerja-pekerja wanitanya di mana perkara ini tidak diambil kira untuk pekerja tempatan dan jika ditukarkan kesemua faedah itu kepada tunai dan bottom line nanti pekerja asing ini akan menikmati satu tahap minimum melebihi daripada pekerja-pekerja tempatan.

Jadi di sini kita khuatir jika berlaku ketidakseimbangan ini ia akan menyebabkan kekecewaan di kalangan pekerja tempatan dan apa yang dihasratkan oleh kerajaan tadi ialah untuk memuaskan hati semua pihak termasuk pekerja-pekerja ini tidak akan berlaku dan kita rasakan seolah-olah pekerja asing ini pula diberikan keutamaan yang lebih dalam konteks gaji minimum ini.

Jadi minta Yang Berhormat kalau boleh saya hendak minta penjelasan atau Yang Berhormat hendak elaborate lagi topik ini mungkin baik untuk pihak Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Saya masukkan ucapan Yang Berhormat Tangga Batu sebagai sebahagian daripada ucapan saya dan saya cuma minta pihak kerajaan melihat daripada sudut diskriminasi terutamanya yang melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa. Misalnya kita mendapat aduan iaitu syarikat-syarikat antarabangsa meletakkan gaji yang agak berbeza di antara kakitangan tempatan dan juga expatriate yang dibawa masuk daripada luar negara. Contohnya kita juga mendapat aduan daripada pejabat PBB sendiri di mana kakitangan tempatan dibayar dengan harga yang begitu rendah kalau dibandingkan dengan tenaga-tenaga yang dibawa masuk daripada luar negara dan tidak ada diskriminasi.

final • 3:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Saya mahu secara seperti mana Yang Berhormat Tangga Batu bangkitkan apabila ada kemudahan-kemudahan lain yang diberikan kepada pekerja-pekerja asing harus dinilai dengan wang dan turut diberikan kepada pekerja-pekerja tempatan. Cuma kita melihat kepada satu sektor misalnya sektor pengawal keselamatan. Sektor ini dilihat kalau di peringkat-peringkat tertentu ianya salah satu sektor yang agak walaupun penting sebenarnya tetapi kita kurang memberi perhatian kerana institut latihan pengawal keselamatan kita sekarang belum benar-benar menjalankan peranan yang lebih aktif ataupun mempunyai modul-modul tertentu yang kita dapat melatih pengawal-pengawal keselamatan yang lebih tegap dan terutama dalam membuat pengisian dalam kita memilih tenaga kerja tempatan misalnya.

Kita melihat sekarang ini kebanyakannya diisi orang-orang yang sudah agak berumur kerana tarikan untuk golongan muda menyertai sektor pengawal keselamatan ini agak berkurangan disebabkan oleh kadar upah yang begitu rendah dan juga insentif- insentif yang terdapat dalam sektor ini sebenarnya kurang menarik perhatian rakyat tempatan untuk terlibat ataupun menyertai sektor pengawal keselamatan.

Hasilnya kita lihat kita telah membawa masuk pekerja-pekerja daripada Nepal walaupun Nepal yang kita bawa masuk itu sebenarnya bukan berlatarbelakangkan ketenteraan. Bukan Askar Gurkha yang dahulu tetapi sekarang ini adalah Nepal biasa.

Mereka handsome, mereka diletakkan di hadapan hotel-hotel dan kita lihat mereka yang menguasai rakyat tempatan dan sebenarnya tidak ada kelebihan apa pun. Jadi kalau sektor ini diberi latihan sekurang-kurangnya mesti memikirkan gaji yang agak bersesuaian kepada mereka supaya pastikan sektor ini menarik minat rakyat tempatan terutamanya golongan muda yang menganggur pada masa ini.

Jadi selain daripada itu, saya ingin bertanya kepada kerajaan adakah selepas dilaksanakan gaji minimum ini ianya akan memberikan satu impak negatif kepada keadaan ekonomi daripada keadaan uncertainty, keadaan global peningkatan inflasi dan juga terhadap guna tenaga serta peningkatan kadar pengangguran. Jadi bagaimana kerajaan untuk mengatasi masalah ini kerana kita harus berhati-hari sebenarnya. Dalam kita hendak membela nasib pekerja kita harus melihat kepada beberapa keadaan terutamanya dari segi kemampuan kita. Kalau kita tidak mampu kita juga turut memberikan kadar upah yang tinggi lebih daripada kemampuan kita.

Maknanya kerajaan selain daripada berlaku kenaikan inflasi kerana setiap kali pengumuman kenaikan gaji kepada kakitangan awam pun ia akan menyebabkan kenaikan harga barangan yang dibuat walaupun ini dikawal oleh kerajaan, di nasihat, diberi peringatan dan sebagainya tapi mesti perkara ini akan berlaku. Belum lagi diumumkan bahawa ada ura-ura sudah ada harga-harga barangan yang dinaikkan. Jadi bila dinaikkan dengan harga upah yang tinggi yang bersesuaian dan harga barang tinggi maknanya tidak ada perubahan apa-apa pun pada masa itu. Jadi kawalan ini harus melibatkan semua kementerian yang mengambil tindakan pemantauan bagi memastikan bahawa kadar upah yang tinggi daripada hasil penetapan gaji minimum ini akan selaras dengan kemampuan berbelanja. You can afford to buy. Jangan kita naik ia menjadi sama sahaja. Maknanya itu tidak perlu kita membuat tindakan-tindakan sebagai kesan daripada ekonomi yang berlaku kepada negara kita. Jadi...

final • 3:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh mencelah sedikit?

final • 3:00 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Silakan.

final • 3:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Arau. Kalau gaji naik pasal peniaga- peniaga dalam negara kita ini macam buaya lapar. Dia hendak ambil kesempatan sahaja.

Dengar sahaja gaji naik, barang naik. Dengar sahaja gaji naik, barang naik. Dengar sahaja gaji naik, barang naik. Jadi setuju sangat beberapa kementerian harus mengambil bahagian untuk menentukan gaji yang dinaikkan gaji minimum yang boleh dikatakan agak mencukupi dari segi saraan hidup. Tidak menjadi sia-sia. Kerja kita ini kerja baik. Bukan sekadar hendak melaram pakai tie kuning buat apa. Tie kuning. Tak pasal-pasal baju dalam lain warna tie lain warna. Tak senonoh betullah. Buatlah sepadan baju dalam, kot macam mana baru pakai tie kuning. Ini main langgar sahaja. Itu menunjukkan parti pembangkang tidak ada peraturan... [Ketawa]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh gulung Yang Berhormat Arau.

final • 3:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Yang di-Pertua, saya nampak ini Yang Berhormat Pokok Sena ada matching sedikit. Ada style walaupun tie kuning. Hanya Yang Berhormat Pokok Sena, kawan-kawan lain tidak.

final • 3:00 PM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, dalam bahagian penguatkuasaan, saya mahu sekali lagi mahu kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan iaitu dalam Bahagian IV yang mengandungi 17 fasal ini, yang soal penguatkuasaan ini diperuntukkan kepada pegawai Jabatan Tenaga Rakyat. Jadi, kita mungkin kekurangan di sini tetapi siasatan walaupun kemungkinan kita boleh buat secara random tetapi kita harus juga melihat kepada laporan-laporan yang diberikan sama ada menerusi surat dan juga blog laporan. Sekiranya ada saya minta pegawai-pegawai di Jabatan Tenaga Rakyat terus mengambil tindakan pada kadar yang segera bagi memastikan apabila pelaksanaannya nanti ianya tidak diikuti oleh sesetengah majikan. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sebagai yang terakhir saya akur Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kenapa dalam hal ini majlis tidak diberi absolute power untuk menetapkan gaji minimum?

Dia hanya menjadi advisory atau menasihati kerajaan. Adakah semua syor-syor ini akan diguna pakai oleh kerajaan dan juga kalau kita hendak dipastikan bahawa syor-syor daripada majlis ini, bukanlah menjadi sia-sia dan sepatutnya menjadi sebagai garis panduan oleh kerajaan dalam pelaksanaan gaji minimum ini. Saya menyedari bahawa dalam implikasinya adalah begitu luas, kompleks dan tidak menentu, yang sekali gus kerajaan terpaksa berhati-hati dalam memastikan bahawa selari dengan penetapan gaji minimum ini kita harus melihat dari sudut hal ehwal ekonomi, harus dilihat dari sudut pembangunan negara sama ada kita dapat mencapai perkara ini dengan sebaik mungkin.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 3:10 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang saya hormati. Dua minggu berlalu dengan kepayahan saya datang ke Dewan untuk bersama menyertai perbincangan tentang rang undang-undang yang baru dilahirkan dinamakan Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Dalam kepayahan itu dan keghairahan itu, tiga tahun berlalu janji telah pun diwartakan sebagai akan diimplementasikan. Gaji minimum menjadi sebutan malah amat memeranjatkan bila mana Majlis Perundingan Gaji Negara ini yang diuar-uarkan menjadi agenda utama kepada rakyat, pekerja telah pun dibentangkan dalam Dewan pada petang yang mulia ini. Amat menyedihkan dan memalangkan lagi apabila Majlis Perundingan Gaji Negara ini hanya menjalankan kajian tentang semua perkara termasuk membuat syor kepada kerajaan supaya membuat perintah gaji maksimum mengikut sektor, jenis pekerjaan, kawasan wilayah. Namun pemegang utama kuasa penentu masih di tangan Menteri Sumber Manusia.

Amat malang apabila kita melihat dari sudut itu apabila dikaji semula di dalam fasal 4(1)(b) dalam tujuan asal penubuhannya dan ini memberikan satu isyarat bahawa rang undang-undang ini hanyalah rang undang-undang retorik yang menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947. Apabila Majlis Penetapan Gaji 1947 hendak dimansuhkan dan hendak digantikan dengan Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 tetapi yang jeliknya apabila diisi kandungkan dalam majlis ini memberikan kita pelbagai kepanduan dan juga erti kata yang sebenar apa matlamatnya majlis ini. Mengambil pendekatan yang lebih dekat kepada apa maksud tafsiran saya, gaji minimum ertinya gaji pokok, itu tafsiran yang dibuat mengikut daripada akta ini.

final • 3:12 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Bagaimana pendapatan yang lain, yang membolehkan diberikan ianya satu pendapatan seperti elaun tetap dan sebagainya. Rangkaian ini memberikan isyarat bahawa di mana kedudukan perjanjian yang sedia ada? Di mana pelafazan yang telah dibuat pada cerita 1974 apabila Allahyarham Tun Abdul Razak mewartakan COLA sebagai satu undang-undang yang diwartakan untuk diwajibkan mengangkat martabat ekonomi pekerja.

Dalam soal gaji minimum, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara ini memperlihatkan kepada kita tentang beberapa pandangan yang cukup memberikan persoalan satu daripada peletakan jatuh hukum, mahkamah, mahkamah majistret sedangkan pekerja ada mahkamah buruh dan mahkamah industri. Soalan yang tidak dapat terjawab dalam akta – definisi ini membolehkan kita terfikir bahawa sekiranya berlaku sesuatu apakah majistret menjatuhkan hukuman? Berakhir kepada itu, tidak boleh diketepikan dari segi aspek, hala tuju pekerja itu sendiri. Adalah menjadi satu rujukan apabila berlaku satu permasalahan ataupun pertikaian, mahkamah mana yang dituju selama ini?

Adakah gaji minimum ini hanya tertumpu kepada mahkamah di luar selain daripada mahkamah yang ada. Melihat daripada majikan membuat kontrak perkhidmatan yang termaktub di dalam seksyen 10 di bawah Akta Kerja memperjelaskan tentang siapa yang bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku ketika sesuatu tindakan itu yang akan diambil. Saya amat begitu terharu dan sedih apabila sejarah ejen ini dihalalkan dalam pembentukan yang boleh diambil tindakan. Sedangkan kita tahu bahawa ejen ini pengaut untung penghisap darah pekerja. Perlu apa kita merujuk kepada mereka sedangkan mereka mengambil untung hasil keringat ataupun daripada tenaga yang telah pun diurus setia oleh pekerja dan juga majikan asal. Membolehkan mereka mengaut untung dan akta ini membolehkan dan mengizinkan, menghalalkan mereka ini dijadikan majikan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, melihat daripada sudut kuasa yang diberikan. Di bawah peraturan fasal 5 yang telah pun dijelaskan bahawa majlis ini terdiri daripada anggota yang dilantik oleh Menteri, siapa mereka? Mereka adalah seorang pengerusi. Siapa pengerusi?

Mereka adalah timbalan pengerusi. Siapa mereka timbalan pengerusi? Begitu juga dengan setiausaha. Siapa itu setiausaha? Tidak ada satu klasifikasi yang jelas bahawa mereka ini kelompok mana? Adakah kelompok nelayan atau petani? Adakah mereka kelompok daripada mereka yang perguruan ataupun mereka dalam kesatuan? Kita tidak tahu daripada kelompok mana.

Yang Berhormat Menteri dengan kuasa yang ada boleh melantik mereka-mereka ini. Sekurang-kurangnya lima anggota daripada kalangan pegawai awam, itu jelas. Pegawai awam! Di dalam 5(1)(e) “sekurang-kurangnya lima anggota yang mewakili pekerja.” Pekerja itu siapa? Adakah nelayan tergolong ataupun petani tergolong sebagai ahli jawatankuasa ini? Itu tidak jelas, siapa mereka. Yang menjadi satu peringatan kepada kita, apakah pekerja ini diwakili oleh mereka yang tidak diiktiraf ataupun mereka yang diiktiraf terkecuali kalau mereka yang diiktiraf itu dari pihak Menteri.

Jadi, kuasa itu harus kesubjektifan supaya tidak menjadi satu kuasa yang boleh membatalkan dan melantik sesuka hati tanpa melihat latar belakang sesuatu kumpulan.

Yang jelas ialah pekerja itu daripada mana? Adakah daripada pekerja kesatuan yang mewakili 8 peratus daripada mewakili semua kesatuan dalam MTUC? Contohnya, adakah dianggap atau ditarafkan sebagai mereka yang dilantik sebagai ILO yang telah pun diiktiraf tanpa ada bantahan daripada kementerian. Penjelasan ini tidak jelas dan Yang Berhormat Menteri mempunyai kuasa untuk melantik sesiapa.

Sekurang-kurangnya – majikan daripada mana? Daripada syarikat RM2, syarikat ejen kah, daripada syarikat ‘Mail Lempoyang’ kah ataupun ‘Tiga Abdul’ kah? Ini memberi satu persoalan kepada kita bahawa siapa mereka ini? Adakah mereka ini daripada IMF?

Tidak tercatat Tuan Yang di-Pertua, siapa mereka ini. Kuasa berbalik kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri berkuasa untuk melantik dan membatalkan ahli jawatankuasa yang ada.

Begitu juga dengan sekurang-kurangnya lima anggota yang lain. Anggota itu anggota mana? Di sini 23 anggota yang telah pun maksimum 29, kelompok mana mereka ini? Adakah mereka ini faham tentang masalah rakyat, pekerja yang sebanyak 11.3 juta ini, yang pendapatan RM700 ke bawah, masyarakat ataupun rakyat miskin tegar.

final • 3:12 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Kelompok mana yang mewakili mereka ini? Oleh sebab itu sasaran utama mesti jelas, kuasa Menteri keterlaluan, kuasa Menteri kuasa pembatal, kuasa Menteri kuasa melantik... [Dewan riuh]

final • 3:12 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ini memberikan satu isyarat bahawa Majlis yang telah dilantik dalam Majlis Perundingan Gaji Negara ini adalah hanya sekadar membuat kajian. Syor boleh dibuat tetapi kuasa penentu masih lagi diberikan kepada mutlak untuk memastikan bahawa menteri boleh pada bila-bila dalam peraturan fasal 10 mengatakan membatalkan pelantikan Majlis dan juga boleh melantik sesiapa sahaja. Ini memberikan kita isyarat- Bunyi banyak sangat. Berilah saya peluang untuk bercakap. Dua minggu hendak bercakap ini. Sekurang- kurangnya Yang Berhormat Sepang faham. Harap-harap berilah ruang ini untuk menyedarkan menteri bahawa pembaikan ini perlu dibuat segera sebelum pembentangan ini dilaksanakan kerana ini adalah rang undang-undang yang baru yang dinantikan oleh 11.3 juta rakyat Malaysia yang dipelopori oleh lima juta manusia manusiawi yang miskin dalam keadaan yang cukup sengsara hidup mereka.

Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati. Apabila kita bicarakan soal seperti mana yang dikatakan agen yang dibenarkan oleh akta ini, baru-baru ini 45,000 orang pekerja India dimasukkan ke dalam negara kerana permintaan daripada peniaga-peniaga kedai mamak. Riuh rendah dewan dibuatnya. Baru-baru ini saya ada dialog bersama observer dengan Presiden Persatuan Peniaga-peniaga Mamak. Bicaranya jelas, ‘Kami telah peruntukkan RM2,000 pada setiap pekerja’. Saya tanya, pekerja RM2,000 ini kenapa tidak tawar kepada pekerja tempatan? Tidak memungkinkan atau dusta kalau pekerja tempatan ini menolak gaji RM2,000 tanpa syarat. Kalau syaratnya kerja 12 jam atau 16 jam, gaji RM650. Makannya kuah kari dan juga sayur. Ambil lauk ikan kena potong gaji. Kerjanya hampir 12 jam atau 16 jam. Ini satu perhambaan moden yang tidak boleh diizinkan duduk dalam negara ini dan saya amat kecewa kerana perkara ini berleluasa. Ini adalah benar bila kita bicara soal agen yang mengambil untung dan penindasan perhambaan moden yang dibuat terhadap rakyat ataupun terhadap mereka yang dinamakan manusia pekerja.

Ini jelas pada kita bahawa rang undang-undang ini harus diikat kemas supaya tidak dicacatcelakan, diambil peluang atau ruang oleh mereka yang biadab terhadap perhambaan manusia moden. Saya menganggap bahawa rang undang-undang ini harus diberikan pulih cara tertib dan bijaksana. Kebijakan untuk memastikan bahawa kuasa seperti mana di Korea bila mana dikatakan gaji minimum telah diusul oleh Majlis, tiada bantahan daripada kerajaan ataupun kuasa gaji minimum ini disegerakan ataupun dilunaskan seperti mana di British dan juga di Amerika. Kongres dan juga Parlimen berkuasa untuk mengutus segerakan daripada kita mewacanakan dengan kadar retorik, rakyat tunggu bertahun-tahun.

Tuan Yang di-Pertua, gaji minimum ini telah dilunaskan, diperjuangkan pada tahun 1949 sampai ke hari ini. Amat malang sebagai contoh, gaji minimum keselamatan telah pun dipersetujui termasuklah yang saya dimaklumkan kalau benar gaji pekerja klinik pun juga telah pun dipersetujui tetapi implementasinya setakat ini amat mengecewakan. Kalau itu sekecilnya tidak termampu untuk kementerian melaksanakan tanggungjawab dengan berhemat inikan pula hendak berbicara soal seluruh rakyat wilayah yang bekerja dalam pelbagai sektor untuk meminimumkan gaji melepasi kadar miskin tegar dan memastikan rakyat pekerja di angkat martabat mereka dalam pembentukan gaji minimum untuk mengetepikan miskin tegar dan miskin dan memastikan seimbangan daripada barangan dan juga penghidupan itu diselaraskan dengan paksaan ataupun diwartakan.

Saya mengambil ruang ini juga untuk memastikan bahawa dalam sejarah yang berlaku dalam negara bila mana kita lihat Tuan Yang di-Pertua, bila kita menyebut tentang beberapa penerimaan di atas undang-undang ini hendak diperkasakan atau dibuat, kita tidak terlepas daripada majikan ketiga. Sejumlah 277 majikan daripada agen ini akan dihalalkan dalam pembentukan yang telah pun dilunaskan dalam erti definisi sebenar rang undang-undang ini. Sejumlah 277 Tuan Yang di-Pertua, melibatkan hampir 5 juta pekerja yang dalam konteks mereka ini.

final • 3:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya amat sedih bila mana saya dimaklumkan anak muda keluaran universiti, ijazah dan juga diploma bekerja sebagai pekerja kontrak sedangkan mereka ini telah digajikan dalam pembentukan syarikat yang besar seperti mana Maxis, Telekom dan sebagainya. Mereka memang jawatan kontrak daripada agen yang menjadi majikan ketiga yang hanya melunaskan untung daripada mengikat mereka ini bekerja dengan syarikat yang besar...

final • 3:20 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Jangan kita terlupa Yang Berhormat-Yang Berhormat, tidak semestinya anak kita menjadi wakil rakyat. Kita jangan lupa bahawa cucu kita tidak mungkin menjadi menteri kalau kita tidak menyegerakan dan memperbetulkan rang undang-undang ini. Kita hendak pastikan... Kenapa itu...

final • 3:20 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Hendak masuk. Hendak celahlah. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Okey.

final • 3:20 PM

Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani

Yang Berhormat, saya hendak tanya Yang Berhormat sedikit. Bila kita memberikan pengesahan kepada agen-agen ini, maknanya secara undang-undangnya, mereka dengan sendirinya mempunyai hak untuk bertindak sebagai agen kepada syarikat-syarikat besar bagi membekalkan pekerja-pekerja kepada syarikat ini.

Soal yang saya hendak timbulkan, pada pandangan Yang Berhormat, adakah agen ini akan mempunyai rasa bila dia ambil pekerja-pekerja dari luar kemudian supply kepada kompeni ‘A’, ‘B’, ‘C’ - kompeni besar. Nampaknya terputus di situ di antara hubungan kompeni besar dengan pekerja-pekerja. Hubungan mereka itu seolah-olah macam robot sahaja kerana pekerja-pekerja akan merasakan bahawa bos dia bukan syarikat besar, seolah-olah bos dia ini menjadi agen pula. Jadi, di situ akan timbul yang pertama, taat setia. Keduanya, nampaknya hubungan di antara employer-employee itu akan hilang. Apakah pandangan Yang Berhormat tentang hal ini?

final • 3:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Saya amat setuju Tuan Yang di-Pertua, dengan pandangan Yang Berhormat Sungai Petani iaitu kefaedahan daripada hak itu tidak akan dapat dicapai dengan pembentukan faedah daripada syarikat asal yang dilantik daripada pembentukan orang ketiga. Daripada itu saya bersetuju bahawa tidak boleh kita bersetuju dengan keadaan yang demikian dan dalam konteks peraturan seksyen 23(2) Tuan Yang di-Pertua, hak milik senior boleh terhalang kepada gaji minimum terlaksana. Saya mohon supaya definisi gaji pokok itu dan juga gaji minimum itu dikaji semula kerana bila sebut gaji minimum ini termasuk berlainan daripada faedah-faedah yang akan diberikan kepada pekerja itu termasuk atau tidak dalam pembentukan gaji pokok.

Ini memberikan satu isyarat bahawa rang undang-undang ini belum disediakan untuk diangkat sebagai satu rang undang-undang baru. Rumusan daripada ini setelah saya melihat Tuan Yang di-Pertua asyik melihat jam di sana dan bagi saya tiga minit daripada rumusan ini. Apakah nasib Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 ini mempunyai nasib yang sama dengan Majlis Penetapan Gaji 1947?

Keduanya, adakah nasib golongan yang diwartakan di bawah seksyen 22 cadangan Majlis yang akan diabaikan seperti mana golongan pengawal dan juga mungkin kerani klinik yang telah pun diwartakan tetapi pelaksanaannya tidak dilakukan. Saya dengan ini mencadangkan menteri setelah mempunyai kuasa yang begitu luas, telah berbincang dengan Bank Dunia, telah berbincang dengan ILO, mendapat pandangan daripada MOF, mendapatkan input dari MTUC, mendapat ruang segala bentuk macam ada, saya cadangkan menteri dengan kuasa yang dia ada, terus melafazkan warta gaji minimum tanpa merujuk kepada Majlis kerana itu kuasa mutlak yang telah diwartakan kepada menteri. Saya cabar menteri sebagai menteri yang prihatin supaya gaji minimum ini dilafazkan wartanya supaya ia bukan penantian tanpa pengakhir hayat tetapi penantian bersikap prihatin dan bertanggungjawab. Dengan demikian saya menolak atas rang undang-undang ini yang rapuh dan longgar, tidak konsisten dan kuasa menteri itu saya balikkan supaya menteri menggunakan kuasa wartanya melafazkan gaji minimum.

final • 3:20 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Dengan demikian rakyat terangkat 11.3 juta tanpa ada miskin tegar dan miskin.

Dengan yang demikian Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih... [Tepuk]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan untuk membahaskan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara. Saya Tuan Yang di-Pertua, tidak terperanjat dengan reaksi pembangkang sebab kalau perjuangan parti hendak menuju negara Islam boleh ditukar kepada negara kebajikan, saya tidak hairan. Hari ini Yang Berhormat Kuala Langat, saya masih record dalam handset suara dia, ‘Kerajaan supaya mewujudkan perundangan Majlis Gaji Negara dipercepatkan’. Kerajaan pun, kita pun cakap sokong, hari ini kerajaan tunai, banyak pula spin, putar belit macam-macam. Akan tetapi, para pekerja...

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Menelefon saya, mereka kata, “Datuk, kalau berbahas, beritahu Dewan yang mulia, kami ini seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal. Kami ini seperti sebesar-besar Lautan Pasifik, sebegitu besarlah tangan-tangan kami bekerja tadahkan kesyukuran kepada negara”... [Tepuk] Saya tidak hairan, pembangkang tidak faham. Yang Berhormat Menteri itu kerajaanlah, siapa pun Yang Berhormat Menteri di sana, lain kali kalau pun memerintah di sana, jadi Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri menjaga hal ehwal buruh, dialah berkuasa! Tidak faham-faham pula.

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akan tetapi, mahu jadi kerajaan...

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Mahu jadi pemerintah tetapi tidak tahu tanggungjawab ataupun sudah tahu tetapi pura-pura tidak tahu.

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi rakyat di luar sana, inilah sikap pembangkang...

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak konsisten, macam-macam perkara tidak konsisten!

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kinabatangan, mencelah.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Baru mukadimah sudah mencelah, sila, sila.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Ketawa] Saya syok dan khusyuk dengan Yang Berhormat Kinabatangan berhujah. Saya pun tidak setuju pembangkang suka, pembangkang sahaja bangkang-bangkang sebab itu saya sekarang sudah BEBAS.

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi Yang Berhormat Kinabatangan, saya setuju apa Yang Berhormat Kinabatangan kata tentang Yang Berhormat Kuala Langat. Akan tetapi pada masa yang sama Yang Berhormat Kinabatangan, saya mahu cadangkan Yang Berhormat Kinabatangan, setuju kah sama saya di mana perkara ini amat penting kepada semua pekerja di negara ini.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya melihat bahawa cadangan ini bahawa pengerusi serta timbalan pengerusi dan Jawatankuasanya, saya cadangkan, setuju atau tidak Yang Berhormat Kinabatangan bahawa pengerusi itu mestilah daripada kalangan anggota pekerja. Ini kerana keputusan semua cadangan yang akan mereka bawa kepada Yang Berhormat Menteri yang selalunya tidak begitu rapat dengan pekerja-pekerja ini, jadi pengerusi mesti datang dari kalangan pekerja. Apa pendapat Yang Berhormat Kinabatangan? Akta-akta kesatuan sekerjalah.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akta ini jelas, boleh dilantik lima orang di kalangan mereka. Saya lihat daripada orang awam ini, wakil rakyat pun boleh dilantik. Jadi kalau Yang Berhormat Kuala Langat bersifat positif, mungkin boleh jadi pengerusi tetapi sifat-sifat belum ada apa-apa, sudah maki hamun. Dulu bukan alang-alang, pembela pekerja dan sebagainya, itu yang masalah.

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cuba kita, tadi berucap di sana saya diam-diam, saya berucap, kenapa panas telinga?

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bukan ceramah di kampunglah Yang Berhormat Ipoh Barat, dengarlah ceramah kita. Saya setuju siapa sahaja di kalangan yang dipilih ini pilihlah jadi pengerusi, apa masalah? Yang lima orang awam, wakil rakyat pun boleh dipilih, apa masalah? Kerajaan hendak menyenangkan rakyat, hendak menyenangkan pekerja ini sebab banyak faktor yang boleh membantu menyelamatkan rakyat dan ekonomi negara. Sebab dengan penetapan gaji ini, kita dapat melihat golongan berpendapatan rendah meningkat kuasa beli dan menghadapi peningkatan kos-kos sara hidup. Ia juga penetapan gaji minimum ini boleh mengatasi masalah kemiskinan di kalangan pekerja iaitu the poor working.. Ini jelas, positifnya.

Saya dengar rakan-rakan dari sini dulu bukan alang-alang kerajaan mewujudkan gaji minimum Majlis, hari ini 360 degree pusingan mengenai politik. Tidak peduli pekerja susah kah, pokoknya menang hati rakyat. Ini kerja pembangkang, patutlah Yang Berhormat Padang Serai berpindah, lari jauh-jauh takut karam sama-sama. Tie pun tie kuning, tidak tahu. Kalau di kawasan saya dipanggil tie tasoh dia kata.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dia tidak bersih, dia mahu buat Bersih.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Itulah. Tuan Yang di- Pertua, penetapan gaji minimum ini juga boleh menggalakkan majikan meningkatkan rantaian nilai, move up the value chain dengan izin melalui pelaburan dalam teknologi tinggi. Dengan ini kita boleh melahirkan, menjual, memasarkan pekerja-pekerja profesional sebab mereka telah dilatih. Ini pembangkang tidak mahu highlight. Antara lain lagi, penetapan gaji minimum dapat meningkatkan kapasiti dalam menjana peluang pekerjaan yang menjadi pull factor yang memerlukan pekerja penggiat dalaman, itu antara lain. Cuba kita lihat yang pembangkang hendak tahu berapa bottom linenya. Ini bukan kerajaan menentukan, biarlah Majlis itu yang berunding berbicara sebab kita tidak mahu gaji tinggi, peluang pekerjaan tidak ada! Ini kerana faham-fahamlah, kalau inilah pembangkang memerintah macam ini, mungkin karam negara kita. Jadi rakyat di luar sana, jangan bagi peluanglah sebab kalaulah masa depan negara kita maju membangun.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bankrap, bankrap.

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan pilih lagi pilihan raya akan datang, kelompok-kelompok, puak-puak macam ini, puak-puak tie kuning ini. Ini mencemar, ini ketuanya, itulah...

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Orang Kelantan sudah diputar belit oleh pembangkang, oleh PAS. Tidak ada air pun itu kuasa Tuhan, macam-macam.

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi inilah saya mahu minta masyarakat, pekerja-pekerja awam ini yang dibela oleh Kerajaan Barisan Nasional, jangan undi pembangkang. Tidak boleh.

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Hidup Sabah!

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tetaplah hidup, datanglah sana lawan kalau berani, tetap menang!

final • 3:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memasukkan sedikit positifnya undang-undang ini ke minda pembangkang. Antara lain dia kata penetapan gaji minimum yang berstruktur dapat meningkatkan hubungan baik kerana wujudnya kepercayaan antara pekerja dan majikan, seterusnya mempertingkatkan keharmonian perhubungan, ini jelas. Apabila gaji minimum ditentukan, maka seimbanglah, setaralah pendapatannya. Bukan itu sahaja, orang ini boleh juga mengelakkan pelambakan pekerja luar sebab gaji pekerja luar pun sama rata yang dia perolehi dengan pekerja- pekerja tempatan.

Jadi tidak ada lagi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi, tidak ada lagi pekerja bekerja 18 jam, 20 jam, makan kuah kari, ambil isi sikit kena potong gaji, tidak lagi berlaku, inilah akta ini. Jadi saya cabar Yang Berhormat Kuala Langat, sokong undi ini sebab selalu berbicara soal ini! Jangan bantah sebab Yang Berhormat lah yang membela dulu, apa yang dibela?

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Penjelasan, penjelasan, Yang Berhormat Kinabatangan, penjelasan.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tadi sudah cukup 23 minit saya kira.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Minta penjelasanlah sebab sebut Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini tidak perlu lagi.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Tidak perlu jerit-jerit, depan- depan.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya pun hendak rolling cepat!

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Depan! Depan! Depan!

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau mahu depan, debat dengan saya, bila-bila saya debat.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Penjelasan, penjelasan. Tie merah, tie merah.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Kuning-kuning Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu boleh, dia bukan kuning, itu boleh.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tie merah boleh?

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, tie merah boleh.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Oh, tidak berani ya. Yang Berhormat Kinabatangan tidak berani, ya?

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Langat, duduk Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Kinabatangan, skrip ucapan...

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Dia tidak berani Tuan Yang di-Pertua, dia tidak berani.

final • 3:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Skrip ucapan siapa sediakan itu?

final • 3:30 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini, kalau saya cakap, saya tidak mahu kawan saya malu. Tidak cakap, macam ada unsur-unsur penghinaan. Jadi soalan bodoh, jawapan yang baik. Saya buat, saya pintar.

final • 3:30 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:40 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Kinabatangan, minta laluan. Yang Berhormat Kinabatangan, laluan, laluan...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya bukan macam Yang Berhormat Balik Pulau atau Yang Berhormat Kuala Langat. Mereka tidak sedar dirilah. Mereka tidak bersih tetapi mahu buat bersih.

Akan tetapi biar saya perkemaskan. Biar saya perkemaskan hari ini... [Dewan riuh] Jadi Yang Berhormat Kinabatangan..

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya melihat dalam fasal 10 iaitu pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan. Ini sekiranya Majlis bersidang dan mereka menentukan bahawa sesuatu keputusan perlu dibuat dan tiba-tiba Yang Berhormat Menteri seperti Yang Berhormat Menteri yang ada di sini, beliau tidak berpuas hati dengan salah seorang daripada Ahli Majlis. Jadi pada masa itu, kuasa ini diberikan kepada Yang Berhormat Menteri supaya Yang Berhormat Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan Anggota Majlis itu. Jadi ini adalah sesuatu yang tidak profesional dan ketinggalan zaman.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey.

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi bolehkah, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan, saya cadangkan ini kita minta Yang Berhormat Menteri sendiri tukarkan. Apa pendapat Yang Berhormat Kinabatangan?

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jangan jawab macam Yang Berhormat Balik Pulau atau rasis punya orang.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, Yang Berhormat apa pun akta yang kita telah luluskan dalam Dewan ini, biasanya betul kuasa Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi di atas nasihat Ahli-ahli Lembaga yang lain. Kita rasa apa yang diambil daripada kalangan mereka yang bertanggungjawab.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bertanggungjawab ini bermakna menjalankan amanah yang diberikan selaku Ahli Majlis. Kalau tidak, dia disimpan di situ tidak bekerja, maka buanglah dia. Itulah kuasa Yang Berhormat Menteri...

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Pertengahan mesyuarat ataupun Majlis kalau Yang Berhormat Menteri...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini bila sudah ada...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Nanti saya jawab, saya minta Yang Berhormat Tangga Batu...

final • 3:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya tahu Yang Berhormat Kinabatangan buat ucapan ini pasal semalam dia tidak tidur. Telefon pukul 3 pagi pun dia jawab lagi. Saya kata saya hendak debate, dia kata tidak apa, bagi dia debate. Akan tetapi apa pun...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat tidak ada nama dalam senarai Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya Tuan Yang di-Pertua, apa dia?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada nama dalam senarai yang akan berbahas.

final • 3:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tidak ada?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak ada.

final • 3:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Itu sebab saya sudah bagi laluan kepada Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tumpang sahaja.

final • 3:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Kinabatangan, yang saya tanya semalam. Saya hendak Yang Berhormat Kinabatangan sebut juga dekat sini. Apabila apa juga keputusan yang dibuat oleh Anggota Majlis, oleh Majlis, oleh pihak kementerian, dia tidak akan mencapai tahap kepuasan. Saya sebut semalam Yang Berhormat Kinabatangan, semasa kita mengaji di UKM. Kita sebut tentang Abraham Maslow Hierarchy of Needs. Tentang keperluan dan kehendak daripada basic needs kepada social needs, kepada kepuasan diri. Jadi apa sahaja pun keputusan tidak akan mencapai sesuatu yang boleh memuaskan semua pihak kalau kerajaan bersetuju, kalau Majlis bersetuju untuk ditinggikan maka akan berlaku ketidakseimbangan, akan berlaku majikan-majikan tidak sanggup menyediakan pekerjaan untuk pekerja-pekerja.

Kalau direndahkan pula, nanti Yang Berhormat Ipoh Barat kumpul orang ramai-ramai, buat lagi perhimpunan kotor pula.

Jadi ceritanya ialah untuk cari satu jalan yang seimbang dan boleh menenangkan semua pihak. Jadi usaha kerajaan ini patut kita sokong. Sekurang-kurangnya mengenal, mengetahui apakah kehendak dan keperluan masa kini. Apa kata Yang Berhormat Kinabatangan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya amat bersetuju dengan rakan saya dan Tuan Yang di-Pertua, hujah rakan saya Yang Berhormat Tangga Batu dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini, dengan penetapan gaji pokok ini maka seseorang pekerja mendapat caruman Kumpulan Wang Simpanan (KWSP). Dahulu tidak ada dan Pertubuhan Keselamatan Sosial

(PERKESO) dapat juga. Dahulu tidak ada. Inilah pembelaan yang kita buat.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Rasa saya yang paling seronok yang pekerja tunggu-tunggu iaitu penetapan gaji juga dapat menjadi faktor penarik dalam pasaran buruh negara dan membolehkan rakyat yang berada di luar pasaran kerja memasuki pasaran pekerjaan. Apa masalahnya? Apa yang diputar-putarkan oleh pembangkang supaya ditarik balik. Kita ini manusia, kita gunakan hati naluri kita. Jangan kita oleh sebab kepentingan politik, maka kita musnahkan dalam jiwa kita. Sebagai seorang pemimpin, kita harus ikhlas memperjuangkan untung nasib bangsa kita. Jangan kerana mahu menang pilihan raya kita jadi lupa segala-galanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya....

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Banyak sebut kita, kita itu, parti kitakah?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya amat berharaplah, saya berharap kerajaan dapat merealisasikan akta ini sebab pada saya selama ini pekerja- pekerja awam kita banyak yang tertipu. Ramai pekerja yang dijemput daripada Sabah bekerja di kilang-kilang, tiga bulan mereka kehilangan pekerja. Tidak ada makan, tiada tempat tinggal. Orang yang dijumpanya pemimpin dari Sabah. Macam saya, senang orang jumpa selalu dijumpa. Jadi, masalah timbul.

Akan tetapi dengan adanya akta ini, saya akan berceramah di Sabah. Saya kata, datanglah bekerja sebab akta ini menjamin masa hadapan pekerja-pekerja. Tidak ada lagi penyelewengan. Kalau ada majikan yang menyeleweng, maka ada undang-undang penalti yang berat dikenakan termasuk menutup kilang mereka ataupun perusahaan mereka. Jadi apa yang pembangkang hujah ini supaya pekerja-pekerja kilang dengar, pembangkang memang pembohong. Tidak ada pun kata dia betul.

final • 3:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Bankrap idea.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bankrap idea seperti kata Yang Berhormat Tangga Batu. Semua pun dipolitikkan. Kalah pilihan raya, dia organise pula orang, buat rally BERSIH. Bersih apa?... [Disampuk] Bersih ‘tie kuning’. Akan tetapi saya hairan, rakan-rakan lain tidak juga pakai tie kuning. Mungkin tie kuning ini panglima- panglima yang sudah pupus dalam politik mereka. Sudah dilabel, ini tie kuning tetap yang tidak boleh maju punyalah. Tie kuning’, Yang Berhormat cakap ‘tahi kuning’ dia kata, tak tahulah...

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kinabatangan..

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cukup, cukup..

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang pakai tie kuning itu..

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat..

final • 3:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Semua ini ketinggalan zaman punya.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Oh, jadi ikut rakan saya Yang Berhormat Padang Serai, memang ketinggalan zaman punyalah. Sebab saya tahu ‘kuning’ ini Raja-Raja punya warna. Jadi tidak tahulah, Yang Berhormat Pokok Sena ada darah rajakah, apakah, tidak tahulah. Raja pokok mungkin.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, habiskan Yang Berhormat, habiskan.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi akhirnya, saya menyeru rakan-rakan supaya memberi sokongan yang padu kepada akta ini dan kita utamakan sebab akta ini ada kepentingannya melibatkan pekerja-pekerja yang berpuluh-puluh ribu. Dengan adanya penetapan gaji ini, kalau boleh saya sarankan gaji ini biarlah berpatutan.Biarlah pekerja-pekerja kita menerima keistimewaannya selama berpuluh-puluh tahun mereka menderita. Dengan adanya akta ini, mereka boleh selesa menerima kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 3:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, semasa membentangkan rang undang-undang ini, Yang Berhormat Menteri telah mengatakan bahawa asas dia mengemukakan rang undang-undang gaji minimum ini adalah kerana pada tahun 2020, kita akan menjadi satu negara maju dan kita perlu ada pendapatan yang tinggi. Akan tetapi kalau kita balik 10 tahun dahulu, alasan-alasan yang diberikan oleh kerajaan selalunya murka. Saya ingat lagi pada 10 tahun dahulu, satu di antara alasan yang dibuat di Dewan ini adalah tidak ingin mengadakan gaji minimum kerana masa itu kita dalam situasi economy recession. Jadi itu adalah satu alasan pada masa itu.

Di Dewan sendiri pada dua tahun dahulu, alasannya kenapa kita tidak ada gaji minimum, alasan mereka adalah kerana kalau kita ada gaji minimum ia akan menyekat competitiveness dalam perniagaan kita dengan negara-negara lain. Setiap kali nampaknya ada alasan-alasan yang baru. Akan tetapi yang benar adalah ini Tuan Yang di-Pertua iaitu kerana tekanan-tekanan oleh NGO-NGO, tekanan-tekanan dari parti-parti politik terutamanya Pakatan Rakyat, di mana di Buku Jingga kita dengan jelas kita telah mengatakan kita akan adakan gaji minimum dan sebagainya. Maka kerajaan Barisan Nasional tahu bahawa kemungkinan besar dan mereka ingin mengadakan pilihan raya tidak lama lagi, maka ini adalah satu di antara aset yang mereka ingin bawa kepada rakyat memberitahu bahawa mereka telah mencapai untuk semua pekerja di Malaysia. Maka ini adalah satu yang baik tetapi dalam hati mereka ini bukanlah benar.

final • 3:48 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh barat

Kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1928, seorang yang bernama Veerasamy, dia adalah anggota di Federal Council. Pada masa itu, 11 Jun, dia telah mengesyorkan gaji minimum. This is nothing new. Selepas 85 tahun, kita masih lagi berbincang tentang isu tersebut. Encik Veerasamy ini adalah seorang peguam terkenal dari Ipoh dan dia pada masa itu telah mengesyorkan kepada Federal Council. Dia adalah seorang anggota Federal Council yang telah mengesyorkan mengadakan gaji minimum.

Tuan Yang di-Pertua, apakah kita perlu rang undang-undang ini? Itu soalan yang ditanya-tanya. Semalam saya difahamkan di surat khabar dan hari ini di surat khabar Tamil dan sebagainya, dikatakan Menteri telah mengatakan bahawa ada debat semalam mengenai gaji minimum, hari ini pun akan ada debat sedemikian dan satu keputusan akan dibuat mengenai berapakah gaji minimum. Is this the true? Adakah kuantum gaji minimum akan ditentukan.., tidak, bukan? It is all run around. Lagi satu run around. Dari tahun 1947 kita sudah run around, selepas lebih 60 lebih tahun, kita run around again.

Tuan Yang di-Pertua, Wages Council Act 1947, bukankah dalam akta ini juga kita boleh membawa pembaharuan, boleh bawa rang undang-undang menukar dan meminda dan sebagainya, membawa pembaharuan yang dikatakan yang akan dibawa kepada rang undang-undang ini? Jadi, tidak ada seriousness oleh Barisan Nasional. Ini sahaja satu cara mereka datang memberitahu kepada seluruh negara tentang gaji minimum. You are laughing stock, you are lying. Itu tidak benar. Mana ada gaji minimum.

Kalau sedemikian, in 1957, selepas itu berapa kali, berapa sektor yang telah dikenal pasti, kenapa kita tidak boleh meminda undang-undang ini dan bawa gaji minimum?

It is taking so long in this journey for the workers of this country. Kenapa mereka melambat- lambatkan? Ini kerana hari in Tuan Yang di-Pertua, all this is eye wash Tuan Yang di- Pertua, kerana desakan-desakan pekerja di Malaysia ini mereka tahu.

Akhir sekali kerajaan akan menang atau kalah pada pilihan raya yang akan datang, semua tertakluk kepada sokongan daripada orang ramai termasuk yang mustahak sekali orang ramai dari golongan pekerja. Jadi mereka kena beritahu, “Oh, kita ada gaji minimum”. Kita dalam proses tetapi sebenarnya untuk lebih daripada 60 tahun di negara ini, kita dalam proses apa? Proses penipuan. Tidak ada kebenaran, keikhlasan. Tidak ada.

Semua ini tidak ada dalam Barisan Nasional.

Kalau ada, Yang Berhormat Menteri baru menjadi Menteri tiga tahun, kenapa tiga tahun dahulu tidak bawa perkara ini? Sebelum itu, beberapa Menteri dari tahun 1957, you chief have been sleeping. Tidak ingat tentang pekerja?

final • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh barat

Bukan tidak ingat, masa itu tidak mustahak. Pekerja irrelevant. Akan tetapi mereka tahu selepas tahun 2008, situasi telah bertukar. Selepas 2008 baru mereka tahu kehendak pekerja-pekerja di Malaysia. They will not competitive, we are in recession, alasan-alasan. I got all question and answer yang saya simpan. Ini adalah satu di antara yang perlu kita fikir.

Kalau kita tengok akta ini, what round is around. Two-tier system, three-tier system, akan ada komiti, akan membuat penyiasatan, akan mendapat pandangan, akan ada pihak-pihak akademik yang terlibat dan mendapat pandangan-pandangan mereka dan selepas itu dikumpulkan semua ini dan Menteri akan membuat satu keputusan dan selepas membuat keputusan akan dirujuk kepada Kabinet dan Kabinet akan membuat keputusan muktamad. All these two-tier, three-tier system.

Sama juga kalau kita tengok dalam Wages Council Act, keadaan yang sama juga.

Kalau di sana satu peluang lebih 60 tahun kita ada tetapi tidak boleh buat, semestinya di sini tidak boleh buat. Serupa juga. Boleh saya tanya dalam perkara ini, apakah sektor- sektor atau kerja-kerja yang telah dikenal pasti oleh kerajaan dalam tempoh masa berapa lama dari sekarang? Kalau katakan rang undang-undang ini diluluskan, berapa lama construction industry, pekerja-pekerja di kilang, security guard dan sebagainya – jangan kita lupa. Apakah gaji-gaji yang akan disyorkan sekurang-kurangnya sebagai minimum? All these rhetoric.

Kalau kerajaan serius, apabila EPU membuat keputusan dan analisa-analisa mereka mengatakan kategori miskin tegar RM430 untuk semenanjung dan RM540 untuk Sabah dan RM520 untuk Sarawak, adakah ini benar pekerja-pekerja kita mendapat gaji sekurang-kurangnya demikian? Adakah betul, tidak, bukan? Bukankah Yang Berhormat Menteri dan kawan-kawan kita dari Barisan Nasional semua tahu mengani hal ini. Ramai di antara warganegara Malaysia mendapat gaji yang kurang dari itu. Apa yang dibuat setakat ini? Apakah tindakan yang telah diambil? Adakah mereka ikhlas? Adakah menteri dan kementerian ikhlas? Tidak, langsung tidak dibuat. You had an opportunity tetapi tidak dibuat. Kenapa tidak dibuat? Because you are dishonest, you are not truthful. Hari ini datang ke Parlimen dan seluruh Malaysia dikatakan seperti yang ternyata dalam surat khabar Tamil Tuan Yang di-Pertua, hari ini keputusan berapakah gaji minimum kuantum akan dibuat. Ini Menteri kata. Benarkah? All laughing stock, lying to the tip. Semuanya tidak benar.

Yang Berhormat Timbalan Menteri kemudian ambil tangan. You boleh ambil apa yang you mahu tetapi ini semua benar. Apa yang saya cakap itu adalah yang benar. Kalau betul, apakah ini tidak diketahui oleh kementerian mengenai kategori miskin tegar? Lagi satu, kategori miskin iaitu pendapatan yang kurang dari RM720 untuk Semenanjung, RM960 untuk Sabah dan RM830 untuk Sarawak. Berapa orang dalam kategori ini? Lebih daripada 73 peratus rakyat Malaysia mendapat pendapatan kurang daripada RM1,500.

Apa yang dibuat setakat ini untuk meningkatkan pendapatan mereka? Dari coefficient statistik yang ditunjukkan menunjukkan pendapatan di antara masyarakat kaya dan miskin makin lama makin besar. Orang kaya menjadi lebih kaya. Ini adalah satu di antara negara di Asia yang luar biasa. Orang kaya menjadi kaya raya dan orang miskin lagi miskin. Jadi apa yang Kerajaan Barisan Nasional buat? Gaji minimum. It will solve all the problem. No, the reality isn’t.

Sabah, kawan saya cakap banyak dari Sabah. Selepas 45 tahun, negeri yang sepatutnya kaya sekali menjadi paling miskin. Tidak malukah? Datang di sini kata gaji minimum kita bertentangan. Kenapa kita bertentangan? Kita run around. Oh mereka kaya, orang-orang atasan, orang-orang yang ada power. Mereka boleh kontrol semua sedemikian tetapi yang realitinya, saya hendak tahu dan saya hendak tanya tentang EPU yang membuat minimum untuk survival. Dan ada lagi satu ialah mudah miskin iaitu golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK, bermaksud threshold di bawah RM1,500 bagi kawasan bandar dan RM1,000 bagi kawasan luar bandar. Macam mana ia boleh dicapai?

Saya khuatir bahawa selepas rang undang-undang ini diluluskan, semua ini sebenarnya selepas ini lagi satu penipuan dibuat kepada pekerja-pekerja di negara kita.

Lagi satu proses di mana kita menggunakan kuasa mereka untuk menerajui kerajaan atau dipilih dalam pilihan raya tetapi menggunakan mereka sebagai satu alat sahaja semasa pilihan raya. Apa yang benar adalah kerajaan kurang peduli kepada mereka.

final • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh barat

Saya hendak tahu lingkungan masa dari sekarang. Kalau katakan rang undang- undang kerana kalau kita tengok rang undang-undang ini ia ada masa untuk Menteri mengimplementasikan, ada two, three-tier system, ada committee dan sebagainya. Saya rasa dalam analisa-analisa yang akan dibuat oleh committees itu ia akan mengambil masa yang lama.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Apa yang telah jadi, apa yang kita telah belajar dari sejarah dari Wage Council yang saya rasa yang boleh diguna pakai sebelum ini. Kenapa ia tidak diguna pakai?

Kenapa kita ada satu opportunity sebelum ini dalam Wage Council untuk menetapkan gaji minimum tetapi tidak? Bukan kita semua tahu. Lebih daripada 70 peratus di negara-negara dunia ini ada gaji minimum.

Di Singapura sangat realistiknya. Setiap tahun amaunnya akan ditetapkan untuk meningkatkan gaji. Adakah sedemikian akan diguna pakai di Malaysia? Kalau tidak kenapa tidak? Setiap kali Tuan Yang di-Pertua apabila kita kata mengenai gaji minimum satu di antaranya yang disuarakan sebenarnya suara majikan adalah productivity. Apa yang mustahak adalah untuk meningkatkan produktiviti. Tuan Yang di-Pertua orang miskin, orang susah, orang yang tidak belajar macam mana dia boleh meningkatkan produktiviti?

Bukankah itu kita punya responsibility dan duty untuk menolong mereka. Akan tetapi cakap gaji minimum, tetapi cakap tetapi realiti tidak akan jadi.

Itulah saya khuatir. Walaupun pada hasratnya dalam bigger picture saya setuju.

Kalau kita tengok saya sepuluh tahun dahulu saya ada pernah mengatakan gaji minimum itu saya kata. Pada tahun 1928 perkara ini telah dibangkitkan di Malaya. Tahun 1947 kita ada akta berkaitan tetapi tidak ada keseriusan. Saya khuatir. Saya hendak tanya adakah kerajaan serius? Kalau serius apa tempoh masanya? Apakah pekerjaan-pekerjaan dan swasta-swasta di mana ia akan dikenal pasti semua ini akan mendapat gaji minimum?

Saya khuatir. Macam security guard bila kata satu kuantum lepas itu kerana ada bantahan dari majikan kuantum itu diturunkan kepada kuantum apa? Kategori miskin.

Tidak ada malukah? Kerajaan tidak ada malukah? Ingin menolong mereka tetapi inilah kerana desakan-desakan dari majikan mereka tertakluk kepada desakan tersebut dan mengurangkan dari apa yang dinyatakan dari mula-mula. Jadi ini menunjukkan bahawa kekurangan keikhlasan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya rasa, as I had said dalam bigger picture ini bagus ini Wage Council tetapi yang mustahak adalah kita perlu ada inisiatif, kita ada perlu ada pembukaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu dalam akta ini menunjukkan bahawa analisa-analisa akan dibuat mengenai cadangan-cadangan akan dibuat mengenai minimum. Adakah ia semua akan..., public record akan diberi kepada made public. Supaya orang ramai tahu kenapa satu keputusan telah dibuat atau satu keputusan telah ditolak atau satu keputusan yang tidak dibuat oleh kerajaan.

Bukan sahaja oleh kerajaan, bukan sahaja oleh Kabinet tetapi recommendation- recommendation oleh committees yang akan disediakan. Adakah ia akan dibuat public? Ini kerana bila dia buat public baru masyarakat dan umum tahu. Adakah ini benar dan kenapa Menteri tidak setuju kepada itu? Kenapa Kabinet tidak setuju kepada itu? Itu adalah satu di antara perkara yang kita hendak tahu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Alor Gajah.

final • 4:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn - Alor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengan sukacitanya berdiri di sini untuk memberikan syabas tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Membentangkan satu rang undang-undang yang saya rasa sudah sampainya kita harus timbang dan luluskan. Tujuan Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara sebenarnya merupakan satu rang undang-undang untuk mengemaskinikan dan menggantikan Majlis Gaji 1947. Dengan adanya rang undang- undang seperti ini Menteri diberi kuasa untuk menentukan satu kadar gaji yang berpatutan bagi pekerja-pekerja di negara kita ini.

Dari segi teorinya pakar-pakar ekonomi memang selalu menyatakan bahawa kadar gaji ini semestinya ditentukan oleh pasaran. Ini kerana pasaran yang tahu kadar gaji yang sesuai. Namun demikian ini mengandaikan bahawa gaji pasaran pekerja merupakan satu pasaran yang perfect, satu pasaran yang berkesan yang efektif. Di negara kita ini ada banyak contoh yang menggambarkan bahawa pasaran pekerja di negara kita ini bukan sahaja tidak berkesan tetapi juga tidak perfect.

Ini kerana di bidang-bidang tertentu pekerja-pekerja asing dengan senangnya memasuki. Sektor ladang merupakan satu sektor yang jelas, yang ketara. Setiap tahun kita dapati bahawa pihak majikan, syarikat-syarikat yang besar mereka dapat untung yang tinggi berbilion-bilion ringgit. Namun demikian pekerja-pekerja mereka dibayar dengan gaji kadarnya yang tidak mengikut keuntungan yang didapati oleh pihak majikan. Ini satu alasan yang besarnya ialah pekerja asing senang sahaja memasuki untuk menyertai sektor tersebut. Sebagai majikan memanglah apabila ada pekerja yang ingin gaji yang rendah mereka gunakan mereka.

Jadi pasaran pekerja atau workers market kita ini merupakan satu pasaran yang tidak berkesan, yang tidak not perfect. Jadi adalah sesuai satu undang-undang seperti ini dilaksanakan untuk menentukan nasib pekerja-pekerja di negara kita ini. Tuan Yang di- Pertua, memang kita semua faham memang pihak majikan selalunya menyuarakan rasa halangan mereka terhadap undang-undang seperti ini. Saya ucapkan syabas kepada Menteri kerana ingin laksanakan atau laksanakan akta seperti ini sungguhpun di halang oleh pihak majikan. Ada beberapa isu yang Menteri mesti tentukan apabila melaksanakan rang undang-undang seperti ini.

Satu isu yang penting ialah sama ada gaji yang ditentukan mereka yang merangkumi pekerja-pekerja semua termasuk pekerja asing. Saya rasa dalam pelaksanaan rang undang-undang ini, kita tidak boleh mengasingkan pekerja asing atau pekerja tempatan. Ini kerana isu tidak mengikut..., kita mesti pakai norma-norma antarabangsa.

Kita tidak boleh ada satu kilang atau satu tempat kerja di mana sebahagian pekerja ini dibayar gaji yang rendah dibandingkan dengan pekerja-pekerja yang lain. Ertinya minimum wage atau gaji yang minimum ini harus dipakai kepada semua pekerja termasuk pekerja asing.

Kalau Menteri buat keputusan itu, itu bererti kita mesti laksanakan syarat-syarat yang lebih dekat untuk majikan supaya kita tidak boleh dengan senang sahaja menggunakan pekerja-pekerja asing. Kalau tidak kita tidak ada syarat ertinya hanya pekerja asing yang akan dapat manfaat dan negara kita akan dibanjiri oleh berjuta-juta pekerja asing.

final • 4:04 PM

Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn - Alor Gajah

Soalan kedua ialah sama ada gaji yang minimum ini terpakai kepada part timers atau mereka yang bekerja separuh masa. Pada pendapat saya adalah fungsi Majlis Perundingan Gaji ini menentukan satu kadar mengikut jam atau hourly rate yang munasabah supaya kita juga boleh mengadakan mereka yang ingin bekerja sebagai part timers. Misalannya, mereka yang merupakan pelajar-pelajar di kolej, mereka yang sudah bersara dan sebagainya. Kalau kita ada satu kadar hourly rate yang berpatutan memang itu merupakan satu galakan untuk kumpulan ini bekerja dan dengan itu kita boleh menggalakkan satu masyarakat di mana di work place merupakan satu tempat yang lebih fleksibel dan sebagainya. Isu yang lain itu ialah sama ada kita mesti tentukan satu kadar menyeluruh untuk semua sektor.

final • 4:10 PM

Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn - Alor Gajah

Pada pendapat saya, kalau kita ikutlah formula-formula yang lama itu di mana kita asingkan sektor dengan mini sektor dan sebagainya, itu merupakan satu tugas yang amat rumit kerana susahlah untuk Majlis ini menentukan sektor-sektor yang kita harus pakai kadangkala yang berlainan. Pada pendapat saya, adalah lebih sesuai kalau Majlis Perundingan Gaji Negara ini menentukan satu kadar menyeluruh atau a national rate tetap mengambil kira bahawa keadaan di Malaysia kita ada Rang Undang-undang Buruh untuk Sabah dan Sarawak juga Rang Undang-undang Kerja di Semenanjung. Jadi, kita mesti ambil kira bahawa kedua-dua rang undang-undang itu adalah berbeza. Ertinya kita boleh tentukan satu kadar regional mengikut rang undang-undang tersebut dengan adanya juga tempat untuk allowance demi untuk mengambil kira differential, dengan izin, housing differential dan living cost differential mengikut tempat ini.

final • 4:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Minta penjelasan sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Saya rasa kita gembira mendengar Yang Berhormat setuju secara dasarlah dengan konsep gaji minimum dan tadi sebut perlunya juga kadar berdasarkan jam atau hourly rate untuk part timers dan juga bahawa rang undang-undang ini perlu meliputi pekerja asing juga. Saya rasa secara prinsip semua ini kita boleh setuju tetapi soalan saya Yang Berhormat adalah semasa Yang Berhormat adalah Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, apakah jadi halangan perkara-perkara ini tidak dijadikan dasar pada masa itu apabila Yang Berhormat mempunyai kuasa sebagai Menteri Sumber Manusia beberapa tahun?

final • 4:10 PM

Tan Seri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn

Terima kasih soalan itu daripada Yang Berhormat Subang ini. Memang seperti yang saya katakan itu rang undang-undang ini merupakan satu proses untuk mengemaskinikan rang undang-undang yang kita ada dahulu iaitu Wage Council Act 1947 di mana ada kuasa untuk menentukan gaji-gaji mengikut sektor. Namun demikian, oleh sebab peruntukan-peruntukan di sektor tersebut adalah banyak sebelum kita boleh tentukan gaji untuk sektor tersebut, kita mestilah ada satu royal commission of inquiry dan sebagainya. Saya ingin mengucapkan syabas kepada kementerian kerana telah putuskan bahawa Akta Majlis Gaji 1947 itu tidak boleh dipakai lagi kerana dia ada banyak bureaucratic steps sebelum satu gaji minimum boleh ditentukan oleh sektor itu. Tidak perlulah kita sebut kenapa apabila saya menjadi menteri tidak boleh laksanakan kerana ini merupakan satu proses dan tanggungjawab kerajaan. Apabila sampai masa yang sesuai saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian kerana dengan jayanya boleh ada bill tersebut dibentangkan kepada Parlimen.

Saya juga ingin merujukkan beberapa...

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan sedikit.

final • 4:10 PM

Tan Seri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn

Rang undang-undang ini tidak seharusnya di...

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 4:10 PM

Tan Seri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn

Beri saya habiskan dahulu.

Seharusnya mestilah dianggap oleh pihak majikan sebagi satu rang undang-undang yang memberi galakan mereka untuk mempertingkatkan kualiti atau untuk memperbaiki proses keluaran mereka supaya mereka boleh menaikkan kualiti pekerja mereka dengan latihan dengan menggunakan peralatan-peralatan yang moden dan dengan multiskilling. Ini adalah mengikut proses untuk kenaikan taraf ekonomi kita setanding dengan harapan kita untuk menjadi ekonomi kita sebagai satu ekonomi yang bayar gaji lebih tinggi.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu perkara. Yang Berhormat pernah menjadi Menteri berkenaan dari tahun 1999 hingga 2008.

Bolehkah saya dapat tahu semasa itu kenapa Wage Council Act ini tidak dipinda supaya semua perkara yang kita bangkitkan hari ini dapat dirangkumi dan pertolongan dapat dibuat untuk pekerja-pekerja. Ini kerana pada masa itu kita ada satu peluang, itu nombor satu.

Nombor dua, Yang Berhormat pernah berjawab kepada saya beberapa kali mengenai hal isu hal minimum. Saya ingat lagi Yang Berhormat pernah kata bahawa kalau kita ada gaji minimum ia akan menyekat competitiveness dengan negara-negara lain. Adakah pandangan Yang Berhormat ini sekarang berubah? Kalau berubah kenapa ia telah berubah? Bolehkah saya dapat tahu mengenai perkara tersebut?

final • 4:10 PM

Tan Seri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn

Terima kasih soalan itu tadi Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat ada satu minit sahaja tinggal Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tan Seri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn

Ya, sudah sampai masa.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak perlulah.

final • 4:10 PM

Tan Seri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn

Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian, sudah sampai masa yang sesuai kita ada satu akta seperti ini demi untuk kepentingan mengemaskinikan dan memotivasikan ekonomi kita setanding dengan hasrat kita untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang bergaji tinggi. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Batu.

final • 4:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih. Pertama sekali saya ingin tegaskan bahawa dengan tidak menyokong undang-undang ini tidak bermaksud kita tidak sokong gaji minimum. Apa yang dibentangkan hari ini adalah satu perkara yang sangat mengecewakan kerana selepas satu proses yang panjang melalui lab dan pelbagai perbincangan, kerajaan belum dapat menetapkan apakah arah tuju dari segi gaji minimum ini. Di dalam sistem perhubungan perusahaan, industrial relation, ada dua cara untuk menetapkan gaji. Satu ialah melalui perundingan kolektif atau melalui perundangan atau state legislation.

Kalau ini adalah undang-undang untuk menetapkan gaji minimum, panggillah ini Undang-undang Akta Gaji Minimum. Kalau ini adalah satu alat untuk merunding gaji, panggillah ini Majlis Rundingan tetapi tadi saya dengar bill ini, di dalam rang undang- undang ini dinamakan sebagai Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 tetapi segala contentnya adalah gaji minimum. So, itu satu perkara yang sangat pelik dan you don’t call a spade a spade. Itulah sebabnya saya anggap kalau kita bersungguh-sungguh komited kepada gaji minimum, apa yang ada di dalam undang-undang ini tidak membantu untuk menetapkan gaji minimum. Apa yang kita perlu sekarang ialah kerajaan sepatutnya menentukan satu kadar lantai apakah gaji yang perlu ditetapkan untuk semua tempat?

Saya tidak setuju kalau kita kata negeri Pahang ada gaji minimum yang berbeza dengan negeri Melaka, Johor atau mana-mana tempat.

final • 4:17 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itu tidak membantu untuk menetapkan satu pasaran yang dianggap sebagai level playing field. Ini juga bermaksud kita tidak sepatutnya gaji minimum ini berkait dengan sector minimum wage yang dimaksudkan sebagai setiap sektor kita mempunyai gaji yang berbeza. Kenapa begitu? Ini adalah kerana gaji minimum hanya salah satu daripada alat untuk memastikan pekerja di dalam pasaran kerja dan juga majikan dapat satu penentuan yang tepat, dia tidak tetap, yang tidak lagi akan ada pekerja didiskriminasikan dan juga termasuk majikan tidak didiskriminasikan. Akan tetapi undang-undang ini tidak akan mencapai perkara ini.

Ini adalah kerana kita telah terpesong daripada falsafah perhubungan perusahaan di negara kita iaitu konsep tripartism. Tripartism adalah asas bagi semua undang-undang pekerja dan juga undang-undang yang berhubungan dengan perhubungan perusahaan atau industrial relation. Dalam komposisi yang kita ada hari ini bukan tripartism kerana tidak ada keseimbangan di dalam tiga pihak, yang sangat penting kita dalam semua perkara- perkara yang menentukan gaji, dua stakeholders yang paling penting ialah majikan iaitu employer dan juga pekerja.

final • 4:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Mereka sepatutnya memainkan peranan yang paling penting tetapi malangnya dalam keadaan ini seolah-olah stake player yang sepatutnya memainkan satu peranan sebagai orang tengah yang neutral memainkan lebih banyak peranan dapat lebih banyak pelantikan dan mereka menguasai proses rundingan ini. Itulah maksud saya dengan izin, it defeat the purpose. Kalau kita hendak satu rundingan yang seimbang kita harus memberi, ada keberanian memberi kepada kuasa kepada majikan dan pekerja untuk berunding.

Jika rundingan ini..., selepas dirunding, boleh juga ditolak oleh Menteri atau ditolak oleh kerajaan dan sia-sialah kita buat kerja. Lagipun dalam tempoh untuk membuat review taraf gaji ini, setiap dua tahun dalam pasaran yang dinamik hari ini. Kita hanya bersidang dua tahun untuk membuat recommendation, itu bukan sesuatu yang cukup untuk menangani pasaran buruh yang ada hari ini.

Kembali kepada isu representasi atau perwakilan. Dalam akta ini kita tidak menentukan siapa yang akan mewakili kepentingan majikan atau kepentingan pekerja. Ini tidak ditentukan. Negara kita memang tidak ada satu tradisi persatuan sekerja yang kuat dan juga tidak ada tradisi majikan atau employer mereka membentuk union, sebab itu kuasa pelantikan kembali kepada kuasa Menteri.

Jadi, kebanyakan stakeholders bagi saya akan di exclude dalam proses ini.

Adakah kita boleh jamin Menteri melantik majikan yang betul-betul kepentingan majikan?

Adakah mereka adalah orang yang dipilih oleh majikan ataupun persatuan majikan?

Adakah MTUC atau CUEPACS akan buat pilihan untuk pelantikan? Ini tidak ada. Lagipun dalam sistem ini banyak SME, perusahaan yang kecil dan sederhana tidak akan diwakili kerana mereka tidak ada union, suara mereka tidak akan didengar dan akhirnya mereka tidak akan dapat menyertai proses untuk menentukan gaji.

Jadi, bagi saya ini adalah satu undang-undang yang cacat, yang tidak membantu dan tidak boleh digunakan sebagai satu alat yang menjamin kebajikan dan hak pekerja malah juga tidak akan menjamin hak majikan dilindungi. Dalam keadaan ini, itulah kita tidak hairan pihak MTUC dan juga termasuk MEF tolak undang-undang ini. Saya nampak apakah gunanya kalau kerajaan memperkenalkan satu undang-undang yang tidak disokong dua golongan yang sepatutnya mendapat manfaat dari proses ini. Maka sekali lagi kita rayu pada kerajaan, undang-undang ini harus dikemaskan lagi. Undang-undang ini harus dikembalikan kepada jawatankuasa supaya perkara-perkara yang cacat ini, kecacatan ini dapat diperbetulkan.

Untuk buat sementara, saya agak sudah sampai masa kerajaan boleh menetapkan gaji minimum dengan dasar sebagai satu perkara dasar dan ini boleh dilaksanakan tanpa undang-undang ini. Kerajaan boleh tentukan sekarang gaji minimum untuk rakyat Malaysia untuk semua pekerja adalah RM1,200 atau RM1,500 atau RM800.

Itu terpulang, itu hak kerajaan yang mempunyai mandat sekarang. Mengapa kita ingin melambatkan proses pengisytiharan kadar gaji minimum untuk membantu pekerja sekarang? Kita adakan majlis rundingan ini tanpa mandat, tanpa satu definisi apa dimaksudkan oleh sektor. Adakah semua yang bekerja di dalam kilang elektronik sebagai satu sektor, atau semua pekerja di dalam hospital sebagai satu sektor? Itu tidak ditentukan, kalau kita masuk dalam gaji minimum sektor. Adakah jururawat akan diwakili? Majikan akan diwakili? Ini adalah satu proses yang kompleks dan undang-undang ini tidak akan membantu.

Oleh kerana itu saya ingin tegaskan sekali lagi bukan kita tolak gaji minimum tetapi undang-undang ini bukan undang-undang gaji minimum. Ini juga bukan satu undang- undang yang membolehkan kita berunding kerana player yang sepatutnya menyertai perundingan ini tidak dibagi hak dan juga kerajaan juga tidak mempunyai satu idea yang jelas. Ini satu perkara yang sangat malang kerana kita telah melalui satu proses panjang dengan World Bank dengan consultant tetapi akhirnya kita tidak ada satu undang-undang yang boleh membantu. Dengan itu saya sekali lagi rayu kita tolak undang-undang ini dan kita perkenalkan satu undang-undang selepas dikemaskan. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:28 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sebelum itu Tuan Yang di- Pertua boleh minta penjelasan sedikit ya.

final • 4:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kepada siapa Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 4:28 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kepada Tuan Yang di-Pertua.

Boleh?

final • 4:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Boleh

final • 4:28 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya perhati ini semua Ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang pakai tie kuning, adakah ini menunjukkan bahawa menyokong perhimpunan haram yang akan diadakan pada 9 Julai ini?... [Dewan riuh] Ya, ini penting kerana rakyat mahu tahu.

final • 4:28 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Siapa cakap haram ini?

final • 4:28 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Rakyat mahu tahu bahawa...

final • 4:28 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Siapa menentukan haram ini?

final • 4:28 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ya, sebab polis telah memberitahu perhimpunan ini tidak ada permit. Jadi, ianya menjadi satu perhimpunan haram. Semua orang tahu, jadi nampak gayanya Yang Berhormat daripada parti pembangkang walaupun tahu bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan haram tetapi menyokong, menyokong sekuat-kuatnya. Jadi, Ini kita hendak beritahu rakyat inilah pendirian kepada parti pembangkang.

final • 4:28 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya cadang lebih baik buat laporan polis lah jangan bazir masa di sinilah.

final • 4:28 PM

Dato’ Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Apa masalahnya dengan warna kuning?

final • 4:28 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Lebih baik membuat laporan polis di luar.

final • 4:28 PM

Dato’ Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Walaupun haram atau halal, apa masalah dengan memakai tie warna kuning? Apa masalah dengan warna kuning?

final • 4:28 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bukan masalah kuning...

final • 4:28 PM

Dato’ Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Perhimpunan itu tidak haram tetapi kalau haram pun apa masalah dengan memakai tie warna kuning?

final • 4:28 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Jadi, hari ini tidak boleh pakai warna kuning?

Sampai bila tidak boleh pakai kuning?

final • 4:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat duduk semua, Yang Berhormat. Saya sudah faham apa Yang Berhormat sebut itu.

final • 4:28 PM

Seorang Ahli

Faham ya?

final • 4:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Faham.

Saya lebih faham daripada itu Yang Berhormat. Saya pun rasa hairanlah. Sebenarnya tidak ada apa-apa Yang Berhormat. Dalam dewan ini apa sahaja yang disebut dekat luar itu, tidak mengikatkan Dewan untuk memutuskan apa yang kita buat dalam Dewan.

final • 4:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jikalau tidak, Parlimen kita boleh diarah buat apa sahaja. Maknanya, saya ditanya tadi, saya kata keputusan dibuat Yang Berhormat menteri, keputusan dibuat KDN dan keputusan dibuat siapa sahaja termasuk polis. Di luar sana tidak mengikatkan Dewan Rakyat. Termasuk pakaian dipakai. Jadi, dengan sendirinya Yang Berhormat, hendak pakai kuning kah, hendak pakai merah kah, putih kah? Semua sama sahaja.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Hanya satu asalkan..., Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat, saya beri penjelasan. Asalkan ia tidak inconsistent, bercanggah dengan kehendak code of dresses dalam peraturan. Jadi, dengan itu Yang Berhormat, tidak ada apa-apa kesalahan. Jadi, Yang Berhormat, jangan buang masa lagi Yang Berhormat. Silalah. Jangan buat hal dengan saya pula.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Siapa yang bercakap tadi? Saya sudah lupa siapa yang bercakap tadi Yang Berhormat.

final • 4:31 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Saya, saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Concentration saya itu semua cerita hal Yang Berhormat Pasir Salak sahaja.

final • 4:31 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dia ini bukan UMNO, dia ‘UMNGOK’.

final • 4:31 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, saya punya...

final • 4:31 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Akan tetapi rakyat pun hendak tahu dalam hati perut itu apa tujuannya.

final • 4:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak apa. Tidak apa Yang Berhormat. Tidak payah kita bangkit pun semua orang sudah tahu dah. Sila Yang Berhormat Batang Sadong. Tidak payah sebut hal tie kuning, putih, merah itu.

final • 4:31 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Okey, sudah disebut tadi saya tidak payah sebut tetapi cerah nampak dalam Dewan ini semua memakai tie, yang untungnya orang buat tielah. Tie warna kuning.

final • 4:31 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Himpunan BERSIH itu menggalakkan perniagaan. Ekonomi yang baik.

final • 4:31 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Namun begitu Tuan Yang di- Pertua, saya berterima kasih di atas peluang untuk menyokong rang undang-undang ini kerana kita tahu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai tahap sebuah negara berpendapatan tinggi, sekurang-kurang ini adalah satu inisiatif yang baik. Walau apa pun dikata oleh rakan kita di pembangkang sana, kita amat menyokong undang-undang ini kerana saya ingin hendak menyentuh lebih kepada masalah sosial yang wujud kalau kita masih berbalah di sini mengenai berapa banyak gaji hendak diberi. Apa yang pentingnya, kita sudah mempunyai hasrat yang ikhlas.

Ada yang mengatakan tadi kita tidak jujur, dishonest, dengan izin. Ini biarlah kita sama-sama mengetepikan apa yang difikir untuk politik. Akan tetapi yang pentingnya kita memikir untuk masyarakat, untuk rakyat yang amat memerlukan kelulusan rang undang- undang ini. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu mereka yang boleh memanfaatkan dari lulusnya rang undang-undang ini untuk meningkatkan standard kehidupan pekerja dan mengurangkan kemiskinan.

Jadi, sekiranya kita meluluskan rang undang-undang ini banyak perkara, banyak implikasi yang negatif boleh kita atasi. Misalnya, kalau gaji terlalu rendah, apa yang terjadi kepada pekerja tersebut? Banyak masalah sosial yang lain yang wujud. Keluarganya pun banyak bergantung kepada mereka. Mereka juga ingin menikmati kehidupan seperti mana orang lain yang lebih senang daripada mereka. Mereka juga ingin membantu anak-anak mereka, generasi-generasi yang mereka lahirkan untuk meneruskan kehidupan yang biasa dan sederhana, sekurang-kurangnya selesa, tidak meminta sangat dari sesiapa sahaja.

Kita juga tidak mahu melihat rakyat kita berterusan hidup dalam kesusahan. Di samping itu juga negeri dan juga negara kita boleh juga melihat hasil daripada lulusnya rang undang-undang ini.

final • 4:31 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Sekurang-kurangnya mereka pekerja-pekerja ini akan dapat mengatasi masalah- masalah mereka, sebabnya Tuan Yang di-Pertua, jikalau kita perhatikan pada masa ini, sebab saya rasa point ini banyak tidak disentuh oleh rakan-rakan lain. Saya lebih menyentuh perkara ini, saya lebih melihat kepada implikasinya dari segi sosial. Oleh kerana kalau kita lihat masalah sekarang yang wujud, berwujudnya masalah penceraian, wujudnya masalah sosial seperti kecurian, masalah pembunuhan, banyaknya berpunca daripada masalah ekonomi. Masalah pendapatan yang begitu rendah sekali.

Jadi, ini adalah satu peluang untuk kita, di mana kita mulakan daripada meluluskan rang undang-undang ini dahulu. Oleh sebab ada tadi menyatakan ada pihak-pihak yang tertentu yang mempunyai kepentingan tidak dibawa. Saya nampak di sini ada kalau kita melihat keahlian ahli majlis dalam keanggotaan majlis dalam fasal 5(1) ini kita ada peluang untuk membawa bersama lima anggota yang mewakili pekerja, lima anggota yang mewakili majikan dan sekurang-kurangnya lima anggota lain. Jadi, peluang untuk mereka yang berkepentingan itu ada untuk menyertai dalam pembuatan keputusan, dalam apa juga yang akan diputuskan oleh majlis ini. Jadi, biarlah kita memperkasakan majlis ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah kita perlu mengadakan rang undang-undang ini dan memberi peluang kepada majlis dan memberi fleksibiliti itu kepada majlis untuk memutuskan supaya tidaklah semuanya kerajaan mengambil bahagian mengatakan mengawal, control, dengan izin, dalam semua segi. Jadi, di sini kita memberi peluang kepada majlis, kebebasan kepada majlis untuk menimbang dan memfokuskan tugasan mereka ke arah perundingan gaji ini. Mereka juga boleh merujuk kepada negara-negara lain yang mempunyai kedudukan ekonomi yang serupa dengan kita.

Jadi, mintalah kita sama-sama pihak sebelah sana, pihak sebelah sini biarlah kita memikir secara- ini adalah satu isu sejagat. Biarlah kita sama-sama memikir untuk kebaikan pekerja-pekerja yang akan menerima kebaikan ataupun faedah dari apa yang kita akan putuskan. Jikalau kita perhatikan juga Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini saya amat merasa prihatin dalam hal ini kerana saya mempunyai seorang pembantu rumah yang mempunyai pelajaran yang begitu tinggi sekali kalau di negara jiran kita. Beliau tamat dalam tingkatan enam dan tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajarannya dan namun menjadi pembantu rumah saya.

Saya banyak berkongsi mendengar perkongsiannya. Apa lagi yang orang Malaysia ini banyak complain mengenai kerajaan ini? Kita di negara kita katanya, banyak perkara susah walaupun kerajaan kita tahu banyak kita susah sana, banyak perkara tidak di control, harga barang, telur, harga barangan diperlukan, minyak ke apa, bawang. Jikalau mereka balik banyak - MILO pun dibawa balik kerana semua ini tidak dikawal berbandingkan dengan negara kita. Mereka selalu mengatakan dengan apa yang kita peroleh ini sekurang- kurangnya banyak membantu. Jikalau orang di sini pun, di Malaysia ini masih mengatakan banyak susah, suruh dia pergi ke negara kita. Sebab itu kita ramai orang luar datang ke sini untuk bekerja sebab banyak kesusahan di negara mereka sendiri, jadi mereka mencari tempat untuk bekerja. Di sinilah kita menunjukkan keprihatinan kita melalui sebagai majikan.

Kita memberi gaji yang baik. Memberi elaun yang baik.

Cuma satu yang saya hendak sarankan ataupun saya hendak mungkin hendak bertanya kepada pihak kementerian, sama ada ini melibatkan keseluruhan pekerja-pekerja, sama ada mereka bekerja dalam negara ataupun di luar negara? Ini kerana apa yang kita perhatikan di Malaysia ini masih ramai majikan membawa masuk pekerja-pekerja asing.

Kita melihat kecenderungan itu dan bila kita tanya, kita bercakap dengan pekerja dari negara asing ini, saya perhatikan dari yang ramai di sini, di negara kita ialah dari Filipina, China, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, India dan Indonesia. Kalau di hotel pun mereka tidak pandai bercakap dalam bahasa Inggeris. Apalagi dalam bahasa Malaysia. Akan tetapi kita masih juga mengambil mereka masuk untuk bekerja. Apakah sebabnya kita memerlukan pekerja-pekerja asing ini?

Kita tidak mahu nanti apabila kita meluluskan rang undang-undang ini kita mengatakan gaji minima ialah sebanyak ini. Sebanyak ini kita tetapkan. Jadi ianya menjadi satu faktor yang ditakutkan oleh para majikan. Baik saya ambil pekerja dari luarlah, dari pekerja-pekerja asing kerana kalau kita mengambil pekerja di dalam negara kita ia mungkin menjadikan...

final • 4:31 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh, minta penjelasan.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Satu ianya boleh menjejaskan keuntungan mereka. Saya tidak banyak masa Yang Berhormat. Akan tetapi, okey saya bagi peluang sedikit.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih. Saya rasa hairan kerana Yang Berhormat Menteri tidak brief kepada Backbenchers Barisan Nasional. Kalau kita laksanakan gaji minimum, ia harus dilaksanakan kepada pekerja asing juga orang tempatan dan ia tidak ada diskriminasi.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Sebenarnya kadangkala kita di sini apabila kita berbahas bukan hanya untuk kita. Apabila kita berbahas kita mahu ini di luar sana mendengar supaya menjadi satu liputan supaya membolehkan rakyat mengetahui. Banyak perkara yang kita tahu. Akan tetapi, kita terpaksa tanya di sini bagi membolehkan rakyat di luar sana untuk mengetahui apa isu sebenarnya. Jadi bukan hanya untuk pengetahuan kita. Jadi saya harap Yang Berhormat tidak memikirkan kita tidak tahu. Sebenarnya kami sudah ada briefing mengenai perundangan ini. Jadi...

final • 4:40 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Ini adalah satu...

final • 4:40 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Batang Sadong. Adakah Yang Berhormat Batang Sadong berfikir bahawa pihak kementerian ini tidak ada berunding kepada orang-orang yang berkenaan dengan pekerja- pekerja ataupun sengaja diputarbelitkan bahawa Yang Berhormat Menteri kita telah berbincang dengan orang profesional, orang yang arif pasal undang-undang pekerjaan ini dengan union-union dengan siapa sahaja berkaitan yang mempunyai pekerja untuk membawa undang-undang ini ke Parlimen. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sebenarnya, seperti mana yang telah disoal tadi sebenarnya yang kita faham, saya percaya Yang Berhormat Menteri menjawab perkara ini. Namun, kita telah dimaklumkan banyak pihak ramai pihak dan banyak pihak yang telah dibawa bersama untuk berbincang.

Oleh sebab itu tadi apabila Yang Berhormat bertanya dengan saya sebenarnya adalah menjadi kewajipan kita kerana kalau kita dengar hujah-hujah dari pembangkang tadi seolah-olah kerajaan ini tidak jujur, tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu.

Senang bagi pembangkang membuat pertuduhan. Jadi saya pun..., kita di sini terasa sebab pun mahu juga membantu rakyat. Oleh sebab itu kalau kita tidak membantu rakyat, rakyat tidak akan menyokong kita. Akan tetapi, dari segi inilah kita cuba menguar- uarkan ataupun memberi maklum...

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 4:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Memaklumkan kepada rakyat di sana apakah faedahnya sebab tadi Yang Berhormat Kinabatangan pun mereka menyatakan apakah faedahnya. Kita pun semua tahu, kita hendak menyatakan apakah faedahnya kalau rang undang-undang ini diluluskan.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Penjelasan yang ringkas sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Batang Sadong. Yang Berhormat Batang Sadong sudah bagi komen bahawa pihak kita di sini telah membantah secara yang mungkin tidak berasas. Akan tetapi saya hendak tanya, pihak rang undang-undang ini di bawa untuk kononnya untuk manfaatkan pekerja, golongan pekerja yang besar di negara kita hampir 10 juta.

Wakil mereka adalah Malaysian Trade Union Congress (MTUC). Kenapa pihak MTUC yang bersuara untuk pihak mereka telah menolak rang undang-undang ini. Ini mesti ada implikasi yang serius, mesti ada maknanya.

final • 4:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Mereka telah teliti rang undang-undang ini, mereka faham apa maksud rang undang-undang ini dan mengambil ketetapan menolak. Jadi bukan ini pendapat pembangkang sahaja bukan Pakatan Rakyat sahaja. Ini suara daripada mereka sebab mereka melihat rang undang-undang ini walaupun tidak sampai ke sasaran tidak sampai ke target mereka.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Okey, terima kasih. Terima kasih.

Saya masukkan dalam ucapan saya bagi memudahkan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya rasa ini adalah peluang yang terbaik untuk kita sama-sama membantu Yang Berhormat. Walaupun Yang Berhormat mengatakan ini kita perlu menyatakan kalau kita jujur, kita ikhlas, kita berani menyatakan berapa minimum, gaji minimum yang perlu kita tetapkan.

Sebenarnya, ini diperjuangkan kita semua Yang Berhormat. Semua kita telah memperjuangkannya. Jadi kita telah mendengar juga hujah-hujah daripada rakan kita dari Barisan Nasional yang lain mengatakan banyak perkara ataupun faktor-faktor perlu yang perlu diambil kira untuk menentukan gaji-gaji minima tertentu bagi sektor-sektor tertentu.

Jadi saya mengharapkan agar ianya selaras dengan aspirasi kita bersama-sama. Di sana pun mempunyai aspirasi tertentu, minta supaya ianya sekurang-kurangnya RM1,200.

Kita pun mempunyai aspirasi yang tertentu untuk memastikan kalau boleh lebih tinggi daripada itu. Akan tetapi, walau bagaimanapun itu adalah hak kerajaan untuk menentukan apakah keadaan sebenarnya dan memberi, memperkasakan Majlis untuk menentukannya secara supaya mereka dapat menelitikannya secara lebih terperinci sebelum mereka membuat keputusan secara munasabah untuk menentukan gaji-gaji minimum ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan agar kalau diluluskan rang undang-undang ini ianya berfungsi...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Gulung Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Dengan cara yang lebih efisien dan lebih memanfaatkan keseluruhan rakyat yang akan memanfaatkan dari ini iaitu golongan pekerja. Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 4:40 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang telah membentangkan satu rang undang-undang yang gempar seluruh negara, kononnya asas ataupun rang undang-undang ini akan memberikan gaji minimum. Akan tetapi, apabila dibentangkan yang ada hanyalah sebuah Majlis sahaja. Seharusnya, Majlis ini bukanlah satu masalah yang besar sangat.

Kalau diperhatikan bahawa Tuan Yang di-Pertua perjuangan untuk menuntut gaji minima ini bukanlah baru akan tetapi sudah pun lama diperjuangkan. Namun demikian, saya memilih untuk berbahas bukan di atas jalur politik iaitu jalur yang tidak banyak berbicara tentang masalah sebenarnya. Akan tetapi, yang banyak merumuskan perkara- perkara yang kadang kala tidak asas seperti tuduhan-tuduhan yang mengatakan pihak kami kononnya tidak bersetuju.

Dahulu minta akan tetapi apabila sudah bentang tidak setuju. Saya kira kita perlu lebih berhati-hati membuat rumusan. Kita konsisten. Kalau kita rujuk kepada apa yang kita kemukakan dalam manifesto kami khususnya daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kita ada menyebut tentang teras yang keenam yang menyatakan kesejahteraan pekerja di mana kita menawarkan kepada rakyat untuk melaksanakan Akta Gaji Minimum.

Jadi perkara ini bukan benda yang kita seperti yang disalah faham oleh atau sengaja disalah faham oleh rakan-rakan sebelah sana khususnya Yang Berhormat Kinabatangan yang bercakap tanpa asas.

final • 4:46 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Seolah-olah dahulu kita minta akan tetapi apabila sudah bentang kita tolak. Bukan, itu bukan isu dia Tuan Yang di-Pertua. Isu yang kami cuba bawa di sini ialah kami mengharapkan daripada apa yang telah kita bawa selama ini ialah satu respons yang terus mengemukakan satu formula.

Terus mengemukakan satu pendekatan macam mana perkara ini dengan kadar yang segera terus dapat dilaksanakan. Bukan dengan kita menanti hanya sebuah Majlis semata-mata. Kalau hendak menyatakan kata ini kita kena step-by-step. Akan tetapi, telah diberitahu bahawa perjuangan ini sejak tahun 1946. Bukan baru. Apa lagi yang step-by-step yang diperlukan. So, isunya bukan kita menentang. Saya perbetulkan balik supaya tidak diselewengkan fahaman yang tidak tepat ini. Yang Berhormat Pasir Salak dengar betul- betul. Bahawa yang kita maksudkan ialah kita mahu supaya gaji minima ini terus dilaksanakan. Bukan sahaja sekadar hendak bincang Majlis ini untuk hendak panggil dan sebagainya.

final • 4:46 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Jadi ini isu yang kita buat. Isu BERSIH yang ditimbulkan itu langsung tidak relevan untuk kita bincang di sini. Kita sedang berbicara tentang masalah pekerja dan saya tidak mahu memilih jalur sentimen dan emosi. Saya mahu memilih jalur memperjuangkan masalah yang menjadi perjuangan semua pihak bukan daripada kami sahaja.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri kami mengharapkan bahawa kita lupakan sahajalah pertembungan mazhab dalam hendak menentukan gaji minimum ini. Dia ada mazhab yang melihat tentang gaji minimum ini ditentukan oleh keperluan pasaran, ada mazhab yang mengatakan gaji minimum ini ditentukan oleh keperluan sosial. Kita tidak mahu terlibat dalam mazhab-mazhab ini. This is academic, dengan izin tetapi apa yang kita hendak libatkan sekarang ialah kita address, kita menyelesaikan isu yang real, yang mana gaji hari ini bagi sesetengah sektor langsung tidak mencerminkan hasrat kita untuk membela orang yang di bawah. Hatta kalau kita menyatakan gaji RM1,200 sebagai minimum pun pada sesetengah tempat masih dianggap di bawah garis kemiskinan.

Akan tetapi apa yang kita hendak munculkan di sini ialah saya ingin memetik apa yang disebutkan oleh ILO tentang gaji minimum ini dengan izin, “Establishing a minimum wage may positively affect employment and industrial peace and is a means of fighting poverty. States have a major role to play in this and certain conditions have to be met. One of them is social dialogue.” Saya rasa ini isunya dengan izin bahawa melaksanakan gaji minimum ini secara positifnya akan memberikan kesan kepada melahirkan hubungan pekerja dan industri, yang sejahtera, yang aman dan lebih penting daripada itu to fight poverty dan inilah masalah yang kita hadapi dalam negara kita. Kesusahan hidup, inilah yang sedang kita deritai sekarang orang bawah sedang deritai.

Jadi kita hendak address isu ini dalam konteks itu. Dalam memerangi kemiskinan makna saya ingin mencatat juga satu kajian yang menarik oleh UUM pada Mac 2001 hasil daripada peristiwa pertumpahan medan - Taman Medan yang berlaku konflik di Taman Medan itu, mereka sudah buat sedikit kajian dan mereka telah buat rumusan bahawa, “To have national unity order must come first we need to aim for zero conflict, but to have zero conflict we must solve the problem of poverty. A strong government policy was needed to tackle poverty.” That is the issues Yang Berhormat Pasir Salak iaitu isu kita hendak memerangi, kita hendak menghapuskan kemiskinan. Kita mahu bersatu, ini negara kita, kita mahu perpaduan nasional tidak ada mana-mana pihak di sini yang mahu melihat negara kita berpecah. Tidak ada mana-mana pihak yang mahu lihat negara kita huru-hara. Kita mahu negara kita mempunyai integriti dan perpaduan nasional.

Akan tetapi persoalannya jika kerajaan gagal dengan political will dia bukan soal akta, bukan soal minimum wages ataupun dia bukan soal hendak buat majlis perundingan, dia bukan soal Menteri hendak bentang dan kita bincang selepas itu kita melalut cakap yang bukan-bukan. Is an issue of political will di manakah keazaman politik bagi address isu poverty ini. Bukan isu akta minimum atau apakah walaupun itu perlu dibahaskan, tetapi perlu kita kembali kepada perkara yang lebih asas iaitu memerangi kemiskinan dan membela kesusahan yang dialami oleh rakyat pada hari ini.

final • 4:50 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Sebanyak 25 peratus daripada kajian itu menunjukkan betapa susahnya hidup rakyat ini menyebabkan 25 peratus rakyat di kawasan sekitar kampung medan itu daripada masyarakat India dan juga Melayu yang mereka buat sampling 25 peratus terpaksa kompromi untuk kualiti makanan yang rendah kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

Kita bercakap tentang negara yang sihat, kita bercakap tentang kita mahu supaya negara ini rakyatnya sihat dan sebagainya, tetapi bagaimana kita hendak address isu ini kalau mereka terpaksa kompromi dengan kualiti makanan yang rendah semata-mata kerana tidak cukup wang. Sejumlah 22 peratus kanak-kanak sekolah tidak menikmati sarapan pagi ketika pergi ke sekolah kerana ibu bapa tidak ada duit. Sebanyak 43 peratus perlu berhutang membiayai kehidupan asas mereka. Apakah Yang Berhormat Menteri telah mengambil kira bahawa ini bukan hanya isu pekerja tetapi ini isu yang mana pekerja adalah sebahagian daripadanya perlu dibela untuk keluar daripada permasalahan yang sedang kita bincangkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saat kita menerima berita bahawa akan dibentangkan rang undang-undang ini, sememangnya kita merasakan bahawa it is high time. Kita merasakan ini perjuangan yang telah kita buat sebelum daripada ini berapa kali telah kita secara konsisten menegaskan baik Pakatan Rakyat, baik parti saya sendiri Parti Islam Se-Malaysia

(PAS), kerana ini ialah sebahagian daripada konteks negara kebajikan yang kita tawarkan kepada rakyat iaitu membela mereka yang susah dengan cara menetapkan gaji minimum.

Akan tetapi malangnya bila dibentangkan yang kita dengar hanyalah Majlis, hanyalah satu bentuk council yang saya pun tidak tahu sampai bilakah council ini benar- benar akan sampai kepada satu keputusan dan saya minta dan merayu kepada semua khususnya kepada Yang Berhormat Menteri bahawa tolong jangan politikkan isu ini. Ia adalah isu pekerja dan dia bukan isu kepentingan pihak tertentu untuk stay in power mahupun pihak yang tertentu yang minta power tetapi ia adalah satu isu yang mesti diaddresskan dalam konteks social needs yang lebih besar. Kalau Malaysia betul-betul mahu menjadi negara yang benar-benar berkebajikan dan membela nasib.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin dengan itu menyentuh tentang masalah pendatang asing di dalam negara kita ini sama ada secara yang betul ataupun secara haram. Saya rasa gaji minimum ini dengan kesedaran yang telah saya berikan gambaran backdrop itu saya rasa ia akan banyak juga membantu masalah banjiran pendatang- pendatang asing dalam negara ini, kerana dengan gaji minimum yang begitu rupa mampu menarik rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa pekerjaan mereka ini mampu menampung kehidupan mereka dan secara tidak langsung akan mengurangkan masalah PATI yang datang ataupun foreign workers yang datang dalam negara kita. Kerana kita perlu melihat strategi secara menyeluruh.

Yang Berhormat Menteri harus melihat bahawa akta ini bukan hanya strategi ini sahaja ataupun lebih buruk kalau kita hanya melihat ia hanya satu strategi untuk kepentingan politik sahaja. Akan tetapi dia perlu melihat akta ini dalam konteks yang komprehensif, yang melihat aspek-aspek kita bercakap tentang masalah pendatang asing yang membanjiri sehingga orang tempatan tidak ada kerja, kita bercakap tentang pendatang asing yang kemudian menyebabkan isu-isu sosial. Kita bercakap tentang hari ini kesusahan hidup yang menyebabkan berlaku jenayah dan sebagainya. Jadi bagi saya jikalau benar-benar kerajaan mempunyai political will yang tinggi, azam politik yang tinggi bukan sahaja isu minimum wage ini mampu memberikan kelegaan kepada pekerja-pekerja kita, tetapi juga mampu menyelesaikan masalah-masalah lain yang berhubung kait dengan masalah di negara ini.

Itu perlu diambil kira dalam kita membicarakan tentang persoalan ini dan seperti mana yang saya sebut tadi, I do not choose to speak politically, saya tidak memilih untuk bercakap atas jalur politik. Yang bercakap tentang tidak ada kena-mengena dengan perhimpunan haramlah dan itu semua. I think the real issue to address here is to fight poverty.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

[Bangun]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya hendak beritahu dua minit tinggal Yang Berhormat. Jadi kalau.

final • 4:50 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya izin Yang Berhormat Padang Besar kalau mahu saya tidak ada masalah.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Akan tetapi dua minit bagi chance kepada Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tidak mengapa, saya bagi. Tidak mengapa.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Terima kasih. Yang Berhormat sebut tidak mahu mempolitikkan tetapi cara menyampaikan itu kalau kita dengar tidak melihat secara Yang Berhormat cakap itu dari segi akademik dan sebagainya. Akan tetapi Yang Berhormat mesti sedar saya menghormati apa yang dihujahkan cuma isu poverty adalah satu isu mikro. Kalau pun kita mengenakan minimum wage tetapi kalau dalam negara kita produktiviti tidak bertambah, maka kosnya akan naik. Walaupun naiknya RM1,000 tetapi kos juga naik dan meningkat maka tidak ada satu tambahan dari segi pendapatan dan juga dari segi kemudahan hidup. Jadi Yang Berhormat Parit Buntar kalau mahu mencungkil sejarah kejayaan kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan adalah yang terbaik di dunia bagi negara-negara yang merdeka selepas Peperangan Dunia Kedua.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Kita memulakan merdeka dengan kemiskinan. Kalau di luar bandar 70 peratus, kalau di seluruh negara 50 peratus yang miskin pada zaman itu. Hari ini kita sampai ke tahap yang rendah berbanding dengan negara-negara lain. Jadi, proses untuk membasmi kemiskinan berjalan terus. Kita mengenakan bermacam-macam cara tetapi untuk mengaitkan minimum wage dengan property adalah satu bandingan yang dikatakan amat longgar disebabkan oleh satu benda yang pada saya adalah lebih menjurus kepada konsep mikro. Jadi saya melihat apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat minta maaf, saya ingat lebih politik daripada akademik. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar yang telah memberikan komen. Ya, I mean, itu persepsi kita. Apa sahaja yang kita bicara di sini sudah tentunya politik. Kita juga berada di sini di atas tiket politik tetapi maksud saya ialah politik yang tidak berobjektif, politik yang sentimen, politik yang emosional, bukan politik yang bertujuan untuk berbicara tentang perkara yang asas, perkara objektif, kepentingan melewati kepentingan parti, ideologi dan sebagainya. Akan tetapi saya mengucapkan terima kasih. Walaupun ini bukan merupakan satu pandangan yang menyatakan bahawa dengan minimum wage itu selesai semua masalah poverty, tidak. Saya menyatakan itu membantu dari segi kita perlu melihat secara menyeluruh dan saya mengucapkan terima kasih dan saya begitu teruja dengan apa yang disampaikan.

Saya kira inilah perbincangan yang secara objektif dapat melahirkan pandangan- pandangan yang lebih serius lagi. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian untuk membahaskan rang undang-undang yang sedang dibentangkan sekarang ini dengan mengatakan bahawa pada prinsipnya, saya juga turut menyokong hasrat dan niat kerajaan untuk membela nasib pekerja dengan mewujudkan gaji minimum yang akan diputuskan hasil daripada perbincangan yang akan dibuat oleh Majlis sebagaimana yang dicadangkan oleh rang undang-undang ini.

Namun begitu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menarik perhatian kerajaan kepada perkara-perkara yang mungkin perlu diambil kira dalam usaha kita untuk mengadakan gaji minimum ini.

final • 5:02 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pertama sekali, jangan sampai kita melaksanakan satu dasar seperti pembangkang yang hendak mengadakan satu kerajaan berkebajikan dengan tidak ada kekuatan ekonomi negara. Ya, kita menyokong untuk membela rakyat tetapi pembelaan rakyat dan pekerja hendaklah dirancang begitu rupa supaya ia berkekalan, bukan untuk sementara waktu sahaja. Kalau sekiranya kita tidak membangunkan kekayaan negara, kekuatan ekonomi, tidak mungkin kita dapat membela rakyat dan pekerja kita berpanjangan, mungkin sekadar pada tempoh waktu yang pendek sahaja, demi untuk mendapatkan populariti semata-mata. Ini seharusnya tidak menjadi satu matlamat kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Di dalam aspek itu, saya maksudkan bahawa ekonomi negara perlu dibangunkan.

Hasil keluaran negara atau dengan izin, national domestic product mesti dikembangkan melalui perkembangan ekonomi atau pengeluaran hasil negara inilah yang memungkinkan dan memampukan kita untuk memberikannya semula kepada pekerja dan rakyat kita, di mana tadi telah disebutkan oleh Yang Berhormat dari Padang Besar yang amat faham dari segi konteks ekonomi. Malangnya Yang Berhormat Parit Buntar, saya rasa beliau tidak faham dari segi apa itu gross domestic product, national domestic product.

Saya kira Yang Berhormat Pokok Sena juga tidak faham di dalam hal ini. Jadi boleh bercakap dengan retoriknya bahawa kita mesti membela pekerja dan rakyat. Kita telah membuktikan niat yang baik bukan sekadar dengan niat tetapi diikuti dengan tindakan yang bertanggungjawab dan usaha yang gigih serta bersungguh-sungguh daripada dahulu sehingga sekarang, di mana taraf pendapatan pekerja-pekerja kita sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Besar tadi, jauh lebih baik dibandingkan dengan apa yang diperoleh oleh pekerja-pekerja di negara lain.

Saya mengambil contoh di India. Di India terdapat 600 juta rakyatnya yang berpendapatan tidak lebih daripada RM2.00 satu hari. Ini tidak wujud di Malaysia walaupun kos kehidupan, cost of living dengan izin, di India pun jauh lebih tinggi daripada negara kita.

Harga barang di India ada banyak barangan yang jauh lebih mahal daripada di negara kita, tetapi pendapatannya jauh lebih rendah daripada pendapatan pekerja kita. Ini perbandingannya.

Kalau hendak dibandingkan dengan Singapura pula, kita mesti melihat dari segi real income atau pendapatan sebenar. Ini pun perlu dipelajari juga dan tidak boleh diperoleh fahaman ini dengan hanya dengan berceramah politik setiap malam. Tidak dapat kursus ini. Dia perlu pergi ke kelas ekonomi. Apa itu real income atau pendapatan sebenar.

Ini Yang Berhormat Kuala Selangor ini...

final • 5:02 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Tolong beritahu real income itu apa, saya hendak belajar lah.

final • 5:02 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu di sebelah itu pun boleh tolong ajarkan itu. Ada profesor itu. Jadi, real income di Malaysia berbanding dengan di Singapura jauh berbeza because, dengan izin, di sini RM1 lebih kita sudah boleh memperoleh barangan ataupun perkhidmatan yang lebih baik daripada apa yang diperoleh satu ringgit kuasa beli di Singapura.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, inilah saya berbalik kepada seruan saya kepada pihak Majlis yang akan ditubuhkan dan kepada pihak kerajaan. Kita hendaklah melaksanakan satu skim pendapatan ataupun gaji minimum ini dengan mengambil kira kemampuan negara. Jadi dengan sebab itu, tuntutan Yang Berhormat Parit Buntar supaya sekarang juga kita tentukan, jangan tunggu-tunggu lagi, itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum ditentukan.

Berapa gaji minimum yang perlu kita laksanakan kepada pekerja-pekerja kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa juga respons kepada kenyataan Yang Berhormat Batu yang sebentar tadi mengatakan bahawa seolah-olah Menteri tidak memberikan taklimat kepada wakil rakyat Barisan Nasional ataupun backbenchers di sini.

Ini satu kenyataan seolah-olah hendak memperlekehkan kita di sebelah sini sebagai wakil rakyat. Akan tetapi ini satu kenyataan yang memakan diri kepada Yang Berhormat Batu.

Saya ingin memberitahu bahawa kita di sini backbenchers, BNBBC dengan izin, we are not yes man.

final • 5:02 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa undang-undang yang hendak dibuat oleh kerajaan, dasar-dasar kerajaan tidak semestinya kita dipanggil dan diberikan taklimat dan disuruh menyokong dengan membuta tuli. This is not Barisan Nasional, dengan izin. Mungkin ini berlaku di kalangan pakatan.

Oleh sebab itu expectancy atau standard yang diguna pakai oleh Yang Berhormat Batu itu seolah-olah melambangkan itulah praktis, itulah budaya yang berada di kalangan kerajaan pakatan dan wakil-wakil rakyatnya...

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Boleh celah?

final • 5:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh. Tidak ada masalah.

final • 5:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sebenarnya saya tidak berniat untuk mengatakan backbencher tidak dimaklum atau Yang Berhormat Menteri tidak memberi maklumat kepada backbencher. Hanya saya rasa hairan kerana apabila kita sebut tentang gaji minimum ini, kita sudah jelas bahawa gaji minimum ini implementasinya harus sama rata kepada pekerja asing dan juga pekerja tempatan. Itu sahaja, saya hendak jelaskan perkara ini. Saya hendak dengar pendapat Yang Berhormat sama ada setuju dengan pendirian itu atau tidak tanpa diskriminasi di antara pekerja asing dan pekerja tempatan.

final • 5:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu jawapan boleh diberi. Akan tetapi, perkara yang berbangkit tadi saya masih jelas lagi di telinga saya Yang Berhormat ada menyebut, apakah BN Backbenchers ini tidak mendapat penerangan daripada Yang Berhormat Menteri menyebabkan tidak ada kesefahaman dari segi perkara ini. Jadi, itu perkara yang saya respons dan jawab iaitu kita bukan dipanggil untuk menyokong dengan membuta tuli apa juga rang undang-undang yang dibentangkan di Dewan ini.

Dari segi persamaan di antara pekerja asing dan juga pekerja tempatan berhubung dengan gaji minimum ini, banyak perkara yang perlu diambil kira yang lebih baiklah kita serahkan kepada Majlis untuk mempertimbangkan aspek-aspeknya. Ini kerana dalam tempoh Dewan yang singkat ini tidak mungkin kita boleh mengemukakan hujah- hujah yang boleh memberikan ketetapan dalam perkara itu. Jadi untuk mengelakkan daripada kita membuat kesilapan, lebih baik kita serah kepada Majlis yang mempunyai masa yang secukupnya dan juga tempat yang sesuai untuk membuat keputusan. Saya yakin satu keputusan yang akan dibuat dengan tujuan untuk memberikan kesejahteraan kepada semua pekerja tempatan mahupun pekerja asing yang berada di dalam negara kita ini yang juga memberikan sumbangan yang tidak sedikit kepada pembangunan serta ekonomi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, tadi ada disebut oleh Yang Berhormat Parit Buntar tentang kajian yang dibuat di Kampung Medan. Kajian boleh dibuat di Pasir Salak juga, boleh dibuat di Telok Intan, boleh buat di mana-mana tempat yang lain. Akan tetapi mungkin hasil dapatannya akan berbeza. Lain tempat lain dapatannya. Jadi janganlah dapatan daripada kajian yang dibuat di Kampung Medan itu seolah-olah mencerminkan suasana negara kita pada keseluruhannya. Ini tidak tepat untuk membuat konklusi atau kesimpulan sebegitu rupa. Berapa orang penduduk Kampung Medan, berapa orang penduduk Malaysia. Jadi dengan izin, they are not representative of our national interest dalam aspek nasib bekerja dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya. Jadi saya ucapkan terima kasih. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Klang.

final • 5:10 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin membangkitkan beberapa isu berkait dengan Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara.

final • 5:15 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Pertama, saya ingin sentuh beberapa isu ataupun rasional ataupun logik di belakang Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara yang kita bincangkan ini dan beberapa isu tadi yang telah disentuh Yang Berhormat Menteri dalam mukadimah beliau.

Dalam beberapa tahun lalu, beberapa stakeholders termasuk trade unions, kesatuan sekerja, parti-parti politik, NGO-NGO mendesak pihak kerajaan supaya memperkenalkan gaji minimum atau lebih tepat decent living wages supaya mengatasi isu kemiskinan yang dihadapi pekerja. Kerajaan sendiri telah mengatakan bahawa pasaran bebas termasuk productivity link wages telah gagal untuk memberikan pekerja satu tahap gaji yang patut dan munasabah supaya pekerja dapat menampung isi keluarga mereka dengan gaji yang mereka terima. Jelas daripada angka-angka yang telah diberikan oleh Menteri pada awal tadi dalam mukadimah beliau, jelas bahawa keadaan pekerja adalah tenat dan terdesak. Malah dengan peningkatan harga keperluan termasuk makanan, keluarga pekerja mengalami out cost of living crisis.

Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyatakan bahawa satu matlamat kerajaan ataupun negara mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pada Januari 2010, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah mengatakan bahawa dengan izin, “The government wants to study the minimum wage mechanism, so that workers are better paid in line with effort to transit to higher economy”. Beliau juga mengatakan bahawa, “The fact remains that wages in the country should be increase with the recognize need for wages to go up and this has to be done in the country once to go up for economic change”. Ini dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia pada Januari 2010.

Oleh sebab itu, pekerja-pekerja di Malaysia termasuk ahli-ahli parti politik, kesatuan sekerja dan sebagainya menunggu dengan harapan yang begitu besar atau expectation yang begitu tinggi. Semua pihak telah menunggu sekian lama untuk menimbang dan menilai rang undang-undang yang akan merealisasikan gaji minimum ini.

Akan tetapi malangnya, setelah mengkaji rang undang-undang ini, selepas merujuk kepada pihak stakeholders termasuk pihak pakar-pakar, termasuk peguam-peguam dan sebagainya. Pandangan saya ialah kerajaan telah sekali lagi menggagalkan golongan pekerja dan golongan bawahan di negara ini. Mengapa pandangan saya begitu? Pertama, gaji minimum yang kita bentangkan pada petang ini boleh dilaksanakan tanpa Majlis Perundingan Gaji Negara.

Tuan Yang di-Pertua, peranan, tanggungjawab dan kuasa yang diberikan kepada Majlis Perundingan Gaji Negara adalah sangat-sangat terhad. So it becomes obsolete and useless body. Minta maaf, tetapi itulah as no other way to express the situation. Peranan Majlis Perundingan Gaji Negara ada dua sahaja iaitu menjalankan kajian dan membuat cadangan kepada pihak kerajaan mengenai gaji minimum. Itu sahaja, that is it. Jadi Majlis Perundingan Negara hanya consultative body. Satu badan perundingan sahaja tanpa apa- apa kuasa. Keputusan Majlis Perundingan Gaji Negara is not binding on government dan harus ditekankan lagi bahawa Menteri tidak terikat atau diwajibkan untuk mengikut keputusan yang dicadangkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.

Sebenarnya Menteri diberi kuasa yang sangat luas tanpa check and balances.

Misalnya, semua cadangan Majlis, syor Majlis harus dan mesti dirujukkan kepada Menteri, has be rooted to the Minister.

final • 5:15 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kedua, Menteri diberikan kuasa untuk membuat keputusan muktamad mengenai gaji minimum. Selain itu, Menteri juga diberikan kuasa untuk melantik ahli-ahli majlis pihak pekerja, majikan, kerajaan dan anggota-anggota lain. Saya tidak faham mengapakah Yang Berhormat Menteri diberikan kuasa untuk melantik wakil-wakil pekerja atau majikan.

Bukankah demokratik kalau pelantikan itu dibuat oleh pekerja-pekerja sendiri dan juga majikan-majikan masing-masing. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan satu explanation, penjelasan berkaitan dengan hal ini.

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Berkaitan dengan ini juga Tuan Yang di-Pertua, saya telah menerima sepucuk surat, satu memorandum daripada Pengerusi MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan yang sebenarnya mengkritik cara pelantikan dibuat dan saya bacakan di sini.

Ini ditandatangani oleh N. Gopal Kishnam, Pengerusi MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan, beliau mengatakan bahawa; “Walaupun ahli-ahli Majlis dilantik oleh Menteri, kita cadangkan bahawa pelantikan anggota ke Majlis itu oleh Menteri mestilah berdasarkan cadangan daripada organisasi pekerja dan juga majikan masing-masing”.

Kedua, beliau juga mendapati bahawa; “Penjawat awam yang gajinya dibayar oleh kerajaan ataupun wakil kerajaan, tidak boleh dianggap sebagai anggota bebas yang mempunyai hak untuk mengundi dalam Majlis Perundingan Gaji Negara.

Penjawat awam hendaklah ditugaskan oleh Majlis hanya untuk memudahkan pentadbiran dan juga memberikan khidmat teknikal kepada jawatankuasa ataupun Majlis Perundingan Gaji Negara”.

Kesimpulannya begitu penting Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri boleh menjawab soalan ini. Soalan ini ditimbulkan oleh Pengerusi MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan, dia mengatakan - saya baca... [Membaca lampiran] “Rang undang-undang tersebut akan menjadikan anggota-anggota yang mewakili pekerja, menjadi minoriti...”. They become minority. “...Semasa proses pengundian diadakan. Dalam perkiraan peratusan, sekiranya lima undian daripada jumlah 23 undian anggota Majlis, maka peratusan ialah 22 peratus. Manakala untuk lapan undian wakil pekerja daripada jumlah maksimum 29 anggota Majlis, peratusannya adalah 27 peratus. Berdasarkan pada rang undang-undang ini maka kumpulan pekerja akan menjadi minoriti dalam Majlis ini. Kita tidak boleh menerima undang-undang yang saya rasa rakus, meminggirkan wakil-wakil pekerja dan meletakkan mereka dalam keadaan yang sedia serius, merugikan pekerja pada akhirnya”.

Akhirnya, saya minta semasa Menteri menggulung untuk memberikan penjelasan.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, Menteri diberikan kuasa yang mutlak. Absolute power dalam rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, kuasa-kuasa yang diberikan kepada Menteri adalah sama dengan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947. Perbezaan yang besar ialah saya lihat Majlis Perundingan Gaji Negara pada pandangan saya adalah obsolete sebab tidak ada kuasa. Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa kerajaan boleh melaksanakan gaji minimum tanpa rang undang-undang yang kita bahaskan ini.

Rang undang-undang yang sedia ada iaitu Akta Majlis Penetapan Gaji 1947...

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Boleh digunakan untuk memperkenalkan gaji minimum. Maka penubuhan sebuah Majlis Perundingan Gaji Negara adalah redundant, membazirkan wang rakyat dan yang memperkenalkan satu lapis yang baru, another bureaucratic process dalam penentuan gaji. Ini adalah sistem yang tidak efisien.

final • 5:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit. Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya sekadar untuk mencelah pandangan sahabat saya tadi. Saya rasa terpanggil untuk cenderung dan juga cenderung untuk menyetujui sahabat saya Yang Berhormat Klang yang mana menyebut bahawa kalau kita perhatikan Akta Wages Council itu sendiri 1947, kalau benar-benar mahu kita laksanakan cita-cita ini, sudah mencukupi kalau benar- benar ada political will, iltizam politiknya.

Saya ingin bertanya kepada sahabat saya Yang Berhormat Klang, di samping perkara-perkara yang telah disebutkan, apa yang sepatutnya diperjuangkan tentang kedudukan pekerja adalah antara lainnya isu bagaimana pekerja diambil bekerja sebagai short term contract dan juga yang permanent bekerja diberikan VSS, akhirnya menjadi contract workers yang begitulah lingkaran tidak berpenghujung. Bagaimanakah perlindungan pekerja itu bersekali dengan soalan minimum ataupun gaji decent itu tadi yang munasabah? Terima kasih. Apakah pandangan Yang Berhormat Klang?

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya akan jawab soalan ini semasa kesimpulan, apabila saya buat kesimpulanlah sebab itu berkait dengan Employment Act, contract for labour.

Isu kedua yang saya hendak bangkitkan ialah definisi gaji minimum yang digunakan di dalam Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara. Kerajaan telah berjanji untuk memperkenalkan gaji minimum pada hujung tahun ini iaitu selepas Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara diluluskan. Satu kelemahan yang besar dalam rang undang-undang ini ialah ketiadaan definisi atau a working definition of gaji minimum. I am shock and surprise dan selepas membelanjakan berjuta-juta ringgit dan menganjurkan makmal-makmal dan kajian-kajian, kerajaan masih tidak mampu formulate definisi kerja atau working definition of gaji minimum.

Di negara-negara ASEAN yang lain seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand, mereka memberikan definisi kerja dan menyenaraikan komponen gaji minimum untuk panduan majlis gaji mereka dalam penilaian gaji minimum. So, apakah definisi yang akan digunakan sebagai panduan di Malaysia? Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menjawab soalan ini semasa menggulung nanti. Misalnya, Pertubuhan Buruh Antarabangsa

(ILO)...

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, saya ingatkan Yang Berhormat. Nampak panjang itu. Ada tiga minit sahaja lagi, ya.

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

ILO telah mengatakan working definition. Sekarang saya fast forward. Akan tetapi, yang penting sekali ialah tidak ada definisi dan di Korea Selatan pun mereka ada definisi yang boleh digunakan. Di Indonesia pun ada. Di Indonesia itu quite interesting Tuan Yang di-Pertua yang mana mereka mengatakan bahawa definisi itu termasuk tiga faktor; makanan (food), bahan bukan makanan dan juga untuk penjimatan (savings). Dalam kes Indonesia, 10 peratus bergantung pada peratusan gaji dan di Thailand 4 peratus. So, ada tiga komponen; food, non food and savings. Ada komponennya tetapi kita tidak ada apa-apa. Itu adalah dalam undang-undang itu. Dalam buku undang-undang ada tetapi dalam buku undang-undang kita tidak dicadangkan.

Isu yang berkaitan dengan ini juga ialah adakah Majlis Perundingan Gaji Negara bebas dan autonomi? Jawapannya ialah tidak. Yang Berhormat Menteri berkata pada 22 Jun iaitu seminggu lalu mengatakan dalam BERNAMA bahawa: “National Wages Consultation Council will be independent...”, kata Yang Berhormat Menteri. Then those article dia kata, “We do not decide. The council makes a decision and it goes to Cabinet. If the Cabinet doesn’t agree, it is referred back to the council”.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu pandangan yang mengelirukan dan bohong.

Ini disebabkan kalau kita baca buku ini, kerajaan diberikan 100 peratus power, kuasa untuk membuat keputusan. Apa yang ditulis di sini adalah mengelirukan dan juga mengelirukan orang ramai. Kalau kita lihat di South Korea, ada prosesnya dan apabila recommendation yang dibuat oleh majlis gaji minimum oleh Menteri, Menteri kalau hendak referred back kepada majlis, dia harus menulis mengapa dia refer balik. So, that creates a concept of credible majlis gaji. Akan tetapi we do not have a credible majlis gaji. You can even call it a rubber stamp.

Isu yang akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua lihat pada clock sana, ialah saya ada satu cadangan. Saya ada satu cadangan bagaimana untuk membuat Majlis Perundingan Gaji Negara satu badan yang bebas, yang berautonomi dan independent dan dua minit lagi saya akan simpulkan. Pertama, kita beroperasi sebagai satu badan tiga pihak dan pihak ketiga ialah wakil bebas. Kita ada majikan, pekerja dan juga wakil bebas, tiga. Sama seperti apa yang ada di South Korea. Model itu adalah sama.

final • 5:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Di Korea kita ada pihak majikan, pihak pekerja dan satu kumpulan yang dipanggil wakil bebas. Wakil bebas itu ada kriterianya. Semua orang tidak boleh masuk menjadi wakil bebas. Wakil bebas itu adalah dilantik oleh para akademik, orang-orang yang pakar dengan industrialization dan sebagainya.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Calon-calon untuk ahli majlis bebas akan dicadangkan oleh pekerja-pekerja, majikan dan kerajaan dan wakil pekerja dan majikan berhak untuk mengundi sehingga satu pertiga daripada jumlah pencalonan dibuat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] So, akhir sekali, ini meninggalkan kumpulan bebas yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja untuk membantu membawa angka gaji minimum yang boleh diterima oleh semua pihak. Saya fikir proses yang digunakan di South Korea adalah yang harus digunakan di Malaysia. Akan tetapi kita memberi semua kuasa ini kepada pihak Menteri dan oleh kerana itu badan itu tidak akan menjadi bebas...

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Menyampuk]

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Isu yang akhir sekali saya hendak bangkitkan ialah isu yang berkait dengan gaji minimum...

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh ambil contoh India pula?

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

India lagi bagus.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Selain daripada Korea, Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

India lebih bagus.

final • 5:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bagus, ya?

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Thailand lebih bagus. Indonesia lebih bagus... [Dewan riuh] Kita yang tidak bagus, Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak, Malaysia yang teruk sekali... [Disampuk]

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Boleh saya tanya sedikit?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat ya.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya belum habis. Saya belum habis.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Satu soalan sahaja. Saya tahu, sedikit.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Sekejap.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Okey, okey.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri isu berkait dengan gaji minimum untuk pegawai-pegawai keselamatan. Pertamanya, kerajaan mengatakan bahawa gaji itu adalah daripada RM700 hingga RM1,300 tetapi tiba-tiba telah jatuh kepada RM500 hingga RM700. Ini adalah kurang daripada paras kemiskinan. Ini yang saya takut sekarang, Yang Berhormat Padang Besar. Ini yang saya takut sebab gaji minimum akan menjadi kurang daripada gaji kemiskinan.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Ya, okey.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Adakah Yang Berhormat Padang Besar sokong?

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Boleh saya? Saya hanya hendak mendapatkan penjelasan. Tadi Yang Berhormat kata lebih baik di Thailand, lebih baik India dan lebih baik Indonesia daripada kita. Akan tetapi kenapakah – walaupun mereka lebih baik, kenapa mereka suka datang ke sini? Walaupun kita... [Dewan riuh]

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Ya, dengan tidak ada permit pun dia hendak masuk. Yang sudah masuk dulu, sebelum bagi permit pun banyak. Sekarang kita terpaksa membersihkan semua itu. Kalau mereka lebih baik, kenapa mereka hendak datang ke sini?

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Padang Besar, jangan lupa lebih kurang 1.4 milion rakyat Malaysia sekarang kerja di luar negara. [Dewan riuh] 1.4 milion orang. Lagipun 400 orang kerja di Singapura. Jangan lupa! Ini sebab mengapa?

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Ya, ya. Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Gaji! Oleh kerana gaji! Saya ingat tidak fahamlah.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua. Yang saya tahu pekerja kita yang pergi ke luar negara itu adalah doktor-doktor, pakar-pakar, engineers semua, dengan merata-rata dunia. Anak saya pun pergi ke Amerika untuk bekerja. Gaji besar. Jadi, jangan kata tetapi tidak ada anak kita di sini yang pergi ke Indonesia, pergi ke Bangladesh untuk bekerja sebagai apa sahaja di bawah. Tidak ada. Itu sahaja, Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Jangan kelirukan Dewan. Apa yang kita bincangkan sekarang ialah proses. Proses bagaimana untuk menentukan gaji minimum. Itu yang kita bincangkan sekarang... [Dewan riuh] So, kita mesti belajar. Kita mesti belajar daripada negara-negara lain. Kalau kita tidak belajar daripada negara-negara lain, yang susah itu kita. Itu yang saya hendak cakap. We will loose out. Itu saya hendak cakap.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, habiskan ya.

final • 5:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

So, saya hendak balik kepada isu pengawal keselamatan, di mana kerajaan telah mengatakan bahawa gaji mereka sekarang adalah daripada RM500 hingga RM700. Kalau kerja di Kuala Lumpur, gaji RM700, kalau luar Kuala Lumpur sebanyak RM500. Now, apa yang saya khuatir sekarang ialah gaji minimum iaitu RM700 untuk pengawal-pengawal keselamatan. Ini adalah kurang daripada paras kemiskinan, RM720. So, Tuan Yang di-Pertua, saya khuatir sekarang gaji minimum akan menjadi satu cara untuk institutionalize property in Malaysia. Will be used to institutionalize property in Malaysia. We do not need a minimum wage which will create property and support property, we need a minimum wage to have a decent living wages for all Malaysian, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tahu ramai yang hendak berucap. Sebelah sini ada empat orang, sebelah sini ada seorang dan ada ramai lagi nama yang di atas meja ini. Saya rasa memadailah Yang Berhormat, sebelas orang dan sepuluh orang sudah berucap. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawablah.

final • 5:30 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:35 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sebelum itu saya ada bangkitkan perkara untuk merujuk kepada Selection Committee dan...

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya telah buat keputusan tadi.

final • 3:35 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya.

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bacaan kali kedua belum dibuat. Selepas Menteri menjawab...

final • 3:35 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Selepas jawapan?

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bacaan kali kedua akan dibuat. Immediately selepas bacaan kali kedua, Yang Berhormat boleh bangun.

final • 3:35 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih.

final • 3:35 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 3:35 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya berharap Yang Berhormat Menteri jawab semua kelentong, pembohongan, penipuan, putar belit pembangkang satu persatu supaya rakyat tidak terkeliru... [Dewan riuh] Cita-cita baik kerajaan, jangan sampai terkeliru kerana mendengar hujah-hujah putar belit parti pembangkang. Jadi, tolong jawab satu per satu Yang Berhormat Menteri.

final • 3:35 PM

Seorang Ahli

Hormatlah Menteri sedikit.

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:35 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri ada standardlah.

Dia boleh jawablah. Tidak perlu tunjuk ajar.

final • 3:35 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Sudah memperkecilkan Menteri sendiri.

final • 3:35 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Pengampu-pengampu daripada Barisan Nasional ini, silalah jawab.

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

final • 3:35 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri, jangan takut sama dia. Jawab yang betul juga

final • 3:35 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Siapa sponsor tie ini?

final • 3:35 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya pun tidak cakap Yang Berhormat Menteri takut. Dia tidak takut, dengan pembangkang lagi dia tidak takut.

final • 3:35 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada...

final • 3:35 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tie kuning ini siapa yang sponsor?

final • 3:35 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Makhluk daripada Planet Marikh.

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:35 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Makhluk daripada Planet Marikh sponsor saya... [Dewan riuh]

final • 3:35 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kepada...

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, sila.

final • 3:35 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam pembentangan dan perbahasan ke atas Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Saya amat sedih dengan sikap yang telah ditunjukkan oleh beberapa daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang walaupun dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat Parit Buntar tidak mempunyai niat berpolitik. Memang dia tidak cakap daripada segi politik tetapi orang-orang yang lain, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain walaupun gunakan isu-isu tetapi sungguh menggambarkan tujuan politik sahaja.

final • 3:35 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Walaupun mereka di dalam hati tahu bahawa ini adalah satu perkara yang baik, dibawa oleh kerajaan dengan mengambil kira kepentingan rakyat, satu perkara yang sudah diuar-uarkan untuk satu jangka masa yang lama, yang boleh menukar masa hadapan rakyat dan khasnya tenaga pekerja tetapi mereka telah memilih untuk memutar belit beberapa daripada isu yang telah dibincangkan. Walaupun saya ingat kebanyakan mereka faham tetapi daripada segi politik mereka memandang keuntungan daripada perkara ini.

Itulah satu perkara yang amat sedih. Kalau mereka tidak mahu gaji minimum, mari terangkan dan memberitahu rakyat Malaysia bahawa kita menentang gaji minimum. Kalau you sokong gaji minimum, ini adalah satu peralatan dan satu majlis yang diwujudkan oleh kerajaan dengan tujuan untuk membenarkan kerajaan mengumumkan gaji.

final • 3:35 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat Menteri setuju... [Dewan riuh]

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:35 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Untuk menamakan ini akta gaji minimum...

[Dewan riuh]

final • 3:35 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan memberi peluang. Saya mahu meneruskan dan meneruskan ucapan saya. Saya meneruskan jawapan saya...

final • 3:35 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Are you daring enough to state this as a akta minimum...

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kena minta jalan, Yang Berhormat.

final • 3:35 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terus menamakan rang undang-undang ini akta minima...

final • 3:35 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kerana saya tahu tujuan Ahli Yang Berhormat yang tanya ini bukan untuk mendapatkan penjelasan tetapi cuma untuk melambatkan keputusan sahaja... [Dewan riuh] Oleh itu, saya memberitahu tujuan kerajaan memang jelas. Tujuan kerajaan ialah tujuan yang ikhlas.

final • 3:35 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 3:35 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kerajaan mempunyai tujuan ikhlas untuk memastikan nasib pekerja-pekerja yang mendapat gaji yang rendah. Kita boleh menukar nasib itu melalui sistem perundangan. Pada masa sekarang kita tidak mempunyai sistem dan banyak daripada situ adalah peguam. Mereka tahu untuk kerajaan membuat mana- mana keputusan. Mereka mesti mahu ada satu sistem perundangan yang membolehkan kita membuat keputusan. Pada hari ini kita mewujudkan sistem peralatan yang akan membolehkan kita membuat keputusan dan itu dipersoalkan daripada pelbagai segi.

Walaupun isu-isu yang dibangkitkan, mereka memahami isu itu tetapi cuma daripada segi politik mereka mahu bertanya soalan, memutarkan perkara-perkara yang sudah difahamkan. Cuma seolah-olah tidak mahu memberi ruang untuk Barisan Nasional mendapat nama yang baik, mungkin.

final • 3:35 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, minta laluan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:35 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Akan tetapi tujuan kita membuat ini bukanlah satu daripada tujuan politik atau mendapat nama yang baik tetapi untuk memastikan bahawa nasib pekerja di dalam negara kita boleh diubah dengan satu sistem yang boleh mendatangkan satu masa hadapan yang lebih baik untuk mereka.

final • 3:35 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta laluan Menteri. Menteri, saya minta laluan.

final • 5:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ahli-ahli Yang Berhormat, beberapa isu telah dibangkit walaupun isu-isu yang sama telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Oleh itu, saya akan jawab daripada segi isu-isu yang telah dibangkitkan. Salah satu perkara yang telah dibangkitkan ialah tentang isu yang dibangkit oleh semua orang ialah tentang keahlian Majlis. Keahlian Majlis ini memang jelas terdiri wakil pekerja, wakil majikan, wakil kerajaan dan wakil orang-orang yang bebas. Pada masa sekarang pun Tuan Yang di-Pertua, di dalam kementerian saya dan kementerian-kementerian yang lain di dalam negara, di dalam kerajaan kita, kita mempunyai banyak majlis di mana ada wakil- wakil daripada pihak-pihak yang lain.

Contohnya di dalam Lembaga PERKESO pada masa sekarang. Kita mempunyai wakil daripada pekerja. Bila di dalam Akta PERKESO, dia tidak menyatakan bahawa wakil daripada pekerja ialah wakil dari MTUC. Itu bukan tanggungjawab sistem perundangan.

Sistem perundangan cuma menjelaskan bahawa wakil ini ialah daripada wakil pekerja. So di dalam sistem hari ini boleh jadi MTUC, esok boleh jadi NTUC, lusa boleh jadi satu pihak yang lain tapi apa yang mustahak mereka ialah menjadi wakil pekerja. So siapa yang jadi wakil pekerja akan dilantik sebagai wakil pekerja dan daripada pengalaman, pengamalan yang dibuat pada masa sekarang di dalam Lembaga PERKESO atau NLAC dan mana- mana perbadanan di bawah kawalan kementerian saya di mana ada wakil daripada pekerja kebanyakan daripada mereka ialah wakil dari MTUC kerana itu ialah satu perkara yang berkaitan dengan keadaan yang ada pada masa sekarang.

final • 5:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta laluan Menteri. Menteri, saya minta laluan.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Sebentar.

final • 5:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Oleh itu, itu yang sudah diamalkan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tadi bincang tahu tentang hal ini. Mereka dari MTUC, bekas MTUC.

Mereka tahu wakil pekerja di PERKESO ialah dari MTUC atau NUPW tetapi hari ini dipersoalkan siapa yang wakil pekerja dan dipersoalkan Menteri akan melantik wakil pekerja. Sampai sekarang Menteri tidak melantik wakil pekerja. Siapa yang dilantik sebagai wakil pekerja, kita tanya MTUC. Kita minta mereka memberi cadangan, kita memberi penghormatan kepada cadangan mereka, kita mengambil kira cadangan mereka dan mereka yang dilantik sebagai wakil... [Dewan riuh]

final • 5:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri, memberi penghormatan adalah menghormati saya bercakap dalam Dewan ini.

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat, minta laluan.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai. [Dewan riuh]

final • 5:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ini hak saya untuk memberi ruang sama ada untuk mencelah atau tidak mencelah. Tadi saya dah jawab perkara yang dibangkit. Oleh itu saya minta saya mahu teruskan dengan jawapan yang saya mahu beri.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, baik Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat... [Dewan riuh] Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai, Ahli-ahli Yang Berhormat, mike dah mati Yang Berhormat.

Yang Berhormat, itu hak Menteri untuk memberi laluan kah tidak. Setakat ini Menteri kata dia tak bagi laluan lagi.

final • 5:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Itu hak saya juga Tuan Yang di-Pertua.

Hak saya untuk mencelah sebab saya tak terima jawapan daripada Menteri dengan betul.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu, duduk. Biar Menteri teruskan jawapan.

final • 5:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau Menteri boleh bagi ruang.

final • 5:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Batu.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Batu.

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Terima kasih. Saya tidak berminat untuk point scoring perkara ini. Saya hanya nak utarakan ada dua bezanya PERKESO dengan KWSP dalam konsep tripartite. Kita lantik wakil dari MTUC atau wakil dari persatuan pekerja untuk monitor, untuk memantau kepentingan mereka dalam satu pengurusan yang sebenarnya mereka tidak banyak kuasa kerana yang akan tentukan adalah MOF. Tentang pelaburan dan lain-lain dan pengurusan telah ditetapkan dalam undang-undang.

Jelas dalam PERKESO dan juga dalam KWSP tapi dalam perkara ini, akta ini akan dinamakan rundingan. Maksudnya rundingan dua-dua pihak mesti mempunyai balance of power tapi komposisi sekarang yang khuatir ini dia tidak mencerminkan balance of power kedua-dua pihak. Itu satu. Kedua ialah, bila Menteri lantik, dia tidak ada kewajipan untuk melantik pemimpin pekerja. Menteri boleh..., saya tidak mengesyaki...

final • 5:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, kerajaanlah yang ada power. Kalau kerajaan tidak ada power, buat apa jadi kerajaan.

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tidak mempertikaikan kewibawaan Menteri sekarang tetapi dalam masa yang akan datang, Menteri mempunyai kuasa untuk lantik katakanlah Exco MTUC kerana dia lebih...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, isu itu telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Sekarang nak dijawab oleh Menteri, Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Jaminan itu.

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, sebentar.

final • 5:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Nanti lepas ini. Sampai sekarang, di mana-mana tempat, di mana-mana perbadanan kalau ada sebut wakil pekerja, apa yang diamalkan pada masa sekarang dan akan diamalkan untuk masa hadapan ialah kita minta pandangan dan cadangan dari kesatuan sekerja yang paling besar di dalam negara dan tidak ada sebab mengapa kita mahu mengalih daripada apa yang telah dibuat atau tukar daripada apa yang telah dibuat. Ahli Yang Berhormat mesti memahami bahawa kita pun, kerajaan pun memerlukan sokongan rakyat. Kalau kita memerlukan sokongan rakyat, kerajaan tidak akan membuat keputusan yang menunjukkan kuasanya seolah-olahnya kita tidak mengambil berat tentang pandangan dan persepsi rakyat.

Oleh itu kalau MTUC ialah wakil pekerja, memang kerajaan akan memainkan satu peranan di mana kita akan menghormati mereka seperti macam kita menghormati MEF sebagai wakil majikan. Itu yang dibuat pada masa sekarang. Tadi ada tuduhan-tuduhan seolah-olah kita tidak mendapat pandangan MTUC, itu pandangan yang salah. Saya ada satu sesi di man Ahli-ahli Yang Berhormat dari pembangkang pun saya dah jemput untuk memberi pandangan dan kebanyakan daripada mereka yang memberi ucapan pada hari ini ialah yang datang ke majlis itu. Itu ialah sikap keterbukaan kita di mana kita memang terbuka untuk mendapat pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Mereka ada datang, mereka ada membuat dan memberi pandangan, ada orang- orang lain yang datang memberi pandangan. Kita mendengar daripada semua orang.

MTUC terlibat dengan kita di dalam usaha ini daripada masa mula sampai sekarang tetapi sekarang ada tukar pimpinan MTUC. Pihak yang sudah keluar dari MTUC tak sokong keputusan yang dibuat oleh mereka yang jadi pemimpin MTUC pada masa sekarang. Itu bukan tanggungjawab saya. Pemimpin MTUC pada masa sekarang sokong apa yang kita buat tapi pemimpin MTUC yang sudah keluar dari MTUC tak sokong. Itu bukan masalah saya. Oleh itu, tuduhan yang dibuat bahawa MTUC menolak itu kerana itu daripada Selangor, Selangor tak sokong MTUC Kebangsaan, itu bukan tanggungjawab saya.

final • 5:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Oleh itu, untuk memberitahu bahawa kita tidak menghormati sikap tripartism, tidak mengambil pandangan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang lain, itu ialah satu perkara yang bohong.

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Klang bangun Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Memang betul kerana daripada mulanya di dalam perkara ini...

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Sekali lagi Yang Berhormat menteri kelirukan Dewan.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Kita tahu ini ialah perkara yang dibuat bukan untuk kepentingan kerajaan. Ini ialah satu perkara yang dibawa untuk kepentingan rakyat. Itu Ahli- ahli Yang Berhormat mesti memahami. Saya tahu Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa perkara ini dibawa untuk kepentingan rakyat. So apa guna kalau kita ada niat dan tujuan untuk membawa satu perubahan dengan kepentingan rakyat, membuat satu-satu perkara yang tidak menggambarkan niat dan harapan kerajaan. Tidak. Oleh itu, kalau tujuan ialah untuk memberi dan menunjukkan untuk menjaga hak rakyat, memang kita pun sebagai kerajaan dan sebagai parti politik mahu menunjukkan rakyat bahawa perkara ini dibuat demi kepentingan mereka. Itu yang mustahak. Ya, Yang Berhormat Klang.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Klang.

final • 5:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya tidak ingin mempolitikkan isu tapi semalam MTUC pimpinan baru bukan pimpinan lama. Pimpinan baru yang telah dipilih pada Disember 2010 telah mengatakan bahawa mereka tidak ada kepercayaan mengenai Majlis Perundingan Gaji Negara. Itu bukan yang lama, ini yang baru. So baru pun tidak ada kepercayaan. Yang Berhormat Menteri kata kita telah dialog, kita ada semangat tripartism tetapi satu komponen daripada tripartism itu jelas mengatakan bahawa mereka tidak ada kepercayaan... [Dewan riuh] Janganlah, relaxlah. Relaxlah, relax. Relaxlah. Apalah. Relaxlah!

final • 5:40 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih, saya faham.

final • 5:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tidak ada kepercayaan terhadap Yang Berhormat Menteri dan kerajaan.

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Saya faham, saya faham.

final • 5:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Apakah ini menunjukkan Yang Berhormat Menteri...

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ya, saya faham, saya faham.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Jangan kelirukan Dewan!

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Terima kasih, saya faham.

final • 5:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Itu dia punya pasallah.

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kalau seseorang, dua minggu dahulu sudah setuju dan semalam tidak bersetuju itu bukan tanggungjawab saya... [Tepuk]

final • 5:50 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 5:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Ini ada press statement...

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ini kerana masa kita mengadakan dialog...

final • 5:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Press statement semalam semua akhbar ada. Tanya pegawai belakang mungkin mereka tahu.

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kalau masa kita mengadakan dialog...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat!

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kalau masa kita mengadakan dialog, semasa kita adakan perbincangan...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, kita boleh berbahas secara tertib Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kalau mereka sudah beritahu pandangan mereka yang berbeza kita akan dengar...

final • 5:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, saya ingin tahu apa tanggungjawab banyak sangat. Kalau semua bukan tanggungjawab Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Akan tetapi, tiba-tiba kalau mereka sudah tukar pandangan mereka tetapi tidak beritahu kita sentiasa tanya mereka apa pandangan mereka kita sokong. Kita sokong. So, kita pun terimalah mereka sokong.

final • 5:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Padang Serai bangun Yang Berhormat. Hendak bagi?

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Selepas ini Yang Berhormat Padang Serai.

final • 5:50 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Relaks dahulu. Saya memberi jaminan bahawa apa yang diamalkan pada masa sekarang bahawa pihak pekerja, wakil pekerja kita akan merujuk kepada pihak kesatuan sekerja yang terbesar itu akan diteruskan. Pada masa yang sama, wakil untuk majikan kita akan merujuk kepada pihak majikan yang paling besar.

Memang majikan tidak terima cadangan ini secara baik daripada awal sampai sekarang mereka membuat pandangan yang berbeza. Itu memang kita pun tahu ini akan terjadi kerana majikan menganggap bahawa kalau kita putuskan itu akan meningkatkan kos mereka. Akan tetapi, walaupun majikan mempunyai pandangan yang berbeza kerajaan terus meneruskan dengan agendanya demi kepentingan rakyat... [Tepuk] Demi kepentingan rakyat. Kalau kita mengambil kira pandangan majikan sahaja akta ini tidak akan dibentangkan pada hari ini. Kalau akta ini dibentangkan hari ini kerana kita berjiwa rakyat.

final • 5:50 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kita mengambil kira keperluan rakyat. Kita memahami keadaan rakyat pada masa sekarang dan kita mahu menukarkan nasib rakyat yang mendapat gaji yang kurang pada hari ini dengan tujuan itu sahaja akta ini dibentangkan. Oleh itu, walaupun pihak-pihak majikan tidak setuju dengan cadangan dan pandangan kita, kita teruskan dengan apa yang telah ditetapkan. Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 5:50 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 5:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ada beberapa pihak yang telah cadangkan pihak pekerja menjadi pengerusi majlis. Macam mana boleh?

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Ipoh Barat wakil majikan.

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kalau pihak wakil pekerja menjadi pengerusi majlis, wakil majikan pun akan minta mereka jadi pengerusi majlis. Ini kerana perkara ini mesti diimbangkan iaitu kuasa yang diberi kepada pekerja dan wakil-wakil daripada pekerja ialah bersama dengan kuasa yang diberi kepada wakil-wakil majikan. Mengapa kerajaan perlu di dalam sistem itu kalau kedua-dua mereka tidak setuju. Siapa pihak ketiga yang akan bantu di dalam persetujuan itu. Itulah kerajaan.

final • 5:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Itulah sikap tripartisme kerana di dalam hal itu, kalau pihak pekerja minta satu perkara yang terlalu tinggi dan pihak majikan menawarkan satu kadar yang terlalu rendah, siapa yang menjadi pihak yang memastikan bahawa perkara ini seimbang. Itulah kuasa kerajaan. Itulah sebabnya kenapa kita memerlukan kerajaan.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Ipoh Barat mana mahu pergi? Jangan balik.

final • 5:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Ipoh Barat pergi...

final • 5:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Ipoh Barat, jangan lari.

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Itulah sebabnya kita memerlukan kerajaan. Kerajaan mesti memainkan...Ya, Yang Berhormat Subang.

final • 5:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya tidak mahu kata pihak kerajaan tidak ikhlas. Kita terima hasrat itu ikhlas. Kita tidak mahu buat tanggapan ini politik tetapi apa hakikat sekarang kita tahu MAF iaitu wakil majikan bantah. Itu jelaslah. Akan tetapi, kita faham mereka sudah lama beberapa tahun sudah membantah konsep gaji minimum. Itu kita faham tetapi yang pelik sekarang walaupun Yang Berhormat Menteri kata ini adalah untuk manfaat pekerja, ini berjiwa rakyat dan sebagainya. Wakil pertubuhan yang terbesar yang mewakili 10 juta pekerja dalam negara ini membantah rang undang-undang ini. Ini hakikatnya. Jadi ini kita kena faham.

So, sebab itu kita sudah berhujah tadi. Memang, walaupun kita semua mahu gaji minimum tetapi perbezaan di antara kita sekarang ialah proses institusi prosedur ini kita melihat sebagai tercacat. Tidak boleh sampai ke sasaran yang kita mahu. So, kenapa Yang Berhormat Menteri tidak boleh menerima hakikat ini dan menerima cadangan daripada pihak kami iaitu merujuk rang undang-undang ini kepada Jawatankuasa Pilihan yang kita boleh sama-sama duduk dan membetulkan apa yang kita melihat adalah kelemahan- kelemahan besar dalam rang undang-undang ini. Itu saya minta penjelasan.

final • 5:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Selepas ini mungkin Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Daripada masa mula sampai sekarang, di dalam isu gaji minimum pihak pekerja dan pihak majikan menjadi ahli yang telah menjadi rakan perundingan kita daripada masa dan perkara ini telah diwujudkan. Sampai beberapa minggu ini semasa kita bincangkan pun mereka sudah setuju. Akan tetapi, kalau you cakap pada hari ini mereka tidak setuju, itu mungkin akibat daripada kenyataan yang telah dikeluarkan yang mungkin mereka sudah sampai keliru dengan ini sampai mereka pun tidak tahu apa yang benar dan apa yang tidak benar.

Itu sahaja boleh jadi satu punca kerana daripada awalnya, walaupun kita mempunyai harapan yang tinggi dan keyakinan yang penuh bahawa melalui proses yang telah dicadangkan ini hasrat kerajaan dan hasrat rakyat untuk mendapat gaji minimum itu boleh dicapai. Akan tetapi, perkara ini dikelirukan dan pihak-pihak tertentu telah memberi pandangan-pandangan seolah-olah tidak mempunyai keyakinan di dalam proses ini dan bahawa perkara ini tidak boleh dicapai itu ialah isunya.

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Walaupun ini bukan proses yang baru. Proses ini sudah dibuat pada banyak negara di mana ada pihak yang membuat cadangan dan ada satu pihak yang membuat keputusan. Di situ ada pihak Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberitahu Yang Berhormat Menteri yang mempunyai kuasa muktamad, bukan. Di dalam akta itu apa yang dikatakan ialah cadangan yang disyorkan oleh Majlis akan disampaikan kepada kerajaan melalui Yang Berhormat Menteri.

So, kuasa Yang Berhormat Menteri ialah untuk membawa kepada kerajaan. Apa yang ternyata sebagai kerajaan ialah Jemaah Menteri. So, kuasa Yang Berhormat Menteri ialah cuma untuk membawa cadangan yang dibuat oleh Majlis supaya dibawa kepada Jemaah Menteri untuk diterima. So, sekarang kita membayangkan keadaan. Majlis sudah membuat satu cadangan. Cadangan ini dibawa kepada Jemaah Menteri. Bolehkah Jemaah Menteri sebagai satu Jemaah Menteri yang mewakili pemimpin-pemimpin politik yang paling tertinggi di dalam negara, menolak cadangan ini dengan tidak ada sebab-sebab yang munasabah. Apa kesan politik kepada Jemaah Menteri dan kerajaan kalau proses penolakan ini dibuat secara sewenang-wenangnya seperti apa yang telah diberitahu oleh Ahli Yang Berhormat.

Seperti apa Ahli Yang Berhormat daripada Klang beritahu, memang apabila kerajaan untuk apa-apa sebab mahu memberi pandangan yang berbeza daripada Majlis hendak rujuk balik perkara itu kepada Majlis, kerajaan mesti memberi sebab kepada Majlis mengapa mereka rujuk balik kepada Majlis. Walaupun itu tidak ternyata di dalam akta tetapi...

final • 5:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Secara logik apabila kerajaan, kabinet selepas sudah kaji benda ini dan mempunyai pandangan yang lain memang Jemaah Menteri akan memberitahu Majlis kita mempunyai pandangan yang lain kerana ada sebab-sebab.

Tolonglah kaji balik perkara yang dicadangkan. Kalau itu diterima itu bermakna akta ini memberi satu kuasa yang tinggi kepada Majlis.

final • 5:50 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Daripada awalnya akta ini memberi kuasa kepada Majlis untuk menetapkan kadar.

Orang-orang yang lain di situ adalah untuk menyokong Majlis, menetapkan kadar.

Jawatankuasa Teknikal menyokong Majlis tunjuk menetapkan kadar. Apabila kita membentangkan dan menggubal rang undang-undang ini, ini bukan untuk dipakai untuk hari ini sahaja. Kita berharap rang undang-undang ini akan dipakai untuk berpuluh-puluh tahun yang akan datang. Sistem yang disediakan ialah macam mana ia boleh digunakan untuk tahun-tahun yang akan datang. Itu sebab kalau Ahli-ahli Yang Berhormat minta kadar ditetapkan, bukan kuasa akta ini untuk menetapkan kadar. Kita sudah menyerahkan kuasa untuk menetapkan kadar kepada Majlis dan Majlis yang mempunyai wakil akan mencadangkan kadar gaji minimum kepada Majlis.

Majlis yang mempunyai wakil pekerja dan wakil majikan. Majlis itu akan mencadangkan kadar. So, pada hari ini kalau saya mencadangkan kadar itu, itu bermakna saya telah merampas kuasa Majlis. Tujuan saya bukan untuk merampas kuasa Majlis dan saya tidak mahu sesiapa di sini memberi pandangan seolah-olah kita boleh merampas kuasa Majlis. Kalau kita telah memberi kuasa kepada Majlis yang mempunyai wakil tripartite iaitu yang mempunyai wakil majikan yang mempunyai wakil pekerja, mereka mencadangkan keputusan dan bawa kepada kerajaan dan kerajaan kalau semua okey, akan terima cadangan itu...

final • 6:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, ramai yang bangun Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kerajaan akan mencadangkan supaya menerima cadangan ini. Cuma di dalam keadaan-keadaan yang istimewa.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Mungkin dalam keadaan-keadaan ekonomi kita terjejas, mungkin di dalam keadaan itu kerajaan akan memberi pandangan yang berbeza. Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Menteri telah menjawab keseluruhannya.

final • 6:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dan cukuplah kita faham kerana Yang Berhormat Menteri telah pun menjawab...

final • 6:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Janganlah, Yang Berhormat Menteri belum pun jawab... Don’t cover up, jangan cover up... [Dewan riuh]

final • 6:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau macam ini sampai bila pun tidak boleh selesai.

final • 6:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 6:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan macam-macam, tidak faham-faham jugakah?

final • 6:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Okeylah, Okeylah.

final • 6:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itulah pakai warna kuning.

final • 6:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Kinabatangan, bagilah floor, kita.....

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri saya jelas....

final • 6:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sudah tanya beberapa kali Yang Berhormat Menteri tidak mahu bagi laluan.

final • 6:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Ini jelas. Allahuakbar.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

[Memberi isyarat supaya Yang Berhormat Padang Serai duduk]

final • 6:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Apa, macam ini? Ingat Mahatma Gandhikah?... [Ketawa]

final • 6:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ya, ya sila teruskan.

final • 6:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, ini jelas. Dalam hujah saya tadi saya kata saya menyokong gaji minimum. Akan tetapi mengikut daripada fasal 22, apabila syor dibuat Yang Berhormat Menteri boleh membatal ataupun memanggil syor itu dibuat, jadi apabila kuasa melantik dan juga membatal itu kuasa Yang Berhormat Menteri. Sekarang ini saya cadangkan supaya Majlis Menteri Majlis, tetapi kami hendakkan gaji minimum. Yang Berhormat Menteri berkuasa berbuat demikian telah dipanggil. Saya setuju Yang Berhormat Menteri panggil Bank Dunia, Yang Berhormat Menteri panggil Ahli-ahli Parlimen. Kita bagi hujah, kita bagi pandangan. Akan tetapi yang jelasnya ialah kita tagihkan gaji minimum dan Yang Berhormat Menteri sewajarnya boleh mewartakan. Dalam statement awal saya 1974....

final • 6:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 6:00 PM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Dengar biar saya bercakap dahulu. Tahun 1974 apabila kerajaan telah mewartakan COLA dan Allahyarham Tun Abdul Razak implementasikan sehinggalah ianya menjadi kenyataan apabila kuat kuasa itu tidak dibatalkan sehingga tahun 1981 dibatalkan. Namun yang jelas ialah kuasa warta gaji minimum di tangan Yang Berhormat Menteri. Saya cadangkan kalaulah ini bukan retorik politik baiklah. Yang Berhormat Menteri mohon wartakan, Majlis, Majlis. Akan tetapi kami hendak segerakan supaya rakyat 40 peratus ke bawah ini dibela. Jangan terbalikkan fakta hujah kami. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 6:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Baru tukar cermin matakah Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya membawa dua tiga perkara tadi. Walaupun Dewan ini kesuntukan masa untuk debate keseluruhannya, tetapi berkenaan dengan pembatalan seorang Ahli Majlis itu. Apabila sesuatu Majlis itu bersidang dan Yang Berhormat Menteri itu diberi kuasa pada bila-bila masa sahaja. Saya percaya itu adalah sesuatu yang tidak rasional dan seharusnya apabila sesuatu pelantikan itu dibuat untuk Ahli Majlis mestilah ada sesuatu supaya ahli itu tidak dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Mesti ada sekatan yang lain. Mungkin tempoh itu. Sebab dia bukan seorang sahaja ahli itu dipilih, sebab itu satu Majlis merangkumi beberapa orang dan juga seperkara lain di mana pelantikan Pengerusi dan Setiausaha. Kita melihat bahawa ini adalah satu rang undang-undang yang di bawa bagi kebajikan pekerja-pekerja di negara ini. Majikan- majikan mereka ada beberapa Majlis dan pelbagai yang boleh membantu mereka memajukan perniagaan mereka.

Akan tetapi untuk pekerja hanya ini satu sahaja. Jadi dalam pada itu pun kalau pekerja ini mereka tidak ada sesuatu representasi yang lebih baik daripada yang lain, saya percaya mereka tidak akan mendapat satu keadilan yang sewajarnyalah. Bukan keadilan sana, sana sudah lapuk... [Ketawa] Jadi saya harap dipertimbangkan supaya Pengerusi atau Setiausaha itu dari kalangan kesatuan sekerja supaya ada satu pengawalan persidangan atau Majlis yang lebih elok. Ini saranan sahaja. Yang Berhormat Menteri lain kali, kalau orang minta peluang bagi sahaja...

final • 6:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Boleh, boleh, boleh.

final • 6:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sebab Yang Berhormat Menteri malam boleh balik tidur eloklah.

final • 6:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Soalan susulan, sama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tahu dan saya harap Yang Berhormat Menteri dapat jawab soalan itu sekarang apakah working definition Yang Berhormat Menteri mengenai gaji minimum. What is the working definition? Itu pertama.

Kedua and this is the statement. Saya duduk di sini dari pukul 2.30 petang dan saya dengar semua Ahli Parlimen membahaskan rang undang-undang ini dan tidak ada seorang pun tanya apakah amaun gaji minimum. So jangan kelirukan Dewan ini. No body asked, but I think what is important is to define apakah working definition gaji minimum.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Padang Serai telah membawa pandangan tentang fasal 10 di dalam rang undang-undang ini yang memberi kuasa untuk Yang Berhormat Menteri membatalkan pelantikan anggota Majlis. Itu satu klausa yang biasa ada di dalam sistem perundangan. Contohnya seorang ahli dia sudah keluar dari negara kita. Tidak memberi sebab mengapa dia keluar atau tidak meletak jawatan. Mesti ada satu pihak yang mempunyai kuasa untuk membatalkan latihan itu. So, ada keadaan-keadaan tertentu di mana kita memerlukan supaya seseorang yang dilantik itu tidak boleh meneruskan pekerjaannya dan tidak meletakkan jawatan di mana kita memerlukan ia dibatalkan. Jadi bila ada klausa macam ini...

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Ini ialah untuk memberi ruang supaya perkara itu, itu pun dengan niat yang baik. Bukan dengan niat yang buruk seolah-olah Menteri akan menggunakan seksyen ini untuk membatalkan mereka yang tidak sokong kerajaan dan menyimpan mereka yang sokong kerajaan sahaja. Kerana kalau itu dibuat, implikasi daripadanya iaitu kesan daripada membuat keputusan sedemikian adalah satu kesan yang besar kepada kerajaan dan kerajaan tidak akan menanggung kesan macam itu. Oleh itu, kerajaan mesti berjalan sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab. Walaupun ada peruntukkan, peruntukkan yang tersedia untuk memberi ruang supaya perkara-perkara ini boleh dibuat, tetapi ini dengan tujuan yang baik, supaya Majlis boleh bergerak secara baik.

Ya Yang Berhormat Telok Intan.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau seseorang itu keluar, bagaimana pula posisi Chairman tersebut? Biarlah Chairman membuat keputusan. Kenapa Yang Berhormat Menteri buat keputusan? Itu jawatankuasa ada Pengerusi, biar Pengerusi sahaja buat keputusan.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

lantikan Majlis di bawah kuasa. Ahli Yang Berhormat seorang peguam. You tahu sistem perundangan. Kamu tahu macam mana lantikan dibuat.

Di sini kuasa diberi untuk Menteri buat pelantikan bukan kerana Menteri akan pergi dan pilih orang sini, orang sini. Kita menerima cadangan dan memberi surat lantikan. Siapa yang memberi surat lantikan kepada Majlis? Menteri yang beri surat lantikan. Itu yang dimaksudkan dengan Menteri yang melantik. Bukan Menteri pergi pilih dari satu kedai ke satu kedai... [Ketawa] Itu bukan maksudnya.

final • 6:10 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Menteri banyak cantiklah.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Maksudnya ialah Menteri keluarkan surat lantikan dan pihak yang keluarkan surat lantikan bila pada satu masa lantikan itu dipaksa batalkan, sama juga Menteri yang mempunyai kuasa untuk membatalkan. Itu tujuannya.

Tadi Yang Berhormat Klang telah bertanyakan apa definisinya. Di dalam bacaan kedua, saya telah menyentuh tentang beberapa indicator social yang akan digunakan untuk menetapkan apa yang dimaksudkan dengan gaji minimum. Di dalam itu termasuk consumer price index dan poverty garis telah disentuh sebenarnya, dan kita telah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa Teknikal ini sedang berfungsi pada masa sekarang secara pentadbiran. Ahlinya adalah daripada ramai pakar ekonomi di dalam negara kita.

Mereka diberi kuasa untuk menentukan daripada kadar-kadar sosial indicators yang kita sudah cadangkan tadi, mana yang paling sesuai untuk digunakan untuk menetapkan apa yang gaji minimum.

Walaupun Ahli Yang Berhormat telah memberi gambaran tentang apa yang digunakan di Indonesia, apa yang digunakan di negara-negara yang lain tetapi Ahli Yang Berhormat pun tahu sebagai seorang economist, ada negara-negara yang menggunakan kadar-kadar yang lain. Contohnya, medium wage, average wage yang digunakan untuk menyediakan. So, perkara itu tergantung kepada keperluan negara kita dan keadaan yang ada di dalam negara kita yang berbeza. Kita telah minta Jawatankuasa Teknikal supaya mereka menyediakan social indicators yang akan digunakan sebagai asas untuk menetapkan gaji minimum.

Ahli Yang Berhormat pun ada bertanya soalan mengenai adakah kajian yang dibuat ini akan diterbitkan kepada orang awam. Kita akan terbitkan kajian itu. Tidak ada apa-apa rahsia di dalam hal ini. Kita tidak mahu rahsiakan dalam sesuatu perkara yang diwujudkan demi kepentingan rakyat, kerana akhirnya mereka yang akan mendapat kebaikan daripada itu ialah rakyat. Oleh itu, perkara yang sudah dibincangkan dan hasil daripada itu akan diterbitkan setiap dua tahun sekali.

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 6:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Semasa kita umumkan kadar yang baru atau kadar yang berbeza, segala siasatan itulah sebab perkara dua tahun sekali termasuk dalam undang-undang ini untuk memastikan satu review akan dibuat secara periodical pada masa yang tetap untuk memberitahu majikan bahawa dua tahun sekali di Malaysia mungkin ada perubahan gaji dan ini akan membantu mereka untuk merancang pelan mereka di dalam perniagaan mereka untuk jangka masa panjang...

final • 6:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tidak faham-faham lagi Yang Berhormat Batu?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan?

final • 6:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah menjawab semua isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya ucapkan terima kasih...

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Belum Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, belum lagi.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang telah membangkitkan isu-isu dan saya berharap...

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Penjelasan.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

...Dengan keterangan yang saya beri, mereka akan mengadakan satu perubahan sikap dan bersama kita...

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya lah, penjelasan ini.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Untuk sokong di dalam isu...

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Sedikit sahaja.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri sudah habis Yang Berhormat?

final • 6:10 PM

Datuk Dr. S. Subramaniam

Yang akan membawa kebaikan kepada rakyat.

Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Minta penjelasan.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 6:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk seperti sebelum ini Peraturan Mesyuarat 54(2) iaitu untuk merujuk bacaan kedua ke satu Select Committee yang akan ditubuhkan.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ada sesiapa menyokong?

Untuk merujuk rang undang-undang ini ke Select Committee, ada sesiapa menyokong?

final • 6:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan kepada Majlis, bahawa usul Yang Berhormat Ipoh Barat seperti yang dikemukakan tadi untuk diputuskan. Mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2), usul ini hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan]

final • 6:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, ask for division.

final • 6:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya tahu dia memerlukan lima belas menyokong.

final • 6:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ask for division.

final • 6:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia baru tiga orang.

final • 6:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon division.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Ada lima belas orang?

Baik, sila duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana lebih daripada lima belas orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintah supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.

Setiausaha sila bunyikan loceng selama dua minit.

[Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi] [Pengundian dijalankan]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi adalah:

Ahli-ahli yang bersetuju 29 orang... [Tepuk] Ahli-ahli yang tidak bersetuju 69 orang... [Tepuk] [Dewan riuh] Rang undang-undang dibaca kali yang kedua sekarang dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa

final • 6:20 PM

Fasal-fasal 1 hingga 61 - Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, hendak berucap?

final • 6:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Ya.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Saya mencari Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat tidak bangun. Hendak bangun? Sila Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat

Boleh saya tanya, ini mengenai tajuk.

Memandangkan akta ini berkaitan dengan minimum wage, mengapa ia tidak dinyatakan sebagai akta minimum wage tetapi Akta Majlis Perundangan. Saya ada bangkitkan perkara ini sebelum ini kerana ia mengelirukan untuk rakyat di seluruh negara, dikatakan ini akta minimum, Akta Gaji Minimum tetapi saya tengok Akta Perundingan, apakah bezanya kenapa kita ada sedemikian?

final • 6:25 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Ada lagi yang hendak berbahas?

Baik, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:25 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam

Tuan Pengerusi, walaupun Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara, usaha dan tanggungjawab untuk menetapkan gaji minimum itu terjelas di dalam undang-undang.

Lebih daripada itu kalau Ahli Yang Berhormat rujuk kepada kesan iaitu fungsi-fungsi majlis, adakah fungsi Majlis adalah untuk mengumpulkan data-data berkenaan dengan gaji untuk membuat kajian tentang apakah sistem gaji yang ada dan spread of wages di dalam negara kita. Itu semua ada di dalam fungsi Majlis. Jadi, untuk memberi erti kepada fungsi Majlis itu, memang tajuk itu memberi satu skop yang luas walaupun tanggungjawab Majlis di dalam isu yang tertentu iaitu isu untuk menetapkan gaji minimum itu memang jelas di dalam undang-undang. Terima kasih.

Fasal-fasal 1 hingga 61 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 6:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin bacakan perutusan daripada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang berbunyi; “Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang kedua penggal keempat Parlimen Kedua Belas telah berlangsung selama 12 hari mulai 13 Jun 2011 hingga 30 Jun 2011. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat disempurnakan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai kerajaan, pegawai Parlimen Malaysia serta semua pihak yang turut terlibat dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat pada sidang kali ini.

Akhir kata, saya ucapkan selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing”.

final • 6:26 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih. Saya bagi pihak seluruh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional mengucapkan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Timbalan-timbalan Yang di-Pertua dan semua pegawai kerajaan yang bersama-sama menjayakan persidangan kita pada kali ini. Sekian, terima kasih... [Tepuk]

final • 6:30 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tolak BERSIH, tolak BERSIH.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua..

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Bagi pihak, bagi pihak Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Mewakili rakan-rakan daripada pihak sebelah sini, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, seluruh staf kakitangan kerajaan...

final • 6:30 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Point of order, point of order.

final • 6:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Dan Parlimen yang membuatkan Dewan ini bersidang dengan...

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, minta diam Yang Berhormat. Diam Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Bagi pihak diri sendiri itu, bagi pihak diri sendiri itu.

final • 6:30 PM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Sekian, assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, saya jemput seorang Yang Berhormat Menteri untuk membawakan usul penangguhan.

final • 6:30 PM
USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3)

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 6:30 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II - Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 6:30 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Masalah 200 Penjaja Pasar Jalan Merlimau

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih bersama-sama di Dewan saya ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan masalah lebih 200 penjaja Pasar Jalan Merlimau Kuala Lumpur yang sudah berada di tapak pasar sejak 40 tahun lalu yang merupakan penjaja-penaja berlesen yang sah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pasar ini terletak bersebelahan tanah yang kini dibangunkan kompleks perniagaan Kenanga Wholesale City. Pasar ini telah berkhidmat kepada beribu-ribu keluarga yang tinggal di rumah-rumah pangsa persekitaran yang mana para penduduk atau pengguna ini bergantung sumber bekalan keperluan harian mereka dari pasar ini. Kepentingan pasar ini memang tidak dapat dinafikan apatah lagi ia ditamatkan. Ia akan menimbulkan berbagai- bagai kesusahan kepada penduduk-penduduk sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa sebuah konsortium telah memohon untuk memperoleh dan membina sebuah kompleks pemborong di atas tanah yang mana terletak Pasar Jalan Merlimau. Penjaja pasar yang terlibat akan dipindahkan ke tapak yang lain iaitu tanah rizab milik KTM terletak di stesen LRT Pudu.

final • 6:36 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Para penjaja membantah keras tindakan dan cadangan penempatan semula yang tidak mengambil pandangan mereka yang sudah pasti akan menyebabkan mereka kehilangan perniagaan dan pendapatan kerana cadangan ini tidak praktikal dan bakal menyusahkan para pelanggan.

Walaupun konsortium tersebut mungkin akan menyediakan tapak alternatif di atas tanah rizab KTM, tetapi sesiapapun boleh menjangka dan menjamin bahawa jika pihak KTM hendak menggunakan semula tanah rizab itu, ke manakah para penjaja akan dipindahkan lagi. Tindakan konsortium itu hanya sekadar hendak melepaskan diri sahaja asalkan para penjaja disediakan penempatan semula tanpa memikirkan nasib mereka selepas itu. Tanah rizab KTM itu jika dapat dijadikan pasar ganti, ia hanya merupakan alternatif sementara sahaja dan tidak akan kekal lama sebelum ia digunakan. Ini kerana apa yang difahamkan bahawa pihak tertentu mempunyai rancangan untuk membina lebih banyak medan meletak kereta untuk para pengguna LRT dan MRT yang berkonsep park and ride akan dirancang di atas tanah rizab KTM.

Oleh yang demikian, para penjaja membantah pemilihan syarikat konsortium tersebut dan menolak cadangan penempatan semula penjaja kerana ia cuma berminat memiliki hartanah pasar yang boleh mengaut keuntungan besar tanpa mengambil kira kekecewaan dan penderitaan akan bakal ditanggung oleh para penjaja. Penjaja-penjaja ini tidak mahu dilayan sebagai golongan nomad yang berpindah-randa dari satu tempat ke satu tempat atau yang lebih teruk lagi seperti orang pelarian tanpa maruah. Mereka merayu agar tidak perlu berpindah tetapi ditempatkan semula di tingkat bawah kompleks pemborong yang dicadangkan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memaklumkan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa jawapan bertulis kepada saya oleh kementeriannya bertarikh 28 hari bulan di Dewan ini yang mengatakan penjaja bersetuju berpindah ke tapak berdekatan adalah tidak benar, tidak berasas dan merupakan satu fitnah yang tidak bertanggungjawab oleh pihak kementerian sendiri.

Konsep pasar dan kompleks membeli-belah telah terbukti berjaya di negara kita seperti di Australia jika ia diuruskan dengan baik. Fungsi asal pasar masih diuruskan tetapi ia beroperasi secara lebih canggih, bersih dan cantik. Saya berharap kerajaan mengotakan janjinya untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat seperti para penjaja yang telah bersusah payah sepanjang empat dekad lalu sejak usia masih muda untuk membina perniagaan tetapi malangnya mereka kini berhadapan dengan pengusiran.

final • 6:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:36 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pasar terbuka Jalan Merlimau telah beroperasi lebih 20 tahun di bahu Jalan Merlimau dan Lorong Gelugor. Kewujudan awal penjaja-penjaja adalah menggunakan payung dan meja lipat sahaja. Walau bagaimanapun, tanpa perjanjian penjaja-penjaja telah dinaiktarafkan dengan pembinaan struktur bumbung, lantai konkrit dan kemudahan asas seperti air dan elektrik bagi memastikan keselesaan para penjaja dan pengunjung.

Di samping itu terdapat juga kewujudan penjaja statik di sekitar kawasan ini memandangkan ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai terutamanya penjaja kerana konsep jualan borong oleh peniaga-peniaga di premis perniagaan kawasan ini. Statistik penjaja adalah seperti berikut:

(i) jumlah penjaja aktif sebanyak 251 orang, di mana terdiri daripada 53 orang statik dan 198 pasar; dan

(ii) penjaja tidak aktif, sebanyak 140 orang. Kategori penjaja, penjaja makanan dan minuman sebanyak 53 orang dan juga penjaja pasar sebanyak 198 orang.

final • 6:36 PM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Datuk Saravanan a/l Murugan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah meluluskan perintah pembangunan kepada Kenanga Wholesales City Sdn. Bhd. bagi menaik taraf jalan sedia ada dan membina siar kaki berbumbung iaitu di Jalan Kenanga, sebahagian di Jalan Merlimau dan sebahagian di Jalan Gelugur. Kerja-kerja naik taraf terhalang disebabkan terdapat penjaja-penjaja di sekitar kawasan tersebut. Satu perbincangan telah diadakan di antara pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pemaju. Hasil daripada perbincangan tersebut, pemaju telah bersetuju untuk memindahkan penjaja-penjaja ke tapak alternatif yang dicadangkan iaitu:

(i) tapak-tapak penjaja di dalam kawasan pembangunan Kenanga Wholesale;

(ii) tapak sementara di tapak kuarters Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Lot 1165;

(iii) tapak di hujung Jalan Kenangan atas jalan;

(iv) tanah milik pemaju bersebelahan Maybank, Jalan Merlimau; dan

(v) tanah KTMB Jalan San Peng, Jalan Lengkuas sekitar Stesen LRT Pudu.

Pada 11 Oktober 2010, jabatan telah mengeluarkan notis perpindahan kepada penjaja-penjaja terlibat. Walau bagaimanapun arahan perpindahan telah dibantah oleh kalangan mereka. Sehubungan dengan itu pertemuan telah diadakan oleh jabatan bersama penjaja-penjaja dan pemaju iaitu Kenanga Wholesales Sdn. Bhd. Hasil perbincangan, penjaja-penjaja bersetuju dengan syarat tapak yang dicadangkan adalah berdekatan dengan tapak sedia ada. Justeru penjaja dicadangkan untuk berpindah ke tapak kuarters Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Lot 1165, dan dalam hal ini pemaju telah bersetuju untuk mendirikan struktur bumbung dan lantai konkrit serta menyediakan kemudahan utiliti.

Pada 5 Oktober 2010, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bagi tujuan penyewaan tanah Lot 1165. Seterusnya pada 27 Januari 2011, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah meluluskan permohonan pinjaman Lot 1165 untuk tujuan penempatan sementara penjaja-penjaja terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tanah geran 33410 di Lot 1165, Seksyen 69 Jalan Gelugor, Off Jalan Merlimau, Bandar Kuala Lumpur sememangnya dalam proses untuk dijual kepada pemaju yang akan membangunkan tanah ini sebagai wholesale textiles centre, dengan izin. Antara aktiviti yang akan dibangunkan di pasar ini adalah penjualan borong dan runcit, barang tekstil, butik fesyen, aksesori, kosmetik, wellness centre serta lifestyle product, dengan izin, institusi perbankan dan pos.

Penjualan tanah ini adalah sebahagian daripada program monetization of assets di mana tanah kerajaan yang tidak digunakan sepenuhnya dijual kepada pihak swasta untuk dibangunkan bagi merancang pembangunan sektor hartanah dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa kuarters kerajaan yang daif dan usang dan tidak lagi sesuai untuk didiami di kawasan tersebut. Selain itu kedudukan tanah tersebut juga berada di kawasan pesat dengan kegiatan-kegiatan perniagaan tekstil yang telah dimasukkan di bawah program Tourism Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 6:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.40 petang.

final • 6:36 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026