Jun292011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan Heng Seai Kie]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 10:00 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 9.30 malam dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 30 Jun 2011”.

final • 10:04 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:04 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.

final • 10:04 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

final • 10:04 AM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya akan sambung ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong ada membangkitkan apakah produk yang diniagakan di Bursa Derivatif. Untuk makluman Yang Berhormat, produk- produk yang boleh diniagakan di platform dagangan CME Globex ialah seperti berikut:

(I) Crude Palm Oil Futures (FCPO);,

(Ii) USD Crude Palm Oil Futures (FUPO);,

(Iii) Crop Palm Kernel Oil Futures (FPKO);,

(Iv) FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures (FKLI);,

(V) FTSE Bursa Malaysia KLCI Options (OKLI);,

(Vi) Single Stock Future (SSF);,

(vii) 3 Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate Futures (FKB3); dan

(viii) 3 and 5 years Malaysian Government Securities Futures (FMG3 and FMG5).

Produk yang paling aktif iaitu FCPO telah mencatat dagangan tertinggi dengan open interest mencatat 116,442 kontrak pada 23 Jun 2011. Ini adalah kerana minat yang meningkat bagi kontrak FCPO oleh perdagangan tempatan dan antarabangsa di pasaran FCPO.

Yang Berhormat Kepong ada membangkitkan isu tindakan penguat kuasa dalam Bursa adalah kurang. Untuk makluman Yang Berhormat, Bursa ambil tindakan penguatkuasaan yang...

final • 10:06 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 10:06 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Belumlah, belum jawab lagi. Belum jawab lagi, belumlah, semalam Yang Berhormat sudah cakap lama. Bursa – mengenai tindakan penguatkuasaan yang ketat untuk pelanggaran peraturan Bursa, statistik untuk pelanggaran kehendak-kehendak penyenaraian Bursa untuk tahun 2010 adalah 280 sanction terhadap 50 syarikat tersenarai dan 84 orang pengarah perbicaraan atau reprimand dan denda berjumlah RM7,747,850. Statistik untuk pelanggaran kaedah-kaedah perniagaan Bursa untuk tahun 2010 adalah 212 sanction termasuk perbicaraan atau reprimand denda sebanyak RM793,200. Statistik tersebut adalah terdapat di dalam laman web Bursa Malaysia serta laporan tahunan Bursa.

Yang Berhormat Kepong ada membangkitkan isu mengenai fasal 21, kriteria yang akan dilihat atau nilai bagi pelantikan ketua eksekutif Bursa. Kriteria yang ditetapkan untuk menjadi ketua eksekutif adalah seseorang itu adalah rakyat dan sesuai atau fit and proper.

Kriteria ini terdapat di bawah sub seksyen 65(1), CSMA, sebagai contohnya sama ada seseorang itu tidak disabitkan kesalahan sama ada di luar atau dalam Malaysia berkaitan dengan courts atau ketidakjujuran atau honesty. Kedua, disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Undang-undang Sekuriti. Ketiga, seseorang itu tidak muflis dan sebagainya.

final • 10:06 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Yang Berhormat Kepong, apakah moratorium bagi penjualan atau pelupusan saham bagi promoter syarikat tersenarai? Jawapannya ialah moratorium yang diperkenalkan kepada promoter adalah selama enam bulan selepas syarikat disenaraikan di Bursa Saham. Definisi promoter termasuk pemegang saham yang menguasai syarikat tersebut, fleksibiliti ke atas pematuhan syarat moratorium ini boleh diberi kepada syarikat sekiranya 20 peratus taburan pegangan awam atau public subscribing spread telah dipenuhi.

Yang Berhormat Kepong juga membangkitkan mengapa keperluan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab sebelum mengenakan syarat dan had ke atas lesen dimansuhkan.

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di-Pertua, rasional bagi pindaan ini adalah keperluan untuk mengambil langkah intervention yang pantas, pengenaan syarat atau had atas lesen adalah dikenakan untuk melindungi aset pelabur atau memastikan keselamatan perantara pasaran modal.

Keperluan untuk menunjukkan sebab akan melengahkan pelaksanaan keputusan SC dan meletakkan aset para pelabur di dalam risiko terutamanya jika keputusan yang dimahukan adalah untuk mencegah pemegang lesen dari terus berurus niaga dengan aset pelabur itu.

Walau bagaimanapun, pemegang lesen masih ada hak untuk merayu kepada SC dan untuk memfailkan suatu kajian penghakiman atau judicial review jika tidak berpuas hati dengan keputusan SC. Pindaan ini adalah sejajar dengan undang-undang di Singapura dan Hong Kong yang tidak menyediakan hak untuk didengari sebelum pengawal selia mengenakan syarat atau had ke atas pemegang lesen.

Yang Berhormat Kepong ada membangkitkan berapakah skim persaraan swasta yang sedia ada sekarang. Buat masa ini belum ada lagi sebarang skim persaraan swasta di pasaran, cadangan pindaan kepada CMSA ini adalah dibuat bagi memperkenalkan satu rangka kerja pengawalseliaan bagi skim persaraan swasta yang akan dikeluarkan kelak.

Antara lainnya, rangka kerja ini akan memperuntukkan satu kehendak bagi mendapatkan kelulusan sebelum suatu skim persaraan swasta dapat disediakan dan dipasarkan kepada orang awam.

Yang Berhormat Kepong juga ada membangkitkan mengapa perlu ada tempoh minimum pemenjaraan di bawah seksyen 317A dan 320A. Untuk makluman Yang Berhormat, seksyen 317A dan 320A, CMSA mula berkuat kuasa pada 1 April 2010.

Seksyen 317A, membolehkan SC mendakwa pengarah pegawai perbadanan tersenarai yang menyebabkan kehilangan salah atau wrongful loss terhadap perbadanan itu. Seksyen 320A menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana orang untuk memanipulasi kenyataan kewangan yang diaudit. Kedua-dua peruntukan ini diperlukan untuk membolehkan SC meningkatkan taraf tadbir urus di kalangan para pengarah dan mereka yang dipertanggungjawab untuk menyediakan penyata kewangan.

Pindaan yang dicadangkan pada seksyen 317A dan 320A bertujuan untuk memperuntukkan tempoh minimum bagi hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun, sekiranya sabit kesalahan. Pindaan ini perlu untuk mencerminkan keseriusan kesalahan tersebut dan bertindak sebagai satu pencegahan daripada pelanggaran seterusnya. Okey, Yang Berhormat Kepong.

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi ini lebih telus sedikit. Memang Yang Berhormat Sri Gading tidak ada di sini. Bila dia bincang semalam, angka-angka tidak diberi dan sebagainya, tersembunyi di belakang. Pagi ini lebih baik sedikit tetapi itulah panjang jawapannya, kita hendak bantu dia pun susah.

Pertama, mengenai derivative, saya memang setuju dengan pihak kerajaan, 2008 waktu itu kerana kita mengehadkan perdagangan derivative. Jadi, sebab itulah apabila pihak Amerika Syarikat, New York Exchange mengalami kesusahan kerana sub prime, kita terlindung daripada masalah derivative. Sekarang kita terpaksa mengadakan, membenarkan pengiktirafan derivative. Daripada yang disebutkan tadi mengenai crude palm futures dan sebagainya, beberapa syarikat derivative ini. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini, apakah biasanya pembohongan ataupun kesilapan, kesalahan yang boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat derivative yang canggih?

Banyak lagi, jawapan itu panjang, kita hendak bantu pun susah, derivative dulu.

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat, sungguhpun Yang Berhormat seorang doktor pakar kulit tetapi Yang Berhormat pun pandai juga. Niat Yang Berhormat pun bagus tentang isu-isu pasaran modal. Seperti yang saya telah jelaskan tadi, buat masa ini kita ada lapan kategori derivative untuk rakyat Malaysia boleh melabur, bukan rakyat Malaysia sahaja, untuk rakyat luar atau institusi luar juga. Ini adalah selaras dengan perkembangan ekonomi Malaysia sebagai sebuah negara yang akan jadi negara maju.

Oleh itu, kita memang selalu meminda peraturan dan undang-undang supaya kita boleh dalam tahap setanding dengan pasaran yang luas seperti Singapura dan Hong Kong.

Oleh itu, pindaan saya telah sebutkan tadi dan memang siapa yang buat kesalahan ataupun mengeluarkan kenyataan yang salah dari segi kewangan syarikat, kita akan ambil tindakan. Oleh itu, kalau Yang Berhormat ada cadangan yang bagus, kita memang terima.

final • 10:10 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan yang seterusnya mengenai pelanggaran. Pada tahun 2009, ada 240 sanctions dan juga pada 2010, ada 210 sanctions ini. Bolehkah Yang Berhormat menjelaskan kepada Dewan ini apakah kesalahan mereka, pelanggaran? Nampaknya kalau dengan Bursa Saham kita itu, pelanggaran sanctions ini bukan begitu banyak. Mungkin ada sebahagian besar itu terlepas daripada tindakan yang perlu diambil.

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat yang begitu prihatin atas isu-isu pasaran modal. Seperti yang saya tadi telah jelaskan, untuk tahun 2010, kita memang telah ambil tindakan terhadap 50 syarikat yang kesalahannya pelbagai. Antaranya kenyataan kewangan syarikat yang tidak betul dan ada masalah dengan kadang-kadang isu spekulasi dalam saham dan juga pelbagai kesalahan. Kalau kita tengok dari segi peratusan, kita hanya ada 970 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan 50 itu adalah lebih kurang 5 peratus dan memang kita sekarang menubuhkan Audit Oversight Board yang kita hendak jaga audit external supaya mereka menjalankan tugas betul-betul. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang ini.

final • 10:10 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Kepong yang begitu prihatin. Orang baik, dia orang ini. Oleh sebab itu, dia diundi oleh orang Kepong. Terima kasihlah.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 10:20 AM

Fasal-fasal 1 hingga 75 - Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 10:20 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya berkenaan dengan fasal 5 iaitu berkenaan dengan kuasa suruhanjaya untuk mengeluarkan arahan ke atas suatu Bursa yang merangkumi tujuan selain daripada tujuan- tujuan ataupun urusan sedia ada untuk tujuan pengawasan dan penguatkuasaan.

Saya hendak tanya, oleh kerana kerajaan telah pun melaksanakan beberapa dasar liberalisasi terutama dalam subsektor kewangan yang menyentuh tentang pergerakan modal daripada luar dan juga isu yang telah pun disebut berkali-kali oleh kerajaan berkenaan dengan pengawasan ataupun tumpuan yang diberikan untuk melihat pergerakan modal atau wang panas ke dalam negara kita. Adakah fasal 5, seksyen 26, Akta 671 ini mengambil langkah atau memberi langkah untuk memberi pemerhatian ataupun penelitian yang lebih mendalam lagi. Oleh kerana sebelum daripada ini, kita memberi tafsiran bahawa kurangnya elemen pengawasan yang menyebabkan kita tidak berjaya untuk meneliti sama ada pergerakan modal, kemasukan modal luar yang ditakrifkan sebagai pergerakan wang panas ini tidak berjaya kita saringkan dengan baik.

Oleh kerana itu, kita telah ditegur dan beberapa pihak luar telah memberi penerangan mereka. Walaupun agak tidak positif tetapi ada asas tentang melihat atau mengatakan kita menjadi tumpuan kepada sektor pergerakan modal yang berbentuk seperti yang dikatakan sebagai wang-wang panas tadi yang berbentuk lebih kepada sementara.

final • 10:21 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Lanjutan daripada itu, saya hendak bertanya tentang fasal 10, iaitu seksyen 63 yang menyentuh tentang lesen fi ataupun bayaran-bayaran tertentu yang boleh dikenakan ke atas urusan pelesenan oleh badan yang menyelenggarakan ataupun suruhanjaya yang bakal ditubuhkan di bawah akta in. Saya hendak penerangan lebih detail sedikit oleh kerana semalam saya tidak sempat dan berpeluang untuk berbahas di peringkat dasar. Saya hendak tahu berkenaan dengan fees ataupun bayaran-bayaran yang bakal dikenakan oleh sebab kita telah pun membentangkan dan meluluskan Akta Fi pada tahun lepas. Adakah kita membicarakan perkara yang sama ataupun mempunyai kaedah ataupun pentakrifan yang berbeza daripada Akta Fi sebelum daripada ini? Terima kasih.

final • 10:21 AM

Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee

Yes, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:21 AM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat dari Indera Mahkota. Terima kasihlah Yang Berhormat di atas pertanyaan mengenai dengan fasal 5, iaitu fasal yang SC ada untuk memberi kuasa kepada SC di bawah seksyen 26.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini kuasa SC untuk mengeluarkan arahan adalah terhad untuk mengurus konflik kepentingan sebab Bursa Malaysia adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Mereka pun ada tengok dari segi keuntungannya. Oleh itu, kita tidak mahu ia ada konflik kepentingan dan kuasa ini diperkenalkan selepas Bursa dineutralisasikan di mana Bursa menjadi organisasi untuk keuntungan.

Objektif perniagaan Bursa boleh menimbulkan konflik dengan fungsi pengawalseliaannya sebagai pengawal seliaan garisan hadapan. Walau bagaimanapun, kuasa pihak untuk mengeluarkan arahan ini tidak lagi mencukupi di dalam landskap di mana Bursa Saham dan subsidiarinya beroperasi hari ini. Sebagai contoh, SC mungkin perlu mengeluarkan arahan untuk menguruskan risiko systemic yang tidak berkaitan dengan konflik kepentingan.

SC juga mungkin perlu mengeluarkan arahan untuk menghendaki Bursa mengambil langkah-langkah perlu yang tertentu untuk meningkatkan keyakinan pasaran yang mungkin tidak berkaitan dengan konflik kepentingan. Sebagai contoh, SC mungkin memerlukan Bursa untuk mengawal selia pendaftar share atau share registrar.

Pindaan seksyen 26(1)(c) yang baru akan membenarkan SC mengeluarkan arahan yang perlu dan sesuai manfaat untuk memastikan pasaran yang saksama dan teratur bagi tujuan perlindungan pelabur atau untuk kepentingan awam supaya integriti pasaran modal dikekalkan atau pentadbiran undang-undang sekuriti kekal efektif. Pindaan yang dicadangkan ini adalah selari dengan langkah kerja pengawalseliaan bidang kuasa lain yang juga telah dineutralisasikan Bursa mereka seperti Australia, Hong Kong dan Singapura di mana kuasa pengawalseliaan untuk mengeluarkan arahan kepada Bursa tidak terhad kepada hal mengurus konflik kepentingan sahaja.

Untuk pertanyaan fasal 10 mengenai licensing dan juga fi. Untuk makluman Yang Berhormat, fi pelesenan pada masa ini terdapat di bawah Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Fi pelesenan adalah kekal dan tidak dipinda di bawah pindaan ini. Fi bagi aktiviti perkara pertama adalah RM2,000 dan Fi bagi aktiviti bagi perkara seterusnya adalah RM1,000 setiap tahun. Sekian.

Fasal-fasal 1 hingga 75 diperintahkan jadi sebahagian dari undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 10:24 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1). Tuan Yang di-Pertua, saya telah kemukakan satu usul kepentingan orang ramai dan perlu dipercepatkan. Ini berkaitan dengan kehilangan lebih daripada 70 orang individu di seluruh negara dalam tempoh tujuh atau lapan bulan ini. Di kawasan saya sendiri iaitu pada minggu dahulu dua orang telah hilang. Perangai dan di mana modus operandinya nampaknya adalah pegawai-pegawai polis yang terlibat membawa gari dan membawa dokumen-dokumen menunjukkan bahawa mereka perlu ditahan. Selepas dikatakan dibawa ke lokap, mereka telah hilang.

final • 10:29 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini bukan sahaja di Ipoh tetapi di seluruh negara dan saya hairan Tuan Yang di- Pertua dengan the highest respect to the Chair yang diberi hari ini saya terkejut, kerana alasan yang diberi Tuan Yang di-Pertua mengatakan berbunyi sedemikian, “Pihak Polis Diraja Malaysia telah pun mengambil tindakan dengan melakukan siasatan berdasarkan report polis yang dibuat dan setakat ini siasatan rapi dan terperinci masih lagi dijalankan.

Oleh yang demikian, perkara itu tidak perlu disegerakan.” Tuan Yang di-Pertua mana boleh kita terima alasan dari satu pihak sahaja.

Bukankah Parlimen menjadi bukan satu tempat yang relevan untuk diskusi satu perkara yang current supaya tindakan yang tegas diambil. Ini bukan perkara yang baru kerana lapan bulan, sembilan bulan perkara ini tidak diambil apa-apa tindakan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat sudah berucap.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Maka macam mana? Bukankah kita membawa usul tersebut supaya ruangan diberi, supaya perkara itu dapat didebatkan di sini dan satu keputusan dibuat. Ini adalah satu tempat yang relevan Tuan Yang di-Pertua dan jika kita tidak membuat sedemikian, we become laughing stock of the nation.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

No. Kita tidak akan jadi bahan ketawa kerana kita ada peraturan mesyuarat dan saya tidak berhasrat untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai dengan perkara ini. Pada saya peraturan mesyuarat mengatakan mana-mana perkara yang ditolak dalam kamar, ia tidak akan dibahas dalam Parlimen. Saya tidak perlulah menjelaskan perkara ini berulang kali, berulang-ulang kerana kita semua maklum dalam Peraturan Mesyuarat 18(2) tidak membenarkan perkara yang ditolak dalam kamar untuk dibahas semula. Saya minta maaf Yang Berhormat.

final • 10:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan, pengawal seliaan dan penyeliaan perniagaan perkhidmatan wang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dibacakan kali yang kedua sekarang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang- undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 ini adalah hasil daripada kajian komprehensif yang telah dilakukan oleh Bank Negara Malaysia terhadap industri pengurupan wang atau money changers, dengan izin, pengiriman wang dan perniagaan mata wang borong yang ketika ini dikawal selia di bawah Akta Pengurupan Wang 1998, Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan Akta Sistem Pembayaran 2003.

Dengan ini aktiviti perniagaan pengurupan wang, pengiriman wang dan mata wang borong telah distrukturkan semula sebagai perniagaan perkhidmatan wang dan rang undang-undang digubal untuk mengawal selia perniagaan perkhidmatan wang sejajar dengan amalan yang dipraktikkan oleh negara-negara lain seperti Australia dan Kanada.

final • 10:32 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Rasional rang undang-undang ini dirangka adalah bagi memodenkan industri pengurupan wang, pengiriman wang dan perniagaan mata wang borong supaya menjadi satu industri yang dinamik, berdaya saing dan profesional. Selain itu ia bertujuan untuk memperkukuhkan pengawasan terhadap sektor bukan bank bagi menangani ancaman penggubahan wang haram, money laundering dan pembiayaan keganasan dan aktiviti- aktiviti haram. Ini adalah penting untuk mengekalkan integriti sistem kewangan Malaysia yang merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan daya saing negara.

Tuan Yang di-Pertua, dasar-dasar teras yang terdapat dalam rang undang-undang ini menggariskan tiga matlamat utama seperti berikut:

(i) matlamat pertama ialah mewujudkan industri yang efektif, efisien dan berdaya saing melalui model perniagaan yang fleksibel;

(ii) dasar pelesenan berperingkat; dan

(iii) fleksibiliti dalam had pegangan mata wang asing.

Di bawah objektif ini, pemegang lesen yang berkelayakan diberikan fleksibiliti untuk menjalankan perniagaan pengurupan wang dan pengiriman wang dalam satu entiti yang sama. Langkah ini akan mewujudkan synergy antara kedua-dua perniagaan ini, malahan mempertingkatkan ekonomi bidangan, economy of skill serta memperluaskan asas pendapatan peserta pasaran.

Rang undang-undang ini juga menyediakan struktur perniagaan perkhidmatan wang yang berperingkat-peringkat atau tiering yang terdiri daripada pemegang lesen pasaran kecil, sederhana dan besar. Keperluan pelesenan dan kehendak berhemat termasuk keperluan modal bagi setiap kategori lesen adalah bergantung kepada skop skala dan kompleksiti aktiviti perniagaan yang dibenarkan dan dijalankan oleh pemegang lesen dalam setiap kategori. Pendekatan berperingkat akan membenarkan pemegang lesen membangunkan kapasiti dan berkembang menjadi pemegang lesen pasaran yang lebih besar di masa hadapan.

Di bawah landskap baru ini, pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengurupan wang diberikan fleksibiliti dari segi had pemegangan mata wang asing yang berpatutan mengikut keperluan perniagaan dan keupayaan pengurusan risiko masing- masing. Oleh yang demikian, had pegangan mata wang asing sebanyak suatu amaun yang tidak melebihi persamaan RM250,000 di bawah Akta Pengurupan Wang 1998 akan dimansuhkan.

Matlamat kedua pula adalah memperkukuhkan kapasiti dan perlindungan daripada aktiviti haram bagi industri perkhidmatan wang secara mengetatkan keperluan kemasukan dalam industri dan proses pembatalan lesen yang lebih efisien dan berkesan.

Selaras dengan objektif ini rang undang-undang memperuntukkan keperluan kemasukan yang lebih ketat kepada pemohon lesen termasuklah keperluan modal berbayar minimum serta penilaian pematuhan kriteria kemasukan dan penilaian kriteria orang yang layak dan sesuai atau fit and proper person, dengan izin oleh Bank Negara Malaysia, sebelum pemohon dilesenkan di bawah rang undang-undang ini. Kriteria orang yang layak dan sesuai turut terpakai kepada pemegang saham substantial, pengarah, ketua eksekutif, mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengawal operasi perniagaan pemohon lesen serta agen-agen perniagaan perkhidmatan wang yang akan dilantik oleh pemegang lesen.

Di samping itu proses pembatalan lesen adalah lebih telus. Asas-asas pembatalan lesen diperjelaskan yang mana termasuk antaranya adalah pemegang lesen menjalankan aktiviti perniagaan selain daripada yang dilesenkan, terlibat dalam amalan yang tidak selamat seperti aktiviti penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dan pengawal sesuatu pemegang lesen gagal mematuhi kriteria minimum orang yang layak dan sesuai. Proses rayuan kepada Menteri Kewangan terhadap pembatalan lesen dikekalkan bagi memastikan proses pembatalan sesuatu lesen dibuat dengan adil, telus dan saksama.

Seterusnya matlamat ketiga menekankan kepada pengukuhan pengawal seliaan dan penguatkuasaan industri yang efektif dan berkesan dengan memberi kuasa yang mencukupi untuk melaksanakan pengawal seliaan berterusan terhadap pemegang lesen serta memperkukuhkan rangka kerja penalti dan penguatkuasaan.

final • 10:32 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Dalam rangka kerja objektif ini Bank Negara Malaysia diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pemegang lesen, premis perniagaan dan ejen perniagaan perkhidmatan wang dibenarkan menjalankan penyiasatan terhadap mana-mana orang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah rang undang-undang serta menetapkan peraturan-peraturan dan gelagat pasaran bagi memudahkan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang. Selain itu skop rangka kerja penguatkuasaan diperluaskan dengan memperuntukkan penalti jenayah, penalti sivil dan penalti pentadbiran yang mana denda yang lebih tinggi sehingga RM5 juta serta hukuman penjara yang lebih panjang sehingga sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan di bawah rang undang-undang khususnya yang melibatkan aktiviti haram.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi sepuluh bahagian yang merangkumi 96 fasal dan 1 Jadual. Peruntukan-peruntukan dalam rang undang- undang ini diringkaskan seperti berikut:

Bahagian I memperuntukkan perkara permulaan yang terdiri daripada fasal 1 hingga 3. Fasal-fasal ini mengandungi tajuk ringkas, penetapan tarikh permulaan kuat kuasa akta, tafsiran perkataan dan istilah serta ketidakpakaian akta ini kepada peniaga yang merupakan bank berlesen dan bank Islam berlesen. Mereka dikecualikan. Bahagian ini juga menggariskan fungsi kuasa dan tugas Bank Negara Malaysia dalam mentadbir dan menguatkuasakan akta ini.

final • 10:32 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Bahagian II mengandungi peruntukan perlesenan dari fasal 4 hingga 20 yang merangkumi peruntukan mengenai larangan untuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, tatacara dan proses permohonan serta pembaharuan lesen, aspek penilaian oleh Bank Negara Malaysia dalam mengeluarkan lesen, syarat-syarat pelesenan, dan keperluan mempamerkan lesen.

Selanjutnya fasal 12 hingga 20 pula memberi penekanan kepada asas-asas pembatalan lesen oleh Bank Negara Malaysia, tatacara dan prosedur yang perlu dipatuhi bagi lesen-lesen yang dibatalkan dan peruntukan rayuan kepada Menteri terhadap pembatalan lesen.

Bahagian III terdiri daripada fasal 21 hingga 36 yang memperuntukkan perkara- perkara berkaitan dengan pengendalian perniagaan perkhidmatan wang. Antaranya prosedur membuka atau menempatkan semula pejabat, menyelenggara modal minimum, larangan penggunaan perkataan yang berkaitan dengan perkhidmatan wang tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia, keperluan pendedahan maklumat produk dan perkhidmatan kepada pelanggan, larangan berkaitan dengan pemindahan dan pelupusan perniagaan perkhidmatan wang tanpa kebenaran dan produser pelantikan pengarah, ketua eksekutif dan juruaudit.

Bahagian IV pula mengandungi fasal 37 hingga 41 yang terdiri daripada peruntukan khusus bagi pengendali perniagaan pengiriman wang yang antara lain menyentuh hal ehwal berhubung penyelenggaraan akaun berasingan untuk pelanggan, tatacara pemberhentian perniagaan, pematuhan ke atas peraturan dan peruntukan akta dan penggunaan sistem pengiriman wang.

Bahagian V memperuntukkan fasal 42 hingga 47 yang memperkatakan perkara- perkara yang berkaitan dengan pelantikan agen, penyelenggaraan daftar agen oleh Bank Negara Malaysia dan keperluan agen untuk mematuhi peruntukan-peruntukan dalam akta dan peraturan Bank Negara Malaysia.

Bahagian VI mengandungi fasal 48 hingga 52 yang memperuntukkan kuasa Bank Negara untuk menjalankan pemeriksaan ke atas harta, dokumen, maklumat sistem pengiriman wang atau transaksi pemegang lesen yang meliputi agen perniagaan perkhidmatan wangnya atau pejabatnya.

Bahagian VII mengandungi fasal 53 hingga 72 yang memperuntukkan kuasa bank bagi menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan. Bahagian ini memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk melantik pegawainya, pekerjanya atau orang lain sebagai pegawai penyiasat untuk membuat siasatan terhadap pelanggan atau kesalahan di bawah akta. Halangan ke atas pegawai penyiasat dalam menjalankan kuasanya di bawah bahagian ini merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan undang-undang.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Bahagian VIII mengandungi fasal 73 hingga 79 yang memperuntukkan kuasa- kuasa Bank Negara Malaysia seperti kuasa mengeluarkan arahan, garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis kepada pemegang lesen dalam mengawal selia dan mentadbir perniagaan perkhidmatan wang. Bank Negara Malaysia juga dibenarkan mengambil tindakan pentadbiran ke atas orang yang telah atau sedang melanggar peruntukan akta atau tidak mematuhi notis, pekeliling, piawaian atau garis panduan bertulis yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia. Selain itu, Bank Negara Malaysia boleh mengambil tindakan sivil di mahkamah bagi menguatkuasakan peruntukan akta dan juga memohon perintah mahkamah untuk dikenakan ke atas pemegang lesen dan agen perniagaan perkhidmatan wang.

Bahagian IX mengandungi fasal 80 hingga 92 mengenai hal pelbagai.

Fasal 80 hingga 82 memperuntukkan kesalahan yang dilakukan oleh badan korporat hendaklah ditanggung oleh pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpama bagi badan korporat itu.

Bahagian X pula mengandungi fasal 93 hingga 96 yang memperkatakan mengenai peruntukan pemansuhan, kecualian dan peralihan. Bahagian ini memansuhkan Akta Pengurupan Wang 1998.

Jadual bertujuan untuk memperuntukkan senarai fasal dan rang undang-undang yang dicadangkan dikecualikan daripada penguatkuasaan tindakan pentadbiran yang boleh diambil oleh bank.

Akhir kata, langkah-langkah yang dihasratkan melalui rang undang-undang adalah sejajar dengan komitmen kerajaan dalam mengukuhkan dan memastikan rangka kerja pengawalseliaan untuk industri pengurupan, pengiriman wang, dan perniagaan mata wang borong yang lebih menyeluruh, komprehensif dan efisien bagi menangani ancaman pengubahan wang haram, money laundering dan pembiayaan keganasan terhadap sektor bukan bank serta mengekalkan integriti sistem kewangan Malaysia keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan, pengawalseliaan dan penyeliaan perniagaan perkhidmatan wang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 10:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 10:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang untuk berbahas tentang Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 yang bermatlamat untuk memansuhkan atau menggantikan akta yang lama iaitu Akta Pengurupan Wang 1998 dan memperbesarkan lagi ruang lingkup pentadbiran undang-undang baru ini yang saya percaya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, adalah bertujuan untuk menumpukan kepada tiga asas utama iaitu perniagaan pengurupan wang, pengiriman wang dan juga perniagaan urusan mata wang secara borong.

Pertama sekali saya hendak mengatakan dari peringkat awal ini, saya memang menyokong usaha ini kerana sepatutnya kerajaan telah membawa cadangan untuk menyekat ataupun melihat semula dan mengkaji semula urusan ataupun aktiviti-aktiviti yang bersangkutan dengan pengurupan dan pengiriman wang ini terutama ke luar negara yang telah mengambil tempat menjadi isu utama dalam negara kita lima tahun kebelakangan ini, lanjutan daripada persepsi ataupun laporan-laporan yang banyak dikemukakan tentang kebocoran, ketirisan dan juga usaha yang secara besar-besaran membawa keluar dana awam kita, kewangan kita atau mata-mata wang yang dahulu dipegang oleh pihak berkuasa di dalam negara kita terutama dalam sektor-sektor tertentu termasuk sektor pengendalian kewangan atau urusan kewangan.

final • 10:46 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kita melihat bahawa teguran yang agak keras telah diberi oleh banyak pihak.

Pada tahun lalu, Menteri Kewangan iaitu Perdana Menteri sendiri semenjak tahun 2009 lagi telah menyatakan dengan terang bahawa kerajaan telah meneliti dan kerajaan sedang memikirkan tentang urusan pengiriman wang yang membabitkan pekerja asing terutamanya yang setiap tahun telah memperlihatkan peningkatan yang agak ketara. Sebagai contoh, pada tahun 2009, jumlah remittance mata wang Ringgit Malaysia ke Indonesia sahaja mencecah RM17.3 bilion yang dijalankan dalam skala kecil-kecilan sepanjang tahun dan mencapai jumlah yang sangat tinggi.

final • 10:46 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Perbandingan juga telah dibuat dengan aktiviti yang sama yang melibatkan warga- warga asing yang lain selain daripada warga Indonesia yang bekerja dan mendapat pendapatan atau meraih pendapatan dalam negara kita dan mereka ini menjalankan aktiviti.

Sekiranya kita tidak mahu menggunakan perkataan aktiviti tetapi mereka mempraktikkan secara agresif pengiriman wang keluar dalam sifat remittance ini dan angkanya memang tidak dapat disangkal lagi telah mencecah sebagaimana yang kita katakan. Tahun 2010 telah mencecah RM21.3 bilion iaitu jumlah wang yang dikirim keluar ke negara asal mereka dan sudah tentu sekiranya jumlah RM21.3 bilion ini diambil kira, ini merupakan lebih daripada 10 peratus peruntukan belanjawan asal Kerajaan Malaysia untuk tujuan pembangunan dan juga tujuan pengurusan yang sepatutnya kita khususkan untuk rakyat Malaysia.

Akan tetapi atas peristiwa ini, kita dapat lihat bahawa agak mengecewakan juga kerana sejumlah 10 peratus daripada peruntukan ini telah pun disedut keluar tanpa adanya satu prosedur menghalang. Saya faham bahawa aktiviti yang mengambil tempat secara berskala kecil-kecilan ini tetapi dalam jumlah ulangan yang kerap atau besar, agak sukar untuk diatasi. Malah, pernah dibangkitkan terlebih dahulu apa-apa pengiriman wang keluar sama ada melalui agensi pengurup wang ataupun kiriman yang berasaskan kepada sifat pemborongan mata wang ataupun perniagaan mata wang secara borong, agak sukar untuk kita atasi. Maka oleh kerana itu saya merasakan bahawa pindaan ataupun pembentangan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 ini ialah bertujuan untuk mengatasi masalah tadi.

Sekurang-kurangnya kita dapat berharap supaya sekiranya kita tidak berjaya mengatasi masalah serta-merta berkenaan dengan aktiviti yang berkaitan rapat dengan penggubahan wang haram ataupun pembiayaan keganasan yang juga telah mengaitkan negara kita dengan aktiviti yang memberi nama buruk seperti aktiviti pengedaran dan rantaian perkhidmatan pengedaran dadah antarabangsa dan juga aktiviti yang berkaitan dengan penyeludupan manusia dan tenaga manusia. Sekurang-kurangnya kita berharap kajian semula ataupun pemerhatian semula tentang aktiviti pengurupan wang ataupun agensi-agensi yang terlibat serta perniagaan yang terlibat di bawah aktiviti ini dapat diselia kawal dengan baik.

Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana semalam saya berhajat untuk bertanya perkara ini dalam rang undang-undang yang lain tetapi saya rasa ini ada relevannya dengan rang undang-undang ini. Saya perhatikan satu undang-undang yang telah lama digariskan untuk menyekat atau untuk melindungi aktiviti yang terlarang ini secara besar-besaran. Pernah diwujudkan. Sebagai contoh, kita pernah mewujudkan elemen withholding tax ataupun cukai-cukai pegangan kerana kita telah merasakan, sepuluh tahun dahulu, saya masih lagi ingat. Mantan Menteri Kewangan atau Mantan Perdana Menteri yang kebetulan ada di Dewan pada hari ini pernah menerangkan kepada media bahawa keperluan untuk menekankan aspek withholding tax terutamanya kepada pekerja-pekerja asing yang bertapak secara haram mahupun secara halal atau secara sah.

Memang tujuan mereka untuk mendapatkan pendapatan. Kemudian mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghantar pulang atau menjalankan aktiviti remittance kepada – membawa keluar wang dalam bentuk sama ada mata wang ataupun pengiriman melalui aktiviti-aktiviti telegraphic transfer melalui bank-bank yang berlesen. Akan tetapi tujuan memasukkan cukai-cukai pegangan ini adalah untuk melihat sebelum mereka berjaya dengan mudah menghantar wang atau mengirimkan wang mereka keluar hasil daripada gaji ataupun apa-apa upahan yang mereka raih, kita kenakan sekatan ini untuk melihat sama ada mereka telah pun mematuhi undang-undang yang sedia ada.

final • 10:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ini berkenaan dengan apa tanggungan mereka seperti perlu kepada pematuhan percukaian atau sebagainya. Kita kenakan withholding tax di bawah seksyen-seksyen tertentu. Namun begitu, pematuhan ini dilihat sangatlah longgar dan tidak berjaya untuk menyekat kerana selain daripada sekatan yang kita kenakan, saya tidak menafikan itu berkesan daripada kedudukan untuk berlakunya remittance secara besar-besaran. Itu saya tidak nafikan memang kita berjaya. Walau bagaimanapun, masalah yang paling besar ialah berlakunya penghantaran atau pengiriman secara kecil-kecilan iaitu di bawah nilai RM10,000 yang mana tidak ada satu undang-undang yang dapat mengawal dengan baik.

Withholding tax ini dilihat sebagai tidak berjaya untuk menjaring ataupun menyekat aktiviti ini dijalankan. Malah saya mendapat makluman, mendapat reaksi mengatakan withholding tax ini jugalah menjadi penggalak kepada mereka untuk lebih massive, lebih aktif lagi menjalankan kerja-kerja ataupun aktiviti pengiriman wang secara sah ataupun secara haram.

Oleh kerana mereka mengatakan compliance terhadap withholding amount ini telah pun tidak terkena kepada mereka, maka mereka merasa lebih bebas dan lebih berleluasa untuk menjalankan baik secara terbuka. Barangkali kementerian menyedari perkara ini dan saya pasti Mantan Menteri Kewangan lalu telah mengetahui perkara ini.

Maka saya agak jumlah-jumlah remittance ini diperhatikan dengan baik dan sebab itu saya rasa kerajaan telah memasukkan elemen penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan ini sebagai satu elemen yang sangat ditekankan.

Saya juga merasa sedih apabila dalam masa kerajaan Barisan Nasional, kerajaan sekarang mencuba untuk melakukan sekatan atau menghalang atau sedikit memberi pengajaran. Kita rasa malu juga apabila salah seorang daripada Menteri Besar ataupun Ketua Menteri dalam negara kita, dalam negeri di dalam negara kita juga terlibat dalam urusan ini. Saya mengatakan beliau menjadi ikon kepada aktiviti pengurupan wang secara haram ini. Ini kerana beliau ditangkap dan disalahkan. Disabitkan kesalahan ini. Cuma hukuman saya tidak tahu, sama ada kita jatuhkan ataupun kita kenakan kepada beliau.

Ini menjadi ikon dalam masa dua tahun dan perkara ini masih lagi menjadi Menteri Besar. Berjawatan Menteri Besar. Kita tahu. Perkara ini bukan menjadi rahsia dan yang tidak baik sekali beliau menjadi ikon. Setiap kali saya mendengar adanya aktiviti tentang remittance parties yang hendak dibuat, mereka – pihak-pihak ini sering kali mengaitkan dengan ikon ini mengatakan kenapa beliau seorang Menteri Besar boleh menjalankan aktiviti remittance melebihi RM10 juta kepada satu transaksi dan terlepas begitu sahaja.

Kenapa tidak kami yang memerlukan perkhidmatan ini untuk menyara keluarga di luar negara? Sudah disebut Menteri Besar itu masih lagi orang kata, selagi perkara ini tidak selesai, selagi ikon ini dibawakan dan saya rasa ramai orang tahu berkenaan dengan kedudukan ini dan...

final • 10:50 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Menyampuk]

final • 10:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

...Itu teruk lagilah. Former banker. Seorang yang terlibat dengan orang kata industri perbankan dalam negara kita yang sepatutnya menjadi orang yang lebih bertanggungjawab dalam keadaan ini terlibat dengan aktiviti tersebut. Saya juga hendak bertanya sekali gus kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kesan kepada dasar yang pernah kerajaan kita buat iaitu Dasar Sekatan Modal ataupun kita control policy yang pernah kita imposed atau kita tekankan, kita laksanakan pada satu masa dulu untuk mengelakkan berlakunya pengeluaran atau peralihan modal keluar secara besar-besaran dan adakah kerajaan bertujuan mengenakan atau menghidupkan semula dasar ini sekiranya kesan pengaliran keluar ini tidak berjaya kita perlahankan atau kita sekat.

Di dalam isu yang berkaitan dengan pengiriman wang secara besar-besaran selain daripada isu mata wang borong yang disebutkan tadi, saya nak bertanya kepada pihak kementerian, adakah kerajaan menyedari ataupun memandang serius tentang klasifikasi baru yang dikatakan kemasukan modal besar-besaran dalam negara kita, pergerakan secara besar-besaran buruh ataupun tenaga manusia ke dalam negara kita untuk tujuan industri wellness atau disebut sebagai wellness industry.

final • 11:00 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Industri yang berkaitan dengan kesihatan, kesejahteraan yang tidak memperlihatkan satu modal tangible yang betul tapi dikatakan ada kaitan besar dengan aktiviti yang akhirnya aktiviti itu secara terang terlibat dengan rangkaian perniagaan yang tidak bermoral seperti pelacuran, persundalan, hiburan-hiburan terlampau, agensi-agensi yang berkaitan dengan penggunaan bahan-bahan makanan dan ubat-ubatan yang mengandungi elemen atau unsur kandungan dadah yang disekat atau diharamkan dan sebagainya.

Semua ini diletakkan di bawah satu konsep industri wellness yang disokong oleh banyak negara, banyak majalah ekonomi antarabangsa yang sedang menceritakan tentang kehebatan pertumbuhan industri wellness ini dan banyak juga mereka ataupun pemain industri utama dalam dunia ini yang menjangkakan bahawa industri wellness akan mengambil tempat dalam perniagaan global atau global industry yang mengatakan bahawa untuk satu dekad akan datang, wellness industry ini akan mengatasi industri ataupun pengindustrian berat ataupun heavy industries yang sekarang ini berlumba-lumba sedang dicapai untuk memaksimumkan keuntungan masing-masing.

Mereka mengatakan bahawa persediaan kepada merancakkan lagi wellness industry ini perlu disokong dengan adanya pergerakan manusia terutamanya yang akan memenuhi permintaan dan juga demands yang terhasil daripada industri yang memperdagangkan tubuh manusia terutamanya di kalangan wanita, gadis-gadis bawah umur dan sebagainya. Kita di antara negara yang dikatakan, diberi tanggapan negara yang sangat berpotensi untuk menjadi penyokong ataupun menjadi stop centre, satu negara pengantara sekurang-kurangnya dalam menjayakan, menghidupkan aktiviti yang tidak baik ini. Namun apabila kita sendiri bercakap tentang tidak mahu ketinggalan ataupun menyokong ataupun cuba untuk mendapat faedah daripada keseluruhan pertumbuhan wellness industry seluruh dunia ini, barangkali ada pihak yang mengatakan sebagai negara pengantara bukanlah sebagai negara yang menjadi agen utama. Kita hanya sebagai membantu atau menyumbang kepada perantaraan sahaja.

Saya ingat lagi Timbalan Menteri Dalam Negeri menjawab dalam Dewan ini apabila isu kita dikatakan sebagai menjadi negara persinggahan untuk pengedaran dadah yang kalau kita lihat pembongkarannya semakin hebat daripada hari ke hari. Tak pernah kita dengar dulu tangkapan kepada kesalahan pengedaran dadah mencecah puluhan kilo di lapangan terbang atau pintu-pintu masuk utama dalam negara. Sebelum ini kita tak pernah dengar tetapi sekarang telah pun ada dan kaedah lebih sofistikated sehingga agak sukar dilihat dan dihidu oleh pihak berkuasa.

Saya juga mengambil kira tentang pengakuan yang diberi oleh salah satu agensi penguatkuasaan iaitu Agensi Kastam Diraja Malaysia yang membuat pengakuan dalam berita-berita yang disebarkan atau disiarkan, mengatakan mereka hanya berkuasa atau mereka hanya mempunyai kekuatan untuk menyaring secara random. Maksudnya tidak ada satu keupayaan untuk meneliti secara keseluruhan atau orang kata untuk meneliti dengan sebaik mungkin supaya barangkali aktiviti ini dapat dicegah atau dikurangkan semaksimum mungkin.

Atas premis itu saya rasa sempena dengan cadangan untuk membawa rang undang-undang berkenaan dengan tiga aktiviti utama iaitu pengurupan wang, pengiriman wang atau dikatakan sebagai remittance dan juga perniagaan mata wang secara borong.

Saya memohon kepada pihak kementerian untuk sekali gus mencuba untuk melihat apakah dalam masa terdekat ini kita berjaya ataupun kita berkeupayaan untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya aktiviti yang sangat dekat dikatakan berpunca atau mempunyai kaitan rapat dengan negara kita iaitu aktiviti pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dadah dan aktiviti penyeludupan manusia dan juga aktiviti satu yang sudah lama dihidupkan iaitu pengurup wang yang tidak berjaya kita sekat.

Sebab itu angka-angka yang disebut, kebocoran, ketirisan daripada tahun ke tahun memang nampak gaya progresif, meningkat secara progresif tanpa ada satu elemen sekatan yang kita boleh bawa dan kita boleh banggakan dalam Dewan ini mengatakan pada tahun kewangan 2010 barangkali kita telah berjaya menyekat sebanyak barangkali RM10 bilion kita kurangkan pengedaran ataupun berlakunya aktiviti ini.

Terakhirnya saya nak tanya kepada Timbalan Menteri Kewangan secara spesifik.

Saya ditanya oleh seorang rakan mengatakan beliau berjaya menghantar wang ke salah satu negara Eropah hanya memerlukan masa kurang daripada lima minit untuk menjayakan transaksi berjumlah lebih daripada RM20 juta.

final • 11:00 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Lima minit untuk penghantaran dan penerimaan tanpa ada sekatan di pihak perbankan kita mahupun pihak perbankan di negara koresponden, negara penerima.

Prosedur ini nampak sangat menarik dan sangat berkesan dan sangat diminati. Satu transaksi dalam masa kurang lima minit, pengirim dan penerima berjaya melaksanakan transaksi itu kurang daripada lima minit berbanding dengan apa yang ada ataupun apa sahaja langkah ataupun prosedur kewangan dalam negara kita yang memerlukan barangkali tidak kurang daripada tiga hari bekerja untuk melaksanakan urusan ini. Nampak seolah-olah berlaku kecekapan daripada sudut transaksi.

final • 11:00 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Akan tetapi kesan yang dibawa oleh kedudukan industri kewangan dalam negara kita amat buruk sekiranya perkara ini berlaku tanpa disedari, tanpa adanya sedikit rasa ketakutan kepada pihak yang berminat untuk mengamalkan. Ini sudah tentu diamalkan tanpa ragu-ragu lagi. Kita tahu ini diamalkan oleh sektor pengurupan wang. Tidak ada ragu- ragu lagi dan sekiranya perlakuan ini menjadi amalan biasa, minat biasa oleh orang-orang yang ada dalam negara kita ini, memerlukan perkara ini maka saya yakin aspek remittance ini akan menjadi satu perkara yang akan memarahkan, membawa padah kepada sektor industri kewangan domestik kita sekiranya kita tidak mengambil langkah yang baik untuk menyekat atau menawarkan alternatif kepada aktiviti ini. Oleh kerana itu saya mohon diberi penjelasan dan sekiranya perlu kita sama-sama menyokong untuk pindaan ataupun undang-undang ini disegerakan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf suara tidak berapa jelas.

final • 11:11 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Banyak nyanyi Yang Berhormat?

final • 11:11 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Akan tetapi yang penting Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan begitu jelas. Saya rasa berbangga Tuan Yang di- Pertua menjadi Ahli Parlimen masuk penggal yang ketiga. Satu demi satu rang undang- undang dibawa ke Parlimen ini, tujuannya tidak lain tidak bukan memberikan kesempurnaan kepada rakyat dalam negara ini untuk hidup dalam aman, dalam keadaan yang sentosa, dalam keadaan yang baik. Mana-mana yang kurang ditambah, mana-mana yang ada disempurnakan, mana-mana yang agak tidak berapa ketat, diketatkan. Mana- mana yang longgar, diketatkan.

Undang-undang ini membawa jalan yang lurus. Cuma masalah kita niat suci, niat baik kerajaan itu jelas, soal pelaksanaan sahajalah. Apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan hari ini adalah salah satu bukti kerajaan hendak menentukan kehidupan rakyat negara ini sentiasa hidup dalam lingkungan undang-undang yang diterima bukan sahaja oleh negara kita tetapi oleh negara antarabangsa. Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 ini mudah-mudahan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada sistem kewangan.

Yang Berhormat Indera Mahkota tadi cerita tentang ketakutan dan kekhuatiran beliau, wang dibawa keluar. Satu pandangan yang baiklah tetapi bukan semua pandangan dia saya terima. Ada juga yang tidak dapat. Cuma saya merujuk kepada Bahagian VII – Penyiasatan dan Penguatkuasaan. Perkara 53 sehingga 72. Ini berkaitan dengan penyiasatan dan penguatkuasaan. Saya harap Bank Negara dan pegawai-pegawai yang diberikan kuasa dapat mempraktikkan yang apabila rang undang-undang ini kita luluskan supaya benar-benar tujuan dan hasrat rang undang-undang ini akan dapat kita capai.

Saya tidak macam Yang Berhormat Indera Mahkota yang takut kiriman dalam keluar negara. Saya ini bimbang pula dari luar masuk ke dalam. Kalau cara baik, cara halal kita alu-alukan tetapi sejak saya dengar, membaca akhbar, membaca berbagai-bagai pemberitaan ada orang kirim wang secara haram untuk membiayai konon cerita perhimpunan haram 9 Julai.

final • 11:11 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya dengar wang yang masuk dari punca-punca haram kerana negara kita yang aman tenteram, rakyat hidup dengan begini sentosa, perpaduan yang baik memang timbul rasa iri hati setengah-setengah pihak, baik dalam negara ataupun luar negara. Ada sahaja anasir-anasir yang cuba mengeruhkan suasana, yang merosakkan suasana.

Jadi, antara pengkhianat-pengkhianat yang akan cuba mengkhianati negara ini ialah perhimpunan haram 9 Julai ini yang diketuai oleh seorang perempuan. Orang PAS kena faham ini, yang kita baca laporan selama ini anti Islam sangat, merugikan Islam sangat tetapi Timbalan Presiden PAS boleh menyokong habis-habisan. Saya pun tidak faham PAS ini. Sebenarnya macam mana perjuangannya.

final • 11:11 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Sri Gading, minta penjelasan.

final • 11:11 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Nanti dahulu, kejap, kejap.

Saya ini pasal suara ini. Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa tindakan-tindakan yang sewajarnya yang boleh kita ambil menyekat wang-wang haram yang hendak membantu perhimpunan haram ini. Ini jelas pengkhianat kepada negara, ini jelas suatu yang tidak boleh diterima dan saya dengar juga unsur-unsur komunis pun sudah masuk pada 9 Julai... [Dewan riuh] Ini tanggapan-tanggapan yang begitu jelas. Fahaman komunis yang memang ditolak oleh negara ini, sesiapa yang mengamalkannya memang boleh ditangkap, halal mereka ditangkap kerana mereka memang berniat jahat kepada negara. Oleh sebab itu ada 1,000 lebih aduan supaya perhimpunan haram ini disekat. Saya minta juga, kata KDN sudah beri polis kuasa. Kalau sayalah polis memang saya tangkap bawah ISA ini...

final • 11:11 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat.

final • 11:11 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Kerana mencegah lebih baik.

final • 11:11 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kakanda, kakanda mohon penjelasan.

final • 11:11 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 11:11 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kakanda, mohon penjelasan.

final • 11:11 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya tidak bagi jalanlah Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:11 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak bagilah Yang Berhormat.

final • 11:11 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Ketawa] Kakanda...

final • 11:11 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Nantilah apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab, suara dia molek. Saya selama ini suara macam P. Ramlee. Hari ini sudah tak macam P. Ramlee, Tuan Yang di-Pertua. Pasal batuk. Silap sayalah Tuan Yang di-Pertua, kuat bekerja minum air batu. Rupanya tidak boleh minum air batu. Jadi, itulah saya minta penjelasan apa tindakan yang sewajarnya menyekat wang-wang haram yang membiayai kerja-kerja haram bagi negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:11 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 11:11 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali sedikit sahaja menyanggah kakanda saya ini. Kalau dia kata perhimpunan haram tetapi Tan Sri Hasmy cakap perhimpunan aman. SUHAKAM cakap.

Menyentuh juga mengenai andaian wang haram tersebut kerana isu itu timbul dalam media dan saya juga difahamkan Ambiga sendiri menjawab dan dia telus, tidak berselindung. Betul dana itu dibiayai oleh NDI tetapi bukan program itu.

final • 11:19 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

NDI ialah National Democratic Institute satu development agency yang dibuat ketika zaman Ronald Reagan untuk agenda program development. Kerja-kerja kita panggil capacity building atau pembangunan demokrasi yang saya rasa apabila kita berurusan dengan Kerajaan Malaysia terutama sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, hari ini saya tengok rancak berurusan dengan Kerajaan Amerika. Saya rasa perkara tersebut kita perlu konsisten kalau tidak nanti, NDI itu agensi Amerika.

final • 11:19 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Nanti kita tempelak dia di dalam negeri, Yang Berhormat Pekan ke Amerika nanti kena marah pula. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu panjangkan isu itu tetapi saya masuk kepada Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 yang dibentangkan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga senada dengan Yang Berhormat Indera Mahkota. Tahniah kerana satu naskhah undang-undang yang baik.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat Menteri, mohon penjelasan. Niat yang baik perlu dijelaskan lagi.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terdapat satu – nanti Yang Berhormat Timbalan Menteri kata saya ini suka bagi laporan-laporan tetapi bagus untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri mendapat maklumat ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terdapat satu laporan juga ada kaitan dengan Amerika ini. Tadi sebab kata Amerika, Amerika, Amerika tetapi kita sudah lantik APCO hendak buat macam mana. Kita bagi lagi RM70 juta lebih.

Ada laporan dikatakan Money Laundering and Financial Crimes Reports. Ada dalam, kita boleh dapat dalam internet oleh state department. Yang Berhormat Timbalan Menteri, di sini saya rasa Yang Berhormat perlu perjelaskan kerana di dalam tujuan baik Yang Berhormat Timbalan Menteri membentangkan rang undang-undang ini dikatakan juga untuk membendung aktiviti haram, penggubalan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Hal ini penting untuk mengekalkan integriti sistem kewangan Malaysia. Ini saya rasa perlu dijelaskan kerana niat itu integriti sistem kewangan. Semalam saya juga tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab soalan daripada Yang Berhormat Tanah Merah berkaitan dengan global integrity financial report berkaitan dengan kononnya RM800 bilion lebih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya yakin niat ini saya rasa sepatutnya kepentingan itu lebih kepentingan nasional, bukan di atas desakan-desakan orang lain, mereka yang takut akan terrorism, mereka yang takut kepada benda lain. Kita pula lepas satu-satu undang-undang, sedikit-sedikit ada kaitan terrorism. Pada pandangan saya, terrorism bukan diskusi kita sebelum berlaku pengeboman September 11 di New York, bukan diskusi kita di sini. Akan tetapi selepas itu dunia - ya, saya terima perkara itu adalah satu perkara yang perlu ditangani. Akan tetapi kita tidak mahu bahawa perkara tersebut hanyalah disebabkan oleh hambatan-hambatan, tekanan-tekanan seperti itu. Saya rasa tidak sebegitu Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya yakin.

Timbalan Menteri, di sini saya ingin memohon penjelasan, di dalam report tersebut dia mengatakan sebegini, dengan izin, “Malaysia is not a regional centre for money laundering”, bagus. “However, it's formal and informal financial sectors are vulnerable to abuse by narcotic traffickers, financial terrorism and criminal elements. Malaysia relatively like Customs, inspections at ports of entry and free trade zones, it’s uneven enforcement of intellectual property rights and its offshore financial services centre serve to increase its vulnerability”. Dia mengandaikan sektor-sektor yang saya katakan ini amat lemah.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, perkara ini Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu jelaskan kerana saya yakin Bank Negara ialah satu badan yang akan memantau hatta satu sen pun keluar masuk kerana pada tahun 1998, kita juga yang telah mengetatkan contohnya, kita telah mengenakan untuk tukaran wang kita letak satu kawalan.

Maksudnya, kawalan masuk apa-apa sahaja yang bernilai lebih daripada RM5,000 mesti direkod, itu 1998. Sehinggalah AMLA dan sebagainya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya memohon penjelasan di Dewan yang mulia ini, apabila Anti Money Laundry Act (AMLA) diluluskan dan dilaksanakan, setakat hari ini berapa banyak kes yang berjaya? Saya ingat kes yang awal yang melibatkan seorang doktor wanita. Saya tahu kes itu. Sehingga hari ini dan berapa banyak kes itu telah berjaya diselesaikan. Ini kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tahu money laundering ini is a very technical offence. Satu kesalahan yang kita kata agak kompleks.

final • 11:20 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Banyak permohonan kita panggil interlocutory application di peringkat Mahkamah Rayuan yang kadang-kadang melambatkan proses ini. Terutama sekali merujuk kepada tracing order, perintah untuk mengenal pasti ataupun menelusuri sumber-sumber, ruang- ruang di mana puncanya duit-duit ini.

Sehinggakan ada yang katakan AMLA ini satu yang bersikap draconian sehinggakan apabila seseorang itu dituduh terus dikenakan injunksi, yang terus akan membekukan kewangannya. Pada pandangan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu satu pendekatan yang baik. Akan tetapi isunya setakat hari ini, sudah berapa banyak yang berjaya kerana tidak mahu mereka-mereka yang tidak bersalah tidak diadili dengan baik.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga memohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana pada pandangan saya pengurup wang ini merupakan satu industri yang agak lumayan. Kebetulan saya juga dapat tahu ada juga orang Malaysia yang terlibat sebagai pengurup wang di Selatan Thailand dan sebagainya, itu pelbagai.

Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri di sini saya pergi sedikit ke hadapan kerana ada mengandaikan money laundering ini juga menyumbang kepada kekangan-kekangan agenda-agenda ekonomi yang lain. Contohnya, industri perumahan. Kenapa di kawasan- kawasan luar bandar contohnya, di Balik Pulau rumah-rumah yang RM800,000 dan RM900,000 yang dibangunkan itu semuanya habis dibeli? Siapa yang beli? Kerana hari ini tidak ada audit yang lengkap. Ada mengandaikan mereka-mereka yang terlibat dalam agenda wang haram ini. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya perlukan fakta daripada Bank Negara kerana semua urusan pembelian perumahan dan sebagainya melibatkan aktiviti yang dikawal.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga ingin penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi dan disokong oleh Lugar Report. Lugar Report ialah satu laporan oleh senator di Capital Hill, mempengerusikan satu jawatankuasa human trafficking yang mengatakan bahawa Malaysia ini merupakan destinasi human trafficking ini. Saya ingin mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh mana perkara ini betul dari segi aspek kewangannya kerana katanya aktiviti ini amat lumayan. Ada tidak rekod dari segi kes-kes di Bank Negara contohnya, yang mana seorang dituduh ada kaitan dengan aktiviti human trafficking ini?

Ini kerana rekod ini perlu dibersihkan, kalau tidak saya rasa Money Laundering and Financial Crime Report yang mengaitkan Malaysia ini, setakat hari ini laporan di sini agak tidak membantu imej negara di dalam meyakinkan bahawa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi integriti sistem kewangan Malaysia itu ada di sini, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini soalan politik, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri ada jawapan, tolong jawab. Akan tetapi saya kata soalan politiklah. Akan tetapi saya hendak tahu.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa industri money changer ini seolah-olah dimonopoli oleh satu kelompok? Saya tidak tahu. Mungkin UMNO lebih tahu sebab UMNO banyak agenda projek bumiputera, dasar ekonomi bumiputera dan sebagainya tetapi saya tidak nampak benda itu dalam pengurup wang. Ini kerana lesen-lesen ini dikawal oleh Bank Negara. Tadi saya masuk website, hampir 800 lebih lesen-lesen yang dikeluarkan. Kalau kita - dan diklasifikasikan mengikut negeri. Akan tetapi kita tengok di Bukit Bintang kah, di Pulau Pinang kah, di Georgertown dan sebagainya, ia macam menjadi satu industri monopoli. Satu kelompok tetapi saya tidak mahu sebut di sini, nanti kata perkauman dan sebagainya.

Akan tetapi saya hendak perkara itu apakah penjelasan di situ. Jumlah dia besar mana dan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga boleh jelaskan kepada kita kerana dimahukan satu akta ibu baru di sini, berapa nilai yang telah kita rugi sebelum ini. Kalau akta ini dengan tidak secepat mungkin kita luluskan di Dewan yang mulia ini kerana dikhuatiri integriti sistem kewangan terutama industri ini tidak seketat yang kita mahukan.

Timbalan Menteri tolong bagi penjelasan tadi.

Satu kes Batu Nilai dan kenapa industri ini yang saya katakan tadi seolah-olah macam dimonopoli, seolah-olah oleh kelompok tertentu. Mohon penjelasan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:20 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri atas Point of Order 26(1)(p) mengenai tindakan semalam di mana pihak polis memasuki premis Parlimen untuk soal siasat Ahli-ahli Parlimen. Apa yang ini sangat jelas melanggar keistimewaan Ahli- ahli Parlimen dan kita boleh lihat daripada procedures, practices and conventions semacam House of Parliament, Parliament Australia, House of Representative Practices fifth edition.

Dua perenggan, “For most practical purposes, dengan izin, Parliament House is regarded as the only place of its kind and one in which the two Houses through their presiding offices have exclusive jurisdiction. Thus, in Parliament House the police are subject to the authority of the Speaker and President and their powers are limited by the powers and privileges of the respective Houses. Such limitations are not based on any presumed sanctity attached to the building as such, but on the principle that the Parliament should be able to conduct its business without interference or pressure from any outside source.

final • 11:29 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

“Police officers wishing to enter Parliament House in the ordinary course of their duties seek the consent of at least one of the Presiding Officers which is in practice conveyed through the Sergeant at Arms, the Usher of the Black Rod or the assistant secretary. The police have no routine security role within the building or precincts but may be requested to provide a policing response to demonstration or major incident.

Police may not enter the Parliament House for the purpose of interrogating anyone or executing a warrant without the express consent of the Speaker or President. There are number of precedents of such consent being granted in the case of police wishing to interview Members.” Tuan Yang di-Pertua, sangat jelas di sini semalam ada dua orang Ahli Parlimen iaitu Yang Berhormat dari Jerai dan Yang Berhormat dari Gombak. Yang Berhormat Gombak langsung tidak tahu bahawa polis akan datang dan came without a consent.

Adakah Tuan Yang di-Pertua memberi consent? Kalau tidak, sangat jelas ini mencabuli keistimewaan Ahli-ahli Parlimen dan perkara ini patutlah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan supaya kita menegakkan entiti, kemuliaan dan keistimewaan Ahli-ahli Parlimen. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Saya maklum perkara ini melalui akhbar dan soalan sama ada Parlimen telah memberikan consent ataupun tidak, saya rasa perlu dijawab oleh Yang Berhormat Speaker sendiri kemudian nanti. Saya akan membawa perkara ini kepada Yang Berhormat Speaker untuk Yang Berhormat Speaker sendiri perjelaskan dalam Dewan ini.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih. Saya harap Yang Berhormat Speaker sendiri nanti boleh maklumkan dalam Dewan yang mulia ini.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Bangun]

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

I sudah panggil Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat. Selepas ini. Ya, sila Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:30 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Pulau Pinang boleh tunggu sekejaplah kerana dekat sana ramai penukar wang atau pengurup wang dimonopoli oleh satu kaum di dalam websitenya... [Ketawa]

final • 11:32 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:32 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terlibat sama memandangkan topik pengurupan wang ini menjadi satu topik yang hangat diperbincangkan apabila ia melibatkan pelbagai pihak dan pihak ini pula adalah pihak yang sentiasa mempunyai urusan dagangan di luar negara sama ada ia berbentuk lawatan atau pun perniagaan-perniagaan di luar kebiasaan.

Tuan Yang di-Pertua, yang penting bagi kita ialah untuk melihat satu standardization, satu piawaian yang boleh memberi keyakinan kepada mereka yang menerima perkhidmatan ataupun products daripada pengurup-pengurup wang. Akta ini bersesuaian bagi menentukan ada sesuatu mekanisme untuk menentukan konsistensi perkhidmatan yang disediakan oleh pengurup-pengurup wang ini. Saya ingin membawa perhatian kerajaan kepada satu isu yang apabila satu ketika saya berada di luar negara untuk menukar wang dan melihat dipamerkan RM1,000. Ianya telah menjadi satu yang tidak biasa kepada kita pada hari ini. Semenjak wang ini tidak dibenarkan lagi untuk digunakan lebih kurang sedekad yang lalu, sepuluh tahun yang lalu.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Begitu juga dipamerkan sama wang RM500. Jadi berkaitan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri...

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:32 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Sekejap sahaja. Saya hendak tanya ini dahulu dan kemudian saya beri laluan kepada kawan saya yang dahulunya musuh tetapi sekarang kawanlah, Yang Berhormat Padang Serai.

Masih adakah lagi wang-wang ini di luar negara? Berapa banyak pula kalau dari rekod Bank Negara Malaysia, rekod kementerian, sudah pasti ia ada rekod kerana ketika kita mencetak wang-wang ini, kita ada satu nilai berapa banyak wang RM1,000, wang RM500. Saya pun sudah lupa bagaimana rupanya. Berapa banyak sedang berada di sana dan apakah tindakan kementerian jika ada pihak yang menuntut mereka mempunyai jumlah wang ini yang banyak? Juga bolehkah Bank Negara Malaysia memberikan satu pendirian kedudukan wang-wang ini kerana ia masih lagi kelihatan seperti menjadi satu nilai khas?

Kalau ada sesiapa yang ingin menukar wang RM1,000 atau RM500 ini, mereka perlu membayar dengan harga yang lebih dari nilai RM1,000. Jadi saya hendak tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita ada data atau maklumat berapa banyak lagi wang- wang RM1,000 dan RM500 ini...

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:32 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

..Yang masih lagi terapung di sana, yang tidak dapat diimbangkan dengan rekod pencetakan awal wang-wang ini. Saya percaya dengan nombor siri yang tidak boleh dipersoalkan integritinya, kita mempunyai nilai tersebut...

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:32 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya minta sahabat saya dari Padang Serai. Sila.

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya hendak ulas dua perkaralah. Satu ulasan oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi dan seperkara lagi mengenai wang RM500 dan RM1,000 yang disebut ini. Sekiranya kementerian dapat menyediakan satu status imuniti atau sebagainya bolehlah saya berunding dengan pihak-pihak yang pernah membawa keluar duit RM500 dan RM1,000 bagi pihak Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Permatang Pauh adakah hari ini?

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi saya...

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, kalau celahan, ucapan itu mesti kaitkan dengan ucapan Yang Berhormat Tangga Batu. Adakah ini ucapan persendirian ataupun mencelah kerana ini floor Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jadi Yang Berhormat Tangga Batu, kalaulah Kementerian Kewangan boleh memberikan satu status imuniti atau sebagainya kerana mereka mengatakan bahawa RM500 dan RM1,000 ini berbeg-beg dibawa keluar dari Malaysia ke Indonesia melalui satu kapal terbang private jet kepunyaan dua individu, kepunyaan satu syarikat judi di negara ini. Jadi kalau kementerian dapat bolehlah saya runding dengan mereka.

Seperkara lagi Yang Berhormat Tangga Batu, tadi saya dengar Yang Berhormat Balik Pulau mengatakan hanya satu-satu kaum sahaja yang membuat perniagaan mengurup di negara ini dan cara persembahan Yang Berhormat Balik Pulau itu betul-betul sindiran terhadap rakyat India yang bekerja memberi satu kemudahan asas yang bagus untuk pelancongan, yang meningkatkan ekonomi negara ini. Akan tetapi, yang dikatakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau ini sama seperti Yang Berhormat Permatang Pauh.

Mengamalkan politik racist di mana mereka menggunakan perkauman ini untuk mencapai hasrat politik mereka.

Yang Berhormat Tangga Batu ini, inilah belang, inilah muka sebenar Parti Keadilan Rakyat di mana saya sendiri...

final • 11:32 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya sendiri dikerjakan mereka sebagai..., oleh racist-racist ini.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai!

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, boleh berbahas dalam mana-mana isu tetapi ingat peraturan mesyuarat.

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mencelah dalam soal begini...

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Huh.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cuma boleh dibenarkan menimbulkan isu yang telah dibangkitkan daripada hujah Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Celahan ini tidak ada kena mengena dengan itu. Kalau Ahli Yang Berhormat mahu berucap mengenai dengan soal itu biar nanti lain kali berdiri dan berucap di mana bersesuaian.

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Nanti saya berdiri, Tuan Yang di- Pertua beri peluang ya.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah Yang Berhormat Padang Serai.

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Okey, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:32 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Melihatkan nasihat Tuan Yang di- Pertua ini amat mulia sekali, di hadapan puluhan racist yang mengerjakan saya 12 tahun itu...

final • 11:32 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 11:32 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi saya duduk Tuan Yang di-Pertua.

Nanti saya minta peluang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:32 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya berdiri atas point of order. Tadi saya ada bangkit hal...

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Mengenai point of order, mengenai kedudukan pihak polis datang ke Parlimen, nampaknya melanggari, mencabuli keistimewaan Ahli-ahli Parlimen, menyoal siasat Ahli-ahli Parlimen di mana Timbalan Yang di-Pertua kata bahawa akan merujuk kepada Tuan Yang di-Pertua untuk memberi penjelasan atau buat satu kenyataan. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua memaklumkan Dewan mengenai perkara ini?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, saya di Antechamber. I heard what you said and I heard the respond from Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald. I also read in the news. I can confirm it to you that I have not received any request from anybody pertaining to that matters. Akan tetapi apa yang saya terbaca dalam news, begitu Yang Berhormat Ipoh Timur mungkin terbaca dalam news atau dimaklumkan oleh Yang Berhormat yang demikian bahawa ada persetujuan di antara kedua belah pihak ini...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Seorang Ahli parlimen, bukan Ahli Parlimen Gombak.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Akan tetapi sungguhpun ada persetujuan Ahli Parlimen, perlu dapat consent sebelum masuk ke Parlimen untuk menjalankan soal siasat.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

I appreciate it that point Yang Berhormat Ipoh Timur. Akan tetapi kadang-kadang saya dapati kalau sesuatu isu itu melibatkan perkara seperti ini, tanggungjawab semua dipikulkan di atas bahu saya untuk membuat keputusan. Akan tetapi kalau isu-isu itu pula kepentingan pihak-pihak lain, saya tidak berkuasa untuk menegur sesiapa pun kalau di luar Majlis perbahasan ini, kalau di sana... [Menunjuk ke luar Dewan] Jadi, kalau kuasa itu dipikulkan kepada bahu saya dan timbalan-timbalan saya, biarlah across the board, meaning semua apa yang berlaku di luar sana, it is my responsibility. But I can assure you I will look into this matter. I will call the relevant people mana yang disoal siasat itu, I will talk to the people concern and I will give you my ruling when the time comes.

Thank you.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu perkara yang mungkin boleh dipertimbangkan ialah untuk merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya satu guideline boleh dirumuskan.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Thank you. Silakan Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai, saya kira apa yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat itu semuanya terserah kepada pihak Yang Berhormat Permatang Pauh untuk melihat dari sudut mana.

Kalau saya, kemungkinan wang-wang RM1,000 yang dibawa ke negara seberang itu mungkin dikatakan tidak tulenlah. Mungkin wang itu tidak tulen. Perkara yang tulen pun dia kata tidak tulen. Jadi, apa kita hendak buat? Itu terserah kepada mereka. Apa pun yang disebut oleh Yang Berhormat berkenaan dengan monopoli kepada sesetengah kaum ataupun etnik terhadap kegiatan pengurupan wang ini, saya pasti akan diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, ia membawa saya kepada suatu topik yang mungkin juga di luar pengetahuan kementerian iaitu...

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh mencelah Yang Berhormat Tangga Batu?

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Sila Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat menyedari bahawa negara kita ini seolah-olah menjadi transit wang haram ini. Bukan sahaja wang, bahkan human trafficking ini, drug trafficking. Segala-galanya ditransitkan ke negara kita. Jadi, apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan kepada kerajaan bahawa perkara ini begitu serius dan perlu diambil peranan tanggungjawab yang lebih tinggi.

Ini kerana wang-wang haram ini boleh digunakan dengan berbagai-bagai cara termasuk menghancurkan masa hadapan remaja kita, negara kita, mungkin juga - saya tidak menuduh, mungkin Yang Berhormat juga maklum ada juga maklumat-maklumat kita terima bahawa wang haram ini juga diguna untuk membiayai pergerakan demonstrasi di jalan raya dan sebagainya. Kalau benar, bermakna kementerian haruslah mempertingkatkan apa juga usaha termasuk mempertingkatkan mungkin hukuman yang lebih tinggi kepada mereka ini termasuk NGO-NGO ini yang begitu berleluasa menghantar wang-wang haram mereka ke negara kita. Minta pandangan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Saya percaya pihak kementerian mempunyai sistem mereka yang telah dianggap sebagai cekap. Walau demikian, masih ada lagi ruang untuk ditambah baik. Saya percaya juga dalam kaedah ini penguatkuasaan itu lebih penting. Apabila sampai ke peringkat pengubahan wang haram ini, kita dapat lihat rupa- rupanya sindiket ini mengatasi kecekapan dan keberkesanan sistem yang disediakan oleh kerajaan. Umpamanya, mereka tidak akan membayangkan suatu yang benar-benar mereka lakukan kaedah perubahan wang haram ini, tetapi mereka meletakkan sebuah kedai.

Kedai-kedai sukan umpamanya, kedai-kedai buku umpamanya, tetapi kalau dilihat di sebaliknya, transaksi akaun mereka melebihi daripada kapasiti perniagaan mereka.

Keuntungannya, keberhasilannya melebihi daripada apa yang sepatutnya mereka peroleh.

Jadi kita hendak tahu dari mana wang itu diperoleh, daripada kegiatan haram mana mereka peroleh. Pameran seperti kedai-kedai sukan, kedai-kedai penjualan alat-alat sukan, buku-buku tadi itu sebagai pameran untuk menghalalkan kegiatan ataupun proses pengubahan itu tadi. Jadi saya yakin kementerian pun mempunyai pengetahuan, mempunyai maklumat, mempunyai data tentang perkara ini dan tindakan sedang diambil.

Akan tetapi persoalannya tindakan itu, sejauh manakah berkesan boleh memberikan satu pengajaran kepada mereka yang terlibat di dalam proses ini. Sumbangan kepada kegiatan-kegiatan haram sudah pasti. Wang haram, prosesnya haram, produknya haram, perkhidmatannya haram, akan menaja kegiatan-kegiatan haram... [Disampuk] Politik pun haram. Saya pun tidak tahu politik ada halal haram. Akan tetapi, saya percaya apa yang menjadi kebimbangan Yang Berhormat Kinabatangan tadi menjadi satu trend kepada sindiket-sindiket ini bagaimana boleh menggalakkan kegiatan anti kepada establishment, yang benci kepada keamanan, kemakmuran dan keharmonian di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bawa tadi daripada wang RM1,500 sekeping- sekeping tadi kepada satu lagi yang mungkin di luar kawalan dan perhatian pihak kementerian ialah wang-wang lama. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, di Melaka terdapat satu kumpulan bekas-bekas penagih dadah dan sebagainya yang sentiasa berada di tepi-tepi Sungai Melaka itu. Petang-petang kita lihat nanti dia gali tanah dengan tangan mereka dan sebagainya. Di sana Yang Berhormat Menteri, dia akan jumpa wang-wang lama zaman Portugis, bahkan sesetengah daripada wang itu merakamkan tahun 1200, tahun 1100, tahun 1000 yang menunjukkan sudah ada satu kegiatan perdagangan di muara Sungai Melaka pada suatu ketika dahulu. Mereka mengumpulkan wang-wang ini cukup banyak yang mana untuk mendapatkan hasil daripada kerja mereka itu, mereka menukar wang itu dengan nilai kita pada hari ini.

Sesetengah kegiatan ini melibatkan juga pengurup-pengurup wang dan mereka juga mempamerkan wang-wang ini untuk ditukar dengan wang-wang kita. Kebetulan wang itu sama ada ia tempatan ataupun wang di luar negara dan sesetengahnya menggunakan tulisan Arab, adalah Bismillaah tujuhlah, Bismillaah lima. Semua itu diletakkan dengan satu nilai pada hari ini yang amat tinggi, yang saya kira kalau ia berada dalam kawalan kementerian, kaedah pengurupan wang yang sebenarnya, kita boleh mengetahui ia sebagai satu harta berfaedah kepada kita ataupun ia sebagai satu artifak sejarah yang tidak mempunyai nilai-nilai semasa dan sebagainya.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Jadi kalau boleh kita masukkan sekali perkara ini kerana ia telah menjadi satu kegiatan yang di luar kawalan yang berleluasa, yang akhirnya boleh mempengaruhi masyarakat. Sesetengahnya Yang Berhormat Menteri kata duit itu ada kekuatan. Kalau siapa simpan duit itu boleh tambah duit lagi. Itu pendapat-pendapat tahyullah. Walau apa pun, saya kira elok kalau diberikan perhatian yang sama oleh akta ini, bagaimana kita boleh mengawal kegiatan ini, dikhuatiri ia akan menyumbang kepada masalah sosial yang lain.

final • 11:40 AM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi sebelum saya berhenti berbahas, iaitu baru- baru ini kita dapati ada sebuah pengurup wang, dua orang pemiliknya dan dispatch rider dia telah ditangkap dan dihukum kerana telah menyalahgunakan peruntukan yang ada untuk menipu kementerian. Kebetulan kementerian yang ditipu itu adalah Kementerian Pertahanan. Jadi ini adalah satu petanda yang baik apabila Kementerian Pertahanan menyerahkan tanggungjawab itu kepada sebuah pengurup wang untuk menukar wang bagi tujuan-tujuan tertentu dan kita telah dapat mengesan bahawa ada penipuan di sana.

Jadi saranan saya kepada kementerian, jika boleh, mekanisme yang sama ini digunakan kepada kementerian-kementerian yang sentiasa menghantar pegawai-pegawai ataupun menteri-menterinya ke luar negara kerana apabila kita melihat budaya pada hari ini hanya menggunakan sesebuah pengurup wang yang biasa dengan kita. Jadi di sana nanti kita khuatir akan ada juga sifat monopoli yang mereka sendiri akan menentukan berapakah kadar pertukaran, berapakah jumlah yang boleh ditukar dan sebagainya dan kebergantungan hanya kepada sesebuah pengurup wang itu.

Saranan saya ialah supaya pihak kementerian ataupun kerajaan mempunyai satu badan penasihat khusus bagi menasihatkan kementerian-kementerian yang lain yang juga sentiasa menggunakan kaedah tukaran wang ini dan mereka ini akan memastikan the do’s and the don’t, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jika ada badan ini yang menasihatkan sama ada kementerian-kementerian perlu menggunakan kadar ini atau jumlah ini, saya yakin dan percaya bahawa kes-kes seperti yang berlaku di Kementerian Pertahanan ini tidak akan berulang.

Jadi saya kira elok saya sokong rang undang-undang ini dan memang telah sampai masanya untuk kita melaksanakannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bagan.

final • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin menyebut satu perkara sahaja yang ringkas berkaitan dengan Global Financial Integrity Report yang telah dilaporkan oleh pakar ekonomi World Bank dalam satu kajian yang telah dikeluarkan di Washington. Di sini dinyatakan bahawa untuk tempoh tahun 2000 hingga 2008 iaitu tempoh masa sembilan tahun, bahawa aliran wang yang keluar daripada negara Malaysia adalah dalam satu jumlah yang amat menakutkan ataupun menakjubkan. Untuk sebuah negara yang begitu sederhana dalam aspek dana pasaran modal, Malaysia mengalami aliran keluar wang secara haram sebanyak RM888 bilion di antara tahun 2000 hingga tahun 2008.

Mengikut laporan itu, adalah dinyatakan bahawa Malaysia di antara negara-negara membangun adalah pada tangga kelima di antara negara yang mengalami masalah aliran wang dana yang keluar secara haram. Kebanyakan daripada aliran wang yang keluar secara haram adalah terdiri daripada wang rasuah. Ini mencerminkan sedikit sebanyak betapa seriusnya masalah rasuah di negara Malaysia.

Saya tahu bahawa pihak kerajaan telah menjelaskan bahawa ini tidaklah tepat.

Sebenarnya kalau kita lihat dari errors and omissions dalam Laporan Bank Negara, memang ada tetapi tidak pada jumlah yang sebegitu besar. Namun seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, ini adalah satu laporan daripada pakar ekonomi World Bank yang bebas.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Mereka tidak ada personal agenda mana-mana. Mereka hanya bergantung pada angka-angka yang dikeluarkan oleh statistik-statistik termasuk daripada Bank Negara.

Kalau kita lihat angka-angka dari segi error omission, untuk tahun 2007 adalah sebanyak RM17 bilion, pada tahun 2008 pula RM33 bilion, kemudian tahun 2009 turun kepada RM18 bilion tetapi untuk tahun 2010, secara preliminary atau secara awal adalah sebanyak RM71 bilion. Kalau kita tidak mahu menilai angka RM888 bilion yang telah diketengahkan oleh pihak Global Financial Integrity Report daripada Washington, jumlah ini kalau ini dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dikesan atau untraceable, ini juga adalah satu jumlah yang besar. Ini kerana kalau ini digunakan sebagai alasan untuk menjelaskan mengapa ada aliran keluar secara haram.

Mengikut penjelasan yang telah diberikan oleh Bank Negara, tahun 2010 sebanyak RM71 bilion keluar secara haram. Adakah ini bermakna ini adalah wang rasuah?

Seandainya kita menerima jawapan yang telah diberikan, pada tahun 2007, RM17 bilion; tahun 2008, RM33 bilion; tahun 2009, RM18 bilion; dan tahun lepas, RM71 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, ini satu jumlah yang juga mungkin tidak begitu menakjubkan seperti RM888 bilion tetapi sama juga membimbangkan kerana kita sentuh tentang wang rakyat. Ini secara langsung menunjukkan bahawa SPRM telah gagal untuk mengekang ataupun mengawal masalah rasuah yang berleluasa sehingga ia telah disentuh dan telah menarik perhatian pakar ekonomi antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa penjelasan yang diberikan, yang bercanggah dengan apa yang dilaporkan oleh Global Financial Integrity Report daripada Washington ini memang tidak boleh diterima. Ini kerana sehingga kini macam mana kita boleh jelaskan gaps atau jurang atau pun shortfall yang telah berlaku.

Global Financial Integrity Report menyebutkan Tuan Yang di-Pertua, RM888 bilion.

Ini atas kiraan mereka. Saya harap bahawa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja boleh ditubuhkan untuk meneliti perkara ini kerana ini adalah suatu jumlah yang amat besar, yang maha besar. Sekiranya kita tidak menyiasat dan juga mengenal pasti macam mana wang ini boleh dialirkan keluar dan siapa yang bertanggungjawab, ini adalah satu dosa besar kepada pemimpin negara.

Oleh sebab itu saya minta Tuan Yang di-Pertua, siasatlah. Kalau ini tidak boleh siasat, apa guna kita hendak luluskan satu Rang Undang-undang Peniagaan Perkhidmatan Wang? Apa gunanya kalau Bank Negara tidak boleh menghalang ataupun mengawal perkara ini? Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja harus diadakan...

final • 11:52 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Minta laluan.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Nanti sekejap. Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja harus diadakan tentang wang RM888 bilion ini Tuan Yang di-Pertua, kerana kalau kita bahagikan wang ini kepada 27 juta rakyat Malaysia, tolong bayangkan berapa banyak wang ini dapat dikutip oleh setiap warganegara Malaysia. Sesiapa yang ada MyKad, kalau ini dibahagikan secara sama rata, setiap orang boleh dapat RM33,000. Setiap orang dewasa, lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi pun boleh dapat RM33,000. Ini sekali gus akan mengatasi banyak masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang kerana rakyat Malaysia menghadapi masalah inflasi.

Tidak dapat dinafikan ramai orang-orang bawah apabila mereka pergi ke pasar, wang yang mereka gunakan untuk beli makanan harian, sayur-sayuran atau keperluan harian, lagi lama lagi kecil. Dulu boleh kita belanja dengan RM30 tetapi sekarang tidak cukup, kena tambah sehingga RM50 atau RM60. Untuk beli buah-buahan pun serupa.

Inilah masalah yang sekarang menghantui rakyat kerana macam mana kita dapat mengatasi masalah inflasi, yang wang kita dari satu hari ke satu hari menjadi lebih kecil tetapi wang yang begitu besar terus dibenarkan untuk mengalir keluar.

final • 11:52 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Oleh sebab itu, saya rasa satu laporan penuh dan penjelasan yang diberikan oleh Bank Negara, tidak memuaskan. Langsung tidak memuaskan apabila ia melibatkan wang yang begitu besar. Adakah pihak daripada Global Financial Integrity Report dari Washington menerima jawapan yang diberikan oleh Bank Negara ataupun daripada pihak kerajaan? Kalau tidak diterima, mengapa mereka tidak berikan penjelasan atau sekurang- kurangnya mendapat maklum balas atau feedbacks? Apakah kedudukan sebenarnya?

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, ini satu perkara, satu khazanah rakyat dan juga anak-anak kita. RM888 bilion. Itu bukan satu jumlah yang kecil. Kalau kita boleh sabitkan dengan errors and omissions, ini pun agak besar juga.

Oleh sebab itu, saya harap dapat penjelasan yang menyeluruh tentang perkara ini.

Selagi ia tidak dapat diperjelaskan maka, Malaysia akan dikenali seperti yang disebut tadi, satu pusat untuk human trafficking, drug trafficking, sekarang pula money trafficking.

Jangan pula kita famous dengan trafficking sahaja. Aliran keluar ini saya rasa harus dihindari dengan serta-merta. Kalau tidak, saya rasa perhatian yang diberikan untuk tangkap, untuk ambil tindakan ke atas para demonstrasi Bersih, saya rasa tidak sepadan.

Sebenarnya perhatian yang lebih harus diberikan... [Dewan riuh] Tentang masalah RM888 bilion yang hilang yang mana setiap rakyat Malaysia rugi RM33,000... [Dewan riuh] Apakah yang lebih besar daripada perkara ini?

Sudah tentu yang akan bising di sebelah, mereka tidak ambil berat langsung tentang kehilangan RM888 bilion.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini satu perkara penting.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Bagan, minta laluan.

Minta laluan.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Berilah laluan.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Singkat sahaja kerana saya hendak habis.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Bagan kerana boleh terima laporan Global Financial Integrity Reportlah, laporan Amerika Syarikat dan itu dibawa hujah dalam Parlimen ini. Akan tetapi kebelakangan ini ada laporan daripada pakar-pakar Amerika Syarikat mengatakan 99.9 peratus Yang Berhormat Permatang Pauh dikaitkan dengan video seks. Itu pun dari Amerika Syarikat... [Disampuk] Yang Berhormat Bagan terimakah?... [Disampuk]

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang Berhormat Padang Serai, kalau hendak tumpang untuk lepas geram, saya rasa, bukanlah melalui saya. Saya harap, saya beri laluan kerana dahulu kawan. Akan tetapi, jangan menyalahgunakan peluang ini. [Dewan riuh] Jadi saya tidak mahu – saya tidak berminat untuk... [Disampuk] Saya tidak beri.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Bagan.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Duduk. Saya tidak berminat dengan Yang Berhormat Padang Serai...

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Bagan, sebagai kawan nasihat sayalah...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini kerana tidak puas hati dengan PKR, saya tidak berminat. Itu saya rasa Yang Berhormat Padang Serai boleh...

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Akan tetapi, Yang Berhormat Bagan sekutu dengan PKR.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuju kepada PKR. Saya tidak berminat.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Bagan sekutu apa.

Yang Berhormat Bagan sokong sama itu...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya cuma hendak berbahas dalam akta perkhidmatan ini kerana kalau saya hendak sebut, banyak perkara saya boleh sebut tentang Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai pun tahu. Saya tidak mahu.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sebutlah.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Itu biar tetap di situ, bahas tentang rang undang- undang ini.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tidak mengapa sebut. Dewan ini kita boleh bahas...

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Bahas rang undang-undang ini. Saya hendak teruskan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sebutlah Yang Berhormat Bagan.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Jadi di sini, saya harap bahawa...

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Penakut.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Pihak kerajaan boleh menimbangkan usaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja tentang kehilangan RM888 bilion yang saya rasa adalah satu...

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Pengkhianatan kepada negara. Ini saya rasa tidak boleh kerana ini merupakan skandal kewangan yang paling besar dalam sejarah Malaysia.

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Dunia.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sehingga kita ada nama di peringkat global.

Dahulu kita dianggap sebagai pengeksport utama getah, kelapa sawit. Sekarang pula kita dianggap sebagai pengeksport apa?

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

Wang haram.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Pengeksport human talent, pengeksport orang- orang yang berkaliber. Jangan pula kita...

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Itu semua Yang Berhormat Permatang Pauh punya.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Dikenali sebagai pengeksport rasuah dan wang haram pula. Ini kita harus elakkan. Dengan ini, saya mengucapkan terima kasih...

final • 12:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Alright.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya.

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil peluang sedikit membahaskan rang undang-undang ini.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana membentangkan rang undang-undang ini yang saya kira sudah lama dinantikan dan kalau kita lihat struktur rang undang-undang ini, ia menyatukan satu, dua rang undang-undang yang melibatkan perniagaan kewangan. Dahulunya soal penyeludupan ini dengan undang- undangnya yang tersendiri dengan remittance sahaja, dengan undang-undang sendiri tetapi sekarang ini kita satukan dalam satu rang undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira penggubalan rang undang-undang ini mencerminkan keprihatinan kerajaan tentang masalah kewangan seperti yang telah disentuh oleh rakan-rakan tadi, keraguan kita tentang masalah keluaran outflow of currency di luar negara. Jadi ini saya kira selepas kelulusan rang undang-undang ini, kerajaan mempunyai satu jentera untuk terus membanteras kegiatan ini.

Tuan Yang di-Pertua, memang kejadian outflow of currency ataupun wang sama ada secara haram ataupun halal ke luar negara ini memang begitu ketara sekali. Kita akui seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang.

final • 12:05 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Saya sendiri telah mengalami dan melihat dalam zaman 1980-an Tuan Yang di- Pertua, semasa saya bekerja sebagai pegawai Bank Negara. Saya bertugas di cawangan Kota Kinabalu yang mana saya ditugaskan menerima remittance wang daripada Bank Negara Kuala Lumpur ke cawangan di Kota Kinabalu. Ini juga melibatkan wang kecil RM150 dan juga RM1,000.

Satu ketika saya telah menerima bagi pihak bank satu remittance yang berjumlah RM4 bilion dan saya mengirakan Tuan Yang di-Pertua, RM4 bilion dengan in the form of RM1,000 ini, bagaimana ekonomi Sabah ini dapat menampung. Is there any necessity for RM4 billion dikirim ke Sabah untuk diagihkan kepada komersial bank? Sehingga ke hari ini saya masih tertanya-tanya, is it appropriate RM4 billion remittance.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, beberapa tahun kemudian, saya hairanlah kerana wang ini lesap tidak juga nampak seclusion dalam negeri Sabah. Akan tetapi apabila tauke-tauke balak yang mempunyai pembalakan di Sabah pergi ke Hong Kong, mereka balik dalam beg had one thousands currencies daripada bank di Hong Kong. Jadi, bagaimana wang ini secara sendiri pergi ke luar negara. Ini I think, it is the concern for the government, dengan izin.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam soal keluaran wang ini sudah tentunya menjadi satu perkara yang harus dibendung oleh kerajaan kerana soal keluaran wang ke luar negeri ini, dalam konteks Sabah ini Tuan Yang di-Pertua, ini soal pengiriman wang ini. Saya lihat oleh kerana kita mempunyai beribu, kalau tidak beratus ribu pekerja asing di Sabah, di ladang-ladang dan sudah tentunya setiap bulan mereka ini akan mengirim wang kepada keluarga mereka. Saya lihat sendiri Tuan Yang di-Pertua, majoriti mereka ini tidak menggunakan sistem bank kerana mereka ini sama ada tidak ada pasport ataupun illegal, mereka takut ke bank. Mereka menggunakan ejen-ejen di kedai-kedai yang membuat servis untuk mengirim wang kepada keluarga mereka.

Saya tidak tahu sama ada mereka ini mempunyai lesen atau tidak. Jadi, sementara pertanyaan kita sama ada mereka ini beroperasi berlandaskan lesen atau tidak tetapi sementara itu saya kira servis ini amat penting Tuan Yang di-Pertua. Ini disebabkan setiap pekerja asing ini bekerja di Malaysia, sudah tentunya keluarga mereka di negara mereka ini mengharapkan kiriman setiap bulan dan saya kira oleh kerana jumlah ini, sistem perbankan di Sabah ini tidak dapat menampung. Jadi, mereka menggunakan servis di kedai-kedai but the service is efficient sama ada ia legal atau illegal, kita tidak tahu.

final • 12:05 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Jadi saya harap kementerian, kerajaan dapat mempertimbangkan. Sementara dalam soal to legalize ini tetapi juga harus ambil kira keperluan service mereka ini, to regulate. Jadi mungkin selepas kelulusan undang-undang ini mereka ini diberikan lesen dan sebagainya, dipantau – monitored according to the law supaya pekerja asing ini dapat keselesaan bekerja di negara kita ini dalam hal bahawanya mereka dapat senang untuk mengirim wang ke kampung-kampung keluarga mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada apa yang saya sentuh ini ada fakta atau tidak. Akan tetapi kita dapat laporan ini outflow dan inflow currencies ada di luar negeri dan dalam negeri boleh dibuat melalui pengurup- pengurup wang. Apa yang saya dimaklumkan tetapi I have known means had to confirm this definitely di mana syarikat pengurup wang ini ada cawangan di negara luar dan juga di Malaysia. Mereka bayar wang mereka itu dalam satu syarikat pengurup wang di luar negara dan melalui inter branches itu mereka remit bererti wang di luar negara boleh masuk melalui rangkaian pengurup wang ini. Begitu juga the other around mereka hantar melalui pengurup wang di Malaysia dan wang itu akan timbul di negara lain melalui cawangan. Ini kita mendapat makluman.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi saya dimaklumkan bahawa ada satu modus operandi di mana pihak untuk dapat mengeluarkan wang melalui kad kredit. Jikalau kita memegang platinum credit card Tuan Yang di-Pertua, syarikat ini membenarkan pemegang credit card ini untuk withdraw cash di luar negara bukan? So apabila pemegang itu withdraw money outside country, di luar negara bila dia kembali nanti dia bayar ini dengan melalui Ringgit Malaysia. So bukankah itu satu cara untuk membawa wang keluar melalui credit card. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian bagaimanakah sama ada ini dibenarkan ataupun adakah kerajaan mempunyai intention, hasrat untuk control sebab ini banyak.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Saya tahu juga Tuan Yang di-Pertua secara informal orang berjudi di kasino di luar negara dia bayar dulu dia punya credit card di Malaysia, dia draw money di luar. Senang sahaja. Jadi sama ada melalui akta ini kerajaan mempunyai cara untuk - sebab ini melibatkan banyak. Saya ingat apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Penang tadi mungkin separuh daripada ini melalui cara ini. Jadi saya harap kerajaan mengambil perhatian dan mungkin mengambil tindakan melalui undang-undang ini.

Saya tidak mengambil masa yang banyak Tuan Yang di-Pertua, hanya yang terakhir Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baru-baru ini ramai rakyat Malaysia ini membawa currency Dinar Iraq yang dapat beli Dinar Iraq ini secara murah apabila mereka ke Timur Tengah. Dia beli banyak, berbundle-bundle Tuan Yang di-Pertua. Dibawa ke Malaysia dijual, kononnya sementara ini Dinar Iraq ini tidak berharga tetapi apabila Kabinet Iraq ini sudah ditubuhkan dan juga mendapat pengiktirafan antarabangsa maka Dinar Iraq ini akan mendapat nilai yang sewajarnya. Ini banyak yang membeli.

Satu keping 20,000 Dinar Iraq dijual RM1,000 dan banyak saya lihat sendiri. Jadi apakah kementerian sedar tentang perkara ini dan perlukah kerajaan mengambil tindakan supaya tidak ada rakyat Malaysia yang tertipu untuk membeli useless paper currency ini?

Jadi saya rasa itu sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Saya menyokong.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut mahu berbicara tentang rang undang-undang bagi mengangkat dan memperbaiki urus tadbir Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011, Tuan Yang di-Pertua. Ramai yang telah berucap maka saya tidak perlu mengulangi perkara-perkara yang telah disebut. Mungkin sekadar untuk mengingatkan kerajaan bahawa bermula daripada tekanan yang baru-baru ini didedahkan oleh Global Financial Integrity itu pada kedudukan ranking Malaysia di antara yang lima teratas, China mendahului negara-negara lain dalam penglibatan mereka melakukan ataupun terlibat dalam apa yang disebutkan sebagai illicit outflow fund ataupun keluar masuk wang secara haram. Kita telah pun disebutkan jumlahnya RM888 bilion pada tahun 2000 sehingga 2009.

Saya kira perkara itu sebenarnya mungkin ada, mungkin tidak tetapi kita minta seperti mana yang diminta oleh Yang Berhormat Bagan supaya perkara ini diperhatikan dengan lebih teliti. Yang Berhormat Bagan mencadangkan satu suruhanjaya. Pada saya mungkin perkara itu adalah satu keperluan tetapi apa yang nyata hari ini sehingga kini kita semacam disedarkan dengan satu kejutan bahawa saban hari kita bercakap tentang memiliki satu sistem kewangan yang canggih yang baik mungkin kerana kerangka legal ataupun undang-undang itu telah kita turunkan dengan baik.

Akan tetapi khususnya dalam Banking and Financial Industries Act 1989 (BAFIA) itu tetapi apa yang terlepas pandang adalah kegiatan-kegiatan yang tidak juga kurang pentingnya Tuan Yang di-Pertua. Di sini kita berbicara tentang itu, yang terlepas daripada radar dan daripada ruang lingkup tugasan BAFIA, akta itu. Jadi ini yang menjadi pertikaian hari ini Tuan Yang di-Pertua dan perkara yang kita bahaskan ini dia tidak termasuk dalam hal-hal BAFIA.

Saya teruskan dengan menyebutkan bahawa apabila kita bercakap tentang meletakkan undang-undang ini sebenarnya kita perlu membuat pengakuan juga bahawa kalau kita lihat daripada segi kegiatan kewangan yang saya kira rata-ratanya menjadi perkara besar dalam meletakkan undang-undang ini adalah apa yang dikatakan sebagai the remittances economy ataupun ekonomi pemindahan wang. Sekali gus mengingatkan kita bahawa negara ini sangat bergantung kepada pekerja asing, 1.9 juta itu adalah secara sah dan dua juta lagi itu mungkin tidak sah walaupun tidak haram.

Entah macam mana saya pun tidak faham. Jadi pokoknya empat juta kita bergantung kepada pekerja asing daripada Indonesia, Nepal dan Bangladesh seumpamanya dan daripada kegiatan pemindahan dan remittances inilah keperluannya Tuan Yang di-Pertua untuk kita melengkapkan services yang disebutkan sebagai dalam istilahnya apa yang disebutkan remittance service providers itu.

final • 12:14 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Hendak kata tidak semua tidak disusun pun tidak betul juga sebab secara rasmi dan formalnya kita punyai, kita miliki 22 commercial banks yang memberikan Remittance Service Provider (RSP) ini. Kita punya dua national saving bank dan 38 non-banks seperti Western Union, MoneyGram dan seumpamanya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, perkara ini adalah sekali gus pengakuan negara bahawa kita terlalu banyak ataupun kita masih bergantung kepada pekerja-pekerja ini dan rata-ratanya mereka adalah low skill, low cost labors.

Jumlah remittances economy ini Tuan Yang di-Pertua adalah kejutan untuk kita diberi peringatan. Sebanyak tidak kurang 36.5 bilion dalam tahun 2009 sahaja dan akan rata-ratanya punya peningkatan setiap tahun dalam kurang lebih 12 peratus hingga 15 peratus peningkatan setiap tahun.

final • 12:14 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jumlahnya besar Tuan Yang di-Pertua. Maka apa yang malang kalau ia berlaku pada sistem yang rasmi seperti ada sistem-sistem seperti sistem SWIFT dan sebagainya.

Itu yang dikendalikan oleh institusi-institusi yang punya licenses, yang memberikan apa yang dikatakan sebagai remittance services provider itu. Akan tetapi malangnya juga Tuan Yang di-Pertua 90 peratus, pekerja-pekerja asing ini menggunakan sistem yang non-formal itu. Jumlahnya 90 peratus.

Maka sebahagian besarnya adalah menggunakan money changers ataupun pengurup wang ini. Di situ, apa yang menjadi satu yang cukup mengecewakan, cukup malang dan cukup tidak bertamadun sifatnya adalah urus tadbir dalam hal ini tidak dapat dikawal. Maksudnya tidak ada rekod. Tidak ada proper recording tentang sebanyak mana jumlah yang dihantar keluar, yang dengan kata lain dengan tidak ada recording inilah maka kita tidak tahu how much outflow of fund.

Di situ juga boleh berlaku apa yang dikatakan pengubahan wang haram. Kalau mereka – wang haram ini ringkas ceritanya adalah sumber wang itu daripada sumber- sumber yang diragui ataupun jelasnya haram daripada drug transaction, drug trafficking dan sebagainya. Maka ia boleh diberikan kepada satu pihak pengurup wang dan diberikan di sini, diambil di Indonesia diberikan di sini, diambil di Nepal, di Bangladesh dan seumpamanya.

Itu tidak ada kawalan Tuan Yang di-Pertua. Malangnya we can brag about, dengan izin, kita boleh berbangga dengan financial services kita yang cukup canggih akan tetapi kita lepas pandang perkara ini. Ini yang juga adalah di antara yang dimaksudkan, keperluan yang saya faham daripada perlunya untuk dibentangkan dan dibahaskan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang ini, money services industry ini supaya dapat diperhatikan segala keperluan-keperluan...

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

...Undang-undang, mungkin juga kita berbicara tentang ada imposing of gap ataupun ada had-had yang perlu diizinkan di...

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang diizinkan dihantar keluar dan sebagainya.

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Kuala Selangor minta penjelasan.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya.

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan. Yang Berhormat Kuala Selangor sebut soal transaksi ini tidak boleh dikesan akibat kecanggihannya sehinggalah dimanfaatkan hampir 80 peratus hingga 90 peratus daripada warga asing. Saya dapati ada juga lebihan 10 peratus itu – siapa yang manfaatkan transaksi ini sehingga ada berita mengatakan bahawa pihak-pihak tertentu menyalurkan wang sehingga jumlahnya RM10 juta ke luar negara dengan menggunakan sistem yang sama.

Jadi bolehkah Yang Berhormat Kuala Selangor menjelaskan kepada Dewan ini sekiranya tidak menjadi halangan? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya, kalau bolehlah saya jawab Tuan Yang di-Pertua, saya ingin jawab. Akan tetapi saya tidak punya asas dan maklumat untuk jawab. Kita izinkan Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab, kementerian jawab. Itu yang menjadi pertikaiannya hari ini.

Akan tetapi kalaulah sifatnya itu satu yang dilakukan melalui apa yang dikatakan sebagai RSP yang formal, 22 komersial bank ini dan itu boleh kita kesan. Akan tetapi kalau dilakukan oleh pengurup-pengurup wang, with all due regard dan segala hormat kepada mereka itu. Ia tidak dapat dikesan. This is the greatest problem. Ini permasalahan paling besar dalam urus tadbir kewangan di negara kita ini.

Bagaimana sebuah negara berdaulat begini, 53 tahun dan kita lepas pandang semua ini. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, untuk berlaku adil inilah juga masalah seluruh dunia. This is a global issue but a global issue does not require, masalah global ini tidak mengizinkan kita juga macam yang lainlah, dari segi kebobrokan mengurus perkara ini. Jadi kalau saya boleh saya teruskan sikit Yang Berhormat Kuala Kedah, itu jawapan saya. Kita minta Timbalan Menteri. Saya masukkan itu dalam ucapan saya, sebagai sebahagian daripada ucapan saya supaya Timbalan Menteri juga perlu jawab. Apa yang menjadi lebih mahu diperhatikan sekarang ini adalah menurunkan undang-undang dan apa yang dikatakan sebagai peraturan-peraturan supaya ianya saya tidak dapat meneliti semuanya lagi.

Akan tetapi apa yang ringkasnya, inilah dia yang menjadi ketirisannya. Inilah dia tiriskah, bocorkah bergantunglah pada jumlahnya. Akan tetapi apa yang jelas adalah keperluan ini. Ada pun hendak saya kembali kepada persoalan-persoalan illicit outflow of fund tadi. Saya kira Tuan Yang di-Pertua ada pertanggungjawaban yang mesti dibuat oleh kerajaan di Dewan yang mulia ini.

Oleh kerana yang lebih penting... Maaf, sebelum saya pergi ke situ. Ini jugalah, sebelum saya masuk kepada illicit outflow of fund. Ia bersekali dalam illicit outflow of fund, pengeluaran secara haram ini. Untuk menjawab sedikit Yang Berhormat Kuala Kedah tadi, kita dengar tentang beberapa individu-individu yang menghantar wang dalam jumlah yang banyak.

Ada juga yang terlalu canggih, yang membawa wang itu sendiri dalam beg...

[Ketawa] Baru-baru ini kita dengar seorang Menteri Besar sebuah negeri. Tidak Menteri Besar, yang Menteri Besar yang baru ini, yang masih lagi. Mantan tetap mantanlah. Itu yang daripada negeri yang dekat kita ini. Akan tetapi negeri yang paling banyak itu, negeri yang terbanyak punya... [Ketawa] Bawa wang juga ya.

Ini cara-cara yang cukup canggihlah. Canggihkah atau tidak bertamadun, tidak tahulah Tuan Yang di-Pertua. Mereka tahu tentang perundangan akan tetapi mereka songlap, mereka lakukan juga perkara-perkara seperti ini dan mereka adalah pemimpin- pemimpin negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya sikit lagi mahu bicara tentang apa sebenarnya jumlah yang besar. Remittance economy ataupun pemindahan wang oleh pekerja-pekerja itu satu, jumlahnya juga cukup besar. Kalaulah berlaku ketirisan, kebocoran itu adalah puncanya.

Akan tetapi apa yang saya mahu bicarakan di sini adalah punca illicit ataupun keluar masuk wang atau lebih penting lagi keluarnya wang secara haram itu pada jumlah kalaulah saya boleh congak-congak maknanya jumlah RM80 bilion setahun.

Dikatakan bahawa sebab utama ada trade mispricing. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan, bagaimana boleh berlaku trade mispricing ini? Bagaimana projek-projek besar yang dilakukan dan dijalankan oleh kegiatan-kegiatan GLC khususnya?

Sama ada satu masa dahulu Sime Darby di dalam projek yang mereka gagal, di mana?

Bukan di Kuwait, di Abu Dhabi ya. Di mana? Lupa saya. Projek-projek yang seperti ini.

Saya minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan kita penerangan bagaimana boleh berlaku trade mispricing? Bagaimana boleh berlaku trade kickbacks? Bagaimana boleh berlaku tax evasion, yang kesemua perkara ini, mereka yang terlibat dalam projek mega di luar ini sebenarnya tahu. Mereka bertanggungjawab tetapi mereka dengan sangat curang lakukan tahun demi tahun, projek demi projek yang saya kira inilah antara sebabnya. Saya bersama dengan Yang Berhormat Bagan memerlukan perkara ini diperhatikan dan dipantau bahkan disiasat oleh sebuah suruhanjaya. Oleh sebab trade mispricing, tax evasion, kickbacks, Scorpene dan sebagainya ini, inilah perkaranya.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, inilah pertanggungjawaban yang diminta oleh Dewan yang mulia ini. Kalau yang kecil-kecil, pekerja-pekerja asing, hantar RM500, RM1,000, RM2,000 sebulan, baiklah sebab jumlah mereka ramai, 4 juta orang. Jadi, itu pun menyumbang kepada illicit outflow of fund ataupun itu pun tidak kira illicit. Mereka lakukan, itu adalah sebenarnya keringat mereka, usaha mereka secara halal dan mereka menyara keluarga mereka.

final • 12:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itu tidak ada di sana ketirisan dan kebocoran tetapi ketirisan dan kebocoran itu sebenar-benarnya berlaku atas trade mispricing, atas kickbacks, atas mengadakan pelbagai caranya, pelbagai mechanicsnya, over special purpose vehicles dan sebagainya yang hari ini kita lihat bagaimana Scorpene di mahkamah Perancis kerana perkara-perkara yang seperti ini. Inilah dia yang saya kira Tuan Yang di-Pertua, yang perlu dipertanggungjawabkan di Dewan yang mulia ini lebih daripada hanya yang ikan-ikan bilis, yang kecil-kecil ini yang menyara hidup dengan perjuangan dan keringat mereka, saya kira mereka layak diberikan segala urus tadbir yang lebih baik, yang lebih telus dan kita bertanggungjawab dengan akta ini.

Terima kasih Yang Berhormat timbalan menteri dan kementerian yang mahu mengatur semua ini dengan governance, dengan urus tadbir, tata kelola yang lebih baik.

Akan tetapi sekali lagi saya sebutkan bahawa dalam hal illicit outflow of fund itu ia mesti dan menunggu pertanggungjawaban dan kita mahu tahu dalam banyak projek mega sama ada yang melibatkan GLCs ataupun pihak-pihak yang lain, ia perlu dipertanggungjawabkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mempertikaikan beberapa perkara ini dan saya juga menyokong apa yang baik yang mahu dilakukan. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lipis. Selepas Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Kepong.

final • 12:30 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

final • 12:31 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, BEBAS tidak adakah Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:31 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

...Kerana telah memberikan peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Saya berharap melalui rang undang-undang ini akan dapat bertujuan untuk mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan pengurupan wang, perniagaan wang, perniagaan pengiriman wang dan perniagaan mata wang Euro. Malahan, lebih daripada itu saya berharap juga melalui rang undang-undang yang baru ini dapat mengukuhkan rangka berhemat dan penyeliaan dalam industri perniagaan. Perkhidmatan wang bagi membendung aktiviti haram, penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya hendak menyentuh soal monopoli industri perkhidmatan wang ini. Saya melihat sekarang ini ia didominasi oleh sesuatu etnik atau sesuatu kaum di Malaysia ini. Jadi, mengapakah perkara ini boleh begitu? Apakah ada syarat-syarat yang ketat atau terlalu birokrasi kepada kaum-kaum lain untuk menceburi perniagaan perkhidmatan wang ini? Saya juga perlu penjelasan lanjut daripada kerajaan dalam hal ini.

Dalam hal berkaitan dalam fasal 42, 43, 44 dan 45 adalah berkaitan dengan larangan pelantikan seorang ejen perniagaan. Kuasa bank untuk memberikan kelulusan di samping menyelenggarakan data ejen perniagaan perkhidmatan wang serta melarang mana-mana orang daripada menjalankan perniagaan perkhidmatan wang bagi pihak seseorang pemegang lesen.

Saya mengalu-alukan langkah ini kerana di negara ini terlalu banyak lambakan ejen mengurus wang ini yang biasanya terdiri daripada ah long-ah long ini yang bersembunyi atas nama pelesen yang sah. Ini yang boleh membahayakan kepada pengguna yang akhirnya boleh menjerat diri pengguna sendiri serta ahli keluarga.

final • 12:31 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Malahan saya mendapat maklum mereka ini mempunyai senarai nombor telefon dan latar belakang kewangan dari aspek pinjaman seseorang, lalu ditawarkan perkhidmatan pinjaman wang yang kononnya lebih baik termasuklah penawaran faedah yang amat rendah.

Saya hendak tahu bagaimana mereka ini boleh memperoleh data peribadi seseorang. Saya tidak mahu menuduh pada sesiapa tetapi dalam hal ini paling terdekat ialah institusi bank itu sendiri. Mestilah ada orang dalam yang menyalurkan maklumat ini.

Saya bertegas supaya kerajaan melalui Bank Negara Malaysia melihat perkara ini secara serius kerana ia adalah satu kesalahan serius dalam menyalurkan sebarang maklumat peribadi seseorang kepada orang lain. Jadi, kita mahu Bank Negara Malaysia bertegas dalam hal ini dan membendung perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dalam peringkat permulaan perbahasan saya tadi tujuan rang undang-undang ini adalah antara lain untuk membendung pembiayaan keganasan. Kalau kita lihat perhimpunan haram yang hendak dilakukan pada 9 Julai ini yang dianjurkan oleh - saya pun tidak pasti Bersih atau apa, kerana bagi saya dia tidak bersih, yang hendak dijalankan sekali lagi pada 9 Julai ini.

Jadi, saya hendak tahu siapakah yang membiayai pergerakan dan perhimpunan haram ini? Saya sendiri hendak tahu siapa yang memberikan wang kepada mereka.

Siapakah kumpulan ghaib ini? Di manakah mereka mendapat duit? Sudah tentu kononnya perhimpunan ini melibatkan orang ramai, menyediakan baju, bunting dan sebagainya memerlukan kos yang tinggi. Jadi, siapakah yang menyokong mereka ini dari segi kewangan? Apakah ada satu pembiayaan untuk menimbulkan huru-hara sekali gus keganasan di negara ini? Jadi, kita hendak Bank Negara siasat akaun Ambiga ini dan sekutu-sekutunya yang membiayai program ini.

Saya rasa kerajaan boleh mengesan sebelum ia terlewat dan kita mahu ketegasan itu kerana adalah menjadi satu kesalahan yang amat besar bagi saya sekiranya sebarang aktiviti pembiayaan keganasan berlaku dalam negara ini. Lagi satu perkara yang saya hendak sentuh ialah mengenai dengan remittance wang ini ataupun pengaliran wang keluar negara melalui pekerja-pekerja asing yang ada dalam negara ini sama ada yang berdaftar atau yang tidak berdaftar. Jadi, banyak yang telah disebut oleh rakan-rakan tadi tetapi sejauh manakah pihak penguat kuasa di Bank Negara ini dapat membendung perkara ini dengan serius.

Ini kerana bagi saya, kita ramai pekerja asing dan pengaliran wang keluar ini bagi saya memang banyak sama ada secara legal atau tidak legal tetapi yang tidak legal ini sejauh manakah pihak Bank Negara dapat membuat pengawasan atau pengawal seliaannya dengan lebih tegas. Ini kerana rasa saya banyak rang undang-undang yang kita buat termasuk yang ini tetapi akhirnya ialah dari segi penguatkuasaan rang undang-undang itu yang menjadi satu perkara yang lemah. Akhirnya, undang-undang atau akta rang undang-undang dan sebagainya tinggal rang undang-undang sahaja, ia tidak dapat dikawal dengan jelas. Jadi, dengan kata-kata itu saya menyokong rang undang-undang ini.

final • 12:31 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong.

final • 12:31 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, secara ringkaslah saya akan membahaskan rang undang-undang ini. Pertama, saya berasa hairan pada 1998 kita adakan Akta Pengurupan Wang, tiga tahun kemudian akta itu dimansuhkan dan diganti dengan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang. Ini memang pihak Bank Negara mengambil masa setengah abad untuk mengadakan akta yang begitu penting.

Saya mengambil bahagian ini dengan tujuan untuk mengesyorkan supaya pihak Bank Negara dengan adanya rang undang-undang seumpama ini dapat mempertingkatkan penguatkuasaan kerana kita pun dengar aliran wang keluar di atas tanah, di bawah tanah pun kita tidak tahu jumlahnya. Apa itu anggaran sahaja. Sama ada itu RM80 bilion setahun ataupun lebih, kita tidak tahu kerana ini semua itu haram. Semua itu tidak dapat dianggarkan.

final • 12:37 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Walau bagaimanapun, setakat kita hendak mengawal semua aktiviti perniagaan pengurupan wang dan sebagainya, saya meminta Yang Berhormat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini iaitu sistem perniagaan perkhidmatan wang di bawah tanah yang dilakukan bertahun-tahun di Malaysia. Apakah jenis dan wang dianggarkan itu, dikeluarkan daripada Malaysia ini ataupun dimasukkan ke Malaysia ini secara sistem bawah tanah ini?

final • 12:37 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Apakah jenisnya kerana Tuan Yang di-Pertua, sangat canggih kerana dilakukan berabad-abad, berkurun-kurun dan tidak dapat dikesan. Sama ada pada negara India, pada negara Arab dan sebagainya. Itu yang pertama. Kedua, mengenai ejen sama ada ejen pengurupan wang dan sebagainya.

final • 12:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kepong.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Bilangan ejen sekarang...

final • 12:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Kepong minta penjelasan sedikit. Yang Berhormat Kuala Kedah. Tentang wang yang tidak dapat dikesan ini Yang Berhormat Kepong sebut tadi wang bawah tanah. Saya pun memang kurang fahamlah wang yang tidak dapat dikesan ini. Kalau berabad-abad lamanya mungkin pihak Yang Berhormat Menteri boleh beri penjelasan. Akan tetapi, dalam zaman yang moden, yang baru ini rasanya bukannya wang itu mengalir melalui bawah tanah tetapi di atas tanah.

Sehingga boleh bayar dengan RM1.4 juta dengan cash money dahulunya miskin tetapi sekarang tiba-tiba jadi kaya. Jadi daripada mana sumber kewangan yang tiba-tiba boleh cepat ia menjadi kaya dan boleh bayar premium tanah dengan harga berjuta-juta. Ini bukan wang bawah tanah memang atas tanah betul. Boleh Yang Berhormat Kepong bagi penjelasan. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya berharaplah Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjelaskan apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah. Di sini saya hendak mengetahui bilangan ejen pengurupan wang sebelum ini.

Di sini saya nampak di dalam rang undang-undang hendak mengharamkan beberapa istilah termasuk perniagaan perkhidmatan wang. Bolehkah Yang Berhormat jelaskan misalnya fasal 23 itu? Melarang penggunaan perkataan perniagaan perkhidmatan wang, pengurupan wang, pengiriman wang dan pindahan wang, apa-apa perkataan lain dalam mana-mana bahasa yang dapat ditafsirkan sebagai menunjukkan perjalanan perniagaan perkhidmatan wang tanpa mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank Negara terlebih dahulu.

Mana-mana orang yang melanggar larangan ini melakukan atau suatu kesalahan.

Jadi kalau tidak boleh menggunakan istilah-istilah yang saya sebutkan tadi, apakah istilah boleh digunakan? Di mana-mana kita dapat mereka tulis ejen pengurupan wang KLIA dan di tempat-tempat yang lain. Sekarang tidak boleh gunakan istilah ini. Apa maksudnya fasal 23?... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai Bahagian IV untuk berhubung dengan perniagaan pengiriman wang itu. Misalnya, fasal 37 bertujuan untuk mengehendaki seseorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengiriman wang untuk menyenggarakan atau yang berasingan di suatu bank berlesen bagi maksud mendepositkan wang pelanggannya ke dalam akaun itu.

Selanjutnya, fasal ini melarang seorang pemegang lesen daripada mengeluarkan wang daripada akaun itu kecuali bagi keadaan yang dinyatakan dalam fasal ini dan sebagainya. Saya berharap Yang Berhormat terangkan. Ini di atas tanahlah. Akan tetapi, di bawah tanah itu kita tidak tahulah macam mana kita dapat akaun mereka dan sebagainya.

Mungkin yang di bawah tanah itu lebih besar...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Aliran wang daripada yang atas tanah saya tidak tahu.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kepong, minta laluan Yang Berhormat Kepong.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, kita membincangkan hal mengenai perniagaan perkhidmatan wang.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini perkhidmatan wang ini.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Bukan dana apa-apa sahajalah. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun hendak tahu apakah cadangan kita mengenai hal yang dibincangkan.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini mengenai duit yang bawah tanah, atas tanah, ditarik, ditolak.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Itulah mengikut rang undang-undang inilah.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ya, rang undang-undang wang haram ini, boleh?

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Akan tetapi...

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau boleh bagi laluan, kalau tidak ada tidak mengapa.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak mengapalah. Wang haram tidak disebutkan di dalamnya. Wang halal sahaja itu, wang halal sahaja itu. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak bolehlah buat macam itu. Tidak ada di dalamnya.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta laluanlah Yang Berhormat Kepong. Kalau mahu beri, beri. Tidak ada panggil saya duduklah.

final • 12:40 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Oh! Banyak sangat Yang Berhormat Kepong.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Soalnya melanggar peraturan. Halnya Tuan Yang di-Pertua boleh bercakap macam itu.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Ketawa]

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Siapa yang jadi Tuan Yang di-Pertua sekarang?

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kepong, minta laluan Yang Berhormat Kepong.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

You bagi dia laluan?

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya?

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

You bagi dia laluan, Yang Berhormat bagi dia laluan? Sila Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kepong.

Ini kalau Yang Berhormat Kepong tadi tidak bagi pun tidak mengapa, saya boleh duduk sahaja tetapi terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini saya pun kagumlah dengan apa yang dibawakan iaitu duit dari bawah tanah, duit dari atas tanah, macam-macam. Duit yang digunakan untuk bayar premium dan macam-macam.

Jadi Yang Berhormat Kepong saya juga hendak ulasan Yang Berhormat Kepong tentang satu yang dilakukan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan FELDA di Selangor. Di mana saya diberitahu oleh Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa beliau terpaksa merancang untuk memberikan RM50 juta daripada Tabung Kerajaan Selangor kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan FELDA untuk memberikan duit itu untuk menarik ahli-ahli politik masuk Parti Keadilan Rakyat.

Jadi duit itu, ini duit yang disalurkan melalui satu agensi ataupun jawatankuasa yang dibentuk itu. Ini duit haramkah, duit bawah tanahkah, duit atas tanah? Disalurkan untuk diberikan kepada mereka-mereka yang akan masuk PKR menjadi ahli. Ini macam mana Yang Berhormat Kepong kalau boleh ulas sedikit?

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua kita membincangkan mengenai perniagaan perkhidmatan wang. Di sinilah Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Padang Serai faham itu. Itulah sering kali saya mengingatkan bahawa apabila kita berbahas secara hemah jangan bawa perkara-perkara yang berbaur politik, yang mengundang reaksi negatif.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini kerana itu akan menimbulkan kekecohan. Jadi kalau perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Padang Serai itu jauh melencong daripada apa yang di bahas, tidak payah Yang Berhormat Kepong jawab.

Yang Berhormat Padang Serai don’t abuse the privilege that given to you bawah seorang Ahli Yang Berhormat. Itu wasting time. Saya tadi berfikiran selepas Yang Berhormat Kepong saya panggil Yang Berhormat Padang Serai. Akan tetapi, apabila nanti saya panggil Yang Berhormat Padang Serai, hujah itu memang saya boleh agak sudah.

Lebih banyak di luar daripada akta yang sedang dibincang.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong sila.

final • 12:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VII untuk berhubung dengan penyiasatan dan penguatkuasaan ini memang penting. Ini kerana apa yang terkandung dalam rang undang-undang ini kalau tidak dapat dikuatkuasakan dengan berkesan maka sia-sia sahaja.

Di sini misalnya fasal 65 bertujuan untuk memberi kuasa kepada seorang pegawai penyiasat untuk memeriksa mana-mana orang sekiranya dia mempunyai apa-apa sebab untuk mengesyaki bahawa satu kesalahan sedang atau telah dilakukan di bawah akta yang dicadangkan. Seterusnya, fasal 66 dan fasal 67 yang dengan tujuan yang hampir sama.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Di sini saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menerangkan kepada kita bagaimana pegawai-pegawai ini dapat menjalankan tugas untuk menyiasat hal ini dan biasanya di dalam Bank Negara, berapa ramaikah pegawai yang dapat menyiasat.

Adakah sepuluh orang pegawai ataupun 100 orang untuk menyiasat, kerana memang kegiatan perkhidmatan wang itu memang sangat luas di seluruh negara.

Mengenai agent provocateur, fasal 71, tiada agent provocateur pun sama ada dia seorang pegawai atau pekerja bank atau tidak boleh dianggarkan menjadi seorang rakan jenayah atau tidak boleh dipercayai hanya kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat atau terlibat di dalam komplot jenayah untuk melakukan kesalahan itu, jika tujuan utama percubaan persubahatan atau penglibatan itu ialah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu, dan mengenai fasal 71 pula, saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan kerana ini memang kita tidak faham kerana ia satu perkara yang rumit dan Bahagian IX.

Bahagian IX itu misalnya dengan penalti, saya ada dengar tadi di dalam hujah Yang Berhormat itu bahawa penalti RM5 juta dan penjara 10 tahun, tetapi di sini tiga tahun sahaja dan wang yang disebutkan di dalam fasal 87, 88 dan sebagainya hanya RM500,000 dan tiga tahun penjara sahaja. Saya sudah mencari kesemuanya tetapi tidak menemui tentang RM5 juta dan 10 tahun penjara tersebut. Bolehkah Yang Berhormat terangkan apakah sebenarnya mengenai denda, hukuman penjara dan sebagainya?

Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya memang berharap kita dapat mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan penyiasatan. Cuma satu lagi sebelum saya mengakhiri ucapan ini, iaitu mengenai hak untuk menyiasat, kuasa untuk menyiasat. Memang di pihak Bank Negara diberikan kuasa yang begitu besar untuk membuat siasatan bagi menyita dan sebagainya.

Di sini saya berhasrat agar pihak Bank Negara dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan berkesan dan sementara itu saya juga berharap kuasa yang diberikan kepada Gabenor dan pendakwa raya jangan disalahgunakan kerana kuasanya begitu besar untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Itu sahajalah saya berharap agar pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat mengambil perhatian. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, saya akan memanggil Yang Berhormat Padang Serai untuk berhujah tetapi ingat patuhi peraturan mesyuarat, khususkan perbahasan kepada rang undang-undang yang sedang dibahas. Silakan Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati, satu kemuliaan apabila Tuan Yang di-Pertua memberikan saya satu ruang ini. Saya ingin membawa Dewan ini untuk melihat bahawa bukan sahaja di negara ini rakyat India terlibat di dalam perniagaan pengurup wang, tetapi kalau kita pergi ke Dubai, Amerika Syarikat dan selain daripada luar negara India, malah di China juga ada ramai pengurup wang daripada kalangan orang-orang India dan ini adalah satu penghormatan kepada negara ini, di mana mereka sebagai pengurup wang, mereka membangunkan negara ini dan meletakkan negara ini di monetary map of the world. Mereka bukan sahaja individu-individu yang mengurup wang kepada pelancong-pelancong ataupun kepada orang-orang awam, malah mereka juga bagaikan bank-bank kecil yang bergerak dan di negara ini juga mereka memainkan peranan yang utama dalam ekonomi pengurupan wang.

Kita mesti menghargai dan kementerian juga mesti mengambil tindakan-tindakan menghargai dan menghormati mereka, apatah lagi Ahli-ahli Dewan yang lain dan apabila saya mendengar daripada Yang Berhormat Balik Pulau tadi, di mana beliau menghina pengurup-pengurup wang daripada kalangan satu kaum sahaja katanya. Beliau juga mengatakan hanya dipelopori oleh satu kaum sahaja, apa maksudnya itu? That is very racist statement dan itu juga satu perkara yang menggambarkan niat beliau sendiri di mana beliau benci dan tidak suka melihat pengurup-pengurup wang daripada satu kaum sahaja, walaupun mereka tidak pernah menafikan mereka daripada kaum-kaum lain serta mereka juga tidak mempunyai apa-apa halangan kepada individu-individu lain yang mahu melakukan perniagaan itu...

final • 12:55 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

[Bangun]

final • 12:55 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dan mereka juga banyak menyumbang...

final • 12:55 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:55 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:55 PM

Dato’ Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Saya hendak mengajak Yang Berhormat Padang Serai melawat Pekan Padang Besar di mana pengurup wangnya bukan orang India, bahkan saya belum nampak lagi orang India menjadi pengurup wang di Pekan Padang Besar. Terima kasih.

final • 12:55 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar dan ini jelas menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau itu tidak betul, dan saya mohon agar Yang Berhormat Balik Pulau meminta maaf kepada masyarakat ini yang begitu banyak menyumbang dan inilah yang sentiasa berlaku kepada mereka yang datang daripada satu-satu kaum sahaja, bukan sahaja di dalam perniagaan pengurup wang malah dalam pelbagai aktiviti haram mereka juga dipergunakan. Jadi saya harap tidak akan ada mana-mana Ahli-ahli Parlimen yang akan mengeluarkan racist statement itu seperti ini yang merendahkan dan kalaulah Yang Berhormat Balik Pulau mahu mengatakan apa-apa saya benarkan.

final • 12:55 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Boleh saya perjelaskan sedikit. Yang Berhormat Menteri mungkin tadi kalau konteks ucapan saya itu begitu tafsirannya, ingin saya jelaskan. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi kenapa industri lumayan ini, penglibatan, kita panggil participation agak tidak nampak di kalangan..., kerana kita tahu kerajaan punya agenda melibatkan semua orang, jadi persoalan saya mungkin Menteri mempunyai alasan dari segi kenapa penglibatan di dalam industri itu tidak merata sebegitu. Mungkin dari segi networkingnya soalannya mungkin.

Tadi saya di luar, saya bertanya juga kepada teman-teman dan teman-teman memberikan jawapan yang agak meyakinkan, mereka mengatakan untuk perniagaan ini.

final • 12:55 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tadi saya bersama dengan teman-teman dengan Yang Berhormat Bukit Bintang, beliau mengatakan ia menunjukkan kepada networking, mungkin itu sebabnya, mungkin kita tidak punya networking tetapi saya rasa mungkin Menteri boleh menjelaskannya kerana bagi saya ini satu industri yang mana saya rasa bagus untuk semua pihak terlibat, itu pandangan saya dan tidak ada kaitan yang racist teman saya daripada Padang Serai.

Terima kasih di atas peluang untuk menjelaskan kedudukan saya. Terima kasih.

final • 12:55 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya faham tetapi mereka di luar Dewan ini, mereka tweet kepada saya di mana seseorang mengatakan ucapan Yang Berhormat Balik Pulau “bahlul” dia kata. Kalau saya boleh menunjukkan Tweet, seseorang telah menelefon saya dan menyebabkan saya terpaksa keluar tadi, di mana mereka mengatakan Yang Berhormat Padang Serai, kenapa dahulu duduk di sebelah sana banyak bising tetapi sekarang sudah duduk di tengah-tengah tidak mahu perbetulkan, kami dahagakan pembetulan dia kata. Jadi saya kena perkemas...

final • 12:55 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai sambung hujah tengah hari nanti.

final • 12:55 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:55 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga jam 2.30 petang.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:55 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sila Yang Berhormat Padang Serai.

final • 12:55 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya sambung hujah saya tentang masyarakat satu kaum sahaja yang disebut oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi. Saya terpaksa sambung kerana bila saya keluar tadi, Twitter dan SMS mesej tidak henti-henti, sampai masyarakat yang begitu aktif dalam ekonomi kewangan ini, ada di antara mereka memanggil saya dan minta supaya Yang Berhormat Balik Pulau minta maaf, public apology. Kata mereka, ada di kalangan mereka akan bakar patung yang merupakan Yang Berhormat Balik Pulau kalau enggan. Ini rakan-rakan KIMMA dan sebagainya, mereka ini bertungkus-lumus memastikan bahawa aktiviti-aktiviti kewangan negara ini stabil.

Tadi juga ada rakan-rakan yang mengatakan dan inilah bekas rakan-rakan saya yang selalu menghasut saya mengatakan Barisan Nasional hanya bantu orang-orang Melayu sahaja, ahli-ahli perniagaan India dan Cina ini diketepikan, tetapi di antara mereka itu hari ini, bangun pula...

final • 2:32 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Padang Serai, boleh saya jelaskan sedikit, boleh?

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Minta saya habiskan dulu ya.

final • 2:32 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey, boleh.

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jangan takut, saya akan beri peluang nanti. Akan tetapi bila di dalam Dewan ini tadi mengatakan satu kaum sahaja diberi keutamaan dan sebagainya yang memberi ini. Akan tetapi saya percaya Menteri Kewangan yang ada di sini, mereka-mereka yang bukan daripada satu kaum itu, yang sekaum dengan saya ini, yang memohon untuk lesen-lesen, pasti mereka semua diberi lesen.

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Padang Besar tadi mengesahkan tidak ada orang macam yang lebih kurang warna macam Yang Berhormat Padang Serai yang membuat perniagaan mengurup wang di Padang Besar. Kalau ini pun tidak dapat dilihat oleh Yang Berhormat Balik Pulau dan rakan-rakan khususnya Yang Berhormat Gombak ini, Yang Berhormat Gombak ini dulu setiausaha kepada Yang Berhormat Permatang Pauh bila Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan. Bila Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan, negara ini huru-hara dengan kewangan. Sampai ada seorang pemuda 18 tahun sahaja umurnya...

final • 2:32 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Padang Serai, boleh saya jelaskan sedikit sebelum Yang Berhormat bahas lanjut?

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tidak fahamkah bahasa Malaysia daripada India ini?

final • 2:32 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Boleh, sikit sahaja?...

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Boleh tunggu?

final • 2:32 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Boleh, boleh.

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Boleh tunggu, tunggu. Biar saya habiskan.

final • 2:32 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Boleh, okey.

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya tahu Yang Berhormat Balik Pulau ini seorang yang bagus berhujah di dalam Dewan ini...

final • 2:32 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Pindah kawasan?

final • 2:32 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Oh, tidak pernah jaga kawasan, tidak pernah balik. Tidak tahulah, itu bukan saya. Ini daripada rakan-rakan. Yang Berhormat Balik Pulau juga harus sedar bila kita condemn, bila saya sendiri bersama-sama duduk di sana condemn Barisan Nasional, kita pun pada masa yang sama melihat perubahan kewangan yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat. Bila saya duduk dalam Majlis Pimpinan Pusat PKR bertanyakan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh tentang wang haram pun saya pernah.

Pada tahun 1999, diberikan satu list syarikat-syarikat di mana Yang Berhormat Gombak sendiri terlibat mengutip lebih RM100 juta. Saya sebut di dalam Parlimen ini, bukan di luar. Ini ada dalam Hansard. Di hadapan Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga peguam-peguam, lebih RM100 juta disebut. Adakah wang yang sebanyak ini tiba-tiba ghaib itu boleh kita panggil wang halal? Inilah wang haram. Wang haram ini bukan wang yang keluar negara sahaja. Wang haram ini adalah wang yang berleluasa dan beralih kawasan dalam negara juga.

Kebelakangan ini tiba-tiba datang seorang ahli PKR. Jawatankuasa PKR Padang Serai didatangi oleh pimpinan yang mengatakan bahawa mereka akan turunkan RM1 juta untuk dibelanjakan di Padang Serai...

final • 2:32 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Putatan mahu tanya?

Silakan.

final • 2:32 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Padang Serai. Perbahasan Yang Berhormat Padang Serai tadi hebat sekali.

Saya tertarik dengan soal apabila pihak yang berkenaan dapat mengumpul wang yang begitu banyak, RM100 juta. Banyak pula penderma ini. Saya ingin minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat, duit yang RM100 juta itu adakah ia digunakan untuk demonstrasi di jalanan pada 9 Julai ini, betul atau tidak kenyataan ini?

final • 2:32 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh tambah Yang Berhormat Padang Serai? Minta sedikit. Terima kasih.

final • 2:32 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil dengan hujah rakan saya daripada Yang Berhormat Padang Serai iaitu memaklumkan berjuta-juta ringgit dibawa dari negara luar ke negara ini dan itu mungkin wang yang dia nampak, yang dia dapat periksa, yang mungkin lebih dari itu lagi tidak diperiksa. Apakah kegunaan wang ini dan di mana dilabur oleh parti pembangkang wang ini? Adakah untuk menghuru-harakan negara ini, digunakan untuk pilihan raya dan sebagainya termasuk organize demonstrasi BERSIH ini? Saya mahu tahu.

Mungkin Yang Berhormat Padang Serai lebih tahu sebab dia orang dalam.

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Putatan, saya bukan mahu putar-putar di sini. Saya Ahli Parlimen daripada PKR hari ini berhijrah sebagai BEBAS kerana dipaksa untuk berhijrah. Bukan saya mahu, bukan saya suka.

final • 2:32 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi ratusan juta itu mesti ia berlegar dalam negara dan juga pasti saya percaya kerana Yang Berhormat Gombak ini rapat dengan seorang wanita yang bernama Shamsidar Taharin dan juga seorang ahli perniagaan yang bernama Tong Kooi Ong. Jadi ratusan juta ini saya percaya dilaburkan dalam Capital Ventures. Yang Berhormat Indera Mahkota?

final • 2:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Dilaburkan dalam Capital Ventures.

final • 2:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat ini dah makan tengah harikah belum? Kalau lapar, makan di luar dululah.

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Indera Mahkota, baru tengah makan PKR... [Ketawa]

final • 2:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, saya mahu tanya sedikit.

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Baru tengah makan.

final • 2:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Padang Serai, okey boleh bercakap tetapi pertamanya kita ...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat hendak mencelah Yang Berhormat?

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya tidak bagi, saya akan bagi dia kemudian. Ini kawan baik saya, saya bagi kemudian, biar dia dengar semua.

final • 2:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Akan tetapi kalau lapar jangan makan dalam Dewan, makan di luar.

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sebab bila saya cerita tentang ratusan juta ini, kawan saya Yang Berhormat Indera Mahkota ini begitu selesa sebagai akauntan di satu tempat yang bukan dalam Parti Keadilan Rakyat. Pada 1999 saya di situ, ramai yang duduk di situ termasuk, Yang Berhormat Balik Pulau saya tidak pernah jumpa mukanya.

Individu yang saya jumpa Annuar Tahir, bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan yang keluar parti tetapi baguslah ada Parti Islam Malaysia memberi tempat kepada beliau.

Annuar Tahir ini keluar daripada Parti Keadilan Rakyat, saya percaya beliau pun tahu tentang wang-wang haram ini tetapi beliau bukan macam saya yang lantang bersuara.

Beliau very cool, sabar, memaafkan mereka yang menganiaya beliau khususnya Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Gombak.

Beliau berhijrah kepada Parti Islam Se-Malaysia dan memegang jawatan tetapi apa yang ada dalam hati beliau, apa yang sudah terbakar, tetap terbakar. Ramai rakan saya, Ezam Mohamed Noor, ramai lagi, mereka semua saya percaya pasti ada tercalit sedikit. Jadi yang saya percaya ratusan juta ini dilabur melalui Capital Ventures oleh Shamsidar Taharin dan Tong Kooi Ong.

Saya mahu Kementerian Kewangan siasat dari mana datangnya duit ratusan juta yang dikatakan dilabur dalam Capital Ventures ini. Saya percaya ratusan juta ini berbilion- bilion juga sebab semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan, RM13.2 bilion duit RM500 dan RM1,000 dicetak semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan orang yang bawa ini, ada yang jadi tukang bawa.

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kalau duit hari ini yang salur keluar di bawa dalam beg private jet, syarikat judi dibawa keluar, dia keluar satu hala, dia masuk balik pun boleh. Mungkin kerana itu boleh tahan perjuangan puluhan tahun ini di mana ia memakan orang seperti saya, lebih 20 kali keluar masuk.

Yang Berhormat Permatang Pauh pun tidak pernah masuk 20 kali. Betul Yang Berhormat Permatang Pauh is the highlight of the international community in being arrested tetapi rakan kita yang gigit polis itu, Yang Berhormat Batu bukan kepala batu. Dia pun lebih banyak kali dan dalam perjuangan yang soleh itu kononnya, ilham seorang yang selalu naik pentas, dia kata kita mesti tawan Putrajaya, kita mesti jatuhkan Barisan Nasional, kita mesti membantu rakyat Malaysia, kita mesti check ketirisan, rasuah, korupsi dan beliau melakukan ini semua bukan di belakang, di depan hidung semua pemimpin ini. Kalau Yang Berhormat Gombak ada di sini, saya mahu tanya sebagai Whip di Selangor. Duit RM50 juta yang diberi oleh kerajaan Selangor kepada FELDA yang dialirkan kepada ahli-ahli politik itu, haram atau halal? Pasti haram Menteri, mana mungkin satu agensi kerajaan negeri...

final • 2:40 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ada siapa hendak bangun, ada dengar suara-suara. Itu suara jinkah apa?

final • 2:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Izinkan saya.

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Boleh, diizinkan.

final • 2:40 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Yang Berhormat Padang Serai, bila membuat tuduhan yang Kerajaan Negeri Selangor memberi RM50 juta itu salah gunakan, kenapa tidak laporkan kepada SPRM? Kalau disalahgunakan, biarlah SPRM menyiasat. Saya harap begitulah, saya di Selangor juga. Jadi kalau betul itulah tuduhannya, tolong bawa kepada SPRM. SPRM itu dia pasang mikroskop dengan Kerajaan Negeri Selangor, kalau ada peluang sahaja, dia akan cekup.

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kakanda Yang Berhormat Kota Raja, ini daripada mulut Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ke Dewan setiap hari, saya beri peluang kepada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk bangun esok pagi dan jawab ataupun Whip Selangor, Yang Berhormat Gombak boleh jawab. Ini adalah satu politik semasa di mana diheret Yang Berhormat Kota Raja dan semua rakan oleh seorang yang saya tweet dulu the political last, tidak kira apa berlaku di dunia ini, perlu ada pengorbanan manusia-manusia supaya Yang Berhormat Permatang Pauh ini boleh menjadi Perdana Menteri.

Bolehlah kakanda Yang Berhormat Kota Raja tweet ataupun SMS kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, betulkah beritahu kepada Yang Berhormat Padang Serai bahawa terpaksa atur strategi memberikan RM50 juta kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan FELDA Selangor supaya duit itu boleh dialirkan kepada ahli politik? Tanya!

Saya sudah buka mulut dan saya ini bukan orang yang mendiamkan diri bila dicabar. Jadi ini adalah duit haram kerana no proper account dan kita mahu kementerian siasat. Jadi sebab itu saya sebut di dalam ini. Saya sebut ini Yang Berhormat Kota Raja pun kenal bahawa kita ini mesti membendung pengaliran wang haram ini. Untuk membendung pengaliran wang haram ini, bukan baru berlaku, ini sudah berlaku bila Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan seperti Yang Berhormat Bagan kata tadi, RM880 bilion. Dari rentetan ini adalah daripada sistem kronisme dan nepotisme yang dipraktikkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh bila beliau memegang portfolio Menteri Kewangan dulu, Yang Berhormat Kota Raja. Satu dunia tahu bahawa duit haram juga digunakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri dulu dan seperti yang diminta, dipinta oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Putatan tadi, adakah wang ini dialirkan untuk membuat demonstrasi Bersih.

final • 2:40 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya tidak nampak pengaliran itu tetapi saya juga tidak nafikan wang itu digunakan. Wang ratusan juta ringgit dan bukan hari ini sahaja saya sebutkan ini. Saya pernah bangkitkan ini dalam mesyuarat kepimpinan PKR dahulu di hadapan Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi hari ini juga ada seorang manusia yang saya tidak berapa kenal siapa, menggunakan wang haram untuk menutup satu tokong di puncak Bukit Gasing.

Menyalurkan wang kepada gengster.

Aliran wang haram ini untuk menggaji gengster-gengster supaya tokong Hindu ini dikunci. Ini bukan di Kota Raja, bukan di Balik Pulau tetapi Bukit Gasing iaitu di negeri di mana Yang Berhormat Permatang Pauh mendapat gaji RM1 sahaja. Dengan gaji RM1 boleh belanjakan RM50 jutakah, RM100 jutakah, RM1,000 jutakah? Itu semua strategi politik Yang Berhormat Permatang Pauh. Apabila dia belanjakan RM1,000 juta pun itu strategi politik dia dengan dialah, pergi dengan dia.

Akan tetapi ini menggunakan wang haram jugalah. Pengaliran wang haram yang tidak melalui bank, yang tidak dimasukkan. Ini yang berlaku Yang Berhormat Kota Raja.

Negara kita sedang dibelenggu oleh kelaziman seperti ini di mana saya yang selalu sebut...

[Bercakap dalam bahasa Tamil] Yang Berhormat Kota Raja... [Bercakap dalam bahasa Tamil] Saya mendapat ilham ini di puncak Bukit Gasing itulah. Hari ini tokong itu pun dan saya bergaduh dengan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Saya pun tidak tahu bahawa kuasa duit haram yang begitu kuat di tangan Yang Berhormat Permatang Pauh ini berlaku dan saya minta kementerian kalau boleh siasat juga aliran wang haram ini di mana saya percaya pembekalan senjata juga boleh dilakukan dan sudah ada tuduhan juga bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh terlibat dengan supply of weapons to terrorism... [Tepuk] Siasat, siasat. Yang Berhormat Kota Raja mahu disiasat, Yang Berhormat Balik Pulau mahu disiasat, Yang Berhormat Tanah Merah pun mahu disiasat. Siasat permintaan mereka supaya Yang Berhormat Permatang Pauh disiasat.

Bukan kita mahu sokong apa-apa kezaliman. Kalau saya sendiri pun ada melakukan kegiatan wang haram Yang Berhormat Menteri, wang haram ini bukannya keluar negara sahaja, dalam negara ini. Parlimen Padang Serai akan diturunkan RM1 juta oleh PKR Padang Serai dan lain-lain cabang PKR untuk mempertahankan tetapi apabila Ahli Parlimen yang sedia ada...

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

[Bangun]

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kota Raja mahu?

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya, ada sedikit.

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Boleh Yang Berhormat Kota Raja.

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya daripada ucapan Yang Berhormat Padang Serai ini, nampaknya PKR ini satu parti yang begitu kaya, berjuta-juta, beratus-ratus juta. Saya kira tidak. Bagus, saya kira kalau betul dia ada kewangan sehebat, sebesar ini, saya rasa tentulah Yang Berhormat Padang Serai tidak meninggalkan parti PKR. Betul atau tidak?

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kota Raja, kita sehaluan dalam perjuangan politik kita. Kalau Yang Berhormat Padang Serai ini tidak akan tinggalkan kerana duit, bermakna Yang Berhormat Kota Raja pun tidak tinggalkan. Ini kerana Yang Berhormat Kota Raja pernah suap. Bukan suap di mulut, bagi di tangan kepada Yang Berhormat Padang Serai untuk makan... [Dewan riuh] Saya ini manusia. Saya ini manusia Yang Berhormat Kota Raja.

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tolong Yang Berhormat Padang Serai. Itu fitnah. Tarik balik. Bila yang masa saya suap Yang Berhormat Padang Serai makan?

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tidak, apa yang saya kata...

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Please explain sebab akan diputarbelitkan.

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini rakan-rakan. Ini...

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan susah, kita bukan putar belit... [Ketawa]

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kota Raja ini kakak saya. Saya pergi ke perasmian pejabat beliau, beliau ambil kuih, bagi saya di tangan saya. Itu adalah suapan seorang ibu.

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya ini 12 tahun perjuangan politik saya ini bersama-sama mereka yang saya dikhianati ini adalah orang-orang yang mengalirkan duit haram, menggunakan duit-duit haram ini, memesongkan rakan-rakan saya untuk mempercayai mereka dengan kata-kata bahawa Putrajaya boleh diambil alih.

Cukup menyedihkan rakan-rakan DAP juga, bersama rakan-rakan PAS dan PKR lain bila Chua Soi Lek dikaitkan dengan video seks termasuk saya sendiri, demand is resignation. Akan tetapi apabila hari ini Yang Berhormat Permatang Pauh dikaitkan, bukan saya mahu tengok dia susah, saya mahu keadilan. Apa salahnya kalau Yang Berhormat Labis boleh meletakkan jawatan dan kembali dalam satu tahun membersihkan diri. Dia telah taubat, Yang Berhormat Permatang Pauh pun boleh juga buat macam itu. You can right a wrong. Tidak payah ini. Saya tengok dalam video di mana Yang Berhormat Sungai Petani kata betul itu Yang Berhormat Permatang Pauh. Tidak ada sedikit pun prasangka berbeza daripada rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen yang lain.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

[Bangun]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Kuala Krau bangun Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Padang Serai, kalau saya boleh bagi kakanda Kota Raja, pasti saya bagi Yang Berhormat Kuala Krau... [Ketawa]

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Ada tiga soalan Yang Berhormat Padang Serai. Pertamanya, adakah cubaan menggunakan duit haram ini untuk menjatuhkan kerajaan pada 11 September dan ada cubaan untuk membeli Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional? Itu pertama.

Keduanya, adakah Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah mengumumkan untuk keluar, meletakkan jawatan, hendak keluar daripada parti, meninggalkan parti, tiba- tiba berpatah balik? Adakah kemungkinan mereka ini telah dibeli balik oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dengan menggunakan duit haram?

Ketiganya, adakah Yang Berhormat Padang Serai telah melihat, menonton video tersebut dan apakah anggapan siapakah pelakon utama video tersebut yang melibatkan Yang Berhormat Permatang Pauh?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai, video itu tidak masuk wang haram. Tidak payah jawab, tidak payah sentuh lagi masalah itu Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Akan tetapi saya jawab juga. Video itu saya tidak tontonlah. Apa yang saya tengok dalam internet sahaja, clip shots. Saya tidak mahu tengok, itu kawan saya. Kesalahan dia saya perlu perbetulkan. Saya perlu memperkemaskan. Rakan-rakan saya sepuluh tahun dahulu sudah meminta saya, how can be correct Yang Berhormat Permatang Pauh.

Yang Berhormat Permatang Pauh, sepuluh tahun dahulu, satu tahun baru duduk dalam penjara sudah ada rakan-rakan ABIM saya, crying over their faith in supporting him.

Daripada Angkatan Belia Islam Malaysia menjadi pimpinan tertinggi bersama-sama saya, saya kata tidak apa, sabarlah, sabar. Sehinggakan saya sendiri meninggalkan PKR pada tahun 2004. Perlu diminta oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub dan juga arwah Cikgu Onn, “Gobala tolong kembali”. Mereka tidak panggil saya Padang Serai, panggil sahaja ‘Gobala’, “Tolong kembali, we need to beef up the Indian support in PKR.” Ini bukan cakap sahaja, ini adalah kebenaran... [Membaca sepotong ayat] Pada 16 September, tadi Yang Berhormat Kuala Krau sebut 11 September, saya perbetulkan 16 September. Saya terlibat, saya terlibat find out what he wants, how much he wants. Ini Yang Berhormat Permatang Pauh beritahu. Find out what he wants, how much he wants. We will offer Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri to the person.

final • 2:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh tanya sikit, tanya sikit boleh?

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya bagi tapi Yang Berhormat Indera Mahkota, can you make it short and sweet?

final • 2:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

I make it very sweet. Terima kasih saya rasa... [Disampuk]

final • 2:50 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Indera Mahkota, biar habiskan soalannya. Nanti saya lupa. Jadi, 16 September itu saya sendiri ada duduk dan bincang atas arahan dan saya ada nota itu pun masih tersimpan. Atas arahan talk to him, negotiate with him. Tidak tahu wang haram sebanyak mana Yang Berhormat Permatang Pauh ada, ada syarikat Amerika Syarikat...

final • 3:00 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Nota itu siapa yang tulis?

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:00 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Okey.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Gombak tahu, Yang Berhormat Machang tahu, Yang Berhormat Sungai Petani tahu. Esok pagi saya akan datang ke sini pukul 10 atau 11, mereka boleh minta nota itu daripada saya.

final • 3:00 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Simpan elok-elok nota itu.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi, ini 16 September, 11 September itu bangunan runtuh di Amerika Syarikat, 16 September ini betul mempersiapkan Ahli-ahli Parlimen PKR untuk pergi ke Putrajaya. Strategi mantera apa tidak tahu... [Membaca mantera dalam bahasa Tamil] Gobalakrishnan, Padang Serai, ”Om Namasivaya Subam Subam Guru Guru Sivaya Nama Om.” Mantera Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Permatang Pauh sahaja yang tahu...

final • 3:00 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

‘Rende taale paambe.’

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu kata, “Rende taale paambe.” Saya kasihan dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Tuan Yang di-Pertua, seorang Ahli Dewan ini kena diperbetulkan. Oleh sebab itu saya hari ini perkemas. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bukan keluar dari PKR kerana dapat jutaan. Itu saya tidak nampaklah tetapi yang saya tahu, saya duduk dalam mesyuarat, pimpinan PKR yang pecat Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu daripada PKR. Wallahi, ini berlaku. Beliau dipecat dari PKR dan Yang Berhormat Permatang Pauh yang mempengerusikan mesyuarat itu. Dipengerusikan oleh presiden tetapi Yang Berhormat Permatang Pauh stand in as ketua umum sebab akta. Ini Yang Berhormat Indera Mahkota dan rakan-rakan boleh jawab kemudianlah, okey.

Jadi, beliau ada masalah dengan seorang lagi Ahli Parlimen dan perkara ini tidak boleh selesai dan beliau dipecat. Satu lagi persoalan, di mana saya percaya persoalan itu pasti bersangkut paut dengan wang haram. Adakah mereka yang kembali dan saya tidak nampak sesiapa yang kembali tetapi pasti saya hendak katakan saya duduk dalam PKR...

final • 3:00 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Maksud saya Yang Berhormat Padang Serai, Tuan Yang di-Pertua, maksud saya cubaan.., dia ada niat hendak keluar, sudah umum letak jawatan tetapi tiba-tiba patah balik. Maksud saya itu.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Kena tanya dengan yang lainlah sebab saya tidak ada dan mungkin sebab saya ini apabila saya buat keputusan, itulah keputusannya. Dia bagi juta atau apa. Kalau mereka mahu bagi boleh, pasal wang haram itu yang berlegar di negara ini, saya percaya berbilion-bilion Menteri. Ya, saya percaya berbilion-bilion berlegar di negara ini dengan membelakangkan perjuangan, membelakangkan ini semua, berbilion-bilion dan the master mind, the king of money laundering is Yang Berhormat Permatang Pauh.

Saya perlu minta kementerian siasat. Kalau kementerian boleh bagi imuniti kepada sesiapa yang boleh datang ke hadapan dan membongkarkan kebenaran bahawa berbilion duit RM500 dan RM1,000 ini dibawa keluar, kalau boleh diberi imuniti, saya boleh pergi runding dengan mereka. Saya boleh runding. Ini demi maruah negara, memperkemas apa yang telah dilakukan.

final • 3:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Tidak mengapalah Yang Berhormat Indera Mahkota. Biar, ini Tuan Yang di-Pertua pun tengok saya. Tidak mengapa.

final • 3:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Saya sebenarnya berasa kagum keberanian dan ketegasan Yang Berhormat Padang Serai tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Padang Serai sebagai Ahli Parlimen yang berprinsip, setuju atau tidak Yang Berhormat Padang Serai dalam persidangan ini, setiap Ahli Parlimen ini kita buat peraturan. Macam-macam peraturanlah dan antara peraturan itu boleh bersetuju tak kita kata kita kenakan ujian air kencing sebelum berucap, hendak tengok ada bawah pengaruh dadah, mabuk dan sebagainya supaya tenteram dalam Dewan ini. Setuju dengan saya?...

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Indera Mahkota, saya sedih.

final • 3:00 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Yang Berhormat Indera Mahkota sudah umum letak jawatan dahulu.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya sedih. Saya tahu beliau mengatakan meminta supaya ujian air kencing. Saya minta Yang Berhormat Indera Mahkota...

final • 3:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya tanya cadangan sahaja.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Bentara kalau perlu, tolong dapatkan doktor dan minta dia sediakan, saya pun memang sudah mahu kencing ini. [Ketawa] Bentara tolong sebab inilah yang dilakukan Ahli-ahli Parlimen PKR.

final • 3:00 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Nanti dia tidak percaya juga.

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sekejap Yang Berhormat Kinabatangan. Inilah yang dilakukan. Untuk saya Yang Berhormat Indera Mahkota ini lebih dari adik sendiri. Saya tahu semua betapa susah, betapa susah payah beliau apabila beliau berhadapan dengan satu masalah rintangan dalam hidup yang begitu tertekan. Pada masa itu juga seorang yang duduk semeja dengan beliau boleh membelanjakan beratus ribu dan kahwin dengan seorang wanita baru.

Apabila saya tanya dengan Yang Berhormat Gombak, “Kenapa you ini?”. Yang Berhormat Gombak kata, “Saya baru kahwin minggu lalu dan saya berasa tertekan sekarang.” Jadi ini Yang Berhormat Gombak kata. Pada masa itu Yang Berhormat Indera Mahkota dan saya duduk di situ...

final • 3:00 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Ini semua kena telanjang.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Pada masa yang sama, saya duduk dengan Yang Berhormat Indera Mahkota berbincang tentang masalah yang begitu menekan Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya tidak mahu sebut di sini tetapi pada minggu yang sama Yang Berhormat Gombak kata dia kahwin baru. Kahwin lagi satu.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Itu duit perbelanjaan Menteri, saya mahu ini pun disiasat. Perbelanjaan untuk perkahwinan itu duit haram atau halal sebab...

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Dengar. Naib presiden PAS dengar itu.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sebab bekas Setiausaha kepada Menteri Kewangan ini adalah satu jawatan yang tinggi. Seorang Ahli Parlimen jawatannya tinggi, kalau dia kahwin bukan dia mahu kahwin RM1,000 atau RM2,000. Jadi, Menteri tolong siasat mana Yang Berhormat Gombak dapat duit untuk kahwin. Saya harap perkahwinan itu perkahwinan yang halal. Jadi, jangan-jangan duit haram digunakan untuk kahwin. Yang Berhormat Kinabatangan, saya bagi laluan.

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih. Soalan saya kepada Yang Berhormat, pertanyaan saya. Saya sebetulnya kagum dengan Yang Berhormat sebab Yang Berhormat berani mengetengahkan perkara-perkara walaupun mungkin menyinggung tetapi kalau itu rasanya kebenaran maka perlu didedahkan. Yang Berhormat juga berani mendedahkan satu skandal kepada saya iaitu pengaliran wang negara ke negara yang kita tidak tahu. Pada saya ini merupakan satu pendedahan yang perlu disiasat oleh kerajaan secara terperinci sebab kalau ini benar bermakna kita ini diselubungi oleh kerugian, wang ringgit kita mengalir, kita tidak tahu apa tujuannya, apa maknanya dan tahniah kepada Yang Berhormat. Saya percaya Yang Berhormat mendedahkan perkara ini bukan kerana sakit hati ataupun bukan kerana berdendam tetapi menyatakan kebenaran.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya ini bukan dendam. Saya mahu rang undang-undang ini mengenai wang haram. Jadi, pengaliran perbelanjaan wang haram ini yang saya duduk di tengah-tengah di sini... Yang Berhormat Kinabatangan, saya duduk di tengah-tengah antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, rakan-rakan saya..., dahulu saya pun seperti mereka juga sebab duduk di sana.

final • 3:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sebab duduk di sana yang saya nampak saya tuduh yang sini semua gunakan wang haram, yang sini gunakan wang halal. Bila dengar dua-dua, saya buat penelitian, saya buat research, sini ini menjadi punca kepada itu, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Gombak. Tolong siasat Shamsidar Tahrin dengan Tong Kooi Ong, Menteri. Jadi rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen, pengaliran wang haram ini saya percaya begitu ketat tetapi penganiayaan yang berlaku bila seorang itu susah dan mereka akan katakan, saya hendak bagi satu contohlah di mana wang haram ini seharusnya digunakan, di mana seorang ahli PKR, dia bankrap. Dia bankrap, bank tuntut RM75,000, tidak dapat dibayar oleh beliau, beliau dibankrapkan dan saya minta beliau pergi jumpa dengan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Jadi, Yang Berhormat Permatang Pauh jumpa dengan beliau, Yang Berhormat Permatang Pauh terus panggil seorang tycoon. Esok pergi selesaikan RM75,000 ini di bank. Ini pengaliran wang haram Tuan Yang di-Pertua. Esok pergi selesaikan. Jadi, bila kawan saya ahli politik PKR ini dia keluar dari bilik itu, dua hari kemudian saya tanya ahli perniagaan itu. Sudahkah pergi ke bank selesaikan supaya dia ini boleh bertanding di PRU 2008. Ahli perniagaan itu kata, yang kamu tahu, Yang Berhormat Permatang Pauh minta saya pergi selesaikan. Lepas orang itu keluar, Yang Berhormat Permatang Pauh beritahu saya jangan pergi selesai tahu, nanti orang itu dia tidak akan hormat sama kita.

Jadi, Ahli-Ahli Parlimen yang duduk sebelah sana seperti sayalah. Kalau mahu tahu lagi, saya ada satu kereta AFE1234. Setiap bulan sehingga hari ini, Parlimen potong RM1,600 untuk kereta ini. Setiausaha kepada Yang Berhormat Permatang Pauh beritahu saya don’t worry, pada bulan Mac 2009, don’t worry, setiap bulan, kamu beli kereta baru ini kita akan bayar terus kepada bank RM2,000 setiap bulan. Jadi, kita gunakan AFE1234 untuk escort Yang Berhormat Permatang Pauh. Setiap bulan kita akan bayar pada bank dan sehingga hari ini, satu bulan pun tidak dibayar. Saya sudah berpuluh kali minta. Saya pula terpaksa pastikan pembayaran itu berterusan supaya saya tidak dibankrapkan. Jadi, bukan mereka tidak ada duit. Wang haram ini banyak.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini semua ada untuk sayalah seperti Yang Berhormat Bagan kata tadi, RM880 bilion yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan adalah rentetan daripada sistem kronisme dan nepotisme yang dipraktikkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh bila beliau memegang portfolio Kementerian Kewangan dahulu. Apa yang aneh dan pelik, Yang Berhormat Bagan menyarankan satu suruhanjaya ditubuhkan untuk mengkaji pelepasan wang Malaysia. Akan tetapi beliau tidak pernah sekali mengutarakan hujah untuk turut menyiasat Yang Berhormat Permatang Pauh.

Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan. Saya minta Menteri Kewangan, kementerian siasat Yang Berhormat Permatang Pauh tentang masalah RM880 bilion ini. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Indera Mahkota. Tidak apa Yang Berhormat Indera Mahkota, boleh pergi rehat. Mungkin dia pergi minta bentara.

Sebelum dia minta bentara bawa botol air kencing itu, saya minta bentara sediakan botol air kencing itu. Inilah salah anggap dan sengaja diwujudkan di mana ada seorang Ahli Parlimen, dia kata Yang Berhormat Padang Serai ini beralih menjadi BEBAS kerana dibayar premium tanah RM1.4 juta oleh Barisan Nasional...

final • 3:10 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

[Bangun]

final • 3:10 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

[Bangun]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ada dua orang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 3:10 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Belum habis, belum habis, lagi satu jam ada. Jadi, mereka mengatakan saya ini bernilai hanya RM1.4 juta untuk beralih dan duit itu dibayar sebagai premium. Seharusnya mereka menunjukkan cek yang membuat bayaran itu. Pertama, mereka mesti beritahu tanah itu milik siapa. Betul, saya ini mengerjakan tanah itu dari tahun 2002. Ini kerana pengaliran wang haram, Menteri. Saya mengerjakan tanah itu dari 2002 dan ramai termasuk Yang Berhormat Machang sendiri datang ke tanah tersebut pada tahun 2004 mengambil sayur banyak-banyak. Pergi ceramah malam itu dengan saya, Yang Berhormat Machang kata, ”Ini wira kita, Tuan N.

Gobalakrishnan. Malam datang ceramah, pergi demonstrasi reformasi, keluar masuk penjara, keluar masuk lokap tetapi boleh kerjakan ladang di kebun, dan inilah hasil sayurnya”.

Hasil sayur ditunjuk di atas pentas, mengagungkan saya sebagai seorang pejuang reformasi. Enam tahun kemudian bila saya keluar daripada PKR, mulut yang sama, orang yang sama, dia bawa dua keping cek. Satu bertarikh 15 Januari di tandatangan oleh orang lain, orang yang tidak ada sangkut paut dengan saya, syarikat yang tidak ada sangkut paut.

Membayar premium RM700 pada 15 Januari dan RM700 lagi, bukan, RM700 lebihlah, RM700 something, something, tidak tahulah. RM140 plus, no, RM1.4 plus million. Pada 15 Mac, dia bawa dua-dua keping ini, dia kata ini Tuan N. Gobalakrishnan, ini Yang Berhormat Padang Serai punya. Mana dia dapat duit itu?

Kalau puluh tahun bersama-sama saya duduk di luar di kafe MP, tanya dengan saya pun saya boleh sebut. Mereka letak di internet tetapi mereka malapkannya, dia tidak begitu jelas. Jadi, sekarang saya pun ada salinan cek itu. Saya pun sudah dapatkan. Kalau mereka mahu, saya boleh datang tunjuk tandatangan itu, tuan punya cek itu, semua. Itu adalah satu syarikat yang mahu membangunkan tanah itu. Bila orang yang mahu bantu membangunkan tanah yang saya usahakan puluh tahun ini, itu pun mereka dengki.

Padahal bila saya duduk dengan mereka, mereka mahu bankrapkan saya. Bila saya bankrap tahun 2004, seorang insan yang mulia membantu selesaikan saya punya ini. Puluh kali saya minta Yang Berhormat Permatang Pauh, puluh kali saya minta Yang Berhormat Gombak dan mereka semua ini untuk bantu saya selesaikan bankrap saya yang RM116,000, jenguk pun tidak.

Pada hal boleh. Saya percaya melakukan pengaliran wang haram ini. Tidak pernah dibantu. Akan tetapi bila saya ini keluar kerana saya gaduh. Gaduh dengan Yang Berhormat Permatang Pauh apa? Gaduh kerana 26 keluarga yang miskin di Coalfield Estate. Saya minta apa? Seramai 26 keluarga ini, satu orang pun dalam DUN kawasan Ketua Menteri Selangor, Tan Sri Khalid. Satu keluarga pun tidak ada kereta, tidak ada tanah, tidak ada rumah. Dihalau keluar manusia-manusia ini selepas puluhan tahun duduk di ladang itu. Mereka duduk dan bekerja di ladang itu kerana mereka mendapat perumahan percuma, bayaran bil elektrik, bayaran air, tokong sebelah, ada kedai. Sampai kedai todi pun ada walaupun saya tidak pernah rasa todi itu. Kedai todi pun ada di estet itu. Semua dibekalkan, semua kemudahan asas.

Selepas puluhan tahun, mereka dihalau macam itu sahaja. Bila saya tanya Yang Berhormat Permatang Pauh, gaduh dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya keluar, satu asas itu dan banyak lagi. Hari ini mereka minta Bersih...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya minta Yang Berhormat Sekijang sekejap, ya. BERSIH tuntut supaya we have a free and fair election. Penyangak-penyangak itu di Parti Keadilan Rakyat, 160 pertuduhan supaya disiasat. Yang duduk di sini pun, Ahli- ahli Parlimen mereka semua tahu pertuduhan-pertuduhan ini tidak mahu disiasat. Di situ, dalam parti sendiri tidak bersih. Hari ini seorang pemimpin yang duduk di sini hari ini mengepalai di antara mereka yang mengepalai BERSIH ini, dia sendiri beritahu.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

What can we do? Anwar is like this. Dia duduk di sini! Dia sendiri begitu marah.

Akan tetapi, apa mahu buat? Dia masih duduk di sana.

final • 3:20 PM

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi - Kepala Batas

[Mengambil tempat di dalam Dewan]

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Selamat datang, Tun... [Ketawa]

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, balik kepada rang undang-undang, ya.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Kepala Batas, selamat datang Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, baik.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi hari ini Bersih dianjurkan ini, saya percaya wang haram ini, Yang Berhormat Menteri tolong siasat. Wang haram ini dianjurkan untuk membersihkan sistem election kita tetapi Bersihkan parti dulu. Bersihkan apa itu bekas calon Rembau, Cikgu Bad. Dia sendiri tweet semalam. Dia kata “Tuntutan saya supaya 160 pertuduhan itu kekal. It’s stand”. Dia juga pergi Bersih. Why double standard?

Dia mahu dalam parti pun disiasat. Ini Ahli-ahli Parlimen yang duduk di sini pun mereka mahu juga 160 pertuduhan itu disiasat, padahal mahu turun untuk Bersih.

Saya ini minta maaflah. Saya tidak mahu apa yang berlaku di Libya berlaku di sini.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Bersih itu tidak payahlah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Libya, Libya. Bukan Bersih. Di Libya Tuan Yang di-Pertua, di Libya. Sememangnya, saya mahu Gaddafi ini dikeluarkan.

Memang saya sokong supaya Gaddafi dikeluarkan tetapi seorang ahli perniagaan yang saya jumpa dia kata “Di Libya, Yang Berhormat tidak ada poverty”. Rakyat dia no poverty.

Well taken care of. Betul Gaddafi mungkin money launder nombor satu di dunia. King of better maybe equal to Yang Berhormat Permatang Pauh as a king in laundering money.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Maybe equal to Yang Berhormat Permatang Pauh. Akan tetapi, apa berlaku di Libya hari ini? Yang susah bukan Gaddafi.

Yang susahnya rakyat biasa dan saya sendiri ditangkap dalam perhimpunan Bersih yang lalu. Tiga tahun saya merana. Tiga tahun sehingga kes itu berjalan, saya merana. Peguam dari parti sendiri. Yang Berhormat Subang, peguam saya tiba-tiba tidak mahu datang kes.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Yang Berhormat Subang. Sekarang Yang Berhormat Subang tidak ada. Mungkin esok dia boleh jawab. Yang Berhormat Subang tidak mahu datang. Sebab apa? Duit haram yang menjadi pengaliran itu mungkin tidak sampai dia. Bukan kes itu sahaja. Saya banyak kes. Di Tapah, tidak ada peguam dari Parti Keadilan Rakyat yang mahu hadir. Di Pulau Pinang, tidak ada peguam yang mahu hadir. Yang hadir itu ialah mereka-mereka, penyokong-penyokong saya. Akan tetapi, kalau kes Yang Berhormat Permatang Pauh, 120 orang peguam akan hadir termasuk Yang Berhormat Selayang yang baru keluar.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi orang lain yang kena lebih teruk daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, mereka tidak dihiraukan.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih sahabat saya daripada Padang Serai. Pertamanya, saya hendak mengucapkan setinggi-tinggi tahniahlah kepada Yang Berhormat Padang Serai yang telah membuka atau membongkar cerita yang sebenarnya yang selama ini mungkin tersembunyi tetapi rakyat ataupun kita semua tertipu dengan apa yang telah diuar-uarkan. Apa yang menarik perhatian saya tadi dalam ucapan Yang Berhormat Padang Serai ialah ada juga wang-wang haram ini digunakan untuk kemungkinan membeli senjata-senjata. Ini satu yang cukup berbahaya dalam negara kita ini.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ini kerana kalau wang-wang ini digunakan untuk membeli senjata ini, saya kira satu kes yang amat berat yang perlu diambil tindakan serta-merta oleh pihak-pihak berkuasa bukan sahaja daripada Kementerian Kewangan bahkan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Angkatan Tentera kita.

Kedua, tadi Yang Berhormat Padang Serai juga ada menyatakan tentang minta beberapa orang yang mempunyai duit yang banyak yang perlu disiasat dan harta yang perlu disiasat. Mungkin ini adalah juga money laundering yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi yang selama ini dituduh sebelah sini sahaja dan sebelah mereka semuanya betul. Akan tetapi, hari ini kita dengar apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi. Maknanya yang sebelah sana lebih teruk daripada yang sebelah sini kalau mempunyai money laundering ini.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 3:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Apa pandangan Yang Berhormat Padang Serai?

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini Yang Berhormat Sekijang. Yang Berhormat Sekijang dengan saya ini selalu pergi makan.

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Makan kepala ikan. Bergaul macam adik-beradik. Akan tetapi, saya tidak cium mulut, saya tidak ada apa-apa persahabatan selain daripada pergi makan dan minum. Dengan siapa pun dalam Dewan ini tidak ada apa- apa.

Apa yang saya katakan ini, politik di Malaysia ini, saya percaya sudah sampai macam satu two parties system. Memang money laundering is a very, very, very, very, very serious offends dan money laundering ini kita tidak tahu siapa tangan-tangan yang menggerakkan ini. Yang Berhormat Permatang Pauh kah, Yang Berhormat Gombak kah atau siapa-siapa yang menggerakkan ini. Kita tidak tahu. Akan tetapi, saya minta mereka sedar bahawa mari kita jangan hendak ambil alih kerajaan melalui cara-cara lain. Minta Ahli-ahli Parlimen semua turun dan buat kerja di kawasan-kawasan, buat rundingankah, apakah, pasti. Akan tetapi, saya takut Bersih ataupun perhimpunan ini yang mungkin ditaja oleh duit haram ini mesti ada something, ada yang turun. Setiap cabang-cabang, setiap Ahli-ahli Parlimen sekarang ini dia akan diberi. Di PKR sudah mula turun duit, sudah mula turun kepada Ahli-ahli Parlimen untuk memperkuatkan. Duit itu datang dari mana? Mungkin daripada duit FELDA RM50 juta ataupun duit semacam itu.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Duit pasir.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Duit pasir? Satu tan RM1 untuk ini.

Seorang pekerja daripada Semesta, dia kata setiap satu tan kena bagi RM1 untuk Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini tuduhan ini. Jadi ini mungkin berlaku. Akan tetapi, apa yang saya mahu nasihatkan. Saya mahu nasihatkan. Saya dengan rakyat Padang Serai, kita mahu semuanya aman. Kita punya demographic ialah Malaysian demographic. Kita tidak mahu apa yang berlaku Pemuda UMNO pergi ke pejabat PKR hari itu. Saya tidak setuju.

Kalau boleh ditangkap satu, dua orang itu dan dicharge. Akan tetapi, kenapa itu berlaku?

Sebab mereka merasakan bahawa mereka sudah dicabar terlalu lama. Saya tidak mahu ini berlaku sebegitu. Sebab memilih untuk seperti Yang Berhormat Ipoh Timur semalam. Yang Berhormat Ipoh Timur minta Chua Soi Lek letak jawatan. Bila Yang Berhormat Permatang Pauh, ini apa yang mereka lakukan, satu dunia nampak. Jadi masyarakat Cina hari ini mereka mempersoalkan. Hantar saya SMS. Apa pasal ini Anwar Ibrahim mereka tidak mahu minta dia letak jawatan? Ini Chua Soi Lek, main depan punya minta letak jawatan.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Jadi kita sebagai Ahli Parlimen, kita tidak boleh pilih kasih. Saya tidak mahu sesuatu yang buruk seperti apa yang berlaku di Libya, di Egypt. Saya tahu tidak ada seorang pun Ahli Parlimen di sini yang mahu melihat apa yang berlaku di Egypt. Kita tengok di dalam televisyen, siapa yang susah? Saya sendiri berpuluh kali ditangkap dan diheret dan dizalimi dalam penangkapan-penangkapan kerana demonstrasi. Akan tetapi, orang yang menjadi punca saya terlibat itu sendiri tidak ambil tahu.

final • 3:20 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

“Kalau kamu mahu keluar, kamu pergi masuk Barisan Nasional sahaja. Jangan ugut saya”, dia kata. Saya tak ugut. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya kroni- kroni Yang Berhormat Permatang Pauh yang dulu dilaporkan 300 syarikat di Bursa Saham dikuasai oleh kroni-kroni Yang Berhormat Permatang Pauh itu semua. Apa dah jadi?

Kenapa sampai hari ini kita tidak melihat sesuatu tindakan diambil? Bila tidak ada tindakan diambil, jadi orang seperti saya yang begitu bangga berjuang bersama-sama dengan Yang Berhormat Permatang Pauh ini lagi naik anginlah. Kalau diambil tindakan, on the spot diambil tindakan, ratusan juta kroni-kroni mereka itu ada.

Jadi, kalau diambil tindakan oleh kementerian, maka kita tidak akan melihat orang- orang seperti saya ini menyokong beliau dengan begitu serius. Saya harap itulah Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Kuala Selangor juga dan selamat kembali. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Ambil tindakan-tindakan tegas supaya money laundering ini tidak berlaku. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Kota Melaka dan lepas itu Menteri menjawab.

final • 3:30 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011. Saya merujuk kepada perkara bagaimanakah kita boleh memerangi penipuan internet atau internet scam dan telephone scam di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, pendedahan kes-kes penipuan internet di seluruh Malaysia yang melibatkan penipuan tanpa sempadan antarabangsa telah dilaporkan meningkat sebanyak 100 peratus ke 1,114 kes melibatkan kerugian RM3.12 juta pada tahun ini dan ini hanya merupakan satu tip of the iceberg sahaja kerana banyak kes tidak dilaporkan di mana mangsa-mangsanya rasa terlalu malu kena tipu.

Telah dianggarkan bahawa sindiket-sindiket penipuan internet telah mencari mangsa-mangsa untuk mengaut berbilion-bilion daripada rakyat Malaysia. Tepatnya masa sekarang, tindakan serius perlu diambil oleh semua kementerian, bukan hanya menyalahkan kebodohan atau ketamakan individu-individu sahaja. Ramai mangsa merasa mereka sendiri kena disalahkan dan berharap kerajaan dapat memperkukuhkan semua kelemahan supaya dapat menghapuskan jenayah serius tersebut di Malaysia.

Satu kes tunggal pada tahun ini yang melibatkan seorang wanita dari Sabah yang ditipu sebanyak RM1.1 juta melalui penipuan cinta casanova cyber telah dipecah oleh pihak polis dengan penangkapan dua orang warga Afrika, dua orang warga Bangladesh dan dua orang wanita tempatan. Satu kes lagi yang melibatkan seorang wanita di Labuan ditipu sejumlah RM10,000 oleh empat orang warga Nigeria dan seorang warga Malaysia dan seorang lagi wanita di Tawau telah ditipu sebanyak RM500,000 oleh seorang warga Nigeria dan kes-kes sedemikian tidak setakat ini sahaja.

Oleh kerana kebanyakan kes ini melibatkan warga-warga asing dan sindiket- sindiket terutama sekali dalam kes “The Nigerian Scam” seperti mana yang diumumkan oleh kementerian, saya minta tindakan dan penyelesaian lanjutan yang praktik dijalankan untuk mencegah jenayah tersebut dan melindungi rakyat Malaysia yang tidak kebal terutama sekali wanita daripada jatuh ke dalam perangkap mati penipuan internet. Baru- baru ini juga polis telah menceroboh satu sindiket antarabangsa. Mereka dari negara China dan Taiwan melalui telefon dan handphone scam. Mereka ditangkap di Kota Kinabalu, Sabah dengan penipuan wang berjumlah berjuta-juta dari negara-negara Asian dan ingin saya mengetahui:

(a) berapakah di antara 1,114 kes pada tahun ini dan 551 kes pada tahun yang lalu yang telah dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman?;...

final • 3:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:31 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

...Dan adakah syarat-syarat hukuman cukup berat untuk mencegah jenayah tersebut dilakukan selanjutnya di Malaysia?

final • 3:31 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

(b) adakah peruntukan akta tersebut mencukupi untuk mendakwa sindiket-sindiket atau individu-individu terbabit dalam penipuan berdasarkan maklumat dari internet yang diberi oleh mangsa- mangsa? Jika tidak, adakah akta ini dapat untuk memerangi penipuan internet?;

(c) apakah status visa penjenayah atau suspek yang memasuki Malaysia? Bagaimana kementerian berkaitan bercadang memeriksa secara teliti kelulusan visa untuk golongan yang berbahaya itu?;

(d) adakah kerajaan mempunyai sebarang pelan supaya institusi kewangan dan bank diwajibkan memberitahu Bank Negara jika sekiranya terdapat apa juga yang nampaknya tidak teratur dalam pemindahan jumlah wang tetap secara kerap ke bank-bank di lokasi-lokasi berlainan seluruh dunia terutama sekali banyak kes penipuan melibatkan Maybank?; dan

(e) adakah kerajaan mempunyai sebarang pelan supaya tindakan bersama kerajaan atau tindakan bersama antara kementerian- kementerian berkaitan untuk memerangi kesungguhan kes-kes penipuan internet atau telephone scam ini?

Dengan ini, sekian terima kasih.

final • 3:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 3:31 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sejak pagi ini saya adalah satu-satunya Ahli Yang Berhormat yang pertama yang berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, sampai akhirnya saya masih dapat mengambil peluang untuk mengambil bahagian sungguhpun saya sudah hilang nafsu atau minat untuk ambil bahagian. Selepas satu jam ditorture, saya cuba dengar dari tiap-tiap Ahli Yang Berhormat daripada pagi yang berbahas semasa perbahasan dan bagaimana saya mendapat input daripada mereka tentang begitu penting kita perlukan akta ini tetapi satu jam saya diseksa, ditorture.

final • 3:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya rasa simpati dengan masalah nafsu Yang Berhormat yang terhenti tapi dalam Parlimen ini kita terpaksa berhadapan dengan masalah yang sedemikian Yang Berhormat.

final • 3:38 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Ya, saya faham Tuan Yang di-Pertua. Sebab saya tak percaya sampai maruah dan dignity kita sampai begitu rendah di Dewan yang mulia ini. Kita address each other “Yang Berhormat” di Dewan ini. Kalau ada apa-apa tuduhan atau apa-apa dendam peribadi, saya ingat patut buat di luarlah, di luar Dewan ini.

final • 3:38 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Kalau di dalam Dewan ini semasa kita membahaskan satu rang undang-undang, kita mengikut peraturan kita. Tuan Yang di-Pertua akan berikan kita peluang untuk bahas dan berikan pandangan atau apa yang kita perlu penjelasan atau keterangan dari Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab itu, saya rasa mungkin saya dapat bangkitkan beberapa pertanyaan atas rang undang-undang ini.

Terlebih dahulu saya ingin katakan bahawa saya mengalu-alukan pihak kementerian membawa rang undang-undang ini sebab saya ingat sudah tiba masanya kita perlukan satu undang-undang atau akta untuk kita mengawal dan juga menjalankan penguatkuasaan atas perniagaan atau perkhidmatan wang yang tidak mengikut peraturan atau syarat-syarat yang ditentukan.

Saya difahamkan semasa pembentangan rang undang-undang ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut tentang money changer. Saya ingin kemukakan beberapa pertanyaan dan harap satu jawapan dan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Kita sedia maklum bahawa money changer ini bukan hanya menjalankan urus niaga tentang pertukaran wang sahaja. Kita di fahamkan bahawa terdapat banyak money changer menjalankan remittance atau fund transfer. Adakah itu dibenarkan? Saya difahamkan kerana sekarang dengan begitu senang melalui komputer atau high tech, a lot of e-transfer dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dijalankan. Bagaimana kementerian dapat kawal kegiatan sebegini? Apakah had jumlah wang yang mereka boleh buat remittance atau transfer ini dan apakah sekatan tentang tujuan yang mereka buat remittance ini?

Saya pernah kerja dalam bank selama 18 tahun. Kita memang tahu ada arahan dari Bank Negara tentang remittance keluar negara. Memang ada kawalan dan ada borang- borang perlu diisikan dan jika melalui money changers, memang semua ini dapat dielakkan.

Oleh sebab itu saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada masa kini, apakah kawalan oleh kementerian terhadap kegiatan-kegiatan atau urus niaga menjalankan remittance wang keluar negara melalui money changers?

Saya pernah diberitahu oleh beberapa peniaga iaitu oleh kerana mereka buat perniagaan dengan luar negara, eksport kepada luar negara dan mereka perlu membayar komisen kepada agensi atau orang tengah supaya urus niaga itu dapat disempurnakan dan komisen akan dibayar melalui tunai kerana mereka tidak hendak terima sebarang remittance melalui bank atau transfer melalui bank. Oleh sebab itu, mereka kena gunakan money changers untuk mereka remitkan atau online kredit dalam akaun mereka tertentu atau ditunaikan semasa mereka sampai ke negara asing. Oleh sebab itu, bagaimana Bank Negara atau kementerian dapat kawal kegiatan begini?

Lagi satu, saya bersetuju dengan Yang Berhormat dari Tuaran yang mengatakan fund manager ataupun pengurus tabung kewangan ini memang ada menjalankan cara untuk membuat kiriman wang untuk pelanggan-pelanggan mereka atau untuk syarikat- syarikat tertentu. Bagaimana kawalan oleh kementerian terhadap fund manager itu?

Juga satu lagi saya ingin tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, iaitu kita memang tahu ramai orang memilih melalui money changer kerana kadar pertukaran wang asing ini memang satu keadaan yang lebih baik, dan juga mungkin mereka tidak terpaksa bayar komisen atau service charge kepada bank untuk mereka buat exchange atau buat transfer. Oleh sebab itu saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri iaitu kita memang tahu sekarang banyak e-trading yang membuat transfer dari satu akaun ke satu akaun. Saya ingin tanya, bagaimana kita boleh buat kawalan atas e-trading ini jika kita tidak tahu tujuan untuk mereka buat kiriman wang ini kepada satu negara? So, adakah satu akta ini akan mengemaskinikan kementerian supaya dapat buat kawalan atas ini? Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya bagi pihak kementerian, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian yang begitu ramai. Lebih-lebih lagi terima kasih kerana kesemuanya telah memberi sokongan kepada rang undang-undang ini. Cuma ada sedikit sebanyak sahaja yang tidak puas hati.

Umpamanya ramai yang mengatakan sepatutnya diawalkan dan ada juga yang menyatakan bahawa tindakan yang tegas dari segi penguatkuasaan dan sebagainya perlu dilaksanakan.

Jadi saya rasa tidak ada masalah semua ini kerana ini adalah sesuatu yang cukup baik. Rang undang-undang yang sememangnya akan memberi kesan yang begitu baik kepada negara kita kerana sebelum ini memang perniagaan pengurupan wang ini tidak mempunyai satu akta yang dapat mengawal selia dengan baik kegiatan mereka sehingga mereka telah mengambil tindakan ataupun menjalankan kegiatan yang sebenarnya tidak dibenarkan.

final • 3:45 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Umpamanya Yang Berhormat Kota Melaka bawa isu remittance. Sebenarnya mereka tidak dibenarkan. Akan tetapi mereka melaksanakan secara illegal, secara diam- diam dan sebab itu tidak ada rekod dan ini menyebabkan susah pihak Bank Negara umpamanya, kerana rekodnya tidak ada. Kita terpaksa mengadakan satu operasi, satu intelligent units untuk mengesan semua ini.

Apa pun, semua ini telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa, bukan sahaja Bank Negara tetapi pasukan petugas khas yang melibatkan pelbagai agensi dan ini telah menghasilkan satu jawatankuasa tertinggi untuk melihat bagaimanakah kegiatan ini dapat dibanteras sehinggalah terlahirnya rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini.

Itu hakikatnya. Jadi kita semua menerima hakikat tersebut. Saya mengucapkan terima kasih.

Jadi saya ingin memfokuskan kepada isu-isu. Saya tidak bercadang untuk menjawab satu demi satu isu Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berucap dengan panjang lebar, tetapi saya akan memfokuskan kepada isu-isu yang menjadi inti pati kepada rang undang-undang ini.

Pertamanya dari segi aliran keluar wang. Memang satu hakikat yang diterima oleh semua pihak termasuk kerajaan, bahawa sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan dari segi aliran keluar wang yang termasuklah yang tidak legal ini. Jumlahnya, ini terserah kepada kita. Sama ada yang mengatakan banyak sangat, yang mengatakan GFI punya figure..., saya tidak hendak jawab GFI ini sebab sudah dua kali saya jawab dalam Parlimen ini dengan terperincinya. Jadi hendak ulang balik semua ini yang sudah pun saya jawab secara bertulis, baru dua tiga hari lepas saya ingat Yang Berhormat Tanah Merah saya jawab lagi.

final • 3:45 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Hakikatnya tindakan-tindakan telah diambil oleh kerajaan termasuklah tindakan hari ini iaitu membentangkan rang undang-undang ini. Ini adalah untuk menangani masalah pengaliran wang yang mana pertamanya perlu dikesan kerana sekarang kita tidak dapat kesan. Ini termasuk yang legal dan illegal. Wangnya legal, tetapi melalui channel yang tidak legal, yang tidak dibenarkan. Money changer tidak dibenarkan menjalankan kegiatan remittances tetapi mereka lakukan. Apabila mereka melakukan apa yang tidak dibenarkan maka limitnya tidak ada. Sedangkan yang tidak dibenarkan dilakukan maka limitnya tidak ada. Akan tetapi hari ini kita menetapkan limitnya. Umpamanya remittance ini pada individu RM50,000 satu hari limitnya. Kepada syarikat, business (perniagaan) RM200,000, ini limitnya. Jadi tidak ada lagi yang unlimited. Itu pertama.

Keduanya, rang undang-undang ini akan memastikan setiap syarikat yang dilesenkan untuk menjadi pengurup wang dan juga remittance ini menyimpan rekod-rekod supaya kita dapat melihat rekod-rekod ini...

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Tunggu sekejap Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong banyak point khusus, saya akan jawab. Sepatutnya dibangkitkan semasa peringkat jawatankuasa kerana fasal itu, fasal ini tetapi tidak apa, kita boleh terima.

Mereka ini yang... Yang Berhormat Kepong ganggu saya, saya pun sudah pula apa yang saya cakap.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Remittance.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Remittance? Ya, apa itu - menyimpan rekod- rekod. Maknanya dia tidak ada lagi. Bahkan akaunnya mesti setiap pelanggan kena ada akaun yang tersusun rapi. Ini untuk Bank Negara dapat membuat pemeriksaan secara berkala dan juga setiap pemegang lesen ini mesti melaporkan kepada Bank Negara mana- mana transaksi yang dicurigakan. Ini tanggungjawab besar dia letak kepada pemegang lesen. Umpamanya seorang yang datang bawa cash banyak bukan sekali, banyak kali caranya, hendak hantarnya di mana ini mesti dilaporkan kepada Bank Negara.

Pertamanya rekod mesti simpan, tetapi apabila ada sesuatu yang mencurigakan, suspicious sudah trigger satu mekanisme laporan direct kepada Bank Negara supaya benda ini dapat dikaji secara serta-merta dan jika difikirkan perlu maka penyiasatan akan dilaksanakan.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Jadi ini tindakan-tindakan antara tindakan yang diambil dan juga denda-denda yang akan dikenakan sekiranya mereka-mereka ini tidak mengikut keperluan-keperluan yang ditetapkan.

Pertamanya peningkatan aliran keluar yang perlu kita tahu apa jenisnya tujuan apa yang legal dan illegal dan yang mana illegal, kita perlu atasi. Kita tidak boleh biarkan.

Namun pada masa yang sama undang-undang ini membenarkan syarikat-syarikat menjalankan kegiatan kedua-duanya pada kali ini. Sekiranya mereka mempunyai modal berbayar yang mencukupi maka mereka boleh buat money changing business dengan remittancenya sekali. Tertakluk kepada kaedah-kaedah peraturan-peraturan yang ditetapkan. Ini sepatutnya membolehkan syarikat ini menjalankan kegiatan yang ‘halal’ yang legal dan juga mendapat pendapatan yang baik. Kalau-kalau menjalankan satu-satu kegiatan sahaja, mungkin tidak akan memberikan pulangan yang baik kepada syarikat tersebut.

Jadi penguatkuasaan Bank Negara Malaysia sekarang ini industri pengurupan wang dan remittance akan dibawa sebagai satu industri yang setanding dengan industri perbankan dari segi keperluan, dari segi monitoring, dari segi penyiasatan. Jadi mereka tidak lagi boleh berbuat sesuka hati mereka. Dengan adanya audit, laporan atas urus niaga yang menimbulkan kecurigaan, dari segi penyiasatan semua peruntukan ini diadakan dalam rang undang-undang ini bahkan, kesilapan syarikat yang dilesenkan adalah juga merupakan kesilapan atau kesalahan pengarah, ketua eksekutif, pegawai-pegawai. Dia liable, dengan izin, kecuali mereka boleh membuktikan bahawa mereka tidak kena mengena, tidak terlibat langsung. Beban pembuktian adalah di atas mereka. Ini juga satu daripada tindakan yang diambil.

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri laluan?

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Ya Yang Berhormat Kota Melaka, selepas itu Yang Berhormat Kepong saya bagi.

final • 3:50 PM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, jika transaction pertukaran di antara persendirian dikatakan saya ada RM5,000 saya ingin simpan atau collect USD saya buat pertukaran dengan seorang individu yang lain atau melalui satu agen yang saya dapat tukar. Jika saya tukar RM2 million bagaimana? Adakah tanpa melalui mana-mana institusi kewangan bank atau dikatakan yang dilesenkan. Saya tukar secara direct dengan individu.

Adakah ini melanggar mana-mana undang-undang atau mana-mana kesalahan? Apakah had limit yang boleh dianggap sebagai sihat punya pertukaran atau ada undang-undang yang mengatakan bahawa ini adalah satu kesalahan selain daripada melalui institusi yang berlesen oleh kementerian? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Ya, sepatutnya urus niaga pertukaran hanya boleh dibuat oleh syarikat-syarikat yang dilesenkan. Jadi mereka yang menjalankan urus niaga ini kalau mempunyai premis umpamanya tempat-tempat tertentu maka sudah tentu salah. Akan tetapi kalau Yang Berhormat tanya pertukaran dua individu yang dibuat di tepi jalan, saya rasa yang itu pun salah tetapi mungkin susah kita hendak tangkap. Mungkin pertukaran suka sama suka bukan merupakan satu perniagaan. Ini pun kita kena bezakan.

Mungkin seseorang itu dia ada lebih USD yang mana kawan dia hendak pergi ke Amerika perlu US Dolar boleh ditukar suka sama suka dengan jumlah yang tidak besar. Kalau jumlah yang sudah sampai RM2 juta itu saya rasa hanya boleh dibuat melalui mana-mana perniagaan pertukaran wang dan perniagaan pertukaran wang seperti itu mestilah dilesenkan. Jika tidak dilesenkan ini adalah satu kesalahan. Yang Berhormat Kepong.

final • 3:50 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua yang saya berminat dengan pendatang sama ada pendatang dengan izin, atau tanpa izin. Dianggarkan kalau dengan izin mungkin 1.9 juta orang, yang tanpa izin kita tidak tahu. Mungkin pendatang di Malaysia ini ada 5 juta orang. Apabila dihantar wang keluar dari Malaysia itu ada sebahagian besar melalui cara-cara yang kita tidak ketahui. Dengan kelulusan, rang undang-undang bolehkah kita memastikan mereka akan menggunakan saluran yang sah? Bagi pihak kementerian, apakah amaun setiap tahun, setiap hari, setiap bulan yang dihantar keluar oleh pihak pendatang?

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Isu pekerja asing ini adalah di antara isu yang ingin saya tumpukan kerana banyak perbincangan tadi yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh tentang pekerja asing yang begitu ramai dan jumlahnya pun besar. Boleh dikatakan hampir kesemua sehingga ke hari ini menjalankan urus niaga remittance ini melalui cara yang tidak dibenarkan. Itu betul, itu betul tetapi hari ini dengan pelesenan yang dibuat, dengan akta baru ini bermakna pengurup wang juga dibenarkan untuk melaksanakan kegiatan remittance ini. Maka dengan sendirinya warga asing ini, pekerja asing ini sekiranya mereka masih lagi melalui channel pengurup wang ini, mereka akan melalui channel yang sahih atau legal kerana pengurup wang ini akan diberi kebenaran tertakluk kepada mereka memenuhi syarat-syarat Bank Negaralah.

Jadi ini bermakna mereka sekarang akan melalui saluran yang legal, yang sudah dibenarkan. Jadi tidak timbul lagi yang tidak legal kecuali kalau Yang Berhormat Kepong bermaksud mereka masih lagi mencari orang-orang lain di luar kalangan yang dilesenkan oleh Bank Negara. Mungkin ada yang secara bawah tanah teruslah. Itu tidak legal, itu masih haram. Kali ini dengan undang-undang ini mereka yang masih melakukan kegiatan bawah tanah ini dendanya amat besar. Di sinilah dendanya RM5 juta yang Yang Berhormat Kepong tertanya-tanya tadi itu kerana menjalankan kegiatan tanpa lesen. Ini dendanya besar – RM5 juta atau sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali. Harap-harapnya kalau tertangkap mereka yang masih beroperasi di bawah tanah selepas ini, kena pula RM5 juta dan sepuluh tahun, moga-moga kegiatan ini akan lama-lama diberhentikan kerana dendanya begitu besar.

Hari ini dendanya tidak besar, tidak jelas, tidak ada undang-undang yang menyatakan apakah denda dan tindakan yang akan diberikan. Denda Yang Berhormat Kepong sebut tadi iaitu setengah tempat tiga tahun, setengah tempat RM500,000, setengah tempat RM100,000. Itu betul. Bermakna Yang Berhormat Kepong memang membacanya dengan teliti. Ia bergantung kepada kesalahan-kesalahan yang berbeza.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun]

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Kalau lambat hantar laporan kepada Bank Negara, itu kalau hendak dikenakan tindakan RM100,000 sahajalah Yang Berhormat Kepong. Kita tidaklah denda sampai RM5 juta. Ada pula kegiatan-kegiatan yang disenaraikan di bawah regulation dengan izin, maka ini menarik denda RM500,000 besar sedikit. Ada juga kesalahan regulation atau schedulenya tidak dapat memaafkan, ada schedule dia yang mana ini tidak boleh di kompaun, tidak boleh dikenakan penalti. Ini yang boleh menarik denda RM5 juta atau RM10 juta. Maka ia secara berperingkat-peringkat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi soal pekerja asing dan soal penggunaan saluran yang haram ini buat masa ini memang berlaku tetapi pekerja asing ada yang dibenarkan. Jadi tidak semestinya pekerja asing itu tidak legal. Ada yang legal tetapi penggunaan buat masa ini barangkali banyak yang saluran penghantaran wang ini banyak yang tidak legal barangkali. Akan tetapi kalau mereka menjalankan penghantaran wang melalui syarikat-syarikat remittance yang memang banyak pun syarikat remittance yang ada, itu memang sudah dibenarkan.

Tentang jumlah ini anggaran sebenarnya ialah saya pun tidak tahu, banyak anggaran yang dikatakan tadi, berbelas berbilion. Saya dimaklumkan oleh Bank Negara, ke Indonesia tahun lepas hanya RM1 bilion. Yang RM10 bilion itu saya tidak tahulah dari mana ya. Ini Bank Negara bagi...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Jasin bangun, Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Sila Yang Berhormat Jasin.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Sebenarnya tujuan utama kita memperkenalkan rang undang-undang ini adalah semata-mata untuk memelihara sistem kewangan negara kita supaya berintegriti, supaya kita akan sentiasa dihormati dan yang paling utama sekali kita mahu melihat supaya tidak menjejaskan daya saing kita. Itu yang pertama. Ini kerana kita sekarang sudah jatuh nombor sepuluh. Dahulu nombor 19, sekarang nombor 10, sudah cukup baik.

Akan tetapi apa yang terjadi kepada pengurup wang ketika ini kerana selain daripada mereka tidak merekodkan apa jua transaksi, mereka mempunyai satu jaringan yang cukup hebat di seluruh dunia. Apa yang dibahaskan tadi, kita tengok ada satu kaum.

Saya tidak mahu melebihi daripada situ tetapi kita rasa ia adalah satu jaringan yang cukup hebat. Jadi saya tidak perlu remit duit saya, saya sudah dapat di sana. Maknanya dia punya jaringan itu cukup kuat. Jadi adakah kalau kita buat begini, ia boleh menandingi fungsi bank kita sekarang? Sistem perbankan kita terutamanya kalau kita lihat di lapangan terbang misalnya.

Saya mempunyai pengalaman Tuan Yang di-Pertua. Pada hari yang sama hendak pergi ke luar negara, tukar duit dengan money changer. Dia bagi exchange seperti ini. Saya pergi ke bank yang berlesen, dia bagi saya kurang 8 peratus daripada sepatutnya.

Maknanya money changer bagi saya 8 peratus lebih nilai pertukaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin menyentuh satu isu penting yang memang saya bercadang untuk menjawabnya iaitu tentang isu yang ditimbulkan tadi, mengapa satu-satu kumpulan nampaknya lebih dominant dengan izin, dalam industri ini sehingga boleh menimbulkan tanggapan bahawa ini merupakan satu pandangan racist dan sebagainya.

Saya cuma hendak nyatakan yang Bank Negara meluluskan lesen pengurup wang ini sebenarnya agak color blind lah, dengan izin. Color blind Yang Berhormat Kepong boleh ya? Maknanya ia mengikut..., Yang Berhormat Kepong ini pakar skin bukan pakar mata.

Jadi dia tahulah color blind itu apa maksudnya. Maknanya Bank Negara mengikut permohonan syarikatnya, kemampuan modalnya, orang yang mempunyai pengalamannya.

Jadi kalau yang meminta itu orang tertentu maka orang tertentu yang layak itu diluluskan, tidak ada masalah. Akan tetapi memanglah saya rasa mungkin dari segi penglihatan umum bahawa mereka ini mempunyai kepakaran tertentu. Networking itu cukup bagus.

Networking inilah yang memberi satu tahap keberkesanan atau efficiency yang baik tetapi dahulu walaupun mereka ini efisien tetapi mereka tidak legal kerana mereka tidak sepatutnya menjalankan kegiatan remittance.

Hari ini ada juga baiknya. Yang efisien ini sekarang boleh menjadi legal dan menggunakan keefisienannya, untuk melakukan kegiatan yang baik untuk masyarakat asalkan dia ambil maklumat, siapa pengirim, berapa jumlahnya, hantar ke mana. Kalau dia mencurigakan jumlahnya dia akan lapor kepada Bank Negara tetapi yang efisien dapat lima minit atau apa itu boleh dikekalkan lagi, tidak ada masalah. Ini in a way, dengan izin, akan memberi satu saingan kepada bank-bank. Tadi disebut memanglah kalau bank di KLIA itu, dia kira hendak membayar sewanya di sana itu berbanding dengan money changer yang hanya beroperasi di satu-satu lokasi yang sewanya murah, maka margin itu sudah berbeza.

Margin itu sudah berbeza sebab itulah tidak hairan kalau Yang Berhormat Jasin dapat kurang sedikit bila ditukarkan di KLIA atau mana-mana airport berbanding jika ditukar dengan money changer ya. Itu satu.

Keduanya, kos operasinya, kakitangan, gaji yang dibayar oleh bank adalah lebih tinggi barangkali. Ini semua menyebabkan sebenarnya perbelanjaan kos dan cost recovery untuk money changer itu lebih rendah berbanding dengan bank dan ini baik asalkan yang dilakukan ini adalah legal, menepati kehendak-kehendak yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Jadi ada baiknya. Soal kaum dan sebagainya saya rasa sudah terjawab, pekerja asing sudah terjawab. Satu lagi saya hendak jawab iaitu tentang wang RM1,000 dan RM500 ini, banyak perbincangan mengenainya dan hendak minta imuniti. Cuma saya hendak jelaskan bahawa kedudukan hari ini, soal wang yang bawa keluar RM30 bilion dan sebagainya ini saya tidak tahu kalau dahulu tetapi kalau bawa keluar pun sebab sudah tahu wang ini dari segi legal tender nya sudah tamat maka sudah pun ditukar. Buat apa hendak pegang wang RM1,000 dan RM500 hari ini kerana nilainya tidak ada.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Tidak ada sesiapa yang boleh bawa beg-beg wang ini ke Bank Negara ditukarkan kerana tempoh laku wang RM1,000 dan RM500 sebagai legal tender sudah tamat, sudah tidak boleh diberi nilai lagi. Jadi, yang hendak bawa dari luar hari ini pun tidak ada gunanya.

Buat apa lagi hendak bawa kerana Bank Negara tidak perlu memberi nilai, cuma saya dimaklumkan kalau sekeping atau dua keping yang genuinely tersimpan, barangkali Bank Negara boleh beri asalkan tidak membawa satu briefcase, barangkalilah. Itu atas budi bicara. Ini orang tua lama tersimpan RM500, sampai warna pun hampir-hampir sudah bertukar warna. Itu masihlah boleh barangkali diberi kelonggaran tetapi dari segi nilai.

Saya juga hendak beritahu kerana banyak soalan yang sering ditimbulkan, banyak mana yang sebenarnya yang masih ada lagi dalam edaran ataupun yang tidak di accounted for dengan izin. Saya hendak bagi istilah ini. Okey, dari segi dinyahlakukan berkuat kuasa 1 Julai 1999. Makna selepas itu sudah tidak laku. Setakat 30 Januari 2011, 92.4 peratus wang kertas RM500 dan 99.4 peratus wang kertas RM1,000 yang telah ditarik keluar daripada edaran, masing-masingnya berbaki 150,259 keping, untuk yang RM500 bernilai RM75 juta dan yang RM1,000 sebanyak 26,018 keping, berjumlah RM26 juta yang masih lagi tidak di reconcile kan dan tidak ada cetakan wang kertas dibuat sejak pada tahun tersebut.

Jadi, okey ini satu soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau tentang berapa banyak kes yang berjaya diselesaikan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram ini, saya hendak bagi satu statistik di sini sejak 2002, 93 kes telah dituduh di mahkamah, di bawah akta tersebut dan yang melibatkan jumlah sebanyak RM2.34 bilion. Ini di bawah AMLA dan daripada itu 18 kes telah disabitkan, 17 daripadanya melibatkan hukuman jail dan sejumlah 55.4 juta telah dilucutkan haknya. Ini kedudukan tentang kes-kes tadi.

Penipuan melalui perbankan internet Bank Negara Malaysia memantau dengan teliti trend dan perkembangan penipuan melalui perbankan internet sebegini tetapi masalah internet ini payah sedikit. Kita mengharapkan rakyat kita lebih berhati-hati dan jangan senang sangat termakan dengan janji-janji manis di internet ini dan Bank Negara bersama pasukan petugas perbankan internet termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, CyberSecurity Malaysia. Bekerjasama untuk menangani masalah ini termasuklah pasukan petugas daripada Polis Diraja Malaysia dan ini telah menghasilkan tangkapan sebilangan rakyat Malaysia dan warga asing yang terlibat dengan penipuan dan pemindahan wang melalui internet.

Jadi, berbagai-bagai-bagai modus operandi yang dilakukan dan nasihat yang diberikan terutamanya dari segi penggunaan pin perbankan internet ini ataupun nombor kad ATM ini, ini cukup-cukup penting dan jangan sesekali kita memberikan maklumat-maklumat tersebut. Saya rasa inilah perkara-perkara penting yang ...

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit Timbalan Menteri.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Boleh, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya menyebutkan lebih awal tadi inilah antara sebabnya kenapa urus tadbir penghantaran ataupun urus tadbir remittance transaction perlu di regularize dengan izin. Diturunkan legal framework dan segala-galanya sebab ternyata kementerian dan Timbalan Menteri sendiri petang ini mungkin tidak ada dalam radar, Bank Negara memanglah tidak ada. Akan tetapi Timbalan Menteri sebentar tadi membuat pengakuan bahawa tidak mengetahui tentang jumlah remittance yang disebutkan oleh Rating Agency Malaysia atau RAM punya chief economist yang menyebutkan bermula daripada tahun 2005 hingga tahun 2008 average RM30 billion a year dengan peningkatan sebanyak 10 peratus and 2009 it went up to RM36 billion.

Memandangkan ETP ataupun dengan Economic Transformation Programme ini akan berlaku kemasukan more skill workers, harap-harapnya begitu, ekspatriat yang punya pendapatan dan revenue yang..., maka akan lebih besar berlaku pengaliran keluar ataupun remittance yang mereka akan lakukan. Justeru, dengan itu akan menjadi lebih penting.

Persoalan ini perlu di regularize.

Persoalan yang saya ingin bangkitkan sedikit lagi, kalau boleh Timbalan Menteri huraikan apakah kekangan-kekangan besar dari segi kebocoran dan ketirisan yang masih lagi boleh berlaku, andainya remittance itu ialah seperti mana yang kita tahu dahulunya tidak pernah ada rekod.

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Dengan rekod ini maka at least sekarang ini Timbalan Menteri dan kementerian perlu tahu bahawa inilah jumlahnya. This is the quantum, inilah jumlahnya yang telah mereka kendalikan. It’s going to be increasing. Jadi, apakah lagi bentuk-bentuk ketirisan dan noncompliant yang mungkin sahaja berlaku dan mereka akan lakukan? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Okey, Yang Berhormat. Saya cuba bayangkan tadi bahawa ada dua isu di sini. Satunya, isu warga asing yang bekerja di tempat kita ini.

Semakin ramai warga asing yang bekerja dan tidak semestinya merupakan pendatang haram maka lebih banyak remittance kerana tujuan mereka datang di sini pun untuk mencari rezeki, untuk menghantar wang. Mereka tidak datang ke sini untuk berbelanja, berjoli. Jadi, memang mereka datang untuk hantar wang.

Ini tidak semestinya illegal cuma kita mahu tutupkan aliran yang tidak legal tadi supaya kita dapat mengesan betul-betul berapa banyak yang dihantar dan ini akan merupakan data-data yang kita boleh gunakan untuk membuat penilaian sama ada dasar kita untuk mengambil pekerja asing ini bagus dari segi keseluruhannya. Kita mesti analisa dan tidak semestinya apabila ada aliran keluar dari mereka maka ini semestinya tidak baik kerana sumbangan mereka kepada ekonomi semestinya lebih besar. Tidak ada majikan yang tidak cerdik hendak bayar kepada mereka lebih daripada sumbangan mereka kepada ekonomi ataupun nilai tambah yang dikeluarkan oleh mereka.

Maka ada ladang-ladang yang tidak boleh dikerjakan kalau mereka tidak mengerjakan. Rumah tangga yang tidak terurus jika tidak ada mereka yang bekerja. Jadi, ini semua memberikan nilai-nilai ekonomi yang tinggi yang perlu kita ambil kira. Buat masa ini biar kita jalankan akta ini, biar kita kumpul maklumat-maklumat dan kita kaji supaya jangan kita guna angka-angka mengikut estimate. Orang itu estimate, orang ini estimate.

Habis masa kita duduk bertengkar estimated siapa yang lebih baik, tidak perlu. Jadi, kita ...

final • 4:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri maksud saya tadi itu bukan kepada soalan angka itu. Apa yang saya cuba, what I intend to allude dengan izin, apa yang saya cuba isyaratkan ialah kalaulah ia bukan datang dari remittance ekonomi ini, maka nyata dan jelasnya ia adalah ketirisan dan kebocoran atas perkara yang saya bahaskan lebih awal tadi.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Betul.

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

The trade mispricing, kicks-backs dan juga ‘tax evasion’ keseluruhannya itu macam mana kita mahu regularize perkara itu di samping walaupun perkara itu adalah luar rang undang-undang ini. Saya minta penjelasan.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Betul, sebab itu saya tidak sentuh sangat sebab dia di luar.

final • 4:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri pergi lebih sedikit.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Boleh, itu tidak ada masalah ya. Ini semua tindakan-tindakan yang diambil oleh agensi-agensi yang berlainan kastam umpamanya, dari segi transfer pricing, ini juga kita perlu lihat. Ini semua menyeluruh. Memang kita mahu tutup loop holes ini. Hari ini atau dengan pelaksanaan ini, kalau ada sesiapa yang hantar wang yang banyak-banyak kita juga mahu tahu untuk apa dan dari mana. Sekarang ini kita sudah ada satu mekanisme yang boleh melihatnya dan barulah kita tahu apa jenisnya, bentuk apa, siapa orangnya atau di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat ke, parti mana.

final • 4:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Itu kita boleh tahu semua itu. Kalau Yang Berhormat Indera Mahkota kita tahulah parti mana, dia tidak boleh dari parti dua parti, hanya satu sahaja. Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 4:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya juga tidak bertujuan untuk mengulang semula apa yang telah dikatakan pagi tadi. Akan tetapi mengambil kira perkara yang disebut dengan terang oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, Perdana Menteri apabila menyebut angka, saya memang kita tidak mahu mempertikai tentang angka tetapi oleh sebab disebut dengan jelas mengatakan RM19 bilion dalam bentuk remittance yang dihantar keluar yang tidak berupaya kita saring.

final • 4:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Itu persoalannya. Bukan kita kata persoalan dari segi wang itu wang tidak sah atau transaksi haram dan sebagainya, ini yang melalui sistem tetapi kita tidak boleh saring sebab cara kita menyaring ini hanya tertakluk kepada satu dasar yang pernah kita amal itu iaitu withholding tax yang saya sebutkan tadi.

Oleh sebab jumlah yang dihantar ini tidak tertakluk kepada satu sekatan, mereka buat secara sah tetapi dasar kita menyebabkan kita terlepas. Sehingga hari ini withholding tidak melarang mereka, tidak menjadikan mereka itu disaring atau dijaring untuk satu angka yang rendah daripada RM10,000 tetapi boleh dibuat berulang-ulang kali mendatangkan kepada RM19 bilion juga yang di remit keluar tanpa bayaran apa-apa pun, apatah lagi cukai. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Okey saya rasa dari segi dasarnya, siapa yang patut membayar cukai mesti membayar cukai dari segi dasarnya. Kalau dia rasakan ada mereka-mereka yang terlepas dari jaringan tersebut, maka ini adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan pihak Lembaga Hasil untuk memastikan mereka ini tidak terlepas. Apa jua cara tidak semestinya mereka merupakan warga asing atau warga kita sendiri. Cukai adalah tanggungjawab semua yang bekerja di sini.

Cuma dari segi pelaksanaan withholding tax ini, kita perlu hati-hati juga supaya tidak dilihat mengenakan satu yang dipandang sebagai exchange control dan sebagainya sebab tadi Yang Berhormat ada sebut tadi pasal exchange control, apa kesannya dengan exchange control tadi ada Yang Berhormat sebut withholding tax.

Jadi saya rasa benda-benda ini kita perlu lihat, kaji dan teliti dan kalau memang betul seperti Yang Berhormat katakan bahawa warga asing ini sepatutnya membayar tax tetapi tidak membayar tax. Ini bergantung dari segi pendapatan dia berapa dan sebagainya.

Ini Lembaga Hasil boleh telitilah, saya tidak ada masalah itu. Bukan saya hendak mempertahankan sesiapa yang tidak membayar cukai. Jadi kalau itu, saya kira benda- benda yang menjurus kepada akta yang lain-lain itu mungkin boleh saya jawab secara berasingan kalau mahu. Sila Yang Berhormat Kepong.

final • 4:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah menyentuh beberapa perkara terhadap kegiatan perkhidmatan wang yang luar daripada undang-undang dan sebagainya. Satu perkara yang saya memang mengambil perhatian iaitu penyiasatan dan penguatkuasaan. Dengan kuasa yang besar diberi kepada penguat kuasa iaitu Bank Negara, apakah kaedah yang digunakan oleh pihak kementerian untuk memastikan penguat kuasa termasuk pendakwa raya itu mempunyai integriti yang tinggi? Berapakah bilangan penguat kuasa ini akan digunakan untuk menguatkuasakan akta ini?

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat Kepong, ini merupakan aspek penting kerana tidak ada gunanya kita mempunyai akta yang cantik sekiranya kita tidak dapat kuatkuasakan. Kita berasa yakin kerana badan yang akan menguatkuasakan akta kita ini adalah Bank Negara Malaysia yang mempunyai pengalaman bukan sahaja menguatkuasakan asas-asas perundangan baru yang dikenakan terhadap pengurup wang ataupun yang remittance tetapi juga Bank Negara yang telah melaksanakan semua ini. Barangkali dengan challenge yang lebih besar untuk menguatkuasakan undang-undang perbankan, bank, insurans dan ini dibawa masuk ke tahap yang sama tahap dengan banklah.

Bahkan mungkin tidak challenging seperti bank kerana bank ini lebih besar dan dari segi risikonya lebih tinggi. Kegagalan satu-satu bank mungkin memberikan kesan yang besar daripada gagalnya dua money changer ataupun 10 money changer barangkali. Ini kerana jumlah money changer ini pun kalau RM500 ribu satu paid-up capital tidaklah besar sangat. Jadi keyakinan kita bahawa kalau Bank Negara Malaysia setakat ini dianggap agak credible dan berintegriti untuk mengawal selia perbankan, insurans, barangkali mereka mampulah saya kira untuk menguatkuasakan undang-undang atau akta ini nanti terhadap money changer dan remittance players, dengan izin.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Ini tambahan baru yang mengambil bahagian patutnya Yang Berhormat, sedikit sahaja.

final • 4:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak tanya berkenaan dengan integriti Bank Negara dan keyakinan. Bagaimana Bank Negara dapat memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk menguatkuasakan undang-undang ini terutamanya kepada kes yang melibatkan VIP- VIP bertaraf tinggi? Pernah saya bangkitkan dalam soalan saya dalam Parlimen ini berkenaan dengan tuduhan bahawa ada seorang Menteri Besar daripada Negeri Sembilan yang bernama Dato' Seri Mohd Hassan yang sebelum ini pernah remit ataupun menghantar wang sebanyak RM10 juta ke United Kingdom melalui perkhidmatan money changer.

Sehingga kini kita tidak tahu apakah hasil siasatan terhadap kes ini yang belum lagi tertutup walaupun jawapan yang diberikan oleh Bank Negara bahawa kes ini masih berjalan atau siasatan masih berjalan dan belum ada lagi satu keputusan. Namun sudah setahun lebih tuduhan secara terbuka Yang Berhormat Batu berkenaan dengan individu tersebut tetapi tidak ada tindakan. Bagaimana kita boleh memberikan satu keyakinan kepada orang ramai bahawa rang undang-undang ini dapat dilaksanakan ataupun dikuatkuasakan secara adil kepada semua orang termasuk VIP-VIP, pemimpin UMNO yang mempunyai jawatan tinggi. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya seperti Yang Berhormat katakan, soalan ini telah pun dijawab, soalan Parlimen, saya sendiri pun pernah menjawab. Akan tetapi sebelum itu Yang Berhormat Kepong, tadi Yang Berhormat tanya berapa orang, saya hendak sebut bahawa Bank Negara boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai maknanya untuk menjalankan penyiasatan.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Bank Negara mempunyai fulltime, sepenuh masa 50 orang pegawai di unit penyiasatan khas, special investigation. Ini bukan yang pergi buat inspection. Yang itu beratus iaitu inspection biasalah. Akan tetapi, yang special investigation unit, kita ada 50 orang kakitangan yang dilatih yang membuat forensic investigation dan sebagainya.

Tentang mereka yang dikatakan telah melakukan kesalahan yang menggunakan saluran yang tidak dibenarkan sebelum ini, perlu dinyatakan bahawa masalahnya beribu orang yang terlibat pada hari ini. Bukannya seorang. Beribu. Sekian lama banyak bukan RM10 juta sahaja. Beratus juta bahkan saya tidak tahulah kalau campur-campur daripada sejak berpuluh-puluh tahun itu, berbilion. Jadi, kita perlu lihat, berhadapan dengan situasi ini, kita hendak buat bagaimana dengan beribu-ribu orang ini? Ini masalah kita Yang Berhormat. Kalau kita buat untuk seorang, kita tidak bersikap adil. Yang Berhormat mungkin tahu seorang. Kita mungkin ada lebih daripada itu. Jangan sebab Yang Berhormat sebut nama, maka kita hendak buat yang itu, yang lain bagaimana? Beribu orang ini Yang Berhormat.

Adakah kita hendak menyenaraikan semua, hendak mengambil masa, hendak melihat, hendak inspect, kita tidak boleh hendak sebutkan, hendak sabitkan, hendak bawa ke mahkamah kalau kita tidak bersedia dengan penyiasatan yang rapi. Itu sebabnya buat masa ini, oleh kerana tekanan masa dan sebagainya, kita memfokuskan dahulu investigation pada syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan ini. Mereka yang tidak sepatutnya membuat remittance, membuat remittance sehingga beratus syarikat ini telah disiasat dan 50 lebih buah syarikat telah dibatalkan lesen-lesen mereka. Ini juga telah menyebabkan rang undang-undang ini supaya mereka ini akan diangkat naik daripada segi profesionalnya, kemampuannya, modalnya.

Jadi, saya hendak memberikan gambaran sedikit Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

[Bangun]

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Bukan kita tidak hendak mengambil tindakan tetapi ini kedudukannya pada hari ini. Cukuplah itu.

final • 4:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Sedikit sahaja.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Okey. Sedikit lagi. Apakah dia?

final • 4:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tadi, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri telah mengakui bahawa ada beribu- ribu orang yang telah menyalahgunakan saluran pengurup wang ataupun money changer ini yang mungkin beribu orang ini, mungkin ada yang VIP, ada yang Menteri dan sebagainya, VIP tinggi-tinggi yang menggunakan saluran ini untuk mengeluarkan wang- wang yang mungkin wang haram, wang yang tidak BERSIH ke luar negara. Jadi, adakah kerana alasan bahawa beribu orang tidak ada masa, tekanan masa, tidak boleh membuat siasatan maka beribu-ribu orang ini akan dilepaskan begitu sahaja? Maka, kita menghalalkan perbuatan mereka selama ini. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Ini Yang Berhormat cepat sangat jump to conclusion, dengan izinlah. Saya kata kita tidak melepaskan mereka. Saya kata kita belum selesai. Kita hendak mengkaji, kita hendak selidik, kita hendak buat investigation, kita hendak buat paper. Banyak ini. Bukannya seorang dua. Jadi, sabarlah. Sabar. “Tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia”. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 4:30 PM

Fasal-fasal 1 hingga 96 - Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Telok Intan.

final • 4:30 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai lesen untuk pemberi services iaitu apa yang dikatakan Remittance Service Providers (RSP). Apa yang kita dapati pada masa kini ramai di antara mereka yang memegang lesen ini yang dikeluarkan oleh BNM adalah orang asing. Adakah melalui akta baru ini kita akan memberikan peluang kepada lebih orang warganegara Malaysia untuk memegang lesen ini sebab saya dapati adakah orang Malaysia, orang kita yang mampu daripada segi kewangan dan juga daripada segi pengalaman untuk menjadi RSP ini? Sekian, terima kasih.

final • 4:35 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 4:35 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya berkenaan dengan fasal 8 yang menyebut tentang peruntukan fi di mana akta ini memberikan kuasa untuk mewujudkan elemen pembayaran fi dan juga berkaitan dengan fasal 42 yang bertujuan untuk melarang seseorang pemegang lesen daripada melantik ejen.

final • 4:36 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya percaya fi adalah berkaitan dengan pelantikan sesuatu ejen untuk menjalankan apa-apa urusan yang berkaitan dengan perihal rang undang-undang ini. Akan tetapi, fasal 42 dan fasal 8 nampak gayanya ia menyentuh tentang urusan yang sama iaitu pelantikan ejen. Satu melarang, satu menunjukkan bahawa kuasa diberikan untuk pelantikan. Perkara ketiga, tidak ada fasal yang berkenaan dengan penalti ataupun denda ataupun hukuman di bawah rang undang-undang ataupun Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang.

Oleh kerana banyak fasal yang menggariskan tentang peraturan, kaedah, juga ada disebut fasal 95 yang mengatakan keseluruhan akta lama tahun 1998 dimansuhkan dengan menggunakan akta yang baru. Akan tetapi dalam akta ini, rang undang-undang ini nampaknya tidak ada langsung elemen hukuman ataupun denda sekiranya pemegang lesen ataupun ejen yang dilantik atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan rang undang-undang ini, melanggar peraturan di bawah rang undang-undang ini. Kenapa tidak ada berkenaan dengan penalti ini? Terima kasih.

final • 4:36 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya ada cuma ia disebut dalam bentuk-bentuk yang umum, general, kategori penalti tadi. Sebab saya sebut tadi ada yang RM100,000. Ini yang administrative penalty, dengan izin. Ada dalam ini. Peruntukan ada. Saya pun sudah baca.

Umpamanya yang 500 ini pun ada. Yang fasal 78(2)(d) yang mana kesalahan yang dibuat dalam regulation. Regulation ini akan dibuat oleh bank. Detailnya memang akan dibuat oleh bank tetapi disebutkan di dalam ini, dalam akta ibu ini bahawa penalti yang berhubung dengan kesalahan yang berkaitan dengan regulation ini akan dikenakan denda tidak lebih daripada RM500,000 ataupun penjara tidak lebih daripada tiga tahun. Ia ada.

Fasal 78(2)(d) umpamanya.

Itu satu jenis lagi..., begitu juga general penalty 87. Seksyen 87 juga RM500,000 dan tidak melebihi tiga tahun. Ia ada provision-provision tertentu. Akan tetapi, ada juga yang mana umpamanya dalam schedule itu, ia apa jenis-jenis kesalahan yang mana ini tidak boleh dikenakan penalti. Ia ada sebut ini macam seperti berniaga tanpa lesen. Ini dikenakan maksimum sehingga RM5 juta ataupun sepuluh tahun.

final • 4:37 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Jadi ada, cuma regulation itu memang ini akan dibuat oleh Bank Negara dan akan digazet dari semasa ke semasa. Mengenai remittances, siapakah yang boleh diberi kebenaran ataupun lesen untuk menjalankan remittances ini? Pada masa ini boleh dikatakan 40 peratus adalah dikendalikan oleh syarikat-syarikat asing. Betullah seperti Yang Berhormat Telok Intan cakap tetapi bila akta ini dikuatkuasakan sekali gus syarikat- syarikat yang mengendalikan pengurupan wang (money changer) ini dia sekiranya dapat dia punya modal berbayar itu sebanyak RM500,000 maka dia boleh buat remittances ataupun RM300,000 pun boleh buat remittances. Akan tetapi yang RM300,000 ini dia boleh buat satu kegiatan sahaja.

Jikalau modal berbayar dia RM300,000 dia boleh buat sama ada hendak buat pengurupan wang ataupun remittances sahaja. Akan tetapi kalau RM500,000 dia boleh buat dua. Jikalau RM2 juta, ini dari segi yang akan dibuat dalam regulationlah. Ini pertimbangan Bank Negara dan Yang Berhormat Menteri akan dibuat, digazet dan ini juga bergantung kepada perbincangan dengan industri, kita tidak hendak masuk-masuk di sini kemudian industri pula tidak suka, tidak setuju.

Jadi ini sebabnya kita buat regulation dari semasa ke semasa kita boleh review, kita boleh tambah bila sudah nampak semua sudah kuat, semua sudah kukuh perlu ditingkatkan modal kita ubah point regulation dan kita tambahkan lagi modal. Jadi kalau yang RM2 juta itu umpamanya dia boleh buat cawangan-cawangan pula. Dia boleh buat cawangan, lebih daripada lima cawangan, dia boleh. Jadi ini yang ditimbulkan oleh kedua- dua Yang Berhormat tadi, itu saya ucap terima kasih sangat-sangatlah.

Fasal-fasal 1 hingga 96 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Jadual diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

final • 4:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 4:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG ORGANISASI ANTARABANGSA (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) (PINDAAN) 2011

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Organisasi Antarabangsa

(Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 [Akta 485] dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk membentangkan Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 untuk bacaan kali kedua. Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 adalah undang- undang berhubung dengan pemeliharaan dan pelaksanaan keistimewaan serta kekebalan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan Agensi Khusus di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 [Akta 485] yang ada pada masa sekarang ini telah mula berkuat kuasa mulai 16 Mac 1992. Ia adalah suatu akta yang berhubungan dengan keistimewaan dan kekebalan organisasi-organisasi antarabangsa tertentu dan orang-orang yang ada kaitan dengannya. Akta ini antara lainnya memberi kuasa kepada Menteri Luar Negeri untuk mengisytiharkan suatu organisasi sebagai organisasi antarabangsa atau organisasi seberang laut melalui peraturan-peraturan di bawah akta ini.

Akta ini juga memberi kuasa kepada Menteri Luar Negeri untuk memberikan keperibadian, juridical serta keistimewaan dan kekebalan kepada mana-mana organisasi antarabangsa yang diisytiharkan di bawah akta ini serta pegawai tinggi, pegawai selain daripada pegawai tinggi, seseorang yang ditauliahkan kepada atau yang hadir di sesuatu persidangan antarabangsa yang diadakan oleh organisasi antarabangsa tersebut, dan orang yang berkhidmat dalam jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam kerja atau melaksanakan misi bagi pihak organisasi antarabangsa tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, keistimewaan dan kekebalan bagi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu dan Agensi Khusus adalah masing-masing diperuntukkan dalam konvensyen mengenai keistimewaan dan kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1946 (Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations 1946) dan juga konvensyen mengenai keistimewaan dan kekebalan Agensi Khusus 1947 (Convention on the Privileges and Immunities of the Specialized Agencies 1947). Malaysia telah menyertai kedua-dua konvensyen tersebut masing-masing pada 28 Oktober 1957 dan 29 Mac 1962 tanpa sebarang syarat.

Sebagai negara anggota kepada kedua-dua konvensyen tersebut, Malaysia mempunyai kewajipan untuk memberikan keistimewaan dan kekebalan kepada PBB dan Agensi Khusus. Kedua-dua konvensyen tersebut pada permulaannya telah dikuatkuasakan di Malaysia melalui Diplomatic Privileges Ordinance 1948, dengan izin. Terdapat dua perintah yang dikeluarkan di bawah Diplomatic Privileges Ordinance 1948 yang memberikan keistimewaan dan kekebalan kepada PBB dan Agensi Khusus iaitu:

final • 4:44 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

(i) the Diplomatic Privileges (United Nations and International Court of Justice Order 1949) yang memberikan keistimewaan dan kekebalan kepada PBB, wakil negara anggota PBB yang menghadiri persidangan, pegawai PBB, pegawai tinggi PBB dan pakar-pakar yang menjalankan misi bagi pihak PBB; dan

(ii) The Diplomatic Privileges Specialized Agencies Order 1949 yang memberikan kuasa keistimewaan dan kekebalan kepada Agensi Khusus, wakil negara anggota Agensi Khusus, pegawai Agensi Khusus, pegawai tinggi Agensi Khusus dan pakar-pakar yang menjalankan misi bagi pihak Agensi Khusus.

final • 4:44 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, kedua-dua perintah tersebut adalah tidak selaras dengan peruntukan dalam kedua-dua konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan bagi PBB 1946 dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus 1947, kerana keistimewaan dan kekebalan yang diberikan ini di bawah kedua-dua perintah tersebut adalah kurang daripada apa yang patut diberikan kepada PBB dan Agensi Khusus di bawah kedua-dua konvensyen tersebut.

Seterusnya, Diplomatic Privileges Ordinance 1948 telah dimansuhkan oleh Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957. Kedua-dua perintah tersebut telah berkuat kuasa di bawah Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957 tersebut tanpa dipinda atau dikemas kini. Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957 telah dimansuhkan sebagaimana oleh Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 [Akta 485] dan seterusnya dimansuhkan sepenuhnya oleh Diplomatic Privileges (Vienna Convention) Act 1966 (Akta 24/66) pada 3 September 1999.

Sehingga 9 Julai 2009, keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada PBB dan Agensi Khusus adalah seperti mana yang diperuntukkan di bawah kedua-dua perintah yang pada mulanya dikeluarkan di bawah Diplomatic Privileges Ordinance 1948, yang sebenarnya adalah kurang daripada apa yang sepatutnya diberikan kepada PBB dan Agensi Khusus.

Tuan Yang di-Pertua, pada 9 Julai 2009, Menteri Luar Negeri telah mengisytiharkan PBB dan Agensi Khusus sebagai organisasi antarabangsa di bawah Akta 485. Pengisytiharan tersebut telah dibuat melalui dua peraturan iaitu Peraturan-peraturan Bangsa-Bangsa Bersatu (Keistimewaan dan Kekebalan) 2009 (248/2009) dan juga Peraturan-peraturan Agensi Khusus (Keistimewaan dan Kekebalan) 2009 (249/2009).

Tuan Yang di-Pertua, pengisytiharan tersebut membolehkan PBB dan Agensi Khusus menikmati keistimewaan dan kekebalan yang diperuntukkan di bawah Akta 485.

Walaupun keistimewaan dan kekebalan yang diperuntukkan di bawah Akta 485 adalah lebih daripada yang diperuntukkan di bawah kedua-dua perintah yang pada asalnya dibuat di bawah Diplomatic Privileges Ordinance 1948, tetapi ia masih tidak selaras dengan peruntukan di bawah Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan PBB dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini merugikan Malaysia dari segi politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana Malaysia terlepas beberapa peluang untuk menjadi tuan rumah kepada persidangan-persidangan antarabangsa dan ibu pejabat kepada organisasi antarabangsa terutamanya PBB dan Agensi Khusus. Ini adalah kerana syarat yang dikenakan oleh PBB dan Agensi Khusus atau ibu pejabat adalah supaya Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan PBB 1946 dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus 1947 hendaklah terpakai sepenuhnya. Walau bagaimanapun, syarat yang dikenakan oleh PBB dan Agensi Khusus tidak dapat dipatuhi oleh Malaysia kerana kedua-dua konvensyen tersebut tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Malaysia mengamalkan sistem dualis di mana sesuatu konvensyen antarabangsa hanya boleh berkuat kuasa di negara ini selepas diberi pengesahan melalui suatu akta Parlimen, maka pindaan dicadangkan dibuat kepada Akta 485 melalui rang undang-undang ini untuk memberi kuat kuasa undang-undang kepada kedua-dua konvensyen tersebut.

final • 4:50 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Dan ini untuk membolehkan Menteri Luar Negeri memberi keistimewaan dan kekebalan seperti yang terkandung dalam kedua-dua konvensyen tersebut kepada PBB dan Agensi Khusus.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mencadangkan untuk menambah satu lagi kategori organisasi yang boleh diisytiharkan sebagai organisasi antarabangsa oleh Menteri Luar Negeri bagi tujuan menikmati kekebalan dan keistimewaan di bawah Akta 485.

Kategori baru yang dicadangkan ialah mana-mana organisasi yang mempunyai pejabat di Malaysia dan yang pada pandangan Menteri melaksanakan fungsi yang memanfaatkan negara kita Malaysia, dengan syarat organisasi tersebut bukan suatu organisasi yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia dan bukan suatu organisasi yang ditubuhkan untuk tujuan komersial.

Buat masa ini, mengikut seksyen 3(1) [Akta 485], Menteri Luar Negeri boleh mengisytiharkan sesuatu organisasi itu sebagai organisasi antarabangsa dan seterusnya untuk menikmati keistimewaan dan kekebalan di bawah Akta 485 sekiranya organisasi itu dianggotai oleh Malaysia dan sekurang-kurangnya sebuah lagi negara atau dianggotai oleh orang yang mewakili Malaysia dan sekurang-kurangnya seorang lagi yang mewakili sebuah negara yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, kriteria sedemikian telah menghalang Malaysia daripada memberi keistimewaan dan kekebalan kepada organisasi-organisasi antarabangsa yang telah memberi sumbangan yang memanfaatkan Malaysia melalui pelaksanaan fungsinya di Malaysia.

Sebagai contoh, International Committee of the Red Crescent (ICRC) telah memohon untuk mendapat status organisasi antarabangsa di bawah Akta 485, tetapi ICRC tidak dapat memenuhi peruntukan Akta 485 untuk diisytiharkan sebagai satu organisasi antarabangsa kerana ICRC bukanlah satu organisasi yang dianggotai oleh Malaysia dan sekurang-kurangnya sebuah lagi negara atau dianggotai oleh orang yang mewakili Malaysia, dan sekurang-kurangnya seorang lagi mewakili sebuah negara yang lain. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah kerana anggota ICRC adalah keseluruhannya terdiri daripada warganegara Switzerland.

Tuan Yang di-Pertua, Akta 485 juga dicadangkan dipinda melalui rang undang- undang ini dengan memperuntukkan dengan jelas bahawa keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada seseorang pegawai tinggi dan pegawai sesebuah organisasi antarabangsa adalah tidak terpakai kepada pegawai tinggi dan pegawai yang berwarganegara Malaysia, kecuali di mana kekebalan dan keistimewaan itu adalah berhubung dengan tindakan yang dilaksanakan dalam kapasiti sebagai pegawai tinggi atau pegawai organisasi tersebut.

final • 4:50 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa

(Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 ini mengandungi sebelas fasal seperti berikut:

Fasal 1 rang undang-undang ini mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan.

Fasal 2 memperuntukkan berkenaan dengan pemakaian Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1946 dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus 1947.

Fasal 3 bertujuan meminda seksyen 2 [Akta 485] dan memasuki definisi agen daripada diplomatik dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan suatu kategori baru organisasi yang boleh diisytiharkan oleh Menteri sebagai suatu organisasi antarabangsa, iaitu sekiranya organisasi tersebut melaksanakan fungsi yang memanfaatkan Malaysia. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa kategori organisasi ini tidak termasuk mana-mana organisasi yang diperbadankan atau ditubuhkan di Malaysia ataupun tujuan komersial.

Fasal 5 memperuntukkan berkenaan hak keistimewaan dan kekebalan seseorang pegawai tinggi atau seorang pegawai suatu organisasi antarabangsa yang warganegara Malaysia.

final • 5:00 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Fasal 6 bertujuan memasukkan seksyen baru 6A dan 6B ke dalam Akta 485.

Seksyen 6A yang dicadangkan bertujuan untuk membenarkan Menteri memberikan keistimewaan dan kekebalan selaras dengan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1946. Manakala seksyen 6B yang dicadangkan bertujuan membenarkan Menteri memberikan keistimewaan dan kekebalan selaras dengan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus 1947.

Fasal 7 bertujuan memasukkan seksyen 8A ke dalam Akta 485 untuk memperuntukkan bahawa keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada agensi antarabangsa dan organisasi seberang laut harus digunakan dengan sewajarnya. Seksyen baru ini memperuntukkan bahawa keistimewaan dan kekebalan tidak diberikan untuk kepentingan peribadi dan boleh dikecualikan sekiranya keistimewaan dan kekebalan itu menghalang proses keadilan dan boleh dikecualikan memprejudiskan kepentingan organisasi antarabangsa dan organisasi seberang laut tersebut.

Fasal 8 memperuntukkan pindaan berbangkit kepada seksyen 11 [Akta 485] akibat kemasukan seksyen baru 6A dan 6B.

Fasal 9 bertujuan meminda jadual pertama Akta 485 untuk memperluaskan kekebalan, ketidakbolehcabulan kepada dokumen.

Fasal 10 bertujuan meminda Bahagian I, Jadual Kedua, Ketiga, Kelima, Akta 485 dengan menggantikan perkataan “ketua utusan” dengan perkataan “agen diplomatik”.

Fasal 11 bertujuan memasukkan jadual ketujuh dan kelapan ke dalam Akta 485 yang menyatakan peruntukan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan PBB dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus yang mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, maka dengan adanya pindaan kepada Akta 485 ini Malaysia boleh memberikan kuat kuasa undang-undang kepada kedua-dua konvensyen yang dinyatakan tadi serta memenuhi kewajipan Malaysia untuk memberikan keistimewaan dan kekebalan sebagai mana yang terkandung dalam kedua-dua konvensyen tersebut kepada PBB dan Agensi Khusus.

Ini juga akan membuka lebih banyak peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada persidangan-persidangan antarabangsa yang berprestij dan menjadi ibu pejabat kepada projek-projek tertentu, organisasi antarabangsa melalui pembukaan pejabat atau wakil pejabat antarabangsa di negara kita ini. Pindaan akta ini juga akan menaikkan nama Malaysia sebagai destinasi acara-acara antarabangsa yang unggul serta menyumbang kepada kegiatan ekonomi Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:00 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

[Bangun]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat daripada...

final • 5:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, macam satu orang sahaja.

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Parit Buntar.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah membentangkan suatu akta yang walaupun akta ini mungkin dilihat biasa tetapi selaku rakyat Malaysia dan dengan kita akur kepada konvensyen-konvensyen yang telah ditandatangani dan disertai oleh Malaysia. Begitu juga kita akur bahawa sebagai negara PBB, Malaysia mahu meletakkan namanya di mata dunia untuk meningkatkan lagi nama Malaysia dan saya kira ini tidak – kita daripada Ahli-ahli Parlimen semua kita bersetuju. Tidak ada sesiapa pun yang akan mengatakan sebaliknya.

Di atas sifat kita mahu menyertai international community dengan izin, kita juga harus membuat beberapa konsesi terhadap beberapa perkara yang menyentuh tentang integriti ataupun kewibawaan negara kita. Akta Organisasi Antarabangsa 1992 ini adalah bersesuaian dengan semangat Konvensyen Keistimewaan dan Kekebalan PBB 1946 ataupun dikenali sebagai The New York Convention, dengan izin, juga tidak bercanggah ataupun lebih kurang apa yang didapati dalam Konvensyen Vienna dalam hubungan diplomatik ataupun Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961, dengan izin.

Saya merasa bahawa sebagai Ahli Parlimen yang akan meluluskan akta ini, dia akan melibatkan beberapa perkara yang akan menyentuh tentang kedaulatan undang- undang di negara ini sendiri. Pada waktu yang sama kita mahu menjadi sebahagian daripada masyarakat antarabangsa tetapi pada waktu yang sama juga akta ini diharapkan tidak menggadai maruah negara. Ini kerana kalau kita melihat asas-asas yang dikemukakan dalam akta ini, kita mendapati bahawa agen antarabangsa ataupun organisasi antarabangsa dari PBB dan beberapa penama yang diisytiharkan oleh Menteri sebagai agensi antarabangsa ini dan jika kita kaji fasal-fasal yang ada dalamnya seksyen- seksyen yang ada dalamnya kita dapat melihat bahawa kekebalan ataupun imuniti itu begitu besar sekali.

Baik imuniti itu dari sudut perundangan, baik imuniti kekebalan itu dari sudut harta mahupun peribadi agen-agen diplomatik itu ataupun agen-agen yang bertugas itu, mahupun melibatkan kekebalan dari sudut kebebasan bersuara. Sebagai rakyat Malaysia kita mahu memberikan kebebasan bersuara kepada organisasi antarabangsa, tetapi malangnya kepada rakyat ini sendiri kebebasan itu dilihat dalam perspektif yang negatif.

final • 5:06 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Contohnya kita lihat berbagai-bagai sahabat-sahabat daripada kawan-kawan sebelah cakap tentang perhimpunan haram dan sebagainya. Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan dari sudut hak asasi sebagai rakyat Malaysia menyebut bahawa perhimpunan awam tanpa senjata itu dibolehkan dan segala akta yang datang untuk menafikan itu janganlah menceroboh hak asasi ini. Asas saya bahas di sini Tuan Yang di-Pertua ialah kita telah memberikan imuniti yang besar kepada organisasi antarabangsa yang datang ke negara kita. Baik kebebasan bersuara, peribadi harta sehinggakan ada dalam peruntukan ini bahawa mereka ini tidak boleh tertakluk dengan undang-undang yang ada di negara ini kerana mereka ini mempunyai imuniti dan sudah tentulah sebagai rakyat Malaysia yang mewakili keseluruhan mereka yang di luar sana mahu satu jaminan Tuan Yang di-Pertua terhadap kebimbangan.

Kalaulah akta ini tidak dipantau dan dikawal selia dan mempunyai pandangan yang menyeluruh, kita akan dapati di sini beberapa kebimbangan yang saya ingin berkongsi bersama dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk dicatat sebagai nota bagi memelihara kedaulatan negara dan kedaulatan rakyat di sini hanya di atas nama mahu menyertai masyarakat antarabangsa tetapi menggadai integriti dan juga maruah undang- undang dalam negara ini.

Pertama, kebimbangan yang ingin saya lahirkan Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimanakah situasi dan keadaan apabila berlaku konflik perundangan yang melibatkan imuniti pada satu sudut daripada mereka yang menikmatinya yang di peruntukan dalam akta ini dengan undang-undang tempatan negara ini yang kemungkinan besar akan berlaku konflik dan saya mempunyai banyak contoh yang berlaku bukan di negara ini tetapi di negara-negara lain. Bagaimana mereka gagal untuk mendakwa pesalah-pesalah ini mengikut undang-undang tempatan hanya semata-mata kerana kekebalan itu? Kes-kes ini banyak berlaku United States of America yang telah lama melaksanakan akta ini di mana hatta kepada kes parking di New York.

final • 5:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Oleh kerana mereka berhutang kerana parking ataupun pakir kereta. Oleh sebab mereka memiliki kekebalan, maka dibebaskan mereka tanpa perlu membayar tunggakan yang beribu-ribu ringgit. Ini tidak termasuk rental, sewa rumah yang tidak dibayar berpuluh- puluh ribu tetapi tidak boleh didakwa di mahkamah tempat dia tinggal itu kerana mereka ada imuniti dan semua pakar undang-undang international mengatakan bahawa imuniti ini adalah satu masalah dalam kita hendak mendakwa orang yang melakukan kesalahan dalam negara kita tetapi pada waktu yang sama menikmati kekebalan. Ini menimbulkan konflik undang-undang.

Saya mengambil contoh apa yang berlaku di Mesir, antara kebimbangan tadi ialah kegiatan subversif. Duta besar Libya semasa pemerintahan Anwar Sadat sebagai satu kes untuk direnung didapati bersalah kerana dituduh ada kegiatan subversif kononnya di atas dakwaan menjatuhkan pemerintahan Mesir pada zaman Anwar Sadat. Akan tetapi kerana imuniti maka dia dilepaskan dan tidak boleh didakwa. Jadi, ini perkara-perkara yang saya harus timbulkan kepada pihak Yang Berhormat Menteri, janganlah kita mengambil ringan kerana apabila satu akta iaitu sudah ada, dia akan dibawa sebagai satu hujah perundangan dan dengan itu, hujah perundangan ini kita melahirkan juga kebimbangan apakah negara kita mempunyai peguam-peguam yang mampu berdepan dengan kes-kes dalam keadaan conflict of local authorities atau pun local legal issues dengan immunities yang dinikmati ini.

Konflik ini akan berlaku dan sejauh manakah kalau dibawa kepada international law atau pun International Court of Justice (ICJ). Sejauh manakah kita mempunyai kepakaran untuk berdebat, berbahas, dan untuk kita meletakkan demi kepentingan negara, mungkin apa yang dilakukan itu oleh melibatkan kepentingan negara. Adakah kita mempunyai kepakaran-kepakaran ini? Ini kerana saya khuatir Tuan Yang di-Pertua, di atas isu Batu Putih di mana kita gagal untuk mempertahankan territory kita kerana semata-mata kita tidak pakar di dalam bidang international law. So, saya menganggarkan akan berlaku konflik ini. Apakah pihak kementerian sudah bersedia? Jika benar berlaku konflik ini untuk kita mempunyai peguam-peguam untuk kita berhadapan dengan kes-kes yang berlaku?

Kedua, kebimbangan saya ialah sebagai rakyat Malaysia saya ingin mengutarakan kebimbangan ini. Apakah dengan akta ini, di manakah jaminan kerajaan bahawa negara ini tidak terdedah kepada manipulasi-manipulasi agensi-agensi dan pertubuhan antarabangsa jika berlaku pertembungan kepentingan. United Nations, Bangsa-Bangsa Bersatu semua sudah sedia maklum adalah satu pertubuhan antarabangsa yang memang sarat dengan berbagai-bagai masalah. Antaranya ialah plat with corruption dengan izin. Mereka ini berada dalam suasana rasuah yang begitu kuat. Kalau kita mempunyai kepentingan ini apabila kita berurusan dengan mereka, datang pula ke negara kita dan mendapat pula kekebalan. Di manakah jaminan sesebuah organisasi yang begitu besar ini apabila datang ke negara kita demi untuk hendak meletakkan kepentingan mereka sejauh mana kita rasa satu jaminan bahawa kita tidak akan dimanipulasikan oleh pertubuhan-pertubuhan ini?

Akta ini juga jika diteliti dengan lebih mendalam akan melahirkan beberapa perkara yang saya anggap bahaya kepada negara iaitu pertama ialah akan berlaku usaha- usaha subversif atau pun kegiatan politik dengan menggunakan platform imuniti ini mereka berupaya untuk menjejaskan negara kita ini. Jadi kita hendak lihat sejauh manakah akta ini mampu untuk menjadi akta yang tidak mendedahkan kegiatan-kegiatan subversif ini di atas nama imuniti, kekebalan, dan privileges ataupun keistimewaan.

Kedua, pernah berlaku di England pada tahun 1984 di mana setiausaha kedua bagi kedutaan besar Zambia telah ditangkap kerana kegiatan penyeludupan heroin di atas nama imuniti dan kekebalan mereka menyalahgunakan kedudukan itu untuk kegiatan- kegiatan yang dianggap sebagai jenayah. Begitu juga dengan penyeludupan wang haram.

Semuanya boleh berlaku dan tadi baru sahaja kita membincangkan tentang pengurusan pengaliran kewangan dan sebagainya dan banyak lagi kes-kes lain yang panjang yang kita dapat huraikan di sini tentang apa yang disebut sebagai salah guna imuniti ini. Ini saya harap pihak kementerian...

final • 5:10 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Laluan.

final • 5:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Memberi...

final • 5:10 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sedikit sahaja, Arau.

final • 5:10 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Ya, sila.

final • 5:10 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya daripada Parit Buntar. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat berhubung dengan kedudukan perjanjian-perjanjian dalam meminda Akta Organisasi Antarabangsa

(Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 ini. Ini kerana apabila Yang Berhormat bangkitkan soal-soal yang berkaitan dengan terrorist, money laundering, dan sebagainya. Kita melihat seolah-olah ada satu kecenderungan ataupun tendency yang berlaku. Apabila setiap perjanjian yang dibuat, ia lebih memihak kepada negara-negara anggota tetap PBB ataupun khususnya di sini negara-negara maju yang sekali gus kalau dilihat kebanyakan perjanjian adalah merugikan kita.

final • 5:10 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Saya ambil contoh tobacco, walaupun ini merupakan di antara perkara-perkara, apabila kita mematuhi peraturan PBB yang berkaitan dengan soal WHO, kita melihat sekali gus menandatangani perjanjian itu telah menyebabkan penanam-penanam tembakau di negara kita telah mengalami kerugian besar. Keadaan ini berlaku apabila syarikat-syarikat gergasi ataupun syarikat-syarikat antarabangsa mengambil keputusan untuk tidak terlibat dengan petani-petani yang selama ini menabur bakti kepada mereka, sekali gus dilupakan kerana kebanyakan berlaku di Kelantan yang menyebabkan petani-petani susah di dalam keadaan sekarang.

Jadi, akibat daripada perjanjian dan membuka ruang kepada perdagangan terbuka sekali gus kita melihatkan. Jadi saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Parit Buntar. Kalau di sini, supaya setiap konvensyen yang hendak kita sertai ataupun tangani bermakna harus dibuat kajian terperinci sama ada juga merugikan pihak ini, walaupun ia perlu ditangani, wajib tetapi perlu mengambil masa untuk membuat kajian yang terperinci berhubung dengan perkara ini. Pandangan Yang Berhormat Parit Buntar?

final • 5:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Yang Berhormat Arau, saya kira itu satu pandangan yang positif bahawa itulah apa yang saya lahirkan kekhuatiran saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Arau walaupun daripada parti yang berbeza tetapi berkongsi harapan supaya kita tidak terdedah dalam usaha untuk menuruti semua konvensyen-konvensyen yang ada, selalunya kita berada pada pihak yang rugi dan saya minta apa yang diutarakan, soalan oleh Yang Berhormat Arau dimasukkan sekali di dalam ucapan saya.

Kita juga bimbang Tuan Yang di-Pertua, selain daripada soal kekebalan yang membuka ruang kepada penyeludupan dan pengeluaran wang haram, ada yang menyeludup masuk senjata dan sebagainya yang pernah berlaku di dalam kes-kes tertentu di atas nama imuniti ini. Kita juga risau tentang satu lagi kegiatan yang cukup bahaya kepada negara ini iaitu espionaj. Kegiatan espionaj dan ini banyak berlaku sekali di dalam kes-kes bagaimana kekebalan ini dijadikan alasan untuk mereka menjadikan premis-premis mereka sebagai espionaj. Mereka merekrut pemimpin-pemimpin tempatan yang mempunyai kedudukan untuk mereka mendapatkan maklumat-maklumat dokumen- dokumen, rahsia-rahsia penting keselamatan negara, pertahanan negara dan sebagainya dan di atas nama imuniti ini sukar untuk kita hendak mendakwa mereka.

Contohnya seperti apa yang berlaku pada kes attache tentera Soviet Union di Indonesia yang didapati bersalah kerana bertukar-tukar maklumat dengan pegawai tinggi tentera tentang rahsia, maklumat pertahanan tetapi tidak boleh didakwa kerana mempunyai imuniti. Perkara-perkara ini seperti juga yang dilahirkan oleh Yang Berhormat Arau bahawa ini benar-benar pihak kementerian dengan mencadangkan akta ini perlu benar-benar serius menggarap semua persoalan ini. Pada waktu yang sama kita mahu menyertai masyarakat antarabangsa tetapi kita tidak..., pada waktu yang sama, mahu menggadaikan maruah hanya kerana satu senjata besar iaitu imuniti, kekebalan. Ini di antaranya yang saya...

Saya juga hendak bertanya kepada pihak Menteri yang mencadangkan akta ini.

Sejauh manakah remedi kekebalan ini? Bagaimana kita berdepan dengan situasi-situasi yang menjadi remedi kalau berlaku pertembungan, percanggahan dan dalam keadaan menjaga kepentingan nasional dan kepentingan negara, kepentingan keselamatan negara?

Sejauh mana kita ada remedi untuk memastikan sebagai sebuah negara yang berdaulat, negara yang mempunyai maruah, apa juga konvensyen yang kita tandatangani sekali-kali tidak akan menggadaikan maruah negara ini? Itu seharusnya asas yang ada dalam kita menilai sesuatu akta yang kita hendak lakukan atau hendak kita bentangkan.

final • 5:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Kes memberi maklumat, kebocoran maklumat, kes recruitment pemimpin- pemimpin tempatan dan kita pernah mengambil kes-kes seperti ini di era tahun 70-an. Jadi perkara-perkara sebegini, apakah remedinya? Saya tidak jumpa dalam rang undang- undang ini, contohnya persona non grata, apakah ia satu remedi bagi mengelak masalah- masalah yang timbul? Bagaimana pula maklumat daripada mereka yang hendak datang bertugas? Adakah kita mempunyai sufficient maklumat bahawa yang bertugas ini tidak mempunyai masalah-masalah contohnya?

Begitu juga dengan isu-isu bagaimana kita hendak mendakwanya. Kalau dibawa ke ICJ, adakah kita mampu untuk mempunyai satu keupayaan untuk kita mendakwa? Jadi, perkara-perkara ini saya harap dapat diberikan perhatian oleh pihak Timbalan Menteri yang mencadangkan, di sebalik saya menyokong bahawa ia satu keperluan untuk kita berada di dalam masyarakat antarabangsa. Akan tetapi saya merayu dengan penuh rasa insaf kepada kepentingan negara ini, janganlah kita menggadaikan maruah kita hanya semata- mata hendak menyertai konvensyen-konvensyen ini, dengan itu terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Lipis.

final • 5:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Saya cuma hendak menyentuh beberapa perkara dalam perbahasan rang undang-undang ini yang mana kalau kita lihat, ia dimulai sejak abad ke-16 dan ke-17 di Eropah, di mana pertukaran perwakilan diplomatik sudah dianggap sebagai hal yang umum pada saat itu.

Hal mengenai kekebalan dan keistimewaan diplomatik sudah dapat diterima dalam praktik negara-negara dan pada abad ke-17 kerana sudah dianggap sebagai sebuah kebiasaan international. Kekebalan dan keistimewaan diplomatik tidak terbatas kepada duta atau ketua perwakilannya sahaja akan tetapi juga terhadap anggota keluarga yang tinggal sama, diplomat-diplomat lain yang menjadi anggota perwakilan dan kadang-kadang staf pembantu lain. Malahan pada pertengahan abad ke-18, aturan-aturan kebiasaan, hukum international mengenai kekebalan diplomatik mula diterap termasuk harta milik, gedung dan komunikasi para diplomat.

Untuk menunjukkan kekebalan itu satu konvensyen telah diwujudkan demi keperluan para perwakilan dalam menjalankan tugasnya dengan bebas dan optimum.

Kalau kita lihat pada abad ke-20, kekebalan dan keistimewaan diplomatik itu cenderung mengarah kepada bentuk komunikasi diplomatik. Malaysia tidak terkecuali di dalam hal ini.

Kalau kita lihat di Malaysia atau di Kuala Lumpur, antaranya terdapat beberapa pejabat di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mempunyai pejabatnya tersendiri iaitu Wisma UN yang terlatak di Pusat Bandar Damansara. Di samping adanya pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta Pertubuhan Pelajaran Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Saya cuma hendak tahu berapa jumlah sebenar rakyat Malaysia yang bekerja di bawah PBB itu sendiri, apakah ranking yang tertinggi yang pernah dicapai oleh rakyat Malaysia di dalam PBB dan setakat mana sumbangan rakyat Malaysia dalam organisasi PBB yang terletak di Malaysia ini. Seperti yang saya nyatakan pada awal tadi bahawa PBB mempunyai cawangan di negara kita. Jadi, saya juga memohon penjelasan berapa ramai rakyat kita yang bekerja dengan PBB di negara ini dan apakah ia bekerja secara tetap ataupun kontrak.

Saya juga mendapat maklum sejauh manakah kebenaran rakyat kita yang bekerja dengan PBB dibayar gaji yang lebih rendah berbanding rakyat asing, yang juga bekerja dengan PBB di negara kita ini. Saya difahamkan apakah benar gaji rakyat asing dan rakyat kita sendiri ada perbezaan yang ketara walaupun jawatan mereka merupakan jawatan yang sama. Jika itu benar saya mohon penjelasan mengapa berlaku ketidaksamarataan itu.

final • 5:26 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi, di samping itu kalau kita lihat banyak juga pejabat-pejabat antarabangsa lain yang hendak datang ke Malaysia, saya melihat antaranya ialah Pertubuhan Pengakap Sedunia yang sekarang beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Pertubuhan Pengakap Sedunia bercadang untuk meminda atau untuk memindahkan ibu pejabatnya daripada Switzerland itu ke negara-negara di rantau ini.

final • 5:26 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi dalam World Scout Conference yang diadakan di Brazil pada awal tahun ini, Malaysia antaranya telah menyatakan bahawa ibu pejabat itu boleh juga dibuka di Malaysia. Antara pegawai-pegawai ataupun pemimpin-pemimpin tertinggi pengakap pada masa itu scout, antaranya daripada Amerika mereka menyatakan bahawa mereka lebih suka kalau pejabat ini dibuka di Malaysia. Dipindahkan daripada Geneva ke Malaysia. Jadi kami bertanya, “Apa rasional hendak dibuat di Malaysia sedangkan banyak negara lain di rantau ini?” Jadi pemimpin pengakap daripada Amerika itu mengatakan, pertamanya Malaysia merupakan sebuah negara yang aman. Saya ulang, sebuah negara yang aman dari segi politiknya, ekonominya baik dan merupakan antara negara yang diiktiraf lebih terkemuka dari negara-negara lain yang ada di rantau ini. Kos hidupnya di sini jauh lebih rendah dan sebagainya.

Jadi bayangkanlah kalau pemimpin tertinggi pengakap daripada Amerika boleh menyatakan sedemikian dalam sembang-sembang kami dan dia juga menyokong penuh kalau ibu pejabat pertubuhan ini dipindahkan ke Kuala Lumpur atau ke Malaysia. Maknanya ada pengiktirafan terhadap keamanan, keistimewaan dan sebagainya di negara ini. Jadi saya pun hairan mengapa ada puak-puak yang mengatakan negara ini merupakan negara yang tidak aman, negara yang rendah dari segi ekonomi dan sebagainya. Mereka cuba menimbulkan huru-hara dengan cara...

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Lipis boleh minta penjelasan tidak?

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Tunggu dulu, tunggu dulu.

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Sekejap sahaja.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Duduklah, duduk dahulu. Floor saya, duduk dahulu. Selepas ini saya bagilah ya.

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Okey, okey. Baik, baik.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Negara yang tidak aman dan sebagainya. Jadi ini bagi saya boleh menyebabkan kalau ada mungkin organisasi- organisasi yang lain yang bercadang untuk datang ke Malaysia dan sebagainya lebih-lebih lagi kalau kita organisasi ini mendapat pula kekebalan, keistimewaannya dan sebagainya yang dinyatakan di dalam rang undang-undang ini. Rasa saya kenapa kita hendak musnahkan negara kita sendiri? Sila Yang Berhormat Subang.

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Lipis. Kita sudah lari sedikit daripada isu kekebalan. Akan tetapi apabila Yang Berhormat membangkitkan komen daripada pegawai yang dikatakan pegawai daripada Amerika Syarikat, kenapa mereka hendak pindahkan ke Kuala Lumpur.

Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Lipis sama ada Yang Berhormat Lipis tahu bahawa sebenarnya, ini hakikat, ini fakta iaitu Bangkok adalah ibu negara di rantau ini yang mempunyai jumlah terbesar pertubuhan-pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ini adalah hakikat untuk beberapa tahun, beberapa dekad. Kedudukan ini tidak tukar walaupun kita tahu dalam dua atau tiga tahun kebelakangan ini ada perhimpunan besar di dalam Bangkok dan sebagainya. Mereka sudah lama menubuhkan ibu pejabat mereka dan perjalanan mereka di Bangkok. Keadaan ini berterusan sampai sekarang. Sama ada Yang Berhormat Lipis tahu atau tidak kedudukan itu? Oleh sebab itu relevan kepada komen yang dibuat oleh Yang Berhormat Lipis tadi.

Satu lagi Yang Berhormat Lipis kata, ada orang yang kata negara ini tidak aman.

Bagi saya, saya rasa saya yakin daripada Pakatan Rakyat kita tidak kata negara ini tidak aman. Apa yang dituntut sekarang yang menjadi tajuk perbincangan baru-baru ini adalah isu pilihan raya bersih dan adil. Itulah dia, bebas dan adil.

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Pilihan raya bebas dan adil dan hak berhimpun secara aman. Kita tegaskan, secara aman untuk mengutarakan hak itu. Itu sahaja. Minta penjelasan.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya menyebut tadi pegawai pemimpin tertinggi pengakap, bukan pemimpin Amerika Syarikat. Pemimpin tinggi pengakap yang datang daripada Amerika Syarikat. Saya kena betulkan yang itu sebab nanti itu boleh dikelirukan. Saya mengatakan ada mereka yang mengatakan tidak aman kerana kalau kita tengok serangan kepada polis secara verbal dan secara bertulis, seolah-olah ini merupakan negara yang tidak aman.

Saya kadang-kadang ditanya juga, kalau kita duduk di Malaysia adakah kita being robbed oleh rakan-rakan di luar. Sebagai pemimpin pengakap juga saya selalu bertemu dengan pemimpin-pemimpin pengakap di negara-negara lain. Saya pernah menjadi Pesuruhjaya Antarabangsa Pengakap. Jadi saya tahu, saya pernah berhubung dan sebagainya. Jadi mereka bertanya demikian kerana komen-komen tadi. Akan tetapi apabila kita beri penjelasan dan sebagainya, mereka mengatakan komen itu tidak betul.

Di Bangkok kita tahu banyak juga organisasi-organisasi yang telah ada di sana.

Walau pun ada huru-hara dan tadi sebab mereka ada kekebalan dan imuniti tadi. Akan tetapi kalau pertubuhan-pertubuhan itu belum mendapat imuniti kalau datang ke sini dalam keadaan yang huru-hara, tentulah mereka tidak hendak datang ke sini dan sebagainya.

Pilihan raya bersih yang macam mana lagi hendak? Adil macam mana lagi hendak? Kalau di sebelah sana daripada pilihan raya tahun 2004, saya masuk ke sini kali pertama pada tahun 2004, ada 18 orang sahaja pembangkang. Kalau tidak bersih, takkan bertambah sampai berapa sekarang?... [Disampuk] Ya, selepas itu ada yang lari dan sebagainya sebab dia tidak hendak bersama dengan...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat, tidak payahlah, tidak payahlah cerita panjang lebar soal election Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi apa lagi hendak cerita? Apa lagi cerita bebas, bersih? Selain daripada hendak membuat huru-hara sahaja. Itu sahaja.

Okey, sila.

final • 5:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sahabat saya Yang Berhormat Lipis memang hebat. Apabila Yang Berhormat Lipis menyentuh soal keharmonian, ketenteraman negara kita dan bercadang membawa ibu pejabat pengakap ke negara kita. Jadi bagaimana kalau ada pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menggembar-gemburkan seolah-olah hendak ikut apa yang berlaku di Asia Timur yang kononnya berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan.

Pengakap ini Yang Berhormat, orang yang berdisiplin. Prinsip-prinsip rukun negara itu telah diilhamkan oleh pengakap. Bayangkan baiknya cadangan Yang Berhormat itu.

Akan tetapi kalau pihak pembangkang hendak buat isu tentang Bersih, soal election’s rule kita itu ramai pengundi hantu dan sanggup berdemonstrasi di jalan-jalan, saya tidak faham.

Saya tidak faham Yang Berhormat, wakil-wakil rakyat di pihak pembangkang ini sanggup berdemonstrasi di jalan seolah-olah kebudak-budakan. Langsung tidak tahu apa dia prinsip rukun negara itu. Langsung tidak menghormati kedaulatan undang-undang, keluhuran Perlembagaan. Kita ada sistem Demokrasi Berparlimen. Kita mempraktikkan Raja Berperlembagaan. Akan tetapi yang dilaksanakan untuk berdemonstrasi di jalan itu Yang Berhormat, macam mana kita mahu gambarkan ke peringkat antarabangsa yang negara kita ini aman, tenteram? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Lipis.

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Putatan boleh minta penjelasan melalui Yang Berhormat Putatan kepada dia?

final • 5:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Mana boleh? Ini bukan floor saya...

[Ketawa]

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya tahu, saya minta. Saya minta penjelasan, boleh? Boleh saya minta?

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi, saya boleh bagi. Kalau tidak...

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Okey.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Macam mana Tuan Yang di- Pertua?

final • 5:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Saya minta izin Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat. Ia begini Yang Berhormat, yang minta penjelasan itu tidak boleh meminta penjelasan.

final • 5:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Baik.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Maknanya kepada Yang Berhormat Lipis sahajalah.

final • 5:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tuan Yang di-Pertua, saya minta daripada Yang Berhormat Lipis.

final • 5:40 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Itu bagus. Inilah tempatnya kita meluahkan apa yang tidak sesuai dan patut diperbaiki oleh kerajaan. Kalau mahu perkara diselesaikan, jangan bawa berdemonstrasi di jalan. Bawa perkara-perkara ini dalam Dewan yang mulia ini. Itu dia ahli wakil-wakil yang patut buat.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

final • 5:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Okey. Jangan emosi. Boleh bertenang sedikit. Kita boleh bincang, ya. Okey, Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan itu daripada Yang Berhormat Lipis?

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Perlu minta dengan Tuan Yang di- Pertua, bukan dengan saya. He is the Chair is it?

final • 5:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Boleh saya teruskan? Yang Berhormat Lipis tunggu pada...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak.

Peraturan begini Yang Berhormat. Saya jelas – duduk dahulu Yang Berhormat. Dua-dua duduk. Saya hendak jelaskan peraturan, Peraturan Mesyuarat 37. Minta tolong dengar Yang Berhormat oleh sebab Yang Berhormat Lipis yang minta, siapa yang beri laluan.

Apabila seseorang berucap, seorang mencelah dan yang berucap itu mahu mengalah.

Maknanya, Yang Berhormat Lipis mahu mengalah dan Tuan Yang di-Pertua memanggil yang mencelah berucap. Jadi, Yang Berhormat mahu tidak mengalah? Itu persoalannya.

Jangan tanya saya.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Jadi, oleh kerana saya pun hendak menghabiskan ucapan saya sebab kita jadi - tidak mengapalah, kita bincang lain kali, ya.

Jadi, itulah saya katakan tadi balik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Putatan tadi, bagi saya apa kehendak kita. Kita hendak aman dan sebagainya?

Adakah kita hendak huru-hara dan sebagainya? Terpulang. Jadi rasa saya kita minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Okey, sila.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak. Yang Berhormat Arau hendak keluar Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Yang Berhormat Arau hendak keluar ya. Saya ingat seperti hendak berdiri.... [Ketawa] Jadi itulah apa yang saya katakan, saya juga mohon penjelasan sebenarnya daripada..., akhirnya memohon penjelasan daripada pihak kementerian. Adakah organisasi seperti pengakap ini nanti, pengakap dunia apabila mereka datang, adakah mereka juga boleh mendapat kekebalan dan keistimewaan seperti yang terkandung dalam rang undang-undang?

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat patut tanya satu soalan lain.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Ya.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya juga pernah menjadi pemimpin.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Sampai sekarang saya menganggap sebagai pemimpin juga.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sepatutnya Yang Berhormat, adakah pengakap ini satu badan yang termasuk dalam rang undang-undang ini.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Ya.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau ia tidak termasuk, persoalan tidak berbangkit dan tidak relevan Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Okey. So, terima kasih. Saya masukkan ungkapan Tuan Yang di-Pertua itu ke dalam ucapan saya. Sekian, terima kasih.

Saya menyokong.

final • 5:40 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 5:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya menghargai peluang bagi Lembah Pantai untuk turut berbahas dalam pembentangan Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011. Saya teliti penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang mengadakan peruntukan menerusi pindaan ini tentang tahap keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada organisasi termasuk juga para pegawai.

Akan tetapi, saya mulakan dengan rasa kecewa kerana rasional yang digunakan oleh kementerian itu pada saya begitu dangkal, cetek. Ini kerana kalau kita bercakap tentang kekebalanlah yang dipilih sebagai cara untuk Malaysia berpeluang menjadi tuan rumah kepada beberapa program anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, apalah sangat kalau dibandingkan dengan kegagalan kita. Kegagalan Malaysia kerajaan dalam melaksana dan memperakui prinsip-prinsip utama seperti yang termaktub di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jadi bagi saya, kita kalau mahu memperkenalkan beberapa pindaan itu perlu jelas tentang prinsip-prinsip yang termaktub dalam badan-badan antarabangsa ini khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kalau kita lihat daripada konvensyen, the top ten convention dengan izin yang berada dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, United Nations. Daripada top ten, kita hanya menandatangani dua sahaja dan daripada dua itu banyak pengecualian yang dibuat. Saya beri contoh khusus dalam isu konvensyen dengan izin, Convention on the Right of the Child (CRC). Kita tandatangani tahun 1995, tetapi setakat ini kita masih lagi ada pengecualian untuk lima perkara.

Akan tetapi, contoh yang saya ingin sebut pada hari ini adalah apabila kita menandatangani Convention on the Rights of Person with Disabilities, golongan OKU.

Malaysia tandatangani pada 6 Julai 2010 dan Yang Berhormat Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada ketika itu Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Shahrizat mengeluarkan kenyataan bahawa tujuan Malaysia menandatangani konvensyen adalah kerana Malaysia mengambil berat terhadap golongan OKU dan akan memastikan bahawa tiada diskriminasi terhadap golongan OKU di negara ini.

Namun, Malaysia gagal Tuan Yang di-Pertua menandatangani optional protocol.

Di bawah optional protocol, setiap individu OKU di Malaysia ini mempunyai hak untuk membawa tindakan terhadap kerajaan Malaysia sekiranya prinsip-prinsip di bawah konvensyen tersebut tidak diikuti dan kerajaan Malaysia boleh dirujuk kepada International Supervisory Committee. Saya fikir penting, kenapa? Apabila berkait dengan konvensyen ini, ada banyak optional protocol akhirnya rang undang-undang Akta OKU yang diperkenalkan oleh kerajaan gagal mempunyai primitive measures, dengan izin. Maksudnya, kalaulah mana-mana badan tidak mengikuti, tidak melaksanakan panduan yang diperkenalkan oleh kerajaan, mereka tidak boleh diambil tindakan bersangkut dengan hak golongan OKU.

final • 5:43 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir kerana itu apabila kita bercakap tentang prinsip instrumen antarabangsa, kita perlu meneliti asal dan juga nilai-nilai yang terutama. Saya hanya ingin menjelaskan kemudiannya, bayangkan di antara pengecualian yang dibuat dalam Convention on the Rights of the Person with Disabilities, dengan izin, ini termasuk tidak mengakui hak mereka Artikel 3 prinsip-prinsip am tidak mengakui hak mereka untuk equality and non-discrimination:

(i) Artikel 15, daripada diseksa dan dilayan dengan hina;

(ii) Artikel 18, kebolehan mereka bergerak dan kewarganegaraan; dan

(iii) Artikel 30, penglibatan dalam aktiviti kebudayaan, rekreasi dan sebagainya.

Jadi, perkara-perkara ini begitu fundamental sekali Tuan Yang di-Pertua. Saya kesal apabila mendapat penjelasan itu, Yang Berhormat Menteri seolah-olah tidak memperhalus sebab utama mengapa kita memperakui instrumen-instrumen ini.

Seterusnya, saya pergi kepada isu bila Ahli Parlimen Putatan tadi mengatakan kononnya banyak isu utama yang kita bawa di Parlimen ini kita pilih untuk tidak bincang dan bahas. Sebenarnya, berkali-kali kita bawakan usul tergempar untuk membahaskan perkara- perkara yang pokok, tetapi sering kali ditolak. Mungkin ada sebab-sebab yang diberikan, tetapi maksudnya tiada ruang lain.

Saya beri contoh isu yang paling besar iaitu perjanjian di bawah Malaysian solution, dengan izin, bersangkut di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Australia yang diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Akan tetapi, tidak dibawa menerusi Parlimen di Malaysia dan akhirnya kita malu. Kenapa? Bukan sahaja kita tidak menandatangani Convention on The Rights of Refugees, satu. Keduanya, apabila perjanjian ini dibuat, melayan manusia itu walaupun mereka bukan warganegara kita, sebagai trade instrument, pertukaran bahan. Saya tidak bersetuju dan saya nampak pada 16 Jun 2012, Parlimen Australia telah membawa isu ini untuk dibahaskan melalui satu usul oleh Parti Hijau Australia dan akhirnya dimenangi oleh Ahli-ahli Parlimen, 70 undi melawan 68 undi menolak cadangan itu.

Jadi akhirnya kadangkala ini menimbulkan banyak rasa agak malu kepada Malaysia kerana perkara sebesar ini yang melibatkan pembayaran oleh kerajaan Australia sebanyak RM940 juta. Jadi bayaran tinggi. Jadi banyak the stacks are very high, dengan izin. Jadi kalau sekurang-kurangnya kalau kita boleh debatkan, kita boleh undi untuk pastikan segala penyelesaian itu tidak mengheret Malaysia kepada satu kesimpulan ataupun keputusan yang amat-amat memalukan. Jadi sekarang ini kerajaan Australia sudah tolak, kita masih lagi mendabik dada menerusi pernyataan Yang Berhormat Menteri kata, inilah penyelesaian yang terhebat untuk Malaysia.

final • 5:43 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Inilah yang terbaik buat kita. Sedangkan isu utama mereka refugees yang datang ke Malaysia hendak berkahwin dengan warganegara Malaysia pun tidak dapat. Ini saya dapat sendiri daripada kes yang saya teliti. Banyak lagi hak lain ditangkap, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Padang Rengas juga menyatakan bukan sahaja untuk bagi hak mereka ini walaupun mempunyai kad UNHCR, akan tetapi terus kata mungkin melakukan kesalahan lain di bumi Malaysia.

Jadi ini perlu diambil serius oleh kementerian menerusi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada isu yang dibangkitkan bila Malaysia juga sekarang ini menjadi ahli kepada Human Rights Council. Ini mula-mula dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Klang.

Saya hendak quote kenyataan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, The Human Rights Council. Council hak asasi manusia mereka. Di mana Malaysia dipilih, Kerajaan Malaysia dipilih untuk bersama daripada 19 Jun 2010 hingga 18 Jun 2013.

Disebut, “It also signifies the international community’s recognition and appreciation of Malaysia’s commitment to respecting and upholding the inalienable and invisible nature of all human rights at the international and domestic levels”, dengan izin.

final • 5:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Baru hari ini Tuan Yang di-Pertua and jangan cakap minggu ini, di seluruh minggu ini sebelum diperkenalkan pindaan untuk akta ini. Ditangkapnya banyak benar seorang Ahli Parlimen, anggota-anggota daripada Parti Sosialis Malaysia dan terbukti di antara mereka yang ditahan, telah diludah oleh pihak polis, ini dakwaannya. Disepak dan dipaksa minum air daripada tandas dan juga dipaksa menukar baju di depan polis untuk wanita, anggota- anggota wanita. Tahanan wanita. Jadi ini perkara serius bagi saya. Oleh kerana kita bercakap, kita mahu perbaiki track record kita. Segala usaha bagi kerajaan untuk memperbaiki track record itu di dokong oleh pembangkang. Akan tetapi bila di depan mata kita berlaku tangkapan, berlaku pencabulan hak asasi manusia. Jadi seolah-olah kita memang tidak layak langsung berada di dalam Human Rights Council ini.

Ini perlu diperakui oleh Menteri. Saya tidak mahu bila kita buat pindaan-pindaan sebegini beri kekebalan seolah-olah hendak mengaburi mata organisasi luar supaya mengatakan Malaysia ini bersedia menjadi tuan rumah untuk program-program PBB. Apa maknanya itu bila rakyat, warganegara Malaysia sendiri kerana ahli PSM hatta ahli PSM sekalipun, ahli mana-mana parti politik sekalipun adalah warganegara Malaysia yang haknya termaktub bukan sahaja di bawah Perlembagaan Malaysia akan tetapi juga Perlembagaan dan instrumen lain, prinsip lain yang kita persetujui di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri beri komen. Tidak boleh lari daripada hal ini. Oleh kerana di situ dinyatakan nature of all human rights at the international and domestic levels. Bukan ia berkata luar negara sahaja, akan tetapi juga dalam negara. Kalau hendak bercakap luar negara saya hendak sebut tentang isu Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Saya ucap terima kasih kepada Timbalan Menteri kerana menjawab dalam isu yang saya bangkitkan kes Yong Vui Kong dalam ucapan penangguhan hari Isnin.

Akan tetapi pada saya ada banyak kekeliruan daripada pihak kementerian yang tidak memahami prinsip-prinsip asas termasuk juga instrumen mekanisme yang wujud dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Keadilan Antarabangsa ini merupakan organ utama kehakiman PBB iaitu International Court of Justice. Kita tahu dalam isu kes Batu Putihkah mana-mana pun kita memang mengakui tidak ada persoalannya. Jadi saya terkejut bila saya bawakan hak warganegara Malaysia yang berada di luar negara, di Singapura yang dicabuli menerusi sistem perundangan Singapura, Yang Berhormat Timbalan Menteri atau bagi mewakili kementerian tidak memahami sebenarnya apa yang diperuntukkan di bawah Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Saya hendak nyatakan kalau kita tengok ICJ itu sendiri jelas kita punyai hak, kalau kita lihat di bawah Universal Declaration of Human Rights yang diterima pakai oleh United Nations General Assembly pada bulan Disember 1948. Dalam Artikel 10, dengan izin, “Everyone is entitled in full equality to a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal, in the determination of his rights and obligations and of any criminal charge against him”.

Artikel 14 di bawah International Covenant on Civil and Political Rights walaupun kita tidak tandatangani, memberikan banyak ruang kepada mana-mana rakyat yang didakwa di bawah satu kes jenayah yang termasuklah hak untuk satu prosiding kes yang adil dan juga terbuka. Jadi saya fikir dalam hal ini tidak ada alasan yang kerajaan boleh berikan daripada menyelesaikan, membantu warganegara Malaysia yang sedang merengkok dalam penjara di Singapura. Saya bangkitkan tidak ada konsistensi di peringkat kementerian. You bantu sesetengah kes, khusus kes berkait dengan seorang warganegara juga ditangkap kerana mengedar heroin di negara China dibantu dalam kes tersebut. Akan tetapi dalam kes Yong Vui Kong mengambil pendirian Malaysia tidak boleh gunakan instrumen Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk campur tangan dalam kes perundangan negara lain. Saya fikir ini memang langsung menunjukkan bahawa kementerian tidak begitu memahami instrumen-instrumen yang diperakui di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon kerana bila saya nampak pindaan ini apa yang disebut oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi memang benar. Kita tidak mengatakan bahawa segala yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu betul, banyak ketempangan, kesalahan, pencabulan yang dilakukan oleh persatuan tersebut sendiri.

final • 5:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Akan tetapi tidak bermakna kita hilangkan, kita lupuskan kesalahan kita di negara kita ke atas warganegara Malaysia.

Saya sahut baik apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, di mana sedang kita berlumba-lumba hendak ambil perhatian, hendak menarik minat persatuan organisasi antarabangsa, jangan lupa tentang kelemahan ketara oleh PBB itu sendiri. Khusus tuduhan 2004, 2005 tentang salah pengurusan dan rasuah program minyak untuk makanan untuk Iraq di bawah Saddam Hussein yang menyebabkan seruan baru pada ketika itu untuk PBB untuk melaksanakan reformasi.

Sebuah rancangan reformasi yang rasmi telah dimulakan oleh Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan tidak lama selepas beliau memegang jawatan itu pada 1997 termasuk penukaran keahlian tetap untuk Majlis Keselamatan dan menjadikan birokrasi itu lebih streamline, bertanggungjawab dan cekap dan menjadikan PBB lebih demokratik. Akan tetapi ternyata banyak kelemahan yang masih wujud.

Saya fikir yang terbaik di sini untuk kerajaan juga mengetahui banyak negara khusus Israel itu menentang ketetapan yang memerlukannya menghapuskan penempatan- penempatan di Tebing Barat Gaza. Kegagalan ini berpunca antaranya daripada sifat antara PBB ini tidaklah begitu komited, konsisten dan dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar dan tidaklah bebas sepenuhnya. Akan tetapi saya fikir terbaik untuk kita kalau kita hendak pastikan kita punyai suara, kita punyai kredibiliti dalam masyarakat antarabangsa dan boleh mengkritik sebaik mungkin kalau kita sendiri berdiri teguh dengan track record yang baik dari segi menghormati hak asasi warganegara Malaysia termasuk juga warganegara luar di dalam negara kita.

Jadi saya pohon kalau boleh Menteri memperincikan apakah langkah-langkah – tidak cukup dengan memberikan kekebalan yang sedang dilakukan oleh kementerian untuk memastikan kita mengambil kira secara keseluruhan semua prinsip asas. Jangan kita pejamkan mata dengan semua tindakan yang dibuat oleh pihak polis yang tidak langsung menghormati hak asasi rakyat Malaysia, sementara menumpukan seluruh perhatian kepada pemberian kekebalan yang pada saya hanyalah short term measures, dengan izin, penyelesaian dalam jangka masa pendek tanpa melibatkan pemahaman dan juga pelaksanaan penyelesaian yang lebih baik. Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 6:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga mengambil masa yang insya-Allah tidak panjang untuk juga membahaskan rang undang-undang meminda Akta Organisasi Antarabangsa

(Keistimewaan dan Kekebalan) 1992.

Sebagaimana rakan-rakan lain yang berucap sebentar tadi, saya juga melahirkan beberapa kebimbangan apabila kita menyaksikan insiden ataupun perjalanan perkembangan politik dunia apatah lagi semenjak runtuhnya Berlin Wall dan dunia sekarang ini dari segi politiknya berpaksikan kepada apa yang dikatakan daripada dwipolar kepada unipolar.

Di atas isu itu, saya ingin juga memperingatkan Kerajaan Malaysia tentang sejauh manakah kebebasan yang diberikan melalui akta ini akan menjamin berlakunya kerja-kerja perisikan, pengintaian ataupun dengan izin, intercept maklumat-maklumat penting yang hari ini kita sangat mempertikaikan tentang kewibawaan, kebebasan, integriti dan kemerdekaan yang dimiliki oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 6:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Walaupun kita memberikan ruang dan kebebasan serta imuniti yang begitu luas dalam pemindaan akta ini, saya juga ingin menarik perhatian supaya kita juga berhati-hati tentang kebebasan dan sejauh manakah terlepasnya pengaruh kuasa besar Amerika hari ini terhadap mana-mana badan ataupun agensi yang termaktub di bawah PBB ini.

Saya ingin mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dengan kita merujuk kepada sebuah buku yang ditulis oleh John McClain, The Post Gulf War yang juga pengarang kepada buku, The Pipelines War yang menyaksikan campur tangan keterlaluan Amerika terhadap dua negara ini walaupun di atas nama PBB untuk menubuhkan satu pasukan penyiasat ke atas apa yang dikatakan isu the weapon of mass destruction dengan izin.

Jadi di atas mandat itu, satu pasukan telah pun dihantar di atas nama PBB untuk menyiasat sejauh manakah kebenaran bahawa Iraq pada waktu itu memiliki kuasa ataupun senjata pemusnah. Seingatan saya, seorang diplomat terkemuka dari Britain telah mengetuai pasukan itu dan akhirnya mati dalam keadaan yang misteri setelah mendedahkan bahawa Iraq tidak punyai weapon of mass destruction dan sampai hari ini juga kematian itu tidak tergali misterinya walaupun pasukan itu dihantar dengan mandat PBB di bawah Resolusi 1441.

Jadi oleh kerana terdapatnya campur tangan ataupun PBB yang tidak terlepas daripada pengaruh Amerika, akhirnya serangan terhadap Iraq dalam Perang Teluk yang kedua itu tetap berlaku dan implikasinya dapat kita lihat sampai pada hari ini di mana keamanan di Iraq itu masih jauh daripada apa yang diimpikan ataupun alasan yang diberikan untuk menyerang Iraq pada waktu itu. Jadi alasan bahawa Iraq memiliki kuasa ataupun memiliki senjata pemusnah itu tidak dapat dibuktikan dengan bukti yang empirikal.

Ketua penyiasatnya mati dalam keadaan misteri. Iraq dimusnahkan. Semuanya dibuat atas nama PBB.

Jadi saya sengaja mengambil insiden itu dan apatah lagi bila kita meninjau jauh tentang serangan ke atas Afghanistan yang juga seorang diplomat Amerika menulis dalam satu jurnal yang kita baca selepas daripada itu bahawa yang sebenarnya yang berlakunya, penyerangan ataupun penaklukan ke atas Afghanistan itu bukanlah isu Taliban, bukanlah isu terrorism tetapi isu pipelines war. Isu apa yang dikatakan bagaimana Amerika nanti akan dengan lebih mudah untuk menyalurkan gas dan hasil petroleum daripada selatan Rusia untuk sampai ke Teluk Benggala. Itu isunya yang sebenarnya.

Jadi dengan sebab itu, semuanya dibuat atas mandat PBB. Semuanya dibuat di atas lesen PBB yang mengikut akta ini diberikan kebebasan, peribadinya, kediamannya, kenderaannya, hartanya. Jadi itu juga harus kita lihat dalam konteks tentang keselamatan negara daripada pengaruh luar dan sejauh manakah yang saya pertikaikan nanti badan- badan ini akan terlepas daripada pengaruh kuasa-kuasa besar dunia...

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 6:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Saya hendak balik dalam masa tiga minit lagi. Tidak payah. Tidak bagi laluan... [Disampuk] Okey.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat tadi berhubung dengan apa yang berlaku di Iraq. Bersetujukah Yang Berhormat kalau saya mengatakan bahawa apa yang berlaku di Iraq sebenarnya adalah hasil daripada perpecahan dan perebutan kuasa di antara orang-orang Iraq sendiri yang sehinggakan sanggup menjemput pihak luar, kuasa asing iaitu Amerika untuk membantu mereka mengalahkan Saddam Hussein sebagai pemerintah waktu itu dan menggunakan alasan weapon of mass destruction sebagai satu alasan yang tidak wujud di dalam negara Iraq?

Sebenarnya ini yang berlaku yang menyebabkan pihak Amerika mengambil kesempatan untuk menyerang Iraq, menundukkan Saddam Hussein dan untuk menguasai minyak di Timur Tengah. Bolehkah kita bersetuju bahawa inilah apa yang berlaku di sana dan sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita di dalam negara Malaysia ini?

final • 6:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 6:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Bagaimana untuk menjawab persoalan sahabat saya dari Pasir Salak, tidak disebut dalam riwayat “Ayam keluar mencari musang”. Yang mencari ayam itu adalah musang. Jadi memang saya boleh akui dalam mana-mana sejarah dunia pun, termasuk kejatuhan Melaka sendiri pun dan mana-mana empayar pun, akan berlaku unsur dalaman tetapi yang pentingnya ialah bagaimana kuasa besar dunia akan menggunakan setiap ruang itu untuk mencapai kehendak mereka.

Dalam isu Afghanistan dan Iraq, kita boleh berkongsi pengalaman bahawa yang menjadi matlamat mereka adalah minyak. Hasil petroleum yang mereka ingin jadikan sebagai dalam istilah lain adalah untuk mereka menjadikan ia milik mereka. Mereka ingin memonopoli hasil petroleum ini.

Jadi untuk itu saya merasakan atas semangat yang kita cuba berbahas melalui pindaan kepada akta ini, cuma satulah untuk kita berkongsi dan mengambil pengajaran ialah walau apa pun kebebasan yang kita berikan kepada mana-mana mereka yang menjejaki ataupun mendapat keistimewaan di bawah dalam dunia diplomatik apatah lagi di bawah nama PBB dalam bidang pendidikannya, ekonominya dan pelariannya, tetapi saya rasa bottom linenya tentang keprihatinan kita dan kebijaksanaan kita dalam melayani mereka juga adalah mesti juga kita ambil perhatian supaya apa juga perkara yang disebut sebentar tadi yang mungkin sebahagiannya pandangan bernas Yang Berhormat Pasir Salak petang ini, saya rasa bolehlah kita ambil sebagai suatu pengajaran yang harus kita kongsi bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan Yang Berhormat Balik Pulau berbahas Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan). Yang Berhormat Menteri, pertama sekali saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai kuasa yang diberikan kepada menteri dalam menyenaraikan agensi-agensi terutama sekali di dalam fasal 2 yang dipanggil sebagai Agensi Khusus kerana di sini diberi senarai. Di bahagian (j) nya itu diberi perkataan yang agak longgar. “Apa-apa agensi lain yang mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menurut Perkara 57”. Jadi, saya memohon Yang Berhormat Menteri jelaskan kepada Dewan ini apa rasionalnya kerana diperlukan sebegini.

Yang Berhormat Menteri, kita tahu sejarah menunjukkan bahawa peri pentingnya keistimewaan dan kekebalan ini kerana kita telah lihat bagaimana satu kes di Malaysia melibatkan pelapor kebebasan, hakim dan juga peguam iaitu Datuk Param Cumaraswamy yang dihadapkan ke mahkamah dan perkara tersebut dibincangkan di mahkamah dan hanya di peringkat Mahkamah Rayuan kalau tak silap saya, perkara tersebut mendapat pengiktirafan. Saya rasa perkara tersebut berlaku bukan sahaja dinamik di dalam mahkamah tetapi dinamik di luar mahkamah iaitu dari peringkat hubungan antarabangsa dan saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia di peringkat ini kerana mahu bersama-sama dengan warga dunia, apa yang dipanggil sebagai United Nations.

Yang Berhormat Menteri, saya secara khusus memohon pertimbangan kementerian ini, mungkin Menteri yang khusus, mempertimbangkan agensi-agensi seperti SUHAKAM contohnya, agar juga diberi keistimewaan ini kerana pada pandangan saya SUHAKAM kalau tak salah saya secara sejarahnya walaupun sepatutnya dibentuk secara bebas, kalau tak salah saya, betulkan fakta ini kalau saya salah. Bermula juga di atas tuntutan-tuntutan perundangan antarabangsa terutama sekali komitmen Malaysia terhadap undang-undang Bangsa-bangsa Bersatu, terutama sekali United Nations Declaration of Human Rights yang bermula seawal 1940-an. Terbentuk kalau tak salah saya juga ialah ketika mana dipimpin oleh Tun Musa Hitam, ia dimulakan dengan aktifnya di peringkat Kementerian Luar.

Sekarang ini telah mempunyai satu institusi yang walaupun saya rasa boleh dipertingkatkan lagi, saya agak bangga dengan usaha ini kerana semakin hari saya tengok perkara tersebut makin bertambah baik.

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Yang Berhormat menteri, kenapa saya kata pentingnya agensi seperti SUHAKAM diberi keistimewaan ini, mungkin boleh dipertimbangkan ialah apa-apa agensi lain yang mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana secara jelas komitmen SUHAKAM itu antara lainnya ialah memberi komitmen kepada, dengan izin, adhere to the Universal Declaration of Human Rights 1948 to the extent that it is not inconsistent with the Federal Constituent. Ini saya faham, kita faham apa kerangka Perlembagaan Malaysia tetapi saya sering mendengar teman-teman di Dewan yang mulia ini, kadang-kadang Yang Berhormat Pasir Salak, kita bercakap, kita punya hak asasi dengan acuan kita sendiri. Ya, itu ada kan? Betul ada, itu perbahasan kita tetapi apabila kita mengambil pendekatan bergerak ke depan menyantuni perundangan-perundangan antarabangsa ini, hujah-hujah acuan kita sendiri itu perlu diperjelaskan lagi terutama apabila dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai.

Terdapat banyak lagi triti ataupun kita panggil undang-undang antarabangsa, terutama sekali yang didukung oleh Bangsa-Bangsa Bersatu ini yang masih lagi kita agak ke belakang di dalam menandatangani apatah lagi meratifikasikan perkara tersebut.

Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh melengkapkan lagi senarai-senarai yang diberikan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai ini supaya Dewan yang mulia ini tahu apa lagi undang-undang antarabangsa, tuntutan yang kita belum ratifikasi. Mungkin tidak semua, terutama untuk senarai kerana setiap alasan ataupun pendirian kerajaan untuk tidak menandatangani, saya rasa punya alasan yang di bawah kerangka acuan kita sendiri itu walaupun saya secara peribadi, secara jelas mengatakan saya tidak memegang hujah itu kerana hujah acuan sendiri, Asian values itu ialah hujah yang telah dibahaskan seawal 80- an dan sehingga kini telah ditolak di peringkat antarabangsa.

Walaupun kita punya, terutama sekali saya kata begini, apabila Tuan Yang di- Pertua, sengaja saya timbulkan supaya Tuan Yang di-Pertua - tidak menarik sangat pun tetapi saya ingin menarik perhatian. Tuan Yang di-Pertua, akta ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, memang bertepatan kerana pada pagi yang mulia ini kita juga terima maklum balas kerajaan terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM. Jadi, saya ingat bulan yang lalu, kita berbahas dan antara isu dibangkitkan oleh Pengerusi SUHAKAM ialah Dewan yang mulia ini tidak berbahas laporan-laporan tahunan SUHAKAM yang mempunyai pelbagai rekomendasi. Di sini saya ingin ingatkan kepada Dewan yang mulia ini, rekomendasi ataupun tanggungjawab SUHAKAM itu ialah statutory obligation ataupun tanggungjawab- tanggungjawab statutori yang kita sama-sama luluskan di Dewan yang mulia ini. Adalah malang kalau kita tidak mengangkat rekomendasi-rekomendasi SUHAKAM itu di atas apa- apa alasan tetapi apabila ianya tidak dibahaskan, saya rasa ini akan dipandang agak kurang baik kalau pada masa yang sama kita mengangkat agenda-agenda yang lain.

Yang Berhormat menteri, saya tidak bertujuan untuk mendapat jawapan kenapa, contohnya di sini antara isu yang dibangkitkan ialah isu kebebasan bersuara dan maklumat, isu kebebasan berhimpun, yang mana di sini kesemua cadangan SUHAKAM ini telah ditolak oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri.

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya memahami apa yang dipanggil sebagai UN Human Rights Mechanism itu ataupun Mekanisme Bangsa-Bangsa Bersatu antara lainnya ialah mempunyai rapporteur yang diperlukan memang untuk tujuan-tujuan siasatan. Ini yang diperbahaskan, saya rasa Yang Berhormat menteri lebih arif. ASEAN telah bergerak ke hadapan apabila terbentuknya piagam ASEAN tetapi malangnya, saya telah membuat kajian di Dewan yang mulia ini, kita tidak berbahas pun mengenai isu piagam ASEAN yang sebenarnya telah membawa ASEAN kepada satu tahap bagi saya walaupun tidak semua, ke satu tahap yang lain.

Contohnya, sekarang ASEAN sudah ada, dengan izin, ASEAN Inter Governmental Commissions of Human Rights yang mana Artikel 14, fasal 14 dengan khusus menuntut negeri-negeri ASEAN, bukan saya mempertahankan, malah mempromosikan hak asasi manusia itu dan hak asasi manusia secara langsung memberi hubungan kepada tuntutan- tuntutan di Bangsa-bangsa Bersatu walaupun pendekatannya dikatakan dengan consensus dan sebagainya tetapi saya rasa perkara itu perlu dimaklumkan di Dewan yang mulia ini.

final • 6:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau

Ada soalan kah? Ada juga, okey.

final • 6:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau dan juga terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Balik Pulau. Di samping kita sebagai sebuah anggota masyarakat antarabangsa yang perlu menghormati dan juga sebanyak yang boleh, semampu yang boleh, kita mematuhi apa yang ditetapkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Namun begitu, Yang Berhormat sudah pasti juga setuju dengan saya dan sedar akan perkara yang berlaku di mana keputusan-keputusan ketetapan Bangsa-Bangsa Bersatu ini banyak yang disalahgunakan. Diambil kesempatan oleh negara-negara besar yang mana keputusan- keputusannya tidak adil dan tindakan yang berikutnya merupakan tindakan yang menindas setengah-setengah masyarakat dunia dan negara-negara lain.

final • 6:10 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Seperti apa yang berlaku di Iraq dan juga di Afghanistan. Ini perkara yang telah berlaku jelas di depan mata kita, bercakap soal hak asasi, bercakap soal hak-hak demokrasi tetapi semuanya itu yang diputuskan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dan dilaksanakan oleh kuasa besar seperti Amerika dan juga anggota NATO umpamanya, tidak mendatangkan kebaikan, malah mendatangkan kemusnahan di beberapa buah negara dan rakyat negara itu. Jadi, apa perlunya kita setiap kali bercakap, semuanya kita kena ikut walaupun tidak sesuai di negara kita. Di Malaysia ini pun kita bercakap soal hak asasi, soal demokrasi tetapi tidak semestinya demokrasi di Malaysia ini kita mesti ikut ala Amerika. Ia boleh buat tanpa had. Tidak ada absolute, kebebasan yang mutlak. Kalau kita benarkan kebebasan yang mutlak, hancur negara kita ini. Semua orang boleh tuduh, buat fitnah, buat macam-macam walaupun tanpa alasan yang kukuh, tanpa bukti yang kukuh. Ini gerakan Bersih umpamanya, pada 9 Julai ini.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Pasir Salak, panjang lagikah?

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tak, sedikit sahaja. Kalau hendak suruh pendek, saya hendak buat kenyataan di sini, penganjur BERSIH ini, Ambiga ini, saya minta polis tangkap sahaja. Tahan di bawah ISA. Tidak perlu tunggu 9 Julai, bila berlaku kekecohan baru hendak tangkap dia kerana kita sudah melihat the potency, kemungkinan. Maknanya, sudah wujud, ianya mengancam keselamatan, mewujudkan kegelisahan. Mungkin tidak di kalangan pembangkang kerana mereka menyokong.

Pembangkang menyokong dia tidak gelisah tetapi rakyat yang berjuta-juta di dalam negara kita ini yang tidak ada kepentingan di dalam BERSIH ini, mereka punya kepentingan tergugat.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Boleh saya...

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi, maknanya, sudah wujud alasan, maka perlunya tindakan diambil. Saya minta pihak berkuasa, setuju tidak Yang Berhormat kalau saya katakan bahawa pihak berkuasa perlu menangkap penganjur BERSIH ini, pemimpin utamanya iaitu Ambiga, apa nama pun tidak tahu. Saya hendak sebut pun susah tetapi penganjur itulah yang bercakap soal hak tiap-tiap rakyat untuk berdemonstrasi, untuk menunjuk perasaan dan sebagainya. Apa faedahnya buat ini semua kalau tidak menguntungkan negara kita?

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey, boleh...

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kalau hendak buat bantahan, hendak buat memorandum, dua tiga orang pun boleh serah memorandum. Apa perlu ratus- ratus ribu? Sekian, terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak kerana membangkitkan isu yang saya rasa penting sebenarnya dan saya rasa Tuan Yang di-Pertua, isu ini kita patut ada ruang untuk bahas tetapi kita guna peluang ini.

Yang Berhormat Pasir Salak kata demokrasi pelbagai. Sekurang-kurangnya lebih 500 definisi demokrasi kalau siapa yang belajar mengenai demokrasi, lebih daripada 500 definisi tetapi yang saya tekankan di sini, pertama sekali Yang Berhormat Pasir Salak ialah tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh BERSIH itu, sekurang-kurangnya, ini hujah saya, ialah pertama sekali dia menuntut kepada satu pilihan raya yang bebas dan adil. Di situ Yang Berhormat Pasir Salak, teman-teman di sana berbahas, kalau tidak adil macam mana di sini boleh menang.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ia pergi kepada keputusan tetapi due process. Proses juga penting. Ada yang mengandaikan kalau adil mungkin sudah ramai di sana tetapi bagi saya kenapa kita perlu berhujah di situ...

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Nanti dahulu, nanti dahulu.

Akan tetapi khusus terhadap isu Ambiga ini, saya ingin mengatakan bahawa Yang Berhormat Pasir Salak, saya tidak bersetuju untuk beliau ditangkap. Pertama sekali ialah beliau di sini cuba menganjurkan ataupun melakukan satu perkara yang dipertahankan di bawah hak asasi manusia.

Tadi Yang Berhormat Pasir Salak mengatakan kenapa perlu kita ikut Bangsa- Bangsa Bersatu. Itu sejarahnya ialah apabila negeri-negeri mengambil pilihan menyertai, pada pandangan saya, mungkin orang kementerian boleh membetulkan fakta ini, di situ telah timbul perbahasan isu sovereignty negara. Sebab itu apabila kita masuk dalam ruang ini, kita sudah ambil pilihan. Ada pilihan iaitu kerangka luar negara. Akan tetapi isu yang lebih penting di sini saya melihat Yang Berhormat Pasir Salak, kalau isunya isu jenayah, kita cerita jenayah. Sekarang ini Ambiga belum di ini tetapi saya tengok rakan baik saya Yang Berhormat daripada Sungai Siput, saya beri contoh...

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Nanti, nanti. Hendak habis, sudah sedikit. Yang Berhormat Sungai Siput ditahan di bawah seksyen 121...

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya, hendak habis sudah, hendak habis sudah.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya baru masuk. Saya difahamkan bahawa yang sedang dibahas ini rang undang-undang yang ada kaitan dengan antarabangsa.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Daripada antarabangsa kamu bawa dia pergi demonstrasi street jalanan. Kalau saya biarkan...

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

So, tak payah jawab Yang Berhormat Pasir Salak ya?

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya biarkan, bermakna saya tidak menjalankan tugas.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, kalau perkara yang tidak kena-mengena yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak itu tak payahlah jawab kerana bila you jawab, Yang Berhormat Pasir Salak sudah pun berdiri.

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, kalau betul pun ada benda yang hendak disampaikan, apa perlu tunjuk perasaan sampai 500,000, 700,000, 1 juta? Tulis sahajalah surat. Apa perlu? Saya hendak tanya, apa perlu demonstrasi beratus ribu orang?...

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya jawab sedikit Tuan Yang di-Pertua untuk...

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Hendak tunjuk apa? Hendak tunjuk kekuatan?

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey, okey.

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tunjuk kekuatan itu silat pencaklah kekuatan.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli Yang Berhormat, pasal saya dengar juga sekarang ini rakyat di pelosok sebuah negara, di kampung-kampung mahu buat demonstrasi juga, minta dengar sama orang bandar, apa pula pendapat mereka... [Ketawa] Jadi, panjang sangat cerita ini. Berhentikan di situ.

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi, tidak perlu tunjuk perasaan.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tumpukan kepada Bangsa-Bangsa Bersatu, organisasi antarabangsa, bukan apa yang diperbahaskan di luar sana. Setiap hari pun 24 jam dibahas.

Jangan lagi dibawa ke sini.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya gulung.

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tak perlu dibahaskan lagi.

Hantar sahaja surat. Tak payah demonstrasi.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Pasir Salak, kita bercakap pasal antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, hak asasi manusia sejarahnya bermula apabila berlakunya apa yang dipanggil sebagai tyranny of state. Apabila berlaku tirani negara terhadap hak asasi rakyat. Akan tetapi di sini kita melihat bahawa apabila kerajaan mengatakan boleh berhimpun, tidak boleh berhimpun, ialah pandangan dia memang sejarah hak asasi manusia ini bukan untuk mempertahankan kerajaan...

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Nantilah dahulu, tak habis jawab lagi ini. Janganlah.

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia mengundang reaksi daripada orang ramai.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya lah, Bangsa-Bangsa Bersatu ini...

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bangsa-Bangsa Bersatu tidak usah diikutlah itu.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, kalau ini tidak berhenti, saya akan panggil Ahli Yang Berhormat yang lain untuk berhujah mengenai dengan soal ini.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey, jangan kacau saya Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, jadi untuk menjawab itu, pertama sekali kita ambil jalan tengahlah, Pasir Salak dengan Balik Pulau ini dia kawan. Untuk jalan tengah Yang Berhormat Menteri, saya memohon agar pada 9 Julai tersebut special rapporteur daripada Bangsa-Bangsa Bersatu boleh datang, kalau tidak boleh, saya sendiri akan jemput datang supaya dia buat pemantauan. Kita tengok...

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Janganlah bangun. Tak habis hendak jawab ini.

final • 6:20 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kita tidak perlu rapporteur daripada Bangsa-Bangsa Bersatu. Kita boleh jaga negara kita sendiri.

final • 6:20 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sudah boleh jaga, jagalah demonstrasi itu bagi jadi aman.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sebab di sini apabila pengerusi SUHAKAM, pengerusi SUHAKAM ini dia ada elemen antarabangsanya Tuan Yang di-Pertua, kerana SUHAKAM ialah satu badan yang memberi komitmen kuat kepada UNDHR 1948. Kita tahu antara perkara-perkara yang kita berbeza pendapat di New York kah, adalah perkara-perkara merujuk kebebasan beragama. Ada lagi, economic and social culture rights tetapi kita tidak punya berbeza pendapat mengenai isu-isu kebebasan berhimpun dan bersuara. Saya rasa di sini kerajaan perlu akur kerana saya melihat apabila kerajaan katanya di sini tidak bersetuju dengan SUHAKAM mengenai cadangan kebebasan berhimpun.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ini kerana SUHAKAM telah mengeluarkan satu laporan khusus Tuan Yang di- Pertua, iaitu firma assembly report yang telah dibawa ke sini tetapi tidak dibahaskan, cadangan-cadangan di situ dan impericals evidence yang menunjukkan bahawa salah laku- salah lakunya itu dan keganasannya banyak bermula daripada pihak kerajaan, pihak pegawai polis. Itu fakta dan inkues telah dibuat dan di sini kalau hendak kata hendak ambil jalan tengah pun saya yakin kalau kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri diberi peluang untuk membentangkan perkara ini, berapa permit di bawah seksyen 27(5) itu yang telah dibenarkan.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sebab di sini dia menyanggah, tidak perlu ikut United Nation Human Rights tetapi saya menyoal, kalau tidak mahu ikut, ini saya rasa Kementerian Luar Negeri punya bebanan terutama sekali apabila menjadi ahli kepada Human Rights Council yang mungkin akan bermesyuarat di Geneva.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, tadi saya mohon penjelasan Kementerian Luar Negeri. Saya cadangkan kita jemput special rapporteur ke sini untuk melakukan siasatan kerana biarlah kita dapat satu pemantauan yang bebas walaupun pandangan SUHAKAM kita tidak hendak pakai, walaupun Tan Sri Hasmy Agam pun sendiri kata boleh perhimpunan aman, kita berkumpul dan kita bawa special rapporteur.

Yang kedua Yang Berhormat Menteri, saya juga berkaitan pada itu, apa salahnya kerana suatu ketika dahulu saya rasa Komanwel pun ada memberi ruang kepada pemantau-pemantau bebas untuk memantau pilihan raya kita. Jadi, saya rasa mungkin dengan peluang ini pemantau-pemantau ini boleh datang kerana baru-baru ini dapat isu ada tarikan antarabangsa Ambiga, Sivarasa dan kawan-kawan tidak dapat masuk Sarawak.

Mungkin ada alasan-alasan tersendiri disebabkan undang-undang imigresen kita.

Akan tetapi ini mengundang reaksi-reaksi badan antarabangsa dan saya difahamkan perkara ini dibawa ke pihak antarabangsa. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Parlimen kerana memberi peluang kepada saya ketika baru ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kebetulan saya di third committee, Hak Asasi Manusia dan isu ketika itu yang dibentangkan oleh Profesor Manfred Nowak, kebetulan profesor saya daripada Vienna University. Mengenai bagaimana apabila selaku special rapporteur, beliau tidak dilayan atau tidak diberi layanan yang sepatutnya ketika beliau mahu melawat Zimbabwe.

Di lapangan terbang, beliau telah diberi pelbagai tekanan sehingga tidak dapat masuk dan sebagainya. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana saya dapat makluman dan fakta, request dari special rapporteur untuk datang ke negara kita. Special rapporteur United Nations tidak diberi layanan dan saya rasa Malaysia tidak sezalim apa yang berlaku di Iraq kepada Sergio Vieira, seorang special rapporteur dari Brazil yang mati dalam buku Chasing The Flame hari itu. Akan tetapi Malaysia bukan begitulah saya rasa. Malaysia, saya yakin di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini respons kepada dunia luar dan mahu Malaysia dilihat hebat dan saya cadangkan kepada Menteri Luar Negeri cuba menghalusi undang-undang terutama komitmen-komitmen kita di Bangsa-Bangsa Bersatu dan kita cuba beri komitmen sebaik yang mungkin.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung sedikit apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai terutamanya isu perjanjian antara Malaysia dan Australia melibatkan hampir 800 lebih refugee yang akan dihantar ke Malaysia. Kebetulan, dua hari sudah Ahli Parlimen Australia ke sini memaklumkan kepada kita bagaimana perkara itu dianggap serius, di Australia didebatkan di Parlimen, tetapi di sini sunyi sepi. Tidak ada. Saya yakin Kementerian Luar Negeri punya jawapan dan mungkin boleh menjelaskan kerana kita tahu, kita dari segi rekod menangani refugee di Malaysia, saya rasa kita belum lagi menandatangani perjanjian. Malah, dimaklumkan juga right to education, hak yang paling asas pun kita tidak beri.

Saya juga dimaklumkan, kebetulan juga terlibat dengan kes-kes refugee di peringkat mahkamah-mahkamah bawah ini, mereka ini hendak bekerja pun susah. Jadi, saya rasakan Yang Berhormat Timbalan Menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan di Dewan yang mulia ini, bagaimana kita boleh berkata kita boleh menguruskan...

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Balik Pulau...

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ada masa lagikah Tuan Yang di-Pertua? Ada berapa minit Tuan Yang di-Pertua, saya ada masa berapa minit lagi?

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat benarkan dia?

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ada berapa minit masa sebab dia kakanda...

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa belum dihadkan.

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Belum? Jadi, kakanda boleh.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya kesal Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Balik Pulau punya beberapa perenggan kenyataan. Perhimpunan haram yang bakal dianjurkan 9 hari bulan ini...

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sudah masuk refugee ini.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya hendak respons yang telah dikatakan....

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Oleh sebab Tuan Yang di- Pertua kata nanti isu itu panjang. Masa tidak ada.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh dua-dua Ahli Yang Berhormat berdiri. Satu duduk... [Dewan riuh] Duduk Yang Berhormat Balik Pulau because you give the floor to him.

Nanti biar saya yang buat ruling.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, saya rakyat Malaysia yang setia dan cinta kepada negara saya. Perkataan Yang Berhormat Balik Pulau, perhimpunan-perhimpunan kalau berlaku keganasan berpunca daripada polis. Satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Polis ialah anggota yang dipertanggungjawabkan keamanan. BERSIH ini motifnya lain. Pilihan raya kita memang jelas, adil, saksama.

Kerajaan kalah dikatakan kalah, kerajaan menang dikatakan menang tetapi ada motif yang lain yang cuba disembunyikan atas perkataan-perkataan perhimpunan aman. Hendak panggil orang Bangsa-Bangsa Bersatu untuk meninjau. Saya pasti Tuan Yang di-Pertua, kalau ikut respons daripada pelbagai pihak, pertumpahan darah akan berlaku dan ia tidak memberikan manfaat kepada negara ini.

Jadi, kenyataan-kenyataan kita yang sebenarnya ‘baling batu sembunyi tangan’ ini Tuan Yang di-Pertua. Dunia sudah tahu. Ini hanya hendak menyelamatkan tengkuk seorang yang memang sudah terdesak, memang sudah tersepit. Jadi, cuba hendak dihalalkan dengan pelbagai tindakan, konon dalam bahasa yang senang difahami, untuk membuat pembelaan. Saya harap Yang Berhormat Balik Pulau, janganlah kita menjadi ‘musuh dalam selimut’ kepada negara kita sendiri. Sesuatu yang tidak sepatutnya kita lakukan...

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kakanda, Yang Berhormat Sri Gading boleh pendekkan sedikit?

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau kita cinta kepada negara kita. Saya cuma hendak lahirkan rasa kesal atas kenyataan perenggan-perenggan yang...

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya, terima kasih. Boleh?

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang saya rasa tidak bertanggungjawablah. Sebagai ahli Parlimen, kita berhati-hatilah supaya kita jadi contoh yang baik kepada rakyat negara, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Atas perkara yang sama, boleh Yang Berhormat Balik Pulau?

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Boleh, boleh.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.

Yang dihormati Tuan Yang di-Pertua, saya mengikuti walaupun tidak sepenuhnya memahami antara reaksi dan tujuan. Akan tetapi saya meneliti rang undang-undang ini secara keseluruhannya. Saya hendak menyatakan pandangan sekali gus hendak tanya pendapat rakan-rakan.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Oleh kerana terlalu ramai, banyak pihak yang bercerita tentang BERSIH, perhimpunan dan sebagainya tetapi baru sekejap, tidak pernah lagi dalam dua minggu saya dengar perkataan pertumpahan darah. Baru hari ini, baru sekejap tadi saya dengar pertumpahan darah. Rasanya gerun dengar itu. Saya tidak rasa ada motif ini pernah ditimbulkan atau tercetus selain daripada yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading sahaja. Jadi, saya rasa begini pandangan...

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Pandangan, saya hendak tanya pandangan...

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, ratus ribu rakyat yang cinta kepada negara ini sanggup korbankan darah dan nyawa Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Lebih, berjuta-juta...

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jadi kalau bertembung dua kepentingan ini...

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Rakyat memang cintakan negara kita.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini yang saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, saya melahirkan rasa kekhuatiran sebelum berlaku.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya pun bersetuju...

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau sudah berlaku, peristiwa 1969 Tuan Yang di-Pertua, asalnya daripada jalanan...

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Oleh sebab itu kita kena ambil ikhtiar.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kita menyebabkan rasa marah puak-puak yang ada di Kuala Lumpur, pertembungan bangsa.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Oleh itu kita perlu ambil iktibar.

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini yang kita tidak hendak berlaku. Orang yang tidak berdosa menjadi korban. Kita bukan Mesir Tuan Yang di-Pertua.

Kita Malaysia, kita bukan negara Arab tidak.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Oleh kerana...

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kakanda, Yang Berhormat Sri Gading boleh...

final • 6:30 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Negara kita alhamdulillahlah.

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Bagi adinda Balik Pulau cuba jawab.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh? Sedikit sahaja.

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Pendek? Okey, okey.

final • 6:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya rasa begini, ada pandangan daripada pihak-pihak lain yang perlu saya rasa kita timbang. Apa salahnya Tuan Yang di-Pertua, kalau rasa tidak boleh hendak tarik balik, hendak nasihatkan supaya berundur tidak ada.

Hendak nasihatkan supaya ambil langkah-langkah pun tidak mahu dengar. Apa kata kita sama-sama ambil peristiwa ini untuk kebaikan. Katakan pihak yang berkuasa cuba memastikan mereka ini tidak melanggar undang-undang, berarak macam biasa. Kita buktikan bahawa perarakan ini benar-benar perarakan yang tidak seperti perarakan yang pernah berlaku di negara lain. Apa kata...

final • 6:30 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, siapa dia – Yang Berhormat Indera boleh jamin kah? Boleh jamin kah?

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Bagi peluang kepada saya, ini floor saya.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, biar saya bercakap daripada Ahli Yang Berhormat bercakap. Duduk Yang Berhormat Indera Mahkota, duduk Yang Berhormat Balik Pulau. Tidak mengapalah, saya yang bercakap. Ahli Yang Berhormat dengar.

Ahli-ahli Yang Berhormat, semua hujah Ahli-ahli Yang Berhormat benar-benar belaka. Masing-masing punya pendapat. Itulah ada Parlimen, berbahas tetapi tidak semestinya apa yang dihujah oleh seseorang itu betul. Tidak semestinya, jadi kesabaran mesti ada. Tahap pemikiran berbeza-beza. Mungkin apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading itu pemikiran dia dalam soal demokrasi tetapi apa yang kita nampak demokrasi ini memang ada berbunuh-bunuhan. That’s the price that you have to pay for democracy.

Everywhere! Ada! Nyata! Jadi, maka jangan bertengkar kepada sesuatu yang semua kita tahu. Berbahas secara berhemah. Kalau di sini pun tidak boleh exercise kontrol, luar sana lagi boleh exercise kontrol? Yang lain tidak faham pun apa itu demokrasi.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, exercise kontrol di sini semoga pengikut-pengikut sesiapa sahaja di situ dapat juga ikut kepada ketuanya. Kalau di sini tidak di exercise kontrol, di sana apa yang dia mahu exercise? Terima kasih.

Sila Yang Berhormat Balik Pulau teruskan dengan hujah yang berhemah. Sama- sama kita sabar. Melanggar peraturan mesyuarat pun kadang-kadang pura-pura saya tidak dengar.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Balik Pulau okey, Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Supaya saya pun ikut sabar. Sila.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Senyum Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Setuju Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan senyum tetapi kalau senyum itu senyum...

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Senyum kambing. [Ketawa] Senyum kambing.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sinis. Sila, sila.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membetulkan keadaan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kebetulan saya sebelum menjadi Ahli Parlimen, saya adalah pemantau ketika berlakunya 98 perhimpunan-perhimpunan ini, kebetulan. Secara peribadi perkara itu dilaporkan dengan SUHAKAM, saya bersama dengan saya ingat lagi Dr. Mehrun Shiraz dan sebagainya yang telah tidak disambung sebagai suruhanjaya.

Yang Berhormat Pasir Salak dan kakanda kita Yang Berhormat Sri Gading, sejarah perhimpunan haram ini bukan satu sejarah yang kita kata permaidani merah. Tidak ada. Selalu sebegitu, mana-mana negara dan dia selalu bermula saya katakan dengan tegas lagi, tyranny of the state. Maksudnya, tekanan daripada negara kepada rakyat. Selalu macam itu tetapi yang ingin saya jawab di sini dalam masa ringkas ini ialah apabila berlaku perkara-perkara begitu, hak rakyat ada untuk berkumpul, hak rakyat untuk bersuara ada dalam Perlembagaan, ditafsir sekian-sekian rupa tetapi kita tidak mahu sehingga hari ini ia hanya menjadi monopoli pak Menteri, monopoli pak penguasa.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya boleh memberi satu sudut andaiannya tadi hak asasi majoriti yang di - tetapi bayangkan bagaimana hak asasi yang sebelah sini pula. Persoalannya di sini, kedua-duanya penting dan apatah lagi kalau ianya cuba dilakukan di dalam ruang seperti yang dijanjikan iaitu satu perhimpunan aman.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Bagi saya, apabila timbul perkara ini, saya mahu menggunakan pendekatan Bangsa-bangsa Bersatu yang sentiasa menggunakan mekanisme hak asasinya yang dipanggil special rapporteur. Ini kerana special rapporteur ini dipertanggungjawabkan untuk menyediakan laporan-laporan dan mereka yang dilantik ini saya rasa Malaysia selain dari Param Cumaraswamy, saya tidak ingat siapa yang dilantik. Akan tetapi kita ada special envoy hantar ke Myanmar untuk berdepan dengan Junta tetapi itu pun rekodnya ditempelak kerana maklumat kita terima isu tidak selesai tetapi dibawanya perniagaan. Itu isu lain tetapi isu yang saya bangkitkan di sini ialah kenapa kita hari ini apabila membicarakan hak asasi rakyat, kita selalu hanya nampak daripada sisi pemerintah...

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Anakanda Balik Pulau.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Belum lagi, belum habis lagi ni.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya hendak celah sedikit sahaja.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Selepas ini respons.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Celah sedikit sahaja. Nanti you sambunglah.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Boleh? Okey. Seronok ni.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

You kan orang bijak pandai.

Seribu lebih bantahan report polis Tuan Yang di-Pertua. Apakah kita tidak menghormati, ini juga kehendak rakyat yang terbesar. Sejumlah 350,000 silat lincah hendak keluar ke jalan raya. Apakah ini tidak ada rasa kegerunan kepada kita? Pihak polis kena ambil tindakan.

Dia kena membuat pertimbangan. Apakah kita tidak boleh berterima kasih atau bertimbang rasa kepada pihak polis? Yang kedua-duanya hendak dilayan seperti Yang Berhormat Balik Pulau kata hak rakyat berkumpul. Betul tetapi seribu lebih orang membuat bantahan, report polis.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang menyatakan mereka tidak bersetuju. Apakah kita hendak menafikan hak rakyat juga?

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey, okey.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Itu sebab saya rasa bimbang akan ada pertumpahan darah. Itu sebab polis sekarang ini membuat tindakan-tindakan untuk menyekat perkara yang tidak diingini. Saya rasa Yang Berhormat Balik Pulau pun tidak setuju kalau ada pertumpahan darah.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Sri Gading!

Yang Berhormat Sri Gading!

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Akan tetapi siapa boleh buat jaminan?

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Penjelasan saya. Mohon penjelasan. Penjelasan saya sebegini. The flip of the coin, jawapan kepada seribu laporan itu Yang Berhormat Sri Gading ialah sebegini. Berapa banyak permit-permit yang kononnya di bawah seksyen 27(5) itu telah dikeluarkan. Tidak ada! Saya kebetulan Yang Berhormat Sri Gading, saya boleh bercakap bagi pihak Parlimen Balik Pulau.

Kita sehingga ke hari ini hendak berkumpul dan buat ceramah, apabila jumpa pegawai polis, tidak boleh keluar permit. Kita faham tetapi isunya yang kita janjikan dalam Perlembagaan itu apabila berlaku kekacauan sekian, sekian, yang dikatakan tadi hak itu to the extent that it is not inconsistent with the Federal Constitution itu saya tengok tidak berlaku. Contohnya, macam hari ini. Kawan baik saya, bukan saya tahu ini rakan baik, disyaki di bawah seksyen 121 – Waging war against the Yang di-Pertuan Agong.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh?

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya tidak boleh terima benda itu sebab 128 hari buat kes Al-Ma’unah di mahkamah, itu pun bukan senang. Ini tiba- tiba hari ini Yang Berhormat Sungai Siput kena kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Itu kalau orang lain yang tidak tahu apa yang sebenarnya bukti-bukti.

Kalau dikatakan gambar Chin Peng, gambar Suriani Abdullah, gambar Rashid Maidin, UKM kena tutup! UKM telah terbitkan buku Rashid Maidin. Diskusi-diskusi aliran kiri banyak.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Balik Pulau. Give a chance to Yang Berhormat Pasir Salak sekali lagi. Buat respons, selepas itu..

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Simpulkan?

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Move on to a different..

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan lagi dengan soal ini.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang budiman dan juga adinda Yang Berhormat Balik Pulau.

Yang Berhormat katakan tadi ini termaktub dalam Perlembagaan, hak untuk berhimpun. Saya hendak tanya, dalam peruntukan yang mana yang mengatakan boleh berhimpun dan mengancam keselamatan? Ada atau tidak? Saya, sebelum Yang Berhormat Balik Pulau, saya ingat jadi orang pun, saya sudah terlibat. Tahun 1987, saya ditahan di bawah ISA. Saya tahu apa kemungkinan yang akan berlaku kalau sekiranya ada perhimpunan yang semacam ini...

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

I am talking through experience, dengan izin.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey, okey.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Lagi satu, kalau berlaku sesuatu dalam negara kita ini, apa PBB hendak selamatkan kita? Saya hendak tanya, yang sebut PBB, PBB, PBB ini, kalau berlakulah sesuatu malapetaka kepada negara kita ini, apa PBB hendak ambil sesuatu yang hendak menyelamatkan kita?

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak mungkin! Jadi, kita rakyat Malaysia, kita pemimpin, kitalah yang hendak jaga keselamatan negara kita ini. Itu Yang Berhormat tolong faham. Kalau sekiranya tidak puas hati dengan sesuatu, boleh, tidak ada masalah, ada saluran...

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Boleh kemukakan apa juga yang tidak puas hati itu. Secara aman.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

[Bangun]

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Sri Gading, arahan. Arahan satu sahaja. Tuan Yang di-Pertua bagi arahan satu sahaja.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya tambah sedikit sahaja.

Selepas itu you jawablah.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, satu Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya tidak bagi ini Tuan Yang di-Pertua. Yang ini saya tidak bagi.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bangsa-Bangsa Bersatu. Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, tolong buat ruling Tuan Yang di-Pertua. Yang ini saya tidak bagi.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Bagilah saya Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Balik Pulau hormatilah saya. Saya tua daripada dia, Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh saya keluar sekejap sementara tiga Ahli Yang Berhormat selesaikan masalah sendiri.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya sebenarnya sayang Yang Berhormat Balik Pulau ini, orang yang pandai Tuan Yang di-Pertua. Memang saya hormat dia. Ini PBB, macam Yang Berhormat Pasir Salak kata. Apa PBB buat? Yahudi bunuh orang Palestin hari-hari. Apa dia buat, apa pembelaannya? Amerika langgar Iraq. Apa PBB buat?

final • 6:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ini apa kena mengenanya pula dengan PBB?

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Saya hendak cerita macam mana kata Yang Berhormat Balik Pulau hendak percaya PBB. Apa yang dibuat oleh PBB atas segala keganasan Yahudi kepada orang Palestin?

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey. Terima kasih, terima kasih.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini soalnya kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, saya lebih sayang negara kita Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Saya pun sayang.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tidak usah harapkan orang lain. Kita sendirilah berdikari. Jaga keamanan. Polis kita, tentera kita cukup Tuan Yang di- Pertua. Cukup dan pada orang yang mengamalkan undang-undang pun bijaksana Tuan Yang di-Pertua. Tahu. Kita boleh tadbir negara kita sendiri Tuan Yang di-Pertua. Minta maaflah Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 6:40 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Syukri, syukri. Syukran.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 6:40 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Saya tidak mengapalah.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Balik Pulau, jangan respons kepada perkara yang ditimbulkan kerana ia satu persoalan yang tiada ending.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita semua faham bahawa demokrasi itu satu ideologi, tetapi tahap pemikiran setiap individu dalam satu negara tidak sama. Ada yang emosi, ada yang tidak dan tanggungjawab terhadap constitution itu terpulang kepada semua warganegara. Ada yang berfikir lebih panjang, dia kata kalau saya assist saya punya right di bawah constitution pun, ini akan berlaku. Maka dia ada kesabaran, dia tidak buat. Ada pula yang mengatakan bahawa itu hak saya, saya buat. Dia tidak akan fikir apa risiko-risikonya.

Polis menjaga tanggungjawab, saya menjaga tanggungjawab peraturan mesyuarat, you wakil-wakil rakyat menjaga tanggungjawab dengan idea masing-masing.

Jadi dalam Dewan ini kesimpulannya, tanggungjawab saya sama ada saya benarkan atau tidak. Kadang-kadang saya benarkan, kadang-kadang tidak. Tidak perlu respons kepada yang ditimbulkan, terus sahaja move on to the next point kalau boleh.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi panduan di situ. Saya semalam saya pun berbahas ialah saya tidak mahu masuk ruang yang dipanggil the politic of United Nations. Itu saya secara telus, saya tegas! Hari ini konsisten, kita tahu.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Oleh sebab itu, Yang Berhormat Lembah Pantai pun berbahas Kofi Annan ketika itu mengatakan bahawa perlu melakukan reformasi terhadap Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri. Itu kita faham mengenai pola kuasanya itu dan kita pun tahu sebab itu, hari ini keputusan-keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu kita tahu bahawa apa pola kuasanya di situ. Kita bukan mentah untuk memahami apa itu. Akan tetapi, di sini saya berhadapan dengan secara umumnya tanpa memberikan detailnya ialah komitmen-komitmen yang kita sama-sama angkat dan kita sama-sama tangani dan sama-sama kita memberi harapan kepada rakyat.

Harapan-harapan rakyat negara ini bukan di tangan keselamatan saya, bukan di atas kerana Yang Berhormat Menteri. Hak saya ialah dipertahankan oleh undang-undang.

Kalau dalam segi hak asasi manusia Islamnya, karamah insaniah saya itu ialah satu hak asasi yang diberi oleh Allah SWT dan bukan oleh di atas apatah lagi orang yang sentiasa mempunyai track record yang amat buruk di dalam mempertahankan hak-hak asasi rakyat di sini.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada poin yang seterusnya. Punca di sini, bersifat adil di sini, saya mendapat maklumat Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan kita Yang Berhormat Rembau dan juga pihak-pihak media. Sekarang ini mendapat gangguan dalam perjalanan mereka ke Palestin. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin boleh memberi bantuan terutama sekali kepada kawan-kawan yang sekarang ini saya difahamkan di Greece kerana perjalanan mereka ke agenda Fortila mendapat gangguan. Itu yang saya difahamkan.

Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri mahu maklum sebenarnya untuk kes Palestin ini memang tempat special rapporteur on the situation of human rights on Palestine iaitu saudara Richard Falk. Mungkin kita perlu maklumkan kepada Rapporteur ini bagaimana rakyat Malaysia yang mahu menjayakan agenda-agenda hak asasi manusia untuk membantu agenda kemanusiaan di Palestin itu diganggu. Saya rasa kita di Dewan yang mulia ini telah berbahas secara partitionnya dan secara muafakatnya mengangkat perkara-perkara itu suatu perkara yang baik. Mana mungkin mereka diganggu walaupun teman saya daripada Barisan Nasional di sana.

Akan tetapi, apabila saya mendapat maklumat mereka diganggu di sana, saya rasa agak wajar kepada Special Rapporteur yang juga mendapat keistimewaan, kekebalan di bawah akta ini. Saya rasa kita perlu suruh dia pergi ke sana. Kita anggota Bangsa- Bangsa Bersatu Yang Berhormat Sri Gading, teman kita di Greece sekarang ini diganggu kerana membawa bantuan. Saya rasa itu agenda negara Malaysia yang mahu membantu rakyat Malaysia di Palestin. Itu saya tidak bersikap double standard di situ. Saya mahu perkara itu diadili di Malaysia dan juga diadili di Greece dan juga di Palestin sana.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya telah bercakap sedikit mengenai satu mekanisme baru yang ada di rantau ini iaitu ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights. Secara tegas saya mengatakan saya tidak bersetuju Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini dilantik sebagai suruhanjaya kerana rekodnya ialah he is track to human rights. Beliau bukan membantu human rights, beliau ialah dalang kita mewakili kelompok orang asal kes Bakun. Beliau mewakili syarikat, beliau bukan mewakili kepada ini dan banyak lagi kes.

Jadi saya kata bagi saya, pilihlah orang yang lain. Kalau kontraknya sudah habis, jangan disambung. Ini saya kata secara tegas kerana saya melihat commissioner- commissioner yang lain, suruhanjaya-suruhanjaya yang lain daripada Indonesia, Masjid Usman, Dekan Hak Asasi Manusia daripada Mahidol Universiti dan Ramin Effendi sebenarnya. Ini orang-orang yang memang ormas-ormas NGOnya memang latar belakang hak asasi manusianya yang lama. Akan tetapi, di Malaysia kita lantik orang yang saya rasa agak track record hak asasi manusianya itu mungkin boleh dipertikaikan. Atas dasar itu kenapa saya mahu kerajaan Malaysia mahu melantik tokoh-tokoh hak asasi manusia yang mempunyai wibawa kerana saya ingin memohon agar di bawah konvensyen ini ataupun rang undang-undang ini, suruhanjaya kita yang diangkat di peringkat ASEAN itu dapat diberi keistimewaan ini.

Ini kerana saya mahu selepas ini ASEAN punya mekanismenya sendiri. Ini kerana apabila terbentuknya ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights ini, mekanismenya masih lagi kosong. Kita belum ada lagi ASEAN Human Rights Court, belum ada lagi tetapi di Greece sudah ada.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kita belum ada lagi rapporteur-rapporteurnya untuk melakukan siasatan. Kita belum ada lagi badan-badan research yang khusus walaupun sudah terbentuk ASEAN Human Rights Resource Centre di Universitas Indonesia itu.

Akan tetapi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengatakan bayangkan kalau suruhanjaya-suruhanjaya ASEAN Intergovernmental Human Rights Commission ini diberi keistimewaan atau kekebalan ini, saya rasa apa-apa sahaja isu pelanggaran Hak Asasi Manusia (HAM) di rantau ini. Memandangkan mereka ini daripada rantau ini, seperti yang dikatakan tadi mereka lebih faham keperluan kita, kebudayaan kita di sini. Tidak timbul nanti ini ialah agenda hak asasi manusia barat, ini agenda hak asasi manusia Eropah. West Pavilion tidak sama dengan kita confucius Asian values. Akan tetapi, yang saya katakan di sini, bayangkan kalau ini yang kita mulakan dan dicadangkan oleh kerajaan Malaysia, saya rasa kita dengan kedudukan sebagai anggota Human Rights Council, jadi saya rasa ini menampakkan kita lebih ke hadapan daripada negeri-negeri di rantau ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon Yang Berhormat Menteri yang berkenaan menjelaskan di Dewan yang mulia ini. Sejauh mana Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) ini dapat menyumbang ke arah Malaysia selaku sebuah negara yang memberi komitmen kepada agenda-agenda antarabangsa melalui keahlian-keahlian, melalui-melalui tandatangan-tandatangan perjanjian-perjanjian antarabangsa dapat dilihat sebagai sebuah negara yang ke hadapan.

Walaupun saya katakan sebegini kerana sebenarnya saya agak terkilan apabila setiap kali State Department Amerika, walaupun saya tidak bersetuju semua. Saya tidak setuju pandangan Amerika semua, banyak double standard. Akan tetapi, apabila rekod hak asasi manusia dia, macam-macam kritiknya kepada kita. Ini tidak kena, ini tidak kena.

Jadi, saya rasakan di sini memandangkan Kementerian Luar sekarang ini saya agak aktif walaupun bajet yang sikit, di Dewan Yang Berhormat mulia ini selalu minta bajet tambah banyak untuk kementerian ini. Saya rasa mereka punya tanggungjawab untuk mengembalikan rekod hak asasi manusia negara kita ke tahap yang boleh dibanggakan.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua di atas tunjuk ajar dan senyum tadi. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ramai lagi yang mahu bercakap?

final • 6:50 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Ya.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum Yang Berhormat Jasin bercakap, duduk dahulu Yang Berhormat Jasin. Ahli Yang Berhormat, banyak lagi bil-bil yang belum kita bahas.

Apabila seorang Yang Berhormat turut bahas kita tegur, ada yang tidak senang hati. Saya sentiasa tidak senang hati. Ini kerana pada akhirnya saya juga jahat dengan timbalan- timbalan saya. Saya tegur Yang Berhormat Menteri-menteri kalau menjawab, jangan meleret. Ada juga yang menjawab meleret. Selepas itu, setiap persidangan kita sambung sehingga jam 10 malam, jam 10.30 malam.

Baik untuk Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila bercakap boleh keluar di hadapan dan relaks. Kami tidak, terpaksa duduk di sini mendengar setiap hujah yang diulang dan diulang. Apa yang disebut oleh satu Ahli Yang Berhormat disebut balik oleh Ahli Yang Berhormat yang lain. Sila Yang Berhormat Jasin. Tumpukan kepada akta yang sedang dibahas. Kali ini saya tidak beri warning lagi. Siapa yang melencong sedikit, lillah. Saya sudah keluar.

final • 6:50 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini termasuk Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 6:50 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terus mengambil bahagian untuk membahaskan akta untuk meminda Akta Organisasi Antarabangsa yang berhubung dengan keistimewaan dan kekebalan. Saya mengucapkan tahniah kepada kementerian dan saya akan menyokong rang undang-undang ini dengan satu prinsip bahawa Malaysia akan sentiasa mendukung kuat prinsip Piagam PBB sebagai jalan yang terakhir dalam mempertahankan dasar luar negara.

final • 7:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

PBB adalah satu pertubuhan antarabangsa yang dibentuk di San Francisco pada tahun 1945 selepas perang dunia. Kedua, keahliannya sebenarnya terbuka kepada negara- negara di seluruh dunia. PBB ditubuhkan untuk menggantikan Liga Bangsa-Bangsa yang telah didapati gagal untuk menghalang Perang Dunia Kedua. Matlamat utamanya seperti yang telah ditetapkan oleh Piagam PBB adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa serta memperbaiki taraf hidup penduduk seluruh dunia. Jadi soalan saya setakat manakah keberkesanan PBB setakat ini dalam mempertahankan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu terutamanya dalam memastikan tiada lagi perbuatan- perbuatan yang dilakukan oleh negara-negara anggota untuk bukan sahaja menghina bahkan membunuh di antara manusia?

Ketiganya, bagaimana tentang kedudukan Amerika yang tidak membayar tunggakan yang banyak, yang mungkin menyebabkan banyak daripada program-program PBB tidak dapat dijalankan?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya sentiasa percaya serta yakin bahawa PBB sebagai badan nombor satu dunia perlu sentiasa bertegas dan berkesan dalam menangani isu-isu pembangunan global keamanan dan juga keselamatan, aktiviti kemanusiaan, krisis antarabangsa dan juga pelanggaran Piagam PBB serta prinsip undang-undang antarabangsa secara adil dan saksama tanpa mengira negara dan juga tahap.

Kita dapati apa yang dilakukan oleh Amerika pada ketika ini seolah-olah mereka mempunyai satu kekebalan dan lesen untuk menakluki negara-negara yang mereka fikir tidak sehaluan dengan pendapat mereka dan keduanya untuk kepentingan mereka sendiri.

Saya penuh yakin bahawa Malaysia dan Kementerian Luar Negeri akan sentiasa menyokong kuat semangat hubungan pelbagai hala dan menentang segala bentuk unilateralisme.

Kita tidak percaya bahawa unilateralisme ialah cara untuk menyelesaikan masalah antarabangsa. Malaysia yakin hanya PBB sahajalah yang boleh mengesahkan peraturan antarabangsa. Sebagai sebuah negara yang membangun dalam arena antarabangsa, Malaysia perlu mendukung kuat prinsip Piagam PBB sebagai jalan yang terakhir dalam mempertahankan dasar luar negara.

Isu perebutan Pulau Spratly yang pada ketika ini sibuk diperdebatkan adalah sepatutnya telah dapat diselesaikan. Kita takut mungkin isu pertikaian ini akan menyebabkan peperangan di antara negara-negara yang mempunyai kepentingan. Apakah sebenarnya tujuan pihak kementerian terutama dalam mempertahankan kepulauan- kepulauan yang telah tentera kita menakluki serta telah pun mendirikan bangunan- bangunan.

Saya suka sekali untuk membangkitkan isu Pulau Batu Puteh kerana sebelum ini ICJ telah membuat keputusan, tetapi kepulauan yang telah sepatutnya diperuntukkan kepada Malaysia iaitu kepulauan-kepulauan - yang diperuntukkan kepada Malaysia sampai setakat ini tidak ada apa-apa pun bangunan-bangunan yang menunjukkan bahawa ianya milik kita. Setakat ini telah tiga tahun berlalu.

Seterusnya, isu-isu baru yang perlu ditangani oleh pihak PBB berhubung dengan keganasan yang berterusan. Jadi harapan saya, saya ingin mengambil kesempatan untuk menggesa PBB supaya mereka mengadaptasi lebih banyak perjanjian dan juga MOU yang lebih terarah kepada kedamaian dan kesejahteraan masyarakat dunia. Saya mencadangkan agar PBB perlu memastikan lebih banyak negara menandatangani dan mengesahkan apa juga keputusan yang telah dibuat dalam persidangan antarabangsa berkaitan dengan keamanan seperti Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, Perjanjian Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear, Konvensyen Senjata Biologi, Konvensyen Senjata Kimia (CWC) dan juga Konvensyen Periuk Api.

Seterusnya yang terakhir, saya ingin menyebutkan tentang perkara suaka politik ada dan juga suaka ekonomi dan juga kemasukan pelarian Myanmar. Malaysia mempunyai satu sejarah yang cukup panjang dalam isu pelarian. Pada tahun 1975, isu pelarian Vietnam yang mendarat di negara kita untuk mencari perlindungan, lari daripada pemerintahan komunis semasa perang Vietnam. Jadi menurut rekod, kira-kira 250,000 pelarian Vietnam berlindung di khemah-khemah pelarian di Pulau Bidong di Terengganu sebelum kebanyakan mereka diterima masuk oleh negara-negara ketiga seperti Amerika, Kanada, Australia, Perancis, New Zealand dan lain-lain.

final • 7:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Jadi kira-kira 9,000 lagi pelarian Vietnam kembali ke Vietnam dengan bantuan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu. Hari ini di negara kita masih lagi terdapat seramai 88,100 pelarian dan mereka ingin mendapatkan suaka politik. Dengan berdaftar kepada pejabat UNHCR sehingga penghujung bulan Mei tahun 2010, mereka hanya diberikan kad UNHCR ini sebagai tanda pengenalan diri mereka. Daripada jumlah itu 81,600 ialah daripada Myanmar, mereka terdiri daripada 38,900 suku kaum Chin manakala 18,900 daripada Rohingya dan 6,400 orang Muslim Myanmar, sementara 3,800 daripada Mun dan 3,600 daripada kaum, susah hendak sebut ini dan selebihnya adalah minoriti etnik lain daripada Myanmar.

Ini adalah sebenarnya berdasarkan daripada laporan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa- Bangsa Bersatu untuk pelarian di Malaysia. Jadi soalan saya Yang Berhormat Menteri, sampai bilakah negara kita Malaysia ini perlu menjadi pusat dan menerima semua pelarian ini sama ada dia mendapat suaka politik ataupun suaka ekonomi? Sebelum ini ada juga orang di negara kita pun hendak mendapatkan suaka setelah dituduh, tetapi sekarang soalan saya ini pelarian-pelarian data dan statistik yang saya berikan tadi adalah cukup menggambarkan betapa kita begitu pemurah sangat dan kita terlampau baik hati menerima pelarian sejak daripada tahun 70-an.

Dari segi kemanusiaan memang kita sepatutnya, tetapi jangan sampai dengan izin, at the expanse of our people. Keduanya, apakah pandangan pihak kementerian dan bagaimana pihak kementerian bercadang untuk menyelesaikan isu ini dengan wakil PBB yang dekat di Malaysia ini.

final • 7:00 PM

Datuk Wira Ahmad Hamzah - Jasin

Jadi satu lagi, yang terakhir Tuan Yang di-Pertua. Ini saya tertarik dengan satu isu baru iaitu berhubung dengan Pope Benedict dari Vatican City ini. Vatican City ini sebenarnya bukan sebagai anggota PBB yang memiliki status sebagai pemerhati tetap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Vatican pun bukan sebuah negara tetapi ia diiktiraf oleh diktator Mussolini satu ketika dahulu.

Jadi soalan saya, apakah sebenarnya Pope ini kita tafsirkan atau kita takrifkan? Ini tanpa prejudis. Bukan pasal keagamaan tetapi ia sebenarnya tidak ada locus standi langsung. Akan tetapi apakah sebenarnya takrifan daripada PBB tentang kedudukan Pope yang diberikan status sebagai pemerhati? Mengapakah sebenarnya Pope memiliki kekebalan dan keistimewaan dan kenapa pemimpin-pemimpin parti lain tidak diberikan kekebalan seperti beliau? Ini mungkin akan menjadikan isu yang sepatutnya kita perdebatkan.

Selepas itu, tentang wakil tetap kita yang membida kerusi di PBB. Sekarang ini wakil tetap kita adalah Dato’ Hussein Hanif yang sedang berusaha untuk mendapatkan kerusi yang tidak tetap bagi Malaysia dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Beliau membuat pembidaan. Jadi, saya hendak tanya daripada Yang Berhormat Menteri, saya tahu pembidaan ini adalah satu perkara yang cukup penting bagi memastikan supaya wakil kita dalam suruhanjaya hak asasi manusia misalnya, bagi menumpukan pada isu-isu yang berkaitan dan setakat manakah kejayaan kita dalam pembidaan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 7:10 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya perbahasan begitu panjang lebar. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang- undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011.

Tuan Yang di-Pertua, kesembilan-sembilan orang itu adalah Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Jasin.

final • 7:12 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, sembilan orang telah berucap, telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Malangnya – saya menggunakan perkataan malangnya. Malangnya, kebanyakan daripada perbahasan atau ucapan yang telah dikeluarkan itu telah terkeluar daripada rang undang-undang yang ada di depan kita ini. Rang undang-undang yang ada di depan kita ini ialah Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhajat untuk menjawab di Dewan yang mulia ini apa yang terkeluar daripada apa yang sepatutnya dibincangkan dalam rang undang-undang ini.

Sebelum itu, saya ingin memberikan kata-kata pujian kepada Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Jasin kerana membangkitkan apa yang sebenarnya yang berada di depan kita iaitu kita harus menjurus pada rang undang- undang sahaja iaitu mengenai meminda Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992.

Tuan Yang di-Pertua, untuk itu, saya ingin menjawab tentang hujah yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Parit Buntar tentang remedi dalam menjaga kedaulatan negara. Tuan Yang di-Pertua, dalam kerajaan mengkaji rang undang-undang ini, kita telah memastikan agar apa yang terkandung dalam rang undang-undang ini bersesuaian dengan konvensyen. Selain daripada perundangan negara dan polisi atau dasar kerajaan, penilaian juga dibuat untuk menjaga kepentingan negara. Ini bererti, dalam apa-apa pun, kepentingan negara harus diutamakan. Kerajaan memang sentiasa mengkaji peruntukkan-peruntukkan konvensyen antarabangsa sebelum menganggotai atau menyertai mana-mana konvensyen. Kerajaan sentiasa memastikan agar ia selari dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di negara kita yang tercinta ini.

Yang Berhormat Parit Buntar telah menyentuh mengenai apakah kawalan kepada keistimewaan yang diberikan kepada PBB dan Agensi Khusus. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini telah mengambil kira kawalan kepada keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada PBB dan Agensi Khusus. Kawalan kepada keistimewaan ini telah diperuntukkan dalam rang undang-undang ini di bawah seksyen baru 8A dan 8B. Kedua- dua seksyen tersebut telah memperuntukkan bahawa keistimewaan dan kekebalan adalah demi kepentingan organisasi antarabangsa dan bukan bagi faedah orang perseorangan atau individu. Tambahan lagi, kedua-dua konvensyen tersebut juga mempunyai peruntukan bagi penyelesaian sebarang pertikaian pada seksyen 29 konvensyen PBB dan seksyen 31 konvensyen Agensi Khusus.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Menteri juga mempunyai kuasa untuk membatalkan perjawatan yang memberikan keistimewaan dan kekebalan kepada sesuatu organisasi antarabangsa sekiranya terdapat penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak. Mengikut kedua-dua konvensyen PBB dan Agensi Khusus tersebut, sebelum mereka menghantar mana-mana pegawai ke Malaysia untuk menghadiri persidangan antarabangsa di Malaysia, mereka haruslah memberikan nama-nama pegawai kepada negara tuan rumah terlebih dahulu. Ini juga merupakan suatu kawalan kemungkinan berlakunya sebarang penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan seperti mana yang telah saya sebutkan sebentar tadi, tidak sewenang-wenangnya menyertai mana-mana konvensyen antarabangsa tanpa mengambil kira berhubung dengan kesesuaian konvensyen tersebut dengan perundangan negara, polisi dan kepentingan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Buntar juga telah menyentuh tentang kekebalan kepada organisasi antarabangsa, konflik antarabangsa dengan perundangan tempatan, tenaga pakar untuk tangani isu dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama dalam membahas isu berkaitan konflik perundangan adalah kepentingan diplomatik di antara kedua-dua pihak yang terlibat tanpa memperjudikan peranan itu sendiri. Sehubungan itu, telah termaktub bahawa terdapat pelbagai cabang perundangan yang boleh dilaksanakan. Pertamanya, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 pada artikel 41 telah dengan jelasnya menyatakan, pegawai atau anggota yang menikmati kekebalan dan keistimewaan ini harus menghormati undang- undang dan peraturan negara-negara host.

final • 7:12 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 7:12 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Yang Berhormat Putatan minta maaf kita telah mengambil masa tiga jam untuk membahaskan ini, maka...

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Tidak, ini saya minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri soal undang-undang yang dikuatkuasakan...

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan bertengkar Yang Berhormat. Sila teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Imigresen Act.

final • 7:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Minta maaf Yang Berhormat Putatan saya tidak akan memberi ruang.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Oleh sebab di Sabah ada ini Tuan Yang di- Pertua. Minta penjelasan.

final • 7:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Yang Berhormat Lipis telah menanyakan...

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Menyampuk] Di Kinarut, di Papar.

final • 7:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

...Bilangan rakyat Malaysia yang bekerja di pejabat-pejabat PBB di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, di pejabat-pejabat PBB di Malaysia terdapat lebih kurang 350 orang rakyat Malaysia yang bekerja di pejabat-pejabat PBB di Malaysia dalam terma pengambilan tetap dan kontrak bergantung kepada keperluan perkhidmatan atau projek PBB.

Soalan kedua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis, apakah jawatan tertinggi yang dipegang oleh rakyat Malaysia di pejabat PBB di Malaysia? Jawapannya Tuan Yang di-Pertua, jawatan tertinggi dipegang oleh rakyat Malaysia di pejabat atau agensi PBB di Malaysia ialah Tan Sri Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yasin, Pengarah di Universiti PBB.

Tuan Yang di-Pertua, isu pelarian yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin, minta maaf saya kadang-kadang melompat. Ini bukanlah di bawah bidang – terkeluar dari rang undang-undang ini tambah lagi ia bukan lagi di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Negeri, Yang Berhormat Jasin.

Yang Berhormat Balik Pulau telah berucap dengan panjang lebar, terima kasih.

Walau bagaimanapun banyak yang terkeluar dari apa yang terkandung dalam rang undang- undang ini.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Boleh Tuan Yang di-Pertua minta ini...

final • 7:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Jadi saya ingin menjawab...

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

...Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu ini yang ada kebenaran dengan negeri Sabah. Boleh minta penjelasan? Ini soal pelarian.

final • 7:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Yang Berhormat Putatan isu... Saya telah sebutkan tadi saya tidak akan menjawab. Isu pelarian bukan di bawah Kementerian Luar Negeri.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ini soal pelarian, 93,000 pelarian di Malaysia ini yang berdaftar.

final • 7:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Ia bukan di bawah Kementerian Luar Negeri. Itu jawapan dia senang sahaja.

final • 7:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Balik Pulau sedikit penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Akan tetapi ini PBB...

final • 7:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tidak.

final • 7:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Benarkan Balik Pulau ada disentuh tadi, sedikit sahaja. Boleh?

final • 7:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Nanti. Saya pergi ke Yang Berhormat Balik Pulau. Isu United Nations Special Rapporteur seperti yang dibangkitkan tadi. Manakala yang lain saya tidak akan menjawab. Untuk makluman kawan saya Yang Berhormat Balik Pulau, Special Rapporteur selalunya membuat permohonan kepada kerajaan-kerajaan untuk membuat laporan. Negara-negara yang berkenaan pula akan secara rasminya apabila dipersetujui menjemput Special Rapporteur tersebut untuk melakukan tugasan mereka.

Setakat ini negara telah menerima United Nations Working Group on Arbitrary Detention dari 7 hingga 16 Jun 2010. Laporan kumpulan kerja tersebut telah pun dibentangkan pada penghujung bulan Februari 2011 ini. Pada tahun 2007, negara telah menerima kunjungan Special Rapporteur on education...

final • 7:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 7:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberi pertimbangan pada permohonan untuk lawatan daripada pelapor-pelapor khas ini.

final • 7:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit penjelasan boleh? Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana dengan...

Ini kerana saya dimaklumkan sendiri oleh Special Rapporteur on Torture bahawa permintaan berkenaan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri membangkitkan satu pendekatan iaitu mesti dipersetujui oleh the recipient country. Betul tadikan? Jadi adakah apabila.., first saya mahu betulkan fakta. Adakah terdapat permohonan daripada Special Rapporteur on Torture ataupun sekiranya ada adakah permohonan tersebut tidak dipersetujui kerana saya dimaklumkan ini mungkin secara faktanya perlu Yang Berhormat Timbalan Menteri orang terbaik untuk menjelaskan bahawa tidak mendapat berapa layanan yang agak baik. Saya rasa perlu dijelaskan.

Lanjutan tadi dalam Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab saya membangkitkan isu iaitu satu mekanisme yang sebelum ini tidak ada di rantau ini iaitu ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights yang mana saya menampak potensi yang amat besar terutama sekali apabila ada kes-kes genocide di Papua New Guinea yang mana saya rasa kalau imuniti-imuniti sebegini dapat diberikan apatah lagi dicadangkan oleh kerajaan Malaysia, dia akan memberi satu leverage yang agak bagus terutama sekali di rantau ini ASEAN yang telah mengangkat agenda hak asasi manusia terutama sekali dengan ada akta ini yang mengiktiraf suruhanjaya-suruhanjaya yang kita sendiri lantik untuk melakukan tugas-tugas di rantau ini. Mohon penjelasan.

final • 7:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Terima kasih kawan saya Yang Berhormat Balik Pulau tentang apa yang telah diutarakan itu. Walau bagaimanapun saya tidak ada mempunyai statistik atau maklumat tentang perkara ini dan oleh yang demikian saya mohon maaf saya akan menjawab secara bertulis. Isu ICJ yang telah dibawa oleh tiga Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Jasin tadi terkeluar juga dari rang undang-undang ini yang hanya menyebut iaitu mengenai organisasi antarabangsa, keistimewaan dan kekebalan.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya sempat menjawab dalam isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perkara ini.

final • 7:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terakhir Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada saya timbulkan.

final • 7:20 PM

Datuk Richard Riot anak Jaem

Sekiranya saya tidak sempat menjawab semua soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat saya akan memberi jawapan secara bertulis. Sekian terima kasih.

final • 7:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri on Special Rapporteur... [Ketawa] Tidak boleh juga? Kata sahabat.

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal 1 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 7:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua saya mohon untuk membentangkan Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010. Pindaan adalah untuk meminda peruntukan-peruntukan di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 kandungan Akta 242.

final • 7:29 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Pindaan ini bertujuan untuk memperkuatkan lagi rangka perundangan penyeliaan dan pengawalan industri harta tanah. Ia adalah untuk memastikan pengamal industri ini boleh bertanggungjawab dalam menjalankan tugas serta memberikan perlindungan yang lebih luas kepada semua pengguna.

Ini seterusnya membolehkan industri harta tanah untuk berkembang setanding dengan lain-lain industri dalam memenuhi peranannya dalam ekonomi negara. Pindaan ini akan memberi kuasa kepada Lembaga Penilai Rahsia dan Ejen Harta Tanah Malaysia sebagai badan pengawalseliaan yang mempunyai kuasa yang cukup di samping memberi ruang yang mencukupi kepada industri harta tanah untuk berinovatif dan berkembang dengan cara yang tersusun Atas dasar ini, pindaan ini adalah dirumuskan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah-masalah dalam industri ini yang boleh membawa halangan kepada perkembangan ekonomi negara. Pindaan ini dibuat bagi memasukkan beberapa peruntukan baru dan meminda beberapa peruntukan yang sedia ada sejak pelaksanaan Akta Penilai Pentafsir dan Ejen Harta Tanah 1981. Beberapa aspek perundangan perlu diubahsuai supaya selaras dengan perkembangan semasa bagi membolehkan lembaga memikul tanggungjawabnya dengan lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, secara ringkas pindaan-pindaan Akta Penilai Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 memperuntukkan seperti berikut:

Fasal 2 adalah untuk meminda tarif-tarif dalam seksyen 2 akta untuk memperkemaskan definisi yang sedia ada serta memasukkan tarif-tarif baru seperti berikut:

(i) amaran pengejenan harta tanah telah diubah semula bagi memperluaskan cara amaran;

(ii) satu tafsiran baru pemohon dimasukkan; dan

(iii) ditetapkan telah diubah bagi memperkemaskan definisi.

Fasal 3 pula adalah untuk meminta seksyen 4 akta untuk menjelaskan dan meluaskan kuasa Ketua Pengarah Penilaian untuk menjalankan perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan penyelidikan.

final • 7:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Fasal 4 adalah bertujuan untuk meminda seksyen 10 akta ini bagi memperluaskan lagi fungsi-fungsi lembaga bagi menetapkan kaedah-kaedah mengenai pengambilan insurans indemnity professional serta standard-standard amaran.

Fasal 5 adalah untuk meminda seksyen 10 akta dengan memasukkan seksyen 10A bagi melantik orang yang bukan ahli lembaga menganggotai mana-mana lembaga jawatankuasa atau badan yang dibentuk bagi apa-apa maksud berhubungan dengan profesion itu atau dengan mana-mana profesion yang berkaitan.

Fasal 6 adalah untuk meminda seksyen 12 akta iaitu bagi membolehkan penggunaan wang lembaga di bawah seksyen 12(1) akta digunakan bagi membayar belanja pendaftaran dan belanja lain bagi apa-apa penyelidikan, penyiasatan, kajian, persidangan atau seminar yang tidak dikenali oleh lembaga dan penerbitan buku panduan.

Fasal 7 adalah untuk meminda seksyen 16 akta bertujuan untuk menjelaskan bahawa seseorang penilai pentafsir agen harta tanah berdaftar perseorangan dibenarkan menjalankan amaran hanya mengikut seksyen 23 akta. Pindaan ini juga memberi lembaga kuasa untuk menetapkan syarat-syarat bagi menjalankan amaran memandangkan ini adalah suatu fungsi pentadbiran.

Fasal 8 adalah untuk meminda seksyen 17 akta dengan memasukkan perenggan- perenggan baru A(b) A(c) dan A(d) iaitu menambahkan tiga syarat baru bagi pendaftaran nilai dan pentafsir.

Fasal 9 pula adalah meminda seksyen 17 akta iaitu untuk memasukkan seksyen baru 17A bagi memandangkan peruntukan bagi kelayakan pendaftaran sebagai penilai percubaan.

Fasal 10 adalah untuk meminda seksyen 9 akta bagi menjelaskan dengan lebih lanjut skop kerja seseorang penilai.

Fasal 11 adalah untuk meminda seksyen 21 akta bagi menambahkan sekatan terhadap amaran penilaian serta memasukkan subseksyen baru iaitu subseksyen 21(4) bagi mengenakan sekatan-sekatan sama ke atas amaran sesuatu firma.

Fasal 12 pula adalah untuk meminda seksyen 22A akta dengan memasukkan perenggan-perenggan baru (aa), (ab) dan (ac) iaitu untuk menambahkan tiga syarat baru bagi pendaftaran agen harta tanah.

Fasal 13 adalah untuk meminda seksyen 22C akta. Pindaan ini bertujuan bagi mencegah agen harta tanah haram dari menjalankan amaran pengejenan. Pindaan ini juga adalah bertujuan untuk memasukkan satu subseksyen baru iaitu subseksyen 22C(iii) bagi mengenakan sekatan-sekatan sama ke atas amaran sesuatu firma.

Fasal 14 pula adalah bertujuan untuk memansuhkan satu seksyen baru iaitu seksyen 22 iaitu bagi pendaftaran agen harta tanah percubaan.

Fasal 15 adalah untuk meminda seksyen 23 akta. Ini adalah bertujuan untuk memperuntukkan bahawa seseorang penilai, pentafsir dan agen harta tanah boleh menubuhkan firma dengan orang awam dengan menawarkan ekuiti dalam firmanya memandangkan komitmen Malaysia dalam Gates, GTS dan WTO. Lembaga meminda polisi-polisi dan akta yang terbabit hendaklah menyesuaikan dengan langkah merealisasikan perkhidmatan yang ditawarkannya selaras dengan lembaga menawarkan pegangan ekuiti sehingga 49 peratus kepada mana-mana individu atau mana-mana firma awam.

Ini adalah tawaran-tawaran awal lembaga berpandukan kepada daripada komitmen Gates atau WTO. Lembaga berpandangan perkara-perkara teknikal hendaklah diselesaikan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari. Selain daripada itu pindaan ke atas peruntukan ini ada juga untuk mengambil kira kepentingan orang awam apabila seseorang penilai, pentafsir dan agen harta tanah berdaftar namanya dibatalkan dari daftar atau digantung amaran atau meninggal dunia. Maka lembaga atau penilai, pentafsir dan agen harta tanah lain boleh mengambil alih tempatnya bagi tempoh yang ditetapkan oleh lembaga untuk menyelesaikan semua perkara-perkara yang belum diselesaikan pada masa kejadian tersebut.

final • 7:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Fasal 16 pula adalah untuk meminda seksyen 24 akta untuk menambah jenis-jenis kesalahan-kesalahan yang boleh dihukumkan. Pindaan juga bertujuan untuk menambahkan denda daripada RM5,000 kepada RM10,000 dan daripada RM10,000 kepada denda yang tidak lebih RM25,000. Ini adalah satu pencegahan bagi seorang berdaftar yang melakukan kesalahan kerap kali.

Fasal 17 adalah untuk meminda seksyen 25 akta untuk menambahkan alasan baru bagi pendaftaran nama orang pendaftar daripada daftar penilai, pentafsir dan agen harta tanah.

Fasal 18 adalah untuk meminda seksyen 29 akta iaitu memperuntukkan bahawa sesuatu rayuan perlu menggunakan borang yang ditetapkan.

Fasal 19 pula adalah meminda seksyen 30 akta bagi memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang membantu atau bersubahat dalam melakukan kesalahan turut melakukan kesalahan. Pindaan ini juga bertujuan untuk mewujudkan kesalahan menjalankan amaran sebagai penilai, pentafsir atau agen harta tanah dan kuat kuasa yang sah. Pindaan ini juga mencadangkan supaya denda maksimum yang diperuntukkan dalam seksyen asal dinaikkan daripada RM25,000 kepada RM300,000 dan RM10,000 kepada RM25,000.

final • 7:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai

Pindaan ini juga bertujuan bagi menambah jenis-jenis kesalahan dilakukan oleh individual yang menyamar sebagai nilai pentaksir dan ejen harta tanah.

Fasal 20 adalah untuk meminda seksyen 31, bertujuan untuk menaikkan denda maksimum daripada RM10,000 kepada RM200,000 bagi kesalahan-kesalahan di dalam akta.

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini memohon supaya Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 seperti yang dijelaskan sebentar tadi diluluskan oleh Dewan.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa Ahli Yang Berhormat yang menyokong?

final • 7:40 PM

Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 7:40 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Jasin, selepas itu Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Balik Pulau. Tiga orang sahajalah selepas itu Menteri jawab.

final • 7:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua untuk membahaskan rang undang-undang iaitu meminda Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981. Saya terus iaitu saya ingin bertanya berhubung dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), saya ingin menyentuh tentang peranan dan juga fungsi jabatan ini. Bagi saya jabatan inilah sebagai penasihat kepada kerajaan dan juga agensi dalam segala aspek yang berkaitan dengan penilaian, perundingan dan juga perkhidmatan harta dan juga pakar runding kepada kerajaan dan juga agensi-agensi kerajaan.

Jadi, saya ingin bertanya, apakah sebenarnya fungsi JPPH yang menilai hartanah ini? Bagaimana dengan aset-aset lain kerana saya lihat setakat ini prestasi dan kejayaan JPPH dan juga misinya terutama dalam makna hartanah-hartanah yang dibuat pengambilan ataupun kerajaan membelinya bukan sahaja hartanah bahkan melibatkan bangunan-bangunan. Keduanya, adakah agensi ini ataupun JPPH dibenarkan untuk menjual data yang di transaksi berhubung dengan hartanah kepada awam ataupun adakah terdapat apa-apa restriction, jualan terhad ataupun jualan bersyarat?

final • 7:41 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Seterusnya, saya ingin bertanya apabila terdapat perubahan dalam kelulusan pelan data ataupun pelan tataatur perlukah pemaju ini memaklumkan kepada NAPIC?

Ketiganya, adakah jurulelong juga termasuk dalam senarai pembekal-pembekal maklumat ini? Ini kerana kalau kita ikut rang undang-undang ini iaitu Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta. Pentaksir ini adalah personal to holder, apabila dia meninggal, nanti tidak ada penggantinya, bagaimana kedudukan mereka? Seterusnya, apakah tindakan yang diambil sekiranya pembekal maklumat gagal membekalkan maklumat dalam tempoh yang telah ditetapkan?

Selepas itu saya pergi kepada isu ejen hartanah. Saya berpendapat bahawa firma ejen hartanah ini patutnya digabungkan supaya ianya lebih besar dan kukuh bagi memastikan supaya mereka mempunyai kemampuan untuk terus bersaing apabila pasaran bagi perkhidmatan ini dibuka untuk penyertaan asing. Ini kerana saya berpandangan dalam pindaan Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981, pasaran terbuka dan yang akan membolehkan warga asing untuk memiliki sebanyak 30 peratus ekuiti dalam firma ejen hartanah tempatan ini. Kita pun prihatin dan mahu kalau boleh kadar pegangan ini dijangka akan dinaikkan kepada 49 peratus sejajar dengan era globalisasi dan bagi merangsang lagi pasaran hartanah negara buat masa ini.

Saya khuatir jika ejen hartanah tidak membentuk entiti yang kukuh, kemungkinan mereka tidak akan mampu untuk terus bersaing nanti. Soalan saya, berapa jumlah ejen hartanah dan firma hartanah yang berdaftar dengan LPPEM setakat ini? Seterusnya, bagaimanakah kerajaan memantau kegiatan ejen dan firma hartanah yang tidak berdaftar dengan badan ini? Ini kerana ejen yang tidak berdaftar memang banyak menimbulkan masalah terhadap pasaran hartanah. Sekali gus memberikan kesan negatif terhadap profesion berkenaan. Saya berpendapat aduan bahawa terdapat juga segelintir pembeli secara sukarela yang mahu terus berurus niaga dengan ejen hartanah kerana menganggap caj yang dikenakan kerana setiap S&P, kita terpaksa melalui perjanjian yang akan dibuat oleh para peguam.

Sebenarnya perjanjian ini adalah standard. Ejen hartanah pun boleh buat perjanjian ini kerana ia tidak melibatkan fakta-fakta perundangan yang telah ditetapkan sebagai standard kerana kalau kita lantik juga peguam ini akan membebankan kepada pembeli. Soalan saya, saya berpendapat bahawa aduan terdapat juga segelintir pembeli- pembeli yang mahu meneruskan urusan ini direct kepada ejen hartanah. Jadi, bagaimanakah pandangan kerajaan terhadap isu ini? Soalan saya, benarkah dakwaan terhadap pemaju yang suka menjualkan lokasi-lokasi yang strategik kepada ejen hartanah dan kemudiannya dijual semula untuk mereka kedua-dua pihak dapat mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Keduanya, benarkah dakwaan bila ejen yang berjaya menjual hartanah, syarikat agensi akan mengenakan fi sebanyak 3 peratus daripada harga jualan sebagai khidmat konsultasi dan selebihnya 97 peratus adalah milik penjual. Adakah ini sebenarnya yang dibenarkan oleh pihak kementerian? Pada ketika ini kita dapati ejen hartanah sebenarnya mempunyai kelayakan, pengalaman dan saya mencadangkan supaya mereka juga diberikan kuasa untuk menjual beli hartanah.

Seterusnya, kita melantik ejen hartanah ini bagi mendapatkan penyertaan sebagai – seperti kerajaan yang dibuat sendiri kerana perkara ini telah pun dibuat di negara barat.

Kerana kita melantik ejen-ejen yang berdaftar yang sebenarnya mempunyai pengalaman dan juga kepakaran. Jadi, terutama apa yang berlaku banyak kepada agensi kerajaan yang mempunyai aktiviti-aktiviti hartanah menjual sendiri tanpa melalui ejen-ejen. Ini mungkin akan menyebabkan banyak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini pada akhirnya nanti kerana ejen hartanah yang profesional dikawal selia oleh lembaga penilai dan penapis.

Lesen akan sentiasa diperbaharui pada setiap tahun dan perlu menjadi CPD iaitu yang ditetapkan oleh badan yang bertanggungjawab.

Jadi, ejen hartanah ini juga mempunyai kepakaran sesuai dengan perkembangan dan trend transaksi hartanah. Ketiganya, saya ingin mencadangkan supaya kita menguatkuasakan pengeluaran lesen. Apabila terlalu banyak lesen yang kita keluarkan kepada ejen hartanah, ianya seharusnya selaras dengan komposisi pegangan ataupun numbers of holding, dengan izin. Untuk pengurusan hartanah adalah satu bidang yang cukup penting, kebanyakannya diuruskan oleh mereka yang tidak mempunyai pengalaman.

Jadi, pengurusan ini selalunya dibuat oleh penilai.

final • 7:41 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Kita mahu kalau boleh, kita kembangkan juga kuasa-kuasa ataupun fungsi-fungsi ejen hartanah ini supaya mereka juga diberi kuasa untuk mengurus aspek-aspek pengurusan harta. Selepas itu saya terus kepada fungsi Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah sebenarnya peranan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah selain daripada menerima dan menyelesaikan kompelin ataupun aduan-aduan yang berhubung dengan penipuan semasa transaksi ataupun jual beli hartanah daripada..., ini datang banyak daripada mangsa- mangsa yang tertipu.

final • 7:41 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Apakah sebenarnya bentuk penipuan yang paling banyak sekali? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta deposit sebelum urus niaga dimuktamadkan yang sebenarnya merupakan satu kesalahan dan merupakan kes yang paling tinggi direkodkan.

Seterusnya, saya ingin menyarankan kerajaan akan lebih bertegas kepada agen-agen yang tidak berlesen ini terutama dalam keadaan harga rumah dan juga tanah yang tinggi pada ketika ini dan apabila pasaran ini dibuka kepada pasaran asing yang terbuka, kerajaan juga seharusnya perlu membuat pemantauan yang lebih. Akhirnya, apakah mekanisme yang digunakan oleh kerajaan untuk memantau pasaran ini supaya selepas dibuka untuk pasaran luar atau pun agen-agen luar supaya mereka tidak menyeleweng dengan lesen- lesen yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, juga bagaimanakah kerajaan menjaga kepentingan agen-agen tempatan yang terpaksa bersaing dengan agen-agen asing ini?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 7:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyatakan sedikit pandangan berkenaan dengan rang undang-undang ataupun cadangan untuk meminda Akta Penilai, Penaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 yang di antara tujuannya seperti yang dimaklumkan oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah untuk memperluaskan lagi ruang lingkup pentadbiran serta pelaksanaan undang-undang dan peraturan yang terkandung di bawah Akta Penilaian ini sebagaimana terlebih dahulu.

Saya merasakan pindaan ini amatlah penting walaupun tidak berapa ramai Ahli-ahli Parlimen yang masih lagi tinggal di dalam Dewan. Barangkali mereka mempunyai urusan yang lebih penting daripada saya. Rang undang-undang ini antara yang terpenting pada hari ini. Ini adalah kerana beberapa pengumuman yang mustahak yang telah dikeluarkan oleh kerajaan termasuk Yang Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menunjukkan rasa mustahak atau rasa mengambil berat tentang kedudukan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini terutama yang melibatkan tentang pegangan, ekuiti, nilai harta dan sebagainya.

Baru sahaja beberapa bulan yang lalu, atas desakan ini, Yang Berhormat Perdana Menteri mengumumkan Skim Rumah Pertamaku yang menyasarkan untuk membina 45,000 buah rumah kerana katanya tuntutan keperluan generasi muda yang ditawarkan skimnya amat luar biasa, tidak pernah kita dengar sebelum pada ini iaitu menawarkan untuk warga atau rakyat Malaysia di bawah umur 35 tahun dengan pemilikan rumah ini tanpa bayaran deposit. Ini kerana katanya 10 peratus bayaran deposit itu akan ditanggung oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi yang lain dan sudah tentu 25 institusi kewangan dan perbankan telah dinamakan sebagai agensi yang akan mengambil alih dan menyumbang kepada tugas pelaksanaan ini. Pada minggu lepas saya difahamkan bahawa keseluruhan 45,000 rumah ini telah pun habis dibookinglah, dengan izin, dikenal pasti siapakah pembeli- pembelinya. Maknanya, larislah itu. Kita baru umum sahaja, pembinaannya belum ada, maka benda itu telah pun habis.

Perkara yang sama juga Tuan Yang di-Pertua, berlaku pada setiap kali urusan yang berkenaan dengan hartanah yang ada dan yang diusahakan ataupun disebut ditawarkan kepada rakyat Malaysia, maka inilah perkara yang berlaku sekali gus kita dengar banyak pihak menyatakan kebimbangan berlakunya menyumbang kepada masalah property buble yang disebut berkali-kali. Peringatan yang diberi oleh banyak pihak juga mengatakan sedikit masa lagi kita akan mencapai tahap situation di mana kedudukan nilai- nilai hartanah ini akan mencapai tahap tepu di mana pada masa itu kita barangkali boleh mengagak akan berlaku satu unjuran ke belakang. Maknanya, bermula kepada tempoh kejatuhan nilai-nilai hartanah.

final • 7:51 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya juga merasa penting kerana isu ini juga menyentuh tentang pemilikan, sudah tentu pemilikan ini ramai pihak akan berkata, “Apa jadi dengan pemilikan ekuiti dalam bidang hartanah yang melibatkan bumiputera dan bukan bumiputera dalam negara kita”. Isu ini juga yang menyebabkan Pengerusi UDA yang ada dalam Dewan baru sebentar tadi pening kepala kerana kes ataupun isu berkenaan dengan urusan penilaian hartanah kawasan yang bernilai tinggi. Isu ini diheret oleh media begitu lama sekali dan saya merasa simpati kepada beliau. Pemuda UMNO menyatakan dengan keras tentangan atas keputusan yang telah dibuat oleh Pengerusi UDA dan beliau telah cuba memberi penerangan termasuklah isu-isu yang diterangkan oleh beliau sebenarnya banyak berkaitan dengan akta yang kita cadangkan pindaan hari ini iaitu berkenaan dengan penaksiran dan juga agen-agen hartanah yang hendak kita perkatakan.

Saya hendakkan pengesahan sekali lagi, benar atau tidak di antara tujuan yang utama kita membentangkan rang undang-undang ini ialah memperluaskan ruang lingkup dan bukan hanya berkenaan dengan tanah, nilai tafsiran itu sendiri, berkenaan dengan kawasan ataupun area yang dikatakan sebagai harta tanah itu. Akan tetapi kalau kita teliti sebagai contoh, fasal 10, seksyen 19 dimasukkan untuk memberi tafsiran baru, penilaian yang dikatakan ejen penilaian atau proses penilaian, pentafsir ini merangkumi bukan sahaja tanah, perabot, bangunan, lekapan, dan lengkapan sebab pada saya lengkapan dan lekapan itu sama, ya. Ia adalah merujuk kepada istilah ataupun butiran atau benda yang sama. Stok perdagangan, loji, jentera, kelengkapan dan benda-benda yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita tahu aset tidak alih, aset tetap iaitu tanah dan bangunan. Akan tetapi sekiranya tafsiran ini dimasukkan ia juga merujuk kepada aset mudah alih seperti loji dikatakan dengan jelas di sini. Loji ini ataupun sebahagian yang dianggap lekapan kepada loji itu dianggap juga termasuk dalam perluasan bidang akta ini.

Ia sudah tentu perkara ini akan menjadi rumit kepada istilah ataupun kerja-kerja pentafsiran ataupun penilaian sesuatu harta. Di sinilah letaknya konflik yang sekarang ini telah cuba dilakukan oleh industri ini yang menyebabkan berlakunya masalah property buble.

Sebenarnya penilaian yang dimasukkan, diheret sama kepada butiran yang tidak perlu. Sebagai contoh, sebidang tanah yang sepatutnya bernilai pasaran RM100,000. Akan tetapi apabila mengambil kira yang berkaitan dengan tanah atau pun aset tersebut seperti loji, seperti kalau sebuah bangunan atau perumahan mengambil kira pembinaan yang berkaitan dengan tenaga solar atau loji yang bertenaga solar, teknologi penjanaan kuasa yang baru untuk tujuan persendirian juga dianggap sebagai sebahagian daripada aset itu.

Ia menjadi rumit dan kalau Yang Berhormat timbalan menteri mengatakan tujuannya ialah untuk mengelakkan berlaku manipulasi, penipuan dan juga pengambilan kesempatan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh sebab akta ini daripada tahun 1981 menunjukkan adanya ruang untuk diambil tindakan.

final • 7:51 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya katakan fasal 10, seksyen 19 ini lebih membuka pintu dan ruang yang lebih luas lagi kepada manipulasi. Saya katakan sedemikian Tuan Yang di-Pertua kerana penilaian terhadap aspek harta mudah alih yang dikaitkan sama dengan bangunan dan tanah ini amat terdedah kepada elemen penguncupan nilainya terutama apabila ada pertimbangan tentang nilai-nilai yang susut seperti depression value dengan izin. Susut nilai yang perlu diambil dan kita tidak ada kesamarataan dari segi mengukur nilai kejatuhannya seperti lekapan kita terima secara konvensyen.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Setiap setahun lima peratus sehingga maksimum lapan peratus depression value kita iktiraf kepada barang-barang atau jenis. Ada sesetengahnya sehingga mencapai 28 peratus dari segi depression value, ini juga akan menjadi sebahagian daripada perkara yang merumitkan aspek penilaian kepada penilaian atau mengekalkan harga dan juga nilai harta yang dikatakan duduk di bawah pentadbiran akta ini.

Sekali lagi saya hendak menyatakan permintaan saya kepada pihak kementerian dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang membawakan rang undang-undang ini.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak tanya, apakah perkembangan ataupun status berkenaan dengan aktiviti ataupun polisi ataupun keputusan kerajaan di bawah kementerian untuk melaksanakan program e-Tanah yang dahulu katanya untuk mempertingkatkan maklumat, menyimpan maklumat, menguruskan maklumat tentang pemilikan tanah-tanah atau hartanah di seluruh negara yang diletakkan di bawah jabatan-jabatan tertentu. Isu ini juga menyentuh tentang pengurusan harta-harta yang berkenaan dengan harta pusaka, harta wakaf dan kedua-duanya amat dekat dengan nilai pegangan hartanah kepada masyarakat Bumiputera termasuk juga Sabah dan Sarawak serta orang-orang Islam.

Kita juga melihat kepentingan untuk melaksanakan keputusan kerajaan untuk membuka pegangan asing sehingga 49 peratus dasar liberalisasi beberapa subsektor termasuk juga sektor yang menumpukan kepada bidang pelaburan hartanah, pembinaan premis-premis perniagaan dan juga perumahan, juga diambil kira. Ini termasuk dalam perkara yang wajib, mesti kita tumpukan dan pemilikan asing seperti yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Jasin, saya rasa amat mustahak untuk kita teliti. Oleh kerana mengambil peluang tentang perkara yang disebut berkali-kali terutama apabila kerajaan telah meminda undang-undang dan dipersetujui untuk memasukkan elemen pegangan 5 peratus terhadap mana-mana aset hartanah yang dilupuskan, tidak mengira nilai. Saya ingat lagi bahawa satu pindaan yang agak besar maknanya, kalau dahulu pelupusan aset atau pelupusan hartanah yang bernilai kurang daripada RM250,000 tidak lagi diperlukan sekatan ataupun tidak lagi memerlukan pegangan peratusan. Akan tetapi, kita telah memasukkan peraturan untuk menahan atau memegang withholding amount, 5 peratus kepada pelupusan hartanah tidak mengira berapa pun jumlahnya.

Maknanya, kalau nilai hartanah itu cuma setakat RM40,000 ke RM50,000 masih kita kena pegang bayaran terakhirnya oleh agen yang melaksanakan transaksi tersebut. Ini sekali lagi menjadi rintihan, saya dengar kata..., sebagai contoh, banyak perkara ini berlaku terutama di kawasan luar bandar dan pendalaman di mana masyarakat luar bandar yang berhajat untuk melupuskan hartanah mereka yang bernilai kurang daripada RM250,000 kalau dahulu merasakan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh untuk orang Islam katakan hendak melupuskan atau menjual tanah untuk tujuan mengerjakan ibadah haji sebagai contohnya. Kalau dahulu untuk harta yang nilainya di bawah RM100,000 mereka tidak ada apa-apa sekatan dan transaksi terus boleh dilaksanakan untuk tujuan tersebut.

Bayangkan sekarang dengan adanya sekatan baru yang telah pun kita masukkan tidak mengira apa sahaja jumlah ataupun harga, sekatan ini dikenakan dan sekarang ini kita nampak ada keadaan di mana manipulasi telah pun berlaku.

Saya menerima banyak feedback daripada rakan-rakan yang juga di dalam industri ini menyatakan rasa simpati mereka. Ada sesetengah mereka merasakan bahawa mereka bimbang kerana mereka dilihat sebagai ejen-ejen yang mengambil kesempatan terhadap orang-orang atau masyarakat Malaysia di pedalaman terutamanya yang merasakan mereka dianiayai. Sedangkan mereka sebenarnya cuma wajib atau mesti melaksanakan peraturan- peraturan ini kerana kita telah meluluskan undang-undang tersebut.

Bayangkan apabila mereka merasakan persepsi terhadap undang-undang atau akta baru yang kita bawa menjadikan mereka terbeban atau teraniaya sekurang-kurangnya.

Mungkin agen itu juga ada setengahnya atau di kalangan ejen-ejen yang kita sebut ini, mungkin mereka merasakan pada skala yang besar, mereka boleh ataupun, oleh sebab desakan keuntungan mereka boleh melaksanakan perkara ini di atas apa yang dikatakan masyarakat yang naif berada di luar bandar terutamanya.

Saya juga hendak bertanya perkara yang terakhir iaitu bagaimana kita harus melihat Jawatankuasa yang bakal dibentuk yang dikatakan seksyen baru iaitu 10A yang hendak dimasukkan. Lembaga Jawatankuasa ini dikatakan sebagai lembaga yang akan meneliti, menyelia dan memerhatikan barangkali mentadbir ejen-ejen yang maksudkan di bawah akta ini. Penilai, penaksir, ejen hartanah dikawal ataupun diseliakan oleh satu lembaga. Saya rasa itu di antara juga tujuan bagaimana akta atau pindaan ini hendak diwujudkan ialah mengiktiraf atau mewujudkan satu pengiktirafan kepada lembaga, satu Jawatankuasa yang hendak dilantik untuk tujuan ini mengawal selia keseluruhan.

Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah perkara ini akan menjadikan seluruh prosedur transaksi hartanah ini menjadi bertambah lancar dan baik atau sebaliknya? Ini yang saya berminat untuk tahu di akhir perbincangan.

final • 8:00 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ini kerana rungutan yang sedang kita hadapi yang ada kita dengar sekarang sudah cukup menjadi rumit sehingga membuka ruang kepada manipulasi dan juga eksploitasi di atas nilai-nilai yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak. Bukan sahaja oleh agen-agen ataupun penilai ataupun taksir juga kepada pemilik hartanah ataupun aset-aset tertentu.

Bayangkan kita meluaskan bidang ini kepada extension elemennya kepada bangunan, loji dan sebagainya yang dianggap juga sebahagian daripada aset hartanah itu. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Balik Pulau dan selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 8:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan Balik Pulau mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981.

Secara prinsipnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, Balik Pulau mengalu-alukan akta ini kerana mempunyai kepentingan di kala pendekatan kerajaan dalam meliberalisasikan ekonomi negara. Saya rasa akta-akta ini penting terutama sekali soalan yang pertama Yang Berhormat Timbalan Menteri mohon penjelasan ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mahu Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan setakat hari ini berapa sebenarnya nilai hartanah ataupun land bank Kerajaan Malaysia. Ini kerana pada pandangan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, akhirnya nanti apabila kerja-kerja untuk tanggungjawab sosial, perumahan awam mampu milik dan sebagainya antara perkara-perkara yang orang cari ialah ada tanah kerajaan atau tidak, ada tanah kerajaan atau tidak?

final • 8:09 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Itu biasa. Kebanyakan tanggungjawab begitu, pemaju-pemaju swasta ini mencari jalan mudah sebegitu. Jadi saya rasa agak elok jikalau kita mahu mengukur keupayaan ekonomi negara kerana saya yakin Yang Berhormat Menteri mungkin boleh bersetuju dengan saya, the best bank hari ini mungkin land bank pada pandangan saya. Jadi untuk tujuan itu, saya rasa Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan di Dewan yang mulia ini berapa nilai yang kita panggilkan hartanah kerajaan yang ada pada hari ini. Ini kerana kalau tidak ada Yang Berhormat Menteri, saya alu-alukan. Ini kerana rang undang-undang terutama di dalam seksyen 4 ini, antara lain memberi skop perkhidmatan penyelidikan yang boleh dibuat di bawah arahan ketua pengarah.

Oleh sebab itu di sini Yang Berhormat Menteri, saya mengambil masa sedikit di sini Yang Berhormat Menteri kerana dalam penggal ini saya berulang-ulang kali bertanyakan soalan ini. Saya rasa mungkin ruang ini boleh diambil kesempatan terutama sekali yang menyatakan menjalankan penyelidikan asas atau gunaan.

Yang Berhormat Menteri, banyak soalan saya tanya di sini. Contohnya di peringkat perumahan, tempatan, saya tanya mengenai apa yang kita panggil data pemilikan rumah.

Kita mahu melihat sejauh manakah agenda perumahan yang sekarang ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Agenda Skim Perumahan Pertama.

Saya rasa ini dibuat di atas ada tuntutan-tuntutan untuk memastikan rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang kurang berkemampuan dan agenda-agenda strategik khusus terutama mereka orang-orang muda. Akan tetapi selagi mana kita tidak ada data-data ini, saya rasa agak sukar untuk kita merancang. Dalam hal ini, saya bertanyakan secara khusus setakat hari ini nilai hartanah negara yang ada pada hari ini banyak mana? Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh cakap secara khusus. Mungkin negeri Pulau Pinang kalau ada, kalau Balik Pulau mungkin, kerana saya tengok di Pulau Pinang itu antara kawasan yang mungkin dan belum lagi dibangunkan secara menyeluruh.

Saya rasa mungkin Balik Pulau yang mewakili hampir lebih separuh daripada Pulau Pinang.

Saya selaku Ahli Parlimen Balik Pulau, dengan tegas saya rasa kalau dapat maklumat tersebut, berapakah sebenarnya nilai hartanah kerajaan yang ada kita akan cuba jadikan agenda perumahan terutama untuk mereka yang kurang mampu. Ini sebagai agenda utama. Itu memerlukan penyelidikan.

final • 8:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, seterusnya saya juga memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri di peringkat ini kerana dikatakan di sini akta ini akan juga memberi kuasa kepada ketua pengarah untuk memberikan perkhidmatan nasihat atau perundingan.

Yang Berhormat Menteri, sekurang-kurangnya di Parlimen Balik Pulau, mungkin di tempat-tempat lain juga melalui pengalaman ketika saya berurusan di Kuala Lumpur dan Selangor. Di Balik Pulau sekurang-kurangnya Yang Berhormat Menteri apabila berlaku kes yang kita panggil ‘pengusiran’. Di antara perkara-perkara yang akan disentuh ialah berapakah nilai yang sesuai untuk diberikan sebagai pampasan. Jadi apabila perkara- perkara begitu berlaku, rakyat terutama sekali mereka yang kurang berkemampuan tidak punya kelebihan untuk mendapat perkhidmatan juru-juru nilai yang profesional.

Saya rasa di peringkat ini memandangkan kerajaan mengatakan mempunyai ruang untuk memberikan perkhidmatan, sepatutnya kes-kes sebegini diberikan. Ini kerana melalui pengalaman setakat hari ini seperti yang saya katakan dalam kenyataan akhbar saya semalam yang ada di dalam internet, saya khuatir bargaining power ataupun kuasa untuk berunding orang kampung terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan pembelian hartanah oleh pihak swasta yang mahu mengusir mereka, kadang-kadang mereka datang dengan nilai oleh swasta. Nama-nama yang besar dan saya tidak payah sebutkan di sini.

Kata, “Ini nilai yang sepatutnya. Ini nilai yang sepatutnya”. Akan tetapi kita tengok kadang- kadang nilai yang ditawarkan adalah RM20,000 atau RM30,000 dan kita tahu nilai tersebut untuk mendapatkan gantian rumah yang selesa pun saya fikir amat meleset sekali.

Jadi saya rasa dalam hal ini Yang Berhormat Menteri, mungkin di bawah apa yang dikatakan sebagai memberi perkhidmatan dan nasihat atau perundingan. Mungkin boleh menawarkan perkhidmatan ini memandangkan ini adalah agenda kerajaan yang dikuatkan dengan peruntukan statutori.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya yakin dalam keadaan lain orang-orang kampung ini kadang-kadang dia sebenarnya apabila kita tinjau, sebenarnya adalah kaya.

Akan tetapi apabila kesedaran ataupun nasihat rundingan tidak diberikan, sejauh mana nilai hartanah itu sebenarnya mampu mengangkat ekonomi mereka. Saya rasa mereka tidak meletakkan agenda itu sebagai.... Bayangkan kalau melalui akta tafsiran ejen ini terdapat satu gerak kerja yang saya rasa intensif untuk kerajaan masuk ke kampung-kampung, ke luar-luar bandar terutamanya kerana saya rasa di bandar-bandar ini sudah banyak tanah yang telah dibangunkan dan memberitahu kepada orang-orang kampung sebenarnya nilai hartanah kalau diuruskan dengan baik, tidak kira harta pusaka, tidak kira harta yang kita ada sekarang, saya rasa secara langsung ia akan memberi pemerkasaan ekonomi kepada individu-individu dan keluarga tersebut.

Bayangkan Yang Berhormat Menteri, di Balik Pulau contohnya saya katakan di sini banyak hartanah yang bernilai tinggi. Akan tetapi disebabkan kesedaran ataupun mungkin kekurangan dana untuk mendapat khidmat-khidmat profesional bagi menguruskan harta tersebut. Kadang-kadang kita tengok banyak hartanah yang bernilai tinggi itu tidak diuruskan dengan baik untuk tujuan pemerkasaan ekonomi mereka sendiri. Apatah lagi untuk agenda-agenda perniagaan yang saya rasa ini dapat membantu mereka. Bank-bank kalau dia tahu nilai-nilai tersebut tinggi mereka boleh bantu.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin Yang Berhormat Menteri menjelaskan di Dewan yang mulia ini boleh atau tidak kita? Saya rasa soalan saya mungkin soalan dasar. Memandangkan tidak ada kawalan yang saya rasa secara dasarnya pada hari ini terhadap nilai hartanah ini kerana kita menyantuni dasar pasaran bebas. Akan tetapi saya rasa tiba masanya hari ini Yang Berhormat Menteri kerana saya rasa Yang Berhormat Menteri arif tentang apa yang dikatakan market access. Kadang-kadang diharapkan pasaran untuk mengurus kepentingan-kepentingan masyarakat terutamanya agenda dan sosial ini kadang-kadang buktinya tidak banyak. Pasaran tidak banyak bukti melainkan memang kita dikenali dengan agenda-agenda corporate social responsibilitynya dan sebagainya itu tinggi.

Saya rasa memandangkan tidak ada track record yang begitu tinggi di kalangan pemaju-pemaju, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan iaitu mungkin berdasarkan kajian bahawa perlu ataupun tidak kita pada hari ini mengadakan satu dasar ataupun satu kawalan terutamanya untuk tujuan-tujuan agenda-agenda sosial agar nilai tanah ini tidak sampai membebankan. Yang Berhormat Menteri, hari ini saya katakan mungkin nilai hartanah di Pulau Pinang terutamanya di pulau itu mungkin tinggi. Mungkin kalau kadarnya itu melebihi nilai di Kuala Lumpur.

final • 8:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Akan tetapi bayangkan masih lagi ramai rakyat yang bekerja sebagai produksi pengeluaran kilang, petani, nelayan yang memang tidak mampu.

Kalau Yang Berhormat Menteri boleh bersetuju dengan saya menggesa agar satu audit hartanah dibuat supaya kita tahu sebenarnya apa yang diandaikan oleh kawan saya tadi tidak akan berlaku iaitu apa yang dipanggil sebagai property bubbles ataupun spekulator. Yang Berhormat Menteri, saya memberi fakta kepada Yang Berhormat Menteri dan memohon tindakan ataupun penjelasan. Saya pun pelik kebanyakan projek perumahan di Parlimen saya sekurang-kurangnya seperti Yang Berhormat lain, kebanyakannya habis laku dijual. Akan tetapi apabila kita tengok, tidak ada orang tinggal. Jadi saya takut ada agenda-agenda lain memandangkan tadi kita pada hari yang sama berbahas mengenai money laundering dan sebagainya. Saya tidak mahu perkara itu berlaku. Apa yang lebih penting, kita pastikan selari dengan agenda ekonomi negara milikan rumah oleh keluarga- keluarga itu dipastikan. Saya rasa itu dapat dilakukan kalau kita ada seperti yang dikatakan tadi hendak tubuhkan lembaga ini, memberi agenda mengaudit hartanah-hartanah dan milikan hartanah ini dibuat dengan secepat mungkin.

Akhir sekali saya ingin menyentuh sedikit mengenai isu di dalam agenda apa yang dipanggil sebagai Property Rights Index. Yang Berhormat Menteri sebelum agenda Property Rights Index ini diangkat, memang perkara ini dianggap tidak amat penting malah agenda-agenda lebih penting. Akan tetapi apabila ia dilakukan oleh seorang economist yang bernama Hernando de Soto di Peru itu, yang telah menjadikan agenda Property Rights sebagai agenda membasmi kemiskinan. Ini kerana bagi dia, apabila kita membantu rakyat mengetahui nilai-nilai hartanahnya itu secara langsung dia mengeluarkan mereka daripada beban kemiskinan.

final • 8:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Agenda tersebut telah diangkat hinggalah kepada agenda UNDP yang mana diangkat pula oleh Madeleine Albright dan juga Hernando De Soto sendiri dan sehinggalah di bawa satu agenda yang besar dengan izin Yang Berhormat Menteri, namanya ‘Legal Empowerment for the Poor’.

Malangnya Yang Berhormat Menteri, saya dimaklumkan oleh teman di SUHAKAM bahawa apabila UNDP mencadangkan agenda itu yang memberi akibat langsung kepada agenda yang dipanggil pemerkasaan melalui penguatkuasaan hartanah, tetapi apabila dicadangkan kepada EPU, EPU – saya tidak mahu kata menolaklah tetapi hari ini tidak ada respons yang kuat. Jadi saya rasa dengan agenda tadi kata di bawah seksyen memberi kuasa kepada ketua pengarah mewujudkan lembaga, menjalankan penyelidikan, perkhidmatan nasihat, saya rasa saya menyokong terutama sekali mana-mana agenda melalui perundangan ini di dalam agenda memperkasakan hak harta tanah rakyat terutama sekali bagi mengeluarkan mereka daripada beban atau kemelut kemiskinan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:20 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai

Tuan Yang di- Pertua, permata sekali saya hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang telah ambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Penilai Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010. Kementerian Kewangan menghargai cadangan dan pandangan atas pindaan ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang kita semua sedia maklum, hartanah adalah isu yang besar dan kita pun tahu bahawa negara-negara seperti Amerika Syarikat, mereka pun menghadapi masalah subprime, dan juga negara seperti North Ireland, oleh kerana pinjaman ke atas hartanah yang berlebihan, maka mereka menghadapi masalah kewangan dan juga isu-isu seperti kita katakan tadi iaitu property bubble dan juga kita tidak hendak spekulasi dalam harta tanah.

Kementerian melalui berbagai-bagai agensi memang kita akan ambil tindakan sewajarnya dan kita memang dapat pandangan daripada semua pihak dan juga pengalaman yang ada di negara lain.

final • 8:21 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai

Tujuan kita meminda akta ini seperti yang saya katakan tadi, iaitu untuk menguatkan lagi langkah perundangan, penyediaan dan pengeluaran industri harta tanah.

Kita harap dengan adanya pindaan ini, kita boleh capai tahap yang lebih tinggi supaya ia boleh memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jasin ada bangkitkan peranan JPPH. Untuk maklumat Yang Berhormat, JPPH menjalankan penilaian harta tanah bagi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Tugasnya iaitu tugas penilai seperti yang saya sebutkan tadi, membuat penilaian mengenai harta, mengenai tanah dan juga bangunan. Adakah JPPH dibenarkan menjual transaksi harta tanah kepada orang awam? Jawapannya, JPPH dibenarkan menjual data transaksi kepada orang awam dan juga syarikat.

Yang Berhormat Jasin ada juga bertanya adakah tindakan yang diambil atas pemegang maklumat yang gagal memberi maklumat yang tepat mengikut kaedah-kaedah Ketua Pengarah Penilaian. Mereka yang gagal boleh dikenakan hukuman penjara. Walau bagaimanapun, jabatan setakat ini menggunakan soft approach. Kita hendak mereka memberikan maklumat yang tepat.

Yang Berhormat juga tanya firma yang menawarkan saham yang boleh dipegang oleh orang awam. Saham firma-firma itu kita boleh naikkan sampai 49 peratus ekuiti.

Memang selepas kelulusan rang undang-undang ini, mereka yang melabur boleh memiliki ekuiti sehingga 49 peratus.

Yang Berhormat Jasin juga bertanya mengenai berapa jumlah ejen harta tanah yang berdaftar. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlahnya ialah 2,181 dan kategori penilai adalah 800.

Yang Berhormat Jasin ada tanya mengenai fi 3 peratus. Ia itu adakah angka yang betul dan 3 peratus adalah maksimum. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberi diskaun. Pada masa ini, secara umumnya, ejen-ejen harta tanah menerima 2 peratus.

Yang Berhormat Jasin juga bangkitkan apakah penipuan yang paling banyak sekali. Untuk makluman Yang Berhormat, lembaga mengawal selia profesion penilai pentaksir dan harta tanah pada angka yang kita dapat adalah kesalahan yang selalunya mengambil deposit pembeli dan juga kadang-kadang miss presentation atas harta tanah yang mereka hendak jual kepada pembeli.

Yang Berhormat Indera Mahkota ada sentuh beberapa perkara iaitu Yang Berhormat tanya benarkah atau tidak tujuan pindaan akta adalah untuk memperluaskan skop akta seperti pindaan seksyen 19 termasuk pelabur, kelengkapan dan benda-benda lain. Untuk makluman Yang Berhormat, penilaian-penilaian yang disebutkan oleh Yang Berhormat memang betul. Pindaan kepada seksyen 19 hanya meluaskan kepada kepentingan iaitu interest tanah dan bangunan.

Yang Berhormat juga tanya apakah status berkenaan aktiviti e-Tanah. Untuk makluman Yang Berhormat, e-Tanah bukan di bawah bidang kuasa JPPH.

Yang Berhormat tanya bagaimana kita lihat jawatankuasa di bawah seksyen baru 10A bagi mengawal selia, adakah ini akan menjadikan transaksi harta tanah ini bertambah lancar. Untuk makluman Yang Berhormat, jawatankuasa yang kita tubuhkan memang akan bantu lembaga melaksanakan fungsi-fungsi di bawah akta ini.

Yang Berhormat juga bertanya Skim Rumah Pertamaku. Seperti yang kita sedia maklum, Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan ketika pembentangan Bajet 2011 pada bulan Oktober 2010 yang lalu. Skim ini secara rasmi telah dilancarkan pada 8 Mac 2011 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Skim Rumah Pertamaku ini adalah bertujuan membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100 peratus daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Langkah ini akan dapat membantu golongan muda dan berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah dan ini sejajar dengan hasrat kerajaan supaya rakyat Malaysia semua boleh memiliki rumah sendiri...

final • 8:21 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

[Bangun]

final • 8:21 PM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Dengan skim ini, kita memberi jaminan sebanyak 10 peratus daripada jumlah pembiayaan kepada institusi kewangan yang terlibat.

final • 8:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sekijang bangun Yang Berhormat.

final • 8:21 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Boleh mencelah sedikit?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua sebab saya hendak tanya ini sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua pada Yang Berhormat Menteri ini sebab dia sebut tentang harga rumah dan sebagainya. Banyak orang bertanya dalam masyarakat kita, kenapa terdapat perbezaan yang besar penilaian yang dibuat oleh ejen hartanah dengan penilai kerajaan? Ini kerana kita melihat di situ bila seseorang pegawai kerajaan misalnya hendak membeli rumah, maka dinilai oleh penilai kerajaan dan yang menjual pula menilai mengikut ejen hartanah iaitu berlaku pertembungan yang menyukarkan.

Satu lagi apabila berlaku pengambilan balik tanah dan sebagainya oleh kerajaan, penilai kerajaan menilai dengan begitu rendah dan penilai hartanah ini dengan begitu tinggi.

Jadi seolah-olah tidak ada satu prinsip dalam penilaian ini yang menyebabkan terdapat perbezaan yang besar antara kerajaan dengan pihak ejen hartanah ini. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri sedikit Menteri lanjutan daripada itu Menteri. Saya rasa Menteri soalan Yang Berhormat Sekijang itu amat baik sekali. Saya mohon penjelasan Menteri dan saya lanjutkan kerana banyak kes-kes pengambilan tanah tertangguh di Mahkamah Tinggi. Kalau Menteri ke Mahkamah Shah Alam sahaja isu mengenai perbezaan juru nilai yang kerajaan ini dengan juru nilai swasta ini kadang jauh sangat. Sehinggakan perkara itu dipertikaikan sehinggakan mengambil masa panjang sangat. Saya rasa Yang Berhormat Menteri kalau perkara yang ditimbulkan itu dapat diberi satu nilai yang lebih munasabah saya rasa banyak membantu kes-kes yang tertangguh dan menguntungkan pihak-pihak untuk menjalankan projek dan juga pihak-pihak yang mana tanah mereka diambil. Mohon penjelasan.

final • 8:30 PM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Balik Pulau. Banyak soalan mengenai penilaian yang berbeza di antara valuer dan juga kerajaan iaitu Jabatan Penilaian Harta. Memang saya setuju isu ini berlaku dan banyak kes yang tertangguh di mahkamah. Memang isu ini saya tidak dapat menjawab pada masa ini. Kita memang akan ambil tindakan mengkaji semula macam mana kita boleh selesaikan masalah ini. Sungguhpun pada masa ini harga yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) itu adalah harga yang akhir sekali. Akan tetapi mereka yang tidak puas hati memang mereka pun boleh pergi ke mahkamah.

Ini bukan senang hendak jawab. Ini kita akan kaji dalam isu ini. Yang Berhormat Balik Pulau ada tanya beberapa isu iaitu memohon penjelasan mengenai kuasa Ketua Pengarah untuk beri nasihat dan perundangan nilai harta tanah. Untuk makluman Yang Berhormat seksyen 4, akta memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengumpul informasi bagi membantu pegawai penilai dan menjalankan tugas penilaian. Yang Berhormat Balik Pulau ada tanya setakat ini berapa nilai land bank Malaysia iaitu hartanah kerajaan.

final • 8:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Menteri sebelum ke soalan itu soalan yang pertama tadi kerana Menteri saya mohon penjelasan Menteri. Kenapa saya melihat pihak penilai kerajaan tidak bersikap pro aktif terutama untuk mereka yang di luar bandar. Ini kerana saya tengok mereka terpaksa berdepan dengan pembeli-pembeli tanah ataupun pemaju yang datang dengan nilai-nilai yang diberikan oleh swasta. Kadang-kadang dalam ketika itu nilai yang ditunjukkan amat rendah tetapi apabila yang lawan di mahkamah tadi tinggi. Jadi saya tengok di sini kadang-kadang mungkin kita perlu perketatkan dari segi pemantauan, regularsasi penilai juru nilai swasta ini. Ini kerana saya nampak sikap yang berbeza apabila mahu mempertahankan hak tanah orang kampung ini dia tunjuk dia kata nilai rendah ambil banyak itu sahaja RM20,000, RM30,000. Jadi saya Menteri tolong tengok perkara tersebut dan mohon Menteri menangani isu ini.

final • 8:30 PM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Okey, terima kasih Yang Berhormat bangkitkan isu ini. Memang kita hendak jaga orang luar bandar. Isu ini nanti saya akan bangkit pada jabatan yang berkenaan supaya kita mesti memberi tumpuan kepada orang yang luar bandar, orang susah. Kita memang hendak mereka jalankan tugas yang betul-betul. Yang Berhormat tanya ada soalan mengenai land bank Malaysia iaitu hartanah kerajaan.

final • 8:30 PM

Dato’ Donald Lim Siang Chai

Untuk makluman Yang Berhormat setakat ini JPPH belum ada menjalankan penilaian terhadap semua harta kepunyaan kerajaan.

Yang Berhormat Balik Pulau mohon penjelasan sama ada perlu atau tidak mengadakan dasar pengawalan nilai harta tanah bagi tujuan sosial supaya nilai hartanah terkenal. Ini bukan dalam kuasa lembaga oleh itu saya tidak dapat jawab. Itulah sahaja saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah ambil bahagian dalam perbahasan ini. Sekian.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemuka kepada Jawatankuasa.

Fasal 1 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

final • 8:30 PM

Fasal 2 - Pindaan] - Timbalan Menteri Kewangan I

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 2 rang undang-undang dipinda:

(a) dengan memasukkan perkataan “dan” di hujung perenggan- perenggan c, b dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut “di dalam tarif pengurusan harta” dalam perenggan (d) dengan menggantikan perkataan “dan pembelian” dan perkataan “pembelian dan penyewaan” dan c dengan memotong perenggan (e).

Pindaan ini bertujuan untuk meminda fasal 2 rang undang-undang untuk mengekalkan tarif pengurus harta dan pengurusan harta dalam seksyen 2 , akta ibu.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan.

Pindaan dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Fasal 2 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal-fasal 3 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

final • 8:30 PM

Fasal 11 - Pindaan] - Dato’ Donald Lim Siang Cha

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 11 rang undang-undang ini dipinda dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

(a) dalam perenggan (1)(a) dengan memasukkan selepas perkataan “penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar” perkataan “atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan”.

Pindaan ini bertujuan meminda fasal 11 rang undang-undang untuk mengekalkan sekatan yang ada sekarang terhadap amalan penilai yang diperuntukkan dalam Akta ibu.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

final • 8:40 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan.

Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Fasal 11 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal-fasal 12 hingga 20 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 8:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu akta bagi meminda Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1954,dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 ataupun Akta 520 adalah satu akta yang dikuatkuasakan untuk menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(CIDB) dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi-fungsinya berhubungan dengan industri pembinaan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pindaan yang dicadangkan kepada Akta 520 ini adalah buat kali pertama sejak dari tarikh kuat kuasa pada Disember 1994. Pindaan ini adalah hasil dari siri perbincangan bersama industri dan agensi kerajaan yang mengambil kira keperluan industri semasa.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan ini memberikan tumpuan kepada teras- teras berikut:

final • 8:44 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

(i) memperkasakan CIDB sebagai badan regulatory industri pembinaan;

(ii) pembangunan modal insan berterusan dalam industri;

(iii) penerapan teknologi yang produktif;

(iv) penggunaan bahan binaan yang berkualiti;

(v) peningkatan tahap pengurusan tapak bina termasuk aspek keselamatan; dan

(vi) peningkatan penguatkuasaan.

Pindaan kepada Akta 520 ini mempunyai 33 fasal dan boleh dikelaskan kepada dua jenis pindaan itu iaitu pindaan baru dan pindaan penambahbaikan. Pindaan baru terhadap akta ini melibatkan tiga perkara utama iaitu:

(i) pendaftaran personel binaan untuk tujuan meningkatkan kualiti kerja, perancangan, pembangunan, pentauliahan dan pemerakuan kemahiran dan pensijilan;

(ii) berkenaan jaminan kualiti bahan binaan dan kualiti kerja melalui penetapan dan pematuhan kepada standard dan piawaian; dan

(iii) perletakan tanggungjawab mengurus dan menjaga keselamatan di tapak bina yang lebih baik dan sistematik ke atas kontraktor dan pengurus tapak.

Manakala pindaan penambahbaikan pula melibatkan penyusunan semula peruntukkan sedia ada untuk menambah baik, memperjelas dan memperkemaskan lagi fungsi dan kuasa CIDB. Menerusi pindaan-pindaan tersebut, inti patinya adalah hanya pekerja-pekerja yang kompeten dan berkemahiran sahaja akan dipastikan terlibat dalam industri pembinaan. Kualiti sesuatu projek pembinaan akan lebih terjamin dengan penglibatan pekerja-pekerja yang kompeten, penggunaan bahan-bahan binaan yang menepati standard dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat terutamanya mengenai keselamatan di tapak bina. Ini akan memberikan impak yang besar terhadap peningkatan taraf sosioekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 yang dibentangkan pada hari ini mengandungi 33 fasal pindaan.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk menggantikan seksyen 2 [Akta 520] yang sedia ada dengan beberapa tafsiran baru dimasukkan. Antaranya ialah:

(a) berhubung dengan takrif “kontraktor”, untuk membenarkan mana-mana orang yang hanya mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan kerja pembinaan dianggap juga sebagai “kontraktor” dan oleh itu dikehendaki untuk didaftarkan;

(b) berhubung dengan takrif “industri pembinaan”, untuk memasukkan reka bentuk, teknologi, bahan dan mutu kerja binaan dengan mengambil kira perkembangan semasa industri;

(c) berhubung dengan takrif “kerja pembinaan”, untuk memasukkan pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja sebagaimana yang perlu bagi merealisasikan mana-mana jenis kerja pembinaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta 520 yang sedia ada;

final • 8:44 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

(d) untuk membuat peruntukan bagi takrif “personel binaan” untuk memasukkan pekerja binaan am, pekerja binaan separa mahir, pekerja binaan mahir, penyelia tapak binaan, pengurus projek binaan dan mana-mana pekerja atau golongan pekerja

final • 8:50 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

sebagaimana yang ditentukan oleh lembaga dan termasuklah mana-mana orang yang terlibat atau mengaku janji untuk terlibat dalam mana-mana aktiviti yang berhubungan dengan kerja pembinaan; dan

(e) untuk mengadakan takrif “Sistem Binaan Berindustri” atau Industrialize Building System yang sinonim dengan “IBS”.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 3 pula bertujuan untuk meminda seksyen 3 [Akta 520] untuk mengadakan asas undang-undang bagi penggunaan nama “Construction Industry Development Board of Malaysia” dalam bahasa Inggeris dengan akronim “CIDB”.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 4 [Akta 520] berkenaan dengan fungsi lembaga yang termasuk antaranya:

(a) mengawal selia pematuhan standard bagi mutu kerja binaan dan bahan binaan;

(b) mendaftarkan, mengakredit dan memperakukan personel binaan dan untuk membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran, akreditasi dan pemerakuan personel binaan itu; dan

(c) mengawal selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 11 Akta 520 untuk meminda nama “ketua pegawai eksekutif” kepada “ketua eksekutif.” Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 15 [Akta 520] untuk menjelaskan pendapatan lembaga yang sekarang ini hendaklah juga termasuk wang yang dipungut melalui kompaun.

Fasal 7, 8 dan 9 bertujuan untuk meminda seksyen 20, 21 dan 22 [Akta 520] dengan beberapa pindaan berkenaan dengan kuasa lembaga untuk meminjam, memberi pinjaman dan melabur, yang hendaklah juga termasuk mendapatkan kebenaran Menteri Kewangan terlebih dahulu.

Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 23 [Akta 520] untuk menambah kuasa untuk melantik ejen, penasihat teknikal dan sebagainya.

Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 24 [Akta 520] untuk membolehkan lembaga untuk mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya kecuali jika diperuntukkan sebaliknya, kepada mana-mana anggotanya, pegawainya atau pekhidmatnya.

Fasal 12 dan 13 bertujuan untuk meminda kepala Bahagian VI dan seksyen 25 [Akta 520] yang berbangkit daripada pindaan kepada takrif ‘kontraktor.’ Dengan pindaan ini, seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan adalah dikehendaki untuk didaftar di bawah akta ini.

Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 25A ke dalam Akta 520 untuk mengadakan peruntukan bagi akreditasi kontraktor.

Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 26 [Akta 520] berkenaan penyimpanan dan penyenggaraan suatu daftar kontraktor yang berdaftar dan diakreditkan.

Fasal 16 bertujuan untuk meminda seksyen 27 [Akta 520] untuk meluaskan ruang lingkup berkenaan dengan kuasa lembaga untuk memperoleh maklumat yang relevan melalui pengeluaran notis.

Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 29 [Akta 520] terutamanya untuk menaikkan penalti yang boleh dikenakan terhadap kontraktor tidak berdaftar apabila disabitkan.

Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 30 [Akta 520] untuk meluaskan ruang lingkup notis untuk memberhentikan kerja pembinaan dan menaikkan penalti kerana tidak mematuhi notis ini.

final • 8:50 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 31 [Akta 520] untuk menegaskan bahawa kuasa lembaga di bawah akta ini hendaklah terpakai bagi dua-dua kontraktor berdaftar dan tidak berdaftar.

Fasal 20 bertujuan untuk meminda Bahagian VII [Akta 520]:

(a) untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, akreditasi dan pemerakuan personel binaan;

(b) untuk memberi Lembaga kuasa untuk menubuhkan, memajukan dan mengakredit institusi latihan bagi maksud melatih personel binaan; dan

(c) untuk mengadakan peruntukan bagi penalti dalam hal ketidakpatuhan.

Fasal 21 bertujuan untuk memperkenalkan Bahagian baru VIIA ke dalam Akta 520 yang mengadakan peruntukan bagi kuasa kepada Lembaga untuk menetapkan dan memperakukan bahan binaan tertentu untuk digunakan dalam industri pembinaan.

Fasal ini juga bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 33F tentang “kod amalan” bagi industri pembinaan untuk memberi kefleksibelan kepada lembaga untuk membangunkan, meluluskan, merumuskan atau mereka bentuk apa-apa kod amalan yang sesuai dan perlu bagi industri.

Fasal 22 bertujuan untuk menambah baik seksyen 34 mengenai penggunaan levi yang termasuk:

(a) untuk mengadakan peruntukan bagi hal keadaan yang akan menimbulkan liabiliti untuk membayar;

(b) untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan kontraktor untuk mengemukakan dengan benar kepada lembaga semua fakta yang menyentuh liabilitinya untuk membayar levi; dan

(c) untuk memberi Lembaga kuasa untuk membuat penyelarasan ke atas amaun jumlah kontrak yang diisytiharkan oleh kontraktor sebagaimana yang difikirkannya patut.

Fasal 23 pula bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 34A ke dalam Akta 520 untuk membolehkan lembaga mendapatkan amaun levi yang kena dibayar sebagai suatu hutang sivil.

Fasal 24 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baru VIIIA ke dalam Akta 520 yang memperuntukkan kewajipan kontraktor.

Fasal 25 bertujuan untuk menggantikan Bahagian IX [Akta 520] dengan bahagian baru untuk meluaskan kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan yang berhubung kait dengan kuasa dan fungsi yang terletak hak kepada lembaga.

Fasal 26 bertujuan untuk meminda seksyen 37 [Akta 520] berkenaan dengan kuasa lembaga untuk membuat peraturan-peraturan, yang termasuk antaranya:

(a) mengawal selia dan menguatkuasakan kualiti dan standard dalam industri pembinaan termasuk cara, bentuk dan tatacara;

(b) menetapkan cara, bentuk, jenis dan gred bagi pemerakuan mengikut mana-mana yang berkenaan bagi bahan binaan dan mutu kerja binaan;dan

(c) menetapkan syarat dan kehendak bagi pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam industri pembinaan.

final • 8:50 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, fasal 27 bertujuan untuk meminda sub seksyen 38(2) [Akta 520] untuk menyatakan bahawa pendakwa raya boleh memberi kuasa mana-mana pegawai lembaga untuk menjalankan pendakwaan.

final • 9:00 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Fasal 28 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru dalam Akta 520, 38A untuk membolehkan mana-mana pegawai lembaga dan wakil yang diberi kuasa untuk hadir dan menjalankan prosiding sivil.

Seksyen 38B melindungi anggota, pegawai, pekhidmat dan ejen lembaga dalam menjalankan mana-mana kuasa atau pelaksanaan di bawah akta.

Seksyen 38C untuk membolehkan Lembaga mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai kesalahan boleh kompaun.

Fasal 29 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 39A ke dalam Akta 520 berkaitan dengan tanggungjawab mana-mana pengarah, pengurus atau pegawai yang seumpamanya ke atas apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana syarikat, firma, persatuan atau kumpulan tersebut.

Fasal 30 bertujuan untuk penambahbaikan seksyen 40 tentang kuasa Yang Berhormat menteri untuk membuat pengecualian. Fasal 31 bertujuan untuk membetulkan rujukan seksyen dalam Jadual Ketiga yang berkaitan senarai pekerja binaan mahir.

Fasal 32 bertujuan untuk memasukkan Jadual Keempat baru ke dalam Akta 520 yang berkaitan dengan standard bahan binaan.

Fasal 33 bertujuan untuk mengadakan peruntukan peralihan bagi menguatkuasakan akta ini.

Pindaan-pindaan lain yang tidak dikatakan dengan khusus dalam huraian ini merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit. Pindaan ini tidak melibatkan apa-apa perbelanjaan tambahan kepada kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian ini mempunyai keyakinan sepenuhnya bahawa pindaan rang undang-undang ini akan membawa kebaikan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya industri pembinaan yang telah berkembang pesat dan melalui pelbagai cabaran.

Sehubungan dengan itu adalah wajar sudah tiba masanya pindaan ini dibuat bagi membolehkan CIDB memajukan industri pembinaan negara ke arah daya saing global.

Dalam erti kata lain segala pindaan tersebut juga akan dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat menerusi mutu pembinaan yang berkualiti, meningkatkan produktiviti dan memenuhi expectation rakyat selaras dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’.

Walau bagaimanapun, pindaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan kerjasama daripada seluruh pihak termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 9:00 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato' Tan Lian Hoe

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 9:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya hendak lihat orang hendak berbahas. Berapa Yang Berhormat?

[Lima orang Ahli Yang Berhormat bangun] Boleh saya bagi 10 minit seorang berucap, Yang Berhormat. 10 minit cukup Yang Berhormat? Baiklah Yang Berhormat Kepong.

final • 9:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan rang undang-undang yang begitu penting.

Walaupun sudah 9.05 malam sekarang tetapi Tuan Yang di-Pertua, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia yang penting sekali...

final • 9:05 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya tidak ada buat keputusan Yang Berhormat. Saya tanya tadi?

final • 9:05 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Oh, tanya sahaja. Tolong, tolong. Misalnya, Yang Berhormat Ledang, dia mempunyai pengetahuan yang banyak. Mungkin dua jam pun tidak cukup bagi dia, termasuk juga Yang Berhormat Pokok Sena.

Memang macam itu Tuan Yang di-Pertua, kerana saya memang mempunyai perasaan yang sangat tidak puas hati dengan mutu dan standard pembinaan di Malaysia.

Tadi Yang Berhormat timbalan menteri mengatakan hendak meningkatkan mutu dan standard pembinaan di...

final • 9:05 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Mutu?

final • 9:05 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya, mutu...

final • 9:05 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan Marimutu?

final • 9:05 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Bukan Marimutu, dia mutu pembinaan di Malaysia... [Ketawa] Hendak meningkatkan standard kita kepada tahap yang secocok dengan standard antarabangsa. Akan tetapi pada masa sekarang masih jauh lagi. Malam ini saya mengambil kesempatan untuk menerangkan sekali lagi mengapa kita perlu satu pindaan seumpama ini supaya standard pembinaan dapat dipertingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan masalah saya. Setiap kali kalau ada projek, terutamanya projek kerajaan. Kalau projek swasta walaupun kita menghadapi masalah, tidak begitu banyak. Saya mempunyai masalah projek swasta sekarang di Taman Kepong. Projek ini bukan sahaja kerana bahan pembinaan, pengurusan. Di Kepong juga yang lebih dahsyat lagi, MRR2 tidak seharusnya berlaku. Kalau kita mempunyai standard antarabangsa, tidak seharusnya berlaku. Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri bagi tahu saya minggu lepas, hendak menjawab kepada saya secara bertulis. Saya tunggu sampai sekarang tidak dapat lagi.

Tuan Yang di-Pertua, yang penting sekali dengan adanya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia yang dipertingkatkan kita berharaplah, contoh seperti MRR2, jambatan persimpangan, tidak akan berulang lagi masalahnya. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengambil masa sedikit.

final • 9:05 PM

Seorang Ahli

Punca?

final • 9:05 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Punca? Banyak punca. Puncak pun ada, punca pun ada, semua pun terlibat. Apa masalah? Kerana pelbagai masalah standard pembinaan...

final • 9:05 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Penjelasan. Yang Berhormat Kepong memang mahir tentang MRR2 sebab MRR2 itu dalam kawasan Kepong, sebahagian dalam kawasan Kepong. Sudah tentu sebagai Ahli Parlimen, Yang Berhormat mempunyai satu keprihatinan yang sangat tinggi untuk menjaga keselamatan awam kerana bukan orang- orang Kepong sahaja yang lalu di situ bukan? Orang-orang luar pun lalu di situ. Cuma saya hendak bertanya Yang Berhormat berkaitan dengan MRR2 yang telah menimbulkan banyak masalah sehingga menyebabkan kita terpaksa menanggung kos yang begitu tinggi dengan pembaikan yang terpaksa kita buat.

Adakah Yang Berhormat sedar bahawa sehingga ke hari ini kerajaan belum lagi mendapat bayaran yang sepatutnya dicajkan atau dikenakan ke atas kontraktor untuk menanggung kos pembaikan pemulihan MRR2? Sebab bagi saya bahawa jika ini berlaku bermakna bahawa kontraktor begitu mudah untuk melepaskan diri daripada dipertanggungjawabkan untuk menanggung kos pembaikan yang memakan belanja saya ingat lebih daripada RM70 juta. Ini satu angka yang sangat besar. Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat.

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Jumlah yang disebutkan ini adalah RM67 juta. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena itu betul. Lapan tahun yang lepas, saya pun merasa gembira kerana ada projek. Projek Middle Ring Road 2 (MRR2), Kepong flyover MRR2 Tuan Yang di-Pertua. Apabila dilaksanakan kos waktu itu hampir RM200 juta.

Dua tahun selepas itu dikatakan akan siap. Ini diberi kepada kontraktor seperti BumiHighway. Apa masalah sekarang ini? Tuan Yang di-Pertua...

final • 9:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Ketawa] Akan tetapi tidak, nampak kuning itu.

final • 9:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, memang mereka ada masalah dengan warna kuning. Pasukan Malaysia malam ini lawan dengan Taiwan.

Sepatutnya, jersinya warna kuning apabila lawan di tempat sendiri. Itu jersi utama. Jersi yang kedua ialah warna biru hanya digunakan apabila Malaysia menjadi pasukan pelawan.

Akan tetapi, malam ini dia pakai warna biru kerana dia takut kuning Bersih pada 9 Julai nanti... [Ketawa] Dia takut dipromosikan warna kuning itu sebab itu mereka pun takut ada masalah warna kuning.

final • 9:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, masalah warna ditimbulkan.

Saya berharaplah di dalam pembinaan tidak akan timbul masalah warna kuning dan biru.

Kalau itu dahsyatlah. Saya berharaplah walaupun ditukar kepada biru, kita akan menang.

final • 9:10 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Sepatutnya, kita pakai warna yang utama untuk menentang orang daripada Taiwan tetapi walau bagaimanapun biru pun saya berharaplah kita akan menang. Jangan kita membenarkan warna kuning dan biru masuk ke industri pembinaan. Itu penting. Saya hendak cerita dengan itu...

final • 9:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya yang berucap bukannya saudara... [Ketawa] Ya inilah – dua tahun selepas bermulanya projek MRR2, kita nampak ada keretakan tiang.

Saya pun bingung juga kerana jambatan yang serupa itu boleh didapati kalau tidak silap saya di tujuh tempat lagi termasuk di Kuala Lumpur. Saya pun pergi tengok di Kuala Lumpur itu, jambatan yang serupalah sama ada tiang itu retak ataupun tidak. Tidak! Tiang itu tidak retak tetapi balik ke Kepong, teruk. Ada 33 tiang, 27 retak. Saya bingung. Tempat lain tidak ada tetapi tempat saya ada.

Waktu itu Yang Berhormat Menteri Kerja Raya berkata ‘Oh! ini masalah kecil, boleh diselesaikan’. Dia pun hendak selesaikan. Apabila dia berkata hendak selesaikan saya pergi tengok masih ada retak. Kemudian, dia jemput konsultan. Banyak konsultanlah.

How cruel the United Kingdom dan juga konsultan Jerman pun dipelawa untuk mengkaji sampai BumiHighway pun ada konsultan. Pihak lain yang terlibat termasuk juruukur dan sebagainya ada konsultan juga. Banyak konsultan untuk tengok mengapa jambatan orang lain tidak retak, jambatan di Kepong retak. Dia tengoklah how cruel pun kata ‘Oh! ini masalah itu, masalah ini yang rumit’. Pihak Jerman pun kata ‘Ini masalah, tidak boleh diselesaikan kecuali menggunakan teknik kepakaran Jerman’. Itu pihak...

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Yang Berhormat Kepong, sedikit.

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat Pendang.

final • 9:10 PM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Ya, boleh? Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Berhormat Kepong sebut retak, saya di bidang perubatan ini hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kepong.

Selain daripada MRR2 yang retak, ada lagi yang retak Yang Berhormat Kepong. Hospital Queen Elizabeth yang retak di Sabah sana.

Apabila saya mengemukakan soalan kepada kementerian pada sesi yang lepas mereka menyatakan disebabkan oleh..., Yang Berhormat Kepong dengar atau tidak?

Penggunaan pasir laut sebagai bahan binaan yang menyebabkan besi-besi yang digunakan sebagai kerangka bangunan itu karat. Itulah antara punca-punca yang menyebabkan berlakunya keretakan di Hospital Queen Elizabeth ini. Jadi maknanya penggunaan bahan binaan yang tidak bertepatan ataupun bersesuaian dengan keperluan untuk binaan hospital tersebut. Jadi minta ulasan dari Yang Berhormat Kepong. Terima kasih.

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Yang Berhormat Pendang cakap pun memang ada berasas. Bukan sahaja Hospital Queen Elizabeth tetapi Hospital Iskandar di Johor Bahru pun begitu juga. Entahlah berapa projek lagi yang mengalami masalah yang sama. Stadium di Terengganu pun runtuh tetapi nasib baik di Padang Rengas saya takut dia tidak seronok apabila saya sebutkan masalahnya di Dewan... [Ketawa] Begitu juga dengan Parlimen.

final • 9:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

BN pun retak.

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya.

final • 9:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

BN pun retak.

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

BN? [Ketawa] Kita hendak bincang dengan Yang Berhormat Padang Rengas sama ada... [Ketawa]

final • 9:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Pihak Jerman kata ini kalau kita gunakan fiber Jerman selesai semua. Syarikat itu ada firm Jerman diberi kontrak untuk menyelesaikan masalah keretakan.

final • 9:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Apabila disiapkan, Yang Berhormat Menteri yang lepas itu kata, di Kepong MRR2 ini boleh dijamin 100 tahun. Selepas diperbaiki boleh terjamin 100 tahun selamat. Yang Berhormat Padang Rengas pun pernah dengar, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya yang lepas, mantan Menteri Kerja Raya kata ini selepas diperbaiki, MRR2 selamat untuk 100 tahun. Saya pun hairan juga, ini kita belanja RM67 juta. Pada akhir-akhir ini kita nampak fiber Jerman yang baru itu tidak sesuai untuk iklim tropika. Saya pun bingung, tetapi minggu lepas saya kata di dalam dunia kita ini jambatan seperti ini, sekarang ada 27 tiang itu dibalut dengan jaring hijau. Hijau... [Disampuk] Ya, seperti hijau itulah... [Disampuk] Ya...

[Ketawa] Sebanyak 27 tiang itu dibalut dengan jaring hijau. Saya hairan. Di seluruh dunia apabila kita ada jambatan tidak ada jaring hijau, tetapi di Kepong ada...

final • 9:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya ingat mereka tukar pula lampu birulah.

final • 9:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Itulah. Yang Berhormat Batu Pahat itu beliau tidak menumpu perhatian. Hospital Iskandar di Johor retak pun beliau tidak mengambil kisah.

Beliau kata kalau beliau ada di Batu Pahat, tidak perlu mengambil perhatian mengenai Hospital Iskandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya pun minta daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya memberitahu bagaimana kita selesaikan fiber atau serabut Jerman yang tidak sesuai untuk iklim kita. Bagaimana kita dapat selesaikan? Ada cadangan Yang Berhormat Padang Rengas? Ada cadangan untuk menggantikan fiber Jerman ini dengan fiber besi keluli? Saya sedang tunggu bagaimana hendak selesaikan. Sementara itu Yang Berhormat Pokok Sena pun kata, selepas membelanjakan RM67 juta, wang rakyat dibelanjakan tetapi bagaimana kita dapat balik wang itu. Saya diberitahu bahawa ada kes mahkamah. Saya tidak tahulah sama ada kes mahkamah ini akan kita berjaya dapat balik RM67 juta. Kalau dapat balik pun kita boleh – saya hendak tahu bagaimana kita hendak selesaikan serabut ataupun fiber yang tidak sesuai untuk iklim kita.

Di sini saya hendak bertanya, kalau kita adakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, mengapa lembaga ini tidak mengambil pusing mengenai pembinaan seperti MRR2. Kalau dengan ada pindaan ini, adakah mereka akan menumpukan perhatian kepada pembinaan-pembinaan yang tidak berstandard, yang kurang kualiti, yang kurang mutu ini. Bolehkah mereka memantau semua ini? Saya hairan Tuan Yang di-Pertua, sama ada lembaga ini akan memainkan peranan yang sepatutnya untuk mengawal, untuk memantau pembinaan projek-projek di seluruh negara.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ada enam minit lagi.

final • 9:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya mesti selesaikan.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat hendak sambung, sambunglah. Saya biasanya serius bercakap Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya, lima minit lagi. Ini kerana saya ada banyak contoh lagi bukan sahaja MRR2. Saya faham kita ada banyak rang undang-undang lagi, esok ada satu hari sahaja tidak boleh disambungkan. Saya akan pendekkan, selesaikan.

Sebenarnya saya ada banyak contoh lagi. Ini projek awam, projek swasta pun ada di kawasan Kepong.

final • 9:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu kepada Dewan yang mulia ini, apakah masalah sekarang dengan MRR2. Ini kerana saya sebutkan hal ini entahlah berapa kali di dalam Dewan ini. Saya berharap Yang Berhormat memberitahu saya dan Dewan yang mulia ini, apakah tindakan akan diambil bagi menyelesaikan masalah keretakan jambatan MRR2 ini. Apakah peruntukan yang diperlukan untuk menyelesaikan menggantikan fiber Jerman dengan fiber besi keluli. Selepas kita adakan projek untuk memperbaiki, apakah tempohnya. Adakah ini memerlukan enam bulan, setahun?

Saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini.

Dengan ini, saya memang akan membangkitkan beberapa perkara di dalam peringkat Jawatankuasa kerana ada beberapa fasal di sini. Sekian, terima kasih.

final • 9:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 9:20 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 9:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Berapa lama Yang Berhormat hendak berucap?

final • 9:28 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Dalam lima minit sahaja lebih kurang.

final • 9:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Berapa minit?

final • 9:28 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Lima minit.

final • 9:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey.

baik, lima minit.

final • 9:28 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Saya percaya bahawa pindaan ini adalah dibuat sejajar dengan mahu memperkasakan dan memesatkan industri pembinaan di dalam negara kita. Soalan saya dari segi keperluan, apakah sebenarnya keperluan untuk kita meminda akta yang sedia ada kepada pindaan sekarang, sama ada ia boleh lagi memperkasakan kontraktor dalam pembangunan industri pembinaan atau ada kuasa-kuasa tertentu yang diberikan kepada CIDB apabila pindaan akta ini dapat dibuat.

Contohnya, dapat mengawal selia serta menjadi satu badan pengawasan bukan sekadar sebagai badan promosi sahaja kepada kontraktor atau dalam industri pembinaan di dalam negara kita.

Soalan saya, adakah dengan pindaan akta ini dapat mengawal dan menjadi badan yang mempunyai data-data yang tepat mengenai pekerja asing dalam industri pembinaan negara. Dengan pindaan ini, kita dapat mengawal keluar masuk atau kemasukan pekerja- pekerja asing ke dalam negara dalam sektor atau dalam industri pembinaan di dalam negara kita. Kalau dengan pindaan ini kita dapat mempunyai data-data yang tepat, soalan saya, hingga kini berapakah pekerja-pekerja asing yang sebenarnya yang terlibat di dalam industri pembinaan negara kita.

final • 9:28 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Adakah CIDB ini mempunyai atau menubuhkan mana-mana syarikat yang membenarkan syarikat tersebut mengambil pekerja asing di bawah CIDB ini sendiri? Jika ada syarikat tertentu yang telah ditubuhkan, apakah peranan sebenarnya syarikat tersebut yang ditubuhkan di bawah CIDB?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini juga melibatkan pindaan kepada Ketua Eksekutif daripada jawatan yang disebut dalam akta yang lama iaitu Ketua Pegawai Eksekutif kepada Ketua Eksekutif. Apakah rasionalnya? Adakah dengan kita ubah kepada jawatan Ketua Eksekutif ini, lebih tinggi grednya dari segi perjawatan atau sama dengan gred yang kita sebut Ketua Pegawai Eksekutif? Kalau tinggi, apakah grednya?

final • 9:30 PM

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau

Adakah sekarang ini Ketua Eksekutif CIDB telah dilantik dan kedudukannya kalau kita bandingkan dengan gred yang ada sebagai jawatan Ketua Pengarah di kementerian ataupun di JKR tersebut?

Seterusnya saya ingin bertanya, adakah CIDB ini mempunyai kuasa untuk membuka semula atau bersama-sama dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) untuk membuka semula bagi permohonan-permohonan yang baru tentang kontraktor bagi industri pembinaan sama ada dalam kontraktor kelas ‘F’, ‘E’, ‘D’, ‘B’. ‘C’ dan sebagainya?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, di dalam bulan Oktober 2008, kerajaan telah mewajibkan kita menggunakan sistem binaan berindustri. Sehingga kini, berapakah projek kerajaan yang telah menggunakan sistem IBS ini dan bagaimanakah penggunaan IBS ini dalam sektor swasta?Kalau kita kawal dalam sektor kerajaan, dalam swasta pula bagaimana? Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apakah faedah penggunaan IBS ini dan bolehkah sistem IBS ini mengurangkan penggunaan tenaga asing atau pekerja asing di dalam sektor binaan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.

final • 9:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Jam sudah pukul 9.33 malam, saya sambung tiga minit di bawah P.M.12(3). Jadi di sini saya ada sedikit pengumuman Yang Berhormat ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari Khamis, 30 Jun 2011, perbahasan rang undang-undang akan dimulakan dengan menyambung semula Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 dan selepas itu akan diikuti dengan perbahasan (D.R.17/2011) Rang undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

final • 9:30 PM
USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3)

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 9:34 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 9:34 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Dilema SJK(T) Ladang Seafield di USJ 20 Subang Jaya

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dilema Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Seafield di USJ 20 Subang Jaya. Sekolah kenamaan tersebut diwujudkan pada tahun 1921 dengan bilangan murid 19 orang dan pada tahun 1997 ia telah meningkat kepada 450 orang murid apabila dua bangunan tingkat dengan 12 bilik darjah dengan tiba-tiba dirobohkan atas nama pembangunan.

Pada tahun 1987, Exco Kerajaan negeri Selangor telah menetapkan 5AC tanah di tapak sedia ada dan pelan susunan yang asal menetapkan tapak sekolah Tamil di USJ 20.

Malangnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah rampas, hijack tapak itu dan membina satu sekolah kebangsaan dan sekolah Tamil menumpang di 1AC di suatu sudut di sana.

Beberapa permohonan telah dibuat untuk tapak alternatif di USJ 17 atau USJ 18 tetapi Kementerian Pelajaran Malaysia maklumkan bahawa kedua-dua tapak sekolah tersebut rendah dan diperlukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

final • 9:34 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kami rasa pelik bagaimana tapak sekolah rendah di USJ 17 dimajukan dengan perumahan. Masih terdapat tapak sekolah rendah di USJ 18 di atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang diminta dalam lingkungan satu kilometer dari sekolah kebangsaan di USJ 20 dan di mana juga SJK(T) menampung di situ.

Pihak LPS dan pihak PIBG telah bersetuju menukar status sekolah daripada bantuan kerajaan kepada kerajaan selepas Menteri Pelajaran mengumumkan demikian pada 4 Mac 2008. Perkara ini sudah berlarutan selama 24 tahun. Murid-murid tidak dapat menikmati segala facilities khas yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung. Oleh yang demikian, secara langsung, kerajaan dipertanggungjawabkan memelihara remaja-remaja yang negatif dalam kalangan kaum India khasnya.

Memohon untuk menetapkan di Lot 47602 di Pekan Subang Jaya daerah Petaling di USJ 18 bagi sebuah sekolah baru SJK(T) Ladang Seafield serta membina bangunan sekolah satu blok empat tingkat mengandungi 12 bilik darjah dan 12 bilik khas termasuk seperti yang telah dijanjikan jenis 2-bay piawai JKR/Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perkara di atas bukan satu kes terpencil tetapi berlaku pada sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara. Ada banyak sekolah di bangunan-bangunan di kedai-kedai, di treler- treler dan murid-murid terpaksa belajar di suatu suasana yang tidak sempurna. Mereka macam hidup dan belajar di kandang lembu dan mereka juga dianaktirikan. Kerajaan perlu adakan satu dasar blueprint berkaitan dengan sekolah-sekolah Tamil di Malaysia. Terima kasih.

final • 9:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 9:34 PM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat terhadap isu berkaitan SJK(T) Ladang Seafield di USJ 20 Subang Jaya.

Untuk makluman, SJK(T) Ladang Seafield adalah sekolah bantuan modal.

Kerajaan Barisan Nasional yang prihatin sebenarnya tetap memberi bantuan kepada sekolah-sekolah bantuan modal tidak mengira SJK(T), SJK(C) termasuk Sekolah agama Bantuan Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, ingin ditegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menganaktirikan sekolah-sekolah bantuan modal di negara ini. Dalam kes SJK(T) Ladang Seafield menuduh kerajaan merampas tanah atau membiarkan murid belajar macam duduk di kandang lembu adalah fitnah dan tidak tepat.

Untuk makluman Yang Berhormat, banyak lagi sekolah-sekolah kerajaan khususnya di pedalaman Sabah dan Sarawak yang lebih daif yang juga perlu diberi keutamaan dan sedang dilaksanakan sama ada pembinaan bangunan baru, bangunan tambahan dan bangunan gantian.

Mengenai SJK(T) Ladang Seafield, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak dapat mempertimbangkan tapak USJ 18 yang dipohon kerana tapak tersebut merupakan rizab pendidikan yang memang dikhususkan untuk membina sekolah kerajaan. Kementerian Pelajaran Malaysia sememangnya mempunyai rancangan masa depan untuk membina sebuah sekolah baru di kawasan tersebut apatah lagi berlaku pertambahan taman dan penduduk di kawasan tersebut.

Di samping itu, telah menjadi dasar kementerian bagi pembinaan sekolah bantuan kerajaan adalah menjadi tanggungjawab pihak PIBG mencari tapak sekolah tanpa menggunakan tapak rizab pendidikan. Mengenai permohonan menukar status sekolah SJK(T) kepada sekolah kerajaan, KPM sebenarnya pernah menawarkan SJK(T) Ladang Seafield diserap sebagai sebuah sekolah di Kompleks Sekolah Wawasan di Putra Height yang dirancang pelaksananya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Cadangan tersebut dikemukakan pada 20 April 2004. Ini adalah berpandukan pada keperluan sekolah Tamil di kawasan Putra Heights mengikut perangkaan yang diterima daripada pemaju Putra Heights dan Taman Alam Mewah.

final • 9:38 PM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terdapat lebih kurang 6,000 orang penduduk India di kawasan ini dan jarak tapak kompleks Sekolah Wawasan Putra Heights dengan tapak SJK(T) Ladang Seafield USJ 20 ialah tiga kilometer sahaja berbanding jarak SJK(T) Ladang Seafield dengan USJ 18 ialah empat kilometer.

Walaupun bangunan baru kompleks sekolah wawasan ini dibina dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, pihak SJK(T) Ladang Seafield tidak bersetuju untuk berpindah ke tapak baru di kompleks Sekolah Wawasan Putra Heights tersebut. Namun sekiranya pihak sekolah ingin memohon semula untuk berpindah ke tapak cadangan asal kompleks Sekolah Wawasan Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Kementerian Pelajaran Malaysia tiada halangan dan sedia meneliti permohonan yang dikemukakan. Ini akan memudahkan pihak KPM mempertimbangkan permohonan menukar status seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat.

Menjawab isu tapak di USJ 17, yang dimajukan untuk projek perumahan, perlu dijelaskan bahawa tapak di USJ 17 dan USJ 18 adalah milik pihak pemaju. Pihak pemaju hanya menyerahkan tapak USJ 18 sebagai reserve pendidikan.

Daripada penjelasan yang dikemukakan ini jelas menunjukkan bahawa KPM tidak pernah meminggirkan sekolah berkenaan seperti yang didakwa. Diharapkan penjelasan ini akan memuaskan hati Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah Qazaf

final • 9:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya membaca ucapan penangguhan ini, saya ada menghantar sepucuk surat kepada Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan pindaan ekoran daripada jawapan yang diberikan oleh pihak Menteri. Jadi, ada sedikit pindaan supaya fakta itu betul. Adakah Tuan Yang di- Pertua menerima pindaan itu?

final • 9:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya sebenarnya tidak ada kuasa untuk membuat pindaan Yang Berhormat.

final • 9:42 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Tidak. Saya sudah hantar.

final • 9:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini kerana teks ini telah diluluskan oleh...

final • 9:42 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Saya sudah hantar. Lama sudah.

final • 9:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, perlu bacalah itu.

final • 9:42 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Kelemahan penguatkuasaan undang- undang jenayah syariah qazaf memberikan kesan kepada umat Islam di Malaysia. Umat Islam di Malaysia sedang mengalami gejala fitnah yang semakin berleluasa yang melibatkan hukum syarak. Gejala ini bertambah parah apabila kegagalan pihak penguatkuasaan undang-undang untuk mengambil tindakan dalam peruntukan undang- undang yang sedia ada, menyebabkan rakyat terutamanya orang Islam menjadi semakin keliru apabila berhadapan dengan situasi seumpama ini.

Peruntukan undang-undang di bawah seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan 1997) [Akta 559] adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Dalam undang-undang Islam yang sebenarnya, menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina atau liwat tanpa mengemukakan empat orang saksi, lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar serta wajib dikenakan hukuman had qazaf sebanyak 80 kali sebatan dan individu ini tidak boleh diterima pakai sebagai seorang saksi kerana tergolong dalam orang fasik.

final • 9:42 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Islam adalah agama yang menghindari umatnya daripada menabur fitnah malah menggalakkan mereka menutup aib pihak lain. Tidak cukup sekadar memperkenalkan undang-undang syariah seperti qazaf tetapi tidak melaksanakannya apabila semua pihak yang terbabit beragama Islam. Hal ini selari dengan prinsip utama maqasid syariah atau tujuan undang-undang Islam bagi melindungi maruah individu dan memelihara hubungan antara manusia seperti yang digariskan di dalam al-Quran dan as-Sunah. Tentunya al- Quran dan hukum syariah mempunyai nas-nas kukuh untuk meletakkan syarat-syarat begitu ketat bagi pertuduhan fitnah dan zina disabitkan. Ini kerana ia melibatkan soal maruah dan kewibawaan orang yang dituduh berserta dengan keluarganya. Justeru, undang-undang qazaf melindungi pihak yang dituduh daripada fitnah kerana pertuduhan itu amat berat sekali.

Rasional undang-undang qazaf ini malah perundangan syariah umumnya ialah untuk menonjolkan Islam sebagai agama yang memelihara hubungan kemanusiaan dan adil. Dukacita saya merakamkan dalam Dewan Parlimen yang mulia hari ini, pihak kerajaan telah gagal untuk membendung gejala fitnah dalam hukum qazaf yang mengakibatkan musibah kepada umat Islam. Kalangan yang jahil tentang hukum-hakam Islam, telah berleluasa dengan mudah menyebarkan pengakuan, ucapan, tulisan, kenyataan dan juga sumpah untuk mengaibkan seseorang individu tanpa rasa bersalah. Tanpa merasai tindakan itu merupakan satu kesalahan besar dari sudut syarak dan terangkum dalam hukum hudud yang jelas nasnya dalam al-Quran. Termasuk dalam hal ini ialah berleluasanya sebaran video lucah untuk memfitnah dan memburukkan peribadi seseorang.

Proses pendidikan kepada umat Islam mesti dilaksanakan kerana kerosakan akibat daripada kelemahan pemerintahan dan kejahilan individu yang melemparkan tuduhan ini telah mengelirukan dan menyesatkan sebahagian rakyat secara keseluruhannya. Saya ulangi, proses pendidikan kepada umat Islam ini mesti dilaksanakan kerana kerosakan akibat daripada kelemahan pemerintahan dan kejahilan individu yang melemparkan tuduhan ini telah mengelirukan dan menyesatkan sebahagian rakyat secara keseluruhannya.

Saya juga pohon penjelasan kerajaan mengapakah proses hukum yang telah jelas lagi terang ini dilengah-lengahkan? Adakah kerana tuntutan politik tertentu atau sememangnya kerajaan tiada keazaman politik untuk menguatkuasakan undang-undang ini. Kini adalah waktu terbaik bagi kerajaan, mengambil peluang untuk melaksanakan undang-undang ini sebagai penyelesaian pada gejala fitnah sesama umat Islam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 9:42 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah yang telah membangkitkan mengenai pelaksanaan hukuman qazaf bagi membendung gejala fitnah. Sesungguh Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran, saranan Ahli Yang Berhormat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, kerajaan telah menguatkuasakan akta serta enakmen kesalahan jenayah syariah yang berkuat kuasa di negeri-negeri tidak kurang daripada 40 jenis kesalahan yang telah dikanunkan di bawah akta serta enakmen tersebut yang dikategorikan sebagai berikut:

(i) kesalahan yang berhubung dengan akidah iaitu empat kesalahan;

(ii) kesalahan yang berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusinya, 13 kesalahan;

(iii) kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan, sepuluh kesalahan; dan,

(iv) pelbagai kesalahan lain, 13 kesalahan.

final • 9:47 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Dengan mengambil contoh Wilayah Persekutuan sebagai mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kesalahan jenayah qazaf ada diperuntukkan di bawah seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan 1997) [Akta 559] yang memperuntukkan mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi mengikut hukum syarak atau ikrar orang yang dituduh itu, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dinafikan bahawa tujuan hukuman qazaf dalam syariat Islam adalah untuk menghalang daripada berleluasanya gejala fitnah serta melemparkan tuduhan keji iaitu terhadap kesalahan zina tanpa pembuktian secara syarie iaitu mengemukakan empat orang saksi yang adil dan wibawa. Pelaku jenayah ini sepatutnya hendaklah menginsafi betapa buruknya perilaku mereka dan betapa beratnya kesalahan jenayah qazaf yang telah dilemparkan kepada pihak tertentu tanpa mengemukakan bukti yang kukuh.

Namun begitu, di negeri-negeri di Malaysia, undang-undang qazaf terhadap zina sahaja diperuntukkan oleh undang-undang melalui seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan 1997) [Akta 559] sebagai satu bentuk penyelesaian kepada gejala fitnah sesama umat Islam. Merujuk pada aduan qazaf, setakat ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ataupun ringkasnya JAWI menerima dua aduan.

Aduan pertama diterima pada 9 Julai 2008 yang meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat tuduhan liwat yang dibuat terhadap pengadu.

Selepas penelitian terhadap kertas siasatan, ketua pendakwa syarie telah membuat keputusan bahawa tuduhan liwat terhadap pengadu adalah tidak termasuk kesalahan qazaf di bawah peruntukan seksyen 41 [Akta 559]. Pendakwaan di Mahkamah Syariah tidak diteruskan dan mengarahkan kertas siasatan ditutup.

Aduan kedua, saya dimaklumkan bahawa aduan diterima oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI pada 4 April 2011. Setakat hari ini, kes tersebut masih lagi di dalam siasatan Bahagian Penguatkuasaan JAWI. Sebagai seorang yang diberikan kuasa di bahawa Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, penguat kuasa menjalankan tugas siasatan mengikut prinsip undang-undang dan syariah secara bebas. Mana-mana pihak lain di JAWI termasuk Menteri tidak mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju penyiasatan kes ini.

Oleh yang demikian, kenyataan yang mengatakan bahawa pihak kerajaan dengan sengaja melengah-lengahkan kes qazaf ini adalah tidak benar. Sesungguhnya kerajaan melalui Mahkamah Syariah tidak mempunyai apa-apa motif politik tertentu. Sekian, terima kasih.

final • 9:47 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang telah ditangguhkan tadi dan Dewan akan bersidang semula pada jam 10 pagi pada hari Khamis, 30 Jun 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.52 malam.

final • 9:47 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026