Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Dato' Lilah bin Yasin [Jempol] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) berapakah jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku sepanjang tahun 2010 dan berapakah yang melibatkan kematian; dan
(b) apakah program drastik kementerian bagi mengatasi masalah ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan I - Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kemalangan jalan raya pada tahun 2010 adalah sebanyak 14,421 kes yang melibatkan 6,872 kematian.
Untuk makluman Yang Berhormat, langkah-langkah drastik yang akan dan sedang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini ialah:
(i) meningkatkan kekerapan advocacy dan program berasaskan komuniti khususnya kepada kumpulan sasaran utama iaitu penunggang dan pembonceng motosikal yang merupakan golongan yang paling berisiko tinggi iaitu penyumbang kepada 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya;
(ii) meningkatkan kekerapan dan keberkesanan kempen media keselamatan jalan raya melalui saluran perdana seperti media elektronik dan media cetak serta rangkaian sosial seperti Facebook dan Youtube;
(iii) melaksanakan automated enforcement system bagi mengurangkan kematian yang ada kaitan dengan memandu terlalu laju iaitu merupakan 62.6 peratus daripada punca kematian;
(iv) melaksanakan penguatkuasaan secara penyamaran di dalam pengangkutan awam seperti bas ekspres bagi menangkap pemandu-pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan secara red-headed; dan
(v) meningkatkan penguatkuasaan secara omnipresent melalui penambahan-penambahan operasi bersepadu bagi meningkatkan perception of being caught di kalangan pengguna jalan raya.
Selain langkah-langkah tersebut, inisiatif-inisiatif lain yang juga penting dan bergerak secara selari melalui pendekatan 5E atau education, enforcement, engineering, environment dan evaluation yang menjadi kunci Pelan Keselamatan Jalan Raya tahun 2011/2020 iaitu dalam erti kata yang lain pendekatan secara holistik dan komprehensif.
Terima kasih.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rakyat Malaysia tidak mati di perbatasan menentang komunis. Tidak juga mengalami masalah cubaan Allah SWT melalui tsunami dan ledakan gunung berapi tetapi bergelimpangan mayat rakyat kita di jalan raya.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, apakah kementerian bercadang untuk mengadakan rombakan kurikulum sekolah memandu secara besar-besaran supaya nilai- nilai murni pemanduan berkhemah ini, mereka yang selalunya sombong, angkuh, bongkak dapat ditarbiah secara sempurna melalui kurikulum yang baru? Bilakah ia dapat dikuatkuasakan secara berkesan?
Kempen keselamatan jalan raya secara berterusan, adakah Yang Berhormat bercadang untuk melibatkan seluruh kementerian yang berkaitan untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bertindak supaya mengadakan kempen ini sepanjang tahun, bukan bermusim dan dilanjutkan selama tiga tahun berturut-turut supaya dapat membentuk budaya pemanduan cemerlang di kalangan rakyat Malaysia dan juga budaya pengguna jalan raya cemerlang di kalangan rakyat Malaysia. Bagi mereka yang memang gemar melanggar undang-undang, kita jalankan penguatkuasaan secara berterusan.
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bukan ucapan Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Bukan ucapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini macam ucapan Yang Berhormat.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Soalan, tetapi berbentuk ucapan. Soalan baru Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, ini memperli. Tidak baik Yang Berhormat.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Saya tidak perli Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf. Akan tetapi saya sungguh-sungguh, serius supaya kementerian dapat menjalankan tindakan secara berkesan. Kalau boleh gantung lesen, bukan sahaja lesen pengguna tetapi lesen pengusaha. Ini kerana mereka yang menghisap dadah, mereka yang minum arak, pemandu ini adalah di bawah tanggungan pengusaha perniagaan tersebut.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Jempol di atas keprihatinan terhadap isu keselamatan jalan raya. Seperti mana yang sering kita tegaskan di sini bahawa masalah kemalangan di jalan raya adalah merupakan satu masalah yang serius di mana kalau kita lihat statistik kematian, setiap hari tidak kurang daripada 18 orang mati di jalan raya dan setiap sejam 20 minit, ada orang mati di jalan raya. Kalau kita lihat kematian melibatkan penunggang motosikal ialah lebih kurang average kematian sebelas kematian setiap hari. Ini adalah merupakan satu perkara yang serius yang ingin kita tangani...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan cakap wanita yang menyebabkan kemalangan. Adakah ini benar?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Adakah ini benar?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Oleh sebab itu kementerian mengambil berat tentang masalah ini dan kementerian telah pun mengadakan rombakan terhadap kurikulum bagi institut memandu untuk melahirkan pemandu-pemandu bukan sahaja kompeten tetapi juga mempunyai sikap-sikap ataupun mempunyai amalan yang baik atau amalan yang berkhemah dan berdisiplin di jalan raya.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Daripada kokurikulum baru ini sebenarnya kita telah pun siapkan semua kokurikulum ini. Pihak Malaysian Institute Road of Safety (MIROS) telah pun menyiapkan dengan bantuan JPA dan agensi-agensi yang lain. Akan tetapi kita pada ketika ini masih menunggu peruntukan daripada kerajaan untuk meluluskannya lebih kurang RM10 juta.
Sebagai alternatif, pihak MIROS juga telah pun mengadakan dan merangka satu kaedah baru iaitu untuk membolehkan kokurikulum ini dilaksanakan tanpa menggunakan peruntukan dan ini telah pun disiapkan dan kita akan dapat melaksanakan dalam masa terdekat ini.
Untuk soalan Yang Berhormat berkaitan dengan kempen. Seperti mana yang saya katakan di sini bahawa sebenarnya Kempen Keselamatan Jalan Raya ini tidak dilakukan secara bermusim. Ia satu proses yang continuous. Mungkin ada masa-masa tertentu, khususnya semasa perayaan kita mengadakan Ops Sikap dan juga beberapa kempen- kempen yang lebih intensif dengan melihat kepada keadaan di mana banyak pergerakan kenderaan pada ketika itu. Akan tetapi saya ingin nyatakan di sini bahawa usaha kita untuk membanteras masalah ini adalah merupakan satu proses continuous iaitu sepanjang masa.
Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Salah satu faktor mengapa berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia. Ini kerana berlakunya rasuah semasa seseorang itu mengambil lesen memandu di antara JPJ dengan sekolah memandu. Hal ini berlaku semasa zaman saya mengambil lesen dan sekolah memandu offer ‘paw’, mesti lulus, beri amount ini.
Akan tetapi pada bulan yang lalu, semasa saya bisik dengan pemuda, juga berlaku ada hal begini, ‘paw’ mesti lulus. So, gejala rasuah ini, bagaimanakah Kementerian Pengangkutan mengatasi rasuah ini? Ini kerana ramai di kalangan kita tidak mengikut undang-undang, bahkan mereka tidak tahu undang-undang kerana mereka dapat lesen memandu dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, soalannya Yang Berhormat.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Memberi wang untuk dapat lesen.
So, bagaimana kementerian mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Datuk Abdul Rahim bin Bakri
Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah merupakan satu aduan yang spesifik sebab itu kita mengharapkan supaya adanya kerjasama daripada semua masyarakat.
Sekiranya ada keadaan-keadaan seperti begini, seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat. Sememangnya kita mengharapkan supaya pihak masyarakat itu sendiri mempunyai maklumat membuat aduan kepada pihak-pihak tertentu. Kita sering bekerjasama dengan SPRM dan agensi-agensi penguat kuasa untuk memastikan bahawa amalan-amalan sebegini tidak berlaku dan boleh menjejaskan segala proses untuk melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin. Terima kasih Yang Berhormat.
2. Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, sama ada kerajaan bercadang untuk membina kampus cawangan mana- mana universiti awam ke Kuala Krai bagi menjadikan Kuala Krai pusat pembangunan ekonomi dan pendidikan yang baru di Kelantan Selatan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham dengan harapan itu.... [Ketawa]
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Jawapannya ialah buat masa ini kita belum ada rancangan untuk menubuhkan IPTA baru di seluruh negara termasuklah di Temerloh kawasan saya dan Kuala Krai.
Terima kasih... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sila Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ia memang jawapan yang lurus daripada seorang yang lurus. Akan tetapi kalau soalan ini dikemukakan oleh wakil daripada Sarawak meminta sesuatu pagi ini kalau jawapan seperti ini, kalahlah Barisan Nasional... [Ketawa] Berilah ulasan sedikit.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya bukan minta kampus universiti baru dan bukan juga dalam RMKe-10. Cawangan sahaja dan tidak menetapkan masa. Alasannya, penting kerana Kelantan Selatan yang ada beberapa jajahan - Kuala Krai, Gua Musang dan Jeli tidak ada kampus-kampus. Jeli mungkin tetapi yang selatan-selatan ini tidak ada kampus yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk tempatan dan juga oleh pelajar-pelajar luar. Jadi itu permintaannya. Saya rasa konteks pembangunan pendidikan penting seluruh negara.
Sabah dan Sarawak minta, jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak mengapa, ini Kuala Krai Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Ya.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
...Ya, kita perlu berlapik dengan tempat lain, baru kita boleh adjust permohonan kita.
Jadi, saya mahu bertanya kepada kementerian, tidak ada langsungkah perancangan ini dan kalau ada, bagaimana bentuk pembangunan pendidikan yang mahu dibawa kepada suatu kawasan Kelantan Selatan yang sebesar lebih daripada separuh Kelantan ialah Kelantan Selatan Tuan Yang di-Pertua. Ia lebih besar daripada Perlis, tiga ke empat belas kali.
Dato’ Saifuddin bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, yang bertanya ini doktor.
Sepatutnya doktor lebih lurus... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya memahami soalan Yang Berhormat Kuala Krai. Kita di Kelantan sebenarnya telah ada sejumlah IPTA baik universiti, kampus cawangan universiti, politeknik dan kolej komuniti. Dengan ringkasnya, sebagai menerangkan apa yang saya maksudkan, kita mempunyai Universiti Malaysia Kelantan - Kampus Jeli, Kota Bharu dan Bachok. Jeli dan Bachok dalam pembinaan.
Kita telah sedia ada Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya cawangan Nilam Puri dan juga sudah sedia ada kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian. Kemudian, kita ada UiTM di Kota Bharu dan di Machang. Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Jeli. Kolej Komuniti di Kok Lanas, Ketereh dan cawangan- cawangannya di Pasir Mas dan di Jeli.
Namun, saya melihat peta Kelantan, memang benarlah di sebelah selatan itu aset KPT tidak wujud. Di Kuala Krai dan di Gua Musang, namun apabila dikira 19,258 orang di ketiga-tiga jenis IPTA itu saya yakin ia termasuk pelajar Kuala Krai dan Gua Musang. Di samping ramai juga yang belajar di IPTA di luar Kelantan. Apa yang saya katakan tadi itu tiada dalam perancangan buat masa ini. Namun, tanpa perlu adjust cerita Sarawak dan Sabah, saya yakin kita sentiasa sedia mendengar permintaan dan permohonan.
Untuk rekod, Yang Berhormat Gua Musang juga ada menyampaikan permintaan yang hampir sama tetapi mungkin tidak di dalam Dewan tetapi di luar Dewan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat.
3. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan:
(a) cadangan pelaksanaan Projek Naik Taraf Jalan Kampung Sinar Jaya, Kinabatangan yang rosak teruk serta sukar untuk dilalui oleh masyarakat setempat dan peruntukan khusus bagi menyediakan pemasangan wayar dalaman rumah (internal wiring) rumah-rumah penduduk miskin di daerah Kinabatangan; dan
(b) langkah kerajaan dalam mengeluarkan masyarakat luar bandar daripada kepompong kemiskinan secara jangka panjang.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat Yang Berhormat yang sepanjang masa begitu prihatin kepada hal-hal yang berhubung kait dengan masalah di kawasan.
Tahniah Yang Berhormat.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah menyenaraikan projek naik taraf Kampung Sinar Jaya, Kinabatangan di bawah rolling plan kedua iaitu dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi Program Jalan Luar Bandar (JALB) dan pelaksanaannya dijangka akan dimulakan pada tahun 2013.
Berhubung dengan peruntukan khusus bagi menyediakan pemasangan wayar dalaman rumah, untuk makluman Yang Berhormat, skop Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) kementerian melibatkan pembinaan talian penghantaran dan talian pengagihan sehingga ke had maksimum 33 kV termasuk talian perkhidmatan ke rumah pengguna. Pendawaian dalam rumah tidak termasuk dalam skop BELB yang dilaksanakan oleh kementerian.
Walau bagaimanapun, perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat NKRA Leadership Team (NLT) infrastruktur luar bandar pada 21 Februari 2011. Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta sebagai permulaan untuk membiayai kos pendawaian dalam rumah di negeri Sabah melalui program Assisted Rural Wiring Scheme (ARWS).
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Melalui skim ARWS ini, pendawaian dalam rumah akan dilaksanakan oleh vendor yang dilantik oleh SASB dan had pembiayaan adalah terhad kepada RM510 setiap rumah.
Pengguna bertanggungjawab untuk membayar semula kepada SASB selama 24 bulan secara ansuran. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua kerajaan komited dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan negara dan telah menetapkan sasaran pengurangan kemiskinan kepada tahap 2.8 peratus pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Secara dasarnya, langkah-langkah utama dalam menangani isu kemiskinan adalah seperti berikut;
(i) memperkukuh dan memantapkan lagi pelaksanaan program- program sedia ada di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dengan memberi tumpuan yang lebih besar kepada projek-projek peningkatan pendapatan, Program Kursus Latihan Kemahiran dan penyediaan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat;
(ii) memperkukuh dan meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyampaian program-program pembasmian kemiskinan melalui penubuhan fokus group, membasmi kemiskinan di peringkat nasional, negeri dan daerah yang akan berperanan dalam menyelia perancangan, pelaksanaan, dan pemantauan serta penyaluran peruntukan bagi program atau projek pembasmi kemiskinan;
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
(iii) kerajaan juga telah membangunkan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dikenali sebagai e-Kasih dan akan menjadi pusat rujukan utama dalam menyediakan profil komprehensif golongan miskin dan golongan miskin tegar yang akan diberi bantuan;
(iv) kerajaan akan meneruskan strategi pembangunan tanah yang bersepadu bagi melonjakkan ekonomi di kawasan yang mempunyai insiden kemiskinan yang tinggi di luar bandar melalui program-program seperti projek lonjakan mega yang berkonsepkan kepada Agropolitan seperti contoh di Pulau Banggi, Sabah serta Projek Ladang Sejahtera di Semenanjung Bangkoka, juga di Sabah. Ini contoh. Kalau di Pahang pula di Gahai sebagai contoh dan lain-lain; dan
(v) meneruskan strategi dalam meningkatkan penyediaan akses pendidikan, kesihatan, dan kemudahan asas seperti pembinaan jalan luar bandar, bekalan air serta elektrik yang lebih baik akan diguna pakai bagi menangani masalah kemiskinan di kalangan kumpulan minoriti seperti masyarakat Rungus, Sulu, Orang Sungai dan Tidong di Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan senantiasa sedar bahawa cabaran menangani kemiskinan di Sabah secara relatifnya adalah lebih rumit berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia berdasarkan kepada ciri-ciri demografi dan sosioekonominya.
Oleh yang demikian, bagi mencapai hasrat bagi membasmi sepenuhnya kemiskinan di Sabah ianya memerlukan satu jangka masa yang relatif lebih panjang dan fokus pembasmian kemiskinan akan ditumpukan kepada perkara-perkara seperti berikut.
Pertama...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat panjang lagi Yang Berhormat?
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Tidak. Ini ikut soalan, jawapannya umum saya terpaksa juga buat dia punya – sedikit sahaja. Memperkemas supaya jelas perkara-perkara berikut:
(i) memperkemaskan pangkalan maklumat e-Kasih bagi membantu meningkatkan keberkesanan perancangan dan penyaluran program kepada kumpulan sasar;
(ii) meningkatkan keupayaan agensi pelaksana dalam aspek perancangan dan pemantauan projek bagi memastikan kesinambungan dan kebolehupayaan projek, sustainability of project;
(iii) memperkukuhkan peranan focus group kemiskinan di peringkat negeri dan daerah;
(iv) menyelaras dan menggalakkan penglibatan lebih besar NGO, badan berkanun dan sektor korporat dalam Program Pembasmian Kemiskinan; dan
(v) menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Pembasmian Kemiskinan seperti Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) sebagai contoh di Daerah Tongod di Kinabatangan.
Dengan langkah-langkah yang saya sebutkan tadi, kerajaan cukup yakin kemiskinan di Sabah akan dapat ditangani dengan sewajarnya, insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jawapan panjang lebar bunyi macam sedap didengar. Kalau bunyi itu di terjemahkan di bawah, saya rasa pilihan raya akan datang tidak boleh kalahlah kita. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kemusykilan yang saya hadapi.
Saya telah mengemukakan beberapa permohonan peruntukan kecil untuk meningkatkan pendapatan rakyat, untuk mempertingkatkan kemahiran rakyat seperti menganjur kursus orang kampung yang kita kumpul, kita organize kursus memasak, membuat kuih, selepas itu kita bantu mereka.
Nampaknya satu pun tidak ada dapat kelulusan. Oleh sebab itu, persoalan ini saya kemukakan. Itu sebab bunyi jawapan tadi seolah-olah kita no problem. Jadi apa, apa sebenarnya fokus daripada kementerian ini? Saya minta...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kursus memandu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan berpuluh-puluh juta. Ini Yang Berhormat Ipoh Barat, saya lihat, saya mahu panggil doktor suruh periksa dia pagi.
Dia ada masalah darah tinggi mungkin... [Ketawa] [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kursus, kursus memandu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Setujukah kepada wanita perlukah Yang Berhormat Kinabatangan? Ini perlu.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini pembangkang Tuan Yang di- Pertua, mereka manipulate isu supaya wanita-wanita konon mengundi kepada Pakatan Rakyat (PKR). Tidak ada! Mereka faham apa yang saya cakap. Jangan putar belit. Huh!...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan lagi tipu rakyat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Menteri wanita pun tidak faham, dia marah juga.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi, saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau pun ada bisikan-bisikan syaitan di pagi ini, a'uzubillahi minas-syaitoonirrajim, akan direjamlah mereka…
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini sudah kena panggil dengan PM kah?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Maka akan direjamkanlah mereka ke dalam neraka.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini sudah panggil dengan PM kah?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Apa ini Yang Berhormat. Tiba-tiba dia kata syaitan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Ipoh Barat, duduklah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bagaimana, bagaimana...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Duduklah, duduklah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bagaimana kerajaan memberi fokus...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
You ganggu dia.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ke arah mempertingkatkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Belum, dekat banyak syaitan Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, biasanya syaitan ini akan direjam oleh apa? Tidak apa, kita berlindung kepada Allah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia kena angin, kena marah dengan PM hari ini.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak ada marah, apa sebab marah, siapa berani marah?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, jangan berbahas Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak ini banyak syaitan Tuan Yang di-Pertua, itulah. Jadi, apa sebenarnya program untuk mempertingkatkan kualiti rakyat dalam menguasai bidang teknologi skala berskala kecil.
Untuk memastikan mereka terkeluar daripada kepompong kemiskinan sebab sasaran kita tahun 2015. Bermakna kita ada satu, dua tahun lagi. Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini Yang Berhormat Shah Alam memang syaitan yang besar.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, angin dia tidak baik hari ini kena marah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua peraturan mesyuarat, dia panggil saya syaitan besar. Minta ditarik balik. Tidak sesuai di Dewan yang mulia.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Okey.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Memang dia syaitan, saya pun cakap kalau bukan syaitan dia tidak bercampur.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Duduk, duduk Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Syaitan cakaplah, macam syaitan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Okey, duduk.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Syaitan macam itulah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Minta ditarik baliklah Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau Yang Berhormat berhujah, orang cakap dia menyokong!
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini kita sudah – Yang Berhormat Shah Alam bangkitkan satu persoalan point of order, Yang Berhormat Kinabatangan dengar juga... [Dewan riuh] Tidak boleh macam ini.
Ini peraturan Dewan, saya hendak maintain kan peraturan Dewan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduk dulu. Duduk Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Kinabatangan betulkah itu?
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Macam saya cakap sebab saya bercakap, dia ‘pot, pot, pot’ macam-macam, saya tidak dengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat walau apa pun Yang Berhormat, perkataan yang tidak betul itu jangan dipakai...
[Dewan riuh] Saya Yang Berhormat...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Tarik balik.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat Ipoh Barat duduk dulu.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
[Menyampuk]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Shah Alam duduk dulu. Saya sudah..., apa yang tidak betul itu memang tidak betul juga Yang Berhormat... [Dewan riuh] Sama ada saya buat atau Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab ataupun Yang Berhormat sebut memang tidak betul, tidak betul juga. Jadi, saya berharaplah perkara ini tidak berlaku kerana kalau kita keluar siapa sahaja yang kita cakap maknanya peraturan Dewan kita sudah masuk dalam tong sampah sudah.
Kita kena menghormati Dewan ini sendiri, okey?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, saya minta dia tarik balik, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Unparliamentary word.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudahlah. Sampai takat itu sahaja Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Minta dia tarik balik, 36(6) ini. Lagipun memerlukan hantu syaitan untuk hendak kenal syaitan lain.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Apa pula ini Yang Berhormat Maran?
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri pandangan. Semasa Ahli Parlimen bertanya, Yang Berhormat Menteri menjawab, tak boleh kah diam? Beri penghormatan sikit pada Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya faham itu Yang Berhormat.
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib - Maran
Jadi terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, saya faham juga Yang Berhormat tetapi apa yang berlaku Yang Berhormat, memang tak memberi kepada kebenaran kepada sesiapa menggunakan perkataan yang tidak betul Yang Berhormat.
Perkara ini, saya tetap mempertahankan. Kalau tidak, semua orang boleh gunakan perkataan yang tidak baik boleh menyebabkan kekacauan ataupun kecelaruan tetapi hendak tarik balik tak apalah, saya dah bagi nasihat dengan Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya tarik baliklah. Yang ini saya tarik balik, saya hormat Tuan Yang di-Pertua.
Yang saya kata memerlukan syaitan untuk kenal syaitan itu saya tarik balik. Saya minta Yang Berhormat Kinabatangan pun tarik balik.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Haram gentlemen.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Saya lihat pagi ini memang Yang Berhormat Ipoh Barat pun selalu ganggu Yang Berhormat Kinabatangan jadi dia terganggu pagi ini.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan Yang Berhormat. Apa yang saya kata mengeluarkan perkataan mengenai wanita. Itu tidak dibenarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sudahlah Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu Yang Berhormat Kinabatangan patut minta maaf kepada masyarakat wanita di negara ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, kalau dari segi terganggu, kita pun biasa terganggu. Kita terbuka tetapi tidak boleh sampai mengeluarkan perkataan yang terlalu buruklah bagi saya Tuan Yang di-Pertua. Saya pun pernah diganggu tetapi tidak adalah saya hendak keluar perkataan yang tidak baik kepada BN.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, betul, betul. Saya setuju.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi saya rasa kena tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Perkataan Yang Berhormat Pokok Sena saya setuju.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi saya minta dia tarik baliklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya bersetuju, saya dah sebut tadi dah. Two wrong doesn’t make one right Yang Berhormat.
Saya setuju.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya – takkan kawan-kawan daripada sebelah sana mempertahankan perkataan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya setuju, okey Yang Berhormat Shah Alam dah setuju, saya dah setuju tadi sudah. Okeylah Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Kita nak teruskan persoalan ini. Menteri dah berdiri dah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia sudah tarik balik kah belum Tuan Yang di-Pertua?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Minta dia tarik baliklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Duduklah, duduk Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia tidak mahu tarik balik Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Kinabatangan, cuba tolong.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia tak boleh berdegil macam ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Dia dah tarik balik apa pencelahan dia tadi dah.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, saya tak cakap apa-apa. Mereka ganggu. Kita tanya ini ulama PAS.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kadang- kadang..., okey Yang Berhormat dengar...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau seorang berhujah, orang mengganggu itu dipanggil macam syaitan. Macam sahaja, kalau dia memang syaitan tak ada apa-apalah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Come on lah, dia jangan belit-belit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya mahu tanya Yang Berhormat Pokok Sena sama Yang Berhormat Shah Alam, macam syaitankah ini dua orang ini. Tidak?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Semua orang dengar lain. Tak payahlah pakai perkataan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Janganlah macam itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat, dengar cakap saya dulu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Hormat Speaker, hormat Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kadang- kadang Yang Berhormat, it takes a lot more courage to kata sorry dalam situasi yang tertentu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Hormat Speaker, hormat Speaker.
Lagipun Yang Berhormat Ipoh Barat yang kacau, saya yang kena pula. Itu yang peliknya.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Macam mana saya mahu cakap apa-apa kalau dia berdiri dia terus cakap. Dia punya kelakuan sebetulnya macam syaitan tapi tidak apa Tuan Yang di-Pertua, saya tidak cakaplah macam syaitan. Dia ini ada salah sikit, salah otak dialah, saya tariklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ingat kita sudah Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dia tidak kata macam, dia kata Yang Berhormat Shah Alam itu syaitan besar. Dia tidak kata macam-macam. Saya dengar Tuan Yang di-Pertua, saya dengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tak dengar, bising, saya tak dengar. Okey, Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kalau “macam” pun tak boleh pakai.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Menteri. Sila jawab. Saya mintalah semua oranglah gunakan perkataan yang gentleman, perkataan yang elok tapi it takes a lot more courage to withdraw apa yang kita buat Yang Berhormat. Saya sendiri akan buat, gentleman. Sila Yang Berhormat.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya apa yang berlaku dalam Dewan ini jelas menunjukkan bagaimana keprihatinan pimpinan penyokong kerajaan meluahkan, menyampaikan denyut nadi rakyat di kampung tetapi diganggu oleh Yang Berhormat Shah Alam, diganggu oleh Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Ipoh Barat yang jadi oleh kerana itu ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tak apa Yang Berhormat, jawab soalan sahaja Yang Berhormat.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Ya, okey.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Takkan hendak prihatin sampai hendak kata dekat orang, syaitan.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Sebab beginilah dia tiap-tiap yang kita nak bangunkan. Macam-macam cabaran, macam-macam halangan yang dibuat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dah 50 tahun, kalau tidak mampu, letak jawatanlah.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Ya, terima kasihlah. Jadi kepada pertanyaan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kita sentiasa berusaha untuk hendak melihatkan, hendak melibatkan penyertaan daripada pimpinan akar umbi untuk bersama-sama dengan kerajaan untuk membangunkan rakyat bukan sahaja dalam konteks modal insan tapi juga pembangunan infrastruktur.
Giat Mara sebagai contoh, di Kinabatangan pun sudah didirikan, ditambah baik lagi. Begitu juga dengan program-program di bawah Latihan Kursus Kemahiran Mara, sentiasa kita buat. Oleh kerana itu kita buat perkara ini berdasarkan kepada permintaan, keperluan daripada di peringkat akar umbi.
Kalau Yang Berhormat Kinabatangan memerlukan kursus sebagai contoh hal-hal yang berkait dengan trading misalnya, kita akan adakan kursus. Kita sesuaikan dengan kehendak keperluan rakyat di akar umbi. Jadi pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan tadi akan kita bincang dan akan kita laksanakan secara bersama. Yang pentingnya rakyat Kinabatangan kita dahulukan, pencapaian diutamakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Pendang.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Ini Kinabatangan juga ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kita mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan hendak membangunkan Sabah ini daripada faktor geografi dan juga lain-lain lagi memang agak sukar tetapi di bahagian Semenanjung ya Menteri.
Menteri yang dulu Senator Tan Sri Mohd Taib mengatakan 30km daripada bandar akan dibangunkan dengan semua kemudahan asas, jalan raya, api elektrik dan juga air dan juga bahagian ketiga tadi Menteri mengatakan e-Kasih, mengemaskinikan e-Kasih.
Saya nak tanya, sampai bilakah agaknya kita dapat suatu data e-Kasih ini yang begitu uptodate sampai ke grass root kerana program SUBUR pun sampai sekarang masih belum dapat dilaksanakan lagi kerana masalah dengan e-Kasih.
Jadi saya nak tanya pihak kementerian, jalan luar bandar yang dijanjikan oleh Menteri yang dahulu dan juga e-Kasih ini. Bahagian ketiga dan kelima yang dijawab oleh Menteri tadi. Terima kasih.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Pendang. Sebenarnya pihak kita, soal e-Kasih ini sebenarnya dilaksanakan dan dipantau oleh pihak ICU.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Jadi pihak kita menerima hasil kajian daripada pihak ICU yang kita gunakan sebagai panduan kita e-Kasih dan angka ini memang berubah pada setiap masa oleh kerana ada yang mati, ada yang lahir dan sebagainya. Jadi angka itu senantiasa berubah.
Maknanya updating itu kita sentiasa update apa juga maklumat-maklumat yang ada berdasarkan daripada feedback daripada akar umbi. Maknanya angka yang kita berikan ini adalah angka yang terbaru, updating dia dan ini akan sentiasa berubah daripada semasa ke semasa.
Berkenaan dengan janji berkenaan jalan luar bandar ini, kita di sepanjang masa kita melihat keperluan kawasan-kawasan yang memerlukan pembangunan infrastruktur sebagaimana yang telah dicadangkan tadi. Jadi ini terus menerus kita laksanakan. Kalau ada keperluan daripada Yang Berhormat, bolehlah dimaklumkan kepada kita dan kalau ianya memerlukan, peruntukan ada, kita akan laksanakan. Terima kasih.
4. Dato' Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, secara terperinci kemajuan projek Pasar Borong Tunjong, Kota Bharu dan komponen sokongan yang diperlukan serta agensi/syarikat sokongan untuk kejayaan sepenuhnya pasar borong ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong
Terima kasih Yang berhormat Pengkalan Chepa.
Tuan Yang di-Pertua, projek Pasar Borong Tunjong yang dimaksudkan ini adalah Terminal Agro Business Negara (TEMAN) di Kota Bharu yang dahulu dikenali sebagai Terminal Makanan Negara. Kemajuan pelaksanaan projek ini yang terbahagi kepada fasa 1, fasa 2 dan fasa 2A adalah seperti berikut:
(i) fasa 1 dan fasa 2 melibatkan pengalihan tiang elektrik, kerja- kerja tanah dan pembinaan blok pentadbiran serta blok pemborongan sayur dan buah;
(ii) keseluruhan projek siap 100 peratus pada 29 Disember 2010;
(iii) sesi penyerahan tapak untuk fasa 1 dan fasa 2 telah dibuat pada 13 Mac 2011; dan
(iv) untuk fasa 2A iaitu reka dan bina melibatkan kerja-kerja pembinaan blok pemborongan pelbagai untuk ikan, ayam dan daging, ia dijangka siap pada 22 Mei 2011.
Komponen sokongan yang diperlukan oleh projek ini adalah:
(i) depoh barangan kawalan;
(ii) depoh barangan segar;
(iii) showcase industri asas tani;
(iv) pusat hotikultur dan orkid;
(v) aktiviti pemborongan;
(vi) pasar tani kekal; dan
(vii) lelongan mingguan dan sebagainya.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong
Selain itu, agensi sokongan yang bekerjasama untuk memastikan kejayaan sepenuhnya projek TEMAN ini adalah:
(i) Majlis Perbandaran Kota Bharu;
(ii) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia;
(iii) Jabatan Perkhidmatan Veterinar;
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II - Tuan Chua Tee Yong
(iv) Jabatan Perikanan; dan
(v) Jabatan Pertanian.
Sekian, terima kasih.
Dato' Ab. Halim Ab. Rahman - Pengkalan Chepa
Soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan, jumlah kapasiti mengikut sektor dan berapa lama ia dapat menyimpan dan bagaimana outlet pasaran, selain daripada pasar tani, pasaran yang..., outlet ke negeri-negeri lain.
Tuan Chua Tee Yong
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Dari segi bilangan lot untuk jualan dan untuk pemborongan, ia dibahagikan kepada enam kategori di mana terdapat untuk sayuran dan buah - 74 lot, ikan laut - 60, ikan air tawar - 8, ayam - 18, daging - 12 dan pelbagai makanan - 50. Dari segi bilangan lot ini jumlahnya ialah 218 dan kita telah dapat permohonan sebanyak 538. Memang dari segi untuk pemasaran dan kapasiti ini kita sentiasa meninjau dan ingin bekerjasama dengan semua jabatan termasuklah Majlis Perbandaran Kota Bharu untuk memastikan TEMAN ini dapat berjaya.
Pada masa ini untuk fasa 2A, yang sedang dibina, kita merancang agar memastikan bahawa ia adalah mencukupi untuk memasarkan dan juga menyimpan bekalan-bekalan yang kita dapati bukan sahaja dari sekitar negara tetapi terutamanya dari kawasan-kawasan sekitar projek TKPM di Kelantan dan juga dari ladang-ladang FAMA dan orang tempatan untuk memastikan kita dapat menolong business-business tempatan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pasir Mas, ini very specific Pasar Borong Tanjong Kota Bharu.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat, bolehkah tidak pasar borong Tanjong Kota Bharu ini memberi perhatian dan memberi keutamaan kalau boleh ditempatkan peniaga-peniaga yang sekarang ini menghadapi dengan masalah Bazar Tok Guru.
Bazar Tok Guru di Kelantan sekarang ini menjadi isu yang kritikal dan sentiasa dan setiap hari dipaparkan dalam akhbar di mana peniaga-peniaga ini tidak mahu pindah kerana janjinya tidak ditepati oleh kerajaan negeri yang membangun Bazar Tok Guru ini.
Jadi nasib mereka dalam keadaan tidak menentu, apakah boleh di pasar Tanjong ini diaccommodate peniaga-peniaga ini kalau ianya viable untuk membantu mereka.
Bolehkah tidak Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Asas Tani turun ke Kelantan bertemu dengan peniaga-peniaga yang menghadapi masalah dengan Bazar Tok Guru ini sebab mereka juga adalah peniaga-peniaga yang membabitkan dengan kegiatan- kegiatan peruncitan termasuk barang-barang kering pertanian ini. Jadi itu sahaja soalan saya Tuan Yang di-Pertua dan saya rasa tidak lari daripada soalan yang dimaksudkan oleh Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Chua Tee Yong
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas atas soalan tambahan. Memang dari segi TEMAN kita menitikberatkan untuk menolong peniaga- peniaga dan syarikat-syarikat tempatan.
Malah dari segi kriteria terdapat kriteria-kriteria ini untuk memastikan peniaga- peniaga ini dapat memasarkan dengan lebih banyak terutamanya barangan keluaran negara kita. Maka dari segi masalah yang dihadapi Bazar Tok Guru ini, memang kalau boleh kita harap juga peniaga itu dapat memohon dengan TEMAN Kota Bharu. Namun pada masa ini dari segi jumlah pemohon yang kita dapat memang menunjukkan TEMAN Kota Bharu ini akan mendapat sambutan yang baik.
Tadi Yang Berhormat Pasir Mas pun ada mengatakan viability penting kerana kita tidak ingin juga peniaga yang buka, tetapi sales tidak ada dan juga menyebabkan masalah kerana ia akan menjejaskan sustainability iaitu kunjungan mungkin akan berkurangan.
Mungkin dari segi ini akan sentiasa terbuka untuk pertimbangan dan juga boleh melalui Yang Berhormat Pasir Mas untuk menghubungi peniaga-peniaga dan cuba mencari satu cara penyelesaian untuk rakyat. Sekian, terima kasih.
5. Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Sepang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, strategi kementerian untuk meningkatkan keberkesanan tahap penguatkuasaan undang-undang di kalangan pihak berkuasa tempatan dan apakah kaedah peningkatan tersebut merangkumi penggunaan senjata memandangkan pada ketika ini terdapat pelbagai ancaman kepada keselamatan anggota penguatkuasaan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sepang, untuk makluman Yang Amat Berhormat pihak berkuasa tempatan PBT boleh meningkatkan tahap penguatkuasaan, undang-undang melalui kaedah-kaedah yang mantap, dan kreatif dan sesuai dengan tempat dan situasi masalah. Sama ada secara mengenakan kompaun, tindakan mahkamah mahupun secara fizikal. Kerajaan berpendapat penguat kuasa PBT tidak perlu dibekalkan senjata api kerana kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan [Akta 171] melibatkan ketidakpatuhan undang-undang tanpa kekerasan, terima kasih.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepang kerana tidak menanyakan soalan tambahan, saya berpeluang.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan Akta 171 Kerajaan Tempatan ini telah menetapkan undang-undang kecil di bawahnya merupakan kategori kekerasan, tetapi kegiatan-kegiatan jenayah terancang berlaku di kerajaan tempatan ini Tuan Yang di-Pertua seperti rumah urut, pelacuran, yang melibatkan kumpulan-kumpulan berjenama besar dalam arena ini.
Jadi saya kira elok kalau kementerian melihat dalam konteks yang lebih menyeluruh bagaimana penggunaan senjata boleh dikenakan kepada penguasa-penguasa di peringkat kerajaan tempatan ini lebih-lebih lagi penguat kuasa ini kebanyakannya berlatarbelakangkan pasukan keselamatan negara seperti beka tentera dan bekas polis, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.
Sebenarnya kita sedia maklum bahawa pihak berkuasa tempatan adalah di bawah kerajaan negeri. Kalau sekiranya mereka mengadakan operasi yang boleh membahayakan penguat kuasa maka mereka harus memaklumkan kepada pihak polis dan untuk bersama- sama operasi tersebut. Misalnya dalam operasi tempat pelacuran, tempat-tempat perjudian yang haram dan juga rumah-rumah urut kerana ini melibatkan satu kes jenayah yang agak berat dan memerlukan pihak polis.
Jadi pada pendapat kementerian dan juga kerajaan, buat masa kini kita tidak sewenang-wenangnya memberikan ataupun membekalkan senjata kepada penguat kuasa.
Ada dikhuatiri atau dibimbangi berlaku penyalahgunaan senjata dalam keadaan tertentu.
Sebab kita tidak boleh mengawal kadang-kadang manusia. Jadi ini antara perkara-perkara yang perlu dielakkan.
Keduanya juga sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum bahawa Akta 171 ini adalah merupakan akta yang tidak mematuhi peraturan misalnya peniaga-peniaga yang melebarkan perniagaan mereka di kawasan yang tidak dibenarkan berniaga ataupun tidak memohon lesen, itu sahaja sebenarnya dalam akta ini. Tidak memberikan kebimbangan dan juga membahayakan kepada penguat kuasa.
[Soalan No.6 – YB Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) tidak hadir]
7. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah tindakan yang akan diambil bagi menyelaraskan terma dan rujukan yang akan diguna pakai bagi membantu pasangan Islam yang berkahwin serta terlibat dalam kes penceraian yang semakin berleluasa dewasa ini. Mengapa mesti sesuatu kes yang dibicarakan berlanjutan malahan memakan masa bertahun untuk diselesaikan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prosedur dan tatacara pengurusan pernikahan dan perceraian orang Islam di Malaysia sebahagian besarnya telah pun diseragamkan kecuali kepada beberapa perkara kecil sahaja seperti isu poligami.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim
Ini kerana kandungan dan peruntukan seksyen di dalam Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri berkaitan pernikahan dan perceraian telah diselaraskan di seluruh negeri di Malaysia. Secara langsung rujukan terma hukum syarak dalam urusan pernikahan dan perceraian di seluruh negeri juga adalah seragam. Kes yang dibicarakan kadang-kadang berlanjutan dan memakan masa sebenarnya berpunca dari sejauh mana pemahaman mereka ke atas prosedur pernikahan dan perceraian yang telah ditetapkan oleh undang-undang.
Sekiranya pasangan bernikah mengikut peraturan yang ditetapkan, tidak akan timbul sebarang masalah berkaitan dengannya. Masalah timbul apabila pasangan bernikah tanpa mengikut peraturan undang-undang seperti berpoligami tanpa izin, bernikah di negara jiran di mana pasangan perlu membuat pengesahan nikah di Mahkamah Syariah, kelewatan membuat permohonan pengesahan pernikahan tersebut akan menyebabkan masalah yang lain timbul seperti ketiadaan saksi-saksi atau dokumen-dokumen bukti telah hilang.
Yang lebih menyedihkan berlaku keadaan di mana isteri dan anak-anak yang ditinggalkan atau diceraikan oleh suami dalam keadaan pernikahan belum lagi disahkan.
Semua urusan berkaitan hak-hak isteri dan anak-anak yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam tidak akan dapat dilaksanakan sehingga pernikahan disahkan terlebih dahulu oleh Mahkamah Syariah. Terima kasih.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya.
Saya tengok sebenarnya kes yang terlampau lama ini adalah mungkin ada kerumitan proses perbicaraan yang terlampau lama ini menyebabkan kes berlanjutan sehingga memberi satu tanggapan negatif kepada agama Islam. Jadi soalan tambahan saya, saya faham apa Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan tadi, tetapi apakah kerajaan akan menurunkan kuasa Mahkamah Syariah ini kepada kadi ataupun naib kadi bagi kes-kes perceraian yang straight forward, dengan izin? Terima kasih.
Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya untuk mempercepat atau lambatkan satu-satu proses perceraian ini bergantung kepada jenis perceraian itu sendiri.
Yang Berhormat perlu merujuk terlebih dahulu sebelum sebarang penurunan kuasa boleh diberikan kepada jenis perceraian dan setakat ini kita ada tiga jenis perceraian.
Perceraian yang pertama ialah perceraian secara persetujuan kedua pihak iaitu bersama seksyen 47, perceraian kedua cerai taklik dan yang ketiganya ialah cerai fasakh.
Dalam yang pertama iaitu di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk cerai, prosesnya mungkin singkat Yang Berhormat sebab kalau suami sudah setuju untuk melafazkan cerai dan kedua-dua pasangan tidak menjadi masalah tetapi timbul apabila salah satu tidak bersetuju di mana pasangan terpaksa melalui proses hakam.
Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Dalam hal ini penurunan kuasa kepada pihak tertentu untuk dihakamkan boleh dipertimbangkan. Berbeza dengan perceraian taklik dan fasakh di mana terikat kepada proses perbicaraan yang memerlukan kepada bukti-bukti yang tertentu sebab apabila isteri minta diceraikan, dia terpaksa membuktikan dengan dakwaan sama ada suami menganiaya isteri, suami ghaib, suami mati pucuk, isteri nusyuz atau lain-lain alasan lagi. Jadi dalam hal ini Yang Berhormat, dia merujuk kepada jenis perceraian yang dipohon itu sendiri. Terima kasih.
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tahu, adakah salah satu sebab daripada kes tertangguh ini jumlahnya meningkat kerana kita kekurangan hakim di Mahkamah Syariah?
Apakah inisiatif yang telah diambil oleh pihak kementerian dalam hal yang berkaitan dengan penambahan jumlah hakim-hakim wanita untuk mengendalikan kes-kes seperti ini yang saya rasa amat relevan kalau ianya dapat dipertambah.
Soalan tambahan saya adalah yang ini mungkin agak spesifik tentang kaedah penyelesaian menggunakan kaedah Sulh. Adakah data pada Yang Berhormat Timbalan Menteri berapakah kes yang telah diselesaikan atau yang digunakan kaedah Sulh untuk menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan perceraian? Terima kasih.
Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Bachok.
Sebenarnya merujuk kepada sebab musabab mengapa perceraian ini berlaku, banyak dan tidak dinafikan sebahagian daripadanya adalah faktor kekurangan hakim di mana kita memohon supaya di Mahkamah Rendah sekurang-kurangnya kita mempunyai 12 orang hakim tetapi yang diluluskan cuma enam orang sahaja.
Kita memohon supaya di Mahkamah Tinggi kita mempunyai lapan orang tetapi kita hanya mempunyai tiga orang sahaja dan baru-baru ini ditambah dengan seorang lagi menjadikan empat orang.
Kes di mana dikendalikan oleh hakim wanita memang dengan pelantikan Hakim Syarie daripada kalangan wanita dengan tujuan untuk mengurangkan lamanya kes ini dibicarakan memang telah terbukti berjaya. Akan tetapi kita hanya ada dua orang hakim wanita sahaja yang telah dilantik sejak setahun yang lalu dan baru-baru ini pada 1 Mac 2001, dilantik seorang lagi hakim wanita yang ditempatkan di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Melaka di mana mereka dipertanggungjawabkan untuk mendengar semua kes.
Untuk makluman Yang Berhormat, seorang hakim akan terpaksa mendengar sekurang-kurangnya 800 kes setahun. Jadi memang kita masih lagi kekurangan daripada mereka dari jumlah yang kita minta.
Keduanya Yang Berhormat, berkenaan dengan Sulh tidak dapat dinafikan memang Sulh memainkan peranan untuk menyelesaikan beberapa kes. Saya akan beri statistik secara bertulis kepada Yang Berhormat dengan memberi data yang terperinci.
Terima kasih.
8. Tuan Mohsin Fadzil Samuri [Bagan Serai] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, sama ada cadangan kementerian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menapis iklan televisyen dan radio agar tidak bertindih dengan fungsi Lembaga Penapisan Filem (LPF) memandangkan sekarang ini LPF menapis kesemua iklan televisyen dan radio di samping filem dan rancang televisyen lain.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai atas pertanyaan yang dikemukakan.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, fungsi Lembaga Penapisan Filem (LPF) adalah jelas iaitu melaksanakan penapisan filem dan bahan publisiti filem dengan cekap dan berkesan berdasarkan kepada empat kriteria utama seperti berikut:
(i) keselamatan dan ketenteraman awam;
(ii) keagamaan;
(iii) sosial budaya; dan
(iv) tatasusila.
Manakala fungsi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam bidang penyiaran adalah sebagai pihak yang memberi lesen kepada stesen penyiaran swasta dan sekali gus memastikan stesen-stesen tersebut mematuhi syarat khas lesen yang ditetapkan dengan melaksanakan pemantauan dan kawal selia serta tindakan penguatkuasaan berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Syarat lesen pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan (individu) yang terpakai ke atas badan-badan penyiar berhubung kandungan iklan dan lain-lain kandungan siaran mewajibkan semua kandungan rakaman ditapis terlebih dahulu oleh Lembaga Penapisan Filem sebelum disiarkan di televisyen. Untuk iklan radio, ianya ditapis sendiri oleh pihak stesen radio berdasarkan kod kandungan dan undang-undang lain yang diguna pakai serta garis panduan dalaman stesen tersebut.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Pada masa ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak menjalankan sebarang aktiviti penapisan kandungan siaran televisyen dan radio. Pihak SKMM memantau dari semasa ke semasa kandungan yang disiarkan oleh stesen penyiar swasta dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat sebarang kandungan yang tidak sesuai atau bercanggah dengan syarat lesen disiarkan. Pihak SKMM juga akan menjalankan siasatan, jika perlu berdasarkan aduan yang diterima dari orang ramai. Justeru, tidak timbul isu pertindihan fungsi antara SKMM dan LPF dalam isu penapisan iklan televisyen dan radio. Terima kasih.
Tuan Mohsin Fadzli Samsuri - Bagan Serai
Terima kasih dengan jawapan yang begitu panjang dan jelas. Akan tetapi apa yang saya ingin kemukakan iaitu saya ingin mengetahui siapakah ahli-ahli panel kedua-dua lembaga tersebut dan adakah mereka ini terdiri daripada ahli-ahli pakar seperti ilmuwan-ilmuwan dalam bidang-bidang seperti agama, psikologi, kanak-kanak dan lain-lain?
Apa yang kita dapati sekarang ini terlalu banyak iklan TV ataupun radio yang agak berbaur kelucahan. Sebagai contoh iklan mempromosikan Kopi Jantan, Kopi Janda dan semua yang power yang ada. Ada satu iklan yang menyebut tagline iaitu “Hari-hari mahu”.
Tidak tahulah apa yang dimaksudkan itu dan juga kita akan dapati sebagai contoh yang lain iaitu iklan makanan ringan. Saya ingat saya boleh sebutkan iaitu para Ahli Yang Berhormat sekalian mengetahui mengenai dengan iklan fast food seperti Double Decker. Iklannya itu memang menarik sekali kepada anak-anak dan sebenarnya iklan itu hadiahnya kecil sahaja. Kita tahu bahawa budak-budak sekarang ini memang senang terpikat kepada benda-benda macam itu.
Jadi saya mohon mengenai dengan apakah pandangan supaya kita dapat memastikan iklan-iklan itu tidak semudahnya mempengaruhi pengguna iaitu sebagai pemerhati yang ada? Sekian, terima kasih.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Lembaga LPF adalah terdiri daripada pakar-pakar semua lapisan termasuklah pakar agama dan semua lapisan masyarakat. Mereka adalah yang terpilih dari golongan tertentu dan saya percaya keahlian mereka adalah mencukupi.
Dari segi penilaian apakah dianggap sebagai lucah ataupun sebagai tidak sesuai dengan nilai-nilai murni yang kita ada di negara kita, saya percaya itu pun tertapis oleh ahli- ahli panel tersebut.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Untuk makluman Yang Berhormat, LPF adalah di dalam bidang kuasa KDN dan pengawalseliaan SKMM pula adalah dalam pegangan ataupun dikuasai oleh pegawai- pegawai SKMM. Tindakan-tindakan mereka adalah mengikut lunas yang diadakan dalam kod kandungan dan difikirkan tidak bertindih dengan tindakan yang diambil dalam penapisan filem oleh LPF dan penyelarasan tugas antara dua badan ini. Saya percaya pada masa sekarang adalah mencukupi.
Berkenaan dengan iklan-iklan yang dianggap tidak sesuai, ini adalah mengikut norma-norma kita dari segi peribadi. Ada yang memikirkan itu sesuai dan ada juga yang memikirkan tidak. Saya percaya dengan keahlian yang ada dalam LPF, percayalah LPF boleh mengendalikan penapisan yang sewajarnya. Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita masih lagi ingat bahawa dasar pengiklanan negara daripada pihak kementerian dahulu kita terikat dengan iklan ini ialah wajah-wajah Malaysia. Kementerian ini mensyaratkan wajah-wajah Malaysia menjadi pelaku-pelaku dalam iklan ini adalah untuk memberi peluang pekerjaan dan imbuhan masuk kepada penggiat-penggiat seni dan iklan negara kita. Akan tetapi sejak akhir-akhir ini, kadang-kadang iklan ini muka-mukanya yang luar Malaysia, cuma dialih suara kita sahaja. Alih bahasa sahaja. Pelakunya orang luar.
Maknanya orang luar yang mendapat keuntungan.
Apakah dasar ini masih disyaratkan oleh kementerian? Maknanya mesti pelakon- pelakon iklan ini orang tempatan supaya peluang ini dapat kepada anak tempatan dan ianya akan dapat menentukan nilai-nilai kemalaysiaan, nilai-nilai murni selaras dengan dasar 1Malaysia yang mengutamakan adab, istiadat budaya negara kita. Jadi ia tidak bercanggah.
Jadi saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah dasar ini masih diguna pakai? Ini supaya dapatlah peluang anak tempatan kita yang menjadi penggiat seni dapat berkecimpung dalam arena ini yang pulangannya amat lumayan.
Jangan kita dikatakan seperti beruk di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan.
Kita harus memberi peluang seluas-luasnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat. Faham sudah Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Faham sudah Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Faham.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato' Joseph Salang anak Gandum
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dasar pengiklanan negara memang masih dikekalkan dan begitu juga berkenaan wajah-wajah Malaysia memang dikehendaki dimasukkan.
Namun demikian Yang Berhormat, sebagai negara yang sudah begitu kosmopolitan, maka banyak juga wajah yang dahulunya dianggap sebagai wajah barat tetapi sekarang ada juga rakyat Malaysia yang berwajah sedemikian hasil dari sedikit kacukan. Akan tetapi saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa kalau ramai sangat orang dalam iklan, maka kita percaya keramaian mereka itu kita harus turunkan/kurangkan.
Begitu juga berkenaan dengan nilai-nilai yang ditunjukkan dalam pengiklanan ini adalah satu-satunya yang ditapis oleh penapisan filem dan juga pengarah-pengarah pengeluasan iklan walaupun misalnya ada orang barat yang ditayangkan dalam iklan itu berkemungkinan iklan itu adalah digambar ataupun penggambaran iklan-iklan tersebut adalah diambil di negara kita.
Saya juga bersependapat dengan Yang Berhormat bahawa kita sepatutnya menggalakkan lebih ramai dan lebih banyak lagi iklan yang ditayangkan itu dibuat di Malaysia dan oleh orang Malaysia. Terima kasih.
9. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Kewangan menyatakan, bilakah Skim Rumah Tanpa Deposit boleh dilaksanakan kepada pembeli- pembeli rumah pertama seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan di dalam pembentangan Bajet 2011 yang lalu.
Timbalan Menteri Kewangan l - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon untuk menjawab soalan Yang Berhormat Tangga Batu bersekali dengan soalan dari Yang Berhormat Paya Besar yang dijadualkan dijawab pada 5 April 2011 kerana kedua-duanya menyentuh perkara dan isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik, silakan Yang Berhormat.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, Skim Rumah Pertamaku telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 Mac 2011 bagi membolehkan pekerja swasta yang berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan selama 30 tahun.
Skim ini menawarkan 100 peratus pembiayaan oleh bank komersial adalah untuk membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri. Skim boleh dipohon oleh pembeli-pembeli mulai 8 Mac 2011 yang lalu.
Pembeli-pembeli rumah yang layak boleh memohon pinjaman melalui 25 buah bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga di antara RM100,000 hingga RM220,000 sebuah. Di antara kriteria kelayakan ialah:
(i) warganegara Malaysia;
(ii) pembelian untuk rumah pertama;
(iii) individu berumur 35 tahun dan ke bawah;
(iv) pendapatan individu tidak melebihi RM3,000 sebulan;
(v) berjawatan tetap;
(vi) telah disahkan;
(vii) telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan dengan majikan yang sama; dan
(viii) ansuran bulanan tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan bulanan iaitu lebih kurang RM1,000 kalau pendapatannya RM3,000.
Golongan muda yang menjadi kakitangan awam adalah tidak layak memohon skim ini memandangkan kakitangan awam sudah pun mempunyai kemudahan pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan. Terima kasih.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan ini nampaknya overtaken by event. Akan tetapi apa pun saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengambil satu langkah besar. Satu anjakan yang besar bagi menambah keupayaan orang muda untuk memiliki hartanah seperti rumah ini.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah dalam satu tangan kita nampak ia amat menggalakkan orang muda tetapi dalam tangan yang lain saya melihat ada kekangan.
Umpamanya, antara syarat yang diperkenalkan oleh institusi kewangan yang membiayai pinjaman ini ialah supaya orang muda ini mempunyai pendapatan yang tetap setelah tolak.
Walaupun syaratnya tadi RM1,000 tetapi dia kata mesti RM1,500. Sebanyak RM1,500 dan mempunyai slip gaji, RM1,500.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Jadi Tuan Yang di-Pertua, bila dilihat daripada pemprosesan itu, ramai orang muda ini tidak layak untuk memohon. Soalan saya, adakah kemungkinan, kebarangkalian di bawah kawalan Kementerian Kewangan boleh melonggarkan syarat ini supaya semangat, hasrat Perdana Menteri tadi boleh benar-benar berlaku di bawah sana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat. Kita mesti ingat bahawa skim ini mestilah boleh berterusan. Sustainable. Jadi kalau kita longgarkan syaratnya ke tahap yang boleh menyebabkan seseorang peminjam tidak dapat membayar balik, ini sudah tentu tidak juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk melihat golongan muda bukan sahaja mampu untuk memiliki rumah pertama tetapi dapat membayar pinjaman tersebut. Jadi ini sesuatu yang kita perlu pertimbangkan.
Bagi golongan yang berpendapatan rendah yang mungkin tidak mampu untuk mengambil pinjaman Rumah Pertamaku ini, memang sudah ada skim-skim lain yang disediakan oleh kerajaan seperti Program Rumah Mesra Rakyat, program perumahan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga ada Skim Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad. Jadi ada semua.
Kita tidak boleh anggap bahawa penyelesaian masalah pemilikan rumah golongan muda ini dapat diselesaikan oleh satu skim tertentu. Ia mesti ada banyak skim kerana kepelbagaian dari segi profil anak-anak muda yang ingin kita bantu ini. Pendapatannya.
Jadi ini kita mesti ambil kira. Jangan semata-mata untuk memastikan ramai yang memohon dapat diluluskan. Maka kita mengurangkan keperluan, requirementnya semata-mata tujuan itu. Akan tetapi in the long run, dengan izin, skim ini tidak berdaya maju. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan.
Saya rasa skim ini pada asasnya adalah satu skim yang baik. Akan tetapi adakah udang di sebalik batu? Ini kerana pada pengetahuan saya nampaknya ada glut dalam market di mana ada terlampau banyak rumah di negara ini. Maka satu di antara faktor dan cara cheap way untuk kerajaan untuk absorbed rumah-rumah yang tidak dijual ini adalah membawa satu skim seperti ini. Ini kerana saya rasa kemungkinan besar orang-orang gullible di mana mereka tidak tahu harga yang sebenarnya dan mereka berasa satu rancangan yang bagus oleh kerajaan. Maka mereka pergi membelinya. Macam mana kerajaan dapat memberi satu guarantee supaya dalam situasi yang sedalam-dalamnya, pembeli-pembeli ini tidak menjadi innocent victim. Itu nombor satu.
Nombor dua, saya difahamkan, ini dari pengetahuan saya sendiri di mana bila seseorang boleh pergi membeli rumah, mereka ada ancillary cost seperti valuation cost, peguam dan sebagainya. Ini semua dinaikkan, didouble dan triple kerana untuk mendapatkan lebih pinjaman dari kerajaan. Jadi macam mana kerajaan dapat mengatasi supaya kita dapat mengelakkan ada pihak-pihak yang dapat menguntungkan dalam proses – niat kerajaan untuk menolong tetapi sebenarnya mereka menjadi mangsa, pembeli- pembeli rumah ini.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasihlah kerana menganggap skim ini pada dasarnya satu skim yang baik. Akan tetapi tidak eloknya ada prasangka. Ada pula udang di sebalik batu. Tidak boleh. Kalau sudah baik itu, baiklah.
Jangan ada qualifying statement pula. Tidak elok. Orang-orang yang hendak beli rumah di bawah itu, orang-orang muda yang mempunyai harapan. Jadi bila Yang Berhormat Ipoh Barat cakap macam itu, dia kecewa dengan sikap Yang Berhormat Ipoh Barat yang sentiasa mempunyai prasangka. Walau apa pun, walau apa pun, soalan kita jawablah.
Pertama, ini bukannya pinjaman dari kerajaan. Yang Berhormat ingat, ini bukan pinjaman kerajaan ini. Pinjaman daripada institusi kewangan. Jadi tidak ada soal menaikkan kos dan sebagainya untuk memperoleh pinjaman kerajaan yang lebih daripada yang sesuai. Tidak ada. Kena faham. Ini institusi kewangan yang memberi pinjaman. Risiko ditanggung oleh institusi kewangan 90 peratus.
Tidak ada institusi kewangan yang ingin mengeluarkan pinjaman ini sekiranya ia tidak berpatutan dan tidak mengikuti peraturan-peraturan yang sewajarnya.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Kalau anggap ada orang yang boleh mempermainkan angka-angka, nombor- nombor, institusi kewangan tidak mungkin menerimanya kerana risiko 90 peratus ditanggung oleh institusi kewangan, yang 10 peratus selebihnya ditanggung oleh Cagamas.
Ini adalah cara kerajaan membantu supaya golongan muda ini tidak perlu mengeluarkan satu sen pun... [Tepuk] Untuk memiliki sebuah rumah pertama. Rumah pertama.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Yang Berhormat Ipoh Barat dah banyak rumah, jadi ini tidak ada masalah, skim macam ini. Akan tetapi jangan ingat kita banyak rumah, kita tidak kasihan orang yang tidak ada rumah di bawah. Jadi bila kita cakap-cakap ini, kenalah berjaga-jaga dan berhati-hati.
Kos tambahan, memang ada kos, legal cost, hendak sain itu, stamp dutynya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Valuation.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Valuation, itu betul. Janganlah cakap high-high, cukuplah itu ikutlah peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jangan interact juga Yang Berhormat.
Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Saya hendak jawab ini. Ini memang pembeli rumah mesti keluar dianggarkan lebih kurang RM3,000 hingga RM5,000 bergantung pada harga tetapi bayangkan yang tidak perlu dikeluarkan oleh pembeli rumah ialah RM20,000.
Ada 10 peratus bayaran downpayment, dengan izin, biasanya pembeli rumah kena keluar downpayment 10 peratus. Hendak cari RM20,000 ini bukannya senang bagi pekerja muda.
Jadi, dia tidak perlu keluar, kalau dia boleh keluar RM3,000 atau RM4,000 untuk mendapat sebuah rumah milik pertama, alangkah elok dan baiknya. Terima kasih.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, untuk orang muda, minta satu Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja minta penjelasan.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Untuk golongan muda Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sudah-sudahlah Yang Berhormat. Saya ada penjelasan juga di sini Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Jumlah 100 peratus itu langsung tidak ada ekuiti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Pemilikan daripada pembeli itu Tuan Yang di-Pertua, cukup bahaya persoalan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak apa, terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Padang Terap, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi sebut orang muda.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat, saya pun perlu mengadili Yang Berhormat. Saya dah nampak enam soalan daripada PAS pagi ini, hanya satu daripada DAP.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tambahan satu lagi, ihsan- ihsan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi tidak payahlah tambah lagi, imbalance itu Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh tidur malam ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi, saya jemput Tuan M. Kulasegaran.
10. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:
(a) mengapakah ramai masih menganggur dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan apabila Malaysia mengisytiharkan negara guna tenaga penuh; dan
(b) adakah rancangan dilakarkan untuk membantu pengangguran.
Jika tidak, mengapa tidak.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat telah tanya tentang isu pengangguran di Malaysia dan langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikannya.
Tuan Yang di-Pertua, kadar pengangguran di Malaysia adalah dalam lingkungan 3.4 peratus dan kalau ini akan terjemah kepada 421,800 orang. Di dalam piawaian antarabangsa, kalau satu-satu negara telah mencapai kadar pengangguran yang kurang daripada 4 peratus, itu dianggap sebagai negara yang telah mendapat guna tenaga yang penuh. Daripada segi itu, di dalam takrifan antarabangsa, Malaysia bukan satu negara yang mempunyai pengangguran yang begitu ketara. Walau demikian, di dalam butiran kita masih mempunyai 400 lebih ribu orang yang masih mencari kerja. Banyak sebab mengapa mereka yang di dalam 400 ribu ini tidak mendapat kerja. Kalau dibahagikan kepada dua kategori iaitu satu graduan dan satu bukan graduan.
Di dalam golongan graduan, sebab-sebab utama mengapa mereka tidak berjaya untuk mendapat kerja, salah satu daripadanya ialah kadangkala bidang yang diambil oleh mereka mempunyai permintaan yang kurang di dalam kuasa pasaran.
Kedua ialah, banyak kerja yang ditawarkan kadang-kadang memerlukan mereka berpengalaman di dalam satu-satu bidang sebelum mereka boleh berjaya untuk mendapat kerja.
Ketiga adalah dua sebab yang sentiasa diberi, satu ialah kurang kuasa berkomunikasi dan kurang kemahiran dan kefasihan di dalam bahasa Inggeris. Ini untuk mereka yang graduan.
Untuk mereka yang bukan graduan, kadang-kadang isunya ialah mereka memilih jenis kerja dan tempat kerja. Keadaan isu gaji yang kadang-kadang tidak memuaskan pihak yang memohon untuk kerja dan harapan gaji tidak padan dengan apa yang telah ditawarkan oleh kuasa pasaran. Inilah isu-isu mengapa kita masih mempunyai lebih kurang 400 ribu orang yang menganggur. Bukan kekurangan peluang kerja seperti Ahli-ahli Yang Berhormat tahu, di negara kita, kita mempunyai secara rasmi lebih kurang 1.8 juta pekerja asing. Kalau ada peluang-peluang pekerjaan untuk 1.8 juta orang ini, maka ini bermakna peluang-peluang pekerjaan adalah untuk mereka yang mencari kerja di dalam negara kita kerana sebab-sebab yang saya telah beritahu tadi. Ada satu golongan di dalam negara kita yang masih tidak kerja pada satu-satu masa kerana mereka mempunyai sebab-sebab yang tertentu.
Walaupun demikian, kerajaan sebagai kerajaan yang prihatin tentang isu ini dan untuk menyelesaikan isu ini, kita telah mengambil pelbagai jenis langkah. Salah satu daripadanya ialah kerajaan menjalankan dan menguruskan satu jobs portal yang dipanggil Jobs Malaysia yang diberikan secara percuma, kalau ada yang diswastakan, yang kena bayar tetapi ini diberi secara percuma.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Dr. S. Subramaniam
Untuk tambah nilai kepada portal ini, kerajaan telah mewujudkan Jobs Malaysia Center di mana ada pegawai-pegawai yang akan memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka yang mencari kerja supaya melalui itu mereka boleh mendapat peluang-peluang pekerjaan.
Pada masa sekarang, kita mempunyai 12 Jobs Malaysia Center di seluruh negara.
Untuk membantu pekerja-pekerja, kita membuka Jobs Malaysia ini pada hari Sabtu dari pagi hingga 5 petang supaya mereka yang menganggur boleh pergi ke sana, mendapat nasihat, mendaftarkan diri dan membolehkan mereka mendapat kerja.
Walaupun pada masa dahulu, jobs portal cuma sistem sahaja tetapi kerajaan telah meningkatkan nilainya dengan mengadakan pegawai-pegawai tertentu yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini supaya mereka boleh beri nasihat kepada mereka yang mencari kerja. Selain daripada itu ada majikan yang datang ke kerajaan, datang ke kementerian dan meminta bilangan supaya mereka ada kekosongan. Di dalam hal ini, pegawai-pegawai di kementerian secara khusus membantu majikan-majikan ini dalam usaha untuk mendapat pekerjaan.
Untuk memastikan graduan kita boleh mendapat kerja yang sesuai dan meningkatkan kemahiran mereka, banyak agensi di bawah kerajaan menjalankan kursus- kursus sebagai finishing school dan kursus-kursus untuk memberi mereka kebolehan yang diperlukan oleh industri dan program-program ini dibuat oleh banyak agensi.
Contohnya, yang dibuat oleh Pembangunan Sumber Malaysia Berhad iaitu pelaksanaan Graduate Training Program dan Specialize Training and Advance Recruitment Program, yang dibuat oleh Khazanah Nasional - Graduate Employability Management Scheme, yang dibuat oleh MDEC - Malaysian Graduate Training Program dan program- program yang lain dibuat oleh beberapa institusi-institusi kewangan.
Ini adalah langkah-langkah untuk meningkatkan kebolehan para graduan dalam negara kita supaya kemahiran, kepakaran dan pengetahuan yang mereka ada ini ialah selaras dengan keperluan industri. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang Berhormat, saya hendak tanya walaupun angka yang diberi 3.4 peratus, ini adalah satu statistik yang kurang boleh dipercayai kerana kalau kita tengok on the ground, ini realitinya berbeza. Ini kerana kita tengok ramai yang ada kelayakan tetapi tidak dapat kerja dan sebagainya. Bukan ini confined kepada satu bangsa atau satu sektor tetapi merata-rata tetapi yang tenat dan yang teruk sekali adalah di antara masyarakat Orang Asli dan orang India di mana dikatakan the highest unemployment rate di negara ini.
Adakah kerajaan sedar bahawa ada satu polisi yang diguna pakai di swasta iaitu employed Indian and Orang Asli last policy, di mana ada diskriminasi terutamanya kepada masyarakat ini. Di mana kalau kita tengok mereka ada kerja, I agree mereka ada dapat kerja. Kerja apa? Office boy, plumber, cuci jamban, lorry attendant, yang ini tetapi management level atau middle management level tidak dapat kerja-kerja sedemikian.
Adakah kerajaan sedar bahawa kita perlu ada satu inisiatif dan satu sistem yang baru untuk merangkumi untuk menolong orang-orang macam ini. Yang Berhormat sendiri adalah Pengerusi Jawatankuasa Special Task Force di mana satu di antaranya saya dapat jawapan semalam yang mengatakan bahawa ada dasar-dasar untuk menolong masyarakat India terutamanya, di mana untuk meningkatkan mereka dari 4 peratus sekarang kakitangan kerajaan ke 7.4 peratus.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu adalah dasar di mana kedudukan masyarakat India di negara ini. Akan tetapi polisi yang mismatch kerana di Kelantan, Terengganu, di Sabah, Sarawak you hardly find an Indian. So, kita perlu satu yang lebih manfaat di tempat-tempat lain supaya kita boleh absorbed lebih masyakat, lebih-lebih lagi orang yang tertindas, yang kita perlu memberi pertolongan.
Soalan kedua saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, yang berkaitan dengan perkara ini, yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri adalah kepada pihak yang menjadi penganggur. Dalam seluruh dunia Tuan Yang di-Pertua ...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, masa sudah...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Semua negara, di mana kita ada full unemployment dan ada unemployment benefit. Kenapa kita mengatakan we have full employment tetapi sebenarnya, pada hakikatnya tidak ada full employment tetapi tidak ada unemployment benefit. Adakah ini satu dasar kerajaan untuk confused market forced di negara ini? Sebenarnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kerja-kerja yang di mana – yang bawahan sekali. Dangerous, demeaning and dirty (3Ds), the 3Ds. Di mana itu pun diambil alih oleh masyarakat orang asing di luar negara lebih dari dua juta orang. Ini pun tidak ada, di mana peluang untuk anak-anak kita untuk bekerja? Jadi apakah dasar supaya kita ubah dari mind set yang sedia ada? Adakah kita hendak liberalize market forced dan juga untuk mengguna pakai yang tidak mengguna pakai under value our graduate dan mismatch dalam pengajaran Inggeris di universiti-universiti.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ringkaskan jawapan Yang Berhormat ya. Soalan sudah panjang sangat.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sepenuhnya soalan yang ditanya oleh Ahli Yang Berhormat daripada Ipoh Barat diasaskan kepada persepsi sahaja bukan berasaskan kepada butiran yang betul.
Sebenarnya kalau saya mahu jawab pun, saya tidak perlu jawab untuk persepsi- persepsi. Ini kerana kalau Yang Berhormat tidak menerima kadar yang diberitahu oleh kerajaan, kalau you ada kadar yang berbeza yang telah dibuktikan oleh kajian yang telah dibuat oleh mana-mana agensi di bawah Yang Berhormat, tolonglah beri kepada kita. Kita boleh semak. Kalau tidak ada kita, tidak boleh buat andaian dan ada persepsi yang salah dan berharap kerajaan untuk respons kepada persepsi-persepsi ini.
Akan tetapi daripada keseluruhannya, kalau Yang Berhormat..., memang bila Yang Berhormat tengok di dalam ground ada orang yang tidak kerja. Pada masa yang sama kalau Yang Berhormat melalui factory dan kilang-kilang memang ada pameran-pameran yang ada dan poster-poster yang menawarkan beribu-ribu peluang pekerjaan. Itu pun ada di dalam ground juga. Ini menunjukkan bahawa memang ada penawaran dan memang ada keperluan dan terpulang kepada tiap-tiap individu untuk membolehkan mereka mendapat kerja. Isu itu yang dihadapi oleh kerajaan yang...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
In the last policy.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Kerajaan telah mengambilkan langkah-langkah untuk menyelesaikan itu.
Saya sudah secara jelas menjawab apa langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan mereka yang mungkin kurang kemahiran, yang ada kurang kebolehan. Kita boleh meningkatkan pencapaian mereka supaya mereka boleh mendapat peluang kerja. Itu yang dibuat oleh kerajaan secara benar dengan ikhlas untuk memastikan rakyat mereka boleh mendapat peluang-peluang yang sedia ada.
Untuk soalan yang kedua, secara ringkas tentang langkah-langkah yang telah diambil oleh Jawatankuasa Pelaksanaan di bawah pimpinan saya untuk menyelesaikan masalah orang India. Memang kita telah, bukan daripada segi diskriminasi, ini satu tuduhan yang tidak mempunyai apa-apa...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Indian last policy, boleh betul bukan?
Datuk Dr. S. Subramaniam
Akan tetapi daripada segi untuk menambahkan peluang kepada pemuda-pemuda di masyarakat India, kita sedang lihat perkara itu daripada secara lebih holistik.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Satu, untuk meningkatkan kemahiran mereka, meningkatkan kebolehan mereka.
Lepas itu meningkatkan kejayaan mereka di dalam bidang kerjaya. Itulah cara yang dibuat oleh kerajaan dan memang kita mempunyai KPI tertentu sebagai kerajaan yang mempunyai harapan untuk tarik balik sokongan rakyat India kepada Barisan Nasional yang sedang berlaku pada masa sekarang secara kuat dan luas... [Tepuk] Kita berharap dan kita akan terus dalam usaha ini untuk memastikan tahap kehidupan masyarakat India dinaikkan kepada satu tahap yang lebih tinggi.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Putar belit, putar belit.
Datuk Dr. S. Subramaniam
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan untuk pagi ini. Terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 dan Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua 2010 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga ] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin memaklumkan satu perkara sebelum kita menjemput Ahli Yang Berhormat untuk membahas. Hari ini adalah hari terakhir mengikut Peraturan Mesyuarat 67(7).
Kita hanya tiga hari untuk dalam peringkat Jawatankuasa, jadi kita tidak ada hendak mengusulkan tambahan soalan ini kita kena tutup pukul 5.30. Pukul 5.30 hari Khamis biasanya semua orang hendak balik, kosong. Jadi, dengan itu kita ada empat jam tiga puluh minit sahaja untuk hari ini tetapi kita masih ada lima kementerian, empat akan dibahas satu token. Jadi, dengan itu saya mengehadkan perbahasan kepada enam orang sahaja satu kementerian. Yang Berhormat, tidak lebih daripada sepuluh minit untuk seseorang.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terbuka untuk dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik tidak ada.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM5,000,000 untuk Maksud B.47 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi, ini untuk bahas?
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli yang bersetuju kata bersetuju, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju kata tidak.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tidak, tidak, saya hendak bahas.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Lebih suara...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya hendak bahas... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kenapa Yang Berhormat tidak berdiri tadi?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, saya sedang cari.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia yang terlepas kereta api Tuan Pengerusi. Kereta api sudah jalan, dia baru beli tiket... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik, baik Yang Berhormat. Baik Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun] [Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya ingat Yang Berhormat Sri Gading hendak cakap. Jadi, beginilah Yang Berhormat, saya gunakan Perlembagaan Malaysia Yang Berhormat, peraturan memberi kebenaran kepada kita untuk menguruskan dalaman kita sendiri. Apa sahaja yang kita buat kalau kita sudah setuju dalam Dewan ini kita kena akur dan itulah consistence dengan peruntukan Perlembagaan.
Dengan itu saya membenarkan Yang Berhormat Ipoh Barat bercakap.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Rasanya Tuan Pengerusi tahu bahawa ada satu kali kita membuat salah sedikitlah.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak apa Yang Berhormat, cakap sahaja.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi mengenai kementerian ini saya hendak tanya dengan apa yang dianggarkan sebanyak RM5 juta. Semalam saya ada di satu tempat, di mana saya menonton secara langsung yang ditunjukkan oleh TV1 mengenai apa yang terjadi di Dewan Rakyat. Saya hairan dan dalam setengah jam Tuan Pengerusi, siaran langsung ini bukan siaran langsung. Ia siaran langsung yang tipu.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Ini kerana, pada 30 minit tersebut menunjukkan ada di antaranya soalan-soalan hanya yang dikemukakan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat Barisan Nasional. Akan tetapi soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pembangkang dan jawapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi Peraturan Mesyuarat 36(1) Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Peraturan Mesyuarat mana?
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Peraturan 36(1).
Tuan Pengerusi
Peraturan 36(1) sila.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
“Seorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk...” atau lain-lain yang berkaitanlah Akta 36.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Sebab ini peruntukan berkaitan dasar. Tidak ada kena-mengena dengan RTM dan sebagainya. Jadi, saya mintalah supaya kita berbalik kepada peraturan mesyuarat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi, yang Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak tahu, saya merujuk kepada Maksud Bekalan 47, 22.1 menaik taraf kompleks Angkasapuri. Ini berkaitan.
Saya hendak tahu, bila kita hendak naik taraf tersebut? Ini adalah kerana secara langsung, siaran langsung ini tidak dilangsungkan kerana wang ini perlu untuk menaik taraf Angkasapuri. Ini salah kah? Kalau tidak baca, cakap tidak baca.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tidak ada kena-mengena.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kalau tidak faham, tolong tanya tetapi jangan menggunakan peraturan mesyuarat untuk menutup atau mengelak apa yang saya hendak kata.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini benar. Tuan Pengerusi, yang tidak faham kita elak sahajalah, tidak perlu buang masa.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Mana ada Angkasapuri. Tidak ada pun.
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Ledang, Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat duduk Yang Berhormat. Apabila peraturan mesyuarat dibangkitkan, maka terpulanglah kepada Pengerusi ataupun Tuan Yang di-Pertua untuk menentukan sama ada ianya betul atau tidak.
Dalam soal ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang. Cerita dengan jasa di Sarawak. Selepas itu siaran langsung pula. Memang ada kaitan tetapi very remote.
So, I do not allow that Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Pengerusi, saya harap Tuan Pengerusi akan...
Tuan Pengerusi
Don’t argue with me further please.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan, maksud ...
Tuan Pengerusi
You know my style. When I said no, no.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Betul Tuan Pengerusi. Menaik taraf kompleks Angkasapuri. Saya hendak tahu. Kalau Tuan Pengerusi kata tidak ada, saya tidak mahu hujah.
Tuan Pengerusi
Thank you. Apa lagi, ada lagi? Kali yang ketiga ada lagi? Nanti ada lagi yang berdiri, “Eh, saya hendak berbahas”. Tiada lagi? Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Banyak lagi masalah yang belum berjawab.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM5,000,000 untuk Maksud B.47 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM5,000,000 untuk Maksud B.47 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM190 untuk Maksud P.47 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM190 untuk Maksud P.47 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2010.
Maksud P.48 - Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2010] – Tuan Pengerus
Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Atas sebab ini adalah token sahaja ia tidak perlulah dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.48 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2010 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.48 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2010.
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.49 dan Kepala Pembangunan P.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbukan untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Kepong.
Saya difahamkan 10 minit dan enam sahaja dibenarkan berbahas dalam sesuatu kementerian. Yang Berhormat Kepong, 10 minit bermula dari sekarang.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, tidak sampai 10 minit pun boleh.
Tuan Pengerusi
Terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Jadi, Tuan Pengerusi masalah Program APEX dan diminta RM30 juta untuk menampung perbelanjaan bagi Universiti Sains Malaysia. Saya memang tidak menafikan kita perlu insentif untuk menggalakkan 20 buah universiti kerajaan di Malaysia ini termasuk Universiti Sains Malaysia. Saya pun tidak begitu faham mengapa Universiti Sains Malaysia ini dipilih dua tiga tahun yang lepas. Saya ada lihat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) pun ada membuat permohonan untuk mendapatkan status Program APEX.
Akan tetapi, setakat ini saya nampak kalau di ranking misalnya dengan index times university ranking, kita nampak Universiti Malaya lebih tinggi daripada USM. Walaupun Yang Berhormat Kluang dia kata kalau times index itu bukan satu indeks yang 100 peratus yang membayangkan keadaan yang sebenar, saya setuju. Bukan semua indeks itu membayangkan keadaan sebenar atau pun indeks daripada Universiti Pengangkutan Jiao Tong di Shanghai pun dia tidak bayangkan keadaan yang sebenar.
Akan tetapi sekurang-kurangnya saya ada ukuran. Satu kayu ukur yang menunjukkan tahap universiti. Kita mesti anggap kalau Universiti Malaya bukan di dalam Program APEX tetapi ia lebih tinggi daripada USM. Saya pun khuatir juga mengapa hal ini berlaku.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada kita dengan Program APEX Ini, setiap tahun apakah peruntukan tambahan yang diperlukan untuk menjalankan Program APEX? Setakat ini bolehkah kita terangkan kepada Dewan yang mulia ini apakah kelebihan yang diperolehi oleh USM daripada Program APEX ini dari semua aspek?
Daripada kualiti profesor, kualiti penyelidikan dan kualiti graduan-graduan daripada USM. Bilakah ada satu unjuran untuk meningkatkan ranking USM ini misalnya dalam tempoh lima tahun kita akan mencapai satu tahap di lingkungan 100 universiti yang terbaik di dunia. Mungkin. Kalau Universiti Singapura boleh jadi ranking di antara 100 atau 50, mengapa kita tidak boleh? Tambahan pula universiti mereka bukan Program APEX. Kita Program APEX dan APEX itu mencapai kemuncak. Saya berharap Yang Berhormat Kluang dapat menjawab dengan tepat dan bukan seperti Yang Berhormat Muar semalam.
Dia kata saya dribble tetapi tidak pun gol. Dia dribble pun tidak ada. Saya cadangkan satu inisiatif. Kita ada lapan universiti untuk transformasi. Tambah satu, sembilan. Dia tidak mahu, tidak sebutkan langsung. Saya ingat Yang Berhormat Mersing boleh ajarnya. Dribble pun tidak. Yang Berhormat Kluang ya. Belum sampai lagi Tuan Pengerusi ya.
Mengenai USM ini, memang ada sesetengah graduan itu dia mencapai tahap yang tinggi juga, saya akui. Sesetengah penyelidikan itu ada kualiti tetapi pada keseluruhannya saya nampak kita perlu untuk meningkatkan lagi tahap universitinya dan juga tahap untuk mencungkil bakat di USM. Belum cukup lagi.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Saya pun tidak tahulah apakah kriteria yang digunakan bagi USM untuk melantik profesor untuk memberikan biasiswa kepada graduan-graduan untuk penyelidikan untuk PhD. Di sini bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada kita setiap tahun berapa PhD yang dikeluarkan daripada USM kerana ini satu ukuran sahajalah Tuan Pengerusi. Ini kerana bukan semestinya kalau dia dapat PhD itu dia lebih baik, mungkin itu menunjukkan dia mempunyai satu disiplin untuk memahami fakta, data dan statistik untuk mendapat PhD dan mungkin juga menjadi profesor.
Akan tetapi ini bukan semestinya kita mempunyai satu kemampuan untuk memimpin. Kalau dia hendak memimpin dia mesti mempunyai fakta-fakta yang lain, faktor seperti keberanian, keazaman, komitmen dan sebagainya. Sebab itulah saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab soalan-soalan yang saya bangkitkan tadi dan tidak sampai 10 minit Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Kinabatangan selepas Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya hendak bangkitkan satu isu sahaja iaitu tentang kualiti pendidikan di institusi tinggi di Malaysia. Kita tahu pada masa yang lepas dahulu seperti Universiti Malaya, ia dianggap antara universiti yang baik di seluruh dunia yang pernah mendapat tangga yang ke-40 di seluruh dunia. Akan tetapi baru-baru ini tidak ada universiti di Malaysia yang di dalam lingkungan tangga 200 universiti di seluruh dunia. Adakah ini disebabkan kerana kualiti penuntut-penuntut yang diambil ke dalam institusi tinggi di Malaysia ini kerana saya difahamkan sungguhpun setiap kali kita nampak di surat khabar ribu-ribu penuntut-penuntut ataupun setiap tahun dikatakan result peperiksaan meningkat tetapi sebenarnya kualitinya tidak meningkat.
Ini kerana dikatakan grading yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran hinggakan markah 65 pun boleh dianggap satu distinction ‘A’. Jadi apakah tindakan yang hendak kerajaan buat memastikan kalau seseorang itu mendapat ‘A’ itu memang sememangnya kualitinya mesti 85 peratus ke atas ataupun 80 peratus. Jangan bohong sendiri dianggap kita penuntut ‘A’ tetap sebenarnya kita penuntut ‘B’ atau ‘C’.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi dalam perkara ini saya pun hendak mendapat penjelasan kerana ada dakwaan bahawa dalam grading yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran dia tidak sama dari satu mata pelajaran ke satu mata pelajaran yang lain. Difahamkan Bahasa Cina, Bible Knowledge ia mungkin markahnya tinggi hingga 90 peratus baru dapat ‘A’ sementara Matematik mungkin 65 peratus sudah dapat ‘A’. Kita mesti beri satu gambaran yang tepat kepada rakyat supaya kita tahu sebenarnya ‘A’ itu apa maksud dia.
Saya pun sekarang keliru kerana ramai yang mendapat banyak ‘A’ tetapi kualiti yang dikeluarkan daripada institusi pengajian tinggi kita ini mereka tidak boleh buat kerja- kerja asas ataupun menulis surat dengan baik sungguhpun mendapat ‘A’ dalam sesuatu mata pelajaran dan ijazah yang dikeluarkan ini tidak laku di pasaran untuk mendapat kerja.
Saya harap isu ini dapat dijelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya rakyat Malaysia tahu apakah tahap institusi pelajar-pelajar yang dikeluarkan, graduan-graduan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia ini.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh institusi pengajian tinggi di negara kita. Saya melihat bahawa kecenderungan pihak-pihak tertentu untuk membuka institusi-institusi seperti Open Universiti, seperti cendawan tumbuh Tuan Pengerusi.
Saya tidak tahu sama ada ini bermaksud bahawa kita ingin mewujudkan satu suasana bahawa kita adalah hab pendidikan di negara ini. Akan tetapi apa yang saya ingin bicarakan iaitu seperti rakan saya yang lain. Kualiti, kualiti di pengajian tinggi itu, saya banyak nampak Open Universiti ini senang sangat dapat degree, tidak tahu sama ada dia betul-betul masuk atau online, pokoknya ada ijazah.
Akan tetapi kualitinya apabila dia memohon pekerjaan tidak boleh pakai. Ini bermakna ada masalah yang perlu dilihat oleh kementerian. Adakah Kementerian Pengajian Tinggi ini? Tidak ada. Ya, ada Yang Berhormat Timbalan Menteri dia ada. Jadi perlu dilihat bagaimana kita mencemerlangkan universiti-universiti kita sama ada IPTA, IPTS harus dilihat sebagai sebuah negara yang boleh melahirkan seorang graduan yang berwibawa. Seperti kontraktor ada kontraktor wibawa, ada kontraktor dia sub-cons dia outsourcing, jadi pelajar-pelajar pun begitu. Ada peluang dia buka wujudkan satu IPTA kolej pengajian tinggilah.
Saya tidak tahu apa sebenarnya matlamat yang ingin kita capai kalau - contohnya dahulu kalau kita mahu melahirkan seorang peguam biarlah kita mendapat peguam seperti Shafee Abdullah, seperti Karpal Singh, seperti Govinder Singh, yang hebat, yang mendapat tempat di hati rakyat. Apabila ada kes besar dia akan cari peguam ini. Akan tetapi kita tengok peguam, peguam banyak tipu lagi banyak. Dia tipu duit orang yang minta untuk dibela. Jadi ini akan rasa saya akan mengurangkan keyakinan... [Disampuk] Saya tidak cakaplah Yang Berhormat Ipoh Barat, dia ini saya punya kawan, jangan tuduh... [Ketawa] Jadi kita mahu universiti kita kalau melahirkan seorang peguam lahirlah peguam yang berkualiti tinggi. Ini tidak, memikirkan keuntungan dahulu barulah kualiti. Bagaimana kita menuju negara maju Tuan Pengerusi kalau ini semua tidak dapat kita kawal.
Saya tidak tahu sama ada sindiketkah perwujudan IPTS ini atau bagaimana tetapi keadaannya begitu. Macam-macam jenis bentuk, satu kilometer, setengah kilometer kadang-kadang kita jalan lima kaki sebelah menyebelah, IPTS lah, kolejlah, tetapi saya tidak tahu kualiti dalaman itu bagaimana dapat kita mempertingkatkan hasil daripada perwujudan IPTS yang begitu banyak seperti cendawan tumbuh ini harus dilihat secara bijaksanalah Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ini sebab saya bimbang kita akan hanya membuka ruang lingkup yang luas tetapi hasilnya tidak mendapatkan impak yang besar kepada negara. Jadi ini harus kita ambil kira sebagai satu rasa saya saranan yang perlu diambil titik berat.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebab dalam masa yang sama kita harus menerima hakikat negara kita akan berhadapan dengan satu suasana masa depan sepuluh tahun akan datang kita memerlukan modal insan kita yang ada kualiti, yang ada ketahanan, yang ada ilmu dalaman yang tinggi.
Bukan hanya dapat certificate sudah. Kita masih lagi mengamalkan kalau di universiti dia kena ada 3.8 pointer, itu best student. Sekali buka temu duga bersaing dengan student dari luar negara saya tidak rujuklah Singapura, yang rujuk Singapura ini DAP sebab itu saya kata kadang-kadang DAP ini agen Singapura. Apa-apa sahaja dia rujuk Singapura.
Universiti pun dia rujuk Singapura, ketenteraan pun Singapura, semua Singapura. Jadi macam mana, macam hebat sangatlah Singapura itu...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Satu penjelasan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Penjelasan boleh, jangan marah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Kinabatangan, tanya apa asas apabila mengatakan kita adalah ejen kepada Singapore, itu yang pertama.
Yang kedua, kalau kita lihat sememangnya betul banyak di antara arena yang dilibati oleh Singapore ini betul-betul daripada international standard, terlampau baik.
Bukankah kita patut mengiktiraf bahawa mereka baik dan kita patut mengikuti mereka, jangan elak dan oleh sebab mereka adalah neighbor yang terdekat, tetapi kita tidak mengakui bahawa mereka adalah sesebuah negara dari segi kemampuan dan kebolehan mereka adalah yang terbaik di dunia.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat, memang betul. Akan tetapi yang hairannya dalam negara ini banyak perkara luar biasa yang telah dilakukan oleh negara kita, tetapi Yang Berhormat tidak pernah sebut pun, macam pemerintah kita lebih hebat daripada Singapore, kita tidak tangkap pembangkang yang berceramah pun tidak boleh. Yang Berhormat tidak sebut pun negara kita baik. Cuba berceramah di Singapore, mereka akan tangkap. Kita di sini ceramah di jalanan dan macam-macam...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kinabatangan, pengajian tinggi.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ekoran daripada itulah, pengajian tinggi itulah maka berlakulah komplikasi sebegitu Tuan Pengerusi... [Ketawa] Jadi saya teruskan kepada pengajian tinggi.
Saya tidak menuduh DAP ini confirm ejen Singapore tetapi hampir-hampir sebab suara mereka ke situ sahaja, tadi Yang Berhormat Kepong pun ke situ jadi susah sedikitlah tetapi Tuan Pengerusi. Jadi kepada kementerian, tolonglah kerana kita ingin melihat bahawa siswazah kita pada masa akan datang akan dilengkapi dengan ilmu sejarah untuk mengetahui asal usul agar mereka juga menghormati negara sendiri, jangan selepas mendapat Master atau PhD ke pergi ke luar negara dengan memburuk-burukkan negara sendiri dengan bermacam-macam, ini bukan kualiti yang kita mahu. Kita mahu mereka pergi ke luar negara untuk menyebarkan betapa negara ini telah melahirkan banyak graduan yang cemerlang, boleh menguasai ilmu teknologi yang tinggi, peguam-peguam yang cemerlang seperti yang saya sebutkan tadi, walaupun dia pembangkang tetapi Karpal Singh hebat....
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Mohon pencelahan.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jadi inilah yang kita mahu, berapa orang...
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tuan Pengerusi...
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang kita dapat lahirkan. Seperti ada suara, di manakah itu? Yang Berhormat Lipis.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tuan Pengerusi terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan bukan sahaja mereka ini cemerlang dan sebagainya.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Akan tetapi yang penting saya hendak tambah, mereka ini seharusnya berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan peluang kepada mereka mengikuti pengajian tinggi sama ada menggunakan biasiswa, pinjaman dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Lipis, itulah yang sebetulnya naluri di dalam hati saya, bahawa kita ini manusia sekurang- kurangnya kita tanya diri kita, patutkah kita berterima kasih atau kita melupakan apa yang telah orang berikan kepada kita. Kerana pepatah Melayu jelas mengatakan, “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Masa yang diberikan oleh Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin membahaskan Maksud Bekalan 49 ini, berkaitan dengan beberapa perkara.
Yang pertama saya hendak membangkitkan persoalan berkaitan dengan program Biasiswa My Brain anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang merupakan satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang bagi saya matlamatnya cukup baik kerana menyasarkan 60,000 pemegang doktor falsafah PhD di kalangan rakyat Malaysia dan saya kira program ataupun 60,000 doktor ataupun pemegang PhD ini, mereka akan keluar dan memberikan perbandingan-perbandingan yang cukup baik dan bukannya perbandingan-perbandingan yang diberikan seperti sekarang ini.
Saya bersetuju jika dibandingkan Malaysia dengan Singapura dari sudut rasuahnya, kita ketinggalan tetapi dari sudut demokrasinya kita bandingkan dengan negara yang lebih baik, ini adalah perbandingan yang dianjurkan oleh Islam, bukannya perbandingan jika kita hendak melihat perbandingan bandingkan dengan yang lebih teruk, itu bukanlah yang dianjurkan oleh Islam. Kita yang baik, bandingkan dengan yang lebih baik dan yang lebih baik bandingkan dengan yang terbaik. Ini yang baik bandingkan dengan yang lebih teruk, memang kita nampak baik dan bagus, itu bukan perbandingan yang dibuat dan saya percaya program, My Brain ini akan melahirkan pemegang-pemegang PhD yang boleh memberikan manfaat dalam bentuk perbandingan yang hebat kepada rakyat Malaysia dan juga perbandingan yang betul.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apabila kita meluluskan ataupun melaksanakan Program My Brain ini, bagaimanakah pihak Kementerian Pengajian Tinggi ini melihat permohonan yang dipohon oleh mahasiswa ataupun pensyarah-pensyarah kita terutamanya di dalam mendapatkan tempat pengajian di peringkat Master ataupun PhD yang bukan di dalam bentuk pengajian yang bukan di dalam keutamaan. Kerana banyak yang kita lihat permohonan-permohonan seperti ini ada yang ditolak dan mereka mengadu kepada kita, pengajian-pengajian ini bukan keutamaan seperti dalam sains sosial mereka ini jarang mendapat tempat. Jadi saya ingat sains sosial ataupun pengajian-pengajian yang berkaitan dengan sastera ini perlu dilihat secara serius oleh pihak kementerian.
Kedua, saya...
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat bersama kita pada pagi ini adalah rombongan Tuan Yang Terutama, Hua Jianmin, Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan Republik Rakyat China... [Tepuk] Bagi pihak Dewan Rakyat, Your Excellency saya mengalu-alukan kehadiran Your Excellency dan rombongan. Semoga dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Hua Jianmin dan delegasinya ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan hubungan di antara Parlimen Malaysia dan Republik Rakyat China yang telah sedia ada terjalin erat. Terima kasih, welcome... [Tepuk] Sila sambung Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Saya juga mengucapkan selamat datang kepada rakan-rakan daripada Republik Rakyat China.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Ini perbandingan yang baik yang sepatutnya digunakan oleh profesor-profesor, doktor-doktor kita di peringkat universiti, bandingkan dengan negara China yang berjaya membangkitkan ekonomi mereka.
Isu yang kedua, saya ingin menyentuh tentang sedikit tentang PTPTN lah, saya masih belum berpuas hati dengan jawapan daripada pihak kementerian dahulu tentang penukaran daripada sistem 3 peratus, 4 peratus kepada Sistem Ujrah...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, yang kita bahaskan pada pagi ini ialah Maksud 49, jangan lari daripada APEX dan pentauliahan profesional.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Ya sedikit sahaja, jadi ini berkaitan dengan Maksud 49, pengurusan institusi pengajian tinggi awam.
Untuk memudahkan pengurusan PTPTN, apabila kita meluluskan RM35 juta Tuan Pengerusi, bagaimana pihak kementerian boleh melihat kelulusan untuk kita berikan kepada pelajar-pelajar kita daripada PTPTN dimudahkan pengurusannya. Saya ingat peruntukan ini pun perlu melihat juga tentang persoalan tersebut, kerana banyak rungutan yang kita terima daripada pelajar-pelajar mahasiswa-mahasiswa kita di mana masalah pengurusan, apabila mereka memohon menukarkan daripada sistem 3 peratus, 4 peratus kepada 1 peratus, mereka terpaksa menunggu lama, ada yang gagal.
Kemudian, saya mencadangkan kepada pihak kementerian untuk melihat dengan peruntukan sebanyak ini tidak perlulah mengenakan upah Ujrah ini, seperti seorang ayah yang memberikan duit kepada anaknya, okey 1 peratus untuk aku, mana boleh itu tanggungjawab kita, tanggungjawab ayah kepada anaknya memberikan duit, tiba-tiba minta persen pula, jadi saya berharap pihak kementerian melihat persoalan ini.
Yang ketiga ialah tentang sistem yuran yang dikenakan, saya ingat kementerian mempunyai banyak peruntukan berbilion-bilion ringgit di dalam peruntukan tambahan yang diberikan dan akan diluluskan di peringkat Parlimen, jadi saya mengharapkan juga selepas ini pihak Kementerian Pengajian Tinggi melalui universiti-universiti mencadangkan pihak kementerian agar yuran percuma diberikan kepada pelajar, ini bukan sara hidup tetapi yuran percuma, saya ingat tidak banyak berbanding dengan kos sara hidup yang kita terpaksa berikan dalam bentuk PTPTN, dan saya ingat itu sahaja yang saya ingin sampaikan pada pagi ini Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Pengerusi
Waalaikumusalam, tiada dari sebelah kanan, jika tidak ada saya menjemput Yang Berhormat Pendang.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Berhubung dengan Maksud B.49 ini iaitu RM30 juta untuk APEX dan RM5 juta untuk 3P, saya ingin menarik perhatian kementerian berhubung dengan mewujudkan profesional terutamanya di dalam bidang perubatan ini.
Saya dapati mutakhir ini daripada keluhan ramai daripada sahabat-sahabat yang menjadi pensyarah-pensyarah untuk melahirkan pegawai-pegawai perubatan ini terutamanya di IPTS, mereka sering kali berebut untuk mendapatkan pensyarah. Misalnya satu pensyarah di satu IPTS untuk menghasilkan seorang doktor, dia mesti mempunyai ratio pelajar yang perlu diajar. Kalau semalam kita dalam Kementerian Kesihatan kita mempertikaikan kewujudan houseman ship yang tidak mempunyai skil yang tertentu untuk memberi khidmat kepada pesakit-pesakit, pensyarah ataupun pakar yang berada di hospital tidak dapat melatih houseman dengan baik kerana ratio yang tinggi.
Begitu juga pensyarah-pensyarah untuk melahirkan 3P ini, profesional yang berketerampilan ini, sepatutnya mereka mempunyai ratio yang tertentu. Jadi saya minta pihak kementerian dapat melihat perkara ini kerana perebutan di antara satu IPTS dengan satu IPTS sekarang ini terutamanya dalam bidang perubatan cukup sengit. Sampaikan ada satu pensyarah terpaksa dia melatih ataupun bersyarah di dua tiga IPTS. Maknanya dia berlari ke sana, berlari ke sini. Bukan berlarilah, naik kenderaan lah ya, naik kereta.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Dia berlari di antara satu IPTS dengan IPTS yang lain untuk mengajar subjek yang dia khusus tersebut.
Maknanya ini satu yang tidak sihatlah untuk kita melahirkan 3P ini, profesional yang berketerampilan yang berkualiti. Jadi saya harap pihak kementerian perlu memberi perhatian yang sungguh-sungguh dalam perkara ini untuk meluluskan sesebuah IPTS itu perlu kita melihat berapa banyak pensyarah yang dia ada, sebelum kita membolehkan berapa ramai penuntut yang dia boleh ambil. Itu Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Kalau tidak ada lagi yang minat untuk membahas Kepala ini, saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Silakan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Dr. Hou Kok Chung
Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2010 bagi B.49 - Kementerian Pengajian Tinggi.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penilaian APEX dan ranking adalah dua sistem penilaian yang berbeza. APEX menilai sesebuah institusi yang mempunyai potensi untuk memacu ke arah kecemerlangan di masa depan, manakala ranking menunjukkan keadaan semasa institusi tersebut.
Berkenaan dengan isu yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong dan juga Yang Berhormat Beruas dan juga Yang Berhormat Kinabatangan tentang kualiti, saya ingin sebut bahawa kriteria ranking berkenaan – ini berkenaan dengan USM – kriteria ranking yang digunakan oleh badan seperti QF dan PHE adalah berbeza dengan tumpuan IPTA negara. Misalnya, QS dan PHE memberi tumpuan kepada pengukuran kepada bilangan pensyarah asing dan bilangan pelajar antarabangsa di IPTA berkenaan, tetapi dasar kerajaan memberi keutamaan kepada tenaga akademik tempatan serta memperuntukkan hanya sebanyak 5 peratus untuk pelajar antarabangsa di setiap IPTA.
IPTA mematuhi dasar ini, maka dengan sendirinya gagal mendapat penilaian yang tinggi daripada QS dan PHE.
Kedudukan ranking tidak menghalang kecemerlangan USM sebagai peneraju program APEX dan telah menunjukkan pelbagai kejayaan dan kecemerlangan bertaraf dunia seperti kejayaan menghasilkan produk-produk R&D yang mendapat pengiktirafan dunia dan telah berjaya dikomersialkan seperti:
(i) genom getah pertama di dunia;
(ii) penubuhan InnovationXchange ataupun IXC Malaysia Sdn. Bhd.
yang merupakan ketiga seumpamanya di dunia selain daripada Australia dan UK;
(iii) pusat kolagen halal tercanggih sedunia melibatkan kerjasama USM dengan badan dunia berasaskan biotech;
(iv) penganjuran persidangan bertaraf dunia seperti persidangan University-Community Engagement 2009 (UCEC) yang merupakan satu-satunya yang pernah dilakukan di rantau ini;
(v) pusat penyelidikan arkeologi purba yang berupaya mencabar teori ‘out of Africa’: dan
(vi) pertambahan bilangan MoU ataupun MoA dengan universiti- universiti dan badan-badan antarabangsa dalam pelbagai bidang.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I - Dr. Hou Kok Chung
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tentang kualiti IPTS, ingin saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa kementerian memang selalu memantau dan juga mengawasi kualiti IPTS....
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dr. Hou Kok Chung
Semua kursus yang ditawarkan oleh IPTS mesti melalui atau mendapat kelulusan daripada MQA. Pagi tadi kami juga ada satu dialog dengan semua Ketua Eksekutif IPTS di Malaysia dan inilah satu amalan yang biasa kita lakukan supaya maklumat yang terkini dapat disampaikan kepada IPTS.
Saya ingin juga memberitahu atau memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran IPTS, pihak KPT komited dalam menguatkuasakan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Sepanjang tahun 2010, kompaun berjumlah RM413,000 telah dikenakan ke atas IPTS yang melakukan pelbagai kesalahan selain denda RM15,000 bagi kes pendakwaan.
Pihak KPT amat memandang serius terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh IPTS walaupun kesalahan-kesalahan yang dilakukan itu dilihat kecil. KPT tidak akan bertolak ansur terhadap IPTS yang cuba untuk tidak mematuhi mana-mana peraturan atau garis panduan yang telah ditetapkan.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong berdiri dari tadi lagi Yang Berhormat .
Dr. Hou Kok Chung
Okey.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, pada mulanya saya telah sebutkan kayu ukur itu mungkin ada perbezaan. Itu kita setuju. Apa yang saya hendakkan jawapannya ialah dari segi bilangan kertas penyelidikan misalnya. Ini kerana kita sudah belanja banyak, dan mungkin kita perlukan perbelanjaan lebih banyak lagi.
Walau bagaimanapun, setakat ini, apakah bilangan kertas penyelidikan dan juga kualitinya? Itu penting. Kemudian saya ada soal mengenai bilangan PhD yang dikeluarkan setiap tahun dan apakah tahap ataupun kualiti PhD ini. Itu penting.
Saya setuju kita ada IXC, kita ada kolagen halal dan sebagainya. Memang setiap universiti ada keluarkan itu hasil penyelidikan. Cuma, bilangan dan kualiti sahaja.
Tuan Pengerusi
Sila.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Pengerusi, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Kepong, dalam tahun – mungkin saya boleh baca senarai yang saya ada sekarang ini.
Bilangan artikel yang dihasilkan USM bagi tempoh tahun 2007 sehingga 2010 adalah seperti berikut:
| Bilangan Artikel | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Scopus | ISI | ||||
| 2007 | 1,163 | 526 | ||||
| 2008 | 1,829 | 963 | ||||
| 2009 | 2,448 | 1,191 | 2010 | 2,806 | 1,625 |
Dr. Hou Kok Chung
Daripada segi publication ini, kita dapat lihat bahawa USM telah maju ataupun telah berkembang dengan begitu pesat. Inilah satu kriteria yang selalu dipakai oleh persatuan-persatuan yang menguruskan ranking itu bahawa publication itu merupakan satu kriteria yang penting.
Berbalik pada soalan Yang Berhormat Kepong juga mungkin saya hendak memaklumkan juga, USM telah memohon peruntukan untuk Program APEX bagi tahun 2010 sebanyak RM210 juta. Namun, hanya RM30 juta telah diluluskan bagi tahun 2010.
Antara program-program yang dilaksanakan adalah berdasarkan tiga teras utama iaitu bakat, tadbir urus dan sumber manusia seperti berikut.
Dr. Hou Kok Chung
Teras bakat termasuk program pembangunan pelajar seperti Program Intensif Sains Tulen dan Sastera Tulen; Program Pimpin Siswa-siswa atau Keusahawanan dan Student Green Movement dan International Exposure Programme.
Kedua, pembangunan staf seperti pengambilan post-doc, pengambilan staf di bawah Talents Management, APEX Leadership Programme dan MyCPD.
Ketiga, program pasca-siswazah seperti Outreach Programme Bottom Billion dan Blue Ocean Strategy. Untuk teras tadbir urus pula ialah Program Tadbir Urus ataupun governance seperti perancangan dan pemantauan Program APEX, autonomi dan Accountability Task Force, Talents Management Task Force, Resources Task Force dan Global Agenda and Future Relevance Task Force.
Untuk teras sumber manusia pula termasuk projek khas penyelidikan dan inovasi seperti Innovation Exchange, Intellectual Property ataupun commercialization, dan Graduate Incubation Facilities dan infrastructures penyelidikan. Kedua, pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti pelajar seperti Nurturing and Learning, e-Learning Enhancement of Academic Programme, Open Courseware dan Industry Committee Network.
Oleh kerana yang soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Padang Terap itu adalah terkeluar daripada rang undang-undang ini, oleh itu saya akan mengemukakan penjelasan secara bertulis.
Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang berkenaan dengan maklumat Program Pentauliahan Profesional (3P). Tuan Pengerusi, Program Pentauliahan Profesional ini bertujuan untuk memberikan nilai tambah kepada graduan dan juga pensyarah melalui pensijilan profesional kemahiran khususnya dalam bidang ICT. Pada tahun 2010, seramai 4,981 orang graduan dan 308 orang pensyarah telah dipilih untuk menjalani latihan berkaitan.
Menerusi program ini, pelajar diharapkan akan menjadi lebih mudah mendapat pekerjaan manakala bagi pensyarah pula, mereka menjadi lebih berpengetahuan. Program ini dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah daripada 14 buah IPTA iaitu UiTM, UIAM, UM, UNIMAS, USM, UPM, UTEM, UMP, UUM, UKM, UMS, UTM, UDM, UMT dan politeknik dan kolej komuniti untuk meningkatkan kebolehdapatan pekerjaan dan kebolehpasaran graduan.
Selain program 3P, kementerian melaksanakan program-program lain dengan izin, finishing school, apprenticeship, breaching the gate, internship dan career fair. Pada tahun 2009, menurut Kajian Tracer anjuran kementerian, 73.2 peratus graduan telah mendapat pekerjaan enam bulan selepas tamat pengajian. Pada tahun 2010 pula, ia meningkat pada 75.4 peratus yang juga mengatasi sasaran 75 peratus.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
[Bangun]
Tuan Ahmad Kasim - Kuala Kedah
Pohon penjelasan. Tuan Pengerusi, saya difahamkan bahawa Program 3P ini menggunakan khidmat swasta. Jadi, bolehkah dalam Dewan ini kita diberikan penjelasan, syarikat manakah yang mendapat kontrak untuk memberikan pendidikan kepada pelajar-pelajar dan juga pensyarah-pensyarah kita?
Mengapakah Program 3P ini tidak menggunakan pensyarah-pensyarah dalaman yang senior, yang mempunyai kepakaran di peringkat antarabangsa untuk melatih pensyarah dalaman dan juga untuk melatih pelajar-pelajar supaya Program 3P ini boleh diangkat menjadi program tanpa kita menggunakan khidmat daripada swasta? Apakah justifikasi Kementerian Pengajian Tinggi menggunakan syarikat-syarikat swasta?
Adakah ini sebagai satu proses perniagaan ataupun kerana syarikat itu sahaja yang memiliki kepakaran dalam bidang sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Kuala...
Tuan Pengerusi
Kuala Kedah.
Dr. Hou Kok Chung
Kuala Kedah, memang semua universiti mereka mempunyai program tersendiri untuk memberikan latihan kepada pensyarah mereka berkenaan dengan ICT.
Namun, untuk memberikan pensyarah ataupun pelajar mempunyai exposure yang lebih, kita juga menggalakkan supaya syarikat-syarikat daripada luar juga dapat bekerjasama dengan universiti supaya maklumat yang terkini ataupun mungkin pakar yang tidak dapat di universiti dapat juga memberikan sumbangan dalam bidang ini.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berhubung dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi tentang bidang..., saya hendak tanya apakah bidang mereka yang dilatih dalam Program 3P ini apakah mereka ini terkhusus dalam bidang-bidang tertentu ataupun semua graduan yang dikeluarkan oleh IPTA kita dimasukkan ke dalam Program 3P ini? Apakah mereka ini juga dilibatkan dengan IPTS-IPTS untuk memberikan kerjasama di dalam melatih dalam Program 3P ini? Maknanya IPTS juga digunakan untuk melatih graduan-graduan kita ini dalam Program 3P ini. Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Pengerusi, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, yang setakat ini hanya 14 buah IPTA yang terlibat. Juga kita akan menimbang, melihat dari semasa ke semasa. Adakah perlu, kalau peruntukan kita cukup, kita akan memperkembangkan juga ini pada IPTS dan juga IPTA yang lain.
Tuan Pengerusi, setakat inilah sahaja yang saya dapat jelaskan tentang perkara...
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
[Bangun]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tadi soalan saya sama ada - Tuan Pengerusi, soalan saya sama ada pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan berunding dengan Menteri Pelajaran untuk memastikan jangan mereka yang lulus 30 peratus markah dianggap lulus, boleh masuk ke IPT.
Adakah rancangan memastikan grading yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran memastikan markah kalau dikatakan 30 peratus markah boleh masuk ke IPT, itu akan menurunkan kualiti pelajar-pelajar yang akan masuk ke IPT?
Adakah apa-apa rancangan untuk memastikan grading yang dibuat itu tepat supaya kita tahu kalau ‘A’ itu ‘A’, ‘C’ itu memang ‘C’. Jangan ‘B’ 30 peratus sahaja dan ‘A’, 65 peratus markah. Adakah untuk cadangan ini akan dilaksanakan, memastikan intake penuntut-penuntut yang berkualiti?
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Pengerusi, berkenaan dengan...
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Mohon mencelah, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Pengerusi
Biarkan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab dahulu.
Yang ‘A’ jadi ‘B’, ‘B’ jadi ‘A’.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Pengerusi, berkenaan dengan grading, saya rasa soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Kementerian Pelajaran.
Akan tetapi, untuk pelajar masuk ke universiti, memang kita ada syarat yang minimum supaya mereka dapat memenuhi syarat yang ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Akan tetapi yang saya boleh janji di sini, pelajar yang telah kami terima itu, semua itu mempunyai kelayakan minimum.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Mohon.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Akan tetapi IPT biasa dia kata berapa ‘A’, berapa ‘B’, berapa ‘C’.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tuan Pengerusi, saya mohon izin untuk celahan. Duduk dahulu Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
You yang celah. Saya belum siap lagi.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Begini, apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Beruas...
Tuan Pengerusi
Ahli Yang Berhormat, jangan bertengkar Yang Berhormat, ganti-ganti dahulu. Silakan Yang Berhormat Lipis, selepas itu Yang Berhormat Beruas, selepas itu Yang Berhormat Kepong.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi, saya sendiri apabila melihat Yang Berhormat Beruas bercakap begitu, saya rasa tidak betul. 60, 70 dan 30 itu bukan cerita tentang markah kerana markah kita boleh letak apa-apa pun. Akan tetapi yang penting bagi saya ialah mereka yang masuk ke universiti kita ada normal curve dan sebagainya.
Oleh sebab itu bagi saya, Yang Berhormat Beruas kena belajar sistem dan jangan bercakap sahaja, jangan ikut semata-mata untuk merendah-rendahkan sistem pendidikan kita kerana dalam proses peperiksaan biasanya kita akan membuat pemarkahan itu bukan secara markah mentah tetapi kita akan melihat bagaimana proses itu terjadi. Terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Lipis bukan Menteri, dia mana tahu. Saya hendak tahu, kita hendak dapat penjelasan daripada Menteri supaya satu jawapan itu... [Disampuk]
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Oleh sebab itu, Yang Berhormat Beruas belajar dahulu dan semua orang boleh tahu. Itu sebab Yang Berhormat Beruas, jangan cakap sewenang-wenangnya hanya untuk merendah-rendahkan sistem pendidikan kita.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Lipis tidak tahu.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Apa, macam mana saya tidak tahu? Saya tahu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
You duduk.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat bertengkar, saya akan ketatkan lagi, yang dibincangkan ini ialah Program APEX - Universiti Sains Malaysia dan satu lagi pentauliahan profesional, sudah. Tidak payah Yang Berhormat Menteri jawab.
Sila Yang Berhormat Kepong, kalau ada apa persoalan lagi.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Betul, kita ada...
Tuan Pengerusi
Tadi cukup saya sabar mendengar Yang Berhormat tetapi kalau sebegini, saya tidak benarkan kerana tidak ada kena-mengena dengan apa yang dibahaskan.
Sila Yang Berhormat Kepong, straight to that. Universiti Sains Malaysia – APEX, sama pentauliahan profesional 3P.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Untuk menjadi universiti APEX...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Beruas, enough. Saya cukup sabar mendengar. Sila Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, saya memang ada tanya beberapa soalan yang salah satunya ialah mengenai...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kepong, duduk dahulu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sering kali diingatkan dalam peringkat Jawatankuasa, apa yang perlu dibahaskan ialah kepala-kepala yang berbangkit di mana peruntukan tambahan diperlukan. Walaupun demikian, oleh sebab kelicinan Mesyuarat kita biarkan kadang-kadang kalau menyimpang isu yang dibawa oleh Yang Berhormat tidak berapa jauh daripada jalan besar. Akan tetapi apabila sudah timbul pertengkaran, terpaksa saya bertindak tegas dan tuntas, kalau boleh saya pinjam istilah daripada Yang Berhormat Kuala Selangor, untuk tidak menghabiskan masa.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Kepong sahaja yang kadang-kadang kalau dia menyimpang pun tidak berapa jauh dan itu pun dia terus kembali. Sila Yang Berhormat Kepong, sebab itu saya suka Yang Berhormat Kepong. Sila.
Dr. Tan Seng Giaw - Kepong
Tuan Pengerusi, saya ada tanya beberapa soalan dan salah satu mengenainya ialah bilangan PhD di bawah APEX dan kualiti PhD di bawah APEX setiap tahun, ini memang penting.
Dr. Hou Kok Chung
Tuan Pengerusi, oleh sebab saya tidak ada statistik bilangan PhD yang USM telah hasilkan, saya mohon notis supaya jawab secara bertulis.
Tuan Pengerusi
Yang itu pun kalau kira betul, APEX di bawah USM. Itu yang dikehendaki bukan? Itu sahaja dan jangan APEX di lain-lain universiti. Ada lagi? Jika tidak ada, saya kemukakan masalah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM35,000,000 untuk Maksud B.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM35,000,000 untuk Maksud B.49 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.49 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.49 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2010.
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.60 dan kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Jasin.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang. Saya bangun untuk maksud B.60 sebanyak RM47,710,200 diperlukan untuk menampung pembayaran kenaikan gaji dan pemberian bantuan khas kewangan pada tahun 2010.
Tuan Pengerusi, pada ketika ini profesion ketenteraan kurang diminati oleh pemuda dan pemudi kita. Apatah lagi, profesion ini tidak dihormati, bahkan mereka bukan sahaja telah berkhidmat kepada negara, sanggup bermati-matian, menghabiskan sisa-sisa usia mereka. Jadi, seharusnya pihak kerajaan membuat satu perancangan yang benar- benar rapi supaya kita dapat menarik minat pemuda-pemudi kita dalam menyertai profesion ketenteraan yang cukup mulia ini. Jadi, saya hendak tanya soalan saya, yang pertamanya, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula gaji-gaji tentera ini sama ada peringkat lain-lain pangkat atau pegawai, selaras dengan kajian yang telah dibuat untuk profesion polis dan juga anggota kerajaan.
Saya hendak bagi misalan di sini, penambahan gaji tentera pada ketika ini terlalu sedikit untuk lain-lain pangkat dan pegawai. Misalnya, kalau lain-lain pangkat dan pegawai dinaikkan pangkat ke atas yang setaraf dan setara, tangga gaji mereka terus ke tangga gaji maksimum berbanding dengan tangga gaji pangkat asal yang disandang.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Berbanding dengan anggota-anggota kerajaan yang lain, kalau dinaikkan pangkat, mereka mempunyai tangga gaji yang banyak tangga, lima atau enam tangga. Jadi, ini sebenarnya tidak menarik minat.
Kedua, kita mahu melihat supaya kerajaan mengkaji semula kemudahan- kemudahan yang diberikan kepada anggota tentera terutamanya tentang perumahan. Kita dapat lihat pada ketika ini ramai tentera kita terpaksa menyewa dan tinggal di rumah setinggan yang memalukan. Seharusnya pihak kerajaan kalau boleh mengkaji semula supaya perumahan tentera ini sentiasa diberikan perhatian.
Akhir sekali tentang peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kita mahu melihat mana-mana pemuda dan pemudi masuk atau menyertai ketenteraan apabila mereka meninggalkan perkhidmatan seharusnya mereka bukan sahaja dapat mempunyai kemahiran dan bahkan kita mahu melihat supaya mereka juga diberikan peluang pendidikan yang tinggi supaya mereka dapat meneruskan kehidupannya sebagai orang awam. Seterusnya kita mahu melihat supaya syarat perkhidmatan yang lebih fleksibel.
Seterusnya saya pergi kepada Maksud P.60 iaitu sebanyak RM144,669,378 Butiran 00600 – Kelengkapan Tentera Udara untuk Tujuan Pembelian Eurocopter. Satu ketika dahulu pembelian Eurocopter ini ditangguhkan kerana kita menghadapi masalah ekonomi tetapi kita terpaksa meneruskan pembelian ini atas dasar keperluan semasa. Aset ketenteraan ini adalah sangat diperlukan kerana selaras dengan tentera kita memerlukan kelengkapan-kelengkapan yang terkini berdasarkan daripada tekanan-tekanan yang lebih complicated.
Dalam fleet Tentera Udara Diraja Malaysia kita ada tiga jenis pesawat.
Pertamanya, untuk pesawat pengangkut iaitu fixed wing. Kedua, untuk jet pejuang dan ketiga untuk helikopter. Dalam perkembangan semasa, perkembangan pesat pesawat pejuang, kita ada MiG, F-18, Sukhoi, yang bermakna pesawat-pesawat kita cukup lengkap.
Begitu juga dengan pesawat pengangkut di mana kita akan beli Airbus yang baru dan dengan Charlie yang sedia ada yang akan diupgradekan dan juga kita ada CN. Apa yang masih ketinggalan lagi iaitu daripada aspek ketiga untuk pesawat helikopter di mana kita hanya ada Nuri yang kita gunakan selama 40 tahun dan sudah sampai masa obsolete kita kira dan mereka sudah cukup lama berkhidmat dengan begitu setia sekali.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Maka progression, dengan izin untuk ketiga-tiga ini sangat-sangat diperlukan dan adalah cukup bertepatan kerajaan membuat pilihan untuk membeli Eurocopter ataupun EC725. Jadi soalan saya, bilakah sebenarnya pesawat ini akan dapat digunakan dan beroperasi? Ini kerana usia Nuri kita ini semakin meningkat tetapi orang tua yang cukup setia sekali. Keduanya, jumlah kewangan yang kita bayar, adakah ia merupakan pembayaran pendahuluan ataupun pembayaran secara pukal? Ketiga, apakah harga sebenar 12 buah pesawat helikopter ini?
Terakhirnya, memandangkan pesawat itu adalah merupakan pesawat yang cukup canggih...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Sila.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Pengerusi, untuk menjimatkan masa Tuan Pengerusi, saya cuma mencelah sahaja tetapi hendak memberikan sokongan kepada Kementerian Pertahanan. Satu perkhidmatan yang sangat mulia Tuan Pengerusi, yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia ialah penerbangan ihsan yang banyak membantu pesakit-pesakit daripada pendalaman yang sakit tenat. Perkhidmatan inilah yang dijalankan setelah berbelas-belas tahun Tuan Pengerusi.
Bolehkah tidak Yang Berhormat Jasin masukkan dalam ucapan Yang Berhormat Jasin, pesawat yang membawa pesakit-pesakit dalam penerbangan ihsan ini, pesawat yang lebih baru lagi, helikopter yang lebih baru. Saya bimbang, dalam perjalanan kadang-kadang tiga, empat jam.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Memanglah pertolongan, pertolongan ihsan hendak membantu pesakit tetapi kalau terlampau lambat oleh sebab kapal terbang yang telah uzur, takut sampai di perkarangan hospital, pesakit ini pun mati. Jadi, usaha murni ini tergendalalah sebab pesawat Nuri ini, helikopter ini sudah lama. Tolonglah Kementerian Pertahanan, tukarlah dengan helikopter- helikopter yang lebih canggih, lebih laju, lebih selamat dalam penerbangan ihsan hendak menyelamatkan mangsa dari pedalaman. Jadi, tidak mengapalah, kita sokonglah berapa pun peruntukan kerana ini penerbangan ihsan Tuan Pengerusi. Kita di Dewan pun ihsanlah kepada Kementerian Pertahanan kita, membeli helikopter yang baru, yang lebih canggih, yang lebih pantas penerbangan membawa keluar pesakit-pesakit daripada pedalaman. Itu celahan saya Tuan Pengerusi. Mintalah Yang Berhormat Jasin masukkan ucapan saya dalam ucapan beliau yang akan dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya juga Tuan Pengerusi, ingin turut mencelah untuk menyokong. Satunya menyokong program pembelian helikopter baru seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi.
Akan tetapi, selain daripada itu adalah untuk menyokong supaya workhorse atau jentera berat Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu Pesawat C-130 Hercules yang dikenali sebagai Charlie dapat dinaiktarafkan secepat mungkin. Ini kerana kita semua tahu bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia telah membeli pesawat Airbus dan Airbus ini bakal menjadi sebahagian daripada skuadron TUDM. Akan tetapi, kalau kita lihat dari segi jasa dan perkhidmatan yang diberi oleh Skuadron C-130 baru-baru ini, kita terpaksa angkat pelajar- pelajar Malaysia, rakyat Malaysia daripada Mesir, daripada Timur Tengah, kita guna C-130.
Saya pernah naik C-130 Hercules ini beberapa kali. Kalau lihat daripada segi avionik mereka, kalau kita lihat daripada sistem yang ada dalam C-130 ini amat diperlukan untuk upgrade di bawah Aircraft Upgrade Programmed. Sebenarnya semua daripada Skuadron C-130 yang lama sama ada di Australia dan negara-negara yang lain telah mengalami program upgrade untuk C-130.
Sebenarnya kalau kita hendak cakap tentang penerbangan ihsan seperti mana ayahanda saya, Yang Berhormat daripada Sri Gading sebut tadi, inilah satu-satunya pesawat besar yang kita hantar ke mana-mana sahaja, ke Afghanistan, Iraq, sampai ke Mesir untuk mengangkat bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi untuk orang lain juga untuk kita membuat penerbangan ihsan. Jadi, saya pohon supaya Yang Berhormat Jasin, diselitkan sokongan kita supaya bukan hanya Nuri ini diganti tetapi pesawat yang masih ada di dalam perkhidmatan kita iaitu Hercules ini dapat kita jaga dengan baik. Jadi, perkhidmatan itu dapat dilanjutkan untuk tempoh yang lebih lama lagi. Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih kepada kedua-dua sahabat saya Yang Berhormat daripada Rembau dan juga Yang Berhormat daripada Sri Gading yang cukup simpati terutamanya keperluan untuk kita memperlengkapkan lagi aset ketenteraan yang cukup diperlukan pada ketika ini.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
[Bangun]
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Sila.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyokong dua sahabat kita Yang Berhormat Sri Gading dan juga Yang Berhormat Rembau. Ini pengalaman Tuan Pengerusi. Cuma saya hendak tahu kalau boleh Yang Berhormat Jasin tanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa orang antara pilot ataupun krew tentera udara ini yang telah meninggal dunia? Kita simpati dengan mereka dan keluarga mereka - akibat kemalangan kerana helikopter dan sebagainya yang agak telah lama terutama Nuri.
Saya pernah semasa bekerja dalam KDN dahulu, terpaksa turun ke bawah balik kerana hendak pergi ke tempat lain. Satu peristiwa yang saya alami sendiri, dalam tahun lepas, sebuah helikopter Nuri terpaksa landing di kawasan saya di Sekolah Menengah Seri Jengka dan saya memberikan mereka bantuan dengan menyediakan kenderaan dan sebagainya kerana mereka terpaksa mendarat akibat daripada technical error, dengan izin yang berlaku kepada Nuri ini.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Jadi, saya sebenarnya Tuan Pengerusi dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta Yang Berhormat Jasin masukkan, supaya jangan mempertikaikan pembelian, jangan kita membantah kecuali benda-benda yang perlu teknikal dan sebagainya supaya kita dapat meningkatkan kemudahan ketenteraan.
Apakah kita di sini rela melihat anggota tentera kita mati kerana helikopter, kapal terbang yang buruk yang mereka naiki sedangkan mereka telah berjuang untuk mempertahankan negara kita. Jadi, minta kalau boleh Yang Berhormat Jasin, kita mendesak kerajaan berilah, carilah peruntukan, kemaskan, mempertingkatkan kemudahan- kemudahan yang ada pada tentera udara. Terima kasih.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih sahabat saya, ketiga-tiga sahabat saya yang benar-benar dapat memahami tentang keperluan semasa Angkatan Tentera Malaysia pada ketika ini. Saya minta kalau boleh ketiga-tiga ucapan daripada sahabat-sahabat saya Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Sri Gading dan juga Yang Berhormat Maran dimasukkan dalam ucapan saya.
Sebenarnya, bukan sahaja saya menyokong pembelian Eurocopter ini tetapi memang adalah sangat diperlukan kerana Eurocopter ini adalah sebenarnya pesawat yang tercanggih dan untuk tujuan dengan izin, search and rescue dan kita boleh upgrade kan pesawat ini untuk tujuan combat, search dan juga rescue. Oleh sebab pesawat ini canggih, saya ingin tanya kepada pihak kerajaan, apakah sebenarnya perancangan daripada Kementerian Pertahanan untuk memberikan latihan yang selengkapnya kepada semua pilot dan juga krew bagi mengendalikan pesawat ini?
Seterusnya ucapan saya terakhir, saya menghormati masa, saya lihat Tuan Pengerusi lihat saya sudah lain macam sahaja. Akan tetapi, soalan saya yang terakhir tentang proses perolehan untuk pembelian Eurocopter ini. Bagaimanakah proses perolehan ini dibuat? Adakah ia dipilih melalui proses tender exercise biasa secara terbuka atau runding terus? Bagaimanapun, apa pun saya ingin menyokong pembelian ini untuk aset ketenteraan bagi keperluan semasa. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya sedikit sahaja ingin bertanyakan kepada Kementerian Pertahanan. Sebelum itu saya mahu mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar daripada Kolej UNITI Port Dickson ke Majlis Mesyuarat kita... [Tepuk] Saya ingin menambah lagi soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Jasin sebentar tadi mengenai Maksud P.60 Kelengkapan Tentera yang dimohon sebanyak RM146 juta lebih untuk bayaran pendahuluan. Jadi, ini pendahuluan ya untuk 12 buah helikopter Eurocopter yang telah kita bahaskan panjang lebar dalam sesi yang sebelum ini.
Soalan saya ialah apakah peringkat pembelian ini sama ada kita telah memutuskan pembelian ini dengan membayar pendahuluan ini dan bilakah jadual pengantaraan helikopter ini? Ini kerana saya rasa telah lama kita berbincang. Seterusnya, berapa akhirnya jumlah kos 12 buah helikopter ini sama ada ianya sama dengan anggaran yang telah dikemukakan terlebih awal atau ada perubahan-perubahan kepada harga tersebut?
Saya menyokong untuk kita mendapatkan satu sistem pertahanan yang baik. Akan tetapi sebagaimana yang diminta oleh Yang Berhormat Jasin tadi, cara perolehan itu mestilah bertepatan dengan tuntutan semasa dari segi ketelusan dan juga dari segi sama ada ianya dibuat secara tender terbuka supaya kita mendapat barangan yang terbaik pada harga ataupun nilai yang terbaik. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Hulu Selangor dan selepas itu Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tuan P. Kamalanathan a/l P.Panchanathan - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada dua perkara.
Pertama mengenai Butiran 030100 juga Butiran 040100 Hal Ehwal Bekas Tentera.
Saya harap kementerian akan meneruskan cadangan mereka untuk mewujudkan satu badan pertubuhan untuk bekas tentera kerana bekas-bekas tentera ini telah banyak memberi pengorbanan kepada mereka dan cinta mereka kepada negara ini amat tinggi.
Saya berharap agar kementerian dapat beri keprihatinan kepada keperluan mereka selepas mereka bersara daripada tanggungjawab mereka sebagai seorang tentera.
Ini kerana ada di kawasan-kawasan di Hulu Selangor juga ada kalanya bekas tentera ini tidak diberi bantuan yang sewajarnya.
Oleh yang demikian, saya berharap agar kementerian akan mengambil tindakan untuk memastikan tidak kisah sama ada bekas tentera ini penyokong kita atau penyokong Barisan Nasional atau sesiapa asalkan dia seorang bekas tentera yang telah berkhidmat kepada negara yang kita cinta. Maka, beliau harus diberi perlindungan dan penjagaan yang terbaik. Ya, saudara seperjuangan.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor.
Celahan saya ringkas tetapi mahu menyokong hujah Yang Berhormat sebentar tadi. Ini Yang Berhormat Hulu Selangor telah bangkitkan soal kebajikan dan nasib bekas tentera. Saya ingin bangkitan isu untuk pengetahuan Dewan dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ia bukan hanya soal kebajikan tetapi dari segi kepakaran. Kalau kita lihat dari segi bekas-bekas tentera terutamanya mereka yang ada latihan atau peperangan khusus terutamanya mereka yang pernah menjadi anggota kepada 21 group Gerak Khas.
Sebenarnya, mereka ini ada kepakaran yang tinggi tetapi kepakaran itu hilang begitu sahaja. Waktu saya berlatih di Pusat Peperangan Khusus di Sungai Udang, saya ada peluang untuk berjumpa dengan beberapa bekas komando dan mereka ini apabila telah keluar daripada tentera, kerja berniaga, kendalikan kedai makan, dan sebagainya.
Saya tanya apakah kepakaran mereka? Kepakaran mereka explosive, anti-terrorist, close combat, payung terjun, dan sebagainya. Kepakaran yang begitu khusus sekali. Jadi, saya ingin tahu daripada kementerian apakah dan mungkin kalau Yang Berhormat dari Hulu Selangor boleh menyokong, bukan setakat kebajikan tetapi lost talent dan lost capabilities.
Sebenarnya mereka ini ada aset dan kerahsiaan aset latihan itu begitu penting kepada negara. Selepas mereka bersara bukan tidak mahu terus terlibat tetapi tidak ada ruang. Mungkin ada sebahagian yang terlibat dalam PLKN dan sebagainya. Akan tetapi sebenarnya, ada ramai juga yang akhirnya kemahiran mereka itu rugi sahaja ataupun kalau paling terbaik mereka diambil sebagai private bodyguard kepada tokay besar. Jadi, saya rasa amat sedih melihat seorang yang pernah menjadi anggota 21 Group Gerak Khas di mana talent atau bakat mereka disia-siakan begitu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan P. Kamalanathan a/l P.Panchanathan - Hulu Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya harap ucapan beliau dimasukkan sekali dalam ucapan saya. Saya memang setuju sangat dengan pendapat Yang Berhormat Rembau. Kita harus membantu mereka. Agak sedih kerana kadang-kadang mereka ini memang memerlukan bantuan tersangat dan saya harap kementerian akan memberi perhatian yang sewajarnya kepada mereka.
Kedua, mengenai pengambilan recruit baru. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan kerana telah pun memberi persetujuan kepada pihak kami dari MIC untuk memberi kerjasama sepenuhnya Saya harap apabila proses kita mengambil recruit baru ini kita akan beri peluang kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, latar belakang, dan bangsa mereka supaya tanggungjawab mempertahankan negara merupakan tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Sila.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sekadar untuk bertanya kepada kementerian atas Maksud B.60 - Kementerian Pertahanan Tuan Pengerusi bersabit dengan perolehan ini.
Pertamanya, ia telah tertangguh untuk beberapa tahun dan saya memerhatikan bahawa surat hasrat ataupun letter of intend itu dikeluarkan pada 15 September 2008 dan tender yang dilakukan secara open tender itu pada akhirnya tetal dimenangi oleh daripada memilih tender Eurocopter pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. anak syarikat European Aeronautic Defense and Space Company.
Tuan Pengerusi, persoalan yang mahu saya bangkitan atas pembelian yang sebesar ini selalunya tidak termasuk pakej MRO itu. Pakej maintain, repair and overhaul yang lazimnya didapati bahawa ia membebankan kementerian termasuklah kita dapat lihat perkara ini dalam Kementerian Pengangkutan pun begitu ya dan Kementerian Pertahanan pun begitu. Apakah ia telah diambil kira perkara itu?
Keduanya, apakah sebabnya? Soalan pertama sebentar tadi, mengapa PAC setelah membuat penelitian dan penyiasatan perkara tersebut apakah sebabnya? Pada awalnya dikatakan harganya itu adalah 200 peratus lebih tinggi daripada pembelian yang dibuat oleh Brazil pada kurang lebih pesawat Eurocopter yang sama tetapi akhirnya juga diizinkan juga pembelian ini.
Apakah penemuan-penemuan yang perlu kita pembelian 12 buah Eurocopter EC725 ini yang akhirnya kita membuat keputusan untuk pembelian itu diteruskan pada harga sedemikian. Kita tidak mempertikaikan keperluan untuk menggantikan Nuri yang telah uzur ya. Tuan Pengerusi, saya fikir perkara-perkara ini perlu mendapat penjelasan.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Siapa lagi? Jikalau tadi ada saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Sila.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tuan Pengerusi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dengan soalan- soalan yang dibangkitkan bagi memastikan dana yang di peruntukan ini dapat dibelanjakan dengan cara yang amat berkesan.
Saya terus kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin terutama dalam hal-hal yang bersangkut paut khususnya kepada gaji, upah, dan emolumen. Perlu saya nyatakan di sini...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Menteri, boleh sambung nanti selepas tengah hari.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Baik Tuan Pengerusi.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini. Terima kasih.
**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.** Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan.
Timbalan Menteri Pertahanan - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya ucapkan banyak-banyak terima kasih.
Saya ingin terus menjawab yang saya kategorikan pada tiga isu besar iaitu mengenai perolehan Eurocopter EC-725 ataupun jenis-jenis perkhidmatan TUDM seperti Charlie 130 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Selangor yang dicelah oleh Yang Berhormat Sri Gading dan prebet Rembau.
Kedua, perkara mengenai skim gaji angkatan tentera yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin.
Ketiga ialah hal ehwal veteran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor dan juga Yang Berhormat Rembau.
Mengenai perolehan pembelian Eurocopter kontrak perolehan melibatkan 12 unit helikopter telah pun ditandatangani pada 24 September tahun lepas 2010 dan kini dalam proses pembuatan pesawat. Nilai kontrak adalah 333.63 juta Euro. Jadi saya tidak boleh hendak convert sebab ia berubah-berubah mengikut turun naik. Dulu masa kita sign kontrak 4.8, sekarang sudah 4.1.
Pembayarannya adalah 44 bulan, pembayaran pendahuluan telah pun dilakukan sebanyak 10 peratus pada Mei 2010 diikuti mengikut perjanjian 15 kali pembayaran sehingga proses pembayaran 44 bulan itu dipenuhi. Jadi kalau ikut kepada bantuan atau perancangan yang dipersetujui bermakna pada bulan Mac 2013 sehingga tahun 2014 kita akan menerima enam kali penghantaran yang melibatkan tiap-tiap kali penghantaran dua helikopter. Dijangka tamat pada bulan Januari 2014.
Nilai kontrak Ahli-ahli Yang Berhormat tidak perlu bimbang kerana ia tidak melebihi daripada kos tawaran tender terbuka yang dikemukakan oleh syarikat Eurocopter.
Maknanya 333.63 juta Euro hutang bukan tunai sebab kalau tunai itu lain. Itu ijab dan kabul.
Seperti yang saya katakan tender ini terbuka antarabangsa. Akhirnya, tiga sahaja syarikat yang di short listed sudah masuk PAC jadi saya tidak hendak ungkit kembali.
Yang Berhormat Kuala Selangor menanyakan agak detail juga sama ada MRO termasuk dalam perjanjian tersebut. Dia tidak termasuk, tidak termasuk. Ini saya ingat sejajar dengan perolehan-perolehan aset lain. So, kita beli Scorpene, ILS itu Integrated Logistics Support tidak termasuk. Sama juga dengan Eurocopter. Walau bagaimanapun, ia tidak dimuktamad dalam perjanjian itu kerana Eurocopter ini adalah dia yang design dan juga dia yang juga memastikan apa juga obligasi. Dalam obligasi kontrak itu ada menyebut tentang program-program off set program.
Yang Berhormat Kuala Selangor juga ingin mengetahui kenapa kita dengan Brazil lain. Sama jugalah kita Scorpene kita dengan Scorpene Brazil pun lain walaupun nama dia Scorpene oleh kerana dalam dia lain peralatan dan semua. Kita dapat maklum bahawa apa yang dibeli oleh Brazil, perolehan yang dibeli..., dia beli juga Eurocopter tetapi spesifikasi dia minima. Akan tetapi, kita punya spesifikasi full advance. Macam beli kereta sport rim dan semua sekali in house, jadi itu mahal sikit.
Saya rasa pembelian ini sejajar dengan kehendak dan keperluan negara yang memerlukan satu fleet helikopter yang boleh melakukan tiga-tiga tugas search, rescue, ada perlu kita boleh buat combat. Saya berharap...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas semua penjelasan yang dibuat.
Perkara yang saya bangkitkan sebentar tadi adalah untuk mendapatkan kepastian kerana kita tahu bahawa Maintenance Repair Overhaul (MRO) itu memang lazimnya tidak dilakukan secara amalan. Ministry of Defense, Kementerian Pertahanan dan juga Kementerian Pengangkutan juga begitu. Sehinggakan ada di kalangan – ada di antara perolehan itu apabila kita perhatikan kos MRO itu ia kadangkala sudah lebih daripada kos pembelian itu sendiri.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Jadi oleh kerana itu Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau dapat berikan sedikit gambaran. Apakah sebenarnya actual cost dalam MRO itu?
Berapakah yang akan - what is a damage, berapa banyakkah agaknya dilibatkan di dalam kos MRO itu? Itu pertama.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Kedua, saya cukup faham you’re trying to compare apple dengan apple di sini atau mungkin tidak perbandingannya lain dengan apa yang diperoleh oleh Brazil tetapi harga itu agak jauh juga ya Timbalan Menteri, almost like 200 peratus perbezaan. Jadi tentunya ada perkara-perkara spec yang mungkin Timbalan Menteri ingin berikan penjelasan yang boleh memberikan sedikit consolation kepada kita di Dewan ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Terima kasih. Seperti saya katakan kalau kita biasa dengan apa juga bentuk yang boleh terbang, tapi yang membezakan antara satu sistem dengan sistem yang lain adalah dalaman, pengisiannya. Avioniknya, radarnya yang lebih canggih kerana kita nak gunakan dia untuk search and rescue. Kalau kita banding dengan NURI, NURI itu kalau malam dia buta. Dia boleh terbang tapi buta, bahaya kalau terbang malam buta. Sebab itu keperluan-keperluan spesifikasi sebab kita lakukan itu adalah tender terbuka. Maknanya kalau ada syarikat lain pun dia menawarkan spec yang lebih kurang sama tetapi apa yang perlu saya nyatakan dalam Dewan, perolehan EC-725 ini kita dapat harga yang dahulu pada spec yang lebih baik.
Sebenarnya perolehan ini dah lama. Jadi syarikat dia malu juga pada negara kita walaupun kita tak ambil seperti tarikh yang dipersetujui oleh kerana kekangan ekonomi tapi dia berterima kasih, dia kata “Okey”, price lama barang baru.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Rembau bangun Yang Berhormat.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Ya, prebet.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Timbalan Menteri. Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri atas jawapan tanpa perlu mendedahkan segala-galanya mengenai kerahsiaan angkatan tentera kita walaupun diminta consolation daripada Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya percaya elok kalau kita tak payah dedahkan segala-galanyalah.
Yang keduanya, saya juga ingin tanya sama ada Timbalan Menteri pasti sedar, tetapi mungkin ini juga menjadi consideration apabila kita buat tender terbuka dan kita anugerahkan projek ini, kontrak ini kepada Eurocopter. Eurocopter ini adalah syarikat yang berpangkalan di Eropah dan di Eropah ini ada satu konvensyen yang mengenai OECD Anti Bribery Convention yang tidak membenarkan ataupun yang ada legislation perundangan yang khusus mengenai combating bribery of foreign public official dan Eurocopter ini salah satu syarikat yang berpangkalan di negara yang mana menjadi signatory kepada convention tersebut, anti bribery of foreign official.
Sekiranya apa yang menjadi bayangan daripada pihak sanalah yang mengatakan bahawa commission dan sebagainya mungkin kalau tender ini bukan tender terbuka, direct nego dengan syarikat seperti Kazan daripada Rusia yang membekalkan MI17, mungkin ada tanda tanya sebab bukan signatory kepada OECD Convention tetapi ini tender terbuka, satu, signatory kepada OECD convention on anti bribery of foreign public official.
Jadi saya rasa perkara ini mendapat tahap ketelusan yang tertinggi dan sepatutnya kita perlu puji kerajaan atas proses yang telah diguna pakai dalam perolehan Eurocopter ini. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum pada itu. Saya tidak ada insinuasi ke arah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rembau sebentar tadi. Beliau sahaja yang berasa provoked sebab saya tak masuk pun apa yang sedang di mahkamah France atas DCNS Scorpene dan sebagainya, apa pun yang telah menjadi riuh di negara sebelah sana tentang pembelian Scorpene kita itu.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Persoalan yang saya minta Timbalan Menteri jawab tadi belum Timbalan Menteri jawab yakni pakej MRO itu dan kosnya kerana kita mahu juga ada sikit pendedahan kepada, apakah jumlah yang akan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat prebet dari Rembau. Bukan prebetlah sebenarnya, kalau tengok kenyataan-kenyataan Yang Berhormat itu dah four star general dah. Pasal kos menyelenggara lebih mahal daripada aset yang dibeli, saya kira itu adalah rule of the thumb. Kita beli kereta tapi mengurus maintenance kereta itu agar boleh tahan berapa lama. Masa kita beli NURI dulu 40 tahun. Ya, pada kadar yang agak mahal pada ketika itu, tapi sampai 40 tahun kita boleh lagi bertahan kerana kita ada good maintenance culture. Dengan adanya stringent air acceptance surveillance yang perlu dipenuhi, saya kira semalam saya jawab kita beli Scorpene, euro dia saya lupa. Saya kena cakap dalam Euro, but maintenance dia RM50 million dua biji.
Jadi nak bagi anggaran saya ingat saya tak boleh bagi anggaranlah. Hanya selepas kita mengira, kiraan kita bukan hanya bergantung kepada ringgit dan sen, tetapi sama ada kita berupaya membangunkan keperluan anak watan yang boleh mempunyai teknologi-teknologi terkini dan seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rembau, Perancis atau syarikat induk Eurocopter EADS adalah terangkum dalam negara OECD yang mempunyai anti bribery convention.
Jadi saya ingat kita jangan lihat hanya daripada sudut ringgit, berapa banyak rakyat kena bayar tetapi bagaimana saya bagi contoh AIROD yang mempunyai 800 orang engineer kebanyakannya bumiputera yang boleh mempunyai kepakaran tempatan untuk service semua fixed wing. Itu adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan negara dan kita harapkan satu hari nanti dengan adanya MRO daripada Eurocopter dengan Boustead insya-Allah, ini akan membina kekuatan pertahanan MRO yang terdiri daripada anak-anak tempatan.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Timbalan Menteri, saya sebenarnya ingin merakamkan, saya bersetuju dengan Timbalan Menteri, pada akhirnya untuk kita bina expertise keupayaan di kalangan anak watan sendiri bukan sampai ke peringkat reverse engineering seperti mana negara-negara seperti China dan Jepun buat, tetapi paling tidaknya atas certain degree of transfer technology daripada segi maintenance, itu yang kita nak dengar. Walau bagaimanapun, perlu kita tahu juga daripada sudut kos, daripada sudut ballpark numbers, guesstimate kalau tidak secara tepat pun, memang ia tertakluk kepada foreign exchange dan segalanya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Jadi, itu jumlah yang kita hendak dengar. Paling tidaknya, ada anggaran berapa MRO itu. Itu sahaja. Kalau tidak, tidak apalah. Agak mustahil juga Tuan Yang di-Pertua kalau kita beli satu benda yang besar. I mean, this is mega procurement. Tentu kita tahu sedikit sebanyak what does it take, ataupun apa yang diperlukan untuk kita menyelenggara equipment seperti itu. Kalau tidak, akan berlaku seperti mana yang kita dengar di mana enjin hilang, enjin terbang. Ini semua akibat daripada culture of maintenance itu tidak ada.
Jadi kalau kita beli tanpa kita tahu apakah post sale punya maintenance paling tidak pun satu jumlah yang munasabah. Saya kira itu satu culture yang kurang baik. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Terima kasih. Saya tidak ada figure.
Kalau ada figure pun saya tidak akan bagilah, kerana saya takut Yang Berhormat Kuala Selangor walaupun dia tidak cakap, nanti dia pergi ke luar macam-macam kata kita akan buang. Saya masih baik sangka kepada Yang Berhormat.
Mengenai cadangan Yang Berhormat Rembau supaya Charlie-130 itu kita upgrade memandangkan banyak negara sudah pun upgrade, sebenarnya sudah ada dalam perancangan tentera udara. Cuma, kita sedang menunggu bajet yang sesuai. Walaupun ia tidak menjadi prioriti sekarang, tetapi selepas kita menerima A400 Airbus yang lebih besar daripada Charlie-130, sudah pasti Charlie-130 ini akan kita masukkan dalam Sistem Pemantauan Projek 2 (SPP 2).
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Jasin ingin mengetahui dengan lebih lanjut sama ada kementerian ada bercadang untuk mengkaji semula skim gaji ATM. Kajian ini memang telah pun dibuat, dan Yang Berhormat Menteri telah wakilkan kepada saya untuk menilai kembali secara mengikut perlembagaannya iaitu Perkara 132 dalam Perlembagaan Negara.
Angkatan tentera mestilah perkhidmatan yang terkanan lebih kanan daripada PDRM dan lebih kanan daripada perkhidmatan awam. Itu mengikut perlembagaan. Skim- skim yang lain sudah jauh kemajuannya dan skim angkatan tentera ini tidak banyak kemajuan.
Ekoran daripada itu, kita telah mengubah pertama sekali, untuk lain-lain pangkat, kemasukan untuk lain-lain pangkat mengikut kelulusan selain daripada keperluan fizikal yang perlu dipenuhi untuk menjadi seorang askar atau tentera yang fit macam Yang Berhormat Rembau, kalau kelulusan akademik, entry point dia SPM, STPM dan Diploma.
Ini untuk lain-lain pangkat. Akan tetapi untuk pegawai Second Lieutenant ke atas, dia mesti mempunyai first degree. Jadi ini adalah satu perubahan dasar yang besar kerana ini akan memberi semangat dan juga iktikad kepada mereka yang berminat untuk menjadi angkatan tentera dalam ketiga-tiga perkhidmatan.
Pada waktu yang sama, kita juga melihat perlunya profesional dalam angkatan tentera ini, dia bukan sahaja tidak terikat dengan rank dia daripada Brigedier Jeneral, bawah dia Kolonel, half Colonel, Mejar, bawah Mejar itu Kapten tetapi dalam hal-hal yang melibatkan specialty yang tertentu.
Kita juga harus memikirkan jika dia engineer dalam perkhidmatan awam engineer grednya J41, tetapi dalam tentera, dia juga engineer dan pada waktu yang sama dia mempunyai keupayaan untuk berperang jika ada peperangan, maka pangkat dia itu adalah untuk chain of command, rangkaian aturan pemerintahan, dia boleh jadi Mejar sahaja, tetapi gaji dia mungkin, umpamanya saya bagi contoh, gaji dia mungkin JUSA ‘A’. Atau dia pakar bedah berpangkat kolonel tetapi gaji dia mungkin JUSA ‘B’. Ini sedang kita olahkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya amat berharap dengan adanya perubahan dalam skim gaji baru angkatan tentera akan menaikkan semangat angkatan tentera.
Akhir sekali ini pasal veteran. Kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran memang sentiasa memastikan bantuan yang perlu kita beri kepada tiap-tiap veteran tidak kira sama ada veteran itu ada pencen atau tidak. Jadi untuk tahun 2010 ini sebagai contoh, kita ada bagi elaun sara hidup bagi yang tidak berpencen yang melibatkan 3,000 orang...
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tuan Pengerusi, mohon izin. Jadi apabila bercakap mengenai veteran ini, kita pun mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Pertahanan kerana memberi banyak kemudahan kepada veteran.
Akan tetapi hanya ada satu masalahnya iaitu ada mereka yang berhenti selepas 15, 10, 11, 18, 21 tahun tetapi ada pula yang berhenti 22 tahun. Jadi tiba-tiba terdapat perbezaan pencen apabila ada perubahan pencen dahulu. Yang 21 dan 22 tahun ini ada perbezaan sedangkan sepatutnya semua orang berpencen pada 21, dan 22 tahun itu adalah untuk membuat Agong service. Jadi itu saya hendak penjelasan kenapa ada perbezaan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan bekas para tentera ini.
Keduanya ialah mengenai ada yang berpencen atas keperluan atau atas akta kerana ada atas perintah Akta Angkatan Tentera. Mungkin terdapat kesalahan dan sebagainya. Mereka ini ramai. Jadi kebajikan mereka pun terabai. Jadi kadang-kadang dengan cara itu, anak isteri mereka teraniaya. Jadi, apa pandangan pihak kementerian, untuk bagaimana kita hendak menangani masalah mereka yang dibersarakan ataupun diberhentikan kerja di atas Akta ATM 1972 itu? Terima kasih.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Skim perkhidmatan dia tertakluk kepada Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972. Yang Berhormat Menteri sudah minta supaya kita lihat balik secara detail. Akan tetapi perkhidmatan tidak boleh bertoleransi jika ada mana- mana angkatan tentera yang melanggar undang-undang. Langgar undang-undang seperti yang ada yang jadi penagih dadar, pengedar dadah, dia tidak terlepas daripada itu. Dia mesti ikut peraturanlah. Takkan orang yang hisap dadah dapat pencen. Jadi benda-benda macam ini kita kena strict.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Kalau tidak angkatan tentera akan bermasalah dalam hal-hal disiplin. Kita semua tahu bahawa yang ada pada angkatan tentera itu adalah disiplin, taat dan patuh. Tidak kisah jika kerajaan sebelah sana menjadi kerajaan...
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
[Bangun]
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Itu pun askarnya. Itulah Scorpenenya.
Itulah juga EC-725.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Yang Berhormat, yang pencen tentera ini boleh saya minta penjelasan sedikit?
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Nanti dulu, saya hendak terangkan ini.
Jadi yang pencen 15 tahun, 18 tahun, 13 tahun, 21 tahun ini, ia mengikut ‘Permat’. Kalau 18 tahun sudah diberitahu - hendak pencen ini Tuan Pengerusi, ia mengambil masa. Ada lima atau enam tahap penasihatan dibuat kepada mana-mana angkatan tentera yang hendak pencen. Bermula daripada platunnya, selepas itu briged, selepas itu markas. Proses itu diterangkan bahawa kalau dia pencen 15 tahun atau 18 tahun dia dapatlah kita panggil gratuiti. Pada 18 tahun berapa banyak gratuiti yang dicarum olehnya tetapi apabila dia mengambil skim pencen, dia mungkin hanya mendapat 50 peratus daripada gratuiti.
Manakala yang lain itu dalam bentuk pencen.
Jadi kita tidak boleh paksa orang untuk terus berkhidmat. Dia hendak pencen, pencenlah. Dia hendak berhenti tetapi dia tidak ada pencen. Kalau hendak pencen, umur berkhidmat 21 tahun atau 22 tahun. Perkara ini kena faham. Kalau tidak faham kita kena ubah. Oleh sebab itu Yang Berhormat Menteri arahkan supaya kita ubah peraturan dalam akta tersebut. Kalau kita kata 15 tahun dapat pencen, boleh tetapi dia tidak bolehlah mendapat gratuiti. Mungkin pencennya pendek dan sedikit tidak seperti kalau dia berkhidmat 21 tahun atau 22 tahun. Pencen angkatan tentera yang diistilahkan pencen penuh itu adalah 60 peratus daripada gaji terakhir. Perkhidmatan awam 50 peratus daripada gaji terakhir. Macam Ahli Yang Berhormat 50 peratus jika berkhidmat 72 bulan dalam Parlimen baru dapat pencen penuh, maknanya 50 peratus. Itu Akta Saraan Ahli Parlimen.
Jadi dalam perkhidmatan ketenteraan ia mesti mengikut Akta Angkatan Tentera 1972. Itulah yang menjadi kekangan. Kalau dia hendak pencen dan satu lagi yang perlu saya tekankan dalam Dewan ini ialah perkhidmatannya adalah perkhidmatan pada ketika dia masuk. Jadi apa jua kemudahan itu adalah pada ketika itu. Sekarang lain, jadi pada suatu ketika dahulu ada pencen penuh, dia berkhidmat 21 tahun tetapi pencennya RM500.
Oleh sebab itu JPA bersetuju supaya pencen minimum RM720 walaupun dia mendapat RM500 sewaktu dia bersara dahulu sebab ia bergantung pada gaji waktu dia bekerja dahulu. Pencen dia juga bergantung pada gaji waktu dia bekerja dahulu. Dalam suasana ini terima kasihlah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam kerana menyelaraskan pencen termasuk angkatan tentera.
Jadi angkatan tentera tidaklah lagi duduk di bawah paras kemiskinan jika dia dalam pencen. Bagi yang kerja 15 tahun atau 18 tahun ini dia tidak akan dapat pencen kerana dia telah pun dibayar gratuiti mengikut kiraan yang dia carum. Kalau hendak yang ini kita ubah Permat itu dalam Akta Angkatan Tentera 1972. Itu sudah pun dibuat kerana suasana dahulu tidak sama dengan suasana sekarang.
Saya ingat itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak-banyak.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM47,710,200 untuk Maksud B.60 di bawah Kementerian Pertahanan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM47,710,200 untuk Maksud B.60 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM146,669,378 untuk Maksud P.60 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM146,669,378 untuk Maksud P.60 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2010.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kepala Bekalan B.62 dan Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahas.
Yang Berhormat, saya melihat P.62 adalah token dan perbahasan hanya kepada B.62 dan Butiran B.62 adalah spesifik kepada perkara yang dihuraikan seperti dalam kertas yang disenaraikan. Dijemput Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi ke Butiran P.62 010300 – RELA.
RELA adalah satu pasukan yang banyak ditubuhkan di kawasan luar bandar dan tugas mereka sangat diperlukan di luar bandar oleh kerana anggota polis kita pada masa sekarang belum mencukupi untuk menjaga keselamatan di luar bandar. Kalau boleh RELA ini diberi juga seperti elaun yang lebih daripada apa yang ada sekarang sebab tugas mereka seperti di kawasan saya iaitu menjaga pusat pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan saya yang banyak di merata-rata daripada satu ladang ke satu ladang.
Kita menjaga keselamatan masyarakat di luar bandar, kita perlukan mereka juga berkhidmat. Kalau boleh pihak kementerian memberikan peluang kepada mereka untuk berlatih supaya mereka juga dapat menggunakan senjata di waktu bertugas. Kalau tidak boleh kepada ahli biasa maka berilah kepada yang mereka yang berpangkat seperti leftenankah, leftenan mudakah atau pangkat yang sesuai untuk memegang senjata.
Keduanya, yang saya ingin sentuh di sini ialah 02010 – Pegawai Polis. Kita mengharapkan dari tahun ke tahun pihak polis ini hendaklah ditambah dan yang banyak kita lihat sekarang adalah wanita-wanita yang telah menjadi polis. Training lebih kurang dalam masa lebih kurang enam bulan ke satu tahun.
Kita mengharapkan mereka juga dilatih dalam mempertahankan diri seperti karate atau tansudo supaya mereka apabila menjalankan tugas sama ada membantu orang kena ragut dan sebagainya boleh dapat mempertahankan diri mereka di waktu menjalankan tugas.
Kita mengharap benar mereka juga dilindungi insurans yang cukup supaya mereka tidak merasa ragu-ragu untuk menjalankan tugas mereka apabila mereka mendapat kemalangan, kecederaan dan sebagainya. Ini kerana ini sangat-sangat perlu kerana kita melihat gaji yang ada pada masa kini kebanyakannya belum setimpal dengan tugas mereka yang menjaga keselamatan rakyat kita yang begitu memerlukan keselamatan, penjagaan rakyat kita di seluruh kawasan terutama sekali kawasan luar bandar. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara di bawah Maksud B.62 Kementerian Dalam Negeri.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Yang pertama sekali tentang Pengurusan Polis - 020100. Di sini saya ingin bertanya tentang tempoh dan jangka waktu latihan bagi pengambilan anggota baru. Dahulu kita difahamkan masanya ialah enam bulan dan sekarang dikurangkan kepada tiga bulan.
Persoalannya, adakah cukup tempoh waktu tiga bulan itu untuk melahirkan seorang anggota yang benar-benar berwibawa dan mendapat segala kelengkapan fizikal dan mental mereka dan SOP mereka yang paling penting.
Ini berikutan daripada berlakunya beberapa insiden yang menjadi, dengan izin, public outcry tentang isu berlakunya tembakan ataupun pelepasan tembakan senjata yang dikatakan tidak munasabah. Trigger free sebagai contoh, dengan izin. Juga kita melihat beberapa isu yang menjadi persoalan dan pertikaian dalam masyarakat.
Saya pernah mengadakan perbincangan ini dengan beberapa konduktor ataupun guru-guru dalam latihan polis ini. Mereka memang bersetuju sekiranya tempoh waktu itu dikaji semula dengan serius oleh pihak kementerian kerana tempoh waktu tiga bulan kalau hanya dengan alasan untuk menjimatkan perbelanjaan dengan kita hendak swap ataupun kita hendak memendekkan jangka waktu latihan dan modul-modul penting ini, ini sangat besar kesannya terhadap anggota-anggota yang diberikan latihan tersebut. Jadi, ini mesti difikirkan secara serius oleh pihak kementerian supaya anggota ini diberi latihan yang secukupnya demi kita melahirkan anggota-anggota yang benar-benar cekap, efisien dan dapat memenuhi SOP yang diharapkan dalam tugas mereka nanti.
Yang kedua, saya ingin memberi persoalan tentang perkara 020200 - Logistik dan juga tentang 050000 - Pertahanan Awam. Apa sebenarnya objektif penting Pertahanan Awam ini? Kita ada pasukan SMART, kita ada Pertahanan Awam dan kita ada polis itu sendiri. Jadi, kadang-kadang dalam beberapa peristiwa ataupun beberapa kejadian kita pun tidak nampak akan peranan Pertahanan Awam ini kecualilah berlaku bencana besar seperti banjir, seperti dahulu ada runtuhan Highland Towers ataupun ada kejadian-kejadian kecemasan yang lain tetapi apakah sebenarnya fungsi Pertahanan Awam ini.
Saya rasa dalam konteks kita berhadapan dengan cabaran semasa dalam jadual ataupun kita melihat ataupun iklim ataupun cuaca yang tidak menentu, hari ini saya menerima panggilan telefon daripada sahabat di Perlis, banjir satu negeri lagi yang sepatutnya pada waktu ini bukan musim banjir tetapi berlaku banjir gelombang yang kedua.
Ini merupakan fenomena alam luar jangkaan yang saya rasa memerlukan latihan yang lebih efisien, skill yang lebih mantap untuk kita menghadapi pelbagai kemungkinan dan kajian terbaru, kalau betul tetapi masih lagi dalam bentuk kajian, bila berlakunya beberapa siri gempa bumi yang dahsyat seperti di Acheh kemudian berlaku di New Zealand, di Christchurch dan baru-baru ini di Jepun. Dikatakan tetapi belum lagi dalam bentuk yang ada bukti yang empirikal tetapi telah ada awal kajian menunjukkan bahawa plak bumi ini telah beralih dan Malaysia semakin hampir dengan Lingkaran Api.
Ini sudah barang pasti kalau betul ia memerlukan satu lagi latihan persediaan yang lebih ke hadapan, yang lebih canggih untuk kita menghadapi keadaan-keadaan yang seperti ini. Jepun itu sendiri pun yang paling canggih teknologinya, yang paling cekap pasukan penyelamatnya hingga dia berupaya menghantar pasukannya dalam banyak kejadian gempa bumi ataupun tanah runtuh yang besar di dunia ini dengan struktur bangunan yang telah pun mengambil kira tentang gempa bumi pun mengalami satu keadaan yang sebegitu dahsyat. Apatah lagi kita di Malaysia ini yang belum pernah ada pengalaman itu, adakah kita bersedia untuk menjadikan pertahanan awam negara kita ini dibekalkan dengan pengalaman, dengan skills, dengan latihan-latihan yang lebih ke hadapan pada masa akan datang.
Kemudian Tuan Pengerusi, tentang 070000 - Pendaftaran Negara. Baik, kita terima banyak laporan dan ada satu laporan polis yang telah dibuat di Balai Polis Salak Tinggi yang menyaksikan Jabatan Pendaftaran Negara melakukan operasi luar waktu, bukan di pejabat pendaftaran tetapi melakukan pendaftaran di balai orang ramai ataupun di suatu kediaman yang tertentu, di luar waktu pejabat dengan memberikan kad pengenalan kepada orang-orang yang sangat disyaki sama ada mereka ini daripada mana datangnya.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Jadi, adakah perkara biasa atau menjadi satu amalan biasa pejabat ataupun kakitangan pejabat Pendaftaran Negara ini bekerja di luar waktu pejabat, di tempat yang tertentu untuk mengeluarkan kad pengenalan. Ini saya rasa satu perkara yang harus dijawab dengan penuh tanggungjawab supaya ianya dapat menghilangkan rasa keraguan ataupun ia ada satu operasi khas menjelang pilihan raya 2013 ini, mungkin ataupun menjelang pilihan raya akan datang ini. Jangan geleng kepala. Jangan geleng kepala. Ini satu report yang telah dibuat dan ini satu kenyataan di mana terdapatnya pegawai-pegawai yang membuat kerja luar waktu pejabat di tempat tertentu...
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Kubang Kerian, boleh saya mencelah?
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ya.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Saya ingin pendapat Yang Berhormat Kubang Kerian, baru-baru ini di kawasan Kota Raja, kami mendapat maklumat bahawa ada pertukaran alamat warga Sabah kita yang tinggal di kawasan Kota Raja, dibawa ke bangunan UMNO di Shah Alam dan kami telah dapat menyelinap masuk dan borang-borang pertukaran alamat itu sudah siap diisi dengan alamat baru, yang di Shah Alam di kawasan Yang Berhormat Shah Alam. Jadi mereka bertukar alamat di situ. Jadi saya hairan...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, masuk butiran mana?
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Ini bahagian 70100 – Perkhidmatan dan 2000. Saya mohon penjelasan. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian yang sedang berlaku sekarang?
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Ya, terima kasih rakan saya Yang Berhormat daripada Kota Raja. Itulah maksud saya sebenarnya. Itulah maksud yang kita berikan kenyataan tadi. Walaupun ianya satu perkara yang kami lahirkan pada hari ini tetapi kena ingat, ini boleh memberikan satu kesan keselamatan negara pada waktu yang panjang. Ini jangan main-main. Jangan kita ambil satu perkiraan yang mudah tentang untuk hanya mendapat habuan politik dalam jangka masa terdekat. Mungkin rakan-rakan di Sabah dan Sarawak boleh berkongsi dengan saya tentang bahayanya cara yang sebegini.
Jangan kita anggap ini permainan politik, mendapat habuan dalam jangka masa terdekat tetapi kesannya sangat besar kepada negara, keselamatan negara.
Oleh itu, saya harapkan bahawa isu-isu seperti ini, police report pun telah dibuat, saya bersedia untuk memberikan salinan police report itu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri secara dengan tangan nanti supaya ianya dapat disiasat, supaya jangan ada satu sindiket yang ditaja oleh beberapa orang tokoh negara ini untuk mendaftarkan pendatang asing ataupun orang-orang tertentu hanya dengan tujuan mengundi dalam pilihan raya yang akan datang tetapi kesannya adalah kepada negara. Jangan bahayakan negara. Ini negara kita yang sangat kita cintai. Sekian.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Seorang Ahli
Pengkhianat tidak guna ini. Pengkhianat.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk membahaskan Maksud B.62 – Kementerian Dalam Negeri di bawah Butiran 020000 – Polis Diraja Malaysia dan Butiran 020100 – Pengurusan Polis dan juga Butiran 060000 – Imigresen dan Butiran 060100 – Pengurusan Imigresen dan Butiran 060200 – Kawalan Imigresen.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Saya ingin bahas dengan sekali gus. Memang saya bersetuju dengan amaun- amaun yang diminta ini jika pihak polis, pegawai polis dan pegawai imigresen bekerja dengan efisien, dengan cekap, dengan berwibawa dan telus semasa membuat penyiasatan ataupun ambil tindakan terhadap jenayah ataupun pendatang asing tanpa izin di negara kita.
Akan tetapi nampaknya sekarang ini kita ada lebih ramai pendatang asing yang mulanya masuk ke negara ini dengan permit kerja. Selepas permit kerja mereka tamat, mereka tidak pulang ke negara masing-masing. Memang yang top on the list dengan izin, adalah Indonesia. Akan tetapi pada masa sekarang saya rasa bukannya Indonesia sahaja yang top tetapi warga Nepal pun amat ramai sekarang ini. The Nepalese yang bekerja sebagai security guard dan sebagainya. Kita boleh nampak ramai dan merata-rata di negara. Saya difahamkan ada lebih kurang 300,000 orang sekarang ini yang tanpa izin, yang duduk dalam negara ini. Apakah tindakan? Myanmar, Cambodia dan sebagainya.
Dengan ramai pendatang asing begini yang tanpa izin, apakah tindakan yang diambil oleh kerana mereka menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam negara kita.
Sebagai contoh, Indonesia. Mereka terlibat dalam jenayah merompak dan berbagai-bagai kes-kes jenayah. Bukankah ini menunjukkan bahawa pihak imigresen ini tidak bekerja dengan baik dan dengan berwibawa. Tidak cekap. Bukannya dengan Nepal sahaja. Yang dari Singapura. Inilah yang lebih ketara dari Singapura. Ramai Singaporean yang datang ke sini menggunakan pas sosial. Masuk negara ini tiap-tiap tiga bulan dan tamat mereka keluar daripada negara ini ke Thailandkah, balik ke Singapurakah. Sehari dua kembali ke sini. Katalah empat, lima kali tidak apa. Kita boleh terima.
Akan tetapi yang kita tahunya, saya tahu sekurang-kurangnya empat – lima orang yang tinggal di sini. Berpuluh-puluh tahun mereka keluar dari Malaysia menggunakan pas sosial. Tidak akanlah pegawai imigresen yang tengok pas sosial yang mereka dapat ini memasuki tiap-tiap tiga bulan, setahun, dua tahun, empat tahun, lima tahun. Tidak akan mereka boleh mengesyaki bahawa mereka ini bermastautin di sini ataupun jadi permanent resident sedangkan kalau warganegara Malaysia di Singapura, kita boleh duduk dalam Singapura dengan melalui pas sosial selama 90 hari sahaja. Selepas itu kita kena keluar daripada negaranya. Hendak masuk kembali, kena nanti setahun atau dua tahun kemudian.
Baru boleh masuk dan menduduki tiga bulan begitu.
So, ini menunjukkan kelemahan pegawai imigresen. Kita bukan hendak halang mereka datang melawat ke sini. Kita welcome. Singaporean kalau hendak datang kita welcome. Akan tetapi jangan menyalahgunakan pas sosial mereka. Di Singapura mereka tidak beri peluang pun kepada warga Malaysia menyalahgunakan pas sosial. Akan tetapi negara kita? Pegawai imigresen tidak apa saja. So, ini adalah satu – warganegara Singapura ini datang ke sini terlibat dalam kes jenayah juga.
Ada beberapa kes yang terkenal dalam negara ini. Ada juga seorang yang duduk di sini sudah 20 tahun. Mr. Lawrence Teah di sini. Kita ada bukti. Surat complaint kepada Jabatan Imigresen. Tidak ada tindakan diambil. Bekerja di sini, buka syarikat di sini, jadi director di sini. Bukankah itu sudah menyalahgunakan pas sosial di mana mereka tidak boleh diemployed atau kerja tanpa gaji? Ada gaji atau tidak, itu tidak boleh. Tidak boleh kerja. Full stop. Itu imigresen. Saya haraplah kementerian boleh mengarahkan pegawai imigresen kerja dengan cekap, kerja dengan berwibawa. Serius dalam kerja mereka. Lihat dalam pasport. Senang sahaja.
Yang kedua, mengenai keadaan sekarang ini tajuk yang paling hot sekali Royal Commission – penyiasatan, laporan polis telah dibuat terhadap ada satu video yang terlibat, katalah satu tokoh tertinggi dan personaliti yang boleh kata masyhurlah dalam negara ini, terhadap seorang tokoh politik. Sekarang ini polis menyiasat perkara ini.
Saya rasa apa nilai-nilai atau hasil daripada penyiasatan ini tidak akan diterima oleh rakyat ataupun pihak tertentu kerana kita sudah dapat satu tuduhan. Konspirasi!
Konspirasi oleh kerajaan ataupun Barisan Nasional.
Saya percaya juga itu. Saya percaya. So, apa-apa hasil, kita tidak – Malaysian tidak akan terima. Saya rasa lebih baik kerajaan tamatkan penyiasatan ini. Tubuhkan satu Royal Commission untuk membuktikan tulen atau tidak.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Whether this video tape or video disc is genuine atau tidak. Authenticity of the video tape, sama ada ia direka... atau apa. Itu yang penting. Ini kerana perkara ini telah dinafikan...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Nanti. Nanti saya habis. Jangan khuatir.
Itu saya tahu, ini Anwarinas ini nanti dululah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak. Selain daripada authenticity, persoalan orang yang dalam video itu pun tidak boleh disahkan.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Dari segi authenticity, saya tidak boleh.
Nanti saya habis.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sekiranya ia authentic tetapi orang yang... [Dewan riuh]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Jangan melenting. Jangan melenting.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya tidak melenting. Dengar saya cakap relaks sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Wangsa Maju tidak bagi jalan, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Fahamlah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Hanya faktanya tidak betul.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Belajarlah dahulu dari segi peraturan dalam Dewan ini.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
[Menyampuk]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sama ada orang yang terlibat adalah betul.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Inikah demokrasi? Dengar dulu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Berilah laluan.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Dengar dulu. Dengar. Duduklah!
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak bagi, Yang Berhormat.
Duduklah, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Tidak habis lagi. Kenapa melenting begitu? Saya tahu Anwarinas ini, dia melentinglah perkara ini. Presidennya bukan Hadi.
Presidennya Ketua Pembangkang. Itulah masalah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini pun satu tuduhan.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Duduk dulu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Satu tuduhan.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Duduk dulu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Satu tuduhan yang tidak berasas.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Saya kata Anwarinas.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya minta dia tarik balik.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ketua Anwarinas.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya daripada PAS, Presiden saya memang Ustaz Hadi tetapi dia punya tuduhan itu tidak berasas. Saya minta dia tarik balik.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Saya kata Anwarinas. Anwarinas duduk sahaja. Duduk dulu. Duduk dulu. Jangan panas.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Ini kerana ia bercanggah dengan fakta yang sebenarnya. Terima kasih.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Saya rasa the truth hurt. Nanti dulu.
Nanti dulu.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ini kerana ada tuduhan konspirasi. Ini adalah satu tuduhan yang amat serius dalam perkara ini. Benda ini juga telah dinafikan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya ingat dulu...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, tidak boleh bangun Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya hendak ingatkan...
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Telah dinafikan oleh Ketua Pembangkang sendiri dan dinafikan oleh pembangkang sendiri. Anwarinas, saya tidak kasi jalanlah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dulu Yang Berhormat Wangsa Maju ini dia yang cium tangan Anwar. Saya tidak pernah cium tangan Anwar... [Dewan riuh]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Shah Alam, lucah itu. Tidak boleh pakai Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Duduk dahulu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya tidak pernah cium, Yang Berhormat Wangsa maju ada...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh mencelah begitu, Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Saya pun tidak ada peluang bercakap.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Wangsa Maju ada.
Akan tetapi itu zaman dululah.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
The truth is hurt! The truth is hurt. Okey.
Janganlah macam itu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Menyampuk] [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Tidak boleh mencelah begitu, Yang Berhormat. Duduklah, Yang Berhormat.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Nanti dulu! Nanti dulu. Perkara ini adalah sangat penting kerana telah dinafikan oleh Ketua Pembangkang. Saya percaya bahawa pada masa itu beliau betul. So, sekarang ini ada orang kata ini adalah tulen, genuine. 100 peratus. 200 peratus dan sekarang dinafikan. Masa itu beliau... dan jam tangannya telah disimpan oleh isterinya. So, sekarang ini adalah satu isu kredibiliti, integriti dan konspirasi. Tiga isu.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
So jika kerajaan hendak menyelesaikan perkara ini, saya rasa sudah sampai masa, polis tidak payah siasat, kita sudah tahu mesti orang tidak boleh terima. Tubuhkan satu Royal Commission dengan segera untuk menentukan perkara ini. Sedangkan kita boleh tubuhkan Royal Commission terhadap seorang warganegara, tuduhan perempuan asing China di lokap, diseksa, ada Royal Commission, itu pun kita ada Royal Commission menentukan. Akhirnya jadi perempuan Melayu.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Kedua, Suchindran sama juga, Ketua Pembangkang hentam juga masa itu.
Pembangkang pun minta Royal Commission, tubuh juga Royal Commission. Perkara ini saya rasa yang paling baik secara adil buat satu Royal Commission kita boleh menentukan segala-galanya...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Wangsa Maju, boleh mencelah?
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Yang ketiga, nanti.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, habis masa Yang Berhormat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Tuan Pengerusi, dua perkataan sahaja Tuan Pengerusi, saya ingin menyokong ke atas cadangan supaya ditubuhkan Royal Commission.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya habiskan Yang Berhormat Wangsa Maju.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Kota Belud.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ya, sikit lagi, sikit lagi. Saya hendak habiskan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya mahu kata saya setuju juga bahawa RCI ini perlu ditubuhkan.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Ditubuhkan.
Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud
Saya minta supaya Menteri, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Mendesak kerajaan, ketua kerajaan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya setuju, saya minta Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab membawa usul.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Silakan, jangan kata setuju sahaja, ambil tindakan, tunaikan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya berdiri sini kerana saya setujulah.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Okey terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh sedikit contoh di mana saya telah bangkit di dalam Dewan yang mulia ini mengenai dengan satu balai police report Seksyen 6 Shah Alam, laporan 001242-11 pada 6 Februari 2011 oleh T. Sivanesan, seorang pekerja di bawah Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. iaitu syarikat pasir di Selangor. Beliau telah diancam oleh seorang pengurus Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. ini, namanya Wong Siew Leong, mengancam, polis report telah dibuat tetapi tidak ada tindakan diambil selama dua hingga tiga minggu. Selepas itu ditangkap saya rasa pada middle of Mac ditangkap hari ini, esok dilepaskan.
Bagaimana? Ini menggunakan gengster, mengancam seorang pekerja di sana kerana pekerja ini menyoal, questioned the integrity, the mismanagement dalam syarikat itu, di mana pasirnya dijual dengan harga yang istimewa kepada Sungai Rampai Angkut, kepada syarikat konco-konco pihak EXCO di Selangor. Apakah tindakan telah diambil?
Kenapakah tidak ada penyiasatan? Bukankah ini kalau kita beri wang lagi banyak, tidak guna juga, siasat dan ambil tindakan. Tengok, mereka pun setuju, ambil tindakan, ini menunjukkan bahawa pihak polis tidak kerja dengan telus, dengan baik, sebab itulah pihak sini pun hendak marah sudah. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi jawapan terhadap tiga perkara ini yang saya bangkitkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama sekali saya menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Wangsa Maju supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan video tersebut. Ini bukan soal siapa yang menjadi aktor utama dalam video ini tetapi oleh sebab ianya telah menjadi satu isu yang begitu dipolemikkan, dipolitikkan di semua peringkat sehinggakan gerakan yang dibuat oleh sesetengah pihak ini, saya rasa tohmahan dan fitnah yang mereka buat itu sudah terlalu meruncing sehingga...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud
Saya bagi masa kepada Yang Berhormat Shah Alam tetapi be straight to the point.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Belud. Yang mempolitikkannya ialah orang yang membawa video itu kerana dia bawa media datang, dia tidak melalui proses yang sepatutnya iaitu pergi kepada pihak yang tertentu untuk membuat siasatan. Ianya jelas ada unsur-unsur politik kerana diberikan ugutan. Kalau tidak letak jawatan, maka kita akan dedahkan video ini kepada public. Lalu inilah menjadikan ia isu politik, kalau ianya dibawa melalui proses yang sepatutnya, selesai.
Sekarang yang mempolitikkannya ialah UMNO.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam tetapi tidak apalah, you kata saya salah, saya kata you salah. Jadi ke mana sekarang? Sekarang kita bawa kepada satu badan menyiasat yang bebas yang akan menentukan kesahihan video tape ini. Kita tidak berminat untuk membuat spekulasi buat masa ini. Tidak apa, saya sendiri tidak akan membuat spekulasi, saya minta supaya pihak kerajaan menubuhkan RCI ini and we get to the bottom of this one and for all dengan izin.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Ledang, sekejap Yang Berhormat. Sila.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Sedikit, tidak sampai pun setengah minit.
Kita begini, saya juga ingin bersama-sama dengan Yang Berhormat Kota Belud menyokong supaya ditubuhkan Royal Commission kerana sekarang sudah ada dua tuduhan. Sebelah sana tuduh sebelah sini, sebelah sini tuduh sebelah sana. Jadi hendak adil, tubuhkan saja Royal Commission tersebut supaya kesahihan dapat dicapai nanti.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Yang Berhormat Ledang, saya sangat setuju. Saya berpindah kepada butiran kedua Tuan Pengerusi.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Sebelum itu, Yang Berhormat Kota Belud minta sedikit?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, Yang Berhormat Sekijang.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bantahkah Yang Berhormat?
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kota Belud. Saya hendak menyentuh tentang Royal Commission tadi dengan izin. Kalau kita menubuhkan Royal Commission fasal apa pun yang mereka minta tetapi kalau tidak menyebelahi mereka nanti esok keputusannya, mereka pun tidak setuju juga. Jadi yang ini memang dipolitikkan dengan begitu, apa pendapat Yang Berhormat Kota Belud?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Inilah apa yang dikatakan intellectual deficit, minda yang punya defisit intelektual, ini masalahnya. Saya percaya RCI ini juga harus mengambil kira apa yang berlaku dengan rakan saya Yang Berhormat Sungai Petani.
Kita juga tertanya-tanya kesahihan, sebelah sini mengatakan beliau datang dan mengatakan itu betul.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Selepas itu beliau buat lagi satu PC mengatakan tidak betul, katanya unclenya tidak betul, lepas itu uncle pula tibai dia. Ini kita mahu satu kesahihan. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Sungai Petani...
Dato' Johari Abdul - Sungai Petani
Ya, kerana saya ada advantage tengok kan, saya boleh jawablah. Yang pertama, semua apa...
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Seronok dapat tengok free.
Dato' Johari Abdul - Sungai Petani
Terima kasih, kita baru keluar surau tadi ya, dua-dua orang... [Ketawa] Yang pertama sekali, tidak satu pun kenyataan yang saya sebut tentang perbezaan yang terdapat dalam fizikal, orang yang disebut itu sebagai Anwar disanggah, yang pertama. Tidak ada satu, sampai sekarang termasuk Dato’ ‘Trio’ tidak sanggah.
Kedua, this is criminal offence untuk simpan bahan lucah, itu yang kita buat.
Kenapa dalam Malaysia ini criminal offence perlu buat suruhanjaya, setiap kali criminal offence perlu buat suruhanjaya. Isunya ialah siasat, polis perlu siasat, kenapa diuar-uarkan suruhanjaya? Polis mesti siasat siapa yang simpan, siapa yang buat video itu sebab saya juga minta polis panggil saya, saya ada sebut bahawa video itu tidak betul. Oleh sebab itu polis perlu ambil tindakan serta-merta, bukan suruhanjaya. Suruhanjaya ini kita boleh, banyak suruhanjaya sudah buat tetapi yang pentingnya dalam isu ini ialah criminal offence...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak apa, it’s okay.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, cukuplah tajuk perbincangan untuk tajuk ini Yang Berhormat.
Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan - Kota Belud
Okey, sedikit sahaja Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Kalau kita lihat di dalam butiran polis ini, ia cuma melibatkan emolumen.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Okey, saya cuma ingin hendak membalas respons sedikit sahaja dengan Yang Berhormat Sungai Petani. Sebenarnya jangan takut kalau tidak berbuat salah. Saya rasa soal tentang ketiga-tiga trio itu sama ada mereka membuat satu criminal, melanggar undang-undang negara, mereka juga harus dihadapkan...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sudah jelas ianya satu kesalahan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Shah Alam, ini tiada masalah.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Di bawah undang-undang.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Akan tetapi yang melihat pun juga ada masalah, jadi kita minta supaya RCI akan dibuat... [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat beralih tajuklah Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, tidak apa, saya bersetuju sebagai kesimpulannya supaya kerajaan menubuhkan RCI. Saya mewakili Yang Berhormat Kota Belud bersetuju dengan suruhanjaya ini.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kota Belud, mohon penjelasan sikit.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Pengerusi, saya ingin bercerita sikit tentang Pengurusan Polis ini, 020100. Tadi saya melihat sahabat saya daripada Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kota Belud, mohon penjelasan sikit, boleh?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Salahuddin, Yang Berhormat Kubang Kerian.
Saya bersetuju tentang permasalahan latihan polis. Bagaimana SOPnya perlu diperkemas supaya tidak ada berlaku tembak menembak ataupun tembakan rambang dan sebagainya. Akan tetapi saya ingin berkongsi pendapat Tuan Pengerusi, masalah dengan tembakan ataupun polis menembak ini suspek-suspek ini juga berlaku apabila suspek tersebut tidak mengetahui. Tentang prosedur bagaimana untuk berinteraksi dengan polis dalam masa polis memberi amaran supaya mereka berhenti supaya mereka disiasat dan ditahan. Ini pun satu masalah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya minta Yang Berhormat Menteri melihat bukan sahaja dari segi SOP polis, bila masa dia menggunakan pistol, dalam keadaan mana dia berinteract tetapi juga untuk memberi penerangan kepada orang awam. Bahawa apabila diminta untuk berhenti, berhenti. Apabila siren berbunyi polis mengekori kamu, kamu mesti berhenti. Saya rasa pihak kerajaan juga harus. Saya tidak boleh salahkan polis kerana dalam keadaan-keadaan tertentu, dalam kekalutan keadaan masa itu mungkin mereka terpaksa membuat satu reaksi yang tidak diingini. Akan tetapi ini berlaku kerana orang awam tidak mengetahui bagaimana untuk respons kepada keadaan-keadaan di mana polis minta mereka berhenti. Hands up!
Katanya. Angkat tangan. Angkat tangan bukan bermakna you salah. Angkat tangan untuk memberitahu kepada polis bahawa you don’t have any weapon on you. You are not going to reach for any weapon...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kota Belud.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Balik Pulau bangun Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sekejap, sekejap ya Yang Berhormat Balik Pulau. Itu sebabnya. Kadang-kadang kalau orang awam dikatakannya oh angkat tangan saya salah, tidak. Angkat tangan maknanya supaya tangan itu tidak berada dalam poket mengambil pistol dan cuba menembak polis. Akan tetapi inilah kita minta supaya orang awam jangan panik apabila ada polis menghampiri anda ataupun meminta anda berhenti membawa kereta. Ini adalah satu aspek yang mana kementerian harus mengambil berat dan memberitahu kepada orang awam bagaimana untuk berinteraksi dengan polis.
Saya bagi kepada Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Kota Belud saya pun setuju. Sebenarnya polis perlu mengikut SOP kerana rakyat agak kurang faham.
Mungkin Yang Berhormat Kota Belud bersetuju dengan saya ketika mana tayangan boleh dibuat secara teratur, pagi - kepada semua editor - terancang. Kedua kepada online news terancang. Petang dibuat pula untuk international correspondent – terancang. Bukit Aman dengan Carcosa bukan jauh mana pun. Jadi rakyat tanya-tanya kita juga sebab saya beri contoh. Kalau SOP yang diikut saya rasa Yang Berhormat Kota Belud boleh bersetuju dengan saya. SUHAKAM keluarkan laporan tahunan dengan rekomendasi-rekomendasi macam mana dengan izin Criminal Procedure Code, Police Act. Ini kerana polis itu dia ada akta dia nama dia Akta Polis. Jadi dalam Akta Polis ini dijelaskan pelbagai tetapi malangnya Yang Berhormat Kota Belud ini bukan pandangan saya. Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Hasmy muka surat 3 di perenggan di bawah. Saya baca sedikit ya untuk mohon penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masa terhad Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
“Seksyen 21(1)(a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia mewajibkan Suruhanjaya menyerahkan laporan tahunan ke Parlimen semasa persidangan pertama. Malangnya walaupun laporan ini telah diserahkan tanpa gagal sejak 10 tahun lepas tiada satu pun daripadanya dibahaskan.
Sebagai badan penasihat tanpa kuasa penguatkuasaan dan pelaksanaan suruhanjaya menggesa Ahli Parlimen agar bahas laporan tahunan atau sekurang-kurangnya mengambil isu penting hak asasi manusia yang dibangkitkan dalam laporan dan menyokong sepenuhnya syor yang diutarakan dalam laporan tersebut bagi melindungi mempromosikan hak asasi manusia kepada orang ramai.”
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Jadi saya rasa dalam hal ini syor yang dikatakan tadi ada kaitan dengan SOP, ada kaitan governance, ada kaitan dengan tatacara. Saya rasa saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Belud dan saya rasa setuju dengan saya Yang Berhormat Kota Belud kalau syor SUHAKAM yang baik ini, institusi kerajaan ini diambil kira oleh pihak polis.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Pertama sekali saya ingat Yang Berhormat Balik Pulau tidak berada dalam Dewan tetapi kalau saya duduk di sini kalau Yang Berhormat Balik Pulau berada dalam Dewan ini.
Pihak-pihak pembangkang terutamanya pemimpin-pemimpin pembangkang membahaskan tentang isi kandungan laporan SUHAKAM. Yang Berhormat Ipoh Timur setiap kali berdiri selalu mengajukan isu-isu yang dibawa SUHAKAM.
Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bandar Tun Razak, Yang Berhormat Gombak tetapi kalau spesifik kita bawa satu usul dan membentangkannya dalam Dewan itu mungkin saya setuju. Tidak ada buat masa ini. Akan tetapi kalau dikatakan tidak dibahaskan oleh pihak pembangkang itu pun salah. Saya duduk di sini saya mendengar kalau pihak-pihak pembangkang selalu merujuk kepada perkara yang ditimbulkan di dalam laporan SUHAKAM. Jadi tidak benar bahawa laporan SUHAKAM itu tidak dibahaskan di dalam Dewan yang mulia ini.
Satu lagi Tuan Pengerusi tentang 07000 – Pendaftaran Negara. Saya bersetuju untuk memberi tambahan bajet kepada Imigresen ini. Sorry minta maaf 060200 – Imigresen. Akan tetapi kalau Tuan Pengerusi tiap-tiap minggu Tuan Pengerusi balik ke Sabah. Kalau Tuan Pengerusi lalu Imigresen di negeri Sabah, kaunter Imigresen. Dia masih lagi pakai apa Tuan Pengerusi yang macam Bank Simpanan Nasional. Cap pung, pap pung. Cap untuk cap pasport dan sebagainya untuk dokumen dan sebagainya. Ini tidak lagi perlu. Ini zaman dahulu Tuan Pengerusi. Kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mempunyai aset yang sudah rosak, yang tidak boleh dipakai.
Dia masih lagi pakai yang cap itu, yang macam kalau kita pergi Bank Simpanan Nasional.
Cap berbunyi-bunyi.
Saya katakan begini cantik airport, ini begini cantik kemudahan Imigresen tetapi nampaknya masih lagi bercop. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri tolong di sana ada equipment-equipment yang sudah rosak. Tolong kalau boleh beri perhatian kepada aset- aset imigresen di KKIA di Kota Kinabalu. Itulah sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak-banyak.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Masih tidak boleh panggil semua untuk berucap. Panggil dua tiga orang lagi lepas itu saya minta Menteri menjawab. Saya minta Yang Berhormat Rasah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin hanya satu input sahaja yang hendak dibahaskan B.62 07000 – Pendaftaran Negara. Tuan Pengerusi pada penghujung tahun 2009 pimpinan DAP, PKR dan PAS telah bersetuju untuk mendaftarkan Parti Pakatan Rakyat Malaysia. Kita telah menghantar permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat secara rasmi kepada Pertubuhan Pendaftaran pada penghujung tahun 2009. Hari ini esok ialah April 2011. 15 bulan selepas kita menghantar pendaftaran itu pada hari ini masih kita tidak menerima sebarang keputusan ROS daripada KDN. Untuk meluluskan permohonan Pakatan Rakyat Malaysia secara rasminya.
Saya nampak ada layanan yang berbeza di sini. Ada double standard. Ada parti- parti politik yang mendaftarkan parti mereka kalau pro BN tiga minggu, empat minggu dapat. Salah satu contoh ialah Parti Makkal Sakti yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Barisan Nasional. Tidak sampai tiga minggu dapat pendaftaran secara rasmi daripada pihak KDN. Ini menunjukkan double standard. Satu lagi Parti AKIM yang distrukturkan semula dinamakan semula.Dahulunya Pengerusinya Datuk Zaid Ibrahim adalah Pengerusi PROTEM, Pakatan Rakyat Malaysia.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Dalam Pakatan Rakyat Malaysia dia minta dia pohon tidak dapat keluar sahaja Pakatan Rakyat masuk parti baru ini strukturkan semula AKIM dia namakan semula AKIM rebranding Parti AKIM ini sebagai parti kita. Empat minggu tiga minggu dapat pendaftaran itu secara rasmi daripada pihak KDN. Ini apakah double standard?
Pakatan Rakyat Malaysia 15 bulan tidak dapat. Saya bertanya ini kerana saya cukup tidak berpuas hati kepada efficiency pihak KDN dalam perkara ini. Saya rasa KPI dan fail sudah 15 bulan tidak boleh dapat luluskan sebuah permohonan parti politik. Walhal hendak tambah lagi bajet tambahan ini. Saya rasa, saya tidak sokonglah bajet tambahan ini kerana tidak mencapai KPI. 15 bulan tidak boleh mendaftarkan sebuah parti politik. Apakah ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional takut untuk mendaftarkan Parti Pakatan Rakyat Malaysia sebagai satu politician. Kalau berani bagilah, luluskan.
Ini kerana saya nampak ini ada satu sekongkol di antara KDN dan SPR. KDN tidak bagikan kelulusan kepada Pakatan Rakyat Malaysia pada masa yang sama SPR menghukum kita. Pergi mana-mana pilihan raya kecil dia tidak bagi, bukan Parti Pakatan Rakyat dia tidak daftarkan. Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR cakap bagi kenyataan dia tidak bagi...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Boleh..
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Dia kata Pakatan Rakyat ini bukan satu Pakatan yang rasmi.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Penjelasan.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Hendak bagi belakang atau depan Yang Berhormat?
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Belakang.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya bagi Yang Berhormat Telok Intan dahulu lepas itu Yang Berhormat Kota Belud.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya sila.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Terima kasih Yang Berhormat Rasah, terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai double standard yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rasah ini. Ada pihak-pihak tertentu suruh menubuhkan satu RCI.
Akan tetapi saya ingat RCI yang ditubuhkan dalam kes V.K. Lingam di mana jelas ada pihak-pihak tertentu adalah salah di sisi undang-undang. Akan tetapi kesudahan RCI di kes V.K. Lingam itu tidak ada apa, tidak ada bawa apa-apa kesan. Jadi apa guna mereka minta RCI lagi. Adakah lebih sesuai mereka kaji balik pendapat V.K. Lingam.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
You yang minta RCI itu dengan kita orang.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
You answer V.K. Lingam first lah.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
You ask V.K. Lingam, you ask Dr.
Mahathir ...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
Walaupun V.K. Lingam ...
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Now, you refuse to ask what?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya sudah tegur...
Tuan M. Manogaran - Telok Intan
V.K. Lingam. Talk about RCI.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Saya sudah buat teguran tadi. Isu ini tidak perlu dibahas untuk peringkat ini Yang Berhormat. Tidak sesuai.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya setuju dengan Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Kota Belud hendak lagi? Saya beri.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya. Tuan Pengerusi, saya cuma minta penjelasan tentang soal common pakatan rakyat tadi. Pertama sama ada betul kah tidak jawapan daripada KDN ialah memerlukan tujuh parti yang minimum itu? Itu yang kita dengar di luar bahawa untuk menubuhkan satu pakatan ataupun barisan di Malaysia ini mesti ada gabungan tujuh buah parti dan itu minimum. Kalau lebih tujuh, boleh menubuhkan satu pakatan.
Kedua Yang Berhormat, pakatan rakyat ini sudah ada perlembagaan atau tidak ataupun hanya Buku Jingga sahaja?
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Pertamanya, ini ialah cakap-cakap daripada Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat bukan Menteri Dalam Negeri. Kalau perlukan tujuh parti, minta Menteri Dalam Negeri beri syarat ini dalam Dewan.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Itu yang saya tanya.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Kita akan beri tujuh parti tetapi apa yang kita dengar ialah pimpinan Ahli Jawatankuasa Pakatan Rakyat ini perlu terdiri daripada mereka yang berada dalam tujuh negeri yang kita ada.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak Yang Berhormat. Sebenarnya, kalau ada pakatan rakyat ini lebih teruk nanti sebab you tidak boleh terima.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Mengapa 15 bulan tidak boleh beri satu syarat.
Kalau syarat tujuh parti, berilah. Cakap tidak... rakyat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
PAS, DAP... you know? Jadi, itu masalahnya.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Apa masalahnya? Yang Berhormat Kota Belud bukan Menteri Dalam Negeri. Pengerusi, boleh tanya?
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Pakatan rakyat.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Ini bukan Yang Berhormat Kota Belud punya...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Siapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Pakatan Rakyat ini?
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Perlembagaan kita ada.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Dia ada ketua umum. Dia tidak ada pengerusi, dia ada ketua umum.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Kita ada Perlembagaan Pakatan Rakyat, tiada masalah.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Yang Berhormat Shah Alam pengerusi kah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Ini jangan bimbang, jangan bimbang. Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat bimbang kalau Pakatan Rakyat ini didaftarkan. Kita ada permohonan, ada perlembagaan. Tidak ada masalah. Senarai jawatankuasa ada, pimpinan ada, Buku Jingga ada. Jangan bimbang. Saya tahu Yang Berhormat bimbang.
Saya beri kepada Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat berbalik kepada jawatankuasa. Butiran-butiran yang tercatat dalam buku.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sedikit sahaja. Dalam bajet ini kita nampak bahawa pendaftaran negara ini, perkhidmatan bekalan dia sudah bajet asalnya RM204 juta tetapi dalam keadaan dapat RM204 juta ini pun, dia masih tidak boleh meluluskan permohonan pendaftaran yang sudah 15 bulan. Dia hendak minta lagi RM6 juta. Lalu, saya hendak tanya yang RM6 juta ini, supaya dia tangguh lagi kelulusan itu ataupun dia hendak cepatkan kelulusan itu? Itu sahaja yang saya hendak minta. Biar Yang Berhormat Menteri jawab. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Saya pun tidak tahulah Yang Berhormat. Apa yang boleh saya katakan...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Rasah sedikit sahaja. Tahukah Yang Berhormat Rasah bahawa Kementerian Dalam Negeri, KPI nya nombor satu. Nombor satu. Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Padang Rengas nombor dua.
Seorang Ahli
Dari bawahkah dari atas?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tidak tahu. Nombor satu.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Nombor satu macam mana? Mungkin yang lain- lain tiada KPI. Mungkin ini nombor satulah. Akan tetapi, apa yang saya katakan ialah kalau 15 bulan untuk mendaftarkan sebuah parti politik masih tertangguh, masih tidak boleh beri satu jawapan, kalau dikatakan syarat tujuh parti, beri jawapan rasmi dalam Dewan Rakyat.
Mengapa 15 bulan tidak boleh beri jawapan rasmi, bolehkah tidak?
Menteri KPI ada di sini. Apa KPInya? KPI failed ini. Saya hendak berbalik kepada pendaftaran negara juga. Apa yang saya hendak katakan ialah mengenai pendaftaran negara ini satu perkara lagi Tuan Pengerusi berkenaan dengan tukar alamat. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi.
Saya hendak tanya kepada pihak KDN. Dalam pertukaran alamat MyKad kita, apakah syarat-syarat yang dikenakan. Sebab saya tahu ada pihak-pihak tertentu, mereka ini menyalahgunakan pertukaran alamat ini. Pergi Jabatan Pendaftaran Negara tukar alamat dalam MyKad. Selepas itu usaha untuk tukar alamat pengundi. Dia hendak bawa pengundi hantu kepada kawasan-kawasan yang mereka hendak target. Saya cakap ini kerana saya ada bukti. Ada seorang budak MCA dalam kawasan saya, Dewan Undangan Negeri sebab dia beria-ria hendak jadi calon. Tiap-tiap minggu dia bawa berpuluh-puluh orang pergi tukar alamat di Jabatan Pendaftaran Negeri Sembilan. Tukar alamat ke kawasan DUN saya. Selepas itu, dia bawa kepada SPR untuk tukar alamat sebagai pengundi di kawasan saya walaupun mereka tidak duduk dalam kawasan saya. Ini pengundi hantu.
Apa yang saya hendak katakan ialah apakah syarat yang dikenakan oleh KDN kerana banyak pihak mereka tukar alamat ini main tembak sahaja. Dia isikan borang dan tukar alamat. Akan tetapi apakah pihak KDN tidak meminta mereka supaya berikan bukti bahawa kalau dia tukar alamat, alamat itu memang diduduki oleh orang tersebut sama ada bil airkah, bil elektrikkah, bil telefon. Yang saya tahu sekarang ini tidak ada syarat-syarat ini dan ini memudahkan usaha-usaha untuk memindahkan pengundi hantu yang menyebabkan kawasan-kawasan kita ada banyak pengundi hantu. Saya hendak minta pihak KDN ketatkan syarat ini supaya kalau sebarang pertukaran alamat ini perlu ada syarat-syarat yang ditentukan. Sekurang-kurangnya ada bukti seperti bil air dan bil elektrik yang memastikan bahawa orang itu benar-benar duduk dalam sesuatu alamat itu. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Lipis, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Jadi, saya hendak bercakap tentang Butiran 050000 – Pertahanan Awam.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jadi, saya sebenarnya mengucapkan tahniah kepada Pasukan Pertahanan Awam ini kerana daripada tahun 2009 mereka mempunyai anggota 87,650 dan pada Disember 2010 keanggotaan mereka telah bertambah kepada 183,080. Jadi, kalau kita lihat ini sebagai satu pertambahan yang banyak dan saya rasa pertambahan ini akan terus meningkat. Jadi, mereka ini kalau kita lihat telah dapat memperkasakan golongan muda, generasi muda untuk membuat pelbagai latihan dan sebagainya. Jadi, dengan kreativiti dan inovasi kepimpinan mereka, mereka telah dapat mencari bekas rumah-rumah kerajaan yang lama itu dijadikan pejabat, dijadikan sebagai pusat aktiviti dan sebagainya.
Jadi, saya berharap pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak kerajaan dapat menambah lagi peruntukan bekalan agar mereka dapat membaik pulih dan menaik taraf rumah-rumah usang kerajaan ini agar dapat dijadikan sebuah pejabat atau pun pusat aktiviti yang lebih baik agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
Apa yang menarik minat saya melihat jabatan atau pasukan perkhidmatan awam ini banyak aktiviti yang menarik untuk orang muda seperti rock climbing, mountaineering, rescue and save water rescue juga dengan scuba diving dan sebagainya. Jadi, ini sebenarnya boleh memberikan latihan kepada anak-anak muda agar mereka dapat memberi perkhidmatan ataupun sekurang-kurangnya untuk save rescue kalau ada berlaku apa-apa bencana dan sebagainya kerana kita melihat keadaan rupa bumi dan keadaan alam sekarang telah sentiasa berubah. Sekian, terima kasih.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat boleh saya mencelah, bertanya mengenai pertahanan awam?... Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat.
Saya ingin bertanya di sini di antara pertahanan awam dan RELA, kedua-duanya terlibat di dalam keselamatan. Jadi, kalau boleh tolong jelaskan apa bezanya dan adakah ada pertindihan RELA dan pertahanan awam ini dalam satu kawasan, dan bolehkah tanyakan Menteri sama ada, apakah nisbah penduduk dengan anggota pertahanan awam atau RELA. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tuan Pengerusi, oleh kerana saya bukan menteri, saya minta Menterilah menjawab tentang perkara itu. Jadi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mana seramai enam orang Ahli Yang Berhormat telah dapat mengambil bahagian dalam perbahasan sebentar tadi yang menyentuh berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Tuan Pengerusi, sebelum saya menjawab pertanyaan tersebut secara spesifik, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan di Dewan yang mulia ini bagi Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 ini, KDN telah diperuntukkan sejumlah RM493,251,000 bagi belanja mengurus B.62 dan juga P.62 sejumlah RM20. Bagi peruntukan di bawah B.62, tambahan sebanyak RM493,521,000 ini adalah dikehendaki untuk perbelanjaan seperti berikut:
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
(i) RM339,088,900 untuk menampung keperluan emolumen kakitangan awam di bawah KDN;
(ii) RM100 juta adalah untuk perbelanjaan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan depot-depot imigresen di seluruh negara;
(iii) sebanyak RM50,204,900 untuk menampung bayaran utiliti di bawah kementerian;
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
(iv) sebanyak RM2,731,200 untuk membiayai perolehan dua unit pencetak Toppan E200 bertujuan untuk mempercepatkan pengeluaran pasport; dan
(v) RM1,226,000 yang diperlukan bagi kegunaan kawalan keselamatan dan ketenteraman awam sempena Pilihan Raya Kecil Sibu pada 2010.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, seterusnya bagi menjawab perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menjelaskan bahawa saya hanya akan menjawab kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan butiran-butiran yang ada kaitan seperti mana yang telah saya nyatakan, berkaitan dengan kegunaan peruntukan- peruntukan yang saya telah senaraikan tadi iaitu seperti mana dalam buku Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan. Ia merupakan khusus butiran-butirannya. Akan tetapi ada juga di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang terkeluar daripada tajuk. Jadi yang terkeluar itu saya tidak akan menjawab.
Pertamanya saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti yang mana beliau menyatakan bahawa daripada segi tugasan Rela yang memang banyak dilakukan di peringkat luar bandar yang mana mencadangkan supaya mereka ini diberikan elaun. Walaupun dari segi konsepnya bahawa Rela ini adalah merupakan pasukan sukarelawan dan bagi pihak kerajaan memanglah kita hendak mempertingkatkan semangat kesukarelawan di antara masyarakat kita, apatah lagi dalam keadaan yang lebih moden hari ini yang kita lihat dari segi semangat kesukarelawan di antara masyarakat kita berkurangan.
Jadi apa yang kita laksanakan pada hari ini dengan adanya pasukan-pasukan seperti Rela dan juga pasukan JPAM ataupun Jabatan Pertahanan Awam, maka apa yang kita hendak lihatlah supaya semangat sukarelawan ini dapat kita tanamkan di kalangan masyarakat kita. Jadi itu sebab walaupun semangat sukarelawan yang kita hendak menanamkan kepada rakyat kita tetapi dalam kerja-kerja yang dilaksanakan secara rasmi, mereka dibayar elaun dengan jumlah-jumlah yang tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jadi memang ada peruntukan elaun yang diberi kepada mereka.
Begitu juga daripada segi latihan, bahawa anggota-anggota Rela yang diambil, mereka diberi latihan kerana kita memang mewujudkan beberapa pusat latihan mengikut zon-zon – zon utara, zon selatan, zon Sabah – yang mana di pusat-pusat latihan ini kita memberikan latihan, umpamanya dalam kawad untuk menanamkan semangat disiplin di antara mereka. Di samping itu juga, seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sibuti tadi berkaitan latihan senjata, mereka juga diberikan latihan menggunakan senjata.
Jadi memang latihan-latihan diberikan kepada mereka ini.
Berkaitan dengan pegawai polis wanita yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sibuti yang mana supaya anggota polis wanita juga diberikan latihan dalam mempertahankan diri. Apa yang harus saya terangkan untuk makluman Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini berkaitan latihan yang dilaksanakan di pusat latihan bagi anggota-anggota polis ini, ianya tidak ada beza di antara anggota polis rekrut wanita ataupun lelaki. Mereka sama. Segala pendedahan-pendedahan diberikan kepada mereka ini termasuklah latihan dalam mempertahankan diri. Jadi itu tidak ada masalah, memang ada.
Sehubungan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, pertama, adalah berkaitan dengan pengambilan anggota baru ini yang mana Yang Berhormat telah menimbulkan bahawa program latihan yang dilaksanakan selama tiga bulan ini, yang mana Yang Berhormat mengatakan daripada segi efficiency terjejas.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Apa yang saya ingin menyatakan di sini Yang Berhormat, bahawa pada biasanya memang amalannya dari dahulu lagilah di mana latihan untuk anggota-anggota konstabel rekrut dibuat selama enam bulan. Akan tetapi ada penukaran sedikit di mana dibuat selama tiga bulan yang mana enam bulan dipendekkan kepada tiga bulan dan tiga bulan itu dibuat di pusat latihan dan tiga bulan lagi di formasi-formasi iaitu di beberapa negeri yang mana ada pusat latihan yang selain dapat latihan di pusat itu, bahawa mereka diperkenalkan supaya mereka dapat on jobs training di kawasan-kawasan itu. Jadi ini memakan masa tiga bulan dan selepas itu bagi satu bulan lagi yang mana mereka dibawa balik ke pusat latihan untuk mengadakan latihan-latihan terakhirnya untuk ada majlis tamat latihan.
Walau bagaimana pun, program berkaitan latihan seperti yang dinyatakan ini yang mana selain daripada amalan yang kita buat, pada 13 hingga 4 April bertempat di Maktab Teknik dengan diuruskan Pulapol Muar, jadi jawatankuasa telah membuat satu kajianlah dan di mana pada hari ini latihan ini telah diubah balik kepada enam bulan seperti biasa.
So dalam latihan-latihan yang dibuat, ada program-program yang kita laksanakan mengikut mingguan. Mingguan pertama selama satu minggu yang kedua selama dua minggu, mingguan ketiga dua minggu, sampailah akhirnya ia memakan masa 26 minggu semuanya. Di sini mereka dilatih dalam pembinaan sahsiah, dalam modul akademik dan dalam modul akademik ini termasuklah dalam undang-undang sehingga mereka tamat latihan di hujung enam bulan yang dilatih bagi mereka ini. Jadi sekarang ini memang kita telah melaksanakannya semula program latihan bagi anggota konstabel polis ini iaitu selama enam bulan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Pengerusi, sehubungan dengan JPAM yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian yang ingin mengetahui apakah objektif ataupun peranan JPAM.
JPAM pada konsepnya adalah merupakan pengambilan selain daripada anggota tetap, terdapat pengambilan daripada sukarela, jadi ini untuk meningkatkan semangat kesukarelawan. Berkenaan dengan JPAM ini dari segi perwujudannya memang telah lama iaitu semenjak tahun 1939 lagi, yang mana diwujudkan di bawah Emergency Regulation Enactment yang dibentuk sebagai langkah menghadapi peperangan dunia kedua pada ketika itu.
Pada 24 Mac, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ditubuhkan dengan lebih jelas dengan dasar, dengan adanya Akta Pertahanan Awam 1951, akta 202. Daripada segi objektifnya adalah untuk mengurangkan risiko akibat daripada bencana dan di mana diadakan latihan kepada orang ramai bagi mengadakan sistem amaran bencana dan menyelenggarakan pusat-pusat perlindungan. Selain daripada itu, respons kepada bencana iaitu menubuhkan pasukan First Responder, mengadakan perkhidmatan kecemasan, pemulihan, pembersihan, membantu membangunkan semula tempat-tempat kediaman dan lain-lain lagi yang diperlukan semasa di dalam emergency. Daripada segi matlamatnya dari segi tugasan telah disenaraikan di dalam akta ini dengan panjang Yang Berhormat, jika Yang Berhormat memerlukan maklumat apa tugas-tugasnya, saya boleh berikan secara bertulis.
Selain daripada itu, Yang Berhormat juga ada menyatakan bahawa satu laporan polis di Salak Tinggi di mana Jabatan Pendaftaran Negara membuat operasi di luar waktu pejabat, dikatakan bahawa jabatan pendaftaran negara mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing di tempat tertentu. Di sini Yang Berhormat Kubang Kerian, saya sangat bersetuju dengan tindakan Ahli Yang Berhormat kerana telah membuat laporan polis mengenai perkara ini dan saya percaya dengan adanya laporan polis ini, bahawa ia dapat disiasat berkaitan dengan perkara ini dengan lebih terperinci.
Walau bagaimanapun, saya juga ingin memaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara memang melaksanakan program operasi atau khidmat di luar waktu pejabat yang mana ia merupakan sebahagian daripada program outreach yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Namun begitu perkhidmatan tersebut diadakan untuk menerima permohonan dan memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Sekiranya daripada segi peraturan-peraturan ini akan diteliti dan perkara-perkara dalam outreach program yang dilaksanakan itu dan segala permohonan diproses di pejabat dan untuk makluman Yang Berhormat juga kad pengenalan tidak pernah diberikan kepada mana-mana individu semasa operasi di luar pejabat. Jadi dakwaan Yang Berhormat, polis report telah dibuat dan polis kini sedang menyiasat berkaitan dengan perkara ini.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya ingin bertanya adakah ini termasuk proses pertukaran alamat, bolehkah ia dilakukan di luar daripada pejabat JPN itu sendiri, adakah perkhidmatan pertukaran alamat ini juga boleh dibuat di luar waktu kerja terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Yang Berhormat, berkaitan dengan program yang dibuat di luar kerja ini adalah merupakan program out reach, yang mana pertukaran alamat boleh dibuat, daripada segi prosesnya untuk memenuhkan borang- borang tersebut. Jadi apa pun keputusan dibuat dengan membawa apa-apa dokumen yang telah diuruskan di luar dan akan dinilai di pejabat, bukan kita yang membuat keputusan semasa kita melakukan outreach program ini Yang Berhormat.
Yang Berhormat, seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Wangsa Maju iaitu pertama berkaitan dengan isu PATI ini.
Apa yang saya ingin nyatakan bahawa di dalam isu PATI ini, pihak imigresen bersama- sama dengan jabatan-jabatan yang lain sentiasa mengadakan operasi bersama berkaitan dengan PATI yang berada di dalam negara. Jadi daripada segi operasi ini, memang kerap diadakan dan yang mana didapati semasa operasi bahawa terdapat PATI maka mereka akan ditangkap dan dihantar ke pusat tahanan untuk disiasat dengan lebih lanjut lagi, untuk melihat dari segi dokumen mereka dan jika didapati bahawa mereka benar merupakan PATI, maka tindakan dan pendakwaan akan diambil dan kemudiannya mereka ini akan diusir ke negara asal mereka.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Minta penjelasan, terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sama ada kementerian sedar atau tidak bahawa sekarang ini ada ramai pendatang asing tanpa izin yang berada di dalam negara ini, khasnya daripada warganegara Nepal dan berapakah jumlah yang diketahui oleh kementerian mengenai dengan Nepalese ini itu yang pertama.
Kedua ialah sama ada kementerian sedar atau tidak terdapat satu perkampungan di Mont Kiara lebih kurang semi jungle di sana, terdapat ramai pendatang asing tanpa izin dan menubuhkan satu kampung di Mont Kiara dan kebanyakannya di sana ialah warga Indonesia dan mereka melakukan pelbagai rompakan dan jenayah di situ. Adakah sedar atau tidak akan hal ini? Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Yang Berhormat, berkaitan dengan PATI daripada Nepal ini. Kalau daripada segi data jika dibandingkan dengan negara-negara lain bahawa PATI daripada Nepal tidaklah seramai daripada apa yang kita lihat umpamanya PATI daripada Indonesia ataupun daripada Filipina. Jadi kementerian memang sedar berkaitan dengan perkara ini, itu sebab dari segi tindakan sebagaimana yang saya nyatakan tadi daripada segi operasi-operasi memang sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi mengambil tindakan untuk menangkap mereka dan juga mengusir mereka.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Di perkampungan di dalam Mont Kiara itu terdapat satu – ada ramai PATI di sana, sama ada kementerian sedar atau tidak, di Mont Kiara, yang datang ke ibu kota ini. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Kerajaan sedar berkaitan kehadiran orang negara asing. Di mana pihak berkuasa iaitu imigresen sentiasa membuat pemantauan. Di mana di dapati bahawa mereka merupakan PATI, maka tindakan diambil.
Jadi, apa yang kita buat, memang ada operasi-operasi dilakukan dekat Mont Kiara seperti mana Yang Berhormat Wangsa Maju bagi tahu tadi.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengenai operasi-operasi yang dilakukan ini, sedarkah Yang Berhormat, banyak operasi tidak boleh dilakukan kerana apabila ditangkap PATI ini tidak ada tempat hendak letak, depoh semua penuh. Kita mendapat maklumat bahawa pihak berkuasa agak tidak mahu membuat operasi ini. Oleh kerana bila ditangkap mereka tidak ada tempat hendak letak PATI ini. Jadi, dalam bajet tambahan ini ada disebut bahawa untuk pembinaan depoh-depoh ini. Jadi, berapa banyak PATI yang boleh ditampung oleh depoh-depoh baru ini.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Yang Berhormat kata tidak ada tempat untuk ini, saya rasa tidak betul maklumat Yang Berhormat itu. Jadi, apa tangkapan yang dibuat, maka kita ada 13 depoh semuanya Yang Berhormat. Ianya daripada segi kemasukan, fluctuate ataupun ada meningkat, ada menurun. Jadi, yang menurun kerana ada setengahnya telah diusir. Jadi, berkaitan dengan apa peruntukan yang dimohon di sini adalah untuk penambahbaikan untuk daripada segi keselamatan dan juga daripada segi peralatan dan sebagainya yang digunakan untuk depoh-depoh yang ada sebanyak 12 buah ini.
Selain daripada itu, Yang Berhormat daripada Wangsa Maju mencadangkan berkaitan dengan kes video ini yang mana Yang Berhormat mencadangkan supaya satu suruhanjaya diraja siasatan diwujudkan. Apa pun Yang Berhormat, hari ini kes ini telah disiasat oleh pihak polis. Sama ada satu suruhanjaya perlu diwujudkan atau tidak, pihak polis perlu membuat siasatan untuk menyelesaikan siasat secara terperinci berkaitan dengan perkara ini. Sehubungan dengan saranan Yang Berhormat untuk mewujudkan suruhanjaya itu, untuk sementara ini kita belum ada cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan, untuk sementara. ..
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
[Bangun]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam perkara ini, adalah satu perkara yang amat serius oleh kerana video ini terlibat seorang tokoh politik tertinggi dalam negara dan juga mungkin bakal Perdana Menteri.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Juga ini telah ada satu tuduhan kata ini yang tulen, ada tuduhan kata yang ini konspirasi. Bukankah ini satu masa ataupun keemasan. Golden opportunity untuk menentukan bahawa ini bukan satu konspirasi atau ada konspirasi. Kita boleh menyelesaikan dengan sekali gus. Kalaulah kita menanti dan tunggu siasatan polis, apa-apa hasil yang dikeluarkan oleh polis tidak akan diterima. Orang akan tuduh konspirasi. Konspirasi-konspirasi.
So, kalau kita ada satu Royal Commission, ini adalah satu pendengaran terbuka di mana semua orang boleh dengar, boleh nampak, apakah yang dilakukan oleh RCI ataupun Suruhanjaya Diraja seperti kes Teoh Beng Hock ini, seperti kes Vajindran, yang kes perempuan itu yang diseksa tarik telinga di dalam lokap itu. Ini satu saya kata golden opportunity. Kalau kerajaan tidak terlibat konspirasi, saya rasa tubuhkan Royal Commission.
Saya nampaknya, saya rasa kerajaan takut hendak tubuhkan Royal Commission.
Ada Royal Commission Vajindran. Ada commission kes lokap yang kecil begitu pun ada Royal Commission. V.K. Lingam pun ada. Semua - akan tetapi kenapa kes ini tidak berani.
Tubuhkan Royal Commission, didesak oleh Yang Berhormat Kota Belud, disokong oleh Yang Berhormat Ledang. Akan tetapi mereka ini sokong dengan kosong sahaja. Desaklah kerajaan itu...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Saya sokonglah, saya sokong.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Desak kerajaan supaya...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Sekali lagi Yang Berhormat Kota Belud menyokong supaya RCI ini ditubuhkan.
Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam
Saya sokong.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
So, sila, sila beritahu Parlimen sama ada kerajaan sudi atau tidak untuk tubuhkan satu RCI untuk menentukan kes ini bukan satu kes konspirasi atau ada konspirasi.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
[Bangun]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Itu menentukan ini, terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Timbalan Menteri, Timbalan Menteri, saya perkara yang sama. Terima kasih. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri perkara yang berkaitan, tidak sama akan tetapi berkaitan. Sekiranya jawapannya adalah bahawa siasatan polis sedang dijalankan dan keputusan sama ada hendak dilantik atau hendak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja ataupun suruhanjaya bebas untuk siasat pita rakaman video ini dibuat kemudian.
Saya hendak tanya jawapan secara jelas daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, siasatan ini adalah mengenai apa dan akan dapat keputusan atau ketetapan mana. Pertamanya, saya difahamkan siasatan ini berkaitan dengan Perkara 292 - Kanun Keseksaan, iaitu penyebaran bahan-bahan lucah. Akan tetapi adakah siasatan di bawah Perkara 292 - Penal Code ini termasuk siasatan untuk membuktikan ketulenan video tersebut.
Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh buat siasatan penyebaran bahan lucah tanpa buat pengesahan mengenai ketulenan video ini. Jadi, saya hendak jaminan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri jawapan, bahawa ini bukan hanya siasatan mengenai penyebaran bahan lucah tetapi juga mengenai ketulenan video itu. Itu yang pertama.
Kedua, sekiranya pada peringkat siasatan polis dan bukannya penubuhan suruhanjaya diraja ataupun suruhanjaya bebas, apakah prosedur yang akan dikemukakan untuk memberi keyakinan kepada orang ramai, contohnya validasi pihak ketiga. Dalam perkara ini mungkin forensik Polis Diraja Malaysia akan buat satu siasatan tetapi adakah apa-apa perancangan supaya perkara ini mendapat validasi daripada pihak ketiga.
Contohnya, forensik daripada kepakaran daripada negara lain untuk mendapat tahu mengenai ketulenan, kesahihan video tersebut, terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Yang Berhormat.
Sehubungan dengan siasatan, memang benar apa yang penumpuan dibuat adalah berkaitan dengan offence di bawah 292. So, di dalam siasatan di bawah 292 daripada aspek video lucah ini, ada keperluan untuk membuktikan daripada segi kes iaitu mesti ada ketulenannya. Kalau tidak, tidak diiktiraf sebagai video lucah. Alright, berkaitan dengan penubuhan suruhanjaya siasatan. Daripada peringkat sekarang ini tidak ada keperluan untuk sementara. Jika sampai waktunya merasakan ada keperluan, maka saya percaya pihak kerajaan tidak menolak untuk mewujudkan Suruhanjaya Diraja berkaitan dengan siasatan ini.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, seingat saya ketika mana - saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri maklum sebagai kelemahan undang-undang, ketika mana first information reports dilaporkan, seingat saya ada tiga jenis kesalahan selain daripada yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, betul.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Kedua, juga melibatkan, dengan izin, criminal intimidation kerana ada unsur ugutan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ketiga, I mean this allege di dalam first information report, iaitu criminal defamation juga dan kes ini – kita lihat kes Sharifah Aini, itu criminal defamation, Yang Berhormat Timbalan Menteri maklum semua itu. Jadi, soalan saya, adakah di tahap ini seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri maklumkan tadi hanya di bawah Cinematography Act tadi itu ataupun kesalahan merujuk pada video lucah dan tidak criminal intermediation seperti yang dijelaskan tadi.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Yang Berhormat Balik Pulau, dalam proses standard procedure berkaitan dengan siasatan ini, walaupun dalam first information report, mungkin ia terus one offence. Dengan izin, it does not mean that we cannot charge for other offences disclose during the process of investigation. Yang Berhormat yang mana dalam sesuatu siasatan, tidak mesti hanya penumpuan pada kes yang timbul daripada first information report. So, ada kes-kes lain yang boleh ataupun yang didapati berlaku, maka pihak polis tidak teragak-agak untuk...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Melaksanakan atau mendakwa kes-kes yang disclose semasa investigation.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Penjelasan lanjut, sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Maksudnya dalam. Menteri ini sekiranya siasatan tersebut menjurus pada dia, tidak akan terhad itu, akan boleh pergi pada kesalahan- kesalahan yang berkaitan. Itu maksudnya. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Yes. It depends on evidence, Yang Berhormat, ya.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Ya. Depends on the evidence. Saya setuju. Rules of law and the evidence. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
That is the procedure.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya tambah sekali, masuk sekali? Terima kasih. Berhubung dengan persoalan video ini, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut sekiranya ia autentik, maka barulah ia dianggap sebagai video lucah. Saya ingat takrif itu tidak betul sama ada ia autentik ataupun tidak, content itu adalah content yang lucah. Sesiapa sahaja yang memilikinya, mengedarnya, menayangnya, sepatutnya dikenakan tindakan kerana ia memang... [Tepuk] merupakan content yang lucah...
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
[Bangun]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Belum habis lagi. Ada beberapa isu lagi.
Itu daripada sudut authenticitynya.
Kedua, dalam kes ini, memang ia merupakan satu tindakan yang jelas mempunyai matlamat politik, ia kepentingan politik. Ini jelas daripada tindakan Datuk Trio apabila mereka mengugut bahawa sekiranya tidak letak jawatan, maka kita akan edarkan. Maka, jelas bahawa pada asalnya mereka tidak berminat untuk sama ada hendak mengenakan tindakan, sama ada undang-undang ataupun sebagainya terhadap orang yang didakwa berlakon di dalam video lucah tersebut. Akan tetapi mereka ingin mencapai satu matlamat politik iaitu orang yang berkenaan, yang didakwa mereka letak jawatan dan isterinya juga letak jawatan. Ini merupakan political intermediation dan memang ia merupakan satu tindakan yang salah daripada sudut undang-undang juga dan niat di sebaliknya jelas apabila mereka menyatakan yang sebegitu.
Ketiga dan terakhir ialah selain daripada soal sama ada video itu autentik itu ataupun tidak, ia amat penting, very pertinent to the case, dengan izin ialah sama ada orang yang berlakon itu adalah benar orang yang didakwa ataupun sebaliknya. Lalu daripada video itu, semata-mata...
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Yang berlakon itu autentik atau tidak?
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Daripada video itu semata-mata, ia tidak merupakan bukti kerana orang yang berkenaan mungkin mempunyai alibi. Dia berada di mana, mungkin dia berada di mahkamah... [Disampuk] Mungkin dia berada di tempat lain dan sebagainya lalu authenticity itu semata-mata bahawa ia bukan satu dotted video tape.
Ia betul, undotted, tidak merupakan satu bahan bukti yang muktamad seperti mana juga kes DNA.
Kita boleh kata ada seorang wanita, dia mendakwa dia dirogol oleh seorang lelaki, si ‘A’. DNA si ‘A’ itu dijumpai atas wanita itu tetapi pada waktu dan masa dia mendakwa dia dirogol, tengok-tengok si ‘A’ ini sedang memberikan ceramah di tempat lain. Maknanya, ia bukan satu bukti yang muktamad... [Disampuk] Faktor-faktor... [Dewan riuh] Faktor-faktor yang lain, perlu diambil kira. Akan tetapi saya rasa, ini penutup sayalah Yang Berhormat Timbalan Menteri... [Disampuk] Saya merasakan ini semua merupakan apa yang dikatakan sebagai dengan izin, smear campaign... [Tepuk] People are not interested in the truth.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Sekadar beri persepsi, cukup.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik, Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Lalu saya rasa, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri... Ya, saya rasa kalau orang bersubahat dalam kes ini memang dosanya besar... [Tepuk] [Dewan riuh] Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Semalam pun...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cakap dahulu. Sedikit sahaja Yang Berhormat.
Saya ingat apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam itu, sangat detail dan sangat teknikal. Bukan saya kata apa benda, teknikal. Jadi, daripada peringkat ini Yang Berhormat, polis masih menyiasat, kita tidak boleh sebenarnya come to our own conclusion.
Jadi, kalau Yang Berhormat baca principle sub judice Parlimen itu, ada mengatakan sama ada bermula daripada kes itu pergi ke mahkamah ataupun apabila polis secara serius menyelidik perkara-perkara yang berlaku itu. Jadi, saya minta kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak itu, sedikit sahaja. Setakat prinsip itu boleh.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mencelah sedikit?... [Dewan riuh] Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya hendak tanya Yang Berhormat, setuju atau tidak dengan pandangan saya, apabila sesuatu perkara berlaku, tuduhan-tuduhan ataupun sebarang kes sama ada video ataupun apa sahaja, yang penting akhirnya the bottom line ialah kebenaran, the truth. Jadi, kalau kita pegang pada prinsip itu, sepatutnya tidak ada mana-mana pihak yang melenting.
Tidak ada mana-mana pihak yang perlu melenting kerana pada satu hari, kebenaran tetap akan terdedah. Jadi, buat apa kita hendak melenting. Melenting itu hanya seolah-olah orang yang makan lada dia rasa pedas. Itu sahajalah... [Dewan riuh] Saya berharaplah supaya perkara-perkara seumpama ini tidak di...
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Tidak diperbesar-besarkan.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Kadang-kadang yang jual lada pun melenting. Yang jual lada itu pun melenting... [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Dalam kes ini, yang jual lada ini yang buat bising... [Disampuk] Yang penting, video lucah disimpan, ditayangkan, ditonton. Ia merupakan satu kesalahan yang perlu diambil tindakan... [Dewan riuh] Itu faktanya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Okey. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Tidak perlu FBI.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Dewan riuh] Saya tidak habis lagi tetapi tiba-tiba ada pihak yang mencelah pula sedang saya bertanya ini... [Dewan riuh] Jadi, sabar. Sabar itu sebahagian daripada iman... [Dewan riuh] Saya hendak bertanya Yang Berhormat, saya katakan tadi yang pentingnya ialah the truth. Jadi, biarlah polis siasat. Apabila polis menyiasat, selesai siasat, tidak kiralah siapa, yang menayang video itu kalau salah, Datuk ‘Trio’ itu pun yang kena dakwa... [Disampuk] Yang pelaku, kita tidak siapa. Yang kita ‘dok kalut’ ini buat apa? Yang kita ini hendak beria sangat tetapi biarlah pihak polis menyiasat perkara ini dan kita mesti beri kepercayaan kepada pihak polis.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Cukup Yang Berhormat.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi Tuan Pengerusi, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, bab menjawab biar tegas, biar gah sedikit. Kalau tidak depa ini main- main sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak perlulah banyak sangat. Sudah banyak cakap.
Jawapan pun tidak ada.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma saya hendak memperjelaskan dalam penerangan saya berkaitan dengan autentik ataupun ketulenan. Apa yang saya lihat, Yang Berhormat Shah Alam apabila kata ketulenan, dia lebih pada.., extend the actor. So, here what – apa yang saya nyatakan, ketulenan itu kalau video itu lucah, pasal saya tidak tahu lucah atau tidak lucah, pasal saya tidak tengok.
[Ketawa] Jadi, itu sebab saya mesti ada ketulenan yang dipamerkan atau yang ditayangkan itu lucah. Jadi, Yang Berhormat Shah Alam, dia punya persepsi lebih daripada itu.
Ketulenan dalam... [Disampuk] Siapa yang melakukan.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Satu dunia sudah tahu. Tidak akan Menteri tidak tahu.
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Jawapan ini, tidak akan lah Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak tahu isi kandungan... [Dewan riuh]
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Dia berimaginasi itu. Dia bayangkan.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam
[Bangun]
Tuan Khalid Abd. Samad - Shah Alam
Satu dunia sudah tahu. Sebab mengapa satu dunia tahu ialah kerana Datuk Trio itu tidak percaya pada polis... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat semua duduk Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak payah lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat saya sudah cakap. Saya masih tekan ini, tidak boleh cakap Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Pengerusi, sekarang saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu yang dibangkitkan...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Dulu tidak mahu percaya polis, sekarang tidak mahu percaya polis.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, tolong tutupkan forum di belakang itu Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said - Kuala Krau
Okey keluar, keluar, malulah. Kalah dalam perjuangan. [Dewan riuh]
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tengok ada gambar dia kut, ada gambar sekali kut... [Ketawa][Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Seorang Yang Berhormat Shah Alam boleh lawan BN, macam mana ini?... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat minta tolong diam sedikit Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak bercakap Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih. Tuan Pengerusi, kini saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud berkaitan dengan kaunter imigresen di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Terima kasih di atas... [Disampuk]
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Yang Berhormat Timbalan Menteri, dua isu yang saya minta tadi mengenai dengan Singapura itu kes...
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya habiskan Yang Berhormat Kota Belud sekejap.
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Okey, terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Berkaitan dengan aset imigresen yang perlu diberi perhatian. Saya akan sampaikan maklumat ini kepada pihak imigresen untuk melihat di mana aset-aset telah lama yang perlu ditukar atau diganti, saya akan memaklumkan kepada mereka.
Berkaitan dengan perkara imigresen seperti rakyat daripada Singapura yang menggunakan pasport dan tinggal di Malaysia. Sebagaimana Yang Berhormat nyatakan tadi bahawa mereka ataupun beliau menggunakan social pass di mana sebelum tamat social pass Yang Berhormat mengatakan tadi beliau keluar ke negara lain selepas itu dia masuk.
Jadi dari segi undang-undang kita selepas mereka keluar dan mereka masuk semula ia tidak menjadi satu kesalahan bahawa mereka boleh tinggal semula. Mungkin dari segi undang-undang kita ada kelemahan. Jadi di sini kita perlu membuat kajian sedikit, ya Yang Berhormat?
Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Kita perlu buat satu kajian, jadi kita boleh selaraskan dengan undang-undang atau peraturan Singapura di mana mereka mengehadkan sesiapa warganegara Malaysia memasuki ke Singapura dan tinggal di Singapura lebih daripada 90 hari. Mereka tidak boleh masuk pula ke Singapura selepas itu mereka perlu keluar dahulu setahun untuk duduk di Singapura. Jadi, kita perlu kaji semula dan buat perubahan apa-apa pun meminda undang-undang supaya mereka tidak boleh menyalahgunakan social pass ini. Ini kerana mereka yang tinggal di sini pun bukan setahun atau dua tahun tetapi berpuluh-puluh tahun yang saya tahu. Terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh sambung?
Soalan pendek tentang permit masuk sebab tadi tidak sempat buat ucapan.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Bolehkah pejabat imigresen menghantar surat kelulusan permit masuk kepada pemohon melalui pos pendaftaran atau pos laju sebab kebanyakan pemohon tidak mampu tunggu bertahun-tahun untuk maklum balas. Minta penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tidak ada butiran Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri panjang lagi Yang Berhormat?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Ya? Ada tinggal sedikit sahaja lagi.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sedikit, saya hendak sedikit Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri tiada butiran dan tidak ada kaitan dengan isu yang ditimbulkan oleh sesiapa.
Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya ingin menyentuh berkaitan dengan Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah menimbulkan isu berkaitan dengan pendaftaran syarikat dan juga berkaitan tukar alamat. Perkara ini tidak ada kaitan dalam butiran ini Yang Berhormat sebab pendaftaran ini adalah berkaitan dengan pembekalan dan juga perkhidmatan. Begitu juga tiada butiran dengan registrar of society. Jadi saya tidak...
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Minta penjelasan. Saya telah bangkitkan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam ucapan saya. Takkan ini tidak boleh? Tadi Yang Berhormat Kota Belud cakap hearsay cakap pendaftaran Pakatan Rakyat tidak boleh diluluskan kerana perlu tujuh parti.
Saya hendak dapatkan jawapan rasmi daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab saya Setiausaha Penaja Pakatan Rakyat. Saya sebagai pelanggan kepada RIS saya cukup tidak puas hati dengan layanan yang diberi oleh RIS. Saya telah bangkitkan mengapa Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak lari dan tidak berani beri jawapan?
Berilah jawapan rasmi mengapa tidak beri kelulusan? Jika perlukan tujuh parti cakaplah tujuh parti. Jawab.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Tidak payah beri, ini luar tajuk.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Dia hearsay kata semua hearsay punya.
Datuk Abd. Rahman Dahlan[Kota Belud]
Bertulislah Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Tahniahlah Yang Berhormat Rasah sebagai Setiausaha Pakatan Rakyat.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tidak ada dalam butiran.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Jawablah 15 bulan tidak boleh jawab. Ini hendak lari dan tidak berani beri jawapan. Jawab sahaja mengapa tidak beri kelulusan sehingga hari ini 15 bulan Yang Berhormat Timbalan Menteri. 15 bulan tidak boleh beri satu jawapan yes or no. Jika tidak beri mengapa? Tidak beri kelulusan mengapa, dan apa syaratnya?
Jawablah, jawablah..., lari?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Ini bukan hendak lari, ia mesti ada peraturan.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tidak berani?... Tidak berani jawab.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Duduk Yang Berhormat Rasah.
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Tidak berani beri kelulusan ini... [Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Loke Siew Fook - Rasah
Barisan Nasional takut kepada Pakatan Rakyat...
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sudahlah Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Pengerusi, akhir sekali berkaitan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Lipis di mana beliau mengalu-alukan berkaitan dengan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh pertahanan awam di mana pertahanan awam ini juga adalah merupakan matlamat untuk mewujudkan semangat kesukarelaan terutama di kalangan anak-anak muda. Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang kita lihat yang dijalankan oleh JPAM ini adalah aktiviti-aktiviti lasak. Jadi ini membuatkan ramai di kalangan anak-anak muda remaja tertarik untuk memasuki pertahanan awam ini.
Tuan Pengerusi, saya rasa itu sahaja...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kota Belud. Tadi ada satu isu...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat kalau sudah habis, habislah Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Sudah habis.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
No, ada satu isu Yang Berhormat Timbalan Menteri saya minta pandangan sahaja.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sudah habis.
Duduk Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Minta pandangan sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini soalan yang bagus untuk kementerian, pandangan Yang Berhormat Menteri sahaja. Saya telah bangkitkan dalam ucapan saya tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri dan bukan isu baru. Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat, masalahnya ialah ada beberapa pihak yang menuduh polis menembak sesuka hati dalam prosedur mereka menahan suspek dan sebagainya.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ada tadi saranan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian yang meminta supaya standard operating procedure polis itu diperbaiki. Saya punya pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya minta pandangan Yang Berhormat ialah mungkin masalahnya ialah orang awam tidak memahami bagaimana untuk respons kepada arahan polis untuk berhenti. Katalah keretanya diekori oleh polis, dipasang siren, ada lampu, apa tindakan mereka? Mungkin untuk orang awam, “Saya takut”. Dia lari, dia pecut lagi.
Jadi, saya minta tindakan polis ialah untuk memberi penerangan kepada orang awam di sekolah-sekolah, di universiti, di mana-mana supaya mereka tahu bagaimana mereka sepatutnya respons kepada arahan polis supaya tidak berlaku situasi di mana takut-takut polis merasakan mereka pula akan ditembak. Itu sebabnya saya rasakan tadi – SOP itu sudah bagus. Cumanya, apa tindakan kementerian untuk memberikan penerangan kepada rakyat begini sepatutnya respons kamu apabila kamu ditahan oleh polis. Itu saya minta pandangan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih sahajalah. Cadangan tidak payah Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Atas cadangan adalah merupakan pandangan yang baik kita ambil perhatian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membantu... [Ketawa]
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Cukup menceriakan.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM493,251,000 untuk Maksud B.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM493,251,000 untuk Maksud B.62 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.62 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.62 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2010.
Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 dan Usul Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua 2010 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Bacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan
(2010) 2011 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan.
Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya mencadangkan supaya Usul yang berbunyi:
Timbalan Menteri Kewangan I - Datuk Dr. Awang Adek Hussin
“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit
(RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran- butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2, Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran
(Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut, hendaklah disahkan.”
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I - Dato’ Joseph Salang anak Gandum
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Diputuskan, “Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit
(RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran- butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2, Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran
(Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut, hendaklah disahkan.”
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi mewujudkan dan melaksanakan suatu sistem tarif khas untuk memangkin penjanaan tenaga boleh baharu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya dibaca kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Dasar Lima Bahan Api atau Five-Fuel Policy yang diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan telah mengenal pasti sumber biomass, biogas, mini hidro dan solar sebagai sumber tenaga yang boleh diperbaharu dengan izin, renewable energy. Walau bagaimanapun, pembangunan RE atau renewable energy ini di negara ini amat terhad disebabkan pelbagai masalah dan kekangan yang ada.
Bagi mengatasi masalah dan kekangan ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memuktamadkan kajian Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu atau dalam bahasa Inggeris- Renewable Energy Policy and Action Plan, dipendekkan REPAP bagi memacu pembangunan RE negara dengan lebih pesat dan agresif dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 2 April 2010.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 bertujuan untuk mewujudkan industri RE yang efisien, berdaya maju, dan mampan serta berupaya sebagai pemangkin penjanaan tenaga boleh diperbaharui melalui perwujudan dan pelaksanaan sistem tarif galakan atau di bahasa Inggeris Feed-in Tariff dan pendeknya FIT. Rang undang-undang ini menggariskan peruntukan-peruntukan bagi pelaksanaan mekanisme FIT.
Penubuhan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu atau dana RE dan sebuah badan berkanun yang akan menjadi agensi pelaksana. Mekanisme FIT membenarkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. FIT berupaya menjadikan industri RE lebih kompetitif dan kadar harga jualan atau FIT yang ditetapkan adalah berbeza mengikut jenis sumber RE yang digunakan.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang RE, mengandungi sembilan bahagian dan 65 fasal. Bahagian-bahagian berkenaan adalah seperti berikut:
(i) Bahagian I. Bahagian ini yang terdiri daripada fasal 1 dan 2 yang memperincikan tajuk dan takrif perkataan yang digunakan di dalam akta yang dicadangkan serta pelaksanaan di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, Menteri mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh kuat kuasa akta ini dan juga peruntukan-peruntukan yang berlainan akta ini di bahagian- bahagian berlainan di Malaysia menerusi pemberitahu dalam Warta;
(ii) Bahagian II. Bahagian ini, yang terdiri daripada fasal 3 sehingga 11 adalah berkaitan penubuhan dan pemakaian sistem tarif galakan atau Feed-in Tariff, FIT System yang merangkumi perincian, kelayakan, dan syarat-sayarat untuk memohon sistem ini dan mendapatkan Feed-in Approval (FIA). Bahagian ini juga memberi kuasa kepada pihak berkuasa atau SEDA Malaysia untuk meluluskan serta membatalkan permohonan FIT.
Bahagian ini turut memberi kuasa untuk mengena syarat tambahan dan meminta maklumat tambahan kepada pemohon yang layak dan merangkumi penerangan mengenai proses rayuan bagi permohonan yang ditolak;
(iii) Bahagian III. Bahagian ini terdiri daripada fasal 12 sehingga 15 memperincikan tanggungjawab dan kewajipan pemegang- pemegang lesen pengagihan atau distributor, dengan izin, untuk menyambung pemasangan RE serta memberi dan mengagihkan semua tenaga elektrik daripada sumber RE yang telah dijana serta kewajipan untuk menandatangani perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh diperbaharui boleh dipendekkan REPPA dengan pemegang FIA. Bahagian ini juga memberi kuasa kepada SEDA Malaysia dengan persetujuan Suruhanjaya Tenaga untuk menetapkan kaedah-kaedah atau peraturan supaya pemegang lesen pengagihan dan pemegang FIA mematuhi keperluan-keperluan teknikal dan pengendalian dalam pelaksanaan sistem galakan seperti yang dicadangkan di bawah akta ini;
(iv) Bahagian IV. Bahagian ini yang terdiri daripada fasal 16 sehingga 22 menyentuh mengenai bayaran FIT kepada pemegang FIA. Pengurangan kadar FIT dan kajian semula pengurangan kadar FIT serta peruntukan mengenai kesetaraan grid bagi pemasangan tenaga boleh diperbaharui;
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
(v) Bahagian V. Bahagian ini yang terdiri daripada fasal 23 sehingga 27 menyentuh mengenai penubuhan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Diperbaharui atau dana RE yang diperoleh daripada peruntukan tarif elektrik. Dana RE ini akan dikendalikan oleh SEDA Malaysia. Ia juga diperuntukkan kuasa pelaburan yang boleh dilakukan oleh SEDA Malaysia melalui Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari ini. Ia tertakluk kepada keleluasaan Menteri Kewangan;
(vi) Bahagian VI. Bahagian ini yang terdiri daripada fasal 28 sehingga 35 memperincikan kuasa SEDA Malaysia untuk menjalankan pengauditan dan pengumpulan maklumat;
(vii) Bahagian VII. Bahagian ini yang terdiri daripada fasal 36 sehingga 55 memperincikan kuasa SEDA Malaysia atau pegawai Suruhanjaya Tenaga untuk menjalankan penguatkuasaan di bawah akta yang dicadangkan ini berhubung dengan penyiasatan, penggeledahan, dan penyitaan;
(viii) Bahagian VIII. Bahagian ini yang terdiri daripada fasal 56 sehingga 63 menyentuh mengenai peruntukan-peruntukan am di bawah akta yang dicadangkan ini dengan perincian kuasa Menteri untuk membuat peraturan dan menggubal jadual kadar FIT. Ia juga memberi kuasa kepada SEDA Malaysia untuk mengeluarkan arahan terhadap pematuhan dan ketidakpatuhan syarat kelulusan sistem galakan serta tanggungjawab SEDA Malaysia mengemukakan Laporan Pelaksanaan dan Prestasi Sistem Galakan ini; dan
(ix) Bahagian IX. Bahagian ini yang terdiri daripada fasal 64 sehingga 65 memperincikan akan pengecualian dan peralihan yang meliputi had dan pilihan pemaju RE sedia ada sama ada untuk menyertai sistem galakan dan menamatkan sebarang perjanjian terdahulu atau meneruskan perjanjian semasa dengan pemegang lesen pengagihan dan tidak menyertai sistem FIT.
Bahagian ini juga menyentuh mengenai tempoh lanjutan atau pengurangan lesen penjanaan berdasarkan Akta Bekalan Elektrik 1990.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui
Secara ringkasnya, bidang-bidang utama yang terkandung dalam Rang Undang- undang Tenaga Boleh Baharu adalah – Pertama, mekanisme FIT. Peruntukan-peruntukan yang diliputi di bawah mekanisme FIT. Antaranya adalah penubuhan sistem FIT, kelayakan bagi FIT, laporan pemantauan, prestasi sistem FIT dan kadar FIT dengan kadar degression.
Keduanya, tanggungjawab pihak utiliti. Peruntukan-peruntukan yang terkandung di bawah tanggungjawab pihak utiliti adalah keutamaan sambungan, keutamaan membeli dan mengagih perjanjian jual beli tenaga antara pemaju dengan pihak utiliti dan keperluan operasi dan teknikal yang diperlukan pemaju dan pihak utiliti.
Ketiganya, dana RE. Peruntukan-peruntukan yang termasuk di bawah dana RE adalah perolehan dana RE daripada tarif elektrik, perbelanjaan yang boleh dicaj di bawah dana RE, pelaburan dana RE dan simpanan akaun dana tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi mewujudkan dan melaksanakan suatu sistem tarif khas untuk memangkin penjanaan tenaga boleh baharu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya.
Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya saya ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian yang berkenaan kerana telah pun berjaya merumus satu rang undang- undang ini dan sekali gus dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Ini kerana, inilah salah satu daripada pendekatan ataupun langkah ke alam teknologi hijau di mana sebagaimana yang kita sedia maklum, teknologi hijau adalah salah satu daripada pendekatan untuk memulihara alam sekitar, dunia dan alam.
Sebagaimana yang kita tahu Tuan Yang di-Pertua, sains dan teknologi memajukan alam. Sains dan teknologi memberikan kita segala kelengkapan hidup di dunia ini. Segala keperluan hidup termasuklah sekarang kita berada di dalam Dewan yang mulia ini dengan suasana yang sejuk ini. Ini adalah salah satu daripada sains dan teknologi. Banyak lagi kemudahan yang kita sedang gunakan yang senang kita pakai daripada sains dan teknologi. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sains dan teknologi jugalah yang telah banyak memusnahkan alam sekitar, merosakkan alam sekitar. Itu kita tidak boleh nafikan. Akan tetapi akhir-akhir ini Tuan Yang di-Pertua, sains dan teknologi jugalah yang boleh digunakan untuk memulihara dan memelihara alam sekitar. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu ini adalah salah satu daripada pendekatan untuk memulihara alam sekitar khususnya bagi satu jangka masa yang panjang.
Tadi disebut ini adalah salah satu daripada sumber bahan api yang kelima penting di dalam negara kita. Ini bukanlah satu perkara baru Tuan Yang di-Pertua. Dulu sudah ada, cuma kita tidak sebut sahaja TBB. Kita ada penjana elektrik daripada sistem hidro dan sebagainya. Sekarang pun sudah ada sistem penjanaan daripada biogas, biomass. Di FELDA tidak kurang sepuluh kilang FELDA menjana sebagai elektrik tetapi tidaklah ada FIT. Tadi disebut, malah sebelum ini kita sedia maklum sehingga Rancangan Malaysia Kesembilan ataupun sehingga tahun lepas, hanya 17.5 peratus sahaja sasaran yang dicapai bagi tenaga elektrik yang dijana daripada TBB masuk ke grid elektrik. Maknanya boleh dikatakan sangat perlahanlah Tuan Yang di-Pertua, sangat-sangat perlahan.
Jadi saya harapkan dengan adanya Rang Undang-undang TBB ini, selepas ini akan dapat menggalakkan dan mempercepatkan proses penjanaan elektrik daripada tenaga boleh diperbaharui. Cuma, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapa hanya disenaraikan biogas, biomass, solar, hidro, tetapi tidak ada angin? Tidak ada sumber daripada angin, tidak ada sumber daripada laut. Misalnya mungkin ombak, sebab kalau kita tengok di dasar laut Tuan Yang di-Pertua, arusnya sangat kuat. Kenapa tidak dimasukkan? Mungkin perlukan penjelasan kemudian.
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa persoalan Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin tahu. Dalam menggalakkan penjanaan tenaga elektrik daripada TBB ini, ada satu skim galakan yang dinamakan sebagai feed-in tariff. Saya ingin bertanya, dari mana kita dapat sumber FIT ini? Kalau saya baca satu per satu, pengguna akan dikenakan caj lebihan sebanyak satu peratus. Ini yang saya nampak, daripada sumber lain saya tidak nampak.
Yang saya baca inilah dia. Caj satu peratus daripada jumlah unit penggunaan elektrik yang digunakan oleh pengguna kecuali yang bawah 200 unit.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Saya hendak bertanya, adakah ini telah pun mengambil kira kesan keseluruhan?
Bagi pengguna kecil, 200 unit itu mungkin kecil. Akan tetapi bagi pengguna yang besar, ia boleh memberi kesan kepada kos pengeluaran keseluruhannya kerana seperti kilang dan lain-lain, akhirnya mereka akan mengenakan caj kepada produk mereka. Mereka akan transfer, mereka akan pindahkan caj tersebut kepada produk mereka. Misalnya mungkin kilang biskut, mereka kena caj lebih satu peratus daripada pengguna elektrik, mereka akan pindahkan kepada harga biskut.
Begitu juga harga-harga lain. Jadi ini Tuan Yang di-Pertua, kemungkinan menjadi satu persoalan kepada seluruh rakyat Malaysia. Jadi, perlukan ada satu penjelasan.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, barangan tersebut, kos tersebut akhirnya akan jatuh kepada tangan pengguna.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya setuju bahawa tidak ada cara lain untuk memulihara alam sekitar, kecuali kalau kita menggunakan pendekatan ini, dan tidak ada cara lain juga untuk memulihara alam sekitar tanpa kerjasama seluruh penduduk di dunia termasuk di dalam negara kita. Mungkin persoalannya Tuan Yang di-Pertua, sejauh mana kita boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka perlu memberikan kerjasama dalam semua aspek termasuklah sama-sama menanggung kos tersebut, Tuan Yang di-Pertua.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Umpamanya Tuan Yang di-Pertua, yang mudah kita faham kos air meningkat, kos rawatan air meningkat. Mengapa kos rawatan air meningkat yang akhirnya kos tersebut terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan sebahagian kecilnya ditanggung oleh orang ramai apabila mutu air rendah ataupun mutu air jatuh kerana pencemaran air sungai dan sebagainya.
Begitu juga alam Tuan Yang di-Pertua, maknanya kita kena didik, kita perlu didik rakyat dalam negara Malaysia supaya mereka benar-benar faham tentang pentingnya sama-sama menjaga alam sekitar dan dalam konteks ini sama-sama mengambil satu tanggungjawab bahawa kita sama-sama memulihara alam sekitar. Pulihara, alam sekitar dipulihkan dan kemudian dipelihara kerana kita sedia maklum hanya dengan TBB ini kita akan dapat mempercepatkan proses pengurangan, sama-sama menerima tanggungjawab di dalam satu proses pengurangan suhu dunia. Kita sama-sama dapat mengurangkan ataupun mencegah pembentukan gas rumah hijau dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua, tetapi ini perlukan kefahaman Tuan Yang di-Pertua.
Perlukan kefahaman semua pihak dan sekali lagi saya tegaskan, perlu kerjasama daripada semua pihak dan dalam konteks ini perlu sama-sama memelihara. Justeru, Tuan Yang di-Pertua, mereka perlu diberikan satu kesedaran secara mendalam bagaimana mereka boleh commit, mereka boleh terima bahawa sekiranya mereka menggunakan tenaga elektrik lebih daripada 200 unit, mereka dikenakan 1 peratus caj. Mungkin kalau 200 unit 1 peratus tak banyak caj dia tapi kalau seribu unit? Katakanlah bilnya RM200, 1 peratus sudah RM2. Kalau seribu sudah RM10 dan sebagaimana kita sedia maklum Tuan Yang di- Pertua, kadang-kadang naik seringgit pun boleh menjadi satu masalah. Setengah negara Tuan Yang di-Pertua, kos keperluan asas sesuatu barangan naik sedikit, kerajaan boleh jatuh, kerajaan boleh tumbang.
Di sinilah Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya sangat kepada pihak kementerian bagaimana kita boleh meyakinkan orang ramai. Untuk itu Tuan Yang di- Pertua, saya pernah mencadangkan di Dewan ini supaya media ini Tuan Yang di-Pertua, memainkan peranan penting dan media ini kita tak boleh meminta mereka berperanan secara berkesan secara sukarela.
Saya kurang yakin kalau media boleh memberikan kerjasama dalam soal ini secara sukarela 100 peratus. Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, mungkin perlukan sedikit dana kepada pihak media supaya media diberikan sedikit bayaran supaya mereka dapat bukan sahaja mempromosi Tuan Yang di-Pertua, supaya mereka secara berterusan dapat memberikan kefahaman, dapat memberikan penghayatan dan kesedaran kepada orang ramai supaya mereka akhirnya dapat meyakinkan orang ramai.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Ini kerana kita hendakkan orang ramai benar-benar komited dalam erti kata mereka sama-sama bersedia secara sukarela Tuan Yang di-Pertua, membayar sedikit kos.
Pengalaman yang sudah-sudah Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat Kempen Tak Nak Merokok, Kempen Kitar Semula, Kempen Mengasingkan Bahan Sisa di Rumah, macam-macam kita kempen, bagi mereka galakan dan sebagainya tetapi sampai sekarang Tuan Yang di-Pertua, kita belum dapat lagi kejayaan yang significant. Jadi di situlah Tuan Yang di-Pertua, kita perlukan satu kempen berterusan dan di peringkat ini Tuan Yang di- Pertua, saya yakin pihak media boleh memberikan kerjasama sekiranya ada sedikit bayaran kepada mereka. Tak kiralah sama ada media elektronik, media kertas termasuklah bloggers yang tumbuh macam cendawan sekarang ini. Mungkin kita boleh galakkan supaya bloggers termasuk bloggers politik. Bila ada kolum tertentu, jadi orang baca tetapi ada bayaran sedikit. Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, saya tidak nampak. Ini soal besar ini Tuan Yang di-Pertua, soal besar, hendak tanam kesedaran bukanlah satu perkara yang mudah.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Saya mengamati rang undang- undang ini, dia lebih memberikan perlindungan ataupun keutamaan kepada penjana TBB ataupun tenaga boleh diperbaharui. Dalam soal ini Tuan Yang di-Pertua, adakah TNB
(Tenaga Nasional Berhad) benar-benar akan memberi laluan terus, laluan biru Tuan Yang di-Pertua. Bukan laluan hijau, laluan biru. Maknanya blue lane, no more green lane dengan izin, sebab selama ini Tuan Yang di-Pertua, saya menerima maklumat, saya menerima aduan daripada orang ramai yalah, selama ini pun tak ada FIT susah TNB untuk memberikan kerjasama. Saya tanya di peringkat saya di Johor, di Kedah saya dengar ada tapi di selatan ramai di kalangan jurutera TNB belum faham lagi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya amat mengharapkan supaya kementerian dapat mengawasi TNB ini supaya memberikan kerjasama kepada penjana-penjana tenaga elektrik daripada TBB supaya dengan mudah mereka memberi kerjasama untuk tenaga elektrik ini masuk ke dalam grid mereka dan tidak ada pilih kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, selepas rang undang-undang ini diluluskan dan diwartakan, kemungkinan besar saya sudah buat survey sedikit di Ledang misalnya sudah ramai yang sudah berangan-angan, bercita-cita hendak mewujudkan sistem solar di rumah masing-masing tapi akhirnya perlu berdaftar dengan TNB. Saya bimbang Tuan Yang di- Pertua, sekiranya TNB pilih kasih misalnya sedangkan sekarang ini pun kita dapat lihat siapalah yang menjadi vendor mereka.
Akhirnya sekarang kita difahamkan TNB untung RM5 bilion. Bila semak balik, mereka beli barangan daripada China, kurang mendapat barangan daripada sistem vendor mereka. Kalau begitu, saya pun boleh untung Tuan Yang di-Pertua, sama juga dengan yang ini. Jadi saya minta pihak kementerian dapat meneliti benar-benar supaya TNB jangan nanti pilih kasih. Mana tahu di Ledang nanti misalnya ataupun di sebelah selatan atau utara, penjana bebas ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Lagi panjang ucapan Yang Berhormat?
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Sedikit sahaja, satu minit lagi saya hendak habiskan. Tumbuh macam cendawan dan akhirnya mereka terpaksa berebut-rebut dengan TNB.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tentang tenaga nuklear. Jadi kalau sekian lama ini Tuan Yang di-Pertua, kita begitu yakin dengan tenaga nuklear yang boleh membantu untuk menjana elektrik dan membantu untuk menyelesaikan masalah kekurangan tenaga elektrik, bila sudah ada sistem ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya pihak kementerian apakah rancangan seterusnya tentang tenaga nuklear. Kalau kita tengok sekarang kita banyak sumber biogas, kita banyak tandan kelapa sawit di seluruh negara.
Figure saya tidak ada tetapi mungkin dia boleh menjadi ganti kepada tenaga nuklear. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu telah lama disebutkan oleh kerajaan selama beberapa tahun. Akhirnya rang undang-undang ini telah pun dibentangkan di Dewan yang mulia ini.
Di Malaysia kita terdapat beberapa syarikat solar photovoltaic dari negara asing yang besar yang telah mendirikan kilang mereka di Malaysia termasuk Q-Cells, American Solar, First Solar, Sun Power dan sebagainya. Akan tetapi kesannya, syarikat pelaburan asing ini hanya mengeksport barang keluaran solar ini ke luar negara tapi bahan mereka tidak digunakan oleh orang tempatan dan alat solar photovoltaic termasuk solar panel masih merupakan barangan mewah yang hanya mampu digunakan oleh orang kaya sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sambung?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, sambunglah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Seputeh akan sambung pada hari Isnin. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin 4 April 2011.
Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.