Jun272011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah usaha pihak bank tempatan dan syarikat kewangan dalam memberi kelonggaran prosedur pinjaman kepada pengguna untuk mengelakkan pengguna meminjam daripada ah long yang berisiko tinggi dan setakat manakah pengawasan pihak berkuasa terhadap aktiviti ah long yang masih berleluasa di bandar.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Waalaikumussalam warahmatullaahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kuasa untuk memberikan kelonggaran prosedur pinjaman pada pengguna oleh pihak bank tempatan dan syarikat kewangan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Berhubung dengan pengawasan pihak berkuasa terhadap aktiviti ah long yang masih berleluasa di bandar. Antara langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian adalah seperti berikut:

(i) menjalankan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis, memberi wang pinjaman peminjam yang berlesen. Melalui kaedah ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat mengenal pasti kesalahan yang cenderung dilakukan oleh pemegang lesen, seterusnya dapat mengekang kelonggaran ke atas peruntukan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951;

(ii) menjalankan penyiasatan ke atas aduan-aduan yang diterima berhubung salah laku pemberi pinjaman wang, seterusnya menjalankan pendakwaan di mahkamah bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan penguatkuasaan. Hukuman denda bagi kesalahan pemberi pinjaman wang yang tidak mempunyai lesen telah dipertingkatkan kepada denda minimum RM20,000 kepada RM250 dan denda maksimum daripada RM100,000 kepada RM1 juta;

(iii) mengadakan program pendidikan kepada orang awam bagi menyedarkan peminjam berhubung dengan prosedur pinjaman yang betul dan hak-hak mereka sebagai peminjam. Maklumat ini disampaikan melalui seminar, pengedaran risalah dan siaran dalam media masa;

(iv) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengambil tindakan dengan membatalkan talian telefon yang tertera pada iklan-iklan haram yang ditampal di tepi-tepi jalan serta juga di tempat- tempat awam. PBT juga giat menjalankan aktiviti menurunkan iklan-iklan haram di kawasan masing-masing.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato' Abdul Manan Ismail - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memandangkan ramai dari kalangan peminjam adalah mereka yang suka berbelanja mewah dan menjadikan pihak polis sebagai tempat mengadu sekiranya mereka diugut oleh Ah long kerana tidak dapat menjelaskan hutang- hutang mereka. Soalan saya, berapa banyakkah Ah long-Ah long ini yang telah disiasat, didakwa serta dihukum setakat ini? Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Terima kasih Yang Berhormat mengenai dengan soalan tambahan. Setakat ini sejak daripada tahun 2005, kes yang telah dibuka ialah sebanyak 1,374. Yang didakwa ataupun dalam siasatan dari Januari hingga Mei 2011 ialah 739 dan yang telah pun dibicara ialah sebanyak 25 orang dan disabitkan kesalahan dari tahun 2005 sehingga Januari-Mei 2011 adalah enam orang. Jadi, kesemuanya ini telah pun diambil tindakan. Seperti mana juga untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat pada tahun 2009 kita dikejutkan dengan tindakan yang ganas oleh Ah long-Ah long ini di mana mereka telah mengurung, mengikat peminjam-peminjam. Ini pun telah diambil tindakan oleh pihak polis dan telah pun didakwa di mahkamah.

Saya dimaklumkan bahawa ah long yang terlibat ini telah pun di penjara tidak kurang daripada satu tahun. Inilah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak berkuasa, khususnya pihak polis yang mana tidak membiarkan sebenarnya. Akan tetapi oleh kerana Ah long ini mereka juga mempunyai cara tersendiri untuk mereka lari daripada penguatkuasaan. Namun demikian, saya percaya kementerian sama dengan semua jabatan dan agensi yang terlibat akan terus bertindak apabila sahaja kita menerima aduan.

Sama ada daripada peminjam itu sendiri ataupun daripada orang ramai. Jadi, kita juga mohon kepada pihak orang ramai kalau kita rasa ada peminjam-peminjam khususnya yang tidak berlesen, perlulah dimaklumkan kepada pihak polis. Pihak polis sama dengan kementerian saya akan bertindak. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan.

final • 10:00 AM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih atas penjelasan langkah-langkah yang disenaraikan tetapi pada saya masih tidak mencukupi. Saya rujuk kepada nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat Malaysia yang antara tertinggi di dunia Yang Berhormat dengan kadar 140 peratus mengatasi Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Thailand termasuk juga Korea.

Soalan saya, menjurus kepada ah long-ah long yang memiliki lesen kementerian di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Maksudnya ah long-ah long yang sah di mana syaratnya kadar faedah yang boleh dikenakan adalah pinjaman tanpa cagaran sebanyak 18 peratus setahun dan juga pinjaman bercagar sebanyak 12 peratus setahun. Akan tetapi, ternyata mereka ini masih lagi mengenakan faedah dari sekitar 20 peratus hingga 30 peratus sehari termasuk juga ugutan-ugutan lain. Jadi persoalan saya, apakah langkah- langkah yang kementerian sedang lakukan untuk memantau, menangani ah long-ah long sah yang berlagak seperti Ah long-Ah long haram kerana hendak mendapatkan keuntungan berlebihan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya walaupun kita mempunyai undang-undang, walaupun kita mempunyai peraturan dalam pengeluaran ataupun pemilikan lesen pinjaman di bawah Akta 1951, tetapi yang penting sekali ialah pihak yang ingin meminjam.

Sebenarnya, sepatutnya mereka mestilah mengambil kira tentang interest yang akan dikenakan oleh pihak peminjam. Ini adalah sebab dalam peraturan, pihak peminjam ataupun pihak yang akan menguruskan pinjaman ini mereka akan pamerkan tentang berapakah interest seperti yang tidak bercagar 18 peratus setahun, yang mempunyai cagaran 12 peratus setahun. Jadi, kalau mereka menandatangani satu perjanjian yang pada mereka itu adalah terlalu tinggi, kenapa seharusnya mereka persoalkan? Jangan pergi meminjam, tetapi inilah masalahnya iaitu tentang individu-individu kita yang ingin meminjam mereka tidak mengambil kira tentang cara mana mereka meminjam ini.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Jadi ini di antara keperluan yang perlu saya highlightkan di Dewan yang mulia ini supaya pihak public apabila pergi meminjam dengan pihak yang mempunyai lesen, mereka mesti harus teliti dan mereka ada perjanjian-perjanjian tertentu yang akan ditandatangani.

Keduanya ialah kita akan mengambil tindakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan sebelum kita meluluskan lesen kita telah pun mempunyai syarat-syarat yang tertentu.

Pertamanya ialah di mana lokasi mereka beroperasi. Keduanya ialah di mana ataupun bagaimana mereka mengendalikan premis mereka ini. Jadi itu pun dan apakah mereka memenuhi segala tuntutan undang-undang sebelum mereka menjalankan perniagaan.

Kalau kita dapati mereka telah pun menyalahi dari segi peraturan dan undang- undang dalam pemilikan lesen peminjam wang ini maka kita akan ambil tindakan. Di antaranya untuk mendakwa mereka dan kita minta juga setiap pemegang lesen akan memaklumkan akaun mereka. Pada setiap tahun, berapakah hasil wang yang mereka keluarkan dan berapakah keuntungan mereka. Kita diwajibkan untuk mengemukakan akaun mereka. Inilah di antara langkah-langkah yang kita akan lakukan dari semasa ke semasa bersama-sama dengan pihak berkuasa PBT dan juga pihak polis supaya mereka yang mempunyai lesen ini tidak melakukan kesalahan dan menindas orang ramai dengan mengenakan interest dengan begitu tinggi sekali. Terima kasih.

final • 10:10 AM

2. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan, statistik pengundi tentera yang bersara, bertukar status kepada pengundi awam.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sepanjang tahun 2010, seramai 3,894 orang anggota tentera yang bersara telah memohon semula mendaftar sebagai pengundi awam.

Ini adalah selaras dengan Peraturan 2, Peraturan-peraturan Pilihan Raya

(Pendaftaran Pemilih) 2002 yang mana menyebut anggota yang berkhidmat dengan mana- mana angkatan tentera laut tetap, angkatan tentera biasa tetap atau angkatan tentera udara tetap Malaysia-Commonwealth atau negara lain yang masih berkhidmat layak untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (BTH). Sekiranya mereka ini telah bersara, mereka perlu memohon mendaftar semula sebagai pengundi biasa dan SPR dalam masa yang sama akan memotong nama mereka daripada daftar pemilih pengundi tidak hadir.

final • 10:10 AM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu undi pos ini memang menjadi persoalan dan saya kira di sana ada beberapa masalah yang pada soalan saya ini sebenarnya cuba untuk membantu supaya undi pos ini dilihat sebagai satu undi yang benar-benar mewakili maksud ‘undi pos’ dan tidak sebaliknya.

Pertamanya, antara soalan yang saya hendak timbulkan ialah tentang isteri-isteri tentera. Saya difahamkan mengikut seksyen 2(b) bahawa isteri tentera itu sebenarnya diberi pilihan untuk mengundi awam dan tidak semestinya dia mengundi pos. Akan tetapi, apa yang kita dapati daripada maklumat kajian kita bahawa ada beberapa pihak yang hilang layak undi awam khususnya di kalangan isteri-isteri tentera. Kalau boleh saya bantu untuk memberi statistik sedikit iaitu Kelantan sebanyak 3,108...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya ingat statistik ini boleh bagi di luar.

final • 10:10 AM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Ya, tetapi isu saya Tuan Yang di-Pertua ialah isteri-isteri tentera ini mereka walaupun layak untuk mengundi awam tetapi nama mereka itu diletakkan di dalam undi pos. Soalan yang bersangkutan ialah, bagaimanakah soalan yang timbul tentang tentera yang memiliki dua IC? Dia ada IC tentera dan dia ada IC awam sedangkan kalau dilihat IC mereka dan kad tentera mereka, nama mereka tertera dalam kedua-duanya. Pengundi awam pun ada, dalam undi tentera pun ada.

final • 10:10 AM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Jadi saya mohon minta penjelasan bagi pihak Yang Berhormat Menteri supaya pos ini benar-benar jadi undi yang dimaksudkan dan bukannya undi yang dimanipulasikan.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya hendak menafikan sekeras-kerasnya iaitu bahawa ada manipulasi dalam soal postal vote ini. Kita semua tahu iaitu bahawa dalam pilihan raya tahun 1999 dan juga tahun 2008, pada ketika itu undi-undi pos ini banyak memihak kepada pembangkang juga. Jadi untuk hendak mengatakan bahawa kita manipulasikan postal vote itu adalah tidak benar. Itu yang pertama.

Keduanya, kalau kita lihat daripada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kalau bercakap tentang isteri kepada ahli tentera kita. Sudah sememangnya logik iaitu bahawa mereka akan didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir. Ini adalah kerana pada hari yang diadakan pengundian itu, mereka bersama dengan suami mereka tidak di kampung tetapi di kem-kem di mana suami mereka telah pun ditempatkan.

Jadi Yang Berhormat, cuba bayangkan iaitu kalau isteri ini memilih untuk mendaftar sebagai pengundi awam maka pada hari pembuangan undi dia terpaksa pulang ke kampung masing-masing di mana sekali pun. Jadi sebab itu, adalah logik kalau diberikan isterinya itu mendaftar sebagai PTH juga. Ini kerana isteri, tempatnya adalah di samping suaminya dan suaminya pun dihantar ke kem-kem. Ada yang di Sabah, Sarawak, Pahang, Perlis yang merupakan tempat yang jauh daripada alamat awam. Jadi sebab itu, logiknya selalu ialah isteri-isteri mengambil pilihan untuk mendaftar sebagai pengundi tanpa hadir kerana perlu berada di samping suaminya.

Keduanya, berkenaan dengan ada dua IC. Saya ingat ini berlaku kepada bekas tentera mungkin. Ini kerana kalau dia sudah pun bersara, dia mendaftar dirinya sebagai pengundi awam.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kemungkinan rekod masih menunjukkan bahawa di dalam daftar pos namanya masih ada, tetapi dia tidak boleh kalau dia sudah bersara Yang Berhormat, sekalipun dia tidak mendaftar sebagai pengundi awam, dia tidak boleh mengundi di tempat di kem-kem di mana dia berada dahulu dan dia telah pun bersara, memang tidak boleh. Akan tetapi apabila dia mendaftar diri dia sebagai pengundi awam, maka menerusi online kita akan dimaklumkan dan kita akan potong nama dia dalam senarai pengundi tidak hadir tadi.

Akan tetapi Yang Berhormat sebut itu mungkin nama dia ada sebab dia sudah bersara, dia mendaftar tetapi nama masih lagi ada di sana tetapi dia tidak boleh mengundi di tempat di mana kem dia telah berada kalau sekiranya dia sudah pun bersara. Akan tetapi kalau ada maklumat Yang Berhormat boleh beri, kita minta SPR mesti selesaikan masalah ini.

final • 10:20 AM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya hendak tanya kepada Menteri, berapa ramaikah penambahan bilangan tentera ini setiap tahun supaya kita dapat melihat berapa ramai yang keluar, yang sudah bersara dan berapa ramai penambahannya setiap tahun bagi membolehkan kita mengetahui bilangan undi-undi pos yang wujud di setiap tempat pengundian pos yang dibenarkan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya perlu notis untuk memberikan statistik.

final • 10:20 AM

3. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, apakah kedudukan kelajuan akses internet di negara ini berbanding negara-negara Asia yang lain dan sejauh mana usaha yang dijalankan untuk menaik taraf kelajuan akses internet supaya rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada pembekal yang bersaing.

final • 10:20 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, perbandingan akses internet boleh dilihat dari beberapa konteks yang berbeza. Ini termasuk dari segi kelajuan akses atau capaian, kualiti sambungan internet jalur lebar, kapasiti antarabangsa dan dari segi keperluan aplikasi semasa. Buat masa ini, kelajuan jalur lebar pengguna yang ditawarkan oleh pemberi perkhidmatan adalah antara 384kbps atau kilobite per seconds, dengan izin, sehingga 20mbps atau 20 megabite per seconds. Juga tertera dalam rekod kementerian ini menerusi kampung WiFi atau kampung tanpa wayar, hampir kesemuanya bermula dengan kelajuan 2 mbps hingga 4mbps. Bagi Telekom Malaysia pula di zon khusus seperti Zon ‘A’ kawasan ekonomi, ianya mencapai sehingga 50mbps. Begitu juga khidmat-khidmat yang disajikan oleh beberapa syarikat yang ulung yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini kelajuan akses internet jika dilihat dari aspek keperluan aplikasi semasa adalah setanding dengan negara-negara serantau termasuk China, India dan Filipina. Ini khusus dinyatakan oleh pengkaji rasmi yang diiktiraf yakni Akamai bagi tahun 2010. Namun demikian berbagai-bagai langkah sedang dirangka bagi menambah baik kelajuan akses internet di negara kita agar setanding dengan negara- negara maju di Asia seperti Korea, Jepun dan lain-lain. Antara usaha-usaha yang diambil bagi menaik taraf kelajuan dan kualiti internet di Malaysia ialah:

(a) meningkatkan kapasiti dan kualiti, menaik taraf kelajuan rangkaian tulang belakang dan backhoe, dengan izin;

(b) meningkatkan keupayaan rangkaian antarabangsa termasuk membangunkan infrastruktur baru seperti stesen pendaratan kabel dasar laut;

(c) meningkatkan pertukaran trafik internet dalam negara dengan mewujudkan lebih banyak pusat pertukaran trafik internet seperti NYIX di seluruh negara; dan

(d) menggalakkan pemberi kandungan utama antarabangsa seperti Yahoo dan lain-lain untuk meletakkan pelayar laman web mereka atau hosting mereka di Malaysia bagi mengurangkan trafik internet ke luar negara.

final • 10:20 AM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang jelas. Walau bagaimanapun, saya menyokong tentang program perkampungan IT dan untuk mewujudkan masyarakat celik IT di kawasan luar bandar.

Namun saya difahamkan bayaran yang dikenakan mungkin RM25. Pada saya ini agak tinggi kepada masyarakat luar bandar. Kalau dapat dipertimbangkan supaya ianya diturunkan lagi.

Sehubungan dengan itu baru-baru ini laman-laman web kerajaan banyak telah digodam oleh pihak tertentu. Oleh itu saya ingin tahu sama ada, adakah telah dikenal pasti siapa yang menggodam laman web ini dan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Katil. Dalam menjawab dua aspek soalan ini, pertama izinkan saya untuk menjelaskan sedikit berhubung dengan perkhidmatan jalur lebar yang diusahakan oleh kerajaan khususnya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM.

Projek yang terbaru dilaksanakan sekarang ialah bagi mewujudkan tidak kurang dari 1,000 buah kampung di seluruh tanah air untuk dibekalkan dengan jaringan jalur lebar yang membawa akses internet ke kampung, ke kampung baru, ke estet dan sebagainya.

Sukacita dilaporkan bahawa dari 1,000 kampung itu, hampir 400 kampung sudah pun dijalinkan pada saat ini dan setiap Ahli Yang Berhormat sekurang-kurangnya dibekalkan khidmat dua buah kampung sebagai permulaan.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Kelajuan yang telah saya huraikan tadi masih kita bandingkan dengan kemungkinan serta kemampuan yang wujud. In sha-Allah di akhir tahun ini tujuan murni dan projek besar ini akan meliputi kampung-kampung yang telah diterangkan bilangannya tadi, in sha-Allah.

Di samping itu memang diakui bahawa akhir-akhir ini godaman telah dilakukan ke atas pelbagai sesawang ataupun website, dengan izin, di negara kita tetapi bukan hanya Malaysia malahan beberapa buah negara lain juga sedang mengalami pengalaman pahit ini termasuk Amerika Syarikat, tetapi bagi Malaysia sekadar memaklumkan kepada Dewan pentingnya diketahui datanya. Minggu lalu tidak kurang dari 198 sesawang yang telah digodam oleh pelbagai pihak dan godaman-godaman ini kebanyakannya tidak berjaya untuk melumpuhkan talian ataupun interface, paparan yang telah kita alami.

Namun mereka sebahagiannya berjaya untuk dengan izin, deface beberapa sesawang tetapi isiannya tidak dapat mereka atasi dengan godaman tersebut. Dari angka yang disebutkan itu, lebih kurang 90 peratus daripada godaman itu datangnya dari dalam negeri atau dalam Malaysia sendiri dan hanya sekadar 10 peratus dari luar negara. Apa- apa rumusan yang boleh kita buat setakat ini ialah, pertamanya godaman ini dilakukan atas beberapa sifat ingin mencuba dan langsung tidak memberi tafsiran atau pengertian kepada cara hidup kita di Malaysia.

Dengan menggunakan kebolehan mereka menggodam sekali gus pemasaran beberapa jabatan termasuk Jabatan Tanah dan Galian, universiti-universiti serta pemasaran-pemasaran tertentu bagi jabatan-jabatan kerajaan dan juga swasta telah terjejas. Dengan itu cara hidup di Malaysia yang diduga oleh mereka dapat dipengaruhi dan dilemahkan. Memang telah dirasai di peringkat tertentu tetapi mereka tidak berjaya.

Diserukan Tuan Yang di-Pertua, supaya mereka yang mempunyai niat jahat ini tidak dilangsungkan. Kerajaan sentiasa berwaspada dengan kemampuan dan kebolehan yang ada menerusi jabatan-jabatan serta kepakaran yang sedia wujud.

final • 10:20 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memang angka-angka yang diberikan itu menggalakkan untuk kelajuan negara ini. Adakah Yang Berhormat Jelebu sedar kelajuan yang disebutkan ini tidak wujud di Dewan ini juga?

Memang tidak wujud. Kalau kelajuan di dalam Dewan ini kita ambil kira, mungkin yang terlambat sekali di Asia. Bolehkah Yang Berhormat mengkaji sebab apa kita mempunyai kelajuan internet di dalam Dewan yang begitu lambat?

Seterusnya Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Cari yang lebih relevan lagi Yang Berhormat. Ini masalah dalaman Parlimen, Artikel 62, Yang Berhormat, lain cerita.

final • 10:30 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Lain ceritakah? Macam mana lain cerita Tuan Yang di-Pertua? Seterusnya mengenai jalur lebar kita ini. Pada satu ketika pihak kerajaan hendak memperluaskan penggunaan jalur lebar di dalam bandar misalnya dan juga di luar bandar. Di dalam bandar, kalau tidak silap saya pada tahun 2015 macam itu, 100 peratus jalur lebar. Apakah tahap penggunaan jalur lebar sekarang di dalam bandar dan juga di luar bandar? Juga, dengan adanya kelajuan kita ini, memang godaman akan bertambah juga.

Bagaimana Yang Berhormat dapat mengesankan 90 peratus godaman ini datang dari dalam negara sendiri dan apakah peruntukan yang diperlukan untuk mengelakkan daripada godaman ini? Adakah ini bermakna kita memperuntukkan bilion ringgit? Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong ini selalu bila menanyakan soalan, dia kata Ahli Yang Berhormat Jelebu. Saya suka hendak menerangkan, apabila seseorang Ahli Dewan Rakyat bagi pihak kerajaan menjawab, beliau adalah menjawab sebagai Menteri, bukan sebagai anggota kawasan Parlimennya.

Barangkali Tuan Yang di-Pertua ingin lain kali membuat sedikit pendidikan kepada beberapa pihak yang sekarang suka sangat membuat sebutan sedemikian.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Tuan Yang di-Pertua, pertama ialah berhubung dengan kelajuan di Parlimen, berkaitan dengan khidmat internet ataupun sesawang yang wujud. Walaupun saya tidak perlu menjawab perkara ini, tetapi saya suka menerangkan sebagai khidmat tambahan, iaitu khidmat di Parlimen ini terserah kepada jabatan ini untuk memilih pengkhidmat penyumbang mana yang paling baik. Jadi sekiranya didapati sekarang kelajuan internet untuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak laju, pilihlah pengkhidmat yang lebih laju.

Ada pengkhidmatan itu dan SKMM iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tidak keberatan untuk menasihatkan apakah asas-asas utama yang harus kita libatkan dalam pembekalan khidmat seperti ini.

Aspek kedua yang disoal oleh Yang Berhormat Kepong ialah tentang godaman tadi. Kita mempunyai dua sumber utama. Pertama, sumber CyberSecurity di bawah Kementerian Sains dan Teknologi. Kedua ialah Unit Pengawasan Internet yang ada di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia. Malah, ketiga pun ada iaitu PDRM dan lain- lain. Akan tetapi dua elemen kerajaan ini sentiasa bekerjasama dan membuat pelbagai penentuan menerusi kajian dan juga pemantauan yang melibatkan perkakas-perkakas yang canggih dan kemas kini. Jadi merekalah yang menentukan sama ada sesuatu godaman itu datang dari luar atau dari dalam, dan mudah bagi mereka menentukan sedemikian menerusi:

(i) alamat internet protokolnya; dan

(ii) penentuan dan pemantauan yang boleh dibuat online sendiri dengan perkakas yang wujud.

Jadi dengan itu, kita tidaklah curiga bagaimana data-data itu diperolehi. Yang harus kita curigai ialah kita mesti menaruh kesayangan kepada khidmat yang diberi oleh negara kita dan tidak wajar bagi seseorang itu menggunakan ilmu programmingnya misalnya, untuk menguji atau menggodam sesuatu sesawang demi suka hati hendak berbuat sedemikian. Oleh kerana perkara itu sudah merebak sedemikian dan kementerian merasai penting diadakan langkah-langkah preventif atau cegahan, kita bercadang untuk membuat pelbagai program untuk mengasuh masyarakat supaya lebih berhati-hati menggunakan ilmu baru dan juga kemudahan baru dalam tamadun kita ini demi survival Malaysia yang lebih utuh.

final • 10:30 AM

4. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah peningkatan pengaliran wang haram di negara ini yang mencecah RM888 bilion dari tahun 2000 hingga 2008.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Tanah Merah, Global Financial Integrity (GFI) membuat anggaran aliran kewangan secara haram bagi 152 negara membangun. GFI mentakrifkan aliran kewangan secara haram sebagai aliran kewangan dan modal swasta yang tidak direkodkan dan aliran kewangan yang diperoleh secara haram sama ada dipindahkan atau digunakan. Anggaran GFI dibuat berdasarkan kepada dua metodologi iaitu World Bank Residual Method dan Trade Mispricing Method, dengan izin.

Menyedari jumlah aliran keluar dana tidak direkodkan semakin meningkat, Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah-langkah berikut.

Pertamanya menjalankan penyiasatan bersama pelbagai agensi di bawah sebuah pasukan petugas peringkat tertinggi. Ia telah ditubuhkan pada bulan April 2010 untuk menyiasat aliran keluar dana secara haram. Hasil siasatan yang dijalankan, sebanyak 59 lesen pengurup wang telah dibatalkan dan sembilan pengurup wang dan pengarahnya telah didakwa dan didapati bersalah. Siasatan juga telah menghasilkan pembayaran cukai pendapatan yang sebelumnya tidak diisytiharkan oleh individu dan syarikat serta pembekuan dana bagi kes yang mungkin bertujuan untuk mengelakkan duti kastam.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Kedua, membangunkan rangka tindakan dan rangka kerja undang-undang baru untuk industri pengurupan dan pengiriman wang. Ini akan dilaksanakan pada tahun 2011.

Bahkan satu rang undang-undang baru iaitu Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 akan dibentangkan di Parlimen dalam sesi sekarang. Rangka kerja baru ini bertujuan untuk memupuk pembangunan industri yang kukuh, menggalakkan standard tadbir urus dan amalan profesional yang baik bagi melindungi integriti industri dan dilengkapkan dengan rangka kerja penguatkuasaan yang berkesan.

Ketiga, memperkukuh kerjasama antarabangsa dan perkongsian maklumat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing khususnya di Thailand, Indonesia, Singapura, China dan Australia untuk tujuan perkongsian hasil risikan dan bukti bagi transaksi merentas sempadan. Beberapa agensi asing telah memberi kerjasama rapat dalam analisis bersama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan bagi menjejaki destinasi akhir dana haram berkenaan.

Keempat, bagi menangani penyeludupan mata wang, kawalan di pintu masuk dan keluar Malaysia telah dipertingkatkan dan sistem pengisytiharan mata wang merentas sempadan baru telah dilaksanakan sejak bulan Januari 2010.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Pelancong yang masuk atau keluar Malaysia yang membawa wang tunai atau cek kembara bersama dengan sepuluh ribu dolar Amerika atau lebih dikehendaki membuat pengisytiharan kepada pegawai kastam di pintu masuk atau keluar negara.

Penguatkuasaan pelaporan mata wang di sempadan telah dipertingkatkan lagi melalui penambahan kakitangan dan alat pengesanan. Sejak dilaksanakan sehingga kini, empat kes telah dihadapkan ke Mahkamah, sepuluh kes telah dikenakan kompaun dan sebanyak sebelas kes lagi sedang dalam pelbagai tahap penyiasatan.

Di samping itu usaha juga telah diambil bagi memperbaiki ketepatan dan kualiti statistik data imbangan pembayaran bagi meminimumkan jumlah urus niaga dan pembayaran antarabangsa yang tidak dapat dikenal pasti sebelum ini yang termasuk dalam errors and omissions, dengan izin. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Amran bin Ab Ghani - Tanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Masalah pengeluaran pengaliran wang haram keluar negara ini memberi kesan yang amat teruk kepada ekonomi negara kita. Jadi apa yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri tadi, laporan GFI tadi itu yang tidak direkodkan. Jadi di sini saya ingin menanyakan berapakah yang direkodkan oleh kerajaan terhadap kehilangan ataupun pengaliran wang haram ini?

Adakah kerajaan bercadang mendedahkan individu yang telah disabitkan kes dalam permasalahan ini? Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Anggaran yang dibuat oleh GFI, Tuan Yang di- Pertua adalah merupakan anggaran aliran wang yang tidak direkodkan. Dia termasuk wang haram dan juga termasuk wang yang tidak haram, tetapi tidak direkodkan. Jadi untuk mengenal pasti sejumlah manakah yang sebenarnya wang haram itu agak sukar kerana ia bercampur. Oleh kerana ia tidak direkodkan maka tidak ada statistik yang dapat dikesan atau diambil dengan mudah. Oleh sebab itu dia kena ada kaedah-kaedah menganggarkannya dengan cara yang tidak langsung, indirect method. Tadi saya ada sebut tiga indirect methodnya iaitu:

(i) World Bank Residual Method;

(ii) Trade Mispricing Method; dan

(iii) melalui anggaran errors and omission.

Jadi ketiga-tiganya memberi anggaran yang berbeza. Kita pihak kerajaan merasakan anggaran yang dibuat oleh GFI ini adalah anggaran yang terlalu tinggi. Dia mempunyai anggaran yang bagi kita adalah over estimatelah, dengan izin. Di antara ketiga- tiga kaedah ini, anggaran yang dihasilkan, aliran yang tidak di rekod ini ialah di antara RM80 bilion ataupun RM10 bilion setahun, jadi bezanya besar antara RM80 bilion dengan RM10 bilion mengikut kaedah mana yang digunakan. Amaun yang digunakan oleh GFI ini adalah yang RM80 bilion kita merasakan iaitu terlalu tinggi.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Jadi barangkali ada berada di RM10 bilion hingga 80 bilion dan tetapi jumlah yang tepatnya kita tidak tahu. Oleh sebab itulah usaha sekarang ialah untuk memperketatkan anggaran-anggaran ini termasuklah memperincikan perkara-perkara yang dianggap sebagai errors and omission tetapi perbaiki statistik yang dikutipnya supaya ruang errors and omission ini dapat dikurangkan lagi.

Mengenai senarai nama-nama individu, kita tahu individu-individu ini terlalu ramai, beribu-ribu kerana ini sudah barangkali berjalan agak lama. Jadi prioriti kerajaan dan Bank Negara Malaysia adalah memastikan bahawa pengurup-pengurup wang ini menjalankan kegiatan secara yang sepatutnya mereka lakukan. Jadi sebab itulah terdapat penutupan pengurup wang yang tidak mengikuti undang-undang dan apabila ini dilaksanakan dengan rapi termasuklah rang undang-undang baru yang akan diperkenalkan maka, masalah pengaliran wang yang tidak di rekod ini termasuk yang haram akan dapat diperbaiki. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Putatan.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Walaupun saya tidak...

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak tahu apa yang hendak disoal.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Dalam ekonomi ini, tetapi dengan kerja Yang Berhormat Timbalan Menteri ini sebagai Gabenor dahulu saya berminatlah soal not- not kita ini yang wang RM1 ribu, RM500 dan sebagainya. Ingat pula saya yang rasa tidak jauh pada soalan asal. Jadi kita juga berminat hendak tahu berapakah jumlah nota-nota RM500 dan RM1 ribu itu dicetak dan apabila kita hentikan penggunaannya adakah dia semua kembali atau adakah prasangka kita wang ini diseludup ke luar negara yang ada juga kononnya bercakap bahawa tokoh-tokoh politik kita membawa wang yang begitu banyak dalam beg dan dihantar kepada negara jiran? Minta pengesahan kalau ini betul atau tidak.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussein

Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

Pertamanya wang-wang RM1 ribu dan RM500 yang dahulunya dicetak dan diedar telah pun dibatalkan penggunaannya. Tidak dapat digunakan lagi dan mengikut rekod Bank Negara Malaysia boleh dikatakan hampir kesemua wang ini telah pun diambil kira sama ada telah dimusnahkan, telah ditukar balik barangkali sedikit sahaja kalaupun yang masih ada.

Keduanya, wang-wang ini sebenarnya tidak boleh dibawa keluar kerana wang- wang ini tidak mempunyai nilai di luar negara. Apabila berada di luar negara wang RM1 ribu ringgit umpamanya tidak mempunyai nilai dan ia tidak boleh didagangkan tidak boleh diguna untuk membeli belah. Jadi tidak ada logiknya wang-wang ini disimpan di luar. Akan tetapi memang betul sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Putatan kerap kedengaran bahawa terdapat berbilion-bilion wang ini berada di luar.

Melalui pengalaman saya semua cakap-cakap ini tidak benar. Saya pernah didatangi mereka untuk membawa wang yang berbilion ini masuk, saya cuma minta bawa bagilah bawa sepuluh, 20 keping untuk saya check dulu betul atau tidak betul maka tidak pernah sampai, yang sepuluh, 20 keping ini tidak pernah sampai-sampai. Bermakna ini semua adalah cakap-cakap kosong. Saya harap kita tidak termakan dengan helah-helah yang sedemikian. Terima kasih.

final • 10:40 AM

5. Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, langkah-langkah MIDA dalam usaha meningkatkan pelaburan dari China sehingga sepuluh kali ganda kepada RM6.2 bilion bagi 2011 berbanding RM600 juta kepada 2010 sebagaimana kenyataan Ketua Pengarahnya baru- baru ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamulaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua bagi tempoh 2008 hingga 2010 jumlah pelaburan yang diluluskan bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan dari Republik Rakyat China adalah RM837.4 juta.

Pecahan pelaburan dari Republik Rakyat China mengikut tahun adalah bagi tahun 2008 sebanyak RM35.7 juta dan bagi tahun 2009 sebanyak RM162.2 juta dan bagi tahun 2010 sebanyak RM639.5 juta. Trend jumlah pelaburan dari Republik Rakyat China menunjukkan peningkatan sejak tahun 2008. Berdasarkan trend ini adalah dijangka jumlah pelaburan- pelaburan asing bagi tahun 2011 akan melebihi jumlah FDI pada tahun 2010.

Bagi meningkatkan lagi jumlah kemasukan FDI kerajaan telah memperkenalkan pendekatan berfokus atau targeted approach, dengan izin. Di samping penekanan terhadap industri-industri berinsentif modal dan teknologi serta penglibatan dalam R&D, dan pendekatan berfokus diambil untuk menggalakkan kemasukan FDI berdasarkan kekuatan Republik Rakyat China di dalam industri dan teknologi terpilih melalui inisiatif seperti:

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

(i) mengenal pasti syarikat-syarikat terkemuka yang mempunyai kewangan yang kukuh dan stabil yang seterusnya menjadi fokus utama dalam usaha-usaha menarik syarikat-syarikat tersebut melabur di dalam negara;

(ii) menyasarkan syarikat-syarikat yang bercadang untuk menyusun semula atau menggabungkan operasi mereka dengan memperkenalkan dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan;

(iii) meningkatkan aktiviti perhubungan awam atau public relations, dengan izin, terhadap Malaysia dengan menarik agensi perhubungan awam untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan;

(iv) menyebarkan maklumat secara berkesan mengenai polisi, kemudahan, insentif dan peluang-peluang pelaburan di dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan kepada pelabur berpotensi dari Republic of China; dan

(v) mewujudkan perkhidmatan jururunding atau special business advisors, dengan izin, yang terdiri daripada personaliti terkemuka di dalam industri-industri yang digalakkan termasuk daripada universiti-universiti dan institusi-institusi penyelidikan luar negara untuk membantu dan membuka peluang bekerjasama dengan syarikat-syarikat utama dalam industri- industri yang digalakkan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) sedang di dalam perbincangan dan pemantauan secara lebih dekat beberapa syarikat dari Republic of China yang telah menunjukkan minat dan keinginan untuk melabur dalam industri penting dan baru seperti tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy, dengan izin, tenaga solar dan telekomunikasi.

Tumpuan khusus diberikan kepada syarikat terkemuka yang telah dikenal pasti di dalam sektor bernilai tambah tinggi, industri berasaskan pengetahuan dan berteknologi tinggi untuk melabur di Malaysia. Tumpuan turut diberikan kepada sektor pasaran baru muncul ataupun emerging market, dengan izin, seperti advanced electronic dan semi- conductor, peralatan dan peranti perubatan, sumber tenaga alternatif dan tenaga solar, photonics, optoelectronic, teknologi nano, jentera dan industri sokongan kejuruteraan terkini. Di samping itu penekanan juga tertumpu kepada industri-industri berintensifkan modal dan teknologi tinggi dan penglibatan reka bentuk dan penyelidikan (D&D) dan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Industri-industri yang disasarkan adalah selari dengan Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3), Program Transformasi Ekonomi dan Model Ekonomi Baru. Sehingga ke hari ini Malaysia telah berjaya menarik sebilangan besar syarikat multinasional di dalam industri atau sektor tersebut untuk melabur di Malaysia dan syarikat-syarikat ini telah memberi ruang dan peluang kepada syarikat lain termasuk syarikat tempatan di dalam menggalakkan pembangunan industri atau sektor berkenaan.

final • 10:50 AM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan yang cukup baik. Kita mengalami defisit perdagangan dengan China sekalipun negeri tersebut mempunyai pasaran yang cukup berganda lebih luas berdasarkan dari penduduknya yang melebih satu bilion orang.

Saya ingin tahu bagaimana pula dengan kedudukan pelaburan kita sama ada ianya lebih banyak mengalir masuk ke China - outflow ataupun lebih banyak masuk daripada China – inflow? Kita mengucapkan tahniah kepada kerajaan dengan usaha yang gigih dalam misi penggalakan pelaburan dan juga SPM. Jadi untuk menarik pelabur-pelabur daripada negeri China dengan pertambahan pelaburan kita daripada negeri China, adakah kita mampu untuk memperkukuhkan defisit perdagangan kita menjadi surplus? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Tuan Yang di-Pertua, suka saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya kita sudah pun mencapai imbangan perdagangan yang positif iaitu perdagangan surplus dengan China sejak tahun 2009 lagi. Pada tahun 2009, imbangan perdagangan kita bernilai USD1.8 bilion meningkat kepada jumlah USD4.4 bilion pada tahun 2010 dan kita jangkakan bahawa surplus ini akan berterusan pada tahun ini.

Dalam soal pelaburan pula, suka saya laporkan di sini bahawa walaupun pada tahun 2010 imbangan pelaburan memihak kepada China iaitu pelaburan Malaysia di China melebihi pelaburan China di Malaysia berjumlah RM3 juta pada tahun 2010 tetapi sebaliknya berlaku pada suku pertama tahun 2011 yang mana kita lihat pelaburan dari China ke Malaysia melebihi pelaburan Malaysia ke China berjumlah RM176 juta. Yang terbaru sekali Tuan Yang di-Pertua, satu pelaburan yang bernilai RM886.7 juta dibuat oleh sebuah syarikat daripada China yang diberi nama Eastern Steels Sdn. Bhd di dalam produk coke, seamless pipe and welded pipe, dengan izin, di negeri Terengganu pada bulan empat ini. Jadi, ini menunjukkan bahawa pelaburan daripada China ke Malaysia ini semakin meningkat dan itu antara sebabnya kita lihat bahawa pelaburan secara kasarnya ataupun net FDI antara China ke Malaysia ini mula memihak kepada Malaysia. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti satu laporan yang dikeluarkan oleh majalah The Folk yang mengatakan Kerajaan Negara China telah mempertingkatkan permohonan Special Drawing Right (SDR) kepada USD2 trilion untuk tujuan menstrukturkan semula pelaburan luar mereka terutama kepada negara-negara di sekitar Asia.

Saya hendak bertanya kepada kementerian, apakah target ataupun matlamat yang disasarkan oleh kementerian untuk spesifiknya menerima FDI daripada China kerana negara-negara seperti Filipina, Indonesia dan juga Singapura telah meletakkan sasaran spesifik mereka masing-masing untuk menerima pelaburan daripada negara China. Apakah sasaran kita yang kita sasarkan? Juga apakah langkah itu memastikan sasaran itu boleh dicapai sedangkan yang disebut hanya sekitar RM6 bilion berbanding dengan jumlah yang tersedia lebih daripada angka trilion USD. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Tuan Yang di-Pertua, sasaran kita seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah MIDA ialah RM6.2 bilion. Buat masa ini MIDA sedang berunding dengan enam syarikat besar daripada China untuk memenuhi sasaran ini dan pihak MIDA agak optimis bahawa sasaran ini akan dicapai.

final • 10:50 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Keduanya, mengenai perbandingan antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain kecuali Singapura, kita dapati bahawa pelaburan daripada negara China ini seperti mana yang dilakukan di banyak benua-benua yang lain lebih berkisar kepada sektor galian ataupun mining dan juga yang melibatkan sumber asli di mana seperti yang kita semua maklum China adalah salah satu negara yang menjadi consumer, dengan izin, kepada bahan-bahan galian yang terbesar di dunia dan Malaysia tidaklah merupakan destinasi pelaburan di dalam sektor ini. Jadi, yang kita galakkan daripada pihak pelabur asing termasuklah daripada China adalah pelaburan-pelaburan yang berintensifkan modal dan teknologi khususnya dalam bidang-bidang seperti tenaga yang boleh diperbaharui, dalam sektor solar dan sebagainya.

final • 10:50 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Jadi, selain daripada itu, kita juga ingin menerokai peluang-peluang di dalam industri akuakultur sebagai contohnya. Ini hasrat kami dan kita rasa yakin bahawa angka- angka ini akan dapat dicapai dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan, mengapakah kementerian menukar pendiriannya untuk meneruskan monopoli PUSPAKOM dan nyatakan mengapa kerajaan enggan memberi persaingan untuk membolehkan pengguna memperolehi perkhidmatan yang baik.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Batu Gajah kerana penampilan soalan beliau. Kerajaan tidak mengubah pendirian berhubung penswastaan perkhidmatan kenderaan komersial secara berkomputer yang telah dipersetujui lanjutan konsesinya terlebih dahulu. Sebaliknya di bawah perjanjian konsesi PUSPAKOM, kerajaan telah memperkenalkan banyak klausa baru selain daripada memperketat klausa sedia ada bagi memastikan pengguna sentiasa memperoleh perkhidmatan pemeriksaan kenderaan komersial secara berkomputer yang baik. Oleh yang demikian, melalui penetapan klausa-klausa baru tersebut, Petunjuk Utama Prestasi (KPI) dan penyelewengan serta rasuah yang diperuntukkan tindakan penamatan sekiranya berjaya dibuktikan di mahkamah.

Peruntukan sedemikian menunjukkan bahawa penswastaan PUSPAKOM bukanlah satu amalan monopoli yang lazim tetapi adalah tertakluk kepada klausa-klausa eksklusif kerajaan seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Walaupun kerajaan menafikan ada menukar pendirian tetapi dalam Dewan yang mulia ini kalau Yang Berhormat rujuk kepada Hansard Disember 2009, Timbalan Menteri Pengangkutan jelas menyatakan, “tahun 2014, hak eksklusif tidak lagi diberikan kepada PUSPAKOM.” Orang ramai membantah monopoli PUSPAKOM kerana mereka tidak puas hati dengan perkhidmatan dan layanan dan mereka perlu menunggu berjam-jam untuk menghantar kenderaan untuk diperiksa oleh PUSPAKOM.

Jadi, mengapakah kerajaan melanjutkan monopoli. Yang Berhormat boleh kata ada tambah klausa-klausa tetapi hakikatnya adalah PUSPAKOM masih memonopolinya.

Apakah kerajaan akan mengambil pandangan bahawa lanjutan monopoli sehingga 2024 ini adalah tidak baik untuk orang ramai dan ia melanggar segala slogan Kerajaan Barisan Nasional, “Rakyat didahulukan”. Ia juga melanggar apa yang diluluskan dalam Dewan yang mulia ini iaitu mengadakan Akta Persaingan.

Bukankah tindakan kerajaan ini tidak konsisten. Baru-baru ini orang ramai membantah kerajaan meluluskan pindaan kepada Akta Sewa Beli yang menghendaki pemeriksaan 18 point untuk kenderaan terpakai. Apakah kerajaan akan mengkaji semula keputusan tersebut? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat dari Batu Gajah. Pertamanya, konsesi ini telah dipersetujui setelah rundingan diadakan sejak 2007. Pada mulanya tak berapa setuju dengan dua-dua belah pihak, kerajaan dengan PUSPAKOM. Selepas itu tahun 2009, dibincang balik lagi demi kepentingan rakyat ini. Baru pada tahun ini telah dimeteraikan perjanjian ini dan saya ingin mengatakan kepada Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini bahawa setelah adakan banyak perbincangan seperti ini, pertamanya empat perkara baru telah dimasukkan dalam kandungan konsesi ini:

(i) dikenakan KPI kerana salah satu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah daripada segi perkhidmatan yang diberi oleh PUSPAKOM. Perkara itu telah diperincikan dan dimasukkan sebagai KPI;

(ii) isu yang banyak diutarakan adalah rasuah dalam memberi perkhidmatan ini. Maka, ada satu klausa baru dimasukkan iaitu sekiranya mahkamah membuktikan ada penyalahgunaan dan rasuah itu dibuktikan bahawa ada klausa untuk penamatan konsesi yang dimasukkan;

(iii) segala risiko berkaitan dengan pembangunan infrastruktur apabila kenderaan komersial semakin banyak dan perkhidmatan perlu ditawarkan, bergantung kepada concessionaire bukan kerajaan; dan

(iv) sekiranya tiada kenaikan di mana kawalan harga itu dijaga, maka ia tidak menggunakan concessionaire macam lain. Ini dia tak boleh mengenakan pampasan, dia tak boleh menuntut pampasan dari kerajaan.

Maka komponen-komponen ini telah dimasukkan dan untuk makluman Yang Berhormat, perkara-perkara yang diambil kira, pertamanya adalah ada 50 cawangan kekal.

Lepas itu kita ada cawangan schedule sebanyak 21 buah dan ada 17,000 kenderaan perlu diperiksa setiap hari, ada 2,000 examiners yang mendapat pentauliahan daripada JPJ.

Perkara ini boleh tak boleh direplikasikan dengan serta-merta.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tanya, dalam Dewan yang mulia ini Timbalan Menteri kata “tahun 2014, hak eksklusif kepada PUSPAKOM tidak akan diberi lagi.” Tahun 2014, dalam Dewan yang mulia ini.

final • 11:00 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Siapa cakap benar?

final • 11:00 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Yang Berhormat, biar saya habiskan dulu.

Sudah habis?

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Jadi, mana jawapan boleh diterima Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Hansard 1 Disember, “2014 hak eksklusif kepada PUSPAKOM tidak akan diberikan lagi.”

final • 11:00 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Sabarlah Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Cara bersoal macam ini pun salah juga Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Itu soalan asal saya Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Bagi Yang Berhormat Batu Gajah bincang dulu dia punya soalan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

So, saya telah memberi sebab kenapa concessionaire telah dilanjutkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mungkin ada sikit persamaan tetapi tidak sama dengan Yang Berhormat Batu Gajah. Saya tidak bermaksud mengatakan bahawa PUSPAKOM ini terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik tetapi saya ingin bertanya dari sudut-sudut yang khusus, kenapa kerajaan selalu memberi satu-satu pihak itu sokongan yang berterusan dan memperkayakan satu, dua orang sahaja? PUSPAKOM sudah begitu lama dan mendapat kekayaan yang begitu banyak sekali. Ada orang lain juga yang boleh buat perkhidmatan yang seperti begini. Saya bagi lagi contoh, kenapa SPANCO umpamanya. SPANCO juga begitu, hak eksklusif yang diberi kepada satu kumpulan peniaga yang kita tidak tahu sama ada menyokong kerajaan ataupun tidak, mengaut kekayaan beratus-ratus juta dan mungkin ribuan juta dalam tempoh yang begitu lama.

Kenapakah tidak ada usahawan lain yang boleh juga menjadi seperti SPANCO?

Begitu juga dengan pemberian AP. Kenapakah kerajaan memberi AP hanya kepada syarikat-syarikat tertentu berdekad-dekad lamanya sehingga menjadi jutawan, ‘bilionwan’ dan sebagainya.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, baik Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ini yang saya persoalkan.

Kenapa tidak kerajaan memberi peluang kepada usahawan yang lain? Usahawan bumiputera yang lain kah bukan bumiputera kah, yang perlu mendapat peluang yang sama.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bukan orang itu, orang itu juga selama-lamanya. Mewujudkan keadaan jurang ekonomi, jurang kekayaan di antara satu sama lain. Ini yang menjadi persoalan yang saya rasa kita perlu mengingatkan kerajaan dengan cara tulus ikhlas, dengan cara baik.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, dah jadi ucapan ini Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pertanyaan saya untuk menegaskan persoalan saya ini yang saya terpaksa ulang, ulang dan ulang dan kalau kita tak ulang, selalunya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa soalan SPANCO dengan AP tak termasuk di sini tetapi pandangan Yang Berhormat kita terima.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Asas soalan dia sama Yang Berhormat, sama juga.

final • 11:00 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Ya, sama juga, so jawapannya lebih kurang soalan tadilah.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, SPANCO itu misalan sahaja, contoh sahaja Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Ya, untuk makluman Yang Berhormat dari Pasir Salak ini, kriteria yang diambil kira di sini ialah daripada segi teknikallah. PUSPAKOM ini terpaksa dilanjutkan dia punya konsesi kerana melibatkan..., kalau minta...

final • 11:00 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Orang lain pun pandai teknikal Yang Berhormat, bukan PUSPAKOM sahaja yang reti teknikal.

final • 11:00 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Sabar, sabar Yang Berhormat. Sabar!...

[Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

There are so many other engineers, automotive engineers.

final • 11:00 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Ya, ya. Saya jawab, saya jawab. Izinkan saya jawab, Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 11:10 AM

Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar

Dia tidak perlu rocket science lah.

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Saya hendak bagi tahu Tuan Yang di- Pertua, soal berkaitan dengan kenderaan ini, melibatkan kemalangan, melibatkan banyak perkara-perkara lain. So, bila kita hendak cari satu pihak lain untuk meneruskan perkhidmatan ini, maka infrastruktur dan juga modal insan itu begitu luas sekali.

Concessionairenya tidak seperti lebuh raya ini, lebuh raya ini. Ia 15 tahun. Setiap lima tahun akan dikaji. Maka, dia punya kesingkatan tempoh itu memang ada. So, tidak boleh kita katakan terus berterusan.

final • 11:10 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Cakap macam Samy Vellu.

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Maka, itulah lebih kurang apa yang disarankan. Saya terima baiklah ya, pandangan daripada sana dan saya akan sampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Tambahan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Apa lagi Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Minta soalan tambahan satu.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ha, saya hendak dengar Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat. Ringkas Yang Berhormat ya.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Semua... Tuan Yang di-Pertua, memang ringkas. Semua rakyat Malaysia ini hairan mengapa PUSPAKOM dibagi keistimewaan. Seperti Yang Berhormat Pasir Salak juga, mengapa kita sambung, berbelas tahun kita sambung. Ada mungkin perkara yang tersembunyi.

final • 11:10 AM

Beberapa Ahli

Ya!

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Boleh kita minta satu perkara yang sembunyi. Ini kerana kita nampak, PUSPAKOM dia punya perkhidmatan tidak ada baik. Semua rakyat Malaysia bermasalah kepada PUSPAKOM. Cuba Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi tahu, apa sebab disambung, begitu panjang disambung.

Cuba.

final • 11:10 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada...

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Ada, ada...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini sudah jadi, sudah-sudah ni...

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Kalau Yang Berhormat Timbalan menteri menjawab hanya hendak memenangkan PUSPAKOM, tidak perlu jawablah... [Ketawa] Rakyat..., saya bersama dengan...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Kita mahu yang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

...Yang Berhormat Kalabakan, bersama dengan Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Jawapan, jawapan yang kita dengar...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik, baik Yang Berhormat. Baik Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Kita...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya, saya...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, indah khabar dari rupa.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, beginilah...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Sri Gading. Ya, Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Kalabakan, boleh duduk Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Saya jawab, Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Kalabakan.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sesuatu yang baiklah.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Saya jawab, saya jawab. Terus terang.

Saya hendak terus terang. Tuan Yang di-Pertua, keputusan ini dibuat oleh EPU setelah membuat kajian mendalam. Itu sebab dua tahun tempohnya telah diperlanjutkan.

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Nanti dahulu. Saya habis jawab. Hormat saya jawapan. Saya jawab dahulu. Dia tidak terus memberi konsesi itu dari tahun 2009 sampai sekarang. Baru. Kertas..., banyak kertas telah disampaikan kepada Kabinet untuk dibincang secara mendalam.

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Maka, empat klausa yang saya telah beritahu kepada Yang Berhormat Batu Gajah telah diambil kira. Kita bagi peluang kepada PUSPAKOM untuk buktikan, memang ada banyak aduan. Itu saya mengakui. Maka, itu sebabnya kita perkasakan balik.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Kita..., kenapa kita tidak mahu beri peluang kepada syarikat-syarikat lain.

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Itu sebabnya setelah banyak dibincangkan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun tahu, Yang Berhormat pun tahu bahawa isu ini isu sensitif di peringkat bawah... [Dewan riuh] Maka...

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Apa sensitif?

final • 11:10 AM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Ini bukan isu sensitif Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bukan isu sensitif. Isu rakyat. Rakyat!

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Nanti dahulu... [Dewan riuh] Biar saya habiskan... [Dewan riuh]

final • 11:10 AM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Ini jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri 2009.

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Ini perinci-perincinya, sebelum dibuat keputusan.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Kita tahu isu sensitif di sini.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat berhentilah, Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik.

Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kalabakan... [Dewan riuh]...

final • 11:10 AM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Minta Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Segala aduan, segala keluhan diambil kira dalam mengambil keputusan.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Mintalah, mintalah.

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Apa national security kah?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat...

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta tahu apa yang sensitif. Apa yang sensitif? Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beritahu apa yang sensitif?

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Isu-isu yang dibangkitkan mengenai PUSPAKOM.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, baik, baik Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Yang Berhormat bagi tahu isu sensitif.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, kita pun wakil rakyat juga. Kita pun sensitif.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya menjemput, saya menjemput... ya Yang Berhormat Kalabakan.

final • 11:10 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Memang saya terima Yang Berhormat Kalabakan.

final • 11:10 AM

7. Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sejauh manakah kejayaan pelaksanaan sistem parol, berapa bilangan yang sudah terlibat dan apakah garis panduan pelaksanaan dasar ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol telah mengemukakan persoalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sistem parol telah mula dilaksanakan pada 28 Julai 2008 dengan matlamat untuk meningkatkan keberkesanan pemulihan terhadap banduan. Selain itu, ia turut dapat membantu mengurangkan kesesakan di dalam penjara.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Yang di-Pertua, seseorang orang di parol disifatkan berjaya sekiranya syarat- syarat seperti berikut dipenuhi iaitu:

(i) melaporkan diri kepada pegawai parol daerah pada bila-bila masa dan apa-apa tarikh sebagaimana yang diarahkan oleh seorang pegawai parol dari masa ke semasa;

(ii) tinggal di alamat sebagaimana yang dinyatakan di dalam perintah parol;

(iii) mendapatkan kebenaran pegawai parol sekiranya hendak melawat tempat di luar daerah parol di mana orang di parol sedang menjalani parol;

(iv) membuat pekerjaan yang telah diatur atau yang dipersetujui oleh pegawai parol;

(v) mengikut apa-apa program bagi pemulihan sebagai yang dianjurkan atau diarahkan oleh seseorang pegawai parol;

(vi) mematuhi syarat-syarat perintah parol; dan

(vii) mematuhi apa-apa syarat perintah dan arahan lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga Parol atau pegawai parol.

Tuan Yang di-Pertua, sejak sistem parol mula dilaksanakan jumlah banduan yang diberi pelepasan secara perintah parol adalah seramai 2,380 orang iaitu mengikut tahun seperti berikut:

TahunBil. Banduan
2008199
2009722
20101029
2011 (Januari - 2 Jun)430
JUMLAH2380

Kejayaan pelaksanaan sistem parol ini dapat diukur atau dinilai melalui peningkatan jumlah orang di parol yang bertambah pada setiap tahun. Seterusnya, daripada jumlah 2,380 orang di parol tersebut, hanya 65 orang atau 2.73 peratus yang telah dibatalkan perintah parolnya kerana pelbagai kesalahan pelanggaran syarat perintah parol.

Ini mencerminkan kejayaan pelaksanaan sistem parol di Malaysia dan membuktikan elemen yang positif dalam proses pemulihan telah dapat diterapkan kepada dalam diri orang di parol.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan garis panduan yang digunakan untuk melaksanakan sistem parol ini, ianya adalah berasaskan kepada ketetapan Akta Penjara

(Pindaan) 2008 dan juga Peraturan Penjara Parol 2010. Kedua-dua garis panduan ini menjadi sumber rujukan utama dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan sistem parol di negara ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua terdapat bantahan daripada rakyat apabila kita menempatkan banduan daripada daerah lain ke satu daerah dalam bilangan yang lebih ramai. Oleh demikian, saya ingin bertanya apakah dasar kementerian berkaitan dengan penempatan banduan-banduan ini. Apakah kategori banduan ini, adakah ia merbahaya kepada masyarakat? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya sebelum seseorang itu dapat diberi perintah lepasan secara parol, bahawa ada beberapa perkara yang telah diambil kira oleh Lembaga Parol sebelum membuat perintah parol itu. Di antara perkara-perkara yang diambil kira oleh Lembaga Parol sebelum membuat perintah termaktub dalam seksyen 46F(b) yang mana Lembaga Parol hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut:

final • 11:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

(i) keperluan untuk melindungi kesihatan masyarakat;

(ii) keperluan untuk mengekalkan keyakinan orang awam dalam pentadbiran keadilan;

(iii) sifat dan hal keadaan kesalahan yang berhubung dengan hukuman ke atas banduan itu;

(iv) daripada segi rekod jenayah banduan itu;

(v) risiko banduan melakukan lagi apa-apa kesalahan jika ia dilepaskan secara parol;

(vi) banduan boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat biasa;

(vii) kesan yang kemungkinan ke atas mangsa, banduan dan keluarga mangsa jika banduan itu dilepaskan secara parol;

(viii) dalam hal banduan asing kewujudan sistem parol atau sistem lain yang serupa di negara; dan

(ix) apa-apa perkara lain sebagaimana yang didapati relevan oleh Lembaga Parol.

final • 11:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Jadi khususnya Tuan Yang di-Pertua bahawa apa pun sebelum di lepaskan seseorang itu melalui parol ini bahawa keselamatan awam sentiasa diambil perhatian dan dijaga Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada PKR Cabang Tanjong Karang ke Dewan ini... [Tepuk] yang diketuai oleh saudara Encik Yahya Sahri. Terima kasih, jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi yang saya lihat ada positifnya. Cumanya didapati sistem parol ini ada membuktikan kejayaan-kejayaan di dalam membasmi ataupun meningkatkan kesihatan masyarakat seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Akan tetapi, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu ke dalam Dewan ini tentang sebahagian daripada banduan-banduan yang muda ini, kadang-kadang tidak perlu sistem parol ini. Saya difahamkan telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Hak Asasi supaya mereka ini terlebih dahulu diberi kaunseling sebelum sistem parol ini dilaksanakan dan juga kadang-kadang ada juga sesetengah banduan itu yang gagal dihubungi oleh pihak keselamatan. Adakah data ini dimiliki oleh pihak kementerian untuk dimaklumkan di dalam Dewan ini, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dalam seseorang dipertimbangkan untuk diberi pelepasan secara parol, ada beberapa perkara yang perlu dinilai oleh pegawai parol dan dikemukakan kepada lembaga parol. Jadi terutamanya dari segi bentuk kategori kesalahan di mana hanya kesalahan tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dilepaskan secara parol. bahawa kalau kesalahan yang berat-berat seperti yang termaktub di dalam Jadual Empat yang mana meliputi kes-kes di dalam kanun keseksaan beberapa seksyen di dalam kanun keseksaan termasuk di dalam Akta Penculikan dan juga dalam Akta Senjata Api, Akta Dadah dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Beberapa seksyen jika didapati banduan bersalah mengikut di bawah Jadual Empat ini maka parol tidak akan dipertimbangkan sama sekali.

Jadi oleh kerana itu, apa yang kita lihat daripada segi kes yang boleh diberi hanyalah kes-kes di mana kita lihat bahawa dia telah menjalani pemulihan di dalam penjara dan daripada segi proses pemulihan ada penilaian-penilaian daripada markah yang kita gunakan untuk mempertimbangkan. Jadi banduan yang menjalani hukuman 21 bulan ke bawah, markahnya mestilah 85 peratus ke atas dan bagi banduan yang menjalani hukuman 21 bulan ke bawah markahnya mestilah 70 peratus ke atas.

final • 11:20 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Jadi sebelum seseorang banduan dapat diberi keistimewaan untuk dilepaskan secara parol tadi, jadi ada ketentuan-ketentuan yang dibuat bukan semberono sahaja.

Terima kasih.

[Soalan No.8 - Y.B. Tuan R. Sivarasa (Subang) tidak hadir]

final • 11:20 AM

9. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) berapa nilai pelaburan asing yang berjaya dibawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 2008; dan

(b) daripada jumlah tersebut, berapa banyak yang disalurkan ke negeri Sabah.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan.

Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat, bagi tempoh tahun 2008 hingga April 2011, sejumlah 2,867 projek perkilangan telah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM161.2 bilion. Daripada jumlah tersebut, RM106.3 bilion iaitu 65.9 peratus merupakan pelaburan asing, manakala RM54.9 bilion ataupun 34.1 peratus adalah pelaburan domestik.

Pecahan pelaburan langsung asing ataupun FDI yang diluluskan di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan mengikut tahun adalah seperti berikut:

200820092010
RM46.1 bilionRM22.1 bilionRM29.1 bilion

Bagi tempoh Januari sehingga April 2011, sebanyak RM9 bilion. Manakala bagi tempoh tahun 2008 sehingga tahun 2010 sejumlah 104 projek perkilangan telah diluluskan di Sabah dengan nilai pelaburan sebanyak RM8 bilion. Daripada jumlah tersebut RM6.1 bilion atau 76.2 peratus merupakan pelaburan asing manakala RM1.9 bilion ataupun 28.8 peratus adalah pelaburan domestik. Pecahan FDI yang diluluskan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan di Sabah mengikut tahun adalah bagi tahun 2008 sebanyak RM343.8 juta, bagi tahun 2009 sebanyak RM5.2 bilion dan bagi tahun 2010 sebanyak RM476.3 juta. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Tuan Yang di- Pertua, saya berpuas hati kerana di Sabah ada RM8 bilion dan tidak ada soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Sepanggar.

final • 11:20 AM

Datuk Eric E. Majimbun - Sepanggar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab untuk pelaburan bagi negeri Sabah ini.

Akan tetapi, sejak akhir-akhir ini kita nampak bahawa agak menurun pelaburan tersebut ke Sabah. Jadi, apakah kejayaan sebenarnya yang telah tercapai untuk pelaburan ini ke Sabah? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat seperti mana Yang Berhormat daripada Sepanggar. Seperti mana yang saya sebutkan tadi iaitu pelaburan FDI di negeri Sabah ini memang meningkat sinonim dengan peningkatan pelaburan yang ada di Malaysia juga. Bagi..., seperti mana yang saya sebutkan tadi foreign direct investment itu RM6.1 bilion dan yang kita nampak ada kekurangan sedikit ialah pada tahun 2008 itu. Akan tetapi, pada tahun 2009 ia telah meningkat sampai ke tahap RM5 bilion dan pada tahun 2010 ia ada RM476 bilion sahaja, itu nampak ada penurunan sedikit seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Akan tetapi, walaupun demikian kita nampak bahawa kita terus membuat promosi yang tinggi untuk menarik pelaburan ke negeri Sabah iaitu menerusi MATRADE yang menjalankan beberapa show case yang ada di – bersama-sama dengan kerjasama dengan Ministry of Industrial Development Sabah. Mereka ini bersama-sama menjalankan promosi antarabangsa pada tahun 2010 itu tadi mereka telah mengadakan satu show case iaitu Brunei International Halal Products Expo di Brunei. Begitu juga di China, The Seventh China-ASEAN Expo, Nanning. Kedua-duanya akan menjalankan ialah pertama untuk mempromosikan produk-produk di Sabah dan juga untuk menarik pelaburan daripada pelaburan asing di mana banyak pelabur-pelabur yang datang ke expo tersebut ingin berminat untuk mencari peluang untuk melabur di Malaysia dan Sabahlah salah satu daripada negeri yang dipromosikan di expo-expo tersebut.

final • 11:20 AM

Dato’ Jacob Dungau Sagan

Selain daripada itu Ministry of Industry Development (MID), Sabah juga turut menganjurkan promosi barangan di luar negara. Pada tahun 2010, MID telah menganjur beberapa ekspo di luar negara termasuk The Sixth Sabah International Expo, The Eighth Malaysian International Halal Showcase, The Seventh International Food and Beverage Trade Fair, BIMP-EAGA Business Expo dijalankan, Australian International Furniture Fair 2010, dan begitu juga 1,008 Canton Fair, di China. Jadi semua inilah kita bergerak dan untuk mempergiatkan lagi menarik pelabur-pelabur asing yang datang ke Sabah termasuk juga secara amnya ke Malaysialah. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Ya, Yang Berhormat Menteri.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.

final • 11:32 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG INSTITUT SUKAN NEGARA 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah,“ Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

final • 11:32 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan mengambil fasal rang undang-undang ini khasnya dalam Bahagian IV yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan dalam sains sukan dan perubatan sukan. Institut Sukan Negara merupakan satu badan yang akan menguruskan aspek saintifik berhubung dengan prestasi atlet. Institut Sukan Negara juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan saintifik, nasihat, perundingan, dan perkhidmatan yang berkaitan dalam sains sukan dan perubatan sukan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Berdasarkan kepada rang undang-undang ini, Institut Sukan Negara akan menggunakan sejumlah besar kakitangan yang bekerja dalam bidang Sains Sukan dan Perubatan Sukan. Seksyen Sains Sukan dan Perubatan sukan yang sedia ada, saya bercadang harus diubah dan dijadikan sebagai Institut Sukan Latihan Perdana Malaysia.

Keputusan atlet cemerlang digabungkan dengan jurulatih yang mahir dan kemudahan yang bertaraf dunia yang canggih dalam perkhidmatan sains sukan dan perubatan sukan akan memberi reputasi kepada Malaysia sebagai modal amalan terbaik bagi pembangunan atlet berprestasi tinggi.

Institut Sukan Negara ini dianjurkan melalui dua kumpulan. Pertama, Perkhidmatan Klinikal yang memberi perkhidmatan perubatan, physical therapy, kekuatan dan conditioning dan psychology. Manakala Sains Sukan pula dalam aspek pemakanan, sains pergerakan, fisiologi yang mana menggabungkan fetid dan juga pemulihan. Disiplin pergerakan sains Institut Sukan Negara adalah untuk membangunkan satu pendekatan bersepadu untuk pemerhatian dan analisis prestasi latihan dan pertandingan persekitaran.

Pendekatan ini diambil dari keintensifan dari pandangan biomechanics berdisiplin dan meteorology baru muncul dan juga pandangan teori yang ditawarkan oleh analisis prestasi dan pemerolehan kemahiran. Kumpulan-kumpulan ini boleh bekerjasama dengan jurulatih Majlis Sukan Negara dalam pelbagai projek-projek yang termasuk Olimpik musim panas dan sukan Paralimpik. Pembangunan sukan dan program untuk atlet-atlet muda dalam sukan profesional, biomechanics...

final • 11:35 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Bagus pandangan Yang Berhormat Hulu Selangor berkaitan dengan cadangan ini. Akan tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Hulu Selangor, sejauh mana pembangunan pakar-pakar sukan ataupun pakar- pakar yang berkaitan dengan sains sukan ini dapat digunakan oleh semua pasukan yang ada dalam negara kita. Sebagai contoh apabila pasukan badminton kita walaupun sudah bertaraf dunia, tetapi tidak menggunakan kepakaran ini sepenuhnya menjadikan sebahagian daripada pemain-pemain kita badannya terlalu gemuk.

final • 11:35 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Begitu juga dengan pasukan takraw kita berbanding antara Thailand dengan Malaysia, pasukan atlet kita dan takraw kita struktur tubuh badannya terlalu gemuk menyebabkan dia tidak dapat bersaing dengan pasukan Thailand. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Hulu Selangor, sejauh mana segala apa yang telah pun dibangunkan oleh kerajaan dalam bidang sains sukan ini dapat digunakan oleh pasukan kita bagi membolehkan keberkesanannya dapat diwujudkan dalam negara kita.

final • 11:35 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Itulah cadangan saya dalam pembentangan ini diharapkan, kerana saya rasa bidang-bidang sukan ini tidak menggunakan sepenuhnya fasiliti-fasiliti yang telah pun diaturkan oleh kerajaan ini.

Saya juga ingin mencadangkan memasukkan ucapan Yang Berhormat Jempol tadi dalam ucapan saya Tuan Yang di-Pertua. Saya sambung, biomechanics merupakan kajian kuasa dan kesan daya dalam badan manusia. Apabila daya dikenakan kepada badan, biomechanics boleh menganalisis dan mentafsir kesannya terhadap badan. Biomechanics Institut Sukan Negara harus melibatkan diri dalam pemerhatian, pengukuran, dan analisis prestasi latihan dan pertandingan yang boleh menggunakan kepakaran mereka untuk menyokong pembangunan atlet. Unit prestasi analisis harus memberi fokus kepada pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi oleh jurulatih untuk membangunkan prestasi atlet dalam latihan dan pertandingan persekitaran. Salah satu ciri utama analisis prestasi adalah integrasi dari pandangan berdisiplin dalam pembelajaran dan prestasi.

Mereka yang berminat dalam membangunkan aplikasi analisis prestasi dalam latihan dan pertandingan persekitaran berkongsi ciri-ciri berikut:

(i) membuat satu rekod dan kekal prestasinya;

(ii) rekod dan kemudian menganalisis aspek prestasi yang dipilih; dan

(iii) memberi maklumat kuantitatif dan kualitatif.

Saya ingin mencadangkan agar Institut Sukan Negara boleh juga memperkenalkan dengan izin, Athlete and Career Education (ACE) atau atlet dan Kerjaya Pendidikan. Institut Sukan Negara boleh berbangga sekiranya mereka boleh menyediakan atlet untuk kehidupan selepas mereka bersara dalam bidang sukan. Program atlet dengan izin, Athlete and Career Education (ACE) ini akan memastikan atlet elit kita dilengkapi dengan kemahiran yang akan memberi manfaat kepada mereka. Institut Sukan Negara boleh menjemput atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara satu masa dahulu untuk memberi ucapan semasa majlis-majlis makan malam ataupun program-program promosi sukan ataupun apa jua acara yang dapat melibatkan kemahiran mereka.

Penasihat-penasihat Athlete and Career Education (ACE) boleh mengaturkan bagi mereka untuk menerima latihan dalam pengucapan awam, persembahan media, perancangan kerjaya, dan pengurusan masa. Di antara institusi-institusi yang mempunyai kemahiran dalam aspek ini yang mungkin dapat menjadi point of references kepada Institut Sukan Negara ialah contoh berikut:

(i) Australian Institute of Sport;

(ii) University of Bath, United Kingdom, yang mana pusat latihan Malaysia menjelang Olimpik 2010 digunakan; dan

(iii) Leipzig University, Germany.

final • 11:35 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Kesimpulannya, kejayaan atlet Malaysia mewarnai pentas dunia dengan bantuan jurulatih mahir, kemudahan facility bertaraf dunia, program sains sukan dan sains perubatan yang tersohor tentunya akan meletakkan Institut Sukan Negara antara nama besar sebagai model yang telah berjaya membangunkan sukan prestasi tinggi di peringkat antarabangsa.

Jurulatih elit dan atlet Malaysia bukan sahaja mempunyai facility bertaraf dunia dalam genggaman mereka tetapi ruang dan peluang untuk menyertai program-program khas yang telah diaturkan dan sumber luas daripada Kementerian Belia dan Sukan turut disediakan untuk mereka.

final • 11:40 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Selain daripada latihan, makanan, rehat, belajar dan bekerja, atlet menggunakan sains sukan dan sains perubatan di Institut Sukan Negara untuk mendapatkan khidmat psikologi sukan, dietetik, sport massage atau menyertai ujian di makmal biomekanik.

Persahabatan yang sedia terjalin di antara atlet dan staf sokongan di Institut Sukan Negara tidak boleh dilihat sebagai yang remeh dalam dunia sukan kerana ia mencerminkan satu ikatan yang jitu bagi individu dan moral pasukan.

Di sebalik kejayaan setiap atlet elit, juga ada seorang jurulatih, ketua jurulatih hingga menjadi pembantu jurulatih dan jurulatih sambilan yang mempunyai ikatan dan kesatuan yang jitu ke arah matlamat bagi membantu atlet merealisasikan potensi dan bakat mereka. Jika ditanya kepada mana-mana pengurus sukan, mereka akan menyatakan bahawa sukan elit semestinya dipimpin oleh seorang jurulatih yang berkaliber. Kewujudan Institut Sukan Negara adalah satu manifestasi dan wadah untuk melahirkan atlet-atlet Malaysia bertaraf dunia yang sentiasa mengisi dan bakal mewarnai pentas sukan dunia.

Saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya bagi permission kepada Yang Berhormat Menteri untuk ke tandas sebentar sebab itu silap saya Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, hendak berbahas Yang Berhormat?

final • 11:40 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Jikalau tidak ada Yang Berhormat Menteri, macam mana?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Kepong.

final • 11:40 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Institut Sukan Negara ini memandangkan tahap sukan di negara ini mesti boleh dipertingkatkan lagi kecuali skuasy dan juga badminton.

Kita nampaknya standard sukan kita termasuk hoki pun tidak begitu tinggi. Walaupun ada gejala yang menunjukkan sukan bola sepak itu ada pulih sedikit, tetapi masih jauh ketinggalan kerana kedudukan di dunia itu hanya 149. Kedudukan 149 ini memang dahsyat sekali.

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, saya berharap pihak kementerian mempunyai komitmen termasuk Yang Berhormat Timbalan Menteri dari Muar ini, oleh kerana tadi Yang Berhormat Menteri dari Jelebu itu kata kita mesti sebutkan Menterilah kerana dia bercakap bagi pihak kementerian bukan bagi pihak Yang Berhormat Muar.

Saya nampak saya ulang lagi. Kalau ada skuasy, badminton atau bola sepak kalau kita menang, bukan main menonjolkan diri memaparkan mukanya. Akan tetapi bila kita hadapi pasukan yang kalah, tidak nampak langsung. Kalau macam ini sikapnya, macam mana tahap kedudukan sukan negara boleh dipertingkatkan? Kita bukan sahaja hendak memberi galakan kepada pasukan yang menang, orang yang menang, yang kalah itu kita mesti cari faktor-faktor yang tertentu untuk membantu mereka supaya mereka dapat mempertingkatkan kebolehannya dan kemampuannya. Itu yang...

final • 11:43 AM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Mohon penjelasan Yang Berhormat Kepong.

Sukan ini peranannya cukup besar kepada masyarakat, negara kita dan seluruh dunia.

Akhir-akhir ini sebagaimana berlaku dahulu tetapi semakin teruk ialah gejala rasuah dalam bidang sukan yang meliputi permainan yang paling popular iaitu sukan bola sepak. Kita sangkakan hanyalah melibatkan ahli-ahli pengarah kanan FIFA di Bern atau Geneva atau Zurich pejabatnya, tetapi khabar-khabar akhir-akhir ini telah melibatkan juga dan telah menjalar ke Malaysia.

final • 11:43 AM

Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat

Ada berita-berita bahawa terdapat cadangan untuk mengkaji dan menyelidiki sama ada tokoh-tokoh bola termasuklah pemegang-pemegang jawatan persatuan bola sepak di Malaysia ini juga terlibat dalam rasuah bola sepak iaitu fixing of matches dengan izin dan sebagainya. Jadi adakah Yang Berhormat ingin mencadangkan supaya latihan sukan, budaya sukan, peningkatan taraf sukan bukan sahaja meliputi anak muda ini yang sudah tentu kita ingin supaya mereka sihat, bersih, pandai, menang, berjaya sebagainya, tetapi yang pemimpin-pemimpin itu juga dilatih dan dipastikan mereka bersih..., bersih macam 9 Julai ini, bersih dalam budaya mereka? Adakah Yang Berhormat cadang itu patut kita cadangkan?

final • 11:43 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Yang Berhormat Tumpat... [Disampuk] Ya, tidak setujukah? Kita memang menggalakkan kebersihan di semua bidanglah termasuk pilihan raya juga. Mesti bersih. Di sukan pun mesti bersih.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Tumpat, kita mesti menjaga imej kita. Bukan sahaja pegawai-pegawai, pemimpin-pemimpin di semua peringkat mestilah beramanah, mestilah bersih, mestilah cekap. Itu memang hasrat kita, dan walaupun Terengganu dia nasib baik sedikit menang, tetapi saya diberitahu ada satu dua yang terlibat dengan rasuah juga. Mungkin Yang Berhormat Marang pun ada maklumat sedikitlah dengan apa yang berlaku dalam bola sepak di Terengganu itu. Akan tetapi Kelantan pun dia akan jadi jaguh liga juga walaupun nasib tidak baik sedikit kalau berbanding dengan Terengganu. Mungkin lain kali Kelantan akan menang.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya pihak kementerian mengadakan satu bahagian khas untuk mengawal semua jenis penyelewengan termasuk rasuah. Ini memang kita perlu kerana saya diberitahu oleh orang yang terlibat dengan sukan bola sepak, ada yang memberitahu saya, memang pasukan ini semua itu sudah tahu siapa akan menang. Kalau itulah anggapan mereka, pandangan mereka, jadi inilah tidak baik Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:43 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Malaysia hendak lawan dengan Taiwan, siapa menang?

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Taiwan? Saya tidak tahu... [Ketawa] Akan tetapi dengan Lubnan kita menanglah. Nasib baik juga. Saya berharap kita akan terus menang.

Akan tetapi itulah di dalam negara kita sendiri, legal. Saya diberitahu, sudah tahulah pasukan mana yang menang. Yang Berhormat Pokok Sena tahu juga?

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat.

Memang dalam bola sepak ini, memang kita tahu. Sebelum game itu kita sudah tahu siapa hendak menang. Ia macam pilihan raya juga. Ia kadang-kadang kita sudah tahu siapa hendak menang sebab telah dicatur oleh satu pihak yang lain. Maknanya bukan sahaja pemain sebelas itu, tetapi ada pemain luar pula dibawa datang. Maknanya pengundi hantu itu dibawa juga.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kita mesti siasat dengan teliti, apa sebenarnya berlaku.

final • 11:50 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

[Bangun]

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Apa sebenar berlaku. Bukan sahaja kita mesti...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Krai bangun Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Ya, minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kepong. Saya rasa permainan bola ini interesting, sangat menyeronokkan. Akan tetapi apabila bola yang ditendang hampir mencecah gawang, tiba-tiba gawang dialihkan... [Disampuk] Tiang gol dialihkan. Jadi, ini berlaku sampaikan hampir-hampir menang pun jadi kalah.

final • 11:50 AM

Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai

Begitu juga dalam pilihan raya, sudah agak-agak hendak menang, dia alihkan peraturan. Jadi, bagaimana pandangan Yang Berhormat Kepong tentang itu.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat sampailah masa bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyiasat sama ada gol itu dipindahkan ataupun tidak... [Ketawa]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, panjang lagi? Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah duduk.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak panjang. Tadi kita sudah tolong beliau sedikit, sekarang kita pun minta beliau tolong kita juga... [Ketawa]

final • 11:50 AM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Kepong, Batu.

Apa pandangan Yang Berhormat Kepong kalau bukan sahaja permainan kita sudah dijangka awal, tetapi kalau polis pula tangkap orang-orang yang protes tentang permainan yang tidak adil ini, sesiapa yang bawa isu ini. Jadi, Yang Berhormat Kepong mujur ucap dalam Parlimen. Kalau Yang Berhormat Kepong sebut ini di luar, mungkin juga ditangkap oleh polis.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Pihak rakyat mestilah sentiasa prihatin mengenai hal ini. Saya pun dijemput untuk masuk ke ‘Universiti Kamunting’ juga kalau kita sebut dengan cara-cara yang tidak disukai oleh pihak lain. Yang Berhormat Permatang Pauh pun tahu dan lebih tahu daripada saya. Masuk ke universiti sudah banyak kali.

final • 11:50 AM

Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat

Tentang sukan ini, kita balik kepada tajuk kita. Pelatih-pelatih akan melatih bakal-bakal pemain dan sebagainya. Mungkin juga perlu Yang Berhormat tekankan supaya pengadil-pengadil juga diberikan latihan yang sebaik- baiknya. Ini supaya kita mempunyai pengadil-pengadil yang benar-benar adil. Misalnya pengadil bola atau sukan apa-apa, dia start masuk padang, dia bilang sebelas orang sebelah ini, sebelas orang sebelah sini. Tidak bolehlah sebelas orang sebelah pasukan, 15 orang pasukan yang satu lagi. Tidak adil. Jadi, pengadil itu mesti diberikan kursus latihan dan ada integriti supaya pertandingan itu seimbang dan keputusannya boleh diterima oleh penonton-penonton yang ramai melihat seluruh dunia melalui internet dan sebagainya.

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua ini memang satu cadangan yang baik. Di dalam bola sepak misalnya, pengadil memang penting. Saya setuju bahawa kadangkala walaupun pengadil itu adil, tetapi ada orang yang tidak puas hati juga. Komen- komen daripada pengurus pasukan pun buat komen yang tidak patut dibuat. Ini memang berlaku juga. Berilah latihan yang baik kepada pengadil dan juga pihak kementerian itu mestilah mempunyai kaedah untuk memastikan pengadil adil. Selepas pengadil membuat keputusan, jangan kita melayan komen yang tidak patut.

final • 11:50 AM

Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Kepong. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa di Malaysia hari ini, warna kuning itu adalah satu warna yang telah diharamkan. Maka dalam perlawanan bola sepak, kalau ada kesilapan teknikal, referee akan memberi kad kuning sebelum kad merah.

Apakah Yang Berhormat Kepong setuju, oleh sebab ada satu dasar baru sekarang ini warna kuning telah diharamkan oleh kerajaan, kalau ada kesilapan, kita hendak beri kad warna apa sekarang? Adakah terus merah ataupun terus masuk ISA, terus ditangkap? Apa pandangan Yang Berhormat Kepong?... [Ketawa]

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ini memang satu pandangan...[Ketawa] Saya mencadangkan supaya kita semua bertanggungjawab untuk memberitahu kepada rakyat jelata. Biarkan rakyat jelata membuat keputusan. Menjadi pengadil, rakyat jelata. Akan tetapi, kita balik kepada pengadil di bidang sukan bola sepak. Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat mengkaji bagaimana kita boleh mempunyai sistem pengadil yang dapat diwujudkan di negara ini, apabila seseorang pengadil buat keputusan yang baik, jangan diusik lagi. Jangan kita melayan komen yang tidak patut dibuat oleh sesiapa. Ini memang satu perkara yang perlu diambil berat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kita boleh menyaksikan permainan bola sepak yang baik di negara ini.

final • 11:50 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Akhir sekali, sejurus selepas rang undang-undang diluluskan di dalam Dewan ini, apabila dijadikan akta kelak, saya berharap semua pihak termasuk Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri mempunyai komitmen untuk menguatkuasakan di dalam erti kata yang sebenar termasuk bola sepak. Dari atas ke bawah, kita menguatkuasakan isi kandungan di dalam rang undang-undang sekarang. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

A`uzu billah himinasyaitoon nirrojim, Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat datang kepada 40 orang penjawat awam, kakitangan daripada kawasan Beluran yang diketuai oleh DO Beluran itu sendiri ke Dewan Rakyat pada tengah hari ini... [Tepuk]

final • 11:59 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:59 AM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Keduanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada hampir lapan orang Ahli-ahli Parlimen yang telah berbahas dengan celahan yang dibuat hampir sebelas orang rakan-rakan Ahli Parlimen.

final • 11:59 AM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, perlu saya menarik perhatian bahawa hasrat rang undang-undang untuk menubuhkan Institut Sukan Negara sebagai badan berkanun secara berasingan dengan Majlis Sukan Negara di mana sejak penubuhan unit bahagian atau pun Unit Perubatan Sukan di Majlis Sukan Negara pada tahun 1984, kemudiannya telah pun terbentuk Bahagian Sains Sukan yang mana bahagian ini telah dinamakan sebagai “Institut Sukan Negara” atau ISN, pada tahun 1984.

Sejak dipisahkan secara pentadbiran pada tahun 2007, Majlis Sukan Negara, saya rasa sudah sampai masanya kita memisahkan ataupun membentuk ISN ini secara perundangan bagi memperkemaskan lagi dan dicadangkan penubuhan sebagai badan berkanun dengan terdirinya ataupun terbentuknya melalui rang undang-undang ini.

Pemisahan ini bertujuan untuk membolehkan institut berkembang dengan lebih berkesan sebagai peneraju pembangunan sains sukan dan perubatan sukan demi meningkatkan lagi kecemerlangan sukan di negara kita.

Seperti yang telah saya nyatakan semasa membentangkan rang undang-undang ini dua minggu sudah, perlu ditegaskan sekali lagi bahawa Dasar Sukan Negara telah menetapkan Majlis Sukan Negara adalah untuk menyelaras dan melaksanakan pembangunan sukan prestasi tinggi manakala Institut Sains Sukan pula bertanggungjawab untuk menyelaras dan melaksanakan pembangunan sains sukan, perubatan sukan dan penyelidikan sukan. Ini sekali gus membolehkan Institut Sukan Negara memberi fokus kepada hasrat tersebut bukan sahaja kepada sukan prestasi tinggi tetapi dapat juga memberi bantuan kepakaran kepada sukan-sukan lain termasuk sukan massa.

Keperluan ini sangat mustahak bagi kita dapat membezakan tumpuan perkhidmatan di antara Institut Sukan Negara dengan tugas-tugas dan peranan Majlis Sukan Negara. Justeru itu, beberapa perkara yang telah dibangkitkan, pandangan, cadangan, nasihat, teguran yang diberikan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat akan kita ambil perhatian sedalam-dalamnya semata-mata untuk memastikan hasrat ini tercapai.

Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis. Beliau menyatakan bahawa perlu untuk diwujudkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran dalam mencari potensi pelajar sejak kanak-kanak lagi. Sukacita di maklumkan Institut Sukan Negara telah sedia mewujudkan jalinan kerjasama dengan Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan beberapa program pengenalpastian bakat.

final • 12:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Kerjasama ini termasuk usaha memperkasakan penguasaan pengujian bakat dan amalan sains sukan yang sesuai bagi guru-guru yang terlibat dalam program ini. Kerjasama ini akan diteruskan dan diperluaskan mengikut keperluan dan perancangan pihak Kementerian Pelajaran serta lain-lain agensi yang terlibat.

Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Silam mengenai cadangan perlu untuk hubungan rapat dengan universiti- universiti seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, Jepun, Kanada bagi meletakkan sukan sebagai pra syarat utama jika mereka memerlukan biasiswa masuk ke universiti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada masa sekarang, Institut Sains Sukan sedia mempunyai hubungan kerjasama secara langsung dengan beberapa universiti luar seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi di mana kita telah mengadakan hubungan dengan University of Bath United Kingdom, University of Frankfurt Germany, Linsey Olympic Centre of Excellence Germany. Usaha untuk memperluaskan jaminan kerjasama ini akan terus dilakukan dan pada masa ini usaha juga sedang dibuat untuk mewujudkan memorandum persefahaman dengan Liverpool John Moores University United Kingdom.

Dalam negara kerjasama telah wujud di antara MSN, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia bagi memudahkan cara kemasukan atlet kepada program pengajian tinggi yang dikendalikan oleh universiti tersebut. Atlet turut diberi kelonggaran tertentu yang membolehkan mereka memasuki program pengajian tinggi di beberapa pusat pengajian tinggi tempatan dengan lebih mudah di samping dibenarkan masa yang lebih lama untuk mereka menyempurnakan pengajian mereka.

Ahli Yang Berhormat daripada Silam juga membangkitkan tentang pada masa akan datang untuk Institut Sukan Negara menghantar atau mengkaji satu pendekatan menghantar pengurusan untuk belajar satu bidang saintifik dari segi pengurusan untuk melahirkan sumber manusia yang ada yang berkemahiran tinggi dalam bidang sukan ini.

Institut Sukan Negara telah diwujudkan sebagai badan berkanun. Apabila diwujudkan sebagai badan berkanun nanti akan memberi perhatian terhadap pembangunan profesional para ahli sains sukan dan perubatan sukan demi memperkukuhkan perkhidmatan dan kepakaran yang ada dalam negara ini termasuk usaha untuk pendidikan ilmiah, pasca sarjana serta latihan dan pendedahan praktikal yang bersesuaian dengan tahap perkembangan sukan kebangsaan.

Yang Berhormat Kuala Kedah menyatakan adakah dengan penubuhan Institut Sukan Negara ini, industri sukan dan khususnya sukan bola sepak boleh diangkat martabatnya dengan peruntukan kewangan, latihan, kursus atau apa sahaja ganjaran- ganjaran yang diberikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Institut Sukan Negara akan terus memberi sokongan secara khusus dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan demi mempertingkatkan martabat pencapaian sukan bola sepak.

Ke arah ini, Institut Sukan Negara telah pun bekerjasama rapat dengan Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Sepak Malaysia bagi memastikan sokongan sains sukan menjadi sebagai sebahagian daripada tunggak persediaan pasukan bola sepak kebangsaan pada masa ini dan pada masa akan datang. Namun begitu Institut Sukan Negara tidak berperanan untuk menyediakan sebarang ganjaran kepada persatuan ataupun pemain pasukan bola sepak.

Yang Berhormat Kuala Kedah juga menyatakan bahawa dalam lawatan ke Korea, beliau telah mendapat pandangan daripada duta Malaysia di sana bahawa susuk tubuh rakyat Malaysia tidak cukup tinggi dan berbeza saiz manakala kita tidak dapat bersaing di peringkat antarabangsa khususnya dalam sukan bola sepak di atas faktor tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun bentuk fizikal rakyat Malaysia ada sesetengahnya kurang sesuai untuk jenis sukan tertentu, namun terdapat banyak jenis sukan lain yang menjadi kegemaran ramai seperti badminton, bola sepak, hoki, basikal, skuasy, memanah, acara terjun, boling padang dan tenpin bowling.

Malah bukan sahaja menjadi kegemaran tetapi atlet negara telah mencapai ranking yang menyerlah di peringkat antarabangsa termasuklah Datuk Lee Chong Wei, Dato’ Nicole N. David, Azizul Hasni Awang, Pandelela Rinong, Bryan Nickson Lomas, Anuar Manan dan ramai lagi.

final • 12:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Namun begitu, suka saya nyatakan bahawa untuk kita mendapat pandangan tentang satu-satu kepakaran, saya harap Ahli Yang Berhormat tidak bertanya kepada duta Malaysia di mana-mana pun tetapi sebaliknya merujuk mereka kepada mereka yang lebih pakar dalam bidan sukan.

Ahli Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Sri Gading juga membangkitkan soalan mengenai pembangunan bola sepak di mana Korea, Jepun dan China menjadi kuasa baru bola sepak di Asia dan di dunia. Yang Berhormat Arau menyatakan bahawa pembangunan bola sepak di peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah sewal umur 13 tahun di antara perkara yang perlu diberi penekanan seperti yang berlaku di negara-negara Amerika Latin. Malahan pada umur 19 tahun mereka akan balik selepas melakukan attachment dengan kelab-kelab ternama untuk bermain di negara asal...

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

[Bangun]

final • 12:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Ahli Yang Berhormat Sri Gading menyatakan bahawa Korea dulu adalah sebuah negara yang jauh ketinggalan dalam bola sepak berbanding negara kita tetapi berpandangan bahawa salah satu sebab di mana Korea menjadi kekuatan pada hari ini adalah dengan bajet bola sepak yang tinggi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak dapat dinafikan bahawa Korea Selatan dan Jepun mempunyai program pembangunan bola sepak, akar umbi yang mantap selain mendapat sokongan penuh syarikat-syarikat swasta mereka seperti Samsung, Hyundai, Panasonic, Fujifilm, Nissan, Bank of Yokohama di Jepun dan banyak lagi.

Negara ini juga mempunyai jumlah pemain remaja yang besar umpamanya Korea Selatan mempunyai sejumlah 576 pasukan remaja yang bertanding dalam liga bola sepak remaja Korea di bawah umur 12, 15, dan 18 tahun. Justeru Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara yang ditubuhkan...

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Menteri, minta mencelah. Di belakang.

final • 12:00 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Ya. Okey.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang bola sepak dan juga Institut Sukan Negara. Saya ingin mengemukakan bahawa terdapat ramai atlet-atlet dan juga pemain-pemain bola yang telah mengharumkan nama negara dan juga saya percaya Institut Sukan Negara akan mengambil langkan yang lebih baik untuk menjaga kebajikan serta masa depan bekas-bekas olahraga, atlet, pemain bola dan sebagainya. Saya juga hendak mengatakan, contohnya ada seorang bekas pemain bola negara yang pernah juga mewakili negara dalam aktiviti olahraga, beliau juga pernah mewakili negara dalam ragbi dan juga pernah mewakili negara dalam hoki. Beliau mewakili negara dalam empat disiplin sukan ini tetapi saya juga melihat bahawa pengiktirafan dan sumbangan beliau ini langsung tidak dihormati dan sebagainya.

final • 12:00 PM

Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai

Saya melihat mungkin tidak ada komunikasi atau apa-apa di antara majlis sukan dan sebagainya. Akan tetapi saya mengharapkan dengan wujudnya Institut Sukan Negara ini, atlet-atlet seperti ini, orang yang saya maksudkan yang pernah mewakili negara dalam empat disiplin ini bernama Kalimuthu, bekas staf Tenaga Nasional yang masih sehingga hari ini walaupun menjangkau umur 60-an, melatih atlet-atlet muda serta ahli-ahli, pemain- pemain bola sepak dan saya selalu bermain bola bersama beliau. Apa yang saya kemukakan ini adalah kerana saya kenal sendiri dan melihat bahawa tidak ada apa-apa silaturahim antara beliau dengan Majlis Sukan Negara ataupun mana-mana badan sukan induk di negara ini.

Saya mempunyai harapan tinggi bahawa Institut Sukan Negara ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri kita yang masih muda dan handsome serta comel ini...

[Ketawa] Jambulah, jambu... [Disampuk] Jadi, saya harap tindakan-tindakan yang sewajarnya akan diambillah. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Kalau kita lihat daripada segi persoalan yang dibangkitkan tidaklah menjurus pada akta ini kerana bukan tugas Institut Sukan Negara.

Namun begitu, saya percaya perkara yang dibangkitkan ini adalah satu perkara yang sangat mustahak untuk kita tangani dan saya sendiri secara peribadi akan jumpa Yang Berhormat untuk kita cari saudara Kalimuthu yang pada saya sudah pun banyak menyumbang. Salah satu badan yang ada adalah YAKEB iaitu yayasan yang ditubuhkan khusus untuk melihat dan membela ahli-ahli atlet kita, bekas atlet kita.

Namun begitu, disebabkan beliau masih aktif, saya percaya ada jalan yang mungkin boleh dimanfaatkan selaras dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor untuk ISN memanggil mereka yang berpengalaman, yang telah pun mewakili negara untuk memberikan ceramah, memberikan motivasi dan memberikan galakan kepada para atlet kita yang pada hari ini, yang pada saya boleh kita laksanakan.

Terima kasih Yang Berhormat.

Berbalik pada apa yang kita boleh lakukan di bawah Tabung Pembangunan Bola Sepak dengan dana permulaan RM10 juta yang diluluskan oleh Dewan ini. Kini dalam melaksanakan beberapa buah program pembangunan akar umbi untuk memastikan negara tidak lagi ketandusan pemain-pemain berbakat yang bukan sahaja mampu bersaing di peringkat antarabangsa malah boleh dipasarkan ke kelab-kelab luar negara. Seperti mana yang dinikmati oleh penyerang skuad kebangsaan kita iaitu saudara Safee Sali yang kini beraksi di kelab Pelita Jaya di Indonesia dengan gaji sebanyak RM30,000 sebulan.

Dalam masa yang sama, antara program-program yang telah kita susun adalah Liga Bola Sepak 1Malaysia Cardiff City iaitu Liga Bola Sepak Remaja di bawah 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pada April 2011 yang lalu. Program My Kids Soccer yang mirip pada pelaksanaan program latihan bawah umur 12 tahun yang dilaksanakan di Kelab Averton, Cardiff, Jepun dan Australia.

Kesinambungan daripada program ini, satu penganjuran kejohanan Champions of the Champions yang menghimpunkan juara-juara kejohanan peringkat umur bawah 12 tahun akan dilaksanakan, yang mana empat buah pasukan daripada Program My Kids Soccer yang akan bermain secara karnival selama enam hari dalam memastikan pembangunan di peringkat akar umbi diberikan perhatian dan diberikan galakan yang sewajarnya.

Pihak ISN juga telah dan akan terus menjalankan program pengenalpastian bakat bagi sukan-sukan yang ditentukan sebagai tujahan sekolah peringkat daerah dan negeri.

ISN juga akan mengetengahkan kanak-kanak ini pada sekolah dan persatuan sukan yang berkaitan bagi dimasukkan ke program latihan yang bersesuaian. ISN akan menyusun atur program bantuan sains sukan bersesuaian bersama jurulatih bagi membangunkan program latihan sukan tersebut, asas pembangunan fizikal atlet muda akan di perkasa seawal mungkin dan dipertingkatkan dalam jangka masa panjang melalui program susulan daripada Pusat Satelit ISN.

Yang Berhormat Kuala Kedah ada membangkitkan gejala rasuah pada perbahasan yang lalu yang juga telah dibangkitkan semasa celahan Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari ini daripada Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Krai semasa Ahli Yang Berhormat Kepong membahaskan rang undang-undang ini. Saya suka menyatakan bahawa walaupun bidang kerohanian tidak diletakkan di dalam fungsi Institut Sukan Negara, namun sensitiviti agama dan psikososial dalam pelbagai aspek latihan dan pertandingan tetap diberikan perhatian.

Ini meliputi perkara-perkara seperti sahsiah diri iaitu ketahanan mental, kecekalan, semangat juang di samping nilai-nilai murni seperti keadilan, bertimbang-rasa, menghormati lawan dan perkara-perkara murni yang lain. Aspek kerohanian yang diketengahkan bukan sahaja menjurus pada atlet beragama Islam tetapi meliputi semua atlet walau apa pun jua kepercayaan dan kefahaman mereka. Namun begitu, saya suka menyarankan bahawa dalam soal-soal yang berkaitan dengan kerohanian, agensi-agensi yang berkaitan juga dapat turut memainkan peranan dalam membantu membina sahsiah para atlet kita.

final • 12:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Yang Berhormat Lipis ada menyatakan tentang peranan Institut Sukan Negara yang perlu diperluaskan contoh klinik harian ISN yang tidak mendapat publisiti dan promosi sedangkan ia juga dapat memberikan rawatan kepada orang ramai selain daripada kakitangan Kementerian Belia dan Sukan. Sukacita saya nyatakan bahawa setelah ISN diwartakan sebagai badan berkanun, usaha promosi dan publisiti akan diusahakan bukan sahaja bagi perkhidmatan perubatan sukan tetapi akan merangkumi semua perkhidmatan yang tersedia dan Institut Sukan Negara. Ini adalah demi memperluaskan dan mempermudah capaian rakyat terhadap kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Yang Berhormat Lipis juga ada menyatakan tentang menerusi rang undang- undang ini, ISN boleh mengambil lebih ramai lagi tenaga dalam bidang sains sukan, fisioterapi dan juga psikologi sukan untuk memastikan tulang belakang pada sokongan utama dalam pembangunan sukan.

Yang Berhormat Arau juga menyatakan perkara yang sama apabila mengharapkan sebaik sahaja akta ini diluluskan, ia boleh mengorak langkah menjadi institut yang bukan sahaja menjadi kecemerlangan tetapi juga dapat membantu dan mengetahui pembangunan atlet-atlet negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Institut Sukan Negara akan terus memperkukuhkan bukan sahaja bilangan pakar sains sukan dan perubatan sukan tetapi juga memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman profesional mereka sesuai dengan sistem sokongan sains sukan dan perubatan sukan negara yang mantap, menyeluruh dan termaju.

Suka saya nyatakan di Dewan ini, walaupun tadi dinyatakan seolah-olah kita mempunyai begitu ramai kakitangan profesional, buat masa ini, elemen sains sukan serta jumlah kepegawaian di institut sains sukan sedia ada - Institut Sukan Negara Bukit Jalil, pakar pemakanan sukan – 17 orang; fisiologi senam – 12 orang; bio-mekanik senam – 9 orang; suaian fizikal – 14 orang; analisa sukan – 9 orang; psikologi sukan – 11 orang dengan pertambahan 3 orang daripadanya adalah ahli sepenuh masa. Justeru itu, kita mempunyai lebih kurang 58 orang sepenuh masa dan tiga orang ahli sepenuh masa.

Manakala bagi pegawai di Pusat Satelit ISN, pakar pemakanan sukan – 7 orang; fisiologi senam – 9 orang; bio-mekanik senam, tidak ada; suaian fizikal – 10 orang; psikologi sukan – 12 orang, menjadikan jumlah kakitangan kita di Pusat Satelit ISN seluruh negara 38 orang.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sri Gading juga menyatakan bahawa institut ini perlu melihat pencapaian sukan dalam negara yang menjadi sukan teras umpamanya sukan sepak takraw yang dahulunya hebat tetapi sudah merudum sejak akhir- akhir ini. Beliau juga menyatakan apakah sukan sepak takraw tidak mahu dilihat sebagai sukan yang boleh memberikan satu keuntungan kepada masyarakat kerana ia lebih murah dan lebih mudah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sri Gading, Kementerian Belia dan Sukan telah menumpukan pembangunan dan kecemerlangan untuk 19 jenis sukan teras prestasi tinggi yang merangkumi program-program atlet elit dan juga pelapis.

Sukan-sukan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang termasuklah sukan badminton, skuasy, berbasikal, akuatik, menembak, hoki, bola sepak, pelayaran, angkat berat dan ten-pin boling. Manakala bagi sukan sepak takraw, selepas kejayaan negara memenangi pingat emas di temasya Sukan SEA 2005 di Filipina, tidak banyak kejayaan yang dicapai oleh pasukan sepak takraw kita di Sukan Asia Doha 2006 dan Sukan Asia di Guangzhou 2010, kita hanya berjaya memenangi pingat perak. Mulai 1 April 2011, Persatuan Sepak Takraw Malaysia telah memutuskan untuk mengambil tenaga jurulatih import dari negara Thailand. Dua orang jurulatih dari Thailand tersebut ialah Parawit ‘Insra’ dan Tawit Wongkluen telah dilantik sebagai juruperunding sukan sepak takraw serta ditugaskan untuk melatih pasukan elit kebangsaan dan juga pasukan pelapis selama dua tahun iaitu bermula dari 2011 sehingga 2013.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan yang dianjurkan kini merupakan langkah terbaik dalam menggilap bakat-bakat baru. Justeru itu, saya ingin mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada Utusan dan KFC yang telah sama-sama untuk menjayakan program pembangunan sepak takraw yang sedang kita laksanakan.

final • 12:10 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Selain itu, sebanyak 24 buah negara akan menyertai kejohanan sepak takraw dunia yang akan dianjurkan di negara kita yang bertempat di Stadium Badminton Cheras mulai 21 Julai 2011. Ini merupakan platform terbaik untuk menyemarakkan atau mengembalikan minat rakyat terhadap sukan sepak takraw seperti mana sokongan rakyat kepada Kejohanan Badminton Piala Thomas 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dari segi Institut Sukan Negara, institut akan terus memberi perhatian dan sokongan kepada sukan berprestasi tinggi yang telah dikenal pasti oleh Majlis Sukan Negara. Walau bagaimanapun, melalui rang undang-undang ini, Institut Sukan Negara akan dapat memberi bantuan kepakaran sains sukan dan perubatan sukan yang sesuai kepada sukan-sukan lain yang mungkin popular tetapi tidak tersenarai dalam 19 sukan berprestasi tinggi yang kita telah kenal pasti.

Yang Berhormat Sri Gading juga mempunyai harapan setelah rang undang- undang ini diluluskan, bagaimana agaknya tindakan-tindakan yang berbeza-beza yang ada pada hari ini dalam menentukan atlet kita, peserta atau pemain sukan kita akan dapat galakkan yang luar biasa yang berbeza daripada yang lepas-lepas agar mereka dihargai, diberikan pertolongan dan diberikan bantuan.

Dalam soal ini, Institut Sukan Negara seperti yang saya nyatakan berulang-ulang kali, akan terus memperkembangkan bantuan sains sukan dan perubatan sukan yang sesuai agar membantu atlet dan pasukan sukan negara dapat mengekalkan serta memperbaiki prestasi mereka dalam sukan yang disertai.

Yang Berhormat Lipis ada mencadangkan supaya melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, kita dapat mewujudkan di setiap daerah, sekolah sukan peringkat menengah dan juga untuk peringkat rendah. Untuk makluman Dewan, Kementerian Belia dan Sukan melalui jawatankuasa bersama di antara Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi telah mempunyai kata sepakat dalam merencanakan pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun melaksanakan program Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah

(SBTS) yang menumpukan lapan jenis sukan iaitu sukan badminton, bola sepak, gimnastik artistik, gimrama, hoki lelaki dan wanita, olahraga, memanah dan sepak takraw.

Program SBTS ini dilakukan di 832 buah pusat latihan daerah di seluruh negara, manakala 15 buah sekolah sukan negeri dan dua buah sekolah sukan Malaysia yang meliputi seramai 25 ribu orang atlet dan 1,627 orang jurulatih yang telah dilibatkan dalam program ini.

Manakala Majlis Sukan Negara memberi tumpuan kepada program pelapis yang merangkumi program Pelapis Peringkat Negeri, Serantau dan Kebangsaan dalam usaha mewujudkan kumpulan atlet-atlet sokongan kepada atlet elit sedia ada. Sehingga hari ini, program Pelapis Negeri telah pun mempunyai seramai 4,649 orang atlet, Pelapis Serantau seramai 106 orang dan manakala Pelapis Kebangsaan mempunyai 276 orang atlet.

Yang Berhormat daripada Batang Sadong turut menyatakan bagaimana peranan institut sukan boleh diserapkan dalam sukan sekolah. Bagaimana pula mereka dapat mengambil program yang sudah ada dalam sukan sekolah ini untuk dilaksanakan melalui institut sukan. Untuk makluman Yang Berhormat Batang Sadong, pada masa sekarang Institut Sukan Negara telah mewujudkan sebuah pusat satelit bagi menyokong atlet di sekolah sukan Tuanku Mahkota Ismail, Bandar Penawar dengan memberi perkhidmatan sains sukan.

Pusat-pusat Satelit Institut Sains Sukan Negara berperanan untuk memberi sokongan sains sukan dan perubatan sukan di peringkat negeri. Pusat-pusat satelit ini telah menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak majlis sukan negeri, persatuan sukan dan juga pejabat pelajaran daerah bagi memperkukuh dan memperlengkapkan program pembangunan sukan yang telah dijalankan.

Setelah Rang Undang-undang Institut Sukan Negara diluluskan, usaha ini akan dapat diperluaskan lagi bagi memenuhi keperluan di peringkat negeri mengikut tujuan sukan negeri-negeri berkenaan.

final • 12:20 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Untuk maklumat Dewan, suka saya nyatakan bahawa sehingga hari ini kita telah pun ada sebanyak sembilan satelit ISN di mana yang pertama pada tahun 2007 telah diwujudkan di Sarawak bertempat di Majlis Sukan Negeri Sarawak, Kuching. Pada tahun 2007 di Pulau Pinang bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban. Pada tahun 2008 di Johor, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan juga di Larkin, di Majlis Sukan Negeri Johor, Larkin. Pada tahun 2009, satelit ISN telah ditubuhkan di Terengganu bertempat di Majlis Sukan Negeri Terengganu. Di Sabah, di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu dan di Kelantan, Kompleks Sukan Panji, Kota Bharu. Manakala pada tahun 2010, dua buah satelit ISN telah ditubuhkan di Pahang, di Kompleks Sukan Pahang dan di Melaka di Stadium Hang Jebat. Masih ada lagi lima negeri yang tidak mempunyai satelit iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan yang mana mereka begitu hampir dengan pusat ISN sendiri. Cuma Perlis yang agak jauh yang mungkin buat masa kini perlu kita berikan penekanan dari segi penubuhan satelit ISN selepas rang undang- undang ini diluluskan nanti.

Yang Berhormat Labuan menyatakan bahawa dengan tertubuhnya akta ini terutamanya kepada persatuan-persatuan sukan akan lebih terbimbing di bawah ISN dan juga Majlis Sukan Negara dan mengharapkan pemimpin-pemimpin atau pengerusi- pengerusi badan sukan hendaklah terdiri daripada mereka yang lebih profesional ataupun yang terlibat dalam bidang sukan tersebut.

Yang Berhormat Kuala Kedah juga menyatakan bahawa terdapat seolah-olah kalau menteri besar tidak menjadi presiden bola sepak negeri itu akan menjadi kesalahan sehingga termasuk dalam perlembagaan ataupun peraturan pertubuhan sedangkan dia tidak ada kepakaran.

Yang Berhormat Kota Belud juga selalu menyatakan bahawa kita selalu berdepan dengan satu alasan bahawa kalau ia dipimpin oleh ketua kerajaan ataupun pihak royalty ataupun pihak istana, kita selalu gunakan alasan untuk senang mendapat sumbangan kewangan.

Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan sebenarnya tidak boleh mencampuri urusan persatuan sukan kebangsaan sebagai badan NGO kerana badan sukan antarabangsa sesuatu sukan tersebut boleh mengambil tindakan menggantung persatuan sukan sesebuah negara. Ini yang berlaku di banyak negara apabila yang terbaru saya rasa BLIS telah menggantung pasukan persatuan bola sepaknya. Sebelum ini negara Perancis juga terlibat kerana campur tangan yang dirasakan dibuat oleh pihak kerajaan. Jika ini berlaku, ia akan merugikan atlet-atlet kita dan ia tidak akan dibenarkan bertanding di peringkat antarabangsa.

Mengenai persatuan bola sepak negeri-negeri, semua negeri-negeri persatuan bola sepaknya telah pun membuat pindaan ke atas perlembagaan masing-masing yang tidak lagi mewajibkan presiden persatuan bola sepak hendaklah merupakan menteri besar atau ketua menteri. Menteri besar dan ketua menteri yang masih lagi menerima pelantikan presiden adalah daripada Negeri Sembilan, Sabah, Kedah dan Selangor. Saya juga ingin menyatakan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sukan selaku pendaftar persatuan-persatuan sukan di Malaysia tidak menetapkan di dalam perlembagaan persatuan bahawa menteri besar mesti menjadi presiden kepada persatuan bola sepak tersebut. Sebaliknya, sekiranya perlembagaan sesuatu persatuan menyatakan menteri besar sebagai presiden, maka presiden itu perlulah disandang oleh menteri besar, walaupun menteri besar tersebut tidak ada kepakaran dalam bidang tersebut seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi.

Yang Berhormat Padang Terap ada mencadangkan bahawa perlu ada perbincangan yang serius di peringkat institut bagaimana kita boleh menyalurkan bantuan kewangan secara tetap berkala kepada persatuan-persatuan sukan tanpa melibatkan pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai kerjaya yang cukup sibuk.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya satu mekanisme pemantauan program telah diwujudkan secara berterusan melalui pembentukan Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara, persatuan sukan kebangsaan dan jawatankuasa program setiap jenis sukan bagi merancang program-program yang telah dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

final • 12:20 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Bantuan kewangan yang disalurkan juga adalah berdasarkan kepada pelan periodisasi yang dirancang dan dipersetujui oleh pihak Majlis Sukan Negara, pihak persatuan sukan kebangsaan dan jurulatih-jurulatih dan perkara tersebut sebenarnya tidak melibatkan secara terus Institut Sukan Negara ini.

Yang Berhormat Sri Gading ada menyatakan harapan bahawa ISN ini nanti boleh memainkan peranan penting serta memberi keutamaan khususnya mengenai kejurulatihan supaya soal jurulatih dititikberatkan dan diberi nafas baru oleh ISN.

Untuk makluman Dewan, ISN akan memberi bantuan dan didikan bagi memperkukuhkan pengetahuan dan amalan kejurulatihan melalui penerapan sains sukan dan perubatan sukan ke dalam pelaksanaan kerja jurulatih di samping memberi sokongan dan pendedahan terhadap penggunaan teknologi serta kaedah terkini berkaitan dengan penggunaan sains sukan dan program persediaan atlet kerana sangat mustahak buat masa ini teknologi sukan sudah berkembang dengan maju dan negara kita tidak boleh ketinggalan dalam usaha tersebut dan para jurulatih mesti juga dapat mempertingkatkan corak latihan yang diberikan kepada atlet.

final • 12:20 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Yang Berhormat Sibuti menyatakan bahawa kalau boleh jurulatih kita ini kita hantar ke luar negara untuk berlatih lebih daripada apa yang beliau sudah ada pada masa ini supaya mendapat lebih input kepada kejurulatihan dan mengharapkan ia boleh membawa kemajuan dalam sukan kita.

Untuk makluman Dewan, Majlis Sukan Negara ada menghantar jurulatih-jurulatih yang dikenal pasti oleh Persatuan Sukan Kebangsaan untuk menyertai kursus-kursus di peringkat antarabangsa. Majlis Sukan Negara juga dengan kerjasama kerajaan Australia pada tahun 2010 telah menerima tiga orang jurulatih negara dari sukan berbasikal, hoki dan renang untuk menyertai kursus selama tiga bulan di Australia yang sememangnya telah memberikan manfaat kepada jurulatih-jurulatih tersebut dalam mempelajari teknik serta kaedah kejurulatihan terbaru untuk diamalkan apabila melatih atlet-atlet negara pada hari ini.

Majlis Sukan Negara dengan kerjasama pihak Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) telah mewujudkan sebuah program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan atau dengan izin, Coaching Continuous Education. Kursus Coaching Continuous Education merupakan satu rangkaian pembelajaran mengenai pendidikan sains kejurulatihan dan berterusan kepada semua jurulatih sukan di seluruh negara.

Yang Berhormat daripada Jerai ada membangkitkan tentang perkara ketika pasukan Yang Berhormat di Piala Asia tahun lalu dan beliau mendapati bahawa pemain kita diberikan hidangan tengah hari seperti makan kenduri kahwin, makanan dan minumannya tidak begitu menepati makanan seorang atlet yang akan beraksi pada sebelah malamnya.

Sukacita saya nyatakan bahawa semasa temasya sukan, penginapan dan sajian atlet disediakan oleh pihak penganjur yang perlu mematuhi piawaian bagi temasya satu-satu sukan tersebut. Atlet diberikan pilihan sebagai menu sajian bagi memenuhi cita rasa mereka.

Institut Sukan Negara memberikan didikan kepada atlet-atlet kebangsaan dalam amalan pemakanan sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Ini termasuk masa yang sesuai untuk makan, serta jenis dan jumlah makanan yang diperlukan yang sesuai dengan sukan yang diceburi. Walaupun, menu sajian kelihatan pelbagai, atlet-atlet kebangsaan telah pun sedia maklum akan keperluan mereka sehinggalah mereka tamat pertandingan.

Justeru itu, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai perlulah saya dapatkan dengan lebih detail mengapa ada hidangan seperti kenduri kahwin kerana dalam satu-satu kejohanan mereka juga bebas bersama dengan pegawai jurulatih untuk mengadakan makan-makan mereka sendiri.

Yang Berhormat daripada Jerai juga menyatakan tentang persetujuan beliau dengan perubatan sukan yang cuba diketengahkan dalam Institut Sukan Negara ini kerana atlet kita apabila berlaku pembedahan kecil atau pembedahan, ia memakan masa selama enam bulan untuk beraksi semula. Sedangkan di luar negara kita melihat hanya memakan masa tiga minggu sahaja untuk atlet dapat beraksi seperti sedia kala.

final • 12:30 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Institut Sukan Negara menggunakan kaedah dan teknik terkini dalam menguruskan pemulihan atlet yang tercedera. ISN turut memberikan perkhidmatan pemulihan kepada atlet-atlet yang menjalani pembedahan akibat kecederaan yang serius. Umumnya, proses penyembuhan sesuatu kecederaan memerlukan tempoh yang tertentu tetapi dengan menggunakan kaedah dan teknik pemulihan yang sesuai tempoh pulih ini akan dapat dipercepatkan. Namun begitu, ISN akan terus menyediakan perkhidmatan rawatan pemulihan yang terbaik bagi atlet-atlet kita yang mengalami kecederaan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat daripada Jerai.

Ahli Yang Berhormat daripada Padang Terap, mencadangkan kepada pihak kementerian untuk melihat atau membangunkan industri sukan negara kita ini berasaskan kepada sumber-sumber tempatan. Banyak yang kita boleh ambil dalam isu saintifik dan mungkin perubatan-perubatan atau kaedah-kaedah sains purba yang diwarisi oleh masyarakat dalam negara baik Melayu, Cina dan juga India boleh diguna pakai untuk kita membangunkan prestasi atlet-atlet negara.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, Institut Sukan Negara menggunakan pelbagai kemahiran perubatan sukan yang sesuai dengan keperluan sukan negara. Pokok pangkalnya, perkhidmatan ISN disediakan hendaklah memulihkan atlet dalam keadaan sebaik mungkin. Ke arah ini, kemudahan perubatan kontemporari seperti teknik urut, rawatan akupunktur atau seumpamanya akan digunakan dalam program pemulihan atlet sesuai dengan kecederaan atau masalah yang dialami. Walau bagaimanapun, penggunaan kaedah dan teknik ini sentiasa diawasi oleh pegawai pengamal perubatan sukan agar proses penyembuhan dan pemulihan lancar dapat berlaku tanpa sebarang masalah dan tidak melanggari apa-apa peraturan penggunaan yang ditetapkan oleh pihak antarabangsa.

Yang Berhormat Batang Sadong menyatakan tentang bagaimana cara institut sukan ini dilaksanakan terutama sekali di peringkat negeri-negeri sama ada ia ditubuhkan di peringkat negeri ataupun mereka yang dari negeri ini dibawa bersama ke institut sukan.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, seperti yang saya nyatakan tadi Institut Sukan Negara akan menubuhkan lebih banyak pusat satelit di peringkat negeri menerusi kuasa yang diberikan di bawah Rang Undang-undang Institut Sukan Negara nanti. Sehingga sekarang hanya sembilan pusat satelit sahaja yang diwujudkan dan dua lagi dalam proses penubuhan. Pusat ini akan berfungsi di pusat latihan peringkat negeri secara langsung dan akan memberikan perkhidmatan kepada atlet-atlet negeri dan atlet-atlet di pusat latihan mereka.

Yang Berhormat daripada Padang Terap, ada mencadangkan kepada institut ini untuk membuat satu program yang berbentuk grass root atau akar umbi turun membuat pemilihan. Beliau memberikan contoh bahawa ketika beliau menyaksikan perlawanan bola sepak atau permainan bola sepak di peringkat-peringkat kampung ramai bakat yang telah pun beliau boleh kenal pasti. Justeru itu, beliau mencadangkan program ini mesti kerap dilakukan, program secara terbuka kepada anak-anak belia yang mempunyai potensi hendaklah dibuat malah juga kepada sukan-sukan lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program Pencarian Bakat oleh Institut Sukan Negara telah dijalankan secara terancang semenjak tahun 2007. Sehingga sekarang, sejumlah 194,987 orang kanak-kanak di antara umur tujuh hingga 15 tahun telah diuji atau dilatih di bawah program ini. Sejumlah 3,801 orang kanak-kanak telah dipilih untuk program sukan spesifik. Di negeri Kedah, pada tahun 2007 sehingga sekarang seramai 7,561 orang kanak-kanak telah mengikuti program ini dan 92 orang kanak-kanak tersebut telah dipilih untuk mengikuti program Sukan Spesifik. Program-program ini merupakan program yang berterusan dan akan disambung selepas Rang Undang-undang Institut Sukan Negara ini diluluskan.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ada juga berbincang dengan pegawai- pegawai tinggi sukan di peringkat negeri, saya dapati apabila ada aduan daripada anak- anak muda kita yang ada bakat dalam bola sepak, dalam bidang-bidang yang lain mereka menyatakan peluang mereka apabila mereka tercicir daripada pelajaran, tercicir daripada persekolahan.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Peluang mereka agak terbatas apabila pegawai-pegawai sukan ataupun jurulatih- jurulatih bola sepak ini mementingkan ataupun memberikan perhatian yang lebih kepada mereka yang berada di bangku persekolahan, sekolah-sekolah sukan dan sebagainya. Bagi mereka yang tercicir ini daripada persekolahan mereka hilang begitu sahaja ataupun bakat mereka tidak digunakan secara sepenuhnya.

Jadi itu yang saya bangkitkan apabila berkaitan dengan program yang bersifat akar umbi. Bagaimana kita boleh manfaatkan pemain-pemain ataupun potensi-potensi yang ada ini yang mereka tercicir ataupun tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini khususnya sukan bola sepak, apabila ada pemilihan terbuka yang dibuat oleh kelab-kelab swasta adalah macam IKRAR dan sebagai, apabila mereka pergi mereka dapat pula dan mereka boleh memanjangkan bakat mereka. Ini menunjukkan bahawa ada di sana potensi-potensi yang baik yang tidak digilap oleh pihak kementerian. Apabila mereka pergi kerja kilang mereka boleh main dan akhirnya dipilih untuk mewakili negeri dan juga kelab-kelab dalam piala-piala yang dianjurkan oleh pihak kementerian sendiri.

Jadi saya mencadangkanlah maksudnya itu bagi mereka yang ada peluang bekerja di kilang dan kebetulan kilang tersebut ataupun syarikat tersebut mempunyai pasukan bola sepak mereka yang menyertai kejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh kementerian. Akan tetapi, bagi mereka yang tidak bekerja di syarikat ataupun tidak melibatkan ataupun terpilih ataupun dalam pemilihan-pemilihan terbuka yang dibuat oleh mana-mana syarikat jadi mereka ini bakat itu rugi begitu sahaja. Wallahu a’lam. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Saya rasa keresahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap ini banyak dibangkitkan oleh pemimpin di peringkat akar umbi.

Cumanya yang boleh saya berikan maklum balas bahawa dalam kita membuat TID ataupun kita membuat penilaian prestasi atlet yang hendak dikenal pasti di peringkat akar umbi khusus di bawah ISN.

final • 12:30 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Kita akan melihat mereka yang berusia sekitar tujuh hingga dua belas tahun.

Kalau disebut tentang mereka yang tercicir saya percaya mereka ini berada selepas sekolah menengah. Kita tidak boleh melihat prestasi seorang atlet itu dengan mata kasar.

Ini yang dibuat di tempat-tempat lain. Bila kita pergi di sekolah bila kita melihat dengan mata kasar kita akan nampak satu pelajar yang begitu menonjol dari segi permainan pada usia dua belas tahun. Akan tetapi kita tahu dari segi sains sukan, dari segi penyelidikan perubatan sukan mereka ini tidak boleh pergi lebih jauh. Berbanding dengan ada pemain dari segi kemahiran, kemampuan. Walaupun tidak begitu terserlah di usia dua belas tahun dalam permainan bola sepak, tetapi dengan teknologi sukan, sains sukan dan perubatan sukan, kita boleh kenal pasti bahawa mereka boleh jadi lebih cemerlang pada usia tujuh belas, lapan belas nanti.

Sebab itu kepada Ahli Yang Berhormat usia ini sangat mustahak kerana dalam satu bidang sukan usia untuk mereka cemerlang berbeza-beza. Ambil contoh sukan gimnastik umpamanya. Bila mereka berusia 22 tahun, 23 tahun kebanyakan daripada mereka sudah pun bersara kerana mereka mula menyertai dan peak, dengan izin pencapaian, kecemerlangan atlet gimnastik ini pada sekitar 12 tahun, 13 tahun, 14 tahun 15 tahun hingga 17 tahun umpamanya. Dalam sukan badminton pun begitu juga, sukan pun begitu, bola sepak begitu juga. Kalau diambil contoh pasukan bola sepak yang cemerlang di peringkat kilang. Ini satu perkara yang pada saya sangat berbeza kerana mencipta nama pada usia 24 tahun masih di peringkat kilang.

Sudah tentu mereka belum boleh bermain di peringkat kebangsaan kerana usia itu sudah pun dianggap tua. Untuk menyertai pasukan pelapis pun mereka dianggap tua kerana Pasukan Pelapis Skuad Harimau A dan B kebanyakan mereka datang walaupun betul saya setuju daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil, atau Bandar Penawar. Akan tetapi usia mereka semuda 16 tahun, 17 tahun, 18 tahun, 19 tahun. Apabila mereka mewakili negara dalam usia muda, maka pembangunan bola sepak kita akan berada di tahap yang betul.

final • 12:40 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Akan tetapi kalau kita masih mempunyai pemain berusia 27 tahun di peringkat kilang untuk kita ketengahkan saya rasa itu tidak lagi merupakan satu pembangunan yang produktif. Ini kerana dalam bidang sukan ia membawa kepada satu usia, satu umur, satu kohort yang berbeza dengan perkara-perkara yang dinyatakan. Sebab itu Majlis Sukan Negara akan melihat 19 jenis sukan dan seluruh pembangunannya. Institut Sukan Negara akan melatih jumlah yang lebih ramai dari segi cara pemakanan, kehidupan sukan yang lebih baik di dalam negara kita. Untuk kita ada satu pool yang lebih ramai untuk dipilih di peringkat yang lebih tinggi.

Namun begitu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Terap yang membangkitkan tentang perkara pemilihan ini. Saya juga merasakan bahawa selepas rang undang-undang ini diluluskan kita akan dapat lebih memberikan kesedaran kepada apa yang dilakukan oleh Institut Sukan Negara kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Mengenai soal cuti kepada pemain-pemain atau atlet kita yang bekerja yang didapati sangat sukar untuk mendapat kelulusan ketika memohon cuti, sehingga ada yang terpaksa menggunakan pemimpin-pemimpin tempatan menyokong kepada cuti tersebut. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Sri Gading, Majlis Sukan Negara sentiasa menyediakan surat sokongan bagi pelepasan daripada bertugas atau kuliah bagi atlet yang masih belajar atau cuti tanpa rekod, cuti tanpa gaji untuk atlet yang telah bekerja.

Bagi atlet yang telah diluluskan cuti tanpa gaji oleh majikan masing-masing, MSN akan membayar elaun kehilangan pendapatan iaitu jumlah gaji yang diterima daripada majikan tersebut juga membayar elaun latihan atlet kepada jumlah mengikut prestasi yang telah ditetapkan. Jadi, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat Sri Gading, kalau ada lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan kesukaran mendapat cuti ini bolehlah dikemukakan kepada kementerian ataupun terus kepada Majlis Sukan Negara, dengan syarat atlet-atlet ini adalah atlet yang mewakili negara.

Ahli Yang Berhormat Jerai ada juga menyatakan tentang atlet mendakwa elaun latihan agak kecil jika dibandingkan dengan elaun-elaun lain termasuk elaun ke luar negara.

Untuk maklumat Dewan ini atlet-atlet akan diberi elaun latihan sebanyak RM500 iaitu elaun tetap latihan. Jumlah ini diberikan dengan mengambil kira makan dan penginapan yang telah ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara. Dari jumlah tersebut tambahan RM1,000 kepada atlet jika memenangi pingat di Sukan SEA, RM2,000 jika mereka memenangi pingat di Sukan Komanwel atau Sukan Asia dan jumlah RM3,000 jika mereka memenangi pingat di Sukan Olimpik.

Sebagai contoh Datuk Lee Chong Wei kini menerima elaun latihan sebanyak RM3,500 sebulan ditambah dengan imbuhan tetap Sukan Olimpik sebanyak RM3,000 hasil kemenangan pingat Perak yang dimenangi beliau di Sukan Olimpik Beijing 2008.

Menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima oleh Datuk Lee Chong Wei adalah sebanyak RM6,500 sebulan.

Yang Berhormat daripada Kuala Kedah ingin mendapatkan penjelasan tentang data-data terkini sukan-sukan yang boleh kita capai ataupun kita melonjak ke peringkat antarabangsa dalam bentuk jumlah atletnya dan dalam bentuk peruntukan kewangannya dan juga dalam bentuk latihan yang diberi. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan telah menumpukan pembangunan dan kecemerlangan untuk 19 jenis sukan teras prestij tinggi, dengan peruntukan sebanyak RM31.1 juta bagi tahun 2011. Peruntukan tersebut melibatkan program latihan atlet yang berjumlah 455 orang dengan program pelapis di peringkat kebangsaan, serantau dan negeri seramai 5,033 orang.

Sukan-sukan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di peringkat antarabangsa khususnya di temasya sukan seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik, adalah daripada acara sukan badminton, skuasy, berbasikal, track, akuatik renang dan terjun, acara menembak, hoki lelaki, bola sepak lelaki, pelayaran, angkat berat, ten-pin bowling, karate dan wushu.

final • 12:40 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Yang Berhormat daripada Kuala Kedah juga menyatakan bahawa di negara- negara lain institut sukan ini biasanya tidak mendapat campur tangan kerajaan. Kerajaan hanya membuat rang undang-undang tetapi tidak melibatkan implikasi kewangan.

Bermakna untuk pengurusan pentadbiran kewangan dan sebagainya mereka dapat daripada sponsorship, tajaan. Suka saya nyatakan walaupun mungkin terdapat negara- negara di mana Institut Sukan Kebangsaannya tidak mempunyai implikasi kewangan kepada kerajaan. Namun institut-institut sukan di Australia, England, Scotland, Wales, Korea Selatan, Jepun, Afrika Selatan dan China masih menerima dana operasi dan pembangunan daripada kerajaan masing-masing. Namun begitu kerajaan kita komited dalam mengemukakan rang undang-undang ini. Bagi membolehkan ISN mendapatkan dana operasi dan pembangunannya menerusi kutipan fi perkhidmatan, pengkomersilan, dapatan penyelidikan serta dana penajaan daripada pihak bukan kerajaan.

Yang Berhormat daripada Kuala Kedah seterusnya membangkitkan soal fasal 41 dan fasal 42 berkaitan dengan penubuhan syarikat apabila menubuhkan syarikat di bawah Akta 125. Bermakna syarikat yang bertaraf sendirian berhad ini mempunyai authorities tertentu. Biasanya banyak syarikat yang seperti ini sekiranya tidak dikawal akan melibatkan kerugian. Begitu juga bantuan kewangan kepada syarikat yang ditubuhkan oleh institut di bawah perkara 41 tadi. Kadang-kadang dengan menggunakan budi bicara dan kuasa yang ada ia boleh memberikan kepada mana-mana pihak kroni atau mana-mana company semata-mata untuk memberikan tender projek dan sebagainya secara sewenang- wenangnya.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat kuasa bagi menubuhkan syarikat di bawah fasal 41 adalah bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk memajukan industri sukan dalam negara kita. Kuasa ini bertujuan untuk membolehkan Institut Sukan Negara mendapat dana bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan seperti Yang Berhormat cadangkan tadi. Penubuhan syarikat ini adalah tertakluk kepada beberapa lapisan kelulusan sebelum dapat dilakukan dengan mendapat kelulusan peringkat tertinggi iaitu diperolehi daripada kedua-dua Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Kewangan.

Syarikat yang ditubuhkan adalah tertakluk kepada Akta Syarikat 1965 dan perlu mengemukakan laporan kewangan dan audit setiap tahun. Juga perlu dinyatakan bahawa kebanyakan ataupun semua urus niaga yang akan dipohon hendaklah berkaitan dengan tugas, matlamat ISN itu sendiri. Melalui fasal 42 pemberian bantuan juga perlu mendapatkan kelulusan beberapa peringkat sebelum kelulusan akhir dari kedua-dua Menteri Belia dan Sukan dan juga Menteri Kewangan. ISN tidak boleh membuat sebarang keputusan memberi bantuan kepada syarikat atau mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada kedua-dua Menteri berkenaan.

Yang Berhormat daripada Jerai ada menyatakan bahawa Kementerian Belia dan Sukan dan Institut Sukan Negara mesti bekerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya dapat memperbanyakkan publisiti agar membangkitkan suasana yang ada untuk menyambut kejohanan sukan setiap kali diadakan dalam negara seperti Sukan Malaysia.

final • 12:40 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Kementerian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat mengenai memperbanyakkan lagi publisiti Sukan Malaysia, dan cadangan Yang Berhormat ini akan kita jadikan keutamaan dalam penganjuran Sukan Malaysia pada masa akan datang yang akan berlangsung di negeri Pahang.

Yang Berhormat Sungai Petani juga menyatakan dan membangkitkan tentang ada salah satu negeri yang menganjurkan SUKMA contohnya, selepas itu kita lihat gelenggang- gelanggang dibiarkan kosong, tidak ada program-program berterusan. Malah, kadang- kadang ada atlet-atlet atau anak-anak muda yang hendak menggunakan gelanggang atau gelanggang itu terbiar dan tidak diuruskan. Ini menyebabkan perbelanjaan yang begitu banyak setiap kali Sukan Malaysia dianjurkan tetapi akhirnya ia begitu sahaja dan setiap tahun negeri lain pula akan menganjurkannya dan nampak seolah-olah penumpuan diberikan kepada pandangan fizikal tetapi bukan kepada pembangunan sukan itu sendiri.

final • 12:50 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Untuk Ahli Yang Berhormat Sungai Petani, kementerian menyedari bahawa terdapat sebilangan kecil infrastruktur sukan Malaysia yang tidak digunakan seperti yang sepatutnya atau terdapat juga yang tidak diselenggarakan dengan baik. Namun begitu, masih terdapat sebilangan besar kemudahan ini telah digunakan bagi memberi manfaat kepada pembangunan sukan, sama ada untuk dijadikan tempat latihan atau pertandingan acara sukan. Justeru, tidak semua kemudahan sukan yang dibina semasa penganjuran Sukan Malaysia merupakan satu pembaziran.

Namun begitu, pihak kerajaan akan terus membuat pemantauan agar pelaburan yang diberikan itu tidak terus membazir. Sepanjang pemantauan kementerian, terdapat negeri-negeri yang mengelolakan kejohanan sukan dwitahunan bagi menggunakan venue- venue tersebut. Di antaranya termasuklah kejohanan Sukan Negeri Sembilan (SUKNES), negeri Perak (SUPER), negeri Selangor (SUKSES), negeri Sabah (SAGA), Pulau Pinang

(SUKPEN), Terengganu (SUTERA), negeri Johor (Sukan Johor) dan negeri Pahang (Sukan Remaja Pahang). Ini juga membuktikan bahawa kemudahan ini secara tidak langsung telah menggalakkan pertandingan yang lebih menyeluruh di peringkat akar umbi.

Kementerian Belia dan Sukan juga telah mewujudkan pusat latihan Program Pelapis Negeri Majlis Sukan Negara di venue atau kemudahan yang ada di seluruh negara ini. Sejumlah 40 venue telah terlibat dalam program tersebut. Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan akan terus membantu majlis sukan negeri-negeri dalam memberikan kepakaran pembangunan sains serta dalam mengurus dan mengendalikan infrastruktur atau kemudahan sukan yang tersedia ini agar ia lebih terurus.

Yang Berhormat dari Jerai ada menyatakan tentang perkara yang berkaitan pusat atlet di peringkat negeri-negeri di kawasannya iaitu pusat atlet ping pong yang beraksi di dewan orang ramai di bawah kendalian majlis sukan daerah kemudiannya beraksi di peringkat negeri dan kebangsaan. Mereka ini memohon supaya ada sedikit peruntukan agar mereka boleh berjaya mencungkil bakat baru dalam mengetengahkan serta menambahkan lagi koleksi atlet negara dalam permainan ping pong.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Sukan Latihan Ping Pong Guar Chempedak di Sekolah Jenis Kebangsaan Yang Kao, Gurun, Kedah merupakan pusat latihan di bawah Program Pelapis Majlis Sukan Negara sehingga tahun 2010 yang lepas. Namun begitu, bagi tahun 2011, pusat latihan ini tidak lagi di bawah Majlis Sukan Negara kerana program Majlis Sukan Negara akan menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan bagi 19 jenis sukan teras prestasi tinggi. Sukan ping pong tidak termasuk lagi dalam salah satu sukan teras negara.

Yang Berhormat dari Padang Terap mencadangkan kepada pihak kementerian dengan penubuhan rang undang-undang ini, perlu juga ada satu panel, paling kurang panel penasihat syariah. Ini adalah satu panel penasihat syariah untuk memastikan bukan sekadar sudut pakaian tetapi juga dalam sudut makanan, ubat-ubatan yang digunakan oleh atlet di samping bukan sekadar terlibat dalam perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada perkara-perkara yang diharamkan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, cadangan ini akan kita berikan perhatian.

Namun begitu, suka saya menyatakan bahawa dalam soal pembinaan sahsiah, ia juga melibatkan pelbagai agensi dalam kita melatih dan membina modal insan dalam negara.

Saya yakin atlet kita juga tidak terlepas daripada melalui pemantauan daripada agensi- agensi yang berkaitan.

Yang Berhormat dari Padang Terap terus mencadangkan...

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Tuan Yang di-Pertua..

final • 12:50 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Ya.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja. Saya mencadangkan bukan sekadar untuk atlet. Saya cadangkan juga untuk pegawai-pegawai ISN sendiri ataupun Majlis Sukan Negara perlu lihat ataupun diberikan mungkin kursus dan penerangan berkaitan dengan halal, haram ini. Bukan sekadar atlet.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Ini kerana yang ditimbulkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan masalah moral, rasuah, penyelewengan yang berlaku. Stadium runtuh dekat Terengganu dia ada juta pun. Dekat Kedah pun stadium bernilai RM35 juta tidak boleh guna. Bukan sekadar kita mewujudkan panel ini untuk menasihati atlet-atlet tetapi juga kepada pegawai- pegawai dan mereka yang terlibat dalam pembangunan sukan. Jadi, itulah yang saya cadangkan kepada Yang Berhormat dan pihak kementerian.

final • 12:50 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Ya, setuju bahawa perkara itu sangat mustahak.

Oleh sebab itu saya katakan tadi dari segi pembangunan sahsiah. Kalau bukan atlet, yang dicadangkan untuk pegawai jurulatih pun tidak mengapa. Cumanya saya hendak responskan kepada untuk ditubuhkan panel penasihat syariah di Institut Sukan Negara, pada saya ia akan melibatkan kos. Jadi, lebih baik kita hantar sesiapa juga yang perlu kepada mana-mana badan yang boleh menasihati atau membina dari segi sahsiah kepada semua yang terlibat tadi. Maknanya bukan secara dalamanlah.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri, cadangan saya ialah kos untuk kita mewujudkan institut ini juga perlu dimasukkan sebahagian daripadanya untuk tujuan penubuhan panel ini. Jadi minta pandangan daripada kementerian. Memang betul kita faham ia mewujudkan kos tetapi perlu dan paling tidak, kalau tidak ada panel pun, beberapa orang pegawai mungkin perlu ditempatkan di situ yang pakar tentang syariah dan agama untuk menasihati dan memberikan kursus-kursus. Bukan sekadar..., ya lah, kalau tidak boleh buat panel pun. Panel itu mungkin nampak besar dan memerlukan RM3 juta atau RM4 juta. Akan tetapi ini bukanlah memakan belanja RM2 juta, RM3 juta atau RM4 juta pun. Wujudkan mungkin jawatan yang mempunyai program- program berkala. Saya tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran pun bersetuju nampaknya. Jadi perlu, wajib dan penting sangat. Inilah cadangan daripada saya.

final • 12:50 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Ia sebenarnya memang ada pun. ISN tidak perlu ada jabatan undang-undang sebab semuanya dikendalikan oleh AG Chambers. Serupa juga dengan semua agensi, ia ada pegawai agama. Jadi yang saya respons tadi bahawa kita tidak perlu ada satu panel. Panel ini maknanya bukan seorang pegawai, ia ramai. Akan tetapi dari segi perkara yang dibangkitkan, itu akan kita terima dan kita teliti. Cumanya bukan dalam bentuk panel tetapi mungkin dan saya percaya di Majlis Sukan Negara pun ada seorang pegawai yang diberikan di bawah jabatan agama untuk mengendalikan soal- soal keagamaan dan juga bagi atlet-atlet bukan Islam, ada perkara yang disediakan tetapi dikendalikan oleh satu agensi yang lebih besar, seperti yang saya nyatakan tadi, AG Chambers menyediakan semua pegawai dari segi perjawatan di semua kementerian dan agensi dan tidak dibentuk oleh agensi berkaitan secara sendiri. Akan tetapi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat kerana cadangan itu pada saya sangat mustahak untuk kita memastikan pembangunan kita akan menjadi lebih sekata.

Yang Berhormat Hulu Selangor membangkitkan tentang soal kepakaran ini perlu dikongsi. Saya mengucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Hulu Selangor banyak menyatakan perkara-perkara yang sedang dan yang telah pun kita laksanakan. Kita akan memastikan segala bentuk cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat akan dapat kita laksanakan dengan lebih baik selepas kita mengasingkan Institut Sukan Negara sebagai satu badan berkanun secara berasingan.

Yang Berhormat Jempol turut menyatakan tentang perkara-perkara iaitu tentang saiz atlet-atlet kita yang agak terlebih daripada yang sepatutnya. Pada ketika ini memang kita ada sejumlah 62 orang pakar untuk melihat prestasi 19 sukan ini dan perkara ini juga menjadi perbincangan kerana dari segi pemakanan, dari segi rupa para atlet kita banyak menyumbang kepada keyakinan pemain.

Yang Berhormat Kepong walaupun sudah keluar tadi, saya anggap perkara yang dibangkitkan tadi lebih kepada masa kecederaan. Dia kata kita hanya terlibat dengan apabila ada kemenangan satu-satu perkara. Sebenarnya apabila kalah pun kita pergi. Kita jumpa lebih banyak yang kalah daripada yang menang. Cuma yang keluar surat khabar, Yang Berhormat Kepong nampak yang menang sahaja. Yang kita jumpa semasa kalah ini, surat khabar pun tidak tulis waktu kita berjumpa dan tidak adil untuk menyatakan bahawa kita hanya memberikan penekanan kepada acara yang menang.

final • 12:50 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Sebenarnya kita pergi kepada semua dan kita tidak membeza-bezakan. Sudah tentu apabila mereka menang, kita akan rasa suka kerana ia adalah kemenangan negara.

Akhir sekali tentang perkara yang dibangkitkan iaitu tentang rasuah bola sepak.

Saya tidak mahu menyentuh tentang perkara-perkara pilihan raya politik sukan. Baju warna apa, kad warna apa, itu saya rasa sampingan tetapi dari segi perkara yang lebih serius.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, gejala bola sepak yang melanda bola sepak negara baru-baru ini melibatkan pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dan T-Team. Dua orang jurulatih dari pasukan berkenaan bersama-sama seorang bookie telah pun dihadapkan di mahkamah dan sedang menunggu perbicaraan selanjutnya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membentuk sebuah jawatankuasa dinamakan Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’ Seri Aseh Che Mat yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sambung petang Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Sedikit lagi. Hendak habis, satu minit. Sambung petang?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah tengah hari tidak boleh sambung masa.

final • 12:50 PM

Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Okeylah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

final • 2:32 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya sila. Siapa lagi yang menyelewengkan Dewan ini?

final • 2:32 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tidak, bukan. Saya mempunyai dua perkara berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat 36(12). Pertama, berkenaan jawapan Perdana Menteri pada 15 Jun 2011 dan kedua, berkenaan jawapan 22 Jun 2011, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri terhadap ucapan penangguhan saya.

Saya mendapati kedua-dua perkara ini terdapat ayat yang bersifat mengelirukan Dewan dan perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Pertama, pada 15 Jun 2011, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menafikan bahawa tiada orang Islam murtad di Malaysia. Namun, ini sangat mengelirukan kerana jawapan Menteri kepada soalan saya secara jelas menyatakan jumlah permohonan. Seharusnya satu dialog diadakan di setiap kawasan Parlimen untuk menerangkan permasalahan murtad kepada khalayak umum, terma “tidak sah masuk Islam” dan “murtad”, merupakan dua perkara yang berbeza. Menteri tidak seharusnya keliru dengan soalan saya yang berkisar persoalan jumlah yang diluluskan untuk murtad. Adakah kenyataan Menteri di media itu adalah merupakan cubaan untuk menutup kebenaran atau mempunyai motif tertentu dan saya memohon Menteri untuk tampil ke Dewan dan menjelaskan kekeliruan ini.

Perkara yang kedua. Saya minta Tuan Yang di-Pertua memberi saya sedikit masa kerana alasan yang saya akan sebut mungkin memakan masa sedikit kerana ia melibatkan undang-undang yang saya perlu petik untuk melengkapkan alasan saya.

final • 2:32 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Timbalan Menteri KDN menyatakan bahawa kerajaan tidak dapat mempertimbangkan pengembalian semula taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mendiang Lim Lian Geok kerana dalam Kaedah 28, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996) menyatakan bahawa pemohon hendaklah hadir sendiri dan menurunkan tandatangan di hadapan Pendaftar semasa mengemukakan permohonan kewarganegaraannya.

Pertama sekali, saya merujuk kepada seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Pindaan 2006) yang menyatakan bahawa Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa. Dalam kes anak berbinkan mendiang Teoh Beng Hock, Teoh Er Jia nama bayi yang dilahirkan sempena nama keluarga mendiang manakala mendiang Teoh Beng Hock pula dinyatakan sebagai bapa bayi berkenaan.

Adik perempuan mendiang Teoh Lee Lan menyatakan kejayaan mereka memperoleh sijil kelahiran berkenaan adalah hasil bantuan Perdana Menteri dan isteri beliau dan juga kerjasama Menteri Dalam Negeri. Kes tersebut telah menunjukkan walaupun syarat tertentu telah ditetapkan secara jelas dalam seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, kerajaan sanggup membuat keputusan untuk mengatasi masalah ini kerana kes tersebut dipandang sebagai kes istimewa.

Kedua, siapakah yang berkuasa menetapkan kaedah-kaedah tersebut? Bukankah dalam Jadual Dua, Bahagian III, seksyen 6 Perlembagaan Persekutuan sudah menyatakan bahawa kaedah-kaedah tersebut boleh ditetapkan oleh Menteri. Kalau sedemikian, mengapa menteri guna kaedah yang ditetapkan oleh dirinya sendiri untuk menyekat sendiri.

Mengapa menteri tidak sanggup membuat pindaan kepada kaedah-kaedah tersebut sekiranya Kerajaan Barisan Nasional setuju dengan konsep bahasa ibunda sebagai salah satu hak asasi manusia yang selaras dengan perjuangan Cikgu Lim Lian Geok dan UNESCO atau pun Kerajaan Persekutuan merupakan satu kerajaan yang tidak tahu menghormati hak asasi manusia.

Saya minta Kerajaan Persekutuan memberi satu penjelasan yang tepat setuju atau tidak tindakan melucutkan taraf kewarganegaraan Cikgu Lim merupakan satu keputusan yang salah dan patut diperbetulkan. Selain itu, menteri tidak menjawab soalan saya iaitu adakah kerajaan boleh menggubal Akta Kesamarataan Pendidikan untuk memastikan sekolah kebangsaan....

final • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bakri, panjang lagi?

final • 2:32 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ini hampir habis dalam satu ayat. Sekolah aliran Cina dan Tamil mendapat peruntukan yang sama rata. Akhir sekali, saya ada satu pantun di sini dan harap boleh dibaca, Belayar kapal dek angin bertiup, Dari China belayar ke Melaka, Sudah meninggal diminta hidup, Untuk pohon jadi warganegara.

Dari China datang ke Melaka, Singgah sebentar di Mongolia, Hantu dipuja sungguh istimewa, Dapat mengundi dalam pilihan raya.

Sekian, terima kasih.

final • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 36(12) adalah satu peraturan mesyuarat yang kita bangkitkan apabila seseorang Ahli Yang Berhormat yang lain sengaja menyelewengkan fakta dalam Dewan.

Apabila kita menuduh sengaja menyelewengkan fakta, serupa juga kita mengatakan bahawa Menteri atau Ahli Yang Berhormat demikian berbohong, you are a liar, pembohong.

Menuduh seseorang seperti itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya boleh buat kerana apabila kita buat, didapati bahawa tuduhan kita itu tidak betul, nanti kita pula yang terkena.

final • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bakri harus faham, untuk menyabitkan Peraturan Mesyuarat 36(12) ialah pertama, yang berhujah itu sewaktu berhujah tahu bahawa fakta yang dihujahkan itu tidak betul.

Kedua apabila menyedari bahawa hujah itu tidak betul pihak yang berkenaan tidak berusaha untuk memperbetulkan hujah dan ketiga mesti ada niat yang jahat menyelewengkan.

Jadi kalaupun syarat pertama dapat dipenuhi, syarat kedua dapat dipenuhi adakah seorang Ahli Yang Berhormat dalam Dewan kalau sayalah sengaja berniat untuk menyeleweng? Harus juga diingat bahawa bukan setiap jawapan daripada Yang Berhormat Menteri itu dapat memenuhi semua hasrat dan kehendak setiap Ahli Yang Berhormat dan saya tidak mempunyai kuasa untuk mengajar, memaksa, tunjuk ajar macam mana menjawab.

Tadi Yang Berhormat Bakri saya membiarkan, tidak apalah panjang lebar apa fakta-fakta yang disebut tadi. Saya bukan sebagai seorang hakim untuk menentukan sesuatu itu benar atau tidak. Apabila saya mempengerusikan mesyuarat, saya akan memastikan mesyuarat itu berjalan dengan lancar. Saya pastikan bahawa peraturan mesyuarat dipatuhi supaya mesyuarat dapat dipatuhi dengan lancar. Jadi dalam soal itu harus juga diingat bahawa, apabila kita menimbulkan peraturan mesyuarat kalau boleh sewaktu Yang Berhormat Menteri berhujah atau Ahli Yang Berhormat berkenaan itu menyeleweng itu berhujah, tegur pada ketika itu. Jangan apabila perkara sudah berlalu, baru kita tegur. Kerana apabila kita buat begitu, bermakna perkara-perkara yang sudah dibangkitkan semula maka dia akan ada kesan kepada apa yang dirunding pada ketika ini bermakna masa sudah terbazir.

Jadi pun demikian, saya akan tegur balik apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bakri itu, dan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolonglah kalau membawa Peraturan Mesyuarat 36(12) ingat satu tuduhan yang serius kepada seseorang kita tidak boleh buat tuduhan sewenang-wenangnya. Terima kasih, sila Yang Berhormat Menteri, teruskan.

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menyambung jawapan yang terhenti sewaktu kita berhenti makan tengah hari tadi. Iaitu untuk makluman Ahli Yang Berhormat, gejala rasuah bola sepak yang melanda bola sepak negara baru-baru ini melibatkan pasukan bola sepak Piala Presiden dari Negeri Sembilan dan T-Team, dua orang jurulatih pasukan berkenaan bersama dengan seorang bookie telah dihadapkan ke mahkamah dan sedang menunggu perbicaraan selanjutnya.

Dalam usaha membanteras gejala rasuah, Persatuan Bola Sepak Malaysia telah pun membentuk sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pemeriksaan Pemantauan dan Ketelusan yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Aseh Che Mat dan dianggotai oleh wakil-wakil dari PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Sehingga kini Persatuan Bola Sepak Malaysia masih belum mendapat apa-apa laporan daripada PDRM atau SPRM berkenaan penglibatan pemain bola sepak yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Malaysia iaitu Liga Super mahupun Liga Perdana.

Kementerian sangat serius dalam soal rasuah ini, malahan salah satu faktor utama yang dikatakan sebagai kemerosotan pasukan negara ada kaitannya dengan kes rasuah bola sepak yang melanda pemain-pemain negara pada 1993 hingga 1997 yang lalu di mana lebih 179 orang pemain yang beraksi dalam Liga Bola Sepak Malaysia telah ditangkap disebabkan terbabit dalam gejala bola sepak tersebut. Sebahagian besar daripada jumlah tersebut merupakan pemain-pemain pelapis muda yang berkaliber yang dirancang untuk diserap ke skuad kebangsaan yang pada ketika itu berjaya menghuni tangga 75 ranking bola sepak dunia.

final • 2:42 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I - Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

Namun disebabkan keseriusan kita, mereka terjebak dengan gejala rasuah. Maka kehilangan mereka menjadi satu tamparan kepada perancangan keseluruhan memandangkan umur pemain-pemain terlibat ini di dalam lingkungan 18-20 tahun, maka kehilangan mereka telah menyebabkan satu kekosongan bagi menggantikan pemain- pemain senior yang ada pada ketika itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan penyiasatan FIFA terhadap FAM berhubung perlawanan antarabangsa 2009 seperti yang dibangkitkan. Susulan daripada penyiasatan, FIFA telah memaklumkan bahawa perlawanan persahabatan antarabangsa di antara pasukan Malaysia dan Zimbabwe pada pertengahan tahun 2009 telah diatur. Namun ia hanya melibatkan Persatuan Bola Sepak Zimbabwe sahaja. Alhamdulillah lah, Persatuan Bola Sepak Malaysia telah didapati bebas dan tidak terlibat dengan pengaturan perlawanan tersebut. Dalam masa yang sama Persatuan Bola Sepak Malaysia juga telah melancarkan Kempen Integriti Liga Malaysia 2011 ketika perlawanan akhir Piala FA di antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun 2011 baru-baru ini di mana pemain dari kedua-dua pasukan telah memakai lilitan integriti di lengan mereka selain memaparkan sepanduk sebelum perlawanan bermula sebagai tanda menolak segala gejala negatif dalam bola sepak. Kempen ini juga akan terus dilaksanakan pada semua perlawanan dalam Liga Bola Sepak Malaysia yang dianjurkan oleh FAM.

Selain itu pihak FAM akan mengadakan taklimat kepada pemain dan pegawai di semua persatuan bola sepak negeri-negeri dan kelab-kelab yang terlibat dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyumbang buah fikiran dan menyokong tentang perlunya untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dalam menubuhkan Institut Sukan Negara sebagai badan berkanun sebagai penyediaan perkhidmatan dalam biang sains sukan dan perubatan sukan ke arah kecemerlangan sukan negara dan saya percaya penubuhan ini akan mewujudkan sebuah pusat rujukan dan kecemerlangan sains sukan dan perubatan sukan bagi mendukung kecemerlangan pencapaian atlet.

Kemudahan dan perkhidmatan dari institut akan memberi faedah bukan sahaja kepada atlet, tetapi juga kepada pembangunan industri sukan sebagai salah satu penjana ekonomi negara selaras dengan sasaran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Sekian terima kasih.

final • 2:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal 1 hingga 48 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 2:42 PM
RANG UNDANG-UNDANG SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45] dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah ditubuhkan dengan berkuat kuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 iaitu Akta 695 pada 2 Februari 2009.

final • 2:49 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Antara lain fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman selain untuk memilih orang berkelayakan yang sesuai dan wajar dilantik sebagai Hakim Mahkamah Atasan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta 695. Adalah juga berfungsi untuk membuat syor lain berkenaan dengan badan kehakiman. Oleh yang demikian, SPK bercadang untuk membuat pindaan kepada Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45] mengenai:

(i) pencen maksimum Hakim-Hakim Mahkamah Atasan sewajarnya mendapat 3/5 daripada gaji yang diterimanya dengan menaikkan tempoh perkhidmatannya kepada 18 tahun;

(ii) mengambil kira tempoh perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman bagi hakim yang bersara bagi tujuan faedah persaraan sebagaimana yang telah diberikan kepada hakim yang masih dalam perkhidmatan berkuat kuasa 28 Ogos 2008 bagi tujuan kesamarataan sebagaimana yang dilaksanakan kepada anggota perkhidmatan awam; dan

(iii) bagi menghargai mereka yang telah menyandang jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar maka tempoh yang layak untuk mendapat pencen maksimum telah dibuat pindaan dalam peruntukan khas bagi Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar iaitu mendapat pencen maksimum jika dia telah memegang salah satu atau kesemua jawatan-jawatan itu selama satu tempoh yang kesemuanya tidak kurang dari tiga tahun. Oleh itu cadangan ini akan melibatkan pindaan kepada seksyen 4, subseksyen 5(1), seksyen 7A, seksyen 9, Jadual Ketiga dan Jadual Keempat Akta 45.

Tuan Yang di-Pertua, dalam seksyen 4 menyatakan pencen hakim hendaklah dihitung mengikut kadar 1/360 daripada gaji akhir yang diterimanya bagi setiap bulan genap perkhidmatan sebagai hakim dengan syarat bahawa tiada sekali-kali pencen yang dihitung sedemikian boleh lebih setengah daripada gaji yang diterimanya. Manakala subseksyen 5(1) adalah mengenai tempoh perkhidmatan bagi pencen maksimum menyatakan bahawa bagi maksud menghitung pencen seseorang hakim, tempoh perkhidmatan untuk melayakkannya mendapatkan pencen maksimum ialah 15 tahun sebagai hakim.

Adalah dicadangkan agar amaun pencen maksimum bagi Hakim-hakim Mahkamah Atasan dinaikkan kepada 3/5 daripada gaji akhir yang diterimanya dan tempoh perkhidmatan bagi pencen maksimum pula hendaklah dinaikkan daripada 15 tahun kepada 18 tahun. Pindaan ini adalah menyusuli pelaksanaan peningkatan maksimum tempoh perkhidmatan diambil kira. Bagi perhitungan pencen anggota perkhidmatan awam, mulai 1 Januari 2009, berikutan pindaan kepada Akta Pencen (Pindaan) 2009.

final • 2:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Cadangan ini akan melibatkan penyelarasan bagi para hakim yang bersara yang masih hidup seramai 33 orang dan bagi balu atau duda seramai 12 orang serta tarikh kuat kuasa disyorkan pada 1 Januari 2009. Cadangan ini akan melibatkan pindaan kepada seksyen 4, dan subseksyen 5(1) [Akta 45] seperti berikut:

(i) pindaan seksyen 4 dipinda dalam proviso seksyen 4 dengan menggantikan perkataan ‘1/2’ dengan perkataan “3/5”; dan

(ii) pindaan seksyen 5, subseksyen 5(1) Akta ibu dipinda dengan mengganti angka “15” dengan angka “18”.

Tuan Yang di-Pertua, dalam subseksyen 7A(1), Akta 45 pindaan 2008 menyatakan, “bagi maksud menghitung pencen dan ganjaran seseorang hakim di bawah akta ini, tempoh perkhidmatannya sebagai Pesuruhjaya Kehakiman sebelum pelantikannya sebagai hakim hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh perkhidmatannya sebagai hakim.” Pindaan tersebut hanya terpakai kepada hakim yang masih dalam perkhidmatan pada tarikh permulaan kuat kuasa akta ini pada 28 Ogos 2008.

Oleh itu pindaan dicadangkan supaya tempoh perkhidmatan Pesuruhjaya Kehakiman ini turut terpakai kepada hakim yang telah bersara bagi menepati prinsip kesamarataan dan selaras dengan prinsip yang terpakai kepada anggota perkhidmatan awam. Adalah dicadangkan supaya seksyen 7A dalam Akta 45 mengenai tempoh perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman diganti seperti berikut:

“(i) tempoh perkhidmatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman 7A(1).

Bagi maksud menghitung pencen dan ganjaran hakim di bawah akta ini, tempoh perkhidmatannya sebagai Pesuruhjaya Kehakiman sebaik sebelum pelantikannya sebagai hakim hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh perkhidmatannya sebagai hakim;

(ii) subseksyen (1) hendaklah terpakai kepada seseorang hakim yang masih dalam perkhidmatan atau yang telah bersara sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini; dan

(iii) walau apa pun subseksyen (1), jika apa-apa pencen atau ganjaran telah dibayar kepada seseorang hakim di bawah mana- mana undang-undang lain bagi tempoh yang sama dengan tempoh yang hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh perkhidmatannya sebagai hakim, pencen dan ganjarannya di bawah akta ini hendaklah dikurangkan sebanyak amaun yang telah dibayar sedemikian.” Tuan Yang di-Pertua dalam seksyen 9 Akta 45, terdapat peruntukan khas bagi Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar yang menyatakan walau apa-apa pun yang terkandung di bawah akta ini tetapi tertakluk kepada seksyen 8 seseorang yang memegang jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar layak mendapat pencen maksimum jika dia telah memegang salah satu atau kesemua jawatan itu selama sesuatu tempoh yang kesemuanya tidak kurang daripada tiga tahun dan telah memegang jawatan hakim selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun sebelum dia bersara termasuk tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar mengikut mana-mana yang berkenaan.

Jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar ialah jawatan yang tertinggi dalam badan kehakiman berdasarkan kepada keadaan semasa, jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar tidak semestinya dari kalangan anggota badan kehakiman yang berkhidmat bermula sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Pengamal undang-undang yang telah berumur lebih 60 tahun berkedudukan tinggi, berpengalaman dan berjaya dalam bidang berkenaan boleh dilantik ke jawatan tersebut. Oleh itu nilai seseorang yang menyandang jawatan ini adalah berdasarkan umur dan pengalaman.

final • 2:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Pelantikan mereka sebagai Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, dan Hakim Besar perlulah dihargai dan hasrat pindaan seksyen 9 [Akta 45] adalah untuk memberi pengiktirafan khas kepada mana-mana hakim yang telah menyandang jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar. Oleh itu dicadangkan supaya seksyen 9 dipinda seperti berikut:

“(i) peruntukan khas bagi Ketua Hakim Negara, Presiden dan Hakim Besar. Walau apa-apa jua yang terkandung dalam akta ini tetapi tertakluk kepada seksyen 8 seseorang yang memegang jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar adalah berhak mendapat pencen maksimum jika dia telah memegang salah satu atau kesemua jawatan itu selama satu tempoh yang kesemuanya tidak kurang daripada tiga tahun;

(ii) pindaan dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seseorang hakim yang masih dalam perkhidmatan ataupun yang telah bersara daripada perkhidmatan sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa.” Berikutan dengan pindaan kepada seksyen 4, subseksyen 5(1), subseksyen 7A kepada Akta 45 maka Jadual Ketiga dan Jadual Keempat kepada akta tersebut perlu dipinda. Jadual Ketiga dan Jadual Keempat dipinda seperti berikut:

“Jadual Ketiga dan Jadual Keempat kepada Akta ibu dipinda dengan mengganti angka “180” yang terdapat dalam ruang “formula” dengan angka “216.”

final • 2:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 mengandungi tujuh fasal seperti berikut:

Fasal 1 mengenai tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 45 untuk membolehkan seseorang hakim untuk menerima pencen maksimum yang tidak lebih daripada tiga perlima gaji akhir yang diterimanya.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 5 Akta 45 untuk menaikkan tempoh perkhidmatan seseorang hakim untuk layak mendapat pencen maksimum daripada 15 tahun kepada 18 tahun.

Fasal 4 bertujuan untuk mengganti seksyen 7A Akta 45. Dengan pindaan ini tempoh perkhidmatan bagi seseorang hakim hendaklah termasuk tempoh dia berkhidmat sebagai seorang Pesuruhjaya Kehakiman bagi maksud perhitungan pencen dan ganjarannya. Pindaan ini akan terpakai bagi kedua-dua hakim yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara.

Fasal 5 bertujuan untuk membuat pindaan kepada seksyen 9 Akta 45 iaitu memperuntukkan bahawa seseorang yang memegang jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar berhak mendapat pencen maksimum jika telah memegang salah satu jawatan atau kesemua jawatan itu selama suatu tempoh yang kesemuanya tidak kurang dari tiga tahun.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda jadual ketiga dan jadual keempat kepada Akta 45. Pindaan ini adalah berikutan pindaan kepada seksyen 4, subseksyen 5(1) dan seksyen 7A kepada Akta 45 yang memperuntukkan bagi peningkatan tempoh perkhidmatan bagi pengiraan pencen maksimum daripada 15 tahun kepada 18 tahun.

Fasal 7 memperkatakan peruntukan kecualian dan peralihan. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 3:00 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas... [YB Batu Gajah memaklumkan YB Bukit Gelugor mahu berbahas] Betul Yang Berhormat Bukit Gelugor mahu bahas? Sila.

final • 3:00 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberi saya peluang membahas rang undang-undang di hadapan kami sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, ada dikatakan badan kehakiman adalah the third arm of government. Adakah layak third arm of government ini untuk diberi satu status yang istimewa? Apa yang ada di dalam rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua? Saya tidak ada apa-apa untuk gaduh dan dendam. Akan tetapi apa yang penting adalah Tuan Yang di-Pertua, dalam hal kehakiman apabila ada salah guna proses kehakiman itu, itu adalah bagi public interest, bagi kepentingan orang ramai, national interest untuk menentukan apa yang jadi dalam satu perbicaraan adalah teratur, adalah dengan niat prinsip-prinsip natural justice dan sebagainya.

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, khasnya pada hari Jumaat, di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, apa yang terjadi Tuan Yang di-Pertua adalah unprecedented. Apa yang terjadi adalah satu perkara yang berbahaya. Ada satu perkara yang adakah apa-apa solusi? Ini adalah mengenai Tuan Yang di-Pertua, kes Dato’ T Trio ini. Ketiga-tiga ini Tuan Yang di-Pertua, dihadapi dengan satu pertuduhan untuk tayangkan dengan umum, kepada wartawan di Carcosa, satu video lucah. Satu pertuduhan seperti ini Tuan Yang di-Pertua, adalah biasa, harian, it happens all the time. Memiliki satu video lucah, tayangkan, pengedaran dan sebagainya adalah dalam zaman sekarang Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang biasa. Akan tetapi dalam kes ini kenapa, apa yang harus diikuti dan apa yang ada mengikuti dalam prosedur, kenapa? Kenapa ada saluran yang lain digunakan iaitu digunakan Tuan Yang di-Pertua, kalau dengan bona fide. Adakah itu dengan bona fide?

Apa yang dikatakan tadi Tuan Yang di-Pertua, itu biasa. As I said earlier, it happens all the time. Also untuk yang harus dibuktikan dalam kes seperti ini adalah untuk menunjukkan Tuan Yang di-Pertua, adakah video lucah itu lucah? Adakah keperluan Tuan Yang di-Pertua, dalam kes biasa seperti ini untuk menentukan aktor atau pelakon dalam video lucah itu langsung Tuan Yang di-Pertua, tidak kata. Mengenai identiti itu bukan satu unsur tetapi dalam kes ini, kenapa Tuan Yang di-Pertua? Kenapa ada satu keperluan untuk membuktikan identiti pelakon dalam video lucah ini?

Dalam surat khabar Tuan Yang di-Pertua, ekoran daripada apa yang terjadi di dalam mahkamah. Pada hari Sabtu, dalam The Star , the first page, heading Anwar. Dalam akhbar Sinar Memang Anwar dan dalam ‘utusan iblis’ ini, content laporan itu ada dalam dictate Tuan Yang di-Pertua. What are the motives, apa motif Tuan Yang di-Pertua? Untuk mengadakan keadaan seperti itu dalam Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu. Siapa master mind? Siapa dalang dalam perkara ini?

Biasanya Tuan Yang di-Pertua, seorang pendakwa raya, timbalan pendakwa raya khasnya dalam kes dalam Mahkamah Majistret, pegawai pendakwa mengendalikan kes seperti ini. Ini biasa. Nothing extraordinary! Akan tetapi dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua, dua Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Kamarudin dan Encik Hanafiah mengendalikan kes ini....

final • 3:02 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor, I’m sorry to stop you there.

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Enlighten me the relevancy of what you are saying now to the Akta yang sedang kita pinda sekarang ini. I have given you latitude to say what you are saying.

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini kerana biasanya kalau dalam pindaan perbahasan, hujah itu mesti ditumpukan kepada apa yang sedang dipinda.

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Itu betul, ia ada, ada.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

What is the relevancy because I didn’t listen…

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ada relevancy.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ada, ada relevancy. Relevancy adalah ini Tuan Yang di-Pertua, I might as well get to the point.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dia perilaku hakim. Saya bantu dia.

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

On 3.4 relevancy.

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Apa yang terjadi Tuan Yang di-Pertua?

Maruah! Ketua Pembangkang dalam Dewan yang mulia ini terjejas dan jika itu terjejas, apa yang saya kata tadi Tuan Yang di-Pertua, apa solusi kehakiman? Satu hakim dalam Mahkamah Tinggi Tuan Yang di-Pertua, boleh mengikut seksyen 323 Kanun Acara Jenayah memanggil rekod apa yang terjadi dalam Mahkamah Majistret ini untuk menentukan apa yang terjadi adalah teratur dan in accordance with law. Ini ada kaitan Tuan Yang di-Pertua kerana rang undang-undang depan kita hari ini adalah untuk menaikkan maksimum pencen dan gratuiti dan sebagainya. Itu relevancynya.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Too remote, remote, very remote.

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bukan remote Tuan Yang di-Pertua dan kedua, Ketua Hakim Negara, apa peranan dia dalam perkara ini? Jika seorang majistret abused the power, dengan izin. Ketua Hakim Negara tidakkah dia ada kuasa untuk mengambil tindakan departmental ke atas majistret itu? Itu adalah relevancy, Tuan Yang di- Pertua. Do you agree with me Tuan Yang di-Pertua that is the relevancy?

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Remote. I still have the discretion to allow you to continue or not but never mind, sila teruskan.

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

It is not remote. Bukan remote, kenapa?

Sebab-sebab adalah ini Tuan Yang di-Pertua. Majistret itu yang mengendalikan kes abuse her power kerana tayangkan, tayangkan Tuan Yang di-Pertua video lucah itu kepada the gallery, public gallery. Apakah yang dibuat oleh majistret itu boleh dipertahankan? Dalam ingatan saya Tuan Yang di-Pertua, majistret itu adalah melakukan satu kesalahan dan majistret itu boleh disabitkan. Di mana Tuan Yang di-Pertua, dalam sejarah negara ini dalam satu mahkamah, video lucah ada ditayangkan kepada orang ramai? Tuan Yang di- Pertua adalah berpengalaman sebagai peguam. Di mana dalam sejarah itu ada dilakukan?

Dilakukan dan apa yang terjejas imej seorang yang tidak ada di sana.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor, ingatkan saya mungkin saya lupa. Beberapa ketika yang lalu, Yang Berhormat Bukit Gelugor mencadangkan supaya video lucah tersebut ditayangkan dalam Parlimen. Apa beza ditayangkan di Parlimen dan ditayangkan di mahkamah?

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Mahkamah lain Tuan Yang di-Pertua, kepada orang ramai. Dalam Dewan ini bukan kepada orang ramai, kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan, sila teruskan.

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dalam Mahkamah Majistret itu boleh ditayangkan tetapi dalam kamera seperti mana saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tetapi masih lagi saya berpendirian bahawa ia ada kaitan dengan akta ini tetapi too remote. So, move on to a different section of pindaan yang kita buat, because you still had not told me what have said thus far to the relevancy of seksyen-seksyen pindaan tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya, but the harm done. The harm done to the reputation of the Leader of the Opposition. Are we to sit back and say it is too remote, nothing can be done about it? Baiklah Tuan Yang di-Pertua. Kewajipan saya adalah untuk berbangkit apa yang tertentu, apa yang harus dibangkitkan dan saya ada bangkitkan perkara itu untuk rekod. Balik kepada tajuk Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya. Ketua Hakim Negara khasnya adakah Ketua Hakim Negara kini layak untuk mendapat pencen maksimum dan gratuiti dan sebagainya serta apa yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini. Tujuan rang undang-undang ini adalah Tuan Yang di-Pertua, for the benefit of Tun Zaki, Tun Azmi. Dia bukan satu hakim yang biasa yang memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara. Dia dilantik Tuan Yang di-Pertua sebagai direct to the Federal Court dan selepas itu Presiden Mahkamah Rayuan dan selepas pada itu Ketua Hakim Negara.

Tujuan antara lain rang undang-undang ini adalah untuk faedah Ketua Hakim Negara. Soalan yang berbangkit adalah ini Tuan Yang di-Pertua, adakah Ketua Hakim Negara ini layak? Layak untuk mendapat pencen dan maksimum...

final • 3:10 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Gratuiti-gratuiti lain. Itu relevan! Itu harus dipertimbangkan dan reputasi Ketua Hakim Negara ini Tuan Yang di-Pertua, seorang yang dengan umum di Kuching. Saya sebut ini banyak kali dalam Dewan yang mulia ini. Terus terang di Kuching dia ada menyatakan dengan umum bahawa dia ada melakukan rasuah sewaktu dia menjadi peguam dalam tahun 1988, jika saya tidak silap. Saya membuat satu laporan polis ekoran daripada apa yang dikatakan oleh Ketua Hakim Negara itu di Kuching.

final • 3:10 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dalam bulan November, dua tiga hari selepas dia menyuarakan apa yang saya sebut tadi Tuan Speaker. Saya membuat satu laporan polis. Polis tidak sampai sekarang mengambil satu statement, bawah seksyen 112, Kanun Acara Jenayah daripada saya.

Kenapa? Kenapa perlindungan diberi kepada Ketua Hakim Negara ini. Apa kuasa, dan siapa yang memberi perlindungan ini kepada dia?

Seperti mana Tuan Speaker menjalani..., tidak ada statute of limitation untuk crime. Jika seorang sudah menyatakan dia adalah melakukan rasuah. Mudah untuk Tuan Speaker menjalankan satu kes kerana ada satu pengakuan oleh dia. Tidak payah membuktikan apa-apa lain. Apa yang ada direkodkan apabila Ketua Hakim Negara menyuarakan dia ada melakukan rasuah Tuan Speaker.

The recording. Saya mengumumkan ada mengatakan saya ada recording itu. Itu bukti. Walaupun Ketua Hakim Negara ada menafikan dia ada bercakap seperti mana dilaporkan dalam New Straits Times. Mudah untuk Tuan Speaker mengambil satu statement daripada saya sebagai pengadu. Bukti Tuan Speaker adalah recording yang ada dalam milik saya. Kenapa polis tidak mahu mengambil apa-apa tindakan?

Ada dikatakan semua orang dalam negara ini sama rata. Kenapa perlindungan diberi kepada Ketua Hakim Negara. Jika dia salah Tuan Speaker dan saya menyatakan di sini dia bersalah ke atas pengakuan sendiri. Adakah dia layak, adakah dia layak untuk dapat pencen yang maksima. Kenapa memberi kepada dia semua ini, jika dia tidak layak?

final • 3:20 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Apa yang penting Tuan Speaker adalah untuk mengadakan satu first world judiciary. Adakah first world judiciary di dalam negara ini? Jika Ketua Hakim Negara corrupt, dia mengaku sendiri dia corrupt. Yang Berhormat Timbalan Menteri hari ini berdiri di sini untuk menentukan dia dapat keistimewaan-keistimewaan ini.

Saya ingat Tuan Speaker dalam Commonwealth Law Conference 1998, saya ada, saya ada dengan umum dalam teks ucapan saya menyatakan V.K. Lingam, ini peguam.

Peguam yang ada history yang hitam. Dia ada, dia ada hantar kepada seorang Hakim Mokhtar Sidin. Dia sudah bersara sekarang. Saya menyatakan a suitcase of money, was sent to Mokhtar Hashim, Mokhtar Sidin bukan Mokhtar Hashim. Mokhtar Sidin.

final • 3:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bukan Moktar Radin ha?

final • 3:20 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dalam kes M.G.G Pillai. M.G.G Pillai Tuan Speaker. Vincent Tan jadi plaintif dalam kes itu. Hakim itu ada memutuskan Vincent Tan dalam satu kes libel diberi RM20 million sebagai damages. Ini jadi Tuan Speaker. It happens in our judiciary, it has happened. Hakim-hakim ada digunakan, ada diperalatkan oleh peguam-peguam. Peguam-peguam itu adalah seperti V.K. Lingam.

Dalam tahun 1998 Vincent Tan, V.K. Lingam, Mokhtar Sidin tidak berani untuk mengadakan satu kes ke atas saya. Satu defamation case. Pihak-pihak ini tidak berani kerana apa yang saya menyatakan adalah benar. Dalam negara ini Tuan Speaker, dua hakim, Ketua Hakim Negara Tun Fairuz, Tun Eusoff Chin. Dua-dua ini Tuan Speaker bukan memegang satu jawatan yang rendah.

Ketua Hakim Negara diperalatkan oleh V.K. Lingam. Itu adalah state of the judiciary in this country. Apa tindakan diambil ke atas V.K. Lingam? Bukan sahaja dia Tuan Speaker, Datuk Seri Shafee Abdullah. Siapa dia? Another ‘wheeler dealer’ Tuan Speaker.

We can take judicial notice of the fact that Shafee Abdullah is a ‘wheeler dealer’. Dalam beberapa kes dia Tuan Speaker menggunakan hakim-hakim untuk mendapat satu keputusan faedah pelanggan dia. Common knowledge. Dia terlibat dalam kes Tuan Speaker Datuk “T” trio ini. Bukan pendakwaan yang membuat satu permohonan untuk tayangkan video klip itu dalam Mahkamah Majistret. Bukan pendakwaan. Datuk Seri Shafee Abdullah yang membuat permohonan itu kepada majistret. Majistret itu Tuan Speaker adalah orang muda yang graduate daripada satu kolej.

Datuk Seri Shafee Abdullah Tuan Speaker, pengalaman sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam Jabatan Pendakwa Raya. Dia letak jawatan itu under a cloud.

Menjadi peguam, jadi peguam. Pengalaman luas. Kenapa, kenapa dia tidak memberi nasihat kepada majistret ini. It is his duty as a member, as an officer of the court. Kenapa tidak memberi nasihat kepada majistret ini jangan tayangkan video lucah ini kepada orang ramai yang ada dalam mahkamah.

Kenapa dia tidak buat itu? Dia tidak, kerana dia mahu menjatuhkan imej Dato' Seri Anwar Ibrahim. Obviously Tuan Speaker dengan izin, he has the axe to grind with the Opposition Leader.

final • 3:20 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Itu adalah satu sebab Tuan Yang di-Pertua, kenapa tadi saya membawa kes ini dalam Dewan yang mulia ini. Apa yang terjadi dalam Mahkamah Majistret. Akan tetapi tidak apa, I digressed. Saya balik kepada the state of judiciary Tuan Yang di-Pertua, badan kehakiman yang lemah. The third arm of the government yang lemah. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan bermakna the other two arms are very strong. Itu tidak bermakna itu.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Are you saying this arm is weak?

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Also weak.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

When I’m allowing you to say what you just have been saying?

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Because your duty bound to allow me to speak.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

So don’t say it is weak.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

No. Duty bound.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Because you are part of the institution.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

If you interrupt, then you are bringing the reputation of this House into disrepute.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

I am just engaging you Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

No problem.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, teruskan.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, no, I am not trying to provoke you.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

I am not provoking you too. I’ve been listening to you, eye to eye contact.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Both of us know...

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dengan serius I am listening. Sila, teruskan.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Both of us know that we have drawn the line. You keep within your perimeter, I’ll keep within mine, dengan izin.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

So this arms of government is also weak.

The government does not have a two third majority. That is the executive which is also weak. So, all three arms of government in this country are weak.

final • 3:30 PM

Dato’ Kamaruddin Jaffar - Tumpat

Sokong.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

We cannot run away from that, dengan izin.

I come back to the judiciary. What is relevant here for the purpose of debating dengan izin, this bill? Apa mutu hakim-hakim dalam negara ini apabila dibandingkan dengan apa yang ada dalam negara ini selepas merdeka dan sebelum merdeka? At one time Tuan Yang di- Pertua, we had the Privy Council.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta penjelasan. Lama tidak jumpa.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya, boleh, boleh.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, selamat datang ke Dewan Rakyat ya. Saya masih terbaca Hansard pada 22 Oktober 1997, di mana Yang Berhormat ada mendedahkan bahawa Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh iaitu terbukti ada kes liwat yang boleh didedahkan. Pada Januari 2009, Yang Berhormat meminta Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh ini bertaubat. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat menyatakan mahukan first class judiciary. Kalau first class judiciary, kena ada lawyer, peguam yang first class juga. Kalau peguam seperti Yang Berhormat, pendirian yang tidak menentu, macam mana boleh first class? Minta penjelasan.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya sudah memberi penjelasan dengan umum beberapa kali. You don’t understand English. You don’t read the papers... [Ketawa]

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

I understand, I read the paper but now what is your pendirian?

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, no, you don’t.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

That is why, you refuse to answer. That is problem.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya beri penjelasan.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Your stand tidak menentu, tidak betul.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Don’t worry, saya memberi penjelasan.

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Macam lalang. You know lalang? It is a grass, tidak menentu. Yang Berhormat cakap lain, sekarang pendirian lain...

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tidak ada cakap lagi...

final • 3:30 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

I want you to rebel. What is your stand?

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya ulang apa yang saya ada nyatakan dengan umum beberapa kali. Saya mengatakan itu sekarang. I do not run away from facts.

Apabila Ketua Pembangkang ada dalam kerajaan, dia masa itu Timbalan Perdana Menteri dan apabila saya dapat laporan daripada pihak-pihak tertentu khasnya Azizan dan orang- orang lain yang ada membuat aduan kepada saya sebagai Ahli Parlimen Jelutong, saya ada menyatakan dengan umum, merayu kepada kerajaan, merayu kepada polis untuk membuat siasatan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim masa itu. Ya, saya tidak lari daripada kenyataan.

Now, apa jadi? Perdana Menteri masa itu Tun Mahathir Mohamad dengan umum menyatakan tidak kata apa-apa dalam pertuduhan itu. Ada satu konspirasi untuk menjatuhkan timbalannya. Dia tidak baca surat khabar English atau surat khabar lain barangkali yang ada itu dilaporkan. Lebih daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Peguam Negara pada masa itu Mokhtar Abdullah, dia menyatakan dengan umum siasatan ada dijalankan dalam apa yang saya ada bangkitkan. Siasatan polis ada dijalankan dan tidak ada apa-apa, tidak ada apa-apa dalam pertuduhan itu. The Attorney General cleared him.

The Prime Minister cleared him, dengan izin.

final • 3:30 PM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Selepas itu Tuan Yang di-Pertua, saya jadi peguam dia, kerana Perdana Menteri masa itu dan Peguam Negara menyatakan tidak ada apa-apa dalam pertuduhan itu. Lebih daripada itu Tuan Yang di-Pertua, barangkali orang itu tidak baca surat khabar atau mendapat maklumat yang tertentu. Saya jadi peguam dia dan apa yang jadi Tuan Yang di-Pertua, pertuduhan ke atas dia adalah seperti sama dengan apa yang saya ada menyatakan walaupun Perdana Menteri dan Peguam Negara masa itu had cleared him. Apa salah saya untuk menjadi peguam dia? Tidak ada apa-apa conflict of interest.

Apa yang lebih penting adalah ini. Dengar dengan baik ini. Kes itu Tuan Yang di- Pertua, ada pergi kepada Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuan pun Tuan Yang di-Pertua membenarkan rayuan dia. Bermakna, dia tidak bersalah.

final • 3:30 PM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Ya, penjelasan.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tidak, tidak pihak Tuan Yang di-Pertua.

Perdana Menteri masa itu Tun Mahathir Mohamad, dia masih hidup, boleh tanya dia.

Peguam Negara Mokhtar Abdullah, dia sudah meninggal. Alasan kehakiman Mahkamah Persekutuan ada dilaporkan Tuan Yang di-Pertua, dalam semua majalah undang-undang.

He was cleared by the Federal Court. So, apa salah saya? Apa salah saya Tuan Yang di- Pertua, untuk mempertahankan seorang yang tidak bersalah? Itu kewajipan saya. It is my duty sebagai peguam. Saya tidak takut daripada mana-mana kuasa Tuan Yang di-Pertua, jika apa yang saya buat adalah mengikut undang-undang.

final • 3:30 PM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, dalam New Straits Times cerita yang sama. Big headline dalam New Straits Times baru-baru ini, ada satu laporan oleh seorang bernama Azmi Anshar jika saya tidak silap nama dia. Karpal – there is a word used which is I forget now – exposed again..

final • 3:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dalam laporan itu, pertuduhan yang sama. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya sudah berkali-kali memberi penjelasan, masih tuduh saya sebagai seorang peguam yang tidak berkaliber, mempertahankan seorang di mana ada satu conflict of interest dan lebih daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Azmi. Dia mengatakan saya adalah pengedar video lucah. Itu tidak mengapa, dia akan dihadapkan di mahkamah. Itu tidak mengapa, itu perkara lain. Akan tetapi saya balik kepada the state of judiciary. Apa yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua, satu masa sebelum dan selepas merdeka. Ia sebelum ada Privy Council dan selepas itu pun Tuan Yang di-Pertua ada Privy Council sehingga tahun 1986. Saya sudah pergi ke Privy Council Tuan Yang di-Pertua lima atau enam kali, berkaliber. In the Privy Council. Hakim-hakim yang berkaliber, the best in the Commonwealth and we had the best in the Commonwealth at one time. No more now...

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh minta penjelasan?

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh dikatakan kita ada satu first world judiciary.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, tidak perlu. Orang ini saya tidak mahu, buang masa sahaja.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] You talk bullshit man!

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, no. Orang ini inconsequential. Dia tidak ada apa-apa..

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, teruskan.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya. Saya teruskan.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tumpukan kepada perbahasan.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau begini Tuan Yang di- Pertua, bermakna dia percaya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Buang masa ke atas dia...

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad kata, Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim liwat. Dia setujulah itu.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak beri jalan kepada dia. Orang gila ini.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, janganlah gunakan perkataan-perkataan yang menghina...

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kenapa dia? Ini dibuktikan sendiri tadi.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Gunakan perkataan-perkataan...

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Siapa gila? Saya gilakah you gila?

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tengok!

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

You diamlah!

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

No caliber, inconsequential. He does not exist.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu pun perkataan-perkataan reflection.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya fikir Tuan Yang di-Pertua, dia sudah lama tidak masuk Dewan, dia sudah crack sedikitlah.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

But he admits, the man is…

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

... Fine, Ahli Yang Berhormat. I will allow you to talk, could fine to using words which are very unparliamentaray...

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, no Tuan Yang di-Pertua because...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

…Is inconsequential, although are reflections...

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Sometime they are warranted.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

...Would not really tell others Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Sometimes they are warranted. If they are mad men, do something about it.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini Parlimen Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya.

final • 3:40 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Adakah saya gila atau you gila?

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Whatever you think about some other people, tidak boleh reflection. I will allow you to talk, no reflection on others.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya, no reflection there, but do not interrupt unnecessarily.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia minta penjelasan. Kalau tidak boleh pun beritahu sahaja tidak boleh.

final • 3:40 PM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya, boleh. Saya memang boleh.

final • 3:40 PM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Boleh? Eh! Lain kali kita...

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat. Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?

final • 3:40 PM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja penjelasan.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 3:40 PM

Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya sangat terperanjat tentang akta rang undang-undang ini yang sebenarnya minta pension, gratuity yang maksimum kepada hakim dan juga hakim- hakim lain kepada badan kehakiman. Saya rasa saya tidak ada masalah. Akan tetapi oleh sebab banyak isu masalah kehakiman ini telah ditimbulkan dalam sepuluh atau 15 tahun.

Jadi saya rasa sangat aneh akta ini dibentangkan di Parlimen, isu kes-kes polis terhadap Ketua Hakim tidak diselesaikan dan tidak pun statement diambil daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Memandangkan situasi ini, saya rasa masa ini tidak sesuai untuk membentangkan ini. Saya rasa dalam perkataan lain akta ini merupakan seolah-olah rasuah kepada badan kehakiman. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Barangkali perkataan rasuah tidak berapa sesuai tetapi ada asas di dalam apa yang ada dibangkitkan tadi. Adakah Ketua Hakim Negara itu layak? I do not want to go back to what I had said just now Tuan Yang di-Pertua.

Kaliber hakim-hakim hari ini, apa jadi kepada first class judiciary yang ada dalam negara ini? It was a first class judiciary until Tuan Yang di-Pertua the assault on the judiciary dengan izin Tuan Yang di-Pertua by Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tahun 1988, the sacking of the lord president and what followed after that dengan izin. So, what caused?

What caused the deterioration of the judiciary dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Tun Dr.

Mahathir Mohamad single handedly destroyed the judiciary, dan dengan izin, that judiciary has not recovered from that assault until today.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

He can’t run away from all these Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi apa langkah- langkah yang ada diambil oleh kerajaan untuk get back? Beralih kepada pangkal yang ada.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum tahun 1988 apakah langkah-langkah yang ada diberi untuk Tuan Yang di-Pertua menentukan hakim-hakim berkaliber ada dalam badan kehakiman? Standard of the judiciary? Bukan macam itu Tuan Yang di-Pertua. Alasan- alasan kehakiman ada diberi oleh hakim-hakim. Dalam kes-kes Tuan Yang di-Pertua serius, kes-kes seperti akibatnya adalah ini. Seramai 200 orang, they are two hundred people on death row dan kita ada berapa undang-undang dan di mana ada the mandatory death sentence. Adakah Tuan Yang di-Pertua dalam kes-kes ini apabila seorang hakim menjatuhkan hukuman ke atas seorang tertuduh? Dahulu lain Tuan Yang di-Pertua. Alasan- alasan kehakiman ada diberi. Tertuduh apabila dia ada di hakimi Tuan Yang di-Pertua, apabila keputusan ada diberi dalam mahkamah, terbuka diadili memberitahu sebab kenapa dia bersalah. Selepas itu Tuan Yang di-Pertua, jika ada satu rayuan alasan-alasan kehakiman bertulis harus dipanjangkan.

final • 3:40 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tidak ada itu sekarang Tuan Yang di-Pertua. Mahkamah Persekutuan menerima broad reasons itu mencukupi. Broad reasons, dua-tiga muka surat cukup. Walaupun akibatnya Tuan Yang di-Pertua, adalah seorang digantung. You don’t know all this Tuan Yang di-Pertua, you are no more practising. You should go back when you retire. Itu apa yang timbul dalam mahkamah-mahkamah sekarang, dan apa yang saya maklumkan tadi Tuan Yang di-Pertua mengenai Ketua Pembangkang. Imej dia terjejas dalam Mahkamah Majistret, Tuan Yang di-Pertua, Jumaat lalu.

Walaupun remote Tuan Yang di-Pertua menyatakan maybe remote but still relevant. Imej dia jatuh. Akibat itu ke atas Tuan Yang di-Pertua keluarga dia, apa perasaan keluarga dia? Apa boleh dibuat sekarang untuk make the clock back. Take the clock back to other. Itulah Tuan Yang di-Pertua adalah satu keperluan, it’s a necessity untuk menentukan ada satu judiciary yang baik. Untuk mengadakan first class judiciary, then the best must be selected, Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi itu bukan ujian sekarang. They by say I go by race then they say I am saying what is seditious. I am not going by that. We have got some good Malay judges. We had in fact first class Malay judges in the past. Suffian for example Tuan Yang di-Pertua world class, Raja Azlan Shah, Eusoffe Abdoolcader was acknowledged as one of the best in the Commonwealth. We had. Apa kriteria untuk Tuan Yang di-Pertua melantik, memilih seorang hakim?

Ini semua Tuan Yang di-Pertua harus dipertimbangkan mengambil langkah- langkah yang tertentu Tuan Yang di-Pertua oleh kerana dalam tangan seorang hakim adalah nyawa seorang. Dua ratus Tuan Yang di-Pertua on death row. Are they there for good reason Tuan Yang di-Pertua, can we say that, dengan izin. Tidak boleh kerana the state of judiciary Tuan Yang di-Pertua tidak berkaliber berbanding dengan Singapura.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, some of our judges don’t even speak good English, and we have such judges. You can’t runaway from them. All the law report Tuan Yang di-Pertua dengan izin are still in the English language. You should go to any lawyer library Tuan Yang di-Pertua 99 peratus reports dalam bahasa Inggeris.

And it’s not here Tuan Yang di-Pertua. Kenapa? Why am I encouraging English dengan izin, ada peruntukan dalam peraturan-peraturan mesyuarat? Ada peruntukan di sana di mana Tuan Yang di-Pertua boleh memberi izin untuk membuat satu ucapan dalam bahasa Inggeris. We should do that Tuan Yang di-Pertua. First class Parliament require the English language. You can’t runaway from that. Di India Tuan Yang di-Pertua, dalam mahkamah, bahasa Inggeris, dalam Parlimen, bahasa Inggeris. Kenapa dalam Parlimen di sini tidak boleh menggunakan bahasa Inggeris. Dalam itu bahasa boleh, di sini boleh.

Jika tidak silap selepas tahun 1982 I think it was the cut-off point. Let’s get back Tuan Yang di-Pertua to what this Parliament was before. At one time this Parliament, Tuan Yang di-Pertua dengan izin, could be said to be a first class Parliament and you would be proud to preside the world first class Parliament.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Are you debating Parliament now or are you debating Akta Saraan Hakim?

final • 3:50 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

No, no.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

I will allow you to side track but not too long.

final • 3:50 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

If Judiciary can speak in English, it also should be in here.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, you are speaking English now. The fact, you are speaking English now. You are allowing.

final • 3:50 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yes, this is where ‘dengan izin’.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masih panjang lagi?

final • 3:50 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tidak berapa panjang.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa ramai lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas ini.

final • 3:50 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tidak apa, tidak apa tidak berapa panjang lagi Tuan Yang di-Pertua. Tujuan saya untuk membangkit perkara-perkara ini adalah untuk menentukan tidak mengelakkan apa jadi dalam Mahkamah Majistret baru-baru ini, Tuan Yang di-Pertua. You may say this is irrelevant or remote but it is relevant.

Balik kepada rang undang-undang ini, saya tidak membantah semua peruntukan di sana Tuan Yang di-Pertua. It won’t be fair to the judges. Memperuntukkan yang memberi Tuan Yang di-Pertua, keistimewaan kepada Ketua Hakim Negara itu tidak boleh diterima.

Ini kerana Ketua Hakim Negara kini tidak layak untuk memegang jawatan itu.

Saya tidak mengulangi apa yang Tuan Yang di-Pertua saya nyatakan tadi bagi kelayakan Ketua Hakim Negara ini. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya harap kerajaan boleh ambil langkah-langkah yang baik untuk menentukan negara ini mengadakan satu world class Judiciary dan barangkali selepas itu world class Parliament dan satu world class Executive, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, that should be our objective. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, ribuan terima kasih. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada daripada sebelah kanan? Sila.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh sedikit tentang Rang Undang-undang Akta Saraan Hakim menyusul apa yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor sebentar tadi tetapi saya hendak rujuk khusus pertamanya rasional pindaan ini yang tidak tertera dalam pindaan. Nampaknya telus, biasa menaikkan pencen dari setengah kepada 60 peratus, syarat layak khidmat dari 15 ke 18 tahun. Akan tetapi yang tidak disebut ialah bahawa pindaan ini sebenarnya khusus untuk Ketua Hakim Negara yang menjalankan tugas sekarang kerana dalam senarai yang saya peroleh semuanya senarai Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan yang akan mencapai usia 66 tahun kesemuanya layak dengan peraturan yang sedia ada.

final • 3:59 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Mereka sebelum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara:

(i) dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman;

(ii) dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi;

(iii) dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan; dan

(iv) barulah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Dalam kes Tun Zaki, beliau hanya dilantik pada 5 September 2007 sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan kemudian sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada Disember tahun yang sama dan pada tahun berikutnya, Ketua Hakim Negara. Jadi, tarikh persaraannya ialah 12 September. Oleh yang demikian, beliau tidak layak mendapat mengikut akta ini.

Kalau benar Kerajaan UMNO Barisan Nasional hendak timbang jasa beliau dan khidmat beliau memperalatkan badan kehakiman untuk membantu mempertahankan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, berikan sahajalah tugas-tugas pengerusi syarikat- syarikat, elaun yang besar. Tidak perlu digunakan Parlimen untuk pinda Perlembagaan untuk memenuhi hasrat seorang sahaja. Ini kerana saya ada senarai di sini, Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Tidak perlu tanya dari mana saya peroleh. Akan tetapi maklumat ini dengan tarikh-tarikh yang saya bacakan tadi tepat tertera dalam dokumen ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang mengelak selama ini menyentuh kedudukan Tun Zaki sebagai Ketua Hakim Negara. Saya kenal beliau secara peribadi. Yang Berhormat Bukit Gelugor bangkitkan sejak awal. Beliau ambil alih jawatan Ketua Hakim Negara dengan janji yang cukup lunak, pertahankan sistem badan kehakiman mewarisi satu nama baik ayahanda beliau yang menjadi Ketua Hakim dahulu dan menjadikan badan kehakiman yang bebas, bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan baik.

Saya juga tidak menentang pada prinsip kenaikan elaun atau gaji Hakim. Ini kerana badan kehakiman harus bebas, harus berwibawa, tidak harus dibebankan dengan masalah kewangan, tidak mudah dibeli dan di rasuah, tidak mudah diugut kerana tanggungjawab dan amanah itu sangat besar. Akan tetapi saya sudah gunakan ruang ini mencedok pandangan-pandangan Ketua-ketua Hakim Negara yang lalu. Ketua Hakim Negara Tun Suffian yang menyatakan kalau beliau dihadapkan ke mahkamah, beliau tidak percaya beliau akan mendapat keadilan. Ini satu kenyataan yang cukup keras, sanggahan terhadap badan kehakiman yang pernah beliau pimpin.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyebut walaupun dengan nada yang lebih lunak kerana masa itu Tuanku sudah pun menjadi Sultan. Tuanku dalam salah satu pidatonya menyatakan kebimbangan Baginda kerana imej kewibawaan, kebebasan badan kehakiman kuat terhakis di mata rakyat. Jadi oleh yang demikian, kalau tujuannya memperbaiki prestasi dengan emolumen yang lebih iaitu elaun yang lebih, kita tidak menjadikan ini isu. Akan tetapi untuk apa? Untuk pertahan kewibawaan, kebebasan badan kehakiman, untuk mengelak amalan rasuah dengan persepsi rasuah badan kehakiman, untuk mengelak pengunduran hakim-hakim yang baik dan berkaliber dari pindah ke sektor swasta ataupun untuk mengangkat mutu, dengan izin, most talented and best legal brains into the judiciary.

Perkara ini dibahaskan di banyak negara termasuk di Amerika Syarikat yang melahirkan kebimbangan kerana emolumen, elaun hakim-hakim tertinggi tidak menarik.

Justeru itu, pengunduran hakim-hakim berwibawa terlalu tinggi. Saya tidak juga mengatakan gaji dan emolumen hakim terlalu rendah di negara kita kerana umumnya dalam lingkungan yang agak memuaskan. Umpamanya, emolumen sahaja tanpa elaun dan sebagainya untuk Ketua Hakim Negara ialah RM25,000, Presiden Mahkamah Rayuan RM22,000 sebulan dan berikutnya. Tidak campur elaun dan sebagainya serta peningkatan yang ada sekarang, tentulah lebih tinggi.

Walaupun kita akui bahawa tidak ada kesalahan kalau ditingkatkan tetapi kita tingkatkan itu mengikut prestasi. Kita sebut, dengan izin, inadequate compensation directly threatens the viability of life tenure. Akan tetapi tenure dan jawatan itu untuk apa? Untuk melaksanakan tugas dengan baik. Tidak semua negara tidak menaikkan gaji dan emolumen Hakim. Referendum di Ireland Oktober lalu, bersetuju untuk mengurangkan gaji hakim di antara 16 peratus hingga 23 peratus.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya tidak cadang kita memilih pendekatan ini. Akan tetapi, kalaulah maksud pindaan ini agak aneh. Parlimen digunakan..., dalam sejarah saya ingat sekali dahulu digunakan untuk peribadi iaitu satu pindaan untuk memberikan sedikit manfaat kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman. Tidak ada menentang tetapi ada yang mempertikaikan, apakah perlu satu pindaan untuk satu orang. Akan tetapi, itu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan dengan rekod nombor satu dan mengiktiraf pengorbanan besar beliau.

Ini untuk seorang Hakim yang juga diselubungi dengan pelbagai kontroversi yang juga masih belum jawab beberapa tuduhan asas tentang kes-kes yang dibangkitkan di Parlimen dan di luar Parlimen dan yang paling buruk apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor berulang menyebut dan tidak ada siasatan sama sekali. Ini menunjukkan bahawa dalam negara kita ada beberapa jawatan, tokoh tertentu yang kebal dari undang-undang. Bawalah tuduhan apa pun, beliau kebal. Kalau tidak disenangi, lemparkanlah apa sahaja tuduhan dan fitnah untuk menyenangkan mereka. Ini sistem bobrok bukan ikut hukum. Ini ikut nafsu serakah.

Badan kehakiman adalah badan institusi penting dalam mana-mana negara yang menjadi markas akhir untuk seseorang itu mendapatkan keadilan. Kalau badan kehakiman tidak dapat menjamin keadilan asas, ke mana orang pergi? Jika kita lihat dalam sejarah, orang mengamuk sebab dia tidak ada harapan untuk mendapatkan keadilan.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Kalau kita tengok sejarah, orang hilang keyakinan apabila the last bastion, tunggak dan paksi terakhir dalam mana-mana sistem iaitu badan kehakiman itu tergugat. Bukan sahaja kepimpinan politik Tuan Yang di-Pertua, pimpinan dalam badan kehakiman, rasa tidak segan sama sekali. Katalah mereka itu pembohong atau perasuah, tidak ada apa-apa asalkan elaun bertambah senang begitu sahaja. Dia tidak ada perasaan tergugat bagaimana mahkamah dari peringkat majistret sampai ke Ketua Hakim Negara, kalau kes itu melibatkan kepentingan politik, mana ada harapan mana-mana manusia yang boleh mendapat keadilan.

Oleh sebab itu dalam membahaskan isu ini, Ahli-ahli Parlimen sama ada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional harus bertanya sama ada kita pertahankan institusi dan badan kehakiman sebagai badan bebas dan berwibawa. Ia harus bermula dengan pimpinan badan kehakiman dengan jawatan Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan yang tidak boleh dibeli dan dipengaruhi melainkan tunduk kepada fakta yang kukuh. Dalam perbicaraan perbincangan kita dengan Ahli-ahli Parlimen, kedua-dua belah pihak, saya belum mendengar ada sungguh-sungguh menafikan bahawa kedudukan kebebasan badan kehakiman terhakis, tidak ada yang hendak mempertahankan. Paling tidak kalau menemui saya dia kata, “Anwar biasalah, kita dalam kerajaan, you dalam pembangkang, itu biasalah hukum. Nanti you dalam kerajaan macam itu juga”.

Itu bukan alasan kukuh, itu alasan yang menidakkan Perlembagaan negara dan prinsip badan kehakiman. Jadi sebab itu saya pohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab supaya tidak menggunakan ini hanya sebagai gelanggang mencerca tetapi untuk menilai semula. Apa yang kita sebut di sini, kita pertahankan pertamanya dengan fakta tentang senarai emolumen dan secara terperinci tarikh capai usia 66 tahun pelantikan di semua jabatan badan kehakiman yang menunjukkan serta membuktikan hanya Ketua Hakim Negara yang ada sekarang iaitu Tun Zaki yang tidak layak mendapat saraan ini, maka mahu dipinda.

Saya ulangi, saya tidak bantah, kalau hendak bersara bagilah jawatan apa pun tetapi tidak perlu dipinda undang-undang atau akta semata-mata untuk memenuhi keperluan seorang yang kewibawaannya, prestasinya, usahanya untuk memperbaiki, mempertahan kemuliaan ini juga dipertikai dengan begitu teruk sekali.

Kedua yang saya sebut ialah tentang laporan berterusan, mengenai keburukan sistem termasuk Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai badan kehakiman bersabit dengan laporan video V.K. Lingam.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Sampai sekarang laporan itu dibuat, cadangan dikemukakan tetapi mana-mana badan kehakiman kalau ada sedikit maruah dan kewibawaan harus meneliti dan memperbaiki. Perkara yang diperbaiki yang saya faham keluar masuk mahkamah ini ialah time begitu tepat, ia mesti mula pada jam 9 pagi.

Badan kehakiman, never mind the fundamental isu dengan izin Tuan Yang di- Pertua ialah justice, due process, bukan jam 9 pagi. Jadi penghulu di kampung pun boleh atur program pukul 9 pagi. Anak murid Darjah Satu boleh diarah oleh cikgu dan guru besar datang sekolah pukul 8 pagi. Hakim mesti tentukan pertamanya kewibawaan, kebebasan badan kehakiman bukan soal waktu lebih daripada itu keadilan dan proses kehakiman.

final • 4:10 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit Ketua Pembangkang Permatang Pauh, mahu penjelasan. Tadi Yang Berhormat mengatakan pengalaman di mahkamah, antara lain yang nampak diperbetulkan adalah masa. Saya hendak tanya sebab ada rungutan yang mengatakan bahawa sehingga hari ini contohnya seperti kes Atlantunya, sehingga hari ini tarikh untuk rayuan pun tidak ditetapkan malahan kita tengok dalam kes-kes yang lain malah terlalu cepat. Ada dimaklumkan dalam kes lain sehinggakan belum fail pun sudah dapat tarikh. Jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh oleh sebab ini bukan without going to the merit sesuatu kes. Isu pengurusan kes pun kita nampak satu perkara yang amat boleh disangsikan.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Saya Tuan Yang di-Pertua tidak mahu komen atas kes Atlantunya. Apa yang ditanya ialah mengapa rayuan sampai sekarang itu tidak ada tarikh tetapi dalam kes Yang Berhormat Bukit Gelugor tahu kes Mahkamah Rayuan saya belum difailkan tetapi tarikh sudah dapat dulu. Ini unprecedented.

Belum fail lagi ini, betul hendak ke Mahkamah Rayuan atau tidak, tarikh sudah beri dulu.

Punya cekapnya Ketua Hakim Negara yang ada sekarang sebab itu dia pinda khas untuk dia. Belum fail, belum fail, tarikh sudah bagi dulu. Dalam kes Atlantunya, fail tarikh belum dapat, belum dapat ilham dari atas.

Tuan Yang di-Pertua sebab itu yang kita bincang walaupun tidak menarik minat rakan-rakan dari Barisan Nasional tidak minat sama sekali tentang institusi kewibawaan badan kehakiman. There is no interest to them whether there is an independent judiciary or not. It is not even debated, not interest even to debate a fundamental isu dalam Perlembagaan Negara kita, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, apa dia masalah lagi, yang harus ditangani oleh Ketua Hakim Negara dalam beberapa bulan sebelum bersara dan dapat ganjaran baru yang akan dibulldoze dalam Parlimen ini.

Pertama, mana dia hakim-hakim bermutu? Yang Berhormat Bukit Gelugor menyebut beberapa nama, tidak ada sesiapa yang boleh menafikan. Orang boleh setuju keputusan atau tidak, Tun Suffian, Tan Sri Azmi, Eusoffe Abdoolcader di antaranya dengan kekuatan bahasa, impeccable command of the language dan yang lebih penting ialah mastery of the subject. Pengalaman saya teruklah tetapi bukan subjudice, saya beri contoh kepada Tuan Yang di-Pertua bagi menarik, apa masalahnya? Saya kata ada kerana masa itu ada krisis ekonomi, economic crisis, economic convulsion, economic the financial malfeasance, exacerbated dan selepas itu hakim tanya, “What? Malfeasance, can you spell? Exacerbated, can you spell?” Baik beritahu, tidak payah susah cakap dalam bahasa Inggeris ataupun penterjemah. Jadi sampai begitulah rekod, mutu yang kita peroleh, yang ada sekarang.

Jadi sebab itu tugas pertama mestilah angkat hakim yang berwibawa dan bermutu.

Bukan hakim yang membantu Ketua Hakim Negara di peringkat Hakim Mahkamah Tinggi terus naik pangkat atas alasan dia luluskan projek ini ataupun hakim yang bantu hukum Ketua Pembangkang dan terus naik Mahkamah Persekutuan. Kedua dinilai prestasi penghakiman, mutu penghakiman kerana ini akan menjadi sandaran dan rekod zaman berzaman termasuk atau terutamanya dalam kes isu perlembagaan dan isu hak asasi.

final • 4:10 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Berikutnya, haruslah diperbaiki persepsi. Tun Suffian tidak sebut persepsi. Dia sebut, dia enggan dihadapkan di mahkamah kerana dia tahu keupayaan mahkamah.

Tuanku Sultan Azlan menyebut persepsi yang membimbangkan Baginda. Kita boleh tanya apakah persepsi itu dibetulkan setelah beberapa laporan dikeluarkan?

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh

Apakah tindakan yang diambil? Jadi, sebab itu kita pohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan dalam jawapan mengenai Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 ini apakah benar-benar menjadi dasar kerajaan melalui tindakan susulan mereka untuk menjamin bahawa perkhidmatan kehakiman dan undang-undang termasuk Jabatan Peguam Negara yang dipertahankan Peguam Negara itu kerana pilihan beliau untuk menjadi perkakas penguasa politik dalam negara maka dipertahankan. Apakah cara ini boleh menjamin mutu kewibawaan jabatan berkenaan? Terima kasih.

final • 4:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

Yang Berhormat Ledang.

final • 4:20 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah pun meminda rang undang-undang ini khas untuk saraan hakim. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apabila saya membaca tentang huraian Perkara 1.

Disebutkan di sini... [Membaca Lampiran] “Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45]. Tujuan utama rang undang-undang ini adalah untuk menaikkan pencen maksimum bagi hakim untuk memperuntukkan bahawa tempoh perkhidmatan hakim yang pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh tamat perkhidmatan dalam perhitungan pencen dan ganjaran hakim dan untuk mengadakan peruntukan bagi peningkatan tempoh perkhidmatan untuk melayakkan hakim bagi mendapat gaji maksimum yang berbangkit daripada pindaan kepada Akta Pencen 1980 [Akta 2007]”.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya melihat pindaan rang undang-undang ini tidak ada masalah untuk menyokongnya. Walaupun mungkin ada pihak yang cuba mengaitkan rang undang-undang ini dengan segala persepsi ataupun penjawat-penjawat yang sedia ada.

Saya juga tidak nampak Tuan Yang di-Pertua, nama-nama penjawat-penjawat tertentu dalam rang undang-undang ini. Dalam erti kata yang lain rang undang-undang ini adalah untuk penjawat, untuk hakim. Tidak kiralah hakim itu siapa dan tidak kiralah siapa yang memerintah atau siapakah kerajaan Malaysia ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir ini adalah satu pendekatan yang proaktif dalam usaha untuk mempertingkatkan bukan sahaja persepsi malahan taraf serta status sistem kehakiman di dalam negara kita. Bukan untuk individu tertentu ataupun sesiapa yang sedang menjawat jawatan ini. Ini adalah untuk penjawat jawatan tersebut, tidak kira siapa sama ada Tun Zaki kah dan lain-lain lagi. Ini kerana ia penting tentang tujuan umpamanya seperti yang saya sebut tadi “Memperuntukkan bahawa tempoh perkhidmatan hakim yang pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman”. Maknanya tempoh pencen dikira sekali daripada seseorang Pesuruhjaya Kehakiman itu memegang jawatan.

Kepada saya ini adalah satu usaha yang bukan sekarang malahan lebih awal lagi diperjuangkan. Akan tetapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya orang kata dengan izin, “Better late than nothing”. Jadi Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun Tuan Yang di- Pertua apabila segala usaha dan segala kebaikan yang kita bahaskan dan luluskan dalam Dewan Rakyat ini, kemudian ke Dewan Negara dan dilaksanakan dan sudah pastilah Tuan Yang di-Pertua, seluruh daripada Ahli Dewan Rakyat, seluruh rakyat Malaysia mengharapkan suatu sumbangan yang terbaik atau pulangan yang terbaik daripada pihak hakim. Supaya kita dan rakyat keseluruhannya tidak kecewa dengan banyak persepsi yang kurang baik, yang banyak diperbincangkan oleh umum sama ada secara tepat atau tidak tepat, secara adil atau tidak adil.

Akan tetapi, kesannya ialah bukan sahaja kepada sistem kehakiman itu sendiri tetapi kepada harapan dan cita-cita rakyat keseluruhannya yang memerlukan satu sistem kehakiman yang adil secara keseluruhannya.

final • 4:21 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Saya masih percaya Tuan Yang di-Pertua sistem kehakiman sekarang adil cuma ada beberapa perkara yang mungkin menyinggung beberapa pihak yang mungkin tidak puas hati dan sebagainya.

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa keputusan yang mungkin kita tidak puas hati. Umpamanya bagi kes FELDA Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menyebut kes FELDA secara khusus tetapi saya hanya menyebut secara umum yang mana satu kes FELDA Tuan Yang di-Pertua telah diputuskan bahawa kes tersebut FELDA salah hanya kerana peguam tidak hadir pada hari berkenaan. Maknanya peguam bela FELDA tidak hadir pada hari berkenaan. Hakim atau mahkamah telah membuat keputusan tanpa kehadiran wakil daripada FELDA. Hanya kerana ada sedikit masalah perhubungan.

Kemudian, FELDA merayu ke mahkamah yang lebih tinggi, hatta sampai ke Mahkamah Rayuan sekali pun tetapi gagal.

Sedangkan Tuan Yang di-Pertua, umum juga berhujah ada kes-kes lain sekiranya peguam tidak hadir sampai ke tahap rayuan Tuan Yang di-Pertua boleh dipertimbangkan supaya keputusan yang dibuat oleh mahkamah di peringkat yang lebih rendah ditimbangkan semula untuk mendapatkan keputusan yang bukan sahaja adil malah memberikan kepuasan hati kepada pihak yang didakwa. Jadi, ini perkara-perkara Tuan Yang di-Pertua yang saya fikir mungkin boleh menjejaskan dari segi persepsi.

Saya mengakui bahawa tidak semua keputusan itu boleh memberikan kepuasan hati bagi semua pihak. Akan tetapi, sekurang-kurangnya ada satu penjelasan yang lebih khusus, lebih-lebih lagi sekiranya melibatkan wang rakyat dan rakyat perlu mengetahui bukan satu pihak sahaja. Lebih-lebih lagi Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, sekiranya ada persepsi bahawa seseorang hakim itu berkait rapat dengan satu-satu parti. Tidak kiralah parti UMNO kah, parti PAS kah, parti PKR, itu tidak penting. Yang penting ada persepsi daripada pihak umum bahawa hakim ini berkait rapat dengan parti-parti tertentu. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua bila menyebut tentang persepsi tadi, saya agak mungkin peka dan sewajarnya sistem kehakiman sedia ada berusaha untuk menangani masalah tersebut.

final • 4:21 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, tentang persepsi, iaitu tentang anggapan umum bahawa..., ini anggapan umum Tuan Yang di-Pertua yang saya bawa di sini penting untuk saya sebut kerana ada berlaku double standard dari segi teguran. Satu pihak mengatakan kita tidak boleh tegur hakim secara terbuka. Ada pula pihak yang mengatakan boleh.

Malahan Tuan Yang di-Pertua bagi kes yang sedang berjalan, ada pihak boleh menegur hakim. Akan tetapi pihak lain bila menegur tidak boleh. Jadi, ini seolah-olah macam berlaku double standard. Ini pun Tuan Yang di-Pertua, perlu dibetulkan kerana rakyat sedang menilai sistem sekarang.

Saya setuju pandangan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh tadi tentang suatu hujahan yang pernah dibuat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir kita harus menyorot kembali tentang keseluruhan hujah tersebut bukan satu barisan hujah sahaja, keseluruhan. Saya rasa tidak adil kalau hujah yang hanya beberapa ayat itu menyatakan seolah-olah bahawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak langsung menghukum seolah-olah sistem kehakiman sekarang sudah terhakis fungsinya, Tuan Yang di-Pertua.

Itu beberapa perkara Tuan Yang di-Pertua yang saya sebut di sini supaya sekurang-kurangnya pihak kerajaan melihat dan dapat juga sistem kehakiman melihat perkara tersebut bagi tujuan seperti yang saya sebutkan tadi, satu sistem keadilan yang sangat adil dan mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada pihak rakyat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini. Saya hendak tegaskan rang undang- undang ini diluluskan bagi penjawat-penjawat, bagi hakim-hakim yang tidak ada kena- mengena kepada penjawat sedia ada kerana tidak ada nama seorang hakim pun yang tertulis dalam rang undang-undang ini. Jadi, saya menyokong. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 4:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya merujuk kepada huraian ini, memang saya bersetuju dengan rang undang-undang ini bertujuan meminda akta ini untuk menaikkan pension maksimum bagi hakim dan khasnya untuk peruntukkan memberi kepada golongan seperti Pesuruhjaya Kehakiman (Judicial Commissioner).

Memang saya bersetuju dengan ini oleh sebab kita mesti kekalkan prinsip security of tenure di mana Judicial Commissioner ini mereka pun ada security of tenure. Bukannya security of tenure ini memberi kepada Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Memang mereka perlu security of tenure oleh sebab mereka adalah mahkamah yang pertama kebanyakan kes yang masuk ke Mahkamah Tinggi. So, kita perlu ada keadilan juga di sana, dapat keadilan di mana mereka boleh membuat keputusan dengan kebebasan dan mereka tidak perlu takut sama ada mereka akan dipecat atau tidak. Kalaulah mereka tidak disambung, maka mereka masih ada pension. So, sekurang-kurangnya mereka ada juga security of tenure, itu yang penting Tuan Yang di- Pertua...

final • 4:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Minta penjelasan sedikit boleh?

final • 4:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Silakan.

final • 4:33 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Wangsa Maju, apakah pendapat Yang Berhormat Wangsa Maju berkenaan dengan kemungkinan hakim-hakim ini ada juga yang tertekan oleh pihak pembangkang dalam membuat kehakiman.

Selalu Yang Berhormat Bukit Gelugor gunakan hakim dan ramai daripada pemimpin-pemimpin pembangkang menekan hakim dan menyebabkan hakim serba salah hendak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka secara bebas. Kita dapati kes-kes mahkamah yang melibatkan tokoh-tokoh pembangkang yang sepatutnya berjalan dengan licin, lancar dan efisien tetapi tertangguh-tangguh kerana macam-macam pressure atau tekanan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Juga macam-macam helah, tipu hakim kerana kononnya ada hal lain, sakitlah, demamlah dan macam-macam cerita menipu hakim menyebabkan hakim terperdaya dan terpaksa menangguhkan kes bertahun-tahun.

Apakah ini keadilan dan satu tindakan yang bertanggungjawab daripada pihak legislators pembuat undang-undang terhadap bidang kehakiman? Apabila bidang kehakiman atau para hakim membuat keputusan yang menyebelahi mereka, mereka kata hakim bagus. Bila tidak memihak mereka, mereka kata hakim tidak bagus. Saya ingat apa yang perlu kita bagi tunjuk ajar dan hukuman kepada mereka ini ialah pihak pemimpin- pemimpin pembangkang yang bersikap tidak bertanggungjawab ini. Semuanya mementingkan kepentingan politik, parti dan diri sendiri. Apa pandangan Yang Berhormat Wangsa Maju?

final • 4:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Ini pandangan Yang Berhormat Pasir Salak saya tidak tahulah. Apa yang saya tahu adalah, saya ada baca dalam surat khabar bahawa hakim baru-baru ini dituduh, “You are a liar.” Oleh orang tertentu tetapi tidak ada tindakan diambil sedangkan ini adalah contempt of court in the face of court. Di mana hakim dicabar dan dituduh “You are a liar”. Itu amat berat tetapi hakim tidak ambil tindakan.

Saya pun tidak mahu mengatakan hakim itu perlu ambil tindakan, tetapi bagi saya pun ada pengalaman sedikit sebanyak di mana perkataan yang demikian saya tidak berani hendak tuduh kepada hakim kerana mesti kita kena ada decorum sedikit. Seperti di sini pun kita kena ada decorum terhadap Tuan Yang di-Pertua juga.

final • 4:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

So, saya harap pihak tertentu ambil nasihat saya sedikit dan janganlah inconsistent pendiriannya. Saya amat bersetuju, pada awal-awalnya saya tidak mahu ambil bahagian di sini, tetapi bila saya dengar banyak hujahan yang saya rasa saya pun tidak boleh tahan lagi, saya perlu memberi pandangan juga sepatah dua di sini di mana kita perlu ada satu pendirian yang konsisten. Janganlah pada tahun 1997 dan 1998, keadaan itu yang sama kita kata bagus, selepas itu keadaan yang berbeza kita kata tidak bagus, jangan begitu... [Disampuk] Kita semua tahulah ya.

final • 4:33 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Pada tahun 1997, saya masih ingat, pada masa itu kita menentang mengenai dengan Tun Salleh Abbas dipecat. Oleh sebab apa? Kebebasan kehakiman. Pada masa itu juga saya masih ingat dengan amat jelas bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Beliau menyokong seorang hakim ini dipecat.

Sekarang, sangat happy pula pertahankan hakim dan sebagainya. Kita perlu konsisten dalam pendirian kita. Masa itu salah, masa ini juga salah. Masa ini salah, dalam keadaan yang sama, kita katakan salah. Masa itu pendirian kita begini dan pada hari ini masih sama, tetapi sayang. Saya masih memang tidak setuju Tun Salleh Abbas dipecat.

Saya ada berucap di sini beberapa kali mengenai dengan compensation yang diberi kepada Tun Salleh Abbas. Bukannya saya menentang barang pampasan kepada Tun Salleh Abbas, saya sokong, tetapi yang tidak boleh saya terimanya, pampasan itu diberikan secara senyap. Tidak mahu beritahu. Saya tanya Menteri, tidak jawab. Berapa pampasan diberi? Itu yang kita hendak tahu. Bukannya kita menentang. Itu sahaja yang kita hendak tahu. Di sini saya hendak mengucapkan konsistensi. Janganlah guna Parlimen untuk main politik. Kita hendak konsistensi. Pada sekian tahun bila kita jadi Menteri Pendidikan, kita arahkan semua sekolah Kristian dalam negara ini turunkan cross untuk orang Kristian.

Pada hari ini kita kata kita menyokong orang Kristian...

final • 4:40 PM

Seorang Ahli

Siapa itu?

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Check lah pada masa itu, siapa jadi Menteri Pendidikan. Adakah ini satu arahan, mengarahkan semua sekolah turunkan cross sign. Memang itu kita menentang sampai hari ini. Apa sekolah pun, sekolah agama Islam kalau hendak turunkan perkataan “Allah”, kita akan menentang.

Jangan main politik soal kehakiman kita. Memang dalam kehakiman memang ada hakim yang kurang baik. Saya pun jadi mangsa kehakiman. Saya dibuang daripada Dewan yang mulia ini melalui badan kehakiman juga. Saya buat rayuan. Walaupun saya kalah di High Court, permohonan saya untuk mengetepikan injunksi itu ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, saya merayu kepada Mahkamah Rayuan. Selepas 13 tahun, akhirnya Mahkamah Rayuan perlu memberikan saya juga kehakiman walaupun lewat. Saya dapat justice itu, keadilan itu. Akhirnya, Mahkamah Rayuan mengetepikan injunksi itu dan pada hari ini ada assessment of damages mengenai apa yang saya alami.

Kita ada lapisan. Jangan lagi dalam dewan ini menggunakan perkataan, “Malay judges, Chinese judges, Indian judges”. They are judges. If they are Chinese judges, Indian judges, if they are bad, they are bad judges, dengan izin. Kita bukan bercakap mengenai dengan Malay judges, we are talking about judges. Kita berucap di sini mengenai dengan hakim. Kita tidak peduli sama ada hakim orang Melayu, hakim orang Tionghoa, hakim orang India atau hakim orang lain-lain. Di sini kita berucap mengenai dengan hakim yang tingkah laku mereka yang tidak baik. Ada juga hakim Cina yang tidak baik yang pernah saya sebutkan di sini. Saya tidak sebut ini hakim Cina ini yang tidak baik, saya kata hakim ini tidak baik. Ini adalah nama mereka.

Kita di sini bukan berucap mengenai hendak bakarkan perasaan antara satu kaum dengan satu kaum. Kita mahu menyatukan negara ini. Saya tidak peduli baik dia hakim Melayu, Cina atau India, kalau penghakiman mereka tidak mampu memberikan keadilan, memang itu hakim tidak baik. Kita perlu menyuruh kerajaan untuk jangan sambung atau ambil tindakan. Kalau Melayu tidak baik, kita ambil tindakan. Kalau Cina tidak baik, kita ambil tindakan. Jangan gunakan Melayu judges, Malay judges, dengan izin. Justice is blind.

We should not be talking about Malay judges, we should be talking about judges. We should not be talking about fluency of language, dengan izin.

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kalaulah seorang hakim yang amat fasih dalam bahasa Inggeris, kalau mereka tidak mampu memberikan keadilan dalam mahkamah, apa guna dengan bahasa Inggeris yang berbunga-bunga tetapi tidak boleh memberikan keadilan dalam mahkamah. Saya rasa lebih baik saya ada hakim yang tidak pandai baca bahasa Inggeris kalau kita boleh dapat keadilan. Apa yang kita hendak di Mahkamah Tinggi adalah keadilan. Mahkamah kita hendak keadilan. Bukan hendak pergi sana menunjuk bahasa yang berbunga, Barisan Nasional. Bukan begitu. Kalaulah mereka mengatakan Barisan Nasional, okey juga, kita tahu apa itu. Tidak payah hendak nasional dan sebagainya ataupun bahasa yang Inggeris yang berbunga, pantun dan sebagainya. What we want is justice.

Saya pernah mengalami injustice. Berani saya cakap di sini pada tahun 1997, saya dipecat dalam parti tertentu atas alasan not showing love and affection, dengan izin.

Tidak tunjuk cinta kepada pemimpin. Hello, lebih teruk daripada Komunis, apakah keadilan?

Itukah keadilan? Saya ada rekod ini. Jangan cabar, saya ada rekod. Bila saya menghadapi mereka hakim yang terpilih, saya meminta peluang untuk masa hendak cross examine menyoal sebelah. Apa hakim itu cakap? Ini ada dalam surat khabar. Bila saya sebut the interest of justice, I need to cross examine dengan izin, dia kata, “No, we are not interested.

We are here to do our job.” Apa job? Terus habis itu, pecat sebab ada arahan yang tertentu.

Keadilan begini pun kita tidak boleh train, jangan kata bila orang minta keadilan dalam parti kita, kita tidak beri, kita tidak peduli, dan bila di tempat yang lain kita bercakap soal keadilan. Justice is blind. Let’s be consistent, dengan izin.

final • 4:40 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Pendirian kita mesti consistent. Kalau tidak rakyat nampak. Kerana apa? Rakyat akan nampak kita bermain politik. Bukan di luar sahaja ceramah, tidak apalah kita main politik. Janganlah dalam Dewan yang mulia ini kita main politik juga oleh kerana di dalam Parlimen ini kita berucap. Oleh kerana apa? Kepentingan negara, untuk membangunkan negara ini. Kita bukan berucap di sini untuk dapat political mileage. So silalah goes consistent sedikit. Ingatlah dan saya tak hendak dengar di sini, hakim Melayu tidak guna, bahasa Inggeris pun tidak pandai. Mereka dilantik memang, kita kena terima bahawa mereka ini adalah lebih kurang ada kelayakan. Bukannya buta huruf sampai ‘A’ for apple pun tidak guna atau ‘B’ for book.

Saya dengar saya sakit hati. Kita sudah berapa lama hendak bangunkan negara ini supaya kita tidak mahu dengar lagi satu kaum dengan satu kaum. Kita hendak dengar apa di sini adalah untuk membangunkan negara kita Malaysia. Malaysia ini bukan untuk orang Tionghoa, orang India, orang Melayu, untuk semua rakyat. Semua warganegara Malaysia. Saya ada dengar ada 99 peratus tidak faham bahasa Inggeris. Aduh! Don’t belittle our judges, don’t belittle our judges, give them some respect. Don’t call them a liar in court, that’s not right dengan izin. Jangan menuduh mereka di dalam mahkamah terbuka bahawa mereka ini adalah bias. Juga jangan juga kita sendiri pada satu waktu kita pegangkan kertas di Federal Hotel menyatakan Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam salah laku seks. Menyuruh, meminta Peguam Negara ambil tindakan.

Saya berada di situ. Masa itu belum dipecatlah, belum dipecat masih ada di situ saya dengar. Wah! Heronya. Saya pun setuju masa itu... [Disampuk] Jangan cakap di sini saya tahu ada banyak perkara. Saya pun jadi mangsa tertentu, saya tidak mahu sebut di sini sahaja, saya tidak mahu sebut di sini. Akan tetapi apabila saya dengar ucapan-ucapan beliau saya amat sedih hati. Ini kerana kita ini dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk mempertahankan negara, negara ini untuk semua kaum. Nampak di sini saya dengar hentam orang Tionghoa, hentam orang Melayu. Sekarang Malay judges, Malay judges.

Saya harap kita berhentikan is not about Malay judges, is not about Chinese judges, is not Indian judges. We should be talking about bad judges... [Tepuk] Ini yang tidak mampu memberi keadilan kepada semua rakyat. Itu yang kita minta.

Seperti di DBKL saya ingin menyatakan di sini juga. Kalau mereka tidak mampu menjalankan perkhidmatan mereka sebagai seorang pegawai, buang, ambil tindakan.

Banyak di DBKL sama juga di badan kehakiman. Saya memang akur bahawa ada juga hakim yang tidak baik, bukan tidak ada, ada. Saya pernah sebut di sini, ada. Akan tetapi bukannya semua yang tidak baik. Kita perlu ambil tindakan.

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya tidak kata semua hakim baik. Seperti di mana-mana jabatan ada juga pegawai yang tidak baik. Dalam parti sesiapa pun ada juga pemimpin yang tidak baik yang saya tahu yang jadi hakim badan disiplin mengatakan,”I don’t care.” Meminta cross examine, I don’t care, badan disiplin, I don’t care. I’m here to do a job. Ada rekod ini rekod semua ada.

Inilah hakim yang begini kita perlu ambil tindakan. Ini kerana beliau tidak mampu memberi keadilan. Saya ada bukti. Ini hakim Cina. Apa guna? Lebih baik saya ada hakim Melayu atau India kalau mereka boleh memberikan keadilan kepada saya. Akan tetapi saya tidak dapat keadilan... [Disampuk] Saya banyak lagi saya tahu juga ada orang tertentu pergi ke belakang mahkamah, berjumpa dengan hakim mengenai dengan saya...

final • 4:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Siapa itu, siapa itu?

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya malaslah hendak sebut nama.

Kita tahu semua tahulah. Jadi, jangan kita di sini hendak jadi hero. Saya tidak mahu. Pada hal hari ini saya tidak bercadang bercakap. Saya tidak cadang bercakap Tuan Yang di- Pertua. Oleh kerana telinga saya sudah bengang, tidak boleh tahan oleh kerana pendirian yang tidak konsisten. Hakim mahkamah sekarang mereka dicabar. Saya hendak ingatlah hakim-hakim yang sedia ada ini atau yang dahulu hakim di negara kita yang bebaskan orang tertentu juga. Walaupun hakim tertentu ada buat kenyataan dalam kehakiman dia.

Walaupun kita percaya bahawa beliau percaya bahawa tingkah laku sedemikian ada berlaku tetapi dari segi prosedur beliau perlu melepaskan, bebaskan. Itu betul kita setuju.

Saya amat bersetuju dengannya. Akan tetapi janganlah bila kita kena kepada kita, kita kata bagus. Kita dapat keadilan kita kata bagus, bila kita tidak dapat apa yang kita hendak kita menuduh. Jadi, kita pun, semua orang perlu keadilan. Kita hendak keadilan yang tulen. Jangan kita dapat keadilan yang terpilih...

final • 4:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Wangsa Maju...

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya silakan.

final • 4:50 PM

Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak bertanya, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju.

Semasa Yang Berhormat Wangsa Maju dan saya sendiri masih lagi Ahli Parlimen PKR pada bulan Januari 2009, kita buat kenyataan supaya Yang Berhormat Bukit Gelugor minta maaf kepada Yang Berhormat Permatang Pauh kerana menuntut supaya Yang Berhormat Permatang Pauh bertaubat dan meletakkan jawatan kerana tidak layak memimpin Pakatan pada masa itu.

Masa itu dan Yang Berhormat Wangsa Maju masih lagi Ahli Parlimen PKR kita minta supaya Yang Berhormat Bukit Gelugor minta maaf dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Sehingga ke hari ini Yang Berhormat Bukit Gelugor bukan sahaja tidak minta maaf malah tidak pernah membuat sebarang kenyataan menarik balik dakwaan beliau bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan harus bertaubat dan meletakkan jawatan.

Jadi apa pandangan Yang Berhormat Wangsa Maju? Adakah Yang Berhormat Wangsa Maju bersetuju bahawa itu menunjukkan Yang Berhormat Bukit Gelugor ini adalah pengamal hipokrit politik paling besar dalam negara ini?

final • 4:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Memang saya tidak boleh kata saya bersetuju dengan perkara itu. Saya pernah menyatakan demikian, di dalam blog saya pun atau dalam statement saya pada masa itu kerana pada masa itu dituduh bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh tidak layak untuk memimpin Pakatan Rakyat. Saya ada panggil dia bertaubat dan menarik balik perkataan sedemikian. Memang betul. Soal hipokrit itu saya tidak tahulah. Saya serahkan kepada sesiapa yang hendak buat keputusanlah terhadap perkataan itu. Akan tetapi seperti hakim, kita tuduh hakim.

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya menyatakan di sini dengan terus terang bahawa Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai bekas Hakim Mahkamah Tinggi di Shah Alam. Beliau juga dilantik sebagai ketua badan disiplin untuk parti tertentu. Saya tidak menyatakan bahawa beliau tidak layak kerana dalam parti tertentu menggunakan banyak bahasa dan Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai ini ada kelemahannya dalam segi bahasa Malaysia. Kalaulah kita gunakan the same measurement dengan izin, saya boleh menyatakan beliau dalam bahasa Malaysia pun tidak fasih. Bagaimana boleh memberikan keadilan? Kalau tidak silap saya bahawa Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai ini boleh memberi keadilan kerana he has a good sense of justice...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat boleh sentuh sedikit hal undang-undang itu Yang Berhormat... [Ketawa]

final • 5:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ya ini undang-undanglah Tuan Yang di- Pertua kerana Tuan Yang di-Pertua kena faham... [Ketawa] Tadi diberi masa dengan panjang lebar bercakap mengenai dengan tingkah laku hakim.

Sekarang ini saya menggunakan kesempatan yang sama untuk memberi contoh supaya kita boleh meneliti kes ini sebelum kita hendak buat keputusan, apakah salahnya?

Tadi juga dirujuk soal mengenai dengan Datuk ‘T’, Mahkamah Majistret. Saya amat hairan kerana Majistret Jabatan Peguam Negara ambil tindakan terhadap Datuk ‘T’ tuduh mereka.

Tiga orang Datuk ‘T’ itu telah mengaku salah dan yang dikeluarkan laporan itu adalah fakta- fakta kes untuk semua kes dalam mahkamah di Magistrate Court.

Apabila seorang tertuduh mengaku salah, hakim Mahkamah Majistret pun tidak boleh terus menghukum mereka, prosecutor ataupun pendakwa raya perlu mengemukakan fakta-fakta kes supaya hakim itu boleh meneliti dan salah satunya ialah laporan daripada pakar dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat ini adalah sebuah negara yang kita sentiasa mengalu-alukan, the best in the world. Sampai timbalan presidennya datang di sini kata kita pun jadi hero. Dari situ kita terima bahawa itu adalah fakta kes. Kalaulah Datuk ‘T’ ini tidak terima, buat rayuan. Akan tetapi di sini kita hentam tidak baik adalah salah. Saya pun hairan. Tuduh pun salah, tidak tuduh pun salah. Hukum pun salah, tidak hukum pun salah.

Apabila untung kepada kita, kita kata bagus, the best in the world. Apabila kita tidak setuju, kita kata tidak bagus. Kita caci mereka. Janganlah amal double standard ini. The rule of the day is consistence.

Saya haraplah dari dalam rang undang-undang ini, kita jangan bangkitkan lagilah di sini soal Melayu, hakim Melayu, hakim Cina, hakim India. Kita gunakan hakim yang tidak baik kalau kita hendak sebut atau gunakan nama tidak apa. Oleh sebab kita apabila gunakan hakim dari segi bangsa, kita akan menyedihkan bangsa tertentu. Di sini kita hendak menyatukan semua bangsa sebagai satu negara yang boleh kita membangunkan negara ini bersama-sama.

Saya tidak setuju kalau negara ini dibangunkan oleh Melayu sahaja, atau oleh Cina atau oleh India. Saya rasa kita semua tidak setuju. Jadi janganlah kita gunakan bangsa sebagai satu yardstick untuk menyampaikan mesej kita. Mesej yang utama kita di sini ialah sesiapa yang tidak mampu memberi keadilan ialah hakim yang tidak baik. Tidak mengambil kira apa-apa bangsa oleh sebab justice is blind. Kalau kawan saya orang Melayu tidak dapat keadilan dalam mahkamah saya pun tidak boleh setuju. Kawan saya Melayu tidak dapat keadilan saya tidak setuju juga. Saya akan tolong atau kaum India, kaum Cina sama juga.

Dengan ini saya harap kita jangan buat satu perbezaan di mana bila kita memberikan pencen, kita jangan katalah memberikan pencen kepada hakim yang telah ditetapkan mereka dapat security of tenure. Security of tenure ini dengan izin, perlu juga diberi kepada Judicial Commissioner ini. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Tuan Yang di-Pertua yang diberi kepada Judicial Commissioner ini. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Seremban.

final • 5:00 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih untuk bagi peluang saya mengambil bahagian dalam Akta Saraan Hakim 1971. Hari ini ada ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan isu-isu berkenaan judicial misbehavior seperti yang dikatakan oleh Bar Council dalam satu AGM lebih kurang empat atau lima bulan dahulu. Berkenaan dengan judicial misbehavior, saya akan berikan tiga atau empat contoh.

Contoh yang pertama ialah ada ramai hakim tanpa baca keterangan bertulis dalam mahkamah, tanpa baca exhibits ataupun semakan exhibits, tanpa baca hujah-hujah bertulis oleh kedua-dua pihak akan beri penghakiman. Ada hakim-hakim tidak baca nota-nota tetapi pada pukul 9 pagi datang ke mahkamah, tanpa baca apa-apa dia panggil kes terus bela diri.

Keduanya, beberapa tahun dahulu Hakim Besar (Chief of Justice) ada menghantar satu surat pekeliling kepada semua majistret dan bagi satu arahan yang mengatakan bahawa tidak boleh batalkan kes-kes kalau peguam lewat atau DPP lewat datang ke mahkamah sehingga pukul 5.

final • 5:08 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Akan tetapi ada banyak ahli-ahli dalam judiciary setakat hari ini tidak ada ikut arahan daripada hakim besar. Contoh yang ketiga, ada kes-kes dalam mahkamah di mana tarikh ditetapkan seperti contoh 1 Ogos 2011 tetapi tanpa bagi tahu dua-dua pihak, kes di panggil dan dibatalkan. Inilah contoh-contoh saya bagi untuk judicial misbehavior. Isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain ialah mutu penghakiman atau quality of judgment. Saya ingat Dewan yang mulia ini mesti membuat satu pindaan di mana semua hakim di mahkamah mesti memberi penghakiman bertulis.

Masa ini kita ada lebih kurang 20 atau 30 hakim-hakim sahaja bagi reading judgment tetapi kita membuat satu undang-undang, di pinda undang-undang dikatakan ialah compulsory judgment diberikan oleh semua ahli-ahli judiciary secara bertulis. Isu yang lain, saya suka bangkitkan ialah berkenaan dengan satu kes.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah baca Peraturan 36(2) dan faham apa yang dikatakan sub judice. Kes itu saya sebutkan ialah Altantuya Shaariibuu, di mana satu death penalty sudah diberikan kepada dua OKT di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Saya bukan maksudkan isu-isu dalam mahkamah tetapi saya minta, kenapa rayuan di Court of Appeal, Mahkamah Rayuan di Putrajaya sehingga hari ini tidak difailkan? Ini satu isu yang penting sebab hukuman diberikan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kalau saya tak silap sudah dua atau tiga tahun tetapi setakat hari ini saya dapat tahu appeal record pun belum siap ataupun appeal record belum difailkan. Point keempat, mengikut undang-undang Tuan Yang di-Pertua, masa ini jikalau seorang ahli daripada judiciary mahu jadi hakim di Mahkamah Sesyen, kelayakan ialah mesti jadi hakim selama 15 tahun.

Saya merayu kepada Menteri yang berkenaan untuk semak balik undang-undang ini. Ikut pandangan saya – sebab masa ini ada satu pindaan yang kita ada discuss dalam Dewan yang mulia ini sebelum Subordinate Courts Act, di mana kuasa untuk mahkamah sesyen sudah pinda, unlimited iaitu kalau kes kemalangan, mahkamah di Session Court boleh dengar kes-kes untuk RM20 juta, RM30 juta dan tidak ada limit diberikan untuk bidang kuasa mahkamah. Oleh sebab itu saya cadang kelayakan hakim di Mahkamah Sesyen naikkan daripada 15 tahun sehingga 20 tahun. Kalau mahu jadi hakim di Mahkamah Sesyen, kurang-kurang ialah 20 tahun. Di sini, semua Ahli-ahli Yang Berhormat tahu pada hari Jumaat yang dulu, kes Datuk ‘T’ ada dibicarakan dalam satu Magistrate Court di Kuala Lumpur dan masa bicara kes ini, majistret minta video lucah dimainkan dalam mahkamah. Sebenarnya ini tidak ada betul sebab...

final • 5:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Pencelahan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Dalam pengalaman Yang Berhormat sebagai seorang pengamal di mahkamah, adakah apabila seseorang itu selepas mengaku salah, kalau dua-dua pihak setuju dengan fakta, tidak ada cabaran kepada fakta, perlu kah tayangan seperti itu di open court dibuatkan? Adakah itu satu amalan yang biasa di mahkamah?

final • 5:10 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Jawapan daripada apa yang saya tahu, di sini ada dua situasi Tuan Yang di-Pertua. Situasi yang pertama, jikalau dua-dua pihak tidak pertikaikan fakta-fakta, tak payah tunjuk itu video lucah dalam mahkamah. Biasanya kita tunjuk jikalau faktor-faktor dipertikaikan dan saya bantah apa yang berlaku pada hari Jumaat. Untuk main video lucah ini dalam mahkamah ialah untuk dapat political mileage untuk ketua-ketua Barisan Nasional. This magistrate should be sacked and there are no two ways about it. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk]

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 5:10 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Akta Saraan Hakim 1971 dan kalaulah akta ini dibawa semata-mata kerana ada kaitan dengan persaraan Ketua Hakim Negara yang sedang berkhidmat sekarang ini, saya rasa ianya tidak ada salah sebab Ketua Hakim Negara sekarang ini sudah pun menjalankan tugas dan khidmatnya. Maka atas khidmat beliau, kerajaan ingin memberi penghargaan seperti kakitangan awam yang lain, yang berhak menerima pencen. Wajar kita mempertimbangkan hak beliau ini dan kalau ada cadangan mengatakan kita boleh mempertimbangkan hadiah satu kedudukan kepada Ketua Hakim Negara dengan jawatan- jawatan lain, saya rasa tidak betul pandangan ini.

Hanya sekadar untuk mempersendakan ataupun nak menidakkan akta ini sebab kita nak lantik seseorang dalam jawatan lain dalam syarikat-syarikat besar ataupun perbadanan yang besar, dia mesti ikut kemampuan dan kewibawaan dan bidang-bidang yang beliau mengetahui untuk memimpin sesebuah organisasi. Kalau beliau dalam bidang kehakiman, itulah kepakarannya dan macam mana kalau nak lantik beliau sebagai Pengerusi TNB? Itu bukan bidangnya, yang mengetahui dalam bidang kejuruteraan. Maka sebab itu saya rasa kita tidak perlu ada prejudis, syak wasangka bersabit dengan soal perubahan yang nak dibuat untuk memberi pencen maksimum kepada hakim-hakim termasuklah juga bakal Ketua Hakim Negara yang ada sekarang ini, yang akan bersara.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada soal kebebasan kehakiman ini, ini soal persepsi. Persepsi berbagai-bagai pihak. Ada yang mengatakan sampai sekarang sistem kehakiman kita tidak bebas, bagi orang yang ada kepentingan. Saya tidak ada kepentingan sebab saya tak didakwa di mahkamah. Maka saya berpendapat sistem kehakiman kita baik.

Katakanlah kalau satu hari nanti saya ditakdirkan didakwa di mahkamah, orang terjumpa bukti-bukti termasuk video, saya didakwa di mahkamah. Maka orang tengok mirip pun muka saya, tentu keluarga saya malu, anak saya malu, sahabat handai saya malu. Nak tanya hendak saya kena pertahankan diri saya. Macam orang kena tuduh 39B, dia kena pertahankan diri dia. Jadi, apa alasan dia nak beri untuk mempertahankan diri dia selain daripada ha! Ini mungkin konspirasi, ini mungkin dirancang, bidang kehakiman ini tidak telus...

final • 5:16 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh dapat penjelasan?

final • 5:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini dirancang, ini konspirasi, macam-macam tuduhan dibuat kerana ada kepentingan diri. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menarik perhatian Dewan yang mulia ini saya hendak minta kerajaan untuk melihat balik sistem kehakiman kita walaupun seseorang yang dituduh boleh menggunakan apa jua undang-undang yang ada untuk menangguhkan kes mempertikaikan kewibawaan hakim dan pelantikan hakim bertahun-tahun lamanya, itu hak orang yang dituduh dia perlu diberi peluang untuk mengguna segala avenue kehakiman yang ada tetapi berlarutan begitu panjang. Juga sama dengan kata-kata justice delayed is justice denied kepada orang yang hendak keadilan macam mana. Orang yang dianiayai yang mengharap keadilan daripada mahkamah terpaksa tunggu bertahun-tahun akibat kes itu dilewat-lewatkan, ditangguh- tangguhkan.

final • 5:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi kerajaan mesti tengok balik, perbetulkan balik supaya sistem yang ada sekarang ini jangan diberi ruang banyak sangat dari segi kelonggaran perbicaraan kalau boleh diperkemaskan kalau perlu dipinda undang-undang perlu dipinda supaya kita tidak boleh membiarkan perbicaraan berlarutan begitu lama sehingga wang rakyat pun habis, rakyat pun disogok dengan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat dan negatif sepanjang masa. Maka kita harap perbicaraan itu dipercepatkan. Ini saya minta diperbetulkan. Kalau tidak ia akan menjadi precedent.

Kedua, apa lagi tidak bebas dari segi kehakiman dan kebebasan bersuara di negara kita ini? Saya sendiri mendengar iaitu ceramah-ceramah yang dibuat di tempat terbuka. Ada pihak yang mengulas perbicaraan yang sedang berjalan di mahkamah sekarang ini. Mempertikaikan hakim, tuduh kata konspirasi, dalam ceramah-ceramah mereka yang tuan badan sendiri terlibat termasuk juga penyokong-penyokongnya bercakap di merata tempat dan ini jelas contempt of court. Kalau ini terus berjalan, terus berlaku bagaimana persepsi rakyat terhadap sistem perundangan negara kita seolah-olah kita begitu lemah, lesu dan tidak mampu hendak mengambil tindakan.

Saya hendak tanya usaha yang dibuat oleh Peguam Negara atau apakah ini bidang kuasa pihak polis dalam menentukan supaya kes-kes yang dibicarakan di mahkamah tidak boleh dibawa dalam ceramah-ceramah di jalan raya, di tempat-tempat umum dipertikaikan itu dan ini, ini zalim, ini konspirasi, ini tidak betul. Itu ini, itu ini walhal kes itu dalam mahkamah. It’s clearly, dengan izin, contempt of court.

Ini jadi precedent esok macam mana, kalau semua rakyat buat macam ini. Semua rakyat yang sedang, mereka-mereka yang dituduh di mahkamah, akan datang semua buat ceramah mempertikaikan proses perbicaraan yang sedang berlaku. Ini yang saya rasa perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan sebab saya berpendapat ianya amat serius sebab ianya contempt of court.

Tuan Yang di-Pertua, saya katakan tadi soal persepsi. Macam-macam sekarang ini menimbulkan dalam hujah tadi saya dengar kenapa majistret biarkan video ini ditayangkan. Ada pula dari segi pandangan Islam kenapa benda ini ditayangkan, ini salah dari segi agama, ia mengaibkan orang. Macam-macam timbul sekarang ini. Yang pentingnya pada saya apa yang berlaku sudah tidak menjadi relevan lagi. Yang penting bagi saya apakah sebenarnya terdapat dalam video tersebut? Hendak tunjuk di mahkamah ke, hendak tunjuk di luar kah? Sebab yang kita hendak tentukan siapa dalam itu. Dalam itu orang yang berkenaan yang berhasrat untuk memimpin negara, hendak membangunkan rakyat hendak membina negara, pada kita mungkin tidak layak. Itu sahaja hendak ditentukan. Riuh rendah, sejak hampir 15 tahun dengan individu yang saya maksudkan ini.

Daripada dahulu sampai sekarang tidak habis-habis lagi.

Saya percaya kalaulah orang lain menjadi Perdana Menteri, dahulu Tun Dr.

Mahathir, diganti oleh, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sekarang Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, ganti lagi orang lain. Satu, satu, satu, satu selagi dia tidak menjadi Perdana Menteri, selagi itulah kononnya Malaysia ini bermasalah. Sesudah dia jadi Perdana Menteri, baru masalah selesai.

Sama juga dalam bidang kehakiman. Bidang kehakiman akan dituduh tidak adil, konspirasi, ada pihak-pihak berkepentingan, selagi mana kes itu ada di mahkamah. Kalau selesai kes dia ini, semua beres. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Wangsa Maju ianya persoalan konsisten. Ianya persoalan jangan jadi double standard. Ia persoalan ketelusan, tetapi orang hipokrit dia bercakap semberono sahaja mengata orang bobrok.

Sebenarnya orang yang kata bobrok itulah bobrok yang paling besar, hipokrit. Sepanjang berapa puluh tahun, Tuan Yang di-Pertua.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya harap dalam soal bidang kehakiman ini, saya minta pihak kerajaan tengok balik standard operating system kehakiman kita dari segi perbicaraan supaya kes-kes jangan terlalu lama tertangguh. Malah saya ucap tahniah kepada Ketua Hakim Negara yang ada sekarang, kerana dahulu kes-kes di mahkamah bertimbun-timbun tertangguh. Namun sejak beliau mengambil alih, saya tengok kes-kes sudah dipercepatkan. Banyak kes yang sudah diselesaikan. Ini satu pencapaian yang boleh kita hargai. Yang dia kata baik, baiklah.

final • 5:20 PM

Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jangan kita hendak mencari benda yang tidak baik, kita tuduh orang itu tidak baik.

Manakala yang baik-baik itu banyak dia lakukan kita lupa memberi penghargaan. Saya memberi penghargaan atas dasar tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya hendak sampaikan sebab saya giat dengan sesetengah pihak yang bercakap hal kehakiman ini yang double standard dan tadi saya dengarlah sekali perkataan Yang Berhormat Bukit Gelugor kata, “Utusan Malaysia ini utusan iblis.” Saya sama juga Yang Berhormat Wangsa Maju sebut tadi, dia sebut, hakim ini liar. Jadi seolah-olah orang ini sudah jadi peguam samseng di mahkamah dan kalau kata “Utusan itu liar, Utusan itu iblis”, jadi yang mengata itu adalah datuk iblis. Saya menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Telok Intan.

final • 5:20 PM

Tuan M. Monagaran - Telok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Melalui rang undang-undang ini adalah tidak dipertikaikan betapa pentingnya tumbuk demokrasi dalam badan kehakiman. Justeru itu ia tidak perlu ditekankan lagi bahawa hakim-hakim kita mestilah dari golongan yang terpelajar sebab itu kita memanggil mereka sebagai ‘Yang Arif’ di mahkamah.

Mengenai pesuruhjaya kehakiman iaitu judicial commissioners saya tidak setuju bahawa kita masih memang kepada lantikan JC, sebab ini seolah-olah memberi gambaran bahawa hakim-hakim kita dari kategori judicial commissioners ini sama seperti pegawai- pegawai lain seperti pegawai kerajaan yang lain. Hakim-hakim kita ini termasuk judicial commissioners mesti diberi satu tempat yang lebih istimewa. Mereka tidak boleh dikatakan sebagai pegawai lain yang boleh dinaikkan pangkat berlandaskan kepada kerja mereka.

Sebab apabila seorang hakim dinaikkan pangkat ke hakim penuh daripada jawatan judicial commissioners, ini bermaksud mereka itu sama seperti pegawai kerajaan lain.

Akan tetapi dalam business penghakiman ini, hakim-hakim tidak boleh membuat kerja mereka termasuk mendengar kes-kes dan juga memberi alasan untuk kes-kes untuk mereka ingat masa hadapan mereka sebagai hakim hendak naik pangkat. Hakim-hakim harus memberi alasan penghakiman dan penghakiman berjurus kepada fakta-fakta dan undang-undang sahaja. Seseorang pegawai di kerajaan ataupun di swasta beliau bekerja keras selalu mengharapkan kerja ini akan mendapat hasil dan pengiktirafan oleh pegawai atasan atau dia punya bos dengan izin. Namun golongan hakim itu lain. Selagi kita pegang konsep dan juga pengamalan Judicial Commissioner ia tidak sesuai sebab seseorang judicial commissioner mungkin tidak boleh atau dapat memberi keputusan mengenai sesuatu kes jika ia mungkin akan terlibat kerajaan.

final • 5:27 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Minta penjelasan Yang Berhormat daripada Telok Intan. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Telok Intan. Tadi lebih kurang sepuluh minit dahulu apabila Ahli Yang Berhormat daripada Wangsa Maju berucap dia katakan “Saya tidak rujuk kepada siapa-siapa yang berkenaan atau mana-mana kes”. Secara general saya mahu bertanya dia katakan ada satu peguam cakap sama hakim, “You are the liar”. Yang Berhormat Mat Nor ialah jadi peguam lama. Saya suka minta penjelasan daripada Yang Berhormat Telok Intan. Bolehkah seorang peguam panggil satu hakim “You are the liar”.

Jikalau mengikut nota-nota keterangan dia ada bukti dan dia sudah tahu hakim sudah cakap bohong daripada dia punya nota-nota keterangan saya mahu bertanya Yang Berhormat Telok Intan boleh kah atau tidak boleh, apakah pandangan kamu?

final • 5:30 PM

Tuan M. Monagaran - Telok Intan

Tuan Yang di-Pertua, apa seseorang peguam memanggil hakim terpulang kepada konteks kita tidak boleh mengeluarkan out of contacts tetapi di dalam mahkamah konsep contempt of court. Minta maaflah di Parlimen konsep contempt of court dan konteks ‘sub judice’ itu amat tidak difahami oleh ramai di antara kita.

Kita sebut sahaja kes yang dijalankan di mahkamah terus kita dilabel ‘sub judice’.

final • 5:30 PM

Tuan M. Monagaran - Telok Intan

Akan tetapi, konsep ‘sub judice’ bukan sebegitu. Kita boleh kritik, kita boleh kritik apa-apa kes yang dijalankan di mahkamah dalam konteks yang wajar dan waras tetapi bukan kritik untuk membawa nama baik hakim kepada nama baik hakim itu terjejas ataupun sistem kehakiman itu terjejas.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya cadang, saya cadang kepada pihak-pihak yang berkenaan. Kita kena tukar sistem pelantikan judicial commissioner itu dengan satu sistem yang lain untuk pemantauan-pemantauan ataupun penyeliaan hakim- hakim, adakah mereka membuat kerja mereka ataupun tulis alasan-alasan penghakiman mereka dalam jangka masa yang perlu. Kita boleh mengadakan satu sistem yang lain tetapi untuk mengadakan sistem judicial commissioner (JC) untuk dinaikkan pangkat kepada hakim penuh itu meletakkan hakim-hakim sama dengan pegawai-pegawai yang lain dan saya ingin menekankan di sini judicial commissioner bukan pegawai kerajaan. Ramai di antara kita pun tidak faham bahawa badan kehakiman iaitu hakim-hakim itu memang bebas dan persepsi itu bebas dan mereka sebenar-benarnya mesti menjadi bebas.

Apabila seseorang hakim itu dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, beliau bebas dari semua lain-lain pengaruhan. Ketua Hakim Negara sebenarnya bukan bos kepada Hakim-hakim Mahkamah Tinggi. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi adalah bos mereka sendiri. Di dalam perkarangan mahkamah, Hakim Mahkamah Tinggi boleh menentukan apa sahaja tentang kes yang mereka bersidang pada hari itu. Peranan Ketua Hakim Negara adalah untuk pentadbiran sahaja. Ketua Hakim Negara bukan boleh jadi bos kepada Hakim Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Persekutuan. Ini kita mesti faham dan jelas di antara kita dahulu Ahli-ahli Parlimen.

Ketua Hakim Negara adalah bos hakim-hakim yang lain untuk pentadbiran sahaja bukan untuk kes-kes yang hakim dengar dan memutuskan. Dengan izin, High Court Judge is upon himself, his own boss within the four corners of the court. Hakim Mahkamah Tinggi tidak perlu ambil arahan daripada Ketua Hakim Negara untuk apa-apa berkenaan dengan kes yang mereka dengar pada bila-bila masa.

Sebab itu writ saman yang kita keluarkan adalah di atas nama Hakim Besar Malaya bukan atas Ketua Hakim Negara. Maksud saya seseorang hakim itu saman itu dikeluarkan sebenarnya atas Duli Yang Maha Mulia. Kalau kita tengok writ Mahkamah Tinggi itu iaitu adalah atas Duli Yang Maha Mulia di mana Duli Yang Maha Mulia, suruh memberi perintah kepada Hakim Besar Malaya untuk dengar kes ini. Kes ini dibawa ke perhatian Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Maha Mulia yang memerintahkan Hakim Besar Malaya untuk mendengar dan memutuskan kes-kes yang dibawa di Mahkamah Tinggi.

Itu konsep dan konsep ini pergi kepada konsep semasa di England dahulu. Di mana tiap-tiap rakyat boleh membawa kes mereka kepada ‘A’ size ataupun hakim ataupun kepada Raja England yang pergi dari satu tempat ke satu tempat dan Raja untuk mendengar kes-kes daripada rakyat jelata. Jadi kita kena faham Hakim Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim lain itu bebas dan mesti bebas daripada Ketua Hakim Negara juga. Ketua Hakim Negara bukan bos mereka, dengan izin, hanya untuk isu-isu pentadbiran.

Saya juga ingin menyentuh mengenai hakim-hakim, ya. Ada hakim-hakim yang bagus tetapi pada keseluruhannya kita tengok mereka dalam ketekanan. Ketekanan untuk cepat menghabiskan kes-kes di mahkamah sekarang. Jadi ada ramai orang khuatir adakah kes-kes ini dipercepatkan di mana kes itu adakah didengar dengan betul-betul? Adakah keadilan dicapai apabila kita sentiasa hendak mempercepatkan kes-kes mungkin tidak dapat mencapai keadilan?

final • 5:30 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Telok Intan. Saya minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Telok Intan sebab kadang-kadang apabila hakim hendak mempercepatkan kes ini, kita dapati ini sebab rang undang-undang yang kita hendak pinda ini adalah untuk saraan hakim. Jadi hendak cepat ini dia minta lawyer tolong siapkan hujah penghakiman dia. Jadi ini di antara kes-kes yang kita telah dapati berlaku dalam negara kita. Jadi, akhirnya hakim itu hanya membaca teks hujah penghakiman yang telah disiapkan oleh lawyer berkenaan. Lawyer berkenaan juga yang kita dapati insiden videonya dia sebut bahawa dalam gambar itu nampak seolah-olah macam saya tetapi dia bukan saya.

final • 5:30 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Jadi gambar yang diambil dalam video itu juga dipertikaikan sehinggalah diwujudkan sebuah Suruhanjaya Diraja. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Telok Intan kerana bil saraan hakim ini nampaknya macam hakim-hakim itu telah hilang wibawa kerana persepsi-persepsi seperti inilah yang merosakkan institusi kehakiman itu. Yang merosakkan institusi kehakiman itu kerana kegagalan sistem kehakiman itu mempertahankan kebebasan di dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Apa pandangan Yang Berhormat Telok Intan?

final • 5:30 PM

Tuan M. Monagaran - Telok Intan

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kuala Kedah. Dalam amalan di mahkamah memang hakim-hakim bergantung kepada hujah-hujah yang telah difailkan oleh peguam-peguam. Akan tetapi, hakim-hakim cuma boleh membaca hujah-hujahnya tetapi mereka harus membuat satu keputusan yang adil setelah membaca hujah-hujah dan juga daripada pengetahuan undang-undang mereka sendiri iaitu hakim-hakim sendiri.

Mengenai video yang dikatakan dalam kes V.K. Lingam amat jelas apa yang berlaku dan Suruhanjaya Diraja pun telah mendapati ada unsur-unsur yang boleh diambil tindakan tetapi masih sehingga sekarang sebarang tindakan tidak diambil. Akan tetapi dalam kes Majistret baru-baru ini, di mana video telah ditayang di mahkamah terbuka peguam berpendapat bahawa orang yang ada dalam video 99 peratus lebih ialah seseorang yang tertentu. Akan tetapi, saya rasa pakar-pakar boleh dicabar jika seseorang pakar memberi keterangan di mahkamah kita pun boleh membawa satu pakar dan cabar keterangan pakar itu. Jadi apa kata kalau saya bawa satu pakar ke mahkamah dan mengatakan 99 peratus itu bukan orang ini. Bolehkah kita terima? Jadi apa yang berlaku paling jelas..

final • 5:30 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh mencelah Yang Berhormat?

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ya.

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kalau itu kehendak Yang Berhormat contohnya untuk mempertikaikan kesahihan pendapat daripada experts, saya rasa elok Yang Berhormat Permatang Pauh menyaman Datuk Trio ini supaya isu ini dibawa ke mahkamah dan pihak Yang Berhormat Permatang Pauh atau pihak Yang Berhormat sendiri boleh mengeluarkan experts di dalam mahkamah untuk mempertikaikan hujah-hujah expert yang dibawa oleh peguam Datuk Trio ini. Mungkin itu cara yang terbaik. Jadi saya minta kalau boleh pandangan kenapa Yang Berhormat Permatang Pauh tidak menyaman Datuk Trio ini?

final • 5:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Tuan Yang di-Pertua..

final • 5:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat Telok Intan boleh buat penjelasan. Kes statement selepas seseorang itu mengaku di mahkamah sebenarnya tidak membuktikan apa-apa, betul atau tidak? Ini kerana itu satu statement sahaja. Sama ada ia sah, betul atau benar, kita tidak tahu kerana ia tidak dengan izin, not cross examined by pihak yang dikaitkan dengan laporan itu dan juga kita tahu dalam laporan expert ini, banyak kali kita nampak ada percanggahan pendapat seperti laporan daripada pakar yang diminta oleh syarikat telefon. Dia kata radio aktif telefon ini tidak akan mengganggu kesihatan tetapi kalau dibuat oleh NGO, dia kata kalau ia digunakan berlarutan atau sepanjang masa, ia akan mendatangkan kerosakan kepada kesihatan. Begitu juga radio aktif di Bukit Merah. Dahulu saya pun dapat dua laporan yang bercanggah.

Jadi melainkan laporan sedemikian kita katakan is examined dengan teliti dan dibuktikan benar, baru ia mempunyai apa-apa yang kita kata kesahihan ataupun is all value.

A case statement is a mere statement. Betul atau tidak?

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Beruas.

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Kota Belud, di dalam kes majistret yang kami semua saksikan baru-baru ini, forum untuk orang yang dikatakan terlibat dalam video untuk membela diri tidak ada. Jadi Yang Berhormat Kota Belud mengatakan sudikah orang yang terlibat itu iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh membawa satu saman terhadap Datuk Trio. Jadi ini ada dua perkara. Itu yang di masa hadapan tetapi apa yang berlaku di Mahkamah Majistret bagi pandangan saya adalah salah. Ini sebab apabila seseorang itu mengaku salah, pendakwaan cuma akan menyediakan satu fakta kes. Fakta kes, baca fakta kes. Kalau ada percanggahan ataupun pertikaian baru majistret boleh pergi lebih dari itu dan menyiasat.

Di sini tidak ada pertikaian atau percanggahan. Tugas peguam bela pada pagi itu adalah untuk membuat rayuan terhadap hukuman. Itu sahaja.

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Soalan saya Yang Berhormat, soalan saya senang sahaja. Oleh kerana kesahihan video ini dipertikai oleh pihak Yang Berhormat sendiri dan juga pihak Yang Berhormat Permatang Pauh dan dikatakan bahawa hakim itu – saya tidak persoalkan apa yang berlaku pada hari Jumaat yang lepas di mana seorang peguam yang mengeluarkan hujah beliau bukannya hakim. Akan tetapi soalnya sekarang ialah kalau mahu dipertikaikan kesahihan video ini, kenapa tidak saman? Itu isunya.

Kenapa tidak saman dan supaya isu ini dibawa ke mahkamah dan pihak Yang Berhormat Permatang Pauh boleh mengeluarkan hujah, membawa expert untuk membuat penghujahan mereka. Ini yang rakyat mahu tahu. Kenapa tidak disaman sedangkan isunya begitu besar sekali.

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Maksud saya tadi, di Mahkamah Majistret beliau tidak ada peluang tetapi untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kota Belud mengenai menyaman Datuk Trio itu, dengan penuh hormat kepada hakim-hakim yang kita ada, ada yang bagus, ada yang adil. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Permatang Pauh tanya saya bolehkah saman Datuk Trio, saya akan nasihatkan dia jangan sebab dalam kes-kes politik di negara kita, saya dapati hakim-hakim tidak adil.

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini bukan soal kes politik Yang Berhormat. Ini bukan kes politik... [Dewan riuh]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya minta maaf. Itu salah Yang Berhormat. Bukan soal politik. Mana boleh soal politik. Ini soal...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, baik.

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

[Bangun]

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini soal tiga orang yang mengatakan bahawa Ketua Pembangkang melakukan adegan-adegan yang tidak bersesuaian untuk..

Ini bukan soal politik. Ini sebabnya masalahnya Yang Berhormat apabila semuanya dipolitikkan. Yang bermain politik ialah Yang Berhormat, bukan..

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat, kalau minta penjelasan you have to take my answer also lah... [Ketawa]

final • 5:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya, itu saya katakan tadi saya minta penjelasan. Bukan politik.

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Itu saya katakan tadi. Sit down.

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini masalahnya Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Jadi saya rasa mungkin yang..

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya rasa Yang Berhormat, begini.

Saya rasa lebih baik dibawa..

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya sudah benar awak bercakap macam di kampung Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya minta kita tingkatkan sedikit kita punya tahaplah.

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ya.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Seorang bercakap, seorang duduk.

final • 5:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Telok Intan. Saya cuma ingin memberi satu ruang kepada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk membawa kes ini ke muka pengadilan. Jangan bimbang tentang soal konspirasi.

Saya rasa rakyat lebih mengetahui. Katalah dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Permatang Pauh ini dibawa ke mahkamah dan didapati terlalu.. Ingat Yang Berhormat, kadang-kadang Yang Berhormat ingat ini. Mungkin satu kebaikan kepada Yang Berhormat juga. Kalaulah betul berlaku satu konspirasi politik dalam kehakiman ini, saya rasa Yang Berhormatlah yang paling senang untuk meyakinkan rakyat tetapi ini peluang untuk Yang Berhormat Permatang Pauh memberi penjelasan, mempertahankan hujahnya. Akan tetapi kalau tidak saman seolah-olah macam ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu yang tidak kena Yang Berhormat. Macam seolah-olah benda itu benar. Yang Berhormat Permatang Pauh takut untuk menyaman mereka ini. Ini semua kredibilitinya. Soal dia mahu menjadi Perdana Menteri esok nanti. Nanti kita tidak mahu dia menjadi Perdana Menteri tetapi cerita ini hanging di atas kepala beliau...

final • 5:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Beruas.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Telok Intan, saya ingat berpindahlah dari soalan itu. Tidak habis jawapan itu.

Memang seorang pun, semua menang Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Yang Berhormat Telok Intan. Saya hendak mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Telok Intan. Memandangkan peguam bela berkenaan, Datuk Seri Shafee, saya pun ada pengalaman menjalankan kes dengan beliau. Beliau sememangnya seorang peguam UMNO yang telah membuat semua kes election petition. Jadi memandangkan itu satu kes statement sahaja, satu kenyataan daripada seorang peguam yang bertindak bagi UMNO, memang kemungkinan besar statementnya tidak bebas dan tidak kita kata adalah berat sebelah dan berbau politik.

Setuju atau tidak? Kita tidak boleh mengambil bulat-bulat statement sedemikian dari seorang peguam UMNO...

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Beruas.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya ingat kalau peguam UMNO itu boleh berbohong, peguam parti lain juga boleh bohong Yang Berhormat. Jadi saya ingat tidak perlu jawablah soalan itu.

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Tuan Yang di-Pertua..

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tadi saya ingat bahasan Yang Berhormat peringkat awal itu elok betullah.

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Kota Belud yang kacau...

[Ketawa]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tidak mengapa siapa yang kacau Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Kota Belud macam kampung.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, peguam UMNO ini untuk maklumat semua yang di sini, Ketua Hakim Negara kita pun seorang peguam UMNO juga dahulu. So tell me what is new.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai, ya ramai hakim di negara kita yang bagus. Mereka betul-betul dengar keterangan fakta dan hujahan undang-undang. Akan tetapi ada seorang hakim di Mahkamah Rayuan sekarang. Saya tidak dapat sebut nama tetapi semasa beliau di Mahkamah Tinggi, kadang-kadang tidak mahu mendengar keterangan saksi-saksi. Ini telah kita terima banyak aduan termasuk saya rasa aduan ke Majlis Peguam.

Apa yang amat sedih sekarang adalah hakim yang sering kali tidak mahu mendengar saksi-saksi walaupun saksi-saksi berada di mahkamah, walaupun saksi-saksi telah memfailkan kenyataan saksi dan diarahkan untuk berada di mahkamah pada tarikh bicara, hakim ini tidak akan mendengar saksi-saksi dan terus mengarahkan peguam membuat hujahan dan terus membuat keputusan.

final • 5:40 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Hakim ini sekarang telah dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Jadi saya harap pihak yang berkenaan mengambil kira tentang bagaimana hakim-hakim sebegini boleh dinaikkan pangkat dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan sedangkan mereka ada rekod yang tidak baik, di mana ramai orang dari kalangan rakyat yang telah menjadi litigan di mahkamah-mahkamah telah membuat aduan tentang bagaimana hakim ini boleh dinaikkan pangkat kepada Hakim Mahkamah Rayuan.

Seterusnya, saya juga cadangkan dalam mengambil kira rang undang-undang ini, bahawa satu ketetapan dibuat di mana hakim-hakim setelah bersara tidak boleh memegang jawatan di mana-mana badan korporat atau syarikat korporat sebab saya rasa ada conflict of interest di sana. Bayangkan, seseorang hakim yang mendengar kes melibatkan mungkin sebuah bank yang terkenal dan dalam dua tiga bulan mungkin hakim itu akan bersara, bolehkah hakim itu membuat satu keputusan yang adil?

Saya ada satu contoh. Hakim yang telah bersara ini Tan Sri Haidar. Selepas bersara beliau telah mengambil jawatan pengarah di CIMB Bank. Jadi ini tidak betul. Saya rasa beliau masih pengarah di CIMB. Apakah status kes-kes yang beliau dengar sebelum itu melibatkan bank? Jadi ideally, dengan izin, seseorang hakim itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan di badan korporat atau swasta selepas persaraan. Mungkin mereka boleh menjadi konsultan kepada firma-firma guaman tetapi itu pun ideally tidak sesuai bagi pendapat saya.

Lagi satu sistem yang kita amalkan harus dipinda adalah sistem di mana majistret- majistret adalah di bawah Jabatan Peguam Negara. Sekarang pada substance nya, Peguam Negara menjadi bos kepada majistret-majistret. Itu bukan satu sistem yang bagus sebab seseorang majistret yang mendengar kes melibatkan DPP atau DPP Peguam Persekutuan Kanan mungkin tidak boleh kontrol DPP tersebut sebab mungkin satu hari nanti DPP itu akan jadi dia punya bos.

Jadi lebih baik majistret itu semuanya di bawah hakim atau Jabatan Hakim Mahkamah Tinggi di mana ia lebih bebas daripada kontrol atau pegangan Peguam Negara.

Saya ada tengok sendiri di mana majistret-majistret itu lebih junior daripada DPP dan mungkin DPP atau peguam kanan akan menjadi ketua jabatan satu hari nanti atau majistret ini mungkin akan ditukar kerja ke Jabatan Peguam Negara. Jadi di sini ada konflik. Yes.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Telok Intan, saya mohon penjelasan kerana di kala ini Yang Berhormat Telok Intan di dalam mencadangkan sistem-sistem yang boleh dilakukan sebagai agenda law reform oleh kerajaan. Tahu atau tidak Yang Berhormat Telok Intan, bahawa terdapat satu mekanisme atau pendekatan yang dipanggil regulatory impact assessment (RIA) iaitu satu pendekatan sebelum mana-mana government regulation, sebelum mana-mana undang-undang itu diperkenalkan, ada yang dipanggil sebagai RIA.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Jadi isu yang dibangkitkan itu isu kebebasan, isu keefisienan mahkamah.

Sebenarnya perkara itu telah diguna pakai di Eropah, di UK dan di kebanyakan di negara- negara di OECD. Jadi saya rasa persoalannya di sini, sejauh mana kita tahu bahawa security of tenure tadi itu dengan pindaan ini betul-betul akan berlaku kerana tidak ada pun di Dewan yang mulia ini apa yang dipanggil sebagai regulatory impact assessment seperti yang dibuat di tempat-tempat yang lain.

Saya dimaklumkan bahawa di ruang yang lain, apabila ADB iaitu Asian Development Bank mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia regulatory impact assessment itu, tetapi ianya ditolak. Jadi sehingga hari ini kita tidak tahu sejauh mana pindaan-pindaan undang-undang di Dewan yang mulia ini memberi impak langsung terhadap agenda-agenda pembangunan dalam negara. Pohon penjelasan.

final • 5:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.

Saya rasa di negara ini regulatory impact assessment itu tidak dilakukan. Sistem ini lebih ada di negara-negara Eropah dan khususnya di negara Scandinavian pun ada saya rasa.

Kita perlu buat banyak pertukaran dalam sistem atau cara kita meluluskan rang undang- undang menjadi undang-undang.

Contohnya saya ambil Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, MACC. Itu satu akta yang baru tetapi baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Seremban, Mahkamah Tinggi Seremban telah mengatakan seksyen 62 akta tersebut melanggar Perlembagaan Persekutuan. Akan tetapi hal itu kita telah bangkitkan dalam Dewan ini sebelum rang undang-undang itu diluluskan tetapi malangnya, sistem yang kita amalkan di Parlimen ini, apa-apa yang dibawa oleh pembangkang tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Padahal, kita harus duduk bersama untuk meneliti dan mengambil kira apakah impak sesuatu rang undang-undang itu kepada undang-undang selepas diluluskan.

Akan tetapi di sini apa yang kita dapati ialah hanya steam roll semua undang- undang dan kadang-kadang kita tidak diberi masa untuk membahaskan sesuatu rang undang-undang itu. Itu satu keadaan yang sedih sebab dalam negara kita, kita tidak ada sistem komiti macam negara lain. Seperti di India, mereka ada sistem komiti di mana sesuatu komiti jawatankuasa itu akan mengkaji sesebuah rang undang-undang. Saya harap sistem itu boleh diguna pakai di negara kita.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, sekarang tugas hakim-hakim dan majistret nampaknya terjejas juga di mana pihak polis telah mengambil alih tugas hakim-hakim, di mana baru-baru ini untuk perhimpunan Bersih ini, pihak polis telah mengatakan itu adalah satu perhimpunan haram. Saya tidak tahu bagaimana polis boleh mengatakan perhimpunan Bersih itu haram sebab tidak ada permohonan dibuat kepada polis. Apabila polis boleh mengatakan sesuatu perhimpunan itu haram, dibenarkan atau tidak, pihak polis mesti menerima satu permohonan untuk permit di bawah Akta Polis.

Jadi di sini tiada permohonan. Apa yang polis baca dan membuat keputusan, kita tidak jelas. Sama ada ianya haram ataupun tidak, betul atau tidak betul adalah kuasa mahkamah sahaja. Kalau polis perlu, mereka boleh memfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah bahawa adakah itu satu perhimpunan haram ataupun tidak. Akan tetapi polis dengan sendirinya tidak boleh mengatakan sesuatu perhimpunan itu haram atau tidak. Ini agak pelik di negara kita ini bagaimana...

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh mencelah sedikit Yang Berhormat? BERSIH.

final • 5:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Jangan, nanti Tuan Yang di-Pertua pun marah. Kadang-kadang cadangan atau soalan Yang Berhormat tidak intelektual. Itu masalah saya sekarang... [Ketawa]

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu sebab saya hendak minta penjelasan, Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

If you ask me an intellectual question, you will get an intellectual answer.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I give you an intellectual one ya, sebab Yang Berhormat pun pusing-pusing I see. I am in economic and you are lawyer, you pun pusing. Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya sedikit tentang Bersih ini ya. Tidak mengapalah, itu soal tentang itu. Saya mahu tanya satu. Apa pandangan Yang Berhormat jika katakanlah demonstrasi jalanan ini dilakukan setiap hari oleh sesiapa pun, sebabnya kita tidak boleh menentukan, mungkin untuk BERSIH ada lapan demand itu yang dekat di hati mereka tetapi kalau ada kumpulan-kumpulan yang lain, sesiapalah, mak nyah, pondan, lesbian, persatuan silat, persatuan teksi, gay mahu membuat demonstrasi jalanan about something that are very close to them, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, di jalanan dan bukan di tempat lain setiap hari, saya minta pandangan Yang Berhormat, do you allow or do you accept this as a part and parcel of everyday living in Kuala Lumpur ataupun rakyat rasanya menerima atau tidak?

final • 5:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Yang Berhormat Kota Belud, kita mesti faham, rakyat biasa you ingat mereka tidak ada kerja lain kah selain hendak buat perhimpunan? Mesti ada dia punya root cause.

final • 5:50 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Answer the question Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Di sini tidak kira lesbian atau apa-apa, mesti mereka ada root cause, sebab-sebab yang dasar kepada mereka untuk membuat perhimpunan. Jika mereka membuat perhimpunan pun apa salahnya.

final • 5:50 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Maknanya di jalanan..., just for the record ini. Maknanya Yang Berhormat mewakili parti Yang Berhormat bersetuju kalau setiap hari ada demonstrasi jalanan yang berada di Kuala Lumpur, di Bukit Bintang di mana-mana sahaja. Because you see Bersih Yang Berhormat kalau kita luluskan maka kita tidak boleh mengatakan yang lain-lain tidak boleh buat demonstrasi jalanan. However small the cost is.

We are not here to decide what cost can go to the street yang boleh diperjuangkan di atas jalanan.

final • 6:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat minta jalan. Terima kasih. Yang Berhormat, bila saya pergi ke White House kita lihat ada beberapa NGO mereka yang memang letak camp mereka dekat sana kerana beberapa isu macam anti nuklear dan sebagainya, 365 hari satu tahun. Dia buat protes di hadapan White House. Ini dibenarkan. Sama juga kita lihat beberapa NGO juga mereka juga bertapak di luar Parlimen London. Ini juga dibenarkan. Jadi apa salahnya?...

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Street jalanan, street jalanan.

final • 6:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Samalah!

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Demonstrasi Bukit Bintang. Everyday 365 per days.

final • 6:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh, itu kawasan DAP. Tidak ada masalah.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

So, that mean bolehlah Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

Boleh, boleh.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ya, terima kasih, terima kasih saya teruskan.

final • 6:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat tidak benarkan kalau ia dibuat di Kota Beludlah.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, baiklah Yang Berhormat. Berapa panjang lagi cerita Yang Berhormat itu?

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ini last point. Saya harus jawab Yang Berhormat Kota Belud. Oleh sebab Yang Berhormat Kota Belud saya rasa kurang faham tentang freedom of speech dan association. Saya kembali balik.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Sebentar tadi Yang Berhormat Kota Belud katakan ada orang yang membuat kacaukah apa-apa di dalam perhimpunan di streetkah...

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak ada cakap Yang Berhormat, saya tidak ada cakap itu.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Atau itu...

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itulah intelligent tidak dengar tadi.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Maksud Yang Berhormat Kota Belud kalau tiap-tiap hari ada orang berhimpun macam Bukit Bintang ia akan membuat kekacauan kepada orang yang buat business.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Oh, tidak, tidak. Minta maaf Yang Berhormat. Don’t put words into my mouth.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Jadi apa masalah orang buat kacau.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I’m just asking dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. My question is very simple. Saya tidak ada masalah ini. Soalan saya very simple. Apakah pendirian Yang Berhormat mewakili DAP ataupun parti pembangkang membenarkan setiap permohonan untuk membuat demonstrasi jalanan di Bukit Bintang setiap hari, setiap jam. Pukul 10, pukul 2, pukul 3, pukul 4. Apa sahaja dengan apa cara sekali pun hujah mereka ataupun kos mereka.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Saya...

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

That’s my question. Yes or no sahaja Yang Berhormat kalau boleh.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ini, soalan ini tidak ada jawapan, “yes” or “no”... [Dewan riuh] Mana ada orang setiap hari hendak kumpul macam itu. Apa itu. Tidak masuk...

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Kalau, kalau ada orang minta...

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat, ini...

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Who are you to decide that you cannot, you cannot.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Jangan speculate.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

You can or you cannot.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Don’t speculatelah Yang Berhormat. It wouldn’t happened everyday.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

No, no. This is – Why it says it’s okay Tuan Yang di-Pertua kalau Yang Berhormat mengatakan...

final • 6:00 PM

Seorang Ahli

Saya...

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Itulah...

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Inilah antara lain...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat kalau...

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini antara kekeliruan kita.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah, sudahlah Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini kekeliruan kita Yang Berhormat.

Rakyat keliru.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Saya hendak habiskan saya punya...

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sebab itu boleh, yang mana pula tidak boleh ini?

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Saya hendak habiskan.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini yang kita mahu.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Kota Belud, Bersih ini kita minta yang bagus untuk Barisan juga.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Who are you to tell this...

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Fair to everybody.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Lesbian group that’s say their rights are being trample upon.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kota Belud sudahlah Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat saya faham Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Cuma saya hendak...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau soalan Bersih itu dekat luarlah Yang Berhormat. Ini kehakiman ini.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya cuma minta mahu pendirian...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila, sila Yang Berhormat Telok Intan.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Parti Yang Berhormat dan jawapan Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Tuan Yang di-Pertua, maksud saya, maksud saya, saya tidak mahu polis mengambil alih kerja hakim.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya tidak kata begitu. Yes or no sahaja.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Itu kerja hakim.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Do you allow street demonstration everyday in Kuala Lumpur?

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

I will tell you.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu sahaja.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

For the purpose of the justice democracy and good governance we should allow.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Everyday. For the record, everyday.

final • 6:00 PM

Tuan M.Manogaran - Telok Intan

Yes, it means for the better, for the better future of the bigger people.

final • 6:00 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

I will inform the people you have said so. Yes. Thank You.

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

It’s for the bigger people. If you want you join us lah. Don’t worry.

final • 6:00 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 6:00 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, point yang last saya bangkitkan adalah saya tidak mahu pihak polis mengambil alih tempat atau tugas hakim-hakim negara kita. Kita bagi hakim-hakim negara kita satu posisi yang istimewa. Kita kena ikut apa yang mereka memutuskan. Subjek itu kita mesti adil dan tertakluk kepada undang-undang. Justeru itu saya mohon itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Beruas. Selepas Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 6:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk berbahas...

final • 6:04 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, selepas ini tidak ada peluang lagi untuk hendak tanya soalan?

final • 6:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tanya boleh Yang Berhormat.

final • 6:04 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya. Tidak, hendak bahas, dari segi bahas kita hendak bagi pertanyaan. Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Nanti saya fikir dahulu Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

final • 6:04 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih.

final • 6:04 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Adakah kemungkinan, terima kasih.

final • 6:04 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Mencelah tu... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Oleh sebab Yang Berhormat Beruas sudah beberapa kali berdiri Yang Berhormat.

final • 6:04 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya bangun untuk membahas akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa amat sedih kerana keyakinan kepada kehakiman kita merupakan satu hakikat bukan sekadar persepsi sahaja seperti yang telah dinyatakan oleh beberapa Yang Berhormat yang lain.

Kita ingin rakyat tahu dan semua orang tahu bahawa hakikat ini berlaku apabila kalau kita nampak semua perjanjian yang saya baru-baru ini baca yang dibuat di antara syarikat luar negara dengan syarikat di Malaysia yang ingin menjalankan projek pembangunan di Malaysia.

Syarikat ini menyatakan dalam perjanjian kalau terdapat pertelingkahan ataupun dispute, ia haruslah diselesaikan di Singapura. Undang-undang yang hendak dipakai adalah undang-undang United Kingdom, Laws of England dan United Kingdom. Ini satu tamparan hebat kepada hakim-hakim kita dan juga kehakiman kita sendiri dan juga kewibawaan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, 25 tahun yang lepas apabila saya baru menjadi seorang peguam, anak guam saya satu bank daripada Singapura atas tindakan seorang Hakim Mahkamah Tinggi di Melaka menanya saya. Adakah hakim Malaysia boleh dibeli? Saya mempertahankannya dengan sekeras-kerasnya mengatakan hakim di Malaysia ini tidak boleh dibeli dan mereka berwibawa dan akan melangsungkan tugas mereka sebagai hakim secara adil dan mengikut undang-undang. Akan tetapi selepas 25 tahun, saya mendapat aduan daripada ramai peguam mengatakan mereka ada senarai hakim-hakim ataupun peguam, saya minta maaf. Hakim-hakim yang menerima duit.

final • 6:08 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi ini satu masalah yang kita mesti atasi dan mesej yang kita mesti beritahu kepada semua hakim sama ada majistret, Hakim Mahkamah Sesyen, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan juga Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan ialah rakyat Malaysia menuntut supaya kehakiman kita ini bebas, berwibawa dan melaksanakan tugas mereka mengikut undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, kita sentiasa mengatakan sesebuah negara itu hanya boleh maju kalau kita mengamalkan rule of law. Akan tetapi baru-baru ini banyak kes yang kita nampak hakim-hakim tidak ikut undang-undang. Maksud saya dengan jelas ialah kita telah diberitahu bahawa semua hakim mesti mengikut preceding, undang-undang kes-kes, prinsip-prinsip yang telah terdahulu dihakimi, keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim yang lepas dan hakim-hakim baru, dalam kes baru mesti mengikut precedent yang telah dibuat.

Dalam kes-kes krisis negeri Perak, rampasan kuasa oleh Barisan Nasional. Setiap kali saya..., sudah banyak kali dengar peguam UMNO, Datuk Hafarizam selepas keluar daripada mahkamah berteriak, “Landmark case”! “Landmark case”! Ini bermaksud undang- undang sudah tukar. Landmark case ini bermaksud hakim tidak ikut precedent. Oleh yang demikian rakyat kurang keyakinan rakyat kepada kehakiman kita sudah pun berubah.

Oleh yang demikian mesej kita kepada kehakiman ialah bahawa mereka mesti mengikut undang-undang yang jelas dan juga mesti ikut precedent. Kalau hendak tukar undang-undang ia haruslah dibentangkan di Parlimen ini supaya kita ada kepastian undang-undang. Tanpa kepastian undang-undang tidak ada keadilan.

final • 6:08 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua oleh yang demikian saya berharap undang-undang precedent baru yang bercanggah dengan precedent lama seperti kes Ketua Menteri Sarawak yang pertama Datuk Stephen Kalong Ningkan dinyatakan dengan jelas seseorang ketua menteri hanya boleh dibuat satu undian tidak percaya terhadap dia dalam Dewan Undangan Negeri.

Sudah 44 tahun saya sebagai seorang peguam dan semua rakan-rakan peguam saya menyatakan bahawa itulah undang-undang tetapi di negeri Perak, undi tidak percaya terhadap Menteri Besar boleh dibuat di luar Dewan Undangan Negeri, begitu juga precedent lain di mana sekarang kita pun tidak tahu sultan boleh memecat Menteri Besar, Yang di-Pertuan Agong boleh memecat Perdana Menteri atau tidak, sekarang pun kita ragu-ragu. Dahulu kita semua bersepakat dalam pendirian bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memecat Menteri Besar atau Perdana Menteri, ini telah menimbulkan keraguan dan ketidaktentuan dalam Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua selain daripada itu, saya berharap hakim-hakim dan semua pegawai-pegawai kehakiman menjalankan tugas mereka untuk menubuhkan perhatian untuk menyelesaikan kes-kes, saya memang menyambut baik tindakan Ketua Hakim Negara sungguhpun daripada lain-lain aspek saya tidak bersetuju, tindakan beliau untuk menyelesaikan kes-kes yang tertunggak dan mempercepatkan kes supaya kes tidak tertangguh sehingga 10 ke 15 tahun seperti yang berlaku di masa lampau.

Saya berharap semua dalam kita kata official ceremony seperti pembukaan bangunan mahkamah, tidak perlulah. Dari dahulu yang saya nampak dari hakim besar ke semua hakim-hakim Mahkamah Tinggi dalam negeri sehingga hakim Mahkamah Sesyen, majistret semuanya datang untuk satu pembukaan bangunan mahkamah, sehinggakan semua kes terpaksa ditangguhkan di atas pembukaan satu bangunan mahkamah. Saya berharap cara ini mesti diberhentikan, mungkin kita mengadakan kita katakan wakil ketua- ketua sahaja datang untuk membuat satu pembukaan begitu juga dengan majlis-majlis kerajaan negeri dan juga majlis-majlis Kerajaan Persekutuan supaya hakim-hakim majistret dan hakim Mahkamah Sesyen semua akan terus bekerja dan menyelesaikan kes-kes yang ada dan tidak ada masa yang terbuang kerana menghadiri majlis-majlis kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan ataupun pembukaan mana-mana bangunan mahkamah.

Sekian hujah-hujah yang saya hendak ucapkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:10 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Tuan Yang di-Pertua, lima minit.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak Yang Berhormat saya bagi Yang Berhormat Puchong, 15 minit Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Lima minit untuk mengalahkan pertanyaan sahaja.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk berbahas. Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa isu yang ingin saya bangkitkan, pertama sekali berhubung dengan perkara kes Datuk ‘T’ yang baru-baru ini kita lihat dilaporkan di dalam media. Apa yang saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua adalah sama ada ataupun tidak pihak kerajaan akan ataupun berpendapat bahawa harus dikemukakan satu rayuan berkenaan dengan hukuman yang diberikan kepada ketiga-tiga mereka, iaitu hukuman yang sangat ringan setakat denda yang minimum untuk apa yang berlaku di dalam kes itu.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat pada 13 Jun di mana terdapat satu laporan yang mana menyatakan bahawa terdapat seorang pemandu bas di Melaka yang bernama P. Kanapathy yang juga telah pun dituduh untuk satu kesalahan yang serupa iaitu menyiarkan kepada seorang wanita satu tape pornografi tersebut dan beliau mengaku bersalah dan beliau diberikan hukuman tiga tahun penjara daripada tarikh ditangkap. Di dalam kes itu mahkamah menyatakan bahawa memang kegiatan sebegini tidak seharusnya digalakkan dan mengambil satu pendekatan yang serius berkenaan dengan kes ini, itu menjadi satu perkara yang kepada saya elok.

Di dalam kes ini Datuk ‘T’, apa yang kita lihat adalah peranan yang dimainkan oleh seorang bekas ketua menteri iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, beliau seharusnya tahu bahawa memang melakukan perkara ini memang satu kesalahan dan bukan sahaja itu Tuan Yang di-Pertua, beliau melakukan kesalahan ini dari segi memanggil ahli-ahli berita supaya dapat ditayangkan kepada mereka semua klip video ini untuk tujuan disebarkan, tujuannya khusus iaitu untuk assassinate karakter seseorang. Jadi saya hendak tahu sama ada kerajaan memikirkan bahawa satu denda yang minimum akan membawa impak yang seharusnya diadakan di dalam kes-kes sebegini. Adakah denda sebegitu rendah ditect ataupun dither others from committing similar offences in future, itu perkara yang pertama.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu dalam kes ini laporan dibuat dan saya difahamkan bahawa laporan itu disiasat di bawah seksyen 292A, Kanun Keseksaan.

Saya hendak tahu, kenapa diambil masa selama tiga bulan sebelum satu pertuduhan dikemukakan terhadap mereka bertiga ini. Saya juga hendak tahu berkenaan dengan laporan yang mengatakan diperoleh daripada pakar daripada Amerika Syarikat, saya hendak tahu siapakah yang mendapat laporan tersebut, adakah pihak polis dan siapa yang membayar untuk mendapatkan laporan tersebut dan apa yang penting sekali adalah ini, apakah kaitan, what is the relevant of that report to the charge. Di bawah seksyen 292, memang apa yang penting adalah penyiaran satu video pornografi, adakah ia membawa sebarang perbezaan siapa pelakon di dalam tape tersebut untuk mendukung satu-satu sabitan atau satu kes di bawah seksyen 292. So, ini adalah satu perkara yang saya ingin satu penjelasan daripada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan perkara berkenaan dengan hukuman mati mandatori di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum, Menteri telah pun membawa ataupun telah mengambil satu pendekatan bahawa kerajaan tidak lagi menggalakkan hukuman mandatori iaitu hukuman mati untuk kes-kes jenayah melainkan kes-kes yang serius seperti kes terrorism dan sebagainya. Itu adalah jawapan yang saya dapat daripada Yang Berhormat Menteri pada minggu lalu. Perkara yang ingin saya bangkitkan di dalam hal ini, apabila kita sebagai kerajaan, sebagai Ahli Parlimen dan kita sebagai badan yang menggubal undang-undang merasai bahawa satu hukuman tersebut tidak sesuai.

final • 6:13 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Maka soalan yang timbul adalah bagaimana dengan pelaksanaan hukuman itu terhadap pesalah-pesalah pada masa kini. Adakah kerajaan sekarang sudi membawa satu usul di dalam Dewan yang mulia ini untuk menghentikan hukuman gantung sampai mati di dalam semua kes, sehingga satu pendekatan ataupun satu penggubalan pindaan diambil terhadap undang-undang yang membenarkan hukuman gantung sampai mati untuk kes-kes tertentu khususnya di bawah undang-undang yang membenarkan digantung sampai mati.

Perkara ini adalah serius Tuan Yang di-Pertua kerana kalau kita sebagai Ahli-ahli Parlimen setuju bahawa sebenarnya kita tidak seharusnya melaksanakan hukuman gantung sampai mati terhadap sesiapa, maka apa yang berlaku sekarang mungkin boleh dikatakan bertentangan dengan niat Parlimen iaitu niat kita sebenar supaya tidak dilaksanakan hukuman seberat ini kepada ataupun ke atas pesalah-pesalah yang disabitkan kesalahan. Justeru itu, saya meminta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, juga berkenaan dengan satu laporan yang saya baca di surat khabar iaitu berkenaan satu surat yang dikeluarkan oleh dengan izin, kalau saya boleh turut bacakan. Surat ini dikeluarkan oleh seorang bekas anggota polis iaitu bernama Mat Zain bin Ibrahim, di mana beberapa tohmahan dikemukakan terhadap Peguam Negara di dalam siasatan beliau terhadap beberapa kes yang juga termasuk satu kes yang melibatkan satu daripada suspek di dalam kes Datuk ‘T’ tersebut.

final • 6:13 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Seperti mana yang saya tahu Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya silap. Apa yang saya difahamkan adalah bahawa kebiasaannya seorang Peguam Negara selepas habis tenure beliau sebagai Peguam Negara, kebiasaannya beliau akan dilantik telah dijadikan Hakim Mahkamah Persekutuan as of norm Tuan Yang di-Pertua, I’m given to understand dengan izin, that he is normally elevated to the Federal Court. Jadi, ini menjadi satu perkara yang cukup serius.

Oleh sebab apa yang dibangkitkan dalam report tersebut melibatkan Peguam Negara yang kemungkinan satu hari akan menjadi satu hakim di mahkamah yang tertinggi di negara ini. Bukan sahaja itu tetapi apa yang penting adalah untuk kami melihat apakah aduan yang dibuat di dalam surat tersebut? Aduan-aduan itu cukup serius. Aduan-aduan terhadap Peguam Negara di mana dinyatakan secara spesifik bahawa terdapat kes-kes yang sebenarnya seharusnya disiasat dan dibawa terhadap suspek-suspek yang dinamakan tetapi dengan campur tangan pihak Peguam Negara maka tidak ada sebarang tindakan yang diambil.

So, ini adalah satu perkara yang cukup serius dan saya hendak tahu apakah tindakan kerajaan untuk menjawab ataupun menangani masalah yang dikatakan timbul akibat ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kalau..., just very quickly. Sorry, just one more minutes Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pembinaan Kompleks Mahkamah di Klang dan saya mendapati jawapan bahawa apa yang berlaku adalah ini. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bangunan tambahan mahkamah baru Klang sepatutnya siap pada 27 Mac 2011 tetapi telah mengalami kelewatan pelaksanaan ekoran daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh kontraktor utama.

Saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua, apakah masalah kewangan yang dihadapi oleh kontraktor utama? Saya pergi ke bangunan tersebut minggu lalu dan saya lihat bahawa sehingga kini memang tidak ada sebarang kerja yang dilaksanakan terhadap ataupun ke atas bangunan tersebut. So, saya hendak tahu apakah tindakan kerajaan untuk memastikan bahawa perkara ini tidak terbengkalai lagi dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap kontraktor tersebut? Apa yang paling penting sekali, bilakah kita boleh mendapat satu tarikh di mana mahkamah tersebut boleh disiapkan? Ini adalah kerana Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku di Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang sekarang amat mencemaskan.

Oleh sebab tidak ada tempat yang sesuai dan bangunan baru belum disiapkan, maka kita lihat bahawa kekurangan staf di situ dan aduan telah pun diterima juga untuk majistret tidak ada setiausaha, di mana majistret diperlukan untuk menaipkan surat-surat sendiri dan membuat kerja administrative dan sebagainya.

final • 6:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini memang menjadi satu perkara yang memudaratkan kakitangan di bangunan ataupun bangunan Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang. Jadi, perkara itu saya perlukan satu jawapan dan saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi jawapan dengan secepat yang boleh. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat, saya beri Yang Berhormat sama banyaklah Yang Berhormat iaitu lapan minit juga. Ada banyak juga soalan boleh dibangkitkan itu dan target saya pukul 6.30 petang.

final • 6:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Lima minit.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Saraan Hakim

(Pindaan) 2011. Kita selalu membahaskan tentang kebebasan kehakiman tetapi satu perkara yang tidak dibahaskan ialah tentang pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dengan mengeluarkan perkataan, “judicial powers”. Pada bulan Mac tahun ini, ada satu laporan daripada United Nations, Human Right Working Group on Arbitrary Detention yang telah melawat Malaysia pada 7 sehingga 18 Jun 2010.

Di dalam laporan mereka berkata bahawa doctrine pembahagian kuasa atau separation of powers tidak lagi wujud di Malaysia atas sebab pindaan yang telah dibuat kepada Perkara 121. Apa yang kita ada sebelum pindaan yang dibuat pada tahun 1988 ialah dengan izin, artikel itu berkata, “Subject to clause (2), the judicial power of the federation shall be vested in two High Court of co-ordinate jurisdiction and status namely, the High Court in Malaya and the High Court of Borneo”. Pindaan yang telah dibuat ialah perkataan ‘judicial powers’ dikeluarkan. Sehingga hari ini Perkara 121(1) berkata, “there shall be two High Courts.” Pada tahun 2007, Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP berlawan dengan Kok Wah Kuan dalam memutuskan bahawa doctrine pembahagian kuasa ini tidak wujud dan tidak ada apa perkataan di dalam Perlembagaan kita. Hakim Abdul Hamid di dalam alasan kehakimannya berkata dengan izin, “What is this doctrine of separation of powers? It is a political doctrine under which the legislative, executive and judicial branches of government are kept distinct, to prevent abuse of power to what extend the doctrine applies depends on the provisions of the Constitution. The doctrine of separation of powers is not a provision of the Malaysian Constitution even though no doubt, it had influenced the framers of the Malaysian Constitution, just like democracy”.

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang tertinggi the Apex Court ialah bahawa kita dalam Malaysia tidak ada document separation of powers sebab pindaan yang telah dibuat. Inilah sebab United Nations telah memberikan laporan bahawa ini adalah satu perkara yang membimbangkan. Kita semua tahu bahawa pembahagian kuasa adalah satu doktrin yang penting. Ini memerlukan satu check and balance di antara executive, legislative, dan kehakiman. Ini diadakan untuk mengelakkan bahaya kezaliman atau... Oleh sebab itu saya meminta penjelasan daripada Yang berhormat Menteri untuk meminda semula Artikel 121 dan kembalikan judicial powers kepada kehakiman. Sekian, terima kasih.

final • 6:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:23 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasihlah kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang- undang pindaan bagi Saraan Hakim (Pindaan) 2011 ini. Saya cuba menjawab satu persatu perkara yang dibangkitkan. Sebenarnya perbahasan ini telah pun berjalan lebih daripada tiga setengah jam, lebih daripada apa yang saya janji kepada Yang Berhormat Puchong tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor ingin tahu mengapa tiada tindakan diambil terhadap V.K. Lingam walaupun telah ada bukti terhadapnya oleh Suruhanjaya Diraja. Sebenarnya dalam Suruhanjaya Diraja yang telah menyiasat V.K.

Lingam, dia ada menyebutkan iaitu minta supaya agensi-agensi berkenaan yang terlibat, kalau sekiranya ada perkara-perkara yang telah dibangkitkan melibatkan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, maka perlulah diambil tindakan.

Jadi, berdasarkan siasatan yang telah dijalankan oleh SPRM dan PDRM tiada keterangan yang mencukupi bagi meneruskan pendakwaan di mahkamah terhadap pihak- pihak yang dinyatakan di dalam laporan suruhanjaya tersebut.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Pengemukaan pertuduhan di mahkamah hendaklah berdasarkan keterangan yang boleh diterima admissible evidence, dengan izin, dan bukannya keterangan yang berdasarkan syak wasangka semata-mata. Jadi, inilah keputusan muktamad oleh agensi yang berkenaan dengan kes V.K. Lingam. Keduanya, Yang Berhormat Bukit Gelugor juga membangkit dalam kes Datuk Trio di mana majistret kes tersebut telah membenarkan tayangan semula video lucah di dalam mahkamah. Adakah tindakan ini boleh dipertahankan.

final • 6:28 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk membenarkan tayangan video tersebut. Pokoknya di sini ialah sama ada mahkamah punyai kuasa atau tidak, sama ada dalam melaksanakan budi bicara itu, adakah tepat ataupun tidak. Itu terpulang kepada pandangan masing-masing tetapi yang pokoknya ialah mahkamah mempunyai kuasa budi bicara dalam perkara ini.

final • 6:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah dan minta penjelasan sedikit tentang perkara itu sahaja. Saya rasa isu kuasa itu memang tidak boleh dipertikaikan. Akan tetapi fahaman saya tentang apa yang berlaku di mahkamah adalah tayangan video itu isunya dibawa oleh peguam bagi salah satu daripada tertuduh, peguam itu bernama Datuk Shafee Abdullah. Dia yang berhujah berdasarkan autoriti dan memohon video itu ditayangkan. Itu tidak ditimbulkan oleh pihak DPP. Jadi, DPP membentang kenyataan fakta macam biasa dalam kes jenayah di mana pengakuan salah dibuat. Ini dihujahkan oleh peguam bela salah satu daripada yang tertuduh dan yang pelik yang membangkitkan persoalan adalah mahkamah nampak macam sedia untuk tayang.

So, adakah ini macam menubuhkan satu konspirasi di atas semua pihak di antara ketiga-tiga mereka. DPP tidak minta, peguam bela minta, mahkamah lulus dan nampak sedia untuk membuat. Seolah-olah macam mahkamah tahu permintaan ini akan dibuat oleh peguam bela defendan itu, si tertuduh itu. Ini yang menimbulkan kemusykilan, orang tanya sekarang nampak macam ini sudah jadi satu drama yang sudah setlah, ada skrip yang ditulis di mana DPP tahu skrip, mahkamah tahu skrip dan peguam bela pun tahu skrip tetapi dibangkitkan oleh..., akan tetapi yang mendedahkan konspirasi ini ialah bahawa mahkamah sudah sedia dengan video dan alat-alat untuk memainkan.

final • 6:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Walaupun DPP tidak bangkitkan isu itu, ini yang saya rasa perlu dijawab sebab ini membuktikan kepada orang ramai bahawa ini imej institusi kehakiman, macam mana kehakiman boleh menjadi macam satu alat konspirasi macam ini. So, saya minta satu penjelasan.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya tidak dapat hendak berikan penjelasan sebab semua yang berlaku ini, mereka ini merupakan orang yang luar daripada keupayaan saya untuk mengarahkan mereka melakukan sesuatu. Apa Yang Berhormat sebut memanglah menjadi kemusykilan tetapi dia merupakan satu spekulasi sehinggalah kalau Yang Berhormat juga punyai bukti, saya pun ingin tahu juga. Sebab saya sendiri pun tidak tahu dalam perkara ini sama ada ini drama ataupun tidak, saya tidak tahu. Cuma yang saya boleh jawab, kalau sekiranya ada kuasa atau tidak ada kuasa, memang ada kuasa di pihak mahkamah untuk punyai budi bicara untuk mereka lakukan perkara ini. Akan tetapi Yang Berhormat, saya tidak tahu kalau Yang Berhormat ada bukti atau apa sahaja yang menunjukkan memang ada konspirasi, saya rasa bukan sahaja pihak sebelah sana ingin tahu, saya pun ingin tahu juga kerana saya juga fikirkan itu bahawa kes itu straight forward, tidak perlulah sebenarnya hendak menayangkan tetapi sama ada drama atau tidak, saya pun tidak tahu. Itu saya punya pandangan dan saya sendiri pun tidak tahu.

final • 6:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Wangsa Maju bangun Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Boleh saya minta penjelasan.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Dalam pandangan Yang Berhormat, sama ada Yang Berhormat bersetuju, di mana dalam satu kes di dalam Mahkamah Majistret di mana kalaulah satu orang yang dituduh di mana beliau mengaku salah, pihak DPP perlu memberikan satu fakta kes itu dan fakta ini akan diserahkan kepada tertuduh sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan fakta itu. Kalaulah beliau tidak setuju walaupun beliau mengaku salah, mahkamah tidak akan terima pengakuan itu.

Jadinya, fakta-fakta yang diberi dalam kes itu adalah penting supaya tertuduh ini boleh tengok sama ada ini betul atau tidak. Sama ada inikah video yang mereka dituduh untuk menyebarkan video itu. So, dalam keadaan itu, Yang Berhormat Menteri setuju atau tidak mahkamah perlu meneliti fakta-fakta itu, tertuduh juga perlu meneliti fakta-fakta itu sama ada mereka setuju atau tidak walaupun mereka telah mengaku dan juga hakim perlu meneliti bahawa tertuduh ini faham atau tidak atas pengakuan mereka itu. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua. Saya, Yang Berhormat Telok Intan duduk di sini tadi, Yang Berhormat Telok Intan beritahu dalam satu- satu mahkamah itu hakim itu dia jadi bos. Tidak ada bos yang lebih atas, jadi sebab itu pada saya, saya tidak ada pandangan dalam perkara seperti ini. Saya menganggap itu bahawa apa juga yang telah dilakukan oleh majistret yang merupakan bos dalam mahkamah itu asalkan ia adalah dalam merupakan budi bicara dia dan dia mengambil pilihan untuk lakukan sesuatu berdasarkan budi bicara dia.

Saya ingat bukan bagi saya sebagai menteri untuk hendak mempertikaikan ataupun sesiapa untuk mempertikaikan sama ada budi bicara yang dilakukan itu betul ataupun tidak. Kita kena benarkan kerana dia merupakan bos dalam mahkamah dia. Kalau ada yang tidak puas hati, ikutlah saluran undang-undang yang ada untuk membuat rayuan kepada pihak yang lebih atas berdasarkan kepada ketidakpuasan hati kita di atas tindakan yang telah dibuat oleh majistret tersebut. Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:30 PM

Tuan Karpal Singh - Bukit Gelugor

Penjelasan. Adakah Hakim Majistret dalam kes ini walaupun ada budi bicara, adakah budi bicara itu merangkumi tayangan video lucah itu kepada orang awam yang ada dalam galeri. Adakah itu budi bicara dia dan adakah itu dilaksanakan dalam sejarah negara ini?

final • 6:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, minta pandangan sedikit. Tambahan sedikit. Yang Berhormat Kota Belud.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sekejap. Sebenarnya kalau kita berhujah sekali pun saya rasa kita tidak dapat mengambil kata putus sama ada budi bicara itu telah dijalankan dengan betul atau tidak. Kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor tanya kepada saya tentang perkara ini, Yang Berhormat Subang sebentar tadi pula kata dia tidak pertikaikan bahawa mahkamah ada budi bicara. Jadi, kita mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini. Apa yang penting ialah saya sebut sebentar tadi, asalkan dia menjalankan sesuatu perkara itu atas budi bicara dia, sama ada betul ataupun tidak itu bukan bagi kita untuk menentukan kerana dia punyai budi bicara itu. Lebih daripada itu saya tidak boleh hendak jawab Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana betul ataupun boleh atau tidak boleh, itu luar daripada keupayaan saya untuk memberikan jawapan bagi pihak beliau.

final • 6:30 PM

Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri apa yang kita dapati di dalam prosedur mahkamah pada hari itu ialah hakim sebenarnya menggunakan budi bicara yang betul. Apabila video itu ditayangkan, apabila sampai ke adegan seks tersebut hakim meminta supaya adegan itu di fast–forward kan sampailah ke penghujung video. Jadi, tidak timbul saya rasa adegan-adegan yang agak lucah itu ditayangkan kepada orang awam. Hakim itu menggunakan budi bicaranya untuk memastikan bahawa adegan- adegan tersebut difast forwardkan dan ini yang berlaku pada hari itu. Minta pandangan Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kita teruslah kepada isu yang lain. Ini kerana apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud pun ada dia punya kekuatan hujahnya. Jadi sebelum saya sebut tentang ini, kalau kita bincangkan perkara ini, akhirnya kita pun tidak mendapat kata putus. Ini kerana hak ini adalah hak Majistret dan beliau telah gunakan budi bicara beliau. Jadi, oleh sebab itu saya rasa saya hendak pergi kepada isu yang lain kerana saya tidak mungkin boleh memberi jawapan yang memuaskan dalam isu Majistret ini. Akan tetapi yang penting, beliau mempunyai kuasa dalam mahkamah itu untuk menjalankan berdasarkan budi bicaranya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor bertanya iaitu apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan standard judiciary terutamanya bagi mendapatkan hakim-hakim yang berkaliber. Saya ingat perkara ini banyak yang telah kita bincangkan sehinggakan akhirnya kerajaan telah mengambil feedback-feedback daripada orang ramai, daripada Ahli-ahli Parlimen, peguam-peguam.

Itulah akhirnya antara usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan keyakinan ataupun standard terhadap Badan Kehakiman ini.

Penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sejak tahun 2009 telah dibentuk untuk meneliti dan menilai kriteria seseorang sebelum disyorkan untuk dilantik sebagai Hakim berdasarkan kelayakan. Ini sekali gus memberikan peluang kepada Hakim yang betul-betul layak dan berkaliber dilantik sebagai Hakim. Ini berbeza dengan sebelum itu di mana kita semua tahu bahawa seseorang Hakim itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada ketika itu hanya seorang sahaja sebenarnya yang mengambil keputusan untuk melantik seseorang individu sebagai Hakim.

Akan tetapi pada hari ini dengan adanya JAC, kita haraplah dengan sistem yang ada sekarang ini maka bolehlah dipastikan supaya mereka yang dilantik itu seberapa yang mungkin boleh dilakukan adalah orang-orang yang layak untuk menjadi Hakim. Kemudian, kita juga ada mengenalkan Jawatankuasa Etika Hakim dan Kod Etika Hakim bagi memantau kelakuan hakim-hakim bagi menjaga imej dan prestij Badan Kehakiman sendiri.

Ini lagi satu instrumen untuk memastikan supaya hakim-hakim bertindak dengan adil dan tidak melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan dan merendahkan institusi kehakiman ini.

Ketiganya, Ketua Hakim Negara telah melantik hakim-hakim pengurus untuk menyelia dan memantau hakim-hakim dan pegawai kehakiman di dalam negeri yang diselia oleh hakim-hakim berkenaan.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau sekiranya ada lagi perkara yang boleh dilakukan, kita minta Ahli-ahli Yang Berhormat boleh cadangkan kerana sememangnya untuk memastikan supaya hakim-hakim ini mempunyai tahap keyakinan tinggi merupakan satu usaha yang dimahukan oleh semua pihak.

Yang Berhormat Bukit Gelugor juga bangkitkan berkenaan dengan kes yang disebut iaitu berkenaan dengan Ketua Hakim yang telah membuat kenyataan seperti yang telah disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Saya sebenarnya telah menjawab perkara ini di dalam sesi Supplementary Budget 2010 di peringkat Jawatankuasa yang dibangkit oleh Yang Berhormat daripada Puchong. Saya telah menjawab iaitu Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara yang telah membuat kenyataan beliau terlibat dengan rasuah semasa beliau menjadi peguam dahulu, SPRM telah membuat penyiasatan awal berkaitan isu ini. Hasil tindakan SPRM mendapati tiada keterangan mencukupi iaitu tidak dapat mengenal pasti siapa yang dikatakan telah menerima wang tersebut, tarikh yang dikaitkan kejadian itu berlaku juga tidak diketahui. Oleh yang demikian, isu ini telah tidak dipanjangkan.

Kalau kita hendak siasat daripada segi apa yang beliau pernah menerima rasuah, apabila kita menyiasat tidak ada hasilnya, tiada keterangan yang mencukupi, tidak ada siapa yang tampil ke hadapan menceritakan bahawa beliaulah orang yang dimaksudkan.

Jadi, sebab itu ia tidak dipanjangkan. Jadi, ini jawapan saya pada tahun lepas dan saya difahamkan ini masih lagi merupakan status kes berkenaan dengan Ketua Hakim ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh. Dalam isu ini, beliau telah membangkitkan iaitu bahawa nampaknya pindaan ini dilakukan untuk memastikan supaya Ketua Hakim sekarang iaitu Tun Azmi akan mendapat keuntungan daripada pindaan ini.

Saya hendak sebut di sini iaitu bahawa – akan tetapi dukacitalah, Ketua Pembangkang tidak hadir, tidak seperti Yang Berhormat Bukit Gelugor, beliau tunggu jawapan saya.

Mungkin ada perkara yang lebih penting daripada mendengar jawapan terhadap pertuduhan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi.

Jadi saya hendak sebut di sini, kita membuat pindaan ini berdasarkan kepada jawatan Ketua Hakim itu dan pindaan ini tidak khusus kepada Ketua Hakim Negara sekarang, Tun Zaki. Sebagaimana yang dijelaskan, pindaan ini untuk menggalakkan pengamal undang-undang yang berpengalaman untuk dilantik sebagai Hakim. Pindaan kepada seksyen 9 peruntukan khas Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar. Ia juga melibatkan mereka yang telah bersara. Jadi, antara hakim-hakim yang bersara yang terlibat dengan pindaan ini ialah Tan Sri Dato' Haji Lamin bin Haji Mohd Yunus - Mantan Presiden Mahkamah, Tun Salleh Abbas-Mantan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Jamuri bin Sarjan - Mantan Ketua Hakim Sabah, dan Sarawak. Jadi, ini juga merupakan orang-orang yang terlibat yang akan mendapat keuntungan daripada pindaan ini.

Jadi, kita membuat peruntukan khas untuk menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh Ketua Hakim. Jadi, apabila Yang Berhormat Ketua Pembangkang berkata ini khusus untuk Tun Zaki Tun Azmi, itu adalah tidak tepat kerana yang hendak kita berikan manfaat ini ialah kepada Ketua Hakim, tidak kira siapa...

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bangun]

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sekejap Yang Berhormat Subang.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Baik.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi walaupun begitu, kalau kita tidak lakukan sekarang pun, di masa akan datang, kalau kita pinda di mana pada ketika itu tidak bangkit soal individu Ketua Hakim itu tidak qualified di bawah terma yang lama. Akan tetapi, di masa akan yang datang kalau kita pinda, kita akan membelakangkan balik penguatkuasaan pindaan ini seperti mana yang bekas-bekas mantan-mantan tadi dapat sama kemudahan ini. Jadi, tidak betullah hendak dikatakan iaitu bahawa ini khusus untuk Tun Zaki. Itu tidak tepat. Ini kerana kalau tidak dilakukan sekarang, kalau kita tunggu selepas Tun Zaki pencen pun kita buat kemudian hari, tetapi penguatkuasaannya itu kita akan belakangkan juga. Jadi, saya hendak jelaskan di sini apa Yang Berhormat bangkit adalah tidak tepat. Tunggu sekejap, ya.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kemudian Yang Berhormat telah bangkitkan berkenaan dengan iaitu kalau sekalipun kita hendak kenangkan jasanya, hendak hadiahkan sesuatu, lantiklah beliau di tempat-tempat yang lain. Akan tetapi itu juga telah dipertikaikan oleh Yang Berhormat Telok Intan yang menyatakan bahawa kita harus menukar dasar kita. Jangan benarkan mantan- mantan hakim ini memegang jawatan-jawatan yang boleh menyebabkan mereka nanti akan berhadapan dengan Hakim sekarang. Ini akan menyebabkan hakim-hakim sekarang merasa terganggu daripada segi hendak membuat keputusan kerana di hadapannya adalah bekas bosnya. Jadi, ini pun ada pertikaian sesama mereka. Oleh sebab itu saya rasa apa yang kita buat ini ialah bukan khusus untuk individu tetapi khusus untuk jawatan Ketua Hakim, Presiden Mahkamah Rayuan dan juga Chief Justice setiap negeri. Sila.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Menteri. Penjelasan ataupun pendirian Yang Berhormat Menteri adalah iaitu pindaan ini tidak dibuat khusus untuk Ketua Hakim sekarang iaitu Tun Zaki dan juga meliputi jawatan Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

final • 6:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Akan tetapi hakikatnya, ini kita pergi kepada fakta. Fakta yang tidak dapat dinafikan adalah sekarang kita beri pencen kepada ketua hakim, presiden, atau hakim besar yang hanya tiga tahun perkhidmatan sahaja dan yang dulu mesti lebih. Jadi fakta menunjukkan ini tidak dapat dinafikan bahawa hanya seorang sahaja hakim yang tidak layak dalam tempoh 18 tahun itu. Semua Hakim di Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan sekarang, hakim-hakim kanan di Mahkamah Rayuan, semua layak dalam tempoh 18 tahun itu. Ini dikira dari tarikh mereka dilantik sebagai hakim kepada tarikh yang mereka akan mencapai usia 66 tahun. Hanya seorang sahaja yang tidak layak iaitu Ketua Hakim Tun Zaki. Jadi jelaslah bahawa kita buat pindaan ini hanya untuk memanfaatkan dia iaitu kita beri dia melalui pindaan ini, dia akan dapat manfaat pencen lebih kurang RM15,000 sebulan seumur hidup selepas bersara.

Manakala yang lain, mereka semua tidak perlu pindaan ini. Walaupun kita sudah meningkatkan tempoh 15 tahun kepada 18 tahun mengikut pindaan ini juga, semua layak.

Jadi inilah apa yang dihujahkan tadi oleh Ketua Pembangkang adalah berasaskan pada fakta dan hakikat ini. Jadi walaupun kita kata ini adalah untuk hakim-hakim lain, hakikatnya ialah seorang sahaja yang tidak layak sekarang dan yang lain semua layak tanpa tempoh tiga tahun yang disebut itu. Jadi itulah kesimpulan yang kita buat. Jadi walau apa-apa penjelasan pun kita tidak dapat nafikan hakikat ini. Tafsiran atau kesimpulan yang kita akan buat, ini dibuat khusus untuk memanfaatkan ketua hakim sekarang. Minta penjelasan.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya sudah sebut iaitu ia bukan buat khusus untuk Tun Zaki..., kita sebut teruslah Tun Zaki sebab Ketua Pembangkang sebut Tun Zaki. Kita sebut khusus sebab Ketua Pembangkang sebut khusus untuk Tun Zaki, jadi kita terus sebut nama dia.

Baik Tuan Yang di-Pertua dalam penghujahan Ketua Pembangkang tadi pun ada menyebut iaitu berkenaan dengan dia berkata kurang keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman kita. Kemudian dia kata kita memerlukan kepada the best brain untuk menganggotai atau memegang jawatan-jawatan yang penting.

Jadi dia bercanggah apa yang dia cakap. Kalau sekiranya the best brain itu kita anggap dia berada di luar daripada badan kehakiman. Apa mungkin kita boleh menggalakkan orang-orang ini untuk memegang jawatan kalau dia private practice untuk dia datang dan memegang jawatan-jawatan ini. Kalau sekiranya dia tidak akan mendapat manfaat daripada pindaan ini, kita tidak boleh hendak attract the best brain kerana di masa yang akan datang kita tidak tahu. Kemungkinan kita akan melantik orang yang memegang jawatan ketua hakim, Presiden Mahkamah Rayuan dan Chief Justice Malaya, Sabah dan Sarawak ini. Mungkin kita akan lantik daripada private practice di masa yang akan datang.

Akan tetapi pada ketika itu mereka tidak akan tertarik untuk memegang jawatan ini kerana tidak dapat pencen yang sama seperti mereka yang lain, yang telah memberi service mengikut akta sekarang lebih daripada 10 tahun. Jadi macam mana kita hendak attract the best brain. Jadi ini bukan khusus untuk dia sahaja.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kita melakukan pindaan ini hasil daripada trial and error. Itulah sebab kita kata undang-undang ini hidup, sampai ketika kita lihat iaitu bahawa akta yang sedia ada tidak menguntungkan kita, maka kita pinda untuk membolehkan the best brain – mungkin Yang Berhormat pada satu hari kita tidak tahu, saya tengok bagus jadi sebagai seorang peguam bercakap undang-undang tetapi apabila kita panggil dia untuk terus jadi ketua atau Presiden Mahkamah Rayuan di peringkat umur dia hendak habis, dia fikir buat apa, dia rugi dan lebih baik dia practice, kemudian duit gaji lebih.

Jadi sebab itu saya katakan ia bukan khusus untuk Tun Zaki Azmi, tetapi ini ialah untuk mereka di masa yang akan datang ada kemungkinan akan dilantik sebagai hakim atau jawatan-jawatan tertentu ini kalau sekiranya kita hendak memastikan iaitu keyakinan terhadap kehakiman itu perlu dipertingkatkan. Ini kalau sekiranya the best brain itu ada di luar daripada badan kehakiman sekarang. Sila Yang Berhormat Beruas.

final • 6:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memang kita setuju kalau the best brain dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Kalau boleh orang yang dilantik itu mestilah orang yang bebas daripada politik supaya keputusan yang dibuat berlandaskan keadilan. Akan tetapi bagi Tun Zaki, bukankah dia dilantik terus menjadi presiden atau ketua Mahkamah Rayuan tanpa melalui proses biasa. Jadi hakim perlu lantik Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan.

Jadi dalam kes ini, dia dilantik semata-mata dia ada kaitan dengan UMNO. Dia adalah Pengerusi Disiplin UMNO. Dia dilantik di sana untuk menjalankan beberapa kerja terutamanya termasuklah menolong rampasan kuasa di negeri Perak... [Dewan riuh] Jadi sebab itu kita membantah kalau undang-undang ini dipinda untuk memberikan satu ganjaran atau to reward a person yang bekerja bersekongkol dengan Barisan Nasional untuk menidakkan kebebasan kehakiman di negara kita ini.

Oleh sebab itu kita bantah tetapi kalau for the best brain, we don’t mind. Selain itu dalam kes ini terlalu jelas orang yang dilantik berlatar belakang politik, kita tidak sokong.

Kita di pihak pembangkang di sini biasanyalah tidak layak menjadi hakim kerana kita mahu hakim bebas untuk membuat keputusan. Setuju atau tidak, kita mahu hakim yang bebas daripada politik...

final • 6:50 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Sedikit Menteri, isu sama.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sekejap. Tuan Yang di-Pertua saya ingat ini adalah sentimen pembangkang sebab Tun Zaki walaupun dia menjadi Pengerusi Disiplin UMNO, dia sebenarnya menjadi Pengerusi Disiplin kerana hendak disiplinkan perkara- perkara yang tidak baik yang berlaku dalam UMNO. Dia bukan terlibat secara direct menjadi ahli UMNO atau menjadi calon. Saya hendak mengingatkan kepada Yang Berhormat, ada seorang calon PAS yang hendak bertanding pun tetapi dilantik sebagai hakim. Jadi ini janganlah begitu maknanya kita adil, dia tidak terlibat langsung untuk menjadi calon atau berucap di atas pentas ceramah-ceramah. Dia tidak ada langsung, dia cuma jadi pengerusi badan disiplin, hendak jadi itu sahaja...

final • 6:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan sahaja pengerusi badan disiplin, dia pun peguam bertindak bagi UMNO dalam kes-kes petisyen pilihan raya.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Apa beza dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor?

final • 6:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Dia bertindak bagi UMNO.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bila?

final • 6:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tun Zaki petisyen di Ipoh, ada banyak petisyen.

Ada banyak kes sudah bukan satu kes sahaja. Selain itu...

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dia jadi hakim tahun 2007, macam mana bangkit kes ini jadi peguam UMNO pula..., selepas kes Perak ini?

final • 6:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan sebelum itu..

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat cakap biar benar sikit...

[Dewan riuh]

final • 6:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sebelum rampasan kuasa, dia pun bertindak bagi UMNO dalam kes-kes election petition. Saya ada, kalau nama-nama saya ada.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okey, bila dalam kes di Perak, dia jadi hakim pula?

final • 6:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan kes rampasan kuasa tetapi sebelum itu dia bertindak sebagai peguam UMNO, betul atau tidak?

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, dia menjadi wakil macam itu juga..

final • 6:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi maksud saya ini, dia ada kaitan rapat dengan parti politik. Beliau tidaklah layak untuk menjadi hakim kerana itulah persepsi rakyat kerana hakim sedemikian tidak bebas melaksanakan ataupun membuat keputusan berlandaskan undang-undang.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat perlu profesional. Kalau orang lantik kita sebagai peguam, kita perlu profesional. Pada ketika itu klien dia UMNO, jadi apa kena-mengena dengan sekarang dia jadi hakim. Macam mana dengan calon PAS yang jadi hakim itu.

final • 6:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kenapa dia tidak dilantik jadi hakim dahulu macam orang biasa?

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Macam ini tadi, yang jadi hakim dahulu calon PAS lagi itu bertanding di Subang, tidak silap saya. Yang itu tidak mengapa pula.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya pun kenal tetapi yang paling penting...

[Dewan riuh]

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ha! Mengapa?

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Mengapa dia tidak dilantik sebagai hakim dahulu, kemudian perlahan-lahan naik mengikut...

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dia mewakili UMNO dalam kes-kes petisyen, dia bukan menjadi hakim dalam kes petisyen itu. Dia menjadi peguam yang dibayar. Macam juga Yang Berhormat Bukit Gelugor, dahulu dia hentamnya Yang Berhormat Permatang Pauh, sekarang dia pula dilantik menjadi peguam. Okey, tak ada masalah. Profesionallah.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Setuju kah Menteri bahawa dialah satu-satunya yang naik menjadi Ketua Hakim Negara dengan begitu cepat dan bukan seperti hakim biasa yang perlu menjadi hakim sampai 10 tahun sehingga 15 tahun sebelum dia dinaikkan his position – progressive elevation? Akan tetapi dalam kes ini, kerajaan lantik dia terus naik ke atas. Betul atau tidak? Ini satu-satunya kes dalam sejarah Malaysia.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ramai juga hakim yang lain seperti sebelum Tun apa yang menjadi Ketua Hakim, peguam yang dikenali yang ada firm dia sendiri juga dilantik daripada luar sehingga menjadi Ketua Hakim. Tun apa namanya?...

[Bertanya kepada seorang Ahli Yang Berhormat] Ha, Gopal Sri Ram pun dilantik terus.Tidak perlu menjadi Judicial Commisioner.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sebab selepas Sri Ram dilantik terus jadi Hakim Mahkamah Rayuan... [Dewan riuh]

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Apa? Saya hendak tanya...

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kerana penghakimannya bebas, tidak mengikut kehendak UMNO, dia dibekukan sekian lama, betul tidak?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya hendak tanya, apa kesalahan...

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Semua orang lain sudah naik kerana Sri Ram dia bebas membuat keputusan...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Apa kesalahan daripada segi undang- undang kalau melantik seorang daripada luar untuk memegang jawatan Ketua Hakim Malaya atau Ketua Hakim Sabah atau Sarawak, yang kebiasaan ini kita lantik kalau kita kata kita perlukan dia daripada private sector, kita lantik dia? Tidak merupakan kesalahan.

Itu cuma persepsi Yang Berhormat sahaja. Persepsi sebelah sini tidak begitu. Jadi, persepsi cuma persepsi, bukan orang kata fakta.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak bangkitkan...

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja atas isu itu yang...

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sekejap, ya. Okey.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri hendak memberikan gambaran bahawa pindaan ini adalah untuk menarik the best talent lah katakan, daripada sektor swasta, dan inilah tujuan ataupun hasrat di belakang pindaan ini. Bagi saya, katakanlah itu tujuan kerajaan untuk meminda rangka undang-undang sekarang atau framework kita sekarang untuk mula menarik talent daripada swasta, itu satu tujuan yang baik tetapi ini bukan caranya.

Kalau kita ikhlas dengan untuk menarik talent daripada sektor swasta, peguam private sector, kita tarik mereka masuk ke dalam peringkat Mahkamah Tinggi. Biar mereka dapat pengalaman juga, then naik pangkat pada Mahkamah Rayuan dan sebagainya. Jadi, kalau kita ikhlas dengan tujuan itu, kita tidak akan buat pindaan ini. Kita akan buat pindaan yang lain. Memang untuk menarik mereka kita perlu beri mereka macam satu kepastian.

Apabila mereka bersara, mereka akan dapat pencen tetapi mungkin tempohnya itu akan lebih pendek daripada yang datang daripada servis yang berkhidmat lebih lama dengan kerajaan. Akan tetapi ini bukan caranya. Ini hanya memberikan manfaat kepada seorang iaitu ketua hakim sekarang.

Oleh sebab itu, ini tidak selaras dengan apa yang dihujahkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri. Kalau kerajaan ikhlas hendak menarik talent, ini bukannya. Ini dengan jelas adalah untuk memberikan ganjaran kepada seorang dan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas, orang perseorangan atau apa belakang ini, ganjaran untuk apa. Telah disebutkanlah, ada banyak jasa yang telah dibuat dahulu dan inilah ganjarannya. Minta penjelasan.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, dahulu sebelum Tun Zaki pun, Tun Dzaiddin, dia pun daripada private sector juga. Dia dilantik kemudian daripada jadi Mahkamah Rayuan terus naik jadi ketua hakim. Jadi, bukan Tun Zaki seorang sahaja, Yang Berhormat Subang...

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, Tun Dzaiddin.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

...Tun Dzaiddin from service.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, Tun Dzaiddin was in practice dahulu, Dzaiddin & Co. Yang Berhormat baru sahaja practice. Saya tahulah. Dzaiddin & Co...

[Ketawa]

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Sekejap sahaja.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Taklah. Maknanya...

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kebanyakan servis dia di...

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tun Dzaiddin, dia...

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kebanyakan servis dia dalam judiciary service.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, tetapi dia practice law dahulu sebelum...

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya, mestilah ada.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ada yang direct daripada Majistret naik Sesyen Court and then jadi High Court, jadi commissioner. Ada yang direct. Ini saya cakap daripada private sector, kita hendak tarik.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Betul.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak mengapalah.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita bincang sekarang, tarik orang terus daripada private sector jadi Hakim Mahkamah Tinggi...

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apa. Saya jawab dia tadi, saya kata bukan Tun Zaki seorang sahaja.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Betul.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sekarang hendak jawab Yang Berhormat...

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Duduklah. Duduklah, Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang kita...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Katalah, Yang Berhormat berapa tahun sudah practice, Yang Berhormat sudah practice berapa lama?

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu bukan isulah.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tak, tak, saya hendak tanya.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Apakah relevannya?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ada dalam 30 tahun?

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Akan tetapi apakah relevannya?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Katalah 30 tahun. Tidak mengapa. Saya tahu Yang Berhormat seorang peguam yang pergi ke mahkamah semua. Katalah 30 tahun.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Apakah relevannya?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Rambut pun sudah tidak ada, mungkin sudah 30 tahun... [Ketawa] Tidak mengapa, kita beri contoh.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Lebih kurang samalah. Ya.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Katalah Yang Berhormat... Duduklah.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Tidak mengapalah. Okey, teruskan.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Duduklah.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

You tanya, saya bangun.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Duduk dahulu. Saya hendak jawab.

final • 7:00 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Okey.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Duduk dahulu. Katalah Yang Berhormat, berdasarkan pada kepala sudah tidak ada rambut, mungkin 30 tahun practice. Yang Berhormat, kalau 30 tahun practice, saya beritahu Yang Berhormat, jadi Judicial Commissioner High Court, hendak atau tidak? Sudah tentu tidak hendak. Senior, sudah senior. Jadi, kalau kita bercakap tentang pengalaman dan talent seseorang dalam private practice, mungkin dia 30 tahun practice dan dia pun dalam practice nya dia telah dapat banyak keuntungan, dia punya pendapatan pun tinggi, kemudian kita kata, “Mari, jadi High Court judge”, saya rasa dia tidak hendak. Dia senior, senior lawyer.

Jadi, sebab itu saya sebutkan tadi kemungkinan kalau seseorang itu dia sudah practice 40 tahun, taraf bagi dia kalau dia hendak join judiciary, sekurang-kurangnya mesti Mahkamah Rayuan. Barulah standard dia ini tinggi. Ini hendak suruh dia jadi High Court, seperti Yang Berhormat sebut tadi, siapa yang hendak daripada private sector. Saya sudah bersembang dengan peguam-peguam dan mereka ada memberikan pandangan. Dia kata, dengan izin, “Yang Berhormat, I am a senior practitioner. You ask me to join the service start at JC, I am sorry. I have to give up my private life on that. You berilah ruang.

Maknanya kalau boleh terus pergi ke Mahkamah Rayuan. Jadi, bolehlah kami pertimbangkan.” Jadi, ini Yang Berhormat yang kita lakukan. Saya sebut kemungkinan. Satu hari saya rasa berdosa kalau saya panggil Yang Berhormat, “Can you be a JC?”. I do not think that is fair. Saya ingat kalau Yang Berhormat sebagai orang yang senior practitioner, kalau sekali pun kita hendak tap dia punya brain, kita kena beri jawatan yang setimpal dengan pengalaman yang dia ada dalam soal undang-undang ini. Itu dia Yang Berhormat, ya.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak payahlah.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya tidak bersetuju tetapi...

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

You tak setuju, tak kisah. Saya tidak peduli.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya hendak jawab bukan hendak bagi Yang Berhormat setuju.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya hendak dapat penjelasan, boleh tidak?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya cakap benda yang betul.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh dapat penjelasan?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

It is not in my interest to make you happy, okay?

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Okay, never mind.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

I want to reply, saya hendak habiskan isu Ketua Pembangkang, selepas itu Yang Berhormat bangkitkan balik, okey? Tadi Ketua Pembangkang bangkitkan berkenaan dengan kes Altantuya, sehingga ke hari ini tiada tarikh rayuan.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam kes ini, rekod rayuan sebanyak lebih 50 jilid telah difailkan di Mahkamah Rayuan pada Mei 2010 yang melibatkan nota keterangan sebanyak lebih 4,000 muka surat. Walau bagaimanapun, alasan penghakiman masih belum difailkan kerana ia masih dalam proses persiapan kerana melibatkan jumlah volume nota keterangan yang tinggi dan exhibit yang banyak. Memandangkan alasan penghakiman masih lagi tiada, rekod rayuan tersebut adalah tidak lengkap. Justeru, tarikh perbicaraan di Mahkamah Rayuan belum dapat ditetapkan. Mahkamah Rayuan akan menetapkan tarikh perbicaraan apabila alasan penghakiman Mahkamah Tinggi diterima.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kemudian, saya habiskan dahulu Yang Berhormat ya. Apabila saya panggil Yang Berhormat Beruas ini, bolehlah tanya. Ini Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga. Dia membangkitkan tentang bahawa kes kehakiman kita ini tidak bebas.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya ingat Yang Berhormat Permatang Pauh tidak adil bercakap demikian kerana fahaman saya dalam kes liwat dia yang pertama dahulu, saya percaya iaitu atas alasan technicality dia telah dilepaskan dengan keputusan mahkamah hakim 2-1. Jadi, mahkamah yang melepaskan dia ini bukan mahkamah Amerika, bukan privy council dan bukan mahkamah Australia, tetapi mahkamah Malaysia. Jadi, adakah itu menunjukkan bahawa ini mahkamah tidak bebas?

Walaupun kita merasakan iaitu bahawa mungkin ada sesetengah pihak tidak puas hati, tetapi mahkamah yang telah melepaskan beliau ialah mahkamah Malaysia. Jadi, untuk hendak mengatakan bahawa mahkamah di sini adalah tidak bebas berdasarkan kepada apa yang saya sebut sebentar ini, adalah tidak adil untuk berkata demikian. Jangan, apabila mahkamah membuat keputusan memihak kepada kita, kita okey. Akan tetapi apabila mahkamah membuat keputusan tidak memihak kepada kita, mahkamah tidak bebas. Ini tidak baik dan tidak elok dilakukan. Tuan Yang di-Pertua...

final • 7:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Minta penjelasan sedikit.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Nanti, saya hendak habis dahulu.

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Akan tetapi akan beri ruang?

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kemudian... Saya akan beri ruang tidak ada masalah. Sudah beri ruang banyak kali, takut apa?...[Disampuk] Ya, tidak ada masalah.

Kemudian, saya juga hendak bangkit iaitu Yang Berhormat Ketua Pembangkang dia mengatakan oleh sebab kurang penguasaan bahasa Inggeris ini menyebabkan iaitu kita punya kehakiman tidak boleh diyakini semata-mata penguasaan bahasa Inggeris itu tidak ada kepada sesetengah hakim, bukan semua dia kata, sesetengah hakim. Akan tetapi, saya hendak tanya di Jepun, mereka punya sistem perundangannya menggunakan bahasa Jepun. Di Korea, mahkamahnya menggunakan bahasa Korea. Begitu juga di Perancis.

Tidak pula orang mengatakan iaitu bahawa oleh sebab mereka tidak menguasai bahasa Inggeris, maka keyakinan terhadap mahkamah itu telah merosot.

Jikalau tidak silap saya Ketua Pembangkang inilah yang memperjuangkan untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Hari ini dia pula memandang rendah terhadap hakim-hakim yang menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Kebangsaan dalam mahkamah, dia pula yang mengatakan iaitu bahawa inilah sebabnya merosot. Jadi, ini tidak konsisten. Ini yang dibangkitkan oleh beberapa rakan tadi yang tidak konsistennya Ketua Pembangkang ini. Tidak silap saya, saya hendak beritahu Yang Berhormat ini pengalaman saya...

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dia tidak sebut dia memandang rendah...

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu tidak betul. Dia tidak sebut memandang rendah...

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Sudah, tidak payah. Dia tidak ada hal sudah. Jadi, saya hendak beritahu ada satu ketika Yang Berhormat, oleh sebab kita mahu Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu – semua orang tahu Bahasa Kebangsaan ini Bahasa Melayu, kita hendak jadikannya sebagai bahasa kepada semua rakyat Malaysia, maka kita tukar daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Ini kerana Bahasa Melayu ini orang Indiakah, orang Cina dan orang Kadazankah, mereka tidak ada affiliation terhadap perkataan “Melayu”. Jadi, mereka tidak merasakan ini bahasa mereka. Akan tetapi kalau kita sebut sebagai Bahasa Malaysia, mereka ada affiliation sebab mereka orang Malaysia. Akan tetapi Ketua Pembangkang jugalah yang menentang penggunaan Bahasa Malaysia untuk Bahasa Melayu.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi, ini saya kata tidak konsisten. Satu masa pejuang bahasa, pencinta bahasa Melayu, hari ini condemn pula kerana tidak ada penguasaan bahasa Inggeris. Jadi, oleh sebab itulah saya hendak sebut iaitu bahawa kita tidak boleh lihat iaitu kurang penguasaan bahasa Inggeris itu menyebabkan kemerosotan dari segi keyakinan orang ramai terhadap kehakiman kita. Even, kalau dalam mahkamah di England pun, tidak semua terma yang boleh ditafsirkan dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab itu dia guna perkataan-perkataan Latin, “reese”, “le pito” dan lain-lain lagi.

Jadi, kalau kita kurang dari segi kata terma dalam bahasa Malaysia, kita boleh pinjam bahasa Inggeris, tidak ada masalah. Jadi, saya tidak mahu supaya dilihat kerana kurang penguasaannya kita dalam bahasa Inggeris menyebabkan kurangnya keyakinan orang ramai terhadap kehakiman kita...

final • 7:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh dapat penjelasan?

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kemudian ...

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri. Berilah ruang...

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Nanti, saya beri...

final • 7:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Beri jalan, Ketua Pembangkang tidak...

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Oleh sebab point akan di ...

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak mengapa, boleh beri lepas ini.

Kemudian, Ketua Pembangkang juga...

final • 7:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh dapat penjelasan isu bahasa ini?

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Okey, ini berkenaan dengan dulu punya kehakiman bagus, sekarang tidak bagus. Ini Yang Berhormat yang telah disebut oleh rakan-rakan tadi, kalau dulu pun tidak bagus tindakan diambil, saya ingat mendapat sokongan daripada Ketua Pembangkang juga Yang Berhormat Permatang Pauh sewaktu dia tidak silap saya dalam Jemaah Menteri. Ambil tindakan terhadap kita punya CJ dahulu Salleh Abbas. Jadi, dia tidak konsisten.

Kita tidak boleh mengatakan semberono iaitu bahawa dahulu lebih baik daripada sekarang. Orang ini nostalgia, selalunya mereka akan menceritakan yang masa lepas itu jauh lebih baik. Mungkin pada ketika itu rakyat belum celik mata lagi. Mungkin ada perkara- perkara yang berlaku, pada ketika itu tidak ada internet, teknologi yang cepat yang boleh menceritakan tentang kesilapan seseorang hakim, dulu tidak ada. Dahulu pun rakyat mereka tidak vocal. Sekarang ini kes belum habis orang sudah pertikai keputusan, ini bagus. Akan tetapi janganlah kerana teknologi yang baru ini kita ambil pukul rata mahkamah kehakiman kita semua tidak bagus. Ini bukan tidak bagus, persepsi itu wujud kerana orang bercakap. Oleh sebab orang bebas bercakap sekaranglah persepsinya itu banyak bercakap tentang kehakiman, itulah yang menyebabkan persepsi pada hari ini mengatakan bahawa mungkin kehakiman itu tidak lagi diyakini seperti di masa-masa yang lepas. Ini nostalgia sahaja. Sila Yang Berhormat.

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri yang sudah beri peluang untuk minta penjelasan tentang beberapa isu yang disebutkan tadi. Saya ingin mula dengan isu bahasa tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri.

Saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak adil kepada Ketua Pembangkang apabila disebut Ketua Pembangkang telah pandang rendah kepada hakim-hakim yang menggunakan bahasa Malaysia. Dia tidak sebegitu langsung. Memang Yang Berhormat Menteri memutarbelitkan apa yang dia sebut.

Dia kata yang gunakan bahasa Inggeris itu mesti gunakan bahasa Inggeris itu dengan penguasaan yang baik. Kita tidak mahu bahasa Inggeris digunakan di mahkamah seperti bahasa pasar. Itu lain cerita dan itu terpakai pada peguam juga bukan sahaja kepada hakim. Oleh sebab sistem kita ini kita tahu berdasarkan common law, kita gunakan banyak rujukan kepada bahasa Inggeris.

final • 7:10 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Pagi tadi saya ada di mahkamah dan kes-kes yang saya hujahkan semua dalam bahasa Inggeris. Kita tahu itu hakikat sistem kita. Itu maksud dia. Jadi, jangan kita putar belitkan katanya dengan mengatakan dia pandang rendah pada bahasa Malaysia, itu tidak betul langsung.

You must be fair. You must not distort this argument and make out and create another argument yang dia tidak sebut. Jadi, pointnya adalah peguam dan juga hakim mesti menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris untuk memastikan tahap atau standard kita adalah terbukti sebagai satu tahap dan kualiti yang cukup tinggi dan sistem kita boleh ditunjukkan sebagai satu sistem yang ada sophisticationlah atau kualiti yang kita perlukan itu. Itu isu bahasa.

Saya balik kepada isu yang lebih penting iaitu isu kebebasan institusi itu. Tadi Yang Berhormat Menteri bangkitkan kembali kes isu Altantuya dan juga kes Ketua Pembangkang dahulu. Yang Berhormat Menteri menyanggah pendapat atau pun cuba menyanggah hujah Ketua Pembangkang iaitu institusi kehakiman kita pandangannya dilihat sebagai satu institusi yang tidak bebas dari segi pengaruh politik.

Ini bukan pendapat Ketua Pembangkang sahaja. Jikalau macam itu, mungkin kita boleh terima apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Tahukah Yang Berhormat Menteri berapa badan peguam antarabangsa, berapa badan hakim-hakim, berapa peguam- peguam dan hakim-hakim?... [Disampuk] Nanti dahulu. Dengar saya dahulu, kalau tidak mahu dengar tidak mengapa, boleh keluar. Dengar saya dahulu.. [Disampuk] Tidak mengapalah, Yang Berhormat Menteri hendak dengar.

Sejak kes tahun 1998 itu, sistem kita dipandang rendah seluruh dunia. Kes Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengakibatkan institusi kehakiman kita kelihatan seperti satu alat politik dan boleh diperalatkan bila-bila pun oleh institusi ataupun pemerintah. Ini bukan pandangan dia. Di analisa oleh...

final • 7:10 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, who is he to talk of ground of dunia ini.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

...ECJ Amnestying International so apakah kita kata itu alat Ketua Pembangkang kah? Jadi itulah asas dia kata. Ini bukan pandangan dia sahaja. Ini pandangan hampir seluruh dunia yang melihat perjalanan kes beliau. Nanti dahulu saya belum habis.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Habiskan Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Sekarang saya pergi kepada kes Altantuya.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ya, kes Altantuya. Kita jatuhkan kemuliaan institusi kehakiman dengan kes Dato’ Seri Anwar sendiri, Ketua Pembangkang sendiri ya. Selepas itu dengan kes Altantuya lebih lagi teruk apabila dunia melihat macam mana institusi diperalatkan sekali lagi. Macam mana? Satu hari hakim menolak jamin dan penjarakan yang tertuduh. Selepas itu hakim boleh ditukar dalam keadaan yang membangkitkan banyak kemusykilan. A lot of question was raised about the changes of judges. Orang tahu sistem dimanipulasikan, bukan kita tahu dunia tahu. Jadi hari ini itu sebabnya...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat ringkaskan Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Itu sebabnya kita kena faham. Ini bukan pendapat dia. Ini pandangan dari segi dunia. Apa mereka melihat dalam kes Altantuya. Jadi itulah yang kita mahu pulihkan. Akan tetapi malangnya hari ini, dua hari dahulu kita lihat Mahkamah Majistret pun boleh diperalatkan sekali lagi. Jadi itulah...

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Okey. Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

So jadi isu, dahulu isu...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat habis Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Sedikit sahaja. Sedikit sahaja.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah panjang sudah berucap Yang Berhormat. Yang Berhormat mencelah.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Duduklah, sudah pukul 7.30.

Duduklah.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, cukup Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, itu pandangan dia. Ini pandangan saya, okey. Jadi saya hendak sebut Ketua Pembangkang sebut, dia sebut orang yang akan merasainya apa yang dihujahkan oleh dia. Ketua Pembangkang bercakap tentang penguasaan bahasa Inggeris, jadi maknanya kalau hendak menggunakan bahasa Inggeris biarlah menggunakan bahasa yang betul. Akan tetapi Ketua Pembangkang tidak pula menegur peguam-peguam yang Bahasa Malaysia dia teruk. Macam pasar.

Ada juga peguam kita yang bercakap Bahasa Malaysia macam bahasa pasar.

Kamu, itu, semua – semua macam bahasa pasar. Tidak pula dia tegur? Nampaklah jelas bahawa dia sebenarnya menghina Bahasa Malaysia. Jikalau hendak tegur penguasaan bahasa Inggeris kena tegur juga peguam yang menggunakan Bahasa Malaysia yang begitu teruk sekali saya hendak beritahu. Ha, baru adil. Jadi Yang Berhormat tidak boleh hendak marah kepada saya sebab saya terasa begitu. Jikalau hendak tegur penguasaan bahasa Inggeris tegur sama peguam-peguam dan juga mungkin hakim-hakim yang penguasaan Bahasa Malaysia nya lembap, kena tegur juga...

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tegurlah Kabinet dahulu.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jikalau tidak tegur maknanya memang memandang rendah tentang Bahasa Malaysia. Kedua, perlu tegur dua-dua.

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Perlu juga tegur Yang Berhormat Menteri. Menteri yang tidak faham Bahasa Melayu pun ada.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Bukan Bahasa Melayu, bahasa Malaysia.

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bahasa Malaysia.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ini perangai Ketua Pembangkanglah ini. Ini bahasa Malaysia.

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

No, no constitutionally only Bahasa Melayu.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak ada, constitution tidak constitution tetapi bahasa ialah Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia ya. Cuma dia kata “Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan”...

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, memanglah.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, Bahasa Kebangsaan jikalau kita hendak panggil Bahasa Kebangsaan kita, Bahasa Malaysia tidak adalah salah.

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ini hendak bela ini dia hendak memecahbelahkan kita lagi.

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita tidak memecah belah.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Setengah pihak setuju Bahasa Malaysia, yang dia tidak setuju... [Dewan riuh] Tidak usah main politiklah. Tidak usah main politik.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kita tidak ada masalah.

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita tidak ada masalah kalau Bahasa Melayu itu bahasa...

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kita hendak mengutarakan bahasa ini Bahasa Malaysia. Itu dia.

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bahasa Malaysia itu bahasa Melayulah.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Beritahu pada saya mana salah kalau kita hendak menggunakan Bahasa Malaysia kalau dia boleh menyatupadukan kita semua. Bahas Kebangsaan Bahasa kita.

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, saya tidak ini...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Duduklah Yang Berhormat Batu.

Duduk, duduk.

final • 7:20 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Hanya saya kata kalau hendak tegur, tegur Kabinetlah dahulu.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh macam ini Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

You punya ketua ini dahulu Menteri juga. Dahulu dialah menentang Bahasa Malaysia. Hari ini pula hendak hina pula Bahasa Malaysia kita.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Dia tidak menghina.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua. Tidak payahlah. Ini puak ini ada video pun tidak percaya jadi kalau saya cakap memang tidak percaya. Tidak ada gunanya. Itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, jadi tidak guna bagi penjelasan kepada mereka.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Video pelakon adalah. Video pelakon.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, keduanya Yang Berhormat Subang bangkit, dia kata iaitu pandangan itu bukan pandangan dia. Ini pandangan dunia. Itu kata dia. Saya berbahas dengan dia saya bukan bahas dengan dunia.

Dalam Dewan ini saya bahas dengan dia jadi saya kena rujuk kepada pandangan dialah dan saya juga hendak beritahu iaitu bahawa tidak betul Yang Berhormat hendak mengatakan itu bahawa semua orang merasakan bahawa apa yang dia cakap itu betul, tidak. Sebelah sini merasakan bahawa memang dia tidak betul. Sebelah sini.

Jadi tidak usahlah hendak bangkit benda dia kata apa ini peguam majoriti setuju dengan dia, tidak payah kerana ini saya juga boleh cakap benda ini subjektif. Apa yang sebelah sana boleh cakap, sebelah sini pun boleh cakap. Jadi tidak guna kita hendak bercakap tentang perkara ini kita terus dengan isu yang seterusnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma boleh bercakap fakta sahaja iaitu kalau orang mengatakan bahawa kehakiman di sini tidak bebas itu adalah tidak tepat kerana saya sebut sebentar tadi penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama Ketua Pembangkang dia dilepaskan, menunjukkan itu bahawa..., ini fakta bukan lagi pandangan dari orang luar. Ini fakta yang berlaku. Mahkamah yang tidak bebas sudah tentu akan takut untuk membuat keputusan seperti mana yang dilakukan oleh Mahkamah Persekutuan itu. Akan tetapi kerana mereka bebas dia berani walaupun dia tahu itu mungkin sebahagian besar daripada masyarakat tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh...

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Menyampuk] Bebas selepas enam tahun di penjara.

Dibebaskan selepas enam tahun di penjara itukah kehakiman bebas?

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Apa benda kena enam tahun? Kita cakap tentang hakim, mahkamah.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jangan perkecilkan penderitaan seorang enam tahun di penjara. Jangan perkecilkan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak ada, ini saya cakap tentang kebebasan mahkamah.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Jangan cakap itu bebas, tetapi enam tahun dalam penjara.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya, Mahkamah Persekutuan membebaskan dia.

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Kehakiman yang bebas tidak akan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ini bila pula isu jail berbangkit pula ini? Yang Berhormat kena steady sedikit. Lagi banyak bercakap lagi banyak rambut akan luruh tahu? Mesti mahu steady. Saya bercakap tentang kebebasan mahkamah dan saya bercakap tentang fakta. Fakta jelas menunjukkan iaitu bahawa Mahkamah Persekutuan telah membuat penghakiman iaitu bahawa dia dilepaskan daripada tuduhan itu. Bebaslah itu. Jangan bangkit isu lain. Jangan emosional, nanti lagi banyak...

final • 7:20 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

[Menyampuk] Bukan emosional, jangan lupakan sejarah. Itu sahaja.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Kita bercakap tentang kebebasan mahkamah bukan tentang hukuman dia. Kita hendak bercakap tentang kebebasan mahkamah dan dia dilepaskan. Itu sebenarnya keputusan dibuat oleh mahkamah yang paling tinggi.

final • 7:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh tunjuk satu kes...

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jangan emosional.

final • 7:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Minta Yang Berhormat Menteri boleh tunjuk satu kes?

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Duduk dulu Yang Berhormat.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Seterusnya saya hendak pergi kepada Yang Berhormat Ledang. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Ledang kerana melihat pindaan ini sebagai langkah positif yang diambil oleh badan kehakiman.

Pindaan ini bagi memastikan supaya hakim-hakim ini mendapat saraan sewajarnya apabila bersara dan menggalakkan pengamal undang-undang yang terkenal untuk berkhidmat dengan badan kehakiman.

Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya cuma hendak buat pembetulan Yang Berhormat Wangsa Maju tidak ada di sini. Dia kata dalam kes pemberian wang sagu hati, dia kata wang sagu hati itu tidak didedahkan berapa jumlahnya oleh Yang Berhormat Menteri. Ha, dia baik sebut betul-betul itu Menteri dahulu bukan Menteri ini ya. Menteri ini telah pun mendedahkan berapa sebenarnya wang sagu hati yang telah diberi. Menteri dahulu sudah berhenti pun kemudian masuk dalam PKR, selepas itu kecewa keluar buat KITA pula. Jadi itu Menteri dahulu bukan Menteri ini ya.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat seseorang hakim itu dilantik berdasarkan kelayakan dan pengalaman mereka tanpa mengambil kira faktor bangsa, kaum atau keturunan mereka. Seseorang hakim itu akan membuat keputusan berlandaskan prinsip keadilan dan undang-undang sedia ada yang relevan. Dalam hal ini mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan hakim mempunyai hak untuk merayu ke peringkat yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Wangsa Maju juga membangkit mengenai isu-isu keadilan dalam badan kehakiman. Setiap keputusan yang dibuat oleh seorang hakim adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada serta fakta dan hujahan dari pihak-pihak terbabit, justice in quadrant of the law. Justeru tidak timbul isu ketidakadilan di dalam setiap penghakiman yang diberikan.

Yang Berhormat Telok Intan, oleh kerana dia tidak ada, saya akan berikan jawapan yang bertulis.

Sekarang Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat ada bangkit iaitu mempunyai senarai..., nanti dahulu satu-satu dahulu. Senarai hakim-hakim. Selama 25 tahun dahulu Yang Berhormat practice law bagus, kalau bagus nanti boleh jadi hakim juga tetapi bukan Mahkamah Tinggi kita bagi tinggi atas lagilah. Eh! belum tentu, tidak tahu lagi. Jadi...

final • 7:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tidak layak.

final • 7:20 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Jadi, tidak layak? Siapa kata tidak layak, siapa kata?

final • 7:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya kata tidak layak kerana kita sudah ada latar belakang politik, demi negara kita jangan jadi hakim. Itulah pendirian kita di pembangkang.

Kalau ada unsur-unsur politik jangan bawa ke mahkamah kita. Harap itulah pendirian Barisan Nasional juga.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Akan tetapi Datuk ambilkan, Datuk Perak ambilkan? Okeylah... [Ketawa] Tidak apa Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat bercakap tentang pembangkang, kita pernah lantik calon PAS untuk jadi Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Yang Arif... [Disampuk] Tidak, kena sebutlah. Eh! Benda yang betul. Benda yang kita anggap yang sebenarnya baik iaitu kita lantik seorang calon PAS...

final • 7:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Dia sudah letak jawatan lama sudah Menteri, lama sudah.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Untuk menjadi hakim okeylah. Apa yang salahnya, benda yang baik. Inilah masalah mereka, dia hendak bangkit benda yang tidak elok sahaja. Benda yang baik tidak mahu sebut.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri tetapi...

final • 7:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, terima kasih Menteri, terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ha! Terima kasih bagus. Itu yang sepatutnya dinyatakan kepada saya. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi hakim itu semasa kes politik datang ke hadapan beliau, beliau kita kata excuse ataupun apa perkataan itu? Mengundurkan diri.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Baguslah.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Inilah, kalau dia ada latar belakang politik yang mana kes politik dia tidak ambil.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Baguslah.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Bagi kita kalau boleh tetapi Ketua Hakim Negara semua campur tangan, dalam semua kes juga.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Baguslah begitu.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kes Perak pun macam-macam arahan.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya rasa apa yang dilakukan oleh Yang Arif Ariff itu, kalau tidak silap saya nama dia. Baguslah itu, baguslah maknanya recluse himself dan tidak berbangkit ...

final • 7:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri, sedikit Menteri.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak payah, tidak payah, tidak payah.

final • 7:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri, kalaulah lantikan...

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

You emosional nanti, dia emosional saya tidak mahu.

final • 7:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri lantikan atau tidak lantikan mesti atas dasar kredibiliti atau kemampuan.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya hendak minta kepada Yang Berhormat Beruas iaitu 25 tahun dahulu Yang Berhormat kata ada senarai. Yang Berhormat, itu 25 tahun dahulu dan sekarang kita ada JAC. Kalau sekiranya ada dalam, Yang Berhormat Teluk Intan kah ada sebut iaitu bahawa ada hakim yang kononnya terlibat dengan rasuah dan juga tidak mendengar keterangan daripada saksi-saksi. Hari ini dilantik menjadi..., elevate lebih tinggi lagi. Saya sudah semak Yang Berhormat, ini maklumat bagi kepada JAC. Mereka yang menilaikan. Maklumat-maklumat seperti ini kalau tidak disampaikan kepada suruhanjaya mereka tidak akan tahu.

Saya hendak beritahu, kita pun memang tidak bersetuju kalau hakim ambil duit, tidak boleh. Memang tidak boleh. Jadi, kita mahu supaya Yang Berhormat kalau ada maklumat bagi kepada JAC bukan bagi kepada saya. Ini kerana mereka yang akan menilaikan sama ada orang itu layak atau tidak layak dinaikkan pangkat kepada hakim lebih tinggi. Jadi, sebab itu kalau Yang Berhormat ada senarai bagi kepada saya. Tidak, tidak usah bagi saya, JAC. Serius Yang Berhormat, kita tidak mahu hakim rasuah. Kita tidak mahu hakim rasuah. Itu saya hendak beritahu.

Kemudian, Yang Berhormat Beruas hendak tanya lagi?... Precedent, precedent ini yang sebenarnya, saya pun...

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Sebelum itu tadi dikatakan persepsi bahawa keyakinan kepada kehakiman kita terhakis tetapi saya katakan itu satu hakikat. Selain daripada senarai peguam yang beritahu senarai hakim yang didakwa ambil duit, perjanjian antara syarikat-syarikat luar negara yang melabur Malaysia ini termasuklah yang akan melabur RM15 bilion di Teluk Rubiah dekat Manjung Perak ini. Saya sudah baca perjanjian, dia kata kalau, if there is a dispute centre for the centre mall of the dispute Singapura, betul tidak? Ini hakikatnya law to be applied, laws of England and Wales. Ini satu tamparan hebat kepada kehakiman kita.

Kalau kita pergi Amerika, tidak pernah ada perjanjian kata gunakan mahkamah lain negara. Kita mesti guna Mahkamah Amerika. Kalau pergi Singapura, kalau ada perbalahan ataupun dispute kita selesaikan di Mahkamah Singapura. So, itu hakikat. Jadi, saya hendak satu penjelasan, kita mesti memartabatkan imej dan keyakinan semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia kepada kehakiman kita. Itulah harapan saya yang memang saya pertahankan 25 tahun yang lepas apabila ada sindiran, ada keraguan bahawa hakim- hakim kita itu beli ada rasuah...

final • 7:30 PM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh menjawab Yang Berhormat Menteri? Boleh sekali?

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa mungkin itu persepsi. Akan tetapi kadang kala...

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri...

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat kata hakikat, saya persepsi.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri pun tahu ada perjanjian di Malaysia ini di mana pelabur-pelabur datang, perjanjian yang dimeterai menyatakan penyelesaian, pertikaian di Singapura betul tidak?

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Betul.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Itu betul?

final • 7:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Menyampuk]

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebab Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Selangor duduk diamlah, dia emosional, kalau saya layan dia, dia cepat naik darah. Susah! Lebih baik kita tidak usah. Lagi pun tadi tidak berbahas tadi pun. Saya hendak jawab orang yang berbahas ya. Bukan tahu undang-undang pun, tidak apa. Ini semua lawyer yang tanya saya. Jadi Yang Berhormat Beruas, saya hendak beritahu iaitu persepsi mungkin sebahagian daripadanya. Lagi satu Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan neutral ground.

Saya rasa zaman sekarang ini bagi setiap investor ataupun orang yang hendak melabur, pelabur yang hendak melabur wang di sesuatu negara. Kalau dia melabur sudah tentu dia mahukan supaya tempat menyelesaikan pertikaian itu mesti on neutral ground. Ini satu orang kata perasaan semula jadi, investor sebagai manusia biasa. Dia lebih merasakan kalau ada apa-apa pertikaian buatlah di negara yang neutral dan yang paling dekat di Malaysia, Singapuralah. Jadi, tidak apalah it’s okay, no problem.

Sebab kita hendak orang melabur ke negara kita. Kalau dia melabur negara kita kalau sekiranya..., bukan kita berdoa untuk berlaku pertikaian tetapi kalau ada pertikaian, kalau dia merasa lega kalau dianya dipertikaikan di negara yang ketiga neutral, so be it lah hendak buat macam mana? Jadi, ini juga di atas kehendak mereka. Saya kata ada Yang Berhormat sebut persepsi itu betul dan juga niat semula jadi manusia yang mahu pertikaian diselesaikan di tempat yang neutral itu juga merupakan sebahagian besar fakta yang mempengaruhi mereka berbuat demikian.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri, ini pertikaian antara dua syarikat bukan dengan kerajaan. Kalau kerajaan kita perlu pergi ke negara yang lain.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apalah. Dua syarikat asing dengan syarikat di sana.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Syarikat asing dengan syarikat...

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Akan tetapi kalau kedua-dua syarikat Malaysia, di sini Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Persepsi antara rakyat biasa.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tidak apalah.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya tidak pernah dengar di Singapura ada...

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Fasal rakyat biasa itu dia ada perangai biasa manusia, perasaan mahu diselesaikan pergaduhan, pertikaian di tempat yang neutral.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini juga Menteri, kita tidak boleh ...

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Itu biasalah.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Menjadi lebih baik kalau itu attitude dia, tidak mahu bertambah baik.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apalah, jangan paksa orang.

Nampaknya belah sana suka freedom of movement, freedom of decision. Ini hendak paksa orang buat apa? Biarlah, dia hendak begitu apa salahnya kita izinkanlah supaya...

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Itulah sebabnya Malaysia terus...

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kita boleh menarik pelabur, yang lebih penting menarik pelaburan ke negara kita. Apa yang kita mahu kita izinkan, asalkan ia tidak melanggar peraturan dan undang-undang negara kita.

final • 7:30 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Akan tetapi komen Yang Berhormat Beruas, dia tidak yakin dengan sistem.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apalah, dia tidak yakin pun dia pergi mahkamah juga dahulu. Tidak apa Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Puchong.

final • 7:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apalah Yang Berhormat Kuala Selangor, nanti dia naik darah cepat. Sebab dia tidak boleh, dia boleh terbang tinggi nanti.

Itu saya bimbang. Hari itu dia sudah marah saya sudah sebab itu saya tidak mahu, kalau boleh apa-apa hal kita buat dekat luarlah.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri isu precedent, hakim tidak ikut undang- undang sudah berleluasa ini.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya difahamkan iaitu kes yang di bawa ke mahkamah berkenaan dengan isu Perlembagaan. Dia pergi ke mahkamah untuk mendapat tafsiran Perlembagaan berkenaan dengan perkara itu. Dia bukan soal menyelesaikan pertikaian antara dua pihak, satu pihak saman pihak yang sana, tidak. Dia minta tafsiran dan tafsiran ini sebelumnya sesuatu perkara itu menjadi precedent sudah tentu dia landmark sebelum jadi precedent. Sudah tentu mesti ada kes pertama yang menyebabkan ada precedent. Jadi, dalam kes yang sama ini juga, ini merupakan kali pertama diminta kepada mahkamah, Perlembagaan memutuskan berkenaan dengan tafsiran kepada satu daripada perlembagaan itu. Dia tidak perlu ikut precedent.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Itu tidak betul.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dia tidak perlu ikut precedent. Dia mentafsirkan.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, itu tidak betul.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebelum ini tidak pernah, tidak pernah walaupun Yang Berhormat sebut tentang sistem...

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Kes ini..., Ketua Menteri pertama.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dia isu yang berbeza, isu berbeza Yang Berhormat.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Mana berbeza.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Mahkamah lebih tahulah.

final • 7:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Sekarang jawapannya Menteri, bolehkah...

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kita ada pandangan kita, sebelah sana ada pandangan dia. Jadi, mahkamah yang putuskan. Kalau kita merasakan kita betul, Yang Berhormat jadi hakim teruslah senang.

final • 7:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan. Maksud saya ini bukan satu, dua, tiga, lima, empat, enam...

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi hakim, senang. Semua kes bawa hendak menang, semua kes bawa hendak menang.

final • 7:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Enam, tujuh kes.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Semua kes hendak bawa, hendak menang. Kalau kalah, tidak adil.

final • 7:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan, enam, tujuh kes tidak ikut prosedur.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Macam mana begini? Kalau begitu ambil teruslah, saya cadangkan Yang Berhormat Beruas jadi Hakim Mahkamah Tinggi dan menyelesaikan masalah Perlembagaan yang berbangkit di Perak. Senang, sebab dia akan buat keputusan memihak kepada parti dia. Habis selesai.

final • 7:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri ini mengelat menjawab.

Yang Berhormat menteri. Kalau satu..

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Mahkamah, apa juga yang dia buat keputusan mesti ada asasnya. Mesti ada asasnya. Oleh sebab itulah kita ada mahkamah.

Sebab ini pun cerdik belaka ini. Yang ini kata macam itu, yang ini kata macam itu. Nasib baik mereka tidak jadi hakim.

final • 7:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi..

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau precedent ini saya hendak bagi tahu...

final • 7:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri tolong tanya sekarang, vote of no confidence Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kes itu merupakan permintaan untuk mentafsir undang-undang berkenaan dengan perkara itu, perkara Perlembagaan. Jadi, mahkamah duduk sebagai mahkamah perlembagaan membuat keputusan itu. Itu sahaja, habis cerita.

final • 7:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sekarang Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya satu soalan senang.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Puchong...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Beliau tidak bagi jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat menteri tidak bagi jalan.

final • 7:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Vote of confidence, dalam Dewankah atau luar Dewan, boleh?

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Berkenaan dengan pembinaan mahkamah kelas tambahan. Apakah masalah kewangan yang dihadapi oleh kontraktor?

Apakah tindakan kerajaan untuk kompleks ini tidak terbengkalai? Yang Berhormat, soalan ini telah pun dijawab secara bertulis pada 22 Jun 2011 baru-baru ini pada sesi Dewan Rakyat ini. Jadi, Yang Berhormat tengok jawapan di situ. Kemudian, Yang Berhormat ada sebut berkenaan dengan hukuman ringan yang dikenakan terhadap Datuk Trio ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak tahu macam mana saya hendak - kerana hal ini merupakan budi bicara di bidang kuasa majistret itu.

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Yang Berhormat Menteri, senang jawab, konspirasi, senang jawab, konspirasi.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya? Jadi, konspirasi mesti ada bukti Yang Berhormat. Kena ada bukti.

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Bukti saya sudah sebut tadi.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jangan emosional ya. Nanti banyak rambut luruh lagi.

final • 7:40 PM

Tuan R. Sivarasa - Subang

Ini bukan emosional... [Ketawa] Mana emosional?

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okey, okey, tidak apalah. Itu Yang Berhormat punya pandangan. Kalau sekiranya betul ada konspirasi, kita pun tidak setuju.

Akan tetapi biar kita bercakap, tunjuk buktinya.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebenarnya di dalam Mahkamah Majistret itu pun tidak disediakan kelengkapan video pun. Kalau sudah konspirasi, kita kena sediakan semua. Semua boleh tengok. Akan tetapi tidak ada pada ketika itu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puchong, saya sebenarnya dalam soal hukuman ringan yang dikenakan dan Yang Berhormat pun banding dengan kes di mana, di mana, kes mana?...

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Melaka.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Melaka. Kes Melaka, saya tak tahu.

Saya sebenarnya honestly, dengan izin, saya tidak tahu. Mungkin kes di Melaka itu dia mengedar, dia membuat video itu, dia juga pelakon. Jadi, dia ada mendapat keuntungan daripada pengedaran itu dan dia juga telah menganiaya seorang perempuan. Jadi, saya kira mungkinlah, mungkin itu menyebabkan perbuatan itu dikeji. Ini kerana dia sendiri pelaku, dia menganiaya perempuan yang tidak berdosa dan dia meraih keuntungan dan dia buat video itu. Itu mungkin.

Oleh sebab itu dia kena jel. Akan tetapi dalam kes ini, bukan mereka yang membuat video itu dan dia sebenarnya apabila terus mengaku salah, menyebabkan kos- kos daripada segi kos terhadap mahkamah kalau diteruskan dengan perbicaraan dan banyak buang masa lagi. Itu dapat dielak. Mungkin itu di antara mitigation yang dikirakan untuk mengenakan hukuman yang dianggap sebagai rendah jika dibandingkan dengan kes Melaka.

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, jawapan berkenaan dengan siapa yang menghantar video tersebut untuk mendapat kepastian pelakon. Adakah Yang Berhormat Menteri ada jawapan untuk perkara itu?

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat, jawapan saya akan bagi tahu apabila saya mendapat jawapan dari mereka.

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Pertama sekali, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua. Kes yang dirujukkan oleh Yang Berhormat Menteri itu lain. Ini bukan kes yang saya maksudkan. Kalau kita lihat, kalau Yang Berhormat Menteri ada masa, mungkin selepas daripada ini. Pergi ke komputer, taip Jun 13, boleh lihat satu keratan di mana seorang pemandu bas, namanya P. Ganapathy. Beliau dituduh di bawah seksyen yang sama, saya diberitahu. Dikatakan telah pun menyiarkan satu video lucah di bas, dia pemandu bas. Di situ beliau mengaku salah dan mendapat tiga tahun pemenjaraan.

Di sini kita lihat, ketiga mereka ini, the backgrounds, khususnya seorang bekas ketua menteri, membuat perkara yang hampir sama. Akan tetapi di sini mereka menyiarkan, memanggil satu press conference dengan tujuan untuk menyiarkan kepada ahli-ahli media bagi tujuan untuk assassinate karakter seseorang itu, dapat RM1,000, RM1,500, RM3,000.

So, ini menjadi perkara yang ditimbulkan dan saya lihat seolah-olah Yang Berhormat Menteri di mana Yang Berhormat Menteri hendak menjawab soalan itu, Yang Berhormat menteri cukup sedia untuk menjawab. Akan tetapi di mana Yang Berhormat Menteri tidak hendak menjawab soalan itu, Yang Berhormat Menteri membuat seolah-olah, oh saya tidak tahu, saya tidak ada maklumat dan sebagainya. Saya hendak bagi contoh. Yang Berhormat Menteri apabila sampai kepada soal sama ada tindakan perlu diambil terhadap PERKASA kerana apa yang mereka katakan di mana apa yang mereka katakan itu memang mempunyai impak terhadap rakyat di sesetengah kalangan.

Yang Berhormat Menteri yang membuat jawapan, no action against Ibrahim Ali and he is a clown and all sorts things. One wonders who is the clown? But in any event, soalan yang saya hendak tanya, kenapa kes sebegini di mana soalnya cukup terus-terang.

Isu ini bukan isu yang kecil. Isu ini is being followed by even you all. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan jumlah hukuman ataupun jenis hukuman yang dikenakan. That is all I am asking dan di sini saya meletakkan fakta.

Saya membawa perhatian mahkamah ataupun perhatian Yang Berhormat Menteri kepada keputusan mahkamah. Bukan tiga tahun lalu, dua minggu lalu. So, bagaimana seorang pemandu bas yang tidak diwakili peguam walaupun peguam UMNO atau tidak, saya tidak hendak masuk cerita itulah. Not represented, dapat tiga tahun.

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi orang lain, ketiga-tiga orang ini yang semuanya memegang jawatan dan melakukan perkara yang sama, dapat RM1,000 fine. So, apakah kerajaan mempunyai pandangan berkenaan perkara tersebut? Kenapakah terdapat perbezaan, why? Ini soalan yang saya tanya.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, dia pun peguam juga, dia pun peguam juga. Dia tahu iaitu bahawa apa juga keputusan yang dibuat oleh hakim dan Yang Berhormat Telok Intan kata, dalam mahkamah dia bossnya. Jadi, kita tidak boleh hendak pertikaikan. Inilah yang dikatakan iaitu bahawa judiciary ini bebas. Kalau kita komen, executive, saya di sini, komen tentang apa yang dilakukan oleh hakim, saya ingat tidak betullah. Dia mesti ada separation of powers dan independence mereka. Sebenarnya saya tidak boleh hendak jawab kerana bukan saya yang menjadi majistret dan bukan saya membuat keputusan. Mengapa ada perbezaan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi dalam kes seorang pemandu bas dengan kes Datuk ‘T’. Saya tidak boleh, bukan keputusan saya. Jadi, jangan paksa saya untuk memberi alasan di sini.

Memang saya tidak boleh memberi alasan melainkan kalau kita minta kepada hakim berikan asas dia punya menurunkan hukuman itu.

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah Yang Berhormat Menteri tidak hendak jawab. Saya tanya soalan...

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, bukan saya..

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tunggulah, saya hendak tanya soalan dahulu.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak, itu juga merupakan pandangan interference. Kalau saya mengatakan saya setuju, kemudiannya saya kata saya tidak setuju. Sebenarnya saya berusaha untuk mempengaruhi judiciary, tidak boleh. Saya tidak boleh buat itu.

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bukan, mana ada ‘berusaha’, biarkan saya habiskan soalan.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kemudian soal kedua berkenaan dengan dakwaan terhadap PERKASA. Saya hendak bagi tahu, apa juga..

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat menteri ini memang tidak hendak jawab soalan saya. Tengok kelakuan dia macam ini.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang saya buat kenyataan ialah setelah saya mendapat pandangan daripada..

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bila hendak jawab, dia jawab.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat sebentar.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Peguam Negara. Jadi...

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Berkenaan dengan Ibrahim Ali, no problem.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak, inilah saya hendak jawab.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia tengah jawab Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh bagi pandangan untuk Peguam Negara?

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang ini saya hendak jawab, yang ini saya hendak jawab, yang ini saya hendak jawab.

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sekarang saya hendak tanya soalan, dia tak bagi.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ini saya hendak jawab, tunggulah, Peguam Negara.

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi kalau hendak memperlekehkan Ahli-ahli Parlimen lain, boleh.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tadi saya katakan Yang Berhormat Permatang Pauh dilepaskan atas technicality. Memang tidak tahu fakta.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Mahu dengar jawapankah, tak mahu dengar?

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri hendak jawab Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya hendak bagi jawaban. Jadi, berkenaan dengan PERKASA tadi, saya hendak bagi tahu. Yang Berhormat kena tahu, saya bukan orang yang diberi kuasa untuk mendakwa sesiapa.

Apa juga kenyataan yang saya buat, saya kena rujuk dahulu. Kalau kes mahkamah, saya tanya mahkamah dan pegawai mahkamah ada di sini kerana ini kebebasan keputusan mereka. Kalau perkara yang berkaitan dengan Peguam Negara, saya tanya kepada Peguam Negara. Jadi tidak ada..., sebab itu kadangkala kenyataan yang dibuat oleh pembangkang ini silap. Dia kata ini keputusan Yang Berhormat Menteri.

Bukan keputusan Yang Berhormat Menteri. Saya hanya akan sebut kalau diberikan maklumat oleh pihak yang tertentu, baru saya sebut. Kalau tidak saya tidak akan sebut...

final • 7:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri memberi sebab juga. Beliau juga beri sebab juga.

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yalah.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sebab beliau berkata bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap PERKASA...

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya lah.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ataupun ketuanya yang duduk di sana...

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya lah.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dan juga diberi alasan...

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Oleh kerana pada pendapat saya, Akta Hasutan itu obsolete, who are you to decide? You can give a reason and now you come here and saying you don’t know!

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Itu tidak mengapalah, saya sebut pandangan saya. Saya tidak kata saya decide. Saya Cuma..., sebab itu Yang Berhormat you kena ingat apabila macam tadi ada bangkit kes berkenaan dengan hukum gantung...

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya.

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya memberi pandangan saya secara peribadi, apa yang saya fikirkan tentang hukuman gantung. Akan tetapi, pendirian kerajaan masih begitu. Kalau Yang Berhormat kaitkan saya terus apa yang saya sebut itu merupakan pandangan kerajaan, lain kali saya tidak berani hendak buat kenyataan yang merupakan pandangan saya sendiri.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, itu saya rasa satu pemesongan Parlimen.

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh saya baca jawapan Yang Berhormat Menteri...

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bukan pandangan Yang Berhormat Menteri sendiri.

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jawapan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat berkata kerajaan pada masa ini. So, kerajaan siapa, kerajaan sendiri kah?

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Betul.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kerajaan yang dimaksudkan itu Kerajaan Barisan Nasional, betul?

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebab-sebab saya hendak bagi tahu...

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tulis di sini itu, cakap di Dewan lain. It is a chameleon.

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebab kita ada memikirkan iaitu bahawa...

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Huh! Apa?... [Ketawa]

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ada kemungkinan kita hendak buat tetapi ianya belum lagi merupakan keputusan yang terakhir.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sudahlah, di sini silap atau tidak silap?

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebab Yang Berhormat saya hendak beritahu dalam soal gantung sampai mati ini sebenarnya ada kesediaan tetapi kita kena tukar mindset orang ramai dahulu.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya.

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Mindset orang ramai ini saya hendak beritahu perlu kita perbetulkan, change their mindset kemudian baru boleh kita fikirkan untuk meminda sekalipun kalau dalam kerajaan kita memikirkan demikian. Jadi sebab itu, dia belum merupakan keputusan muktamad kita, kesediaan untuk mendengar. Sebab itulah kita mulakan apa yang dikatakan seminar...

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Roundtable conference, ya?

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Roundtable supaya kita hendak mind set orang ini sebab Yang Berhormat saya hendak beritahu perasaan manusia semula jadi iaitu kemarahan itu agak meluap-luap kalau berlaku kematian. Sebagai contoh, dalam kes anjing yang menggigit tourist daripada Ireland dan dia ada girlfriend orang Poland. Jadi Yang Berhormat duduk sekejap.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya.

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi apabila mahkamah membuat keputusan itu nampaknya pada ketika itu mungkin kedua-dua ekor anjing itu tidak akan ditidurkan, put to sleep, marah! Itu dengan anjing sebab anjing itu gigit orang yang sudah mati dan itu juga orang barat. Keluarga orang Irish itu merasa marah terhadap binatang itu.

Binatang yang tidak ada otak tetapi mahu juga to be put to sleep.

Saya hendak sebut perasaan, kemudian baru-baru ini tentang..., tetapi bagus juga akhir baru ini macam kes orang Indonesia yang kena potong kepala. Rakyat Indonesia bangun dan marah. Jadi ia ada imbang tetapi saya hendak kata sebenarnya daripada segi manusia pun I ini masih lagi ada dan sebab itu saya tidak mengapalah Yang Berhormat hendak kata apa. Akan tetapi, saya hendak mulakan seminar...

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dengan roundtable ini semua untuk soal pergantungan ini sehingga mati kerana saya rasalah mesti ada satu permulaan dari peringkat Legislatif Parlimen dalam isu ini. Yang Berhormat, saya ingat sudah habis dekat pukul 8 sudah.

final • 7:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Saya ada dua. Yang Berhormat Menteri hanya....

final • 7:50 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Mana-mana yang saya tidak jawab, saya hanya bertulis dan saya janji apa juga saya akan jawab bertulis mana perkara yang tidak saya jawab dalam sesi ini. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 7:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERIHAL DAGANGAN 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang bernama suatu akta bagi maksud untuk menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan penyertaan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya di bacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat, dalam usaha membangunkan negara sebagai sebuah negara maju, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sentiasa memastikan undang-undang di bawah pentadbirannya dilindungi dan memanfaatkan rakyat sejajar dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Oleh itu, peruntukan undang-undang sentiasa di kaji dari semasa ke semasa supaya ianya relevan, berkesan dan selari dengan matlamat pembangunan negara.

final • 7:57 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ini termasuk semakan ke atas Akta Perihal Dagangan 1972 [Akta 87] yang khusus digunakan bagi membanteras penyelewengan berhubung penggunaan perihal dagangan palsu dalam perniagaan dan perdagangan.

Perkembangan dan kemajuan ekonomi sejak hampir 40 tahun di mana Akta 87 digunakan untuk menangani amalan perdagangan yang tidak beretika khususnya dalam membanteras kegiatan pengedaran barang tiruan dan penyataan-penyataan palsu mengenai barangan dan perkhidmatan menjadikan akta itu kini kurang berkesan untuk melindungi kepentingan pengguna dan peniaga sendiri. Oleh itu, untuk faedah masyarakat pengguna dan peniaga, Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011 kini digubal dan dibentangkan. Rang undang-undang ini akan menjadi suatu perundangan yang boleh menggalakkan persaingan yang sihat dan amalan perdagangan beretika.

Dalam menggubal rang undang-undang ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendapati terdapat keperluan untuk mengekalkan sebahagian peruntukan Akta 87 terdahulu di samping memasuki peruntukan-peruntukan baru demi memastikan kesesuaian akta selari dengan perkembangan semasa supaya dapat menggalakkan persaingan, pelaburan dan amalan perdagangan beretika.

final • 7:57 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Selain daripada itu, matlamat rang undang-undang ini juga adalah untuk memantapkan kaedah pengawalseliaan dan penguatkuasaan amalan perdagangan di Malaysia. Penwujudan peruntukan perihal dagangan yang baru ini adalah berdasarkan kepada tiga asas pertimbangan, iaitu:

(i) undang-undang yang sedia ada perlu dibuat banyak pindaan bagi membolehkan ianya dikuatkuasakan dengan kemas dan teratur dalam melindungi kepentingan pengguna dan keperluan industri;

(ii) Akta 87 yang sedia ada tidak dapat dikuatkuasakan untuk melaksanakan hasrat kerajaan bagi melantik pihak berkuasa berwibawa sebagai badan pensijilan halal di negara ini dan;

(iii) tujuan utama baru melalui rang undang-undang ini adalah untuk menggalakkan amalan perdagangan yang baik dan melarang perihal dagangan, penyataan, peri laku dan amalan palsu yang memperdayakan ketika pembekalan barangan dan perkhidmatan.

Selain daripada mengekalkan beberapa peruntukan di bawah Akta 87 rang undang-undang ini turut mengemas kini peruntukan yang sudah lapuk di bawah akta yang sedia ada di samping menggubal beberapa peruntukan baru untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara peruntukan-peruntukan utama yang baru diwujudkan dalam rang undang-undang adalah;

(i) peruntukan berkaitan tajuk panjang rang undang-undang;

(ii) peruntukan berkaitan salah laku amalan perdagangan;

(iii) peruntukan berkaitan perlanggaran cap dagangan;

(iv) peruntukan bagi melantik pihak berkuasa berwibawa untuk perakuan dan pengecapan kepada barang-barang; dan

(v) peruntukan berkaitan penalti.

Tajuk panjang Akta 87 adalah terhad kepada pemakaian perkara-perkara yang tersenarai dalam tajuk panjang tersebut sahaja. Ini menyebabkan ruang lingkup akta adalah terhad dan tidak boleh merangkumi perkara-perkara lain yang boleh menggalakkan amalan perdagangan yang baik. Tajuk yang dicadangkan di bawah rang undang-undang ini lebih bersifat am dan extortive, dengan izin, dan ini membolehkan lebih banyak perkara diperuntukkan di dalam akta ini ia tidak akan bersifat ultra virus, dengan izin. Ia juga adalah selari dengan trend gubalan semasa.

final • 8:00 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Selain daripada penggunaan perihal dagangan palsu, penyataan palsu dan mengelirukan mengenai harga barang juga akan dijadikan suatu kesalahan yang diperuntukkan di bawah rang undang-undang ini. Peniaga tidak lagi dibenarkan membuat penyataan palsu bahawa harga barang yang ditawarkan olehnya adalah menyamai atau kurang daripada harga yang ditawarkan oleh peniaga lain. Harga yang ditawarkan itu kurang daripada harga yang disyorkan atau harganya kurang daripada harga yang ditawarkan sebenarnya.

Bentuk kawalan yang dikenakan tersebut akan menjamin penwujudan persaingan yang sihat di kalangan peniaga-peniaga khususnya pengusaha-pengusaha pasar raya besar supaya mereka lebih bertanggungjawab dalam mempromosikan atau mengiklankan barangan masing-masing. Peruntukan baru juga digubal bagi menyekat kegiatan penipuan orang ramai yang dijalankan melalui peraduan atau permainan dan sebagainya yang menggunakan konsep ala skim gores dan menang yang banyak dikesan ketika ini. Apa-apa bentuk iklan yang menyatakan bahawa pembelian apa jua barangan atau perkhidmatan boleh memberikan seseorang peluang untuk memenangi apa-apa hadiah melalui peraduan atau permainan yang boleh diambil tindakan jika kenyataan yang dibuat itu adalah palsu.

Kaedah kawal seliaan dalam bentuk ini amat penting memandangkan telah banyak aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan dengan kegiatan penipuan yang dijalankan melalui peraduan atau permainan dan sebagainya, menggunakan konsep ala skim gores dan menang yang tidak tertakluk di bawah mana-mana undang-undang yang sedia ada. Bagi tempoh dari tahun 2009 hingga 2011, kementerian telah menerima sejumlah 1,703 aduan berkaitan dengan kegiatan penipuan tersebut. Rang undang-undang ini menetapkan bahawa adalah menjadi suatu kesalahan khusus jika mana-mana pihak membuat kenyataan palsu atau yang mengelirukan mengenai peraduan, pertandingan dan sebagainya. Penyelewengan sebegini tidak dapat ditangani dengan berkesan di bawah undang-undang yang sedia ada.

Rang undang-undang ini juga telah menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang memiliki tiga atau lebih barang tiruan yang sama rupanya dan disifatkan untuk membekalkan. Namun begitu sekiranya individu tersebut boleh membuktikan bawah barangan tersebut yang berada dalam milikannya adalah untuk tujuan persendirian, maka peruntukan ini adalah tidak terpakai. Rang undang-undang ini juga memperuntukkan bahawa peringkat sempadan bagi menangani masalah barang tiruan yang dibawa masuk atau keluar dari negara ini serta merangkumi transaksi perdagangan tanpa sempadan melalui internet.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat Akta 87 yang sedia ada tidak memperuntukkan kesalahan yang jelas berhubung penggunaan cap dagangan palsu sebaliknya kesalahannya dikaitkan dengan perihal dagangan yang berasaskan orang yang menghilang atau mengeluarkan sesuatu barang. Dengan perlindungan secara langsung tentang hak penggunaan cap dagangan di bawah rang undang-undang ini akan memberi keyakinan tentang perlindungan hak harta intelek kepada pelabur. Rang undang-undang ini melarang penggunaan perihal dagangan palsu berhubung cap dagangan yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976. Adalah menjadi suatu kesalahan jika mana-mana pihak menggunakan atau membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang atau perkhidmatan yang telah dilancongkan dari aspek cap dagangan.

Bagi penguatkuasaan rang undang-undang ini, jika sesuatu perihal dagangan palsu yang digunakan itu tidak identical dengan cap dagangan miliknya, maka pemilik cap dagangan yang berdaftar boleh mendapat perlindungan dengan cara mendapatkan perintah perdagangan trade description order (TDO) melalui Mahkamah Tinggi. Bagi menentukan perlindungan kepada pengguna rang undang-undang ini melalui perundangan subsidiarinya akan melantik pihak berkuasa berwibawa dan menetapkan kaedah tertentu berhubung tanda atau logo bagi membekalkan apa-apa makanan, dan barangan perkhidmatan.

Secara khususnya pendekatan yang diambil ini akan dapat melantik pihak berkuasa berwibawa sebagai badan yang menguruskan pensijilan halal di negara ini.

final • 8:00 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Pendekatan ini akan memerlukan gubalan dibuat ke atas dua perundangan subsidiary sedia ada di bawah Akta 87 iaitu Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal) 1975 dan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975 sewajarnya. Namun begitu, pemakaian peruntukan ini tidaklah terhadap kepada penetapan pihak berkuasa berwibawa bagi urusan halal sahaja, malah boleh digunakan untuk lain-lain pengecapan bagi kategori barang-barang lain yang bersesuaian.

Penalti bagi kesalahan melanggar peruntukkan di bawah Akta 87 yang sedia ada tidak pernah disemak selepas pindaan terakhir dibuat pada tahun 1982. Penalti baru yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini adalah lebih jelas dan mengikut klasifikasi fasal-fasal kesalahan yang ditetapkan agar kadar penalti yang boleh dikenakan itu boleh menjadi deterrent, dengan izin, kepada peniaga-peniaga lain. Penalti berat yang ditetapkan ini adalah bertujuan memperlihatkan ketegasan kerajaan dalam memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya menyeleweng dan melakukan tindakan-tindakan lain yang bertentangan dengan kepentingan pengguna.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat, izinkan saya seterusnya memaklumkan fasal-fasal yang terdapat dalam rang undang-undang ini yang mengandungi lapan bahagian dan merangkumi 71 fasal, iaitu:

Permulaan fasal 1 hingga 4 iaitu Bahagian I. Bahagian I adalah berkaitan perkara permulaan.

final • 8:00 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh mula kuat kuasa akta yang dicadangkan ini.

Fasal 2 mengandungi peruntukan berhubung takrifan perkataan yang digunakan di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 3 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk melantik Pengawal dan apa-apa bilangan Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal bagi melaksana dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah akta yang dicadangkan ini.

Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pelantikan Pendaftar Perintah Perihal Dagangan yang bertanggungjawab bagi pendaftaran dan penyelenggaraan daftar perintah perihal perdagangan.

Fasal 5 hingga 12 dalam Bahagian II mengandungi peruntukan berkaitan perihal dagangan palsu.

Fasal 5 bertujuan untuk melarang penggunaan perihal dagangan palsu pada barang-barang atau menawarkan untuk membekalkan atau mendedahkan barang-barang untuk bekalan atau ada dalam miliknya untuk bekalan barang-barang yang baginya digunakan satu perihal dagangan palsu.

Fasal 6 bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai petunjuk perihal dagangan sama ada langsung atau tidak langsung pada barang-barang atau bahagiannya.

Fasal 7 bertujuan untuk menetapkan tahap perihal dagangan palsu.

Fasal 8 bertujuan untuk membuat peruntukan bagi memasukkan cap dagangan yang didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 sebagai petunjuk perihal dagangan.

Adalah menjadi kesalahan menggunakan perihal dagangan palsu pada barang-barang yang dianggap tertakluk kepada hak-hak berhubung dengan suatu cap dagangan berdaftar.

Fasal 9 bertujuan untuk membenarkan pemilik berdaftar bagi sesuatu cap dagangan berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan 1976 untuk menuntut hak-haknya berhubung cap dagangan yang dilanggar dalam perjalanan perdagangan oleh mana-mana cap atau sesuatu cara atau gaya yang digunakan oleh orang lain yang tidak sama dengan cap dagangannya yang berdaftar dan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah yang menetapkan bahawa cap dagangan yang melanggar itu adalah perihal dagangan palsu bagi tujuan fasal tujuh dan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah boleh disebut sebagai satu perintah perihal dagangan.

final • 8:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Fasal 10 bertujuan untuk menetapkan peruntukan mengenai penggunaan perihal dagangan bagi barang-barang oleh seorang atau orang yang diberi kebenaran olehnya.

Fasal 11 bertujuan untuk membuat peruntukan berkenaan perihal dagangan yang digunakan berhubung dengan mana-mana kelas barang di dalam iklan.

Fasal 12 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai pemilikan barang-barang berjumlah tiga atau lebih dengan perihal yang sama adalah dianggap sebagai tawaran untuk membekalkan.

Fasal 13 hingga 21 di dalam Bahagian III adalah mengenai larangan perihal dagangan palsu.

Fasal 13 bertujuan untuk membuat tafsiran mengenai petunjuk palsu dan mengelirukan.

Fasal 14 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai petunjuk palsu dan mengelirukan mengenai harga barangan. Seseorang yang menawar untuk membekal barang-barang adalah dilarang membuat petunjuk palsu atau mengelirukan bahawa harga sesuatu barang yang ditawarkan itu adalah sama atau kurang daripada harga yang disyorkan atau barang-barang itu ditawarkan pada harga yang lebih murah daripada tawaran oleh pihak lain Fasal 15 bertujuan untuk menetapkan peruntukan bahawa iklan mengenai harga barang atau perkhidmatan adalah dianggap termasuk cukai kerajaan, duti atau caj-caj lain kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Fasal 16 bertujuan untuk menetapkan peruntukan berkaitan kesalahan membuat kenyataan palsu mengenai bekalan atau kelulusan barang-barang atau perkhidmatan.

Fasal 17 bertujuan untuk membuat peruntukan berkaitan larangan pernyataan palsu atau yang mengelirukan mengenai perkhidmatan dan lain-lain.

Fasal 18 bertujuan untuk menetapkan peruntukan berkaitan larangan kenyataan palsu atau yang mengelirukan di dalam iklan.

Fasal 19 bertujuan untuk menetapkan peruntukan berkaitan anggapan bawah tanggungan pengiklan dan lain-lain.

Fasal 20 bertujuan untuk menetapkan peruntukan berkaitan pernyataan palsu atau yang mengelirukan mengenai peraduan, pertandingan dan sebagainya.

Fasal 21 bertujuan untuk menetapkan peruntukan mengenai hukuman bagi kesalahan-kesalahan di bawah bahagian ini.

Fasal 22 hingga 25 iaitu Bahagian IV mengandungi peruntukan berkaitan dengan pembelaan.

Fasal 22 bertujuan untuk menetapkan pembelaan terhadap orang yang melakukan kesalahan yang disebabkan oleh kesilapan orang lain.

Fasal 23 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai pembelaan berhubung kegunaan persendirian dan domestik tetapi pembelaan tidak terpakai kepada pertubuhan perbadanan.

Fasal 24 bertujuan untuk memperuntukkan pembelaan mengenai kekhilafan, tidak sengaja dan lain-lain.

Fasal 25 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai pembelaan penyiaran iklan tanpa niat salah.

Fasal 26 hingga 27 iaitu Bahagian V mengandungi peruntukan berkaitan larangan import barangan tertentu dan lain-lain.

final • 8:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Fasal 26 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai larangan pengimportan barang-barang yang mengandungi petunjuk palsu mengenai tempat asal.

Fasal 27 bertujuan untuk memperuntukkan kesalahan bagi seseorang yang bersubahat melakukan kesalahan yang dilakukan di luar negeri.

Fasal 28 hingga 29 iaitu Bahagian VI adalah berkaitan peruntukan berkaitan Kuasa untuk mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi menghendaki maklumat diberikan dan lain-lain.

Fasal 28 dan 29 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai kuasa Menteri untuk mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi menghendaki maklumat diberikan dan lain- lain. Menteri diberi kuasa untuk memberikan erti apa-apa ungkapan yang digunakan bagi barang-barang atau perkhidmatan sebagai mempunyai erti yang tertentu. Melalui perintah, Menteri boleh menetapkan erti berkenaan sama ada kepada ungkapan apabila digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan atau apabila digunakan dalam hal keadaan yang dinyatakan di dalam perintahnya itu. Menteri boleh dengan perintah mengenakan kehendak bagi mendapatkan barang itu diluluskan, dicapkan atau disertai dengan apa-apa maklumat dan mengawal selia atau melarang pembekalan barang-barang yang berkaitan dengan kehendak itu yang meliputi bentuk dan cara yang dalamnya maklumat atau arahan itu akan diberikan.

Fasal 30 hingga 55 iaitu Bahagian VII mengandungi peruntukan berkaitan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan.

Fasal 30 bertujuan untuk menetapkan peruntukan-peruntukan berhubung kuasa- kuasa bagi menyiasat Penolong Pengawal yang dia mempunyai sebab yang munasabah bagi mengesyaki kesalahan dilakukan atau akan dilakukan di bawah akta ini.

Fasal 31 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai kuasa bagi menyiasat berdasarkan kepada aduan yang dikemukakan oleh seseorang kepada Penolong Pengawal.

Fasal 32 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada Penolong Pengawal untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada seseorang yang disyaki secara munasabah mempunyai maklumat dan berupaya memberi maklumat.

Fasal 33 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada Penolong Pengawal untuk menyimpan dokumen selagi mana perlu untuk tujuan pengumpulan maklumat.

Fasal 34 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada Penolong Pengawal untuk akses kepada buku, rekod, akaun, dokumen, data komputer, barang atau perkara untuk tujuan pengumpulan maklumat.

Fasal 35 bertujuan untuk membuat peruntukan berkaitan larangan mendedahkan maklumat rahsia kecuali setakat yang dibenarkan.

Fasal 36 bertujuan untuk membenarkan seseorang menolak kehendak untuk mendedahkan sebarang komunikasi antara penasihat undang-undang profesional dan pelanggannya;

final • 8:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Fasal 37 bertujuan untuk menetapkan peruntukan berkenaan kesalahan kerana pemberian maklumat, bukti atau dokumen palsu, atau mengelirukan dalam tempoh penyiasatan Penolong Pengawal Perihal Dagangan.

Fasal 38 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai kesalahan, pemusnahan, menyorok, menghantar, mengubahsuai rekod, bersubahat dengan orang lain untuk mengeluarkan dari premis-premis atau untuk menghantar keluar daripada Malaysia apa-apa rekod dengan niat untuk menipu atau menghalang, melengah-lengahkan atau mengganggu penyiasatan atau ketika menjalankan apa-apa kuasa penyiasatan.

final • 8:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Fasal 39 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada penolong pengawal untuk menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki secara munasabah melakukan atau cuba melakukan kesalahan boleh tangkap di bawah akta yang dicadangkan atau mana-mana peraturan di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 40 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada penolong pengawal untuk memasuki dan memeriksa premis, memeriksa barang-barang dan dokumen dengan tujuan untuk memastikan sama ada kesalahan dilakukan di bawah akta yang dicadangkan dan menyita barang-barang dan dokumen yang dia percaya diperlukan sebagai bukti di dalam prosiding bagi kesalahan di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 41 dan 42 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada penolong pengawal untuk memasuki premis dan menyita dengan waran geledah dan memasuki premis dan menyita tanpa waran masing-masing.

Fasal 43 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada penolong pengawal untuk mengakses mana-mana maklumat atau data komputer.

Fasal 44 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa mendedahkan maklumat kepada orang lain adalah menjadi satu kesalahan sekiranya menjadi prejudis kepada penyiasatan di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 45 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa waran geledah tetap diterima dan berkuat kuasa tanpa mengambil kira kecacatan, kesilapan atau yang ada.

Fasal 46 bertujuan untuk menetapkan tanggungjawab penolong pengawal untuk menyediakan senarai buku, rekod, akaun, dokumen, data komputer, barang-barang atau perkara yang telah disita di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 47 bertujuan untuk memperuntukkan prosedur-prosedur pelucutan hak barang-barang.

Fasal 48 bertujuan untuk memperuntukkan barang-barang yang disita di bawah akta yang dicadangkan boleh dilepaskan jika barang-barang tersebut tidak diperlukan lagi dalam prosiding di bawah akta yang dicadangkan atau bagi tujuan pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Fasal 49 bertujuan untuk memperuntukkan prosedur berkaitan sitaan barang- barang yang mudah rosak.

Fasal 50 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh membuat tuntutan kos atau ganti rugi dalam apa-apa prosiding mahkamah yang terbit daripada penyitaan melainkan sitaan dibuat tanpa sebab munasabah.

Fasal 51 bertujuan untuk menetapkan kesalahan jika seseorang menghalang atau enggan bekerjasama, memberi akses ke dalam premis, mengganggu atau melambat- lambatkan penolong pengawal menjalankan tugas di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 52 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada penolong pengawal untuk membuat ujian pembelian bagi menentukan sama ada akta atau peraturan yang dibuat di bawah akta yang dicadangkan adalah dipatuhi.

Fasal 53 bertujuan untuk memperuntukkan kebolehterimaan keterangan daripada agen provokasi diterima di dalam mana-mana prosiding bagi kesalahan di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 54 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai anggapan apabila dua atau lebih bungkusan atau bekas yang perihalnya sama dijumpai atau diuji.

Fasal 55 bertujuan untuk memperuntukkan segala kuasa kepada penolong pengawal untuk menyiasat sebagaimana siasatan oleh pegawai polis bagi kes boleh tangkap yang diperuntukkan di bawah kanun prosedur penjenayah.

Fasal 56 hingga 71 di Bahagian VIII mengandungi peruntukan-peruntukan berkaitan perkara-perkara am.

final • 8:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Fasal 56 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa menteri untuk memberi pengecualian apa-apa perkara tidak boleh dikaitkan dengan perihal dagangan yang hendak dihantar ke luar dari Malaysia atau bagi barang-barang atau bagi apa-apa kegunaan sebagaimana yang disebut dalam perintah.

Fasal 57 bertujuan untuk memperuntukkan kontrak untuk membekalkan apa-apa barang adalah sah walaupun bertentangan dengan apa-apa peruntukan akta ini.

Fasal 58 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai tafsiran eksperimen penyelidikan pasaran dan pemakaian peruntukan berkenaan dalam eksperimen penyelidikan pasaran.

Fasal 59 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai penalti am kesalahan- kesalahan di bawah akta ini.

Fasal 60 bertujuan untuk memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Sesyen untuk membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah akta ini.

Fasal 61 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada pengawal atau timbalan pengawal bagi menurunkan kuasa, bertanggungjawab dan fungsi kepada penolong pengawal.

Fasal 62 bertujuan untuk memperuntukkan pendakwaan bagi kesalahan- kesalahan di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 63 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai pengkompaunan kesalahan.

Fasal 64 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai prinsipal, bertanggungjawab bagi perbuatan pekerja atau agen.

Fasal 65 bertujuan untuk menetapkan sekiranya kesalahan dilakukan oleh pertubuhan perbadanan di bawah akta yang dicadangkan, pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pengurus, pengurus, setiausaha atau pegawai sama ada dalam pertubuhan perbadanan boleh didakwa berasingan atau bersama-sama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan.

Fasal 66 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa dalam pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat yang membawa kepada sabitan kesalahan.

Fasal 67 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa Akta Perlindungan Pihak Berkuasa 1948 adalah terpakai.

Fasal 68 bertujuan untuk memperuntukkan perlindungan daripada tuntutan saman terhadap pengawal, penolong pengawal dan mana-mana orang yang menjalankan perintah atau melaksanakan tugas dengan tujuan untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan akta yang dicadangkan.

Fasal 69 bertujuan memperuntukkan kuasa menteri untuk membuat peraturan- peraturan.

Fasal 70 bertujuan untuk memperuntukkan pemansuhan Akta Perihal Dagangan 1972.

Fasal 71 bertujuan untuk memperuntukkan perkara-perkara berkaitan pengecualian dan perubahan.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian mempunyai keyakinan sepenuhnya bahawa rang undang-undang ini akan memantapkan lagi kaedah pengawal seliaan dan penguatkuasaan undang-undang bagi memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada pengguna di samping memastikan tiada sebarang manipulasi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan.

Pada masa yang sama, kementerian sentiasa memastikan bahawa pendekatan- pendekatan yang diambil dalam peruntukan-peruntukan rang undang-undang adalah selari dengan dasar untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal antarabangsa.

final • 8:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Oleh itu sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk daripada Ahli- Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini adalah amat diharapkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 8:20 PM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta bagi maksud untuk menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubungan dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 8:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong.

final • 8:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sambung esok Yang Berhormat.

final • 8:30 PM
USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3)

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 8:30 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Kes Yong Vui Kong Di Singapura

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya membawa perhatian Dewan kepada kes melibatkan remaja Sabah, berumur 22 tahun, Yong Vui Kong yang ditangkap pada usia 19 tahun kerana memiliki 47.27 gram heroin di Singapura pada 13 Jun 2007. Vui Kong dijatuhkan hukuman gantung pada 7 Januari 2009 di bawah seksyen 5(1A), Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura dan kini sedang menanti pelaksanaan hukuman gantung tersebut. Di sebalik cercaan terhadap beliau, dilempar tuduhan selaku seorang pengedar dadah, Vui Kong sebenarnya merupakan mangsa keadaan kemiskinan dan keruntuhan institusi keluarga. Ketika berumur tiga tahun, ibu bapa Vui Kong bercerai dan ibunya mengalami tekanan mental.

final • 8:31 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Beliau pada masa itu masih seorang kanak-kanak dan terpaksa melalui pelbagai peristiwa menyedihkan. Dia terpaksa bekerja di ladang kelapa sawit datuknya selepas sekolah. Dibelasah seandainya terlewat pulang. Untuk memperbaiki kehidupan ibu dan dirinya, Vui Kong meninggalkan rumah pada usia 12 tahun dan tiga tahun kemudian tiba di kota Kuala Lumpur sebatang kara.

Kerana tidak tahan didera dan dihina, beliau berhenti kerja sebagai seorang tukang masak dan menjadi ahli persatuan kongsi gelap yang mengheret beliau untuk melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang. Malangnya, penderitaan Vui Kong tidak terhenti di situ. Beliau sekali lagi gagal diberikan keadilan apabila melalui perbicaraan yang tempang. Empat hari sebelum penghakiman, Mahkamah Rayuan pada 9 Mei 2010, Menteri Perundangan Singapura, K. Shanmugam secara terbuka berkata, “Yong Vui Kong yang dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar 47.27 heroin sangat muda tetapi seandainya kami melepaskan dia (Yong), apakah mesej yang kami sampaikan?” Kami menyampaikan satu mesej kepada pengedar dadah asing, “Pastikan anda memilih seorang pemuda atau seorang ibu kepada anak sebagai mangsa anda dan peralatkan mereka untuk membawa masuk dadah ke Singapura”. K. Shanmugam menambah, “Ini kerana orang sedemikian akan mencungkil simpati orang ramai jikalau ditangkap. Seandainya kami tak melaksanakan undang-undang, kami gagal menghalang kemasukan orang-orang ini”.

Saya tidak mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Singapura Tuan Yang di- Pertua. Yang dibantah adalah ketidakadilan di dalam proses perbicaraan Vui Kong.

Kenyataan Menteri Perundangan Singapura ini dibuat, sedang permohonan pengampunan belum difailkan lagi. Jelas sekali kes Vui Kong telah tercemar dengan prasangka ini.

Kenyataan Menteri Perundangan Singapura telah menafikan hak Vui Kong untuk memohon pengampunan Presiden Singapura. Ini kerana persetujuan Jemaah Menteri diperlukan sebelum permohonan pengampunan dikemukakan. Malangnya, kenyataan terbuka Menteri Perundangan Singapura itu telah mengikat keputusan terhadap Vui Kong. Kegagalan melaksanakan keadilan juga berlaku kerana Ketua Hakim Singapura kini semasa beliau menjadi Peguam Negara telah memberi pendapat bahawa Presiden Singapura tidak punyai hak untuk memberi pengampunan tetapi bertindak di atas nasihat Kabinet Singapura.

Sehubungan itu, saya yang mewakili Dewan Rakyat yang mulia ini merayu Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memberi peluang kedua kepada Vui Kong untuk kesnya dipertimbangkan atas meritnya sendiri dan melalui proses perundangan dan pengampunan yang adil.

Kerajaan Malaysia perlu campur tangan dalam kes ini untuk memastikan kezaliman tidak berlaku kepada rakyat Malaysia di negara asing. Ini bukan satu pilihan tetapi satu kewajipan, malah hak Vui Kong yang terakhir dan saya menyeru Kerajaan Malaysia menghentikan hukuman ini yang telah dijatuhkan tanpa keadilan sepenuhnya dengan memfailkan kes ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) untuk mendapat keputusan ICJ mengenai kuasa Presiden Singapura untuk mengampunkan seorang banduan. Kerajaan Malaysia mampu melunaskan tanggungjawab ini.

Pada 2008, Kerajaan Malaysia dan PAS (Parti Islam Se-Malaysia) bertungkus- lumus melakukan segala yang mampu demi menyelamatkan Umi Azlim Mohd Lazim yang dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar heroin yang seberat 2.9 kilogram. Akhirnya, Mahkamah Tinggi di Guangzhou, China meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup. Sehubungan dengan itu, saya mewakili ramai Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang mulia ini merayu Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri dapat melaksanakan tindakan yang betul dengan mengikut saluran undang-undang antarabangsa bagi menuntut keadilan untuk Vui Kong, serta semua rakyat Malaysia yang percaya kepada peluang kedua untuk setiap insan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:31 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai di atas perkara yang telah dibangkitkan untuk ucapan penangguhan ini.

final • 8:36 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Encik Yong Vui Kong telah ditangkap dan didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah di bawah seksyen 5(1A), Misused of Drugs Act Singapura dan telah dijatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 14 November 2008. Encik Yong Vui Kong telah membuat permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk merayu kepada Kerajaan Republik Singapura bagi mengurangkan hukuman yang telah dikenakan ke atas beliau.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Menteri Luar Negeri telah antara lain menyerahkan surat kepada Kerajaan Singapura memohon agar hukuman ke atas Encik Yong Vui Kong dapat diringankan atas dasar kemanusiaan. Surat tersebut telah diserahkan kepada Tuan Yang Terutama George Yeo iaitu Menteri Luar Negeri Republik Singapura ketika itu pada 20 Julai 2010 semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN di Hanoi, Vietnam.

Pada 30 Julai 2010, Menteri Luar Republik Singapura telah menjawab permohonan Kerajaan Malaysia dengan menyatakan bahawa Kerajaan Singapura akan mengambil kira semua faktor, serta dokumen-dokumen sokongan sebelum membuat sebarang keputusan dibuat mengenai kes tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada itu, pihak Perkhidmatan Penjara Singapura, Kementerian Dalam Negeri Singapura telah mengutus surat kepada peguam Yong Vui Kong pada 8 April 2011 dan juga pada 20 Mei 2011 supaya mengemukakan permohonan rayuan pengampunan atau petition for clemency kepada Presiden Singapura untuk dipertimbangkan. Pada 24 Jun 2011, pihak Perkhidmatan Penjara Singapura, Kementerian Dalam Negeri Singapura telah sekali lagi memaklumkan peguam Yong Vui Kong bahawa mereka dikehendaki mengemukakan permohonan rayuan pengampunan atau petition for clemency kepada Presiden selewat-lewatnya pada 7 Julai 2011. Sehingga kini, difahamkan pihak peguam Yong Vui Kong belum lagi mengemukakan permohonan rayuan pengampunan atau petition for clemency kepada Presiden Singapura.

final • 8:36 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa pengedaran dadah adalah satu kesalahan yang sangat serius dan yang boleh membawa kepada hukuman mandatori gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan tersebut oleh mahkamah.

Gejala pengedaran dan penyalahgunaan dadah adalah sebagai salah satu musuh utama dan ancaman terhadap keselamatan negara.

Sebagai sebuah negara yang berprinsip, Malaysia berpegang teguh kepada prinsip menghormati kedaulatan sesebuah negara dan undang-undang antarabangsa.

Secara amnya, Malaysia juga berpegang teguh kepada prinsip tidak campur tangan dalam urusan dalaman sesebuah negara, baik dari segi politik mahupun sistem perundangan tempatan.

Dalam kes ini Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia tetap teguh dengan hakikat bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes ini kerana ia melibatkan urusan berkaitan undang-undang tempatan dan bukan pelanggaran atau tafsiran undang-undang antarabangsa. Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap nasib dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berada di dalam kesusahan atau mengalami kesulitan semasa berada di luar negara.

Apabila seseorang rakyat Malaysia menghadapi pertuduhan jenayah di luar negara, Kerajaan Malaysia akan berusaha untuk memastikan hak-hak asasi rakyat kita dilindungi.

Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang tempatan negara tersebut dan juga di bawah undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Vienna mengenai hubungan Konsular 1963, (Vienna Convention on Consular Relations 1963).

Dengan itu sekian, terima kasih.

final • 8:40 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem

Pembinaan Bangunan Ambulatory Di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

final • 8:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh tentang peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membina bangunan ambulatory di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Tapak pembinaan adalah di tempat letak kereta di kawasan hospital yang sedia ada.

Orang Muar pernah berbangga dengan perancangan pembinaan bangunan ambulatory tersebut memandangkan ia akan memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang pelbagai dan profesional. Lebih-lebih lagi penduduk tempatan akan dapat menikmati perkhidmatan yang lebih murah dan tidak payah menunggu masa yang panjang untuk menerima rawatan dan pembedahan. Ditambah pula penduduk tempatan dapat menjimatkan masa untuk mendapatkan rawatan pakar dalam bidang tertentu yang selama ini tidak ditawarkan di hospital Muar.

Sekarang sudah masuk dalam era Rancangan Malaysia Kesepuluh, tapak berkenaan masih kekal sebagai tempat letak kereta yang tidak teratur dan serba kekurangan. Tidak nampak pun sebatang tiang ataupun dinding batu didirikan sehingga hari ini. Mana pergi wang peruntukan perancangan pembinaan sebanyak RM100 juta ini?

Adakah kerajaan sedar tentang janji-janji yang ditawarkan semasa kempen PRU ke-11 dalam perancangan pembinaan ini masih belum dilaksanakan? Jikalau kerajaan masih prihatin rakyat dan berpegang kepada janji, adakah pembinaan bangunan ambulatory ini akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh? Berapakah kos pembinaan yang terlibat mengikut harga pasaran terkini dan berapakah bidang rawatan akan disediakan dan berapa ramaikah doktor pakar dan petugas-petugas yang berkenaan diperlukan dalam rancangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan jawapan daripada Menteri, kenapa projek pembinaan yang memanfaatkan kesihatan rakyat umum ini ditangguhkan sehingga hari ini. Sekian, terima kasih.

final • 8:42 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:42 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bakri. Tuan Yang di- Pertua, projek Ambulatory Care Center ataupun ACC Hospital Muar adalah projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Susulan daripada kajian separuh penggal, projek berkenaan telah ditangguhkan disebabkan kekangan kewangan. Namun demikian Kementerian Kesihatan sedang berusaha untuk mengenal pasti penjimatan dari peruntukan semasa bagi melaksanakan projek-projek berkeutamaan tinggi, yang tidak diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Projek tersebut akan dilaksanakan sebaik sahaja peruntukan untuk tujuan ini dapat dikenal pasti. Projek ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan day care dengan izin, hemodialisis. Sekiranya projek ini dapat dilaksanakan, skop pembinaan bagi Day Care Unit akan meliputi bilik pemeriksaan, surgical ward, dengan izin, operating theater dan endoskopi suite dan bilik-bilik lain.

Bagi unit hemodialisis pula, skop pembinaannya meliputi bilik pemeriksaan, bilik rawatan hemodialisis, continuous ambulatory dialysis area, support room dengan izin, facility untuk kakitangan dan juga tempat meletak kereta. Keseluruhan projek ini dijangka bernilai RM50 juta. Mengenai bilangan doktor pakar dan petugas-petugas, ianya bergantung kepada kemudahan perkhidmatan kesihatan yang akan disediakan kelak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:46 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 28 Jun 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.47 malam.

final • 8:46 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026