Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
1. Datuk Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, apakah langkah kerajaan bagi membantu artis veteran yang tidak lagi aktif atau bersara, dan adakah kerajaan bercadang memperkenalkan skim pencen untuk artis bagi menjamin hari tua mereka.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Selamat pagi dan salam 1Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam atas keprihatinan Yang Berhormat untuk menjaga kebajikan dan nasib artis veteran yang telah bersara.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini memperkenalkan Skim Belaan Artis bermula dari tahun 2007 hingga tahun 2009. Pada tahun 2010 kementerian ini memperkenalkan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi menggantikan Skim Belaan Artis. Objektif penubuhan tabung bukan sahaja untuk membantu penggiat seni yang veteran tetapi juga untuk memastikan kebajikan penggiat seni khususnya yang daif dan uzur sentiasa terbela dan diberi perhatian.
Bantuan ini tidak terhad kepada artis sahaja malahan mencakupi semua penggiat seni dari pelbagai bidang seni seperti penggiat kraf, pelakon, pelawak, penyanyi, pelukis, penulis, pemuzik, penggiat seni Mak Yong dan lain-lain lagi. Selain membantu meringankan beban, bantuan ini juga adalah sebagai menghargai jasa dan sumbangan yang diberikan oleh penggiat seni dalam membangunkan industri seni, budaya dan warisan negara.
Para penggiat seni digalakkan untuk menyertai Skim Simpanan Pesaraan 1Malaysia yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2010. Skim ini bertujuan untuk memberikan perlindungan kewangan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap apabila mereka mencapai usia tua. Skim Simpanan Pesaraan 1Malaysia ini terbuka kepada individu bekerja sendiri seperti penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, golongan freelance seperti deejay, instruktur kesihatan dan kecergasan atau fitness instructors, penyanyi, pelakon serta pemilik perniagaan online. Sekian, terima kasih.
Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan dan sesungguhnya kita mengucapkan tahniahlah kepada kerajaan yang begitu prihatin kepada golongan penggiat seni ini termasuklah artis, pelakon, pelawak dan sebagainya. Baru-baru ini Skim Pencen Artis Veteran yang disediakan oleh Persatuan Karyawan Malaysia atau Karyawan sebanyak RM500 sebulan kepada 26 orang ahli dikatakan telah diberhentikan semenjak November 2010 lalu kerana tabung persatuan yang bergantung harap kepada wang ihsan syarikat korporat dan individu hampir kering.
Jadi, soalan tambahan saya, sejauh manakah kerajaan membantu persatuan artis seperti Karyawan ini bagi memastikan tabung persatuan sentiasa mencukupi seperti geran tahunan dan sebagainya, untuk menghidupkan Skim Pencen Artis Veteran yang didapati amat diharapkan oleh golongan artis veteran yang tidak lagi aktif dan apakah kerajaan bagi memastikan masalah dalaman oleh pergolakan Karyawan yang menyebabkan tabung persatuan tergugat?
Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam
Walaupun telah memberikan sumbangan semenjak enam tahun lalu kepada artis veteran serta menyebabkan artis veteran menjadi mangsa, serta berapakah jumlah dana yang disediakan di bawah tabung kebajikan penggiat seni dan bilangan penggiat seni yang telah menerima bantuan. Terima kasih.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam atas pertanyaan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini amat menghargai usaha yang dilakukan oleh Persatuan Karyawan yang pernah menyediakan Skim Pencen Artis Veteran sebanyak RM500 sebulan untuk setiap artis. Namun demikian, peruntukan kementerian bagi membantu badan bukan kerajaan atau NGO, sekolah dan IPTS berkaitan seni budaya adalah sangat terhad.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Bagi tahun ini, Majlis Muzik Malaysia (MMM) telah menerima RM100,000 bagi membantu kos operasi. Misalnya juga, Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) telah diagihkan sebanyak RM350,000 untuk kegiatan mereka membudayakan seni di negara ini. Selain dari itu, kementerian juga ada menyediakan bantuan dalam bentuk lain seperti khidmat nasihat, latihan, surat sokongan untuk mendapatkan tajaan, penyediaan fasiliti dan peluang membuat persembahan dalam program-program anjuran kementerian.
Berkenaan dengan masalah dalaman yang diutarakan oleh Yang Berhormat, setiap pergolakan dalaman persatuan hendaklah diselesaikan sendiri oleh persatuan terbabit tanpa campur tangan dari pihak luar termasuklah kementerian atau kerajaan.
Kementerian ini menaruh kepercayaan bahawa setiap persatuan artis mampu menyelesaikan setiap masalah dalaman mereka. Selain itu, persatuan-persatuan artis digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain demi membangunkan industri seni tanah air.
Berkenaan dengan tabung kebajikan penggiat seni yang ditanyakan oleh Yang Berhormat, jumlah dana yang disediakan bagi tabung kebajikan penggiat seni adalah sebanyak RM3 juta. Setakat ini, seramai 78 orang penggiat seni dari pelbagai bidang seni telah menerima bantuan dan baki dalam tabung ini adalah berjumlah RM2,540,000 pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga merasa simpati ke atas nasib kebanyakan artis veteran kita kebelakangan ini. Selain dari apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam bentuk tabung, dana yang disediakan, semuanya bersifat token, dengan izin. Saya hendak tanya adakah cadangan kementerian untuk mewujudkan dana yang lebih terurus seperti sebagai contoh, kita pernah ada dana yang diletakkan sebagai Kumpulan Wang Amanah Tabung Pustaka Peringatan P. Ramlee yang setakat ini nampaknya tidak bergerak, tidak pernah digunakan secara tuntas katanya.
Saya pun hairan sebab di dalam kebanyakan kumpulan-kumpulan wang amanah yang menjurus kepada membantu atau menyediakan geran, menyediakan kemudahan kepada karyawan artis-artis nampak gayanya tidak ada langsung. Malah kita punya satu kumpulan wang amanah untuk membantu semasa serangan binatang buas pun kita wujudkan dengan geran yang agak besar. Kenapa kerajaan tidak boleh mewujudkan satu kumpulan wang amanah yang diuruskan lebih baik dengan cara yang lebih tersusun untuk masa akan datang sehingga saya rasa agak ketinggalan dalam aspek mengangkat atau memartabatkan karyawan atau yang terlibat dengan kesenian dalam negara kita. Oleh sebab itu, masalahnya berterusan sehingga sekarang. Saya minta jawapan. Terima kasih.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Tuan Yang di-Pertua, memang begitulah sikap dan gaya dari sebelah sana bertanyakan soalan. Seperti mana yang telah saya katakan tadi bahawa ada satu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada tahun 2009 iaitu untuk belanjawan tahun 2010. Saya mengajak kita semua yang bergelar Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini sama-samalah mengajak supaya bukan hanya artis tetapi orang perseorangan atau individu yang lain yang bekerja sendiri bersama-sama menyumbang kepada skim simpanan ini untuk menjaga masa hadapan selepas kita bersara.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Ini adalah secara tidak langsung menggalakkan seseorang itu berdikari untuk menjaga kepentingan beliau atau mereka pada masa yang tidak lagi berkesempatan untuk mencari pendapatan. Sekiranya rakyat Malaysia bersama-sama menyertai skim ini, saya percaya dalam masa yang akan datang, masa hadapan mereka akan lebih terbela. Namun sebagai kerajaan yang prihatin, kita sentiasa menjaga kepentingan, nasib dan kebajikan artis-artis kita dan oleh yang demikian skim ini yang dahulunya belum wujud maka kita membahagikan wang ehsan kepada mereka-mereka yang memerlukan pertolongan kita.
Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau saya benarkan Yang Berhormat Sri Gading, saya tidak mengikut peraturan mesyuarat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang sering kali saya tekankan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sebenarnya kuasa Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Lain kali sahajalah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Macam semalam itu soalan, soalan pertama. Jadi saya hendak meniru macam semalam.
2. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, kebaikan dan keburukan kepada Malaysia dalam memasuki perjanjian dengan Australia untuk program penempatan semula (resettlement) pelarian.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan ini serentak bersama-sama dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Segambut yang juga disenaraikan untuk hari ini.
Pertanyaan Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Tanjung dan Yang Berhormat Taiping pada 28 Jun kerana kesemuanya ada kaitan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, cadangan pertukaran dua hala Malaysia-Australia mengenai pelarian dan pemohon suaka adalah selaras dengan kerangka kerjasama serantau yang telah dipersetujui di Mesyuarat Keempat Peringkat Menteri, Bali Proses di Bali, Indonesia pada 30 Mac tahun ini.
Kerangka ini diwujudkan bagi menangani isu pergerakan migran secara tidak sah atau dengan izin, irregular movement of migrants termasuk pelarian dan pemohon suaka di rantau Asia Pasifik. Ianya tidak meletakkan syarat bahawa negara-negara yang menyertainya perlu menjadi negara anggota kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian 1951 atau Protokol 1967 dan boleh dilaksanakan secara bilateral ataupun multilateral. Di antara faedah yang diperolehi daripada kerangka kerjasama serantau ini adalah seperti berikut:
(i) ianya dapat menjejaskan modus operandi dan model perniagaan sindiket-sindiket antarabangsa, penyeludupan migran yang melihat Malaysia sebagai negara transit atau negara destinasi;
(ii) menangani ancaman jenayah rentas sempadan di mana sindiket-sindiket jenayah ini juga turut terlibat dengan aktiviti- aktiviti jenayah lain seperti pemerdagangan orang, penyeludupan dadah, pengubahan wang haram dan keganasan;
(iii) mengurangkan jumlah pelarian yang semakin meningkat di negara ini di mana Australia akan menerima seramai 4,000 pelarian dan Malaysia menerima 800 orang daripada Australia;
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
(iv) walaupun jumlah pemohon suaka yang dihantar negara ini dari Australia tidak mencapai jumlah yang disasarkan 800, negara tersebut akan tetap meneruskan komitmen untuk menerima 4,000 orang pelarian yang telah pun dipersetujui;
(v) memperbaiki imej Malaysia yang dilabelkan sebagai negara transit bagi penyeludupan migran di negara-negara ketiga seperti Australia dan Kanada; dan
(vi) bahawa tiada implikasi kewangan bagi Malaysia untuk melaksanakan cadangan pertukaran ini.
Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua, di dalam melaksanakan cadangan pertukaran ini, kerajaan sedar bahawa Malaysia perlu sensitif dalam menangani isu ini secara bijak bagi memastikan bahawa tiada layanan berbeza yang diberikan kepada pemohon suaka tersebut berbanding layanan yang diterima oleh pelarian sedia ada di negara ini. Pada masa yang sama, aspek yang turut wajar diberi perhatian adalah keutamaan penempatan semula di negara-negara ketiga setelah mendapat status sebagai pelarian oleh UNHCR.
Malaysia dan Australia juga masih dalam perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan supaya khidmat sokongan kepada golongan ini seperti akses kepada pendidikan dan kemudahan kesihatan adalah mengikut amalan semasa UNHCR dan International Organization of Migration, dengan izin, IOM di negara ini. Terima kasih.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri untuk jawapan yang telah diberikan. Kehadiran orang pelarian memang akan menimbulkan beberapa masalah terutamanya kepada tempat yang mereka akan dihantar. Sebagai satu contoh, di kawasan saya, Selayang ada Pasar Borong Selayang di mana banyak refuge berstatus UNHCR walaupun ada syarat mereka tidak boleh bekerja, tidak boleh berniaga, anak mereka tidak boleh menggunakan sekolah, mereka melanggar semua syarat ini dan beberapa masalah timbul dengan peniaga tempatan, penduduk tempatan, masalah kesihatan, keselamatan dan sebagainya sampai Pasar Borong Selayang boleh dipanggil Little Burma.
Soalan saya ialah 800 orang pelarian yang akan dihantar oleh Australia ke Malaysia, adakah status mereka sebagai refugee UNHCR dan adakah syaratnya sama dengan refugee yang sedang ada di negara kita iaitu mereka tidak boleh bekerja, berniaga dan anak mereka tidak boleh pergi ke sekolah awam dan apa cadangan kerajaan untuk mengelakkan masalah yang telah timbul di tempat yang mereka diletakkan.
Kedua, kalau 800 orang pelarian yang dihantar dari Australia ini melanggar syarat walaupun negara kita bukan menandatangani Konvensyen 1951, bolehkah negara kita hantar pelarian ini balik kepada negara asal mereka. Terima kasih.
Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah sebenarnya apa yang kita nak tangani dan apa yang kita bincangkan masih dalam perbincangan dengan pihak Australia ini merupakan satu pendekatan yang tak pernah difikirkan dahulu oleh mana-mana pihak. Daripada segi standard atau benchmark, penanda aras berhubung kait dengan hak asasi, UNHCR dan IOM terlibat bersama.
Keduanya, masalah yang kita hadapi ini yang berhubung kait dengan pelarian ada kaitan besar dengan transformasi dan agenda yang lebih besar yang dilakukan di KDN.
Semalam, di bawah Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kita telah melihat perjalanan manusia berhubung kait dengan pekerja asing tanpa izin. Biometrik telah pun diperkenalkan, sistem MyIM yang berada di dalam imigresen sekarang ditambah baik.
Sistem NERS iaitu pendaftaran biometrik dan penguatkuasaan di seluruh negara untuk mendaftar dan memantau semua warga asing semasa ketibaan, keberadaan dan keluar meninggalkan negara ini sedang dilaksanakan. Sistem APSS iaitu Advance Passengers Screening System yang sedang dalam peringkat perincian hari ini kita dapat menapis sesiapa sahaja yang datang sebelum mereka berada di bumi negara kita ini.
Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
Ini semua bermakna bahawa fenomena globalisasi, dunia tanpa sempadan yang membawa bersama ancaman-ancaman pergerakan manusia secara besar-besaran, maklumat, merupakan satu perkara yang perlu ditangani dan apa yang kita lakukan ini sedang dibincangkan secara holistik dan menyeluruh.
Berhubung kait dengan tanda aras, terlalu awal untuk saya maklumkan kepada pihak Dewan ini status refugee ataupun pelarian atau irregular migrant kerana apa yang sedang dilakukan hari ini masih di peringkat perbincangan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya mendengar jawapan Menteri dan saya melihat Yang Berhormat Menteri dan kementerian ini telah datang dengan berbagai-bagai inisiatif semenjak setahun dua ini terutamanya pada tahun lepas, Dewan ini menyaksikan pembentangan Rang Undang- undang Anti Pemerdagangan Manusia dan baru-baru ini satu lagi inisiatif yang saya kira amat mengagumkan ialah Pemutihan. Saya dengar cerita, ada tempat pegawai-pegawai kementerian duduk berkampung lima enam bulan dapat lima orang sahaja pendatang asing atau pekerja tanpa izin, tapi bila ada Program Pemutihan ini ada 25,000 keluar dalam masa dua minggu. Jadi ini semua adalah kerja-kerja yang membayangkan bahawa kalau kita melakukan secara kreatif dan inovatif, ia akan mendatangkan hasil yang lumayan.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengar dalam suasana dunia yang semakin mengecil, langit terbuka tanpa sempadan, berbagai-bagai cabaran kita akan temui apabila kita berurusan dengan pemerdagangan orang ini terutama dengan pelarian-pelarian ini. Media Australia termasuk Dewan Rakyat mereka menyebut tentang berita-berita yang negatif tentang program penempatan ini. Jadi saya kira kementerian boleh menjelaskan kedudukan ini supaya dunia tidak memandang serong tentang program-program yang sebenarnya menepati kehendak dan cita rasa hak asasi manusia pada hari ini. Boleh Yang Berhormat Menteri?
Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Sememangnya penjelasan kepada kedua-dua rakyat negara ini perlu diteruskan, tetapi perinciannya dan apa yang merupakan matlamat kita yang sebenar iaitu menyampaikan mesej yang sejelas-jelasnya bahawa sindiket-sindiket antarabangsa ini jangan melihat Australia dan Malaysia ini sewenang-wenangnya sebagai negara destinasi atau negara transit. Ada hubung kait rapat juga dengan jenayah-jenayah yang merentasi sempadan termasuklah penyeludupan dadah, keganasan, penggubahan wang haram dan lain-lain.
Apa yang kita nak lakukan sekarang ialah untuk membawa bersama pihak-pihak yang berkepentingan khususnya UNHCR dan IOM kerana dengan penglibatan mereka, dengan menggunakan amalan mereka, agak lebih mudah untuk kita meyakinkan pihak- pihak yang mungkin hari ini tidak faham atau tidak mahu faham apa yang kita nak lakukan ini, tetapi kita melalui program ini merupakan mereka yang paling ke depan dalam nak menangani fenomena yang akan dihadapi oleh semua negara dalam dunia yang tanpa sempadan hari ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, saya ada kemukakan soalan yang sama semalam.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sila Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Persepsi adalah orang-orang tahanan atau refugee di negara ini diseksa, ditreated dengan demeaning dan faktor-faktor tersebut dan juga kita belum lagi menandatangani Convention of Refugee 1951 dan juga International Convention On Civil and Political Rights. Macam mana satu negara yang tidak hormati refugee ini boleh tiba-tiba menjadi international policeman of the world dan bekerjasama dengan satu negara. Kita menjadi sebagai the dumpsite place, mengambil refugees ini dan lepas itu memproses mereka. What is our standing, dan bukankah ada udang di sebalik batu? Ada sebab-sebab yang tertentu kerajaan mahukan refugees ini.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Sebenarnya ada tentangan daripada beberapa Ahli Parlimen dari Australia yang telah menulis surat kepada Ahli-ahli Parlimen di seluruh dunia termasuk kepada Malaysia, menentang terma-terma yang disetujui. Adakah kerajaan sedar bahawa our international contrary itu pada apa yang dikatakan oleh Menteri. Imej kita jatuh di antara negara-negara lain, dan dengan tidak menandatangani konvensi-konvensi yang berkaitan menunjukkan bahawa kita adalah satu negara yang bukan sahaja tidak hormat konvensi-konvensi tetapi kita ada menggunakan canning (rotan). Ramai di antara orang tersalah tangkap di negara ini berada di immigration centre dan ramai di antara mereka dideport dan sebagainya.
Undang-undang yang sedemikian ini tidak ada di Australia.
Berkaitan dengan ini, adakah kerajaan sedar bahawa satu kesilapan yang serius telah dibuat dan adakah ia akan menarik balik dan mengatakan bahawa ini ada satu kesalahan dan kita mengakui bahawa objection yang diberi oleh Ahli-ahli Parlimen Australia, dan juga Presiden BAR Malaysia dan sebagainya adalah betul dan kita menarik balik dari perjanjian tersebut.
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Kenyataan-kenyataan seperti ini daripada Yang Berhormat Ipoh Barat inilah yang mengelirukan rakyat. Apa yang penting sekarang bahawa perjanjian atau pendekatan yang kita lakukan ini tidak ada kena mengena dengan proses pusat pemprosesan. Ianya bukan satu pusat di mana kita memproseskan suaka atau refugee. Keduanya, saya sudah nyatakan tadi bahawa konvensyen yang berhubung kait triti-triti antarabangsa diambil kira di peringkat Bali Process yang terlibat juga UNHCR, menyatakan bahawa perhubungan bilateral dan multilateral pihak dua hala atau tiga hala boleh melaksanakan hubungan dan pendekatan yang...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Mengapa kita tidak menandatangani konvensyen tersebut?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kula Segaran - Ipoh Barat
Kita tidak hormat kepada konvensi tersebut, bukan?
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu yang benar, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu yang benar, mengaku sahajalah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat, apabila saya benarkan soalan, saya beri kesempatan untuk kerajaan menjawab, memberi penjelasan. Jangan sama sekali peraturan mesyuarat yang kita sedia ada menjangkaui apa yang dibenarkan. Lain kali saya tidak benarkan. Lain kali kalau ada Ahli Yang Berhormat yang biasa menimbulkan kekecohan, saya berhak untuk tidak panggil. Kalau Yang Berhormat buat sewenang- wenangnya, saya pun boleh buat sewenang-wenangnya. Ingat ini!
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, with the highest respect Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dia tidak hormat. Yang Berhormat Menteri cakap tidak benar.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, tetapi apabila Yang Berhormat berdiri begitu waktu dia menjawab, bermakna Yang Berhormat tidak hormat saya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
He is not speaking the truth. Dia tidak cakap benar.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kita bukan hendak...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain, Yang Berhormat Tangga Batu duduk.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Okey. Dia tanya soalan sama macam saya. Bahasanya kurang ajar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ipoh Barat, apabila kita mengeluarkan hujah kepada seorang Menteri is not telling the truth, it equivalent by saying that he is lying.
You know, word likes that are unparliamentary. You are lawyer... [Disampuk] Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain jangan campur. Ahli-Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional yang lain jangan campur.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Soalan itu sama macam soalan saya, persepsi.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan sama sekali buat kekecohan. Nanti satu-satu saya halau keluar. Saya minta kerjasama pada setiap persidangan tolong jangan bagi tekanan kepada kami yang duduk di sini.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Ahli Yang Berhormat. Sila Menteri teruskan.
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sememangnya...
Tuan Yang di-Pertua
Persidangan yang begitu baik berjalan dengan begitu baik dari kelmarin ditimbulkan lagi kekecohan dengan persoalan-persoalan yang sama-sama kedua belah pihak untuk mengatakan kepentingan rakyat. Semua kamu kepentingan rakyat tetapi biarlah rakyat yang menilai, jangan tengkar.
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Bertengkar dalam Dewan, lepas itu mengatakan kepada rakyat jangan kecoh. Sila teruskan Menteri.
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berbohong and I am not lying. Oleh kerana saya tidak berbohong inilah mungkin Yang Berhormat Ipoh Barat bangkit dan menimbulkan isu-isu yang hendak menimbulkan kemarahan. Akan tetapi apa yang kita lakukan ini merupakan sesuatu yang praktikal dan realistik. Saya rasa kalau ini caranya, dia akan timbulkan perkara-perkara yang jauh tidak ada kena mengena dengan soalan asal dan saya tidak akan teruskan jawapan saya ini.
Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat! Kenapa tidak pandai faham- faham, ataupun sengaja tidak mahu faham. Kalau Yang Berhormat bersikap begitu, saya pun boleh bersikap begitu. Sama-sama kepentingan, ingat. Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak boleh menghalau saya, saya boleh menghalau Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh, Putatan. Jangan lagi timbulkan persoalan yang tidak relevan.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Itulah Yang Berhormat Ipoh Barat, kacau.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Putatan, teruskan soalan... [Ketawa]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, apa saya kacau Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dia pengacau.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah, sudah. Sila Yang Berhormat Putatan teruskan.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Tuan Yang di-Pertua, Tidak makan roti, tidak makan mentega, Saya senang hati mendapat soalan nombor tiga.
Terima kasih, minta Menteri jawab... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum Menteri menjawab, saya mahu balas itu pantun.
Jangan terlampau bermadah-madah, Nanti saya tidak benarkan soalan anda... [Ketawa] Sila Menteri.
3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan:
(a) berapakah kos kerugian yang ditanggung oleh kerajaan ke atas non-revenue water (NRW) serta punca dan cara mengatasi masalah ini dan sama ada kerajaan akan memasang alat pengesan kebocoran air bagi maksud di atas; dan
(b) sama ada kerajaan bercadang untuk mengadakan program pembekalan air secara percuma kepada pengguna, misalnya “1000 Liter Pertama Percuma”.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua punya pantun boleh saya jawab Tuan Yang di-Pertua?... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading, sudahlah Yang Berhormat Sri Gading. Kepala saya sudah sakit Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua hebat berpantun, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri jawab.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di negara kita ini Kadar Air Tidak Berhasil atau NRW, dengan izin, diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu kehilangan fizikal yang disebabkan kebocoran paip dan kehilangan komersial yang berpunca daripada kecurian air, ketidaktepatan pada bacaan meter, kegunaan bagi penyelenggaraan sistem pembekalan air dan juga kegunaan bomba. Bagi merekodkan kadar NRW ini, operator-operator air akan menggunakan perbezaan di antara jumlah kuantiti air yang dikeluarkan oleh loji-loji rawatan air dan jumlah air yang direkodkan pada meter-meter pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod kementerian, purata nasional kadar NRW pada tahun 2009 adalah sebanyak 36.63 peratus. Kadar ini menurun sedikit berbanding purata pada tahun 2008 yang dicatat pada 36.93 peratus. Walau bagaimanapun, secara lebih terperincinya, purata NRW adalah berbeza-beza dari satu negeri ke satu negeri yang lain dengan julat antara 19.08 peratus dan 59.9 peratus.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Tuan Yang di-Pertua, bagi sebuah negeri pula, kadar NRW juga berbeza mengikut sesebuah kawasan. Ia banyak bergantung kepada usia aset bekalan air terutamanya paip, faktor geografi sesebuah negeri dan juga kaedah pengurusan NRW oleh setiap operator bekalan air negeri.
Kerajaan memang menyedari kadar NRW ini masih lagi tinggi dan perlu diturunkan ke satu paras yang lebih ekonomik. Berikutan itu, pendekatan yang ditekankan ialah untuk menangani NRW yang berpunca daripada kehilangan fizikal melalui program-program holistik yang meliputi pewujudan District Metering Area (DMA) dengan izin, dan District Metering Zone (DMZ) dengan izin; pelaksanaan pressure and demand management, active leakage detection dan leaks repair dengan izin; penggunaan sistem bersepadu seperti Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA) dengan izin, Geographic Information System (GIS) dengan izin, dan sistem telemetri; serta pelaksanaan program penggantian paip-paip usang.
Untuk tujuan ini, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.082 bilion di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk pelaksanaan program NRW di seluruh negara.
Komitmen kerajaan ini diteruskan lagi dalam rolling plan 1 RMKe-10 dengan peruntukan siling sebanyak RM324.3 juta. Jumlah ini Tuan Yang di-Pertua, tidak termasuk peruntukan dalaman yang sediakan oleh setiap operator untuk menangani kadar NRW masing-masing.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Tuan Yang di-Pertua, pada kerajaan kadar NRW ini memang dianggap sebagai satu isu penting yang perlu ditangani. Ia merupakan salah satu faktor yang membawa kepada usaha-usaha mentransformasikan industri perkhidmatan air yang sekarang ini sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Program transformasi ini dilaksanakan melalui penstrukturan semula industri bekalan air negeri-negeri. Oleh itu kementerian telah meminta SPAN supaya memastikan program-program pengurangan NRW dan KPI dinyatakan oleh setiap operator air melalui pelan perniagaan masing-masing.
Dengan keutamaan ini kementerian juga menyeru setiap operator air di negara ini untuk memberikan komitmen yang berterusan kepada program-program pengurangan kadar NRW yang telah ditetapkan. Dengan adanya pemantauan oleh SPAN, saya percaya setiap operator air akan sedaya upaya berusaha untuk mencapai KPI NRW masing-masing.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan bahagian (b), kementerian tidak berhasrat untuk mengusulkan kepada pihak kerajaan untuk mengadakan program pemberian air 1,000 liter pertama percuma kerana ia hanya akan menggalakkan pembaziran. Selain daripada itu, berdasarkan tarif air yang sedia ada bagi semua negeri, caj yang dikenakan kepada rakyat masih berpatutan dan tidak membebankan. Justeru, kementerian mengambil pendekatan ke arah mendidik dan menggalakkan penggunaan air secara berhemah demi memastikan kelestarian sumber air untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Tuan Yang di-Pertua, air ini anugerah Tuhan. Kita kerja, kita exercise, kita haus..
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Soalan, soalan, soalan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Kita cari air. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita soal soalan tambahan, kalau dia tidak faham apa dia objektif soalan tambahan itu, susah kita mendapat jawapan yang tepat Yang Berhormat Kinabatangan.
Kita sembahyang kepada Tuhan, kita cari air untuk bersih badan. Lebih-lebih lagi orang yang pakai kasut tidak berstoking. Itu penting. Kita buang sisa-sisa diproses oleh perut kita, kita cari air membersihkan tempat-tempat yang perlu dibersihkan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi orang kampung walaupun adanya projek-projek yang menggantikan paip-paip yang usang, kita lihat ada penduduk-penduduk kita di kampung tidak mampu walaupun kadar tarif yang diminta dicajkan oleh kerajaan. Tidak mampu, tidak mahu menyambung paip ke rumah-rumah mereka.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan
Oleh kerana tidak mampu membayar Tuan Yang di-Pertua, ramai di desa-desa Tuan Yang di-Pertua. Setakat 30 liter sehari. Yang Berhormat Timbalan Menteri, faham itu 30 liter sehari? Setakat mahu masak, setakat mahu minum, air minum. Ini air sebagaimana yang saya katakan tadi anugerah Tuhan. Kita manusia berhak mendapat air sekurang- kurangnya 30 liter. Orang kampung tidak perlu banyak. Biarlah 1,000 liter itu diberi kepada semua rakyat Malaysia, harga sen seliter hanya RM10. Jadi saya mintalah Yang Berhormat Timbalan Menteri, logikkah permintaan saya ini? Kalau tidak logik, beritahu kepada rakyat.
Kalau logik, tambah dia 2,000 liter free tiap-tiap bulan. Itu saya minta penjelasan daripada kementerian.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Putatan yang begitu prihatin. Akan tetapi jangan dalam bentuk marah Yang Berhormat, risau saya.
Sebenarnya untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, memang air adalah percuma dari sungai, dari hujan, dari tasik dan sebagainya. Akan tetapi untuk mendapat air yang terawat ini yang tidak percuma. Ini kerana ia memerlukan kos untuk merawat Tuan Yang di- Pertua yang sangat tinggi. Sebenarnya untuk 20 meter padu life band, asas pertama, kos untuk operasi, kos untuk merawat sebenarnya jauh lebih tinggi daripada kadar tarif yang diberikan oleh setiap operator bekalan air negeri. Dalam 50 peratus ke 60 peratus masih lagi disubsidize dengan izin, oleh pihak kerajaan.
Maka itu sekiranya walaupun air ini adalah keperluan asas setiap rakyat Malaysia, setiap pengguna, tetapi kita tidak boleh juga memberikan secara pukal kepada semua.
Mungkin perhatian kita boleh kita beri kepada kumpulan-kumpulan yang miskin yang memang benar-benar layak. Hari ini pun pihak kerajaan telah memberikan banyak bantuan dan subsidi kepada kumpulan-kumpulan yang kita beri fokus iaitu kepada kumpulan yang miskin tegar, yang miskin, yang mudah miskin dan sebagainya.
Untuk air ini pula kita memang sebagaimana jawapan saya tadi Yang Berhormat belum lagi bercadang tetapi untuk makluman, untuk 20 meter padu pertama memang bayaran yang dikenakan adalah jauh lebih rendah daripada kos yang digunakan untuk merawat air. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Cadangan yang dibuat oleh sahabat saya daripada Putatan ini merupakan cadangan yang baik.
Sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat telah pun melaksanakan program pemberian air percuma... [Dewan riuh] Maka sekiranya Kerajaan Pusat bercadang untuk melakukan dasar yang sama, kita boleh memberikan tawaran khidmat nasihat kepada Kerajaan Pusat bagaimana untuk melaksanakan program pemberian air percuma ini kepada rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah dalam menangani masalah NRW ini ataupun air tidak terhasil yang mengakibatkan kerugian sudah mencatatkan ke paras 41.7 peratus daripada jumlah pendapatan, apakah jaminan kerajaan untuk memastikan dan menentukan pembaikan dan juga penggantian paip-paip air ini dapat dilakukan dengan kos yang cukup kompetitif.
Keduanya, apakah jaminan kerajaan dalam usaha untuk membaiki dan mengganti paip-paip ini. Konsesi ini tidak diberikan kepada kontraktor-kontraktor paip yang menggantikan paip-paip air yang berkenaan. Terima kasih.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Gombak daripada Selangor pastinya akan memuji Kerajaan Negeri Selangor. Kita bukan tidak bersetuju apa yang dilaksanakan oleh Selangor. Akan tetapi cuma sebagaimana yang saya maklumkan tadi, pemberian percuma kalau memang betul prihatin mestilah beri hanya kepada kumpulan yang betul-betul memerlukan.
Selebihnya daripada 20 meter padu percuma yang diberi kepada seluruh rakyat Selangor itu lebih baik, yang tidak layak itu, yang boleh dan mampu membayar seperti Yang Berhormat, seperti saya misalnya, gunakan untuk tujuan-tujuan kebajikan yang lain seperti membantu ibu tunggal, membantu anak pra sekolah sebagaimana juga yang dijanjikan oleh pihak sebelah Yang Berhormat dalam manifesto pilihan raya yang lalu.
Puan Noriah binti Kasnon
Itu semua saya rasa memang perlu dilaksanakan untuk orang miskin belum dilaksanakan oleh Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Telah dilaksanakan. Program merakyatkan..
Puan Noriah binti Kasnon
Tidak betul Yang Berhormat. Yang Berhormat, ini floor saya Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Oh, mana boleh macam itu?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Saya boleh cerakinkan secara terperinci program-program yang berkenaan.
Puan Noriah binti Kasnon
Yang Berhormat ini floor saya, Yang Berhormat.
Yang Berhormat tadi bercakap, saya sekarang saya menjawab. Tidak dilaksanakan secara teratur dan bolehlah saya kata ia hanya secara rawak dan secara pilih kasih. Di tempat saya ibu tunggal ramai lagi yang dijanjikan tetapi tidak dapat. Banyak lagi kalau hendak kira, janji-janji manifesto pilihan raya untuk orang miskin itu tidak dilaksanakan... [Dewan riuh] Akan tetapi hanya mengambil kira 10, 20...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ini cerita air bukan ibu tunggal... [Dewan riuh] [Disampuk]
Puan Noriah binti Kasnon
Yang Berhormat, saya bercerita tentang air.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Kita cerita air, ibu tunggal bab lain...
[Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Biarlah Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, saya tanya tentang air, dia jawab tentang ibu tunggal.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, kena cakap tentang ibu tunggalkah tentang air?
Puan Noriah binti Kasnon
Dia Tuan Yang di-Pertua, saya cerita tentang mengaitkan, mengaitkan...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ibu tunggal, bab lain. Tuan Yang di-Pertua, ibu tunggal kementerian lain, bukan kementerian air.
Puan Noriah binti Kasnon
Daripada memberi pada keseluruhan lebih baik benda itu diberi kepada janji-janji yang lain.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ibu tunggal pun dapat air, air percuma.
Puan Noriah binti Kasnon binti Kasnon
Yang Berhormat, lebih baik duit yang sepatutnya yang diberi secara pukal...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tak, jawab tentang air dahulu, tentang air...
Puan Noriah binti Kasnon
Ini tentang air Yang Berhormat..
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ibu tunggal kementerian lain.
Puan Noriah binti Kasnon
Lebih baik negeri Selangor yang katanya berkebajikan ini melihat...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Saya ingat dia hendak tukar kementerianlah...
Puan Noriah Kasnon
[Ketawa] Melihat kepada mereka yang belum lagi menerima air. Ada lagi Yang Berhormat, kenapa tidak turun padang dan lihat kepada yang belum menerima air.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cukuplah, bagi orang lain peluang.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Bagi nama kita bagi. Bagi nama. Kerajaan Persekutuan beri apa?
Puan Noriah Kasnon
Yang Berhormat, ini bukan dialog Yang Berhormat dan juga kepada projek-projek penggantian air itu telah kita laksanakan dan sedang kita laksanakan secara berterusan Yang Berhormat dan bukan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sahaja tetapi juga tanggungjawab kerajaan negeri untuk memberi kerjasama dan juga tanggungjawab operator-operator bekalan air yang telah dilantik oleh pihak negeri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Kinabatangan cuma dua soalan Yang Berhormat. Saya tidak mampu untuk mengawal lagi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, air ini perlu kerana kalau mati pun mahu air, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi sekarang ini saya biarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengawal diri masing-masing. Saya duduk sahaja di sini dan jangan sahaja ada perkara-perkara berlaku seperti lempar benda ke arah sesuatu atau terajang- terajang. Itulah keputusan saya dan nanti saya beritahu kepada timbalan-timbalan saya begitulah keputusan kami nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri bertanggungjawablah untuk kontrol diri masing-masing.
4. Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai negara pengeluar getah asli utama di dunia.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan pengeluar getah utama di dunia sebelum kedudukan tersebut diambil alih oleh Thailand pada tahun 1991.
Kini Malaysia berada di kedudukan ketiga terbesar sebagai pengeluar dan pengeksport getah asli di dunia. Pada ketika ini terdapat 1.022 juta hektar keluasan tanaman getah di negara ini berbanding 3.445 juta hektar di Indonesia dan 2.785 juta hektar di Thailand.
Pada tahun 1990-an jumlah keluasan tanaman getah di negara ini adalah 1.836 juta hektar dengan jumlah pengeluaran getah asli sebanyak 1.29 juta tan metrik. Meskipun keluasan tanaman getah telah menguncup hampir 40 peratus, negara masih mampu mengekalkan jumlah pengeluaran di paras 1 juta tan metrik setahun. Berdasarkan kepada jumlah keluasan tanaman getah seperti yang telah disebutkan tadi, adalah sukar bagi Malaysia untuk mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah asli dunia dalam masa yang terdekat.
Walau bagaimanapun, Malaysia mampu kekal sebagai sebuah negara pengeluar produk berasaskan getah yang bernilai tinggi utama dunia. Sehingga kini, Malaysia merupakan pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia dengan menguasai hampir 63 peratus daripada pasaran dunia. Malaysia juga merupakan pengeluar bebenang latex atau latex thread utama dunia dengan membekalkan hampir 70 peratus keperluan global.
Malaysia juga merupakan pengeluar utama nitrile rubber yang merupakan sejenis getah sintetik.
Penyenaraian sektor getah sebagai salah satu daripada 12 sektor dalam Nasional Key Economy Area (NKEA) menunjukkan kerajaan memberikan tumpuan yang serius ke atas perkembangan industri ini. Industri getah disasarkan akan menyumbang sebanyak RM52.9 bilion dalam Growth National Income (GNI) negara pada tahun 2020 berbanding RM19 bilion pada tahun 2010.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Dato' Hamzah bin Zainudin
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM30 bilion akan disumbangkan oleh industri sarung tangan getah negara. Oleh itu pengeluaran getah asli domestik khususnya latex perlu dipertingkatkan. Bagi mencapai sasaran tersebut, keluasan kawasan tanaman getah akan diperluaskan daripada 1.02 juta hektar kepada 1.2 juta hektar pada tahun 2020.
Dengan usaha ini kedudukan negara sebagai salah sebuah pengeluar utama getah asli dunia akan dipertahankan di samping kedudukan Malaysia sebagai salah sebuah pengeluar utama produk berasaskan getah bernilai tinggi akan dipertingkatkan. Sekian terima kasih.
Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada jawapan yang diberikan. Memandangkan bahawa kita tidak dapat mengatasi dari sudut keluasan penanaman getah berbanding dengan dua negara berjiran, apakah lagi usaha-usaha yang dapat dijalankan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan dari sudut nilai pengeluaran supaya kita dapat hasil yang lebih tinggi bagi setiap ekar penanaman getah.
Untuk tujuan itu, saya melihat bahawa suasana di negeri Kelantan umpamanya banyak kawasan getah yang tidak ditoreh secara 100 peratus terutama sekali apabila pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan yang keterlaluan terhadap penoreh- penoreh getah yang datang daripada selatan Thailand. Saya mohon supaya pihak kementerian dapat kerjasama dengan lain-lain kementerian bagi membolehkan penorehan getah dapat dimaksimumkan hampir-hampir 100 peratus dan ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Minta jawapan daripada pihak Menteri.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, masalah menoreh getah, masalah menggunakan penoreh-penoreh daripada selatan Thailand itu adalah masalah lain tetapi walaupun kita tahu bahawa kita kurang dari segi pekerja-pekerja tempatan untuk menoreh kawasan-kawasan getah yang telah pun ditanam, kita sedang membuat bermacam-macam langkah-langkah dengan mengadakan aktiviti- aktiviti peningkatan produktiviti getah melalui research yang telah pun kita keluarkan.
Sebab itu melalui teknologi-teknologi baru yang ada, seperti penggunaan teknologi penuaian latex seperti Sistem Torehan Berintensiti Rendah atau Low Intensity Tapping System (LITS) dan banyak lagi teknologi yang kita gunakan adalah kaedah-kaedah di mana kita dapat mengurangkan penggunaan pekerja-pekerja dalam mencapai produktiviti yang sama daripada penggunaan pekerja yang asalnya. Itulah cara kita di mana teknologi- teknologi baru ini telah pun kita keluarkan dan telah pun kita perkembangkan sehingga ke negeri Kelantan. Jadi tidak timbul masalah pekerja mesti kita dapat daripada luar negara kalau mereka boleh menggunakan teknologi-teknologi yang telah pun kita ketengahkan melalui Lembaga Getah Malaysia. Sekian terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, tahniahlah kepada usaha murni kerajaan ke arah untuk mengekalkan kedudukan negara sebagai pengeluar getah keutamaan keperluan dunia.
Yang Berhormat sedarkah bahawa selama ini pun bahawa latex ataupun getah susu ini masih kita import daripada negara luar. Ini untuk menampung keperluan industri getah dalam negara kita, ke arah mengeluarkan produk-produk berunsur getah.
Jadi apakah usaha dan langkah-langkah yang komprehensif untuk memastikan bahawa negara kita masih kekal menjadi pengeluar getah sebab getah ini juga apabila sebut getah maka kita terkenang orang-orang di kampung. Memang inilah usaha murni mereka. Jadi memandangkan komoditi ini nilainya tinggi, jadi apakah kerajaan berhasrat untuk menambah ataupun memberi bantuan-bantuan tertentu kepada mereka, pekebun kecil supaya dapat mempertingkatkan pengeluaran getah asli ini.
Kedua apakah juga kementerian telah memaklumkan dengan mana-mana agensi bahawa mana-mana kawasan yang digazet, di zon untuk tanaman getah jangan lagi dipindah-pindah tanaman dia seperti kelapa sawit dan lain-lain lagi.Sebab ini merugikan sebab getah ini merupakan keperluan seluruh negara. Terima kasih.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Kinabatangan bahawa latex dalam negara kita sebenarnya tidak mencukupi untuk industri sarung tangan.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Kebanyakan daripada getah yang kita keluarkan adalah getah cup lump, getah beku. Sebab itu kita dalam proses untuk mengeluarkan sarung tangan ini, kita mesti menggunakan latex dan kita import daripada negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Walau bagaimanapun, untuk kita meneruskan sebagai pengeluar sarung tangan yang terbesar di dunia, kita terpaksa dari segi strateginya untuk menentukan supaya import lateks ini dapat kita kurangkan sebab itu kita menguar-uarkan kepada semua pengeluar getah dalam negara untuk mengeluarkan lateks. Walaupun kita tahu bahawa hendak mengeluarkan lateks ini lebih susah kepada orang kampung daripada cup lump yang senang tetapi kita sedang melihat bagaimana caranya untuk kita pertingkatkan dengan mengeluarkan klon-klon yang baru. Dalam kajian yang kita buat, insya-Allah kita dapat mengeluarkan klon-klon baru yang boleh mengatasi import lateks dalam negara kita.
Seperti strategi Yang Berhormat kata, kalau boleh kawasan-kawasan tanaman getah ini dapat dipertahankan supaya tidak dibenarkan untuk menanam komoditi-komoditi lain. Saya hendak memberitahu kepada Yang Berhormat, pertamanya apabila seseorang itu hendak menanam pokok-pokok di tanah mereka, mereka akan mengkaji dari segi keuntungan yang besar sama ada getah lebih untung, viability projek yang mereka hendak buat dalam tanah mereka. Kalau mereka merasakan sawit lebih menguntungkan daripada getah sudah tentu mereka tebang seperti satu ketika dahulu. Awal 1990-an sebenarnya kita mempunyai kawasan yang besar tetapi oleh kerana kebanyakan daripada pekebun kecil hendak masuk ke bidang yang lain iaitu tanaman pokok sawit maka ramai daripada kalangan mereka menebang dan masuk ke tanaman pokok sawit.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan harga getah yang agak stabil hari ini, insya- Allah sudah ada peningkatan dari semasa ke semasa dengan bantuan-bantuan yang kerajaan berikan kepada pekebun-pekebun kecil melalui benih-benih baru, klon-klon baru yang baik, dengan bantuan-bantuan tanaman semula, bantuan-bantuan tanaman baru, ini semua kita berikan untuk mencapai satu peningkatan sasaran kita sekurang-kurangnya 40,000 hektar setahun kawasan baru yang akan ditanam dalam negara kita. Insya-Allah, kalau ini dapat kita capai maka strategi kita untuk tidak mengimport banyak lateks atau getah daripada luar negara akan mencapai sasarannya dan insya-Allah pengeluar- pengeluar produk getah dalam negara kita tidak lagi bermasalah untuk mengimport getah daripada luar negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya kemukakan soalan saya, izinkan saya untuk mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Parit Baru Sabak Bernam Selangor... [Tepuk] Semoga satu hari nanti ada di kalangan pelajar ini yang akan menduduki Kerusi Ahli Parlimen Dewan yang mulia ini. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua soalan nombor lima.
5. Tuan Matulidi Jusoh [Dungun] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, jumlah orang Melayu warga emas berumur 60 hingga 79 tahun yang mendapat perlindungan rumah kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara dan nyatakan punca keadaan ini berlaku.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab menyediakan tempat perlindungan kepada warga emas yang memerlukan perlindungan dan penjagaan di institusi kendalian JKM.
Sehingga kini terdapat 11 buah rumah kebajikan warga emas di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu sembilan buah rumah seri kenangan dan dua buah rumah ihsan. Sehingga bulan April 2011, terdapat seramai 829 orang warga emas berbangsa Melayu yang berumur antara 60 sehingga 79 tahun telah ditempatkan di institusi penjagaan warga emas yang ditadbir oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Daripada jumlah tersebut seramai 462 orang merupakan warga emas lelaki dan 367 orang merupakan warga emas perempuan. Terdapat tujuh punca utama kemasukan warga emas ke institusi iaitu:
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Heng Seai Kie
(i) sebatang kara iaitu hidup sendirian tanpa saudara-mara;
(ii) masalah kesihatan;
(iii) masalah ketidakupayaan;
(iv) masalah penjagaan;
(v) masalah penderaan emosi, fizikal atau mental oleh ahli keluarga;
(vi) dipinggirkan oleh keluarga ataupun pengabaian; dan
(vii) disebabkan oleh faktor kemiskinan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Matulidi Jusoh - Dungun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang memberi jawapan yang saya kira cukup padat. Saya difahamkan tahun 2010, 2 juta orang warga tua dan kemungkinan tahun 2020 hampir 4 juta orang dan sudah pasti warga emas juga akan turut meningkat.
Di tempat saya ada satu bangunan yang didiami warga emas ini. Saya acap kali juga pergi ziarahnya. Ada yang saya tengok kumpulan warga emas ini yang nyanyuk, ada yang terdapat anggotanya yang tidak cukup dan ada yang boleh lagi mendengar, boleh berjalan, boleh exercise.
Soalan tambahan saya, apakah boleh kementerian ini mereka yang tidak nyanyuk, yang tidak cacat ini diberi pengajaran dan pembelajaran supaya dia dapat juga menunaikan kebajikannya kepada orang lain. Kalau dia boleh membaca, boleh menulis, boleh mengaji al-Quran mengapa tidak boleh dia mengajar kanak-kanak ataupun orang lain supaya mendapat manfaat ini dan apakah persediaan kementerian bagi menghadapi tahun 2035 apabila Malaysia akan tersenarai dalam kategori negara semakin menua sebagaimana yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Terima kasih.
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sebenarnya di bawah kementerian ini terdapat dua jenis pusat jagaan iaitu rumah seri kenangan dan rumah ihsan. Bagi rumah ihsan ia adalah khas untuk menempatkan warga emas kita yang cacat ataupun yang sakit terlantar, termasuklah mereka yang nyanyuk, yang memerlukan jagaan yang lebih rapi dan rumah seri kenangan pula adalah khas untuk mereka yang masih lagi boleh bergiat dalam aktiviti harian mereka.
Selain daripada itu, kita juga mempunyai pusat jagaan harian iaitu sebanyak 22 pusat di seluruh negara yang mendaftar sebanyak 16,331 orang warga emas yang menjadi ahli. Setiap hari melalui JKM di bawah kementerian ini kita memang ada merancang pelbagai program terutama sekali program berkaitan dengan komuniti untuk mengisi masa lapang bagi warga emas kita yang terbabit.
Untuk menjawab soalan kedua yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi iaitu kerajaan memang sedar bahawa kita sedang menghadapi satu proses yang dipanggil aging population. Maka sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran akibat daripada aging population ini, melalui usaha kementerian telah pun digariskan dalam Pelan Tindakan Warga Emas Negara yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 5 Januari 2011. Di bawah pelan tindakan warga emas negara ini kita telah menggariskan iaitu enam strategi utama sebagai asas pelaksanaannya, yang melibatkan seperti berikut:
(i) promosi dan advokasi;
(ii) pembelajaran sepanjang hayat;
(iii) keselamatan dan perlindungan;
(iv) tadbir urus dan perkongsian tanggungjawab;
(v) penglibatan dan kesepaduan antara generasi; dan
(vi) penyelidikan dan pembangunan.
Puan Heng Seai Kie
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setiap strategi pelaksanaan tersebut melibatkan pelaksanaan jangka pendek iaitu daripada tahun 2010 hingga 2012, jangka sederhana iaitu di antara 2010 hingga 2015 dan jangka panjang iaitu sehingga tahun 2020.
Sekian, terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu keseriusannya masalah di mana anak-anak mengabaikan atau tidak memberi nafkah kepada ibu bapa mereka. Sama ada kerajaan telah membuat satu keputusan untuk mengadakan satu saluran atau undang-undang mewajibkan anak-anak yang tidak bertanggungjawab ini yang enggan membayar nafkah menjaga ibu bapa mereka apabila mereka telah mencapai umurnya.
Seperti yang telah ada di Singapura, di Singapura sejak tahun 1995 telah ada satu saluran iaitu Maintenance of Parents Act yang membolehkan ibu bapa menuntut atau organisasi yang menjaga orang tua ini menuntut bayaran nafkah terhadap anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Apakah ada kesediaan atau satu keputusan sedemikian mengadakan undang-undang di dalam negara ini?
Puan Heng Seai Kie
Terima kasih Yang Berhormat daripada Batu Gajah.
Sebenarnya bagi Malaysia, kita tidak bercadang untuk menggubal akta sedemikian kerana kita berpendapat bahawa menghormati atau menyayangi ibu bapa adalah merupakan satu kewajipan anak dan ia merupakan budaya masyarakat timur. Kedua, kita juga berpendapat bahawa hubungan antara anak dan ibu bapa itu haruslah berasaskan perasaan kasih sayang yang telus dan secara harmoni, bukan secara paksaan melalui akta.
Sehubungan dengan itu, bagi kementerian kita lebih mementingkan usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni yang boleh dipupuk melalui pelbagai program advokasi bagi mewujudkan kesedaran tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa sekali gus mengukuhkan institusi kekeluargaan. Kita berpendapat bahawa ini adalah amat penting untuk mengelakkan wujudnya keadaan di mana anak-anak dan ibu bapa terpaksa berbalah sehingga berlanjutan ke mahkamah. Sekian, terima kasih.
6. Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) bilakah tarikh sebenar pelaksanaan Automated Enforcement System (AES); dan
(b) pihak manakah yang bertanggungjawab dalam pemasangan alatan-alatan AES. Adakah dilakukan oleh kerajaan melalui JPJ atau syarikat swasta yang dilantik.
Timbalan Menteri Pengangkutan II - Tuan Jelaing anak Mersat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kerajaan sedang dalam proses untuk memuktamadkan perjanjian kontrak dengan kedua-dua syarikat. Kerja-kerja pembangunan sistem dan reka bentuk serta pemasangan kamera akan dibuat selepas perjanjian tersebut ditandatangani. Walau bagaimanapun, pelaksanaan penguatkuasaan kesalahan lalu lintas secara automatik atau AES, secara pilot akan dilakukan dalam tempoh enam bulan pertama selepas perjanjian kontrak ditandatangani. Saman pertama akan dikeluarkan selepas tempoh tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, pihak syarikat yang bertindak sebagai service provider bertanggungjawab dalam membangunkan sistem dan melakukan aktiviti pemasangan kamera untuk pelaksanaan AES.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, walaupun pelaksanaan AES dibuat secara outsourcing, namun setiap gambar yang dirakam melalui kamera tersebut perlu mendapat verifikasi daripada anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum saman tersebut dihantar kepada pesalah lalu lintas. Sekian.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya agak terkejut juga bahawa perjanjian itu masih belum ditandatangani, diselesaikan.
Itu satu yang baik untuk memberi peluang supaya pihak kerajaan saya mengharapkan bahawa apakah pihak kerajaan bersedia untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem AES ini. Pertama sekali kerana sistem ini pernah saya bangkitkan bahawa menimbulkan pelbagai masalah seperti mana yang telah dilaksanakan di luar negara. Keduanya, ialah apabila kita berikan kepada dua syarikat ini, saya telah bangkitkan bahawa dibimbangi bahawa syarikat ini tidak mempunyai satu tanggungjawab sosial untuk memastikan bahawa setiap orang itu menghormati ataupun mematuhi perundangan kerana kalau orang mematuhi perundangan sudah tentu mereka tidak akan mendapat imbuhan ataupun komisen daripada perjanjian yang telah pun dipersetujui setakat ini.
Jadi, sudah tentu mereka hendak menggalakkan orang untuk membuat kesalahan, baru mereka akan percent. Jadi, saya katakan bahawa ini sesuatu yang sukar hendak dikawal dan juga saya minta penjelasan kerana saya difahamkan bahawa JPJ dan kementerian sudah pun memasang kamera-kamera tertentu. Jadi, bagaimana dengan kamera ini apabila sistem AES ini dilaksanakan. Jadi, adakah maknanya mereka akan bayar, syarikat ini akan bayar kepada kerajaan ataupun kerajaan yang menanggung kamera-kamera itu untuk diserahkan kepada mereka. Saya difahamkan bahawa undang- undang selepas ini hanya berkuat kuasa di bawah sistem ini, di bawah JPJ, tidak lagi di bawah polis. Jadi, bagaimana sekarang ini, polis masih lagi membuat saman-saman, notis- notis yang dihantarkan sedangkan undang-undang yang telah dipinda itu hanya boleh dikuatkuasakan di bawah JPJ melalui sistem AES ini.
Tuan Jelaing anak Mersat
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Menandatangani memorandum perjanjian ini di antara syarikat-syarikat yang di outsource kan ini akan dibuat selepas ianya dikaji dengan teliti oleh pihak perundangan di negara kita di sini dan itu merupakan satu jaminan bahawa kesilapan-kesilapan yang tertentu tidak akan berlaku. Keduanya, pihak-pihak yang telah memasang kamera seperti pihak berkuasa tempatan di tempat-tempat yang tertentu ini akan dibawa berunding bersama supaya alat-alat ini juga boleh digunakan selepas implementasi AES dilakukan dalam masa yang tertentu iaitu selepas pilot stage enam bulan, selepas perjanjian ini dibuat. Soalan ketiga Yang Berhormat tadi?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Berkaitan dengan polis, maknanya kuat kuasa undang-undang ini hanya boleh dikuatkuasakan di bawah JPJ, di bawah kementerian, tidak lagi di bawah polis sebab sistem ini hanya dikawal oleh pihak JPJ atau kementerian, tidak lagi polis tetapi sekarang ini polis pun masih saman lagi.
Jadi, sepatutnya begitu, itu satu. Keduanya, bolehkah kerajaan sebelum perjanjian itu dibuat, membuka dulu ataupun mendedahkan apakah bentuk model perjanjian dan sebagainya untuk supaya ada pelbagai pihak memberikan input bagi memastikan bahawa rakyat sentiasa terbela.
Tuan Jelaing anak Mersat
Terima kasih Yang Berhormat, dah jelas sikit. Semua pihak yang berkuasa untuk buat penguatkuasaan di atas kesalahan-kesalahan yang tertentu ini akan dibawa berunding bersama-sama dan ianya akan menentukan bahawa semua sistem yang digunakan untuk mengurangkan kesalahan-kesalahan jalan raya di seluruh negara ini supaya rakyat dapat faedah daripadanya. Satu komen Yang Berhormat tadi dari segi keuntungan yang akan dibuat oleh dua syarikat ini, ianya tidak sebegitu Yang Berhormat. Saya rasa tidak akan menggalakkan orang yang membuat kesalahan ini supaya lebih banyak lagi wang ini didapati oleh company ini. Malahan daripada observation di negara-negara yang telah memakai sistem ini dalam lingkungan 40 peratus pengurangan kesalahan jalan raya iaitu melanggar traffic light dan juga membuat kesalahan-kesalahan speeding seperti di negara-negara yang telah memakai ini seperti di Australia dan juga di tempat-tempat lain. Sekian.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isunya Tuan Yang di-Pertua ialah penerimaan orang ramai terhadap sistem ini supaya mereka memberikan kerjasama sepenuhnya.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian bagaimana atau apakah rancangan kementerian untuk mendidik masyarakat supaya mereka faham bahawa AES akan dilaksanakan dan mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya. Dalam erti kata, mereka patuh dengan undang-undang jalan raya, mereka tahu di tempat-tempat tertentu ada AES dan mereka tidak sewenang-wenangnya memandu kenderaan dalam keadaan yang laju di tempat-tempat yang tidak ada AES.
Ini kerana mereka tahu di sini ada AES. Di tempat lain tidak ada. Isunya sekarang adalah di AES, di tempat yang ada kamera itu, mereka perlahan. Di tempat yang tidak ada kamera mereka laju. Akhirnya, tidak mendatangkan faedah kepada keselamatan jalan raya keseluruhannya. Ini saya rasa yang perlu. Maksud saya tadi, apakah rancangan kementerian untuk mendidik orang ramai supaya mereka patuh dan akhirnya memberi impak kepada keselamatan jalan raya keseluruhannya. Sekian, terima kasih.
Tuan Jelaing anak Mersat
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ledang. Tanggungjawab untuk menurunkan kes-kes kemalangan ataupun accident di jalan raya ini tanggungjawab semua pihak termasuk individu yang memandu kereta. Polis dan JPJ akan meronda di tempat-tempat yang tertentu.
Seperti yang saya telah sebutkan tadi, pihak polis dan JPJ akan berunding sama- sama mana satu tempat yang dikira sebagai kalau ianya bagi crime, dinamakan hotspot.
Kalau tempat-tempat kemalangan dinamakan black spot dan telah dikenal pasti di semua negeri di Malaysia. Black spot di mana AES ini akan dipasang dan period ataupun masa enam bulan, pemasangan itu secara piloting time ini adalah untuk rakyat. Disedarkan bahawa di sini adalah di satu black spot ini tempat di mana kemalangan selalu berlaku ada dipasang AES supaya dia tidak buat speeding ataupun melanggar traffic light.
Saya juga rasa publisiti ataupun penerangan yang cukup akan diberi kepada rakyat supaya rakyat sedar ini satu usaha bukan untuk cari kesalahan tetapi juga untuk kita meningkatkan lagi kekurangan kemalangan di jalan raya kita yang sudah begitu tinggi pada masa-masa yang tertentu. Sekian, terima kasih.
7. Datuk Alexander Nanti Linggi [Kapit] minta Menteri Kesihatan menyatakan, lokasi-lokasi di negeri Sarawak yang dilayan dengan perkhidmatan doktor udara (flying doctor service). Sila jelaskan apakah usaha atau langkah yang diambil oleh kementerian ini untuk memikirkan sama ada terdapat kaedah yang lain, yang lebih murah dan tetap bagi meneruskan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman Sarawak.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kapit di atas soalan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pedalaman negeri Sarawak sebanyak 98 pasukan klinik bergerak beroperasi sama ada secara darat, udara ataupun air. Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) diberikan di kawasan yang sukar dihubungi dengan kemudahan pengangkutan darat ataupun air. Jumlah kampung yang dilawati Flying Doctor Service
(FDS) ini ialah 131 buah. Ia beroperasi dari tiga base ataupun zon iaitu Miri untuk kawasan Miri, Bintulu, Limbang, Sibu untuk kawasan Sibu, Kapit dan Mukah dan Kuching, untuk Kuching, Samarahan, Sri Aman serta Sarikei.
Bilangan pasukan Flying Doctor Service (FDS) ialah sepuluh pasukan. Kekerapan lawatan ke lokasi adalah sekali sebulan mengikut jadual yang ditetapkan. Anggaran peruntukan untuk Flying Doctor Service ialah RM15.9 juta setahun. Ia merangkumi charge penerbangan dan retainer fee. Kontrak perkhidmatan FDS selama empat tahun bermula dari 1 Oktober 2009 sehingga 30 September 2013. Sebanyak lima buah pesawat digunakan iaitu tiga buah bagi FDS dan dua buah dikhaskan untuk MEDEVAC.
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Perkhidmatan yang diberikan melalui flying doctor service (FDS) merangkumi:
(i) perkhidmatan kesihatan asas dari aspek preventive dan promotif;
(ii) perkhidmatan asas ibu dan kanak-kanak seperti jagaan ibu mengandung, jagaan postnatal, imunisasi, perancang keluarga dan sebagainya;
(iii) pengesanan penyakit berjangkit seperti tibi, kusta, malaria dan lain-lain;
(iv) rawatan susulan untuk pesakit-pesakit kronik seperti tibi, kusta dan penyakit psikiatri serta diabetes; dan
(v) rujukan kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut.
Perkhidmatan doktor udara ini juga menyediakan perkhidmatan Medical Emergency Evacuation Services (MEDEVAC) untuk kes-kes kecemasan, untuk menghantar bekalan perubatan, ubat-ubatan dan kakitangan ke kemudahan kesihatan yang jauh di pedalaman dan membawa pasukan kesihatan untuk melakukan penyiasatan wabak di tempat-tempat yang jauh dan tidak dapat dihubungi dengan kemudahan lain. Setiap pasukan FDS dianggotai oleh seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan dan dua orang jururawat masyarakat. Bagaimanapun, kelancaran FDS bergantung kepada pelbagai faktor terutama sekali faktor cuaca yang menyebabkan penerbangan tidak dapat dilakukan.
Kementerian Kesihatan juga menyediakan perkhidmatan yang lebih murah dan tetap iaitu dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda serta bot. Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M), bot dengan konsep baru dengan kerjasama Yayasan 1Malaysia Development Berhad (Yayasan 1MDB). KB1M bot ini beroperasi di Sungai Baram dan telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 14 April 2011. Setakat ini, Klinik Bergerak 1Malaysia
(KB1M) bot ini telah memberikan perkhidmatan kepada 1,233 orang penduduk yang merangkumi 10 stesen dan 23 buah kampung.
Klinik Bergerak 1Malaysia bot ini akan diperluaskan lagi ke Sungai Rejang yang akan merangkumi 10 stesen perhentian, 20 buah kampung dan dijangka 1,822 orang penduduk akan menikmati perkhidmatan ini. Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa berusaha membantu meningkatkan akses serta mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat agar sejajar dengan slogan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Alexander Nanti Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, adakah kementerian pernah membuat penilaian atau kajian yang mendalam ke atas program atau kaedah Perkhidmatan Doktor Udara ini untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan perkhidmatan tersebut kepada penduduk-penduduk di kawasan luar bandar di Sarawak. Ada apa perancangan kementerian untuk membina klinik desa untuk menggantikan keperluan FDS di tempat-tempat tertentu. Ada berapa buah dan di manakah akan dibina klinik desa di Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini?
Jadi, saya mengucapkan terima kasihlah kepada kementerian oleh kerana disebut dalam jawapan tadi perkhidmatan klinik bergerak melalui sungai akan dilaksanakan di Sungai Rejang iaitu di Kapit juga. Sekian, terima kasih.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapit di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kapit, tidak ada kajian secara spesifik dijalankan untuk tujuan ini.
Namun saya ingin menyatakan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa perkhidmatan klinik bergerak sama ada ia melalui darat, air ataupun udara sebenarnya bertujuan meningkatkan akses ke kawasan-kawasan pedalaman termasuk negeri Sarawak yang seperti kita ketahui mempunyai faktor geografi yang mencabar serta populasi densiti yang rendah. Untuk pengetahuan Yang Berhormat populasi, densiti negeri Sarawak adalah 16.6 orang per kilometer per segi.
Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin
Klinik statik sebenarnya Yang Berhormat dapat memberikan liputan kepada 80 peratus penduduk, manakala klinik bergerak termasuklah Flying Doctor Services (FDS) dapat meningkatkan 7 peratus liputan penduduk kepada penjagaan kesihatan kita.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan untuk menjawab soalan. Secara purata setiap tahun Yang Berhormat, klinik bergerak merekodkan 22,000 rawatan kepada pesakit luar. Sebanyak 350 kes melibatkan antenatal; 180 kes postnatal; 1,200 penerima perancang keluarga; 30 kes saringan Tibi; 950 kes saringan Malaria; 2,800 imunisasi kanak-kanak serta 150 rujukan kes ke hospital untuk kes-kes kecemasan atau MEDEVAC Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sekali lagi saya ingin tekankan bahawa RM15.9 juta diperlukan bagi perkhidmatan FDS dilakukan setiap tahun di negeri Sarawak.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat mengenai berapa buah klinik, sukacita saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa sehingga kini bilangan facility kesihatan di negeri Sarawak adalah sebanyak 194 klinik kesihatan dan 10 klinik desa.
Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, sebanyak 15 projek telah disenaraikan di dalam First Rolling Plan, dengan izin, di mana 10 daripadanya adalah projek sambungan dari Rancangan Malaysia Kesembilan dan lima projek baru. Projek-projek baru ini termasuklah pembinaan Klinik Kesihatan Enam Teng Bukap Kuching, Klinik Kesihatan Lima Bayur Kuching, Klinik Kesihatan Lima Jepak Bintulu, dan Klinik Kesihatan Lima Nanga Tada Sibu dan Klinik Kesihatan Enam Long Jekitan Baram, Miri. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan selesai untuk pagi ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II - Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Isnin 27 Jun 2011”.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng
Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1).
Pagi ini saya mendapat surat daripada Tuan Yang di-Pertua menolak usul saya. Saya memohon Tuan Yang di-Pertua untuk mempertimbangkan usul saya mengenai ugutan PERKASA terhadap komuniti Cina semasa 9 Julai 2011. Walaupun ada laporan polis dibuat, tetapi tindakan segera perlu diambil kerana perhimpunan ini akan diadakan dua minggu daripada sekarang. Maka seharusnya Dewan hari ini membahaskan usul ini agar satu ketetapan dapat dilakukan untuk mengelakkan perkara buruk daripada terjadi. Saya ingin mencegah sahaja dan bukankah mencegah lebih baik dari merawat. Sekiranya setiap waktu sentimen perkauman dibakar dan dimainkan sesuka hati, perpaduan dan keharmonian negara boleh diancam, harap Tuan Yang di-Pertua mempertimbangkan semula... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Ahli-ahli Yang Berhormat, beberapa hari yang lalu saya telah mengeluarkan petua mengenai dengan Peraturan Mesyuarat 18 dengan jelas, terang-benderang. Saya tidak boleh mengkaji keputusan yang telah saya buat di bawah Peraturan Mesyuarat 18, itu jelas. Sekarang saya membuat petua lagi, kalau ada lagi Ahli Yang Berhormat membuat seperti Yang Berhormat Bakri tadi, ingkar dengan petua yang saya buat maka sepanjang hujah yang dikemukakan itu, kalau Yang Berhormat berdiri dalam perbahasan lain, walaupun saya nampak saya tidak akan panggil kerana masa telah terbazir.
Tadi Yang Berhormat Bakri berdiri lebih kurang satu minit, maka dalam perbahasan berikutnya Yang Berhormat Bakri akan saya potong seminit dan begitu juga kepada Ahli Yang Berhormat yang ingkar lagi pada masa-masa akan datang. Sila Setiausaha.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bakri, kalau Yang Berhormat berdiri sekali lagi dan hujah satu perkataan, saya halau Yang Berhormat Bakri.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tidak bukan Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12).
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bakri duduk! Yang Berhormat Bakri duduk!
Rang undang-undang bersama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan pengawalseliaan dan penyeliaan perniagaan perkhidmatan wang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 dalam Jawatankuasa sebuah- buah Majlis.” [Hari Ketiga] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Maksud B.41 - Jadual] – Tuan Pengerus
Maksud Bekalan B.41 di bawah Kementerian Pelajaran, saya meminta Yang Berhormat Kubang Kerian untuk menyambung ucapan. Sebelum Yang Berhormat berucap, saya suka ingatkan kepada Yang Berhormat hari ini adalah hari penghabisan untuk kita membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan. Ada lagi tujuh kementerian yang harus kita selesaikan pada hari ini.
Saya nasihatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat apabila berucap tumpukan kepada hujah yang relevan sahaja. Elakkan isu-isu politik yang mengundang reaksi negatif.
Saya telah memberi arahan kepada kedua-dua timbalan saya kalau ini tidak diikuti, Ahli- ahli Yang Berhormat juga akan menyesal kerana dihalau keluar atau masa akan dihadkan kepada dua atau tiga minit seorang. Tolonglah Ahli Yang Berhormat beri kerjasama. Sila Yang Berhormat Kubang Kerian, dengan segala hormatnya saya mempersilakan sambung hujah.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Maksud B.41 - Kementerian Pelajaran dan Butiran 010400, izinkan saya berbahas mengenai isu-isu yang tertera seperti pengisian jawatan, pembayaran gaji dan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma dan beberapa elaun yang lain berkaitan dengan isu-isu yang melibatkan golongan guru.
Tuan Pengerusi, izinkan saya pada pagi ini membaca sepucuk surat yang ditulis oleh seorang guru yang menggelar dirinya sebagai “Sinaran Lilin” daripada Tanjong Malim Perak, yang saya rasa relevan dan penting untuk didengar, dan dikaji oleh pihak Kementerian Pelajaran dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini.
Dalam surat ini, guru tersebut telah membangkitkan beberapa isu tentang elaun, kenaikan pangkat dan beliau menyatakan berita baik yang ditunggu semua kakitangan awam berikutan tuntutan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam, yakni CUEPACS bagi pelarasan gaji dan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) serta Elaun Tetap Perumahan (ETP) bersempena hari Pekerja pada 1 Mei yang lalu ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.
Saya ingin mengutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan, CUEPACS dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru, iaitu:
(i) COLA dan ITP diselaraskan kepada semua kakitangan awam tanpa mengira gred gaji;
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
(ii) perbezaan gred gaji antara kakitangan awam hanya berdasarkan gaji pokok dan Elaun Tetap Khidmat Awam (ITKA).
Pada situasi ini, gaji pokok kakitangan awam perguruan dan profesional Gred 41 dan ke atas mesti lebih tinggi daripada lepasan diploma, Gred 40 ke bawah;
(iii) semua gred gaji dan elaun di bawah kementerian diselaraskan.
Sebagai contoh, gred gaji kakitangan awam sokongan lepasan diploma Kementerian Pelajaran bermula daripada gred 1 sehingga 40 sedangkan gred gaji bagi kakitangan awam sokongan lepasan diploma Kementerian Kesihatan bermula daripada Gred 1 sehingga 42.
Begitu juga dengan elaun kritikal bagi Kementerian Pelajaran antara 5 peratus dan 10 peratus daripada gaji pokok, sedangkan bagi kakitangan awam Kementerian Kesihatan mencecah 15 peratus; dan
(iv) tempoh kenaikan pangkat kakitangan awam Kementerian Pelajaran amat panjang. Kenaikan daripada Gred DG41 dan Gred DG44 guru mengambil masa sepuluh tahun, sedangkan di kementerian lain antara tiga tahun sehingga tujuh tahun sahaja.
Ada yang menyatakan perkara ini berlaku kerana guru terlalu ramai berbanding kakitangan kementerian lain. Ada perbezaan gaji yang sangat ketara antara kami walaupun tempoh perkhidmatan yang sama.
Kami merasakan guru ialah golongan yang paling teraniaya antara kementerian dengan 1,001 tugas, serta keputusan Jawatankuasa Mengkaji Beban Tugas Guru yang belum diumumkan walaupun sudah setahun berlalu. Guru memang tepat diibaratkan sebagai lilin yang menerangi kehidupan orang lain.” Jadi, saya hanya membaca surat ini. Isunya adalah penting terutamanya tentang satu Jawatankuasa Mengkaji Beban dan Tugas Guru yang telah setahun ditubuhkan dan diharapkan ada laporan yang terperinci yang boleh dibentangkan ataupun diumumkan oleh pihak kementerian. Saya rasa adalah penting untuk pihak kementerian terus memberikan perhatian terhadap golongan ini dan kami di pihak sini telah menyatakan dalam Buku Jingga kami tentang perkara-perkara yang kami libatkan kepentingan golongan guru.
Kemudian di bawah Butiran 082000, saya ingin melanjutkan perbahasan semalam yang agak menarik di antara Yang Berhormat Kalabakan dan dipersetujui oleh Yang Berhormat Kota Belud yang membangkitkan tentang isu rancangan makanan tambahan yang dikatakan tidak berkualiti yang dibekalkan oleh pihak kementerian. Di samping itu, timbul pula isu yang baru-baru ini dikeluarkan tentang nasi lemak, mi goreng dan apa-apa jua bahan yang diusahakan oleh pengusaha kantin. Jadi ini saya mengharapkan supaya dapat diberikan perhatian.
Isu bekalan makanan tambahan itu tidak selesai dan mendapat beberapa bukti yang dihujahkan kelmarin oleh Yang Berhormat Kalabakan dan juga Yang Berhormat Kota Belud. Kemudian ditambah pula tentang larangan beberapa makanan yang dikatakan mengandungi unsur-unsur yang boleh menggemukkan murid. Jadi, ini menimbulkan masalah di sekolah tentang jenis makanan berkualiti yang harus dibeli oleh murid-murid kita. Jadi saya mengharapkan di bawah peruntukan ini, dapat untuk Yang Berhormat memberikan jawapan supaya ada keselarasan dan jaminan makanan yang akan dibeli oleh murid kita di sekolah.
Di bawah Butiran 030700 yang memperuntukkan tentang RM95 juta telah diluluskan semasa pembentangan Belanjawan 2011, tentang bantuan pada sekolah agama rakyat iaitu meliputi sekolah menengah agama rakyat dan sekolah rendah agama rakyat.
Jadi ingin saya mendapatkan sedikit perincian, ada berapa buah sekolah kah, kalau boleh di peringkat menengah dan di peringkat rendah, yang sekolah agama rakyat ini telah benar- benar mendapat bantuan dalam peruntukan ini?
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Kalau dapat, diberikan suatu laporan tentang prestasi sekolah agama rakyat ini yang telah mendapat bantuan daripada pihak kementerian. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mahu memperingatkan kepada sesiapa yang mahu bercakaplah.
Saya akan mengehadkan sahaja pada agenda butiran-butiran dalam kementerian ini, Yang Berhormat. Jangan menyentuh hal bangunan, hal sekolah, repair dan sebagainya. Tidak ada. Ini tiga perkara sahaja, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya menjurus pada Butiran 010400 - Pengurusan Kewangan. Tuan Pengerusi, kenaikan gaji yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Hari Guru di Sarawak baru-baru ini hanya melibatkan pengetua sekolah dan guru penolong kanan serta guru cemerlang sekolah menengah. Bagi sekolah rendah, ini hanya melibatkan guru sekolah kluster. Secara keseluruhannya, hanya kurang daripada 10 peratus guru seluruh negara dapat menikmati kenaikan gaji ini.
Saya beri contoh, pengetua sekolah menengah yang dapat kenaikan gaji daripada DG48 ke DG52. Sekiranya dalam DG48 dia sedang menerima gaji maksimum sebanyak RM5,777.12, ditambah ITP perumahan sebanyak RM700 dan ITKA, elaun keraian sebanyak RM550, maka pengetua ini akan menerima gaji sebanyak RM7,027.12 sebulan.
Selepas kenaikan pangkat ke DG52 dan ke skim paling dekat ini, dia boleh menerima gaji sebanyak RM5,916.27, ditambah ITP RM700 dan ITKA RM600. Maka jumlah pendapatan bulanan sekarang adalah sebanyak RM7,216.27. Jadi, seorang pengetua kini menerima kenaikan gaji sebanyak RM189.15 sahaja iaitu satu jumlah yang tidak berapa banyak tetapi cukup untuk mencetuskan kekecewaan, kemarahan dan kebimbangan di kalangan guru walaupun kenaikan gaji ini hanya akan dilaksanakan mulai awal tahun hadapan.
Mengikut laporan Kementerian Pelajaran, lebih kurang 2,000 orang pengetua dan guru penolong kanan akan menikmati kenaikan gaji ini. Akan tetapi isu ini telah menimbulkan lebih banyak pertanyaan di kalangan pendidik walaupun niat kerajaan adalah baik dan murni, iaitu tentang mengapa faedah ini hanya dinikmati oleh segolongan kecil sahaja dan sejumlah besar daripada guru langsung tidak dapat menikmati kenaikan gaji ini.
Mereka terasa seolah-olah jasa dan pengorbanan mereka tidak diambil kira dan tidak dihargai oleh kerajaan. Guru-guru ini merasa mereka telah dipinggirkan dalam isu kenaikan gaji.
Kita perlu tanya adakah hanya pengetua ataupun guru penolong kanan yang menerima kenaikan gaji memainkan peranan dalam mengasuh, mendidik dan menjadikan seorang pelajar seorang insan yang soleh dan berguna kepada komuniti dan negara.
Tuan Pengerusi, kerajaan perlu ambil kira bahawa guru-guru juga memainkan peranan dalam menaikkan imej sekolah dan menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang.
Tanpa usaha dan kerjasama mereka, bagaimanakah seorang pengetua dapat mentadbir sebuah sekolah dengan baik. Kita sedia maklum bahawa kos sara hidup semakin meningkat. Harga gula telah naik, tarif elektrik pun naik tetapi gaji guru sahaja tidak naik.
Kalau kita lihat gaji seorang guru di sekolah rendah, tidak sampai pun RM3,000 sebulan.
Jadi bagi mereka yang tinggal di bandar, kita tahu ini miskin bandar. Jadi, mengapakah guru-guru yang menjana transformasi pendidikan negara tetapi nasib mereka tidak dibela?
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Tuan Pengerusi, satu lagi soalan yang mencetuskan kemarahan dan kekecewaan guru adalah bonus yang diberikan kepada pengetua atas pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum. Isu yang timbul adalah mengapa seorang diberikan ganjaran sedangkan ini merupakan titik peluh dan usaha semua guru sekolah?
Mereka lebih suka sekiranya sekolah diberi penghargaan dalam bentuk plat dan sijil penghargaan atas pencapaian cemerlang.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Isu ini adalah keadilan dan penghargaan bukan semata-mata ganjaran dalam bentuk kewangan. Mereka menerima hakikat bahawa apabila memilih profesion perguruan, mereka tidak akan menjadi kaya dalam kehidupan tetapi kepuasan kerana anak-anak murid telah mencapai kejayaan dalam kehidupan. Kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap nasib lebih 2,000 orang guru besar di sekolah yang kurang murid yang kebanyakan bertugas di Sabah dan Sarawak dan tidak mengalami kenaikan pangkat walaupun sudah berkhidmat lebih 15 tahun.
Sekiranya Kementerian Pelajaran ingin menarik bakat-bakat ke profesion perguruan, mulalah dengan membaiki skim gaji guru yang ada sekarang, membetulkan kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran dan latihan perguruan, mengurangkan beban- beban perkeranian mereka agar mereka dapat menumpukan perhatian dalam mendidik pelajar-pelajar.
Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kita perlu menghasilkan modal insan yang dapat menyahut cabaran global, membawa negara ke tahap negara maju menjelang tahun 2020 dan mencapai status negara maju. Kementerian perlu memulakan langkah- langkah konkrit dan mengadakan rancangan-rancangan teliti bagi membantu mencapai impian kerajaan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya mewujudkan satu skim untuk kita meningkatkan gaji guru-guru secara berperingkat- peringkat dan nasib guru-guru ini haruslah dibela. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Balik Pulau untuk membahaskan di bawah Maksud B.41 – Kementerian Pelajaran. Saya berhajat bagi pihak Parlimen Balik Pulau terutama sekali di dalam maksud berkaitan dengan menampung pembayaran emolumen kakitangan awam.
Yang Berhormat Menteri, saya yakin Yang Berhormat Menteri boleh bersetuju dengan saya bahawa pendidikan merupakan satu pendekatan untuk membangunkan masyarakat – Pendidikan, terbukti. Di dalam membangunkan masyarakat, kalau situasi pendidikan yang kondusif dibentuk, ia akan mengangkat martabat masyarakat setempat.
Yang Berhormat Menteri, ingin saya laporkan di sini. Pertama sekali bahawa di dalam kita meluluskan perbelanjaan ini yang mana saya secara peribadi mewakili Parlimen Balik Pulau bersetuju dengan perkataan ini. Akan tetapi, barang diingat pada masa yang sama, apa yang diperlukan oleh para tenaga pengajar, guru-guru, selain daripada sistem- sistem sokongan sebegini yang sekolah-sekolah semakin baik dan emolumen ditambah sebegini, memang terbukti perkara yang juga diperlukan oleh mereka adalah dipanggil sebagai kebebasan akademik. Itu bukan satu perkara baru dan itulah yang digagaskan oleh UNESCO, telah dikaji dan terbukti.
Yang Berhormat Menteri, ingin saya jelaskan di sini apa ertinya keghairahan seorang guru untuk mengangkat sekolah tetapi kalau ia diberi satu perkara bersifat punitif, hukuman. Mungkin Yang Berhormat Menteri maklum tetapi saya hendak jelaskan di sini untuk manfaat Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Yang Berhormat Menteri, saya ingin laporkan di sini ada satu kes di Parlimen Balik Pulau dan saya tidak mahu secara khusus menjelaskan siapa nama guru tersebut kerana tujuannya bukan identitinya itu tetapi mesejnya di sini ialah pengajarannya.
Yang Berhormat Menteri, seorang guru di sekolah rendah di Parlimen Balik Pulau kebetulan sekolah saya, punya cita-cita yang tinggi untuk melihat sekolah itu yang selama ini apabila peperiksaan darjah enamnya itu dahulu penilaian, hanya dua orang, tiga orang mahu mengangkat supaya ia lebih lima, enam atau tujuh orang, mungkin sepuluh. Beliau telah merangka program dan saya telah mendapat laporan sejarah telah menunjukkan di mana sahaja sekolah beliau dilantik, jumlahnya naik Tuan Pengerusi. Naik, sehingga dikatakan daripada enam orang sampai 20 orang, ada. Ini adalah latar belakangnya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Jadi, beliau berjumpa dengan PIBG, YDP dan sebagainya kebetulan ada satu muafakat telah terbentuk, YDP – kebetulan orang kampung yang sama telah bermuafakat terdapat dalam kampung ada anak kampung sekolah tersebut yang sekolah tersebut dan ada latar belakang yang berjaya mungkin paling berjaya dan mungkin boleh dikongsi dan mampu mengangkat atau to inspire anak-anak murid di situ. Muka-muka orang yang ada di situ bukan memanggil penceramah-penceramah luar tetapi kebetulan penceramah itu pula Ahli Parlimen, orang politik.
Maka berlakulah mengambil jalan tengah supaya sensitiviti-sensitiviti yang dikatakan orang politik tidak boleh masuk sekolah dan sebagainya. Itu yang saya tidak faham dan perlu penjelasan kerana berlawanan dengan aspirasi kebebasan akademik, berlawanan itu, tidak boleh. Ini kerana Gerhard Casper, President of Stanford University mengatakan salah satu perkara yang menyebabkan Stanford University yang bukan Ivy League menjadi universiti ternama ialah academic freedom, itu sudah terbukti.
Yang Berhormat Menteri, program itu dibuat dengan baik. Kerjasama YDP PIBG, guru, sekolah datang hari minggu dijadikan pula target Yang Berhormat Sri Gading. Dicari anak-anak muda mungkin dalam 20 orang, kita target dalam 20 orang, kalau jadi dapat dalam sepuluh orang, sekarang ini sudah ada dua orang dapat terbaik 5A. Yang Berhormat Menteri, apa berlaku ketika itu program secara tertutup, yang dibincangkan hanyalah pendidikan, yang datang tokoh pendidik dan ibu bapa pendidik, guru tersebut sekarang mendapat show cause letter atau surat tunjuk sebab.
Saya tahu yang buat perkara itu orang UMNO kawasan... [Disampuk] Minta maaf, ini fakta. Yang Berhormat Menteri, sebab latar belakang di situ menunjukkan keluar masuknya orang politik saya tidak katakan negatif, mungkin orang politik dahulu tetapi kebetulan orang politik dahulu ialah UMNO-Barisan Nasional. Akan tetapi selepas Mac 2008, Pakatan Rakyat-Keadilan. Jadi, Yang Berhormat Menteri, saya ingin penjelasan dalam saya meraikan cadangan Yang Berhormat Menteri untuk mengangkat emolumen kakitangan awam, saya rasa mereka juga mahukan satu suasana yang lebih kondusif iaitu kebebasan akademik. Ini kerana bagi saya, kita berbahas di sini kita tidak terlibat secara langsung dalam kerja-kerja mendidik tetapi mereka apatah lagi yang sanggup meluangkan masa.
Saya mendapat feedback yang baik daripada ibu bapa dan mereka mahu perkara tersebut diteruskan lagi. Namun, di kala guru yang tiba-tiba membuat panggilan kepada saya tengah malam, “Yang Berhormat, macam mana saya ini nanti kena tindakan”.
Kebetulan dia pun sudah tidak lama lagi hendak pencen, track record bagus kalau akhir- akhir ini kena tindakan macam mana?
Yang Berhormat Menteri, saya mohon komitmen Menteri – mungkin di luar nanti kita boleh bincang. Tolong beri perhatian, saya tidak mahu perkara ini berlaku.
Yang Berhormat Menteri, seterusnya saya juga ingin masuk kepada item yang kedua iaitu sebanyak RM95 juta akan digunakan untuk membantu sekolah agama rakyat dan yang berkaitan. Yang Berhormat Menteri, dulu saya juga berbahas dan saya akan berbahas di sini sekali lagi. Yang Berhormat Menteri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi komitmen Balik Pulau untuk menjadi hab pendidikan. Satu agenda yang bagi saya amat baik kerana Yang Berhormat Menteri tadi bersetuju dengan saya tadi pendidikan boleh menjadi satu catalyst pembangunan masyarakat.
Yang Berhormat Menteri, kebetulan di Parlimen Balik Pulau sekarang ini dipindahkan satu sekolah yang esok 24 Jun, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong berbesar hati untuk merasmikan Sekolah Agama Al-Masyhur Al-Islami antara sekolah agama yang paling tua di rantau Asia Tenggara ini. Baginda sendiri hendak pergi. Ini kerana latar belakang sekolah ini Yang Berhormat Menteri, seawal-awal tahun 1918, 20-an yang telah menghasilkan Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Jamaluddin dan kebetulan di Balik Pulau pula ada pusat Al-Falaq. Bayangkan, dalam sejarah menunjukkan di kala dulu 20-an telah berjaya menarik pelajar-pelajar daripada Thailand dan Indonesia belajar di Malaysia.
Hebatnya latar belakang pendidikan agama rakyat Malaysia ketika itu tanpa bantuan kerajaan pun hingga dilaporkan yang membantunya adalah badan-badan Islam dunia. Itu usahanya tokoh-tokoh Arab pendukung-pendukung pendakwah ketika itu.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, saya bayangkan apabila lokasinya telah ada, kerjasama kerajaan pusat, kerajaan negeri pun ada, lokasi tanah diberikan, agenda pendidikan pun ada, Ahli Parlimen pun mahu perkara itu berlaku dalam kawasannya dan kebetulan pula dalam di situ memang ada warga Balik Pulau ini yang dari segi demografinya perlu diangkat martabatnya kerana ini masyarakat luar bandar.
Saya yakin Yang Berhormat Menteri boleh bersetuju dengan saya bahawa kalau dasar muafakat pendidikan selalu kita bahaskan di sini itu diserlahkan, ia akan mengangkat masyarakat setempat. Saya katakan seperti itu Yang Berhormat Menteri, saya bercakap degap-degup di sini, esok tidak dapat jemputan pun hendak pergi. Esok hendak pergi tidak dapat jemputan walaupun Ahli Parlimen. Agong hendak turun dan saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri kalau Yang Berhormat Menteri ada kesempatan memandangkan Duli Yang Maha Mulia tunjukkan komitmen yang tinggi, Yang Berhormat Menteri harus tunjukkan juga saya rasa.
Jika sempat, kita sama-sama esok ke Balik Pulau duduk kat bawah pun tidak apa kalau tidak duduk di VIP. Oleh sebab hendak tunjuk bahawa agenda pendidikan agenda yang akan mengangkat masyarakat ekonomi berpendapatan tinggi. Yang Berhormat menteri, saya katakan begitu kerana Malaysia ini potensi pendidikan ini hebat. Akan tetapi saya hendak katakan di sini Yang Berhormat Menteri, sebalik berlaku Yang Berhormat Menteri, sebaliknya. Ini kerana kita tengok yang punya kelebihan tidak akan membuat keputusan kalau boleh hantar anaknya ke sekolah awam. Kita tahu yang ada sebahagiannya hendak hantar ke sekolah antarabangsa dan sebagainya. Kerana apa itu?
Ini kerana andaiannya sekolah antarabangsa ada pendidikan yang kualiti sekian, sekian, sekian, sekian.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya tahu ramai di sini pak menteri, anak-anaknya pun ada di sekolah antarabangsa. Mungkin mampu. Akan tetapi persoalannya Yang Berhormat Menteri di negara jiran, tidak jauh daripada tempat Yang Berhormat Menteri, sekolah awam sebenarnya lagi baik daripada sekolah antarabangsa. Pemerkasaan sekolah awam itu.
Yang Berhormat Menteri bayangkan kalau agenda hab pendidikan Balik Pulau itu diangkat melalui Sekolah Al-Mashoor punya sejarah terbaik di Asia Tenggara, seawal 20-an yang mana kebetulan ada juga di situ kemudahan infrastrukturnya, airport antarabangsanya dan sebagainya. Saya rasa insya-Allah...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat ada sepuluh minit.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Ya. Tidak ada sebab agenda untuk memartabatkan guru ini dia akan memberi impak langsung kepada pendidikan. Apa yang penting saya tegaskan di sini pertama sekali mesti diberi kebebasan akademik. Mesti diberi juga perkara-perkara yang dikatakan – yang diperlukan oleh guru tersebut, bukan yang diperlukan oleh pak menteri yang kita berada di sini akan tetapi diperlukan oleh guru dan murid setempat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Limbang.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama sekali saya ingin hendak pergi ke pada Butiran 010400 – Pengurusan Kawalan Kementerian. Di sini Tuan Pengerusi, saya ingin menyuarakan tentang permohonan guru- guru iaitu guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Jadi sebagaimana yang kita ketahui pada awal tahun ini, Menteri Pelajaran telah mengumumkan bahawa mereka yang ditamatkan perkhidmatan mereka pada hujung tahun lepas akan diserapkan semula.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Sampai sekarang ada kalau dilihat daripada seluruh negara melebihi 13,000 lebih orang yang terbabit dalam GSTT ini. Jadi di sini kita ingin hendak menyuarakan kepada Kementerian Pelajaran bilakah agaknya mereka ini akan diserapkan. Oleh sebab mereka banyak yang merintih yang mengharapkan agar mereka diserapkan sebagai guru tetap.
Kedua ialah saya ingin hendak menyentuh tentang Butiran 030700 – Pendidikan Islam. Sebagaimana kita ketahui di seluruh Sarawak pada masa ini kekurangan guru agama melebihi 200 orang. Di Limbang sahaja memerlukan 18 orang. Jadi satu lagi ialah tentang dengan kekurangan guru agama ini, ada telah disuarakan iaitu bahawa guru agama tidak terlatih tidak boleh diserap, diambil untuk sementara untuk menggantikan kekurangan- kekurangan ini. Jadi di sini saya minta kepada Kementerian Pelajaran supaya melihat perkara ini, bagaimana hendak memastikan kekurangan-kekurangan ini dapat diisikan oleh GSTT ini. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai
Bagan Serai.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bukan, bukan...
[Ketawa] Ha, Yang Berhormat... [Menunjukkan kepala] Ketayap itu.
Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian mengenai dengan topik tentang 030700, berhubung dengan sekolah agama.
Saya ingin memohon supaya kalau kita perhatikan bahawa keadaan sekolah- sekolah agama amatlah menyedihkan di mana peruntukan itu dengan kemudahan- kemudahan yang tidak ada. Jadi apa yang saya lihatkan umpamanya seperti di Sekolah Menengah Agama Ar-Riduaniah di Telok Medan iaitu di kawasan saya, saya dapati bahawa di satu kawasan yang mempunyai penghuninya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga tahfiz yang tidak mempunyai padang permainan asas yang sempurna. Sungguh pun sekolah tersebut baru-baru ini telah pun mendapat bantuan sebanyak RM25,000 untuk padang akan tetapi hanya mampu membuat tambakan sebahagian sahaja daripada tanah bendang. Oleh yang demikian saya mohonlah apa kiranya diberikan peruntukan menyediakan padang yang sempurna untuk kemudahan anak-anak di situ.
Baru-baru ini pada 12 hari bulan Jun yang lalu, sebuah bilik darjahnya telah terbakar dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM5,000. Sebelum pada itu juga, pada bulan November yang lalu rumah guru telah terbakar. Selain itu juga, sekolah tersebut memerlukan bahan-bahan bacaan untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar seperti pelajar sekolah menengah dan juga tahfiz yang ada. Oleh yang demikian saya mohonlah bantuan dengan disegerakan.
Selain itu juga saya ingin memohon bantuan padang permainan juga iaitu di Sekolah Menengah Agama Al-Ehya As-Shariff, Semanggol. Sebenarnya Sekolah Menengah Agama Al-Ehya As-Shariff di Gunung Semanggol merupakan di antara sekolah- sekolah yang tertua di Malaysia yang telah melahirkan banyak negarawan pejuang kemerdekaan. Penuntutnya adalah terdiri daripada dari seluruh pelosok tanah air malahan ada datang daripada Brunei Darussalam, Thailand dan juga Singapura. Saya mengharapkan supaya peruntukan sebuah padang permainan yang sempurna diluluskan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya sedikit sahaja, iaitu berhubung dengan – saya sudah sentuh dalam ucapan dasar yang lalu tetapi saya bimbang kalau tidak kita follow through kementerian pula tidak ada respons. Saya dengan rakan lain ingin bertanya bila agaknya keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk mengambil guru-guru sandaran tanpa terlatih (GSTT) khususnya saya untuk Sabah Tuan Pengerusi. Seramai 578 guru-guru itu, mereka menanti untung nasib mereka.
Ini disebabkan sampai hari ini mereka tidak dapat bekerja, sebab mereka terikat dengan komitmen kerajaan. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan.
Kedua... [Ketawa]...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Saya peliklah Tuan Pengerusi, pelik, saya pelik Kementerian Pelajaran ini. Bukan hendak mengata, bukan hendak mengumpatlah Tuan Pengerusi. Akan tetapi saya melahirkan rasa pelik Yang Berhormat Kinabatangan, guru sandaran ini dia sudah berbakti, sudah berjasa. Waktu kita kekurangan guru, kita ambil mereka menampung kekurangan guru. Jumlahnya bukan sedikit. Jumlahnya besar.
Mereka ini ada keluarga. Hendak kerja lain sudah tidak dapat. Kenapa kita tahu bahawa kementerian ini memang memerlukan guru. Kenapa tidak disusun atur jadual, mereka di Kementerian Pelajaran pun tahu orang-orang ini tamatnya pada bila-bila masa, pada sekian masa, pada tarikh ini, tarikh ini. Apabila kita kata memang mereka diperlukan, kenapa tidak siang-siang lagi terus sahajalah disambung perkhidmatan mereka. Kenapa sampai tertunggu-tunggu, tertunggu-tunggu apakah Kementerian Pelajaran tidak pernah mengenang jasa mereka.
Saya sedih Tuan Pengerusi. Ini kerana di kawasan saya pun ramai yang datang berjumpa saya mengadu ada setengah itu macam hendak menangis, Tuan Pengerusi. Jadi dia macam hendak menangis. Kita maklum tanggungjawab mereka, keluarga mereka tiba- tiba mereka hilang pekerjaan. Selepas itu hendak kena terjengah-jengah hendak bertanya, hendak kena tanya. Kadang-kadang mereka bertanya kepada pihak-pihak tertentu di Kementerian Pelajaran, tidak ada layanan. Apakah mereka peminta sedekah, kumpulan guru yang minta sedekah dengan Kementerian Pelajaran. Jadi saya minta apa pendapat Yang Berhormat Kinabatangan dalam isu ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, saya faham. Saya faham rintihan rakan saya dari Sri Gading. Memang sebenarnya tugas kita ini, peranan kita ini membela untung nasib rakan-rakan kita di luar kelompok keluarga guru yang besar ini.
Berjasa kepada bangsa, agama dan negara.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya masukkan ucapan dia dalam ucapan saya dan saya harap kementerian boleh memperjelaskan, bilakah agaknya pengambilan ini dapat dimaklumkan sebab selagi - ini sudah dekat, bulan puasa sudah dekat, kalau tidak ada kerja macam mana hendak beraya? Akhirnya kita, mereka kumpulan teraniaya secara tidak langsung. Jadi, diharaplah saya mahu minta kementerian dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dalam masa yang sama, saya juga dapat maklumat daripada rakan-rakan Facebook saya iaitu memaklumkan ada juga segelintir pegawai-pegawai di jabatan ini, PPD kah, di peringkat bawahkah, dia kata kalau ditanya kenapa tidak dilaksanakan arahan Menteri. Dia kata ini Menteri yang cakap, bukan saya punya KSU atau pengarah. Kalau sudah Menteri, kerajaanlah itu. Kalau sudah Menteri tinggi daripada KSUlah, tinggi daripada pengarahlah. Ini dia tidak faham-fahamkah? Jadi, saya mahu minta kalau ada pegawai macam ini, singkirkan sahajalah sebab dia membelenggu matlamat kerajaan untuk mempercepatkan proses pembangunan pendidikan itu secara langsung.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ada juga guru-guru, sebetulnya tidak tahu dia macam mana, bersekongkolkah di antara mereka dengan guru besar. Kalau guru besar tidak hadir dua atau tiga hari, di bawah tidak lapor.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau guru-guru lain tidak hadir dua atau tiga hari, guru besar tidak lapor. Mereka berpakat, kalau sudah guru – tidak ada kerja dia bising, ada kerja dia tidak amanah. Jadi, manusia ini kalau tidak amanah, tenok kita wakil rakyat dipilih sampai jauh malam pun kita masih di sini, sebab kita berasa ini tanggungjawab, amanah diberi oleh rakyat dan anugerah daripada Allah.
Kalau kita mensia-siakan tidak boleh, gaji tidak juga naik-naik. Naik sedikit rakyat marah, tinggi lagi gaji dan elaun pegawai-pegawai tinggi kerajaan daripada kita. Elaun, itu sahaja tetapi kita bertungkus-lumus membela untuk nasib rakyat. Jadi, guru-guru harus fokus bahawa peranan mereka dan tugas mereka membantu membangunkan modal insan kita untuk memastikan bahawa negara kita menuju menjelang negara maju diisi dengan komuniti, dengan remaja-remaja yang mempunyai pendirian yang cukup baik, marketable dan juga mampu bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain.
Jadi, kementerian harus tegas menangani isu-isu yang sebegini, di peringkat pengarah di negeri-negeri pun harus diberi maklumat. Kadang-kadang pengarah ini naik, dia tidak tahu pun apa tugas dia. Dia duduk situ, duduk di bangku, tidak tahu pun apa yang berlaku di bawah dia. Di sekolah di mana-mana contohnya di Kinabatangan, sekolah usang pun dia tidak tahu, yang orang belajar di bawah kolong pun dia tidak tahu. Seharusnya dia tahu, pemakanan di sekolah tidak ada, sekolah ini yang tidak sesuai contohnya satu sekolah di kawasan saya hari ini ditutup. Apabila ditutup – sebab ia asal banjir sedikit dia kena air, banjir sedikit kena air, jadi dalam satu tahun lebih kurang separuh penggal persekolahan itu tidak dapat budak-budak datang. Bagaimana tidak ditutup?
Jadi, saya cadangkan sekolah ini dipindah ke satu kawasan yang agak baik dan saya akan menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk datang melihat. Jangan hanya lihat di Balik Pulau. Kalau di Balik Pulau sahaja kementerian fokus, bagaimana pula pembangunan di kawasan-kawasan lain, pelajar-pelajar lain di luar bandar. Asyik-asyik di Balik Pulau sahaja, itu tidak adillah. Jadi, saya ingat kebetulan pula Yang Berhormat ini pun tidak menyokong kerajaan, kita tengoklah apa yang patut, jangan fokus sangat. Saya punya kawasan pun, saya perlu juga komitmen yang tinggi daripada kerajaan. Jadi, saya harap kementerian dapat melihat dari semua aspek. Aspek pentadbiran, perguruan, pendidikan, prasarana, bangku, meja dan makan minum dia.
Cukuplah pelajar-pelajar di Kinabatangan ini berjalan kaki sejauh enam hingga tujuh kilometer, keluar baju putih balik baju kuning, rambut pun kuning. Balik dia cuci balik, dia pakai lagi esok, tidak tahan sampai begini, kita sudah merdeka 53 tahun. Takkan begini berterusan, rintihan rakyat ini harus kita ketengahkan, di mana sudah konsep rakyat didahulukan? Kadang-kadang rakyat tanya, “Yang Berhormat mana itu konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan...”
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, terima kasih. “Pencapaian diutamakan.” Saya tengok guru-guru pencapaian dia pun makin lama, semakin lemah, pelajar pun macam itu sebab tidak ada komitmen yang jitu daripada kementerian. Terakhir Tuan Pengerusi, ini sedikit sahaja, 10 saat. Saya mahu minta juga kementerian mempertimbangkan untuk mewujudkan satu sekolah menengah agama di Kinabatangan sebab banyak keperluan sekolah menengah agama, satu pun tidak ada. Di negeri lain, di Parlimen lain sampai dua, tiga, empat, lima sekolah menengah agama, seolah-olah ada diskriminasi pula. Kita di luar bandar tidak ada kemampuan sebegini.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Pengerusi, Kinabatangan ini sebesar Pahang tidak ada satu sekolah agama, astaghfirullah al-Azhim. Apa pendapat?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kita ada tujuh kementerian Yang Berhormat dalam satu hari ini sahaja.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya minta kementerian mempertimbangkan apa juga yang saya hujahkan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Tuan Pengerusi, saya hanya singkat sahaja.
Hari itu saya telah menimbulkan bahawa dengan peruntukan untuk menggaji guru ganti kerana ada guru wanita bersalin. Saya dimaklumkan bahawa ada pejabat-pejabat pendidikan di negeri-negeri yang mengatakan bahawa mereka tidak cukup duit, tidak cukup peruntukan. Jadi, saya hendak tanya apakah keadaan sekarang? Adakah peruntukan ini juga termasuk guru-guru ganti seperti ini? Yang kedua, saya hendak tumpang juga untuk tanya sama ada kementerian akan memberikan peruntukan untuk membina semula blok bangunan di SRJK(C) Pai Chai di Batu Feringghi. Yang ketiga, apakah kedudukan sekarang permit atau kelulusan kementerian untuk membina cawangan SMJK Jit Sin. Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun pendek sahaja. Saya ingin menyentuh di bawah B.41 ini di bawah Butiran 10000 – Emolumen. Jadi, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian yang telah mewujudkan peluang-peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru di dalam negara kita ini. Akan tetapi saya ingin beranya kepada kementerian sedikit. Ada juga saya menerima rungutan-rungutan daripada kalangan guru ini, yang menyatakan bahawa kebanyakan apabila ada kenaikan pangkat ini, keutamaan ataupun peluang yang lebih besar adalah mereka yang tinggal di pejabat.
Maka mereka yang tinggal di sekolah-sekolah ini kadang-kadang terlupa atau tinggal dengan begitu sahaja. Apabila ada kenaikan pangkat itu sudah ada hendak meletakkan sama ada penyandang ataupun pemangku dan sebagainya. Jadi, ini menimbulkan keresahan daripada kalangan-kalangan guru. Saya minta daripada kementerian untuk turun ke bawah, menyiasat sendiri dan menilai balik sejauh mana pemberian kenaikan pangkat ini memberikan peluang yang sama-rata, taburan yang sama ada rata kepada guru-guru yang tinggal di bandar dan juga yang tinggal di luar bandar.
Bukan sahaja kepada mereka-mereka yang bekerja di dalam pejabat sebagai pentadbir dan sebagainya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi, selaku Pengerusi. Saya membawa dalam Bekalan B.41 dan saya hendak bincang tentang sekolah-sekolah kita di mana guru-guru – ramai guru yang hari ini meminta supaya gaji mereka dinaikkan dan kerajaan sudah pun menyediakan dalam arus itu. Akan tetapi ada juga ramai guru yang terlibat dalam kerja-kerja sambilan selepas kerja sebagai guru.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Di mana selepas pukul 12, pukul 1, dan ada ramai juga yang pada masa mengajar mereka pergi menjual insurans dan juga pelbagai kerja-kerja multilevel marketing sebagainya. Kerajaan seharusnya melihat dan mencari jalan-jalan supaya guru-guru ini kembali membantu murid-murid sama seperti guru-guru pada tahun semasa kami belajar di mana guru-guru memberikan perhatian yang cukup terhadap murid-murid dan meluangkan masa.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Kerajaan juga harus menggalakkan guru-guru yang memberikan perhatian yang lebih terhadap murid-murid dengan mengadakan kelas-kelas tuisyen dan juga meluangkan masa mereka pada hari minggu untuk mengajar. Kerajaan harus menyediakan sesuatu platform ataupun ganjaran untuk guru-guru yang melakukan ini.
Pada masa yang sama, saya juga meminta kementerian supaya pegawai-pegawai kementerian, mereka lebih mengenali sekolah-sekolah di negara ini, pegawai-pegawai ataupun mereka yang menggubal dasar tentang sekolah-sekolah di negara ini. Jadi, pegawai-pegawai inilah yang seharusnya merekomenkan kepada menteri dan juga kepada Dewan ini supaya sekolah-sekolah bantuan modal ini, status mereka dan juga apakah kekurangan dan sebagainya berbanding dengan sekolah-sekolah bantuan penuh. Pegawai- pegawai ini mestilah mengambil iktibar supaya satu sekolah-sekolah bantuan modal ini, sistem bantuan modal ini dihapuskan di negara ini.
Ini hanya boleh berlaku kalau sekiranya pegawai-pegawai ini mengambil inisiatif dan kita melihat bahawa selalunya mereka mengatakan bahawa tanah yang didiami ataupun diduduki oleh sekolah itu bukan kepunyaan kerajaan, malah private sector.
Mereka harus sedar bahawa private sector ataupun syarikat-syarikat atau orang persendirian yang mempunyai tanah itu, mereka juga menyumbang kepada kerajaan melalui cukai-cukai dan sebagainya. Pada akhirnya, kesemua ini adalah dalam kuasa Kerajaan Pusat, jadi pegawai ini mestilah mengambil iktibar supaya sekolah-sekolah bantuan modal dihapuskan. Kementerian, menteri dan juga Perdana Menteri harus memberikan pertimbangan supaya sistem bantuan modal ini dihapuskan.
Seperkara lagi, kita ada ramai sasterawan-sasterawan negara, mereka yang telah mencapai dan mendapat anugerah sasterawan. Daripada mereka beribu-ribu buku telah pun ditulis dan diedarkan di seluruh negara dan digunakan di sekolah-sekolah. Oleh itu, saya memohon kepada kementerian agar mengambil iktibar supaya novel Interlok ini pada hari ini telah menjadi satu masalah yang agak rumit. Satu masalah yang saya percaya sengaja dibawa ke hadapan oleh pegawai-pegawai yang mahu rakyat marah kepada kerajaan hari ini.
Kita mesti memastikan bahawa rakyat pada hari ini selesa dan bersetuju dengan semua tindakan-tindakan kerajaan. Mereka yang menjadi jambatan di antara rakyat dan kerajaan ini adalah pegawai-pegawai ini dan saya meminta supaya buku Interlok ini ditarik balik kerana banyak lagi buku-buku yang boleh diperkenalkan selain daripada buku Interlok ini. Kerana hari ini berterusan, minggu ini pun telah berbagai debate mengenai buku ini dan apa salahnya kerana banyak lagi sasterawan dan buku. Mungkin sasterawan yang sama telah menulis banyak lagi buku dan satu buku yang lain daripada sasterawan ini boleh digunakan sekiranya dirasakan bahawa perlunya buku sasterawan ini yang perlu digunakan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada murid- murid dan guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang. Di mana saya terlibat dengan mereka, membantu mereka di dalam satu program lestari iaitu mengurangkan carbon dioxide di udara. Di mana pencapaiannya pada tahun lalu Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu telah membantu mereka bersama-sama dengan beberapa individu lain di dalam Parlimen ini agar murid-murid dan guru ini pergi ke Norway untuk menerima anugerah mereka di atas kemenangan mereka di Norway di dalam program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Guru yang sama juga pada tahun ini telah sekali lagi membawa murid-muridnya untuk memenangi tempat di mana pada kali ini mereka memenangi tempat ketiga di dunia selepas China dan Amerika Syarikat. Guru yang sama ini telah membimbing lima orang murid yang lain untuk mencapai dan pada tahun lalu telah membimbing lapan orang murid dengan kejayaan memperkenalkan sistem ataupun cara atau metodologi di mana boleh mengurangkan carbon dioxide di dalam alam persekitaran melalui satu projek tersebut.
Pada tahun ini, saya juga mengucapkan terima kasih kepada bukan sahaja kepada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu tetapi juga kepada Volvo yang sponsor mereka untuk ke Sweden bagi menyertai dan menerima anugerah serta memenanginya.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Juga kepada pegawai-pegawai khususnya menteri pada tahun lalu iaitu Yang Berhormat Timbalan Menteri Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi, apabila beliau mendapat tahu bahawa murid-murid ini berjaya, beliau telah memanggil saya dan memberikan semua bantuan supaya mereka dapat meneruskannya.
Oleh itu, saya meminta kementerian kalau boleh, guru seperti ini yang mendapat pencapaian dua kali berturut-turut di peringkat antarabangsa dan peringkat dunia ini iaitu mendapat sekali dalam nombor dua dan nombor tiga, diberikan anugerah. Jika boleh jadikan dia guru besar supaya dia boleh membantu ataupun bawa dia masuk ke dalam PPD ataupun kementerian, supaya dia boleh membantu lebih ramai untuk mencapai pencapaian sebegini.
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat masa...
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
...Dalam itu...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Pengerusi, saya mohon satu sahaja, cuma hendak mencelah. Untuk rekod, penghargaan kepada guru tersebut, saya hendak sebut nama dia iaitu Cikgu Renukar Ramakrishnan. Pada saya, pandangan Yang Berhormat Padang Serai, di atas inisiatif dia sendiri, mencari sponsor, mengajar budak-budak ini tanpa habuan. Jadi, saya kira apa pandangan Yang Berhormat Padang Serai, guru ini iaitu saya hendak sebut nama dia sebagai rekod dimasukkan Encik Renukar Ramakrishnan ini diberikan anugerah sebagai motivasi kepada guru-guru yang lain untuk mencapai langkah-langkah cemerlang bagi anak murid mereka.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini...
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Hantar dia ke maktab perguruan untuk mengajar guru-guru bagaimana bekerja Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya percaya itu adalah satu pandangan yang cukup baik oleh Tuan Pengerusi.
Saya juga hendak mengucapkan terima kasih sebab saya mendengar daripada Timbalan Menteri bahawa Cikgu Renukar ini selepas beberapa kali memohon untuk membuat kedoktoran falsafah dalam program Sustainable Development telah pun diberi cuti bergaji untuk membuat PhD. di USM. Saya berharap beliau lebih berjaya dan membawa erti yang lebih kepada semua anak-anak murid dan guru-guru di negara ini.
Terima kasih.
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kita ada tujuh kementerian Yang Berhormat. Saya tidak yakin kita semua mahu sampai pukul 10 malam ini Yang Berhormat, malam ini malam Khamis. Jadi, saya menjemput Yang Berhormat Hulu Terengganu, selepas itu menteri menjawab.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya. Saya cukup terharu dengan apa yang dibacakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tentang rintihan guru-guru di dalam kenaikan pangkat.
Akan tetapi suka saya menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa saya boleh mengatakan telah berlaku satu revolusi dalam peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran pendidikan. Bahawa beberapa jawatan telah diwujudkan dalam kementerian untuk peluang-peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru yang perlu kita fahami.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Dengan perwujudan jawatan Penyelia Petang, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, diwujudkan pula jawatan naik pangkat time based, jawatan Guru Cemerlang sampai ke JUSA ‘C’, dan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6. Maknanya banyaknya peluang-peluang kenaikan pangkat yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran sejak tahun 1990-an untuk memberi ruang kepada guru-guru untuk jawatan tersebut. Berbanding sebelum ini iaitu sebelum tahun 1990 bahawa ada guru-guru kita yang tamat perkhidmatannya sekadar sama ada DG41 sahaja.
Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pelajaran Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada anak-anak kita yang telah tamat dari IPG membuat diploma ataupun ijazah pendidikan. Berapa lamakah jangka masa mereka ini akan ditawarkan ke jawatan-jawatan sebagai guru supaya kekosongan-kekosongan di sekolah- sekolah dapat diisikan dengan segera oleh mereka sama ada yang mendapat tajaan daripada kementerian atau pun yang mendapat pinjaman daripada PTPTN.
Kedua, saya ucapkan syabas kepada kementerian kerana ruang yang besar diberikan untuk kenaikan pangkat tetapi oleh kerana perkembangan semasa yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guru lebih-lebih lagi dengan penempatan pegawai-pegawai PTD di Kementerian Pelajaran di mana mereka dapat melihat sendiri bagaimana perbezaan mereka dengan pegawai-pegawai PTD dalam kenaikan pangkat.
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pelajaran dengan jawatan-jawatan dan pangkat yang dibuka seluas-luasnya kepada guru. Umpamanya untuk jawatan time based.
Kita dapati guru yang mendapat DG48, mereka memakan masa lebih kurang 20 tahun.
Satu jangka masa yang terlalu panjang untuk seorang guru berbanding dengan jawatan lain.
Untuk jawatan DG41 ke DG44, mereka terpaksa mengambil masa selama 10 tahun dan ini sangat berbeza dengan jawatan-jawatan di jabatan-jabatan lain. Walaupun penempatan pegawai-pegawai PTD sesungguhnya memberi rahmat sedikit kepada guru tetapi tidak disedari oleh guru kerana apabila adanya jawatan PTD ini maka PTD telah membuka ruang yang lebih banyak untuk naik pangkat kepada guru-guru. Sebagaimana yang saya katakan wujud jawatan-jawatan yang saya sebutkan sebentar tadi. Untuk jawatan Guru Cemerlang, saya dapati bahawa kekosongan-kekosongan jawatan masih lagi belum diisi. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah jawatan Guru Cemerlang yang belum diisi oleh Kementerian Pelajaran untuk setiap kategori sama ada DGA32 ataupun DG48 ataupun DG52 ataupun DG54?
Saya suka menarik perhatian kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa di Terengganu sudah hampir tujuh tahun jawatan Ketua Sektor Akademik masih lagi diisi oleh pegawai yang berjawatan DG48 yang sepatutnya jawatan ini diisi oleh pegawai yang berjawatan DG52. Jawatan PPD di Hulu Terengganu yang telah mendapat jawatan tersebut pada tahun 2007, masih lagi DG48. Apakah salahnya mereka ini sehingga tidak diisi ke jawatan DG52 berbanding dengan jawatan-jawatan lain khususnya di Kementerian Pelajaran di jawatan tinggi Pegawai JUSA ‘C’ boleh lompat kepada jawatan Turus ataupun TCS pegawai jawatan M48 boleh lompat kepada JUSA ‘C’. Apakah perkara yang sama tidak boleh dilakukan kepada pegawai-pegawai ini? Satu lagi sungutan di kalangan guru- guru ialah tentang kelambatan untuk pengesahan jawatan.
Untuk guru yang mendapat jawatan DG48 untuk naik ke DG52, mereka memerlukan masa selama tiga tahun. Untuk jawatan DG52 ke DG54 tidak perlu tempoh tertentu tetapi masalahnya untuk mereka memohon jawatan tersebut, mereka perlu pengesahan jawatan. Pengesahan jawatan ini biasanya memakan masa yang terlalu lama sehingga menyekatkan peluang mereka untuk memohon jawatan yang lebih tinggi.
Satu lagi masalah yang disuarakan oleh pihak guru walaupun saya sebutkan sebentar tadi tempoh tiga tahun tiada tempoh tetapi Bahagian Sumber Manusia masih lagi memperkenalkan Sistem Bakul iaitu pegawai-pegawai yang disahkan jawatan sebelum 2006 sahaja yang boleh dipertimbangkan ke jawatan DG52 dan amalan-amalan ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada guru-guru.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kenaikan pangkat ini khususnya kenaikan pangkat untuk jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Apabila jawatan ini diwujudkan, aktiviti-aktiviti sangat banyak dilaksanakan. Salah satu aktivitinya kita panggil Majlis Tilawah al-Quran (MTQ). Kalau Yang Berhormat Menteri masih ingat, telah timbul satu rungutan ibu bapa Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Marang, johannya mendapat hadiah yang mendapat tepukan gemuruh sebanyak RM10.
Saya bertanya kepada pegawai-pegawai kenapa ‘besar’ benar hadiah yang diberikan sampai RM10 ini? Maka, kata pegawai-pegawai ‘kami diberi peruntukan untuk RM1,000 mengendalikan majlis ini dan ianya tidak cukup pun untuk menampung makan dan minum’.
Kebetulan...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa satu minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kebetulan untuk majlis yang sama di peringkat negeri diadakan di Hulu Terengganu serentak dengan Program Festival Kenyir. Program yang diadakan oleh MTQ yang dikelolakan oleh guru yang melibatkan peruntukan RM10,000 dalam keadaan yang begitu daif yang melibatkan lebih daripada 1,000 peserta dan turut melibatkan dua hari tiga malam. Akan tetapi program di sebelahnya di laluan dan di tempat yang sama saya lihat dalam keadaan yang cukup meriah dengan adanya pancaran bunga api, jemputan penyanyi-penyanyi dari Kuala Lumpur, dan dengan adanya khemah-khemah yang beraneka warna yang saya fahamkan kalau tidak salah peruntukan hampir RM2 juta.
Akan tetapi, di peringkat Kementerian Pelajaran, di peringkat negeri peruntukannya hanya lebih kurang tidak sampai RM10,000. Inilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guru-guru sehingga program di peringkat daerah saya, saya dimaklumkan terpaksa bawa makanan sendiri dan guru tidak dapat apa-apa bayaran TNT dalam program-program yang sedemikian. Oleh itu Tuan Pengerusi, saya pohon kementerian melihat perkara ini supaya rasa kecewa dan tidak senang hati di kalangan guru-guru tidak berterusan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih.
Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri, saya ingin minta semualah termasuk Yang Berhormat Menteri sendiri.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Di bawah Peraturan Mesyuarat 67(9), perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan dalam Jawatankuasa hendaklah terhad kepada butir-butir yang terkandung dalam rang undang-undang diminta diperuntukkan belanja tambahan. Jadi, di sini menyebutkan hanya:
(i) mmolumen kakitangan awam di bawah Kementerian Pelajaran;
(ii) Rancangan Makanan Tambahan; dan
(iii) sekolah agama rakyat dan sekolah menengah agama rakyat.
Untuk memendekkan jawapan, minta Yang Berhormat Menteri, oleh kerana kita ada enam lagi kementerian selepas ini, jawab yang relevan, yang lain itu boleh berutus secara bersurat. Yang Berhormat, sila.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akur dengan keputusan Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 11 orang Ahli Parlimen yang telah berucap dan dua orang lagi yang mencelah.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Secara ringkasnya, ingin saya memberi sedikit gambaran perbelanjaan yang dibentangkan kali ini untuk Kementerian Pelajaran mencakupi tiga aspek. Pertama ialah dari segi pertambahan emolumen yang dipohon. Pertama adalah tujuan jawatan kumpulan, lebih dikenali sebagai jawatan pool, di mana mereka ini sebenarnya guru-guru yang jatuh sakit, yang mempunyai masalah terpaksa kita letakkan untuk mengisi jawatan kumpulan.
Oleh sebab itulah kita memerlukan peruntukan ini adalah di luar jangkaan dan jumlahnya agak besar daripada satu populasi yang hampir setengah juta guru di seluruh Malaysia.
Jumlah yang diperlukan ialah RM25.563 juta.
Kedua ialah aspek pemangkuan dan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma, bermaksud mereka yang bukan siswazah. Ini memberi implikasi kewangan RM377,795,830 dan pemangkuan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi yang siswazah secara hakiki ialah RM685.857 juta. Manakala pemangkuan dan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah secara time-based dan laluan cemerlang ialah sebanyak RM165.553 juta. Manakala kenaikan pangkat anggota kumpulan sokongan secara hakiki dan time- based, ini menelan belanja lebih kurang RM59.6 juta. Ini sekali gus memberi satu jumlah besar, RM1.314 bilion. Ini adalah aspek emolumen yang diminta oleh Kementerian Pelajaran.
Sementara itu, mengenai RMT. Saya rasa RMT ini sebenarnya kita perlukan pertambahan RMT disebabkan pada asalnya kita hanya mempunyai peruntukan yang agak terhad iaitu RM38 juta pada awal tahun untuk menampung seramai 57,000 murid dari sistem e-Kasih. Selepas itu kita telah mendengar banyak rungutan termasuklah wakil-wakil rakyat baik dari Barisan Nasional ataupun di sebelah pembangkang, yang mengatakan bahawa kalau sebelum ini mereka mendapat Rancangan Makanan Tambahan, ibu bapa mereka merayu kepada kementerian supaya dapat dipertimbangkan untuk pemberian rancangan makanan tambahan. Oleh sebab itulah terdapat pertambahan di mana jumlah keseluruhan yang sebenar ialah RM247,485,146 dan perbelanjaan ini untuk menampung pelajar seramai 691,768 murid. Jauh lebih besar daripada apa yang telah kita perkenalkan berdasarkan kepada sistem e-Kasih...
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Sementara itu, ingin saya nyatakan di sini kenapa peruntukan yang diperlukan hanya RM131 juta. Ini memandangkan peruntukan daripada penjimatan oleh Kementerian Pelajaran, kita ada RM78.48 juta. Maka, kita tidak perlu meminta kesemuanya dan hanya RM131 juta yang diminta untuk RMT ini.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi. Dalam jawapan yang diberikan oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan ada pertambahan murid. Jadi saya hendak tanya, baru-baru ini berlaku satu masalah dengan susu yang diimport dari Korea untuk diberikan kepada murid-murid setelah disuarakan oleh Pengerusi PIBG di Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang, Pendang. Kemudiannya pihak kementerian ataupun pihak timbalan pengarah telah memberhentikan. Beliau kata, beliau mengarahkan supaya susu itu diberhentikan disebabkan oleh masalah dengan label halal yang tidak disahkan oleh JAKIM. Jadi saya hendak tanya, apakah seterusnya ataupun apa akan dilakukan terhadap susu tersebut. Adakah susu itu akan dilupuskan dan ini membabitkan perbelanjaan yang disebutkan oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri? Kota Belud.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Okey.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana menambah peruntukan seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Akan tetapi persoalannya di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, peruntukan ditambah itu kita berterima kasih.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini satu keprihatinan yang perlu dipuji bagi pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian. Cuma yang menjadi perhitungan di sini ialah bukan dari segi jumlah. Itu saya tidak nafikan. Saya cuma ingin mempertikaikan sedikit tentang keberkesanan program ini.
Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, kita mempunyai – ini bukan laporan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini adalah laporan dalaman audit...
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, saya ada jawapan itu. Sekejap sebab baru masuk mukadimah tadi. Apa yang Yang Berhormat Pendang katakan tadi, sebenarnya Rancangan Makanan Tambahan tidak merangkumi Program Susu 1Malaysia. Itu adalah dua program yang berlainan. Akan tetapi secara ringkasnya ingin saya mengatakan apa juga dakwaan yang dibuat itu kita serahkan kepada Kementerian Kesihatan. Saya boleh maklumkan secara bertulis kepada Yang Berhormat, apakah hasil kajian tersebut. Kita memang mengambil berat, selagi ia tidak selamat, kita tidak akan berikan kepada pelajar dan kita akan memperbaiki sistem penghantaran susu itu. Saya balik kepada isu sebenarnya. Ini dari segi Rancangan Makanan Tambahan ini, bermaksud hampir 700,000 pelajar akan menikmati RMT.
Ketiga, dari segi peruntukan yang diminta RM95 juta. Ini bantuan kepada sekolah agama rakyat. Ini melibatkan jumlah di mana saya diminta untuk memberikan pecahan.
Sekolah agama rakyat, untuk sekolah menegah kita ada 198 dan sekolah rendah ialah sebanyak 62. Kalau kita lihat dari segi pecahan yang kita beri, kita memberi secara per kapita. Daripada jumlah RM95 juta ini, 30 peratus jumlah besarnya kita berikan sebagai sumbangan per kapita berdasarkan kepada pelajar itu dan yang mana di bawah peruntukan per kapita ini, kita mensyaratkan bahawa 70 peratus adalah elaun tambahan gaji guru. Ini bermaksud mereka dapat menikmati tambahan gaji lebih kurang RM300 hingga RM350.
Selebihnya digunakan untuk tujuan pengurusan. Ini di bawah peruntukan per kapita.
Seterusnya ialah kursus dari segi pedagogi, pentafsiran dan KSSR methodology.
Ini menelan belanja lebih kurang RM4.75 juta. Ini adalah untuk kita memastikan kualiti pelajar-pelajar yang dilahirkan oleh sekolah agama rakyat ini. Jadi, ini sekali gus menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat tentang bagaimana kita memantau kualiti itu...
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
[Bangun]
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Keempat ialah Pembaikan Kecil iaitu sebanyak RM57 juta. Ini juga menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bagan Serai tadi yang mengatakan sekolah-sekolahnya memerlukan peruntukan. Jumlah RM57 juta ini kita salurkan berdasarkan kepada kerja-kerja yang mendesak. Pembaikan struktur bangunan yang uzur, yang telah usang kita berikan keutamaan. Jadi sekiranya peruntukan ini dapat diberikan setiap tahun, maka apa yang diminta oleh Yang Berhormat boleh dipertimbangkan di bawah peruntukan pembaikan kecil sebanyak RM57 juta.
Terakhir sekali, kita juga memastikan perpustakaan mendapat bahan bacaan yang cukup di mana untuk tujuan ini kita ada RM4.75 juta. Keseluruhannya ialah RM95 juta kita salurkan kepada sekolah agama rakyat. Terima kasih.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mendapati bahawa bagi sekolah rendah agama rakyat ini ada dikategorikan sebagai swasta yang pendaftaran itu dengan pihak Jabatan Pelajaran di peringkat negeri dan juga pihak sekolah rendah agama swasta ini yang bukan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak kementerian.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Adakah bajet ini juga termasuk? Ini kerana mereka juga mengambil UPSR dan juga menggunakan kurikulum pendidikan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Adakah bajet ini juga termasuk dalam kategori yang diperuntukkan untuk sekolah rendah agama swasta? Terima kasih.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.
Sebenarnya dari segi pengoperasian sekolah agama rakyat kita tidak campur tangan.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Kita hanya mempertingkatkan dari segi pedagogi guru-guru tersebut, kualitinya dan kita tidak mengusik dari segi pengoperasian sekolah itu. Mengenai soalan Yang Berhormat tentang sekolah-sekolah tertentu yang mana ianya masuk atau tidak, saya boleh memberi senarai seperti mana Yang Berhormat minta mengikut negeri dan sekolah mana yang telah dimasukkan dan telah diberikan bantuan daripada senarai 260 buah sekolah.
Saya minta Yang Berhormat bagi pada saya untuk Parlimen mana yang Yang Berhormat hendak tahu dan kita boleh memberi penerangan dan kriterianya yang memang sudah cukup jelas.
Tuan Ahmad Kassim - Kuala Kedah
Seluruh Kedah, seluruh Kedah.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Seluruh Kedah ya, tidak ada masalah. Itu secara spesifik. Yang Berhormat Kalabakan membangkitkan isu tentang rancangan makanan tambahan di Sabah. Ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, sebenarnya rancangan makanan tambahan kita membelanjakan RM1.80 untuk pelajar-pelajar di Semenanjung dan RM2.05...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kalabakan Yang Berhormat.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Ya, Kalabakan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bila ini?
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Ini yang semalam. Malam semalam, pukul 8.53 malam.
Semalam ada bangkit.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Itu adalah kadar yang berbeza dengan Sabah dan ada disyorkan bahawa harga RM3.50. Sepatutnya kita tingkatkan harga itu kepada RM3.50 khususnya di kawasan luar bandar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya kita di peringkat Kementerian Pelajaran telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan di mana kita hendak mempertingkatkan dari segi kadar Rancangan Makanan Tambahan iaitu untuk Semenanjung kita naikkan kepada RM2.50 dan untuk Sabah kita tingkatkan kepada RM3.
Itu memang dalam tindakan kementerian dan telah diangkat kepada pihak Kementerian Kewangan. Saya berdoalah supaya Kementerian Kewangan kalau kemampuan kewangan mengizinkan, dapat mempertimbangkan permintaan daripada Kementerian Pelajaran memandangkan dari segi kos pengendalian ini sudah meningkat dan kadar ini patut diberi review mengikut pasaran semasa.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
[Bangun]
Datuk Ir. Wee Ka Siong
Yang Berhormat Kota Belud ada semasa dalam celahannya menyatakan bahawa dari segi nutrional valuenya tidak ada dan berdasarkan daripada laporan audit, Yang Berhormat Kota Belud telah membuat andaian bahawa makanan itu tidak berkhasiat. Memang benar. Dalam laporan itu telah ditulis dengan jelas dan sebab itulah Kementerian Pelajaran sekarang kita telah mengarahkan semua sekolah membentuk satu Jawatankuasa Pemantauan Rancangan Makanan Tambahan. Guru besar akan diberi tanggungjawab untuk mempengerusikan jawatankuasa ini yang mana tanggungjawab sepenuhnya kepada guru besar ini untuk memantau berdasarkan kepada 20 menu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran yang sama dengan Kementerian Kesihatan.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Minta penjelasan Yang Berhormat. Minta maaf Yang Berhormat Kota Belud. Sedikit sahaja. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada kementerian oleh kerana responsifnya kepada permintaan di akar umbi berkenaan dengan kos di Sabah dan Sarawak ini. Ini dialu-alukan.
Hanya saya ingin bertanya beberapa perkara kepada Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Pertamanya, saya dapati bahawa menu itu sama di seluruh negara. Kalau mahu ada epal, mesti ada epal. Kalau mahu ada ayam, mesti ada ayam. Akan tetapi kalau di kawasan pendalaman di Sabah, ada tempat-tempat sekolah ini bekalan ayam itu susah.
Jadi bagaimana diselaraskan? Contohnya di Long Pasia dan sebagainya. Jadi saya minta Kementerian Pelajaran kalau boleh fleksibel sedikit.
Yang keduanya pemantauan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa Jawatankuasa Pemantauan Rancangan Makanan Tambahan di sekolah ini dipengerusikan oleh guru besar. Saya minta maaf, bukan ada tuduhan tetapi kita dapat laporan bahawasanya kalau pemantauan itu di dalam sekolah itu sendiri, mungkin ada kemungkinan-kemungkinan conflict of interest. Kita dapat laporan bahawa yang diberi peluang untuk membekal itu adalah mempunyai kaitan dengan guru besar. Ada juga terjadi yang isterinya jadi pembekal. Jadi kita mohon kalau boleh, ada wakil daripada Pejabat Pelajaran itu sendiri walaupun bukan setiap masa tetapi dari masa ke semasa...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh sambung sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Ya.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya setuju dan saya ucapkan terima kasih kerana antara Timbalan Menteri yang bekerja kuat adalah Yang Berhormat sendiri. Datang ke Sabah dan Yang Berhormat Batu Pahat sekali. Cuma, saya setuju dengan Yang Berhormat Tuaran, masalah kita ialah dari segi pengurusan. Saya ingin bawa balik kepada masalah audit itu. Laporan Audit Negara pun menunjukkan ada kelemahan dalam RMT ini.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tuaran. Kalau orang yang diberi tugasan untuk memantau ini adalah guru besar, adalah mempunyai masalah. Ini kerana kita mesti ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang diberi ini adalah tunai, wang ringgit, cash daripada kementerian turun kepada Jabatan Pelajaran Negeri kepada PPD.
Saya ingin hendak bertanya satu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kementerian pernah membuat satu projek pilot ataupun projek perintis mengenai sistem kantung ini. Saya ingin bertanya tentang dapatan ini. Apakah ianya boleh dibuat ataupun tidak, dan kalau ada kebaikannya, apakah ianya akan dibuat di negeri Sabah dalam sekolah-sekolah yang tertentu seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi yang jauh dari kawasan bandar?
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua isu di sini.
Pertama dari segi pelaksanaan RMT untuk kawasan pedalaman. Kita mengakui bahawa dari segi pelaksanaan kalau kita bagi kepada kontraktor yang mana kalau pelajarnya tidak ramai, bermakna dari segi kosnya ia tidak efektif. Itu yang menyebabkan kita tidak ada cara lain selain menyerahkan kepada pihak sekolah. Kita bukan sewenang-wenangnya hendak serahkan kepada guru besar atau guru untuk memasak untuk pelajar-pelajar miskin ini. Kita tidak ada pilihan kerana kalau sekadar 12 orang dan setiap orang RM2, saya rasa dari segi pengendaliannya memang menjadi satu masalah dan kontraktor tidak masuk. Itu sebabnya kita beri kepada pihak sekolah. Itu yang pertama.
Kedua, saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa sekiranya berlaku isteri atau guru besar sendiri yang memasak untuk pelajar, bermaksud kalau kita minta guru besar untuk memantau, itu memang tidak kena. Saya mengambil maklum tentang perkara ini dan Yang Berhormat sendiri boleh bertindak sebagai mata kepada kementerian ini.
Sebenarnya, sekiranya berlakunya penindasan terhadap perkara ini, maka kita terima laporan ini, kita akan bertindak dan meminta Jemaah Nazir ini untuk turun membuat pemeriksaan. Itu yang boleh dilakukan. Kalau kita hendak menempatkan seorang pegawai daripada Jemaah Nazir untuk memantau, itu akan menjadi satu bebanan kepada kementerian juga. Akan tetapi saya minta dan merayu jasa baik wakil-wakil rakyat atau pemimpin masyarakat atau PIBG, sekiranya mendapati perkara ini berlaku di mana jawatankuasa ini tidak berfungsi, maka kita akan bertindak.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Sekejap, saya belum masuk lagi. Yang Berhormat Kota Belud mengatakan bahawa Rancangan Makanan Tambahan ini sepatutnya merangkumi mungkin dengan kaedah lain seperti dengan cara kantung. Saya rasa cadangan Yang Berhormat Kota Belud memang baik berpandukan kepada pengalaman Yang Berhormat Kota Belud sendiri dan saya juga tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Kota Belud.
Akan tetapi setelah kami berbincang di peringkat kementerian, satu perkara yang telah kita dapati ialah di Sarawak yang mana Jabatan Audit Negara juga dalam laporannya mengatakan bahawa makanan yang disediakan secara kantung ini sebenarnya tidak berkhasiat. Oleh sebab itu di Sarawak atas permintaan ramai, kita telah berhentikan. Ini kerana, soal pokoknya dari segi bekalan itu yang kita hantar itu sama ada secara masak ataupun secara kantung, saya rasa pemantauan terhadap kualiti makanan dan dari segi nutritional value itu patut kita pantau dengan baik...
Tuan Mohd Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Balik Pulau, ini my point. Sekejap ya, Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Okey.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kalau dia dibenarkan untuk membekalkan kepada sekolah di Sarawak itu, sudah tentu Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan telah memperakui nutritional valuenya sebelum dia dihantar kepada ini. Saya suspect Yang Berhormat Timbalan Menteri, bahawa ada masalah dari segi kebocoran dan sebagainya kantung itu. Akan tetapi idea ini perlu diberi satu tindakan yang serius sebab ia boleh menyelesaikan masalah 12 orang yang tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tadi. Kita bagi selective. Tak payah seluruh Sabah Sarawak tetapi selective school.
Minta maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sudah melihat dengan izin, there’s no way we can assure the nutritional value di kawasan sekolah. Be selective, tidak apa.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, lanjutan sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Perkara yang sama. Yang Berhormat Timbalan Menteri, mendengar penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan teman-teman itu, saya rasa isunya di sini adalah berkaitan dengan isu pendekatan, kerana pendekatan pendidikannya terlalu sentralisasi. Maksudnya daripada ke sini perkara itu kononnya diandaikan akan bagus di bawah.
Oleh sebab itu, pada pandangan saya perlu diperbetulkan dari segi pendekatan.
Mungkin apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud itu ada asasnya dan yang Menteri kata ada asasnya, tetapi bayangkan kalau pendekatan tata kelolanya ataupun governors nya dari segi kewangan, dari segi keputusan seperti yang dibuat di UK yang mana ada board of governors nya di peringkat sekolah itu sendiri. Mereka yang akan menentukan dan mencadangkan ke pusat dan bukan pusat ke bawah. Saya rasa mungkin boleh diambil jalan tengah supaya pandangan-pandangan yang baik di sini. Itu saya rasa.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ini hujah politik. Saya cuma spesifik untuk menjawab Yang Berhormat Kota Belud. Sebenarnya cadangan itu telah kita pertimbangkan dan laksanakan di Sarawak dan oleh kerana responsnya tidak baik dan kita juga dapati ianya satu masalah, kita telah memberhentikan konsep kantung ini di Sarawak mulai April tahun ini. Kalau Sabah ianya adalah lebih sesuai gunakan cara ini, kita boleh mempertimbangkan. Akan tetapi soal pokoknya ialah kalau Kementerian Kewangan sudah sediakan 20 menu dengan perincian tentang ingredient apa yang patut diletak, sukatan berapa, saya rasa itu juga sebagai satu panduan.
Sama juga kalau makanan dalam jenis kantung ini, ianya juga perlu berpandukan kepada sukatan tertentu. Baik untuk jenis kantung atau jenis menu yang disediakan ini, saya rasa pemantauan itu sangat penting. Kalau ada orang itu hendak menggunakan cara mudah hanya memberikan Maggi, saya rasa itu tidak bertepatan dengan kehendak kementerian. Kita boleh mengambil tindakan serta-merta. Ini termasuklah mereka yang menjadi pengerusi kepada pemantauan RMT ini kalau tidak berfungsi dengan baik kita akan ambil tindakan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya akan ambil maklum cadangan tersebut dan kita akan perincikan di peringkat kementerian.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Pengerusi, sedikit sahaja. Saya rasa saya agak terkilan dengan jawapan mengatakan pendekatan saya ini politik. Akan tetapi saya rasa Tuan Pengerusi pun ada di situ. Yang saya andaikan di situ ialah satu jawapan yang bukan sebegitu. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam saya bersetuju Yang Berhormat Timbalan Menteri bekerja kuat, tetapi itu bukan pendekatannya.
Itu untuk tujuan rekod. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab selepas ini, ya.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi persidangan waktu pagi akan ditangguhkan dahulu dan Majlis akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung jawapan.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Kubang Kerian membangkitkan keluhan dan juga rintihan yang telah dikeluarkan oleh seorang guru - Sinaran Lilin. Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu sebenarnya kita mengambil maklum. Ada beberapa perkara yang perlu kita perjelaskan di sini.
Pertamanya, Elaun Tetap Perumahan dan juga COLA. Sebenarnya agensi pusat atau JPA, mereka telah menetapkan mengikut gred kakitangan awam dah ianya merupakan satu keputusan yang dibuat berdasarkan kepada semua penjawat awam. Maka Kementerian Pelajaran juga tertakluk kepada surat pekeliling ini. Jadi saya rasa penyelarasan elaun tetap perumahan ini dibuat berdasarkan kepada pangkat dan ianya adalah satu dasar yang dipraktikkan oleh kerajaan.
Keduanya, Yang Berhormat Kubang Kerian ada sebut tentang insentif yang diberikan kepada guru sebanyak 5 peratus hingga 10 peratus. Saya jangkakan apa Yang Berhormat hendak bangkitkan adalah Bayaran Insentif Subjek PPSMI (BISP). Saya pun hairan Yang Berhormat dahulu lantang membantah PPSMI dan sekarang pula saya rasa yang 5 peratus atau 10 peratus ini khas untuk subjek PPSMI. Apa yang kita hendak bangkitkan di sini ialah ketika itu adalah bertujuan untuk memberikan kepada guru supaya dapat mereka mengukur dan menguasai bahasa Inggeris. Duit itu sebenarnya imbuhan untuk mereka mempertingkatkan proficiency dalam bahasa itu sendiri.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Apa Yang Berhormat bangkitkan tentang peluang kenaikan pangkat, memang kita sedang mengkaji. Nanti saya akan memerihalkan apa yang dilakukan oleh pihak kementerian ini.
Yang Berhormat juga membangkitkan tentang beban kerja guru. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran telah membentuk satu jawatankuasa untuk melihat beban atau tugas guru yang mana kita telah membuat rumusan dan 12 isu telah dikenal pasti serta 28 perakuan telah dibuat untuk dimajukan kepada pihak berkenaan untuk tindakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, 16 daripada perakuan itu telah dilaksanakan sepenuhnya. Bermaksud satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) sentiasa memantau supaya beban kerja guru itu dapat kita ringankan.
Yang Berhormat Kubang Kerian turut membangkitkan tentang makanan yang dijual dan juga Rancangan Makanan Tambahan untuk memastikan makanan yang dibekalkan tidak menggemukkan kanak-kanak. Jadi saya ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat, selain daripada apa yang telah saya terangkan kepada Yang Berhormat tadi, 20 menu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, satu perkara lagi yang baru iaitu garis panduan pengurusan kantin yang mana semalam satu lagi mesyuarat telah dibuat bersama dengan Kementerian Kesihatan untuk kita mengeluarkan garis panduan kepada pengusaha kantin.
Selepas ini makanan apa yang harus dititikberatkan. Jadi kita akan mempertimbangkan garis panduan ini. Kita hendak laksanakan di semua sekolah untuk memastikan masalah obesiti dalam kalangan pelajar itu dapat kita atasi. Sebagai contoh, kita akan memerihalkan setiap item itu. Berapakah kalori yang akan dilahirkan dan dihasilkan oleh makanan tersebut dan apakah aktiviti yang boleh membakar kalori tersebut.
Ini sebagai satu gambaran kepada pelajar supaya mereka lebih faham dengan penjagaan kesihatan diri.
Saya rasa soal SAR telah saya jawab yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian.
Yang Berhormat Simpang Renggam ada membangkitkan beberapa isu.
Pertamanya, pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Hari Guru pada tahun ini di mana kenaikan pangkat DG48 kepada DG52. Yang Berhormat mengatakan hanya peningkatan RM180 sahaja. Ingin saya menjelaskan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat membuat perhitungan berdasarkan tangga gaji yang paling tinggi untuk DG48.
Secara praktikalnya kalau kita lihat seseorang guru ataupun pengetua, kalau dinaikkan dari DG44 kepada DG48, secara lazimnya, kalau kita lihat pengetua sekarang, jawatannya DG48 bagi sekolah-sekolah biasa. Bagi sekolah yang mempunyai tingkatan enam atau mempunyai enrolment yang ramai 1750 mereka perlu mendapat Gred DG52. Bermaksud dalam soal ini apabila ada DG52 yang bersara, maka pengisian daripada jawatan DG48 akan dianjakkan ke DG52. Secara lazimnya tidaklah sampai DG48 – gaji mati bermaksud gaji yang tertinggi.
Yang Berhormat membuat secara akademik sahaja yang tangga gaji tertinggi.
Oleh sebab itu nampak beza kurang hanya RM180 tetapi pada hakikinya perbezaan itu kalau kita lihat ianya dalam lingkungan hampir sampai RM1,000 kebanyakannya dalam kebanyakan kes. Jadi perbandingan itu mungkin hanya berpandu kepada tangga gaji yang tertinggi dan sebab itulah kita nampak angka RM180 itu. Satu perkara lagi Yang Berhormat ada menyebut tentang pengumuman itu hanya menguntungkan pengetua dan guru besar.
Itu tidak benar kerana semasa Hari Guru, pengumuman itu dibuat ialah salah satu kandungan dalam klip video tersebut ialah kepada guru-guru yang sedang berkhidmat, guru siswazah, mereka tidak secara time base boleh sampai DG48 dan sekarang ianya boleh dianjak kepada DG52 dan yang lebih tinggi. Ini menunjukkan bahawa apabila guru ini bersara secara time base pun tangga gaji itu akan naik. Gaji sebelum pencen yang diterima itu mungkin 50 peratus atau 60 peratus daripada jumlah gaji itu dan akan dijadikan pencen kemudian kelak.
Jadi dari anjakan gaji itu kita nampak begitu signifikan sekali. Saya rasa itu juga satu persepsi yang perlu kita betulkan dan memang benar apabila pengumuman itu dibuat banyak rayuan yang kami terima daripada warga pendidik bukan siswazah (PPPLD).
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Perkara ini sedang dipantau oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran. Kalau Ahli Yang Berhormat perhatikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran selepas Hari Guru ialah supaya perkara-perkara soal kebajikan, elaun dan gaji untuk PPPLD sedang diberi pertimbangan. Ini kerana selama ini Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran dan Yang Berhormat Timbalan Menteri sentiasa berbincang dengan pihak kesatuan dan aspek-aspek ini termasuklah kebajikan PPPLD itu diambil kira.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Oleh kerana perkara ini perlu dibuat perakuan kepada JPA dan keputusan perlu dibuat oleh pihak JPA, maka kita perlukan sedikit masa untuk kita memuktamadkan perkara ini. Surat khabar semalam juga menyiarkan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran telah mengumumkan bahawa daripada segi soal gaji atau elaun untuk guru-guru PPPLD ini, kita sedang membuat kajian dan kita telah mewujudkan satu makmal. Dalam tempoh seminggu ini kita akan lihat soal kebajikan guru PPPLD dan juga PPPS iaitu guru siswazah yang telah diumumkan. Bagaimana pelaksanaannya supaya kita dapat mengambil kira pandangan daripada semua stakeholders dan itu yang kita lakukan untuk PPPLD.
Yang Berhormat juga mengatakan bahawa untuk tawaran baru new deal, kononnya hanya pengetua atau guru besar mendapat ganjaran. Itu juga tidak benar. Ingin saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, di bawah tawaran baru new deal, guru besar atau pengetua, mereka akan menerima RM7,500 setiap orang, guru besar atau pengetua. Manakala semua guru dalam sekolah tersebut yang telah mencapai dan telah diiktiraf ataupun diberi ganjaran ini, 5 peratus daripada guru yang dianggap cemerlang mempunyai prestasi yang baik akan diberi RM1,800 seorang manakala selebihnya 95 peratus itu akan diberi RM900.
Pada waktu yang sama, kita juga memikirkan pembantu makmal, kerani-kerani di sekolah juga memberi sumbangan. Maka satu keputusan telah dibuat supaya mereka juga diberi ganjaran setiap orang RM500. Bermaksud semua warga sekolah itu menerima ganjaran atau insentif bayaran di bawah tawaran baru ini. Jadi saya rasa ini perlu kita jelaskan.
Yang Berhormat juga mencadangkan kita wujudkan skim gaji di mana kenaikan berperingkat. Ini yang dilakukan oleh kementerian selama ini tetapi memandangkan Kementerian Pelajaran ini kita mempunyai dua kategori iaitu PPPLD dengan PPPS, siswazah dan bukan siswazah, maka kita kena mencari satu kaedah supaya kedua-dua itu dapat dipelihara, dapat dijaga daripada segi kebajikannya. Kita juga tidak boleh mengabaikan mereka yang lepasan diploma. Mereka juga berhak dan juga menunggu- nunggu pengumuman daripada pihak kerajaan. Jadi saya rasa kita memang ada sistem tersebut. Kalau DGA29, DGA32, DGA34, DGA38, itu untuk lepasan diploma.
Seterusnya apa yang diumumkan oleh PM baru-baru ini, ianya merangkumi sampailah kita mengubah tangga gaji ataupun guru-guru boleh sampai ke DGA54. Itu adalah secara tanggalah, kenaikan itu mengikut pengalaman dan juga kecemerlangan dalam prestasi mereka.
Yang Berhormat Balik Pulau menyebut tentang secara halus memaklumkan kepada Dewan ini bahawa beliau yang sepatutnya diundang sebagai penceramah tidak diundang. Ingin saya mengatakan di sini bahawa pendirian kementerian ialah sesiapa sahaja pemimpin masyarakat yang diundang ke sekolah untuk tujuan memberi motivasi kepada pelajar, kita tidak ada halangan tetapi prosedur seperti biasa termasuk kami Timbalan Menteri pun pihak sekolah kena memaklumkan kepada pihak jabatan dan PPD.
Ini adalah proses biasa dan surat pekeliling telah dikeluarkan iaitu Surat Pekeliling 1/2008 patut dipatuhi. Jadi saya rasa itu bukan satu isu.
Keduanya, Yang Berhormat juga sebut nampaknya guru besar yang hendak mengundang Yang Berhormat itu telah diberi show cause letter. Saya tidak tahu apa yang menjadi isu dalam soal ini tetapi yang penting ialah semua prosedur kementerian perlu dipatuhi. Kalaulah kita bagi surat tunjuk sebab dan guru ini tidak bersalah ataupun mematuhi prosedur, saya rasa memang kita tidak akan mengambil tindakan atau menindas guru ini. Saya bagi jaminan tidak akan berlaku macam itu ya.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Jadi, Yang Berhormat juga membangkitkan tentang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor iaitu sebuah SABK (sekolah agama bantuan kerajaan).
Ingin saya mengatakan bahawa keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong ke sekolah tersebut, saya rasa pihak sekolah telah mengundang. Mungkin pihak- pihak tertentu termasuk Menteri yang berkenaan telah dipelawa ataupun telah dijemput untuk menghadiri dan menyaksikan majlis tersebut.
Seperti di kawasan saya juga, di mana-mana, di Batu Pahat atau Johor, tidak semestinya setiap sekolah menjemput saya atau rakan sejawatan saya dari Batu Pahat untuk hadir. Jadi kami pun tak rasa kecil hati tetapi sebagai rakyat yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, saya cadangkan Yang Berhormat turut hadir menunjukkan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya rasa saya bagi jaminan tidak ada penganjur yang akan menghalau Yang Berhormat dan kita juga mengalu-alukan kehadiran kerana sekolah agama bantuan kerajaan adalah untuk pelajar-pelajar dan warga sekolah yang telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.
Yang Berhormat Limbang menyebut tentang pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri iaitu GSTT akan diserap, 13,000 orang GSTT akan diserap ke dalam kementerian kita dan diberi latihan untuk menjadi guru yang dikatakan guru terlatih. Jadi saya rasa ingin saya mengulangi pendirian kementerian, apa juga keputusan yang telah diumumkan atau dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, itu adalah kata dasar. Bermaksud ianya adalah satu dasar yang diumumkan oleh Menteri. Bermaksud pegawai-pegawai, kakitangan awam di bawah Kementerian Pelajaran wajib melaksanakan atau mematuhi arahan tersebut dan daripada segi pelaksanaan ianya kena berpandukan kepada pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran.
Dalam soal ini, ingin saya menyatakan di sini daripada segi GSTT yang telah diserap masuk setakat ini yang diterima balik ialah 4,127 orang dan ada sebahagian lagi yang perlu kita masukkan ialah 3,793 orang. Itu sedang diusahakan. Oleh kerana kementerian ini tertakluk kepada beberapa kekangan daripada segi pelaksanaan iaitu kita kena wujudkan jawatan untuk tujuan pembayaran gaji. Maka saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini di mana kementerian kita telah mengadakan perbincangan dengan JPA dan juga KSN untuk kita memuktamadkan perkara ini. Dari segi latihan ini akan dikendalikan pada November hujung tahun ini dan saya yakin perkara yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat akan dipatuhi sepenuhnya daripada segi pelaksanaan dan saya tak jangkakan itu menjadi satu masalah.
Untuk kes Sabah seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, ingin saya mengatakan bahawa 578 orang ini sebahagiannya telah diserap masuk untuk dilantik semula sebagai GSTT dan proses ini sedang berjalan dan saya rasa kita telah memberi arahan kepada pihak jabatan dan juga pegawai kementerian supaya kita mempercepatkan proses ini. Apabila mereka layak seperti mana kriteria yang telah diumumkan oleh pihak kementerian sebelum ini, maka mereka akan diberi keutamaan untuk mengikuti kursus terlebih dahulu. Jadi saya rasa proses ini saya rasa tiga hari yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran sekali lagi mengatakan mereka tetap akan diserap dan kita akan buat secara berperingkat untuk memberi latihan kepada guru tidak terlatih ini menjadi guru terlatih.
Yang Berhormat Limbang juga menyebut tentang guru agama yang kurang di negeri Sarawak dan saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat termasuk juga di Limbang kurang 18 orang guru agama. Baru-baru ini pada 20 Jun, satu mesyuarat telah diadakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam di Putrajaya dan salah satu topik yang dibincangkan ialah untuk kita mencari penyelesaian tentang kekurangan guru agama di Sarawak. Saya rasa kita telah mengenal pasti beberapa kaedah termasuklah kita akan memberi keutamaan untuk mengisi kekosongan guru agama apabila IPG mengeluarkan graduan yang telah menamatkan pengajian mereka di IPGM. Jadi inilah antara tindakan yang telah diambil.
Yang Berhormat Bagan Serai membangkitkan soal sekolah agama. Kedua-dua telah saya jawab semasa mukadimah tadi.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat Kinabatangan tadi selain daripada menyatakan tentang masalah GSTT, satu lagi perkara Yang Berhormat bangkitkan ialah pegawai ingkar perintah Yang Amat Berhormat Menteri. Saya minta Yang Berhormat supaya berikan nama, di mana dan bagaimana ianya berlaku supaya kita boleh mengambil tindakan tegas.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Saya rasa sudah menjadi dasar kita, apa yang diumumkan oleh Menteri mestilah dipatuhi oleh pegawai di peringkat JPN atau PPD dan juga sekolah. Tidak ada seorang pun yang boleh melawan ataupun tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Jadi, saya rasa saya mohonlah supaya spesifik kepada saya tentang masalah ini...
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Ya.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyentuh sedikit perkara tentang pentadbiran sekolah. Baru-baru ini di kawasan saya, kerajaan telah pun memberikan peruntukan untuk komputer 1Malaysia dan ia diselaraskan oleh sekolah-sekolah. Saya menghadapi banyak tekanan pada ketika ini kerana penyelarasan untuk pembahagian ini dibuat oleh pihak sekolah. Akan tetapi apabila ada masalah mereka-mereka yang tidak menerima, guru-guru akan menyatakan kepada ibu bapa berjumpa dengan wakil rakyat, dapatkan borang supaya wakil rakyat dapatkan yang baru.
Pembahagian komputer ini adalah berdasarkan kepada pertamanya, murid cemerlang, keduanya murid yang tidak ada masalah disiplin dan ketiganya murid yang ibu bapanya berpendapatan bawah daripada RM3,000. Akan tetapi ada rungutan mereka- mereka yang kaya pun dapat. Apa yang saya hendak sebut kepada Menteri seharusnya pentadbiran sekolah ini lebih berhati-hati. Janganlah hendaknya memulangkan balik kepada wakil rakyat bahkan kita tidak tahu menahu tentang pembahagian ini. Terima kasih.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh tambah sedikit Yang Berhormat sehubungan dengan ini? Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini tentang sistem maklumat murid.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Jasin, ini berlaku juga di tempat-tempat lain di mana wakil rakyat telah dikatakan yang bawa nama-nama pemohon, sebenarnya SMM. Akan tetapi soalan saya yang pertama, sejauh mana tepatnya Sistem Maklumat Murid (SMM) ini, sejauh mana ketepatannya? Keduanya, ialah bagaimana proses pengumpulan maklumat ini Yang Berhormat Menteri? Ketiga, berapa kali ianya di update ataupun diperkemaskan dalam satu tahun? Tiga soalan saya minta.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, Tuan Pengerusi tentang kejituan SMM ini, oleh kerana pihak sekolah tidak mempunyai lunas undang-undang untuk memaksa semua guru, semua ibu bapa mengemukakan Borang ‘J’, Borang ‘B’ dan sebagainya. Ini kerana apabila ada sekolah yang minta maka jadi isu, dia kata ini adalah perkara-perkara yang sulit maka kebanyakan ibu bapa tidak akan bagi pada kita. Jadi, sebab itulah disebabkan ada kekangan ini, kita minta supaya pihak ibu bapa yang membuat pengisytiharan berapakah gaji yang dikeluarkan dan juga slip gaji. Tidak sampai bukti untuk mereka membayar tax, berapa yang dibayar itu, mungkin sesuatu yang sangat sensitif.
Pernah dibangkitkan oleh Yang Berhormat di sebelah sana juga.
Jadi, saya rasa itu menjadi satu kekangan pada kita, dari segi mendapatkan data yang paling jitu. Keduanya ialah kementerian kita, kebanyakannya kita berpandukan kepada maklumat yang kami terima seperti berapa jumlah anaknya yang bersekolah di sekolah sini. Apakah pekerjaan ibu atau bapa? Kalau adalah seorang guru maka tidak jadi masalah kita boleh semak kerana dalam sistem pangkalan kita ada tangga gaji ke berapa.
Itu memang tidak boleh lari. Disebabkan itulah kita terpaksa gunakan apa yang ada dalam SMM dan kita mengemaskinikan maklumat itu apabila ada perubahan. Sepatutnya kita kena lakukan secara tahunan.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Jadi, saya rasa semasa mereka masuk ke sekolah itu kita dapatkan maklumat.
Sekiranya ada perubahan pihak sekolah perlu membuat update dalam sistem kita. Itu adalah sistem yang telah diwujudkan oleh kementerian.
Yang Berhormat Jasin membangkitkan tentang komputer yang diberikan di kementerian lain, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada pihak sekolah untuk kita hendak bagi kepada pelajar-pelajar. Bagi kita yang lebih mudah ialah semua dapat. Oleh kerana kita hanya diberi jumlah yang terhad maka kriteria yang ditetapkan itu perlu kita patuhi, termasuklah dari segi gaji yang keluarga pelajar tersebut tidak melebihi RM3,000. Dari segi tidak ada perilaku pelajar itu, saya rasa inilah kriteria untuk pemilihan kita. Jadi, saya rasa salah satu masalah kita ialah kita berhadapan dengan situasi ibu bapa pun minta sekolah bagi lebih. Akan tetapi kuasa tidak pada kita untuk kita hendak tambah dan terpaksa kita buat pemilihan secara macam itu.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Menteri sebelum...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta sedikit Yang Berhormat?
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang mana? Yang Berhormat Jasin?
Sebelum ini Yang Berhormat Menteri, kita pun kerajaan ada memberikan banyak bantuan melalui sekolah. Akan tetapi selalunya sekolah-sekolah mengadakan satu kerjasama yang erat dengan pemimpin-pemimpin peringkat kampung misalan JKKK yang lebih mengetahui tentang latar belakang ibu bapa. Kalau kita harapkan daripada maklumat yang dibekalkan, mungkin ada ibu bapa yang tidak melaporkan perkara sebenar. Kalau saya dapat RM10,000 pun saya kata saya dapat RM1,000. Macam mana kita hendak tahu? Akan tetapi yang lebih mengetahui adalah pemimpin-pemimpin peringkat kampung. Apa yang saya hendak sebut di sini janganlah hendaknya masalah yang dihadapi oleh guru-guru apabila tidak cukup pembahagian, dia kata jumpa wakil rakyat, wakil rakyat ada borang. Sedangkan kita tidak tahu menahu benda ini. Terima kasih.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang kita minta wakil rakyat yang membuat pengesahan itu akan saya..., kita minta pegawai dan beritahu kepada pihak sekolah, jangan menyusahkan wakil rakyat. Ini kerana wakil rakyat kalau dia tidak bantu serba salah, kalau dia bantu dan dia tahu orang ini dari golongan yang berada, jadi masalah kepada wakil rakyat. Kita faham tetapi dalam soal ini pembahagian itu sebenarnya kita kena berpandukan kepada kriteria dan juga jumlah terhad. Kita tidak ada pilihan. Oleh sebab itulah Yang Berhormat kata minta ketua kampung itu sahkan. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, sebelum tahun 2007 kebanyakan ketua kampung sahkan gaji ibu bapa RM700. Akan tetapi itu tidak menggambarkan realiti sebenar. Oleh kerana semata-mata hendak dapat buku teks sebelum tahun 2007, jadi itu juga ada masalah.
Kalau tidak tandatangan salah, dipersalahkan. Kalau dia tandatangan, dia tahu itu satu perkara yang tidak betul. Jadi, saya rasa ini juga jadi masalah kepada wakil-wakil rakyat termasuk juga ketua kampung. Saya rasa kita kena gunakan cara terbaik untuk mendapatkan maklumat pelajar dan kita juga mohon kerjasama daripada ibu bapa supaya mereka ini memberi satu maklumat yang tepat. Sekiranya mereka tidak layak dan membuat pengisytiharan palsu kita boleh ambil tindakan terus, kita tidak memberi apa juga bantuan kepada anak-anak mereka.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri memang jelas. Cuma kebanyakan guru-guru GSTT ini mereka tidak mendapat maklumat secara direct.
Kebanyakannya melalui surat khabar dan sebagainya. Bolehkah pihak kementerian mengeluarkan satu notis maklumkan kepada mereka yang terlibat bahawa permasalahan mereka ini akan diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian.
Kedua, tadi saya juga ada membangkitkan bagaimana pentadbiran di peringkat daerah itu boleh memastikan bahawa guru-guru di peringkat akar umbi ini dapat dipantau.
Contohnya permasalahan mereka, guru-guru yang tidak berkhidmat dengan baik. Kadang- kadang datang, kadang-kadang tidak tetapi tidak ada laporan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau dia seorang pegawai-pegawai yang dedikasi, saya rasa perkara ini dapat dielak. Macam saya wakil rakyat di Kinabatangan, saya tahu siapa ketua-ketua di kawasan saya. Saya tahu apa dia buat tetapi ini di luar pemantauan kita, kita mendapat feedback daripada rakyat. Ini yang berlaku.
Jadi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian berhubung dengan perkara-perkara yang sebegini? Terakhir, saya mahu minta kementerian kalau boleh memberikan saya satu iaitu sekurang-kurangnya keyakinan bahawa di Kinabatangan juga akan disenaraikan sekolah menengah agama dalam Malaysia Second Rolling Plan ini.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, saya baru hendak masuk yang itu.
Yang Berhormat bertanya tentang GSTT. Selepas kita mengadakan perbincangan dengan KSN dan JPA maka kita akan sampaikan maklumat kepada JPN dan PPD untuk disampaikan pada mereka yang berkenaan. Jadi, kita kena muktamadkan perkara ini barulah kita sampaikan supaya maklumat yang kita sampaikan itu tepat. Kedua, Yang Berhormat mengatakan bahawa ada guru yang ponteng tidak masuk kelas. Ingin saya mengulangi di sini bahawa kod etika kerja guru-guru perlu dipatuhi sepenuhnya.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Kalau mereka tidak masuk kelas ataupun tidak menjalankan tugas dengan baik, itu merupakan tanggungjawab guru besar ataupun pengetua untuk memastikan mereka menjalankan tugas. Sekiranya seseorang guru itu tidak hadir beberapa hari tanpa dilaporkan kepada PPD dan JPN, pengetua atau guru besar ini boleh diambil tindakan.
Jadi, saya rasa Yang Berhormat boleh bagi secara spesifik kepada saya...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masalahnya dia pakat dengan guru besar dia. Guru besar tidak hadir dua hari, guru lain ganti dia diam-diam. Dia rolling, dia roll.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Ya, oleh sebab itulah saya mohon jasa baik Yang Berhormat, bagi sekolah mana, siapa dia dan saya yakin pengetua dan cikgu ini tidak bersubahat dengan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat memang seorang yang memang lantang, jadi dengan adanya maklumat yang spesifik ini kita boleh menghantar pasukan penyiasat terus. Bersabit kesalahan, kita boleh ambil tindakan terus terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Itu jaminan daripada kementerian.
Yang Berhormat mengatakan bahawa sekolah menengah agama. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, sekolah agama yang sedia ada ialah di Semporna dan telah beroperasi dan kita membina satu lagi di Keningau. Dijangka beroperasi pada tahun 2013, siaplah. Cadangan Yang Berhormat kita akan angkat balik ke kementerian. Kita majukan kepada pihak Yang Berhormat menteri untuk pertimbangan dan saya mendoakan supaya kemampuan kewangan dapat kita selesaikan masalah itu dan kita doa sahajalah kalau dapat sumber kewangan daripada pihak berkenaan.
Yang Berhormat Bukit Mertajam menyebut tentang guru-guru yang bersalin dan kesusahan untuk kita mendapat guru ganti. Saya ingin terangkan kepada Yang Berhormat apa sebenarnya yang berlaku. Setelah pengumuman dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Parlimen ini iaitu cuti bersalin untuk kakitangan awam atau guru-guru telah dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari. Oleh sebab peruntukan yang diturunkan oleh Kementerian Kewangan masih sama dari segi kuantumnya dengan tahun yang lalu, kita berhadapan dengan satu situasi iaitu kalau dahulunya kita boleh ambil 10,000 guru ganti, tahun ini kita mungkin boleh ambil sejumlah 6,000 sahaja. Ini kerana dari segi kalau jumlah hari dahulu ialah 60 hari, sekarang kita kena tingkatkan kepada 90 hari.
Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, apa yang sedang kita ambil tindakan ialah kita minta Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk membawa perkara ini kepada pihak Kementerian Kewangan. Oleh kerana ini melibatkan dasar baru yang mana kita memberi kelonggaran untuk cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari, sebab itulah PPD, JPN bagi semua sekolah menghadapi masalah yang sama.
Saya berharap permohonan ini dapat diberi pertimbangan sewajarnya kerana ialah sesuatu yang sangat diperlukan dan disebabkan itulah kita secara dalam awal tahun ini menghadapi masalah untuk PPD hendak menggenapkan jumlah yang tidak cukup ini.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Kita tidak boleh menampung sepenuhnya kerana kita kena menguruskannya dengan baik. Jadi, tindakan telah diambil oleh kementerian untuk kita hendak tambah dari segi peruntukan untuk mendapatkan guru ganti. Ini yang sedang diambil.
Dua isu Yang Berhormat bawa itu oleh sebab saya terpaksa akur dengan kelulusan Tuan Pengerusi, dan saya boleh maklumkan kepada Yang Berhormat, permohonan-permohonan dua sekolah itu telah dimajukan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan akan dimaklumkan kepada Yang Berhormat tentang keputusannya. Ini tidak termasuk dalam butiran. Yang Berhormat Sekijang...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bangun]
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Tentang guru ganti?
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Saya harap perkara ini dapat diselesaikan kerana kita sudah meminta wang untuk tambahan. Adakah wang tambahan ini digunakan untuk tujuan ini juga. Keduanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk bertanya iaitu untuk guru wanita yang baru bersalin anaknya tetapi suaminya berkhidmat dengan kerajaan di tempat yang lain. Ini bermaksud, suami dan isteri duduk di bandar yang berlainan iaitu seorang di Cameron Highlands, seorang berkhidmat di Hospital Pulau Pinang. Jadi, untuk keluarga seperti ini bolehkah saya pohon supaya kementerian mengurus dengan lebih teliti agar satu keluarga boleh duduk bersama-sama sekurang-kurangnya di dalam satu bandar ataupun di dalam satu negeri dan bukan di dua buah negeri. Terima kasih.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang guru ganti, memang kita ambil tindakan. Itu saya sudah jawab. Keduanya, tentang pertukaran guru.
Ada dua kali sebenarnya iaitu pada bulan Jun dan juga bulan Disember. Saya mengesyorkan kepada Yang Berhormat, bagi kes-kes begini kita boleh majukan melalui e- Tukar.
Yang Berhormat, sebenarnya setiap tahun pada bulan Disember kita memberikan kelulusan yang lebih banyak. Bagi bulan Jun ini kepada kes-kes secara kritikal. Mungkin disebabkan kesihatan dan sebagainya kita bantu. Untuk hujung tahun, kita memang membenarkan. Akan tetapi permintaan atau permohonan lebih daripada 10,000.
Permohonan yang mungkin kita boleh luluskan mungkin sejumlah 4,000 lebih atau 5,000 permohonan. Jadi, tidak mungkin kita bagi hundred percent, 100 peratus. Akan tetapi kita cuba sedaya upaya. Sebagai contoh, kalau guru itu memanglah guru untuk subjek kritikal.
Kalau kita gantikan, kita hendak tukarkan seseorang itu daripada Semporna sebagai misalan, kita kena pastikan guru yang sama opsyennya kita hantar ke Semporna.
Kalau tidak, kita akan mewujudkan satu masalah lagi di Semporna dan sebelum kita membuat sebarang pertukaran itu akan perlu dikendalikan dengan baik, sebagai contoh.
Saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat, kita cuba sedaya upaya. Akan tetapi percayalah Yang Berhormat, kebanyakan pelatih IPG atau mereka yang baru tamat daripada universiti, mereka mendaftar perkahwinan mereka dahulu. Ini sebagai cara atau kadangkala hendak mengelak dari dihantar ke Sabah dan Sarawak. Jadi, saya rasa itu juga satu perkara yang kita kena lihat dan kita akan memproses permohonan sebegini berdasarkan merit case setiap satu. Kita ambil maklum tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Sekijang, ada mengatakan bahawa peluang lebih besar kepada pegawai PPD dan JPN untuk naik pangkat.
Saya rasa ini mungkin tidak benar Yang Berhormat. Saya ingin memberi gambaran kepada Yang Berhormat, pengumuman kali ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kebanyakan kakitangan JPN, KPM, PPD merayu kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana kita dapati lebih banyak peluang di sekolah.
Oleh sebab itulah kebanyakan PPD kalau ditarik masuk berkhidmat di PPD, dia rasa akan rugi. Akan tetapi disebabkan oleh keperluan perkhidmatan tersebut, kita terpaksa mendapatkan khidmat seseorang itu untuk duduk di sana. Ini kerana kalau PPD grednya DG52, kalau jadi pengetua kebanyakannya DG54. Kalaulah dia adalah seorang pengetua di sekolah yang besar. Jadi, saya rasa ini yang menyebabkan peluang untuk mereka naik pangkat itu berbanding dengan sekolah mungkin kurang sedikit. Ini kerana jumlah yang lebih besar atau kekosongan pengetua di luar. Ini saya rasa tidak benarlah yang mengatakan hanya di pejabat sahaja diberi advantage ini.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Jadi, seperkara lagi Yang Berhormat Padang Serai ada sebut tentang ada guru yang mencari kerja sambilan termasuk menjual insurans dan MLM. Saya ingin mengatakan bahawa prosedur sekarang ialah guru-guru boleh memohon mencari kerja sambilan dan mereka mesti mendapat kelulusan daripada ketua jabatan. Ada syarat-syarat yang jelas dan perlu dipatuhi oleh semua.
Sebagai contoh, guru mengajar tuisyen. Berapa jam yang boleh mengajar dan satu, soal pokok yang perlu dipatuhi ialah tidak boleh menjejaskan prestasinya di sekolah dan kedua, tidak mengganggu-gugat proses P&P. Itu adalah dua dasar yang perlu kita guna pakai. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, sebenarnya kalau seseorang guru tidak dapat kelulusan daripada ketua jabatan, ia merupakan satu kesalahan dan guru tersebut boleh diambil tindakan. Yang Berhormat juga bertanya tentang sekolah bantuan modal dan oleh sebab...
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Yang Berhormat, minta celah.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat baru masuk..., tentang apa itu?
Tuan Lim Lip Eng - Segambut
Ya, ya, satu minit. Ya, saya hendak tanya bolehkah wakil rakyat daripada pembangkang diberi keizinan melawat sekolah kerajaan?
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, saya telah jawab 10 minit yang lalu.
Boleh baca Hansard jawapan saya. Jadi, tentang Yang Berhormat Padang Serai sebut sekolah bantuan modal patut dihapuskan. Oleh sebab tidak ada dalam butiran, saya ingin memaklumkan Yang Berhormat, mungkin maksud Yang Berhormat ialah hendak dapatkan peruntukan yang lebih kepada sekolah-sekolah. Saya rasa memang dalam Bajet 2011 itu ada penambahan dari segi bajet kepada semua jenis sekolah bantuan kerajaan.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Jadi soal Interlok, Yang Berhormat mengesyorkan supaya ditarik balik. Saya rasa ini satu perkara yang telah lama dibincangkan di sini. Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran yang menyatakan pendirian kementerian kita menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Panel untuk menilai buku-buku dan membuat pindaan terhadap Interlok. Keputusan terbaru ialah kita memikirkan tentang beban kerja guru dan kasihan juga mereka menampal dari segi pindaan yang dibuat. Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengumumkan bahawa kita akan mencetak semula buku Interlok ini untuk diedarkan kepada sekolah-sekolah berkenaan.
Satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang seorang guru yang memberi satu khidmat cemerlang kepada projek-projek di sekolah sampailah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Ingin saya mengatakan bahawa Cikgu Ranuga ini diberi cuti bergaji untuk melanjutkan pelajaran ke PhD. disebabkan sumbangan beliau dalam membantu pelajar-pelajar mendapat anugerah di peringkat antarabangsa. Jadi saya rasa inilah salah satu pengiktirafan yang diberi kepada guru yang cemerlang.
Terakhir sekali, Yang Berhormat Hulu Selangor ada membangkitkan tentang beberapa perkara. Berapa lamakah pelatih-pelatih IPG yang menamatkan pengajian itu dapat mengisi jawatan guru di sekolah. Jawapannya ialah serta-merta. Ini kerana IPG adalah di bawah Kementerian Pelajaran dan ianya tidak menjadi masalah. Akan tetapi, bagi tahun ini mungkin ada sedikit masalah bukan pada Kementerian Pelajaran yang mana cohort 1 PISMP mereka ini sebenarnya menunggu 35 harilah selepas sekolah itu dibuka semata-mata kerana kita kena menunggu MQA memberi kelulusan kepada semua kursus yang dikendalikan iaitu PISMP. Jadi mereka berkhidmat pada 7 Februari tahun ini. Jadi itu cuma kali ini. Tahun depan ianya tidak akan berlaku kerana telah mendapat pengiktirafan daripada MQA.
Yang Berhormat menyebut juga masalah dari segi guru-guru yang berpangkat DG ini mereka merasakan pegawai PTD ini masuk ke kementerian mungkin ia menjadi satu masalah untuk mereka membuat perbandingan. Saya ingin menyatakan bahawa kementerian sentiasa peka tentang tuntutan yang dikemukakan oleh pihak DG ini atau guru-gurulah warga pendidik ini. Jadi saya rasa kita telah mewujudkan banyak laluan kerjaya termasuk guru cemerlang untuk jawatan secara hakiki dan juga kita lihat Tingkatan 6.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Kalau dahulunya guru biasa, sekarang 48 dan 52 dan kesemuanya adalah untuk menjaga kebajikan guru terutamanya warga pendidik yang berpengalaman. Jadi saya rasa ini serba sedikit dapat kita membuangkan...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
[Bangun]
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Sangkaan tersebut dan saya juga ingin beri jaminan kepada Yang Berhormat bahawa kementerian sedang kita merintis. Sekarang kita tengah buat satu simulasi di makmal bagaimana kita hendak memperbaiki kebajikan warga pendidik ini. Jadi saya rasa ini adalah aspek yang diberi penekanan.
Jadi saya rasa ini adalah – Yang Berhormat juga bertanya tentang guru cemerlang. Saya maklumkan kepada Yang Berhormat, kekosongan guru cemerlang yang belum diisi. Untuk sekolah rendah, PPLD iaitu lepasan diploma bukan siswazah DGA38 sebanyak 132 kekosongan, DGA34 - 50 kekosongan, DGA32 - 40 kekosongan dan jumlahnya ialah 222 kekosongan untuk guru cemerlang di peringkat PPLD.
Manakala kuota guru cemerlang PPS iaitu siswazah sehingga 31 Mei 2011 ialah untuk sekolah menengah DG44 seramai 582 orang, DG48 - 43 orang, DG52 - 45 orang, DG54 – 7 orang, JUSA ‘C’ - 12 orang. Untuk sekolah rendah pula DG44 - 1,416 orang dan DG48 ialah 32 orang.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Nampaknya, kekosongan ini masih ada dan perlu kita mencari satu kaedah dan baru-baru ini Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan Jemaah Nazir sedang memikirkan cara untuk mempercepatkan proses pengisian jawatan yang dikosongkan selama ini.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
[Bangun]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, terima kasih. Yang Berhormat memberikan satu penjelasan yang agak terperinci tentang guru cemerlang tadi. Sama ada sedar atau tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa apabila disebut nama pengetua cemerlang, guru cemerlang, guru besar cemerlang ia secara langsung telah menimbulkan rasa inferior kepada guru-guru yang tidak diiktiraf sebagai guru cemerlang. Maka apabila kita pergi, “Saya guru tidak cemerlang, saya pengetua tidak cemerlang.” Jadi ini mungkin akan menimbulkan suasana yang kurang sihat di bawah sana.
Akan tetapi, apa pun saya percaya kecemerlangan itu bergantung bukan kepada namanya tetapi kepada produk dan perkhidmatan yang disediakan, kepada sistem yang sedia ada, kepada keseluruhan sekolah tersebut dan sebagainya.
Jadi Yang Berhormat, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat apakah kementerian sedar dan akan mengambil reaksi kementerian kepada masalah ini dan mengambil tindakan supaya tidak wujud suasana yang kurang sihat. Sebelum itu, Yang Berhormat kebetulan ramai anak murid dan guru-guru ada yang guru cemerlang dan ada juga yang tidak cemerlang hadir. Akan tetapi, kita ucapkan terima kasih terutamanya kepada guru-guru dan anak-anak kita daripada Sekolah Menengah Presint 16(1), Putrajaya.
Silakan, selamat datang ke Dewan Rakyat pada hari ini.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
[Bangun]
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya rasa kita tidak menggelarkan guru kita tidak cemerlang. Cuma ada guru cemerlang disebabkan prestasi yang cemerlang. Yang guru biasa ini sebenarnya mereka akan cemerlang, ya. Kita tidak boleh kata mereka ini guru tidak cemerlang. Ianya bukanlah satu perkara yang baik kalau kita sebut macam itu. Untuk makluman Yang Berhormat...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi Yang Berhormat Tangga Batu tidak cemerlanglah.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang terkini...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Tangga Batu tidak cemerlang, Yang Berhormat Tangga Batu tidak cemerlang.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang sebelah sini semua cemerlanglah.
Seorang Ahli
[Ketawa]
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, tentang guru cemerlang ini sebenarnya yang terkini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ada empat jenis atau empat kategori guru iaitu guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan guru pendeta. Jadi saya rasa kita dapat membezakan dari segi kepakaran guru tersebut. Kita juga memberi motivasi kepada warga pendidik untuk mereka mempertingkatkan profesion mereka. Apabila sampai guru kanan dan menjadi impian mereka untuk menjadi guru wibawa dan selepas guru wibawa mereka akan naik lagi ke guru pendeta. Jadi saya rasa ini adalah satu kaedah yang telah diwujudkan di kementerian.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kurang fahamlah tentang kekosongan jawatan guru cemerlang ini khas untuk menyandang sebab saya dapati fenomena ini telah berlaku kalau hendak kata berkurun itu tidaklah tetapi bertahun-tahun sudah berlaku ini.
Dari mula diperkenalkan dan sampai sekarang proses pengisiannya terlalu lambat sehingga apabila diminta jawatan baru, pihak JPA mengatakan jawatan yang sedia ada pun tidak diisi. Apa pula hendak minta yang baru. Jadi di manakah berlakunya kerenah ini sehingga tidak diisi-isi ini.
Kedua, tentang guru cemerlang jugalah. Sekarang sudah timbul satu kekeliruan dan rasa tidak puas hati. Dulu semasa diperkenalkan jawatan guru cemerlang ini, kita kata kenaikan pangkat guru cemerlang dia satu laluan daripada guru cemerlang sampai ke satu peringkat mereka terhenti di peringkat JUSA ‘C’ sama ada pengetua cemerlang ke dan sebagainya. Akan tetapi, nampaknya sekarang apabila berlaku jawatan hakiki yang sepatutnya diisi oleh penjawat yang menerima kenaikan pangkat secara hakiki ini telah dipotong oleh guru-guru cemerlang ini.
Sebagai contoh umpamanya, katakanlah jawatan hakiki di Jabatan Pelajaran jawatan DG54. Apabila ada kekosongan maka sepatutnya yang mengisinya ialah ikut dahulu ialah guru yang memilih jawatan naik pangkat secara hakiki. Akan tetapi, yang berlaku sekarang nampaknya guru cemerlang yang naik pangkat menerusi guru cemerlang dia pilih guru cemerlang ini mereka yang potong tempat kepada guru yang naik pangkat secara hakiki.
Ini menyebabkan dari segi seniority tentunyalah lebih cepat, lebih pantas untuk guru-guru cemerlang tersebut. ini menyebabkan keadaan telah berlaku kelam kabut dan rasa tidak puas hati di kalangan pegawai-pegawai yang memilih di peringkat awalnya sebagai jawatan naik pangkat secara hakiki. Bukan guru cemerlang yang dikatakan sebagai khas untuk penyandang. Terima kasih.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, ada dua perkara yang perlu saya maklum kepada Yang Berhormat. Yang pertama, laluan guru cemerlang ini kalau mereka telah ditarik masuk ke jabatan atau PPD kalau ada kenaikan pangkat untuk laluan cemerlang penjawat ini tidak lagi boleh duduk di kementerian. Saya bagi satu contoh.
Seorang ketua sektor di Perlis terpaksa pulangkan satu surat kenaikan pangkat daripada 48 kepada 52 kerana beliau tidak mahu balik ke sekolah dan mahu terus menjadi ketua sektor.
Jadi kita memang ada satu prosedur untuk memberi perlindungan kepada laluan-laluan tertentu, kalau guru cemerlang kita hendak mereka duduk dalam sekolah untuk mengajar.
Itu sebagai contoh. Kedua, kalaulah kita lihat kekosongan guru cemerlang yang ada ini, kekosongan itu hanya boleh diisi apabila kita telah mendapat senarai daripada bahagian pengurusan sumber manusia. Jadi kalau kita sebarang lantik itu tidak boleh. Ada kriteria yang digunakan oleh bahagian tertentu untuk menyenaraikan sesiapa yang layak. Itu memang prosedur untuk semua jabatan.
Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu
Kes seorang pengetua cemerlang di Sekolah Menengah Bukit Besar Kuala Terengganu ditukarkan sebagai PPD Kuala Terengganu sebagai satu jawatan hakiki dan perkara ini sudah berlaku di mana- mana saya nampak dan saya rasa inilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati sebab peringkat awal dahulu yang pilih jawatan hakiki itu ialah orang yang rasa tidak hendak balik ke sekolah.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, saya terangkan untuk guru cemerlang adalah guru biasa. Kalau guru besar atau pengetua cemerlang ia adalah laluan khas untuk pengetua, berbeza. Kalau sebut guru dia kena mengajar di sekolah. Itu yang pertama.
Kedua, kalau seorang pengetua cemerlang 54 kalau ada keperluan perkhidmatan, orang ini akan ditarik masuk ke kementerian untuk memegang jawatan sebagai pengarah ataupun timbalan pengarah mana-mana bahagian. Itu memang boleh dan oleh kerana sebelum tahun 2008 tidak ada kuota untuk kita berikan kepada mereka yang menyandang jawatan di JPN dan PPD sebab itulah ada rayuan untuk kita beri sedikit ruang untuk mereka naik pangkat. Kalau tidak semua peluang naik pangkat di sekolah sahaja tidak ada orang yang akan masuk JPN dan PPD. Jadi saya memaklumkan kepada Yang Berhormat sebenarnya kita dalam proses untuk mengemaskinikan. Mana yang kita rasa terlalu lama untuk menunggu kita kena kemas kini. Kita kena cari kaedah untuk menambah baik. Itu memang dilakukan oleh kementerian sekarang.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Minta sedikit Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Ini soal naik pangkat. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat dalam soal menilai guru-guru, guru besar dan juga pengetua untuk kenaikan pangkat ini apakah peranan pengarah negeri kerana Yang Berhormat apa yang saya dimaklumkan, apabila berlakunya kenaikan pangkat satu pasukan daripada kementerian ataupun pusat datang ke Sabah untuk menilai mereka yang dinaikkan pangkat dan saya difahamkan pengarah negeri itu tidak mempunyai peranan langsung. Jadi siapakah yang lebih arif dan mempunyai pengetahuan dan maklumat kepada mereka ini selain daripada pengarah itu sendiri. Jadi harap minta Yang Berhormat terangkan.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, sebenarnya dalam penilaian guru ataupun pengetua kita ada membuat penilaian pada setiap tahun. Jadi berdasarkan kepada prestasi tiga tahun misalannya, kesemuanya yang dipilih sebagai calon-calon yang difikirkan layak untuk kenaikan pangkat mungkin mereka dapat 90 markah ke atas. Maka ada satu jawatankuasa kenaikan pangkat yang turun tengok macam mana dari segi penilaian mungkin 92. Dari segi praktikalnya kalau dia menunjukkan satu sikap yang jauh lebih baik ataupun membuktikan markah itu memang tepat 92, maka saya rasa perakuan yang dibuat oleh pegawai-pegawai ini membantu untuk mereka membuat satu keputusan sama ada naik pangkat atau tidak.
Saya rasa kita ada dua kaedah. Yang pertama adalah assessment dalam sekolah itu atau pengetua oleh PPD. Itu memang dibuat dan sama ada kuasa pengarah kita tidak serahkan kuasa untuk hendak lantik sesiapa jadi pengetua, tidak. Mesti ada satu proses termasuk juga ketua pengarah. Ketua pengarah di bahagian sini akan tentukan yang mana layak boleh kita hantar pasukan melihat performance mereka. Selepas itu BPSM mereka sebagai urus setia, mereka akan tengok daripada keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa, perakuan dibuat kepada JPA dan senarai itu kita patuhi oleh pengarah berkenaan dan mereka boleh tentukan nama ini sekian-sekian dia akan dipilih mengisi jawatan mengikut priority kedudukan di ranking nombor satu, dua, tiga dan empat. Dia ada prosedurnya mengikut apa yang telah disenaraikan oleh jawatankuasa tersebut. Jadi saya rasa ini adalah satu prosedur yang agak rumit. Kalau boleh kita boleh bincang di luar Yang Berhormat.
Yang terakhir sekali Yang Berhormat Hulu Terengganu menyebut tentang pengesahan jawatan DG48 ke 52 yang mengambil masa tiga tahun. Itu memang rungutan yang kita dengar selama ini. Sebab itu saya mengatakan kita dalam proses meninjau dan melihat rintihan ini bagaimana kita boleh mempercepatkan proses ini. Itu sedang dalam tindakan ketua pengarah dan juga KSU Kementerian Pelajaran.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Akhir sekali Yang Berhormat sebut tentang jawatan kebajikan guru yang mereka memasuki pertandingan, kadangkala mereka dapat johan pun baru dapat RM10. Saya maklumkan kepada Yang Berhormat kalau jamuan itu mungkin kita boleh kurangkan.
Sebagai pengiktirafan kepada mereka yang dapat johan Tilawah Al-Quran mungkin kita tambah sampai RM100 hingga RM200. Jadi pecahan untuk perbelanjaan itu mungkin kita kena buat secara logik dan tidaklah sampai johan kita bagi RM10.
Kita berhadapan dengan satu situasi di mana kita kena berjimat-cermat. Sebab itu kita tidak bagi banyak. Tahun lalu memang kita ada kekangan 20 peratus daripada bajet pengoperasian kita tidak ada. Jadi terpaksa kita minta semua JPN dan PPD jimat. Mungkin disebabkan dasar penjimatan itu mereka kurangkan. Saya rasa mungkin mereka kena gunakan budi bicara untuk mereka hendak tambah sedikit dan kalau jamuan itu mungkin ada hidangan tiga atau empat jenis mungkin kurangkan jadi mi goreng. Saya rasa dengan cara ini ia dapat diselesaikan.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Sekian sahaja penggulungan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,540,369,000 untuk Maksud B.41 di bawah Kementerian Pelajaran jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM1,540,369,000 untuk Maksud B.41 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud B.42 - Jadual] - Tuan Pengerus
Maksud Bekalan B.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Gopeng.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya terlibat dalam perbahasan Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan. Butiran 010300.
Saya mohon dalam butiran ini peruntukan RM1,009,000 untuk emolumen pegawai perubatan pelbagai gred dan skim pada tahun 2011. Saya mohon Yang Berhormat Menteri cuba semak angka ini kerana angka ini terlalu besar untuk keseluruhan pegawai perubatan dalam kementerian lebih kurang 11,404. Emolumen tambahan ini merupakan purata setiap pegawai perubatan RM88,000 dalam setahun. Ini bermakna tambahan RM7,300 setiap bulan untuk setiap pegawai perubatan.
Saya rasa ini adalah satu angka yang terlalu besar sebagai emolumen tambahan dan adakah ini satu kesilapan ataupun satu perkara yang tersilap semasa Bajet 2011 yang dibentangkan enam bulan yang lepas, dan sekiranya betul saya mohon Yang Berhormat Menteri bekalkan butiran terperinci justifikasi untuk peruntukan ini, dan di bawah Butiran 032400 ini melibatkan perbelanjaan RM28.8 juta khususnya untuk projek mengambil alih projek di Sarawak International Medical Centre, di mana RM18.5 juta adalah untuk kos operasi dan RM10.3 juta untuk pembelian aset yang sebenarnya Sarawak International Medical Centre ini disewa oleh kementerian selama dua tahun mengikut butiran yang diberi.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Kita tahu bahawa SIMC ini mula-mula dibina sebagai private hospital, hospital swasta dan dibina oleh sebuah syarikat Austria, Vamed Engineering bersama Sesco Engineering Sdn. Bhd. dari Sarawak di Kota Samarahan dan sepatutnya beroperasi lima tahun yang lepas. Malangnya, projek ini tergendala dan terpaksa diambil alih oleh kementerian.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Kalau kita lihat apabila projek ini dibina sebagai projek swasta, ini merupakan satu hospital yang paling mahal, bukan setakat di Sarawak tetapi paling mahal di seluruh Malaysia, di mana pada mulanya projek ini dijangka mengambil perbelanjaan lebih kurang RM300 juta hingga RM400 juta untuk 200 katil. Sekarang dijangka projek ini melebihi RM660 juta dan dengan RM3.3 juta setiap katil. Kalau Hospital Shah Alam itu dikira mahal dengan RM1.67 juta satu katil, ini jauh lebih mahal daripada Hospital Shah Alam dan pasti lebih mahal daripada mana-mana hospital swasta di seluruh Malaysia.
Kementerian telah ambil alih sejak Julai tahun lepas. Semasa itu memang hospital ini seharusnya diuruskan oleh Dr. Sim Kui Hian yang menjadi calon di bawah SUPP dan meletak jawatan dan tewas. Sekarang siapa yang akan menguruskan hospital ini apabila Dr. Sim Kui Hian telah letak jawatan?
Persoalan yang penting sekali adalah yang pertama, kenapa kementerian harus mengambil alih satu hospital swasta yang gagal? Kedua, apakah asas penilaian aset yang dikatakan RM10.3 juta ini, di mana pasti aset-aset yang dibeli ini adalah equipment yang agak outdated dan mungkin tidak sesuai pada masanya. Jadi apakah asas untuk evaluation? Seterusnya, bagaimana berkenaan dengan sewa, selepas dua tahun macam mana? Bagaimana jumlah untuk dibayar kepada hospital tersebut berkenaan dengan sewa yang tidak disebut dalam anggaran perbelanjaan tersebut? Satu persoalan lagi, memandangkan bahawa Bandar Kuching ini sebenarnya memerlukan satu lagi hospital besar, general hospital, mengapa tidak digunakan hospital ini sebagai general hospital?
Walaupun kita tahu apabila kementerian mengambil alih hospital ini yang sebenarnya terletak lebih kurang 17km daripada Bandar Kuching dan di mana pengangkutan awam agak kekurangan, tetapi saya pasti ini adalah perkara-perkara yang boleh diatasi dan harus dipertimbangkan supaya hospital ini dijadikan sebagai general hospital supaya semua rakyat di Sarawak khususnya di sekitar Kuching boleh menikmatinya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya simple sahaja iaitu berkaitan dengan B.42 – Emolumen.
Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri mengenai masalah kekurangan doktor pakar mata di Queen Elizabeth Hospital. Ini sangat-sangat kritikal sebab saya mengetahui banyak kes di mana pesakit mata ini dirujuk kepada pakar dan diberi satu appointment untuk pembedahan dan pemeriksaan terus tiga, empat bulan – saya tahu ini because of the queue. Akan tetapi malangnya Yang Berhormat, kalau pesakit mata katarak ataupun glaucoma, ada satu kes yang saya sendiri cuba campur tangan sebab terlalu lama appointment nya tetapi terlambat. Saya bawa pesakit ini ke pakar mata private tetapi too late because glaucoma is advancing very fast. By the time dia kena bawa ke hospital, he’s already totally blind.
Ada satu lagi kes baru-baru ini. Pesakit ini pada bulan Mac dia mengadu kepada saya. Saya tanya dia, kenapa ini? Appointment saya bulan Julai. Dalam penghujung bulan Mei, he is almost blind. Saya check dengan hospital, masalahnya ialah kekurangan pakar mata dan pesakitnya ramai. Lucky kita ada peruntukan sikit daripada Mayang dan sebagainya. I used the fund to bring this guy dengan izin, saya bawa pesakit ini kepada doktor swasta dan syukur dapat diselamatkan. Ini satu, dua kes sahaja tetapi banyak kes sebenarnya Yang Berhormat. Jadi saya merayu kepada kementerian, tolong bekalkan lebih banyak pakar mata. I know this is so pressured in Queen Elizabeth. Thank you, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kelana Jaya.
Tuan Gwo Burne Loh - Kelana Jaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Menteri berhubung dengan pembinaan klinik kesihatan di kawasan Subang Jaya. Mungkin Yang Berhormat Menteri merasa hospital tidak dapat dibina di kawasan Subang Jaya kerana kekurangan tanah tetapi kawasan tersebut boleh dibina klinik-klinik kesihatan. Pejabat saya bersama ADUN Subang Jaya pernah mengadakan lawatan bersama dengan pegawai-pegawai dari kementerian bagi melihat bangunan-bangunan kedai yang sesuai dan strategik bagi membina klinik. Namun, selepas setahun, tidak ada sebarang susulan mengenainya. Saya benar-benar berharap kepada Yang Berhormat Menteri untuk mempertimbangkan perkara ini sebab di Subang Jaya juga ada ramai penduduk yang kurang berkemampuan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Pertamanya, saya menyokong tentang Maksud B.42 Kementerian Kesihatan.
Pertamanya, kita dapati pegawai-pegawai perubatan pada ketika ini mendapat pendapatan dan gaji yang cukup lumayan setelah kerajaan menstrukturkan semula tangga gaji mereka, dan mempunyai prospek kenaikan pangkat yang cukup baik. Seharusnyalah pegawai-pegawai perubatan ini sentiasa bersedia kalau mereka ditukarkan di kawasan- kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Keduanya, kita dapati kebanjiran pegawai-pegawai perubatan lulusan daripada luar negara yang datang daripada dengan izin, non reputable colleges, kerana di negara kita, kita mempunyai universiti, kolej dan peralatan yang cukup. Jadi tidak seharusnya kita membazirkan wang kita dengan aliran keluar ke luar negara untuk melatih doktor.
Melainkan tempat-tempat yang kita kenal pasti boleh diberikan peluang kepada mereka- mereka untuk menjalani kursus.
Seterusnya, saya dapati ramai pegawai perubatan yang berkhidmat dalam hospital-hospital swasta mengenakan pembayaran-pembayaran yang terlalu tinggi. Adakah kerajaan pada ketika ini bercadang untuk menyeragamkan semua charges daripada doktor- doktor pakar ataupun daripada hospital-hospital swasta supaya tidak membebankan pengguna? Saya telah dimaklumkan ada kalangan doktor-doktor yang berkhidmat di hospital-hospital swasta mendapat pulangan pendapatan bulanan yang melebihi RM100 ribu. Ini duit rakyat Tuan Pengerusi. Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pendang.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Maksud B.42 berhubung dengan emolumen RM1 bilion lebih ini.
Saya pun ingin bertanya juga berapa ramai yang akan mendapat faedah daripada RM1 bilion ini kerana kalau kita teliti memang agak terlalu lumayan. Harap Yang Berhormat Menteri dapat menyenaraikan jumlah mereka yang akan dapat menerima ini.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Ini kerana di dalam emolumen pegawai di sini, ada juga terletak satu unit iaitu Unit Perubatan Swasta. Apabila saya membaca akhbar kelmarin, dia kata RM4, selesai semua.
Maknanya sihat untuk mendapat lesen kenderaan perdagangan. Jadi saya harap pihak kementerian, Unit Perubatan Swasta ini dapat meninjau dan memantau klinik-klinik swasta yang melakukan kerja-kerja yang tidak baik ini. Ini kerana terbalik kepada kami yang berada di klinik swasta. Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. Kita tidak mahu macam itu.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Jadi saya harap pihak kementerian, dengan adanya emolumen kepada Unit Perubatan Swasta di pihak Kementerian Kesihatan ini dapat melakukan pemantauan perkara ini.
Kedua, berhubung dengan SIMC ini. Saya juga sependapat dengan sahabat tadi ini. Ingin bertanya kepada pihak kementerian. Selepas dua tahun ini, ke manakah aset-aset ini akan dilepaskan kerana dalam butiran ini disebut disewa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Apabila kita menyewa ini, maknanya ada masa-masa yang tertentu dan peralatan perubatan ini terutamanya untuk kardiotorasik ini, kita tidak boleh gunakan dalam masa yang lama. Kemungkinan teknologinya akan berubah dalam masa yang singkat. Jadi saya rasa RM28 juta yang diperuntukkan untuk sewa ini perlu diberi penjelasan oleh pihak kementerian.
Begitu juga dengan pakar-pakar yang bertugas. Apakah pakar-pakar yang bertugas ini pakar daripada SIMC sendiri ataupun dipinjamkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa dua tahun ini ataupun pihak Kementerian Kesihatan menggaji pakar-pakar daripada SIMC ini untuk berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini kerana kita dapati sekiranya jumlah RM28 juta ini digunakan dengan cara yang baik, mungkin memberi faedah kepada rakyat di Sarawak khususnya di kawasan sekitar Sarawak International Medical Centre ini tetapi juga sekiranya jumlah ini hanya untuk masa dua tahun, selepas itu terabai begitu sahaja, saya rasa ini jumlah yang terlalu tidak berfaedah.
Kemudian, terhadap masalah parking. Saya rasa masalah parking perlu diberi perhatian juga oleh pihak Kementerian Kesihatan terutamanya di hospital-hospital besar di SIMC juga. Pagi tadi pun disebut Queen Elizabeth dan juga di Hospital Kuala Lumpur sendiri. Masalah parking ini merupakan satu kebajikan kepada pesakit dan juga keluarga mereka yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kapit.
Datuk Alexander Nanti Linggi - Kapit
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.42 – Emolumen Pegawai Perubatan. Saya mengalu-alukan agihan yang sebegitu besar. Cuma saya bersetuju ini merupakan satu agihan yang begitu besar. Jadi yang saya hendak ini dengan agihan yang sebegitu besar, apakah jaminan daripada kementerian ini untuk kita menempatkan cukup bilangan pegawai perubatan berkhidmat di hospital-hospital di luar bandar misalnya khususnya di Kapit.
Ini kerana kita di sana sering kali mengalami masalah tidak cukup doktor yang berkhidmat di sana. Baru-baru ini pun kita kehilangan seorang doktor yang begitu popular dan yang begitu memang boleh dikatakan pandai. Seorang warganegara Mesir yang sudah berkhidmat begitu lama di Kapit tetapi beliau akhirnya meminta berpindah juga. Jadi dengan emolumen, agihan yang begitu besar ini, sekali lagi saya hendak jaminan daripada kementerian. Ditempatkan cukup bilangan pegawai perubatan di Hospital Kapit dan juga di klinik kesihatan di Daerah Song seperti mana mungkin Yang Berhormat Menteri tahu Daerah Song ini, pekan Song ini kita tidak ada jalan raya menghubungkan pekan Song dengan hospital di daerah lain. Jadi kita amat memerlukan pegawai perubatan di sana.
Jadi itulah harapan saya dengan menyokong Supplementary Budget ini untuk mengagihkan sebegitu besar agihan untuk emolumen ini. Saya hendak jaminan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Telok Kemang.
Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya bersama mengambil bahagian masalah Kementerian Kesihatan Maksud B.42.
Perkara berkenaan dengan emolumen.
Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang
Pertanyaan saya yang pertama kepada Menteri ialah apakah jumlah RM1 bilion ini bagi menampung kekurangan peruntukan emolumen kepada pegawai perubatan yang sedia ada ataupun ini satu tambahan kepada pegawai-pegawai perubatan yang baru yang telah diambil pada tahun ini? Dalam jumlah pegawai ini, berapakah agaknya jumlah peruntukan untuk pegawai kesihatan yang mempunyai kepakaran dalam ubat-ubatan berasaskan herbal? Acap kali saya membangkitkan perkara ini kerana dalam akhbar- akhbar telah banyak iklan-iklan mengenai dengan perubatan. Ubat-ubat yang menggunakan herbal. Dengan adanya iklan ini mencerminkan bahawa ubat-ubat berasaskan herbal ini macam satu yang popular.
Saya percaya dan saya yakin jumlah perniagaan ubat-ubat herbal ini memang tinggi. Masalahnya sekarang ialah kebanyakan mengakui ia mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Apabila saya bertanya, kebanyakan kelulusan dibuat sebagai makanan tambahan dan bukan sebagai ubat. Saya bertanya kenapa tidak dapat kelulusan sebagai ubat? Jawapannya ialah prosesnya itu terlalu lama. Jadi mereka tidak sanggup menunggu kerana proses itu kadang-kadang makan tahun untuk mendapatkan kelulusan sebagai ubat. Jadi jalan paling senang bagi mereka ialah mendapatkan kelulusan sebagai makanan tambahan.
Jadi saya hendak Yang Berhormat Menteri beri sedikit pandangan bagaimana sistem ataupun panduan supaya kelulusan, kajian mengenai dengan perkara ini dapat dilaksanakan secepat mungkin supaya rakyat lebih terjamin dan boleh mengasingkan makanan tambahan dan juga ubat-ubat.
Yang lain ialah mengenai dengan pakar-pakar yang berkebolehan untuk membuat kajian mengenai dengan ubat-ubat ini yang berasaskan herbal dan setakat mana dapat kita perluaskan. Ini kerana kalau perniagaan yang begitu tinggi, semestinya memberikan hasil kepada rakyat kerana rakyat telah mempunyai keyakinan. Beberapa ubat yang berasaskan herbal ini boleh membaikkan penyakit mereka. Maka sudah pasti kerajaan mengawal ubat- ubat ini dan juga mengambil kesempatan kerana ini adalah satu cara supaya ekonomi mengenai dengan ubat yang banyaknya dibuat di dalam negara digunakan dan membantu mempergiatkan perniagaan ubat yang berasaskan herbal.
Akhir sekali ialah setakat ini saya dulu pernah bertanya dan ada hospital-hospital yang telah pun menggunakan ubat herbal ini untuk pesakit-pesakit. Jadi setakat ini saya hendak tahu setakat mana perkembangan? Berapa buah hospital telah menggunakan kaedah ini dan berapa ramaikah pegawai-pegawai yang menumpukan kegunaan ubat-ubat berasaskan herbal ini? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin untuk berbahas dalam B.42 Kementerian Kesihatan ini iaitu berkenaan dengan emolumen doktor-doktor pakar. Kita berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana boleh menyewakan hospital ini untuk kepentingan rakyat. Hospital ini di kawasan perkampungan di mana keperluan untuk orang kampung ada di hospital ini. Oleh sebab emolumen pakar-pakar ini adalah dikira yang paling mahal untuk mereka merawat pesakit- pesakit kronik.
Jadi, perlulah emolumen ini untuk diagih-agihkan dengan doktor-doktor pakar yang patut kita tempatkan mereka di hospital ini. Ini kerana kalau tidak ada SMC ini kemungkinan besar kebanyakan rakyat Sarawak terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan. Dengan adanya emolumen sebanyak lebih kurang RM1 bilion ini, kita mengharapkan boleh menampung pakar-pakar yang kita kehendaki yang datang dari luar negara. Kalau boleh, yang saya tahu ramai doktor-doktor yang ada di hospital-hospital besar kita di Kuala Lumpur ini ingin melanjutkan pelajaran mereka untuk menjadi pakar.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
Kalau boleh diberikan peluang kepada mereka dan kita juga memberi pembayaran untuk mereka belajar itu supaya mereka dapat bertugas balik di hospital kita di Malaysia daripada mereka berhenti dari hospital dan membuka klinik sendiri.
Saya juga mengharapkan bahawa selain daripada Butiran 03000 ini iaitu peralatan dia. Kalau boleh mesin hemodialisis ditambah sebab kita selalu mendengar bahawa pesakit-pesakit ini selalu menunggu sehingga mereka hampir pengsan menunggu untuk penyakit mereka dirawat, mesin tidak mencukupi. Kadang-kadang kalau dirawat di bulan sabit merah, bayarannya terlalu mahal. Kalau boleh mesin-mesin ini diletakkan juga di hospital-hospital kita yang besar-besar supaya hospital ini dapat menampung juga untuk menjalankan perubatan pesakit-pesakit hemodialisis ini. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut serta dalam perbahasan dalam peringkat jawatankuasa iaitu Maksud B.42 Kementerian Kesihatan, Butiran 010000 - Pengurusan. Tuan Pengerusi, pada 15 Jun 2011, Melaka sudah mewartakan lima kawasan sebagai zon bebas asap rokok iaitu di kawasan Warisan dan juga di kawasan perniagaan Melaka Raya dan Melaka International Trade Centre (MITC) dengan dua Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Jasin.
Saya difahamkan ada 33 anggota iaitu dari Kementerian Kesihatan bersama dengan kerajaan tempatan akan menjalankan tugas penguatkuasaan. Demi kesihatan orang awam dan kebersihan udara, saya mengalu-alukan kewujudan zon bebas asap rokok yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Melaka dengan kementerian. Saya beri sokongan akan program ini. Akan tetapi saya berpendapat bahawa penguatkuasaan atau mewujudkan zon ini perlu dalam berperingkat kerana dengan pengumuman zon bebas asap rokok ini memang sudah mendatangkan banyak keraguan kepada pengusaha perniagaan terutama kedai makanan, kafe, restoran dan juga hotel di dalam kawasan yang diumumkan.
Saya ingin mengemukakan beberapa persoalan dan harap Yang Berhormat menteri menerangkan atau menjelaskan supaya ini mungkin akan dapat memberi lebih maklumat kepada pengusaha di kawasan-kawasan tersebut. Dikatakan ada dua jalan iaitu Jalan Jonker Walk dan juga Jalan Laksamana yang dikatakan total ban, iaitu dilarang merokok, iaitu langsung dilarangkan. Termasuk di dalam kereta, katakan dalam kereta, tandas pun tidak boleh merokok. Itu memang amat jelas tetapi bagaimana kita hendak menjalankan penguatkuasaan? Adakah kita akan berhentikan kereta jika nampak mereka merokok dalam kereta atau bagaimana dengan tandas, itu memang satu persoalan yang kita susah hendak bayangkan bagaimana penguatkuasaan akan diambil.
Dikatakan hanya bangunan persendirian dan kita memang tahu kedua-dua jalan yang disebutkan ini memang semua kedai atau lain-lain perniagaan bukan untuk kediaman iaitu sebab penguatkuasaan ini akan diambil terhadap dua jalan ini. Memang saya anggap ini susah hendak di jalankan atau diambil tugas untuk menghalang orang merokok.
Kemudian lagi satu iaitu dikatakan kawasan selain daripada dua jalan ini, kawasan yang akan terlibat iaitu dalaman, baik pun air cond atau bukan air cond dan termasuk kaki lima berbumbung. Hanya dibenarkan ialah di kawasan open air. Oleh sebab itu susah hendak kita bayangkan, saya ingat Yang Berhormat Menteri pun dari Melaka sepatutnya sudah tahu kawasan itu. Kaki lima yang berbumbung terdapat banyak kedai makanan dan kafe iaitu sebelah dengan open air. Apakah alasan kaki lima berbumbung tidak boleh merokok dan luar daripada itu boleh. Oleh sebab itu kita perlu meyakinkan atau memberi satu sebab yang boleh diterima oleh pengusaha, pelancong atau orang awam. Ini satu tentang kawasan ini memang saya anggap susah hendak diterima.
Tentang penguatkuasaan. Yang Berhormat Menteri, dalam permohonan lesen untuk mendapatkan lesen kedai makanan, kafe atau restoran, disyaratkan dalam satu syarat itu perlu meletakkan setiap meja one ashtray.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Itu secara keadaan jelas dalam permohonan untuk mendapatkan lesen untuk kedai makanan. Sekarang saya difahamkan sudah ada mesyuarat untuk mewartakan zon itu iaitu jika terdapat pengusaha atau tuan kedai itu, diletakkan ashtray di meja, dia akan di saman. Jadi, mana undang-undang yang mereka hendak ikut, undang-undang semasa mereka memohon lesen atau sekarang dikatakan bebas asap rokok. Ini memang satu yang saya mungkin dapat Yang Berhormat Menteri terangkan kepada orang awam.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Satu lagi yang saya ingin tanya, usaha ini kita tidak mahu menjejaskan sektor pelancongan. Adakah sebarang cadangan iaitu kita wujudkan satu bilik tertutup atau satu kawasan khas yang dengan ekzos supaya kita hadkan tempat itu untuk orang yang ingin merokok atau pelancong yang datang, rasa ingin merokok? Adakah ini boleh seperti di bandar raya-bandar raya di luar negara, semasa kita berjalan di kawasan-kawasan pelancongan nampak the smoking corner. Mereka ada satu tempat yang kita boleh nampak mereka merokok di dalamnya. Adakah itu akan dicadangkan supaya kita masih beri ruang kepada orang yang perlu merokok mungkin dalam 24 jam, dia perlu satu kali atau dua kali merokok. Biar ada tempat untuk mereka pergi. Tidak akan kita...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya. Ini memang saya harapkan nanti kita dapat dijelaskan di Dewan ini. Terakhir, satu perkara yang saya ingin ambil perhatian Dewan ini iaitu minta Yang Berhormat Menteri, adakah sebarang cadangan iaitu dengan kerjasama dengan kerajaan tempatan iaitu kita perlu mewujudkan atau mensyaratkan lebih tempat letak kereta untuk OKU terutama di klinik-klinik atau di pusat yang menjalankan fisioterapi. Saya nampak seperti di bandar Melaka, susah untuk kita nampak ada tempat letak kereta untuk OKU kerana telah diswastakan dan mereka enggan hendak berikan lebih car park untuk OKU. Bagaimanakah mereka hendak menolak wheelchair dan lain-lain?
Oleh sebab itu, saya minta Yang Berhormat Menteri ambil perhatian tentang kekurangan tempat letak kereta untuk OKU terutama yang berdekatan dengan klinik-klinik dan dengan pusat-pusat yang menjalankan fisioterapi. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tadi tinggal dua orang, Yang Berhormat. Sekarang sudah... Saya akan panggil dua orang sahaja lagi dan khusus saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab... [Disampuk] Saya panggil Yang Berhormat Kota Raja. Selepas itu, Yang Berhormat Batu Gajah. Yang lain itu minta maaf Yang Berhormat.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, menyentuh B.42 ini, mengenai penambahan emolumen. Disebutkan di sini menampung kekurangan peruntukan dan apabila saya menoleh semula ke muka surat belakang ini, anggaran 2011 yang diluluskan enam bulan yang lepas hanya RM13 juta. Adakah ini menunjukkan...
Seorang Ahli
Bilion.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
RM13 bilion. Jadi, saya ingin tahu sebenarnya emolumen ini adakah untuk emolumen panggilan-panggilan pegawai- pegawai perubatan ataupun juga termasuk gaji-gaji pokok? Adakah pertambahan? Adakah ini disebabkan oleh pertambahan pegawai-pegawai perubatan kebelakangan ini?
Kedua, saya ingin bertanya juga dalam 50 buah Klinik 1Malaysia yang telah ditubuhkan oleh kerana baru-baru ini, adakah semuanya dibuka dan berfungsi? Ini kerana apabila saya lihat dalam senarai itu, salah satu klinik itu berada di dalam kawasan saya di Kota Kemuning. Namun secara fizikalnya saya belum berjumpa dengan klinik ini. Jadi, persoalannya ada atau tidak ataupun ada peruntukan tetapi klinik tidak ada? Ini disebabkan memang kami memohon untuk mengadakan sebuah klinik di kawasan rumah pangsapuri kos rendah dan sederhana. Setakat itu sahaja untuk saya. Terima kasih.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya. Saya ingin merujuk pada B.42 – Kementerian Kesihatan. Saya menyedari kes kanser semakin meningkat. Apakah rancangan pihak kementerian untuk memastikan perkhidmatannya dan kemudahan rawatan kepada pesakit barah ini dapat diberikan?
Tuan Pengerusi, baru minggu lepas saya menghadiri satu upacara pengebumian di mana seorang ibu muda, mempunyai dua orang anak yang berumur dua tahun dan empat tahun, baru meninggal dunia kerana kanser. Saya diminta membangkitkan perkara ini sekali lagi. Sebelum ini, Yang Berhormat Gopeng telah membangkitkannya pada tahun lalu. Adalah amat perlu disegerakan dengan menyediakan perkhidmatan rawatan kanser di Hospital Ipoh. Ini disebabkan mereka dibebankan, mereka bukan keluarga berkemampuan tetapi dibebankan dengan kos yang begitu tinggi sebab tiada perkhidmatan rawatan itu di Hospital Ipoh, mereka dirujuk ke Kuala Lumpur. Bayangkan pelbagai kesulitan kepada keluarga yang tidak mampu dan miskin ini.
Jadi, apakah yang menghalang kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan ini lebih kepada pesakit kanser agar mereka tidak dibebankan lagi? Saya percaya Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Menteri juga bersetuju kalau ada seorang ahli keluarganya menghidap kanser, satu keluarga mereka akan dibebankan dengan kesusahan ini. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberikan perhatian berkenaan perkara ini dan apakah rancangan yang sedia ada untuk menambah doktor pakar onkologi ini? Juga ratio nya antara doktor pakar ini dengan pesakit kanser.
Jadi, ini suara daripada keluarga yang merupakan mangsa pesakit kanser dari kawasan saya. Saya harap Yang Berhormat Menteri bukan sekadar mengangguk sahaja tetapi mempunyai kuasa, boleh buat lebih daripada itu, mengambil tindakan yang segera dengan menyediakan rawatan dan perkhidmatan untuk penduduk khasnya di Ipoh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, saya minta agar perkara-perkara yang dalam butiran sahaja dijawab. Mana-mana perkara yang tidak termasuk dalam butiran, bolehlah Yang Berhormat Menteri menjawab secara bertulis.
Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin menjawab Yang Berhormat Gopeng dan juga beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang peruntukan RM1.37 bilion untuk emolumen.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keperluan..., saya hendak maklumkan kepada semua, peruntukan asal untuk pembayaran emolumen Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 adalah sebanyak RM6.462 bilion. Walau bagaimanapun, jumlah keperluan bagi bayaran emolumen tahun 2011 adalah sebanyak RM7.471 bilion iaitu merangkumi pembayaran emolumen sebenar sebanyak RM7.094 bilion. Itu bermakna tahun ini emolumennya yang diberikan dalam peruntukan awal adalah kurang daripada yang sebenarnya. Tahun lalu 2010, kita dapat RM6.9 bilion untuk emolumen tetapi untuk tahun ini, ia beri RM6.4 bilion. Memang kurang, daripada asal sudah kurang. Oleh itu, ini adalah tambahan.
Daripada itu, RM377 juta adalah bagi pelaksanaan pembangunan laluan kerjaya pegawai perubatan iaitu apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan time based promotion untuk semua pakar dan doktor-doktor yang berkhidmat melebihi 12 tahun, yang pakar sembilan tahun, semua naik pada UD54. So, semua ini memberikan jumlah RM377 juta...
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Pada tahun 2011...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Saya habiskan ini dahulu. Sebanyak 6,608 orang pegawai akan terlibat dalam urusan kenaikan pangkat melalui pembangunan laluan kerjaya tersebut, the UD54 itu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,996 orang adalah pegawai perubatan, 1,095 orang pegawai farmasi dan 517 orang pegawai pergigian. Itu adalah untuk RM377 juta. Ya, Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya sebenarnya hendak bercakap tetapi saya perlu menghadiri satu mesyuarat di RISDA tadi, terlewat. Ini kerana saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan. Yang Berhormat Menteri kata emolumen kita kurang daripada peruntukan, saya rasa ini tidak patut. Bagi saya, RM7 bilion mahupun RM8 bilion pun saya sokong. Pasal perkhidmatan hospital kita semakin lama saya tengok semakin baik. Makin baik, makin baik!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya dan rakyat memang mengharapkan perkhidmatan hospital kita makin baik supaya kalau boleh dapat mengatasi ataupun bersaing dengan hospital-hospital pakar yang meletakkan harga cekik darah yang menyusahkan rakyat. Jadi, kalau hospital kerajaan kita perkhidmatannya baik, mutunya baik, ubatnya baik dan semuanya baik, beban rakyat hendak pergi ke hospital pakar ini boleh dikurangkan, melainkan orang-orang kaya sahaja yang tidak peduli. Orang kaya tidak peduli sebab dia beli nyawa dia dengan duit.
Akan tetapi, bagi orang miskin mereka tidak mampu hendak beli nyawa dan kesihatannya dengan duit. Jadi, Yang Berhormat Menteri, soal doktor pakar ditambah dan dinaikkan gaji dan elaunnya saya setuju dan sokong. Patut kerana doktor pakar kita pun tidak sama dengan doktor yang berkhidmat di hospital-hospital pakar ini. Ini juga dapat menyekat daripada aliran keluar doktor-doktor pakar kita ke hospital-hospital pakar yang kononnya dikatakan menjanjikan gaji dan elaun yang lebih tinggi. Jadi, saya sokong.
Cuma saya hendak tanya satu, saya hantar emak saya di Hospital Batu Pahat dan di Hospital Batu Pahat daripada pegawainya sampai ke bawah – saya amat berterima kasih dan terhutang budi kerana memberikan layanan... [Disampuk] Bukan, tidak. Bukan sebab “YB". Masa emak saya masuk pun mereka tidak tahu ini emak “YB" sebab saya pun semasa itu di luar negeri. Mereka pun tidak tahu ini emak Datuk Mohammad Aziz tetapi layanan itu, setelah tiga, empat hari saya baru saya datang. Akan tetapi layanan itu begitu baiklah.
Jadi, saya amat terhutang budi dan berterima kasih. Cuma, saya masa melawat itu ada kakitangan di peringkat bawah, kumpulan ‘C’, ‘D’ ini – saya pun tidak tahu sama ada mereka attendantkah atau pembantu makmalkah? Kumpulan itu Yang Berhormat Menteri kena fahamlah. Sudah ditengok tidak elaun gajinya? Boleh tidak ditengok juga sama kerana jangan kita pandang doktor sahaja ataupun jururawat-jururawat ataupun – apa ya pangkat yang di atas itu, yang itu okeylah. Mereka itu dinaikkan gaji dan elaun tidak siapa pun di sini saya ingatlah termasuk kawan-kawan dari parti pembangkang hendak menyekat atau menahan, kita sokong.
Cuma itu kumpulan ‘C’ atau ‘D’ itu saya pun kurang faham Yang Berhormat Menteri, bolehkah ditengok juga nasib mereka dapat sedikit pembelaan supaya dinaikkan juga? Ini kerana mereka ini juga sama tugasnya. Jika doktor 24 jam, mereka pun 24 jam.
Jikalau doktor 18 jam, mereka pun 18 jam. Jikalau doktor lapan jam, mereka pun lapan jam.
Doktor tidak boleh kerja sendiri. Doktor perlu ada pegawai-pegawai sokongan. Jadi, saya minta dilihat masalah-masalah kumpulan yang di bawah ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Terima kasih Tuan Pengerusi dan kepada Yang Berhormat Sri Gading yang prihatin dengan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia, doktor, jururawat dan termasuk kakitangan kumpulan ‘C’. Memang kita akan mengkaji bagaimana untuk terus memperbaiki kebajikan dan juga perkhidmatan di Kementerian Kesihatan. Berhubung dengan Yang Berhormat Gopeng...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Minta penjelasan.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Nanti sekejap, saya jawab Yang Berhormat Gopeng dahulu...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Berkaitan dengan pegawai perubatan.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Saya jawab emolumen sekali selepas itu apabila saya jawab soalan Yang Berhormat, saya akan beri ya.
Yang Berhormat Gopeng juga menyentuh tentang SIMC termasuk Yang Berhormat Pendang berhubung dengan SIMC. Saya ingin maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2010 bersetuju dengan memorandum daripada saya sebagai Menteri Kesihatan supaya KKM menjadikan SIMC sebagai pusat rawatan jantung bagi perkhidmatan rawatan jantung, perkhidmatan kecemasan, perkhidmatan sokongan dan perkhidmatan hemodialisis selama dua tahun dengan memperuntukkan sebanyak RM28.8 juta untuk menampung kos operasi dan pembelian aset.
Saya hendak jelaskan di sini bahawa RM18.5 juta adalah digunakan untuk operasi iaitu ubat dan consumable – RM5.102 juta, sajian dan dietetik – RM185, 600, perkhidmatan sokongan hospital – RM7.35 juta, utiliti (elektrik dan air) – RM3.186 juta, kawalan keselamatan – lebih kurang RM1 juta, kerja-kerja pembaikan kecil – RM770,000, diesel – RM870,400, sewa peralatan – RM36,000, manakala RM10.3 juta yang dibangkitkan tadi adalah pembelian alat baru. Kita tidak sewa alat, kita membeli alat-alat yang baru iaitu perolehan peralatan perubatan – RM4.3 juta, perolehan Cardiac CT Scan dan naik taraf cardiac magnetic resonance – RM6 juta. Itu dua alat yang penting untuk heart center. Oleh itu harap saya dapat jelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kita memerlukan SIMC ini dijadikan satu pusat heart centre memandangkan kerajaan negeri memberi kita sewa dua tahun ini hanya RM2. It is more or less membolehkan kita menjalankan pusat perkhidmatan jantung di tempat yang lebih elok. Sebenarnya, pusat jantung Hospital Umum Sarawak ini ada satu pusat jantung kecemerlangan Kementerian Kesihatan.
Memang kita harap dapat memperbesarkan lagi perkhidmatan ini. Buat masa ini kita menggunakan 54 buah katil digunakan. Sebanyak sembilan buah katil CCU, sembilan katil ICU dan 36 katil di wad-wad yang tersebut. Jumlah anggota yang berkhidmat di pusat ini adalah tujuh orang doktor pakar jantung – tadi kata Dr. Sim, memang Dr. Sim sahaja tetapi kita ada lagi ramai iaitu tujuh orang pakar jantung dan seorang pakar bedah jantung iaitu pakar cardiothoracic, lima orang pegawai perubatan, lima orang penolong pegawai perubatan dan sejumlah 165 orang jururawat terlatih yang berkhidmat di pusat ini sekarang.
Kita yakin perkhidmatan yang kita beri dalam pusat amat memberangsangkan kerana kita telah dapat meningkatkan perkhidmatan kita dari semasa ke semasa. Kita juga dalam usaha untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan lain selain daripada jantung termasuk kanser. Kita akan melihat keupayaan kita dari semasa ke semasa.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun]
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pendang bangun Yang Berhormat.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Yang Berhormat Pendang dahulu.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi. Yang Berhormat Menteri ada menyebut kita menyewa bangunan tetapi membeli peralatan. Saya tertarik apabila disebut MRI itu, harganya memang cukup mahal. Dalam soalan perbahasan saya tadi saya hendak tanya selepas dua tahun itu, bangunan kita hanya sewa tetapi peralatan kita beli. Apa akan terjadi kepada peralatan tersebut yang mahal itu? Apakah kita akan membina pusat jantung di Sarawak dan bagaimana akan dilakukan dengan peralatan tersebut selepas sewa dua tahun ini?
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Kementerian Kesihatan ...
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun]
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Ya, sekali.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri sekiranya sewa RM2 setahun untuk dua tahun. Cuma saya bimbang kandungan MoU tersebut, adakah apa yang disebutkan selepas dua tahun adakah sebab hospital ini menelan kos sebanyak RM660 juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak?
Selepas dua tahun, adakah kementerian terpaksa menelan kos tersebut daripada Kerajaan Negeri Sarawak yang sebenarnya dimulakan sebagai hospital swasta? Berkenaan dengan kadar MRI dan CT Scan sebenarnya saya tidak berapa setuju dengan Yang Berhormat Pendang. Saya faham dalam bidang ini dengan kos RM6 juta kedua-dua MRI dan CT Scan saya rasa ini adalah kos yang munasabah. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Pendang, saya hendak jelaskan di sini bahawa apa akan jadi selepas dua tahun. Sebenarnya, kita sekarang dalam perancangan dan juga perbincangan dengan kerajaan negeri untuk melihat apa hala tuju kerajaan negeri dalam bangunan hospital yang telah dibina oleh kerajaan negeri. Bagi Kementerian Kesihatan, kita harap dapat memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin.
Juga harap mendapat sewa yang orang kata rendah untuk membolehkan kita memberi perkhidmatan yang baik kepada penduduk warga Kuching dan di Sarawak. Saya yakin kerajaan negeri akan prihatin untuk terus membolehkan Kementerian Kesihatan. Selepas dua tahun kita akan teruskan perkhidmatan di sana dengan kadar sewa yang munasabah.
Kementerian Kesihatan tidak akan orang kata menggunakan kos yang tinggi untuk menjalankan operasi pusat tersebut di negeri Sarawak. Ini kerana kita juga dalam perancangan kita tahu di Sarawak memerlukan sebuah lagi hospital. Kita juga ada perancangan untuk membina sebuah Hospital Petrajaya dan kita rasa itu penting kerana memang di sebuah capital ibu kota negeri kita memerlukan sekurang-kurangnya dua hospital. Dengan adanya Pusat Jantung Negeri ini di Kuching akan memberi perkhidmatan yang lebih canggih di negeri Sarawak. Saya harap...
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
[Bangun]
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Ya, boleh Yang Berhormat daripada Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin berbalik kepada isu pertama mengenai emolumen yang diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa yang diperuntukkan pada belanjawan yang lepas. Memang kekurangan hampir setengah bilion atau lebih kurang begitu yang merupakan satu isu juga kerana emolumen ini saya rasa satu benda yang hampir tetap dan ada peningkatan mengikut unjuran yang biasa kita buat. Jadi kekurangan peruntukan ini apa sebabnya? Adakah kementerian memohon kurang ataupun berlaku pengambilan doktor-doktor baru dalam tempoh enam bulan yang lalu ini menyebabkan keperluan pertambahan kos. Kalau ada pertambahan jumlah pegawai agaknya berapa ramai doktor-doktor baru yang diambil ke dalam sistem kita dalam tempoh enam bulan ini?
Keduanya, saya ingin memohon jawapan kalau tidak pun secara lisan bertulis mengenai 4,996 hampir 5,000 doktor yang dapat naik pangkat seperti yang baru diumumkan. Berapa percentkah, berapa peratuskah jumlah ini daripada keseluruhan doktor-doktor yang ada di dalam perkhidmatan kerajaan? Penjelasan yang terakhir adakah jumlah doktor dalam perkhidmatan kerajaan ini sudah mencukupi atau melebihi sehingga di setengah tempat di katakan jumlah pegawai-pegawai intern ataupun Houseman sudah begitu ramai. Sampaikan ada yang membuat duty on call sekali sahaja dalam seminggu yang merupakan satu perkara yang sangat lumayan berbanding dengan pengalaman kita sebelum ini. Terima kasih.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Berhubung dengan kekurangan emolumen lebih kurang RM500 juta itu adalah kerana kita juga ada penambahan bilangan doktor perubatan dan juga bilangan kontrak yang memang kita ambil dari masa ke semasa untuk memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan dalam negara kita.
Daripada bilangan sebanyak 4,996 orang pegawai perubatan. Detailnya saya akan bagi kemudian secara bertulis kerana tidak ada di sini.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Berhubung dengan detail yang lain saya minta secara bertulis kerana memang kita rasa Kementerian Kesihatan akan cuba memberi jawapannya secepat mungkin.
Berhubung dengan Yang Berhormat Tuaran yang telah pun menyatakan berhubung dengan doktor pakar mata di Kota Kinabalu. Untuk makluman Yang Berhormat Tuaran bahawa kita ada 11 doktor oftalmologi di Kota Kinabalu. Lima kontrak dan enam adalah permanent dalam Kementerian Kesihatan dan kita akan melihat di mana kekurangannya dan bagaimana kita dapat meningkatkan lagi perkhidmatan oftalmologi di Kota Kinabalu.
Berhubung dengan Yang Berhormat Kelana Jaya, klinik kesihatan memang perlu di Kelana Jaya di Subang Jaya. Kita memang mempunyai perancangan untuk membina sebuah lagi klinik kesihatan di Subang Jaya. Memandangkan bangunan kedai walaupun ia sesuai tetapi tidak sesuai untuk klinik kerana tempat letak kereta yang kurang dan juga kita lebih sesuai sekiranya kita dapat membina klinik kesihatan di tapak yang lebih luas. Oleh itu kementerian kesihatan dalam usaha untuk mencari sebuah tapak yang sesuai di Subang Jaya agar dapat kita memberi perkhidmatan kesihatan premier yang baik di Kelana Jaya.
Berhubung dengan Yang Berhormat Jasin yang menerangkan tentang kelulusan doktor daripada universiti yang kurang berprestij atau repeatable. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa semua doktor yang balik daripada universiti yang telah diiktiraf kita masukkan dalam sistem kita yang tidak diiktiraf dia perlu melalui peperiksaan. Itu adalah sistem yang ada dalam negara kita. Bayaran yang tinggi bagi hospital swasta. Kita telah menyatakan sekiranya mana-mana pesakit yang mengadu bahawa mereka telah dikenakan bayaran yang tinggi boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan. Ini kerana bagi Kementerian Kesihatan kita telah pun mempunyai fee schedule yang tertentu. Kita mengawal semua bayaran-bayaran kepada doktor. Hanya yang tidak terkawal adalah bayaran kepada hospital dia fee wad dan sebagainya. Itu apabila kita dapati dia absorb hidden keterlaluan maka boleh juga buat aduan dan kita telah adakan satu Jawatankuasa Arbitrari di bawah Kementerian Kesihatan dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah untuk menyelesaikan mana-mana isu bayaran yang keterlaluan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jasin tadi.
Yang Berhormat Pendang berkenaan dengan parking saya setuju bahawa banyak hospital-hospital yang masalah parking. Di Hospital Umum Sarawak kita telah memohon kepada EPU untuk membenarkan membina tambahan hospital car park bagi Hospital Umum Sarawak dan juga di GHKL. Kedua-dua ini dalam tindakan EPU. Yang Berhormat Kapit juga menyentuh tentang keperluan doktor dan jaminan bagaimana memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk-penduduk luar bandar terutama sekali di Kapit. Saya setuju bahawa kita telah pun mengambil pelbagai langkah termasuk kita juga telah pun melancarkan bot klinik bergerak untuk memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman melalui Sungai Rejang dan juga Sungai Baram. Kita harap dengan usaha ini kita dapat memberi akses perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk-penduduk di kawasan pedalaman.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Ya.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Bot ambulans tadi ini. Saya hendak tanya apa hal jadi dengan bot ambulans di Langkawi. Bot ambulans di Langkawi.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Bot ambulans di Langkawi?
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Ya. Bot ambulans. Dia dua, tiga kali jalan lepas itu sekarang sudah nampaknya sudah tidak bergerak lagi.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Ya, bot ambulans Langkawi sebenarnya kita telah pun mempunyai persefahaman dengan Kementerian Pengangkutan iaitu Bahagian Marin dapat memberi perkhidmatan menggunakan kapal botnya. Akan tetapi, selepas dekat setahun perkhidmatannya mereka mengalami kerosakan dan seterusnya tidak dapat memberi perkhidmatan kepada Kementerian Kesihatan.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Oleh itu, kita sekarang adalah lebih consistent sekiranya kita menggunakan bot feri yang sedia ada tetapi kita dapat menyewanya dalam kecemasan. Kita dapati kerjasama yang diberikan oleh operator feri yang sedia ada juga amat memuaskan.
Dato' Seri Liow Tiong Lai
Kita juga dalam mencari usaha untuk menggunakan ambulan udara iaitu helikopter. Kita dalam perbincangan, adakah perlu kita untuk menggunakan helikopter servis selain daripada bot yang sedia ada. Perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Pengangkutan telah dihentikan.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Telok Kemang saya setuju bahawa herba sekarang adalah amat penting dan semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat bukan sahaja negara ini malah di luar negara, kerana WHO juga mempromosikan ubat-ubat tradisional sebagai ubat suplemen kepada ubat yang sedia ada. Oleh kerana pendaftaran ubat ini memang mengambil masa dan juga it has to be evidence based tidak boleh kata dia ini mujarab. Mujarab dari segi mana. Apa evidencenya. Oleh itu dia perlu clinical test.
Banyak ubat herba tidak melalui clinical trial oleh itu mengalami masalah dari segi pendaftaran ubat dinamakan sebagai ubat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
[Bangun]
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Oleh itu banyak yang menggunakan cara singkat hanya menjadikan ia suplemen untuk membolehkan mereka menjual. Kalau dia tidak daftar sebagai food supplement langsung tidak boleh jual kerana Kementerian Kesihatan tidak akan membenarkan mereka menjual, tetapi kita galakkan mereka mendaftar sebagai ubat sekiranya ia benar-benar adalah ubat untuk kesihatan rakyat kita.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Yang Berhormat penjelasan sedikit dengan herba ini.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Ya, saya habiskan ini dan kita telah pun memberikan arahan dan kita akan percepatkan pendaftaran ubat-ubat kita iaitu sekarang dalam tempoh 60 hari, 60 working days. Kita harap dapat didaftarkan ubat-ubat yang sedia ada. Ya, silakan Yang Berhormat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Jawatankuasa] Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Ini berkaitan terus dengan soal herbal medicine ini. Saya ingin tahu macam mana untuk proses mendaftar atau menyiasat. Sebab Yang Berhormat saya kenal seorang ini dia vaksin herbal medicine secara saintifik dan beliau telah mengatakan bahawa ini soal pengubatan HIV ini. Beliau telah pun merawat beratus orang yang dibuktikan sembuh. Ada patient dia yang sudah direject daripada hospital tetapi beliau berjaya ubat di Sabah ini. Dia bertanya kepada saya dan minta bantuan bagaimana approve Minister of Health to investigate and register dia punya perubatan ini. Jadi saya minta detail specific supaya saya boleh bantu sebab ini banyak membantu kepada kita. Terima kasih.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Saya hendak jelaskan di sini juga bahawa pendaftaran ubat herba dengan pendaftaran ubat yang lain adalah berbeza sedikit. Kalau ubat medicine ini dia memang perlu clinical trial yang detail. Akan tetapi dari segi herba kita akan lebih mudah daftarkan. Ia semuanya ada di website. Pendaftarannya semua adalah transparent semuanya melalui website. Pergi ke website farmasi kita maka kita akan dapatlah cara-cara pendaftarannya semua di sana. Kita harap...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri panjang lagikah Yang Berhormat.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Saya singkatkan, sudah dekat hendak habis ini.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sebab saya dengar soalan ini semua tidak ada dalam butiran ini.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Ya, memang benar.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Berkaitan, berkaitan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Penjelasan itu Yang Berhormat dia mesti confine dalam peraturan ini juga.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Yang Berhormat Menteri sudah sebut tidak boleh.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Ya, Yang Berhormat. Kalau macam itu saya bolehlah yang semua ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kita ada lima kementerian lagi.
Dato’ Seri Liow Tiong Lai
Saya jawab secara bertulis sahajalah. Okey. Yang Berhormat Kota Melaka menyatakan tentang kawasan zon bebas kawasan merokok. Saya ucapkan terima kasih kerana memberikan sokongan kepada Kementerian Kesihatan untuk kita membanteras dan juga menghentikan tabiat merokok ini. Memang dari segi penguatkuasaan kita menjalankan sebagai berperingkat-peringkat. Kita tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan penguatkuasaan.
Sebenarnya kita telah pun memberikan makluman kepada orang awam tentang kawasan bebas asap rokok di Melaka ini setahun yang lalu, bukan sekarang sahaja kita menguatkuasakan. One year ago kita telah memaklumkan dan memang orang-orang di Melaka sudah biasa dengan kawasan bebas asap rokok, dan mereka tahu tanggungjawab mereka masuk ke Jonker Street beberapa tempat yang diumumkan lima tempat itu, memang itu kawasan larangan merokok. Kita tahu dalam kereta memang kita tidak bolehlah membuat penguatkuasaan. Memang mereka boleh menghisap rokok dalam kereta, tetapi di kawasan-kawasan lain memang kita akan menguatkuasakan di dalam kawasan zon bebas asap rokok ini. Cadangan untuk kita mengadakan satu kawasan khas tempat merokok di kawasan zon bebas asap rokok ini perlu kita teliti dahulu sebelum kita membuat apa-apa pengumuman.
Saya setuju bahawa cadangan tempat letak kereta untuk OKU perlu ditambah, kerana memang kita prihatin terutama sekali di klinik dan kawasan hospital yang memang memerlukan tempat letak kereta OKU yang lebih banyak, dan kita akan membuat perancangan yang teliti. Berhubung dengan Yang Berhormat Kota Raja yang menyatakan Klinik 1Malaysia ini, saya hendak maklumkan bahawa sehingga hari ini 80 Klinik 1Malaysia telah diwujudkan, kita target 100 dan ada lagi yang belum buatlah. Ada yang belum kita bina dan kita akan usahakan dengan secepat mungkin.
Yang Berhormat Batu Gajah, perubatan kanser memang satu perubatan yang mahal dan kita telah wujudkan National Cancer Institute yang akan dibina di Putrajaya, dan di Ipoh juga kita akan meningkatkan perkhidmatan kanser di Hospital Ipoh. Memang sekarang telah pun ada perkhidmatan kanser di Ipoh dan saya akan melihat bagaimana untuk meningkatkan perkhidmatan kanser. Memang ubat-ubat kanser ini saya faham, amat mahal dan kita ambil maklum semua pandangan dari Yang Berhormat untuk kita memperkasakan lagi hospital Ipoh ini.
Itu sahaja Tuan Pengerusi, saya ucap terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,037,800,000 Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Wang sebanyak RM1,037,800,000 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud B.43 - Jadual] - Tuan Pengerus
Maksud Bekalan B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan saya peluang. Saya teruskan kepada Maksud B.43. B.43 ini peruntukan sebanyak RM442,149,000. RM400,000 ialah untuk penswastaan pengurusan sisa pepejal.
Bagi penswastaan penuh perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan kerja-kerja pembersihan awam. Wang sebanyak ini ialah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Untuk tujuan ini soalan saya, adakah Akta 672 yang diperkenalkan ini akan dikuatkuasakan kepada seluruh negeri atau akan ditangguhkan kepada negeri-negeri yang tidak bersetuju. Pada ketika ini dua negeri pembangkang iaitu negeri Selangor dan negeri Pulau Pinang yang tidak bersetuju.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan elok kita laksanakan Akta 672 ini dengan seberapa segera kepada negeri-negeri yang bersetuju yang tidak setuju itu pandai-pandai merekalah. Oleh kerana matlamat kita mahu menjadikan kalau boleh pengurusan sisa pepejal dan pungutan sampah ini benar-benar boleh memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Walaupun kerajaan terpaksa membelanjakan satu peruntukan yang besar, tetapi untuk tujuan ini adalah satu perkara yang amat perlu lagi.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Keduanya, kita tidak mahu juga kalau boleh ia menjejaskan mutu perkhidmatan kepada negeri-negeri lain. Sebelum itu, saya hendak tanya kepada pihak kementerian.
Sebelum ini PBT dikenakan untuk membayar kepada agensi ini. Kepada PBT yang mempunyai pungutan yang rendah, mereka tidak berkeupayaan untuk membayarnya.
Setakat ini saya dimaklumkan bahawa kebanyakan PBT mempunyai tunggakan yang cukup besar sekali. Adakah kerajaan akan membantu PBT ini bagi menjelaskan tunggakan yang membebankan supaya agensi ini akan dapat terus berjalan?
Keduanya, setakat ini semua fi-fi untuk pengurusan sisa pepejal ini di sekalikan dengan bil-bil daripada PBT, dan PBT sepatutnya pula akan membayar kepada agensi sisa pepejal. Adakah kerajaan bercadang untuk mengasingkan bil ini dan bil kan kepada pengguna? Kita mahu lihat kalau boleh sekurang-kurangnya pengguna betul-betul terasa bahawa mereka terpaksa membayar di atas perkhidmatan yang telah dijalankan oleh agensi-agensi ini bagi tujuan yang cukup baik sekali, dan sekurang-kurangnya kita dapat mendidik kepada pengguna-pengguna supaya jangan suka-suka membuat sampah dan sekurang-kurangnya mungkin mereka boleh mengitarkannya semula.
Akhir sekali, agensi sisa pepejal ini telah pun mengambil seramai 600 orang penguat kuasa yang akan menjalankan kerja-kerjanya di seluruh negara. Kita ada sebanyak 98 PBT, kalau kita bahagikan dengan 600 orang, lebih kurang enam orang sahaja Yang Berhormat Menteri. Mungkin jumlah ini tidak mencukupi. Saya faham kerana penambahan akan memerlukan peruntukan, tetapi bagi memastikan supaya Akta 672 ini betul-betul berkesan dan dapat kita memastikan agensi sisa pepejal ini menjalankan kerjanya dengan begitu baik sekali, kita hendak melihat kalau boleh jumlah penguat kuasa-penguat kuasa yang telah dilantik kalau boleh ditambahkan lagi. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya dengan Menteri, yang pertama sekali, adakah contoh daripada negara-negara yang lain di mana pengurusan sisa pepejal di PBT atau Local Council ini seolah-olah dikendalikan oleh Kerajaan Pusat? Jadi adakah ada munasabahnya kerajaan terpaksa membuat akta, kemudian kerajaan ambil duit daripada federal, kemudian menguruskan sisa pepejal? Ataupun adakah lebih mudah kalau kerajaan beri kepada kerajaan negeri? Ini kerana setiap kerajaan negeri itu ada PBT.
Seingat saya, di dalam banyak lawatan-lawatan ke luar negara dan tinggal di luar negara, kebanyakan hal-hal mengutip sampah, mencuci longkang, jamban, najis dan semuanya ini, ia dikendalikan oleh local government, dan sebab itu kita ada local government. Jika sekiranya local government ada masalah, lazimnya state government yang akan tolong. Baik, kalau kita tengok apa yang sedang berlaku di negara kita, syarikat- syarikat yang diberikan konsesi untuk mengendalikan sisa pepejal ini, dia datang dengan sehelai sepinggang. Contohnya e-Idaman di kawasan utara. Dia masuk dengan sehelai sepinggang dan dia harapkan PBT akan menyerahkan segala-galanya kepada dia. Beri mesin, beri orang dan segala-galanya. Dia datang hendak menguruskan.
Harus diingat Yang Berhormat Menteri, bahawa PBT ataupun Yang di-Pertua PBT pun ada sensitivitinya. Dia sudah build up dia punya team dia, tiba-tiba datang satu syarikat mahu diserahkan segala-galanya kepada dia. Jadi apa keuntungan atau kelebihan syarikat- syarikat ini sedangkan dia rasa dia sudah melakukan kerjanya selama berpuluh tahun dengan baik dan tidak ada penambahan baikkan pun kalau sekiranya syarikat masuk. Di sinilah Yang Berhormat Menteri, saya rasa ada masalah pemahaman untuk melaksanakan Akta 672 dengan pihak PBT yang memang cemburu untuk let go apa juga aset dan manpower yang dia ada.
Yang Berhormat Menteri, saya rasa bukan mudah untuk hendak melaksanakan Akta 672 ini. Oleh sebab itu syarikat-syarikat konsesi akan ada problem. Apabila syarikat konsesi ada problem, dia tidak boleh membeli tong. Tong yang rosak akan terus rosak. Dia tidak boleh tambah kakitangan kerana ia bercanggah dengan akta ini pula. Dia tidak boleh buat lebih daripada itu kerana dia juga ada masalah tidak boleh bawa kontrak yang dia ada, dia pergi bank, sebab bank kata, “Kamu pun masih lagi di intern period, macam mana kami hendak bagi duit”.
Jadi saya minta supaya kerajaan mengkaji balik Akta 672 ini untuk rakyat, bukan untuk kerajaan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jasin kata tadi untuk kerajaan pembangkang. Sebenarnya bukan kerajaan pembangkang, kerajaan negerilah.
Sama ada di Pulau Pinang ataupun di Kedah, Kelantan dan sebagainya, itu ialah kerajaan negeri. Soal pembangkang tidak pembangkang tidak timbul. Maknanya, di pihak kerajaan negeri itu ada masalah hendak melaksanakan ini, sebab PBT hendak melepaskan baby ini kepada syarikat, itu sesuatu yang amat susah.
Kedua Tuan Pengerusi, saya lihat syarikat-syarikat ini datang dengan niat baik lah, hendak menolong mencuci PBT kita, hendak memberikan the best tetapi untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, syarikat ini pun ada masalah kewangan, sebab dia punya income dan hasil pun diharapkan daripada PBT. Jadi macam mana? Dia pun ada masalah kewangan, selepas itu dia hendak pergi menolong kita di peringkat PBT, ini yang menjadi masalah. Akhirnya inilah yang akan berlaku. Saya tidak jangka dengan kita memberikan bantuan sebanyak RM400 juta ini pun akan menyelesaikan masalah di peringkat bawah, sebab asasnya tidak selesai.
Jadi saya meminta Yang Berhormat Menteri, yang perlu ialah kita berlapang dada, kita kaji balik. Is it the practical act ataupun kita harus ada satu review yang betul-betul review, supaya akhirnya yang mendapat faedah daripada Akta 672 ini ialah rakyat, bukan tiga syarikat iaitu e-Idaman, Alam Flora ataupun Southern Waste di bawahnya.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Ini kerana saya tidak nampak yang mereka ini akan memberikan yang terbaik untuk rakyat. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin...
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya masih menasihatkan Yang Berhormat lihat di dalam Kertas Perintah 4A, Tahun 2011 itu. Ia berkaitan dengan Akta 672, kadar sewa, PRE II, itu sahaja.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
Ya, saya faham.
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Dan juga JKKK/JKKKP. Yang lain itu sudah terkeluarlah.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
Ya. Terima kasih kerana kerajaan di dalam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan RM400 juta untuk pelupusan sisa pepejal ini, kerana kita melihat di kawasan-kawasan kita juga di bandar raya Miri, diberi lokasi untuk mengendalikan pusat pepejal ini. Keseluruhan sisa pepejal di kawasan bandar Miri dan juga Sibuti dilonggokkan dan ditempatkan di kawasan Sibuti, di mana pengurusannya tidak begitu cermat di mana sampah-sampah sarap bertaburan apabila pengendali-pengendali sisa pepejal ini tidak menutup lori mereka apabila membawa sisa-sisa ini.
Pada masa ini mereka merancang untuk membuat sel yang ketiga kerana sel nombor satu dan nombor dua telah penuh. Lubang-lubang besar ini sudah penuh kedua- duanya. Sel yang ketiga ini baru sahaja di tender dan memakan masa dua tahun untuk menyiapkannya. Bagaimanakah sisa-sisa pepejal ini nanti yang dikelolakan oleh kontraktor- kontraktor itu dapat menjalankan tugasnya sehingga bau busuk tersebut tidak mengelilingi kampung-kampung yang berdekatan dengan tempat pelupusan sisa pepejal ini? Saya mengharapkan pihak kementerian boleh melihat perkara ini dengan segera sebelum masyarakat di sana di serang oleh lalat dan penyakit-penyakit yang ada di kawasan- kawasan tersebut di kampung-kampung seperti Kampung Kejapil, Kampung Satap, Kampung Subak dan sebagainya. Jadi mintalah pihak kementerian mempercepatkan untuk melihat kerja-kerja ini dengan baik dan teratur. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, mengenai sisa pepejal ini saya bangkitkan kerana hampir tiap-tiap harilah saya terpaksa menguruskan hal kerana sampah sarap dan ada perparitan tersumbat dan sebagainya, hampir tiap-tiap hari dan ini bukan sahaja kesalahan sesiapa. Ini kita perlukan pendidikan bagi semua pihak, bagi semua pihak dan Yang Berhormat Alor Setar, bolehkah menerangkan kepada Dewan yang mulia ini dengan wang yang begitu banyak, RM400,000,000 ini untuk menguruskan sisa pepejal ini.
Bagaimana kita boleh meningkatkan keberkesanan untuk menguruskan sisa pepejal ini.
Saya faham Yang Berhormat Alor Setar pun hanya menerima satu warisan sahajalah daripada bertahun-tahun tetapi di Kuala Lumpur misalnya termasuk di Kepong, masalah sisa pepejal walaupun ada Alam Flora dan sebagainya belum lagi diselesaikan.
Dengan adanya peruntukan RM400,000,000 ini, adakah cara yang baru untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal di Kuala Lumpur ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Tangga Batu. Saya lihat Yang Berhormat semua yang jarang-jarang bercakap juga Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya tertunggu-tunggu Maksud B.43 ini untuk diperbahaskan terutamanya saya difahamkan di Parlimen Tangga Batu, kita mempunyai satu landfill, satu kawasan untuk mengurus dan mentadbir sisa pepejal yang telah lama kita tunggu. Tuan Pengerusi, di sana kita mempunyai satu kawasan perumahan yang berada benar-benar hampir dengan kawasan pengurusan sisa pepejal yang dikendalikan oleh pihak Southern Waste Management dan saya melihat kita mendapat banyak rungutan daripada penduduk- penduduk sekitar. Apabila pengurusan ini tidak dikendalikan dengan cekap dan berkesan, antara yang menimpa penduduk-penduduk ialah kesan baunya, pemandangannya dan juga persekitaran yang akhirnya membawa kepada satu suasana tegang kepada penduduk di kawasan tersebut.
Jadi, saya ingin jawapan daripada pihak kementerian di peringkat jawatankuasa ini memberikan satu tarikh sasaran yang tepat supaya boleh kita panjangkan kepada penduduk di persekitaran yang pada hari ini kalau saya lihat pembangunan di kawasan tersebut termasuklah pembesaran lapangan terbang telah membawa satu keadaan bahawa dengan adanya pengurusan sisa pepejal secara terbuka ini tidak lagi sesuai.
Jadi ia membawa saya kepada satu lagi permasalahan iaitu pernah dahulu pihak kementerian juga mencadangkan supaya dibina incinerator pertama di kawasan Parlimen ini dan nampaknya penduduk-penduduk di kawasan Tangga Batu memang sentiasa menerima dan bersikap terbuka kepada inovasi-inovasi ini kerana kita tahu akan sampai satu ketika kawasan ini akan ketandusan dan kita tidak akan mempunyai tanah lagi untuk mengurus dan mentadbir sisa pepejal ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kota Raja.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri, saya ingin membangkitkan mengenai Maksud B.43 mengenai pelaksanaan Akta 672. Saya ingin mengaku di sini, pada mula-mula saya amat terkeliru dengan cara pelaksanaan kutipan sampah sisa pepejal ini dan pembersihan dan kawasan- kawasan PBT. Sekarang baru saya faham kerana ada masalah. Bila masalah timbul, saya terpaksa berhadapan dengan pihak PBT. Kita ada dua kerja yang perlu dilakukan oleh Alam Flora di kawasan Negeri Selangor. Pertama adalah mengutip sisa pepejal, yang lagi satu ialah pembersihan kawasan. Mengutip sisa pepejal ini kita akui ia memerlukan lori kerana dia perlu mengangkut sampah ke tempat di mana hendak dibuang sampah ini. Akan tetapi untuk pembersihan kawasan, saya merasakan bahawa sepatutnya kita memberi kerja ini kepada kontraktor-kontraktor yang owner operated.
Apa yang berlaku sekarang ini yang saya nampak, pelaksanaan Akta 672 ini ia seperti lombong emas sebab di situ banyak punca rezeki. Jadi ramai kontraktor, setengahnya kita panggil tender-prenuer, dia ambil tender tetapi dia tak buat, dia subkontrak. Bila dia subkontrak, maka kualiti kerjanya adalah sangat mengecewakan.
Saya hendak menceritakan satu apa yang berlaku di salah sebuah PBT negeri Selangor. Apabila saya mendapat kompelin bahawa pihak-pihak tertentu banyak mendapat kontrak dan bila ditanya mereka, rupa-rupanya satu kawasan pembersihan itu RM30,000 dia punya kontrak, satu kawasan ditetapkan oleh PBT tersebut. Bila dikaji, bila ditanya, kos sebenarnya hanya lebih kurang RM15,000, habis tinggi RM17,000. Makna ada satu profit margin atau keuntungan yang terlalu besar dan ini menyebabkan ramai kontraktor sanggup membeli borang-borang sebut harga begitu banyak supaya mereka dapat.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Kalau nasib mereka baik dan mereka ada pula orang dalam, mereka boleh mendapat kontrak dengan jumlah yang banyak.
Kalau satu kontrak sudah ada hampir RM10,000 gross profit dia, maka bayangkan berapa keuntungan di sini. Maka inilah yang saya lihat kenapa menjadi tarik tali mungkin di antara PBT, kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Manakala, yang lagi satu saya nampak, kenapa pengutipan sisa pepejal ini tidak berkesan, ini adalah kerana yang mengambil pihak pekerja adalah Alam Flora, yang membayarnya adalah PBT. Jadi pemantauan terpaksa dilakukan oleh PBT. Walaupun mudah kita mengatakan bahawa sekiranya ada kontraktor yang tidak perform, maka PBT boleh memberi arahan untuk memberhentikan kontraktor- kontraktor ini melalui Alam Flora. Namun untuk memberhentikan kontraktor Alam Flora ini akan menimbulkan masalah kerana dalam masa mereka diberhentikan, kita perlu membuat suatu exercise lain untuk ambil kontraktor lain.
Jadi, daripada apa yang saya lihat ini saya nampak bahawa untuk kita perlu melihat secara keseluruhan bagaimana pengutipan sisa pepejal ini boleh efektif.
Sebenarnya ia boleh dilakukan oleh orang-orang tempatan. Kalau kita beri kepada kontraktor-kontraktor yang tidak mempunyai pekerja tempatan, mereka mengambil pekerja luar. Pekerja dari Bangladesh, pekerja dari Indonesia dan meninggalkan pekerja-pekerja tempatan yang tidak berkemahiran. Jadi sebenarnya kalau kita lihat di sini adalah lubuk ataupun satu tempat di mana pekerja-pekerja tempatan mungkin 40 tahun ke atas atau lebih muda daripada itu yang tidak mempunyai kemahiran, yang hanya ada pada mereka ialah tulang empat kerat. Jadi mereka boleh menggunakan tulang empat kerat mereka untuk buat kerja ini. Namun imbuhan ataupun gaji yang diberi tidak begitu menarik hati kepada mereka.
Jadi kalaulah kita nak beri satu keuntungan yang besar atau profit margin yang besar kepada kontraktor-kontraktor yang mendapat kontrak mengangkat sisa pepejal ini, biarlah gaji kepada pekerja itu besar. Jadi bila gajinya lebih besar, ia lebih menarik. Maka orang tempatan akan tertarik untuk melakukan kerja-kerja ini kerana lumayan imbuhannya tetapi kalau gajinya seperti sekarang, RM650, RM750 di bawah paras kemiskinan, orang tempatan mempunyai satu sikap gajinya rendah biar tidak kerja tidak apa, kerana gajinya rendah.
Jadi sebenarnya kita dapat mengangkat masalah pengangguran di antara orang- orang tempatan sekiranya kita boleh melihat ini sebagai satu kerja yang boleh dipelopori oleh orang tempatan dan biarlah ia owner base. Kalau setakat nak mencuci parit, memotong rumput, mencantas pokok-pokok dan sebagainya, kita tidak perlu kemahiran yang amat tinggi.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Apa yang mereka perlu adalah hanya beberapa alat-alat yang asas dan mereka boleh melakukan kerja. Pihak yang paling baik untuk memantau mereka adalah PBT sendiri. Itulah di antara sebab kerajaan Selangor mengambil keputusan bahawa kerja-kerja pembersihan ini diambil balik oleh PBT-PBT. Saya tahu sekarang ini di Alam Flora pula yang membawa kes ini ke mahkamah.
Jadi, bagi saya penting untuk menyelesaikan masalah ini. Sebagai wakil rakyat, saya merasakan kita banyak terhalang dengan kerja-kerja yang sebenarnya tidak produktif seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong tadi, check sampah, check parit, check rumput dan rakyat datang kepada kita dengan masalah-masalah asas ini. Ini bukanlah masalah besar yang perlu kita bawa, kita perlu urus sendiri, kita terpaksa panggil Alam Flora, kita terpaksa panggil PBT, kita terpaksa kadang-kadang memanggil kontraktor. Ini banyak membuang masa wakil-wakil rakyat. Jadi saya harap biarlah orang yang menggaji, merekalah accountable dan merekalah yang ada hak dan ada kuasa untuk menggaji dan juga memecat. Apabila proses itu birokrasinya terlampau jauh dan terlampau panjang, maka yang sebenarnya menerima akibat daripada ketidakberkesanannya dalam pengutipan sampah sisa pepejal ini adalah rakyat.
Saya juga bersama dengan Yang Berhormat Sungai Petani sebenarnya merasakan bahawa kita perlu mungkin melihat semula kepada cara melaksanakan ataupun mendanakan pengutipan sisa pepejal ini.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Saya faham ada tempat-tempat, ada PBT-PBT, ada majlis-majlis daerah yang hasil kutipan mereka tidak mencukupi untuk membayar service atau perkhidmatan ini.
Namun, oleh sebab beberapa atau sebahagian daripada majlis-majlis daerah ataupun PBT tidak mampu, maka kita membuat satu peraturan atau akta yang sama untuk semua bagi saya adalah satu perkara yang sangat merugikan bukan sahaja kerajaan, tetapi rakyat.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya. Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh juga tentang Maksud B.43 di bawah sisa pepejal.
Pertamanya saya hendak bertanya kepada kementerian, kita sebenarnya telah meluluskan Akta 672 ini lebih kurang empat tahun yang lalu iaitu pada tahun 2007. Mengapakah ia memakan masa yang terlalu lama untuk akta ini dilaksanakan? Apakah permasalahan- permasalahan yang dihadapi oleh kementerian untuk melaksanakan akta ini?
Keduanya, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah perancangan kementerian untuk mengurangkan kos pengendalian sisa pepejal ini. Ini kerana pengendalian sisa pepejal ini kita lihat memakan belanja yang begitu besar padahal saya percaya kalau ia diuruskan dengan cara yang terbaik, ia mungkin hanya menggunakan kos yang rendah. Ini kerana kita tahu bahawa sisa pepejal hasil daripada sisa makanan hanya 45 peratus dan yang selebih daripada itu adalah sisa pepejal yang boleh di kitar semula ataupun digunakan semula. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian di dalam aspek untuk kita mengitar semula. Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kementerian ke arah ini supaya isi rumah ataupun masyarakat di dalam negara kita ini mengetahui kitar semula ini adalah merupakan salah satu jalan untuk penyelesaian untuk mengurangkan kos dan juga untuk memberikan pelupusan sisa pepejal yang lebih lestari berbanding dengan kita menggunakan incinerator, menggunakan berbagai-bagai landfill kita yang semakin kurang. Saya minta penjelasan daripada kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya. Yang Berhormat Kuala Kedah.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin membahas Maksud B.43, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah tajuk Pelupusan Sisa Pepejal sebanyak RM400 juta. Terima kasihlah kepada pihak kementerian.
Kalau tidak silap saya, semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor murka kerana bandar Johor didapati kotor. Jadi, kalaulah rakyat biasa yang memberikan pandangan mungkin kita anggap perkara itu sudah menjadi lumrah. Akan tetapi apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor sendiri turun padang untuk mengenal pasti tentang keadaan bandar Johor, jadi sudah barang pasti ini perkara yang cukup mengaibkan bagi pihak syarikat yang mendapat konsesi. Jadi Yang Berhormat Menteri, bolehkah di dalam Dewan ini kita diberitahu secara yang lebih tulus ikhlas bahawa pihak kementerian mengadakan perjanjian dengan tiga syarikat konsesi.
Akan tetapi, syarikat konsesi ini pula telah mengadakan perjanjian dengan syarikat-syarikat lain sepertimana disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Jadi, saya rasa benda ini telah pun diberi peringatan oleh ramai rakan Ahli Yang Berhormat ketika membahaskan rang undang-undang ini supaya syarikat yang mendapat konsesi ini betul- betul melaksanakan tanggungjawabnya, bukan ia subcon lagi, ambil untung atas angin.
Bolehkah nama-nama syarikat yang mendapat subcon ini disebut di dalam Dewan ini supaya diketahui.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Ini kerana Yang Berhormat daripada Alor Setar, saya tinggal di Alor Setar, dekat dengan rumah Yang Berhormat, jadi kita tahu syarikat-syarikat yang mengurus di zon ‘A’, zon ‘B’ dan zon ‘C ‘di Bandaraya Alor Setar ini, syarikat-syarikat mana. Jadi, bolehkah di dalam Dewan ini dimaklumkan? Bukan menjadi satu kesalahan, tetapi sekiranya prosedur itu membenarkan di dalam Akta 672 ini, maka kita terima. Akan tetapi kita hendak tahu juga sebab peruntukan yang sebanyak itu ke mana disalurkan? Pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Kota Raja tadi terus kepada PBT dan PBT yang melantik syarikat-syarikat konsesi ini atau syarikat yang melaksanakan terus, bukan lagi syarikat-syarikat induk yang menjadi payung, yang mengambil keuntungan yang besar.
Jadi, bolehkah diberitahu di dalam Dewan ini?
Keduanya, kandungan di dalam perjanjian Akta 672 dengan syarikat konsesi ini.
Saya difahamkan ada beberapa komponen yang utama, sisa pepejal, soal memotong rumput, mencuci longkang dan sebagainya. Akan tetapi, pelaksanaan itu yang kita nampak selepas ditandatangani perjanjian antara syarikat konsesi dengan PBT berkenaan, yang dilaksanakan setakat ini hanyalah perkara berkaitan dengan pelupusan sisa pepejal. Jadi bagaimana dengan yang lain, masalah rumput dan sebagainya. Yang Berhormat balik ke Alor Setar selalu, kita pun nampak.
Akan tetapi yang anehnya e-Idaman ini minta maaflah, dia buat kerja, dia cuci kawasan-kawasan tertentu sahaja. Kawasan taman Yang Berhormat, kawasan hadapan istana, kawasan hadapan rumah Menteri Besar, kawasan hadapan rumah Exco. Jadi tidak bangkitlah. Akan tetapi kalau kawasan-kawasan lain ini bagaimana? Jadi, itulah di antara perkara..., ini kerana end product kepada services, perkhidmatan ini ialah soal kebersihan, soal kepuasan kepada pelanggan.
Jadi, saya rasa yang akhirnya ialah tentang pengurusan syarikat-syarikat konsesi ini. Kita minta tingkatkan termasuk juga soal mengutip secara berjadual. Ini kerana kalau mereka tidak mengutip secara berjadual, pihak PBT akan membuat pemotongan kepada jumlah amaun yang telah diperuntukkan. Jadi, bolehkah diberitahu dalam Dewan ini berapakah jumlah amaun yang telah dipotong oleh setiap PBT kepada syarikat-syarikat konsesi ini. Ini kerana bila mereka tidak membuat kutipan secara berjadual, pihak PBT mempunyai authority untuk membuat potongan kepada kadar yang telah diberikan dan juga tentang masalah lori yang tidak cukup serta yang lebih pentingnya ialah soal manpower, tenaga pekerja ini. Bolehkah kita dimaklumkan, siapakah tenaga pekerja dan bilangan bagi setiap syarikat konsesi ini. Jadi, Tuan Pengerusi setakat itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Liang Teck Meng (Simpang Renggam)
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin merujuk kepada Butiran 090000 tentang pengurusan sisa pepejal negara. Tuan Pengerusi, saya juga menghadapi masalah yang sama seperti Yang Berhormat Tangga Batu. Dalam kawasan Parlimen Simpang Renggam iaitu Bandar Renggam, ada sebuah tapak pelupusan sampah yang berkeluasan lapan ekar. Keadaan tapak pelupusan ini 96 peratus sudah penuh, hanya tinggal 4 peratus ada kosong. Sepatutnya tapak pelupusan ini hanya digunakan oleh kawasan Simpang Renggam, malangnya keadaan kini sudah menjadi sesak dan penuh oleh kerana sampah datang dari luar daerah seperti Yong Peng dan Batu Pahat. Lebih merumitkan keadaan, sampah-sampah yang datang daripada lori sampah persendirian. Dianggarkan sehari sebanyak 280 tan sampah sehari yang dibuang, ianya meningkat pada hari Ahad dan cuti awam.
Oleh sebab tapak hanya tinggal 4 peratus kosong sahaja, maka kerajaan telah meluaskan lagi tapak pelupusan ini dengan pengambilan tanah seluas 20 ekar dan saya difahamkan ada bantahan daripada pihak Sime Darby Plantations Sdn. Bhd.
Tuan Liang Teck Meng (Simpang Renggam)
Tuan Pengerusi, tapak pelupusan ini perlu dipindahkan ke kawasan baru kerana kawasan sedia ada telah penuh dan tidak sesuai digunakan lagi dan pihak Sime Darby mencadangkan supaya tapak pelupusan sampah tersebut dipindahkan ke Blok 2003 Lot No.10020 kerana atas alasan:
(i) tapak cadangan baru ini adalah kawasan strategik dan ianya jauh daripada kawasan penempatan penduduk Renggam;
(ii) sumber tadahan air penduduk peladang tidak lagi tercemar akibat daripada air lelehan tapak pelupusan kerana di tapak cadangan baru akan dibina kolam bagi tadahan air lecek sampah; dan
(iii) tapak cadangan sangat rata dan berada di kawasan rendah.
Laluan masuk ke tapak ini hanya 1.7 kilometer dan lurus.
Saya pohon cadangan tersebut dapat dipertimbangkan kerana tapak sedia ada telah memberi kesan yang amat buruk kepada penduduk tempatan. Ia telah menyebabkan pencemaran air teruk akibat daripada air lecek mengalir ke dalam air tadahan minuman penduduk ladang dan menjejaskan kesihatan penduduk. Keadaan ini menyebabkan penduduk mengalami kegatalan kulit akibat penggunaan air yang tidak bersih dan menghidap penyakit asma, hasil daripada menghidu asap dan bau busuk dari tapak pelupusan ini. Tambahan lagi, ia juga menyebabkan pencemaran persekitaran kerana sampah dan plastik bertaburan di sepanjang jalan menuju ke tapak ini dan jalan besar menjadi kotor akibat daripada air lelehan lori sampah keluar masuk ke tapak ini.
Ujian telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Kluang terhadap Sungai Benut.
Kadar kandungan ammonia di dalam Sungai Benut didapati tinggi dan dipercayai berpunca dari air lecek sampah. Siasatan juga telah pun dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar dan didapati bahawa tapak ini di CEP Simpang Renggam masih tidak ada EIA Report. Jadi, saya berharaplah kementerian dapat memberikan perhatian yang serius terhadap tapak pelupusan CEP Simpang Renggam ini, semoga cadangan-cadangan tersebut dapat dipertimbangkan kerana saya setakat ini telah menerima aduan daripada 20 organisasi dari kawasan tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.
Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud B.43 peruntukan RM400 juta untuk pelaksanaan Akta 672 iaitu Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal adalah dialu-alukan. Saya selalu membangkitkan perkara ini kerana saya kurang puas hati dari segi kaedah pengurusan sisa pepejal sebelum dibuang ke dalam sanitary dumping area dengan izin, umpamanya di Selangor ini, di Bukit Tagar, Jeram dan lain-lain. Saya juga kurang puas hati amalan 3R iaitu reuse, recycle, reduce ini yang dengan izin, oleh masyarakat masih lemah walaupun jawapan kementerian perkara ini sedang berjalan tetapi pencapaian yang rendah, kurang daripada 5 peratus kerana kurang kesedaran dan kurang inisiatif daripada rakyat.
Cadangan pembinaan incinerator juga mendapat tentangan dan halangan dari masyarakat atas alasan bahaya terutama penghasilan 0.1 peratus dioxin sedangkan teknologi sekarang umpamanya incinerator yang dibina di Korea hanya menghasilkan bahan sampingan 0.001 peratus dioxin. Mereka membangunkan incinerator berhampiran dengan sungai dan kawasan perumahan.
Tuan Pengerusi, memandangkan sisa bandaran ini semakin meningkat, purata di dalam satu-satu PBT mungkin lebih 500 tan sehari dan antaranya lebih 60 tan per hari plastik, maka saya mencadangkan:
Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat
(i) kementerian perlu meneruskan atau perlu meningkatkan kempen kurang penggunaan beg plastik sebagaimana Selangor telah pun melaksanakan iaitu hari Sabtu sebagai hari bebas beg plastik. Jadi, dengan usaha ini mungkin kita dapat mengurangkan plastik;
(ii) supaya pembangunan incinerator di beberapa tempat strategik seperti Yang Berhormat Tangga Batu sebutkan tadi, perlu dipertimbangkan semula dan pada masa sama penjanaan tenaga dapat dihasilkan; dan
(iii) kementerian perlu mensyaratkan syarikat yang perlu yang mengendali pelupusan sampah memasang ataupun membina loji pengasingan sisa pepejal terutama untuk mengasingkan logam, kaca, plastik, organik dan bahan bakar yang boleh menjana tenaga elektrik dan boleh disambungkan ke grid seperti mana yang dilaksanakan oleh satu syarikat RDF di Semenyih, Hulu Langat.
Saya berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dapat memberi bantuan dan sokongan kepada RDF ini. Seterusnya mengembangkan teknologi serupa ini, tidak kira produknya dari Jerman, China, Korea dan sebagainya tetapi teknologi ini dapat dikembangkan terutama kawasan-kawasan berhampiran dengan sanitary dumping area dengan izin, supaya jangka hayat tempat pelupusan dapat dipanjangkan kerana yang dibuang ke dalam dumping area atau sanitary dumping area ini hanyalah 30 peratus daripada sampah iaitu bahan-bahan organik. Akhirnya, mungkin bahan-bahan organik ini juga dapat digunakan semula sebagai baja kompos.
Saya juga berharap kementerian dapat memantau syarikat-syarikat yang membeli barang-barang lusuh atau scrap, kerana mereka ini selepas mereka segregate atau pisahkan barang-barang diperlukan seperti logam, kaca dan sebagainya, membuang sisa- sisa ataupun sampah hanya di belakang kawasan mereka. Saya telah pun melihat kawasan scrap di Parlimen saya iaitu di satu kawasan puncak antara Hulu Langat dan Ampang.
Mereka telah membuang sampah di belakang tempat kawasan mereka dan akhirnya leachate telah pun masuk ke dalam Sungai Hulu Langat yang menjadi punca air minum di Lembah Klang dan sebagainya. Sekian sahaja, terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh tentang RM8.66 juta untuk menampung kenaikan elaun JKKK dan JKKP. Saya hendak minta penjelasan sedikit kerana saya lihat belanja tambahan ini memang di muka surat tujuh di bawah maksud B.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Selain itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah minta RM150 juta untuk membiayai kenaikan kadar elaun bulanan JKKK dan JKKP. Jadi, saya hendak tanya, kenapa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah minta bajet tambahan untuk kenaikan elaun untuk JKKK dan juga di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bajet diminta sekali lagi.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Saya juga hendak tanya, JKKP ini saya rasa hanya wujud di negeri Pakatan Rakyat di mana Pakatan Rakyat adalah kerajaan. Jadi, saya hendak minta bilangan JKKP di Selangor, di Pulau Pinang, di Kelantan dan juga di Kedah dan bagaimana situasi JKKP di Perak di mana saya rasa pada tahun 2008, saya rasa ada JKKP tetapi selepas itu pada tahun 2009 sama ada JKKP itu masih wujud. Saya juga hendak tanya perbelanjaan untuk JKKP di Pulau Pinang, di Selangor, di Kedah dan juga di Kelantan setakat ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bakri, selepas itu Yang Berhormat menteri menjawab ya.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Maksud B.43 Butiran 050100 - Kerajaan Tempatan.
Saya ingin penjelasan, apakah status pemindahan tempat pelupusan sampah Bukit Bakri?
Adakah tarikh tutup tempat pelupusan sampah tersebut seperti yang disebut oleh Majlis Perbandaran Muar iaitu pada bulan ini?
Butiran 010100 - Senaraikan nama pemilik sebuah syarikat bernama Southern Ads Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 627954-B). Adakah Majlis Bandaraya Johor Bahru sudah menyerahkan kuasa mengeluarkan permit untuk papan tanda dan banner dan pengutipan yuran kepada syarikat ini? Sejak bila Majlis Bandar Raya Johor Bahru menyerahkan kuasa ini kepada syarikat swasta ini dan apakah dasar KPKT dalam penyerahan penguatkuasaan ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat menteri.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Wira Chor Chee Heung
Tuan Pengerusi, pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berjumlah 12 orang yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan melalui peringkat Jawatankuasa mengenai tugas-tugasan yang dikendalikan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Mereka adalah terdiri daripada Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Serdang dan Yang Berhormat Bakri. Dari apa yang saya tahu, hampir kesemua 12 orang Ahli Yang Berhormat telah pun hanya menyentuh tentang tugas-tugas di bawah pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara kita.
Baiklah Tuan Pengerusi, saya akan cuba menjawab semua soalan-soalan yang telah dibangkitkan mengenai pengurusan sisa pepejal. Pertama sekali, seperti kita semua maklum, Akta 672 telah pun diluluskan di Dewan yang mulia ini tetapi ianya masih belum dapat dilaksanakan lagi. Walaupun demikian, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam telah pun diluluskan di peringkat Kabinet dan juga Majlis Negara Kerajaan Tempatan selepas itu. Tiga buah syarikat telah pun dilantik untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam iaitu selepas melebihi 50 buah syarikat yang telah pun masuk tender untuk mendapat kerja-kerja tersebut. Pada akhirnya, didapati tiga buah syarikat telah pun dilantik iaitu di sebelah utara ialah bagi Kedah dan Perlis dan juga Kelantan, Syarikat e-Idaman, bagi tengah Semenanjung ialah Syarikat Alam Flora dan bagi negeri-negeri di Selatan seperti Johor dan Melaka, ianya akan dijalankan oleh SWM Sdn. Bhd.
Sejak tahun 2007 ini, negeri-negeri yang telah pun bersetuju supaya secara interimnya tiga buah syarikat menjalankan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan ada juga negeri-negeri yang tidak bersetuju sampai sekarang pun ada. Mereka ini adalah Pulau Pinang, Perak dan baru-baru ini didapati Selangor telah pun membuat keputusan untuk menawarkan hanya kutipan sisa pepejal diberikan kepada Syarikat Alam Flora tetapi pembersihan awam diambil semula oleh PBT-PBT di negeri Selangor. Walaupun demikian, saya telah pun sebagai menteri telah menerima sepucuk surat dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Selangor dan saya telah pun memberitahu kepada Syarikat Alam Flora iaitu memandangkan kedudukan perkembangan sebegini, saya minta Alam Flora untuk membuat keputusan sama ada hendak bersetuju menerima separuh iaitu hanya pengutipan sampah dan pembersihan awam diserah balik.
Akan tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, mengikut Akta 672, kita memang tidak dapat memisahkan kedua-dua jenis tugasan.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
[Bangun]
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Walaupun demikian, baru-baru ini saya juga dengar bahawa Syarikat Alam Flora telah pun memasukkan permohonan injunksi terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Itu adalah yang paling terkini. Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Yang Berhormat, terima kasih Tuan Pengerusi. Apa yang berlaku di Selangor ini ialah kerana performance Alam Flora di dalam pembersihan bandar itu tidak memuaskan. Jadi, oleh sebab itulah, maka kerajaan negeri meminta supaya perkara itu ditarik balik tetapi dalam urusan pelupusan sisa pepejal, saya bersetuju. Bukan sahaja berlaku di Alam Flora, di e-Idaman juga. Saya setuju setakat ini ada improvement, ada peningkatan yang baik dalam pelupusan sisa pepejal tetapi dalam pembersihan bandar sehingga sekarang- kalau Yang Berhormat sendiri sebagai Ahli Yang Berhormat bandar Alor Setar, Parlimen Alor Setar, Yang Berhormat juga boleh bersetuju bahawa tidak memuaskan. Kita berada di bandar Alor Setar, apatah lagi orang yang berada di negeri Selangor. Tidak memuaskan, maka sebab itulah kerajaan negeri membuat keputusan itu. Jadi saya minta komen Yang Berhormat.
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Tidak mengapa, nanti saya akan sampai ke giliran Yang Berhormat mengenai sama ada puas hati atau tidak puas hati. Saya start dari mula sampai hujunglah, lebih baik macam itu.
Mengenai sebab apakah begitu lama ianya dikuatkuasakan. Memang sampai sekarang ini tidak dikuatkuasakan lagi tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, akta ini akan dikuatkuasakan dalam masa yang terdekat memandangkan pihak Kabinet masih memperhalusi selok-belok dengan kerja-kerja, bayaran atau jumlah kos untuk mengendalikan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat, sebab apa ianya dilakukan di mana Kerajaan Persekutuan harus menanggung beban kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Pada suatu ketika memang didapati banyak PBT yang tidak mempunyai pendapatan ataupun pengutipan hasil melebihi RM10 juta. Oleh kerana begitu banyak PBT menghadapi masalah itu dan juga Kerajaan Persekutuan pada masa itu berpendapat bahawa, kalau boleh kita dapat menyeragamkan standard-standard pengurusan, pengutipan sisa pepejal dan pembersihan awam. Oleh sebab itulah, barulah mempunyai idea untuk melantik tiga buah syarikat untuk menguruskan segala kerja. Akan tetapi, jangan lupa Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini...
Seorang Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Huh! Yang Berhormat Permatang Pauh, sudah ini.
Yang Berhormat Permatang Pauh dia pada masa itu memang menjadi salah seorang anggota dalam membuat keputusan itu. Saya tidak kata Yang Berhormat Permatang Pauh setuju atau tidak tetapi pada akhirnya semua sudah setuju supaya ini adalah pendekatan yang paling baik sekali dan apa yang dilakukan oleh kementerian saya selama ini adalah mengikut keputusan yang telah diputuskan agak 13 tahun yang lepas ini.
Walaupun saya mula-mula tidak berapa setuju sebab kalau kita hendak tengok di seluruh dunia tidak banyak negara di mana Kerajaan Persekutuan berani menanggung beban untuk kerja pengurusan sisa pepejal dan juga pembersihan awam. Maka, oleh sebab itulah kita dapat melihat oleh kerana kita tidak dapat melaksanakan Akta 672 sebelum itu, kita hanya dapat diluluskan pada 2007. Maka sudah menjadi satu tempoh masa agak panjang dan tiga buah syarikat ini hanya diperintah untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan sebelum ianya dikuatkuasakan Kerajaan Persekutuan tidak akan menanggung. Hanya tiga buah syarikat bergantung kepada bayaran-bayaran oleh semua PBT kepada mereka.
Malangnya, banyak PBT seperti yang saya katakan sebentar tadi tidak dapat membayar sepenuhnya apa yang telah pun dijanji dan kadar-kadar kutipan sampah itu memang tidak dinaikkan langsung ikut kadar yang lama sahaja. Ada setengah rendah sampai RM2.30, ada pula di Putrajaya RM12, memang ada. Akan tetapi, kadar itu masih kekal dan tiga buah syarikat ini sanggup juga berjalan sebab mereka tahu bahawa mereka ini telah diberikan peluang untuk menjalankan pembersihan sisa pepejal apabila Akta 672 dikuatkuasakan.
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Oleh sebab itulah, mereka ini jalan juga walaupun bank-bank tidak beri pinjaman, walaupun bayaran daripada PPT banyak terhutang dan sampai hari ini untuk makluman Dewan yang mulia ini terdapat RM360 juta yang di hutang oleh PPT kepada tiga buah syarikat ini. Akan tetapi, sama ada Kerajaan Persekutuan akan bantu tiga buah syarikat untuk membayarkan semula itu, saya ingin beritahu dahulu Kerajaan Persekutuan memang bantu tetapi sekarang nampak tidak boleh sudah sebab terlalu banyak Kerajaan Persekutuan harus tanggung. So, kita minta supaya tiga buah syarikat ini supaya bersabar.
Apabila Akta 672 dikuatkuasakan, perlahan-lahan kita kutip pada mereka. Mungkin setiap bulan bayar sedikit sampai habis. Ini adalah permintaan Kerajaan Persekutuan kepada mereka. Baiklah Tuan Pengerusi, bila ianya dilaksanakan Akta 672, perbadanan yang telah wujud Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah wujud dan perbadanan inilah akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua kerja di bawah apa yang telah dan akan ditandatangani iaitu agreement konsesi-konsesi ini.
Sehingga hari ini memang surat perjanjian konsesi tidak sampai sign lagi sebab hendak tunggu bila di peringkat Jemaah Menteri telah bersetuju, barulah kita hendak sain surat perjanjian. Apabila ianya ditandatangani, maka skop kerja sama ada pembersihan awam, sama ada pengurusan sisa pepejal akan terkandung dalam surat perjanjian di mana tiga-tiga buah syarikat konsesi telah pun diberitahu mereka ini telah menjalankan tugas selama 13 tahun. Hanya kali ini ada dua perubahan atau pun dua perkembangan yang kita akan menyaksikan.
Satu, selepas surat perjanjian konsesi ditandatangani maka tiga buah syarikat ini dapat pergi di bank-bank ataupun institusi-institusi kewangan untuk mendapat pinjaman, sebab apa? Sebab buat masa ini segala kenderaan-kenderaan yang diwariskan oleh PPT- PPT kepada tiga buah syarikat ini telah pun dalam keadaan yang cukup buruk dan mereka ini hanya repair, guna, repair, guna, dan mereka juga beli sendiri syarikat itu. Akan tetapi, tidak banyaklah mahu beli. Macam mana mahu beli sebab begitu mahal sedangkan bank tidak beri pinjam. So, bila kita sain surat perjanjian bank akan tahu bahawa ini adalah satu jenis agreement konsesi yang akan bertahan sekurang-kurangnya tujuh tahun. Sebab tempoh masanya memang 21 tahun tetapi setiap tujuh tahun kita akan melihat prestasi bagus atau tidak bagus. Kalau bagus kita continue tetapi kalau tidak bagus kita beri mereka keluar.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Selepas itu yang kedua apakah perkembangan yang kita dapat lihat? Kerajaan Persekutuan akan menanggung beban bayaran kepada ketiga-tiga buah syarikat ini. Sebelum bayaran dikeluarkan maka dalam surat perjanjian konsesi begitu tebal ini telah pun dengan jelasnya memberitahu bahawa mereka ini terpaksa mengikut piawaian KPI yang telah pun ditetapkan dan piawaian KPI kalau mahu sampai 100 peratus, tahun yang keempat 100 peratus. Sejumlah 100 peratus itu bermaksud semua orang isi rumah akan diberikan satu tong sampah yang seragam. Kalau Alam Flora di mana pun sama dan akan diberikan secara percuma. Ini kerana tong ini mungkin akan berbeza sedikit sebab pada masa itu apabila orang mahu angkut sampah ini dia memang tidak laratlah hendak buang sampah dalam kenderaan. So, dia guna tong yang special itu dia compacter masuk, tong hanya dinaikkan dan masuk dalam kenderaan. Ini adalah perkembangan yang kita akan menyaksikan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Apabila ada KPI, kalau KPI tidak ikut perbadanan dengan penguat kuasa berhak untuk memberi penalti RM50 setiap kesalahan. Kalau KPI ada saya berani percaya masa itu aduan-aduan memang masih ada tetapi akan kian kurang banyak kalau hendak dibandingkan dengan sekarang.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri, sementara perjanjian itu sain di bawah itu ada problem sebab sampah dan sebagainya. Macam PBT yang kaya macam saya Sungai Petani. Kami kaya, kami ada duit tetapi kedudukan sekarang menghalang untuk PBT mengambil tindakan. Contoh, kami tidak boleh beli tong sendiri, tidak boleh beli lori, dan tidak boleh gajikan orang.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Pada waktu yang sama syarikat konsesi ada problem mereka tidak ada duit, jadi yang ini chicken egg situation Yang Berhormat Menteri. PBT pun tidak boleh buat apa dan syarikat pun tidak boleh buat apa, yang menderita ialah rakyat. Mereka ini perlu bayar.
Mereka bayar cukai pintu. Jadi seperti Yang Berhormat Kota Raja katalah akhirnya dia cari wakil rakyatlah. Jadi wakil rakyat perlu tengok sampah, wakil rakyat kena tengok longkang, mati kita! Oleh sebab itu, dalam keadaan hendak sain ini bila hendak sain ini, apakah yang boleh dilakukan oleh pihak kementerian? Terima kasih.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Sedikit, terima kasih. Saya..., betul kata Yang Berhormat Menteri sebentar tadi bahawa apabila sudah ditandatangani nanti ada KPI dan sebagainya. Akan tetapi, kita perlu ingat kita sudah beri berbelas tahun peluang kepada mereka.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Kita hendak tengok rekod juga di mana bukan semua kawasan bermasalah. Itu pun kita boleh, maknanya dia dalam seluruh Malaysia ini, di mana kawasan yang mereka tidak bermasalah. Pertama adalah kerana mereka sub con. Semua ini adalah subkontraktor-subkontraktor yang mereka tidak mempunyai kawalan sepenuhnya.
Ini yang bimbang. Sudah bagi berbelas tahun, kemudian kita tunggu pula empat tahun, selepas itu kita tunggu pula tujuh tahun, selepas itu kita kesian pula kerana mereka telah banyak pinjam daripada bank tidak habis bayar. Jadi kita obligated. Kita terpaksa menyambung semula tender mereka. Kita sudah melalui 13 tahun tadi Menteri lihat.
Akta ini ataupun program ini walaupun tidak ditandatangani lagi akan tetapi mereka sudah diberi peluang untuk berkhidmat. Mereka tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan. Jadi apakah kita hendak meneruskan ataupun adakah patut pada waktu sekarang seperti Menteri sudah lakukan dengan Akta 663 di mana di review semula, dipinda dan dikaji semula supaya kita tidak payah lagi, penderitaan rakyat itu tidak tertangguh lama. Ini kita bimbang ini, sementara ini apa akan berlaku.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, saya...
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri...
Dato' Wira Chor Chee Heung
Saya, seperti saya katakan tadi...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya memperingatkan kita ada empat lagi kementerian Yang Berhormat.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Ya, ya.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri...
Dato' Wira Chor Chee Heung
Banyak lagi.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kementerian yang kita hadapi semua kementerian yang besar-besar.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan pendekkan. Saya harap Yang Berhormat semua ini akan bekerjasamalah. Untuk menjawab dua soalan dari dua Yang Berhormat, memang saya setuju. Ia memang banyak kelemahan sebelum surat perjanjian ini ditandatangani. Kita tidak boleh semua kata mempersalahkan syarikat macam e-Idaman. Memang saya setuju. Ia memang menghadapi masalah sebab aktiviti tidak bayar. Ada hutang, ada apa semua ini. Selepas itu mereka pula kena cari duit sendiri, sumber kewangan sendiri untuk membeli ini, membeli itu.
Kedua, masalah yang kedua seperti mungkin Yang Berhormat Kota Raja tidak tahu. Bila kita buat keputusan itu, Kerajaan Persekutuan kata jangan buat aniaya kepada sub con-sub con, pekerja-pekerja sub con. You ambil alih, you kena ambil alih orang ini semua. Baik tidak baik you kena cuba juga. Itulah mereka ini terpaksa ambil alih semua pekerja. Mereka ini sub conlah. Dahulu pun ada banyak dicadangkan oleh PBT. PBT kata you ambil ini. You ambil syarikat ini. Kalau mereka ini tak ambil pun tidak betul jugalah kan.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Hendak bagi juga muka pada PBT. So, bila orang-orang ini ambil kalau prestasi tidak bagus pada akhirnya mereka kena. So, selepas Akta 672 dilaksanakan maka masalah ini kian berkurangan. Sebab apa? Sebab mereka ini berhak untuk berhentikan sub con-sub con yang tidak dapat perform. Siapa yang boleh perform dia ambil orang baru, orang baru.
Macam Yang Berhormat Kota Raja cakap memang benar. Bagi orang yang kita kenal. Owner operated punya company. Itu memang yang cukup baik. Akan tetapi buat masa ini tidak boleh, tidak sign lagi. Mereka ini terpaksa jalanlah, jalan. Yang Berhormat nanti...
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kalau persoalannya soal kontraktor yang dilantik oleh PBT, mengikut amalan sekarang dia ada kuota. Ada kontraktor yang dilantik oleh PBT, ada kontraktor yang dilantik oleh Alam Flora. Malangnya dia ada double standard dari segi pelaksanaannya. Kalau kontraktor itu yang dilantik oleh PBT didapati tidak menjalankan tugas dengan baik, Alam Flora mengenakan servis caj 10 peratus.
Apakah kementerian tahu perkara ini. Ada additional charge by Alam Flora terhadap kontraktor yang dilantik oleh PBT. Sedangkan kontraktor yang tidak dilantik oleh PBT akan tetapi dilantik oleh Alam Flora walaupun prestasinya tidak baik terus kekal tanpa apa-apa tuntutan tambahan. Itu yang pertama.
Kedua, mengikut pengalaman di Majlis Perbandaran Ampang Jaya Yang Berhormat Menteri bercakap soal prestasi. Saya setuju. Pertikaian kita hari ini ialah prestasi Alam Flora selama 13 tahun ini langsung tidak memuaskan. Dua tahun yang lalu wakil Alam Flora di peringkat daerah Ampang mencadangkan supaya 23 kontraktor ditamatkan perkhidmatannya dan disokong oleh PBT iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Apabila kontrak mereka ditamatkan, oleh sebab prestasi yang tidak memuaskan dan dipersetujui oleh wakil Alam Flora peringkat daerah, seminggu selepas itu ada arahan datang terus daripada DRB-HICOM supaya keputusan itu diketepikan dan melantik terus kontraktor- kontraktor yang telah terbukti prestasi mereka lemah dan tidak memuaskan.
Jadi perkara-perkara inilah yang menyebabkan pengguna khususnya rakyat di peringkat bawah merasa lemas dengan prestasi Alam Flora dan kalau Akta 672 ini diteruskan dan masih lagi memberi perlindungan kepada Alam Flora saya bimbang perkara ini akan menimbulkan masalah yang besar di peringkat akar umbi khususnya di PBT dan pengguna di bawah. Terima kasih.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Memang terdapat kelemahan-kelemahan. Saya memang setujulah. Saya tidak hendak kata apa pun tidak ada, semua berjalan dengan lancar. Ada kelemahan juga di belah Alam Flora ataupun syarikat konsesi yang lain, akan tetapi apa yang penting ialah seperti saya katakan tadi perubahan itu yang amat ketara ialah selepas ianya menandatangani surat perjanjian konsesi, ada KPI ada penguat kuasa, maka perubahan itu akan dapat dilihat.
Ini saya berani memberitahu. Dari segi kelemahan saya tidak hendak mempertikai dengan Yang Berhormat Gombak sebab saya tidak tahu tentang benda ini. Akan tetapi satu fakta ialah kalau Alam Flora prestasinya tidak bagus ataupun dia buat di mana tidak mencapai satu tahap yang dikatakan puas hati, PBT berhak untuk tidak bayar mereka.
Memang, PBT berhak untuk tidak bayar mereka. Sama ada siapa betul, siapa salah itu soal lain. Akan tetapi PBT akan hold back first, tidak bayar dengan mereka. Ini satu yang kita patut terimalah.
Kedua mengenai pertanyaan Yang Berhormat Sungai Petani. Bila saya balik setiap kali, seperti kita semua maklum Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman seorang yang cukup baik, betul cakap. Saya sentiasa ada interaksi dengan beliau. Beliau tiap-tiap kali kata, saya tanya sebab saya pun cukup bimbanglah, Ahli Parlimen Alor Setar “Apa ini prestasi macam mana Dato’ Seri?”. Dia kata “So, far acceptable. Very good”. Dia kata. Kalau tidak berani you tidak percaya I, you balik pi tanya dia.
Oleh sebab itu saya setiap kali panggil E-Idaman you kena keluar lagi modal sikit, I kata walaupun tidak sign lagi. You kena cari. Dia cari. Betul. Selepas itu ada di Wisma Darul Aman kita pun dapat melancarkan dan Datuk Fakhruzi pun ada sama.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Mereka ini agak berpuas hatilah. Mungkin dia sudah bertambah baik dia punya prestasi, saya tidak tahulah. Akan tetapi memang setakat ini mereka ini sampai Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun selalu berucap terima kasih kat I, sebab saya minta dia, “You kena keluarkan modal sikit. Saya tidak mahu Kedah ini macam dulu”. Ha, tengok. Macam itulah.
Baiklah Yang Berhormat dari Sibuti, I hendak beritahu Yang Berhormat Sibuti bahawa penswastaan pengurusan sistem pepejal tidak diperluaskan hingga ke Sabah dan Sarawak buat masa ini. Mungkin lain kali bila kita di sini jalan dengan lancar barulah kita hendak bincang dengan Sabah dan Sarawak.
Bagi Yang Berhormat Kepong, RM400 juta ini adalah hanya untuk empat bulan.
Untuk makluman pada tahun pertama, kalau kita hendak mengadakan peruntukan mencukupi, kita kira semua sumbangan daripada PBT di seluruh Semenanjung tidak sampai pada RM800 juta, satu tahun. Akan tetapi mereka ini hanya kekalkan dengan kadar seperti saya katakan tadi ada setengah RM2.30 sen, ada setengah RM4, ada setengah RM8, ada setengah RM12 seperti Putrajaya RM12.
So, kita oleh kerana Kerajaan Persekutuan rasa kita harus kekalkan itu. Kita tidak hendak bebankan rakyat. Dahulu bayar RM2.30 sen biar bayar sama sekali. Sama juga rate itu. Apa yang agak lebih kita tanggung. Kita hendak melihat bahawa pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam mencapai satu tahap yang cukup kita boleh rasa membanggakan. Oleh sebab itulah Kerajaan Persekutuan selepas mengkaji mereka ini memberi RM8 sebulan. Sebulan, bukan satu hari, sebulan. Satu isi rumah.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Tambahan ini, Kerajaan Persekutuan kena tanggunglah. Oleh sebab you hendak buat penswastaan, memang you tanggung. Itu memang satu perkara yang cukup adil. Oleh sebab itulah pada tahun pertama, Kerajaan Persekutuan harus tanggung, agak-agak dalam RM400 juta hingga RM500 juta melebihi kos yang tambah itu.
Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Tangga Batu, memang saya mengaku bahawa tapak-tapak pelupusan kalau tidak dikendalikan dengan baik ataupun sudah penuh sudah, memang akan memberikan masalah seperti bau busuk semua itu. Saya memang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat. The way forward ialah menggunakan teknologi yang canggih dan pada masa yang sama, bukan canggih sampai macam nuklearlah. Tidak canggih sampai nuklear. Kita sampai setengah saja. Tidak ada nuklear, tidak ada apa pun. Walaupun rakyat kita tidak berapa setuju lagi ini. Tengok macam di Broga itu kan, walaupun ini sesuatu yang cukup baik tetapi orang tidak boleh terima lagi. So, banyak bimbingan dan pendidikan kena bagi tahu.
Yang Berhormat dari Hulu Langat kata dia pergi ke Korea. Saya pun pergi ke Korea, saya pun pergi tengok. Memang benar, dia punya incinerator yang mengeluarkan dioxin di paras 0.01 yang mungkin bawah daripada standard international lagi. Di Korea pula, saya percaya Yang Berhormat Hulu Langat pun tahu, dari sampah-sarap ia menjanakan kuasa elektrik yang boleh memberi bekalan elektrik kepada 30,000 kondominium-kondominium dan apartmen di satu bandar di mana incinerator plant itu berada di situ. Ini adalah di masa hadapanlah. So buat masa ini kita masih bergantung pada tapak pelupusan kita.
Walaupun tapak pelupusan kita berbau, kita juga akan mencari jalan untuk bagi ubat, bagi chemical supaya ia tidak berbau. Kalau ia telah penuh, kita akan tutup selamat.
Macam di Tangga Batu, kalau ada bau di situ, kita tutup selamat, kita buka yang lain. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tapak-tapak pelupusan buat masa ini masih kita harus bergantung dahulu sebab incinerator ini kita kena tengok, dan kita sudah mula bina lima buah incinerator di lima buah tempat iaitu di Pulau Langkawi yang boleh menguruskan 100 tan sehari, Pulau Pangkor, Cameron Highlands, Pulau Tioman dan akhir sekali di Labuan.
Kita telah buat empat dan setakat ini empat ini berjalan dengan lancar, tetapi ini semua kecil-kecil. Kalau di tempat-tempat lain memang besarlah.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja ini. Tadi saya sudah sebut sub contractor itu diwariskan. Ada setengahnya dia-dia ini. Walau bagaimanapun, apabila surat perjanjian ditandatangani, saya percaya banyak yang tak boleh pakai langsung.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Tidak ada standard punya akan dipecat. Kita juga akan memberitahu, seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kota Raja iaitu hanya lantik kontraktor on operated yang betul-betul mempunyai prestasi.
Yang Berhormat Sekijang bertanya sebab apa begitu lama. Saya sudah cerita tadi, sudah beritahu. So, dalam masa terdekat, ia akan dilaksanakan. Dalam Akta 672, kita memang mempunyai peruntukan yang mencukupi iaitu semua kerja kitar semula sampah sarap akan dibuat dekat source di tiap-tiap buah rumah, diisi rumah dahulu. Plastik kita ambil keluar, kaca ambil keluar, tinggal sisa organik sahaja. Kita akan memperhebatkan lagi kempen-kempen supaya orang tahu. Akan tetapi setakat ini orang pun sudah tahu sudah.
Mengikut satu survey kita buat, melebihi 90 peratus rakyat kita sudah tahu apakah kitar semula. Cuma, kita punya kelakuan ataupun kita punya cara kehidupan sudah biasa. Tidak apalah, tidak payahlah, buang macam itu sahaja. Macam panggil mereka jimat penggunaan air, mereka pun tidak dengar juga. So, kita perlu sentiasa memperhebatkan kempen.
Yang Berhormat Kuala Kedah pun saya sudah jawab. Sebanyak RM8.00 sekurang-kurangnya. Apabila sampai KPI penuh, dia akan melebihi RM10.00, macam itulah. Akan naik bagi mereka kalau mereka boleh tengok macam mana prestasi mereka ini.
Mengenai penguat kuasa yang tidak mencukupi, setakat ini kita mempunyai sejumlah 662 orang. Apabila ia dilaksanakan, kita akan membuat permintaan supaya kerajaan bagi lebih kalau tidak mencukupi. Akan tetapi setakat ini setiap negeri mesti ada sebuah pejabat di ibu kota negeri dan mempunyai penguat kuasa-penguat kuasa di tiap-tiap daerah dan semua mempunyai gazet yang berteknologi tinggi iaitu dikenali sebagai handheld. Kalau ada apa-apa, hanya tekan sahaja butangnya, ia akan jalan. Kita minta supaya selepas ia dilaksanakan, semua kerja dan tanggungjawab PBT akan balik kepada core business dengan izin, iaitu mencari lebih banyak hasil, kita buat pelesenan dan semua ini. Kalau mereka dapat menjalankan dengan baik, maka ia akan menguntungkan rakyat.
Yang Berhormat Simpang Renggam bertanya mengenai tapak pelupusan Ladang CEP 1, Simpang Renggam. Untuk makluman Yang Berhormat, memang benar tapak pelupusan itu sudah dekat penuh, hampir 90 peratus dan kita telah pun mula tutup.
Sejumlah 20 ekar tanah telah pun diambil alih. Yang Berhormat tadi kata tuan tanah mungkin tidak setuju memang tidak benar. Kita telah pun secara rasminya menggunakan Akta Pengambilan Tanah, mengambil tanah itu 20 ekar dan bulan ini tender akan dipanggil untuk membuka tapak pelupusan yang baru atas tanah 20 ekar ini. Buat sementara, oleh sebab kerja-kerja pembinaan akan mengambil masa 11 bulan, maka kita akan membaik pulih dan buka lagi baki yang masih boleh menampung 450 tan sehari punya sisa pepejal di tapak pelupusan yang sedia ada.
Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, apakah penyelesaian untuk kita menyelesaikan masalah bau? Ini kerana memang baunya teruk sangat. Kedudukan tapak ini terlalu dekat dengan jalan utama. Kalau saya turun, lima minit pun saya tidak boleh tahan. Apatah lagi mereka yang duduk di Bandar Simpang Renggam ini. Saya dengar memang mereka ada sembur enzim, chemical dan sebagainya tetapi memang tidak berkesan. Jadi apa cadangan Yang Berhormat Menteri untuk selesaikan masalah ini? Terima kasih.
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Dari segi penyelesaian, lebih baik bagi saya balik, saya tanya kepada pihak jabatan dan panggil mereka dengan serta-merta pergi turun dekat Simpang Renggam untuk melihat macam mana kita dapat membantulah. Seperti saya katakan tadi, selepas kita tutup selamat semua tapak pelupusan yang biasa, tapak-tapak pelupusan yang akan dibuka kelak akan bercorak sanitari. Sanitari itu maksudnya ada lining, ada beg dan ada paip-paip untuk leachate dia keluar, semuanya itulah. So ini adalah satu perkembangan yang baru ke hadapan.
Yang Berhormat Hulu Langat bertanya mengenai incinerator, saya sudah jawab.
RGF di Semenyih memang memainkan peranan yang cukup penting. Dari sampah sarap dapat menjana kuasa elektrik. Ini adalah akan menjadi satu amalan yang baru dan kita memberi galakan. Seperti di Pulau Langkawi, incinerator kecil itu, walaupun kecil tetapi segala kuasa elektrik dijanakan dari sampah sarap yang telah pun dimasukkan ke dalam incinerator itu.
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Saya hendak menjawab kepada Yang Berhormat dari Serdang iaitu ada dua jenis kampung iaitu kampung-kampung Cina dan kampung tradisi ataupun kampung tradisional.
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Saya percaya kalau kita hendak kita jumlah kampung tradisional melebihi 15,000 di negara ini. Bagi kampung-kampung baru tidak kira sama ada di Selangorkah, di Kedahkah semua hanya berjumlah 607 dan pada tahun 2009 hanya 450 sahaja kampung- kampung baru tradisional tetapi didapati ada 157 kampung-kampung nelayan yang dikenali sebagai Kampung Bagan dan Kampung Rangkaian yang telah lama ketinggalan masa dan tidak diberikan sebarang bantuan peruntukan untuk menaikkan status mereka, membina lebih banyak inisiatif yang boleh membawa kepada kebaikan kepada kehidupan harian mereka.
Oleh sebab itulah 2007 KPKT memasukkan 157 ini semua campur 450 jadi 607 dan ini bukan di bawah KKLW. KKLW hanya menguruskan kampung-kampung tradisional hampir sebahagian besar orang Melayu dan Kampung Baru ini kebanyakan penduduknya dari keturunan kaum cina dan RM8,660,000 akan digunakan untuk membayar elaun bulanan pengerusi RM800, setiausaha RM200 dan RM100 setiap kali ada mesyuarat pengendalian mesyuarat dan RM50 kepada semua ahli jawatankuasa apabila mereka menghadiri mesyuarat.
Kalau Yang Berhormat betul-betul jangan sebut tentang ideologi politik tetapi kita pergilah melawat kampung-kampung baru di mana-mana pun kita boleh rasa amat bangga bahawa Kerajaan Persekutuan telah pun menjaga mereka ini dengan baik, memberi segala-galanya supaya kehidupan di kampung baru ini amat selesa sama dengan kampung-kampung tradisional orang Melayu. Tuan Pengerusi, saya sudah habis saya punya jawapan.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Minta penjelasan sedikit. Saya hendak tanya, jadi di Selangor, di Pulau Pinang kita ada JKKK dan JKKP. Apa perbezaan fungsi mereka.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Menteri, boleh jawab sekali soalan dari Bakri yang tadi Bakri jawab Menteri belum jawab lagi.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Bagi Yang Berhormat Bakri, pendek sahaja. Di situ tapak pelupusan hampir penuh, saya tahu. Saya pun sudah pergi tengok Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Johor pun sudah buat pengumuman bahawa ianya akan ditutup. Memang kita sedang tutup dan yang baki itu kita akan buka yang baru di tepi itu masih boleh digunakan lagi. Jadi kita akan threat supaya baunya dan semua tidak akan keluar ke mana-mana.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Bolehkah beri satu tarikh tutup?
Dato' Wira Chor Chee Heung
Mereka sedang buat tetapi tidak mengapa, lain kali saya beritahu Yang Berhormat dan kita akan tengok bila paling cepat kita boleh tutup.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Lagi satu ucapan yang saya ucapkan ini Menteri tidak jawab tentang Bandaraya Johor Bahru.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Mengenai apa?
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Saya hendak tahu, saya minta penjelasan dengan menyenaraikan nama pemilik sebuah syarikat bernama Southern ADS Sdn. Bhd.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Sepanjang pengetahuan saya, memang PBT tidak upah orang pergi kutip hutang tetapi kalau ada saya minta Yang Berhormat bagi saya secara bertulis.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Kutip papan tanda, banner?
Dato' Wira Chor Chee Heung
Bagi saya secara bertulis, saya akan check tengok. Saya pun tidak tahu.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Tadi balik kepada akhir sekali Yang Berhormat Serdang ini. Hendak tanya apa, sudah lupa.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Perbezaan.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Perbezaan JKKK dan JKKP.
Dato' Wira Chor Chee Heung
Perbezaan. Dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan pembangkang. Tidak boleh pembangkang, maaf. Sekarang mereka sudah lain, tidak boleh jadi pembangkang.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
[Ketawa]
Dato' Wira Chor Chee Heung
Pakatan. The so call Pakatan. Jadi memang dia JKKK bagi juga kampung-kampung yang mempunyai di negeri pentadbiran Pakatan, kita Barisan Nasional rasa sudah lama mereka ini memainkan peranan untuk membantu perkembangan kampung-kampung baru di situ. Jadi apabila kerajaan Pakatan menjadi kerajaan, semua kita hendak pilih orang kita pula. Jadi kita terpaksa untuk mewujudkan supaya orang lama itu masih memainkan peranan bersama-sama. Oleh sebab itulah kita panggil mereka ini JKKP, Persekutuan. Macam itu sahaja, perbezaan di situ. Sekian Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya pun ketawa Yang Berhormat tentang pembangkang jadi pemerintah ini. Jadi sebenarnya sepatutnya kita tidak refer kepada parti. Asalkan kita sebut negeri itu sudah mencukupilah saya ingat.
Soalnya sama ada dia Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional, itu perkara yang lain.
Terima kasih Yang Berhormat. Masih boleh diterimalah sejam setengah untuk satu kementerian.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM442,149,000 Maksud B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM442,149,000 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi kita I think we did very well untuk kementerian yang baru habis itu tadi, kita tidak ada keluar daripada itu selain daripada Yang Berhormat Sibuti sahaja yang cerita hal Sarawak sebab undang- undang ini tidak ada kena-mengena dengan Sarawak ataupun Sabah. Jadi saya berharap itu kita ikut kementerian yang berikutnya ini.
Maksud B.47 - Jadual] - Tuan Pengerus
Kepala B.47 di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dibuka untuk dibahas. Ya Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.47 Kementerian Penerangan berkaitan dengan penambahan sebanyak RM61 juta diperlukan bagi membiayai perkhidmatan panggilan kecemasan 999 ini yang saya lihat bahawa beberapa penjelasan yang perlu diberitahu oleh kerajaan kepada kita kerana perkhidmatan kecemasan 999 ini telah diwujudkan sejak selepas merdeka dan perkhidmatan ini menggunakan sistem manual yang menghubungkan antara jabatan polis, bomba dan ambulan melalui panggilan telefon.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baru tiga tahun yang lepas sahaja kerajaan memutuskan untuk perkhidmatan panggilan kecemasan ini menggunakan sistem komputer dan melalui Kementerian Penerangan sebelum ini Kementerian Tenaga sebagai agensi sponsor telah melantik Telekom Malaysia sebagai kontraktor kepada kerajaan untuk melaksanakan pengkomputeran perkhidmatan panggilan kecemasan MERS 999 ini dan saya telah difahamkan bahawa kerajaan yang pun membelanjakan lebih daripada RM300 juta dalam melaksanakan pengkomputeran perkhidmatan panggilan kecemasan ini sekitar Lembah Klang dan diberikan kepada sebuah syarikat yang kalau tidak silap saya nama Mutiara.
Jadi persoalan dan isunya ialah kerana saya dapati bahawa pembangunan untuk upgrade kepada sistem pengkomputeran ini masih tidak menyelesaikan tidak masalah kerana saya difahamkan bahawa sistem yang digunakan melalui sistem MERS 999 ini adalah sistem yang sudah tidak laku, yang hanya digunakan di sebuah wilayah di Kanada selain daripada Malaysia ini, di Kanada itu hanya di sebuah wilayah yang menggunakan sistem ini sedangkan saya lihat bahawa banyak negara-negara di dunia ini menggunakan sistem Intergraph, Tiburon, Positron dan TriTech iaitu sistem yang lebih terkini di dalam dunia sistem aplikasi yang digunakan.
Jadi sebab itu saya hendak minta bahawa apakah kerajaan menyedari bahawa majoriti insiden kecemasan di negara ini adalah berlaku di luar Lembah Klang sedangkan sistem yang kita pakai ini adalah sistem yang hanya lebih berupaya kepada sekitar Lembah Klang dan tidak di luar daripada Lembah Klang. Walaupun kita telah membelanjakan lebih daripada RM300 juta tetapi masih terdapat kelewatan apabila panggilan kecemasan untuk ambulan dan juga bomba.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ketiganya juga ialah walaupun kita telah membelanjakan lebih daripada RM300 juta peratus kadar trunk call sehingga lebih 60 peratus pada hari-hari biasa dan meningkat lebih 90 peratus pada musim cuti sekolah tidak dapat diturunkan ke tahap yang lebih rendah. Jadi ini satu yang sangat tidak wajar yang boleh berlaku sebegini kalau kita sudah pun membelanjakan lebih daripada RM300 juta.
Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan bahawa adakah masalah-masalah yang saya sebutkan tadi iaitu masalah dua dan tiga yang saya sebutkan tadi sebagaimana daripada maklum balas agensi-agensi yang terlibat dalam jabatan bomba, jabatan polis, perkhidmatan ambulan, Agensi Penguatkuasaan Maritim yang mengatakan sistem 999 yang dilaksanakan oleh Telekom Malaysia di Lembah Klang ini adalah tidak memenuhi banyak keperluan piawaian sistem pengkomputeran yang dilaksanakan di rata-rata dunia.
Jadi sebab itu bagi saya bahawa saya ingin dapatkan penjelasan bahawa apakah kerajaan telah mendapat laporan daripada agensi-agensi yang menggunakan seperti yang saya katakan tadi iaitu bomba, jabatan polis, perkhidmatan ambulan dan agensi maritim ini.
Adakah kerajaan atau kementerian ini telah mendapat laporan yang menunjukkan kepada kerajaan bahawa mereka ini sangat berpuas hati terhadap sistem yang telah diguna pakai dan saya dimaklumkan bahawa memang mereka tidak berpuas hati terhadap sistem yang dipakai ini. Jadi sebab itu bagi saya bahawa sebarang bentuk perbelanjaan yang kita hendak buat ini dan juga kita hendak meningkatkan sistem pengkomputeran ini juga yang kita masih hendak menggunakan sistem yang digunakan sekarang perlu kita mendapat maklum balas daripada laporan-laporan yang saya maksudkan tadi.
Jadi oleh sebab itu saya minta apakah kerajaan bersedia ke arah untuk hendak membuka satu peluang ataupun satu ruang untuk kita melihat alternatif-alternatif sistem yang lain seperti mana yang telah saya sebutkan tadi untuk memastikan supaya setiap perbelanjaan yang kita belanjakan itu tidak merugikan dan boleh mendatangkan manfaat kepada seluruh masyarakat dan rakyat dalam negara kita ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih. Saya ingin membahas dalam Kepala Maksud B.47 bahagian kedua sebanyak RM8.659 juta diperlukan untuk menampung bayaran pampasan kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad. Saya ingin tahu apa yang disebabkan kerajaan terpaksa bayar RM8 juta kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad yang dikatakan pembatalan slot masa siaran iklan dalam TV RTM. Ini satu perkara yang agak pelik bagi saya. Utusan adalah satu akhbar yang tidak sepatutnya dibayar sebanyak itu. Saya ingin dapat penjelasan itu.
Setahu saya Utusan dapat pelbagai peruntukan dari pelbagai kementerian termasuk PEMANDU, PEMUDAH dan lain-lain lagi. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah memberi kontrak pengiklanan di RTM kepada Utusan tapi saya telah dimaklum oleh kakitangan pentadbir kementerian bahawa Utusan sentiasa gagal memenuhi sasaran iklan ini sehingga kementerian tamatkan kontrak ini tetapi disambung semula mungkin ada sebab-sebab tertentu. Itulah sebab saya ingin dapat penjelasan.
Satu lagi ialah dengan sokongan yang begitu banyak dari kerajaan kenapa Utusan langsung tidak memainkan peranan sebagai satu agensi yang boleh memberi penerangan yang tepat kepada masyarakat tentang dasar-dasar kerajaan. Banyak contoh yang saya boleh gunakan tapi saya tidak mahu. Buang masa di sini. Utusan sentiasa mengeluarkan akhbar atau pendirian yang bertentangan dengan kerajaan tapi di sini kita dapati kerajaan memberi sokongan dan beri pembiayaan yang begitu besar. Saya ingin mendapat penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh tentang B.47 kedua berkaitan yang disentuh oleh Yang Berhormat Batu tadi berkenaan dengan perbelanjaan pampasan kepada akhbar Utusan Malaysia. Saya ingin tanya pihak kementerian berkaitan dengan isu penyiaran oleh media- media termasuk oleh media portal. Kita telah banyak kali bangkitkan dalam Parlimen ini terutama daripada konsensus bebas berkenan dengan laporan yang melampau sehingga kadang-kadang membawa kepada pembohongan oleh beberapa media portal tapi sampai hari ini tidak ada tindakan yang diambil.
Saya hendak bagi contoh terbaru semalam bertarikh 22 Jun 2011 di bawah tajuk “Jamil Says No Apostates, Just Registration Errors”. Berkaitan dengan isu 100 orang yang dikatakan memohon untuk keluar daripada Islam. Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir menjawab bahawa boleh dikatakan kesemua mereka yang memohon dan diluluskan oleh mahkamah itu untuk keluar daripada Islam asalnya bukan Islam cuma nama dia Melayu. Kebetulan nama Melayu terutama daripada Sabah dan Sarawak. Contohnya macam nama Idris Jala. Nama Melayu Idris Jala.
Jadi bila dia pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Negara tulis Islam sebagai agama. Itu silap sebab dia bukan Islam. Dia cuma nama Melayu tapi dia Kristian.
Jadi bila dia sudah besar diperbetulkan dengan pergi mahkamah dan itu jawapan daripada Menteri bahawa kadang-kadang nama mereka Melayu tetapi sebenarnya dia bukan Islam.
Isu ini dimainkan oleh MalaysiaKini semalam tapi yang saya hendak sentuh di sini Tuan Pengerusi kenyataan yang disiarkan oleh MalaysiaKini yang telah kita konsensus bebas bangkitkan banyak kali. Saya hendak Menteri cuba dengar hati-hati apa ayat yang diguna oleh portal ini. Minta maaf Tuan Pengerusi saya hendak quote word by word apa yang disebut supaya kita faham, mereka ini sudah melampau sebab tidak ada tindakan.
Asyik amaran, amaran. Sudah jadi kementerian amaran sudah... [Ketawa]
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Dalam respons kepada kenyataan Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir ini yang dikeluarkan; My dear fucker Minister, you just imagine. “My dear fucker Minister to have Islamic names does not mean they are Malays. Malays are not the only people in this world to practice Islamic religion. Actually these so called Malays in the first place were not Muslims they were actually practicing the Hindu religions just like the Balinese. Please don’t talks cork you Malay Hindu bastards. Look at Mahathir…” Minta maaf Yang Berhormat Jerlun. “Look at Mahathir just because he apes the Malay customs he becomes a Malay and his father becomes a bastard”.
Siaran oleh MalaysiaKini 22 Jun semalam pukul 6.26 petang. Apa tindakan yang diambil oleh kementerian. Asyik-asyik SKMM, asyik-asyik SKMM. Amaran, amaran, amaran. Berapa kali mereka sudah bohong, putar belit, tipu. Kenyataan Dato’ Dr. Harun Din mereka keluarkan konon Dato’ Dr. Harun Din fatwakan Utusan Malaysia haram dibaca, penipuan. Dato’ Dr. Harun Din terpaksa buat statement. Timbalan Mursyidul Am PAS pun mereka tipu. Jadi berapa lama kementerian hendak amaran, amaran, amaran? Jadi saya minta dengan peruntukan yang begitu banyak yang kita beri tolonglah ambil tindakan sedikit. Jangan sampai persepsi dilihat kerajaan ini penakut sangat hendak ambil tindakan sebab hendak undi Cina, hendak undi India. Ini nothing to do with religions, nothing to do with Islam. Ini etika, akhlak rakyat Malaysia. Tidak ada agama, tidak ada bangsa dalam dunia ini yang redha kenyataan-kenyataan melampau dan biadab seperti ini.
Jadi saya minta supaya kementerian jangan lagi lembik lutut tidak mahu bertindak tegas. Kita perlu bertindak tegas beri mesej kepada rakyat Malaysia budaya melampau dan biadab seperti ini kita tidak terima. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Balik Pulau. Lepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab ya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Pengerusi benarkan Balik Pulau membahaskan Maksud B.47.
Yang Berhormat Menteri, pertama sekali saya mohon penjelasan Menteri terutama dari segi item satu dan dua itu kerana keseluruhan melibatkan RM70 juta lebih, hampir bernilai satu kontrak kepada APCO yang juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah komunikasi tetapi dibiayai oleh Jabatan Perdana Menteri. Ini satu lagi jumlah.
Pertama saya mohon Yang Berhormat Menteri, mungkin boleh jelaskan kepada Dewan yang mulia ini, apa assessment impact terutama nilai sejumlah RM61 juta tersebut terhadap sistem MERS 999 ini kerana saya rasa rakyat perlu tahu sejauh mana keberkesanan sistem ini dan apa-apa perkara yang dapat mereka atasi melalui pendekatan ini.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, saya bersetuju dengan nada kita perlu bertindak tegas, kita perlu bertindak kepada mereka-mereka yang ekstrem, mereka yang biadab dan sebagainya. Saya yakin dalam bukan nada membela mana-mana media yang tidak bertanggungjawab tetapi saya rasa mungkin Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu berbahas tadi merujuk kepada komen di bawah, di bawah setiap news itu ada komen dan saya rasa itu ialah satu wajah kita panggil berita digital, ada news dan komen di bawah.
Persoalannya sekarang adakah kita mahu control komen tersebut tetapi yang saya tahu di mana dunia pun sebab itu perbahasan di peringkat dunia ada berbahas mengenai isu open justice system dan sebagainya kerana ini adalah wajah baru yang mana ada...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Yang Berhormat Balik Pulau, saya minta laluan sedikit sahaja.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya boleh.
Dato’Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendak beritahu di sini, dalam komen ini Malaysiakini sendiri tulis. “Terms of Use: Please note that foul language will not be tolerated. Comments that include profanity, personal attacks, and antisocial behavior such as "spamming" and "trolling" will be removed. Violators run the risk of being blocked permanently. You are fully responsible for the content you post. Please be responsible and stay on topic...” Maknanya dia sendiri pun tulis dalam term, benda-benda macam ini dia tidak terima tetapi dia publish.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, baik Yang Berhormat, saya ingat kita semua dah tengok benda itu.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya, ya, memandangkan ada respons, saya sedikit sahaja respons tetapi Menteri yang sebenarnya patut menjawab.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ingat Menteri boleh.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya, Menteri ambil perhatian...
[Ketawa] Itu yang saya kata komen, jadi betullah itu komen tetapi isu dasarnya tadi adalah regulasasinya di tahap mana? Di tahap penerbitan itu atau di tahap komen di bawah sebab ini bersifat blog, konsepnya berbeza.
Yang Berhormat Menteri, pertama sekali saya memohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini kerana RM8 juta lebih yang diperlukan bagi menampung bayaran pampasan kepada Utusan Melayu Malaysia ini disebabkan oleh pembatalan slot masa siaran iklan dan televisyen RTM. Ini berada di tahap mana, adakah sudah ke mahkamah, adakah sudah ada tuntutan, di tahap mana pampasan ini telah diputuskan kerana jumlahnya amat besar. Akan tetapi mendengar penjelasan Yang Berhormat Batu tadi, prestasi Utusan itu sendiri pun sebenarnya membenarkan ianya dibatalkan kalau betul ianya tidak mencapai tahap seperti mana yang ditetapkan oleh kementerian.
Saya rasa Menteri, walaupun kita mengambil kira bahawa kerajaan, Utusan itu lain tetapi kita tahu secara faktanya Utusan itu juga kepunyaan parti politik pemerintah. Di sini saya rasa di mana toleransinya di kala kita tidak cukup duit dan RM8 juta ialah dari poket kanan ke poket kiri sahaja, itu isunya. Akan tetapi persoalan saya di sini apa alasan sebenar kerana sebenarnya isunya, saya mohon Menteri menjelaskan juga di Dewan yang mulia ini kerana ada kaitan isu kewangan, rakyat Malaysia sudah tidak dapat tengok bola secara langsung melalui RTM. Jadi kenapa jadi begitu? Saya rasa sebab hendak bayar pula RM8 juta, bila lagi hendak boleh tengok? Jadi saya rasa ini perlu diperjelaskan kerana dalam facebook ramai, ada facebook pula buat permohonan supaya kita menggesa RTM bawa kembali siaran langsung bola sepak supaya orang kampung boleh tengok. Mohon penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada empat Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai permohonan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2011. Semua perkara dan isu ataupun sentuhan, komen yang telah Yang Berhormat berikan sebentar tadi, kami ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya akan diambil. Dari perbahasan empat Yang Berhormat tadi, boleh dikatakan ini adalah berkisar kepada dua perkara sahaja iaitu satu perkara berkenaan dengan Malaysian Emergency Response Service 999 atau MERS 999. Memang betul dahulu kita ada menggunakan sistem manual tetapi sekarang kebanyakannya masih manual tetapi ada yang menggunakan digital.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato' Joseph Salang anak Gandum
Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan bahawa perbelanjaan RM300 juta itu besar tetapi saya akan terangkan di sini bahawa sebenarnya projek ini dijangkakan menelan belanja sebanyak RM1.071 bilion. Namun demikian, Unit Perancang Ekonomi hanya meluluskan RM300 juta pada mulanya untuk sistem ini. Maka oleh yang demikian, belum semua tempat di Malaysia menggunakan sistem digital ataupun digital map. Jadi, hanya di Selangor dan Klang Valley sahaja yang menggunakan sistem ini sepenuhnya.
Sekiranya ada sedikit kepincangan dalam pengendalian urusan kerja berkenaan dengan panggilan kecemasan ini, ianya oleh sebab bukan semua negeri dan wilayah telah menggunakan sistem yang sepatutnya diadakan mengikut unjuran yang dari mula.
Boleh saya terangkan di sini bahawa sistem ini bukanlah sistem yang dianggap sebagai usang, ianya adalah satu sistem yang diiktiraf antarabangsa di Amerika Syarikat.
Adakah ianya berkesan atau tidak? Yes, ianya berkesan dan sebagai pengguna yang menggunakan sistem ini di negara-negara lain dan di Malaysia, kita telah mendapati bahawa sistem ini berkesan. Setakat ini kita telah dapat walaupun belum mengurangkan sepenuhnya panggilan crank call atau panggilan yang tidak patut dibuat tetapi ianya sedikit berkurangan, lebih-lebih lagi di mana sistem ini sudah memakai pendigitalan.
Saya berharap agar semua Ahli Yang Berhormat, bila masanya kita meminta perbelanjaan tambahan seperti mana yang telah kita lakukan dalam Belanjawan RMKe-10 iaitu kita telah meminta RM500 juta dan telah diluluskan. Tambahannya nanti, kementerian ini meminta sokongan dari Ahli-ahli Yang Berhormat supaya semua negara dapat menggunakan sistem ini secara digital. Berkenaan dengan dakwaan iaitu crank call masih tinggi, ini adalah disebabkan oleh kerana tabiat atau lakonan manusia yang kebanyakannya panggilan dibuat oleh kanak-kanak dan orang yang tidak bertanggungjawab. Marilah kita sama-sama mencuba mencari jalan bagaimana kita memperkenalkan tabiat ataupun budaya yang lebih elok supaya tidak membuat panggilan yang tidak menghasilkan ini.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato' Joseph Salang anak Gandum
[Timbalan Yang di-pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Yang Berhormat Balik Pulau pula meminta pecahan perbelanjaan berkenaan dengan yang RM61 juta itu. Untuk makluman Yang Berhormat, pecahannya adalah seperti berikut:
| Perkara | Nilai (RM/juta) |
|---|---|
| Penyumbang luaran (outsourcing) | 18.9 |
| Penyelenggaraan dan penggunaan rangkaian (connectivity) | 13.8 |
| Penyelenggaraan sistem MERS dan lesen aplikasi | 16.7 |
| Penyelenggaraan aset-aset kerajaan yang terlibat dalam projek | 10.0 |
| Penyelenggaraan mekanikal dan electrical | 2.1 |
Ini adalah butiran berkenaan dengan pecahan perbelanjaan yang dipohon.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong jelaskan lanjut kerana disebut tadi outsourcing. Jadi, saya mengandaikan perkara tersebut dibuat oleh kontraktor ataupun pihak pembekal luar. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan syarikat mana?
Soalan lanjutan saya ialah, adakah aspek ini memerlukan kemudiannya satu yang kita panggil maintenance kerana aspek teknologi ini akan perlu diupdate selalu. Adakah perkara-perkara tersebut akan terlibat kerana permulaannya juga agak banyak, apatah lagi perkara-perkara yang melibatkan untuk kita menyelenggarakannya di kemudian hari.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Pengerusi, sudah tentu Yang Berhormat Balik Pulau. Kita akan membelanjakan wang untuk menyelenggarakan sistem ini. Sebagaimana yang telah saya katakan tadi, penyelenggaraan sistem MERS 999 ini dan lesen aplikasi ialah berjumlah RM16.7 juta untuk tahun ini. Berkenaan dengan outsourcing, kita mesti ingat bahawa manpower ataupun tenaga kerja yang menjaga sistem ini, yang mengendalikan perkhidmatan ini adalah dari Telekom Malaysia dan mereka terpaksa kita bayar dan ini adalah secara outsource pekerjaan oleh kerana kerajaan sendiri ataupun kementerian sendiri tidak menjalankan tugas untuk mengendalikan perkhidmatan ini.
Ini sebagai makluman Yang Berhormat. Angka yang dipohon agak besar oleh kerana pada tahun lepas, di masa perbelanjaan – budget preparation, sistem ini sudah berjalan. Namun demikian, ia masih dalam perjanjian yang sedia ada. Oleh kerana perjanjian yang sedia ada masih berkuat kuasa, maka unjuran perbelanjaan untuk tahun ini belum dimasukkan kepada perbelanjaan yang dipohon pada tahun lepas untuk belanjawan tahun 2011. Oleh yang demikian, angkanya nampak besar tetapi ini tidaklah begitu – lebih besar lagi dari angka yang dibayar pada tahun 2010 iaitu berjumlah kira-kira RM57 juta hingga RM58 juta.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit sahaja tambahan. Pengalaman kerana ramai teman-teman yang terlibat sebagai subkontraktor IT kepada jabatan kerajaan banyak mengadu kepada kita, wakil rakyat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya ialah, adakah setakat hari ini kerja-kerja ini on time kerana sistem kecemasan ini adalah satu sistem yang amat penting kerana kita mahu tahu di Dewan yang mulia ini sejumlah besar dibelanjakan kepada TM Malaysia dan sebagainya. Itu tidak ada masalah kerana mereka punya kepakaran. Isunya ialah adakah kerja-kerja ini seperti mana yang dimeterai perjanjiannya atau mengikut jadual ataupun tidak ada perkara-perkara yang perlu melibatkan projek yang tidak siap mengikut masa. Mohon penjelasan.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Sebagaimana yang telah saya katakan tadi Tuan Pengerusi, prestasi sistem ini adalah memuaskan dan semua terma-terma yang disediakan adalah dipatuhi. Oleh kerana sistem ini masih baru lagi dan belum terdapat banyak perbandingan yang boleh kita buat lebih-lebih lagi kerana hanya di Klang Valley ataupun Lembah Klang dan Kuala Lumpur yang sudah memakai sistem secara fully online.
Yang lain masih manual.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat Balik Pulau menyentuh berkenaan dengan pembayaran kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad sebanyak lebih RM8 juta. Saya ingin memberi latar belakang sedikit berkenaan dengan pembayaran ini. Utusan Melayu Malaysia Berhad (UMMB) telah dilantik oleh kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai agen pemasaran, masa siaran iklan televisyen RTM bagi tempoh tiga tahun mulai 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2010. Rancangan yang dijadualkan untuk disiar di siaran Televisyen 1 dan siaran Televisyen 2 tidak dapat dielakkan daripada pembatalan bagi memberi laluan kepada rancangan lain yang berkepentingan nasional dan acara istimewa seperti Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia dan lain-lain acara sukan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, maka penempahan slot iklan oleh client-client di kedua-dua saluran televisyen tersebut terpaksa dibatalkan. Di samping itu juga, client tidak berminat Utusan Malaysia atau RTM mengganti dan menyiarkan iklan mereka yang telah dibatalkan ke slot iklan rancangan yang lain. Ini adalah kerana slot iklan rancangan lain tidak menepati perancangan yang disasarkan oleh pihak client. Saya terangkan di sini Yang Berhormat, bahawa jumlah yang besar ini adalah bukan untuk satu tahun sahaja. Ia untuk tiga tahun.
Misalnya, pada tahun pertama iaitu 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008 sebanyak RM3.9 juta, tahun kedua dari 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 sebanyak RM2,728,000 dan tahun ketiga iaitu dari 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010 berjumlah sebanyak RM2,029,246.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Ini jauh lebih rendah kalau dibandingkan dengan pendapatan yang diperoleh oleh kedua-dua stesen televisyen tersebut.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Misalnya, dalam tahun pertama iaitu tahun 2007 hingga 2008, RTM mendapat RM68 juta dan tahun kedua mendapat RM46 juta manakala tahun ketiga mendapat RM70 juta. Tidak benar semua dalam tiga tahun tersebut, Utusan Melayu tidak memenuhi syarat ataupun tidak dapat iklan menguntungkan. Sebenarnya, pada tahun ketiga Utusan Melayu mendapat lebih kurang sebanyak RM5 juta lebihan dari yang diperolehi dalam perjanjian yang ditandatangani dengan RTM. Suka juga saya menerangkan di sini bahawa di bawah kontrak yang terbaru, pelantikan iaitu pelantikan Utusan Melayu sebagai agen pemasaran masa siaran iklan televisyen dan radio RTM untuk tempoh dua tahun iaitu mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2012. Tuntutan yang sebegini tidak lagi akan dilayani dan ini tidak akan dimasukkan – tidak ada tuntutan sebegini akan dilayani. Oleh yang demikian, kalau kita tengok...
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit. Adakah kementerian atau RTM sendiri tidak ada satu klausa di mana kalau kementerian atau kerajaan mengambil keputusan untuk menyiarkan rancangan-rancangan yang lebih penting atas pemikiran dan kepercayaan kementerian, maka iklan-iklan seterusnya boleh dialihkan ke tempat lain, itu yang pertama. Kalau tidak ada klausa ini ataupun tidak ada exit clause ini, letihlah kita.
Keduanya adakah di masa depan, kerajaan akan memastikan bahawa kerajaan tidak akan terjebak dalam keadaan sedemikian. Kerajaan akan memastikan bahawa apa juga yang datang selepas keputusan kerajaan dibuat maka pihak-pihak yang datang selepas ini ataupun pihak-pihak yang mengiklankan ini akan tidak sue kerajaan untuk itu supaya memastikan bahawa duit rakyat ini tidak dibazirkan begitu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja lanjutan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita faham kerana kewujudan RTM1 dan RTM2 ini ialah lebih awal daripada channel-channel TV yang selanjutnya seperti TV3 dan sebagainya. Kerja-kerja untuk menjadikan RTM agak sama taraf dengan pendigitalan dan sebagainya itu dibuat juga dibelanjakan. Isunya di sini Yang Berhormat Menteri pada pandangan saya ialah isu perniagaan dan isu persaingan.
Tadi dikatakan Utusan Melayu Malaysia Berhad dilantik, pada pandangan saya mungkin Timbalan Menteri boleh pertimbangkan kerana pengiklanan dan sebagainya adalah satu gerak kerja yang agak kompetitif untuk mendapatkan clientele-clientele dan sebagainya. Itu kita tahu, biasa dalam pengiklanan. Akan tetapi, isunya di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau yang dilantik Utusan Malaysia pun mendapat pelantikan dengan mudah. Saya rasa itu bukan ada tender terbuka dan sebagainya dilantik. Di sini mereka tidak dapat memberi satu atau menaikkan dana untuk RTM dan di sini kita pula perlu membayar kepada mereka kemudiannya. Saya agak kurang jelas di situ Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ini kerana kebetulan saya juga banyak rakan-rakan daripada production house dan sebagainya, memang RTM adalah antara yang membayar kerja-kerja atau program- program yang tinggi, saya boleh katakan itu tahniah kerana pengkarya-pengkarya gembira.
Akan tetapi, lambat cepat itu kita faham bahawa kita berurusan dengan agensi kerajaan.
Akan tetapi, isunya di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri, di kala RTM menaik tarafkan dari segi persembahan dan sebagainya tetapi kita nampak penurunan dari segi tarikan kepada pengiklan. Jadi saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri dan di sini kita terpaksa bayar pula orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari iklan tersebut sebanyak RM8 juta. Jadi saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi saya ini bukan satu keputusan yang bijak dan perlukan penjelasan yang lebih meyakinkan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Sungai Petani meminta adakah klausa-klausa yang membenarkan pembatalan tidak dibayar ganti rugi, ini sudah termasuk dalam perjanjian yang sudah dimeterai pada awal tahun ini.
Memang betul, dahulu kita belajar dari apa yang telah kita buat dan sekarang kita sudah bijak dan kita tidak akan mengulangi perkara itu.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Namun Tuan Pengerusi, ingin saya jelaskan sebenarnya pembayaran RM8 juta lebih ini kepada Utusan Malaysia adalah bukan menerusi rundingan atau menerusi arbitration tetapi menerusi fakta dan rekod yang betul yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.
Ini kalau dibandingkan dengan pendapatan dalam tiga tahun dari pengiklanan yang diperolehi oleh RTM yang sebanyak RM184 juta maka RM8 juta ini tidaklah begitu besar, hanya bernilai 2.5 peratus. Ini juga Tuan Pengerusi, menunjukkan keikhlasan dari pihak kerajaan meminta memohon peruntukan ini dalam perbelanjaan mengurus untuk dibayar kepada Utusan Malaysia...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Sekiranya tidak ada ketelusan, sebenarnya RTM boleh offset dari keuntungan ataupun angka-angka yang telah diperolehi oleh RTM berkenaan dengan pendapatan dari iklan-iklan yang telah pun ditayangkan dan disiarkan oleh RTM.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Batu bangun, Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Dekat belakang sini.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Okey.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih. Tuan Pengerusi, mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu menyatakan sebab kekeliruan ini timbul mungkin atas dasar kita membayar RM8.6 juta...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Hendak jadi Yang Berhormat Menterikah?... [Ketawa]
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ini minta, saya juga keliru juga Yang Berhormat pun keliru jadi saya mungkin bagi sedikit minta pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu menerangkan sama ada RM8.6 juta ini dibayar kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad kerana mereka sudah mempunyai orang yang telah book slot itu melalui mereka dan iklan mereka itu tidak dikeluarkan kerana terpaksa memberi ruang dan masa kepada siaran langsung dan sebagainya.
Mungkin itu sebabnya RM8 juta lebih ini adalah sebagai pampasan yang terpaksa dibayar kepada Utusan. Mungkin – ini mungkin sebab saya tidak tahu, barangkali Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan sama ada RM8.6 juta ini dibayar oleh Utusan kepada klien mereka pula. Itu pun satu perkara yang penting untuk dijelaskan sebab kalau mereka sudah committed, dengan izin, kepada klien mereka untuk menyiarkan iklan itu pada sekian masa dan terpaksa diubah ataupun tidak disiarkan kerana siaran langsung, apakah Utusan terpaksa membayar pampasan kepada klien mereka. Jadi kalau itu senarionya, saya rasa pihak sebelah sana boleh menerimanya. Ini penjelasan daripada kawan kepada Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Belud. Memang saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada ini dibayar kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad sebagai satu entiti atau ini adalah bayaran yang sebenarnya dibayar kepada pelanggan-pelanggan yang telah tempah slot-slot masa itu.
Oleh kerana Utusan terpaksa bayar kepada mereka sebagai pampasan, kerajaan boleh dikatakan dengan izin, reimburse balik kepada Utusan, itu satu perkara.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Akan tetapi saya juga ingin dapatkan penjelasan sama ada Utusan mempunyai kedudukan yang begitu istimewa sahaja yang dapat menjadi ejen iklan. Mengapa The Star tidak dapat layanan yang sama atau kerajaan dapat menilai effectiveness ejen-ejen masing- masing supaya kita boleh pilih satu akhbar atau mana-mana ejen yang boleh mengembalikan return yang paling besar bagi RTM? Terima kasih.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kota Belud bertanya adakah ini sebahagian daripada kos yang dipulangkan kepada pengiklan atau client. Sebenarnya, daripada apa yang saya dapati daripada pegawai-pegawai ini tidak termasuk iaitu hanya kos yang telah dibelanjakan oleh Utusan Melayu untuk mendapatkan client dan juga art works dan sebagainya yang telah disediakan oleh Utusan Melayu dalam rancangan untuk mengeluarkan iklan-iklan tersebut. Itu yang dibayar balik oleh RTM.
Di sini saya boleh mengatakan juga bahawa RM8.6 juta sepatutnya termasuk dalam belanja mengurus untuk tahun ini pada Bajet 2011, tetapi oleh kerana sebagaimana yang telah saya terangkan tadi iaitu perjanjian sedia ada masih dalam pemikiran penyesuaian di antara RTM dan Utusan. Juga bahawa claim ini ataupun tuntutan ini belum lagi dimuktamadkan. Oleh yang demikian, permintaan pada kali ini adalah untuk memenuhi tuntutan yang telah dipersetujui oleh kementerian dan Kementerian Kewangan.
Tuan Pengerusi...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Selain daripada...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Susulan kepada perkara ini, saya agak Yang Berhormat Kota Belud setuju dengan saya. Perkara ini agak subjektif. Kita tidak boleh dapatkan satu penilaian yang tepat. Ini berdasarkan pada claim oleh Utusan, dia kata, inilah kerugian dia. Ia bukan atas time slot yang hilang. Yang dikatakan time slot ini, maaf saya kata, agak misleading kerana ini tidak ada kena-mengena dengan time slot. Ini adalah kerana Utusan tuntut supaya compensation apa yang mereka telah sediakan dan ini tidak boleh dinilai oleh kerajaan dengan Utusan.
Saya agak kerajaan kalau bayar RM8 juta ini, kita tidak berlaku adil kepada pembayar cukai Malaysia dan kita sebenarnya telah pilih kasih. Ini termasuk pada satu konsep moral hazard kerana Utusan dimiliki oleh parti yang memerintah dan orang yang membuat keputusan juga datang daripada parti yang memerintah. Adakah ini telah melanggar etika dalam mana-mana syarikat pun? Saya agak tidak akan dibenarkan.
Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Pengerusi, tidak kira bagaimana pun saya terangkan, Yang Berhormat Batu mungkin tidak akan bersetuju. Namun demikian, secara kebetulan Utusan mungkin dimiliki oleh penyokong-penyokong yang memerintah sekarang. Akan tetapi ini memang di mana-mana pun berlaku seperti ini.
Berkenaan dengan mengapa yang lain tidak menjadi ejen pengiklan, negara kita adalah mengamalkan perdagangan terbuka dan final keeper, dan mungkin Utusan yang mulanya menemui peluang-peluang ini, jadi, Utusanlah yang sekarang masih menjadi ejen pengiklan kepada RTM. Pada masa-masa yang akan datang, itu saya tidak boleh menjangka dan ini boleh kita – saya percaya dalam dasar kerajaan, kerajaan sememangnya terbuka dan mungkin selepas dua tahun perjanjian yang sedia ada luput, maka kita akan mencari ejen pengiklan yang baru.
Sekian sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Baik, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM70,283,700 untuk Maksud B.47 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM70,283,700 untuk Maksud B.47 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud B. 13 - Jadual] - Tuan Pengerus
Maksud Bekalan B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Telok Intan.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk pada Butiran 140800 - Penganjuran Dialog Antarabangsa Langkawi. Saya ada beberapa penjelasan dan soalan yang saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Pertamanya, mengapakah kali ini persidangan tersebut diadakan di Kuala Lumpur sedangkan ia adalah Dialog Antarabangsa Langkawi? Adakah ini disebabkan Langkawi sekarang terletak di Kedah dan pihak Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri Kedah? Saya rasa sebegitu sebab tidak ada alasan yang munasabah diberikan. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berikan satu alasan yang munasabah mengapakah dari Langkawi dipindahkan ke Kuala Lumpur? Mungkinkah ada sebab-sebab logistik atau apa-apa, sebab dahulunya selalu bersidang di Langkawi.
Kedua, mengapakah kementerian yang harus menjawab pada hari Isnin minggu ini dipindahkan pada hari ini? Adakah ini disebabkan oleh persidangan itu berlangsung dan dijalankan sehingga hari Selasa? Ini mungkin akan membawa kesusahan ataupun kementerian atau kerajaan perlu jawab terhadap kritik-kritik mengenai dialog ini.
Ketiga, jumlah yang dibelanjakan adalah hampir RM20 juta iaitu RM19,800,000 yang melibatkan 300 orang peserta, dengan izin, 300 participants. Ini akan dikira menjadi RM60,000 setiap peserta. Bolehkah kita sanggup menyediakan RM60,000 seorang peserta untuk dialog seperti ini. Mengapakah perbelanjaan ini amat tinggi? Saya rasa adakah kos benefit ini baik untuk negara kita daripada segi perniagaan dan juga perhubungan antarabangsa?
Saya juga ingin membangkitkan isu mengapa Presiden Sudan iaitu Omar Al-Bashir dijemput oleh kerajaan walaupun ada satu waran tangkap dikeluarkan oleh ICC. Omar Al- Bashir telah dipercayai - bukan dipercayai, saya rasa ini benarlah, pentadbiran Omar Al- Bashir di Sudan telah mengakibatkan beratus-ratus ribu orang terkorban dengan izin, he is guilty of crime.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Bagaimana kerajaan kita sanggup untuk menggadaikan moraliti, prinsip etika negara kita ini dengan menjemput orang seperti Bashir Omar di mana ada satu waran tangkap terhadapnya? Mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Bashir Omar boleh bersekutulah, itu kita boleh faham dan terima, tetapi untuk negara kita sebagai satu negara yang berwaspada dan berwibawa, kita tidak boleh terima sebegini. Jemput seorang penjenayah secara rasmi untuk datang ke negara untuk mengambil bahagian dalam satu dialog antarabangsa.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan Yang Berhormat. Apakah Yang Berhormat Telok Intan bersetuju pada pandangan saya bahawa tindakan kerajaan menjemput Omar Bashir ini telah menjejaskan imej negara di arena antarabangsa? Lebih- lebih lagi apabila Kabinet pada bulan Mac yang lalu melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan penyertaan Malaysia dan mengiktiraf Malaysia terhadap Rome Statute ini. Jadi, ini nampaknya kerajaan tidak konsisten. Pada satu masa menyatakan komitmen menentang jenayah antarabangsa, crimes against humanity, tetapi selepas tiga bulan, menghulurkan jemputan pada seorang yang dalam senarai wanted di ICC ini.
Apakah Yang Berhormat bersetuju ini telah memalukan negara kita?
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Ya, saya memang setuju. Bagi saya, saya tidak akan menjemput seorang penjenayah ke rumah saya. Ini adalah penjenayah antarabangsa. Bashir Omar adalah penjenayah antarabangsa. Di Darfur, Sudan, lebih kurang 300 ribu orang telah terkorban. Akan tetapi kerajaan negara kita sanggup menjemput beliau. Saya rasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyatakan ini adalah satu isu moral dan bukan undang-undang.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Saya setuju bahawa kita sudah memberitahu kepada seluruh dunia bahawa kita akan menyertai ICC. Baru sahaja lagi, pada Mac tahun ini, tetapi kita belum tandatangani penyertaan itu. Akan tetapi, ini adalah isu moral. Kalau seseorang lelaki itu telah bertunang dengan seorang perempuan, takkan dia boleh pecah amanah dengan pergi keluar dengan perempuan lain. Itu adalah isu moraliti. Ini pun sama. Ini satu analogi lah, dengan izin, Tuan Pengerusi... [Disampuk]
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Bukan, maksud saya, ini adalah isu moraliti.
Sebagai...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Itu video kita belum tahu lagi siapa yang main peranankah, apakah. Maksud saya, sebagai sebuah kerajaan...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Jadi, you setujulah dia jemput Bashir Omar?
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
No, you hendak mencelah, mencelahlah. You come in now.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
No, if you got so much to say, come in now.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
That means you agree Bashir Omar to be invited?
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Then, do not disturb me. You wait for your turn. Do not talk a lot. I allow you to come in. If you do not want, you just go.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak payah gaduh Yang Berhormat. Teruskan dan tidak payah gaduh.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Ikut peraturan. Dia hendak mencelah, saya boleh beri. Kalau tidak, diam sahajalah.
Jadi Tuan Pengerusi, saya ingin tahu mengapa satu keadaan begini boleh wujud di negara kita ini. Sedangkan Menteri telah mengatakan ini adalah isu moral. Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri menyatakan ini isu moral dan bukan undang-undang.
Saya rasa isu moral adalah lebih penting atau sama penting dengan isu undang-undang.
Jadi saya ingin minta penjelasan daripada Menteri. Sekian, terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh perkara berkaitan dengan Butiran 140800 – Penganjuran Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011.
Pertamanya saya setuju dengan rakan saya Yang Berhormat Telok Intan bahawa isu moral ini penting. Jadi, kita kena istiqamah dan konsisten. Kita tidak boleh kata ‘orang A’ moral tidak bagus tidak boleh, tetapi ‘orang B’ moral tidak bagus boleh. Saya ingat itu double standard, hipokrit paling besar.
Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan penganjuran Dialog Antarabangsa Langkawi, saya terkilan dengan sikap kerajaan membatalkan jemputan terhadap Presiden Omar Bashir. Saya punya pendirian jelas dan mudah. Rakan saya Yang Berhormat Telok Intan pun patut tahu sebab dia seorang peguam. Dengan izin, every person is presume to be innocent until proven guilty. Presiden Omar Bashir baru dikenakan pertuduhan. Hanya satu waran tangkap. Belum pun lagi dibicarakan, belum pun lagi disabitkan dengan kesalahan, macam mana rakan-rakan sebelah pembangkang memekak bila Yang Berhormat Permatang Pauh dikenakan pertuduhan, pressume innocent first, dianggap tidak bersalah dahulu, tetapi apa sabitan yang dikenakan terhadap Presiden Bashir Omar? Dia belum didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah.Dia belum dijatuhkan hukuman.
Hanya baru dikeluarkan satu waran tangkap untuk dibicarakan. Bermakna, selagi dia belum disabitkan kesalahan, dia tidak salah. Kenapa kita hendak batalkan jemputan terhadap beliau dalam keadaan beliau adalah rakan sekutu dan rakan baik kita?
Saya sanggah Yang Berhormat Batu Gajah. Dia kata ni memalukan negara. Tidak.
Sebenarnya, ini memalukan negara kita apabila membatalkan jemputan terhadap Presiden Bashir Omar. Jikalau kita biasa pergi ke Afrika, saya rasa Yang Berhormat Batu Gajah tidak pernah sampai nama Malaysia cukup harum dan dihormati. Kita dilihat sebagai mempelopori dunia ketiga dan Presiden Bashir Omar adalah antara orang dan negara yang sangat menyokong kita. Malahan, Presiden Bashir Omar pernah mengikuti pengajian di Malaysia ini. Jadi, hubungan dia dengan kita ini begitu rapat.
Sekarang kalau kita pergi ke negara-negara Afrika, jelas mereka berasa bahawa kita telah bertindak agak keterlaluan dan gopoh hanya kerana bila mendengar nyamuk- nyamuk yang bising. Amerika tidak pernah peduli dengan kita. Negara Barat tidak pernah peduli dengan kita. Mereka hina dan pandang rendah pada kita. Mengapa kita perlu tunduk kepada negara-negara yang tidak menghormati kita ini? Mengapa kita perlu tunduk kepada tuntutan mereka dalam keadaan kita ada rakan yang sedia bersama dengan kita susah dan senang?
Jadi, usaha yang telah dibuat begitu lama oleh kerajaan membina hubungan silaturahim yang baik dengan negara Afrika dalam sekelip mata sahaja terjejas hanya kerana kita dengar ugutan nyamuk-nyamuk ini. Mengapa mereka main sikap double standard, “Oh, ini orang yang telah melakukan jenayah, bunuh ratusan ribu orang”, siapa kata? Barat yang kata, Amerika yang kata. Apa kita hendak dengar cakap mereka? Bukti tidak ada...
Tuan Chua Tain Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya tidak beri jalan. Yang Berhormat Batu pergi gigit polis sana. You pergi gigit polis.
Tuan Chua Tain Chang @ Tian Chua - Batu
Saya setuju dengan Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya tidak perlu you punya persetujuan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Duduk Yang Berhormat, dia tidak beri jalan.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya tidak perlu. Kenapa bila kena batang hidung kita, oh ini tidak boleh, ini tidak boleh. Dia baru sahaja dikenakan pertuduhan, kita sudah jatuhkan hukuman. Jikalau kena batang hidung dia orang, menjerit.
Pemimpin tidak bermoral mereka boleh angkat...
Seorang Ahli
Lompatlah.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
...Mereka daulatkan hendak jadi Perdana Menteri. Jadi, saya tidak nampak langsung justifikasi melainkan kalau rakan saya Yang Berhormat Telok Intan hendak buat tukar prinsip. Well, guilty already. Charge sahaja guilty. Then we apply the same standard, dengan izin. Pada semua orang. Bila kena batang hidung dia, “Oh, he has only been charged, my friend. He has only been charged”.
You have been shouting in this Dewan that a person charged is not guilty...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Boleh, boleh, no problem.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Tuan Pengerusi, sini kita kena bezakan isu.
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ini dia menjerit-jerit mengenai seorang individu di sini. I know you are referring openly to the Opposition Leader. Dulu semasa tahun 1998 hingga sekarang, syok sangat dengan dia. Akan tetapi beliau tidak dapat apa yang beliau perlu, sekarang sudah jadi musuh. Jadi, dia bawa itu masuk ke dalam sini. Sekarang kita bincang tentang luar negeri punya hal.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Kita baru sedar.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Memang kita tahu, innocent until proven guilty. Memang kita tahu.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Kita, kita, okey kita...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
But, you look at yourselflah.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Kita sudah tahu...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Since 1998 you have been ‘syok-syok’ with him.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Because I know him too well...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
But, you didn’t get you want, today he is your enemy.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Kita..
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
That’s what it is.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya kenal dia 12 tahun.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
The whole country knows.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya kenal dia 12 tahun.
Tuan M.Manogaran - Telok Intan
You don’t mix up the issues.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Sekarang saya tahu.
Sekarang saya sudah kenal dia. Kita sudah kena bohong. Kita sudah kena tipu.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
You didn’t get what you want, you are talking like this lah. You and your friends.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Apa yang saya hendak?
Saya hendak kan keadilan... [Dewan riuh] Saya hendak kebenaran... [Dewan riuh] [Tepuk]
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Hipokritlah. You are the biggest hypocrite.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendakkan supaya rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman.
Seorang Ahli
Yes... [Disampuk]
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Bukan dipimpin oleh orang yang ada masalah moral. Orang yang boleh berkonda-kondi sana sini.
Seorang Ahli
Ya.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Playing holier-than-thou punya lakonan.
Seorang Ahli
Ya.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya tahu Yang Berhormat Telok Intan, dia tidak boleh hendak jawab. Because dia dalam Dewan ini yang menjerit every person is presume innocent until proven guilty.
Seorang Ahli
Ya.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Kawan itu baru kena charged. Presiden Bashir baru kena charged, baru kena tuduh. Dia masih innocent Tuan Pengerusi. Presiden Bashir masih lagi tidak bersalah selagi tidak dijatuhkan, disabitkan oleh mana-mana mahkamah. Itu prinsip kita. Jadi, kita mesti pegang pada prinsip itu.
Sekarang seolah-olah dilihat kita tunduk kepada tuntutan nyamuk dua tiga ekor ini.
Jadi, saya minta supaya kerajaan bagi mesej yang jelas. Kenapa kita perlu tunduk kepada tuntutan Barat sehingga kita menafikan rakan sekutu yang telah banyak berjasa dan banyak membantu kita, dalam masa kita susah dan masa kita senang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bila pula sini... [Ketawa]
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Pusing sini la.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Dia bukan sebahagian...
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Oh! Dia boleh mencelah. Tuan Pengerusi, saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Bukan soal tentang itu, tidak apa. Saya mahu soal tentang penganjuran ini, Bekalan..., sorry sejumlah wang RM19.98 juta untuk Dialog Antarabangsa Langkawi.
Sebabnya Tuan Pengerusi ialah, kita jangan lupa kadang-kadang dalam diplomasi antarabangsa ini dia bukan terlalu senang untuk diurus. Kita melihat bagaimana negara- negara di dunia ini terpaksa mengambil kedudukan accommodating dalam masa-masa yang tertentu untuk mencapai satu tujuan yang lebih besar.
Contohnya, kalaulah saya mengingatkan diri saya sendiri bahawa Dialog Antarabangsa Langkawi ini adalah satu dialog yang ada hubung kait dengan satu lagi dialog yang diadakan di Afrika, iaitu Southern-Africa International Dialog. Di mana di dalam SAID ini, saya pernah menghadirinya Tuan Pengerusi, di Zambia. Satu-satunya negara luar yang dijemput oleh penganjur dari negara-negara Afrika Selatan ialah Malaysia. Satu- satunya. Negara yang lain semua warna sama. Waktu itu Timbalan Perdana Menteri ialah Dato’ Seri Yang Amat Berhormat Pekan. Beliau seorang sahaja Tuan Pengerusi. Oleh sebab itu, pada waktu itu kita amat berbangga sebab Malaysia dipilih dan menjadi satu- satunya negara luar ya, bukan sahaja daripada negara-negara Eropah ini, satu sahaja negara luar. Jadi, sebab itu timbal balasnya ialah Dialog Antarabangsa Langkawi.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Kita tidak mahu isu mengenai jemputan ini merosakkan satu imej ataupun satu objektif yang lebih besar, iaitu untuk memastikan hubungan antara Malaysia dan negara- negara di Selatan Afrika itu terganggu. Saya tidak mendengar secara khusus bantahan daripada negara-negara Afrika terhadap jemputan daripada Omar Bashir ini – kepada Omar Bashir. Belum, saya belum terdengar lagi.
Kalau kita melihat double standard ini memang kita dapat lihat Tuan Pengerusi, kalau dikira Amerika sendiri berhubung, berbincang dan berdialog sebelum ini dengan Libya, dengan Israel di mana mereka ini kononnya sekarang ini adalah negara-negara yang kita anggap sebagai negara pengganas. Jadi, dalam konteks diplomasi antarabangsa ini, saya rasa tidak begitu tertekanlah kita. Kecualilah kalau seperti mana yang Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu kata tadi, ada satu pertuduhan dan hukuman telah dibuat. Itu satu.
Akan tetapi, yang saya ingin sentuh di sini Tuan Pengerusi ialah tentang RM19.98 juta ini.
Saya melihat Tuan Pengerusi, Malaysia adalah satu-satu negara kalau melayan jemputan- jemputan, tetamu-tetamu daripada luar negara ini, kita cukup berbelanja lebih. Baguslah, mungkin dari segi pujian, dari segi feedback daripada peserta-peserta daripada luar negara ini begitu bagus sekali.
Akan tetapi kadang-kadang apabila saya melihat pula layanan mereka kepada kita sewaktu kita melawat negara mereka, tidak kiralah negara Afrika, negara Barat dan sebagainya, tidaklah begitu mewah apa yang kita belanjakan di negara kita ini. Saya tidak tahulah sama ada RM19.98 juta ini adalah satu jumlah yang memadai ataupun melebihi.
Akan tetapi nyata standard Malaysia ini dalam mengurus program-program Dialog Antarabangsa ini antara yang terbaik di dunia.
Cuma mungkin kalau boleh saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat menteri, apakah kita boleh kurangkan sedikit dalam dialog-dialog antarabangsa di masa akan datang supaya jangan terlalu grand, dengan izin, jangan terlalu megah sangat. Bukannya apa, akan tetapi kita memerlukan dalam keadaan sekarang ini satu perbelanjaan yang berhemah.
Walau bagaimanapun, saya bersetuju mesti ada satu perbelanjaan yang sesuai dan Dialog Antarabangsa Langkawi ini harus diteruskan kerana ianya adalah timbal balas kepada Southern Africa International Dialog yang diadakan di Afrika berulang-ulang di antara Langkawi dan Southern Africa. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Boleh Yang Berhormat Batu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Pengerusi, bagi membenarkan Yang Berhormat Balik Pulau berbahas bagi Maksud B.13 – Kementerian Luar Negeri. Yang Berhormat Menteri, ya saya boleh terima pandangan Yang Berhormat kota Belud tadi bahawa Malaysia bagus dari segi sebagai event organizer. Itu satu aspek daripada– sangat bagus, malah saya rasa bagus dari segi event organizer.
Akan tetapi isunya ialah pengisian. Itu yang perlu saya mohon Menteri jelaskan dari segi aspek pengisian Dialog Antarabangsa Langkawi ini di mana dari segi kualitatifnya itu ataupun dari segi signifikannya itu mungkin perlu diperjelaskan. Oleh kerana jumlah yang diminta adalah RM19 juta.
Kalau dari segi hendak dijustifikasikan dari segi event organizing nya saya rasa kita not just another event managers. Kita ada tujuan apatah lagi sekiranya dianjurkan oleh Kementerian Luar Negeri. Mesti ada satu tujuan yang bersifat strategik di situ. Ini kerana saya yakin Yang Berhormat Menteri pun maklum, kita boleh banding pelbagai lagi program- program antarabangsa yang kawan-kawan kita pernah hadiri, Menteri sendiri pernah hadiri.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Saya tidak mahu merujuk kepada aspek-aspek fasad kerana itu tidak penting kepada saya. Apa yang penting adalah isi pengisiannya itu. Yang Berhormat Menteri, saya terpanggil untuk sedikit memohon penjelasan Yang Berhormat menteri terhadap apa sebenarnya arah tuju dasar luar negara ketika mana jemputan kepada Presiden Bashir ini dibuat.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau
Di mana arah tuju kerana di sini Yang Berhormat Menteri saya rasa pegawai boleh bantu kita di sini. Apa sahaja tindakan, apa sahaja keputusan kita, ia akan mengundang reaksi di kalangan arena diplomasi kerana ada dipanggil dengan izin, solidarity antarabangsanya itu yang diterjemahkan dalam bentuk-bentuk perjanjian, perkumpulan dan saya ingin tegaskan di sini kita boleh andaikan bahawa ini atas desakan Barat, desakan Amerika dan sebagainya. Yang Berhormat Menteri ICC ini ialah satu badan yang terhasil daripada Bangsa-Bangsa Bersatu, kalau kita hendak andaikan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah Amerika saya rasa secara ilmiahnya salah.
Akan tetapi kalau kita hendak mengatakan dari segi pola kuasanya, dominasinya itu satu bidang yang lain tetapi di sini untuk kita mengatakan bahawa ianya agenda Amerika, agenda barat dan sebagainya saya rasa itu satu perkara yang tidak tepat dari segi komposisi organisasinya itu adalah bersifat tidak adil. Itu aspek yang pertama yang saya rasa Menteri perlu jelaskan kerana kita ialah anggota Bangsa-Bangsa Bersatu dan kita apatah lagi, saya masih ingat di Dewan yang mulia ini juga dan di Dewan di luar sana kita secara bersesama dengan wakil daripada Kementerian Luar Negeri kita berbincang arah tuju ke arah dengan izin, international justice system kita berbincang bagaimana kita ke arah meratifikasikan ICC ini.
Ada wakil daripada Kementerian Luar Negeri, orang yang amat berpengalaman pulang daripada head sekarang ini menerajui Unit Perundangan dan Diplomasi di situ. Yang Berhormat Menteri kerana di sini saya mengambil sikap memberikan perhatian kerana perkataan yang digunakan oleh - saya walaupun tadi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tadi mengatakan pandangan itu saya menghormati pandangan beliau tetapi ini pandangan Menteri Kabinet, Menteri Undang-undang yang mana mengatakan, dengan izin, laporan daripada The Star di sini: “Sudan President at dialogue embarrassed us”. Ini kata Menteri, dan kalau saya boleh baca petikannya di sini, “The foreign office has its reason for inviting him (al-Bashir) for the moment, but I will still bring it up in Cabinet on Friday.” The quotation, “The government has not withdrawn its invitation”. Dia tidak datang tetapi kita not withdrawn our invitation. “But this matter needs to be discuss from all aspects, not just legal. The Cabinet will have the final say.” Ya, kita ketengahkan isu moral dan sebagainya bagi saya kalau diandaikan daripada quotation ini Menteri Undang-undang mengandaikan mungkin ada alasan-alasan lain. Saya melihat yang perlu dijelaskan oleh Kementerian Luar Negeri dari segi kerangka diplomasinya itu apa navigasi...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh mencelah sedikit?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Boleh, boleh.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih. Itu soal Menteri mempunyai pandangan yang berbeza itu Menteri yang mengatakan yang mempunyai pendirian undang-undang dan Menteri Luar Negeri. Akan tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat apakah dalam satu-satu dialog antarabangsa ini kita tidak memberikan peluang kepada mana-mana pemimpin untuk menerangkan pandangan mereka sama ada pandangan berkenaan ekonomi, dasar mereka di negara mereka ataupun politik. Saya bagi contoh dahulu semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dia menggunakan formula IMF untuk menangani masalah krisis ekonomi.
Selepas itu Perdana Menteri menggunakan formula dia sendiri sehingga beliau dikatakan paria of the world economy. Ramai orang yang tidak mempercayai formula beliau itu berjaya. Kalau mengikut teorinya mungkin ramai orang tidak mahu menjemput beliau untuk memberitahu dasar-dasar yang telah - tetapi apabila beliau telah dijemput di IMF dan sebagainya maka sedikit sebanyak pandangan itu dapat diterima.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Seperti juga dengan Presiden Mugabe walaupun mungkin kita secara keseluruhan mengatakan his has been disaster to Zimbabwe economy tetapi apakah dia tidak boleh diberikan peluang untuk memberitahu kepada dunia tentang dasar beliau dan seterusnya membuat dialog dengan pemimpin-pemimpin, I think we can learnt something. Itu saya rasa pandangan saya terhadap kehadiran pemimpin-pemimpin.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya hendak jawab ini nanti, saya bukannya Menteri Luar, belum lagi. Minta Menteri yang sebenarlah tetapi saya cuba. Yang Berhormat Kota Belud kalau boleh saya jelaskan di sini di dalam kerangka diplomasi, ada perkara-perkara yang bersifat sebagai democratic regime ada perkara sebegitu. Di mana perkara sebegitu diangkat di peringkat multilateral dan pelbagai lagi, dan demokrasi punya hubungan kait langsung dengan agenda-agenda pembangunan, pertubuhan terus itu ada masalah lain pula itu.
Bagaimana nanti kita melihat indeks-indeks kebebasan, indeks-indeks demokrasi itu ada impak langsung kepada pertumbuhan sesebuah negara. Inilah sifat globalisasi sifat diplomasi, ini pada pandangan saya.
Jadi apabila sebuah negara seperti Malaysia yang mahu diletakkan di dalam kerangka demokrasi ini membuat keputusan menjemput Bashir ini, Mugabe ini, ini akan mengundang kepada satu indicator atau petunjuk-petunjuk daripada negara-negara yang mahu berurusan dengan kita secara diplomasi. Saya beri contoh kita ada sebab kenapa kita memutuskan hubungan diplomasi kita dengan Israel. Israel mana ada kes kena jenayah belum lagi tetapi kita potong, putuskan ini. Memang mengundang reaksi. Akan tetapi di sini saya mengatakan bahawa kita punya pilihan sebab itu kita memohon Kementerian Luar Negeri untuk menjelaskan.
Di sini tadi saya rasa Yang Berhormat Kota Belud perlu lebih tepat dalam hal ini.
Sekarang dasar luar punya kaitan langsung dengan dasar dalam negeri. Apa yang dibuat keputusan oleh Yang Berhormat Padang Rengas selaku Menteri Undang-undang, apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Sembrong punya akibat langsung dasar imigrasi kita ada dasar langsung, dasar kebebasan media kita ada dasar langsung. Okey, secara ringkas Tuan Pengerusi mengandaikan Yang Berhormat Permatang Pauh menggunakan IMF, IMF saya rasa itu andaian dan saya berbeza pandangan dengan mantan Perdana Menteri dalam banyak aspek, tetapi saya pun tidak setuju tidak ada mana literature menggunakan perkataan paria saya tidak setuju. Dia ada kekuatan dia sendiri. Ingin saya katakan di sini Yang Berhormat Kota Belud, Malaysia punya pilihan, demokrasi sebenarnya telah terbukti punya peranan dalam membangunkan negara terutama dalam aspek-aspek pembangunan.
Soalan saya apabila kita menjemput Bashir, kita menjemput Mugabe dia mengundang contohnya di Zimbabwe itu yang dikatakan the transition of regime kepada democratic of regime MDC. Itu bagaimana ia akan mengundang satu signal yang inconsistent. Itu bagi saya dan saya rasa persoalan saya ialah saya mahu memudahkan gerak kerja supaya soalan saya yang pertama tadi apa arah tuju navigasi dasar luar kita.
Okey, kerana pada masa yang sama Yang Berhormat Kota Belud, Amerika punya dasar- dasar yang saya rasa ya kita boleh tidak bersetuju dalam banyak perkara, double standard nya bagaimana?
Akan tetapi kita berurusan dengan Amerika dengan ikatan diplomasinya, dengan terma-terma kita dan pendekatan kita dan bukannya kita mengikut semua. Jadi di sini soalan saya apakah dasar luar kita apabila kita menjemput Bashir. Saya tidak masuk dalam kerangka perundangan, jenayah itu peringkat ini Kerana itu mengundang satu diskusi yang lain. Ada soalan lagikah.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Singkat sahaja. Saya cuma hendak tanya pandangan Yang Berhormat tentang apakah kita akan - katalah dialog itu Tuan Pengerusi dialog ekonomi yang mungkin tidak menyentuh tentang isu besar politik dunia.
Apakah katalah contohnya kalaulah dialog itu berbentuk ekonomi ataupun dalam berbentuk strategi mendapatkan undi bila masa nanti ada pengundian-pengundian peringkat antarabangsa untuk memihak kepada Kerajaan Malaysia. Kalaulah ianya tidak terlalu memberatkan, apakah Yang Berhormat bersetuju jika kerajaan menjemput negara-negara ini untuk memberikan pandangan mereka tentang ekonomi mereka walaupun ekonomi mereka tidak begitu baik tetapi kita mendengar pola-pola hujah mereka.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Itu pandangan saya. Macam juga dengan China, China sekarang ini engaging Southern African bagai hendak rak. Berbelanja berbilion-bilion ringgit, some of grant, some of loan, dengan izin. Kerana itu strategi mereka ialah bukan hendak melihat sangat tentang politik tentang melihat kepentingan mereka di Bangsa-Bangsa Bersatu di dalam badan dunia yang memerlukan undi pada mereka.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud kerana membuka ruang di situ. Yang Berhormat Kota Belud saya tidak mahu kerana masa yang singkat ini, kita tahu China navigasinya dalam sikapnya humanitarian assistance, bantuan pembangunannya, kita lihat dalam isu Myanmar dan sebagainya itu menggambarkan sama ada dasar kita dengan China sama ataupun tidak.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kerana saya bagi contoh Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud pun hari itu di situ tidak sempat, di National Security Council hari itu kita berbincang sama ada hendak mengangkatkan sanction ekonomi terhadap Cuba, mesti ada sebab.
Akan tetapi katakan tiba-tiba Malaysia mengundang Fidel Castro, Mugabe dan Bashir, tiba- tiba dia kata Langkawi International Dialogue ini apa, detached clubkah? Ini perkara- perkara yang bagi saya boleh dijelaskan tetapi kita perlu mengambil pilihan-pilihan macam itu sehingga membentuk satu gambaran dasar luar kita ini sebegitu rupa, yang bagi saya lebih baik digunakan untuk kerja-kerja yang lebih membangunkan imej negara yang lebih baik. Seterusnya, terima kasih Tuan Pengerusi...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kita sudah habis masa Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Sedikit sahaja, saya hendak tanya ini...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak sempat ini...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendak tanya...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Nombor dua ini...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendak tanya...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya tidak bagi laluan ini.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendak tanya...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak mahu, nanti, nanti!
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendak tanya pendirian Yang Berhormat Balik Pulau...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Pengerusi, saya tidak bagi boleh tidak?
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Dia menggunakan kenyataan Menteri yang menjaga undang-undang iaitu Yang Berhormat Menteri dari Padang Rengas, seolah-olah memberikan satu keputusan yang buruk.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Pengerusi, tolong buat keputusan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendak tanya dia, simple sahaja. Saya hendak tanya dia, kalau dia boleh pegang kepada keputusan atau pandangan Menteri Jabatan Perdana Menteri dari Padang Rengas berkaitan dengan isu jemputan kepada Presiden Bashir. Adakah dia bersetuju memegang pendapat Yang Berhormat Menteri dari Padang Rengas apabila menyatakan bahawa di dalam isu video klip perlu diadakan Suruhanjaya Diraja, boleh?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Pengerusi, saya...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Minta maaf, sebab saya...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Kena konsistenlah...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Cukup Yang Berhormat...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sudah...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Kalau dalam isu ini...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sudah habis. Yang Berhormat, cukuplah...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Kalau isu ini digunakan, kena guna Yang Berhormat Padang Rengas sebagai bahan hujah...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Kenapa yang dahulu tidak?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Pengerusi...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendak sebut dia tidak konsisten itu sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Habiskan Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Pengerusi, saya minta maaf, saya kena sebut ini untuk rekod ini sedara penuh dan yakin, ini otak selut bahlul, bangang... [Dewan riuh] Hendak bantah kena buat kemudian...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Minta maaf!
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya hendak pegawai kerajaan tengok ini kualiti yang ada.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak apalah, mereka pun...
[Dewan riuh]
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Ini kualiti yang ada, bila sudah tidak...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudah, cukup Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Bila sudah tidak boleh berhujah...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Bila sudah tidak boleh hujah, itulah cara mereka. Tidak ada kualiti langsung, dia hendak tunjuk dia pandai, dia bijak untuk mempertahankan isu dia...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Dia guna Yang Berhormat Padang Rengas...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, duduk Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya kalau duduk atas kerusi itu... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Balik Pulau, teruskan Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Ini, ini...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ada lagi?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat!
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Ini kualiti hendak menjadi Menteri Luar Pakatan? Inilah dia.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Saya minta pegawai-pegawai kerajaan.
Dato’ Johari Abdul - Sungai Petani
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]... Dekat dia, bukan dekat yang ini.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tengok bakal Menteri Luar.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih kerana pengiktirafan. [Ketawa]
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Dalam mesyuarat di PBB nanti itulah, apabila dia tidak boleh berhujah dia akan kata, “Engkau bahlul, engkau bangang...”
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Adakah ini kualiti yang...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu!
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Boleh?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Duduklah Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Boleh?
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Setakat itulah kualiti.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Balik Pulau habiskan.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Nampak, nampak?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Sudah habis masa Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Pegawai kerajaan rekod...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Eh! Belum lagi? Bahlul tu dekat dia seorang sahaja...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat!
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak perlu sebut perkataan itu.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Saya tidak boleh pula, saya tidak boleh?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak elok Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Tuan Pengerusi, saya...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ada lagi?
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
Pada saya, biarkan dia cakap, because dia ini ada satu inferiority complex, he feel...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat...
Dato’ Zulkifli bin Noordin - Kulim Bandar Baharu
The self glorification is too big. Biarkan dia, biar rakyat tengok sendiri, I don’t mind at all.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
The instruct, dia bagi arahan kepada Speaker, tahniah.
Tuan Pengerusi, item saya yang kedua ialah mengenai RM8 juta yang diperlukan bagi tujuan pembukaan Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, Australia dan kos perpindahan pejabat perwakilan Malaysia di Kazakhstan. Saya mahu memohon penjelasan Menteri iaitu RM8 juta yang hendak diperuntukkan ini, apakah.., kita maklum, perkara- perkara yang akan diperlukan oleh konsulat untuk kerja-kerja di sana.
Akan tetapi saya menyoal perkara khusus Yang Berhormat Menteri, kerana kita melihat gerak kerja konsulat-konsulat lain, emsi-emsi lain agak berbeza sedikit terutama di dalam aspek bantuan, kita hendak panggil kemanusiaan atau peperangan. Contohnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, duta ataupun wakil Indonesia di Saudi dipanggil balik ke Indonesia kerana gagal memaklumkan bahawa terdapat seorang rakyat Indonesia telah dihukum bunuh atau mati dan sehinggakan ia memberi satu impak yang amat kuat.
Saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada di Malaysia ini..., contohnya baru- baru ini di Balik Pulau, saya buat kes. Tengah-tengah buat kes melibatkan rakyat Indonesia mengenai masalah imigrasi, tiba-tiba ada pegawai konsulat, first secretary duduk di belakang datang memberikan bantuan kepada rakyat Indonesia sehingga dikatakan itu arahan khas oleh kementerian dia supaya menjaga kepentingan rakyat Indonesia ini hatta yang kena berhadapan undang-undang. Di negara jiran, kita ada rakyat Malaysia yang berhadapan dengan hukum gantung dan sehingga hari ini saya rasa tidak mendapat representasi perundangan. Saya memohon, adakah RM8 juta ini merujuk kepada gerak kerja ini yang mungkin diperlukan hari ini.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habis Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya, sekejap. Terima kasih Tuan Pengerusi, sebenarnya ucapan saya tadi pendek tetapi disebabkan banyak gangguan...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Akan tetapi saya hendak buat rekod, hendak buat bagaimana kan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masuk dalam masa Yang Berhormat juga itu.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Tawau dan selepas itu Timbalan Menteri menjawab.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Maksud B.13 Kementerian Luar Negeri, Butiran 140800 – Penganjuran Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011. Tuan Pengerusi, saya ingin memohon penjelasan daripada kementerian di atas pandangan yang berbeza oleh Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di atas jemputan Presiden Omar Al-Bashir daripada Sudan ke LID, Langkawi 2011 yang membelanjakan RM19.9 juta dan ini sudah mengelirukan rakyat di Malaysia.
Saya juga ingin tahu tentang adakah Malaysia bertanggungjawab di bawah Rome Statute selepas pengumuman oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bagi kerajaan pada Mac, 2011. Walaupun Malaysia belum secara rasmi menandatangani deklarasi tersebut, kerajaan mungkin adalah betul technically apabila ia mengatakan Malaysia tidak perlu mematuhi Rome Statute tetapi persoalannya adakah Malaysia bertanggungjawab secara moral.
Kedua, Malaysia adalah ahli kepada United Nations, United Nations Human Right Committee dan dengan waran tangkap yang dikeluarkan oleh International Criminal Court untuk Bashir bagi genocide crime again humanity dan war crime di Western, Sudan.
Adakah kerajaan commit di atas prinsip-prinsip kemanusiaan dan condemn tindakan ini?
Ketiga, pengumuman oleh kerajaan bahawa mereka akan membuat damage control di antara Malaysia dan Sudan, apakah langkah-langkah secara spesifik akan dibuat oleh Kementerian Luar Negeri? Dengan itu, sekian terima kasih.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, cukuplah Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada lima orang Ahli Dewan yang mulia ini, yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2011, Maksud B.13 Kementerian Luar Negeri.
Pertama, kelima-lima Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini telah menyebut atau membangkitkan isu kerajaan menjemput Presiden Omar Hassan Al-Bashir untuk menghadiri Persidangan Langkawi International Dialogue atau Dialog Antarabangsa Langkawi 2011. Kesemua lima-lima itu sebenarnya Tuan Pengerusi, saya amat berterima kasih kepada mereka kerana telah membawa perkara itu di Dewan yang mulia ini sehinggakan perbalahan di antara satu dua tiga orang berlaku. Akan tetapi Tuan Pengerusi, sebenarnya isu menjemput Presiden Sudan ini telah pun dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dengan jelasnya iaitu di sidang akhbar yang telah diadakan oleh beliau pada 19 Jun 2011.
Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem
Maka dengan maaf saya yang tidak berhasrat untuk menambah apa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu. So, please refer to...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Saya rasa itu jawapan yang amat tidak bertanggungjawab, ia lari dari tanggungjawab. Apabila isu ini dibangkitkan, Yang Berhormat haruslah menjawab dalam Dewan yang mulia ini dan tidak boleh kata kenyataan telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. This is a place you answer the question raised by MP’s, jawab dan tidak boleh kata kenyataan dibuat di luar. Itu adalah lari daripada tanggungjawab. Apabila dibangkitkan dalam peringkat Jawatankuasa meminta kelulusan peruntukan bagi forum ini mesti jawab isu yang dibangkitkan!
Datuk Richard Riot anak Jaem
Yang Berhormat Batu Gajah terima kasih.
Sebenarnya kalau saya diperlukan untuk menjawab saya boleh menjawab. Ia bukan bererti...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Diperlukan menjawab, kami menunggu jawapan.
Datuk Richard Riot anak Jaem
No! Can you please be more polite and do not use your hand like that. It is because my nature and by nature I am not the type of person.
Tuan Pengerusi, if you are rough, I can also be very rough.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf, saya tidak berniat untuk...
Datuk Richard Riot anak Jaem
No, no! Your hand, I do not like your hand!
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf, saya tidak berniat untuk rough.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Saya datang...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
This is only my style.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Saya datang...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya tidak guna keganasan. Maaf.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Saya menjawab sebagai Yang Berhormat Timbalan Menteri yang bertanggungjawab.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya tunggu jawapan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Ini floor saya dan saya tidak mahu melihat orang menggunakan tangan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Batu Gajah tidak seharusnya...
Datuk Richard Riot anak Jaem
Sebab ini bukan budaya orang Sarawak.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Menyerang Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab dia kata, dia rujuk kepada jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sudahlah! Itulah jawapan dia.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Bagi saya itu adalah jawapan atau...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Apa Yang Berhormat Batu Gajah mahu marah mahu tunjal-tunjal muka Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Terima kasih. Itulah sebenarnya Tuan Pengerusi. Saya jenis... I am a very nice person. Akan tetapi kalau orang menggunakan tangan dengan menunjuk seolah-olah beliau adalah hero atau heroin, saya pun boleh jadi hero. Bukanlah budaya orang Sarawak khususnya kaum Bidayuh untuk menunjuk dengan menuding jari.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya pohon maaf.
Datuk Richard Riot anak Jaem
There you are! Your hand again!
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya tidak ada... Saya bukan hendak menunjuk. Saya pohon maaf. Itu style saya, saya pohon maaf tetapi saya hanya mahu agar Parlimen memainkan fungsinya memberi jawapannya berkenaan isu yang dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Itu sahaja yang saya pohon.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Tuan Pengerusi...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jawapan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Tuan Pengerusi, ini floor saya. Saya adalah sebagai Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya berhak sama ada untuk menjawab atau tidak dan saya berhak walaupun beliau menuduh bahawa saya sepatutnya menjawab apa yang telah dibangkitkan oleh lima orang Ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Akan tetapi seperti mana yang saya telah nyatakan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dengan jelasnya menerangkan tentang jemputan itu iaitu pada sidang akhbar yang diadakan pada 19 Jun dan saya tegas dengan jawapan itu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak mengapa Yang Berhormat, itu jawapan daripada kementerian.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
It’s outside. Tidak boleh terima.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Ya. Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, mahu beri Yang Berhormat Selayang Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Mahu minta penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Selayang bangun Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Saya belum lagi beri floor, let me complete first.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sebentar Yang Berhormat.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Tuan Pengerusi, saya sebenarnya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Walaupun bertelagah dengan Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Balik Pulau pun kawan baik saya, he is my good friend tetapi seperti mana yang telah disebutkan sebentar tadi, apa sahaja yang bersangkut paut dengan jemputan kerajaan kepada Presiden Omar Hassan Al-Bashir iaitu Presiden Sudan saya tidak akan menjelaskannya sekali lagi.
Jadi, Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Telok Intan iaitu yang pertama berucap telah membangkitkan beberapa perkara dan saya akan menjawab. Saya berharap jawapan ini akan dapat diterima satu persatu. Satu, penganjuran Langkawi International Dialogue atau Dialog Antarabangsa Langkawi. Mengapa diadakan di luar Langkawi? Mengapa diadakan di Putrajaya? Jawapannya begini Tuan Pengerusi, sebenarnya, Langkawi International Dialogue 2011 ini adalah atas permintaan ketua-ketua negara dan ketua-ketua kerajaan South Africa dan Caribbean semasa persidangan apa yang dipanggil sebagai South Africa International Dialogue (SAID) yang telah diadakan di South Africa pada tahun 2009 dan tidak ada sangkut paut dengan politik sebagaimana yang telah dibangkitkan sebentar tadi yang menyatakan bahawa adakah ini kerana Kedah di bawah parti Pakatan.
Jadi jawapannya ialah, ini atas permintaan ketua-ketua negara dan ketua-ketua kerajaan negara-negara Afrika Selatan dan Caribbean sendiri.
Kedua, Yang Berhormat Telok Intan telah bertanya, mengapa ini yang sepatutnya nombor empat dibawa ke nombor 18 iaitu yang saya jawab sekarang ini.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Jawapannya Tuan Pengerusi, ketika itu kesemua Yang Berhormat Menteri, Menteri penuh termasuk kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang sibuk dengan Langkawi International Dialogue (LID). Selain daripada itu, pegawai-pegawai kita sebenarnya hampir semua terlibat dengan penganjuran Langkawi International Dialogue. Itu jawapan kepada itu.
Ketiga, Yang Berhormat Telok Intan telah menyatakan bahawa participant atau peserta hanya 300 orang. Itu kurang tepat. Saya ingin menyatakan di sini Tuan Pengerusi, jawapannya ialah bukan 300 orang. Peserta sendiri 566 orang yang terdiri daripada 292 orang dari Afrika dan 274 orang dari Malaysia. Itu peserta sahaja. Selain daripada itu, ia melibatkan 1,833 petugas sekretariat dan 417 petugas media. Oleh yang demikian Tuan Pengerusi, kenyataan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Telok Intan sebentar tadi bukan tepat. Pembetulan harus dibuat.
Satu lagi yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan iaitu...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi, boleh kembali yang sebentar tadi?
Datuk Richard Riot anak Jaem
Okay, I give you.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya ingin kembali kepada isu pemindahan tempat tu. Kalau kita masih ingat tujuan asal dari Langkawi International Dialogue ini ialah selatan-selatan, South-South Smart Partnership Corporation. Itu juga sebahagian daripada tujuan ini juga mempromosikan Langkawi sebagai tempat yang bertaraf internationals seperti Davos. Itu adalah cita-cita bekas Perdana Menteri kita.
Apabila kita pindah ke Putrajaya, dia seolah-olah kita telah tukar konsepnya sebab Davos setiap tahun ia akan berlaku di Davos. Dia tidak akan tukar ke tempat lain. So, saya agak ini telah, dengan izin, defeat the purpose sebab kita ingin promosikan Langkawi sebagai destinasi tourism as well selain daripada ini dan juga contain daripada itu. Saya rasa boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan kenapa pindahan ini berlaku dan apakah ini telah menurunkan taraf Langkawi?
Datuk Richard Riot anak Jaem
Terima kasih. Sebenarnya itu pun telah saya jawab. Saya telah menyatakan sebentar tadi bahawa itu adalah atas permintaan atau kehendak-kehendak ketua-ketua negara atau ketua-ketua kerajaan, negara peserta semasa South Africa International Dialogue (SAID) yang telah diadakan di Uganda pada tahun 2009. Jadi mengapa sebab dipindah, itulah sebab. Atas permintaan peserta sendiri.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Adakah mesti ada asalan mengapa mereka hendak suruh pindah.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Sebenarnya saya telah tidak kurang daripada tiga kali bersama-sama ketua-ketua negara serta ketua-ketua kerajaan dan salah satu daripada pertemuan ialah satu pertemuan yang telah diadakan di Jabatan Perdana Menteri di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri hadir di majlis itu. Saya telah menanya Ketua Negara dari Kenya. Beliau telah menyatakan mereka memilih luar Langkawi kerana kita hendak lihat ibu negara Malaysia iaitu negara yang dianggap negara- negara Afrika Selatan sebagai negara modal bagi negara-negara membangun. Itu jawapannya.
Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat dari Telok Intan, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu rakan saya juga walaupun telah - bukan bergaduh, tetapi suara ada naik sedikit di antara Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dan Yang Berhormat Balik Pulau. Akan tetapi, bagi saya, tujuannya baik. Jadi...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat, untuk rekod, Yang Berhormat Balik Pulau tidak sergah pun, tidak berbalah pun, tidak beri respons pun. Tidak berbalah pun, untuk tujuan rekod. Kalau berbalah macam lain. Ini tidak ada.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Tidak ada berbalah. Oleh sebab itulah saya tidak menggunakan perkataan melenting. Tidak ada.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Jadi walau bagaimanapun, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu kerana beliau telah menyebutkan sedikit iaitu tentang innocent kalau belum diproven guilty. Al-Bashir ini belum dibawa ke court dan belum diproven guilty. Jadi itu saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu di atas penjelasan beliau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh minta penjelasan sedikit?
Datuk Richard Riot anak Jaem
Okey.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Sebab itu, saya kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengamati penjelasan yang saya mohon ialah apakah arah dasar yang Kementerian Luar Negeri memberi panduan kepada kita di sini dalam melakar, contohnya Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana dalam minggu hadapan kita ada program. Contohnya di sini, Review on the Monetary ‘Defenalty’ in Malaysia. Ada perkara-perkara yang bersifat perundangan dalaman tetapi ada kaitan dengan dasar luar.
Ini kerana defenalty ini berkaitan dengan touchier convention dan sebagainya, belum ratifikasi dan sebagainya.
Jadi soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini ialah di tahap satu waran telah keluar kepada seorang individu, Presiden daripada Sudan yang mana dikeluarkan oleh ICC, Ocampo sendiri iaitu dia punya prosecutor. Jadi soalan saya, dalam menavigasikan dasar luar kita ini, adakah kita tidak kisah perkara-perkara begini. Itu persoalan saya. Ini kerana di sini dipertimbangkan until proven guilty bukan. Jadi, kita tidak kisah. Pada pandangan saya, kita perlu kisah kerana ia akan menggambarkan gambaran dasar luar negara apabila kita berurusan diplomasi dengan warga lebih luas lagi. Itu persoalan saya. Mohon penjelasan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tambahan sedikit. Di sini saya berbeza sedikit dengan Yang Berhormat Balik Pulau tetapi saya juga ada sedikit persamaan dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Bagi saya ialah saya strictly dalam protokol diplomasi. Kalau kita jemput Omar Hassan al-Bashir untuk datang ke Malaysia, kita mesti mempertahankan jemputan ini. Akan tetapi, saya lihat kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri gagal mempertahankan jemputan ini dengan keluarkan statement kata, kita tidak harap beliau datang. Kalau beliau datang, kena tangkap. Itu saya anggap problem ini. Saya secara peribadi saya boleh tidak setuju dengan al-Bashir, tetapi saya agak sangat memalukan. Kalau kita keluarkan jemputan, selepas itu kita kata ‘Oh! dia akan ditangkap, dia tidak boleh datang. Itu salah’.
Kedua, saya ingin dapat feedback daripada Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, pembela Islam. Kedua-dua orang diktator iaitu Mugambi dan al-Bashir, kita gagal mempertahankan al-Bashir sehingga dia terpaksa tidak datang. Akan tetapi, Mugambi juga dianggap sebagai penjenayah internasional. Kenapa kita benarkan dia masuk? Bagi saya, ini satu pengkhianatan bagi konsep Selatan-Selatan sebagai satu solidarity dunia ketiga. Kita telah jauh bersimpang daripada konsep visi yang diamalkan oleh pada waktu itu Tun Dr. Mahathir...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Dan juga termasuk Yang Berhormat Permatang Pauh juga dalam konsep untuk mengadakan solidarity Selatan. Akan tetapi kali ini kita jelas, kita tidak mengambil satu standard yang sama. Itu sebab saya rasa saya tidak mahu ambil pendirian peribadi terhadap Mugabe atau Omar Al-Bashir. Akan tetapi dari segi imej negara, dari segi practice international diplomacy, kita telah gagal dan kita keluarkan signal yang amat contradictory. So, itu sebab saya rasa kita tidak mencapai satu matlamat untuk menunjukkan solidarity kita dengan negara-negara Selatan bagi yang lain.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Tuan Pengerusi, walaupun jawapannya begini.
Saya telah terangkan dari awal-awal tadi bahawa jemputan ke atas Omar Al-Bashir, Robert Mugabe telah pun diperjelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 19 Jun yang lepas. Saya tidak berhasrat untuk menambah apa yang telah dinyatakan oleh...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Pengerusi, seterusnya tentang...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Sekejap. Tentang menjejaskan. Perkataan menjejaskan saya fikir tidak kerana tidak sesuai digunakan. Ini kerana setakat ini kita belum lagi menjadi ahli kepada ICC. Itu jawapannya. Kita belum lagi menjadi ahli kepada ICC. Ya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Datuk Richard Riot anak Jaem
Saya beri Yang Berhormat Batu Gajah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi, jemputan kepada Omar al-Bashir ini jelas. Bukanlah adalah mendapat persetujuan sebulat suara anggota Kabinet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga. Ini kerana Yang Berhormat Padang Rengas telah membuat kenyataan bahawa jemputan tersebut adalah hal yang sangat serius, beliau akan recommend that it should be drawn. Ini menunjukkan bahawa jemputan itu adalah telah menimbulkan ketidakkonsistensi kerajaan apabila kerajaan telah mengumumkan menjadi ahli ICC dan Yang Berhormat kata kita belum menjadi ahli. Akan tetapi, pengumuman itu telah menunjukkan kita menerima ICC tersebut. Jadi menyatakan belum menjadi ahli, itu adalah technicality sahaja. Kita mesti menunjukkan kejujuran kita. Walk the talk bahawa kita komited terhadap prinsip-prinsip dalam ICC tersebut.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oleh sebab itu, tadi saya sekali lagi memohon panduan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kita ini yang kenalan baik, beliau selalu berkomunikasi dengan saya pengalaman di luar negeri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya katakan ini katakanlah di tempat Al- Bashir itu ialah individu lain, katakan Osama bin Laden. Katakanlah, kalau prinsip tidak bersalah, sebelum dibuktikan dan sebagainya itu dipakai, bagaimana nanti individu lain.
Saya bertanya ini kerana saya perlukan panduan kerana kita sebagai rakyat Malaysia kita perlu response kepada perkara-perkara. Walaupun saya ini pembangkang, tetapi saya membawa bendera negara. Jadi saya perlukan panduan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini kerana saya beranggapan berkemungkinan, pada pandangan saya mungkin, tolong jelaskan. Perlu satu koordinasi di antara Kementerian Luar Negeri dan juga kementerian-kementerian yang berurusan dengan dasar-dasar dalam negeri terutama sekali kementerian undang-undang dan juga Kementerian Dalam Negeri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya tadi ialah tolong jelaskan sedikit.
Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri berkata kalau perkara-perkara yang sebegini kita tidak perlu ambil kira kerana...
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ianya mungkin dasar kita dasar pragmatik atau really sifatnya. Itu yang soalan saya tadi.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Baik, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja. Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya rasa Osama bin Laden itu hypothetical questions. Beliau pun sudah arwah sudah.
Yang Berhormat Timbalan Menteri saya minta pandangan ini, apakah hubungan selatan-selatan itu adalah di antara selatan-selatan di antara Malaysia dan kumpulan negara-negara selatan Afrika?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sebab banyak bezanya kalau kita hanya berurusan dengan individual negara- negara persendirian ataupun kita menjemput mereka sebagai satu kumpulan yang sudah established seperti mana saya katakan tadi mereka ini adalah ahli dalam Southern Africa International Dialogue.
Saya bagi contoh Yang Berhormat Timbalan Menteri, Amerika mempunyai masalah dengan Myanmar contohnya. Akan tetapi pada masa yang sama berurusan dengan ASEAN, di situ standardnya. Amerika berurusan dengan ASEAN dalam mana- mana program yang berkaitan dengan ekonomi. Akan tetapi dalam itu ada Myanmar yang mereka katakan adalah satu Military Junta, Junta Military yang tidak boleh dipertahankan.
Jadi di situ saya rasa kerajaan mengambil satu tindakan yang cukup-cukup bagus. Iaitu untuk memastikan tujuan asal selatan-selatan ini tidak tergelincir jauh kerana hanya pertimbangan politik yang belum lagi pasti di antara individu-individu negeri itu. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang perkara ini.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Batu Gajah, terima kasih kawan saya dari Yang Berhormat Balik Pulau. Jadi sebenarnya seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Belud sebentar tadi, South African Nations sudah pun mempunyai satu pertubuhan atau satu kumpulan yang dinamakan sebagai South Africa International Dialogue dan mereka mengadakan persidangan, sekali dalam dua tahun.
Maka, melalui Langkawi International Dialogue, kita bekerjasama dengan South Africa International Dialogue (SAID). Langkawi International Dialogue diadakan selang seli dengan SAID atau South Africa International Dialogue. Seperti mana Yang Berhormat Kota Belud beritahu kita tadi, beliau telah sendiri menghadiri persidangan South Africa International Dialogue ini pada suatu ketika dahulu dan saya fikir dengan menghadiri persidangan itu saya percaya beliau mempunyai banyak pengalaman.
Tentang soalan dari Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Batu Gajah menyentuh Osama bin Laden sama ada kalau kita menjemput orang atau individu yang lain sebagai Osama bin Laden dan sebagainya. Jawapan saya begini kita menjemput Al-Bashir, kita menjemput Robert Mugabe kerana mereka sejak Langkawi International Dialogue diadakan pada tahun 1995, mereka bergiat amat aktif dalam persidangan LID ini. Ini berbeza dengan individu-individu lain dalam mana mereka tidak mempunyai kumpulan untuk menghadiri LID ini. Itu jawapan saya. Jadi jangan menyamakan mereka dengan Osama bin Laden.
Tuan Pengerusi seterusnya, Yang Berhormat Balik Pulau lagi kawan saya kawan baik, we are good friend and as I know ini lawyer dari Stamford bakal, a lot of potential iaitu tentang penubuhan Konsulat Jeneral di Melbourne yang berjumlah RM8 juta. Beliau telah menyebutkan angka RM8 juta. Sebenarnya duit atau wang RM8 juta ini bukan sahaja meliputi penubuhan kita punya konsulat di Melbourne bahkan ianya melibatkan pemindahan embassy kita dari Almatti di Kazakhstan, perkataan pun susah hendak sebut, iaitu dulunya ibu negara kepada satu tempat lagi yang dinamakan Astana.
Tuan Pengerusi kita memilih Melbourne kerana Melbourne seperti mana yang kita sedia maklum, Melbourne setakat ini saya sebut ya, sehingga bulan Ogos 2010, jumlah pelajar Malaysia seramai 20,493 orang, kini menyambung pelajaran di pelbagai institusi pengajian tinggi di Australia dan dari jumlah itu 7,684 orang pelajar menuntut di negeri Victoria iaitu dekat Melbourne. Yang lain menuntut di Western Australia - 3,635; New South Wales 3,301; Queensland 2,305; dan South Australia 2,285.
Maka oleh kerana kebanyakan pelajar-pelajar kita di Australia belajar di Melbourne, satu dari sebab mengapa kita membuka Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Memang dari segi perdagangan pun ada dan dari segi pelancongan. Saya baca untuk pelancongan, jadi...
Tuan Mohd Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Datuk Richard Riot anak Jaem
Tuan Pengerusi, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, perkhidmatan penerbangan langsung antara Kuala Lumpur dan Melbourne iaitu menggunakan pesawat Malaysia Airlines 14 kali seminggu, AirAsia tujuh kali seminggu. Maka itulah antara sebab-sebab mengapa kita memilih untuk membuka Konsulat Jeneral di Melbourne ini.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit, sedikit, sedikit penjelasan.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Jadi Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, maafkan kawan saya Yang Berhormat Balik Pulau, saya rasa cukuplah.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak sedikit sahaja. Soalan saya tadi adalah khusus.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Ini malam jam pun sudah menunjukkan hampir pukul 8 malam.
Tuan Mohd Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit sahaja. Soalan saya adalah khusus. Satu soalan yang khusus sahaja.
Sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri kawan punya pasal sedikit sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi saya tanya soalan khusus kerana saya melihat konsulat- konsulat negara lain seperti yang saya katakan tadi seperti Konsulat Indonesia di Pulau Pinang. First secretary nya, konsulatnya sehinggakan bertemu di mahkamah-mahkamah kita dan kebetulan saya bertemu di Mahkamah Majistret di Balik Pulau ketika mana rakyat Indonesia terlibat dalam kes kita panggil imigrasi dia. Apabila saya tanya ini merupakan arahan daripada kementerian untuk mengambil berat sehingga ke tahap itu.
Apabila saya bandingkan dengan kes-kes ada rakyat Malaysia di Singapura kes gantung kita tidak ada bantuan sehingga ke tahap itu. Saya tidak memberi contoh-contoh seperti Guantanamo Bay itu saya rasa di peringkat lain. Jadi saya rasa di sini soalan saya adakah konsulat-konsulat jeneral ini mempunyai bantuan-bantuan sebegitu terutama sekali ialah melibatkan rakyat Malaysia yang ramai student dan sebagainya mungkin ada perkara begitu akan diperlukan bantuan. Adakah perlu merujuk perkara yang sebegitu. Itu persoalan saya.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Terima kasih kepada Yang Berhormat Balik Pulau sebenarnya, konsulat-konsulat jeneral kita atau duta besar-duta besar atau pesuruhjaya tinggi-pesuruhjaya tinggi kita di seluruh dunia yang berjumlah 105, tiap-tiap kali rakyat Malaysia menghadapi masalah, apa juga masalah. Kalau konsulat kita, embassy kita diberitahu maka staff-staff atau kakitangan atau pegawai termasuk duta sendiri atau high commissioner sendiri akan melawat dan memberi pertolongan yang seboleh-bolehnya. Ini berlaku jadi, berbalik kepada Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Tawau juga telah menyebut tentang jemputan ke atas Al-Bashir sudah dijawab dan saya berbalik kepada Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud minta agar kementerian kurangkan perbelanjaan.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Minta penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri minta penjelasan.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Akan tetapi sebenarnya..
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Yang Berhormat Timbalan Menteri minta penjelasan.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Nanti dulu Yang Berhormat Tawau. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Kementerian Luar Negeri seperti juga saya percaya kementerian-kementerian yang lain sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah dalam penganjuran persidangan di peringkat antarabangsa.
Perbelanjaan sebanyak RM19.8 juta yang telah dibelanjakan untuk LID ini telah mengambil kira perbelanjaan yang berhemah tanpa menjejaskan keselesaan kepada tetamu negara yang hadir. Amalan perbelanjaan berhemah tersebut akan sentiasa diamalkan pada masa-masa mendatang.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Yang Berhormat Tawau, last one...
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya telah bertanya tentang pengumuman oleh kementerian bahawa mereka akan membuat satu damage control dan apa langkah-langkah spesifik yang akan dibuat. Terima kasih.
Datuk Richard Riot anak Jaem
Tuan Pengerusi, ini terkeluar dari butiran yang ada di B.13, maka saya tidak boleh menjawabnya. Dengan itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada lima orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai perbelanjaan di bawah Kementerian Luar Negeri. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM27,980,000 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM27,980,000 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud B.60 - Jadual] – Tuan Pengerus
Kepala Bekalan B.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Gombak.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan perbelanjaan bekalan tambahan untuk Kementerian Pertahanan yang berjumlah hampir RM500 juta.
Kita sedia maklum bahawa Kementerian Pertahanan merupakan satu kementerian yang cukup penting yang menjadi benteng pertahanan negara. Saya bagi pihak rakan- rakan ingin merakamkan penghargaan kita kepada anggota-anggota tentera dan pegawai- pegawai yang telah memberikan khidmat yang cukup baik dan menjaga keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara.
Cuma, kebimbangan saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat ialah sementara anggota-anggota tentera ini telah memberikan khidmat mereka yang terbaik bagi menjamin keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara, kita bimbang ada tangan- tangan di peringkat atasan khususnya di peringkat pimpinan politik yang membolosi pentadbiran dan pengurusan Kementerian Pertahanan dengan amalan-amalan yang tidak sihat dan ini akan melemahkan semangat anggota-anggota perajurit kita untuk terus berkhidmat dengan baik dan cekap.
Saya ingin menjurus kepada persoalan perbekalan tambahan yang dipohon oleh Kementerian Pertahanan sejumlah hampir RM500 juta khusus untuk yang disenaraikan dalam nota ini iaitu pertamanya, untuk membiayai kontrak senggaraan ataupun, in service support untuk dua buah kapal selam Scorpene; keduanya, untuk melaksanakan sewaan perkhidmatan sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1) bagi kapal selam TLDM. Sudah tentulah perbekalan tambahan ini menimbulkan pelbagai persoalan.
Kerajaan Malaysia telah menandatangani perolehan dua buah kapal selam Scorpene pada 5 Jun 2002 yang bernilai 1.1 bilion Euro.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Saya ingin merujuk kepada Hansard Dewan Rakyat bertarikh 14 Mei 2008 di mana Menteri Pertahanan pada ketika itu memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kontrak perolehan kapal selam Scorpene terbahagi kepada dua bahagian. Pertamanya, di antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS Perancis dan Navatia Sepanyol bagi perolehan dua buah kapal selam Scorpene dan latihan untuk warga kapal selam yang bernilai 999.2 juta Euro. Bahagian yang kedua dalam perjanjian ini ialah di antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn. Bhd. yang merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada pasukan projek kapal selam yang menelan belanja sebanyak 114.96 juta Euro.
Menteri Pertahanan pada ketika itu juga telah menyatakan bahawa kerajaan tidak membuat sebarang rundingan pembelian dengan Perimekar Sdn. Bhd. Akan tetapi pada masa yang sama, beliau menyatakan bahawa Perimekar Sdn. Bhd. diberi kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan atau service provider dan koordinasi untuk tempoh enam tahun. Akan tetapi sekarang ini Kementerian Pertahanan tampil sekali lagi dalam Dewan Rakyat ini untuk memohon perbekalan tambahan berjumlah RM500 juta bagi kontrak senggaraan termasuk sewaan perkhidmatan sistem SMER-1 bagi kapal selam dan jumlah peruntukan tambahan yang dipohon adalah hampir RM500 juta.
Saya ingin memohon penjelasan daripada Kementerian Pertahanan, apakah elemen-elemen ini tidak termaktub ataupun terikat dengan perjanjian kontrak perolehan kapal-kapal selam yang berkenaan? Ini kerana mengikut amalan biasa dan pengalaman singkat saya di Kementerian Kewangan, dalam memperoleh kontrak-kontrak yang bernilai ratusan juta ringgit malahan dalam kes ini berbilion ringgit, kontrak perolehan itu mestilah diikat dengan beberapa elemen penting yang akan menjamin hak Kerajaan Malaysia khususnya, termasuk sebagai contoh antara elemen yang penting ialah seperti transfer of technology. Ini kerana kita tidak mahu berterusan membeli barangan dan peralatan yang canggih ini dengan nilai berbilion ringgit tetapi rakyat Malaysia tidak dapat manfaat daripada teknologi dan kepakaran di peringkat antarabangsa.
Keduanya, soal penyelenggaraan ataupun maintenance. Biasanya dalam kontrak- kontrak yang besar ini, diikat juga dan terkandung atau termaktub dalam perjanjian tersebut supaya pihak yang membekalkan peralatan yang canggih ini juga harus bertanggungjawab dalam soal penyelenggaraan dalam satu tempoh yang munasabah. Ini kerana peralatan ketenteraan yang canggih ini, sudah tentulah anggota-anggota dan rakyat kita belum dapat mencapai satu tahap untuk menyelenggarakan peralatan ini sehinggalah satu tempoh yang munasabah.
Ketiganya, satu elemen yang cukup penting juga ialah soal latihan yang harus diberikan kepada pimpinan pengurusan dan anggota-anggota tentera kita supaya sampai satu tempoh mereka mampu mengurus dan menyelenggarakan peralatan-peralatan yang canggih ini. Maka, kalau ketiga-tiga komponen ini sudah termaktub dalam perjanjian jual beli ataupun kontrak perolehan Scorpene ini, mengapa hari ini kementerian tampil semula untuk memohon satu peruntukan yang cukup besar iaitu setengah bilion ringgit bagi menyelenggara kapal selam yang berkenaan dan juga termasuk perkhidmatan sistem SMER-1 yang saya nyatakan di awal tadi?
Maka saya dapat simpulkan...
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Mohon celahan Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih. Sila.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Sebelum pergi kepada kesimpulan, saya hanya ingin menanyakan pendapat Yang Berhormat Gombak. Bila masa kita memperincikan isu kos penyelenggaraan, saya teliti jawapan ataupun kenyataan terbuka Yang Berhormat Timbalan Menteri bila bercakap tentang kontrak diberikan kepada Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd. untuk menyelenggara kedua-dua submarine Scorpene.
Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan estimation ataupun anggarannya adalah pada RM50 juta setahun dan diperincikan dengan izin, the maintenance contract is - untuk saya setahun tapi keseluruhan untuk enam tahun lanjutan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Jadi masalahnya sekarang bila saya nampak seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Gombak tadi, RM417.641 juta. Perbezaan lebih 8.35 kali lebih tinggi daripada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri secara terbuka pada bulan Mac 2010. Jadi saya bukanlah sengaja nak mengheboh-hebohkan rahsia ketenteraan khususnya TLDM tapi perlu ada rasional kenapa perbezaan itu begitu besar. Pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Gombak, adakah kita boleh menjangkakan selepas daripada ini akan ada tambahan-tambahan lain kerana ini bercakap tentang hampir RM500 juta sedangkan yang disebut oleh menteri hanya RM50 juta setahun untuk kos penyelenggaraan. Mohon kalau boleh dijelaskan Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Lanjutan daripada gesaan Yang Berhormat Lembah Pantai mengingatkan saya pada peringkat awal perbahasan di Dewan Rakyat apabila kerajaan bercadang untuk memperoleh dua unit kapal selam Scorpene ini. Kita turut membahaskan apakah mungkin kerajaan dapat mendedahkan dan memperincikan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani. Saya dapat memahami pada ketika itu kerajaan mengambil pendirian bahawa kita tidak boleh mendedahkan perjanjian kerana ianya ada unsur-unsur keselamatan negara. Namun dalam soal kos operasi bagi menyelenggarakan peralatan yang canggih seperti ini, saya kira tanggungjawab kerajaan untuk memaklumkan kepada rakyat khususnya pembayar-pembayar cukai bagaimana mereka dapat membuat unjuran sebesar itu berbanding dengan kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum ini yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, jauh jumlahnya daripada apa yang dipohon pada petang ini Tuan Pengerusi.
Justeru itu saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah mungkin kementerian dapat berkongsi dengan Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Rakyat tentang kandungan perjanjian kontrak perolehan itu supaya kita dapat melihat sendiri apakah komponen yang telah termaktub dalam perjanjian tersebut supaya ianya dapat melindungi kedaulatan negara dan pada masa yang sama menyelamatkan wang rakyat yang menelan belanja yang begitu besar. Itu yang pertama, apakah kesediaan kementerian untuk memaklumkan kepada Dewan Rakyat ini tentang komponen perjanjian kontrak yang berkenaan.
Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai
Sedikit celahan Yang Berhormat.
Maaf mengganggu, sikit sahaja kerana saya dah boleh jangka Tuan Pengerusi jawapan Menteri dia akan cakap tak boleh dedahkan langsung di Dewan yang mulia ini seperti jawapan yang lalu. Tengok, saya nampak Timbalan Menteri mengangguk. Jadi cadangan saya, kalau begitu prasyaratnya perlu mewujudkan jawatankuasa pilihan seperti dibuat di Amerika Syarikat khusus untuk pembelian dan sebagainya. Jadi saya fikir sekurang- kurangnya tak nak bagi jawapan pada Ahli-ahli Parlimen, Menteri perlulah buat jawatankuasa pilihan khusus untuk semua pembelian. Terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Yang Berhormat Lembah Pantai, kita tunggu sehingga Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dan kita akan bangun sekali lagi walaupun sehingga lewat malam ini, kita ingin jawapan yang cukup bertanggungjawab daripada pihak kementerian.
Maka apa yang dapat saya simpulkan ialah kalau komponen yang saya sebutkan tadi, soal transfers of technology, soal latihan dan juga soal penyelenggaraan tidak termaktub dalam perjanjian kontrak perolehan ini maknanya kumpulan yang negotiated ataupun yang mewakili kementerian bagi pihak kerajaan untuk menyediakan perjanjian tersebut tidak kompeten dan tidak menghalusi perjanjian tersebut sehingga berlaku perkara-perkara yang tercicir ataupun terlepas pandang yang menyebabkan kosnya semakin hari semakin meningkat. Kerana itu jugalah mungkin syarikat yang nilainya RM2 boleh diberikan satu kontrak yang begitu besar untuk mendapatkan perolehan yang nilainya berbilion ringgit seperti ini.
Namun, sekiranya Yang Berhormat Timbalan Menteri bangun sebentar lagi dan menyatakan elemen itu memang termaktub dalam kontrak perolehan yang berkenaan, maka persoalan seterusnya, mengapa kementerian tidak membuat bajet tahunan?
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Ini kerana kementerian sudah tahu anggaran ataupun unjuran untuk menguruskan peralatan-peralatan yang canggih ini. Kalau Yang Berhormat memiliki sebuah Toyota Camry, sudah tentulah Yang Berhormat tahu berapa kos pengurusan kenderaan berkenaan untuk enam bulan ataupun setiap tahun. Apatah lagi kenderaan yang baru sudah tentulah kos maintenancenya lebih rendah daripada kos yang lama. Kapal selam ini kapal selam yang baru walaupun kita tahu dia tidak boleh menyelam selama tiga bulan kerana masalah- masalah teknikal. Jadi saya ingin tahu sebenarnya, kalau ada dalam perjanjian, mengapa tidak dibajetkan daripada tahun lepas. Kita tahu kita perlu menguruskan kapal selam ini pada tahun ini. Kalau tidak dimasukkan, apakah kumpulan delegasi yang menandatangani perjanjian itu tidak kompeten untuk melihat perincian yang lebih mantap dan kukuh dan menyeluruh.
Tuan Pengerusi, akibat daripada proses yang tidak telus ini, pembelian Scorpene ini sebenarnya satu malapetaka kepada negara. Saya sebut tadi, dah lah kapal selam tak boleh menyelam, sekarang ini negara dibeban dengan kos tambahan ataupun kos-kos yang tidak dinyatakan secara terbuka pada peringkat asal dan menyebabkan perkara ini berbangkit semula dalam Dewan ini. Maka persoalan saya seterusnya, apakah kementerian bersetuju bahawa wujudnya amalan yang tidak sihat ataupun amalan rasuah dalam pembelian Scorpene ini. Ini kerana baru-baru ini mahkamah Perancis yang sedang membicarakan dakwaan rasuah aktif dan pasif, pertukaran untuk pertolongan dan penyalahgunaan aset syarikat DCNS dalam penjualan kapal selam Scorpene telah mendedahkan banyak butiran dan saya menyambut baik kesediaan Menteri Pertahanan untuk menjadi saksi dalam kes ini. Saya ingin mendapat jawapan dalam Dewan ini, apakah pendirian kementerian dalam konteks ini. Apakah Menteri Pertahanan bersedia atas prinsip yang telus dan terbuka untuk dibawa ke Perancis, menjadi saksi utama dalam kes yang sedang dibicarakan di sana...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, habiskan ya.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Kerana skandal kapal selam ini Tuan Pengerusi, terdedah setelah seorang wanita Mongolia, Altantunya terbunuh dalam keadaan yang amat mengerikan dengan letupan C4 pada tahun 2006 dan Altantunya merupakan salah seorang saksi penting yang dapat membantu dalam kes pembelian kapal selam di antara Perancis dan Malaysia. Cuma yang amat menjelikkan kerana Kerajaan Malaysia telah membayar Euro 114 juta kepada Perimekar untuk membolehkan syarikat DCNS Perancis itu mengelakkan perlanggaran Konvensyen OECD. Walaupun Menteri Pertahanan pada ketika itu menyatakan kerajaan tidak berunding dengan Perimekar tetapi yang saya nyatakan tadi faktanya contract support services ini adalah di antara Kerajaan Malaysia dan juga Perimekar Sdn. Bhd.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masa habis Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Saya nak rumuskan Tuan Pengerusi. Ada dua bukti baru yang baru muncul di Mahkamah Perancis iaitu bayaran Euro 30 juta oleh DCNS kepada salah satu syarikatnya sendiri dan sebanyak Euro 2.5 juta kepada perantara yang masih belum dikenali. Pada 17 Januari 2010, Jeneral Laksamana Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Laut telah mendedahkan bahawa salah satu kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak dapat menyelam selama tiga bulan.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Beliau juga mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan kapal selam tidak boleh selam. Ini amat memalukan negara. Kita beli sebuah kapal selam tidak boleh menyelam. Kita belanja berbilion ringgit, kapalnya baru tetapi tidak diurus dengan baik. Kapal selam bernilai RM4.5 bilion ini disahkan tidak dapat menyelam selama tiga bulan mendedahkan kelemahan pengurusan, pentadbiran dan penyelenggaraan peralatan penting bagi mengawal kedaulatan dan pertahanan negara.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, boleh habiskan Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Kapal selam Scorpene ini dibina oleh syarikat DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol dan kedua-duanya merupakan pembina kapal terkenal di Eropah. Malah segala masalah teknikal harus meminta perkhidmatan daripada luar negara kerana negara kita kekurangan pakar. Oleh itu Tuan Pengerusi selain daripada kos pembelian Kementerian Pertahanan juga harus menanggung kos perkhidmatan selepas pembelian.
Persoalan akhir saya Tuan Pengerusi mengapa kos penyelenggaraan kapal selam tersebut tidak dimasukkan dalam bajet tahunan 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada tahun yang lalu. Ini merupakan satu usaha sekali lagi yang boleh kita andaikan untuk menutup ataupun menyembunyikan kos sebenar dan kos keseluruhan yang ditanggung ekoran pembelian kapal selam Scorpene yang tidak telus dan tidak terbuka yang dibuat oleh Kerajaan Pusat. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang untuk turut membahaskan tentang Maksud B.60 – Kementerian Pertahanan. Iaitu perkara sebanyak RM417.641 juta diperlukan bagi membiayai kontrak senggaraan in service support untuk dua buah kapal selam Scorpene TLDM.
Sebagai sebuah negara yang dikelilingi oleh laut tugas TLDM begitu mencabar sekali terutama dalam memastikan supaya kedaulatan negara akan sentiasa dipelihara.
Pembelian kapal selam ini adalah sangat-sangat diperlukan terutamanya dalam semua negara-negara keliling kita mempunyai banyak kapal selam. Jadi bagi memastikan supaya kita dapat menjaga kedaulatan tanah air kita pembelian dua kapal selam ini adalah sangat- sangat dialu-alukan.
Kapal selam adalah satu daripada aset tentera yang cukup strategik yang harus memerlukan senggaraan segala berkala. Aset ini kalau di selenggara akan dapat digunakan secara optimum maka kontrak senggaraan adalah satu perkara yang cukup diperlukan bagi memastikan supaya kapal selam kita berada dalam keadaan yang baik. Kontrak ini adalah satu contractual dan syarikat yang telah diberi adalah syarikat DCNS yang berusaha sama dengan syarikat Boustead Naval Corp. Jadi kemungkinan kerja senggaraan ini adalah satu kerja teknikal yang cukup tinggi yang memerlukan bukan sahaja kepakaran daripada pembuatnya bahkan daripada tenaga-tenaga yang pakar.
Soalan saya dengan penyertaan Boustead Naval Corporation ini daripada syarikat daripada dalam negara yang berusaha sama, apakah sebenarnya peranan mereka?
Adakah ianya sekadar untuk menjadi rakan kongsi ataupun sebagai rakan yang benar- benar terlibat secara aktif dalam kerja-kerja penyelenggaraan ini. Ini kerana selaras dengan dasar industri pertahanan negara kita mahu melihat penyertaan syarikat-syarikat tempatan untuk turut serta dalam semua peralatan-peralatan tentera apatah lagi tentang aset ketenteraan yang strategik ini.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Sila.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat mengenai dengan penyertaan syarikat-syarikat tempatan. Umum tahu bahawa dua buah kapal selam ini pangkalannya di Sepanggar di Sabah. Saya ingin kalau Yang Berhormat setuju dengan pandangan saya mungkin boleh masukkan dalam ucapan Yang Berhormat.
Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat bagaimana Syarikat Boustead ataupun dengan DCNS ini boleh melibatkan syarikat-syarikat di negeri Sabah? Ini kerana ada juga pandangan-pandangan bahawa syarikat-syarikat di negeri Sabah ini tidak mempunyai kemahiran.
Jadi saya ingin minta pandangan mungkin kalau pun boleh syarikat-syarikat negeri Sabah ini dimulakan dengan memberi kontrak-kontrak yang agak mudah. Pembersihan tangki, scrap folding dan sebagainya yang boleh mereka menerima sedikit sebanyak transform technology selepas itu graduate, dengan izin, dengan kerja-kerja yang lebih mencabar selepas itu. Kalau Yang Berhormat setuju boleh masukkan dalam ucapan Yang Berhormat.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Memang satu daripada cadangan yang cukup berpatutan dan ucapan beliau harus masuk dalam teks ucapan saya. Akan tetapi apa yang saya hendak sebut di sini penyertaan Boustead Naval Corp ini kita mahu melihat supaya syarikat ini benar-benar mempunyai kepakaran. Selain daripada peralatan kita mahu lihat mereka dapat menyediakan tenaga- tenaga pakar, jurutera, technician-technician yang terlatih. Supaya apabila sampai masa kontrak ini yang berusia selama enam tahun mungkin boleh diambil alih oleh syarikat Boustead nanti. Penyertaan mungkin syarikat-syarikat tempatan yang lain.
Keduanya dalam memastikan supaya kedaulatan negara kita akan terus terpelihara. Kita mahu melihat supaya Selat Melaka yang menjadi satu laluan yang cukup sibuk sekali di dunia mestilah sentiasa dipelihara terutamanya tidak ada gangguan daripada lanun. Itu sebablah pada bajet yang lalu kita mahu melihat supaya ada penyertaan Malaysia dalam International Maritime Organization. Ini sangat perlu supaya kita dapat menjauhkan apa juga tohmahan-tohmahan yang tidak bertanggungjawab daripada pihak-pihak lain yang mungkin mendakwa bahawa Selat Melaka tidak selamat. Kita mahu kalau boleh Selat Melaka selain sentiasa dipantau saya hendak tanya kepada Menteri, adakah satu persetujuan di antara negara-negara sahabat yang berkongsi sempadan dengan Selat Melaka ini?
Misalnya Malaysia, Indonesia, Singapura adakah satu persetujuan bagi memastikan ketiga-tiga negara ini mengambil bahagian dalam usaha kita bagi memastikan laluan ini selamat untuk semua kapal-kapal yang menggunakannya. Keduanya sebelum ini kita ada satu kapal support ship tetapi terbakar. Kita dapat lihat negara Singapura mempunyai MRSS yang cukup canggih sekali. Semasa kejadian yang tidak diingini berlaku di Indonesia orang yang pertama datang memberikan pertolongan adalah tentera Singapura. Bukan sahaja tentera udara bahkan tentera lautnya yang dilengkapkan dengan kapal MRSS yang cukup canggih. Bukan sahaja dapat membekalkan makanan bahkan dapat memberikan bantuan perubatan kepada pesakit-pesakit.
Seterusnya tentang kawasan kepulauan yang menjadi tuntutan bertindih pada ketika ini. Setakat manakah kejayaan Tentera Laut Diraja bagi memastikan kawasan- kawasan yang telah dituntut oleh Malaysia dapat sentiasa dijaga. Sebelum ini kita hilang Batu Putih selepas itu kita ada Middle Rock yang telah dijanjikan oleh kerajaan supaya kita dapat memartabatkan kedaulatan kita di sana. Setakat manakah kerajaan telah mengambil tindakan bagi memastikan supaya kita dapat membuat tuntutan ke pulau yang kedua ini.
Kita tidak mahu pulau kedua ini akan juga hilang satu masa nanti.
Seterusnya saya pergi kepada perkara sebanyak RM56.160 juta yang diperlukan untuk sewaan perkhidmatan Sistem SMER I. Sistem ini adalah sangat perlu bagi memastikan supaya kita ada satu tindakan awal dalam apa juga keadaan yang berlaku kepada kapal selam kita.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Selain daripada memberikan satu keyakinan kepada anggota-anggota tentera kita bahawa keselamatan mereka sentiasa dijamin. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah perjanjian di antara tentera-tentera laut sahabat yang membantu dalam keadaan-keadaan kecemasan seperti yang berlaku dalam kapal selam Rusia baru-baru ini.
Saya terus pergi kepada perkara RM6 juta diperlukan bagi melaksanakan geran tambahan kepada PERHEBAT.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan supaya anggota- anggota tentera yang bakal bersara diberikan persiapan awal bagi memastikan mereka bersedia dalam kehidupan sebagai orang awam.
Seharusnya kita berikan kelulusan ataupun sokongan dan juga kepada peruntukan sebanyak RM3.496 juta diperlukan bagi melaksanakan kenaikan kadar bantuan mengurus jenazah veteran-veteran. Jadi Tuan Pengerusi, saya ingin menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin catatkan kekeliruan saya tentang perbelanjaan yang begitu besar dan angka- angka yang nampaknya agak bertentangan dari satu sama lain. Sebelum ini, kami di dalam Parlimen dimaklumkan oleh kementerian bahawa kos penyelenggaraan dua buah kapal selam Scorpene mencecah RM50 juta setahun dan kontrak ini akan dibagi kepada Boustead DCNS selama enam tahun. Bermaksud secara total RM300 juta. Akan tetapi kita sekarang minta RM417 juta. Ini lebih daripada apa yang telah disebut sebelum itu. Akan tetapi pada waktu itu Yang Berhormat Menteri kata, itu masih terlalu tinggi dan mungkin akan berunding supaya ia dikurangkan lagi.
Saya ingin tahu, apa lagi kos-kos yang kita tidak tahu sama ada penyelenggaraan ini termasuk spare part atau tidak, sama ada ini akan juga dibagi kepada kontraktor- kontraktor yang lain. Setahu saya, Boustead subkontrak kan kerja-kerja ini kepada TRC Synergy Bhd. yang caj RM45 juta selama 27 bulan. So, kos-kos ini, kita harus dapat satu penjelasan, Kemudiannya dalam kepala yang sama, Butiran 010200 dalam Escape Rescue Intervention.
Saya ingin dapat penjelasan, pada 2 Mac 2009 Yang Berhormat Timbalan Menteri telah beritahu Dewan ini bahawa kontrak sistem Submarine Escape Rescue Intervention akan di kurnia kepada Target Resources Sdn. Bhd. dengan nilai RM8.2 juta setahun iaitu kontrak selama 20 tahun, yang berjumlah RM98 juta secara total. Saya ingin tahu iaitu yang kita bayar sebanyak RM56 juta ini, adakah ini untuk maksud yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pada 2 Mac 2009?
Saya juga ingin dapatkan penjelasa, apakah kriteria yang kita telah pilih..., Target Resources Sdn. Bhd... Ini kerana mengikut siasatan saya daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Target Resources Sdn. Bhd. tidak terkenal dengan kerja-kerja mekanik. Jenis pekerjaan yang mereka lakukan ialah kuari, kontrak untuk infrastruktur, pembangunan.
Saya tidak nampak kalau kita sebut transfer technology atau membantu syarikat tempatan supaya mereka mempunyai kepakaran untuk melakukan kerja yang lebih sofistikated ini. Kita boleh kurnia kepada syarikat yang tidak ada pengalaman kerana ini melibatkan keselamatan negara.
Seterusnya saya juga ingin tambah sedikit iaitu ingin tahu, selain daripada itu apa lagi kos yang kita perlu? Setahu saya kita belum lagi tambah kos untuk missile. Missile belum ada lagi dan kapal selam kita tidak mempunyai missile. Kos missile belum dimasukkan. Maintenance untuk missile juga belum dimasukkan. So, saya ingin dapat dari Yang Berhormat Menteri, sekali gus secara total berapa yang harus kita belanja lagi untuk dua buah kapal selam ini? Kemudiannya saya ingin kembali kepada isu yang kita telah dimaklumkan sebelum ini bahawa 114 euro telah dibayar untuk kos penyelenggaraan logistik dan latihan. Akan tetapi mengikut mahkamah di Perancis telah diambil daripada seorang pegawai kewangan DCNS yang telah memberitahu kepada public prosecutor Perancis. Nama beliau ialah Gerard Philippe Menayas. Beliau telah maklumkan kepada pihak peguam negara Perancis bahawa kos yang dibayar kepada Perimekar adalah untuk menyelaraskan Konvensyen OECD. Tidak ada kena-mengena dengan latihan, logistik atau selenggaraan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
So, ini bermaksud salah satu pihak telah memberi maklumat yang kurang tepat kepada orang awam. Sama ada Yang Berhormat Menteri tidak beritahu Dewan ini dengan tidak tepat atau pegawai kewangan ini tidak memberitahu perkara yang tepat kepada mahkamah di Perancis. Berikutnya saya juga ingin soalkan, Perimekar telah diberi dengan kontrak ini. Akan tetapi kalau kita ikut financial reports Perimekar dengan satu award yang begitu besar iaitu 114 juta euro tetapi syarikat itu mencatatkan kerugian. Pada tahun 2003, kerugian RM8.2 juta. Kemudiannya profit nya RM24.7 juta pada tahun 2004.
Di antara tahun 2009 hingga tahun 2010, waktu kapal selam ini telah dikirim ke Malaysia, Perimekar langsung menghadapi kerugian besar dan langsung ditutup dengan hanya dia jatuh kepada satu kerugian yang mencecah RM3.3 juta. Ini yang kita tidak faham, bagaimana ia berlaku. Sebelum ini kami dimaklumkan Perimekar ini adalah satu syarikat yang dipegang oleh Razak Baginda. Tidak ada peranan kerajaan. Akan tetapi baru-baru ini dedahan daripada Wikipedia menunjukkan salah seorang pengurus Boustead bagi pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tan Sri Dato’ Lodin bin Wok Kamaruddin duduk dalam lembaga Perimekar.
Kalau mengikut beliau, beliau duduk bagi pihak LTAT. Ini juga bermaksud kementerian mempunyai maklumat penuh tentang operasi Perimekar dengan adanya wakil Tan Sri Dato' Lodin ini yang duduk dalam Lembaga. Ini satu perkara yang kita ingin penjelasan. Adakah ini benar, Tan Sri Dato' Lodin sebagai wakil kepada LTAT duduk dalam Perimekar dan bagaimana Perimekar dapat melakukan sesuatu tanpa pengetahuan kementerian? Ini adalah perkara-perkara yang kita ingin dapat penjelasan kerana kalau kita tidak jelaskan dalam Dewan ini, mahkamah di Perancis juga sangat berminat untuk mendapatkan butiran-butiran ini. Padahal kita juga tidak tahu sama ada Perancis lebih mengetahui apa yang berlaku tentang pembelian Scorpene ini lebih daripada rakyat Malaysia.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Bagi saya, ini agak tidak adil bagi wakil rakyat dan tidak diketahui dan telah diketepikan dalam satu projek yang begitu penting dalam keselamatan negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Lipis dan selepas itu Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Maksud B.60 iaitu Kementerian Pertahanan Butiran 0100100 - Pentadbiran dan Dasar Pertahanan. Kalau kita lihat sebanyak enam juta geran telah ditambah kepada PERHEBAT. Kita semua tahu sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh PERHEBAT adalah besar kepada pembangunan negara.
Malahan PERHEBAT juga telah diberi mandat dan tanggungjawab bagi melatih dan membimbing bakal anggota tentera atau anggota tentera yang akan bersara dan juga yang sudah bersara dalam usaha menambah nilai atau memberi ilmu baru kepada bekas- bekas tentera ini agar mereka dapat berkecimpung kembali bersama dengan orang awam dan juga mungkin mencari kehidupan baru sebagai orang awam.
Cuma di sini saya mohon penjelasan setakat ini adakah PERHEBAT ada membuat pemantauan daripada semasa ke semasa bagi pelatih PERHEBAT yang telah selesai mengikuti kursus yang dianjurkan seperti program pertanian, asas kejuruteraan, binaan, automotif, pengurusan perniagaan, pelancongan dan sebagainya. Apakah PERHEBAT mempunyai alumni tersendiri terutamanya bagi mereka yang cukup berjaya setelah menamatkan program PERHEBAT ini mereka mungkin telah menjadi usahawan yang berjaya atau petani yang berjaya dan dia boleh kita bawa semula kepada PERHEBAT sebagai contoh ataupun sebagai penceramah sebagainya sebagai panduan kepada bekas- bekas anggota tentera yang lain.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Saya juga mohon penjelasan, apakah kerajaan bersedia untuk menimbang atau membuka ruang dan peluang kepada isteri dan anak-anak kepada pesara dan juga kepada bakal pesara. Anggota tentera ini untuk menyertai sebarang kursus yang dianjurkan oleh PERHEBAT walaupun kita tahu PERHEBAT ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan mempunyai syarat bahawa hanya pesara dan bakal pesara tentera sahaja yang layak tetapi apakah kerajaan bersedia untuk meminda.
Saya juga memohon penjelasan berapakah jumlah instructor terlatih yang bekerja di PERHEBAT setakat ini dan apakah PERHEBAT juga menggunakan khidmat luar seperti external trainers, dengan izin, dan yang lain-lain. Saya juga difahamkan setiap instructor ini kena mengambil kursus vokasional training officer sebagai satu kelayakan. Apakah kelayakan itu membolehkan setiap instructor PERHEBAT diiktiraf di peringkat luar dan sebagainya. Jadi saya mohon penjelasan mengenai perkara itu.
Selanjutnya saya hendak pergi kepada lebih kurang RM3,496,500 diperlukan bagi melaksanakan kadar bantuan mengurus jenazah veteran dari RM500 kepada RM3,000 dan juga tanggungan veteran ATM dari RM3,000 kepada RM1500 oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Jadi saya menyambut baik tentang perkara ini dan saya percaya bekas anggota tentera atau veteran tentera ini memang mendapat pembelaan dan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.
Namun begitu, oleh kerana peruntukan ini memang ada dan kita menyambut baik tetapi kadang-kadang pelaksanaannya kerana kalau kita lihat JHEV ini cawangan- cawangan di negeri dan sebagainya, pegawainya tidak banyak. Ada negeri yang pengarahnya dua buah negeri diletakkan seorang pengarah contohnya seperti Kelantan dan Terengganu dan juga Negeri Sembilan dengan Melaka seorang pengarah. Jadi saya pastilah pegawai-pegawai JHEV sudah tentulah tidak dapat pergi ke segenap tempat untuk menemui bekas-bekas tentera atau veteran ini.
Lebih-lebih lagi kalau kita lihat bantuan ini adalah untuk mengurus jenazah. Jadi katakan pejabat veteran itu terletak di Kuantan cawangannya, jenazah yang meninggal itu di Kuala Lipis. Saya tidak pasti makna wang pengurusan jenazah ini akan sampai pada masa yang sama. Jadi saya berharap pihak JHEV ini dapat memikirkan balik tentang perkara ini. Sila.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Memang tepatlah kalau Yang Berhormat Lipis bercakap memperjuangkan tentang hak-hak dan keistimewaan bekas tentera. Beliau adalah Naib Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia. Hanya saya hendak tanya kepada sahabat saya daripada Lipis ini, dengan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan menubuhkan JHEV, PERHEBAT adakah ianya akan menaikkan minat pemuda-pemuda kita untuk menyertai tentera pada ketika ini termasuk bangsa-bangsa lain. Terima kasih.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya percaya dengan penubuhan JHEV dan sebagainya sedikit sebanyak sebenarnya bantuan ataupun penghargaan yang diberi selepas mereka berkhidmat. Jadi dengan cara ini bagi pemuda-pemuda yang berminat untuk menjadi tentera, saya berharap mereka bukan sahaja memikirkan ganjaran semasa berkerjaya dalam tentera tetapi juga mereka memikirkan bahawa mereka juga dibela selepas mereka berkhidmat sebagai tentera.
Jadi saya percaya dengan imbuhan yang sesuai dan juga suasana kerja yang baik sekarang ini dalam tentera, kita boleh sebenarnya menarik minat pemuda-pemuda atau belia sama ada lelaki atau perempuan yang berminat untuk menyertai tentera. Hanya apa yang penting ialah bagi saya ialah pihak Angkatan Tentera Malaysia lebih mempromosikan perkhidmatan mereka supaya mereka dapat bersaing dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain.
Jadi apa yang saya harap di sini saya memohon penjelasan sebenarnya apakah JHEV bersedia untuk menambah pegawai-pegawai mereka supaya pelaksanaan dasar yang baik ini seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Pertahanan yang disambut baik oleh veteran-veteran dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ini menimbulkan rasa kasih dan sayang veteran ini bukan sahaja kepada angkatan tentera, kepada Kementerian Pertahanan dan juga negara. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dan selepas itu Menteri menjawab.
Dato' Zulkifli bin Noordin - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Satu sahaja yang ingin saya bangkitkan dengan bagi Maksud 040000 berkaitan dengan Sistem Pertahanan Maritim dan Pertahan Ruang Udara. Saya mohon penjelasan daripada Menteri berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan baru-baru ini terdapat pencerobohan lebih daripada dua ribu kali oleh Singapura ke ruang udara negara ini, Malaysia.
Jadi saya hendak tahu apa tindakan yang telah dan sedang diambil atau dirancang untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi kerana kalau kita pergi ke Johor, saya berceramah di Johor baru-baru ini, rupanya perkara ini ianya sudah menjadi satu bualan umum, is a open secret known to everybody, dengan izin. Seolah-olah ianya telah jadi perkara yang tidak boleh dikawal. Jadi apakah dengan peruntukan in perkara itu boleh dijamin tidak berlaku ataupun ada perancangan atau cadangan lain yang dirangka oleh Kementerian Pertahanan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Gombak kemudian dicelah oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Jasin, dicelah oleh Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Batu tidak ada orang celah.
Yang Berhormat Lipis dan juga Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Melihat kepada point hujah-hujah yang disampaikan oleh Yang Berhormat daripada pembangkang mahupun Yang Berhormat daripada penyokong kerajaan ini menandakan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat begitu prihatin tentang keselamatan negara dan bagaimana setiap sen yang diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan dapat dibelanja secara, dengan izin, Tuan Pengerusi cost effective.
Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Gombak kerana menyatakan beberapa perkara pokok dan sebenarnya memberi peluang kepada kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan untuk menerangkan kepada Dewan yang mulia ini mengenai perkara-perkara yang mungkin menjadi kekeliruan. Kalau sudah terang banyak kali kalau keliru juga itu saya tidak boleh hendak buat apalah ataupun dikelirukan atau sengaja mengelirukan. Macam Yang Berhormat kata kapal selam tidak boleh selam. Jadi ini pada saya adalah dalam bahasa orang Johor itu kira menganjinglah. Dia memperkecilkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Elok saya mulakan perkara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Gombak dan saya rasa ada sedikit kekeliruan. Yang Berhormat Gombak juga ada kata, memang betul saya mengaku, saya jawab kos penyelenggaraan dua Scorpene itu RM50 juta setahun.
Akan tetapi dijawab pada ketika itu berasaskan kepada servis, tidak termasuk detail kontrak yang kita tandatangani dengan Boustead selepas kita memberi letter of acceptance tahun lepas kepada Boustead.
Yang Berhormat Gombak menyatakan bahawa pertama kenapa apabila kita perolehi dua biji Scorpene ini yang termeterai pada 2002 dengan dana sejumlah RM1.084 bilion yang dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun 2008 sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Satu itu adalah kontrak perolehan termasuk Kerajaan Malaysia melantik syarikat Perimekar untuk mengurus koordinasi. Bukan penyelenggaraan yang kita bincangkan ini.
Itu koordinasi sewaktu dua biji Scorpene ini sedang dibina di Perancis dan juga di Sepanyol.
Jadi RM1.084 bilion untuk dua biji kapal bersama dengan 114.9 million euro antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar yang dipunyai majoritinya adalah Boustead dan Boustead dipunyai oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Mungkin itulah sebabnya nama yang disebut oleh Yang Berhormat Batu tadi Tan Sri Loden, Wok Kamarudin ada dalam board Perimekar. Ini kerana Perimekar adalah kombinasi Boustead dan juga KS Ombak. Ada tidak silap saya dalam jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada enam skop yang perlu dipenuhi oleh Perimekar sewaktu pembinaan dua kapal selam ini iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak yang siap boleh berlayar dan boleh menyelam. Kalau saya ingat lagi rekod perjalanan daripada Tulong sampai ke Lumut 80 peratus adalah dalam keadaan menyelam. Kapal selam menyelamlah.
Jadi Yang Berhormat Gombak cakap tadi tidak boleh menyelam dia umpama macam kereta Yang Berhormat. Yang Berhormat ada Toyota Camry, ada waktu Yang Berhormat tidak boleh bawa Toyota Camry sebab dalam servis. Tidak boleh jalan. Jadi tidak boleh pakailah. Sama juga kapal selam. Kapal selam ini sangat complicated Yang Berhormat. Dia ada dua juta parts. Satu kapal selam bersamaan dengan 14 biji 747. Bila dia hendak menyelam dia kena gunakan sebanyak 700 check point bagi memastikan dia bukan sahaja boleh menyelam. Kapal selam kerja dia mesti menyelamlah tetapi masalah dia sama ada dia boleh naik atau tidak. Yang hendak naik ini yang menjadi kegusaran semua pentadbiran dari atas mahupun komander yang menguruskan kapal selam. Jadi kita biasa di airport dan kita diberitahu bahawa kita lambat. Kapal terbang lambat 45 minit kerana isu-isu keselamatan kerana dua kapal ini, satu kapal terbang, ia is a pressure vessel. Ia bekerja dalam ruang yang ada pressure. Ada tekanan. Maka sektor dan faktor keselamatan itu amat penting.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tambah sedikit. Jadi kita telah mendengar banyak tohmahan yang telah dilemparkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sehinggakan bukan sahaja dalam negara bahkan di luar negara pun memperkecil-kecilkan atau memperlekehkan kebolehan kapal selam dan juga anggota tentera kita.
Yang Berhormat, saya hanya hendak bercerita sedikit tentang perjalanan balik daripada France hingga ke Malaysia. Kapal selam ini telah dikendalikan oleh tentera kita daripada France sampai ke Malaysia berbanding dengan kapal selam yang telah dibeli oleh negara sahabat tidak payah sebut namalah. Kapal selam tersebut terpaksa dimasukkan dalam kapal kargo. Sampai ke destinasi barulah dikendalikan oleh tentera-tenteranya. Ini membuktikan bahawa tentera kita bukan sahaja mempunyai kebolehan bahkan kapal selam tersebut...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kapal selam naik atas kapal.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Adalah satu kapal yang cukup baik.
Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Jasin...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Boleh...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Nanti kejap. Sebelum saya out of focus Tuan Pengerusi dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Patut Yang Berhormat Jasin duduk dekat sini. Tuan Pengerusi, elok – tadi saya terangkan satu kontrak perolehan, satu lagi kontrak pengurusan koordinasi logistik sebab waktu kita bina pada waktu yang sama kita melatih semua pegawai kita. Krew kita latih di Perancis dan juga kita latih di Sepanyol.
Ini memerlukan banyak logistik, bila kita hendak latih pegawai kita setahun, dua tahun, dia memerlukan sewaan rumah, hendak sewa rumah, transport, air ticket, insurans, semua pegawai kita yang dilatih untuk krew ini.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Dalam waktu pembinaan itu dan juga testing, ada testing di sana bila siap, testing di sana, krew kita juga dilatih in vivo, dengan izin. Maknanya kapal dah siap, latih juga di sana. Inilah yang diuruskan oleh Perimekar, inilah enam perkara yang diuruskan oleh Perimekar selama enam tahun, 2002 hingga 2008. Ini bukan komisen, ini bukan juga tohmahan mengatakan bahawa sebab syarikat di DCNS tidak boleh bagi komisen, kononnya ada bentuk rasuah, maka diberi kepada syarikat Malaysia.
Yang Berhormat Batu sendiri tadi beritahu, saya pun tidak ada access, dengan izin kepada akaun-akaun laporan tahunan syarikat tersebut, kalau ada nanti kita boleh bincang secara detail dan saya minta pegawai kenapa dia rugi sebab sudah enam tahun, sudah siap pun kapal itu maka tidak perlu lagi syarikat itu beroperasi. Bila tidak perlu beroperasi, tutuplah. Itu untung dan rugi kita kena check balik, laporan Yang Berhormat Batu mengatakan...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau dapat biarlah Menteri menjawab, kita ada satu kementerian lagi.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Okey, nanti sekejap. Oleh sebab itu saya hendak sebut supaya tidak ada kekeliruan. Yang saya kata ISS ini, In Service Support ini unik, ini bukan bermakna bahawa kementerian tidak ambil maklum waktu kita buat, kita tempah Scorpene kita tidak ambil tahu langsung pun tentang penyelenggaraannya, itu tidak benar sama sekali sebab proses perbincangan mengenai ISS ini bermula dari tahun 2007, belum sampai lagi di Malaysia, kita dah mula berunding. Cuma hendak tahu dan termaktub berapa banyak kita belanja itu barulah sekarang ini kita boleh tetapkan.
Prinsip kepada kontrak ISS ini adalah Syarikat Boustead dan joint venture partnernya ialah DCNS 60-40 bertanggungjawab secara mutlak bahawa dia kena pastikan yang dia perlu memenuhi 135 hari tiap-tiap satu kapal selam. Dia guarantee kepada kita bahawa kapal selam itu daripada 365 hari, dia guarantee 135 hari boleh beroperasi. Jika dia tidak dapat memenuhi ini, maka kita boleh kenakan denda. Dasar yang dibuat, perolehan dulu, in service support kemudian dibuat juga oleh negara-negara lain seperti negara Chile, Brazil, yang mutakhir sekali yang saya tahu Australia walaupun dia tidak ada dengan DCNS, dia buat kapal selam dulu berasingan kemudian baru cerita pasal selenggaraan...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Nanti sekejap, sikit lagi. Ianya sebab cara dahulu adalah dia selenggara tetapi tidak ada guarantee, bila tidak ada guarantee dia boleh kenakan macam-macam kos tambahan kepada kerajaan. Ini tidak adil, sebab itu kita kenakan clause dalam perjanjian bahawa dia kena guarantee kepada kita 135 hari. Justeru itu, kontrak yang meliputi, kalau saya hendak beri detail Yang Berhormat, untuk ISS ada tiga contract price. Fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga, ia melibatkan semua sekali.
Sebagai contoh contract price satu, submarine ISS, facility operation dan maintenance. Maknanya ada beberapa perkara yang dia kena beli, dah siap Scorpene itu, baru dia kena beli macam hanger hendak up lit di submarine, dia kena beli. Itu kita kena bayar tetapi selepas enam tahun, itu kita punya tetapi kita bayarlah dulu. Itu semuanya berjumlah RM433,360,626. Dalam Euro, ia ada sebab syarikat itu, dua syarikat Malaysia dan DCNS. Perjanjiannya setengah pembayaran dibuat dalam Euro, itu adalah sesuatu yang biasa.
Untuk contract price satu, dalam Euro portionnya, 135,580,483. Untuk Euro 135,580,483. Saya bagi contoh, nanti detail saya beri kepada Yang Berhormat. Kita hendak telus Yang Berhormat, nanti di masa akan datang Yang Berhormat tidak tanya lagi.
Kemudian kontrak dua, ada insurans item dan long lead item spare part. Spare part ini dia unik, kalau dulu kita beli dia kata macam-macam spare part kita kena beli, dululah. Akan tetapi bila kita as we go along dan mengendalikan kapal tersebut, spare partnya sebenarnya tidak payah beli sebab tidak pakai.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Bila kita beli awal dia berkarat, jadi kita hanya beli spare part yang selalu digunakan. Dengan begitu, kita boleh lebih menjimatkan lagi kos selenggara Scorpene tersebut.
Kemudian, contract price ketiga, base outfitting equipment, yard and conditioning facilities. Itu dalam portion Euro 6,407,517 sementara dalam - ini bukan komisen ya, dia ada dua portion harga itu, RM98,639,374. Jadi jumlah ketiga-tiga contract price ini, semuanya yang Euro punya portion Euro 193 juta, sementara RM532 juta untuk enam tahun.
Bermakna jumlah kontrak untuk enam tahun itu dalam RM1.361 bilion atau untuk setahun RM226,983,333.33 sen. Ini sebenarnya jumlah yang jauh lebih rendah yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri dalam Dewan yang mulia ini selepas didesak oleh Yang Berhormat Batu...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Nanti sekejap. Yang Berhormat Batu kata didesak kerana ada satu kontrak kenyataan dalam akhbar di Boustead kata RM600 juta betul?
Saya ingat lagi Yang Berhormat Batu, RM600 juta ini tidak pasti saya, tidak ingat sangat sama ada ia untuk enam tahun atau untuk sekali harung. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri kata, anggaran RM270 juta.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Itu sebelum kita runding. Proses rundingan yang dibuat oleh kementerian adalah mengikut tatacara arahan Perbendaharaan (Treasury instruction). Ia ada technical committee di peringkat other team. Di technical committee di bincang, kemudian baru bawa kepada kementerian. Selepas kementerian, di bawa kepada MOF. Saya pasti Yang Berhormat Gombak juga maklum kerana lama juga dekat Kementerian Kewangan. Kita ikut semua prosedur ini. Selepas kita bincang dan nego, kita boleh turunkan harga ini kepada RM40 juta setahun lebih murah daripada yang dijangkakan oleh Yang Berhormat Menteri.
Jadi saya rasa itu adalah satu pendekatan penjimatan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
[Bangun]
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Sila Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Terima kasih. Yang saya keliru ialah sebelum ini kami dimaklumkan Boustead hanya claim RM50 juta setahun. Itu pun kita kata mahu runding supaya dia kurang lagi. Bila saya tanya yang RM50 juta ini bagaimana ia boleh tercecah sampai RM600 juta, Menteri pada waktu itu kata RM600 juta itu maksimum dan kita akan runding untuk kurangkan. Akan tetapi masih saya rasa kalau setahun kita membelanjakan RM200 juta hanya untuk senggaraan, itu satu angka yang sangat besar.
Saya kurang yakin sama ada ini adalah satu kos yang begitu tinggi.
Saya juga ingin kembali kepada isu yang sebelum ini iaitu tentang Perimekar ini.
Kalau ikut Yang Berhormat Menteri kata, support service dan logistic. Akan tetapi saya hendak petik daripada Perancis, mereka kata the agreement untuk EUR114 million ke Perimekar with the sole purpose of circumventing the OECD convention. Itu yang saya ingin dapat penjelasan. Kenapa Perancis kata untuk buat begitu? Pegawai kewangannya kata dengan izin... [Membaca petikan] “Since the entry into the force of the OECD Convention regarding the fight against corruption in September 2000, only two contracts have been signed; the first with India, and the second with Malaysia in 2002. These two contracts are the result of commercial actions undertaken prior to the OECD Convention Furthermore, they are both suspected of non-compliance of the Convention. I have evidence to support this”.
Sebab itulah Perancis kata terpaksa bayar EUR114 juta untuk supaya selaraskan OECD Convention. Saya tidak faham kenapa penyelarasan OECD Convention ini boleh diterjemahkan menjadi support service, logistic dan lain-lain lagi.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Itu tidak benar, Yang Berhormat. Kalau ada seorang saksi bercakap di mahkamah, kita tidak pasti sama ada dia bercakap benar atau tidak. Dia pun tidak rujuk kepada Kerajaan Malaysia dan mengatakan bahawa kita semua tahu bahawa Konvensyen OECD adalah satu konvensyen untuk mengelakkan apa juga bentuk komisen, kickback, rasuah yang dibuat secara terang atau sembunyi-sembunyi.
Akan tetapi kita di Malaysia, kita signed. Kerajaan Malaysia yang sign dengan Perimekar. Bukan Kerajaan Perancis. Kalau Kerajaan Perancis bayar kepada Perimekar, bolehlah kita kata itu adalah satu kickback. Akan tetapi ini kita sendiri. Kita negotiate. Ada bentuk kerjanya. Enam skop kerja. Ada akaunnya. Dia hantar, dia sewa apartment untuk kakitangan kita dekat mana. Ada semua akaunnya. Jadi bagaimana Yang Berhormat boleh percaya kepada saksi yang bercakap di Perancis? Kalau dia handal, dia sepinalah kita.
Sebab itu Yang Berhormat Menteri kata, “Ya, tidak ada hal. Kita boleh jadi saksi”. Apa ada hal?
Jadi Yang Berhormat Batu yang hendak cuba confusekan kita. Kita tidak confused.
Yang Berhormat Batu ada mala fide, ada niat jahat dan menggunakan Parlimen ini untuk bercakap sebebas-bebasnya...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri janganlah buat tuduhan. Kita bahas ini dengan elok.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tidak adalah. Saya cakap sahaja. Yang Berhormat kata saya, saya katalah kepada Yang Berhormat.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Saya hanya quoting untuk mendapatkan penjelasan. Akan tetapi buat tuduhan kata saya berniat jahat, saya anggap ini kurang adil sebab selama ini, selama dua tahun, tiga tahun ini, saya...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Kalau tidak jahat, tidak gigit orang.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Tuan Pengerusi, saya anggap ini kurang adil kalau perkara ini... Kita bincang tentang figure. Saya bawa fakta supaya dapat penjelasan. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau rasa tidak perlu jawab, tidak payah jawablah.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Saya sudah jelas. Tuan Pengerusi, saya sudah jelaskan. Kalau mahkamah...
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu
Now bila you jawab, I pun terima.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Kita pun tidak mahu ambil terlibat dalam kes mahkamah itu. Akan tetapi kalau pihak peguam dan majistret dekat sana hendak panggil kita sebagai saksi, kita berlapang dada kerana kita tahu kita tidak buat salah. Kita berada di pihak yang benar, benar, benar.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kalau Yang Berhormat sudah habis anggarannya untuk memberi penjelasan itu tadi, tidak payahlah di itu lagi.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Jasin tadi tanya ada atau tidak transfer of technology. Sebenarnya pihak DCNS ini dia lagilah begitu prihatin kerana sebagai satu entiti business, memang dia hendak jadikan Malaysia sebagai satu hab untuk penyelenggaraan dan maintenance kepada Scorpene yang dia akan jual. Dia tidak offer kepada India, dia tidak offer kepada Brazil. Dia offer kepada kita. Bermakna, ada kepercayaan di antara kerajaan, syarikat DCNS yang dipunyai 75 peratus oleh Kerajaan Perancis untuk transfer teknologi. Jadi kalau ada mana-mana penglibatan local vendor seperti Yang Berhormat Kota Belud nyatakan itu, saya ingat kita akan ambil maklum supaya transfer of technology ini bukan hanya dinikmati oleh BSHC ataupun Boustead tetapi mana- mana syarikat tempatan.
Rasanya satu sahaja yang mungkin saya tidak jawab lagi. Yang lain itu saya sudah jawab. Pasal Submarine Escape Rescue Intervention, SMER – bukan SMER-1.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
[Berjalan keluar meninggalkan Dewan]
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Gombak, hendak balik dah? Silakan, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
Tidak habis lagi?
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tidak. Kata tanya SMER tadi... [Ketawa]
Tuan Mohamed Azmin Ali - Gombak
[Kembali ke tempat duduk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ini biarlah Yang Berhormat. Saya ingatkan ada satu kementerian lagi, Yang Berhormat.
Kita hendak habiskan.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Okey. Sikit sahaja sebab SMER ini, SMER-I. Bukan SMER-1. Saya pun mula-mula macam Yang Berhormat Gombak juga.
SMER-1, rupanya SMER-l. ‘I’ itu adalah Intervention. Ini kita sewa kerana kalau kita hendak beli full place daripada kapal rescue vehicle sampai ke bawah itu, ia amat mahal. Jadi kita hanya outsource sahaja. Kita beli perkhidmatan untuk intervention. Maknanya intervention yang dimaksudkan itu adalah semuanya berharga, yang kita minta RM56 juta itu adalah 3 peratus daripada progress payment. Kita belum sign lagi kerana syarikat sudah bayar semua sekali bank guarantee, government bond, performance bond dia sudah bayar tetapi kita tidak bayar lagi advance payment dan juga progress payment. Syarikat sudah pun melabur hampir RM200 juta untuk menyediakan segala keperluan dalam kontrak tersebut.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Jadi, kalau mengatakan bahawa betul, saya mengakui Target Resources itu adalah sebuah syarikat construction based tetapi kita perlu beri peluang kerana mereka yang duduk dalam unit simen ini adalah semuanya terdiri daripada mereka yang betul-betul arif dan subject matter expert (SME), sudah lama berkhidmat dan memang ada kemahiran dan kita beri peluang. Jadi, kalau kita tidak beri peluang, mana-mana syarikat dan ini adalah satu service yang amat unik, tidak ada syarikat di Malaysia yang boleh. Kalau kita tender, kita akan beri kepada syarikat-syarikat luar negara.
Baiklah, itu sahaja Yang Berhormat. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM493,297,600 untuk Maksud B.60 di bawah Kementerian Pertahanan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM493,297,600 untuk Maksud B.60 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Maksud B.62 - Jadual] – Tuan Pengerus
Kepala B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk di bahas.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Bakri, saya mengingatkan tambahan sebanyak RM30 juta adalah dikehendaki untuk menampung perbelanjaan kawalan keselamatan bagi pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak. Itu sahaja.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Ya Tuan Pengerusi, ini ada kena mengena sedikit.
Saya meminta penjelasan menteri mengenai Maksud B.62 - Kementerian Dalam Negeri, adakah ia digunakan untuk warganegara Indonesia, mengapa bukan untuk semua pekerja haram dari negara lain. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Pengerusi, saya rasa isu yang ditimbulkan tidak ada relevan berkaitan dengan pilihan raya.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM30,000,000 untuk Maksud B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM30,000,000 untuk Maksud B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Bacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan
(2011) 2011 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan.
Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Bajet 2011 Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah. Perdana Menteri menyatakan bahawa maklum akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah kerana bukan mudah untuk mereka bertatih. Di samping itu, kerajaan juga menyatakan akan turut membantu golongan miskin yang berpendapatan rendah dengan membina rumah di bawah Program Perumahan Rakyat.
Sememangnya inisiatif sebegini amat dipuji walaupun isu-isu kewangan seperti kemampuan bayar balik seharusnya dikira masuk dalam rancangan tersebut. Kebanyakan rakyat Malaysia hanya membeli rumah sebanyak dua kali sahaja seumur hidup. Rumah kediaman merupakan harta benda yang paling mustahak kepada seseorang penerima upah kerana mereka perlu menghabiskan satu per tiga daripada gaji mereka untuk melunaskan pinjaman perumahan mereka. Oleh begitu, perlindungan secara intensif seharusnya diberi kepada pembeli rumah.
Masalah ancaman anai-anai merupakan satu mimpi ngeri kepada pembeli rumah dan masalah ini sering berlaku kepada kawasan perumahan baru yang siap dibina di atas kebun-kebun pertanian terutamanya kebun getah dan kelapa sawit. Walaupun sebahagian pemaju perumahan memberikan jaminan kawalan serangga dalam tempoh tertentu selepas pembelian rumah, namun pembeli rumah perlu menanggungkan kos tambahan sekiranya anai-anai dikesan selepas tempoh tamat jaminan tersebut. Perlulah diperingatkan bahawa semasa serangan anai-anai berlaku di sesuatu kawasan perumahan, bukan satu rumah kediaman sahaja yang akan terlibat malahan seluruh rumah yang berada di kawasan tersebut.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Ramai pembeli rumah menyoal kerajaan selama ini bahawa adakah kerajaan pernah menjalankan penyelidikan dan kajian terhadap isu ini? Berapakah kawasan perumahan di seluruh negara yang menghadapi masalah ini dan anggaran kerugian yang terlibat.
Satu piawaian seharusnya ditubuhkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya majlis-majlis tempatan boleh mematuhinya untuk mengatasi masalah anai-anai di kawasan rumah kediaman. Misalnya di Australia, kementerian kerajaan tempatan, rancangan sukan dan rekreasi telah menubuhkan Piawaian bernama Standard AS3660.1 – 2000 Termite Management untuk mengatasi isu anai-anai di bangunan. Selain daripada kod-kod atau peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan tempatan di Australia, majlis-majlis tempatan di negara tersebut juga mempunyai unit khas untuk mengesan dengan memeriksa kawasan-kawasan kemunculan anai-anai dan maklumat tersebut adalah terbuka untuk rujukan umum khususnya kepada pemaju-pemaju perumahan dan juga golongan pembeli rumah.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Kerajaan tidak sepatutnya menggalakkan rakyat memiliki rumah tanpa memberikan perlindungan yang mencukupi. Sebagai satu kerajaan yang prihatin, maka satu piawaian dan mekanisme kawalan serangga perlu dilaksanakan supaya kepentingan pembeli-pembeli rumah kediaman boleh dilindungi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Parlimen Bakri.
Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, keperluan pada soil treatment dinyatakan di bawah menu amalan-amalan kejuruteraan yang tidak dikawal oleh Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Sekiranya sebuah kontrak mensyaratkan keperluan soil treatment maka ia hendaklah dipatuhi mengikut kehendak manual tersebut.
Untuk makluman, buat masa ini, pihak kementerian tidak mengawal isu anai-anai di bangunan kerana kawalan terhadap anai-anai termaktub di bawah perjanjian kontrak di antara pihak pemaju, pelaksana dan pihak kontraktor. Memandangkan pihak berkuasa tempatan tidak menjadi sebahagian daripada perjanjian tersebut, maka kebanyakan pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai unit khas bagi memeriksa kawasan-kawasan kemunculan anai-anai.
Pihak berkuasa tempatan hanya menjalankan pemeriksaan anai-anai berdasarkan pada aduan yang diterima dan boleh mengambil tindakan kepada pemilik bangunan di bawah seksyen 76, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] sekiranya serangan anai-anai menjejaskan penduduk dan orang awam. Sementara itu, pihak syarikat kawalan serangga menjalankan aktiviti kawalan serangga berdasarkan permintaan daripada pihak pemilik ataupun penyewa premis bangunan itu sendiri. Terima kasih.
Isytihar Perang Melawan Pemerdagangan Dadah Melintasi Sempadan
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kadar jenayah yang dilaporkan oleh Yang Berhormat Datuk Richard Riot anak Jaem, Timbalan Menteri Luar Negeri II, pada 23 April bahawa 1,880 orang rakyat Malaysia telah melakukan jenayah di seberang laut di antara bulan Januari dan Mac 2011 dengan 833 kes pemerdagangan dadah. Berita ini sepatutnya memberikan satu amaran besar bahawa Malaysia telah dianggap sebagai satu pusat pemerdagangan dadah untuk mengimport, mengeksport dan mengilang dadah oleh sindiket-sindiket dadah asing dibantu oleh kumpulan-kumpulan jenayah tempatan. Ini juga menimbulkan curiga terhadap sama ada dasar-dasar dan tindakan yang sedia ada di Malaysia adalah mencukupi untuk mengawal pelbagai cara pemerdagangan dadah yang bertumbuh secara cepat di rantau ini.
Satu sindiket-sindiket dadah mencari mangsa-mangsa orang muda terutama sekali wanita dan gadis muda dari Sabah dan Sarawak yang diperalatkan sebagai pembawa dadah. Mangsa-mangsa ini berkawan atau jatuh cinta dengan pedagang-pedagang dadah melalui internet kemudian disuruh membawa dadah untuk mereka semasa perjalanan mewah ke seberang laut terutama sekali di negeri China. Ramai rakyat Malaysia terutama sekali wanita dan gadis muda jatuh sebagai mangsa sindiket-sindiket dadah dan ada yang dikenakan hukuman mati di seberang laut tanpa cara memberi notis kepada keluarga- keluarga mereka.
Dengan lawatan Menteri Luar Negeri Malaysia ke China baru-baru ini, apakah langkah-langkah proaktif baru yang telah diambil pada platform kerajaan ke kerajaan?
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Walaupun Malaysia telah meningkatkan banyak usaha untuk memerangi pemerdagangan dadah melintasi sempadan, saya masih beranggapan langkah-langkah sebegitu sebagai sangat lemah dan tidak mencukupi. Jika tidak, mengapa ada 833 kes pemerdagangan dadah dapat keluar dari Malaysia tanpa dikesan tetapi dijumpai dan ditahan di seberang laut pula. Saya minta penjelasan kementerian berhubung bagaimanakah berkesannya pemeriksaan keselamatan atau scanners di semua tempat keluar masuk sempadan melalui jalan laut atau udara terutama sekali berkaitan dengan pemerdagangan dadah.
Oleh kerana kebanyakan kes pemerdagangan dadah yang dilaporkan itu melibatkan orang-orang asing beretnik Afrika terutama sekali dari Nigeria yang berada di Malaysia dengan visa pelajar, apakah langkah-langkah positif yang diambil oleh kementerian khususnya Kementerian Pengajian Tinggi supaya mengawal sindiket-sindiket dadah dalam kalangan pelajar-pelajar. Saya juga ingin mengetahui berapa ramai orang pelajar Afrika dan negara-negara asalnya sedang belajar di Malaysia dan berapa orang di antaranya yang telah tinggal di sini melebihi tempoh sah visa mereka setiap tahun setakat ini?
Dalam satu kes baru-baru ini, dua orang pelajar wanita telah ditahan sebagai tebusan oleh sindiket yang dirancang orang Nigeria dan wanita itu dipaksa menelan dadah dan kononnya dipaksa membawa dadah termasuk 372 gram heroin dan ganja ke Macau.
Nasiblah mereka telah diselamatkan oleh pihak polis. Mereka adalah bernasib baik tetapi berapa orang mangsa di luar sana lagi adalah kurang bernasib baik? Berapa ramai lagi rakyat Malaysia terpaksa menderita kerana kekasaran sebilangan orang Afrika itu dalam masyarakat Malaysia dan orang-orang Afrika itu mengambil undang-undang dalam tangan mereka dalam menahan rakyat Malaysia serta memaksa mereka menjadi pembawa dadah.
Kedua, adalah dilaporkan beberapa tahun dahulu bahawa Malaysia hanya digunakan sebagai sebuah pusat transit untuk pemerdagangan dadah. Nampaknya situasi sudah berubah dan banyak ingredient dadah sudah di seludup masuk ke Malaysia melalui sempadan yang polos dan sekarang dadah dikilangkan di Malaysia. Ingin saya mengetahui bagaimanakah keseriusan situasi ini dengan bilangan kes yang dilaporkan.
Dengan merujuk pada kes-kes baru ini yang mana dua orang rakyat Malaysia yang mengeksport 42 kilogram heroin bernilai RM198 juta tersembunyi dalam alat perkakas ke Sydney. Dalam satu kes yang lain pula, lapan orang rakyat Malaysia dalam perjalanan ke New Zealand untuk bercuti telah didapati memperdagangkan dadah yang tersembunyi dalam kasut mereka.
Datuk Chua Soon Bui - Tawau
Saya minta penjelasan dari kementerian sama ada dadah itu telah dikilangkan di Malaysia atau dibawa masuk tanpa dikesan. Kes-kes memperdagangkan dadah itu berlaku dalam banyak bentuk dan cara terutama sekali ramai rakyat Malaysia yang telah menjadi mangsa, yang diperalatkan sebagai pembawa dadah. Pemerdagangan dadah dan pengguna-pengguna dadah sudah menghakiskan jaring keselamatan sosial Malaysia dan tepat masanya sekarang untuk bertindak. Tepat masanya sekarang Malaysia mengisytiharkan perang melawan sindiket-sindiket dadah dan pemerdagangan dadah oleh sebab undang-undang sedia ada, yang mengenakan hukuman mati mandatori terhadap pemerdagangan dadah nampaknya tidak dapat mencegah jenayah begitu serius. Dengan itu sekian, dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tawau di atas perkara yang telah dibangkitkan untuk ucapan penangguhan ini.
Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem
Untuk makluman Dewan yang mulia terdapat dua kategori rakyat tempatan yang ditahan kerana mengedar dadah di luar negara iaitu golongan sindiket pengedaran dadah tempatan yang beroperasi di luar negara dan juga golongan keldai dadah atau drug mule yang diperalatkan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Bagi sindiket pengedaran dadah tempatan, keuntungan yang tinggi adalah merupakan faktor utama menyebabkan mereka berani mengedar dadah ke luar negara.
Bagi keldai dadah pula, kebanyakannya diperdaya oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan percutian percuma, peluang pekerjaan menarik dan juga digoda untuk menyeludupkan dadah di luar negara. Kebanyakan keldai dadah ini tidak mengetahui bahawa mereka terlibat dengan penyeludupan dan pengedaran dadah. Namun begitu, trend terkini mendapati kebanyakan keldai dadah ini sedar akan kesalahan yang mereka lakukan tetapi dengan upah yang tinggi dan desakan kewangan, mereka mengambil risiko untuk menyeludup dan mengedar dadah. Terdapat juga sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan kekerasan dan ugutan untuk memaksa rakyat tempatan menjadi keldai dadah.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada risikan yang dijalankan, didapati dadah sintetik seperti syabu dibawa masuk dari Iran dan Afrika, yaba atau lebih dikenali sebagai pil kuda dari Thailand dan Myanmar, erimin 5 dari Taiwan dan ketamine dari India.
Manakala dadah tradisional seperti heroin dan ganja dibawa masuk dari Thailand, heroin nombor empat dari Pakistan dan kokain dari Amerika Syarikat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, aktiviti-aktiviti penyeludupan dadah merupakan jenayah merentas sempadan yang melibatkan faktor geografi dan permintaan dari dalam dan luar negara. Memandangkan Malaysia bukan negara pengeluar dadah maka bekalan dadah diperoleh dari luar negara dan bukan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tawau tadi.
Tidak dinafikan kedudukan negara yang berhampiran pusat pengeluaran dadah utama iaitu di segi tiga emas atau golden triangle memudahkan kemasukan dadah ke negara ini sama ada untuk pasaran tempatan mahupun sebagai transit untuk dieksport ke negara ketiga. Sistem perhubungan darat, udara dan air negara yang maju juga memudahkan perhubungan dengan luar negara.
Tuan Yang di-Pertua, dari tempoh dari tahun 2006 hingga April 2011, seramai 298 orang warga asing telah ditahan di bawah seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya (ADB) atas kesalahan mengedar dadah dan kebanyakannya iaitu seramai 268 orang telah ditahan di lapangan terbang antarabangsa KLIA. Daripada jumlah tersebut, rakyat asing paling ramai ditahan adalah terdiri daripada warganegara Iran iaitu seramai 159 orang diikuti oleh warganegara Nigeria 28 orang, warganegara India 19 orang dan warganegara Peru 15 orang. Nilai rampasan dadah dalam tempoh yang sama adalah dianggarkan sebanyak RM139.4 juta.
Tuan Yang di-Pertua, manakala statistik rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara disebabkan pemerdagangan dadah di antara Januari hingga Mac 2011 adalah sebanyak 833 kes dan Thailand mencatatkan jumlah tahanan yang tertinggi iaitu 272 kes.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya amat serius dalam menangani aktiviti pengedaran dadah sama ada pengedaran di dalam mahupun di luar negara. Bagi membanteras kegiatan ini, kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah- langkah seperti berikut:
(i) meningkatkan pemeriksaan rapi di pintu masuk utama sempadan negara dan lapangan terbang terhadap individu- individu atau sindiket yang berpotensi dan dikenal pasti terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah;
(ii) meningkatkan lagi kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen untuk memperketat lagi kawalan keselamatan di lapangan terbang;
Timbalan Menteri Luar Negeri II - Datuk Richard Riot anak Jaem
(iii) memberi taklimat kesedaran kepada petugas-petugas serta pengurus-pengurus lapangan terbang dan syarikat penerbangan yang beroperasi di negara ini mengenai modus operandi kemasukan dadah oleh pengedar-pengedar dadah serta sindiket dadah antarabangsa;
(iv) mewujudkan kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mendapatkan profil penumpang pesawat yang disyaki sebagai courier dalam pengedaran dadah; dan
(v) mengambil tindakan pencegahan ke atas sindiket yang terlibat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri memandang serius masalah rakyat Malaysia yang dijadikan keldai dadah. Kementerian akan berterusan menjalankan kempen- kempen kesedaran melalui hebahan radio, akhbar dan televisyen, media massa dan ceramah-ceramah di peringkat IPTA/IPTS dengan kerjasama PEMADAM serta agensi- agensi lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Narkotik PDRM, Kementerian Pengajian Tinggi dan badan bukan kerajaan atau NGO untuk merangka program kesedaran kepada rakyat berkenaan masalah keldai dadah.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri melalui Unit Komunikasi Korporat atau UKK dalam usaha kempen kesedaran awam tentang keldai dadah atau drug mule juga telah memohon Seksyen Promosi dan Kreatif, Jabatan Penyiaran Malaysia untuk menyiarkan crawler tentang peringatan kepada rakyat Malaysia supaya berwaspada agar jangan terjebak menjadi keldai dadah di TV1 dan TV2. Pihak RTM telah meluluskan permohonan tersebut dan menyiarkan crawler versi Bahasa Malaysia di TV1 dan versi bahasa Inggeris di TV2 mengikut masa-masa yang ditentukan oleh pihak RTM sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, mesej melalui crawler dalam bahasa Malaysia berbunyi “Awas! Jangan terjebak menjadi keldai dadah. Ketahuilah apa yang anda bawa dalam perjalanan ke luar negeri – Peringatan daripada Kementerian Luar Negeri Malaysia”. Versi Inggeris berbunyi, “Beware! Avoid becoming a drug mule. Get to know what you are taking on trip to overseas – Reminder from the Ministry of Foreign Affairs.
Pihak RTM telah menyiarkan crawler tersebut dari semasa ke semasa. Sekian, Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat, Dewan akan bersidang semula pada pukul 10 pagi, hari Isnin 27 Jun 2011.
Dewan ditangguhkan pada pukul 10.05 malam.