Jun132011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut:

  1. Akta Perbekalan Tambahan (2010) 2011; 2. Akta Tenaga Boleh Baharu 2011; 3. Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011; 4. Akta Juruanalisis Makanan 2011; 5. Akta Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2011; 6. Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2011; dan 7. Akta Timbang Tara (Pindaan) 2011.

final • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen penggal yang lalu.

Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “13 Jun 2011 Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  1. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011; 2. Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010; 3. Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010; 4. Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010;

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010; 6. Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010; dan 7. Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010.

Yang Ikhlas, t.t.

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Puan Hajah Nancy Shukri [Batang Sadong] minta Perdana Menteri menyatakan, kenapakah masih wujudnya masalah pemberian biasiswa dan tempat di universiti di kalangan pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

final • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan- soalan oleh Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Rasah yang dibangkitkan di dalam Dewan pada hari ini serta Yang Berhormat Simpang Renggam pada 14 Jun 2011; Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Kulai pada 16 Jun 2011; Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Lanang pada 21 Jun 2011; Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan pada 23 Jun 2011; Yang Berhormat Jelutong pada 27 Jun 2011 dan Yang Berhormat Wangsa Maju serta Yang Berhormat Ranau pada 28 Jun 2011 kerana soalan-soalan tersebut menyentuh isu yang sama iaitu Program Ijazah Luar Negara 2011.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, pada setiap tahun kerajaan menyediakan program penajaan yang dikendalikan oleh JPA kepada pelajar cemerlang lepasan SPM bagi mengikuti pengajian ke luar negara menerusi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan dalam negara di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) termasuk ke universiti penyelidikan atau dengan izin, research universities. Bagi pelaksanaan penajaan tahun ini, kerajaan telah bersetuju supaya penajaan PILN 2011 dikurangkan kepada 1,500 berbanding 1,750 pada tahun 2010 selaras dengan dasar kerajaan untuk mengurangkan penajaan ke luar negara dan memartabatkan institusi pengajian tinggi tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mendapat calon yang memiliki personaliti unggul ataupun dengan izin, awesome personality, Jemaah Menteri pada 14 Januari 2009 memutuskan bahawa kriteria pemilihan Program Ijazah Luar Negara (PILN) bukan melihat hanya kepada kecemerlangan akademik sahaja tetapi turut mengambil kira latar belakang sosioekonomi keluarga, kokurikulum dan temu duga berdasarkan empat kategori seperti berikut.

Kategori I – biasiswa berasaskan kecemerlangan pelajar. Iaitu sebanyak 20 peratus daripada jumlah biasiswa yang disediakan iaitu 300 tempat. Untuk kategori ini, pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik diberikan markah 85 peratus, kokurikulum – 10 peratus, dan temu duga – lima peratus. Latar belakang dan sosioekonomi calon tidak diambil kira. Kategori II – biasiswa berasaskan komposisi kaum. Sebanyak 60 peratus daripada jumlah biasiswa yang disediakan iaitu sebanyak 900 tempat.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Di bawah kategori ini pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik 75 peratus markah diberi, kokurikulum 10 peratus, latar belakang sosioekonomi keluarga 10 peratus dan temu duga 5 peratus. Pembahagian biasiswa adalah mengikut peratusan komposisi rakyat Malaysia.

Kategori tiga iaitu biasiswa untuk kaum bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 10 peratus daripada jumlah biasiswa yang disediakan iaitu sebanyak 150 tempat, 75 Sabah dan 75 Sarawak. Penajaan untuk kaum bumiputera Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan agihan 5 peratus untuk bumiputera Sabah dan 5 peratus untuk bumiputera Sarawak. Pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik 65 peratus, kokurikulum 5 peratus, latar belakang sosioekonomi keluarga 25 peratus dan temu duga 5 peratus.

Kategori yang keempat iaitu biasiswa untuk golongan socially disadvantage sebanyak 10 peratus daripada jumlah biasiswa yang disediakan iaitu sebanyak 150 tempat.

Penajaan adalah untuk pelajar-pelajar di sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan dan suasana pembelajaran yang terhad dan daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik 65 peratus, kokurikulum 5 peratus, latar belakang sosioekonomi keluarga 25 peratus dan temu duga 5 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, terdapat 363 pelajar yang menduduki SPM bagi tahun 2010 telah berjaya mendapat keputusan cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran. Daripada jumlah tersebut, seramai 282 pelajar telah memohon biasiswa JPA dan berjaya ditawarkan penajaan di dalam dan luar negara iaitu 196 pelajar di luar negara dan 86 pelajar di dalam negara.

Di samping itu, selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, semua pelajar lepasan SPM 2010 yang mendapat sekurang-kurangnya 8A+ yang memenuhi syarat memohon dan hadir temu duga akan ditawarkan biasiswa bagi mengikut pengajian sama ada di dalam atau di luar negara. Bagi tahun 2011 JPA telah menawarkan 1,500 biasiswa di bawah PILN dan 2,500 biasiswa di bawah PIDN bagi lepasan SPM 2010.

Pecahan penawaran biasiswa PILN dan PIDN bagi lepasan SPM 2010 mengikut kaum adalah seperti berikut:

Bagi program PILN iaitu luar negara bumiputera 882 iaitu 22 peratus dan bagi bukan bumiputera 618 iaitu 15.5 peratus dan jumlah daripada jumlah PILN ialah 1,500 dan kedua-duanya itu apabila di campur 37.5 peratus. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bumiputera 1,301 iaitu 32.5 peratus, bukan bumiputera 1,199 iaitu 30 peratus. Jadi jumlah ialah 2,500 dan peratusan 62.5 peratus. Jadi, jumlah besar bumiputera yang mendapat tempat bagi PILN dan PIDN ialah 2,183 iaitu 54.6 peratus dan bukan bumiputera 1,817 iaitu 45.4 peratus. Kalau di campur jumlah jadi 4,000 dan peratusannya ialah 100 peratus.

Bagi pelaksanaan PILN 2011 peruntukan 10 peratus tempat bagi kategori tiga iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak masih dikekalkan dan terdapat 75 pelajar Sabah telah ditawarkan penajaan ke luar negara di bawah kategori tersebut. Selain itu, dua pelajar Sabah turut ditawarkan penajaan keluar negara di bawah kategori satu. Kecemerlangan akademik menjadi keseluruhan pelajar Sabah yang ditaja di bawah PILN 2011 adalah 77 orang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga kerajaan telah memperuntukkan RM1.44 bilion bagi penaja JPA tahun 2011 untuk pelajar lepasan SPM tahun 2010, dengan pecahannya RM0.36 bilion bagi pengajian dalam negara dan RM1.08 bilion bagi pengajian luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, pemberian biasiswa JPA di bawah PILN yang sering menjadi isu adalah disebabkan kurangnya kefahaman masyarakat mengenai kriteria dan prinsip pemilihan calon. Walaupun usaha-usaha telah dilaksanakan setiap tahun melalui pelbagai saluran media, karnival pendidikan dan pameran yang diadakan di seluruh negara termasuk di laman web JPA. Namun begitu masih berlaku salah faham dan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat terutamanya keluarga pelajar yang gagal ditawarkan penajaan keluar negara.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kecemerlangan akademik yang ditimbangkan adalah berdasarkan sembilan mata pelajaran utama sahaja mengikut kesesuaian bidang pengajian yang dipohon oleh pelajar. Had ini ditetapkan bagi memastikan semua calon bertanding di atas level playing field dengan izin, kerana tidak semua sekolah mempunyai kemampuan dan membenarkan pelajar mengambil lebih daripada sembilan mata pelajaran. Antara faktor yang menyebabkan ramai pelajar yang cemerlang tidak berjaya ditawarkan penajaan ke luar negara adalah kerana bilangan pelajar cemerlang yang semakin bertambah dan penajaan yang terhad setelah mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan.

Di samping itu ramai pelajar cemerlang memilih bidang yang popular seperti perubatan dan kejuruteraan berbanding bidang yang kurang dipohon seperti bidang sastera dan sains turut menyebabkan mereka gagal ditawarkan penajaan ke luar negara memandangkan bidang-bidang yang ditawarkan adalah terhad mengikut keperluan guna tenaga sektor awam dan negara.

Selain itu, penawaran biasiswa adalah mengikut markah keseluruhan yang diperoleh pelajar. Pelajar yang gagal ditawarkan biasiswa adalah mereka yang memperoleh markah keseluruhan yang rendah dalam bidang masing-masing mengikut kategori dan kriteria yang telah ditetapkan. Selain salah faham dan ketidakpuasan hati berhubung isu-isu pemberian biasiswa ini, terdapat juga kekeliruan di kalangan masyarakat yang menyangka bahawa JPA turut menawarkan tempat dan kursus pengajian di samping penajaan. Pada hakikatnya JPA hanya menawarkan penajaan manakala tempat kursus bagi pengajian di matrikulasi dan universiti dalam negara ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagi menangani isu pemberian biasiswa kerajaan yang berbangkit setiap tahun, JPA sentiasa mengkaji semula dan menambah baik dasar sedia untuk pelaksanaan pada tahun akan datang. Tuan Yang di-Pertua, berhubung perkara yang turut dibangkit oleh Yang Berhormat Bagan tiada sebarang tindakan akan diambil di atas pegawai JPA berhubung isu pelaksanaan pemberian biasiswa kerana tiada bukti kukuh mengenai kesilapan atau salah guna kuasa oleh pegawai JPA dalam menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang memandangkan pelaksanaannya telah dijalankan secara telus dan teratur selaras dengan keputusan jemaah menteri pada 14 Januari 2009.

Bagi menjawab perkara yang turut diutarakan oleh Yang Berhormat Kota Raja berhubung kesanggupan kerajaan untuk mendedahkan senarai penerima biasiswa berserta markah yang diperoleh adalah menjadi dasar kerajaan untuk tidak mendedahkan senarai penerima biasiswa dan markah merit yang mereka peroleh kepada umum untuk memelihara kerahsiaan dan hak individu tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana datang untuk menjawab sendiri soalan tersebut.

final • 10:10 AM

Puan Hajah Nancy Shukri - Batang Sadong

Dari jawapan yang komprehensif tadi Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya di sini. Saya percaya kerajaan mempunyai perancangan secara menyeluruh mengenai bidang-bidang yang akan ditawarkan untuk ditaja kepada pelajar-pelajar cemerlang ini.

Sebelum ini juga, saya rasa dua hari yang lepas saya juga membaca dari akhbar. Menteri Kesihatan juga menyatakan di antara bidang yang diperlukan di negara ini adalah kemahiran pergigian. Jadi, adakah kalau sekiranya pelajar cemerlang ini memohon untuk mendapatkan penajaan untuk bidang yang seperti mana yang telah dinyatakan seperti bidang kemahiran pergigian. Adakah ini suatu jaminan untuk seseorang pelajar yang memang sudah menunjuk kecemerlangannya untuk mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara bagi membolehkan pelajar kita dapat pendedahan dari luar negara untuk dibandingkan serta dijadikan satu pengalaman dikongsi di negara kita.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, perancangan kerajaan bagi lepasan SPM adalah berdasarkan kepada dasar-dasar semasa kerajaan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi pada masa ini, memang betullah iaitu fokus penajaan adalah dalam bidang- bidang kritikal. Yang kita anggap kritikal itu perubatan, pergigian dan farmasi. Ada bidang strategik dan keutamaan. Contoh macam kejuruteraan, sains dan teknologi yang diperlukan oleh negara. Jadi, perancangan penajaan telah dibuat berdasarkan kepada unjuran guna tenaga kerja dalam pelbagai bidang yang diperlukan oleh perkhidmatan awam khususnya dan untuk negara. Jadi, kalau sekiranya pelajar cemerlang itu mendapat keputusan yang baik, saya pun ada kawan juga cermin mata hitam... [Merujuk kepada Yang Berhormat Ipoh Timur] Saya pun sakit mata juga tetapi datang untuk menjawab.

Jadi, kalau dia mendapat keputusan yang baik dan dia memohon kepada bidang yang diperlukan oleh kerajaan bagi unjuran tenaga kerja dalam perkhidmatan awam. Maka, sudah tentulah seperti mana dalam jawapan saya sebentar tadi, kita sememangnya memberi keutamaan kepada beliau tetapi itu juga mesti melalui kategori satu tadi yang memerlukan bukan sahaja kepada kecemerlangan akademik 85 peratus tetapi dia perlu melalui kokurikulum juga dan juga wawancara, interview iaitu 15 peratus ko-kurikulum dan 5 peratus wawancara. Jadi, sebab itu untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat sebentar tadi, memang pergigian merupakan bidang kritikal bagi kita dan kalau dia mendapat markah yang mengatasi kita punya target, sudah tentu dia akan mendapat tempat untuk belajar dalam bidang pergigian di luar negara.

final • 10:20 AM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Episod pemberian biasiswa JPA ini jelas menunjukkan bahawa dalam Barisan Nasional tiada kongsi kuasa. Sementara Yang Berhormat menyatakan bahawa tiada isu berkenaan arahan Kabinet tidak timbul tetapi anggota komponen Barisan Nasional telah membuat dakwaan sedemikian. Jadi, saya hendak tanya, mengapakah kerajaan enggan menyiarkan senarai nama pelajar yang telah berjaya diberi biasiswa JPA walaupun Menteri kata ianya untuk melindungi data hak individu kerana selagi tiada transparency, ketelusan di dalam pemberian biasiswa ini, berapa kali kerajaan mahu kaji semula pemberian biasiswa ini tidak akan berjaya, tidak akan mengurangkan kekeliruan di dalam pemberian biasiswa ini.

Apakah impak ekoran daripada ketidaktelusan pemberian biasiswa ini ke atas brain drain di dalam negara ini. World Bank Report telah menyatakan keseriusan brain drain mengapa kerajaan tidak boleh memberi biasiswa kepada mereka berdasarkan merit tanpa keperluan melalui temu duga yang terbaik. Kita mestilah memberi galakan, memberi biasiswa agar mereka boleh dapat bersama dalam negara menyumbang dalam pembangunan negara. Saya mohon mengapa kerajaan tidak boleh mengadakan ketelusan, kalau tiada ketelusan tidak akan boleh berjaya dalam mengekalkan golongan cemerlang dalam negara ini.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau sekalipun kita tidak menyenaraikan nama mereka yang telah berjaya, itu bukan bermakna kita tidak telus kerana kita mengadakan - JPA tidak interview mereka yang memohon untuk mendapat biasiswa. Kita mempunyai panel-panel yang terdiri daripada academician daripada universiti-universiti yang terdiri daripada ahli panel yang berbilang kaum untuk mereka membuat keputusan dan interview semua pemohon yang mahu memohon biasiswa JPA. Jadi, kalau sekali pun kita umum dalam surat khabar nama-nama yang berjaya, ia tidak menjamin iaitu bahawa tidak ada lagi pertikaian kerana sudah tentu tidak semua akan berpuas hati. Jadi, sebab itu pada saya, lebih baik kita pastikan apa yang telah diputuskan itu kita beritahu kepada mereka yang berjaya kerana seperti saya sebut sebentar tadi, sekalipun kita umum kepada orang ramai ada yang tidak akan puas hati dan tidak akan bermakna kalau kita umum kepada orang ramai, maka segala pertikaian itu tidak akan berbangkit, itu pertama.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pengaliran brain drain. Kita kena fikir tentang kemampuan kita. Saya hendak beritahu di sini, pada tahun lepas perkara ini tidak berbangkit menjadi isu kerana kita beri tempat pergi ke luar negara 300 tempat juga tetapi yang dapat 9A ke atas hanya 186 orang sahaja. Jadi, ada lebihan 114 tempat, sebab itu tidak ada masalah. Pada tahun ini kita kekal juga 300 tempat tetapi seperti mana saya sebut sebentar tadi, yang dapat 9A+ ke atas ialah 363 orang, berlebih. Jadi kalau kerajaan mampu, kita boleh hantar semua yang dapat 9A+ tetapi kalau tahun hadapan saya hendak beritahu, buatnya yang mendapat 9A+ ini 500 orang, bagaimana? Hendakkah kita hantar 500 orang semua pergi? Ini berdasarkan kepada kemampuan kerajaan.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dalam saya punya jawapan tadi, saya sebut hantar 1,500 orang ke luar negara, belanja RM1.4 bilion. Hantar 2,500 orang dalam negara, baru RM300 juta. Jadi, lebih baik untuk kita simpan pelajar kita yang cerdik di sini untuk menjimatkan kos pertama, keduanya kalau yang cerdik kita simpan di sini, dia juga akan meningkatkan mutu pusat pengajian tinggi awam dalam negara. Jadi, itulah sebabnya mengapa kita lakukan perkara ini dan sebenarnya tidak ada apa benda yang kita hendak sembunyikan dalam pembahagian biasiswa JPA ini.

final • 10:20 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, boleh soalan satu lagi?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya benarkan satu soalan lagi memandangkan isu ini penting. Yang Berhormat Kulai, sebab dia ada tanya soalan.

final • 10:20 AM

Tan Sri Dato’ Seri Ong Ka Ting - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang faham apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini saya juga baca dalam surat khabar, Yang Berhormat Menteri telah mengatakan kerajaan sedang menimbang, mungkin akan membatalkan pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang dari lepasan SPM dari masa akan datang. Adakah Yang Berhormat sedar ataupun kerajaan telah ambil kira bahawa pada peringkat itulah pelajar cemerlang ini mereka terpaksa mendapatkan biasiswa, sebahagian daripada mereka perlu pergi ke luar negeri untuk mengikuti kursus-kursus di universiti yang terkenal. Kalau pada peringkat itu kerajaan melepaskan mereka, maka negara jiran akan menawarkan biasiswa ASEAN dan sebagainya, jadi kita akan hilang talent. Jadi, ini adalah satu perkara kerajaan perlu berhati- hati sebelum buat keputusan.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kulai. Dia pun dahulu sebahagian daripada pentadbiran. Dia faham. Jadi sebenarnya saya hendak sebut, saya kata bukan kerajaan sudah buat keputusan. Saya kata kita menerima feedback daripada pelbagai pihak berkenaan dengan perkara seperti ini.

Pertama Yang Berhormat, di masa kita belajar dahulu, SPM ini dia tidak boleh masuk universiti. Kelulusan SPM tidak membolehkan kita masuk ke universiti dan tidak berbangkit pun masalah semasa kita belajar dahulu bahawa sebaik sahaja mendapat keputusan SPM, semua mendapat biasiswa. Jadi, satu perkara kita harus ingat. Kalau kita SPM, kita berikan dia tempat, belum tentu lagi apabila dia habis peperiksaan sama ada dia di matriculation kah atau sama ada IB kah dia buat, belum tentu lagi dia akan dapat memasuki universiti-universiti Ivy League ataupun universiti-universiti yang terbaik.

Jadi kalau selepas dia punya buat IB kah, selepas matriks, dia masuk ke universiti yang tidak dianggap sebagai Ivy League, kita terpaksa tanggung dia. Jadi sebab itu sekarang ini, apa yang kita mahu ialah kita pastikan dia dapat masuk ke Universiti Ivy League ataupun universiti-universiti yang terkenal seperti Oxford, Cambridge dan juga universiti di UK, barulah kita berikan penajaan biasiswa sebab dia masuk ke universiti yang terkemuka.

Akan tetapi kalau kita fikirkan ada orang berkata kalau kita tanggung daripada sekarang, belum tentu dia akan dapat masuk ke Ivy League sebab dia terpaksa juga ambil IB dan juga ambil A-Level dan kemungkinan pada ketika itu keputusannya tidak baik dan dia masuk ke dalam universiti yang tidak terkemuka, kita perlu tanggung dia. Jadi adalah lebih baik kita tunggu sehingga dia dapat keputusan yang baik untuk memasuki universiti.

Apabila dia masuk ke Universiti Ivy League, barulah kita beri pembiayaan kerana dia sudah diterima dalam universiti-universiti yang terkemuka. Itu pertama.

Kedua, saya sebut dalam saya punya PC, daripada tahun 2000 sampai sekarang, 500 orang yang tidak balik dan kita pecahkan kepada tiga. Ada yang tidak balik terus, ada yang kita rujuk kepada dia, kepada penjamin dia barulah dia fikir hendak bayar balik tetapi tidak mahu balik juga. Ada juga yang apabila kita rujuk kepada dia dan penjamin dia berjanji hendak balik tetapi tidak balik juga. Kita ada masalah. Belanja besar-besar, 500 orang tidak mahu balik sepuluh tahun.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Akan tetapi kalau kita simpan mereka di sini dan kita hantar mereka post-grad sebagai contoh, sudah tentu dia akan balik sebab dia ambil dia punya first degree di sini, kemudian dia specialize. Dia akan balik kerana root dia sudah ada di sini. Selepas dia mungkin - selepas dapat first degree, dia bernikah atau apakah, selepas itu barulah dia hendak buat specialization, kita hantar. Kita belanja kepada dia pun kita tidak rugi sebab dia akan balik kerana keluarga dia di sini. Yang masalahnya ialah mereka tidak mahu balik.

Jadi sebab itu kita fikirkan ini semua, kita dapat feedback dan kita cuba bincangkan pada tahun hadapan apakah keputusan sebenar yang kita hendak buat dalam soal pemberian biasiswa selepas SPM. Terima kasih.

final • 10:30 AM

2. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, laporan Malaysia Water Industry Guide 2010 menyatakan, nilai purata non-revenue water (NRW) adalah 36.63 peratus melibatkan 1.8 bilion meter padu air serta kerugian RM1.64 bilion. Apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah air tidak terhasil (NRW).

final • 10:30 AM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya memohon keizinan untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak ini bersekali dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat Gombak yang dijadualkan pada 16 Jun 2011 yang akan datang.

Kedua-dua pertanyaan tersebut menyentuh isu yang sama.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di negara kita ini, kadar air tidak berhasil atau NRW diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu kehilangan fizikal yang disebabkan kebocoran paip dan kehilangan komersil yang berpunca daripada kecurian air, ketidaktetapan pada bacaan meter, kegunaan bagi penyelenggaraan sistem bekalan air dan juga kegunaan bomba. Bagi merekodkan kadar NRW ini, operator- operator air akan menggunakan perbezaan di antara jumlah kuantiti air yang dikeluarkan oleh loji-loji rawatan air dan jumlah air yang direkodkan pada meter-meter pengguna.

Mengikut rekod kementerian, purata nasional kadar NRW pada tahun 2009 ialah sebanyak 36.63 peratus. Kadar ini menurun sedikit berbanding dengan purata pada tahun 2008 yang dicatatkan pada 36.93 peratus. Walau bagaimanapun, secara terperinci, purata NRW berbeza-beza dari satu negeri ke satu negeri yang lain dengan julat di antara 19.08 peratus sampai 59.9 peratus. Bagi sesebuah negeri pula, kadar NRW juga berbeza mengikut sesebuah kawasan. Kadar NRW ini banyak di pengaruhi oleh usia aset bekalan air terutamanya paip, faktor geografi sesebuah negeri dan juga kaedah pengurusan NRW oleh setiap operator bekalan air.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang menyedari kadar NRW ini masih lagi tinggi dan perlu diturunkan ke satu paras yang lebih ekonomik. Berikutan itu, pendekatan yang ditekankan ialah untuk menangani NRW yang berpunca daripada kehilangan fizikal melalui program-program holistik yang meliputi perwujudan district metering area dan district metering zone. Pelaksanaan pressure dan demand management, active leakage detection and leaks repair. Penggunaan sistem bersepadu seperti supervisory control data accusation (SCDA), geographic information system (GIS) dan sistem telemetri serta perlaksanaan program penggantian paip usang.

Untuk tujuan ini, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.082 bilion di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk pelaksanaan program NRW di seluruh negara.

Komitmen kerajaan ini terus lagi di dalam Rolling Plan Pertama RMKe-10 dengan peruntukan siling sebanyak RM324.3 juta. Jumlah ini tidak termasuk peruntukan dalaman yang disediakan oleh setiap operator untuk menangani kadar NRW masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, kementerian saya melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memberikan fokus kepada program menurunkan kadar NRW di kalangan operator air yang melibatkan kehilangan komersial. SPAN bersama dengan operator-operator air telah meningkatkan aktiviti-aktiviti pemantauan dan

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

penguatkuasaan bagi membendung kes kecurian air melalui penyambungan haram yang turut menyumbang kepada peningkatan kadar NRW di sesebuah negeri.

Pada masa yang sama, SPAN juga telah menetapkan supaya setiap operator air mempunyai program penurunan kadar NRW yang sistematik. Program tersebut perlu dilaksanakan mengikut jadual dan Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan agar pengurangan kadar NRW di setiap negeri dapat dicapai sasarannya.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, pada kerajaan kadar NRW memang dianggap satu isu penting yang perlu ditangani. Isu ini merupakan salah satu faktor yang membawa kepada usaha-usaha mentransformasikan industri perkhidmatan air yang sekarang ini sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Program Transformasi ini dilaksanakan melalui penstrukturan semula industri bekalan air negeri. Saya telah meminta SPAN supaya memastikan program-program pengurangan NRW dan KPI dinyatakan oleh setiap operator air melalui pelan penjagaan masing-masing dilaksanakan atau sebaliknya. Dengan keutamaan ini, saya menyeru setiap operator air di negara ini untuk memberikan komitmen yang berterusan kepada program-program pengurangan kadar NRW yang telah ditetapkan.

Dengan adanya pemantauan SPAN, saya percaya setiap operator air akan sedaya upaya berusaha untuk mencapai KPI dan NRW masing-masing. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada pengalaman negeri Selangor, sama ada Yang Berhormat Menteri maklum atau tidak bahawa syarikat yang telah dilantik untuk mengepalai penswastaan pengurusan air ini tidak dapat menjalankan tugas yang terbaik oleh sebab kekurangan punca kewangan. Akibatnya mereka tidak cukup wang untuk dilabur dan sekarang mendapat sokongan yang berlebihan daripada Kerajaan Persekutuan.

Kedua, daripada segi pengalaman syarikat tersebut juga tidak ada. Mereka tidak menimba pengalaman selama beberapa tahun mereka mengendalikan pengurusan air daripada mana-mana tempat di dunia yang menyebabkan mereka sendiri tidak tahu cara yang terbaik untuk menguruskannya. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan sanggup membayar ketua eksekutif yang mengendalikan itu lebih daripada RM500,000 sebulan. Akan tetapi hasilnya tidak terdapat pengurangan dari segi NRW ini iaitu pengurangan ketirisan air tersebut. Apakah langkah-langkah yang kementerian perlu jalankan supaya perkara ini tidak berlaku tetapi hanya kepastian untuk menyelesaikan masalah-masalah ini iaitu ingin menaikkan harga air secara berterusan?

final • 10:40 AM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

Saya ingin sebut dalam soalan Yang Berhormat pun dinyatakan bahawa salah satu masalah yang dihadapi oleh pihak operator air di negeri Selangor iaitu SYABAS ialah tidak cukup kewangan. Mereka menghadapi masalah ini Yang Berhormat adalah diperhatikan kerana mereka perlu mengikut perjanjian yang dimeterai oleh pihak kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan apabila konsesi ini ditandatangani oleh semua pihak. Dalam perjanjian atau konsesi itu memang ada peruntukan untuk pihak SYABAS melabur sekian- sekian banyak untuk menangani masalah NRW yang kita bincangkan pada pagi ini.

Kalaulah kita ikut perjanjian itu, SYABAS ini ada hak dalam perjanjian untuk menaikkan kadar takrif air. Jikalau mereka tidak mendapatkan tambahan daripada takrif di mana mereka dapat peruntukan dari jualan air, maka mereka perlu hadapi masalah kewangan untuk melabur daripada yang ditetapkan untuk menurunkan kadar NRW dan lain-lain pengurusan. Oleh sebab itulah saya rasa kita perlu ada program-program untuk menstrukturkan industri air di negeri Selangor.

Oleh sebab itu pun, hari ini Yang Berhormat Bandar Tun Razak dengan saya telah berbincang beberapa kali untuk cuba menyelesaikan penstrukturan industri air ini. Saya bukan katakan tidak ada hasil daripada perbincangan ini, memang ada hasil. Akan tetapi saya rasa kita masih tidak boleh mendapatkan persetujuan di mana pihak negeri dapat setuju dengan pihak persekutuan supaya kita dapat melaksanakan skim penstrukturan industri air di negeri Selangor ini. Saya tidak putus asa tentang perkara ini. Ini kerana saya tahu kalau kita dapat menyelesaikan penstrukturan ini dan akhirnya ia dilaksanakan, saya rasa pihak-pihak yang terlibat dalam industri ini juga tidak akan menghadapi masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak sebentar tadi.

final • 10:40 AM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Walau bagaimanapun, kita masih berpeluang untuk mengambil tindakan yang sewajarnya yang lebih komprehensif dan lebih prihatin tentang matlamat kita iaitu supaya industri air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya lebih mantap, berkesan, baik, dan kadar NRW lebih rendah. Itu matlamat kita.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Bandar Tun Razak pun ada menyebut mengenai bayaran kepada CEO SYABAS. Ini saya rasa tidak termasuk dalam apa yang kita bincangkanlah. Kalaulah isu itu suatu hari nanti boleh ditanya, tanyalah soalan yang tepat tentang isu ini dan saya boleh jawab.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

final • 10:40 AM

Dato' Ismail Kassim - Arau

[Bangun]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, baru dua soalan yang kita dapat kendalikan. Jadi, dipercepatkan soalan itu dan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri pun dipercepatkan juga.

final • 10:40 AM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Industri ini kalau kita lihat ia memerlukan pemahaman kedua-dua pihak iaitu pihak konsesi dan juga pengguna. Cuma di sini saya ingin bangkitkan kalau pelaburan besar yang terpaksa dibuat di dalam industri ini ia dari segi ROI nya, return of investment dengan izin ia tidak mendatangkan kesan seperti mana industri yang lain elektrik, gas, dan sebagainya. Jadi, saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat disebabkan none- revenue water (RNW) ini melibatkan banyak perkara terutamanya apabila Yang Berhormat Menteri bangkitkan soal kehilangan fizikal yang menyebabkan atau melibatkan pengguna mengubah suai meter, penyambungan secara haram, dan lain-lain juga tunggakan- tunggakan yang tidak diperjelaskan.

final • 10:40 AM

Dato' Ismail Kassim - Arau

Jadi, bagaimana tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan selain daripada perbincangan dengan pihak kerajaan negeri untuk kita menyelesaikan masalah ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam bekalan air negara ini supaya isu ini tidak sering dipolitikkan yang menjadikan ianya satu isu yang cukup besar dan menyebabkan pengguna selalu merasakan mereka sahaja di pihak yang benar. Apa pandangan pihak Dato’ Sri pula.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya kita kena ada program untuk mengurangkan NRW ini secara berterusan iaitu setiap tahun kita kena melaburkan satu angka yang cukup besar supaya kita dapat menukarkan paip yang usang, membuat projek-projek yang berkaitan dengan kebocoran paip dan sebagainya. Ini adalah sangat penting. Selain daripada itu kita kena juga melabur dalam teknik-teknik yang terkini yang digunakan di negara-negara lain seperti yang saya sebutkan tadi, kita kena pakai GIS, kita kena pakai sistem SCADA dan sebagainya. Oleh sebab ini akan membantu pihak operator air untuk menyiasat, mengesan, memantau dan sebagainya. Ini mesti ada kerja-kerja yang berterusan dan kita tidak boleh berhenti. Setiap tahun kita kena buat kerja ini supaya kita ada hasil yang boleh dilihat.

Kalau sesuatu tahun seperti di Selangor Yang Berhormat, kerajaan Selangor sekarang katakan tidak boleh kita laburkan dalam CAPEX ini untuk menukarkan paip-paip yang usang dan sebagainya. Kalau pihak SYABAS tidak dibenarkan untuk melabur, macam mana SYABAS sebaliknya kena turunkan dia punya another bill, tak boleh. Kita kena pelaburan yang cukup, setiap tahun kita kena melabur dan kita tak boleh henti. Kalau kita henti, di Selangor hari ini saya nampak kadar NRW sudah naik.

final • 10:50 AM

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui

Nanti saya habis dulu... [Dewan riuh] Kadar NRW sudah naik sebab kita tidak labur dan apa sebab kita tidak melabur? Sebab kita tidak dibenarkan untuk melabur. Ini masalah.

final • 10:50 AM

Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Saya hendak memberikan penjelasan sedikit sahaja.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Sedikit sahaja.

final • 10:50 AM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Tidak tahu peraturan kah? Tidak tahu peraturan kah?

final • 10:50 AM

Dato' Haji Lilah Yasin - Jempol

Nama sahaja Menteri Besar Selangor. Mana boleh soal macam ini.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini sesi soal jawab Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Ini bukan DUN Selangor.

final • 10:50 AM

Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Tuan Yang di- Pertua, saya hendak beri penjelasan. Sebabnya kita tak beri sebab kosnya lebih daripada biasa. Itu sahaja.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu apa sudah nasib soalan saya nombor lima ini. Dua soalan satu jam sudah.

final • 10:50 AM

3. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan:

(a) apakah pelan jangka masa panjang kerajaan dalam menangani fenomena kenaikan harga minyak global terutamanya pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan telah meningkatkan beban hidup rakyat; dan

(b) apakah persediaan syarikat-syarikat petroleum dalam menyediakan kemudahan stesen-stesen NGV dalam usaha menggalakkan penggunaan NGV sebagai bahan bakar alternatif.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan,

(a) Bagi tahun 2010, subsidi yang telah dibayar oleh kerajaan bagi petrol adalah sebanyak RM3.459 bilion, diesel sebanyak RM4.03 bilion dan LPG sebanyak RM1.622 bilion. Rasionalisasi terkini kerajaan di mana subsidi untuk kapal tangkap ikan laut dalam C2 dan super subsidi pengangkutan darat telah ditarik semula telah menjimatkan kerajaan sebanyak RM819 juta. Walau bagaimanapun, kedua-dua sektor ini masih dapat membeli diesel pada harga bersubsidi iaitu RM1.80 seliter walaupun harga komersial bagi bahan bakar itu adalah di sekitar RM2.80 seliter.

Kerajaan masih prihatin terhadap rakyat dan tidak melakukan pelarasan harga petrol bagi RON95 buat masa ini di mana ianya masih kekal pada harga RM1.90 seliter, walaupun harga sebenar sebelum cukai adalah RM2.62 sen seliter. Harga minyak mentah pula di pasaran dunia adalah di sekitar USD98.59 satu barrel.

Walau bagaimanapun, Malaysia mengguna pakai Mean of Platt’s

(MOPS) dalam meletakkan harga bahan api runcit dalam negara.

MOPS sehingga 10 Jun tahun ini menunjukkan diesel pada harga USD129 satu barrel dan petrol RON95 adalah pada USD122 satu barrel. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan masih menanggung subsidi bagi barang-barang keperluan supaya rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

barang seperti yang menjadi keraguan kepada Yang Berhormat dari Bintulu.

Sehubungan itu, kerajaan telah dan sedang mengambil beberapa langkah dan strategi seperti berikut:

(i) mengawal harga barang kawalan yang merupakan barangan keperluan asas seperti gula, tepung gandum, minyak masak, beras dan juga bahan api;

(ii) menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan;

(iii) mengawal harga barang perlu semasa musim perayaan supaya harga barangan keperluan utama tidak keterlaluan dan tidak dinaikkan sesuka hati oleh peniaga;

(iv) mengadakan sesi dialog dan perbincangan secara berkala dengan industri yang berkaitan bagi menerangkan tentang isu kenaikan harga dan meminta supaya industri tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga secara keterlaluan;

(v) melaksanakan pemantauan secara harian oleh pegawai pemantauan harga;

(vi) menjalankan kempen kuasa pengguna yang mendidik pengguna untuk mempraktikkan kuasa mereka dalam membuat pilihan barangan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan;

(vii) kementerian juga menganjurkan Kempen Penurunan Harga dengan kerjasama hypermarket dan supermarket;

(viii) mengambil tindakan tegas terhadap aduan pengguna mengenai peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau dan sewenang-wenangnya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011; dan,

(ix) kerjasama bersepadu dengan agensi-agensi penguat kuasa yang lain seperti APM, PDRM, Jabatan Laut dan Kastam untuk menangani ketirisan barang kawalan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan,

(b) Dalam menggalakkan penggunaan NGV sebagai bahan bakar alternatif, Petronas komited dengan menyediakan sebanyak 164 stesen minyak NGV di seluruh negara. Sehingga Mei tahun ini, sebanyak 66 buah di Selangor, 27 buah di Wilayah Persekutuan, 29 buah di Johor, 20 buah di Negeri Sembilan, tujuh buah di Melaka, empat buah di Pulau Pinang, lapan buah di Kedah, lapan buah di Perak dan sebuah masing-masing di Terengganu, Perlis dan Pahang. Manakala bakinya 19 buah masih dalam peringkat pelaksanaan dan lapan buah lagi dalam peringkat analisa kesesuaian tapak lokasi dan ia turut meliputi di kawasan Miri di Sarawak dan juga Kota Kinabalu di Sabah.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berikutan daripada kos yang tinggi bagi membangunkan sesebuah stesen NGV, sehingga kini Petronas merupakan syarikat minyak tunggal yang terlibat dalam pembekalan NGV di negara ini. Kos pembinaan bagi sesebuah stesen NGV adalah lebih tinggi dibandingkan dengan kos pembinaan stesen minyak yang biasa.

Oleh yang demikian, pembinaan stesen NGV memerlukan kajian terperinci dan ia akan mengambil masa yang panjang bagi memastikan perancangan yang dibuat adalah secara komprehensif sebelum pembangunan dijalankan. Infrastruktur yang perlu diberi penekanan dalam pembangunan stesen NGV adalah seperti saluran paip gas, lokasi stesen induk dan stesen minyak, pasaran semasa, kesesuaian tanah seperti bentuk muka bumi dan sebagainya. Ingin dimaklumkan juga bahawa harga NGV di negara ini adalah yang terendah iaitu 68 sen seliter berbanding harga pasaran iaitu RM1.48 sen seliter.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bintulu.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang dijawab. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita sebagai wakil rakyat bersama-sama dari Sarawak. Memang tadi saya dengar Petronas akan komited hendak bina NGV di Miri untuk berkhidmat di Sarawak, tetapi harap Menteri faham, di seluruh Sarawak ada beberapa bahagian. Contoh, di Bintulu bahagian heavy industry tetapi sampai hari ini kita tidak nampak apa-apa komitmen daripada Petronas pun. Saya mahu tanya sini, bilakah Petronas boleh komited bina ini sistem NGV di Bintulu? Kita faham ini harga. Sepatutnya boleh bantu banyak rakyat miskin di Bintulu juga.

Soalan nombor dua. Kita faham ini minyak harga bergantung harga dunia.

Masalahnya, kalau terpaksa kita menaikkan itu harga RON95 ataupun RON97, bolehkah kementerian berbincang sama Kementerian Kewangan, kita pertimbangkan semula tengok macam mana boleh bantu balik rakyat. Contoh macam 3,000 CC ke bawah, kita road tax boleh dihapuskan. Sekurang-kurangnya kita boleh dapat bantu sama rakyat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta jawapan dan penjelasan.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Bintulu. Saya faham, saya memang dari Sarawak, memang kita banyak bahagian di Sarawak. Akan tetapi seperti saya katakan tadi, perancangan adalah untuk satu bermula di Miri dahulu stesen NGV dan di Sabah di Kota Kinabalu. Seperti saya katakan tadi Yang Berhormat, hanya Petronas sahaja yang mengendalikan untuk pembinaan stesen NGV ini. Oleh yang demikian, seperti saya katakan tadi, bahawa...

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Tuan Yang di-Pertua, harap Yang Berhormat Timbalan Menteri faham. Petronas mula daripada hari pertama daripada Bintulu, bukan daripada Miri.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat di Bintulu pun ada gas juga.

Yang Berhormat, terima kasih. Selepas ini saya rasa jawapan kita ini akan juga didengar oleh pegawai-pegawai yang ada supaya – di dalam perancangan dikatakan bermula di Miri untuk Sarawak tetapi di Sabah, di Kota Kinabalu. Akan tetapi Yang Berhormat, ini masih dalam perancangan bermakna ianya boleh ditukarkan lokasi ke Bintulu. Ini kerana saya tahu Bintulu itu memang ada gas juga tetapi tidak apa Yang Berhormat, kita akan membawakan perkara ini. Akan tetapi seperti saya katakan tadi, bahawa untuk membina stesen NGV ini, pertamanya Yang Berhormat, yang sebenarnya begitu asas, mesti ada kereta yang menggunakan enjin NGV.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Jadi tadi saya telah bertanya juga kepada pegawai saya, keseluruhan kereta yang ada enjin yang fitted, dengan izin, dengan NGV, hanya 46,000 buah kereta di seluruh negara tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Jadi oleh yang demikian, kita kena pastikan kereta itu ada dahulu baru kita buat stesen. Ini kerana kalau stesen ada kereta tidak ada...

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, kalau kereta sudah pasang, NGV tiada, mahu isi apa?

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Ya. Sebenarnya Yang Berhormat, samalah Yang Berhormat stesen dengan kereta. Bermakna, iaitu bak kata bahasa Inggeris, chicken and egg yang mana... Akan tetapi Yang Berhormat, sekarang ini di seluruh negara ada 46,000 kereta yang dengan izin, fitted dengan NGV. Seperti saya katakan, dalam perancangan, Miri dan Kota Kinabalu tetapi untuk Sarawak, kita boleh maklumkan sekali lagi kepada Petronas. Mereka bermula di Bintulu, kenapa tidak bermula juga di Bintulu dengan NGV. Kita boleh bawalah perkara ini Yang Berhormat ya. Kedua Yang Berhormat, Yang Berhormat tadi bertanya saya mengenai harga minyak dunia Yang Berhormat.

Memang Yang Berhormat, kenaikan harga global ini ialah satu perkara yang sebenarnya di luar kawalan. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat telah minta kementerian kami berbincang semula dengan MOF.

Seperti saya katakan tadi Yang Berhormat, bahawa kita ada satu jawatankuasa yang kami rasakan begitu tinggi, high level dengan izin, iaitu dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, yang kita boleh bawa cadangan Yang Berhormat untuk diteliti dan dipertimbangkan iaitu di mana kapasiti kereta itu rendah, mereka bolehlah diberi keistimewaan yang lain supaya dapat menjimatkan juga dari segi kos-kos untuk kita membiayai kereta-kereta kita yang ada khasnya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan dengan isu subsidi ini. Kerajaan selalu berhujah iaitu penstrukturan semula subsidi, padahal struktur kah, apa kah, harga naik. Tujuannya ialah untuk mengurangkan ataupun mengurangkan defisit kerajaan sendiri. Akan tetapi sebaliknya, hakikatnya bahawa sebenarnya ialah ia memindahkan defisit itu daripada kerajaan kepada pengguna. Pengguna yang terpaksa menanggung defisit kerana pendapatan pengguna tidak bertambah tetapi perbelanjaan terus-menerus meningkat dengan berlaku kenaikan harga barang.

Jadi, saya hendak minta penjelasan di sini bahawa kenapa dengan rakyat, dengan pengguna ini, begitu mudah untuk kurangkan subsidi, menaikkan harga dan sebagainya, tetapi dengan IPP, bila kita cadang macam-macam, baru hendak tubuh jawatankuasa untuk hendak kaji dan sebagainya. Begitu payah. Yang Berhormat Sri Gading saya percaya setuju dengan saya. Cukup payah. Dengan IPP, “Oh! Kita tubuh jawatankuasa.” Menteri dari Miri tadi, Menteri Kewangan II tadi, kemudian ada seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri hendak bincang kemudian baru hendak bentang kepada Kabinet. Akan tetapi dengan rakyat, dengan pengguna ini, begitu mudah sahaja.

Jadi, saya pun hairan. Apa guna kita ada makmal dan sebagainya? Kita lantik konsultan dari luar negara hanya bagi cadangan kepada kerajaan hendak kurangkan, hendak jimat, hendak kurangkan defisit negara kita ini ialah kurangkan subsidi, tarik subsidi daripada rakyat. Itu tidak payah lantik konsultan dari luar negaralah, siapa-siapa pun boleh buat. Tanya Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading boleh jawab.

Jadi, saya hendak minta bahawa kenapa sangat begitu payah dan sukar untuk hendak mengurangkan subsidi ataupun menarik subsidi daripada IPP? Apa perlu tubuh jawatankuasa? Jawatankuasa ini tidak mewakili kepada rakyat. Sepatutnya, saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Gua Musang iaitu satu suruhanjaya untuk hendak siasat iaitu mengenai bagaimana proses perjanjian itu dibuat dengan IPP yang langsung tidak mengambil kira kepentingan negara sendiri.

final • 11:00 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat kata tadi bahawa tindakan kerajaan ialah mengawal harga-harga barang keperluan. Akan tetapi Yang Berhormat kena ingat, selepas naik baru kawal.

Patutnya kawal jangan naik. Ini sudah naikkan harga minyak, naikkan harga gula, lepas itu kata kawal. Ini siapa pun boleh jawab macam itu.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Yang Berhormat, terima kasihlah Yang Berhormat dari Pokok Sena. Inilah yang saya katakan tadi Yang Berhormat. Bila kerajaan membuat sesuatu, semuanya dia nampak negatif. Akan tetapi Yang Berhormat tidak pernah terfikir jangka masa panjang. Kalaulah kita tidak membuat rasionalisasi subsidi ini, apa yang akan terjadi kepada negara kita jangka masa panjang? Di sebelah sana hendak macam- macam. Hendak hospital, hendak sekolah, hendak scholarship itu tadi. Berapa orang yang cakap scholarship hendak hantar semua 500 orang pergi scholarship. Akan tetapi Yang Berhormat sebelah sana terfikirkah dari mana datang segala ini?

final • 11:00 AM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Baru hendak belajar negara kebajikan.

final • 11:00 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Kita perlu balance Yang Berhormat. Kita perlu balance dan kalau kerajaan pun, kita membuat rasionalisasi subsidi. Kita melihat sektor-sektor tertentu Yang Berhormat. Bukan kita Yang Berhormat hendak membebankan pengguna. Selepas itu apabila tadi saya baca cara-cara hendak kita membantu mengurangkan bebanan kepada pengguna, macam-macam pula kata sudah naik harga, macam mana hendak kawal. Jadi Yang Berhormat ini..

final • 11:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Pembangkang macam itulah.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita buat simulasi Yang Berhormat. Sebelum apa-apa subsidi ini, kita buat simulasi. Kalau gula naik 20 sen, kalau ikut sebenar-benarnya tidak adalah harga kopi itu naik 20 sen juga. Kita buat simulasi.

Akan tetapi Yang Berhormat perlu fikir. Ini demand dan supply Yang Berhormat.

Orang berniaga, orang jual. Dia bubuhlah harga macam-macam harga... [Disampuk] Akan tetapi Yang Berhormat, saya ingin mengatakan di sini bahawa apa-apa kerajaan buat, kalau kita hendak membuatkan rasionalisasi subsidi, kita melihat sektor mana kita boleh tarik.

Macam gula, demi untuk menjaga kesihatan... [Dewan riuh][Ketawa] Ha! Betul Yang Berhormat, demi menjaga kesihatan.

Selepas itu kita lihat kepada super subsidy pengangkutan sebab forwarding agent ini, mereka caj kan harga transport tidak terkawal. Jadi kalau kita tarik sedikit subsidi untuk mereka, itu pun bukan tarik semua Yang Berhormat. Kita tarik sedikit dan dia beli harga RM1.80 sen pun harga subsidi juga. Jadi Yang Berhormat, sekali-skala Yang Berhormat tengoklah kebaikan. Apa kerajaan Barisan Nasional buat untuk negara.

final • 11:10 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak ada kebaikan pun. Teruk rakyat ini.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Untuk semua Yang Berhormat.

Termasuk penyokong Yang Berhormat pun kita jaga.

final • 11:10 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kalau hak baik kita sokong. Ini benda tak baiklah.

final • 11:10 AM

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim

Kita bukan kata subsidi untuk Barisan Nasional, tidak. Untuk semua Yang Berhormat. Jadi tenang-tenanglah Yang Berhormat dan fikir panjang-panjang demi rakyat dan negara yang kita cintai.

final • 11:10 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Bintulu pun tidak setuju dengan Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

4. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah motif sebenar Himpunan Sejuta Belia yang diadakan pada bulan Mei 2011 yang lepas serta pembentukan kumpulan sukarelawan di kalangan belia bagi melahirkan belia yang sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dalam apa jua keadaan apabila diperlukan.

final • 11:10 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Marang bersekali dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Katil bertarikh 13 Jun 2011 kerana ia menyentuh isu yang sama.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, Himpunan Sejuta Belia yang diadakan pada tanggal 27, 28 dan 29 Mei yang lalu di Putrajaya adalah himpunan besar yang memaparkan kekuatan tenaga, bakat, kreativiti dan semangat kerja berpasukan para belia kita. Lebih dari 230 acara sepanjang himpunan tersebut berjaya memberikan gambaran tentang keupayaan belia kita dalam pelbagai bidang di samping mereka berpeluang mendapat maklumat mengenai pekerjaan, perniagaan, pendidikan dan persatuan yang sesuai dengan diri mereka.

Sepanjang tempoh tersebut, lebih 20,000 sukarelawan telah terlibat menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit mereka sekali gus dapat membangun semangat kesukarelawan dalam masyarakat kita dalam pelbagai bidang yang lain juga selepas itu.

Pelbagai pihak swasta turut bekerjasama dan mengambil peluang memaparkan jenama masing-masing menjadikan himpunan ini sangat berjaya tanpa menelan belanja yang tinggi dari kerajaan.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Soalan tambahan saya, bolehkah Yang Berhormat menyatakan apakah program pengisian secara terperinci ke arah yang terpenting dalam erti belia ialah membangun insan dari segi keilmuannya, moralnya, perpaduan di kalangan kaum masyarakat majmuk yang sangat penting. Ini perlu diberi penekanan.

Bolehkah Yang Berhormat menyatakan pencapaian kehadiran dalam perhimpunan itu? Kenapakah langkah-langkah susulan yang diambil terhadap belia yang tidak ambil tahu langsung tentang kewajipan bermasyarakat kerana dibejati oleh gejala-gejala negatif.

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Marang di atas soalan tambahan.

Dari segi jumlah kehadiran, sebenarnya kalau Yang Berhormat hadir ataupun rakan-rakan Yang Berhormat hadir, Yang Berhormat akan terpegun dengan melihat kehadiran yang begitu ramai sekali sepanjang tiga hari perhimpunan tersebut... [Tepuk] Cumanya kalau tidak hadir mungkin dia tidak dapat tengok. Saya hendak bawa video pun takut Yang Berhormat tak percaya, video boleh jadi bahan bukti... [Dewan riuh] Saya boleh tunjukkan dengan video sekali kalau hendak...

final • 11:10 AM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Besi tidak boleh jadi bukti, itu besi.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Mungkin itu besi. Akan tetapi dalam soal ini..

final • 11:10 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Video tidak boleh pakailah, dia besilah.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Akan tetapi dalam soal ini Tuan Yang di- Pertua, seluruh Putrajaya sebenarnya menjadi...

final • 11:10 AM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Besi tidak boleh jadi bukti.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, seluruh Putrajaya dijadikan pentas di mana pada waktu itulah kita dapat melihat bahawa selama ini pelbagai aktiviti, kegiatan, inisiatif, kreativiti para belia yang kadang-kadang kita tidak terfikir. Kita hanya fikir perkara yang negatif. Mat rempit, kita fikir tentang soal lepak dan sebagainya.

Akan tetapi yang tidak merempit, yang tidak melepak terlalu banyak.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Misalnya kalau Yang Berhormat hadir dalam acara tadarus yang diadakan di Masjid Sultan Mizan. Lebih 6,000 orang hadir pada hari tersebut. Kalau kita lihat pengakap datang berkhemah lebih daripada 10,500 orang pengakap berkhemah di sana dan mereka memberikan kerja-kerja kesukarelawanan mereka.

Aspek-aspek pendidikan, mereka yang aktif dalam permainan futsal misalnya mereka datang sendiri, bayar lagi. Lebih daripada 16,000 peserta misalnya yang hadir pada hari itu sepanjang tiga atau empat hari berada di sana. Jadi terlalu banyak kalau dilihat di sana. Inilah peluang kita melihat bahawa mereka datang bekerjasama pelbagai kaum menunjukkan kebolehan mereka, menunjukkan persatuan mereka dan mereka hampir pada Putrajaya.

Mungkin ada orang rasa mereka gentar dan takut apabila belia datang pada Putrajaya yang dahulunya daripada parti PAS mengatakan kalau dia memerintah, dia hendak gadai Putrajaya. Belia kata, indahnya Putrajaya, banyaknya peluang untuk mereka.

Saya kira ini adalah satu manifestasi kepada banyak perkara positif yang ditunjukkan oleh para belia kita.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading)

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh. Soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak ucapkan sejuta tahniah, sejuta syabas kepada pihak kementerian, pihak kerajaan, pihak belia yang berjaya sebenar-benarnya sangat berjayalah Perhimpunan Sejuta ini. Perhimpunan beginilah yang sepatutnya digalakkan. Bukan perhimpunan konon bersih tetapi kotor... [Dewan riuh] Ini perhimpunan yang betul-betul dikehendaki dan saya yakin masa hadapan negara kalau kita mempunyai belia yang seperti itu kualitinya.

Saya cuma hendak bertanya di mana saya mengikuti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh sebab bangganya dia, kerana gembiranya dia, dia mengharapkan pihak kementerian menganjurkan dua juta pula tahun hadapan. Saya berharap ia akan dijadikan peringatan. Cuma apakah kemungkinan kementerian, kita anjurkan di peringkat negeri dahulu sebelum kita bawa kepada Putrajaya? Jadi, kalau bolehlah. Itu terserahlah bagaimana hendak dijalankan.

Keduanya saya hendak tanya ini iaitu apakah mekanisme yang akan digunakan, yang diguna pakai? Ini kerana dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga akan mewujudkan Parlimen Belia Malaysia. Saya harap Parlimen Belia Malaysia ini akan benar-benar nanti kita dapat mendengar yang diwakili oleh berbagai-bagai golongan belia serta suara-suara belia untuk kita guna pakai dalam mengacukan acuan untuk negara kita pada masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading di atas pertamanya, penghargaan yang diberikan. Keduanya cadangan-cadangan yang telah dikemukakan.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Pertamanya, saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai perhimpunan yang akan datang diwujudkan perhimpunan dua juta pula. Insya-Allah, kementerian saya bersama dengan rakan-rakan kongsi yang lain termasuk persatuan- persatuan belia termasuk pihak swasta kerana pihak swasta sudah melihat potensi kepada himpunan ini sebagai satu peluang pemasaran jenama mereka. Ertinya, ramai orang yang ingin melibatkan diri mereka dengan pasaran anak muda di sini dan kita akan bincangkan supaya ianya diadakan bukan lagi tiga hari tetapi selama seminggu di Putrajaya dan insya- Allah, kita akan dapat mengumpulkan sebanyak itu kerana belia hampir kepada Putrajaya itu adalah satu petanda yang baik bahawa mereka mempunyai pemikiran yang positif kepada negara kita keseluruhannya.

Cadangan supaya diadakan di peringkat negeri, sebenarnya sebelum ini pun, sebelum sampai ke Putrajaya, pelbagai acara terlebih dahulu diadakan di peringkat negeri dan mereka semuanya bergerak secara konvoi, ada yang berbasikal, ada yang bermotosikal pergi ke Putrajaya dan itu yang menjadikan himpunan itu begitu berjaya dan kemudiannya terlibat dengan pelbagai agensi lain, misalnya tentera sesuatu bidang yang diminati oleh anak muda.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Pada waktu himpunan baru-baru ini booth tentera misalnya, telah berjaya mendaftar kalau tidak salah saya sekurang-kurangnya 3,000 orang berdaftar untuk menjadi Tentera Wataniah dan sebagainya. Swasta juga sebagaimana yang saya sebutkan tadi banyak terlibat dan mereka memberi pelaburan baru-baru ini kita nilaikan lebih kurang RM25 juta. Sebab itu kerajaan tidak banyak belanja dalam soal ini.

Perkara yang saya kira menjadi semua orang teruja dengan perhimpunan ini ialah apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif yang besar yang akan dilaksanakan oleh kementerian ini. Ada enam inisiatif yang disebutkan tadi dan salah satunya ialah mewujudkan Parlimen Belia. Parlimen Belia ini bukanlah satu perkara yang baru dan sebenarnya lebih daripada 30 buah negara dalam dunia sudah pun ada Parlimen Belia. Banyak model yang ada, di United Kingdom lain modelnya, di Australia lain, Parlimen Belia Eropah lain modelnya, negara India pun ada model yang tersendiri.

Kita mesti ada suatu roadmap dan saya sendiri akan membentangkan perkara ini dalam taklimat saya dengan Tuan Yang di-Pertua sendiri supaya model mana yang sesuai.

Ada model yang menggunakan Parlimen ini sendiri. Jadi, kalau wakil daripada belia Sri Gading, dia duduk di kerusi Yang Berhormat Sri Gading sewaktu Parlimen tidak bersidang.

Ia ada sesi yang tersendiri.

Kita tidak putuskan lagi tentang usia. Ada yang hendak angka sekarang ini iaitu usia belia kita umur 15 hingga 40 tetapi banyak negara menganggap 40 itu tidak dipanggil belia lagi. Dia dikira belia tua kerana mengikut tahap definisi Bangsa-bangsa Bersatu, belia ialah antara 15 hingga 24. 25 itu sudah young adult, sebagai orang dewasa. Jadi, apakah kita akan sesuaikan dengan tahap yang digunakan oleh Bangsa-bangsa Bersatu.

Keduanya, cara pemilihan. Saya tidak setuju sekiranya menteri lantik tetapi kalau untuk mengadakan pilihan raya, kosnya tinggi. Ini berlaku di Filipina. Mereka membuat pilihan raya sekali sahaja dan selepas itu mereka tidak mampu lagi. Jadi, ada cadangan supaya diadakan pemilihan melalui internet. Terdapat satu badan yang bebas untuk melihat perkara ini benar-benar bebas supaya wakil yang dipilih, mereka boleh berkempen melalui internet, mereka boleh memilih melalui internet berdasarkan kepada kad pengenalan mereka, alamat mereka. Mereka mungkin duduk di England tetapi kalau alamat mereka di Sri Gading, mereka memilih untuk wakil mereka di Sri Gading.

Akan tetapi yang lebih penting sekali ia akan memberi suatu proses bagaimana untuk membina kepimpinan kita yang lebih muda. Kalau kita lihat Barack Obama boleh menjadi Presiden Amerika pada usia 47 tahun. Dahulu Bill Clinton 42 tahun, David Cameron jadi Perdana Menteri United Kingdom pada usia 45 tahun dan dia sudah menjadi Perdana Menteri bayangan pada usia 32 tahun. Sebab mereka sudah belajar ketika berada di Parlimen bagaimana membuat rang undang-undang, berbahas dengan rasional, tidak populis dan kita lihat dalam konteks negara kita, kita mesti memikirkan bagaimana untuk membangunkan pemimpin yang lebih muda.

Kita bertuah sekarang ini kerana Perdana Menteri kita muda dan yang hendak ganti semua tua-tua. Yang hendak jadi ketua pembangkang lebih tua daripada dia, daripada DAP pun saya rasa tua-tua belaka. Jadi, kita hendak bina yang muda. Sebab itu kita kena latih mereka ini daripada yang muda lagi, di peringkat awal.

final • 11:20 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Timbalan Perdana Menteri pun lebih tua daripada Perdana Menteri.

final • 11:20 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Mereka tidak boleh hendak berjanji negara berkebajikan tetapi daripada mana wang datang mereka tidak tahu.

final • 11:20 AM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Timbalan Perdana Menteri lebih tua daripada Perdana Menteri.

final • 11:20 AM

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Macam berbeza orang tanya apabila bola antara Kelantan dan Terengganu apa beza. Negara berkebajikan Kelantan dengan negara berkebajikan Terengganu, masing-masing hendak beri cuti. Terengganu diberi cuti apabila menang, Kelantan diberi cuti apabila kalah. Jadi, ini antara beza antara negeri berkebajikan yang dibuat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

5. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Pelajaran menyatakan:

(a) pewujudan sekolah vokasional swasta untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di kalangan belia dan beliawanis di negara ini secara government funded programme; dan

(b) rancangan kerajaan mewujudkan lebih banyak sekolah menengah agama di negara ini terutama di kawasan luar bandar seperti di Parlimen Kinabatangan.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelajaran II - Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

(a) Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 Jun 2010, pusat latihan kemahiran yang merupakan institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebanyak 327 buah dengan jumlah pelajar seramai 15,121 orang. Walau bagaimanapun Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menyediakan peruntukan khas terhadap institusi pendidikan swasta ini.

Di samping itu KPM terus memberikan keutamaan kepada sekolah-sekolah di bawah KPM dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi khususnya dalam bidang teknik dan vokasional. Ini kerana pendidikan vokasional adalah antara fokus kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Justeru transformasi pendidikan vokasional akan mula dilaksanakan pada tahun 2013.

Usaha ini akan membantu mempercepatkan proses melahirkan tenaga mahir negara selari dengan Dasar Model Baru Ekonomi atau MBE yang menyasarkan pencapaian 37 peratus komposisi pekerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2018. Langkah ini selaras dengan negara-negara maju lain seperti Singapura yang mempunyai 52.8 peratus pekerja berkemahiran tinggi berbanding dengan hanya 25.9 peratus sahaja di Malaysia pada masa ini.

Mengenai soalan bahagian,

(b) Ada 56 SMKA ataupun sekolah menengah agama seluruh negara pada masa ini dan pada masa ini di negeri Sabah telah mempunyai 8 buah sekolah menengah kebangsaan agama atau SMKA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM juga sedang membina lima SMKA baru iaitu di Jerlun, Lipis dan Pagoh termasuk SMKA Keningau dan cadangan pembinaan SMKA Lahad Datu seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, soalan tambahan. Setahu saya kementerian menyedari bahawa keperluan negara kita menjelang negara maju iaitu memastikan modal insan kita, tenaga kerja kita terdiri daripada golongan-golongan yang berkepakaran tinggi, mempunyai teknologi dan sebagainya.

Apakah hasrat ini akan tercapai apabila tidak ada galakan atau pelan induk yang lebih komprehensif ke arah bagaimana memberi ruang lingkup yang lebih luas kepada rata- rata pelajar yang tercicir daripada pelajaran sebenarnya iaitu negara kita mengamalkan sistem peperiksaan semata-mata dan ini tidak akan menjamin keutuhan sesebuah negara.

final • 11:20 AM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi, ramai pelajar yang berminat untuk memasuki sekolah-sekolah teknik, vokasional dan sebagainya tetapi tidak ada ruang bagi mereka. Ada juga pusat Giat MARA pun tidak boleh menampung. Jadi, apakah kementerian akan cuba membuat satu pelan baru ke arah bagaimana membantu pelajar-pelajar yang tercicir ini, yang berminat ini, dalam masa yang sama negara kita boleh mengeluarkan pula pelajar-pelajar yang mampu menguasai teknologi tinggi untuk dipasarkan dalam negara kita mahupun dan luar negara.

Apakah kementerian juga berhasrat untuk mewujudkan sekolah menengah agama di Kinabatangan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jawab yang kedua dulu. Setakat ini kita belum ada cadangan membina SMKA di Kinabatangan.

Mengenai yang pertama tadi Yang Berhormat sebab itu kita seperti mana yang saya sebut kita memang akan melakukan transformasi kepada pendidikan VOKTEK ini mulai tahun 2013 dan sebab itulah kita akan menjadikan pendidikan VOKTEK sebagai pendidikan arus perdana iaitu kita akan menukar antaranya komposisinya tidak lagi 55-45 iaitu 55 akademik, 45 VOKTEK. Akan tetapi, kepada 70-30 iaitu 70 VOKTEK, 30 sahaja akademik dan kita akan memastikan unsur-unsur seperti on-job training.

Semua ini akan dimasukkan dalam transformasi dan oleh kerana itulah kenapa kita berhasrat melakukan transformasi ini supaya pelajar-pelajar kita yang masuk ke aliran VOKTEK ini tidak lagi dikatakan sebagai mereka yang berada di dalam pendidikan kelas dua ataupun kelas rendah. Oleh kerana itulah pada kita sebenarnya pendidikan VOKTEK ini harus menjadi satu daripada perkara yang dapat menarik minat pelajar-pelajar yang tidak berminat dalam bidang akademik.

Oleh kerana itu, kajian attitude yang kita lakukan kepada pelajar-pelajar UPSR menunjukkan bahawa transformasi vokasional yang akan kita lakukan ini sebenarnya mempunyai hasrat supaya mereka yang tidak berminat dalam akademik yang wujud keciciran ini dapat di tampung masuk ke aliran berkemahiran ini. Ini dapat memenuhi hasrat kita supaya dapat melahirkan masyarakat yang berpendapatan tinggi. Terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan Malaysia bagi Maksud mengadakan perkhidmatan bersepadu yang berhubung dengan kuarantin pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk stesen kuarantin dan premis kuarantin serta pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma. Termasuk pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubung dengan makanan dan bagi perkara- perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dalam melaksanakan urusan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan serta pemerakuan bagi tumbuhan, binatang, ikan, karkas, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma dan juga makanan.

final • 11:32 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Beberapa masalah dan kelemahan telah dikenal pasti di peringkat pelaksanaan yang melibatkan jabatan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kementerian dan jabatan serta agensi-agensi yang lain.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Pada masa kini, urusan-urusan tersebut dikendalikan secara berasingan oleh jabatan agensi yang berkaitan mengikut subsektor yang berkaitan iaitu Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ataupun FAMA dan Kementerian Kesihatan bagi sektor tumbuhan dan tanaman. Jabatan Perikanan dan LIKM pula dan Kementerian Kesihatan bagi sektor perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan bagi sektor ternakan.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan bidang kuasa dan tanggungjawab kementerian, jabatan dan agensi yang terlibat dalam industri pertanian dan makanan seperti yang disenaraikan di atas dapat dirumuskan bahawa kekerapan serta pertindihan aktiviti pemeriksaan ke atas dokumen dan consignment, kekurangan penyelarasan dala urusan pengeluaran lesen atau permit eksport import dan pengambilan sampel untuk ujian dijalankan secara berasingan sering kali berlaku.

Perkara ini telah menimbulkan rungutan di kalangan pengeksport dan pengimport kerana tatacara ini memerlukan mereka berurusan dengan lebih daripada satu agensi dan tempoh masa yang diambil boleh merosakkan menjejaskan kualiti produk pertanian dan makanan. Proses pemeriksaan yang bertindih dan berulang-ulang juga secara langsung meningkatkan kos pengeluaran, kos pengurusan, pengendalian serta kos-kos yang berkaitan yang sudah tentunya tidak menguntungkan para pengeksport dan pengimport.

Situasi ini juga jelas tidak kondusif kepada usaha-usaha kerajaan untuk menjamin kelancaran proses sistem penyampaian bagi pengeksportan dan pengimportan produk pertanian dan produk industri asas tani.

Di samping itu juga penggunaan infrastruktur, peralatan dan sumber manusia yang terdapat di jabatan dan agensi tidak digunakan pada tahap yang optimum. Maka adalah wajar perkara ini diberikan perhatian agar fungsi antara kementerian, jabatan dan agensi dapat diperkemas untuk memudahkan pengimport-pengimport dan pengeksport- pengeksport mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan dan ikan serta keselamatan makanan.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan isu-isu yang telah dinyatakan tadi sudah tiba masanya pengendalian urusan kuarantin, pemeriksaan, pemerakuan dan pengeluaran permit, lesen dan perakuan yang diperlukan dalam import dan eksport tumbuhan, binatang, ikan, karkas, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma dan juga makanan dilaksanakan dengan lebih bersepadu, tepat, cekap dan berkualiti oleh satu badan tunggal di pintu masuk negara.

Untuk itu kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan satu badan tunggal di Malaysia yang dinamakan sebagai perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan Malaysia atau dalam bahasa Inggeris nya dengan izin, Malaysian Quarantine and Inspection Services atau nama singkatnya MAQIS. Perwujudan agensi-agensi penguatkuasaan sebagai one stop centre di pintu masuk adalah satu trend yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Sebagai contoh, republik rakyat China terdapat satu badan tunggal dinamakan Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine (AQSIQ). Di Taiwan pula terdapat Bureau of Animal and Plant Health Inspection and Quarantine, manakala di Australia terdapat Bio Security Group. Tuan Yang di-Pertua, objektif penubuhan MAQIS adalah untuk:

(i) memastikan industri pertanian negara bebas daripada ancaman perosak dan penyakit tumbuhan, binatang dan ikan melalui aktiviti pemeriksaan dan kuarantin yang lebih berkesan;

final • 11:32 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

(ii) memastikan produk pertanian dan makanan yang diimport;

(iii) mematuhi aspek keselamatan makanan dan kesihatan manusia, binatang, ikan dan juga tumbuhan melalui penguatkuasaan semua akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan;

(iv) membantu pengeksport dalam segala isu yang berkaitan dengan laluan pasaran dan pematuhan syarat-syarat negara pengimport melalui perkhidmatan yang bersepadu; dan

(v) menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui penggunaan sumber yang lebih cekap dan bersepadu.

Tuan Yang di-Pertua, MAQIS telah mula beroperasi secara pentadbiran sebagai badan tunggal bagi menjalankan aktiviti kuarantin dan pemeriksaan di pintu masuk dan stesen kuarantin di seluruh semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 1 Ogos 2008. Ini melibatkan 53 pusat pemeriksaan di pintu masuk negara dan tujuh stesen kuarantin binatang. MAQIS telah menyediakan perkhidmatan sehenti setiap pintu masuk untuk aktiviti-aktiviti pemeriksaan dan pelepasan import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, tanah, mikroorganisma, keluaran pertanian pemeriksaan sebagai penumpang dan mel, pengambilan sampel, pengeluaran permit import dan eksport ikan hidup.

Penyediaan rawatan kuarantin serta perkhidmatan kuarantin untuk binatang yang diimport.

final • 11:32 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Operasi MAQIS pada masa ini melibatkan lima akta di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Akta Kualiti Tumbuhan 1976 Akta 167, Akta Perikanan 1985 Akta 317, Akta Binatang 1953 Akta 647, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 Akta 49 dan Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 Akta 141.

Sejumlah 10 pegawai dari pasukan teras dan 443 pegawai penguat kuasa, pemeriksa dan kakitangan sokongan dari Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, FAMA dan LKIM yang bertugas di pintu masuk dan stesen kuarantin telah dipindahkan secara pentadbiran ke MAQIS dan diturunkuasakan di bawah akta-akta yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, penggubalan Rang Undang-undang MAQIS yang dicadangkan ini akan mewujudkan MAQIS sebagai sebuah jabatan untuk menjalankan penguatkuasaan dan melaksanakan perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan di pintu masuk stesen kuarantin dan juga premis kuarantin. MAQIS akan diberikan fungsi dan kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan berkesan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin di negara ini.

Kemudian MAQIS ini juga adalah dicita-citakan supaya menjadi sebuah jabatan yang berwibawa. Dengan kepakaran profesional, ia membolehkan penguatkuasaan dijalankan dengan teratur dan selaras dengan perundangan negara. Dengan adanya jabatan seumpama ini, segala urusan dapat dilaksanakan dengan lebih bersepadu, teratur, cekap dan cepat di bawah satu bumbung sahaja. Ini boleh mengelakkan pertindihan aktiviti yang dijalankan oleh lebih daripada satu agensi, penggunaan dokumentasi yang merumitkan, proses pemeriksaan yang berulang, penggunaan infrastruktur dan tenaga kerja yang tidak optimum serta pengurusan pusat kawalan pintu masuk dan pintu keluar yang kurang berkesan. Penguatkuasaan yang lebih berkesan boleh mengurangkan kebanjiran produk pertanian yang diimport dan dieksport ke pintu masuk.

Tuan Yang di-Pertua, kewujudan MAQIS sekali gus akan dapat menyumbang kepada menambahbaikkan dalam sistem penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan kepada pelanggan dan seterusnya mempermudah khususnya urusan yang berkaitan dengan pengimportan dan pengeksportan produk pertanian dan makanan.

final • 11:40 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Selanjutnya, rang undang-undang yang dibentangkan di hadapan Dewan yang mulia ini bertujuan untuk menjamin keselamatan negara daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar yang boleh menjejaskan industri pertanian dan keselamatan serta kesihatan tumbuh-tumbuhan, binatang, ikan dan manusia. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi tujuh bahagian, 50 fasal dan tiga jadual.

Bahagian I rang undang-undang ini memperkatakan mengenai perkara permulaan.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta dan memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan akta di negeri dan Wilayah Persekutuan yang berlainan di Malaysia.

Fasal 2 bertujuan untuk memperuntukkan bagi akta hendaklah dibaca bersama- sama dengan undang-undang bertulis yang berkaitan tetapi akta hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan undang-undang bertulis yang berkaitan.

Dalam hal keadaan terdapat apa-apa ketidakselarasan antara akta dengan undang-undang bertulis yang berkaitan, peruntukan akta hendak lah terpakai. Walau bagaimanapun Akta Makanan 1993 ataupun Akta 281 adalah dikecualikan daripada fasal ini.

Fasal 3 mengandungi takrif ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian II rang undang-undang memperuntukkan mengenai perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan Malaysia dan perkara yang berkaitan.

Fasal 5 hingga fasal 7, memperuntukkan mengenai pelantikan Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan, Timbalan Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan, pelantikan pegawai-pegawai penguat kuasa oleh Ketua Pengarah, pelantikan pegawai- pegawai penguat kuasa oleh Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan untuk menjalankan penguatkuasaan dan pemeriksaan makanan di pintu masuk mengikut Akta Makanan 1983, pelantikan pegawai awam sebagai pegawai penguat kuasa oleh Ketua Pengarah dan pegawai penguat kuasa untuk mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini.

Bahagian III rang undang-undang memperuntukkan bagi fungsi dan kuasa Ketua Pengarah.

Fasal 8 mengandungi fungsi Ketua Pengarah yang termasuk antara lain untuk menguatkuasakan undang-undang bertulis yang berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan juga premis kuarantin untuk melindungi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan.

Selanjutnya fungsi Ketua Pengarah hendaklah juga termasuk mengeluarkan apa- apa permit, lesen atau perakuan bagi import dan eksport apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tarikh dan juga mikroorganisma.

Fungsi yang dinyatakan dalam fasal 8 hendaklah dijalankan oleh Ketua Pengarah mengikut dasar, arahan dan kehendak yang ditentukan oleh agensi atau jabatan yang berkaitan.

Fasal 9 memperuntukkan bagi kuasa Ketua Pengarah yang termasuk sebagai besarnya kuasa untuk menjalankan kuarantin dan juga pemeriksaan ke atas apa-apa tumbuhan, binatang, karkas ikan, keluaran pertanian, tanah, mikroorganisma, premis, pengangkut atau apa-apa benda lain di pintu masuk stesen kuarantin dan juga premis kuarantin ini. Ini adalah untuk menentukan sama ada perosak, penyakit atau bahan cemar tidak wujud dan untuk memastikan bahawa syarat-syarat import dan eksport sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan adalah dipatuhi.

Selain itu, Ketua Pengarah juga diberi kuasa untuk mengenakan fi, mengeluarkan permit, lesen dan perakuan bagi maksud import dan eksport dan untuk menjalankan tatacara kuarantin ke atas apa-apa tumbuhan, binatang, karkas ikan, keluaran pertanian, tanah, premis pengangkutan dan benda lain.

final • 11:40 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tuan Yang di-Pertua, bahagian IV rang undang-undang pula memperuntukkan bagi penubuhan jawatankuasa penyelarasan bagi kuarantin dan juga pemeriksaan dan perkara lain yang berhubung dengannya.

Fasal 10 memperuntukkan bagi penubuhan jawatankuasa penyelarasan bagi maksud menyelaraskan perkara teknikal, saintifik, tatacara dan perkara-perkara berkaitan yang lain untuk memudahkan pelaksanaan akta.

Bahagian V rang undang-undang memperuntukkan permit, lesen dan perakuan bagi maksud import dan eksport di bawah akta.

Fasal 11, memperuntukkan bagi kehendak permit, lesen atau perakuan untuk pengimport dan permit atau lesen untuk mengeksport apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma. Adalah merupakan satu kesalahan bagi mana-mana orang yang terlibat dalam pengimportan dan pengeksportan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma untuk melanggar fasal ini.

Fasal 12, memperuntukkan bagi permohonan permit, lesen dan perakuan dibuat kepada Ketua Pengarah. Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan permit, lesen atau perakuan di bawah fasal ini mengikut dasar arahan dan kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh agensi atau jabatan yang berkaitan.

Fasal 13 menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana orang untuk memberikan apa-apa permit, lesen atau perakuan yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan atau pengeksportan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma.

Fasal 14 menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang mengimport apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar atau yang dipercayai mempunyai perosak, penyakit atau bahan cemar atau yang diserang oleh perosak, penyakit atau bahan cemar.

final • 11:40 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Fasal 15, menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang tidak mematuhi syarat import atau eksport sebagaimana yang dinyatakan dalam permit license atau perakuan.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VI rang undang-undang memperuntukkan mengenai peruntukan penguatkuasaan. Fasal 16 sehingga fasal 36 memperuntukkan kuasa-kuasa yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa untuk menguatkuasakan akta ini. Walau bagaimanapun pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah fasal 5(5) untuk menjalankan kuasa di bawah perenggan 9(b) hendaklah menjalankan kuasa tersebut di pintu masuk dan mengikut Akta Makanan 1983.

Bahagian VII rang undang-undang memperuntukkan bagi peruntukan pelbagai.

Fasal 37 memperuntukkan bagi perbelanjaan yang dilakukan akibat daripada syarat yang dikenakan di bawah akta ini hendaklah ditanggung oleh pemilik, pemberi consign, penerima consign atau pengimport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikro mekanisme dan makanan.

Fasal 38 memperuntukkan bahawa jika wang dipungut atau diterima di bawah akta bagi pihak agensi atau jabatan yang berkaitan, wang itu hendaklah diuruskan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan.

Fasal 39 memperuntukkan bahawa khidmat pakar boleh diperolehi bagi pelaksanaan akta dengan berkesan.

Fasal 40 memperuntukkan bahawa pegawai penguat kuasa hendaklah memakai pakaian seragam semasa menjalankan tugas mereka melainkan dikecualikan oleh ketua pengarah.

final • 11:50 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Fasal 41 mengehendaki agensi atau jabatan yang berkaitan atau entiti swasta yang menguruskan premis di pintu masuk hendaklah menyediakan pejabat dan kemudahan bagi maksud menjalankan pemeriksaan dan tata cara kuarantin.

Fasal 42 memberi menteri kuasa selepas berunding dengan ketua pengarah untuk meminda jadual.

Fasal 43 memperuntukkan bahawa jika sesuatu pertubuhan, perbadanan melakukan sesuatu kesalahan di bawah akta ini, pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu boleh juga disabitkan bagi kesalahan itu.

Fasal 44 memperuntukkan bahawa seseorang boleh juga dikenakan mana-mana penalti di bawah akta ini jika kesalahan itu dilakukan oleh pekongsi, agen atau pekhidmatnya. Walau bagaimanapun orang itu hendaklah membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembayarannya dan ia telah pun mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah kesalahan itu.

Fasal 45 hingga fasal 46 mengandungi peruntukan mengenai penalti am dan pengkompaunan kesalahan.

Fasal 47 memperuntukkan bahawa pendakwaan bagi kesalahan di bawah akta boleh dimulakan dengan keizinan pendakwa raya.

Fasal 48 memberikan perlindungan kepada pegawai-pegawai penguat kuasa dan mana-mana orang lain yang menjalankan mana-mana kuasa di bawah akta daripada apa- apa tindakan guaman, pendakwaan ataupun prosiding lain, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati.

Fasal 49 memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan kecuali perkara yang berhubung dengan makanan berkenaan dengan perkara yang ditetapkan dalam fasal ini bagi melaksanakan peruntukan akta ini dengan lebih baik.

Fasal 50 memperkatakan peruntukan kecualian dan peralihan. Selanjutnya jadual pertama rang undang-undang menyenaraikan pintu masuk dengan izin, entry point. Jadual kedua menyenaraikan stesen kuarantin dan jadual ketiga menyenaraikan undang-undang bertulis yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mempunyai keyakinan penuh dengan kuasa yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini bahawa Malaysia dapat menjamin keselamatan negara daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar yang boleh menjejaskan industri pertanian dan keselamatan serta kesihatan tumbuh-tumbuhan, binatang, ikan dan manusia. Selain itu juga dapat meningkatkan pengimportan tumbuhan, binatang, karkas, ikan dan keluaran pertanian kerana negara mematuhi kehendak- kehendak negara pengimport.

Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuklah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ada yang menyokong?

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato' Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

final • 11:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Duduk dahulu.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia bagi maksud mengadakan perkhidmatan bersepadu yang berhubung dengan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk stesen kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikro organisma dan termasuk pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubung dengan makanan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya di baca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.

Ya, Yang Berhormat, sila.

final • 11:50 AM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam pembentangan rang undang-undang yang baru sahaja dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Disebabkan terutama sekali nampaknya rang undang-undang ini adalah satu rang undang-undang yang menyeluruh yang menunjukkan bahawa rang undang-undang ini akan dan boleh dikenakan kepada kesemua negeri tertakluk kepada keputusan daripada menteri.

Apa yang penting untuk kita mengetahui di sini ialah bahawa negeri Sabah memang mempunyai undang-undangnya tersendiri. Justeru, apabila ada rang undang- undang seperti ini yang akan berpotensi untuk dikenakan kepada negeri Sabah sama seperti Employment Act dahulu. Kita perlu meminta kebenaran daripada kerajaan negeri. Itu satu Tuan Yang di-Pertua.

Kedua, dalam soal untuk kita membahaskan tentang efficiency dalam soal kawalan, negeri Sabah telah menunjukkan bahawa pentadbiran dan juga peranan jabatan dan agensi yang berkenaan telah pun menunjukkan satu prestasi yang begitu baik sekali.

Ini terutama sekali dalam pengawalan food and mouth disease for example. Ini menunjukkan bahawa kita telah pun melakukan perkhidmatan yang terbaik dan oleh sebab itu kalau daripada sebut efficiency kita telah menunjukkan bahawa kita telah pun mempunyai jentera yang begitu efisien sekali.

final • 11:56 AM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat boleh?

final • 11:56 AM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Ini bererti bahawa akta yang bakal diadakan ini, rang undang-undang ini perlu mengambil kira peranan negeri Sabah dan jabatannya dan juga undang-undang yang berkenaan di mana keperluan untuk meminta kebenaran daripada negeri Sabah adalah amat-amat penting sekali.

final • 11:56 AM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat boleh mencelah?

Yang Berhormat Kota Belud, Kota Belud sebelah sini.

final • 11:56 AM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Mana dia?... [Ketawa] Dipersilakan.

final • 11:56 AM

Dato' Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana Yang Berhormat pernah menjadi Ketua Menteri dan sekarang ini Timbalan Ketua Menteri yang berkhidmat kepada rakyat dengan begitu baik sekali.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sama ada akta ini kuasa-kuasa yang diperuntukkan adalah kepada negeri Sabah itu adalah dalam Concurrent List ataupun State list, yang mana Yang Berhormat katakan tadi mungkin ada terdapat overlapping power tadi.

Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat, yang ini State List ataupun Concurrent List di antara Federal? Terima kasih.

final • 11:56 AM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Ini adalah di dalam bidang kuasa bersama di dalam schedule. Apa yang penting di sini, mengikut rekod yang saya telah baca, memang ada perbincangan di antara negeri dan juga kementerian

final • 12:00 PM

Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan - Keningau

Kerajaan Persekutuan. Namun, pendapat daripada kerajaan negeri, jabatan yang berkenaan, tidak diambil kira.

Oleh sebab itu, apa yang kita kehendaki di sini ialah supaya khususnya negeri Sabah dan Sarawak, disebut di sini jika dikenakan kepada negeri Sabah dan Sarawak, ianya perlu keputusan dan kebenaran daripada kedua-dua negeri berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, barangkali mungkin kita perlu memikirkan tentang soal centralization dan decentralization di dalam soal perkhidmatan dan pengawalan untuk lebih berkesan dan lebih efisien lagi. Di sini telah disebutkan bahawa sememangnya Australia mempunyai undang-undang yang serupa tetapi kawalan yang begitu ketat dikenakan oleh negeri-negeri berkenaan. Jadi, begitulah juga yang telah dikenakan oleh negeri Sabah.

Saya fikir untuk mengelakkan daripada berlakunya misunderstanding kemudian, adalah amat diperlukan supaya penjelasan yang lebih terang lagi dimuatkan di dalam undang- undang ini ataupun tentu sekali diputuskan sedemikian supaya soal pentadbiran yang dikenakan oleh negeri Sabah ini tidak diusik, dibiarkan, kerana ianya sudah begitu efisien sekali dan membantu di dalam soal kawalan melalui kuarantin yang sudah pun established.

Ini adalah rayuan daripada pihak kerajaan negeri supaya kita tidak melakukan satu perjalanan usaha untuk menentukan satu undang-undang yang dilihat hanya daripada sudut persekutuan tetapi kita perlu mengambil kira apa yang sudah sedia ada di dalam soal perlembagaan dan juga di dalam soal pentadbiran, di dalam perjalanan efficiency yang memang baik dan tidak harus diusik. Inilah permintaan daripada kami supaya jika undang- undang ini dibiarkan begitu sahaja, apabila akta ini mahu diperluaskan, perlu satu persetujuan dan kebenaran daripada negeri Sabah. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat, sila.

final • 12:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang untuk saya mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010. Aktanya akta baru, yang cuba untuk mencakupi isu-isu yang berkaitan dengan kuarantin yang saya rasa secara objektifnya dapat untuk membantu negara dan sektor-sektor yang berkenaan dari segi keselamatan dan juga pemerkasaan penguatkuasaan yang diperlukan untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan akta ini.

Dalam beberapa dekad negara kita melepasi garisan kemerdekaan, saya mendapati bahawa terdapat isu-isu yang berkaitan dengan kuarantin ini yang harus dilihat semula secara serius tentang bagaimana penguatkuasaan dan juga pengawalan yang berkaitan dengan isu-isu yang bakal melibatkan kesihatan rakyat yang melibatkan tumbuhan dan perkara-perkara yang disebutkan di dalam akta ini.

Saya juga sempat untuk melihat beberapa perjanjian yang termateri di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, the sanitary and phytosanitary measure yang dibincangkan di dalam Konvensyen Antarabangsa Perlindungan Tumbuhan. Kemudian juga isu-isu yang dibincangkan di dalam Suruhanjaya Perlindungan Tumbuhan bagi Asia dan Asia Pasifik dan juga beberapa deklarasi dalam Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli di peringkat ASEAN ini.

Saya melihat isu-isu yang berkaitan dengan kuarantin ini harus ditumpukan terutamanya yang menekankan tentang bagaimana penguatkuasaan yang perlu ditingkatkan terhadap kemasukan ikan sebagai contoh, di pintu-pintu masuk negara kita.

Kita tidak dapat menafikan keperluan ikan yang datang dari negara-negara jiran khususnya yang masih lagi tidak dapat terlepas daripada isu di mana ikan ini masih lagi didapati mengandungi baham pengeras yang saya rasa perlu untuk kita lihat dengan serius.

Adakah benar-benar rakyat yang membeli ikan-ikan yang diimport ini bebas daripada isu ini? Setiap hari kita melihat sama ada lori-lori yang menyeberangi sempadan dan juga kapal-kapal ataupun bot-bot yang datang dari Indonesia sebagai contoh yang datang

final • 12:04 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

dengan ikan-ikan seperti ini dan dijual di pasar-pasar di dalam negara kita dan rakyat tidak ada pilihan untuk membeli ikan-ikan yang seperti ini.

Oleh itu, saya mengharapkan dengan pemerkasaan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang akta baru ini, kita akan terus bertanya dan rakyat akan terus – semacam mengharapkan satu pengharapan yang tinggi supaya biarlah dengan akta yang baru ini, ikan-ikan yang diimport ini benar-benar bebas daripada kesan kesihatan yang mungkin mereka akan dapati daripada membeli, memasak dan memakan ikan-ikan yang seperti ini.

Yang keduanya saya juga melihat tentang isu-isu yang dibincangkan paling hangat di dalam konvensyen antarabangsa mengenai perlindungan tumbuhan dan juga Suruhanjaya Perlindungan Tumbuhan bagi Asia Pasifik yang juga melihat kepada beberapa tragedi yang berlaku terhadap mungkin kemasukan secara tidak sengaja ataupun terlepas pandang kesan-kesan bakteria yang lahir daripada mikroorganisma yang datang melalui kemasukan tumbuh-tumbuhan. Mungkin Yang Berhormat ingat pada suatu waktu dahulu, penyakit yang melanda industri koko di dalam negara kita.

Dahulu pekebun-pekebun kecil di kampung-kampung diberikan subsidi oleh kerajaan dan orang-orang kampung menanam koko ini. Koko adalah merupakan satu industri yang cukup meyakinkan di dalam tahun 70-an dan 80-an. Hari ini kita telah melihat beberapa siri ladang-ladang koko, kebun-kebun koko yang dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil diserang dengan ulat pengorek. Kita pun tidak tahu sampai ke hari ini dari mana datangnya ulat pengorek ini, yang melibatkan kerugian yang saya dapati ladang-ladang koko dan juga keseluruhan pekebun-pekebun kecil yang menanam koko ini terpaksa di atas arahan Kementerian Pertanian menebang dan menghapuskan, membakar pokok-pokok koko ini kerana untuk mengelakkan ataupun mengawal daripada wabak ini terjadi.

final • 12:04 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Jadi, ini pernah berlaku dalam negara kita dan saya juga yakin dan percaya bahawa satu jawapan yang tepat tentang bagaimana datangnya ulat pengorek ini masih lagi tidak dapat kita satu jawapan yang tepat. Ini telah menyebabkan kerugian yang besar yang telah dua kali berlaku dalam dekad 80-an yang mana pekebun-pekebun kecil dan ladang-ladang koko terpaksa menebang tanaman ini. Ini satu kes yang sangat serius yang saya harap tidak akan berulang lagi dalam negara kita akibat daripada kemasukan ataupun mungkin disebabkan oleh datangnya tumbuh-tumbuhan yang terlepas dan membawa bakteria ataupun mikro organisma yang membawa pada kerosakan besar terhadap industri koko dalam negara kita.

Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, juga saya sempat meneliti tentang akta ini di manakah penguatkuasaan tentang manusia yang membawa penyakit. Adakah ini dalam akta yang lain? Ini adalah tumbuhan dan binatang. Akan tetapi pada hari ini juga kita melihat penyakit-penyakit yang dahulunya tidak lagi menjadi isu dalam negara kita seperti tibi, datang semula. Saya sempat juga walaupun saya tidak dapat membawa statistik pada hari ini tetapi kebanyakan daripada pendatang-pendatang mungkin tanpa izin, daripada Rohingya yang majoritinya hari ini mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan dalam negara kita menghidapi tibi. Tibi ini ialah satu penyakit yang dahulunya telah berjaya kita kawal sepenuhnya tetapi hari ini telah datang lagi. Saya cukup khuatir sama ada ia datang melalui manusia ataupun daripada tumbuhan ataupun buah-buahan, maka ia perlulah untuk kita kawal dan kita mendapat suatu penguatkuasaan yang tegas tentang isu ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dalam isu yang melibatkan tentang kuarantin ini juga, saya ingin juga menyentuh tentang isu sayur-sayuran yang juga masuk ke dalam negara kita yang kebanyakannya datang daripada negara jiran juga seperti ikan tadi, juga saya mengharapkan satu bentuk penguatkuasaan yang benar-benar dapat menjamin bahawa sayur-sayuran yang dibeli, yang masuk ke dalam negara kita juga akan bebas daripada sebarang kesan kesihatan yang melibatkan rakyat dalam negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya ingin merujuk Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan rang undang-undang ini. Akan tetapi, ingin menarik perhatian mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan rang undang-undang ini.

Saya pertamanya, mengalu-alukan rang undang-undang ini dan sememang dan sepatutnya rang undang-undang ini sudah lama dibentangkan di Dewan Rakyat. ini kerana sebagaimana yang kita sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, kemasukan binatang-binatang, buah-buahan, sayuran-sayuran daripada negara luar ke negara kita ini, kalau tidak benar- benar dipantau, ia boleh membawa akibat yang tidak baik terutamanya daripada segi kesihatan kepada rakyat negara kita ini. Bukan itu sahaja, saya juga ingin bertanya, selain daripada kita hendak mengawal kemasukan apa yang saya sebutkan tadi; binatang, buah- buahan, sayur-sayuran dan yang berkaitan, apa yang disebutkan dalam rang undang- undang ini tetapi juga di dalam negara kita sendiri. Seperti mana yang kita tahu, sayur- sayuran di Cameron Highlands yang banyak menggunakan bahan-bahan racun yang saya kira juga boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada rakyat negara kita ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, kemasukan binatang; lembu, kambing ataupun ikan ke negara kita ini sebenarnya kebanyakannya masuk dari negara Thailand dan negara Thailand, ia bersempadan dengan negara kita ini ialah Kelantan, Kedah dan Perlis. Ini pintu masuknya. Di Sabah dan Sarawak, saya tidak terlalu arif tetapi saya percaya jiran daripada negara Filipina dan dari Indonesia melalui Kalimantan dan saya tidak tahu apakah jenis-jenis barang ataupun binatang atau sayur-sayuran atau buah-buahan yang datang daripada negara tersebut.

Akan tetapi dari negara Thailand, saya mengalu-alukan rang undang-undang ini tetapi saya bimbang, takutnya ia satu lagi institusi yang ditubuhkan untuk menambahkan lagi institusi-institusi yang ada tetapi keberkesanannya tidak seberapa. Saya bimbang kalau-kalau jadi macam baru-baru ini isu Jabatan Kastam. Ini kerana kejayaan pelaksanaan rang undang-undang ini bergantung pada pihak penguat kuasa. Jadi, saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah penguatkuasaan yang akan diwujudkan di bawah Ketua Pengarah yang baru ini dengan mengguna pakai penguat kuasa yang sudah ada di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang ini ataupun diwujudkan satu kumpulan baru penguat kuasa bagi melaksanakan rang undang-undang ini? Kalau ia merupakan golongan baru yang akan diwujudkan sebagai penguat kuasa ini yang kita sudah lihat ramai penguat kuasa dalam negara kita ini, JPJ, polis sendiri, UTK, kastam, yang beruniform, macam-macam.

Akan tetapi, kita lihat masih lagi wujud pelbagai masalah terutamanya daripada segi integriti. Jadi, apakah bentuk latihan untuk memberikan kefahaman sebab kita mahu mereka tegas menjalankan tugas tetapi tidak menyalahgunakan kuasa. Ini disebabkan kita lihat dalam rang undang-undang ini... [Merujuk rang undang-undang berkaitan] Bagaimana contoh satu, dua – saya tidak mengambil masa yang panjang. Fasal 25 di bawah Bahagian VI, Nombor 25 Fasal 18, ini penguat kuasa boleh menangkap tanpa waran seperti pihak kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, boleh tangkap tanpa waran.

Saya pada prinsipnya bersetuju. Samalah juga ini. Tangkapan di bawah ISA tanpa perbicaraan kerana mengesyaki inilah kumpulan dan dalangnya yang menjadi ring leader, yang menjadi tali barut, yang merancang membawa masuk perkara-perkara yang saya sebutkan tadi iaitu bahan-bahan yang perlu di kuarantin kerana boleh menjejaskan kesihatan. Kita semua tahu Tuan Yang di-Pertua, jumlahnya daripada segi wang ringgit tidak sedikit. Saya lihat kemasukan lembu dari Thailand, kemasukan buah-buahan, sayur- sayuran melalui sempadan Rantau Panjang bernilai mungkin ratusan juta ringgit. Saya tidak tahu berapa ratus juta ringgit transaksi ini yang tidak mudah untuk dipantau. Ini disebabkan terutamanya macam buah-buahan malah lembu ataupun ikan kerana sempadan kita

final • 12:13 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

dengan Thailand, saya lihat kalau pun ada jaringan daripada segi keselamatan tetapi ia putus-putus. Saya ingat sewaktu air kering, kita boleh berjalan pergi ke Thailand tanpa menggunakan perahu pun.

Saya tahu sebab saya Ahli Parlimen Pasir Mas seperti Ahli Parlimen Rantau Panjang yang bersempadan dengan Thailand. Saya boleh sebut nama-nama tempat- tempat, kampung-kampung sampailah ke Bukit Kayu Hitam. Jadi, bermaknanya penyeludupan boleh berlaku dengan berleluasa sampai sekarang dan sampai ke peringkat penyeludupan dengan jumlah yang tidak sedikit tetapi boleh lepas sampai ke Kuala Lumpur. Itu handal betul. Saya tidak tahulah bagaimana, berapa banyak roadblock mereka boleh lepas. Jadi, ini persoalan yang paling besar dalam pelaksanaan rang undang-undang ini.

final • 12:13 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ini yang saya khuatir. Saya takut nanti ianya semata-mata rang undang-undang tetapi pelaksanaannya tidak berkesan kerana saya percaya mereka yang terlibat ini adalah ahli-ahli perniagaan yang berdagang dengan jumlah yang besar, dengan lori, treler dan mereka boleh melakukan apa sahaja untuk melepasi kepentingan perniagaan mereka.

Jadi, selain daripada itu saya hendak bertanya Yang Berhormat terutamanya dari segi kemasukan ikan. Kemasukan ikan ini juga perlu diberi perhatian. Hendak kuarantin macam mana ikan ini? Ikan hendak kuarantin macam mana, sebab tidak sampai dua hari ia boleh buruk, satu hari pun buruk tetapi hendak kuarantin macam mana? Kita tahu ikan-ikan yang masuk ini pun dulu dibawa masuk dengan bebas tetapi sekarang sudah pakai permit.

Saya hendak tahu berapa permit ataupun AP yang dikeluarkan kepada syarikat-syarikat yang membawa masuk ikan termasuk kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) - berapa banyak? Saya tahu ikan-ikan ini kebanyakannya daripada Malaysia tetapi dijual di tengah laut, bawa masuk melalui Thailand tetapi asalnya dari kapal Malaysia.

Baru-baru ini saya baca kenyataan Yang Berhormat bahawasanya akan ditarik subsidi daripada kapal-kapal yang dibuat dan dirampas daripada Thailand dan dibeli oleh tauke-tauke daripada Malaysia. Mereka juga memperoleh subsidi. Yang Berhormat sudah batal. Ini saya ucapkan tahniah dan syabas tetapi pada masa yang sama saya rasa subsidi minyak untuk tauke-tauke yang kapalnya dibuat di Malaysia pun patut juga ditarik subsidi ini.

Mereka ini tauke-tauke besar, bukan tauke-tauke kecil dan mereka pun menyewakan kapal-kapal ini kepada awak-awak daripada Thailand. Saya tahu sangat.

Pada tahun 1986 lagi saya sudah menjadi Pengerusi LKIM. Saya pernah pergi ke laut.

Saya pernah tidur di atas kapal. Saya tahu apa aktiviti di tengah laut. Pertukaran ikan di kalangan pihak luar, jual ikan di tengah laut, ikan naik di Songkhla, bawa masuk ke Malaysia yang asalnya daripada kapal di Malaysia. Minyak subsidi kita beri. Jadi tauke- tauke inilah yang tidak perlu kita - jadi saya sokong penyelaras subsidi minyak ini, kepada kumpulan seperti ini, sudah sampai masanya kita tarik bukan sahaja tauke-tauke yang beli bot daripada Thailand tetapi juga bot daripada negara kita sendiri.

Jadi saya balik pada soalan saya tadi. Bagaimana kita hendak kuarantin ikan ini?

Ini sebab ianya mudah rosak tetapi yang penting ialah binatang seperti lembu, kambing yang telah banyak masuk daripada Thailand, ada yang secara halal, ada yang secara tidak halal. Ada datang sewaktu penyakit mulut – siap! Bila penyakit mulut, penyakit kuku – ini tidak sedikit. Ada sesetengah itu takut lembu itu mati, dia sembelih cepat-cepat, dia kupas cepat-cepat, dagingnya dia bawa ke Kota Bharu atau dia jual di tepi-tepi jalan, pengguna tidak tahu dan beli daging tersebut. Ini semuanya menjadi tanggungjawab pihak penguat kuasa. Tidak mudah sebab negara kita ini mudah ditembusi. Usahkan bahan-bahan makanan seperti ini tetapi kemasukan pendatang asing pun mudah di negara kita! Sudah ada dekat 2.6 juta. Saya diberitahu di Cameron Highlands ada 600,000 orang. Ini baru hendak buat pemutihan bermula 1 Julai, hendak buat pemutihan untuk merekodkan pendatang-pendatang tanpa izin ini kemudian barulah yang tidak direkod itu dihantar balik.

2.6 juta. Bagaimana boleh masuk ke negara kita 2.6 juta pendatang asing?

Tidak pernah ada dalam dunia ini. Ini Guinness Book of Record sebab di negara lain, kalau ada pendatang masuk dia kena tembak. Dia tembak, tangkap, depot dan

final • 12:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

dihantar balik. Kita ini benarkan masuk ikut suka – yang halal, halal. Yang tidak halal hampir 2.6 juta. Kalau ini boleh masuk 2.6 juta apatah lagi apa yang disebut di dalam senarai rang undang-undang ini, binatang, buah-buahan, sayur-sayuran lagi mudah masuk. Di Malaysia ini orang curi balak pun boleh.

Balak itu bukan main besar macam mana dia boleh curi dan bawa ke luar negeri pula? Boleh masuk ke negara Thailand pula? Jadi semua ini bergantung kepada persoalan penguat kuasa. Jadi kalau penguat kuasa tidak ada integriti, tidak amanah, rasuah dan menyalahgunakan kuasa, segala rang undang-undang ini tidak akan memberi apa-apa erti kepada kita.

Oleh sebab itu saranan saya, Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Menteri beri tumpuan kepada penguatkuasaan ini. Latihan kepada kakitangan termasuk ketua pengarah bakal nanti, timbalan ketua pengarah, ini mesti top, mesti yang betul-betul ada integriti. Kalau lantik kakitangan wallahualam, nanti saya sebut terlanjur cakap pula tetapi sudah banyak selama ini kita tengok bocornya di sini. Segala-galanya di Malaysia ini boleh diatur. Saya tidak menyalahkan kerajaan tetapi peringkat bawahan. Peringkat bawah pegawai kerajaan kena ingat kita juga sedang pantau, bila ada kelemahan disalahkan kepada Menteri, disalahkan kepada kerajaan, pihak tertentu mengkritik kerajaan. Inilah kerajaan yang ada sekarang, begitu, begini, rasuah dan sebagainya.

Akan tetapi yang kita tahu yang melaksanakan penguatkuasaan ialah ketua jabatan, penguat kuasa-penguat kuasa, bukannya ahli-ahli politik, bukan ahli jawatankuasa cawangan, bahagian ataupun ranting dan sebagainya tetapi kakitangan kerajaan. Ramai orang lupa! Kalau adapun yang hendak disalahkan kepada orang politik adalah juga, bukan tidak ada. Ada jugalah penyangak-penyangak besar ini. Ada juga sebab itu ada sesetengah didakwa di mahkamah tetapi di peringkat bawah ini yang paling ramai ialah kakitangan penguatkuasaan. Kepada mereka kita menyerahkan tanggungjawab untuk melaksanakan amanah negara, amanah rakyat supaya bukan sahaja dari segi pungutan cukai tetapi yang lebih penting menjaga keselamatan rakyat.

Di Malaysia ini kita tengok macam-macam kejadian, macam-macam peristiwa kerana kewangan. Macam-macam berlaku! Perdagangan manusia, human trafficking dan macam-macam lagilah demi kerana hendak mengaut keuntungan tanpa mengira keselamatan negara, tanpa mengira kepentingan rakyat, tanpa mengira kesihatan rakyat.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, inilah perkara yang saya harap Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani beri perhatian sungguh-sungguh. Saya tidak tahu bagaimana hendak buat nanti, macam mana hendak diletakkan pegawai penguat kuasa ini, hendak memastikan perkara ini dapat diselamatkan. Jadi, saya juga mencadangkan Yang Berhormat Menteri walaupun rang undang-undang ini akan diluluskan nanti supaya tidak gopoh dari segi pelaksanaan. Rancang betul-betul, atur betul-betul, kursus betul-betul, biar sistem itu jelas, biar modus operandi itu teratur dan jelas. Jangan selepas ini tuduh menuduh, pertindihan kuasa di antara satu sama lain. Kerjasama dengan pihak kerajaan negeri mestilah intim, mestilah mendapat kerjasama yang baik dan juga mesti mendapat kerjasama dengan lain-lain agensi yang terlibat seperti polis terutamanya, UTK dan sebagainya.

Saya juga mencadangkan supaya pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani dapat menggunakan tentera negara kita yang sebenarnya kerja tidak berapa banyak sebab kita tidak ada perang. Jadi kalau boleh tentera-tentera yang berada di sempadan juga dikerah untuk membantu dan menyelaras bagaimana dapat mengawal kemasukan baik tanaman, pokok-pokok. Walaupun kecil tetapi boleh membawa mudarat kepada negara kita kalau kita tidak pastikan ianya selamat. Oleh sebab itu di negara lain, kalau kita tengok di Amerika, Australia dan di negara-negara barat, sepokok kecil tidak boleh masuk. Boleh ditahan di airport sampai berjam-jam kerana kesilapan kecil sahaja tetapi kita ini baik.

Tunggu yang besar-besar baru kita hendak bertindak. Jadi oleh sebab itu saya haraplah ianya diberi perhatian yang sewajarnya.

Jadi saya hendak minta kalau Yang Berhormat ada angka-angkalah, boleh atau tidak Yang Berhormat beri angka-angka kalau ada dalam penggulungan nanti berapakah jumlah ternakan yang dibawa masuk ke negara kita paling tidak untuk tahun lepas dan tujuh bulan dalam tahun ini terutamanya dari segi lembu, kambing selain daripada saya minta

final • 12:20 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

tadi, permit ikan tadi berapa banyak. Selepas itu dari segi pokok-pokok yang setakat ini dibawa masuk dan selama ini adakah tindakan-tindakan dibuat, adakah pihak yang terlibat sudah didakwa walaupun belum ada akta ini? Jadi ini untuk diselaraskan dengan lebih berkesan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja pandangan saya dan saya berharap mendapat perhatian Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih dan saya menyokong.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin turut berbahas dalam Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Mas tadi itulah pandangan Yang Berhormat Pasir Mas tentera daripada jaga keselamatan akhirnya jaga pokok sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, MAQIS seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2008 dengan 53 pusat kuarantin. Saya selepas tiga tahun beroperasi rang undang-undang ini dibentangkan di Dewan Rakyat.

Saya rasa ada implikasi undang-undang kesan daripada penubuhannya mendahului pembentangan seperti mana Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan terhadap saman ekor yang mana akhirnya orang yang terlibat di dalam kes berkaitan dengan saman ekor itu bawa ke mahkamah dan akhirnya mahkamah memutuskan perkara yang sebaliknya.

Saya bimbang sekiranya rang undang-undang ini dibentangkan dan implikasi tiga tahun sebelum itu sekiranya ada apa-apa tangkapan yang dibuat oleh MAQIS sebenarnya tidak sah kerana rang undang-undang ini belum dibentangkan. Walaupun kewujudan sebuah badan kuarantin itu baik dan tidak ada apa-apa masalah untuk kita memberikan sokongan tetapi implikasi undang-undang itu ataupun apa-apa caj kos yang dikenakan oleh MAQIS itu sekiranya pihak-pihak pengimport itu tidak berpuas hati. Mereka boleh bawa ke mahkamah kerana rang undang-undang ini baru dibentangkan di Dewan Rakyat.

Bermakna kesan tangkapan, tindakan, caj ataupun apa-apa yang dibuat sebelum rang undang-undang ini dibawa ke Dewan Rakyat dia akan memberikan implikasi yang cukup serius. Jadi bolehkah saya mendapatkan satu fakta dan data yang lengkap selepas penubuhan 1 Ogos 2008 sehingga kini adakah pihak MAQIS telah pun membuat apa-apa tangkapan dan caj dan apa-apa tindakan kepada pengimport-pengimport sehinggalah kepada hari ini rang undang-undang ini dibentangkan ke Dewan Rakyat kerana ia akan menyebabkan implikasi kewangan.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua tentang birokrasi akta ini walaupun secara umumnya disebut di dalam pembentangan Yang Berhormat Menteri tadi tentang kepelbagaian akta-akta yang terlibat yang mana pihak MAQIS perlu merujuk tetapi saya masih lagi berpandangan bahawa bagi seorang pengimport di dalam bidang yang berbeza, mungkin di dalam bidang sayuran dia perlu mendapatkan AP daripada Jabatan Pertanian, mungkin bagi ternakan dia perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Haiwan dan sebagainya. Jadi, adakah sebab kerana form, borang-borang itu perlu mendapat kelulusan daripada pihak-pihak jabatan yang berkenaan. Jadi adakah dengan kewujudan MAQIS ini borang itu diselaraskan dan hanya diajukan kepada MAQIS dan tidak perlu diaju lagi dan tidak perlu mendapat kelulusan pihak Jabatan Veterinar, Jabatan Haiwan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan sebagainya.

Jadi sekiranya kewujudan MAQIS itu menjadi pusat yang menyelaraskan hanya kita perlu berurusan pihak pengimport bahan-bahan itu perlu berurusan dengan pihak MAQIS sahaja saya boleh bersetuju tetapi kalau masih lagi terpaksa beroperasi ataupun merujuk kepada jabatan-jabatan dan lembaga-lembaga yang berkaitan bermakna tidak ada makna kewujudan akta ini.

final • 12:31 PM

Tuan Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Kemudian di dalam akta ini juga tidak disebut dengan jelas bahawa Akta Makanan 1983, Akta 281 dikecualikan. Jadi, mengapakah akta ini dikecualikan sedangkan akta ini berkaitan dengan soal kawalan hasil tembakau dan kita dapati bahawa kebanyakan tembakau yang diimport juga mengandungi kandungan racun yang begitu tinggi sekali.

Bukan sekadar racun tembakau yang diimport, tembakau di dalam Malaysia juga diproses menggunakan bahan-bahan kimia yang cukup tinggi. Jadi, mengapakah di dalam akta ini tiba-tiba Akta Makanan 1983 Akta 281 dikecualikan? Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana pengecualian daripada Akta Makanan 1983 khususnya Akta 281 akan memberikan kesan implikasi yang cukup besar kepada rakyat Malaysia.

Berkaitan dengan isu-isu di dalam rang undang-undang ini, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang penubuhan IQC iaitu Pusat Kuarantin Antarabangsa. Adakah pendirian pihak kerajaan dan perancangan serta apakah lokasi cadangan serta fungsi-fungsi IQC dan adakah pihak kementerian bercadang untuk menubuhkan IQC ini Pusat Kuarantin Antarabangsa ini dan selepas kewujudan IQC ini di manakah fungsi MAQISnya? Pusat-pusat Kuarantin di sempadan-sempadan ini adakah akan bertembung antara fungsi IQC dengan MAQIS sebab kalaulah Pusat Kuarantin Antarabangsa sedangkan import eksport ini semuanya daripada luar negara. Jadi adakah dengan kewujudan IQC ini menyebabkan pusat-pusat kuarantin yang berada di sempadan ini akan diambil alih oleh IQC atau bagaimana? Jadi, bolehkah pihak Dewan ini diterangkan secara lebih jelas tentang peranan IQC ini.

Keduanya isu-isu di dalam pembentangan rang undang-undang ini ialah tentang caj yang dikenakan oleh pusat-pusat kuarantin ini. Adakah pihak kerajaan bercadang akan mengkaji semula kadar yang lebih munasabah kerana kita dapati sebahagian daripada kadar-kadar yang dikenakan kepada setiap ternakan atau tumbuhan itu didapati dengan kadar yang begitu tinggi. Sebagai contohnya untuk spesies anjing RM6 per ekor per hari dan sekiranya dikuarantin selama sebulan bayangkan termasuklah sijil kuarantin semasa sebanyak RM2 per ekor.

Begitu juga dengan senarai kucing, kuda dan sebagainya mungkin benda ini pihak kementerian memang ada tetapi saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang caj. Adakah pihak kerajaan hendak dikaji semula tentang kadar yang lebih munasabah dan yang lebih pentingnya ialah adakah caj yang dikenakan ini apabila sesuatu ternakan itu ditahan di atas sebab-sebab kesihatan ataupun atas sebab-sebab kerana disyaki memiliki penyakit dan sebagainya.

Bagaimanakah kadar ini, adakah hendak ditanggung oleh pihak kerajaan ataupun pihak pengimport dan sekiranya didapati sebagai contohnya dalam tempoh siasatan itu memakan masa lebih daripada sebulan sebagai contohnya dan sedangkan caj itu melibatkan kadar harian. Jadi, adakah selepas didapati bahawa penyakit tersebut bebas daripada tumbuhan ataupun haiwan tersebut, adakah caj itu hendak dikecualikan kepada pengimport? Sekiranya dikenakan kerana ini bukanlah salah pengimport dan sekiranya didapati mempunyai penyakit, kerajaan akan mengambil tindakan jadi ini di antara perkara- perkara dalam isu caj yang saya ingin mendapat penjelasan.

Ketiganya adalah berkaitan dengan wabak E-Coli yang sekarang sedang menyerang dunia khususnya pada hari ini saya mendapat maklumat daripada 35 orang telah mati di negara Jerman dan pihak kerajaan diminta untuk berhati-hati tentang penyebaran wabak penyebaran E-Coli ini kerana dia boleh menyebabkan kematian manusia. Jadi, adakah pihak kerajaan peka dengan isu wabak ini khususnya tentang sayuran yang disebut puncanya adalah daripada sayur-sayuran. Jadi adakah pihak kerajaan memberikan satu tindakan khusus ataupun special enforcement, dengan izin kepada pintu-pintu masuk supaya bakteria E-Coli ini tidak masuk ke dalam negara Malaysia.

Begitu juga satu masa dahulu, di dalam kawasan sawah padi siput gondang emas merupakan ancaman yang masuk daripada padi daripada negara Filipina tetapi sekarang ini siput gondang emas merupakan ancaman yang cukup besar kepada pesawah-pesawah padi kadang-kadang ia boleh memusnahkan hampir 70 peratus hingga 90 peratus daripada kawasan sawah. Akan tetapi apakan daya oleh kerana kelemahan kita di pintu masuk

final • 12:31 PM

Tuan Ahmad Kassim - Kuala Kedah

menyebabkan siput gondang emas ini memasuki negara dan akhirnya menyebabkan satu bencana kepada industri padi dalam negara.

final • 12:31 PM

Tuan Ahmad Kassim - Kuala Kedah

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tentang kuasa tangkapan dan penyitaan iaitu satu kuasa yang pada saya agak berlebihan diberikan kepada pihak penguatkuasaan kerana boleh menangkap dan menyita tanpa waran. Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi. Pada saya, untuk memberikan keadilan kepada mana-mana pihak, kita haruslah menyediakan waran kerana penyediaan waran ini tidaklah sesusah mana. Adakah kita ingin menganiaya mana-mana pihak sama ada dia pengimport atau manusia biasa? Perkara inilah yang kita sering laung- laungkan tentang soal keadilan kepada semua pihak.

Jadi, keadilan ini perlu dilihat termasuk juga dalam rang undang-undang ini kepada pengimport-pengimport bahawa mereka juga diberikan pengadilan yang sesungguhnya.

Jadi pihak penguatkuasaan tidaklah boleh sewenang-wenangnya untuk menangkap dan menyita tanpa mendapat waran terlebih dahulu. Jadi kalaulah mereka disyaki, saya rasa tidaklah sesusah untuk pihak penguat kuasa mendapat waran daripada pihak atasan supaya barangan, ternakan ataupun tanaman tersebut ditahan untuk siasatan. Jadi, sekadar itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 12:40 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya turut menyokong Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010. Saya mengucapkan tahniah juga kepada kementerian kerana membawa rang undang-undang ini yang menunjukkan satu peningkatan baru. Namun untuk negeri Sarawak, saya ingin bercakap seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Sabah sebentar tadi. Sebelum kita hendak memanjangkan penguatkuasaan undang-undang ini ke negeri Sarawak, saya rasa saya hendak sarankan agar pihak kementerian berbincang dengan pihak negeri. Ini kerana kita telah mempunyai beberapa perundangan yang mempunyai tugasan dan melaksanakan perkara ataupun skop tugas yang sama. Di mana kalau kita perhatikan negeri Sarawak sendiri, keluasannya begitu besar sekali dan sudah tentu bidang kuasanya dari segi keluasan di kawasan laut, sungainya dan juga perhutanannya, ia mempunyai beberapa ciri-ciri yang tertentu juga perundangan dan peraturan yang telah wujud dan telah dijalankan dengan efektif sekali.

Jadi, kalau kita hendak memanjangkannya ke negeri Sarawak, kita mempunyai pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan. Kita juga mempunyai pihak berkuasa iaitu Jabatan Pertanian dan biodiversiti dengan izin, juga pihak berkuasa pelabuhan-pelabuhan.

Mereka selama ini telah menjalankan tugasan seperti mana yang juga dimasukkan dalam skop Rang Undang-undang Kuarantin ini. Memang kita perakui bahawa tujuan rang undang-undang ini memang baik kalau kita rujuk kepada skop-skop yang ingin dikuatkuasakan. Kita perhatikan negeri seperti negeri sebentar tadi Yang Berhormat Pasir Mas telah menyentuh mengenai negeri Kelantan di mana ianya berdekatan dengan Thailand. Kita di Sarawak berhampiran dengan Indonesia. Jadi kita telah mempunyai satu kadang kala maklumat mengenai satu-satu tanaman dan hasil lautnya ada persamaan dan ada juga bidang-bidang yang telah dikenal pasti oleh pihak negeri dan telah dijadikan satu skop pelaksanaan tugas yang sudah dikenali dan dilaksanakan dengan begitu baik sekali.

Jadi kalau kita hendak memanjangkan pelaksanaan ini di negeri-negeri seperti ini, saya rasa ada baiknya kalau pihak Persekutuan berbincang dengan pihak negeri sama ada untuk memanjangkan penguatkuasaannya pada tarikh yang sama ataupun boleh ditunda dahulu sehingga satu persetujuan di mana dari segi ciri-ciri ataupun skop pelaksanaan perundangannya dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kita tidak mahu berlakunya pertindihan di antara tugasan sehingga berlakunya ketidaksefahaman ataupun satu misunderstanding,

final • 12:41 PM

Puan Hajah Nancy binti Shukri - Batang Sadong

dengan izin, sekiranya terdapat beberapa perkara yang memerlukan kemahiran, kepakaran, dan juga pengalaman yang tertentu di pihak negeri. Ia kerana kalau kita perhatikan rang undang-undang ini, memang tujuannya baik namun kalau kita perhatikan skopnya banyak yang telah kita laksanakan.

Jadi, saya mengharapkan di pihak Persekutuan ini, ia telah merujuk kepada pihak negeri dan adakan kerjasama ini supaya berlakunya persefahaman di antara kita masing- masing sebelum kita melaksanakannya dan memanjangkannya di negeri Sarawak. Namun begitu, saya amat menyokong usaha Kementerian Pertanian ini kerana ia satu usaha yang begitu baik sekali untuk mengetatkan lagi pelaksanaan undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang. Ianya meliputi satu perkara yang terkini yang banyak telah menjadi isu pada masa kini. Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong asalkan ianya telah ada konsultasi dengan negeri Sarawak. Sekian, terima kasih.

final • 12:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Jasin.

final • 12:41 PM

Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut membahaskan tentang Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010. Saya melihat bahawa rang undang-undang adalah satu langkah yang cukup proaktif daripada pihak kerajaan dalam usaha kita untuk memajukan lagi bidang pertanian dengan mewujudkan transformasi daripada bidang yang berproduktiviti rendah kepada berproduktiviti tinggi dengan mengguna pakai aplikasi teknologi tinggi dan juga canggih.

Ia adalah antara perubahan yang mesti kita lakukan untuk mencapai apa yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi. Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi tahun 2011 hingga 2015 menyasarkan supaya sektor pertanian berkeupayaan untuk menyumbang sebanyak 6.6 peratus kepada KDNK pada tahun 2015. Model Baru Ekonomi menyasarkan sumbangan sebanyak 5.2 peratus kepada KDNK pada tahun 2020. Dalam keadaan ini, sektor agro makanan dianggarkan menyumbang sebanyak 2.6 peratus kepada KDNK menjelang tahun 2020.

Walau bagaimanapun, kita masih bimbang dalam keadaan global menghadapi kekurangan bahan makanan, kita akan menerima apa sahaja yang dibekalkan dan diimport.

Seharusnya kita mesti membuat pengawalan dan Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan ini adalah satu langkah yang cukup bijak sekali.

Keduanya, jumlah penduduk kita semakin meningkat. Pada ketika ini 28 juta penduduk walaupun kita sebenarnya bergantung pada bahan-bahan eksport terutamanya makanan asasi iaitu beras yang masih lagi kita terpaksa bergantung kepada negara-negara dan juga makanan-makanan yang lain. Seharusnya pihak kementerian mestilah mengambil satu tindakan yang proaktif bagi memastikan kita tidak lagi bergantung kepada pihak lain.

Seterusnya pada masa yang sama, bagi memastikan pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani terus berkembang secara progresif dan mapan, kawalan terhadap pengimportan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, benih, dan juga mikro organisma perlu dipertingkatkan. Bahan-bahan cemar yang berbahaya dari luar negara boleh menjejaskan sektor pertanian negara.

final • 12:47 PM

Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin

Antara penyakit dan perosak yang berbahaya adalah penyakit hawar daun Amerika Selatan ataupun SALB pada tanaman getah yang terdapat di America Tropic yang menyebabkan sehingga sekarang, tanaman getah di rantau tersebut tidak dapat dimajukan juga penyakit layu fusarium yang menyakiti tanaman kelapa sawit di Afrika Tengah juga merupakan sebagai faktor penghalang yang utama kepada kemajuan tanaman kelapa sawit di rantau berkenaan.

Kita masih lagi tidak lupa tentang kejadian yang seharusnya kita jadikan sebagai satu panduan di mana merebaknya penyakit cocoa pod borer yang satu ketika dahulu

final • 12:50 PM

Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin

menyerang kawasan hanya di negeri Sabah sahaja tetapi akhirnya kerana tiada kawalan yang benar-benar produktif, penyakit tersebut telah berjangkit ke Malaysia Barat sehingga industri koko pada waktu tersebut yang cukup menguntungkan menjadi lumpuh.

Pada tahun 2006, Semenanjung Malaysia telah pula diserang dengan penyakit selesema burung terhadap industri ternakan ayam. Bermula di Selangor, ia merebak sampai ke seluruh Semenanjung dan kerugian dianggarkan lebih daripada RM2 juta kerana ayam, itik dan unggas lain terpaksa dimusnahkan.

Dalam tahun 1999, satu penyakit lagi iaitu penyakit JE yang menyerang babi ataupun penyakit swine flu – selesema babi yang melanda negara yang telah menyebabkan ancaman wabak selesema babi, ayam, itik dan unggas terpaksa dimusnahkan dan direkodkan kematian seramai 32 orang yang telah menyebabkan industri ternakan babi di Negeri Sembilan dan Melaka dan yang paling teruk sekali Selangor. Selepas itu, apa yang disebut oleh sahabat saya tadi tentang kes siput gondang emas. Pada tahun 2003 pula, penyakit mati rosot betik ataupun dipanggil papaya dieback pada tanaman betik disebabkan oleh bakteria Erwinia telah menyebabkan industri ini terjejas di seluruh negara.

Di kawasan saya, kita berhadapan dengan satu penyakit lagi iaitu penyakit mati buah pisang dan juga buah-buah pisang yang telah tua tidak boleh dimakan. Adalah diharapkan pihak kementerian menjalankan beberapa kajian supaya penyakit-penyakit tersebut dapat dibanteras pada peringkat awal. Perlu ditegaskan, dari segi pelaksanaan dan pematuhan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan serta dalam perdagangan import produk pertanian di pintu masuk bagi memastikan supaya pengimportan berkenaan menepati syarat-syarat import kualiti dan juga standard yang ditetapkan dan seterusnya terjamin dari segi keselamatan dan kesihatan terhadap tumbuhan, haiwan, ikan dan juga manusia.

Pegawai-pegawai yang diberi tugas seharusnya perlu mahir dan mengetahui tentang selok-belok teknikal dan biological isu berkaitan tumbuhan, binatang, ikan, karkas, keluaran pertanian dan juga bahan-bahan makanan. Adalah dicadangkan supaya pegawai- pegawai kita diberikan latihan-latihan yang khusus dan pendedahan secara saintifik bagi menambah pengetahuan teknikal dan kalau perlu kita hantar mereka supaya diberikan pendedahan di luar negara yang mempunyai undang-undang kuarantin unggas dan juga organisma yang ketat. Contohnya seperti di New Zealand dan juga di Australia. Sekiranya terdapat semua pun yang ada dalam bahan makanan seharusnya didenda.

Jadi saya ingin menimbulkan beberapa soalan kepada pihak kementerian. Setakat manakah tahap kerjasama di antara jabatan bagi sektor berlainan. Contohnya, FAMA bagi pertanian dan LKIM bagi perikanan kerana saya lihat pengetahuan pegawai dan sikap saling bantu-membantu dan kerenah birokrasi memberi impak kepada pemantauan di pintu masuk dan juga sempadan. Didapati juga pertindihan aktiviti pemeriksaan ke atas dokumen dan kekurangan penyelarasan dalam urusan pengeluaran lesen dan juga permit import dan eksport dan pengambilan sampel untuk ujian yang dijalankan secara berasingan sering kali berlaku.

Keduanya, bagaimanakah kementerian bercadang untuk mengatasi isu ini. Ini kerana, ia bercanggah dengan hasrat kerajaan dalam Model Baru Ekonomi dalam inisiatif dwi sistem yang efisien serta mengurangkan kerenah birokrasi. Saya amat menyokong langkah mewujudkan agensi penguatkuasaan sebagai one-stop centre di pintu masuk yang menjadikan ia satu trend yang sedang berlaku di seluruh dunia. Contohnya kalau kita pergi ke negeri China, badan tunggal agensi penguatkuasaan tersebut dinamakan AQS dan juga inspection dan kuarantin (AQSIQ) dan di Taiwan pula dia dinamakan biro pemeriksaan haiwan dan juga tanaman dan kuarantin manakala di Australia pula di panggil bio security group.

Seterusnya, pada tahun 2008, MAQIS beroperasi secara pentadbiran sebagai badan tunggal bagi menjalankan aktiviti kuarantin dan pemeriksaan di pintu masuk dan stesen kuarantin di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan di mana ia melibatkan 53 pusat pemeriksaan di pintu masuk negara dan tujuh stesen kuarantin

final • 12:50 PM

Datuk Wira Ahmad bin Hamzah - Jasin

binatang. Soalan saya, berapakah pusat pemeriksaan dan stesen kuarantin binatang yang bakal ditambah?

Seterusnya berapakah jumlah akta yang terlibat dalam rang undang-undang ini dan terakhirnya berapakah jumlah terkini pegawai penguatkuasaan dan pemeriksa dan juga kakitangan sokongan daripada Jabatan Pertanian dan jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Veterinar, FAMA dan juga LKIM yang bertugas di pintu masuk dan stesen kuarantin yang telah dipindahkan secara pentadbiran ke MAQIS dan diturunkan kuasa di bawah akta-akta yang berlainan.

Akhirnya bagaimanakah bentuk kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dari segi bantuan pegawai, dari segi pengimportan makanan seperti yang termaktub di bawah Akta Makanan 1983 untuk menjalankan pemeriksaan makanan di pintu-pintu masuk negara bagi membantu pegawai dari agensi ataupun subsektor Kementerian Pertanian ini dan berapakah jumlah setakat ini kerana apa yang saya sebut di sini, contohnya isu radiasi makanan dalam tin yang diimport dari Jepun yang perlu mempunyai kelulusan bebas dari radioaktif sebelum kita benarkan ia dipasarkan dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 12:50 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut menyokong Rang Undang- undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010. Dalam masa yang terhad ini saya mengambil point penting sahaja. Yang pertama iaitu saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian iaitu berapakah bilangan pakar yang disediakan untuk setiap stesen kuarantin ini untuk memastikan keselamatan makanan sebab apa kita dapati terutama barangan import seperti ikan, ada yang menggunakan bahan pengawet yang sangat berbahaya. Jadi sejauh mana keberkesanan tindakan penguatkuasaan ini dan sejauh mana bilangan pakar benar-benar memenuhi supaya akta ini berkesan.

Yang kedua iaitu tentang kemudahan infrastruktur yang disediakan terutama yang menuju kepada stesen kuarantin yang kita dapati kalau di pintu masuk Rantau Panjang yang setiap hari saya melihat berpuluh lori bawa lembu dan sebagainya sedangkan jalan itu adalah sempit. Ini berbahaya kepada orang ramai. Jadi sejauh mana keprihatinan pihak kementerian untuk memastikan infrastruktur yang selesa terutama dari sudut yang melibatkan stesen kuarantin ini dan juga yang tidak merugikan orang ramai dari sudut keselamatan. Yang seterusnya iaitu yang berkaitan dengan...

final • 12:59 PM

imbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, masa tidak ada, Yang Berhormat. Jam kita sudah pukul satu.

final • 12:59 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Okey, setakat itulah. Terima kasih.

final • 12:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Hendak sambung tengah hari, Yang Berhormat?

final • 12:59 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Sudah tidak sambung sebab saya ada tugas.

final • 12:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sambung tengah hari?

final • 12:59 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Tidak. Tidak sambung. Saya ada tugas.

final • 12:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah tamatlah itu?

final • 12:59 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Sudah. Okey.

final • 12:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Cakaplah 15 second lagi, Yang Berhormat.

final • 12:59 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Ya kah? Okey, yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua iaitu saya ingin mengharapkan iaitu penguatkuasaan di mana kita tidak mahu berlakunya rasuah sebab penelitian yang kita dapati sempena saya buat tinjauan kepada pembawa-pembawa makanan, sayuran dan sebagainya ini, mereka mengatakan yang mereka terpaksa, ada yang terpaksa membayar sampai RM1,500 sebulan kepada pihak penguat kuasa. Jadi saya tidak mahu perkara ini berlaku dan sekiranya kita ingin melihat akta ini berkesan. Saya mengharapkan kementerian memastikan tidak adanya rasuah dan penyalahgunaan kuasa supaya benar-benar ia memberi keselamatan kepada negara. Terima kasih.

final • 12:59 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

[Bangun]

final • 12:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Kapit, tidak ada masa lagi, Yang Berhormat. Jadi saya sebut nama yang tengah hari nanti, pukul 2.30 petanglah Yang Berhormat ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi persidangan pagi telah tamat dan ditangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

final • 12:59 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Jemput Yang Berhormat Kapit.

final • 12:59 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak menyentuh sedikit perkara sahaja berkenaan dengan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang menyokong rang undang-undang ini. Akan tetapi, ada beberapa perkara yang jelas tidak atau belum memuaskan pihak Kerajaan Negeri Sarawak dengan rang undang-undang ini. Saya telah difahamkan ada banyak yang ada kaitan dengan undang-undang ini dengan juga undang-undang yang ada di negeri Sarawak yang berkenaan dengan perkara-perkara bio diversiti, tanah, hidupan liar dan juga hutan di negeri Sarawak. Saya mohon penjelasan sejauh manakah perbincangan atau rundingan telah dibuat antara Kementerian Pertanian ini dengan pihak negeri Sarawak. Ini kerana daripada maklumat yang telah saya dapat tahu, pihak negeri Sarawak merasakan belum puas dengan perkara-perkara yang terkandung dalam rang undang-undang ini.

Seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, masih banyak lagi undang-undang peringkat negeri Sarawak yang ada kaitan dengan rang undang-undang ini.

Saya juga – pihak negeri Sarawak ini belum bersedia untuk membuat pindaan dengan undang-undang yang ada kaitan seperti yang saya sebut tadi. Jadi saya mohon penjelasan. Sekiranya Sarawak belum lagi ingin mengguna pakai undang-undang ini selepas diluluskan dalam Dewan ini, ada apa bagi negeri Sarawak dalam undang-undang ini nanti untuk melepaskan diri daripada terpaksa mengguna pakaikan undang-undang ini?

Ada atau tidak klausa-klausa dalam undang-undang ini bagi memberi pengecualian atau masa yang lebih panjang untuk negeri Sarawak mengguna pakai? Ini kerana sudah jelas pihak negeri Sarawak merasakan belum bersedia untuk mengguna pakai seluruhnya rang

final • 2:32 PM

Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit

undang-undang ini seperti mana juga yang telah disentuh oleh rakan-rakan saya dari Sarawak iaitu Yang Berhormat Batang Sadong dan juga point-point yang sama juga yang telah disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah yang ada menyentuh lebih kurang sama oleh kerana autonomi di Sabah dan Sarawak.

Ini bukan bermakna kita tidak mahu bersama. Kita memang mengalu-alukan standardization. Kita memang menyokong sebagaimana kita menyokong 1Malaysia ini.

Kita hendak seragamkan, akan tetapi memang ada – lebih-lebih lagi berkenaan dengan kuarantin ini, sebab kita ini dari segi fizikal aspek negara kita ini pun kita berpisah. Tanah Besar dan pulau Borneo Sarawak dan Sabah. Dengan yang sedia ada, kita nampaknya berjaya juga menangani masalah kalau ada merebak penyakit-penyakit atau yang berkaitan dengan kita hendak menjaga – ada penyakit-penyakit yang mungkin ada di Semenanjung tidak ada di Sabah dan Sarawak dan juga sebaliknya.

Jadi pada pandangan kami, mengapa tidak kita melihat ini sebagai satu kekuatan kita? Kita bahagikan, supaya kalau ada yang melanda kita, mungkin tidak seluruh negara kita sekali gus kena masalah yang berkaitan dengan kuarantin ini. Jadi yang satu saya hendak penjelasan juga, kalaulah sesuatu itu masuk di mana-mana tempat masuk, diluluskan masuk ke negara kita Malaysia dan tidak ada lagi halangan untuk dia masuk juga ke Sabah atau Sarawak, akan tetapi nanti kalau ada yang terjadi misal katanya penyakit daripada haiwan atau flora fauna terjadi juga masalah penyakit ini di Sarawak, siapa yang bertanggungjawab di sana? Bukankah pihak di Kerajaan Negeri Sarawak juga yang bertanggungjawab?

Jadi ini adalah sesuatu yang ditanya bagaimana dengan rang undang-undang ini kalau kita guna pada keseluruhannya yang mungkin ada kelemahan seperti mana yang saya sebut tadi, ini adalah satu-satunya di mana kita boleh membahagikan kita. Bukan bermakna kita tidak mahu bersama sebagai satu negara Malaysia, akan tetapi secara geografinya, secara natural, kita dipisahkan dan itu mungkin menjadi sesuatu yang baik pada kita. It is a natural persempadanan. Jadi, itulah sedikit pandangan saya Tuan Yang di- Pertua. Sekian, terima kasih.

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bakri.

final • 2:32 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010...Pada sesi pagi tadi, Yang Berhormat Kubang Kerian telah menyentuh mengenai penyakit tanaman yang berlaku di ladang koko pada tahun 1980-an dan sehingga kini masih tidak mengetahui puncanya.

Selain itu, Yang Berhormat Jasin pun ada membangkitkan isu penyakit yang berlaku di atas buah pisang dan sampai sekarang perkara ini tidak boleh diselesaikan. Penyakit tanaman yang berlaku di ladang kelapa sawit di Daerah Muar turut tidak diketahui puncanya sehingga sekarang dan Pejabat Pertanian masih tidak dapat mengesan punca berlakunya penyakit tersebut. Isu lalat yang berlaku di Cameron Highlands juga berpunca daripada bunga Tulip yang diimport dari Holland. Telur lalat yang dibawa oleh bunga Tulip telah menyebabkan pembiakan lalat secara meluas berlaku di Cameron Highlands.

final • 2:38 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Maka saya minta Menteri menyatakan apakah mekanisme yang sedia ada dan berapakah pakar-pakar yang kini dalam kementerian mampu mengatasi masalah penyebaran penyakit-penyakit dan bakteria ini.

Di samping itu, saya juga khuatir mengenai kecekapan penguatkuasaan kerajaan menghadapi isu kuarantin ini. Misalnya kesesakan lalu lintas di Tambak Johor baru-baru ini mengambil masa sehingga enam jam. Hal ini berlaku kerana sistem kastam yang tidak efektif. Bagaimanakah untuk memastikan sistem kuarantin yang efektif sekiranya pihak

final • 2:40 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

kastam masih tidak mampu menangani urusan keluar masuk individu-individu dari luar negara?

Satu polisi yang baru-baru ini diumumkan oleh kerajaan menangani 2 juta pendatang asing di dalam Projek 6P. Jika tidak boleh untuk mengawal kemasukan 2 juta pendatang asing tanpa izin, bagaimanakah hendak memastikan sistem kuarantin ini akan berjalan lancar? Seterusnya saya merujuk kepada fasal 11.

Bagi penangkapan tanpa waran telah menjadi satu trend pada masa sekarang sebagai satu tindakan untuk menjimatkan proses penangkapan. Waran tangkapan adalah satu proses yang mesti dikekalkan. Dalam fasal 11(3) juga menyatakan sesiapa yang melanggar seksyen ini akan dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 untuk kesalahan pertama adalah rendah. Sepatutnya denda ini dikenakan mengikut harga barangan yang diimport. Sekiranya berlaku kesalahan oleh pegawai penguat kuasa, apakah bentuk hukuman atau penalti yang akan dikenakan? Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 2:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga hendak terlibat bersama kerana baru-baru ini saya berada di luar negara dan dapat merasakan disebabkan oleh kelemahan sistem perkhidmatan kuarantin dan juga pemeriksaan beberapa buah negara di Eropah telah menyebabkan the outbreak of E-Coli yang telah menyebabkan pada hari ini tujuh jam yang lalu CNN telah melaporkan the death toll sudah cecah kepada 35 jiwa yang mana pada masa yang sama mereka telah mengesan bahawa 3,285 manusia telah dijangkiti oleh virus ini yang berpunca daripada sebuah wilayah di Jerman yang mengeluarkan timun dan juga terung-terung yang disyaki membawa kuman ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, di sana sebenarnya kita kembali kepada kuarantin ini.

Sistem kuarantin yang diadakan di negara-negara di Eropah ini boleh dikira sebagai antara yang tercanggih yang sepatutnya boleh mengesan bakteria ini ataupun virus-virus ini sebelum ia memasuki sebuah negara.

Bagaimana di negara kita? Kalau saya lihat kesedaran daripada penguat kuasa- penguat kuasa yang telah diberikan peranan bertanggungjawab untuk mengesan kemasukan bahan-bahan ini, barang-barang ini sama ada dalam bentuk pertanian, benih- benih, tumbuhan-tumbuhan dan juga barang-barang hasil daripada ternakan adalah begitu tidak meyakinkan hanya dengan pertanyaan mulut. Saya baru balik, dia kata, “Encik ada bawa barang-barang pertanian?” “Tak ada”. Dengan ikrar mulut kita menyatakan tidak ada dan kita dilepaskan begitu sahaja sedangkan di beberapa pintu masuk negara-negara maju, kita terpaksa discan dahulu barang-barang kita dan kalau mereka mengesyaki, mereka menggunakan berbagai-bagai bentuk kaedah mengesan sehingga menggunakan bukan sahaja teknologi bahkan haiwan-haiwan seperti anjing pengesan dan sebagainya untuk mengesan kemasukan bahan-bahan yang boleh menyebabkan berlakunya sesuatu outbreak yang boleh merosakkan sistem negara itu.

Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua, saya melihat sama ada pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk mengaturkan kerja-kerja pemeriksaan ini mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang cukup ataupun tidak dalam mengetahui akibat daripada kelemahan yang mungkin dianggap berpunca daripada “Oh, saya terlepas pandang”. Perkataan terlepas pandang ini tidak seharusnya berlaku di pintu-pintu masuk dan mereka ini juga seharusnya didedahkan dengan penggunaan-penggunaan teknologi yang lebih canggih. Umpamanya di Australia, di sebuah lapangan terbang di Perth umpamanya, kita tidak akan dibenarkan melepasi pintu masuk sehingga mereka mengambil sampel dan membuat kajian serta- merta yang boleh memberikan keputusan secara tepat tentang apakah bentuk bahan yang dibawa masuk.

Saya lihat di negara kita mungkin ada proses itu tetapi memerlukan satu masa yang agak panjang kerana ada kalanya pembawa-pembawa barangan ini perlu segera

final • 2:42 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

melepasi halangan-halangan di pintu-pintu masuk ini dan kita menampakkan ada kekecewaan di kalangan pembawa-pembawa barangan ini bukan kerana kecewa tidak dapat melepaskan barang yang dibawa masuk tetapi sikap pegawai-pegawai dan penguat kuasa yang seolah-olah meletakkan masa sebagai ”Kalau hendak, kena tunggu tiga jam” dan sebagainya. Jadi hendak tunggu tiga jam itu Tuan Yang di-Pertua adalah satu perkara yang tidak masuk akallah kepada pengunjung-pengunjung ataupun kepada mereka yang nak masuk ke negara ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya kalau pihak kementerian boleh melihat kaedah pemeriksaan ini dengan cara yang begitu terperinci menampakkan ada satu sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan meyakinkan kepada pengunjung- pengunjung yang mempunyai minat membawa bahan-bahan ini masuk ke negara kita.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya pernah berurusan dengan kemasukan haiwan ke negara yang mempamerkan ada satu sistem penyerahan kuasa yang amat longgar dan dikhuatiri berlaku ketirisan umpamanya pemilik-pemilik haiwan ini dibenarkan berurusan dengan pihak ketiga apabila ingin melepaskan haiwan-haiwan daripada di kuarantin di kandang-kandang yang disediakan di kawasan lapangan terbang.

Urusan ini telah menimbulkan banyak pihak merasa curiga tentang integriti proses tersebut di mana sebagai contoh sewaan kandang yang diletakkan di sana, harga makanan, harga minuman, harga ubat kepada haiwan-haiwan tersebut tidak mempunyai satu piawaian yang boleh menggembirakan pihak pelanggan. Kita terpaksa ada tawar menawar dan proses tawar menawar ini akan mengundang ketidakcekapan sistem dan akan mengundang pelbagai prasangka yang boleh menyebabkan tanggapan kepada integriti proses tersebut menurun oleh pihak yang berurusan.

Jadi saya pohon kepada pihak kementerian supaya menyediakan satu proses yang kalau boleh diiktiraf oleh mana-mana badan antarabangsa supaya tidak ada ruang atau peluang untuk berlaku ketirisan di dalam mengenakan caj-caj yang kadangkala kita tak dapat menjangka.

final • 2:42 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Sebagai contoh, kalau kita menyimpan haiwan seperti kuda, lembu dan sebagainya. Saya isytihar kepentingan Tuan Yang di-Pertua, saya Presiden Ekuestrian Kelab Melaka dan pernah membawa masuk kuda ke negara dan terpaksa membayar caj yang begitu tinggi. Ini kerana kelebihan masa kuda itu dikurung di pusat kuarantin ini dan saya tidak mempunyai ruang untuk menyemak dari garis panduan manakah caj ini dikenakan. Akhirnya, apabila kita menggunakan pihak ketiga, mereka mempunyai kaedah mereka tersendiri untuk tawar menawar mengurangkan harga caj sewaan, makanan, ubat, minuman kepada haiwan-haiwan tersebut.

Jadi, saya pohon Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian untuk melihat perkara- perkara ini walaupun ianya mungkin dianggap kecil. Akan tetapi implikasinya agak besar jika ia berlaku kepada rakan-rakan kita daripada negara lain yang ingin berurusan dalam urusan kuarantin dan juga pemeriksaan di peringkat pintu masuk ini.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkaitan dengan negeri Melaka Bandar Raya Warisan Dunia. Apakah peranan pihak kementerian di dalam memastikan pintu masuk utama Melaka di muara Sungai Melaka? Hari ini telah mula memberikan semangat Venice of the East nya, Venice Timurnya dengan kehadiran, adanya Hotel Casa Del Rio. Sungai yang menerima pengunjung teramai di negara kita. Saya tahu pihak kementerian menunggu sempurnanya sebuah pusat CIQ iaitu Kastam, Imigresen dan Kuarantin yang paling canggih di negara kita.

Akan tetapi dalam suasana kerajaan negeri yang begitu bersemangat untuk membawa, menunjuk, mempamerkan suatu yang terbaik dalam konteks perkhidmatan fizikal dan juga perkhidmatan kepada pengunjung-pengunjung. Kita tidak nampak bilakah tarikh sasaran bagi sempurnanya pusat ini. Saya percaya pihak Kementerian Pertanian ini boleh memainkan peranan di dalam menggesa pihak pemaju untuk menyegerakan pusat ini. Supaya Melaka akan terkenal dengan pusat-pusat perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tawau.

final • 2:50 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010.

Saya ingin minta penjelasan Kementerian Pertanian berkaitan isu kandungan rang undang-undang ini. Pertama, mengapa dermaga atau Tawau Wharf atau Jeti Tawau atau Tawau Batu bukan tempat masuk rasmi melalui laut seperti mana ternyata di dalam seksyen 3, jadual 1. Manakala di bandar-bandar jiran seperti Sandakan dan Lahad Datu, dermaga-dermaga Pihak Berkuasa Pelabuhan Sabah atau Sabah Port Authority dianggap sebagai tempat masuk rasmi.

Tawau berkongsi sempadan sama ada ke Pulau Sebatik dengan Indonesia dan Tawau telah menjalankan perdagangan barter trade dengan bandar-bandar Nunukan dan Tarakan, Indonesia selama lebih lama daripada 100 tahun. Perdagangan tradisi meliputi ikan, buah-buahan, anak-anak pokok, tumbuhan, sayur-sayuran yang memasuki Tawau melalui Jeti Tawau atau Tawau Batu. Apakah rasionalnya anak-anak pokok, buah-buahan dan sebagainya dari bandar-bandar sempadan Indonesia tidak perlu kuarantin? Akan tetapi suntingan bunga-bunga segar, anak-anak pokok daripada Semenanjung Malaysia ke Sabah adalah tertakluk kepada kawalan kuarantin yang tegas. Bukankah risiko pencemaran atau jangkitan penyakit dari negara asing lebih tinggi daripada negara kita sendiri iaitu dari Semenanjung Malaysia?

Kedua, Pusat Mini CIQ atau Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Jeti Tawau dijangka akan siap dibina pada pertengahan tahun hadapan. Adalah ia bermaksud kesemua tumbuhan haiwan, kaktus, ikan, hasil pertanian, tanah atau mikro organisma dari feri-feri bandar-bandar berjiranan di Indonesia tidak tertakluk kepada kawalan kuarantin sebab ia tidak ternyata di dalam jadual pertama.

Ketiga, adakah penyakit-penyakit tanaman pertanian, tumbuhan atau pokok-pokok buah-buahan biasa berlaku di Semenanjung Malaysia berbanding Sabah atau Sarawak?

Adakah kementerian mempunyai sebarang pelan untuk mengumumkan garis-garis panduan kuarantin di antara Semenanjung Malaysia dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak? Padahal negeri-negeri ini sebenarnya sebahagian negara yang sama. Adakah denda dalam negara sama atau berbeza daripada denda untuk import atau export ke luar negeri?

Keempat, oleh kerana Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri utama dalam pertanian dan perikanan? Adakah Lembaga Director General akan meliputi pegawai- pegawai dari negeri Sabah dan Sarawak?

Kelima, mengapakah dalam pertanian udang dan hasil laut selain ikan, rumpai laut tidak termasuk dalam proses prosedur kawalan kuarantin kerana mereka juga punca utama pendapatan sebilangan bandar utama seperti Semporna, Tawau dan bandar-bandar yang lain. Bagaimanakah kementerian akan memastikan bahawa rumpai laut yang berpenyakit tidak diguna sebagai bahan tanaman dan tidak dihantar dari Semenanjung ke Sabah atau sebaliknya? Oleh kerana Jadual Pertama tidak meliputi Pelabuhan Tawau atau Jeti Tawau atau Batu Tawau sebagai tempat masuk rasmi melalui laut. Ingin saya mencadangkan di sini bahawa pindaan dibuat sebelum rang undang-undang diselesaikan dan diluluskan.

Keenam, memandangkan berlakunya E Coli yang membawa maut baru-baru ini di Germany yang membunuh 35 orang dan telah menyebabkan 3,100 orang sakit di antara 759 orang mengalami complication atau komplikasi serius. Ini boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang walaupun kecambah atau bean sprouts Germany telah dikenal pasti sebagai punca penyakit itu. Akan tetapi sebab pencemaran masih tidak diketahui langsung. Pihak Germany telah memutuskan punca air, biji-bijian atau seeds atau haiwan berdekatan. Saya ingin mengetahui apakah langkah-langkah positif atau proaktif yang diambil oleh kerajaan untuk mengelakkan makanan atau biji-bijian atau seeds atau anak- anak pokok yang diimport daripada dicemarkan? Mengapakah E.Coli boleh menjadi begitu

final • 2:53 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

merbahaya sehingga membawa maut sekarang? Dengan bahan tambahan atau DEHP iaitu plastic additives yang digunakan untuk makanan dan minuman.

Bagaimanakah kerajaan berusaha untuk memastikan bahawa semua makanan import adalah selamat untuk negara kita? Adakah sebarang denda dikenakan kepada pembekal yang bersalah dari luar negeri. Dengan itu sekian, terima kasih.

final • 2:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rembau.

final • 2:53 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya membahaskan rang undang-undang ini saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, kepada pihak kementerian atas Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Saya nampak pendekatan rang undang-undang ini berkait dengan meningkatkan produk pertanian, eksport dan juga kerancakan ekonomi pertanian sama ada hidup segar ataupun diproses serta produk industri asas tani yang juga selaras dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan untuk kita mengunjurkan sektor pertanian, menyumbang sebanyak 6.6 peratus daripada KDNK pada tahun 2015.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama terdapat beberapa perkara yang saya ingin sentuh. Secara khususnya yang pertama berkaitan dengan risiko wabak jangkitan yang telah dibangkitkan oleh beberapa rakan Ahli Yang Berhormat yang perlu saya rasa diberi tumpuan khusus kerana ini adalah satu kebimbangan, kerisauan dan masalah yang dihadapi oleh pengguna dan juga rakyat Malaysia iaitu bahan makanan yang membawa risiko wabak jangkitan yang bukan sahaja boleh berbahaya kepada manusia tetapi juga kepada binatang ternakan serta tanam-tanaman yang mana boleh menimbulkan bencana kemanusiaan seterusnya serta kerugian besar di sektor pertanian.

Sebagai contoh, seperti mana yang disebut awal tadi, wabak bakteria E.Coli yang melanda Eropah secara khususnya negara Jerman telah meragut 35 nyawa dan lebih daripada 3,000 orang sakit sejak ia mula merebak pada bulan lalu. Ini adalah contoh yang paling nyata, yang paling terkini sekali mengenai betapa bahayanya wabak itu kalau tidak dapat dibendung dengan cepat.

Selain E.Coli ada penyakit dan perosak yang berbahaya sekiranya masuk dan bertapak di negara ini yang menjejaskan industri pertanian. Contohnya adalah penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (South American Leaf Blight) pada tanaman getah yang terdapat di kawasan Amerika Tropika yang menyebabkan sehingga sekarang tanaman getah di rantau tersebut tidak dapat dimajukan. Begitu juga penyakit Layu Fusarium yang menjangkiti tanaman kelapa sawit di Afrika Tengah juga merupakan sebagai faktor penghalang utama kepada kemajuan tanaman kelapa sawit di rantau berkenaan. Wabak ini walaupun masih lagi tidak dikesan di kawasan ataupun rantau ini, ia merupakan satu wabak risiko tinggi dan bahaya kepada industri-industri perladangan kita di Malaysia.

Namun demikian kita juga tidak terlepas dari senario seperti ini baik kepada tanaman, haiwan mahupun manusia.

Di antaranya, contoh ini berlaku di Malaysia. Pada tahun 2006 dan 2007 Semenanjung Malaysia telah mengalami serangan penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza atau dikenali sebagai penyakit selesema burung, terdapat industri ternakan ayam.

Penyakit Swine flu atau pun selesema babi yang melanda negara pada tahun 2009 telah menyebabkan ancaman wabak selesema babi. Sehingga Ogos 2009 seramai 32 orang disahkan meninggal di Malaysia akibat selesema ini dan menyebabkan industri ternakan di Negeri Sembilan, Melaka dan lain-lain terjejas teruk.

Siput Gondang Emas yang berasal dari Amerika Selatan yang menyerang tanaman padi sudah merebak di kawasan jelapang padi negara dan ia sukar dikawal.

Penyakit mati rosot pada tanaman betik disebabkan oleh bakteria Erwinia Papaya telah

final • 3:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

menyebabkan industri ini terjejas. Penyakit yang boleh memusnahkan 100 peratus keluasan tanaman ini mula dikesan di Johor pada tahun 2003 dan kemudiannya merebak di kawasan penanaman betik di negeri-negeri lain seperti Perak, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan juga Pahang. Oleh yang demikian saya berpendapat bahawa rang undang-undang ini amat diperlukan.

Kalau kita lihat dari segi sejarah, dari segi betapa cepatnya penyakit dan wabak itu boleh merebak dan sejarah track record yang ada pada negara kita ini untuk kita perkasa serta kemaskan lagi usaha kerajaan dalam memastikan industri pertanian negara bebas daripada perosak, penyakit dan bahan ataupun wabak yang mencemarkan tanaman kita.

Tuan Yang di-Pertua, itu tidak termasuk produk-produk makanan yang dijual kepada pengguna. Perkara ini telah dibangkitkan pada baru-baru ini dalam kes. Contohnya Yang Berhormat Menteri Kesihatan membangkitkan beberapa produk yang telah ditarik ataupun diambil daripada kedai-kedai. Diberhentikan produk-produk ini dijual kepada pengguna khususnya mi segera yang mengandungi bahan karsinogenik yang terlalu tinggi yang boleh mengakibatkan ataupun yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kita termasuk penyakit barah dan sebagainya.

Jadi, kerisauan saya seperti mana yang dibangkitkan oleh rakan-rakan tadi bagaimana dengan usaha untuk kita lulus Rang Undang-undang MAQIS ini, untuk kita streamline, untuk kita memudahkan dan memperkasakan lagi perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan. Bagaimana usaha ini dapat kita pastikan bahawa keselamatan bukan hanya ternakan, bukan hanya wabak tanaman tetapi juga dari segi produk itu dapat kita buat dengan lebih berkesan lagi. Ini sebab kalau Yang Berhormat Menteri Kesihatan memaklumkan kepada orang awam bahawa produk-produk tertentu contohnya mi segera daripada Korea terpaksa ditarik daripada kedai-kedai oleh sebab didapati ada carcinogenic content ataupun kandungan karsinogenik yang terlalu tinggi, maka saya rasa dengan izin, damage is done. Sudah terlalu lewat sebab sudah ramai yang sudah makan mi segera tersebut termasuk saya juga pernah makan mi segera tersebut.

Kedua yang ingin saya bangkitkan dalam perbahasan ini adalah mengenai daging lembu. Saya rasa perkara ini berkaitan rapat dengan isu kuarantin dan pemeriksaan. Pada masa sekarang, permintaan atau demand, dengan izin bagi daging lembu di Malaysia adalah dalam lingkungan 1,500 tan setahun dan dengan penambahan kepada pendapatan, gaya hidup dan diet kita, dijangka jumlah ini akan meningkat kepada 2,000 tan setahun pada tahun 2020. Namun demikian tahap sara diri iaitu self-sufficiency, dengan izin, bagi daging lembu di Malaysia cuma 27 peratus sahaja. Bagi menampung keperluan permintaan daripada rakyat Malaysia yang suka makan daging lembu, kita mengimport daging dari luar negara seperti daripada India yang mewakili 80 peratus daripada import daging lembu dan juga daripada negara-negara lain seperti Australia, New Zealand, Brazil, Uruguay dan juga Argentina.

Terdapat dua isu yang saya hendak bangkitkan di sini. Isu sampingan tetapi saya rasa isu yang berkaitan dengan rang undang-undang ini ialah yang pertamanya adalah dari segi kualiti daging yang diimport. Ini kerana sungguhpun kerajaan telah menjawab soal isu daging pada tahun lalu dengan menyatakan bahawa daging daripada India ini iaitu daging lembu ini sebenarnya bukan daging lembu, ia daging kerbau. Kerajaan sudah jawab dengan menyatakan bahawa daging kerbau daripada India bukanlah daging kelas tiga.

Namun demikian, saya hendak bertanya tentang persoalan ‘kerbau pencen’.

Ini adalah kerana di India tidak ada banyak ataupun tidak ada langsung pusat penternakan khusus untuk kerbau dan kerbau yang dihantar ke rumah penyembelihan adalah rata-rata daripada ‘kerbau pencen’ daripada pengeluaran susu atau kerja di ladang.

Ia bukan diternak untuk tujuan ternakan, dengan izin, not for the sole purpose of breeding tetapi ‘kerbau pencen’ daripada penyusuan ataupun kerja di ladang dan selepas itu dihantar untuk disembelih. Jadi inilah daging yang merupakan 80 peratus daripada import daging lembu yang kita bawa ke dalam Malaysia ini bukan sebenarnya daging lembu tetapi sebenarnya daging ‘kerbau pencen’ daripada India. Di samping itu India masih lagi belum bebas daripada penyakit kuku dan mulut atau Foot-and-Mouth Disease (FMD).

final • 3:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Oleh sebab itulah Indonesia contohnya telah memberhentikan pengimportan daging kerbau dari India. Pada masa yang sama, Malaysia juga belum terlepas daripada senarai negara-negara Foot-and-Mouth Disease (FMD) sungguhpun kita sedang berusaha ke arah itu menjelang tahun 2015.

Saya mengakui bahawa daging import dari India memang price competitive.

Mungkin sebab itu kita banyak keluarkan permit untuk diimport daging kerbau pencen ini dari India berbanding negara-negara lain. Namun pada masa yang sama, kualiti nutrition juga rendah di samping risiko Foot-and-Mouth Disease (FMD). Inilah sebab negara seperti Indonesia pun telah menghentikan import daging kerbau pencen ini daripada India.

Apa yang saya hendak tekankan di sini adalah tentang usaha kita untuk menangani perkara ini. Dari segi jangka masa terdekat di samping penguatkuasaan dan pemantauan di entry points, tempat-tempat yang masuk seperti mana yang telah digariskan dalam Rang Undang-undang MAQIS ini. Saya juga berharap kerajaan dapat mempertingkatkan pemantauan di pusat-pusat penyembelihan di India, di source atau dari puncanya bagi memastikan bahawa penyembelihan dilakukan mengikut landasan syariat dan tiada seperti mana laporan People for the Ethical Treatment of Animals di mana terdapat binatang yang didera dan lebih jauh lagi adalah persekitaran yang tidak mengikuti taraf hygiene yang tinggi.

Kedua adalah tentang strategi kita bagi mengatasi keperluan daging lembu. Jika kita lihat kepada pendekatan sekarang salah satu usaha yang dikenal pasti oleh kerajaan adalah untuk meningkatkan sara diri kepada 40 peratus daripada 27 peratus adalah dengan pendekatan feedlot seperti mana yang ada di Gemas di mana lembu-lembu diimport daripada luar negara dan diberi makanan agar mereka membesar dan seterusnya disembelih dan diproses.

Pendekatan ini adalah bersifat incremental, lambat di samping memerlukan penyelenggaraan dan juga pusat kuarantin di entry points juga di kawasan yang agak luas.

Jadi dalam kita membincangkan Rang Undang-undang MAQIS ini yang berkait rapat dengan security makanan, saya menyarankan agar kerajaan menubuhkan sebuah syarikat penimbal makanan negara yang khusus bagi daging sama ada daging lembu atau pun daging kerbau. Untuk itu saya cadangkan agar pihak kerajaan membeli daging lembu daripada negara-negara yang mempunyai industri lembu daging secara caucus, pembelian secara pukal, dan kontrak jangka panjang bukan sahaja dapat mengurangkan harga tetapi memastikan kita mempunyai stok yang cukup untuk keperluan negara.

Pada masa yang sama ia akan mengurangkan keperluan logistik bagi pusat kuarantin kerana stok yang sampai bukan binatang hidup tetapi caucus bagi memastikan kesegeraan daging dan pulangan kepada kerajaan. Pusat tersebut boleh mengitar daging yang disimpan bagi tujuan pemprosesan dan keperluan tempatan serta komersial. Pada masa yang sama stok yang diguna pakai untuk tujuan sebentar tadi, akan diganti semula bagi memastikan adanya stok penimbal, strategik stok beku bagi keperluan negara di samping menjana industri pemprosesan daging. Dengan cara ini, saya percaya ia akan melonjakkan stok daging dan meninggikan kualiti nutrisi daging untuk rakyat tempatan dan mengurangkan kebergantungan kita kepada daging kerbau pencen dari India.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dari aspek keperluan dan kelancaran operasi.

Rang Undang-undang MAQIS ini akan beroperasi di 53 pusat pemeriksaan di pintu masuk negara, entry points dan 7 stesen kuarantin binatang. Secara ringkasnya selaras dengan peningkatan import eksport makanan dan hasrat kita menjadi hab makanan halal, saya hendak tanya apakah kerajaan bercadang meningkatkan lagi jumlah stesen-stesen kuarantin binatang yang ada daripada 7 yang digariskan di dalam rang undang-undang ini?

Seterusnya dari segi penguatkuasaan, difahamkan MAQIS akan berkuat kuasa sepenuhnya sebagai permulaan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula MAQIS hanya beroperasi di kedua-dua negeri berkenaan. Ianya hanya melibatkan fungsi pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu di bawah Akta LKIM, Akta FAMA, dan Akta Makanan kerana akta-akta berkenaan telah pun berkuat kuasa di negeri-negeri tersebut.

final • 3:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Jadi, saya hendak tanya bilakah MAQIS akan beroperasi sepenuhnya di Sabah dan Sarawak bagi kesinambungan operasi dan pemantauan untuk diselaraskan? Ia untuk kebaikan dan bukan soal kedaulatan Ini untuk kebaikan. Selain itu pewartaan Rang Undang-undang MAQIS ini apabila diluluskan oleh Parlimen kelak, ia akan menimbulkan beberapa implikasi perundangan dari segi pertindihan kuasa terhadap beberapa akta sedia ada iaitu Akta Kuarantin Tumbuhan, Akta Perikanan, Akta Binatang, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, dan Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

Sehubungan dengan itu satu pindaan berbangkit terhadap akta-akta adalah diperlukan bagi memastikan MAQIS dapat beroperasi dengan efisien dan efektif terutama sekali dengan wawasan Yang Berhormat Menteri untuk memastikan bahawa tujuan dan juga pelaksanaan kuarantin dan pemeriksaan ini jadi lebih licin lagi.

Jadi, saya hendak tanya, bilakah proses itu akan dilaksanakan untuk memastikan bahawa penindihan dari segi akta-akta dan undang-undang ini tidak terus berlaku. Itulah sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih. Saya menyokong.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 3:10 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang turut mengizinkan saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010. Kita bersetuju ke arah untuk mengemas kini dan untuk memastikan supaya wujud satu undang-undang yang lebih menyeluruh. Akan tetapi ada beberapa persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini berkaitan dengan isu pengeluaran permit AP di bawah akta ini sendiri pun disebut.

Isunya ialah sejauh mana kawalan atau pun syarat pengeluaran permit? Ini kerana maksud saya itu ialah permit ataupun lesen itu bukan kepada individu-individu untuk membawa barang-barang yang sedikit tetapi secara komersial yang syarikat-syarikat yang diberikan AP untuk membawa masuk sayur umpamanya. Sayur daripada Indonesia, Thailand, dan sebagainya. Ini kerana kemasukan-kemasukan sayur ini dibimbangi bahawa akan membawa wabak-wabak seperti mana yang disebutkan oleh rakan saya Yang Berhormat Rembau sebentar tadi iaitu wabak yang berlegar di Jerman iaitu E.Coli yang wujud ataupun lahir daripada tumbuhan tauge di Jerman.

Jadi bermakna bahawa ia melalui sejenis sayuran dan di sini juga ada perkara yang perlu dilihat oleh pihak kerajaan dari segi kemasukan sayur. Saya tidak tahu bagaimana sebab kalau hendak kuarantin dan simpan sayur itu problem pula kepada persoalan keperluan dalam negara kita. Ini kerana hendaklah sediakan peti sejuk dan sebagainya. Ini perlu dilihat supaya untuk mencari satu kaedah untuk memastikan bahawa sayur yang masuk ke dalam negara kita ini adalah sayur yang selamat daripada sebarang wabak dan juga dari sudut bahan-bahan kimia yang kita pun tidak tahu apa kesan buruk yang boleh berlaku kepada kehidupan masyarakat kita selepas ini, Yang Berhormat Menteri mengantuk kah sebab nampak duduk pejam dari tadi? Maklumlah petang-petang begini kalau kena kopi ‘O’ baru syok... [Ketawa] Baik, itu bagi dia terkejut sedikit baru segar sedikit bukan. Saya pun mengantuk, maklumlah petang-petang. Jadi ini satu perkara yang serius. Oleh sebab itu saya hendak minta setakat ini kerana memang sudah dikeluarkan lesen ataupun AP. Berapa banyakkah AP yang dikeluarkan khususnya kepada syarikat-syarikat yang hendak membawa masuk sayur ini? Oleh kerana undang-undang ini telah pun wujud sebelum ini iaitu undang-undang yang berkaitan dengan kuarantin dan sebagainya, apakah ada syarikat-syarikat yang telah diambil tindakan?

Ini kerana bagi saya bahawa apabila berlaku kemasukan sayur yang boleh membawa kepada wabak dan sebagainya, sudah tentu syarikat-syarikat yang diberikan permit itu perlu diambil tindakan. Jadi saya hendak tanya, berapakah jumlah AP yang telah dikeluarkan termasuk kepada AP untuk membawa kemasukan daging? Yang Berhormat

final • 3:16 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Rembau kata sebentar tadi kerbau pencen, lembu pencen, tidak kiralah apa pencen atau orang pencenkah. Jadi kita hendak tahu berapa banyak permit yang dikeluarkan?

Saya bimbang takut nanti bahawa pertama sekali ialah wujud dari sudut monopoli kepada hanya golongan-golongan tertentu untuk membawa masuk sepertimana wujudnya monopoli kepada BERNAS di bawah kementerian Yang Berhormat juga. Umpamanya beras. Bagi saya, saya tidak tahulah beras juga masuk dalam keluaran-keluaran pertanian iaitu beras yang dibawa masuk melalui permit ataupun AP pengimportan beras yang hanya diberikan kepada BERNAS. BERNAS hanya akan sambung balik untuk – saya tidak ingat 10 tahun lagi, 10 tahun atau berapa puluh tahun yang saya kira bahawa ini tidak memberikan sesuatu yang baik.

final • 3:16 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Harus dilihat juga keluaran perlu sama ada beras kepada BERNAS ataupun daging, sayur dan sebagainya ialah bagaimana orang yang mendapat AP itu memperoleh keuntungan yang besar sedangkan kita yang menjadi pengguna di dalam negara kita ini mendapat barangan yang pertama dari segi harga yang tidak begitu baik.

Keduanya, ialah dari sudut kualiti barangan. Saya tunjuk contoh ini bukan dalam bidang pertanian, AP kereta. AP kereta ini orang yang mendapat AP itu dia tidak payah bayar duit apa-apa yang saya tahulah dia tidak payah bayar duit apa-apa, AP kereta. Dalam negara kita ini setahun 15,000 AP kereta. AP yang terbuka bukan AP franchise. 15,000 satu tahun dan ada 90 lebih kalau tidak silap saya pemegang AP hanya 19 sahaja yang betul- betul ada showroom yang meniaga kereta yang lain semua tiada. Mereka ini AP mereka jual satu AP RM40,000. Saya hendak meniaga kereta saya kena ambil AP dia RM40,000 kemudian saya bawa kereta, bawa masuk kereta saya kena bayar cukai duti importnya ialah RM20,000. Ini contoh jenis-jenis kereta.

Jadi kerajaan tidak dapat apa-apa tetapi yang kayanya ialah pemegang-pemegang AP. Jadi saya tunjuk contoh bahawa kita tidak mahu nanti bahawa dalam isu-isu AP bawah Kementerian Pertanian ini. Maknanya macam BERNAS dia dapat duit cukup besar...

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Betul. Saya boleh bawa keluar fakta berkaitan dengan soal AP, AP kereta. Ini saya bawa contoh ya. Saya tidak sampai lagi nanti saya bahaslah dalam waktu bajet kah nanti. Maknanya AP kereta menunjukkan bahawa ramai maknanya kerajaan terlepas. Padahal kalau kita ke syarikat-syarikat yang betul-betul meniaga bumiputera yang betul-betul meniaga kereta dia hendak pergi ke MITI. Dia kata hendak bayar RM40,000 kepada MITI dia tidak bagi. MITI bagi kepada hak orang yang free percuma ini. Huh! Sungguh! Saya boleh tunjuk contoh dia pergi kepada AP saya bayar RM40,000. Saya hendak RM2,000 satu tahun. Ini tidak boleh bagi sebab apa. Sebab MITI kata kena bagi dekat kawan itu. Dia kena bayar RM40,000 kepada kawan itu. Tidak betul apa. Ini otak sewel pun payah...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kereta tidak masuk kuarantin.

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, ya. Tidak apa. Saya tunjuk contoh, Saya tunjuk contoh, saya tunjuk contoh. Ini kadang-kadang UMNO ini dia meroyan tidak tahan puja. Ini UMNO ini penyakit meroyan ini... [Ketawa] Itu yang kena kuarantin ini mereka ini juga pun...

final • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Batu Pahat ini kena kuarantin ini nampaknya. Saya ingat Yang Berhormat Kota Belud setuju kita kuarantin Yang Berhormat Batu Pahat ini... [Ketawa] Baik, saya balik sebab saya Yang Berhormat Menteri sekarang ini maknanya ini sekarang isu yang perlu dilihat bahawa kita tidak mahu nanti

final • 3:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

bahawa mereka yang dapat keuntungan yang besar bina kekayaan tetapi kita tidak dapat satu pada harga yang baik dan juga pada kualiti barangan yang dibawa masuk kepada kita ini. Jadi sebab itu bagi saya bahawa saya ingin dapat penjelasan tadi jumlah AP yang dikeluarkan untuk sayur, untuk daging dan sebagainya dan juga rasional apakah yang dikirakan oleh kerajaan untuk menyambung AP bagi mengimport beras satu-satunya kepada beras disambung semula untuk satu tempoh.

Saya difahamkan lebih daripada 10 tahun mungkin disambung semula sedangkan bagi saya sepatutnya kalau boleh diberikan AP lebih banyak bukan hanya di monopoli oleh BERNAS untuk memastikan harga yang lebih kompetitif yang kepentingan pada pihak pengguna dalam negara kita ini. Kemudian saya juga ingin mendapat penjelasan juga bagaimana kaedah untuk kita hendak check barangan-barangan hasil keluaran pertanian ini yang sudah ditinkan.

Jadi macam mana hendak pastikan bahawa benda yang ada dalam tin itu tidak mengandungi wabak ataupun apa-apa bahan yang boleh mengelak daripada berlaku keadaan yang tidak baik kepada kehidupan masyarakat kita.

Ini kerana kita banyak bawa masuk barang-barang termasuk barang-barang dalam tin dan begitu juga jeruk-jeruk yang masuk daripada negara China sekarang ini yang begitu banyak. Sejauh mana pemerhatian yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan supaya jeruk-jeruk yang masuk ini menjadi minat kepada masyarakat kita ini untuk makan ini selamat dimakan tanpa ada bahan-bahan dan jauh sekali dari wabak-wabak yang boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita semua. Jadi sebab-sebab itu saya minta bahawa ini merupakan perkara yang sangat penting iaitu fasal 11 dan juga fasal 14 ini yang berkaitan dengan soal permit dan juga berkaitan juga dengan penyakit yang mana mungkin boleh wujud daripada persoalan yang sedang kita bincangkan ini. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Labuan.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Labuan juga ingin turut serta membahaskan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010. Saya rasa perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan ini adalah tindakan yang bijak dan tepat oleh kerajaan pada hari ini untuk kerajaan Barisan Nasional. Apa yang kita lihat Tuan Yang di-Pertua adalah apakah kementerian telah pun terlebih dulu atau sebelum kelak menguatkuasakan undang-undang berkenaan menyediakan stesen-stesen kuarantin yang untuk MAQIS seperti, untuk kerana di Labuan juga termasuk dalam rang undang-undang ini di mana di Labuan ada dua pintu masuk untuk kuarantin ini iaitu pintu masuk melalui air iaitu dari Asian Supply Base dan Dermaga Labuan.

Satu lagi pintu masuk melalui udara iaitu Lapangan Terbang Labuan. Jadi stesen kuarantin MAQIS seperti di Jalan Patau-Patau contohnya di Labuan dengan kemudahan- kemudahan berkaitan bagi membolehkan kuarantin dalam satu-satu masa apakah tumbuhan atau binatang untuk ikan keluaran pertanian dan yang lain-lain dapat kita sediakan atau sudah mencukupi untuk kita menerima rang undang-undang ini.

Sebagaimana yang kita lihat contohnya setahun yang lalu apabila beberapa kontena yang diimport daripada luar yang didapati ayam tersebut adalah ayam yang tidak halal dan telah pun dikendalikan oleh pegawai jabatan veterinar pada saat itu.

Akan tetapi, yang kita lihat cara pengawalan dan cara kita mengendalikan kes tersebut seolah-olah macam melepaskan batuk di tangga sahaja yang mana apabila diketahui benda ini tidak halal dan hukumannya yang begitu ringan dikembalikan ke negara asal. Akan tetapi, pemantauan-pemantauan untuk mengembalikan barangan yang tidak halal tersebut tidak ada siapa yang tahu. Tidak ada yang buat laporan dan sebagainya. Jadi ini adalah satu seolah-olah kita tidak mempunyai sistem yang begitu kukuh yang wujud di Labuan. Saya mengharapkan sekiranya benda-benda yang sedemikian berlaku di Labuan sekurang-kurangnya kita mempunyai storage facility yang cukup bagus kerana satu hari nanti kalaulah kita menang okey, tidak ada masalah.

final • 3:28 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Apabila kita membuat tangkapan contohnya kalau untuk daging yang diimport kita membuat tangkapan, tiba-tiba sesudah kes mahkamah di laksanakan kita kalah. Sistem yang kita gunakan ataupun storage facility yang kita gunakan tidak cukup baik sehinggakan mungkin disebabkan oleh daging yang kita tangkap tadi didapati rosak dan sebagainya.

Apakah ini bukan satu beban kepada kerajaan untuk memberikan saman dan sebagainya.

Ini kerana hal-hal yang sedemikian harus kita fikirkan. Mungkin di Semenanjung mungkin mereka tidak ada masalah tetapi oleh kerana kita lihat di Labuan itu sendiri dengan kawasan yang kecil sedangkan Sabah dan Sarawak tidak menerima MAQIS yang baru ini sampai ke satu tahap yang satu hari nanti mungkin insya-Allahlah juga mungkin mereka terima. Akan tetapi, buat masa ini cuma Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja termaktub dalam rang undang-undang ini.

Jadi kami juga mengharapkan sekurang-kurangnya sebagai contoh bilik sejuk atau sealer dan freezer harus mempunyai capacities yang cukup kuat. Ini kerana untuk Sabah dan Sarawak saya rasa kalau Labuan yang termasuk inilah pintu masuk yang akan menjadi pintu laluan sistem kuarantin yang akan dilaksanakan oleh MAQIS nanti.

final • 3:28 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Kedua, apakah pegawai ataupun penguat kuasa MAQIS yang sedia ada atau yang bakal dilantik nanti memiliki kepakaran-kepakaran yang berkaitan bagi melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan seperti mengenal pasti sesuatu kesalahan sebelum melakukan penyitaan atau penahanan dan pengambilan sampel dan yang lain-lain? Juga, adakah stesen-stesen MAQIS yang ada di Labuan akan dilengkapi dengan pegawai pakar dan kemudahan-kemudahan makmal bagi menjalankan sebarang ujian terhadap sampel yang bakal diambil?

Saya rasa kalau kita tidak ada mempunyai pakar, tidak mempunyai makmal yang tertentu untuk Labuan, adakah kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan sebagainya untuk menangani masalah-masalah yang sekiranya ada pada masa akan datang? Jadi kita juga mengharapkan agar kementerian dapat melihat dalam status Labuan itu sendiri sebagai sebuah pulau yang kecil tetapi telah pun dimasukkan rang undang- undang ini dipanjangkan ke Labuan. Saya rasa kalaulah peralatan kelengkapan, pegawai yang tidak cukup pakar dalam hal ini, saya serahkan kepada kementerian untuk melihat kembali dalam hal ini. Jadi, saya juga mencadangkan agar kementerian mengingatkan usaha mewujudkan kesedaran atau creating awareness di kalangan pengusaha-pengusaha dan pemain industri berkenaan dan juga rakyat bagi mengelakkan kejahilan atau salah faham apabila akta ini dilaksanakan nanti.

Seterusnya mengenai import daging. Seperti mana rakan-rakan yang lain menyatakan tadi, sebahagian daripada daging yang diimport adalah daripada kerbau- kerbau pencen dari India. Jadi dalam hal ini kalau kita lihat, kalau Indonesia sendiri tidak menerima daging dari India ini disebabkan mungkin oleh dia punya spesifikasi yang tidak lengkap dan jikalau kita melihat Australia sendiri menolak import daging dari India yang disebabkan kualiti yang begitu rendah dan tidak mencapai tahap yang disyaratkan, apakah kita di Malaysia sanggup menerima ataupun mengimport daging daripada kerbau-kerbau pencen tadi untuk makanan orang-orang kita di Malaysia sendiri?

Jadi adakah disebabkan apabila kita mengimport daging tersebut, ini adalah to protect license holder yang mengimport daging-daging tersebut untuk kepentingan mereka sendiri? Saya rasa demi kepentingan rakyat, kita harus dahulukan kepentingan rakyat supaya rakyat juga harus memakan daging-daging yang sempurna. Juga, kalaulah negara- negara lain di sekitar kita tidak menerima dan mengiktiraf daging kerbau pencen dari India ini, saya rasa kita juga harus menolak daging tersebut...

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Labuan.

final • 3:30 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Ya.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Ini berkenaan dengan isu yang dibangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta penjelasan daripada sahabat saya Yang Berhormat Labuan oleh sebab mengetengahkan masalah daging ini. Pagi tadi

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

kita dengar perbahasan daripada Ahli Parlimen Keningau dan kita juga dengar daripada Yang Berhormat Batang Sadong soal apa yang undang-undang yang sedia wujud di negeri Sabah dan Sarawak ini dan termasuk juga saya rasa Labuan.

Jadi kita melihat apa yang diluahkan oleh kedua-dua Yang Berhormat ini soal Sabah dan Sarawak termasuk juga Labuan saya rasa, yang sebelum ini memang sudah wujud undang-undang di bawah negeri Sabah punya jabatan pertanian – yang kuarantin ini.

Jadi kita tahu pelaksanaan undang-undang yang sedang kita bentangkan ini akan dipanjangkan ke negeri Sabah dan Sarawak. Itu saya tidak pasti kerana Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak termasuk Labuan juga sudah ada undang-undangnya.

Akan tetapi kita tidak dapat melihat beberapa kes-kes yang sudah diheret ke mahkamah soal daging yang suatu ketika dahulu kita ada Foot-and-Mouth Disease termasuk di Labuan.

Kita juga ingin tanya melalui Yang Berhormat Labuan soal perbelanjaan Kerajaan Pusat apabila melaksanakan rang undang-undang ini nanti. Saya minta masukkan dalam ucapan Yang Berhormatlah.

final • 3:30 PM

Datuk Haji Yusof Haji Mahal - Labuan

Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat Putatan, kalau dikira, rang undang-undang ini cukup baik untuk seluruh negara.

Kita tidak seharusnya menolak rang undang-undang tersebut. Akan tetapi yang penting ialah preparation atau persiapan awal kita. Sebelum kita melaksanakan rang undang- undang, semua staf yang ada harus mempunyai betul-betul kemahiran dan kepakaran dan juga peralatan ataupun storage facilities kita. Sebelum kita melaksanakan, ia harus lengkap.

Jadi kalau semuanya ada, saya rasa tidak ada masalah untuk kita melaksanakan rang undang-undang tersebut. Akan tetapi apa yang saya nyatakan tadi di Labuan, cuma daripada Semenanjung di Sabah dan Sarawak cuma kita di Labuan sahaja yang dalam tahap pertama ini termasuk dalam rang undang-undang tersebut.

Bukan kita object tetapi sebenarnya untuk memperingatkan supaya peralatan yang ada di Labuan itu harus dipersiapkan sebaik mungkin supaya apa juga masalah yang akan datang akan dapat kita tangani dengan baik. Jadi itu lah tujuan saya sebenarnya. Jadi saya mengharapkan kepada kerajaan seperti mana yang saya nyatakan tadi, persiapan- persiapan yang lengkap harus kita sediakan sebelum kita melaksanakan rang undang- undang tersebut. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 3:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat rang undang-undang yang dicadangkan ini dengan jelas menggariskan bahawa akan wujud satu implikasi kewangan yang tidak dapat ditentukan berapakah jumlahnya buat masa ini.

Namun oleh sebab ia melibatkan beberapa akta yang lain untuk ditadbir bersama untuk tujuan akta ataupun Rang Undang-undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia ini, ada enam disebut akta sedia ada termasuklah akta yang telah diwujudkan semenjak tahun 1953 iaitu Akta Binatang. Saya berpendapat enam akta yang terdahulu ini nampak gaya kurang berkesan untuk tujuan memerhatikan atau mentadbir apa sahaja yang berkaitan dengan terutamanya makanan untuk rakyat Malaysia.

Apabila kita melihat bahawa jumlah pengimportan makanan keluaran pertanian dan juga makanan-makanan yang berkaitan dengan haiwan dan sebagainya berjumlah lebih daripada RM1 bilion seminggu, ini bermakna kita terdedah kepada assess yang begitu besar atas volume dan juga jumlah mata kewangannya untuk tujuan menguruskan atau mengendalikan apa sahaja yang sama ada dibawa masuk ataupun akan dikeluarkan daripada negara kita yang berasaskan daripada produk-produk yang berkaitan.

Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian yang mentadbir rang undang- undang atau akta ini, apakah persediaan untuk memperbaiki lompang-lompang atau

final • 3:36 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

kepincangan yang wujud? Kita tahu bahawa kebelakangan ini negara kita dikejutkan dan dipersoalkan dengan banyak perkara termasuklah ketidakcekapan ataupun kurangnya efisien kita menguruskan atau mengendalikan terutamanya yang berkaitan dengan pengimportan membawa masuk apa-apa barangan mahupun produk-produk terutamanya produk yang bersangkutan dengan hasil pertanian, perikanan dan juga bahan-bahan makanan.

Kita tengok masalah yang disuarakan dan diiktiraf sendiri sebagai contohnya di pusat-pusat kemasukan ataupun entry point kemasukan termasuk juga yang ditadbir oleh pihak Kastam Diraja Malaysia yang mengakui bahawa kebanyakan kemasukan-kemasukan ini hanyalah boleh dilihat atau disemak secara random. Kita dapati bahawa masalah kebocoran, masalah terlepas pandang atau sebagainya melibatkan banyak perkara termasuk juga sebahagian besarnya bersangkutan dengan pengimportan makanan dan barang-barang yang sepatutnya di kuarantin.

Pihak kastam memberitahu bahawa semakan berkala dibuat ke atas kontena dan bahan-bahan ini menyebabkan mereka terlepas pandang dan mereka sendiri mengakui banyak kali perkara ini dan akhirnya kita hanya merasa perlu ada satu langkah serta-merta apabila kita merasa kerugian itu ditanggung atas nilai kewangan barulah kita merasakan perlu diadakan atau disegerakan. Baru-baru ini pihak kastam, pihak Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri sendiri mengatakan kita mengalami kerugian besar akibat terlepas pandang atau ketidakcekapan menguruskan kemasukan ataupun pemeriksaan- pemeriksaan.

final • 3:36 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Bukan sahaja dari segi kesihatan ataupun bukan dari segi kualiti pemakanan tetapi juga dari segi ataupun aspek percukaian ataupun revenue, dengan izin, ataupun hasil itu sendiri. Ketidakcekapan ini saya nampak ada asasnya oleh kerana telah ada enam akta terdahulu dan kita perlukan satu akta yang baru untuk mentadbir secara keseluruhannya.

Kita barangkali kita hendak kata kementerian yang akan menguruskan rang undang-undang ini mahu berjanji bahawa dengan wujudnya akta yang baru ini maka dapat memperbaiki ataupun menyelesaikan sebahagian besar daripada masalah yang sedang kita hadapi sekarang.

Saya tidak dapat memberi persetujuan sepenuhnya kalau dikatakan bahawa RM1 bilion seminggu nilai pengimportan barang-barang makanan dan juga pertanian ke dalam negara kita ini adalah satu nilai yang kecil. Jadi ini satu denial syndrome yang cukup besar.

Sepatutnya kita tidak melihat perkara ini satu perkara yang agak remeh. Minat terhadap negara kita terutama tentang sumber makanan-makanan eksotik daripada outer di kalangan negara-negara jiran terutamanya atau di negara-negara di sekitar ASEAN amat tinggi.

Negara kita dilihat sebagai sumber untuk mendapatkan makanan-makanan sekurang- kurangnya yang agak bersifat eksotik seperti binatang-binatang yang dilindungi dan sebagainya. Tidak kurang juga negara kita atau rakyat negara kita juga berminat kepada sumber-sumber makanan yang begini rupa.

Saya ingin menumpukan kepada isu pencegahan ataupun isu untuk menangani aspek penyeludupan. Oleh kerana kuarantin ini berkaitan dengan untuk menangani perkara yang terlepas pandang selama ini. Barang-barang ataupun produk-produk ini masuk ke dalam negara ataupun juga keluar ke dalam negara kita dalam keadaan yang cukup bebas.

Perkara yang orang kata menjadi pertikaian sekarang, sekiranya ada kuarantin dan aspek menangani penyeludupan ini mana mungkin perkara ini orang kata menjadi pertikaian yang begitu hangat sekarang.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Indera Mahkota minta pandangan sikit Indera Mahkota. Oleh sebab Yang Berhormat Indera Mahkota sebut soal kuarantin di sempadan tadi dengan pihak Kastam, saya difahamkan apabila mana-mana pihak yang menahan satu kontena bahan makanan ini untuk membuka kontena tersebut syarikat yang mengimport tersebut mesti ada bersama dengan penguat kuasa yang membuka bahan kontena tersebut. Ini kerana sekiranya berlaku kerosakan pihak pengimport itu akan caj atas pihak penguasa.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Jadi di sini merumitkan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Jadi adakah Yang Berhormat Indera Mahkota mempunyai pandangan macam mana hendak mengatasi masalah ini. Ini kerana kerenah birokrasi ini tetap akan berlaku kerana untuk dilaksanakan penguatkuasaan ini akan melibatkan undang-undang. Akan tetapi untuk membuka ini kita memerlukan pihak syarikat pengimport bahan tersebut untuk bersama- sama. Kadang-kadang inilah yang dikatakan berlaku di pintu masuk, rasuah dan ketidaktelusan dan inilah seperti mana yang kita harapkan rang undang-undang ini boleh mengatasi. Adakah rang undang-undang ini pada pandangan Yang Berhormat Indera Mahkota boleh mengatasi isu ini, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.

Sepatutnya memang tepat sekali cadangan ataupun mengemukakan kepada Dewan hari ini akta yang ketujuh daripada enam yang telah pun ada yang berkaitan dengan perkara yang sama sepatutnya dapat menutup ataupun menyelesaikan masalah tadi.

Saya rasa setebal 50 halaman, 60 halaman tidak ada perkara itu disebut secara spesifik berkenaan dengan prosedur untuk menangani sekurang-kurangnya prosedur untuk membuka kontena seperti disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi tidak wujud dalam ini, tidak ada. Barangkali pihak menteri boleh memberi penjelasan. Kalau begitu tidak perlu maksud-maksud, maka nampak gayanya akan datang barangkali perlu ada satu akta lain juga yang perlu diwujudkan untuk menangani perkara ini. Tidak ada dalam ini.

Saya katakan tadi oleh kerana kepentingan akta ini melibatkan perbelanjaan ataupun melibatkan tanggungjawab kewangan yang kerajaan perlu salurkan untuk mentadbir akta ini maka saya rasa wajar apabila kita cuba untuk melihat sama ada benar- benar akta ini dapat menyelesaikan masalah sebelum daripada ini. Segolongan prosedur yang telah pun diguna pakai atau diambil sebelah negara-negara Eropah pernah menunjukkan satu ketegasan di mana mereka pernah menolak eksport hasil laut kita yang bernilai RM2 bilion, ditolak mentah-mentah begitu sahaja atas tujuan katanya kerana pencemaran ataupun berlaku kandungan bahan kimia yang agak melepasi tahap tertentu yang diwajibkan.

Ini menunjukkan bahawa berlakunya agak kecekapan dari segi melihat ataupun meneliti sumber makanan yang datang ke dalam negara mereka. Sudah tentu apabila ini berlaku yang mengalami kerugian atau negara yang mengeksport ataupun pembekal.

Perkara yang sama juga kalau yang seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat Rembau tadi berkenaan dengan hasil makanan daging kerbau pencen. Sekiranya diteliti dari segi spesifikasinya kalau sepatutnya yang kita terima adalah kerbau yang belum pencen. Akan tetapi kalau sudah yang diterima itu pencen sepatutnya kita tolak sebagaimana ketegasan yang berlaku di rakan-rakan kita di negara di sekitar Eropah yang menolak hasil makanan laut kita secara mentah-mentah begitu dan mengakibatkan kerugian besar kepada negara kita. Saya juga hendak tanya pihak kementerian apakah beberapa akta yang bersampingan yang sepatutnya juga dimasukkan sebagai akta yang ada kena mengena secara rapat tentang pentadbiran akta baru ini.

Seperti sebagai contohnya adakah ia tidak perlu atau tidak ada kena mengena dengan kandungan yang digariskan di bawah Akta Pencatutan atau Anti Pencatutan yang menggariskan bahawa melarang daripada aktiviti pengambilan untung secara berlebihan.

Sekarang ini kita tengok bahawa sekiranya hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang diberi lesen untuk mengimport barang-barang ini ataupun barang makanan ini sudah tentu mereka ini melanggar ataupun tidak dapat... [Sambil menunjukkan isyarat tangan] Potong?...

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

[Menyampuk] [Ketawa]

final • 3:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Dan begitu juga seperti Akta Persaingan yang kita juga telah luluskan. Saya tidak tahulah. Akan tetapi saya harap Menteri untuk tengok lah sekiranya ada sudah enam akta yang lain mungkin juga ada akta-akta lain yang perlu juga dikatakan sebagai spesifik untuk pentadbiran akta ini dimasukkan perkara tersebut.

Akhirnya saya minta supaya Menteri menerangkan apakah implikasinya dalam bentuk hasil ataupun revenue negara seperti prospek kepada hasil apabila akta ini

final • 3:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

diperkenalkan adakah pihak Menteri ataupun kementerian menjangka kita akan dapat meningkatkan lagi kecekapan dalam menguruskan pengutipan hasil iaitu cukai ke atas barang yang dibawa masuk ataupun dihantar keluar yang disokong oleh prosedur-prosedur kuarantin ini. Adakah jangkaan kita dalam masa lima tahun pertama dan sekiranya ada maka rasanya munasabah untuk kita keluarkan sejumlah peruntukan baru untuk mentadbir akta ini. Sekiranya tidak ada saya rasa kita membuat satu kerja yang tidak berfaedahlah kepada kita, sebab akta sedia ada pun sudah ada enam.

Kita hendak tambah lagi satu dan sekiranya ini hanya melibatkan untuk sebagaimana prosedur untuk menggunakan peruntukan mentadbir perkara-perkara baru tanpa melibatkan forecast, dengan izin, hasil yang akan kita dapat daripada prospek- prospek tertentu, saya rasa ini adalah satu perkara yang tidak begitu baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ranau.

final • 3:40 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya juga terpanggil untuk turut sama membahaskan rang undang-undang suatu akta untuk mengadakan peruntukan untuk perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan Malaysia bagi maksud mengadakan perkhidmatan bersepadu yang berhubung dengan kuarantin pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuh-tumbuhan, binatang, karkas, ikan, pengeluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma dan termasuk pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubung dengan makanan dan bagi perkara yang berkaitan.

Saya ingin merujuk kepada tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa iaitu nombor 1(2). Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan akta ini di negeri dan Wilayah Persekutuan yang berlainan di Malaysia. Nombor 1(2) ini Tuan Yang di-Pertua, mempunyai sedikit keraguan untuk negeri-negeri dua ‘S’ iaitu Sabah dan Sarawak. Seperti mana yang kita telah dengar perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, ini tentu sekali memberikan kuasa kepada Menteri yang berkenaan untuk mewartakan supaya akta ini dapat dipanjangkan ataupun dilanjutkan kepada negeri-negeri yang lain tanpa persetujuan ataupun perbincangan atau keputusan daripada negeri-negeri yang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar dengan teliti semasa Ahli daripada Keningau yang telah menerangkan bahawa negeri Sabah didapati mempunyai perkhidmatan kuarantin, pemeriksaan dan pencegahan yang begitu baik, maka rombakan dan penggantian dengan rang undang-undang baru ini yang masih boleh dipersoalkan seperti mana yang kita dengar banyak daripada cadangan-cadangan dan keraguan daripada Ahli-ahli yang lain terutama sekali terhadap pelaksanaannya...

final • 3:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh mencelah Yang Berhormat Ranau?

final • 3:50 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Jangan dahulu, pendek sahaja ini.

final • 3:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Ketawa] Membantu sedikit.

final • 3:50 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Ya, okey teruskan.

final • 3:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Tadi Yang Berhormat Ranau ada mengatakan tentang keupayaan Jabatan Kuarantin Negeri Sabah di dalam menangani isu-isu yang ada kaitan dengan penyakit dan pemeriksaan haiwan dan daging yang masuk ke Negeri Sabah. Saya dimaklumkan bahawa pada ketika dahulu, Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Kuarantin Negeri Sabah lebih berkesan daripada Kerajaan Persekutuan, contohnya dalam isu penyakit kuku dan mulut yang pada suatu ketika di Semenanjung, penyakit ini berleluasa tetapi kita mendapati di Negeri Sabah tidak terdapat penyakit kuku dan mulut ini dan ini adalah merupakan satu bukti yang mengatakan bahawa Jabatan Kuarantin di Negeri Sabah itu adalah satu jabatan yang memang menjalankan tugas dengan baik.

final • 3:50 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud, Tuan Yang di-Pertua itu betul. Semasa saya di kementerian pertanian dahulu, kadar wabak terutama sekali GA ataupun penyakit babilah itu dan penyakit babi ini berlaku di Semenanjung tetapi tidak berlaku di Sabah disebabkan pencegahan ataupun kuarantin yang baik daripada Kementerian Pertanian ataupun jabatan pertanian di Negeri Sabah dan ini adalah satu bukti di mana pencegahan dan kuarantin yang baik di Sabah ini seakan- akan tidak memerlukan akta baru. Apa guna kita mahu menggantikan atau merombakkan pentadbiran sistem kuarantin yang sudah menunjukkan kebaikannya ataupun keberkesanannya. Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Yang Berhormat Ranau, boleh mencelah sedikit ini macam Yang Berhormat Kota Belud, bantu ini. Ada masa lagi kan.

final • 3:50 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Okey.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Tadi Yang Berhormat telah menyentuh tentang the concern ataupun the concern of State government for example, Sabah mengenai dengan soal kuarantin ini. Memang kita mengakui bahawa selama ini sistem kuarantin di Sabah ini memang in good place, hanya Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menimbulkan satu perkara. Akta ini lebih berkisar kepada pengimportan dan pengeksportan daripada negara Malaysia ke negara lain tetapi saya belum dapat melihat bagaimana pentadbirannya berkaitan dengan perpindahan bahan tumbuhan, ikan dan juga haiwan daripada Semenanjung ke Sabah. Sekarang ini apabila akta ini nanti di kuat kuasa, ada satu - kalaupun sistem pemeriksaan dan kuarantin di Sabah ini diteruskan, apa sahaja pendekatan kementerian ini nanti, apa yang penting ialah penyelarasan.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini mereka yang mengimport ikan umpamanya dari Semenanjung ke Sabah, umpamanya saya mengambil contoh ialah ikan keli. Baru-baru ini, saya sendiri mengimport bibit ikan keli daripada Semenanjung, permitnya semua beres, diperiksa dengan perkakas dan sebagainya tetapi sampai di Sabah, saya pun mendapat permit import daripada Jabatan Perikanan Sabah tetapi dengan segala dokumen yang sedia ada di antara dua wilayah Malaysia ini, ikan yang memerlukan pelepasan ataupun dilepaskan dalam masa tertentu ini, gas dalam beg itu hanya boleh bertahan lapan jam, ikan itu ditahan di Airport Kota Kinabalu dua jam sehinggakan mencederakan beribu-ribu ikan.

Jadi, saya terkilan mengapa dokumen dari Semenanjung ini cukup, dokumen dari Sabah ini cukup tetapi ikan tersebut masih ditahan selama dua jam, sedangkan yang diperlukan ialah cop dan pemeriksaan ikan. Nampaknya keyakinan di antara pihak kesihatan di Sabah dan Semenanjung ini seperti tidak correlated. Apa yang diperakui di sini masih diragui di sana, jadi point yang saya ingin sampaikan di sini ialah kalau akta ini lebih mementingkan melihat kepada perpindahan di antara negara kita kepada negara yang lain tetapi di antara wilayah-wilayah Malaysia ini juga perlu untuk diselaraskan bagi keselesaan rakyat Malaysia di dalam hal ini, terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Tuaran kerana menimbulkan perkara tersebut dan saya masukkan keterangan beliau di dalam ucapan saya. Mungkin itu perkara yang isolated tetapi di sebaliknya menunjukkan bahawa kuarantin perkhidmatan di Sabah ini lebih berhati-hati dan tidak akan mengabaikan tanggungjawab yang begitu efisien sekali. Tuan Yang di-Pertua, pada akhirnya saya ingin menyentuh mengenai dengan rang undang-undang ini.

final • 3:50 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Saya sudah menyentuh beberapa kekhuatiran dan juga sebagai rayuanlah bagi Sabah ini supaya kementerian yang berkenaan walaupun rang undang-undang ini diluluskan nanti biarlah Sabah jangan dilibatkan dahulu terutama sekali apabila pelaksanaannya. Dapatkan persetujuan daripada kerajaan Sabah sebelum dilanjutkan.

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar] mempengerusikan Mesyuarat]

final • 4:00 PM

Datuk Siringan Gubat - Ranau

Biarlah autonomi kuarantin ini yang tertinggal-tinggal untuk Sabah sehingga kerajaan membuat persetujuan dan untuk pelaksanaan rang undang-undang ini. Sekian dan terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Beruas. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 4:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya ada satu perkara yang ingin saya bangkitkan.

Sungguhpun kita sudah ada enam undang-undang berkenaan dengan barang makanan dan soal mengenai import atau eksport barangan, tetapi masih pada masa sekarang ini ada satu keraguan yang timbul berkenaan dengan sama ada permit ataupun lesen diperlukan untuk mengeksport sarang burung air liur burung walet ke negara lain. Ini kerana ramai yang berdepan dengan masalah ini. Kadang-kadang dikatakan perlu, kadang- kadang dikatakan tidak perlu dan dikatakan persetujuan Jabatan PERHILITAN perlu diterima sebelum ia boleh dieksport ke luar negara.

Memandangkan ini satu industri baru yang boleh mendatangkan keuntungan, mungkin boleh berbilion-bilion ringgit pada negara kita, haruslah isu ini diselesaikan dengan serta-merta supaya pengeksport tahu dengan jelas sama ada permit ataupun lesen diperlukan untuk mengeksport sarang burung air liur burung walet. Ini kerana di bawah rang undang-undang yang di hadapan kita ini, Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010 ini, saya mendapati perkataan yang digunakan di sini ialah, “Bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma”. Ini tidak termasuk sarang burung, air liur burung walet ini. Saya harap penjelasan ini dapat dibuat.

Akhir sekali, saya memohon agar kerajaan sebelum melaksanakan undang- undang ini harus memberikan sebanyak-banyaknya, kita kata kesedaran kepada rakyat supaya tidak ada rakyat hendak import atau eksport barangan-barangan yang memerlukan permit ini - menghadapi masalah apabila mereka hendak mengimport ataupun eksport barangan yang memerlukan permit atau lesen ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, sila.

final • 4:01 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun memberikan pandangan serta sokongan pada rang undang-undang ini. Segala teguran dan cadangan penambahbaikan akan diambil perhatian dalam melaksanakan secara terbaik terhadap rang undang-undang ini. Semua Ahli Yang Berhormat telah pun merakamkan persetujuan dengan rang undang-undang ini. Saya ucapkan jutaan terima kasih.

Pertama, ramai rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada negeri 2S (Sabah dan Sarawak) yang membangkitkan mengenai pelaksanaan Akta MAQIS di Sabah dan Sarawak. Ahli-ahli Yang Berhormat dari Keningau dan Batang Sadong dan ramai lagi Ahli Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak ini membangkitkan adakah pihak kementerian telah pun berunding dengan secukupnya dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebelum rang undang-undang MAQIS ini digubal serta sejauh manakah undang-undang negeri yang sedia ada berkaitan dengan pemeriksaan dan kuarantin ini diambil kira?

final • 4:03 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kementerian telah berunding dengan semua pihak kerajaan negeri termasuk Sabah dan Sarawak mengenai penggubalan rang undang-undang MAQIS ini dan implikasinya terhadap undang-undang negeri. Rang undang-undang MAQIS di bawah sub fasal 1(2) memperuntukkan bahawa Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan akta ini di negeri dan di Wilayah Persekutuan yang berlainan di Malaysia.

Selaras dengan ini, rundingan lanjut yang diadakan untuk mengambil kira pandangan bagi pemakaian rang undang-undang ini di negeri Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini memang ada beberapa rang undang-undang yang mana kita telah kuatkuasakan di Semenanjung. Akan tetapi kita tidak menguatkuasakannya di Sabah dan Sarawak melainkan mendapat persetujuan ataupun permintaan daripada kedua-dua buah negeri ini. Saya ambil contoh, seperti Akta Kemajuan Ikan Malaysia pada tahun 1971.

Pemakaian dan penguatkuasaan di Sarawak hanya dibuat pada tahun 1973 dan di Sabah pula hanya dibuat pada tahun 1995.

Lama- 20 tahun kemudian baru kita kuatkuasakan. Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973, akta 10 yang mana pemakaiannya telah pun berkuat kuasa di Sabah pada tahun 1993 tetapi sehingga ke hari ini Akta Lembaga Pertubuhan Peladang kita masih lagi tidak dapat dikuatkuasakan di Sarawak. Ini kerana kita belum mendapat jemputan ataupun persetujuan daripada pihak negeri Sarawak. Dengan ini saya memberikan jaminan bahawa akta ini hanya akan dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak sekiranya ada jemputan ataupun persetujuan daripada pihak kerajaan kedua-dua buah negeri. Jadi, rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak, jangan bimbang mengenai pelaksanaan ini.

Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan beberapa isu mengenai bilangan lembu dan kambing yang diimport dari Thailand. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2010, Malaysia telah mengimport lembu sebanyak 137,693 ekor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 124,205 ekor lembu telah diimport dari Thailand.

Yang Berhormat juga ada membangkitkan isu integriti pegawai penguatkuasaan MAQIS supaya dapat ditingkatkan. Integriti pegawai MAQIS akan dipertingkatkan dengan mengadakan program latihan wajib kepada semua pegawai MAQIS. Penguat kuasa MAQIS akan terdiri daripada pegawai yang sedia ada dan yang baru dilantik. Sekarang ini apabila kita melaksanakan MAQIS secara pentadbiran, pegawai-pegawai penguat kuasa yang terdiri daripada pelbagai jabatan ini, mereka sebenarnya telah pun diberikan latihan. Walau bagaimanapun, kita lihat dalam akta ini bahawa penguat kuasa ini juga kita boleh pilih daripada orang awam.

final • 4:03 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 4:03 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Jadi, ini kita ucapkan terima kasih banyak kerana ramai Ahli Yang Berhormat menitikberatkan mengenai penguatkuasaan. Memang benar.

Kalau undang-undang ada tetapi tidak ada penguatkuasaan yang setimpal, maka undang- undang tidak akan ada makna. Ya.

final • 4:03 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri.

final • 4:03 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Silakan.

final • 4:03 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jumlah lembu Yang Berhormat Menteri sebut yang diimport pada tahun lalu, 154,000 tadi adakah lembu-lembu ini semuanya lembu yang sihat- sihat? Pernahkah lembu-lembu ini ada yang sudah dikuarantinkan sebelum ini dan dari segi penyakitnya berapa peratus? Ini kerana perlu juga diketahui sejumlah yang begitu besar kita hendak tahu dan memastikan bahawa semua lembu ini sihat. Maknanya akal dan fikiran semuanya sihat lembu ini walaupun binatang tetapi sihat. Terima kasih.

final • 4:03 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau sekarang pun Yang Berhormat duduk dekat sempadan, sebelum lembu-lembu ini dibenarkan dibawa masuk terus ke negara kita, lembu ini diwajibkan ditempatkan di premis-premis kuarantin yang ada dan di situ nantilah pihak pegawai veterinar akan membuat pemeriksaan sama ada lembu-lembu ini sihat atau tidak sihat untuk dibawa masuk. Sekarang ini pun premis- premis kuarantin ini sebenarnya telah pun ada standard-standardnya yang telah ditentukan oleh pihak Jabatan Veterinar. Ini kerana itulah undang-undang ini kita perlu satukan.

final • 4:03 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Apa yang kita lihat sekarang ini yang dikatakan dibuat secara pentadbiran. Apabila disebut mengenai veterinar, kita perlu mengikut undang-undang di bawah Jabatan Akta Veterinar. Jadi veterinar ada standardnya. Kalau hendak import ikan perlu ikut pula undang- undang LKIM. Kalau hendak import buah-buahan dan sayur-sayuran, ini di bawah Akta Pertanian pun ada, di bawah Akta FAMA pun ada dan dalam masa yang sama di bawah Akta Makanan iaitu di bawah Kementerian Kesihatan juga terlibat.

Jadi, saya sendiri pergi lihat bagaimana susahnya mereka ini hendak bekerja kerana pegawai-pegawai ini terpaksa bekerja mengikut undang-undang daripada jabatan masing-masing. Jadi, oleh sebab itu apabila ada undang-undang ini nanti kita akan satukan semua kakitangan ini di bawah satu bumbung. Apabila di bawah satu bumbung ia mudah sedikit. Jadi kalau sedia penguat kuasa hari ini mungkinlah, kalau ada pun kita dapati ada pegawai-pegawai veterinar misal kata pada musim Raya Haji banyak lembu dibawa masuk.

Akan tetapi mungkin kekurangan pegawai-pegawai veterinar. Akan tetapi apabila kita sudah satukan nanti bermakna semua pegawai.., yang terlibat boleh memberikan tumpuan kepada satu-satu barang produk pertanian yang kita import, ya.

final • 4:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Berkaitan dengan penguatkuasaan ini ada dua isu di sini.

Pertamanya tentang kemahiran penguatkuasaan itu di dalam bidang yang mereka hendak kuat kuasa sebab dalam bidang pertanian dengan bidang penternakan ini jauh beza. Ini bermakna sejauh mana seseorang yang terlibat di dalam menguatkuasakan rang undang-undang dikuarantin ini boleh menguasai kesemua bidang tersebut atau pun memang ada specializations, pengkhususan hanya orang ini terlibat dalam bidang pertanian. Ini dalam bidang makanan ataupun bidang penternakan.

Keduanya isu penguatkuasaan yang pentingnya soal waran ini yang diberi kuasa terlalu besar kepada pihak penguatkuasaan boleh menyita dan boleh membuat tangkapan tanpa waran. Ini yang saya minta penjelasan tentang penguatkuasaan. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ada satu tempat Yang Berhormat perlu sampai tetapi saya pun boleh jawab juga. tetapi saya akan jawab bila Yang Berhormat punya sampai nanti. Akan tetapi Yang Berhormat kata pengkhususan ini memang sekarang ini kalau kita pergi di pusat-pusat pengkhususan ini ia masing-masing ada pengkhususan masing-masing. Kalau saya kata sebentar tadi kalau veterinar dia ada pegawai khas veterinar. Itu sebab apabila dia hendak bawa masuk, dia terpaksa mengisi pelbagai borang mengikut jabatan masing-masing. Jadi ertinya sekarang ini pegawai-pegawai yang sedang pun berkhidmat daripada dahulu daripada Akta LKIM ada, Akta Veterinar ada, pegawai- pegawai itulah yang akan diambil. Akan tetapi tinggal lagi sekarang ini mereka ini bertanggungjawab answerable kepada ketua pengarah masing-masing.

Dia tidak answerable kepada Ketua Pengarah MAQIS itu sendiri. Jadi apabila kita ambil mereka ini, mereka adalah pegawai-pegawai yang ada pengalaman yang dahulunya memang pengkhususan sebagai Pegawai Veterinar, haiwan, tumbuhan, dan sebagainya yang hanya diletakkan di bawah satu pentadbiran sahaja. Sekarang ini pun sudah pun berjalan sejak tahun 2008 secara pentadbiran Yang sebentar tadi Yang Berhormat ada bangkitkan sama ada sah atau tidak sah di dalam segala tindakan yang telah dibuat dalam tempoh tiga tahun ini dengan mungkin tindakan undang-undang yang diambil atau fi yang dikenakan. Jawabnya sah kerana sebelum ini semua tindakan-tindakan yang diambil ini mengikut kepada akta-akta yang sedia ada.

Apabila kita luluskan akta ini maka akta-akta yang berkaitan yang saya sebut daripada tadi seperti perikanan, FAMA, pertanian, dan veterinar. Ini kita akan buat pindaan dan akan bawa semula ke dalam Parlimen ini.

final • 4:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Jadi Yang Berhormat Menteri, kalau begitu maknanya akta ini masih lagi belum menyelesaikan masalah birokrasi sebab sekiranya seorang pengimport itu ingin mengimport barangan bermakna dia masih lagi terikat dengan akta-akta yang sebelum ini. Jadi apa yang kita maksudkan kewujudan Rang undang- undang MAQIS ini sepatutnya ia menyelesaikan masalah kerenah birokrasi.

final • 4:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Akan tetapi sekiranya tidak menyelesaikan masalah kerenah birokrasi ini tidak ada makna kewujudan akta ini. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ini hendak menyelesaikan masalah kewujudan birokrasi yang ada sekarang lah. Itu sebab dalam borang ini kata, jika ada pertindihan di antara akta ini dengan akta yang sedia ada bertulis maka akta ini will private. Ia lebihlah.

Jadi sementara kita hendak pinda ada beberapa akta yang kita tengok ada juga yang contradict dengan yang di sini, jadi akta ini akan mengatasi akta-akta yang sedia ada. Ini ada di dalam peruntukan ini. Jadi tujuan kita pun untuk mengelakkan mereka jangan isi banyak borang. Saya ada pergi lihat hari itu memang banyak. Katalah dia hendak bawa masuk daging, veterinar check selepas itu Kementerian Kesihatan. Jadi banyak prosedurnya. Jadi oleh sebab itu kita buat pindaan ini dahulu. Dalam masa yang sama dalam clause ini kita ada buat satu clause kalau ada pertindihan maka akta ini akan mengatasi undang-undang yang sedia ada. Jadi apabila kita buat ini kita akan pilih undang- undang inilah Yang Berhormat. Undang-undang yang lama kita sudah tidak pakai melainkan jika ada contradict, itu sahaja. Inilah yang akan mengatasi daripada undang- undang yang sedia ada.

Yang Berhormat Kubang Kerian ada membangkitkan isu mengenai kemasukan manusia yang berpenyakit. Saya hendak nyatakan bahawa kawalan kemasukan manusia akan dipantau dan disaring oleh Kementerian Kesihatan. Ini bukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Bagaimanakah pengorek buah koko boleh masuk ke dalam negara dan memusnahkan industri koko di Semenanjung? Ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Pengorek buah koko banyak host atau perumah rumah dan terdapat juga di negara jiran seperti Indonesia, Filipina di samping Sabah dan Sarawak.

Kemasukan pengorek buah koko ini boleh berlaku melalui pergerakan buah-buah koko yang dibawa bersama oleh penumpang-penumpang negara tersebut. Adalah diharapkan dengan adanya MAQIS, usaha yang lebih berkesan akan dapat dilaksanakan bagi menghalang perosak dan penyakit melalui kreativiti pengangkutan dan juga pemeriksaan yang lebih berkesan.

Yang Berhormat Kuala Kedah ada membangkitkan isu supaya kadar kuarantin yang dikenakan hendaklah munasabah untuk kos boarding untuk anjing ataupun kuda.

Selain daripada itu juga Yang Berhormat mengajukan sekiranya berpenyakit, kos perlu ditanggung oleh pengimport. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar yang dikenakan adalah sangat munasabah dengan kemudahan yang disediakan. Sekiranya berlaku penyakit, risiko akan ditanggung oleh pengimport kerana menjadi tanggungjawab pengimport untuk membawa masuk haiwan yang sihat dan disertai dengan Sijil Kesihatan Veterinar oleh pihak berkuasa veterinar dari negara pengeksport. Yang Berhormat Kuala Kedah juga membangkitkan kuasa permintaan.

final • 4:10 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja berkaitan dengan caj itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya setuju sekiranya barangan ataupun bahan itu sihat, kalau berpenyakit. Akan tetapi sekiranya pihak penguat kuasa tahan satu barangan, tumbuhan ataupun penternakan. Dalam tempoh soal siasat dan tempoh kuarantin yang panjang untuk hendak menyoal siasat, caj yang dikenakan pada setiap hari sama ada binatang tersebut ataupun tumbuhan tersebut mengikut kadar hari yang saya sebut sebentar tadi beberapa contoh binatang-binatang peliharaan yang dimasukkan. Sekiranya didapati tidak ada penyakit dan sihat dan tidak ada bakteria dan sebagainya apakah caj itu juga hendak dikenakan kepada pengimport sedangkan mereka tidak bersalah. Jadi ini yang saya bangkitkan. Minta penjelasan.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Caj ini sebenarnya adalah sewa yang dikenakan kepada kemudahan yang disediakan. Kalau kata hendak bawa masuk lembu, jadi bila masuk lembu ini mesti ada tempat premis untuk kuarantin. Jadi kalau kita hendak letak lembu di tempat kuarantin ini tentulah ada syarikat yang membuat tempat kuarantin.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Jadi kalau kita caj RM2 seekor, jadi RM2 seekor itu ialah caj kepada tempat simpan kuarantin itu. Jadi kalau dia masuk sihat di situ dia ada masa Yang Berhormat sebab kalau tidak silap dia ada tempohnya. Dia ada masa untuk hilangkan hama-hama.

Dia ada tempoh-tempoh tertentu. Tidak silap saya ada empat hingga lima hari masa yang mesti diletak di kuarantin barulah kita boleh lepaskan keluar. Jadi caj yang dikenakan macam kita masuk ikan. Caj yang dikenakan ialah daripada segi menggunakan kompleks pendaratan sebagai contoh. Itu caj-caj yang dikenakan. Jadi kalau dia sihat dan bermakna ada tempoh yang kita tentukan dia boleh masuk maka tidak perlu dikuarantin lebih lama.

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, saya setuju tapi sekiranya tempoh kuarantin itu satu minggu pegawai penguasa mengesyaki bahawa lembu ini ada penyakit jadi tempoh lebih daripada tempoh masa kuarantin itu contohnya dilanjutkan sampai tempoh seminggu lagi. Bermakna dua minggu. Jadi minggu kedua caj itu hendak dikenakan sebab sepatutnya dia sudah boleh keluar lembu dia dalam tempoh seminggu tapi tiba-tiba oleh kerana pihak penguasa mengesyaki bahawa ada penyakit, jadi dia lanjutkan tempoh seminggu yang berikutnya sedangkan didapati tidak ada penyakit.

Jadi tempoh seminggu yang berikutnya yang saya persoalkan. Kalau tempoh seminggu kuarantin yang diwajibkan kita terima. Itu tidak ada masalah. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Saya faham. Ini jelas apabila kita menimbulkan keraguan. Ada syak. Bagi saya lebih baik kita hendak menjaga. Kita syak ini kerana apa kita tahan kerana kita hendak menjaga kepentingan orang ramai. Kalau ada seekor atau dua ekor kita lepaskan kerana kita fikirkan nanti kalau tahan dia seminggu untuk orang lain tahan seminggu. Yang ini tahan sampai dua minggu ataupun tahan sampai tiga minggu. Jadi kalau kita memikirkan kalau sebab tahan dua minggu ini lebih kerana takut syarikat ini kena bayar lebih yang mana lebih penting. Syarikat bayar lebih kah ataupun kalau kita waswas ini kita takut nanti syarikat bayar lebih maka kita lepaskan dia.

Dia lagi bahaya kalau kita lepaskan. Akan tetapi perkara ini Yang Berhormat bukan perkara baru. Ini hanya daripada segi ini perkara ini telah pun kita laksanakan.

Sebab itu kalau kita lihat sebagai contoh baru-baru ini bila ada terlepas pandang lembu susu yang kita terlepas pandang, tersilap ada ragu tapi macam mana pegawai terlepas bila pegawai ini terlepas maka lembu susu ini telah bawa penyakit dan kita baca dalam surat khabar ramai pengusaha lembu susu kerana lembu mereka telah dijangkiti penyakit. Jadi, bila kita siasat betul puncanya daripada kesilapan kita terlepas pandang ataupun pegawai kita terlepas lembu susu yang kita import. Maka kerajaan bayar balik ganti rugi susu ini. Saya sendiri bayar. Saya sudah lupa tidak silap saya kita terpaksa bayar beratus ribu sudah bayar balik ganti rugi kepada mereka. Jadi sebab itu kita hendak pastikan bahawa bila kita tahan lama sedikit kita kena pastikan yang betul-betul sihat yang tidak ada apa-apa penyakit sebab penyakit ini lebih mudah kita cegah daripada kita hendak atasi. Yang Berhormat tadi tidak bercakap hendak bercakap juga?...

final • 4:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Isu kesihatan ini...

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat doktor, orang doktor...

final • 4:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Dia boleh belaka.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Dua-dua boleh ya?

final • 4:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Kalau datang depan kita kena layan semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau lembu daripada Thailand saya mungkin boleh bersetuju kalau ada lanjutan daripada tempoh kuarantin daripada tempoh yang ditetapkan. Katalah seminggu kalau perlu lebih munasabah sebab perjalanan menyeberangi sempadan Thailand mengambil masa yang singkat tetapi kalau lembu yang dibawa daripada Australia misalnya yang telah melalui perjalanan yang mengambil masa mungkin berhari-hari ataupun berminggu tempoh seminggu ini adalah lebih daripada cukup kerana kalau ada jangkitan kuman ertinya lembu-lembu ini akan menunjukkan simptomnya dalam tempoh perjalanan dan juga seminggu lebih daripada cukup. Sebab kebanyakan penyakit berjangkit mikroorganisma ini akan mempunyai masa incubation yang agak lebih kurang lima enam hari ataupun seminggu.

final • 4:20 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Jadi dalam kapal itu kalau sudah ada tanda akan keluar tanda ataupun kalau lambat sedikit dalam masa kuarantin itu sudah menunjukkan tanda. Jadi tidak perlu saya rasa dipanjangkan. Ertinya kita kena lebih cekap semasa tempoh kuarantin itu untuk melaksanakan dan inilah latihan yang kita rasa perlu bagi pegawai-pegawai di pusat MAQIS. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Kalau kita tengok dia mudah dikenali ataupun kita tengok dia memang tidak ada penyakit memang kita akan lepaskan. Kita pun tidak hendak simpan lama-lama dekat kuarantin takut nanti penuh di pusat kuarantin itu. Jadi kalau boleh kita hendak cepat lepas. Jadi memang kita setuju pendapat Yang Berhormat. Itulah sekarang ini yang dipraktikkan oleh pegawai-pegawai yang berkhidmat di pusat kuarantin dan juga di premis kuarantin Yang Berhormat. Terima kasih pandangan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kuala Kedah juga ada membangkitkan kuasa penyertaan dan juga penggeledahan tanpa waran kerana ia boleh menganiaya pengimport. Rang Undang- undang MAQIS memperuntukkan dalam fasal 20 sekiranya penguat kuasa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa ada mempunyai sebab yang munasabah bahawa kelewatan di dalam memperoleh surat waran geledah untuk penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai perlakuan akan dimusnahkan ataupun diganggu, dipindahkan atau dirosakkan. Maka pegawai penguat kuasa tersebut boleh memasuki premis di pintu masuk stesen kuarantin dan juga premis kuarantin.

Yang Berhormat Kuala Kedah ingin tahu mengenai kos untuk mengkuarantin ikan.

Bagi ikan hidup ataupun ikan hiasan ia dikuarantinkan di premis pengimport yang berdaftar dan diluluskan serta dipantau dari segi penyakit. Semua kos akan ditanggung oleh pengimport.

Yang Berhormat Tangga Batu telah membangkitkan isu peranan pihak ketiga dalam perkhidmatan kuarantin dalam bekalan makanan. Kadar kuarantin mendapati sewaan kandang dan juga pemeriksaan veterinar sementara makanan disediakan sendiri oleh pengimport mengikut keperluan, mengikut cita rasa haiwan peliharaannya. Bekalan tersebut disediakan pembekal. Pilihannya mengikut kualiti berbeza pastinya atas kos berbeza juga. Selain itu juga ada membangkitkan kawalan kemasukan ikan hidup di pintu masuk ataupun airport dan apakah piawaian yang digunakan. Ikan hidup akan dikenakan kuarantin. Fokus adalah jenis ikan yang berisiko penyakit seperti ikan koi dan ikan emas jika terdapat tanda-tanda penyakit. Berapakah bilangan permit import yang dikeluarkan?

Tadi ramai yang ada bangkitkan. Pada tahun 2010 sebanyak 9,730 permit import, permit eksport 28,734 dan permit angkut sebanyak 1,689 dikeluarkan. Pada tahun ini dari Januari hingga Mei sebanyak 4,330 permit import dan permit eksport 11,131, permit angkut sebanyak 925 telah pun dikeluarkan.

Kaedah untuk kuarantin ikan. Ikan-ikan yang diimport akan diambil sampel untuk tujuan analisa bagi mengesan bahan cemar seperti antibiotik, logam berat dan lain-lain bahan yang dilarang untuk di analisa di makmal. Kuarantin ikan dilakukan terhadap ikan- ikan hidup yang diimport ke negara ini. Tempoh kuarantin adalah bergantung kepada risiko penyakit sebagai contoh bagi ikan koi dan ikan emas tempoh kuarantin adalah selama tiga minggu. Yang Berhormat Rembau telah membangkitkan cadangan syarikat penimbal untuk daging lembu dan juga cadangan agar pemeriksaan ditingkatkan ke atas rumah sembelih di India ke atas daging kerbau. Kerajaan menyedari dan telah pun mengambil langkah untuk memastikan hanya daging yang sihat, suci, selamat dan halal dibenarkan masuk. Untuk itu, kerajaan telah menetapkan semua rumah sembelih di India perlu diaudit setiap tahun.

Langkah ini telah berjaya memastikan jaminan keselamatan daging berkenaan.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat Rembau juga bertanyakan bilakah pindaan berbangkit akan dibuat terhadap Akta Binatang 1953, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, Akta LKIM 1971, Akta FAMA dan Akta Perikanan 1985 untuk mengelakkan pertindihan kuasa untuk memastikan bahawa MAQIS dapat dijalankan secara berkesan. Pindaan berbangkit ke atas Akta Binatang, Akta LKIM, Akta FAMA dan juga Akta Perikanan dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat Parlimen ini.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Manakala pindaan berbangkit ke atas Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat Parlimen yang akan datang.

Yang Berhormat Rembau juga bertanya tentang risiko daripada pengimportan produk haiwan dari aspek jangkitan penyakit haiwan dan juga kualiti produk dengan memberi contoh pengimportan daging kerbau beku dari India yang berpunca daripada kerbau pencen dan langkah pemantauan loji pemprosesan di India. Kualiti daging kerbau beku dipantau oleh JPV dan juga Kementerian Kesihatan di pintu masuk secara berkala.

Kualiti daging mengikut gred persaingan antara pengeksport memastikan kualiti daging yang diimport terjamin. Jika tidak, mereka akan kehilangan pasaran. Setiap tahun JPV bersama JAKIM dan juga Kementerian Kesihatan menjalankan pengauditan ke atas semua loji pemprosesan di India. Pada 2011, sejumlah 18 buah loji telah diperiksa bagi memastikan daging yang diimport tidak berpenyakit, disembelih secara halal dan menepati kualiti yang disyaratkan oleh kerajaan. Sumber daging kerbau dari India adalah dari kerbau sapi ataupun tenusu dan anak-anak kerbau yang digemukkan. Daging dari anak kerbau sama kualitinya dengan lembu feedlot.

Yang Berhormat Rembau juga mencadangkan langkah menjamin kualiti dan bekalan daging ialah menerusi penubuhan syarikat stok penimbang secara pembelian dan penimbangan karkas. Langkah ini akan menjimatkan wang kuarantin dan juga pengurangan risiko jangkitan penyakit. Kini, sejumlah 10 pengimport swasta yang utama di Malaysia menyimpan stok daging kerbau beku dari India bagi menampung keperluan melebihi tiga bulan. Pengimportan karkas tidak dibenarkan kecuali dari negara-negara bekas FMD.

Kualiti daging beku juga menurun dengan masa. JPV akan mengenakan kuota kepada kuantiti pengimportan daging kerbau beku dari India dan negara-negara lain bagi memastikan industri feedlot negara tidak terjejas.

Yang Berhormat Rantau Panjang bertanyakan berapakah bilangan pakar untuk setiap stesen kuarantin di setiap pintu masuk dengan pakar MAQIS masih tidak mencukupi yang bertugas di pintu masuk. Oleh yang demikian, perkara-perkara pemeriksaan dan kuarantin yang memerlukan kepakaran dirujuk kepada jabatan dan agensi masing-masing.

Yang Berhormat Rantau Panjang juga mengutarakan keadaan infrastruktur di pintu masuk perlu dipertingkatkan bagi memudahkan lori yang masuk di negara ini supaya tidak menyusahkan pengimport. Kemudian infrastruktur di semua pintu masuk akan dikaji semula untuk memenuhi piawaian pemeriksaan dan juga kuarantin di tahap antarabangsa. Untuk itu, peruntukan kerajaan akan dipohon.

Yang Berhormat Jasin ingin bertanyakan setakat manakah tahap kerjasama berlaku antara jabatan dan agensi di pintu masuk dan juga adakah berlaku pertindihan kuasa semasa aktiviti seperti pemeriksaan dokumen, pengambilan sampel dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti antara jabatan dan agensi di pintu masuk sedang diselaraskan secara pentadbiran oleh MAQIS. Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan sedang berjalan tanpa pertindihan kuasa di bawah pentadbiran MAQIS.

Yang Berhormat Jasin juga bertanya bilangan pintu masuk yang beroperasi di bawah MAQIS. Sekarang ada 53, berapakah tambahan akan diadakan selepas penubuhan MAQIS. Pertambahan bilangan pintu masuk akan diadakan setelah penubuhan MAQIS mengikut kehendak perdagangan. Tempat penambahan akan diselaraskan dengan pintu masuk yang sedia ada, perkhidmatan imigresen dan juga kastam.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Jasin, bilangan pegawai penguat kuasa yang telah dipindahkan ke MAQIS secara pentadbiran adalah sejumlah 438 orang setakat 13 Januari 2011. Pecahan keanggotaan adalah seperti berikut:

AgensiBilangan Pegawai Penguat Kuasa (orang)
Jabatan Pertanian212
Jabatan Perikanan43
FAMA25
LKIM37Jabatan Veterinar121
final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Jasin, Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju menurunkan kuasa pemeriksaan makanan di bawah Akta Makanan 1983 kepada pegawai penguatkuasaan MAQIS setelah pegawai-pegawai itu menjalani latihan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan. Pemeriksaan bahan makanan dari negara Jepun akan diberikan keutamaan kerana pencemaran radioaktif mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kuarantin merupakan satu proses pencegahan penyakit untuk mengelak penyakit di masa hadapan. Sekiranya berlaku juga penyakit seperti tahun yang pernah kita alami seperti penyakit nipah pada tahun 1998, selesema burung pada tahun 2004, 2006 dan 2007, maka langkah kawalan dan pembasmian penyakit akan diambil tindakan di dalam negeri.

Yang Berhormat Bakri, kuasa penangkapan sewajarnya dijalankan dengan waran.

Rang undang-undang MAQIS memperuntukkan di bawah fasal 18 bahawa pegawai penguat kuasa boleh menangkap tanpa waran seseorang yang dipercayai dengan munasabah telah melakukan atau cuba melakukan sesuatu kesalahan di bawah akta ini.

Ini adalah kerana sebarang kesalahan di pintu masuk, maka pihak penguat kuasa diberikan kebenaran untuk menangkap dan kita juga sedia maklum di dalam akta ini juga, kalau ditangkap tanpa waran, ianya mestilah dibawa kepada balai polis yang terdekat untuk dibuat laporan. Jadi ini saya ingat sama jugalah kalau kita tengok public arrest pun sama.

Orang awam juga boleh tangkap tanpa waran tetapi dengan cepat bawa ke balai polis.

Buat masa ini Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 diguna pakai bagi menangani dan juga mengawal kemerebakan penyakit tumbuhan di dalam negara. Akta ini mempunyai peruntukan-peruntukan tertentu bagi memastikan sebarang penyakit yang dikesan hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Pertanian. Tindakan dengan cara mengasingkan kawasan serangan dan tindakan penghapusan boleh diambil melalui pengeluaran notis kepada empunya tanah. Mekanisme sedia ada sewaktu penyakit adalah seperti keperluan sijil kesihatan untuk import ataupun eksport, pengesahan ikan tiada penyakit, pendaftaran ladang dan juga premis import eksport dan juga kerjasama antara pihak berkuasa Malaysia dan juga negara pengeksport.

Kawalan lalu lintas di Tambak Johor dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri, bagi mengelakkan kesesakan di Kompleks Sultan Abu Bakar Johor. Sistem kawalan penyakit ikan bermula di peringkat ladang dan pengeksport, di pintu keluar hanyalah pemeriksaan dokumen dilakukan.

Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan bahawa rang undang-undang ini tidak memperuntukkan mengenai tatacara pemeriksaan. Fasal 49(2)(a) dan (b) rang undang-undang ini memperuntukkan bahawa Menteri akan membuat peraturan-peraturan mengenai semua perkara berhubung dengan kuarantin dan juga pemeriksaan dan juga tatacara kuarantin.

Yang Berhormat Indera Mahkota juga membangkitkan bagaimana mengatasi masalah kebocoran atau terlepas pandangan barangan hasil pertanian yang perlu di kuarantin. Ini dapat diatasi dengan pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa daripada negara pengeksport yang mengesahkan sijil-sijil daripada negara- negara tersebut bahawa barangan yang dieksport adalah bebas daripada sebarang penyakit dan perosak. Pemeriksaan secara rawak dibuat bagi mengaudit keberkesanan sistem tersebut.

final • 4:30 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, sikit. Saya sabar menunggu sebab soalan saya yang saya bangkitkan berkaitan dengan IQC tadi belum dijawab dan saya rasa selepas daripada itu pun pembahas ada membangkitkan soal Pusat Kuarantin Antarabangsa (IQC) ini yang rasanya Ketua Pengarah Veterinar telah umumkan.

Akan tetapi kita belum dimaklumkan tentang kewujudan IQC ini secara rasmi oleh Yang Berhormat Menteri dan sejauh mana IQC ini akan berperanan, berfungsi sebab ia menangani masalah FMT, baru ini penyakit kuku dan mulut bagi ternakan lembu dan kambing dan sebagainya.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Jadi ini di antara perkara yang sedang saya tunggu. Jadi nampaknya tidak ada penjelasan. Adakah Yang Berhormat Menteri akan memberikan penjelasan dalam ucapan ini? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya tidak pasti kalau Yang Berhormat kata Ketua Pengarah Veterinar ada membuat kenyataan. Saya tidak pasti tetapi yang setahu saya bahawa dalam perancangan kementerian, kita tidak pernah bincang lagilah ini.

Mungkin semasa dia buat kenyataan, kemungkinanlah pandangan beliau pada masa itu.

Sekarang ini kita tahu kita ada CIQ tetapi apabila kita tidak ada CIQ nanti bahawa MAQIS ini a part ataupun sebahagian daripada yang akan ditempatkan di bawah CIQ ini. Jadi kemungkinanlah. Saya kena check balik dengan Ketua Pengarah saya masa bila dia buat kenyataan ini.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Pada 6 Januari dan peruntukan sebanyak RM10 juta akan ditempatkan. Cadangannya sebuah pulau dengan keluasan sebanyak 8,937 hektar. Jadi ini di antara perkara yang serius yang melibatkan perbelanjaan kementerian dan sebagainya. Jadi sepatutnya pihak Menteri lebih mengetahui tentang hal ini. Oleh sebab itu saya pohon penjelasan adakah kewujudan IQC ini akan bertindih dengan kewujudan pusat-pusat kuarantin di seluruh sempadan negara. Jadi perlu penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak apa. Saya, bagi masa. Saya kena check baliklah dengan Ketua Pengarah Veterinar. Dia pun ada dekat luar. Jadi kalau dengar ini saya minta dia kena bagi nota dengan sayalah. Saya tidak pasti. Akan tetapi yang saya tahu dalam perancangan kita tidak ada perkara inilah. Saya kena check balik.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Ini rujuk Kementerian Penerangan punya laman web PMR - www.penerangan.gov.my. Saya tidak tahu gov.my itu daripada mana tetapi rasanya government Malaysialah. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Oh! Dalam inilah. Tidak apalah. Saya akan tengok. Kadang-kadang, kalau mungkin betul mungkin tidak tetapi selalunya perkara yang hendak dibuat ini kita bincang di dalam mesyuarat pembangunan. Kita ada bajet kita.

Dalam setiap tahun, kementerian ada bajet dan dalam bajet ini kita sudah ada berapa banyak duit pembangunan, apa projek yang kita hendak buat. Seingat saya mungkin kita tidak terfikir. Walau bagaimanapun, saya akan bagi jawapan bertulislah. Mungkin di luar makluman dan pengetahuan saya apa yang Ketua Pengarah maksudkan. Jadi, saya ingat saya kena bagi jawapan bertulislah dengan Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Saya rasa mungkin pengurusan Yang Berhormat Menteri ini efisien. Jadi maksudnya memberikan – efisien dalam erti kata memberikan tanggungjawab itu kepada pihak jabatan untuk memberikan kenyataan. Itu tidak ada masalah. Itu lebih baik. Saya pun bersetuju sekiranya sistem itu dilaksanakan.

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey. Yang Berhormat Tawau bertanya mengapakah hasil laut dan rumpai air tidak termasuk dalam kawalan kuarantin ini. Hasil laut dan rumpai air termasuk dalam kawalan kuarantin fasa dua yang mentakrifkan ikan yang mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perikanan 1985. Di bawah seksyen 2 Akta Perikanan 1982, ikan ditakrifkan sebagai any aquatic animal or prime life and include all species of fish, mollusca aquatic animals, their eggs dan sebagainya. Jadi ini rumpai laut yang sedang kita promote sebagai salah satu hard impact yang banyak terdapat di Sabah.

Yang Berhormat Beruas, adakah eksport sarang burung walit perlu permit?

Keperluan sesuatu permit dan juga syarat import ditentukan oleh negara pengimport dan berbeza antara negara-negara. Untuk eksport sarang burung walit ke China sebagai contoh perlukan permit eksport dan juga sijil kesihatan daripada veterinar pada negara mana yang kita hendak eksport. Sebagai contoh dekat China, dia hendakkan kosong. Saya sudah lupa istilahnya. Ertinya tidak boleh guna pengawet langsung. Kosong. Jadi, itu China. Akan tetapi ada negara lain kadar itu tidak sampai kosong. Jadi untuk itu kita kena – dia kena dapat permit untuk dia eksport dan juga kena ada sijil kesihatan daripada Jabatan Veterinar.

final • 4:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Penjelasan. Jadi untuk eksport sarang burung ini, kita mesti dapat sijil daripada veterinar? Ini kerana dulu dikatakan Jabatan PERHILITAN tidak payah lagilah. Jadi kalau pasti supaya yang eksport ini dia tahu dengan pasti kerana sekarang ada keraguan yang timbul.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Sekarang ini, kerajaan telah pun memutuskan bahawa jabatan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil kepada sarang burung walit ini ialah Jabatan Veterinar melainkan Sabah. Sabah still di bawah Jabatan PERHILITAN. Jadi kita telah pun keluarkan garis panduan kepada semua negeri bagaimana proses dan juga standard yang mesti dipatuhi oleh pengusaha-pengusaha burung walit ini. Peraturan-peraturan ini pun telah pun saya buat pengumuman hari itu dan juga kita telah edarkan dan mana-mana pengusaha burung walit yang berminat, mereka juga boleh mendapatkannya daripada kementerian.

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Minta penjelasan. Memandangkan Yang Berhormat Menteri menyentuh berkenaan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, saya hendak tahu mengapakah dikenakan caj RM15 untuk senaskhah dan tidak disiarkan maklumat ini di laman web sebab saya terpaksa membeli sesalinan daripada Jabatan Veterinar untuk mengendalikan satu kes. Apakah Yang Berhormat menyedari bahawa walaupun garis panduan ini telah dikeluarkan masih timbul kekeliruan bidang kuasa di antara pihak majlis tempatan dengan pihak Jabatan Veterinar.

Apakah Yang Berhormat menyedari juga bahawa ada wujud banyak kelemahan dalam garis panduan tersebut yang satu daripadanya berkenaan di mana penternakan burung walit ini dijalankan di bangunan perumahan atau rumah kedai yang baru berhampiran yang kurang daripada 50 meter seperti yang dikehendaki itu. Ini mengakibatkan – saya percaya ini akan memberi impak yang sangat besar kalau pihak berkuasa tempatan hendak membangunkan satu kawasan perumahan baru yang existing penternakan burung walit di kawasan perumahan sebelum garis panduan ini dikeluarkan.

Jadi saya pohon penjelasan.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa untuk kita hendak membuat – tadi caj, biasalah Yang Berhormat. Benda ini kita print. Macam kata borang, borang hari ini percuma saja. Kita tidak ada kenakan bayaran. Akan tetapi ini peraturan yang tebal. Tebal, kita cetak, kita print dan kita jual RM15. Kalau dia hendak beli.

Kalau dia tidak mahu beli, is no problem. Bukannya paksa. Kalau tidak mahu beli....

final • 4:40 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Apa salah letakkan maklumat ini dalam laman web.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya?

final • 4:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Laman web. Sediakan maklumat ini dalam laman web agar orang ramai boleh akses kalau mereka berminat dengan penternakan.

Ada isu berkenaan dengan penternakan. Siarkan maklumat.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Yang Berhormat, yang ini kita baru lulus sahaja panduan ini. Kita hendak luluskan panduan ini juga mengambil masa. Kita bincang dengan persatuan-persatuan yang terlibat dengan industri burung walit. Kemudian sama jugalah kita kata kena bincang dengan Sabah, dengan Sarawak yang ada undang-undang yang berbeza dan juga kita bawa pula dalam mesyuarat Menteri-menteri Besar. Saya pula kena bawa dalam Kabinet. All the procedures ini kita ikut. Jadi, sekarang ini tidak ada masalah.

Kalau orang hendak beli, belilah. Apa yang timbul isu? Kalau dia tidak hendak beli, dia boleh beli satu lepas itu fotostatlah, bukanya merupakan satu kesalahan. Kongsi. Kalau susah sangat RM15 ini, ambil lima orang, ambil share, seorang RM3. Lepas itu masing- masing fotostat, pakailah fotostat, tidak ada masalah.

Akan tetapi kalau cadangan Yang Berhormat macam laman web itu, saya kena pertimbangkan, cadangan yang baiklah. Kalau itu mungkin kita kena masukkan dan saya kena check dengan Jabatan Veterinar sama ada sudah mula masukkan atau belum.

Sekarang ini seperti Yang Berhormat kata, ada juga tadi Yang Berhormat Gopeng pun ada cakap. Jadi, ini baru pertama kali kita buat. Jadi, kita terbuka.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Jadi, kalau ada cadangan-cadangan kita tengok yang perlu kita baiki. Macam hari itu, Persatuan Burung Walit jumpa saya. Kita kata kalau bawa satu kilo, it’s no problem, boleh lepas. Akan tetapi ada juga yang kena tahan. Dia kata kalau hendak bayar, bayar kat mana? Di airport itu tidak pula ada kaunter hendak bayar. All these while kita kena ambil perkara-perkara ini dan semuanya ini kita fikir bahawa rakyat kena dahulukan, dengan rakyat kita kena beri keutamaan.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Yang Berhormat, minta penjelasan sedikit, Tuaran ya. Yang Berhormat, ini berkaitan dengan permit perusahaan burung walit. Saya minta penjelasan daripada kementerian. Sekarang ini tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa yang diberi peranan untuk pengeluaran permit ialah Veterinary Department di Semenanjung. Saya minta penerangan daripada Yang Berhormat, apakah kriteria yang difokuskan oleh kementerian atau Veterinary Department apabila mengeluarkan permit. Sama ada locality sahaja ataupun mengambil kira bantahan dari segi noise pollution. Yang Berhormat, saya ambil perhatian Yang Berhormat, bahawa ada tanda- tanda sekarang ini walaupun perusahaan burung walit ini kita sokong dan dukung dengan sepenuhnya.

Akan tetapi ada kajian yang dikeluarkan oleh pihak individu mengatakan bahawa di sesuatu tempat di mana konsentrasi sarang burung walit ini mengakibatkan penurunan pengeluaran buah-buahan daripada pertanian. Ini telah terbukti dengan kajian. Saya telah melawat satu tempat di Johor umpamanya, Yang Berhormat. Didapati bahawa pengeluaran buah-buahan rambutan dan sebagainya jelas menurun. Jadi, nampaknya kalau kita tidak berhati-hati, sementara kita mendapat pulangan daripada perusahaan burung walit yang kita sokong ini tetapi kesannya kepada buah-buahan sebab the population of insects menurun. Jadi, saya sarankan Yang Berhormat kalau boleh sekarang ini kita mula mengambil perhatian kesan dia.

Kedua ini Yang Berhormat, boleh saya minta penerangan, pendirian kementerian mengenai dengan tadi kita banyak berbincang mengenai dengan kuarantin ke atas penyakit. Akan tetapi apa kata mengenai dengan perkara-perkara seperti Genetically Modified Organism (GMO) sebab banyak negara sekarang ini mengeluarkan benih GMO umpamanya. Jadi, negara China ini sedang menjual benih-benih, sayur-sayuran dan sebagainya, kita tidak tahu. Ini sudah modified dan walaupun dari segi pendekatan kasar tidak ada tanda penyakit tetapi the long term effect on our country had to be taken into consideration.

Satu lagi pencemaran nuklear di Jepun telah pun memberi satu concern kepada negara jiran. Ikan-ikan daripada negara Jepun ini dia berjalan. Jadi, adakah kementerian telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa barangan ikan umpamanya, masuk ke negara kita, sashimi contohnya, dan tidak dicemari oleh nuklear ini. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama ini mengenai burung walit. Burung walit ini adalah kebenaran, sebelum ada garis panduan ini, ini cuma garis panduan sahaja. Mungkin satu masa nanti kadang-kadang kita tengok, kalau ia boleh memberikan kesan, ia boleh menjadikannya satu akta. Jadi, garis panduan ini dahulu orang boleh buat burung walid ini sesuka hati, dalam rumah kedai dan sebagainya.

Akan tetapi apabila ada garis panduan ini, kita yang pertama sebelum hendak buat burung walit ini mesti ada kebenaran daripada majlis tempatan kalau dalam kawasan majlis tempatan. Yang kedua, kalau dibuat di luar kawasan majlis, kena mendapat kelulusan daripada pejabat tanah. Jadi, kalau kata tadi di tanah pertanian, kena mendapat kelulusan daripada pejabat tanah.

Ini yang masa hadapan. Kerana hari ini apabila kita buat garis panduan ini pun kalau saya tidak silap, beribu lagi yang ada burung walit ini yang belum mendaftar dengan Jabatan Veterinar, kerana itu di bawah KPI saya sebagai seorang Menteri kita sudah ada target, saya dah lupa berapa target. Kalau tidak silap saya 2,000 lebih, mesti kena daftar.

Ada satu negeri bila saya pergi, saya tanya dengan Jabatan Veterinar, mereka kata satu pun tidak ada yang berdaftar lagi. Jadi, oleh kerana itu di samping kita hendak mendaftarkan yang telah sedia ada, dalam masa yang sama, in future, kita juga minta kerjasamalah daripada kerajaan tempatan dan juga pejabat-pejabat daerah. Tadi mengenai benih ini, kalau saya tidak silap...

final • 4:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Boleh minta penjelasan sedikit?

final • 4:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya, nanti. Mengenai biji benih ini tadi, ini pun kalau tidak silap dia masuk dalam tafsiran di bawah akta tumbuhan yang mana sekarang ini pun kalau hendak bawa masuk benih ini kita kena buat kajian dahulu sebelum kita benarkan untuk digunakan di Malaysia. Ya, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tahu siapakah yang memberikan keputusan terakhir dalam pemberian lesen kepada penternakan burung walit ini sebab saya difahamkan bahawa lesen diberikan oleh Majlis kena daftar dengan Jabatan Veterinar. Akan tetapi apabila timbul bantahan orang ramai, siapa yang menentukan keputusan terakhir ini, sama ada meluluskan, membenarkan atau tidak membenarkan. Sebab kes yang saya katakan tadi ialah di mana penternakan burung walit di kawasan Cenderawasih ini telah diadakan sebelum garis panduan ini dijalankan. Ia adalah bangunan kedai baru, minimumnya kurang, hanya 10-20 meter sahaja daripada rumah kediaman. Ini telah menimbulkan satu isu bantahan penduduk di sana. Jadi, who has the final say, dengan izin? Sama ada lulus atau tidak lulus sebab yang telah menjalankan penternakan ini baru mula tiga-empat bulan sebelum garis panduan ini di adakan di dalam bangunan kedai yang baru. Jadi, saya pohon penjelasan.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Baik. Yang ada kuasa meluluskan sijil ini ialah veterinar, sebelum Jabatan Veterinar hendak bagi sijil ini, ia mesti mendapat surat daripada pihak berkuasa. Jadi, ada dua isu. Satu ialah apa berlaku kepada sarang burung walit yang dibuat sebelum garis panduan ini keluar. Yang mana sebelum garis panduan ini keluar, saya lupa, ada tempohnya itu, saya sudah lupa. Maka, kita dianggap boleh diterima. Saya lupa, tetapi kalau Yang Berhormat hendak in detail, sebab ini peraturan baru, saya tidak boleh hendak ingat semua.

Akan tetapi saya masih ingat sewaktu kita berbincang dahulu memang ada timbul isu ini. Apa berlaku kepada sarang-sarang burung walit yang sudah sedia ada yang kurang daripada berapa meter, saya sudah lupa, ada jarak semua ini. adi, benda ini sebenarnya kita sudah bincang secara terperinci dengan pihak sekretariat, kita sudah bincang dengan persatuan berkenaan, kita bawa dengan Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri Pulau Pinang pun hadir sama semasa mesyuarat tersebut. Menteri Besar Selangor pun hadir sama dalam mesyuarat tersebut, kita bincang, sebab masa iaitu kita hendak tahu kita hendak dapatkan kerjasama. Akan tetapi mungkin kalau ada masalah-masalah yang timbul ini seperti mana yang saya nyatakan tadi bahawa memang banyak lagi mereka yang pengurusan burung walit ini yang sepatunya berdaftar tetapi masih lagi belum berdaftar.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kita ada bagi tempoh, saya dah lupa tempoh itu. Jadi sebab itu kita adakan garis panduan ini untuk kita nak menyelaraskan dulu sebab sebelum ini memang tak ada undang-undang ini, suka hati sahaja nak buat. Dalam kebun sayur boleh, kebun rumah boleh. Pergi dekat Setiawan pun memang banyak, dia beli rumah bukannya dia nak buat kedai, dia nak buat sarang burung. Jadi ini sedang diselaraskan. Kalau saya tak silap dulu, yang mana yang tak berdaftar ini dah tak ada masalah, automatik akan diberikan kelulusan.

Yang problem ini yang tidak berdaftar. Jadi kalau in details Yang Berhormat, saya minta maaflah saya tak boleh bagi in details tapi saya masih ingat waktu perbincangan itu saya terlibat bahawa memang lama kita ding dong-ding dong perkara ini. Sabah pun tak setuju, Sarawak pun tak setuju jadi akhirnya kita manage to get it dan sebab itu saya kata masih lagi terbuka untuk kita ubah suai.

Yang akhir tadi saya minta maaf yang pasal daripada Yang Berhormat Kuala Kedah tadi yang dibangkit tadi IQC ini. Pusat ini telah pun dipohon, kita telah pohon tetapi prosedur pemilikan tanah belum selesai kerana perubahan kerajaan dekat negeri Selangor, tanah ini mungkin nak buat dekat Selangor. Walau bagaimanapun, peruntukan membina stesen kuarantin antarabangsa dipohon pada Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu selepas tahun 2012. Itu sebab saya tak tahu, ia mungkin perancangan jabatan. Jadi memang tidak ada lagi dalam bajet. Kalau ada pun permohonan ini diminta pada tahun 2011. Itu pun kalau dikenal pasti tapaklah, Yang Berhormat. Saya ingat itu sahajalah yang saya hendak jawab.

final • 5:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pokok Sena.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Saya pun peliklah, bila Yang Berhormat Pokok Sena punya soalan ini selalu depa tertinggal lah.

final • 5:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tak ada kah jawapan untuk saya di situ?

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tak ada, jawapan untuk Yang Berhormat Pokok Sena tak ada.

final • 5:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya sampai Yang Berhormat nak terlena pun saya tegur.

final • 5:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Sebab bila dengar Yang Berhormat bercakap tadi mungkin tak berapa minat, itu yang saya boleh tidur. Pegawai pun tertidur kat luar. Dua kali dah bila time Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Tawau.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Sudah jawab dah tadi Yang Berhormat Tawau.

final • 5:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Bukan, ada satu perkara yang penting.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Hah, apa itu?

final • 5:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Saya nak tahu kenapa Jeti Tawau bukan tempat masuk rasmi melalui laut seperti yang disenaraikan dengan Sandakan, Kudat, Lahad Datu dan sebagainya kerana ini adalah satu pintu yang terpenting untuk Tawau.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tak apalah Yang Berhormat, ini kita boleh bincang, kita boleh tambah. Itu tidak ada masalah daripada segi peraturan dan sekarang ini pun saya kata tadi undang-undang ini tidak akan kita laksanakan di Sabah dan Sarawak.

Jadi bila semasa kita hendak laksanakan di Sabah dan Sarawak nanti, kemudian kita boleh tengok baliklah Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Ya, kerana ini mungkin akan memberi satu impak yang besar juga dan dari pihak Indonesia ...

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak Yang Berhormat, akta ini kita tidak akan kuatkuasakan di Sabah. Ini hanya yang ada dalam ini. Kita tidak akan kuatkuasakan di Sabah dan Sarawak.

final • 5:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Jadi saya presume ini sudah been left out.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Sudah apa?

final • 5:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

This is been left out from the senarai sini.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak, dia bila apabila nanti kalau kita hendak buat atau hendak laksanakan di Sabah dan Sarawak, kita hanya laksanakan sekiranya kerajaan negeri bersetuju tapi daripada ucapan-ucapan daripada Sabah dan Sarawak sebentar tadi nampaknya semua tidak bersetuju. Jadi kalau semua Sabah dan Sarawak tidak bersetuju, kita tidak akan laksanakanlah di Sabah dan juga di Sarawak ya Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Okey.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Pokok Sena inilah sudah dua kali dah, dulu tertinggal. Yang Berhormat ada berkaki dengan pegawai saya kah? Bila Yang Berhormat cakap, jangan susah-susah catat. Yang ini Menteri perlu jawab, off hand. Baik, nasib baik saya ada catat sikit. Yang Berhormat bangkit pasal pengeluaran permit dan juga sayur sebab Yang Berhormat cakap takut nanti bagi kepada kroni-kroni. Ini tidak ada jawapan ya. Ini saya tidak tahu kenapa pegawai saya tidak catat apa Yang Berhormat bangkit.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Sudah dua kali ini Yang Berhormat bangkit tetapi pegawai saya tidak catat.

Pegawai saya tertidur kah atau Yang Berhormat sendiri berpakat. Bila Yang Berhormat cakap tidak usah catat, biar Menteri jawab terus.

Baik, Yang Berhormat. Saya hendak bagi tahu mengenai pengeluaran permit, tidak ada kuota. Kalau Yang Berhormat hendak mohon, hendak import daging, no problem.

Kita boleh bagi kerana kita masih lagi kekurangan. Daging kambing kita kurang, daging lembu kita kurang, kita baru dapat size sufficient lebih kurang 25 peratus. Ayam pun sama.

Ayam ini yang saya ingat kita sudah bagi kepada 28 syarikat. Daripada 28 syarikat ini satu syarikat pun tidak mampu hendak bawa masuk ayam. Bila kita panggil, sebab apa ayam ini tidak boleh diimport? Dia kata bila ayam dekat Malaysia ini mahal, ayam dekat Siam murah sikit, bila mereka cuba hendak bawa import ayam, ayam dalam Malaysia sudah jatuh harga.

Jadi sebab itu 28 syarikat tidak boleh import dan untuk memastikan bahawa mereka- mereka yang diberikan AP ini tidak Ali Baba dan tidak hendak jual-jual AP ini, kita bagi tempoh tiga bulan kalau tidak salah.

Ini arahan baru saya. Saya bagi tahu dengan Ketua Pengarah JPP bagi tempoh tiga bulan kalau tidak silap, tiga ataupun enam bulan, saya dah lupa, ada tempoh. Ertinya kalau dalam tempoh yang ditentukan itu dia gagal hendak bawa masuk, bermakna dia punya AP mati. Dia perlu mohon yang baru dan dia perlu beri sebab mengapa dia gagal mengimport daging, ayam dan sebagainya yang kita bagi tempoh. Kemudian mengenai sayur-sayuran.

Sayur-sayuran ini kalau saya tidak silap Yang Berhormat ya, sayur-sayuran ini tidak ada AP, tidak ada permit, tidak ada apa. Siapa nak bawa masuk, bawa masuklah sayur ini. Kalau saya tak silap sebab yang saya ingat tak ada apa orang mari jumpa dengan saya minta AP sayur, tidak ada lagi. Kalau ada itu selalu depa mai jumpa, minta tolong.

Selama saya jadi menteri ini tidak ada, tetapi walau bagaimanapun proses nak bawa sayur ke dalam Malaysia ini, FAMA akan menguatkuasakan satu peraturan baru iaitu 3P ini untuk memastikan bahawa sayur-sayuran yang hendak bawa masuk ini akan mengikut kualiti yang telah ditetapkan. Jadi kalau daripada segi kualiti dia semua ini apabila MAQIS dikuatkuasakan maka ia akan tertakluk di bawah Undang-undang MAQIS.

final • 5:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

[Bangun]

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Jadi, kalau saya tidak silap Yang Berhormat, sayur tidak ada AP, ikan ada. Ikan ada kita bagi market AP dan ikan ini kita sudah beri kepada lebih 2000 orang untuk import ikan. Ya, Yang Berhormat? Ada lagi?

final • 5:00 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih. Ada lagi, ada yang tidak jawab lagi pasal BERNAS, itu saya tanya juga itu. Saya minta jawapan itu. Berkaitan tadi kata ada tempoh kan, tempoh untuk kita mengelakkan Ali Baba dan sebagainya seperti yang disebutkan tadi tetapi kalau dalam tempoh itu dia pergi jual AP itu dekat orang, macam mana hendak elak Ali Baba kah apa? Dalam tempoh itu dia pergi jual.

final • 5:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Menteri, boleh jawab sekali?

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Hah, okey.

final • 5:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Minta maaf ya. Tadi Menteri jawab cakap sayuran tidak payah AP tapi dalam laman web FAMA sana saya tengok kebun sayur kena AP..

Dalam laman web FAMA saya tengok ada sayur kubis.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Sayur ini kecuali kubis yang saya ingat sebab ramai orang jumpa minta AP kubis.

final • 5:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Memang sayur ini...

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kubis ini kita buat, fahamlah, betullah kubis perlu ada permit.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kita habis pukul 5.30 Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya. Kubis memang perlu ada permit sebab hendak menjaga kepentingan pengusaha-pengusaha kubis di Cameron Highlands.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Dia ada kuota, jadi kuota yang kita perlu import tidak boleh lebih daripada kuota yang telah ditetapkan supaya apabila kubis dibawa masuk, tidak memberi kesan kepada penanam-penanam kubis di dalam negara terutamanya di Cameron Highlands.

final • 5:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Macam ini, jika kubis dari China punya baru perlu ada AP, negara lain tidak payah?

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Tidak, semua kenalah. Semua kubis tak kiralah daripada Indonesia kah atau daripada China pun memang kena.

final • 5:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Okey. Bila kerajaan akan menghapuskan permit sebab persatuan sayur-sayuran mengharapkan kerajaan boleh menghapuskan AP ini.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Boleh, kalau Yang Berhormat boleh memberitahu penanam kubis di Cameron Highlands, there’s is no problem tetapi esok kalau penanam- penanam sayur kubis Cameron Highlands tunjuk perasaan, Yang Berhormat hendak bertanggungjawab? Macam baru-baru ini dalam dua tahun lepas bila berlaku kubis jatuh harga, dia buat tunjuk perasaan. Jadi sebab itu kita perlu jaga kepentingan penanam- penanam sayur dan juga lagi satu AP yang kita kena ialah kelapa. Kelapa pun kita kenakan AP kerana kita hendak menjaga kepentingan kelapa di dalam negara. Setakat ini macam saya kata tadi daging, ayam memang tidak ada kuota sebab kita masih lagi kekurangan.

Jadi mungkin satu hari nanti apabila kita telah lihat sasaran kita sudah tercapai, then kita perlu beri kuotalah. Jadi... Apa lagi?

final • 5:00 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Yang Berhormat Menteri saya tidak faham lagi. Ia seperti kopi pun perlu APkah?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Ya?

final • 5:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Kopi, kopi.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kopi ini di bawah kementerian lain. Ia bukan di kementerian saya.

final • 5:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Akan tetapi di laman web FAMA cerita tentang ia ada.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Oh! Ya. Ia soal kopi .

final • 5:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ya.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kopi pun perlu sebab kita ada tanam kopi yang mana kita ada jaga kepentingan...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kopi sebentar tadi.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya cadangkan mintalah jawapan daripada Yang Berhormat Menteri bersurat supaya tanya apakah benda yang kita perlu AP, pengeksportan sayur, dan makanannya.

final • 5:10 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ini kerana ada persatuan-persatuan tanya kita mengapakah perlu AP? Barang ini biasa sahaja dan mana-mana pun boleh dapat.

Mengapakah kerajaan tetapkan perlu ada AP apabila dihapuskan?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Apa juga Yang Berhormat, AP ini tujuannya ialah untuk kita menjaga kepentingan peladang-peladang, petani, dan nelayan di dalam negara kita. Oleh sebab itu kita perlu ada kuota. Kalau kita lihat masih lagi tidak cukup, kategori beri tidak ada masalah. Kalau tiga bulan sahaja Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena kata kalau tiga bulan mahu ‘Ali Baba’ tidak mengapalah. Siapa ambil ‘Ali Baba’ itu dia rugilah tidak usahlah ambil ‘Ali Baba’ Mari minta terus, kita tidak ada masalah.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Kita boleh beri asalkan dia mesti mengimport dari negara-negara yang kita kenal pasti rumah sembelihannya telah pun diberikan kelulusan oleh pihak kerajaan kita sebagai rumah yang halal.

Kemudian yang beras ini Yang Berhormat. Esok Yang Berhormat datang ya.

Setiap hari Selasa iaitu esok saya sengaja minta naikkan soalan Yang Berhormat nombor enam kalau tidak silap. Jadi, tunggu esoklah kita jawab soalan benar. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

final • 5:10 PM
Fasal-fasal 1 hingga 50 –

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang mungkin tidaklah isu besar tetapi harus mendapat perhatian. Pertamanya mengenai tafsiran bagi karkas. Saya mungkin menganggap karkas ini suatu yang telah diterima dalam bahasa kita daripada perkataan Inggeris “carcass”. Cumanya di sini disebut ertinya bangkai binatang. Kenapa kita tidak gunakan terus perkataan bahasa Melayunya bangkai binatang? Ini kerana itu pun maknanya disebut di dalam tafsiran yang ada di dalam rang undang-undang ini. Itu yang pertama.

Kedua, mengenai Perkara 4 Pelantikan Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai yang lain. Saya ingin merujuk kepada Ketua Pengarah. Oleh kerana ini adalah suatu rang undang-undang yang bercakap mengenai perkhidmatan kuarantin yang melibatkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kesihatan. Khususnya untuk melindungi pengguna-pengguna di Malaysia dan juga kepada negara-negara sasaran eksport kita supaya tidak terjejas dengan apa-apa penyakit yang boleh dibawa oleh haiwan ataupun bahan-bahan pertanian yang lain termasuk bangkai binatang ini. Maka tentulah ianya merupakan satu jawatan teknikal yang penting.

Kalau kita merujuk kepada kuasa dan juga fungsi Ketua Pengarah ini diberikan beberapa tanggungjawab yang sangat teknikal untuk mengesan mikroorganisma misalnya, jenis-jenis penyakit. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah jabatan baru ini akan dikepalai oleh seorang Ketua Pengarah yang berlatar belakangkan teknikal? Maksudnya seseorang yang mempunyai ilmu di bidang perubatan ataupun veterinar kerana ini tentulah akan dapat melaksanakan tanggungjawabnya yang lebih baik.

Saya melihat apabila struktur jabatan ini dirangka nanti kita akan melihat ada beberapa bahagian atau seksyen di dalam jabatan ini. Misalnya Bahagian Kawalan Penyakit ataupun Bahagian Diagnosis.

Tentulah pegawai-pegawai yang naik daripada peringkat akar umbi jabatan ini akan melalui proses-proses ini dan pelantikan Ketua Pengarahnya pun saya lihat adalah wajar daripada kalangan pegawai-pegawai yang telah dilatih berpengalaman di dalam bidang-bidang teknikal sedemikian ataupun kemungkinan kementerian bercadang untuk membuka jawatan kepada sesiapa termasuk pegawai tadbir diplomatik kah ataupun bidang-bidang yang lain.

final • 5:13 PM

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Kuala Krai

Saya mencadangkan supaya pegawai yang berlatar belakangkan teknikal kesihatan sama ada pegawai veterinar ataupun perubatan mengepalai jabatan tersebut.

Kemudian, Perkara 21 yang saya hendak rujuk ialah waran boleh diterima walaupun cacat memberikan suatu kuasa yang agak besar kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan waran geledah ini. Walaupun berlaku kecacatan di dalam waran tersebut.

Saya pun boleh membayangkan dari segi kecacatannya mungkin dari segi nama, tempat, alamat, dan waktu. Semua ini saya rasa memberikan satu ruang untuk ketidaktelitian di dalam proses melaksanakan penguatkuasaan. Jadi kenapakah suatu kelonggaran yang kini besar diberikan sehingga boleh menjejaskan keadilan di satu pihak yang lain? Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 5:13 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 5:13 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan di bawah Perkara 2 berkaitan dengan soal akta yang dikecualikan di bawah Perkara 2(2). Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara peruntukan akta ini dengan undang-undang yang bertulis yang berkaitan kecuali Akta Makanan 1983 [Akta 281], peruntukan akta ini hendaklah terpakai. Saya merujuk kepada Akta Makanan 1983 [Akta 281] itu ialah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau. Jadi, pada pandangan saya sekiranya kita cuba untuk membuat kuarantin daripada tumbuhan ataupun makanan dari luar negara. Contohnya sekiranya kita import tembakau yang mengandungi bahan- bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan untuk dibuat rokok untuk kegunaan masyarakat dalam Malaysia.

Akan tetapi peraturan 281 ini tidak terpakai sedangkan peraturan ini juga memberikan kesan kepada hasil tembakau dalaman dalam negara kita yang mana kadar racunnya yang begitu tinggi. Yang Berhormat Menteri pun sedia maklum. Jadi, secara tidak langsung sekiranya kita membenarkan import tembakau dari luar negara sedangkan akta ini dikecualikan. Jadi, sekiranya hendak diselaraskan bermakna Akta 281 juga mesti terpakai untuk memastikan import bahan-bahan tanaman khususnya yang mengandungi racun- racun di bawah Akta Makanan 1983 juga kepada bahan tembakau.

Keduanya yang ingin saya bangkitkan soal di bawah Perkara 46 iaitu Kompaun Kesalahan yang tercatat di sini iaitu berkaitan dengan soal tawaran kompaun yang sekiranya tidak dibayar oleh pengimport tersebut, maka dia akan dikenakan dakwaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, industri ataupun perniagaan dalam bidang pertanian ini sangat berkait rapat dengan tempoh masa.

final • 5:17 PM

Tuan Haji Ahmad Kasim - Kuala Kedah

Oleh sebab itu, sekiranya sesuatu bahan tanaman ataupun penternakan dalam bidang pertanian khususnya, masa itu adalah sebahagian daripada perkara yang sangat penting. Dia bukan macam industri yang tidak rosak sebab lagi tempoh masa lebih lama, bahan itu akan makin rendah kosnya. Seperti kita beli ikanlah. Kalau makin lama tempoh ikan itu, makin rosak dan ikan itu makin kurang kualiti. Begitu juga dengan buah-buahan.

Jadi sekiranya antara tempoh pendakwaan dengan sesuatu kes yang hendak diselesaikan dalam mahkamah, sehinggalah kadang-kadang bahan pengimport itu sudah lupus, tidak boleh pakai. Jadi sejauh mana tempoh pendakwaan daripada mula didakwa sehinggalah perkara itu selesai kes di mahkamah supaya pengimport itu boleh memanfaatkan bahannya ataupun bagaimana pihak kerajaan hendak menyelesaikan di bawah perkara kompaun kesalahan ini? Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Yang Berhormat Hulu Langat sedikit.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 5:20 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan Perkara 19(1), (3), (4) dan 21. Saya difahamkan akta ini merangkumi perkhidmatan kuarantin, tumbuhan, haiwan dan seterusnya mikroorganisma dan sebagainyalah. Akan tetapi apabila saya baca dari segi penggeledahan dan penyitaan dengan waran ini, saya jadi confused. Iaitu umpamanya 9(1)(a) ia masuk juga mana-mana premis yang terletak di pintu masuk stesen kuarantin dan premis kuarantin dan menggeledah bagi menyita dan menahan mana-mana buku, rekod, dokumen, komputer, peralatan, tumbuhan, binatang, karkas dan sebagainya. Begitulah seterusnya (b), (c), 19(3), 19(4) dan juga dalam 21. Jadi saya minta penjelasan. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Tuan Pengerusi boleh sambung sedikit sahaja? Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri tentang kuasa penangkapan. Perkara 18(2) – seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir. Di sini saya minta Yang Berhormat Menteri satu penjelasan.

Adakah ini bermakna, jika tiada balai polis yang berdekatan, pihak pegawai kementerian boleh menahan sesuka hati? Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun memberikan pandangan. Ini daripada mana tadi? Yang Berhormat Kuala Krai. Ini mengenai bangkai.

Ertinya bangkai binatang. Bangkai ini kita hendak panggil apa kalau istilah yang baik? Seperti kata ikan, kalau ikan hidup kita kata ikan hidup. Kalau ikan mati, kita panggil ikan mati. Jadi kita kata kalau kita hendak kata binatang mati, sama juga. Jadi saya ingat istilah ‘bangkai’ ini benda yang telah pun matilah, yang bukan sahaja dia mati tetapi kemudiannya kita sudah potong-potong lagi dia. Akan tetapi tidaklah memerli ikan. Apa yang pentingnya kita tahu apa yang dikatakan karkas kerana dia selari dengan takrif ‘karkas’ di bawah akta binatang.

Sebelum ini pun di bawah Akta Binatang 1953, dia cuma wujud ada daripada segi konteks takrifan ini. Di bawah undang-undang ini ia meliputi bangkai-bangkai atau ikan.

Akan tetapi kita ambil daripada tafsiran daripada akta binatang. Kemudiannya, jawatan Yang Berhormat kata jawatan ketua pengarah ini. Kalau kita daripada tengok seksyen 4(1), Yang Berhormat Menteri boleh lantik ketua pengarah ini daripada kalangan pegawai awam.

Jadi kita akan tengoklah. Memanglah susah sebab dia kalau semacam hendak lantik seperti Yang Berhormat kata hendak ambil daripada pakar veterinar. Dia mungkin pakar veterinar tetapi sayur, ikan, burung dan selain daripada ternakan mungkin dia tidak ada pakar.

Jadi ini kita akan lihat kerana daripada pegawai awam ini ialah bermakna kita boleh lantik daripada semua pihak yang ada kemahiran teknikallah. Itu kita akan lihat daripada keseluruhannya. Kemudiannya, waran kalau cacat pun boleh masuk. Undang- undang ini kita hendak pastikan, kadang-kadang mungkin bila kita hendak masuk satu-satu kawasan stesen kuarantin ataupun premis kuarantin ini mungkin ada teknikal silap nama dan sebagainya. Jadi untuk kita hendak memastikan bahawa dia kalau kita kata kecacatan itu, saya ingat bukanlah kecacatan daripada segi yang contradict dengan mana-mana undang-undang. Akan tetapi ini mungkin daripada segi teknikal. Jadi di dalam undang- undang ini yang teknikal itu kadang-kadang boleh lepas. Akan tetapi walau bagaimanapun, apa juga di dalam undang-undang ini peguam masih boleh argue di dalam mahkamah.

Kemudiannya tadi Yang Berhormat daripada Kuala Kedah kata akta makanan ini dikecualikan. Oleh sebab akta makanan ini, ia berdiri dengan sendirinya. Ini kerana sebenarnya akta makanan ini ia akan bertanggungjawab daripada kualiti makanan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Jadi kalau misal katalah kita hendak kata sama ada bahan itu ia daripada segi keselamatan makanan, kita kena ikut akta makanan. Ini kerana akta makanan ini berkuat kuasa bukan sahaja barang-barang sebelum masuk tetapi barang-barang selepas masuk pun masih lagi akta makanan yang diberikan kuasa.

Ertinya Kementerian Kesihatan yang mempunyai kuasa yang penuh untuk memastikan keselamatan makanan. Tadi yang berbangkit sama ada daripada ada radioaktif ataupun tidak itu memang daripada Kementerian Kesihatan. Pakar-pakar mereka yang akan memberikan bantuan. Kemudiannya lagi mengenai Yang Berhormat Hulu Langat tadi dia bercakap mengenai 19(3) ini Yang Berhormat. Saya tidak berapa jelas Yang Berhormat kata penggeledahan dan juga penyitaan dengan waran. So, saya tidak faham apa Yang Berhormat...

final • 5:20 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Maksudnya dalam perbincangan kita, perkhidmatan kuarantin ini hanya tumbuhan, haiwan, karkas dan sebagainya. Akan tetapi apabila penyataan itu ia termasuk buku, komputer, peralatan semuanya itu. Itu yang saya tidak faham. Adakah kemungkinan silap diambil daripada akta lain masuk ke situ. Kalau tengok 19(1), 19(1)(a), (b),(c), kemudiannya 19(3), (4) dan 21. Itu yang sama maksud.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Okey, yang ini ialah prosedur dari segi penggeledahan. Jadi dia punya rawatan ini dia bagi jelaslah. Ini sebab dalam kuarantin, walaupun ia kuarantin tetapi dalam kita hendak menahan seseorang itu, dia kena ada dokumen-dokumen. Jadi oleh sebab itu kalau ada dokumen-dokumen dan sijil ataupun buku-buku maka kita boleh sita sekali itu sebagai bahan bukti.

Tadi Yang Berhormat Kuala Kedah ada cakap mengapa bila sudah kompaun kalau tidak bayar, kena bawa ke mahkamah. Sebenarnya undang-undang ini ia ada kelonggaran kalau hendak bandingkan dengan beberapa undang-undang yang ada sekarang ini. Ia salah langsung tidak ada kompaun. Now kita bagi dia peluang untuk kompaun. Jadi kalau dia tak mengaku salah dan dia rasa barang dia itu hendak selamat dia kena bayar kompaun. Akan tetapi kalau dia tidak mahu mengaku salah kita ada peraturan kita. Atau sekarang pun kalau ada yang kita rampas jadi sebelum kita hendak bawa ke mahkamah kerana bahan ini bahan makanan, maka kita boleh buat lelongan, jualan secara terbuka.

Kalau dia hendak ambil, kadang-kadang syarikat itu dia boleh beli balik dengan harga yang telah kita tetapkan dan kita peganglah duit itu. Kalau esok dia menang, kita bagilah dekat dia. Kalau dia kalah kita ambillah duit itu. Jadi sebenarnya peraturan undang- undang ini dia bukan yang luar biasa, undang-undang yang biasa termasuklah Yang Berhormat Bakri bangkitkan mengenai 18(2). Perkara 18(2) yang saya sudah sebutkan tadi.

Memanglah sebab kita tidak ada kuasa hendak tahan orang. Apabila kena tangkap, kena balai polis yang berhampiran. Apabila balai polis yang berhampiran ini very subjective lah.

Sekarang ini memang seperti saya kata tadi bahawa Yang Berhormat pun boleh tangkap orang. Yang Berhormat tengok orang salah, station arrest nama dia, tangkap.

Akan tetapi Yang Berhormat tangkap kena bawa ke balai polis yang berhampiran. Samalah juga kuasa yang diberi kepada pegawai MAQIS ini. Jadi perkara ini tidak ada timbul masalah. Akan tetapi sejauh mana kalau kata mengapa lambat bawa, itu terpulang kepada mahkamahlah. Itu mahkamah kena debate lah. Itu terpulang how dia tak puas hati, mengapa dia kena tahan dan sebagainya itu let the court decide lah.

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Noh bin Haji Omar

Fasal-fasal 1 hingga 50 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Jadual diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 5:30 PM
USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3)

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Dr. Awang Adek Hussin

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

final • 5:32 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 5:32 PM
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Rumah Untuk Keluarga Berpendapatan Bawah RM3,000 di Bandar

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih. Artikel di muka surat B4 Starbiz bertarikh 17 Mei 2011 bertajuk, “No takers for 4,516 houses under ‘My First Home Scheme” menyatakan bahawa respons rakyat pada tawaran pinjaman 100 peratus kepada pekerja sektor swasta dengan gaji di bawah RM3,000 adalah begitu lemah.

Mengikut kenyataan Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, sampai 30 April, hanya 772 permohonan sahaja diterima untuk skim ini. Pada saya perkara ini bukan sesuatu yang menghairankan. Adalah jelas bahawa My First Home Scheme ini tidak menangani dua masalah utama yang dihadapi oleh pembeli rumah di Malaysia.

Pertama, harga rumah yang ditawarkan dalam pasaran bebas adalah terlalu tinggi berbanding dengan gaji yang diperoleh. Bayaran pinjaman sesebuah rumah yang berharga RM150,000 adalah lebih kurang RM750 sebulan. Ini adalah amat berat untuk seseorang dengan gaji bulanan sebanyak RM2,500 yang merupakan 30 peratus daripada jumlah gajinya.

Masalah kedua yang tidak ditangani oleh My First Home Scheme adalah isu kegawatan ekonomi yang berulang setiap lapan hingga 10 tahun. Oleh sebab jangka masa untuk membayar balik pinjaman bank adalah 30 tahun, peminjam itu akan mengalami tiga atau empat kegawatan dalam tempoh masa itu di mana wujudnya kemungkinan beliau akan mengalami penurunan pendapatan beliau. Apakah jalan beliau untuk meneruskan bayaran pinjaman semasa kegawatan ekonomi? Skim yang diumumkan oleh Perdana Menteri langsung tidak menawarkan sebarang jalan keluar kepada peminjam yang mengalami masalah finance oleh sebab kemelesetan ekonomi.

Kerajaan kita telah menunjukkan kebijaksanaan dalam mengendalikan masalah perumahan di kawasan desa. Beberapa skim termasuk program bina rumah dan program perumahan rakyat telah dilaksanakan untuk kebajikan penduduk desa. Pembekalan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah tidak dilepaskan kepada sektor swasta.

Kerajaan sendiri mengambil tanggungjawab untuk memastikan rakyat miskin di desa memperoleh rumah selesa. Mengapa pendekatan ini tidak diamalkan untuk masalah perumahan di bandar-bandar kita? Mengapa sebahagian daripada kelebihan atau surplus ekonomi kita tidak disalurkan untuk mensubsidikan pembinaan rumah untuk keluarga berpendapatan rendah di bandar?

final • 5:40 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Jika kita mahu mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi, kita harus bersedia melabur terhadap modal sumber manusia kita dengan memastikan rakyat kita mempunyai kemudahan asas seperti rumah yang selesa supaya mereka dapat melengkapkan anak-anak mereka untuk menyumbang kepada ekonomi berpendapatan tinggi yang kita inginkan. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Dr. Awang Adek Hussin

Tuan Yang di- Pertua, Skim Rumah Pertama Ku yang telah dilancarkan pada 8 Mac 2011 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah bertujuan membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 100 peratus daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka.

Langkah ini akan dapat membantu golongan muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah tanpa perlu membayar wang cagaran sebanyak 10 peratus yang biasa dikenakan sebelum ini dan ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Sehingga akhir April 2011, sejumlah 143 permohonan telah diluluskan oleh institusi kewangan yang terlibat.

Bagi memastikan rumah yang berharga sehingga RM220,000 mencukupi terutamanya di kawasan-kawasan bandar, kerajaan menerusi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sedang merangka strategi dan mengenal pasti tapak-tapak untuk membina lebih banyak rumah di kawasan di bawah kategori Skim Rumah Pertama Ku di Lembah Klang bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang tinggi. Pada masa ini SPNB telah mengenal pasti tujuh lokasi di Lembah Klang yang berpotensi untuk pembinaan rumah-rumah di bawah kategori harga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Selain itu, susulan daripada pelancaran Skim Rumah Pertama Ku, kerajaan akan menyediakan tanah bagi membolehkan pihak swasta membina rumah mampu milik berkualiti berharga RM220,000 ke bawah untuk ditawarkan kepada golongan muda.

Pendekatan ini adalah usaha sama sektor awam dan swasta dan akan dilancarkan pada bulan Julai ini dengan pemaju swasta mengusahakan projek sebagai tanggungjawab sosial korporat. Projek perumahan tersebut akan menggunakan Sistem Binaan Berindustri atau Industrialized Building System (IBS) yang membolehkannya siap lebih cepat. Selain itu, bagi membantu golongan berpendapatan rendah di bandar, kerajaan turut menyediakan pelbagai jenis bantuan lain seperti Skim Perumahan Rakyat, Rumah Mampu Milik dan Bantuan Kadar Sewa Rumah.

Berhubung jangka masa pembayaran balik yang panjang iaitu 30 tahun, ini adalah untuk membolehkan kadar bayaran pinjaman tidak terlalu tinggi dan membebankan.

Memandangkan golongan sasaran adalah golongan muda yang mempunyai tempoh bekerja yang masih panjang, pembayaran balik tidak seharusnya menimbulkan masalah kepada mereka.

final • 5:37 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Dr. Awang Adek Hussin

Apa pun dalam jangka masa panjang pemilikan rumah adalah lebih baik daripada penyewaan rumah. Bagi membantu rakyat terutamanya golongan muda yang menghadapi masalah kewangan, kerajaan telah memperkenalkan Program Pengurusan Wang Ringgit Secara Berhemah. Selain itu, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) juga menyediakan perkhidmatan nasihat dan bantuan berhubung dengan pengurusan kredit kepada peminjam individu dan bakal peminjam. Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Dato' Dr. Awang Adek Hussin

Ancaman “Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu”

final • 5:40 PM

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, ucapan penangguhan saya bertajuk Ancaman “Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu”. Sudahkah Malaysia berjaya berhijrah ke satu era yang sungguh liberal di mana rakyat berbilang bangsanya kini kebal daripada sentimen perkauman seperti yang sering diapi-apikan oleh segelintir politikus.

Ada Menteri yang berhemah bahawa meskipun adanya politikus Islam tertentu yang melalak-lalak perkasa di khalayak ramai dan beritanya disebarkan secara berleluasa di media masa seakan-akan orang Kristian kini bangun mencabar kedudukan Islam di Malaysia. Justeru, masing-masing berikrar untuk melancarkan perang salib terhadap masyarakat Kristian di Malaysia. Ianya kini dianggap cuma satu norma baru dan tidak lagi satu perbuatan subversif yang perlu dikenakan sebarang tindakan. Ada pula Menteri Dalam Negeri bersabda bahawa pandangan ultra Islam demikian tidak mewakili semua orang Islam di Malaysia. Malah Menteri juga berkata ekstremis juga wujud dalam masyarakat Cina, namun tanpa menamakan barang siapa yang dimaksudkan.

Semua warga Malaysia keturunan Cina menjadi suspek. Tuan Yang di-Pertua, mari kita imbas semula wira Islam ala Yang Berhormat Pasir Mas yang telah berucap dalam satu majlis anjuran komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak pada 16 Mei. Antara inti pati ucapannya yang berbunyi:

“...Sebenarnya darah saya sekarang ini tengah panas ini. Ini bukan main- main. Darah saya tengah panas. Bulu roma saya sedang tegak ni...

sebab majlis terakhir (saya) di Kelantan tadi, saya isytihar, di hadapan polis, saya sebut kepada kakitangan keselamatan, kalau nak sampaikan ini ke Bukit Aman, silakan. Tolong tape apa yang saya cakap.” “Kalau ada pihak di Pulau Pinang, terutama di antara paderi Kristian yang didukung oleh DAP Pulau Pinang, terus dengan agenda yang kita tahu, niat mereka ini, saya tawar... kalau nak Perang Salib boleh. Ini Salahuddin Ayyubi dari negara Malaysia!” “...Cabaran ke arah posisi kedaulatan digniti kita umat Melayu Islam, yang menjadi penduduk majoriti, yang menjadi penduduk dan ketuanan negara asal ini, mereka cabar terus menerus.” “Bermula dengan isu-isu bangsa, sekarang berjangkit kepada isu-isu agama. Apabila berjangkit kepada isu agama, ertinya jihad!” Jihad! Sebab laporan palsu di Utusan Malaysia yang memperlagakan orang Kristian dan umat Islam dengan berdasarkan seorang dua blogger tanpa sokongan, evidence, ini jihad namanya! Saya minta seluruh anggota Jemaah Menteri tidak kira yang UMNO, MCA, GERAKAN, MIC atau PBB. Tepuk dada, tanya selera.

Cuma nafikan yang ucapan sedemikian bukan satu penghasutan. Dengarlah sendiri ucapan penuh Salahuddin Ayyubi wajah Malaysia dalam klip video sepanjang 45 minit yang termuat di MalaysiaKini.TV, http://www.malaysiakini.tv/video/21608./ibrahim-ali- speech-seditious-or-normal.html. Seluruh anak Malaysia khuatir jika jihad tercetus, jika Perang Salib berjangkit sudah pasti yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

Beginikah nasib Malaysia.

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, Yang Berhormat.

final • 5:41 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong di atas ucapan penangguhan yang telah dibangkitkan tersebut.

final • 5:41 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini kerajaan amat serius dan akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan sesuatu kenyataan sensitif melibatkan soal perpaduan, perkauman dan institusi raja termasuklah hal-hal mengenai agama sama ada secara terbuka ataupun melalui media cetak, media elektronik mahupun media alternatif.

Dalam hal ini, Polis Diraja Malaysia selaku penguat kuasa undang-undang sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi dan jabatan yang berkaitan. Antaranya ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Cyber Security Malaysia. Walau bagaimanapun, tindakan hanya akan diambil selepas siasatan mendapati perbuatan tersebut benar-benar melanggar undang-undang. Dalam hubungan ini, terdapat banyak kriteria yang perlu dibuktikan sebelum sesuatu penyataan ataupun perbuatan boleh dianggap sebagai satu hasutan yang boleh mengancam keharmonian negara. Meskipun wujud tanggapan awam bahawa kecenderungan untuk menghasut dilakukan oleh seseorang individu dalam sesuatu isu.

Perkara tersebut hanyalah sebagai tanggapan atau semata-mata. Setiap siasatan oleh pihak polis adalah berdasarkan kepada kehendak undang-undang. Sekiranya didapati kes berkenaan tidak memenuhi kehendak undang-undang maka pendakwaan tidak boleh dibuat terhadap individu atau kumpulan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, dakwaan bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kenyataan untuk melancar jihad terhadap orang Kristian seperti yang didakwa oleh Ahli Yang Berhormat adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana Ahli Yang Berhormat sendiri pun sedia maklum bahawa kementerian sememangnya memantau kenyataan yang dibuat oleh semua pihak termasuklah kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh anggota-anggota pentadbiran kerajaan berhubung isu-isu semasa negara. Pada masa yang sama, sesuatu kenyataan yang dibuat itu adalah merupakan kenyataan-kenyataan secara peribadi atau persepsi masing-masing.

Sehubungan itu, dengan setiap siasatan oleh PDRM adalah berdasarkan kepada laporan dan siasatan akan dijalankan dengan teliti dan tindakan hanya akan diambil sekiranya siasatan mendapat perbuatan tersebut benar-benar melanggar undang-undang sedia ada dan mampu menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Oleh yang demikian, tiada sesiapa pun yang terkecuali atau boleh mengatasi undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, sesungguh pun kes ini masih lagi dalam siasatan polis namun dalam hal ini ingin saya menasihatkan agar semua pihak termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa berhati-hati di dalam mengeluarkan sesuatu pernyataan terutama sekali yang menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh menggugat keselamatan negara dan juga ketenteraman awam. Sekian, terima kasih.

final • 5:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan telah ditangguhkan dan akan bersidang semula pada jam 10 pagi hari Selasa, 14 Jun 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.50 petang.

final • 5:41 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026