Jun142011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong] minta Perdana Menteri menyatakan:

(i) secara terperinci perkembangan Program ETP kerajaan, berapa peratuskah pelaksanaannya, dan berapakah jumlah pelaburan serta peluang pekerjaan yang ditawarkan sekarang; dan

(ii) jumlah pelaburan mengikut negara dan bidang yang paling tinggi menerima pelaburan.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Lenggong. Program Transformasi Ekonomi atau dengan izin, Economic Transformation Program (ETP) adalah satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. ETP akan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita Malaysia daripada lebih kurang USD6,700 atau RM23,700 pada tahun 2009 ke lebih daripada USD15,000 ataupun RM48,000 pada tahun 2020.

Ini akan memacu kemajuan negara ke tahap yang sama dengan negara-negara berpendapatan tinggi yang lain. Perkembangan PNK iaitu pendapatan negara kasar sebanyak 6 peratus setahun akan membolehkan kita mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020. Lebih 3.3 juta pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara akan diwujudkan menjelang 2020. Ciri-ciri pekerjaan baru ini akan menyebabkan anjakan ke arah julat pendapatan sederhana dan tinggi. Hampir kesemua 131 projek permulaan ataupun Entry Point Projects (EPP) di bawah 12 National Key Economic Areas (NKEA) sedang rancak dirunding. Sudah tentunya sesetengah daripada mereka mempunyai isu-isu yang kompleks dan mengambil masa untuk bergerak lancar.

Akan tetapi banyak di antaranya sudah membuahkan hasil yang nyata ataupun tangible results, dengan izin.

Sebagai contoh, semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan 15 lagi projek baru yang bergerak lancar di bawah ETP. Dengan demikian, sejak ETP dilancarkan, sebanyak 87 projek di bawah ETP telah dilancarkan dalam jangka masa hanya tujuh bulan. Hanya pada masa yang singkat ini, pihak swasta dan kerajaan bersama-sama telah dapat memulakan 50 peratus daripada 131 EPP yang disenaraikan dalam Program Transformasi Ekonomi. Kesemua projek ini menyumbang kepada 220.15 juta Pendapatan Negara Kasar (PNK), pelaburan sebanyak RM170.28 juta dan mewujudkan 362,396 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Bagi soalan yang (b), Tuan Yang di-Pertua, bidang yang paling tinggi menerima pelaburan adalah NKEA Oil and Gas iaitu hampir RM100 bilion pelaburan yang telah di commit sehingga 2020; confirm investment, dengan izin. Manakala majoriti daripada pelaburan yang dikeluarkan untuk projek-projek ETP adalah pelaburan dalam negara ataupun, dengan izin, Domestic Direct Investment (DDI).

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Daripada 87 projek yang diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semenjak Oktober 2010, sehingga pengumuman terbaru semalam, sebanyak 16 projek dimiliki oleh multinational companies (MNC) atau syarikat luar negara. Daripada itu, paling tinggi adalah penyertaan daripada syarikat MNC Amerika Syarikat iaitu sebanyak lima projek besar.

Di mana antara syarikat-syarikat tersebut adalah General Electrics, SISCO, ExxonMobil dan AMD. Kesemuanya adalah syarikat-syarikat ternama di dunia. Ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap membantu sektor swasta untuk menjadi pemacu utama mengembangkan ekonomi negara. Pelbagai lagi pengumuman akan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan menteri-menteri peneraju NKEA pada masa akan datang dan pelaksanaan projek-projek ini dapat dirasakan oleh semua golongan dan lapisan masyarakat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan tahniah khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya cukup yakin apa yang disebut tadi telah, sedang dan akan dilaksanakan. Cuma Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada pihak tertentu mempunyai tanggapan bahawa, dia sebut bahawa ini hanya retorik. Blank card.

Pelaksanaan tidak berlaku sebagaimana yang disebut. Soalan saya, apakah betul tanggapan ini? Itu pertama.

Kemudian, kita tahu bahawa selain daripada pelaburan tempatan, ETP juga melibatkan pelaburan daripada luar negara dan dengan situasi ekonomi yang semakin mencabar dan kompleks hari ini, krisis di Asia Barat umpamanya, sudah tentu ia memberi kesan juga kepada ekonomi banyak negara. Justeru, apakah ia mengganggu program ETP kerajaan dan apakah ia juga menguntungkan kita dan apakah langkah-langkah dan persediaan yang dibuat oleh kerajaan bagi menghadapi situasi yang semakin mencabar ini?

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama tanggapan. Tidak pernah ada pucuk kepimpinan yang dalam tempoh tujuh bulan daripada 25 Oktober 2010 di mana sembilan projek pertama diumumkan ETP dan sampai semalam 15 inisiatif diumumkan pada 13 Jun. Sebanyak enam pengumuman dibuat dan dengan penuh jitu sekali. Kalau pertama sembilan projek, kedua sembilan projek, selepas 19 projek, selepas itu 23 projek, selepas itu 12 projek dan selepas itu 15 projek. Jumlah yang diberikan ialah senang RM63.38 bilion dan GNI adalah sebanyak RM66.31 bilion.

Jumlah pekerjaan yang akan bakal dibuat 65,331. Tidak pernah ada pengumuman yang begitu jitu sekali yang dibuat.

Laporan dikeluarkan setiap kali macam ini. Surat khabar pula hari ini Star keluarkan ETP hits a milestone dan dia bagi tahu jumlah pekerjaan yang telah ditawarkan rating oleh badan-badan antarabangsa yang memberi rating bahawa sebanyak 33 peratus jumlah pekerjaan telah meningkat dalam 1st quarter, suku pertama. Ini menunjukkan bahawa kita mesti yakin, kita kena sokong dalam pergelutan dunia yang semakin lembap.

Keadaan krisis kewangan yang semakin serius. Perdana Menteri telah dengan begitu tekun sekali bekerja dengan begitu keras dengan melibatkan semua rakyat Malaysia. Sektor swasta akan dijadikan penjana maka kita perlu percaya dan memberi sokongan. Saya minta supaya rakan-rakan seperjuangan di sebelah sana pun memberi sokongan kerana ini akan memberi kesejahteraan kita bersama. Kesejahteraan dari segi pekerjaan, subcontractor, supplier, segala-galanya akan dapat diuntungkan. Kita boleh bergelut tetapi intinya negara kita perlu dimurnikan, perlu dijayakan. Itu yang penting.

Soalan yang kedua, cantik sekali. Dalam keadaan dunia yang begitu teruk sekali di Eropah, di Timur Tengah, di Amerika Syarikat bolehkah ekonomi kita berjaya. Sebanyak 73 peratus daripada penjanaan kewangan untuk projek-projek 131 ini dijana daripada dalam negara. Bererti negara kita memang makmur. Bermakna rakyat serta masyarakat kita memang ada wang tetapi pelaburan dibuat dalam. Maka inilah kejayaannya. Maka dalam projek-projek itu 16 projek sahaja daripada, yang telah dimeteraikan dari luar negara. Lain semua dalam negara. Kita ada sumber kewangan kita sendiri.

final • 10:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Ini satu yang baik Yang Berhormat kerana yang pertama kita tidak tiris wang keluar. Multinational companies dia datang sini, dia bawa pekerja asing, dia melabur, dia bawa balik duit. Maka kalau duit itu dijana dari dalam sendiri ini akan memperkasakan negara kita. Putaran wang itu di dalam sendiri, di kalangan rakyat kita sendiri. Maka ini satu yang baik. Kita berdoa juga pelaburan luar masuk. Akan tetapi kalau ada kekuatannya sendiri kita menunjanginya dahulu. Selepas itu kita cari tempiasnya dari luar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jawapan yang cukup bertenaga sekali pada pagi ini. Soalan lanjutan saya Tuan Yang di-Pertua, sementara saya mahu menyokong dan kalau boleh menyokong dengan tidak berbelah bagi, Dewan yang mulia ini mengingatkan kepada kita Tuan Yang di-Pertua bahawa ETP dan projek-projek EPP sehingga hari ini sememangnya satu sebutan yang cukup memberangsangkan. Sebelum daripada pengumuman terakhir dengan 16 projek yang dibuat semalam, jumlah projeknya adalah 70 dengan nilainya RM153 bilion menjana 298,865 pekerjaan. Namun Tuan Yang di-Pertua apa yang disaksikan dan disebut-sebutkan oleh para analis adalah yang nyata beruntung buat hari ini adalah apa yang dikatakan sebagai penjanaan kekayaan di atas kertas. Syarikat-syarikat yang disebut ia langsung mendapat sokongan bursa sehinggakan kalau boleh saya sebutkan sedikit sebelum saya soal soalan tambahan saya...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Soalan terus Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tricubes 1Malaysia lonjak daripada 55.5 sen kepada 31.5 sen, itu satu. Karambunai hampir 500 peratus peningkatan. Juga Petaling Tin juga melonjak hampir 200 peratus. Semua ini adalah kekayaan atas kertas. Cumanya permasalahan hari ini Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri tolong jawab. Apakah permasalahan besar dalam menjayakan projek-projek ETP ini? Utamanya adalah permasalahan struktur khususnya persoalan modal insan. Kita boleh bercakap dan melaungkan semua projek ini dengan baik. Kita tahu pada setiap kali projek-projek ini dia tergendala dengan persoalan kurangnya skill labors, dengan izin, kurangnya modal insan yang kita gagal dan cukup terkebelakang.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita bolehlah buat semua yang besar-besar ini tetapi ia nampaknya sehingga hari ini hanya menjana kekayaan atas kertas universiti terima kasih syarikat-syarikat tertentu dan kita tahu bagaimana projek-projek besar akhirnya gagal dengan cost overrun dan sebagainya kerana di perangkap dengan pelbagai kekangan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sila tolong Timbalan Menteri jawab.

final • 10:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, orang yang banyak berbicara mengenai struktur ini. Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengatakan kepada Yang Berhormat tolong datang jumpa kita kerana begitu banyak sekali saya hendak cerita syarikat-syarikat. Mana boleh kita buat sandiwara dalam perkara-perkara seperti ini.

Ini meletakkan nasib negara di hadapan kita kerana kita di persada dunia perlu diyakinkan...

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya tidak kata sandiwara, saya tidak kata sandiwara. Masalah penstrukturan.

final • 10:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Tidak ada, bukan sandiwara. Jangan, ini bukan retorik. Ikhlas. Mari jumpa, saya bagi contoh. Contohnya dalam tourism, dalam pelancongan ada beberapa inisiatif, sembilan inisiatif yang telah dijayakan. Ada banyak saya tidak boleh cerita kerana masa tidak mengizinkan. Maka dalam ini kita tengok Globalports, MyCEB, AirAsia X, St Regis, YTL Group, Teluk Datai Resorts, Khazanah, PTB, Consortium Chen Lin Keong semua ini adalah nama-nama yang ada dan mereka telah melabur. Datang, tidak boleh saya hendak cerita. Kadang-kadang kalau kita tidak kenal, kita tidak cinta satu. Dua, kalau kita tidak faham kita buta... [Ketawa] Buta mata tidak apa, jangan buta minda.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jawab soalan saya, Timbalan Menteri jawab soalan atas kertas.

final • 10:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Yang kedua bukan saya hendak menangkis tanggapan yang salah itu.

final • 10:10 AM

Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka

Jawab.

final • 10:10 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Saya akui bahawa memang kita ada isu mengenai kepakaran, expertise. Itu sebabnya kita mewujudkan Talent Corp untuk menarik ramai lagi balik kerana dunia sebelah sana sudah mundur, muram dari segi ekonomi. Jadi ada mereka tengah mencari pasca baru untuk datang dan Asia dan Malaysia telah menawarkan pertumbuhan ekonomi yang sihat. Dengan itu kita boleh menarik balik mereka masuk balik rakyat yang telah keluar.

Yang kedua, kita mewujudkan suasana yang lebih baik untuk kita memberi gaji yang lebih lumayan, high income nation supaya mereka empunyai persekitaran dan kualiti yang lebih baik. Maka itu sedang diusahakan tetapi perkara ini mengambil mas ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat akui tetapi syarikat masuk, takkan dia masuk di sini dia tengok tidak ada orang dia mahu balik. Dia sudah mengkaji, mereka sudah buat due diligence. If Malaysia investment up, can they bring returns ROI? Tetap ada. Human recoursesnya tetap ada. So yakinlah kepada negara kita. Sokonglah kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kekayaan atas kertas tidak jawab.

final • 10:10 AM

2. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah jumlah lesen teksi dan teksi limousine di Pulau Pinang dan berapakah lesen baru yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2011, dan apakah Orang Asli memberi kepada individu atau kepada syarikat sahaja.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod yang sedia ada di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ataupun SPAD sehingga 31 Disember 2010 bilangan teksi yang dilesenkan di Pulau Pinang adalah sebanyak 1,325 lesen. Manakala teksi limousine adalah 175 lesen. SPAD buat masa ini menangguhkan pengeluaran lesen baru sehingga 31 Julai 2011 untuk seluruh Semenanjung Malaysia. Sebarang keputusan pengeluaran lesen sama ada kepada individu ataupun syarikat adalah bergantung kepada Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat untuk seluruh Semenanjung Malaysia yang sedang dibangunkan oleh SPAD bersama dengan input dan perbincangan dengan pihak yang berkaitan. Berdasarkan analisa permintaan dan juga penawaran dengan izin, supply and demand semasa. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah SPAD telah menimbang permohonan daripada gabungan persatuan teksi di Pulau Pinang untuk satu structure fair yang lebih tinggi berbanding pada masa sekarang, dan juga permohonan untuk penggunaan sistem kupon serentak dengan sistem meter yang digunakan sekarang dan sejauh mana SPAD sehingga penubuhannya telah dapat menyatupadukan semua agensi dalam menambahbaikkan pengangkutan awam darat di negara ini?

final • 10:20 AM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Tanjong atas soalan tambahan tersebut. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, bahawa pada setakat ini SPAD telah pun menjalankan peraturan yang baru untuk memastikan bahawa semua pengeluar lesen baru yang terlibat dengan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan juga lori serta kenderaan pelancongan didaftarkan semula.

Sehingga kini, pendaftaran ini dibuat mengikut peruntukan yang sedia ada iaitu Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Pindaan 2010. Akta ini telah pun diwujudkan untuk mentransformasikan LPKP Semenanjung yang telah pun dihapuskan kepada SPAD.

Jadi objektif utama pendaftaran semula ini adalah untuk mengawal selia industri pengangkutan awam termasuk di Pulau Pinang yang mana akan membantu meningkatkan kemudahan dan juga keselesaan semua rakyat Malaysia.

final • 10:20 AM

Datuk Liew Vui Keong

Ini termasuk dengan kenderaan yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat tadi, memastikan bahawa langkah pendaftaran semula ini pihak SPAD akan dapat mengenal pasti status terkini pemilik lesen di pulau tersebut dan juga merancang penambah baik tahap servis seperti mengadakan teksi meter dan juga baucar yang sedia ada sekarang ini.

Seperti Yang Berhormat faham bahawa, pada sehingga kini teksi meter diwujudkan di Pulau Pinang tetapi pihak kami fahami bahawa ada juga sedikit bantahan daripada pihak persatuan di situ dan perkara ini adalah dalam satu proses untuk SPAD mengkaji semula.

Ini adalah satu proses reading world yang akan memberi manfaat kepada semua yang berkenaan bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di seluruh Semenanjung Malaysia. Sekian.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di Kuala Lumpur dan di sekitar Kuala Lumpur daripada KLIA hinggalah ke Kuala Lumpur kita dapati bahawa teksi-teksi yang kita naik, kebanyakannya kepunyaan syarikat. Walaupun kerajaan sudah pun memberi tahun lalu tambahan tetapi sekarang masih lagi kebanyakannya kepunyaan syarikat. Jadi bolehkah saya dapat tahu dari Yang Berhormat Timbalan Menteri individu-individu yang ingin berusaha sendiri, bolehkah kerajaan mempertimbangkan memberi kepada individu-individu ini supaya mereka boleh dapat hidup dengan selesa? Adakah boleh tambahan?

final • 10:20 AM

Datuk Liew Vui Keong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan. Seperti yang saya nyatakan tadi bahawa pada setakat ini SPAD dalam proses untuk menjalankan proses pendaftaran semula bagi kenderaan awam di seluruh Semenanjung Malaysia ini. Ini terlibat juga dengan teksi-teksi yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Jadi bagi pendaftaran yang baru, semua pendaftaran permohonan semula akan dikaji dan saya rasa pihak SPAD akan membuat kajian yang keseluruhannya kepada pihak yang berkenaan dalam perkara ini. Itu sahaja yang dapat saya jawab setakat ini.

final • 10:20 AM

3. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [Alor Gajah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, bagaimana rakyat Malaysia boleh terlibat dalam pengedaran dadah antarabangsa, serta dari mana asalnya dadah-dadah berjuta nilainya dan apa tindakan telah diambil oleh kementerian untuk mengurangkan kejadian ini.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Gajah, yang mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Seterusnya izin saya menjawab pertanyaan ini bersama dengan pertanyaan Yang Berhormat Maran pada 16 Jun 2011 soalan nombor 71 kerana pertanyaan ini ada berdekatan dengan perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, terdapat dua kategori rakyat tempatan yang ditahan kerana mengedar dadah di luar negara iaitu golongan sindiket pengedaran dadah tempatan yang beroperasi di luar negara dan juga golongan keldai dadah yang diperalatkan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa. Bagi sindiket pengedaran dadah tempatan, keuntungan yang tinggi adalah faktor utama yang menyebabkan mereka berani mengedar dadah ke luar negara.

Bagi keldai dadah pula, kebanyakan mereka diperdaya oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan percutian percuma, peluang pekerjaan menarik dan juga digoda untuk menyeludup dadah di luar negara. Kebanyakan keldai dadah ini tidak mengetahui bahawa mereka terlibat dengan penyeludupan dan pengedaran dadah. Namun begitu, trend terkini didapati kebanyakan keldai dadah ini sedar akan kesalahan yang mereka lakukan tetapi demi upah yang tinggi dan desakan kewangan mereka mengambil risiko untuk menyeludup dan mengedar dadah.

Terdapat juga sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menggunakan kekerasan dan ugutan untuk memaksa rakyat tempatan menjadi keldai dadah. Hasil daripada risikan yang dijalankan, didapati dadah sintetik seperti syabu dibawa masuk dari Iran dan Afrika, yaba atau pil kuda dari Thailand dan Myanmar. Erimin 5 dari Taiwan dan ketamine dari India. Manakala dadah tradisional seperti heroin dan ganja dibawa masuk dari Thailand, heroin no. 4 dari Pakistan dan kokain dari Amerika Selatan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya amat serius dalam menangani aktiviti pengedaran dadah sama ada pengedaran di dalam mahupun ke luar negara. Bagi membanteras kegiatan ini Kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia telah pun mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(i) meningkatkan pemeriksaan rapi di pintu-pintu masuk utama, sempadan negara dan lapangan terbang terhadap individu atau sindiket yang berpotensi dan dikenal pasti terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah;

(ii) meningkatkan lagi kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen dalam memperketatkan lagi kawalan keselamatan di lapangan terbang;

(iii) memberi taklimat kesedaran kepada petugas-petugas serta pengurus-pengurus lapangan terbang dan syarikat penerbangan yang beroperasi di negara ini mengenai modus operandi kemasukan dadah oleh pengedar-pengedar dadah serta sindiket dadah antarabangsa; dan

(iv) mewujudkan kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mendapatkan profil penumpang pesawat yang disyaki sebagai courier dalam pengedaran dadah.

(v) mengambil tindakan pencegahan ke atas sindiket yang terlibat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan tangkapan warga asing di bawah pengedaran dadah iaitu seksyen 39B, ADB 1952, ia adalah seperti berikut:

TahunTangkapan (orang)Dituduh (orang)Dijatuhkan Hukuman (Ikut tarikh jatuh hukum)
2008227278
200922522524
201049926037Jan-April 20112081493
final • 10:30 AM

Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn - Alor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sempurna ini. Tidak boleh dinafikan baru-baru ini telah ada beberapa kes high profile di mana rakyat Malaysia telah ditangkap di negara-negara seperti China, Australia dengan ada dadah di badan mereka. Kes-kes seperti ini bukan sahaja telah menjejaskan masa depan mangsa-mangsa itu tetapi yang lebih penting telah menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan sebagainya.

Soalan saya ada dua. Pertama, bolehkah Kementerian Dalam Negeri ambil langkah-langkah yang lebih berkesan untuk mengawal dan menghapuskan aktiviti sindiket- sindiket antarabangsa yang telah disebutkan? Seperti di negara-negara yang lain, bila kita tangkap sindiket-sindiket tersebut, mereka tunjukkan gambar dengan syabu, dengan dadah, seperti di negara Thailand dan sebagainya. Dengan menunjukkan gambar-gambar tersebut, ia akan malukan mereka dan juga akan menghalang sindiket-sindiket yang lain daripada muncul.

Kedua, apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk menjaga kebajikan mangsa-mangsa yang telah ditangkap seperti tuntutan mereka, ada proses kehakiman yang betul, ada orang yang boleh mewakili mereka dan sebagainya? Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sehubungan dengan penangkapan yang dibuat oleh negara-negara luar terhadap keldai- keldai dadah ini, kita sedar bahawa sebenarnya ini memalukan negara kita walaupun tindakan-tindakan telah banyak dibuat terutamanya untuk memberi kesedaran kepada keldai-keldai dadah yang berpotensi untuk melakukan jenayah ini. Banyak kempen telah dilaksanakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia terhadap anak-anak remaja di mana didapati kebanyakannya di kalangan pelajar-pelajar IPTS. Jadi, kempen-kempen yang dibuat di IPTS-IPTS dan juga di tempat-tempat awam.

Daripada apa yang telah dilaksanakan daripada kempen-kempen ini, kita melihat bahawa ada penurunan penglibatan keldai dadah daripada warganegara kita. Kalau kita lihat daripada data yang dikumpulkan oleh pihak polis, penglibatan keldai dadah pada tahun 2008 terdapat seramai 66 orang yang telah ditangkap sebagai keldai dadah di negara luar.

Jadi atas kempen yang kita laksanakan, maka angka ini telah menurun kepada 56 pada tahun 2009 dan bagi tahun 2010, angka ini menurun lagi kepada tangkapan sebanyak 39 orang keldai-keldai dadah dari negara kita. Malahan, pihak kerajaan masih lagi berusaha untuk meningkatkan lagi dalam penurunan penglibatan keldai dadah dari negara kita ini.

Sehubungan dengan kebajikan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi, pihak kerajaan sentiasa mengambil perhatian terhadap mangsa-mangsa ini di mana anggota- anggota diplomat kita di luar negara sentiasa berjumpa dengan mereka dan melihat masalah-masalah mereka dan cuba membantu apa yang perlu dibantu kepada mangsa- mangsa ini.

final • 10:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya di pihak sini menyokong segala usaha kerajaan ambil untuk membanteras segala aktiviti pengedaran dadah. Akan tetapi baru-baru ini saya baru baca laporan dalam lawan web menyatakan dua orang wanita warga Singapura yang dikatakan memasuki Malaysia melalui causeway imigresen dipaksa untuk ditanggalkan pakaiannya, digarinya dan lepas itu diminta untuk buat squating. Apakah ini caranya pihak imigresen menjalankan pemeriksaan ke atas warganegara yang dikatakan melalui imigresen ini tanpa kebenaran? Bukankah sebelum ini telah menimbulkan bantahan orang ramai berkenaan tindakan sedemikian?

Saya rasa pihak kerajaan sepatutnya menjelaskan apakah benar laporan ini. Jika benar, apakah tindakan akan diambil? Ini kerana, ini telah hebat diperbahaskan dalam laman web dan ini amat memalukan negara ini. Berulang kali pihak penguatkuasaan – jika benar.

Berulang kali kejadian sedemikian berlaku. Saya pohon penjelasan.

final • 10:30 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya rasa soalan ini terkeluar daripada soalan asal. Tidak ada penglibatan berkaitan dengan kes dadah. Kalau ada pun...

final • 10:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, ini mengenai pengedaran dadah. Ini ada kaitan dengan dadah.

final • 10:30 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Jadi saya tidak perlu menjawab soalan ini.

final • 10:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri patut ambil peluang ini menjelaskan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon jawapan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 10:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ini isu yang begitu penting. Ini peluang terbaik, the first available opportunity.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tak apalah Yang Berhormat.

Yang Berhormat Timbalan Menteri dah kata dia tak perlu jawab. Tak berkaitan dengan soalan asal.

final • 10:30 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Ada, dadah.

[Soalan No. 4 - YB Tuan Wong Ho Leng (Sibu) tidak hadir]

final • 10:30 AM

5. Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di dalam kerja-kerja menyelenggara pelabuhan-pelabuhan milik kerajaan di Malaysia dari tahun 2007 sehingga Mei 2011.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan II - Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelabuhan-pelabuhan persekutuan telah diswastakan sejak tahun 1980an. Selepas penswastaan, kerja-kerja penyelenggaraan pelabuhan adalah di bawah tanggungjawab dan dibiayai oleh pihak pengendalian pelabuhan ataupun port operators. Justeru itu, tiada peruntukan yang dibelanjakan oleh Kementerian Pengangkutan dalam kerja-kerja penyelenggaraan pelabuhan-pelabuhan persekutuan. Daripada lapan pengendali-pengendali pelabuhan persekutuan, tiga daripada mereka adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Pelabuhan Pulau Pinang, Bintulu Port Sdn. Bhd. dan North Porth Berhad. Manakala bakinya adalah merupakan syarikat swasta.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan II - Tuan Jelaing anak Mersat

Untuk kerja-kerja penyelenggaraan pelabuhan bagi tempoh 2007 hingga Mei 2011, Pelabuhan Pulau Pinang telah membelanjakan sebanyak RM159.45 juta, Bintulu sebanyak RM117.83 juta dan North Port sebanyak RM157.6 juta. Sekian.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Seperti mana yang dijelaskan tadi seperti mana yang kita sedia maklum bahawa penyelenggaraan-penyelenggaraan pelabuhan termasuklah pertama mungkin dredging ataupun pengorekan alur pelabuhan. Kedua, pembaikan dermaga itu sendiri seperti penggantian fendering system dan juga air protection untuk tiang-tiang dermaga dan selebihnya adalah yang lain-lain. Seperti mana kita lihat pada asalnya kerajaan telah pun membelanjakan berjuta-juta ringgit atau beratus-ratus juga untuk membina pelabuhan dan telah pun diserahkan kepada pihak swasta dan juga GLC.

Atas perbelanjaan tersebut sekurang-kurangnya kita juga harus tahu. Soalan saya adalah berapakah return ataupun pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan mahupun GLC yang mengendalikan pelabuhan-pelabuhan tersebut? Untuk kapal-kapal yang bertambat di dermaga mahupun yang berlabuh di pelabuhan. Sebagaimana kita lihat kalau KLIA dikendalikan oleh MAB dan sebagainya mereka juga mempunyai return ataupun pendapatan. Akan tetapi dalam hal pelabuhan tidak diexpose langsung pun pendapatan- pendapatan daripada GLC tersebut. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat Labuan atas cadangan untuk mendapatkan dengan detail ataupun lebih teliti berkaitan dengan pulangan-pulangan daripada pengendalian sama ada GLC ataupun swasta. Saya tidak ada maklumat di sini pada saya jadi saya bercadang Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab dengan secara bertulis. Kalau hendak bagi satu persatu dalam hal ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Lanjutan daripada jawapan yang pertama tadi. Saya ingin tahu daripada tiga syarikat- syarikat yang berkaitan GLC iaitu pelabuhan-pelabuhan yang disebutkan tadi. Berapakah di antara tiga pelabuhan yang dikendalikan ini masih lagi mempunyai atau terikat kepada liabiliti jangka panjang? Seperti berasaskan kepada pengeluaran bon ataupun jaminan- jaminan kerajaan yang sebelum pada ini yang disebut terutama apabila dikaitkan dengan isu North Port pada satu masa dahulu, iaitu bagaimana usaha kerajaan untuk meminimumkan bon-bon jaminan yang lalu yang telah ditanggung oleh kerajaan. Saya hendak tahu sama ada, ada perancangan baru daripada pihak kementerian untuk meminimumkan penstrukturan semula jaminan-jaminan kerajaan? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Jelaing anak Mersat

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya tidak ada maklumat yang saya anggap very important ataupun yang penting ini bagi menjawab soalan Yang Berhormat. Jadi saya akan cari maklumat itu dan jawab secara bertulis. Walau bagaimanapun, hanya yang ada pada sini adalah perbelanjaan penyelenggaraan pelabuhan oleh GLC yang saya sebutkan tadi. Sekian.

final • 10:40 AM

6. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [Bukit Gantang] minta Menteri Pertahanan menyatakan, apakah usaha serta langkah kerajaan dalam memanfaatkan tenaga serta kepakaran bekas-bekas tentera khususnya mereka yang tamat perkhidmatan pada umur 40-an.

final • 10:40 AM

Menteri Pertahanan - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Waalaikumussalam warahmatullaahi wabarokaatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin memohon untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat pada hari ini secara bersekali kerana semuanya adalah berkaitan. Ahli-Ahli Yang Berhormat dan pertanyaan-pertanyaan yang dimaksudkan adalah Yang Berhormat Setiawangsa pada 15 Jun, Yang Berhormat Tanah Merah pada 22 Jun, Yang Berhormat Dungun pada 28 Jun.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Bukit Gantang yang telah diberi kepercayaan semula oleh Presiden partinya sebagai AJK PAS Pusat. Walaupun beliau kecundang dalam perebutan jawatan Naib Presiden baru-baru ini. Tahniah juga kepada Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kubang Kerian yang menang dan dapat mengekalkan jawatan sebagai Naib Presiden PAS. Tahniah kepada Presiden PAS yang menang tidak bertanding.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya semua veteran ATM yang tamat perkhidmatan 21 tahun dalam perkhidmatan Angkatan Tentera sememangnya berada dalam lingkungan usia 40-an. Sebelum bersara mereka akan menjalani latihan peralihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) mengikut pilihan kemahiran dan minat masing-masing untuk mempersiapkan diri bagi mengharungi kehidupan sebagai orang awam. Pada masa ini PERHEBAT menawarkan sebanyak 38 jenis kursus di peringkat latihan peralihan. Pengkhususan latihan yang disediakan adalah seperti pembangunan keusahawanan, kejuruteraan automotif, kejuruteraan elektrik dan sebagainya.

Sejak tahun 2005 PERHEBAT telah melatih lebih daripada 50,000 veteran ATM.

Bakal veteran yang tidak mendapat tempat latihan di kompleks berkenaan disalurkan ke pusat latihan kerajaan yang lain. Setelah menjalani latihan peralihan veteran ATM akan menceburi bidang kerjaya kedua sama ada di sektor awam atau swasta. Kementerian Pertahanan sentiasa memberi keutamaan ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan veteran ATM agar mereka terus jadi pemangkin modal insan negara. Dari segi Jabatan Hal Ehwal Veteran kita telah meletakkan pertanggungjawaban kepada jabatan ini bagi menjaga kebajikan semua veteran melalui Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan.

Melalui skim tersebut bantuan sara hidup diberikan kepada mana-mana veteran yang daif dan miskin terutamanya mereka yang tidak berpencen. Setakat ini bantuan maksimum yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan. Selain itu JHEV juga menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk bantuan bayaran perubatan termasuk rawatan hemodialisis, peralatan pesakit dan ubat-ubatan. Manakala Rang Undang-undang Veteran 2011 yang bakal diperkenalkan dan telah dibaca buat pertama kalinya di Dewan yang mulia ini, adalah bertujuan menertibkan dan menggariskan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal veteran.

Selain daripada itu rang undang-undang ini turut mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Veteran Kebangsaan dan peruntukan pendaftaran veteran serta Persatuan Veteran juga bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Tuan Yang di- Pertua saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun menjawab dan kemudiannya memberikan rangsangan dan tahniah kepada saya dan rakan- rakan yang bertanding dalam pemilihan parti baru-baru ini. Saya juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri kerana Parti UMNO juga gentar dan takut mengadakan dan membuat pemilihan dan akhirnya ditangguh... [Disampuk] Jadi tahniahlah kerana penakut. Kalau boleh ditangguhkan lama lagi, lagi elok. Tahniah.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Keduanya saya dengar tadi bahawa di tempoh peralihan itu bakal-bakal bekas tentera ini diberikan segala-gala kemudahan untuk mereka terlibat dalam program selepas mereka bersara. Malangnya soalan yang ditanya oleh ramai tadi rujukan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat menunjukkan bahawa ianya penting. Kesan daripada peralihan itu barangkali tidak sesempurnanya. Maka soalan tambahan saya, dengan menyedari bahawa kedamaian juga kebaikan negara hari ini adalah hasil usaha pengorbanan angkatan tentera. Hari ini tidak kurang 150,000 bekas tentera seluruh negara mereka telah berkhidmat sepanjang tidak kurang 21 tahun.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Malangnya, usia 40 tahun mereka bersara tidak digunakan sepenuhnya khususnya bagi kebaikan negara. Maka saya merujuk kepada satu perintah iaitu Perintah Majlis Angkatan Tentera (PAMT) bertarikh 29 Ogos 1973, perenggan 9 hingga 11 yang antara lain menyatakan bahawa, setiap anggota tentera dan isteri mereka berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan daripada, melalui Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) kepada kerajaan-kerajaan negeri tertentu.

Malangnya dilaporkan 99 peratus daripada bekas tentera yang memohon itu tidak diberikan layanan dan tidak diluluskan.

Akhirnya ramai di antara bekas tentera hari ini hanya sekadar menjadi pengawal keselamatan, jaga, drebar ataupun kerja-kerja buruh kasar. Jadi saya merasakan amat sedih oleh sebab mereka telah pun berkorban menggadaikan usia muda mereka, menggadaikan masa berkeluarga dan sebagainya. Tiba-tiba selepas mereka memberikan pengorbanan, maka tidak dilayan sebegitu rupa. Saya jangka bahawa masalah ini bukan baru dan saya juga faham bahawa terdahulu daripada Yang Berhormat Menteri Pertahanan sebelum ini juga mempunyai soalan yang sama...

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

So, kalau boleh saya hendak cadangkan di sini dan saya minta pendapat daripada Yang Berhormat Menteri, apakah boleh kalau kita jadikan bekas-bekas tentera ini menjadi salah satu syarat.

Pelantikan ahli dalam Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung. Nama lagipun Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung, jadi sudah tentulah bekas-bekas tentera ini mereka ada kepakaran, mereka ada kemahiran dan mereka juga ada disiplin.

Baik sekali kalau mereka ini dijadikan sebagai ahli kepada JKKK...

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Maka sudah tentulah dia memberikan manfaat di samping cadangan-cadangan yang lain... [Dewan riuh] Jadi untuk itu saya mohon komen dan pendapat daripada Yang Berhormat Menteri supaya anggota keselamatan kita ini mendapat pembelaan daripada kerajaan dan juga Pakatan Rakyat, insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang sebeginilah yang memang kami harapkan. Ini kerana Yang Berhormat lebih baiklah tangguhkan pemilihan daripada ada pemilihan tetapi kalah. Jadi itu tidak guna juga. Jadi untuk umur yang 40 tahun Yang Berhormat...

final • 10:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini UMNO tanggung pasal hendak kekal lama di jawatan Naib Presiden kot... [Ketawa]

final • 10:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Jadi Yang Berhormat untuk yang berumur 40 tahun...

final • 10:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Tangguh, tangguh terus bubar sajalah.

final • 10:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk yang berumur 40-an itu, memang keputusan MAT begitu. Akan tetapi untuk memberikan tanah itu adalah kuasa kerajaan negeri.

final • 10:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat semasa menjadi Menteri Besar selama 11 bulan sebagai Menteri Besar Perak, tidak ada satu inci tanah pun bagi kepada bekas tentera... [Dewan riuh] Jadi dalam..

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

[Bangun]

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi dalam Menteri, begitu juga daripada JKKK. JKKK ini adalah kuasa kerajaan negeri. Semasa Yang Berhormat jadi Menteri Besar tidak lantik seorang pun jadi JKKK... [Dewan riuh] [Ketawa] Jadi eloklah kita cerminkan muka kita sendiri sebab kalau kita tepuk air di dulang, dia kena muka kita sendiri.

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Saya Yang Berhormat, saya cabar, saya cabar. Sekurang-kurangnya 20 ketua kampung yang kekal hari ini di atas pilihan raya untuk jawatan ketua kampung adalah bekas tentera.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Gantang..

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Dan seorang bekas tentera itu, sebab kita ada pemilihan. Secara pilihan kita ada pilihan raya di semua 817 buah kampung di Perak.

final • 10:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 10:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jawab Menteri! Cabar lagi, cabar lagi...

final • 10:50 PM

Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin - Bukit Gantang

Sekurang- kurangnya 20 bekas tentera adalah ketua kampung.

final • 10:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri cabar lagi!

Sudah aib. Yang Berhormat Menteri tidak ada makluman.

final • 10:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, bekas Menteri Besar yang sudah hilang kuasa pun tidak tahu peraturan Dewan ini hendak hormat macam mana!... [Dewan riuh]

final • 10:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri sudah, Menteri sudah...

final • 10:50 PM

Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam

Menteri hak cekup, tadi Menteri jawab tak betul.

final • 10:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Yang Berhormat Shah Alam yang begitu.

final • 10:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita harus memerhatikan bahawa tanah semakin sikit dan tidak semua dapat diberikan tanah dan ini harus diterima hakikat. Saya fikir Yang Berhormat semasa menjadi Menteri Besar pun tidak mampu untuk memberikan tanah kepada semua veteran tentera. Ini adalah realiti dan kita harus berpijak di bumi nyata.

final • 10:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Saya rasa semasa Yang Berhormat Bukit Gantang menjadi MB dahulu Yang di-Pertua Persatuan Bekas Tentera bahagian Perak telah berjumpa mohon tanah untuk lanjutan. Akan tetapi beliau menjawabnya, ini saya dimaklumkanlah. Beliau menjawabnya, dia kata, “Saya tidak ada kuasa. Kuasa ini daripada orang lain”... [Dewan riuh] Ha, itulah dia. Jadi Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat dahulu ada yang menceritakan bahawa ada kerjasama daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Pada masa itu, jadi satu daripada mereka yang berkhidmat atau pencen selepas 40 tahun satu daripada peluang pekerjaan yang mereka boleh masuk ialah berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia. Jadi itu kita sambut baik.

Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah keberkesanan program tersebut dalam membantu golongan tentera yang telah bersara ini bagi mendapat pekerjaan dan sekali gus membolehkan pesara tersebut yang masih sihat untuk terus mencurah bakti.

final • 10:50 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Walau bagaimanapun, apa pandangan tentang mereka yang bersara setelah berkhidmat selama 11 tahun, 15 tahun dan 18 tahun. Adakah mereka juga diberi peluang untuk berkhidmat dalam pasukan polis ini? Terima kasih.

final • 10:50 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Lipis itu ada kebenarannya kerana beliau adalah merupakan naib presiden kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia. Jadi beliau amat prihatin dan beliau ada pengalaman dengan Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat Bukit Gantang memang menyatakan bahawa beliau tidak ada kuasa sebab kuasa dipegang oleh ahli-ahli Exco DAP semasa itu... [Dewan riuh] Untuk yang berkhidmat dengan PDRM, saya ingin menyatakan bahawa setakat ini seramai 100 orang anggota tentera telah diserapkan sebagai anggota polis. Ini adalah merupakan satu transformasi untuk menghargai jasa sebahagian daripada tentera yang berminat untuk terus berkhidmat kepada negara. Setakat ini sebanyak lebih daripada 500 buah permohonan telah dikemukakan oleh veteran tentera dan selebihnya sedang diproses oleh Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia.

Insya-Allah dalam masa terdekat dengan kerjasama baik bukan sahaja antara Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tetapi pihak Angkatan Tentera Malaysia dan juga Polis Diraja Malaysia, banyak usaha dan kerjasama yang berbentuk transformasi akan dijalankan. Manakala bagi mereka yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun Tuan Yang di-Pertua, pertimbangan-pertimbangan juga akan diberikan jika mereka memohon dan jika mereka layak serta sesuai dengan keadaan fizikal yang ditentukan oleh Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia.

final • 10:50 PM

7. Datuk Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah usaha-usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk menambah bilangan usahawan yang berpotensi dan kreatif menerusi penggunaan semula bahan-bahan buangan dengan penambahan nilai melalui Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang inovatif bagi menembusi pasaran antarabangsa yang berkembang pesat.

final • 10:50 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat daripada Arau. Kerajaan terus menggalakkan syarikat-syarikat yang berpotensi untuk menjalankan kegiatan penggunaan semula bahan-bahan buangan dengan penambahan nilai melalui aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang inovatif. Aktiviti penggunaan semula bahan buangan dapat membantu memelihara alam sekitar ke arah membentuk pembangunan yang mapan.

Di antara insentif yang ditawarkan untuk menggalakkan penggunaan semula bahan-bahan buangan adalah galakan taraf perintis dan elaun cukai pelaburan bagi satu aktiviti penggunaan kelapa sawit biomass (oil palm biomass), aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui (renewable energy) dan aktiviti penjimatan tenaga (energy efficiency). Selain dari itu, antara industri utama yang menerima pelaburan dalam aktiviti kitar semula bahan buangan bagi tempoh 2004 hingga Mac 2011 adalah seperti berikut:

(i) industri elektrikal dan elektronik dengan jumlah enam projek dan nilai pelaburan sebanyak RM147.3 juta;

(ii) industri getah dengan jumlah 19 projek dan nilai pelaburan sebanyak RM130 juta;

(iii) industri logam asas dengan jumlah tujuh projek dan nilai pelaburan sebanyak RM127.9 juta; dan

(iv) industri plastik dengan jumlah lima projek dan nilai pelaburan sebanyak RM75.2 juta.

final • 10:50 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II - Dato’ Jacob Dungau Sagan

Selain itu, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, Green Technology Financing Scheme yang dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Teknologi Hijau adalah bertujuan membiayai pelaburan dalam pengeluaran dan penggunaan teknologi hijau dengan pembiayaan maksimum sebanyak RM50 juta bagi setiap syarikat pengeluar manakala RM10 juta bagi setiap syarikat pengguna. Unit Inovasi Khas ataupun UNIK atau kini dikenali sebagai Agensi Inovasi Malaysia di Jabatan Perdana Menteri juga menjalankan program membangunkan penggunaan semula bahan buangan dalam industri oil palm biomass yang bernilai tambah tinggi bagi pembangunan dan pembuatan bioplastics.

Tuan Yang di-Pertua, selain galakan cukai, kerajaan akan terus memastikan persekitaran pelaburan kekal kondusif terutamanya dari segi kos menjalankan perniagaan, sistem penyampaian kerajaan, infrastruktur dan pekerja mahir bagi membolehkan negara terus menarik pelaburan teknologi tinggi melalui aktiviti pembangunan semula bahan buangan ataupun waste recycling.

Di samping itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ataupun MATRADE juga sentiasa mempromosi produk-produk teknologi hijau melalui aktiviti promosi perdagangan yang khusus bagi membantu syarikat-syarikat Malaysia mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan menembusi pasaran antarabangsa yang berkembang pesat. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini dalam soalan tambahan ialah kita melihat curahan peruntukan yang agak besar, yang telah diberikan oleh kerajaan dalam R&D sama ada menerusi agensi kerajaan yang lain seperti MARDI dan lain- lain, juga kepada IPTA yang kita lihat dari segi standard pencapaiannya tidak kurang hebatnya berbanding dengan penghasilan yang dibuat oleh negara-negara lain.

Bukti yang jelas dan nyata ialah apabila bahan-bahan hasil ciptaan pakar-pakar ataupun saintis kita telah memenangi banyak pingat emas di peringkat antarabangsa tetapi persoalannya di sini, hasil ciptaan berkenaan kebanyakannya terbiar begitu sahaja, tidak dipaten atau tidak diketengahkan di peringkat antarabangsa. Jadi soalannya di sini, kita sedang bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa usaha-usaha peningkatan yang lebih inovatif ini mencapai kejayaan dan setanding di peringkat antarabangsa. Kita harus mencontohi banyak negara seperti Taiwan misalnya yang hasil ciptaannya mereka telah membuat banyak wang dan syarikat-syarikat yang berjaya di bidang ini, mereka boleh menjadi self-financing, tidak perlu bergantung kepada pinjaman daripada kerajaan dan sebagainya.

Jadi persoalannya, apakah usaha kerajaan yang dibuat setakat ini bagi memastikan bahawa hasil ciptaan yang kita buat sama ada daripada bahan buangan ataupun daripada produk-produk yang lain seperti pertanian dan sebagainya, dapat kita ketengahkan dan dapat memenuhi permintaan pasaran antarabangsa.

final • 11:00 AM

Dato' Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Soalan tambahan itu memang saya rasa amat penting sekali oleh kerana inilah tujuan pertama kerajaan kita untuk meningkatkan lagi usaha kita dalam peningkatan inovasi dan kreativiti menerusi R&D kita di negara ini. Jadi, usaha-usaha ini tadi sudah disebutkan, dijalankan oleh pelbagai institusi termasuk juga agensi-agensi kerajaan, begitu juga di institusi seperti universiti-universiti yang menjalankan pelbagai R&D.

Jadi, dalam usaha kita sampai ke tahap di mana kita dapat menghasilkan ciptaan ini, kerajaan telah memberi arahan kepada pihak yang tertentu dalam bidang-bidang yang tertentu di mana penggunaan hasil ciptaan ini perlu diperluaskan lagi dan terus diberi tumpuan kepada institusi-institusi yang tertentu supaya ini dapat dicapai dan terus diperluaskan ke peringkat global menerusi networking yang dijalankan oleh MATRADE ataupun agensi-agensi yang lain, yang menyebarkan maklumat seperti ini di seluruh negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tahu daripada kementerian, selepas tiga tahun belanjawan negara diwujudkan terutamanya untuk mewujudkan agensi-agensi seperti BiotechCorp dan sebagainya untuk tujuan menghasilkan R&D dan inovasi. Saya hendak tahu daripada kementerian, daripada jumlah hampir RM2 bilion diperuntukkan bagi tiga tahun kewangan ini, berapakah jumlah hasil ataupun produk yang dihasilkan oleh agensi-agensi ini untuk tujuan pemasaran atau untuk dipromosikan atau dihasilkan sebagai produk keluaran negara kita berasaskan agensi-agensi seperti BiotechCorp dan sebagainya. Saya hendak tahu berapakah nilai komersial mata wang yang boleh kita kira atau kita nilaikan? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Jacob Dungau Sagan

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.

Seperti mana yang disebutkan tadi, kerajaan kita memang memberi peruntukan yang besar untuk menjalankan usaha dari segi R&D di negara kita ini. Bagi soalan yang dikemukakan tadi iaitu berapakah jumlah kewangan yang dari segi pulangan, yang kita dapat dari R&D ini, saya tidak mempunyai maklumat itu sekarang ini tetapi kita akan mencari maklumat tersebut oleh kerana ini melibatkan semua agensi tertentu dan kita akan cuba memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:00 AM

8. Tuan Loke Siew Fook [Rasah] minta Menteri Pelancongan menyatakan, justifikasi perbelanjaan sebanyak RM1.8 juta dalam ‘social media branding,’ pecahan perbelanjaan secara terperinci dan nama syarikat yang dianugerahkan projek tersebut.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelancongan - Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin memohon maaf jika suara saya kurang jelas pada pagi ini. Saya sedang mengalami sakit tekak. Saya rajin makan ubat...

[Ketawa]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Boleh dengar Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Suara dia macam Rod Stewart Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab bersekali soalan Yang Berhormat Tangga Batu bertarikh 20 Jun 2011 kerana ia menyentuh perkara yang sama.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Untuk makluman Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Tangga Batu, pelancaran aplikasi dalam lama sosial Facebook Tourism Malaysia, Cuti-cuti 1Malaysia adalah antara langkah strategik yang diambil oleh Tourism Malaysia. Di dalam promosi sosial media, langkah strategik merangkumi promosi produk, destinasi dan acara-acara pelancongan seperti berikut:

(i) Cuti-cuti 1Malaysia;

(ii) Citrawarna 1Malaysia;

(iii) Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan Karnival Jualan Akhir Tahun;

(iv) Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia;

(v) Kempen 1Malaysia Bersih 1Malaysia Indah; dan

(vi) Fabulous Food 1Malaysia.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Kementerian Pelancongan mengguna pakai medium ini bagi menggalakkan pelancongan domestik terlebih dahulu supaya dapat diukur keberkesanan kaedah dari segi menarik generasi muda yang celik IT untuk mengenali keunikan dan kepelbagaian yang terdapat di negara ini, supaya mereka lebih cenderung untuk memilih melancong di negara sendiri kelak.

final • 11:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Melalui pelaksanaan enam aplikasi yang mengandungi elemen permainan interaktif, pertandingan, dan maklum balas, Tourism Malaysia yakin akan dapat menarik lebih banyak grafik ke laman facebook Tourism Malaysia, Cuti-Cuti 1Malaysia, terutamanya di kalangan generasi ‘Y’ yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan pelancongan domestik. Sejak aplikasi bagi acara Citra Warna 1Malaysia dilancarkan pada 21 Mei 2011 hingga 14 Jun 2011, laman facebook ini telah berupaya menarik seramai 20,308 peminat.

(i) jumlah ini adalah memberangsangkan dan Tourism Malaysia menjangkakan dapat mencapai sasaran seramai 120,000 peminat menjelang akhir bulan September 2011. Justifikasi bagi penggunaan laman sosial media, adalah berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan berikut: Jumlah pengguna facebook di seluruh dunia adalah 684 juta orang. Facebook merupakan laman web nombor satu yang paling banyak dilawati di dunia dan di Malaysia;

(ii) Malaysia mempunyai 17 juta pengguna internet dan menurut statistik facebook setakat 31 Mac 2011, seramai 10 juta rakyat Malaysia adalah pengguna facebook. Ini menjadikan Malaysia di tempat ke-16 dalam senarai pengguna facebook di seluruh dunia; dan

(iii) sebanyak 70 peratus daripada pengguna facebook di Malaysia adalah berumur dalam lingkungan 18 hingga 34 tahun.

Aplikasi melalui laman sosial ini dibangunkan dengan anggaran kos sebanyak RM1,758,432. Ia merangkumi kerja-kerja bagi kreatif, konsep dan idea, reka bentuk atau pun design, flash programming encoding, testing and debugging, uploading and launching or application, system server deployment and maintenance, development of database from contest, campaign management and monitoring serta online advertisement and fans recruitment di facebook dan google, dengan izin. Terdapat sebanyak enam aplikasi dilaksanakan bagi kempen dan acara seperti yang saya telah sebut sebentar tadi yang berkos RM293.72 bagi setiap satu.

Memandangkan pengiklanan ini menjurus kepada Kempen Cuti-Cuti 1Malaysia dan acara-acara anjuran Kementerian Pelancongan dan agensi Tourism Malaysia, pengiklanan ini dibuat melalui agensi pengiklanan yang dilantik iaitu Impact Creation Sendirian Berhad yang bertanggungjawab mengendalikan pasaran domestik dan acara bagi tempoh 2011 hingga 2013. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya kesian Yang Berhormat Timbalan Menteri, sakit pun kena datang jawab.

Dimanakah Yang Berhormat Menteri sedang melancong sekarang? Mengapakah Yang Berhormat Menteri tidak datang jawab kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri sakit? Yang Berhormat Menteri sedang melancongkah? Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya soalan tambahan. Mengapakah Kementerian Pelancongan perlu membelanjakan RM1.8 juta untuk satu aplikasi yang percuma? Semua orang tahu bahawa facebook dan sosial media ini percuma.

Sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa facebook Cuti-Cuti 1Malaysia ini selepas dibelanjakan RM1.8 juta, ada 20,308 orang peminat. Saya lihat sebentar tadi dalam facebook Cuti-Cuti 1Malaysia, 20,308 orang peminat. Facebook Visit Penang, satu sen pun kita tidak pakai di bawah Kerajaan Pulau Pinang, sudah ada 113,379 orang peminat. Ia tidak perlu satu sen pun sudah ada 100,000 lebih.

Saya hendak tanya, mengapakah kementerian perlu membelanjakan RM1.8 juta untuk satu aplikasi yang percuma? Kalau dalam kementerian tidak ada consultant, boleh tanyalah Yang Berhormat Ipoh Timur, seorang pengamal social media yang terawal di kalangan ahli parti politik. Kalau tidak mahu tanya di sebelah sini pun, boleh bertanya di sebelah sana. Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Rembau, ini semua pengamal-pengamal social media.

final • 11:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Setiap hari berjam-jam mereka pakai masa untuk sosial media sehingga Yang Berhormat Rembau sekarang hendak gaduh dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, hendak saman dia pula. Dia pandai social media. Mengapakah kementerian tidak menabungkan perbelanjaan ini? Ia tidak perlulah pakai ini dan tanyalah Ahli-ahli Parlimen dalam Barisan Nasional untuk menjadi consultant kepada kementerian dan tidak mungkin tidak ada seorang pun pegawai dalam kementerian yang tahu upload content dalam facebook?

Jangan beritahu saya tidak ada seorang pegawai yang tidak tahu upload Ini kerana designnya semua standard dalam facebook. Semua aplikasinya percuma, standard.

Mengapakah kita perlu membelanjakan RM1.8 juta untuk sesuatu yang percuma? Saya kasihan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana selalu ada soalan-soalan yang macam ini, Yang Berhormat Menteri melancong dan tidak ada. Yang Berhormat Timbalan Menteri yang perlu jawab. Akan tetapi saya haraplah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab bagi pihak Yang Berhormat Menteri yang sedang melancong. Terima kasih.

final • 11:10 PM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Kita semua tahu bahawa facebook adalah free di bawah pengurusan ataupun anjuran google. Walaupun demikian, reka bentuk atau design, pegawai kita ada yang membuat reka bentuk. Ia sememangnya begitu dan yang lain seperti flash, programming dan coding, adakah ianya free? Testing and debugging, uploading and launching of application, system server development and maintenance, development of database from the contest, campaign management and monitoring serta online advertising. Syarikat ini telah pun dianugerahkan untuk membuat pengiklanan dalam tempoh tahun 2011 hingga 2013. Oleh itu, ini dimasukkan di dalam tanggungjawab syarikat ini yang telah pun dianugerahkan dengan tugas-tugas pengiklanan domestik. Ia bukannya antarabangsa tetapi pengiklanan domestik. Sekian.

final • 11:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Pakai online, tidak mungkin kerajaan izin hingga RM1.8 juta?

final • 11:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rembau.

final • 11:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Rasah

Yang Berhormat Rembau, tanyalah Yang Berhormat Rembau.

final • 11:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana saya rasa terpaksa menjawab sedemikian. Saya agak setuju dengan sahabat saya dari Negeri Sembilan, Yang Berhormat Rasah ini nampak sedikit pembaziran, RM1.8 juta. Saya tahu bahawa ini merangkumi pelbagai kegiatan yang seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Akan tetapi sudah pasti sekiranya syarikat ini diberi satu mandat yang besar dengan satu peruntukan yang agak besar juga. Ia akan bawa pulangan yang juga besar. Akan tetapi kalau kita lihat yang paling latest 2,313 people like this.

final • 11:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sebenarnya tidak ada apa yang istimewa pada Facebook site ini. Dia biasa dan gunakan plate biasa sahaja. Bukan setakat Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi saya rasa ada Ahli-ahli Yang Berhormat lebih ramai lagi people who like the Facebook site daripada Tourism Malaysia site. Jadi soalan saya sebab benda ini boleh dibuat secara percuma.

Apakah sebenarnya KPI yang diberi kepada syarikat berkenaan? Kita tidak boleh hanya cakap ini bidang tugas mereka, ini yang mereka diminta untuk buat dan sebagainya. Kalau dari segi pengiklanan apakah KPI mereka dari segi tambahan mereka yang suka Facebook ini dan juga revenue yang dapat digenerate daripada pengiklanan yang datang daripada usaha syarikat tersebut untuk buat online advertising? Sudah pasti perlu ada KPI dan mungkin kita boleh memberi justifikasi mengikut KPI tersebut. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Terima kasih Yang Berhormat Rembau atas soalan tambahan itu yang berkaitan dengan KPI dan pengiklanan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, teruskan dengan jawapan Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. James Dawos Mamit

Tidak tahulah, dia orang ini seperti tidak faham aturan di dalam Parlimen. Kalau hendak bercakap, bercakap di luarlah. Di sini, kalau giliran Yang Berhormat bercakap, Yang Berhormat berdiri dan bercakap tetapi orang lain jangan bertanya soalan. Biarlah saya menjawabnya. Sakit pun saya mahu menjawab.

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Pengiklanan ini seharusnya dibuat oleh syarikat Impact Creations (M) Sdn. Bhd. kerana Impact Creations telah pun dianugerahkan untuk tugas pengiklanan pasaran domestik dan acara. Ini adalah satu daripada tanggungjawab syarikat Impact Creations (M) Sdn. Bhd. Daripada tahun 2011 hingga 2013, syarikat ini bertanggungjawab ke atas pengiklanan pasaran domestik dan acara. Untuk KPI, saya rasa di dalam pengiklanan kita kerana setiap tahun jumlah pelancong bertambah melawat di negara kita. Sejak tahun 2000 sehingga sekarang penambahan itu adalah 9 peratus. Jadi, oleh kerana setiap tahun juga kementerian membuat pengiklanan, maka tambahan itulah yang kita lihat sebagai ROI kepada pengiklanan-pengiklanan yang dibuat sama ada di luar negara ataupun di dalam negara. Terima kasih.

final • 11:20 AM

9. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Kewangan menyatakan, kadar inflasi tahunan sejak tahun 2008 dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk menyekat kelakuan menangguk di air keruh dan membantu rakyat yang berpendapatan rendah dalam menghadapi inflasi yang menjejaskan mutu kehidupan mereka.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Tebrau bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat Kuala Selangor yang juga dijadualkan pada hari ini serta soalan dari Ahli Yang Berhormat Kepong dan Lembah Pantai yang dijadualkan dijawab pada 15 Jun, 2011 dan 27 Jun, 2011 kerana menyentuh isu yang sama iaitu inflasi.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kadar inflasi negara meningkat kepada 5.4 peratus pada tahun 2008 akibat kenaikan ketara harga komoditi global terutamanya minyak mentah dan makanan. Ini adalah selari dengan peningkatan kadar inflasi dunia yang pada masa itu mencatatkan kadar 6 peratus. Pada tahun 2009, inflasi seluruh dunia menjadi reda apabila harga minyak mentah dan komoditi makanan jatuh mendadak daripada paras tertinggi pada tahun 2008 akibat permintaan yang lebih rendah berikutan kelembapan ekonomi global.

Sehubungan itu kadar inflasi negara turut mencatatkan penurunan kepada 0.6 peratus pada tahun 2009. Manakala pada tahun 2010 inflasi telah meningkat kembali sebanyak 1.7 peratus berikutan kenaikan harga komoditi termasuk minyak mentah dan makanan mulai pertengahan tahun 2010. Inflasi pada bulan April 2011 adalah 3.2 peratus dan bagi tempoh empat bulan pertama kadar inflasi negara yang dicatat adalah 2.9 peratus.

Pada masa ini inflasi yang dialami oleh Malaysia adalah disebabkan oleh faktor-faktor cost pushed atau tolakan kos akibat peningkatan harga komoditi global yang menyebabkan harga runcit dalam ekonomi negara terus meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah yang perlu menanggung beban kenaikan harga terutamanya harga makanan. Bagi membantu rakyat, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan. Pertamanya, memberi bantuan subsidi untuk petrol, diesel, LPG dan barangan makanan seperti beras ST15, gula dan tepung gandum serta memansuhkan duti import ke atas beberapa jenis barang makanan seperti bihun, biskut, jus, buah-buahan dan jagung manis. Sekali gus mengurangkan harga yang dibayar oleh pengguna terhadap barangan- barangan ini dan jumlah subsidi adalah sebanyak RM35 bilion dalam tahun 2008 dan RM23 bilion pada tahun 2010.

Langkah kedua adalah meningkatkan pengeluaran makanan. Untuk itu kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM974 juta sebagai pemberian subsidi harga padi, baja dan benih padi; RM230 juta untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi; RM235 juta bagi menaik taraf sistem perairan dan penggunaan benih padi bermutu tinggi serta RM170 juta bagi insentif hasil penangkapan ikan.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Bagi pelabur dan syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan makanan, kerajaan telah melanjutkan galakan potongan cukai dan pengecualian cukai pendapatan selama lima tahun lagi sehingga 2015. Di samping itu kerajaan sentiasa memantau pergerakan dan perkembangan harga terkini dan mengambil langkah-langkah yang perlu termasuk aktiviti penguatkuasaan supaya ia tidak menjejaskan kehidupan harian rakyat.

Bagi tujuan ini kerajaan telah mewujudkan portal interaktif “1Malaysia Pengguna Bijak” bagi memudahkan rakyat mengikuti perkembangan harga terkini barangan yang meliputi hampir 7,000 premis perniagaan di seluruh negara.

Seterusnya, kerajaan juga telah menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 mulai 1 April 2011 untuk mengelak penjual mengambil untung yang berlebihan. Dalam jangka masa panjang masalah bekalan makanan dalam negara dijangka dapat diperbaiki lagi dengan pelaksanaan Dasar Agro Makanan 2011-2020 lanjutan kepada Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008-2010. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana langkah-langkah yang hebat dan berturut-turut telah diambil untuk membantu rakyat menghadapi inflasi pada masa ini.

Kita semua tahu kos inflasi telah menyebabkan kos sara hidup yang lebih tinggi dan menjejaskan kualiti hidup setiap keluarga khususnya 40 peratus rakyat yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,500. Jadi, kumpulan rakyat ini sepatutnya diberi perlindungan lebih-lebih lagi dengan kenaikan kadar elektrik baru-baru ini.

Soalan saya, adakah benar tanggapan atau tuduhan yang menyatakan bahawa perjanjian subsidi gas berat sebelah dan memberi kelebihan kepada IPP? Bilakah kerajaan akan menilai semula subsidi gas dan perjanjian pembelian tenaga dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP)? Semoga kepentingan rakyat diutamakan. Adakah kerajaan bercadang menyalurkan hasil daripada rasionalisasi subsidi itu untuk mengurangkan kos pengangkutan yang merupakan salah satu faktor penjana inflasi? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat. Subsidi gas kepada IPP ini adalah merupakan satu subsidi untuk menjamin supaya harga ataupun tarif elektrik itu tidak terjejas dengan kenaikan harga gas. Kalau harga gas itu dibenarkan untuk di pass through, dengan izin, bermakna ini boleh menjejaskan harga penjanaan elektrik dan mungkin ini juga akan memberi kesan kepada tarif dalam jangka masa panjang. Jadi sebenarnya rasional pemberian subsidi gas pada awalnya ialah untuk memastikan supaya pengguna tidak dibebankan dengan kenaikan harga tarif ekoran daripada kenaikan harga gas. Apa pun kita telah dimaklumkan oleh kerajaan bahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri bahawa soal IPP ini sedang dalam perbincangan dan kesemua ini adalah merupakan perkara yang dimasukkan dalam agenda perbincangan dan kita mengharapkan hasil perbincangan ini akan memberikan kesan yang positif kepada rakyat dalam jangka masa panjang. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Walaupun Yang Berhormat tadi ada sebutkan beberapa langkah yang telah pun diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan inflasi tidak meningkat. Walau bagaimanapun, adakah Yang Berhormat sedar bukan sahaja faktor dalaman kita seperti yang disebut oleh rakan tadi yang mengatakan subsidi-subsidi seperti mogok di laut untuk menangkap ikan dan sebagainya. Ini memang menjejaskan harga dan begitu juga dengan faktor-faktor luar seperti ekonomi di Jepun di China dengan meningkat fix investment dan sebagainya.

Adakah ini akan menjejaskan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan?

final • 11:30 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong membawakan dimensi antarabangsa dan global kepada persoalan inflasi dalam negara kita.

Saya ingin memperjelaskan sedikit lagi dimensi global ini kalau kita lihat masalah inflasi yang dihadapi di Malaysia yang mencatatkan kadar seperti berikut:

final • 11:30 AM

Datuk Dr. Awang Adek Hussin

Negara2008 (peratus)2010 (peratus)2011 (peratus)
Malaysia5.41.73.2 hingga April
Vietnam23.09.217.5
Indonesia10.310.06.2
India8.312.09.4
China5.93.35.3

Bermakna kebanyakan negara dirantau ini sebenarnya berhadapan dengan masalah inflasi yang lebih tinggi daripada Malaysia, sebab utamanya ialah kenaikan harga komoditi.

Saya boleh bagi sedikit kadar-kadar umpamanya komoditi minyak 27 peratus pada bulan Mei 2011, minyak sawit 23 peratus kenaikan, gandum 28 peratus, jagung 58 peratus, soya 22 peratus sebulan sahaja, dari Mei 2011 berbanding dengan akhir Disember 2010.

Maknanya lima bulan peningkatannya melebihi 20 peratus. Harga beras sendiri di dunia dalam jangka masa sepuluh tahun telah meningkat 142 peratus daripada tahun 2000 hingga tahun 2010 harga beras USD per metrik tan dengan izin telah meningkat daripada US202 tahun 2000 kepada USD489 pada 2010. Ini maknanya masalah fenomena global, yang tercatat di Malaysia ini adalah di kalangan yang terbaik di dunia ini dan sebabnya adalah langkah-langkah bijak yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional. Tidak ada kerajaan yang lebih bijak daripada kerajaan Barisan Nasional... [Tepuk] Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1)
Kes Kematian Pegawai Kastam di Bangunan SPRM, Cheras

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Saya berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk kemukakan Usul yang berbunyi, bahawa Dewan mengizinkan Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan mengenai tuduhan Raja Petra Kamarudin tentang kes Ahmad Sarbaini Ahmad Muhammad bekas Pegawai Kastam yang dijumpai mati di Bangunan SPRM Cheras pada 6 April bahawa tiada bukti bahawa mangsa tersebut mempunyai kekayaan luar biasa dijumpai oleh pihak polis.

Mengikut beliau, Encik Ahmad Sarbaini hanya mempunyai tiga buah kereta yang sederhana iaitu sebuah Perodua Kancil, sebuah Honda CRV yang dibeli tangan yang kedua dan sebuah Proton Persona dan sebuah motosikal Modenas Kriss yang beliau membawa ke Bangunan SPRM pada hari yang malang tersebut. Encik Ahmad Sarbaini juga mempunyai sebuah rumah pangsa di Bukit Tinggi yang berharga RM65,872, sebuah rumah pangsa di Puncak Alam berharga RM68,988, sebuah rumah kluster semi D di Saujana Impian di Sungai Buloh berharga RM230,000 dan RM35,000 simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera. Itu sahaja. Apakah seorang pegawai kerajaan yang kononnya korup berkehidupan begitu sederhana sahaja? Apakah seorang yang tidak melanggari undang- undang sanggup membunuh diri ataupun SPRM sengaja memburukkan nama mangsa tersebut untuk melindungi kebenaran. Sampai hari ini tiada lagi suatu penjelasan yang memuaskan telah diberi oleh pihak berkuasa menyebabkan mangsa itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.

final • 11:36 AM

Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur

Polis Diraja Malaysia dan pendakwa raya harus menggunakan keputusan penyiasatan kes tersebut secara awam untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan rakyat Malaysia yang prihatin serta keluarga mangsa tersebut. Pihak polis dan SPRM tidak harus menolak dalih dengan alasan bahawa inkues akan dijalankan memandangkan sebagaimana dalam siri kejadian Teoh Beng Hock yang juga ditemui mati dalam tahanan SPRM di mana inkues hanya memutuskan open verdict tanpa satu keputusan yang memuaskan hati. Biarlah keluarga Sarbaini untuk memutuskan sama ada mereka mahukan inkues ataupun Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan tetapi adalah amat penting bahawa pihak polis dan SPRM bersifat bertanggungjawab dan telus dalam perkara ini demi memulihkan keyakinan ramai tentang integriti institusi-institusi tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Ipoh Timur pada hari Jumaat, 10 Jun 2011. Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli

final • 11:40 AM

Yang Berhormat itu tadi memenuhi tiga syarat iaitu

(i) bahawa perkara itu tertentu;

(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan

(iii) ia berkehendak disegerakan.

Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini perkara tertentu dan ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Kes kematian Allahyarham Ahmad Sarbani telah dirujuk oleh pihak Polis Diraja Malaysia kepada Jabatan Peguam Negara yang mana satu inkues akan dijalankan. Saya telah dimaklumkan kini pihak mahkamah telah pun menentukan 4 hingga 15 Julai sebagai tarikh inkues bagi kes ini. Oleh yang demikian, saya memutuskan bahawa perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2011) 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2011 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERANTI PERUBATAN 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengawal selia peranti perubatan, Industri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin]; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan untuk mengawal dan mengawal selia peranti perubatan, industri peranti perubatan dan aktivitinya dan menguatkuasakan undang-undang peranti perubatan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2011 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pentadbiran dan pembubaran perkongsian liabiliti terhad dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU (PINDAAN) 2011 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang bernama suatu akta bagi meminda Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dan bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, serta Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 ataupun Akta 28 adalah suatu akta yang dikuatkuasakan untuk melarang pendaftaran atau pelesenan sesuatu perniagaan yang menganjurkan atau berniat untuk menganjurkan perniagaan pelaburan wang kutu. Akta ini juga melarang penganjuran rancangan perniagaan yang juga dikenali melalui pelbagai nama seperti kutu, chitu, chipfan, huwei atau tontai.

final • 11:45 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Pindaan kepada Akta 28 yang dicadangkan sebagaimana yang terkandung dalam Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 adalah khusus kepada seksyen 3 akta tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan peruntukan hukuman denda dan hukuman penjara yang sedia ada.

Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011 yang dibentangkan pada hari ini mengandungi dua fasal. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan bagi permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Manakala fasal 2 bertujuan untuk memperkenalkan pindaan kepada seksyen 3 dengan meningkatkan hukuman denda dari RM5,000 ke RM500,000 dan hukuman penjara dari tiga tahun ke sepuluh tahun.

Tuan Yang di-Pertua, serta Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan kepada seksyen 3 dibuat memandangkan hukuman sedia ada tidak berupaya untuk membendung perniagaan skim kutu yang berniat untuk menawarkan pelaburan wang kutu kepada orang ramai. Di samping itu juga, hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah yang berasaskan akta sedia ada tidak dapat memberi mesej yang tepat kepada masyarakat berhubung keseriusan kesalahan jenayah di bawah seksyen 3, Akta 28. Peruntukan yang sedia ada adalah tidak memadai dan mencukupi bagi maksud untuk menghukum pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan dan melanggar seksyen 3, akta tersebut. Denda yang sedia ada adalah terlalu rendah dan ia merupakan denda yang dikenakan sejak tahun 1971 sehingga kini. Kebanyakan kes yang didakwa memperlihatkan penipuan yang melibatkan kepentingan awam yang menjadi mangsa penipuan tersebut.

Oleh yang demikian, hukuman lebih berat akan bertindak sebagai amaran kepada bakal penggiat skim kutu dan ia dijangka berfungsi sebagai satu kaedah pembanterasan kesalahan penipuan skim kutu ini.

Aduan dan pertanyaan mengenai skim-skim kutu yang dijalankan menunjukkan peningkatan lima kali ganda dalam tahun 2010 berbanding tahun 2009. Sebagai contoh pada tahun 2009, sebanyak enam kes dilaporkan manakala pada tahun 2010 sebanyak 25 kes dilaporkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Daripada laporan yang diterima juga, jelas menunjukkan bahawa penggiat skim kutu telah mula berjinak-jinak dengan alam siber untuk menjalankan kegiatan mereka di mana pada tahun 2010 jumlah aktiviti skim kutu talian secara online telah meningkat kepada lima kes berbanding dengan satu kes pada tahun 2009.

final • 11:45 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Dalam tahun 2010 sahaja, SSM telah mengambil tindakan mahkamah terhadap lima individu yang melibatkan dua perniagaan bagi kesalahan di bawah Akta 28 ini. Dalam kes pertama, tiga individu telah didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak dan telah disabitkan hukuman denda RM4,000 setiap seorang. Ketiga-tiga mereka telah didakwa menjalankan perniagaan penganjuran pengumpulan wang kutu yang dikenali sebagai Program Taawon melalui perniagaan yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama Grand Merger Network and Services.

Dalam kes kedua, dua individu telah didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam bagi kesalahan yang sama dan didakwa menjalankan perniagaan penganjuran wang kutu yang dikenali sebagai program ekspres melalui perniagaan yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia di atas nama World Heritage Resources.

Melihatkan kepada kes-kes yang dinyatakan sebentar tadi, jelas bahawa pindaan ini diyakini mampu memenuhi keperluan semasa di mana aktiviti yang melibatkan penganjuran wang kutu yang mengutip pelaburan daripada orang awam boleh dikawal dan dibendung dari terus berleluasa dan memberi impak negatif terhadap aspek ekonomi dan sosial negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta

(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun, Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:52 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya nampak, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 11:52 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menyokong Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu

(Pindaan) 2011. Ini satu usaha baik, satu usaha berterusan pihak kerajaan..., tahniah kementerian dalam membendung gejala penipuan wang terkumpul bagi mengelak rakyat teraniaya dan tertipu... [Disampuk] Inilah pembangkang. Kita cakap salah, tak cakap salah.

Kita sokong salah, tak sokong salah. Saya pun tak faham pembangkang ini apa sebenarnya yang dia hendak. Hendak memerintah, memang jauh panggang dari api. Tak boleh punya.

Tuan Yang di-Pertua, dahulu wang kutu ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingat masa kecil-kecil dahulu di kampung, ia menjadi amalan orang-orang kampung dalam memudahkan urusan kewangan, mak saya, mak saudara, akak sepupu, jiran tetangga.

Dahululah ini, dahulu. Ini kerana dahulu tidak ada kemudahan simpanan bank Tuan Yang di-Pertua. Di kampung-kampung, di pedalaman tidak ada. Dahulu juga kerana sifat amanah dan bertanggungjawab masyarakat begitu tebal. Tuan Yang di-Pertua saya rasa masih ingat lagi agaknya. Dahulu sifat amanah dan sifat bertanggungjawab ini begitu tebal. Jadi, tidak ada apa masalahlah itu. Dahulu wang kutu ini lebih tertumpu dalam sifat menolong, membantu dalam menyelesaikan masalah kewangan di kalangan masyarakat setempat.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, walaupun akta ini telah diperkenalkan pada tahun 1971, tetapi ia tidak berapa diguna pakai sangatlah kerana sifat-sifat yang baik yang ada di kalangan masyarakat.

Namun Tuan Yang di-Pertua, masa beredar, masa bertukar, sifat manusia pun sudah mula jauh bertukar. Ya lah, macam PAS dahulu Islam, sekarang sudah kebajikan.

Bertukar, Tuan Yang di-Pertua. Dia buang dia punya tujuan asal itu. Dia buangnya betul- betul, Tuan Yang di-Pertua. Saya tak faham macam mana ya. Daripada Islam kepada kebajikan. Maknanya dia meniru UMNO, Tuan Yang di-Pertua. UMNO sudah lebih 50 tahun sudah kebajikan ini. Membantu, Tuan Yang di-Pertua. Yang ada dalam negara ini rakyat rasa selesa hidup, dibantu, ditolong ini, sudah lama kerajaan UMNO Barisan Nasional mengamalkan sikap kebajikan. Baru 55 tahun PAS hendak tiru, Tuan Yang di-Pertua.

Astaghfirullahalazim.

Okey Tuan Yang di-Pertua, masuk cerita kutu ini Tuan Yang di-Pertua. Namun, usaha baik ini, dahulu tebal Yang Berhormat Menteri. Tebal rasa tanggungjawab, amanah.

Tebal. Dahulu Tuan Yang di-Pertua, bendahari masjid di kawasan saya Tuan Yang di- Pertua, dahulu pun pakai derma – orang kampung saya panggil beta’yan Tuan Yang di- Pertua. Tidak tahu kampung Tuan Yang di-Pertua dipanggil apa. Beta’yan ini bermakna ya lah, dua ringgit seorang, seringgit seorang. Dia ambil duit ini Tuan Yang di-Pertua, masukkan dalam satu... [Disampuk] Bukan tabung. Ini satu bunjut kain. Orang Johor kata.

Bunjut kain ini di kalangan sapu tangan. Dimasukkan di situ dan diikat. Bila mesyuarat tiga bulan akan datang Tuan Yang di-Pertua, bunjut itulah yang dibawa Tuan Yang di-Pertua, untuk dikira di situ. Macam itu punya amanah, Tuan Yang di-Pertua. Itu dahulu. Saya ingat lagi, Haji Shukor nama orang itu. Orang Banjar. Amanah betul dia. Tidak hendak masuk kocek dia. Berapa yang dia terima, itulah juga yang akan dikira Tuan Yang di-Pertua. Begitu amanah.

final • 11:52 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Sekarang Tuan Yang di-Pertua, saya pergi sembahyang di masjid di Ipoh, di Masjid Bandar Raya Ipoh, ada satu tong Tuan Yang di-Pertua, untuk derma bagi sebuah masjid yang ada di Kedah. Ini sembahyang di Bandar Raya Ipoh ini. Seorang tua yang keluar sembahyang bersama-sama selepas Jumaat, dia marahnya orang yang mengendalikan tong ini. Dia kata, “Bila kampung saya mengedarkan tong minta derma?

Saya Pengerusi Masjid kampung saya ini. Kenapa buat ini?” Maknanya orang menipu atas nama agama ini, Tuan Yang di-Pertua. Astaghfirullahalazim. Menipu dengan menggunakan agama di masjid, Tuan Yang di-Pertua. Rupanya kalau kita masukkan duit dalam tong macam ini, maknanya duit bukan mesti sampai kepada matlamat yang tertera di tong itu.

Jadi, kesempatan orang bersilaturahim ini diambil kesempatan oleh sesetengah individu dan sesetengah syarikat kewangan seperti yang Yang Berhormat Menteri kata tadi.

Saya ucap tahniah, syabas kepada kementerian. Inilah kementerian kerajaan Barisan Nasional yang penuh tanggungjawab. Rakyat didahulukan. Inilah kementerian yang memang mengotakan rakyat didahulukan ini. Hebat Menteri ini. Pilihan raya akan datang teruslah bertanding dan jadi Menteri. Ini doa saya, Tuan Yang di-Pertua. Tidak salah Tuan Yang di-Pertua ya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya dengar khabar ada beberapa individu telah pun ditangkap dan didakwa, dan sesetengah individu ini Tuan Yang di-Pertua, sangking, pandainya dia, faham ya perkataan sangking ini. Perkataan sangking ini bahasa orang Jawa kampung saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:52 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat ini melencong jauh juga ini tetapi tidak mengapalah. Tidak jauh dekat sahaja. Cuma pindaan kepada akta ini nampaknya simple sahaja iaitu mengenai dengan hukuman denda daripada RM5,000 ke RM500,000. Kemudian penjara maksimum daripada tiga tahun ke sepuluh tahun. Itu untuk hendak memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat dengan kegiatan skim kutu haram ini.

Saya hendak tanya Yang Berhormat apakah hukuman ini akan berkesan? Kalau itulah niatnya sebab kita tahu pengedar-pengedar dadah sebelum ini dikenakan hukuman mandatori di bawah 39(b) kalau didapati bersalah memiliki, mengedar ganjakah, dadahkah dengan sekian-sekian, Yang berhormat. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat setujukah tidak kalau saya cadangkan selain daripada denda RM500,000 ini biar nampak kalau hendak serius betul-betul dia kena masuk hukuman mandatori. Mandatori ini wajib.

Pada perkara-perkara yang kita lihat boleh memudaratkan masyarakat. Ini boleh memudaratkan ini.

Masyarakat contohnya kita katakan sini dia mulakan dengan tiga tahun penjara.

Kita boleh catatkan tiga tahun wajib mandatori. Penjara, tiga sebatan dan selepas itu disambung pula dan boleh juga dipenjara atas pertimbangan hakim lebih empat tahun ke sepuluh tahun. Baru dia berkesan. Ini yang kalau hendak kita katakan hendak undang- undang itu dijadikan satu undang-undang yang berkesan. Saya takut ianya juga akan beri hasil yang sama, selepas adanya rang undang-undang ini kerana kegiatan kutu ini Tuan Yang di-Pertua saya hendak tanya Yang Berhormat yang senyap-senyap ini, yang di kampung-kampung ini.

Bagaimana kementerian hendak detect, penguat kuasa hendak detect yang senyap-senyap saya hendak tanya saya hendak tumpang sekalilah dalam ucapan Yang Berhormat. Macam mana hendak kesan yang main kutu di kampung-kampung. Malah di pejabat-pejabat pun ada dan apa hukum dari segi Islam yang orang-orang yang melibatkan diri dari segi skim kutu ini. Ini kerana dalam konteks Islam mungkin boleh diberi penerangan supaya mereka tidak terlibat kegiatan dalam seumpama ini. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, sebahagian ucapan Yang Berhormat Pasir Mas boleh masuk sebahagian ucapan saya.

Akan tetapi, kalau dia tanya berkesan, tidak berkesan semua hukuman berkesan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebahagian yang mana satu Yang Berhormat?

final • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Mandatori tadi itu saya setujulah. Berkesan tetap berkesan Tuan Yang di-Pertua cuma kadang-kadang orang tidak serik, orang tidak takut. Dadah sampai penjara, sampai gantung sampai mati. Bukan gantung sahaja. Gantung sampai mati. Tidak juga orang serik. Saya tadi soal jawab mulut tadi. Dadah meningkat, meningkat. Saya rasa sejak abang blackkah, apakah Awang Hitam masuk sejak mereka berleluasa masuk ke negara kita nampaknya jenayah dadah makin meningkat. Apakah tidak ada sesuatu langkah yang hendak kita ambil. Sejak dia masuk ini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak tuduhlah siapa-siapalah. Negara manalah saya tidak hendak menuduh tetapi semenjak mereka berleluasa dadahnya gejala ini makin meningkat. Itu kena fikirlah ya.

Akan tetapi, Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri tadi dia tidak hendak menjawab sangat. Saya yalah, okey nanti kata lari daripada tajuk pulalah. Jadi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kementerian beberapa individu telah ditangkap, beberapa syarikat telah ditangkap, sampai ada syarikat sampai 76 juta individu punya menggunakan istilah-istilah Islamic. Tipu lagi gunakan cara-cara Islam, pakaian-pakaian Islamic, cuba menipu.

Rupanya pakaian ini tidak boleh jadi ukuranlah Tuan Yang di-Pertua. Jenama- jenama Islamik kadang-kadang ini pun tidak boleh hendak dijadikan ukuran untuk kita percaya. Kadang-kadang lebih dahsyat ia punya penipuan. Orang tertipu. Jadi saya amat menyokong sangat seksyen 3 ini dipinda daripada RM5,000 jadi RM500,000 daripada tiga tahun menjadi sepuluh tahun seperti Yang Berhormat Pasir Mas tadi memang kalau boleh kedua-keduanya sekali dan sebat. Baru agaknyalah cuma bicara ini jangan lama sangatlah Tuan Yang di-Pertua.

Bicara tangguh, bicara tangguh, bicara tangguh, tangguh, bicara tangguh, tangguh. Bila hendak selesai. Kalau bicara tangguh, bicara tangguh, bicara tangguh. Jadi bila hendak keadilan hendak ditegakkan walaupun kita bercakap kepada mana-mana saya mahu keadilan, kita mahu keadilan. Akan tetapi, sebenarnya apabila bicara tidak nampak keadilan itu. Saya tidak menuduh mana-mana Tuan Yang di-Pertua. Cuma faham-faham sahajalah Tuan Yang di-Pertua. Kadang tidak terdaya orang hendak tunggu. Astaghfirullah al-Azim. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 12:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Kutu ini. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin memberi pandangan saya bahawa sebenarnya skim kutu ini yang diberikan berbagai-bagai nama merupakan satu jenis micro financing yang dikatakan a form of mutual help untuk mereka yang mungkin tidak ada hartanah untuk dicagar kepada bank untuk mendapat pinjaman. Skim ini telah pun menolong ramai orang untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka dan juga mengumpul dana sejumlah yang boleh untuk menolong mereka memulakan perniagaan ataupun membuat satu rancangan.

Ini kerana kutu ini tidak harus diharamkan. Akan tetapi, haruslah dengan izin dikawal selia. We must regulate kutu, not ban kutu. Oleh sebab itu, saya rasa pindaan yang patut dibuat supaya ia dikawal selia dan bukan diharamkan seperti yang sedia ada ini. Ini kerana melalui kutu inilah kita boleh mengelakkan masalah-masalah ah long atau peminjam wang yang mengenakan bunga yang berlebihan. Jadi dan pindaan ini daripada RM5,000 kepada RM500,000 sebagai denda merupakan satu lagi perkara yang akan menggalakkan rasuah berlaku.

Kita tahu apabila sesuatu denda ini dinaikkan berlipat ganda, pegawai-pegawai yang enforcement officer dengan izin biasanya akan mengugut mereka yang melakukan sesuatu kesalahan dengan mengatakan bahawa akibatnya akan sangat berat sekali, sehinggakan orang takut hendak pergi ke mahkamah dan lebih untuk mengelak daripada denda yang begitu berat sekali mereka akan memberikan wang rasuah. Jadi memang ini bukannya cara untuk menyelesaikan masalah satu skim yang mana niatnya yang baik satu cara micro financing.

final • 12:06 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Penjara sepuluh tahun ini memang terlalu berat dan kita tahu masyarakat kita memang masih menjadi satu amalan di banyak tempat di kawasan-kawasan perkampungan di mana skim ini sedang dijalankan. Apa yang patut kita tekankan ialah mereka yang menipu mereka yang those who commit Criminal Breach of Trust (CBT) ialah patut dihukum. Mereka yang mengamalkan kutu ini ataupun ketuanya ataupun mereka yang menjalankan skim ini yang menipu haruslah didenda ataupun dihukum seberat-beratnya.

Memandangkan kutu ini diharamkan, ramai mereka yang dengan izin, participate dalam skim ini takut hendak lapor kepada polis.

Ini akan menjejaskan pelaksanaan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menipu ataupun telah commited Criminal Breach of Trust. Oleh yang demikian saya memohon agar kerajaan tidak memindah, menaikkan hukuman yang begitu berat ini dan mencari satu jalan di mana ‘kutu’ ini boleh dikawal selia dan tidak diharamkan. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:06 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin turut membahas pindaan Akta Kumpulan Wang Kutu 1971. Saya rasa saya memang mengalu-alukan langkah yang diambil oleh kerajaan sebab perkara ini telah merisaukan rakyat dan orang ramai. Tuan Yang di-Pertua, kebiasaannya wang ‘kutu’ ini lazimnya diseliakan oleh beberapa kumpulan dalam keluarga, kawan-kawan rapat 10 orang atau 15 orang dikumpulkan dan digilir-gilirkan pendapatannya setiap bulan. Akan tetapi akhir-akhir ini, keraguan dan juga ketakutan orang ramai apabila ada individu ataupun syarikat yang menganjurkan wang ‘kutu’ ini.

Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan di mana satu peristiwa berlaku seorang telah mengorganizekan wang ‘kutu’ ini ke seluruh negara. Dia kumpul wang rakyat di seluruh Malaysia dan lebih kurang RM24 juta dia kumpul dia ambil komisen 10 peratus. Bermakna dia akan mendapat lebih kurang RM2.4 juta di atas kumpulan duit orang ramai. Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama wang ini pun lesap dia bawa lari.

Jadi rasa saya akta ini mencukupi untuk menghalang mana-mana individu ataupun mana-mana syarikat yang cuba menganjurkan wang ‘kutu’ ini sebab wang ‘kutu’ ini lazimnya apabila dianjurkan di antara kawan-kawan tanpa memungut cukai, tax atau interest, ia tidak salah. Apa yang salahnya apabila dia pungut cukai. Ini yang membimbangkan orang ramai dan pindaan penjara tiga tahun kah atau 10 tahun dan juga denda RM5,000 kepada RM500 ribu ini rasa saya yang terbaiklah. Ini bukan apa, untuk kita menghalang.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Apa Yang Berhormat Kinabatangan katakan tadi merupakan skim cepat kaya di mana kalau dipungut komisen, orang melabur kerana mendapat pulangan yang banyak. Akan tetapi bagi ‘kutu’ ini ia adalah satu sistem micro financing. Jadi ingin dapatkan penjelasan kerana takut dicampuradukkan dan kita tidak dapat bezakan skim cepat kaya dan micro financing ini.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

Biasanya macam itu tetapi yang diorganize ini wang ‘kutu’. Dia organize seluruh negara.

Dia kumpul berpusinglah satu bulan. Bulan pertama dia beri sampai bulan kesepuluh.

Lepas sahaja tahun yang akan datangnya, sudahlah komisen diambil, wang yang dia kumpul RM24 juta pun lesap. Bukan skim cepat kaya tetapi dia punya modus operandi hampir sama. Jadi ini lah juga saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri supaya tidak ada lagi organizers atau penganjur-penganjur yang menganjur wang ‘kutu’ secara besar- besaran. Dia buat seluruh negara. Jadi ini yang masalah.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau 10 atau 20 orang itu biasalah di antara kita di kampung-kampung memang ada di mana-mana wang ‘kutu’ ini dipraktikkan kebiasaannya suri rumah. Iaitu mereka kumpul sedikit-sedikit di kalangan mereka dan wang itu mereka laburkan pula dalam satu perniagaan yang kecil-kecil. Akan tetapi kalau dia sudah organize seluruh negara dan dia ambil komisen, itu saya rasa bukan lagi satu perkara yang biasa tetapi sudah luar biasa dan memerlukan perhatian daripada kementerian untuk membanteras aktiviti seumpama ini supaya tidak menjejaskan ekonomi masyarakat itu.

Oleh sebab yang melabur wang ‘kutu’ ini rata-rata pendapatannya tidaklah lumayan. Mereka bekerja berpendapatan gaji mungkin seribu atau dua ribu gajinya sebulan dia laburkan untuk pusingan yang seterusnya. Akan tetapi malangnya ditipu dan ini lah sebenarnya hasrat kerajaan ini yang saya amat bersetuju lah...

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Putatan, silakan.

final • 12:10 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan hujah sahabat saya daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Ini perkara wang ‘kutu’ ini Tuan Yang di-Pertua di kampung-kampung memang ada dinamakan ‘hue’ dan ada juga yang katakan ‘cittah’, ‘citfun’ dan ‘tonteh’... [Disampuk] Bukan ‘ton-ton’, tonten Yang Berhormat Kinabatangan. Jadi ini boleh membantu orang-orang di kampung Yang Berhormat Menteri. Ini masih berlaku, isteri saya ikut juga ‘hue’ ini. Dia berpendapatan rendah RM100 sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beritahu Tuan Yang di-Pertua ini aktiviti masih bergiat di kampung-kampung di antara isteri-isteri untuk buat business-business jual kuih, goreng kuih dan sebagainya mencari satu bahan kapital. Jadi kalau adanya akta ini, dengan denda begitu tinggi saya khuatir nanti penguat kuasa kementerian ini menyalahgunakan akta ini untuk membanteras aktiviti-aktiviti seperti ini di peringkat kampung. Jadi ini tidak akan menggambarkan keprihatinan kerajaan kerana kerajaan telah juga mengharamkan wang ah long.

Jadi saya harap kementerian berwaspada dan berhati-hati sebab ini masih aktif di kampung-kampung. Jadi yang Kinabatangan saya rasa kampung di kawasannya pun ada berlaku. Saya minta penjelasan supaya kementerian tidak tergesa-gesa untuk menguatkuasakan rang undang-undang di peringkat-peringkat kampung...

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Kinabatangan boleh satu lagi penjelasan.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh-boleh.

final • 12:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan. Memandangkan tadi Yang Berhormat Kinabatangan pun mengaku bahawa ‘tonten’ atau ‘hue’ atau ‘kutu’ ini diamalkan oleh mereka yang berpendapatan rendah. Adakah patut kita meminda undang-undang sehingga hendak didenda RM500 ribu padahal kita tahu kalau mahkamah menjatuhkan sesuatu hukuman dia akan mengambil kira berapakah jumlah maksimumnya yang dikenakan.

Walaupun oleh sebab dinaikkan sebanyak RM500 ribu, mahkamah mungkin pun kalau dirasakan hendak hukum ringan juga mungkin akan mengenakan sekurang- kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang ditetapkan, adakah adil kita mendenda suri rumah tangga itu RM500 ribu dan ini memang mereka tidak akan berupaya membayar dan mereka akan masuk penjara bertahun-tahun untuk sesuatu skim yang pada mereka satu skim yang tolong-menolong? Jadi bolehkah kita minta kerajaan supaya menarik balik bill ini dan pertimbangkan semula supaya pada hemah saya to regulate, mengawal selia rather than satu larangan ke atas amalan ini yang memang menolong ramai rakyat yang miskin.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey saya jawab soalan Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Putatan.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya bukan Menteri tetapi saya dapat faham isi undang-undang ini iaitu mereka yang menganjurkan dan mengambil komisen mengambil untung daripada yang dianjurkan maka dia akan apply dengan undang-undang ini. Akan tetapi kalau orang kampung, suri rumah masih di antara mereka tidak ada komisen. Maka dia tidak akan dikenakan. Walau bagaimanapun saya setuju penguat kuasa juga harus diberi kefahaman sebab penguat kuasa ini lulus sahaja akta ini dia memandai-mandai pula terutama sekali turun di kampung, “Oh! undang-undang ini kamu sudah salah”. Dia macam Raja pula.

Jadi ini pun perlu penguat kuasa itu perlu kefahaman di mana mereka boleh mereka laksanakan akta ini dan di mana mereka tidak boleh. Oleh sebab akta ini pada saya dia akan mencakupi kepada mereka-mereka yang menganjurkan wang ‘kutu’ ini dengan mengambil kesempatan komisen.

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau tiada komisen, tiada apa-apalah. Maka dia tidak tertakluk dalam akta ini.

Jadi, rasa saya memadailah penjelasan saya kepada kedua-dua Yang Berhormat. Kita juga meminta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan terperinci dan saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri iaitu apakah akta ini mencukupi kepada mereka- mereka apabila berceramah kumpul duit. [Ketawa] Terutama sekali Parti Pembangkang lah, PAS asal ceramah sahaja dia kutip wang.

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh koo Ham - Beruas

Minta pandangan.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Apakah juga ini, tertakluk dengan wang kutu ini. [Ketawa] Saya pun kena maklumlah. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. [Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Minta pandangan. Boleh saya...

final • 12:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini betul-betul kutu UMNO. [Ketawa]

final • 12:20 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Saya ingin menanya Yang Berhormat Kinabatangan daripada penjelasan tadi, memang kita perlu meminda undang-undang ini untuk membezakan skim-skim micro financing yang kecil ini.

Oleh kerana mengikut undang-undang, yang mana undang-undang terpakai kepada semua orang. Jadi, kalau pun di kampung-kampung ada orang yang ditangkap, ia akan dikenakan hukuman yang begitu berat sekali. Sekurang-kurangnya RM50,000, 10 peratus.

Sebagai pengamal undang-undang, memang saya dapati mahkamah akan kalau seringan-ringannya pun akan mengenakan hukuman sekurang-kurangnya 10 peratus. Jadi, ini bermaksud ramai yang akan masuk penjara. Ini tidak adil kepada mereka yang tidak melakukan sesuatu kesalahan yang kita kata, hak yang mendatangkan kerosakan kepada masyarakat. Ini satu skim mereka sendiri. Kita harapkan amalan mereka yang mencuba menolong mereka sendiri kerana bank-bank dan kerajaan kurang ada sistem micro financing yang boleh mereka ambil.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, faham Yang Berhormat.

Yang Berhormat ini pengamal undang-undang akan tetapi Yang Berhormat tidak faham- faham. Undang-undang ini macam ini. Macam juga undang-undang mengedar dadah. Dia mengedar sedikit pun kena juga. Dia mencuri sedikit pun kena juga. Jadi, siapa-siapa yang menganjur wang kutu, mengambil komisen, mengambil pendapatan daripada apa yang di anjur maka dia kenalah.

Akan tetapi kalau ambil komisen tidak ambil kesempatan, tidak kenalah. Begitu akta ini. Jangan ambil keuntungan. Kalau ambil keuntungan di atas penderitaan orang lain itu, memang tidak betul. Oleh sebab itu akta ini lebih adil kepada semua pihak. Siapa pun sama ada orang kampung kah, orang bandar dan pinggir bandar, kalau dia membuat atau menganjur wang kutu, mengambil wang keuntungan maka kenalah dia dengan akta yang ada ini. Akan tetapi kalau dia menganjur akan tetapi dia tidak ambil keuntungan antara kawan-kawan, macam kita rakan-rakan MP buat wang kutu, Yang Berhormat tidak ambil keuntungan, tidak kena.

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Akan tetapi kalau macam Yang Berhormat Pokok Sena menganjur, beliau mengambil keuntungan kenalah dia... [Ketawa]

final • 12:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan, dalam akta yang kita hendak pinda ini tidak menyatakan hanya mereka yang mendapat keuntungan. Sesiapa yang mengamalkan sistem kutu, melibatkan diri dalam kutu... [Bercakap dalam bahasa Cina] Macam-macam, dia tidak kata mendapat komisen, mendapat keuntungan.

Sistem kutu ini ialah satu cara di mana kita kumpulkan wang daripada beberapa orang untuk digunakan oleh seorang dulu, kemudian kita mengambil kita kata giliran untuk menggunakan sejumlah wang yang agak banyak untuk membolehkan, menolong mereka memulakan suatu perniagaan ataupun sesuatu perkara yang hendak mereka lakukan. Jadi, kita patut kata jelas tentang undang-undang. Ini tidak menyatakan hanya mereka yang mengaut keuntungan yang akan didenda. Itulah soalan yang saya hendak tujukan.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat tadi saya telah angkat persoalan Yang Berhormat kepada Yang Berhormat Menteri. Saya kata saya bukan Menteri untuk menjawab persoalan Yang Berhormat. Saya mengangkat ucapan Yang Berhormat, sampaikan kepada Yang Berhormat Menteri. Cuma dalam akta induk ini, yang dipinda ini sedikit sahaja. Denda dengan penjara, itu sahaja. Akta induk ia memang sudah ada. Apa-apa aktiviti yang mengakibatkan...

final • 12:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Pungutan wang ataupun komisen maka dia akan tertakluk dengan akta ini. Akan tetapi mana-mana yang biar pun 100 orang akan tetapi kalau dia tidak ambil komisen, apa yang dibayar itulah yang dia dapat, dia dapatlah. Kenapa akta ini dipertingkatkan, kepada kefahaman saya iaitu terdapat individu dalam negara ini menganjur wang kutu sehingga melibatkan ber million ringgit dan mereka mengambil komisen 10 peratus, 15 peratus maka itu penipuan.

Oleh sebab itu maka dikenakanlah akta yang sebegini untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya jangan mengambil kesempatan dengan kelonggaran akta yang ada dan menipu pelanggan-pelanggan yang lain. Ya, sila-sila.

final • 12:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, selepas ini saya akan hadkan masa. Perkara yang semudah, sama ada dinaikkan atau tidak pun boleh meleret-leret. Sila tanya, selepas itu saya hadkan tiga minit seorang, selepas itu saya panggil Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 12:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan sebut tadi ada betulnya akan tetapi saya hendak merujuk kepada kenyataan akhbar [Menunjukkan keratan akhbar] daripada Ketua Pengarah SSM yang mengatakan sistem kutu ini memang salah dari segi undang-undang.

Bila disebut sahaja kutu, ditakrifkan salah di segi undang-undang. Jadi, walaupun pindaan kita ini ringkas akan tetapi asasnya cukup mustahak untuk kita semua tahu kenapa dikata kutu ini haram dan kutu ini menyalahi undang-undang. Walaupun hendak dipinda ini ringkas sahaja daripada tiga tahun kepada 10 tahun dan kemudian RM5,000 kepada RM500,000 denda. Memang ringkas akan tetapi natijahnya besar.

Kalau ikut di sini, ia tidak semestinya ada keuntungan. Takrifan ciri-ciri ia digariskan di sini. Sistem pelaburan yang mudah dan singkat dinamakan kutu. Selepas itu, yang tidak melibatkan produk dianggap kutu. Melibatkan jumlah sumbangan pendahuluan yang rendah dianggap kutu juga. Kemudian ada downline, kutu juga. Kemudian, kalau transaksinya menggunakan sistem-sistem yang ada sekarang pun dianggap kutu juga. Jadi, ruang lingkup kutu ini bukan sahaja tidak ada keuntungan. Yang mengumpulkan wang akan tetapi tidak berlandaskan mana-mana peraturan ataupun pendaftaran dianggap kutu.

Maknanya kutu ini luas ruang lingkupnya. Takrifannya cukup luas.

final • 12:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Oleh sebab itu walaupun hendak dinaikkan RM5,000 kepada RM500,000 kah, tiga tahun kepada 10 tahun kah? Adakah kita buat persiapan yang cukup untuk kita jaring, untuk kita sediakan jaringan itu untuk menyelesaikan masalah ini? Itu persoalan yang saya rasa mustahak kita fikir, terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Memang betul Tuan Yang di-Pertua, pindaan dia ringkas akan tetapi inti pati ia kalau dilaksanakan sangat berat. Jadi, tidak apa Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua duduk di sana, biar kita bicara sedikit. Selepas ini Tuan Yang di-Pertua buat satu minitlah, saya tengok. Saya setuju dengan Yang Berhormat Indera Mahkota... [Ketawa] Memang, cuma saya tidak...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan duduk dahulu. Saya buat komen sedikit. Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk membahas wording dalam akta, perkara itu memang lebar, perlu membaca buku macam mana wording untuk buat. Semua ini pun saya anggap telah diperhalusi. Kalau seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota bahawa ianya luas, kutu itu makanya itulah sebab tidak banyak definisi sangat.

Supaya jangan banyak pertengkaran di dalam mahkamah. Jadi, akta ini – yang lainnya terpulang kepada discretionary, orang yang mendakwa nanti. Tidak mungkin pendakwa, orang di kampung yang pendapatan RM20 satu bulan dia dakwa. So, kadang- kadang kalau kita berbahas pun apply lah perkara-perkara logik. Sila Yang Berhormat Kinabatangan. Saya pendekkan selepas ini.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya masukkan hujah Tuan Yang di-Pertua di antara hujah saya... [Ketawa] Memang benar kita tidak juga boleh dibuai oleh andaian-andaian orang kampung apa semua, memang benar. Hendakkan ini pendakwa raya – pendakwa-pendakwa kita tidak ada pertimbangan.

Cuma yang penting pada saya penguat kuasa kita itu, jangan mereka ambil kesempatan, apabila ada kuasa mereka menggunakan kuasa yang tidak ada batasnya, mereka aim siapa-siapa mereka suka, ini harus diberi pertimbangan oleh kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri. Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ramai lagi. Okey Yang Berhormat Parit Buntar dua atau tiga minit. Selepas itu Yang Berhormat Batang Sadong. Selepas Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Indera Mahkota. Selepas itu Yang Berhormat Jasin. Selepas Yang Berhormat Jasin..., mahu lagi?

final • 12:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih... [Ketawa]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila-sila Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 12:20 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berasa terpanggil juga untuk berbahas khusus timbul beberapa persoalan daripada pembahas-pembahas tentang bill ini iaitu tentang apakah hukum Islam di dalam permainan kutu ini? Saya rasa kita berada dalam dua situasi iaitu akta yang diperuntukkan dan juga dari sudut agama apakah hukum yang dikatakan permainan kutu itu? Mengikut hukum Islam dalam perkara-perkara yang sebegini rupa, yang menyebabkan perkara itu dianggap ataupun dihukum sebagai haram mestilah mempunyai alasan-alasan. Ini kerana dalam kaedah selain daripada ibadah menyatakan bahawa perkara asal itu seharusnya dalam perkara itu semuanya harus kecuali diharamkan oleh Allah.

Apa yang dikatakan haram itu, kalau boleh saya quote dalam kaedahnya Tuan Yang di-Pertua... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ini bermaksud, “Asal sesuatu urusan di dalam muammalah itu iaitu ialah harus sehinggalah sesuatu yang mengharamkannya”.

Jadi dalam isu kutu ini, ia bukan soal ibadah tetapi ia soal muammalah, harian manusia, keperluan dan sebagainya.

final • 12:30 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Selagi tidak ada unsur-unsur gharar, penipuan, selagi tidak ada unsur-unsur riba, selagi tidak ada unsur-unsur penindasan maka dari sudut syariah hukumnya adalah harus.

Itu telah disepakati.

Dalam kes skim kutu ini kita mendapati dan kita minta juga penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah terkandung ataupun terlibat sama permainan kutu di sekolah-sekolah contohnya? Saya juga difahamkan di sekolah-sekolah, pelajar-pelajar kita bermain kutu. Begitu juga suri-suri rumah, pejabat, sekolah, guru-guru dan sebagainya.

Apakah ia juga termasuk dalam akta ini yang saya faham daripada akta ini ialah kita perlu melihat dari sudut maslahah ataupun satu proviso yang lebih besar yang melibatkan penipuan, penindasan, dan permainan sehingga berlaku penindasan pada satu pihak dan keuntungan kepada pihak-pihak yang lain.

Jadi, saya juga ingin menarik perhatian semua Ahli Dewan. Kita juga perlu melihat mengapakah hari ini permainan kutu begitu famous ataupun begitu berleluasa. Saya melihat juga bahawa ada satu kelompangan di sini bahawa masalah kemiskinan, kesusahan hidup dan bebanan hidup yang tidak dilihat ataupun tidak di tackle oleh kerajaan secara tuntas ya Yang Berhormat Kuala Selangor menyebabkan berlaku satu bentuk beban hidup yang mana mereka hendak pergi bank untuk meminta pinjaman susah dan urusan rasmi untuk hendak mendapatkan sedikit bantuan susah. Apatah lagi jika melibatkan kepentingan politik. Kalau lihat dan tanya dia ini orang PAS kah, PKR kah atau DAP lagilah tidak dapat, contohnya. Ini memburukkan satu keadaan bagi meringankan beban rakyat.

Maka cara jalan yang paling mudah adalah bermain kutulah.

Jadi saya rasa itu pun perlu diberikan perhatian. Kita jangan terlalu rigid dalam pelaksanaan ini sehingga kita menjadi seperti apa yang kita kata membebankan, lagilah beban dengan hidup. Mereka cuba hendak keluar dari beban dengan sesuatu yang tidak dilarang oleh agama pun, tiba-tiba kita bebankan pula dengan penguatkuasaan ini...

final • 12:30 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 12:30 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Oleh sebab itulah kami bagi...

final • 12:30 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Parit Buntar minta laluan sedikit.

final • 12:30 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Ya, silakan.

final • 12:30 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya Yang Berhormat Parit Buntar. Saya sekadar berkongsi pengalaman melihat daripada sudut ‘intellectual discourse’ dalam hal ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Apabila ada kajian yang dibuat dan diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri pada sekitar dua tahun yang lepas iaitu melibatkan beberapa syarikat yang telah dibawa pendakwaan di mahkamah berhubung dengan penyalahgunaan dan penyelewengan terhadap kutipan wang kutu ini.

Jadi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Parit Buntar apabila Yang Berhormat Parit Buntar membangkitkan soal penganjuran kecil yang bukan sahaja melibatkan di peringkat pelajar-pelajar, kakitangan kerajaan di peringkat bawahan dan juga suri rumah juga terlibat kalau di kampung penganjuran yang melibatkan soal kutu kenduri iaitu pengumpulan wang yang mereka cadang atau rancang untuk kenduri anak-anak pada masa hadapan kerana masalah kewangan yang mungkin dihadapi.

Jadi di sini saya ingin bertanya Yang Berhormat, adakah kita perlu membenarkan kalau penganjuran kecil ini yang pada hakikatnya jarang terlibat dalam penipuan seperti mana yang berlaku elemen-elemen penipuan yang melibatkan syarikat-syarikat besar dan kutipan yang agak besar? Jadi kalau kutipan yang kecil yang melibatkan 10 atau 15 orang, adakah perkara atau aktiviti ini boleh dibenarkan ianya dalam syarikat dalam khusus untuk kita menangani masalah concern kewangan seperti mana yang bangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, apa pandangan Yang Berhormat?

final • 12:30 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Saya rasa itulah hasrat saya ketika bangkit untuk membahas. Ini kerana kita tidak boleh melihat perkara itu secara general dan saya difahamkan bahawa di dalam akta ini, dari sudut takrifnya apa sahaja yang dikatakan permainan kutu.

final • 12:30 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Jadi itu perlu kepada sedikit demarcation line between of point dikatakan sebagai social needs yang tidak dianggap satu perniagaan yang berlaku eksploitasi dan suatu penindasan tetapi satu konsep yang disebutkan sebentar tadi, biar saya betulkan ta'awun ya iaitu cooperation, bukan taun... [Membaca sepotong hadis] Maksudnya, “Bekerjasamalah kamu di atas kebajikan dan taqwa.” Ia disebut kebajikan di sini, sebab itulah PAS memperkenalkan negara kebajikan... [Tepuk] Saya hendak sanggah sebentar tadi daripada Yang Berhormat Sri Gading yang kata PAS meniru apa yang UMNO telah lakukan dan tidak mungkinlah PAS hendak meniru rasuah dan ketirisan. Jadi saya rasa jangan samakanlah. So, berbalik kepada persoalan kutu ini. Jadi kita mohon kepada... Saya masukkanlah sebentar tadi soalan Yang Berhormat Arau tadi untuk dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri dan saya ucapkan terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 12:30 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan pemindaan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sebentar tadi saya hampir- hampir bersetuju dengan Yang Berhormat Beruas untuk membenarkan ini dikawal selia dan kumpulan wang kutu ini dijadikan satu aktiviti yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Namun setelah saya berfikir mungkin pihak kementerian telah memikir lebih panjang lebar dan ke hadapan kerana mereka lebih mengetahui keadaan sebenarnya.

Seperti kita ini, kita sentiasa melihat kepada suasana di kampung dan juga di pejabat misalnya. Suasana di rumah tangga, keluarga, dan di kalangan keluarga menggunakan terminologi seperti ‘hue’ dan lain-lain yang disebut. Itu adalah satu perkara yang kecil. Sekiranya ini tidak dijadikan satu aktiviti yang dilarangkan, maka ianya mungkin membuka ruang yang lebih lanjut untuk orang-orang yang ingin mengambil peluang untuk menipu dan juga mengambil peluang bagi mendapatkan seperti skim cepat kaya. Saya pernah melihat dan juga mengetahui keadaan di mana kutu ini bukan sahaja ianya digunakan untuk membantu secara positif tetapi ada juga elemen-elemen di mana mereka memotong. Kalau siapa yang hendak mendapatkan wang kutu itu dahulu pada bulan yang pertama, maka dipotong 30 peratus. Jadi kalau dibenarkan ini berlaku, maka ianya bukannya membantu orang kampung. Ini adalah satu sekiranya seperti ah long yang disahkan. Jadi kita tidak mahu ianya tidak dilarangkan. Jadi, saya menyokong hasrat kementerian.

final • 12:37 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 12:37 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Ini kerana saya juga...melihat ke hadapan. Jikalau sekiranya orang kampung perlu berniaga, kita ada AIM dan TEKUN juga telah banyak program-program kerajaan yang diwujudkan untuk membantu. Boleh ya?

final • 12:37 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekejap sahaja Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 12:37 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang bermain kutu secara kecil-kecilan, yang dalam kalangan keluarga atau kawan-kawan dengan niat untuk membantu dalam masa kesusahan, saya rasa kalau tidak ada masalah, tidak ada satu orang pun yang akan membuat pengaduan kepada pihak berkuasa. Akan tetapi, satu-satu undang-undang itu perlu merangkumi kesemuanya; salah guna di peringkat RM10, RM100, RM100,000, RM1 juta. Saya faham akan kehendak kawan-kawan tetapi saya faham juga kehendak kementerian iaitu ia mesti membuat blanket undang-undang. Pada saya kalau kumpulan yang mengadakan kutu itu adalah dalam kalangan saudara, tidak ada satu bantahan ataupun tuduhan ataupun amarah, maka I believe perkara itu boleh berlaku. Apakah pendapat Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

Saya rasa itu juga boleh kita masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Untuk diteruskan lagi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak nyatakan di sini, ramai kumpulan yang banyak melibatkan diri dalam aktiviti kutu ini adalah wanita. Jadi, seperti mana yang rakan saya dari Kota Belud nyatakan tadi, kalau tidak ada apa-apa yang berlaku, tidak ada unsur- unsur penipuan, kita tidak ganggu kerana tidak ada aduan. Cuma risiko perlu diambil oleh mereka sendiri. Mereka perlu mengenali rakan ataupun ahli keluarga sesiapa yang mereka boleh percayai untuk melibatkan diri dalam aktiviti kutu ini untuk membantu ahli keluarga sendiri.

Cuma satu yang saya hendak sarankan di sini kepada pihak kementerian, dengan adanya akta ini, mintalah pihak kementerian menyebarkan daripada segi pengiklanan apa yang kita maksudkan dengan kutu ini dan sama ada ia adalah satu aktiviti yang salah daripada segi undang-undang. Terpulanglah kepada mereka ini untuk menilai sendiri supaya sama ada mereka hendak meneruskan atau tidak meneruskannya. Namun saya percaya, sebagai ahli keluarga yang boleh dipercayai dalam kalangan mereka, mereka hendak meneruskan, itu terpulang kepada mereka dan mereka tahu itu salah. Sekiranya berlaku penipuan dalam kalangan mereka, mereka boleh membuat pengaduan. Itu adalah risiko mereka sendiri yang mereka perlu ambil.

Jadi, saya mengharapkan perkara ini tidaklah digembar-gemburkan sebagai salah satu isu politik. Memang mula-mula saya takut lihat daripada 5,000 ke 500,000, saya rasa ini terlalu besar. Akan tetapi mungkin seperti mana yang saya nyatakan tadi, pihak kementerian mengetahui dan mampu melihat lebih jauh ke hadapan mengapakah mereka tidak mahu membenarkan aktiviti kutu ini sebagai satu aktiviti yang dibenarkan di bawah undang-undang. Jadi, saya dengan ini menyokong penuh Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 ini dipinda. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 12:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Merujuk pada keratan akhbar Sinar] Editorial Sinar pada 15 Oktober 2010, “Ketua Pengarah SSM mengatakan dengan terang dan jelas wang kutu salah daripada segi undang-undang. SSM sentiasa pantau bagi menghalang perkembangan skim tersebut”. Ini dinyatakan dengan terang dan jelas dan pindaan hari ini untuk mengatakan bahawa kita menaikkan denda dan juga hukuman kepada sesiapa yang terlibat dalam skim kutu. Tidak kira apa saiznya, apa sahaja kriteria digariskan yang dinamakan kutu memang salah daripada segi undang- undang.

Saya bersimpati sebenarnya kepada Menteri. Beliau selalu kena yang berat-berat.

Akibatnya sekarang, seperti Yang Berhormat Batang Sadong kata, yang paling ramai bermain kutu ialah perempuan, wanita, suri rumah, orang miskin di kampung. Bukannya golongan korporat yang melibatkan diri dengan kutu. Sebab apa? Sebab dinyatakan juga akses pada kemudahan-kemudahan, pinjaman-pinjaman ataupun apa-apa sahaja yang berkait dengan institusi kewangan amat susah dan begitu rumit.

final • 12:43 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 12:43 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Sedikit sahaja.

final • 12:43 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Hendak bertanya pasal apa yang dibangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:43 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, kutu yang diadakan dalam kalangan wanita ini ada penipuan atau tidak? Pernah kah atau tidak...

final • 12:43 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 12:43 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Sekejap. Ada penipuan atau tidak? Ini asasnya pindaan ini. Soalnya sekarang ialah bukan untuk membantu wanita-wanita tersebut. Pihak kementerian khuatir jika ada penipuan. Saya percaya dalam kalangan wanita-wanita tersebut pun di seluruh Malaysia ini ada kumpulan-kumpulan yang menipu.

Terima kasih.

final • 12:43 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Pertamanya, daripada segi undang- undangnya, kutu adalah salah. Itu tidak dapat dinafikan kerana klasifikasi telah dibawakan oleh Ketua Pengarah SSM sendiri mengatakannya dan ciri-ciri dinyatakan dengan jelas.

Tidak kira scale, tidak kira apa saiznya, kalau dianggap kutu, takrifnya salah. Pertama, kita tidak ada tolak-ansur daripada segi peraturan dan takrifan undang-undang ini. Ini kerana pindaan yang hendak dibawa untuk meminda hukuman sahaja.

Saya rasa Yang Berhormat Kota Belud juga menyedari bahawa perkara ini timbul, kutu ini timbul asalnya dari tahun 1971, Akta 58 kita wujudkan kerana kutu ini mendapat sambutan disebabkan oleh tidak adanya tersedia alternatif dalam kalangan rakyat kita terutamanya yang tinggal di luar bandar, di Sabah terutamanya, di Sarawak yang susah hendak pergi bank...

final • 12:43 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 12:43 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Apa lagi hendak buat pinjaman atau yang bermasalah daripada segi mendapatkan khidmat kemudahan ataupun bimbingan kewangan ini. Oleh sebab itu, kutu ini mendapat sambutan dan hidup segar. Akan tetapi saya juga tidak nafikan kerana perkembangan terkini, orang menggunakan kutu sebagai saluran untuk mewujudkan keuntungan serta-merta iaitu penganjur-penganjur yang juga menggunakan sistem terbaru, menggunakan khidmat pesanan ringkas, menggunakan IT dan sebagainya untuk memperoleh keuntungan.

Saya percaya antara hukuman yang ditumpukan, ditujukan ini, hukuman kepada penganjurnya yang bersedia untuk mengambil kesempatan menipu orang-orang ini dan jumlah yang terlibat ini Tuan Yang di-Pertua, bukan sedikit. Empat sahaja kes tangkapan ataupun yang diambil tindakan oleh kementerian melibatkan 112,000 orang. Bukannya sedikit. Empat kes sahaja. Bayangkan kalau 100 kes. Bermakna tugas berat yang akan dipikul oleh Menteri dan timbalannya, memang jadi tidak popular. Menteri atau kementerian akan dilihat untuk mematikan aktiviti ekonomi berskala kecil dalam kalangan suri rumah dan juga orang-orang yang tinggal di luar bandar. Ini akan mendapat gambarannya. Kalau berani, isytiharlah.

final • 12:43 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh?... Simple. Dua perkara sahaja Yang Berhormat, minta pandangan. Satu, seperti mana yang saya katakan tadi, kalau kutu itu dimainkan secara kecil-kecilan dalam kalangan kawan-kawan atau kampung, tidak ada masalah, fine. Saya hendak bertanya Yang Berhormat, pakai tali pinggang keledar ini, kalau tidak pakai tali pinggang keledar, salah. Akan tetapi, kalau you drive, you memandu pukul 2 pagi di taman dekat rumah you, you lalu, you tidak pakai tali pinggang keledar, police will not catch you, it is fine. I am just saying. Akan tetapi, maknanya sekarang ini, maknanya...

Okey. Maknanya ialah kementerian tugasnya blanket statement tetapi seperti mana yang Tuan Yang di-Pertua kata tadi, pihak pendakwaan akan menentukan. Pihak pendakwaan yang akan menentukan.

final • 12:43 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya harap Yang Berhormat berminat untuk melihat atau membela nasib orang yang dianiayai dalam sistem kutu ini. Saya rasa ini antara minat kita. Ini disebabkan buat masa sekarang yang terlibat dalam aktiviti ataupun permainan ataupun industri yang berasaskan ‘kootu’ ini, lebih daripada RM2 bilion. Ini disahkan oleh – kita minta pengesahan daripada pihak Menteri.

Setakat hari ini, antara wang yang disimpan, ditransaksikan atau diharapkan mendapat keuntungan dalam kalangan suri rumah ataupun orang-orang di luar bandar, kesemuanya dalam negara kita bernilai lebih daripada RM2 bilion. Inilah suasana yang sangat genting pada bila-bila masa kalau jumlah wang ini diambil kesempatan, maka lesaplah pelaburan yang berjumlah dalam RM2 bilion ini pada bila-bila masa kalau tidak diambil tindakan. Siapa yang akan hilang wang sebanyak ini? Suri rumah, orang-orang di kampung.

final • 12:43 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya tidak tahu sama ada Menteri berani atau tidak mengisytiharkan bahawa haram dan tidak boleh. Permainan kutu mesti diberhentikan sama sekali. Maka, tergantunglah wang RM2 bilion ini yang menjadi orang kata sumber pergantungan suri-suri rumah untuk beli barang-barang hendak beli barang kemas dan sebagainya atau perbelanjaan anak sekolah, maka kita bimbang selepas atau sebaik sahaja hukuman ini kita wartakan, maka semua orang akan takut. Semua orang akan menjadi gempar bahawa kegiatan ini harus diberhentikan serta-merta. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apakah masalah kita sekarang? Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata, berapa kali, banyak kali cuma bahasa sahaja berbeza, kata kita ada masalah apa. Masalah income kita rendah, sederhana.

final • 12:43 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Kemudian dikatakan lagi pertumbuhan kita sekarang ini mendatar, tidak bertambah. Pendapatan isi rumah makin menurun. Hatta lebih teruk lagi Tuan Yang di- Pertua, kita kata kita ada masalah hutang isi rumah yang meningkat. Maknanya, setiap rumah tangga sekarang menghadapi masalah perbelanjaan. Perbelanjaan rumah tangga meningkat. Hendak bantu ataupun hendak dapatkan alternatifnya tidak ada. Maka, secara diam-diam, kutu ini menjadi satu rantaian yang berhubung di antara isi rumah ke isi rumah dalam membantu kerenah ini sesama sendiri walaupun tidak ada regulasi.

Akan tetapi berita gempar ini saya rasa akan menjadikan semua orang takut ataupun yang mustahaknya saya rasa, Menterilah yang akan kena dahulu. Saya berani katakan, selepas ini sekiranya kebanyakan isi rumah atau wanita-wanita atau ketua-ketua rumah yang sedang menghadapi masalah perbelanjaan rumah tangga, apabila menyedari perkara ini salah dari segi undang-undang, mereka terpaksa membatalkan perkara ini ataupun cuba untuk mendapatkan semula pelaburan mereka. Lagu mana agaknya jadi kucar-kacir dari segi sistem pengumpulan ataupun sistem pentadbiran, perkara ini?

Saya bimbang perkara ini akan diambil kesempatan oleh penganjur yang sekarang sedang memegang atau mentadbir wang yang begitu banyak menggunakan pengisytiharan ini kononnya sebagai mengatakan tidak ada lagi pergerakan dalam sistem kutu. Maka, tergantung dan berhentilah industri ataupun transaksi ini dan akhirnya yang akan menanggung akibatnya ialah isi rumah iaitu wanita-wanita kita ataupun ibu-ibu kita yang menanggung perbelanjaan harian mereka. Ini satu perkara yang agak besar dan empat kes yang disiasat sahaja. Empat sahaja dalam kalangan. Saya ambil empat sahaja. Melibatkan lebih daripada 100,000 orang dan jumlahnya melebihi RM198 juta. Baru empat kes. Ini disiarkan di akhbar dan saya tidak tahu sama ada perlu disebut di sini.

Satu majalah antarabangsa juga, Bloomberg Business Tuan Yang di-Pertua, dia ada sebut berkenaan dengan cougar economy. Bukan negara kita sahaja. Di banyak negara dunia ketiga, negara membangun, negara sedang membangun, cougar economy mendapat tempat atau perhatian kerana cougar economy ini maksudnya ekonomi yang dijana oleh wanita. Maksudnya, isteri-isteri atau suri rumah secara perlahan-lahan. Mereka ini sebenarnya banyak membantu pertumbuhan isi rumah bangkit semula untuk membaiki masalah hutang-hutang rumah tangga. Bukan negara kita sahaja. Di banyak negara lain.

Akan tetapi sekiranya regulasi yang hendak kita bawa ini, bunyinya macam satu ancaman yang begitu besar. RM5,000 kepada RM500,000, tiga tahun kepada sepuluh tahun. Itu sahaja pindaan yang kita bawa. Tidak ada lain. Klasifikasi lain langsung tidak ada. Daripada tahun 1971 dan sekarang kita hendak buat pindaan, pinda itu sahaja iaitu hukuman. Adakah bermaksud kita sekarang hendak beri signal kepada seluruh perbelanjaan isi rumah atau rumah tangga kita sekarang sebab kita tahu kutu ini bukan tujuan hendak beli bangunan, bukannya tujuan untuk melabur di dalam industri ataupun kaunter-kaunter pasaran saham, tidak. Ini cuma untuk perbelanjaan harian sahaja. Sebagai contoh yang Yang Berhormat Kinabatangan kata tadi, hendak beli satu barang suri rumah tidak mampu sekali gus atau secara tunai, maka main kutu. Akan tetapi sebenarnya, kutu yang dikatakan itu walaupun kita cuba hendak sekat, saya hendak katakan bahawa majalah antarabangsa pun menyebut kepentingan cougar economy ini perlu dipupuk supaya dapat membaiki dan menyelesaikan banyak masalah isi rumah terutamanya negara kita di mana kita pun mengesahkan bahawa kita ada masalah ini.

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Itu Menteri Kewangan beritahu. Saya tidak tahu, bunyinya macam bertentangan.

Seolah-olah bertentangan. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa seperti Yang Berhormat Batang Sadong juga mengatakan, bahawa suri rumah adalah penjana utama kepada ekonomi berskala rendah yang boleh menyelamatkan kita daripada masalah vicious circle of poverty dengan izin, yang selalu dikatakan. Cuma, itu saya kata, saya sebut tadi, barangkali Menteri Kewangan tidak mahu guna perkataan vicious circle of poverty itu tadi dengan izin, tetapi dikatakan perangkap pendapatan sederhana atau rendah. Akan tetapi masalahnya sama juga. Sama. Dapatkah kita selesaikan perkara ini? Jawapannya tidak.

Adakah masalah yang berada di depan mata kita dapat kita selesaikan? Jawapannya tidak.

Akan tetapi saya hairan kenapa Menteri ini dianiaya begitu rupa kerana beliau kena membawa usul meminda perkara ini.

Pada saya ini boleh membawa kepada suatu perkara yang gempar. Kebanyakan suri rumah tidak tahu menahu pun. Di Sabah dan Sarawak, mana mungkin mereka terfikir main kutu itu salah dan dendanya daripada RM5,000 dinaikkan kepada RM500,000...

[Disampuk] Memang bagus tetapi gempar. Saya kesian juga.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

[Menyampuk]

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya rasa macam itu. Kalau perkara ini diterangkan dengan begitu rupa, disiarkan betul-betul oleh media, saya rasa tidak ada suri rumah pun akan menyokong Barisan Nasional. Tidak ada. Takut dia. RM500,000 denda dan juga penjara tiga tahun hingga sepuluh tahun. Ini saya pun hairan dan ia nampak macam bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Perdana Menteri, kerana kita sedang menghadapi masalah yang agak rumit.

Perangkap pendapatan sederhana. Isi rumah dikatakan oleh Bank Negara, Gabenor Bank Negara memberitahu kita laporan berkali-kali kenaikan mendadak dalam hutang isi rumah yang sukar untuk kita selesaikan.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Indera Mahkota, saya tidak patut campur dalam ini tetapi I am just curious. Sebelum ini pun ada juga denda RM5,000 kepada kutu ini. Berapa orang suri rumah di kampung-kampung berpendapatan rendah yang diambil tindakan? Bukan sebelum ini tidak ada denda. Sudah ada denda. Akan tetapi masih juga ada masyarakat berkutu dan tidak diambil tindakan.

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

I am just curious.

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itulah makanya perkara ini saya kata janganlah di panjang lebarkan. Cuma, menyokong atau tidak, atas apa alasan, alasan itu sudah diberi.

final • 12:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya anggap itu sebahagian daripada ucapan. Menyokong atau tidak menyokong tidak ada memberi...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sepatutnya tidak harus untuk campur tetapi I am just curious kerana sebelum ini pun ada denda RM5,000 tetapi saya tidak dengar bahawa penguat kuasa ambil tindakan kepada pengutu-pengutu di kampung. Saya faham ideologi akta ini. Mencegah bagi orang yang main kotor seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 12:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi apabila kita membuat satu akta, akta itu terpaksa menyelubungi semua dan bukan semua definisi dapat kita masukkan dalam akta kerana banyak perkataan yang dimasukkan, banyak pertikaian di antara peguam-peguam seperti Yang Berhormat Beruas. The lesser the words put in, the lesser dispute will be in the court of law. Saya pun pengamal guaman dahulu. Jadi janganlah kerja hakim itu, kerja peguam-peguam, kerja Yang Berhormat Beruas di luar sana, kita bangkitkan di sini dalam Parlimen, because it is tedious long discussion. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas berdiri lagi. Silakan.

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ada satu kekaburan di sini yang barangkali kita tidak dapat buktikan. Saya rasa dan saya yakin juga pihak Menteri hendak beri penjelasan supaya perkara ini tidak timbul lagi kekaburan. Kekaburan apa, Tuan Yang di- Pertua? Saya rasa amat rapat kaitan ini kerana hendak naikkan denda yang begitu besar amat rapat dengan aktiviti yang dikatakan sebagai kutu ini sebenarnya dengan aktiviti money laundering yang kononnya kita rasa mana dan apa kaitannya, apa buktinya?

Sebenarnya kita boleh buktikan kaitan rapat di antara..., sebenarnya aktiviti kutu sahaja tetapi develop, merebak kepada aktiviti yang sangat besar iaitu aktiviti money laundering.

Kenapa Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan tidak boleh membendung aktiviti macam ini, kenapa? Maknanya ada satu lompang, loophole, dengan izin, yang kita tidak berjaya tutup. Kenapa ia boleh berkembang menjadi aktiviti merentasi sempadan, kenapa? Kenapa aktiviti kutu akhirnya membentuk kepada pelaburan yang dibawa keluar?

Kes World Trade Network (WTN) sampai sekarang tidak boleh diselesaikan sehingga mengakibatkan RM200 juta hingga RM300 juta wang pelabur kita dibawa keluar pindah kepada Hong Kong. Menteri sendiri tidak dapat hendak beri kepastian kenapa perkara itu ditangguh sehingga sekarang dan ada lagi di antara pelabur yang cuba mendapatkan pembelaan dari segi sudut undang-undang tetapi benda itu sudah pun menjadi sejarah.

Yang menanggung rugi memang pelabur iaitu suri rumah. Mereka melabur kerana dipujuk untuk menyertai skim ini. Sampai sekarang tidak ada apa-apa pembelaan pun.

Yang rugi tetap mengalami kerugian tanpa adanya satu clarification. Itu sebab saya kata, saya nampak memang ada kewajarannya, nampak munasabahnya ataupun yang tidak dapat kita pastikan pergerakan wang panas, Tuan Yang di-Pertua. Siapakah logiknya?

Pelabur...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Nampaknya Yang Berhormat Menteri, kutu ini akan menjalar lagi sebelah tengah hari. Merayap kutu daripada Yang Berhormat Indera Mahkota. Ahli Yang Berhormat, sambung sebelah petang nanti.

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

final • 12:50 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 12:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyambung secara ringkas perbahasan yang terhenti kejap tadi untuk mengatakan bahawa saya berharap pihak kementerian dan kerajaan tidak seharusnya membunuh potensi cougar economy. Cougar ini, ada kawan saya tanya tadi apa cougar economy?

Kalau ikut daripada majalah ini, cougar dikatakan adalah singa bukit betina yang mempunyai pengaruh yang kuat. Dalam andaian ini, dikatakan dalam ekonomi rumah tangga ini, wanita ataupun ibu menjadi tunggak utama. Oleh sebab itu dia minta dia kata jangan bunuh potensi cougar economy kerana dapat membantu negara kita untuk membangunkan domestic circulation kita, dengan izin.

final • 2:32 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Oleh sebab itu, saya berharap pihak kementerian, kepada Menteri terutamanya, dalam masa kita hendak bersetuju untuk meningkatkan denda ataupun hukuman di bawah Rang Undang-undang Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 ini, saya harap kerajaan juga perlu menimbang dan memberi alternatif kepada regulasi-regulasi lain supaya kita tidak hanya menekan kepada unsur mengenakan denda atau melarang sama sekali dan akhirnya kalau perkara ini ditekankan begitu besar, kita bimbang ia akan membunuh potensi seperti yang dikatakan cougar economy dalam pasaran tempatan kita. Saya rasa perlu ada satu polisi atau satu alternatif yang saya harap untuk dengar daripada pihak kementerian. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Seremban.

final • 2:32 PM

Tuan John Fernandez - Seremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan berikan satu ucapan secara ringkas sahaja. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya. Selepas saya baca amendment ini iaitu rang undang-undang di hadapan Dewan yang mulia ini, ada satu amendment sahaja di bawah seksyen 3, di mana denda naik daripada RM5,000 sehingga setengah juta atau RM500,000 dan penjara dinaikkan daripada tiga tahun kepada 10 tahun.

Secara in principle saya sokong pindaan ini. Ada dalam rang undang-undang ini dan skim kutu ada point-point yang ada advantage dan ada point-point disadvantage. Dua- dua pun ada. Untuk skim ini diambil bahagian oleh hardcore poor iaitu orang yang sangat miskin dalam kampung-kampung dan ramai orang India di estet orang hardcore poor yang sangat miskin ada main kutu ini sebab apabila kita main dan ambil bahagian dalam skim kutu, tidak ada minimum atau maksimum. Kita boleh main kutu untuk RM5 satu bulan atau RM5 juta. Tidak ada minimum atau maksimum. Lagi satu advantage dalam kutu ini, kita tidak perlu ambil pinjaman daripada ah long di mana faedahnya adalah sangat tinggi di mana ah long dicajkan untuk kira setiap hari. Kalau kita pergi ambil wang daripada ah long, kita akan ditimpa dengan bermacam-macam masalah.

Point yang ketiga di mana skim ini baik untuk orang miskin di kampung. Apabila orang miskin pergi ke bank untuk mengambil pinjaman, bank minta geran untuk sekuriti atau minta fix deposit. Jikalau orang miskin ada fix deposit, tidak perlu pergi bank. Masa ini kita tidak ada apa-apa mikro kredit macam negara-negara yang lain. Walaupun saya sokong, tetapi satu disadvantage yang saya tengok di banyak pekan, dalam skim ini dikatakan 20 orang berikan setiap bulan RM1,000 dan bulan yang pertama boleh dapat RM20,000, boleh jadi, organizer boleh lari. Kejadian ini berlaku di banyak tempat. Oleh sebab itu ini satu disadvantage. Walaupun saya sokong bill ini, rang undang-undang ini, tetapi saya tidak sokong RM500,000 jadi maksimum daripada RM5,000 iaitu satu increment untuk 100 peratus dan saya tidak sokong iaitu daripada penjara tiga tahun jadi maksimum sehingga 10 tahun.

Skim ini dimainkan oleh orang miskin dan jikalau ini keluar dalam surat khabar atau mass media, orang-orang akan takut dan tidak akan mengambil bahagian. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak sokong penalti yang diberikan dalam skim ini dalam rang undang-undang ini. Saya menarik perhatian kementerian untuk tarik balik rang undang-undang ini dan semak penalti dan denda yang diberikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Jasin.

final • 2:35 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang dalam mengambil bahagian membahaskan Rang Undang- undang Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Saya berkeyakinan tujuan utama kerajaan membentangkan rang undang-undang ini, adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan awam kerana walaupun rang undang- undang ini telah pun dikuatkuasakan pada 1971, masih lagi berleluasa mereka yang terlibat mengambil keuntungan daripada mereka yang tak berdosa.

Seharusnyalah kita memberikan sokongan kerana rang undang-undang yang menguatkuasakan bagi mengukuhkan undang-undang yang sedia ada iaitu hukuman daripada RM5,000 kepada RM500,000 dan daripada tiga tahun ke sepuluh tahun. Bagi menterjemahkan bahawa kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini adalah cukup serius sekali.

Keduanya, saya yakin tujuan akta ini diperkenalkan adalah semata-mata bagi melarang penubuhan ataupun pentadbiran ataupun pelesenan mana-mana syarikat yang bertujuan untuk merancang dan menganjurkan kutu ini dan rang undang-undang ini juga bertujuan bagi mengelakkan orang ramai daripada terjebak dan menanggung kerugian.

Daripada laporan kes-kes kita dapat lihat, pada tahun 2009 hingga tahun 2011, sembilan kes yang membabitkan pelanggaran akta itu telah dihadapkan ke mahkamah termasuk kes Grand Merger Network Services yang menganjurkan skim kutu menggunakan wang pos membabitkan kutipan berjumlah 22.4 juta. Walaupun sebenarnya aktiviti ini telah menjadi satu budaya daripada dulu lagi dan seharusnyalah kerajaan dapat mendidik rakyat bahawa masih banyak lagi cara untuk menyimpan dan mendapatkan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan selain daripada sistem perbankan bahkan kita menyediakan banyak sistem mikro kredit.

Keduanya, kes yang terkenal dan berjaya dibanteras pada 28 September 2010 sepasang suami isteri dihadapkan ke mahkamah majistret atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos atas nama program ekspres yang dikatakan sudah mencatat keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan seramai 30 ribu orang ahli. Terdapat juga laporan jumlah tertinggi pernah dicatat ialah pelaburan sebanyak RM15 ribu seorang pada setiap bulan. Bayangkanlah, jumlah yang di rolling ini oleh penganjur jika jumlah peserta begitu ramai. Sudah tentu penganjur mempunyai cukup masa untuk mereka menggunakan wang tersebut untuk tujuan-tujuan lain.

Bagi saya, kita tidak usah politikkan perkara ini bahkan kita yakin pihak kerajaan telah pun mengambil kira semata-mata untuk kepentingan awam bagi menjaga supaya wang mereka tidak diselewengkan dan tidak ditipu oleh syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab. Apa yang menghairankan saya, syarikat sepasang suami tersebut iaitu World Heritage Resources yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai agen komisen wang tetapi selepas dua tahun mereka juga serbu SSM juga yang serbu sendiri termasuk dua lagi syarikat perniagaan yang juga dipercayai menganjurkan program pelaburan wang kutu dengan kaedah wang pos.

Jadi soalan saya Yang Berhormat Menteri, kenapa dulu SSM luluskan pendaftaran syarikat tersebut, sedangkan sepatutnya cuma bank sahaja ataupun koperasi-koperasi yang dibenarkan untuk mengambil kutipan ataupun wang daripada orang awam. Saya berpandangan rang undang-undang ini iaitu Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971 diwujudkan atas sebab sekiranya mereka yang terlibat menghadapi masalah dalam permainan kutu ini, tiada peruntukan untuk membela mereka. Saya yakin dengan kuat kuasa undang-undang ini apabila diluluskan nanti dengan denda yang begitu tinggi sekali dan kita berharap dalam masa yang sama bukan sahaja penerangan bahkan pendidikan secara bersepadu oleh pihak kementerian dan kerajaan supaya kita sama-sama dapat memaklumkan kepada semua peringkat masyarakat betapa pentingnya dan ruginya kalau kita terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak baik ini.

Seterusnya, saya ingin mencadangkan supaya pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga diberikan kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk meminda akta syarikat bagi membolehkan suruhanjaya ini mempunyai kuasa supaya mereka juga boleh membekukan aset-aset skim pelaburan yang dijalankan secara tidak sah termasuk yang terlibat dalam permainan kutu ini.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Ini kerana pada masa sekarang proses pembekuan aset bagi skim pelaburan yang tidak sah ini yang disiasat oleh SSM akan mengambil masa yang cukup lama memandangkan kesalahan tersebut tidak dikategorikan sebagai kesalahan di bawah Rang Undang-undang AMLA.

Apa yang terjadi semasa kita menunggu dalam keadaan siasatan wang telah pergi jauh mereka telah salah gunakan wang. Apabila keputusan sudah dibuat, wang pun semua telah lesap dan kita tidak dapat menjaga kepentingan mereka yang mencarum. Walaupun telah diambil tindakan oleh Polis Diraja Malaysia atau mana-mana agensi lain, penjenayah tersebut juga masih lagi berkeupayaan untuk menubuhkan syarikat lain. Jadi kepada pendaftar syarikat tidak tahu menahu mengenai siasatan yang telah dijalankan.

Namun sekira adanya tindakan yang bersepadu daripada agensi-agensi yang berkaitan kita yakin kita boleh berkeupayaan untuk membanteras jenayah tersebut. Di sini saya menyeru supaya diwujudkan satu jaringan yang mantap di antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga Bank Negara Malaysia termasuk agensi-agensi lain yang mempunyai jawatankuasa khas iaitu termasuk Suruhanjaya Sekuriti, Jabatan Siasatan Jenayah, Bahagian Penguatkuasaan Kementerian (PDNKK) dan juga Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan termasuk juga Jabatan Hasil Dalam Negeri. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri saya bangun untuk membahaskan akta ini untuk meminda Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya.

Ada beberapa persoalan yang ingin saya bangkitkan di dalam akta ini iaitu yang pertamanya, seperti mana yang disebutkan di dalam rang undang-undang untuk meminda Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian di sana ada satu lagi undang-undang iaitu undang-undang Akta Kumpulan Wang Kutu

(Pengesahan) 1974. Dalam akta 1971 yang kita hendak pinda ini, apakah pihak kementerian melihat di sana ada akta yang walaupun 1971 ini mengharamkan semua program atau aktiviti-aktiviti yang mengumpulkan wang kutu ini, aktiviti program wang kutu ini tetapi 1974 ia mengharamkan hanya untuk program-program aktiviti yang di bawah atau sebelum 1971?

Ada satu lagi akta jadi di sini saya ingin mencadangkan jikalah kita boleh mengesahkan atau dilegalizedkan sebelum daripada 1971 disahkan oleh pihak kementerian, apakah salahnya bagi pihak kementerian untuk melihat undang-undang dan juga cadangan kepada pindaan ini dari segi hukuman atau bentuk dendanya penjara tiga naik kepada sepuluh tahun daripada RM5,000 naik kepada RM500,000. Kita lihat daripada sudut peringkat-peringkat maksudnya mungkin bagi yang menganjurkan program ini dalam bentuk korporat, kita dendanya tinggi ada maksimumnya sekian-sekian.

Kemudian bagi pihak yang tidak mengambil untung, tidak mengenakan cukai dan tidak mengenakan fees dan sebagainya maka kita legalizedkan biar orang-orang kampung sebenarnya yang dibahaskan oleh kawan-kawan kita baik daripada kerajaan ataupun pembangkang ini dilihat suri rumahnya, guru-gurunya ataupun kawan-kawan sekampungnya yang hendak membuat kenduri-kendara seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi boleh menjalankan aktiviti-aktiviti ini dalam bentuk yang dilesenkan ataupun dibenarkan oleh undang-undang kerana keperluannya ada yang disebut oleh sahabat saya daripada Yang Berhormat Indera Mahkota itu juga ekonomi tadi yang menyumbang terlalu banyak mungkin 0.5 peratus dari KDNK negara di mana RM2 bilion. Ini cukup banyak sebenarnya boleh membantu pertumbuhan ekonomi di dalam negara kita bahkan di luar negara juga.

Saya juga ingin melihat daripada sudut praktis Islam. Tadi sahabat saya ada sentuh sikit tentang berkaitan dengan wang kutu ini. Sekiranya dia selari ataupun selaras dengan prinsip Islam, maka ia perlu dibenarkan.

final • 2:47 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Baik, ada beberapa persoalan yang timbul termasuklah unsur penipuan yang berlaku di mana yang disebut oleh kawan kita dari Sekijang tadi, dia sebut tentang wang pos, wang kutu secara pos. Ini cukup berleluasa. Kita lihat di R&R pun ada, di surau ada, di masjid ada bahkan kadang-kadang saya jumpa di Parlimen pun ada. Satu sistem yang kita sendiri tidak pasti kesahihannya diedarkan oleh orang-orang tertentu atas dasar amal jariah, atas dasar bantu secara ikhlas, dihujahkan begitu dan macam kita belanja kawan- kawan. Kawan ini dapat kemudian akan sampai satu masa orang lain pula dapat. Saya ingat semangat kepada pindaan ini lebih menjurus kepada pihak ataupun syarikat yang menggunakan kesempatan ini, yang mengedarkan secara tidak bertanggungjawab di dalam internet bahkan dalam media cetak juga wujud program kononnya program ikhlas membantu orang yang susah. Maka kita tolong orang susah, orang lain tolong kita pada masa akan datang.

Daripada sudut Islamnya, ini adalah mengandungi unsur gharar, unsur ketidakpastian, unsur kecelaruan yang mana di sana ada unsur auto placement yang diperkenalkan oleh syarikat-syarikat tersebut ataupun kumpulan-kumpulan tersebut yang bila sampai satu masa bila berhenti pusingan tersebut, orang yang terakhir tidak dapat apa- apa hasil. Perkara ini perlu dilihat secara serius oleh pihak-pihak kementerian kerana dia ada unsur gharar fil husur, maksudnya hasil ketidakpastian orang yang terakhir akan dapat hasil daripada program ini ataupun gharar fil ma’dah, kadar pulangannya tidak dipastikan.

Sampai tadi RM30 juta disebut, RM15 juta disebut, terlalu banyak kumpulan ini yang berleluasa.

Yang kedua, unsur riba. Ada unsur money game di sana, kalau kita tengok semua yang masuk program-program ini mereka nak duit, mereka perlukan kepada kewangan. Kita faham kerajaan perlu lihat orang-orang yang berada di pedalaman, orang-orang susah yang kesempitan wang, mereka perlu dibantu. Ada AIM, TEKUN. Cuma AIM, TEKUN ini kadang- kadang perlu kepada pengesahan daripada ketua bahagian lepas itu masuk parti politik tertentu. Di tempat saya, kena masuk. Kawan-kawan saya tanya dia kata “Ustaz, macam mana saya nak buat pinjaman, YB?.” Saya kata “Pergi kepada TEKUN, di sana ada agensi kerajaan menyediakan pinjaman kepada orang-orang susah”. “Saya pergi ke sana YB tapi terpaksa isi borang UMNO”. Ini masalah kepada kita. Yang ini mewujudkan program- program yang akhirnya menjurus kepada tidak... [Disampuk] Ha ada ini ya? Yang akhirnya dia tidak memberikan manfaat banyak kepada rakyat.

Jadi perlu lihat unsur money game ini yang mana kadang-kadang berhasil daripada kesempitan rakyat untuk mendapatkan pinjaman kewangan ataupun sumber kewangan untuk memudahkan kehidupan mereka. Memang mereka masuk RM100 tapi harap yang lebih tapi orang yang atas mereka dapat dulu dan bila program ini tamat, mereka yang akhir tidak dapat apa-apa.

Begitu juga ada unsur judi, perlu dilihat. Program ini bila dia melibatkan untung, ada pihak yang untung ada pihak rugi maka di sana ada unsur judi yang perlu dilihat oleh pihak kementerian. Dan alasan-alasan yang diberikan, saya rasa perlu ada satu garis panduan bila kita wujudkan peringkat-peringkat seperti mana yang saya cadangkan tadi ataupun ada yang dibenarkan perlu ada garis panduan daripada pihak kementerian dengan nasihat, bantuan daripada ulama-ulama, pakar-pakar kita macam mana yang dibenarkan kerana kadang-kadang mereka berhujah atas dasar macam yang saya sebut tadi sumbangan atas dasar hibah, ha bunyinya Islam. Kemudian diperkuatkan pula dengan ayat Quran... [Membaca potongan ayat Quran] Ha ayat-ayat ini menguatkan seolah-olah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh syariah, unsur-unsur yang saya sebutkan tadi sedangkan hibah dalam Islam ini tidak mensyaratkan keuntungan. Yang ini perlu disebar luaskan oleh pihak kementerian.

Kalau kita nak haramkan tentang kutu tadi yang tidak bertanggungjawab tadi, sebar luaskan, hujah-hujah agamanya bagaimana. Hibah tidak mensyaratkan keuntungan tapi yang disebarkan dalam internet, disebarkan dalam risalah-risalah kempen mereka menyebut tentang hibah atas alasan hibah dan sebagainya. Tidak disyaratkan pulangan kalau hibah.

final • 2:50 PM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Jadi kita lihat di sini adalah merupakan satu bentuk money game yang berbentuk auto placement dan kita lihat keuntungan itu hanyalah merupakan satu imaginasi.

Imaginasi, retorik yang dijanjikan kepada pelabur-pelabur ataupun peserta-peserta. Nabi SAW sebut... [Membaca sabda Nabi SAW] yang bermaksud, “Setiap hutang pinjaman yang mensyaratkan kepada keuntungan, manfaat, dia adalah merupakan satu bentuk riba”.

Yang kedua, alasan yang selalu diberikan ialah sumbangan ikhlas untuk bantu orang miskin. Ini juga adalah merupakan satu perkara yang haram. Mereka nak menghalalkan yang diharamkan. Mana boleh ikhlas menghalalkan perkara yang diharamkan oleh syariat dan yang ketiganya ialah dalam bentuk alasan yang selalu diberikan ialah program yang ditawarkan itu diuar-uarkan sebagai dalam bentuk kawan tolong kawan, saudara bantu saudara. Ini juga tak boleh kerana kita nak tolong kawan ini tak boleh syaratnya mendapat pulangan kewangan ataupun tidak melibatkan pulangan kewangan.

Jadi saya melihat kementerian perlu ada satu garis panduan untuk kita beri kemudahan kepada mereka yang memerlukan kerana tidak perlu syarat yang banyak nak jadi terlibat dalam program kutu-kutu di peringkat kampung ini, peringkat kawan-kawan ini ia tidak memerlukan syarat yang banyak. Kamu bagi RM100 kemudian hujung bulan kamu mungkin dapat balik, jadi tidak ada syarat keuntungan. Jadi ini perlu dibenarkan dan perlu kita lihat kepada sudut pelaksanaan undang-undangnya bagaimana dan yang keduanya yang saya sebut tadi ialah tentang bagaimanakah kita hendak memberikan ruang untuk kita nak legal kan pihak-pihak yang kita panggil yang memerlukan sangat ini. Jadi saya ucapkan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Boleh mencelah lagi kah?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Mencelah boleh Yang Berhormat ya asal jangan berucaplah sebab kita ini dalam pemindaan, dalam peraturan memang tak boleh pun merayau banyak sangat.

final • 2:50 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, terima kasih.

final • 2:50 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat sekalian kerana telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan pindaan Akta Kutu ini. Saya sebutkan rakan-rakan Yang Berhormat yang terlibat ialah Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Yang di-Pertua, melihat daripada perbahasan yang dilakukan pada hari ini saya melihat perbahasan dibuat berdasarkan kepada kekeliruan semata-mata. Yang pertamanya saya lihat kemungkinan tumpuan tidak diberikan suatu penjelasan yang dibuat oleh saya sewaktu mukadimah tadi. Jelas saya mengatakan bahawa Akta Kumpulan Kutu ini yang dipinda ini adalah suatu akta yang dikuatkuasakan untuk melarang pendaftaran atau pelesenan sesuatu perniagaan yang menganjurkan atau berniat untuk menganjurkan perniagaan pelaburan wang kutu. Yang kedua, kekeliruan mungkin timbul kerana tidak ramai saya rasa yang membaca Akta Ibu dia. Saya faham bahawa pindaan pada hari ini hanya melibatkan dua perkara iaitu hukuman. Hukuman sahaja pindaan dia jadi mungkin tak ramai yang baca akta yang sebenar, Akta Ibu dia.

Sebab itulah timbul kekeliruan sewaktu perbahasan. Mungkin ada satu dua orang sahaja yang saya lihat yang faham. Saya mohon kebenaran untuk baca dalam bahasa Inggeris.

final • 2:57 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Seksyen 3 kepada akta ini jelas mengatakan bahawa, “It shall be unlawful for any person to carry on the business of promoting kutu funds and any person who carries on such business shall be guilty of an offends”.

final • 2:57 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi, teruslah. Dahulunya RM5,000 dan penjara tiga tahun, sekarang ini kita pinda akta ini iaitu kepada RM500,000 dan penjara 10 tahun. Bermakna ianya fokus kepada penganjur kutu yang melibatkan unsur perniagaan. Tidak timbul soal kutu yang melibatkan – seperti yang disebut oleh rakan-rakan yang lain, saya setuju. Saya amat bersetuju bahawa tidak boleh kita ambil tindakan dan memang kerajaan tidak akan ambil tindakan kepada penganjur kutu yang menjalankan kutu pusingan biasa ini, sama-sama kita ini cari 10 orang, masuk 100 orang RM1,000 bergilir-gilir setiap orang, 10 bulan selesai masalah.

Tidak ada siapa yang mengambil keuntungan daripada itu.

Akan tetapi kalau wujudkan syarikat and then kumpul duit daripada puluh-puluh ribu orang dan unsur business itu berlaku apabila yang menganjurkan kutu itu mengambil komisen dia. Misalnya 10 peratus daripada komisen untuk diri dia, service charge dan sebagainya, boleh dipanggil apa sahaja. Inilah yang kita larang. Akan tetapi kalau seperti – saya hendak beritahu fokus undang-undang ini bukan kepada pelabur-pelabur yang involve di dalam kutu ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat Indera Mahkota dan semua tadi.

Semuanya mempunyai semangat yang sama iaitu untuk melindungi orang yang teraniaya iaitu pelabur-pelabur kutu di dalam syarikat-syarikat yang menganjurkan perniagaan kutu.

Sebab itulah di dalam hukuman ini 10 tahun penjara ataupun RM500,000 ini adalah kepada penganjur-penganjur kutu bukan kepada pemain-pemain kutu. Jadi, seperti kata Yang Berhormat Indera Mahkota kasihan kepada wanita-wanita, memang saya pun kasihan kepada wanita-wanita dan sesiapa sahaja yang teraniaya ditipu oleh penganjur- penganjur itu. Oleh sebab itulah kita mengenakan hukuman yang tinggi.

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Sekejap, saya akan bagi. Saya bagi lepas ini don’t worry. Oleh sebab itu kita hendak lindungi mereka. Dahulu kita ada hukuman sebanyak RM5,000 dan penjara tiga tahun. Bayangkan, saya hendak beritahu kepada Ahli- Ahli Yang Berhormat sekalian bayangkan Syarikat Grand Merger Network and Services kutip sebanyak RM22.4 juta, pelabur RM30,000. Pergi ke mahkamah dengan undang- undang yang lama, hukuman RM4,000. Hari-hari kita boleh tipu orang kalau sebanyak ini kutipan dan bayar RM4,000. Oleh sebab itu dengan adanya RM500,000 yang kita kenakan ini sekurang-kurangnya dia akan menjadi deterrent untuk menyekat daripada perniagaan kutu ini dijalankan.

Saya setuju pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Jasin dan sebagainya, hukuman yang lebih berat seperti kita membekukan harta dan sebagainya. Saya hendak maklumkan Akta Kutu ini, kesalahan kutu telah pun dimasukkan dan disenaraikan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan ataupun AMLA iaitu Anti-Money Laundering Act. Telah pun disenaraikan dan digazet, kalau tidak silap saya ini pada 14 April 2011.

Maknanya kesalahan kutu, penganjur-penganjur kutu ini kita akan ambil tindakan keras iaitu dengan penjara 10 tahun, mengenakan hukuman yang tinggi dan aset mereka juga akan dibekukan. Jadi, tujuan ia – sebab itu saya kata saya tidak hendak lama bercakap sebab mungkin kawan-kawan tadi kalau tahulah agaknya perkara ini mungkin tidak ramai bercakap. Akan tetapi mungkin ramai bercakap kerana ingat kita hendak kenakan kepada kutu-kutu orang kampung, kutu pejabat, mungkin kutu Parlimen nanti mungkin. setiap Ahli Parlimen kita collect duit sedikit-sedikit seorang kita main kutu. Tidak ada salah, tidak ada salah dari segi undang-undang ini.

final • 3:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang keliru bukan Ahli-ahli Parlimen, yang keliru ialah kerana akta ini tidak jelas. Oleh sebab itu kalau kita hendak pinda akta ini tidak termasuk semua orang-orang, yang tadi kita kata suri rumah tangga ini, akta ini mesti jelas. Pertama, saya sudah baca akta ibu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Versi Inggeris kata, “The business of promoting kooto.”

final • 3:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Dalam Bahasa Melayu mungkin jelas, promoting perniagaan kutu. Saya hendak tanya Menteri, kalau akta ini tidak termasuk semua golongan-golongan suri rumah tangga dan orang kampung yang kita kata terlibat dengan kutu. Malangnya perkataan perniagaan ini tidak didefinisikan, tidak ditakrifkan dalam akta ini.

Tanpa takrif itu langsung tidak ada mana-mana orang boleh didakwa di bawah akta ini melainkan kita membaca akta ini dengan maksud yang lain. Iaitu termasuklah mereka-mereka yang tadi kita katakan dikecualikan kerana dalam akta ini, kutu adalah termasuk ‘kutus’, ‘citus’, ‘cikfan’, ‘hue’, ‘tongtimp’. Sebenarnya apa yang orang-orang kampung ini terlibat memanglah ‘hue’, kalau Cina dipanggil ‘hui’ ada ‘tongtimp’ ‘cikfan’, ‘kutus’, ‘citus’. Itu memang diamalkan di kampung-kampung. Oleh sebab itu tanpa definisi perniagaan maksudnya ini akan merangkumi semua yang sedang diamalkan oleh orang- orang kampung. Saya hendak tanya Menteri apa maksud perniagaan ini?

Perniagaan mesti ada kita kata untung rugi atau apa definisi, tidak ada.

Maksudnya bagi saya apabila membaca akta ini, ia merangkumi semua yang kita tadi yang Menteri kata tidak terlibat atau tidak terkecuali daripada akta ini.

final • 3:00 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jawab sekali gus Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya membaca daripada Akta Kumpulan Wang Kutu (Pengesahan) 1974. Cuba untuk menyelami apa yang Menteri telah disebutkan sebelum daripada – berbincang di luar tadi bahawa ia tidak memasuki definisi kutu andainya kalau ia tidak dalam bentuknya perniagaan. Akan tetapi di situ seksyen 3 situ, kumpulan wang kutu tertentu adalah sah dari segi undang-undang dan boleh dikuatkuasakan. Saya ambil situ dahulu dan minta Menteri jawab sekali gus yang mana sah, yang mana yang tidak sah. Itu Akta Kumpulan Wang Kutu (Pengesahan) 1974. Terima kasih Menteri.

final • 3:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan Yang Berhormat Beruas tadi. Walaupun tidak ada definition di dalam akta ini tetapi apabila kita sebutkan perniagaan misalnya, elemen-elemen perniagaan seperti mendapat keuntungan hasil daripada perlakuan yang dilakukan sewaktu menjalani aktiviti itu. itu yang membezakan antara perniagaan dan bukan perniagaan. Elemen keuntungan seperti tadilah, penganjur kutu akan ambil komisen dan sebagainya daripada transaksi yang dilakukan ataupun business yang dilakukan. Saya hendak maklumkan bahawa soal definition misalnya, apabila kes-kes dibawa ke mahkamah dan sebagainya. Mahkamah akan menentukan sama ada yang kita risaukan pada hari ini, yang kita bimbangkan pada hari ini saya tahu Yang Berhormat Beruas bimbangkan, apa kata kalau orang kampung yang kena kutu, masalah kutip kutu tadi pergi ke mahkamah, adakah akan dikenakan tindakan?

Saya hendak beritahu bahawa semenjak Akta Kutu ini, semenjak dikuatkuasakan pada tahun 1971, tidak ada satu pun tindakan dikenakan pada pemain kutu sama-sama sendiri di kampung-kampung, di bandar-bandar tidak kiralah di mana-mana. Siapa yang diambil tindakan oleh mahkamah adalah mereka yang terlihat menganjurkan kutu, yang menjalankan perniagaan. Saya hendak sebut definition perniagaan mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Definition dia – definition di sini kita boleh ada definition.

Includes business ya. “Business includes every form of trade, commerce, craftsmanship, calling, profession or other activity carried on for the purpose of gain.” Saya sebutkan tadi, “but does not include any office...” etcetera. Maknanya include purpose of gain, trade dan sebagainya.

final • 3:00 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi walaupun definition ini tidak ada, but we still kita boleh refer kepada Akta Pendaftaran Perniagaan yang menjelaskan apa maksud perniagaan. Oleh sebab itu saya kata yang tidak ada ambil keuntungan, tidak ada element of game ataupun tidak ada elemen keuntungan sebentar tadi memang tidak dianggap sebagai perniagaan dan tidak termasuk di dalam akta ini. Jadi kepada rakan-rakan yang bimbang kalau pemain-pemain kutu seperti kata Yang Berhormat Indera Mahkota, wanita-wanita dan sebagainya yang tidak mengambil sebarang keuntungan, takut kena akta ini saya beri keyakinan kepada tuan-tuan bahawa kepada Ahli-ahli Parlimen, Yang Berhormat-Yang Berhormat bahawa ianya tidak akan dikenakan.

final • 3:10 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ini kerana akta ini bukan akta yang baru. Pindaan ini adalah hanya melibatkan hukuman. Akta ini sudah lama wujud. Selama ini pun tidak ada satu pun pemain-pemain kutu di kampung-kampung ini yang kena hukuman oleh akta ini. Jadi saya rasa perkara kebimbangan itu tidak perlu menjadi satu perkara yang perlu kita perbahaskan di sini.

final • 3:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta penjelasan. Di dalam kutu ini penganjurnya biasanya mendapat faedah juga kerana penganjurlah orang yang pertama satu jenis ‘hoi’ ini penganjur yang kutip wang dan dia akan kita kata mendapat kebaikan daripada menggunakan wang terlebih dahulu.

Kemudian gilirannya bulan hadapan dan bergilir-gilir. Jadi adakah ini satu business penganjur untuk ‘hoi’ ini di kampung-kampung ini? Dia pun ada mendapat sedikit kebaikan ataupun kadang-kadang keuntungan ataupun advance payment untuk digunakan tanpa bunga.

Adakah penganjur ini juga terangkum dalam akta ini? Kenapakah kita sebentar tadi dikatakan mereka yang menganjur dan mendapat keuntungan menipu orang?

Sepatutnya kerajaan mengambil tindakan di bawah akta keseksaan ‘di mana hukuman lebih berat akan dikenakan kepada mereka yang menipu dan pecah amanah’. Jadi, tidak haruslah kerana ada keraguan di sini.

Adakah mereka ini dan kita rasa kita kata khuatir ialah akta ini boleh disalahgunakan oleh penguat kuasa untuk we call to affected ataupun menyebabkan orang ramai tertipu kalau kita kekeliruan timbul dan mereka membayar rasuah untuk dikatakan selesaikan kes yang begitu berat ini?...

final • 3:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

[Bangun] Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Soalan saya sebentar tadi tidak dijawab Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Baik.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tolong jawab dahulu.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya sudah jawab sekali sebentar tadi sebab sudah ada argument daripada Yang Berhormat Beruas. Mahu jawab sekali lagikah? Soal kutu. Untuk menjawab Yang Berhormat Kuala Selangor ya? Akta Kootu Funds (Prohibition) Act 1974, akta ini bukan menghalalkan skim kutu tetapi hanya memperuntukkan satu pengisytiharan bahawa mana-mana skim kutu yang wujud sebelum tarikh kuat kuasa Akta Wang Kutu 1971 adalah sah di sini undang-undang dan boleh dikuatkuasakan. Oleh yang demikian hanya skim kutu sebelum tahun 1971 boleh diteruskan dan skim-skim yang wujud selepas 18 Februari 1971 adalah skim yang dilarang di bawah akta ini.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri telah membacanya daripada akta pengesahan itu. Apakah terlepas pandang perkara ini? Apakah tidak diambil sekali gus in collaboration dalam draftiest pindaan sebentar tadi kerana jelas dinyatakan di situ bahawa kalau di hujungnya itu walau apa pun undang-undang yang berlawanan sah di sini undang-undang dan boleh dikuatkuasakan. Maka apa yang terdahulu daripada Februari dan kalau boleh saya bacakan, “Sebelum 18 Februari 1971 itu semacam sah.” Ia bukan semacam, memang disebutkan di situ. Dalam apa yang dikatakan sebagai kumpulan wang kutu tertentu adalah sah di sini undang-undang dan boleh dikuatkuasakan. Saya takut kementerian terlepas pandangkah atau apa yang sedang berlaku di sini di dalam hal ini? Ini kerana kalau itu kedudukannya, maka segala usaha untuk ia menguatkuasakan sesuatu tindakan yang lebih adalah semacam. Bagaimanakah Yang Berhormat Menteri? Saya pun tidak faham.

Maknanya segala yang syarikat itu sah, ya?

final • 3:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Jawab dahulukah atau apa?

Beberapa orang: Jawab dahulu.

final • 3:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey. Saya sebenarnya yang agak berlainan sedikit daripada yang... [Disampuk] Hendak jawab dahulukah?

final • 3:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri beri sebutannya dahulu. Begini Yang Berhormat Menteri.

Saya sebenarnya tidak mahu memanjangkan perkara ini sebab saya faham spirit yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri untuk pindaan ini. Cuma begini, pada saya adalah rugi sekiranya daripada tahun 1971 sehingga sekarang kita bawa pindaan yang agak spesifik.

Saya katakan kalau kita menyedari sebenarnya kutu ini berkembang daripada dahulu sampai sekarang dalam keadaan yang biasa. Akan tetapi kenapa sekarang berlaku penyelewengan dan kerugian menjadi mangsa sebab dia involve, dia berkembang daripada skala yang kecil kepada makin besar kerana ada potensi perniagaan. Jadi apa yang hendak kita bawa ini untuk menyekat potensi elemen perniagaan itu sahaja. Akan tetapi kita benarkan kutu seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan dan tidak pernah ada sesiapa pun ambil tindakan.

Yang Berhormat Kuala Selangor juga mengatakan itu adalah satu potensi yang hidup dan berkembang. Akan tetapi apa yang saya katakan dan bawa sebentar tadi contoh.

Ia sebagai yang saya refer dan baca dalam ini, adalah rugi sesuatu ekonomi yang berasaskan rumah tangga tidak dieksploitasikan oleh pentadbir, pengurus ataupun kerajaan sesuatu negara. Kalau tidak boleh ambil potensi itu. Kita sekat memang tidak sekat. Kutu berjalan seperti biasa. Akan tetapi yang hendak disekatkan elemen perniagaan. Di mana logiknya kata, benda tidak boleh berkembang akhirnya kerana ada satu nilai atau value sudah tentu ia akan ditransformed dalam bentuk commercial value. Kalau undang-undang ini hendak menyekat commercial value, bermakna kita hendak kekalkan kutu dalam bentuk tradisi sahaja. Itu yang saya kata sebentar tadi, dia kata amatlah rugi kalau kata potensi google economy itu tidak kita tag atau ambil kesempatan terutama dalam keadaan negara kita ini.

Pertumbuhan dalaman kita bukannya segar sangat. Rugi maknanya. Saya tidak tahu spirit akta ini hendak suruh kekalkan kutu dalam bentuk tradisi sahaja ataupun hendak memperelokkan lagi pentadbiran kutu untuk dia berkembang dalam satu sektor yang lagi baik kerana ada potensi besar, legalizedkan perkara ini. Potensi besar. Sebentar tadi disebut, saya petik sebentar tadi RM2 bilion setahun yang berkenaan dengan pengurusan atau transaksi kutu. Ia bukannya kecil, besar itu Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi maknanya potensi ini kalau ada elemen perniagaan, cop kita potong tidak boleh. Kita kenakan perintah begini.Undang-undang yang begitu orang kata menggerunkan. Maknanya apa? Kita hendak suruh kutu ini jadi makin menurun dan hilang tradisinya sehingga habis?

Apakah alternatif kita? Dalam masa yang sama, kalau kita ada alternatif lain untuk membantu sektor rumah tangga kita itu tidak mengapa. Sekarang kita langsung tidak alternatif. Dan tidak ada pilihan lain di kalangan untuk menyelesaikan masalah segera seperti yang disebut oleh ramai rakan kita. Saya nampak ada berlawanan yang cukup ketaralah dekat sini Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Boleh sekali?

final • 3:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sekadar berkongsi pandangan daripada sahabat saya Yang Berhormat Indera Mahkota sebentar tadi dan disebut juga oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya bersetuju sebentar tadi economy google tadi itu harus diperkasakan dan dijana kerana memang kita bersetuju. Kalau kita lihat masyarakat tradisi Melayu dahulu, hendak pergi haji pun mereka main kutu ini. Mereka hendak hantar anak ke sekolah hujung tahun kadang- kadang kumpul duit kutu ini. Ini hakikat yang berlaku dalam masyarakat kampung.

Ada yang hendak berkahwin pun maknanya dia simpan duit dengan duit kutu ini.

Ada yang hendak memulakan perniagaan dengan duit kutu ini. Jadi, kenapa tidak? Saya sangat bersetuju secara rasional dan objektifnya kerajaan memikirkan satu mekanisme untuk legalisekan kegiatan ini. Kalau dihapuskan, kerajaan tidak dapat apa-apa, orang kampung pun tidak dapat apa-apa.

final • 3:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Saya faham ada slot atau ataupun ada ruang untuk yang dikatakan pemain kutu ini untuk diselewengkan, itu saya akui tetapi kenapa tidak ada satu mekanisme yang kerajaan cuba cari bagaimana kita hendak suburkan kaedah ini, sistem micro credit ini. Sudahlah hendak pinjam ah long suatu perkara yang amat menggerunkan pada hari ini.

Jadi, kalau industri kutu ini dapat kita jadikan satu kaedah yang boleh membantu rakyat, ini sangat baik sebenarnya untuk kita bangunkan suatu skim atau suatu kaedah di mana dalam konteks rakyat dapat memanfaatkan micro credit untuk keperluan seharian mereka yang memerlukan kerana bank-bank yang besar ini mereka tidak kisah pun tentang golongan ini. Hendak merger, hendak apa pun, mereka tidak fikir pun bottomlinenya untuk rakyat. Akan tetapi dengan adanya kaedah yang seperti ini, ada mekanisme yang terbaik, saya rasa ini baik untuk skim kutu ini untuk kita jadikan satu perkara yang sangat berfaedah kepada masyarakat. Itu sekadar pandangan saya. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Menteri, saya tambah sedikit lagi.

Sebenarnya tujuan utama kita meminda rang undang-undang ini adalah semata-mata untuk melarang penubuhan, pendaftaran dan melesenkan syarikat-syarikat perniagaan yang bercadang untuk menganjurkan perniagaan kutu bagi mencari keuntungan. Ia tidak melibatkan orang ramai tetapi apa yang saya hendak sebut di sini, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri tadi akan kesalahan-kesalahan kepada syarikat-syarikat yang menganjurkan sistem kutu ini akan jatuh di bawah takrif undang-undang ini dan akan juga disabitkan di bawah Akta AMLA.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, syarikat-syarikat yang telah didapati bersalah oleh mahkamah sebelum ini dengan satu jumlah yang cukup besar dan dia telah mendapat keuntungan sebanyak RM31 juta. Wang yang dikutip itu pun melibatkan 30,000 orang ahli. Adakah syarikat ini juga akan disabitkan di bawah akta yang sama, Akta AMLA.

Supaya kepentingan pencarum, supaya kepentingan orang ramai akan diambil kira. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat Beruas membangkitkan isu tentang ragu-ragu mengenai penguat kuasa yang takut menyalahgunakan kuasa dan sebagainya di dalam membuat interpretasi sendiri mengenai kesalahan Akta Kutu ini. Saya rasa perkara itu tidak perlu menjadi perbincangan kita. Itu anggapan sahaja dan seperti yang saya sebutkan tadi bahawa saya setuju dengan pandangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Jasin tadi. Mungkin Yang Berhormat Kubang Kerian belum masuk lagi tadi. Kita sudah jelaskan bahawa apa yang kita tidak mahu ialah melesenkan syarikat perniagaan yang menganjurkan kutu. Itu very clear, jelas.

Soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat kata hendak kahwin main kutu, hendak pergi haji main kutu, itu tidak ada masalah, tidak tertakluk kepada akta dan kesalahan di bawah pindaan ini. Jadi, itu tidak termasuk Yang Berhormat dan tentang AMLA tadi, seperti saya sebutkan tadi AMLA ini baru digazetkan 14 April 2011. Jadi, selepas daripada tergazetnya kesalahan kutu di bawah AMLA ini barulah tindakan pembekuan aset boleh dilakukan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Satu- satu Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Indera Mahkota itu lain sedikit. Yang Berhormat Indera Mahkota kata kalau wang yang berlegar dalam sistem ini ada RM2 bilion yang mungkin menguntungkan kerajaan, kenapa tidak kita legalise sahaja?

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Soal RM2 bilion itu saya tidak pasti sama ada betul dan tidak tahu dari mana dapat RM2 bilion itu. Kalau RM2 bilion itu termasuk yang agaknya kutu-kutu sesama sendiri. Bukan perniagaan kutu. Sebenarnya yang kita tidak legalise ini adalah- saya sudah jelaskan bahawa perniagaan tadi, perniagaan yang mengutip duit orang ramai dan mencari keuntungan daripadanya kerana kesan daripada kita lihat apabila kutipan yang begitu besar. Jadi, akhirnya itu yang berlaku seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Seremban tadi apabila kutipannya terlampau besar, sampai RM20 juta dan sebagainya akhirnya wang dilarikan.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Menteri....

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi, ini yang lebih penting bagi kita, ini yang lebih penting bagi pihak kementerian melihat untuk melindungi kepentingan pengguna tadi.

Akan tetapi kalau kutu-kutu yang biasa tadi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian dan sebagainya, kalau wang itu berlegar seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota sebanyak RM2 bilion yang berlegar antara satu sama lain, saya rasa itu tidak ada masalah dan perkara ini memang kita tidak menyekat dan sebagainya.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri, Pasir Salak sedikit. Saya hendak memberi pandangan sedikit. Yang berlegar RM2 bilion itu, ia bukan illegal, kenapa hendak dilegalise pula? Benda itu tidak illegal, biarkanlah dia berlaku begitu. Tadi Tuan Yang di-Pertua tanya kenapa tidak legalise? It’s not something illegal to be legalise. Faham kah tidak faham?... [Ketawa]

final • 3:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tadi potensi kerana kalau jumlah RM2 bilion ini dianggap potensi kerana mahu atau tidak mahu, perkara ini wujud dalam masyarakat kita terutamanya masyarakat luar bandar ataupun di kalangan suri rumah, orang perempuan, wujud. Legalise atau tidak legalise memang sedia ada. Maksud saya, kenapa potensi ini kita tidak ambil peluang untuk cipta satu pengurusan baru untuk pertama, tidak menjadikan mereka ini terdedah kepada masalah.

Kita tahu yang kutu ini berkembang, ada evolutionnya daripada sedikit kepada makin besar dan ramai orang sehingga kata empat kes sahaja 100,000 orang terlibat.

Maka, adalah orang yang melihat potensi ini untuk mencipta keuntungan dari segi peraturan atau pengurusan kewangan atau perniagaannya. Itu yang menjadi adanya potensi perniagaan tadi.

Maka, kalau kita hendak sekat ini cuma potensi perniagaan kerana takut, bimbang orang menjadi mangsa dengan cara macam ini, saya bimbang yang immediate sekarang, yang duduk ada kalau kita betul-betul kaji yang ada dalam pasaran kita sekarang bernilai RM2 bilion katakan, dengan wujudnya akta ini, maka terus berhenti aktiviti itu dan pengusaha ataupun yang menganjurkan skim ini akan memberi alasan kerajaan telah pun melarang dan tidak boleh meneruskan skim ini, maka RM2 bilion akan jammed, akan berhenti serta merta dan mereka menggunakan alasan ini untuk memangsakan suri rumah kita. Itu sahaja yang immediatenya boleh berlaku dan sebab itu saya kata kesan serta mertanya memang tidak baik Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

RM2 bilion itu memang saya tidak tahu dari mana diperolehi. Itu yang pertama, keduanya seperti kata Yang Berhormat Pasir Salak tadi, kita tidak pernah mengatakan yang pemain-pemain kutu sesama sendiri itu illegal, cuma yang menganjurkan kutu ini dan saya hendak beritahu setiap perniagaan ada produknya, ada dilaburkan, setiap perniagaan, tidak kira skim cepat kaya pun dia ada labur juga, skim ikan keli, skim cacing dan sebagainya, ia dilaburkan. Itu mungkin sebagai menarik minat sahaja. Skim kutu ini tidak ada apa-apa, nothing, zero. Ia tidak ada produk, tidak ada apa.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ia cuma ambil duit ‘A’ bayar duit ‘B’, ambil duit ‘C’ bayar duit ‘D’, itulah berlegarnya, tetapi semakin lama duit itu semakin kecil kerana penganjur kutu ini akan mengambil komisen untuk dia, duit tambahan dari segi keuntungan perniagaan tak ada kerana ia tidak melibatkan perniagaan, dia cuma bayar, bayar, bayar hasil daripada kutipan daripada orang ramai. Akan tetapi duit itu akan menjadi semakin sikit sebab ia akan bayar komisen diri dia sendiri. Akhirnya sistem ini akan collapse, akan runtuh, sebab ia tidak ada pendapatan daripada yang lain, sebab ia manage duit sahaja, bagi sini, ambil kiri ke kanan, ‘C’ bagi ke ‘D’ tetapi duit itu tidak bertambah sebab tidak ada unsur perniagaan lain, dia cuma collect duit sahaja. Akhirnya yang rugi adalah pelabur nanti. Pelabur yang terakhir tadi seperti yang disebut oleh kalau tidak silap saya Yang Berhormat Seremban ataupun Yang Berhormat Parit Buntarkah apa tadi.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Akhirnya orang bawah sekali – bukan Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Parit Buntar sini, yang belakang tadi. Akhirnya ia menjurus kepada penipuan sebab ia tidak ada perniagaan. Oleh sebab itu kita hendak stop perkara ini, sebab kalau kita biarkan perkara ini, akhirnya ramai yang akan rugi, just imagine, cuba bayangkan 30 ribu pelabur akhirnya duit itu habis kerana ia bukannya melabur seperti melabur cacing, melabur lintah dan sebagainya, walaupun skim cepat kaya pun menipu tetapi ada juga produk yang hendak dilaburkan. Jadi sebab itulah kita sekat perkara ini kerana kita tahu akhirnya yang rugi adalah orang ramai. Jadi Tuan Yang-dipertua,

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Menteri...

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya hendak habiskan dulu kemudian saya bagi laluan, saya takut ada yang tertinggal. Yang Berhormat Pasir Mas saya sudah jawab, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kinabatangan, saya sudah sebut skim cepat kaya, perbezaan tadi. Saya ingat itu sahajalah.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Senang sahaja Yang Berhormat, oleh kerana kerajaan memang belum memikirkan bahawa skim kutu ini boleh disahkan atau dilegalisekan, itu sahaja jawapan ia.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Nanti kita fikir...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar

Lagipun soalan pindaan undang-undang ini kita tidak payahlah panjang sangat...

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit sahaja Menteri.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Cuma satu sahaja saya – ada daripada Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat Parit Buntar tadi. Yang Berhormat Parit Buntar mengatakan elok kita hebahkan kepada orang ramai, pihak kementerian melalui SSM, kita percaya akan menghebahkan kepada orang ramai melalui skim kutu yang dibenarkan dan skim kutu yang tidak dibenarkan. Jadi itu sahajalah.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit sahaja Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maaf kerana terpaksa mengheret perbincangan ini, tetapi mungkin apa yang dimaksudkan oleh Menteri, kutu ini bukanlah perniagaan, ia tidak ada apa-apa merchandise dan apa-apa produk yang bertukar tangan. Ianya pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, just a revolving fund, kalau itulah maksudnya bahawa ia revolving fund atas kegiatan untuk saling mendapat manfaat daripada fund itu, mereka saling mencarum, not deposit taking as such, dengan izin, tetapi saling mencarum untuk pada akhirnya setiap seorang mendapat mengikut gilirannya. Cuma kalau orang yang berfikir time value for money, orang yang dapat kali ini dan dapat dua tahun kemudian, mungkin ada dari segi value for money itu terjejas tetapi itu revolving concept.

Apa yang saya hendak tanya balik kepada Menteri, apakah Menteri betul-betul terlepas pandang perkara ini, Akta 1971 melarang segala kegiatan yang bersabit dengan kutu ini, tetapi Akta Kumpulan Wang Kutu, pengesahan 1974 itu secara jelas menyebut bahawa ada syarikat-syarikat yang terdahulu daripada 18 Februari 1971 itu disahkan pula.

Ini memerlukan jawapan sebabnya Tuan Yang di-Pertua, adalah kerana wujud pula syarikat yang boleh diberikan sah kegiatan kutu ini. Ini yang kita tidak faham ini, after all perbincangan dan perbahasan yang outlaw ataupun yang mengharamkan kutu ini, ada pula yang disahkan. Apakah kementerian benar-benar lepas pandang atas perkara ini? Minta Menteri jawab dengan mudah dan tuntas.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya rasa kalau Yang Berhormat baca, akta ini merujuk kepada kes-kes yang di wind out kompeni-kompeni yang di wind out. Misalnya kutu fund daripada kompeni-kompeni yang di luar undang-undang. Bukan bermakna kita selepas itu membenarkan. Maknanya selepas 1971, kita tidak membenarkan tetapi maknanya kompeni yang sebelum 1971 yang di wind out itu, dari segi kutu fund tadi kita sahkan dari segi itu. Jadi tidak ada isu terlepas pandang.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Jadi tidak ada kompeni itu?

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tidak ada.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Itu hendak penjelasan sikit itu, kalau betul ia wind down.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Wind out.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Wind out semula?

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Saya baca dalam seksyen 2, seksyen 3 Perkara 2, the reference in this section to the winding up of the company, okey? Jadi saya percaya itu sahajalah yang sempat saya jawab. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat, mana-mana cadangan yang baik akan kita pertimbangkan untuk penambahbaikan akta ini pada masa-masa yang akan datang, terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tunku Jaafar

Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tunku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tanpa pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 3:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG MAKTAB KERJASAMA (PERBADANAN)(PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dan bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

final • 3:38 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, Maktab Kerjasama Malaysia

(MKM) ditubuhkan pada tahun 1956 dan telah diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 [Akta 437]. Tujuan utama MKM ditubuhkan ialah untuk mengembangkan dan menggalakkan pengajian dalam bidang koperasi. Di awal penubuhannya, MKM memberi tumpuan kepada melatih pegawai- pegawai kerajaan. Namun apabila ianya diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun pada tahun 1968 melalui Akta 437, fungsi MKM diperluaskan untuk melatih anggota lembaga dan kakitangan koperasi.

final • 3:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Selaras dengan prinsip koperasi iaitu memberi keutamaan kepada latihan maka setiap koperasi diwajibkan untuk mencarum sebanyak 2 peratus dari keuntungan bersih setiap tahun kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang diuruskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dalam hal ini hanya koperasi sekolah dikecualikan dari caruman tersebut. Sebahagian besar kegunaan tabung ini adalah untuk membiayai program anjuran MKM bagi menyediakan modal insan dalam gerakan koperasi. Gerakan koperasi sekolah di Malaysia telah wujud sejak tahun 1952. Sehingga kini koperasi telah terlibat dalam pelbagai bidang dan sektor ekonomi serta dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Sektor ekonomi yang diceburi oleh koperasi adalah seperti perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, pertanian, perladangan dan lain- lain. Bidang ekonomi ini mampu melonjak pendapatan koperasi ke tahap yang lebih tinggi.

Di samping itu koperasi telah mengambil langkah meneroka bidang pertumbuhan baru dan tidak hanya bergiat dalam bidang tradisional sahaja. Ini bagi memastikan koperasi berkembang bagi menjadi agen pertumbuhan ekonomi dan berupaya memberi sumbangan yang lebih besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. Bagi tujuan ini MKM telah diamanahkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran modal insan gerakan koperasi melalui latihan, pendidikan, khidmat nasihat dan penyelidikan. Selain daripada itu bagi memastikan bahawa koperasi ditadbir secara profesional, maka pelajar-pelajar lepasan SPM turut diberi peluang mengikuti kursus peringkat diploma dan membuka peluang untuk mereka berkhidmat dengan koperasi.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dalam gerakan koperasi bagi menjamin supaya koperasi diurus secara lebih profesional. Dalam hubungan ini MKM wajar dilihat sebagai pemangkin kepada usaha melahirkan golongan pengurusan koperasi yang mahir dan berpengetahuan tinggi dalam selok-belok pentadbiran koperasi. Ini bagi membolehkan koperasi bersaing dalam pasaran dan meneroka bidang pertumbuhan baru yang mampu memberi pulangan dan keberhasilan yang tinggi.

Cadangan pindaan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968, [Akta 437] akan membolehkan MKM mencapai visi dan misinya dan melaksanakan pelbagai bentuk latihan dan pendidikan jangka pendek dan jangka panjang sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini termasuklah dalam bidang penyelidikan, konsultasi, jaringan kerjasama dan lain-lain fungsi yang dapat menambah ilmu pengetahuan anggota dan pemimpin koperasi. Justeru meningkatkan prestasi mereka dan seterusnya memajukan gerakan koperasi negara ini.

Akta 437 telah mengalami pindaan kecil pada tahun 1999 yang hanya melibatkan penyelarasan berikutan perubahan pentadbiran sahaja. Namun masih terdapat kekurangan di dalam akta untuk membolehkan MKM menjalankan fungsi penubuhannya selaras dengan peredaran masa dan perubahan peranan gerakan koperasi dalam sektor ekonomi. Objektif pindaan Akta 437 ini adalah untuk memperkemaskan tadbir urus MKM, supaya MKM dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi menyokong pembangunan gerakan koperasi ke arah yang lebih berdaya saing dan berdaya maju.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat, izinkan saya seterusnya memaklumkan beberapa ciri utama rang undang-undang ini. Pindaan Akta 437 ini melibatkan sepuluh fasal iaitu fasal 3 hingga fasal 9 dan fasal 13 hingga fasal 15.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 3 [Akta 437]untuk membuat peruntukan mengenai penubuhan Maktab Koperasi Malaysia sebagai satu pertubuhan perbadanan iaitu melibatkan pertukaran nama dari Maktab Kerjasama Malaysia kepada Maktab Koperasi Malaysia (MKM) supaya ia lebih dikenali dan melambangkan peranannya untuk memajukan koperasi.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 4 [Akta 437] untuk mengadakan peruntukan yang lebih komprehensif mengenai fungsi MKM seperti berikut:

(i) menyediakan kursus pengajian koperasi dan bidang-bidang lain yang berkaitan dan penganugerahan sijil atau diploma yang sesuai;

final • 3:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

(ii) menerbitkan atau membantu dalam penerbitan bahan yang berkaitan dengan koperasi atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya;

(iii) membuat kaedah sebagaimana yang perlu bagi mengatur tanggungjawab dan mengawal pegawai dan kakitangan dan mengenakan apa-apa bayaran bagi mana-mana kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut;

(iv) menjalankan penyelidikan atas perkara berkaitan koperasi;

(v) menyediakan khidmat konsultasi;

(vi) menjalankan kursus, penyelidikan, konsultasi dan perkhidmatan berteraskan ilmu bersama-sama secara bergabung, secara usaha sama atau selainnya dengan mana-mana institusi pengajian tinggi atau badan profesional atau mana-mana pertubuhan di dalam atau di luar Malaysia; dan

(vii) menasihati menteri mengenai semua perkara yang berkaitan dengan pembangunan modal insan.

Fasal 5 bertujuan memasukkan seksyen baru ke dalam Akta 437 iaitu seksyen 4A hingga 4P. Seksyen 4A bertujuan memperuntukkan kuasa kepada Maktab Koperasi Malaysia seperti berikut:

(a) menganugerahkan diploma dan sijil dan kepujian akademik lain kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh MKM dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain yang ditentukan oleh lembaga atau yang telah ditetapkan;

(b) mengadakan dan menganugerahkan biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah dan bentuk-bentuk kepujian lain, anugerah atau bantuan berkenaan dengan latihan, pendidikan dan aktiviti- aktiviti lain yang ada di MKM;

(c) memberi pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya mengikut apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh lembaga;

(d) memasarkan atau mengkomersialkan perkhidmatan, hasil penyelidikan dan keluaran MKM;

(e) menuntut dan menerima apa-apa fi yang ditentukan oleh lembaga atau apa yang ditetapkan dari masa ke semasa;

(f) melakukan apa-apa perbuatan atau perkara sama ada bersampingan dengan atau sebagai pematuhan kepada kuasa tersebut yang dibuat bagi meningkatkan pendidikan, latihan kewangan, pentadbiran, kebajikan dan disiplin di MKM; dan

(g) menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 untuk menjalankan atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang dirancang atau dilaksanakan oleh MKM dengan persetujuan Kementerian Kewangan.

Seksyen 4B hingga 4K adalah peruntukan-peruntukan mengenai tadbir urus lembaga pengarah di mana seksyen 4B memperuntukkan penubuhan dan komposisi Lembaga Maktab Koperasi Malaysia yang ditubuhkan untuk menggantikan Majlis Kerjasama Malaysia sebagai badan pentadbiran maktab dengan jawatan pengerusi dilantik oleh menteri.

Seksyen 4C bertujuan untuk memperuntukkan kriteria bagi kehilangan kelayakan untuk menjadi Lembaga Pengarah Maktab Koperasi Malaysia.

final • 3:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Seksyen 4D bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai perjalanan sementara fungsi-fungsi pengerusi semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan.

Seksyen 4E adalah mengenai kekosongan jawatan.

Seksyen 4F memperkatakan pembatalan pelantikan anggota Lembaga Pengarah Koperasi Malaysia.

final • 3:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Seksyen 4G berhubung dengan mesyuarat lembaga dan penyimpanan minit.

Seksyen 4H bertujuan membuat peruntukan mengenai penzahiran kepentingan oleh anggota Lembaga Maktab Koperasi Malaysia.

Seksyen 4I bertujuan untuk membenarkan lembaga untuk mengundang orang lain menghadiri mesyuaratnya.

Seksyen 4J membuat peruntukan mengenai pembayaran elaun kepada Anggota Lembaga Pengarah Maktab Koperasi Malaysia dan anggota mana-mana jawatankuasa.

Seksyen 4K memperuntukkan kesahan tindakan dan prosiding lembaga MKM sekiranya berlaku kekosongan dalam keanggotaan atau kecacatan dalam penubuhan lembaga atau berlaku sesuatu peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal ini.

Seterusnya seksyen 4L memperuntukkan pelantikan Ketua Pengarah MKM yang dahulunya diberi gelaran pengarah.

Seksyen 4M memperuntukkan mengenai pelantikan pegawai dan kakitangan yang diperlukan bagi menjalankan tujuan MKM.

Manakala seksyen 4N pula bertujuan membolehkan MKM menubuhkan cawangan-cawangannya supaya aktiviti latihan dapat sampai kepada rakyat seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Seksyen 4O berhubung dengan kuasa Menteri untuk memberi arahan kepada lembaga dan seksyen 4P memperkatakan mengenai meterai perbadanan maktab.

Fasal seterusnya adalah fasal 6 yang bertujuan untuk meminda seksyen 5 Akta 437 bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan Jawatankuasa Pengajian yang akan membuat cadangan atau syllabus yang diperlukan bagi sebarang kursus kaedah peperiksaan untuk pemberian diploma bagi sebarang kursus yang dijalankan dan lain-lain perkara berkaitan yang dirujuk kepada Jawatankuasa Pengajian. Jawatankuasa Pengajian adalah terdiri daripada berikut:

(i) Ketua Pengarah selaku Pengerusi;

(ii) Timbalan Ketua Pengarah;

(iii) wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia; dan

(iv) dua wakil institusi pengajian tinggi.

Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen 5A ke dalam Akta 437 bagi membenarkan lembaga menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan patut oleh lembaga.

Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 7A dan 7B ke dalam Akta 437.

Seksyen 7A bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai penubuhan Kumpulan Wang Rizab sementara seksyen 7B merupakan peruntukan mengenai penubuhan dan pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Caruman. Penubuhan kumpulan wang ini adalah selaras dengan amalan badan-badan berkanun lain.

final • 3:50 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Pindaan juga dibuat ke atas fasal 9 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen 8A ke dalam Akta 437 untuk membolehkan lembaga bagi pihak maktab menerima apa-apa harta dan wang melalui pemberian hadiah, pemberian wasiat, bantuan, legasi atau sebaliknya untuk membantu kewangan maktab.

Fasal 13 pula bertujuan memasukkan seksyen 12A hingga 12G untuk melindungi lembaga dan kakitangan daripada tindakan undang-undang.

Seksyen 12A di bawah fasal ini memperuntukkan pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 atau Akta 198 bagi apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap maktab atau lembaga, anggotanya atau anggota jawatankuasa, pegawai, kakitangan atau agen maktab.

Seksyen 12B memperuntukkan bahawa tiap-tiap anggota lembaga atau mana- mana pegawai, kakitangan atau agen maktab hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian kanun keseksaan Akta 574 semasa menjalankan tugasnya di bawah Akta 437.

Seksyen 12C mengenakan obligasi kerahsiaan berkenaan dengan apa-apa maklumat berhubung dengan maktab ke atas anggota lembaga atau mana-mana pegawai, kakitangan dan agen maktab, mana-mana anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang di undang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat lembaga atau jawatankuasa.

Seksyen 12D bertujuan untuk memperuntukkan bahawa maktab boleh diwakili oleh mana-mana orang atau pegawai dalam prosiding sivil oleh atau terhadap maktab.

Seksyen 12E memperuntukkan perlindungan lembaga, anggota lembaga, maktab dan pegawai serta kakitangannya atau mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi pihak maktab terhadap apa-apa tindakan atau guaman bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan secara suci hati.

Seksyen 12F memperuntukkan kuasa lembaga untuk membuat kaedah-kaedah dan garis panduan, manakala seksyen 12G memperuntukkan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan.

Fasal 14 bertujuan untuk meminda Akta 437 dengan menghapuskan jadual kepada seksyen 3 akta tersebut. Jadual tersebut adalah mengenai pelantikan, penamatan tempoh dan pelantikan semula sebagai Ahli Majlis MKM. Pelucutan hak sebagai ahli majlis, kekerapan mesyuarat majlis dan bilangan kuorum yang membolehkan mesyuarat majlis diadakan, perkara-perkara tersebut telah pun dimasukkan dalam fasal 5 yang disebutkan tadi.

Fasal 15 bertujuan untuk memperuntukkan peruntukan kecualian dan peralihan serta pertukaran nama Maktab Kerjasama Malaysia kepada Maktab Koperasi Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat, kementerian mempunyai keyakinan sepenuhnya bahawa pindaan rang undang-undang ini akan membawa kebaikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam latihan dan pendidikan koperasi. Peruntukan yang telah digariskan akan memantapkan tadbir urus MKM serta membolehkan maktab ini menjalankan tanggungjawab untuk membangunkan modal insan bagi gerakan koperasi. Oleh itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini amat diharapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 3:50 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Putatan.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kementerian kerana sungguh prihatin dengan isu pendidikan dalam bidang koperasi dan keusahawanan yang akan melahirkan beberapa usahawan muda kita melalui latihan ini. Lama sudah kita tunggu-tunggu ini, Yang Berhormat Menteri.

Jadi kalau kita imbas kembali latar belakang atau sejarah koperasi yang telah ditubuhkan pada tahun 60-an Yang Berhormat Menteri, banyak yang lingkup, gulung tikar.

Jadi sebab itu saya rasa dari segi masalah pengurusan dan kerjasama walaupun ini soal kerjasama Tuan Yang di-Pertua, tetapi kadang-kadang dalam keahlian koperasi ini kadang- kadang kerjasama akan terjejas kerana perkara-perkara yang tidak dapat diurus oleh pihak- pihak koperasi di peringkat akar umbi.

Jadi saya mengharapkan dengan sukses nya pindaan Akta Maktab Kerjasama ini dapat memperkasakan lagi usaha kementerian supaya dapat memantau apa sahaja yang diwujudkan di peringkat-peringkat terutama sekali di peringkat kampung, Yang Berhormat Menteri. Kerajaan Barisan Nasional memang sungguh prihatin dengan rakyat di peringkat akar umbi untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka.

Satu perkara yang saya ingin sentuh di sini Yang Berhormat Menteri, yang saya tidak terbaca dalam akta ibu ataupun dalam pindaan ini ialah penglibatan mendidik usahawan muda kita ini dengan kerjasama NGO-NGO selain daripada usaha kerajaan sendiri. Jadi ini saya rasa peranan dewan-dewan perniagaan dan perindustrian terutamanya, juga harus dilibatkan dalam bentuk badan maktab ini, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:57 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya lihat juga peranan pihak swasta tidak begitu jelas dalam pembentukan Maktab Kerjasama ataupun Koperasi Malaysia ini. Kalau boleh juga dilibatkan pihak swasta untuk mewujudkan maktab-maktab serupa macam ini untuk mendidik walaupun ia berkesan kepada perniagaan tetapi ini harus juga kita galakkan terutama sekali pihak ahli-ahli perniagaan untuk dibantu mewujudkan maktab-maktab seperti ini, Maktab Koperasi terutama sekali di serata negara kita termasuk Sabah dan Sarawak. Ini sudah lama kita tunggu kemudahan seperti ini yang belum diwujudkan. Saya tahu pada tahun lepas kita wujudkan maktab di Glenmarie kalau saya tidak silap pada tahun lepas.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi ini satu permulaan, saya harap pihak kementerian walaupun wujudnya maktab ini di kemudian hari, mohon juga kalau pihak kementerian dapat memantau keperluan di peringkat daerah dan sebagainya. Tidak perlu kita di tahap diploma, degree atau sebagainya, kepada tahap certification ataupun kemahiran mereka itu diiktiraf sebagai boleh memulakan perniagaan dengan scale yang kecil. Budak-budak kita yang lepasan sekolah ataupun yang menganggur atau yang tidak dapat meneruskan pelajaran mereka ini boleh kita ambil kira dengan memberi taraf yang membolehkan menjalankan aktiviti perniagaan di peringkat-peringkat daerah, pekan-pekan kecil dan sebagainya dan mesti dipantau oleh pihak kementerian. Kita tidak mahu lagi macam apa yang berlaku pada masa-masa lalu, kita biarkan koperasi-koperasi ini berjalan.

Jadi koperasi-koperasi ini juga kita perhebatkan keahlian mereka masing-masing.

Bukan semestinya badan koperasi itu sahaja, yang penting kita adalah kepada individu- individu atau ahli-ahli koperasi itu.

final • 4:00 PM

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh - Putatan

Saya harap pihak kementerian dapat menekankan perkara ini sebab ini mungkin menjadi satu gambaran bahawa kerajaan kita ini betul-betul prihatin dengan hasrat dan agenda kita supaya negara kita dapat mencapai satu negara yang maju dan yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong akta ini.

final • 4:00 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut sama berbahas dalam peringkat dasar mengenai Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Pindaan) ini yang saya rasa oleh kerana di dalam ini kita pun hendak tukar maktab kerjasama ini kepada nama barunya iaitu Maktab Koperasi Malaysia (MKM). Jadi agaknya rang undang-undang ini pun ataupun undang-undang ini pun patut kita tukar kepada Akta Maktab Koperasi untuk selaraskan dengan nama kolej ini.

Kita memohon penjelasan apakah, mungkin tadi telah diterangkan sedikit, saya ingin memohon penjelasan lanjut. Usaha untuk memperbadankan maktab kerjasama ini adalah untuk mencari suatu kebaikan ataupun menambah baik institusi yang sedia ada sudah pastinya.

Institusi ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Putatan sangat penting bagi melahirkan aktivis-aktivis koperasi yang mahir dalam pengurusan, dalam menjalankan aktiviti-aktiviti koperasi yang merupakan suatu daya ekonomi yang saya rasa ketiga selepas kerajaan, swasta, koperasi merupakan sesuatu yang penting. Jadi mendapatkan kumpulan pengurus-pengurus dan aktivis koperasi yang terlatih dan mahir merupakan satu tanggungjawab yang penting seandainya kita serius untuk menjadikan bidang koperasi ini sebagai force yang ketiga dalam membangunkan ekonomi negara kita.

Jadi saya melihat ini sebagai suatu yang positif, usaha ke arah menguruskan kolej ini ataupun maktab ini dengan cara yang lebih profesional, dengan pengurusannya yang dedicated ke arah penambahbaikan ini. Cuma saya hendak menyokong pandangan Yang Berhormat Putatan tadi, dalam konteks menyediakan isi kandungan kursus. Saya khuatir ini adalah satu langkah yang awal untuk menjadikan maktab ini sebagai suatu kolej universiti pula selepas ini, menawarkan ijazah dan ijazah lanjutan. Bukan tidak baik, dalam satu hal ianya baik bagi keseluruhan proses pendidikan ini tetapi kita juga khuatir kalau ini akhirnya menjadi tumpuan, maka apa yang kita hasratkan seperti melatih budak-budak kita selepas SPM yang menggunakan maktab ini sebagai saluran kedua untuk melanjutkan pelajaran kerana tidak berjaya masuk ke IPT yang lain. Ini akan terganggu seandainya dalam keghairahan lembaga yang baru ini untuk membina imej maktab ini hingga akhir menjadi satu kolej universiti, maka akan tertinggal kursus-kursus peringkat awalan yang sangat diperlukan bagi anak-anak kita.

Jadi kita hendak memohon jaminan daripada pihak kerajaan agar perkara ini tidak diambil remeh kerana kita sudah memberikan suatu kuasa kepada pengurusan baru maktab ini yang saya katakan tadi dibuat secara profesional yang tentulah dalam mereka merangka key performance index mereka (KPI) mereka. Akhirnya akan juga membuat unjuran bahawa maktab ini akan menjadi satu kolej universiti untuk mencari satu tempat dan imej yang baru sehinggakan terabai hasrat asal maktab kerjasama dahulu untuk melatih, untuk memberikan pendidikan kepada orang-orang yang mahu terlibat atau mahu diperkenalkan kepada sistem koperasi ini.

Saya merasakan perkara ini penting sebab koperasi kita ini terumbang-ambing.

Kalau kita masih ingat pada akhir atau pada lewat 90-an dulu, berlaku krisis dalam banyak koperasi sehingga menimbulkan satu kesan yang negatif sehingga imej koperasi tidak dapat dipulihkan dengan sepenuhnya menjadi suatu daya, suatu force yang kuat dalam konteks pembangunan ekonomi negara.

Jadi kalau kita dapat melahirkan dan melatih aktivis yang lebih mahir, maka saya yakin kredibiliti koperasi-koperasi ini dapat kita pertahankan dan dapat kita galakkan bukan hanya koperasi yang besar-besar, kita nampak selepas pada ini dengan terlatihnya modal- modal insan yang baru ini, koperasi ini menjadi satu keghairahan untuk ditubuhkan di semua peringkat. Di sekolah sudah ada, di peringkat kampung, di peringkat masjid supaya ini menjadi satu gerakan ekonomi yang baru di kalangan rakyat di peringkat bawah.

final • 4:03 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi kalau ada koperasi ini, tidak perlu lagi kita bercakap tentang kutu, kutu pun orang tidak hirau sudah, orang akan bergerak untuk menggerakkan koperasi yang akan menjadi suatu sumber mikro kredit yang cukup aktif, tidak memerlukan ah long untuk membantu dan tidak sangat berharap kepada institusi perbankan yang pada hari ini sudah memainkan peranan yang tidak terjangkau oleh pengusaha-pengusaha kecil, apa lagi orang-orang kampung yang mahu memulakan perniagaan.

final • 4:03 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Sudah beyond their reach, dengan izin, kerana perbankan sekarang ini bercakap mengenai perkara-perkara yang besar. Penggabungan bank pun menggambarkan institusi yang lebih canggih, lebih besar dan tidak terdaya dicapai oleh orang-orang kampung di tanah-tanah rancangan misalnya, kumpulan-kumpulan prihatin masjid misalnya. Jadi, saya harapkan ini merupakan suatu daya usaha baru bagi memberikan nafas baru menyegarkan semula gerakan operasi menjadikan ia suatu daya pada masa akan datang. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada rang undang-undang ataupun Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968. Saya turut mengalu-alukan pembentangan akta ini dan kita harap dengan akta ini nanti ianya dapat membantu lagi memperkasakan pergerakan koperasi di negara kita ini.

Kita tahu Tuan Yang di-Pertua, peranan koperasi ini penting sebab ia dapat memberi kebaikan kepada ramai pemegang-pemegang saham. Kalau kita lihat di setengah- setengah negara, kejayaan koperasi banyak membantu ahli-ahli bukan sahaja dari segi keuntungan tetapi berbagai-bagai manfaat termasuk peranan mereka juga membantu menjana perkembangan ekonomi negara.

Saya tidak mahulah menghuraikan dengan lebih panjang, tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah koperasi yang ada di negara kita ini?

Daripada jumlah yang ada, berapakah koperasi yang dikira viable iaitu membuat keuntungan dan sustainable, mampan dan berapakah jumlah koperasi yang menghadapi masalah malah turut disiasat. Ini kerana saya didatangi oleh beberapa ahli daripada satu koperasi yang bertanya kepada saya iaitu mengenai dengan koperasi Kohilal Malaysia.

Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri jawab dengan terang dan jelas, detail bersabit dengan koperasi Kohilal Malaysia ini. Ini kerana ada pihak yang datang bertemu dengan saya, dia bertanya pada saya, dia kata dia melabur dalam koperasi Kohilal ini tetapi sekarang ini tidak mendapat apa-apa faedah.

Saya difahamkan koperasi Kohilal ini pernah membeli saham dalam Syarikat Elite Tel, Amerika dengan difahamkan sebanyak RM75 juta. Katanya, saya tidak tahu betul tidak betul, Yang Berhormat Menteri perlu jawab. Akan tetapi yang sahih, RM45 juta hangus dan saham ini saya dapat tahu katanya mengikut ahli-ahli ini ialah kosong, tidak ada perniagaan pun, tipu semata-mata. Ini dakwaan sebab mereka sudah dapat balik, duit tidak dapat balik.

Jadi katanya palsu melabur dalam Syarikat Elite Tel ini.

Saya diberitahu ramai yang terlibat dalam koperasi ini ialah ahli-ahli PAS. Mereka yang datang jumpa saya dan mereka berkata saham dalam Kohilal ini ialah saham macam EPF untuk ahli-ahli PAS. Mereka ini orang kampung, penyokong-penyokong tegar PAS yang tidak tahu apa, yang mereka ini kalau diberi dua tiga ayat al-Quran dan sebut semangat agama, terus mereka melabur, jual lembu, jual tanah. Akan tetapi rupa-rupanya saham ini bukan tulen.

Saya diberitahu Jabatan Pembangunan Koperasi sudah pun masuk menyiasat.

Saya hendak tahu status sebab kalau tidak mereka akan terus bertanya dengan saya. Saya beri pengakuan kepada mereka baru-baru ini, saya kata ada rang undang-undang, Akta Maktab Kerjasama akan dibentang, saya akan bangkit perkara ini dalam Dewan Rakyat ini.

final • 4:11 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi, saya hendak tahu apakah tindakan terhadap pengurusan – tidak silap saya pengurusan Kohilal ini namanya Dr. Marjoya. Salah seorangnya. Beliau ini tidak tahulah CEOkah, Pengerusikah, wallahualam. Akan tetapi, apakah hasil penyiasatan dan apakah tindakan? Jangan dibiarkan begitu sahaja dan biar ahli-ahli tahu, menjadi satu pengajaran.

Saya minta khusus dengan Yang Berhormat Menteri jawab hal ini dengan terperinci, dengan detail supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak. Kalau tidak, akta ini tidak ada memberi apa-apa erti, tidak ada memberi apa-apa makna. Ini kerana berapa banyak kita ada akta, tetapi kita lihat dari segi penyelewengankah, penipuankah bila ada, kita gagal menanganinya. Jadi, isu koperasi Kohilal ini satu isu yang saya anggap di bawah karpet. Memang mungkin ada setengah-setengah menggeletar kalau isu Kohilal ini keluar.

Akan tetapi, saya terpaksa dedah kerana mereka-mereka ini datang jumpa dengan saya minta saya bangkit isu Kohilal ini. Jadi saya minta Yang Berhormat tolong perjelaskan kepada Dewan yang mulia ini dan biar ahli-ahli tahu sebenarnya wujud atau tidak apa yang saya katakan tadi penjualan saham syarikat Kohilal ini di mana saham yang dikaitkan ialah saham Elite Tel, Amerika ini dan RM45 juta sudah hangus. Betul atau tidak saya hendak tahu ini. Jangan sembunyi, yang saya percaya sepatutnya sekarang ini sudah ada jawapan sudah. Lama sudah perkara ini berlaku, bukan baru.

Jadi, saya harap sangat Yang Berhormat Menteri tolong beri perhatian. Saya tidak ada yang lain dalam rang undang-undang ini. Ini sahaja yang saya minat sebab selepas jawapan Yang Berhormat Menteri, saya perlu ambil Hansard nanti, saya perlu panggil ahli- ahli ini, saya perlu terang, inilah jawapan Yang Berhormat Menteri bersabit dengan ini dan saya hendak tahu apakah tindakannya. Sekian, terima kasih. Saya menyokong rang undang-undang ini.

final • 4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sibuti.

final • 4:11 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut serta untuk membahaskan Rang Undang-undang Maktab Kerjasama ini yang dinamakan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010.

Ini adalah satu-satunya koperasi yang kita ikuti dari awal dahulu dan sekarang digalakkan di sekolah-sekolah menengah dan rendah bahawa dapat memberi satu pelajaran kepada anak-anak kita supaya mereka dapat belajar bagaimana mengendalikan koperasi di sekolah-sekolah dan akan dibawa mereka balik ke kampung-kampung mereka nanti untuk menunjuk ajar kepada ibu bapa mereka di mana koperasi ini nanti yang dinamakan Kolej Kerjasama Malaysia yang kita alu-alukan kepada masyarakat kita yang memajukan ekonomi kepada satu peringkat ke satu peringkat.

Di kawasan kita juga mempunyai koperasi-koperasi seperti apa yang ada ini dan telah pun mengikuti beberapa seminar untuk menjalankan koperasi dengan betul dan baik agar ia dapat menguntungkan di masa-masa anak kita masih di bangku sekolah. Apabila pindaan ini sangat sesuai dan sangat tepat pada masanya di mana sekolah-sekolah mengikuti koperasi ini patut diiktirafkan sebagai Maktab Koperasi ataupun kolej yang kita pindakan ini boleh menampakkan anak-anak sekolah kita itu nanti mendapat sekurang- kurangnya pelajaran daripada ini mengendalikan koperasi-koperasi yang kecil menjadi yang besar di mana ahli-ahli mereka nanti boleh menjalankan ia daripada koperasi sekolah kepada koperasi kolej dan juga kepada koperasi kampung dan koperasi keluarga yang dicadangkan oleh kementerian yang berkenaan.

Saya sangat-sangat menyokong pindaan akta ini dan saya mengharapkan pelaksanaannya nanti bukan ia hanya di atas kertas, ianya terus menyala ke sekolah- sekolah dan juga menyala di kampung-kampung untuk membantu ekonomi masyarakat kita di kawasan-kawasan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 4:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 4:16 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin sama menyatakan sedikit pandangan berkenaan dengan cadangan untuk meminda Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968. Saya juga berharap pada satu masa dulu dalam perbincangan yang berkenaan dengan isu yang sama. Pihak kementerian juga telah menyatakan rasa ketidakpuasan ke atas pencapaian yang ditunjukkan atau digambarkan oleh seluruh warga ataupun yang berkaitan dengan usaha ataupun apa-apa kegiatan di bawah aktiviti yang dianjurkan oleh koperasi.

Oleh kerana kita mempunyai lebih daripada 2,300 koperasi yang dianggap aktif, yang berdaftar dan menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan di dalam negara kita. Akan tetapi agak malang kerana ukuran ataupun perbandingan, kurang daripada satu peratus sumbangan koperasi-koperasi ini kepada KDNK ataupun keluaran dalam negara kasar kita buat masa ini. Satu peratus atau kurang daripada satu peratus ini adalah satu angka yang sangat menyedihkan kerana di sesetengah negara seperti di negara-negara di Scandinavian, yang juga Korea. Koperasi adalah merupakan enjin pertumbuhan utama dalam negara tersebut kerana ia melibatkan banyak ataupun ramai anggota masyarakat.

Bidangnya agak terbuka luas berbanding dengan kegiatan ataupun usaha-usaha yang dihadkan oleh penglibatan dalam syarikat-syarikat berhad ataupun syarikat-syarikat umum dalam sesuatu negara, apa lagi kepada bidang ekonomi yang lebih tinggi daripada itu. Saya meneliti daripada apa yang diberitahu oleh pihak Menteri bahawa dua peratus yang disumbangkan atau dipotong daripada koperasi ini untuk disumbangkan dalam bentuk dana caruman. Ini juga bermakna selama hari ini kita barangkali berjaya mengumpulkan satu bentuk atau satu jumlah dana yang seperti yang dikatakan di bawah kumpulan wang rizab ataupun Kumpulan Wang Simpanan Caruman yang seperti yang disebutkan tadi, juga di bawah cadangan untuk pindaan ini.

Saya hendak tahu berapakah jumlah sumbangan ataupun yang pernah dicatatkan, dikutip atau disumbangkan kepada koperasi-koperasi ini. Agak munasabah kerana rang undang-undang ini tidak melibatkan apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Mungkin kumpulan wang caruman ini telah agak memadai untuk kegunaan. Dalam masa yang sama ini juga bermakna bahawa caruman yang disumbangkan melalui koperasi ini agak tinggi dari segi pengurusan jumlah wang terkumpul yang telah disumbangkan. Kenapalah pula agaknya wujudnya pengecualian kerja-kerja tertentu terutama seperti digariskan bahawa koperasi-koperasi sekolah dikecualikan mengikut peraturan semenjak 1922 kalau tidak silap tadi. Tahun 1922 telah diwujudkan satu peraturan di mana koperasi-koperasi sekolah tidak diwajibkan atau sama sekali dikecualikan daripada caruman ini.

Ini adakah ini tidak – adakah ini bermaksud bahawa perubahan ataupun pemindaan akta ini akan sekali lagi mengasingkan koperasi sekolah ini daripada koperasi- koperasi yang berbentuk perniagaan yang lain. Adakah bermakna koperasi sekolah ataupun pentadbir-pentadbir di sekolah ini tidak diberi tunjuk ajar atau diberi pendedahan sebagaimana yang sepatutnya sebuah koperasi itu ditadbir atau diuruskan. Oleh kerana tujuan kita ialah untuk – bunyi ini seperti mengangkat martabat koperasi kerjasama sebelum pada hari ini untuk menamakan kepada Maktab Koperasi Malaysia. Nampak gayanya memang kita memberi satu penjenamaan baru, sekiranya koperasi sekolah tidak dilibatkan saya rasa semacam kita mewujudkan dua bentuk pentadbiran atau undang-undang koperasi.

Pada pemahaman saya, koperasi yang dibentuk dalam negara kita di level atau di peringkat mana sekalipun ia ditadbir di bawah undang-undang yang sama iaitu di bawah akta koperasi yang sama. Akan tetapi nampaknya ada pengecualian di sini dan saya harap minta Yang Berhormat Menteri boleh memberi rationality kenapa pentadbiran di pihak sekolah-sekolah atau di sekolah-sekolah tidak di, ataupun di kecualikan terutama apabila dalam bentuk mencarum ataupun membuat pembayaran dua peratus daripada keuntungan tersebut. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 4:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang telah memberikan saya juga turut sama membahaskan isu ini. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri yang telah membentangkan pindaan ini untuk menukar nama daripada Maktab Kerjasama kepada Maktab Koperasi Malaysia. Ini sangat baik untuk membantu peningkatan prestasi pencapaian koperasi secara yang lebih baik untuk masa yang akan datang.

Saya juga sebagai ahli anggota Koperasi Kohilal mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian dan juga kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang sehingga kini pun membantu Koperasi Kohilal untuk memperbesarkan lagi dia punya aktiviti-aktiviti. Saya difahamkan bahawa baru ini pun dalam setahun, dua tahun ini kita dapat RM500,000 untuk memperbesarkan kilang pengeluaran ubat gigi untuk membelikan mesin yang besar.

Saya lihat bahawa Kohilal juga begitu baik pada masa yang akan datang berbanding dengan KUB yang tidak jadi koperasi lagi. Hilang saya pun tidak sebab apa KUB. Koperasi di bawah UMNO, parti Yang Berhormatlah, parti Yang Berhormat yang sudah tidak jadi koperasi. Sedangkan Yang Berhormat daripada parti yang sama. Roh pembentangan ini ialah untuk hendak bantu koperasi membangunkan koperasi itu sebab kita katakan bahawa dia adalah merupakan pemacu ekonomi yang ketiga terbesar dalam negara kita.

Tiba-tiba koperasi daripada parti kerajaan yang membentang pindaan akta ini tiba- tiba koperasi itu hilang. Hilang daripada radar, tidak ada. Dia jadi satu syarikat, jadi satu syarikat. Jadi, satu yang agak malang bagi saya bahawa sepatutnya pihak kementerian yang menjaga koperasi ini sepatutnya sudah lama, kalau ada koperasi seperti mana KUB yang ada masalah yang saya peringatkanlah dari segi pada waktu itu sepatutnya ditolong, dibantu. Memang sifat koperasi yang agak ada kelemahan-kelemahan tertentu dari sudut perencanaan, perancangan dan pengurusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi, saya harap bahawa kita tidak akan membiarkan koperasi-koperasi yang wujud banyak dalam negara kita ini jadi seperti mana KUB, satu benda yang sangat memalukan apatah lagi koperasi itu koperasi yang digambarkan mewakili kepada masyarakat bumiputera dalam negara kita ini.

Jadi, saya sangat gembira kerana pembentangan ini ke arah untuk membantu dan meningkatkan prestasi ataupun pencapaian koperasi secara yang lebih luas. Cuma saya bersetuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi bahawa caruman dua percent terlalu tinggi kalau hendak dibandingkan bahawa bagaimana pula koperasi- koperasi yang kecil, yang belum cukup pencapaian yang kuat seperti mana koperasi- koperasi yang besar itu hendak mencarum dua percent itu satu benda yang sangat berat.

Kebimbangan bahawa nanti mereka tidak berpeluang untuk mendapat perkhidmatan dari segi kursus, latihan dan sebagainya untuk anggota-anggota koperasi mereka.

Jadi, ini harus dipertimbangkan kembali dan harus ada ruang untuk memastikan bahawa kalau koperasi yang tidak mampu untuk mencarum pun masih menghantar, boleh mampu untuk menghantar lembaga koperasi untuk mengikuti kursus dan juga latihan- latihan. Saya kira bahawa kerajaan harus memikir bagaimana untuk membantu koperasi ini dalam konteks untuk membesarkan modal mereka ini di samping koperasi itu mesti tunjuk dia punya pencapaiannya, prestasinya. Maknanya mereka sudah bangun. Jadi kita bantu modal mereka itu dengan memberikan apa-apa kemudahan-kemudahan yang boleh membantu mereka mendapatkan modal. Bukan mereka mendapatkan pinjaman daripada bank ataupun daripada mana-mana pihak tetapi apa-apa projek pembangunan daripada kerajaan itu boleh diberikan kepada mereka.

final • 4:26 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya tunjuk contoh, umpamanya kalau kerajaan boleh beri melalui MITI macam saya sebut semalam, boleh beri kepada individu. Dalam AP kereta contohnya untuk individu AP kereta. Jadi satu tahun sampai 15,000 AP dikeluarkan sedangkan mereka itu kebanyakannya bukan peniaga kereta yang tulen. Mereka itu hanya jual kertas. Jadi dia ambil kertas daripada MITI dan dia pergi jual kepada orang lain.

final • 4:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Dia jual satu kertas, satu AP ialah RM40,000, 5,000 kali RM40,000 bermakna RM600 juta satu tahun untuk kepentingan hanya seorang bukan untuk kepentingan koperasi yang di bawah ini mempunyai keahlian yang cukup ramai. Jadi saya kira bahawa itu tidak wajar.

Malah apabila kerajaan membentang belanjawan yang lalu kalau tidak silap saya, kerajaan mengenakan satu syarat untuk pemilik atau pemegang AP terbuka ini untuk mencarum. Ia seperti mencarum, membayar RM10,000 bagi setiap AP untuk tujuan dikenakan bayaran sebanyak RM10,000 bagi tujuan untuk Dana Automotif Bumiputera. Jadi kalau jawapan yang diberikan hari ini kepada Yang Berhormat Kuala Krai saya baca ini, RM398,21,000,000.

Akan tetapi saya hendak sebut kepada Yang Berhormat saya hendak tunjuk bagaimana kita salah urus memberikan kepada yang tidak sepatutnya. Saya telah pun difahamkan oleh orang yang meniaga kereta ini, pemegang AP ini bukan bayar RM10,000, yang bayar RM10,000 itu ialah peniaga kereta. Macam saya buka syarikat kereta saya tidak dapat AP, yang dapat AP ialah Yang Berhormat Jerlun sebab dia yang bawa keluar AP.

Yang Berhormat Jerlun dapat AP, jadi Yang Berhormat Jerlun jual pada saya. Sepatutnya...

[Disampuk] Contoh sahaja Yang Berhormat Jerlun ya. Jerlun dengan Pokok Sena bukan jauh mana. Dia duduk Titi Gajah saya pun duduk Titi Gajah dahulu. Dia beranak di Titi Gajah saya pun beranak di Titi Gajah. Baik, contoh Yang Berhormat Jerlun dapat AP, dia tidak berniaga kereta, saya meniaga kereta, dia beri pada saya. Saya yang bayar RM10,000, saya bayar. Dia sudah caj siap-siap maknanya saya yang perlu bayar.

Walaupun dari segi hakikatnya dari segi rekodnya nampak seperti pemegang AP itu Yang Berhormat Jerlun yang bayar tetapi saya yang bayar duit kepada Yang Berhormat Jerlun dan ini yang berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun bahawa sekarang ini syarikat-syarikat yang meniaga kereta ini disyaratkan untuk letakkan nama pemegang AP kepada syarikat kita, padahal dia letak sahaja nama syarikat itu pemegang AP. Akan tetapi hakikatnya bahawa yang menjalankan perniagaannya bukan pemegang AP, yang menjalankan perniagaan ialah yang business betullah.

Jadi kita hanya menipu orang dan kita tidak membantu masyarakat secara yang lebih menyeluruh. Jadi, sebab itu bagi saya bahawa jangan jadi seperti mana berlaku dalam MITI sehingga hari ini kita lihat bahawa satu kerugian yang sangat-sangat besar kepada negara kita dan juga kerugian kepada pengguna juga kerajaan sendiri. Mereka dapat AP satu duit pun mereka tidak bayar tetapi mereka dapat RM40,000 satu AP. Sedangkan orang yang meniaga kereta dan juga pembeli kereta yang terpaksa bayar duti import dan sebagainya.

Jadi bagi saya bahawa ini yang saya hendak cadangkan supaya benda-benda yang seperti mana AP ini kalaulah kita beri kepada peniaga kereta umpamanya, kemudian beri sedikit kepada koperasi untuk membantu koperasi ini untuk hendak develop atau kembangkan businessnya dapatkan tambahan modalnya untuk dia hendak memajukan perniagaan koperasi itu sendiri. Jadi sebab itu saya mohon bahawa ini harus dilihat satu yang perlu diberikan perhatian.

Kemudian saya hendak minta juga ialah setakat mana kejayaan Dasar Koperasi Negara yang sudah pun berakhir yang bermula daripada tahun 2002 hingga 2010. Ia sudah berakhir. Kita hendak tahu juga pencapaian Dasar Koperasi Negara ini yang sudah tamat dan bagaimana untuk masa depan. Apakah dasar yang kita hendak pakai? Adakah satu dasar baru bermula daripada tahun 2010 ataupun 2011 untuk satu tempoh yang lain?

Jadi ini sangat penting untuk hendak memastikan supaya koperasi dan juga termasuk Maktab Koperasi yang kita hendak luluskan ini akan mempunyai satu pencapaian yang lebih baik pada masa yang akan datang. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai sebentar tadi bahawa di samping kita menumpukan kepada kursus-kursus persijilan, diploma dan sebagainya. Maknanya, sekarang ini pun sudah ada kursus-kursus yang berkaitan dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Koperasi kalau tidak salah saya Yang Berhormat Menteri, ya. Ia sudah ada. Akan tetapi kita tidak boleh lupa kepada pensijilan dan juga diploma ini. Diploma ini harus diberikan.

final • 4:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya takut nanti bahawa apabila kita sudah tukar kepada maktab koperasi kita akan kembangkan seperti mana disebut sebentar tadi sebagai IPTA ataupun IPTS dan sebagainya sehingga menyebabkan kita pula yang membebankan pelajar-pelajar yang hendak belajar dengan satu kos bayaran yang sangat tinggi.

Jadi, ini juga harus diambil perhatian untuk memastikan bahawa usahawan- usahawan kita itu boleh melanjutkan pelajaran di Maktab Koperasi untuk mendapat diploma dalam pengurusan koperasi dan sebagainya juga pengurusan syarikat mereka sebab syarikat mereka ini bergabung menjadi ahli dalam koperasi-koperasi yang sedia ada.

Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang juga telah saya katakan sebentar tadi bahawa pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia membantu Kohilal, saya sebagai anggota Koperasi Kohilal saya ucapkan terima kasih. Cuma malangnya koperasi UMNO hilang. Wallahu’alam. Assalamualaikum.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 4:30 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Terima kasih. Saya ingin turut sama membahas dalam rang undang-undang. Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih juga kerana wujudnya maktab ini adalah sebagai menjawab kepada persoalan yang berbagai selama hampir tahun 1992 lagi wujudnya koperasi yang pertama hinggalah kepada tahun kita ini. Cuma masalah sekarang ialah apabila kita berkembang begitu besar, yang difahamkan hari ini koperasi kita to date ada 7,980 kalau tidak silap saya, ya. Koperasi yang ada di negara kita ini dengan menjana pendapatan RM8.92 bilion dan aset hampir RM65 bilion. Jadi kita melihat sejak tahun 1992 hingga sekarang perkembangan itu cukup kita kata menggalakkan.

Cuma malangnya, ketika hari ini kita menguar-uarkan gerakan koperasi yang merupakan third force di negara kita ini. Apabila kita sudah berkembang baru kita fikir tentang macam mana hendak modal insan. Walaupun seharusnya sebelum berkembang itu kita sudah memikirkan kerana modal insan ini bukan benda yang datang sudah berjalan baru dia datang tetapi modal insan ini perlu diletakkan sebagai satu asas, satu dasar yang prioriti.

Jadi hari ini pula kita lihat berbagai permasalahan yang timbul dalam koperasi dan apatah lagi kita diperkenalkan dengan Dasar Koperasi Negara yang diperbaharui 2011 hingga 2010. Jadi kita tidak mahu perkembangan negara kita ini seperti sebelum buat itu kita tidak memikirkan tetapi bila sudah sampai ada masalah, baru kita terpaksa handle perkara itu. Saya beri contoh, dalam kita mengendalikan koperasi ini, ada beberapa elemen yang menjadi teras iaitu tentang keanggotaan, kepimpinan, kewangan, dan juga pengurusan koperasi. Bottom line yang kita selalu bincang daripada isu Akta Kutu dan hari ini kita bincang tentang maktab koperasi ialah tentang sejauh manakah kepimpinan dan pengurusan itu dilaksanakan dengan amanah?

final • 4:37 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Saya rasa ini yang maktab ini datang untuk hendak bagi ilmu, macam mana bukan sekadar ilmu pengurusan, macam mana hendak handle koperasi ini tetapi lebih kepada ilmu tentang soal amanah. Di mana yang dengan kita memandang ringan soal ini kita terpaksa tanggung satu kesan jangka panjang yang menjejaskan operasi ataupun yang menjejaskan modal insan.

Oleh sebab itulah Nabi SAW apabila ditanya tentang tanda-tanda kiamat, alam atau sa’ah, maka diberitahu tentang satu perkara yang cukup besar yang hari ini menjadi permasalahan kepada bukan sahaja sistem koperasi akan tetapi kepada seluruh sistem negara ini dan juga seluruh dunia. Iaitu Nabi bersabda, dengan izin... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Apabila anda memberikan sesuatu urusan itu bukan kepada mereka yang layak dan bukan ahli itu yang layak, maka tunggulah saat-saat kehancuran”.

final • 4:40 PM

Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar

Kehancuran itu melibatkan berbagai aspek. Kehancuran itu bukan sekadar peribadi tetapi kehancuran yang menjejaskan keseluruhan sistem-sistem yang lain juga.

Jadi, sebab itu apabila kita hendak bercakap tentang amanah Tuan Yang di-Pertua, amanah itu perlu kita tengok, saya cadangkanlah supaya maktab ini pun ambil beratlah isu- isu ini. Jangan anggap hanya apa kita kata hard skills sahaja. Kita perlu pada soft skills.

Itu asas kepada berjaya atau gagalnya suatu koperasi. Kita tengok bahawa Allah SWT juga memberikan peringatan... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Sebaik-baik orang yang kamu hendak ambil untuk sesuatu urusan ialah al-Khawi”. Khawi ini diterjemahkan sebagai layak dia. Dia ada kemampuan. Al-Amin semua orang sudah tahu iaitu amanah.

Jadi, saya melihat isu koperasi di negara kita yang kita harapkan menjadi satu gerakan besar-besaran dengan satu kita kata sumbangan yang besar pada negara ini dengan wujudnya maktab ini saya yakin ia juga mahu address isu soft skills ini. Saya mengharapkan juga Menteri memberi penjelasan. Kita berbangga dengan ramai atau banyaknya 7,980. Saya juga ingin tahu berapakah yang terpaksa gulung tikar. Sama ada gulung tikar dia tidak boleh sudah hendak beroperasi ataupun dikenakan tindakan.

Sebentar tadi Yang Berhormat Pasir Mas ada sebut tentang Kohilal. Kenapa Kohilal kerana saya rasa banyak lagi, KUB sudah tutup dan banyak lagi koperasi-koperasi lain. Jadi, saya tidak mahu sempit dalam membahas isu-isu negara ini. Saya tidak mahu pemikiran sempit dalam membahaskan rang undang-undang yang bagi saya bukan melibatkan parti saya semata-mata tetapi melibatkan seluruh rakyat, kita kena open, kita kena terbuka.

Saya bersetuju kalau koperasi itu berlaku pecah amanah, berlaku apa.., ya silakan. Ambillah tindakan. Regardless of whatever, dengan izin, party they come from.

Regardless of whatever interest they have, dengan izin. Jadi, saya mengharapkanlah tolong jangan layan sangat pemikiran sempit inilah. Kita buka pemikiran kita untuk melihat bahawa sistem itu betul. Maktab koperasi ini diharapkan selain daripada memberi kuasa kepadanya sebagai satu perbadanan autoriti sebagai perbadanan supaya dengan itu ada sikit independency pada diri dia untuk bergerak bebas dan sebagainya.

Akan tetapi kita jangan lupa bahawa isu sebenar yang kita hendak address di sini ialah apa substancenya. Apa the real isu yang kita hendak address. Kita tidak mahu hanya buat satu-satu akta hanya tengok satu sudut, selepas itu kita hendak mengatakan begini- begini. Kita hendak melihat benda itu sebagai sistem yang dapat menjamin. Jadi, saya mohon supaya beri penjelasan berapa yang gulung tikar kerana tidak mampu beroperasi.

Berapa yang diambil tindakan dan berapa yang saya difahamkan juga Jabatan Koperasi mengambil alih dengan memberi nasihat. Saya kira pihak koperasi tidak hanya mahu menutup sesuatu koperasi melainkan diberi bimbingan dulu, diberikan cadangan dulu. Diberikan nasihat. Saya rasa itu perlu supaya kita difahamkan gambaran bahawa akta yang kita akan luluskan ini dan kita perdebatkan ini dan kita perbahaskan ini mempunyai satu gambaran yang cukup besar tentang satu gerakan yang akan menyumbang iaitu gerakan koperasi yang merupakan third force.

Jangan sempitkan isu ini kepada cakap-cakap yang hanya menuju kepada pihak tertentu akan tetapi tidak melihat secara menyeluruh apa yang berlaku di dalam negara kita dalam konteks gerakan koperasi ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Hendak berucap ya. Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 4:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas keizinan untuk saya terlibat sama di dalam perbahasan rang undang-undang ini. Yang Berhormat Menteri, koperasi adalah merupakan satu inovasi yang terbaik pernah dicipta oleh manusia di dalam konteks untuk menggalakkan kegiatan ekonomi di peringkat akar umbi.

Berpandukan kepada kekuatan individu yang merangkaikan hubungan di antara ahli-ahli, kekuatan ekonomi individu menjadikan kepada kekuatan pasukan yang saya berpandangan akan menjurus kepada kekuatan pembangunan ekonomi sebuah kawasan negeri ataupun negara. Jika ianya dapat dilaksanakan dalam suasana yang harmoni, dalam suasana yang makmur.

Akan tetapi apa yang berlaku pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, ialah kebanyakan daripada pemegang-pemegang amanah di dalam koperasi ini pertamanya, ialah tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang faedah utama koperasi. Apabila disemak walaupun pihak kementerian menyediakan berbagai program. Umpamanya, seseorang ahli lembaga pengarah koperasi diwajibkan untuk menyertai kursus-kursus ahli lembaga pengarah yang ditetapkan oleh pihak kementerian dan sebelum mereka menduduki sebarang koperasi sebagai ahli lembaga pengarah.

Jadi, di sana terdapat kita lihat kelonggaran dalam pelaksanaan undang-undang.

Di mana antaranya ialah apabila cukup kuorum untuk menubuhkan sebuah koperasi dari segi kehadiran ahli dan juga pendaftaran ahli dan juga kewangan, mereka terus melantik ahli-ahli lembaga pengarah yang langsung tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini. Akhirnya, pada setiap kali mesyuarat setelah yuran-yuran dikutip, setelah bayaran-bayaran tertentu di kutip daripada ahli yang akan menimbulkan keraguan di kalangan ahli, yang akan menjejaskan tanggapan ahli-ahli kepada integriti sistem koperasi tersebut.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi harapan maktab ini nanti akan mendedahkan seluas-luasnya bahawa jika semua pemegang-pemegang amanah, semua ahli-ahli lembaga pengarah dan ahli-ahli koperasi mempunyai pengetahuan bagaimana sesebuah koperasi itu diurus dan ditadbir dalam konteks pengurusan, pentadbiran yang cekap dan berkesan; yang memahami kaedah perkhidmatan pelanggan ataupun pengurusan pelanggan secara total, secara bersepadu.

Di sana nanti kalau mereka mengetahui bahawa di samping seorang ahli itu mempunyai hak mereka sebagai ahli, mereka juga adalah merupakan pelanggan- pelanggan. Merupakan pelanggan-pelanggan yang memerlukan perkhidmatan daripada service provider. Daripada pembekal perkhidmatan tadi. Jadi di sini sebenarnya yang mencetuskan berbagai-bagai keraguan yang akhirnya membawa kepada ketidakpuasan dan tudingan jari kepada kerajaan dan kementerian khususnya.

final • 4:45 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya menjelaskan perkara ini Tuan Yang di-Pertua, ialah kerana kita melihat di dalam perjalanan sesebuah koperasi, mesyuarat agung pertama, kedua dan ketiga, lazimnya akan tercetus berbagai-bagai rungutan daripada ahli-ahli yang menuding jari terutamanya kepada ahli-ahli lembaga pengarah. Ahli-ahli lembaga pengarah pula seolah- olah tidak memahami dan akan menuding jari kepada pihak penguasa koperasi.

Kementerian yang hadir sama di dalam mesyuarat-mesyuarat koperasi yang pada ketika itulah baru mereka merujuk perlembagaan, peraturan mesyuarat dan sebagainya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, di sini saya menyarankan supaya program-program yang dicadangkan diisi di dalam Maktab Kerjasama ini, Maktab Koperasi ini, program- program yang bersifat menguji keupayaan seseorang itu untuk menjadi ahli lembaga pengarah. Saya yakin dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan jika disemak secara terperinci, akan ada di antara ahli-ahli lembaga pengarah akan dijumpai oleh pihak kementerian ataupun pihak suruhanjaya, kerana ahli lembaga pengarah itu hanya tahu angka dan menandatangani sahaja.

final • 4:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Dengan lain-lain perkataan, saya kata tidak keterlaluan jika saya mengatakan ada di antara ahli-ahli lembaga pengarah yang sedemikian dan bilangannya ramai yang hanya mengenal angka, atau dengan lain perkataan Tuan Yang di-Pertua, buta huruf. Ahli lembaga pengarah koperasi yang tidak boleh membaca.

Jadi di sini sebenarnya saya memerlukan satu proses yang menyeluruh.

Sekurang-kurangnya menetapkan apakah kelayakan minimum kepada seseorang ahli lembaga pengarah sesebuah koperasi untuk mereka memegang amanah ini, memegang jawatan ini supaya ia tidak menjadi sebuah koperasi yang hanya mampu untuk mengutip wang daripada ahli-ahlinya dan hanya menunggu peruntukan ataupun peluang-peluang daripada kerajaan sama ada di peringkat kerajaan ataupun negeri. Sebagai contoh, koperasi memohon tanah kerajaan dan sebagainya, melaksanakan projek-projek kerajaan dan sebagainya yang mementingkan kepada sesetengah kumpulan sahaja.

Saya melihat dalam konteks pengurusan pelanggan yang cekap dan berkesan itu tadi, sesebuah koperasi itu perlu mengamalkan sekurang-kurangnya perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, iaitu yang pertama ialah bagaimana sesebuah koperasi boleh mengenal pasti apakah produk dan perkhidmatannya kepada pelanggan-pelanggan mereka, yang juga lazimnya adalah terdiri daripada ahli-ahli mereka. Saya istikharah Tuan Yang di-Pertua, menjadi koperasi kepada syarikat di tempat yang saya pernah bekerja.

Umpamanya Koperasi Tenaga Nasional Berhad, koperasi jabatan-jabatan kerajaan dan pernah juga menjadi pemegang amanah koperasi di sekolah dahulu Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Yang di-Pertua, di sana sebenarnya kita dapat melihat satu pujian harus diberikan apabila kenyataan Yang Berhormat Menteri yang menyatakan kegiatan koperasi ini harus digalakkan di peringkat pelajar-pelajar sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Akan tetapi yang lebih penting daripada itu ialah semangat penubuhan koperasi itu tadi.

Umpamanya, bagaimana sesuatu program pendidikan yang disediakan bagi penggiat- penggiat koperasi di peringkat remaja Tuan Yang di-Pertua.

Kita dapat tahu di mana-mana pelajar-pelajar yang diminati oleh guru umpamanya, akan dipilih oleh guru untuk menjadi pemegang-pemegang amanah oleh koperasi tersebut dan mana-mana pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan akan dipotong sebahagian daripada biasiswa tersebut untuk menjadi ahli wajib kepada koperasi-koperasi di sekolah.

Di sana sebenarnya telah wujud satu elemen, satu unsur yang saya kira tidak ada semangat cooperative itu, apabila ahli-ahlinya tidak diberikan peluang untuk melakukan pilihan sama ada ingin menjadi anggota ataupun tidak. Di sana telah terbatal semangat cooperative. Semangat cooperative ini sebenarnya perlu ada satu kesukarelaan di kalangan ahli-ahlinya. Jadi kalau perkara ini ditanam kepada remaja-remaja di mana mereka tidak diberikan peluang untuk memilih, maka usaha-usaha kerajaan untuk mendidik semangat cooperative yang tulen telah menjadi sia-sia.

Jadi, seharusnya penyelia-penyelia koperasi, guru-guru yang telah diberikan peranan untuk menyelia koperasi di peringkat sekolah-sekolah tadi itu juga diberikan satu program khas bagaimana mereka boleh menjadi pengurus, pentadbir serta penyelia koperasi yang sebenar-benarnya memahami peranan dan tanggungjawab mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam konteks pengurusan pelanggan yang saya sebutkan tadi, saya mengharapkan Maktab Kerjasama ini menyediakan satu program khas yang boleh kita gelar sebagai program Moment of Truth, di mana pengamal-pengamal, penggiat-penggiat koperasi ini memahami peranan dan tanggungjawabnya yang sebenar dalam usaha menggalakkan kegiatan-kegiatan ekonomi bersama ini dalam konteks yang sebenarnya. Pertama tadi, pengurusan produk dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah bagaimana sistem yang diwujudkan di dalam koperasi tadi boleh menjamin kekonsistenan ataupun consistency of the product and services delivered by that cooperative, boleh menjamin istiqamahnya produk dan servis yang disediakan oleh sebarang koperasi.

final • 4:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Jadi di sana saya menyarankan supaya sistem yang disediakan tadi Tuan Yang di- Pertua, boleh berupaya membentuk budaya pengamal dan penggiat koperasi supaya mengamalkan nilai-nilai murni yang disebutkan oleh ramai Ahli Parlimen sebentar tadi.

Apabila mereka memahami ini di dalam erti kata yang sebenarnya, barulah datang keindahan kerja-kerja yang diserahkan kepada ahlinya, supaya kita tidak sampai ke hari kebinasaan itu nanti. Takut kalau-kalau ahli lembaga pengarah yang tidak faham, ahlinya tidak faham, yang mengatakan “Hei, engkau masuk koperasi aku, nanti hujung tahun kau masuk RM10 kau dapat RM100.” Wah! Semua ingat masuk RM10 boleh mendapat RM100.

It doesn’t come that easy. Mesti ada peluh yang kena tumpah ke bumi dan mesti faham cabaran dan ujiannya. Itu sebab apabila saya mengatakan Tuan Yang di-Pertua, the system established must be in the position to ensure the consistency of the product and services delivered by that cooperative movement. Itu yang kedua, Tuan Yang di-Pertua.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, dalam program maktab ini juga perlu diletakkan bagaimana sebuah persekitaran cooperative yang kondusif, di mana jika ahlinya bergerak di dalamnya, dia tahu keterpeliharaan yang lebih kepada kehalalan ataupun kesucian transaksi-transaksi itu. Tidak melibatkan perkara-perkara yang subahat umpamanya. Kalau ia berkaitan dengan keyakinan dan keimanan, saya buka website koperasi sebentar tadi, saya tengok the first ten cooperative itu semuanya menjurus ke arah kesucian dan keterpeliharaan pelaburan itu sendiri.

final • 4:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Jadi, di mana pihak maktab koperatif ini nanti boleh menyediakan program- program yang akan meletakkan satu garisan, the do’s and the don’ts yang mana yang boleh, yang mana yang tidak boleh, yang mana 50-50. Ini perlu jelas supaya ahli-ahli yang mungkin sebahagian besar nanti tidak akan dapat melihat secara jelas apakah sebenarnya hala tuju sebuah koperatif tersebut akan dapat membuat keputusan dengan bijak. Ini kerana keputusan-keputusan ini nanti akan dilaksanakan oleh ahli-ahli lembaga yang akan memegang amanah koperatif tersebut.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, tiga perkara yang penting ini, pertama, pengenalpastian produk dan perkhidmatan. Kedua, sistem yang digagaskan. Ketiga, persekitaran koperatif itu sendiri yang bukan sahaja akan menyebabkan ahlinya boleh datang duduk sebagai ahli tetapi mereka merasa berbangga apabila menjadi ahli pada sebuah organisasi koperasi.

Jadi, saya minta Tuan Yang di-Pertua supaya pihak kementerian memberikan perhatian pada perkara-perkara terperinci ini. Ini kerana ia sebenarnya memberikan satu implikasi besar, impak yang besar pada perjalanan sistem ekonomi di peringkat akar umbi ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 5:00 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kebenaran untuk membahaskan rang undang-undang pindaan ini; Akta Maktab Kerjasama.

Dahulunya dinamakan sebelum koperasi ini, Syarikat Kerjasama. Saya masih ingat lagi ketika saya bekerja dahulu Syarikat Kerjasama Asas Tani. Konsepnya samalah. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tangga Batu itu tadi soal inti pati pada koperasi ini soal kerjasama, dalam bahasa Arab nya at-ta’wun. Dalam al-Quran. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Kita saling bekerjasama, tolong-menolong dalam menegakkan ketakwaan, keadilan, kebajikan dan sebagainya... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Jangan kita saling tolong-menolong dalam menegakkan kemungkaran dan sebagainya.

Jadi, pokok pangkalnya syarikat kerjasama ataupun koperasi ini satu perkara yang cukup baik kerana ia menitikberatkan soal kebajikan ahli. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri apa yang ingin saya bangkitkan ialah soal koperasi-koperasi yang tidak aktif ini.

Kalau sebelum ini Yang Berhormat Parit Buntar menyebutkan 7,980 koperasi yang wujud, daripada jumlah ini, hanya sekitar 2,000 sahaja koperasi yang aktif. Bermakna, daripada 8,000 hanya 2,000 sahaja yang aktif. Ke mana perginya 6,000 koperasi yang tidak aktif?

final • 5:01 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Di sinilah yang saya merasakan peranan MKM ini perlu ditingkatkan supaya koperasi yang tidak aktif ini dengan jumlah ahlinya yang ramai, dengan segala permasalahan ini, dengan kursus-kursus yang hendak ditawarkan ini sepatutnya MKM ataupun akta ini boleh menyelesaikan 6,000 lagi koperasi-koperasi yang bermasalah. Ini kerana kita dapati bahawa, saya terlibat sebagai lembaga pengarah sebelum ini. Saya tahu.

Saya menjadi ahli yang aktif. Saya ahli lembaga pengarah. Saya terlibat, saya pernah kursus di MKM dan sebagainya.

Jadi, kita dapati bahawa puncanya kerana persoalan yang berlakunya ialah kerana kelemahan dalam lembaga pengarah, pengurusan mereka. Akan tetapi, saya setuju bahawa MKM telah pun menawarkan kursus, telah memberikan tawaran yang cukup baik dengan kadar yuran yang cukup rendah tetapi malangnya ahli-ahli lembaga pengarah koperasi ini malas untuk hadir dalam kursus-kursus yang ditawarkan, malas untuk belajar tentang sistem akaun yang sepatutnya diketahui tetapi pada ketika hendak bertanding sebagai ahli lembaga pengarah, dialah yang ke hadapan. Bercakapnya hebat dan sebagainya untuk menang sebagai pengerusi ataupun ahli lembaga pengarah. Akan tetapi, selepas diberi amanah, habuk pun tidak ada. Akhirnya, koperasi itu lingkup. Duit ahli-ahli yang di himpun akhirnya salah tempat pelaburan, salah perniagaan, salah membuat unjuran dan sebagainya.

Jadi, ini persoalan yang saya rasa seharusnya ditangani oleh Maktab Kerjasama ataupun Maktab Koperasi yang di baik pulih pindaan akta ini untuk memberikan nafas baru pada koperasi ini. Saya merasakan bahawa kelemahan lembaga pengarah di dalam pengurusan, pentadbiran dan juga mereka lemah di dalam peluang-peluang perniagaan.

Akan tetapi, soalan yang ingin saya kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri, cantik akta ini tetapi Maktab Kerjasama ini nampak kecil sangat. Kecil dalam erti kata kewujudannya hanya berada di Sabah, dengan keluasan negeri Sabah. Di Sarawak, dengan keluasan negeri Sarawak dengan jumlah koperasinya. Di utara, di timur dan juga di selatan.

Jadi, tidak bolehkah MKM ini wujud di semua negeri? Rasionalnya Yang Berhormat Menteri ialah kerana kita dapati koperasi-koperasi yang kecil ini kadang-kadang apabila mereka diajak untuk hadir ke Kuala Lumpur menghadiri kursus-kursus berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran koperasi, berkaitan dengan soal akaun terutamanya yang memakan masa dua hari atau tiga hari, mereka mempunyai banyak persoalan dan masalah yang berbangkit. Jadi, sekiranya perkara itu diadakan di kawasan yang lebih kecil ataupun di setiap negeri; di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, di semua negeri. Saya rasa kemampuan mereka itu untuk hadir lebih baik lagi. Itu isu saya yang pertama yang ingin saya turunkan.

Oleh sebab itulah, maka saya mengharapkan pegawai-pegawai MKM ini akan turun padang untuk melaksanakan program-program yang cantik, yang baik ini supaya mereka boleh memberikan servis ataupun melaksanakan kursus-kursus sampailah ke akar umbi, sampailah kepada pakcik-pakcik kita yang masih lagi memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah tetapi tidak tahu pun akaun, melihat akaun imbang duga, debit dan kredit dan sebagainya, istilah-istilah yang digunakan dalam akaun dan sebagainya.

Isu yang kedua yang ingin saya bangkitkan ialah soal Bank ANGKASA sebab kita dapati bahawa ANGKASA juga merupakan ibu pada koperasi, bermakna ia bernaung.

Semua koperasi bernaung di bawah ANGKASA dan ANGKASA telah menubuhkan tentang penubuhan bank, iaitu Bank ANGKASA. Menjadi kebimbangan saya ialah kerana kemampuan ANGKASA selaku orang yang mempunyai latar belakang di dalam bidang perbankan. Mungkin mereka boleh libatkan pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran tetapi kita sudah ada Bank Rakyat selaku bank koperasi dan ini kita tubuhkan bank yang kedua.

Saya rasa mungkin pihak kerajaan juga bersetuju akan penubuhan bank ini tetapi Yang Berhormat Menteri, apa pun koperasi ini, ia tetap melihat pada soal kebajikan ahli. Ini trademark pada koperasi ini ialah soal kebajikan. Apa pun kalau kit masuk, kita ingin melihat apakah benefit, keuntungan, kebajikan yang akan diperoleh oleh ahli-ahli.

final • 5:01 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Sekiranya dana untuk mewujudkan bank ini diambil daripada koperasi seluruh Malaysia dengan carumannya walaupun sedikit tetapi ia melibatkan soal dana ahli-ahli dalam koperasi.

Sekiranya bank koperasi ini gagal, bank yang kecil ini ditelan oleh bank yang besar, jadi, apakah implikasi pada bank koperasi yang hendak diwujudkan oleh ANGKASA?

Ini kerana isu pokoknya pada persoalan koperasi ini ialah soal kebajikan ahli-ahli. Jadi, kita bimbang sekali lagi sekiranya sejarah kelemahan di dalam pengurusan pentadbiran yang kita tidak dapat nafikan soal yang berkaitan soal kemanusiaan akan berulang, jadi apakah nasib yang akan dihadapi oleh ahli-ahli koperasi? Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukup sekadar itu sahaja, terima kasih.

final • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Jasin.

Selepas itu Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab.

final • 5:01 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang meminda Akta Maktab Kerjasama. Pertamanya, saya berasa cukup gembira sekali kerana akta ini akan diperkukuhkan lagi apatah lagi maktab kerjasama ini berada di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah yang matlamat kita mahu memastikan supaya IPTA dan IPTS akan sahaja dapat menarik ataupun memberikan peluang kepada pelajar-pelajar tempatan bahkan matlamat kita untuk memastikan supaya kita mendapat sekurang-kurangnya 100,000 pelajar dari luar negara.

final • 5:09 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah organisasi yang cukup besar, mempunyai jumlah ahli melebihi 6.6 juta orang dan jumlah koperasi pada ketika ini adalah sebanyak 8,147 buah koperasi di seluruh negara. Akan tetapi apa yang paling membanggakan, aset koperasi secara keseluruhannya adalah berjumlah RM71.7 bilion. Jadi, maknanya koperasi dalam negara kita adalah sebuah pertubuhan yang seharusnya diberikan pengiktirafan.

Saya teringat masa cerita kita menghadapi masalah kemelesetan ekonomi tahun 1997 di mana ramai daripada kalangan orang kaya, syarikat-syarikat yang mempunyai wang, mengeluarkan wang daripada bank tempatan dan menyimpannya di bank luar negara tetapi kerana kita mempunyai kekuatan simpanan daripada ahli-ahli yang mencarum melalui koperasi, itulah sebenarnya kekuatan yang kita miliki dan mereka tetap setia bersama-sama kita walaupun negara pada masa tersebut menghadapi satu kemelesetan yang cukup serius sekali.

Keduanya, saya ingin membuat pertanyaan kepada Yang Berhormat Menteri.

Pertamanya, tentang usaha kita untuk memberikan latihan. Adakah latihan yang disediakan di bawah Maktab Kerjasama ini berasaskan daripada ISO 9001 dan juga ISO 2000?

Keduanya, ramai daripada kawan-kawan tadi telah pun membahaskan supaya kita dapat memastikan apa juga latihan, program-program pengurusan koperasi, ia mestilah seharusnya memenuhi standard MQA.

Ketiganya, kita mahu memastikan supaya penemuan research yang dijalankan di Maktab Kerjasama ini dibentangkan kepada gerakan koperasi. Akan tetapi apa yang saya terperanjat di sini, melihatkan akta ini telah dibuat pada tahun 1968, selepas negara kita merdeka, sehingga kita pinda pada hari ini, saya tidak tahu sama ada ahli-ahli koperasi boleh membaca akta ini dalam bahasa Inggeris. Seharusnya pihak kementerian mengambil langkah yang sepatutnya. Kalau boleh, alih bahasa ke bahasa kebangsaan. Bahkan, dalam seksyen 3 pun ada sebut. Ia sebut, “A body corporate by the name of ‘Co-operative College of Malaysia’ or, in the national language, ‘Maktab Koperasi Malaysia’”. Jadi saya berharap supaya pihak kementerian mengambil tindakan sewajarnya.

Seterusnya, kita mahu memastikan supaya adakah pihak kementerian sentiasa membuat pemantauan supaya Maktab Koperasi ini mendapat pengiktirafan supaya skor penilaian kursus pada keseluruhannya di antara empat dan ke atas, skala satu ke sepuluh?

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Seterusnya, sejauh manakah Maktab Kerjasama Koperasi ini menjalinkan kerjasama dengan koperasi-koperasi yang berjaya di agensi-agensi yang lain? Kalau di negara luar, koperasi ini sebenarnya bukan sahaja mempunyai aset yang cukup tinggi, bahkan mempunyai harta yang boleh kita banggakan. Di Melaka, ada sebuah kilang yang besar yang dipunyai oleh sebuah koperasi dari Belgium. Maknanya, mereka bukan sahaja boleh mempunyai harta yang cukup besar tetapi boleh melabur ke luar negara.

Seterusnya, apakah sebenarnya bidang kuasa Maktab Kerjasama ini dan apakah peluang graduan-graduan maktab untuk terus maju? Adakah kita menjalankan usaha sama dengan IPTA ataupun IPTS yang lain supaya Maktab Kerjasama Koperasi ini akan mendapat pengiktirafan?

Seterusnya, tentang pengurusan dana yang disalurkan kepada seksyen 4B ini.

Kita mahu melihat siapakah sebenarnya diberikan kuasa? Ataupun adakah kuasa melantik ini diletakkan kepada kuasa menteri? Seksyen 4C juga, apakah kriteria yang menyebabkan seseorang akan hilang kelayakan menjadi anggota lembaga?

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan bank koperasi adalah telah menepati cita rasa pencarum-pencarum. Pada ketika ini, Bank Kerjasama Rakyat telah mendapat satu kejayaan yang cukup dibanggakan dan baru-baru ini telah menubuhkan sebuah lagi bank persatuan. Adakah pihak koperasi bercadang untuk menubuhkan satu lagi bank supaya koperasi benar-benar dapat memainkan peranan dan mencarum ataupun melabur wang simpanan yang besar tadi berbanding dengan aset sebanyak RM71.7 bilion duit pencarum- pencarum tadi? Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun menunjukkan minat berbahas di bawah pindaan Akta Maktab Kerjasama Malaysia ini, yang saya kira pandangan-pandangan dan saranan-saranan yang diberi tentu sahaja akan dapat membantu koperasi untuk menambahbaikkan koperasi ataupun Maktab Kerjasama Malaysia ini.

Seperti yang kita maklum, tujuan pindaan ini dilakukan adalah untuk memperkasakan ataupun memberikan nafas baru kepada Maktab Kerjasama Malaysia yang ada pada hari ini bersesuaian dengan pembaharuan dan peredaran masa memandangkan akta yang ada pada hari ini merupakan akta yang telah pun diluluskan pada tahun 1998. Kita percaya dengan pindaan-pindaan yang dibuat ini, ia akan dapat melahirkan koperator-koperator yang profesional yang akan menguruskan koperasi- koperasi dengan sebaik-baiknya.

Saya ingin merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan mengenai koperasi ini. Dua perkara yang dibangkitkan. Salah satu perkara yang dibangkitkan adalah mengenai pengurusan koperasi itu sendiri. Untuk makluman Yang Berhormat, memang Maktab Kerjasama ataupun Maktab Koperasi dengan nama baru ini, selama ini pun memang memberikan tumpuan kepada melatih ahli-ahli lembaga pengarah koperasi-koperasi.

final • 5:16 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Menyampuk]

final • 5:16 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Ya?... Dilaksanakan? Memang dilaksanakan sama ada di peringkat MKM di Kuala Lumpur ini ataupun di cawangan-cawangan di zon- zon yang telah diwujudkan. Misalnya pada tahun ini, ahli lembaga telah pun disyaratkan untuk mengikuti kursus wajib selama tujuh hari. Jadi ini merupakan satu perkara yang baru yang telah ditetapkan. Kita percaya dengan adanya kursus ini, ia akan dapat menambahkan pengetahuan ahli lembaga pengarah kepada isu-isu ataupun perkara-perkara yang asas seperti pengurusan, perakaunan, pengurusan koperasi dan sebagainya.

final • 5:16 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Untuk ke akar umbi tadi, kita juga mengadakan kursus-kursus. Walaupun tidak ada pejabat cawangan, tetapi kita mengaturkan kursus di peringkat daerah-daerah dan sebagainya. Mengenai kerjasama dengan NGO seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, memang pihak koperasi menjalankan kursus-kursus bersama dengan NGO- NGO.

final • 5:16 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Misalnya di bawah akta yang pindaan ini seksyen 4F misalnya membolehkan MKM mengadakan usaha sama dengan NGO dan apa-apa organisasi sekalipun. Di bawah program terbaru misalnya di bawah Program Akademik Peruncitan yang baru diwujudkan memang program yang dijalankan bersama-sama dengan pihak NGO dengan pihak yang mempunyai pengalaman di dalam bidang perniagaan dengan dewan-dewan perniagaan dan juga pertubuhan-pertubuhan perniagaan dan sebagainya.

Mengenai pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Krai yang bimbang jikalau Maktab Koperasi ini akan terlibat lebih jauh lagi daripada kursus yang ada pada hari ini.

Kebimbangan misalnya, sebenarnya kebimbangan itu tidak perlu wujud kerana di bawah seksyen 4A, di bawah akta ini jelas peranan ataupun kursus yang dibolehkan di bawah akta iaitu untuk sijil dan diploma sahaja. Jadi tidak timbulkan dia hendak jadi universiti dan sebagainya. Memang kita tahu yang setakat ini tidak ada perancangan daripada pihak MKM untuk menukarkan taraf MKM daripada maktab kepada universiti dan sebagainya.

Dari segi pandangan masyarakat kepada koperasi, misalnya saya hendak maklumkan bahawa kalau kita lihat penubuhan koperasi meningkat daripada setahun ke setahun. Pada tahun 2008 misalnya hanya pendaftaran sebanyak 420 koperasi sahaja tetapi pada tahun 2009 meningkat kepada 1,286 koperasi. Jumlah koperasi, saya ingin maklumkan bahawa pada hari ini terdapat 8,146 koperasi. Sebanyak 124 merupakan koperasi besar, 402 merupakan koperasi sederhana dan 902 koperasi kecil dan 6,718 koperasi mikro. Jadi jelas bahawa kita mengakui memang begitu besar jumlah koperasi- koperasi kecil yang pendapatannya adalah kurang daripada RM250,000 turnover setahun.

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin, sebab ada kecenderungan menubuhkan koperasi ini lebih susah daripada menubuhkan syarikat tetapi selamat dari sudut urus niaga dan juga cukai dan sebagainya. Jadi adakah dalam maklumat pihak kementerian tentang sesetengah pihak yang sengaja menubuhkan koperasi sehingga menjadi koperasi mikro 6,718 ini untuk elak daripada membayar cukai syarikat kerana jumlah dia boleh share kawan-kawan dia 30 orang 40 orang akhirnya menjadi satu koperasi dan dia pegang. Ada koperasi itu silih berganti itu sekadar nama. Akan tetapi business dia untuk mengelak daripada membayar cukai dan lebih mudah dapat, kalau membuat permohonan kepada kementerian atas nama koperasi dan atas nama syarikat kementerian lebih selesa bagi kepada koperasi. Jadi koperasi itu menjadi alat untuk hendak escape daripada perniagaan yang hendak dibuat secara mengelak daripada..., jadi adakah dalam pihak kementerian. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bagi pandangan saya tidak terdapat. Secara jelaslah saya tidak boleh hendak katakan daripada niat yang menubuhkan koperasi untuk perkara-perkara seperti itu. Akan tetapi kalau kita lihat tidak ada advantagenya, keistimewaannya apabila mereka menubuhkan koperasi. Misalnya daripada segi pinjaman untuk IKS misalnya. Koperasi tidak dianggap sebagai syarikat IKS yang boleh mendapat pinjaman misalnya daripada bank-bank yang menawarkan pinjaman untuk IKS. Jadi kalau itu tujuan dia.

Dari segi pembayaran tax misalnya, koperasi pembayar cukai yang lebih banyak daripada syarikat-syarikat korporat. Misalnya syarikat korporat membayar 25 peratus daripada keuntungan. Akan tetapi koperasi membayar bukan sahaja keuntungannya taxnya sebanyak 26 peratus, tetapi juga terpaksa membuat caruman sebanyak 2 peratus dan ada 1 peratus lagi wang rizab. Jadi akhirnya keuntungan koperasi ini sebanyak 29 peratus, terpaksa ditolak daripada keuntungan dan sebagainya. Jadi bukanlah sesuatu yang menguntungkan dari segi penubuhan koperasi berbanding dengan syarikat. Lagipun hanya SKM sahaja yang ada yang bagi membantu koperasi di dalam menjalankan perniagaan.

final • 5:20 PM

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tadi ada ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Krai juga berapa banyak koperasi yang bermasalah.Terdapat 40 buah koperasi yang bermasalah yang telah pun diperiksa, sedang dalam pemeriksaan di bawah seksyen 64 sebanyak 34 yang telah dibubarkan sebanyak enam dan dibekukan kod potongan gaji adalah sebanyak lapan koperasi.

Yang Berhormat Pasir Mas bertanya tentang jumlah koperasi yang menghadapi masalah, saya pun sudah sebutkan tadi. Yang Berhormat Pasir Mas bertanya berapa banyak jumlah koperasi yang aktif. Daripada 8,146 sebanyak 93 peratus merupakan koperasi yang aktif 7 peratus adalah tidak aktif. Isu Kohilal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas, penyiasatan dibuat pada tahun 2005 terhadap Kohilal, Ahli Lembaga Pengarah telah pun digantung dan dipecat.

Pengurusannya telah diambil alih oleh Jabatan Pembangunan Koperasi. Mana- mana yang salah laku telah pun dilaporkan kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, setelah pengambilalihan oleh pihak koperasi, pihak pengurusan koperasi selepas pengambilalihan tersebut koperasi Kohilal telah pun dipulihkan dan akhirnya koperasi Kohilal diserahkan balik kepada ahli lembaga pengarah untuk diuruskan. Jadi itulah sebenarnya pihak SKM memberi layanan yang sama kepada setiap koperasi. Apabila sahaja koperasi menghadapi masalah kita akan cuba menyelamatkan koperasi kerana kesan daripada pembubaran koperasi adalah ahli-ahlinya kerana koperasi ini milik kepada ramai ahli. Jadi kita tidak mahu memangsakan ahli. Oleh sebab itulah pihak SKM akan mengambil alih cuba memulihkan dan jika dipulihkan kita akan memulangkan semula kepada ahli lembaga pengarah. Jadi itulah yang berlaku pada Kohilal dan sebagainya.

Yang Berhormat Sibuti bertanyakan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM. Jadi untuk makluman kepada Yang Berhormat Sibuti, sijil lepasan SPM ditawarkan kursus sama ada kursus jangka pendek untuk sijil dan juga kursus diploma.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat boleh sambung esok. Saya jemput seorang Menteri untuk membacakan usul.

final • 5:20 PM
USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3)

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:30 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Pembangunan KLIFD oleh 1MDB di Jalan Imbi, Kuala Lumpur

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon kerajaan mengkaji sebaiknya pembangunan tanah bekas kuarters kerajaan seluas 105 ekar untuk dijadikan tapak pembangunan Kuala Lumpur International Financial District yang dimajukan oleh 1Malaysia Development Berhad.

Saya difahamkan Kuala Lumpur International Financial District akan merangkumi tanah seluas 75 ekar manakala baki 30 ekar lagi tidak dipastikan untuk maksud pembangunan apa. Di atas tanah tersebut terdapat Pasar Harian Bukit Bintang yang menyediakan keperluan harian untuk penduduk-penduduk sekitar Bukit Bintang yang telah beroperasi sejak lebih 30 tahun. Ia dipindahkan dari tapak lama di Jalan Bukit Bintang.

Pasar ini beroperasi setiap hari dan seramai 300 penjaja menjaja di situ.

Cadangan pembangunan KLIFD menjadikan penjaja-penjaja dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri terpinga-pinga ke manakah mereka akan dipindahkan sedangkan lokasi tidak pernah dibangkitkan. Jika ia ditutup ini menimbulkan masalah besar pada penjaja kerana kehilangan sumber pendapatan keluarga dan jika ia dipindahkan ke kawasan luar, ia akan menimbulkan masalah pula kepada para penduduk dan pengguna sekitar Bukit Bintang kerana pasar yang berdekatan pun sangat jauh. Oleh itu saya mencadangkan supaya tanah seluas tiga ekar daripada baki 30 ekar itu hendaklah diambil untuk dijadikan tapak Pasar Bukit Bintang. Ia bukan sahaja untuk menempatkan semula penjaja-penjaja sedia ada tetapi boleh digunakan untuk menempatkan penjaja-penjaja tanpa lesen yang berada dan berselerak di sekitar kawasan bagi menjadikan kawasan Bukit Bintang bersih dari penjaja-penjaja tanpa lesen dan berlesen secara statik.

Pasar yang hendak dibina itu hendaklah dibina secara konsep moden sesuai dengan kemodenan persekitaran. Bercakap tentang pasar, pasar terawal di Kuala Lumpur ialah Central Market, kemudian ia dipindahkan ke pasar-pasar moden seperti Cheras yang mana ramai penjaja terpaksa gulung tikar bila mereka masuk berpindah ke dalam pasar baru beberapa tahun kemudiannya kerana kurang sambutan. Cuma yang kekal hingga ke hari ini ialah Pasar Chow Kit dan Pasar Pudu malangnya keadaan pasar sangat daif.

Walaupun ada bunyi bahawa pasar-pasar tersebut akan dibangunkan semula...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, yang itu dalam teks kah Yang Berhormat?

final • 5:30 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Ya, ya. Ada tambah satu dua perenggan sahaja. Dibangunkan semula, namun sehingga sekarang wajah pasar-pasar tersebut masih belum berubah dengan keadaannya yang kotor, berlecak, sempit, bersimpang-siur dan sesak. Hal yang sama berlaku pada Pasar Bukit Bintang yang pada asalnya bertapak di tapak bangunan Lot 10 Jalan Bukit Bintang sehinggalah ia dipindahkan pada awal tahun 1980-an. Akibat pembangunan, ia terpaksa dipindahkan ke kawasan Jalan Imbi sebagaimana sekarang. Apakah nasibnya sama seperti pasar-pasar lain yang mana bila hendak diambil tanahnya untuk pembangunan, ia menjadi mangsa pembangunan bukan sahaja penjaja dan keluarga mereka sendiri malah para pelanggan yang terpaksa berjalan jauh untuk mendapat barang keperluan harian mereka. Mereka menjadi mangsa keadaan dan setelah dipindahkan, pada penjaja ini terbiar.

Sekarang para penjaja Pasar Bukit Bintang sudah belajar daripada pengalaman lalu dan pengalaman rakan-rakan penjaja mereka. Para penjaja bertegas tapak Pasar Bukit Bintang hendaklah dikekalkan atau dibina semula berhampiran tapak sekarang. Cadangan saya dan penjaja-penjaja itu sendiri adalah wajar dipertimbangkan. Mereka perlu dibangunkan semula sejajar dengan perkembangan zaman. Jika bangunan-bangunan sekitarnya bergaya moden dan canggih, maka Pasar Bukit Bintang juga harus canggih dan moden pembinaannya dan tiada seorang penjaja pun boleh dinafikan hak mereka.

Janganlah sejak berusia muda mereka berniaga di sini tetapi di usia tua mereka menerima nasib akan diusir dari tapak pasar tempat mereka mencari rezeki.

final • 5:30 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Di samping itu, pembangunan KLIFD di tapak kuarters akan menjadikan kawasan tersebut menjadi hutan batu termasuk bangunan-bangunan lain di kawasan sekitar. Tidak ada suasana kehijauan dan kedamaian sewaktu sinar matahari terik sepanjang hari. Sudah pasti suasana kehijauan yang damai perlu diwujudkan di celah-celah bangunan tinggi. Oleh itu, adalah penting sebahagian baki tanah tersebut dijadikan taman hijau yang mana warga kota mendapat manfaat memandangkan taman hijau sangat berkurangan di sekitar ibu negara. selain menjadi taman hijau, ia hendaklah dilengkapi kemudahan beriadah atau berekreasi untuk warga kota. Ini membolehkan warga kota yang tinggal berhampiran tidak perlu pergi jauh untuk menikmati kehijauan alam dan beriadah. Dari baki tanah 30 ekar itu, selain untuk Pasar Bukit Bintang, sebuah taman hijau hendaklah diwujudkan dan dibangunkan di situ sebagai satu pendekatan holistik warga kota. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Bolehlah jawab kepada teks yang asal Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya terkejut kerana banyak kandungan tidak ada dalam teks asal. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Yang di-Pertua, visi Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) ialah untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan antarabangsa selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan ia sebagai sebuah bandar raya global. Satu komponen penting bagi menjayakan inisiatif Greater Kuala Lumpur, KLIFD dirancang menjadi magnet untuk menarik nama-nama besar antarabangsa ke Kuala Lumpur merangkumi beberapa sektor seperti perkhidmatan perbankan dan juga kewangan. Ini sekali gus akan membuka peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia daripada setiap strata ekonomi dan mencetus aktiviti ekonomi baru-baru lebih-lebih lagi kepada perniagaan di persekitaran pusat kewangan tersebut.

Tanah seluas 75 ekar di Jalan Imbi telah pun dipindah milik kepada 1MDB untuk projek hartanah strategik Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) yang mana sebahagian daripadanya merangkumi tanah bekas kuarters kerajaan. Tanah kuarters tersebut selebihnya adalah milik kerajaan dan pada masa ini ianya masih lagi dinilai dengan tujuan rancangan pembangunan seterusnya. Untuk fasa baru Bukit Bintang yang berada di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 1MDB atau OneMDB dan DBKL telah pun bermesyuarat bagi menyelesaikan isu penempatan semula peniaga- peniaga di situ seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Ketika ini, kedua-dua pihak sedang mempertimbangkan beberapa pilihan termasuklah membina sebuah pasar baru di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan saya memang sedia maklum bahawa Yang Berhormat sendiri pun terlibat dalam perbincangan dengan 1MDB dalam hal-hal seperti ini.

1MDB komited dalam memastikan proses penempatan semula dilaksanakan dengan adil dan saksama terhadap semua pihak yang terlibat. Cadangan Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun akan diberi pertimbangan sewajarnya. Berkenaan tapak taman hijau pula yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, sememangnya telah diputuskan oleh pihak 1MDB yang KLIFD akan menjadi penanda aras bagi pembangunan lestari di Malaysia di mana strategi mesra alam menjadi teras di setiap peringkat projek ini. Antara keutamaan yang diberi adalah pembinaan taman yang akan menjadikan KLIFD kawasan hijau di bandar raya Kuala Lumpur dan bakal mengubah persepsi yang sebuah pusat kewangan itu semestinya kawasan hutan konkrit seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat.

Reka bentuk aspek mesra alam dan livability, dengan izin, pembangunan KLIFD akan menjadikannya sebagai projek yang menempatkan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat bandar raya bertaraf antarabangsa yang bakal menarik banyak pelaburan ke sini.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

final • 5:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

**Menyegerakan Pindaan Akta Memperbaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976**

final • 5:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua sebelum saya membaca teks ucapan penangguhan saya, saya ingin menyatakan bahawa kandungan ucapan saya lebih di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun saya akan menerima jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri tetapi saya ingin maklumkan ini. Kedua, saya rasa sudah sampai masa untuk pinda Tuan Yang di-Pertua, hadkan 400 perkataan sahaja untuk ucapan penangguhan. Agak sukar kami untuk sampaikan masalah dalam sesuatu isu.

Sehingga bahasa pun kadang-kadang tidak sempurna. Saya ingin bangkitkan ucapan penangguhan saya mengikut teks yang telah saya sampaikan terlebih dahulu ini.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Pindaan kepada Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 perlu disegerakan. Wanita dan kanak- kanak diperuntukkan hak dan perlindungan yang sewajarnya di bawah Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Akta ini mempunyai kelemahan untuk menjalankan maksudnya dengan efektif serta mengikut perkembangan masa. Ahli Parlimen dan NGO wanita berulang kali membangkitkan kelemahan akta ini khasnya tuntutan nafkah.

Jawapan yang diberi kerajaan adalah bahawa ia di dalam proses dikaji semula. Bilakah kajian dilengkapkan dan pindaan dibentangkan?

Seksyen 54 peruntukkan satu bukti punca perkahwinan tidak boleh diselamatkan iaitu zina telah dilakukan oleh pasangan pembaptisan. Walaupun seksyen 58 memperuntukkan isteri berhak menuntut ganti rugi terhadap pihak ketiga yang merosakkan rumah tangganya. Berapakah kes tuntutan yang berjaya menuntut? Berapakah ganti rugi yang pernah diperintah oleh mahkamah terhadap pihak ketiga ini? Saya dihubungi isteri- isteri yang mengadu pihak ketiga ini melibatkan wanita asing dengan pas lawatan sosial.

Bagaimanakah peruntukan ini memberi perlindungan ganti rugi kepada isteri tempatan?

Seksyen 77 hingga seksyen 101 memperuntukkan nafkah isteri dan anak serta hak penjagaan anak. Perintah nafkah sering kali tidak dipatuhi oleh suami atau bapa. Isteri dibebankan dengan proses dan kos untuk menguatkuasakan perintah yang diingkari ini.

Peruntukan menyatakan bekas suami ini boleh ditangkap dan dipenjarakan. Berapakah kes bekas suami atau bapa yang tidak bertanggungjawab ini dipenjarakan? Laporan SUHAKAM 2010 ada menyentuh berkenaan kesukaran dihadapi ibu tunggal ekoran kegagalan suami membayar nafkah. Saya mengetahui kerajaan menyedari masalah kesulitan ibu tunggal dan penguatkuasaan perintah nafkah ini. Saya menyambut baik kerajaan memberi peruntukan RM15 juta pada tahun 2010 untuk dikendalikan oleh Bahagian Sokongan Keluarga bagi membantu ibu tunggal beragama Islam di mana bekas suami gagal membayar nafkah.

Apakah agensi yang sama akan diadakan untuk membantu ibu tunggal serta menjalankan penguatkuasaan dan pengutipan nafkah dari bekas suami bagi kes perintah oleh Mahkamah Sivil? Ada cadangan agar bekas suami ini perlu membuat surat akuan untuk menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai tunggakan bayaran nafkah sebelum beliau boleh daftar kahwin semula. Saya cadangkan agar nama bekas suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab disenaraihitamkan di dalam rekod pendaftaran perkahwinan apabila aduan diterima oleh bekas isteri kerana gagal mematuhi perintah nafkah.

Tunggakan nafkah perlu dijelaskan di mahkamah dan diperintah sekuriti sebelum namanya dibersihkan dan dibenarkan daftar kahwin semula.

Seksyen 101 lemah di dalam memberi perlindungan kepada pasangan yang berkahwin dengan warga asing. Apabila berlaku masalah rumah tangga anak dilarikan dengan ke luar negara oleh satu pihak bagaimana penguatkuasaan dapat dijalankan.

final • 5:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Seksyen 95 memperuntukkan nafkah anak sehingga berumur 18 tahun. Bilakah ia dipinda agar pemberian nafkah anak adalah sehingga ke pendidikan tertinggi supaya mengikut perkembangan semasa. Perkara ini telah berulang kali dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Sekian terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Dato' Lee Chee Leong

Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah di atas ucapan penangguhan yang telah dibangkitkan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah menerima dan seterusnya meneliti setiap isu dan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah dalam ucapan penangguhan beliau sebentar tadi. Pertamanya saya ingin menjelaskan bahawa Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 merupakan suatu akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan perkahwinan monogami, pengupacaraan dan pendaftaran perkahwinan-perkahwinan serta perceraian.

Seterusnya berkenaan tuntutan nafkah yang dibangkitkan Kementerian Dalam Negeri berpandangan isu tersebut turut melibatkan peranan dan bidang kuasa agensi- agensi kerajaan yang lain, yang bukan terletak di bawah fungsi dan jurisdiction KDN. Dalam hal ini usaha untuk membuat pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dijangka akan mengambil masa kerana ia perlu dirunding dan di bincang secara bersama dengan agensi-agensi yang berkaitan, yang berkepentingan secara langsung iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan diterajui oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan visi KDN sebagai peneraju keselamatan dalam negeri dan misi mentadbir urus keselamatan dalam negeri untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat. Kementerian menyedari bahawa pindaan terhadap Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 ini dijangka mempunyai impak dan implikasi yang lebih luas dan menyentuh kepentingan agama. Oleh itu suka kementerian ini menjelaskan bahawa proses pindaan undang-undang ini perlu turut dilihat bersama oleh agensi-agensi seperti yang saya nyatakan tadi.

Sehubungan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, kementerian ingin menjelaskan seperti berikut, Jabatan Pendaftaran Negara telah membuat kajian dan semakan untuk seksyen 51 di bawah Akta Memperbaharui Undang-undang

(Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Berhubung isu pertukaran agama dan perkara ini sedang dalam tindakan pihak JAKIM, Jabatan Perdana Menteri. Kementerian buat masa ini tidak bercadang untuk meminda undang-undang yang berhubung dengan tuntutan nafkah di bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

JPN juga hanya mendaftar Dikri Mutlak keputusan mahkamah bagi tujuan mengemas kini status taraf perkahwinan bahawa pasangan tersebut telah bercerai dengan rasminya. Dalam hal ini JPN hanya mencatat tarikh perceraian dan nombor kes sahaja dan tidak mempunyai rekod keputusan mahkamah mengenai hak tuntutan dan nilai tuntutan nafkah yang diperoleh oleh pasangan selepas perceraian. Walau bagaimanapun sejak Januari 2010 sehingga 7 Jun 2011, Mahkamah Keluarga Kuala Lumpur telah mendaftarkan tujuh kes di bawah seksyen 54 dan seksyen 58. Daripada kes tersebut terdapat di antaranya yang melibatkan jumlah ganti rugi kepada pihak ketiga sebagaimana keputusannya berikut:

(i) pihak ketiga akan membayar ganti rugi sebanyak RM25,000 kepada pempetisyen secara ansuran iaitu RM1,000 sebulan;

(ii) pihak-pihak bersetuju supaya tuntutan terhadap pihak ketiga ditarik balik;

final • 5:45 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Dato' Lee Chee Leong

(iii) persetujuan supaya perintah dibuat tanpa merekodkan liabiliti terhadap pihak ketiga;

(iv) tidak direkodkan ganti rugi disebabkan Pliding yang difailkan oleh Pempetisyen walaupun ada menyatakan isu zina tetapi tidak dimasukkan nama pihak ketiga di dalam kes tuntutannya dan tiada tuntutan ganti rugi diplidkan oleh pempetisyen.

final • 5:45 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Dato' Lee Chee Leong

Tuntutan ganti rugi yang dinyatakan di atas adalah melibatkan ganti rugi yang dituntut daripada pihak ketiga. Tuntutan ganti rugi berkenaan tidak termasuk dalam tuntutan nafkah.

Dalam hak tuntutan nafkah dan keadilan, perkara ini terletak di bawah bidang kuasa mahkamah dan adalah tertakluk kepada kebijaksanaan peguam kedua-dua pihak dalam membentangkan fakta kes semasa perbicaraan kes sivil tersebut. Setakat ini hanya ada satu kes dilaporkan mengenai bekas suami atau bapa yang dipenjarakan kerana gagal membayar tuntutan nafkah.

Bagi cadangan untuk menyenaraihitamkan nama bekas suami di dalam rekod perkahwinan kerana gagal memberi nafkah pula, ia tidak diperuntukkan di dalam Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Cadangan untuk menyenaraihitamkan nama bekas suami dan merekodkan perkahwinan ini memerlukan suatu kajian yang mendalam kerana ianya melibatkan implikasi yang akan menyentuh kehidupan peribadi bekas suami.

Berhubung dengan isu pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah mahkamah, ia juga bukan di bawah tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sekiranya suami gagal untuk memberi nafkah seperti yang diperintahkan, maka adalah menjadi tanggungjawab bekas isteri untuk membuat aduan kepada mahkamah. Sebarang pelaksanaan perintah mahkamah atau saman akan dilaksanakan oleh pegawai polis.

Seterusnya bagi isu peruntukan nafkah anak bagi yang masih belajar walaupun melebihi 18 tahun, ia hendaklah dinyatakan secara jelas dalam perintah mahkamah mengenai tuntutan nafkah tersebut yang mana pihak yang bercerai hendaklah mendapatkan sekali tuntutan tersebut dalam perintah mahkamah.

Kesimpulannya, tuntutan nafkah oleh pemohon haruslah dinyatakan secara jelas dalam perintah mahkamah kerana ia tidak terkandung di dalam akta kerana akta hanya memperuntukkan bahawa nafkah boleh diberi kepada anak dan isteri.

Dalam hal ini, isu berkaitan jumlah tempoh pemberian nafkah dan isu lain berkaitan dengannya hendaklah dinyatakan dalam perintah tersebut. Bagi membantu ibu tunggal yang menghadapi kesulitan, Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan bantuan khidmat nasihat guaman. SENADA akan memperjelaskan tentang prosedur guaman yang memihak kepada mereka dan yang perlu dipatuhi bagi memenuhi tuntutan-tuntutan yang dikemukakan.

Selain daripada itu, SENADA juga menjalankan program-program pemerkasaan wanita dengan menekankan hak-hak wanita sebelum, semasa, dan selepas perkahwinan supaya wanita faham akan prosedur-prosedur mahkamah yang boleh diguna pakai sekiranya berlaku perceraian dan sebagainya.

SENADA juga mempunyai hubungan kerjasama dengan Biro Sokongan Keluarga di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi membantu kes-kes ibu tunggal yang memerlukan pembelaan dipercepatkan. Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu 15 Jun 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.54 petang.

final • 5:50 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026