Apr042011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, berapa ramaikah bilangan pendatang asing di negara ini mengikut sektor pekerjaan yang dibenarkan. Berapa ramai pula yang dibenarkan menjalankan perniagaan seperti gerai makanan dan memiliki harta seperti rumah di negara ini.

final • 10:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, statistik yang direkodkan Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan sehingga 31 Disember 2010 terdapat seramai 1,817,871 warganegara asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan pada masa ini menetapkan warganegara asing yang memegang PLKS ini hanya dibenarkan bekerja di dalam enam sektor sahaja seperti berikut:

(i) pembantu rumah;

(ii) pembinaan;

(iii) pembuatan;

(iv) perladangan;

(v) pertanian; dan

(vi) perkhidmatan.

Mengenai sektor Perkhidmatan, dasar semasa yang diputuskan kerajaan pada 14 Januari 2009 hanya subsektor tukang masak, pembersihan dan pencucian serta pekerja di resort peranginan sahaja yang telah pun dicairkan. Selainnya masih lagi terpaksa dibeku.

Dari segi pecahan pemegang PLKS ini mengikut sektor pekerjaan sehingga 31 Disember 2010 pula, adalah seperti berikut:

PECAHAN PEMEGANG PLKS MENGIKUT SEKTOR PEKERJAAN
PekerjaanJumlah (orang)
Pembantu rumah247, 069
Pembinaan235, 010
Pembuatan672, 823
Perkhidmatan165, 258
Perladangan266,196
Pertanian231,515
Jumlah keseluruhan1,817, 871

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri adalah bertanggungjawab mengeluarkan permit kerja kepada pekerja-pekerja asing tidak mahir dan separuh mahir dalam enam sektor tersebut. Oleh yang demikian, kementerian tidak mempunyai rekod dan juga statistik mengenai jumlah warga negara asing yang dibenarkan menjalankan perniagaan seperti gerai makanan dan memiliki harta di negara ini sebagaimana pertanyaan Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Walau bagaimanapun, sebagai langkah jangka panjang kerajaan juga sedang melaksanakan strategi dan pendekatan untuk memantapkan mekanisme pengurusan warga asing di negara ini. Usaha ini digerakkan dan dipantau melalui Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA PATI) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang turut melibatkan 13 buah kementerian selain agensi-agensi berkaitan.

JKKPA PATI telah menubuhkan makmal pengurusan warga asing yang telah berlangsung pada 23 Mac hingga 23 April tahun lalu. Makmal tersebut telah mengemukakan 50 syor dan sehingga kini 48 syor tersebut telah dipersetujui kerajaan dengan 19 daripadanya akan dibuat kajian lanjut, sementara 29 syor lagi akan dilaksanakan melalui tiga fasa sehingga Disember tahun ini. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan. Masyarakat umum biasanya mempunyai pandangan ataupun pendirian mengenai pendatang asing ini.

Persepsi-persepsi negatif telah dilemparkan terhadap pekerja asing. Sering kali kita mendengar mereka menyuarakan kebimbangan mereka tentang kebanjiran pekerja asing ini dan mengganggu masyarakat, jiran-jiran dan juga perniagaan-perniagaan orang tempatan.

Ramai dikatakan terlibat dalam kegiatan jenayah. Dalam soal ini peranan kementerian ataupun Jabatan Imigresen dalam membuat pemantauan dan penguatkuasaan ini sangatlah penting untuk mengubah persepsi ini. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah aktiviti penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen dan lain-lain agensi dalam konteks operasi dan tangkapan bagi menangani isu-isu pekerja tidak sah. Berapa ramai pula majikan yang telah dikenakan tindakan atas kesalahan mereka mengajikan pekerja-pekerja yang tidak sah di syarikat mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat.

Sepanjang tahun 2010, sebanyak 6,017 operasi telah dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Seramai 34,905 orang telah ditangkap kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1953/63 dan di bawah Peraturan Imigresen 1963, manakala seramai 688 orang majikan telah ditangkap atas kesalahan di bawah seksyen 55(b), Akta Imigresen 1959/63 iaitu mengambil pekerja secara tidak sah.

final • 10:00 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Walau bagaimanapun, saya memahami sangat kebimbangan Yang Berhormat dan juga orang ramai berhubung kait apa yang dikatakan sebagai kebanjiran warga asing dan pekerja-pekerja asing di tanah air kita. Ianya mesti dilihat dalam konteks dua fenomena dunia iaitu pertamanya, globalisasi di mana kita mengambil kira landskap baru dalam migrasi dan juga mobiliti penduduk dunia yang tanpa sempadan. Keduanya, bagaimana kita dapat mengimbangi kebanjiran warga asing ini dengan keperluan pekerja asing untuk menjana dan memulihkan keperluan ekonomi negara. Maka, apa yang kita telah lakukan sekarang dengan mewujudkan Jawatankuasa Kabinet ialah pertamanya, untuk melihat kepada perundangan.

Kedua, melihat kepada kewujudan sistem dan proses yang lebih komprehensif.

Ketiga, melibatkan yang 14 tadi saya sebut, kementerian dan agensi yang berkenaan.

Memberikan suntikan kemahuan politik atau political will, dengan izin, daripada kepimpinan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, yang tertinggi sekali dalam konteks ini dan meletakkan sistem-sistem baru untuk memantau keadaan. Dengan pendekatan baru ini dan syor-syor yang dibuat melalui makmal yang saya sebut tadi, insya-Allah apa yang menjadi kebimbangan tadi akan dapat kita tanganinya berperingkat-peringat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat sebut tadi 1.8 itu yang documented. Sudah tentu yang tak documented ini lebih daripada itulah. Setiap kali kita tahan yang betul-betul haram ini, yang tak ada dokumen langsung ini, bukan sahaja kita simpan dia dalam kem kita, kita bagi makan lepas itu rakyat Malaysia kena bayar. Dia makan lebih sedap daripada rakyat Malaysia pula kadang- kadang.

final • 10:10 AM

Dato' Johari Abdul - Sungai Petani

Adakah kementerian bersetuju kalau kita katakan bahawa sementara mereka datang secara haram ini, kenapa tidak kita bagikan mereka satu period dan bukan sahaja kita bagi dia satu period untuk dia bekerja katakan setahun, kita dokumenkan mereka dan akhirnya kita hantar mereka dengan kos yang mereka tanggung sendiri. Lepas itu dia balik, dia buatlah documentation kah apa semua, akhirnya kalau dia balik nak kerja dengan kita pun, paling tidak kita ada rekod, yang kedua kerajaan tak tanggung kos, rakyat tak tanggung kos. Bolehkah itu menjadi pandangan kementerian? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein

Cadangan yang tepat dan saya setuju sangat. Daripada kita mengambil pekerja-pekerja asing baru, lebih penting untuk kita pantau yang mungkin datang secara haram. Keduanya, yang ada di sini secara halal tetapi sekarang dah pun menjadi haram kerana permitnya telah pun tamat. Ini yang kita nak lakukan melalui proses pemutihan kita tetapi proses itu hanya dapat kita laksanakannya dengan efektif kalau sekiranya sistem yang saya sebutkan tadi dapat diletakkan di dalam proses pemutihan tadi. Maka, di bawah Jawatankuasa Kabinet yang telah pun kita wujudkan ini, tiga pendekatan baru yang kita nak perbaiki daripada segi sistem kita.

Pertama, sistem Imigresen Malaysia - MyIM akan diperkukuhkan lagi.

Kedua, Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS), dengan izin, di mana kita melibatkan biometrik dan teknologi-teknologi baru diserapkan di dalam sistem kita. Ketiganya, sistem Advance Passenger Screening System (APSS) di mana kita buat tapisan dan jaringan sebelum mereka datang ke tanah air kita. Ini sedang dipertimbangkan oleh pihak Jawatankuasa Kabinet dan insya-Allah awal Jun ini, fasa pertama sistem yang saya sebutkan tadi akan bermula, insya-Allah.

final • 10:10 AM

2. Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah-langkah proaktif kerajaan bagi menjamin tahap keselamatan dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam negara ini agar terus terpelihara. Adakah kerajaan mengenal pasti terdapatnya elemen-elemen yang sedang menjalar dan merebak yang memungkinkan berlakunya tragedi yang tidak diingini berlaku di negara ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Murugiah a/l Thopasamy

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun negara Malaysia adalah jauh lebih aman dan tahap keharmonian lebih tinggi berbanding dengan negara-negara majmuk yang lain tetapi tidak dapat dinafikan bahawa perbezaan pandangan daripada segi etnik, agama, budaya dan bahasa kadangkala mencetuskan perasaan tidak puas hati, prasangka, perselisihan faham dan sengketa yang menjejaskan keamanan dan ketenteraman masyarakat. Beberapa kejadian pernah berlaku dalam sejarah negara kita sebelum dan selepas kemerdekaan yang mengakibatkan konflik dan rusuhan kaum di tempat-tempat tertentu. Tindakan tegas oleh pihak berkuasa dan kerjasama rakyat telah dapat mengawal dan memulihkan keadaan. Sememangnya sejak tahun 2006, beberapa isu telah juga muncul yang menimbulkan kebimbangan, kerisauan dan rasa tidak senang hati di antara kaum seperti insiden-insiden yang melibatkan tempat ibadat serta kenyataan dan tingkah laku yang berbaur perkauman daripada anggota-anggota politik yang tertentu yang telah mencetuskan pelbagai bentuk reaksi dan demonstrasi.

Perbahasan mengenai isu-isu kaum dan agama terus berlangsung sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun 2008. Tambahan pula kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan dan mengakibatkan berita dan cerita yang sensasi disebarkan secara meluas dan menimbulkan reaksi secara merebak. Mengambil kira perkembangan yang kurang sihat ini, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 telah dengan tegas, jelas dan giatnya memacu Gagasan 1Malaysia.

Berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, Gagasan 1Malaysia bertujuan untuk memupuk persefahaman dan perpaduan secara lebih jitu dan rapat.

Dengan sikap menerima dan menghormati kepelbagaian masyarakat Malaysia yang majmuk ini, langkah-langkah yang telah dan akan terus diambil oleh kerajaan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah seperti yang dirumuskan berikut:

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Murugiah a/l Thopasamy

(i) sentiasa memegang teguh Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas kenegaraan yang mengambil kira dan merangkumi asas semua rakyat secara seimbang. Asas kenegaraan ini dijadikan sebagai rujukan untuk penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar dalam pelbagai bidang ekonomi, sosial, pendidikan serta digunakan sebagai rujukan untuk penyelesaian sengketa melalui perundingan dan musyawarah secara jujur dengan hati yang terbuka;

(ii) memperkenalkan dan melancarkan kempen pembaharuan daripada semasa ke semasa untuk memberi fokus sasaran dan dorongan kepada rakyat dalam proses pembinaan negara yang berterusan seperti Wawasan 2020 pada tahun 1991 dan Gagasan 1Malaysia mulai tahun sudah. Gagasan 1Malaysia mengutamakan perpaduan dalam kepelbagaian sebagai rakyat bukan sahaja bertoleransi tetapi menerima bahkan menghormati dan meraikan kepelbagaian agama dan budaya;

(iii) melaksanakan semua dasar dan program untuk rakyat dan kumpulan-kumpulan sasaran secara adil dan seimbang supaya dapat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk menggalakkan penyertaan semua kaum dalam semua bidang secara berkesan dan bermakna;

(iv) menggubal, meminda dan melaksanakan secara adil undang- undang, segala peraturan dan garis panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang bersabit dengan agama seperti pembinaan dan pemindahan bangunan ibadat, perkahwinan campur, pertukaran agama, penggunaan istilah keagamaan yang tertentu dan sebagainya;

(v) menggalakkan interaksi untuk berinteraksi dan persefahaman antara kaum di tempat kerja, tempat belajar, tempat kediaman dan dalam pelbagai aktiviti sosial melalui program-program konkrit seperti rukun tetangga dalam kawasan-kawasan perumahan, rancangan integrasi murid-murid untuk perpaduan antara sekolah-sekolah rendah pelbagai aliran, Program Latihan Khidmat Negara untuk remaja serta pelbagai program interaksi untuk belia dan kaum wanita;

(vi) mewujudkan saluran dan mekanisme formal atau tidak formal di beberapa peringkat untuk menggalakkan wakil dan badan-badan kebudayaan dan agama untuk berhubung, bertukar fikiran dan mencapai persefahaman yang lebih mendalam dan kukuh supaya dapat menangani bersama secara berkesan isu-isu yang mungkin timbul;

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Murugiah a/l Thopasamy

(vii) meningkatkan keupayaan berkomunikasi dan berunding serta kemahiran mediasi di kalangan pemimpin masyarakat supaya mereka sanggup menenteramkan keadaan dan menyelesaikan sengketa;

(viii) berusaha meyakinkan semua pemimpin politik dan masyarakat supaya mengelakkan kecenderungan untuk mempolitikkan dan mengeksploitasikan isu-isu berkaitan dengan agama dan etnik; mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjejas kesensitifan dan keamanan jikalau didapati perlu; dan

(ix) sentiasa mengambil sikap yang positif dan membina dengan rasa rendah hati serta mengamalkan pendekatan yang inclusive dalam sebarang usaha mengendali dan menguruskan isu-isu berkaitan hubungan antara kaum dan etnik.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Murugiah a/l Thopasamy

Di samping itu usaha telah dan sedang berlangsung untuk menangani beberapa isu antara kaum atau golongan yang rumit dan kompleks, yang telah lama berbahang sebelum tahun 2009. Pengurusan isu-isu ini sememangnya akan mengambil masa dan memerlukan sikap positif, pendekatan yang membina dan sumbangan efektif dari semua pihak khasnya pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat.

Melalui kerjasama dan pemantauan oleh pihak polis dan JPNIN, kejadian-kejadian perselisihan di antara kaum dapat dikawal dan diselesaikan dengan pantas. Dasar-dasar dan langkah-langkah tersebut dijangka akan membendung sentimen perkauman dan keagamaan. Dalam konteks ini kerajaan sememangnya sentiasa menggesa semua pemimpin politik dan pemimpin masyarakat supaya memainkan peranan yang positif serta mengelakkan kecenderungan untuk mempolitikkan atau mengeksploitasikan isu berkaitan dengan agama dan etnik. Sekian.

final • 10:20 AM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berdasarkan jawapan tadi, saya juga yakin dan percaya bahawa penyelesaian dan isu-isu yang – the burning issues tidak mungkin dapat diselesaikan dengan hanya satu slogan. 1Malaysia itu tidak boleh selesaikan within a night, dengan izin. Saya rasa kerajaan pernah menubuhkan Jawatankuasa Khas Perpaduan pada tahun 2004. Saya adalah salah seorang yang menganggotai AJK tersebut dan banyak belanja yang dikeluarkan. Ada public hearing yang kita buat tetapi ke mana perginya dapatan itu semua? Kemudian saya melihat ada perkara yang kerajaan buat integrasi kaum, kita buat pelbagai slogan tetapi ada suatu isu Interlok yang tidak cermat sebagai contoh.

Ada banyak novel yang saya rasa kita boleh dapatkan satu input yang bagus. Kita ada novel yang mencetuskan segala-galanya. Kemudian ada BTN lagi, yang saya rasa mencetuskan isu yang semakin hangat dalam negara kita. Soalan saya, adakah kerajaan bersedia untuk melihat tentang perkara-perkara ini dan mengambil serius tentang perkara yang kita rasa kita boleh memberikan sumbangan kepada perpaduan di dalam negara kita?

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato’ Murugiah a/l Thopasamy

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat yang menanyakan soalan berkaitan dengan perpaduan ini.

Memang saya bersetuju setiap kali kita merancang sesuatu adalah bertujuan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin akan timbul tetapi ada masa-masa tertentu yang kadang-kadang apa yang kita lakukan ini tidak berjaya. Akan tetapi di peringkat Kerajaan Persekutuan, apa yang saya lihat pada masa sekarang konsep Gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang memberi kesan yang positif, di mana apa yang saya lihat penerimaan rakyat keseluruhannya adalah cukup baik. Saya yakin dan percaya kalau rakyat itu sendiri memahami betapa pentingnya perpaduan untuk pembangunan negara, saya rasa kita dapat mengelakkan semua masalah yang berbangkit ini...

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

Betul, betul.

final • 10:20 AM

Dato’ Murugiah a/l Thopasamy

Kesedaran perlu ada. Satu contoh, kalau kita lihat dari segi dalam ayat suci al-Quran sendiri ada diceritakan bahawa manusia ini datang daripada Adam dan Hawa dan kita semua ini datang daripada seorang bapa dan seorang ibu. Kalau kita tidak menghayati perkara yang sebenar yang terkandung di dalam agama, ini bukan untuk orang Islam sahaja malah semua kaum dan agama yang memberitahu bahawa kita ini datang dari seorang bapa dan seorang ibu. Kita gagal menerima ini dan kadang kala disebabkan kita ini hendak menjadi hero politik, kita jadi fanatik, kita mengkritik dan akhirnya ianya mengundang kepada bermacam-macam masalah.

Oleh sebab itu di peringkat Jabatan Perpaduan kita telah mewujudkan satu sistem di mana kita memperkenalkan sistem mediasi di mana dengan adanya sistem mediasi ini kita melatih ketua-ketua kaum dan orang yang berkebolehan supaya mereka ini, jika ada sebarang pertelingkahan berlaku maka kita akan memanggil ketua-ketua ini ataupun kumpulan yang kita sasarkan sebagai kumpulan mediasi ini pergi ke sesuatu tempat dan memanggil pihak-pihak tertentu dan meleraikan keadaan.

final • 10:20 AM

Dato’ Murugiah a/l Thopasamy

Saya rasa oleh sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari pertama beliau mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri ke enam negara, beliau telah memperkenalkan konsep Gagasan 1Malaysia kerana beliau ingin melihat rakyat ini semua bersatu. Kalau kita dari segi keselamatan dan perpaduan, jika kita tidak bersatu maka hancurlah negara kita. Oleh sebab itulah kita perlu berganding bahu bukan di sebelah kerajaan sahaja, pembangkang pun kena bantu untuk mengukuhkan perpaduan lagi. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Sri Gading. Panjang jawapan panjang soalan Yang Berhormat. Saya harap Yang Berhormat Sri Gading buat adjustment sedikitlah.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat pagi, salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada kepimpinan negara dan kerajaan yang ada pada hari ini kerana terus menjamin dan menentukan keselamatan dan keamanan rakyat. Ini nilai yang tidak dapat kita nilaikan – tingginya nilai kebaikan ini.

Keselamatan dan keamanan ini kuncinya seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ialah perpaduan. Perpaduan rakyat menjadi tunggak kepada keamanan dan keselamatan tetapi oleh sebab isu-isu yang diputar belitkan oleh pembangkang, perpaduan ini mungkin terjejas. Ini sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab tadi. Ini kita ya, jangan dengar yang di sebelah sana. Sebelah sana tidak pernah berfikir secara positif... [Ketawa] Slogan 1Malaysia – ini satu niat suci kerajaan hendak memberikan satu impak yang besar kepada perpaduan negara. 1Malaysia ini telah pun ditiru dan diambil contoh ini oleh sebuah negara di rantau Asia ini dengan 1Indonesia. Ini sudah...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Soalan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Ini maknanya, apa yang dijalankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Perdana Menteri rakyat negara ini begitu ke hadapan fikirannya untuk perpaduan. Cuma saya hendak bertanya, sejauh mana Gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ ini telah menyeluruh kepada rakyat, kalau dapat disampaikan secara menyeluruh dan dihayati oleh rakyat, alhamdulillah Tuan Yang di-Pertua... [Disampuk] Soalanlah ini. Setakat mana keberkesanan ini? Gagasan ini baik cuma bagaimana kesannya? Apakah sudah menyeluruh atau masih ada usaha-usaha yang patut kita lipat gandakan untuk menyerap gagasan yang baik ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri, jemput menjawab soalan saya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dato’ Murugiah a/l Thopasamy

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Sri Gading. Kita berbalik kepada soalan yang sama tadi iaitu kita hendak tahu sejauh mana konsep Gagasan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini betul-betul berkesan. Apa yang saya lihat dari segi kesannya kalau ke mana-mana sahaja kita pergi, kita melihat semua kaum suka hendak mengeluarkan sorakan kata 1Malaysia ini. Ini jelas terbukti bahawa dari segi penerimaannya mereka telah mula terima dan hendak kata kita sudah menerima sepenuhnya ataupun kita sudah mencapai sasaran kita untuk rakyat kita menerima sepenuhnya itu masih belum lagi tetapi kita masih dalam tindakan supaya mereka ini akan menerima.

Oleh sebab itu, kita mengadakan aktiviti yang lebih kerap di mana pada tahun lalu sahaja kita telah menganjurkan 191,000 lebih aktiviti yang melibatkan 62,346 juta penduduk di mana kita telah belanja RM38 juta untuk mengadakan aktiviti yang melibatkan semua kaum supaya mereka sama-sama datang mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan khususnya di Semenanjung dan semua suku kaum yang ada di Sabah dan Sarawak.

final • 10:30 AM

Dato’ Murugiah a/l Thopasamy

Apa yang kita lihat penerimaannya cukup baik dan mereka sudah mula menyedari bahawa betapa pentingnya perpaduan dan mereka juga faham jika perpaduan di sesuatu negara itu kukuh maka kita boleh membuat tumpuan yang lebih kepada perpaduan dan pembangunan negara. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

3. Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan [Hulu Selangor] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara untuk memastikan bahawa Dasar Ekonomi Baru merangkumi semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, latar belakang dan juga profesion masing-masing.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Hulu Selangor. Secara dasarnya kerajaan telah menerima prinsip-prinsip dalam Model Baru Ekonomi (MBE). Langkah-langkah dasar ini diperolehi berdasarkan siri perbincangan, rundingan dan mesyuarat pihak NEAC dengan semua pihak yang berkepentingan dari pelbagai sektor kerajaan, perniagaan, pertubuhan buruh, NGO, pendidikan dan lain-lain. Semua pandangan pihak yang berkepentingan diambil kira dalam merangka langkah-langkah dasar yang tertakluk dalam lapan inisiatif pembaharuan strategik IPS.

MBE bertujuan untuk melonjakkan Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi yang mampan dan terangkum dalam tahun 2020. Pendekatan baru ini berasaskan kepada empat prinsip teras, iaitu mesra pasaran, telus dan berdasarkan merit dan keperluan yang akan memastikan keadilan dan kesaksamaan bagi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum untuk berpeluang menikmati manfaat daripada kemajuan ekonomi negara.

Elemen-elemen MBE terdapat dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini diterjemahkan dalam enam NKRA dan 12 NKEA.

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua semua faham dan maklum mengenai perkara ini. Fokus utama transformasi adalah menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dengan usaha dilipatgandakan untuk menarik pelaburan memacu inovasi dan produktiviti yang terletak kepada tenaga kerja yang berdaya saing dan inovatif di peringkat global. Melalui aspirasi MBE kerajaan komited untuk meningkatkan pendapatan isi rumah 40 peratus terendah tanpa mengira kaum, latar belakang atau lokasi melalui pembinaan pendapatan keupayaan, mengukuhkan jaringan keselamatan sosial. Sejajar dengan MBE dan Rancangan Malaysia Kesepuluh GTP adalah bertujuan menangani bidang utama yang menjadi keprihatinan rakyat di samping menyokong transformasi Malaysia menjadi sebuah negara membangun dan berpendapatan tinggi selaras usaha mencapai Wawasan 2020.

Selaras dengan elemen keterangkuman dan kemapanan, GTP bertekad untuk mentransformasikan penyampaian kerajaan dengan lebih pantas, efisien dan cekap dengan tumpuan kepada pencapaian hasil yang jitu supaya dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat selaras dengan ciri rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Tuan Yang di-Pertua, pada 27 Mac 2011 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan hasil pencapaian pertama GTP dan beliau merumuskan bahawa pelaksanaan GTP telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini report card pertama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setelah menerajui kepimpinan dua tahun Tuan Yang di- Pertua. Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) tidak sahaja mencapai sasaran malah melebihi sasaran. Kejayaan GTP ini diperakui penilai antarabangsa Mr. Hartmann salah seorang pengasas Transperancy International (TI) yang memuji usaha kerajaan yang mendengar pandangan rakyat dalam setiap perancangan dalam membangunkan negara.

Ini selaras dengan prinsip keterangkuman dan kemapanan dalam MBE.

Bukan sahaja itu Tuan Yang di-Pertua, mereka juga terlibat dalam pelaksanaan apa yang telah dirancang bersama. MBE menjadi asas kepada 12 NKEA yang mana memperlihatkan peranan swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi. Manakala kerajaan memainkan peranan sebagai pemudah cara dengan izin fasilitator.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Melalui NKEA ini sebanyak 131 entry point projek EPP telah dikenal pasti mampu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. Setakat ini sebanyak 23 projek pembangunan telah diumumkan yang melibatkan pelaburan sebanyak RM14.75 bilion dengan menawarkan pekerjaan untuk seramai 88,354 pekerjaan.

Cadangan yang terkandung dalam MBE adalah hasil persetujuan menyeluruh NEAC selepas beberapa siri rundingan dan perbincangan dengan semua stakeholders dengan izin dari sektor kerajaan, swasta, Dewan perniagaan, pertubuhan, buruh, NGO seperti mana yang saya katakan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, MBE terdiri daripada kedua-dua dokumen MBE bahagian pertama dan bahagian terakhir. Oleh itu, dilihat secara keseluruhan dan holistik sebagai langkah-langkah dasar yang dapat mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan sedang mengkaji secara mendalam pelaksanaan setiap SRI yang dicadangkan melalui MBE melalui makmal yang dikendalikan oleh PEMANDU selama enam minggu di pusat latihan MAS di kelana jaya disertai daripada pegawai-pegawai kanan dan swasta. Hasil daripada makmal ini akan dijadikan perancangan dalam melaksanakan objektif MBE. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi jawapan yang begitu terperinci. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah lengkap jadi Perdana Menteri tahun yang kedua ini.

Segala inisiatif yang diambil oleh kerajaan nampak menjadi hakikat khasnya apabila report card yang dikeluarkan pada 27 Mac amat memberangsangkan. Soalan saya, apakah percaturan kerajaan untuk memastikan tahap kompetitif negara di era globalism ini tidak terjejas dengan implementasi dasar ekonomi baru ini yang tidak memberi keutamaan yang begitu baik ataupun tinggi kepada merit sesebuah entiti perniagaan? Dengan izin, social restructuring take president over global comparativeness. Itu sahaja, terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana soalan itu begitu relevan dalam keadaan iklim sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama ini kita pertama kali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berani membuat reform pengisian yang begitu menyeluruh seluruh negara kerana kita tersangkut dalam pendapatan pertengahan (middle income trap) contohnya pendapatan kita sekarang dikatakan USD3,856 antara lagi satu ialah USD11,905. Jadi, kita selalu di antara dua ini. Kita perlu bawa pendapatan setiap rakyat kepada USD15,000 untuk mencecah sebagai negara maju. Maka ukuran kita adalah senang. Bagaimana kita hendak buat tanpa mengira, kaum, bangsa? Pertama, setiap rakyat mesti mempunyai pendapatan yang tinggi. Tiga elemen.

final • 10:30 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Kedua, Human Development Index kita, kualiti hidup kita mestilah membanggakan dari segi kesihatan, pendidikan dan perumahan. Ketiga, purchasing power parity, dengan izin, which is PPP iaitu mengukur kekayaan. Kalau tiga elemen itu dapat kita jaga tanpa mengira kaum, saya rasa kita dapat menunjukkan kepada dunia dan negara bahawa we are fair to everyone, dengan izin. Maka tiga itu hanya sebagai indah khabar dari rupa, bagaimana kita melaksanakan? Maka kita buat perubahan kepada perubahan struktur, structural policy change. Dengan adanya SRI, Strategic Reform Initiative di mana sektor swasta akan menjadi penjana ekonomi yang utama. Di mana keusahawanan di kalangan rakyat, Small and Medium Enterprises akan dimajukan kerana SME ini merupakan tunjang negara, 99 peratus daripada ekonomi dunia dan negara-negara lain akan dijana oleh SME, kita perlu perkukuhkan.

Kedua, tenaga kerja berkualiti. Kita perlu modal insan yang betul-betul boleh bersaing di peringkat bukan sahaja negara tetapi di persada dunia. Ekonomi domestik yang kompetitif perlu diperkasakan.

final • 10:40 AM

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy

Sektor awam, contohnya isu yang berkaitan dengan ketelusan yang selalu dibangkitkan oleh kawan-kawan di sebelah sana mengenai transparency dan sebagainya.

Maka kita ada beberapa perubahan, perubahan dari segi perundangan legislatif yang telah dilakukan dalam Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Selepas itu, kita ada Whistleblower’s Act, kita membuat perubahan terhadap proses-proses mahkamah supaya kita hendak meyakinkan kepada rakyat dan dunia bahawa negara ini boleh menjadi tempat pelaburan yang utama di mana kita boleh yakinkan kerana FDI kita boleh ditambah. Maka kita ada EBD, E-procurement, PEMUDAH, value management menggunakan Blue Ocean Strategy...

final • 10:40 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Cukuplah ceramah itu!

final • 10:40 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Perdana Menteri telah memperkenalkan banyak perkara. Maka dengan adanya beberapa perubahan ini, saya rasa kita akan dapat melaksanakan program GTP/ETP dengan baik sekali. Kita berdoa dan kita minta bantuan dari sebelah sana, kawan-kawan kita dalam pembinaan negara, janganlah kita buat kecoh, kita berganding bahu kerana niatnya ikhlas, hala tujunya jelas, itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tan Sri Dato’ Seri Abd. Khalid bin Ibrahim - Bandar Tun Razak

Saya sangat berminat dengan penerangan yang diberikan tetapi hasilnya yang paling penting ialah terdapat jurang yang besar antara pendapatan rakyat. Jadi sebelum saya terlupa, saya Google 1Malaysia untuk Indonesia, ia dilancarkan pada tahun 2006, kita lancarkan tahun 2009. Jadi saya hendak betulkan itu. Kedua, oleh sebab Yang Berhormat bercakap tentang pendapatan kenaikan, saya hendak tahu berapa target Gini coefficient sebab Yang Berhormat gunakan beberapa kenyataan teknikal. Gini coefficient yang ada sekarang dan target setelah perancangan ini dibuat dalam masa lima tahun?

final • 10:40 AM

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Yang pertama, Yang Berhormat mesti menerima bahawa dokumen pembangunan yang di depan kita ini adalah satu dokumen yang kita sama-sama kena majukan. Saya berharap bahawa kerajaan Selangor akan memberi sokongan sepenuhnya kepada transformasi ini, transformasi ekonomi dan juga transformasi nasional.

Kedua, Gini coefficient, jurang perbezaan antara kaya dan miskin yang akan diukur menggunakan kaedah technical Gini coefficient ini. Saya rasa dengan adanya yang pertama, kapasiti building yang perlu kita buat di peringkat luar bandar. Untuk itu, kerajaan dengan jelasnya dalam GTP telah pun memperkasakan connectivity dengan adanya infrastruktur luar bandar. Maka saya ada statistik tetapi akan mengambil masa untuk saya menjawab, tidak payah.

Pertama, khususnya di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu, Kelantan semua adalah bukan dipimpin oleh Barisan Nasional tetapi kita jaga juga kerana semuanya rakyat Malaysia. Maka kita pastikan mereka ada kemudahan untuk mencari sumber ekonomi, kedua, 40 peratus orang miskin, bagaimana kita meningkatkan taraf hidup mereka dari segi kemiskinan, itu pula menjadi fokus kita. Maka tiga perkara dalam GTP memberi fokus kepada ini. Yang penting saya katakan tadi economic empowerment, Yang Berhormat Bandar Tun Razak, saya rasa Yang Berhormat sendiri tahu di negeri Selangor pun untuk mendekatkan jurang antara kaya dan miskin bukan usaha yang mudah, kita sama-sama buat. Maka saya belum melihat di negeri Selangor ada dokumen begini, GTP atau ETP.

Mungkin Yang Berhormat boleh beritahu saya, kami clear, sebelah sini kita clear, sebelah sana saya belum tahu lagi. Terima kasih.

final • 10:40 AM

4. Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar [Jerai] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah kementerian berhasrat melakukan kerja-kerja membaik pulih jambatan maut di sepanjang jalan raya Gurun–Guar Cempedak dan bilakah kerja-kerja tersebut akan dimulakan.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya sememangnya prihatin dan bertanggungjawab untuk memastikan tahap keselamatan di Jalan Persekutuan seluruh negara termasuk di Jalan Persekutuan FT1 di Jerai, Kedah berada dalam keadaan selamat kepada pengguna jalan raya.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yong Khoon Seng

Sehubungan itu, kementerian ini telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya untuk menjalankan Audit Pemeriksaan Keselamatan di sepanjang Jalan Persekutuan FT1 di Jerai khususnya melibatkan lima buah jambatan di laluan Jalan Gurun ke Guar Cempedak, Kedah.

Berdasarkan laporan audit keselamatan tersebut, JKR telah mengenal pasti terdapat kejadian mendapan di Jalan 7 iaitu melibatkan dua dari lima jambatan yang diaudit. Sehubungan itu, kerja-kerja pembaikan menerusi kaedah regulating works dengan izin, di permukaan jalan berkenaan akan dilaksanakan oleh JKR selewat-lewatnya pada bulan Julai 2011. Anggaran kos yang terlibat untuk melaksanakan kedua-dua kerja pembaikan tersebut ialah sebanyak RM400 juta. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar - Jerai

Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan dengan jambatan yang berlakunya mendapan ini, sudah melibatkan empat nyawa terkorban termasuk daripadanya salah seorang Ketua Pemuda MCA Cawangan Jerai. Jadi saya harap pihak kementerian supaya menilai dan mengkaji semula dan mempercepatkan pembinaan, ikut jawapannya adalah Julai 2011, saya mohon kerana setiap kali dilalui oleh lori pasir maka akan menyebabkan lori itu melompat dan akhirnya akan menggugurkan banyak pasir dan akan memberi kesan bahaya kepada penunggang motosikal.

Jadi saya harap kalau boleh Julai itu terlalu lewat, kalau boleh sebolehnya April dipercepatkan pembinaan baik pulih dua jambatan yang dikira oleh masyarakat kampung, jambatan maut kerana agak bahaya bagi pengguna termasuk terutama pengguna daripada luar kawasan Jerai. Pohon disegerakan pembinaan tersebut. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat mungkin datang ke Kuala Lumpur semalam. Pagi ini kontraktor sudah masuk tapak dan kita akan mula kerja dan ianya mungkin akan diselesaikan sebelum Julai.

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar - Jerai

Nanti saya pergi check tengok.

final • 10:40 AM

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud

KPI bagus Menteri ini, KPI bagus.

final • 10:40 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, tidak payah jawab lagi, dah cukup jawapan itu Yang Berhormat... [Ketawa]

final • 10:40 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Ya, saya hendak beritahu Yang Berhormat sebenarnya bukan jambatan yang mengakibatkan kemalangan maut, Jalan 7 sahaja yang akan kita pulihkan kerana muka jalan sudah mendap. Ini kita sudah buat audit, ianya memang dapat mengatasi masalah yang disebut oleh Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ini soalan Yang Berhormat Jerai, jadi saya ingat tidak payahlah soalan lagi. Saya dimaklumkan bahawa Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad tidak dapat hadir ke Dewan kerana masalah banjir di kawasan. Saya juga dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming daripada Taiping juga tidak ada dalam Dewan.

[Soalan No. 5 – YB Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad (Kangar) tidak hadir] [Soalan No. 6 – YB Tuan Nga Kor Ming (Taiping) tidak hadir]

final • 10:40 AM

7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, apakah kementerian berhasrat melahirkan usahawan internet melalui Program Usahawan Internet untuk memasarkan perniagaan mereka secara atas talian dengan lebih meluas.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I - Dato’ Tan Lian Hoe

Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Lipis atas soalan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, perdagangan elektronik (online) diberi penekanan dan perhatian yang serius oleh kementerian. Memandangkan ianya akan menjadi pemacu dan pemangkin kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi domestik. Usaha-usaha yang dirangka ke arah menggalakkan penggunaan perdagangan elektronik sudah tentu akan membantu para usahawan dan golongan PKS dalam menceburi industri ini.

Buat masa ini, kementerian sedang merangka program-program yang bertujuan menggalakkan penglibatan peniaga dalam perdagangan elektronik serta membina keyakinan pengguna dalam menjalankan transaksi elektronik. Salah satu usaha kerajaan untuk membangunkan sektor perdagangan elektronik di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah melalui Projek Visual yang akan dilaksanakan sebelum Disember 2012. Projek ini akan memberi peluang kepada usahawan dan PKS tempatan untuk menggunakan platform berasaskan elektronik ini sebagai kaedah alternatif dalam memasarkan produk serta mengembangkan penjagaan mereka ke peringkat global.

Kejayaan projek jangka masa panjang ini akan menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM0.83 bilion serta mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 6,629 menjelang tahun 2020. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi kita semua tahu bahawa business internet adalah cekap dan lebih menjimatkan masa. Dua kriteria utama perniagaan dalam talian kini semakin berkembang pesat di negara ini. Tambahan pula kalau kita lihat jumlah pelayar internet yang semakin meningkat setiap hari turut membuktikan penggunaan medium baru ini mampu menjana pendapatan lebih daripada mereka yang menggunakannya.

Namun begitu kalau kita lihat Skim Cepat Kaya, Ponzi Scheme, Skim Pak Mat Telo, Skim Permit, skim Swisscash Mutual dan sebagainya. Sekarang ini dalam facebook banyak menjelaskan perkara-perkara, mengajak kita untuk memasuki berbagai-bagai skim dan sebagainya. Jadi soalan tambahan saya ialah bagaimana masalah yang paling utama dalam internet ini yang kita – ketulenan dan kesahihan dari segi usahawan dan produknya.

Kita juga tidak nafikan bahawa banyak jutawan yang berjaya dan sebagainya agar mereka ini tidak ditipu dan sebagainya. Jadi adakah kementerian mempunyai satu pasukan task force bagi membolehkan sebarang penguatkuasaan diambil seperti pengawalan harga, ketulenan produk dan usahawan itu sendiri dalam bisness talian? Apakah kementerian ada mempunyai garis panduan tertentu terhadap setiap usahawan internet bagi memastikan pengguna tidak teraniaya? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Lipis atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap berlakunya iaitu penyelewengan dan sebagainya. Kementerian memang amat melihat perkara ini sebagai satu perkara yang serius. Di mana kementerian pada masa ini sedang mengkaji untuk meminda Akta Perdagangan Elektronik 2006, bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan dan pembangunan perdagangan elektronik di Malaysia. Antara pindaan yang dicadangkan adalah tanggungjawab peniaga dalam memastikan maklumat-maklumat yang penting dipaparkan dalam laman web tersebut.

Inisiatif ini secara khususnya dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk menjalankan transaksi elektronik serta melengkapkan usaha kerajaan dalam menggalakkan perniagaan beretika yang mampu membangunkan perdagangan elektronik di Malaysia. Di samping itu boleh dikatakan bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga mempunyai task force untuk memastikan bahawa iaitu kita dapat mengesan syarikat-syarikat untuk berdaftar dengan SSM. Pihak polis juga terlibat dalam penyiasatan sekiranya ada penyelewengan berlaku. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri terima kasih. Kita tahu yang kerajaan memperkenalkan polisi ataupun prinsip paperless government, dengan izin satu masa dahulu iaitu untuk mengurangkan transaksi yang berbentuk kertas ataupun secara langsung.

final • 10:40 AM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Oleh kerana ini adalah satu dasar yang agak besar program untuk celik IT dan sebagainya dan di bawah kementerian Yang Berhormat. Spesifiknya untuk mempertingkatkan penggunaan IT untuk transaksi-transaksi yang berkaitan dengan perniagaan ataupun keusahawanan.

Soalan tambahan saya, oleh kerana tidak ada pemantauan yang begitu jelas kepada service provider kita tidak boleh mempersalahkan kepada pengguna. Service provider yang mustahak kerana merekalah yang bertanggungjawab mengenal pasti dan juga mengendalikan transaksi-transaksi yang berbentuk maya ini. Adakah kementerian Yang Berhormat setakat ini melihat service provider yang telah diberi lesen untuk mengendalikan urusan ini dipanggil dan dilibatkan iaitu sebagai langkah untuk persediaan untuk membentangkan rang undang-undang Yang Berhormat sebutkan tadi? Adakah Yang Berhormat menjangka kita menghadapi masalah untuk merealisasikan perkara ini kerana service provider kita adalah berpunca daripada lesen terdahulu diberi di bawah akta yang berlainan iaitu Akta Multimedia. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Tan Lian Hoe

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum kita membentangkan Akta Perdagangan Elektronik 2006 ini kita sudah pastinya akan mengadakan perbincangan dan dialog bersama dengan service providers ini. Supaya mereka juga mengambil bahagian dan mengetahui apakah isi kandungan iaitu Akta Perdagangan Elektronik 2006 ini apabila kita hendak pinda nanti. Kita juga bukan sahaja akan mengadakan dialog dengan service provider, tetapi juga dengan mereka yang terlibat terutamanya usahawan-usahawan PKS juga supaya mereka juga terlibat memberi maklum balas kepada pihak kementerian sebelum kita membuat apa-apa pindaan nanti. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

8. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan:

(a) bilangan universiti dan kolej universiti swasta yang wujud di dalam negara; dan

(b) bilangan universiti dan kolej universiti swasta yang mendapat geran serta jumlah universiti dan kolej universiti swasta yang berjaya dan gagal serta jumlah pelajar.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato' Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia sehingga 31 Januari 2011 bilangan IPTS yang berdaftar di negara ini adalah seperti berikut:

Jenis IPTSJumlah (Buah)
Universiti24
Kolej Universiti20
Cawangan Universiti Luar Negara5
Jumlah49

Kolej-kolej swasta yang lain yakni yang bukan bertaraf universiti, kolej universiti atau cawangan universiti luar negara ialah sebanyak 436 buah. Jumlah keseluruhannya ialah sebanyak 485 IPTS dengan jumlah pelajar seramai 541,629 orang.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato' Saifuddin bin Abdullah

Dari segi geran, sebagai IPTS, mereka juga mempunyai kelayakan untuk memohon geran seperti geran penyelidikan yakni Fundamental Research Grant Scheme

(FRGS), dengan izin. Permohonan pembiayaan FRGS untuk IPTS di buka bermula tahun 2009 di mana pada permulaannya ia telah dibuka kepada tiga buah universiti swasta iaitu Universiti Teknologi Nasional, Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Petronas. Pada tahun tersebut, sebanyak 30 buah projek penyelidikan telah dibiayai untuk ketiga-tiga buah universiti itu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 juta.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato' Saifuddin bin Abdullah

Pada tahun 2010, permohonan FRGS telah dibuka kepada seluruh universiti swasta, kolej universiti swasta serta universiti cawangan luar negara di Malaysia berjumlah 22 buah IPTS kesemuanya yang melibatkan sebanyak 224 buah projek penyelidikan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM10.1 juta. Apabila dicampurkan untuk tahun 2009 dan tahun 2010, maka jumlah keseluruhan projek penyelidikan yang telah diluluskan kepada 22 buah universiti swasta, kolej universiti swasta dan universiti cawangan yang berjaya adalah sebanyak 254 buah projek yang melibatkan peruntukan sebanyak RM11.5 juta.

Dari segi berjaya dan gagalnya IPTS ini Tuan Yang di-Pertua, kita hanya boleh melihat antaranya dari segi penguatkuasaan yang dilakukan oleh KPT. Sebagai contohnya, pada tahun 2009, sebanyak 32 buah IPTS telah dibatalkan penubuhan. Apabila dibatalkan penubuhan, maknanya ia tidak boleh beroperasi sama sekali, dan 13 buah lagi dicancelkan pendaftaran atas sebab-sebab yang akan saya jelaskan kemudian. Dicancelkan pendaftaran bermakna ia masih boleh beroperasi tetapi ada beberapa hukuman ataupun pembetulan yang mesti dilaksanakan. Bagi tahun 2010, 27 buah IPTS telah dibatalkan penubuhannya. Maknanya tidak boleh lagi beroperasi dan 15 buah IPTS dicancelkan pendaftaran.

Tindakan-tindakan yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, adalah akibat mereka tidak mampu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dalam aspek-aspek kawalan seperti:

(i) kualiti program;

(ii) kualiti premis;

(iii) kualiti pengurusan dan governance;

(iv) kualiti tenaga pengajar; dan

(v) kualiti kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Namun saya ingin juga nyatakan Tuan Yang di-Pertua, ini adalah tindakan yang dikenakan kepada kolej-kolej yang bukannya berstatus universiti swasta, kolej universiti swasta ataupun cawangan universiti luar negara. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terdapat sejumlah 541,000 pelajar yang sedang berada di IPTA/IPTS, makluman yang diberikan dalam Dewan yang mulia ini. Pada bulan September ini, difahamkan akan masuk 200,000 ke IPTA/IPTS dan juga 100,000 akan masuk ke kolej komuniti, politeknik dan sebagainya. Sejauh manakah projection kerajaan untuk kita lihat IPTA/IPTS ini boleh melahirkan graduan yang tidak menjadi siswazah yang menganggur?

Baru-baru ini diakui dalam karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Pemuda BN, sejumlah 300,000 katanya yang menyerbu ke sana dengan 30,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan. Adakah ini menggambarkan tahap sebenar pengangguran di dalam negara kita yang menunjukkan kegagalan sistem pendidikan tinggi kita melahirkan graduan yang mempunyai kerjaya selepas daripada mereka keluar daripada universiti? Bagaimanakah pihak kementerian melihat adanya projection pihak kementerian sendiri untuk melahirkan graduan yang mempunyai kerjaya selepas mereka graduan daripada universiti? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya mengharapkan soalan tambahan yang lebih dengan izin, politically correct daripada sahabat saya dari Padang Terap. Ada dua perkara. Pertamanya ialah angka orang datang untuk karnival mencari kerja tidak boleh sama sekali menunjukkan angka orang yang tidak dapat kerja. Itu satu.

Keduanya, kalau kita lihat dari segi kadar pengangguran graduan, ia ada dua perkara yang harus dilihat. Pertamanya ialah kadar mereka yang mendapat pekerjaan semasa konvokesyen yakni lebih kurang enam bulan selepas mereka keluar ataupun bergraduan dan angka yang selepas daripada iaitu, setahun, dua tahun dan sebagainya.

final • 11:00 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Dari segi kadar pengangguran graduan Tuan Yang di-Pertua, kalau dibandingkan antara Malaysia dengan negara-negara di sekitar iaitu negara-negara ASEAN, kadar pengangguran graduan kita ialah pada kadar 3.2 peratus. Ini adalah lebih baik daripada Brunei pada kadar 3.7 peratus, Hong Kong pada kadar 4.0 peratus, Burma pada kadar 4.9 peratus, Jepun pada kadar 5.1 peratus, Indonesia pada kadar 7.14 peratus, Filipina pada kadar 8 peratus. Tentulah kita di bawah sedikit daripada Singapura iaitu 2.2 peratus dan Thailand pada kadar 1.2 peratus. Akan tetapi pokoknya kalau kita lihat secara perbandingan, keadaan kita adalah agak baik dan kalau kita menggunakan kelaziman yakni kalau di bawah 5 peratus kadar pengangguran itu dianggap dengan izin, full employment, kita boleh katakan dengan agak selamat bahawa kadar pengangguran graduan kita adalah rendah dan kita sebenarnya dalam kohort dengan izin, full employment.

Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah sebenarnya kita harus memuji apa yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional. Mereka bukan sahaja mendesak kerajaan untuk menyediakan pekerjaan tetapi mereka mengambil inisiatif secara sendiri... [Tepuk] untuk menganjurkan karnival dan membantu. Inilah dia Pemuda kerajaan yang progresif.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap

Projection kerajaan, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, di dalam negara kita ini, kita banyak menerima pelajar daripada luar terutamanya daripada Timur Tengah. Pada masa ini, banyak negara di Timur Tengah ini sedang dalam pergolakan dan sesetengahnya ada di dalam kancah peperangan. Jadi sudah tentu akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang sedang belajar di dalam negara kita ini.

Jadi saya ingin tahu, sejauh manakah ada bantuan kepada pelajar-pelajar ini? Ini kerana kita tidak mahu pelajar-pelajar ini apabila terputusnya bantuan ataupun saluran kewangan daripada negara asalnya, kemudian apabila duduk di dalam negara ini mereka kadang kala apabila telah tidak mempunyai sumber ataupun kewangan yang kukuh, maka akan melibatkan gejala-gejala sosial yang tidak sihat di dalam negara kita ini seperti kadang-kadang ada mencuri dan kadang-kadang ada mungkin timbul pelacuran dan sebagainya. Mungkin ini kemungkinan yang akan berlaku kerana sumber kewangan daripada negara mereka ini mungkin telah terputus. Jadi apakah bantuan yang diberikan oleh kerajaan kita ataupun oleh pihak universiti untuk menampung ataupun menolong mereka ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi IPTA, lazimnya mereka mempunyai dana-dana kebajikan untuk membantu pelajar-pelajar bukan sahaja pelajar-pelajar Malaysia tetapi juga pelajar-pelajar luar negara. Keadaan yang sama juga ada di beberapa IPTS yang bertaraf universiti, kolej universiti dan cawangan universiti luar negara. Namun demikian, buat masa ini berdasarkan soalan Ahli Yang Berhormat sebentar tadi, kita belum menerima permohonan ataupun aduan yang memuncak dari segi masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar daripada negara-negara Timur Tengah yang terlibat dengan krisis politik dan sebagainya.

final • 11:00 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Kita memang tidak ada dana khusus yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka tetapi lazimnya kita akan membantu dalam bentuk-bentuk yang lain, yang bersesuaian dengan keupayaan kita. Akan tetapi, seperti yang saya katakan tadi buat masa ini kita belum menerima permintaan yang begitu memuncak.

Untuk jangka panjangnya Tuan Yang di-Pertua ialah bukan sahaja kerana krisis yang berlaku di Timur Tengah, pertama sekalinya kita ingin melebarkan jumlah pelajar yang datang ke Malaysia ini daripada negara-negara Eropah, negara-negara maju sebab kita hendak jamin kualiti pelajar yang datang ke sini dan yang lebih penting ialah kita beri keutamaan pelajar yang ditaja untuk datang belajar sama ada ke IPTA atau pun ke IPTS supaya mudah-mudahan dijauhkan Tuhan kalau pun berlaku bencana, sekurang-kurangnya mereka ini adalah pelajar-pelajar yang ditaja, yang tidak menimbulkan banyak masalah.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

9. Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah dasar-dasar utama kementerian untuk mempromosikan pelaburan antarabangsa di Sabah. Apakah wujud dasar-dasar yang unik untuk negeri Sabah sahaja.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2010 negeri Sabah telah menerima sebanyak RM1.33 bilion pelaburan di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan. Daripada jumlah tersebut RM476.3 juta bersamaan 35.9 peratus adalah pelaburan asing, manakala RM849.3 juta bersamaan 64.1 peratus adalah pelaburan domestik.

Antara sub sektor perkilangan yang menerima jumlah pelaburan tertinggi adalah sub sektor pengilangan makanan menerima jumlah pelaburan sebanyak RM718.4 juta, sub sektor peralatan pengangkutan menerima jumlah pelaburan sebanyak RM369.7 juta dan sub sektor kimia dan produk kimia menerima jumlah pelaburan sebanyak RM97 juta.

Di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah diumumkan oleh kerajaan, sasaran pelaburan bagi tahun 2011 adalah sebanyak RM83 bilion. Sasaran ini tidak dilakukan mengikut negeri tetapi ianya merupakan sasaran secara keseluruhan. Di samping itu, kementerian ini juga telah menetapkan sasaran pelaburan bagi sektor perkilangan iaitu RM27.5 bilion setiap tahun di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga

(IMP3).

Dalam usaha untuk menarik pelaburan, pelbagai langkah yang melibatkan dasar telah dilaksanakan untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menarik dan berdaya saing. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan yang melibatkan negeri Sabah adalah penganjuran Domestic Investment Dialogue and Seminar 2011 dengan izin, yang telah dijadualkan sepanjang tahun termasuk di Kota Kinabalu, Sabah pada 13 Oktober 2011.

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mempromosikan pelaburan di negeri Sabah.

SDC meliputi seluruh negeri Sabah dengan tumpuan diberi kepada kawasan pembangunan strategik yang telah dikenal pasti bagi menjana peluang pekerjaan dan pendapatan penduduk setempat serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Pembangunan di kawasan ini akan memberi faedah limpahan kepada kawasan pedalaman dan sekitarnya. Antara ekonomi utama di Koridor Pembangunan Sabah (SDC) ini di SDA adalah:

(i) bio-triangle Sandakan-Beluran-Kinabatangan yang melibatkan Projek Agropolitan Beluran dan Tongod, Zon Inovasi Agrobio, Hab Pendidikan Sandakan dan Palm Oil Industrial Cluster

(POIC) Sandakan; dengan izin;

(ii) jaluran agro marin Lahad Datu-Kunak-Semporna-Tawau yang melibatkan projek POIC, Zon Agro Makanan Bersepadu serta Zon Industri Marin dan Pelancongan;

(iii) lembah makanan pedalaman yang melibatkan Projek Pusat Ternakan Bersepadu Keningau, buah-buahan dan produk herba dalam Zon Agropolitan Pedalaman;

(iv) kluster minyak dan gas yang melibatkan Projek Kompleks Petrokimia, Perkhidmatan Sokongan Minyak dan Gas, Loji Penapisan Minyak dan Ladang Tangki serta Loji Kuasa;

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I - Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

(v) Enklaf Kinabalu Gold Coast yang melibatkan Projek Kluster Industri Kreatif, kecergasan dan penjagaan kesihatan, florikultur dan projek khusus sumber semula jadi, sukan air, resort peranginan dan rumah percutian; dan

(vi) kawasan Pembangunan Bersepadu Teluk Brunei yang melibatkan Projek Logistik Pelbagai Mod, Pelancongan dan Pembangunan waterfront, ternakan, tanaman makanan, perikanan dan akuakultur serta produk halal.

final • 11:10 AM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri terima kasih di atas penjelasan. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada BIMP-EAGA iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippine, ASEAN Growth Area.

Ini adalah satu pendekatan yang dibuat oleh negara-negara ASEAN untuk membangunkan The Eastern Corridor atau Eastern Region of ASEAN dengan izin, yang telah ditubuhkan 17 tahun yang lalu. Masalahnya yang ingin saya tanya ialah oleh kerana kawasan EAGA ini ataupun East ASEAN Growth Area ini adalah terdiri daripada sub region iaitu kalau Malaysia hanya melibatkan Sabah dan Sarawak. Kalau Indonesia hanya melibatkan Kalimantan, Papua dan sebagainya dan juga di Selatan Filipina.

Apabila idea ini diwujudkan oleh kerajaan, maka ianya dipromosikan oleh region ini. Apabila ianya seolah-olah tidak mendapat sokongan yang begitu padu daripada kerajaan pusat negara masing-masing, akhirnya inisiatif ini tidak bergerak dengan begitu sepantas yang kita mahu.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah pertama apakah tindakan kerajaan untuk mempromosikan BIMP-EAGA ini dan melibatkan G2G bukan sahaja kerajaan negeri kerana kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan atau pun tidak mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan inisiatif dan sebagainya. Itu yang pertama.

Keduanya ialah tentang hubungan udara yang ingin saya maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk kita mempromosikan perdagangan di kawasan ini yang mempunyai 60 juta penduduk, 150 bilion GDP ini, kita memerlukan hubungan udara dan akhirnya sekarang ini kalau kita melihat negeri Sabah pun tidak dihubungi dengan baik dengan Southern Region of Kalimantan. Jadi, bagaimana kita mahu mempromosi atau menggalakkan BIMP-EAGA ini satu inisiatif yang begitu baik untuk memastikan Eastern Region of ASEAN dengan izin, ini dapat dikembangkan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum apabila BIMP-EAGA ini telah diwujudkan 17 tahun yang lepas, ada beberapa perkara yang diberi penekanan. Antaranya ialah:

(i) perdagangan dan pelaburan seberang sempadan;

(ii) promosi BIMP-EAGA sebagai satu destinasi pelancongan dengan tumpuan kepada sumber pelancongan berunsur semula jadi dan kebudayaan;

(iii) bina keupayaan sumber semula jadi;

(iv) mempromosi kerjasama ekonomi rantau; dan

(v) pembangunan mampan dalam sumber perikanan.

Apa yang kita lihat sekarang ini Tuan Yang di-Pertua ialah kerajaan berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif supaya pertumbuhan atau pun pembangunan ekonomi di kawasan ini berlaku dengan pesat. Cumanya kelihatan bahawa sambutan daripada pihak swasta itu tidaklah begitu menyerlah.

Berkait dengan soalan kedua Yang Berhormat Kota Belud mengenai hubungan udara. Kita dapati di peringkat awalnya wujud satu operasi penerbangan SAEAGA kalau tidak silap saya namanya yang telah beroperasi cuma untuk beberapa tahun sahaja.

final • 11:10 AM

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Akan tetapi akhirnya kerana permintaan yang tidak begitu tinggi, maka operasi itu dihentikan kerana keuntungan yang tidak begitu menggalakkan. Apa sekalipun saya ingat menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk menyemak semula dasar-dasar yang sedia wujud untuk menggalakkan pertumbuhan dalam kawasan ini.

final • 11:10 AM

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Dengan maklum balas yang akan kita dapati daripada pihak swasta melalui jawatankuasa bersama industri yang bakal dianjurkan pada 13 Oktober 2011 yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri MITI dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, kita akan mendapat idea-idea dan cadangan-cadangan yang lebih bernas daripada pihak swasta supaya dasar boleh kita tambah baik atau boleh diperbaharui untuk lebih menepati cita rasa dan aspirasi kumpulan swasta ataupun sektor swasta di kawasan tersebut.

final • 11:20 AM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun perkara ini saya sudah banyak kali sentuh di Dewan yang mulia ini saya masih ingin tahu apakah kesukaran tentang pelaburan Sun Bear Sdn. Bhd selaku satu pelaburan antarabangsa yang terbesar di Sabah yang membuat solar panel yang masih belum selesai sehingga kini. Bilakah mereka boleh mulai sebelum mereka pindah ke negeri lain. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini agak spesifik walau bagaimana pun ingin saya nyatakan di sini bahawa industri solar itu adalah satu industri yang kita memberikan perhatian yang khusus.

Apabila cadangan Sun Bear itu dikemukakan kepada pihak MIDA di peringkat awalnya memanglah kita mengalu-alukan pelaburan mereka di negeri Sabah. Apa sekali pun kita akan membantu mereka sedaya yang boleh supaya hasrat itu menjadi realiti akhirnya.

Kita rasakan bahawa apa yang hendak diusahakan oleh Sun Bear di Sabah itu amat penting kerana ianya akan memberi sumber ataupun apa yang kita panggil sebagai upstream industry, dengan izin, yang akan membekal bahan kepada industri solar di Semenanjung ini. Jadi, dari segi bila mereka akan beroperasi itu sebenarnya terpulang kepada syarikat tersebut. Walau bagaimanapun, pihak MIDA dan MITI sentiasa memberikan sokongan yang padu kepada mereka supaya apa yang dihasratkan itu menjadi kenyataan.

[Soalan No.10 – YB Tuan Haji Nasharudin Mat Isa (Bachok) tidak hadir]

final • 11:20 AM

11. Dato’ Sri Ong Tee Keat [Pandan] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, tahap keberkesanan usaha kementerian memperkenalkan Kursus Kemahiran Insaniah (soft skills) di IPTA dan nyatakan kriteria untuk mengukur keberkesanan berkenaan. Setakat manakah siswazah IPTA berdaya saing dalam bidang kerjaya berbanding dengan negara- negara lain di benua Asia.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kemahiran insaniah

(soft skills), dengan izin, merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Kita di KPT dan di IPT khususnya IPTA memang telah sentiasa memberikan fokus dan penekanan kepada kemahiran insaniah. Namun mulai tahun 2008 Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan modul yang dipanggil modul kemahiran insaniah di semua IPTA dan sejak itu elemen kemahiran insaniah telah mula diserapkan dalam setiap kursus bagi semua program pengajian di IPTA. Bagi mengetahui keberkesanan pelaksanaan modul ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan sebuah instrumen yang dikenali sebagai Skala Kemahiran Insaniah Malaysia, dengan izin, Malaysian Soft Skills Scale

(My3S) yang merupakan instrumen penilaian kendiri, dengan izin, self-assessment, di mana pelajar akan menilai tahap penguasaan kemahiran insaniah mereka berdasarkan skala semantik yang diukur berdasarkan kepada tujuh elemen iaitu:

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

(i) kemahiran berkomunikasi;

(ii) pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah;

(iii) kemahiran kerja berpasukan;

(iv) moral dan etika profesional;

(v) pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat;

(vi) kemahiran kepemimpinan; dan

(vii) kemahiran keusahawanan.

Penentuan kesahan kandungan instrumen My3S telah dilakukan oleh pakar-pakar universiti tempatan di mana instrumen My3S diuji dengan mencari nilai indeks kebolehpercayaan. Selain itu kaedah temu bual berstruktur ke atas pelajar IPT juga dilaksanakan bagi membantu mengesahkan kebolehpercayaan dapatan instrumen tersebut.

Pelaksanaan My3S kepada pelajar tahun akhir di IPTA telah bermula pada bulan April 2010 dengan menggunakan kaedah manual iaitu melalui set soal jawab bertulis manakala pelaksanaan secara atas talian dijalankan kepada pelajar tahun pertama bermula pada bulan Oktober 2010.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi daya saing sebenarnya kita melakukan pelbagai perkara termasuk juga dalam menganjurkan program-program kebolehpasaran, cuba melengkapkan program latihan industri dan sebagainya. Di samping itu kita juga menggalakkan pelajar-pelajar kita untuk melibatkan dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum yang berstruktur yang sebahagiannya sudah mula diberikan mata kredit oleh IPTA kita.

Juga kita menggalakkan pelajar-pelajar kita menyertai program-program baru di peringkat antarabangsa.

Sebagai contohnya, program-program yang dianjurkan oleh SIFE, dengan izin, Students In Free Enterprise yang melibatkan lebih kurang 1,000 buah universiti di seluruh dunia di mana kita galakkan pelajar-pelajar daripada universiti-universiti tempatan kita untuk mengambil bahagian. Kita juga menggalakkan pelajar-pelajar kita mengikuti dan menyertai program-program yang berbentuk antarabangsa yang bukan dianjurkan oleh kerajaan tetapi dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan. Sebagai contohnya, ialah program Your Big Year yang dianjurkan oleh sebuah organisasi yang bertempat di Liverpool, United Kingdom di mana mereka mengajak orang muda termasuk pelajar mengikuti pertandingan yang dilaksanakan mulai tahun lalu.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, program Your Big Year ini telah mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila dua orang anak muda dipilih sebagai pemenangnya dan menjadi, dengan izin, world ambassador, melawat 20 buah negara di seluruh dunia pada tahun ini untuk melakukan kerja-kerja amal, kerja-kerja pembangunan dan bertemu dengan orang-orang muda, menggalakkan mereka berpatisipasi termasuk berjumpa dengan mahasiswa. Dalam Dewan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran dua ambasador itu, saudara Micheal Teoh daripada Pulau Pinang Malaysia dan saudari Carielle Doe daripada New York, USA yang bersama-sama kita dalam Dewan ini. Mereka juga disertai oleh dua orang pelajar dari Liverpool- John Moores University, saudara Ian dan saudara Rory.

Terima kasih... [Tepuk]

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Ong Tee Keat - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah kementerian tidak bercadang untuk mewajibkan agar Kursus Kemahiran Insaniah ataupun Soft Skills Course, dengan izin, di pantau ataupun dikawal selia serta dibuat penilaiannya secara teratur dan terurus dan bukannya mengikut apa yang tersedia ada sekarang iaitu melalui self-assessment, dengan izin. Saya jangka bahawa ini akan dapat memastikan bahawa apa yang dipelajari oleh seseorang siswa dan siswi itu akan serasi dengan apa yang dibuatnya dalam kursus yang berkenaan selain daripada dapat meningkatkan kebolehpasaran ataupun employabilitynya. Sekian.

final • 11:20 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, ada dua perkara, pertama ialah kita cuba memperkasakan lagi program-program latihan industri dengan menyertakan pakej yang lebih luas.

final • 11:20 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Saya hendak beri satu contoh, kalau sebelum ini hubungan antara KPT dan IPT dengan pihak swasta, pihak industri ialah dari segi latihan industri dan sedikit sebanyak dari segi dana R&D. Akan tetapi kita sudah mula mengadakan pakej yang lebih komprehensif, sebagai contohnya ialah kerjasama kita dengan Western Digital, sebuah syarikat transnasional. Pertama, pelajar-pelajar kita disediakan tempat untuk melakukan latihan industri, di samping itu kita juga mengadakan persefahaman dengan pihak Western Digital untuk kerjasama dari segi R&D, pembinaan kurikulum pelajaran yang diajar di IPT dan juga untuk membenarkan pensyarah-pensyarah kita melakukan sabatikal di sana. Ini yang saya maksudkan tadi Tuan Yang di-Pertua, kita cuba memperluaskan lagi program kebolehpasaran dan juga untuk meningkatkan daya saing pelajar-pelajar kita.

Soal yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat tentang pemantauan ini, memang kita lakukan. Malahan instrumen yang saya sebutkan tadi iaitu My3S, walaupun ia bersifat self-assessment tetapi itu teknik ataupun metodologi dari segi kajian yang dilakukan di antara IPT berkaitan dengan pelajar-pelajarnya. Akan tetapi pada peringkat KPT atau di peringkat pusat, kita memantau keseluruhannya dan izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, sekadar memberikan satu contoh yang mudah sahaja. Apabila dibandingkan pencapaian Kemahiran Insaniah (KI), pelajar-pelajar tahun akhir Tahun 2010 secara keseluruhan sahaja.

Secara keseluruhannya pencapaian pelajar IPT adalah baik. Walau bagaimanapun perlu penambahbaikan bagi tiga elemen kemahiran insaniah iaitu pertama pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah, kedua kemahiran keusahawanan dan ketiga komunikasi bahasa Inggeris. Jadi kita memantau dan kita akan melaporkan ini termasuk ke Dewan yang mulia ini dari semasa ke semasa. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 11:30 AM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Mas, sila ringkaskan Yang Berhormat, masa telah habis.

final • 11:30 AM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan saya. Program Kemahiran Insaniah ini atau soft skill ini bukan sahaja tergolong dalam bidang teknikal tetapi juga dalam hal keagamaan pun perlu ada perlu ada program pembangunan insaniah ini. Sejauh manakah usaha-usaha kementerian di dalam aspek program keagamaan ini kerana di peringkat sekolah rendah dan menengah tidak mencukupi supaya lahir siswazah yang seimbang. Apabila bekerja dengan perkhidmatan awam, menjadi pegawai yang cekap dan juga amanah, jangan menjadi seperti 62 pegawai kastam yang ditahan kerana melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Ini amat memalukan dan menjijikkan keseluruhan warga kakitangan penjawat awam, sekian terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan yang sangat penting daripada Yang Berhormat Pasir Mas, walaupun sukar untuk diukur dari segi penghayatan agama tetapi di dalam My3S kita cuba untuk mengukur. Walaupun tidak 100 peratus seperti yang diperlukan itu, iaitu melalui elemen yang kita panggil moral dan etika profesional. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Tuan

final • 11:32 AM

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 5 April 2011.”

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:32 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG TENAGA BOLEH BAHARU (2010) Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010

final • 11:32 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu yang telah disebut-sebutkan oleh kerajaan selama beberapa tahun ini dan dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini tetapi saya ada beberapa isu tentang persoalan mengenai rang undang-undang ini.

Pertamanya ialah, kenapakah rang undang-undang ini dinamakan ‘tenaga boleh baharu’ bukankah yang lebih tepat ialah dinamakan “tenaga boleh diperbaharui”? Jadi adakah kementerian pernah menyemak dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai nama rang undang-undang ini?.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menyentuh tentang beberapa isu yang terperinci di dalam rang undang-undang ini, saya ingin bertanya sama ada kerajaan telah mengubah polisi Tenaga Boleh Diperbaharui Negara? Sekiranya terdapat dasar tersebut, saya ingin bertanya apakah matlamat polisi tersebut dan di manakah kita boleh dapat membaca dasar tersebut, kenapakah dasar tenaga boleh diperbaharui ini tidak pernah dimaklumkan kepada orang ramai?

final • 11:34 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tujuan wujudnya Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu adalah untuk mewujudkan dan melaksanakan tarif khas demi memangkinkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui. Persoalannya ialah apakah kerajaan pernah menjalankan kajian yang mendalam, yang dapat merumuskan bahawa perwujudan dan pelaksanaan tarif khas tersebut akan mendatangkan kejayaan yang lebih tinggi daripada program tenaga boleh diperbaharui yang telah dilaksanakan sejak tahun 2001.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah beberapa kali menyatakan bahawa Malaysia akan mencapai 2,000 megawatt kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2020 bagi membekalkan sebanyak 9 peratus sumber tenaga elektrik negara. Apakah sasaran ini bergantung kepada pelaksanaan rang undang-undang ini? Sekiranya kita membandingkan sasaran Malaysia tersebut, ia adalah amat kecil jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Mengikut maklumat daripada Renewable Energy Policy Network for 21 century (REN21), kita mendapati bahawa negara seperti Jerman menyasarkan 35 peratus penjanaan tenaga daripada sumber tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2020. Sepanyol pula menyasarkan sebanyak 40 peratus dan China sebanyak 15 peratus pada tahun 2020, jiran negara kita negara Thailand pula menyasarkan sebanyak 20 peratus iaitu 5,600 megawatt kapasiti tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2022.

Oleh itu saya berharap agar pihak kerajaan dapat mengkaji semula sasaran negara sebanyak 2,000 megawatt pada tahun 2020 tersebut dan meletakkan sasaran yang lebih tinggi bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia memang serius dari segi menerajui pembangunan teknologi hijau, khususnya sasaran penjanaan tenaga solar pada tahun 2020. Kita perlu lebih agresif di dalam aspek ini, memandangkan Malaysia kini merupakan negara pengeluar teknologi solar yang ketiga terbesar di dunia. Saya berharap pihak kerajaan juga dapat memaklumkan akan halangan-halangan yang wujud bagi mencapai sasaran tersebut yang tinggi supaya semua pihak dan rakyat dapat memahami dan akan sama-sama dapat memberikan sumbangan masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah membuat satu kajian tentang pelaksanaan Feed In Tariff (FIT) di negara-negara lain seperti negara Jerman, Sepanyol, Itali dan Korea.

Mereka mewujudkan FIT semata-mata untuk mewujudkan permintaan kepada sistem dan peralatan komponen solar photovoltaic. Daripada pengamatan saya, saya mendapati rang undang-undang ini adalah adaptasi daripada FIT di negara Jerman, malangnya kita hanya meniru tetapi tidak faham akan perkara yang tersirat. Di negara Jerman, bagi menjayakan mekanisme FIT, Kerajaan Jerman telah menyediakan peruntukan yang besar untuk membuat kajian dan penyelidikan di dalam bidang komponen dan peralatan yang berkaitan dengan solar PV, Biomas, Biogas dan Hidro. Sebab itulah hari ini apabila negara kita meniru mekanisme FIT negara Jerman, kita juga terpaksa mengimport semua peralatan solar PV daripada luar negara yang memenuhi piawaian PV Jerman.

final • 11:34 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya simpati dengan seorang usahawan tempatan yang membuka kilang solar panel di Terengganu. Beliau mengeluarkan solar panel dengan sokongan teknikal daripada universiti tempatan yang mendapat dana daripada Program Suria 1000. Malangnya, mereka dihalang daripada membekal solar panel kepada Projek Suria 1000 di bawah seliaan KeTTHA kerana pada masa itu mereka tidak mempunyai piawaian TUV Jerman. Saya bimbang apabila FIT dilaksanakan di negara kita, orang lain yang akan mendapat keuntungan yang lebih besar daripada rakyat Malaysia dan syarikat Malaysia. Saya cadangkan kerajaan menyediakan dana FIT ini merangkumi dana untuk penyelidikan, pengeluaran peralatan solar PV serta proses pengujian pencapaian piawaian di makmal antarabangsa. Contoh yang paling baik ialah dalam sektor biomass. Tiada negara di dunia ini mempunyai bekalan Empty Fruit Bunch (EFB) daripada kelapa sawit yang besar seperti Malaysia dan Indonesia.

final • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Oleh kerana kita tidak mempunyai jati diri dan program kajian penyelidikan dan pengkomersialan, kita telah mengimport teknologi ini daripada negara Barat. Akibatnya, semua projek biomass tidak dapat mencapai yield pengeluaran tenaga yang ditetapkan oleh negara Barat. Sedangkan negara kita mempunyai banyak pengeluar sistem tentang ataupun boiler yang berasaskan sumber EFB dan rice husk tempatan yang lebih cekap. Di sini saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah pengalaman dan pengajaran yang kementerian dapati daripada Program Suria 1000 dan Program SREP? Apakah program tersebut menyumbang pada pengurangan harga dan bagaimanakah FIT akan mempengaruhi sistem harga tenaga yang boleh diperbaharui pada masa yang akan datang?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang seksyen 23 - Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu. Seksyen 23 dalam rang undang-undang ini menyatakan bahawa kumpulan wang tenaga boleh baharu akan diwujudkan. Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini tidak menyatakan tentang sumber utama kumpulan wang tersebut dan jumlah yang boleh dikutip untuk kumpulan wang tersebut setiap tahun. Apakah kerajaan akan menaikkan bil elektrik sebanyak 1 peratus untuk menyumbang pada Renewable Energy Development Fund ini? Adakah ini bermaksud pengguna ataupun end consumer akan menyumbang pada dana tersebut? Saya ingin minta kerajaan menerangkan bagaimanakah penggunaan tenaga boleh diperbaharui akan dipromosikan kepada orang awam dan bagaimanakah mereka akan menerima manfaat daripada rang undang-undang ini? Daripada jumlah tersebut, agaknya berapa banyak kah tenaga boleh diperbaharui boleh dilaksanakan? Adakah rakyat jelata boleh memanfaatkan daripada kumpulan wang tersebut dan adakah rakyat yang akan menyumbang melalui seksyen 24 iaitu peruntukan daripada tarif elektrik akan mendapat peluang tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang seksyen 24 – Peruntukan Daripada Tarif Elektrik. Seksyen 24 daripada rang undang-undang ini memperuntukkan bahawa Yang Berhormat Menteri boleh memerintah seorang pemegang lesen pengagihan untuk memperuntukkan dan memberikan sumbangan ke dalam Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu dalam seksyen 23 apabila dikehendaki. Soalan saya ialah, adakah ia akan melibatkan semua pemegang lesen pengagihan? Adakah ini merupakan cara yang paling berkesan dan adil untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui? Adakah pihak kerajaan telah mengkaji cara-cara lain yang tidak membebankan rakyat? Apakah kerajaan pernah mengkaji kesannya kepada rakyat jika dasar ini dilaksanakan dan bilakah ia akan dilaksanakan?

Di bawah Economic Transformation Programme, kerajaan berhasrat untuk membangunkan tenaga nuklear menjelang tahun 2020. Saya ingin tahu berapakah kos pembangunan tenaga nuklear tersebut dan pihak manakah yang akan membiayainya?

Mengapakah bajet untuk pembinaan tenaga nuklear tersebut tidak digunakan sebaliknya sebagai sumbangan pada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu? Mengapakah dana ini tidak dikutip daripada pelbagai cukai seperti petroleum dan bukan sahaja daripada pengguna tenaga elektrik? Dengan tambahan bajet tersebut, kita sudah tentu boleh mencapai sasaran tenaga boleh diperbaharui yang lebih tinggi bersama dengan inisiatif kecekapan tenaga yang lebih agresif dan Malaysia sudah tentu tidak akan memerlukan tenaga nuklear.

Oleh itu, saya ingin minta pihak kerajaan supaya benar-benar serius untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berteknologi hijau yang mampan dan melaksanakan peningkatan kecekapan penggunaan tenaga serta sistem FIT yang berkesan, memberikan sokongan dan panduan penuh terhadap pelaksanaan core generation dan juga pembangunan Smart Grid yang menyeluruh. Dengan sasaran teknologi hijau ini, Malaysia boleh menunda tarikh pelaksanaan tenaga nuklear yang sekarang menimbulkan pelbagai masalah seperti apa yang kita lihat di negara Jepun. Berbanding dengan negara-negara lain termasuk Thailand, sasaran tenaga teknologi hijau adalah difikirkan terlalu rendah seumpama ‘melepaskan batok di tangga’ atau usaha ‘hangat- hangat tahi ayam’ sahaja.

final • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya diberitahu oleh peniaga dan pelabur di bidang industri solar bahawa selepas rang undang-undang ini dilaksanakan, kerana hanya membenarkan TNB untuk memberikan 9 megawatt tenaga boleh diperbaharui daripada industri solar pada tahun pertama. Selepas itu, 11 megawatt pada tahun kedua, 15 megawatt pada tahun ketiga dan 18 megawatt pada tahun keempat. Saiz pasaran tenaga solar dengan kadar yang begitu rendah ini menunjukkan bahawa kerajaan memang tidak serius untuk menggalakkan pengeluaran tenaga solar. Saya ingin tahu, mengapakah perlu wujud kekangan tersebut?

Kita telah dimaklumkan bahawa tahun lepas, di bawah Economic Transformation Program, ia telah menyasarkan kapasiti tenaga solar sebanyak 1,250 megawatt pada tahun 2020. Bagaimanakah sasaran ini akan dicapai jika wujud kekangan yang saya nyatakan tadi. Adakah pihak KeTTHA dan PEMANDU masing-masing mempunyai sasaran yang berbeza? Adakah ini akan menyebabkan pelaksanaan yang bertindih dan hanya akan merugikan negara? Adakah sasaran 1,250 megawatt tersebut seterusnya akan termasuk di bawah sistem FIT?

Baru-baru ini saya bertanya kepada seorang pelabur pengeluar produk solar jenis IKS dari negara China tentang berapakah kapasiti pengeluaran kilangnya. Beliau berkata kapasitinya adalah 100 megawatt setahun. Sekiranya sebuah kilang pengeluaran module solar IKS di negara China pun mampu mengeluarkan 100 megawatt setahun, bukankah 9 megawatt yang ditetapkan oleh kementerian tersebut langsung tidak menarik pelabur asing dan pelabur tempatan dalam bidang solar.

Kita tahu terdapat beberapa syarikat solar pelabur asing di Malaysia seperti Q- Cells, First Solar, Sunpower dan sebagainya. Kesemua kilang pelaburan asing ini mengeluarkan module solar untuk dieksport ke luar negara dan kapasiti kilang mereka mencapai 600 megawatt dan ke atas. Jadi, dengan menetapkan saiz pasaran sebanyak 9 megawatt dalam industri solar ini, ini bermaksud kerajaan langsung tidak berminat dan tidak serius untuk menggalakkan pertumbuhan pengeluaran solar di Malaysia. Ia memang tidak akan menyumbang pada pertumbuhan perniagaan dalam industri solar.

Tuan Yang di-Pertua, harga pasaran solar adalah lebih kurang RM15 juta sehingga RM20 juta 1 megawatt dengan anggapan keuntungan sebanyak 20 peratus.

Sekiranya kerajaan menetapkan saiz pasaran sebanyak 9 megawatt setahun, maka nilai pasaran hanya RM135 sehingga RM180 juta setahun. Angka ini adalah jauh daripada sasaran yang ditetapkan oleh Economic Transformation Programme yang menetapkan sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 2020. Jadi, bagaimanakah kementerian dapat mencapai sasaran ETP tersebut? Tuan Yang di-Pertua, saya juga difahamkan daripada pelabur solar photovoltaic bahawa pelabur asing hanya dibenarkan untuk memegang 49 peratus ekuiti dalam solar farm sahaja. Mengapakah peraturan tersebut diadakan? Bukankah ini menyekat pelaburan dalam bidang solar? Bukankah ini bercanggah dengan keinginan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan solar photovoltaic?

final • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sekiranya seseorang pelabur ingin mendirikan 1 Megawatt solar farm, adakah mereka diberi semua faedah dan insentif dalam undang-undang tersebut? Saya berhadap Yang Berhormat Menteri boleh jawab soalan saya ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan oleh pemain industri ini bahawa KeTTHA telah belanja sebanyak RM80 juta untuk membiayai program Malaysia Building Integrated Photovoltaic (MBIPV), dengan izin. Daripada peruntukan ini, RM20 juta telah dibelanjakan untuk tujuan promosi. Mengikut laporan kemajuan projek sehingga akhir tahun 2010, sebanyak 1.5 Megawatt sistem solar PV telah dipasang di bumbung premis. Daripada angka ini, hanya 985 kilowatt sahaja yang telah disambungkan kepada grid. Kapasiti ini kalau didarab dengan kadar harga solar PV di pasaran sebanyak RM20,000 satu Kilowatt, ini baru bernilai sebanyak RM20 juta sahaja. Di manakah perginya baki daripada RM80 juta peruntukan ini iaitu RM40 juta tersebut? Apakah RM40 juta ini telah disalahgunakan dalam urusan lain?

final • 11:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang Jadual seksyen 2 dalam rang undang-undang yang mana menyatakan insentif diberi kepada tenaga solar. Mengikut Jadual dalam seksyen 2 dalam rang undang-undang ini, ia menetapkan kadar tarif galakan bagi penggunaan modul fotovolta suria yang dibuat atau dipasang secara tempatan sebanyak 3 sen setiap kilowatt/jam. Manakala penggunaan alat penyongsang suria yang dibuat atau dipasang secara tempatan, hanya diberi insentif 1 sen setiap satu kilowatt/jam sahaja.

Sebenarnya, sekiranya kerajaan ingin menggalakkan orang ramai untuk menggunakan modul fotovolta suria ataupun alat penyongsang suria buatan tempatan, kerajaan sepatutnya menambah insentif daripada 3 sen atau 1 sen kepada 50 sen. Insentif seperti ini baru dapat menggalakkan pengguna tempatan untuk membeli modul fotovolta suria dan penyongsang suria buatan tempatan kerana ia jauh lebih murah daripada buatan dari luar negara.

Di sini saya ingin tanya, bagaimanakah kerajaan boleh memberi sokongan kepada pengeluar solar PB ataupun pengeluar inverter supaya mereka boleh bersaing dengan pengeluar di dunia antarabangsa. Manakala pasaran FIT tempatan akan memberi peluang kepada pengeluar tempatan untuk menambahbaikkan produk mereka dan berjaya di pasaran antarabangsa. Saya ingin mengambil contoh di negara China. Negara China membantu syarikat di negaranya untuk menubuhkan kilang dan memberikan modal permulaan kepada syarikat tersebut untuk mewujudkan kepakaran dalam teknologi tersebut. Kerajaan China juga menyokong syarikat berkenaan pada tahun-tahun permulaan sehingga ke tahun kelima sahaja supaya syarikat tersebut dapat bersaing dengan pasaran global.

Sehubungan dengan itu, saya ingin tanya apakah potensi orang ramai untuk mendapat pulangan daripada memasang sistem solar di rumah melalui rang undang- undang ini? Apakah hanya orang yang kaya sahaja yang mampu memasang sistem solar?

Bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa peluang orang biasa tidak akan diambil alih oleh pihak syarikat besar daripada mendapat insentif dan manfaat pemasangan sistem solar tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjayakan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu ini, kerajaan seharusnya lebih komited dengan mengambil angka kapasiti tenaga yang boleh diperbaharui ini sebagai kapasiti yang affirmative dan memasukkannya ke dalam Integrated Resource Planning (IRP). Sekiranya kerajaan menyasarkan 100 Megawatt jam daripada sumber tenaga boleh diperbaharui, maka kerajaan patut mengurangkan subsidi kepada bekalan 100 Megawatt jam tenaga yang dijana oleh penjanaan sumber berasaskan fosil, barulah dapat mengimbangi kewangan kerajaan. Kerajaan haruslah bersungguh-sungguh dan menggunakan semua sumber yang ada demi menjayakan rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, tenaga boleh diperbaharui Biomass juga termaktub dalam Jadual seksyen 2 rang undang-undang ini. Saya difahamkan bahawa sasaran projek Biomass di Semenyih, membakar sampah adalah 6 Megawatt. Akan tetapi, projek Biomass itu hanya menghasilkan 2 Megawatt sahaja. Ini bermaksud projek biomass tersebut memang mendatangkan kerugian yang besar kepada syarikat berkenaan. Saya ingin tahu, apakah sebab kegagalan projek Biomass tersebut? Apakah kementerian pernah menjalankan kajian terhadap kegagalan projek tersebut?

Sekiranya pengeluaran tenaga boleh diperbaharui Biomass ini bukannya kekuatan kita, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memindahkan kapasiti yang diperuntukkan di bawah Biomass dalam Jadual dalam seksyen 2 rang undang-undang ini dipindahkan ke tenaga solar photovoltaic. Ini kerana tenaga solar photovoltaic ini lebih mudah diguna pakai untuk mengeluarkan tenaga boleh diperbaharui.

Tuan Yang di-Pertua, saya hairan kenapakah rang undang-undang ini tidak mengguna pakai sasaran kecekapan ataupun efficiency target pengeluaran tenaga yakni energy yield. Kita semua maklum, kalau sebuah pepasangan mempunyai kapasiti 10 Megawatt, ia mesti menjana 85 peratus hasil ataupun yield. Contohnya Empangan MADA.

Dari segi kapasitinya, ia mampu menjana 10,000 Kilowatt, tetapi oleh sebab faktor semula jadi, semua sumber tenaga diperbaharui ini beroperasi secara bermusim.

final • 11:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Pada musim hujan ia mampu menjana secara maksimum, tetapi pada musim kemarau empangan ini tidak dapat menjana tenaga yang maksimum. Sebenarnya, pendekatan energy yield ini akan memberikan hasil yang lebih baik dan akan memberi bekalan tenaga boleh diperbaharui kepada grid dengan lebih stabil dan kebolehan yang tinggi. Saya meminta pihak kementerian mengkaji aspek ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah menerima aduan dan rintihan daripada peniaga dan pelabur tempatan dalam bidang solar photovoltaic bahawa mereka memang menghadapi masalah untuk mendapat pinjaman daripada bank walaupun mereka mendapat kelulusan daripada Green Technology Corporation. Saya difahamkan bahawa Green Technology Corporation telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion kepada pelabur solar photovoltaic. Akan tetapi, bank kita hanya meluluskan pinjaman sebanyak RM100 juta dan diberi kepada 16 syarikat sahaja sehingga hari ini. Ini menunjukkan pihak bank dan institusi kewangan kita memang tidak memberikan kerjasama untuk membantu pertumbuhan pelaburan dalam bidang solar dan teknologi hijau.

Di sini saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu dana sebanyak RM1.3 bilion untuk dijadikan sebagai pinjaman kepada suri rumah tangga ataupun ibu tunggal untuk melabur dalam bidang solar ini supaya suri rumah tangga dan ibu tunggal ini boleh mendapat pulangan daripada pelaburan secara bulanan selepas bayaran modal mereka kepada bank.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan kekesalan saya terhadap kenyataan Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang masih degil ingin mengadakan tenaga nuklear selepas menyaksikan krisis nuklear di Fukushima di Jepun. Saya berpendapat kerana keinginan untuk mengadakan tenaga nuklear inilah yang menyebabkan kementerian kelihatan tidak serius dan tiada kehendak politik untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Tujuan kerajaan mengehendaki loji tenaga nuklear dibina adalah kerana kononnya kosnya lebih murah daripada kos tenaga boleh diperbaharui. Sebenarnya ini adalah satu fakta yang tidak benar. Kajian pro-nuklear Massachusetts Institute of Technology (MIT) pada tahun 2009 menunjukkan bahawa peningkatan tenaga kecekapan kos nuklear hanya ditunjukkan secara teori, tetapi tidak dibuktikan secara praktikal. Dari pengalaman Korea Selatan dan Jepun, kos purata telah pun naik sebanyak 25 peratus. Di Finland, kos purata menggunakan nuklear meningkat sebanyak 90 peratus. Di Amerika Syarikat, kosnya meningkat sebanyak lima kali ganda sejak tahun 1970-an.

final • 11:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Di Perancis, kosnya meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak tahun 70an.

Kebanyakan loji nuklear di seluruh dunia telah mengalami peningkatan kos disebabkan penangguhan yang berlanjutan. Dari pengalaman kita sendiri di Malaysia, pelbagai projek mega mengalami peningkatan kos, penangguhan, dan juga rasuah. Dalam senario kes terburuk bagi cadangan pembinaan dua buah loji nuklear di Malaysia, kerajaan dan para pembayar cukai perlu bail out para pelabur dengan RM50 bilion jauh melebihi anggaran kerajaan sebanyak RM21.3 bilion. Di samping itu, kos mempersarakan ataupun decommissioning loji nuklear teramatlah tinggi sama mahal dengan kos pembinaan. Di England pernah membelanjakan sehingga USD114 bilion untuk decommissioning loji yang telah terlampau lama dan buruk. Di sini, saya ingin lihat dari segi kos sosial yang pernah dibiayai oleh negara lain atas bencana nuklear. Kosnya adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang mampu dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.

Dalam bencana Chernobyl di Ukraine beratus-ratus manusia meninggal akibat radiasi. Ini merupakan kesan negatif yang dialami secara langsung. Akan tetapi ramai lagi yang menderita akibat kesan negatif radioaktif secara tidak langsung. Ribuan orang telah meninggal dunia kerana kanser dan kena radiasi. Kawasan Chernobyl kini merupakan zon pengecualian seluas 30 kilometer lebih kurang saiz negeri Melaka. Bagi pengalaman England, sehingga kini kerajaan masih lagi menyumbang subsidi kepada petani di Wales untuk membunuh anak-anak kambing yang dipelihara di kawasan bukit yang tercemar dengan kesan radioaktif. Apa yang paling penting sekali, masih belum ada penyelesaian jangka masa panjang untuk membuang sisa nuklear yang akan terus berbahaya selama beribu-ribu tahun.

final • 12:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Pembinaan tempat pembuangan sisa nuklear di Finland bernama Onkalo menelan perbelanjaan RM12.5 bilion untuk dibina dan sisa nuklear perlu diasingkan selama sekurang-kurangnya satu ratus ribu tahun. Saya tidak mempunyai keyakinan bahawa Kerajaan Malaysia dapat menjamin bahawa tempat pembuangan sisa nuklear dapat bertahan begitu lama tanpa sebarang masalah.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita ingin melihat satu pengiraan tentang impak tenaga boleh diperbaharui sehingga tahun 2020, ia sebenarnya menyatakan dengan izin, it is too minimum, RM2.1 billion savings of external cost to mitigate CO2 emissions. Total RM42 million tonne avoided from 2011 to 2020, on the basis of RM50 per tonne of external cost dan minimum RM90 billion of loan values for RE projects which will provide local banks with new sources of revenues at 80 peratus debt financing for RE projects. A minimum RM70 billion of RE business revenues generated from RE power plants operation which can generate tax income of minimum RM1.75 billion to the government. All the basis of 10 peratus profit value where income tax is 25 peratus on profit. The minimum 52,000 jobs created to construct operate and maintain RE power plants on the basis of 15 to 30 jobs per megawatt.

Tuan Yang di-Pertua, demi mencapai sasaran tersebut rang undang-undang ini adalah sangat penting untuk menjana ekonomi di abad yang akan datang. Saya ingin minta pihak kementerian akan meneliti semua isu yang saya bangkitkan dalam ucapan saya, yang mana merupakan maklum balas yang feedback saya dapat daripada peniaga dan kumpulan yang prihatin dalam isu tenaga boleh diperbaharui di Malaysia. Pertaruhan kerajaan adalah sangat besar dalam memastikan kejayaan rang undang-undang ini supaya ia akan memberi impak yang besar kepada negara menjelang tahun 2020. Kita harus serius untuk mempromosi tenaga boleh diperbaharui dan kongsi keuntungan rang undang-undang ini bersama dengan semua rakyat. Kita perlulah lebih terbuka dan berani membuat keputusan dalam industri tenaga boleh diperbaharui ini. Kita perlu memastikan bahawa rakyat Malaysia dapat menikmati laba daripada rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bagan.

final • 12:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Tenaga Boleh Baharu 2010 yang merupakan satu inisiatif yang sangat penting untuk memastikan sumber tenaga yang mapan bagi masa depan negara kita.

Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat daripada Seputeh yang telah menjalankan homework beliau dengan baik untuk membahaskan perkara ini dengan panjang lebar, dan saya tidak berniat untuk menambah apa yang telah diketengahkan oleh beliau sebentar tadi. Hanya beberapa perkara penting yang saya harap boleh dijawab oleh pihak Yang Berhormat Menteri.

Satu ialah Konsep FIT. Seperti yang sedia dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri, apabila konsep FIT ini merupakan asas untuk membolehkan sumber RE. Ini untuk pendekkan perbahasan, I just use the word RE instead of tenaga boleh baharu. RE bahawa ia memerlukan subsidi sebagai satu insentif untuk menggalakkan sumber tenaga baharu ini.

Kalau kita lihat daripada pengalaman yang berlaku di Korea Selatan salah satu daripada kesan apabila sistem FIT dilaksanakan ialah Kerajaan Korea Selatan telah mengumumkan kenaikan takrif elektrik. Ini adalah untuk membolehkan pelaburan ini boleh mendatangkan pulangan yang sewajarnya dan juga memendekkan feedback period untuk pelaburan dalam RE tersebut.

Di sini saya harap saya boleh dapat jaminan dari pihak Yang Berhormat Menteri, bahawa apabila sistem FIT ini diperkenalkan Kerajaan Persekutuan tidak akan menaikkan kadar elektrik untuk menggalakkan pembangunan sektor RE ini. Ini yang pertama.

final • 12:05 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini kerana seperti yang kita semua maklum, selagi FIT ini tidak memberikan kesan yang besar, maka adalah sukar untuk meminta para pelabur untuk datang melaburkan beratus-ratus juta untuk sesuatu industri apabila kita tidak dapat memastikan ia dapat dijual dengan kadar yang lumayan lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Malaysia atau apabila TNB sekarang memiliki reserve tenaga yang dianggap paling besar di dunia dan dianggarkan lebih 50 peratus reserve margin yang dinikmati sekarang ini.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang empat sektor di mana dinyatakan boleh mendapatkan insentif botol-botol air, biogas, biomass, dan hidro kecil seperti mana yang disebutkan dalam rang undang-undang ini. Dalam biomass ini bolehkah kita dapat jaminan daripada pihak Kerajaan Persekutuan bahawa isu-isu berkaitan dengan rawatan ke atas sisa-sisa biomass ini dapat menjaga alam sekitar? Ini kerana kita tahu punca atau sumber utama biomass ini adalah datang daripada sisa kelapa sawit, di mana kebanyakan ladang- ladang telah ditanam dengan kelapa sawit yang membolehkan Kerajaan Malaysia ataupun Malaysia mengeluarkan lebih sedikit 50 peratus daripada keluaran dunia. Oleh itu, dengan secara semula jadinya maka sisa buangan daripada kelapa sawit akan menjadi sumber utama biomass seperti mana yang dinyatakan.

final • 12:05 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

So, dalam aspek ini Tuan Yang di-Pertua, adalah penting bahawa rawatan yang sewajarnya dapat dijalankan. Ini kerana apabila tidak ada satu sistem rawatan yang elok, adalah dikhuatiri bahawa alam sekitar akan dicemar. So, dalam aspek ini, kita harap apabila FIT ini dilaksanakan, ia juga akan diadakan bersama dengan mengawal selia dan memastikan tidak berlaku sebarang pencemaran.

Ketiga ialah tentang energy mix. Kini kalau kita lihat dalam aspek penjanaan elektrik, 85 peratus datangnya daripada sumber tradisi. Kalau bukan minyak ia adalah gas.

Kalau bukan gas, ia adalah arang batu yang juga merupakan salah satu sumber yang sangat besar kerana kosnya yang murah sungguh pun ia mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar. RE sekarang hanya satu peratus daripada sumbangan kepada tenaga dan saya rasa wawasan Yang Berhormat Menteri ialah untuk menaikkannya ke kadar 5.5 peratus pada tahun 2015 dan mungkin sembilan atau sebelas peratus menjelang tahun 2020.

Di sini saya hendak tahu macam mana sasaran ini boleh dicapai? Memandangkan bahawa subsidi gas masih juga diberikan kepada IPP seperti yang saya dimaklumkan, kita belanjakan RM19 bilion untuk memberikan subsidi gas. Adakah subsidi gas ini akan dikurangkan supaya kita dapat menggalakkan penjanaan elektrik ataupun penjanaan tenaga kepada RE? Kalau tidak, macam mana kita boleh selaraskannya dengan subsidi untuk IPP menerusi subsidi gas dan pada masa yang sama berikan FIT yang merupakan juga satu insentif? How can you are consult this two subsidize dengan izin, or if you want to put it – well, in other way, how do you square the circle? How do you square the renewable energy circle?

Selagi kita memberikan subsidi secara serentak, saya rasa sukar untuk melihat pembangunan RE yang mampan dan dapat memberikan sumbangan dan memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu 5.5 peratus menjelang tahun 2015 dan juga sembilan atau sebelas peratus menjelang tahun 2020 iaitu satu quantum leap Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana sekarang hanya satu peratus sahaja dan satu peratus RE ini hanya dalam bentuk penjana elektrik untuk ladang-ladang kelapa sawit.

Satu lagi perkara yang saya ingin sebut juga ialah tentang SEDA (Sustainable Energy Development Authority), di mana satu peratus akan dikenakan ke atas semua bil-bil elektrik sebagai satu tarif untuk SEDA ini. Saya difahamkan dan saya hendak dapat kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, adakah benar bahawa ini akan memberikan impak dan kesan kepada 44 peratus daripada pengguna-pengguna elektrik yang akan membayar satu peratus ini? Di sini, apakah jumlah yang akan dikutip untuk SEDA? Apakah kebaikan yang kita boleh perolehi dan adakah ini munasabah untuk mengenakan kadar ini sedangkan gas subsidi diberikan kepada IPP yang dapat meraut atau meraih keuntungan yang besar? Mengapakah satu peratus tarif ini harus dikenakan kepada 44 peratus pengguna-pengguna elektrik?

final • 12:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tidakkah pihak Kerajaan Persekutuan menimbang, mendapat sumbangan ini bukan daripada pengguna tetapi daripada IPP. Saya rasa dengan gas subsidi ini mereka memang mampu untuk membayarnya.

Akhirnya dari segi energy mix, saya hendak dapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri kerana daripada empat sektor RE ini, salah satu ialah hidro kecil.

Small... How to say in English? Small hydro is it?... Hidro kecil.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Mini hydro.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Oh! sorry. Thank you very much. Mini hydro. Mini hydro. So, dalam aspek mini hydro, macam mana ia boleh – mengapakah ia tidak dilaksanakan secara luas dalam SCORE di Sarawak? Ini kerana dengan tanah yang begitu luas, dengan matahari yang begitu terik, tentu sekarang mungkin hangat sedikit, tetapi mengapa ia tidak dilaksanakan dalam SCORE di mana saya rasa ada ruang yang begitu luas? Sebaliknya, kita lihat bukan mini hydro, kita lihat ialah empangan besar-besar – Bakun pun ada dan lebih banyak lagi. Ini saya serahkan kepada Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak untuk membahaskannya kalau mereka adalah.

Ini macam bercanggah dengan tujuan dan matlamat RE ini. Pada satu masa – yang baru sahaja, bukan yang lampau – menggalakkan pembangunan mega, mega dam, empangan mega berbilion-bilion. Empangan Bakun saya rasa akhirnya kos mungkin mencecah RM15 bilion. Adakah ia berbaloi? Macam mana sekali lagi kita boleh re consult, kita boleh seragamkan, kita boleh sepadankan dengan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu ini? Galakkan mini hydro tetapi juga benarkan pembinaan empangan besar.

Saya rasa nampaknya ada percanggahan, ada contradiction in terms dalam hasrat ini.

Ini membawa kita kepada perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua iaitu tentang tenaga nuklear. Apakah takrifan tenaga nuklear? Adakah ia dianggap sebagai satu sumber yang baru ataupun dengan RE, ia boleh diketepikan? Apakah sumbangan yang kita boleh harapkan daripada energy mix ini, yang saya sebut tadi 85 peratus adalah daripada sumber tradisi? Kita harapkan sebelas peratus daripada RE, apakah sumbangan yang kita harapkan daripada tenaga nuklear? Bolehkah kita dapat satu penjelasan atau bolehkah saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri untuk menukar pandangan tentang tenaga nuklear. Saya tahu Yang Berhormat Menteri adalah seorang penyokong kuat tentang tenaga nuklear untuk mungkin untuk satu hasrat baik mahu menambahkan sumber tenaga.

Akan tetapi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menimbang masa depan anak-anak kita. Ini kerana tenaga nuklear sekarang adalah satu sumber yang amat bahaya sekali. Ia seharusnya tidak diusik. Seharusnya ia tetap dijaga oleh Tuhan. Janganlah kita manusia yang tidak dapat mengawal kesan impaknya yang besar cuba menjolok atau mengusik tenaga yang begitu bahaya ini. Kita boleh lihat dalam sebuah negara yang begitu maju dalam sains dan teknologi seperti Jepun, sekarang bergelut dan bergelumang dalam mengawal tenaga nuklear ini sehingga bukan sahaja di negara-negara lain tetapi di negara barat seperti Germany pun mengkaji semula penjanaan tenaga nuklear.

Saya ingin memberitahu Tuan Yang di-Pertua bahawa di merata-rata tempat saya pergi di Malaysia, apabila saya ketengahkan soalan ini, saya tanya rakyat sama ada mereka mahu tenaga nuklear, tidak ada seorang pun yang menyatakan mereka sokong pembinaan sebuah loji nuklear. Saya harap bahawa kajian boleh dibuat. Saya sedia. Kita dalam Pakatan Rakyat sedia untuk bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional pergi ke mana-mana, hendak tahu di mana golongan mana rakyat Malaysia yang sokong keputusan Kerajaan Persekutuan untuk bina satu loji nuklear.

Dalam aspek ini, bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya pun telah menulis surat kepada Yang Berhormat Menteri untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil satu keputusan atas permintaan rakyat. Ini kerana Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan berjiwa rakyat. Kita dengar suara rakyat...

final • 12:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 12:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Dan kerana dengar suara rakyat...

final • 12:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Kelentong sahajalah.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan...

final • 12:10 PM

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Kedai banyak roboh.

final • 12:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Pembinaan loji nuklear di Pulau Pinang. Jadi kita tahu bahawa Kerajaan Persekutuan tentu tahu tentang perkara ini tetapi kita juga bukan sahaja sekadar di Pulau Pinang juga di seluruh Malaysia. Kita harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh... [Disampuk]

final • 12:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Gerai-gerai banyak roboh, ramai rakyat menangis tidak dipeduli.

final • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Apa?

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Gerai banyak roboh, rakyat banyak menangis minta tolong, roboh juga. Ketua setiausaha politik Yang Berhormat Ketua Menteri lagi yang roboh.

final • 12:20 PM

Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong

Itu dia tidak tahu. Dia tidak tahu.

final • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya rasa Yang Berhormat ini dia kalau baca media massa BN tentulah yang hitam jadi putih, putih jadi hitam. Akan tetapi di Pulau Pinang saya boleh jamin pemandu-pemandu wanita semuanya baik-baik belakalah...

[Tepuk] Tidak ada masalah. Saya rasa itu perkara lain, kita akan jawab nantilah. Harap Yang Berhormat boleh tarik balik dan minta maaf atas kenyataan yang tidak adil dan munasabah kepada golongan wanita ini.

Berbalik kepada apa yang saya hendak rumuskan tadi tentang loji nuklear ini, bolehkah Yang Berhormat Menteri mengkaji semula cadangan ini. Kita tidak mahu satu malapetaka berlaku lagi. Ini saya rasa adalah satu yang penting kerana sekiranya kita tidak boleh, tidak ada kepakaran untuk mengawal teknologi ini, ia boleh memudaratkan keselamatan negara. Jikalau Jepun pun tidak boleh kawal, bolehkah Malaysia melakukannya?

Kadang-kadang bila kita lihat projek-projek infrastruktur besar yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan, kita pun dipenuhi dengan keraguan. Jikalau bina stadium bumbung pun boleh runtuh, kalau bina bas terminal bumbung pun boleh runtuh. Jangan lupa Parlimen selepas buat pengubahsuaian pun bocor. Macam mana kita boleh kawal satu tenaga yang begitu dahsyat iaitu tenaga nuklear.

Itulah sebabnya saya merayu dengan penuh ikhlas kepada Yang Berhormat Menteri yang saya tahu berniat baik untuk menambah sumber tenaga. Akan tetapi tolong fikirlah masa depan anak-anak kita. Jikalau boleh tarik balik dan batalkan hasrat untuk membina satu loji nuklear kerana saya rasa kita kurang kepakaran untuk mengawalnya bila infrastruktur-infrastruktur yang kita jalankan kita pun tidak boleh buat dengan baik. Haraplah demi keselamatan, demi kesihatan dan demi kebaikan masa depan kita. Sekian, terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lipis.

final • 12:20 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang- undang Tenaga Boleh Baharu 2010 dalam Dewan yang mulia ini. Bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah menuju negara berpendapatan tinggi, saya berharap kerajaan akan terus meningkatkan usaha untuk memastikan bekalan elektrik yang anjal dengan mewujudkan industri bekalan elektrik yang mampan.

final • 12:23 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Usaha-usaha perlu diambil untuk meningkat dan mempelbagaikan keupayaan penjanaan, memperkukuhkan rangkaian penghantaran dan pengagihan, menstrukturkan semula industri bekalan elektrik dan menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Saya berharap supaya adanya penilaian ke atas usaha-usaha yang diambil umpama soal diukur menerusi dengan izin, System Average Interruption Duration Index

(SAIDI) yang mengukur purata tempoh gangguan dialami oleh pengguna setahun.

Kementerian hendaklah sentiasa berusaha untuk mengurangkan tempoh gangguan yang dialami pengguna dari mana pencapaian SAIDI di Semenanjung dan di Sabah turut dijadikan key performance indicator bagi kementerian yang bertanggungjawab.

Jikalau kita lihat bagi tahun 2010, SAIDI di Semenanjung adalah sekitar 60 minit per pengguna. Sementara bagi negeri Sabah sebanyak 700 minit per pengguna berdasarkan sasaran yang ditetapkan. Untuk memastikan rakyat menerima kualiti bekalan elektrik yang lebih baik pada masa hadapan, saya amat berharap supaya kementerian akan menetapkan sasaran indeks SAIDI yang perlu dicapai oleh pihak TNB bagi setiap negeri di Semenanjung.

Saya cadangkan supaya kementerian menetapkan sasaran SAIDI yang lebih baik pada tahun 2011. Di samping itu bagi meningkatkan jaminan bekalan tenaga negara, kerajaan juga perlu mengenal pasti sumber-sumber utama seperti hydro dan pengimportan arang batu serta gas asli cecair LNG menjelang tahun 2020. Soal ini penting disampingkan sebagai salah satu pilihan jangka panjang bagi tujuan penjanaan elektrik di Semenanjung.

Pembangunan loji jana kuasa berasaskan tenaga nuklear juga perlu dipertimbangkan dengan seadil-adilnya atau sewajarnya walaupun krisis kebocoran reaktor di Jepun akibat tsunami dan gempa bumi telah menggemparkan dunia sejagat.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan dasar baru tenaga dan strategi penstrukturan semula subsidi, harga gas bagi sektor elektrik dan bukan elektrik yang kita bahaskan sekarang ini saya hendak tahu juga sejauh manakah semakan diadakan. Apakah setiap enam bulan untuk mencerminkan harga pasaran ataupun setahun sekali. Bagaimana semakan tersebut? Pengurangan subsidi gas kepada sektor elektrik akan memberi kesan kepada tarif elektrik.

Sehubungan dengan itu, rakyat harus diyakinkan supaya mereka dapat menerima langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi di mana hasil pengurangan subsidi berkenaan akan disalurkan kepada pelaksanaan projek-projek pembangunan lain yang juga diperlukan rakyat. Namun begitu dengan sebarang kenaikan tarif elektrik, saya amat berharap kerajaan akan terus memastikan golongan rakyat berpendapatan rendah tidak terjejas. Dasar pengecualian pembayaran elektrik kepada pengguna yang menggunakan elektrik di bawah RM20 sebulan hendaklah terus dilaksanakan.

final • 12:23 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Minta penjelasan Yang Berhormat Lipis, boleh?

final • 12:23 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Sila.

final • 12:23 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya terpanggil dengan hujah yang dilontarkan oleh Yang Berhormat amat meyakinkan rakyat bahawa kita memang begitu prihatin ke arah melihat masalah masa depan negara kita dalam industri bekalan tenaga ini, lebih-lebih lagi saya melihat bahawa sedarkah Yang Berhormat bahawa bekalan gas dan diesel ini akan tidak menentu. Kita tidak tahu sampai berapa puluh tahun lagi bekalan dia akan dapat dibekalkan.

Jadi apakah Yang Berhormat juga ingin menyarankan kepada kerajaan bahawa kita harus melihat secara lebih serius ke arah bagaimana kita boleh membekalkan tenaga yang mampan kepada masa depan negara kita. Ini termasuk mungkin mengkaji lokasi- lokasi yang sesuai untuk dibentuk, dibuat seperti hydro, mini-hydro dan macam-macam sebab saya dapat maklumat sekarang ini tenaga juga boleh diperolehi daripada ombak, daripada erosion bawah air dan ini boleh membekalkan air kepada kampung-kampung, kepada bandar-bandar yang berhampiran dengan lautan. Jadi ini juga perlu mungkin rasa saya dikaji untuk memastikan bahawa kita benar-benar komited ke arah melihat bagaimana rakyat negara ini dapat dibekalkan dengan bekalan elektrik termasuk mengurangkan SAIDI seperti di Sabah.

final • 12:23 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Memang betul di Sabah ini merupakan satu negeri yang rasa saya gangguan elektrik dia begitu serius dan saya dapat maklumat bahawa ada ura-ura juga pemasangan nas bateri yang kita telah cakap begitu lama sehingga hari ini belum pun ada dapat diperjelaskan. Jadi minta Yang Berhormat memberi penjelasan sedikit. Terima kasih.

final • 12:23 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Jadi saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat supaya pihak kementerian, pihak agensi-agensi yang berkaitan di bawah kementerian memikirkan dan membuat penyelidikan dan kajian yang benar-benar serius dalam memastikan supaya tenaga yang boleh diperbaharui ini atau tenaga yang boleh baharu ini di samping perkara- perkara lain seperti hydro dan sebagainya agar rakyat di seluruh negara dapat menikmati bekalan tenaga yang bukan sahaja stabil atau mampan tetapi murah dan sebagainya.

final • 12:23 PM

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis

Kalau ada kemungkinan untuk kita melaksanakan bekalan-bekalan yang terkhusus, contohnya di kampung-kampung, di kawasan-kawasan pedalaman yang sukar untuk kita hantar bekalan secara pencawang dan sebagainya, mungkin dibuat khusus untuk kampung itu. Itu cadangan kitalah dan saya menerima cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi. Jadi, sebenarnya ini juga merupakan manifestasi jelas bahawa kerajaan sentiasa prihatin kepada golongan berpendapatan rendah, juga kepada mereka yang berjimat dalam penggunaan elektrik. Bagi pencapaian pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui di bawah Small Renewable Energy Program (SREP) sehingga kini adalah sebanyak 56.7 megawatt. Jumlah ini jauh daripada sasaran yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Sebenarnya iaitu penjanaan elektrik sebanyak 350 megawatt daripada sumber tenaga boleh diperbaharui bersambung ke sistem grid utiliti.

Walau bagaimanapun, saya melihat perlunya ada usaha membangunkan tenaga boleh diperbaharui ini bagi sumber solar yang dipelopori oleh Project Malaysian Building Integrated Photovoltaic (MBIPV) bagi menampakkan kemajuan yang lebih pesat. Saya berharap menerusi perubahan dalam Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharui, Renewable Energy Policy and Action Plan (REPAP) yang telah pun diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 2 April 2010 yang lalu sebagai satu langkah yang penting diambil oleh kerajaan untuk mempelopori pembangunan teknologi hijau seperti mana yang kita bahaskan sekarang. Saya berharap salah satu daripada elemen penting di dalam dasar ini bagi mewujudkan kerangka perundangan yang berkesan untuk membangunkan industri RE di negara ini selain daripada sistem tarif galakan yang lebih efisien.

Saya percaya dengan adanya Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu dan penguatkuasaan Akta Tenaga Boleh Baharu, pembangunan sektor baru dalam bidang ekonomi negara akan menjadi lebih maju dan mapan. Di bawah National Key Economic Areas seperti mana yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 21 September 2010 yang lalu, kementerian yang telah dipertanggungjawabkan perlu juga membangunkan industri solar dan meningkatkan inisiatif kecekapan tenaga di bawah Malaysia yang mampu memberi pulangan Gross National Income (GNI) kepada negara di samping membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Terima kasih. Dengan ini, saya menyokong.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 12:30 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya berhujah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu ini merupakan satu langkah yang positif yang akan membantu memacukan negara sebagai salah satu negara yang memberi tumpuan serta keseriusan negara untuk mengamalkan penggunaan tenaga boleh baharu di rantau ini. Walau bagaimanapun, ada isu-isu yang harus kita ambil kira sebelum ianya dijadikan undang-undang.

final • 12:33 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Kita harus memastikan bahawa rang undang-undang ini dapat membantu rakyat dan juga industri-industri kecil secara luas dan pada masa yang sama rang undang-undang ini juga tidak harus direka untuk mengaut keuntungan yang besar bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ini.

Pengenalan sistem tarif galakan photovoltasuria ini merupakan salah satu aspek utama dalam rang undang-undang ini. Saya ingin mencadangkan agar kementerian memberi pertimbangan untuk hanya memperkenalkan tarif sehingga 72 kilowatt buat masa ini. Untuk 72 kilowatt ke 30 megawatt, bolehkah kementerian melaksanakan tarif ini pada satu masa bila harganya turun kerana berdasarkan kos 8 peratus penurunan tarif galakan, ianya akan lebih bersesuaian sekiranya ia diperkenalkan pada satu masa yang kosnya telah turun. Kita juga harus ambil maklum bahawa harga modul photovoltasuria menurun secara mendadak. Kerajaan-kerajaan seperti Amerika Syarikat dan juga China telah menganggarkan bahawa kos penggunaan tenaga elektrik melalui teknologi photovoltasuria akan berada dalam lingkungan 30 sen ke 42 sen sebelum akhir tahun 2012.

Dalam bidang biogas dan biojisim, rang undang-undang ini tidak menampakkan bagaimana kementerian dapat mengawal dan menyelia kecekapan penggunaannya.

Bagaimana kementerian dapat memastikan, dengan izin, efficiency of system biogas dan biojisim ini. Industri kelapa sawit dapat memainkan peranan penting dalam sektor biogas dan biojisim. MPOB telah mengenal pasti bahawa tandan kosong sawit (EFB) dan air sisa sawit (MOHE) mampu menghasilkan kapasiti tenaga sehingga 165 megawatt dan 270 megawatt. Apakah perancangan kementerian untuk menggalakkan lebih banyak kilang kelapa sawit di Malaysia melibatkan diri dalam industri biogas dan biojisim. Saya juga difahamkan sudah ada tiga loji jana kuasa biojisim sawit dan sebuah loji biogas sawit telah disambungkan ke grid dengan jumlah kapasiti 31.7 megawatt. Apakah kecekapan loji jana kuasa biojisim dan biogas ini?

Saya juga difahamkan bahawa Tenaga Nasional Berhad telah membangunkan dan mengoperasi 40 loji mini hidro yang mana mempunyai kapasiti 1 megawatt. Apakah sebab utama kerajaan membenarkan kapasiti sehingga 30 megawatt ini. Rang Undang- undang Tenaga Boleh Baharu ini tidak memberi maklumat atau kriteria kelayakan seseorang individu atau badan atas status kependudukan mereka, dengan izin, resident status, untuk memohon sistem tarif galakan. Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk mengizinkan pihak asing atau bukan warganegara yang hanya bermotifkan untuk menghasilkan tenaga boleh baharu ini dan memohon untuk melayakkan diri untuk sistem tarif galakan.

Fasal 64 dalam Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu membolehkan penjana tenaga boleh baharu yang sedia ada melayakkan mereka untuk menikmati sistem tarif galakan ini. Program pemasangan photovoltasuria di bawah Suria 1000 dan MBIPV telah menikmati subsidi yang tinggi daripada kerajaan ataupun daripada UNDP. Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk membolehkan sistem tarif galakan ini dikekalkan untuk projek-projek yang sedia ada ini dan adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk mengizinkan penjana elektrik hidro mini yang dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad ini juga menikmati sistem tarif galakan ini. Sekian, ribuan terima kasih.

final • 12:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 12:33 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya menghargai peluang diberikan kepada Yang Berhormat Lembah Pantai untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Tenaga Boleh Baharu 2010. Walaupun tak setuju dengan nama, saya teruskan jugalah supaya mudah untuk dirujuk. Saya fikir hasrat utama Yang Berhormat Menteri dalam mengemukakan rang undang-undang ini murni. Atas dasar itu, kita sememangnya mengalu-alukan rang undang-undang yang membantu melunaskan hasrat agar penggunaan tenaga boleh diperbaharui ini mencapai sasaran yang ditetapkan.

final • 12:38 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Malangnya apabila saya perhalusi, rang undang-undang yang dicadangkan tidak menepati dua objektif utama yang digariskan sendiri oleh kementerian iaitu pertama, supaya kadar penggunaan tenaga boleh baharu mencapai 5.5 peratus daripada campuran penggunaan tenaga secara keseluruhannya dan yang kedua, supaya menerusi rang undang-undang ini, kita mencapai sasaran COP15 di mana Perdana Menteri tahun 2009 berjanji untuk mengurangkan kadar pengeluaran karbon sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020.

Isunya saya fikir, penggunaan tenaga berhemah ataupun isu energy security perlu menepati teras dan asas ke arah polisi tenaga hijau. Justeru, kita perlu Yang Berhormat Menteri, memastikan keberkesanan kos dan harga pasaran itu seiring dalam satu langkah yang terarah. Malangnya, rang undang-undang ini dilihat, digunakan Tuan Yang di-Pertua, untuk mengelak daripada pelaksanaan reformasi struktur asas yang perlu dilakukan dalam industri tenaga secara keseluruhannya iaitu comprehensive energy industry restructuring, dengan izin. Sebaliknya insentif harus diberikan kepada pelabur dengan cara yang sesuai dan berterusan, boleh diperbaharui dan ke arah mempromosi penggunaan tenaga hijau.

final • 12:38 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Yang Berhormat Bagan tadi telah menyebut beberapa perkara berkenaan dengan reformasi struktur.

Tuan Yang di-Pertua, masalah-masalah utama dalam Rang Undang-undang Tenaga ini saya lihat adalah pertama, ia dilihat sebagai mempromosikan penggunaan tenaga suria photovoltaic dan bukan tenaga boleh diperbaharui secara keseluruhan. Kita tengok - saya pun agak terkeliru kerana bila diteliti kos pemasangan dan penggunaan solar photovoltaic amat tinggi dan mahal dengan return of investments dijangka antara 18 hingga 21 tahun. Sangat lama dan ini akan menambahkan beban kepada rakyat kerana juga dilihat sebagai cukai dua kali ganda.

Saya rujuk kepada laporan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Program) mereka keluarkan pada Oktober 2010 menyatakan, walaupun solar photovoltaic merupakan tenaga yang boleh diperbaharui, ia bukan pilihan ekonomi untuk masa kini kerana kos pasaran global masih terlalu tinggi. Ini laporan ETP. Jadi kenapakah tiada kesinambungan atau kerjasama antara pihak kementerian dalam usaha untuk membentangkan rang undang-undang ini dan kumpulan yang menghasilkan laporan ETP? Jadi, saya fikir bagaimanakah rakyat kita boleh yakin dengan saranan semua pengumuman ETP bila tidak nampak seiring dengan rang undang-undang yang diperkenalkan dan dibentangkan dalam Parlimen?

Isu seterusnya rakyat juga bakal dibebankan saya sebut tadi dengan cukai tambahan melalui Feed-in Tariff (FIT), sistem tarif galakan jikalau ianya diluluskan. Kita lihat Tuan Yang di-Pertua, hasil dari pembayaran cukai setakat ini digunakan untuk membayar subsidi penghasilan tenaga untuk Malaysia yang dianggarkan sebanyak RM8 bilion setahun. Yang Berhormat Bagan juga telah menyebut, malangnya dalam rang undang- undang ini penjana-penjana bebas tidak terkesan pun.

Mereka tidak dipinta pun untuk memberi sumbangan dalam satu tabung bagi tenaga boleh diperbaharui. Kita lihat contoh untuk isu RM60,000 diperlukan bagi pelaburan untuk perbaiki solar photovoltaic, 4 kilowatt di Malaysia kerana iklim kita berbeza berbanding dengan 1 kilowatt kebiasaannya. Ini untuk rumah kediaman. Jadi, saya fikir kita perlu berpijak di bumi yang nyata. Saya hendak tahu rasional sebenarnya, justifikasi kenapa tumpuan yang begitu besar diberikan untuk penggunaan tenaga solar photovoltaic?

Seterusnya ada juga dibangkitkan bila rang undang-undang ini diperkenalkan membawa kepada isu subsidi yang terselindung. Saya beri contoh untuk sistem 4 megawatt kosnya RM60,000. Pengguna hanya akan membayar 10 peratus iaitu sekitar RM6,000 sementara pinjaman bank dapat diberikan sehingga 90 peratus untuk kos pemasangan.

Bagi banglo dan bangunan perniagaan juga begitu.

final • 12:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Saya lihat yang terbaru adalah pembangunan di Setia Eco Park Shah Alam di mana SP Setia bercadang untuk memasang photovoltaic system dalam 20 daripada 39 banglo-banglo mereka, nilai setiap satu RM1.58 juta. Kos untuk 5 kilowatt pit system ini RM170,000 satu, boleh mewujudkan atau menghasilkan sebanyak RM160 electricity for every month, dengan izin. Tanpa subsidi the return of investment bagi sistem ini adalah 94 tahun. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri sahkan ya.

Jadi, kita nampak bila dibangkitkan rasional semua ini perlu dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Ketiga-tiga pembangunan ini akan mendapat manfaat daripada 30 peratus hingga 35 peratus subsidi daripada Malaysian Building Integrated Photovoltaic Project. Mereka yang menyambung atau memberi dana bagi semua photovoltaic system untuk perumahan kediaman sendiri, private dwellings, bangunan komersial dan juga bangunan-bangunan pembangunan besar untuk promosi solar energy.

Saya ingin membangkitkan pertanyaan bukankah bila kita beri subsidi yang begitu besar, ini untuk 30 peratus hingga 35 peratus, beri bebanan tambahan kepada negara kita khususnya kepada institusi-institusi kewangan memandangkan sekarang ini Malaysia sudah mengalami hutang terbesar di Asia berbanding dengan KDNK sebanyak RM407.1 bilion ataupun 53.1 peratus daripada GDP KDNK. Kebimbangan saya, bebanan tambahan ini perlu diambil kira bila masa janji dibuat untuk pemberian subsidi. Bagaimanakah jangkaan kementerian dan bagaimanakah cara untuk menangani tambahan bebanan? Ini belum dimasukkan lagi dengan isu adakah grid elektrik kita boleh menerima tambahan tekanan dengan izin, unexpected inflows and outflows of power.

Contohnya di California di mana pengalaman mereka unexpected inflows and outflows ini telah menyebabkan banyak kadar blackout khususnya di musim-musim berlainan. Jadi, saya mahu tanyakan kalau pun kita ikut model di Jerman, kita mesti ingat bagaimanakah perubahan cuaca kita berbeza dengan negeri Jerman dan bagaimana impak pengenalan atau fokus tumpuan kepada tenaga solar ini akan dampak mereka kepada tenaga-tenaga col nuclear kalau difikirkan oleh kementerian.

Saya sebut nuklear di sini sebenarnya kerana dalam jawapan Parlimen yang diberikan kepada Ahli Parlimen Batu, Yang Berhormat Menteri menjawab nuclear power akan dimasukkan di dalam Nuclear Power Infrastructure Development Plan yang dijangka siap pada tahun 2013. Jadi, bagaimanakah keputusan tersebut diambil kira dalam perancangan penggunaan tenaga pada keseluruhannya? Bila kita beri penekanan kepada impak solar energy, bagaimanakah ianya akan memberi kesan kepada tenaga-tenaga lain khususnya bila semua pengeluaran tenaga lain harus mengurangkan kadar pengeluaran khususnya pada peak times, dengan izin.

Jadi, saya fikir ini akan mengakibatkan kos tenaga konvensional naik secara mendadak bila kita juga ambil kira penjana-penjana bebas (independent power producers) itulah sudah mengeluarkan lebih 50 peratus daripada access energy dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) wajib membeli secara paksa semua tenaga-tenaga yang lebih diwujudkan.

Adakah pihak Menteri menggariskan langkah-langkah lain untuk memastikan pihak IPP mengurangkan kadar pengeluaran sekurang-kurangnya 50 peratus jikalau rang undang- undang ini diluluskan supaya ada kesinambungan dan keseimbangan dalam penggunaan tenaga? Pertanyaan saya ulang balik, kenapakah rang undang-undang ini dibuat tanpa mengambil kira kewajipan atau peranan IPP? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya, saya pergi kepada isunya bila melihat kepada sesetengah kumpulan dibebaskan atau tidak diperuntukkan dalam rang undang-undang ini menggambarkan mentaliti kerajaan yang kadang kala dipanggil lanun. Saya sebut kenapa? Dalam isu politik pun isunya pilihan raya yang tidak bebas dan adil. Dalam isu ekonomi pula subsidi berbilion-bilion dengan projek yang berkuasa gergasi. Warisan Merdeka – RM5 bilion; RM6 bilion untuk offshore petrol vessels; RM7.5 bilion untuk pembelian perisai pembawa anggota daripada DRB-HICOM; RM12.5 bilion – PKFZ; dan RM50 bilion – MRT.

Jadi, untuk rang undang-undang ini perlu jelas ada sistem yang menyeluruh supaya rakyat tidak akan mendapat bebanan cukai tanpa memastikan mereka yang mendapat manfaat subsidi bertahun-tahun lamanya dan berbilion-bilion jumlahnya tidak dikenakan tindakan langsung. Rang undang-undang ini pada saya memperkuatkan persepsi bahawa mungkin BN mahu menjadi lanun alam sekitar... [Tepuk]

final • 12:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua, Feed-in Tariff ini akan membebankan seisi rumah dan juga perniagaan. Bagaimanakah FIT dapat menyelesaikan kekurangan tenaga boleh baharu kecuali sebagai satu cukai tambahan yang perlu dibiayai oleh rakyat? Ini perlu dijawab oleh pihak Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Saya sebut isu Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (SEDA) yang akan diwujudkan ini. Dia akan menentukan tahap FIT. SEDA kata saranan 1 peratus buat masa perkenalan setiap rumah yang menggunakan lebih daripada 200 kilowatt sebulan akan dikecualikan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, hampir 50 peratus daripada tempat kediaman di Malaysia, rumah-rumah di Malaysia ini menggunakan lebih daripada 200 kilowatt sebulan. Kalau ada satu unit penyaman udara pun penggunaan lebih 200 kilowatt itu terjamin, definite automatik.

Jadi saya fikir secara keseluruhan kesimpulan semua rumah di bandar-bandar akan diwajibkan membayar Feed-in Tariff (FiT). Angka 1 peratus saya hendak pertikai dikenakan memang tidak masuk akal kerana rang undang-undang bukan sahaja tidak memiliki had kerana SEDA punyai kuasa untuk memutuskan peratusan feed-in tariff. Kalau kita melihat pencapaian oleh Malaysia Building Integrated Photovoltaic (MBIPV), sudah sebanyak dua campur satu 3 peratus dicadangkan. Satu peratus tambahan itu dimasukkan atas nasihat Economic Transformation Programme (ETP) dan menjelang akhir tahun ia mungkin, saya tekankan menjadi 10 peratus dan berkemungkinan kita akan melihat kenaikan tahunan 10 peratus disebabkan subsidi gas yang diberi kepada IPP kebiasaannya antara RM6.2 bilion hingga RM8.1 bilion. Jadi penjanaan kuasa oleh IPP tidak berkesan dan IPP juga sudah menjaga lebih daripada 50 peratus keperluan tenaga di Malaysia tapi tidak dimestikan untuk memberi sumbangan.

Tuan Yang di-Pertua, keuntungan bagi TNB tahun 2010 sebanyak RM1.5 bilion.

IPP pertama the first generation of IPP, dengan izin, mempunyai internal rate of return

(pulangan dalaman) setinggi 20 peratus hingga 25 peratus setahun berbanding dengan hasil industri sekitar 15 peratus. Jauh lebih tinggi dan kalau kita bandingkan tarif elektrik bagi dua negara iaitu Malaysia dengan Thailand. Malaysia tarif RM31.31 kilowatt per hour hanya 8 peratus murah daripada Thailand di RM34.11 untuk setiap kilowatt per hour. Lebih malang lagi tarif elektrik komersial di Thailand hanya RM38.01 kilowatt per hour dibandingkan dengan Malaysia RM37.85 kilowatt per hour. Hal ini terjadi perbezaan begitu sedikit walaupun IPP di Malaysia menerima subsidi gas sebanyak 53.7 peratus lebih murah daripada Thailand.

Ini isu yang penting kerana kalau kita hendak perkenalkan satu rang undang- undang untuk memaksa rakyat menyokong, mendukung, membayar supaya dapat diberi insentif tenaga boleh diperbaharui kenapa kerajaan juga tidak melaksanakan langkah- langkah yang sama untuk memastikan IPP dan herotan pasaran itu terhenti. Ini perkara yang serius. Jadi saya dikir isu kalau kita bayangkan sumbangan daripada IPP sahaja kutipan untuk kumpulan wang tenaga baharu begitu besar dananya. Ini patut diperhalusi dan dilaksanakan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya pergi seterusnya kepada kesan kepada Small And Medium Base Industries ataupun Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau perniagaan dan pelaburan yang agak kecil tempatan khususnya. Kita lihat kos tenaga adalah satu isu yang utama bagi semua pengeluar tempatan. Sejak tahun 2008 kos tenaga itu telah naik sebanyak 20 peratus sehingga ke hari ini dan daripada produk apa-apa barang keluaran peratusan untuk kos tenaga sahaja menelan hingga daripada 20 hingga 30 peratus. Bila saya nampak kalau FIT bernilai lebih kurang 10 peratus ini merupakan satu pengurangan daripada dua hingga tiga peratus kurangnya profit margin bagi semua pengeluar tempatan.

Jadi pihak Yang Berhormat Menteri perlu memikirkan impak kepada syarikat-syarikat dalam negara dan saya tidak nampak bagaimana rang undang-undang ini boleh mengenal pasti dan menyediakan mereka tentang bagaimana situasi yang baru setelah FIT diperkenalkan.

Isu yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua iaitu isu CAP atau had-had yang saya nampak sebagai disincentive untuk penjanaan tenaga boleh diperbaharui.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Di bawah feed-in tariff Yang Berhormat Hulu Selangor pun sebut tadi lebih 30 megawatt tenaga akan dihasilkan daripada empat sumber yang boleh diperbaharui iaitu solar photovoltaic, biogas, biomas dan loji mini hidro. Semua ini akan menepati syarat, dengan izin, mereka layak untuk disambungkan kepada grid utama. Justeru, tenaga yang dihasilkan akan dijual kembali kepada syarikat utiliti TNB di Semenanjung Malaysia, SESCO di Sarawak dan SESB di Sabah.

Untuk sektor komersial Small Medium Industries (IKS) akan mengguna pakai sistem ini dan setiap rumah yang melebihi 30 megawatt penggunaannya tidak akan di subsidi dan jika mereka mampu membayar RM60,000 untuk pemasangan panel suria atau solar tapi yang saya bimbang di sini adalah bagaimana struktur rang undang-undang ini seolah-olah memang untuk memberi dukungan besar kepada semua loji dan sistem mini hidro. 30 megawatt diperuntukkan bagi mereka. Apakah 30 megawatt untuk loji mini hidro ini disenaraikan adakah mereka memerlukan subsidi awam untuk meneruskan operasi.

TNB telah membina dan memulakan operasi bagi 50 loji mini hidro yang menghasilkan tenaga sekitar satu megawatt.

Saya bandingkan dengan negara Thailand insentif yang diberikan oleh kerajaan negara Thailand untuk mengembangkan hanya tenaga air elektrik hidro tidak melebihi 0.2 megawatt (200 kilowatt). Saya bimbang bila nampak feed-in tariff dalam rang undang- undang ini seolah-olah untuk membiayai tenaga air hydro electrics plan dan penghantaran tenaga elektrik untuk membawa kuasa kepada stesen TNB yang terdekat. Di Kesatuan Eropah (European Union) mini hydro tidak mematuhi syarat untuk FIT kerana konflik berkepentingan dan tujuan utama adalah untuk mencapai tenaga yang mapan dengan kesan minimum terhadap alam sekitar. I think you have to be clear on this matter dengan izin. Kalau benar untuk mensubsidi TNB, ia perlu sebut jelas-jelas kerana yang akan perlu bayar cukai adalah rakyat terbanyak. Saya bimbang kerana ini mungkin akan dijadikan satu potensi bail out bagi pelaburan TNB dalam sistem mini hidro yang perlu dibayar oleh pembayar cukai.

Di Sabah 10 megawatt dihadkan bagi pelaburan di bawah program jana kuasa kecil tenaga boleh diperbaharui Small Renewable Energy Power Program dan jika kerajaan serius dalam transformasi saya rasa dasar seperti ini harus dilupuskan dan kerajaan hanya memulangkan seperti yang saya sebut tadi kos sebanyak reimbursement sehingga 30 megawatt. Jadi ada kekangan pulangan. Saya setuju memang perlu ada had hanya adakah had ini berpatutan dan bersesuaian dengan kadar cukai yang dikenakan. Saya fikir seluruh sistem ini perlu dilihat sebagai sistem yang adil and you must punish, dengan izin, those players who have benefited so far from the rakyat.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu tahap efficiency, kecekapan yang tidak menepati garis panduan antarabangsa. Bila diperkenalkan sasaran 14 peratus untuk sistem biojisim dan biogas di Sabah dan Sarawak saya pun bangkitkan adakah kerana semua loji ini memerlukan bail out kerana mereka ditargetkan hanya punyai kecekapan antara 14 hingga 17 peratus sedangkan Kesatuan Eropah menetapkan target kecekapan efficiency sebanyak 27.02 peratus untuk tenaga yang dijana daripada biojisim atau biogas. Jadi itu seharusnya jadi sasaran kita dan tidak ada KPI rasmi untuk rang undang-undang tenaga boleh diperbaharui ini. Jadi saya fikir banyak daripada pelan di Sabah dan Sarawak memang banyak sangat mengalami kerugian. Ini perlu dilihat dengan serius.

Jadi cadangan susulan saya Tuan Yang di-Pertua ialah agar rang undang-undang ini memang ditumpukan supaya menjadi satu green deal rang undang-undang yang mempromosi teknologi hijau secara keseluruhan dan akan menentukan juga dasar-dasar penggunaan tenaga nuklear. Kami memang tidak setuju dan saya fikir ini bukanlah penyelesaian sebenar untuk mengatasi perubahan iklim dan kita perlu kembali kepada sistem yang lebih bersifat environmentally friendly. Sudah tadi diperincikan track record memang agak buruk bila bercakap tentang kecekapan menyelenggarakan mana-mana sistem. Kalau tenaga nuklear tidak mampu kita lakukan kita perlu serius dan terima hakikat sebenar.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Kedua memang penjana-penjana bebas wajib menjadikan sebahagian daripada rang undang-undang termasuk mengenal pasti tanggungjawab mereka kerana sebahagian besar tenaga sekarang memang datang daripada IPP. Jadi bagaimana you want exclude them dengan izin. Saya tidak nampak rasionalnya...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sambung petang. Sudah habis.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Tapi ada lima minit lagi.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Tidak boleh? Boleh saya gulung satu minit? Ini khusus Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak boleh. Tengah hari tidak boleh sambung.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Tidak boleh sambung? Kalau saya...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sambung petang, sambung petang Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Okey sedikit. Boleh sambung petang?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sambung petang.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sambung petang? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, mesyuarat ini ditangguhkan hingga jam 2.30 petang nanti.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 12:50 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya terus kepada rang undang-undang perbahasan tadi, Tenaga Boleh Diperbaharui.

Sebagai penghujung, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa pendapat kami, rang undang-undang ini tidak akan menggalakkan pembangunan tenaga boleh baharu malah ianya bersifat mengekang terutamanya bagi penjana-penjana tenaga renewable energy bersaiz kecil. Saya rujuk di saat ini kepada seksyen 8, Peringkat 3 di mana seseorang pemegang kelulusan galakan yang tidak mematuhi mana-mana syarat kelulusan galakan di bawah sub seksyen 2 melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun ataupun kedua-duanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir kekangan sebegini tidak akan memberi manfaat atau hasil yang dimahukan. Ia mungkin memberi manfaat...

final • 2:32 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Boleh celah sedikit?

final • 2:32 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sila Yang Berhormat Gopeng, boleh ya Tuan Yang di-Pertua?

final • 2:32 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat memang dari segi dasar kita hendak menggalakkan penggunaan renewable energy dalam sistem penyampaian electricity ini.

final • 2:32 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Saya setuju dengan Yang Berhormat Lembah Pantai bahawa rang undang-undang yang dicadangkan ini, khususnya 8(3) ini akan menjadi satu halangan kepada penjana renewable energy di mana ini sepatutnya menjadi satu keputusan business, telah dijadikan satu criminal offends, dengan izin. Bukankah lebih baik kalau kita lihat aspek yang lain, cara kita boleh buat dalam menggalakkan renewable energy ini di mana kementerian menubuhkan satu renewable energy fund yang seperti mana dalam akta ini dan kemudian kendalikan dana ini dan memberi subsidi kepada mereka yang menjana renewable energy melalui tenaga ataupun SESCO di Sarawak.

Ini tidak melibatkan satu rang undang-undang yang melibatkan unsur-unsur criminal. Walaupun mungkin ini tidak mengelakkan daripada salah guna tetapi saya rasa kalau kita ada satu power purchase agreement, dengan izin, antara Tenaga ataupun SESCO dengan produser renewable energy dan pasti perkara ini boleh diselesaikan melalui power purchase agreement seperti mana power purchase agreement di antara IPP dan Tenaga Nasional sekarang. Kita tidak perlu satu rang undang-undang yang spesifik untuk renewable energy. Kalau kita banding dengan IPP pula, kalau IPP yang sedia ada tidak mematuhi mana-mana satu syarat, mereka tidak dikenakan criminal offence. Akan tetapi sekarang penjana-penjana yang kecil ini kalau tidak mengikut syarat boleh dipenjarakan. Jadi ini tidak menggalakkan penggunaan renewable energy. Saya rasa kita harus pertimbangkan pelaksanaan rang undang-undang ini dengan lebih teliti dan saya sokong cadangan Yang Berhormat Lembah Pantai supaya kita kaji semula rang undang- undang ini. Sekian.

final • 2:32 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat dari Gopeng dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya fikir di sini Yang Berhormat Menteri, kita bangkitkan isunya kalau ada pun perjanjian di antara TNB dan pengeluar-pengeluar tenaga, mereka diwajibkan bagi salinan kepada badan SEDA dan saya fikir dengan tanggungjawab begitu besar, kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang, itu tidak membantu memberi insentif kepada pengeluar-pengeluar tenaga boleh diperbaharui. SEDA itu sendiri kewujudannya akan menelan kos yang amat tinggi. Saya fikir di peringkat ini, kami cadangkan kalau boleh Yang Berhormat Menteri lupuskan sahaja tidak perlu ada badan SEDA tetapi menyelenggarakan kesemua perjanjian ini, tidak perlu beri salinan tetapi hanya wujudkan satu majlis jawatankuasa khas di bawah kementerian untuk memastikan tabung di bawah rang undang-undang khususnya dipanggil Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu digunakan sebaik mungkin.

Saya fikir bila sudah ada insentif khususnya kalau kita pastikan sistem FIT, Feed-in Tariff di mana kilang-kilang minyak kelapa sawit dan kerajaan-kerajaan tempatan tidak akan menggunakan tenaga yang dijana daripada Pusat Penjanaan Tenaga Biomass dan Biogas tetapi menggunakan tenaga elektrik dengan tarif yang lebih rendah daripada TNB atau SESCO dan menjual segala tenaga renewable energy dijana kepada TNB dan SESCO dengan tarif yang lebih tinggi. Jadi insentif-insentif business itu sudah ada. Saya fikir sekarang ini penting untuk Yang Berhormat Menteri membantu, isunya bukanlah kita bangkang, kita setuju untuk meningkatkan kadar penggunaan tenaga boleh diperbaharui tetapi bukan melalui rang undang-undang ini. Saya fikir terlalu banyak masalah yang akan timbul dan saya benar-benar pohon Yang Berhormat Menteri agar melaksanakan, memikir benar-benar mungkin kewujudan sebuah ministerial committee. Akhirnya yang kita mahu supaya target sasaran yang digariskan oleh kementerian sendiri terlaksana...

final • 2:32 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

[Bangun]

final • 2:32 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Ada lagi Yang Berhormat Gopeng?

Tuan Yang di-Pertua, boleh ya sedikit lagi.

final • 2:32 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak dapatkan sedikit penjelasan. Kalau kita lihat memang dalam dasar-dasar kementerian, memang ada dasar-dasar yang sedia ada untuk menggalakkan renewable energy seperti SREP dan sebagainya. Walaupun kita tahu setakat ini pencapaian dasar-dasar sedemikian tidak memadai tetapi saya rasa rang undang-undang ini tidak membantu untuk mencapai sasaran 5 peratus renewable energy.

final • 2:32 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Sepatutnya kementerian harus mengkaji kenapa setakat ini dasar renewable energy, dasar SREP ini tidak berjaya dan mengatasi dengan cara yang lain dan bukan melalui rang undang-undang sebab kalau kita lihat antara masalah-masalah adalah apabila renewable energy producer berunding dengan khususnya Tenaga, mungkin mereka tidak mendapat satu term yang memihak kepada mereka supaya mereka boleh menjana lebih, menggalakkan mereka produce renewable energy.

final • 2:32 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Jadi kalau kita ada satu Feed-in Tariff yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal daripada kementerian ini luar daripada rang undang-undang ini, satu Jawatankuasa Teknikal kementerian ditubuhkan yang menetapkan Feed-in Tariff yang akan membantu pengeluar renewable energy ini supaya mereka tahu setakat mana pelaburan mereka dapat return yang munasabah. Saya rasa ini satu perkara yang harus dipertimbangkan. Sekian.

final • 2:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya mohon izin kalau boleh dimasukkan dalam sebahagian ucapan saya.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua saya fikir Yang Berhormat Menteri perlu mengambil kira cadangan-cadangan ini, dan kita mahu kalau boleh galakan itu diberi menerusi Jawatankuasa Teknikal di bawah kementerian. Galakan untuk ladang solar tanpa mengira saiz, biomas terutamanya kilang kelapa sawit di mana penjanaan renewable energy akan merubah sisa biomas menjadi tenaga elektrik seterusnya menjana profit wang ringgit.

Ketiga, biogas perlu diletakkan mungkin lebih banyak kawalan di bawah kerajaan tempatan. Di mana sisa pepejal itu di bawah bidang kuasa mereka diubah dan dikitar menjadi tenaga elektrik. Saya fikir semua ini perlu diambil kira dengan serius kerana kita tidak mahu kalau ada silap memang seperti yang diperjelaskan akan memberi kesan yang mendalam dalam masa yang akan datang. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya mohon menolak rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 2:40 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berlawanlah dengan Yang Berhormat Lembah Pantai, saya mengalu-alukan rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan pada ketika ini Tenaga Nasional, ini data Tenaga Nasional Tuan Yang di-Pertua. Kita mempunyai kehendak maksimum 15,072 megawatt. Kalau kita lihat peningkatan penggunaan tenaga di negara kita ini berbanding dengan jumlah pelanggan-pelanggan sektor pelanggan Tenaga Nasional. Di mana untuk domestic customer Tuan Yang di-Pertua kita ada 6.1 juta pengguna, untuk sektor perdagangan komersial dan perniagaan kita ada 1.2 juta, industri kita cuma ada 26,000 pengguna-pengguna yang menerima bekalan daripada grid yang dijana 90 peratus daripada penjana-penjana tenaga. Sama ada datang daripada Tenaga Nasional dan juga pengeluar-pengeluar penjana-penjana tenaga bebas.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan saya membangkitkan data-data itu tadi adalah pertamanya untuk melihat dari keseluruhan 15,000 megawatt yang dijana oleh pengeluar tenaga tadi. Cuma 310 megawatt yang dijana oleh kaedah renewable energy generation, tenaga boleh diperbaharui. Iaitu daripada biomas 147.5 megawatt, daripada solid waste 15 megawatt, landfill 3 megawatt dan mini hydro sendiri 115 megawatt. Ini hanya kurang lebih 2.5 peratus daripada sasaran kerajaan untuk menjadikan 5 peratus daripada tenaga-tenaga yang diguna oleh pengguna-pengguna. Keseluruhan pengguna di negara kita tadi menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui. Cabaran amat besar Tuan Yang di- Pertua. Dengan kaedah penjanaan tenaga pada hari ini kita kena lihat secara terperinci, bagaimanakah pengeluar-pengeluar tenaga ini mengambil kira keperluan masyarakat di negara ini.

final • 2:41 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Umpamanya untuk pengeluar, cara penjanaan tenaga secara konvensional ini kita lihat dari segi pengurusan izin lalunya Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri kena tengok pengurusan izin lalu umpamanya grid-grid transmission line di seluruh negara yang menjangkau daripada utara ke selatan, timur ke barat yang telah mengguna pakai tanah- tanah yang sepatutnya boleh mengeluarkan hasil-hasil bumi yang lain. Akan tetapi, hari ini oleh kerana kekurangan ilmu kumpulan masyarakat yang terlibat mereka tidak menggunakan tanah-tanah ini. Pampasan yang diberikan oleh pihak pengeluar tenaga dan sebagainya adalah tidak memadai dengan kerugian yang ditanggung oleh pemilik-pemilik tanah ini.

Tuan Yang di-Pertua izin lalu. Tapak di mana didirikan menara itu dibayar pampasan mengikut harga pasaran. Sebaliknya kepada pemilik-pemilik tanah yang talian transmisi itu lalu di bawahnya mereka tidak gunakan tanah itu, tanah itu terbiar terbengkalai. Akan tetapi pampasan langsung tidak diberikan kepada pemilik-pemilik tanah.

Di sini wujud satu suasana ketidaksaksamaan yang boleh mencetuskan rasa tidak senang hati, benci dan sebagainya. Jadi saya rayu juga kepada kementerian melalui agensi- agensinya supaya memerhatikan isu ini secara terperinci kerana ia merugikan banyak pihak. Pihak kerajaan sendiri, pihak kementerian, pihak pemilik tanah dan juga pihak mereka yang berkaitan. Ini yang pertama.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan kepada kementerian untuk melihat kepada potensi penggiat-penggiat tenaga boleh diperbaharui ini. Saya menerima satu kes yang begitu klasik untuk kita kongsi bersama. Di mana seorang boleh dikatakan pakar di dalam bidang tenaga boleh diperbaharui ini telah pun memperoleh kelulusan daripada pihak kementerian. Untuk menjana tenaga melalui kaedah biomas power generation yang telah pun mengira-ngira dan membuat kertas kerja yang akhirnya datang ke satu jumlah yang amat besar. Dalam kertas ini lebih kurang RM80 juta untuk membina satu jana kuasa yang boleh menjana tenaga boleh diperbaharui sebanyak lebih kurang 11.5 megawatt, yang bakal dibekalkan kepada sebuah industri di dalam negeri Johor di Daerah Pasir Gudang.

Di sana Tuan Yang di-Pertua apabila pemilik kertas kerja ini ataupun pakar ini mengajukan permohonan kepada pihak bank yang sepatutnya boleh membiayai program pembangunan tenaga boleh diperbaharu ini yang menyumbang kepada kemakmuran negara. Bank tanya berapa awak ada duit sekarang. Kalau ikutkan daripada pemilik ini dia kata, dia tidak ada duit. Bank kata kalau you ada RM40 juta baru bank boleh keluarkan pinjaman sebanyak RM40 juta. Tuan Yang di-Pertua kalau dia sudah ada RM40 juta buat apa lagi dia pergi jumpa bank minta pinjaman.

final • 2:41 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh?

final • 2:41 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya Yang Berhormat Kinabatangan silakan.

final • 2:41 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Sedarkah Yang Berhormat bahawa tenaga yang boleh perbaharui melalui biomas ini harga dia memang melambung tinggi. Dia cuma boleh menghasilkan lebih kurang 10 megawatt hingga 11 megawatt, tetapi harga dia berpuluh-puluh juta. Jadi ini sebetulnya yang bank ada keraguan sebab bagaimana pula pembayaran balik kepada pinjaman-pinjaman tersebut sedangkan tidak ada jaminan jangka panjang. Sebab itu unjuran-unjuran seumpama ini yang diketengahkan oleh kerajaan dan kementerian cuma sebilangan sahaja yang menyahut cabaran ini. Sebab tidak ada kemampuan, lagi pun tidak ada kemudahan peminjaman yang disediakan. Jadi, apakah Yang Berhormat ingin mengemukakan perkara ini kepada kementerian supaya kita jangan hanya sahaja membuat sesuatu perkara, tetapi tanpa kita selidik dahulu bagaimana kemudahan-kemudahan boleh diberi kepada mereka yang berminat.

final • 2:41 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Perkara berkaitan teknologi ini seharusnya memberikan satu kaedah pemikiran terbuka kepada semua pihak yang berkepentingan. Dalam konteks ini pengamalnya, bank-bank, masyarakat sekitarnya, industri-industri yang bakal mengguna tenaga ini dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua renewable energy tenaga boleh diperbaharui, nama tenaga boleh diperbaharui.

final • 2:41 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Sebenarnya kaedah ini sudah lama berada di pasaran. Cuma, keyakinan dalam masyarakat kita, bagaimana tenaga ini sebenarnya boleh menjana tenaga menepati kehendak dan keperluan sesebuah industri itu. Contohnya di Pasir Gudang ini Tuan Yang di-Pertua, kilang yang memerlukan tenaga 11 megawatt itu tadi telah pun bersedia untuk menjadi pengguna kepada satu-satunya pembekal tenaga boleh diperbaharui ini.

Telah pun ada kontraknya, telah ditandatangani dan sebagainya. Apa yang menjadi penghalang kepada kejayaan ini hanyalah pihak bank yang gagal membaca keperluan hadapan yang kaedah tenaga boleh diperbaharui ini adalah merupakan kaedah hari ini, bagaimana kita boleh menangani terdesaknya kita satu hari nanti untuk memerlukan tenaga-tenaga berpunca daripada bahan-bahan fosil.

Jadi saya rayu kepada pihak kementerian supaya kementerian mengadakan satu sesi penjelasan kepada pemilik-pemilik bank, operator-operator bank supaya mereka mempunyai satu gambaran yang terbuka serta jelas tentang kaedah tenaga boleh diperbaharui ini pada hari ini adalah sebagai kaedah yang kontemporari dan boleh menepati kehendak-kehendak dunia apabila satu hari nanti kita akan kehabisan punca- punca penjanaan tenaga ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon kepada Tuan Yang di-Pertua supaya keperluan tenaga ini apabila sampai ketikanya nanti apabila kita tidak mempunyai bahan-bahan api yang lain, nuklear Tuan Yang di-Pertua – hari ini saya rasa cukup berbesar hati melihat ada satu kesedaran di kalangan masyarakat. Umpamanya Yang Berhormat Klang semalam berarak sepanjang jalan menunjukkan satu sikap tidak mahu kepada kaedah nuklear ini. Ini adalah satu perkembangan yang sihat. Sekurang-kurangnya, memberitahu masyarakat bahawa satu hari nanti, suka atau tidak suka, kita terpaksa berhadapan dengan situasi ini.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, dalam tangan yang lain, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sama ada Kementerian Tenaga sendiri, sama ada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ataupun kementerian-kementerian yang lain, apakah peranan mereka di dalam memberi satu kesedaran di dalam bentuk penambahan ilmu pengetahuan kepada masyarakat tentang kebaikan dan keburukan nuklear ini? Di Indonesia Tuan Yang di-Pertua baru-baru ini, World Assembly of Youth – saya isytiharkan saya adalah Presiden World Assembly of Youth... [Tepuk] Saya kongsi – isytihar kepentinganlah. Saya bercakap ini tanpa conflict of interest.

Program-program kesedaran terhadap nuklear ini – di sana dipanggil nuklir – telah sampai ke peringkat NGO-NGO yang terdiri di kalangan pertubuhan-pertubuhan belianya.

Komite Nasional Pemuda Indonesia umpamanya, telah mula bercakap tentang hasrat kerajaan, pemerintah Indonesia untuk membina loji nuklear pertamanya. Kita pun tidak tahu. Mungkin loji nuklearnya nanti dibina di Acheh, dekat sangat dengan Pulau Pinang.

Ketua Menterinya tadi tidak mahu, tolak nuklear. Akan tetapi kalau berlaku kebocoran di Acheh, dalam masa setengah jam akan sampai ke Pulau Pinang. Macam mana Ketua Menteri Pulau Pinang hendak tolak pemerintahan Indonesia pula, “Kami tidak mahu nuklear di Acheh.” Ha, tidak boleh. Jadi, kesedaran ini perlu ada. Singapura umpamanya. Kalau Singapura membina loji pertama nuklearnya di Stulang Laut, tidak selamat Johor Baru...

[Disampuk] Eh, Stulang Laut pula. Di Woodland, tidak selamat Stulang Laut. Begitulah keadaannya. Kesedaran ini Tuan Yang di-Pertua, amat penting.

Sampai satu ketika kita melihat rupa-rupanya loji tenaga nuklear yang pertama dibina di dunia telah pun berumur 46 tahun. Di Tokai Nuclear Power Station umpamanya yang sehingga hari ini diisytiharkan lebih selamat daripada loji-loji tenaga konvensional yang lain. Di Sendai, Daiichi mengalami satu gegaran yang besar, mengalami serangan Tsunami, gempa bumi yang kuat, hari ini krisis pengurusan loji nuklear telah berada di tahap yang amat kritikal. Akan tetapi kita lihat bagaimana kaedah Kerajaan Jepun menanganinya dengan penuh hati-hati mengikut prosedur.

Saya lihat Tuan Yang di-Pertua, di dalam website, manual-manual dibuka kembali, dilihat bagaimana mereka boleh menangani kebocoran radiation ini supaya tidak menjejaskan keamanan dunia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya di peringkat ini mempunyai sedikit pengetahuan tentang penjanaan tenaga melalui apa kaedah sekali pun masih lagi berada dalam kedudukan yang 50-50.

final • 2:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Boleh menerima ataupun tidak boleh menerima, mengimbangi kebaikan dan keburukan. Rakan saya dari Hulu Langat umpamanya, juga mempunyai pendirian yang sama.

Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya gerakan untuk memberi kesedaran sebelum ia sampai ke satu tahap. Umpamanya jika kita bertugas di dalam sebuah nuclear power station, premises and housekeeping, bagaimana kita menjaga step by step, langkah demi langkah prosedurnya perlu diikut, tidak ada by pass umpamanya, tidak ada short cut, mechanical, electrical and personal safeguarding. Ini adalah perkara- perkara yang perlu dipamerkan oleh jurutera-jurutera kita pada hari ini. Tidak mengambil sikap ambil mudah, sambil lewa, tidak memberikan perhatian kepada perkara-perkara secara terperinci. Kita lihat pada hari ini kemalangan berlaku berulang-ulang kali di satu tempat yang sama Tuan Yang di-Pertua. Accident, kemalangan baru berlaku minggu lepas, hari ini berlaku lagi di tempat yang sama seolah-olah menunjukkan semua yang berkepentingan di dalam insiden itu sudah imun, sudah kebal dengan apa yang berlaku. Ini adalah sikap yang tidak boleh untuk menerima nuclear power station di negara kita.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh Yang Berhormat Tangga Batu?

final • 2:50 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya, silakan.

final • 2:50 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Yang Berhormat ini memang pakar dalam bidang-bidang nuklear ini. Seperti di Indonesia cakap, nuklir pak. Memang saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Tangga Batu. Kita tidak boleh dengan begitu mudah menerima tetapi kita juga tidak boleh menolak tanpa kita melihat, tanpa kita mengkaji, berbincang secara terperinci iaitu ke arah bagaimana negara kita boleh menjana tenaga elektrik kita tanpa adanya sumber-sumber baru.

Oleh sebab itu, saya rasa akta ini mencakupi iaitu di mana agensi-agensi yang tertentu kena melihat bagaimana kita boleh mengeluarkan tenaga lebih mampan tetapi lebih selamat. Ini kerana nuklear ini kalau dilihat di negara-negara maju, memang mereka pakai.

Akan tetapi menjadi satu insiden di mana di Jepun berlaku Tsunami, dan di negara seperti di Rusia juga, maka ini akan menimbulkan pula keresahan daripada orang ramai.

Persoalannya sekarang, bukan soal keresahan itu tetapi bagaimana agensi-agensi yang kita beri amanah ini dapat mempamerkan bahawa apa yang akan diketengahkan ini akan dapat, pertamanya, menjamin keselamatan negara, menjamin rakyat dan keduanya boleh menjana sesuatu tenaga yang boleh diguna pakai untuk masa hadapan dalam kita menuju negara maju. Jadi Yang Berhormat Tangga Batu mungkin bersetuju dengan saya supaya persoalan ini diperbincangkan dan diperlebar secara panjang lebar untuk memastikan bahawa tidak ada pun masyarakat di negara ini yang terkecuali untuk sama- sama berbincang dan menentukan soalnya bagaimana kita terapkan cadangan-cadangan yang baik ini. Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 2:50 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Boleh sekali? Tuan Yang di- Pertua?

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila.

final • 2:50 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih rakan saya dari Tangga Batu dan juga Yang Berhormat Kinabatangan yang saya rasa saya hendak berkongsi sedikit pandangan. Saya rasa kita mesti berfikiran secara objektif tentang kuasa nuklear ini. Walaupun kita faham keburukan ataupun kalau disalah guna kuasa itu, kesannya sangat besar kepada dunia. Itu kita faham.

final • 2:50 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Akan tetapi, kalau dalam kita bincangkan dalam rang undang-undang ini, perlunya satu pemikiran yang lebih proaktif dengan izin forward thinking. Saya rasa yang lebih penting ialah kita mesti memahami isu ini dengan lebih jelas. Adakan perbincangan secara intelektual atau pun berikan pengetahuan tentang kuasa nuklear ini. Apa dia nuklear ini?

Kita dengar nuklear ini, kita takut. Macam masa kita kecil dahulu, dengar pokok besar itu berhantu, kita pun takut.

final • 3:00 PM

Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian

Jadi, jangan kita dibelenggu dengan pemikiran yang seperti itu. Kita takut tentang kuasa nuklear di Malaysia ini tetapi kita kena sedar ribuan mati di jalan raya. Tidak ada nuklear pun. Jadi, saya rasa kita berikan satu pengetahuan apa yang dinamakan nuklear itu. Apa kebaikannya dan keburukannya.

Tentang malapetaka, itu di luar dugaan kita. Jepun yang membuat bangunan dan loji nuklear ini pun mengikut spec yang cukup profesional. Berlaku bencana alam, berlaku juga. Saya rasa yang lebih ialah sama ada kita hendak menolaknya atau pun kita hendak menerimanya biar kita ada suatu pandangan, kita diberikan suatu pengetahuan oleh pakar- pakar tentang apa dia kebaikan dan apa dia keburukannya. Jangan kita tolak dengan satu penolakan yang kita tidak menolak secara berilmu. Kita ada knowledge yang pasti tentangnya. Nanti kalau habis bahan api fosil ini, apa alternatifnya kalau kita sudah tolak nuklear ini? Jadi, saya rasa kita lebih objektif dan kita harus ada satu discuss, perbincangan yang kementerian yang berkenaan boleh buat suatu penerangan yang betul apa dia yang dikatakan kuasa nuklear itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kubang Kerian yang menampakkan ada satu sindrom I over E (intellect over emotion). Maknanya meletakkan ilmu itu sebagai asas kepada kita membuat keputusan bukan dengan hanya membakar emosi dan akhirnya kita dilihat seolah-olah tidak bertindak rasional di dalam menghadapi satu isu yang besar.

Tuan Yang di-Pertua, saya berkedudukan seperti pada hari ini pengetahuan yang ada di kalangan sistem masyarakat kita tentang nuklear ini masih lagi di bawah par, masih lagi rendah. Peranan utama kita pada hari ini ialah untuk memberikan sejelas-jelasnya maklumat kepada sistem masyarakat ini.

Yang Berhormat kita pun dahulu menjangkakan yang nuklear ini is not part of RE.

Kita ada perbincangan dengan pakar-pakar daripada Korea, daripada Jerman dan sebagainya tetapi itu tidak memadai. Di dalam Dewan ini, Ahli-ahli Yang Berhormat, pembuat dasar sendiri perlu berada di dalam keadaan yang crystal clear, jelas sejelas- jelasnya apakah sebenarnya peranan negara di dalam menentukan hala tujunya di dalam penjanaan tenaga ini nanti.

Saya yakin dan percaya dalam konteks ini, negara-negara jiran kita telah berada di hadapan kita. Singapura umpamanya, Filipina, Indonesia, Thailand, Kampuchea, Vietnam telah berada di hadapan kita dalam konteks program-program kesedaran, awareness program kepada sistem masyarakat mereka apakah kepentingan dan keburukan tenaga nuklear itu.

Kita boleh serahkan kepada sistem ini juga untuk membuat keputusan satu hari nanti. Daripada kita menceritakan program nuklear ini sekarang di peringkat kementerian, di peringkat pembuat dasar, menyatakan kita telah ada pasukan-pasukan yang telah pergi ke negara-negara yang mengamalkan penjanaan tenaga nuklear ini, kita juga perlu ada NGO- NGO dalam nada yang sama untuk mencari titik perimbangan supaya kita tidak dilihat sebagai hanya centric kepada satu sudut, tidak berimbang di dalam membuat keputusan...

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bukan NGO macam Yang Berhormat Seputehlah.

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Seputeh hari ini pakai baju warna pink. Ya, okeylah, bolehlah. Kalau baju lain saya tidak beri tahu.

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya hairan dengan berlakunya bencana nuklear di negara Jepun sekarang, Yang Berhormat Tangga Batu masih mempromosikan penggunaan tenaga nuklear. Jadi, saya hairan.

Adakah Yang Berhormat Tangga Batu setuju bahawa sekiranya kerajaan hendak luluskan pelan nuklear, adakah Yang Berhormat Tangga Batu setuju ia didirikan di kawasan Yang Berhormat Tangga Batu. Ini satu.

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Nombor dua ialah dimanakah Yang Berhormat Tangga Batu cadangkan untuk menanam kesemua sisa nuklear pelan itu? Jadi, di mana Yang Berhormat Tangga Batu hendak tanamkannya? Sebutkan sekarang supaya kita boleh kempen untuk Yang Berhormat Tangga Batu di kawasan anda.

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanam plutonium, uranium, mana-mana bahan-bahan radioaktif itu saya tidak tahu dekat mana tetapi hendak tanam Yang Berhormat Seputeh saya tahulah.

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya tengok Yang Berhormat Seputuh ini masuk-masuk, dia terus bangun bercakap. Dia tidak tahu punca. Yang Berhormat Klang bersama saya...

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kalau tanam di kawasan saya, saya tentu banyak menang.

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Kubang Kerian pun faham.

final • 3:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Pendirian kita ialah sebelum kita melaksanakan sesuatu dasar itu, kita create satu suasana supaya semua pihak mempunyai pengetahuan yang mendalam. Kita belum lagi di peringkat hendak sokongkah tidak tetapi kalau semua pihak telah mempunyai pengetahuan ke arah kebaikan, ke arah keburukan baru kita boleh buat satu keputusan yang seimbang. Ini hendak tanya Yang Berhormat Seputeh datang ke Tangga Batu, kita ada the biggest Petrolchemical Industry Plant (PSSR1) Petronas 1, refinery dua. The biggest in South Asia ada di Tangga Batu.

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Itu bukan nuclear plan lah.

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

And we are planning to have incinerator di Tangga Batu.

final • 3:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Okey. Tidak apa, Yang Berhormat Kota Belud silakan.

final • 3:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan daripada Yang Berhormat Seputeh itu tadi Yang Berhormat Tangga Batu saya ingin minta penjelasan. Soalnya bukan di mana lokasinya. Soalnya ialah apakah sebagai sebuah negara, kita mahukan nuklear ini atau pun tidak?

Soal kalau diletakkan di Tangga Batu pun, seperti mana yang dikatakan tadi kalau di buat di Tangga Batu pun, Yang Berhormat Seputeh pun kalau ada kebocoran nanti Yang Berhormat Seputeh pun boleh ditanam di Seputeh. Tidak semestinya ia berada di Tangga Batu. Soal di mana diletakkan ini immaterial pada masa ini kerana negara kita tidak begitu besar. Kalau diletakkan di Johor pun dalam masa 15 minit, setengah jam Perlis pun boleh kena. Soalannya itu.

Jadi, dalam soal ini Yang Berhormat Tangga Batu saya cuma ingin bertanyakan tentang pandangan Yang Berhormat. Di dalam bill ini kalau saya tidak silap, tidak dibuat peruntukan untuk feed-in tariff untuk kuasa-kuasa renewable energy dengan izin yang lain seperti angin, geoterma dan sebagainya. Sedangkan di Sabah contohnya Yang Berhormat, untuk makluman Sabah ada beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai tiupan angin yang kuat yang boleh menjana kuasa renewable energy dengan izin. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat kenapa kerajaan tidak membawa, memasukkan sumber-sumber renewable energy yang lain seperti angin, seperti geoterma di dalam rang undang-undang ini?

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Pertama Yang Berhormat Kota Belud, saya ucap terima kasih lah kerana membela saya. Kedua, angin. Saya membaca satu laporan, satu kajian telah dibuat mengenai angin.

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Angin di Malaysia ini termasuk di Borneo tidak mempunyai satu haluan yang tetap dan tidak konsisten. Ia bergantung kepada ketinggian latitud, berapa tinggi dan berapa rendah dan ia bergantung pada bearing angin tersebut. Oleh sebab itu saya kira angin tidak dimasukkan sebagai salah satu punca utama kaedah renewable energy.

Kedua, geoterma, tanah-tanah sama ada di Borneo dan juga di Semenanjung ini kita tidak mempunyai kekuatan itu Yang Berhormat dan kita tahu kita pun tidak ada gunung berapi. Geoterma ini amat baik di Philippine, di Indonesia dan..., ah, jawab sudah macam kerajaan pula. Minta maaf. Yang Berhormat tanya saya kah tadi atau minta saya tanyakan Menteri. Minta Menteri jawablah. Ingatkan hendak masuk balik.

final • 3:00 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Ini kerana Yang Berhormat kita ada laporan juga. Laporan yang mengatakan bahawa angin di Sabah itu sebenarnya mempunyai potensi untuk di harvest.

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya, mempunyai potensi Yang Berhormat tetapi dari kajian menunjukkan mungkin ia tidak. Saya amat faham ini kerana Pulau Besar juga pernah dikenal pasti sebagai salah satu lagi tapak untuk penjanaan elektrik boleh diperbaharui ini dengan kaedah angin. Kita dapati kajian itu telah menunjukkan bahawa kosnya terlalu tinggi dan hasilnya tidak akan memberikan pulangan.

Akan tetapi apa pun...

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 3:00 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Ya, sila Yang Berhormat Kinabatangan.

final • 3:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, di samping angin, saya dapat juga laporan maklumat bahawa seperti yang saya cakap awal pagi tadi iaitu gelombang, yang arus gelombang di bawah air juga boleh menjana tenaga. Jadi daripada kita membazir berjuta-juta sedangkan melalui tenaga gelombang bawah air ini, ia punya harga pun tidak begitu tinggi jika dibandingkan dengan IPP, dibandingkan dengan biomass.

Sebab itu rasa saya Yang Berhormat perlu juga memberikan penekanan kepada kementerian iaitu selain daripada membincangkan soal nuklear ini, harus juga membincangkan sumber-sumber lain dan kita harus melihat secara positif.

Seperti Yang Berhormat cakapkan tadi, jangan kita terus mengatakan nuklear mendatangkan musibah, masalah. Sebab kita harus melihat, seperti juga minggu lalu saya cakap soal kematian di jalan raya. Enam tahun average 6,000 tetapi pembangkang suka pula membicarakan soal gender, soal lelaki dan perempuan. Sedangkan kita bincangkan berapa ramai yang mati. Mereka main politik, terus politik. Minta Yang Berhormat campur tangan sedikit.

final • 3:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Campur tangan Tuan Yang di- Pertua. Saya ingat Yang Berhormat Kinabatangan, dia tidak menyatakan demikian, dia sebut, “I hate woman who can drive…”, “I hate woman who can drive ‘him crazy’”,, dia sambung, “...him crazy” itu. Dia tidak suka perempuan yang boleh buat dia... [Ketawa] Saya tidak memutarbelitkan fakta. Dia - apa dia Yang Berhormat Seputeh.

final • 3:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Kinabatangan sudah dimarah dan ditegur oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekarang Yang Berhormat Tangga Batu masih mahu membela diakah?

final • 3:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Seputeh.

final • 3:10 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kalau ditegur kenapa? Apa masalah?

final • 3:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Yang Berhormat Seputeh janganlah.

final • 3:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kita bincang tentang tenaga boleh diperbaharuilah bukan tentang wanita...

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat

final • 3:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Memandu kereta.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya faham yang dibahaskan sekarang in ialah Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu. Jangan isu yang sudah itu diungkit semula.

final • 3:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya tidak ungkit, yang ungkit Yang Berhormat Seputeh... [Ketawa] Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Tangga Batu. Kalau terlampau banyak saya dengar dengan isu ini, nanti Menteri saya panggil untuk jawab. Fasal saya rasa apabila Yang Berhormat Kota Belud bercakap, Yang Berhormat Kinabatangan sudah hujah, Yang Berhormat Seputeh sudah, hampir keseluruhan opinion sudah represented.

Bersedia Menteri, nanti saya panggil.

final • 3:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Saya pun tengok Tuan Yang di-Pertua petang ini nampak kacak lagi. Tuan Yang di-Pertua tukar cermin mata kah? Oh, the same spectacles, okay lah never mind. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya baru hendak bercakap. Mana-mana dalam dua sudut yang berbeza, dalam kaedah sains kita sebut positif dan negatif, yang boleh ada potential difference, ada perbezaan upaya, di sana nanti boleh terhasil electricity, boleh terhasil current.

Jadi Yang Berhormat Kinabatangan, perbezaan gelombang di bawah laut dan atas laut, kalau selagi ia boleh menghasilkan caj yang berbeza di antara dua plate, maka yang negatif akan bergerak ke positif, apabila ada aliran itu disambung dengan pengalir konduktor, maka akan terjadi electricity. Begitu juga dengan kilat, begitu juga dengan pergerakan awan yang akan menghasilkan electricity. Ini semua ialah kaedah-kaedah yang kita kata kalau kita lihat secara kreatif dan inovatif, ia boleh menjadi sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya kira elok kalau kementerian mempunyai unit-unit ini untuk mengkaji sedalam-dalamnya. Kalau mungkin orang lain belum menjumpai kaedah ini, satu hari nanti siapa tahu mungkin kementerian di bawah Yang Berhormat dari Miri mula menjumpai ini. Seperti contohnya, Jathropa, buah jarak telah lama digunakan di Silam.

Silakan Yang Berhormat Silam.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tangga Batu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mohon pandangan dan kalau boleh kemukakan kepada pihak kementerian dari segi renewable energy ini. Kita dapati seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu tentang geoterma, Yang Berhormat Kota Belud pun ada menyebut. Di kawasan saya sebenarnya dari segi gunung berapi ini ia masih aktif terutamanya di kawasan Lembah Tabin dan di Gua Madai dan menjadi tumpuan kepada para pelancong juga.

Akan tetapi yang kita dapati sekarang ini pihak kementerian tidak begitu secara khusus mengambil masa untuk mereka membuat kajian dari segi keberhasilan dan guna tenaga itu dalam jangka masa panjang. Sebab kalau dari segi biomass memang kita akui ia akan mengambil kos yang tinggi. Adakah Yang Berhormat Tangga Batu ingin bertanya juga kepada pihak kementerian dari segi span atau jangka masa panjang mereka membuat R&D. Kajian untuk renewable energy ini supaya kita tahu dari segi impaknya dan kita tahu satu kekuatan atau kelebihan yang kita boleh gunakan di masa akan datang.

final • 3:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak payah ulang pertanyaan itu Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Menteri akan menjawab terus kepada Yang Berhormat Silam. Tidak payah masuk dalam ucapan saya pun tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya melihat incinerator sebagai satu kaedah penting. Bagaimana dalam satu tangan kita membersihkan sampah-sampah di sekeliling kita, kita menyelamatkan tanah- tanah yang diguna untuk landfill dumping ground ini.

final • 3:10 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Kita menyelamatkan tanah-tanah itu untuk guna tanah yang lebih produktif dan mengambil sampah-sampah ini, dimasukkan ke dalam incinerator sebagai bahan api yang dibakar dengan suhu yang tinggi yang akhirnya akan menjana tenaga untuk kegunaan pengguna-pengguna. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak melihat peranan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di sini di dalam penggalakan kepada proses ini. Rayuan saya kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di samping Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang hanya sanggup membeli sampah-sampah ini dengan harga tidak berpatutan sehingga wujud perasaan khuatir di kalangan peminat- peminat incinerator ini untuk membina incinerator mereka sendiri.

Mereka perlukan pulangan Tuan Yang di-Pertua. Pulangannya mudah, dengan menjual tenaga yang telah mereka jana kepada pengguna-pengguna di luar sana.

Pengguna-pengguna mengguna tenaga akan menggunakan tarif pembekal tenaga yang amat rendah berbanding dengan kos pembinaan incinerator itu tadi. Di sana mungkin Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air boleh mengambil satu inisiatif lain bagaimana boleh menampung ataupun memberikan subsidi kepada kutipan-kutipan sampah itu tadi jika mereka tidak berminat kepada memberikan subsidi kepada pengeluar-pengeluar tenaga melalui incinerator tadi. Tuan Yang di-Pertua, sehingga hari ini belum ada lagi incinerator di negara kita.

Negara jiran kita Singapura umpamanya, telah mempunyai tujuh incinerator dan kita lihat bagaimana negara itu berada dalam satu keadaan yang bersih, indah dan sebagainya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya laluan yang amat panjang, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tawau, selepas Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Sekijang.

final • 3:10 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010. Pada dasarnya kami bersetuju bahawa Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 membangunkan penggunaan tenaga yang dihasilkan daripada biogas, biomass, hidro kuasa kecil, photovoltaic solar, selaras dengan polisi tenaga hijau yang lebih bersih, mengurangkan pencemaran, mengekalkan kelestarian dan mengurangkan kebergantungan terhadap minyak dan gas. Mengurangkan pencemaran daripada penjanaan arang batu dan juga risiko tinggi daripada penjanaan tenaga nuklear. Tuan Yang di-Pertua, beberapa isu yang perlu dijelaskan atau diperbetulkan oleh kementerian adalah seperti berikut, pertama, mengapakah tenaga daripada angin tidak dibangunkan bersama untuk sumber tenaga boleh baharu. Sedangkan tenaga solar sudah dimasukkan ke dalam akta kerana sudah menjadi kebiasaan untuk beberapa negara supaya menggunakan tenaga yang mengintegrasikan tenaga solar dan angin.

final • 3:18 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Kedua, mengapa tenaga Geothermal tidak boleh dibangunkan sebagai tenaga boleh baharu sedangkan potensi tenaga ini telah disahkan melalui pengumuman Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup yang mengatakan takungan air bersudu 220 sehingga 236 darjah. Pada 2,000 meter di bawah permukaan boleh menjana sebanyak 67 megawatt tenaga elektrik untuk keperluan Daerah Tawau. Saya ingin tahu sama ada kementerian ini menyedari tentang kemajuan di dalam pembangunan tenaga Geothermal di Tawau dan berapakah jumlah tenaga Geothermal yang sedang dikaji di Malaysia?

Kedua, bilakah kementerian akan menyelesaikan kerja Loop Grid Kebangsaan di Sabah untuk tujuan menstabilkan grid ini dan apakah jarak loop ini dan berapakah kos yang terlibat?

final • 3:20 PM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Apakah kesukaran yang akan dihadapi sekiranya penjanaan sistem galakan tarif membuat penyambungan kepada grid yang tidak stabil dan yang ketiga, adakah terdapat had maksimum yang menentukan untuk setiap penjanaan bagi sesebuah tempat sambungan talian bekalan. Adakah kerajaan akan menentukan had penyertaan untuk individu dan syarikat yang ingin menyertai sistem tarif galakan kerana ada individu dan syarikat yang mempunyai banyak tapak pengeluaran atau memberikan kebenaran ‘carpet’ approval untuk beberapa tapak, terutamanya yang terletak di kawasan sekitarnya.

Keempat, mengapa rang undang-undang ini membenarkan pemasangan photovoltaic solar berkapasiti sehingga 30 megawatt, kerana kebanyakan negara Eropah membenarkan pemasangan untuk kapasiti yang lebih rendah? Adakah kerajaan mempunyai mekanisme untuk memastikan supaya pemasangan berkapasiti kecil juga diberikan keutamaan yang sama dengan kapasiti tinggi agar jumlah 9,000 isi rumah kecil dapat menyertai sistem tarif gerakan? Harga modul atau panel, photovoltaic solar telah turun dengan mendadak. Kerajaan USA dan China telah menjangkakan harga tenaga elektrik yang dijana daripada teknologi tenaga solar akan menurun menjelang tahun 2012 iaitu tahun akan datang. Dengan menentukan kadar pengurangan 8 peratus sistem ini, tidak memberikan fleksibiliti untuk menggambarkan penurunan harga yang mendadak.

Bagaimanakah kementerian akan mengatasi masalah ini?

Kelima, bagi loji jana kuasa hidro kuasa kecil, apakah tujuan kerajaan menggunakan dana awam untuk memberikan subsidi kepada pembangunan loji-loji berkapasiti kurang daripada 30 megawatt? Saya juga ingin mengetahui bilangan loji-loji jana kuasa hidro yang beroperasi di Sabah dan Sarawak. Sila senaraikan loji-loji tersebut mengikut lokasi dan kapasitinya dan adakah loji-loji yang sedia ada sekarang dibayar Feed- in Tariff (FiTS) yang sama seperti pemohon-pemohon baru? Adakah 40 loji jana kuasa hidro yang beroperasi sekarang di bawah TNB juga layak memohon tuntutan di bawah FiTS dan bolehkah kemudahan solar PV dibina sejak tahun 2002, di bawah solar dan MBIPV yang menerima subsidi besar daripada kerajaan atau dana GEF atau UNDP juga boleh membuat tuntutan FiTS.

Keenam, oleh sebab sebahagian besar ladang kelapa sawit didapati di Sabah dan Sarawak, berapakah bilangan loji biomass atau biogas serta berapakah jumlah bekalan kuasa yang dapat dijanakan di Sabah dan Sarawak masing-masing? Adakah dilaporkan bahawa pembinaan loji jana kuasa gas 300 megawatt untuk menggantikan loji jana kuasa arang batu di Pantai Timur Sabah akan memakan masa sehingga empat hingga lima tahun lagi? Apakah pengeluaran yang disasarkan oleh bekalan kuasa boleh diperbaharui di Sabah untuk mengatasi kekurangan kuasa dalam tempoh empat hingga lima tahun yang akan datang?

Oleh sebab banyak loji-loji biomass dan biogas masih kurang cepat dari segi kewangan mungkin akan membuat tuntutan FiTS – adakah loji-loji yang baik dari segi kewangan juga layak mendapat subsidi yang sama? Tuan Yang di-Pertua, saya pernah membangkitkan perkara tentang SAIDI di dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan pada minggu lalu dan sehingga sekarang saya belum mendapat apa-apa jawapan. Saya akan membangkitkannya lagi di hadapan Menteri dan memohon agar perkara ini dapat dijawab.

Perkara ini seperti berikut, saya ingin mengetahui kerja-kerja dan butir-butir peruntukan secara terperinci masing-masing di dalam peruntukan yang berjumlah RM133 juta yang digunakan untuk mengurangkan indeks SAIDI daripada 2,284 minit bagi setiap pelanggan dari tahun 2009 kepada 3,700 minit setiap pelanggan dari tahun 2010 di Sabah.

Oleh sebab sebahagian bandar utama mengalami SAIDI yang lebih tinggi, contohnya 2,210 minit setiap pelanggan di Tawau, 2,553 minit setiap pelanggan di Sandakan dan 2,386 minit setiap pelanggan di Lahad Datu berbanding bandar-bandar utama di Pantai Barat Sabah.

Sila senaraikan SAIDI di setiap bandar tersebut dan jangan menggunakan satu statistik yang average, selepas peruntukan RM133 juta diberikan. Inilah antara salah satu perkara yang penting of people interest dan saya berharap Menteri boleh menjawab tentang perkara interest ini, dan dengan itu, sekian terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sekijang.

final • 3:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kementerian dan kerajaan Barisan Nasional yang telah dapat membentangkan rang undang-undang ini di dalam Dewan yang mulia ini sebagai satu langkah permulaan untuk kita menggunakan tenaga boleh diperbaharui di dalam negara kita ini. Walaupun di dalam negara kita, sebelum ini telah ada tenaga yang boleh diperbaharui dan telah pun digunakan tetapi dengan adanya rang undang-undang ini, saya kira ia merupakan satu langkah yang amat bijak dan amat baik bagi kepentingan negara dan rakyat kita.

Tuan Yang di-Pertua, kita amat beruntung sebenarnya kerana Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti daripada biomass, biogas, tenaga suria, tenaga angin, tenaga daripada air dan tenaga daripada kilat serta berbagai-bagai-bagai lagi. Potensi renewable energy dengan izin, Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:28 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ini adalah amat besar sekali terutamanya tenaga biomass yang mana sumber- sumber biomass ini merupakan hasil tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam negara kita dan ia boleh ditanam dan boleh digunakan dan boleh ditanam semula.

Maknanya, dalam jangka masa yang singkat, yang pendek, kita boleh mendapatkan tenaga ini semula. Malah kedudukan geografi negara kita terletak di kawasan Khatulistiwa juga merupakan satu penyebab bahawa sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan mudah dijana seperti daripada tenaga suria ataupun tenaga matahari ini, amat mudah untuk kita dapati. Namun begitu, seperti mana yang saya katakan awal tadi, penggunaan tenaga boleh diperbaharui ini masih boleh dianggap satu yang baru di dalam negara kita. Jika kita bandingkan dengan negara-negara maju seperti yang terdapat di Eropah misalnya di Britain, Belanda, Amerika Syarikat, China dan juga di negara-negara Asia yang lain seperti Jepun dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, tenaga suria adalah merupakan tenaga yang saya kira sebagaimana yang saya katakan kedudukan kita di Khatulistiwa ini, kita amat mudah menerima cahaya matahari dan penggunaan tenaga solar bukan sahaja memberikan kesan yang baik pada alam sekitar malah penggunaan tenaga solar ini juga dapat digunakan secara berterusan. Ini tidak mustahil dilakukan kerana kedudukan penduduk awam di Tibet misalnya telah pun lama menggunakan tenaga suria ini di dalam kehidupan seharian mereka seperti mereka memasak dengan menggunakan tenaga solar dan juga mereka mandi dengan menggunakan air yang dipanaskan melalui tenaga solar. Malah, ini telah menjadi cara hidup bagi kebanyakan keluarga tempatan di sana. Bukankah ini merupakan satu penjimatan yang boleh dilakukan sekiranya ia dapat dilakukan dalam negara kita?

Namun begitu, saya amat sedar akan cabaran yang besar yang dihadapi di dunia hari ini ialah bekalan tenaga ekoran nasionalisme sumber berserta harga tenaga yang agak tinggi di pasaran dan kita juga sedar akan masalah yang dihadapi di dalam menjadikan tenaga boleh diperbaharui seperti sistem solar ini menelan belanja yang besar. Namun, saya yakin perbelanjaan besar yang dilakukan hanya sekali ataupun sedikit lagi – mungkin daripada segi maintenance dan sebagainya yang murah, mampu untuk menjimatkan perbelanjaan bagi membayar tarif elektrik yang tinggi yang peningkatannya sentiasa naik di dunia pada masa kini.

Justeru itu, saya ingin menyarankan agar kerajaan mengambil satu inisiatif dalam menggalakkan tenaga boleh diperbaharui ini diteroka sepenuhnya bagi memenuhi tuntutan keperluan penduduk di Malaysia. Sekiranya boleh, inisiatif-inisiatif bagi menggalakkan rakyat tempatan dalam menerokai bidang ini, perlu diperbanyakkan lagi dan mereka yang bergiat cergas dalam teknologi ini perlu diberikan bantuan dan sokongan sepenuhnya oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air agar negara kita tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara-negara lain dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan sememangnya banyak mendatangkan kebaikan kepada umat manusia dan muka bumi kita pada masa ini.

final • 3:30 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Selain daripada tenaga suria Tuan Yang di-Pertua, kita juga di kawasan Khatulistiwa ini menerima banyak kilat yang mana kita tidak pernah untuk menggunakan kilat ini sebagai sumber tenaga kita ataupun satu kajian yang mendalam dan khusus dilakukan pada kilat ini. Ini kerana saya difahamkan setiap kali kilat yang berlaku akan mengeluarkan mega voltan tenaga dan ia akan hilang begitu sahaja. Oleh sebab itu, kalau di kawasan-kawasan yang tertentu apabila terkena pada pokok, yang besar sekali pun pokok itu akan mati. Maknanya, tenaga yang dikeluarkan di situ amat besar dan ia berpotensi untuk kita majukan. Saya pernah membaca satu artikel di Florida, Amerika Syarikat misalnya, pernah dibuat kajian dan sememangnya telah pun digunakan yang mana kilat-kilat ini ditangkap tenaganya, disimpan sebelum digunakan. Akhirnya, disalurkan ke kawasan-kawasan yang memerlukan tenaga seperti mana kita memerlukan tenaga harian di dalam negara kita ini.

Jadi, saya minta kepada kementerian, begitu juga pada institusi-institusi pengajian tinggi di dalam negara kita ini dan penyelidik-penyelidik supaya membuat kajian yang lebih mendalam tentang potensi kilat ini untuk dijadikan sebagai tenaga di dalam negara kita ini sebagai tenaga yang boleh diperbaharui. Ini kerana ia kalau dilepaskan begitu sahaja dengan keadaan cuaca yang ada di dalam negara kita ini, sudah tentu kita akan kerugian.

Saya sungguh berharap bahawa kita akan menjadi pioneer pada penggunaan tenaga kilat di kawasan ataupun di rantau kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, kita juga ada tenaga air iaitu daripada kita membuat hidro ataupun mini hydro dan ini merupakan satu yang amat baik bagi kita.

Akan tetapi untuk menjalankan tenaga air ataupun mini hydro ini, ia kadangkala akan melibatkan kesulitan-kesulitan kepada masyarakat terutamanya kawasan-kawasan yang terbabit dengan penadahan air yang mana perlu dipindahkan dan sebagainya. Akan tetapi, saya percaya kalau ia dibuat secara kecil-kecilan di tempat-tempat yang tertentu yang berpotensi yang boleh difikirkan dan dikaji, maka ia merupakan satu sumber tenaga untuk sesuatu kawasan itu. Saya sungguh berharap supaya kementerian akan dapat membantu pada menjayakan mini hydro yang kecil-kecil ini supaya menyumbangkan juga tenaga pada negara kita.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, perkara yang akan saya sentuh ialah tentang tenaga angin yang mana mungkin negara kita sebagaimana tadi Yang Berhormat Tangga Batu ada menyebut tentang tenaga angin, ini mungkin tenaga angin ini telah pun lama dipakai seperti di negara Belanda yang mana mereka mempunyai kincir angin yang begitu besar yang dapat mengeluarkan tenaga dan akhirnya tenaga ini disalurkan dan digunakan oleh kawasan-kawasan tertentu dan menyumbangkan tenaga yang begitu besar pada negara mereka. Akan tetapi, mungkin di dalam negara kita ini tempat-tempat yang tertentu terutamanya yang berhampiran dengan pantai yang luas yang tiupan anginnya kuat, mungkin kita boleh menjayakan tenaga angin ini. Ini kerana di dalam pemerhatian saya, sehingga kini kita tidak nampak banyak lagi tenaga angin ini kita buat ataupun kilang-kilang angin ini kita buat untuk mendapatkan tenaga ini. Tidak sepertimana apabila kita melawat di negara-negara Eropah, di mana-mana pun kita jumpa kincir angin mereka yang mengeluarkan tenaga sendiri sekurang-kurangnya mereka dapat menampung di tempat ataupun di kawasan-kawasan yang setempat.

Tuan Yang di-Pertua, ini amat penting bagi negara kita kerana pada masa ini kita di dalam negara kita ini kebanyakan tenaga yang ada di dalam negara kita ini, kita hanya menggunakan tenaga fosil iaitu yang terdiri daripada minyak, gas, arang batu dan sebagainya. Ini mungkin daripada segi minyak ini di dalam negara kita pun akan kehabisan pada satu masa ketika nanti. Begitu juga dengan gas yang mana untuk diperbaharui memakan masa yang begitu panjang yang memakan masa yang mungkin beberapa generasi yang akan datang kalau kita habiskan pada hari ini, mereka tidak dapat menggunakan pada masa itu.

Jadi, saya sungguh berharap supaya penggunaan tenaga fosil ini dapat dikurangkan. Ini kerana kita melihat bahawa apabila sesuatu jana kuasa elektrik yang hendak dibuat di dalam negara kita ini, saya tidak tahu mengapa agaknya kita lebih cenderung untuk membina jana kuasa yang menggunakan arang batu. Saya tidak tahu apa sebabnya yang menyebabkan...

final • 3:30 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 3:40 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Kita cenderung untuk menggunakan arang batu kerana arang batu ini tidak ada dalam negara kita ini, bahkan kita import daripada luar, tetapi kita lebih berminat untuk arang batu. Hendak katakan arang batu ini lebih murah pun, tidak juga. Akan tetapi, kita lebih berminat untuk menggunakan arang batu ini kerana ada beberapa tempat yang kita telah batalkan, kementerian sudah batalkan sebagainya dan ia juga menyumbang kepada pencemaran dalam negara kita dan pemanasan global. Kita menyumbangkan pemanasan global ini.

Yang Berhormat Kepong mengapa berdiri? Hendak minta laluan?

final • 3:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Silakan Yang Berhormat Kepong.

final • 3:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan Yang Berhormat Sekijang, adakah Yang Berhormat sedar bahawa di dalam 17 kilang persendirian IPP itu kebanyakan menggunakan arang batu. Baru-baru ini di Manjung pun ada satu lagi perjanjian dibuat untuk loji jana kuasa elektrik yang terbaru dengan harga lebih daripada RM1.8 bilion Janamanjung TNBJ dengan Alstom Power Supply dan ini menggunakan arang batu pula. Kalau hujah Yang Berhormat akan diambil perhatian, mengapa kita akan tambah dengan kilang arang batu ini? Bukan satu-satu, banyak sudah sekarang. Apa pendapat Yang Berhormat Sekijang?

final • 3:40 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih sahabat saya daripada Kepong. Kadang-kadang Yang Berhormat Kepong ini beliau pun pening juga.

Itulah sebab apa yang saya katakan tadi, saya mengucapkan terlebih awal tadi tahniah kepada kementerian dan Kerajaan Barisan Nasional yang telah mengorak langkah kita membawa dan membentangkan rang undang-undang ini di dalam Dewan yang mulia ini untuk kita mengurangkan penggunaan tenaga-tenaga daripada fosil ini, yang saya sebutkan tadi.

Jadi, kalau Yang Berhormat Kepong kata kita 17 – memang saya sudah sebutkan tadi kita banyak menggunakan. Oleh sebab itu saya bertanya kepada kementerian. Jadi kalau kita sudah ada tenaga yang boleh diperbaharui ini, kita boleh beli, maknanya kita akan dapat mengurangkan secara beransur-ansur untuk di masa yang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Kepong.

Saya berbalik kepada ucapan saya tadi. Itu saya ingin bertanya kepada kementerian ataupun pihak-pihak yang mengeluarkan tenaga ini. Jadi, penggunaan arang batu di dalam negara kita ini saya rasa harus kita kurangkan. Ini kerana ia dari segi itu kita menyumbang kepada pemanasan global ataupun kita menggunakan daripada minyak dan gas juga. Gas mungkin ada yang baik, tetapi lambat diperbaharui. Akan tetapi, bahan- bahan fosil yang ada ini akan habis dan menyumbangkan pula pemanasan global. Ini yang berlaku kepada dunia pada hari ini yang mana kita lihat bahawa banyak berlakunya banjir, hujan yang tidak menentu, kenaikan air laut dan sebagainya yang mana baru-baru ini tempat saya pun dilanda banjir yang cukup besar. Dahulu kata tempat saya boleh hanya berlaku 100 tahun sekali, tetapi rupanya empat tahun. Tidak sampai lima tahun sudah berlaku banjir semula. Ini mungkin yang menyebabkan kita melakukan kesalahan yang saya rasa apabila mengorak langkah untuk kita menggerakkan tenaga yang boleh diperbaharui ini, maka ini merupakan satu langkah yang amat baik.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada kementerian dan di dalam rang undang-undang ini iaitu saya mintalah kepada kementerian supaya kesemua alat-alat ataupun kelengkapan ataupun apa juga peralatan yang berkaitan dengan tenaga boleh diperbaharui ini minta dikecualikan daripada cukai import kalau kita perlu bawa daripada luar. Kalau ada dalam negara kita ini, maka kita perlu bantu kepada pengeluar- pengeluar ini. Mungkin kita boleh memberikan subsidi dan sebagainya.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Akan tetapi kalau dibawa dari luar, kita minta ia dihapuskan cukai sama sekali supaya ia boleh lebih banyak lagi dibawa ke dalam negara ini dan boleh lebih banyak lagi kita mengguna pakai peralatan-peralatan yang berkaitan dengan sumber boleh diperbaharui ini terutama yang berkaitan dengan biomass dan biogas ini di mana mungkin tumbuh-tumbuhan kita seperti Jatropha, kemudian mungkin sawit yang ada di dalam negara kita ini, yang boleh mengeluarkan tenaga ini minta dikecualikan daripada cukai.

Saya berharap bahawa kita juga ada dana-dana yang kita berikan kepada pihak- pihak yang mahu mengeluarkan sumber tenaga boleh diperbaharui ini. Walaupun kita ada dana pada hari ini, tetapi hendak minta dana ini saya ingat begitu susah sekali Tuan Yang di-Pertua kerana banyak alasan itu dan ini, kajian itu dan ini. Maknanya kita tidak permudahkan dan kalau kita tidak permudahkan ini, maka apa yang kita hasratkan pada hari ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Maknanya kita boleh mempermudahkan cara mana untuk membantu kepada mereka-mereka ini untuk membuat kilang atau sebagainya supaya tenaga boleh diperbaharui ini dapat dipercepatkan, dikeluarkan, dibina dengan cepat dan sebagainya supaya mereka tidak menghadapi masalah dari segi dana ataupun modal...

final • 3:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Yang Berhormat Sekijang.

final • 3:40 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sila.

final • 3:40 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat daripada Sekijang. Saya mendengar perbahasan Yang Berhormat Sekijang tadi dan saya bersetuju jika pihak kerajaan mengecualikan cukai ke atas barang- barang peralatan yang digunakan dalam tenaga boleh baharu ini. Setujukah Ahli Yang Berhormat Sekijang sekiranya juga kerajaan mesti memastikan peralatan-peralatan yang digunakan dalam tenaga boleh baharu ini juga mesti mesra alam dan tidak mengakibatkan pencemaran pada suatu hari nanti. Saya beri contoh, penggunaan bateri plumbum yang mana kita lihat hari ini begitu berbahaya terutama kepada para pengguna. Kita lihat di negara kita juga ada pengeluar-pengeluar tenaga boleh ubah ini seperti solar tadi seperti yang saya katakan tadi menggunakan bateri yang begitu mesra alam seperti bateri litium.

Apa pandangan Yang Berhormat Sekijang?

final • 3:40 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih sahabat saya daripada Tenom. Sudah semestinyalah kalau kita hendakkan tenaga yang boleh diperbaharui ini dan kita hendakkan kehijauan dalam negara kita, kita tidak mahu juga pada masa yang sama merosakkan alam sekitar. Oleh sebab itu kita menggunakan ini seperti mana tadi kalau bateri plumbum yang digunakan ini boleh merosakkan alam sekitar dalam negara kita, ia harus jangan dibenarkan untuk digunakan. Saya percaya kementerian berkeupayaan untuk mengesan perkara-perkara ini kerana mereka mempunyai ahli-ahli ataupun pegawai-pegawai yang bijak dan pandai untuk mengenal pasti peralatan-peralatan yang dibawa masuk ini supaya pada masa yang sama tidak mencemarkan alam sekitar.

Yang Berhormat Kota Belud, sila.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Tadi kita berbincang tentang kebimbangan kita tentang kesan-kesan daripada rang undang-undang ini.

final • 3:40 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya cuma ingin minta pandangan daripada Yang Berhormat. Dalam akta ini ada menunjukkan bahwa kita akan memberi subsidi ataupun Feed-in Tariff yang agak lumayan kepada syarikat-syarikat yang akan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui ini. Akan tetapi, kita melihat kerajaan tidak meletakkan syarat minimum kepada kelayakan tersebut.

Contohnya, kalau sebuah syarikat yang ingin menggunakan biomass contohnya. Apakah kerajaan tidak mahu meletakkan satu syarat yang minimum supaya syarikat yang menggunakan biomass untuk mengeluarkan tenaga ini sekurang-kurangnya adalah environmental friendly seperti di negara-negara Eropah. Kita beri subsidi kepada syarikat yang ingin menjana tenaga ini atas dasar kononnya mereka mahu mengeluarkan dan menjana tenaga yang boleh diperbaharui. Satu konsep yang bagus Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Akan tetapi kalau pelan itu sendiri tidak efisien dan tidak memudaratkan environment, kenapa kita masih memberi subsidi ataupun Feed-in Tariff kepada mereka.

Saya melihat ini adalah antara kelemahan sedikit di dalam akta ini yang tidak meletakkan kelayakan syarat minimum sekurang-kurangnya untuk menjaga cara pembakaran biomass itu supaya tidak merosakkan environment. Jadi, kadang-kadang kita takut dia ambil feed-in tariff tetapi kilangnya atau pelannya itu tidak dapat menjana tenaga dengan efisien seperti mana yang dikehendaki oleh environment. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih sahabat saya daripada Kota Belud tentang apa syarat-syarat dan subsidi minimum yang diperlukan di dalam akta ini. Saya percaya pihak kementerian di dalam peringkat pelaksanaannya ia ada peraturan-peraturan yang boleh ditetapkan tidak semestinya apa yang termaktub di dalam rang undang-undang ini tidak semestinya kita tidak boleh mengenakan syarat. Akan tetapi saya percaya selepas daripada rang undang-undang ini ada peraturan-peraturan lain yang mungkin boleh diberikan untuk perkara-perkara seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Kota Belud sebentar tadi. Jadi, saya rasa kita jangan khuatirlah kerana saya menaruh kepercayaan penuh kepada kementerian kerana kementerian mempunyai pakar, pegawai dan kakitangan yang memahami tentang tenaga boleh diperbaharui ini.

final • 3:50 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Yang Berhormat Sekijang bolehkah?

Di sini Sungai Siput.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Ya, sila.

final • 3:50 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang dan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sekijang, saya mahu tanya berkenaan dengan sisa-sisa seperti umpamanya dekat photovoltaic cell itu. Selepas beberapa tahun ia kena dibuang. Adakah perlu dalam akta ini kita kenakan regulasi? Cara ia dikendalikan. Ini kerana photovoltaic cell ini lebih kurang seperti lead battery, plumbum. Ia ada lain-lain bahan kimia dan juga boleh meracuni sistem ekologi kita. Jadi, adakah perlu pada pandangan Yang Berhormat Sekijang isu-isu seperti ini juga harus dimasukkan dalam akta ini so, supaya ia jadi lebih hijau? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau perkara-perkara yang tidak boleh mesra alam sepertimana yang saya sebutkan tadi, dalam pertanyaan daripada Yang Berhormat Tenom yang mungkin tidak termasuk dalam akta ini sebagaimana yang saya kata sebentar tadi. Ini saya jawab dan mungkin Yang Berhormat Menteri boleh betulkan lagilah dalam jawapannya nanti. Ini saya jawab berdasarkan kepada pemikiran saya. Maknanya kita boleh letak dalam syarat-syarat semasa pelaksanaannya sebentar tadi. Kita jangan khuatir perkara-perkara yang seperti ini kerana ia mungkin boleh diperbetulkan dalam syarat-syarat nanti dari segi pelaksanaannya.

Ini kerana bukan sahaja akta ini tetapi yang pentingnya ialah akta ini kita bawa dan kita bentangkan ke Parlimen, maknanya kita telah mengorak langkah setapak ke hadapan daripada kita dahulu tidak mempunyai akta tetapi telah pun ada akta. Akan tetapi yang berkaitan seperti plumbum dan tidak mesra alam sebentar tadi mungkin kita boleh keluarkan kerana saya katakan tadi, peraturan kita akan buat dalam peringkat pelaksanaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan supaya lebih banyak kita membina mini-mini atau jana kuasa hidro di dalam negara kita ini. Ini kerana ada tempat- tempat tertentu saya percaya, tempat-tempat yang tertentu bukan bermakna kita terpaksa membina satu janakuasa hidro yang begitu besar ataupun yang dapat untuk kita hubungan menampung seluruh dalam negara kita. Akan tetapi yang pentingnya kita ada kalau tempat- tempat tertentu misalnya saya dengar di Tenom ada dicadangkan untuk buat mini dan beberapa tempat yang lain, maknanya kalau tidak merosakkan alam sekitar dan tidak mendatangkan permasalahan kepada penduduk setempat yang mana kajian secara terperinci dan mendalam perlu dilakukan kepada kawasan-kawasan ini dan boleh berpotensi untuk mengeluarkan tenaga hidro untuk jangka panjangnya, maka saya rasa kementerian boleh membantu dan boleh meluluskan terutama dari segi dana, khidmat nasihat dan sebagainya. Mudah-mudahan ianya akan menjadi kenyataan dan akan dapat menyumbangkan tenaga juga kepada negara kita.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Silam.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang lagikah Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Boleh atau tidak?

final • 3:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sedikit lagi Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Boleh?

final • 3:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Sila.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya dari Sekijang. Yang Berhormat Sekijang, adakah Yang Berhormat Sekijang bersetuju kalau kita cadangkan kepada pihak kerajaan untuk mengujudkan satu Jawatankuasa Tenaga yang boleh bertindak sebagai badan yang akan membuat kajian dan mencadangkan kepada kerajaan dari segi sustainability dan sesuatu tenaga yang akan dikemukakan, dibuat, dikaji untuk kebaikan dan di sini kita tidak mahu lagi melihat. Mungkin setelah rang undang-undang ini. Saya pun sendiri menyokong diwujudkan dan kita akan wujudkan lagi rang undang-undang yang lain yang akan ditokok tambah, yang mungkin akan mengambil masa dan sebagainya. Kelihatan dari segi kelompangan rang undang- undang itu. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Sekijang kalau bertanya kepada kementerian untuk mengujudkan satu Jawatankuasa Tenaga Lestari jangka masa untuk negara kita? Mohon.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya pihak kementerian akan mendengar pandangan-pandangan Yang Berhormat sebentar tadi. Saya rasa satu badan ini boleh dikaji kerana untuk penubuhan badan ini bukan semua pihak nanti apabila terlibat sama kita tidak tahu yang mana ada kuasa. Jadi, kalau terlampau banyak pun susah juga untuk kita mengendalikan ini. Ini pada pendapat sayalah. Akan tetapi kalau ada yang tertentu mempunyai kepakaran dan kebolehan, saya rasa Yang Berhormat Menteri dengan kementerian tidak ada masalah untuk memberikan kelulusan ataupun sebagainya untuk cadangan-cadangan seperti mana yang dibuat oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan supaya ruang yang seluas- luasnya perlulah diberikan kepada sama ada rakyat negara kita ataupun daripada pelabur- pelabur daripada luar yang berminat untuk masuk ke dalam negara kita ini sepertimana syarat tadi, kita mestilah ada dari segi kehijauannya dan sebagainya yang mahu mengeluarkan tenaga yang boleh diperbaharui dalam negara kita ini, kita menggalakkan supaya kita sekurang-kurangnya apabila ada ini kita boleh mengorak langkah dan bertapak.

Akhirnya mungkin daripada kecil akan menjadi besar pada masa satu ketika nanti dan memberikan manfaat yang besar kepada negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat ada dalam akta ini disebut, bahawa pengeluar-pengeluar daripada tenaga boleh diperbaharui ini boleh menjualkan tenaga- tenaga mereka kepada pengguna-pengguna seperti mana saya percaya pihak tenaga nasional, yang mana saya melihat perkara ini adalah satu langkah yang baik untuk menjual kepada pihak tenaga yang saya rasa adalah mempunyai monopoli di dalam negara kita ini.

Ini kerana ia adalah pengagihan tenaga yang besar dalam negara kita ini.

final • 3:50 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Akan tetapi saya juga ingin mencadangkan supaya kita lihat dan kita kena pantau betul-betul kerana saya takut nanti apabila dari segi teorinya kita boleh kata boleh jual tetapi dari segi praktikalnya, berbagai-bagai masalah. Dengan harganya yang terlalu rendah, dengan berbagai-bagailah kita hadapi ini dan ini akhirnya niat kita akan terbantut dengan begitu sahaja. Jadi saya minta kepada kementerian kalau betul hendak tolong kita propose kepada satu harga yang tertentu yang mungkin boleh difikirkan dari semasa dan pihak pembeli mesti mengikut peraturan ini dan kita kenakan garis panduan. Hari ini kita kata garis panduan ini dan jangan esok pula kita ubah. Ini yang kadangkala pelabur-pelabur dalam negara kita feed up dan sebagainya.

final • 4:00 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Jadi kalau kata peraturan tenaganya yang ini, kita ikut hari ini berapa dan kalau hendak ubah pun, kena kaji, kena bincang secara mendalam supaya pelabur yang telah pun melabur ataupun pihak-pihak yang telah pun membuat janakuasa dan sebagainya untuk tenaga boleh diperoleh supaya mereka jangan gulung tikar. Ini kerana apabila kita menggalakkan mereka dan kita kata boleh jual, selepas itu apabila mereka keluarkan, katanya tidak boleh jual kerana ada berbagai-bagai – saya dalam pemerhatian saya, banyak permasalahan yang dihadapi ini.

Jadi saya hendak minta daripada Yang Berhormat Menteri sama ada ianya boleh dipastikan kerana pelabur-pelabur kita mahukan kepastian. Kalau tidak pasti lagi, mereka mungkin tidak mahu datang melabur dan juga bila sampai ke tahap berubah-berubah dia punya syarat dan sebagainya. Jadi yang ini saya minta kepada Yang Berhormat Menteri, kalau ada taring, keluarkan taring pada ketika itu. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan agar tidak menunggu terlalu lama untuk memajukan serta memperluaskan lagi penggunaan teknologi ini.

Kita tidak boleh lagi menunggu sehingga bekalan api sedia ada yang digunakan dalam menjana elektrik di dalam negara kita habis maka baru itulah kita nak mengorak langkah. Sekali lagi saya ingin menggesa kerajaan mengambil satu pendekatan yang teliti dalam menggantikan penggunaan bahan api fosil bagi membekalkan elektrik kepada satu penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti penggunaan tenaga solar dan sebagainya, seperti mana yang telah saya sebutkan tadi, supaya ianya dapat dipraktikkan dan ianya menjadi realiti kepada negara kita dan menjadi sebagai penyumbang kepada tenaga kita pada masa akan datang. Dengan itu, saya menyokong Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lapan orang lagi. Okey, sila Yang Berhormat Rembau.

Selepas Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Klang. Selepas Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Hulu Langat. Then, we take it from there.

final • 4:00 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin membahaskan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana satu rang undang-undang, satu langkah yang saya rasa patut dipuji untuk menunjukkan komitmen, iltizam politik kerajaan terhadap pembangunan, penggunaan dan penjanaan tenaga boleh baharu (renewable energy) dengan izin, di dalam rantaian penawaran (supply chain) tenaga di Malaysia di samping memberi peluang kepada penerokaan industri tenaga baru seperti mana yang telah di janji oleh kerajaan.

Saya juga ingin menarik perhatian Dewan kepada perkara ini sebab ini selaras dengan jajaran di mana permintaan tenaga di Malaysia dijangka meningkat 45 peratus pada 28,500 megawatt pada tahun 2020 berbanding dengan hanya 16,000 megawatt pada tahun ini. Pada masa yang sama, pergantungan sumber tenaga kita, kita semua tahu tidak lagi sustainable, tidak lagi dapat kita kekalkan iaitu amat tinggi, 85 peratus kebergantungan kita kepada minyak, kepada arang batu, kepada gas asli.

Untuk kita mencari satu penyelesaian yang sustainable untuk masa yang akan datang, jangka masa yang panjang, long term sustainability dengan izin, perlu kita melihat kepada satu penyelesaian, satu dasar yang dapat meningkatkan lagi kegunaan dan penajaan tenaga boleh baharu seperti mana yang ada di dalam rang undang-undang ini dan sasaran sembilan peratus sumber tenaga daripada renewable energy pada tahun 2020.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin berbahas mengenai beberapa shortcoming, beberapa kelemahan yang ada pada rang undang-undang ini yang mungkin boleh dapat diperkemaskan ataupun dalam pentadbirannya dapat diatasi. Ini kerana saya melihat bahawa sekiranya kita tidak melihat kepada kelemahan yang ada pada rang undang-undang ini dengan izin, it defeats the purpose, menewaskan matlamat asal untuk memperkenalkan rang undang-undang ini iaitu untuk kita dapat melihat kepada satu pengeluaran, penjanaan tenaga berdasarkan kepada renewable energy.

final • 4:03 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Dan juga bukan hanya kita tergesa-gesa dengan satu rang undang-undang tanpa kita meletakkan syarat-syarat tertentu yang akan menjamin pertamanya, satu penjanaan yang berkesan, yang efisien dan keduanya, untuk kita betul-betul melihat bahawa rang undang-undang ini akan menyumbang kepada pengurangan pengeluaran karbon dan reduce..., dengan izin, carbon footprint yang ada di Malaysia.

Jadi saya nampak rang undang-undang ini ada serampang dua mata. Pertamanya ialah untuk kita mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber-sumber gas asli, minyak, arang batu dari segi penjanaan. Keduanya ialah komitmen kita kepada sustainable development, kepada usaha untuk kita membantu memelihara alam sekitar.

Pertama yang saya hendak bangkitkan dalam hal ini dari segi sedikit kelemahan iaitu dibangkitkan tadi oleh sahabat saya Yang Berhormat dari Kota Belud yang ingin saya masuk dengan lebih detil lagi iaitu kadar kecekapan ataupun efficiency rate yang telah ditetapkan dalam rang undang-undang ini. Bagi saya, kadar kecekapan ataupun efficiency rate ini amat penting bagi memastikan kadar penjanaan tenaga yang bukan sahaja cekap, bahkan menetapi kehendak untuk pelepasan karbon yang minimum. Sekali lagi saya rujuk kepada matlamat iaitu pertamanya ialah penjanaan renewable energy, kedua adalah untuk mengurangkan keluaran pelepasan karbon.

Oleh itu, saya ingin bertanya, kenapa dalam rang undang-undang ini – saya nampak kelemahannya ialah dari segi tidak ada kadar kecekapan minimum yang ditetapkan secara jelas dalam rang undang-undang ini. Yang ada cuma bonus atau ganjaran bagi pembekal tenaga yang melepasi kadar kecekapan 14 peratus. Ini saya rujuk kepada muka surat 48 dan 49 yang menyentuh tentang kadar tarif galakan, bonus dalam ringgit bagi setiap kilowatt sejam. Disentuh di situ adalah bahawa kalau melepasi kadar kecekapan 14 peratus, barulah ada bonus, ada ganjaran kepada pembekal tenaga.

Bagi saya terdapat beberapa kedangkalan di sini. Pertama sekali, saya rasa 14 peratus itu dianggap cukup rendah, terlalu rendah. Kalau dilihat sebagai perbandingan piawai di European Union di Kesatuan Eropah contohnya, ia adalah 27 peratus, berdasarkan kepada combine heat and power quality bagi biomass, piagam CHP Quality.

Itu yang ditetapkan di European Union. Saya faham bahawa mungkin industri kita tidaklah sampai ke tahap kematangan Kesatuan Eropah tetapi untuk meletakkan kadar kecekapan pada 14 peratus berbanding dengan international standard 27 peratus, dan bukan hanya mandated by-law, minimum level of the efficiency dengan izin, tetapi hanya diletakkan sebagai ganjaran 14 peratus agak rendah.

Kedua, model kadar kecekapan kita bukan bersifat kelayakan tetapi lebih kepada insentif. Manakala kalau kita ambil international best practices contohnya di European Union, sistemnya lebih ketat dan merujuk kepada kelayakan minimum untuk layak mendapatkan geran serta subsidi.

final • 4:03 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Jadi terdapat banyak perbezaan dari segi insentif serta hala tuju kita dalam aspek kadar kecekapan efficiency rate itu sama ada is good to health or sama ada we must have it. Jadi antara insentif dan keperluan untuk kita ada satu tahap kecekapan yang ditetapkan oleh undang-undang sebelum duit wang rakyat tax payers money dengan izin diguna pakai untuk membayar insentif tersebut. Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

final • 4:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Rembau berkenaan dengan tadi tahap kecekapan minimum. Kita terbaca dalam media, sebelum ini ada sudah usaha- usaha syarikat-syarikat yang ingin membina, yang telah membina penjana kuasa IPP melalui renewable energy ataupun biomass ini. Ada satu pelan penjana kuasa ini yang mana mempunyai hubungan kongsi dengan kerajaan Jepun tetapi kerajaan Jepun ataupun syarikat Jepun yang joint-venture dengan syarikat tempatan ini menarik diri kerana pelan itu tidak berupaya untuk menjana tenaga secara green technology.

Maka dia pull out sebelum pelan itu diwujudkan dan saya khuatir syarikat-syarikat yang telah mewujudkan kilang-kilang penjana kuasa ini yang tidak efisien secara energy ini akan membuat permohonan kepada kerajaan untuk mendapatkan bonus tadi, untuk mendapatkan Feed-in Tariff – subsidi.

final • 4:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Dan pada akhirnya tujuan kita untuk menjana kuasa secara hijau ini tergendala ataupun terbantut kerana kewujudan kilang ini sendiri ataupun pelan ini sendiri tidak berdasarkan syarat-syarat hijau tadi.

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Saya setuju, mungkin yang dimaksudkan adalah yang berlaku di FELDA Lepar Hilir antara FELDA dan syarikat daripada Jepun. Akan tetapi saya tidak pasti kedudukan terkini tetapi mungkin ini masalahnya sebab ini bukan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, ini bukan permohonan untuk mendapat pembayaran, ini adalah return in law.

Jikalau kita melihat kepada sumber tenaga boleh baharu muka surat 48-49 rang undang-undang ini di bawah biojisim diletak penggunaan sistem penjanaan elektrik berasaskan stim dengan kecekapan keseluruhan melebihi 14 peratus sudah mendapat kadar tarif galakan dan juga kadar pengurangan tahunan yang telah ditetapkan dalam undang-undang ini. Jadi dia sudah di tetapkan.

final • 4:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Terlalu rendah.

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terlalu rendah, memang terlalu rendah tahap kelayakan ataupun kecekapan itu terlalu rendah. Ini untuk makluman Yang Berhormat Menteri ini bukan saya rasa bukan tentang penetapan high rate of efficiency level yang mungkin disandarkan oleh segelintir pihak sebagai barriers of entry, susah hendak dimasukkan dalam industri tersebut. Akan tetapi kita mahukan agar kerajaan tidak membelanjakan wang bagi membayar ketidakcekapan, kita mahukan tenaga renewable energy ini yang benar-benar cekap dan menepati piawai tenaga bersih seperti mana yang ditetapkan oleh best practices ataupun amalan yang terbaik di peringkat antarabangsa.

Sekiranya kita tidak serius dalam isu efficiency rate ini, saya risau bahawa kita hanya melepas batuk di tangga seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud...

final • 4:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Yang Berhormat Rembau.

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Dan kita hanya memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk menubuhkan kilang-kilang ataupun loji-loji ini tetapi sebenarnya tidak memberi komitmen kepada penjanaan renewable energy yang betul-betul green sebab tahap kecekapan mereka tidak sampai kepada tahap yang memuaskan. Sila.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon pandangan Yang Berhormat Rembau sebab kerajaan kita pun telah berjanji kepada masyarakat antarabangsa untuk mengawal dari segi pembakaran karbon ke udara sebanyak 40 peratus.

Adakah pandangan Yang Berhormat Rembau sebab – mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan satu kerjasama, terutamanya macam negara Jerman yang telah maju dalam bidang renewable energy ini sebagai suatu partnership program untuk long terms supaya kita dapat mengawal dari segi perbelanjaan kita dan kita tidak menyalahgunakan dari segi peruntukan wang rakyat.

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Silam. Saya tidak ada masalah sekiranya kita hendak bekerjasama dengan yang terbaik di dunia dari segi renewable energy dengan syarat kita dapat pemindahan teknologi supaya kita dapat membangunkan industri kita sendiri. Kita hendak pastikan bahawa indigenous industry kita, keupayaan dan kapasiti dari segi pengusaha-pengusaha tenaga tempatan dapat kita tingkatkan. Akan tetapi kalau kita perlu belajar daripada mereka, daripada antarabangsa negara-negara lain tidak ada masalah buat waktu yang permulaan untuk industri ini.

Berbalik kepada isu tadi, saya ingin tegaskan sekali lagi ini menjadi satu perkara yang kritikal terutama sekiranya kelompangan yang saya sebutkan tadi menjadi peluang yang boleh di exploit bagi segelintir pihak.

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya bagi contoh kepada Yang Berhormat Menteri dalam hal ini sebelum saya pindah kepada isu lain, pada masa sekarang tidak banyak kilang pemprosesan kelapa sawit yang giat di dalam menukarkan biomass kepada renewable energy. Kita cuba galakkan mereka untuk tukarkan biomass mereka waste mereka kepada renewable energy.

Apa yang saya bimbang dengan rang undang-undang ini adalah jika kemudiannya ramai pihak tertentu yang hendak exploit apa yang saya sebutkan tadi ini membeli kelapa sawit dari kilang-kilang kelapa sawit tersebut dan kemudian memprosesnya kepada renewable energy pada kadar kecekapan yang rendah dan mungkin cukup ditakuk 14 peratus bagi mendapat imbuhan bonus.

Jadi kita meletakkan satu structure di mana barriers to entrynya cukup rendah dan hanya boleh mewujudkan syarikat-syarikat yang tidak komited kepada usaha untuk membangunkan industri renewable energy dengan izin, tetapi hanya hendak mengambil kesempatan dengan geran ataupun bonus pembayaran bonus yang telah ditetapkan. Kita tidak mahu perkara seperti ini menjadi-jadi kerana tanpa kelayakan minimum, kecekapan minimum yang tinggi umpama menjadi satu caret ataupun satu insentif kepada penyalahgunaan undang-undang ini.

Kedua Tuan Yang di-Pertua adalah soal feed-in tariff (FIT) secara lebih detail lagi ya. Pendekatan Feed-in Tariff ini saya rasa satu yang perlu bagi menjamin...

final • 4:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat Rembau could I...

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yes, of course.

final • 4:10 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan kelemahan dalam rang undang-undang ini, jika kita tengok rang undang-undang ini dia bergantung pada commercial, pada pihak swasta kita bagi dia Feed- in Tariff, kita bagi dia galakkan finance untuk memperkembangkan tenaga boleh baharu.

Akan tetapi mungkin isu sumber-sumber macam wind power katakannya ataupun kita pakai solar dengan pakai garam, teknologi itu belum lagi dipastikan tetapi teknologi seperti itu mungkin tidak akan dikembangkan oleh pihak swasta kerana risiko dia tinggi.

Jadi adakah satu kelemahan dalam rang undang-undang ini untuk bergantung hanya pada pihak swasta untuk membina, untuk mempelopori bidang ini. Is there a role of government as well? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan satu soalan falsafahlah, philosophical question yang perlu dijawab dengan teliti sama ada peranan untuk kerajaan membangunkan renewable energy. Saya jawab beginilah dan saya serah kepada Yang Berhormat Menteri untuk jawab soalan falsafah itu, philosophical question itu.

Pertamanya dari segi industri ini, saya percaya perlu dipelopori oleh sektor swasta sebab kita meletakkan pelbagai insentif dan kita bagi mereka take on the risk dengan izin investment risk, the cost of execution dan lain-lain lagi untuk memastikan bahawa mereka dapat pulangan daripada perkara ini dengan syarat-syarat yang kita tentukan dari segi pengurangan perlepasan karbon, dari segi efficiency rate dan sebagainya. Itu penting dari segi regulatory perspective daripada pihak kerajaan.

Kedua, tidak begitu tepat untuk mengatakan bahawa akta ini tidak menggalakkan dari segi solar. Jikalau kita lihat photovoltaic suria itu diletakkan sebagai satu sumber tenaga boleh baharu (renewable energy) yang akan dapat galakkan daripada syarikat swasta. Jadi kalau kita lihat kepada sektor solar energy dengan kos yang menurun pada waktu ini walaupun kos masih lagi tinggi, dengan akta ini di mana kenal pasti solar energy sebagai salah satu sumber barangkali adalah satu tanda bahawa the cost of investment dengan izin, sudah menurun untuk dapat mereka masuk.

Daripada segi wind dan sebagainya saya difahamkan bahawa kerajaan masih lagi menggalakkan research dan development dalam hal ini. Cuma masalahnya adalah high cost dan soalan falsafahnya, philosophical question nya adalah sama ada kita minta kerajaan untuk buat pelaburan dalam satu sumber yang masih lagi memerlukan kos pelaburan yang terlalu tinggi...

final • 4:10 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Tanpa pulangan yang jelas kepada rakyat.

Sikit ya.

final • 4:20 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Saya cuma ingin – terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin bertanya pandangan Yang Berhormat tadi mengatakan tentang kajian masih dibuat untuk teknologi angin ini. Pada saya, sepatutnya kerajaan memasukkan semua tarif dalam jadual akta rang undang-undang ini supaya siapa-siapa yang berminat untuk mewujudkan kilang penjana tenaga dalam menggunakan tenaga angin boleh dibuat akan tetapi ada tarifnya di dalam jadual tersebut. Itu yang saya katakan tadi patut kerajaan menggalakkan penggunaan angin ini.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Ya, fair point, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua saya masukkan celahan daripada Yang Berhormat Kota Belud dalam ucapan saya.

Pergi kepada soal Feed-in Tariff Tuan Yang di-Pertua. Ini penting untuk kita dapat jaminan daripada kerajaan supaya industri ini mapan ataupun sustainable untuk sektor swasta yang terlibat dalam renewable energy.

Sebagai contoh, kalau sumber dalam angin kita melihat mendapat tarif 23 hingga 35 sen bagi setiap kilowatt selama 21 tahun, biomass 24 hingga 35 dan sebagainya seperti mana yang ditetapkan. Saya difahamkan bahawa objektif ini adalah untuk memastikan pulangan antara yang telah ditetapkan, antara 5 peratus hingga 13 peratus bagi pelaburan dalam tenaga boleh baharu, dalam renewable energy, yang saya rasa adalah satu garis panduan dari segi target, dari segi matlamat yang adil kepada pelabur, 5 peratus to 13 peratus returns kepada investment mereka.

Cuma saya ingin tanya beberapa perkara mengenai FiT ini. Pertamanya adalah impact daripada FIT kepada tarif akhir yang dikenakan kepada pengguna, baik pengguna persendirian mahupun industri. Perkara ini kita kena sentuh sebab akhirnya, walaupun kita hendak mewujudkan satu industri yang mapan dari segi penjanaannya, pada akhirnya kita juga kena melihat kepada kos kepada rakyat sama ada penjanaan dengan Feed-in Tariff yang telah ditetapkan ini akan melihat kepada satu ketika nanti dan bila pengurangan kos penjanaan electricity ataupun elektrik kepada rakyat.

Kita hendak pastikan bahawa kelangsungan dari segi pulangan yang wajar kepada pengusaha serta kadar yang berpatutan kepada pengguna. Jadi, mungkin saya minta menteri memberi gambaran tentang kesan renewable energy ini sekiranya kita dapat meningkatkan penjanaan renewable energy dalam masa yang akan datang kepada rakyat dari segi kesan untuk kosnya.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai infrastructure. Kalau kita lihat kos infrastructure untuk kita betul-betul memastikan bahawa renewable energy ini berjaya masih lagi terlalu tinggi. Tidak ada satu sinergi yang boleh kita melihat untuk memastikan bahawa contohnya, kilang-kilang pemprosesan kelapa sawit dapat di integrate dengan cekap kepada grid yang ada. Pada masa sekarang saya bagi contoh, yang hanya 25 peratus daripada kilang-kilang pemprosesan kelapa sawit terletak dalam jarak 5 kilometer daripada jajaran.

Ini menyusahkan dari segi komitmen kita sebab kita target, kita sasarkan bahawa biomass daripada kelapa sawit adalah antara penyumbang terbesar dalam renewable energy peringkat yang awal. Akan tetapi sekiranya lebih daripada 75 peratus daripada kilang-kilang pemprosesan duduk jarak yang begitu jauh, maka kita melihat cost of integration ini tinggi. Tidak ada sebarang insentif dalam rang undang-undang ini kepada pengilang-pengilang ini untuk menjana tenaga baharu dari sumber biomass kerana kos pendawaian dan penyambungan memerlukan sekitar RM1 juta bagi setiap kilometer. Ini estimate yang ada.

RM1 juta untuk connect daripada kilang pemprosesan kelapa sawit ke main grid yang ada. Jadi kalau Menteri boleh bayangkan sekiranya ia jauh 5 kilometer, 10 kilometer dan sebagainya, the cost dan tidak ada financial incentives daripada government untuk memastikan bahawa peringkat paling awal itu dapat disempurnakan oleh mereka ini.

final • 4:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Jadi, saya pohon apakah pandangan dan model pembiayaan serta pembinaan infrastructure yang boleh difikirkan kerajaan bagi mengatasi masalah infrastructure ini, kalau kita serius untuk memastikan bahawa biomass ini menjadi satu bahan utama bagi renewable energy.

Keempat, Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai ketaraan grid ataupun grid parity. Grid parity ini untuk makluman Dewan adalah kos tenaga yang dikeluarkan itu adalah sama ataupun lebih murah daripada kos bagi tenaga sistem grid yang sedia ada.

Secara ringkasnya, selama mana pengusaha tenaga renewable energy tidak mencapai grid parity ini mereka akan terus mendapat bayaran galakan daripada kerajaan. Ini satu insentif supaya the cost of electricity generation and transmission is the same at existing grid, dengan izin.

Saya hendak utarakan di sini adalah supaya kita tetapkan bahawa kadar ketaraan grid ataupun grid parity ini hendaklah dicapai dalam tempoh tertentu. Kita bagi insentif yang open ended pada waktu ini kepada penjana-penjana renewable energy. Saya bagi contoh, di Thailand kontrak subsidi tenaga di sana cuma hanya untuk tujuh hingga sepuluh tahun sahaja. Manakala di Malaysia minta maaf, bukan open ended ya. Di Malaysia kita bagi dengan tempoh antara 16 hingga 21 tahun.

Sekiranya kita serius dan kita hendak melihat kepada komitmen untuk memastikan bahawa penyambungan kepada grid dan melihat kepada grid parity itu berjalan dengan masa yang terdekat supaya komitmen kita lebih ketat dan lebih serius. Saya sarankan agar ditetapkan agar tempoh mungkin 10 tahun sama seperti Thailand ditetapkan bagi mencapai ketaraan grid ataupun grid parity supaya kita boleh memendekkan jumlah bayaran tariff galakkan dan menjimatkan kepada kerajaan.

Kita jimatkan duit kerajaan dan kita pastikan bahawa industri ini dapat galakan, push factor untuk mencapai status yang lebih maju lagi. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, di samping saya diberi peluang ini saya ingin bangkitkan dua isu sampingan yang ada kaitan dengan soal tenaga di negara kita ini. Pertamanya, adalah untuk pengurangan kadar lebihan tenaga, access capacity yang setakat ini mencecah 53 peratus kepada 25 peratus pada tahun 2015.

Saya hendak tanya, bagaimanakah sumbangan akta ini ataupun rang undang- undang ini dapat menyumbang ke arah itu dengan cara bagaimana kita dapat mengurangkan access capacity, reserve capacity ataupun margin yang ada di kalangan ITP pada waktu ini. Soalan yang berkaitan, ini soalan pokok yang kalau kita bincang soal penjanaan tenaga pada hari ini kita tidak boleh lari daripada soalan ini sebab kita hendak melihat pada mix, pada kepelbagaian penjanaan.

Saya hendak tanya sama ada rang undang-undang ini dengan pembangunan renewable energy industry ini akan dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada PPA yang ada dan sama ada perkara ini akan membenarkan kita merunding semula dengan lebih tegas lagi terma-terma untuk generasi pertama PPA yang ada dengan ITP dan apakah status rundingan semula itu. Bilakah kita akan mendengar berita yang baik dengan satu PPA yang revise, yang telah dikemas kini, yang lebih adil kepada kerajaan dan kepada rakyat. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Klang, selepas Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Hulu Langat. Sila.

final • 4:20 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia ini khususnya Menteri berkenaan dengan membangkitkan pandangan industri nuklear, pada masa kini mengenai penggunaan tenaga nuklear di dunia ini. Baru-baru ini Financial Times telah mengadakan satu edisi khas untuk bincang mengenai industry thrown into turmoil... [Merujuk kepada Financial Times] Iaitu industri nuklear. Dalam perbincangan di Financial Times ini ada satu quote, petikan daripada the Chief Executive untuk International Energy Agency iaitu Nobuo Tanaka.

final • 4:28 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Beliau menyatakan bahawa, dengan izin, “the role of nuclear power and the global energy supply maybe less than previously forecast following the events in Japan. Building nuclear power or expanding nuclear power may mean more costs or more delay, he said.

This means the nuclear option may not play a big role as we have predicted”. Ini Financial Times. Kita juga dapati pandangan yang sama yang dikeluarkan menerusi Reuters dengan headlines mereka, “Japans Nuclear Crisis Sportlights Prospects for Renewables”. Di mana PricewatershouseCoopers dalam laporan mereka March 28 pada tahun ini mengatakan bahawa, “…whatever the exact outcome of the Fukushima events are likely to shift the energy policy balance towards renewables”.

final • 4:28 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Laporan itu juga mengatakan bahawa dengan izin, “Japan one of the world’s top nuclear power generators and the key advocate of the technology, plans a review of policy to tap sources such as solar. China too may double his target for photovoltaic capacity of the next five years and Taiwan is studying cutting nuclear output. Germany and Switzerland are either shutting older reactors or suspending approvals...” dan juga Taiwan juga mengatakan bahawa, that they were studying plans to cut nuclear power output. Akan tetapi di Malaysia, kita hendak meneruskan rancangan nuklear, rancangan pelan untuk membina dua loji nuklear pada tahun 2021 dan 2022. Saya harap bahawa Menteri berkenaan dan juga Perdana Menteri akan mengulang kaji pandangan mereka memandangkan penukaran fikiran dalam dunia khususnya dalam industri nuklear.

Tuan Yang di-Pertua, semalam rakyat Malaysia khususnya rakyat Klang telah mencipta satu sejarah baru. Mereka telah keluar beramai-ramai untuk membantah rancangan Kerajaan Pusat untuk membina loji nuklear di negara ini. Pembantahan rakyat Klang merupakan titik pertama atau permulaan dalam siri bantahan pembinaan loji nuklear yang akan dianjurkan di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Miri. Semalam juga merupakan satu hari yang agak memalukan.

Seramai 500 anggota polis telah digunakan dan digerakkan untuk mengganggu dan menakut-nakutkan rakyat Klang yang hendak berkumpul secara aman untuk mengeluarkan pandangan mereka. Kereta diperiksa, wanita dan anak muda belia diugut.

Perangai dan tindakan polis berlagak seperti gengster tetapi – ini yang penting, tetapi pada hari yang sama, pada tengah hari yang sama pada pukul 2.30, ahli-ahli UMNO dan satu kumpulan tajaan UMNO iaitu GAPS dibenarkan berhimpun di hadapan IPD Klang Utara untuk protes tanpa ada permit tetapi tidak ada larangan daripada Kementerian Dalam Negeri khususnya Polis Klang Utara.

Langsung tidak ada larangan tetapi untuk perhimpunan aman, untuk mengeluarkan perbantahan mereka, 500 anggota polis digunakan untuk kacau, untuk mengugut rakyat yang hak mereka telah di violated. Ini adalah law of the jungle ataupun UMNO’s law of the jungle... [Tepuk] Kepentingan UMNO didahulukan dan hak rakyat dipinggirkan. Jelas bahawa rakyat negara ini tidak ada hak untuk bersuara demi menjamin kepentingan keluarga mereka, masyarakat tempatan dan juga negara dan jelas pihak polis tidak menghormati hak untuk bersuara. Satu hak yang dijamin oleh perlembagaan negara kita. Propaganda kerajaan pusat mengatakan ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’ hanya retorik dan omong-omong sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menyuarakan kebimbangan mereka terhadap rancangan kerajaan di dalam membina dua jana kuasa nuklear yang sedia beroperasi pada tahun 2021 dan 2022 di bawah Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan lima sebab mengapa kerajaan perlu menarik balik program penjanaan kuasa nuklear ini. Pertama, kos ekonomi buat tenaga nuklear. Pandangan kerajaan bahawa tenaga nuklear adalah sumber tenaga yang murah adalah salah dan pandangan ini harus diulang kaji.

Sekiranya kita meninjau kepada data seluruh dunia secara sepintas lalu, ia menunjukkan keadaan sebaliknya. Kebanyakan pengeluar nuklear di seluruh dunia telah mengalami significant delays dan overrun dan masalah ini merupakan endemik dalam industri nuklear ini. Ini bermakna bahawa kos pembinaan akan melambung tinggi, lebih daripada apa yang dijangkakan.

final • 4:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Projek-projek pembinaan loji nuklear di Korea Selatan dan Jepun mengalami peningkatan kos sebanyak 25 peratus dalam kos purata dan di Finland pula angka ini menjangkau lebih kurang 90 peratus. Oleh yang demikian, ketidaktentuan kewangan ataupun financial uncertainties bagi tenaga nuklear adalah serius sehingga hampir kesemua projek memerlukan sokongan dan dukungan daripada kerajaan dari segi jaminan pinjaman dan juga subsidi. Malah Wall Street juga telah menjelaskan bahawa projek-projek nuklear tidak boleh mendapat funding daripada financial market.

Perkara ini jelas dinyatakan di dalam kajian yang dibuat oleh universiti ataupun Massachusetts Institute of Technology, satu institusi pendidikan masyhur yang menyokong kegunaan tenaga nuklear. Satu kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa kos untuk membina 75 buah loji-loji nuklear daripada tahun 1966 hingga 2007 telah berganda dua kali daripada apa yang dijangka atau initial projections. Kos initial ialah lebih kurang USD89.1 bilion tetapi kos yang sebenarnya melambung kepada USD283.3 bilion dan ini tidak termasuk fuel storage dan juga decommissioning.

Wall Street juga bersama penganalisis tenaga bebas bersetuju bahawa anggaran kos tenaga nuklear yang paling tepat pada masa ini adalah pada kadar purata 50 sen – kWh berbanding dengan purata negara kita iaitu 30 sen kWh. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mestilah mengambil kira fakta-fakta ini agar memberhentikan projek tenaga nuklear gergasi ini berdasarkan kepada myth of cheap nuclear power, dengan izin.

Kerajaan harus realistik dalam hal ini. Reputasi Malaysia dalam pengurusan projek mega adalah lemah dan kos overrun termasuk ketirisan dan rasuah yang hanya akan membawa risiko kewangan dan akhirnya akan ditanggung oleh pihak kerajaan dan rakyat negara ini...

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Yang Berhormat Klang.

final • 4:30 PM

Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago - Klang

Okey.

final • 4:30 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang tadi mengenai kos loji nuklear ini. Saya nak tanya beberapa soalan kepada Yang Berhormat Klang, mungkin dapat pandangan daripada beliau. Yang pertamanya, kalau kita kerisauan, antara kerisauan Yang Berhormat Klang adalah daripada segi pembinaan, infrastruktur dan juga ketirisan rasuah yang disebutkan tadi dan sebagainya. Kalau kita buat, kalau dilaksanakan, contohnya melalui tender terbuka antarabangsa, taraf antarabangsa untuk memastikan bahawa tidak ada ketirisan dalam pelaksanaan pembekalan perolehan projek ini. Jikalau dilaksanakan dengan project management yang bertaraf antarabangsa supaya tidak ada kos overrun, supaya tidak ada delay, supaya kerajaan tidak perlu bayar Liquidated and Ascertained Damages (LAD) kepada syarikat yang berkenaan, apakah itu satu pendekatan yang boleh diterima? Itu yang pertama.

Yang kedua mengenai kos ini, perkara ini saya rasa bukan satu perkara yang black and white sebab kalau kita lihat memang kos pembinaan tinggi. Akan tetapi mana sahaja kajian yang menunjukkan bahawa kos of the commissioning, cost storage of waste secara jangka masa panjang campur dengan penjanaan, kos nuklear masih lagi lebih murah daripada kos untuk menjana tenaga elektrik daripada arang batu, daripada minyak, daripada gas asli.

Jadi, daripada kos, hujah daripada kos ini sukar untuk kita terima sebab masih lagi menunjukkan bahawa setiap kajian, walaupun kajian yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Klang, setiap kajian menunjukkan kebanyakannya adalah kos penjanaan masih lagi rendah termasuk decommissioning, termasuk waste dan lain-lain kos pembinaan. Jadi, saya minta kalau kita bantah daripada segi keselamatan, daripada segi impak kepada rakyat dan juga kepada alam sekitar mungkin adalah hujah yang kukuh tetapi daripada segi kos mungkin agak lemah sikit. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya sebenarnya fikir bahawa dua daripada tiga soalan ini harus dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tetapi saya fikir walaupun kita gunakan open tender tetapi jelas pengalaman di negara-negara lain mengatakan bahawa kos overrun itu memang systemic in the industry.

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kita dapati bahawa di Jepun, Amerika Syarikat dan juga di Eropah bahawa kos overrun ini merupakan satu isu yang diaccept oleh semua pengkritik-pengkritik dan para- para analisa dalam isu ini. Akan tetapi isu sekarang di hadapan kita sekarang ialah saya sokong pendapat Yang Berhormat bahawa isu keselamatan juga penting. Isu keselamatan saya akan bincang tetapi isu open tender dan menggunakan international protocols sebagainya soalan itu harus dijawab oleh pihak Menteri.

Isu kedua yang hendak saya bincang ialah isu berkaitan dengan Program Transformasi Ekonomi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga berkenaan dengan isu tenaga nuklear. Tuan Yang di-Pertua, Program Transformasi Kerajaan menjangka 90 peratus atau lebih kurang 92 peratus daripada wang pelaburan untuk menjayakan rancangan-rancangan yang diaturkan di bawah ETP akan datang daripada pihak swasta.

Apabila berbincang dengan ETP, Yang Berhormat Menteri sudah keluar... [Ketawa] Takut kah Yang Berhormat Menteri?

Agensi Credit Standard and Poor mengatakan bahawa kos pembinaan loji nuklear di Malaysia akan mencecah lebih kurang RM50 bilion dan bukan RM21 bilion yang dijangka oleh pihak kerajaan. Soal di hadapan kita ialah siapa yang akan membiayai projek ini?

Pelabur manakah yang akan melabur wang sebegitu besar untuk membina loji-loji ini?

Tambahan pula dalam keadaan dunia kini it is very difficult to raise wang yang begitu besar menerusi capital markets. Ini menunjukkan bahawa kerajaan dan pembayar cukai akan absorb kos pembinaan dua loji ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberitahu Dewan yang mulia ini where is the money coming from in order to help bail the two nuclear reactors? Adakah kerajaan akan menyediakan dana untuk pembinaan loji nuklear ini sebab kalau kerajaan menyediakan dana untuk pembinaan loji ini, ini akan bercanggah dengan matlamat Program Transformasi Ekonomi. Saya harap semasa Yang Berhormat Menteri menggulung, Yang Berhormat Menteri akan dapat memberitahu kita di mana wang ini akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, industri tenaga nuklear tidak akan memberi....

final • 4:40 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Mencelah sedikit. Boleh?

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya pandangan daripada Yang Berhormat Klang memandangkan Yang Berhormat begitu bertegas dan tidak suka kepada program nuklear energy ini. Apakah pilihan kita sebenarnya apabila kita tahu fakta bahawa sumber tenaga yang kita sangat bergantung pada hari ini iaitu petrol dan gas? Ini merupakan the depleting resources dan kita telah diberitahu tidak lama lagi kita akan menghadapi masalah kekurangan bekalan resources ini.

Jadi apakah pilihan kita? Adakah renewable energy dalam bentuk biomass dan juga sumber angin dan air cukup untuk menampung keperluan kita di masa akan datang dengan keadaan di mana resources yang saya sebutkan tadi akan kehabisan? Kalau kita tidak ada alternatif ataupun bekalan yang secukupnya selain daripada apa yang kita ada hari ini, apa akan jadi kepada negara kita dari segi pertumbuhan ekonominya? Ini kerana kita menghadapi bilangan penduduk yang terus bertambah. Dalam tahun 2020 mungkin penduduk kita akan menjadi 33 juta orang dan the piece of industrialization economic development, dengan izin, mungkin berlipat ganda. Jadi apa pilihan kita? Kita boleh menentang tetapi minta cadangan apa pilihan kita. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Jawapan saya secara am kepada Yang Berhormat Pasir Salak ialah kita mesti fokus kepada renewable energy iaitu kalau tenaga boleh diperbaharui itu kita kena fokus. Jangan kita melupakan bahawa tenaga nuklear bukan renewable energy. Itu isu lain tetapi kerajaan sekarang hendak melaksanakan satu program yang pada pandangan saya akan menjadi masalah kepada negara sendiri. Saya carry on.

Tuan Yang di-Pertua,..

final • 4:40 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Oh! Boleh celahkah sekarang?

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Saya hendak satu ruling dari Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, tajuk yang kita hendak bincangkan dalam rang undang- undang ini ialah tenaga boleh diperbaharui bukan nuklear. Apa yang saya nampak ramai Ahli-ahli Yang Berhormat bincang tentang nuklear. Kita tidak ada berkaitan dengan nuklear.

Jadi saya rasa tidak perlulah kita buang masa. Saya rasa satu atau dua minit bolehlah.

Seperti Yang Berhormat Klang ini satu ucapan semuanya tentang nuklear. Kenapa?

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Itu ucapan dasar Yang Berhormat Menteri, jangan lupa.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri minta saya buat ruling. Saya mendengar daripada semalam – pagi tadi sebenarnya, Yang Berhormat Seputeh berhujah dan sampai sekarang memang saya nampak ramai Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh soalan nuklear. Akan tetapi Yang Berhormat Klang sendiri pun mengatakan bahawa nuklear ini bukan renewable energy. Jadi saya bersetuju, sepatutnya kita boleh buat satu misalan atau sentuhan sedikit tetapi bukan jadi pokok perbahasan. Sila Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, sebelum membuat keputusan saya fikir oleh kerana ramai Ahli Parlimen yang membangkitkan isu nuklear ia harus dijawab oleh pihak Menteri. Itu pertama.

Keduanya, sekarang isu nuklear menjadi fokus dalam negara kita di mana kerajaan telah menyatakan mereka akan melaksanakan program yang akan menelan wang sebanyak RM22 bilion. Itu adalah jumlah yang besar dan juga ada banyak isu berkaitan keselamatan, kos dan sebagainya mengenai kegunaan nuclear energy. What we are also talking about is the energy mix dan nuclear energy itu adalah part of the mix. Oleh itu kita harus bincang isu ini.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sudah habiskah?

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Oh ruling?

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya tidak mahu berbalah atau berjawab dengan Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat, saya sudah sebut tadi supaya kita fokus kepada undang-undang yang di hadapan kita. Saya tidak membantah Yang Berhormat telah bercerita panjang lebar bahkan saya tidak ada sebut salah tetapi sebenarnya kita sepatutnya fokus kepada undang-undang di hadapan kita. Itu yang saya sebut jadi tidak perlulah rebat apa yang saya sebut Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Okey terima kasih. Saya akan carry on dan teruskan tetapi sebelum saya teruskan ada satu soalan sahaja dalam isu nuclear energy dan saya akan fokus kepada renewable energy. Soalan itu adalah soalan yang saya tujukan kepada Yang Berhormat Menteri dan ini saya dapati daripada magazine yang dipanggil Nature iaitu journal scientific yang dikeluarkan pada tahun 2007. To avert catastrophic global warming, why pick the slowest, the most expensive, most limited, most inflexible and riskiest option? Nuclear generation is just impairment to sustainable electricity.

final • 4:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab soal ini. Isu terakhir yang saya akan bangkitkan Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai isu Malaysia as a model nation dalam pelaburan renewable energy untuk tahun 21st century. Malaysia tidak mempunyai sebarang alasan kerana kita mempunyai sumber-sumber minyak, gas, biomas, hidro malah kita mempunyai keterikan cahaya matahari yang mampu menjana tenaga solar malah Malaysia merupakan negara the third largest producer of solar panel in the world tetapi tidak digunakan dalam negara sendiri. Perbandingan dengan tenaga nuklear, tenaga boleh baharu tidak boleh mengakibatkan bahaya kepada keselamatan rakyat.

Sebagai tambahan kos tenaga elektrik dari bentuk tenaga boleh baharu seperti menumpukan kepada terma solar boleh diperolehi semurah 15 sen KWH pada 2020 jauh lebih murah daripada purata yang dibayar sekarang iaitu 30 KWH. Lebih kurang peluang pekerjaan boleh disediakan bagi mengeluarkan tenaga hijau ini.

final • 4:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kerajaan menganggarkan 2,600 pekerjaan ataupun peluang pekerjaan boleh diwujudkan melalui projek-projek tenaga nuklear dan kerja ini memerlukan kepakaran tertentu dan kemungkinan besar pekerjaan ini akan diambil oleh pakar-pakar luar negara.

Kajian komprehensif yang dijalankan oleh University of California di Berkeley mengatakan bahawa penjanaan sumber tenaga menerusi sumber tenaga boleh baharu iaitu renewable energy dalam bentuk solar vortex gambar TV atau panel solar, termal solar, angin dan geoterma akan menghasilkan secara purata 2.7 kali ganda lebih banyak peluang pekerjaan berbanding dengan nuklear. Jelas di sini bahawa pelaburan di dalam tenaga nuklear bukanlah satu jalan terbaik di dalam memberi peluang pekerjaan dan juga peluang untuk small and medium industries.

final • 4:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tadi Yang Berhormat sebut beberapa penemuan termasuk geoterma dan sebagainya tapi kalau kita semak dalam akta ini tidak nampak kerajaan secara jelas meletakkan kolum yang menunjukkan bahawa kita akan pergi kepada soal geoterma, biodiesel dan sebagainya. Jadi nampaknya ada sesuatu kekurangan yang sangat jelas yang kerajaan tidak memberikan penumpuan umpamanya seperti yang disebut ialah biomas, small hydro power, solar dan biogas dan sebagainya tapi tidak disebutkan dalam kolum ini yang sepatutnya bagi saya bahawa kita harus melihat kepada soal geoterma dan juga kepada biodiesel dan sebagainya. Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sepatutnya kerajaan perlu meletakkan satu walaupun kita tidak tahu bila yang harus kita terokai dan sebagainya tetapi perlu ada satu yang lebih jelas.

Yang keduanya ialah soal kita bercakap ini kita tidak boleh hanya bercakap soal tenaga boleh diperbaharui tetapi yang penting ialah polisi tenaga yang saya fikir bahawa tidak begitu jelas dalam negara kita sehingga menyebabkan kita tidak tahu apa hala tuju yang sebenarnya yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan.

final • 4:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Isu kedua Yang Berhormat bangkitkan iaitu polisi tenaga itu salah satu isu yang saya juga ingin bangkitkan sebab pada pandangan saya dan saya telah bincang dengan beberapa kawan saya yang terlibat dalam isu tenaga dan sebagainya mengatakan bahawa Malaysia tidak pada masa kini ada satu energy policy sebenarnya. So, saya pun agak confused sedikit sebab kalau kita tidak ada satu polisi yang komprehensif, satu dasar tenaga yang komprehensif dan menyeluruh maka what is the role of this bill. What is the role of this bill? Kalau kita tidak ada komprehensif polisi tenaga.

Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya fikir masa sudah sampai untuk kerajaan dan saya harap bahawa bila Yang Berhormat Menteri menggulung pada petang ini atau pada pagi esok bahawa beliau akan mengatakan bahawa kita akan fokus kepada pertumbuhan dan perkembangan tenaga boleh baharu dan dengan itu juga akan mengumumkan kepada kita bahawa pembatalan pembinaan nuklear akan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih. Berkaitan dengan soal dasar ataupun polisi tenaga yang sangat tidak begitu jelas sebab saya berpendapat Yang Berhormat bahawa kerajaan seharusnya melihat secara komprehensif, menyeluruh termasuk sebab kita bukan sahaja hendak mencari sumber tenaga baharu tetapi kita hendak supaya bagaimana penjimatan tenaga itu boleh dilakukan. Umpamanya dasar penggalakan insentif untuk rakyat menggunakan kereta yang lebih kecil umpamanya supaya kita tidak perlu menggunakan bahan bakar yang lebih banyak. Begitu juga dasar yang tidak begitu jelas supaya tidak digalakkan untuk orang menggunakan tenaga ini pada waktu puncak. Di waktu siang hari orang membasuh dan sebagainya menggunakan washing machine, pada waktu yang sama pada waktu itu factory juga mengguna dan ini akan memberikan kesan kepada penggunaan tenaga yang berlebihan.

Jadi sebab itu bagi saya bahawa tidak ada satu yang dilaungkan termasuk juga penjimatan sebab kalau yang bersetuju kita tengok bangunan PWTC UMNO hari-hari pasang sampai tengah malam. Saya anggap bahawa membazirlah UMNO ini. UMNO membazir tenaga. Bangunan tersergam hendak tunjuk cantik tapi...

final • 4:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Itu cara UMNO untuk menerangkan segala fakta-fakta yang diselewengkan oleh Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Mahfuz bin Omar - Pokok Sena

Tidak, tidak. Saya tidak ada masalah kalau UMNO hendak menerangkan persoalan apa yang dia buat tetapi satu dia pasang menggunakan tenaga yang begitu banyak. Yang kedua mengganggu konsentrasi orang untuk memandu. Ini sangat berbahaya kepada keselamatan jalan raya. Jadi saya fikir UMNO patut fikir secara lebih luaslah.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ini bukan UMNO Yang Berhormat. Ini kerajaan.

final • 4:50 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Ketawa] Tidak, tidak sebab bagi saya UMNO ini sebuah parti yang menguasai kerajaan sekarang ini sepatutnya dia kena memahami persoalan dasar penjimatan termasuk juga dalam content menterjemahkan dasar dan polisi tenaga secara yang lebih jelas. Jadi Yang Berhormat bersetuju?

final • 4:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Boleh mencelah? Boleh? Ledang, Ledang.

Boleh ya?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat daripada Ledang Yang Berhormat Pokok Sena bukan berucap Yang Berhormat. Yang berucap Yang Berhormat Klang.

final • 4:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Oh! Yang Berhormat Klang? Yang Berhormat Klang boleh mencelah?

final • 4:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Ledang baru masukkah ini?

final • 4:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Klang boleh?

final • 4:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Boleh, boleh.

final • 4:50 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Klang sambungan daripada celahan Yang Berhormat Pokok Sena kawan saya tadi adakah Yang Berhormat Klang setuju kalau cadangan Yang Berhormat Pokok Sena tadi maknanya kita halang, kita tidak mahu semua bentuk pengiklanan menggunakan tenaga elektrik. Maknanya tidak ada lagi papan-papan iklan ataupun papan tanda yang menggunakan tenaga elektrik kerana katanya tadi menggunakan tenaga elektrik yang banyak dan mengelirukan malah mengganggu pemandu kenderaan dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tak payah jawab Yang Berhormat Klang. Ini bukan keselamatan jalan raya.

final • 4:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak balik kepada dua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Satu mengenai isu energy efficiency dan juga kedua mengenai dasar tenaga yang orang ramai tidak tahu apa itu dasar tenaga. Oleh itu, saya minta semasa Yang Berhormat Menteri menggulung supaya memberitahu Dewan yang mulia ini apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk ensure untuk mewujudkan satu keadaan di mana negara kita termasuk building kita, kereta-kereta kita dan sebagainya adalah energy efficient dan what are the step has to be taken to promote energy efficiency di Malaysia dan juga bilakah dasar tenaga yang menyeluruh akan dikemukakan kepada Dewan yang mulia ini dan juga kepada rakyat Malaysia supaya kita boleh berbincang dan berbahas dalam isu ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey Yang Berhormat sebelum berbincang lagi Yang Berhormat saya hendak tegur sedikit, hendak sebut sedikit garis panduan undang-undang ini. Duduk dahulu Yang Berhormat.

Kalau hendak tahu garis panduan undang-undang ini Yang Berhormat baca muka lapan istilah sumber boleh baharu. Yang kedua, tengok dia punya jadual ruang pertama apa maknanya dalam schedule. Maknanya biogas, biojisim, hidro kuasa kecil, fotovolta suria. Itu sahaja sebenarnya dalam undang-undang ini.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Dan yang lain itu kalau hendak sentuh, bolehlah sentuh sebagai misalan dan sebagainya bukan tumpuan ataupun fokus perbincangan. Ya, sila Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Silakan Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 4:50 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang untuk saya bersama-sama membincangkan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010. Saya menyokong cadangan untuk meluluskan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 yang bertujuan untuk menggalakkan penjanaan elektrik dan menstabilkan pembekalan dan membantu mengekalkan pembangunan sosioekonomi negara.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, walaupun dijawab tadi, saya hendak minta jawapan rasmi daripada Yang Berhormat Menteri. Berapakah keperluan sebenarnya tenaga elektrik dalam negara kita sekarang? Jumlah yang perlu menjadi sebagai rizab ataupun buffer dalam sesuatu masa?

Berapakah penjanaan dari pelbagai punca dalam energy mix daripada fossil fuel, dengan izin sampai kepada tenaga boleh baharu dan lain-lain lagi bagi membolehkan untuk mendapatkan gambaran sejauh mana tenaga boleh baharu perlu dijana dan diberi galakan dan penekanan.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan dari jawapan bertulis bahawa satu daripada punca tenaga iaitu hidro. Bakun merupakan mungkin satu punca besar untuk menjana electricity yang akan bermula pada Julai 2011 yang dilengkapi dengan lapan turbin berkapasiti 300 megawatt dan jumlah yang akan dijana, iaitu sebanyak 2,400 megawatt.

Jadi saya difahamkan tenaga yang dijana daripada Bakun ini hanya untuk digunakan di Sarawak dan sebahagian untuk Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE).

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, saya pada 2 April 2011 baru-baru ini, bersama dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor melancarkan satu sistem mikro hidro di Kampung Orang Asli Tanjung Rambai, Genting Peras yang diketuai atau dipelopori oleh seorang jurutera daripada Sabah iaitu Pengarah Yayasan ‘TONIBUNG, Sabah yang satu mesin mengeluarkan 3 kilowatt dan dapat dimanfaatkan kepada 20 rumah Orang Asli. Jadi saya difahamkan Yayasan ‘TONIBUNG’ ini sudah pun berjaya memasang 16 mikro hidro di Sabah dan akan memasang satu lagi di Gombak, Selangor. Saya melihat dengan kaedah kendalian mini hidro yang mudah, yang boleh dikendalikan oleh komuniti. Di samping mini hidro yang telah pun dibangunkan, maka saya kira kita boleh memperbanyakkan pembangunan mikro hidro dan mini hidro di kawasan pedalaman yang mempunyai punca air terjun dalam menjana tenaga elektrik dan boleh disambungkan kepada grid kemudiannya. Yang penting kita berharap Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama dengan kerajaan negeri dapat memantau dan juga menguatkuasakan supaya kawasan tadahan air seluruh negara tidak diterokai dan dicemar.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan jawapan Menteri, tenaga boleh baharu yang dilaksanakan di bawah program Small Renewable Energy Power iaitu program SREP termasuk biomass setakat 31 Januari 2010 hanya boleh dijual kepada pihak utiliti iaitu TNB dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebanyak 45 megawatt dari lima loji biomass.

Sedangkan pada peringkat awal program SREP ini melibatkan 21 projek biomass dengan kapasiti 197 megawatt. Jadi saya berharap dengan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu ini dan pemantauan yang lebih intensif dan juga dengan bantuan-bantuan yang boleh menggerakkan hasil penjanaan elektrik daripada program SREP ini dapat ditingkatkan dan mencapai sasaran yang kita harapkan. Saya gembira mendapat maklumat daripada kementerian bahawa jumlah kapasiti tenaga yang tidak bersambung ke grid dianggar sebanyak 1,112 megawatt yang kebanyakannya daripada kilang kelapa sawit.

Dalam masa yang sama kita berharap dengan usaha penjanaan ini, maka pengurusan sisa kelapa sawit juga dapat kita atasi.

final • 5:00 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, solar di bawah projek Malaysia Building Integrated Photovoltaic (MBIPV) dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan United Nations Development Program dan Global Environment Facility (UNDP/GEF). Program ini menggalakkan penggunaan Building Integrated Photovoltaic (BIPV)) untuk menurunkan kos sistem photovoltaic dari RM31,410 per kilowatt peak pada tahun 2005 kepada RM19,121 per kilowatt peak pada tahun 2010 dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Saya difahamkan setakat 31 Disember 2010, jumlah kapasiti tenaga solar adalah sebanyak 2,522 kilowatt peak sahaja melalui program MBIPV. Memandangkan individu mungkin kurang mampu memasang photovoltaic modul ataupun sel photovoltaic kerana kosnya mahal.

Jadi saya mencadangkan agar semua kerajaan negeri memasang photovoltaic modul ini di atas bangunan kerajaan masing-masing bagi menjana elektrik. Dalam masa yang sama diharap kos pemasangan sel photovoltaic akan menurun lagi sebagaimana dijanjikan oleh Persatuan Pengeluar Sel Photovoltaic Malaysia dan kita juga berharap tarif elektrik dapat diturunkan demi kesejahteraan rakyat. Akan tetapi soalan ringkas saya, berapakah jumlah tenaga elektrik yang dapat dijana daripada bangunan green technology di Bangi itu? Kita berharap dengan penggubalan dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu di mana mekanisme Feed-in Tariff (FiT) diperkenalkan dapat memacu pembangunan tenaga boleh baharu.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya, saya sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam mengendali bahan radioaktif dan bahan nuklear selama 25 tahun. Jadi saya berharaplah pihak sahabat-sahabat, Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mempertimbangkan secara lebih wajar dan saya bersetuju sebagaimana cadangan Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian mengatakan kita mintalah kementerian sebagaimana saya pernah minta dulu supaya kementerian menyebarkan maklumat seluas-luasnya mengenai kebaikan dan keburukan nuklear. Bagi saya dengan teknologi sekarang yang lebih mementingkan ciri keselamatan, maka insya-Allah satu masa apabila kita kekurangan tenaga, maka tenaga nuklear ini kita perlukan. Itu sahajalah, terima kasih.

final • 5:00 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Penjelasan, sekejap, sambung, dah habis dah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sudah habis Yang Berhormat. Yang Berhormat Jasin.

final • 5:00 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian bagi membincangkan tentang Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010. Tujuan akta ini adalah untuk menubuhkan satu pertubuhan, perbadanan dengan nama Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia. Di negara kita, kita mengalami perubahan yang cukup pesat dalam bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar sejak lima abad kebelakangan ini dan perkara ini masih lagi berterusan.

final • 5:09 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Kemajuan sosioekonomi secara tidak langsung telah memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar. Proses ini adalah merupakan satu proses yang tidak dapat dielakkan.

Ada beberapa perspektif yang berkaitan dengan pembangunan lestari yang masih kurang difahami oleh rakyat kita. Contoh yang paling terdekat ialah sikap setengah-setengah bank seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu tadi yang kurang berminat untuk membiayai usaha-usaha projek penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui. Satu ketika dahulu Tuan Yang di-Pertua, negara kita beralih kepada bidang perindustrian dan mendapati bahawa kuasa jana elektrik sangat berkurangan. Pada ketika itu pada sekitar tahun 1994, kerajaan telah mencadangkan supaya syarikat swasta menubuhkan IPP.

Tidak ada satu syarikat swasta pun yang sanggup untuk menyahut seruan daripada kerajaan walaupun telah ditawarkan harga yang cukup lumayan. Bagaimanapun, sebuah syarikat telah tampil dan membangunkan IPP dengan dibantu oleh KWSP.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Ianya telah terbukti bahawa IPP sebenarnya adalah satu jalan keluar untuk kita membantu kekurangan jana elektrik, kuasa elektrik pada ketika tersebut. Pada ketika ini bukan sahaja mereka mahu mendapatkan bank tetapi bank akan mendapatkan mereka untuk membiayai apa juga perbelanjaan untuk mendirikan IPP. Ini kerana terbukti IPP mendatangkan satu keuntungan yang cukup baik.

Jadi soalan saya, apakah sebenarnya bentuk penerangan dan pendidikan yang seharusnya kerajaan buat bagi menentukan supaya stakeholders benar-benar faham tentang perlunya kita membangunkan projek penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui?

Keduanya, kita bercakap tentang TNB tadi iaitu tanah-tanah yang telah diambil ataupun dipergunakan untuk laluan voltan tinggi. Pada ketika ini tanah tersebut masih lagi milik tuan tanah. Akan tetapi pihak TNB tidak membenarkan tuan tanah untuk mendirikan bangunan- bangunan kekal, bahkan hanya tanaman-tanaman kontan sahaja diperlukan, tidak boleh tanaman kekal. Walaupun tuan tanah masih lagi membayar cukai, tanah tersebut tidak boleh digunakan dan tidak ada pampasan diberikan kepada tuan tanah.

Saya hendak tanya pada pihak kerajaan, apakah sebenarnya tindakan dan cadangan yang akan dibuat oleh kerajaan supaya kita dapat membantu tuan-tuan tanah yang tanah mereka telah digunakan untuk laluan voltan tinggi ini?

final • 5:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Bangun]

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Sila.

final • 5:10 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, tadi silap sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Walaupun akta ini berkenaan dengan TBB tetapi ada berkaitan dengan TNB Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jasin tadi tentang tanah-tanah yang dilalui oleh kabel TNB dari satu pilon ke satu pilon. Di bawahnya tanah masih milik individu atau milik seseorang atau milik mana-mana pihak, tetapi dari segi nilainya sudah tidak ada, tidak boleh diusahakan. Paling tidak pun, kalau mereka yang berminat, tanam tanaman kontan.

Walau bagaimanapun, cukai tetap dibayar. Jadi adakah Yang Berhormat Jasin setuju supaya TNB ambil alih terus tanah tersebut? Tak perlulah tuan punya tanah terpaksa rugi tanah, terpaksa bayar cukai dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat Jasin setuju?

Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Terima kasih sahabat saya dari Ledang. Memang cukup bertepatan sekalilah. Kalau boleh, ucapan ini dimasukkan dalam ucapan sayalah.

Seterusnya saya pergi kepada kebergantungan kita kepada arang batu untuk kuasa bahan bakar. Pada ketika ini arang batu harganya melambung tinggi apatah lagi selepas banyak daripada tempat-tempat pengeluar arang batu menghadapi berbagai-bagai bencana. Contoh di Queensland baru-baru ini menghadapi banjir yang cukup teruk sekali, maka harga arang batu cukup tinggi dan kebergantungan kita ini sampai bila? Adakah kita akan memindahkan kos ini kepada pengguna, yang mana pengguna-pengguna akan dikenakan tarif lebih tinggi lagi? Ataupun adakah nuklear jawapannya?

Seterusnya, saya pergi kepada perkara ketiga iaitu Malaysia telah mengambil langkah dengan memperkenalkan pendidikan alam sekitar bagi membantu setiap individu untuk memperolehi nilai, komitmen, pengetahuan asas dan juga meningkatkan kemahiran serta membina sikap positif terhadap alam sekitar. Kepentingan terhadap pendidikan alam sekitar bukan sahaja merupakan masalah negara-negara maju, malahan ia juga merupakan isu utama yang harus diberikan penekanan oleh rakyat Malaysia. Jadi soalan saya, selepas hampir 20 tahun kita telah menyertai Sidang Kemuncak Bumi iaitu sidang kemuncak 1992, saya memohon kementerian memperincikan berkaitan dengan kemajuan dalam menubuhkan pendidikan alam sekitar di sekolah-sekolah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Seterusnya, isu pemanasan global. Isu pemanasan global kita semakin meruncing.

Menurut laporan Bernama pada tahun 2007 dan tahun 2010, pakar tempatan ada menyatakan bahawa kenaikan suhu bumi ialah kira-kira dua darjah celcius setahun.

Kenaikan ini berbeza dari satu rantau ke satu rantau yang lain.

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Menurut pakar, 98 peratus daripada punca utama kepada peningkatan suhu global ini adalah datangnya daripada pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran hutan, pembakaran fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18 lagi. Ini termasuklah pembakaran fosil untuk penjanaan tenaga elektrik. Di Malaysia, kita ada 90 peratus tenaga, yang digunakan adalah tenaga elektrik dan daripada jumlah itu, 45 peratus daripadanya adalah permintaan tenaga elektrik di negara ini adalah daripada sektor domestik dan juga komersial yang kebanyakannya digunakan untuk lampu, pendingin udara, pemanas air dan juga bangunan seperti rumah kediaman.

Maka, negara kita sedang giat untuk mempromosikan isu kecekapan tenaga yang menerapkan amalan penjimatan sumber-sumber terhad, pembangunan lestari, pemeliharaan alam sekitar, di samping menjamin kualiti dan juga keselesaan hidup. Jadi soalan saya Yang Berhormat Menteri, saya mohon bertanya iaitu berkaitan tahap pemantauan dan juga apakah sebenarnya jalan penyelesaian yang terbaik dari segi polisi serta dasar kita? Juga, penguatkuasaan seperti pembakaran hutan, ladang dan juga pembakaran sawah secara terbuka yang perlu ditangani oleh kerajaan.

Seterusnya, saya pergi kepada menjaga persekitaran ekosistem. Meminimumkan impak negatif penggunaan sumber ke atas alam sekitar, ekonomi dan juga sosial bagi memenuhi fungsi penyelidikan, pembelajaran, jangkauan kesepakatan dan juga penerajuan dalam membimbing perubahan gaya hidup lestari masyarakat dengan menerapkan ilmu dan juga konsep yang bersepadu dan juga terbaik, di samping terus kita dapat menggalakkan dan juga merealisasikan pembangunan lestari negara. Cadangan saya, adakah kerajaan akan terus memperbanyakkan konsep kediaman dan bangunan green building, dengan izin, dan juga smart house? Kita perlu galakkan untuk dibina oleh pemaju- pemaju perumahan. Insentif harus diberikan dan kawalan harga juga harus perlu dibuat.

Selepas itu, saya pergi kepada aspek perundangan. Kerajaan telah menggubal akta-akta tertentu yang melindungi alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Perhutanan Negara 1984 dan sebagainya. Jadi soalan saya, apakah sebenarnya kerajaan akan mengambil kira tentang kewujudan akta-akta yang tersebut tadi? Adakah akta ini akan menjadi complimentary ataupun akta ini hanya khusus kepada tenaga yang boleh diperbaharui sahaja?

final • 5:10 PM

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin

Seterusnya tentang laporan EIA. Kerajaan seharusnya memberikan penekanan dalam memastikan supaya laporan ini diwajibkan untuk semua jenis pembangunan supaya kita dapat memastikan apa-apa pemaju mengemukakan laporan EIA untuk projek kepada Ketua Pengarah JAS untuk diluluskan terlebih dahulu sebelum apa juga pembangunan- pembangunan dapat dimulakan.

Seterusnya, aspek pengurusan strategik. Sektor pertanian contohnya, perlu menukarkan konsep tebang bakar kepada tebang reput atau menggunakan sisa-sisa pertanian untuk menjana tenaga biomass atau menghasilkan makanan haiwan melalui kaedah bioteknologi. Kita tidak mahu melihat bahawa bakar dan tanam dijadikan dasar kepada perladangan yang sebenarnya boleh mengakibatkan banyak kerosakan kepada alam sekitar. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dasar ini.

final • 5:20 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Gopeng, selepas itu Yang Berhormat Bakri.

Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 5:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010. Memang kalau kita lihat rang undang-undang ini untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan memang satu dasar yang seharusnya kita menyokong 100 peratus.

final • 5:21 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Cuma kalau kita lihat dari segi perancangan bekalan tenaga di negara ini, kita lihat banyak kepincangan yang berlaku khususnya di mana apabila kerajaan lancarkan SCORE dan dengan anggaran bahawa daripada Sarawak sahaja kemungkinan kita dapat 20,000 megawatt tenaga hidro yang bakal kita jana dan boleh digunakan. Akan tetapi setakat ini kita pernah melabur sebanyak RM7.3 bilion untuk membina satu Empangan Bakun di mana ribuan penduduk di situ kehilangan rumah mereka dan satu kawasan hutan sebesar Singapura telah hilang.

Satu kawasan sebesar Singapura akan ditenggelami oleh air. Setakat ini kita lihat turbinnya akan jana elektrik itu, apabila elektrik itu dijana, tidak pasti ke mana bekalan elektrik itu akan sampai. Ini menunjukkan satu kepincangan dari segi rancangan penggunaan elektrik. Kalau kita lihat dasar-dasar yang sedia ada, di mana kerajaan menentukan 5 peratus daripada bekalan elektrik daripada tenaga boleh baharu dan kalau kita rujuk kepada Laporan Tahunan Tenaga Nasional Berhad, di mana setakat bulan Ogos 2010, Tenaga Nasional Berhad telah menangani 27 renewable energy power purchase agreement dengan untuk Small Renewable Energy Power (SREP) developer di Peninsular Malaysia dengan kapasiti keseluruhan 153 megawatt. Ini merupakan 1.7 peratus kalau dibandingkan dengan sasaran 5 peratus dan jelas bahawa dasar yang diumumkan tidak diikuti. Seharusnya kementerian harus mengkaji kenapa dasar ini tidak dicapai.

Kalau kita lihat selepas rang undang-undang ini berkuat kuasa, saya rasa ini tidak akan menggalakkan penggunaan renewable energy tetapi satu halangan kepada pengusaha-pengusaha. Ini kerana kita lihat apabila seseorang produser hendak keluarkan renewable energy, dia terpaksa memohon satu lesen approval untuk Feed-in Tariff daripada pihak yang berkuasa dan seterusnya perlu tandatangan satu power purchase agreement dengan TNB ataupun SESCO di Sarawak. Selepas itu baru projek itu boleh berjalan.

Ini mungkin boleh guna pakai untuk peniaga-peniaga berkapital besar tetapi untuk orang biasa, peniaga kecil, rumah ataupun kedai-kedai kecil yang mungkin berhasrat untuk pasang photovoltaic panel, ini tidak membantu mereka kerana dari segi birokrasi peniaga- peniaga ataupun pengusaha-pengusaha kecil ini tidak dapat faedah daripada rang undang- undang ini. Jadi saya rasa ini adalah satu aspek yang harus dikaji.

Kalau kita lihat dalam rang undang-undang ini juga mengenakan satu penalti yang begitu berat sekali sekiranya peraturan yang diketatkan oleh pihak berkuasa tidak dipatuhi sehingga hukum RM500,000 ataupun di penjara tiga tahun. Ini adalah satu hukuman yang berat kalau ada sebarang deviation daripada apa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sedar.

Tuan Yang di-Pertua, bukan setakat itu, saya rasa kalau kita memaksa apabila lesen FiT ini diberikan kepada pengeluar yang tertentu dan distributor khususnya tenaga TNB dan juga SESCO terpaksa juga mengambil tenaga yang dijana oleh RE produser itu.

Ini akan membantut dari segi keupayaan mereka runding dengan RE producer dari segi power purchase agreement. Saya rasa dengan menguatkuasakan rang undang-undang ini, kita juga lihat satu ketidakadilan yang begitu ketara kalau kita banding dengan RE produser dengan IPP yang sedia ada di mana IPP yang sedia ada tidak tertakluk dengan rang undang-undang ini. Akan tetapi untuk RE producer adalah tertakluk kepada rang undang- undang ini.

Saya cadangkan mungkin Yang Berhormat Menteri boleh mengkaji semula untuk memperbaiki rang undang-undang ini khususnya yang pertama dari segi aspek-aspek renewable energy yang tidak termasuk dalam rang undang-undang ini. Seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini kuasa angin dan juga geoterma. Kita juga tahu bahawa jiran kita Indonesia memang menjadi pioneer dan leading negara yang memimpin dalam geoterma sebagai renewable energy. Ini adalah satu aspek yang sepatutnya kita look into.

Kedua, saya cadangkan kalau kita sebenarnya boleh mencapai...

final • 5:21 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Yang Berhormat Gopeng, bolehkah...

final • 5:21 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Silakan.

final • 5:21 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng dan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Gopeng, saya ada satu kerisauan.

Kalau kita tengok dalam schedule II itu, apabila kita tengok kadar untuk tenaga yang boleh dibaharui ada berbeza. Jika untuk photovoltaic itu sangat tinggi, RM1.20 sen atau lebih untuk tiap-tiap unit berbanding dengan yang lain. Jadi adakah masalah di mana seseorang penjana boleh cuba tipu kerajaan dengan loji menjana ini dekat kilang dia. Dia beli daripada TNB dengan harga yang rendah, masukkan dalam penjana dia dan keluarkan dengan harga RM1.20. Jadi itu satu cara dengan bantuan daripada pegawai juga, dia boleh macam itu ada satu skim untuk menipu. Di mana memang dia boleh keluarkan energy daripada photovoltaic tetapi mungkin juga dia masukkan daripada grid nasional, you know. Adakah itu satu masalah?

final • 5:21 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput.

Memang saya faham. Kalau rang undang-undang ini dikuatkuasakan, mungkin mereka yang keluarkan elektrik melalui biomass misalannya, mereka akan gunakan tenaga daripada Tenaga Nasional Berhad dan jualkan segala tenaga yang dijana melalui biomass itu kepada tenaga sendiri dengan harga tarif yang lebih. Ini sebenarnya menjadi satu keadaan yang contradictory dari segi tujuan rang undang-undang ini.

final • 5:21 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Saya juga lihat dalam rang undang-undang ini memang ada tarif yang berlainan untuk biojisim dan juga kalau dibandingkan dengan tenaga solar. Saya rasa ini memang satu perkara yang wajar kerana kita tahu kita seharusnya menggalakkan solar yang mempunyai potensi yang begitu besar sekali di Malaysia. Cuma, kita mesti ada satu mekanisme di mana kita boleh memantau supaya salah guna kuasa atau pun penipuan ini tidak berlaku. Saya bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput, kita mesti memantau supaya penipuan ini tidak berlaku.

Saya cuma hendak cadangkan selain daripada kuasa angin dan juga geoterma, kita juga seharusnya mengkaji semula dari segi rang undang-undang ini di mana kita boleh mencapai matlamat yang sama tanpa penggubalan rang undang-undang ini. Kementerian boleh tetapkan satu sasaran untuk tenaga memenuhi peratusan renewable energy dalam tahun 2020, misalannya 10 peratus.

Kedua, menubuhkan satu Feed-in Tariff seperti mana yang dicadangkan dan Feed-in Tariff itu akan di subsidise melalui satu Renewable Energy Fund seperti mana yang dicadangkan dan Renewable Energy Fund ini seharusnya datang daripada tenaga atau pun SESCO. Mereka akan memantau penggunaan Renewable Energy Fund ini dan saya pasti dengan adanya mekanisme ini, salah guna kuasa ini akan dikurangkan dan perkara yang berlaku antara IE producer dan tenaga akan berjalan melalui power purchase agreement, melalui satu mekanisme business decision dan tidak perlu satu campur tangan daripada kerajaan.

Saya rasa sini akan mengurangkan dari segi birokrasi dalam renewable energy dan ini juga akan menggalakkan mungkin mereka yang mungkin memasang solar panel di rumah yang ada kelebihan tenaga boleh jual kepada tenaga dan SESCO, bangunan kilang- kilang yang ada memasang solar panel yang ada kelebihan tenaga pun boleh jual kepada TNB atau SESCO tanpa melalui satu permohonan kepada SEDA yang begitu rumit, yang begitu panjang prosesnya. Mungkin kalau ada division daripada standard yang ditetapkan oleh SEDA mungkin dikenakan hukuman dan denda. Jadi, saya rasa dengan cadangan- cadangan sedemikian, saya harap Menteri dapat pertimbangkan cadangan saya. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya Yang Berhormat Bakri.

final • 5:30 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan berkaitan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 merupakan satu rang undang-undang yang amat mustahak.

final • 5:33 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Ia juga akan memberi impak besar kepada negara kita kerana ia melibatkan belanja dana awam semasa kontrak jangka masa panjang yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan sektor swasta.

Dasar tenaga ini bukan satu perkara baru. Ia diperkenalkan untuk kali pertama semasa Rancangan Malaysia Kelapan dikemukakan. Apa yang saya khuatir tentang rang undang-undang ini ialah ia tidak mengatakan mengenai piawaian kecekapan supaya memanfaatkan tenaga boleh baharu. Ini merupakan satu keperluan dasar kerana tenaga boleh baharu harus memenuhi tujuan tertentu, misalnya kelestarian alam sekitar dan keselamatan tenaga mendahului kepelbagaian.

Tenaga boleh baharu, kecekapan dana tidak boleh diterima kerana ia tidak menyumbang kepada pengurangan jejak karbon dalam keseluruhan. Maka, ia tidak memenuhi tanggungjawab kita untuk menyumbang terhadap kelestarian alam sekitar, khususnya dalam perubahan iklim.

Dalam rang undang-undang ini menyatakan galakan bonus untuk biojisim dengan kecekapan keseluruhan adalah 14 peratus ke atas. Namun begitu, nampaknya sekatan perlu dihadapi oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia kerana tidak diberi kuasa memaksakan kriteria kecekapan ini. Ini adalah kerana angka kecekapan yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini sudah menjadi satu terma tersirat di mana 14 peratus ke bawah adalah dibenarkan.

Saya rasa puas hati dengan apa yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini mengenai tenaga suria. Namun, tenaga boleh baharu dalam bentuk lain seharusnya diperhatikan, khususnya biojisim dan biogas. Di sini saya ada beberapa soalan yang saya ingin bangkitkan. Apakah jenis biojisim dan biogas yang akan digunakan sebagai sasaran dalam dasar tenaga negara kita?

Di manakah rantau yang akan dipertimbangkan untuk pembangunan sumber ini?

Apakah halangan yang akan diharapkan semasa pembangunan sumber ini? Apakah yang diperlukan untuk membangunkan sumber ini? Soalan-soalan ini boleh diberikan dengan ketepatan yang munasabah sebelum satu dasar tenaga boleh dirumuskan dengan baik.

Biojisim dan biogas memberi penyumbangan dalam usaha mengurangkan pembebasan karbon semasa bahan bakar fosil diganti. Sekiranya ia digunakan secara cekap, rang undang-undang ini seharusnya mencerminkan kelengkapan sumber dan pengetahuan sains. Saya tidak faham mengapa dalam rang undang-undang ini tidak menetapkan kecekapan minimum oleh sumber tenaga biojisim. Sekiranya perkara ini tidak dibetulkan, kita akan menghadapi masalah sekiranya satu kontrak dengan jangka masa 16 hingga 21 tahun ditandatangani.

Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati dalam jadual rang undang-undang ini plant hidro kuasa yang mempunyai kapasiti 30MW merupakan plant hidro kuasa kecil dan memerlukan subsidi awam untuk mempromosikannya. TNB sudah membina dan menguruskan sebanyak 50 plant hidro kuasa kecil yang mampu menghasilkan 1MW kapasiti.

Di Thailand, insentif hanya diberi kepada plant hidro kuasa yang tidak lebih daripada 200KW kapasiti. Bagi saya, nampaknya subsidi di bawah sistem tarif galakan ini dialirkan untuk membiayai pembangunan plant hidro kuasa elektrik dan grid penghantaran elektrik supaya menghantar elektrik yang dijana ke sub stesen TNB yang terdekat.

Namun, saya mohon penjelasan sama ada subsidi sistem tarif galakan adalah untuk plant hidro kuasa baru atau ia melingkungi plant hidro kuasa kecil yang sudah muncul. Satu lagi aspek yang perlu diperhatikan dalam rang undang-undang ini ialah tempoh masa subsidi awam yang digunakan untuk mempromosikan teknologi tidak sepatutnya lebih dari tujuh hingga sepuluh tahun.

Malaysia pula memberikan kontrak sepanjang 16 hingga 21 tahun. Saya rasa ini amat tidak bijaksana. Kita sepatutnya mempromosikan teknologi yang berpotensi dan sekurang-kurangnya teknologi yang boleh mencapai kesetaraan dalam tujuh hingga sepuluh tahun. Kita tidak mahu lihat satu teknologi yang dipromosikan tidak boleh hidup tanpa pertolongan dan sokongan kewangan dari kerajaan.

final • 5:33 PM

Tuan Er Teck Hwa - Bakri

Saya ingin mencadangkan supaya pembangunan tenaga untuk penuai tenaga boleh baharu harus dipisahkan dari galakan. Kalau tidak, pembangunan power grid kita akan mengakibatkan satu pembangunan power grid yang tidak sistematik tanpa satu skim yang berkoordinasi.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali pembangunan grid tenaga untuk penuaian tenaga seharusnya dipertimbangkan memandangkan sumber sawit yang kaya di negara kita. Hari ini terma-terma yang diperuntukkan untuk mengeluarkan elektrik ke power grid adalah terlalu ketat. Industri minyak sawit kita mempunyai kapasiti membekalkan 2,000 megawatt tenaga hijau kepada grid nasional dan 4,000 million liter minyak bahan bakar untuk kegunaan industri.

Namun mereka tidak dapat mengeksploitasikan potensinya kerana lokasi industri ini terlalu jauh dari grid nasional. Sejauh yang saya fahami hanya 25 kilang minyak sawit berada di dalam lingkungan lima kilometer dari grid tenaga yang terdekat. Dalam perspektif lain, kapasiti menjana 2,000 megawatt yang saya sebut tadi adalah setara dengan tiga loji nuklear yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan. Maka saya ingin mencadangkan supaya pembangunan tenaga untuk penuaian tenaga boleh baharu harus dipisahkan dari skim sistem tarif penggalakan. Kalau tidak pembangunan power grid kita akan mengakibatkan satu pembangunan power grid yang tidak sistematik tanpa satu skim yang berkoordinasi. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, saya sudah buat keputusan tadi, Yang Berhormat Bakri yang terakhir. Sebelum Menteri menjawab saya hendak sebut beberapa perkaralah. Pertama, berhubung dengan sama ada yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi relevan, berhubung dengan perbahasan ini atau tidak kerana di bawah Peraturan Mesyuarat 53 mengkhususkan akan dikeluarkan dan boleh diadakan perbahasan meliputi asas dan buruk baik rang undang-undang itu pada amnya. Jadi, maknanya mana yang terkeluar daripada itu Menteri ada option, pilihan sama ada dijawab atau tidak. Kedua, saya tertarik dengan Yang Berhormat Seputeh punya soalan, daripada istilah tenaga boleh baharu ini saya pun rasa berlainan sebut. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hampir lima jam kita bahas soal berkaitan dengan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010. Saya ucapkan terima kasih kepada 15 Ahli- ahli Yang Berhormat, yang berminat untuk mengutarakan sesuatu mengenai akta ini. Saya hendak sebut dari awal-awal lagi kerana dengan banyak dihujahkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan feedback daripada pegawai saya pun tebal macam ini, sebab itu maka saya tidak dapat dan saya tidak bercadang untuk menjawab penghujahan-penghujahan daripada setiap Ahli-ahli Yang Berhormat.

Akan tetapi saya bercadang untuk menjawab mengenai apa yang dirasai sebagai pokok atau perkara-perkara pokok dalam rang undang-undang ini. Ini kerana perkara- perkara yang anggapkan sebagai pokok ini memang dimasukkan dalam perbahasan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Akan tetapi minta maaflah kalau Yang Berhormat ada perkara-perkara yang spesifik itu yang ditanya, saya minta maaf sebab dalam perbahasan dasar ini saya tidak ada angka yang mencukupi untuk menjawab kepada setiap isu yang dihuraikan tadi itu. Ini kerana dia terlalu spesifik dan saya cubalah minta pegawai saya untuk mencatatkannya dan memberikan jawapan secara bertulislah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penggulungan dalam perbahasan ini saya hendak terutamanya bercakap tentang sistem tarif galakan iaitu Feed-in Tariff. Ramai Yang Berhormat sudah bahas tentang perkara ini dan saya hendak jelaskan bahawa akta ini atau skim feed-in tariff ini bukan diilhamkan oleh pegawai-pegawai saya atau saya sendiri pun.

final • 5:43 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ini kerana ia adalah apa yang dipraktikkan di dalam 68 buah negara seluruh dunia termasuk Germany yang disebutkan Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, jiran kita pun di Thailand, Korea dan Jepun. Semua negara ini sudah mengamalkan sistem Feed-in Tariff ini. Kita ini nampaknya lambat sedikit untuk melaksanakan sistem Feed-in Tariff ini kerana apa sebabnya Tuan Yang di-Pertua, ini kerana kita mempunyai sistem untuk subsidi bagi elektrik ini.

Oleh sebab ada subsidi dengan elektrik yang dijanakan daripada kuasa fossil fuels maka kalau kita hendak banding atau hendak bersaing dengan elektrik yang dijana daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui maknanya kosnya akan meningkat, kosnya akan tinggi dan akhirnya kalau kita tidak ada skim seperti Feed-in Tariff ini maka ia memang tidak boleh tumbuh. Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bakri dan juga lain-lain apabila beliau sebut perkara ini bukan baru, sejak RMKe- 8 kita sudah mengamalkan hendak guna elektrik daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Akan tetapi kita gagal sebab kita tidak ada skim seperti ini untuk menggalakkan mereka yang hendak janakan, dibayar dengan satu tarif yang agak lumayan, yang agak menarik untuk mereka melabur. Itulah masalah yang kita hadapi di masa akan datang.

So, undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk memperbaiki situasi yang kita hadapi di masa akan datang. Undang-undang ini dengan ada tujuan yang memang baik, kita hendak menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu sebab kita rasa sudah tiba masanya kita mengadakan, menggunakan sumber-sumber yang berada di dalam negara kita ini terutamanya biomass. Keduanya, sumber daripada solar, daripada matahari dan hidro. Inilah sumber-sumber yang kita ada tetapi kita tidak gunakannya pada masa yang dahulu dengan cara yang meluaslah. Hari ini kita mempunyai satu peluang dan kita mengharapkan Dewan yang mulia ini akan bertimbang rasa bahawa inilah satu langkah ke hadapan yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Jasin tadi.

final • 5:43 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Di mana kita perlu mengambil satu peluang untuk melangkah ke hadapan di mana kita anggap ini akan menolong negara kita. Feed-in Tariff ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak terangkan juga di sini bahawa Feed-in Tariff ini kita sudah kaji sistem-sistem mengapa kita mempelajari daripada negara-negara yang sudah mengamalkan sistem Feed-in Tariff ini, so kita membuat comparison atau perbandingan cara-cara yang digunakan oleh negara-negara yang maju seperti negara Jerman dan lain-lain lagi dan kita menganggap apa yang kita masukkan ke dalam rang undang-undang ini adalah satu sistem yang kita rasa bukanlah yang terbaik tetapi adalah sesuai untuk negara kita dan ia menggabungkan sistem-sistem Feed-in Tariff yang dilaksanakan di negara-negara lain.

Jika kita bincangkan tentang sistem Feed-in Tariff ini, kita berbincang berkenaan seksyen 3 di mana kita mewujudkan sistem tarif galakan, di mana penyumbang pamasangan tenaga boleh baharu yang dipunyai oleh pemegang kelulusan galakan kepada tempat sumbangan talian bekalan. Kedua, keutamaan pembelian dan pengagihan oleh pemegang lesen, pengagihan tenaga boleh baharu dan tarif galakan hendaklah dibayar supaya pemegang lesen pengagihan kepada pemegang kelulusan galakan bagi tenaga boleh baharu tersebut. Maknanya kita perlu ada satu galakan kepada mereka yang ingin melabur di dalam sistem yang mereka gunakan.

Di sini saya juga hendak menerangkan apakah sebabnya kita tidak memasukkan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu tenaga angin atau tenaga ombak dan geothermal di Tawau, saya difahamkan mempunyai geothermal. Tuan Yang di-Pertua, jenis sumber-sumber ini kita memang akui ada, tetapi sumber-sumber ini masih di peringkat kajian awal, umpamanya tenaga angin. Pihak MOSTI sedang menjalankan kajian yang menyeluruh di seluruh Malaysia untuk mengetahui bagaimana tiupan angin, berapa jam sehari angin bertiup dan ke arah manakah angin bertiup dan berapakah kelajuan dan kekuatan tiupan angin tersebut.

final • 5:50 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Semua ini kita belum ada data tentang kesemua ini tetapi satu hari nanti kita akan mempunyai data tersebut apabila telah mempunyai data dan telah mengenal pasti seumpamanya, memang ada yang memberikan maklumat kepada saya mengatakan bahawa di Kudat, Sabah mempunyai tiupan angin yang laju dan kuat dan kita boleh melaksanakan projek penuaian angin di sana untuk kita menjana tenaga elektrik tetapi kita mesti ada individu serta pihak-pihak yang ingin dan rela yang hendak melabur.

final • 5:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Boleh Yang Berhormat, Kota Belud tentang wind sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri saya sebenarnya pernah berbincang dengan beberapa pihak-pihak yang berminat untuk menuai kuasa angin ini di Sabah dan mereka telah menunjukkan kepada saya independent studies mengenai keupayaan angin di negeri Sabah. Saya tidak ada masalah dan mungkin kita akan menuai kuasa angin ini pada masa akan datang. Saya tanya tadi ialah kenapa tidak dimasukkan di dalam jadual insentif, kenapa tidak dimasukkan kuasa angin ini, supaya jika ada individu yang berminat dan mempunyai kemampuan kewangan, mereka tahu mereka boleh ada Feed-in Tariff yang mereka boleh gunakan, that’s the point. Kenapa tidak dimasukkan di dalam senarai seperti biomass dan sebagainya.

final • 5:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Terima kasih Yang Berhormat, yang saya sebutkan tadi ialah kita perlu tahu dan mesti mempunyai data yang sahih dan kita sudah dapat kumpul di dalam satu masa yang agak sederhana seperti enam bulan atau satu tahun, barulah kita boleh memastikan untuk mendapatkan satu tarif galakan yang betul dan bukan dengan data yang tidak sahih. Barangkali kita meletakkan satu angka yang tidak cukup baik dan benar dan akhirnya kita akan mewujudkan masalah kepada pihak pelabur.

final • 5:50 PM

Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud

Tetapi Yang Berhormat Menteri, boleh...

final • 5:50 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Apa yang lebih elok Yang Berhormat ialah kalau ada data-data seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat, kita ingin terima data dan cadangan tersebut untuk kita mengkaji dan jika data tersebut cukup baik, kita boleh meletakkan satu tarif bagi dimasukkan di dalam schedule ini. Ini kerana schedule ini Yang Berhormat, ia bukan khas instant, dengan izin, kita boleh mengubahnya. Saya mempunyai kuasa di dalam seksyen ini untuk membuat peraturan untuk mengubahsuai schedule ini atau jadual ini supaya kita boleh meletakkan tarif-tarif yang berkaitan dengan angin, ombak, termal dan sebagainya.

Kita ada peluang untuk melaksanakan kaedah itu dan kedua ada juga berkaitan dengan peraturan Tuan Yang di-Pertua. Di dalam akta ini kita hanya menumpukan kepada polisi, dasar dan seksyen-seksyen, fasal-fasal yang agak menyeluruh tetapi tidak terperinci.

Apa yang kita memperincikan, kita akan buat peraturan, so peraturan ini hanya di peringkat kementerian dan akhirnya saya akan mewartakannya dan apabila kementerian telah mewartakannya, ia akan diguna pakai. Kalaulah saya berpegang sikap terbuka dan jika ada perkara-perkara yang kita rasa tidak elok atau perlu diubahsuai, kita rela untuk menerima pandangan dan sebagainya supaya kita boleh mengubah apa yang dirasai tidak munasabah dan out-of-date, dengan izin, kita boleh, itu tidak ada masalah.

final • 5:50 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Menteri. Sedikit, Yang Berhormat Arau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri kerana kita melihat bidang ini adalah bidang yang selalu berkembang mengikut kepesatan perkembangan teknologi dan inovasi terkini. Jadi di sini timbul masalah bagi penglibatan syarikat-syarikat swasta iaitu soal mendapatkan bantuan kewangan. Bagaimana di sini kerajaan melihat untuk meyakinkan institusi perbankan misalnya, supaya mereka dapat membiayai sepenuhnya projek-projek yang melibatkan aspek yang telah termaktub di dalam akta. Ini kerana kita melihat di negara lain pun terdapat penglibatan kerajaan sama ada berbentuk geran ataupun soft loan, dengan izin yang membolehkan kita memperkembangkan tenaga ini. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Saya rasa itu pun dihuraikan oleh Yang Berhormat- Yang Berhormat dalam perbahasan tadi.

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Itu memang saya pandangnya dengan baik cadangan seperti ini. Saya hendak maklumkan bahawa kita kementerian mempunyai satu soft loan yang diberikan nama Green Technology Financing Scheme, dengan izin. Kita boleh ubahsuaikan dana ini supaya dana ini boleh merangkumi bidang-bidang yang termasuk tenaga boleh diperbaharui ini. Kita boleh masukkannya sebagai satu galakan untuk pihak-pihak yang ingin hendak mengadakan certificate atau kuasa untuk menjana elektrik seperti dalam akta ini, saya rasa itu adalah satu kaedah yang kita boleh buat, satu kaedah untuk lebih menggalakkan. Kita pun mempunyai galakan seperti pengecualian cukai dan sebagainya untuk penjana- penjana tenaga boleh baharu. Sebenarnya galakan ini sudah dirasai oleh beberapa penjana di dalam skim SREP. Mereka pun dapat galakan seperti itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga menerangkan tetapi perkara ini tidak disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Akan tetapi saya rasa ini adalah penting. Apabila seseorang penjana mendapatkan certificate dan akhirnya diberikan kelulusan, syarikat atau orang perseorangan itu akan diberikan keutamaan untuk menyalurkan tenaga pada grid tenaga. Ini bermakna, they have the first priority, dengan izin untuk menyalurkan tenaga mereka pada grid dan TNB perlu dalam akta ini, perlu beli. Tidak ada pilihan sama ada hendak reject atau apa-apa, dia perlu beli. Ini akan terus memberikan keyakinan kepada mereka yang memegang certificate dan diberikan kelulusan itu.

Itu adalah satu perkara yang saya rasa penting tetapi apa yang dihuraikan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi mengenai sebab apa kita hendak letakkan satu denda yang agak besar, RM1 juta umpamanya kepada orang perseorangan yang menipu kerana tenaga ini memang ada harga yang istimewa. Kalau seseorang itu ditangkap untuk menipu, maka kita akan mendenda seseorang atau syarikat itu dengan denda yang tinggi as a deterrent. Ini kerana TNB tidak boleh setiap hari pergi check, pergi ke setiap rumah buat checking dan sebagainya, hendak memantau, hendak memeriksa. Kalau dia hendak menipu, dia perlulah hadapi risiko. Risiko itu adalah dihadapkan ke mahkamah dan dia boleh didenda sampai RM1 juta.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak – sedikit hendak – sebab ada juga disoalkan mengenai sebab apa kita meletakkan satu tarif seumpamanya pada photovoltaic yang tinggi kalau hendak dibandingkan dengan biomass atau hidro. Ini sebab pada masa sekarang, pelaburan photovoltaic ini adalah amat tinggi, mahal. Oleh sebab mahal, kita memberikan satu tarif yang agak setimpal dengan apa yang perlu dilaburkan dan kita hadkan setiap bidang, jenis sumber ini kita akan hadkannya, biar return on investment

(ROI) hanya 14 peratus. It is not something 200 percent atau apa-apa. Ini hanya itu sahaja.

The ROI is only 14 percent, dengan izin. Ini adalah setimpal dengan pelaburan-pelaburan yang pihak pengusaha akan dapati – barangkali ada yang lebih baik, lebih lumayan. Akan tetapi kita rasa ini adalah munasabah.

Ramai Ahli Yang Berhormat menyebutkan tentang Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu. Tuan Yang di-Pertua, kumpulan wang ini adalah dalam the core of this scheme, dengan izin. Kalau kita tanpa ada kumpulan wang ini, kita tidak akan laksanakan skim ini.

Skim ini hanya boleh bergerak kalau kita mempunyai core nya iaitu kumpulan wang.

Kumpulan wang ini Tuan Yang di-Pertua, adalah satu tarif galakan yang dibayar oleh pemegang lesen pengagihan kepada pemegang kelulusan galakan dengan kos yang perlu ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan itu untuk menjana amaun elektrik yang sama dengan yang dijana oleh pemegang kelulusan galakan berdasarkan kos pembekalan semasa. Maknanya, force of fuel.

Tuan Yang di-Pertua, ini bermakna dalam kumpulan wang yang akan ditadbirkan oleh SEDA. SEDA ialah dalam satu rang undang-undang yang saya akan bentangkan nanti iaitu untuk mewujudkan satu badan berkanun supaya badan berkanun SEDA ini akan mentadbir kumpulan wang ini, wang yang kita kumpulkan dan ini mengikut cara-cara yang ditetapkan dalam akta ini. Maknanya SEDA tidak ada ruang untuk mentadbirkan wang ini dengan cara yang tidak munasabah atau pilihan mata atau apakah wang ini perlu telus. Kita akan pastikan pentadbiran wang ini akan telus.

final • 6:00 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ada juga Yang Berhormat sebut bagaimana kita dapat mengisi kumpulan wang ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita kenakan seperti yang termaktub dalam akta ini, 1 peratus daripada tarif elektrik yang akan dibayar kepada kumpulan wang ini dan 1 peratus ini merangkumi akaun-akaun yang melebihi 200 kilowatt sebulan. Apabila sesuatu akaun TNB atau SESB di Sabah melebihi 200 kilowatt dalam satu bulan, maka TNB perlu menyalurkan 1 peratus dari kutipan akaun itu untuk SEDA. Daripada 1 peratus wang yang kita kutip, kita akan membayar mengikut kaedah-kaedah di dalam rang undang-undang ini kepada pihak penjana. Ia ada sequence, ia ada cara untuk mentadbirkan bayaran dan sebagainya.

Semua ini di dalam peraturan kita yang akan diwartakan nanti dan semua ini boleh diperhatikan dan diperiksa dalam laman web SEDA. Ini satu janji daripada kita ini, SEDA akan mentadbirkan jumlah wang yang dikutip, jumlah wang yang dibayar dengan ketelusan dan tidak ada apa-apa yang akan kita sembunyikan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut satu perkara yang cukup penting juga iaitu kesetaraan grid. Kesetaraan grid maksudnya grid parity. Grid parity means, apabila kos menjana elektrik daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui itu adalah sama dengan kos penjanaan elektrik daripada sumber fosil. Itulah masa yang kita sebutkan sebagai grid parity. Apabila ada lakukan grid parity itu, maknanya pihak menjana tenaga boleh baharu itu tidak dapat lagi mengadakan galakan dari segi tarif. Pada masa itu, apa yang dibayar oleh mereka adalah sama dengan apa kos yang...

final • 6:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 6:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Diadakan atau yang dikira atau yang dihadapi oleh pihak TNB dengan penjanaan elektrik dengan fosil ini.

final • 6:10 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Dengan grid parity, perkara yang penting diunjurkan oleh Yang Berhormat, berapa tahun yang dianggarkan, yang akan diambil oleh pihak negara ini untuk mencapai grid parity? Setakat ini, peratusan tenaga daripada renewable energy ini, berapa peratuskah? Unjuran berapa tahun akan kita capai misalnya 10 peratus, bilakah kita akan sampai 10 peratus dan selepas itu bilakah kita akan sampai grid parity?

final • 6:10 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Kita mempunyai satu program atau sasaran bagi tahun 2015. Kita akan meletakkan satu angka dan saya akan baca angka itu nanti apabila saya dapat ia punya maklumat dalam jawapan pegawai saya. Akan tetapi, soal bila kita hendak dapat grid parity itu. Ini kita perlu lihat apa sumbernya dan sumber itu bagaimana kita letakkan tarifnya. Tentulah kalau sumber itu seperti photovoltaic. Kalau photovoltaic kosnya sudah turun di masa akan datang dan kita jangkakan ia memang akan turun, masa itu kita akan ubahsuai apa yang kita sebutkan sebagai tarif pada tahun itu. Apabila kita ambil kos opex, capital cost, kos capex dan opex. Semua ini diambil kira. So apabila kita mendapat maklumat itu, barulah kita letakkan ia punya tarif. Selepas itu barulah – sebab ia degression. Ia ada di dalam akta ini kita mempunyai satu penurunan.

Kalau kita lihat tarif itu, okey kalau photovoltaic dijangkakan 12 tahun baru kita dapat - anggapkan mereka dapatlah mengutip keuntungan mereka untuk membiayai kos mereka. Akan tetapi dalam masa tarif itu diturunkan, kos yang dihadapi oleh TNB itu, maka ia akan naik sebab fossil fuel ini ia tidak akan turun. Fossil fuel ini akan naik. So, ini turun ini naik, fossil fuel naik, ia ada satu poin di mana ia akan what we called grid parity. Ia akan temu sebab fossil fuel ini ia memang naik, ia tidak akan turun. Kita nampak kos yang kita letakkan kepada photovoltaic itu akan turun sebab kos teknologi akan turun juga.

Oleh sebab itulah ia disebutkan sebagai grid parity. Saya tidak dapat katakan okey, kes ini berapa tahun, kes ini berapa tahun. Pegawai saya perlu kira apa kos penjana itu. Ini kerana kos penjana itu baru kita boleh letakkan ia punya tarif. Maksudnya, tarif tidak sama kepada semua penjana, ia ada berbeza-beza.

final • 6:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat. Saya masih tunggu Yang Berhormat beri jawapan tentang adakah itu benar saiz pasaran tenaga solar ditetapkan pada sembilan megawatt satu tahun, khususnya pada tahun pertama?

final • 6:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kalau ia ditetapkan hanya sembilan megawatt pada tahun pertama dan tahun berikutnya 11 watt dan sebagainya, ini memang tidak banyak dan tidak dapat menggalakkan pertumbuhan industri solar PV dan susah bagi orang ramai untuk mencari peluang pelaburan dalam bidang ini.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya, soalan yang bagus. Saya mahu terangkan juga bahawa 9 megawatt ini untuk tahun hadapan iaitu tahun pertama. Kalau kita letakkan tahun ini sebagai tahun pertama ya, sebab hari ini sudah April, kalau kita luluskannya sehingga kita boleh wartakannya dan apabila kita mahu laksanakannya first year, maka ia bulan Jun dan Julai ya baru dapat. Kalau bulan Jun dan Julai baru dapat, Yang Berhormat boleh lihatlah berapa masanya yang kita akan dapat capai sembilan megawatt. Pada masa yang sama saya mahu juga terangkan, kalau kita luluskan permohonan hari ini, ia akan ambil masa untuk membeli jenteralah dan apa semua. dan akhirnya, letakkan photovoltaic lah.

Semua ini ambil masa. Akhirnya, apa yang mereka boleh menjana hanya sedikit dan bukan sembilan megawatt. So, semua ini kita telah ambil kira.

final • 6:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya, beberapa hari yang lalu saya baru berjumpa dengan beberapa syarikat solar.

Mereka adalah SMI di negara China. Jadi, mereka tanya berapakah saiz pasaran kita dan mereka beritahu saya syarikat mereka mampu mengeluarkan 100 megawatt satu tahun.

Jadi, bagaimana? Saya mahu kata dengan mereka negara kita tahun pertama hanya sembilan megawatt sahaja. Kita lihat seperti Syarikat First Solar iaitu syarikat pelabur asing di Malaysia, satu tahun telah keluar 600 megawatt produknya. Jadi, kadaran yang sembilan megawatt ini memang tidak menarik minat mereka melabur di Malaysia dan kita tidak akan menjadikan ini popular di kalangan warga Malaysia.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Saya faham. Ada satu syarikat dari Guangzhou mengatakan mereka mahu menjana 200 megawatt. Ini hanya planlah, hanya cadangan.

Bila mahu buat? Tahun ini? Tahun hadapan? Ia hanya pelan sahaja. Saya minta dia katakan, “Mana tanah?” “Oh, saya mahu cari lagi. Saya belum ada sahabat atau...”

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Local partner.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

“...rakan kongsi Malaysian” Belum dapat lagi. Ini hanya pelan tetapi sebenarnya, 9 megawatt is not easy to achieve on the first year dengan izin, ya. Akan tetapi kita tidak ada had. Saya mahu terangkan kita tidak ada had. Had kita hanya kumpulan wang. kalau kumpulan wang kita boleh kutip banyak, kita boleh bayar – 200, 300 pun boleh. Akan tetapi had kita, constraint kita ialah tidak cukup wang dalam dana kita.

final • 6:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Akan tetapi Yang Berhormat kata yang satu peratus daripada bil elektrik kita itu disumbangkan kepada kumpulan wang ini.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Okey. Ya, satu tahun berapa kita dapat?... Pegawai mana? Ya.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

[Bangun]

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Minta satu...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, sementara dapat jawapan itu, Yang Berhormat Rembau bangun Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Okey. Nanti saya beri angka itu. Kita ada tetapi saya mahu terangkan – sebelum saya jawab Yang Berhormat Rembau ya. Saya mahu terangkan bahawa kita mahu laksanakan bukan sahaja secara photovoltaic. Kita pun tahu di Sabah dan semenanjung sini kita telah ada berapa kilang yang menggunakan biomass dan mereka telah beroperasi. Kita beri kelonggaran kepada mereka walaupun mereka dalam SREP sekali ini, mereka boleh pilih dia akan tinggalkan dalam keadaan SREP atau dia mahu alih kepada skim ini ya. Kalau mereka alih dalam skim ini, kita boleh luluskan ia dalam masa yang singkat dan kita perlu bayar ia dalam kumpulan wang kita sedia ada.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Jangan lupa, TNB mempunyai 40 mini hydro yang sekarang ini bertaburan merata tempat di Semenanjung Malaysia dan TNB juga boleh berhijrah kepada akta ini dan mendapatkan faedah daripada skim. Okey, kutipan dana RE setahun RM280 juta iaitu 1 peratus dari takrif elektrik yang sedia ada. Yang Berhormat Rembau.

final • 6:20 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin membangkitkan isu kesetaraan grid yang disentuh oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya memahami jawapan dan dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan tetapi apabila kita sebut tentang kesetaraan grid, ini melibatkan subsidi atau dana daripada kerajaan sebelum kesetaraan grid itu dicapai. Seperti mana yang saya bangkitkan dalam ucapan saya, ada setengah negara yang meletakkan duration, dengan izin, ataupun tempoh masa yang diberikan kepada satu-satunya teknologi untuk mendapat kesetaraan grid. Saya beri contoh seperti negara Thailand sehingga 10 tahun.

Saya faham bahawa setengah sumber penjanaan, contohnya photovoltaic, mungkin memerlukan masa yang lama dan belum buat kajian lagi sebab the price is following everyday, dengan izin. Akan tetapi untuk biomass, saya percaya mungkin kita boleh buat unjuran dan meletakkan satu sasaran dan satu tempoh masa supaya jelas kepada mereka yang terlibat, kerajaan, dan juga rakyat tentang subsidi, duit rakyat dan kerajaan yang diguna pakai untuk memberi insentif kepada mereka. Kalau tidak, saya risau kalau sekiranya kita tidak ada satu cut-off date dan insentif untuk membangunkan dan develop dengan izin, teknologi tersebut untuk menjadi lebih mampan dan sustainable.

Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Yang Berhormat, saya telah catit penghujahan Yang Berhormat sebentar tadi. Begini Yang Berhormat, sebab elektrik dari fosil hari ini atau tarif terutamanya gas. Kita tahu bahawa gas ini ia ada element of subsidy. What you called, fuel pass through di mana gas yang digunakan untuk industri elektrik ini, ia memang bukan harga pasaran, ia di subsidi ya. Oleh sebab ia di subsidi, kalau kita kira apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, satu cut off point bagi penjana tenaga boleh baharu ini, maka, kalaulah gas ini dan kemungkinan besar ini yang akan berlaku subsidi gas itu akan ditarik semula dalam berperingkat-peringkat on the progressive basis. Kalau hari ini kita letakkan satu cut-off point, maka ia tidak berapa adillah kepada mereka sebab gas fuel ini ia akan naik.

final • 6:20 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Apabila ia naik, dia cost generation by TNB pun naik. Jadi inilah menyebabkan kita tidak boleh buat masa sekarang tetapi saya yakin pada masa yang terdekatlah dia boleh kita letakkan satu cut of point seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Perkara ini saya – kita bagi sayalah, saya tidak ada masalah. As long as we are fair, kita adillah kepada dua pihaklah. Apabila kita dapat capai itu, kita boleh letakkan tarikh yang tersebut itu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya ada sedikit angka ini dari kepada Yang Berhormat Rembau. Kesetaraan duit bergantung kepada kos penjanaan fosil yang saya sebut tadi dan subsidi. Kita anggapkanlah bagi hidro yang akan dicapai tahun 2014. Ini hanya kita punya hitung apa yang kita rasa sebagai satu tarif. Bagi solar antara 2024 sampai ke 2028, biomass dan biogas 2028 baru kita dapat sampai kesetaraan grid iaitu angka yang saya terima dari pegawai saya.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Sikit Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Yes.

final • 6:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya rasa terpanggil untuk bertanya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Atas isu grid parity juga kalau kita benar-benar mahu memenuhi komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam janji yang beliau buat atas berdasarkan atas 40 peratus carbon emission di Copenhagen sedikit waktu dahulu.

Saya memerhatikan bahawa kita memberikan subsidi yang agak besar kepada IPP contohnya. Atas usaha untuk mencapai grid parity itu juga – apakah kita tidak mampu untuk membuat dasar di mana bagi menggalakkan renewable energy ini dijana dan ramai lagi players untuk mereka terlibat sama.

Apa lagi yang mungkin boleh diberikan. Saya tidak mencadangkan subsidi kerana subsidi membawa distortion itu dan hari ini pun kita sukar untuk merungkaikan distortion yang telah kita lakukan akibat daripada memberikan subsidi yang agak besar RM19 bilion.

Jadi apakah insentif lagi yang boleh difikirkan kerajaan supaya benar-benar komitmen dan political will kita untuk beralih kepada satu energy mix yang lebih bersifat sustainable, environmentally friendly. Ini kerana kita mahu kalau boleh capai that kind of point dengan lebih cepat lagi grid parity itu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya, Yang Berhormat. Itu satu cadangan yang baik juga atau satu hujah yang baik. Akan tetapi, saya hendak sebutkan I want to correct you dengan izin. Kita tidak ada subsidi bagi IPP. Ia tidak ada subsidi, ia tidak terima subsidi.

Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat ialah kita jual gas yang murah...

final • 6:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya, dengar, dengarlah. Apa yang selalu disebut oleh pihak di sana ialah kita subsidize IPP. Seolah-olahnya we give him the money. Tidak ada!

final • 6:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tidak ada! Gas ini hanya satu benda yang – satu kos - dengar, dengar. Satu kos yang kita pass through.

final • 6:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Pass through.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya, pass through maksudnya to the IPP is neutral.

Tidak ada kos dia. Naikkah turun, dia tidak ada. So, ini saya – these the perception that you people would try to...

final • 6:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya boleh terima. Saya boleh terima Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, yang istilah itu diguna beza-beza untuk rakyat dikata subsidi, untuk IPP dikata insentif dan geran dan sebagainya istilah itu. Akan tetapi, pokoknya adalah kos bagi kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:30 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Itu kos-kos kerajaan because the kerajaan is a good kerajaan.

final • 6:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Menyampuk]

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Because...

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Kita hendak tolong price of the electricity.

final • 6:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Kalau begitu Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya. Itu bukan tolong IPP.

final • 6:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Betul. Saya setuju, saya setuju. Kalau begitu janganlah withdraw subsidi kepada rakyat. Itu sahaja pokoknya.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Kita...

final • 6:30 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Kita withdraw subsidi is because we have to face reality, as you said no distortion. Ya, we are trying to be what you call responsible lah in the sense of not trying to...

final • 6:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya setuju, saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri. Cumanya yang kita perlu lakukan adalah melihat kepada perkara itu secara holistik, secara integrated, secara menyeluruh. Jangan buat piecemeal ini yang menjadi masalahnya. Kita menyokong akan satu-satu subsidi ataupun satu polisi dalam subsidi secara menyeluruh. Akan tetapi, tidak bolehlah rakyat dimangsakan dan pihak-pihak tertentu diberikan seterusnya subsidi itu. Itu yang masalah dan pertikaian kami. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Saya pun rasa pihak yang undi pembangkang di sana pun dapat subsidi jugalah kan? The benefit of this subsidi of the gas pass through is also pass to your supporters.

final • 6:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit. Sedikit daripada Yang Berhormat Ledang.

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya.

final • 6:30 PM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Bertanya tentang gas yang dijual kepada IPP. Adakah Yang Berhormat Menteri hendak menyatakan bahawa dengan kos yang rendah yang dijual kos ataupun harga gas yang rendah yang dijual kepada IPP itu, itulah yang menyebabkan bahawa tarif sekarang rendah dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia termasuk pihak sana. Adakah Yang Berhormat Menteri bermaksud begitu?

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan untuk jelaskan akta ini. Ada disebut tadi oleh Yang Berhormat saya tidak – minta maaflah saya tidak dapat cari dia punya skrip. Akan tetapi, Yang Berhormat sebut ini SEDA ini. Kita tidak payah SEDA. Kumpulan ini kita tidak payahlah badan ini tidak payah – kita boleh uruskan Feed in Tarif ini dengan biasa sahajalah. Saya pun tidak tahulah macam mana kalau kita hendak satu sistem yang baik, satu sistem yang bukan merangkumi seorang, dua orang.

Kalau hendak sebut duit wang kita ada satu tahun RM280 juta kita kena urus dengan baik, dengan secara telus. Kalau kita tidak ada SEDA ini macam mana kita hendak buat? Ya, siapa akan bertanggungjawab menguruskannya? Jadi, saya rasa tidak munasabahlah kalau katakan ini SEDA tidak payah. Sedangkan saya sebut tadi kita sudah memeriksakan banyak cara yang dilaksanakan oleh negara-negara yang lain. Kita ambil contoh-contoh yang baik dan apa yang kita perhatikan ialah memang ada satu badan untuk menguruskan wang ini. Kalau tidak nanti rakyat katakan apa sebab wang ini tidak ditadbir dengan baik dan telus. Sedangkan kita...

final • 6:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 6:30 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Yang saya sebut tadi kita ada kes-kes yang kita hari ini barangkali tidak dapat kenal pasti tetapi akan berlaku lagi seperti tipulah dan sebagainya.

final • 6:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya saya juga ingin tahu, kami memang menyokonglah renewable energy. Jikalau kita lihat di negara Eropah, saya masih ingat apabila saya pergi ke Netherlands, di luar bandar sepanjang jalan ke arah Netherlands kita lihat banyak rumah-rumah petani dan mereka semua bumbungnya letak solar panel dan juga ada banyak kipas besar for wind energy.

Saya diberitahu sebenarnya orang awam, mereka memang mengumpulkan wang dan melabur dalam kesemua renewable energy devices ini. Ini mereka dapat pulangan yang lebih tinggi daripada simpan di bank. Jadi dengan adanya rang undang-undang seperti ini dan sekarang kita ada SEDA kah, ada kumpulan wang untuk ini, bolehkah kita juga- macam mana kita menggalakkan orang ramai, macam orang ramai jangan letak wang dalam bank fixed deposit tetapi melabur dalam renewable energy.

final • 6:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dalam rumah mereka letak semua ini, mungkin di luar bandar dan mereka boleh dapat pulangan daripada pelaburan seperti ini. Adakah kumpulan wang yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ini boleh membantu orang biasa untuk dapat pulangan?

final • 6:40 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ya, itu pun satu cara tetapi kita tidak boleh pakai wang yang dikumpulkan dalam dana ini sebab wang yang dikumpulkan untuk dana ini hanya satu maksud iaitu untuk membayar kepada penjana Tenaga Boleh Baharu (TBB) ini.

Kita boleh wujudkan dana yang lain yang seperti yang saya sebut loan scheme dan sebagainya, kita boleh.

Saya rasa dengan adanya skim ini ia cukup walaupun berapa laju atau berapa cepat kita boleh capai sasaran kita itu saya tidak boleh pastikan tetapi saya rasa dengan adanya akta ini dan dana ini mereka akan digalakkan sebab bank yang akan pinjam wang ini mereka tahu. Seperti sayalah, kalau saya ada satu pelan untuk melabur di rumah saya, dua kilowatt seumpamanya.

Bank tahu apabila kita sign agreement itu dengan pihak atau dapat certificate daripada pihak SEDA ini, bank akan percaya bahawa saya akan – satu kontrak 21 tahunkah, 16 tahunkah, berapa tahun kah dan saya punya pinjaman akan dikira daripada kontrak itu. So, maknanya bank tidak akan rasa risau seperti sekarang. Sekarang bank risau sebab dia, orang yang pinjam duit itu tidak ada pendapatan bulanan. Dia tidak ada untuk membayar pinjaman.

Sedikit sahaja saya hendak sebut iaitu SEDA sebab SEDA kita tubuhkan untuk menguruskan perkara ini. SEDA kena ada satu fee untuk pentadbiran, fee pentadbiran di bawah seksyen 20. Mereka akan dibayar satu fee yang akan dituntutlah daripada pihak kumpulan wang ini. Semua ini akan telus, akan di dalam web dan semua orang boleh memperhatikan apa yang dibelanjakan. Okey dan dari segi fee – sorry. Fee SEDA ini 3 peratus daripada transaksi FiT, 3 peratus dari transaksi FiT. Ini SEDA punya feelah.

Saya hendak sebut di sini, tadi ada satu soalan sama ada kerajaan digalakkan atau kerajaan dibenarkan untuk berkecimpung dalam Renewable Energy (RE) ini. Saya hendak terangkan bahawa TNB pun boleh, badan-badan berkanun pun boleh, Kerajaan Negeri Selangor pun boleh, Kerajaan Persekutuan pun boleh, asal dia ada anak syarikat.

Anak syarikat ini boleh meminta certificate dan lesen dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, itu sedikit sebanyak yang saya boleh jawab secara umumlah.

final • 6:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh tanya lagi? Terima kasih Yang Berhormat. Saya hanya hendak tanya apabila rang undang-undang ini digubal dan juga dasar macam 9 megawatt pada tahun pertama semua dasar ini diadakan. Adakah kementerian ada dialog dengan pelabur dan juga peniaga dalam industri solar khususnya dan juga adakah Kementerian KeTTHA ini ada perbincangan dengan PEMANDU kerana angka yang ditetapkan, goal yang ditetapkan oleh dalam Economic Transformation Programme macam 1,250 megawatt dalam kapasiti tenaga solar pada tahun 2020 memang jauh berbeza dengan apa yang ditetapkan oleh kementerian iaitu 9 megawatt pada tahun pertama.

Jadi saya hendak tahu kenapakah yang – bila rang undang-undang ini dikemukakan, bila saya berbincang dengan beberapa peniaga dalam industri solar mereka rasa yang memang kerajaan ini tidak seriuslah. Ini adalah pandangan mereka lah kerana 9 megawatt dan juga ekuiti bagi pelabur asing dalam solar farm hanya dihadkan 49 peratus sahaja. Jadi, ini memang tidak menarik bagi pelabur asing untuk melabur dalam solar farm ini. Jadi saya hanya hendak tanya, adakah perbincangan semua ini diadakan? Kenapakah semua perbezaan macam perbezaan pandangan dengan PEMANDU dan semua ini berlaku sekarang?

final • 6:40 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Saya fahamlah. Itu sebenarnya satu cadangan yang baik juga dan saya terima. Saya akan berbincang dengan pegawai saya apabila akta ini diluluskan dan diwartakan sebelum kita membuka tirailah untuk memulakan tugas mereka. SEDA akan meminta semua stakeholders untuk ke satu workshop kah, apakah, untuk berbincang dengan macam mana cara yang terbaik, cara yang terbuka untuk melaksanakan perkara ini. Sekian. Okeylah, Yang Berhormat Klang is not here.

final • 6:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sudah habis?

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Rembau, sudah habis Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Sudah habis? Ada banyak benda yang tidak jawab, soal efficiency rate dan sebagainya.

final • 6:40 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:40 PM

Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau

Saya sudah hujah dah, tidak akan hendak - you want me to repeat it sir? I can do that for you ataupun kalau tidak, you prefer not answer these questions, you can tell me. Okey, saya ambil peluang inilah untuk mengulangi apa yang saya hujah tadi.

Ini kadar kecekapan, efficiency rate yang telah ditetapkan. Jadi, contohnya untuk biomass diletakkan insentif untuk kadar kecekapan melebihi 14 peratus. Akan tetapi saya bagi contoh, di Kesatuan Eropah kod piagam Combined Heat and Power Quality (CHP) dia 27 peratus. Jadi maksud saya adalah kenapa tidak diletakkan satu kadar kecekapan yang mengikut piawai antarabangsa? Kenapa kita memberi insentif hanya kepada kadar kecekapan yang begitu rendah sekali dalam rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Logik itu memang saya faham apa sebabnya kita letak satu efficiency rate yang rendah. Saya pun hendak tengok saya punya pegawai dapat answer kah tidak? Oleh sebab ini teknikal ini memang dalam dari segi briefing untuk saya, saya tidak tanya perkara ini. But I know your… what do you call… the stream of your thinking. If you don’t mind saya akan jawab secara bertulis sebab ini a bit technical.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 65 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

final • 6:50 PM
PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan bagi perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, bagi melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Tenaga Boleh Baharu 2010 dan menyokong pelaksanaan mekanisme FiT sebuah badan berkanun iaitu Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia akan ditubuhkan, di mana penubuhan serta fungsi-fungsi dan tanggungjawabnya adalah tertakluk di bawah peruntukan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia.

Penubuhan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia adalah amat kritikal dalam memastikan kejayaan pelaksanaan mekanisme FiT untuk memacu pembangunan RE dalam negara.

Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia bertujuan untuk mewujudkan badan berkanun yang mantap di peringkat nasional bagi industri RE negara. Pewujudan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia sebagai sebuah badan berkanun diasaskan kepada prinsip bebas dan di kecuali, tulus dan profesional. Ia juga akan menjadi focal point negara dalam semua aspek pembangunan tenaga boleh diperbaharui di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Di bawah National Key Economic Areas (NKEA) dengan izin, kerajaan telah membuat perancangan loji tenaga solar, dan akan menjadi opsyen yang viable dari aspek ekonomi menjelang tahun 2011, dan tahun 2018, kerana model untuk loji tenaga solar akan menurun pada kadar 4 peratus hingga 10 peratus setahun.

Untuk menentukan cadangan ini berjaya, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia akan bertanggungjawab di atas perkara ini. Rang undang-undang ini mengandungi enam bahagian dan 49 fasal. Bahagian-bahagian Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia merangkumi perkara-perkara berikut:

(i) Bahagian I – bahagian ini yang terdiri daripada fasal 1 dan 2 yang memperincikan tajuk dan takrif perkataan yang digunakan di dalam akta yang dicadangkan serta pemakaiannya di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun Menteri mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh kuat kuasa akta ini dan juga peruntukan-peruntukan yang berlainan akta ini di bahagian- bahagian berlainan di Malaysia menerusi pemberitahuan dalam warta;

(ii) Bahagian II - bahagian ini yang terdiri daripada fasal 3 hingga 14 memperincikan penubuhan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia termasuk peruntukan mengenai kuasa Menteri untuk melantik anggota Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia yang terdiri daripada seorang pengerusi dan tidak kurang daripada enam tetapi tidak melebihi daripada 10 anggota Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia;

(iii) Bahagian III – bahagian ini yang terdiri daripada fasal 15 hingga 21 menyentuh mengenai fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia termasuk kuasa kepada Menteri untuk memberi arahan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia;

final • 6:54 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

(iv) Bahagian IV – bahagian ini yang terdiri daripada fasal 22 hingga 28 menyentuh mengenai peruntukan yang berhubung dengan pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia termasuk tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia dan pelantikan pekerja-pekerja serta syarat perkhidmatan; dan

(v) Bahagian V – bahagian ini yang terdiri daripada fasal 29 hingga 38 berkaitan dengan penubuhan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia dan perbelanjaan yang dipertanggungjawabkan kepada kumpulan wang tersebut.

final • 6:54 PM

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui

Ianya juga memperuntukkan kuasa untuk menjamin oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia dan pelaburan yang boleh dilakukan oleh Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan dan Bahagian IV, bahagian ini yang terdiri daripada fasal 39 sampai fasal 49 berkaitan dengan peruntukan-peruntukan am yang meliputi antaranya pendakwaan kesalahan di bawah akta ini termasuk obligasi kerahsiaan anggota Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, fungsi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia; Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia akan bertindak sebagai badan pelaksana Akta RE dan diasaskan kepada prinsip tulus serta profesional. Ia bertanggungjawab untuk memaju industri RE yang merupakan bidang baru yang telah dikenal pasti dalam sektor ekonomi negara. Dalam masa yang sama, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air juga sedang dalam proses menggubal Pelan Induk Kecekapan Tenaga.

Pelan induk ini adalah bertujuan untuk menyediakan dasar dan pelan tindakan bagi penggunaan tenaga dengan cekap untuk memastikan negara menggunakan sumber- sumber tenaga dengan cekap dan efisien. Pengurusan dan penggunaan sumber tenaga yang mapan adalah amat penting bagi sesebuah negara kerana tenaga adalah asas utama pembangunan negara. Laporan awal kajian Pelan Induk Kecekapan Tenaga telah mengenal pasti keperluan satu agensi pelaksana kecekapan tenaga yang akan menguatkuasakan Akta Kecekapan Tenaga yang akan digubal.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berpandangan bahawa adalah sesuai pihak berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia menjalankan peranan ini kerana ia adalah fungsi yang menjurus kepada pembangunan dan penggunaan tenaga lestari. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 7:00 PM

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi Penubuhan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan bagi perkara yang berkaitan dengannya dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 7:00 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya pada amnya saya sokong akta ini tetapi saya nak bawa dua isu sahaja. Satu ialah fasal 15(g) berkaitan dengan fungsi pihak berkuasa. Ini penilaian kajian ya.

final • 7:03 PM

Dr. M. Jeyakumar Devaraj - Sungai Siput

Saya ingin cadangkan perkara-perkara berkaitan dengan pencemaran alam yang berpunca daripada teknologi baru ini harus dikaji. Umpamanya daripada biomass ini adakah dia carbon dioxide neutral di mana dalam hayat atau the life span biomass itu, adakah dia resap lebih carbon dioxide daripada udara daripada karbon dioksida dikeluarkan bila dia dibakar. Isu-isu macam ini harus dikaji juga untuk memastikan teknologi ini betul-betul green atau hijau.

Selain daripada itu, solar panel itu mengandungi banyak kimia dan apakah cara ia harus dibuang bila life span dia dah habis atau dipupus, apakah cara dia, apakah kaedah dia? Jadi, saya rasa kementerian dan pihak berkuasa ini harus keluarkan garis panduan untuk mengendalikan isu-isu macam ini. Perkara kedua yang saya ingin bangkitkan ialah dalam fasal 43 di mana saya rasa ini terlalu beri perlindungan yang keterlaluan. Dikatakan tiada tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding lain yang boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat di mana-mana mahkamah terhadap Menteri, pihak berkuasa, anggota berkuasa berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran jika dilakukan dengan suci hati.

Okey, untuk doktor pun. Saya seorang doktor. Jika saya buat kesalahan, satu kecuaian dan pesakit saya dapat buktikan ini adalah satu negligence, satu kecuaian, dia boleh sue saya dan apa yang dipakai dalam mahkamah ialah Bolan test. Adakah doktor itu bertindak di satu paras yang munasabah untuk doktor untuk tahap itu. Saya rasa idea macam itu, konsep macam itu harus diresap dalam undang-undang macam ini. Adakah Menteri itu ataupun adakah pegawai pihak berkuasa itu bertindak pada satu paras profesionalisme yang munasabah. Jadi jika katakan seorang doktor biasa, doktor GP dia tidak diuji dengan standard pakar, dia diuji pada paras GP tapi jika di paras GP pun dia negligence, atau cuai, masa itu mahkamah boleh katakan you harus bayar balik pampasan.

Jadi saya rasa jika kita katakan kita nak Malaysia jadi satu negara maju dan semua ini, fasal macam ini yang memberi perlindungan yang keterlaluan akan jadi satu halangan kepada tindakan yang profesionalisme. Jadi, saya rasa we got to see back. Saya rasa okey, memang kita nak lindung, beri perlindungan kepada pegawai kita, kepada Menteri kita, kepada pihak berkuasa tetapi not to the extent you give complete blanket.

Macam ini, sekarang dia negligence, dia cuai, dia tak bertanggungjawab tetapi tidak boleh dibawa ke mahkamah, tidak boleh dicaj. Jadi ini saya harap Yang Berhormat Menteri boleh dapat menukarkan ini. Terima kasih.

final • 7:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Seputeh.

final • 7:03 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ucapan saya pendek sahaja. Jadi seperti biasa, apabila adanya rang undang-undang baru diperkenalkan, tentu ada agensi baru ditubuhkan untuk mengawal selia rang undang- undang. Dalam hal ini, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari ataupun Sustainable Energy Development Authority (SEDA) pun akan ditubuhkan. Di sini saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, berapakah kos menguruskan agensi ini. Saya berpendapat bahawa fungsi agensi ini adalah bertindih dengan struktur organisasi yang ada di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menubuhkan Green Technology Corporation bagi menggantikan Pusat Tenaga Malaysia.

Kenapakah KeTTHA masih ingin menubuhkan agensi baru ini dan KeTTHA kelihatan sibuk tubuhkan agensi baru dan kemudian tutup agensi di dalam kementerian. Saya difahamkan di bawah Ketua Setiausaha KeTTHA sekarang sudah pun mempunyai empat orang setiausaha bahagian iaitu di sektor air, tenaga lestari, teknologi hijau dan bekalan elektrik.

Jadi saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, apakah perbezaan di antara tugas Setiausaha Bahagian Tenaga Lestari dan Setiausaha Bahagian Teknologi Hijau.

Dengan wujudnya SEDA sekarang, bukankah ia tambah lagi perbelanjaan kerajaan?

final • 7:07 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya juga ingin membangkitkan beberapa soalan.

Nombor satu ialah, klausa 3(2) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu yang akan memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) untuk mentadbir dan melaksanakan sistem tarif galakan. Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan bahawa SEDA akan ditadbir dengan telus, adil dan beramanah memandangkan SEDA juga akan mengurus Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu?

Berapakah bajet tahunan yang perlu kerajaan sediakan untuk pihak SEDA dan apakah sumber kewangan utama SEDA? Adakah ianya akan menambahkan lagi beban pembayar cukai?

final • 7:07 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Soalan kedua ialah klausa lima keanggotaan pihak berkuasa SEDA. Adakah pihak kerajaan telah mengenal pasti anggota pihak berkuasa? Bagaimanakah kerajaan akan memastikan bahawa anggota adalah berkelayakan dan menepati klausa 5(2) yang mengehendaki supaya anggota yang akan dilantik mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme yang berkaitan.

Ketiga ialah tentang klausa 15 fungsi pihak berkuasa. Kenapakah fungsi pihak berkuasa pembangunan tenaga lestari ini mempunyai kuasa yang begitu luas yang mencakupi aspek tenaga lestari dan tidak hanya memberi fokus terhadap tenaga boleh diperbaharui. Bukankah kuasa yang begitu luas ini akan memberi beban tambahan kepada pihak berkuasa pembangunan tenaga lestari tersebut dan bagaimanakah pihak berkuasa akan membiayai kakitangan tambahan yang perlu menangani perkara selain daripada tenaga boleh diperbaharui ini.

Keempat ialah klausa 22 tentang ketua pegawai eksekutif. Adakah kerajaan telah mengenal pasti calon ketua pegawai eksekutif yang berkelayakan yang menepati klausa 22(2) tersebut. Saya ingin mencadangkan supaya kementerian menubuhkan satu jawatankuasa Parlimen untuk menilai calon ketua pegawai eksekutif yang sesuai dan paling berkelayakan untuk dicadangkan kepada Menteri. Ini akan memastikan calon yang paling layak sahaja dilantik oleh Menteri kerana jawatan ini memang amat penting bagi memastikan kejayaan tenaga boleh diperbaharui di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan penubuhan agensi baru SEDA ini mendatangkan juga isu-isu yang agak rumit saya cadangkan supaya agensi SEDA ini dibatalkan dan pindahkan kuasa agensi ini kepada Suruhanjaya Tenaga ataupun kepada Green Technology Corporation. Sekian, terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Tenom.

final • 7:10 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk membahas Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari 2010 dalam Dewan yang mulia ini.

Kalau kita sentuh Tuan Yang di-Pertua soal pembangunan tenaga lestari sudah tentu kita membayangkan keseimbangan ekologi pembangunan sekeliling tanpa mengabaikan alam sekitar dan juga suasana yang kondusif bagi membolehkan manusia dapat tinggal dan hidup dalam suasana yang sejahtera. Tiadanya gangguan yang membolehkan manusia untuk hidup dalam keadaan aman dan selamat. Namun tidak semuanya khabar itu menggembirakan malahan tindakan-tindakan manusia walaupun dengan tujuan murni ada juga memberi kesan yang tidak baik kepada manusia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan sekali lagi tentang kegagalan pihak berkuasa alam sekeliling sehingga boleh mengakibatkan nyawa lebih 3.2 juta di negeri Sabah sentiasa diintai ajal akibat kesan langsung daripada radiasi penyakit dan keracunan yang berpunca daripada pencemaran berlebihan bahan buang sisa toksik plumbum ekoran penggunaan bateri asid plumbum dalam sistem elektrik solar luar bandar dan juga menara- menara telekomunikasi.

final • 7:12 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Saya sudah maklumkan kepada pihak JAS Sabah gagal memantau operasi pembuangan sisa toksik berasaskan plumbum dan juga gagal menghalang kegiatan menjadikan Sabah sebagai pusat pelupusan plumbum terbesar di Asia Tenggara ekoran ketiadaan pusat pelupusan plumbum di negeri berkenaan. Persoalan yang masih menjadi misteri hingga kini Tuan Yang di-Pertua bagaimana bateri-bateri ini yang seberat antara 20 hingga 120 kilogram boleh melepasi pemeriksaan kastam terutama yang diimport dari negara Jerman, Itali, Czechoslovakia, China dan juga Taiwan yang mana mereka juga mengharamkan penggunaan bateri plumbum.

Saya sekali lagi membangkitkan dan menggesa agar Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air agar dapat menyediakan satu jawatankuasa khas ke Kabinet bagi membahaskan dan menyelesaikan isu penting ini kerana ianya telah meletakkan jiwa terutama rakyat di negeri Sabah dan juga pelancong dalam keadaan terancam. Bagi saya rakyat negeri Sabah terutama kanak-kanak di sekolah yang menggunakan sistem solar dan solar hibrid yang dikuasakan oleh bateri asid plumbum dikuarantinkan dan jalankan pemulihan segera kerana kesan plumbum dalam darah mereka mungkin tidak dapat dikeluarkan daripada tubuh dan juga akan meninggalkan kesan dalam jangka masa yang lama dan mungkin akan mengakibatkan hidup mereka menderita.

Kita perlu mendapat laporan lengkap. Kita mahu laporan terkini dikeluarkan oleh Pusat Racun Negara dan yang paling menyedihkan Tuan Yang di-Pertua keadaan sekarang ialah kebanyakan sekolah di luar bandar sanggup menggadaikan nyawa anak- anak sekolah dengan membenarkan kemasukan bateri asid plumbum di dalam bilik darjah dan juga bilik guru atau perpustakaan. Adalah mustahil mereka tidak tahu bahawa setiap kali bateri yang berkenaan dicas di dalam bilik darjah akan mengeluarkan gas asid sulfurik dan juga gas plumbum yang disedut terus oleh kanak-kanak di dalam kelas berkenaan dan sekitarnya sehingga menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Kita ambil contoh Tuan Yang di-Pertua kematian 400 orang kanak-kanak di Nigeria dan juga penderitaan yang dialami oleh lebih kurang 2,000 kanak-kanak di negeri China akibat pencemaran plumbum. Ini sudah berlaku dan kita tidak mahu ia berlaku di negeri Sabah. Saya pernah membangkitkan soal juru perunding yang dilantik oleh kementerian bagi melihat masalah melupuskan bateri asid plumbum ke negeri Sabah. Saya syorkan supaya pihak SPRM untuk masuk campur dalam perkara ini kerana perkara ini telah lama berlaku sejak 1996. Walaupun sudah agak terlambat untuk bertindak kerana saya percaya majoriti kanak-kanak di negeri Sabah telah dijangkiti keracunan plumbum dan sama ada akibat daripada kesan langsung air sungai yang dicemari, pembuangan sisa toksik seperti di Lombong Tembaga Mamut di Ranau sedikit masa lalu tetapi kita yakin masih mempunyai kesempatan untuk bertindak mengharamkan plumbum ke negeri Sabah.

Di samping itu juga Tuan Yang di-Pertua saya hendak menegaskan agar Jabatan Alam Sekitar juga segera menguatkuasakan undang-undang alam sekeliling secara mandatori dengan mendenda sesiapa sahaja yang membuang sisa bateri plumbum di negeri Sabah termasuklah kontraktor Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang mengimport masuk racun karsinogenik berkenaan tanpa kelulusan JAS. Saya akan memastikan ini Tuan Yang di-Pertua dengan kerjasama beberapa badan NGO yang mana prihatin sedang mengkaji kesan sampingan yang dihasilkan daripada plumbum terutama di sungai-sungai negeri Sabah dan juga di perairan kerana menjadi tempat pembuangan sisa logam berat berkenaan terutama perubahan genetik dan juga kepupusan banyak spesies ikan dan yang paling penting tahap mutasi spesies tertentu akibat kesan radiasi plumbum.

Tuan Yang di-Pertua, penjenayah alam sekitar ini hendaklah diheret ke mahkamah dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga Sabah Elektrik Sdn. Bhd. harus prihatin dalam soal yang mencemarkan alam sekitar kerana jana kuasa solar seperti di Pulau Banggi dan beberapa kawasan lain turut menggunakan bateri asid plumbum yang amat berbahaya kepada manusia. Malah saya juga kesal dengan sikap TNB dan juga SESB yang cuai kerana gagal menyediakan pakaian keselamatan termasuk corong pernafasan beroksigen sehingga menyebabkan para pekerja mereka terdedah kepada bahaya pencemaran dan juga keracunan plumbum ketika berada dalam loji jana kuasa solar dan menyelenggara bateri berkenaan. Bukankah tugas untuk menyelenggara bateri ini Tuan Yang di-Pertua sewajarnya dilakukan oleh kontraktor yang membekalkan bateri berkenaan dan bukannya kakitangan ataupun penjaga jentera.

final • 7:12 PM

Datuk Raime Unggi - Tenom

Sebagai contoh, tahap keselamatan di loji jana kuasa elektrik Pulau Banggi setelah satu daripada 250 bateri asid plumbum di stesen berkenaan telah meletup. Jadi Tuan Yang di-Pertua janganlah sampai nyawa melayang barulah kita hendak bertindak.

Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 7:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong lepas itu Yang Berhormat Ledang.

final • 7:12 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari kerana saya ada dengar dengan teliti apa jawapan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai rang undang-undang yang diluluskan tadi. dan ekoran daripada kelulusan ini kita hendak tubuhkan satu badan berkanun untuk memajukan Renewable Energy (RE) ini. Saya ada tanya daripada Yang Berhormat tadi mengenai kadar pembangunan bagi RE dan setahu saya setiap tahun permintaan untuk tenaga di negara ini meningkat sampai 2.6 peratus setahun. Ini bermakna walaupun kita ada Bakun, Bakun kuasanya tidak boleh disambung kepada Semenanjung. Dengan demikian, kita perlu mengadakan sumber-sumber yang lain. Tadi saya sudah bangkitkan dengan Yang Berhormat Sekijang kerana dia asyik dengan tidak mahu gunakan tenaga fosil, tidak mahu arang batu sekarang...

final • 7:19 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Yang Berhormat Kepong merapu.

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tidak merapu, ini memang relevan kerana kalau Yang Berhormat Sekijang, dia hendak kita kurangkan arang batu. Kalau macam ini, pihak tenaga TNB dan pihak kementerian hendak wujudkan lebih banyak. Macam mana? Ada bertentangan dan itulah Yang Berhormat Sekijang tidak fikirkan masak-masak kerana dia timbulkan sahaja. Dia kata tidak mustahil seruan dia untuk mengurangkan arang batu, tetapi kalau itu projek-projek yang bakal ditambah oleh pihak kementerian, ini bermakna fikiran Yang Berhormat Sekijang itu adalah keliru sedikit kerana tidak setaraf dengan pihak kerajaan, kesetaraan dengan pihak kerajaan itu tidak ada, tidak wujud. Tadi kita sebutkan kesetaraan grid, kesetaraan dengan Yang Berhormat Sekijang tidak wujud sekarang.

Di sinilah saya hendak bangkitkan kerana isu yang sama dengan rang undang- undang yang lepas dan dengan sekarang kerana kita hendak wujudkan RE. Sekarang saya nampak RE yang kita ada sekarang tidak sampai 3 peratus dan di sini saya nampak walaupun yang diluluskan begitu banyak pada Februari 2011, senarai projek yang telah diluluskan di bawah SREP adalah berjumlah 39, tetapi hanya 11 projek yang telah beroperasi. Manakala selebihnya 28 projek masih di tahap pembangunan. Ini bermakna pembangunan RE di Malaysia ini memang begitu perlahan dan tambah pula kita nampak dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sekarang yang telah melaksanakan beberapa projek perintis seperti Small Renewable Energy Power Program, tadi yang telah saya sebutkan, UNDP/GEF Biomass Power Generation and Demonstration Biogenic Project dan UNDP/GEF Malaysia Building Integrated Photovoltaic, MBIPV projek.

Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya saya sebutkan unjuran tadi, tetapi tidak dijawab dengan tepat kerana kita di dalam kementerian itu sudah membuat satu unjuran.

Unjuran untuk mengadakan tenaga nuklear sampai 10 peratus. Dia hendak wujudkan setiap loji nuklear itu boleh menjana 1,000 megawatt dan dua loji 2,000 megawatt di dalam tempoh tidak sampai 10 tahun ia dah menjadikan 10 peratus daripada jumlah tenaga yang digunakan di negara ini. Sementara itu kita dengan renewable energy hanya 3 peratus dan sekarang dengan gempa bumi berskala 9 Richter di Jepun dan tsunami yang mewujudkan mala petaka yang besar di Jepun, saya khuatir projek ini tidak dapat dilaksanakan di Malaysia. Walaupun Yang Berhormat Miri itu dia harap kita tidak akan bantah tetapi rakyat Malaysia memang tiap-tiap malam, tiap-tiap hari mereka tengok TV itu, dahsyat masalah di Jepun, bukan main di Jepun. Tidak payah politik, kita sebutkan apakah rakyat Malaysia menyaksikan tiap-tiap hari.

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dengan demikian, mereka tidak akan terima. Kita hendak bina dua loji nuklear, tidak, saya percaya susah kementerian hendak melaksanakan, susah kementerian. Oleh sebab itulah berapa kali saya sudah membangkitkan bahawa satu laporan yang lengkap mesti dikemukakan mengenai loji nuklear ini. Saya bimbang kalau ini tidak dapat dilaksanakan, apakah alternatif bagi Yang Berhormat Miri? Apakah alternatif? Tambahan pula, Yang Berhormat Sekijang tidak mahu batu arang kerana batu arang itu digunakan lebih daripada 60 peratus jana kuasa di negara ini. Hidroelektrik kalau tidak silap saya, tidak sampai 30 peratus, lebih 60 peratus itu peratus daripada fosil...

final • 7:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

[Bangun]

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Apa masalah?

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Dia hendak mencelah Yang Berhormat, hendak bagi ruang untuk mencelah?

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Siapa yang hendak mencelah?

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tangga Batu.

final • 7:20 PM

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong bercakap sebagai salah seorang pakar tenaga negara.

Sebenarnya Yang Berhormat ini pakar kulit sahaja, pakar superficial, dalam-dalam dia tidak tahu, dia tahu atas sahaja. Yang Berhormat Seputeh pun sama, lebih kurang.

Tuan Yang di-Pertua, bercakap tentang sumbangan kaedah-kaedah penjanaan negara kita, kita kena sentiasa mencari peluang dan ruang bagaimana penjanaan tenaga di negara kita tidak berhadapan dengan kerumitan, masalah di satu hari nanti bila kita tiada lagi bahan-bahan fosil ini. Jadi kita tidak boleh menutup pemikiran kita Yang Berhormat Kepong, cara Yang Berhormat tadi seolah-olah semua orang tidak betul, Yang Berhormat seorang sahaja yang betul.

Jadi cuba keluar daripada belenggu itu, bagi peluang kepada kementerian untuk jana seberapa banyak idea yang boleh supaya kita tidak berhadapan dengan krisis tenaga ini dan kita menemui jalan buntu. Nuklear bukan satu option sahaja Yang Berhormat, banyak lagi. Saya kira Yang Berhormat boleh faham tentang ini dan boleh jangan cuba menyalahertikan, memesongkan fakta dan sebagainya. Boleh Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tangga Batu sekarang ini tidak berasas, memang tidak berasas.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tangga Batu itu...

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Di sebelah situ sahaja, Yang Berhormat Sekijang kata tidak mahu dah batu arang.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Kepong.

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Hanya di situ sahaja itu, tidak mahu dah batu arang yang menyumbang lebih 60 peratus kuasa pada negara ini.

final • 7:20 PM

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang

Boleh minta jalan Yang Berhormat Kepong?

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Dah tidak mahu dah, so apa alternatifnya?

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tangga Batu itu mantan jurutera TNB.

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Mantan juruterakah?

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Oh! Teruklah macam itu... [Ketawa] Teruk macam itu, jurutera seumpama ini, teruk.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Tidak apalah Yang Berhormat, sambung esok.

final • 7:20 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Ya, sambung esok.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa 5 April 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.30 malam.

final • 7:20 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026