Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed [Pulai] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, dasar Program Rakan Industri Sukan Malaysia (PRISMA) yang bertujuan untuk menggalakkan sektor swasta untuk menaja bidang sukan tertentu dalam negara.
Menteri Belia dan Sukan - Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pulai bersekali dengan soalan Yang Berhormat Bayan Baru bertarikh 28 Jun kerana ia menyentuh perkara yang sama. Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya maklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan Tahun Industri Sukan yang akan bermula pada bulan Julai 2011 iaitu bulan hadapan sehingga bulan Julai 2012 sebagai disebutkan mengambil kira persiapan satu tahun sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik di London. Akan tetapi yang lebih penting sekali ianya adalah merupakan satu program untuk membangunkan pemikiran masyarakat negara ini bahawa sukan bukan sekadar untuk kesihatan untuk mendapat pingat.
Akan tetapi ia merupakan suatu industri yang boleh memberi sumbangan kepada ekonomi negara, kepada peluang pekerjaan dan yang berkaitan dengan soal bagaimana ia boleh menjadi suatu industri sektor ekonomi yang besar kepada negara dalam satu masa nanti. Sebab itulah untuk menjayakan program ini, maka pihak kementerian telah mewujudkan Program Rakan Industri Sukan Malaysia yang disebutkan sebagai PRISMA.
PRISMA merupakan pakej penajaan eksklusif sektor korporat sebagai rakan tahun industri sukan bagi tahun 2011 - 2012 yang akan disambut selama setahun.
Selain bertujuan mengurangkan kos pelaksanaan program-program tahun industri sukan, program PRISMA ini secara tidak langsung menggalakkan penglibatan sektor swasta bersama-sama kerajaan dalam memacu pembangunan industri sukan negara dengan menjadikan sukan sebagai salah satu sumber pertumbuhan ekonomi baru bagi negara kita. Sehingga sekarang terdapat tujuh rakan-rakan sektor swasta yang bersama dengan kementerian bagi menjayakan program ini. Terima kasih.
Datuk Nur Jazlan Mohamed - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat mengalu-alukan usaha daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk memupuk kerjasama di antara pihak swasta dengan pihak kerajaan dalam membina sukan negara ini.
Akan tetapi, kalau projek ini hendak berjaya, ia perlu ada daya upaya komersial dan daya upaya komersial ini akan bergantung kepada berapa jumlah juara-juara dunia yang akan kita dapat menghasilkan melalui program ini. Jadi, kita ada juara dunia tetapi dalam sukan- sukan yang kurang komersial. Seperti Datuk Nicol David - squash, Datuk Lee Chong Wei - badminton.
Akan tetapi, kita tidak berjaya menghasilkan juara dalam sukan-sukan yang mempunyai daya komersial yang tinggi seperti bola sepak dan sebagainya. Jadi, soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menghasilkan juara-juara dunia ini supaya nilai komersial mereka naik dan juga pihak swasta akan tertarik dengan program yang akan dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini. Terima kasih.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pulai yang memperlihatkan betapa beliau menghayati sukan dan memahami konsep yang disebutkan tadi.
Pertamanya, ingin saya maklumkan bahawa sedikit perbezaan di antara sukan dalam melahirkan juara dan sukan dalam konteks industri itu sendiri. Sukan dalam melahirkan juara, ia dikaitkan dengan soal ia membina semangat patriotism, semangat nationalism sesebuah negara. Akan tetapi sukan sebagai industri dikaitkan dengan soal kepentingan ataupun kepentingan komersial, ianya sebagai alat untuk menjana pendapatan, ekonomi, peluang pekerjaan dan sebagainya.
Sehingga sekarang, kalau kita lihat ada dua model besar bagaimana sukan itu dibiayai dalam masa yang sama melahirkan juara. Model yang pertama ialah model China di mana ia ialah sebuah negara yang mengeluarkan peruntukan dan perbelanjaan hampir 100 peratus daripada negara untuk membiayai apa jua aktiviti sukan dan apa jua program dalam melahirkan seorang juara. Model yang kedua ialah model Amerika Syarikat. Model negara ini, peranan negara adalah amat minimum sekali, mereka tidak ada Kementerian Sukan pun. Sebahagian besarnya dikendalikan oleh pihak swasta. Sekiranya mereka melihat baseball sebagai contohnya, sebagai suatu yang menguntungkan, maka orang akan tubuh kelab dan kelab baseball ini akan membina stadium. Mereka membuat akademi melahirkan pemain, mereka akan kutip wang daripada pungutan tiket, mereka menjual TV rights dan mereka mendapat untung. EPL sebagai contohnya, suatu aktiviti sukan yang tidak ada bantuan kerajaan.
Sebaliknya ia adalah merupakan kombinasi syarikat-syarikat besar yang bernama EPL di mana 20 team yang terlibat dalam kelab-kelab itu adalah sebagai pemegang sahamnya dan mereka mendapat keuntungan daripada keuntungan itu mereka membayar cukai kepada kerajaan dan bukan kerajaan yang membayarnya.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Stadium-stadium itu ialah milik mereka dan bukannya stadium yang dibina oleh kerajaan dan ianya adalah merupakan satu industri yang begitu besar. Mereka menjual saham yang besar dan mereka mendapat keuntungan yang besar. Pemain-pemain mereka mendapat pulangan yang sangat lumayan kerana ia dilihat sebagai satu industri.
Sebab itulah kalau sebagai contohnya salah satu daripada penganjuran sukan yang besar dalam dunia ialah sekarang ini berlaku Kejohanan British Open Tennis Wimbledon yang terkenal sekali. Akan tetapi, kalau ditanya sana, ditanya daripada di kalangan orang-orang Britain, Wimbledon ini terlalu hebat tetapi siapakah British Champion daripada Wimbledon. Tidak pernah, terlalu lama kalau adapun. Sekarang pun kalau ada seorang bernama Andy Murray yang agak ke depan tetapi tidak pernah menjadi juara.
Kalau saya tanya siapakah pemain tenis wanita daripada Britain, tidak ada sampai sekarang. Akan tetapi, Wimbledon telah menghasilkan hasil pendapatan lebih daripada 200 juta paun setahun setiap kali penganjuran dibuat. Ia adalah merupakan industri kerana ia ada jenama yang besar.
Sebab itulah di sini kita lihat bahawa kita melihat secara perbezaan. Melahirkan Nicol David, Lee Chong Wei, Azizulhasni dan sebagainya ia membantu dalam menyemarakkan negara apabila berlaku kejohanan-kejohanan besar kita ada juara. Akan tetapi, kalau kita lihat daripada industri misalnya Malaysia ada padang golf sebanyak 200 buah tidak ada pemain golf, tetapi ia adalah merupakan industri. Di mana orang mendapat pendapatan dari segi menguruskan padang golf, menjadi caddy, membaiki buggy, menjadi penyenggara kepada padang dan sebagainya ia melahirkan peluang pekerjaan yang besar.
Sebab itulah kementerian melihat ini adalah sektor yang besar yang perlu kita perhatikan dengan mendalam. Melalui sukan ia akan dapat menjana pendapatan yang lebih besar. Misalnya apabila ada hubungan antara kemenangan dan minat orang kepada sukan sebagai contohnya, bola sepak kita. Dahulunya tidak ada orang hendak tengok, tidak ada orang hendak berbangga memakai jersi Malaysia. Akan tetapi, apabila kita menjuarai Piala AFF Suzuki baru-baru ini orang pergi ke stadium, 100,000 orang pakai, membeli yang original, membeli jersi Malaysia yang original harga RM250. Membeli bendera Malaysia di sana, menyanyikan lagu-lagu patriotisme dan sebagainya.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Ada hubungan di situ tetapi ia telah berjaya menjana satu industri, industri jersi itu sendiri adalah suatu industri yang besar dan insya-Allah esok pun kalau semangat ini diterapkan kita akan menang sekali lagi. Insya-Allah berlawan dengan Taipei untuk kelayakan Piala Dunia. Terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Lanjutan soalan yang dikemukakan oleh sahabat saya dari Yang Berhormat Pulai.
Seingat, sepanjang ingatan saya penglibatan secara lebih tersusun sektor korporat untuk menaja sukan di Malaysia ini dimulakan oleh Dato’ Haji Abdul Ghani Othman waktu dia jadi Menteri Belia dahulu, dengan pelancaran besar-besaran Rakan Sukan dan sebagainya. Itu adalah era 90-an. Yang Berhormat Menteri tadi telah memberikan jawapan yang baik saya kira dari sudut, kalau sebuah syarikat menaja satu sukan, syarikat sifatnya sudah tentulah selain daripada tanggungjawab sosial dia akan menjenamakan produknya ataupun syarikatnya dan seterusnya menagih keuntungan.
Badan sukan yang ditaja diharap akan melahirkan pemain atau pasukan yang baik. Yang Berhormat Menteri tadi juga memberikan huraian yang baik tentang model China dan juga Amerika Syarikat. Hal yang saya ingin membangkitkan ialah kalaulah motifnya untuk melahirkan pasukan ataupun atlet yang baik ada satu lagi model yang dianggap sebagai jalan potong, jalan singkat yang belum disentuh oleh Yang Berhormat Menteri. Saya bagi contoh sukan pingpong, misalnya. Sukar badan pingpong untuk mendapat tajaan dan kita juga tidak ada kejayaan yang boleh kita banggakan. Sekarang kalau di peringkat serantau kita kalah dengan Singapura. Singapura saya tengok world tournament baru ini, pemain dia masuk finale sahaja.
Sebab jalan singkatnya adalah dia tab talent daripada China juga dia bagi taraf warganegara, kemudian dia menanglah. Jadi kalau Asian Games menjadi fokus misalnya memang kita akan kalah awallah. Tidak terbau pun pingat emas. Jadi saya bagi contoh model itu. Yang saya hendak bangkitkan ialah sudahkah kementerian mengenal pasti jenis sukan yang mana, yang harus diberikan keutamaan bagi mendapatkan tajaan, bagi memastikan bahawa pencapaian itu pencapaian yang membanggakan negara. Itu persoalannya. Sebab model itu sudah lama laksanakan dari tahun 90-an sehingga sekarang. Ringkasnya ialah apakah success story, sebut tiga success stories, baik atlet ataupun badan sukan melalui model tajaan ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Banyak perkara yang disebutkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Machang. Ada sedikit beberapa perbezaan antara program dipanggil program Rakan Sukan yang dibuat sebelum ini dengan apabila kita sebutkan penglibatan badan-badan korporat di dalam penajaan sukan yang diperkenalkan di bawah program industri sukan ini.
Dahulunya, kita cuba untuk mendapatkan tajaan sebagai salah satu daripada program CSR daripada badan-badan korporat yang berkenaan. CSR ini mereka akan diberikan pulangan dari segi pelepasan cukai dan sebagainya di atas tajaan yang mereka keluarkan. Kita dapati bahawa penajaan melalui CSR ialah penajaan yang tidak bertahan lama iaitu tidak sustainable, dengan izin. Ini kerana orang yang datang minta sedekah dia bagi kerana mungkin dipujuk, mungkin kesian dan kalau boleh dia tidak hendak jumpa lagi.
Akann tetapi, sekarang ini kita cuba menghampiri semua badan-badan korporat. Kita melihat bahawa sukan adalah merupakan sebagai alat pemasaran yang paling berkesan.
Dahulu kalau mereka taja cuma diumumkan sekali tetapi kali ini penajaan mereka akan mendapat liputan yang lebih luas kerana kelebihan sekarang ini adalah dalam dunia broadcasting, dunia penyiaran. Sukan sudah dilihat sebagai sumber content di dalam saluran-saluran TV yang besar. Dulu sukan hanya dimuatkan lima minit sebelum di akhir berita sepuluh minit. Itu pun tujuan kerana hendak suruh orang kekal dengan berita tersebut. Sukan di akhir kerana orang akan tunggu, lima minit atau sepuluh minit untuk sukan. Akan tetapi, sekarang ini stesen satelit kita misalnya ada lapan saluran sukan termasuk satu saluran sukan tempatan Astro Arena misalnya.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Kalau kita lihat dalam industri content seluruh dunia misalnya, saluran sukan menjadi satu saluran yang lebih popular daripada saluran hiburan dan juga saluran movie sebagai contohnya.
Di mana ianya menjadi fokusnya semakin khusus ada saluran golf, saluran kriket, saluran bola, saluran apa bukan sekadar sukan secara umum. Sebab itulah dunia sekarang ini sudah melihat bahawa dengan adanya saluran ini lebih mudah orang menggunakan sukan untuk alat penonjolan jenama mereka kerana mereka dapati bahawa di dalam dunia penyiaran sekarang ini, musuh besar kepada sesuatu saluran televisyen itu musuh yang paling besar dikatakan ialah remote control.
Ini kerana kalau dahulunya hendak siarkan, hendak taja mereka akan membeli waktu airtime waktu udara dipanggil commercial break. Satu minit kalau di Malaysia ratenya RM20,000 ke RM30,000. Akan tetapi, sekarang ini kalau waktu orang menonton televisyen dan sebagainya dan berlakunya commercial break dengan remote control orang pergi kepada channel lain ataupun saluran lain. Sebab itulah penaja-penaja sekarang berpendapat lebih baik misalnya jenama-jenama yang tertentu Emirates misalnya letak di dada. Arsenal orang akan terus menonton Emirates selama satu jam setengah ataupun lebih dari segi permainan dan lebih murah mereka menaja kelab-kelab ini daripada mereka membeli commercial break tadi.
Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Ini kerana dunia penyiaran sekarang sudah berubah. Oleh sebab itulah dalam negara kita, kita tahu bahawa marketing ataupun nilai wang yang berada di dalam dana pemasaran semua syarikat korporat kita ada lebih kurang RM6 bilion. Syarikat-syarikat korporat ada marketing fund ataupun dana pemasaran mereka. Sekiranya kita mampu untuk mengambil 10 peratus sahaja daripada RM6 bilion ini sudah tentu RM600 juta dapat disalurkan untuk tujuan marketing, tujuan pemasaran, jenama-jenama mereka melalui sukan. Oleh sebab itulah sekarang ini pakejnya sudah berbeza dengan konsep rakan sukan dahulu yang dilihat daripada perspektif CSR, akan tetapi di sini dibuat daripada perspektif marketing ataupun pemasaran.
Oleh sebab itulah misalnya Astro Arena menaja FAM sebanyak RM220 juta. Itu jumlah yang jauh lebih besar daripada apa yang boleh diberikan oleh kerajaan pada hari ini kerana mereka melihat ini adalah suatu yang boleh menguntungkan mereka di suatu masa nanti. Inilah yang kita rasakan bahawa kita berhubung dengan syarikat-syarikat mengatakan bahawa, ada pulangan mereka dari segi gantian pada pengiklanan dan sebagainya. Menaja sukan adalah suatu yang lebih berkesan dapat memberi pulangan pada mereka daripada konsep CSR yang dibuat sebelum ini.
Mengenai pilihan Singapura misalnya untuk membeli pemain luar, saya teringat mereka juga mendapat bantahan daripada rakyat mereka apabila..., walaupun mereka mendapat beberapa pingat di Sukan Asia, bantahannya, “We really need”, kata mereka dengan izin, apa yang mereka, rakyat mereka perlu bukannya pingat. Akan tetapi pingat yang dilahirkan oleh true-blue Singapore, true-blue Singaporean.
Akan tetapi apabila pingat itu diperolehi dengan membeli pemain-pemain ianya tidak berkekalan dan pemain ini apabila sampai tua kena beli pemain-pemain baru pula.
Oleh sebab itulah program dari segi membangunkan atlet yang dibuat oleh negara kita lebih bertahan lama dan lebih menjana semangat patriotisme yang lebih berkekalan bagi kita.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Perdana Menteri menyatakan, butiran lanjut projek pembinaan MRT dari Sungai Buloh-Kajang yang mana jajaran laluan akan melalui kawasan Parlimen Cheras seperti cadangan stesen dan kemudahan yang disediakan, jumlah tanah yang diambil balik, kos projek, apakah bentuk bantahan yang diterima daripada orang ramai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Cheras sebab dia datang hari ini. Tahun lepas saya telefon dia, soalan dia naik. Dia datang, dia tengok dalam Aturan nombor 45. Jadi dia marah saya. Sekarang ini sudah bayar balik ya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat projek MRT Lembah Kelang Jajaran Sungai Buloh-Kajang adalah satu sistem transit aliran masa yang merupakan fasa pertama jaringan MRT Lembah Klang yang akan menjadi tulang belakang sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur dan Lembang Klang.
Panjang jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang adalah 51 kilometer di mana 9.5 kilometer adalah di bawah tanah apabila jajaran tersebut melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur. Di kawasan Cheras jajaran Sungai Buloh-Kajang yang dicadangkan akan dibina bawah tanah dan melalui kawasan Jalan Cochrane dan Maluri. Selepas stesen ini iaitu Maluri, jajaran akan menjadi jajaran ternaik, iaitu elevator dan mengikut Jalan Cheras dengan cadangan stesen di Bukit Ria, Taman Midah, Cheras Leisure Mall dan Plaza Phoenix.
Reka bentuk stesen MRT akan mempunyai kemudahan seperti lif, eskalator, tandas serta kawasan parking dan bas pengantara di stesen-stesen tertentu. Semua stesen akan mempunyai kemudahan keperluan-keperluan orang kelainan upaya (OKU). Jumlah tanah yang akan diambil balik serta kos pengambilan tanah hanya dapat dipastikan setelah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dimuktamadkan apabila skim kereta api diluluskan oleh kerajaan.
Begitu juga dengan kos projek tersebut di mana kos sebenar projek tersebut hanya akan dapat dipastikan setelah jajaran dan lokasi stesen dimuktamadkan apabila skim kereta api diluluskan oleh kerajaan. Di antara bantahan-bantahan yang diterima termasuklah mengenai pengambilan tanah tokong ‘Chi Wan Tong’ untuk tujuan pembinaan stesen Maluri.
Terdapat juga bantahan yang diterima daripada badan pengarah SJK(C) Nam Keong kerana jajaran dekat dengan bangunan sekolah. Selain dari itu terdapat bantahan ke atas jajaran dan lokasi stesen yang terlalu dekat dengan rumah kedai Taman Bukit Ria dan kawasan perumahan Taman Midah.
Sebagai langkah tindakan atas maklum balas yang dikemukakan Syarikat Prasarana Negara Berhad dengan bantuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan wakil-wakil penduduk, wakil Lembaga Pemegang Amanah Tokong, badan pengarah sekolah dan lain-lain. Dari perjumpaan tersebut pihak Prasarana telah berjanji untuk mengambil langkah-langkah yang sepenuhnya dan berkesan semasa perlaksanaan projek MRT. Ini termasuk soal pemindahan tokong, langkah mengatasi kesesakan lalu lintas, pengambilan tanah dan pampasan.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Projek MRT ini satu projek yang tergesa-gesa...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Dan lebih sesuai dikatakan satu strategi memancing undi. Akan tetapi rakyat kini adalah lebih bijak, tidak akan diperdayakan oleh Barisan Nasional.. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang kerana walaupun projek KL MRT ini dikatakan adalah projek infrastruktur terbesar di Malaysia ini. Akan tetapi berkemungkinan besar ia menjadikan satu skandal yang terbesar juga dalam negara ini selepas PKFZ. Kenyataan saya ini ada asas. Projek ini jumlah kos diumumkan secara rasminya oleh kerajaan iaitu sebanyak RM36.6 bilion. Akan tetapi selepas beberapa bulan nanti jumlah kos dikatakan telah naik dengan kadar yang sangat dahsyat sampai ke RM50 bilion. Ini satu angka, satu jurang yang amat besar. Mengapa ia terjadi? Saya hendak tanya, apakah sebabnya, apakah penjelasan mengapakah jurang begitu besar dalam pengumuman pihak kerajaan mengenai jumlah kos pembinaan.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri sama ada beliau faham, sedar kerisauan ramai penduduk bukan sahaja di kawasan Parlimen Cheras akan tetapi kawasan- kawasan yang lain. Di mana walaupun sepanjang jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang ini disediakan 35 stesen MRT. Akan tetapi kebanyakan stesen ini tidak disediakan dengan kemudahan park n ride. Ini yang pertama.
Kedua, mengapakah tidak ada perancangan, kajian dan perancangan untuk mengadakan satu sistem penyuraian trafik untuk kesemua stesen MRT. Tidak ada kajian langsung untuk satu pun antara kesemua 35 stesen itu. Mengapakah berlakunya kekurangan ini. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, pertama Yang Berhormat kata ini projek untuk hendak memancing undi. Saya ingat tidak betullah. Ini kerana Yang Berhormat sendiri telah menjawab projek ini pertamanya bantahan orang ramai. Kemudian Yang Berhormat juga sebut tentang kerisauan orang Cheras pun banyak.
Jadi kalau banyak masalah, ia bukan hendak memancing undilah. Kalau kita memancing undi...
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Betullah itu. Ini menyelamatkan Yang Berhormatlah. Sebab kalau kata hendak memancing undi buat ini orang marah.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Ada yang bantahan semua. Jadi ia bukan untuk memancing pengundi pilihan raya.
Orang yang marah dia tidak akan undi kita tetapi kita hendak buat kerana untuk mengurangkan kesesakan trafik yang perlu dilakukan sebab orang kompelin trafik banyak.
Bila kita kata jangan bawa kereta, dia kata kalau tidak bawa kereta apa alternatifnya?
Pengangkutan awam tidak bagus. Jadi itulah yang kita lakukan. Jadi saya hendak sebut di sini iaitu kalau Yang Berhormat kata kita memancing undi, itu tidak betullah ya kerana bukan itu tujuannya. Sebenarnya orang marah kita buat ini. Okey, itu pertama.
Keduanya, perbelanjaan berbeza. Lain kali Yang Berhormat, bila saya menjawab, datanglah. Saya sudah jawab perkara ini banyak kali, empat atau lima kali tahun lepas tetapi Yang Berhormat tiada di dalam Dewan. Saya tahu. Jadi kalau tidak ada di dalam Dewan pun, bacalah Hansard. Semua sudah ada jawapan. Saya akan beri nanti mengapa ada perbezaan, mengapa peringkat awal jumlahnya begitu, mengapa kemudian lain jumlahnya. Itu semua telah dijawab dan saya akan minta pegawai saya untuk memberikan semua jawapan saya kepada Yang Berhormat supaya Yang Berhormat tidak bangun lagi untuk membangkitkan benda yang sama yang membuang masa kita berdua. Kemudian, yang lain-lain semua saya telah jawab. Mereka beri jawapan pun sama dengan apa yang saya jawab. Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, pelaksanaan pembinaan MRT adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam. Kita menjangka satu pertumbuhan GDP negara yang boleh melimpahkan ekonomi di luar kawasan MRT.
Jadi soalan saya, adakah kerajaan membuat jangkaan tentang kekangan yang akan kita hadapi terutamanya tentang spekulasi harga tanah, bangunan, rumah dan lain- lain yang boleh menyebabkan inflasi dan juga jurang pendapatan yang boleh mengakibatkan tentang kemiskinan bandar? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dengan wujudnya MRT ini dan dengan ada jajarannya serta dengan adanya stesen kereta api itu, sebenarnya ia akan meningkatkan harga pasaran bagi tanah-tanah yang di sekelilingnya. Itu tidak boleh dielakkan kerana kalau satu kawasan itu berhadapan dengan stesen kereta api, saya percaya sudah tentu flat atau apartmen di situ mesti bertambah nilai kerana dekat dengan stesen kereta api. Sudah tentu. Kemudiannya, yang 100 meter pun harganya juga akan naik. Saya kira ini tidak dapat dielakkan. Akan tetapi kalau kita lihat secara positif, ianya adalah baik kerana dengan kehadiran MRT ini, ia menaikkan harga pasaran apartmen atau flat yang berdekatan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Selain daripada itu, apabila stesen dibentuk, maka itu satu kesempatan untuk kita mewujudkan satu lagi hab shopping di stesen itu kerana akan berlaku banyak aktiviti di situ.
Orang ramai akan lalu di situ dan ini menjadi kesempatan untuk peniaga-peniaga untuk mereka menyewa ruang perniagaan dan ini akan menjana lebih banyak aktiviti ekonomi.
Jadi saya kira sudah tentu kerajaan juga akan mengambil kira tentang inflasi. Akan tetapi yang positifnya seperti yang saya sebut, ia akan meningkatkan lagi aktiviti ekonomi di tempat-tempat di mana stesen itu dibina dan di mana jajaran itu melalui kawasan itu.
3. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Kementerian Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi mencepatkan pelaksanaan pelbagai projek yang telah diluluskan di bawah NKRA seperti jalan luar bandar, jambatan, bekalan elektrik dan air, dan lain-lain terutamanya di kawasan Parlimen di Sarawak yang setakat ini agak kurang memuaskan dari segi pelaksanaannya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi memastikan pelaksanaan projek- projek NKRA dapat disiapkan mengikut jadual, kementerian telah mengambil enam langkah utama yang berterusan iaitu:
(i) memastikan semua proses kerja untuk projek-projek NKRA seperti perolehan, pelantikan pihak konsultan dan kontraktor dipatuhi dalam tempoh masa yang ditetapkan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan;
(ii) kementerian menyelaras dan memantau pelaksanaan projek- projek di bawah NKRA dan melaporkannya kepada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri sebelum 10 hari bulan setiap bulan bermula tahun 2010;
(iii) penyelarasan pelaksanaan NKRA – Infrastruktur Asas Luar Bandar dibuat melalui mesyuarat secara berkala yang merangkumi tiga mesyuarat iaitu:
(a) mesyuarat problem solving;
(b) mesyuarat NKRA leadership team; dan
(c) mesyuarat delivery taskforce.
Mesyuarat ini membincangkan tentang status terkini pencapaian projek-projek NKRA termasuk membincangkan cadangan penyelesaian untuk setiap isu yang dibangkitkan;
(iv) kementerian juga menggerakkan agensi-agensi di bawahnya seperti RISDA, FELCRA dan GIATMARA bagi mempercepatkan pelaksanaan projek-projek NKRA;
(v) kementerian mengguna pakai pendekatan dengan izin, Blue Ocean Strategy dengan mewujudkan kerjasama padu di antara penduduk kampung, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan terutamanya dalam pembinaan Program Bantuan Rumah (PBR) dan pembekalan air bersih di kawasan pendalaman dan terpencil, bertujuan mempercepatkan pelaksanaan projek dan menjimatkan kos; dan
(vi) di peringkat negeri, pejabat-pejabat cawangan KKLW sentiasa memantau pelaksanaan dengan mengenal pasti masalah- masalah fizikal projek di tapak supaya ia dapat diatasi segera.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Keenam-enam langkah yang telah diambil ini dilihat mampu mengatasi masalah kelewatan pelaksanaan projek-projek NKRA di semua negeri yang terlibat termasuk di negeri Sarawak. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Kita memang memahami dengan kepelbagaian dan isu-isu yang perlu dibuat untuk memulakan sesuatu projek dan terus melaksanakan projek-projek itu supaya ianya dapat disampaikan kepada rakyat terutamanya di luar bandar.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua kerja yang telah dibuat oleh kerajaan terhadap projek-projek NKRA ini. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, satu masalah yang sering kita hadapi apabila kita ditanya oleh rakyat di kawasan kita ialah berkenaan dengan status pelaksanaan projek-projek ini dan kita sebagai wakil rakyat kadang-kadang tidak dapat memberi maklumat yang tepat. Kadang-kadang ini menjadi isu dan ianya boleh dipolitikkan oleh sesetengah mereka yang sering membawa projek-projek ini sebagai projek janji pilihan raya dan juga dikatakan projek kosong kerana ianya tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual di sesetengah kawasan.
Walaupun begitu, saya difahamkan di kawasan Kanowit banyak projek di bawah NKRA telah dimulakan dengan at least di peringkat awal dan lebih-lebih lagi yang melibatkan isu pengambilan tanah dan pampasan. Ini yang akan menjadi isu apabila rakyat yang terlibat tidak dapat mengetahui progress tersebut. Jadi permintaan saya untuk Yang Berhormat Menteri ialah agensi-agensi berkenaan seperti JKR dan konsultan untuk dapat memberi taklimat kepada kita berkenaan projek-projek yang akan dilaksanakan di kawasan masing-masing supaya kita mengetahui pada status atau progress projek-projek itu.
Keduanya Yang Berhormat Menteri, satu lagi isu yang berkaitan dengan projek- projek luar bandar ialah kalau dalam tahun-tahun yang terdahulu kita telah diberi peruntukan untuk membuat projek jalan kampung (PJK), tetapi dalam dua tahun yang kebelakangan ini kita tidak ada peruntukan untuk projek-projek ini. Ianya amat diperlukan oleh kerana projek jalan kampung ini amat memerlukan baik pulih dan upgrade atau naik taraf. Saya mohon kementerian untuk memberi balik peruntukan ini supaya PJK yang di luar bandar ini dapat dibaik pulih dan dapat memberi keselesaan kepada rakyat yang menggunakannya. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat dari Kanowit tentang kebimbangan terhadap pelaksanaan projek-projek yang dilakukan di bawah NKRA ini dan untuk maklumat Dewan yang mulia ini, saya hendak sebutkan dan nyatakan tentang status update 31 Mei 2010, sasaran untuk jalan yang kita targetkan dalam tahun 2011, setakat ini ialah sejumlah 435.40 kilometer dan kita telah menyiapkan 366.8 kilometer jalan. Untuk bekalan elektrik yang sepatutnya sasaran yang kita letakkan ialah 1,368 buah rumah dan kita telah menyambung sejumlah 2,346 buah rumah. Untuk rumah- rumah sama ada rumah panjang, rumah PPRT, kita sasarkan 1,020 buah rumah dan yang telah kita bina setakat ini iaitu pada 31 Mei 2011 ialah 1,079 buah rumah.
Jadi maknanya kalau berdasarkan dengan pencapaian, memang kita pantau setiap bulan dan saya sendiri selaku Menteri yang bertanggungjawab memantau, seperti yang saya jelaskan tadi, kita menggunakan beberapa landasan jawatankuasa dan kita sedar dan tahu contohnya di peringkat negeri Sarawak ini satu negeri yang agak tidak mudah dan di antara permasalahan yang timbul seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat, berhubung kait dengan masalah tanah. Ada satu projek contohnya saya hendak sebutkan ada kelewatan sedikit iaitu jalan ke rumah Rantai Sungai Tepus, Selangau di Sarawak dan ini pada proses awalnya yang punya tanah telah ada sedikit masalah pampasan dan kita telah minta kerjasama daripada pihak berwajib di peringkat negeri untuk membantu mengatasi masalah ini dan setakat ini alhamdulillah, kita dapat atasinya.
Selain daripada permasalahan tanah, kita juga berhadapan dengan permasalahan jarak jauhnya tempat-tempat yang kita perlu membina jalan-jalan. Di Bario Ba’kelalan yang agak jauh tempat dia.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Hendak kita bawa raw material, dengan izin, bekalan dan peralatan ini bukan mudah. Ia menelan masa bukan berminggu, dia berbulan. Bukan seperti berada di Balik Pulau ataupun di Machang ataupun di Gombak.
Walaupun banyak sudah projek kita bagi, tidak lagi memberi syukur di atas projek yang kita telah bina dan di negeri Sarawak ini walaupun bagaimana permasalahan yang kita hadapi, insya-Allah saya penuh yakin dengan pertolongan Allah SWT, kita akan dapat melakukan yang terbaik.
Untuk Yang Berhormat contohnya di Kanowit, kita sudah belanjakan untuk jalan- jalan sahaja, dia ada lapan buah jalan di Kanowit sahaja, kawasan Parlimen, dia menelan belanja hampir RM140 juta dan yang sudah siap untuk jalan di Kanowit ini, naik taraf jalan Ngemah di Nanga Ngungun iaitu di bahagian Sibu sudah pun siap yang menelan belanja sejumlah RM10 juta. Untuk jalan Ngamam-Kanowit bahagian Sibu dan contohnya di jalan masuk ke SRK Batu Luking Kanowit dan pembinaan dia sudah pun di peringkat memiliki tapak dan kita akan mulakan projek seumpama ini dan untuk projek yang di Jagau, reka bentuk dalam pelaksanaan. Insya-Allah ini akan kita lancarkan dalam masa yang terdekat ini. Ini di antara beberapa projek seperti yang saya sebutkan yang telah kita laksanakan untuk membantu masyarakat di kawasan Parlimen Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Lanjutan daripada persoalan sahabat saya dari Kanowit sebentar tadi, saya dapat menyelami perasaan teman-teman di Sarawak dan Sabah khususnya yang agak kecewa dengan prestasi pembangunan yang kerap kali dijanjikan oleh kerajaan. Begitu juga perasaan sahabat saya dari Stampin yang juga melahirkan rasa dukacita tentang tahap prestasi pembangunan di negeri Sarawak. Pada 1 Februari 2011 yang lalu, kerajaan telah memperuntukkan satu jumlah tambahan bernilai RM3.4 bilion khusus untuk pembangunan jalan raya dan projek bekalan elektrik bagi negeri Sarawak di bawah NKRA. Kemudian pada 7 Mac 2011 yang lalu, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pembangunan infrastruktur di bawah NKRA di Sarawak ini sudah mencapai 100 peratus sasarannya.
Maka persoalan saya ialah, apakah sebenarnya status pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur khususnya bagi peruntukan tambahan sebanyak RM3.4 bilion kerana saya dapati ada percanggahan di antara kenyataan yang telah dibuat dengan jawapan yang telah diberikan di dalam Dewan ini.
Kedua, mengapakah peruntukan ini tidak dimasukkan dalam jumlah asal peruntukan dalam pembentangan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP). Maka persoalan yang timbul, apakah ini sekali lagi janji-janji menjelang pilihan raya negeri Sarawak, untuk memancing undi seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cheras dan gagal dijawab oleh Yang Berhormat Padang Rengas sebentar tadi. Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat dari Gombak.
Sebenarnya pertama, tidak ada perbezaan yang telah saya sebutkan dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Timbalan Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan supaya perjalanan projek-projek yang dikendalikan ini dapat kita laksanakan. Seperti yang saya sebutkan tadi, contoh rumah sahaja, kita sasarkan yang sepatutnya 31 Mei 2011, yang kita letakkan 1,368 buah rumah dibekalkan dengan bekalan elektrik, yang kita sasarkan. Manakala yang telah kita capai ialah 2,346 buah rumah. Mungkin ini masyarakat tidak nampak tetapi yang menikmatinya di pelosok nun jauh di kampung-kampung yang sudah kita bekalkan dengan bekalan elektrik ini sudah pasti akan menikmatinya.
Itu yang telah saya hantar surat kepada setiap kerajaan negeri dan khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memainkan peranan menguar-uarkan. Tidak perlu bagi saya untuk turun ke bawah merasmikan supaya ini kelihatan nampak. Sebenarnya kalau kita lihat daripada segi pendekatan yang kita lakukan pada saat ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib selaku Perdana Menteri, kita telah melakukan satu pendekatan yang agak besar, transformasi.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Kalau dahulu kita melaksanakan projek-projek yang kemungkinan impaknya tidak begitu jelas, di sini kalau kita buat jalan, kita nak pastikan berapa ramai yang akan menikmatinya.
Sudah ada jalan yang kita bina contohnya di Ba’kelalan yang kalau mengikut anggaran kos biasa menelan belanja sehingga RM300 juta tetapi penggunaan Blue Ocean Strategy yang kita gunakan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ia hanya menelan belanja dalam lingkungan RM60 juta iaitu kerjasama di antara pihak kita dengan Kementerian Pertahanan dengan kos yang begitu kita katakan mengupayakan kita melaksanakan jalan, kos rendah dan di samping itu kualiti jalan yang akan dapat dinikmati oleh masyarakat kita adalah amat baik dan jauh berbeza pendekatan contohnya.
Saya sedar dan tahu di Sarawak dan Sabah selama ini agak ketinggalan daripada pelaksanaan kemudahan-kemudahan asas yang ada.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, minta Menteri sambung sikit mengenai Blue Ocean Strategy itu, hendak dengar panjang sikit.
Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal
Tidak apa, nanti. Saya hendak jelaskan sedikit. Saya ingat tertinggal sedikit dan saya yakin yang tertinggal ini sedikit sebanyak oleh kerana banyak rancangan yang telah dilakukan termasuk Yang Berhormat Permatang Pauh masa dia Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah tidak memberi tumpuan kepada negeri-negeri ini walaupun rayuan banyak. Saya masih ingat masa saya Ahli Parlimen dahulu, merayu bukan hanya kawasan contoh di tempat lain, di tempat kawasan Ahli Parlimen saya sendiri, di Semporna. Bila saya memohon dan dia umumkan untuk bekalan air waktu itu dan tanyalah orang di Balung, tanyalah orang di Tawau yang dahulu sudah diumumkan selaku dia Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, tidak dapat dilaksanakan.
Alhamdulillah setakat ini sudah berjalan bekalan ini untuk dapat kita laksanakan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Dia tidak bagi sebab Yang Berhormat mohon balak masa itu.
4. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan, bilangan pelarian di Malaysia dan sama ada pemeriksaan kesihatan adalah diwajibkan terhadap setiap orang pelarian untuk memastikan bahawa mereka tidak membawa penyakit berjangkit ke Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya ambil nafas. Terkejut pasal saya ingat mafia bos masuk tadi rupanya Yang Berhormat Ipoh Timur... [Ketawa] Tak, tadi masuk cermin mata hitam saya ingat mafia tadi. Terkejut sedikit... [Ketawa] Saya surrender Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ahli Parlimen jadi mafialah... [Ketawa]
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
[Ketawa] Surrender. Tuan Yang di- Pertua, berdasarkan statistik United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) sehingga Mei 2011 terdapat 93,609 orang yang dipanggil persons of concern to the UNHCR di mana 83,573 layak ditakrifkan sebagai pelarian dan 10,036 merupakan permohonan suaka dengan izin, the silent seekers. Memandangkan Malaysia bukan negara ahli kepada konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai status pelarian 1951, pelarian tidak diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan tapi saya faham concern Yang Berhormat.
Walau bagaimanapun, pihak UNHCR dengan kerjasama organisasi bukan kerajaan (NGO) seperti A Call to Serve (ACTS) menyediakan kemudahan pemeriksaan kesihatan kepada pelarian tersebut. Dalam hal ini juga Kerajaan Malaysia tidak pernah menafikan hak pelarian untuk mendapat perkhidmatan kesihatan di pusat-pusat perubatan tempatan. Pelarian ini layak mendapat diskaun sebanyak 50 peratus ke atas caj perubatan berbanding dengan kadar biasa yang perlu dibayar oleh warga asing (foreigners) berdasarkan Fees Act 1951 iaitu Akta 209.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya rasa bukanlah saya concern (ambil berat) tentang kesihatan pelarian- pelarian ini tetapi juga kepentingan yang lain seperti sekarang pelarian di Malaysia kita mereka tidak boleh bekerja dan anak mereka tidak boleh pergi ke sekolah untuk menerima pelajaran. Bukan itu sahaja. Pada hari Sabtu yang lalu di surat khabar Australia telah keluar satu cerita di mana seorang pelarian dari Burma asalnya dari Malaysia bernama Kap Lian menurut berita beliau, RELA pergi ke pangsapuri nya pada 11 Mac tahun lau. Ada 20 orang mereka ditangkap, enam daripada mereka sebenarnya ada kad pelarian tetapi RELA rampas kad mereka dan mereka dihantar ke penjara. Selepas itu mereka dibawa ke mahkamah. Mereka tidak faham bahasa Malaysia jadi mereka pun tidak tahu apa yang berlaku.
Keenam-enam mereka dihukum penjara selama tiga bulan dan juga dirotan tiga kali. Berita ini sekarang telah keluar di surat khabar Australia. Saya rasa situasi ini adalah amat memalukan. Bagaimana kita boleh menjaga pelarian ini dan memberi mereka perlindungan yang lebih baik. Janganlah seorang pelarian yang ada kad pelarian di Malaysia tetapi pada akhirnya mereka dihantar ke penjara dan juga dirotan tiga kali dan sehingga berita ini keluar di luar negara yang amat memalukan dan menjatuhkan maruah negara kita. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya kira kalau sekiranya seorang pelarian kalau dia ditahan kemudian dihadapkan ke mahkamah dan kemudian dihukum bermakna adalah sesuatu kesalahan yang telah dilakukan oleh pelarian ini. Saya pun tidak tahu fakta yang sebenarnya.
Jadi kita juga kena faham iaitu bahawa sekalipun mereka pelarian tetapi mereka tidak boleh lari daripada ditentukan bahawa mereka mesti mengikuti undang-undang negara kita. Jadi saya ingat dalam kes ini kalau dia ada kad pelarian UNHCR dengan kad itu tidak mungkin dia dihukum kerana dia mempunyai kad melainkan kalau dia telah melakukan satu kesalahan yang saya pun tidak tahu. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua saya hendak beritahu di sini bukan cara kita iaitu mana-mana mereka yang mendapat kad UNHCR yang telah diberi oleh UNHCR kemudian kita dera mereka. Itu tidak, kerana mereka merupakan pelarian dan sudah tentulah walaupun kita bukan penandatangan kepada UNHCR tetapi kita wajib menjaga kebajikannya kerana mereka berada dalam negara kita.
Jadi kes Yang Berhormat sebut itu saya pun tidak tahu apa detailnya tetapi saya yakin dan percaya bukan kerana dia pegang kad putih maka dia dihukum. Sudah tentu mesti telah melakukan kesalahan di bawah akta-akta dalam negara kita.
Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, saya hendak respons kepada soalan tadi.
Adakah kalau kita ada kad pelarian ini ataupun kita ada kad pengenalan, kita ini orang Malaysia, kita ini semua buat baik. Soalan saya.
Yang kedua ialah pelarian ini sebahagian besarnya kita tidak kenal bahkan pendatang asing bila datang ke negara kita tidak kenal tapi mereka juga terlibat dengan perkara-perkara jenayah dan sebagainya. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri adakah kerajaan berhasrat supaya pelarian-pelarian ini kita kenalkan kepada penduduk di negara kita ini supaya penduduk kenal mereka dan mereka boleh berhati-hati seperti mana yang kita lakukan kepada mereka yang dihukum jenayah dari segi dadah dan dibuang daerah. Kadang-kadang mereka dibuang daerah ini orang kawasan berkenaan tidak kenal.
Akhirnya mereka yang terlibat dengan penagihan dadah dan sebagainya pula menyebarkan masalah dadah di kawasan yang baru di mana mereka dibuang daerah.
Apakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan pelarian-pelarian ini supaya kawasan-kawasan di mana mereka berada ini dapat dikenali oleh masyarakat tempatan kita. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan apa Yang Berhormat sebut di peringkat awal iaitu sama ada kita pegang kad UNHCR kah ataupun kad pengenalan Malaysia yang sahihkah itu tidak menjamin bahawa pemegang kad itu tidak akan melakukan kesalahan dalam negara kita. Itu betul.
Keduanya berkenaan dengan mengenali. Mengenali mereka ini ialah dengan kad tadi iaitu kad UNHCR. Saya kira tidak mungkin kita boleh mengenalkan mereka semua kepada kita kerana jumlahnya 93,609. Saya ingat orang yang keempat kita sudah lupa muka orang yang pertama tadi. Jadi pengenalan yang kita boleh lakukan ialah dengan memberikan kad pengenalan UNHCR. Itu sahaja sebab muka serupa sahaja. Orang Burmakah, orang Rohingya serupa sahaja muka dengan kita. Jadi tidak ada beza melainkan kalau dia minta kad barulah kita boleh tahu sama ada dia pelarian ataupun rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, sudah hampir sejam kita bermesyuarat tapi cuma empat soalan yang telah dapat kita selesaikan. Ini sangat lambat Ahli Yang Berhormat. Masalahnya ialah apabila Ahli Yang Berhormat bertanya soalan tolonglah jangan panjangkan. Minta penjelasan daripada Menteri bukan buat kenyataan dan begitu juga jawapan dari Menteri singkatkan kalau boleh.
5. Dato' Lilah bin Yasin [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh manakah kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) setakat ini, dan apakah cabarannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan ini serentak dengan soalan Yang Berhormat dari Ledang pada hari ini berkenaan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Pelaksanaan GTP pada tahun pertama sejak bulan Januari tahun 2010 telah menghasilkan prestasi yang amat menggalakkan. Kebanyakan sasaran National Key Performance Indicators (NKPI) yang ditetapkan bagi enam bidang keberhasilan utama nasional atau NKRA telah tercapai. Overall composite scoring dengan izin, dianggarkan sebanyak 112 peratus dengan hanya menggunakan 79 peratus dari belanjawan sebanyak RM5.44 bilion yang disediakan untuk enam NKRA bagi tahun yang lepas iaitu penjimatan sebanyak RM1.13 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Sebagai contoh secara spesifik, NKRA mengurangkan jenayah telah mencapai 15 peratus bagi jenayah indeks dan 35 peratus bagi jenayah jalanan. Jauh melebihi sasaran 5 peratus dan 15 peratus masing-masing. Ini adalah hasil daripada penempatan semula atau redeployment hampir 30,000 dan mobilisasi RELA dan Skim Rondaan Sukarela di bawah Rukun Tetangga tanpa melibatkan penglibatan baru secara besar-besaran.
Persepsi rakyat terhadap prestasi polis telah meningkat ke 58 peratus berbanding dengan sasaran 36 peratus. Manakala perasaan takut terhadap jenayah telah menurun ke 53 peratus berbanding dengan sasaran 59 peratus. Komposit scoring bagi NKRA jenayah ini adalah sebanyak 16 peratus dengan perbelanjaan hanya 76 peratus daripada RM338 juta yang disediakan.
Bagi NKRA infrastruktur asas luar bandar, semua sasaran untuk tahun 2010 dari segi pembinaan jalan, bekalan elektrik dan bekalan air telah mencapai lebih daripada 100 peratus. Hanya bekalan air mencapai 52 peratus dari 70,000 isi rumah yang disasarkan kerana kekurangan sumber air yang mencukupi dan masalah-masalah teknikal. Pencapaian NKRA ini adalah 91 peratus dengan perbelanjaan 37 peratus daripada belanjawan RM3.23 bilion yang disediakan. Rakan saya tadi dari Yang Berhormat Menteri dari kawasan Semporna telah memberi angka yang terkini untuk separuh tahun ini.
Untuk NKRA pendidikan sasaran 72 peratus enrollment kanak-kanak dalam pendidikan pra sekolah telah tercapai dengan pewujudan lebih daripada 1,800 kelas prasekolah yang baru untuk lebih 55,000 kanak-kanak. Manakala prestasi kadar pelajar sekolah rendah yang mencapai tahap numeration ataupun pengiraan dan literasi atau kenal huruf ialah 101 peratus dan 94 peratus masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Composite scoring bagi pendidikan ialah 99 peratus dengan menggunakan hanya 48 peratus daripada peruntukan sebanyak RM245 juta. Adalah jelas dari tiga contoh ini bahawa pelaksanaan GTP telah mendatangkan impak dan manfaat yang positif kepada rakyat mengikut sasaran yang ditetapkan.
Bagi pihak kerajaan penggubalan dan pelaksanaan pelbagai strategi dan program untuk menyelesaikan beberapa masalah utama rakyat dan meningkatkan lagi penjanaan ekonomi serta menambah baik sistem penyampaian pentadbiran telah menjadi lebih berfokus dan berkesan. Ianya berjaya menghasilkan beberapa inovasi dan pembaharuan serta memupuk budaya kerja yang baru dan lebih positif di kalangan penjawat awam termasuk kaedah makmal dan Blue Ocean Strategy. Di samping itu pengurusan nilai atau value management yang mengutamakan value for money telah meningkatkan impak dengan mengurangkan kos. Proses perolehan telah menjadi lebih telus dan keberkesanan tindakan terhadap rasuah telah juga meningkat.
Langkah-langkah akan terus diambil untuk menambah baik prestasi semua agensi.
Maka atas landasan yang kukuh pada tahap pertama ini, kerajaan yakin GTP akan terus berhasil dan berjaya pada tahun-tahun yang akan datang sehingga mencapai sasaran Wawasan 2020 dan Gagasan 1Malaysia. Terima kasih
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Tahniah di atas kejayaan kerajaan mengadakan transformasi kepada rakyat. Namun demikian terdapat juga dakwaan-dakwaan liar daripada setengah-setengah pihak. Apakah benar berlaku lambakan pegawai-pegawai kerajaan berbanding dengan keperluan sebenar beban tugas yang sepatutnya digalas oleh mereka?
Jumlah 1.2 juta angka yang diberi ini, apakah betul pegawai-pegawai kita mencecah angka tersebut sehinggakan diistilahkan sebagai berlaku pembaziran di kalangan guna tenaga pegawai-pegawai kerajaan? Apakah ini menjejaskan prestasi GTP kita? Ada juga dakwaan bahawa GTP ini berlaku di peringkat pegawai tertinggi sahaja tetapi tidak berlaku di peringkat pegawai-pegawai bawahan, di peringkat pegawai grassroots kerajaan kita. Terima kasih.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya proses transformasi kerajaan ini bermula di peringkat Menteri, peringkat pegawai kanan tetapi dengan cepatnya diperturunkan ke peringkat akar umbi. Khasnya untuk NKRA pendidikan yang melibatkan lebih daripada 400,000 orang guru juga untuk NKRA mengurangkan jenayah yang melibatkan hampir 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia.
Oleh itu adalah tidak benar bahawa ianya tidak perturunkan dan dilaksanakan oleh peringkat akar umbi. Walau bagaimanapun kita tidak dapat menafikan bahawa bukan semua penjawat awam yang dapat mencapai prestasi yang tinggi dalam tempoh yang singkat iaitu setahun setengah kebelakangan ini.
Walau bagaimanapun kita terus akan berusaha untuk meningkatkan prestasi di semua peringkat. Mengenai tuduhan atau dakwaan bahawa bilangan penjawat awam seramai 1.2 juta orang ini adalah terlalu banyak dan membazirkan. Memang tidak begitu berasas kalau kita..., berbanding dengan negara-negara yang lain termasuk juga negara maju Britain yang pernah menjajah negara kita. Akan tetapi Britain masih dianggap sebagai negara yang maju. Secara perbandingan untuk negara Britain, sebanyak 5.7 juta anggota penjawat awam di seluruh negara Britain. Kalau dibahagikan dengan jumlah penduduk Britain, seramai lebih daripada 60 juta orang. Maka kita akan dapat angka 94 penjawat awam untuk setiap 1,000 warganegara di Britain.
Akan tetapi untuk Malaysia dengan adanya 1.2 juta orang penjawat awam untuk bilangan penduduk sebanyak 28 juta orang maka nisbah ialah hanya 45 orang penjawat untuk setiap 1,000 orang warganegara. Ini bermakna bahawa terdapat dari segi nisbahnya lebih banyak lagi penjawat awam di Britain berbanding dengan negara Malaysia. Walau bagaimanapun kita mesti menegaskan bahawa misalnya untuk bidang pendidikan, nisbah pelajar ke guru untuk Malaysia ialah hampir 40. Maka untuk Britain tidak sampai 30 orang pelajar setiap guru. Ini bermakna bahawa kita perlu meningkatkan lagi bilangan guru supaya untuk meningkatkan lagi prestasi dalam pendidikan khasnya di peringkat pendidikan asas. Terima kasih.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tujuan Government Transformation Programmed ialah antara lain untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap institusi- institusi negara mengenai kecekapan, kebebasan, profesionalisme, integriti, institusi- institusi penting semacam polis, SPRM, kehakiman dan lain-lain .
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Akan tetapi bukankah bahawa sebenarnya apa yang berlaku adalah kejatuhan keyakinan yang lebih serius dalam dua tahun ini dan ini kita boleh lihat daripada apa yang ada dalam surat khabar khasnya mengenai MalaysiaKini hari Ini. Tajuk sahaja, sebagai contohnya, “Doktor Jayaratnam detained, Ibrahim Ali walks free”. Dr. Jayaratnam detained, Ibrahim Ali walks free. Yes, poems are now national security threats. Poems are now national security threats atau satu lagi, UMNO youth threatened to torch PKR headquarters.
Masalah bukan sama ada adalah itu UMNO Youth..
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Malaysiakini is not...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Threaten to torch PKR headquarters tetapi sebelah ibu pejabat PKR, ada balai polis di sana.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Dia pakai cermin mata hitam, nampak dirinya sahaja. Orang lain tak nampak.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Dia ada balai polis di sana. Kenapa tidak ada tindakan diambil? Bukankah ini semua menunjukkan bahawa semua slogan mengenai Government Transformation Programme (GTP) sangat kosong oleh sebab tidak boleh meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap kecekapan profesionalisme institusi- institusi nasional. Adakah ini akan dikaji dengan mendalam khasnya bawa ke Kabinet dengan serta-merta supaya pihak polis sebagai contohnya, boleh mengikuti perakuan Royal Police Commission Inquiry bahawa untuk mempertahankan, promote human rights dan membenarkan rally BERSIH, 9 Julai diadakan... [Dewan riuh] Menunjukkan kita hormat hak asasi... [Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia pakai sunglasses, dia nampak ganaslah.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya ketua mafia yang bercermin mata hitam ini... [Dewan riuh]...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, kalau Parlimen ini jadi mafia, kita semua mafia Menteri, mafia Menteri.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Duduk, duduk, sila, sila...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Ini mahu memain-mainkan isu ini. Janganlah kesal...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tarik balik, tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
I don’t think he has the intention.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah dia mafia, presiden mafia?
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tuan Yang di-Pertua..
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah dia Menteri mafia? Adakah Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan mafia?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah Perdana Menteri, Perdana Menteri mafia?
Tuan Yang di-Pertua
No, no..
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya mahu tanya...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Kalau tidak, saya minta dia tarik balik, kalau tidak, tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat menteri, Yang Berhormat Menteri, sit down first.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Tarik balik.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
You are not right, you are not right.
Tuan Yang di-Pertua
Can you sit down first.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tadi pagi sebut mafia you tak protes.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Adakah dia Menteri, adakah kerajaan Barisan Nasional kerajaan mafia?
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tidak, tidak, bukan, bukan..
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, can you sit down first. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Saya harap dia tarik balik. Dia tak tarik balik...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Tarik balik.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Duduk, duduk, duduk dulu.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Yang Berhormat Ipoh Timur tak payah duduk.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua akan keluar satu arahan bahawa dia tarik balik... [Dewan riuh] Kalau tidak saya akan panggil nama dia sebagai ‘Menteri mafia’.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tadi...
Tuan Yang di-Pertua
Can you sit down first? Duduk dahulu, duduk dahulu Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kadang-kadang Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ada pun yang berlaku di luar peraturan mesyuarat saya biarkan. Itu saya memberi peluang kepada apa isu yang dibangkitkan itu dapat dijawab penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri. Ini kerana apabila kita tidak bincang di sini, di luar sana masyarakat akan bincang juga. Jadi, saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat, kalaupun tidak bersetuju dengan apa yang dihujah oleh sesiapa sahaja, maka biarlah Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab itu menjawab. Kita faham bahawa bukan ada opinion seseorang itu dipersetujui 100 peratus oleh seseorang Ahli. Itu harus kita faham, itu dasar perbahasan.
Saya rasa dalam hal Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur itu mafia, he does not have the intention of saying it bahawa ia adalah benar- benar mafia. It is a joke. Fasal saya nampak raut muka daripada Senator dan begitu juga Yang Berhormat Menteri, Ipoh Timur pada mulanya. Jadi, nasihat saya ialah elakkan perkataan-perkataan yang mengundang reaksi negatif termasuk dari Yang Berhormat Menteri, dari senior Parliamentarian, daripada backbencherkah, kerana dengan berbuat demikian, maka timbullah kekecohan seperti sebentar tadi.
Sila Yang Berhormat Menteri, teruskan.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan di sini bahawa prestasi Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebenarnya diukur melalui beberapa indikator. Seperti yang telah saya sebutkan tadi, dari segi persepsi rakyat terhadap polis telah meningkat ke 58 peratus persepsi positif berbanding dengan sasaran 36 peratus pada tahun 2009.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Berbanding mafia sudah turunlah.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Ya, nantilah. Dan kalau sesiapa yang mengakui, siapa yang hendak lompat macam kera kena belacan itu saya tidak kisahlah, tidak apa.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Jawab macam sotong.
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Ini terserah kepada Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi saya ingin menegaskan bahawa dari segi integriti iaitu usaha kita untuk mencegah dan memerangi rasuah nampaknya juga telah ada sambutan yang positif iaitu persepsi rakyat mengikut Transparency International Perception Barometer yang dijalankan pada penghujung tahun 2010, ia telah meningkat dari 28 peratus kepada 48 peratus. Ini ukuran oleh agensi antarabangsa.
Satu lagi ukuran adalah bersangkut paut dengan GTP dan juga dengan Gagasan 1Malaysia untuk mewujudkan negara yang bersatu-padu dan aman ialah Global Peace Index di mana kedudukan Malaysia telah meningkat dari tempat tangga ke-38 pada tahun 2008 ke tangga 26 pada tahun 2009, tangga ke-22 pada tahun 2010 dan tangga ke-19 pada tahun ini. Oleh itu adalah penting supaya semua mestilah menjamin keamanan dan kedamaian rakyat termasuk para pemimpin dari pembangkang dan juga pihak kerajaan. Ini adalah amat penting. Maka, keadaan aman yang telah berjaya dipupuk dan dikekalkan selama ini harus diteruskan. Maka, itulah salah satu daripada aspek Gagasan 1Malaysia.
Terima kasih.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, dia lari daripada semua jawapan saya. Mana ada jawab?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tengok you memang confirmlah, chief mafialah.
Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur
Tidak jawab kepada soalan yang saya kemukakan. Setuju atau tidak setuju itu hal lain, tetapi dia lari. Pelari, itu sahaja... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai, suara Yang Berhormat Padang Serai lama tidak saya dengar. Kalau pun bersuara, bukan dengan cara begitu.
6. Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, kemajuan kerja projek ubahsuai Dewan Serbaguna Parlimen untuk dijadikan Dewan Rakyat/Dewan Negara sementara.
Menteri Kerja Raya - Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pembinaan fasa 1A projek pembaik pulih dan menaik taraf bangunan Parlimen iaitu ubahsuai dewan serba guna Parlimen kepada dewan persidangan sementara telah dimulakan pada 28 Mac 2011.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga semalam bersamaan dengan 27 Jun 2011, kemajuan kerja di tapak projek ialah sebanyak 38.9 peratus berbanding dengan 38.4 peratus mengikut jadual atau bersamaan satu hari lebih awal. Berdasarkan kemajuan prestasi kerja di tapak dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak kontraktor, Kementerian Kerja Raya berkeyakinan bahawa projek ini akan dapat disiapkan mengikut jadual iaitu selewat-lewatnya pada 5 September 2011, insya-Allah. Terima kasih.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri. Orang pun duduk cari Yang Berhormat Menteri lama tidak datang Parlimen... [Ketawa] Saya seronok dan gembira kerana Yang Berhormat Menteri boleh datang hari ini dan menjawab soalan yang sangat menimbulkan isu yang agak kontroversi sebelum ini kerana ia membabitkan kita semua, membabitkan kedudukan Tuan Yang di-Pertua sendiri.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini kerana, projek ini dibuat tidak mengikut AP55, tidak melalui satu rujukan terlebih dahulu terhadap Parlimen. Parlimen hanya dimaklumkan sahaja dan bukan dirujuk untuk membuat satu consultation bersama antara pihak Parlimen dengan pihak JKR. Akan tetapi, oleh kerana perkara itu sudah berlarutan tetapi saya ingin mendapat satu penjelasan dari segi projek ini, dari segi harganya walaupun saya difahamkan kerajaan telah pun menetapkan harganya lebih kurang dalam RM24 juta dalam fasa yang disebut tadi. Akan tetapi, dikatakan belum ada satu basic yang sangat jelas kerana ia lebih banyak bergantung kepada harga yang akan dikemukakan nanti oleh pihak kontraktor.
Jadi saya lihat bahawa kita tidak membuat satu penelitian yang serius. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua katakanlah kita membelanjakan tidak kurang daripada RM24 juta ini tetapi kita hanya akan menggunakan Dewan tersebut hanya untuk tempoh dua tahun atau empat tahun kalau tidak silap saya dan selepas itu Dewan itu akan diubahsuai lagi untuk jadi Dewan Bankuet kalau tidak silap saya.
Jadi bermakna bahawa ia akan memakan kos yang lebih banyak. Jadi saya tidak tahu apakah perencanaan dan perancangan yang dibuat begitu tidak dirujuk terlebih dahulu kepada satu Jawatankuasa di peringkat Parlimen untuk memastikan penjimatan. Kita tidak mahu kita di sini meluluskan projek yang sepatutnya kita telus tiba-tiba tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pokok Sena, baru sebentar tadi saya menyatakan bahawa we are going very slow. Baru soalan ke-6.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, ya, ya. Saya akhir sekali.
Jaminan bahawa projek ini walaupun disebut tadi lebih satu hari kemajuannya, progressnya itu tetapi jaminan untuk siap ini dalam keadaan kementerian Yang Berhormat pun kucar kacir, dua orang ketua pengarah. Nanti dahulu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Isu ini Yang Berhormat telah Yang Berhormat bangkitkan berkali-kali.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Mengenai dengan perkara ini, kemajuan bangunan dan sekarang pula isu lagi dua pengarah lagi.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Pokok Sena, itu lainlah Yang Berhormat Pokok Sena. Isu itu begitu mudah...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hendak sebut Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Isu melampau Yang Berhormat Pokok Sena, mencabar betul dengan kesabaran saya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Isu lainlah, isu lainlah. Ada agenda tersembunyilah Yang Berhormat Pokok Sena ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, tidak. Ini ada implikasinya.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat buat begitu juga lain kali saya tidak panggil Yang Berhormat untuk berhujah! Percayalah!
Yakinlah!
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak. Tuan Yang di-Pertua, dengar, dengar saya kata.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak mahu dengar lagi Yang Berhormat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kalau projek ini, kalau projek ini gagal...
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak mahu dengar lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena, duduk Yang Berhormat Pokok Sena!
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, kalau projek ini gagal di terminate, project ini gagal hendak di terminate, apa akan jadi implikasi?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya kata Tuan Yang di-Pertua tidak mahu dengar saya hujahkan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Pokok Sena kata Ahli Parlimen yang baik. Tuan Yang di-Pertua kata duduk, duduklah. Duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya perhatikan hujah dari mula sampai Yang Berhormat bercakap sekarang ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya belum habis lagi, macam mana Tuan Yang di-Pertua kata dengar dari mula.
Tuan Yang di-Pertua
Macam mana Yang Berhormat hendak habis, saya habiskan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya katakan implikasinya besar, implikasi dan isu dalam projek ini.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak ada implikasilah?
Kerajaan tahu apa yang dibuatlah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kalau projek ini tidak siap, bermakna bahawa JKR akan terminate kontraktor ini dan apabila terminate kontraktor atas ketua pengarah mana? Sedangkan ketua pengarah yang ada tidak sah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk, duduk dahulu. Yang Berhormat Pokok Sena duduk dahulu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dua ketua pengarah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bermakna bahawa di situ akan ada implikasi. Saya sudah dengar...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Pokok Sena, duduklah Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk dahulu Yang Berhormat. Duduk dahulu.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tadi kata orang baik.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat!
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Saya sering kali ingatkan bahawa dalam sesi pertanyaan- pertanyaan jawapan lisan, tanya soalan dan bukan buat kenyataan! Tanya soalan, soalan telah ditanya dan dijawab. Ekoran daripada itu, ada lagi soalan walaupun melanggar peraturan saya benarkan tetapi perkara yang diulang-ulang itu juga diulang-ulang. I don’t want repetition irrelevant, melanggar peraturan mesyuarat.
Kalau ditegur masih juga ingkar, masih melanggar peraturan mesyuarat. Kalau ditegur beberapa kali masih ingkar, bermakna ingkar kepada arahan Tuan Yang di-Pertua.
Maka Peraturan Mesyuarat 43 akan timbul iaitu direhatkan sekejap....
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat faham semua ini.
Sudah hampir tiga tahun dan lebih tiga tahun kita duduk di sini. Jadi Yang Berhormat Pokok Sena jangan sama sekali lagi. Mood yang begitu baik.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sudah Yang Berhormat Pokok Sena, sudah! Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya tidak mengganggu Tuan Yang di-Pertua, cuma saya tanya tadi implikasinya apabila di terminate, apa akan jadi kepada...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Ismail Kasim - Arau
Parlimen Belia, itulah hasil mesyuarat Jawatankuasa Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, jawab sahaja kepada perkara yang relevan dengan soalan pertama. Sila.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan bahawa berhubung dengan Dewan Serbaguna ini, kaedah AP55 ataupun Arahan Perbendaharaan 55 ini adalah satu kaedah yang membolehkan pegawai kerajaan melantik kontraktor apabila berlaku perkara-perkara yang memerlukan disegerakan ataupun berlaku kecemasan dan melibatkan kepentingan awam.
Dalam perkara ini maka kementerian telah mencadangkan supaya bangunan dewan sementara ini dilantik menggunakan Arahan Perbendaharaan 55 (AP55), dengan izin. Kaedah dalam Arahan Perbendaharaan 55 ini lazimnya ia adalah anggaran kos dan anggaran kos itu ada ceilingnya. Dalam kes ini, walaupun dikatakan RM24 juta Kabinet meluluskan RM28 juta dan akhirnya nanti apabila ia ada bill of a provision, dengan izin, a provisional quantity maknanya berapa kuantiti yang digunakan.
Dalam kes ini ianya nanti diukur berapa banyak contohnya katakanlah berapa banyak weightage ataupun berat besi digunakan, berapa banyak jumlah konkrit digunakan, berapa banyak tingkap digunakan, dibuat, dikali atau multiply. Inilah menjadi asas-asas yang digunakan untuk pembayaran di masa akan datang. Sebab itu kena faham kalau macam berlaku kerja-kerja kecemasan dan sebagainya, kaedah ini dibenarkan dan sebelum pembayaran dibuat, penyemakan harga dilakukan dan diserahkan juga kepada Kementerian Kewangan untuk melakukan pengesahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini soal tadi timbul mengenai dengan penggunaan dewan sementara itu nanti apabila dewan ini siap pengubahsuaiannya kita akan kembali, Ahli-ahli Parlimen akan balik kembali ke Dewan ini. Memandangkan cadangan kerajaan untuk menubuhkan dan mendirikan Parlimen Belia ini Yang Berhormat. Adakah dalam perancangan kerajaan untuk menempatkan Belia Parlimen itu di sana sebab ada cadangan awal bahawa mereka akan duduk di sini. Jadi ada pendapat bahawa tempat ini adalah keramat. It is secret. Jadi ada cadangan supaya Dewan itu digunakan untuk Parlimen Belia. Terima kasih.
Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat. Terdapat beberapa cadangan berhubung dengan dewan sementara itu apabila bangunan yang sedia ada ini telah siap dibaik pulih. Antara cadangan yang diterima adalah sebagaimana yang telah dinyatakan tempat bankuasi, ada juga cadangan diminta untuk dibuatkan dewan untuk belia bersidang. Akan tetapi, akhirnya ingin saya jelaskan kementerian saya hanya boleh mencadangkan kepada Jemaah Menteri dan terpulanglah kepada Jemaah Menteri untuk memberi keputusan apakah keputusan akhir kegunaan Dewan Serbaguna itu apabila Dewan yang sedia ada ini telah dibaik pulih.
Terima kasih.
7. Datuk Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah langkah-langkah yang telah dan akan dibuat oleh kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Halal Hub utama di rantau ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, terdapat pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah Hab Halal Global. Antara pencapaian yang diperoleh termasuklah;
(i) menjalinkan kerjasama dengan negara-negara lain dalam industri halal termasuk kerjasama dengan negara-negara asing seperti Jepun, Thailand, Pakistan, UAE dan lain-lain lagi bagi mempergiatkan perdagangan dua hala;
(ii) menggalakkan pelabur-pelabur asing dan tempatan melabur dalam pengeluaran produk halal dan menyediakan perkhidmatan berkaitan halal di Malaysia. Taman-taman Halal telah berjaya menarik pelaburan dianggarkan berjumlah RM4.67 bilion; dan
(iii) membantu pembangunan Taman-taman Halal di seluruh negara bagi menyediakan kemudahan infrastruktur kepada pelabur- pelabur. Setakat ini terdapat lapan buah taman halal yang telah beroperasi di seluruh negara;
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
(iv) menyediakan latihan berkaitan pembangunan industri halal di peringkat dalam negara dan antarabangsa;
(v) sejak tahun 2007, sejumlah 29,556 orang peserta telah menjalani latihan halal termasuk sejumlah 1,157 orang peserta luar negara seperti Turki, Kuwait, Republik China, Chinese Taipei, Australia, Jepun, United Kingdom, Sweden, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, dan Cambodia;
(vi) mengkaji semula standard makanan halal MS 1500 2009, Halal Food Production Preparation, Handling And Storage General Guidelines (Second Revision), dengan izin serta membangunkan standard halal yang baru bagi kosmetik, farmaseutikal, dan logistik;
(vii) menganjurkan halal road show ke semua negeri di Malaysia untuk memberi pendedahan yang menyeluruh mengenai pembangunan industri halal di Malaysia termasuk peluang- peluang perniagaan dan proses pensijilan halal; dan
(viii) mewujudkan pusat rujukan halal global untuk mengumpul maklumat dan membincangkan pengetahuan berkaitan halal secara online dengan izin melalui portal, menyediakan perpustakaan, pusat rujukan, menerbitkan buku-buku dan majalah bagi menyediakan segala maklumat berkaitan halal kepada pengguna.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan melalui HDC akan meneruskan inisiatif yang telah dimulakan sejak HDC ditubuhkan hampir lima tahun yang lalu. Teras-teras strategik yang sedia ada akan dikekalkan bagi mencapai sasaran yang diletakkan di dalam pelan induk industri halal bagi fasa kedua iaitu memperkukuhkan kebolehan industri tempatan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan berakhir. Usul Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1).
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.
Rang undang-undang bersama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II [Tuan Chua Tee Yong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bersama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965, dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bersama suatu akta untuk meminda Akta Perikanan 1985; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II [Tuan Chua Tee Yong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perihal Dagangan yang semalam Yang Berhormat Menteri mengambil masa panjang dan tidak mengikut jadual.
Walau bagaimanapun, ini adalah satu rang undang-undang yang perlu kita luluskan di dalam Dewan yang mulia ini.
Nampaknya huraiannya begitu panjang, tetapi saya akan memetik beberapa fasal untuk dibincangkan hari ini. Ini kali pertama kita nampak ada usaha untuk membuat undang-undang mengenai perihal dagangan. Nampaknya maksud rang undang-undang ini adalah untuk menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan penyataan, perakuan dan amalan palsu atau mengelirukan perhubungan dengan perbekalan barang-barang dan perkhidmatan dan dengan itu melindungi kepentingan pengguna.
Memang pada teorinya, ini semua baik. Tuan Yang di-Pertua, di dalam agama kita pun seperti Undang-undang Syariah, Christianity, Hinduism, Buddha, Sikhism pun, semuanya mempunyai nilai-nilai yang menghalang perbuatan yang salah termasuk yang terkandung dalam undang-undang ini. Akan tetapi manusia tetap manusia, ada yang buat salah juga sehingga ada cap yang palsu, ada harga yang sengaja dinaikkan tinggi dan sebagainya. Walaupun kita ada sembahyang tetapi itulah tidak menunaikan apa yang terkandung di dalam agama kita, itu masalah.
Nampaknya Yang Berhormat mengambil sikap bahawa pihak manusia kita ini di dalam perdagangan dan perniagaan tidak mempunyai etika. Mereka tidak mempunyai etika, hanya akan dikawal oleh undang-undang. Ini satu prinsip bahawa beliau tidak percaya manusia di dalam perdagangan dan perniagaan ini mempunyai etika dan perlu ada undang- undang untuk mengawal semua. Ini satu prinsip undang-undang.
Seterusnya, nampaknya perilaku manusia ini di dalam perdagangan tidak salah kecuali yang melanggar undang-undang. Ini satu atau dua prinsip yang digunakan untuk menggubal undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, di sini ada beberapa perkara misalnya fasal 5 bertujuan untuk melarang mana-mana orang menggunakan suatu perihal dagangan palsu bagi apa- apa barang; atau membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan; atau mendedahkan untuk pembekalan atau mempunyai dalam milikannya untuk pembekalan apa-apa barangan yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, saya boleh sebutkan di sini kerana saya sering melihat misalnya ubat yang dijual sama ada berpunca dari China ataupun negara yang lain, kadangkala saya tidak tahulah bagaimana diluluskan undang-undang ini juga boleh dikawalkan. Ini kerana di dalam peraturan sekarang pun, semua ubat mesti ada isi kandungan kimia itu dipamerkan di dalam labelnya supaya orang tahu apakah ubat itu.
Akan tetapi kalau kita lihat, banyak ubat yang dibeli oleh rakyat Malaysia itu, tidak kira daripada punca mana, tidak ada isi kandungannya. Cuma nama trademark adalah itu.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Itu memang di mana-mana kita dapati. Apakah keberkesanan pelaksanaan atau penguatkuasaan?
Ini saya sebutkan dengan ubat kerana saya percaya ini pun melibatkan ubat juga itu. Misalnya, kalau undang-undang kata sekian-sekian ubat tidak boleh digunakan, tidak boleh dijual tanpa preskripsi, tetapi kita nampak juga di dalam farmasi-farmasi kita, ubat itu dijual... [Disampuk] Yang Berhormat Putatan, saya berharap dia tidak terlibat dengan kepalsuan dan sebagainya. Kalau tidak terlibat, dia memang hendak mendengar apa yang kita hendak ceritakan. Itulah Yang Berhormat mesti mengambil perhatian.
Begitu juga dengan ubat-ubat dan benda-benda yang dilarang oleh undang- undang, oleh peraturan, tetapi masih kita dapati. Yang tempoh expiry date misalnya, kadangkala kita nampak sudah expired tetapi dijual pula. Saya setuju bahawa kerana yang menjual barang-barang itu begitu banyak, begitu ramai dan pihak penguat kuasa segelintir orang sahaja dan hendak menguatkuasakan undang-undang susah. Saya memang bersetuju. Walau bagaimanapun, dengan diluluskan rang undang-undang ini, bolehkah kita berjaya untuk menyekat mereka daripada melakukan kesalahan seumpama ini kerana keuntungan?
Ini kerana saya nampak ada di dalam perdagangan pun ada yang percaya dia hendak faedah atau keuntungan yang terbanyak sekali tanpa mengira apa yang dilakukan.
Ini memang bukan di Malaysia sahaja, seluruh dunia termasuk di negara Barat pun yang cakap dengan etika pun nampak etika mereka pun tidak begitu baik juga. Seperti krisis ekonomi yang wujud sama ada tahun 2001, 2002 dengan Enron, WorldCom dan sebagainya, berbilion-bilion skandal pun berlaku kerana itu di negara Barat. Walaupun mereka kata mereka ada etika tetapi berlaku juga dengan lebih besar skandal daripada di negara kita ataupun di Asia. Lebih teruk lagi walaupun sejak tahun 1970-an lagi, lebih 40 tahun ia ada di dalam sekolah-sekolah itu diajarkan etika perdagangan. Memang ajar.
Tahun 1970-an di Amerika Syarikat, 1980-an di Eropah. Ada beribu-ribu orang pelajar yang diajar dengan etika perdagangan tetapi berlaku juga. Yang akhir sekali, dua atau tiga tahun yang lepas dengan subprime yang lebih teruk lagi, berpuluh bilion ringgit yang terlibat. Mereka itu ada etika. Akan tetapi di Malaysia walaupun skandal tidak begitu besarlah seperti skandal di Pelabuhan Klang..., skandal di Pelabuhan Klang itu memang besar juga kalau ikut standard Malaysia tetapi, kerana orang yang rakus, yang tamak haloba yang tidak tahu sempadan dan batasnya, yang tidak tahu, bagaimana kita dapat menyekatnya dengan mengadakan rang undang-undang ini?
Seterusnya, mengenai fasal 8 bertujuan untuk memasukkan cap dagangan yang berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan 1976. Di sini saya kurang faham. Kalau diadakan di dalam Akta Cap Dagangan 1976, mengapakah kita hendak memasukkan di dalam rang undang-undang ini pula sebagai satu petunjuk perihal dagangan sama ada secara langsung atau tidak langsung? Kita sudah ada Akta Cap Dagangan, mengapakah kita hendak masukkan di sini pula?
Ini fasal 14, “Fasal 14 mengadakan peruntukan bagi larangan petunjuk palsu atau mengelirukan tentang harga barang-barang dan sebagainya.” Di sini, saya pun sebutkan tadi mengenai barang-barang termasuk ubat yang dijual di negara ini dan di sini saya berharaplah dengan adanya fasal seumpama ini, ia dapat dielakkan... [Disampuk] Yang Berhormat Menteri, dia kacau kerana dia buat salah. Memang terlibat dengan kepalsuan...
[Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, fasal 28 dan 29... [Membaca rang undang-undang] “Fasal 28 dan 29 memberi Menteri kuasa untuk memberi apa- apa ungkapan yang digunakan berhubungan dengan barang-barang atau perkhidmatan itu sebagai mempunyai erti yang tertentu. Menteri boleh melalui perintah, memberikan apa-apa pengertian sama ada bagi ungkapan apabila digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan dan sebagainya. Menteri juga boleh, melalui perintah, mengenakan kehendak untuk menjamin bahawa barang-barang itu diperakukan, ditandakan atau disertakan dengan apa-apa maklumat sedemikian”.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Bolehkah Yang Berhormat terangkan bagaimana Yang Berhormat akan melaksanakannya? Adakah di dalam kementerian ada satu jabatan yang begitu besar yang boleh mengawal semua ini? Berapakah anggota biasanya yang bertanggungjawab untuk hal ini? Ini kerana kita memerlukan ramai. Bolehkah Yang Berhormat menguatkuasakan fasal 28 dan 29 ini? Saya khuatir juga itu. Pada teori itu baik tetapi pada peringkat pelaksanaan, kita memang mempunyai syak wasangka.
Fasal 36 iaitu Bahagian VII, ini penting. Mengandungi peruntukan tentang penyiasatan dan penguatkuasaan. Bahagian ini memang penting.
Saya minta Yang Berhormat Menteri menerangkan pada Dewan ini, bilangan anggota yang terlibat ataupun akan terlibat dengan Bahagian VII ini untuk penyiasatan dan penguatkuasaan, sama ada 200 orang anggota atau 300 orang anggota, dan apakah jenis latihan yang diberikan kepada mereka.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Dari segi integriti yang peri penting, bagaimana untuk memastikan semua anggota ini memang bersih, tidak akan terlibat dengan penyelewengan. Ini kerana memang di dalam dunia perdagangan ini, kalau penguat kuasa itu memang berpeluang untuk menyeleweng.
Cuba tanya Yang Berhormat Sri Gading, beliau memang tahu. Bagaimana kita akan latih kakitangan, pengambilan kakitangan, latihan kakitangan untuk memastikan mereka berintegriti. Fasal 36... [Disampuk] Memang lihat. Saya memang menghormati Tuan Yang di-Pertua, tetapi kita mesti...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Pelbagaikan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Mempelbagaikan pandangan kita... [Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Pelbagaikan pandangan ya Yang Berhormat ya.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Ya memang. Di sini kita hendak ajak Yang Berhormat Menteri supaya melatih kakitangannya dengan baik dan mengambil kakitangan yang berintegriti, supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan betul. Ini kerana di bahagian ini penting... [Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Tidak perlu dengar Yang Berhormat. Teruskan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Baik. Saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan bagaimana kita dapat menjalankan siasatan dan penguatkuasaan dengan betul.
Seterusnya mengenai fasal 68 Tuan Yang di-Pertua, yang memperuntukkan perlindungan daripada tindakan undang-undang bagi pengawal, timbalan pengawal, penolong pengawal atau mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan akta yang dicadangkan. Ini memang satu fasal yang dahsyat. Kalau pengawal atau timbalan pengawal melakukan perkara yang baik, perilaku yang benar-benar mengikut undang-undang, saya tidak mempertikaikan.
Akan tetapi, bagaimana Yang Berhormat Menteri dapat menentukan pengawal, timbalan pengawal dan penolong pengawal itu akan melakukan tindakannya dengan betul?
Kalau dia menyeleweng dan mereka terlindung daripada tindakan undang-undang, bagaimana? Sebenarnya Yang Berhormat, saya tidak mempertikaikan hasrat untuk menguatkuasakan rang undang-undang dengan baik. Akan tetapi kalau kuasa yang begitu besar diberi termasuk mereka di lindung daripada tindakan undang-undang, ini memang bahaya.
Kalau Yang Berhormat Sri Gading tidak melakukan apa kesalahan, tetapi disiasat dan diambil tindakan dan pengawal yang buat salah pun tidak boleh didakwa di dalam mahkamah, bagaimana Yang Berhormat Sri Gading. Saya tidak boleh terima hal seumpama ini.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya berharap Yang Berhormat dapat memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa fasal 68 tidak boleh diselewengkan dan kita benar-benar menjaga kepentingan semua pihak. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Selamat pagi Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk bersama-sama dan sudah barang tentu bersama-sama untuk menyokong rang undang-undang ini. Satu rang undang-undang yang sangat baik, yang memang melindungi rakyat. Kalau kita lihat di permulaan nama undang-undang ini pun bagi maksud menggalakkan amalan perdagangan yang baik; melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan pengendalian dan amalan palsu; dan mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang perkhidmatan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya. Saya ucapkan tahniah kepada kementerian atas dikemukakan rang undang-undang ini. Kemudahan rakyat akan terpelihara daripada kepalsuan dalam soal barangan, perkhidmatan dan berbagai-bagai.
Akan tetapi seperti Yang Berhormat Kepong juga, saya juga ingin bertanya soal penguatkuasaan. Rang undang-undang yang baik sampai ke pelaksanaan atau penguatkuasaan. Kalau gagal, ia tidak memberikan apa-apa kepada sesuatu undang- undang. Niat baik kerajaan itu untuk melindungi rakyat, jadi soal penguatkuasaan itu harus agaknya dititikberatkan oleh pihak kementerian.
Dalam penguatkuasaan ini, apakah agaknya dan mungkin agaknya Yang Berhormat Menteri bolehlah menerangkan, ada kerjasama dengan kementerian- kementerian lain atau jabatan-jabatan lain untuk menguatkuasakan undang-undang yang bakal kita luluskan ini. Sebagai contoh, apakah ada kerjasama dengan KDN? Di bawah KDN ada kastam. Kastam, ia cuma menentukan nilai barang-barang yang harus di cukai.
Akan tetapi, kastam tidak ada kuasa menentukan atau menyemak barang itu palsu atau barang itu tulen. Tidak tahulah kalau dengan adanya kerjasama, agaknya di tiap-tiap pintu masuk negara kita ini akan ada pegawai yang menentukan ketulenan atau kepalsuan barang, sebagai contoh.
Kemudian, apakah ada kerjasama dengan JAKIM? Bukan sahaja barang itu tulen, tetapi dalam segi barangan, ia juga memerlukan kehalalan bagi orang Islam. Apakah ada kerjasama yang erat antara JAKIM dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri?
Sebagai contoh, saya dimaklumkan hampir semua hotel-hotel, empat, tiga, lima bintang ini memohon kehalalan daripada JAKIM. Logo halal.
Akan tetapi, apakah benar-benar hotel ini memberikan kehalalan dalam penyediaan makanan? Dapur-dapur restoran yang memberikan perkhidmatan kepada orang Islam, apakah ia benar-benar halal, siapa yang menentukan? Jadi, bagaimana pihak- pihak yang dapat tanda halal ini benar-benar mematuhi sedangkan sesetengah pihak yang dapat logo halal ini, dia bukan faham sangat tentang hukum hakam Islam. Kita boleh terima yang bukan Islam menyediakan barang makanan orang Islam. Kita boleh terima. Akan tetapi, apakah ada ketulenan tentang barang-barang seperti itu, barang-barang makanan.
Seperti juga Yang Berhormat Kepong, ubat-ubatan, alat-alat solekan, apakah ia benar-benar halal. Saya terbaca dalam satu makalah di akhbar, kita pun jadi keliru. Di hujung rokok itu dikatakan ada campuran benda yang bukan halal di puntung rokok. Ada campuran daripada bahan-bahan daripada khinzir. Itu pun tidak tahu benda itu halal ke haram tidak tahu. Penapis-penapis rokok dikatakan ada mengandungi bahan-bahan yang diharamkan oleh Islam dan ini semua diguna pakai oleh orang-orang Islam secara meluas.
Saya tidak tahu apakah pihak masing-masing boleh sewenang-wenang mengatakan benda ini benda itu, ada campuran ini ada campuran itu yang halal yang haram kepada orang- orang Islam. Jadi kita orang-orang Islam jadi keliru, dan jadi kelam kabut. Hendak mengadu kepada siapa?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Memanglah orang-orang yang merokok tidak mendapat simpati daripada mana- mana pihak. Lebih-lebih lagi kerajaan kita memang menggalakkan supaya rakyat tidak menghisap rokok. Akan tetapi pada masa yang sama perokok-perokok ini pun ramai dia bertanya apakah dipangkal hujung rokok itu yang gabus itu ada bahan-bahan yang dilarang dari segi Islam, haram. Macam penapis-penapis rokok. Macam itu juga. Pada siap mereka hendak mengadu. Kerana bagi sesetengah kementerian dia lebih menakutkan; “Ah, memang ada campuran” supaya orang-orang yang merokok tidak akan merokok. Ini bagi orang Islam. Jadi salah satu cara pencegahan. Maka sahaja disebut-sebut benda yang tidak dapat kesahihan tentang ketulenan apa yang disebut. Jadi agaknya pihak kementerian bolehlah menentukan sebenarnya.
VCD haram, ini pun haram. Memang perniagaan ini perniagaan haram. VCD haram ini daripada mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir telah dikuatkuasakan sampai tukar, sudah sampai Perdana Menteri hari ini VCD haram ini juga tidak dapat diselesaikan. Ini juga perniagaan haram. Ini ada kaitan dengan rang undang-undang ini.
Apakah orang yang bergelombang dalam industri ini yang menyuburkan VCD haram ini.
Kita tidak tahu sejauh mana kementerian menguatkuasakan dan membanteras VCD haram ini. Pihak-pihak yang melakukan kerja baik dalam VCD yang baik-baik ini merasa mereka tercabar dengan VCD haram yang menjejaskan pendapatan mereka. Artis-artis, penyanyi- penyanyi umpamanya, pelakon-pelakon filem umpamanya. Jadi mereka rasa terjejas dan kita memang hendak membanteras tetapi sampai sekarang tidak juga selesai-selesai.
Dalam hubungan ini saya hendak bertanya juga apakah Astro juga menjalankan perniagaan haram? Ini satu soalan berat. Mungkin pihak Astro tidak akan terima apa yang saya nyatakan dalam konteks rang undang-undang ini. Kita jangan pandang bulu. Akan tetapi undang-undang tetap undang-undang yang dikenakan kepada semua. Jadi soalan saya apakah Astro juga melakukan perniagaan haram?
Sebagai contoh, dahulu radio kita kena bayar, TV kita kena ambil lesen, kena bayar tetapi pihak kerajaan dengan bermurah hati telah memansuhkan bayaran lesen radio dan lesen TV. Maknanya rakyat negara ini diberikan percuma siaran radio dan siaran TV..., TV1 kah, TV2, TV3 kah, TV7 kah, TV8 kah, TV9, yang kena bayar ialah siaran Astro. Astro berlaku zalim kepada rakyat negara ini sedangkan prinsipnya kerajaan memberikan percuma kepada rakyat tetapi apabila seseorang atau pelanggan tidak membayar langganan Astronya kerana tidak bersetuju dengan pakej yang diutarakan oleh Astro misalannya. Oleh sebab tidak bayar Astro, maka dia dipotong. Apabila dia dipotong, pelanggan ini dipotong siarannya, dia dengan sendirinya tidak dapat siaran TV1, TV2,TV3, TV7, TV8, dan TV9. Maknanya Astro menafikan hak rakyat mendapat siaran percuma.
Sedangkan dekodernya, piringnya, waktu melanggan Astro ini telah dibeli oleh pelanggan tersebut.
Jadi Astro potong kerana tidak bayar, jadi dengan sebab itu terjejas. Kalau rakyat negara ini tidak melanggan Astro, gambar dia tidak begitu jelas. Sedangkan sebelum ada Astro, kerajaan TV1, TV2, TV3 bersungguh-sungguh menentukan setiap rakyat yang menerima siaran mereka mendapat gambar yang terang. Tidak ada puncak gunung di negara ini yang tidak dipasang alat-alat bagi menentukan pancaran yang terang kepada rakyat negara ini. Namun apabila ada Astro yang seolah-olah monopoli siaran TV ini, maka keselesaan rakyat terganggu. Jadi sebab itu saya berkata apakah Astro juga melakukan perniagaan yang haram Jadi kita haraplah. Saya tidak ada agenda membenci sesiapa Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di Parlimen tidak ada niat membenci sesiapa.
Namun saya berada di Parlimen dengan pilihan rakyat dan masalah rakyatlah yang saya utarakan di sini. Jadi saya haraplah macam mana undang-undang ini boleh menjamin Astro tidak melakukan pekerjaan yang haram dari segi undang-undang ini merosakkan pelanggan TV1, TV2, TV3 dan TV7, TV8 dan TV9. Siarannya juga tidak kurang hebatnya mempunyai pengajaran, mempunyai cerita, mempunyai hiburan, mempunyai pemberitaan yang hebat-hebat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Rakyat negara ini tidak akan kosong dengan apa sahaja hiburan, pemberitaan yang disediakan oleh TV yang percuma ini. Jadi Astro jangan ingat dialah satu-satunya yang mesti ditonton oleh rakyat dalam negara ini. Kalau Astro terus berdegil dan merosakkan, saya bersetuju dengan Kesatuan Pengguna-pengguna Islam sampai dia hendak pulaukan Astro. Persatuan Pengguna-pengguna Islam satu kesatuan pengguna yang terbesar dalam negara ini. Kena hormati. Astro nampaknya suka hati dia, naikkan harga dan sebagainya. Tidak ada sesiapa yang melarang.
Jadi, Ini dalam konteks melindungi rakyat dan itulah juga yang tersirat kuat dalam rang undang-undang ini perihal dagangan untuk melindungi rakyat dan marilah insya-Allah undang-undang ini baik pembangkang lebih-lebih lagi kerajaan tentulah menyokong hasrat mulia baik daripada kerajaan dengan menerbitkan undang-undang ini untuk diguna pakai dalam negara ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Indera Mahkota selepas ini Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memberi beberapa pandangan berkenaan dengan perbahasan Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2010 yang sedang kita teliti dalam Dewan pada waktu ini. Pertamanya, saya ingin menyatakan hasrat untuk turut sama menyatakan beberapa kenyataan sokongan di mana langkah kementerian sekarang adalah untuk menggantikan atau lebih tepat lagi untuk memansuhkan Akta Perihal Dagangan 1972 yang telah pun diguna pakai sebagaimana yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini. Akan tetapi beberapa perkara yang masih lagi terkandung di dalam Rang Undang-undang ataupun Akta Perihal Dagangan 1972 masih lagi akan diguna pakai terutama apabila menyentuh tentang bidang penguatkuasaan.
Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut daripada pihak kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab. Apakah yang paling mendesak sekali, kita bawakan atau kita kemukakan kepada Dewan yang mulia ini berkenaan dengan isi kandungan rang undang-undang yang sama untuk 2011? Saya mendapati bahawa antara fakta ataupun kepentingan yang sangat kuat dalam rang undang-undang ini ialah untuk menaikkan atau mempertingkatkan elemen denda dan penalti di satu frasa yang cukup jelas yang menyentuh tentang aspek barangkali pencegahan. Menyatakan, denda telah dinaikkan daripada diletakkan kepada paras pertubuhan RM25 ribu tidak kurang, sekiranya ia organisasi kesalahan kedua dihadkan tidak melebihi RM50 ribu. Sekiranya dilakukan oleh orang perseorangan atau bukan pertubuhan yang dikatakan terhad kepada tidak kurang RM10 ribu ataupun denda sebanyak tidak melebihi penjara satu tahun.
Saya rasa ini aspek kalau ditekan kepada aspek pencegahan, jumlah hukuman atau deterrent yang hendak kita bawa ini langsung tidak dapat menggambarkan elemen memberi pengajaran ataupun memberi kesedaran. Kepada pertubuhan ataupun syarikat dengan denda atas kesalahan-kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan yang lalu, cuma dengan setakat RM50 ribu maksimum untuk kesalahan pertama. Saya rasa ini bukan sahaja dilihat sebagai pencegahan, saya rasa lebih menggalakkan lagi.
Kalau kita lihat transaksi yang dijalankan, yang menyentuh tentang apa saja aspek di bawah perihal dagangan di dalam negara kita untuk setahun kewangan sahaja mencecah lebih kepada RM700 bilion. Sudah tentu yang menyentuh tentang perihal dagangan ini sendiri setidak-tidaknya melebihi 61 peratus. Ini sebagaimana yang dinyatakan sebagai transaksi am ataupun dagangan-dagangan am dan juga perkhidmatan di dalam negara kita, dalam angka yang sangat primitif. Bermakna kita bercerita tentang volume ataupun nilai dagangan, transaksi serta perkhidmatan yang melebihi RM520 bilion setahun yang terlibat secara keseluruhan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya tidak tahu bahawa perihal dagangan ini hendak menumpukan kepada aspek penipuan atau aspek menjaga kepentingan pengguna semata-mata. Akan tetapi sekiranya rang undang-undang yang hendak dibawa ke dalam Parlimen hari ini dalam keadaan yang agak nampak elemen significant nya. Kita mendahului banyak rang undang-undang yang saya rasa jauh lebih penting sekiranya hanya untuk menampakkan elemen denda RM50 ribu maksimum ataupun tidak lebih RM50 ribu ataupun RM10 ribu.
Ini membayangkan seolah-olah kita tidak mengambil inisiatif yang cukup. Rakan Ahli Parlimen sekejap tadi mengatakan bahawa beberapa agensi yang terlibat atau mungkin akan dipertanggungjawabkan, saya setuju. Kerana elemen penguatkuasaan dalam perihal dagangan banyak menyentuh tentang prosedur untuk mengukur kecekapan.
Kecekapan ini diukur dari segi apakah hasil yang kerajaan mungkin akan dapat atau capai daripada setiap dagangan atau transaksi yang berlaku dalam negara kita. Baik dari transaksi yang sah ataupun tidak sah. Kita tidak ada undang-undang yang membezakan di antara transaksi yang legal atau legal dari segi pengutipan hasil.
Kita masih lagi melayan kedua-dua elemen ini pada tahap yang sama dan saya rasa pihak Yang Berhormat Menteri tentu sedar bahawa kerajaan Yang Berhormat Menteri sendiri menyebut berkali-kali kebimbangan bahawa kita tidak berjaya untuk menguruskan dengan baik aspek pengutipan hasil negara. Ini di antara bidang yang disebut berbanyak- banyak kali dalam NKRA lah, GTP dan di dalam Dewan pagi ini juga disebut berkali-kali.
Kita hendak tonjolkan elemen kejayaan kerajaan katanya, telah mencapai KPI nya, mencapai sasarannya, terutama yang pagi tadi disebut sasaran untuk mengelakkan berterusan berlaku kebocoran dalam dana awam iaitu termasuk kegagalan kita untuk memastikan elemen pengutipan hasil itu dapat dikekalkan atau dipertingkatkan.
Semua orang merasa bimbang kalau berterusan begini ketidakcekapan atau kebocoran atau ketirisan atau kegagalan kita mengutip hasil bagi dana untuk mentadbir negara maka kita akan berterusan bergantung pada elemen selain daripada elemen hasil seperti yang disebut berkali-kali. Peringatan yang diberi Yang Berhormat Ketua Pembangkang mengatakan kita terlalu bergantung pada..., kebergantungan kita kepada hasil sumber petroleum kita terlalu besar, dari tahun ke tahun.
Jadi, saya rasakan bahawa ada keperluannya rang undang-undang yang bersangkutan dengan perihal dagangan ini untuk melihatkan aspek bagaimana kita boleh mempertingkatkan, meletakkan dan mengawal elemen tertinggal ataupun ketidakcekapan kita untuk mengukur bagaimana negara, jentera kerajaan yang sedia ada dapat menutup kelemahan ini.
Baru dua-tiga bulan yang lalu, kerajaan memberi pengakuan bahawa agensi penguatkuasaan terpaksa mengisytiharkan beberapa operasi besar seperti operasi 3B, yang dikatakan oleh kerana pihak Kastam Diraja Malaysia dikatakan menjadi saluran utama kepada kegagalan ataupun ketidakcekapan pengutipan hasil. Dikaitkan dengan elemen kesilapan takrifan, kesilapan tafsiran, kesilapan mengukur dan juga kesilapan-kesilapan yang dikaitkan dengan elemen rasuah dan penyalahgunaan wang. Memang diakui tidak ada perdebatan lagi dalam isu ini, cuma dalam Rang Undang-undang Perihal Dagangan ini saya berharap dimasukkan penjelasan ataupun dimasukkan elemen-elemen segera untuk mengubati kelemahan ini. Saya tengok daripada fasal 1 hingga fasal 71. Tidak ada perkara yang jelas diletakkan untuk elemen penguatkuasaan dalam agensi yang barangkali berkaitan, di antara tiga.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sudah tentu ada tiga agensi yang terutama itu yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Sri Gading juga, Kastam Diraja Malaysia tidak diletakkan dengan jelas kedudukan pihak agensi ini. Sumber kedua iaitu dalam cukai pendapatan tidak diletakkan secara langsung atau secara jelas koordinasi di antara dua jabatan ini.
Ketiga, sudah tentu kementerian Yang Berhormat di bawah KPDNKK yang menjadi agensi ketiga. Dalam agensi pertama, isu yang paling besar, yang paling primitif, yang selalu diceritakan atau dibawa sebagai masalah utama iaitu masalah pengisytiharan, masalah pengurangan ataupun tersalah penilaian, fictitious, cosmetic reporting. Ini persoalan biasa. Persoalan yang tradisi.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Bagaimana elemen memastikan dalam semakan ataupun tugas yang hendak diberikan kepada penguatkuasaan. Bagaimana mereka mencari kaedah untuk menentukan aspek under statement of income, dengan izin. Kementerian KPDNKK berpuluh tahun menjalankan fungsi yang sama dan diberikan peruntukan yang sama setiap tahun untuk tujuan pencegahan ataupun pemeriksaan untuk mengenal pasti wujud atau tidak elemen dikatakan menyalahi peraturan-peraturan perihal dagangan.
Termasuk pada kali ini kita hendak tengok juga sedikit berkenaan dengan kedudukan pengguna secara keseluruhan sama ada mereka ini masih lagi secara tradisinya dilihat sebagai mangsa yang sering kali akan menjadi pihak terakhir yang menanggung segala apa akibat.
Minggu lalu juga persoalan yang besar dibangkitkan tentang aspek omission yang sudah tentu menjadi cabaran besar kepada kementerian Yang Berhormat. Adakah kapasiti pegawai-pegawai penguatkuasaan di peringkat kementerian di negeri-negeri, daerah dan juga pintu-pintu sempadan negara bersedia ataupun diberi latihan yang secukupnya untuk melihat dan berfungsi.
Dalam hal ini juga termasuk yang dibangkitkan oleh sahabat baru sekejap tadi tentang elemen halal dalam menangani isu barang-barang dan perkhidmatan yang dilihat menjadi bertambah penting dalam sebarang transaksi yang ada di dalam negara kita. Oleh sebab itu Yang Berhormat Menteri, saya meminta penerangan atau meminta penjelasan kepada kementerian, apakah sebenarnya agenda yang akan dibawa oleh kementerian Yang Berhormat selain daripada memfokuskan tentang isu elemen denda dan penalti.
Saya rasa, pada saya itulah antara yang paling mustahak yang hendak dibawa.
Akan tetapi kepada saya amatlah merugikan kerana peluang yang kita ambil dalam mengemukakan rang undang-undang ini sekali gus membatalkan atau memansuhkan rang undang-undang ataupun Akta Perihal Dagangan 1972 yang terdahulu tanpa memasukkan dengan jelas fungsi ketiga-tiga agensi yang menjadi agensi di baris hadapan kepada perkara yang telah atau masalah yang sedang melanda negara kita.
Saya tidak berhajat untuk memanjangkan perkara ini. Akan tetapi Yang Berhormat sendiri pun dengar pagi tadi sahaja pun Menteri Belia dan Sukan memberitahu bahawa transaksi yang berasaskan aktiviti sukan ataupun aktiviti promosi sukan sahaja dalam negara kita bernilai lebih RM6 bilion. Sasaran 10 peratus daripada nilai tersebut dikatakan berlegar di sekitar kapasiti yang sedang diusahakan.
Bagaimana perkara ini boleh kita jadikan realiti apabila kita tidak punya satu kedudukan yang jelas dalam takrifan ataupun bidang yang digariskan di bawah Undang- undang Perihal Dagangan untuk perkhidmatan dan juga barangan. Ini terutama apabila kita tidak menggariskan dengan jelas koordinasi kepada kedua-dua jabatan atau kementerian ataupun agensi yang selama ini tradisinya membawa tanggungjawab untuk memastikan bahawa kita dapat mengutip hasil atau mengekalkan pengutipan hasil yang cekap.
Sudah tentu apabila kita sedang menghadapi masalah yang diiktiraf ataupun disahkan oleh semua orang. Maka, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk kita bawakan satu rang undang-undang baru, memasukkan fungsi dan tugasnya untuk membaiki perkara- perkara yang disebutkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Saya hendak panggil Menteri untuk menjawab Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat berucap boleh mencelah sewaktu saya menjawab.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Pertamanya, saya bagi pihak kementerian ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Sri Gading dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota.
Saya mungkin tidak mengikut aturan yang berucap. Saya akan memberi tumpuan kepada isu yang dibangkitkan.
Sebenarnya akta ini apabila kita bentangkan, tujuannya lebih daripada apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi. Iaitu tumpuan kepada hukuman semata-mata. Sebenarnya akta ini apabila dibentang petang semalam, pukul lapan malam, sudah tidak ada Ahli Yang Berhormat di sini. Jadi, sebab itulah mungkin ramai yang tidak berapa arif tentang akta ini. Sebenarnya akta ini merupakan akta yang penting. Ini kerana tumpuan yang besar ialah kepada beberapa perkara iaitu:
(i) penyeragaman sijil halal. Penyeragaman logo halal. Ketika ini logo halal dikeluarkan oleh tujuh syarikat. Seperti kita tahu apabila syarikat mengeluarkan sijil halal, berbagai-bagai perkara yang timbul. Dengan itu tujuan akta ini dibentangkan pada hari ini ialah untuk selepas ini pihak kementerian boleh mengadakan peraturan supaya hanya satu autoriti sahaja yang mengeluarkan logo halal iaitu JAKIM;
(ii) di bawah akta yang lama tidak ada peruntukan mengenai peraduan gores dan menang. Seperti kita tahu, apabila kita terbaca dalam akhbar dan sebagainya, isu gores dan menang merupakan isu harian yang berlaku setiap masa. Ramai rakyat yang tertipu dan sebagainya. Tidak ada akta. Selama ini tidak ada satu akta pun yang boleh menyekat perlakuan atau penipuan melalui gores dan menang. Jadi, dengan adanya pindaan ataupun pembentang undang-undang ini pada hari ini, maka fasal 20 telah pun memberikan kuasa kepada pihak kementerian untuk mengambil tindakan kepada penganjur- penganjur program ataupun peraduan gores dan menang;
(iii) bagi iklan-iklan yang mengelirukan sama ada iklan yang mengelirukan dari segi jualan murah ataupun iklan-iklan yang lain. Seperti kita tahu sekarang ini banyak aduan diterima apabila ada sahaja jualan murah berlangsung. Harga ditawarkan, jualan murah sale dan sebagainya. Kadang-kadang banyak kedapatan aduan yang diterima, tawaran-tawaran murah itu tidak benar. Sale itu tidak benar.
Jadi akta ini akan memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan kepada kes-kes yang melibatkan jualan murah yang tidak benar tadi. Itu yang ketiga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
(iv) mengenai jualan produk-produk yang palsu. Akta ini juga memberi kuasa kepada kerajaan dari segi mengambil tindakan kepada produk-produk palsu yang dijual yang menggunakan cap dagangan lain.
Saya ingin memberi sedikit penjelasan, ada Ahli Yang Berhormat yang menyebutkan tentang ubat dan sebagainya. Jadi saya akan masukkan dalam jawapan tadi.
Itu adalah gambaran secara ringkas mengenai apakah tujuan sebenar akta ini. Sebenarnya memang penting. Kita sudah lama bercakap soal halal ini. Akta inilah yang akan mengawal tentang penyelewengan logo halal dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ada atau tidak akta ini termasuk iklan palsu?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ada. Memang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Kita selalu melihat seseorang menonjolkan sesuatu produk tetapi dalam realitinya pelakon ataupun model yang ditonjolkan itu tidak menggunakan produk itu sebenarnya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Itu salah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Adakah ianya termasuk?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Salah dari segi akta ini. Misalnya ada model wanita menunjukkan rambutnya yang begitu lembut menggunakan syampu yang diiklankan itu sedangkan sebenarnya dia menggunakan syampu yang lain. Itu salah kerana ia mengelirukan. Jadi itu juga bertentangan dengan akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong bertanya mengenai macam mana...
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sekijang
bangun Yang Berhormat Menteri. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Boleh tumpang bertanya?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak merujuk semula kepada iklan- iklan yang kadang-kadang berbentuk palsu ini di mana kadang-kadang kita lihat di dalam negara kita ini, kita jumpa iklan di tiang-tiang elektrik, di traffic light tergantung macam- macam yang dia tulis. Kadang-kadang dia tulis di situ, ubat kuat, man’s toys, spring dan macam-macam lagi yang ditulis. Maknanya dari segi itu, dia letak sahaja nombor telefon, dari segi kesahihan itu kita pun tidak tahu lagi sama ada ubat itu kadang-kadang mungkin ada betulnya tetapi mungkin ia bercampur dengan drug yang mungkin boleh mengakibatkan kemusnahan kesihatan kepada pengguna itu sendiri.
Sama ada undang-undang ini terangkum di dalam boleh mengambil tindakan ataupun ianya masih lagi boleh berleluasa dan bebas menggantungkan di sana sini yang akhirnya pengguna yang menjadi mangsa? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua, itu yang saya sebutkan tadi, iklan yang mengelirukan. Misalnya seperti Yang Berhormat kata tadilah beli ubat, ubat itu kata ubat kuat. Apabila Yang Berhormat beli daripada kuat jadi tidak kuat. Itu salah! Itu salah!... [Ketawa] Dalam akta ini ianya dikawal oleh akta ini. Jadi selepas ini kalau Yang Berhormat timbul keadaan seperti itu boleh laporkan kepada pihak kita dan tindakan boleh diambil. Akan tetapi, soal kebenaran untuk mengiklankan di tiang-tiang lampu dan sebagainya itu bukan di bawah kementerian kita. Cuma iklan yang mengelirukan itu yang salah di bawah akta.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya hendak merujuk kepada Yang Berhormat Kepong. Oh! ada lagi.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya mengenai beban bukti. Beban bukti menyatakan iklan itu mengelirukan. Tadi Yang Berhormat Menteri berkata tentang penggunaan syampu tersebut akan menjadikan rambut itu lembut atau krim jadikan muka lebih putih. Apakah beban bukti dalam kes iklan sedemikian? Ini sebab saya risau kalau consumer yang membeli, mereka tidak puas hati dengan kandungan barangan tersebut yang di katakan mengelirukan melalui iklan itu, mereka boleh pergi kepada Consumer Tribunal. Akan tetapi, biasanya beban bukti bagaimana mahu membuktikan bahawa bahan itu sebenarnya tidak seperti yang diiklankan.
Apa beban bukti tersebut?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Apabila kita mengambil tindakan kepada pihak yang mengiklankan itu, burden of proof atau beban pembuktiannya terletak kepada pihak yang mengeluarkan iklan tersebut.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Mereka mestilah memberikan bukti bahawa syampu mereka itu, contoh tadi, syampu. Syampu mereka itulah yang boleh membuatkan rambut wanita tadi menjadi lembut dan sebagainya. Jadi dari segi beban pembuktian itu akan dibalikkan kepada mereka yang mengeluarkan iklan tersebut. Jadi syarikat tadi yang patut membuktikan bahawa produk mereka itu benar-benar boleh mengubah rambut tadi dari yang keras menjadi lembut dan sebagainya...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...Selepas itu terserah kepada mahkamah untuk menerima. Pihak kementerian tidak ada kuasa dari segi kuasa kehakiman.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
[Bangun]
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kita dari kuasa kementerian adalah mengambil tindakan undang-undang apabila mendapat satu-satu aduan dan membawa kepada mahkamah. Beban pembuktian terserah kepada pihak yang mengeluarkan iklan.
Jadi kita dengan izin, leave it to court to decide. Kalau court mengatakan dia bersalah, maka bersalahlah. Itu dari segi kuasa kementerian hanya setakat kita mengawal iklan dan mengambil tindakan undang-undang. Akan tetapi, dari segi keputusan bukan dikawal oleh kita...
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Pendang.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi disebut sebagai beban pembuktian. Bagaimana pula dengan ada syarikat-syarikat yang menggunakan testimoni? Ia mengatakan sekian-sekian orang menggunakan boleh menyebabkan macam tadi dia kata lemah menjadi kuat, daripada kuat menjadi lemah. Jadi kalau dia menggunakan macam Yang Berhormat Sri Gading misalnya, rambut hitam jadi putih, rambut putih jadi hitam tiba-tiba habis menjadi putih... [Ketawa] Jadi ini testimoni. Dia menggunakan testimoni daripada seseorang termasuk nombor telefon semua. Apakah ini juga termasuk di dalam beban pembuktian yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi? Terima kasih.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin meminta kalau boleh Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan bagaimana dengan pemantauan dan kawalan kepada senarai harga list katakan tiap-tiap barang- barang ini ialah price list ini diletakkan terlampau tinggi dan selepas itu dia menggunakan diskaun untuk menarik pelanggan iaitu diskaun dari 30 peratus sehingga 50 peratus dan ada yang kadang-kadang sampai 70 peratus.
Satu lagi yang saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, sekarang didapati jenama iaitu dia punya brand. Mereka menggunakan jenama ini seperti produk itu dari luar negara mungkin dari Itali atau dari France. Jika kita bertanya lagi adakah produk itu benar- benar produk dari luar negara. Mereka kata ini dipatenkan oleh negara Itali atau dipatenkan oleh negara Perancis dengan harga yang boleh dikatakan setanding dengan produk pengeluar dari luar negara. Ini memang cara untuk mengelirukan pembeli barangan mereka dan ini juga satu cara untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Adakah akta ini boleh dapat menguatkuasakan atau mengawal perbuatan sebegini? Terima kasih.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Tambahan sedikit Yang Berhormat Menteri kalau boleh jawab sekali. Sikit sahaja.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Boleh.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Bagaimana pula dalam keadaan di mana kadang-kadang sebuah syarikat yang besar seperti sebuah syarikat Telco
(telecommunication) yang dia produce satu produk tetapi dia tidak jual. Dia outsource untuk jual.
Jadi produk-produk ini saya lihat seperti TM baru-baru ini membuat satu gadget untuk orang gunakan telefon dan dengan menggunakan gadget ini kononnya boleh cut down bill tetapi dia sendiri tidak menjual. Dia beri outsource kepada tujuh atau lapan syarikat. Syarikat ini pula menjual seperti multilevel tetapi apabila consumer hendak kompelin dan pergi ke TM, TM kata ‘Oh! ini bukan produk kami. Walaupun kami punya produk yang buat tetapi kami – carilah outsource company’. Huh! jadi letihlah. Jadi, adakah akta ini juga cover kes-kes seperti ini Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat Pendang. Mengenai testimoni, testimoni juga termasuk di bawah akta ini iaitu di bawah fasal 2 rang undang- undang ini menyebut tentang testimoni. Jadi kalau testimoni pun, ianya juga dianggap sebagai iklan, iklan juga sebab kata kita gunakan orang ini untuk menjadi iklan. Sama juga iklan satu orang yang mengatakan dia menggunakan produk ini dan produk ini baik. Itu juga merupakan sebahagian daripada iklan dan ia juga kalau mengelirukan, maka ianya boleh diambil tindakan di bawah undang-undang ini. Tadi saya dah perjelaskan bahawa akta ini memberi kuasa kepada pihak kita, pihak kementerian daripada segi pendakwaan, daripada segi mendakwa. Soal interpretasi lain selepas itu, adakah testimoni itu dianggap mengelirukan atau tidak, maka pihak mahkamah akan menentukan selepas diambil pertimbangan sama ada adakah benar atau tidak...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kalau tiba-tiba 10 orang yang membuat testimoni itu didapati memang benar apa yang dicakapkan itu benar, maka pihak mahkamah mungkin akan menerima testimoni itu adalah satu testimoni yang boleh diterima dan ianya dianggap sebagai iklan yang tidak mengelirukan. Jadi itu bukan kuasa kita untuk menentukan dari segi kebenaran atau tidak, dari segi keputusan itu. Itu question of law akan ditentukan oleh pihak mahkamah, tapi apabila ada laporan, maka kita akan ambil tindakan dan Yang Berhormat Sungai Petani, daripada segi ejen tadi, ejen yang bertindak bagi pihak orang lain. Ejen itu jika mengelirukan, apa yang ditawarkan itu mengelirukan, tindakan boleh diambil. Jadi terserah kepada pihak ejen untuk membawa bersama syarikat mereka dan sebagainya, itu terserah kepada ejen tadi.
Yang Berhormat Kota Melaka, tentang harga jualan murah, bagaimana kita nak menentukan. Saya faham ada di kalangan peniaga sebelum ini yang meletakkan harga tinggi, palsu, slash dan harga yang baru tetapi harga yang baru itu bukan harga yang murah pun. Itu mungkin pernah berlaku satu ketika dulu kerana mengikut peraturan yang lama, pihak peniaga cuma perlu memaklumkan kepada pihak kementerian mengenai jualan murah yang akan dijalankan, itu sahaja tetapi peraturan ini telah pun dipinda. Peraturan dipinda di bawah Akta Perihal Dagangan iaitu selepas pindaan peraturan tersebut, mana- mana pihak yang ingin menjalankan jualan murah, mereka mesti mendapat kebenaran daripada pihak kementerian.
Dan mereka mesti menghantar senarai penuh produk-produk yang akan terlibat di dalam jualan murah tersebut dan mereka mesti memaklumkan kepada kementerian harga sebenar selama enam bulan sebelum tawaran murah itu dilakukan.
Bermakna harga sebenar dan berapakah harga potongan baru yang akan diberi di bawah jualan murah tersebut. Makna kalau harga lama RM100 selama enam bulan lepas, kalau mereka nak jual RM60, maknanya potongan adalah 40 peratus dan mereka mesti meletakkan harga yang lama dan harga yang baru. Jadi mesti ada dua harga sewaktu jualan murah itu dijalankan. Jadi ini untuk menentukan bahawa tidak ada penipuan daripada segi jualan murah dan sebagainya...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Sebelum Yang Berhormat Menteri ke tajuk yang kedua. Jualan murah ini, saya nak tahu adakah ada peniaga yang buat permohonan kepada kementerian tentang mereka nak adakan satu jualan murah, berapa peratus barangan dalam kedai itu perlu menunjukkan harga tentang jualan murah ini. Jika hanya beberapa jenis barangan yang akan dijual murah, adakah kementerian adakan syarat- syarat tertentu, iaitu berapa peratusan barangan dalam kedai itu akan ditawarkan dengan harga yang murah baru mereka dibenarkan mengadakan jualan murah itu. Lagi satu saya ingin tanya, dalam satu tahun berapa kali boleh mereka adakan jualan murah atau adakah sepanjang tahun mereka boleh adakan promosi sebegini. Terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Isu yang samakah?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Isu lain.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Isu lain? Okey.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau
Isu lain sikit, boleh?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Balik kepada isu pendakwaan. Jawapan Yang Berhormat Menteri masih tidak dapat menjelaskan atau meyakinkan saya bagaimana untuk melaksanakan pendakwaan itu. Jadi Tuan Yang di-Pertua juga prihatin berkenaan kalau pengiklanan menyatakan syampu telah digunakan, saya bagi contoh, rambut akan jadi lembut atau krim yang digunakan akan memutihkan kulit. Oleh itu bagaimana pihak kementerian boleh membina kes agar ia boleh membawa pengiklan yang mengelirukan itu ke mahkamah. Apakah elemen, bagaimana nak membuktikan kes bahawa ia benar-benar mengelirukan. Yang Berhormat boleh kata keputusan pada mahkamah, memang benar tapi apabila nak bawa kes menuduh pihak pengiklan tersebut, bagaimanakah pihak kementerian menyediakan kes itu? Elemennya.
Saya bagi contoh pakej kalau sudah ambil minuman ini akan mengurangkan berat badan dalam masa empat minggu lebih kurang dua kilogram. Bagaimanakah pihak kementerian boleh membuktikan bahawa iklan itu telah mengelirukan apabila menerima aduan? Apakah akan melalui ujian tertentu untuk membuktikan bahawa ia mengelirukan atau bagaimana untuk mengutip maklumat bukti untuk build the case, untuk membawa pengiklan yang mengelirukan itu ke mahkamah? No point you bawa kes tapi gagal. You have to build your case first. What are the element, ingredient untuk build the case? Saya rasa agak sukar dalam situasi macam ini. Saya pohon penjelasan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu saya agak berlainan sedikit, saya katakan tadi. Di peringkat ini saya dah rasa simpati kepada kementerian dengan pihak Yang Berhormat Menteri terutamanya sebab masa jawapan Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, tujuan membawa akta rang undang-undang ini untuk tujuan yang besar. Satu, untuk kes isu halal. Yang kedua, isu gores dan menang yang disebut tadi. Dua-dua isu ini sebenarnya akumulasi kes ini sangat besar, daripada segi nilai transaksinya berbilion-bilion ringgit. Kita pun tahu dan potensi dia cukup besar dan buat masa ini kedua-dua isu yang gores dan menang dan juga halal ini, Yang Berhormat Menteri berulang kali beritahu kita terlibat dalam isu penyalahgunaan, memangsakan pengguna rakyat Malaysia, kita tahu tapi kenapa Yang Berhormat Menteri sebut daripada awal tadi, isunya sekarang yang dibawa ialah nak naikkan denda sahaja.
Denda apa? Maksimum ataupun tidak melebihi RM10,000 atas kesalahan ini ataupun penjara tidak kurang atau tidak lebih daripada setahun. Ini pindaan apa kita nak bawa macam ini? Adakah munasabah dengan kesalahan yang dibuat itu dengan nilai transaksi yang berbilion ringgit, kita nak bawa hukuman dia kalau orang itu menyeleweng atau menyalahgunakan perihal dagangan ini, denda cuma tak kurang atau tidak melebihi RM10,000 dan penjara tidak melebihi setahun. Sebab itu saya kata elemen nak meletakkan pengajaran ataupun pencegahan ini tak wujud.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya kasihan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya nak tahu apa masalah ataupun kekangan Yang Berhormat Menteri. Kenapa tak disokongkah atau macam mana?
Terima kasih.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey. Saya pun kasihan kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, dia tak faham. Mungkin dia tak baca ataupun dia tak faham. Dia akauntan nak jadi lawyer, itu salah satu masalah dia. Kalau kita tengok, perkara 8(1)(A), hukumannya adalah setiap kesalahan RM15,000 bagi setiap barang. Kalau dulu katakan tak lebih daripada berapa puluh ribu untuk semua, katakan penipuan untuk telefon. Jual telefon palsu. Setiap telefon ini RM15,000. Orang menjual telefon bukan satu. Tentu sahaja 100, 200, 1,000 dan kali dengan RM15,000. Besar hukuman itu Yang Berhormat Indera Mahkota. Jadi terkelirulah itu.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang kedua, saya hendak jawab dari segi Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka ini bagus. Dia very rational. Untuk barang jualan murah ini, ia hanya boleh disebut sebagai jualan murah kalau tawaran jualan murah itu tidak kurang daripada 50 peratus daripada keseluruhan jumlah barang di dalam premis tersebut. Kalau less then 50 percent, dengan izin, kalau kurang dari 50 peratus daripada jumlah produk, dia tidak boleh jualan murah. Kita tidak mahu mengelirukan orang. Misalnya ada sedikit sahaja, ada 10 jenis barang sahaja tapi dekat luar dia tulis jualan murah. Jadi ini menarik orang ramai untuk masuk ke kedai dia tetapi akhirnya tidak ada produk jualan murah pun. Itu adalah mengelirukan. Jadi tidak boleh mengelirukan cara seperti itu. Ia mesti at least sekurang- kurangnya 50 peratus dan dia juga tidak boleh jualan murah sepanjang tahun. Tidak boleh.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh tanya sedikit Yang Berhormat?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sekejap, saya habiskan. Dia tidak boleh sepanjang tahun tetapi hanya tiga kali setahun sahaja. Tidak boleh lebih. Okey.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Yang Berhormat Menteri, ada sedikit. Limbang, Limbang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan tentang apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi mungkin elemen jualan murah ini di mana dalam undang-undang yang baru ini dipinda supaya menyatakan harga barangan selama enam bulan. Jadi di sini saya hendak tanya, apakah peranan kualiti pula sekiranya dalam enam bulan dan sebagainya, dalam jualan murah ini peranan kualiti itu sendiri bagaimana kita melihat dalam pindaan ini? Terima kasih. Kualiti barangan jualan murah ini. Terima kasih.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, dari segi kualiti kita tidak menetapkan bahawa ianya mesti produk baru dan tidak boleh produk lama. Jadi terserah kepada pengguna. Pengguna yang patut menilai sama ada ingin membeli barang murah ataupun barang mahal. Barang murah itu kalau kualitinya tidak bagus, itu terserah kepada penggunalah untuk menilainya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh tambah Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat sebab kemusykilan ini nampaknya tidak boleh terjawab tapi saya tidak terkeliru seperti Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya realiti. Berapakah sebenarnya kekuatan enforcement di peringkat kementerian iaitu untuk mengawal barang-barang palsu yang datang dari mana- mana pun kita tidak tahu? Semua barang berjenama kita boleh jumpa di jalan raya. Barang dia kata made in Paris tapi dibuat di China atau di Bandung.
Jadi kita pun hendak membeli benda-benda macam ini pun macam sudah tak ada mood hendak beli sebab boleh kita dapati benda yang sama tetapi di Petaling Street, di Chow Kit Road, di mana-mana.
Jadi apa sebenarnya yang telah dilaksanakan oleh kementerian untuk mencegah, kalau boleh kita zero daripada barang-barang tiruan ini. Kalau boleh, local product biarlah local product, jangan ada tiruan. Terima kasih.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, bagi Balik Pulau sedikit boleh? Baru kali pertama hendak tanya Yang Berhormat Menteri.
Semalam tidak sempat.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya secara khusus kerana secara realiti apa yang berlaku, contohnya peniaga ini, dia jujur. Dia jujur. Tadi ditipu. Ini kerana saya membaca inti pati Rang Undang-undang Perihal Dagangan ini, antaranya ialah mengelakkan penipuan ataupun misleading statement. Dalam keadaan realiti biasa, peniaga ini jujur. Dia kata ini produk dia grednya tidak macam gred yang asal, gred dia kurang sedikit. Dia cakap gred ‘B’, gred ‘C’. Kita faham ada yang datang dari Hong Kong dan sebagainya. Dalam keadaan ini, pengguna sendiri yang memilih untuk ambil gred yang kurang sedikit dengan harga yang kurang sedikit.
Jadi persoalannya, ada dua isu di situ. Satu, barang itu bukan barang original. Itu aspek satu lagi, cetak rompak dan sebagainya, pirate goods. Itu saya mahu tanya dasar Yang Berhormat Menteri dari segi ini. Satu, mengenai itu. Yang kedua di sini tidak ada unsur penipuan. Willing buyer, willing seller adakah termasuk dalam itu?
Aspek yang kedua ialah saya hendak tanya apa rasional Yang Berhormat Menteri terus memberi kuasa yang khusus hanya di peringkat Mahkamah Sesyen terus? Fasal 60, bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan terus kepada Mahkamah Sesyen. Kita tahu setakat hari ini antara cabaran yang agak masih lagi cuba diselesaikan ialah backlog of cases, yang saya rasa Mahkamah Sesyen ini sekarang ini saya rasa saya khuatir, kes-kes perihal dagangan ini merujukkan produk-produk pengguna yang banyak. Dia akan bersifat volume sifatnya. Jadi kalau sebegini, saya takut nanti ia membebankan penguat kuasa nanti. Jadi pada pandangan saya mungkin lebih tepat dibawa ke bawah sedikit iaitu ke mahkamah majistret. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Yang Berhormat Menteri, boleh jawab sekali?
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri...
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Nanti. Nanti saya tidak ingat kalau terlampau banyak.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ini ada persamaan dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Semasa saya buat pertanyaan iaitu tentang produk dari negara mana. Saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan iaitu apa yang saya hendak bangkit iaitu dalam katalog atau dia punya leaflet, dia letak sana product of Italy tetapi dikilangkan di negara China so, factory di negara China. Adakah kita anggap ini produk dari negara China atau dari Itali?
Itu memang mengelirukan pembeli sebab dia anggap ini satu stole dari Itali ini memang mempunyai harga yang tertentu nilai harganya tetapi produk ini betul datang daripada negara China dan di printed di belakang leaflet itu. Oleh sebab itu, adakah kawalan kementerian hendak atasi cara iklan mengikut akta ini? Terima kasih.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya hendak perjelaskan mengenai produk yang dianggap mengelirukan. Ada produk kualiti rendah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi. Produk made in China rendah tetapi menggunakan nama jenama mereka sendiri, tidak salah. Itu tidak salah. Akan tetapi yang salah ialah apabila produk itu menggunakan jenama orang lain. Misalnya kasut. Saya bagi contoh kasut. Yang Berhormat Sri Gading pakai Belly. Kalau ia produk bukan Belly pakai nama Belly, salah dari segi akta ini, tetapi kalau kasut itu bukan Belly tetapi dia kata nama ‘Bala’ contoh, kasut nama brand ‘Bala’...
Beberapa Ahli
Bera!
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
‘Bera’, okey. Kasut tulis jenamanya ‘Bera’, tidak salah. Kalau kata kualitinya tidak bagus, tidak salah kerana ia tidak mengelirukan. Ia tidak menggunakan logo ataupun label yang mengelirukan. Itu tidak ada penipuan. Jadi seperti kata Yang Berhormat Balik Pulau, willing seller, willing buyer, dengan izin tetapi kalau kasut Bala tadi dijadikan Belly, jadi ianya salah iaitu mengelirukan. Itu dari segi produk tadi.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Gambaran yang saya berikan tadi bukan situasi begini.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya tahu. Ini hendak jawab yang lain ini.
Yang itu tidak sampai lagi.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Belum lagi ya?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Belum lagi.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ini dua-dua tahu ini. Ini memang kira Rolex dari Hong Kong ini, gred ‘B’ dan gred ‘C’. Dia tahu daripada awal.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kalau Rolex itu bukan Rolex, tidak kiralah dari Hong Kong kah, dari Taiwankah, kalau bukan Rolex. Akan tetapi kalau betul-betul jam Rolex, tidak kisah, tetapi kalau bukan jam Rolex tapi dia tulis Rolex tak kisahlah dari Hong Kong kah, dari manakah, ia tidak boleh menggunakan jenama sedangkan dia bukan jenama tersebut.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Untuk tujuan akta ini kerana saya membaca dari segi kesalahan, dia ada elemen deceiving, misleading. Ini tidak ada elemen misleading.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Itu misleading lah.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tak, tak. Sekarang macam ini. Yang Berhormat Bera penjual, saya pembeli. Yang Berhormat Bera cakap produk ini produk Ferragamo tapi gred dia gred ‘B’. Saya kata tak apa sebab saya tidak mampu hendak beli yang original.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Adakah produk itu produk Ferragamo?
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Bukan.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kalau bukan, tidak boleh, salah.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Salah juga?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Salah.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Akan tetapi tidak ada elemen deceiving.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kerana produk itu bukan produk Ferragamo.
Jadi macam mana kita boleh kata produk ini produk Ferragamo sedangkan ianya bukan Ferragamo? Itu pun sudah salah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, kita sambung petang.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sambung?
Timbalan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga jam 2.30 petang.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua saya menyambung semula jawapan saya pagi tadi. Ada dua isu yang belum saya jawab iaitu daripada Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Batu Gajah.
Yang Berhormat Balik Pulau menanyakan mengenai kenapa kita tentukan Mahkamah Sesyen sahaja untuk membicarakan kes ini dan tidak kepada Mahkamah Majistret dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, kesalahan yang diperuntukkan di dalam akta ini adalah bersifat trouble issue dan agak kompleks seperti kesalahan mengenai pernyataan, iklan mengelirukan dan palsu, kesalahan mengenai penyalahgunaan sijil halal dan ungkapan halal, pembekalan barang tiruan dan penggunaan perihal dagangan palsu.
Oleh yang demikian, mahkamah yang lebih tinggi seperti Mahkamah Sesyen diperlukan untuk menimbang semua fakta kes seperti ini. Lebih-lebih lagi jumlah penalti yang dikenakan di bawah akta ini adalah tinggi iaitu fasal 21 misalnya denda adalah RM500,000 untuk pertubuhan dan RM250,000 atau tiga tahun penjara untuk perseorangan.
Manakala fasal 8 dendanya adalah RM15,000 bagi setiap barangan tiruan. Jadi jumlah penalti yang tinggi ini adalah melebihi daripada bidang kuasa Mahkamah Majistret.
Yang Berhormat Batu Gajah tanyakan tentang beban pembuktian. Seperti yang saya sebut bahawa adalah kepada mereka yang mengeluarkan iklan yang mengelirukan tersebut. Jadi, tentang bagaimana untuk built up cases, dengan izin. Misalnya diberikan contoh tadi adalah misalnya iklan mengenai produk yang boleh membuatkan muka menjadi putih. Tiba-tiba apabila pakai produk tersebut muka tidak jadi putih. Jadi bila aduan dibuat kepada pihak kementerian.
Di bawah akta ini pihak kementerian menggunakan kuasa untuk menyiasat aduan yang diterima. Antara siasatan-siasatan yang boleh dilakukan di dalam siasatan tersebut misalnya menghantar produk tersebut ke jabatan kimia misalnya, untuk melihat adakah ingredient-ingredient yang terdapat dalam produk itu benar-benar seperti yang diiklankan ataupun benar-benar yang boleh menjamin, boleh menyebabkan orang menjadi putih dan sebagainya. Ingredient itu kita akan siasat. Selepas itu barulah kita akan menghantarkan kes tersebut kepada pendakwa raya. Maka pendakwa rayalah yang menentukan sama ada, ada kes atau tidak ada kes. Kalau ada kes mereka akan bawa, pendakwa raya akan bawa, mendakwanya ke mahkamah atau tidak.
Walau bagaimanapun, di dalam akta juga bahawa pihak yang dituduh sebelum dituduh sewaktu siasatan dijalankan dengan mengambil segala dokumen, rekod dan sebagainya. Kalau kita lihat dalam akta ini jelas waktu siasatan rekod, dokumen dan sebagainya boleh diambil, boleh diperiksa oleh pihak kementerian. Mereka juga boleh membuat pembelaan misalnya sewaktu siasatan dilakukan. Jika kita tidak berpuas hati dengan pembelaan yang diberikan maka barulah kita akan membawa kes tersebut. Itu pun atas keputusan daripada pendakwa raya.
Saya ingin pergi ke Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong ada membangkitkan beberapa perkara iaitu bagaimana ubat-ubat tiruan yang masuk ke pasaran Malaysia boleh dikawal? Untuk makluman Yang Berhormat, ubat-ubat tiruan ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Jika ada ubat-ubat tiruan yang dibawa masuk maka kita akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan. Mengapa terdapat keperluan mengadakan peruntukan cap dagangan dalam rang undang-undang ini?
Akta Cap Dagangan 1976 hanya memperuntukkan mengenai pendaftaran cap dagangan dan tindakan sivil mengenai perlanggaran hak cap dagangan. Tiada peruntukan mengenai tindakan penguatkuasaan di dalam Akta Cap Dagangan. Rang undang-undang ini digunakan untuk mengambil tindakan undang-undang dan penguatkuasaan ke atas orang yang membekalkan barangan tiruan dan melanggar cap dagangan.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Perkara ketiga ialah bolehkah ianya undang-undang ini menyekat aktiviti penjualan barangan atau ubat-ubatan yang telah tamat tempohnya? Fasal 6 rang undang-undang ini adalah jelas iaitu menjadi suatu kesalahan sekiranya mana-mana orang membuat pernyataan palsu mengenai tarikh luput barangan. Bagi barangan yang dijual di luar tarikh tempoh tindakan boleh diambil di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana menjual produk yang tidak fit for purposes, dengan izin. Kementerian juga sentiasa menggalakkan dan mengadakan kempen kepada pengguna untuk mengetahui hak mereka supaya tidak membeli barangan yang telah tamat tarikh tempoh.
Yang Berhormat Kepong juga ingin tahu bagaimana kita hendak melaksanakan fasal 28 dan fasal 29. Fasal 28 dan fasal 29 adalah peruntukan yang memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat perintah tafsiran. Untuk tujuan pengawalan halal fasal ini akan memberi kuasa kepada Menteri untuk menamakan JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri sebagai pihak berkuasa berwibawa untuk tujuan pengecapan dan penandaan sijil halal. Fasal ini akan menghalang badan-badan pensijilan yang tidak berwibawa daripada mengeluarkan sijil halal dan logo halal.
Yang Berhormat Kepong juga bertanya bagaimana untuk memastikan semua pegawai yang terlibat dengan penguatkuasaan rang undang-undang ini bersih dan boleh dipercayai. Adakah latihan diberikan pada mereka di dalam menjalankan tugas ini? Untuk makluman Yang Berhormat kementerian telah melaksanakan kursus untuk semua peringkat pegawai dengan menekankan aspek integriti. Dalam hubungan ini pelbagai SOP diwujudkan sebagai panduan penguatkuasaan yang teratur dan telus dan kementerian juga sering bekerjasama dengan SPRM dan mengadakan operasi bersama.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Menteri mengenai sijil halal sedikit Menteri. Boleh penjelasan sedikit? Menteri tahukah setakat ini berapa lama proses untuk dapat kan sijil halal ini? Sebab rungutan yang diterima daripada peniaga katanya lambat, terlalu birokrasi. Setakat maklumat Yang Berhormat Menteri, berapa lama sebelum kita memberi lantikan secara mutlak tadi, seperti Yang Berhormat Menteri cadangkan tadi itu, beritahu setakat ini keefisienannya macam mana? Pohon penjelasan sedikit.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat seperti yang saya sebutkan tadi bahawa sijil halal ini sebelum dikeluarkan ia akan melalui proses yang akan dijalankan oleh JAKIM. JAKIM telah pun menaik taraf peralatan dan sebagainya untuk melaksanakan ataupun memeriksa dan meluluskan bagi mendapatkan sijil halal ini iaitu peraturan- peraturan dan sebagainya. Saya dimaklumkan bahawa jangka masa sebulan selepas pemeriksaan, sijil halal itu boleh dikeluarkan jika permohonan itu lengkap. Saya kena ada proviso jugalah. Kalau tidak lengkap, tolak, balik, tolak, balik dan sebagainya tidak akan dapat cepat jugalah.
Yang Berhormat Sri Gading ada bertanyakan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ataupun kastam untuk mengawal selia barangan import. Untuk makluman Yang Berhormat, barangan import yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia perlu mempunyai logo dan Sijil Halal JAKIM atau mana-mana badan persijilan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Jadi kalau dahulunya tidak ada satu kawalan mengenai produk-produk ataupun sijil halal yang dibawa daripada luar negara tetapi sekarang pihak JAKIM mengenal pasti yang pertamanya dari segi sijil halal yang hendak dikeluarkan daripada negara pengeksport misalnya. JAKIM akan mengenal pasti dahulu yang mana autoriti yang boleh diiktiraf untuk mengeluarkan sijil halal ataupun mengeluarkan logo halal. Jadi kalau lain daripada yang diiktiraf maka logo halal yang dibawa daripada luar negara tersebut adalah dianggap tidak sah dan tindakan boleh diambil. Jadi dengan itu peranan kastam untuk membantu dan memeriksa setiap produk halal yang dibawa daripada luar negeri akan melalui pihak kastam dan mana-mana logo yang dikeluarkan oleh autoriti yang tidak diiktiraf oleh JAKIM tidak akan dibenarkan masuk ke negara kita.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan logo halal atau tanda halal tadi.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Dahulu pernah dibangkitkan tentang soal menyelenggarakan aspek halal ini ataupun logo yang diberi ataupun untuk memastikan tanda halal itu dipatuhi. Maknanya kita bercakap tentang elemen memastikan ada pengauditan yang berterusan sebab halal ini bukan setakat one-off beri logo, kita kena pastikan.
Saya hendak tanya adakah rancangan kementerian sama ada kementerian yang lain juga yang terlibat untuk memberi pengiktirafan kepada proses pengauditan halal.
Sebagai contoh kalau konvensional audit, setiap tahun ada satu yuran yang satu syarikat ataupun satu pengeluar yang kena bayar. Akan tetapi kita tidak ada satu ruang di situ di mana pengauditan halal ini dibenarkan berlaku secara annual ataupun setiap tahun ataupun dwitahunan kalau kita benarkan. Setakat ini nampaknya tidak ada lagi cadangan untuk membuka ruang itu supaya ada satu perbelanjaan yang boleh dikhususkan untuk tujuan pengauditan halal supaya kita boleh pastikan produk atau perkhidmatan itu berterusan dari segi tahap standard halal itu. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat, kalau saya tidak silap daripada laporan yang saya terima daripada pihak JAKIM kerana ini adalah urusan JAKIM. Sijil halal yang dikeluarkan bukan selama-lamanya. Ia perlu direnew, perlu diperbaharui setiap dua tahun. Bermakna auditan itu memang ada.
Maknanya sebelum diperbaharui sijil tersebut ia akan melalui proses-proses yang akan dikenakan oleh JAKIM dan jika didapati sijil itu ataupun kehalalan itu memang sahih, jadi bolehlah direnewkan sijil halal tersebut. Akan tetapi kalau sebaliknya, pihak JAKIM berhak untuk menyekat atau menarik balik sijil halal tersebut. Jadi ini menunjukkan bahawa memang ada auditan tersebut.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, saya bukan tidak percaya apa Yang Berhormat Menteri cakap tadi itu mengenai audit dan sebagainya. Akan tetapi saya di Dewan yang mulia ini untuk penggal ini saya ingat sudah tiga kementerian saya timbulkan isu ini kerana saya menjangkakan terdapat satu pendekatan yang boleh membantu kementerian lebih bersikap objektif iaitu apa yang dikatakan sebagai Regulatory Impact Assessment. Regulatory Impact Assessment ini Yang Berhormat Menteri dikatakan ia boleh membantu kerajaan untuk menilai sama ada sesuatu regulasi ataupun undang-undang itu mencapai tujuannya. Maksudnya ada tool ataupun mekanisme yang diperkenalkan oleh Bank Pembangunan macam EDB sendiri.
Akan tetapi saya dimaklumkan dukacita apabila pendekatan itu dicadangkan kepada Kerajaan Malaysia iaitu Regulatory Impact Assessment (RIA) ini tetapi ia ditolak.
Pada pandangan saya, di peringkat ini apa bila Yang Berhormat Menteri mahu memansuhkan undang-undang yang dahulu, bagi saya kita di Dewan yang mulia ini mesti dapat satu impact assessment kenapa perlu perundangan baru diperkenalkan. Akan tetapi nampak gayanya pendekatan itu tidak digunakan oleh kerajaan kita berbanding dengan saya tahu RIA ini bukan sahaja digunakan di Eropah, di UK malah negara OECD.
Jadi saya rasa agak sukar untuk kita meyakinkan dengan penjelasan itu secara objektif walaupun niat itu ada untuk meningkatkannya. Akan tetapi di manakah itu? Jadi oleh sebab itu pada pandangan saya kita perlu ada satu asas yang lebih objektif dan saya rasa kerajaan perlu pertimbangkan. Saya rasa mungkin pegawai-pegawai yang ada di sini iaitu Regulatory Impact Assessment (RIA) kerana negara-negara kecil seperti Laos dan sebagainya yang ada di rantau ini telah memperkenalkan pendekatan ini. Saya rasa kita boleh mempertimbangkan perkara yang baik sebegini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Insya-Allah Yang Berhormat, perkara yang baik kita pertimbangkan.
Dari segi Astro, perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading iaitu tentang Astro yang sentiasa menaikkan kadar pakej dan sebagainya walaupun sudah ada bayaran yang dibuat secara bulanan tetapi masih lagi mengenakan pakej-pakej tertentu yang perlukan bayaran dan sebagainya. Pihak kementerian sedar tentang perkara ini.
Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada pihak Yang Berhormat bahawa Astro ini adalah dikawal selia di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan ia terletak di bawah kementerian yang berbeza. Jadi insya-Allah perkara ini akan saya panjangkan kepada pihak kementerian yang berkaitan dan insya-Allah, saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Soalan yang dibangkitkan juga adalah apakah ada kerjasama dengan JAKIM?
Untuk makluman, memang kita mempunyai kerjasama di antara pihak kementerian ini dengan JAKIM yang mana pihak kementerian telah pun melatih seramai 62 orang pegawai JAKIM yang kini dilantik sebagai penolong pengawal perihal dagangan untuk mengawal penggunaan logo halal luar negara. Jadi memang kerjasama kita lakuan kerana dari segi penguatkuasaan tindakan dan sebagainya akan dilakukan oleh penguat kuasa bersama- sama dengan pegawai daripada JAKIM. Kita akan melakukan penguatkuasaan bersama- sama.
Dari segi ubat-ubatan saya sudah sebutkan tadi bahawa ketulenan dan sebagainya adalah terletak di bawah Kementerian Kesihatan. Rokok, ini tentang rokok.
Halal dan haramnya. Saya pun tidak berapa faham apa maksudnya ini. Bagaimana menentukan sesuatu barangan itu haram atau halal? Contoh bahan yang digunakan dalam rokok. Sebenarnya untuk makluman, logo halal ini adalah secara volunteer, secara sukarela.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Maknanya, bukan bermakna mesti ada letakkan halal. Kalau letak yang salah itu, produk tidak halal, letak halal itu salah. Tidak ada halal, tidak letak halal, tidak salah.
Sebagai contoh, restoran-restoran Melayu misalnya, warung-warung di tepi jalan kepunyaan orang-orang Melayu, mak cik-mak cik kita dan sebagainya, mereka tidak letak logo halal walaupun nasi lemak itu halal,walaupun teh tarik di situ halal. Kita tidak letakkan logo halal dan itu tidak menjadi kesalahan.
Akan tetapi kalau ada kedai yang menjual produk tidak halal tetapi meletakkan halal, itu adalah salah dan rokok misalnya kita tidak pernah tulis rokok halal. Jadi, tidak ada tindakan yang dilakukan oleh JAKIM untuk mengambil tindakan terhadap rokok seperti ini tetapi kalau ada tulis rokok halal, ianya akan diambil tindakan. Saya hendak menjelaskan sedikit bahawa pada kali ini, halal ini diperluaskan bukan hanya untuk makanan tetapi juga produk-produk lain termasuklah produk-produk kecantikan, produk-produk syampu yang kita mesti kalau hendak letak halal, mestilah menggunakan bahan-bahan yang halal...
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
[Bangun]
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sekejap. Begitu juga, kita mesti ada pernyataan misalnya jual kasut. Kita akan buat peraturan nanti. Kasut kulit babi misalnya, perlu ditulis bahawa kasut ini adalah kasut yang mengandungi kulit sekian-sekian. Jadi, maknanya halal kali ini adalah lebih luas dan bukan setakat makanan sahaja.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, daripada kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi kita boleh ambil kesimpulan bahawa kehalalan toiyyiban iaitu halal lagi bersih ini tidak semestinya mendapat pengiktirafan daripada pihak yang berautoriti. Jadi kalau ia halal, ia bersih, kalau tidak dapat keizinan pun ia tetap halal dan tetap bersih. Perlu pastikan betul-betul kenyataan itu diguna pakai untuk semua keadaan. Bersih dan halal, tidak perlu mendapat pengiktirafan.
Cuma Yang Berhormat Menteri, apa yang ingin saya bangkitkan ini, kalau Yang Berhormat Menteri sebut soal permintaan daripada syarikat tersebut untuk mohon sijil halal tetapi untuk meyakinkan rakyat, kadang-kadang permintaan itu daripada orang ramai kepada satu produk, company itu tidak mohon tetapi rakyat ataupun pengguna itu sendiri yang menyebut secara ini. Adakah pihak kerajaan akan meminta syarikat itu untuk memohon ataupun biarkan sahaja sebab syarikat itu tidak minta tetapi oleh kerana produk ataupun pengguna itu mohon, jadi macam mana kedudukannya? Terima kasih.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Seperti yang saya sebutkan tadi bahawa ini adalah sukarela. Okey, adalah satu volunteers, secara sukarela untuk memohon sijil halal dan sebagainya. Saya tahu ramai yang ingin beli sesuatu produk itu dan mereka mahu halal, saya tahu. Ada satu kes di mana satu kopitiam misalnya, tiba-tiba tidak ada logo halal di depan kedai dia tetapi kita hendak pergi ke kopitiam tersebut. Kita hendak minta supaya dia mesti ambil sijil halal tetapi dia tidak mahu ambil sijil halal.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dari segi akta, kita tidak boleh paksa. Pengguna mesti menggunakan kebijaksanaan sendiri. Kenapa apabila tidak ada logo halal dan kita masih ragu tentang kehalalannya, kita masih lagi hendak pergi ke kedai itu. Banyak lagi kedai kopitiam yang ada logo halal, kedai-kedai kopi yang ada logo halal. Jadi pengguna sebenarnya mempunyai pilihan dan kerajaan tidak boleh paksa kata, you mesti ambil produk halal.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Akan tetapi, maaf Yang Berhormat. Akan tetapi kalau ianya tidak halal tetapi cuba mengelirukan misalnya ada gambar Kaabah di dalam restoran tersebut dan dia tidak tulis halal, dia tidak ada logo halal tetapi dia letak gambar Kaabah atau pun ada tulisan ayat al-Quran saya sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tulisan Jawi.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tulisan Jawi yang boleh mengelirukan supaya orang menganggap itu adalah kedai Islam, itu adalah salah. Itu adalah mengelirukan di bawah akta ini walaupun ia tidak cap logo halal tetapi kalau ada tulis jawi, ada gambar Kaabah, itu salah kerana ia cuba hendak menunjukkan bahawa ianya adalah associate dengan agama dan sebagainya.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Menteri, di sini saya mohon Menteri jelaskan lagi sebab ini menggambarkan dasar. Menteri, tadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, dia menggambarkan dasar macam mana kerajaan hari ini menjaga kepentingan awam. Apa yang dibangkitkan tadi contohnya ada satu produk direct selling yang mana rata-rata penjualannya sudah masuk kampung, masuk bandar sehingga ramai di kalangan penggunanya ataupun yang menjadi ahli dan sebagainya orang Islam.
Mungkin kita tidak payah sebut nama produknya tetapi isunya di sini Yang Berhormat Menteri, adakah kita masih lagi mengambil pendekatan sukarela tadi. Jadi, soalan yang dibangkitkan saya rasa ada soal kepentingan awam di situ. Saya rasa agak munasabah untuk satu peruntukan yang boleh saya rasa diberi arahan kepada mereka kerana akibatnya langsung kepada pengguna.
Yang Berhormat Menteri, saya juga hendak tanya adakah selepas ini, apabila Menteri bangkitkan isu kopitiam tadi, kita tahu ada kopitiam tertentu di sini yang besar chain nya. Dia secara terserlah ke depan, dekat papan tandanya itu tetapi logo halal letak di sebelah namanya besar tetapi bukan logo halal JAKIM kita tetapi logo halal Asia Pasifik contohnya. Jadi Yang Berhormat Menteri, adakah selepas ini mereka ini yang mana menggunakan tanda halal itu secara automatik satu arahan daripada Menteri terpaksa tanggalkan logo itu. Kalau tidak mengelirukan terutama selepas akta ini kita kuatkuasakan Mohon penjelasan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh tambah sedikit Yang Berhormat Menteri?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sama?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, sama. Saya sehaluan iaitu logo halal ini seharusnya selepas akta ini diselaraskan. Tidak ada lagi mengikut kehendak owner ataupun pemilik kedai itu sendiri sebab kalau kita tidak selaraskan, satu negeri ini mengeluarkan logo dia, negeri lain logo dia. Jadi, seolah-olah tidak ada persamaan.
Mungkin kebetulan perkara ini perlu ada kerjasama dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal agama, kebetulan Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri pun ada di sini. Berbincanglah dua kementerian ini macam mana hendak menyelaraskan logo halal itu supaya tidak ada lagi waswas dan timbul di sini persoalan enforcement iaitu saya setuju ada kedai yang mengelirukan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kita duduk tengok dia mempamerkan ayat-ayat al-Quran, rupanya Hindu pemiliknya tetapi penguatkuasaan tidak ada mengenforce persoalan ini. Jadi, apabila kita ini, kadang-kadang orang Melayu, orang Islam tengok ada ayat al-Quran, ha! Ini halal. Apa langkah yang diambil oleh kementerian mengatasi masalah ini supaya tidak berlaku lagi?
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang memang saya hendak jawab dengan jelas. Seperti yang saya sebut tadi bahawa selepas ini tidak ada lagi logo-logo halal yang berbagai-bagai kerana seperti yang saya maklumkan tadi sekarang ini ada tujuh syarikat yang mengeluarkan logo halal, macam-macam dan dari segi kesahihannya memang kadang-kadang agak meragukan tetapi selepas ini tidak ada lagi. Hanya satu sahaja walaupun Majlis Agama Negeri dibenarkan untuk memproses permohonan halal dan sebagainya tetapi apabila diluluskan, logo yang akan dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri juga merupakan logo halal JAKIM, satu sahaja.
Apabila akta ini dikuatkuasakan, saya menjangkakan Januari kita akan kuatkuasakan. Mulai Januari misalnya apabila akta ini dikuatkuasakan, tidak ada lagi logo- logo lain tetapi hanya satu logo sahaja iaitu logo JAKIM. Jadi, saya rasa apa Yang Berhormat Balik Pulau kata mengelirukan lagi...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, hendak tambah satu lagi.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sekejap, sabar. Mengelirukan, memang kita akan pastikan tidak ada lagi kekeliruan. Yang Berhormat Kinabatangan sebutkan tadi, ayat al-Quran dan sebagainya, akta yang baru ini baru kita masukkan bahawa bukan setakat logo sahaja yang mengelirukan tetapi seperti Yang Berhormat Kinabatangan kata ayat al- Quran dan sebagainya di kedai yang tidak menjual produk halal tetapi letak ayat al-Quran, ia juga dianggap mengelirukan dan boleh diambil tindakan di bawah akta yang kita bentangkan nanti.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Satu lagi Yang Berhormat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya minta izin untuk bagi tambahan sedikit jika kalau Tuan Yang di-Pertua benarkan. Ini atas kepentingan umum.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya tidak ada masalah, mungkin hendak penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ini bukan menjawab Tuan Yang di-Pertua, ini penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Hendak memberi penjelasan sedikit oleh sebab banyak sangat persoalan kehalalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Jika Yang Berhormat Menteri boleh bagi laluan, saya benarkan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya benarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, saya mengucapkan terima kasih bukan untuk – saya hanya sekadar memberi penjelasan pindaan APD 1972 atau Akta Perihal Dagangan yang kita bentangkan pada kali ini ialah untuk tujuan mendapat kekuatan sebab Akta Perihal Dagangan 1972 sudah melalui tempoh yang begitu panjang. Namun, hal yang berkaitan dengan halal adalah perkara yang terlalu baru.
Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum
Dahulu oleh sebab pihak negeri mempunyai kuasa mengeluarkan sijil masing- masing sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi, ada kecelaruan lambang-lambang, logo tersebut.
Akan tetapi dalam persidangan Majlis Raja-Raja yang terbaru, pihak Majlis Raja- Raja telah pun meluluskan supaya semua Majlis-majlis Agama Islam Negeri bersama dengan JAKIM sahaja yang dibenarkan untuk mengeluarkan sijil halal ini. Jadi, ini memberikan kekuatan untuk kita bergerak. Namun dalam masa yang sama kita perlukan satu kekuatan melalui pindaan undang-undang kerana sebelum daripada ini ada syarikat- syarikat swasta yang secara persendirian iaitu sebanyak tujuh buah yang berada dalam negara kita, tidak tahu di mana tempat untuk mereka membawa barangan untuk dibawa ke makmal.
Jadi, ia menyebabkan sijil dikeluarkan dan ada sijil..., oleh sebab sebagaimana Yang Berhormat Balik Pulau sebut tadi, dengan kaedah yang mereka gunakan tanpa makmal yang dinyatakan tetapi sijil boleh dikeluarkan dalam masa yang terlalu dekat. Jadi, akhirnya bila berlaku keraguan dan sebagainya, yang disalahkan ialah KPDNKK, JAKIM dan majlis-majlis agama. Jadi, sebab itu kita meletakkan 30 hari KPI untuk mengeluarkan sijil-sijil tersebut dan dalam tempoh 30 hari ini setelah dipatuhi semua peraturan, ia tidak akan lebih daripada 30 hari sebulan untuk mengeluarkan sijil.
Dalam masa yang sama juga ialah dengan keluarnya kelulusan akta yang sedang kita bincangkan pada petang ini, ia akan memberikan satu kekuatan termasuklah selain daripada syarikat-syarikat luar yang tidak menentu sedangkan JAKIM sudah ada satu makmal di Bandar Enstek yang sedang dalam proses pembinaan. Buat masa sekarang kita bersama-sama dengan UPM menggunakan makmal mereka dan nanti akan ada tiga makmal kita siap sediakan. Kemudian dalam masa yang sama Kabinet juga telah pun meluluskan supaya bahagian hab halal JAKIM ini dipertingkatkan jawatan dan dipertingkatkan penguatkuasaan.
KPDNKK sendiri telah menurunkan 62 orang yang telah diberikan kursus dan dengan kursus ini, mereka diperturunkan kuasa untuk turun ke bawah bagi menguatkuasakan dan ini kedudukan terkini tentang Akta Halal dan termasuk yang kita sebutkan tadi kalau ada pun Yang Berhormat Kinabatangan sebutkan, ada tulisan “Bismillaah” atau ada lambang ayat Al-Quran dalam kedai tetapi sebenarnya mereka menimbulkan kekeliruan kerana penjual-penjualnya dari bukan Islam dan tidak ada tanda halal. Ini juga boleh dikuatkuasakan termasuk di antaranya kalau jualan ditulis di situ Bufet Ramadan, jadi maknanya Bufet Ramadan dalam erti kata bagi orang Islam, jualan untuk orang berbuka puasa tetapi halalnya itu meragukan. Jadi, ini juga boleh diambil tindakan dalam pindaan yang ada sekarang. Tuan Yang di-Pertua penjelasan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi, Yang Berhormat, saya maklumkan bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak boleh menjawab soalan Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Menteri, boleh kah saya mencelah sedikit?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sekejap. Tuan Yang di-Pertua, penjelasan tadi masuk ke dalam jawapan saya... [Ketawa]
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya terfikir juga dalam negara kita, agama rasmi kita adalah agama Islam. Sebahagian besar daripada penduduk kita adalah penduduk Islam. Saya tertanya juga kenapa tidak kita meletakkan tanggungjawab kepada pengilang-pengilang yang menghasilkan produk ini. Semua bahan makanan atau bahan yang dijual dalam pasaran kita perlu halal. Maka, tidak timbul mereka perlu meminta atau memohon untuk sijil. Mereka bertanggungjawab memastikan produk yang dijual kepada umum mesti halal. Saya tahu ini lain daripada aktanya tetapi pokoknya ialah... Jadi, sekiranya produk mereka itu tidak halal, maka mereka mesti meletakkan non halal. Jadi, terpulang kepada pengilang yang menghasilkan produk dan penguatkuasaan dari KPDNKK dengan JAKIM adalah sekiranya produk ada atas shelf, kami buat penguatkuasaan dan sekiranya ia tidak halal, kamu kena.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Jadi, we put the responsibility, dengan izin, di atas pengilang kerana bagi saya, saya rasa amatlah menjadi satu dilema kepada kita apabila kita mencari-cari produk mana ada halal dan produk mana tidak ada halal.
Jadi, lebih jelas kalau produk ini tidak halal, diletakkan sahaja non halal, for sure..., saya tengok satu kedai di kawasan saya, dia letak straight, non halal. Kedai tersebut jual semua barangan non halal. Jadi, kalau kita membuat begitu, akta kita meletakkan semua pengilang-pengilang dalam masa beberapa tahun, mesti memastikan produk yang mereka letak di pasaran adalah halal. Sekiranya mereka tidak mampu memastikan produk itu halal, jadi mereka mesti letakkan non-halal logo. Maka, dengan senang kita tolak terus letakkan produk begini.
Dengan cara ini bukan sahaja kita memastikan bahawa semua orang bertanggungjawab tetapi, maka kita akan ada konsultan-konsultan dan sebagainya untuk mereka berhubung. Mereka masih boleh mendapat nasihat dan mereka tahu apakah halal dan tidak halal menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan produk yang ada, yang dipasarkan untuk umum, kecuali kedai-kedai tertentu yang non-halal.
Jadi, saya mungkin terlambat, akta ini sudah dibuat tetapi saya rasakan kita sebenarnya menyusahkan diri kita bila kita kata tidak perlu memohon, tidak compulsory, sekarang kita tidak wajibkan mereka untuk memohon. Kita tetap akan meletakkan orang Islam dalam keadaan dilema.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Lagi panjang jawapan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Habis sudah, last sudah ini. Terima kasih...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat sebelum habis, saya hendak tanya persoalan besar ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sama?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak, lebih kurang sebab...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kalau begitu saya jawab dahulu dan selepas itu Yang Berhormat Kinabatangan saya bagi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ini merupakan dua pandangan yang berbeza.
Memang ada pandangan seperti Yang Berhormat Kota Raja cakap tadi. Beliau kata sebagai sebuah negara Islam sepatutnya automatic semua produk halal kecuali yang tidak halal, itu pun ada. Kita ada dua school of thoughts di dalam isu ini. Namun ada yang berpandangan misalnya, Japanese restaurant. Ini contoh, iaitu restoran Jepun, semuanya perlu letak tidak halal sebab sebenarnya restoran Jepun makanannya halal, sebab sushi sebagai contoh, Yang Berhormat Balik Pulau suka makan sushi ini. Dia bukan hanya makan durian sahaja, dia makan sushi. Sushi dan sebagainya ini semua halal. Akan tetapi oleh sebab dia ada jual sake dan Yang Berhormat Balik Pulau tidak minum.
Mereka ada jual sake dan sake ini adalah minuman alkohol atau arak Jepun. Oleh sebab ada sake di dalam restoran Jepun, restoran itu kalau mengikut Yang Berhormat Kota Raja punya pandangan, semua restoran Jepun mesti diletak non-halal restoran. Jadi, inilah akan timbul isu-isu seperti yang saya kata bahawa akan dari segi pentadbiran dan sebagainya. Jadi, sebenarnya pandangan Yang Berhormat Kota Raja itu memang kita ambil pandangan dan kita sudah fikirkan. Walau bagaimanapun ia bukanlah terhad kepada situ sahaja sebab akta ini dibuat untuk logo palsu dan sebagainya tetapi dalam masa yang akan datang, mungkin kita boleh debatkan perkara ini. Ini adalah satu perkara yang boleh kita debatkan dengan panjang lebar atau lebih di dalam akta inilah. It is something yang bagus untuk kita debatkan. Sila.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, ini soalan yang terakhir saya tanya. Ini soal pembekal ayam. Kalau kita pergi hypermarket, supermarket, Giant, Carrefour, kita tengok kaunter jual ayam.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia ada satu..., logo tidak ada. Gambar orang dengan sedikit-sedikit seolah-olah ada keraguan dalam pembekalan sebegini. Jadi, apa jaminan daripada kementerian hendak memastikan bahawa yang ayam itu betul-betul halal, disembelih dan dijual di supermarket itu tanpa ada keraguan. Saya sebetulnya waswas melihat keadaan dan cara dia memotong.
Kemudian sijil dia fotostat dan bukan yang original, fotostat sahaja semua. Boleh atau tidak begitu sebab memang 100 peratus ada keraguan dengan penyembelihan dia. Jadi, apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa ayam yang dipasarkan di hypermarket itu benar-benar halal secara penyembelihan dan boleh dimakan tanpa waswas.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, sebenarnya sebelum sesuatu sijil halal dikeluarkan, daripada segi cara penyembelihan dan sebagainya memang adalah menjadi satu syarat kepada JAKIM. Jadi, sebelum sijil itu dikeluarkan, memang tempat penyembelihan, orang yang melakukan penyembelihan itu mesti orang Islam. Tidak bolehlah sembelih cara Islam tetapi yang menyembelihnya bukan orang Islam pun tidak boleh juga. Jadi, sebenarnya ada syarat-syarat detailnya. Jadi, saya tidak hendak minta Yang Berhormat Menteri JAKIM bangun pula nanti hendak memberikan penjelasan. Akan tetapi, ia cukup syarat.
Seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Sri Gading, ini untuk jawapan saya yang terakhir. Yang Berhormat Sri Gading bertanya mengenai dapur di kedai, hotel dan sebagainya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Memang daripada segi dapur dan sebagainya, sesiapa yang menyediakan ia ada percentage- percentage pekerja-pekerja yang menyediakan makanan itu pun mesti mengikut syarat-syarat yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jadi, soal dapur di dalam peti sejuk misalnya walaupun ayam tadi halal, disembelih dengan baik tetapi kalau dalam peti sejuk itu ada produk yang tidak halal, seluruhnya akan menjadi tidak halal. Ini juga sesuatu yang telah dipupuk...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Itulah. Bagaimana hendak mengenal pasti, hendak buat enforcement, dengan banyaknya kilang yang mengeluarkan ayam di seluruh negara dan saya tahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sekali-sekala bolehlah Yang Berhormat. Sekali-sekala bolehlah minta Yang Berhormat Menteri.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang hypermarket...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sekali- sekala bolehlah minta Yang Berhormat Menteri lain menjawab Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang hypermarkets ini pun, ia tidak peduli. Ia angkat sahaja sebab owner dia pun bukan orang Islam. Jadi, itulah keraguan sebetulnya. Saya perlu sampaikan sebab ini amanah daripada orang-orang yang beragama Islam supaya dapat saya tanya soalan ini. Jadi, mereka tidak ada keraguan, tidak ada waswas dalam soal-soal sebegini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi, saya minta Yang Berhormat Kinabatangan beritahu orang yang bertanya tadi. Mungkin orang di kawasan Kinabatangan, beritahu yang pusat sembelihan itu disahkan halal oleh JAKIM. JAKIM akan check dahulu tempat sembelihan tadi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sijilnya di merata-rata tempat fotostat sahaja gambar lain-lain orangnya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri tutup. Saya rasa kalau Yang Berhormat Menteri hendak jawab, sebab saya timbulkan awal sebelum kita berehat tadi. Yang Berhormat Menteri, saya mohon pada pertimbangan Yang Berhormat Menteri agar bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan tadi yang saya timbulkan seksyen 60.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sudah jawab.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sudah jawab ya. Adakah bercadang untuk meminda ataupun tidak? Tidak. Sebab Yang Berhormat Menteri saya rasa benda ini apa yang telah dilakukan sebelum ini untuk Akta Tribunal Pengguna, ianya lebih memberi, dengan izin, kita panggil access for justicenya itu lebih mudah. Kalau tidak saya rasa kalau Mahkamah Sesyen ini Yang Berhormat Menteri, ia membuatkan access for justice ini agak terlalu eksklusif. Jadi Yang Berhormat Menteri saya..., ini kerana isu-su yang kita bincangkan tadi ialah isu-isu pengguna yang amat rendah sifatnya. Isu-isu pasal barang, ke Mahkamah Sesyen Yang Berhormat Menteri tahu, peguam pun mahal. Mahal, lagi tinggi jadi, saya rasa Yang Berhormat Menteri kita buatkan akta ini lebih accessible pada pandangan saya. Mohon pertimbangan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Seperti yang saya sebutkan tadi, bukan pengguna yang akan dikenakan tindakan. Pengusaha. Misalnya, mengelirukan dan sebagainya. Kes ini dari segi penalti adalah tinggi melebihi daripada bidang kuasa Mahkamah Majistret. Misalnya, RM500,000 ke atas ataupun RM15,000 per barang.
Daripada segi makna apabila untuk mengenakan tindakan di bawah undang-undang ini, perniagaan yang mengelirukan itu, produknya mesti melebih tiga barang. Kalau satu barang, dianggap kegunaan sendiri. Jadi, melebihi tiga barang maknanya RM15,000 kali tiga, sudah pun mencapai RM45,000. RM45,000 lebih daripada jurisdiction dengan izin Mahkamah Majistret. Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira itu sahajalah. Untuk Yang Berhormat Indera Mahkota sebenarnya Yang Berhormat Indera Mahkota ini...
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Special. Saya jawab lebih awal. Dia orang yang ketiga bertanya tetapi kerana isunya penting, saya jawab lebih awal daripada yang lain. Saya sudah jawab Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Yang Berhormat Menteri, satu soalan yang last sekali.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tentang apa itu?
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Saya hendak minta penjelasan adakah akta ini boleh mencegah sindiket gosok dan win yang semakin serius di Johor Bahru terutamanya di Kompleks City Square, Johor Bahru? Sebab...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Gores dan menang.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Ya, ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ada, ada. Memang akta ini tujuannya adalah untuk tindakan kepada gores dan menang. Kalau akta lama tidak ada. Jadi, kita masukkan seksyen yang baru untuk fokus kepada gores dan menang.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Okey.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi, saya sekali lagi mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat sama ada berbahas pada peringkat awal ataupun membuat celahan yang saya kira banyak membantu kementerian dan kementerian berjanji akan mengambil kira semua pandangan yang diberikan oleh rakan- rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Fasal-fasal 1 hingga 71 - Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya berkenaan dengan fasal 5, iaitu Bahagian II berkenaan dengan larangan perihal perdagangan palsu yang digariskan di bawah maksud denda iaitu di mana kesalahan yang disebutkan apabila disabit denda digariskan sebanyak tidak melebihi RM250,000 dan juga kesalahan kedua sebanyak tidak melebihi RM500,000 untuk sesuatu pertubuhan perbadanan. Di bahagian B digariskan sebanyak denda maksimum atau denda tidak melebihi RM100,000 untuk selain daripada pertubuhan perbadanan dan juga digariskan sebagai hukuman penjara dimasukkan di bawah perkara (B).
Saya hendak bertanya tentang maksud pertubuhan perbadanan di dalam semakan saya di dalam istilah perbadanan tidak memberikan makna yang tepat. Adakah syarikat berhad, syarikat sendirian berhad ataupun syarikat yang mewujudkan perkongsian serta syarikat-syarikat yang berlandaskan urusan ataupun pendaftaran di bawah koperasi juga ditakrifkan di bawah maksud (A) dan maksud (B) selain daripada bukan pertubuhan perbadanan ini. Adakah warga asing ataupun bukan warganegara Malaysia yang ditakrifkan di bawah taraf pemastautin untuk tempoh masa dia berada di dalam negara atau tanah air kita, ditakrifkan sebagai orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan yang meletakkan jumlah denda atau hukuman dalam bahagian (B). Muka surat 9, Bahagian II - Larangan Perihal Dagangan Palsu. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Pendang.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Fasal 26 dan fasal 27 iaitu berhubung dengan kesalahan yang dilakukan di luar negeri.
Saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang logo halal ini hanya akan dikeluarkan oleh pihak JAKIM sahaja di masa akan datang. Memang kita alu-alukan kenyataan tersebut tetapi baru-baru ini di tempat saya berhubung dengan susu untuk kanak-kanak sekolah iaitu Susu 1Malaysia yang diimport dari Korea Selatan yang dikatakan mengandungi tanda halal yang dicap di Korea Selatan. Susu itu dikemukakan kepada pihak kementerian oleh pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang, Pendang.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Akhirnya, pihak JAKIM mengatakan boleh sebab ia disahkan halal oleh pihak luar negeri iaitu pihak jabatan agama di Korea. Pihak Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengatakan boleh digunakan, tetapi ada pegawai yang mengatakan kita tidak mengesahkan tanda halal tersebut kerana ia dari luar negeri yang tidak disahkan oleh JAKIM.
Jadi saya ingin mendapat kepastian dalam hal ini daripada pihak Menteri, apakah halal yang dikeluarkan di luar negara juga akan diban ataupun tidak dibenarkan untuk digunakan selain daripada hanya dikeluarkan oleh JAKIM pada masa yang akan datang. Ini kerana kalau misalnya daging dari India, Australia, mungkin mereka mendapat halal terus daripada pusat-pusat Islam mereka di sana. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Body corporate bermakna syarikat yang diperbadankan, perkongsian dan mana- mana badan yang ditubuhkan di bawah undang-undang yang adalah, koperasi dan sebagainya. Rakyat asing juga tertakluk. Untuk yang bukan perbadanan bermakna individu.
Selain daripada syarikat bermakna individu. Perbadanan tadi merangkumi semua iaitu syarikat sendirian berhad, syarikat berhad, public-listed company, koperasi. Ini kerana koperasi juga diiktiraf sebagai sebuah badan di bawah Akta Koperasi, jadi termasuk. Orang bukan perbadanan bermakna setiap individu termasuk individu-individu asing jika dia melakukan kesalahan tersebut di dalam negara.
Keduanya, sijil halal tadi. Sijil halal daripada luar negara boleh diterima. Katakan daripada Korea contoh yang Yang Berhormat Pendang maksudkan tadi. Boleh selepas ini, tetapi pengeluar sijil halal di Korea itu hendaklah pengeluar sijil halal yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Mungkin di Korea hanya dua sahaja. Saya pun tidak tahu, ini belum lagi diputuskan. Katakan di Korea hanya ada dua sahaja autoriti yang berhak mengeluarkan sijil halal. Jadi, yang daripada autoriti itu sahaja, yang lain-lain tidak dibenarkan. Jadi maknanya, nanti JAKIM akan mengeluarkan senarai yang mana daripada negara berkenaan yang disahkan. Kalau di negeri China, saya difahamkan ada 53... [Disampuk] Belum lagi? Belum tetap lagi, tetapi akan ada banyak. Di Australia mungkin ada satu dua, di negeri China yang begitu besar mungkin ada satu dua dan sebagainya. Saya tidak tahu.
Akan tetapi maknanya JAKIM akan menentukan autoriti-autoriti yang berhak untuk mengeluarkan logo halal daripada negara-negara pengeksport dan sebagainya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ada lagi?
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Ada. Sambungan daripada itu.
Saya hendak tanya, kalau Yang Berhormat Menteri mengatakan boleh kita menggunakan logo halal daripada luar negara, apakah di tempat ataupun barang yang kita hendak gunakan itu disahkan bahawasanya..., okey, misalnya kita ada susu dari Korea, JAKIM telah mengesahkan badan agama di Korea ini menggunakan logo halal yang disahkan oleh JAKIM. Bagaimana rakyat dari negara kita boleh tahu bahawasanya itu disahkan oleh JAKIM? Apakah kita mempunyai senarai panjang berhubung dengan syarikat-syarikat ataupun identiti badan agama yang disahkan oleh JAKIM tersebut? Kita lihat, beli, minum sahaja kalau macam susu ini. Bagaimana hendak tahu pengesahan daripada JAKIM? Saya harap boleh beri penjelasan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bertanyakan perkara (A) tadi, pertubuhan, perbadanan sebab dalam tafsiran ini tidak ada diletakkan tafsiran yang..., perkara yang mustahak juga, maksud pertubuhan perbadanan di bawah akta ini tidak ada. Akan tetapi, kapal pun ada diterangkan maksud, apa maksud kapal diterangkan untuk penggunaan akta ini. Manakala pertubuhan perbadanan tidak disebut.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Pada pandangan saya, kalau perkongsian di bawah Akta Perkongsian, syarikat umum berhad, jauh bezanya itu kategorinya. Koperasi, jauh dari segi bidang kuasanya, aturan atau tata urusnya, berbeza. Dari segi tanggungan pun berbeza. Kalau kita letakkan pertubuhan perbadanan dalam satu takrifan, bermakna akta ini agak longgar. Jauh bezanya antara tanggungjawab ataupun loophole, dengan izin. Kalau begitu, memang kita sediakan satu ruang untuk kategori sama ada syarikat sendirian berhad, umum berhad, koperasi dan juga pertubuhan-pertubuhan yang..., kalau Yang Berhormat Menteri katakan pertubuhan itu dianggap semua, dianggap sama kategorinya, saya rasa kita menyediakan satu ruang untuk pengelakan yang cukup besar dalam takrifan ini.
Begitu juga yang (B), saya bertanyakan tentang taraf permastautinan tadi. Adakah keterangan ataupun penjelasan berkenaan dengan status orang yang katakan bukan pertubuhan, tetapi orang itu adakah kita perlu clarify dia taraf pemastautin dalam negara atau tidak. Ini kerana kita hendak lihat sama ada mereka ini dikawal dalam undang-undang ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Yang Berhormat, tentang sama ada kita mengetahui atau tidak, sama ada secara bertulis atau tidak tentang logo halal tadi. Akan tetapi saya percaya, ini adalah secara administratif. Saya percaya JAKIM akan mengeluarkan bentuk-bentuk logo halal dan sebagainya di dalam website mereka...
[Disampuk] Di dalam web Halal. Mereka akan mengeluarkan satu web, website mereka bernama web Halal yang akan meletakkan semua logo daripada luar negara yang boleh dianggap sah dan sebagainya.
Definition ini, ada definition yang universal, yang diterima oleh semua akta.
Misalnya pertubuhan perbadanan atau dalam bahasa Inggerisnya body corporate. Semua akta menggunakan definisi, mana-mana pun menggunakan body corporate yang mengatakan body corporate itu adalah sekian, sekian, sekian. Apabila merujuk kepada body corporate, itulah yang difahami oleh mana-mana pihak. Jadi, saya rasa tidak timbul soal kalau tidak ada definition ini dengan jelas, maka ia menjadikan akta ini tidak sah dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, kalau ada timbul isu yang berkaitan dengan the point of law, let court decide dari segi apa makna body corporate dan sebagainya. Jadi saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Terima kasih.
Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 71 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.
Jadual diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan)
(Pindaan) 2011 iaitu suatu akta untuk meminda Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengumumkan insentif cukai bagi industri petroleum huluan (upstream) pada 30 November 2010. Tujuan insentif tersebut adalah untuk menggalakkan pelaburan bagi meningkatkan pengeluaran petroleum negara. Fokus insentif adalah membantu mengurangkan kos kendalian industri petroleum huluan bagi menarik minat pihak terlibat meningkatkan aktiviti cari gali dan pembangunan medan minyak. Ini termasuklah aktiviti di medan minyak marginal iaitu kawasan yang mempunyai rizab yang agak kecil dan aktiviti yang tertentu yang memerlukan perbelanjaan dan kemahiran teknikal yang tinggi.
Di antara insentif yang berkaitan dengan pindaan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 ini adalah seperti berikut:
(i) kadar cukai pendapatan diturunkan daripada 38 peratus kepada 25 peratus untuk medan minyak marginal;
(ii) elaun modal dipercepatkan daripada 10 tahun kepada lima tahun untuk medan minyak marginal;
(iii) elaun pelaburan untuk projek yang memerlukan perbelanjaan modal dan kemahiran teknikal yang tinggi, termasuk aktiviti peningkatan kadar pengeluaran, enhancement of recovery dengan izin; aktiviti pengeluaran di kawasan yang mempunyai kandungan gas karbon dioksida, tekanan dan suhu yang tinggi; aktiviti pengeluaran di kawasan laut dalam dan projek-projek infrastruktur operasi petroleum; dan
(iv) perbelanjaan eksplorasi yang layak dibenarkan ditolak dengan pendapatan daripada kawasan perjanjian perkongsian pengeluaran yang tidak berdampingan (noncontiguous area).
Untuk tahun 2010 dan 2011, sebanyak empat projek yang berkaitan dengan insentif di atas telah berjalan dan setakat ini telah melibatkan perbelanjaan sebanyak kira- kira RM168 juta. Memandangkan projek tersebut telah dimulakan, maka tarikh kuat kuasa pindaan ini perlulah dikebelakangkan selaras dengan tarikh insentif diumumkan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan insentif-insentif tersebut, pindaan ke atas akta sedia ada melibatkan empat fasal sahaja. Huraian kepada setiap fasal dalam rang undang-undang ini adalah seperti berikut.
Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011 dan peruntukan berhubung permulaan kuat kuasa akta ini.
Fasal 2 bertujuan memasukkan Bab 6, dan seksyen 22A untuk memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri mengeluarkan arahan dan membuat peraturan-peraturan teknikal berhubung pelaksanaan insentif cukai tersebut dari segi kaedah pengiraan pendapatan kasar, pendapatan larasan, pendapatan berkanun dan pendapatan tertaksir daripada operasi petroleum.
Fasal 3 bertujuan memasukkan seksyen 65C untuk membolehkan Menteri Kewangan mengecualikan mana-mana orang yang boleh dikenakan cukai daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Ini melibatkan pengecualian secara am atau khusus berkenaan dengan apa-apa jenis pendapatan operasi petroleum dan pengecualian hendaklah dibuat melalui perintah berkanun yang disiarkan dalam Warta.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan perenggan 3A ke dalam Jadual Pertama kepada Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967. Peruntukan perenggan ini membenarkan perbelanjaan eksplorasi yang layak yang telah dilakukan oleh orang yang boleh dikenakan cukai ditolak daripada pendapatan di bawah perjanjian petroleum yang lain di kawasan yang tidak berdampingan (noncontiguous). Layanan ini tertakluk kepada syarat pihak asal dalam kedua-dua perjanjian petroleum tersebut adalah pihak yang sama.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Fasal 4 seterusnya bertujuan untuk memperuntukkan bahawa perenggan baru 3A tidaklah terpakai bagi operasi petroleum dalam Kawasan Pembangunan Bersama seperti dilaksanakan oleh Malaysia-Thailand Joint Authority atau kawasan bertindih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Permatang Pauh.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Walaupun rang undang-undang ini, pindaan Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967 tidak substantif dan ia menjurus kepada jaminan atau pengumuman Menteri sebelum ini malah Perdana Menteri, untuk mengurangkan cukai dan memberikan insentif cukai bagi industri petroleum huluan, saya ingin mengemukakan beberapa soalan agar diteliti oleh Menteri dan Perdana Menteri kerana kesan dan maksud di sebalik pindaan ini.
Pertamanya, rang undang-undang ini dalam bahasa Inggeris. Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyerang saya kerana menegur penguasaan bahasa Inggeris di kalangan beberapa hakim kanan. Saya tidak pertikai dasar bahasa. Saya hanya mengatakan seandainya hakim membenarkan prosiding berjalan dalam bahasa Inggeris, penguasaan bahasa haruslah baik. Itu sahaja, tetapi dia serang keras. Hari ini kita dapat saksikan percanggahan dan kepura-puraan yang berlaku dalam kerajaan. Bukan salah Menteri tetapi dasarnya. Walaupun Akta Petroleum berlaku sebelum penguatkuasaan ini dibolehkan, tetapi sekurang-kurangnya naskhah terjemahan sahih harus ada. Tidak ada terjemahan selain daripada pengantar.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang, akta, diperbuat Parlimen, tajuk ringkas, bab baru. Itu dalam bahasa Melayu. Kemudian “Chapter 6 – Special treatment” dalam bahasa Inggeris kerana kurang keupayaan pimpinan Kerajaan UMNO Barisan Nasional menterjemahkan “Chapter 6 – Special treatment”. Begitu kompleksnya industri petroleum sehingga tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu dengan baik. Jadi, itu teguran pertama.
Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Mohon minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga terpanggil untuk mempersoalkan mengapa tidak ada terjemahan dalam Bahasa Malaysia untuk Akta Ibu iaitu Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 sedangkan negara kita sudah 54 tahun merdeka. Saya hendak tanya Yang Berhormat Ketua Pembangkang, tidak adakah pakar-pakar bahasa yang digunakan di dalam drafting rang undang-undang ataupun di bahagian Parlimen ini?
Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Tidak adakah penglibatan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sehinggakan rang undang-undang yang kita bincangkan di sini yang ada pada hari ini dengan rasa penuh aib di dalam bahasa Inggeris dan tidak ada terjemahan rasmi dalam Bahasa Malaysia, Akta Ibu pun dalam bahasa Inggeris.
Baru-baru ini kita membahaskan mengenai dengan terjemahan perkataan “carcass” dalam bahasa Inggeris tidak ada terjemahan dalam Bahasa Malaysia - ”carcass” juga dalam rang undang-undang ini. Kita akan bincangkan satu lagi rang undang-undang esok ataupun lusa ini mengenai dengan Akta Veteran.
Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Akta Veteran ini disebut Akta ‘Veteran’ sahaja. Maknanya, ‘veteran’ ini adalah satu istilah bagi semua, tetapi mengapa khusus kepada angkatan tentera sahaja? Saya main bola untuk orang yang umur 40-an dan 50-an dipanggil bola sepak veteran. Jadi, persoalan saya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, tidakkah lebih baik Dewan Bahasa dan pakar-pakar bahasa dilibatkan sama di dalam bahagian drafting rang undang-undang di Parlimen ini? Sekian terima kasih.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, ini mempamerkan satu penghinaan pada bahasa walaupun mereka gunakan ini sebagai bahan politik murahan. Bagaimana hendak memanfaatkan ahli bahasa dan sastera?
Sasterawan negara A. Samad Said diheret ke balai polis. Sepatutnya dia membantu Menteri Kewangan kerana melakar kata dengan bahasa indah itu sukar kita saingi kekuatan dan keupayaan A. Samad Said. Akan tetapi itulah nasib sasterawan dan ahli bahasa sekarang ini terhumban belaka.
Jadi, saya pohon bukan penjelasan ringan dari Menteri, mengapa tidak terjemahan naskhah sahih dalam bahasa Melayu? Saya hendak dengar juga jaguh-jaguh bahasa Melayu di sebelah sana yang menghunus keris, hendak bakar, hendak gitu gini mana dia?
Dalam soal basic akta sendiri yang dibahaskan tidak sanggup berdiri mempertahankan.
Seorang Ahli
Yang Berhormat Semporna, bangun Yang Berhormat Semporna...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Ya, Yang Berhormat Semporna.
Terima kasih. Jadi Tuan Yang di-Pertua, soal bahasa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu, ia tidak satu akta yang kompleks pun kerana istilah-istilah itu sudah pun diterjemahkan. Saya tidak salahkan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana mereka selalu ikut prosesnya akan dipanggil untuk membantu. Akan tetapi, ini hanya mempamerkan kemalasan pihak bertanggungjawab termasuk Peguam Negara yang tidak ada wibawa dalam menangani masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk sekarang ke akta tersebut. Ini mengenai fasal 2, fasal 3 dan kebanyakannya fasal 4 itu hanya pengecualian iaitu layanan khas dan juga pengurangan cukai yang disebut dan dijelaskan oleh Menteri sebentar tadi.
Kita sekarang berdepan dengan masalah harga minyak yang kekal tinggi.
Walaupun ia memberi manfaat kepada kerajaan, Petronas dan pendapatan negara, tetapi dalam masa yang sama memberi beban besar kepada rakyat. Saya merujuk di sini permasalahan khusus yang berkait dengan harga petrol dan diesel yang bukan sahaja dipengaruhi turun naik harga minyak mentah di pasaran dunia, tetapi ada kaitan dengan isu sampingan seperti kos penapisan, kos pemasaran dan kos pengangkutan.
Bagi negara kita, mengikut International Energy Agency (IEA) yang menurut Yang Berhormat Timbalan Menteri..., memang boleh diterjemah ya? International Energy Agency,
(Agensi Tenaga Antarabangsa) takut-takut nanti belum siap terjemahannya... Sebanyak 69 peratus daripada minyak mentah digunakan di loji-loji penapisan negara domestik bagi menghasilkan bahan api adalah minyak mentah keluaran Malaysia dan 31 peratus sahaja yang diimport. Kita tahu minyak mentah Malaysia baik dari gred tapis atau gred merely light adalah antara gred minyak mentah terbaik di dunia. Apa kaitannya dengan akta atau pindaan ini? Kaitannya ialah soal perencanaan dasar.
Minggu ini apabila minyak mentah piawai gred brand diniagakan pada harga USD106 satu tong, minyak mentah gred tapis keluaran Malaysia diniagakan pada harga USD124.66 setong. Maknanya, minyak mentah Malaysia adalah 18 peratus lebih mahal dari minyak mentah piawai di pasaran dunia. Minyak mentah dari Afrika atau Arab Saudi jauh lebih rendah harganya berbanding dengan minyak mentah gred brand. Secara umumnya diskaun harga minyak mentah Arab Saudi dan Afrika harga gred brand adalah di antara USD20 hingga USD40 setong. Apa kaitannya ialah kerana persiapan kita dari sudut keupayaan kita dalam bidang penapisan sehingga menyebabkan kita import dengan kos yang bertambah. Oleh sebab itu, mengikut data Agensi Tenaga Antarabangsa, Malaysia masih menggunakan 69 peratus dari minyak mentahnya walaupun harga minyak kita dari sudut piawai di pasaran dunia itu jauh lebih tinggi 18 peratus.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Peringkat awal tahun 70-an, 80-an dan 90-an kita dapat faham kerana kita anggap loji penapisan itu memadai. Akan tetapi, lonjakan harga sejak ia mendadak sejak tahun 2003, sepatutnya menyebabkan kerajaan segera mengambil keputusan mengadakan loji supaya dapat mengurangkan kos. Jikalau perencanaan sejak tahun 2003 itu baik, kos dikurangkan harga pasaran juga pasti akan kurang dan tidak melambung seperti ini.
Saya difahamkan dan pihak kementerian boleh menyemak bahawa Petronas sebenarnya mengusulkan hal yang sedemikian lebih awal, tetapi telah tidak dipersetujui ataupun dilengahkan keputusannya sehingga akhir ini. Maknanya, kalau mengatakan kalau persiapan loji penapisan itu dibuat awal, kos minyak di Malaysia hari ini di kalangan pengguna akan jauh lebih rendah walaupun harga pasaran antarabangsa terus melambung.
Penganalisis komoditi dunia menjangkakan bahawa harga minyak mentah akan stabil di paras USD80 setong mulai tahun 2008. Ini yang disebut berulang kali tetapi ternyata tidak berlaku dan peningkatan ini juga melibatkan peningkatan eksport gred tapis dan pengimportan minyak mentah yang lebih murah. Dua kesan jangka panjang ialah pertama, mengurangkan kesan kenaikan harga minyak kepada rakyat Malaysia kerana komponen kos minyak mentah berada pada harga yang lebih rendah berbanding dengan sebelumnya.
Kedua, menyiapkan Malaysia untuk menghadapi ketika kita tidak lagi mempunyai minyak dan perlu mengimport minyak mentah bagi kegunaan domestik. Jadi, patut ada penjelasan mengapa hal ini tidak berlaku kerana kalau ini berlaku, insentif yang dibangkitkan dan kemudahan diberikan itu tidak akan dianggap begitu mendesak seperti mana ada sekarang.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Saya juga merujuk Tuan Yang di-Pertua, tentang apa yang dilakukan sekarang mengambil kira kompleks baru petroleum dan petrokimia, Refinery and Petrochemicals Integrated Development yang diumumkan baru-baru ini di Selatan Johor dianggar berjumlah RM60 billion yang tentunya dimasukkan sebagai kejayaan besar kita meningkatkan pelaburan. Padahal RM60 billion itu dari keupayaan dan keputusan untuk mewujudkan loji penapisan yang diperlukan oleh negara sejak mungkin 10 tahun sebelumnya. Projek ini pada faham saya masih di peringkat detail feasibility study tetapi seperti biasa yang membimbangkan kita ialah ketelusan kerana kalau projek ini dibahagikan kepada syarikat-syarikat pilihan kroni ia akan menjebakkan kita dengan kos yang meningkat.
Seperkara berkaitan dengan fasal 2 dan fasal 3 dalam seksyen baru ini tentang pindaan kepada akta ibu dengan memasukkan seksyen baru 65C, “Exemption from tax:
general” dan juga fasal 2 chapter 6 special treatment ini yang telah disentuh dalam penghantar-penghantar. Saya ingin menyebut hal yang sedemikian iaitu akta ini sebenarnya berikan insentif. Soalnya insentif kepada siapa? Jawapannya ada dalam jawapan bertulis dalam pertanyaan lisan saya yang dijawab pada hari ini, soalan 28 bahawa Kontrak Khidmat Risiko (Risk Service Contract) yang diluluskan baru-baru ini untuk kawasan medan berantai.
Risk Service Contract (RSC) ini yang pertama. Dahulu Petronas di bawah Ketua Eksekutif yang lampau Tan Sri Hassan Marican yang diberhentikan cara yang kurang hormat menumpukan usaha cari gali luar negara untuk mempersiapkan negara keupayaan untuk memenuhi keperluan akan datang. Sekarang, ditambah dengan Risk Service Contract. Ya, keputusan itu dipertikai oleh sebahagian pihak tetapi ia menjadi kenyataan.
Katanya ia melibatkan kos sekitar RM20 billion. Soalnya disebut dalam jawapan siapa yang peroleh kontrak itu? Saya tidak pasti ketelusan cara dan kaedahnya tetapi balik kepada kumpulan yang sama iaitu Kencana Energy Sendirian Berhad kepunyaan Dato’ Mokhzani dan Tun Dr Mahathir Mohamad, juga Sapura Energy Ventures Sendirian Berhad yang juga melibatkan Dato’ Kamaruddin Tun Abdullah Badawi ‘Sendirian Berhad’. “Sendirian Berhad” itu, saya tambah.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Jadi, sudah diberikan kontrak ini yang tentunya akan menyebabkan keuntungan ratusan juta ringgit. Kita Ahli-ahli Parlimen diminta luluskan lagi insentif tambahan untuk syarikat yang dipilih khas dan insentif ini cukup tinggi. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah maksud memperkenalkan insentif ini untuk juga menjana kekuatan syarikat tempatan termasuk bumiputera yang berwibawa yang tidak terpilih dari kalangan golongan elit atasan. Kalau di Sarawak Tuan Yang di-Pertua, keluarga itu sahaja yang Tuan Yang di-Pertua sedia arif dan kalau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan sekitar keluarga-keluarga itu juga walaupun mencecah bilion ringgit kontrak. Alasannya ialah alasan kepentingan bumiputera.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Permatang Pauh, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat, ada laporan dalam Bloomberg Business yang terbaru yang memberi komen bahawa katanya dengan izin; “Politician Are Demonizing Big Oil?”. Mengatakan pendapat bahawa kebanyakan negara pengeluar minyak yang berurusan dengan industri ini sedang mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga minyak.
Di antara perkara yang disebut ialah kegemaran pemerintah negara-negara tersebut untuk mengemukakan insentif yang boleh atau patut diberi kepada syarikat- syarikat yang berkaitan dengan minyak, diberi contoh ExxonMobil walaupun mendapat keuntungan pada suku tahun pertama sahaja 2011, peningkatannya sebanyak 69 peratus keuntungan tetapi masih lagi berusaha untuk mendapatkan insentif untuk mengurangkan kadar cukai. Nampak gaya kerajaan kita pun membawa polisi yang sama mengemukakan dalam Dewan untuk memberi insentif kepada syarikat yang berkaitan dengan petroleum untuk tujuan memang meningkatkan lagi keuntungan. Sedang patutnya pada pandangan saya, sepatutnya lebih memikirkan tentang rakyat ataupun keseluruhan rakyat yang mengalami masalah maintain cara hidup yang biasa. Minta pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Tepat ya, bahawa sebenarnya yang disebut insentif ini..., subsidi kepada orang kaya, kepada orang miskin itu subsidi. Orang kaya insentif. Kalau jumlah insentif diberikan mungkin mencecah ratusan juta seperti mana subsidi kepada IPP disebut insentif.
Kemudian, apabila kita sebut subsidi, dimarahi dan disergah oleh Yang Berhormat Menteri, mana ada subsidi, itu insentif. Jadi itu permainan istilah.
Kalau Yang Berhormat Indera Mahkota teliti sebenarnya dalam special treatment ini dengan izin merujuk kepada rang undang-undang; “Special treatment with due respect to the ascertainment of the adjusted income, statutory income and assessable income from that petroleum operations…”. Besar diberi kuasa pengecualian oleh ketua pengarah dan juga Yang berhormat Menteri. Ada permohonan dari syarikat Kencana yang dipunyai oleh keluarga bekas Perdana Menteri kepada Yang Berhormat Menteri sekarang, lulus. Ada satu lagi permohonan dari bekas keluarga Perdana Menteri satu lagi kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, lulus. Apa kita jangka Yang Berhormat Menteri Kewangan akan mudah menolak? Tidak. Jadi soalnya yang dibangkitkan ialah rang undang-undang ini kelihatan telus beri insentif.
Akan tetapi pelaksanaannya itu berdasarkan pengalaman kita insentif kepada syarikat terpilih sudah pun diumumkan dan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri pagi tadi.
Dia diumumkan bahawa syarikat Petrofac Energy Developments, Kencana Energy, Sapura Energy Ventures. Itu sahaja yang peroleh dan apakah insentif ini melibatkan kebanyakannya syarikat ini. Mana dia syarikat tempatan lain domestik yang banyak?
Apakah tidak ada ruang setelah 40 - 50 tahun dilatih beberapa syarikat baru termasuk bumiputera yang berkelayakan. Apakah bumiputera ini bermakna bumiputera keluarga Ketua Menteri di Sarawak dan bumiputera keluarga Perdana Menteri-Perdana Menteri di Malaysia? Ini soal yang harus kita pohon penjelasan sebelum kita bahaskan rang undang- undang ini secara terperinci.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya harap oleh sebab penjelasan yang diberikan dengan teliti kerana pertama jawapan pagi tadi ini, jawapannya mengesahkan dua syarikat ini walaupun jumlahnya tidak disebut. Maklumat saya dari Petronas jumlahnya dianggar sekitar RM21 hingga RM23 bilion kontrak yang di bawah Risk Service Contract (RSC) yang baru diperkenalkan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Kedua, adalah kita membahaskan rang undang-undang ini dengan insentif dan kelonggaran yang agak luar biasa, memberikan bukan sahaja peruntukan fasal ini tetapi pengecualian semuanya. Memberi ruang dan kuasa kepada ketua pengarah dan Menteri untuk memutuskan semua pengecualian dan pengecualian ini seperti mana yang saya ulang melibatkan kepentingan beberapa syarikat pilihan. Maknanya setelah 30 tahun lebih Dasar Ekonomi Baru, kita hanya berjaya melatih dua syarikat utama oleh keluarga Perdana Menteri dan tidak ada Melayu lain daripada Perlis ke Semporna yang dianggap layak mengendalikan projek-projek seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, kerana memberikan keizinan untuk saya juga membahaskan rang undang-undang yang melibatkan tentang meminda Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.
Saya cuba untuk mengutarakan beberapa persoalan penting di sini tentang takrif yang dikatakan sebahagian besar tadi oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, agar kerajaan tidak bermain dengan kata-kata. Tidak mengelirukan rakyat dengan istilah yang mencurigakan dan hasilnya adalah kita tidak dapat fakta ataupun dengan izin, genuine fact, yang asli dan boleh dipegang sebagai suatu perkara yang penting untuk rakyat diberitahu.
Saya ingin mengulangi kembali tentang soalan yang saya berikan pada 20 Jun yang lalu. Soalan nombor dua tetapi dijawab oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada waktu itu, yang berkaitan dengan penggunaan istilah yang dikatakan melepaskan.
Saya baca Hansard itu untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak pernah memperuntukkan sebarang subsidi kepada pihak IPP, subsidi gas yang dimaksudkan tersebut adalah jumlah hasil yang dilepaskan atau revenue for good, dengan izin, oleh pihak Petronas selaras dengan kelulusan oleh pihak kerajaan.
Di sini saya rasa perlu untuk pihak Kementerian Kewangan menjawab dengan jelas kerana sebelum daripada itu ialah timbul isu kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan kerajaan sedia untuk mengkaji, untuk review tentang pengurniaan subsidi kepada pihak IPP, itu adalah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Akan tetapi apabila soalan itu saya jawab, walaupun ditujukan kepada Perdana Menteri tetapi di dalam jawapan hari Isnin, yang menjawabnya ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau. Jawapan yang diberikan adalah seperti mana di dalam Hansard yang saya baca tadi, ia bukan suatu subsidi tetapi menggunakan perkataan jumlah hasil yang dilepaskan oleh Petronas ataupun dengan izin, revenue for good. Jadi, saya menginginkan penjelasan kerana apa pun sama ada keuntungan Petronas, net profit ataupun gross profit itu adalah melibatkan cukai, berapa jumlah yang akan dibayar oleh pihak Petronas kepada pihak kerajaan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Di sini saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa sekiranya kita tidak mampu memberikan suatu kenyataan yang tepat kepada rakyat ataupun jawapan Menteri sendiri di dalam Dewan yang mulia ini, maka sudah tentu itu pemberian subsidi yang begitu mewah oleh Petronas dalam bentuk gas kepada IPP.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ini tidak dapat diselesaikan ataupun tidak dapat difahami oleh rakyat dalam erti kata yang sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, timbul pula isu dalam konteks ini di mana kenyataan yang diberikan oleh bekas Chairman Tenaga Nasional Berhad iaitu Tan Sri Ani Arope yang...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bangun]
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Saya terkejut Tuan Yang di- Pertua, tiba-tiba bangun.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, saya tengok muka Tuan Yang di-Pertua ceria, alhamdulillahlah.
Tuan Yang di-Pertua
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya pindahkan Yang Berhormat Pokok Sena duduk jauh- jauh supaya Yang Berhormat Kubang Kerian tidak terkejut... [Ketawa]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya puji Tuan Yang di-Pertua kata...
Tuan Yang di-Pertua
Sila...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Petang ini nampak ceria, Tuan Yang di-Pertua pun sudah memberikan ancaman terhadap masa depan saya. Ini Tuan Yang di- Pertua pun macam hendak memberi ancaman kepada...
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi, tidak buat perhimpunan lagi pun sudah salah Tuan Yang di-Pertua. Saya – persidangan akan datang, akan datanglah Tuan Yang di-Pertua. Baik, saya hendak tanya Yang Berhormat Kubang Kerian iaitu adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa apa pun istilah yang digunakan oleh kerajaan juga Petronas iaitu keuntungan yang dilepaskan, hakikatnya ialah kerajaan beri harga yang murah kepada IPP, sebutlah apa-apa pun. Walaupun tidak sebut subsidi Yang Berhormat Menteri tetapi hakikatnya kerajaan melalui Petronas telah menjual dengan harga yang murah dan sekali gus telah mengurangkan keuntungan-keuntungan Petronas. Sepatutnya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan harus melepaskan lebih banyak keuntungannya untuk rakyat dan bukan hanya untuk satu kelompok atau tauke-tauke syarikat yang mengendalikan subsidi.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas persoalan yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Pokok Sena. Saya rasa itulah hasrat kita yang dibangkitkan tadi supaya kerajaan janganlah bermain dengan istilah, kalau subsidi itu subsidilah, kalau hendak menaikkan harga itu cakap naik dan jangan menggunakan istilah menstrukturkan kembali atau seumpamanya, jadi biar jelas di atas isu itu. Inilah yang menjadi persoalannya, kerana bukan bermakna kita tidak pro business bukan makna kata apa yang kami janjikan di dalam Buku Jingga ataupun apa yang kami akan pastikan di dalam dokumen Negara Kebajikan, bukan makna kita hendak tolak atau menghapuskan IPP ini. Jangan bimbang, kita tidak akan sekejam itu, kita masih ada etika dan punya pendekatan pro bisnes tetapi masalahnya rakyat itu mestilah didahulukan, kepentingan rakyat itu mestilah menjadi priority, keutamaan kita.
Jadi kita hanya mahu review, kerajaan mesti mendedahkan tentang subsidi yang begitu mewah, yang dimiliki oleh IPP ini, yang di atas arahan kerajaan, Petronas memberikan subsidi ini, jadi itu sahaja yang kami hendak tahu. Jika mengikut kenyataan- kenyataan daripada Tan Sri Ani Arope, dari tahun 1997 sehingga tahun 2010, jumlah subsidi gas, ini hasil petroleum ya. Jumlah subsidi gas yang dianugerahkan oleh Petronas berjumlah RM116.4 bilion, IPP mendapat RM49.3 bilion yang mencakupi 42.3 peratus. Ini bukan satu jumlah yang kecil, memperlihatkan keadaan yang konsisten ataupun terus menerus syarikat IPP ini mendapat layanan, kemudahan dan subsidi yang begitu mewah daripada pihak kerajaan melalui Petronas.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kubang Kerian, Balik Pulau sedikit boleh? Yang Berhormat Kubang Kerian mohon penjelasan, saya rasa Yang Berhormat Menteri ketika minggu lepas bersetuju dengan saya bahawa tidak ada langsung terma-terma perjanjian IPP dan juga TNB yang mempunyai unsur-unsur keselamatan dalam negara, kan? Selaku yang pernah berpengalaman mengepalai TNB.
Jadi, saya yakin Yang Berhormat Menteri sebelum menjawab kita nanti, beliau mungkin akan datang ke Dewan yang mulia ini untuk meyakinkan kita dengan salinan perjanjian tersebut untuk memberikan kepada kita Ahli Parlimen dan juga rakyat melihat apa isi kandungan perjanjian tersebut kerana saya lihat sehingga ke hari ini walaupun berbahas, ada yang kata untuk Ahli Parlimen sahaja boleh dapat access dokumen tersebut.
Akan tetapi sehingga ke hari ini faktanya, dokumen tersebut belum lagi diberikan kepada rakyat atau umum untuk dilihat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya rasa Yang Berhormat Menteri mungkin, apa pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian. Maksudnya sebelum Yang Berhormat Menteri jawab patut membawa ke Dewan ini dokumen-dokumen tersebut untuk kita semua lihat supaya kita boleh yakin apa yang beliau katakan. Mohon penjelasan.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua dan rakan saya Yang Berhormat Balik Pulau. Memang itu menjadi salah satu daripada permintaan kita bahawa apa salahnya kita sebagai ahli Dewan Rakyat ini dibekalkan dengan perjanjian tersebut. Saya rasa tidak ada salahnya kita memiliki dokumen tersebut untuk kita lihat terma-terma ataupun kita melihat tentang beberapa kepentingan yang seharusnya kalau perlu kita review, kita lihat semula adalah semuanya, untuk bottom-line nya, dengan izin, adalah untuk kepentingan rakyat. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya daripada Balik Pulau yang menegaskan lagi atau memperingatkan lagi tentang betapa perlunya kita mendapat satu salinan dokumen tersebut.
Untuk melanjutkan Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian yang berkenaan ini, adakah menjadi dasar atau polisi untuk terus memberikan mengarahkan Petronas untuk satu jangka masa waktu yang lama lagi untuk meneruskan lagi pemberian subsidi ini. Kalau itu telah menjadi satu dasar dan polisi kerajaan, maka kita harus diberitahu tentang polisi tersebut kerana apa yang membimbangkan ialah kita juga mendapat maklumat ada beberapa IPP yang menerima surat tawaran bagi meningkatkan lagi kapasiti jana kuasa mereka. Sudah tentu bagi mana-mana jana kuasa swasta ini yang menggunakan gas sebagai bahan mereka akan terus lagi mendapat subsidi gas ini.
Demikian juga bagi mereka yang menggunakan arang baru juga kita melihat dalam konteks ini mereka juga mendapat bekalan arang batu.
Untuk mendapatkan bekalan arang batu ini bagaimana terkandung dalam perjanjian yang tidak didedahkan sebab itu rakan saya Yang Berhormat Balik Pulau kita mahu melihat terma-terma itu. Kalau kita melihat dan membuat andaian daripada dokumen yang tidak didedahkan ini, ini bermakna sesiapa pun syarikat IPP’s yang ada pada hari ini pun dia akan menjana kuasa, dia tidak perlu bimbang tentang gas dan arang batu kerana bukan dia punya urusan untuk mendapatkan gas dan arang batu. Kerana itu dibekalkan oleh pihak kerajaan melalui Petronas atau melalui TNB yang mendapatkan arang batu. Jadi kalau berniaga macam ini, 100 peratus for sure untung. Wow, ini yang dikatakan akan untung sampai hati kiamat.
Akan tetapi rakyat apabila ada masalah tertarik, apabila TNB menghantar satu surat di satu Kabinet, yang kerajaan nampak ialah poket rakyat sudah naik bagi consumer rakyat bayar 7.1 peratus kenaikan takrif. Jadi tidak tahulah saya mana perginya ETP, mana perginya program transformasi, yang nampak pun nampaknya kena bayar adalah rakyat.
Suri rumah kena bayar harga satu tong gas hari ini dengan lebihan RM4 - RM5 atas kenaikan itu. Jadi ini yang kita rasa kita perlu untuk dedahkan dan kita harus minta supaya Yang Berhormat Menteri jawab dengan jujur supaya semua dokumen yang penting ini tidak lagi menjadi misteri sampai hari kiamat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin juga menegaskan di sini bahawa apa pun keadaan yang berlaku di GDA, bertindih tidak bertindih apa pun yang berlaku dari segi percukaian dan seumpamanya tetapi hasrat rakyat Kelantan hari ini untuk mendapatkan royalti masih lagi tidak mendapat, tidak jadi satu kenyataan. Jadi kita rasa apa pun walaupun perkara ini mungkin Tuan Yang di-Pertua akan menasihatkan saya perkara yang ada di mahkamah, tetapi ialah dari segi perbahasan peringkat dasar ini ingin saya sekali lagi mewakili rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan bahawa kita masih lagi mengharapkan supaya atas nama kerajaan untuk persekutuan, semangat federalism, semangat kita dalam sebuah negara yang telah merdeka ini supaya royalti ini harus diberikan rakyat Kelantan kerana ini merupakan hak yang termaktub dalam Perlembagaan, Akta Perhubungan Petroleum yang memang menjadi hak rakyat negeri Kelantan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tawau. Sabah pun ada minyak juga.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Banyak minyak Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahas Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Saya memohon penjelasan daripada kementerian atas pindaan Petroleum Act 1967 mengenai cukai pendapatan bagi minyak dan gas dengan beberapa isu dan perkara seperti berikut:
(i) berapa barrels Malaysia mengeluarkan setiap hari pada tahun 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010. Berapa barrels pengeluaran minyak mentah (crude oil) setiap hari di Sabah dan Sarawak masing-masing? Adakah benar pengeluaran minyak mentah dan gas dari Malaysia akan menurun pada tahun ini dan Malaysia akan menjadi satu negara as net importer of minyak dan gas pada 2014. apakah projection pada masa akan datang?;
(ii) pada maklumat diberikan oleh kementerian, Petronas sudah memberi projek-projek pembangunan berkaitan industri minyak dan gas di Sabah berjumlah RM1.3 bilion. Saya minta jumlah pembangunan sektor huluan di luar pantai Sabah dan Sarawak masing-masing dan jumlah projek pembangunan berkaitan industri minyak dan gas di Sabah dan Sarawak masing-masing.
Sila senaraikan nama-nama syarikat di Sabah dan di Sarawak yang mana telah diberi kontrak dan skop kerja-kerja daripada anak syarikat Petronas dengan jumlah kontrak masing-masing.
Bagaimana mereka akan menggunakan tax incentive selepas akta ini dipinda?;
(iii) mengenai jumlah RM2.47 bilion telah diberi kepada syarikat- syarikat yang berdaftar di Sabah melalui pemberian kontrak- kontrak untuk projek-projek mega seperti Sabah Oil and Gas Terminal (SGOT), Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP), dan Sabah Ammonia-Urea (Samur). Sila senaraikan nama-nama syarikat, jumlah kontrak dan skop kerja masing-masing dan apakah impak tax incentive akan menjadi selepas akta ini dipinda; dan
(iv) sila juga senaraikan nama-nama syarikat di bawah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Sabah (DPMM) dan persatuan kontraktor minyak dan gas Sabah yang mana telah diberikan award oleh Petronas, jumlah dan skop kerja.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Saya minta penjelasan dan memohon jawapan teliti kerana persatuan-persatuan dan syarikat-syarikat berkenaan membawa aduan kepada Menteri Luar Negeri Yang Berhormat Datuk Anifah Aman dan Yang Berhormat Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Industri Perladangan dan Komoditi dan Ahli-ahli Parlimen termasuk saya. Saya mohon jawapan. Dengan itu sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Putatan. Saya panggil Yang Berhormat Putatan bukan bermakna dia dari Sabah tetapi dia BN. Yang tadi itu daripada yang sebelah.
Silakan Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bukan mewakili Sabah saya mewakili BN sebab BEBAS sudah ada, Yang Berhormat Gombak dia memang tidak berbahas punya. Jadi, oleh kerana itu Yang Berhormat Menteri saya berbahas ini untuk kepentingan rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya turut berbahas dalam Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011, saya pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Pada bulan Januari tahun ini, pada bulan Januari tahun ini Ketua Menteri Sabah telah membuat satu kenyataan bahawa negeri Sabah contributed menyumbang 26.9 peratus daripada jumlah pengeluaran Petronas iaitu RM637,000 sehari Tuan Yang di- Pertua. Sehari Yang Berhormat Gombak. Ertinya negeri Sabah ini part of Malaysialah sebahagian daripada Malaysia. Yang Berhormat Gombak tidak adalah kosong. Tiada minyak di Gombak. Maaf ya. Jadi kalau ini peratusan kalau di translate diterjemahkan kepada stakeholders pada negeri Sabah dan jumlah peruntukan yang dibagi ini pada setahun adalah RM700 lebih sahaja juta ringgit untuk peruntukan setahun. Untuk pengurusan kerajaan negeri Sabah jadi jauh daripada penyumbangan daripada hasil natural gas kita dari Sabah. Jadi saya mohon yang 5 peratus berapa harganya, 5 peratus melalui dengan petroleum tahun1974?...
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Putatan boleh masuk sedikit.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Sedikit sahaja. Sedikit sahaja Yang Berhormat Putatan.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Ya ini bawah Kelantan atau Kedah.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Sungai Petani dalam Kedah.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Sungai Petani tidak ada minyak.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Tidak ada minyak. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Putatan, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Akan tetapi, saya tahu cuma Baling itu ada keperluan di sana pada suatu ketika sebab tiada minyak. Jadi minta sumbangan daripada Sabahlah ini.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Ya, sumbangan kepada Sabah.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Ya.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Kalau begitu Yang Berhormat Putatan, saya dimaklumkan bahawa ranking negeri-negeri termiskin di Sabah turun lagi. Nampaknya dalam keadaan negeri Sabah menyumbang 26 peratus hasil petroleum kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi ranking taraf kemiskinan itu semakin menurun ada sesuatu yang tidak kena.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Setuju kah, setuju kah Yang Berhormat Putatan kalau saya mencadangkan sekurang-kurangnya rakyat Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain yang mengeluarkan minyak memohon ihsan apa kiranya kerajaan Federal menaikkan daripada 5 peratus ke 20 peratus untuk supaya rakyat negeri-negeri yang keluar minyak ini sama rasa dengan negeri-negeri lain. Walaupun negeri lain tidak dapat minyak tetapi mereka hidup lebih mewah nampaknya daripada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak. Setuju atau tidak Yang Berhormat Putatan dengan saya?
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Ini tiada political agendalah ya. Yang benar ya, ikhlas.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Ya, benar.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Kalau begitu saya mengharaplah kalau sahabat saya daripada Sungai Petani dapat menang pilihan raya akan datang... [Tepuk] Kawasan Sungai Petani sahaja.
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Tidak ada. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu buku jingga itu lama-lama dia jadi buku putih ataupun hitam. Tidak mengapalah, saya menjawab.
Itulah tujuan perjuangan kami rakyat Malaysia dari Sabah ini rakyat Malaysia kerana kemiskinan di negeri Sabah bukan perbuatan daripada kerajaan, bukan. Ini perbuatan daripada salah pengurusan dan ketidakadilan dengan Akta Petroleum Tahun 1974... [Tepuk] Jadi apa maksud saya di sini, walaupun Kerajaan Pusat telah pun menyalurkan banyak kewanganlah. Betul, Yang Berhormat Menteri. Is DC, betul? Berbilion itu satu daripada tanda yang disalurkan kepada negeri Sabah. Akan tetapi, malangnya ini agak ketinggalan jauh sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Jadi soal kemiskinan itu memang betul. Sabah ini kita..., Kerajaan Negeri Sabah ada perikemanusiaan dengan pendatang-pendatang tanpa izin yang menjadi satu penyumbang kemiskinan. Bukan orang Sabah sebenarnya, bukan orang Sabah. Adalah golongan sedikit di luar. Ini Yang Berhormat Balik Pulau kau duduklah sekejap bah nanti saya bagi chance.
Penduduk-penduduk di luar bandar, kalaulah Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat melihat ini terutama sekali projek-projek berasaskan daripada oil and gas ini. Seperti Yang Berhormat Tawau. Saya setuju dengan Yang Berhormat Tawau. Kontrak-kontrak pipeline dari Kimanis pergi Bintulu kontraktornya bukan, saya rasa bukan dari Sabah, dari Sabah. The spill over kalau kita menyumbang natural gas ini kepada Bintulu, walaupun jawapan dulu saya sudah tanya soalan yang sama the existing facilities I’m sorry, dengan izin. Kalau kita hendak wujudkan lagi facilities di Kinmanis ini menelan belanja yang begitu besar dan merugikan kerajaan ataupun Petronas. Akan tetapi, dengan harga RM4 bilion Tuan Yang di-Pertua untuk membina pipeline itu, alangkah baik RM4 bilion ini dibelanjakan untuk to install, menubuhkan installation facilities yang sama di Sabah. Bintulu pun ada, Kimanis pun ada.
Jadi spin-off daripada hasil projek ini akan memberi sedikitlah bukan banyak sedikit kepada ekonomi di Sabah. Yang Berhormat Timbalan Menteri, pengumuman pembatalan Cold Fire Plan, dengan izin di Senakut, di Lahad Datu akan digantikan dengan penjanaan kuasa melalui kuasa LNG itu menggunakan projek juga untuk membina pipeline kalau dibenarkan. Kalau tidak di mana dia dapat gas selain daripada mewujudkan pipeline.
Jadi kita mahu kalau penglibatan daripada dewan-dewan perniagaan negeri Sabah bagilah ini Petronas kasihan sedikitlah kepada businessman-businessman di Sabah. Sebab kalau dalam pemahaman saya belum ada ahli-ahli yang terlibat dalam ini walaupun yang baru- baru ini Persatuan Kontraktor di Sabah telah beria-ria kononnya projek gas ini yang di Labuan ini dibagi kepada ahli-ahli persekutuan daripada Labuan.
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Yang Berhormat Putatan saya minta sedikit.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Jadi itu saya harap perkara ini dapat dilihat dengan cara yang positif, secara yang membantu dan ini mungkin memberi satu gambaran yang kerajaan ini betul-betul prihatin dengan negeri-negeri yang kurang maju. Yes, ya Sarawak boleh. Nanti Yang Berhormat Balik Pulau kalau hendak tanya nanti saya balik kepada Yang Berhormat Balik Pulau.
Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya tidak ada banyak perkara cuma tadi Yang Berhormat Putatan ada menyentuh mengenai kontrak, mengenai projek. Saya dengarlah ini yang saya faham dari..., ada maklum balas dari rakan-rakan mengenai dengan Petronas, kalau projek yang diadakan di Sabah ia memastikan kontraktor dari Sabah mesti ada. Akan tetapi ianya tidak berlaku untuk Sarawak. Jadi saya mengharapkan agar Yang Berhormat Putatan boleh masukkan dalam ucapan Yang Berhormat Putatan untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sama ada ini adalah perkara yang betul atau tidak? Kalau tidak betul, saya mengharapkan perkara ini mengikuti macam mana amalan di Sabah untuk di Sarawak juga.
Terima kasih.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat dari Batang Sadong. Saya harap pihak Menteri telah pun mengambil nota celahan daripada Yang Berhormat Batang Sadong itu sebagai satu..., part of my perbahasanlah dengan izin. Ya, Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Putatan, saya mendengar dengan penuh tekun apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Putatan.
Tahukah Yang Berhormat Putatan dan penjelasan bahawa terdapat satu kajian oleh Stamford University bertajuk ”Oil-Led Development: Social, Political and Economic Consequences.” Maksudnya ia mengkaji negara-negara yang melakukan pembangunan dan mereka ialah pengeluar minyak, menjual minyak. Apa yang menarik, saya mohon ini – ini kerana ada kaitan dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Dia kata di sini dengan izin, “Furthermore, countries dependent on oil as their major resource for development are characterized by exceptionally poor governance and high corruption, a culture of rent-seeking, often devastating economic, health and environmental consequences at the local level, and high incidences of conflict and war.” Maksudnya kalau negeri yang ada minyak tidak diuruskan dengan baik akibatnya kepada social political itu amat kuat dan termasuklah isu-isu kemiskinan. Jadi saya rasa Menteri perlu memberi perhatian serius apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan. Mohon penjelasan.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.
Ini Yang Berhormat Balik Pulau ini ikut dia punya syarahan, perbahasan daripada dia punya bos tadi.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
[Bangun]
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Jadi saya tidak perlulah jawab. Biarlah Menteri jawab perkara itu, sebab Ketua Pembangkang juga telah pun menimbulkan perkara yang sama.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Yang Berhormat Putatan...
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Minta maaf Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Yang Berhormat Putatan minta jalan sikit boleh? Sedikit sahaja mengenai dengan kontrak yang disebutkan tadi itu. Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Putatan dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertariklah dengan soal kontrak-kontrak ini yang diberi oleh Petronas dan sebagaimana yang disebutkan oleh rakan-rakan yang lain. Apa yang penting sama ada bolehkah Yang Berhormat Putatan masukkan ini juga dalam ucapan Yang Berhormat Putatan, bahawa banyak kontrak di dalam Petronas ini diberi kepada syarikat seperti Ombak Simfoni Sdn. Bhd., Ombak Damai Berhad ini semua yang dikawal oleh Datuk ‘F’.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tiga Datuk ‘F’. Bukan Datuk ‘T’, Datuk ‘F’. Datuk Fariss, Datuk Farid, Datuk Fatir yang ada hubung kait dengan pentadbiran dalam Petronas ini. Sama ada bolehkah Menteri..., saya sudah bangkit dalam Dewan ini beberapa kalilah. Akan tetapi Menteri memang terlupakah atau pegawai dia sembunyikan maklumat ini. Bolehkah ini dimasukkan dalam ucapan Yang Berhormat Putatan supaya Menteri boleh jawab. Terima kasih.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Ya, terima kasih sahabat dari Wangsa Maju. Memang saya puji dengan Yang Berhormat Wangsa Maju ini, kadang-kadang dia bermula dengan pihak sebelah sini, kadang-kadang dia menghentam sebelah sana.
Kadang-kadang dia membela sebelah sana, sekarang dia membela sebelah sana pula. Dia kononnya, dia menunjukkan Petronas ini zalim.
Jadi saya..., cubalah Menteri jawab. Saya tidak ada halangan kalau Menteri sanggup menjawab. Jadi inilah Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku sebenarnya. Ini yang berlaku. Petronas ini zalim, zalim Tuan Yang di-Pertua. Orang-orang di dalam dia zalim. Itu saya setuju dengan Yang Berhormat Wangsa Maju. For the first time, dengan izin.
Dia kononnya memakai nama-nama syarikat tempatan untuk buat ini, buat itu pakai syarikat tempatan. Akan tetapi yang dia bagi komisen sahaja Tuan Yang di-Pertua, lebih komisen sahaja. Siapa yang melaksanakan projek itu, Petronas. Bila saya soal dengan kementerian, ini tiada kena-mengena dengan kementerian, tidak ada kena- mengena dengan kerajaan, ini urusan perniagaan Petronas. Itu jawapan yang saya selalu dengar.
Jadi rakyat di peringkat akar umbi menjadi satu persoalan yang besar bahawa kerajaan ini seolah-olah tiada kuku. Apa tiada taring. Ini Petronas ini dibiarkan sahaja seolah-olah kita biarkan Petronas menzalimkan rakyat di peringkat akar umbi. Saya mengharaplah walaupun ada arahan, satu arahan daripada pihak kementerian, dari pihak kerajaan untuk menyeru, mendesak Petronas untuk membantu syarikat-syarikat yang kecil, yang baru membangun.
Oleh sebab inilah satu agenda kerajaan untuk mewujudkan keusahawanan terutama sekali usahawan bumiputera. Akan tetapi tidak Tuan Yang di-Pertua. Syarikat- syarikat yang melaksanakan projek-projek Petronas ini, saya nampak ini tiada pun muka macam bumiputera. Ramainya macam Yang Berhormat Kepong. Saya minta maaf Yang Berhormat Kepong. Ini bukan racial akan tetapi ini perkataan yang sebenar.
Banyak. It’s nothing to do with racial, okay. It’s a fact. Jadi banyak kontraktor bumiputera ini mengalibabakan projek itu kalau dibagi. Itu yang masalah. Apa jenis tindakan pihak kementerian atas perkara serupa macam ini. Jadi saya bercadanglah, ini satu cadangan supaya satu majlis diwujudkan, jawatankuasa untuk melihat, memantau perkembangan pembangunan keusahawanan melalui TERAJU yang baru juga ditubuhkan di Pejabat Perdana Menteri pada awal tahun ini Tuan Yang di-Pertua.
TERAJU - saya pun tidak tahu apa itu TERAJU. Akan tetapi saya tahu ia wujud jawatankuasa ini supaya penglibatan usahawan-usahawan tempatan di negeri Sabah dan Sarawak juga dimasukkan dalam Ahli Jawatankuasa. Jangan seolah-olah sebelah pihak di sini sahaja yang membuat keputusan untuk rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak. Itu sahaja permohonan saya terutama sekali dalam bidang oil dan industry...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
[Bangun]
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Saya belum duduk. Yang Berhormat Gombak hendak bahas, atau mencelah. Okey dengan itu sekian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Bermakna ada lima lagi yang hendak berucap, Menteri sedia untuk jawab. Pertama Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Balik Pulau. Selepas itu Menteri menjawab. Sila Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011 kerana saya merasakan rang undang-undang ini cukup penting. Perbahasan kita pada petang ini menuntut rasa tanggungjawab yang cukup besar untuk menyelamatkan hasil pendapatan negara daripada dibolosi oleh tangan-tangan yang ghaib.
Oleh sebab itu saya minta rakan-rakan di dalam Barisan Nasional termasuk Yang Berhormat Putatan supaya mengambil pendirian yang jelas untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerana arahan daripada Ketua Whip Barisan Nasional. Jangan menggunakan kuasa majoriti dalam Dewan Rakyat untuk meluluskan satu rang undang-undang yang akhirnya akan memberikan keuntungan kepada satu dua kerat manusia dan bukan kepada rakyat yang terbanyak.
Peringatan ini juga diberikan kepada Yang Berhormat Pasir Salak yang sering melaungkan perjuangan untuk rakyat. Saya hendak uji pada petang ini apakah benar-benar Yang Berhormat Pasir Salak ini seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ini kerana kalau kita lihat rang undang-undang yang dibentangkan pada petang ini, kalau kita teliti dan amati dengan cermat, kita tidak boleh tersilap daripada membuat andaian bahawa insentif ini memang sudah dirancang untuk dikhususkan kepada kroni- kroni tertentu, khususnya dua orang anak mantan Perdana Menteri dan bukan untuk rakyat yang terbanyak. Kalau Ahli-ahli Parlimen termasuk Barisan Nasional mengambil rasa tanggungjawab kerana kita sering diingatkan oleh kerajaan supaya rakyat itu berbelanja secara sederhana, tetapi kita lihat kerajaan juga mengambil sikap yang tidak bertanggungjawab untuk melepaskan cukai-cukai pendapatan ini termasuk cukai petroleum semata-mata untuk memberi insentif kepada beberapa buah syarikat yang akan saya perincikan selepas ini.
Ini juga peringatan yang diberikan oleh sahabat saya Yang Berhormat Indera Mahkota tadi dengan membawa satu artikel yang terbaru di dalam laporan berita Bloomberg yang bertajuk “Politicians are demonizing big oil? Time to buy!” Kalau inilah amalan ahli-ahli politik kita dalam negara khususnya di Putrajaya, saya bimbang ianya akan memberikan kesan sosial dan juga politik seperti yang ditegaskan oleh Yang Berhormat Balik Pulau sebentar tadi.
Sebelum saya pergi secara terperinci tentang rang undang-undang ini, saya ingin tumpukan kepada dua perkara utama dalam pembentangan ini iaitu kuasa yang diberi kepada Ketua Pengarah dan juga Menteri Kewangan untuk mengecualikan cukai dalam operasi petroleum. Dalam Bab 6, seksyen 22A, Bahagian III rang undang-undang ini mencadangkan supaya kuasa tambahan diberikan kepada Ketua Pengarah untuk memberi layanan khas. Ini satu perkara yang akan membuka kepada ruang manipulasi dan juga salah guna kuasa kerana tidak ada satu definisi yang tepat tentang apa maksud layanan khas untuk membuat taksiran pendapatan daripada operasi petroleum.
Kita kena ingat bahawa dalam bidang percukaian petroleum, kita mesti berasaskan kepada garis panduan yang telah ditetapkan dalam Akta Pembangunan Petroleum atau Petroleum Development Act 1967 (PDA) yang salah satu elemen dalam akta ini ialah sistem pungutan cukai dalam Akta Pembangunan Petroleum ini, salah satu elemennya ialah unjuran perolehan bagi syarikat yang menjalankan operasi dalam industri petroleum ini.
Maka, kalau kuasa tambahan diberikan kepada Ketua Pengarah untuk membuat tafsiran sendiri tentang pendapatan yang perlu dikutip daripada syarikat berkenaan tanpa ada satu mekanisme yang telus dan definisi yang jelas, ianya akan pasti membuka ruang kepada salah guna kuasa khususnya di kalangan anak-anak syarikat dan juga syarikat-syarikat yang menjalankan usaha sama dengan Petronas pada hari ini...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Begitu juga...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh, sedikit?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih. Saya rasa berminat dengan perkataan Yang Berhormat sebut tadi seperti dalam akta iaitu layanan istimewa. Jarang saya dengar dalam satu akta meletakkan perkataan layanan istimewa dalam bab mengutip cukai. Pada pandangan saya Yang Berhormat Gombak, selalunya bidang pengutipan cukai ini tidak ada tolak ansur. Kita tidak boleh mengutip lebih satu sen atau pun kurang satu sen.
Akan tetapi perkataan layanan istimewa itu memberi maksud yang agak tidak munasabah, macam ada maksud tersembunyi.
Saya yakin sekarang semua orang tahu yang kerajaan cuba untuk mengutip cukai, mencari dana, mencari pendapatan pihak kerajaan, negara dan sebagainya dan kita beri satu layanan istimewa. Bunyinya pelik. Saya ingin bertanya, apakah Yang Berhormat Gombak juga merasakan ada sinis perkataan layanan istimewa sedangkan sekarang Lembaga Hasil Dalam Negeri bertungkus-lumus menjalankan penyiasatan-penyiasatan yang terperinci kepada sesiapa yang melarikan cukai ini sedangkan syarikat ini diberi layanan istimewa? Terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Oleh sebab itu kita tidak boleh dibebankan ataupun dituduh untuk memberikan tafsiran ataupun andaian yang saya kira pastinya tepat bahawa rang undang-undang ini dibawa secara tergesa-gesa khusus untuk memberi layanan khas dan layanan istimewa kepada tiga buah syarikat yang dikuasai sepenuhnya atau pun majoritinya oleh anak-anak bekas Perdana Menteri di dalam negara ini. Saya akan berikan perinciannya satu persatu sebentar lagi.
Dalam keadaan hari ini negara dan ekonomi negara dalam keadaan yang meleset dan merudum dan sumber pendapatan negara tertumpu kepada industri petroleum untuk mendapatkan pendapatan, maka sekarang timbul persoalan apa motif rang undang-undang ini dibawa. Saya minta benar-benar supaya rakan-rakan saya dalam Barisan Nasional teliti betul-betul. Jangan terperangkap dengan arahan-arahan tertentu yang akhirnya akan membebankan negara kerana cukai pendapatan dan cukai petroleum pastinya akan berkurangan kerana kuasa telah diberikan kepada Ketua Pengarah dan Menteri Kewangan untuk melupuskan dan melepaskan cukai-cukai yang tertera di dalam rang undang-undang ini.
Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya di bawah Akta Cukai Pendapatan seksyen 129, Menteri Kewangan sudah pun ada kuasa mutlak untuk melepaskan cukai pendapatan bagi sesebuah syarikat. Maknanya, dalam seksyen 129 Akta Cukai Pendapatan, cukai pendapatan bagi sesebuah syarikat itu boleh dihapuskan dengan kuasa yang telah diberikan oleh Menteri. Sekarang kita bawa satu lagi pindaan memberi kuasa tambahan kepada Menteri boleh menggunakan fasal 3, seksyen baru 65C ke dalam Akta 543, di mana pindaan ini membenarkan Menteri untuk mengecualikan mana-mana orang daripada dikenakan cukai daripada kesemua atau mana-mana peruntukan akta.
Maknanya, sesebuah syarikat yang menjalankan industri gas dan petroleum ini dia ada dua jenis cukai yang perlu dibayar. Satu cukai pendapatan, satu cukai petroleum.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Kalau Menteri Kewangan ada kuasa yang sewenang-wenangnya melepaskan cukai pendapatan di bawah seksyen 129, sekarang ini di bawah Akta 543 seksyen baru 65C, ia juga boleh melepaskan cukai petroleum. Di mana sumber pendapatan negara pada hari ini? Sedangkan, insentif yang dicadangkan di dalam rang undang-undang ini bukan memberi manfaat langsung kepada rakyat yang berjumlah 25 juta orang tetapi memberi insentif langsung dan manfaat langsung kepada tiga orang manusia daripada keluarga Perdana Menteri.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Maka, kita kena fikirkan mengapa kuasa yang cukup besar ini diberikan kepada Ketua Pengarah dan Menteri Kewangan untuk melepaskan cukai-cukai yang telah saya sebutkan tadi.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Apakah Ketua Pengarah berani menolak permohonan daripada Kencana Petroleum? Apakah Ketua Pengarah berani menolak permohonan daripada SapuraCrest yang dimiliki oleh Datuk Shahril Tan Sri Shamsuddin? Sudah tentu tidak. Apakah Menteri Kewangan hari ini berani menolak permohonan dari Tun Dr. Mahathir? Sudah pastinya tidak.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Jadi, kalau kita duduk di sini berbahas berhari-hari untuk menyelamatkan tiga orang manusia, saya rasa kita telah mengkhianati amanah rakyat kepada kita untuk menjaga khazanah negara... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjurus kepada persoalan yang dibangkitkan dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri tadi bahawa ianya akan memberikan manfaat kepada beberapa buah syarikat yang telah menjalankan operasi di medan marginal. Siapa mereka Tuan Yang di-Pertua? Pada awal tahun ini, Januari 31, 2011, Petronas telah menganugerahkan satu kontrak yang bernilai RM2.54 bilion kepada satu konsortium untuk memajukan medan marginal di Berantai Oil and Gas Field dan konsortium ini diberikan kontrak selama 9 tahun. Siapakah mereka?
(i) Petrofac Energy Development Sdn. Bhd;
(ii) Sapuracrest Petroleum; dan
(iii) Kencana Petroleum.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Oh, sekejap sahaja? Bila Tan Sri masuk, saya bimbang sikitlah. Dan bila saya teliti kepada maklumat yang kita dapati, siapa yang empunya Kencana Petroleum ini. Kencana Petroleum ini dimiliki oleh Mokhzani Tun Dr. Mahathir. Yang Berhormat Pasir Salak tak ada saham dalam Kencana, tak ada. Walaupun dia pejuang Melayu, tak ada. Sebab namanya bukan ‘bin Mahathir’. Mokhzani Mahathir menerusi pegangan 38.6 peratus sedangkan EPF hanya memegang saham dalam Kencana 8 peratus. Kalau insentif ini digubal untuk memberi manfaat dan perlindungan kepada KWSP, saya boleh sokong dan pertahankan tetapi kalau inilah tujuannya untuk menyelamatkan Mokhzani bin Mahathir, saya bertanggungjawab untuk lawan habis-habisan dan tolak rang undang-undang ini... [Tepuk] Saya nak tengok Yang Berhormat Pasir Salak, nak pertahankan EPF atau nak pertahankan anak-anak Dr. Mahathir pada petang ini.
Kita lihat siapa yang kedua, yang kedua ialah SapuraCrest. Datuk Shahril Tan Sri Shamsuddin. Mengapa kita nak pertahankan kroni-kroni seperti ini? Ya, dia Melayu tetapi tak akan tidak ada Melayu lain setelah puluhan tahun Petronas menjalankan aktiviti eksplorasi minyak dan gas di dalam negara kita. Bagaimana bumiputera Sabah dan Sarawak yang menjadi pengeluar minyak yang terbesar dalam negara kita. Tidak ada seorang pun yang dapat manfaat daripada rang undang-undang ini. Sebab itu orang Sabah dan Sarawak, ayuh bangun, tolak rang undang-undang pada petang ini. Tuan Yang di- Pertua, saya sebutkan tadi kontrak ini untuk memajukan medan marginal di Berantai, Terengganu, menelan belanja RM2.5 bilion. Di antara tugas yang diberikan kepada mereka, tiga syarikat dalam konsortium ini ialah untuk melakukan aktiviti eksplorasi minyak untuk tempoh 9 tahun mulai Januari 31, 2011.
Persoalan saya, apakah Petronas tidak mampu menjalankan kerja-kerja eksplorasi di tempat-tempat ini? Mengapa harus diserahkan kepada private companies ataupun public listed company seperti Kencana dan SapuraCrest bagi tujuan eksplorasi ini? Maka, saya menuntut Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan dalam Dewan ini. Berapa sebenarnya exposures ataupun sumbangan yang perlu diberikan oleh Petronas dalam memajukan medan marginal di Berantai ini dalam konteks usaha sama dengan konsortium yang saya maksudkan tadi. Saya juga ingin menuntut jawapan terhadap beberapa persoalan.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Pertama, apakah jumlah rizab yang melayakkan untuk dianugerahkan kepada Kencana dan juga SapuraCrest? Maksud saya, apakah definisi medan marginal ini kerana saya telah hujahkan tadi bagi saya, dengan pengalaman Petronas selama puluhan tahun, saya yakin Petronas ada kecekapan dan kemampuan untuk menjalankan eksplorasi termasuk di kawasan-kawasan marginal ini dan apabila dianugerahkan dengan layanan khas yang termaktub di dalam rang undang-undang ini, saya ingin tahu apakah definisi medan marginal. Apakah rizab yang melayakkan Kencana untuk dianugerahkan medan- medan marginal yang telah kita senaraikan tadi.
Yang kedua, saya juga ingin menuntut jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dan kementerian, berapakah jumlah telaga minyak yang akan dibangunkan dan dimajukan dalam konteks usaha sama dengan konsortium di medan marginal Berantai, Terengganu ini. Yang ketiga, saya kira rakyat juga ingin tahu berapa banyak minyak dan gas yang akan dikeluarkan dari telaga-telaga yang berada di Berantai Field ini. Seterusnya, saya juga ingin mengetahui selain dari Berantai ataupun medan marginal Berantai ini, berapa banyak lagi marginal fields di dalam negara kita. Kalau Berantai boleh diserahkan dengan layanan istimewa kepada Kencana, saya bimbang banyak lagi medan-medan marginal lain yang akan dilepaskan secara sulit kepada beberapa syarikat milik kroni UMNO dan Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah saya ingin juga mencadangkan berasaskan kepada Petroleum Development Act yang saya nyatakan di awal tadi, saya ingin mencabar Kencana Petroleum ini supaya dapat mengemukakan laporan perolehan mereka supaya kita tahu jumlah kutipan dan perolehan yang diperolehi oleh Kencana termasuk SapuraCrest ini dan kita ingin tahu apakah asas pelepasan cukai yang akan bakal diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga ketua pengarah seperti yang terkandung dalam rang undang-undang yang sedang kita bahaskan pada petang ini.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu aktiviti Petronas yang besar ialah untuk aktiviti cari gali minyak, petroleum dan gas di perairan negara dan termasuk sama ada Petronas membangunkan sendiri ataupun dengan usaha sama dengan syarikat-syarikat asing tetapi nampak sekarang ini ada satu anjakan dalam dasar pengurusan sebaik sahaja Tan Sri Hassan Marican dipecat dari Petronas dengan cara yang amat menyedihkan.
Saya dimaklumkan Tan Sri Hassan Marican diberi notis satu minggu untuk mengosongkan pejabatnya. Bagi saya, ini satu tindakan yang melampau. Sebagai seorang pengurus satu badan yang cukup besar, yang telah memberikan nama yang cukup baik kerana pengurusan yang cekap selama puluhan tahun tiba-tiba dihalau dengan begitu sahaja semata-mata kerana ada ketua baru di Putrajaya yang ingin meletakkan proxi nya di Petronas dan saya harap perkara ini tidak berulang di masa yang akan datang.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Cuma yang saya tegaskan di sini ialah pengurusan yang baru ini telah mengamalkan satu dasar yang amat berbeza daripada pengurusan yang lama dengan tidak lagi menumpukan eksplorasi di luar negara tetapi menumpukan sebahagian kecil di perairan dalam negara dan sebahagian besarnya bagi kawasan-kawasan yang disebut sebagai medan marginal ini diberikan dengan sewenang-wenangnya diberi kepada konsortium dengan komponen tiga syarikat tadi.
Maka persoalan yang timbul apakah kewajaran medan-medan marginal ini diberikan kepada konsortium yang berkenaan dan sudah tentulah kalau ada medan-medan marginal yang lain yang maklumat awal yang saya dapat lebih seratus medan marginal terdapat dalam negara ini apakah rancangan kerajaan dan Petronas terhadap medan- medan marginal yang lain itu.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menuntut penjelasan tentang eksplorasi di Tanjung Agas, Pahang. Dalam pembentangan Belanjawan 2009 Ahli Parlimen Pekan ketika itu Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan satu peruntukan bernilai RM150 juta untuk membangunkan aktiviti petroleum dan gas di Tanjung Agas Pahang.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Malangnya sehingga hari ini tidak ada perkembangan ataupun kemajuan di Tanjung Agas walaupun satu jumlah peruntukan yang cukup besar telah diluluskan oleh Menteri Kewangan.
Maka persoalan saya pada petang ini ialah apakah aktiviti eksplorasi petroleum dan gas di Tanjung Agas ini menjadi satu liabiliti kepada negara sehingga menyebabkan tidak ada usaha untuk melonjakkan dan menjana satu pertumbuhan melalui aktiviti petroleum dan gas di Tanjung Agas dan saya berharap kementerian dapat memberikan jawapan tentang status di Tanjung Agas yang telah saya nyatakan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato' Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tumpat.
Dato' Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga ingin melibatkan diri secara ringkas dalam perbahasan kita mengenai satu rang undang-undang untuk meminda Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967. Saya berkesempatan mendengar pembentangan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga perbahasan oleh tokoh-tokoh kita daripada pembangkang, daripada BEBAS dan juga daripada Barisan Nasional.
Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu cadangan rang undang-undang untuk meminda suatu akta yang melibatkan dua institusi yang amat penting dalam negara kita iaitu pertamanya pembayar cukai yang terbesar dalam negara kita dan yang keduanya pengutip hasil negara yang terbesar dalam negara kita Lembaga Hasil Dalam Negeri. Oleh itu, saya harap kita memberikan pertimbangan yang amat sewajarnya kepada perbincangan dan perbahasan ini kerana ianya melibatkan dua institusi yang amat penting dalam ekonomi dan politik negara kita.
Keduanya, oleh kerana itu melibatkan syarikat-syarikat yang besar dan penting dalam negara kita. Syarikat-syarikat yang hasilnya, perolehannya, keuntungannya amat besar dalam negara kita. Maka dengan sebab itu tidak hairanlah nama-nama yang kita dengar daripada ketua pembangkang dan juga daripada Yang Berhormat Gombak tadi nama-nama orang Melayu antara yang terkaya dalam negara kita ini sama ada ianya daripada Syarikat Kencana pemegang saham Melayunya antara Melayu yang terkaya dalam negara ini walaupun Yang Berhormat Pasir Salak ingin saya Tumpat ini menjadi antara yang kaya tetapi saya belum capai tahap itu lagi, insya-Allah dan Syarikat SapuraCrest juga adalah dipunyai oleh tokoh Melayu antara yang terkaya dalam negara kita ini.
Jadi saya kurang bersetuju dengan Yang Berhormat Gombak yang menyatakan kita mencadangkan rang undang-undang ini untuk menyelamatkan tokoh-tokoh ini anak- anak bekas-bekas Perdana Menteri ini. Saya fikir ini bukan untuk menyelamatkan. Ini untuk menjadi yang kaya, paling kaya lagi. Untuk memperkayakan lagi, untuk meninggalkan lagi Yang Berhormat Pasir Salak dari segi kekayaan, jauh daripada yang sedia ada hari ini. Jadi ini saya fikir yang amat membimbangkan kita. Kalau sekadar menyelamatkan daripada kaya tiba-tiba akan bankrap esok, lusa kalau tidak dipinda akta ini saya mungkin sedikit simpatilah walaupun kekayaan mereka itu mereka curahkan di Monaco atau mana-mana kekayaan itu tetapi adalah sedikit simpati jika ianya sampai ke tahap tersebut. Akan tetapi saya percaya niat dan tujuan rang undang-undang ini ialah untuk memberikan kekayaan yang jauh lebih banyak daripada apa yang mereka sudah pun ada pada tahap ini. Jadi pada dasarnya itu pun sudah cukup untuk kita menolak rang undang-undang ini.
Tuan Yang di-Pertua, minyak ini satu benda yang saya sebut tadi besar. Perang- perang besar dalam dunia hari ini ada kaitan dengan minyak. Sama ada di Iraq, sama ada di Sudan sampai memecahkan negara itu kepada dua negara, sama ada di Afghanistan ianya perkara yang besar...
Seorang Ahli
Libya.
Dato' Kamaruddin bin Jaffar - Tumpat
Libya hari ini dan di rantau kita ini negara China dengan negara Vietnam dengan Filipina dengan kita, pun ada peningkatan ketegangan sehinggakan China menggerakkan bala tenteranya lebih hampir kepada Vietnam, Vietnam mengadakan latihan peperangan dan sebagainya, kita dengan pendirian kita di pendudukan tentera kita di Pulau Natuna dan sebagainya adalah menunjukkan perkara ini adalah perkara yang besar yang diperjuangkan oleh seluruh dunia di mana- mana tempat sekalipun.
Jadi oleh kerana ia melibatkan kemungkinan keganasan, peperangan dan sebagainya saya mengharapkan bahawa apabila negara dan kerajaan membentangkan rang undang-undang ianya adalah untuk demi kepentingan negara, demi kepentingan keseluruhan masyarakat dan bukannya hanya untuk menyelamatkan menggunakan istilah Yang Berhormat Gombak ataupun memperkayakan lagi hanyalah kroni-kroni tertentu dalam negara kita sahaja.
Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini sebagaimana tradisi negara kita, tradisi perundangan kita sangat cermat, sangat teliti menggunakan perkataan- perkataan yang seboleh-bolehnya tepat walaupun amat tidak disetujui oleh Yang Berhormat Indera Mahkota istilah layan istimewa (special treatment) itu tetapi ini adalah tradisi kita yang baik. Maknanya apabila kerajaan hendak melakukan sesuatu dipinda rang undang- undang dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita kaji Tuan Yang di-Pertua dalam kes petroleum dan Akta Petroleum, Akta Petroleum Cukai Pendapatan, Petroleum Development Act ini semuanya ada istilah-istilahnya, yang tidak adanya wang ihsan Tuan Yang di-Pertua, yang tidak adanya. Akan tetapi entah bagaimana, saya fikir ini satu penghinaan kepada Parlimen. Penghinaan kepada kita yang meluluskan rang undang-undang menjadi akta dan undang-undang bahawa kerajaan dalam kes ini sanggup meminda rang undang-undang tetapi dalam kes menyalahgunakan harta Petronas untuk diberikan kepada pemimpin- pemimpin UMNO dalam bentuk wang ihsan adalah satu penghinaan kepada Parlimen kita ini.
Jadi oleh itu saya harap bahawa kalau ini mesti dipinda apa-apa tindakan yang kerajaan hendak buat atau Petronas hendak buat hendak mengagihkan wang yang tidak ada peruntukannya dalam mana-mana rang undang-undang atas nama wang ihsan atau atas nama apa-apa sekalipun kita di Parlimen ini mesti memberikan suatu pendirian yang tegas bahawa pendirian dan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dan Petronas itu adalah bercanggah dengan undang-undang yang kita luluskan, yang tidak ada pun wang ihsan untuk mana-mana negeri pun dalam negara Malaysia ini yang boleh diagihkan oleh Petronas.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Yang Berhormat Tumpat, mohon penjelasan. Tadi kita dengar wakil daripada Yang Berhormat Putatan menyatakan bahawa 26 peratus daripada pengeluaran minyak negara datang daripada Sabah.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Saya rasa munasabah oleh kerana empat negeri yang mengeluarkan minyak di Malaysia ini Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan. Jadi, kalau 25 peratus daripada Sabah, munasabahlah sebab ada empat negeri. Beliau juga menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sabah menerima RM700 juta sebagai bayaran daripada Petronas. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat sebagai wakil rakyat daripada Kelantan, sebagai rakyat negeri Kelantan. Apa perasaan Yang Berhormat apabila mendengar Sabah mendapat RM700 juta, Terengganu mendapat RM800 juta? Sedangkan kita rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan tidak dapat apa-apa. Terima kasih.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita dengar sebentar tadi daripada Yang Berhormat Kota Bharu adalah saya fikir satu isu yang cukup besar. Tuan Yang di-Pertua sendiri tadi misalnya memilih Yang Berhormat Tawau untuk berucap. Alasan Tuan Yang di-Pertua antaranya ialah Sabah ada Petroleum dan minyak.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Maka jelas dalam pemikiran sesiapa pun dalam negara kita ini, kaitan minyak dengan negeri itu yang mana ianya menghasilkan minyak atau gas adalah isu yang besar dan selalu kita rujuk kepadanya.
Oleh itu jika terdapat suatu sikap oleh Kerajaan Pusat yang mendiskriminasikan mana-mana negeri sudah tentu ianya akan menimbulkan perasaan yang sangat menyedihkan. Di samping sebagai bekas pengamal undang-undang seperti Tuan Yang di- Pertua dan pembuat undang-undang seperti kita di Dewan ini. Kita merasa bahawa amat bercanggah sekali dengan prinsip-prinsip keadilan sejagat, prinsip-prinsip natural justice, dengan izin. Di mana apabila negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Terengganu yang bersama-sama dengan Kelantan menghasilkan minyak dan gas tetapi dapat diskriminasi yang jelas dan dalam berbagai-bagai bentuk.
Kalau Yang Berhormat Putatan mungkin merasai diskriminasinya ialah dari segi pemberian dipihak sumbangan negeri Sabah melalui petroleum dan gas ini di mana pulangannya tidak seimbang langsung. Kalau kita dengar dan tambah pula bagaimana Yang Berhormat Gua Musang dalam suatu ceramah yang amat besar ertinya di Perak dua minggu yang lalu. Menyatakan bahawa jelas negeri-negeri yang termiskin dalam negara kita ini ialah negeri-negeri yang menghasilkan minyak, negeri-negeri yang dinamakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu tadi.
Jadi, itu keadaannya yang berlaku bahawa bukan sahaja Yang Berhormat Putatan, bukan sahaja Yang Berhormat Tawau, bukan sahaja Sabah dan bukan sahaja Sarawak.
Akan tetapi Yang Berhormat Gua Musang sendiri yang terlibat bukan sahaja sebagai seorang anak Kelantan tetapi juga sebagai seorang yang terlibat. Dari asalnya lagi penubuhan Petronas dan dasar-dasar Petronas ini memberikan pandangan beliau berkaitan dengan ketidakadilan dalam pengagihan kekayaan, yang mana Amerika menyerang Syria, Amerika menyerang Iraq, menyerang Afghanistan dan China mengancam Vietnam dan sebagainya. Kita, dalam kita Kerajaan Pusat mengancam rakyatnya sendiri dalam segi ketidakadilan pengagihan kekayaan minyak dan petroleum di negara kita.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Tumpat mohon penjelasan sebab isu minyak ini secara dasarnya. Sekarang ini kita berbahas mengenai Akta Petroleum dan di Dewan yang mulia ini pihak kerajaan datang mahu agar istilah yang baru diperkenalkan iaitu special treatment ataupun layanan istimewa. Kalau begini pendekatannya Yang Berhormat Tumpat, setuju kah dengan saya. Bahawa mana- mana pendekatan, istilah yang digunakan di luar daripada Dewan ini tanpa kelulusan Dewan ini contohnya wang ihsan. Bagi saya itu nombor satu boleh dikatakan undemocratic atau tidak demokrasi terutama dalam Dewan ini.
Kedua ialah tidak berperlembagaan kerana dari awal sejarah pembangunan petroleum ini hendak dibangunkan pun dibuat secara statutory, secara perundangan.
Hendak diagih-agihkan pun melalui Akta Perundangan tetapi apabila mahu dibuat keputusan pembahagian terutama sekali apabila berlaku pertukaran politik di Kelantan.
Istilah baru diperkenalkan tetapi tidak diusulkan di Dewan yang mulia ini. Saya rasa ini satu istilah yang saya rasa demokratik sifatnya wang ihsan ini, diskriminasi sifatnya.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau. Jadi, ketidakadilan diskriminasi seperti ini Tuan Yang di-Pertua mesti ada perubahannya, mesti pertukarannya dan mesti ada sesuatu keputusan yang penting, yang rakyat perlu buat dalam masa yang terdekat supaya keadilan dapat kita capai. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Bharu tadi sebutkan kehibaan beliau akan keadaan ini.
Kalau kita lihat lagi, bagaimana saya sebutkan tadi negara-negara telah serang-menyerang di antara mereka.
Negara yang besar seperti negara China mengancam negara jiran, tiba-tiba kita Malaysia ini ada minyak kita, ada gas kita, kita daratkannya di Hadyai, di Songkhla. Kita mendaratkan gas kita di Songkhla walaupun ianya joint development agreement tetapi hak kita untuk mendaratkan gas atau minyak di Kelantan kah, di Terengganu kah. Logiknya Kelantanlah sebabnya Kelantan negeri yang terdekat, adalah hak kita. Akan tetapi kita pilih untuk daratkan di Songkhla yang mana rakyat Thailand Selatan menolaknya, memberontak.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Oleh kerana itu projek itu tergendala kerana tidak dapat penerimaan oleh rakyat di Songkhla, di negara Thailand sendiri. Ini kerana kita bawa ke situ akhirnya kita turunkan balik melalui Kedah ke Pulau Pinang dan sebagainya. Maknanya suatu pembaziran wang negara, suatu penafian hak rakyat daripada negeri Pantai Timur khususnya Kelantan hanya kerana pendirian politik seorang Perdana Menteri, yang hari ini anak beliau pula ingin mengaut kekayaan yang berlebih-lebihan. Kita terpaksa duduk sampai 9.30 malam ini untuk meluluskan bagi pihak anak beliau. Jadi, ini Tuan Yang di-Pertua, adalah ketidakadilan yang begitu jelas dan terpaksa saya rasa kita dengan hati terbuka tanpa mengira parti politik mengambil pendirian yang jelas hari ini untuk menolak sikap dan keadaan yang berlaku ini.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Yang Berhormat saya mohon mendapat pandangan Yang Berhormat. Apabila gas daripada Joint Develeopment Area (JDA) daripada sempadan Kelantan dengan Thailand ini dibawa naik ke Songkhla sampai ke IPP, yang dimiliki oleh satu syarikat swasta Malakoff di Seberang Perai, Pulau Pinang. Kebetulan seorang anak negeri Kelantan yang mengetuai IPP tersebut menyatakan kepada saya bahawa beliau menitiskan air mata. Apabila bertanggungjawab mengetuai, menjana elektrik menggunakan gas daripada Kelantan di bumi Pulau Pinang yang Kelantan dianaktirikan.
Apa pandangan Yang Berhormat, apabila rakyat Kelantan sendiri rasa hiba mendengar makluman daripada seorang pegawai Petronas bahawa apabila Perdana Menteri pada waktu itu ingin muktamadkan keputusan untuk membawa gas itu ke Malaysia melalui Terengganu, Kelantan atau Songkhla. Maka dua orang Menteri Kabinet daripada Kelantan memberi persetujuan supaya gas JDA tidak dibawa melalui bumi Kelantan.
Apakah pandangan Yang Berhormat apabila Kerajaan Negeri Kelantan sendiri sanggup mengetepikan segala perhitungan politik dan mengadakan usaha sama dengan sebuah koperasi milik UMNO iaitu KUB? Untuk berusaha membawa dan untuk memakmurkan 5,000 ekar di Pantai Senok, Bachok bagi sama-sama mengetepikan kepentingan politik dan membawa banyak industri hiliran kalau sekiranya gas itu didaratkan di Kelantan. Sila minta pandangan Yang Berhormat.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Saya mendengar, meneliti dan bersama-sama dengan Yang Berhormat Kota Bharu dalam merasai suatu kesedihan yang amat mendalam.
Tentang suatu tragedi nasional yang telah diperlakukan terhadap kita semua. Walaupun ianya mungkin kita dapat hanya katakan melibatkan rakyat Kelantan yang menentang kerajaan di pusat ini tetapi prinsipnya adalah prinsip yang mana ianya bercanggah dengan keadilan, dengan kebesaran, dengan kononnya kehebatan nilai-nilai Melayu Islam, yang kononnya diamalkan oleh pemimpin-pemimpin tertentu dalam negara kita ini.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Jadi, saya juga di masa itu mengikuti sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu tentang akhirnya walaupun ada usaha-usaha ikhlas daripada kebanyakan pemimpin rakyat daripada Kelantan. Tanpa menafikan pemimpin-pemimpin UMNO tertentu di Kelantan ada yang amat berminat untuk menarik dan memanfaatkan sekurang-kurangnya sebahagian besar rakyat Kelantan hasil daripada gas dan minyak di lautan Kelantan itu supaya pendaratannya, supply basenya dan sebagainya yang berkaitan diletakkan di bumi Kelantan. Akan tetapi nampaknya sebahagian daripada kepimpinan kerajaan di Kerajaan Pusat yang ada ketika itu, Yang Berhormat-Yang Berhormat Menteri UMNO di Kerajaan Pusat hari itu lebih mirip kepada kononnya kepentingan politik segera mereka dan tidak melayan serta tidak mengambil kira kepentingan jangka panjang rakyat Kelantan dan juga seluruh negara dari segi industri minyak ini.
Walau bagaimanapun, saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat yang ada yang juga merupakan bekas Yang Berhormat Bachok akan mengambil berat pertimbangan-pertimbangan yang seadil-adilnya untuk seluruh negara termasuklah rakyat Kelantan supaya seperti juga rakyat Sabah dan Sarawak, tidak ada rakyat mana- mana negeri yang merasai tertindas dan didiskriminasikan walaupun kita adalah juga...
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Sama-sama seperti seluruh negara dan rakyat Malaysia ini menyumbang kepada hasil minyak dan gas negara kita.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Tuan Yang di-Pertua, saya tadi sebenarnya berada di atas. Akan tetapi apabila mendengar rintihan daripada apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Gua Musang di Perak pada dua minggu yang lepas, saya merasa sedih jugalah apabila Yang Berhormat Gua Musang mengatakan empat buah negeri pengeluar minyak dalam negara kita ini, rakyatnya terdiri daripada mereka-mereka yang miskin. Kita bandingkan dengan negara Arab, Kuwait misalnya, mengeluarkan minyak tetapi rakyatnya boleh dikatakan berada dalam kategori mewah dan kaya. Rasa-rasanyalah Yang Berhormat Tumpat, apakah punca yang menyebabkan perkara ini terjadi? Negara kaya tetapi rakyat miskin. Itu sahaja saya minta ulasan daripada Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Saya tidak ada jawapan yang khusus tentang itu. Jawapannya kita mesti bersama-sama dengan rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang bermula pada persiapannya pada 9 Julai yang akan datang ini Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk] Jadi, ini adalah perkara-perkara yang saya ingin bangkitkan.
Saya akhirnya ingin merujuk kepada suatu dasar dan ingin bertanya kepada kerajaan sama ada dasar yang dipanggil National Depletion Policy (NDP) ini masih lagi berkuat kuasa yang mana kerajaan katanya mempunyai dasar supaya pengambilan dan pengeluaran minyak dan gas itu ada peratusan-peratusannya yang tertentu supaya jaminan hasil minyak dan gas ini untuk generasi-generasi akan datang akan terpelihara.
Saya mengikut apa yang kita selidiki mendapat tahu pada awal tahun 80-an dasar itu menetapkan dan mengehadkan hanya pada 1.75 peratus sahaja setahun pengeluaran minyak. Kemudiannya pada tahun 1985 dinaikkan kepada 3 peratus setahun daripada result dengan had silingnya 650,000 tong sehari misalnya. Pada perkiraan ketika itu, resultnya pun tidak begitu lama akan bertahan. Manakala gas pula, resultnya agak besar tetapi dasar yang hampir-hampir sama juga ada iaitu dasar National Depletion Policy ini.
Saya ingin tahu daripada pihak kerajaan sama ada dasar tersebut masih lagi berkuat kuasa dan apakah perkiraan terkini berkaitan dengan berapa lama lagikah result kita akan bertahan dengan kadar pengeluaran yang berlaku pada ketika ini? Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat PJ Utara. Selepas itu Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Balik Pulau, selepas itu Yang Berhormat Menteri. Sudah bersedia? Sila.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kerajaan pada hari ini selalu berkata bahawa kerajaan terlalu bergantung pada pendapatan ataupun hasil daripada sektor minyak dan gas.
Sebenarnya untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas ini, kita senang sahaja. Kita kurangkan apa yang kita hisap daripada minyak dan gas dan jumlah hasil daripada kerajaan akan lebih seimbang antara cukai pendapatan dan juga cukai daripada sektor minyak dan gas. Akan tetapi walaupun kerajaan mendapat banyak wang daripada Petronas dan juga sektor minyak dan gas, kita rasa kalau wang ini digunakan secara munasabah, terutamanya digunakan untuk membina negara, membangunkan negara, terutamanya dalam perbelanjaan pembangunan, saya rasa ini merupakan satu pelaburan yang baik daripada apa yang dikatakan sebagai windfall income from the oil and gas sector.
Akan tetapi apabila kita lihat perbelanjaan daripada kerajaan selama ini, kita lihat macam Petronas sudah menjadi satu piggy bank, last resort bagi kerajaan. Bila-bila masa kerajaan hendak wang tambahan, mereka terus mengambil dan menghisap daripada Petronas.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kita lihat dari tahun 2005 sehingga tahun 2010, jumlah peratusan keuntungan yang ditinggalkan dalam Petronas for reinvestment, untuk dilabur semula pada tahun 2005 adalah sebanyak 42.5 peratus. Pada tahun 2006, sejumlah 32.7 peratus, pada tahun 2007 turun lagi kepada 31.2 peratus. Pada tahun 2008 naik sedikit iaitu kepada 34.7 peratus dan pada tahun 2009 sejumlah 21.1 peratus dan pada tahun lalu iaitu tahun 2010 tinggal 13.5 peratus sahaja daripada keuntungan Petronas yang ditinggalkan dalam Petronas untuk dilaburkan semula.
Jumlah pengutipan cukai-cukai daripada sektor minyak dan gas termasuklah cukai pendapatan, eksport duti, royalti dan lain-lain. So, kita dapat lihat bahawa Petronas ini macam tertekan. Apabila kerajaan tidak ada duit, kita hisap lebih. Akan tetapi apabila kita lihat perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan kerajaan telah pun meningkat. Bukan katakan kerajaan tidak ada duit, kerajaan ada duit dan meningkat. Perbelanjaan kerajaan telah pun meningkat berlipat ganda iaitu pada tahun 2005, perbelanjaan operasi pengurusan kerajaan sebanyak RM80 bilion.
Pada tahun ini, sejumlah RM176 bilion selepas kita include supplementary budget yang baru kita luluskan iaitu sejumlah RM176 bilion dan lebih daripada dua kali ganda apa yang kita belanjakan pada tahun 2005. Kita boleh lihat perbelanjaan kerajaan kebanyakannya menjurus kepada perbelanjaan pengurusan, bukan perbelanjaan pembangunan.
Pada tahun 2003, perbelanjaan pengurusan sumbangannya lebih kurang 68.5 peratus. Akan tetapi pada tahun ini walaupun jumlah pendapatan kerajaan telah meningkat, walaupun jumlah perbelanjaan kerajaan meningkat berlipat ganda, peratusan yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pengurusan meningkat sebanyak 10 peratus sehingga 78.5 peratus daripada 68.5 peratus pada tahun 2003.
Sepatutnya kalau pendapatan kita meningkat, kita perlu memperuntukkan lebih proportion kepada perbelanjaan pembangunan untuk meningkatkan produktiviti dan juga keberkesanan ekonomi kita pada masa hadapan. Akan tetapi tidak bagi kerajaan ini. Kalau pendapatan kita meningkat, kalau perbelanjaan kita meningkat, kita peruntukkan lebih, disproportionate ini lebih kepada perbelanjaan pengurusan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kita boleh lihat daripada butiran-butiran perbelanjaan pengurusan yang meningkat paling tinggi sekali supply and services di mana ia telah meningkat dari tahun 2003 RM5.2 bilion sehingga RM27 bilion tahun ini, lebih kurang. Gaji dan juga pencen kakitangan kerajaan telah pun meningkat sehingga dekat RM50 bilion pada tahun ini. RM50 bilion ini kalau kita pandang balik ke tahun 1999 merupakan jumlah bajet pengurusan seluruh kerajaan bukan sahaja dengan gaji, supply and services. Semua tercampur tidak sampai RM50 bilion.
Akan tetapi, hari ini RM50 bilion ini hanya cukup untuk bayar gaji dan pencen kakitangan kerajaan. So, adakah kerajaan menggunakan hasil sumbernya daripada minyak dan gas dengan cara yang baik untuk membawa kesan positif atau multiplayer effect yang besar kepada ekonomi kita pada masa depan. So, kita dapat lihat juga dari segi defisit kerajaan walaupun pendapatan daripada Petronas meningkat, pendapatan kerajaan keseluruhannya meningkat okey, defisit kerajaan telah meningkat daripada RM20 bilion pada tahun 2000 sehingga RM46 bilion pada tahun 2011...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
[Bangun]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ini tidak masuk akal sebenarnya apabila kita jadi lebih kaya sepatutnya hutang kita menurun tetapi kerajaan masa ini macam kalau kita jadi lebih kaya, hutang kita jadi lebih besar. Tidak berapa logik pada pandangan saya dan hutang Kerajaan Persekutuan pada masa ini melebihi 50 peratus daripada GDP kita iaitu RM406 bilion pada tahun lalu berbanding dengan RM242 bilion pada tahun 2004. So, kesemua ini...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lembah Pantai berdiri Yang Berhormat.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Mohon pencelahan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat khusus tentang bagaimana wang atau dana Petronas ini tidaklah digunakan dengan sebaik mungkin. Mungkin dimanipulasi dan salah guna oleh kerajaan setakat ini.
Saya hendak membawakan bagaimana Petronas juga diminta untuk beri lebih kurang RM100 juta setahun dimasukkan dalam dana yang dipanggil Kumpulan Wang Amanah Negara untuk penggunaan masa depan anak-anak kita, perencanaan perancangan supaya masa depan mereka terjaga. Diwujudkan pada Februari tahun 1998.
Saya terkejut kerana apabila ditanya di Parlimen, saya dapat tahu daripada tahun 1998 sehinggalah 2011, dana yang tinggal daripada Petronas hanya RM3 bilion as of, dengan izin, Jun 2011. Jumlah keseluruhan bagi KWAN ini adalah RM5.43 bilion dan kebanyakan besarnya dibelanjakan untuk projek Putrajaya semasa zaman mantan Perdana Menteri dahululah.
Jadi saya hendak bandingkan Yang Berhormat dan hendak tanya pendapat Yang Berhormat, kita bandingkan KWAN dengan Petroleum Fund of Norway. Norway juga sebuah negara pengeluar petroleum, diwujudkan tahun 1990 dan menjelang Disember 2010, nilainya adalah 1 peratus daripada pasaran saham global sebanyak USD525 bilion atau lebih RM1 trilion. Pohon penjelasan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, adakah kerajaan ada apa-apa perancangan untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia keseluruhannya. Terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih kepada rakan saya Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya setuju sekali dengan apa yang telah pun dihujahkan oleh sahabat saya. Apabila kita lihat apa yang diperuntukkan secara undang- undang kepada Kumpulan Wang Amanah Nasional (KWAN) hanya RM100 juta setiap tahun.
Pada tahun 1980-an apabila kita peruntukkan RM100 juta mungkin itu munasabah sebab pendapatan dari segi minyak dan gas bukanlah tinggi sangat. Akan tetapi, hari ini apabila keuntungan bagi Petronas setiap tahun melebihi RM100 bilion, hanya RM100 juta diasingkan ke satu dana Kumpulan Wang Amanah Nasional terlalu kecil jumlahnya.
Sepatutnya, kita peruntukan jumlah yang lebih tinggi supaya kita dapat menjamin masa depan anak cucu kita terutamanya semasa kita menghadapi kemerosotan ekonomi ataupun lain-lain cabaran yang kita akan hadapi pada masa yang akan datang. Saya akan explain lagi dasar-dasar yang saya rasa kita ingin supaya kerajaan laksanakan untuk menggunakan wang Petronas, wang minyak dan gas dengan lebih munasabah.
Ada terdapat kebelakangan ini ada satu cadangan yang datang daripada CEO Petronas yang dikatakan sudah pun berbincang dengan kerajaan tetapi pada masa ini tidak mempunyai respons daripada kerajaan yang kukuh. So, saya hendak tanya sekarang, cadangan daripada Petronas di mana pada masa depan dari tahun 2013 Petronas hanya akan memberikan dividen sebanyak 30 peratus mengehadkan dividen pada 30 peratus daripada net profit, keuntungan bersih Petronas kepada kerajaan selepas tahun 2013.
Saya setuju atas polisi kerana ini akan mengekalkan dana pelaburan bagi Petronas untuk melabur dan mencari lebih minyak dan mendapatkan lebih keuntungan pada masa depan, okey. Adakah Kerajaan Barisan Nasional sanggup menerima cadangan ini dan sanggup untuk legislate, memperundangkan perkara ini supaya dalam Akta Petroleum ia mengehadkan apa yang Petronas boleh beri kepada kerajaan. Ini akan memberikan satu disiplin pada kerajaan supaya kita tidak menggunakan wang berlebihan ataupun menggunakan wang tanpa keperluan.
Kita mencadangkan supaya hasil yang diberikan daripada sektor minyak dan gas terutamanya daripada Petronas kepada kerajaan, penggunaan hasil tersebut juga dihadkan kepada sektor-sektor tertentu. Kita tidak hendak hasil daripada Petronas yang dikatakan sebagai win for win come bukan operating income, win for income, okey. Kita tidak gunakan hasil ini kepada barangan-barangan yang dikatakan sebagai lebihan or nice to have or luxury items.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kita hendak supaya wang yang disumbangkan daripada sektor minyak dan gas ini dialihkan kepada sektor-sektor yang akan membawa kebaikan pada masa depan.
Terutamanya kita harap kerajaan akan set target di mana katakan 20 peratus digunakan untuk melabur ke technology renewable energy di mana kita tahu pada masa yang akan datang, kita akan kehabisan minyak.
Untuk replace minyak yang kita akan habis, kita perlukan sumber tenaga yang lain daripada minyak. So, investment in renewable energy ini merupakan investment yang saya rasa munasabah untuk menggunakan hasil daripada sektor minyak dan gas. Sebanyak 20 peratus lagi kita boleh gunakan untuk satu tabung seperti KWAN tetapi bukan RM100 juta setiap tahun. Lebih daripada itu mengikut peratusan pendapatan daripada Petronas dan bukan mengehadkan RM100 juta sahaja mengikut peratusan. Wang ini disimpan dalam satu tabung katakan KWAN yang akan digunakan hanya pada masa di mana ekonomi Malaysia terdesak.
Macam katakan kadar pertumbuhan bagi Malaysia pada sesuatu tahun hanya 2 peratus ataupun merosot negatif growth, kita perlukan wang tambahan untuk stimulate ekonomi kita. Kita boleh gunakan wang daripada dana ini. Jangan katakan macam tahun 2010 apabila ekonomi kita merosot, kerajaan mendapati bahawa tidak ada wang untuk stimulate ekonomi kita. Kita perlu meningkatkan defisit tambahan bagi kerajaan.
Akhir sekali, mungkin 20 peratus diagihkan untuk sektor pendidikan. Dari segi perbelanjaan pembangunan sahaja, bukan perbelanjaan operasi. Ini adalah untuk meningkatkan kualiti dan mutu output bagi penuntut kita supaya mereka mendapatkan gaji yang lebih tinggi pada masa akan datang. So, kita rasa kerajaan perlu mengambil langkah yang tertentu spesifik dalam Petronas Act atau Petroleum Act kita okey supaya hasil daripada sektor minyak dan gas yang tidak akan kekal selama-lamanya, ianya akan digunakan secara munasabah dan beramanah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ia akan digunakan dalam sektor yang benar-benar akan memberikan multiplier effect ekonomi kepada kita pada masa yang depan. Kita tidak mahu wang daripada minyak dan gas ini yang digunakan macam loteri. Kita dapat loteri, kita pergi makan besar, jemput kenduri semua. Selepas itu apabila wang sudah habis back to normal. Akan tetapi kita sudah biasa dengan tabiat kita untuk kenduri besar-besar, periuk kita sudah jadi besar dan terus membazir wang yang besar serta defisit kita terus kian bertambah. Saya rasa...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya rasa terpanggil untuk menyambut apa yang..., terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang disebutkan awal tadi oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, satu celahan yang cukup baik bersabit dengan pentingnya untuk kita menubuhkan sovereign fund Tuan Yang di-Pertua.
Kita sebagai sebuah negara yang menghasilkan atau mendapat anugerah minyak ini, sehingga hari ini belum ada satu yang boleh kita bersaing dengan negara-negara yang mengeluarkan minyak seperti menghasilkan sovereign fund.
Perkara ini telah pernah saya sebutkan dahulu tetapi hari ini kita dengar yang di..., bukan hendak menambah, yang diletakkan itu pun sudah semakin kurang. Saya juga mendengar apa yang Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang cukup bertanggungjawab Tuan Yang di-Pertua, cara beliau menghujahkan semua perkara ini dalam memperuntukkan bagaimana hasil-hasil Petronas perlu dilaburkan kembali dalam perkara-perkara yang boleh membina dan membangunkan negara.
Apa yang saya hendak sebutkan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, semalam Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan mengadakan satu, “ Sepetang bersama dengan Perdana Menteri” dengan beberapa ratusan young graduates dipanggil sebagai Young Corporate Malaysia (YCM). Saya hanya mengambil satu, dalam suasana kita sedang berbincang ini salah seorang daripada young corporate ini bertanya kepada Perdana Menteri, apakah boleh kiranya excise duty kereta import dikurangkan supaya kita dapat merasakan kereta mewah yang mungkin berharga munasabah.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Lantas dijawab oleh Perdana Menteri bahawa saya selaku Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, andai saya punya sumber revenue atau sumber pendapatan yang lain, saya pasti mahu melakukan itu tersebut kerana saya tidak punya revenue, if you tell me what revenues there are, apa lagi revenues yang lain. Tuan Yang di-Pertua di sini saya ingin sebutkan, sementara kita bercakap tentang bagaimana kita perlu jana revenue yang lain dan sementara kerajaan juga menarik balik subsidi daripada apa yang sepatutnya diberikan sedikit peruntukan kepada rakyat khususnya dari sudut harga petrol dan sebagainya. Nah, kita berdepan dengan satu rang undang-undang yang akhirnya pada matlamatnya mahu memberikan ruang khas....
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Selangor, ini celahan. Ini floor Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Baik, baik. Saya tidak mahu berucap Tuan Yang di-Pertua, saya mahu mencelah sedikit sahaja kalau Tuan Yang di-Pertua izinkan. Jadi paling malang Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, sementara kita bercakap tentang bagaimana wang ini perlu digunakan dengan baik dan Perdana Menteri sendiri mahu menyebutkan tentang revenues yang lain. Di sini kita berbahas tentang satu rang undang-undang yang akhirnya mahu memberikan layanan khas kepada beberapa pihak business tertentu yang dipanggil pada hari ini dengan bahasanya yang saya tidak mahu sebut. Jadi macam mana Yang Berhormat Petaling Jaya Utara kalau semua bercakap dalam bahasa yang cukup baik serta niat yang baik, tetapi akhirnya kita terpaksa meluluskan rang undang-undang seperti ini. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya setuju dengan kata-kata daripada rakan Yang Berhormat Kuala Selangor yang sama dengan apa yang telah dihujahkan oleh rakan kita Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Gombak. Pada prinsipnya sebenarnya saya bersetuju dengan rang undang-undang untuk mempromosikan ataupun bagi insan..., mempromosikan sektor minyak dan gas terutamanya di marginal oil fields. Dari segi prinsip saya tidak ada halangan tetapi dari segi undang-undang dan cara undang-undang ini telah pun ditulis, saya rasa banyak cara yang tidak tentu yang terdapat dalam undang-undang ini, di mana kuasa yang macam terlampau besar, kabur yang terdapat dalam rang undang-undang ini. Saya rasa perkara ini boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu untuk mengayakan pihak-pihak yang tertentu. Jadi saya rasa undang-undang ini walaupun niat dia bila kita baca nampaknya murni, tetapi ia boleh dipergunakan untuk mendatangkan kebaikan kepada pihak-pihak tertentu.
Saya hendak pulang kepada sedikit lagi kepada Norwegian fund dibangkit oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi. Apa yang istimewa tentang Norwegian fund ini yang kita perlu ikut ialah dana ini walaupun ia merupakan satu sovereign fund, ia tidak dipengaruhi ataupun dikuasai oleh kerajaan di Norway. Ia ditubuhkan sebagai satu entiti yang bebas daripada kuasa kerajaan supaya sebarang pelaburan yang dibuat oleh Norwegian fund ini adalah atas maximization of profit dan bukan atas alasan-alasan lain seperti digunakan untuk bail out syarikat-syarikat yang tertentu atau digunakan untuk memberikan kebaikan kepada pihak-pihak yang tertentu.
Saya rasa prinsip ini penting dan kita harap pihak kerajaan akan mempertimbangkan penubuhan satu dana seperti Norwegian Sovereign Fund atau petroleum fund ini supaya hasil minyak dan gas kita dapat dikekalkan serta dilabur secara beramanah dan munasabah supaya pulangan dapat diberikan kepada anak cucu kita.
Akhir sekali, kalaulah dalam pilihan raya yang akan datang, pihak Pakatan dapat menjadi kerajaan. Saya rasa janji-janji kita dalam Buku Jingga seperti 20 peratus royalti diberikan kepada semua negeri yang mengeluarkan minyak dan gas seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak pasti akan dilaksanakan tidak kira sama ada negeri- negeri ini ditadbir oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat... [Tepuk] Kalau katakan dalam pilihan raya yang akan datang Sabah dan Sarawak terus dipimpin oleh Barisan Nasional, kita akan sama sekali melaksanakan royalti 20 peratus ataupun pulangan 20 peratus kepada negeri Sabah dan Sarawak... [Tepuk] Ini merupakan satu cara pimpinan demokratik dan patut diikuti oleh semua kerajaan sama ada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Kita tidak boleh kata negeri Terengganu sudah jadi pimpinan PAS, wang ihsan ditarik, kemudian pulang kepada Kerajaan Barisan Nasional beri royalti pula.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Jadi kita tidak mahu satu pimpinan begitu dan saya rasa rakan-rakan saya daripada Pakatan Rakyat di sini, semua boleh beri jamin bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan kotakan janji kita kepada semua rakyat di Malaysia, tidak kira sama ada mereka undi kepada Barisan Nasional atau kepada Pakatan Rakyat. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya terus merujuk kepada cadangan kerajaan untuk meminda Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967 kerana dasar yang atas prinsip, kerana kerajaan ini mengemukakan beberapa cadangan untuk mewujudkan ruang baru memberi layanan khas kepada beberapa syarikat yang mempunyai kaitan rapat dengan industri petroleum...
Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Yang Berhormat Indera Mahkota, saya rujuk kepada naskhah yang ada. Yang Berhormat sebut layanan khas kepada siapa yang ada pada muka surat empat di para huraian kedua ya. Layanan Khas. Saya tidak bersetuju bahawa “special treatment” ini diterjemahkan sebagai layanan khas. Perkataan “special treatment” ini adalah layanan istimewa. Apa pandangan Yang Berhormat?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih, saya rasa juga kalau perlu rang undang-undang ini hendak diluluskan juga kalau pihak Menteri atau kementerian atau kerajaan merasakan terlalu mendesak untuk meluluskan rang undang-undang ini, saya rasa eloklah bertukar “layanan khas” ini kepada “layanan istimewa” kerana yang hendak diberi layanan ini memang tersangat istimewa.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Oleh sebab itu pada petang ini Tuan Yang di-Pertua, Dewan Rakyat pada hari ini sepatutnya membicarakan tentang hal ehwal memberikan kebajikan dan meningkatkan mutu kehidupan rakyat, bukannya mencadangkan meningkatkan mutu kehidupan ataupun faedah yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Petronas yang dikatakan sebagai kroni. Ini berlawanan sama sekali. Dewan Rakyat diminta supaya meluluskan rang undang-undang untuk memberikan kedudukan istimewa kepada beberapa buah syarikat tertentu yang tidak ada kaitan dengan kerajaan.
Saya memang merasa tidak munasabah sungguh. Sudah dua rang undang- undang dibawa pada hari ini di sebelah petang memandangkan hanya beberapa hari lagi tinggal persidangan kita. Nampak gaya kerajaan cuba membawa satu rang undang-undang di akhir persidangan untuk tujuan mencari ruang untuk memberikan kebaikan kepada syarikat-syarikat yang sudah dibicarakan, disebutkan oleh ramai rakan-rakan kita. Ini sangat terang. Tidak ada langsung frasa yang kita bincangkan pada hari ini untuk melihat kesan kepada orang ramai, masyarakat umum di Malaysia terutama yang ada kaitan dengan petroleum. Jauh sekali hendak menceritakan cadangan kerajaan untuk menurunkan harga minyak petrol. Jauh sekali.
Kita hendak meminda beberapa seksyen terutama seksyen 65 seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Gombak dengan memasukkan frasa yang sangat istimewa iaitu memberikan kuasa kepada Menteri dan Ketua Pengarah untuk mengecualikan, menghapuskan, menghilangkan cukai yang sepatutnya dibayar oleh syarikat-syarikat tersebut. Ini kuasa yang luar biasa.
Saya meneliti Akta Cukai Pendapatan sendiri pun memang sudah lama dikritik kerana wujudnya seksyen 129 perkara (a), (b) dan (c) dan (d) dimasukkan provision nya mengatakan Menteri, Ketua Pengarah mempunyai kuasa untuk menghapuskan, melucutkan, menghilangkan langsung cukai yang sepatutnya dibayar. Akan tetapi ada alasannya, atas dasar apa. Dasar perikemanusiaan, dasar malapetaka, dasar humanity.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Ini antara dasar yang boleh diguna pakai untuk menghapuskan cukai, bukan kerana syarikat perlu diberikan layanan istimewa. Saya rasa pegawai kerajaan sendiri pun merasa lucu apabila kita mencadangkan perkataan layanan khas, mengecualikan cukai kerana layanan khas. Lucu. Pegawai kerajaan sendiri saya yakin, merasa lucu.
Pegawai-pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri sekarang bertungkus-lumus untuk mencapai matlamat pengutipan cukai setahun. Tahun lalu disasarkan RM91 bilion. Selepas ditolak semula pembayaran balik dan sebagainya, kita terikat pada kadar RM87 bilion kutipan cukai. Ini belum lagi termasuk rayuan-rayuan, bayaran-bayaran yang sepatutnya dibuat apabila wujudnya taksiran-taksiran semula atau taksiran pindaan. Itu belum lagi masuk.
Sekarang, nampak gayanya industri ataupun potensi pembayar-pembayar cukai yang berada dalam kelompok industri petroleum dan gas, kita hendak mencipta satu ruang baru untuk memberikan pengecualian kepada mereka. Saya yakin apa yang kita bincangkan sekarang atas ruang untuk melihat sama ada RM31 bilion ke RM39 bilion cukai yang secara tradisi dikutip daripada industri ini, boleh kita hilangkan langsung. Ini bermakna kita bercerita tentang kaedah untuk mengurangkan revenue kerajaan dalam Dewan ini.
Tidak munasabah. Dewan Rakyat membincangkan cara untuk menghilangkan revenue kerajaan yang dibawa oleh kerajaan.
Dalam masa yang sama, rakyat diminta untuk mengubah cara hidup, berjimat- cermat, subsidi distrukturkan semula. Akibatnya, rakyat terpaksa menanggung beban membayar minyak untuk kegunaan harian lebih tinggi. Gas memasak lebih tinggi. Diesel lebih tinggi. Diminta kita ubah cara hidup, Tuan Yang di-Pertua. Saya yakin Tuan Yang di- Pertua rasa sedih di dalam dada. Saya yakin kerana kita tidak sampai hati. Tidak sampai hati. Apalagi, hendak meluluskan undang-undang untuk memberikan kebajikan kepada syarikat yang sememangnya sedia ada mendapat manfaat daripada industri ini. Tidak bayar cukai ini satu layanan yang Yang di-Pertuan Agong pun tidak dapat. Kalau syarikat itu milik, sekiranya ada, tidak dapat.
Kita beri pada sektor yang cukup nyata dalam..., dan saya tentu dan saya yakin syarikat-syarikat korporat yang lain, syarikat-syarikat perniagaan yang lain baik kecil atau besar, yang modal berbayar sederhana dan rendah, merasa marah. Tentu marah. Mereka bertungkus-lumus untuk mencari keuntungan kerana mereka juga bertanggungjawab untuk melaporkan cukai lebih awal dalam erti kata sistem taksiran baru, taksiran sendiri, mereka mesti melaporkan estimate, membuat anggaran pembayaran cukai akan datang. Sekiranya gagal, mereka akan dihukum, dikenakan denda di bawah seksyen-seksyen tertentu. Denda kelewatan membayar cukai ini cukup parah. Sudah cukup rakyat kita, perniagaan dalam negara kita menanggung beban akibat tanggungan-tanggungan cukai dan sebagainya.
Sudah cukup.
Saya dapati Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan masyarakat perdagangan dalam negara kita juga menyatakan kebimbangan kerana kebelakangan ini pihak kerajaan telah menumpukan pada sektor perolehan cukai berbentuk korporat yang saya juga turut menyokong kerana ini adalah bidang yang cukup lumayan istilahnya daripada segi percukaian, kerana bidang inilah tersedianya cukai-cukai yang sepatutnya dikutip atau diraih sama ada ke hadapan atau yang ke belakang yang tertinggal dalam..., kita tahu banyak masalah daripada segi peraturan dan pematuhan cukai dalam negara kita yang menyebabkan ada syarikat-syarikat yang mengambil kesempatan melakukan kesalahan- kesalahan secara sengaja atau tidak dalam bentuk omission, dalam bentuk terkurang lapor dan sebagainya. Ini adalah tumpuan yang sedang dijalankan, digerakkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri termasuk prosedur-prosedur penyiasatan cukai yang memang sudah tentu amat ketat.
Saya yakin langkah ini adalah baik untuk melihat satu peningkatan mutu masyarakat pembayar cukai dalam negara kita dan saya juga menyokong. Akan tetapi saya merasa sedih apabila pegawai-pegawai kita yang sedang bertungkus-lumus dengan cubaan ataupun ikhtiar untuk mendapatkan hasil negara ini melihat ada syarikat-syarikat tertentu yang dilayan atau dicadangkan diberi layanan istimewa yang berbunyi boleh dikecualikan cukai.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang ini dikerah supaya kutip, kerah tenaga berdepan dengan risiko-risiko tertentu siang malam. Kalau kastam itu ada yang mati pun. Akan tetapi kita hendak sediakan tempat untuk layanan istimewa supaya tidak perlu bayar cukai.
Saya tidak tahu di manakah kepentingan perkara ini hendak dibawa dalam dua hari terakhir persidangan penggal ini. Adakah kerana kerajaan merasa tidak ramai orang di dalam Dewan, jadi kita utamakan, dahulukan rang undang-undang ini kerana nampak gayanya ada keperluan dan paling buruk lagi, ada tekanan daripada golongan tertentu yang merasakan mereka akan mendapat manfaat segera sekiranya rang undang-undang ini dapat diluluskan pada hari ini.
Perkataan subsidi memang agak tidak manis kita sebut pada hari ini kerana ini akan meningkatkan lagi rasa kecewa dalam kalangan masyarakat oleh kerana rang undang-undang ini langsung tidak ada. Lebih baik kita katakan, rang undang-undang ini adalah berlawanan sama sekali. Songsang dengan cara kita untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Songsang sama sekali.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Oleh sebab itu, saya berharap kerajaan, kementerian, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang bertanggungjawab membentangkan dan menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh semua Ahli Parlimen baik di sebelah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat berkenaan isu meminda cukai petroleum, Akta Cukai Pendapatan pada hari ini, saya berharap supaya menimbang semula untuk sama ada menarik balik ataupun membuat pindaan terutama berkenaan dengan perkataan layanan khas ataupun layanan istimewa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya mendapat maklumat daripada rakan-rakan di luar sana mengatakan bahawa di antara sektor yang sudah tentu akan mendapat layanan yang cukup istimewa dan khas ini sektor yang mempunyai kaitan rapat dengan industri asas terutama yang berdasarkan partisipasi ataupun joint ventureship, dengan izin, daripada pihak yang berkedudukan atau berstatus luar atau berstatus tidak bermastautin dalam negara kita. Dalam erti kata lain, mereka ini adalah syarikat-syarikat asing yang mempunyai pegangan-pegangan, ekuiti- ekuiti dan juga mempunyai kepentingan, sedang mereka melihat industri ini di dalam negara kita adalah industri yang sangat menguntungkan terutama apabila mereka merasakan adanya satu layanan khas yang sekiranya kita benarkan atau luluskan, memang akan menjadi bidang yang sangat menguntungkan kepada mereka.
Ini sekali lagi tidak membayangkan kita merumuskan satu formula untuk membaiki masalah yang sedang dihadapi atau ada di hadapan mata kita iaitu kita berhadapan dengan masalah hutang rakyat yang meningkat, kos bebanan hidup dan juga mutu kehidupan rakyat Malaysia secara umum semakin merosot. Sekali gus saya berharap perkara ini tidak menjadi jawapan kepada kenapakah negara kita dituduh menyumbang kepada berlakunya illicit outflows seperti yang dilaporkan oleh beberapa pihak asing mengatakan jumlah ini terlalu besar. Ini mungkin kerana mereka melihat kita sengaja mewujudkan ruang untuk membantu dan memberi manfaat secara langsung kepada syarikat-syarikat yang berbentuk begini tadi.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Minta penjelasan sedikit yang Indera Mahkota, Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Indera Mahkota kata kita pada petang ini tidak hendaklah menyebut tentang subsidi sedangkan kita menghadapi isu besar tentang subsidi ini. Rakyat dibiarkan berasa bersalah, guilty. Conscience kita dicuit kerana seolah- olah kerajaan memberikan terlalu banyak subsidi, maka sebahagian daripadanya akan ditarik balik. Kita diharap tidak berasa marah oleh sebab terlalu banyak subsidi yang telah diberikan.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ada maklumat mengatakan bahawa jumlah subsidi sebenarnya RM74 bilion diperuntukkan. Akan tetapi, kita perlu sedar bahawa sebahagian besar apa yang dikatakan subsidi ini adalah untuk pendidikan dan juga penjagaan kesihatan. Hospital, sekolah- sekolah kita. Ini tidak boleh kita anggap sebagai subsidi yang membebankan. Ia sepatutnya tidak disebut sedemikian langsung kerana ia sudah menjadi satu tanggungjawab asas sesebuah pemerintah dalam sesebuah negara.
Jadi meletakkan satu jumlah yang besar misalnya, ada yang mengatakan sampai lebih daripada separuh daripada subsidi yang saya sebutkan tadi digunakan untuk pendidikan dan kesihatan. Ia meletakkan kita rasa seperti, rakyat seperti bersalah, lalu hendak ditarik sebahagiannya. Ini sepatutnya tidak berlaku. Akan tetapi, pada masa yang sama hari ini kita didedahkan ada usaha untuk menambahkan lagi subsidi kepada syarikat- syarikat yang terlibat dengan industri petroleum ini.
Dalam kita sudah bangkitkan bahawa IPP itu sudah mendapat subsidi yang banyak, sepatutnya kerajaan bertindak dan rakyat semakin terguris, hari ini ditambah lagi.
Saya rasa ini the last straw that broke the camel’s back. Apa kata Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota dan Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai dan juga apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi berhubung dengan subsidi ini. Kalau kita tinjau daripada apa yang disebut oleh PEMANDU, RM74 bilion pada tahun 2010 digunakan untuk subsidi. Sebanyak 54 peratus adalah untuk kesihatan dan juga pendidikan. Maknanya 31 peratus lebih untuk lain-lainnya.
Kalau 31 peratus ini pun kita tinjau, hanya RM3 bilion ataupun 2 peratus sahaja yang digunakan subsidi ini direct untuk rakyat.
Jadi, maknanya kalau sekiranya dalam hal ini, rang undang-undang ini kita memberi pengecualian seperti yang disebut layanan istimewa tadi, saya rasa memang tidak patutlah yang diterima oleh rakyat. Kita layan secara begini, tetapi syarikat-syarikat yang sudah kaya, yang besar kita memberi layanan yang istimewa. Apa pandangan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih rakan daripada Pendang dan Kuala Krai. Saya merasakan istilah ataupun praktis untuk memberi subsidi, sekurang- kurangnya kita nampak subsidi itu untuk meringankan beban rakyat. Apabila kerajaan hendak gunakan perkataan apa sahaja, menstrukturkan semula, menarik balik atau mengurangkan subsidi, maka apa sahaja perkataan yang diguna, kesan akhirnya ialah rakyat ataupun masyarakat pengguna atau rakyat keseluruhan negara kita terpaksa membayar lebih. Maksudnya, berlaku penurunan dalam kadar pendapatan boleh guna mereka. Itu adalah kesan akhir yang dirasai oleh rakyat.
Akan tetapi dalam isu melupuskan, mengecualikan, menghilangkan cukai ini jauh lebih buruk daripada menarik balik subsidi. Oleh kerana cukai ini sepatutnya dikutip daripada syarikat ini dan duit kutipan cukai ini digunakan untuk subsidi, dari segi urutannya.
Kita boleh katakan wang cukai digunakan untuk peruntukan subsidi, tetapi apa yang berlaku sekarang ialah cukai itu sendiri hendak dihapuskan terlebih awal daripada perkiraan untuk memberi subsidi. Maka, kita telah pun mengambil langkah ke hadapan, satu langkah di mana syarikat ini dilayan lebih awal daripada kita membuat perkiraan untuk memberi subsidi kepada rakyat.
Maka sudah tentu siapa sahaja yang terlibat, yang mendapat manfaat, mereka menjadi anak emas kepada kerajaan kita. Secara kebetulan, jika benar anak emas itu merupakan beberapa betul-betul anak emas kepada anak emas yang disebutkan, memang mereka syarikat yang betul-betul di istilah sebagai dengan izin, living in the tax heaven.
Memang betul-betul, ini istilah yang tepat mereka ini betul-betul duduk dalam istilah yang disebut sebagai tax heaven. Memang betul, anak emas dilayan begitu istimewa yang lebih berbanding daripada isu subsidi. Memang.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Akhirnya saya hendak sebut, kenapa keputusan ini dibuat atau dicadangkan sedangkan kita tahu kebanyakan negara dalam peringkat ASEAN terutamanya sedang berlumba-lumba untuk berbincang bagaimana kaedah untuk mempertingkatkan hasil negara. Semua negara bimbang terhadap peristiwa kehilangan hasil, kejatuhan hasil termasuk hasil daripada percukaian negara-negara terutamanya di sekitar Asia. Semua merungut dan mereka mengkritik kenapa negara-negara rakan ASEAN berlumba-lumba kata insentif, kurangkan cukai, kalau boleh tidak ada cukai langsung. Ini satu polisi yang dianggap balik semula kepada zaman primitif, primitif cukai, tax primitive treatment.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Oleh sebab hendak tarik orang datang sampai cukai pun sanggup dihapuskan.
Cukai adalah obligasi asas sesuatu warga negara dalam negara tersebut. Kita hendak balik semula ke belakang hendak bagi dan gunakan Dewan Rakyat ini untuk meluluskan rang undang-undang bagi mengheret kita ini balik ke keadaan primitif. Itu untuk menghilangkan hasil terutama cukai yang patut kita kutip lebih lagi berganda terutama dalam sektor-sektor yang agak lumayan ini sepatutnya tetapi kita di sebaliknya membuat polisi yang menyimpang atau ke belakang daripada hasrat kebanyakan rakan-rakan di negara sekitar ASEAN kita.
Jadi, saya rasa ini adalah sesuatu yang tidak patut malah sekiranya kita bersedia untuk berkeseorangan, tidak seperti negara-negara lain bersama dengan ASEAN untuk membawa satu polisi yang seiring dengan mereka. Saya tidak tahu apa strategi ini, mungkin ada yang tersurat atau tersirat. Kita barangkali ada strategi baik yang tidak terfikir oleh negara-negara lain barangkali, yang itu jawapannya ada pada pihak Menteri. Saya cadang atas dasar ini biarlah saya berterus terang, saya menyatakan hasrat untuk tidak langsung menyokong rang undang-undang ini supaya dibentang hari ini dan dilulus dan saya mohon sekali lagi untuk mengatakan terima kasih kerana beri peluang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya untuk membahaskan. Tuan Yang di-Pertua, saya secara awal saya mengatakan saya membahaskan ini dengan protes. Protes yang pertama sekali mengenai kenapa tidak ada naskhah di dalam bahasa Malaysia kerana ini saya yakin pejuang-pejuang bahasa yang berjuang pada mulanya bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, ke tahap itu. Berjuang lagi sampai bahasa ini bahasa Kebangsaan. Itu ada konotasinya yang berbeza dari segi pendekatan ke perlembagaan.
Akan tetapi hari ini kalau penjelasan yang akan diperkenalkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri satu penjelasan yang bagi saya tidak menggambarkan perjuangan daripada bahasa rasmi ke bahasa kebangsaan itu saya rasa amat malang daripada agenda memartabatkan bahasa di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengatakan bahawa apa-apa sahaja pendekatan percukaian yang dibuat terhadap syarikat ataupun terhadap individu di negara ini adalah satu agenda nasional dan tanggungjawabnya adalah tanggungjawab nasional. Tadi dikatakan oleh rakan bijaksana saya sebagai tanggungjawab asasi, tanggungjawab nasional. Memang dikatakan di sini apa-apa gerak kerja percukaian memang ada asas perlembagaannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya khuatir apabila bahasa yang tidak tepat digunakan di sini ia akan mengundang kepada pentafsiran. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, di dalam perlembagaan, saya kena katakan begini secara ikhlas kerana diperuntukkan contohnya, fasal 153 iaitu kedudukan istimewa orang Melayu. Itu ada sebabnya, atas sebab dasar affirmative action nya. Tindakan afirmatifnya membantu mereka-mereka yang latar belakang sosioekonominya perlu dibantu dan perkataan dipakai ialah kedudukan istimewa.
Ada pihak-pihak yang mengatakan ia bukan kedudukan istimewa, it is a right.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Itu mengundang perbahasan yang memang lebih jauh kerana dalam pendekatan lain, orang mengatakan a privilege is not a right. Itu bagi saya, itu maksud saya Menteri, kalau istilah yang digunakan di sini tidak diperjelaskan.
Oleh kerana apa yang kita ada di sini di peringkat huraian sahaja dan huraiannya pun dikatakan tadi– dan sini semua orang Melayu yang bangunkan tadi ini. Dikatakan special treatment, kalau hendak dikatakan layanan khas pun mengundang perbahasan lagi.
Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong jelaskan perkara ini kerana saya dua peringkat, satu tidak bersetuju, tidak digunakan naskhah bahasa Melayu dan juga tidak bersetuju apabila istilah special treatment itu tidak digunakan dengan lebih khusus.
Tuan Yang di-Pertua, saya katakan tadi ketika mencelah, saya mengatakan bahawa hari ini di dunia pengkaji-pengkaji atau sarjana-sarjana mengkaji apa kaitan minyak dan juga pembangunan negara dan yang paling menarik lagi minyak, pembangunan dan demokrasi. Oleh kerana dipantau dan kebetulan saya ada kertas ini dan boleh saya berkongsi dengan saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri juga minat membaca bahan-bahan yang bermanfaat, sehingga dikatakan, dikaji-kaji, kebanyakan dan saya tidak mahu Malaysia termasuk dalam kategori itu yang dikatakan oil led development country ini yang mana memang terbukti dari segi tahap rasuahnya meningkat..., tadi saya baca tadi separuh dan saya membaca sehingga habis lagi di dalam ini, dia kata, dengan izin, “In some countries, that depends on oil for their livelihood eventually become amongst the most economically troubled. The most authoritarian and the most conflict ridden in the world.” Ini dia cakap secara umum, mengambil kira kedudukan di negara Afrika dan sebagainya dan juga memantau Indonesia, Malaysia, Myanmar dan sebagainya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa saya katakan isu ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, ketika tahun 1989 Malaysia dijemput oleh Kerajaan Myanmar untuk bersama-sama mengadakan usaha-usaha pembangunan petroleum di sana. Yang Berhormat timbalan menteri tetapi hari ini berita keluar orang yang diangkat mengharumkan nama negara tidak ada mana-mana agenda-agenda yang kita panggil subversif dan sebagainya, tidak dibenarkan masuk ke negara Myanmar oleh Kerajaan Junta hari ini iaitu Datuk Sri Michelle Yeoh kita yang saya tahu dia ini orang kreatif, orang selebriti yang mengharumkan nama negara. Saya menggesa Kerajaan Malaysia mungkin melalui Menteri Kewangan, meminta pendirian Kerajaan Malaysia kerana kita punya kepentingan di situ.
Kerana syarikat-syarikat Malaysia ke sana membuat kerja-kerja yang menguntungkan Kerajaan Myanmar.
Sebab itu hari ini di dalam negeri-negeri yang lain, mereka amat berhati-hati untuk melakukan pelaburan, melakukan usaha sama di negeri-negeri yang tahap demokrasinya akan menempelak, memalukan mereka. Di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengatakan begini lanjutan daripada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, tadi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan kawan saya daripada Putatan tadi, kita nampak bahawa agenda pembangunan minyak ini mempunyai impak langsung kepada agenda-agenda sosial, ekonomi dan politik.
Tadi dibagi satu contoh, Norway dan dikatakan dalam kertas kajian ini juga oleh- mungkin Yang Berhormat timbalan menteri boleh mencari namanya, Profesor Terry Elkal, memang wujud satu inisiatif iaitu Centre on Democracy Development And Rules Of Law di Stamford University itu mengatakan bahawa, “Di Norway itu, an oil exporter has used the benefits of north sea petroleum to earn the highest place on the United Nations Development Programme list of best social development performance while other exporters like Nigeria and Angola are clustered near the bottom.” So, maksudnya kalau hasil-hasil minyak ini tidak digunakan dengan sebaiknya, saya rasa peluang untuk kita mendapat pengiktirafan. Pengiktirafan bukan penting sangat tetapi maksud mengadakan program-program yang lebih konstruktif untuk pembangunan- pembangunan masyarakat amat mendukacitakan. Sebab itu apabila keluhan-keluhan daripada rakan-rakan. Ya, bukan kerana pilihan mereka tetapi pilihan dasar negara ini telah menyebabkan negara mereka termasuk dalam senarai negara-negara miskin tadi, Sarawak, Sabah, Kelantan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya mengatakan di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, Pulau Pinang kami tidak ada minyak tetapi alhamdulillahlah, di atas pengurusan dan sebagainya, komitmen yang ditunjukkan, kita diiktiraf oleh Auditor General, Transparency National di atas tata kelola governance yang baik. Bayangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau hasil- hasil minyak ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin di Sabah dan Sarawak, saya rasa Sabah dan Sarawak hari ini, Sarawak terutamanya bukan sahaja akan dikenali sebagai negeri yang kaya malah negeri yang kaya dan memanfaatkan rakyatnya terhadap agenda- agenda pembasmian kemiskinan, agenda-agenda pembangunan ekonomi dan sebagainya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga ingin memohon Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya katakan hak istimewa yang diberikan di dalam Perlembagaan disebabkan kedudukan sosial-sosial yang tertentu. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerana di Dewan ini saya katakan lagi sekali walaupun saya katakan hampir ke semua kementerian, kita tidak ada kebiasaan di negara kita sebelum membentangkan satu-satu rang undang-undang kita bagi impact assessment report ataupun laporan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kita tidak ada perkataan itu. Walaupun tidak ada itu, saya mohon Menteri mengandaikan kepada kita, memberi satu fakta kalau boleh, berapa nilai sebenarnya akan terlibat sekiranya layanan istimewa ini diluluskan dalam Dewan yang mulia ini? Kami memang mengandaikan syarikat-syarikat akan terlibat ialah syarikat yang dikatakan itu yang disenaraikan daripada Ketua Pembangkang dan sebagainya, okey Menteri?
Menteri tolong jelaskan berapa nilai yang akan terlibat kalau keistimewaan ini. Ini kerana Yang Berhormat Menteri, saya tahu secara perundangan hatta dalam WTO sendiri pun ia tidak pakai perkataan “special treatment”, ia pakai pun kadang-kadang untuk hak harta intelek dipanggil “national treatment”. Ia pakai perkataan-perkataan yang tidak bunyi pun “special treatment” apabila ia hendak hak layanannya, walaupun dia orang Eropah atau Amerika datang ke Malaysia, dia hendak layanan yang dipanggil national treatment, itu istilah-istilah. Akan tetapi di sini, kita minta “special treatment”.
Yang Berhormat Menteri, satu lagi yang saya mohon jelaskan pada Dewan yang mulia ini pada dasarnya saya nampak ada perbezaan di antara fasal 22A dan fasal 65C.
Yang Berhormat Menteri, fasal 22A, kalau Yang Berhormat Menteri tengok keistimewaan itu teramat istimewa berbanding dengan keistimewaan yang Menteri dapat di bawah fasal 65C.
Dalam fasal 65C kalau Yang Berhormat Menteri merujuk kepada 65C(2) dengan izin, “Any order made under subsection (1) shall be laid before the Dewan Rakyat”. Dalam ketika itu apabila Yang Berhormat Menteri memberi – kita panggil pengecualian dalam 65C(1), “Apa- apa itu mesti dipersembahkan di Dewan Rakyat”. Akan tetapi keistimewaan yang diberikan di bawah 22A ini melalui peruntukan 22A(1) itu seolah-olah tidak ada kebertanggungjawabannya atau accountability, check and balance nya tidak ada di situ Yang Berhormat Menteri.
Jadi Yang Berhormat Menteri, saya mengatakan di sini di kala secara keseluruhan kita membincangkan apa lagi insentif-insentif yang sesuai untuk rakyat pun kita dapat hujahan-hujahan bantuan-bantuan, subsidi dan sebagainya tidak boleh kerana sekian, sekian, sekian negara tidak punya dana yang cukup, subsidi mesti dipotong. Malah, baru- baru ini Perdana Menteri melancarkan satu lagi agenda program namanya MyPlan. Myplan ini kononnya perlu dibuat sebab rakyat tidak faham apa ini NKRA, transformasi dan dibuat lagi MyPlan. Bagi saya ini bukan MyPlan saya, ini pelan Perdana Menteri dan Barisan Nasional bukan pelan saya walaupun namanya MyPlan.
Yang Berhormat Menteri, ingin saya katakan di sini kebetulan saya cuba memahami apa yang dipanggil sebagai pendekatan fiskal di dalam industri minyak dan gas, saya tidak jumpa Yang Berhormat Menteri, apa yang dipanggil sebagai wang ihsan. Ada di peringkat antarabangsa yang dipakai ini, mereka panggil royalti, tax, income macam- macam percukaiannya dan tidak ada satu istilah dipanggil wang ihsan. Akan tetapi di Malaysia, kalau Yang Berhormat Menteri tidak boleh menjelaskan dalam Dewan ini, saya kata istilah ini nombor satu ialah istilah haram. Jikalau istilah haram bagi saya malang bagi penduduk di Kelantan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Apabila penduduk Kelantan tidak dapat, sudahlah dibebankan dengan istilah haram dan hak mereka diangkat tetapi syarikat hendak diberi hak istimewa. Bagi saya ini satu perkara yang memalukan negara dan saya rasa tidak ada sebab mengapa rakyat Kelantan menolak Barisan Nasional.
Ini bukan salah macam saya cakap ini, saya terus terang di sini mengatakan bahawa perlu diperbetulkan dan kalau nilai special treatment yang tadi saya minta Menteri jelaskan dalam Dewan yang mulia ini banyak, saya rasa biarlah nilai tersebut patah balik kepada rakyat. Jikalau special treatment tadi kita beri pelepasan tiba-tiba nilainya besar. Ini kerana Yang Berhormat Menteri, semalam kelam kabut orang kampung saya SMS, “YB, hujung bulan ini kita hendak kena Jabatan Hasil Dalam Negeri suruh kita hantar laporan cukai”. Kelam kabut, tetapi di sini kita berbahas hendak beri kedudukan istimewa. Saya yakin, istimewanya ini akan macam-macam istimewa. Daripada pejabat Hasil Dalam Negeri dan sebagainya ia akan dapat betul-betul istimewa.
Jadi Yang Berhormat Menteri, tolong jelaskan supaya saya tidak mahu perkataan yang dipanggil special treatment ini didapati seolah-olah special right, for me is not right, it is privilege. Akan tetapi, perlu dijustifikasikan dan kalau tidak ada assessment impact report tetapi berikan nilai supaya kita tahu special nya ini ialah kalau tidak munasabah, natijahnya ialah satu diskriminasi kepada rakyat golongan bawahan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dengan begitu komited, begitu comprehensive lah dengan izin dan begitu ramai. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Saya rasa kalau rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan mendengarnya kecuali barangkali pegawai-pegawai kerajaan yang mengetahui hal ini menganggap betapa zalimnya Kerajaan Malaysia sehingga sanggup memberi segala “special treatment” dengan izin, yang boleh menampakkan bahawa kerajaan tidak begitu prihatin dengan rakyat.
Manakala memberi pula keistimewaan khususnya kepada mereka-mereka yang terpilih bahkan disebut oleh Ketua Pembangkang disokong oleh Yang Berhormat Gombak dan juga Yang Berhormat Tumpat tidak terkecuali menyokong penuh.
Saya akan beri sedikit penjelasan satu persatu supaya kita jelas bahawa yang dikatakan itu semuanya adalah tidak betul. Bagaimana yang dikatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sebegitu hebat nampaknya tadi boleh saya berani kata tidak betul? Sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat tidak memahaminya atau Ahli-ahli Yang Berhormat memahaminya tetapi suka memesongkannya supaya kelihatan betapa jahatnya kerajaan Barisan Nasional.
Sehingga Yang Berhormat Indera Mahkota mengatakan macam mana kerajaan boleh mahu seludup dalam dua hari terakhir satu rang undang-undang yang memberikan keistimewaan kepada beberapa individu, yang mana yang lainnya tidak boleh. Saya hairan kerana Yang Berhormat Indera Mahkota ini dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang percukaian tetapi bercakap begitu hambar sekali dan tidak mempunyai kelainan daripada yang lain.
Saya boleh faham kalau Yang Berhormat Permatang Pauh kurang sedikit sebab dia berhenti lama. Saya boleh faham Yang Berhormat Tumpat sebab dia tidak ada pengalaman dalam LHDN. Yang Berhormat Indera Mahkota satu hari menentang C2, kapal, diesel dan hari ini seolah-olah menyokong pula subsidi diesel. Begini yang pertamanya Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai bahasa ini. Akta ini adalah dalam bahasa Inggeris dibuat sebelum pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi yang memerlukan semua akta dibuat dalam bahasa Malaysia, sebelum itu tidak. Salinan yang sahihnya ialah bahasa Inggeris. Salinan dan perkataan yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini adalah dalam bahasa Inggeris.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Sekiranya kita mahu membuat pindaan, dibuatnya dalam Bahasa Melayu chapter 6. Takkanlah tidak tahu apa dia chapter 6. Tidak perlu kepada seorang pakar rujuk untuk mencari perkataan chapter 6 dalam Bahasa Malaysia. Akan tetapi untuk mengelakkan pertikaian, kita menggunakan perkataan Inggeris seperti mana yang diterima sebagai perkataan-perkataan dan sebagai salinan yang sahih.
Yang Berhormat Kota Bharu, kalau kita guna bahasa Melayu, semua perkataan boleh dipertikaikan kerana perkataan-perkataan itu tidak pernah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Kita tahu “special treatment” tadi pun sudah menjadi satu isu, adakah ia layanan istimewa, layanan khas, layanan yang lain dan layanan berbeza. Itu baru satu, bayangkan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Jadi, kerajaan bukan memperkecilkan bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Ini keperluan dan tuntutan undang-undang. Yang Berhormat Kepong tahu, dia mengangguk kepala. Yang Berhormat Kepong macam dia setuju dengan saya tetapi tidak mengapalah Yang Berhormat Kepong, ini nasib kita Yang Berhormat Kepong.
Kadang-kadang mereka ini suka menggunakan perkara-perkara yang sepatutnya tidak menjadi isu. Peguam tidak mungkin tidak tahu. Apa yang sahih atau originalnya yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini ialah bahasa Inggeris.
Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Sebab Yang Berhormat Kota Bharu, saya beri ya.
Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Saya mahu minta pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri lupa bahawa Akta Bahasa Kebangsaan dijanjikan kepada seluruh rakyat bahawa selepas 10 tahun merdeka semuanya akan dibuat dalam Bahasa Kebangsaan ataupun Bahasa Malaysia?
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Betul Yang Berhormat, tidak ada orang yang hendak pertikaian tetapi ia tidak menuntut akta-akta yang telah dibuat sebelum itu ditukar bahasa. Kita meminda akta yang dibuat sebelum itu. Kalau akta baru okey Yang Berhormat.
Saya rasa tidak ada satu akta baru yang dibuat sejak daripada tahun itu dalam bahasa Inggeris. Inggeris hanya satu salinan. Itu soal bahasa, kita tidak perlu panjang.
Soal yang kedua, Ketua Pembangkang, saya selalu beri laluan kepada dia. Saya menghormati dia sebagai Menteri sayalah dahulu semasa saya di Bank Negara tetapi hari ini dia menunjukkan belang yang sukar untuk saya mengekalkan hormat saya kepada beliau.
Pertamanya apabila dibaca jawapan yang bertulis mengenai pertanyaannya minta Yang Berhormat Perdana Menteri menyatakan terma-terma perjanjian kontrak perkhidmatan yang ditandatangani antara Petronas dan konsortium Petrofac. Dia kata jawapan ini dia baru dapat hari ini panas-panas dan dibacanya kontrak ini diberi kepada Kencana Energy Sendirian Berhad dan Sapura Energy Venture Sendirian Berhad. Maka, bersemangatlah dia dan diikuti pula oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lain seolah-olah mengikut-ikut apa yang dikata oleh Ketua Pembangkang.
Saya hanya mengharap sebenarnya Ketua Pembangkang baca jawapan itu dengan ikhlas. Ini kerana kalau diizinkan, saya baca satu paragraf sahaja Yang Berhormat supaya kita umum tahu siapa yang cuba membelitkan isu. Siapa yang tidak benar dan telus. Cuba kita baca sahaja. Jawapannya, “Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media Petronas serta laporan-laporan akhbar Kontrak Khidmat Risiko (RSC) medan berantai, RSC pertama di Malaysia telah dianugerahkan kepada Petrofac Energy Development Sendirian Berhad. Ketua Pembangkang tidak sebut langsung. Saya tidak tahu mungkin Yang Berhormat Gombak ada sebut sedikit, saya dengar.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Ketua Pembangkang tidak sebut langsung, yang diberi kepada Petrofac anak syarikat kepada syarikat antarabangsa. Petrofac dari United Kingdom serta Kencana Energy Sendirian Berhad dan Sapura Energy Venture Sendirian Berhad bagi aktiviti pembangunan dan pengeluaran minyak dan gas di medan berantai yang terletak 150 kilometer di luar pantai Terengganu. Di bawah terma dan syarat yang ditetapkan Petrofac akan menjadi pengendali utama medan dengan pegangan 50 peratus kepentingan ekuiti manakala baki 50 peratus dikongsi secara sama rata oleh Kencana Energy Sendirian Berhad dan Sapura Energy Venture Sendirian Berhad. Pemilihan dua syarikat-syarikat tempatan ini dibuat oleh Petrofac sendiri berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan iaitu kepakaran teknikal huluan dan juga kedudukan kewangan yang mantap. Itu jawapan dia.
The list I aspect dengan izin, is to read the answer in proper contacts...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
I am not expected too much dengan izin daripada Ketua Pembangkang, daripada memilih dua perkataan dan dikait pula dengan nama-nama, entah betul entah tidak.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Mentari, penjelasan sedikit boleh?
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Boleh.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri mengandaikan di situ Ketua Pembangkang harus mengambil apa yang di cakap oleh Yang Berhormat Perdana Menteri itu 100 peratus betul. Macam tadi katakanlah syarikat itu dipilih dengan kriteria-kriteria. Itu kenyataan dia melainkan kalau dia cakap ini mekanik pemilihan dia, ini tendernya, itu bolehlah kita pegang lagi. Ini dia memberi satu kesimpulan dan kenyataan syarikat ini dipilih kononnya ikut kriteria-kriteria. Saya tidak akan percaya kalau tidak ada perkara-perkara yang objektif yang boleh saya pegang. Kalau peranan saya sebagai pembangkang, saya tidak boleh ambil kesimpulan sebegitu. Ya, tidak ada penjelasan di situ yang patut kita pegang.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Biar saya jelas satu lagi ya. Pertamanya saya tidak mengharapkan Ketua Pembangkang menyokong sepenuhnya apa jawapan yang diberi. Saya tidak mengharap tetapi sekurang-kurangnya bacalah. Be transparent, can’t you? Tidak bolehkah pihak di sebelah sana menghayati sedikit keluhuran. Adakah terlalu banyak meminta untuk rakyat Malaysia memahami sebenarnya apa yang kita bincangkan dalam Dewan yang mulia ini? Tunggu dahulu Yang Berhormat Tumpat, tunggu dahulu. Hari ini tidak mengapa, kita jangan ke mana-mana. Yang Berhormat Indera Mahkota jangan tinggal. Masih banyak agenda belum selesai... [Ketawa] Okey, Yang Berhormat Balik Pulau penyokong kuat Ketua Pembangkang sehingga lebih kuat dari Yang Berhormat Tumpat yang dahulunya champion dalam menyokong Ketua Pembangkang. Sekarang sudah jatuh sedikit, Yang Berhormat Balik Pulau naik. Sebelum kita hendak tuduh yang undang-undang ini di smuggle, dengan izin, dua hari untuk membantu dua syarikat ini.
Adakah Ahli-ahli Yang Berhormat dua syarikat ini dengan kontrak yang diberikan ini tidak mendapat apa pun kelayakan dalam Akta Pindaan Pendapatan Petroleum ini. Dia tidak dapat. Dia masih tertakluk kepada Akta Pendapatan 1967 yang biasa-biasa. Kerana apa? Ini kerana dia sebagai kontraktor sahaja. Dia bukannya pencari minyak. Dia pencari minyak itu yang dapatnya. Kalau Shell cari, Shell dapat, kalau dia beri kontraktor kepada siapa-siapa hatta syarikat Yang Berhormat pun, Yang Berhormat tidak dapat.
Janganlah menuduh mereka yang tidak berdosa itu. Kalau mereka dapat itu tidak mengapalah. Ini tidak dapat apa pun, tidak ada kena mengena pun. Zalimnya pihak pembangkang, betapa zalimnya pembangkang. Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Mentari. Ada dua perkara. Pertamanya berkaitan dengan bahawa dua syarikat ini tidak dapat apa-apa kecuali saya tidak faham.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Ini kerana apa yang saya faham ianya merujuk kepada tajuknya pun “Power to direct special treatment in the computation of income from petroleum operations in certain areas”. Kemudiannya dalam 22A. “Gross income, adjusted income, statutory income and assessable income from petroleum operations”. Ia umum tidak merujuk hanya kepada from upstream dan upper most streamkah atau the upper’s streamkah, tidak ada. Dia petroleum operation. Jadi, saya bukan pakar undang-undang dan tidak pernah terlibat dalam perniagaan minyak ini, mungkin tidak faham tetapi Inggeris saya memahami ianya tidak khusus kepada hanya Petrofac itu sahaja dan tidak dapat memberi keuntungan kepada Sapura Energy Venture Sendirian Berhad atau pun Kencana Energy Sendirian Berhad, pertama.
Keduanya, jawapan awal Yang Berhormat mengatakan bahawa kita tidak menyebut Kencana Energy Sendirian Berhad dan sebagainya. Saya fikir Yang Berhormat Gombak sebut ketiga-tiganya. Kemudian Yang Berhormat katakan bahawa yang kerajaan dan Petronas beri ini bukan kepada Kencana Energy Sendirian Berhad dan bukan kepada Sapura Crest tetapi kepada Petrofac.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Petrofac yang pilih. Kita semua tahulah tidakkan Petrofac pergi seorang-seorang dia dapat projek itu, seluruh dunia di Malaysia tahu Petrofac akan membawa ini belakang, saya ini anak ini, anak orang ini, syarikat ini, ini the climate of business in Malaysia. Even though saya bukan dalam bidang ini, tetapi kita faham bahawa tidak boleh dikatakan kalau bagi hanya kepada Petrofac. Petrofac itu syarikat antarabangsa dan Petrofac yang memilih anak syarikat lain untuk kontrak itu. Bermakna yang syarikat Malaysia itu tidak terlibat langsung dan Petronas tidak tahu langsung tentang adanya syarikat bernama Kencana, Sapura itu agak susah untuk dipercayai Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sekali boleh...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri..
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sekali...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tidak mengapa. Nanti Yang Berhormat Indera Mahkota akan ada peluang lagi...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Balik Pulau boleh kah? Tadi singgung Yang Berhormat Balik Pulau lagi...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat Indera Mahkota ada peluang lagi, beri saya jawab.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Balik Pulau boleh kah?
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Hah! Selepas ini.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Boleh?
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Boleh, tunggu dahulu. Bagi saya jawab. Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota pun duduk dahulu. Pertamanya, fakta ini kita kena sebut Yang Berhormat. Saya tidak mahu mempertikaikan yang betul dan tidak betul, itu Yang Berhormat sebagai pembangkang perlu memainkan peranan sebagai pembangkang. Yang saya pertikaikan ialah ketelusan, cakaplah itu satu. Keduanya Yang Berhormat, akta ini sebenarnya hanya ingin mengurangkan cukai yang dikenakan kepada syarikat-syarikat huluan yang dikenakan sebanyak 38 peratus. Huluan-huluan 38 peratus, mengapa tinggi?
Sebab yang lain-lain kita kenakan 25 peratus kerana minyak ini depleting resources, dengan izin. Maka kita kenakanlah 38 peratus. Kalau kita kata pengecualian sekalipun, pengecualian daripada 38 peratus kepada 25 peratus. Yang Berhormat Indera Mahkota cakap berapi-api macam tidak kutip cukainya dengan...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun] Okey.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun] Sekarang tidak berapi.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Apa ini Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Ketawa]
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tidak faham kah yang cukai 25 peratus masih dikenakan yang hanya dibagi diskaun sahaja.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Okey.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
38 peratus kepada 25 peratus. Ada bidang- bidang yang kita promosikan MSC umpamanya yang tidak perlu bayar cukai. Banyak lagi perdagangan kita bagi cukai, tidak ada cukai 5 tahun, 10 tahun mengapa tidak dibuat masalah? Yang ini bukan dikecualikan daripada 38 peratus kita turunkan kepada 25 peratus. Tidakkan tidak faham.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Boleh? Okey terima kasih. Saya tidak mahu mengulangi perkara yang tidak faham kah, kita keliru tidak payah. Cuma saya hendak tahu, secara jujurlah. Saya rasa petang-petang ini kita tidak perlu menggunakan Dewan ini untuk berbahas benda yang tidak perlulah. Saya hendak tanya, apakah maksud yang hendak disampaikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan layanan khas, saya hendak diulas benda itu. Ini kerana dari segi peratusan 38 peratus kepada 25 peratus dari segi kadar itu, kita boleh bincangkan kemudian sedikit. Tentang pendapatan larasan, pendapatan berkanun itu boleh kita bincang kemudian. Pertama yang saya hendak tahu, apakah istilah maksud layanan khas, itu dahulu. Terima kasih.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri sedikit, lanjutan lebih kurang sama Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya tadi di dalam perbahasan saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan kalau ikut 22A ini, yang dia minta keistimewaan atau layanan istimewa. Selepas itu di bawah 65C bagi saya dalam kata biasa walaupun padan digunakan istimewa juga. Ini kerana Yang Berhormat Menteri ada kuasa istimewa. Cuma dia tidak panggillah di situ special power of the Minister tetapi istimewa juga.
Akan tetapi, di sini dikatakan dipanggil “The Minister may by statutory order exempt” dia panggil exemption, dia boleh memberi pengecualian. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri apa beza di sini sudah mendapat istimewa yalah tetapi di sini Yang Berhormat Menteri perlu menjelaskan ini di Dewan. Akan tetapi, di bawah yang 22A ini tidak ada ruang langsung untuk kita hendak..., kerana kalau Yang Berhormat Menteri lihat perkataan-perkataan yang digunakan di dalam ini perkataan-perkataan yang kuat sifatnya final, conclusive. Itu perkara-perkara yang kita tengok nanti kita tidak ada ruang langsung hendak mempertikaikannya apa kesahihannya itu. Mohon penjelasan.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat- Yang Berhormat, ini kedua-duanya ada hubung kaitlah dan kedua-duanya ini juga menepati inti pati kepada rang undang-undang ini. Apabila saya menjelaskannya, saya diharap kita clearlah, rhetoric seaside lah. Cuma saya hendak katakan tadi Yang Berhormat Indera Mahkota, sekarang bangkit apa yang kita hendak buat, jangan bincang petang-petang ini berbahas. Yang Berhormat Indera Mahkota sudah bercakap setengah jam tadi sudah berbahas. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sudah menghentam tiga jam setengah menunjukkan kerajaan zalim. Apabila saya jawab baru 10 minit, jangan-jangan. Tidak mengapa itu tidak mengapa Yang Berhormat Indera Mahkota. Kita kena cakap serupa dengan kita bikin gentleman Yang Berhormat Indera Mahkota, okey ya.
Macam ini, pertama mengenai ketua pengarah ini apa keistimewaan dia yang hendak bagi ketua pengarah ini. Ketua pengarah ini tidak boleh melebihi Yang Berhormat Menteri. Ketua pengarah ini dia hanya bagi taksiran, definisi macam mana hendak mengira pendapatan. Dia tidak boleh mengecualikan cukai sama sekali.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Dia hanya boleh menetapkan kaedah-kaedah hendak mengira kerana apa sekarang ini kita sudah ada bagi ruang baru kalau ada orang mengusahakan medan minyak yang jauh pun tidak contiguous, dengan izin, dia boleh mendapatkan pelepasan cukai. Jadi hendak kena kira cara-caranya macam mana.
Ini ketua pengarah punya kerjalah tidakkan Yang Berhormat Menteri yang mahu buat macam itu dan itu pun perlu digazetkan. Tidakkanlah yang ketua pengarah buat hendak kira ini pun hendak dibentangkan di Parlimen seperti mana Yang Berhormat Menteri. Tunggu dahulu Yang Berhormat Indera Mahkota, baru saya sekejap. Macam mana saya tidak tahan dengan Yang Berhormat Indera Mahkota ini...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat Menteri itu yang cukainya sebab dalam Akta Pendapatan Petroleum ini, tidak ada mana-mana peruntukan sebelum ini untuk Yang Berhormat Menteri mengecualikan daripada membayar 38 peratus kepada 25 peratus, tidak ada. Yang ada di dalam Akta Pendapatan yang umum itu tidak terpakai kepada Akta Pendapatan Petroleum ini. Yang Berhormat Indera Mahkota biar faham sedikit, tidak terpakai maka mesti ada peruntukan yang dibuat supaya Yang Berhormat Menteri boleh berkata “Okey, 38 peratus kita sudah umumkan, dasar margin fee 25 peratus boleh dilaksanakan”. Itu sahaja.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tidak ada apa pengecualian langsung tidak ada.
Jadi yang diminta ini very specific supaya Yang Berhormat Menteri boleh kurangkan daripada 38 peratus kepada 25 peratus supaya ketua pengarah boleh cakap macam mana hendak kira untuk mendapatkan 25 peratus ini. Sepatutnya tidak menjadi masalah sangat- sangatlah sepatutnya. Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih. Saya sebenarnya begini yang mudah. Isi kandungannya ialah untuk kesan akhirnya menurunkan cukai sepatutnya dibayar oleh syarikat-syarikat itu, itu yang mustahak dan itu memang tujuan dia. Soal turun kadar berapa itu ditentukan kalau kuasa ini diberikan kepada ketua pengarah dan kalau itulah maksud layanan khas yang dibentangkan pada hari ini. Kesan akhirnya masih lagi untuk membolehkan syarikat ini membayar cukai lebih rendah daripada sepatutnya. Maksudnya, motifnya ialah mengurangkan cukai...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
[Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang pengiraan elaun cukai, elaun modal, elaun industri dan sebagainya itu intensif yang juga boleh ditentukan oleh ketua pengarah.
Kesannya juga sama iaitu untuk mengurangkan cukai yang mesti dibayar oleh syarikat ini, itu motifnya. Persoalan kita satu hari...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Okey.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sampai petang sebab kita tanya kenapa layanan ini hendak diberikan kepada syarikat ini, itu sahaja.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Okey.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Ya, terima kasih.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit sahaja, Yang Berhormat Menteri. Di sini dikatakan juga, Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan juga perkara ini kerana terlalu umum ya. Dikatakan di sini kuasa-kuasa tersebut, power to direct special treatment in the competition of income from petroleum operation in certain cases amat umum. Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan kes-kes yang macam mana kalau tidak andaiannya itu, yalah kes-kes yang bersifat ada kesangsian. Jadi Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan kes-kes yang macam mana certain cases ini....
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Okey.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kerana tidak dijelaskan di dalam huraian.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih. Ini sebenarnya sudah spesifik di dalam akta ini. Apabila saya bentangkan tadi saya sudah spesifik. Apa dia kes-kesnya?
Kes-kesnya ialah aktiviti peningkatan kadar pengeluaran enhancement of recovery, minyak itu kita hendak tingkatkan lagi. Aktiviti pengeluaran di kawasan yang mempunyai kandungan gas karbon dioksida ini kena special kerana banyak karbon dioksida di situ. Di kawasan tekanan dan suhu yang tinggi kalau tidak kena alatnya masuk alat-alat itu cair.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Aktiviti pengeluaran di kawasan laut dalam bukan sea dua ini, lagi dalam. Semua ada. Ketua pengarah tertakluk kepada dasar yang telah dijelaskan. Dalam pembentangan saya pun saya sudah jelas, ini sudah diumumkan oleh kerajaan dan akan digazetkan.
Ketua pengarah tidak boleh buat pandai-pandai. Tidak boleh pandai-pandai. Jadi ada semua. Yang Berhormat Indera Mahkota marginal field ini kalau tidak dikerjakan maka tidak ada hasil. Marginal field ini tadi ada seorang Yang Berhormat yang bertanya size dia macam mana. Yang kurang daripada 30 juta barrel. Pengeluarannya dijangka hanya 5,000 to 6,000 barrels per day. Dijangka lima enam tahun habislah. Kecil, yang besar-besar tidak minat pun. Tidak ada minat pun. Shellkah, Essokah tidak minat.
Hatta tadi kata mengapa Petronas tidak boleh buat? Petronas boleh buat.
Petronas boleh bagi, kontraktor yang buat bagi pihak Petronas. Benefitnya Petronas yang dapat. Jadi jangan kita anggap bahawa ini adalah penghakisan kepada hasil yang sudah terkumpul. Ini untuk mewujudkan hasil baru yang mungkin tidak akan dapat dikeluarkan sekiranya tidak ada insentif yang diberikan. Insentif daripada 38 peratus kepada 25 peratus ini ialah untuk menggalakkan pengeluaran yang mungkin tidak dikeluarkan kalau tidak ada insentif. Itu satu.
Keduanya, saya hendak cakap kita bersikap tidak adil bila kita sebut Kencana dan Sapura sudahlah mereka itu tidak dapat. Yang dapatnya di sini yang dapat saya hendak bagi senarai tadi. Projek untung EOR, Enhanced Oil Recovery - ExxonMobil, dia sudah buat kerja sebanyak RM10 juta. Samara Development Enhanced Oil Recovery maknanya perbanyakan lagi. Petronas cari gali. Dia sudah belanja RM50 juta. Dia juga akan dapat insentif ini. Sikap ‘North Petile Deep Water’, Shell RM60 juta sudah dapat, sudah dikerjakan, dia akan dapat. Berantai Marginal Field, Petronas dia bagi kepada kontraktor Kencana, Petrofac, ini kontraktor.
Jadi kalau kita lihat hakikat dia, faktanya, maka yang dapatnya jauh berbeza daripada yang tidak dapat, yang kita sudah hentam tadi habis-habisan, dua syarikat. Kalau Yang Berhormat berani cuba hentam di luar, tengok, kalau syarikat itu bawa ke mahkamah atau tidak.
Beberapa Ahli
Cubalah.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Cuba hentam di luar, jangan berani dalam.
Hentam kat luar. Saya pergi, saya sokong sama. “Hentam, hentam”, saya kata.
Beberapa Ahli
Betul, betul.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Sebab kita tidak bersikap adil. Keadilan bagi kita orang Islam dan rakyat Malaysia yang cintakan kebaikan, keadilan adalah cukup penting.
Kita kena bersikap adil.
Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Balik Pulau. Bagi dia gembira sedikitlah.
Tadi dia tanya apa impak analisis, figurenya. Saya hendak bagi tahu. Ini berhubung dengan Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Indera Mahkota, kalau benda ini tidak dikerjakan, mungkin kita tidak dapat hasil. Akan tetapi dengan adanya insentif ini kita sudah kira apa tax lost dia dan potential revenue inflow daripada kerja-kerja yang akan dilaksanakan...
Beberapa Ahli
Bagi tahu dia, bagi tahu dia.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Bagi sama dia, bagi sama dia. Okey dalam tahun 2012 tahun hadapan, selepas dasar ini dilaksanakan, kita akan dijangkakan total revenue lost sebab dia kerjakan hasil tidak dapat pada kita sebanyak RM192 juta. Akan tetapi total revenue inflow daripada minyak yang dikeluarkan, daripada cukainya daripada dividennya yang kita dapat daripada Petronas ialah berjumlah RM227 juta. Bermakna kita net inflow ialah RM35 juta. Ia akan meningkat tahun 2015 net inflow sebanyak RM554 juta... [Tepuk] Tahun 2018 net inflownya RM1.6 bilion... [Tepuk] Tahun 2020 net inflownya ialah sejumlah RM2.9 bilion. I raise my case, dengan izin. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit sahaja.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sedikit Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Ada lagi?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri menegaskan bahawa matlamat insentif ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran dan dengan wujudnya peningkatan pengeluaran, kita mengharapkan ada satu peningkatan hasil yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Akan tetapi dia hanya memberi contoh untuk satu medan marginal.
Saya tanya tadi berapa medan marginal ada di Malaysia yang belum dijawab?
Betul, definisi satu medan marginal ini dikatakan boleh produce 30 juta barrel. Itu baru satu. Maklumat yang saya terima sekurang-kuranya ada 106 medan marginal dalam negara yang memiliki 580 million barrel. Itu persoalannya. Jangan main dengan figure untuk mengaburkan mata kami. Mata Barisan Nasional boleh, tetapi kami ada fakta. Ada 106 medan marginal yang ditafsirkan ada 580 million barrel. Kenapa tidak diserahkan kepada Petronas? Mengapa hendak beri insentif kepada syarikat-syarikat yang telah kita nyatakan tadi. Keuntungannya lebih besar kalau saya cadangkan beri kepada kepakaran Petronas.
Saya percaya mereka boleh laksanakan dengan lebih telus, lebih bertanggungjawab, pengalaman pegawai, pengurusan yang baik. Mengapa hendak diberikan kepada syarikat- syarikat ini? Insentif itu akhirnya tidak memanfaatkan negara secara keseluruhannya.
Kalau Yang Berhormat sebut sejumlah RM2 bilion untuk satu medan marginal berapa banyak kita boleh dapat kalau ada 106 medan marginal dalam negara? Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sambung sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri sekali jawab, sekali.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tunggu sekejap.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Jawab sekali.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tidak boleh, tidak boleh. Satu-satu. Sebab itu hendak ini.. satu-satu. Medan ini satu sahaja Berantai - betullah satu. Mungkin banyak lagi potensi. Yang kita bagi angka ini bukan daripada satu medan. Angka ini adalah kajian daripada pengendalian kerja-kerja enhancement of oil recovery, dengan izin, macam- macam. Dia tidak ini...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
[Bangun]
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Sekejap, sekejap. Akan tetapi yang Yang Berhormat Gombak hendak tahu memang semua ini kita bagi Petronas. Petronas yang melantik kontraktor-kontraktor ini. Petronas hendak buat, buatlah tidak ada masalah.
Petronas tidak mempunyai kepakaran di setengah-setengah umpamanya yang panas tadi, yang suhunya tinggi. Dia cari kontraktor yang kecil-kecil. Benda ini satu-satunya kecil-kecil.
Saya sudah cakap. Yang ini pun yang berantai ini Petronas yang bagi. Kalau Petronas kata dia hendak buat, tidak ada masalah. Akan tetapi Petronas ini dia selalunya bersama dengan syarikat lain. Hatta Petronas dengan Shell dia ada PACnya mengapa tidak Petronas buat semua?
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Memang kita bagi Petronas buat semua, tetapi ini kaedah-kaedah pelaksanaannya. Jadi jangan duk anggap bahawa kita hendak bagi semua syarikat, ini Petronas. Petronas hendak bagi Petrofac, Petronas bagilah sebab dia yang mengendalikan urusan minyak negara, bukannya orang lain yang hendak bagi, Kementerian Kewangan tidak kena-mengena dengan pengurusan ini. Okey, Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri di sini. Ini laporan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya baca di sini untuk rujukan Yang Berhormat Timbalan Menteri, 2010 Reports on Promoting Revenue Transparency in Oil and Gas Companies, published by Revenue Watch Institute based in London. Bukan calang-calang di situ, pelbagai kepakaran yang ada di situ. Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
[Ketawa]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini kalau saya hendak anggap apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri kata, ini saya cerita benda yang dinilai semuanya.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Cakap sahajalah. Tidak payah bising, cakap sahajalah.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Di sini dia cakap Petronas was ranked in the bottom 25 percent of the 20 international and 24 national oil companies surveyed. Mesti ada sebab-sebab kenapa dari segi ketelusannya tidak diyakini. Secara umum kita tahu industri minyak di Malaysia ini ialah di bawah monopoli Petronas. Hatta, international company pun... Itu satu dasar. Dasar itu pun tidak apa tetapi ketelusannya itu kenapa berada di tahap yang memalukan negara? Itu saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong memberi penjelasan kerana ia merujuk kepada nilai-nilai revenue yang kita dapat. Ini kerana saya rasa rakyat di Sabah Sarawak perlu tahu itu, kerana mereka tempat yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan minyak..., ada yang dikatakan minyak sebagai kita panggil black gold, dan manfaat itu mesti sampai kepada mereka yang diberi anugerah itu, bukan kita sahaja-sahaja. Jadi kita hendak dengar dan minta penjelasan.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.
Saya tidak hendak pertikai satu persatu. Ada laporan itu, ada laporan ini. Kita ambil yang pokok, yang besar. Kalau hendak pertikai, seorang ambil publication itu, seorang ambil publication ini, susah kita. Yang pokoknya kita lihat Petronas yang mengerjakan minyak dan gas kita sekian lama. Daripada kecil sekarang ini melebihi 30 buah negara, yang mempunyai revenue yang beratus bilion ringgit, yang mempunyai profit after tax dengan izin, RM50 bilion, RM60 bilion, yang mempunyai tempat di antara syarikat-syarikat dalam Fortune 500 yang ke-25 di dunia, yang mempunyai anak-anak syarikat yang disenaraikan yang begitu besar, yang mempunyai tenaga kerja 41,000 orang, yang menyumbang kepada cukai negara RM250 bilion sejak ditubuhkan, yang memberi export duty sebanyak RM22 bilion. Ini yang pokoknya.
Kalau berbanding dengan negara-negara lain, saya teringat dua tahun yang lepas ada mesyuarat Menteri-menteri Kewangan dari Afrika. Selepas persidangan IMF (World Bank) di Singapura, mereka datang melawat Putrajaya dan mendengar taklimat sebab banyak negara-negara ini mengeluarkan minyak. Bila kita taklimatkan apa yang telah dilakukan oleh Petronas, hasil yang disumbangkan, pembangunan minyak bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara. Dari segi hasilnya di luar negara sudah mencecah 41 peratus dari segi revenuenya. Sebanyak 41 peratus revenue Petronas datangnya daripada di luar negara, dan 21 peratus profit datangnya dari luar negara. Sebab apa profit kurang sedikit dari luar? Sebab, di sini Petronas mempunyai hak milik kepada medan-medan minyak. Luar negara dia tidak ada hak milik. Takut-takut orang kata, “Macam mana pula di luar negara untungnya kurang?” Hendak kena perjelaskan ini sebab nanti Yang Berhormat pergi bersyarah kat tempat lain pula, cerita lain pula...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Okey, minta penjelasan.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih. Kalau itulah prestasi Petronas, tersenarai dalam Forbes Magazine, rekodnya yang cemerlang, saya juga sebagai rakyat Malaysia saya bangga dengan pengurusan Petronas dan pegawai-pegawai Petronas yang telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan, dedikasi dan profesionalisme di dalam tugasan mereka. Takkanlah mereka tidak boleh buat kerja-kerja yang diberi kepada tiga syarikat itu? Apakah...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
[Bangun]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Nanti, nanti, nanti. Dengar dahulu.
Apakah sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri mengesahkan dalam Dewan bahawa Petronas tidak ada kepakaran-kepakaran berkenaan, maka keputusan kerajaan memberikan kontrak ini kepada mereka-mereka yang berkenaan?
Sebagai contoh, saya lihat apakah bidang tugas SapuraCrest yang dianugerahkan kontrak ini. The development of the Berantai field will involve the provision of one well-head platform with 18 wells together with a related pipeline linking it to another existing platform.
Apakah ini Petronas tidak boleh buat? Apa pula tugas Kencana? Kencana is expected to undertake the engineering, procurement, construction and commissioning of the well-head platform. Apakah Petronas tidak ada kepakaran ini? Itu yang pertama.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Boleh, boleh, saya akan jawab.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Yang keduanya.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Jangan banyak sangat. Saya yang memberi ruang ini. Jangan banyak sangat. Dua cukup. Sebab saya hendak jawab.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Kalau bagi ruang, biarlah saya tentukan berapa banyak.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Wah! Kalau bagi ruang biar tentukan pula berapa banyak hendak ruang.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ya.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Ini bagi satu inci hendak sedepa.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tidaklah, inilah tempat kita.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Inilah pembangkang.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Hendak berhimpun di luar tidak boleh.
BERSIH tidak boleh.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Itu sebab tidak bersih, kotor. Kalau bersih, boleh.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Cara inilah cara kotor.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Kalau cara bersih, berilah peluang perdebatan.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Yang kedua.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Okey, yang kedua sahaja sudah cukup.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Yang kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri belum beritahu kepada Dewan berapa banyak marginal field yang ada tadi. Maka maknanya, tumpuan perbahasan kita tadi ialah tentang satu marginal field di Berantai field Terengganu ini, yang dianugerahkan kepada konsortium yang dianggotai oleh tiga kontraktor.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Kemudian, oleh kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak menyanggah hujah-hujah daripada Pakatan Rakyat, maka Yang Berhormat Timbalan Menteri kata kita kena lihat berapa pendapatan, unjuran masa depan, berapa kerugian, cukai, maka maknanya ketika itu Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang tumpu kepada satu marginal field, dengan mengatakan pendapatan pada tahun 2020 meningkat kepada RM2 bilion. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mislead, mengelirukan Dewan ini sehingga saya... [Dewan riuh] Saya bangun saya kata ada 106 marginal field, baru Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi sebenarnya unjuran itu bukan untuk satu tetapi untuk beberapa marginal field. Ini bukan jawapan yang kita hendak dalam Dewan ini. Beri jawapan yang tepat, khusus kepada satu marginal field yang telah dianugerahkan...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Okey.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Berapa kerugian, berapa pendapatan.
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Okey, sila duduk.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya katakan...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tunggu dahulu. Saya hendak jawab dahulu.
Saya hendak jawab.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ada kaitan.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Saya hendak jawab Yang Berhormat Gombak kerana Yang Berhormat Gombak boleh mengelirukan fakta.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Bila saya kata setengah-setengah teknologi Petronas lebih baik memberi kepada syarikat-syarikat yang mempunyai teknologinya, bukan saya kata Petronas tidak boleh buat ini. Tadi Yang Berhormat Gombak kata, “Wah, kenapa Petronas tidak boleh buat? Mengapa tidak boleh buat? Apa yang dibuat oleh Kencana tidak bolehkan Petronas buat?” Saya tidak pernah kata Petronas tidak boleh buat. Petronas bagi sebab ini yang kecil-kecil. Kadang-kadang sumber Petronas,kalau belajar ekonomi Yang Berhormat Gombak, dengan sumber yang terhad...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
[Bangun]
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Duduk dahulu, bagi saya jelaskan. Kalau belajar ekonomi, sumber yang terhad mesti diguna di projek yang memberi pada pulangan yang paling besar. Jangan yang kecil-kecil pun kita hendak buat. Manakala yang kita boleh bagi...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
[Bangun]
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tunggulah dahulu.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak sebut pun kecil-kecil,
Datuk Dr. Awang Adek Hussein
Eh, apa tidak sebutnya.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi ini suhu yang tinggi, tidak boleh buat.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Saya sudah cakap tadi ini 30 juta...
Tuan Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ini di laut dalam, bukan di C2. Yang Berhormat sebut ini. Kita boleh check Hansard esok. Kita semak Hansard esok...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Okey Yang Berhormat Balik Pulau. Yang Berhormat Balik Pulau cuba betul-betul ikhlas, saya sebut tidak tadi yang di bawah daripada 30 juta barrel?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Hendak saya jawab?
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Ya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
adi Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak pakai perkataan kecil tetapi hanya senaraikan enhance, deskripsi...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Marginal? Saya sudah bagi definisi tadi. Tengok Hansard. Tengok Hansard.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Saya kata yang marginal ditakrifkan yang mana medan mempunyai kurang daripada 30 juta barrel, yang mengeluarkan...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tunggu dahulu. Yang mengeluarkan 5,000 hingga 6,000 barrel per day..., 5,000 hingga 6,000 barrel per day ini kecil, saya kata.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak pakai langsung perkataan kecil tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri baca lanjutan, tidak betul ini saya cakap dalam Hansard.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Okeylah, macam ini lawyer, lawyer. Lawyer dengar ya.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Bukan lawyer, ini betul ini, fakta.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat macam ini. Kalau 5,000...
[Ketawa] satu hari berbanding dengan 600,000 barrel per day, takkanlah 5,000 itu besar Yang Berhormat. Must have sense a proportion, dengan izin.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Bukan, Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tidak payahlah. Cukuplah. Apa hendak ditanya, tanyalah.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Okey, okey.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tanyalah.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak tadi berkaitan juga dengan apa yang kita panggil ketelusan. Fakta yang diberikan kita mendapat fakta itu, ketelusan. Ini tadi, apa yang perlu saya bangkitkan permasalahan kenapa kita merudum dari rank itu. Dia mengatakan bahawa ada tiga key sections, kerana kerajaan hari ini suka NKRA, KRA.
Dia kata secara khusus. Pertama reporting on anti corruption programme, teruk.
Organizational disclosure, teruk. Country level disclosure for international operation. Ini kerana tadi ia kaitkan dengan operasi antarabangsa. Ini standard ini bukan satu standard kita hendak kata standard pembangkang, standard PAS, standard Keadilan, tidak.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Ini standard yang dikatakan UN Global Compact Reporting Guidance on The Tenth Principal Against Corruption. Ini satu tahap yang, sebab itu hari ini masalah kita berbahas bergantung dengan fakta yang diberikan berdasarkan impulsive daripada sana ke sini.
Tidak ada satu laporan yang orang kata diuji. Itu masalahnya. Jadi saya kata hendak meluluskan...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Okey.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Rang undang-undang yang berkuasa...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tidak apa, tidak apa, Yang Berhormat.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Ya.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Okey, you make your point. Tidak apa. You, okeylah you hendak membacakah hendak apakah. Saya tidak ada masalah bagi saya, yang pentingnya fakta itu jelas. Saya hendak kata satu lagi sebelum kita lupa. Kita sering kali membuat aduan bahawa GLC’s termasuk Petronas kadang-kadang tidak mengambil kira syarikat-syarikat yang mahu cari makan, vendor yang mahu bantuan. None core business bagilah orang lain buat.
Jadi yang marginal oil fields ini adalah satu bidang yang dirasakan sesuai diberikan kepada pemain-pemain lain supaya mereka juga memainkan peranan dalam sektor oil and gas. Kita mahu galakkan dan sebagai satu dasar kita mahu menggalakkan syarikat-syarikat minyak services sector, services oil and gas, services industry ini datang ke Malaysia menjadikan hab di Malaysia ini supaya boleh mengerjakan kerja-kerja di rantau kita akan tetapi based in Malaysia.
Oleh sebab itulah Petronas dia bagi insentif. Dia bagi kepada syarikat ini yang based di sini bersama juga dengan syarikat-syarikat tempatan. Syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran, mempunyai kewangan dalam bidang oil and gas ini tidaklah terlalu banyak. Jadi ini usaha-usaha ke arah itu. Jangan kita hendak banding mengapa Petronas tidak boleh buat. Bukan saya kata Petronas tidak boleh buat.
Dasar kerajaan melebihi daripada apa yang Petronas boleh buat, apa yang Petronas sepatutnya buat, akan tetapi menjangkaui supaya lebih ramai lagi pemain-pemain dalam industri minyak dan gas ini dapat memainkan peranan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab regional. Yang Berhormat Kuala Selangor tadi bangkit. Saya bagi sahabat saya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalaulah disebutkan keseluruhan perkara itu dengan mengambil juga sedikit perhitungan sebab kita bercakap tentang marginal field. Akan tetapi dalam konteks itu juga sebab finally the revenue itu tergantung kepada volume, it volume game yakni jumlah.
How many marginal fields do you give? Oleh kerana itu kalau sebutannya itu adalah untuk mengurangkan, memberikan diskaun dan apa layanan khas itu, ada sebutan juga yang boleh diperuntukkan tentang windfall tax. Jadi ada juga nasib rakyat terbela, dan tidak hanya membela kepada business community sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Jadi di situ ada perimbangannya. Jadi itu yang kita nampak jelas betapa is lope sided. Perhitungan itu tidak setara dan tidak seimbang. Jadi kalau dalam sebutan itu, sekali dalam sebutan itu ada di perhitungan untuk rakyat terbelalah sikit. Itu sahaja sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Okey, Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih, terima kasih. Memang sepatutnya ada perimbangan yang sedemikian. Saya setuju.
Tidak ada masalah. Bahkan untuk rakyat ini memang kita Barisan Nasional lebih lagilah.
Bagaimanakah kita imbangkan kepentingan syarikat yang kita kurangkan cukai daripada 38 peratus kepada 25 peratus. Yang Berhormat Kepong dia boleh faham sebab itu dia tidak kacau, dia diam sahaja.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Keseimbangannya, perimbangannya ialah supaya minyak, telaga-telaga minyak yang kecil-kecil ini dapat dikerjakan supaya hasilnya akan bertambah kepada kerajaan.
Oleh kerana kita pun mahu meneruskan kemampuan untuk mengeluarkan minyak ini.
Jadi kalau yang kecil-kecil kita tidak galakkan, maka kita tidak boleh mengeluarkan hasil yang bertambah. Hasil-hasil yang bertambah inilah yang akan digunakan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat jelata. Perbelanjaan pembangunan, walaupun Yang Berhormat Putatan sebut tadi RM700 juta akan tetapi untuk membangunkan luar bandar, jalan-jalan, elektrik saya yakin lebih daripada RM1 bilion kena bagi. Tambah lagi Sabah.
Memang Sabah, mungkin tidak sebanyak yang Sabah rasa patut bagi pada dia.
Akan tetapi Sabah, Barisan Nasional cukup bagus. Dia kata bagilah kepada negara kita sebab kita mempunyai konsep federalism. Kongsi-kongsilah, kongsi-kongsi bersama. Jadi tidak ada masalah. Jadi saya rasa saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sebab dia menyokong secara prinsipnya. Ini kerana dia nampak kebaikannya. Cuma dia kata hendak...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya pun sokong secara prinsip. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan silap juga.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Okey. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Jadi kita hendak perhitungan yang seimbang itu.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
At the same time withdrawal of the...
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih. Cuma...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Petrol itu yang diminta tadi.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Cuma tidak berterima kasih kepada Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Indera Mahkota... [Ketawa] Ini kerana mereka tidak menyokong... [Tepuk] Oleh kerana baik ini kita kena sokong. Soal politik soal kedua. Jadi saya ingat terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak.
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya dibuat belah bahagi.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Lima belas orang Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Perlu ada lima belas orang.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Lima belas orang. Cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat oleh kerana lebih daripada lima belas orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan 46(4) saya memerintah supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.
Setiausaha sila bunyikan loceng selama dua minit.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Sahaja...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
[Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi] [Pengundian dijalankan]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi adalah:
Ahli-ahli yang bersetuju 45 orang... [Tepuk] Ahli-ahli yang tidak bersetuju 29 orang... [Tepuk] [Dewan riuh] Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa
Fasal-fasal 1 hingga 4 - Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil peluang ringkas untuk mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat menteri di peringkat Jawatankuasa ini dengan ingin mengetahui dengan sebenarnya di mana diperincikan dengan khusus bahawa rang undang-undang ini memberi layanan istimewa ini hanya kepada syarikat atau aktiviti minyak yang huluan sahaja kecuali saya ketinggalan atau tidak terbacanya atau tidak memahami istilahnya dan tidak merujuk kepada yang lain- lainnya.
Keduanya, sama ada ianya sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi merujuk hanya kepada main contractor dan bukan kepada sub-sub kontraktornya di mana secara khususnya dinyatakan seperti itu. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat, ini adalah merupakan dasar- dasar kerajaan yang telah pun diumumkan di mana yang layak itu hanya bagi kawasan marginal yang dikenal pasti yang akan menjadi pengetahuan umum dan juga untuk operasi huluan yang melibatkan pengerjaan dua medan minyak yang berlainan tempat tetapi pengusaha yang sama. Kalau dahulu memang kita sudah bagi insentif ini kepada pengusaha yang mengerjakan medan yang bersebelahan, dipanggil contiguous, yang bersama.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Ini semuanya jelas. Ini adalah dasarnya, ini adalah yang akan digazetnya. Jadi, tidaklah semestinya perlu semua ini dihuraikan di dalam akta secara terperinci kerana semua ini sudah diumumkan. Ini dasarnya, hanya umpamanya medan minyak yang marginal sahaja umpamanya yang mendapat 25 peratus, tidak ada lagi dah yang lain. Itu pun huluan sahaja dan tertakluk kepada major developer kepada medan-medan ini bukannya kontraktor.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Jadi, kalau Petronas dapat maka Petronaslah cuma Petronas boleh memberi kerja-kerja kepada kontraktor tetapi tidak semestinya kontraktor yang mendapat insentif ini kerana akhirnya Petronas yang mendapat untung ruginya daripada exploration ini dengan izin, ialah Petronas. Kontraktor dia dapat bayaran untuk perkhidmatan yang diberikan kepada mereka sahaja. Terima kasih.
Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.
Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan Suatu Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti
(Pindaan) 2011 untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, dalam mengikuti perkembangan dan perubahan pesat yang berlaku dalam pasaran modal dan ekonomi global, Suruhanjaya Sekuriti atau SC sentiasa melakukan kajian dan semakan kepada undang-undang sekuriti sedia ada bagi memastikan ianya kekal relevan dan efektif. Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011 yang dicadangkan ini bertujuan untuk mewujudkan suatu rangka kerja yang lebih kukuh dan teguh bagi pengawalseliaan pasaran modal Malaysia pasca krisis kewangan dunia dan memastikan rangka kerja pengawalseliaan sedia adalah sejajar dengan pengalaman piawaian antarabangsa. Berlandaskan matlamat ini, rang undang-undang ini meletakkan tiga sasaran utama iaitu:
(i) memperjelas dan memperluaskan fungsi pengawalseliaan Securities Commission;
(ii) memperuntukkan rangka kerja untuk mengiktiraf juruaudit asing dan firma audit asing oleh Lembaga Pemantauan Audit atau AOB serta penyelarasan proses operasi AOB; dan
(iii) mengemas kini proses penyiasatan dan membolehkan keterangan yang diperoleh oleh SC dengan bantuan badan pengawalseliaan asing diterima masuk oleh mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua, pasca krisis kewangan dunia diperakui oleh ahli-ahli ekonomi bahawa antara faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan pasaran kewangan global adalah jumlah dagangan yang tinggi dan tidak terkawal di dalam pasaran derivative. Justeru itu, pihak G-20 menyeru supaya negara-negara anggota mempertingkatkan pengawalseliaan perjalanan dan ketulusan dagangan melalui kaunter atau OTC derivative di negara masing-masing. Langkah tersebut perlu bagi menguruskan risiko systemic yang mungkin timbul daripada pasaran OTC derivative yang boleh memberi impak kepada kestabilan sistem kewangan secara keseluruhannya.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai
Menyahut seruan G-20, Amerika Syarikat telah memperkenalkan pembaharuan yang menyeluruh berkaitan pengawalseliaan OTC derivative melalui Akta Dodd-Frank 2010 dan diikuti pula oleh negara-negara Kesatuan Eropah.
Selain itu, International Organization of Securities Commissions (IOSCO) turut mengeluarkan prinsip baru di bawah objektif 6 prinsipal pengawalseliaan sekuriti berkenaan pengawalseliaan OTC derivative bagi memastikan konsistensi pemakaiannya di semua negara anggota. Pada masa ini, skop pengawalseliaan Suruhanjaya Sekuriti antara lain adalah tertumpu pada pengawalseliaan sekuriti dan kontrak niaga hadapan yang diniagakan di bursa atau Bursa Malaysia. Tarif kontrak niaga hadapan di dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 atau CMSA adalah termasuk perjanjian pelarasan yang pada asasnya adalah kontrak derivative dan boleh diniagakan di dua pasaran melalui kaunter.
Walau bagaimanapun, langkah kerja pengawalseliaan di dalam CMSA pada masa ini hanya memperuntukkan bagi pengawalseliaan kontrak niaga hadapan yang diniagakan di bursa dan tidak terdapat sebarang takrifan bagi derivative walaupun derivative adalah merupakan suatu produk pasaran modal. Menyedari wujudnya kelompangan pengawalseliaan bagi derivative, khususnya dagangan dalam OTC derivative maka rang undang-undang ini meminda Perenggan 15(1)(a)(b)(e)(g)(i)(j)(k)(l)(n), seksyen 22A dan seksyen 24, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 atau SCA dengan memasukkan perkataan “derivatif”. Pindaan ini akan memperluaskan fungsi pengawalseliaan SC ke atas derivative bagi membolehkan SC mengadakan rangka kerja untuk mengawal selia dagangan OTC derivative.
Tuan Yang di-Pertua, pasca krisis kewangan dunia juga telah mengadakan suatu persetujuan global bahawa pengawalseliaan pasaran modal haruslah mengambil langkah- langkah perlu bagi pengurusan risiko sistem ini. IOSCO telah memperkenalkan prinsipal baru dengan objektif dan prinsipal pengawalseliaan sekuriti dengan menyatakan bahawa pengawal selia pasaran modal perlu memainkan peranan atau menyumbang kepada proses pemantauan serta mengurangkan dan menguruskan risiko systemic yang bersesuaian dengan mandatnya.
Justeru itu, rang undang-undang ini memasukkan perenggan baru 15(1)(b) bagi memperluas fungsi pengawalseliaan Suruhanjaya Sekuriti kepada pemantauan, pengurangan dan pengurusan risiko systemic di pasaran modal. Di samping itu, SC telah memperkenalkan pelbagai inisiatif. Antaranya adalah menerbitkan Kod Malaysia mengenai tadbir urus membina kehendak penyenaraian bursa, meminda undang-undang sekuriti, menubuhkan AOB dan meningkatkan penguatkuasaan bagi menggalakkan dan mempromosi tadbir urus korporat yang baik di kalangan syarikat tersenarai dan pengarahnya. Bagi tujuan ini juga, SC telah menubuhkan suatu Corporate Governance Consultation Committee atau SGCC pada tahun 2010 untuk membantu dalam memformulasikan suatu rangka tindakan atau blueprint lima tahun bagi mempertingkatkan tahap tadbir urus korporat di Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai
Salah satu fungsi utama Securities Commission adalah untuk menyelenggara dan mempromosi bangunan pasaran sekuriti dan niaga hadapan di Malaysia termasuklah menjalankan penyelidikan dan latihan yang berkenaan bagi pembangunan modal insan bagi memastikan SC dapat terus menjalankan fungsi untuk membangunkan modal insan.
Rang undang-undang memberikan kuasa kepada SC untuk menentukan suatu piawaian profesional yang harus dipatuhi oleh perantara pasaran modal. Ini termasuklah menentukan piawaian bagi semua program dan latihan yang disediakan oleh badan pengawalseliaan sendiri, program persatuan perantaraan pasaran dan peserta pasaran modal yang lain.
Ianya juga disasarkan supaya SC membangunkan satu piawaian yang diiktiraf oleh pengawalseliaan pasaran modal luar negara supaya pemegang-pemegang license perkhidmatan pasaran modal Malaysia dapat terus bersaing dengan perantara pasaran modal dirantau Asia mahupun di dunia untuk menarik pelaburan asing ke negara kita.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan kepada perenggan 15(1)(e), SCA adalah untuk membolehkan SC mengagih fokus pengawalseliaannya daripada pengawalseliaan produk kepada pengawalseliaan aktiviti. Pengawalseliaan yang hanya berdasarkan kepada produk boleh menyebabkan ketidaksamaan dalam pengawalseliaan serta menggalakkan penstrukturan sesuatu produk bagi mengelak atau mengambil kesempatan berhubungan sesuatu rejim pengawalseliaan.
Cadangan pindaan kepada perenggan 15(1)(m) dalam seksyen 12, 126 SCA pula membolehkan SC mengawal selia semua peserta pasaran modal termasuklah orang berdaftar dan orang-orang yang memberi perkhidmatan pasaran modal seperti pemegang amanah dan penjaga aset. Pada masa ini Bahagian IIIA SCA mengandungi peruntukan bagi pertubuhan AOB serta fungsinya.
Salah satu fungsi AOB adalah untuk mendaftarkan juruaudit yang menjalankan audit penyata kewangan entiti berkepentingan awam atau PIE termasuklah syarikat yang disenaraikan di bursa. Syarikat yang disenaraikan di bursa pula terdiri daripada perbadanan asing yang ditubuhkan dan didaftarkan di luar Malaysia. Bursa kini telah mempunyai lapan perbadanan asing tersenarai, empat perbadanan yang ditubuhkan di Bermuda, tiga ditubuhkan di Singapura dan satu di United Kingdom. Sebagai sebuah perbadanan asing, syarikat-syarikat ini perlu untuk mematuhi keperluan di negara asal mereka bagi tujuan pelantikan juruaudit.
Pada masa yang sama SCA juga memperuntukkan bahawa PIE hendaklah melantik juruaudit yang berdaftar dengan AOB. Dalam hubungan ini sesebuah perbadanan asing yang tersenarai di bursa perlu melantik dua juruaudit bagi memenuhi kehendak negara asal dan kehendak di bawah SCA. Pengecualian bagi perbadanan asing daripada rangka kerja AOB adalah tidak sesuai kerana ia akan mewujudkan ketidaksamaan di dalam pengawalseliaan juruaudit yang menjalankan audit ke atas perbadanan tempatan dan juruaudit yang menjalankan audit perbadanan asing yang tersenarai di Malaysia.
Sehubungan itu, dicadangkan supaya Bahagian IIIA SCA dipinda bagi:
(a) membolehkan AOB mengiktiraf juruaudit asing dan firma audit asing antara lain cadangan rangka kerja bagi pengiktirafan kepada juruaudit asing dan firma audit asing ini termasuklah mengehendaki juruaudit asing dan firma audit asing terlebih dahulu berdaftar atau dilulus oleh badan pengawalseliaan asing yang berkaitan yang menjalankan fungsi yang sama seperti AOB;
(b) juruaudit asing dan firma audit asing tersebut mestilah mematuhi segala piawaian perakaunan di negara asasnya; dan
(c) AOB boleh pada bila-bila masa menarik balik atau menggantung pengiktirafan yang diberikan kepada juruaudit asing atau firma audit asing sekiranya juruaudit asing atau firma audit asing tersebut tidak lagi layak dan sesuai.
Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IIIA SCA juga dipinda bagi memastikan AOB dapat menjalankan proses operasi dengan lebih lancar. Cadangan pindaan kepada bahagian IIIA SCA juga akan memperuntukkan seperti berikut:
(a) subseksyen baru 31C perenggan tujuh untuk menjelaskan Pengerusi Eksekutif AOB yang akan menjalankan urusan harian AOB;
(b) seksyen baru 31EA untuk menjelaskan AOB boleh mewakilkan fungsi statutorinya;
(c) pindaan kepada seksyen 31L untuk menjelaskan SC akan menyimpan akaun sepatutnya bagi Kumpulan Wang AOB;
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Donald Lim Siang Chai
(d) pindaan kepada seksyen 31W untuk membolehkan AOB menjalankan siasatan ke atas juruaudit tanpa menjalankan pemeriksaan terlebih dahulu; dan
(e) pindaan kepada seksyen 31ZA untuk memperluas kuasa AOB bagi membuat pemeriksaan dan siasatan ke atas entiti yang penyata kewangan digabungkan ke dalam penyata kewangan suatu entiti berkepentingan awam. Ini sejajar dengan piawaian International Financial Reporting System (IFRS).
Sejajar dengan perkembangan semasa dan keperluan perlindungan pelabur, penyiasatan yang boleh dilakukan oleh SC untuk pelanggaran undang-undang sekuriti diperluaskan dan turut melibatkan pelanggaran undang-undang sekuriti yang melangkaui sempadan atau cross border offences. Bagi tujuan ini rang undang-undang akan:
(a) meminda seksyen 134 untuk membolehkan SC membuat rakaman audio visual apabila keterangan saksi yang direkodkan di bawah subseksyen 131(1);
(b) meminda subseksyen 150A(4) bagi membolehkan penerimaan bukti lisan yang direkodkan oleh pengawal selia pasaran modal asing secara audio atau visual atau kombinasi keduanya dan penerimaan afidavit yang diperakui oleh seseorang saksi yang menetap di luar Malaysia di mahkamah. Seterusnya, subseksyen 150A(5) juga dipinda untuk membolehkan afidavit secara bersumpah atau diperakui oleh saksi untuk diterima pakai di mahkamah;
(c) memperkenalkan seksyen baru 150B untuk membolehkan keterangan dan dokumen yang telah diambil daripada seseorang yang kemudian mati atau tidak dapat dikesan dan sebagainya diterima pakai di mahkamah; dan
(d) meminda seksyen 150A untuk membolehkan SC menyiarkan kepada pihak awam maklumat mengenai tindakan yang telah diambil di bawah seksyen 125, atau seksyen 220 CMSA.
Fasal-fasal lain yang di dalam rang undang-undang adalah bertujuan untuk menyelaraskan kuasa membuat peraturan-peraturan yang sedia ada di bawah undang- undang sekuriti, membangunkan kuasa Menteri Kewangan untuk meminda jadual di bawah SCA, menyelaraskan peruntukan sedia ada di bawah undang-undang sekuriti berkaitan rayuan am dan keputusan menteri dan SC adalah muktamad serta pindaan-pindaan kecil yang berbangkit. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ringkas sahaja di dalam membahaskan rang undang-undang yang dibentangkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Sudah tentu rang undang-undang ini tidaklah menimbulkan kontroversi sebagaimana yang kita alami dalam rang undang-undang yang baru sahaja dibentangkan sebentar tadi.
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Yakinlah Yang Berhormat Timbalan Menteri kita, tidak akan belah bahagi dalam kes ini kerana kita tidak ada perbezaan yang besar...
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat
Saya sekadar ingin membangkitkan satu isu sahaja iaitu berkaitan dengan pengiktirafan juruaudit asing dan firma audit asing. Dua ulasan di sini. Pertamanya, sama ada kita mengambil kira kepentingan firma-firma audit dalam negara kita. Adakah kedudukan mereka akan terbela, mata pencarian mereka tidak tergugat? Anak-anak kita yang menjadi auditor, akauntan dan sebagainya kedudukan mereka tidak terancam malah bertambah baik dengan adanya firma-firma asing ini? Itu satu soalan. Soalan yang kedua ialah saya amat menyokongnya kerana ianya akan saya harap mendedahkan dunia ekonomi kita, dunia perniagaan kita. Saya harap sistem dan standard auditan yang lebih tinggi mungkin daripada yang pernah kita alami.
Kita harapkan juruaudit-juruaudit, firma-firma audit yang lebih berprinsip yang akan tidak bekerjasama untuk misalnya menutup kelemahan-kelemahan, kecurangan- kecurangan, penyelewengan-penyelewengan, rasuah-rasuah. Ini yang mungkin berlaku dalam syarikat-syarikat atau mana-mana firma atau institusi yang diauditkan oleh juruaudit antarabangsa ini. Itu harapan saya bahawa ianya akan menyumbang kepada menaikkan taraf industri dan budaya audit dalam negara kita. Itu dua pemerhatian saya Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kepong hendak berucap Yang Berhormat Kepong, tidak? Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua mungkin saya pun ringkas juga ini tidak sempat hendak buat persiapan apa-apa ini. Tuan Yang di-Pertua, segala usaha untuk pada akhirnya menambah baik urus tadbir khususnya governance dan korporat governance kepada Suruhanjaya Sekuriti ini adalah amat dialu-alukan. Ini kerana ia sekali gus meletakkan pasaran kapital Tuan Yang di-Pertua yang merupakan ya dalam dunia hari ini pasaran capital yang mengambil tugas mengurus pasaran ekuiti dan juga dari segi di bond market. Termasuklah collective fund, unit trust dan sebagainya itu penting untuk ditadbir dengan best practice yang dalam dunia yang sudah pun globalize. Jadi kita wajar meletakkan segala best practice kita itu sejajar dengan amalan-amalan dalam bursa- bursa yang lain.
Sekali gus akan mengangkat keyakinan kepada pelabur untuk datang walaupun dalam bentuknya investment yang bersifat sebagai portfolio investment ataupun hot money dan bukan pada sifatnya quality investment yang kita hendak seperti FDI. Akan tetapi, ia juga adalah penting dalam peranan dan fungsi capital market untuk mengagihkan dana yang sekali gus akan dapat menyuntik kegiatan-kegiatan ekonomi. Pada syarikat-syarikat tersenarai dalam usaha mereka untuk mendapatkan apa yang dikatakan sebagai to raise funding for expansion dan sebagainya, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Justeru, cadangan-cadangan yang saya sempat perhatikan tadi dan mendengar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menyebutkan atas usaha untuk mewujudkan Audit Oversight Board (AOB) bagi memerhatikan kerja-kerja yang dahulunya semuanya diletakkan pada external auditors. Hari ini sudah mungkin sabit dengan kes-kes yang mungkin kita masih boleh ingat seperti mana yang telah berlaku pada beberapa syarikat seperti Transmile dan sebagainya. Dengan wujudnya AOB ini akan dapat menjadi satu lagi mekanisme dan satu lagi cara untuk challenge, dengan izin, ataupun untuk memerhatikan dan memantau kerja-kerja daripada external auditors itu Tuan Yang di- Pertua.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ini kerana akan – andainya ia berlaku seperti mana berlaku baru-baru ini yang dilaporkan dalam The Edge. Di mana sebuah syarikat secara generiknya dipanggil sebagai Mobile Virtual Network Operator (MVNO) dan particularly XOX Berhad ini merupakan syarikat mobile network operator. Mendapat satu liputan yang kurang baik sehari sebelum penyenaraiannya di atas ACE Market. Di mana ternyata bahawa sehari sebelum penyenaraiannya atau IPO di ACE Market itu kita dapati bahawa dibuat liputan tentang betapa syarikat ini kalau boleh saya sebutkan sini, ya. Di mana pada hari sebelumnya itu diberitakan bahawa syarikat ini mengalami kerugian sebanyak RM1.66 juta kerugian. Sehari sebelum disenaraikan ataupun sebelum IPOnya di ACE Market itu.
Ini cukup mengecewakan khususnya bagi mereka yang berminat untuk membeli saham-sahamnya pada IPOnya itu. Oleh kerana itu, harga sahamnya ataupun share pricenya itu menjunam pada hari pertamanya itu daripada 80 sen ke 52 sen. Ini panjanglah ceritanya itu adalah akibat daripada beberapa kesilapan yang nyatanya dilihat sebagai satu yang kesimpulannya. Panjang cerita saya pendekkan. Kesimpulannya, adalah ketidaktelitian dan macam mana boleh terlepas daripada di eagle eyes ataupun mata pemantauan daripada ACE. Ini kerana apa? Ini kerana banyak lagi syarikat-syarikat MVNO yang lain sepatutnya ataupun yang pada market perceptionnya adalah jauh lebih baik daripada Syarikat XOX ini seperti Tune Talk dan seperti syarikat-syarikat lain. Kalau hendak diukur dari segi prestasinya itu adalah sama juga dengan market trade itu adalah lebih baik daripada MVNO ini.
Jadi ini adalah antara lainnya adalah akibat daripada apabila Prospectus diberikan kepada ACE. Ia semacam dapat mengelak the auditing of an external on oversight board seperti mana yang mahu diwujudkan dalam AOB ini. Itu satu Tuan Yang di-Pertua dan pada akhirnya selalu kita dapati bahawa yang terjejas adalah lazimnya di minoriti shareholders.
Tuan Yang di-Pertua, pada waktu yang sama juga saya juga memerhatikan bahawa di sana dalam usaha untuk kita terus update dan upkeep ataupun terus maju. Supaya bersekali dan bersama dalam pentas dan gelanggang financial market of the world ini khususnya dalam capital market ini.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya memerhatikan bahawa kita juga akan terlibat dalam pelbagai pasaran- pasaran derivatives dan ini juga mengingatkan kita akan kepentingan supaya perkara ini diperhatikan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti, supaya apa yang telah pun berlaku di negara yang jauh lebih canggih punya financial wizard, dengan izin, orang-orang yang begitu bijak untuk mencerakin produk-produk.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Pada akhirnya produk-produk derivative itu yang melepasi kawalan Securities Commissions mereka juga ataupun apa pun kesilapannya, akhirnya menyaksikan merudum ataupun runtuh financial market mereka bermula dengan hal-hal seperti ini.
Kita sebenarnya berpeluang untuk benar-benar bertanggungjawab menurunkan bukan sahaja legal framework, tetapi amalan-amalan yang baik seperti an oversight committee ataupun an oversight board ini supaya dapat diperhatikan dan mengelakkan daripada pelbagai creative accounting dan the external auditors yang hari ini dipantau oleh AOB ini. Saya juga mengingatkan Securities Commissions dan khususnya pada Islamic Capital Market supaya jangan terlalu ghairah untuk sekadar mengikuti pasaran-pasaran konvensional dengan produk-produk yang canggih seperti produk-produk derivative ini yang cukup dipertikaikan akan Islamicitynya.
Keabsahannya dari sudut how syariah compliance, dengan izin, produk-produk ini dan juga lebih mustahak daripada itu adalah supaya benar-benar ia bukan sahaja syariah compliance, tetapi ada juga pemantauan-pemantauan seperti mana yang cuba dimuatkan ataupun diperuntukkan dalam rang undang-undang meminda Akta Sekuriti 1993 ini Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Itu beberapa perkara yang saya ingin sebutkan. Juga begitu, pada aspek yang saya tidak sempat hendak tengok tadi itu adalah pada akhirnya untuk mengangkat the corporate governance, transparency dan sebagainya. Begitu juga dari segi punishment dan reward. Saya ingin tahu dan sejauh mana dan berapa banyak Securities Commissions ataupun Suruhanjaya Sekuriti ini. Terlalu banyak kita dengar dari setiap minggu, kadangkala ada di mana ada-ada sahaja kesalahan-kesalahan non compliante yang mungkin termasuklah CBT dan pelbagai jenayah yang lain.
Jadi, sejauh manakah Securities Commissions bukan sahaja dapat melakukan punishment itu tetapi juga boleh memberikan pada waktu yang sama sekali gus insentif dan award untuk benar-benar mengangkat amalan-amalan dalam corporate governance syarikat-syarikat tersenarai ini, sama ada dari sudut memberikan imbuhan ataupun award dan recognition kepada Board of Directors yang benar-benar menjalankan tugas dengan baik termasuk juga kelompok ataupun level management pada syarikat-syarikat tersebut. Ini kerana semua ini adalah saya kira tanggungjawab Suruhanjaya Sekuriti yang akhirnya mengawal selia dan dipertanggungjawabkan untuk memastikan capital market (pasaran kapital) kita ini dapat kita perbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah ia benar-benar menjadi satu yang world class. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Kepong. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini dengan rang undang-undang yang seterusnya iaitu Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan itu samalah, iaitu dua rang undang-undang untuk mengawal selia Suruhanjaya ini dan di sinilah kita ikhlas. Lagipun kita ada bantahanlah kerana kita hendak memperbaiki Suruhanjaya Sekuriti, bahkan juga kita mesti sentiasa meningkatkan pengawalseliaan.
Kalau di New York yang mana suruhanjaya ataupun New York Stock Exchange di situ pun lebih 100 tahun. Akan tetapi pengerusi pun ditangkap dan dimasukkan ke penjara kerana menyeleweng. Penyelewengan besar, New York Exchange, Suruhanjaya New York.
Dengan sejarah yang begitu lama, maka pun ada pengerusinya melakukan yang tidak betul. Dengan wang berbilion-bilion dolar, bukan main. Di sini saya akan mengambil bahagian juga di dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan dengan lebih teliti. Di sini hanya kita hendak mengiktiraf juruaudit asing dan firma audit asing oleh Lembaga Pemantauan Audit. Bolehkah Yang Berhormat terangkan, firma audit di Malaysia yang diiktiraf oleh Suruhanjaya di Malaysia berapakah bilangannya? Firma atau syarikat audit tempatan sekarang dan syarikat audit firma asing yang sudah pun diiktiraf di Malaysia dan juga mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, iaitu setiap tahun bilangan firma audit yang akan masuk ke pasaran kita.
Di sini saya hendak sebutkan sedikit sebanyak iaitu mengenai syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham kita. Saya nampak ada sesetengah syarikat baru yang disenaraikan itu, kualiti itu kurang. Adakah dengan adanya firma audit asing ini, kualiti syarikat yang disenaraikan itu akan meningkat? Ini kerana maksud kita hendak meningkatkan kualiti syarikat. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini syarikat-syarikat yang didapati kurang kualiti. Syarikat baru di dalam tempoh misalnya lima tahun ini, setiap tahun berapakah bilangan syarikat yang disenaraikan dan juga bilangan yang kualiti itu memang rendah.
Saya berharaplah dengan adanya rang undang-undang ini apabila dijadikan akta kelak, semua firma audit itu mempunyai kualiti yang baik. Apakah kriteria yang digunakan oleh Lembaga Pemantauan Audit untuk mengiktiraf sesuatu firma audit sama ada tempatan ataupun asing. Kita mestilah tahu bagaimana pihak kementerian dapat memastikan semua firma itu adalah firma yang tulen dan firma yang mempunyai kualiti yang tinggi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali saya hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada tiga orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011. Kementerian Kewangan menghargai pandangan dan cadangan Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Yang Berhormat Tumpat, kawan baik saya, telah bertanya mengenai pengiktirafan juruaudit asing dalam firma asing sama ada mengambil kira kepentingan juruaudit negara kita atau juruaudit tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, pengiktirafan ini tidak akan menjejaskan juruaudit tempatan. Pengiktirafan ini hanya diberikan bagi membolehkan syarikat asing melantik juruaudit atau firma audit asing yang memahami operasi mereka di negara asal. Juruaudit tempatan masih lagi boleh dilantik oleh syarikat tersenarai tempatan.
Yang Berhormat Tumpat juga tanya juruaudit akan mematuhi piawaian audit yang lebih tinggi. Memang adalah dasar kerajaan dan juga Securities Commission supaya Lembaga Pemantauan Audit atau Audit Oversight Board (AOB) ditubuhkan bagi memastikan piawaian audit yang lebih tinggi dipatuhi oleh para juruaudit. Ini bagi memastikan integriti audit yang dijalankan oleh juruaudit ke atas entiti kepentingan awam.
Yang Berhormat Kuala Selangor bertanya AOB untuk memastikan external auditor akan dapat menerima untuk memantau kerja external auditor seperti ada Syarikat Transmille dan lain-lain juga syarikat yang baru listing seperti laporan The Edge, syarikat Mobile Virtual Network Operator iaitu XOX. Untuk maklumat Yang Berhormat, pengiraan di ACE Market sebab syarikat XOX itu tersenarai di ACE Market dan memang ia diluluskan oleh bursa dan bukan Suruhanjaya Sekuriti. Kementerian Kewangan akan dapat laporan supaya kita hendak tahu sebab apa mereka luluskan dan hanya belum disenaraikan pun dia mengalami kerugian yang besar. Ini memang kita hendak tahu dan kita memang tunggu laporan itu.
Seperti kita sedia maklum, kelayakan untuk disenaraikan di pasaran ACE atau pasaran utama ini kita boleh dapatkan dari website Securities Commission dan juga bursa dan kriteria-kriterianya ini kita mesti patuhi. Kita akan dapat laporan dan kita memang boleh beritahu Yang Berhormat sebab apa dia mengalami kerugian yang besar.
Yang Berhormat Kuala Selangor juga mengatakan tentang mereward syarikat awam tersenarai yang mengamalkan tadbir urus korporat yang baik. Memang ini adalah cadangan yang baik dan kita hendak dapat organisasi bebas (independent organization) yang memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang mengamalkan tadbir urus korporat yang bagus. Reward yang diberikan adalah diterajui oleh industri ataupun industry driven. Syarikat yang mengamalkan tadbir urus korporat yang baik juga adalah tersubjek kepada keperluan atau requirement yang kurang stringent.
Yang Berhormat Kepong mengatakan ada kualiti PLC yang ada disenaraikan dan kurang. Oleh itu, kita pun hendak AOB supaya mereka memainkan tugas dengan baik bagi memastikan kerja audit external yang dikendalikan adalah mengikut International Auditing Standard.
Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan seperti yang saya katakan tadi, perkembangan semasa dan keperluan kita harap supaya kita melindungi pelabur dan juga meningkatkan capital market Malaysia di standard antarabangsa. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal 1 hingga 34 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.
Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Saya ingin mencadangkan Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 untuk meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibacakan kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua Rang undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan
(Pindaan) 2011, rang undang-undang adalah usaha dan komitmen Suruhanjaya Sekuriti
(SC) untuk meletakkan pasaran modal Malaysia sebagai suatu pasaran modal yang kekal, mantap, berdaya saing di peringkat serantau mahupun antarabangsa serta sejajar dengan piawaian antarabangsa tanpa menjejaskan perlindungan pelabur.
Rang undang-undang merupakan kesinambungan kepada pindaan-pindaan yang dicadangkan di dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011 secara keseluruhannya ciri-ciri rang undang-undang ini memberi penekanan kepada perkara- perkara berikut:
(i) menjelaskan dan memperluaskan fungsi pengawalseliaan SC berkaitan pusat;
(ii) mengadakan peruntukan bagi rang undang-undang baru bagi derivatif;
(iii) memastikan rangka kerja pelesenan di bawah undang-undang sekuriti kekal efisien dan lancar;
(iv) Membolehkan SC mengawal selia, memantau dan mengurus sistem ini dalam pasaran modal;
(v) memperuntukkan rangka kerja bagi industri skim pasaran swasta dan persekitarannya;
(vi) memperjelas dan memperluas peruntukan berkaitan dengan hukuman untuk kesalahan-kesalahan serius di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini seksyen 10 CMSA tidak memperuntukkan keperluan mendapat persetujuan SC bagi mengatakan atau pemilihan semula pengarah berkepentingan awam dan pengarah-pengarah syarikat, pemegangan bursa atau exchange holding company, bursa saham dan bursa derivatif. Oleh itu pindaan terhadap seksyen 10 CMSA dibuat supaya persetujuan SC boleh diperoleh sebelum seseorang pengarah suatu syarikat pemegangan bursa-bursa saham dan bursa derivatif. dilantik atau dipilih semula.
Ini bagi memastikan pengarah yang dilantik kekal, layak dan sesuai dilantik atau dilantik semula sebagai seseorang pengarah. Pindaan ini sejajar dengan amaran di bawah bidang kuasa seperti Hong Kong dan Singapura. Selain itu pada masa ini skop pengawalseliaan SC antara lain adalah tertumpu kepada pengawalseliaan sekuriti dan kontrak niaga hadapan yang diniagakan di bursa saham dan bursa derivatif.
Walau bagaimanapun perbadanan rangka kerja pengawalseliaan undang-undang sekuriti dan kontrak niaga hadapan adalah tidak lagi sesuai memandangkan kontrak niaga hadapan adalah merupakan sub set kepada derivatif. Oleh itu peruntukan baru bagi derivatif diperkenalkan bagi membolehkan SC mengadakan rangka kerja untuk mengawal selia derivatif termasuk dagangan derivatif melalui kaunter atau OTC derivatif.
Rangka kerja ini mengambil kira trend terkini pengawal seliaan global yang menjurus kepada memastikan peningkatan ketelusan dan penzahiran maklumat dan data dalam dagangan OTC derivatif. Di bawah rangka kerja ini, peserta yang berdagang dalam OTC derivatif dikehendaki untuk melaporkan maklumat dengan mereka kepada suatu depository dagangan atau trade depository yang akan ditubuhkan. Ini juga ada selaras dengan prinsip baru yang telah dicadangkan oleh International Organization of Security Commission (IOSCO) di bawah objektif dan prinsipal bawah pengawalseliaan sekuriti berkenaan pengawasan OTC derivatif.
Tuan Yang di-Pertua rang undang-undang ini turut meminda rangka kerja pelesenan bagi menggalakkan aktiviti perniagaan oleh peserta persaraan dan pengurangan kos urus niaga tanpa menjejaskan perlindungan kepada para pelabur. Rangka kerja pelesenan telah menjalankan evolusi yang mana pada peringkat permulaannya, kuasa pelesenan di bawah bidang kuasa pendaftar syarikat dan kemudiannya dipertanggungjawabkan kepada pegawai pelesenan di bawah Kementerian Kewangan.
Apabila fungsi pelesenan dipinda kepada SC pada tahun 1955 bagi pelesenan untuk perdagangan dalam kontrak niaga hadapan dan 1996 bagi aktiviti-aktiviti pasaran modal yang lain. Suatu mekanisme kawalan dimasukkan di mana persetujuan Menteri Kewangan perlu diperoleh sebelum suatu lesen dikeluarkan untuk berniaga dalam sekuriti dan berdagang dalam kontrak niaga hadapan. Pada masa ini di bawah struktur rangka kerja pelesenan juga, entiti yang berminat untuk menjalankan enam jenis aktiviti terkawal ialah untuk berniaga dalam sekuriti perdagangan dalam kontrak niaga hadapan pengurusan kumpulan wang menasihati kewangan dan menasihati pelaburan dan perancangan kewangan perlu mendapatkan kelulusan daripada SC.
Tambahan lagi, pemberian lesen untuk dua daripada enam aktiviti itu iaitu berniaga dalam sekuriti dan perdagangan dalam kontrak niaga hadapan turut memerlukan persetujuan Menteri. Kalau aktiviti-aktiviti terkawal, lain hanya setakat kelulusan SC. Oleh yang demikian rang undang-undang mencadangkan supaya struktur pelesenan diseragamkan untuk semua jenis aktiviti terkawal dengan memansuhkan keperluan persetujuan dan kelulusan Menteri berkaitan dengan pembelian dan peletakan syarikat bagi lesen untuk berniaga dalam sekuriti dan berdagang dalam kontrak niaga hadapan.
Walau bagaimanapun, kuasa Menteri bagi mendengar rayuan terhadap keputusan SC menarik balik lesen pemegang lesen berniaga dalam sekuriti dan berdagang dalam kontrak niaga hadapan atau derivatif seperti cadangan pindahan dalam rang undang- undang terus kekal supaya wujudnya mekanisme check and balance. Rang undang-undang ini juga akan memberikan kuasa kepada SC untuk menjalankan fungsi pemantauan, pengurangan dan pengurusan risiko sistem ini di dalam pasaran modal sejajar dengan cadangan oleh IOSCO di dalam objektif dan prinsipal pengawalseliaan sekuriti yang telah dikemaskinikan pada Jun 2010.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua, pada 1 September 2009, Majlis Ekonomi telah menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi mengkaji dan menentukan arah tuju strategik bagi sistem persaraan negara. Salah satu jawatankuasa khas tersebut dipengerusikan oleh Kementerian Kewangan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Rangkai Kerja Pencen dan Keselamatan Sosial mengesahkan perbincangan dan konsultasi dengan pelbagai wakil industri pertubuhan-pertubuhan dan petugas peringkat tinggi. Satu rangkai kerja bagi industri skim persaraan swasta telah dicadangkan malahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan cadangan bagi pelancaran skim persaraan buat swasta ini dalam ucapan Bajet 2011.
Cadangan bagi mengadakan skim persaraan swasta ini adalah untuk menawarkan suatu alternatif kepada orang awam supaya menyambung bagi tujuan memenuhi keperluan persaraan di bawah satu rangka kerja yang terkawal dan berstruktur. Ini bagi memastikan rakyat berupaya untuk meneruskan dan memenuhi keperluan kehidupannya selepas persaraan dan mencapai aspirasi negara untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi seperti yang dinyatakan di bawah Modul Baru Ekonomi.
Skim Persaraan Swasta yang dicadangkan akan menjadi tambahan kepada simpanan persaraan di bawah skim pencen perkhidmatan awam dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Cadangan skim persaraan swasta ini juga sejajar dengan cadangan di bawah pelan induk pasaran modal pertama yang mencadangkan lebih banyak langkah- langkah diperkenalkan bagi mempelbagaikan diversiti dan meningkatkan lagi daya saing bagi pengurusan dana persendirian oleh institusi pengurus dana swasta atau intern institutional management of private fund.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Justeru itu, rangka kerja bagi skim persaraan swasta adalah berdasarkan pada pengawalseliaan undang-undang pengurusan kumpulan wang yang sedia ada di bawah CMSA. Selain itu, rangka kerja pengawalseliaan skim persaraan swasta ini turut mengambil kira prinsip pengawalseliaan skim persaraan swasta yang dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development dan International Organisation of Pension Supervisors yang diterima pakai di peringkat global.
Sehubungan itu, rang undang-undang akan meminda CMSA dengan memasukkan bahagian baru IIIA yang akan membolehkan pihak SC mengawal peserta-peserta dan komponen-komponen penting dalam industri skim persaraan swasta iaitu:
(i) pentadbir skim persaraan swasta;
(ii) menyedia skim persaraan swasta;
(iii) skim persaraan swasta;
(iv) pemegang amanah kepada skim persaraan swasta; dan
(v) pemegang amanah pada skim persaraan tajaan majikan.
Antara lain cadangan rangka kerja bagi pengawalseliaan undang-undang bagi skim skim persaraan swasta di bawah Bahagian IIIA ini adalah termasuk satu kelulusan SC diperlukan sebelum seseorang itu dilantik sebagai pentadbir, penyelia atau pemegang amanah suatu skim persaraan swasta. Ini bertujuan bagi memastikan hanya orang yang layak dan sesuai sahaja yang dilantik. Skim persaraan itu sendiri juga memerlukan keputusan SC yang mana pelaburan yang akan dibenarkan semestinya dengan objektif skim persaraan swasta selamat dan berisiko rendah.
Kedua, peruntukan bagi melindungi kepentingan ahli skim antara lain seperti:
(a) caruman yang dibuat oleh ahli akan disimpan di bawah satu akaun amanah yang dipantau oleh seorang pemegang amanah yang pelantikannya diluluskan oleh SC;
(b) caruman yang dibuat oleh ahli menjadi hak ahli sebagai satu faedah terakru atau accrue benefits; dan
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
(c) maklumat berhubung hal ehwal atau akaun ahli adalah rahsia dan penzahirannya adalah terhad.
Ketiga, peruntukan bagi membolehkan SC mengambil alih dan merampas aset terkawal bagi tujuan perlindungan maklumat para pelabur. Aset terkawal adalah termasuk segala maklumat atau sistem yang dimiliki oleh pentadbir skim persaraan swasta.
Keempat, peruntukan am bagi membolehkan Menteri mengeluarkan peraturan- peraturan berhubungan dengan skim persaraan swasta di bawah Bahagian IIIA yang baru.
Selain itu, pihak SC mempunyai kuasa untuk memberikan arahan kepada peserta skim persaraan swasta termasuk arahan berkaitan urusan perniagaan atau apa-apa harta peserta skim persaraan swasta.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk meningkatkan tadbir urus korporat bagi syarikat awam tersenarai, rang undang-undang ini juga akan memperjelaskan dan memperluaskan peruntukan berkaitan dengan hukuman dan untuk kesalahan-kesalahan peruntukan berkaitan dengan hukuman untuk kesalahan yang serius dengan membolehkan mahkamah mempertimbangkan hukuman penjara mandatori sebagai pilihan pertama yang mana tempoh penjara tidak kurang daripada dua tahun sekiranya pengarah atau pegawai pada sesuatu syarikat tersenarai atau perbadanan berkaitan yang disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kerugian salah atau wrongful loss pada syarikat. Di samping itu, denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan penjualan produk pasaran modal tanpa asas.
Rang undang-undang ini juga bertujuan untuk mengadakan pindaan pelbagai dan berbangkit yang lain bagi memastikan rangka kerja pengawalseliaan pasaran modal negara kekal, mantap, kukuh dan mudah serta sejajar dengan amalan piawaian antarabangsa tanpa menjejaskan perlindungan kepada pelabur. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahaskan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana mengizinkan saya untuk turut sama memulakan perbahasan mengenai akta untuk meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Melihat pada keseluruhan cadangan pindaan ini, ia melibatkan suatu pindaan yang banyak seperti yang telah diperjelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hanya ingin menyentuh mengenai peranan Securities Commission ini dalam membantu pengurusan pelaburan oleh umat Islam di Malaysia ini untuk memastikan pelaburan mereka berada di atas landasan syarak ataupun mengikut tuntutan agama. Ini timbul kerana terdapat beberapa kekeliruan dalam urusan membuat senarai syarikat-syarikat yang dikatakan syariah compliant berbanding dengan syarikat-syarikat yang tidak syariah compliant.
Sudah timbul beberapa pandangan termasuk juga fatwa-fatwa yang diberikan oleh pihak-pihak berkuasa seperti jabatan mufti di Selangor dan juga Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai kedudukan beberapa pelaburan dan juga keseluruhan contohnya Amanah Saham Nasional. Ada yang mengatakan tidak menepati syarak, lalu ia haram.
Satu pihak lagi mengatakan ia harus. Jadi, ini telah menimbulkan kekeliruan. Ini ditambah pula apabila kita umat Islam ingin melabur dari kaunter-kaunter yang dikatakan menepati tuntutan syarak, syariah compliant.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Di sana, saya dimaklumkan, kalau tidak betul minta diperbetulkan, bahawa jikalau sesuatu kaunter itu isi pelaburannya atau konteks perniagaannya adalah kurang daripada 5 peratus yang tidak menepati syarak, ia masih dianggap syariah compliant. Bagi sesetengah umat Islam, ini memerlukan satu penjelasan yang lebih mendalam, lebih detail kerana sebahagiannya beranggapan bahawa halal atau tidak halal, atau syariah compliant ataupun tidak syariah compliant, tidak boleh diletakkan satu peratusan di sana. Ada yang hendak mengatakan kalau betul kaunter itu syariah complaint, ia mesti 100 peratus syariah compliant. Tidak ada dua cerita di situ.
Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada kementerian sama ada perkara ini telah diteliti dan sama ada pihak Securities Commission telah mengambil kira pandangan- pandangan seperti yang dibuat oleh Mufti negeri Selangor supaya hasrat umat Islam untuk turut melabur ini tidak terganggu dengan persoalan-persoalan sedemikian.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Kita pun tahu jumlah kaunter syariah compliant ini tidak banyak di dalam penyenaraian di Bursa Saham, contohnya ya. Jadi, kalau sebahagiannya pula dilihat ada tercemar dari segi penglibatan dalam perniagaan tertentu walaupun peratusannya adalah kurang daripada 5 peratus, ia sudah menimbulkan suatu perasaan tidak senang dan memperkecilkan lagi jumlah kaunter yang ada. Oleh itu, apa yang tinggal bagi mereka yang serius, umat Islam yang serius yang ingin melabur ini? Apa yang tinggal pada mereka?
Jadi, saya mengharapkan perkara ini juga diberikan satu pertimbangan di dalam pindaan ini tetapi kita tidak mendengar perkara tersebut disebut di dalam rang undang-undang ini.
Cuma ada dalam fasal 26 itu memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk menentukan maklumat yang perlu dizahirkan pada pelabur berkenaan dengan penjualan produk pasaran modal tadi.
Jadi, bagaimana persediaan SC dalam hal ini untuk memberikan khidmat tersebut supaya umat Islam betul-betul puas hati dan bagaimana SC menangani isu yang dibangkitkan tadi mengenai pandangan mufti dan juga perbezaan pandangannya dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Saya yakin SC ada dia punya jawatankuasa penilaian syariahnya. Bagaimana peranan jawatankuasa ini? Adakah mereka itu betul-betul bebas dalam memberikan pandangan ataupun sama ada mereka ini telah membuat hubungan dengan semua pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan fatwa di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Belum tentu hendak cakapkan Yang Berhormat? Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memilih saya daripada kalangan Ahli-ahli yang separuh bangun untuk berbahas tentang rang undang-undang yang amat penting untuk negara kita ini. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana membentangkan rang undang-undang ini yang sudah tentu amat penting untuk memperkukuhkan lagi keyakinan pelabur-pelabur domestik dan juga pelabur-pelabur antarabangsa ke dalam pasaran modal kita ini. Ini adalah kerana pasaran modal kita ini besar dan ia perlu kita mempergiatkan lagi supaya lebih banyak lagi anggota masyarakat dalam dan luar negara menyertainya.
Saya tertarik dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi, yang menyentuh tentang tajuk-tajuk yang terkandung dalam cadangan peruntukan pindaan kepada Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 tadi. Disebutkan oleh beliau menyentuh fungsi penguatkuasaan pasaran hadapan yang digantikan istilahnya dengan “derivatif” untuk mencapai pasaran dan suasana efisien, skim persaraan swasta dan memperjelaskan lagi hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang serius. Beliau sebut juga, ia mengandungi beberapa peruntukan berkaitan dengan tujuan untuk menguasai, mengawal, menyelia dan membetulkan ataupun menguruskan risiko systemic dalam pasaran modal.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Amat menarik Tuan Yang di-Pertua bahawa ditakrifkan di situ risiko systemic dalam pasaran modal, disebutkan di sini bererti kesulitan kewangan dalam seseorang peserta pasaran yang significant misalnya:
(i) major player dengan izin, menghadapi kesulitan dalam bidang pasaran modal ini atau beberapa peserta pasaran;
(ii) penjejasan aturan perjalanan pasaran modal; dan
(iii) penghakisan keyakinan awam terhadap integriti pasaran modal.
Ini, saya setuju penting dan peranan Suruhanjaya Sekuriti untuk memastikan bahawa tidak ada keruntuhan systemic dalam dunia perniagaan, dunia pasaran modal ini amat penting. Tuan Yang di-Pertua, jika risiko systemic ini dikawal dengan baik, dengan betul oleh Suruhanjaya Pilihanraya maka kita sebenarnya tidak ada risiko-risiko yang lebih besar. Kalau rakyat hendak tunjuk perasaan, tunjuklah perasaan. Tidak menjejaskan kewangan negara kita kalau risiko ini kita betulkan.
Di Bangkok misalnya, berbulan-bulan pasukan Baju Kuning bertentangan pasukan Baju Merah. Berbulan-bulan di Bangkok. Yang Berhormat Menteri Pelajaran pun amat bersetuju dengan pandangan ini... [Dewan riuh] Ia tidak menjejaskan sistem dan pasaran saham negara kita. Di Bangkok, di Thailand pun ekonomi tidak jauh malah naik dalam zaman tunjuk perasaan di Bangkok itu. Jadi, ini yang pentingnya ialah risiko systemic kewangan antaranya dalam pasaran modal yang dikawal, bukannya dengan menggunakan FRUlah, ugutanlah, tangkapanlah, tahananlah, pakai baju kuning pun menjadi satu jenayahlah.
Keadaan ini adalah menandakan kita sebenarnya tidak yakin, sistem politik apa, sistem ekonomi apa, sistem kewangan apa yang kita hendak laksanakan untuk negara kita? Saya boleh bersetuju dengan sistem yang hendak dilaksanakan ini tetapi kalau kita hendak laksanakan sistem ini, jika kita hendak menarik pelabur-pelabur asing yang penting kerana dilaporkan bahawa kita telah menjejaskan RM2 trilion dari dunia pasaran modal iaitu naik 11 peratus pada puratanya semenjak tahun 2000. Bagus! Kita telah naik dari segi pasaran modal Islamik kepada RM1 trilion, peningkatan 15.2 peratus. Bagus! Ini yang kita hendak dan kita kawal lagi risiko-risiko systemic supaya ia benar-benar dapat menjamin ketenteraman negara, keselesaan dan pembangunan kewangan, ekonomi negara yang baik. Ini jaminan untuk kita, bukan cara lain.
Hak dan kebebasan untuk berhimpun, untuk berdemonstrasi dan sebagainya tidak harus langsung digunakan oleh kerajaan untuk menghalangkannya, untuk menumpaskannya, untuk mencederakan rakyatnya yang berhimpun dengan aman damai itu dengan alasan untuk menjaga sistem kewangan atau perniagaan negara.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Tumpat, sebab tajuk Yang Berhormat Tumpat berbahas ini merupakan satu tajuk yang amat penting iaitu hubung kait di antara demokrasi dan juga pembangunan, growth. Tahu kah Yang Berhormat Tumpat bahawa negara-negara yang diindeks sebagai bebas, kebanyakan semuanya apabila melalui transisi, semua seperti Taiwan, South Korea serta Scandinavian, ini secara tidak langsung menunjukkan apabila sesuatu rejim itu bertukar daripada autoritarian kepada demokrasi, impak langsungnya ialah kepada pertumbuhan ekonomi.
Jadi, di sini apabila pertumbuhan ekonomi kita dengan tarikan FDI pun tidak ada, saya rasa mesti ada kaitan dengan tahap demokrasi kita. Mohon penjelasan sedikit.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau. Oleh sebab itu kita hendak menyokong rang undang-undang ini dan kita hendak menyokong Yang Berhormat Timbalan Menteri ini yang membawa rang undang-undang ini supaya Presiden MCA tidak perlu membuat kenyataan jangan berhimpun pada 9 Julai, kami haramkan ahli-ahli MCA untuk berhimpun. Tidak perlu lagi.
Kalau Timbalan Menteri MCA boleh membawa rang undang-undang seperti ini dan kita boleh setuju dan laksanakan, tidak ada masalah Tuan Yang di-Pertua tentang mencapai matlamat dan apa yang kita ingin tujukan dalam sistem kewangan negara. Itu yang kita hendak.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Kita hendak daripada RM2 trilion dan naik lagi dalam pasaran modal. Sebanyak RM1 trilion pasaran modal Islam yang sudah naik 15.2 peratus itu, kita hendak naikkan lagi supaya ia benar-benar memberikan kemajuan kepada negara kita dalam bidang ekonomi.
Kalau ia diperkukuhkan lagi dengan sistem politik demokrasi yang baik, yang utuh.
Demokrasi yang mana Parlimen benar-benar bersuara dan apabila ada rang undang- undang yang tidak betul kita sama-sama menolaknya seperti mana sepatutnya kita lakukan sebentar tadi, maka lagi kukuhlah sistem demokrasi negara kita, lagi kukuhlah sistem kewangan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, di mana letaknya tempat untuk kita mengawal tindakan-tindakan, kelakuan-kelakuan, aktiviti- aktiviti satu daripada unit yang penting dalam pasaran modal iaitu Credit Rating Agency, dalam negara kita RAM dan MARC.
Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat
Dari pengalaman kita dalam Dewan ini kita dapati dalam negara kita ini beberapa kes yang mana rating agencies ini mengambil bahagian atau terlibat dalam kemungkinan- kemungkinan penyelewengan-penyelewengan ataupun sudah menjadi jenayah kalau kita lihat kepada pertuduhan dalam mahkamah hari ini yang sedikit sebanyak terlibat juga rating agencies ini. Misalnya Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dengan beraninya mengeluarkan surat jaminan guarantee letter. Kerana apa? Kerana ratting agencies menuntut, mendesak, memujuk dan sebagainya yang Menteri Pengangkutan supaya mengeluarkan satu surat jaminan (guarantee letter) untuk mengatakan bahawa PKFZ ini adalah projek kerajaan. Maka kerajaan akan memastikan pinjamannya akan dibayar oleh kerajaan. Ini bersifat dan bertaraf surat jaminan.
Maka oleh sebab itu kalau apa yang kita lihat setakat ini walaupun pada awalnya sesetengah pegawai mengatakan bahawa tidak perlu surat jaminan, tidak betul surat jaminan, hanya Kementerian Kewangan sahaja yang boleh mengeluarkan sahaja surat jaminan, hanya dengan kelulusan Kabinet sahaja surat jaminan yang boleh keluarkan.
Akan tetapi ada Menteri yang sama ada dengan sedar atau tidak sedar ataupun oleh kerana pujukan, rayuan rating agencies ini berani mengeluarkan surat jaminan dan menyebabkan kerugian berbelas-belas bilion dalam kes PKFZ. Dalam satu kes lagi MITP
(Malaysian International Tuna Port Pulau Pinang) begitu juga pegawai kerajaan mengeluarkan apa yang akhirnya bertaraf surat jaminan. Kerana apa? Kerana rating agencies hendakkan surat sedemikian supaya rating agency boleh ke pasaran modal untuk mendapatkan pembeli-pembeli bon dan sebagainya untuk terlibat menyokong projek berkenaan.
Jadi di mana Yang Berhormat Menteri saya hendak tahu di mana tempatnya kita hendak pastikan supaya ada pengawasan terhadap rating agencies ini supaya apa yang telah berlaku melibatkan kerugian, berbelas-belas kalau tidak berpuluh-puluh ringgit tidak lagi berulang. Oleh kerana faktor yang agak mudah rating agency hendakkan surat berbentuk surat jaminan daripada pihak kerajaan dan akhirnya pihak kerajaan terpaksa bertanggungjawab untuk menjelaskan hutang ekoran daripada kegagalan perniagaan seperti jelas dalam kes PKFZ dan Malaysian International Tuna Port Pulau Pinang. Jadi saya hendak tahu daripada pihak kementerian sama ada boleh dimasukkan hal ini atau tidak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berminat dalam undang-undang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya berminat dengan undang-undang Yang Berhormat, demokrasi itu lain cerita Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Apa masalah sekarang ini Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya lah, demokrasi itu ada agenda-agenda yang tertentu, sini tidak ada Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tidak ada kena mengena dengan demokrasi. Di sini kita hendak memperbaiki pengawalseliaan bursa saham. Itu sahaja. Apa cerita Tuan Yang di-Pertua? Menyeleweng sedikit malam ini. Kita hendak mencegah penyelewengan dalam bursa saham kita, itulah cerita malam ini.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang untuk meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan memang tepat pada masa. Saya berminat dalam hal ini kerana saya ada baca di dalam Bursa Saham Malaysia ini dia ada memaparkan market misconduct. Dia ada banyak bercerita mengenai market misconduct. Short selling dia pun ada masukkan fox trading, market reading, manipulation, insider trading dan juga Tuan Yang di-Pertua ini tidak kena mengena langsung dengan demokrasi. Ada 13 di sini. Saya sebutkan kerana saya hendak semua ini dapat dibanteras. Walaupun di dalam Bursa Malaysia ini kita tengok tetapi tindakan dan penguatkuasaannya kurang. Misalnya dia ada action-based manipulation, trade-based manipulation, painting the tape, unethical trade, rollover, third party payment, marking the close, front running, conflicts, scalping, spoofing, pump and dump and trash and cash. Ini tiga belas ada contohnya.
Saya berharap semua ini dapat dibanteraskan. Tambah pula kerana di dalam pindaan ini kita ada masuk kawalan ke atas derivatif. Bolehkah Yang Berhormat sebutkan di sini di dalam Dewan ini jenis derivatif yang dibenarkan di dalam bursa saham. Saya nampak sebelum krisis sub-prime di Amerika Syarikat kita memang berhati-hati untuk membenarkan derivatif di Malaysia. Bolehkah Yang Berhormat sebutkan di dalam Dewan ini apakah jenis derivatif yang dibenarkan dan tahap perniagaan di dalam derivatif di Malaysia setakat ini.
Tadi saya memang tahu dia ada maklumat mengenai bilangan syarikat yang disenaraikan tetapi tidak disebutkan langsung dan hanya kriteria. Apa yang disebutkan sebagai kriteria antarabangsa untuk lembaga auditnya dan sebagainya. Kita mestilah telus sedikit kerana maksud pindaan kita hendak menambahkan ketelusan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan kepada Dewan yang mulia pertama mengenai skim pasaran swasta walaupun disebutkan di dalam bajet tahun ini. Pernah disebutkan tetapi kita tidak tahulah macam mana setakat ini kita dapat mengawal selia berapa skim saraan swasta didapati di negara ini.
Di sini Tuan Yang di-Pertua saya hendak sebutkan mengenai moratorium.
Moratorium mengenai jualan saham oleh promoter dan pemegang saham yang asal.
Setakat ini kita nampak moratorium ini tidak begitu lengkap, tidak begitu berkesan.
Sekurang-kurangnya saya mencadangkan supaya moratorium untuk jualan saham oleh promoter dan pemegang saham asal sekurang-kurangnya enam bulan. Dengan adanya rang undang-undang ini saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat mengkaji mengenai amalan moratorium yang saya sebutkan.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin sedikit sebanyak menyentuh mengenai hukuman ke atas pengarah-pengarah syarikat yang menyeleweng yang melakukan kesalahan dan saya nampak misalnya disebutkan oleh Yang Berhormat tadi fasal 55 di penjara tidak kurang dari dua tahun dan fasal 53 pun dua tahun.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Apakah sebabnya ia ditetapkan sebagai dua tahun dan satu lagi yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, lima tahun dan hukuman RM1 juta sekurang-kurangnya RM1 juta.
Mengapa kita pilih dua tahun? Adakah ini mencukupi untuk membanteras pengarah- pengarah daripada melakukan kesalahan? Bagi saya ini memang tidak cukup dua tahun, ya. Ini kerana apabila melakukan kesalahan di dalam Bursa Saham yang melibatkan beribu-ribu orang sekurang-kurangnya yang menjejaskan kepentingan ramai orang. Beribu- ribu orang. Sebab itulah bagi saya dua tahun memang tidak mencukupi untuk menghukum mereka yang membuat kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Di sini mengenai fasal 21 - meminda seksyen 77(5) [Akta 671] bagi memperluaskan kriteria kelayakan dan kesesuaian dalam pelantikan pemilihan atau pencalonan seseorang pengarah bagi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal. Di sini pun kita tidak tahulah apa kriterianya. Fasal 21 kita tidak nampak apa kriteria yang disebutkan di sini cuma hendak diluluskan sahaja. Tuan Yang di-Pertua, fasal 21, kita tidak nampak kriteria yang disebutkan di sini. Begitu juga dengan itu fasal 18 alasan bagi pembatalan satu lesen untuk merangkumi ketidakbayaran fee tahunan pelesenan dan di subseksyen 72(7) [Akta 671] membenarkan suruhanjaya mengenakan sekatan ke atas seorang berlesen tanpa mengeluarkan surat tunjuk sebab.
Akan tetapi, kalau itulah kita hendak mengambil tindakan sekurang-kurangnya kita bagi dia surat tunjuk sebab. Apakah logiknya untuk mengambil tindakan dengan begitu sahaja tanpa tunjuk sebab? Fasal itu juga bertujuan untuk menjelaskan bahawa satu lesen wakil tidak terbatal tetapi hanya dihentikan apabila lesen prinsipalnya dibatalkan atau digantung. Saya tidak faham apakah sebenarnya maksud fasal ini. Tuan Yang di-Pertua, di sinilah kita berharap dengan hukuman yang kita kenakan, dengan kriteria yang baru yang digunakan dan pindaan yang secocok dengan zaman semasa untuk Bursa Saham kita di dalam pasaran modal dan perkhidmatan. Saya berharaplah Bursa Saham dapat menguatkuasakan dengan berkesan.
Bukan sahaja kita pamerkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh sesetengah orang. Saya percaya pihak yang menyeleweng pun akan adakan cara-cara yang baru yang belum diketahui oleh pihak suruhanjaya. Di sinilah kita berharap pengawalseliaan dapat kita dipertingkatkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri saya peluang saya ringkas sahaja. Pertamanya, saya mengalu-alukan kesungguhan kerajaan dalam membentangkan satu akta untuk meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Akta ini adalah sungguh bertepatan terutama dalam usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi. Kita mahu kalau boleh kita menjadi sebuah negara bukan sahaja dapat menarik pelaburan asing bahkan kita mahu kalau boleh semua rakyat Malaysia berpendapatan tinggi. Keduanya, usaha ini untuk memperkukuhkan lagi kawal selia Bursa Saham supaya ianya dapat memastikan supaya kita dapat menjaga kepentingan rakyat yang sentiasa menaruh harapan setiap kali mereka melibatkan diri dalam pasaran saham.
Seterusnya, saya bersetuju dengan pendapat sahabat saya daripada Yang Berhormat Kuala Krai tentang ASB tadi. Akan tetapi, bagaimanapun baru-baru ini telah kita dapati bahawa mufti-mufti dalam negara Malaysia telah mengeluarkan satu fatwa bahawa ASB adalah harus. Selagi ianya tidak terlibat dengan apa juga perniagaan yang melanggar daripada sisi Islam. Seharusnya sebagai orang Islam kita tidak boleh mempersoalkan tentang apa juga keputusan yang telah dibuat oleh Jemaah Mufti-mufti. Apa yang saya hendak sebut di sini, saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri. ASB ada menanam modal dalam TNB yang juga ada mempunyai ekuiti dalam Malayan Banking. Kita ketahui bahawa bank ini tidak semuanya perniagaan mereka berlunaskan Islam melainkan Islamic Banking. Jadi saya hendak tahu sama ada pegangan ASB ini dalam TNB, adakah ianya menyalahi apa yang kita sebut tadi fatwa yang telah dikeluarkan oleh mufti-mufti negara kita?
Seterusnya, saya pergi kepada perkara pindaan Akta 671 berkenaan dengan isu Pengawal Selia Skim Persaraan Swasta. Saya melihat Skim Persaraan Swasta sebagai satu langkah yang baik dalam pelancaran dana pencen swasta.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Mengikut kajian, menjelang tahun 2020 Malaysia akan mempunyai hampir 10 peratus penduduknya berusia 60 tahun. Maka pelan kewangan adalah sangat perlu dirancang supaya ianya dapat menjamin hidup kalangan-kalangan mereka yang bersara.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya, Tuan Yang di-Pertua saya sekali lagi menyebutkan betapa pentingnya untuk kerajaan mengambil sikap ini ataupun sekali gus daripada yang telah pun kita bahaskan sebentar tadi Akta Suruhanjaya Sekuriti.
Bersekali dengan itu untuk terus mengangkat prestasi dan performance Akta Pasaran Modal kita ini supaya menjadi benar-benar setara dan pada kedudukannya insya-Allah bersama dengan best practice di bursa-bursa yang lain yang lebih maju. Namun, saya mulakan dengan menyebutkan apa yang disebutkan lebih awal tadi. Di mana menggamit pelaburan sama ada pelaburan ke pasaran modal secara portfolio investment seperti ini ataupun yang bersangkutan dengan pelaburan yang lebih berkualiti dengan maksudnya adalah Pelaburan Asing Langsung (FDI) Tuan Yang di-Pertua, ya.
Dia pada akhirnya menyangkut persoalan demokrasi dan politik juga. Itu perkara yang saya perlu sebut dan perlu rakamkan di Dewan yang mulia ini. Sebabnya adalah kalau kita kembali kepada asas pemikiran ekonomi itu ia tidak dapat terpisah. Kalau kita kembali kepada Adam Smithkah atau kita kembali kepada David Ricardokah atau kita pulangkan balik kepada the for runners of economic bukannya David Ricardo ataupun Adam Smith akan tetapi Ibnu Khaldun menyebutkan betapa peranan politik dan reform politik, penambahbaikan politik itu menentu economic performance.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Betapa prestasi ekonomi itu ataupun economic reform itu akan ditentukan oleh political climate. Jadi jangan khuatir Tuan Yang di-Pertua, kerana perkara ini mesti begitu sifatnya. Itulah...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya hanya menyebut ini, soalan memang tuju kepada persoalan kewangan ini sahaja, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ini yang saya mahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak habis perbincangan demokrasi ini. Saya dulu pun pernah berdialog di Oxford juga Yang Berhormat berhubung nota ini. Saya, saya...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ditanya oleh seorang student daripada India. Saya kata, “What is the different between Malaysia and India?”. Demokrasi semenjak tahun 1948. What happen to India 890 million living under poverty in 2000. Malaysia below 5 peratus, macam mana?
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Dia begini Tuan Yang di-Pertua kalau saya boleh..., terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas celahan tersebut. Apa yang saya maksudkan tadi adalah pengiktirafan dan pengakuan bahawa persoalan ekonomi dan economic performance di negara kita ini juga akan ditentukan ketika mana persoalan political reforms dapat diperbaiki.
Itu bukan pandangan saya. Itu adalah pandangan pelopor-pelopor pemikir besar Adam Smith, menulis tentang political economy. Begitu juga David Ricardo saya sebutkan tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya pun baca Adam Smith Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Okey. Oleh kerana itu jangan sensitif kalau kita mengatakan bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
The Wealth of Nations pun saya baca juga itu.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya. Economic performance saya boleh menghuraikannya kalau dimahukan. Economic performance Tuan Yang di-Pertua ia adalah cukup sebab itu Keynes juga membawa peranan kerajaan. Ia berbeza sikit dengan the free market jadi mix economy yang di sana ada peranan kerajaan yang kita bincangkan petang ini, dengan rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua.
Adalah sebenarnya mahu mengangkat ataupun memperkasakan peranan kerajaan untuk benar-benar dapat memastikan bahawa pasaran modal kita, pasaran modal capital market kita itu bukan hanya melihat kepada ekuiti ataupun bursa saham, akan tetapi pasaran modal kita itu adalah sebenarnya tempat di mana kita mengagihkan modal. Itu cukup penting dalam peranan sebuah ekonomi negara.
Justeru kerana itu ia perlu diberikan segala perhatian. You can get loans from the bank. Akan tetapi here you are getting loans ataupun you dapat modal daripada pasaran modal. Peranan itu cukup penting Tuan Yang di-Pertua. Justeru kerana itu apabila kita beralih masuk point inilah. Apabila kita perhatikan di sana, di sini pun sudah nampak betapa ianya mengisyaratkan dalam hal kalau seksyen 362A baru ini kita diminta untuk dibacakan begini. “Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 362, seksyen yang berikut”.
Apa dia. Derivatif bukan kontrak perjudian atau pertaruhan. Menegaskan betapa derivatives hampir backward satu masa ketika berlakunya keruntuhan financial system dalam krisis sub prima yang derivatiflah culpritnya yang tambahan dengan disukarkan, disulitkan lagi dengan derivatif yang diover leverage dalam bentuk-bentuknya seperti waran dan sebagainya.
Derivatif itu sendiri telah punya masalah Tuan Yang di-Pertua. Seperti futures, forwards dan securities yang seperti ini. Papers yang seperti ini. Oleh sebab itu Islam menganggap urus tadbir dan muamalat ataupun transaction seperti ini bermasalah. Pada takrifnya satu yang bersifat syariah compliance sebab itu Islam sangat menganjurkan apa jua yang bersifat asset based. Akan tetapi pada sifatnya derivatif ini yang merupakan paper transaction. Oleh sebab itu perkara seperti ini Tuan Yang di-Pertua perlu kepada satu over side, perlu kepada satu legal atau framework ataupun satu yang dapat mengelakkan over exposures. Oleh kerana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Jasin bangun Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ya.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi saya peluang. Saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat. Sebenarnya pasaran saham atau derivatif bukan satu daripada indicator menunjukkan tentang prestasi ekonomi sesebuah negara. Akan tetapi ianya satu daripada indicator.
Mahu atau tidak mahu itulah lumrahnya. Oleh kerana pada ketika ini kita dapat lihat pasaran saham kita telah mencatat satu pencapaian paling tertinggi sekali. Di mana telah mencatat bukan sahaja pelabur-pelabur tempatan bahkan funds managers daripada asing dan juga pelabur asing telah masuk ke pasaran yang merancakkan lagi. Kita tahu pasaran saham adalah satu perniagaan yang spekulatif. Kita tidak boleh harap sangat.
Akan tetapi ini satu daripada penanda aras tentang pencapaian ekonomi kita. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Jasin.
Saya bolehlah terima sedikit pandangan tersebut. Meskipun dalam menghuraikan sebab musabab bagaimana influence of funds khususnya di bursa saham itu tidak boleh diberikan barometer yang tepatnya. Ini kerana peralihan dan inflow of the dynamic of fund flows ini, ia bergantung kepada banyak hal Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Di antara lainnya adalah berlaku krisis the Euro crisis, the American subprime crisis masih lagi dengan izin, menanggung kesan-kesannya. Duit mereka unemployment mereka tinggi dan mereka belum keluar daripada..., they are not out of the word dengan izin. Jadi oleh kerana itu funds managers mencari tempat dan destination. Khususnya mutakhir ini Tuan Yang di-Pertua kita mengangkat dan telah empat kali meningkatkan kita punya OPR at 0.25 peratus ataupun 25 basis point yang sekali gus menjadikan negara satu yang sangat diminati oleh funds managers kerana memberikan pulangan atas dasar interest rate yang attractive.
Jadi jangan ambil satu pandang begitu sahaja. Dia mesti dilihat keseluruhannya kerana mereka berhadapan dengan beberapa krisis jadi for the time being kita merupakan bursa yang menarik untuk sementara waktu. Akan tetapi ini semua tidak boleh dianggap sebagai fundamental ataupun ukuran benchmark yang kukuh. Boleh kita mengambil sedikit keselesaan dan consolidation dengan izin, atas perkara-perkara tersebut.
Saya kembali untuk meneruskan apa yang saya mulakan tadi Tuan Yang di- Pertua. Oleh kerana itu kita dalam amalan Securities Commissions kita mengharapkan bahawa benar-benar kerana sifatnya dan dihuraikan dalam banyak hal tadi. Ini kerana derivative ini Tuan Yang di-Pertua adalah sangat dipertikaikan dalam konteks perspektif Islam. Dalam keruntuhan financial market super structure itu kita dapati bahawa the greatest culprit is adalah dalam derivative how their means securities further and lebih teruk daripada itu over leverage.
Jadi kesemua perkara ini di Islamic Council ataupun Islamic Syariah Advisory perlu memerhatikan dengan lebih teliti supaya kita tidak hanya sekadar mahu imitate, mahu hanya sekadar mengikut rentak dan juga mengikut trend dan pola-pola, trend ataupun conventional financial product ini dengan tidak kembali melihat bahawa perkara itu adalah pada asasnya satu yang sangat dipertikaikan dalam ertinya..., ataupun transaction in debt and then debt yang dijadikan papers yang di securities. Securities itu di over leverage.
Jadi kesemua ini Tuan Yang di-Pertua saya perlu sebutkan pada akhirnya esok inilah semua yang mungkin mendatangkan systemic risk, beta risk itu yang akan membawa kepada pelbagai risiko dan hari ini kita lihat perkara ini berlaku di Amerika tidak ada jaminan ia tidak boleh berlaku di negara kita ini.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga sebut tentang persaraan swasta tadi yang cukup menarik bagi saya kalau dapat dicerakinkan, diformulatekan satu sistem, satu model dan juga seterusnya pelaksanaannya yang baik, maka itu membuktikan betapa kita pada sikapnya adalah caring. Perlu kita memberikan mereka di usia tua satu sekuriti, bukan sekuriti dari sudut apa ini tetapi sekuriti dari sudut perlindungan mereka itu. Jadi dengan kata lain, ini satu langkah yang cukup baik dan saya memberikan segala sokongan supaya perkara ini diperhatikan dengan lebih teliti dan mengelakkan apa jua yang pada akhirnya membebankan rakyat. Saya rasa begitu dahulu Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011. Saya ucapkan terima kasih atas cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam rang undang-undang ini. Kementerian akan menerimanya dengan senang hati.
Untuk makluman Yang Berhormat, saya hendak menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Krai iaitu pelaburan Amanah Saham, adakah ia patuh syariah atau syariah compliance?
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Untuk makluman Yang Berhormat, seperti kita sedia maklum, ada satu Majlis Penasihat Syariah iaitu Nasional dan pihak Bank Negara dan juga SC, kita memang mengambil maklum akan keputusan yang diambil oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan atas isu-isu ini, yang mengisytiharkan Amanah Saham ini adalah harus dibeli dan syariah compliance.
Yang Berhormat ada menyentuh isu mengenai fasal 26 iaitu..
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit mengenai syariah compliance itu boleh, Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Sedikit sahaja, lanjutan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, mohon penjelasan. Setelah syariah itu diberi hak kepada badan penasihat baik Bank Negara ataupun apa, saya dimaklumkan bahawa terdapat sedikit perasaan tidak selesa di kalangan hakim-hakim apabila timbul isu mengenai kesahan sesuatu produk. Kuasa yang ada pada rejim perundangan sekarang adalah terhadap penasihat syariah. Adakah perkara tersebut telah selesai? Kebetulan saya bertemu dengan teman di INCEIF, ISRA dan sebagainya, katanya perkara itu ada ditimbulkan. Katanya pihak kehakiman merasakan kuasa itu diambil daripada mereka. Mohon sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya tidak dapat menjawab masa ini. Saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Berbalik mengenai perkara yang saya bangkitkan tadi. Minta penjelasan sedikit sahaja lagi.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Saya belum jawab.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Bukan, yang tadi, sebelum masuk kepada fasal 26 itu. Saya minta pengesahan daripada pihak menteri, apakah benar dalam melabelkan sesuatu kaunter itu sebagai syariah compliant, sebarang penglibatan dalam perniagaan yang kurang lima persen daripada modalnya yang di dalam business yang tidak halal, maka ianya masih dikategorikan sebagai halal compliant? Apakah ini benar dan apakah asas kepada keputusan ini? Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tambah sedikit perkara yang sama Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sebagai sebuah negara Islam, sebenarnya kita menghormati pandangan ataupun keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan kerana mufti adalah penasihat dan menjadi authority yang mengeluarkan fatwa-fatwa keagamaan. Apabila fatwa telah dikeluarkan, ASB ini harus kerana ia didapati melibatkan diri dalam perniagaan- perniagaan yang tidak melanggar hukum hakam. Jadi saya fikir itu cukup. Tiada kaitan.
Jangan dipersoalkan lagi perkara itu kerana ada hubung kait dengan ASB. Kalau tidak nanti mungkin jadi keresahan kerana yang menanam modal dalam ASB adalah bumiputera.
Terima kasih.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di-Pertua, saya memang setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jasin yang telah menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Krai.
Untuk makluman Yang Berhormat..
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Saya rasa lain. Saya tidak mengaitkan ASB Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Fasal 26...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ini mengenai kaunter-kaunter dalam syariah compliance punya kaunter. Nothing to do with ASB.... [Disampuk] Ya, BSKL. Dalam BSKL ada kaunter yang syariah compliant. Itu soalan saya. Tiada kaitan dengan ASB. ASB sudah disebut dan Yang Berhormat Jasin dan saya akur.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tadi Yang Berhormat sudah bertanya soalan bahawa syarikat yang di bawah tanda aras 5 peratus tidak diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah. Seperti yang saya katakan tadi, pihak Majlis Penasihat Syariah kita dari SC mengambil persoalan tentang majoriti syarikat-syarikat yang mempunyai aktiviti-aktiviti yang bercampur, ada mixed activity yang telah menggunakan proses isytihar dalam memperkenalkan pelbagai tanda aras bagi aktiviti-aktiviti syarikat.
Oleh itu, walaupun ia mempunyai sumbangan tidak patuh syarat kurang daripada 5 peratus, syarikat berkenaan masih diputuskan sebagai patuh syariah berdasarkan isytihar oleh Ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah. Para pelabur masih boleh melabur.
Yang Berhormat Kuala Krai...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya boleh mencelah sedikit?
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Cukup, cukup.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit sahaja. Saya celah untuk bantu Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Sekejap lagi saya jawab you punya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Bukan, saya hendak bantu Yang Berhormat Timbalan Menteri ini.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Cukup. Fasal 26...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Walaupun diizinkan 5 peratus itu Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Cukup.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ia ada cara untuk membersihkan semula pelaburan itu. Jadi..
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Cadangan Yang Berhormat...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak mahu dibantu rupanya.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Isu fasal 26, informasi relating to syariah compliant…
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong dengarlah sedikit. Ini hendak bantu Yang Berhormat Timbalan Menteri... [Ketawa]
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Di bawah fasal 26 adalah mengenai penzahiran maklumat-maklumat penting kepada para pelabur mengenai sesuatu produk pasaran modal sehingga sesuatu produk adalah tidak patuh syariah atau syariah compliant dan penzahiran yang bertentangan dibuat ini adalah merupakan satu pelanggaran atau breach of trust dan adalah merupakan satu kesalahan.
Yang Berhormat Tumpat bertanya isu mengenai pengurusan risiko sistemik di pasaran modal. SC bekerjasama dengan Bank Negara untuk menangani risiko sistemik dan meningkatkan kestabilan kewangan. Kembangan interaksi antara pasaran modal dan perbankan dan tahap saling berhubung atau interconnected di dalam sistem ini menunjukkan keperluan ‘badan penyiaran’ untuk bekerjasama supaya dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap risiko sistemik, memperkuatkan kebolehan mereka untuk mengesan risiko tersebut dan merangka cara-cara untuk mengurangkan risiko.
Yang Berhormat Tumpat ada bertanya mengenai ratio tentang credit rating agency. Untuk maklumat Yang Berhormat, sejak tahun 2006, credit rating agency sudah perlu berdaftar dengan SC. Hanya kini negara-negara lain turut mengikut jejak yang kita telah buat pada tahun 2006.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Pihak SC telah mengeluarkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya di sini Yang Berhormat. Berapa lama Yang Berhormat boleh habis itu?
Dato' Donald Lim Siang Chai
Ten minutes, sepuluh minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya ingat banyak kawan hendak mencelahlah Yang Berhormat. Saya ingat sambung esoklah Yang Berhormat.
Dato' Donald Lim Siang Chai
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat boleh menyambung jawapan pada esok harilah. Ada ucapan penangguhan. Sila Yang Berhormat menteri.
Kasnon]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tawarkan Tingkatan 6, kepada pelajar lepasan SPM sementara mereka mengambil semula peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu Julai. Pelajar lepasan SPM 2010 yang mencapai keputusan yang cemerlang di dalam mata pelajaran lain tetapi tidak memperolehi kepujian untuk mata pelajaran Bahasa Melayu tidak akan ditawar masuk ke Tingkatan 6 tahun 2011.
Pelajar ini hanya boleh memilih untuk meneruskan pendidikan ke kolej swasta jika mampu atau menduduki semula mata pelajaran Bahasa Melayu Julai 2011. Bagaimana pula situasi jika pelajar ini memilih untuk menduduki semula kertas Bahasa Melayu Julai ini?
Pelajar ini tidak dapat mengikuti kelas Tingkatan 6 (Bawah) yang telah mula pada bulan Mei. Jika pelajar ini lulus mata pelajaran Bahasa Melayu kertas Julai ini, pelajar ini hanya boleh menyertai Tingkatan 6 (Atas) pada tahun 2012.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Persoalan yang timbul adalah ke mana pelajar ini boleh mengikuti pelajaran Tingkatan 6 (Bawah) yang ditawarkan swasta ini jika ada di Perak. Saya menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri Perak untuk mendapatkan maklumat senarai sekolah swasta yang menawarkan Tingkatan 6 tetapi diberitahu mereka tiada maklumat sedemikian. Saya hanya diberi nama sekolah swasta yang sedia ada.
Apabila saya menghubungi sekolah-sekolah swasta ini, saya dapati tiada satu pun yang menawarkan Tingkatan 6. Kementerian mengadakan peluang untuk menduduki semula kertas Bahasa Melayu Julai tetapi tiada menyediakan alternatif untuk mengikuti Tingkatan 6 sementara menunggu keputusan kertas Bahasa Melayu Julai itu. Di dalam satu laporan media yang menyatakan bahawa lebih daripada 400,000 orang pelajar menduduki SPM setiap tahun tetapi kurang daripada lapan peratus yang menerima tawaran Tingkatan 6.
Saya percaya tiada isu perebutan tempat dan masih wujud kekosongan tempat.
Buat masa ini saya percaya di dalam sistem pendidikan, peperiksaan STPM adalah peperiksaan yang paling susah. Saya percaya kementerian menyedari sambutan Tingkatan 6 adalah lembap dan oleh itu akan menjadikan ia menarik melalui modular sistem. Oleh itu, saya mencadangkan agar pelajar yang telah mengemukakan permohonan untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Julai ini dibenarkan meneruskan pelajaran ke Tingkatan 6 (Bawah) sementara menunggu keputusannya padahal pelajar Tingkatan 6 hanya akan mengikuti peperiksaan STPM pada tahun berikutnya.
Untuk makluman kementerian, pelajar yang memperoleh keputusan SPMnya pada keseluruhannya adalah baik contohnya 7A 2B tetapi tidak memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu bukan pelajar lemah atau lemah penguatkuasaan Bahasa Melayu.
Kementerian harus kekalkan mereka agar mereka tidak tercicir. Keadaan buat masa ini menjadi satu push factor, dengan izin, pelajar kategori ini dan berpotensi menyumbang kepada gejala brain drain jika tawaran dibuat oleh institusi luar negara. Saya juga pohon agar tarikh tutup permohonan untuk menduduki mata pelajaran Bahasa Melayu kertas Julai dan Oktober ini tidak ditutup pada tarikh yang sama di masa kelak. Sekian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu Kementerian Pelajaran Malaysia mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Batu Gajah terhadap peluang pendidikan murid-murid lepasan SPM untuk mengikuti pengajian ke Tingkatan 6.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendidikan Tingkatan 6 masih mendapat sambutan dalam kalangan lepasan SPM dan pada masa yang sama pelajar mempunyai pilihan untuk mengikuti pengajian dalam program-program matrikulasi, asasi, diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta, politeknik-politeknik atau International Baccalaureate (IB).
Statistik pada tahun 2010 menunjukkan bahawa jumlah pelajar Tingkatan 6
(Rendah) dan Tingkatan 6 (Atas) di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan berjumlah hampir 103,000 orang. Ini menunjukkan sambutan pelajar ke Tingkatan 6 tidaklah lembap seperti yang didakwa.
Berhubung dengan cadangan Ahli Yang Berhormat untuk membenarkan pelajar yang tidak mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu belajar terus di Tingkatan 6 (Bawah) selepas SPM tidak dapat dilaksanakan kerana mereka tidak memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan 6 seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia selama ini. Saya ingin menjelaskan, sebagai seorang pelajar dan sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya mendaulatkan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara ini.
Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi
Kegagalan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menyebabkan seseorang pelajar itu tidak layak diberikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka yang tidak mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM pula tidak layak ditawarkan ke Tingkatan 6.
Syarat-syarat ini merupakan satu mekanisme yang dibuat untuk memastikan para pelajar tidak meminggirkan Bahasa Melayu dan tidak mengambil mudah tentang mata pelajaran tersebut. Namun kementerian sentiasa memberi peluang supaya pelajar-pelajar ini khususnya yang cemerlang dalam lain-lain mata pelajaran untuk meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan 6. Pelajar masih diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 (Atas) setelah mereka memperolehi kepujian dalam peperiksaan ulangan Bahasa Melayu di peringkat SPM.
KPM masih memberi pilihan kepada pelajar-pelajar ini sama ada ingin meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam (Atas) atau memohon ke Tingkatan 6 (Bawah) dengan syarat pelajar berkenaan berumur antara 17 tahun hingga 20 tahun iaitu 21 tahun bagi calon yang mengulang pada tahun semasa. Pelajar juga boleh melanjutkan pelajaran di sekolah sekolah swasta yang menawarkan pendidikan berkenaan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, berdasarkan semakan, Sekolah Menengah Poi Lam di Ipoh dan Kolej Tuanku Abdul Rahman di Kampar adalah antara institusi pendidikan swasta yang menawarkan pengajian Tingkatan 6 di negeri Perak.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah membabitkan soal dasar, KPM akan mengambil perhatian terhadap cadangan- cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah untuk dibincangkan. Saya mengharapkan Ahli Yang Berhormat akan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berkaitan dengan isu yang dibangkitkan. Terima kasih.
Projek Tenaga Boleh Diperbaharui Di Pajam
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Yang di-Pertua, saya terbaca dalam akhbar bahawa Perdana Menteri telah melancarkan tapak projek tenaga boleh diperbaharui di Pajam Landfill pada 18 Mac 2011. Projek tenaga boleh diperbaharui di Pajam ini dikatakan merupakan salah satu daripada nine entry point projek di bawah program Transformasi Ekonomi. Ia dikatakan boleh menghasilkan sepuluh megawatt tenaga bersih di antaranya dua megawatt adalah gas daripada landfill dan biosel power plant dan lapan megawatt kilang kuasa solar. Tenaga bersih tersebut dikatakan akan dibekalkan kepada 3,500 buah rumah di kawasan perumahan berdekatan. Saya ingin mendapat penjelasan dari kementerian mengenai isu-isu berikut:
(i) memandangkan cadangan projek tenaga boleh diperbaharui ini diletakkan berhampiran dengan beberapa kawasan perumahan, apakah projek tenaga boleh diperbaharui yang diuruskan oleh Cyber Resources Berhad ini telah menjalankan kajian alam sekitar atau EIA dan dipaparkan kepada orang ramai untuk memberi pandangan;
(ii) apakah kos projek sebanyak RM94.29 juta ini munasabah?
Apakah kerajaan yang membiayai kos tersebut? Sekiranya kerajaan membiayai projek tersebut, apakah ini bermaksud bahawa Cypark hanya merupakan sebuah syarikat kontraktor dan bukannya pelabur daripada sektor swasta.
Jadi kenapa kerajaan tidak melantik kontraktor melalui proses pembukaan tender?
Kenapakah Cypark dipilih, apakah Cypark mempunyai pengalaman dan rekod yang baik dalam projek yang sama?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ketiga, Rancangan Malaysia Kesembilan memperuntukkan RM480 juta bagi Cypark untuk menutup dan menjalankan pemulihan dalam 16 tapak landfill. Saya difahamkan kos sebenar untuk menutup dan menjalankan pemulihan 16 tapak landfill hanya perlu RM150 juta sahaja dan syarikat JICA malah pernah menawarkan harga sebanyak RM46 juta kepada kementerian pada lapan tahun yang lepas. Saya difahamkan bahawa skala 16 projek tersebut kelihatan agak kecil. Peruntukan sebanyak RM480 juta untuk 16 projek ini memang terlalu besar dan tidak munasabah. Selain itu, sesetengah tapak landfill masih beroperasi. Bagaimanakah Cypark menjalankan kerja penutupan dan pemulihan di tapak-tapak tersebut?
Keempat, dalam ucapan perasmian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beliau berkata projek tenaga boleh diperbaharui ini boleh mendatangkan pendapatan negara kasar sebanyak RM12 juta setahun. Ia akan mencapai RM260 juta dalam 21 tahun yang akan datang. Soalan saya ialah apakah asas anggaran pendapatan RM12 juta setahun selama 21 tahun ini? Sekiranya kita mengambil kira amaun dan kualiti gas landfill yang dijana oleh Pajam Landfill dan pemancaran solar yang berkesan sebanyak 3.5 jam sehari projek ini memang tidak mungkin mencapai pendapatan tahunan yang begitu tinggi malah dengan feed-in tariff.
Yang kelima, mengikut kenyataan Cypark projek tenaga boleh diperbaharui di Pajam Landfill akan menghasilkan dua megawatt gas daripada landfill dan biocell power plant dan lapan megawatt solar power plant. Isunya ialah 600 kubik meter per jam gas landfill boleh menjana lebih kurang satu megawatt hour tetapi amaun gas landfill yang dijanakan akan berkurangan apabila kebanyakan bahan biodegradable menjadi decompensate. Pajam Landfill di Nilai menerima 300 hingga 400 tan sisa buangan sehari dan kebanyakannya adalah sisa buangan industri yang mengandungi bio bahan degradable yang rendah. Jadi soalannya ialah sama ada pengiraan CyPark bahawa landfill yang tertutup ini mampu menghasilkan dua megawatt hour tenaga ini benar, berapa lamakah penjanakuasaan gas landfill tersebut akan kekal? Mampukan Pajam Landfill terus beroperasi dalam 21 tahun yang akan datang? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Untuk makluman, semua pemaju projek tenaga boleh baharu sama ada di bawah Project Small Renewable Energy Power Program (SREPP) atau sistem baru yang akan dilaksanakan iaitu sistem feed-in tariff (FIT) dengan izin perlu mengemukakan laporan penilaian awal tapak kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Ini untuk menentukan sama ada laporan Environmental Impact Assessment (EIA) dengan izin, atau lain-lain jenis laporan alam sekitar diperlukan sebelum memulakan pembangunan loji jana kuasa tenaga boleh baharu.
Bagi projek ini Cypark telah merujuk kepada JAS yang telah mengesahkan bahawa projek yang dicadangkan tidak tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling
(Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 dan dikecualikan daripada menyediakan laporan EIA.
Bagi soalan kedua, saya ingin memaklumkan bahawa projek renewable energy park ini adalah inisiatif pihak swasta di mana keseluruhan pembiayaannya adalah ditanggung oleh pihak pelabur itu. Bagi mendapatkan kelulusan untuk menyertai system feed-in tariff (FIT) dengan izin pula, pihak Cypark Resources Sdn. Bhd. perlu melalui proses permohonan yang sama dengan pemohon-pemohon yang lain iaitu melalui sistem FIT online dengan izin, yang sedang dalam proses pembangunan oleh pihak kementerian pada masa ini. Sistem ini akan memproses permohonan secara telus berdasarkan keupayaan pemohon untuk memenuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan dan berasaskan prinsip first come first serve basis, dengan izin.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Ketiga, mengenai isu penutupan dan pemulihan 16 tapak pelupusan sisa pepejal yang dibangkitkan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dengan kelulusan Kementerian Kewangan telah melantik Cypark Resources Berhad untuk melaksanakan kerja-kerja penutupan selamat dan pemulihan tapak-tapak pengurusan sisa pepejal. Keputusan ini berdasarkan pengalaman dan kompetensi syarikat berkenaan melaksanakan kerja-kerja sedemikian. Syarikat ini telah menutup secara selamat tapak pelupusan sisa pepejal di Taman Beringin Jinjang, Kuala Lumpur dengan sempurna.
Sebagai makluman 16 tapak pelupusan yang akan ditutup selamat dan seterusnya dipulihkan oleh syarikat ini mencapai keluasan 489.5 ekar pada tahun 2009. Sekiranya dibandingkan dengan dokumen Guideline for Safe Closure and Rehabilitation of MSW Landfills Site, dengan izin, pada tahun 2006, di mana 16 tapak pelupusan tersebut telah mengalami perubahan dari segi topografi, jumlah isi padu, tahap pencemaran dan penambahan keluasan tapak dengan secara tidak langsung ia turut mempengaruhi tahap skop kerja dan kos projek tersebut.
Mengenai tawaran pelaksanaan projek sedemikian oleh Japan International Corporation Agency (JICA) dengan izin, bukan syarikat JICA seperti yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat Seputeh tadi sebanyak RM60 juta. Sebenarnya ia hanya merupakan satu projek perintis yang dilaksanakan agensi bantuan tersebut bagi membantu dan memberi pendedahan dan pengalaman kepada Kerajaan Malaysia dalam pelaksanaan penutupan selamat dan pemulihan tapak pelupusan sisa pepejal. Tapak-tapak yang dipilih untuk melaksanakan projek perintis ini adalah seperti berikut:
(i) tapak pelupusan Ampang Jajar, Seberang Prai Pulau Pinang;
(ii) tapak pelupusan Pekan Nenasi, Pekan Pahang; dan
(iii) tapak pelupusan Hulu Langat, Kajang Selangor.
Bagi tujuan pelaksanaan projek perintis ini bukanlah keseluruhan tapak pelupusan akan ditutup atau dipulihkan. Hanyalah sebahagian atau kurang 25 peratus keluasan kawasan tapak akan diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Ini merupakan syarat yang ditetapkan JICA memandangkan kos bagi projek perintis ini ditanggung sepenuhnya Kerajaan Jepun melalui JICA. JICA tidak pernah mencadangkan pihaknya dilantik untuk melaksanakan mana-mana kerja penutupan selamat dan pemulihan tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia termasuk 16 tapak pelupusan sisa pepejal tersebut.
Keempat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat mengenai pendapatan yang akan diperoleh melalui projek ini ia adalah anggaran secara kasar berdasarkan kepada kadar feed-in tariff, dengan izin, untuk tahun 2011-2012 dan untuk tempoh 21 tahun akan datang.
Walau bagaimanapun, seperti yang telah dimaklumkan projek ini masih tertakluk kepada kelulusan apabila permohonan bagi FIT telah dibuka kelak.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga pendapatan daripada projek ini adalah tertakluk kepada kadar FIT semasa di mana kadar FIT adalah tertakluk kepada declaration dengan izin tahunan. Selain daripada itu, tempoh kontrak bagi sistem solar adalah selama 21 tahun dan biogas adalah selama 16 tahun.
Kelima Tuan Yang di-Pertua, di bawah sistem FIT pemaju adalah bertanggungjawab bagi menentukan bagi menentukan jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan daripada setiap loji jana kuasa tenaga boleh baharu yang akan dibangunkan.
Sekiranya ia tidak mampu untuk menghasilkan tenaga elektrik seperti yang telah dilaporkan
(declared) pendapatan pemaju akan terjejas memandangkan pihak utiliti hanya akan membayar bagi tenaga yang dihasilkan. Selain itu, penalti akan dikenakan sekiranya loji janakuasa tersebut tidak dapat mencapai sasaran output yang telah ditetapkan dalam Renewable Energy Power Purchase Agreement (REPPA) dengan izin, yang telah ditandatangani.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Bagi projek ini pihak Cypark telah menggunakan model pengiraan bertaraf antarabangsa yang diterima pakai oleh United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dengan izin, di bawah mekanisme Clean Development Mechanism
(CDM) dengan izin. Berdasarkan kepada pengiraan yang telah dilaksanakan menggunakan data-data tapak pelupusan tersebut jumlah gas yang terhasil adalah cukup untuk menjana elektrik secara komersial di sepanjang tempoh konsesi. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan akan disambung semula pada pagi besok jam 10 pagi, hari Rabu, 29 Jun 2011.
Dewan ditangguhkan pada pukul 9.50 malam.