Mar242011

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Bismilllaahir Rahmaanir Rahiim.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan Salam 1Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya menanyakan satu soalan, izinkan saya untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar SPM, guru-guru dan kementerian yang telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang yang dikeluarkan keputusan semalam dan juga izinkan saya untuk mengucapkan selamat datang kepada kakitangan Kementerian Luar Negeri dan daripada Parlimen Sabak Bernam ke dalam Dewan yang mulia ini. Pak Dolah bersalam dengan Cik Marimuthu, alhamdulilah soalan saya nombor satu Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:00 AM

1. Datuk Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Pelajaran menyatakan kedudukan novel Interlok karya Sasterawan Negara yang menjadi teks komponen sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS).

final • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran - Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sabak Bernam yang telah menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar kita yang telah pun mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM baru- baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat lima pertanyaan yang menyentuh isu berkaitan dengan kedudukan novel Interlok karya Sasterawan Negara Yang Berbahagia Datuk Abdullah Hussein yang menjadi teks komponen sastera ataupun KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima di zon dua iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan tersebut adalah Yang Berhormat Sabak Bernam pada hari ini, Yang Berhormat Kuala Krai yang dijadualkan juga pada hari ini, Yang Berhormat Bukit Gantang pada 4 April, Yang Berhormat Telok Intan dan juga Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Oleh kerana kesemua pertanyaan yang dibangkitkan ini saling berkaitan, izinkan saya menjawab isu tersebut secara serentak serta mengulas lapan pertanyaan yang dikemukakan sebelum hari ini kerana menyentuh perkara yang sama. Oleh sebab perkara ini adalah agak menjadi perhatian ramai, saya mohon izin mengambil masa sedikit.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sentiasa bersikap terbuka dalam menerima pandangan pelbagai pihak untuk menambah baik sistem pendidikan negara.

final • 10:00 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin

Semangat musyawarah diutamakan dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang timbul di samping memastikan sebarang tindakan yang dibuat dilaksanakan secara berhati-hati bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Dalam menangani isu novel Interlok, kementerian mengambil langkah yang amat teliti supaya sebarang keputusan yang dibuat adalah rasional, munasabah dan dapat diterima oleh semua pihak. Novel Interlok adalah satu karya sastera yang telah melalui proses pemilihan dan penyaringan yang ketat sebelum dipilih sebagai teks komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 5.

Novel ini telah dinilai oleh enam jawatankuasa peringkat kementerian yang ahli- ahlinya terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai disiplin ilmu. Ini adalah untuk memastikan Interlok memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu karya asal yang ditulis dalam Bahasa Melayu, menepati kurikulum Bahasa Malaysia, mendukung nilai-nilai murni, menimbulkan kesan nasionalisme yang kuat dan mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. Suka saya menegaskan bahawa dalam pemilihan teks KOMSAS, keutamaan diberi kepada hasil karya Sasterawan Negara pemenang anugerah SEA Write Awards dan pemenang hadiah Sayembara Sastera.

Tuan Yang di-Pertua, secara khusus novel Interlok memaparkan kegigihan watak- watak dalam keluarga berketurunan Melayu, Cina dan India pada zaman sebelum merdeka untuk mengubah nasib diri dan menjadi manusia yang bermaruah dan bermartabat. Watak ‘Ching Huat’ digambarkan sebagai seorang anak muda Tionghoa yang bekerja keras meneruskan perniagaan bapanya sehingga menjadi kaya-raya dan dihormati oleh masyarakat. Watak ‘Maniam’ pula dipaparkan sebagai seorang buruh India yang rajin berusaha sehingga akhirnya berjaya menjadi tandil estet malah melalui pendidikan anak ‘Maniam’ iaitu ‘Ramakrishnan’ berjaya menjadi inspektor polis. Watak ‘Seman’ pula ditonjolkan sebagai anak petani Melayu yang bekerja kuat untuk mengangkat nilai dirinya agar menjadi insan yang berjaya dan dihormati oleh penduduk desanya.

Penceritaan tentang kegigihan watak-watak pelbagai kaum dalam novel ini untuk mengubah nasib diri memberi pengajaran kepada murid bahawa sesiapa sahaja tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan agama boleh berjaya dalam kehidupan sekiranya mereka gigih berusaha. Novel ini juga sarat dengan nilai-nilai perpaduan kaum, aspek kerjasama dan hormat-menghormati antara kaum ditonjolkan dengan nyata melalui persahabatan ‘Maniam’ dan ‘Musa’.

Dalam novel ini ‘Maniam’ dipaparkan sebagai seorang yang sentiasa mengenang jasa sahabatnya Musa yang pernah menyelamatkan nyawanya walaupun Musa telah lama meninggal dunia. Sebagai membalas jasa ‘Musa, Maniam’ telah menolong anak ‘Musa’ iaitu ‘Seman’ untuk mendapatkan pekerjaan di estet. Malah sebagai penghormatan kepada ‘Maniam’, ‘Seman’ memanggil ‘Maniam’ dengan panggilan ‘Tuan’.

final • 10:00 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin

Tuan Yang di-Pertua, Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan imaginasi pengarang. Melalui adunan realiti dan imaginasi, novel ini cuba memaparkan sesuatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka. Malah penulis menggambarkan watak-watak daripada ketiga-tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India bersama-sama menyambut kemerdekaan negara dalam suasana penuh pengharapan dan kegembiraan.

Dalam konteks ini, penulis telah berjaya menggambarkan rupa bentuk rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Atas dasar ini, Kementerian Pelajaran tanpa ragu-ragu telah memilih novel Interlok sebagai teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan Lima di zon dua. Namun demikian, penggunaan novel Interlok telah menimbulkan bantahan daripada beberapa kumpulan dalam masyarakat India.

Bantahan adalah berkisar tentang penggunaan perkataan ‘kasta paria’ dalam novel tersebut yang didakwa bersifat racist dan menyinggung perasaan kaum India.

Sehubungan itu, mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Januari 2011 telah memutuskan supaya Kementerian Pelajaran mengadakan dialog dengan wakil NGO India bagi membincangkan kontroversi novel Interlok dan mencari jalan penyelesaian.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin

Parti MIC telah mencadangkan beberapa nama untuk mewakili NGO India dan kesemua mereka telah dijemput untuk berdialog dengan pihak kementerian pada 18 Januari 2011.

Kontroversi novel Interlok juga telah menimbulkan desakan daripada ahli akademik, sasterawan, persatuan penulis dan orang awam supaya novel ini dikekalkan sebagai teks KOMSAS. Mereka menegaskan bahawa Interlok tidak bersifat racist malah mengandungi banyak nilai positif yang menjurus ke arah perpaduan dan keharmonian kaum. Kumpulan ini juga turut memohon untuk berdialog dengan Kementerian Pelajaran berhubung isu ini. Justeru beberapa individu yang mewakili kumpulan ini turut dijemput menghadiri sesi dialog yang diadakan. Hasil daripada dialog seterusnya telah dibentangkan

final • 10:10 AM

kepada Jemaah Menteri dan susulan daripada itu Jemaah Menteri telah bersetuju supaya

(i) novel ini terus diguna pakai sehingga satu pendekatan yang komprehensif dicapai dalam menangani isu berbangkit;

(ii) mengarahkan penubuhan satu panel bebas untuk mengkaji kandungan novel;

(iii) mendapatkan pandangan daripada penulis; dan

(iv) mencadangkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan keputusan Jemaah Menteri, panel bebas mengkaji pindaan novel Interlok telah ditubuhkan untuk meneliti bahagian yang dianggap sensitif pada masyarakat India dan memperakukan kepada kerajaan bentuk suntingan yang sesuai tanpa menjejaskan jalan cerita dan mesej murni yang ingin disampaikan oleh Sasterawan Negara, Yang Berbahagia Datuk Abdullah Hussain melalui karyanya. Panel bebas ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia dan dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang bahasa dan sastera termasuk tiga wakil masyarakat India dan seorang wakil penulis. Panel bebas ini telah pun bersidang sebanyak empat kali dan mengadakan dua pertemuan dengan saya.

Pada mesyuarat kali yang ketiga, panel bebas telah mencapai kata sepakat untuk menggugurkan frasa ‘kasta paria’ dalam novel ini dan menggantikannya dengan frasa ‘golongan yang sama’. Alhamdulillah cadangan suntingan ini telah dipersetujui oleh penulis sebagai pemegang hak cipta dan untuk itu kerajaan merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada penulis di atas kemurahan hati beliau membenarkan karya sastera ini disunting.

Pada masa yang sama, wakil masyarakat India dalam panel bebas juga mengemukakan kepada kerajaan sebanyak 106 bentuk cadangan pindaan yang lain untuk dipertimbangkan. Cadangan pindaan itu tiada kaitan dengan isu pokok iaitu ‘kasta paria’ yang telah pun diselesaikan. Akan tetapi meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan fakta, bahasa dan tatabahasa termasuk koma, noktah dan tanda soal. Sehubungan itu saya telah meminta panel bebas untuk meneliti satu persatu 106 cadangan pindaan yang dikemukakan dan mengenal pasti perkara-perkara yang benar-benar menyentuh sensitiviti masyarakat India sahaja dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan.

Lanjutan daripada itu, panel bebas telah sekali lagi bermesyuarat pada 23 Mac 2011 untuk meneliti kesemua cadangan ini. Hasil penelitian panel bebas mendapati hanya 19 perkara sahaja yang boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India. Ini bermakna sebanyak 87 perkara adalah tidak berkaitan dengan isu pokok. Ini termasuklah cadangan supaya penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel, ejaan ‘tali’ dipinda kepada ‘taali’, perkataan ‘tapa’ ditukar kepada ‘appa’, ‘cawat’ ditukar dengan ‘dhoti’ dan lain-lain lagi. Ini contoh, Tuan Yang di-Pertua.

Oleh yang demikian, kesemua ahli panel termasuk wakil masyarakat India telah bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penerbit untuk membuat suntingan yang wajar kepada novel ini dalam cetakan akan datang. Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif ini pula, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan ‘kasta’ yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu dalam novelnya.

final • 10:10 AM

kepada Jemaah Menteri dan susulan daripada itu Jemaah Menteri telah bersetuju supaya

Tiga perkara lagi iaitu yang berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai. Panel bebas dengan persetujuan wakil masyarakat India memutuskan bahawa ketiga-tiganya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat India.

Daripada 13 perkara yang berbaki Tuan Yang di-Pertua, 7 perkara telah dapat diselesaikan apabila panel bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan ‘errata’ dalam novel ini bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan dan keagamaan masyarakat India. Manakala 6 perkara lain juga telah dapat diselesaikan kerana penulis sekali lagi dengan kemurahan dan kejernihan hati beliau telah bersetuju untuk meminda perkataan ‘tuhan’ kepada perkataan ‘dewa’ dan menggugurkan frasa ‘orang berkulit hitam’ daripada novel ini. Selain daripada itu, kementerian akan menyediakan satu glosari untuk memperjelaskan beberapa frasa dan konsep yang terkandung dalam novel Interlok bagi memudahkan murid memahami teks dan konteks novel yang memaparkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

Alhamdulillah, dengan persetujuan yang dicapai oleh panel bebas dan perakuan yang dikemukakan kepada kerajaan, isu ini telah dapat diselesaikan dengan baik. Ini adalah satu testimoni yang amat nyata bahawa di negara kita tidak ada suatu isu yang tidak boleh diselesaikan melalui meja perundingan. Dengan semangat musyawarah dan muafakat serta kesediaan untuk mendengar dan menerima, kita telah buktikan bahawa serumit mana pun kemelut yang kita hadapi, kita dapat mengharunginya dengan tabah dan sabar.

Episod Interlok ini menjadi bukti kepada kita betapa semangat perpaduan, penerimaan dan hormat-menghormati antara kaum selaras dengan Gagasan 1Malaysia terus subur di negara kita. Saya juga ingin mengingatkan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik yang sempit supaya jangan sesekali cuba menangguk di air yang keroh.

Jangan sesekali mengeksploitasi isu ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Apa. Ada, ada, ada alasan...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ada alasan dan reason...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat di luar peraturan Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan mencetuskan porak-peranda di negara kita yang tercinta ini.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Jangan datang sini, satu dialog belum habis...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Ini adalah satu perbuatan yang sia-sia yang pasti akan ditolak oleh rakyat.

final • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Belum selesai perkara tersebut. Semua cakap tidak benar punya.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:10 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Buat penjelasan pun tidak boleh terima macam mana ini?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Majoriti rakyat di negara kita adalah rasional dan mereka yang menerima keputusan yang adil dan munasabah.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghormatan dan penghargaan kepada Sasterawan Negara, Yang Berbahagia Datuk Abdullah Hussain atas kemurnian hati beliau untuk mengizinkan novel Interlok ini disunting.

final • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Dalam pertemuan saya dengan beliau beberapa hari yang lalu, Yang Berbahagia Datuk Abdullah Hussain berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak sekali-kali berniat untuk menyentuh sensitiviti apa lagi menghina masyarakat India ketika menulis novel ini 40 tahun yang lalu.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

It is not the intention that matter. It is not harmony.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat di luar peraturan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd.Yassin

Apa yang dipaparkan dalam novel ini...

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

So controversial...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

You terasakah?

final • 10:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, ini sudah melampau sudah ini Tuan Yang di-Pertua. Tidak ikut peraturan.

final • 10:20 AM

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd.Yassin

Adalah hasil cetusan pemikiran dan imaginasi beliau tentang kehidupan sosial masyarakat pelbagai kaum di negara kita yang dijelmakan dalam bentuk karya sastera kreatif. Untuk itu, sewajarnya kita menghormati bukan sahaja karya beliau tetapi juga segala keputusan yang telah dibuat oleh beliau dalam membantu kerajaan untuk menyelesaikan kontroversi novel Interlok ini.

Ini ialah satu lagi sumbangan beliau yang amat besar kepada negara. Selain itu, saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada ahli-ahli panel bebas iaitu:

(i) Yang Berbahagia Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Pengerusi;

(ii) Yang Berbahagia Datin Siti Saroja binti Basri, wakil penulis ada dalam Dewan ini di belakang sana;

(iii) Yang Berbahagia Prof. Datuk Haji Zainal Abidin Borhan, Setiausaha I Gabungan Penulis Nasional;

(iv) Yang Berbahagia Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka;

(v) Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, Pensyarah di Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia;

(vi) Yang Berbahagia Prof. Dr. N.S. Rajendran, Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki di Universiti Pendidikan Sultan Idris;

(vii) Encik G Krishnabahawan, pendidik; dan

(viii) Encik Uthaya Sankar, penulis bebas.

Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pimpinan MIC yang telah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya selaku Menteri Pelajaran untuk mengambil keputusan bersama bagi menyelesaikan isu ini.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

MIC setuju ya? Yang Berhormat...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat melanggar peraturan mesyuarat Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

MIC setuju, MIC setujukah?

final • 10:20 AM

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd.Yassin

Dengan persetujuan itu, Kementerian menganggap bahawa isu ini telah pun selesai. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya minta Yang Berhormat untuk patuh pada peraturan mesyuarat.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri bukan betul.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, hari ini Q&A adalah urusan biasa dalam Parlimen Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

No, no, saya akan tanya kalau dibenarkan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Kenapa bersifat begini hari ini?

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli Yang Berhormat, saya minta Ahli Yang Berhormat untuk bertindak lebih matang daripada ini. Ya, Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 10:20 AM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dahulu dia orang minta penjelasan pihak kerajaan. Kerajaan sudah jelaskan, dengarlah baik-baik, janganlah melawan.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tanya soalan salahkah?

final • 10:20 AM

Datuk Abd. Rahman Bakri - Sabak Bernam

Lepas ini tanya soalan tambahanlah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran yang juga selaku Timbalan Perdana Menteri yang sudi hadir dalam Dewan ini untuk menjawab soalan daripada Sabak Bernam. Terima kasih juga kepada pihak kerajaan kerana mengambil pendekatan terbaik untuk menyelesaikan polemik dan kemelut Interlok yang telah menjadi mangsa politik perkauman yang sempit ini. Interlok karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussein ini menggunakan plot dan bahasa mudah.

Sepatutnya tidak menimbulkan sebarang kesilapan mentafsir makna mahupun mesej yang tersurat dan tersirat.

Soalan tambahan saya ialah apakah langkah kerajaan bagi mempertahankan hak kepengarangan novel Interlok? Benarkah teks Interlok ini seperti mana yang telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, telah dimurnikan isu masyarakat India ini? Jika benar, adakah gambaran negatif tentang masyarakat Melayu juga turut dimurnikan dalam Interlok ini? Serta, apakah langkah kerajaan bagi memastikan rakyat memahami kandungan novel Interlok sebagai satu rakaman sejarah dalam bentuk fiksyen khususnya mempelajari dan memahami asal usul terbentuknya masyarakat Malaysia supaya pihak sebelah sana itu faham apa itu Gagasan 1Malaysia? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd.Yassin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagaimana yang telah pun saya jelaskan bahawa dengan adanya keputusan yang telah pun saya umumkan sebentar tadi, bermakna kita sebenarnya telah pun dapat mempertahankan hak pihak penulis ini dan hak beliau untuk menentukan supaya novel yang telah pun dikarang untuk sekian lama – 40 tahun ini, masih dapat kekal digunakan.

final • 10:20 AM

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd.Yassin

Dan juga dapat dihayati kandungannya oleh masyarakat Malaysia. Jadi walaupun ada pindaan-pindaan yang disebutkan tadi, ini adalah satu perkara yang biasa dilakukan Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana untuk tujuan edisi murid ataupun pelajar ini, memang ia tidaklah menggunakan teks yang asal. Teks asal telah pun diedarkan dalam pasaran 40 tahun yang lepas.

Akan tetapi untuk kegunaan pelajar, maka kita sesuaikan. Ini adalah dengan kehendak dan izin daripada pihak pemegang hak cipta, Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi walaupun ada persetujuan pada hari ini dengan pindaan-pindaan yang telah pun dicadangkan, ini tidak mengorbankan apa yang dimaksudkan dengan hak yang dipegang oleh pihak penulis ini.

Sebagaimana yang telah pun saya sebutkan tadi, bila segala apa yang telah pun dibincangkan dengan masyarakat India, semua perkara dibentangkan satu persatu. Saya telah melihat satu persatu perkara-perkara ini dan di bincang secara terbuka. Ia bukan mudah Yang Berhormat, untuk mencapai satu kata sepakat kerana isu-isu yang disentuh ini adalah perkara-perkara yang bagi sesetengah masyarakat India adalah dianggap sensitif.

Akan tetapi kita telah duduk berbincang dan hasil perbincangan itu kita dapati bahawa boleh ada dibuat pindaan-pindaan tertentu. Perkara yang biasa pokok yang ditimbul dalam soal Interlok ini adalah soal kasta paria. That was the main issue, perkara yang paling pokok. Itu dengan kemurahan daripada penulis telah pun bersetuju untuk digugurkan. Istilah itu di mana-mana timbul pun dalam novel ini tidak lagi digunakan, dipakai dan diganti dengan perkataan ‘golongan yang sama’. Itu satu perkara pokok. Lain- lain yang dianggap sensitif pun tidaklah – sebenarnya kalau dilihat dalam konteks bahasa Melayu yang sebenarnya, tidaklah sensitif. Akan tetapi kerana saya bukan orang India dan mungkin yang lain pun tidak memahami sensitiviti masyarakat India, kita menghargai pandangan mereka.

Dengan sebab itu kita juga terima pandangan-pandangan mereka dan kita membuat pengubahsuaian berdasarkan persetujuan yang telah pun diterima oleh pihak penulis. Bermakna dalam konteks ini, ia telah pun dapat kita selesaikan.

Dalam soal masyarakat Melayu sebenarnya tidak berbangkit. Seorang pun tidak menimbulkan walaupun dalam novel itu ada disebut-sebutkan perkara-perkara yang mungkin bagi sesetengah pihak agak sensitif. Bagi orang Melayu yang faham bahasa, yang memahami tentang apa maksud kandungan penulis, dia tidak berasa sensitif. Ini perkara biasa. Jadi sebab itu tidak timbul masalah sama ada kita hendak memurnikan konteks penggunaan yang ada hubung kait dengan masyarakat Melayu, hatta untuk masyarakat Cina sekalipun.

Soal yang akhir ialah soal tentang Interlok ini bahawa ia akan terus kita pertahankan. Ia akan digunakan sebagaimana telah diputuskan. Saya hendak maklumkan bahawa selepas langkah-langkah penambahbaikan pembetulan, kita telah pun diputuskan dalam mesyuarat itu, ia akan dilaksanakan dengan consultation daripada masyarakat India untuk melihat titikkah, komakah, noktahkah dan apa perkataan yang hendak digunakan.

Sampai begitu sekali kita punya layanan supaya mereka mungkin dapat memahami dengan erti kata sebenar bahawa ini sudah pun selesai dan kita harap tidak berbangkit lagi masalah ini pada masa-masa akan datang.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Nombor satu saya hendak katakan bahawa alasan-alasan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah satu yang sangat very low standard kerana memutar belitkan perkara yang asas. Perbincangan di antara masyarakat India, mereka sekali gus tidak terima apakah cadangan-cadangan yang dibuat oleh kerajaan. Saya percaya termasuk MIC juga. Saya hairan dengan pendirian Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengatakan mereka sekarang setuju. So they have taken the different step. Itu tidak apalah. Itu adalah satu di antara parti yang tidak ada backbone. Saya tidak ada halangan.

final • 10:20 AM

Tuan P.Kamalanathan a/l P.Panchannathan - Hulu Selangor

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat tolong tarik balik perkataan itu ya. Tidak diperlukan langsung... [Dewan riuh]

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Pendirian Pakatan Rakyat sekali gus very clear bahawa kita menentang on the whole kita tidak setuju langsung kepada ini.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Soalan, soalan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Selalunya masyarakat India taken into a very simplistic attitude. They are villains, they are thug, and they are thieves. Inilah yang dipotretkan.

final • 10:20 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Stereotype the Indians. That is why kita sangat sensitif mengenai perkara tersebut.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya hairan Timbalan Perdana Menteri boleh datang ke Dewan ini dan lagi mengesahkan bahawa ia akan gunakan.

final • 10:20 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soalan Tuan Yang di-Pertua, ini berucap.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Good. I have never in this Parliament, 23 minit satu penerangan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi asasnya...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, soalan.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Akan tetapi asasnya. Saya hendak baca apa yang dibuat. This is – I mean this is a very sensitive...

final • 10:20 AM

Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang Berhormat Ipoh Barat, soalanlah.

final • 10:20 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Semua ditulis dengan al-Quran verses. Saya hendak baca satu sahaja... [Dewan riuh] Dia tokoh masyarakat, Dato’ Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Haj. Ini yang dikatakan, dia kata Tuan Yang di-Pertua bahawa, “Buku ini dimasukkan ke dalam silibus SPM dan menganut keharmonian dan salah faham di kalangan pelajar. Apakah hak Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran untuk campur tangan terhadap kajian panel bebas, apakah ini sudah digunakan dan ini adalah bertentangan dengan agama Islam”

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

And other quoting, all the Islamic, I can read to you. “Dan jangan kamu campur adukkan yang benar dan dengan yang salah dan kamu jangan sembunyikan yang benar itu padahal kamu semua mengetahuinya.” Ini al-Quran 2, verse 42. Semua tertulis dan ini adalah pandangan across the board, saya hairan Timbalan Perdana Menteri, unless ada udang di sebalik batu.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bahawa ada desakan-desakan daripada GAPENA, daripada NGO-NGO Melayu yang mengatakan... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

That you must take a very racist attitude...

[Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang

[Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soalan. Ini tuduhan Tuan Yang di-Pertua ...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Ini adalah satu pandangan yang tidak boleh terima. You give so many reason, beberapa alasan, tidak boleh terima...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

It is against all common sense and logic, mana boleh! You can stand here and make that kind of standing Timbalan Perdana Menteri.

Inilah Tuan Yang di-Pertua, saya telah katakan beberapa kali di dalam Dewan...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat dalam sesi soal jawab. Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

54 year, we got 54.6... [Dewan riuh] Every time kita ada satu Menteri Pelajaran, kita ada satu polisi yang baru. 54 years, tidak malukah?

final • 10:30 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kita bincangkan mengenai satu teks literature, tidak malukah? Shouldn’t this has been consistent 50 tahun dahulu, you are sitting there. Hari itu saya ada kata, “You are dumb and deaf.”

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Timbalan Menteri don’t want to dengar laporan, the most controversial texts. Lagi apa…

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Lepas dendam tidak tentu pasallah dia ni...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

....[Dewan riuh] Ini pendirian kerajaan? Ha!

Pendirian kerajaan?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, Yang Berhormat dah berucap Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Menunjukkan bahawa ada kekurangan. We must go for reducation, you are... This is unfair. Bila ada kontroversi macam ini... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat, baik Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Saya hairan bahawa satu pendirian yang sangat... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Hei! Kerajaan sudah bertolak ansur. Kementerian Pelajaran pun sudah bertolak ansur, sudah terima segala pandangan, sudah dibuat pembaikan, apa lagi? Kalau mahu terima, saya pun tidak mahu terima, orang Melayu boleh sebut ‘Tuan’ dengan orang India, saya pun tidak mahu terima tetapi apa boleh buat itu keputusan.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Jadi saya harap Timbalan Perdana Menteri akan bangun dan menyatakan ini...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Hantar dia keluar sajalah kalau dia tak nak berhenti. Hantar dia keluar.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat, saya kecewa dengan perangai Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Semalam saya ada... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat! Cukup Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya suka menghadiri session…

final • 10:30 AM

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi - Silam

Tarik keluar dia Bentara.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Yang Berhormat tidak hormat the Chair sekarang. Kita dalam soal jawab... [Dewan riuh] Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...We are living in the multiracial country, kita perlu ambil kira semua bangsa dan kalau kita gunakan perkataan-perkataan...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengatakan...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Ipoh Barat, duduklah. Tidak puas hati jumpa luar.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, buku tersebut…, India macam kambing, adakah ini boleh dibenarkan?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Dia hendak jadi hero.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kalau kita membaca character dalam buku tersebut, langsung tidak boleh dipakai buku teks ini...

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Inilah yang perlu difaham, this has to be understood. Yang Berhormat Timbalan Menteri – tidak apa, tidak mahu dengar tidak kisah, kerana setakat ini pun Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat!

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You do not respect the Chair, I have been asking you to sit down. Kita dalam sesi soal jawab, dalam sesi soal jawab Yang Berhormat out of order, you are out of peraturan mesyuarat!...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Itu menjawab soalan Yang Berhormat. You don’t get it that away. Eeverybody pun interested in the issue. You are out of order.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Jawab pendek you tidak puas hati, sudah jawab panjang pun you tidak puas hatikah?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

What do you want? You sengaja untuk saya minta suruh awak keluar bukan? You want to become – Yang Berhormat mahu Tuan Yang di-Pertua keluarkan Yang Berhormat?

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Untuk perkara ini, what ever necessary...

[Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You out of order Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Yang Berhormat jangan lupa bahawa di negara ini kita adalah berbilang bangsa, kita mesti ...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, saya melihat bahawa Yang Berhormat Ipoh Barat tidak berminat mengemukakan soalan. Saya minta soalan seterusnya dikemukakan...

final • 10:30 AM

Datuk Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Hendak cari publisiti murahan itu.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Merangkumi semua bangsa, jangan kita hanya berfikiran sempit...

final • 10:30 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Tolong jawab, tolong jawab... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

He is not interested, you want to ask the question? You not interested. Soalnya Yang Berhormat, the Chair are asking him to post the question, adakah begini? No, that is why I am asking him to sit down, everybody interested to the issue. Semua berminat dengan isu ini. Yang Berhormat Menteri pun mahu menjawab isu ini...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Oh! Dia faham Tuan Yang di-Pertua, dia ejen ...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

You can’t do this. Control yourself Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

NGO racist di negara ini.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, tidak selesai ini. Gunakan kuasa sahaja Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Satu buku yang sangat kontroversi, yang tidak boleh diguna pakai oleh anak-anak kita, macam mana ia boleh dibenarkan? Walaupun alasan diberi oleh Timbalan Perdana Menteri langsung tidak boleh terima dan panel bebas, tiga di antara mereka dari masyarakat India telah keluar. They are no more. Mereka datang semalam...

final • 10:30 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Menarik diri.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jadi, apakah ini pendirian kerajaan selepas apa yang terkini? Adakah ini pandangan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional?

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang PAS sokong, bela, kenapa? Kaduk naik junjung.

final • 10:30 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Tuan Yang di-Pertua, saya sedihlah kerana saya telah jelaskan tadi dengan panjang lebar, tak tahulah Yang Berhormat dapat dengar ataupun tidak. Mungkin tidak faham bahasa saya, yang telah saya jelaskan bahawa perkara yang dibincangkan ini telah pun kita teliti secara semasak-masaknya.

Bukan kita tidak ambil pandangan, sebab itu kita kena hormati ahli panel yang diwakili oleh beberapa orang pakar dari kalangan masyarakat India dan juga pimpinan MIC yang mewakili sebahagian besar masyarakat India di Malaysia, telah pun bersetuju secara sebulat suara dengan apa yang telah pun dicadangkan tadi.

Soal DAP mengambil pendirian itu, itu hak DAPlah, itu hak tuan-tuanlah. Kalau Yang Berhormat tidak setuju, itu hak Yang Berhormat. Akan tetapi dari segi pendekatan yang telah diambil oleh pihak kementerian dan keputusan yang telah dibuat itu adalah keputusan yang dibuat secara bersama-sama.

final • 10:30 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Bukan yang disebutkan mereka keluar, dalam perbincangan ada keluar ada masuk. Semalam waktu kita duduk bersama-sama akhirnya...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Menyampuk] Maknanya Yang Berhormat setujulah ada keluar, ada masuk? Sebelum itu kata tidak... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Akhirnya bersetuju menerima perkara itu. Jadi bagi saya tidak ada berbangkit soal kita tidak menghormati, tidak ada berbangkit soal kita memutarbelitkan. Apa benda yang kita hendak putar belitkan? Pasal ini adalah penulisan dan ia telah pun ditulis dalam bentuk-bentuk karya yang dihasilkan oleh penulis ini dan bila kita bersetuju untuk betulkan, kita ambil kira semua perkara-perkara itu.

Jadi, saya tidak fikir apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi perlu saya ambil perhatian tetapi saya sebutkan langkah ini telah pun kita buat secara bersama-sama.

Apa yang dipetik soal saudara Thasleem, saya kenal dengan beliau. Dia bukan tokoh agama, jauh sekali daripada mufti. Jadi, ini...

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Menyampuk] Tokoh masyarakat... [Dewan riuh]

final • 10:30 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Mengambil kira pandangan orang-orang sebegini, yang saya tahu ialah penyokong pihak pembangkang tidak mempunyai apa-apa makna. Itu tafsiran yang tidak betul. Saya pun belajar agama. Saya pun daripada anak tok guru. Saya tahu perkara itu.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini, ini - tetapi itu sebab... [Dewan riuh]

final • 10:40 AM

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Sebab itu jangan hina - adalah fatwa.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 10:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat sudah baca agama tidak cukuplah. Semua sudah cacat!

final • 10:40 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tambahan. Tuan Yang di- Pertua, tambahan. Lagi satu soalan.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Baik, sudah cukup Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Tambahan Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Yang Berhormat Pagoh kata tidak ada bantahan daripada masyarakat Cina, tidak betul. Itu tidak betul.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Soalan tambahan, boleh tolong?

final • 10:40 AM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Lagi satu soalan.

final • 10:40 AM

Puan Chong Eng - Bukit Mertajam

Jadi saya rasa Yang Berhormat telah menganggap ini sebagai suatu soalan yang simple, too simplicity. Itu tidak benarlah seperti Yang Berhormat kata bahawa...

final • 10:40 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Soalan tambahan boleh?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukup, cukup, cukup...

final • 10:40 AM

2. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah sebab kerajaan hanya memilih MMC-Gamuda untuk melaksanakan projek pembinaan MRT dari Sungai Buloh-Kajang yang berharga RM36 bilion dan bagaimanakah masalah-masalah yang timbul sepanjang laluan itu diselesaikan.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, MMC Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd. merupakan suatu entiti berpengalaman yang telah terbukti berkebolehan menguruskan projek-projek mega infrastruktur amnya dan projek-projek kereta api dan pembinaan terowong khususnya bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara. Kepakaran yang amat kritikal bagi menjayakan projek MRT ini perlu dipertimbangkan secara objektif bagi memastikan segenap faktor kunci kejayaan projek atau dengan izin project key success factors telah diambil kira.

Sebagai projek delivery partner sekarang ini kita panggil PDP, atau rakan pelaksana projek pihak MMCGJV akan menguruskan kerja-kerja pembinaan bersama-sama dengan pihak prasarana bagi memastikan projek adalah telus dan kompetitif. Semua kerja pembinaan bakal ditenderkan sepenuhnya oleh pihak prasarana dan pihak PDP tidak dibenarkan untuk membina sebarang pakej kerja kecuali membina kerja-kerja terowong bawah tanah sahaja.

Apabila kerajaan mengkaji projek MRT, analisis yang mendalam telah dilakukan untuk mengenal pasti satu syarikat tempatan yang dapat memainkan peranan PDP tersebut berdasarkan kepada tiga kriteria iaitu kekuatan kewangan, pengalaman dalam membina terowong dan rekod kerja yang baik dalam pembinaan rel. MMC-Gamuda merupakan syarikat tempatan yang paling berupaya untuk memainkan peranan tersebut.

Bagi masalah-masalah di sepanjang jajaran MRT Sungai Buloh–Kajang, perbincangan dengan stakeholders dan taklimat-taklimat sedang berjalan untuk mendapat maklum balas dari mereka yang terjejas dengan projek tersebut. Maklum balas tersebut akan dikaji dan jalan penyelesaian akan dicari untuk masalah-masalah tersebut.

final • 10:40 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin mengetahui mengapa kerajaan tidak melalui tender terbuka untuk projek pembinaan MRT dari Sungai Buloh ke Kajang ini sepanjang 51 km, kosnya RM36.6 bilion. Tidakkah jika projek ini melalui tender terbuka dan menjemput syarikat-syarikat dari antarabangsa mahupun syarikat-syarikat tempatan, boleh menawarkan satu harga yang lebih berpatutan dan persaingan. Harganya mungkin lebih murah dari apa yang ditender melalui rundingan ini. Tidakkah ini menunjukkan kerajaan memberi kontrak tidak telus, tidak transparency dan juga tidak akauntabiliti.

Tuan Yang di-Pertua, saya memandang bahawa kos pemberian projek MRT akan tambah jika tidak ada satu mekanisme untuk memantau projek ini. Saya ingin tahu apakah jaminan kerajaan di mana kos ini tidak akan dinaikkan dan juga bagaimanakah jumlah kos ini akan dibiayai dan tambang akan dicadangkan untuk MRT sepanjang 51 kilometer ini.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, memang tidak nafilah iaitu syarikat MMC-Gamuda ini telah diberikan dan dijadikan iaitu MMC-Gamuda dilantik sebagai pelaksana PDP. Ia sebagai pelaksana berdasarkan alasan-alasan yang telah pun saya sebutkan sebentar tadi iaitu kerana ia mempunyai kekuatan kewangan, ia ada pengalaman dalam terowong dan rekod kerja yang baik dan dalam pembinaan rel. Jadi sebab itu dia dilantik secara terus sebagai projek delivery partner. Akan tetapi daripada segi kerja-kerja nanti, kerja-kerja, tender adalah tender terbuka.

Saya sudah sebut sebentar tadi iaitu kalau apabila kerja-kerja itu hendak dilaksanakan maka ia akan ditender. MMC-Gamuda cuma dibenarkan untuk membida dalam terowong sahaja. Itu sahaja, yang lain semuanya adalah tender terbuka.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kemudiannya kos RM36 bilion ini adalah merupakan kos yang dianggarkan di dalam cadangan yang dibuat oleh MMC-Gamuda. Ia belum muktamad, bukan kita bersetuju. Apa yang Yang Berhormat sebutkan RM36 bilion itu ia punya anggaran. Ini masih dalam perbincangan, belum muktamad. Jadi tidak apalah. Oleh sebab itu ada RM36 bilion, ada RM50 bilion kerana ini belum muktamad lagi.

Jadi sebab itu saya ingin menyatakan di sini kosnya itu sedang dirunding dan dibincangkan sekarang. Kita sedang mengadakan proses engagement dengan masyarakat.

Daripada 14 Februari iaitu Valentine’s day. Valentine’s day bila? Pada 14 bukan dan akhir pada 14 berapa, bulan lima ya? Jadi apabila Yang Berhormat bertanya macam mana kita hendak pastikan, kosnya tidak tinggi, tender terbukalah di atas semua kerja yang hendak dilaksanakan.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Salleh Kalbi - Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri. Inisiatif yang dibuat oleh kerajaan untuk membina projek ini memang sesuatu yang sangat kita alu-alukan sebab ia akan menggalakkan dari segi pertumbuhan peluang pekerjaan terutamanya di kawasan bandar raya ini dan setelah kajian feasibility itu berjaya, apakah inisiatif kerajaan seterusnya untuk memastikan agar perkembangan pembinaan MRT ini boleh membantu kawasan-kawasan pembangunan lain seperti di Shah Alam dan di kawasan-kawasan sekitar bandar raya Kuala Lumpur menjurus kepada pertumbuhan dan kelebihan yang terbaik yang akan diperoleh daripada pelaksanaan perancangan ini. Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab, cuma saya lupa hendak sebut kepada Yang Berhormat Bukit Bintang. Yang Berhormat Bukit Bintang kata macam mana kalau sekiranya ada cost overrun melebihi daripada anggaran. Apabila kita telah tentukan sebenarnya berapa anggaran, kalau sekiranya berlaku cost overrun PDP tadi iaitu MMC-Gamuda, ia akan absorb, ambil tanggung kalau ada cost overrun.. [Disampuk] \ Ya, betul. Tadi ialah cost overrun. Ya, kita belum putus lagi.

Jadi, berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat sebentar tadi, SPAD akan buat satu master plan dan kita akan kenal pastikan keperluan rakyat dan kita akan role out in phaseslah. Dalam masa tiga bulan yang kita exchange dengan masyarakat ini, kita akan mengambil maklum segala apa yang telah diberikan sebagai pandangan kepada kita. Kalau kita merasakan ia merupakan sesuai dengan master plan, maka kita akan laksanakan.

final • 10:40 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, point of order...

Sekarang Presiden MIC ada di sini Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, tidak ada peraturan mesyuarat sedemikian Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Senator Datuk G. Palanivel. Mungkin dia boleh mengesahkan kerana ini satu perkara yang saya rasa mustahak. Saya tahu Datuk G.

Palanivel is here. Jadi, dia boleh mengesahkan adakah yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri benar atau tidak?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Boleh, boleh.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini kerana Presiden MIC ada di sini. Boleh bangun dan katakan, mengesahkan atau ini semua permainan politik sahaja... [Dewan riuh]

final • 10:50 AM

3. Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan [Hulu Selangor] minta Menteri Sumber Manusia mengatakan dalam proses pengambilan pekerja asing yang mempunyai kepakaran bekerja di negara kita, adakah pekerja tempatan kita dipinggirkan. Bagaimana kementerian dapat memastikan supaya pekerja tempatan diberi keutamaan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Maznah binti Mazlan

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Selangor di atas soalan Yang Berhormat. Bagi makluman Dewan yang mulia, kebenaran untuk menggaji warga asing berkepakaran atau sering disebut sebagai pegawai dagang adalah bertujuan untuk menarik pelaburan luar masuk ke negara untuk memenuhi keperluan-keperluan tertentu.

Pertimbangan bagi menggaji pegawai dagang hanya diberi bagi jawatan utama di peringkat membuat dasar dan keputusan bagi menjamin kepentingan pelaburan mereka dan di peringkat teknikal dan berkemahiran bagi memenuhi keperluan-keperluan tertentu sahaja. Syarat juga ditetapkan supaya gaji minimum pegawai dagang tidak boleh kurang daripada RM5,000 sebulan. Ini untuk mengelakkan majikan sewenang-wenangnya menggaji pegawai dagang.

Proses meluluskan pegawai dagang melalui berbagai-bagai prosedur yang teliti dan ketat. Permohonan-permohonan dibuat kepada MIDA diproses oleh badan berkuasa berkenaan dan diangkat ke Jawatankuasa Pegawai Dagang yang diurus setiakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di mana Kementerian Sumber Manusia adalah anggota kepada jawatankuasa tersebut.

Kebenaran masuk perlu disokong dan diluluskan tertakluk kepada prinsip ada atau tidak calon-calon tempatan. Berdasarkan kepada prinsip ini, calon-calon tempatan akan diberikan keutamaan melainkan sekiranya pegawai dagang yang ingin dibawa masuk memegang jawatan utama atau pemegang saham dalam syarikat.

Di dalam keadaan di mana calon-calon tempatan didapati tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman yang mencukupi, majikan akan disyaratkan untuk melatih pekerja tempatan dan melatih mereka supaya mendapat kemahiran tersebut dan boleh mengambil alih tugasan yang dilakukan oleh pegawai dagang apabila tiba masanya.

Sehingga 31 Januari 2011, bilangan pegawai dagang di negara ini ialah seramai 32,999 orang atau di sekitar 0.3 peratus sahaja dari keseluruhan tenaga kerja yang ada di dalam negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada aspek menarik pelaburan mungkin boleh diterima. Akan tetapi apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa kita pakar-pakar atau pun tenaga kerja tempatan kurang kemahiran dan pengalaman teknikal itu saya tidak boleh menerima kerana saya rasa mereka mempunyai kemahiran yang secukup-cukupnya untuk mengambil alih tanggungjawab mereka yang datang dari luar negara yang dipanggil expatriate professional. Walau bagaimanapun, apakah usaha kerajaan untuk mengurangkan kemasukan pekerja asing atau pun expatriate profession ini ke Malaysia? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Maznah binti Mazlan

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pandangan Yang Berhormat itu menggambarkan pendirian kerajaan mengenai perkara ini di mana adalah menjadi dasar kerajaan mengenai kemasukan tenaga berkepakaran ini adalah jelas di mana harus memberi keutamaan kepada penggajian kepada rakyat tempatan. Penggajian pekerja adalah sebagai langkah sementara untuk menampung kekosongan jawatan yang didapati tidak dapat dipenuhi oleh rakyat tempatan.

Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini kerana Yang Berhormat tadi mengatakan beliau tidak dapat menerima bahawa kita tidak ada tenaga mahir. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, pada masa ini kita dapati bahawa paras tenaga berkemahiran tinggi yang ada di negara ini hanya di tahap 28 peratus. Pada masa ini jika kita bandingkan dengan negara-negara seperti Singapura yang sudah sampai ke 40 peratus.

final • 10:50 AM

Dato' Maznah binti Mazlan

Negara-negara seperti Hong Kong dan Taiwan sudah hampir 40 peratus dan negara-negara maju seperti Eropah di mana tenaga mahir mereka berkemahiran tinggi sudah sampai 70 peratus hingga 80 peratus. Kita dapati kita masih berada di tahap yang rendah dan kerajaan pada masa ini sedang berusaha untuk memastikan bahawa menjelang tahun 2020, tenaga kerja yang ada di negara ini, yang berkemahiran tinggi akan dipertingkatkan kepada 40 peratus.

Ini menggambarkan bahawa negara kita pada masa ini sedang pesat untuk mereformasi tenaga kerja kita supaya sampai ke tahap yang dicita-citakan iaitu 40 peratus nanti. Jadi, sementara itu kita terpaksalah di tempat-tempat yang tertentu terutama sekali bagi industri-industri baru kerana kita tahu bahawa teknologi berkembang begitu pesat dan kita dalam proses untuk membina tenaga kerja berkemahiran tinggi di negara ini terpaksa juga mengguna kadang-kadang kepakaran dan juga pegawai-pegawai dagang. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Nasharudin Mat. Isa - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu expatriate professional adalah satu isu.

Isu yang saya ingin bangkitkan adalah tentang 45,000 pekerja asing yang telah diluluskan oleh kerajaan sekitar Februari lalu yang dikatakan memenuhi 13 sektor perniagaan kecil di Malaysia. Walau bagaimanapun, kerajaan tidak menjelaskan apakah sektor kritikal yang memerlukan sejumlah besar pekerja asing tersebut serta tidak pula menyatakan tempoh masa untuk mereka berkhidmat di sini.

Ekoran daripada itu, kebimbangan ini telah dibangkitkan oleh beberapa badan seperti MTUC dan sebagainya. Saya ingin bangkitkan adalah satu point penting yang dikira memberi kesan langsung kepada rentetan kelulusan 45,000 pekerja asing ini adalah tentang adakah kebanjiran pekerja asing di Malaysia nanti akan menyebabkan kerajaan sukar untuk menggubal polisi gaji minimum kepada pekerja tempatan. Adakah juga ianya akan turut memberi kesan kepada keputusan yang bakal dibuat nanti oleh Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato' Maznah binti Mazlan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok di atas soalan yang panjang dan lebar itu. Saya ingin memaklumkan bahawa soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor tadi adalah soalan pokok mengenai dengan pekerja asing yang berkepakaran atau pun pegawai dagang. Yang Berhormat bertanya mengenai dengan tenaga buruh asing. Jadi Yang Berhormat, saya rasa dapat kiranya Yang Berhormat mengemukakan soalan di lain kali. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tambahan Tuan Yang di-Pertua. Soalan lebih tepat lagi.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Soalan...

[Soalan No. 4 - Dr. M. Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) tidak hadir]

final • 10:50 AM

5. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah kerajaan tidak bercadang untuk membuka semula pendaftaran Lesen Kelas ‘F’ (PKK) untuk memberi peluang kepada usahawan baru.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kuala Nerus.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah membekukan permohonan pendaftaran baru Lesen Kontraktor Kelas ‘F’ mulai dari 30 Mac 2005.

Ini kerana kerajaan berpandangan jumlah kontraktor Kelas ‘F’ yang terlibat pada masa itu adalah terlalu ramai iaitu seramai 35,000 kontraktor berbanding jumlah kerja yang mampu ditawarkan pekerjaan. Berikutan dasar tersebut, syarat-syarat pendaftaran lesen kontraktor Kelas ‘F’ sedia ada telah diperketat dan jumlah tersebut pada masa kini semakin berkurangan iaitu seramai 23,402 sahaja pada 1 Februari 2011 yang lalu.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kajian mengenai cadangan membuka semula pendaftaran baru lesen kontraktor Kelas ‘F’ dan pemantapan kontraktor bumiputera sedang di peringkat akhir untuk disiapkan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Yong Khoon Seng

Sehubungan itu, cadangan dan syor-syor mengenai dasar ini seterusnya akan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri selanjutnya. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kementerian pernah bercadang memperkenalkan sistem graduasi kepada kontraktor Kelas ‘F’ beberapa tahun yang lalu supaya mereka dapat meningkat naik ke kelas-kelas yang lebih atas seperti ‘E’, ‘D’, ‘C’, ‘B’ ataupun ‘A’. Akan tetapi sehingga kini sistem ini tidak dilaksanakan kerana bantahan- bantahan daripada kontraktor Kelas ‘F’. Untuk terus melahirkan kontraktor yang baik, berkemampuan dan berkepakaran, adakah usaha-usaha kerajaan bagi memastikan mereka mampu naik ke atas dengan lebih tinggi dan berjaya dan satu program graduasi yang lebih baik dan boleh diterima oleh semua pihak akan dilaksanakan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.

Sebenarnya ini usaha kementerian untuk memberi syor-syor dan cadangan supaya kontraktor Kelas ‘F’ ini akan aktif dalam semua kontrak dan juga akan mempertingkatkan daya saing mereka dan ini juga adalah usaha untuk mereka jika didaftar dan dijalankan Kelas ‘F’ selepas beberapa tahun dan mereka boleh memohon supaya di upgradekan kepada ‘E’ atau kelas yang lebih tinggi. Ini memang ada dalam syor-syor dan cadangan kita.

final • 11:00 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana di peringkat akar umbi saya mendapat rungutan bahawa ada satu dasar baru untuk hanya mengagihkan kerja-kerja maintenance hanya kepada satu syarikat besar. Jadi kerisauannya ialah takut kontraktor-kontraktor Kelas F tidak dapat projek yang kecil-kecil ini di peringkat negeri. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah dasar itu sekarang dipertimbangkan di peringkat mana ataupun ada dalam perancangan.

Mohon penjelasan.

final • 11:00 AM

Dato' Yong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, ucapan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Balik Pulau. Sebenarnya kita telah pun dalam menjalankan kontrak di sesuatu tempat kalau kontraknya melebihi beberapa juta kita akan meminta main kontraktor ini mengagih-agihkan 10 peratus projek ini bagi kepada kontraktor Kelas ‘F’ tempatan. Ini kita telah pun melaksanakan beberapa tahun ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

6. Datuk Chua Soon Bui [Tawau] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) pelan tindakan untuk menangani masalah jabatan-jabatan yang paling kerap sekali menjadi sasaran aduan orang awam kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM); dan

(b) adakah kerajaan mempunyai sebarang pelan untuk menubuhkan sebuah pasukan tugas khas untuk memantau dan menjalankan penguatkuasaan terhadap pesalah secara berkesan.

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pihak kerajaan komited dalam memastikan amalan tadbir urus dan pembangunan Malaysia terus ditingkatkan untuk memastikan organisasi berkembang dan berupaya menghadapi cabaran yang timbul daripada persekitaran dalam dan luar.

Sehubungan dengan itu, dalam menangani masalah jabatan-jabatan yang paling kerap menjadi sasaran aduan orang awam, langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

(i) inisiatif memantapkan dan memperkukuhkan unit-unit integriti, pematuhan ataupun compliance unit juga sedang giat dilaksanakan dan dimulakan dengan agensi-agensi penguat kuasa utama negara iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seterusnya akan diperluaskan kepada agensi-agensi penguat kuasa yang lain;

(ii) mengadakan memorandum persefahaman MoU atau rundingan meja bulat antara SPRM dan agensi-agensi penguatkuasaan serta jabatan yang terdedah kepada risiko gejala rasuah bagi mengenal pasti, merancang dan mengambil tindakan sewajarnya mengekang jenayah rasuah daripada berleluasa;

(iii) melaksanakan program latihan perintis bagi Program Pegawai Integriti Bertauliah atau certified integrity officer dengan izin yang melibatkan peserta agensi penguat kuasa dari agensi sektor awam dan swasta yang akan bertanggungjawab bagi merancang, melaksanakan dan memantau program-program integriti di agensi masing-masing;

(iv) kewujudan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang berfungsi antaranya ialah menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap seseorang pegawai penguat kuasa atau terhadap sesuatu agensi penguat kuasa secara amnya dan menyiasat serta mengadakan prosiding tertentu mengenai aduan sedemikian dan melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa. Sementara itu bagi SPRM pula penubuhan Jawatankuasa Aduan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 adalah khusus untuk memantau mengenai aduan salah laku pegawai-pegawai SPRM yang tidak bersifat jenayah. Jawatankuasa ini juga berperanan untuk mengenal pasti apa-apa kelemahan dalam tatacara kerja SPRM yang mungkin menimbulkan aduan;

(v) SPRM melalui bahagian pemeriksaan dan perundingan terus membantu agensi dan jabatan untuk memperbaiki sistem dan prosedur kerja bagi menutup ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta mengelakkan pegawai mengambil kesempatan akibat dari kepentingan peribadi dari kelemahan sistem dan prosedur kerja berkaitan; dan

(vi) kewujudan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) di kementerian, jabatan dan agensi sebagai mekanisme kawalan dalaman untuk memperbaiki sistem amalan kerja serta mengurangkan kerenah birokrasi untuk menyekat sebarang amalan rasuah daripada berleluasa.

Bagi jawapan (b), untuk makluman Yang Berhormat, pada masa kini setiap agensi kerajaan terutama agensi penguatkuasaan telah mempunyai mekanisme untuk memantau dan menjalankan penguatkuasaan terhadap pesalah secara berkesan.

final • 11:00 AM

Datuk Chua Soon Bui - Tawau

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah setakat mana keberkesanan usaha kerajaan yang disebut tadi menjurus kepada dapat diukur dan tidakkah kes-kes aduan mengenai rasuah atau pihak polis yang masih sedang berlaku dan yang membabitkan penguatkuasa itu menandakan kegagalan kerajaan dalam usaha menerapkan budaya integriti di kalangan mereka dan imej negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat lihat iaitu kita melaksanakan enam perkara bagi memastikan supaya integriti penjawat-penjawat awam ini dipastikan di tahap yang memuaskan dan boleh saya katakan iaitu setelah semua ini dilaksanakan sememangnya ada pengurangan daripada apa yang telah berlaku di masa sebelumnya perkara ini dilaksanakan. Cuma kalau Yang Berhormat mahukan kepada ukuran, saya terpaksa beri notis dan saya akan berikan segala butiran kepada Yang Berhormat secara bertulis.

final • 11:00 AM

Dato' Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya selain daripada pendakwaan yang merupakan tindakan terakhir yang dibuat ke atas sesuatu jabatan yang dianggap hot ataupun panas seperti yang melibatkan logistik, yang melibatkan sasaran kepada orang- orang awam, apakah tindakan-tindakan lain yang dibuat oleh pihak SPRM terutamanya dalam memastikan bahawa pencegahan itu dibuat daripada awal seperti khidmat nasihat, kaunseling, pemantauan, teguran dan sebagainya selain memastikan bahawa kalau hendak dibuat pendakwaan kepada keseluruhan kesalahan adalah sesuatu yang agak mustahil kerana terlalu mungkin banyak berlaku dan sebagainya. Apakah tindakan yang dibuat setakat ini oleh pihak SPRM dalam menangani masalah ini.

final • 11:00 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, program SPRM. Perbelanjaan yang agak besar yang ditanggung oleh kita ialah program awareness, iaitu di mana kita turun padang berjumpa dengan bukan sahaja kita bercakap tentang pegawai-pegawai kerajaan, tetapi juga kepada swasta untuk memaklumkan kepada mereka tentang betapa cemuhnya perbuatan rasuah ini. Jadi program awareness kita itu memang wujud dan turun padang adalah salah satu cara sebagai mana Yang Berhormat sebut tadi, “Prevention is better than cure”, kerana kalau tidak dilakukan sudah tentu perkara rasuah berlaku dengan banyak dan ini menyebabkan pendakwaan terlalu banyak yang akan dilakukan.

Keduanya saya ada sebut sebentar tadi, iaitu kita ada wujud Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus di kementerian, jabatan dan agensi sebagai mekanisme kawalan dalaman untuk memperbaiki sistem amalan kerja. Jadi JKTU ini juga adalah satu cara bagaimana kita mengelak daripada akhirnya berakhir dengan pendakwaan. Jadi JKTU ini di setiap kementerian juga mengajak kepada para pekerjanya supaya sentiasa mengamalkan sistem amalan kerja yang baik, semuanya untuk mengelak daripada berlaku perkara- perkara yang tidak diingini.

Saya juga boleh maklumkan di sini kalau sekiranya bahawa apa yang Yang Berhormat sebut tadi ada perkara-perkara yang belum lagi berlaku tetapi telah diketahui kita, maka bukan semuanya itu dihantar kepada SPRM untuk disiasat. Ada yang setengahnya itu diambil tindakan tatatertib. Kalau sekiranya jumlahnya itu tidak terlalu besar ataupun berlaku kesilapan atau apakah, ini masing-masing ada dia punya kawalan dia sendiri dan tidak semestinya semua itu berakhir kepada SPRM dan berakhir dengan pendakwaan. Ini kerana ada tindakan jabatan seperti tindakan tatatertib ataupun buang kerja dan macam-macam lagi.

final • 11:10 AM

7. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, anggaran pekerja asing di Sarawak yang sah dan tanpa izin mengikut negara asal dan bidang pekerjaan mereka. Apakah yang menyebabkan orang-orang tempatan tidak minat dalam bidang pekerjaan orang asing ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat kerana mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, jumlah tenaga kerja atau workforce rakyat tempatan Sarawak adalah kurang daripada 0.8 juta. Dengan pembangunan negeri Sarawak yang pesat selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuka dua juta hektar ladang kelapa sawit, maka jumlah tenaga kerja ataupun human capital yang diperlukan ialah lebih daripada 1.5 juta.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Oleh sebab itu negeri Sarawak terpaksa bergantung kepada tenaga pekerja asing sebagai pekerja mahir, serta pekerja am dalam usaha meningkatkan pembangunan untuk menjadi negeri yang maju.

Untuk makluman seterusnya Yang Berhormat, buat masa kini jumlah pekerja asing yang sah yang telah dikeluarkan dengan pas lawatan kerja sementara di Sarawak sepanjang akhir 2010 adalah seramai 131,381 orang. Dengan pecahan yang dikehendaki

final • 11:10 AM

oleh Yang Berhormat adalah seperti berikut

Jenis PekerjaanJumlah (orang)
SPA2268
Pembantu rumah7929
Pembinaan10564
Pembuatan53646
Pengendali kargo3
Perkhidmatan3103
Perladangan48696
Perniagaan runcit1
Pertanian5146
Restoran12
Rumah kebajikan5

Secara puratanya kebanyakan pekerja asing yang terlibat dalam semua sektor seperti dinyatakan di atas adalah terdiri daripada warga Indonesia iaitu 91.92 peratus bersamaan 120,724 orang diikuti dengan warga Cina iaitu 3.27 peratus bersamaan 4,300 orang, warga Bangladesh itu 3.07 peratus bersamaan 4,046 orang. Sehubungan dengan data yang berkaitan dengan pekerja asing tanpa izin (PATI) di Sarawak, Jabatan Imigresen tidak dapat memberikan data anggaran jumlah PATI. Ini kerana selain daripada kes tinggal lebih masa ramai di antara mereka yang telah memasuki Malaysia tanpa menggunakan pintu masuk yang sah.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan sebab-sebab mengapa orang tempatan tidak berminat bekerja di dalam bidang seperti yang dinyatakan di atas adalah sebab-sebab faktor seperti berikut:

(i) kekurangan kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh majikan seperti perumahan dan gaji yang kurang menarik;

(ii) persekitaran kerja yang tidak kondusif yang dikaitkan fenomena 3D iaitu dirty, difficult and dangerous ataupun dalam bahasa Malaysia kotor, sukar dan berbahaya;

(iii) kurang peluang perkembangan kerjaya yang menarik; dan

(iv) memilih kerja dan ada juga sengaja tidak mahu bekerja.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang kita akui bahawa untuk kerajaan mengenal pasti pekerja asing tanpa izin ini di Sarawak ataupun di seluruh negara memang bukannya senang. Ini disebabkan mereka ini bukan sahaja masuk melalui pintu yang sah, tetapi daripada jalan-jalan ataupun lorong tikus yang begitu banyak. Juga saya akan kaitkan masalah ini dengan dasar kerajaan yang masih mengekalkan penerimaan pekerjaan asing yang begitu banyak yang akan menjejaskan pekerja tempatan.

Justeru itu dasar kita untuk membuat gaji minimum bagi pekerja tempatan kita juga akan terjejas. Sebab itu ia dikaitkan dengan Gagasan 1Malaysia, di mana hasrat kita adalah untuk merapatkan jurang di antara yang kaya dan yang miskin. Oleh sebab itu memang kita ketahui bahawa unity must be built through economic strength. Kalaulah kita masih mengamalkan dan memperbanyakkan pekerja asing ini semua perkara akan terjejas. Maka hasrat kerajaan untuk mencapai negara yang berpendapatan tinggi juga akan terjejas dalam masa Wawasan 2020.

final • 11:10 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang - Kanowit

Jadi soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tindakan kerajaan dalam hal-hal yang dibangkitkan tadi sebab bukan sahaja mereka ini menjejaskan pekerja kita, tetapi juga mereka ini akan menjejaskan keselamatan negara amnya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sehubungan dengan pekerja tanpa izin ini, kementerian memandang serius berkaitan perkara ini bukan sahaja ianya mengurangkan pekerjaan kepada anak-anak tempatan, tetapi apa yang lebih penting kepada Kementerian Dalam Negeri bahawa kita tidak mahu kerana dengan kebanjiran pekerja asing ini ia boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam khusus di Sarawak ini. Oleh kerana itu kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri mengambil beberapa tindakan untuk mengatasi masalah ini.

Pertamanya kementerian telah melaksanakan pelbagai operasi penguatkuasaan secara bersepadu bersama dengan agensi-agensi yang berkaitan terhadap pekerja warga negara asing ini dari semasa ke semasa. Berkaitan dengan tindakan operasi ini, Jabatan Imigresen sahaja telah melaksanakan sejumlah 273 operasi di negeri Sarawak bagi tahun 2010.

Selain daripada itu, selain daripada mengambil tindakan terhadap PATI sendiri, tindakan juga diambil oleh pihak kementerian terhadap majikan yang menggaji PATI, mengambil tindakan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen yang mana daripada segi hukumannya berat dan dalam konteks ini tindakan yang telah diambil oleh kementerian sehingga akhir 2010 seramai 11 orang majikan telah didakwa oleh Jabatan Imigresen. Di bawah seksyen ini, ada bukan sahaja boleh didenda dan dikenakan penjara boleh juga disebat.

final • 11:10 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Selain daripada itu, penganjuran sesi-sesi dialog juga di antara imigresen dengan majikan-majikan dalam sektor yang berkaitan untuk memberi kesedaran mengenai tindakan tegas terhadap kesalahan menggaji PATI ini. Juga daripada segi undang-undang, tindakan yang serius selain daripada mengambil tindakan di atas Akta Imigresen 1959 bahawa kerajaan juga melihat jika ada bukti, pihak kerajaan akan mendakwa mereka di bawah Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman - Pendang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri berhubung dengan mereka-mereka yang membawa masuk pekerja-pekerja di ladang ini tetapi apabila habis permitnya, pekerja-pekerja itu masih lagi wujud di ladang tersebut. Ini kerana di kawasan saya baru-baru ini, ada berlaku satu pembunuhan disebabkan oleh pekerja dari sempadan Thailand dengan Burma ini. Akan tetapi apabila polis pergi ke kawasan tersebut, mereka hilang. Kemudian dua bulan atau tiga bulan, mereka datang semula.

Jadi, apakah sebenarnya kekangan yang dihadapi oleh pihak polis ataupun pihak keselamatan dalam menghadapi situasi sebegini kerana mereka ini seperti sekejap ada sekejap tidak ada? Apabila berlaku pembunuhan, dia hilang. Apabila senyap sekejap, dia datang semula. Apakah kekangan yang berlaku di pihak keselamatan ini untuk memantau ataupun menghadapi kemungkinan-kemungkinan berlaku pembunuhan seterusnya? Orang yang dibunuh ini adalah orang tempatan, penyelia ladang tersebut. Jadi saya harap pihak Menteri memberikan perhatian dan memberikan jawapan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sehubungan dengan pekerja-pekerja termasuk dengan pekerja ladang yang mana Yang Berhormat Pendang cakapkan tadi bahawa daripada segi permitnya telah tamat, maka daripada segi status, pekerja ini adalah merupakan pekerja tanpa izin. So, dalam konteks pekerja tanpa izin ini, setakat tindakan yang kita ambil adalah mengadakan operasi-operasi dari semasa ke semasa di ladang-ladang untuk mengenal pasti pekerja-pekerja yang telah tamat permit pekerjaan mereka.

Berkaitan dengan kes pembunuhan, ini memang berlaku. Pihak polis sentiasa memberikan perhatian dalam kes-kes yang mana, sama ada pembunuhan ataupun rompakan dan sebagainya. Maka, dari semasa ke semasa pihak polis akan membuat check di tempat ladang-ladang yang banyak menggaji pekerja-pekerja asing ini.

final • 11:20 AM

8. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan pihak manakah yang mempunyai kos pembinaan LRT dan MRT di Lembah Klang. Apakah kementerian akan mengamalkan tender terbuka dalam semua kontrak kerajaan dan macam manakah kerajaan memastikan prinsip ketelusan pemberian kontrak kerajaan dijalankan.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, maklumat kos pembinaan MRT/LRT di Lembah Klang berada pada pihak Prasarana Negara Berhad selaku pemilik aset dan projek. Semua pakej kerja LRT/MRT akan melalui proses tender terbuka bagi memastikan persaingan kos yang kompetitif. Jumlah kos projek MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang masih di dalam peringkat penilaian reka bentuk asas ataupun dengan izin, baseline design review dan proses muktamad dengan izin, employers requirement. Di samping itu, keputusan akhir jajaran setelah semua maklum balas diterima dan diproses selepas pameran awam yang sedang berlangsung sekarang sehingga 14 Mei 2011 juga akan memainkan peranan di dalam menentukan kos projek MRT ini. Anggaran yang lebih tepat dijangka akan diketahui menjelang bulan Mei iaitu setelah semua elemen kos diambil kira dan dimuktamadkan mulai 14 Februari 2011.

Projek MRT juga akan diselia melalui struktur penyeliaan yang terdiri daripada tiga tahap. Tahap tertinggi ialah Jawatankuasa Pemandu, steering committee dengan izin, yang diketuai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Di bawahnya adalah Jawatankuasa Eksekutif Exco yang diketuai Ketua Setiausaha Negara dan tahap yang ketiga adalah Jawatankuasa Teknikal yang diketuai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

final • 11:20 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya bagi projek MRT khususnya, soalan yang ditimbulkan ialah tentang route yang diambil oleh pihak prasarana yang mana kita tahu yang sekarang penduduk di semua kawasan yang kerajaan ingin bina MRT ini semua sudah keluar membantah melalui wakil rakyat mereka. Sebenarnya bagi saya, saya ada satu pandangan.

Macam ada tempat yang memang perlu public transport seperti ini seperti Jalan Klang Lama ke Kuala Lumpur ke Mid Valley ataupun kita memang perlu LRT line ke Mid Valley kerana di Mid Valley sekarang selalunya apabila ramai orang pergi di sana, Jalan Klang Lama iaitu kawasan saya sesak, Bangsar sesak. Jadi, yang perlu itu kerajaan nampaknya tidak buat dan endahkan. Kita memang lihat yang Federal Highway ini memang sesak. Kita memang perlu satu MRT dari Klang ke Kuala Lumpur tetapi ini tidak dibuat.

Sekarang ini kerajaan sentuh kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya dan semua orang keluar membantah. Mereka orang yang memang beradalah dan mereka memang tidak berapa menyambut baik tentang projek ini.

Di sini, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri tentang kemampuan kewangan.

Saya memang faham ia semua ini dibiayai oleh Prasarana dan saya difahamkan bahawa Prasarana akan mengeluarkan RM10 bilion untuk buat extension bagi LRT line. Kita tahu yang Prasarana pernah mengambil alih STAR dan Putra line kerana ia tidak buat untung.

Jadi ramai orang memang ada pertanyaan sama ada, adakah pengurusan MRT ini akhirnya akan membawa keuntungan kepada syarikat berkenaan? Kalau tidak, adakah kerajaan bercadang untuk terus membiayai kesemua kos pengurusan MRT dan juga LRT pada masa yang akan datang kerana kita tahu memang pengurusan LRT line ini memang tidak buat untunglah? Saya juga...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ingin tanya yang MRT ini...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Banyak Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ada empat kompartmen sahaja. Jadi, bagaimana mengatasi kesesakan dan juga menampung orang untuk datang- menarik orang untuk menggunakan MRT?

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Macam machine gun... [Ketawa]

final • 11:20 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

Masa terhad.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Masa terhad ya? Tuan Yang di-Pertua, pertamanya Yang Berhormat, saya sudah sebut tadi, kita mengadakan engagement dengan masyarakat daripada Hari Valentine sampai... [Disampuk] Pasal apa gelak?... [Disampuk] Tidak, saya 12 Mei.

Terima kasih kerana mengingatkan saya. Sampai 14 Mei. Tengok Tuan Yang di- Pertua, dia ingat birthday saya. Cuma silap hari sahaja. Jadi Yang Berhormat digalakkan – bukan Yang Berhormat sahaja, sesiapa sahaja digalakkan untuk memberikan pandangan mereka. Sewaktu kita engage dengan masyarakat, inilah masanya kerana pihak SPAD tidak mungkin boleh fikir semuanya. Kita pun tidak suka iaitu– apa yang kita lakukan ialah top-down. Kita mesti dapat pandangan juga daripada orang ramai. Jadi kita mesti ada basis. Basis itulah yang kita tunjukkan dan kita pamerkan dan kalau sekiranya apa-apa pindaan yang perlu dilakukan, itulah kerja Yang Berhormat. Berilah pandangan dan cadangan. Jangan ‘Ceh!’ sahaja.

final • 11:20 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Ketawa]

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Betullah itu. Maknanya betullah bukan.

Kemudian Yang Berhormat, Yang Berhormat ini marah orang Kota Damansara ini pasal apa? Jadi sebenarnya untuk kita mengurangkan kesesakan trafik, kita tidak mahu orang kaya ini, orang berada pakai kereta, dia masuk ke pekan. Oleh sebab itu kita kena lalu kawasan dia duduk, supaya dia... [Ketawa]

final • 11:20 AM

Seorang Ahli

Chief jawab chief.

final • 11:30 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya jawab ‘cheh’ juga sokong.

final • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 11:30 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ini, Yang Berhormat Ipoh Barat apa benda ini. Interlok sudah habis.

final • 11:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:30 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

[Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua, rancangan pembangunan rail yang dirangka oleh SPAD akan mengenal pasti semua jajaran yang akan datang. Jajaran Sungai Buloh di Kajang, tidak mungkinlah pergi ke semua tempat. Tidak bolehlah. Takkan dia hendak ‘corner’ macam itu, patah balik macam ini. Oh! Terlupa cover sana pula, pusing sana balik. Jauh 51km jadi 100km nanti. Jadi, tak mungkin kita boleh cover semua.

Kemudian, kos biaya MRT dibiayai kerajaan. Memang dibiayai kerajaan dan model penswastaan sememangnya tidak berjaya. Public transport mesti tanggungjawab kerajaan.

Mesti ada. Ini untuk menentukan tambang itu munasabah. Nanti kalau bagi kepada swasta, terus 100 peratus naik, Yang Berhormat marah dengan saya pula. Akan tetapi jangan marah, kita minum kopi berdua selepas ini. Kita bincang baik-baik.

final • 11:30 AM

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Empat gerabak ini Yang Berhormat kalau - ini bukan rail intercity, boleh panjang-panjang. Kalau Yang Berhormat pergi ke London, di mana pun paling kuat saya ingat lima gerabak macam itu. Akan tetapi empat gerabak ini untuk memastikan stesen bawah tanah itu nanti semua length ia banyak itu. Jadi, Yang Berhormat kata macam mana hendak ambil orang? Frekuensi sahajalah. Buat tiap-tiap tiga minit, beli gerabak lebih lagi, empat akan tetapi beli lagi banyak frekuensi.

Maknanya kalau tiap-tiap 10 minit, kita jadikan tiap-tiap lima minit. Jadi dalam peak hours mungkin tiap-tiap tiga minit, yang kita lakukan. Jadi, ini cara untuk kita handle the load Yang Berhormat sebut tadilah. Saya sudah cover semua sudah, 11.30 pagi, 11.32 pagi habis sudah.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya.

final • 11:30 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Setakat itulah Yang Berhormat sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri menjawab dan diputuskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 28 Mac 2011.”

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato' Yoong Khoon Seng

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

final • 11:32 AM
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” [23 Mac 2011]

final • 11:32 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya menjemput Kementerian Pelajaran.

final • 11:32 AM

Seorang Ahli

Oh, Presiden MCA, fuh!...[Ketawa]

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih ke atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap pembangunan sektor pendidikan negara. Pada perbahasan kali ini seramai 41 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai perkara berkaitan pendidikan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Justeru, saya akan memperjelaskan dan menjawab isu yang dibangkitkan terutama perkara yang menyentuh dasar pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran telah menjalankan satu kajian terperinci dan sedang memuktamadkan kedudukan GSTT seperti yang telah dinyatakan dalam penggulungan Bajet 2011 di Dewan yang mulia ini oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran.

Namun demikian, isu ini telah dibangkitkan semula oleh beberapa Ahli Yang Berhormat termasuklah Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Parit Sulong. Justeru, izinkan saya sekali lagi mengulas isu ini secara ringkas dan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran dalam menangani isu tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan GSTT adalah dibuat berdasarkan kepada keperluan semasa untuk mengisi kekosongan atau kekurangan guru di sekolah yang disebabkan oleh guru cuti bersalin, menyambung pelajaran dan sebagainya.

Lantikan ini adalah bersifat sementara, yang dilaksanakan secara kontrak berdasarkan bulan ke bulan di mana tempoh perkhidmatan mereka akan ditamatkan apabila guru-guru terlatih daripada institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pendidikan guru (IPG) mengisi kekosongan tersebut.

Namun demikian, sebagaimana yang telah Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran umumkan baru ini, GSTT yang telah pun berada dalam sistem pendidikan pada masa ini akan diberi perhatian dan pertimbangan oleh agensi pusat untuk terus berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran.

final • 11:33 AM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 11:33 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Justeru, kesemua GSTT tersebut akan diberi pertimbangan untuk diserapkan ke jawatan tetap dengan syarat mereka memenuhi syarat- syarat pelantikan anggota perkhidmatan awam, berkhidmat sebagai GSTT dua tahun ke atas dan berumur tidak lebih daripada 35 tahun.

final • 11:33 AM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh mencelah sedikit? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kedudukan GSTT ini sejak dari dulu sampai sekarang tidak selesai-selesai. Pertamanya penggunaan GSTT atau guru sandaran tidak terlatih, ianya memperlekehkan profesion perguruan itu sendiri, sebab kalau kita lihat mana-mana profesion profesional mana ada jawatan pegawai yang bertaraf sementara, doktor sementara dan lawyer sementara. Cikgu sahaja, cikgu tidak terlatih.

Jadi, kita harap kerajaan bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa tidak lagi menggunakan guru sandaran tidak terlatih. Ini kerana ianya menjatuhkan profesion perguruan itu sendiri. Kedua, Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa akan menyambung semula perkhidmatan guru-guru tidak terlatih ini.

final • 11:33 AM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Setakat ini, sejauh ini saya dimaklumkan bahawa masih ramai lagi atau belum lagi ada tawaran kepada guru-guru berkenaan untuk berkhidmat. Terima kasih.

final • 11:33 AM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Saya - selepas itu Yang Berhormat jawab sekali boleh? Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya dapat melihat guru ini bukan sahaja mengajar tiga bulan, akan tetapi mengajar sampai hujung tahun. Kalau kita tengok rekodnya, dia mengajar bertahun-tahun. Berulang kali kita tawarkan kepada guru ini sebagai guru untuk mengajar dalam guru yang tidak terlatih. Oleh yang demikian, ini bermakna keperluan guru sebenar di sekolah adalah berbeza dengan bilangan guru yang kita tawarkan. Oleh demikian, apakah kementerian Yang Berhormat tidak ada satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk membuat satu unjuran yang lebih tepat supaya guru-guru yang kita latih ini dapat memenuhi keperluan sebenar.

Ini termasuk guru bersalin, guru yang menyambung pelajaran, guru yang sakit, guru yang berhenti awal, guru yang bertanding awal akan tetapi kalah dalam pilihan raya, dia tidak mengajar balik. Jadi, ini semua adalah merupakan keperluan sebenar yang berlaku di sekolah. Saya yakin dan percaya kalau sekiranya unjuran yang tepat berdasarkan kepada keperluan sebenarnya dapat dibuat, maka latihan guru-guru ini dapat dibuat dengan lebih banyak mengikut keperluan sebenar sekolah. Apakah kementerian Yang Berhormat tidak ada unjuran yang tepat berkaitan dengan keperluan guru-guru yang terlatih ini?

final • 11:33 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat dan dua orang Ahli Yang Berhormat kebetulan adalah wakil warga pendidik, bekas warga pendidik. Saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan. Mengenai isu GSTT, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sangat relevan. Oleh sebab itu Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran telah menyarankan supaya kita boleh serap balik GSTT yang telah berkhidmat lama dengan kementerian.

Oleh sebab itulah apabila dalam penggulungan tadi, saya mengatakan bahawa bagi mereka yang berkhidmat lebih daripada dua tahun dan ataupun umur mereka tidak melebihi 35 tahun, mereka akan diserapkan masuk dan mereka akan diberi latihan ikhtisas yang bersesuaian dan akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang memerlukan di seluruh negara.

final • 11:33 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Namun dalam pelaksanaan dasar ini, kementerian juga akur dengan keperluan dan kekosongan jawatan semasa. Saya juga ingin menegaskan kementerian telah memutuskan mulai tahun ini tiada lagi GSTT akan dilantik pada masa hadapan. Ini bermaksud di dalam soal kita hendak menguruskan GSTT, kita hendak menerima siapa yang ada di dalam sistem kita, kita berikan latihan dan pada waktu yang sama kita mesti melihat dari segi kualitinya. Kalau kelayakannya memenuhi syarat yang telah ditetapkan, saya rasa kita akan memberi keutamaan kepada ini. Jadi sebab itulah selepas Yang Berhormat Menteri Pelajaran mengumumkan, itulah hasrat kita dan selepas ini nampaknya kita telah memuktamadkan dasar ini dan ia akan sampai kepada pelaksanaan.

Bagi mereka yang mempunyai kelayakan tetapi belum ditawarkan, mungkin di dalam proses. Saya rasa kita akan semak sama ada calon itu layak ataupun tempoh perkhidmatannya lebih dua tahun atau tidak. Saya rasa dalam soal ini kita perlu melihat secara jitu. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jempol yang mengatakan bahawa unjuran itu mesti tepat dan sebab itulah kementerian ini kita ada beberapa agensi yang melihat. Bahagian Pengurusan Sekolah melihat data apa yang berlaku secara hakiki di sekolah dan ia dilaporkan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang menawarkan berapa jumlah jawatan.

Pada waktu yang sama kita akan memadankan dengan BPG, Bahagian Pendidikan Guru yang melihat berapakah bekalan guru yang akan dibekalkan kepada sekolah, bilakah ia akan dibekalkan. Saya rasa apabila berlakunya keserasian di antara agensi-agensi ini, maka perkara ini dapat diuruskan dengan baik dengan unjuran yang lebih tepat.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Selain daripada itu, bagi kakitangan sokongan yang dilantik secara kontrak seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput, mereka mempunyai peluang yang sama untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Pengambilan mereka adalah tertakluk kepada keperluan perkhidmatan dan mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang diperlukan dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam pembentangan RMKe-10, lepasan atau lulusan UEC yang telah memiliki SPM sebelumnya akan diberikan pertimbangan untuk mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai tahun 2011.

Untuk makluman Yang Berhormat Tangga Batu, kementerian telah memutuskan bahawa pengambilan khas ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) untuk Pengajian Bahasa Cina bagi pelajar-pelajar lepasan Sijil Senior Level UEC. Oleh yang demikian berdasarkan kepada perbincangan khas di antara Yang Berhormat Menteri Pelajaran, wakil MCA dan Gerakan serta bersama-sama pihak-pihak berkepentingan pada 23 Mac di Parlimen yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran sendiri, telah bersetuju pengambilan khas ini dibuka kepada calon-calon yang memiliki SPM dengan memiliki kepujian Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris, mempunyai tiga kepujian dalam mata pelajaran di peringkat Sijil Senior Level UEC, lulus Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (IMSAK) dan lulus temu duga.

Calon-calon yang berjaya diterima masuk ke program khas ini dikehendaki mengikuti kursus khas dan lulus dengan jayanya sepanjang tempoh pengajian di IPG sebelum mereka dianugerahkan ijazah sarjana muda perguruan ataupun dalam bidang Pengajian Bahasa Cina.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Timbalan Menteri...

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Ini adalah tujuan untuk membolehkan mereka berkhidmat sebagai guru terlatih di semua sekolah KPM.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk mengatasi masalah kekurangan guru-guru Cina. Akan tetapi kadang-kadang saya terfikir, betul ataupun tidak rakan kita kaum Tionghua, Cina berminat untuk mengatasi masalah tersebut. Kalau saya dapat lihat tentang apa yang diputuskan tadi nampak benar bahawa kelonggaran telah diberikan kepada calon-calon untuk mengajar Bahasa Cina.

Mengikut pengetahuan saya kepada anak-anak kita yang ingin memasuki IPGM, institut pendidikan guru, mereka yang mempunyai keputusan SPM mesti berkelulusan tiga cemerlang dan tiga kepujian berbanding dengan apa yang diputuskan pihak kerajaan tadi yang hanya mengatakan hanya memerlukan kepujian dalam Bahasa Malaysia sahaja dan ini menggambarkan bahawa telah berlaku diskriminasi untuk memberikan laluan kepada bakal-bakal guru untuk mengajar Bahasa Cina.

Apakah, kurangkah apabila anak-anak kita daripada keturunan Cina yang mempunyai kelulusan yang baik dalam SPM untuk menawarkan diri menjadi guru Bahasa Cina. Saya bimbang, takut ini akan merendahkan martabat IPGM yang begitu menekankan tentang kualiti anak-anak kita yang berkelulusan daripada IPGM dan seterusnya akan menjadikan pengiktirafan kepada IPTA kita di mana yang mengeluarkan ini merupakan institut pendidikan guru yang bertaraf IPTA. Jadi saya berasa sangat kecewa dengan keputusan yang diambil oleh kerajaan, kerana melonggarkan syarat itu kerana tuntutan daripada orang kita sendiri yang tidak bersungguh-sungguh untuk menjadi guru daripada kaum mereka. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kita memang mengambil kira aspek kualiti siswazah yang kita hendak lahirkan. Sebab itu kalau Yang Berhormat, kebetulan saya pernah menduduki sebagai ahli lembaga dalam MQA, kita tidak berkompromi dari segi kualiti.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Kalau Yang Berhormat perhatikan apa yang telah saya bentangkan tadi adalah Senior Level UEC bukan junior, jadi ramai yang tidak faham apa itu junior, apa itu senior?

Sebenarnya untuk sekolah-sekolah yang menawarkan UEC ini, mereka bukan menduduki lima tahun, enam tahun dan di bawah MQA pun mereka diterima masuk dan ia dianggap sebagai A level equivalent atau its equivalent dan sebab itulah mereka boleh terus masuk ke tahun satu di IPTS. Jadi di bawah kerangka MQA yang ada sekarang, dalam soal ini oleh sebab semalam kita setelah berbincang dari segi kita hendak membuat satu program, ini adalah ambilan UEC dan pada waktu yang sama jumlah ataupun kursus perguruan lepasan SPM masih lagi diteruskan. Bermaksud kalau seorang anak Cina ataupun sesiapa sahaja yang dari aliran seperti SPM tidak ada masalah dan mereka boleh masuk. Akan tetapi ia adalah satu program khas untuk UEC, yang itu adalah untuk kategori SPM. Jadi nampaknya kita banyak saluran dari segi pengambilan guru.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Saya difahamkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bahawa UEC ini tidak diiktiraf oleh pihak IPTA. Jadi bagaimana begitu longgar? Oleh sebab semata-mata untuk memberikan laluan, kita seolah- olah merubah sistem kita. Padahal jika betul-betullah ada anak-anak kita dari kaum Cina yang mahu menjadi cikgu saya rasa lebih daripada cukup sekiranya berminat. Akan tetapi saya dimaklumkan, saya difahamkan berkawan dengan kaum Cina, mereka mengatakan apabila anak mereka ini tidak bersungguh-sungguh untuk belajar, dia kata ‘’Mahu jadi cikgukah?” Seolah-olah mereka memandang cikgu ini satu profesion yang tidak tinggi. Jadi untuk membolehkan- dari segi lain, kaum Cina mahu guru bahasa Cina mencukupi, nampak sangat bahawa kita terlalu longgar, seolah-olah untuk merendahkan taraf IPGM itu sendiri.

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya kalau lima, enam tahun yang lalu profesion keguruan itu masih lagi dianggap dari segi gajinya tidak tinggi mana. Itu yang menyebabkan ada golongan muda orang Cina tidak pergi. Walau bagaimanapun, saya memberikan jaminan bahawa sekarang memang ramai, tidak kira SPM, KPLI nampaknya jumlah pun jauh lebih tinggi. Ini menunjukkan bahawa dari segi ganjaran yang diberikan untuk guru itu, saya rasa untuk mereka yang DG41 termasuk dengan elaun RM2700, itu lebih baik daripada jurutera yang baru mendapat RM2000 ataupun dari doktor mungkin lebih tinggi sedikit.

Akan tetapi saya rasa dari segi ganjaran yang diberikan, DG41 saya merasakan kerajaan Barisan Nasional telah melakukan yang terbaik untuk kita menjaga kebajikan guru, sebab itulah kita tidak kurang permohonan yang berminat untuk menjadi guru. Saya rasa itu tidak menjadi masalah sejak tahun 2007 dan sampai hari ini pun kita nampak permintaan itu begitu banyak sekali. Oleh sebab saya hendak meneruskan sehingga pukul satu. Saya akan cuba cepat...

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, penjelasan.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Ya.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya sokong penuhlah pandangan kerajaan untuk mengambil certificate order UAC dalam sistem pengajaran. Itu adalah satu move yang sangat positive. Saya hendak tanya, berapakah guru yang dianggarkan yang akan diambil dengan certificate UAC dan adakah polisi yang sedang digunakan di sekolah-sekolah Cina iaitu seorang guru yang dihantar ke sekolah-sekolah Cina semestinya perlu fasih dalam bahasa Mandarin sebelum dihantar ke sekolah Cina? Tidak kisah dia ajar Bahasa Malaysia atau bahasa-bahasa lain.

Adakah sistem yang sama juga akan digunakan di sekolah Tamil di mana ada banyak bantahan yang mana polisi kerajaan berlainan di antara sekolah Tamil dan sekolah Cina di mana sekarang sekolah-sekolah Tamil kalau dia fasih dalam bahasa Malaysia, dia tidak tahu bahasa Tamil dia boleh dihantar. Adakah kerajaan akan fikir bahawa polisi yang digunakan ke sekolah Cina juga akan setanding digunakan kepada sekolah-sekolah Tamil.

Jika tidak, kenapa tidak?

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Pertama Yang Berhormat. Yang Berhormat kena tengok kerangka kursus ini lima setengah tahun. Ianya mirip kepada PISMP apa yang telah ada selama ini dan kor pertama pun telah mendapat ijazah baru-baru ini itu yang pertama.

Dari segi kandungan kursus akan direka bentuk khas untuk kumpulan ini dan kita tidak berkompromi soal dari segi kualiti graduan yang akan kita lahirkan. Mengenai persoalan Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat boleh merujuk kepada keputusan Kabinet pada 26 November yang lalu dan saya rasa tidak ada kecelaruan dari segi pelaksanaan itu dan itu memang telah kita maklumkan kepada jabatan ya.

Jadi saya rasa tidak kira SJK(T), SJK(C) itu sama. Tidak menjadi masalah dan berpandukan kepada keputusan Kabinet yang dibuat pada 26 November tahun lalu. Kalau Yang Berhormat ada kemusykilan, boleh kemukakan kepada saya tentang kes spesifik dan kita akan uruskan dan melihat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Adakah ia bermakna bahawa mereka mesti fasih dalam bahasa Tamil, fasih dalam bahasa Mandarin baru boleh dihantar ke sekolah- sekolah.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat bagi satu soalan yang dianggap blanket. Dalam kandungan itu ada satu, dua, tiga, empat perkara yang perlu dilihat dan saya boleh berbincang dengan Yang Berhormat kes yang macam mana yang saya akan terangkan satu per satu. Saya berjanji dengan Yang Berhormat bawa kes yang mana dan saya akan tengok yang mana itu sama ada menepati keputusan Kabinet decision.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minta penjelasan. Saya tidak begitu setuju bahawa anak-anak Cina tidak minat dalam profesion perguruan. Saya tahu ramai di kalangan guru sandaran yang sudah dua, tiga tahun berpengalaman mengajar di sekolah dan mereka ini ramai daripada mereka pernah memohon untuk menyertai kursus perguruan. Akan tetapi, ditolak dan orang-orang ini mempunyai kelayakan minima yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

Oleh sebab itu saya hendak tanya, adakah Kementerian Pelajaran mengambil perhatian tentang golongan pemohon-pemohon guru sandaran ini untuk menyertai kursus perguruan. Biasanya kalau mereka sudah mengajar dua, tiga tahun adalah satu bukti yang baik bahawa mereka mempunyai minat dan juga berdedikasi dalam profesion perguruan.

Apakah langkah diambil oleh kementerian dalam hal ini untuk memberi timbangan yang sewajarnya kepada pemohon-pemohon kategori ini.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau yang merupakan bekas pensyarah IPG. Sememangnya merupakan hasrat kementerian seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran bahawa kita hendak serap GSTT.

Jadi apabila kita mengambil keputusan mereka yang berkhidmat lebih daripada dua tahun dan umurnya tidak melebihi 35 tahun bermakna kita hendak memberi latihan ikhtisas.

Dalam konteks ini, apabila kita kata hendak bagi latihan ikhtisas bermaksud mereka kena menghadiri kursus, mengikuti kursus. Jadi biasanya dalam sistem kita benarkan mereka menjalankan kursus mod Kursus Dalam Cuti (KDC). Saya rasa ini antara perkara yang merupakan pelan tindakan selepas kita mengambil dasar ini.

final • 11:50 AM

Tuan Teng Boon Soon - Tebrau

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Memandangkan kita menghadapi masalah kekurangan guru bahasa Cina, adakah kerajaan bercadang memberi pertimbangan kepada guru sandaran yang sudah berpengalaman dua hingga tiga tahun supaya mereka secara automatik diserap dalam latihan perguruan.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih. Pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran di Sabah itulah kandungannya kata lebih daripada dua tahun itu kita sedang memikirkan mekanisme untuk menyerap mereka masuk. Apabila kita kata menyerap, diserap masuk di dalam sistem kita bermaksud itulah latihan yang kita akan bekalkan kepada mereka.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Seri Aman, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Tenggara telah membangkitkan mengenai pembangunan prasarana sekolah sama ada sekolah kerajaan dan juga sekolah bantuan kerajaan. Kementerian telah membuat dan menentukan keutamaan untuk melaksanakan projek pembangunan yang melibatkan program NKRA, MKRA, sekolah daif, sesak, sekolah tiada bangunan dan tidak selamat serta sekolah dalam kawasan banjir. Ini adalah untuk memastikan sekolah-sekolah yang dimaksudkan tadi mendapat pembelaan yang sewajarnya dan murid-murid di sekolah berkenaan menikmati kemudahan pendidikan yang sama dengan murid-murid lain.

Selaras dengan itu, Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran juga telah mengarahkan kementerian supaya reka bentuk sekolah-sekolah yang hendak dibina dalam RMKe-10 hendaklah dikaji kesesuaiannya supaya memenuhi keperluan sebenar. Ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi prasarana yang dibina dapat di optimakan penggunaannya.

Oleh itu, perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan pembangunan infrastruktur semua jenis sekolah berkenaan akan diteliti dengan baik...

final • 11:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Laluan, Arau.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Ya, Yang Berhormat Arau.

final • 11:50 AM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri ada atau tidak pihak kementerian membuat kajian terhadap population growth sebelum pembangunan sekolah baru ataupun tambahan bangunan diadakan pada suatu kawasan.

Ini kerana saya tengok di kawasan Parlimen Arau khasnya dan di negeri Perlis amnya, saya tengok kawasan-kawasan sekolah yang dianggap populationnya tidak mungkin berkembang dengan tahap perkembangan kemajuan semasa yang ada pada masa kini.

Akan tetapi, bangunan tambahan yang dibuat sampai dua blok empat tingkat saya rasa itu tidak memenuhi kriteria sedangkan di tempat-tempat lain yang sepatutnya yang masih lagi kekurangan dari segi fizikal yang lebih memerlukan keperluan bangunan berkenaan harus diberi tumpuan. Ada atau tidak pertimbangan ini dibuat oleh pihak kementerian dalam kita hendak mendirikan sekolah baru ataupun bangunan tambahan pada setiap dalam rancangan terutamanya dalam NKRA yang lepas, lepaslah. Kita dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran telah mengarahkan kementerian melihat kesesuaian bangunan sekolah yang akan dibina dalam RMKe-10, ini bermaksud ia bukannya merangkumi reka bentuk bangunan itu sendiri. Kesesuaian dari segi lokasi hendak kita tempatkan sekolah menengah, sekolah kebangsaan itu juga kita ambil kira. Jadi saya rasa kita kena melihat dari segi perancangan dari segi total dan kita ada satu unit EPRD di bawah kementerian yang melihat dan kita ada satu kajian terperinci tentang keperluan...

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...Dari segi pertambahan penduduk bagi sesuatu kawasan sebelum sesuatu infrastruktur itu dibekalkan kepada sesuatu tempat. Jadi saya rasa memang sudah ada satu mekanisme untuk kita hendak menentukan sama ada sekolah itu sesuai atau tidak diletak di lokasi yang dicadangkan.

final • 11:50 AM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin minta penjelasan dari pihak kementerian. Berkaitan dengan sekolah-sekolah yang telah beroperasi, bukannya yang baru hendak dibina yang telah beroperasi yang memang terlibat dalam banjir. Kalau dalam kawasan Parlimen Rantau Panjang itu memang banyak sekolah yang banyak terdedah dengan banjir terutama di musim-musim peperiksaan dan ini menjejaskan pelajaran terutama pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan.

final • 11:50 AM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Masalah kekurangan asrama tidak mencukupi, bangunan-bangunan yang uzur yang kita lihat banyak bangunan yang rosak akibat banjir. Jadi apakah tindakan yang dibuat oleh pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah ini segera. Apakah rancangan pihak kementerian untuk memastikan bahawa bagi tempat-tempat yang sentiasa di tenggelami banjir ini maknanya sekolah ini dipindahkan di lokasi baru yang lebih selamat yang memang memudahkan untuk urusan pelajar terutama di musim tengkujuh. Minta penjelasan.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sekejap, sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dari segi aspek perancangan untuk sekolah yang sedia ada.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terdapat satu lagi status terutama sekolah yang dibina oleh para mubaligh di Parlimen Balik Pulau contohnya Sekolah Saint George yang dibina dengan kerjasama oleh gereja dan bersebelahan dengan Sekolah Sacred Heart. Sekarang ini baru-baru ini terdapat ura-ura untuk diambil balik tapak Sekolah St. George tersebut.

Jadi, kerisauan penduduk setempat kerana latar belakang sejarah yang tinggi dan juga manfaat yang telah diterima di kawasan tersebut. Apa perancangan Yang Berhormat Timbalan Menteri di dalam menangani isu-isu apabila berdepan dengan keputusan pihak- pihak yang terlibat membina sekolah seperti para mubaligh untuk mengambil balik sekolah- sekolah yang sudah ternama. Adakah mahu dibuat replacement, dibina semula ataupun conservation dan apa perancangan? Mohon penjelasan.

final • 12:00 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh tambah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri? Dia hampir-hampir sama sahaja. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya dengan kementerian sebab apa yang saya lihat dalam program kementerian ini untuk membina sekolah menengah dan sekolah rendah. Akan tetapi di kawasan saya, saya nampak macam begitu perlahan. Pergerakan dia perlahan.

Jadi kalau dikira daripada NKRA kementerian ini nampak tidak mencapai tahap sasaran seperti yang digembar-gemburkan, seperti pewujudan sekolah menengah di Tongod, sekolah menengah di Paris sudah berpuluh-puluh tahun Tuan Yang di-Pertua diheboh-hebohkan. Sekolah yang masih usang ada, sekolah yang kalau air banjir naik tenggelam ada. Dikira dua tahun lalu hendak pindah, sampai sekarang tidak pindah-pindah juga.

Jadi apa sebetulnya perancangan khusus untuk di Kinabatangan? Perancangan kementerian memastikan bahawa rakyat Malaysia di luar bandar juga menikmati alam pendidikan yang lebih harmoni, yang tidak ada ketakutan, tidak kena panas, tidak kena hujan. Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya ini tiga soalan yang saya rasa hampir sama dari segi priority atau keutamaan yang diberi pada bangunan sekolah yang hendak kita bina. Saya ingin menjawab Yang Berhormat Kinabatangan, sebenarnya kalau saya masuk Parlimen ketika itu ada lagi SK Paris, SKMT Libun, Tongod dan banyak lagi. Kita sudah mula satu-dua sekolah yang mana kita sudah melaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Saya ingin memberi gambaran kepada Yang Berhormat sebenarnya di bawah RMKe-9, kita telah memohon untuk dana pembangunan RM89 bilion. Apa yang diperolehi oleh kementerian cuma RM25 bilion termasuk kita ada satu shortfall atau kekurangan dari segi dana yang jauh daripada apa yang kita harapkan ya. Jadi kita kena bergantung kepada kekangan kadar kemampuan kewangan kita untuk kita melaksanakan semua projek sekolah.

Berbalik kepada soalan Yang Berhormat Rantau Panjang, sebenarnya apa yang telah saya baru sebut tadi ialah arahan Yang Berhormat Menteri untuk kita tengok balik dari segi keutamaan kepada sekolah daif, sekolah yang ditenggelami banjir dan sekolah- sekolah yang tidak selamat. Jadi saya rasa ini diumumkan sebagai dasar apabila kita hendak laksanakan projek esok, inilah antara projek-projek yang akan diberi keutamaan.

Jadi saya rasa sekarang kita sudah ada satu senarai yang di mana kita berdasarkan pada pengauditan bangunan sekolah, yang kata dalam kawasan-kawasan banjir yang sering ditenggelami air dan sebagainya ia akan dijadikan sebagai rujukan untuk kita membaik pulih bangunan seperti itulah.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong

Apa yang disebutkan Yang Berhormat Balik Pulau tadi, sekolah mubaligh. Kita ada satu kategori peruntukan sekolah bantuan kerajaan di bawah sekolah mubaligh ini di Malaysia kita ada 410. Jadi dari sejak 2009, kita sudah bagi RM50 juta, 2010-PRE 2 kita bagi RM50 juta dan kali ini dalam rolling pertama pun ada RM70 juta. Jadi saya rasa pemantau kita lihat di tapak kita tengok keperluannya dan ia akan diberikan kepada pihak sekolah untuk mereka uruskan.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Jadi saya rasa ini ada dari segi bantuan dan apabila sekiranya ada yang meminta supaya sekolah itu ditarik balik. Dia hendak serahkan balik ataupun mereka hendak ambil balik tanah itu, kita ada kaedah kita. Kita akan memperluaskan SMK seperti mana yang kita mengarusperdanakan. Itu memang dalam perancangan kita.

Pada masa yang sama kita tidak sewenang-wenangnya mengambil alih tanah dimiliki oleh mubaligh ataupun gereja ini. Jadi saya rasa memang sudah ada kesefahaman antara ini dan kita dalam arah memantapkan lagi usaha sama ini. Jadi saya berharap Yang Berhormat boleh sampaikan pada pihak sekolah itu.

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sekejap, sedikit sahaja tambahan lanjutan, sedikit sahaja. Penjelasan sedikit.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bangun]

final • 12:00 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang dimaksudkan di sini ialah ada segi aspek siapa yang patut – katakanlah keputusannya belum dapat tapak baru kerana ini dilaporkan di dalam New Straits Times sebagainya ada kaitan dengan perancangan kementerian. Isunya di sini pihak sekolah tidak setuju, Sekolah St. George, Sekolah Sacred Heart hendak ambil balik St. George, St.

George tidak setuju. St. George adalah antara sekolah paling awal sejarah di Balik Pulau.

Persoalannya di sini Yang Berhormat Timbalan Menteri di tahap itu, apakah dasar Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah mahu – dia ada aspek warisan, ada aspek dasar, SMKA. Di mana di sini, Yang Berhormat Timbalan Menteri menggariskan dia di antara mempertahankan warisan, sejarah dan juga dasar SMKA? Juga yang penting di sini ialah satu perkara yang baik bagi saya kalau boleh dipertahankan, dipertahankan. Jikalau diperbanyakkan itu tambahan. Itu maksud saya itu. Bantuan terima kasih, itu memang saya akui.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya dalam soal ini dia perlu dilihat dari dua dimensi. Pertama kalau kita misalan ada contohnya di Kulai sebelum itu ada sebuah sekolah mubaligh, nampaknya PIBG minta kerajaan ambil alih.

Akan tetapi timbul pula isu apabila kita hendak mengambil alih tanah itu, mengambil balik tanah itu, dia kata ini tanah kita tidak boleh diambil sewenang-wenangnya, itu yang pertama.

Kedua, ada pihak kata saya tidak akan bagi tanah lagi. You carilah tanah sendiri macam di St. Mary dahulu dekat Kuala Lumpur sekarang sudah pindah ke Selayang. Itu sebagai contoh ya. Saya rasa kita kena menggunakan budi bicara dan musyawarah antara kita dengan pihak lembaga itu dan saya rasa untuk mencari kaedah yang terbaik. Bagi kementerian kita mempertahankan kebajikan murid-murid di sekolah itu. Jikalau tiba-tiba sekolah itu tutup, saya rasa kita kena hendak bina satu sekolah dalam tempoh terdekat bukan perkara yang mudah. Jadi kita kena mengimbangi dua perkara ini.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Yang Berhormat Timbalan Menteri ini soal perkara yang amat penting. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya selain daripada menyokong sekolah-sekolah yang daif di luar bandar, kita harus juga melihat kepentingan sekolah-sekolah yang bersejarah baik, kawasan-kawasan sekolah yang di kawasan bandar. Kita sedia tahu bahawa kawasan bandar ini mungkin bertambah populasi dia.

final • 12:00 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

Jadi saya pernah menyoal perkara ini berbalik-baliklah. Jadi saya harap saya tidak mahu berhenti dari situ sahaja. Saya akan timbulkan lagi soal SMK Petagas ini yang telah dicadangkan pada RMKe-8, RMKe-9 dan sekarang belum lagi kelihatan tindakan yang positif daripada pihak kerajaan bahkan ada pemeriksaan, penyiasatan bahawa pointnya agak-agak menurun sebab dia tanah gambut. Bahkan kawasan ini density populated, dengan izin dan tidak mungkin betul-betul desakan daripada penduduk ini SMK Petagas.

Saya pernah sentuh perkara ini dan saya pernah bertengkar dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai soal ini.

Jadi apabila sahaja kita mesyuarat di tindakan daerah, perkara ini selalu timbul oleh penduduk-penduduk, PIBG dan sebagainya dan perlu dilaksanakan. Hanya yang perlu adalah peruntukan tambahan. Saya tekankan di sini SMK Petagas itu haruslah dibina kepada tapak yang dicadangkan sebab tapak tanah itu sudah tersedia. Satu lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri soal mubaligh yang ditimbulkan.

Saya pernah menulis kepada kementerian tetapi sampai sekarang tidak pernah mendapat jawapan soal permohonan SM La Salle iaitu sekolah yang terkenal di negeri Sabah yang telah melahirkan berapa banyak pemimpin bukan sahaja pemimpin negara tetapi pemimpin negeri Sabah yang sudah memegang jawatan-jawatan yang tinggi. Jadi sekolah ini memerlukan bantuan peruntukan daripada kerajaan, perhatian daripada kerajaan pusat.

Satu lagi sekolah di SK Tanjung Aru yang telah pun disebar meluas di pihak media elektronik dan sebagainya yang mana kedudukannya sungguh daif sekolah itu dan juga perparitan di situ penuh dengan jentik-jentik nyamuk yang menggigit kaki-kaki budak.

Tolonglah turun padang Yang Berhormat Timbalan Menteri, lihat apa yang perlu dilaksanakan oleh pihak kementerian soal kebajikan budak-budak yang menuntut di SK Tanjung Aru.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Baik Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh...

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Boleh saya teruskan?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dahulu ya.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Ya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Walau apa pun, saya tahu yang ini kementerian yang penting. Akan tetapi pukul 1 petang, Yang Berhormat Timbalan Menteri habis ya. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Putatan telah dibincangkan di peringkat kementerian, malahan Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran sendiri telah berbincang secara terperinci dengan pegawai.

Soal tanah itu merupakan satu isu yang perlu diselesaikan. Kalau kita hendak dapat satu peruntukan yang besar untuk menambak tanah dan dari mana duit itu datang?

Jadi, saya rasa ini antara perkara yang perlu dibincang dengan kerajaan negeri dan saya difahamkan memang sudah ada perbincangan berkali-kali. Saya berharap ia dapat dimuktamadkan dan kita dapat merealisasikan impian Yang Berhormat.

Tentang apa yang ditulis oleh Yang Berhormat kepada kita, bukan kata kita tidak hendak beri. Oleh sebab peruntukan ini dalam tahun 2011 dan tahun 2012, baru kita hendak mula lihat permohonan. Saya rasa tidak lama lagi kita akan jawab dan melihat kesesuaian. Kalau boleh diberi, kita akan bantu sekolah tersebut.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang itu kita akan ambil maklum dan kita akan masukkan, lihat, kita akan semak dan bagaimana kita bandingkan dengan keutamaan yang lain.

final • 12:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran. Orang di kawasan saya memang menunggu persidangan Parlimen. Bagi mereka, Parlimenlah jalan penyelesaian.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Soalan... [Ketawa]

final • 12:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Itulah soalan. Ada 11 sekolah jenis kebangsaan Cina di kawasan saya, yang saya memberikan pertolongan yang semaksimum yang saya mampu. Bagi masyarakat Cina di kawasan saya, saya tidak tahu di kawasan Yang Berhormat Kinabatangan kerana ia hulu kampung, jauh. Begitu juga Putatan. Bagi masyarakat di Parlimen Sri Gading, orang Cina, sahabat-sahabat saya, kepada mereka sekolahlah segala-galanya. Air, api, elektrik, telefon, itu ini 100 peratus dan kepada masyarakat Cina, soal pokok mereka ialah pelajaran dan sekolah.

Maka itu mereka berlumba-lumba kerana kesempitan, masalah yang dihadapi seperti kata Yang Berhormat Putatan, sebuah sekolah yang hari ini telah berlimpah-limpah kerana pertambahan penduduk. Tidak dapat dielakkan. Jadi, mereka menulis surat kepada Yang Amat Berhormat TPM. Saya ulang sekali lagi Yang Amat Berhormat TPM yang melawat Sri Gading. Yang Berhormat sendiri pun faham dan memang tahu.

Jadi, saya berharaplah semua permohonan yang saya kemukakan yang melalui TPM, melalui Yang Berhormat sendiri, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina ini, haraplah dapat dipenuhi dan dihasilkan. Saya hendakkan jawapan itu kerana masyarakat seperti saya kata tadi, Parlimen ini menjadi medan bagi pengharapan mereka. Kalau ada jawapan yang begitu baik akan menyebabkan rakyat Parlimen Sri Gading begitu berterima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Datuk Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, kalau semua di Sri Gading, kita bagaimana?... [Ketawa]

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya mengambil maklum apa yang Yang Berhormat sampaikan kepada Yang Amat Berhormat Menteri dengan saya. Sebenarnya surat itu sampai pada pejabat Menteri pada Oktober lalu.

Masa itu kita masih berbahas tentang Bajet 2011. Tahun ini barulah tahun pertama kita hendak berikan duit itu. Baru peringkat hendak beri. Saya beri jaminan saya sudah dapat surat itu ditandatangani oleh Yang Berhormat dengan besar sekali kepada Yang Amat Berhormat Menteri dan saya rasa surat itu sudah memerihalkan permintaan Yang Berhormat termasuk SJK(C) Kong Nan. Itu memang kita ambil maklum dan saya sendiri sudah pergi lihat, atas arahan Yang Berhormat saya sudah pergi lihat. Kita sudah melihat bagaimana kesesuaian bangunan itu perlu dibina mengikut kos yang tidak begitu tinggi.

Jadi, saya rasa itu memang kita ambil maklum.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Sedikit sahaja. Sedikit.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Beri saya teruskan sebab banyak lagi saya hendak cakap.

final • 12:20 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak akan tanya lagi selepas ini.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey.

final • 12:20 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Cuma kalau semua hendak beri kepada Sri Gading, kawasan lain pun hendak juga... [Ketawa] Jadi satu Yang Berhormat, saya minta pihak kementerian mempertimbangkan terutamanya apabila berlaku kesesakan perancangan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

final • 12:20 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Yang Berhormat Arau ini mempertikaikan saya... [Ketawa]

final • 12:20 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Jadi, kalau pembinaan sekolah baru ataupun tambahan bangunan hanya kita meletakkan kebergantungan kepada JKR ataupun konsultan tertentu yang dilantik, saya bimbang kita akan mengulangi beberapa kesilapan.

Saya minta kalau boleh dalam kita menyediakan, memastikan bahawa kita sudah ada sejarah beberapa perkara dahulu melibatkan makmal komputer dan sebagainya. Jadi, kita minta kementerian mencadangkan supaya unit pembangunan ataupun apa-apa di kementerian supaya ada satu team expert yang melibatkan QS, engineernya, CNS, NME yang saya rasa ini lebih baik, menjimatkan kos kalau kita hendak engage konsultan daripada luar. Pandangan Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Memang tepat.

Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran selama ini telah menjalankan kerja dengan baik. Malahan prestasi bahagian pembangunannya lebih baik daripada agensi pelaksana yang lain. Oleh sebab itulah di bawah bahagian ini kita ada engineer, arkitek dan juru perunding yang secara dalaman kita membuat reka bentuk ataupun kita beri kepada perunding yang kita beritahu apa spesifikasi dari segi reka bentuk yang kita hendak buat.

Jadi, saya rasa memang kita gunakan kaedah ini untuk menjimatkan kos. Sya rasa kita akan memberi pertimbangan case-by-case kepada kehendak ataupun permintaan wakil rakyat berdasarkan keutamaan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat...

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Nanti. Biar saya - tidak bergerak lagi sini. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Kota Raja, Akta Pendidikan 1996 dengan jelasnya menerangkan status sesebuah sekolah. Dalam hal ini kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menukar status sekolah yang bukan kepunyaan kerajaan melainkan pemilik tanah tersebut secara sukarela menyerahkannya kepada kerajaan.

Di samping itu, banyak aspek lain perlu diberi perhatian terhadap dasar mengambil alih sekolah tersebut seperti persetujuan semua ibu bapa, lembaga pengurusan sekolah dan PIBG, proses pengambilalihan tanah, penyediaan tapak dan pemilihan lokasi yang sesuai serta kos pembinaan infrastruktur. Perkara yang lebih utama dalam hal ini adalah kemampuan kewangan kerajaan untuk melaksanakan semua perkara tersebut. Perlu dijelaskan bahawa masih banyak sekolah kerajaan khususnya di luar bandar dan pedalaman sangat memerlukan perhatian khusus terutamanya dari segi pembangunan dan kemudahan fizikal.

Bagi menjelaskan pembinaan sekolah baru pula seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Ipoh Barat, kerajaan sentiasa berusaha menyediakan kemudahan pendidikan yang sempurna dan mencukupi dengan mengikuti keperluan dan keutamaan sesuatu kawasan. Sehubungan itu, dalam membuat perancangan membuat sekolah baru, aspek yang diberi keutamaan adalah yang berikut:

(i) memastikan tapak lokasi sekolah adalah bersesuaian termasuk mempunyai kemudahan asas seperti jalan masuk, bekalan air dan elektrik;

(ii) membuat perancangan yang teliti bagi memastikan pembinaan sekolah-sekolah mengimbangi keperluan penduduk setempat sebagai langkah mengelak daripada menghadapi sekolah kurang murid; dan

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

(iii) keutamaan adalah membina sekolah aliran perdana.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai membuka semula penubuhan sekolah menengah persendirian Cina SMPC seperti...

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan. Sini di hadapan.

final • 12:20 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Ya.

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat, saya ada pohon untuk mengetahui sekolah jenis kebangsaan Tamil yang telah dijanjikan di Merlimau semasa pilihan raya, satu tempat telah disediakan. Boleh Yang Berhormat beri sedikit keterangan mengenai perkara tersebut kerana itu adalah satu yang dijanjikan beberapa puluh tahun. Itu nombor satu.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kedua, saya dalam policy speech ada mengatakan mengenai satu sekolah Tamil di Kuala Pilah yang sangat sempit, terlampau ramai murid dan juga dikatakan telah dijanjikan untuk pembinaan satu sekolah yang baru.

Apa jadi kepada kedua-dua sekolah ini?

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit sahaja.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sedikit sahaja Balik Pulau.

Sedikit sahaja.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Sedikit sahaja di belakang. Sibuti.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai Bujang - Sibuti

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu mendapat jawapan daripada apa yang saya soalkan iaitu Sekolah Agama Miri...

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

...Yang telah lama pun terbakar dahulu dan telah mendapat RM500,000 untuk membuat baru tetapi telah lama terbengkalai begitu sahaja sehingga pada hari ini pun belum dibuat. Bolehkah pihak kementerian ambil tindakan dengan segera? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Saya...

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya akan minta pegawai terus turun padang dan lihat apa tindakan segera yang boleh diambil memandangkan telah ada keputusan dibuat sebelum ini, ya.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Ya.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan, sedikit sahaja. Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri timbulkan mengenai isu tidak cukup wang dan sebagainya. Akan tetapi saya melihat, banyak perkara melibatkan satu perbelanjaan yang saya rasa agak tidak berapa telus. Contohnya pembinaan sekolah teras. Itu melibatkan Khazanah dan sebagainya. Ia tidak secara terus.

Itu satu.

Cuma soalan saya di sini Yang Berhormat Menteri, apa penjelasan Yang Berhormat Menteri terhadap pandangan saya mengatakan perlu disemak dari satu forum bersama dengan penasihat-penasihat pendidikan yang dilantik dua orang, ya. Tidak perlu sebut namalah. Itu tidak penting. Yang penting ialah conclusionnya ialah kenapa perkara ini berlaku?

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Perkara ini berlaku kerana pendekatan perancangan pembangunan itu terlalu centralized atau terpusat sehinggakan apa yang berlaku tidak memberi kreativiti kepada pihak-pihak lain untuk menguruskan mengikut keperluan setempat. Ia terlalu centralized dan dicadangkan decentralized sedikit. Mohon pandangan.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua soalan di sini. Pertama, Yang Berhormat tanya tentang Khazanah, sekolah amanah. Sebenarnya Yang Berhormat, ada persepsi yang tidak tepat ataupun salah kerana ia tidak melibatkan implikasi kewangan kerajaan. Ini kerana, kita minta supaya GLC ini,mereka ada komponen CSR, membantu sekolah dan Yang Berhormat tidak tahu juga senarai sekolah yang kita kemukakan. Bukannya semua sekolah handal-handal. Ada sekolah yang teruk, berprestasi rendah tetapi kita memberi pengukuhan dan kita mahu galakkan. Nanti saya akan cerita apa...

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, bukan sekolah amanah tetapi sekolah teras. Teras School yang diambil untuk ambil konsep daripada Amerika yang dibuat secara tender tertutup yang dapat kepada satu syarikat.

Saya tahu, owner Cempaka, saya tidak mahu sebut secara detil. Akan tetapi maksud saya di sini ialah perbelanjaan itu adalah kepada perkara yang sebenarnya tidak merujuk kepada keperluan-keperluan di luar bandar kerana terpusat.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tidak Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Itu bukan sekolah amanah...

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Bukan.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Sekolah teras. It is Teras School.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sebentar.

final • 12:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Wilayah Iskandar.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, sebenarnya apa yang saya cakap tadi, ada penglibatan daripada komponen CSR termasuk. Itu tidak melibatkan kewangan kerajaan.

Keduanya, apabila kita mahu membina sekolah, ianya datang daripada Kementerian Kewangan. Jadi kita mendapat sumber kewangan yang cukup. Daripada jumlah itu, kita akan tentukan prioriti mana sekolah yang kita mahu bina. Jadi, mengenai Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, saya mahu betulkan sedikit. Sekolah Merlimau bukan di janji semasa pilihan raya kecil, okey. Itu memang satu projek yang telah disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ini kebetulan apabila berlakunya pilihan raya kecil Merlimau. Kita tidak dapat jangka mendiang ADUN itu meninggal dunia pada waktu itu.

Jadi, pelaksanaan itu hanya bermula dari RMKe-10 yang kebetulan bermula pada bulan yang lalu.

Jadi saya rasa itu secara kebetulan dan sekolah ini telah kita kenal pasti di tapak yang dikurniakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka. Pada waktu yang sama, kementerian juga menyediakan RM4 juta untuk pembinaan sekolah tersebut. Ini menampakkan bahawa tiada diskriminasi terhadap SJK(T). Saya minta Yang Berhormat ambil maklum.

Untuk sekolah lain, saya rasa kita akan proses mengikut garis panduan yang ada dan mengikut keutamaan. Kalau mahu cerita sekolah daif, ada pula rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak yang boleh cerita lebih daif lagi pada saya. Saya rasa kita akan pertimbangkan.

Mengenai membuka semula dan menubuhkan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang, saya dapati isu yang sama telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat melalui pertanyaan lisan pada 15 Mac 2011.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya ingin merujuk kepada pembentangan Akta Pendidikan 1996 pada 18 Disember 1995 di Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran pada ketika itu. Akta yang digubal ini telah mengambil kira kepentingan dan sensitiviti semua kaum di negara ini berlandaskan kepada permuafakatan politik pemimpin-pemimpin negara terdahulu. Justeru, untuk makluman Yang Berhormat, perkara yang di bawah fasal 151 Akta Pendidikan 1996 mengekalkan status quo 60 buah Sekolah Menengah Cina Swasta. Fasal ini juga terpakai di bawah Akta Pelajaran 1996 [Akta 550] yang berkuat kuasa ketika itu.

Namun demikian, di bawah seksyen 151 [Akta 550] memberi pengecualian kepada 60 buah sekolah ini daripada menggunakan kurikulum kebangsaan. Oleh itu, permohonan menubuhkan sesebuah sekolah termasuk SMPC hanya boleh dipertimbangkan sebagai sebuah sekolah swasta yang perlu mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah akta sedia ada. Namun demikian, pada hemat Yang Amat Berhormat Menteri, kemudahan pendidikan disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional pada masa ini telah pun mencukupi keperluan semua kaum dan apa salahnya kalau Yang Berhormat sama-sama menjayakannya.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pelaksanaan solar hibrid seperti yang dibangkitkan oleh yang Berhormat Tenom...

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

...Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Putatan, dan Yang Berhormat Kinabatangan dalam pelaksanaan pembekalan elektrik ke sekolah luar bandar. Untuk makluman, KPM mengambil dua pendekatan iaitu penyambung elektrik dari talian grid dan pelaksanaan sistem solar hibrid. Sistem solar hibrid disediakan hanya bagi sekolah yang benar-benar memerlukan bekalan elektrik dan jauh dari talian grid sahaja.

Mengenai dakwaan Yang berhormat bahawa bateri solar hibrid berbahaya kepada penduduk sekitar, ingin dijelaskan bahawa bateri solar hibrid hanya menggunakan bateri plumbum dari jenis GEL valve regulated. Ini kerana bateri plumbum jenis ini tidak memerlukan penambahan cecair kepada sel bateri semasa proses penyenggaraan.

Langkah ini dapat mengelakkan bahaya pencemaran asid sulfurik seperti yang terdapat di dalam sel bateri biasa. Selain itu, kementerian akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya(JKR) selaku perunding teknikal dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melaksanakan proses melupuskan bateri berkenaan dengan lebih bersistematik.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat...

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Minta penjelasan.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sebentar,ya. Saya habiskan ini dahulu.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Okey.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Untuk makluman Yang Berhormat Lawas, genset yang dibekalkan di sekolah-sekolah adalah bergantung pada keperluan sebenar sekolah dan ianya termasuklah kos pemasangan dan pendawaian. Memandangkan kapasiti yang dibekalkan adalah terhad, maka kementerian tidak mampu untuk meluaskan pembekalan ini kepada kediaman penduduk kampung. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menggariskan pelan strategik khusus untuk mengatasi keperluan penduduk berhubung dengan pembekalan kemudahan utiliti kepada penduduk setempat. Okey, sila.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya ada dua soalan di sini. Satu, tentang sekolah yang baru. Saya rasa sebenarnya kementerian telah banyak janji bahawa sekolah baru dibina ataupun sekolah dipindah kepada di mana penduduk-penduduk ada yang lebih banyak di sana. Akan tetapi nampaknya perkembangan untuk pembinaan sekolah baru ini amat perlahan. Seperti di kawasan saya, ada tiga buah sekolah SJKC yang baru, SJK(C) Sungai Long, SJK(C) Kajang, SJK(C) Bukit Serdang. Kesemuanya telah di janji pada 30 Januari 2008 tetapi sehingga hari ini, sudah tiga tahun, masih tidak ada apa-apa perkembangan pun.

Jadi, saya mahu tanyalah, kenapa sentiasa apabila saya mengemukakan persoalan bertanya apa perkembangan, jawapan yang saya dapat sentiasa adalah pemilikan tanah belum diselesaikan.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Jadi, saya mahu minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa sebenarnya masalah tentang pemilikan tanah ini? ini kerana kalau ikut pengetahuan saya di Sungai Long, di Serdang dan Kajang, banyak ada tapak yang rizab untuk sekolah rendah.

Kedua, tentang pembinaan SMPC yang baru...

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, saya rasa saya ambil satu soalan ini dahulu sebab ada banyak lagi perkara. Biar saya cerita sebab ini agak rumit sedikit.

final • 12:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Okey, jadi nanti saya kemukakan soalan kedua.

Terma kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, ini yang penting. Yang Berhormat mendakwa bahawa kononnya kita tidak merealisasikan ataupun tidak menunaikan janji kita.

Itu tidak benar Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat melihat 20 buah sekolah yang berpindah dan sekolah baru yang dijanjikan pada tahun 2008, lebih daripada separuh telah mula pembinaan. Ada yang siap dan ada yang telah pun beroperasi. Itu Yang Berhormat tidak lihat. Tidak mengapa.

Kedua, apa Yang Berhormat tanya itu adalah perkara yang sedang kita bincang.

Yang Berhormat perlu faham bahawa kalau Yang Berhormat arif dengan urusan tanah ini, Kerajaan Negeri Selangor yang mana telah memberi jaminan bahawa mereka akan boleh beri tanah dalam tempoh 24 jam tetapi janji ini langsung tidak dapat diperkotakan.

final • 12:20 PM

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya beri satu contoh Yang Berhormat, secara rasional di Hulu Selangor. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beri RM3 juta untuk sekolah Rasah. Sekarang RM3 juta sudah diletakkan di sana selama setahun. Masalah tanah seperti mana yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat tidak sampai. Jadi, saya rasa ini adalah satu janji kosong. Kedua, saya perhatikan Exco Selangor ini, disebutkan ada lapan bidang tanah tetapi bidang tanah yang dimiliki itu bukan lagi milik kerajaan negeri dan diserahkan semula kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) sebagai Rizab Persekutuan.

Jadi apabila dikatakan hendak mengurniakan tanah bukan miliknya itu bukan sesuatu perkara, itu janji kosong juga. Yang Berhormat kena lihat kalau sesebuah kawasan yang telah dirancang sekolah sebelum ini, sekolah kebangsaan atau sekolah menengahkah, ia telah diambil kira. Jadi apabila kita hendak mengambil tanah itu, kita kena lihat keperluan semasa. Saya beri contoh, Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran untuk Hulu Selangor, apa Yang Amat Berhormat sudah tunaikan, RM3 juta diberi, tanah itu ada enam bidang tanah di Bukit Beruntung dan satu itu diberi secara percuma kepada Bukit Beruntung dan sekarang sekolah itu sudah beroperasi.

Jadi kita kena lihat dan mengimbangkan keperluan kepada semua, yang itu saya akan terangkan. Apabila berlakunya di kawasan-kawasan yang- pada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi, seperti di tiga tempat Yang Berhormat sebutkan dan kita sudah beritahu dalam jawapan, masih lagi dalam perbincangan.

Jadi, saya rasa apa kita selesaikan Yang Berhormat tidak akan bangkitkan lagi.

Apa yang belum selesai Yang Berhormat bangkit. Akan tetapi kita akan beri jaminan bahawa kita akan mencari satu kaedah terbaik. Saya rasa kerajaan Barisan Nasional memang satu kerajaan yang bertanggungjawab dan akan cuba sedaya upaya dan sedangkan wang itu telah disediakan kepada sekolah-sekolah ini. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh merealisasikan sekolah tersebut.

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memang ketiga-tiga sekolah ini belum ada apa-apa perkembangan dan ini adalah tanggungjawab saya untuk bangkitkan di sini. Saya lihat seperti di Bandar Mahkota, Cheras ada tiga keping tapak untuk sekolah rendah dan juga untuk Bandar Sungai Long ada dua keping tapak untuk sekolah rendah. Jadi, apakah masalahnya di sini?

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Sebenarnya masalah di sini ialah mudah sahaja, sekiranya Kerajaan Barisan Nasional boleh memansuhkan polisi bahawa tanah rizab pendidikan hanya boleh digunakan untuk mendirikan sekolah kebangsaan. Jadi, saya rasa isu ini akan diselesaikan secepat mungkin dan tidak perlu tunggu sampai tiga tahun.

Isu kedua yang saya hendak tanya lagi adalah tentang Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Saya rasa dari jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi nampaknya SMPC Kuantan atau SMPC Segamat tiada ada apa-apa harapan lagi. Saya tidak faham mengapa kerajaan pusat mempunyai satu polisi yang seperti ini, mengatakan bahawa sekolah menengah persendirian Cina hendak maintain status quo dengan izin, iaitu 60 buah sahaja kerana ini perkataan Perdana Menteri sendiri. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh faham... [Membaca tajuk akhbar berbahasa Mandarin] Jadi, sekiranya SMPC adalah aset penting bagi negara kita dan banyak melahirkan bakat-bakat yang unggul, mengapa tidak boleh hendak mendirikan lebih banyak SMPC di negara kita? Ini kerana saya ambil contoh di negeri Pahang satu SMPC pun tidak ada.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, ini sudah berucap Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Okey, ini satu ayat last. Di Pahang satu buah SPMC pun tidak mengapa. Tidak boleh bina satu buah di sana? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, ada dua perkara yang saya kena betulkan Yang Berhormat. Pertama, mungkin Yang Berhormat tidak pernah jadi Exco.

Urusan tanah itu sebenarnya adalah milik kerajaan negeri. Yang Berhormat boleh maklumkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan belajarlah contoh dari Johor kerana selama ini tidak ada masalah di Johor. Semua sekolah yang kita hendak...

[Disampuk]

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Di Melaka ada masalah tidak?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak ada masalah. Di Melaka pun sudah selesai sekarang ini.

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Di Pahang pun tidak ada juga?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak-tidak, Yang Berhormat tidak faham apa yang saya hendak cakap. Apabila seseorang Exco kata boleh beri tanah, bukan pakai tanah orang lain dan kena pakai tanah hak mereka yang mereka boleh luluskan, itu pertama.

Saya mengambil contoh yang terbaik di Johor tidak ada masalah malah kita boleh pilih mana tapak yang lebih sesuai, yang ketiga untuk semua sekolah.

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Jadi, saya hendak tanya tanah rizab pendidikan itu milikan siapa, kerajaan pusat atau kerajaan negeri Selangor?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Biar saya cakap Yang Berhormat. Apabila sesuatu pelan itu diluluskan dan telah diserahkan kepada pusat, maksud agensi pusat Ketua Pengarah Tanah dan Galian memiliki tanah itu. Jika kementerian hendak pakai kita minta izin daripada KPTG untuk tujuan pendidikan. Itu Yang Berhormat perlu faham. Kedua Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat kata tanah di sini ada di situ ada, Yang Berhormat kena semak tanah itu telah dikurniakan kepada - sebelum itu, Yang Berhormat kena semak status itu. Jikalau itu masih lagi di bawah bidang kuasa Exco kerajaan, mereka boleh tentukan dan tidak ada masalah. Jadi saya rasa mungkin Yang Berhormat, kita boleh beri sedikit tunjuk ajar daripada Johor kerana Johor contoh yang terbaik Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya hendak jawapan yang terus terang. Tapak di Sungai Long, di Bukit Serdang dan di Kajang itu milikan siapa?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Apa dia?

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Tapak tanah rizab pendidikan di Kajang, di Sungai Long dan di Bukit Serdang itu milikan siapa?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya cuma hendak tanya, saya tidak tahu...

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Itu milikan siapa? Jangan beritahu bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri tidak tahu.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey, Yang Berhormat kena tanya tanah mana dan lot mana. Jika tidak kalau ini tanah siapa, mana saya tahu tanah yang dirujuk oleh Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Maksudnya di Sungai Long dan di Bukit Serdang, Kajang langsung tidak ada sekeping tanah di bawah Kementerian Pelajaran?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, jangan putar belit. Yang Berhormat, tanah itu kalau diserahkan kepada pusat ia adalah untuk tujuan pendidikan, diserahkan kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Yang Berhormat kena faham, itu yang pertama.

Jikalau itu adalah tanah yang masih dimiliki oleh kerajaan negeri dan belum serah kepada Kerajaan Pusat, kerajaan boleh tentukan. Oleh sebab itu Yang Berhormat, ada pemimpin di Selangor mengatakan 24 jam boleh lulus tanah tetapi sampai sekarang tanah pun tidak nampak. Ada yang kata lapan bidang tanah di daerah Petaling Jaya, Exco yang kedua daripada Yang Berhormat Seputeh dia kata tinggal tiga, tiga pun sampai sekarang tidak nampak.

Jikalau kita buat pengumuman seperti itu ia tidak secara profesional. Saya rasa kita masih lagi dalam proses untuk perolehan tanah, jadi biarlah kita cari satu kaedah selesaikan Yang Berhormat. Yang Berhormat masih boleh menunggu dan kita akan cuba sedaya upaya selesaikan masalah ini, sedangkan sebelum itu kita sudah selesaikan masalah ini. Yang Berhormat tidak tengok Putra Heights. Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran luluskan, guna lima ekar.

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Itu bukan kawasan saya, saya jaga kawasan saya... [Ketawa]

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

Duduklah.

final • 12:30 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Yang lulus tengah malam itu tanah pasir.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, saya beri contoh di Bukit Beruntung itu adalah tanah. Jika Yang Berhormat hendak tuduh kerajaan bukan-bukan itu tidak tepat.

Saya kena beritahu Yang Berhormat. Okey, saya teruskan Tuan Yang di-Pertua untuk makluman...

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

SMPC Yang Berhormat Timbalan Menteri.

SMPC tadi saya sudah bangkitkan...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Serdang, jangan buat macam ini Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya sudah bangkitkan...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat sudah beri arahan Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Saya minta jawapan sahaja.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat baca Peraturan Mesyuarat 37(1)(b) Yang Berhormat. Jika tidak faham belajar dengan saya di pejabat saya.

final • 12:30 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Saya ingat itu bukan cara Tuan Yang di-Pertua hendak asuh, hendak didik atau mengajar. Itu terlalu angkuh.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Ya setuju, tidak payahlah tengking.

final • 12:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Serdang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak dapatkan satu jawapan sahaja.

final • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, baik Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang

Jika Speaker mahu dihormati, cakap dengan baik.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, baik.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

She the youngest, she just enter Parliament this session.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

More reason Speaker must understand...

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, saya tidak– dengarlah saya cakap dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah bangkit objection itu dan saya sudah dengar... [Dewan riuh]

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Kita perhati Tuan Yang di- Pertua. Saya pohon, saya pun baru hendak belajar.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Dengarlah dulu. Okey Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah bangkit, dengar saya punya jawapan.

final • 12:30 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Okey, saya hendak dengar.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Macam itu Yang Berhormat, kita Yang Berhormat, saya kata okey, saya tarik balik yang saya hendak ajar itu. Saya ini gentlemen Yang Berhormat. Yang Berhormat buat perasaan, saya bangkit dan saya akan tarik balik. Akan tetapi lain kali ingat 37(1)(b) itu.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Serdang tadi bangkitkan tentang SMPC. Saya rasa jawapan tadi telah diterangkan dari segi undang-undang yang ada dan pendirian Yang Amat Berhormat telah saya sampaikan. Jadi saya rasa tidak lagi yang saya hendak tokok-tambah dari segi itu.

Untuk maklumat Yang Berhormat Bukit Mertajam sebagaimana Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran umumkan pada 23 Oktober yang lalu, bermula pada tahun 2013, mata pelajaran Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat layak untuk mendapatkan Sijil SPM. Dasar ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, berkemahiran tinggi, berdaya saing, mempunyai semangat jati diri yang kental serta memiliki semangat patriotik dan nilai kewarganegaraan tinggi.

Sehubungan itu pihak kementerian yang menubuhkan jawatankuasa mengkaji kurikulum mata pelajaran Sejarah dan buku teks Sejarah yang bertanggungjawab untuk menilai semula sukatan dan kandungan semula buku teks mata pelajaran berkenaan yang digunakan sekarang.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Hasil daripada kajian tersebut akan digunakan untuk menggubal semula kurikulum mata pelajaran berkenaan. Oleh itu saranan Yang Berhormat Pasir Mas supaya Perlembagaan Negara dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran berkenaan akan diambil kira semasa penggubalan kurikulum mata pelajaran berkenaan dijalankan.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Sedikit, satu minit sahaja.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mana satu Yang Berhormat?

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat Rantau Panjang.

final • 12:40 PM

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff - Rantau Panjang

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat untuk mewajibkan mata pelajaran sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM pada masa akan datang. Saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian, apakah pihak kementerian mencadangkan mata pelajaran agama Islam menjadi mata pelajaran yang wajib lulus juga untuk pelajar-pelajar yang beragama Islam dalam menyelesaikan krisis sosial yang sangat teruk sekarang ini. Apakah mata pelajaran ini tidak menjadi keutamaan dalam sistem pendidikan dalam negara kita.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Benda yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak kembali sedikit tentang mata pelajaran Sejarah ini. Tadi Menteri Pelajaran telah menjelaskan tentang isu Interlok. Saya fikir kemarahan rakan kita tentang Interlok ini bukan kerana adanya ungkapan-ungkapan yang tidak menyenangkan tetapi kisah yang menyatakan bahawa buku tersebut mengisahkan kedatangan kaum imigran khasnya dari India ke Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Saya bimbang sekarang sekiranya itu dipersoalkan dalam mata pelajaran kita nanti, apabila digubal, sejarah kedatangan imigran ke Tanah Melayu ini juga akan dituntut dan diminta supaya dibuang, supaya tidak menggambarkan bahawa pada abad ke-19, awal abad ke-20 itu nanti tidak menggambarkan adanya penghijrahan orang-orang dari luar ke Tanah Melayu ini. Bagaimanakah jaminan kementerian bahawa fakta sejarah ini tidak dibuang dalam pengajian Sejarah di negara kita. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Sejarah tetap sejarah.

Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa terdiri daripada panel-panel yang merupakan pakar dalam bidang sejarah untuk melihat. Jadi kita berikan sedikit masa kepada panel untuk mengkaji kurikulum kita. Jadi saya rasa memang ada asas sesuatu fakta sejarah itu dimasukkan dan ianya tidak dibuang sewenang-wenangnya dan pada waktu yang sama tidak ditokok-tambah seperti mana mengikut kehendak sendiri.

Jadi saya rasa kita kena berlandaskan kepada fakta dan apa yang penting ia adalah merupakan satu kurikulum ya akan diajar kepada generasi muda apabila mereka telah mempelajari sejarah, seorang pelajar itu mempunyai penghayatan sepenuhnya terhadap sejarah. Itu adalah output yang kita hendak lihat.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya setuju bahawa kita di Malaysia ini di dalam sekolah, di universiti mesti mempelajari sejarah kita seperti di Terengganu. Kalau kita tahu pada tahun 1873, 1874 baru sahaja pihak jajahan British dapat mentadbir negeri Terengganu. Yang Berhormat Hulu Terengganu tahu ataupun tidak.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Tahun 1918, bukan tahun 1873, saya betulkan.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tolong betulkan sejarah. Walau bagaimanapun, itu negeri yang terakhir dijajah adalah Terengganu. Ini memang betul dan sudah dibetulkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu tetapi kalau hendak wajibkan itu pada tahun 2013, saya berharap pihak kementerian dapat mempertimbangkan dengan semasak-masaknya di mana negara-negara maju yang mewajibkan sejarah kerana ini berat pada para pelajar.

final • 12:40 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Kita galakkan minat mereka dan saya berharap Yang Berhormat dapat mempertimbangkannya mengenai soal ini kerana beberapa mata pelajaran sudah diwajibkan sekarang ini.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Ada bezanya mata pelajaran wajib dengan mata pelajaran wajib lulus. Sekarang mata pelajaran teras itu kita minta semua pelajar ambil.

Dalam konteks ini, sejarah adalah mata pelajaran wajib yang mereka ambil. Sekarang polisi kita ialah supaya wajib lulus untuk mendapat sijil SPM, ada bezanya.

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

[Bangun]

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Kedua Yang Berhormat, saya menganggap itu pandangan daripada Yang Berhormat yang mana kita dari segi kalau kita mengkaji sejarah memang kita berkehendakkan generasi muda kita mempelajari sesuatu di mana akhirnya ada penghayatan. Itu yang kita hendak buat dari segi jati diri yang kental dan sebagainya.

Saya rasa keputusan telah dibuat supaya mereka hanya lulus, wajib lulus. Jadi saya rasa kita telah membentuk satu jawatankuasa untuk melihat kurikulum itu supaya dapat dikemaskinikan mengikut apa yang kita hendak.

Jadi apa Yang Berhormat Rantau Panjang sebut tadi tentang pendidikan Islam, itu adalah mata pelajaran wajib bagi pelajar Islam. Jadi saya rasa soal wajib ada, dari segi wajib lulus itu perkara yang lain. Ia perlu bezakan antara satu dengan yang lain tetapi semua pelajar Islam perlu mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam.

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, soalan susulan mengenai isu sejarah dan juga novel Interlok. Sebenarnya saya diberitahu bahawa sebenarnya buku Interlok tidak mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran sendiri iaitu mana-mana buku yang direcommend oleh Kementerian Pelajaran mesti tidak ada unsur sensitif dan unsur sensitif di sini ialah unsur yang menimbulkan pra sangka, diskriminasi, menjatuhkan maruah serta merendahkan martabat sesuatu kaum, agama, kebudayaan, jantina, usia dan pekerjaan.

Kedua ia juga tidak ada unsur negatif melibatkan sikap, pemikiran dan tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Kalau kita baca buku Interlok edisi murid, ini daripada muka surat 107 mengatakan bahawa ini Bapa Chin Huat mengatakan bahawa kita makan apa-apa yang dapat, akar-akar kayu kalau ada kita minta sedekah, kita curi. Kita tidak punya anak perempuan, kalau ada anak perempuan kita boleh jual. Adakah sejarah seperti ini, adakah pemikiran seperti ini dan adakah gambaran seperti ini kita hendak berikan kepada anak-anak kita 17 tahun, 18 tahun dan adakah cara ini untuk memupuk dan menggalakkan 1Malaysia. Saya minta pandangan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Klang tadi mungkin tidak hadir semasa Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran menjawab. Satu jawapan yang saya rasa cukup panjang memerihalkan kandungan termasuk apa yang berlaku selama ini. Saya rasa saya tidak berhajat untuk mengulangi. Saya boleh bagi Hansard kepada Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, saya memang mengikuti apa Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan dan saya memang tidak menerima pandangan beliau sebab ketiga-tiga wakil India yang ada dalam jawatankuasa itu keluarkan bukan hanya mengenai isu ‘paria’ itu tetapi mereka hendakkan 100 perubahan untuk dilakukan. Mereka keluar dan dalam perbincangan jawatankuasa itu, mereka dithreatened, intimidated by wakil Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan kepada salah seorang penjawat kerajaan mengatakan bahawa you are a government servants, you must follow instruction of the government. Ini adalah intimidation, that’s why they walked out. So apa yang dikatakan dalam Dewan ini sebenarnya oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah salah dan misleading.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberitahu Yang Berhormat apa Yang Amat Berhormat Menteri sampaikan itu adalah satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat sendiri.

final • 12:40 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Jadi saya tidak tahu macam mana sumber maklumat Yang Berhormat, dari mana khabar angin itu sampai. Akan tetapi yang kedua, saya hendak sampaikan apa yang kita perihalkan, yang cerita sekarang ialah sejarah. Sejarah dengan novel adalah berlainan.

Novel itu mengandungi fakta-fakta sejarah berdasarkan kepada imaginasi penulis itu sendiri sepertimana yang diterangkan. Jadi saya rasa kita dalam soal sejarah ini, kita akan mengambil kira semua sensitiviti dan kita akan mempamerkan sesuatu fakta sejarah yang betul, jitu dan tidak- kita akan menepati kehendak kurikulum kita kerana generasi muda akan mempelajari sejarah.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya teruskan, Yang Berhormat sebab sudah hampir pun.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, penjelasan. Satu minit, satu minit. One minute.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya ada tiga muka surat lagi.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Yang Berhormat Timbalan Menteri kata sejarah. Saya ingin baca one line dari buku Interlok. Di sini mengatakan pada muka surat 39, “Siapa yang berhutang?”.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, saya rasa yang Interlok nanti, ya.

final • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

[Bangun]

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

“Berapa banyak hutang? Tetapi orang Melayu buat apa sekolah? Mengaji Quran sudah. Tahu sembahyang, tahu baca doa sedikit, cukup untuk bekalan”. Ini yang kita hendak pesan kepada murid-murid?

final • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd. Nor Othman - Hulu Terengganu

Itu novel sastera bukan buku sejarah.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Nanti murid Cina, murid India akan beritahu murid Melayu you baca Quran cukuplah. Tidak perlu pergi sekolah.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Ini yang Timbalan Perdana Menteri mahu?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Kalau saya panggil Yang Berhormat Timbalan Menteri paria, bolehkah?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Bolehkah kita panggil satu sama lain paria?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, tidak elok.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Boleh?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

You hendak isu pendidikankah hendak buat social engineering?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, boleh saya jawab?

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Yalah. Jawab saya.

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Rewriting history.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Bolehkah kita panggil satu sama lain paria?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Tidak. Tidak. Yang Berhormat sebut...

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Kalau saya panggil Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri paria, bolehkah?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat. Saya menjawab...

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Kaum lain boleh sentuh parialah? You boleh panggil saya paria? Jadi saya panggil semua orang UMNO paria boleh? Jawab!

final • 12:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Yang itu tidak ada kena mengena itu.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Apa you mahu? Apa tidak ada kena mengena?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Apa yang saya jawab sekarang adalah apa yang dibentangkan dalam perbahasan.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Kita mahu buku ini di...

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya tidak pernah sebut perkataan tersebut.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Jawab! You answer my question, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Saya sudah cakap...

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

You answer my question!

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Perkataan tadi yang disebut oleh Yang Berhormat tidak akan...

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Buku ini cakap orang Cina boleh jual anaknya kalau tidak ada wang.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

...Terkandung dalam buku ini lagi.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Terimakah MCA?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Kalau Yang Berhormat tidak faham. Yang Berhormat tidak faham!

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

You sell your daughter if you got no money.

You accept that?

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

I am sorry, Tuan Yang di-Pertua but this Interlok is causing so much of problem. Timbalan Perdana Menteri degil! MCA pun degil!

MIC pun degil!

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

MCA justifying.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

You juallah anak kamu kalau tidak ada wang.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Yang Berhormat Teluk Intan, cakap biar betul sikit. MIC tidak pernah degil. MIC telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya. Kalau tidak tahu, diam!

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Hey, you are UMNO slave doglah! Get out!...

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Tarik balik perkataan itu!

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

You are UMNO slave dog!

final • 12:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Menyampuk]

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Tuan Yang di- Pertua, saya pohon tarik balik perkataan itu... [Dewan riuh]

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Keluarlah! Keluar!

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Point of order.

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Saya minta dia tarik balik perkataan tersebut. Tidak ada kena mengena dengan perbincangan pada hari ini.

final • 12:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, tarik balik. Tuan Yang di- Pertua!

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Inilah cara bagaimana pemimpin-pemimpin ini. DAP!

final • 12:50 PM

Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol

Tuduhan kepada Yang Berhormat Hulu Selangor tadi dia mesti tarik balik, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Okey, duduk. Duduk semua, Yang Berhormat. Duduk semua, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Saya minta Yang Berhormat Telok Intan tarik balik perkataan tersebut.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk semua. Duduk, Yang Berhormat. Duduk sekejap, Yang Berhormat. Duduk sekejap, Yang Berhormat. Yang Berhormat Telok Intan, saya fikir elok ditarik balik perkataan itu tadi. Yang Berhormat. Kita kena kerjasama sinilah, Yang Berhormat. Saya pun tarik balik kalau saya terlepas percakapan, Yang Berhormat. Yang Berhormat Telok Intan.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Saya akan...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya faham perasaan Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Saya akan tarik balik jika MIC akan mengumumkan di sini mereka tidak mewakili kaum India.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Itu bukan tugas dia, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

They do not represent the community.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Dia tidak ada hak untuk cakap begitu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

Do not claim. Don’t claim.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Dia seorang penipu!

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

You are UMNO slave dog! Don’t claim.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Tengok! Inikah cara seorang Ahli Parlimen berucap di Dewan, Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat. Okey, dua-dua duduk, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

Inikah cara seorang Ahli Parlimen berucap, Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Okey, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan M. Manogaran - Teluk Intan

I will call a spade, a spadelah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan - Hulu Selangor

And I call a liar, a liar.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ingat, saya ingat kita sudah balancelah Yang Berhormat. Tidak payah tarik baliklah.

[Ketawa] Seorang sudah panggil liar seorang sudah panggil apa dia sebut. Saya pun tidak tahu apa benda tadi. Jadi okey. Sila, Yang Berhormat. Saya ada satu syarat sahaja. Pukul satu habis, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Okey. Tuan Yang di-Pertua, mengenai takwim peperiksaan awam yang bertindih dengan cuti perayaan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 12:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, belum jawab soalan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong jawab soalanlah sebelum next point.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

Untuk makluman, kementerian akan membuat penyelarasan awal berhubung dengan takwim persekolahan bagi setiap sesi persekolahan.

Antara faktor yang diberikan keutamaan oleh Jawatankuasa Takwim Persekolahan ini adalah memastikan peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh KPM tidak bertembung dengan hari perayaan utama di negara ini. Berhubung dengan pelaksanaan sistem pentafsiran modular di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong, pelaksanaan sistem pentafsiran baru ini akan mula dilaksanakan pada tahun 2012 bagi menggantikan sistem pentafsiran terminal yang digunakan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong juga membangkitkan mengenai memperkasakan kegiatan kokurikulum di sekolah khususnya bagi aktiviti unit beruniform, kelab dan persatuan serta pematuhan terhadap pelaksanaan pemakaian pakaian kokurikulum selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/2007. Pihak kementerian akan memberi perhatian khusus terhadap dakwaan tersebut dan memastikan semua sekolah akan melaksanakan arahan berkenaan dan pemantauan berkala akan dilaksanakan. Selain itu kementerian juga sedang merangka pelan pelaksanaan bagi memperkasakan aktiviti kelab, persatuan dan unit beruniform di sekolah.

Yang Berhormat Rembau bertanyakan mengenai pelaksanaan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian memang telah merangka dan akan memperkemaskan pelan strategik untuk memperkasakan program berkenaan melalui aktiviti kokurikulum. Selain itu, dasar 1Murid 1Sukan yang sedang kita laksanakan akan dijadikan landasan bagi menyemarakkan lagi program RIMUP. Oleh itu pada tahun 2011, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi menjayakan program-program yang dirancang.

Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam supaya mengkaji semula pelaksanaan sekolah berprestasi tinggi. Kementerian telah mempunyai satu mekanisme dalam membuat pemilihan sekolah-sekolah berkenaan.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Wee Ka Siong

SBT diwujudkan bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik, menghasilkan pelajar yang cemerlang serta dapat merapatkan jurang antara sekolah- sekolah di dalam sistem pendidikan negara. Dalam konteks ini, KPM telah melaksanakan School Improvement Program (SIP) yang bertujuan untuk melonjakkan sekolah-sekolah berprestasi rendah ke tahap yang lebih baik dan sekolah-sekolah yang telah diiktiraf sebagai SBT dijadikan penanda aras kepada sekolah berkenaan. Saya mengharapkan satu ketika nanti, semua sekolah akan menjadi sekolah berprestasi tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai murid berkeperluan khas seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru. Kementerian sentiasa mengambil berat akan keperluan komunikasi dengan murid yang bermasalah pendengaran. Oleh itu, dalam pembelajaran dan pengajaran murid bermasalah pendengaran, penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT) akan digunakan sepenuhnya bagi memastikan murid dapat menguasai bahasa Malaysia dengan baik.

Selain itu, mekanisme yang sama juga akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran bahasa yang lain.

Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Mertajam, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1989 di peringkat sekolah menengah dan 1994 di sekolah rendah melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Antara fokus yang diberikan dalam mata pelajaran ini termasuklah kesihatan diri reproduktif, kekeluargaan, pencegahan penyakit, keselamatan dan isu-isu pengurusan kesihatan yang lain. Kementerian sentiasa menambah baik kurikulum termasuklah mata pelajaran ini bagi memastikan ia seiring dengan keperluan dan kehendak masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu berhubung novel Interlok seperti yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, penjelasan dan jawapan yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri pada pagi tadi sudah cukup memadai.

Saya tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut tentang isu ini. Oleh itu, setakat ini sahajalah yang saya jelaskan mengenai perkara-perkara menyentuh Kementerian Pelajaran yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat. Perkara-perkara yang tidak sempat dijelaskan akan tetap diberi perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dan sama-sama kita berusaha untuk mencapai hasrat yang diingini oleh Kementerian Pelajaran. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sementara perbincangan itu hangat, Yang Berhormat boleh capai target pukul satu itu juga.

Jadi tahniah, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri belum jawab soalan. Tidak boleh tahniah dengan cepatlah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, kalau saya terlepas percakapan mengatakan hendak ajar orang, orang marah.

Akan tetapi kalau orang bercakap sembarangan dalam Dewan, tidak apa. Jadi, Yang Berhormat, kita kena jagalah sedikit bagai orang yang tidak perlu diajar. Mengetahui. Kita datang ke sini ialah sebagai Ahli Parlimen. Buku ini dibagi panduan daripada awal lagi. Jadi saya ingat kita boleh kerjasamalah. Saya sebagai manusia biasa, saya gentlemen, saya akan terima. Akan tetapi Yang Berhormat kena macam saya juga, gentlemen. Kalau terlepas guna perkataan, minta maaf juga. Jadi saya tadi dipanggil arrogant itu tidak apalah kalau tidak minta maaf. Pada saya, tidak apa kerana orang yang menyebut mengetahui lebih daripada itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja Mesyuarat sesi pagi dan Mesyuarat akan disambung semula pada 2.30 petang. Terima kasih.

**Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang.** [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Saya jemput Yang Berhormat Menteri daripada Jabatan Perdana Menteri.

final • 12:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Buntar menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dilihat tidak demokratik dengan mengambil contoh isu dakwat kekal yang tidak diambil peduli oleh SPR serta mencadangkan pendaftaran pengundi secara automatik.

Untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya SPR telah membuktikan kewibawaan dan ketelusannya melalui pengendalian 12 pilihan raya umum sejak tahun 1959 yang menyaksikan pihak pembangkang telah memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU ke-12 walaupun tujuh sudah lari ke BEBASlah.

Sebanyak 184 pilihan raya kecil telah diadakan sejak 1992 iaitu termasuk 16 pilihan raya kecil sejak tahun 2008. Lapan daripadanya telah dimenangi oleh pihak pembangkang.

Dalam hal ini perlu dijelaskan bahawa SPR sentiasa mendengar pandangan dan cadangan yang diberikan oleh pelbagai pihak sama ada daripada pihak kerajaan, pembangkang, badan bukan kerajaan mahupun individu.

Namun setiap cadangan pembaharuan di dalam konteks sistem dan proses pilihan raya perlulah dilakukan secara bijaksana, teliti dan tidak tergesa-gesa. Ini kerana pembaharuan dalam sistem dan proses ini jika perlu dibuat mestilah berdasarkan kepada asas Perlembagaan Persekutuan dan lunas demokrasi negara. SPR pada masa ini tidak bercadang untuk menimbang semula penggunaan dakwat kekal kerana ia dianggap tidak lagi sesuai untuk digunakan. SPR sedang berusaha mencari kaedah baru yang lebih moden dan boleh diterima oleh semua pihak dan sedang meneliti penggunaan biometrik yang dirasakan sesuai untuk digunakan bagi tujuan tersebut. Namun ia masih lagi di peringkat penelitian yang belum diputuskan kerana SPR perlu melihat dari pelbagai sudut sebelum dia diperakukan.

Berhubung pendaftaran pengundi secara automatik pula. Untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk berbuat demikian. Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat di dalam kad pengenalan mereka. Ini kerana faktor mobiliti penduduk yang sangat tinggi ekoran berpindah alamat kediaman, pertukaran tempat kerja dan sebagainya. Oleh itu sistem pendaftaran pemilih secara automatik jika dilaksanakan akan memberikan implikasi yang besar kepada mereka yang terlibat. Ini akan menyebabkan bilangan mereka yang akan didaftarkan di luar kawasan tempat mereka bermastautin adalah tinggi. Bahkan mungkin ada di antara mereka yang tidak lagi menetap serta tidak mempunyai ahli keluarga di alamat yang didaftarkan tersebut.

Jika hal ini berlaku ia akan menimbulkan kesulitan kepada pemilih itu sendiri.

Peraturan ini juga jika dilaksanakan amat bertentangan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan mengenai tempat mastautin sebenar pemilih berkenaan. Jika berlaku pilihan raya maka pemilih berkenaan akan menghadapi kesulitan untuk menentukan di pusat mengundi manakah beliau akan mengundi kerana namanya tidak disenarai di tempat mengundi beliau bermastautin. Jika ramai pemilih yang berpindah tempat bermastautin tetapi tidak memaklumkan kepada JPN adalah dikhuatiri ramai pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat mengundi mereka terletak jauh daripada tempat kediaman mereka.

Oleh itu dikhuatiri peratus pemilih yang keluar mengundi dalam pilihan raya berkurangan dan akan menjejaskan imej negara di mata dunia. Berasaskan kepada hakikat ini kerajaan belum lagi bercadang untuk membuat pendaftaran pemilih secara automatik.

final • 2:32 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok...

final • 2:32 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

Mohon penjelasan sedikit boleh Menteri?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mohon penjelasan berkenaan dengan pendaftaran secara automatik ini. Sekiranya kita ada teknologi dan kemampuan teknikal untuk mendaftarkannya, tentu sekali kita mempunyai kemampuan juga untuk menukarkan tempat mengundi bagi pengundi yang bertukar alamat. Ini kerana bila dia pindah dia kena buat kerja di satu tempat kemudian mendaftarkan diri dia di satu tempat dan secara itu juga boleh kita automatikkan juga tempat mengundi dia. Tidak bolehkah kita buat macam itu Yang Berhormat Menteri? Mohon penjelasan.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Boleh Yang Berhormat tetapi dia banyak bergantung kepada kalau kita sendiri maklumkan. Kalau kita tidak maklumkan maka kita akan bergantung kepada alamat yang lama juga. Jadi masalahnya ramai di kalangan kita tidak memaklumkan, jadi ini akan menjadi masalah. Bila mari hari pilihan raya membuang undi dan dia tidak memaklumkan kepada kita. Apa yang akan berlaku orang yang kata dia duduk di alamat dia katalah Parit Buntar dan dia sekarang bekerja di Kuala Lumpur jadi dia fikir sekarang ini dia undi di Kuala Lumpur. Bila dia pergi ke tempat mengundi dia yang paling dekat dia hendak minta nama dia hendak mengundi dia akan diberitahu iaitu saudara punya alamat Parit Buntar, jadi kena mengundi di Parit Buntarlah.

Jadi ini bukan satu, dua, berpuluh ribu! Jadi bayangkan pada hari pilihan raya perkara ini berlaku. Jadi secara logistik nightmarelah. Jadi dia akan menjadi satu masalah besar dan lebih ramai lagi orang akan merungut mereka tidak dapat mengundi. Bukan kerana mereka dihalang tetapi kita telah melakukan pendaftaran secara automatik berdasarkan kepada alamat dalam Jabatan Pendaftaran Negara.

final • 2:32 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Menteri.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Oleh sebab itu banyak bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau dia tidak maklum, problem. Kita punya sistem teknikal kita bagus macam mana sekalipun tetapi elemen manusia itu kalau dia tidak maklumkan dia akan jadi begitu.

final • 2:32 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya Menteri, saya rasa senario itu agak hipotetikal sebab setiap individu yang pegang kad identiti ini, mereka tahu alamat mereka. Kalau kita siarkan bahawa sesiapa yang kadnya di mana dia ikut alamat, kalau dia hendak tukar. Kalau ikut sistem hari ini pun, pendaftaran ini mengikut alamat IC, kalau dia automatik, dia pun ikut IC, kalau dia hendak tukar, dia kena ambil inisiatif sendiri, kalau di Parit Buntar, di Parit Buntarlah, apa masalahnya? Bagi saya itu bukan alasan yang baik, mesti ada - saya hendak tanya, tapi SPR bagi alasan yang lain, SPR kata kalau ini berlaku, dia tidak dapat lakukan proportional representation sebab sesetengah tempat akan secara automatik ramai pengundi, satu kawasan yang secara automatik kurang pengundi mengikut alamat dan mereka tidak dapat lakukan pembahagian undi...

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, saya faham.

final • 2:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kalau itu alasannya, kita cari cara untuk selesaikan, bukan isu ramai tidak dapat cari tempat mengundi.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPR, tidak pernah mengatakan dalam jawapan saya yang kita tidak melaksanakan pendaftaran secara automatik ini memberikan alasan seperti Yang Berhormat beri sebentar tadi, tidak pernah. Sememangnya alasan yang selalu kita beri ialah soal logistik pada hari membuang undi itu sendiri. Kita akan menghadapi masalah kerana berlaku perpindahan di peringkat yang amat tinggi. Itu sebenarnya apa yang tidak diadakan pendaftaran secara automatik.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 2:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sedikit pencelahan Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri kata tidak pernah memberi jawapan sedemikian. Saya hadir dalam forum yang dianjurkan oleh BERSIH bersama dengan Timbalan Pengerusi SPR, jawapan yang diberi tentang isu proportional representation yang akan berlainan bila diperkenalkan sistem automatik registration, satu.

Soalan saya berbalik kepada bila ada percanggahan sedemikian, ada satu cadangan yang kita kemukakan tentang penggunaan dakwat kekal kerana kata Timbalan Pengerusi SPR, tidak mungkin sistem biometrik ini sempat dilaksanakan menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Maka bila kami bawakan adakah SPR bersedia untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal, dia kata mereka bersedia kalau ada tekanan.

Saya hendak tanya, sedang ada wujud kontradiksi jawapan Menteri, jawapan SPR, bila SPR dah ambil keputusan untuk laksanakan penggunaan dakwat kekal menjelang pilihan raya akan datang, misalan, adakah Yang Berhormat Menteri boleh beri jaminan bahawa Kabinet kerajaan tidak akan masuk campur, tidak akan bagi apa-apa keputusan untuk membatalkan keputusan yang diambil oleh SPR. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya cakap tadi, apa jawapan yang dilakukan di luar daripada Dewan, saya tidak boleh bertanggungjawab kerana jawapan yang saya beri secara rasmi ialah di dalam Dewan. Saya boleh bagi jaminan di sini semenjak saya menjadi Menteri sampai sekarang, tidak pernah jawapan rasmi yang diberi dalam Dewan Rakyat, tidak bersetuju dengan pendaftaran secara automatik itu ialah jawapan yang telah diberi sebentar tadi, tidak pernah. Jadi apa yang disebut di luar, itu harus ditanya balik kepada mereka kerana di dalam Dewan inilah jawapan yang rasmi yang kita guna. Jadi sebab itu, pertama apa Yang Berhormat dengar di luar, itu bukan jawapan saya. Jawapan rasmi saya adalah di dalam Dewan Rakyat ini.

Kedua, dakwat kekal ini sebenarnya dilaksanakan di negara-negara yang pertamanya mereka tidak ada pendaftaran sebagai pengundi dan jumlah pengundi mereka itu bukan dalam jumlah yang macam dalam negara kita, sebab satu Parlimen kalau di India sebagai contoh, berjuta, satu Ahli Parlimen mungkin ada 1.5 juta pengundi. Jadi tujuan dakwat kekal ini untuk mengelak daripada kita mengundi dua kali, itu sebenarnya digunakan dakwat ini. Jadi kalau di negara kita, kita mempunyai pendaftaran, ada IC, ada buku pendaftaran, kita check, di situ sahaja kita akan tahu iaitu bahawa kita sudah pun menggunakan hak mengundi kita dan tidak mungkin kita pergi ke tempat lain dan daftar check lagi dan ada nama kita dalam buku pendaftaran yang lain. Jadi peratusan kemungkinan berlaku mengundi dua kali di negara kita adalah begitu negligible, terlalu kecil dan semenjak kita mengadakan pilihan raya daripada tahun 1959 sehingga sekarang, tidak berlaku kes secara besar-besaran dilaporkan yang mengatakan ada pengundi telah mengundi dua kali. Saya rasa tidak ada. Saya boleh bagi pengesahan...

final • 2:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sedikit Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Nanti sekejap, duduk dahulu. Saya bagi, tak apa jangan bimbang, bapak pun saya bagi, takkan anak pun saya tak bagi bukan? Jadi bermakna, saya sebut, dakwat ini digunakan bimbang, takut boleh mengundi dua kali, pengundi itu mengundi dua kali. Jadi di Malaysia, tidak ada kes yang dilaporkan bahawa perkara ini berlaku. Saya akan rujuk balik kepada Suruhanjaya Pilihan Raya minta statistik sama ada perlakuan mengundi dua kali ini berlaku di negara kita kerap kalikah atau tidak pernah berlaku. Ya, sila.

final • 2:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat, saya fikir isu di sini, Yang Berhormat mewakili Jabatan Perdana Menteri, dan kita sebenarnya elok biar Suruhanjaya Pilihan Raya itu membuat keputusan mereka tanpa berpihak ataupun mengikut hala telunjuk sesiapa. Saya bangkitkan kerana cadangan itu dipersetujui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sendiri semasa pilihan raya lepas. Maksudnya keputusan itu dan semua consideration, dengan izin telah diambil oleh mereka sendiri. Jadi bagi saya, untuk memastikan kita kembalikan kewibawaan dan integriti SPR, khususnya bila wujud kontroversi, tahun 2008, Kabinet bagi arahan mereka pun kata terima arahan dengan tekanan sedemikian, apa salahnya kali ini biar SPR sendiri membuat keputusan. Tidak perlu kemukakan pandangan Yang Berhormat. Di Lembah Pantai walaupun peringkat awal, saya dah temui 15 nama bertindih di Parlimen Seputeh, ini baru peringkat permulaan.

final • 2:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Maksudnya memang berlaku dan apa pun kalau SPR dah buat keputusan, saya fikir tidak wajar dan tidak boleh pihak eksekutif pula cuba mempengaruhi keputusan tersebut. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak mempengaruhi, sebenarnya dalam pilihan raya yang lepas, ada isu constitutional sebenarnya, sebab isunya ialah kertas undi itu mesti diberi tanpa apa-apa syarat dan ada pandangan kalau sekiranya satu orang, dia pergi hendak ambil kertas undi, tetapi bila kita hendak gunakan dakwat tangan dia, dia tidak bagi, apakah dia patut diberi kertas undi ini ataupun tidak. Jadi itu isu dia, kalau orang itu kata, ini hak saya, saya punya kertas undi, saya dah daftar, nama saya ada, IC saya ada dan saya tidak mahu dicalit dengan dakwat, saya hendak kertas undi. Jadi kita bimbang pada ketika itu, this is constitutional issue. Jadi pada ketika itu last minute, maka SPR juga rasa tidak boleh hendak selesai perkara ini dalam jangka masa suntuk, itulah keputusannya mengapa ditarik balik.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Cuba bayangkan kalau sekiranya betul ada seorang pengundi, dia tidak mahu dicalit tetapi dia ada hak, bagaimana pada ketika itu? Jadi, this is a constitutional issue which is not resolved...

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Laluan.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sabarlah.

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Laluan.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sabarlah. Saya tidak habis lagi.

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Sebab Yang Berhormat Menteri sedang menyentuh mengenai isu hak asasi seorang dan Perlembagaan itu.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya \lah, tidak mengapalah. Bagilah saya jawab dahulu. Biar saya jawab dahulu. Tidak sabar, apa halnya ini? Saya akan bagi, no problem. Nanti orang lapor dekat gender pula kata saya tidak layan wanita dengan baik.

Jadi, that was the constitutional issue, hak seorang yang dalam Perlembagaan. Asalkan dia umur 21 tahun, dia rakyat Malaysia dan dia daftar di tempat dia ini, kita kena bagi. Ini condition baru pula nak kena calit. Jadi pada ketika itu, isu ini tidak diresolve. Jadi kebimbangannya kalau perkara ini berlaku, ia boleh menjejaskan kelicinan perjalanan pilihan raya. Jadi sebab itulah di peringkat last minute ditarik balik. Ya.

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingat alasan mengenai Perlembagaan itu saya rasa tidak berapa tepatlah.

Kalau misalnya itulah yang menjadi isunya pada pilihan raya yang lepas, kita sudah mempunyai masa yang mencukupi untuk mengubah atau meminda peraturan di dalam pilihan raya itu sendiri. Akan tetapi kita tidak membuat usaha ke arah itu kerana mungkin tidak ada political will. Di dalam perjumpaan-perjumpaan kita dengan SPR, SPR selalu mengatakan bahawa ini adalah keputusan Kabinet, ini adalah keputusan Kabinet. Itu pertama.

Keduanya saya hendak membangkitkan mengenai tidak ada kemungkinan seseorang itu mengundi dua kali. Mungkin kalau saya membawa perkara ini, Yang Berhormat Menteri akan mengatakan itu adalah tuduhan ataupun sangka buruk. Akan tetapi kita sudah banyak kali kita mendengar bagaimana di Sabah, kad pengenalan diberi kepada pendatang-pendatang tanpa izin. Jadi, pengeluaran kad pengenalan ini adalah satu perkara yang menjadi perbualan, malah daripada kalangan kakitangan kerajaan di JPN sendiri yang mengatakan bahawa kad pengenalan ini mudah diberi kepada pengundi, kepada rakyat ataupun yang bukan rakyat termasuklah pendatang tanpa izin, termasuklah orang-orang pendatang yang sudah lama berada di sini untuk menjadi pengundi. Ini adalah untuk kepentingan politik BN.

Saya sebut di sini sebab Yang Berhormat Menteri akan mengatakan itu adalah tuduhan dan akan minta saya membawa saksinya. Akan tetapi mana ada orang yang mendapat kad pengenalan yang tidak sepatutnya dia dapat akan mengaku bahawa dia mendapat kad pengenalan.

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Inilah kebimbangan kita bahawa pihak JPN itu sendiri telah di masa lepas dan akan mengeluarkan kad-kad pengenalan ini kepada orang-orang yang tidak sepatutnya terima. Ada orang pegang dua atau tiga kad pengenalan. Dia boleh pergi kepada pusat- pusat pengundian, dua atau tiga pusat pengundian.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, ringkaskan.

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Ya, inilah di antara perkara yang sebenarnya menjadi ketidakpuasan hati kami di pihak pembangkang dan BERSIH, satu kumpulan NGO telah bersama kita dalam hal ini membawa kepada SPR. Apa susahnya kita hendak mengubah peraturan itu? Kalau pilihan raya tidak menjadi bulan Jun ini...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja

Kita masih boleh membuat peraturan.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Pertamanya Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat beritahu kepada saya, kata dia tidak boleh terima alasan, doktor mana dia tahu. Hal doktor tahulah, ini undang-undang. Sama ada alasan itu boleh diterima atau tidak diterima, ia bukan bergantung pada Yang Berhormat. Ia bergantung pada mahkamah nanti kalau perkara ini berbangkit. Itu dia. Jadi, what you think is not important. Janganlah letak di tempat tinggi sangat seolah-olah kalau apa Yang Berhormat Kota Raja kata, “Saya tidak boleh terima alasan”, maka semua kena berhenti. Kita kena tengoklah siapa pula kita. Jadi perkara ini, kemungkinannya hal isu the right to ballot paper, itu is a constitutional right.

Apakah kalau dengan syarat mesti dicalit itu dianggap sebagai syarat yang sepatutnya tidak boleh dikenakan. Itu untuk mahkamah putus. Bukan untuk kata Yang Berhormat Kota Raja hendak putus kata saya tidak boleh terima alasan itu.

Keduanya, Yang Berhormat bangkit soal kata orang bagi - isu JPN bagi IC? Satu orang dapat lima IC? Jadi dia boleh tukar muka dia lima kali? Isu satu orang dapat lima IC saya tidak pernah dengar. Isu mungkin kata orang yang tak sepatutnya dapat IC tetapi dapat itu mungkin. Akan tetapi isu satu orang dapat lima IC, saya tidak pernah dengar.

Akan tetapi kalau isu satu orang yang tidak sepatutnya dapat IC, tetapi kalau dia sudah ada IC, katalah dia mengundi sekalipun, macam mana calit dakwat ini boleh selesai masalah itu? Tidak selesai pun. Dia tetap juga dapat IC. Jadi tak logiklah Yang Berhormat. Kita cakap perkara lain pula.

Ini saya hendak bangkitkan mengenai isu Yang Berhormat Bachok. Untuk makluman Yang Berhormat, SPR kini sedang dalam peringkat memperhalusi pengurusan pengundian pos yang lebih mudah dan mantap. Pengundian pos yang dijalankan selama ini adalah agak rumit kepada para pengundi yang menyebabkan akhirnya banyak undi yang ditolak atas kesilapan teknikal. Oleh yang demikian, SPR sedang melakukan kajian secara terperinci bagi memudahkannya.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, tiga fungsi utama SPR berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan ialah urusan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya, urusan pendaftaran pemilih dan menjalankan pilihan raya kecil dan umum.

Dalam isu liputan media pula, SPR tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam mengawal penggunaan media massa sama ada elektronik mahupun media cetak semasa tempoh pilihan raya.

Berhubung persempadanan kawasan pilihan raya, Yang Berhormat Ranau minta ia dikaji semula dan Ranau diberi penambahan kerusi masing-masing satu Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri. Yang Berhormat Bakri pula minta SPR menyiasat dalam maklumat peta persempadanan kawasan Parlimen Bakri yang didapati mempunyai kesilapan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, urusan kajian semula pembahagian persekutuan dan negeri-negeri kepada bahagian menurut Perkara 113(2)(ii), Perlembagaan Persekutuan hendaklah ada dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Urusan terakhir kajian semula pembahagian Persekutuan dan negeri-negeri kepada bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah ialah pada 21 Mac 2003 manakala bagi negeri Sarawak pada 10 Jun 2005. Berdasarkan kepada peruntukan di atas, SPR boleh menjalankan kajian semula pembahagian Persekutuan dan negeri-negeri kepada bahagian pilihan raya masing-masing selepas 21 Mac 2011, baru lepas tiga hari, dan 10 Jun 2013 iaitu bagi Sarawak.

Berhubung agar Ranau diberi penambahan Kerusi satu Parlimen dan satu DUN, SPR akan mengkaji keperluan sama ada untuk menambah atau tidak kerusi mana-mana bahagian pilihan raya Parlimen dan DUN sekiranya ada keperluan.

Berhubung peta persempadanan bagi Parlimen Bakri, untuk makluman Yang Berhormat, tiada kesilapan yang berlaku pada peta tersebut. Ini kerana setiap peta kawasan pilihan raya bagi bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah dicetak secara rasmi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan. SPR turut menyediakan ruang untuk membuat bantahan semasa tempoh urusan persempadanan yang dijalankan terdahulu di mana setiap pengundi yang mendiami sesuatu kawasan boleh menyemak peta yang dicadangkan dan membuat cadangan balas jika terdapat kesilapan.

Ketika pameran diadakan dahulu, tiada sebarang bantahan diterima terhadap cadangan peta persempadanan bagi Parlimen Bakri. Oleh yang demikian, SPR menerimanya sebagai peta rasmi dan diguna pakai sebagai peta pilihan raya. Walau bagaimanapun, sekiranya Yang Berhormat ingin mengemukakan cadangan perubahan peta sempadan, Yang Berhormat boleh berbuat demikian semasa tempoh pameran dalam urusan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri bagi negeri- negeri Tanah Melayu dan Sabah pada urusan persempadanan yang akan datang. Lain kalilah. Bukan sekarang.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Kuantan...

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan sedikit.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kenapa? Interlokkah?

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Unlock it... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Apakah rasional sekarang kita ada kawasan pengundian Parliamentary Seat dan state, di mana kebanyakan kerusi-kerusi bukan one man, one work. Macam kawasan saya lebih kurang 80,000, kawasan Putrajaya 8,000.

Banyak lagi kawasan-kawasan yang ada 25,000, 30,000 sahaja untuk Ahli-ahli Parlimen.

Bolehkah kita pada pengajian baru dibuat, new investigation dibuat selepas - untuk menambah atau tidak kerusi Parlimen, kita ada satu kadar yang baru supaya kita balik kepada asal, sistem demokrasi di mana one man, one work.

Jangan kita ada kerusi-kerusi yang terlampau besar sampai 80,000, 110,000, 120,000 pun ada dan 8,000 untuk satu hari Parlimen. Apakah rasionalnya dan macam mana kita dapat atasi perkara tersebut?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Semasa perbahasan tidak bangkit, sekarang mahu bangkit. Tidak, tidak apalah. Dia macam ini, kawasan pilihan raya ini kita ada urban, sub urban dengan rurallah. Urban ini kalau tidak silap saya ialah 60,000 ke atas, mana SPR punya orang? 60,000 ke atas kalau tidak silap saya. Kita beri tiga bandar, separuh bandar, dua bandar, pedalaman.

Jadi, betullah saya cakap dalam bahasa Inggeris dengan izin urban, sub urban, rural. Kita kena ambil satu jumlah pengundi, satu luas kawasan. Jadi, kita beri kriteria dia.

Bagi bandar, dia punya keluasan, kilometer persegi antara 8 hingga 49. Manakala bagi separuh bandar, 50 kepada 250km persegi dan luar bandar ialah 250km persegi.

Kemudian, jumlah yang dia beri bandar pula, pemilih bahagian bagi pilihan raya Parlimen betul 60,000 ke atas. Itu bandar. Kemudian separuh bandar, sub urban 30,000 hingga 59,000.

final • 3:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Minta penjelasan.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Nanti dahulu, saya belum jawab lagi.

Mahu jual kereta, kita sembang dekat luar... [Ketawa] 30,000 hingga 59,000 separuh bandar. Luar bandar 30,000 ke bawah. Jadi, itu kriteria yang kita guna. Kita punya sistem ialah Westminster system. Sistem pilihan raya Westminster. Bermakna bukanlah satu sistem yang kita wujud, yang betul-betul merupakan mould Malaysia. Tidak. Kita guna sistem Westminster yang kita pinjam daripada United Kingdom...

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Boleh tidak tunggu saya jawab dahulu.

Yang Berhormat hendak ganggu saya hendak jawab ini?

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi prinsip yang kita ambil, yang saya sebutkan tadi ialah yang tiga tadi. Itulah sebabnya mengapa Yang Berhormat akan tengok ada kawasan yang pengundinya sampai 110,000. Kalau kita pecahkan, katalah 110,000 itu kita beri kepada tiga kawasan, jadi nanti Yang Berhormat baru start kereta sahaja, berlari sekejap sudah luar kawasan sebab akan jadi terlalu kecil.

Mungkin Yang Berhormat Bintang tidak boleh disebut sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang. Cuma disebut sebagai Ahli Parlimen Jalan Alor sebab hendak jadi Ahli Parlimen, Jalan Alor sahaja... [Ketawa] Kenapa you marah Jalan Alor ini?

final • 3:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Nanti, nanti.

final • 3:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Boleh?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okeylah, okey.

final • 3:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa di Wilayah Persekutuan, banyak kawasan seperti Setiawangsa, Wangsa Maju pengundinya adalah sebanyak 40,000 lebih sahaja berbanding dengan Seputeh, Cheras atau Bukit Bintang 60,000 ke atas. Walaupun di bandar Kuala Lumpur ini, mengapa ada ketidakseimbangan apa yang dikatakan 60,000 lebih pengundi. Bolehkah minta penjelasan?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat, bukan semua kerusi Parlimen dalam Wilayah Persekutuan ini, ia semua bandar. Kuala Lumpur ini sebuah negeri. Jadi ia dipinggir, sub urban. Jadi, dia jatuh di bawah kategori sub urban sebab itu dia boleh ada 40,000 sahaja. Itu pun saya tidak tahu. Saya ingat Setiawangsa atau apa tadi, saya check ada berapa pengundi. Akan tetapi, saya kira kalau dia punya pengundi dalam 40,000 ia jatuh kepada separuh bandar. City ini macam di Jalan Alor tadilah.

Jadi, Yang Berhormat, takkan kita hendak bentuk satu kawasan Parlimen Jalan Alor? Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun, tidak bolehlah. Jadi, sebab itu kalau kita ikut begitu akan jadi kawasan Parlimen terlalu kecil. Bayangkan Bukit Bintang yang sudah kecil itu ada tiga lagi atau empat lagi Parlimen...

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

Putrajaya.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Putrajaya? You kena tengok Putrajaya ini, dia bukan...

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bukan, bukan pasal itu... [Ketawa] Bukan semua sokong UMNO. Saya ingat menang berapa ribu sahaja, majoriti. Ia tidak kisah berapa pengundi ada, kalau rakyat hendak kepada DAP, dia undi DAPlah. Jangan bimbang. Rakyat kita ini bijak. Bukan macam disuruh, dia ikut sahaja. Jadi, Putrajaya ...

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apalah. DAP marah lagi pasal loteri di Kelantan... [Ketawa] Jadi, kalau macam di Putrajaya, ia bukan dalam Selangor. Oleh sebab ia satu wilayah, maka dia sendirilah sebab itu dia 8,000 dia boleh ada sebagai satu kawasan Parlimen. Itu paling senang sekali hendak menang. Kalau ada pengundi 8,000, cari pembangkang 4,000, daftar 4,000, menanglah. 4,000 ini boleh menang, tidak ada problem. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi kepada...

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan, laluan. Sedikit sahaja.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Betul sedikit?

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya. Saya hendak beri sedikit historical prospective.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak payahlah historical.

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Mengenai perkara ini kerana kita ada satu akta yang telah dibubarkan pada tahun 1964, di mana pada masa itu ada satu undang- undang yang mengatakan the different of each constituent can not be more than 10 peratus. Akan tetapi selepas itu kita ada guideline dalaman, jabatan. Tidak ada apa-apa undang-undang berkaitan. We use certain principal.

Akan tetapi saya haraplah kerajaan akan akur kepada yang digunakan di Australia sekarang. Ada satu kawasan seperti sebesar Malaysia, as big as Malaysia. One MP tetapi dia punya number of constituent sama juga, sama rata. Apa yang mereka buat adalah, saya rasa yang boleh kita fikir untuk Ahli Parlimen itu dia diberi helikopter, diberi lima assistant, tiga four wheel drive dan sebagainya. The question is accessibility kepada constituent. It is not berapa besar constituent tersebut. Saya harap pemikiran baru ini dapat diambil kira.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Pertama, akta yang sudah bubar kita tidak payah bincanglah, ia sudah bubar. Kedua, Australia ini saya tidak dapat hendak membayangkan apa Yang Berhormat sebutkan ini. Saya ingat kalau Yang Berhormat dengan saya, kita pergi Australia, kita tengok sendiri macam mana keadaan di sana dan mungkin lepas itu saya boleh bercakap sama ada boleh terima...

final • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bila, bila?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak apalah. Setujulah itu. Kita pergi Australia, kita tengok. SPR terbuka kepada apa juga cadangan untuk menambah baik sistem kita. Kalau ada betul di Australia, kita akan tengok bagaimana di Australia.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuantan mencadangkan agar SPR diletakkan di bawah Parlimen agar lebih efektif. Untuk makluman Yang Berhormat, penubuhan SPR adalah berdasarkan kepada Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan iaitu “keanggotaannya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain”. Justeru, secara dasarnya SPR adalah merupakan sebuah institusi di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong yang bertanggungjawab untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini menerusi sistem pilihan raya yang bebas, adil dan saksama. Sebenarnya Jabatan Perdana Menteri hanyalah bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran harian dan pengurusan semasa SPR sahaja.

Yang Berhormat Kuantan ingin mengetahui sama ada terdapat unsur-unsur membeli undi semasa Pilihan raya Kecil Kerdau kerana dilaporkan seramai 443 orang peneroka FELDA Jengka 23 menerima durian runtuh daripada kerajaan. Ini peribahasa Yang Berhormat, “durian runtuh”... [Ketawa] Untuk makluman Yang Berhormat, sama ada pemberian ataupun kelulusan segera sewaktu berkempen pilihan raya dianggap membeli undi dan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Akta 5 adalah merupakan persoalan fakta. Jika terdapat apa-apa aduan yang dibuat oleh mana-mana orang, fakta itu akan disiasat oleh pihak berkuasa yang berkenaan dan perlu dibuktikan di mahkamah oleh pihak-pihak yang mendakwanya.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Berdasarkan penghakiman kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini, ia menunjukkan bahawa pemberian insentif serta kelulusan sesuatu projek dan janji-janji untuk membina kemudahan-kemudahan asas yang dibuat semasa kempen pilihan raya bukan satu amalan rasuah atau penyogokan kerana ia adalah untuk kepentingan umum dan bukan untuk kepentingan individu tertentu.

Jadi saya sebut pengadilan kes hakim dalam kes Gudial Singh vs KS Balakrishnan 1993 2, CLJ 75 telah merujuk kepada kes Teoh Teck Huat vs Lim Ken Siew and another year 1991 1/1 dalam menentukan sama ada pemberian hak milik tanah FELDA Cahaya Baru pada petang sebelum pilihan raya merupakan amalan rasuah ataupun tidak telah diputuskan tidak, ini hakim kata, quote dengan izin: “I’m of the opinion that what he did does not amount to corrupt practice because he merely expedited the process of the settlers getting the land title for which all dues to the government and FELDA had been fully settled.

His deed in this aspect even done on the eve of election can be said to fold within legitimate scope of the government to pursue promises propitiate please and propel and promote projects and programmed for amelioration and development in the consistency for the benefit and progress of that locality”. Jadi sudah ada penghakiman di mahkamah...

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 3:10 PM

Puan Hajah Fuziah Salleh - Kuantan

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Atas perkara itu Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Siapa dahulu?

final • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan.

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Okey, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sementara saya cukup memahami keputusan penghakiman yang dibacakan sebentar tadi ada pun kalau saya kembali mengimbau sedikit daripada pilihan raya kecil N.28 Kerdau. Pembayaran kepada peneroka pada saat-saat akhir mungkin termasuk daripada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri dalam penjelasan penghakiman yang dibuat. Persoalan yang dipertikaikan kalau kita hendak tengok mana syarat atau di mana perbezaan itu, mengapa hanya di Jengka 22 sahaja pembayaran ses itu RM13,000 seorang sementara Jengka- Jengka yang berjiranan juga berhak kerana selama hari menunggu pembayaran tersebut.

Dikatakan vote buying itu adalah tatkala sasaran itu dibuat sengaja untuk mendapat undi pada saat-saat akhir tertumpu khusus kepada Jengka 22. Itu yang menjadi pertikaian Yang Berhormat Menteri dan perkara ini Yang Berhormat Menteri tidak boleh analogi seperti itu. Kalau bahasa Arab dikata... [Berucap dalam bahasa Arab] Analogy, that is not equivalent. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Kota Raja itu sama duduk dekat itu mereka hendak jadi hakim. Kita Yang Berhormat, apa pun Yang Berhormat dengan izin, we all have our own opinion about things. Jadi apabila kita ada perbezaan pandangan tentang sesuatu hal maka cara yang terbaik ialah untuk kita merujuk kepada penghakiman yang dibuat dalam mahkamah. Kalau sekiranya di Kerdau tetapi persamaan kes itu telah diputus ataupun tidak, kita perlu bergantung satu badan yang menentukan.

Kalau tidak sampai bila pun saya bercakap macam ini. Yang Berhormat minta jalan, Yang Berhormat bercakap, Yang Berhormat punya pandangan juga. Saya pun bangun. Saya pertahankan pandangan saya. Yang Berhormat minta jalan saya bagi jalan tidak habis- habis. Until the cows come home pun tidak habis selesai...

final • 3:10 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Menyampuk]

final • 3:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okey, some cows do... [Ketawa]

final • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi kalau sekali lagi Yang Berhormat tidak berpuas hati terbuka dalam tempoh yang diberikan rayulah kepada penghakiman yang dibuat terhadap kes ini. Mudah sahaja. Saya hanya bercakap tentang kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. That’s all I’m allowed to do in this August House. Ya, Yang Berhormat Puchong.

final • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dibuat adalah Yang Berhormat Menteri merujuk kepada nas undang-undang dalam kes Gudial Singh. Dalam kes tersebut kita ada satu keadaan di mana satu pemberian sebelum pilihan raya itu berlaku. Akan tetapi bagaimana keadaan di mana seseorang Ahli Yang Berhormat seorang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan kepada pemilih-pemilih sesuatu tempat bahawa sekiranya mereka undi untuk calon tertentu maka dalam keadaan sedemikian sahaja mereka akan diberikan beberapa perkara. Saya bagi sebagai contoh di Pilihan Raya Kecil Sibu. You help me, I’ll help you. If you return Barisan Nasional candidate tomorrow then I’ll sign the cheque for RM5 million to resolve the flood problem in Sibu. Bukankah ini menjadi satu perkara yang berbeza di mana jelas ianya menjadi satu perkara rasuah dapat dilihat dengan jelas. Itu pertama.

Keduanya, bagaimana dengan siasatan ke atas repot-repot ini? Adakah statement diambil daripada Yang Berhormat itu yang dikatakan membuat janji-janji tersebut. Isn’t this are something that amounts to an offence, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, di bawah undang-undang tersebut dan kenapa tidak ada tindakan diambil? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dalam pilihan raya mana-mana negara pun there is such a thing as manifesto. Manifesto ini merupakan janji-janji yang akan kita lakukan. Perkara yang akan kita lakukan kalau kita dipilih. Jadi ia manifesto. [Ketawa] Blanket manifesto is that we will... [Dewan riuh]

final • 3:10 PM

Tuan M. KulaSegaran - Ipoh Barat

Manifesto you help me, I’ll help you.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

Ya. Manifesto macam Buku Jinggakan? Serupalah juga.

final • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

You janji kalau pilih kami, ini yang akan kami lakukan. Macam hendak beri satu jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Sabah, satu jawatan Perdana Menteri kepada Sarawak. Kalau menang kami akan bagi balik oil royalty.

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 3:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Eh, duduklah, duduklah.

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, kalau kita tidak...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Duduklah, apa benda ini?

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bagilah. Kalau kita tidak cakap you kata tidak ada shadow Cabinet.

final • 3:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Kita sebut dia kata janji kosong.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yalah, itulah kata maknanya tidak salah.

Itu tidak merupakan kesalahan memberikan janji untuk melakukan sesuatu. Kalau diberikan mandat, itu janjilah. Saya kalau sebagai seorang pengundi di Sarawak sekarang, undilah kami, kami akan kembalikan 90 peratus royalti kepada Sarawak. Bagaimana, boleh. Tidak ada salah. Jadi mengapa kalau Perdana Menteri kata saya akan tolong apa ini salah. Jadi saya hendak beritahu di sini...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, that is done across the board. Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

No, no. That is opinion...

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

That is done across the board. Not specific.

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

[Bangun]

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Itu you punya opinion. Inilah masalahnya orang kalau sudah dapat doctorate ini, dia fikir dia dahulu lecturer atau apakah dia fikir dia sahaja betul. Tidak boleh begitu Yang Berhormat. Dia mesti ada badan. Duduk Yang Berhormat Kuantan, saya akan panggil apabila sampai masanya saya akan beri. Jadi oleh kerana dia tidak merupakan rasuah sebab itu tidak ada statement yang diambil daripada Perdana Menteri. Itu sahaja, dia bukan merupakan kesalahan kerana ini merupakan janji kita kalau kita diberi mandat oleh rakyat kalau kita dipilih sebagai kerajaan.

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di dalam perbahasan saya, saya bercakap berkenaan SPR yang tidak ada kuasa. SPR yang bukan merupakan the apex of the organization, dengan izin. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana saya merasakan Yang Berhormat Menteri divert ataupun mengelak daripada persoalan tadi, persoalan yang saya bahaskan. Apex of the organization ataupun puncak kuasa maksudnya SPR ada kuasa untuk ambil tindakan sekiranya satu-satu tindakan dalam pilihan raya itu dianggap sebagai membeli undi, SPR ada kuasa.

SPR juga ada kuasa apabila berlaku keganasan di dalam pilihan raya. Akan tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tidak mempunyai kuasa tersebut. Apabila berlaku vote buying ataupun membeli undi kita perlu buat aduan kepada SPRM, apabila berlaku keganasan kita perlu buat laporan kepada polis. SPR tidak ada kuasa, saya katakan SPR is the toothless tiger, harimau tanpa taring tidak ada kuasa. Yang Berhormat Menteri juga menyatakan bahawa Jabatan Perdana Menteri hanya terlibat dengan pentadbiran harian.

Pentadbiran harian apabila Jabatan Perdana Menteri ataupun Menteri mengatakan bahawa kita tidak buat dakwat kekal atas alasan sekian, sekian, sekian itu bukan hal harian, itu hal dasar. Siapa yang buat keputusan di sini? Adakah SPR ataupun Jabatan Perdana Menteri. Saya persoalkan di sini, itu maksud saya. SPR tidak ada kuasa, SPR tidak ada taring, Jabatan Perdana Menteri ambil segala kuasa tersebut. Sebab itu saya kata letakkan SPR di bawah Parlimen, buat satu jawatankuasa khas untuk memantau perjalanan SPR, beri balik taring kepada harimau ini. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi Yang Berhormat anggap...

final • 3:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Parlimen pun tidak ada kuasa.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Parlimen dengan SPR ini samalah.

Sebab kalau kepada saya, kalau SPR diletakkan di bawah Parlimen, Parlimen yang berkuasa, toothless juga SPR ini... [Ketawa] Tidak ada Yang Berhormat. Hendak letakkan SPR di bawah Parlimen bermaksud yang berkuasa adalah Parlimen, bukan SPR. Serupa sahaja.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ada check and balance Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya?

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ada check and balance di sini.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

[Ketawa] Yang Berhormat kena ingat check and balance sistem kita siapa yang ada - sabarlah! Bila cakap tentang berkuasa bila letak Parlimen, bukan Yang Berhormat berkuasa, sebelah sini yang berkuasa... [Ketawa] Jangan duplicity of worklah Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okey, saya sudah kata apa juga kuasa yang ada kepada SPR telah ditentukan oleh Perlembagaan yang tiga saya sebutkan tadi, persempadanan, mengendalikan pilihan raya kemudian satu lagi apa dia pendaftarankah saya pun lupa dah.

Jadi itulah kuasa dia daripada dahulu sampai sekarang. Berkenaan dengan kata waktu pilihan raya bila berlaku pergaduhan maknanya lapor kepada SPR, SPR kena lapor kepada polis. Sebab waktu dalam pilihan raya sekalipun, dalam keadaan apa sekali pun polis yang bertanggungjawab. Tidak boleh SPR apabila kita kata ini ada perlakuan rasuah kerana orang ini diberi duit. SPR tidak boleh diberikan kuasa untuk tentukan ya ada berlakunya rasuah, sebab kita ada mahkamah. Mesti ada pembelaan, mesti ada pendakwaan, ada penghakiman, mana boleh di situ kita lapor dia pula buat over, tidak boleh. Jadi Yang Berhormat baru first term politician kena faham betul-betullah.

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tidak mengapa sekurang-kurangnya syarikat tidak divert issue. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri...

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak. Saya tidak divert issue. Saya sudah sebut...

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Kenapa kita tidak ikut the best practice.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau tujuannya untuk...

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Menteri, kenapa...

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Memberikan kuasa kepada...

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Kalau season politician bolehlah dengar sedikit first time politician MP ini.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri sedang bercakap Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

SPR, diletakkan di bawah Parlimen bukan SPR yang berkuasa, Parlimen juga yang berkuasa. SPR tetap juga tidak berkuasa.

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Jadi Yang Berhormat Menteri kata Parlimen pun tidak ada kuasalah.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya.

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Maksudnya BN salah guna kuasalah, BN gila kuasalah. Itu maksud Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Apa salah guna kuasa pula. Ini sudah cakap orang bodoh susahlah. Yang Berhormat sudah emosi macam inilah.

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri.

Kenapa Yang Berhormat Menteri tidak boleh ikut best practice Election Commission all over the world. Seluruh dunia memberikan kuasa kepada Election Commission dan Election Management Board.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sudah emosi, sudah tidak boleh hendak jawab, peraturan pun dia langgar, inilah masalah dia. Dia bagi macam ini yang sebenarnya KPI dia rendah.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Kenapa Yang Berhormat Menteri tidak hendak belajar daripada dunia-dunia yang lebih demokratik daripada Malaysia. Kononnya politician yang ada pengalaman tidak mahu dengar kepada politician yang baru ini. Beri peluanglah kepada kita cakap.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Dia Bagi KPI Yang Berhormat Gombak rendah, bagi KPI Yang Berhormat Kuala Langat rendah, bagi KPI Yang Berhormat Balik Pulau rendah rupanya dia punya KPI pun rendah. Saya pun tidak fahamlah macam ini.

Begini punya wakil rakyat sudah tidak boleh hendak, semua kita jawab tidak boleh hendak pertikai, berhujah mula emosi. Janganlah emosi.

final • 3:20 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri jangan emosilah. Yang Berhormat Menteri pun jangan emosi.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

[Ketawa] Saya tidak emosi. Saya cuba ketawa, saya cuba jawab...

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Tidak emosi. Akan tetapi bila Yang Berhormat Menteri tidak beri laluan dan Yang Berhormat Menteri cuba elakkan...

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ini saya punya floor.

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Jadi kita perlu berikan penjelasan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat sebentar Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat satu trick dalam Dewan.

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Cuba Yang Berhormat Menteri dengar...

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Untuk hendak mengatakan Menteri itu emosi, kita itu emosi...

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Menteri tidak dengar.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak saya tidak emosi Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Menteri perlu dengar. Tugas Menteri mendengar sebenarnya. Itu dia tugas kerajaan mendengar.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya sudah menjawab dan kalau saya punya jawapan dan kalau dia tidak boleh terima - hendak buat macam mana saya sudah jawab.

final • 3:20 PM

Puan Fuziah Salleh - Kuantan

Kata banyak pengalaman, sekurang-kurangnya dengarlah.

final • 3:20 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Inilah standard KPI dia.

final • 3:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

[Bangun]

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Takkan saya jawab soalan hendak memuaskan hati dia. Kalau saya hendak memuaskan hati dia, saya kena memuaskan hati Yang Berhormat Telok Intan, ini Yang Berhormat Kubang Kerian ini, tidak boleh susahlah.

Apa yang telah kita tetapkan, kita tetap. Jangan emosi tidak baik emosi. Nanti balik rumah susah nanti. Nantilah saya hendak pergi ke...

final • 3:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Minta penjelasan sedikit.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kuala Krau. Yang Berhormat Kuala Krau minta...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Duduk dahulu Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

SPR menyiasat poster semasa pilihan raya kecil Kerdau yang menyatakan satu undi untuk PAS dijamin syurga. Untuk makluman Yang Berhormat sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Kerdau pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya yang ditubuhkan di bawah seksyen 27 Akta 5, telah mengambil tindakan-tindakan segera terhadap aduan kesalahan yang melanggar akta berkenaan seperti menurunkan poster-poster dan merampas bahan-bahan penerbitan termasuk penceramah-penceramah memberhentikan ceramah mereka. Manakala bagi aduan-aduan yang memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis ia dirujuk kepada pihak polis. Mengenai poster yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat pihak SPR tidak menerima sebarang aduan rasmi mengenainya.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Jasin supaya 1Malaysia diterima sebagai lambang awam dan bukan berpihak kepada mana-mana parti politik. Untuk makluman Yang Berhormat SPR berpendapat penggunaan lambang 1Malaysia tidak tertakluk kepada larangan penggunaan simbol pada pilihan raya berdasarkan Akta 54 yang hanya merujuk kepada simbol parti politik. Oleh kerana lambang 1Malaysia bukanlah simbol bagi mana-mana politik, maka penggunaan lambang 1Malaysia semasa dalam tempoh pilihan raya adalah dibenarkan dan tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Machang minta penjelasan mengenai kontraktor, subkontraktor, kos projek dan pembayaran berhubung sistem aliran transit berkapasiti tinggi, MRT dengan izin, Sungai Buloh Kajang. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pula bangkit mengenai dengan cost benefit analysis, feedback orang ramai, tender, pandangan pakar, integrasi stesen dan sistem bas yang holistik.

final • 3:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Berhubung dengan MRT, mula-mula ingin dijelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh Syarikat MMC-Gamuda Joint Venture Sdn. Bhd. Dalam projek ini adalah sebagai dengan izin, Project Delivery Partner (PDP) yang mana syarikat usaha sama tersebut dipertanggungjawabkan untuk mengurus pelaksanaan projek mengikut jadual dan kos pembinaan yang telah disasarkan oleh kerajaan. PDP juga akan bertanggungjawab serta menanggung segala kos tambahan sekiranya berlaku kelewatan menyiapkan projek mahupun kos-kos yang melebihi sasaran. Untuk perkhidmatan ini, syarikat usaha sama tersebut bakal dibayar fi dan peratusan fi ini masih lagi di peringkat perbincangan. Peranan ini merupakan hibrid di antara kontraktor utama dan pengurus projek. Manakala penyelia projek MRT adalah SPAD sendiri.

Kos fasa pertama MRT iaitu untuk jajaran MRT dari Sungai Buloh ke Kajang masih dalam peringkat penilaian reka bentuk asas ataupun dengan izin, based line design review dan proses memuktamadkan dengan izin, employers requirement. Oleh yang demikian, kos projek MRT bukannya seperti yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar. Mengenai kajian dengan izin, cost benefit analysis pula, ia telah dilaksanakan oleh PEMANDU di bawah lab NKEA Greater Kuala Lumpur, Lembah Klang dan telah dikenal pasti sebagai satu dengan izin, entry point project di Program Transformasi Ekonomi negara. Di samping itu, pihak perunding bebas yang dilantik oleh Kementerian Kewangan iaitu main consult juga mengkaji projek MRT dari sudut dengan izin, financial in economic benefits sebelum ia diputuskan untuk dilaksanakan.

Mengenai tarikh tutup feedback bagi tender projek sebenarnya tarikh tutup pameran awam dan maklum balas adalah pada 14 Mei 2011. Buat masa ini hanya dengan izin, per-qualification exercise sahaja yang sedang dijalankan bagi mengenal pasti kontraktor-kontraktor berkebolehan dalam bidang-bidang tertentu bagi pembinaan projek ini...

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Urusan tender dan pemberian kontrak untuk kerja-kerja awalan yang kecil. Jadi dengan izin, side clearing and utility real location hanya akan dilakukan selepas pameran awam tamat dan jajaran dimuktamadkan. Kerja- kerja tersebut dijangkakan bermula pada bulan Julai 2011 iaitu termasuk bagi kerja-kerja pecah tanah.

Berhubung saranan diambil kira pandangan pakar consultant dan pihak-pihak lain, sebenarnya semua maklum balas adalah dialu-alukan. Sebarang pandangan mahupun bantahan terhadap Projek MRT ini boleh disalurkan sama ada melalui pameran awam di tujuh buah lokasi seperti yang telah diiklankan, melalui e-mel di www.kvmrt.com.my, hotline 1800-82-6868 ataupun menulis terus kepada SPAD.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah yang pada awalnya diumumkan sebagai projek swasta? Pada awal-awal Mass Rapid Transit diumumkan, ia adalah sebuah projek swasta tetapi nyata pada hari ini sudah menjadi projek yang akhirnya akan ditanggung oleh kerajaan.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ini adalah munasabah kerana MRT sebagai satu proposal Tuan Yang di-Pertua, adalah pada sifatnya adalah satu projek yang economically viable tetapi commercially not viable. Economically viable pada IRR kurang lebih 25 peratus. Maksudnya dengan RM100 juta pelaburan, akan mendapat pulangan RM25 juta setahun untuk 50 tahun. Begitulah maksud IRR yang economically viable tetapi commercially tidak viable, hanya pulangan IRR 4 peratus sahaja.

Justeru kerana itu, ia telah diambil alih - pada hari ini sudah pun kita dikenalkan dengan kaedah projek PDP. Soalannya Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara yang saya hendak bangkitkan tetapi saya mungkin mengalih pandang sedikit pada apa yang hari ini menjadi pertikaian. Sudah dua kali saya mendengar hari ini sahaja, Menteri memberikan jawapan bahawa segala cost overrun itu akan ditanggung oleh- apa yang dikatakan sebagai PDP tadi. Jadi, MMC-Gamuda. Ini satu perjanjian sekali gus satu jaminan bahawa cost overrun akan ditanggung oleh MMC-Gamuda. Yang Berhormat Menteri, this is not a small amount. It could be a very hefty one, dengan izin. Kalaulah perkara yang disebutkan oleh Profesor Flyvbjerg daripada Oxford University yang mengkaji MRT seluruh dunia ini, it could be as high as forty percent of the cost asal. Itu satu perkara yang saya minta Menteri jawab.

Apakah benar-benar jaminan ini akan dilunaskan untuk masa ke hadapan atau ia untuk memastikan MMC-Gamuda dapat daripada apa yang dikatakan project tunneling itu atau lebih daripada itu? Satu.

Keduanya Menteri, sebenarnya mengapakah MRT terus memintas projek yang sepatutnya didahulukan oleh SPAD dalam extension Kelana Jaya dan Ampang. Sehingga hari ini, kita belum dapat menyaksikan permulaan kerja ini meskipun pada apa yang dikatakan sebagai pre-qualification, round itu telah dibuat, telah diputuskan. Projek extension Ampang dan Kelana Jaya ini memakan belanja RM3.6 bilion for extension of 9.2 km extension pada Kelana Jaya dan Ampang pula pada extension 7.4 kilometer pada harga RM3.4 bilion. Yang Berhormat Menteri, kesemua ini saya dengar semalam, membaca daripada Star Business, pada hari ini sebenarnya bahawa kerajaan akan mengeluarkan Government Malaysian Securities untuk RM88 billions...

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Semua ini bukan belanja yang kecil. It would certainly akan mencetuskan atau membawa pada fiskal defisit yang terus melebar.

Persoalannya Yang Berhormat Menteri, isu-isu seperti ini mengapakah LRT pada hari ini di pintas oleh MRT dengan kerja tidak lagi bermula sehingga hari ini. Tentang perkara itu, ia membabitkan kewangan yang besar, maka rakyat perlu tahu di mana letak akhirnya satu integrated transport system sementara nampaknya projek-projek ini tidak diperhatikan dengan baik oleh SPAD. Semacam...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Ya, cukuplah.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih. Cukup Yang Berhormat Menteri.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Menteri, boleh saya? Beri sedikit.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sedikit Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Bolehkah saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri untuk mengatakan bahawa Yang Berhormat Kuala Selangor seorang yang berkelulusan PhD dalam economics, kalau tidak silap saya. Dia hanya melihat daripada segi komersial viability. This is the problem, dengan izin. Projek ini bukan 100 peratus projek komersial. Ini juga adalah projek sosial. Jadi, kita perlu lihat daripada segi sosial contribution, social viability iaitu...

final • 3:30 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Saya sudah jelaskan perkara itu.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi, jangan dipertikaikan.

Cuma daripada segi dollars and cents, untung berapa duit, rugi berapa duit. Ia kesan pada perkembangan dan pembangunan sosial dan impak pada pembangunan ekonomi...

[Disampuk] Dan juga multiplyer effect dan ini begitu besar sekali.

Jadi dengan sebab itu, saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, setuju atau tidak Yang Berhormat Menteri kalau saya katakan bahawa Yang Berhormat Kuala Selangor, dia melihat daripada segi perspektif yang sempit? Itu sahaja saya hendak bertanya. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, dengan Yang Berhormat Pasir Salak saya bersetujulah. Tidak perlu belanja banyak ambil PhD. Kita tahu sudah jawapannya. Berkenaan dengan cost overrun tadi Yang Berhormat Kuala Selangor, saya ingat Yang Berhormat pun ingat saya pun sudah jawab, sebut dua kali. Dua kali mengatakan cost overrun akan dipertanggungjawabkan ataupun dengan izin, akan di absorb oleh MMC-Gamuda ini. Saya pun tidak tahu dalam bahasa apa lagi saya hendak cakap, Yang Berhormat tidak percaya ini bukan. You speak French?... [Bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor] [Ketawa] Memang PDP akan menanggung cost overrun Yang Berhormat dan kos tambahan dari kelewatan.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Oleh sebab itu, usaha untuk memuktamadkan scope of works dan employees requirement perlu dilakukan dengan terperinci. Perbincangan sedang dijalankan antara PDP dan pemilik projek Syarikat Prasarana Negara Berhad. Kemudian, soalan Yang Berhormat kedua yang LRT kena pintas ini, saya fikir beri notis sedikitlah sebab dalam perbahasan umum general debate tidak bangkit. Jadi, saya akan beri jawapan bertulis.

final • 3:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Boleh Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya menghormati, tidak ada masa. Jadi, saya akan beri jawapan bertulis.

final • 3:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Tentang MRT sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya, ini yang...

final • 3:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sedikit sahaja mahu mengembalikan kepercayaan. Saya mahu cuba...

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Susahlah. Perlu beri juga.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Puan Nurul Izzah Anwar - Lembah Pantai

Sedikit sahaja. Saya terus kepada soalan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ia tentang isu MRT ini.

Saya rasa memang ada permasalahan persepsi shrouded in secrecy, dengan izin. Ini kerana dalam forum DBKL tahun lepas bulan Mei memang bila ditanya oleh Ahli Parlimen Batu, adakah kerajaan di bawah SPAD dan juga DBKL bersetuju mengambil kira keperluan melaksanakan projek MRT di Kuala Lumpur, jawapan konsultan mewakili DBKL dia kata dengan izin, “Our soil structure cannot take it”.

Jadi bila telah dibawa oleh Gamuda-MMC, saya hanya ingin tanya kerana ada juga beberapa sumber mengatakan maklumat kita tidak dapat, yang diberitahu Scomi juga ada memberi satu proposal yang jauh lebih rendah harganya dan Scomi ini bukanlah saya proxy ataupun ada syer dalam Scomi saya tidak setuju. Akan tetapi kita atas prinsip tangan terbuka menyatakan dia ada beri sekitar harga RM25 bilion dan Scomi punyai lebih banyak pengalaman dari segi mewujudkan projek monorel daripada N to N system berbanding dengan Gamuda-MMC yang pengkhususannya hanya untuk tunnel link. Saya mahu tanyalah di forum di dalam Parlimen untuk mengembalikan kepercayaan rakyat bahawa keputusan ini terbaik untuk kita. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Hai, sekarang sudah baik dengan geng Scomi nampak... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ini juga saya boleh anggap sebagai soalan kejutanlah. Jadi, saya to be fair saya pun tidak tahu bahawa ada proposal daripada parti yang lain. Jadi, saya minta degan izin Yang Berhormat saya beri jawapan bertulislah.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, persoalan itu saya bangkitkan dalam perbahasan tentang Swiss challenge daripada Scomi.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Bagaimana pegawai-pegawai tidak tercatat itu Yang Berhormat Menteri?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak mengapalah.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Tolong kita mahu jawapan itu.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okeylah.

final • 3:40 PM

Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor

Swiss challenge from Scomi. Kalau ianya mengemukakan satu proposal yang lebih rendah. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okey, tidak mengapalah. Saya akan tunggu jawapanlah. Ia apabila saya tidak mahu beri ruang kepada dia, dia terus berdiri bercakap. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Lembah Pantai berdiri saya terpaksa duduklah,.

Tuan Yang di-Pertua, kita pergi ke isu yang lain pula. Isu yang juga dibangkit oleh Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Lembah Pantai, dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Ya Allah, ada lagi Yang Berhormat Kuala Selangor...

[Ketawa] Adalah dimaklumkan- Selepas ini kita minum kopi Yang Berhormat. Jangan marah. Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan projek ini akan dilaksanakan dengan baik termasuk memastikan kos paling optimum dapat dicapai dan satu sistem MRT yang dapat memberi manfaat maksimum kepada pengguna dapat dibangunkan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek MRT mempunyai tahap ketelusan yang tinggi. Semua pakej kerja akan melalui proses tender terbuka bagi memastikan persaingan yang kompetitif. Projek ini juga akan diselia melalui struktur penyeliaan tiga peringkat iaitu peringkat tertinggi adalah Jawatankuasa PEMANDU yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, Jawatankuasa Eksekutif Exco yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, dan tahap yang ketiga ialah Jawatankuasa Teknikal yang diketuai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sendiri.

Jadi, berhubung saranan agar sistem MRT diintegrasi dengan stesen-stesen LRT, monorel dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, jajaran MRT Sungai Buloh- Kajang akan mempunyai empat stesen pertukaran. Stesen Sungai Buloh dan Kajang akan menjadi stesen pertukaran dengan KTM Komuter, Stesen Pasar Seni akan menjadi stesen pertukaran dengan laluan LRT Kelana Jaya dan Stesen Maluri akan menjadi stesen pertukaran dengan laluan LRT Ampang. Jajaran MRT pada masa depan juga akan mempunyai stesen-stesen pertukaran untuk memudahkan pengguna bertukar dari satu jajaran ke jajaran yang lain.

Di samping itu, Stesen KL Sentral di mana lokasi cadangan adalah di bawah Jalan Sultan Hishamuddin antara Muzium Negara dan Kompleks KL Sentral akan dihubungkan ke Kompleks KL Sentral melalui terowong pejalan kaki sepanjang antara 200 hingga 300 meter yang selesa dan menggunakan travelator Sistem MRT juga akan menggunakan tiket yang sama dengan sistem LRT.

Oleh itu, pengguna tidak perlu membeli tiket baru semasa membuat pertukaran.

Mengenai saranan dibangunkan sistem pengangkutan bas yang lebih baik dan holistik kerana ia lebih murah berbanding sistem pengangkutan rail. Sebenarnya setiap jenis pengangkutan awam sama ada rail, bas atau teksi mempunyai pengguna tersendiri yang mendapati tujuan spesifikasi.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ia penting untuk kemudahan pengguna dan usaha SPAD membangunkan pelan induk pengangkutan awam, terdapat pelan subsidiari di dalamnya untuk setiap jenis atau mod pengangkutan. Perancangan pengangkutan bermula dengan melihat keperluan semasa dan masa depan. Mengenal pasti koridor yang memerlukan atau yang mempunyai kehendak keperluan perjalanan yang lebih besar.

Oleh itu mod yang tepat akan dikhaskan berdasarkan kapasiti, keperluan dan kesesuaian mod berkenaan. Perlaksanaan mod tersebut sama ada secara kekal atau penyelesaian sementara akan dipertimbangkan di dalam pelan induk berkenaan. Secara umumnya, susunan perancangan akan bermula dengan sistem rail, kereta api, trem, monorel, LRT atau MRRT kerana ia melibatkan infrastruktur kekal, tulang belakang kepada pengangkutan awam serta memakan masa untuk dibina. Sistem rail juga merupakan tulang belakang untuk sistem pengangkutan awam bandar di bandar raya seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Hulu Selangor. Ini Hulu Selangor, bukan Kuala Selangor, mewajibkan bas-bas awam mempamerkan waktu-waktu bertolak dan ketibaan bagi memudahkan orang ramai.

Cadangan Yang Berhormat tersebut sangat dialu-alukan. Sebenarnya dalam usaha menambah baik pengangkutan awam SPAD akan mengambil pendekatan pragmatik untuk memberikan maklumat yang lebih baik kepada orang awam bukan hanya mengenai jadual perjalanan, tetapi juga maklumat lain seperti laluan dan anggaran jangka masa tiba di semua hentian.

Yang Berhormat Johor Bahru, mencadangkan agar perkhidmatan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dihadkan kepada Kuala Lumpur-Johor Bahru sahaja. Untuk makluman Yang Berhormat, kajian feasibility bagi projek kereta api laju dijangka dimuktamadkan pada suku ketiga tahun 2011 dan akan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk dari rakyat di negeri Johor dalam memutuskan pelaksanaan terbaik bagi projek ini agar ia memberikan manfaat kepada negara dan pihak-pihak lain yang berkepentingan.

Yang Berhormat Bakri ingin mengetahui sama ada proses kelulusan permit kenderaan berat terjejas semasa proses SPAD mengambil alih peranan daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan. Untuk makluman Yang Berhormat SPAD telah melaksanakan proses peralihan sistem pelesenan bermula 31 Januari 2011. Proses peralihan ini melibatkan pengumpulan semula data dan makluman semua lesen yang telah dikeluarkan. Pada masa yang sama pemprosesan permohonan lesen baru dibekukan sehingga 31 Julai 2011. Ini adalah kerana sistem dan rangka kerja pelesenan yang baru berdasarkan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 akan diguna pakai selepas tempoh pembekuan tersebut. Walau bagaimanapun, keperluan industri bagi perkhidmatan pengangkutan awam dan barangan akan diambil kira bagi memastikan kehendak industri mahupun kepentingan rakyat tidak diabaikan.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat Lipis menyarankan agar pembinaan projek MRT di Kuala Lumpur tidak akan mengambil alih tanah pengakap (scout). Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini tanah yang perlu diambil alih untuk projek MRT Lembah Klang masih belum dapat dimuktamadkan kerana proses pameran awam projek MRT masih dijalankan sehingga 14 Mei 2011. Jajaran MRT hanya dapat dimuktamadkan selepas tamatnya proses tersebut.

Walau bagaimanapun, daripada pemerhatian awal terhadap lot-lot tanah yang dipaparkan di pameran awam yang mungkin diambil alih di bawah seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960, ia adalah termasuk dua lot tanah yang dimiliki Persekutuan Pengakap Malaysia. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan semua lot yang dikenal pasti di bawah seksyen 4 di atas akan diambil alih apabila jajaran dimuktamadkan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Parlimen...

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, boleh ya?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya tidak pasti sama ada - sebab saya masuk lambat tadi. Saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat Menteri telah pun menjelaskan tentang isu kos pengambilan tanah. Saya difahamkan jumlah anggaran kepada projek MRT ini dikatakan sebagai RM36.6 bilion tetapi tidak termasuk kos pengambilan tanah. Sekiranya betul atau benar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi telah ada anggaran ataupun telah dikenal pasti lot-lot tanah yang bakal diambil alih, kenapakah kita tidak boleh menjangkakan nilai ataupun kos tambahan untuk pengambilan tanah?

Saya bangkitkan ini kerana telah ada sistem biasa yang diamalkan untuk mengenal pasti kenaikan kos akibat kerana force market sale pada masa hadapan yang bernilai 5 peratus hingga ke 10 peratus jangkaan kenaikan pada masa hadapan. Kenapa kita tidak boleh mengaplikasikan cadangan ini supaya kita tidak nampak lari terlalu jauh kos anggaran kita? Saya ingat barangkali ada sebab-sebab tertentu kenapa kerajaan tidak membuat anggaran terhadap kos pengambilan tanah ini. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Betullah datang lambat itu. Bukan datang lambat sahaja, pagi tadi pun tidak datang. Saya sudah jawab benda ini. Tak apalah.

Sebenarnya anggaran belum dimuktamadkan. Yang RM36 bilion itu ialah proposal ataupun cadangan daripada MMC-Gamuda JV. Itu dia punya proposal. Saya sudah beritahu iaitu kita engage dengan public ini bermula daripada hari Valentine sehingga 14 Mei, tiga bulan.

Jadi, belum dimuktamadkan lagi dan tidak ada muslihat ataupun apa-apa di pihak kerajaan kerana tidak dapat menentukan lagi anggaran ini.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Cukuplah. Saya hendak pergi kepada...

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Pendek sahaja,

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya banyak lagi ini. Saya ingat sebelum saya pergi kepada isu Parlimen, saya hendak bercakap tentang SPRM dulu.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri...

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat...

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Menteri bersetuju tidak cadangan itu?

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya?

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh bersetuju tidak cadangan itu? Jadi kita anggarkan kata 5 peratus ke 10 peratus...

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Belum tahu lagi, tidak boleh tahu. Sebab ia 14 Mei baru boleh diketahui, ya.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sekarang baru bulan Mac, jadi ada dua bulan lagi. Tunggulah, sabar.

final • 3:50 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Okey, boleh.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Okey. Yang Berhormat Wangsa Maju membangkitkan tentang pertuduhan ke atas Encik Hasbi bin Satar dan berpandangan bahawa sepatutnya dia didakwa di bawah kesalahan rasuah dan bukannya AMLA. Pihak kerajaan ingin menegaskan bahawa dakwaan Yang Berhormat Wangsa Maju bahawa pendakwaan yang dibuat terhadap Encik Hasbi Satar di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 menunjukkan terdapat beberapa individu lain yang hendak dilindungi adalah tidak berasas sama sekali.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Pertuduhan terhadap Encik Hasbi Satar telah dibuat pada 10 Februari 2011 di bawah subseksyen 4(1) Akta 613. Pertuduhan itu dibuat setelah segala keterangan bagi membuktikan kesalahan di bawah seksyen 4(1) ini telah diperoleh. Walau bagaimanapun, siasatan di bawah...

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perkara kes Hasbi bin Satar ini, kenapakah beliau dituduh di bawah AMLA? Sedangkan, beliau ditangkap oleh SPRM pada masa itu tahun 2009 kalau tidak salah, dengan wang tunai RM4 juta. Kalau di bawah AMLA, adalah wang yang telah dipakai ataupun telah di launder untuk membeli apa-apa pun atau diberikan kepada orang lain. Sedangkan, ini kes yang ditangkap dengan wang tunai RM4 juta dan juga beberapa buah kondominium mewah. Itu yang pertama. Kedua, di bawah peruntukan undang-undang MACC, terdapat satu seksyen di mana SPRM boleh meminta beliau membuat satu asset decoration. Ini pun saya rasa tidak dibuat. Itu satu.

Kedua, adalah satu kesalahan juga jika dia leave beyond his mean dengan izin.

Dia menjadi setiausaha politik kepada Yang Berhormat Tasik Gelugor sahaja, bagaimana boleh ada cash RM4 juta. Itu yang pertama. Kedua, 48 peti safe deposit box di dalam rumah, hendak simpan apa? Simpan kertas Parlimen? Memang simpan wang tunai Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri dari sesi yang lepas telah cuba mengelak dan lari daripada menjawab soalan ini. Apabila menjawab soalan, panjangkan perkara yang lain dan terus duduk. Saya harap hari ini jawab dengan jelas tentang perkara ini. Kenapakah dituduh di bawah AMLA sahaja, sedangkan RM4 juta dikesan di rumahnya, beberapa buah kondominium dan beliau adalah setiausaha politik? Juga, sama ada siasatan dijalankan terhadap bekas Menteri Kewangan II. Itu juga penting. Kalaulah anak buah boleh mendapat RM4 juta di rumahnya dan ada beberapa buah kondominium, apatah lagi dengan bosnya sendiri. Saya berharap Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan yang tepat dan janganlah putar belit lagi.

Kedua, isu tugas untuk menjaga Parlimen, saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak menjaga Parlimen dengan baik ya. Saya berikan satu contoh di mana soalan yang dibentangkan di Parlimen pada sesi yang lepas, mengenai dengan Kementerian Kewangan, di mana saya meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan iaitu Yang Amat Berhormat Menteri sendiri, jelaskan berapakah kos konsultasi yang dibayar oleh Khazanah sejak tahun 2003 sehingga sekarang untuk projek-projek dan juga nama konsultan, berapakah kos, dan tarikh, sehingga hari ini masih tidak diberi jawapan.

Dibangkitkan di dalam ucapan, juga Menteri kata tidak ada.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Hari ini saya check Hansard, memang ada. So Yang Berhormat Menteri buat apa di Parlimen?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Nampaknya minum kopi sahaja, Terima kasih. Saya minta diberikan penjelasan.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Menteri, panjang lagikah Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya jawab yang ini, selepas itu nanti saya inilah. Panjang lagi Tuan Yang di-Pertua?

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sudah satu jam setengah Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Sebab sudah ada soalan tambahan ini.

Pertama, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberikan pandangan tersebut, tetapi soal saya menjaga Parlimen baik atau tidak baik, saya ingat saya jaga baik. Sebab saya jaga baiklah itu dahulu duduk sana... [Merujuk kepada blok pembangkang] Sekarang sudah pergi sana... [Merujuk kepada blok BEBAS] [Ketawa] Bukan seorang sahaja, enam lagi ikut. Kalau Yang Berhormat jaga saya baik, nanti bukan sahaja duduk di sana, mungkin di sini kot... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat untuk hendak menuduh Menteri Kewangan II, saya ingat itu tidak adillah. Yang Berhormat tarik baliklah kalau boleh. Ini kerana, apa yang dilakukan oleh...

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya cuma meminta penjelasan sahaja...

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Ya.

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sama ada satu siasatan dijalankan.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat kata...

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Itu sahaja. Jangan sensitif sangat Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak sensitif. Sebab, itu tuduhan...

final • 3:50 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Kalau terlampau sensitif, nanti kita pergi ke sana pula... [Sambil menunjukkan blok pembangkang] [Ketawa]

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Itu pun dengan syarat kalau sana mahulah. Takut sana tidak mahu sudah. Tidak ada pilihan. Kena mari sini juga.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat tidak adil untuk menyatakan apa yang dilakukan oleh seorang yang bekerja di bawah kita maka kita buat satu insinuasi bahawa bos lagi truth. I think that’s not fair. Saya ingin menjelaskan di sini, saya menentang sekeras- kerasnya kenyataan itu. Itu adalah tidak adil. Namun Yang Berhormat ini...

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, saya minta tanya sama ada satu siasatan dijalankan oleh SPRM, itu sahaja.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau...

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Ada atau tidak? Tidak ada apa-apa siasatan.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yang Berhormat baik dengan saya pergi Amerika, Yang Berhormat makan rasuah tidakkan saya kena check pula. Yang Berhormatlah kena check.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya tidak kerja dengan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yalah, jalan dua itu, dalam dua itu.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya bukan setiausaha politik, Menteri.

Saya tanya, soalnya...

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Yalah. Saya punya apa perbandingan tidakkanlah kalau setiausaha politik yang buat salah hendak dipersalahkan kepada Menteri.

Susahlah begitu.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bukan, kita tidak salahkan kepada Menteri. Kita hanya minta tanya sama ada SPRM menjalankan satu siasatan.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Terhadap?

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Terhadap bosnya.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Apa pasal? Apa pasal?

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Bekas Menteri Kewangan II.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Apa pasal? Bukan dalam rumah bos dia.

Tidak bolehlah macam itu. Macam ini punya pemikiran kepala lawyer, habis orang semua.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

No, bukan sebab...

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau, kalau...

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Sebab...

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kalau setiausaha politik saya banyak duit, tidakkan saya pula kena tanggungjawab pada dia, banyak duit? Saya mana tahu. Saya tidak boleh macam itu.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Akan tetapi, semua setiausaha politik tidak kaya. Semua miskin…

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Nobody is - melainkan kalau sekiranya dalam siasatan kepada setiausaha politik itu terdapat perkara-perkara yang boleh mengaitkan bos dia. Itu lain.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Alright.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tidak adalah sekarang ini.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Okey, saya adjust soalan saya.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi, tepat dua minit.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Injury time.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Tepat dua minit. Jadi biar saya jawab.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Injury time. Sama ada siasatan terhadap Hasbi Satar ini menunjukkan bos dia.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Jadi, di bawah – sebenarnya Hasbi Satar- ini permulaan satu charge iaitu di bawah AMLA. Jadi, kita jangan tunggu, kita siasat, lihat dan cari. Dia ada sepuluh kesalahan, tentukan ada sepuluh kesalahan baru charge. Di mana apabila dalam penyiasatan kita, kita dapat mengenal pasti kata ada cukup bukti untuk kenakan dia di bawah satu kesalahan, di bawah satu akta. Charge dulu. Jadi, kalau Yang Berhormat sabar tadi dan jangan cepat hendak mengamuk.

final • 4:00 PM

Tuan Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Saya takut Yang Berhormat Menteri lari daripada jawapan.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Saya punya jawapan okey, akan menjawab sebenarnya soalan Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah 2009 [Akta 694] berhubung dengan kes ini masih dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Memandangkan kes ini melibatkan transaksi yang banyak dan terdapat keterangan yang perlu diperolehi dari luar negara.

Maknanya kes ini berjalan lagi. Bukan ini satu charge sahaja. Tidak. Kita – siasatan berterusan dan kalau didapati ada kesalahan lain yang dilakukan seperti sebagai contoh tadi Yang Berhormat sebut tadi, betul bahawa Akta SPRM, kita hidup mewah, perbelanjaan luar daripada keupayaan kita. Jadi, prosedurnya SPRM kena hantar surat.

Kalau SPRM hantar surat, kalau dia tidak dapat hendak menunjukkan di mana dia dapat wang RM4 juta itu, baru dia melakukan kesalahan.

Saya SPRM telah hantar cuma mungkin tunggu jawapan dari Hasbi ini tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya ada 50 lagi muka surat. Saya tidak fikir boleh jawab hari ini dan mereka yang jawapan belum saya jawab saya akan beri jawapan secara bertulis. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Ya, baik. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ada empat Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan menjawab isu-isu yang dikemukakan. Seterusnya sekarang ini saya menjemput seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

final • 4:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan yang bernas serta kritikan yang membina terhadap hal ehwal di bawah dua port folio saya. Saya bermula dengan pengurusan prestasi ataupun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan penggunaan KPI. Yang Berhormat dari Tenggara telah membangkitkan hal ehwal KPI iaitu bagaimana ianya dipantau dari Menteri dan pegawai tinggi sampai ke pegawai yang lain supaya menjamin prestasi mereka itu benar-benar efisien bagi jawatan yang sewajarnya.

Yang Berhormat dari Batu pula membangkitkan sekali lagi mengenai isu khidmat konsultan khasnya Mckenzie dan telah menimbulkan persoalan sama ada penggunaan konsultan akan menjejas keselamatan negara, yang dikatakan akan menjadi krompomi.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sedia maklum selepas sembilan bulan persiapan secara intensif, Program Transformasi Kerajaan yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan Januari tahun 2010 telah giat dilaksanakan.

Maka program ini yang terkandung di dalam sebuah buku yang agak tebal hasil daripada perbincangan secara intensif dalam makmal, bukan sahaja oleh pegawai kanan kerajaan tetapi yang meliputi penyertaan ahli-ahli dari sektor swasta dan akademik mahupun pertubuhan bukan kerajaan atau NGO. Memang merupakan satu program yang cukup lengkap dari segi persiapannya yang menuju kepada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA dengan kaedah penyampaiannya delivery methodology yang jelas. Bukanlah janji-janji kosong seperti yang terkandung dalam ‘buku jingga’. Ini ‘buku biru’ yang lengkap...

final • 4:04 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:04 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tengoklah perbezaannya.

final • 4:04 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya.

final • 4:04 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tengoklah perbezaannya.

final • 4:04 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:04 PM

Tuan Nga Kor Ming - Taiping

Itu bunga-bunga, buku biru itu...

final • 4:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat.

final • 4:04 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya tidak soal.

final • 4:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

final • 4:04 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nanti, duduk, duduk, duduk.

final • 4:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Sebentar Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Duduk dulu.

final • 4:04 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya minta, saya tidak minta...

final • 4:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu duduk dahulu.

final • 4:04 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya boleh baca buku biru.

final • 4:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat, duduk, duduk Yang Berhormat.

final • 4:04 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya participate dalam lab.

final • 4:04 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Duduk.

final • 4:04 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya bukan tanya soalan...

final • 4:04 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Duduk.

final • 4:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Selepas ini Yang Berhormat.

final • 4:04 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nanti, nanti saya jawab. Tidak bolehkah pihak kami memberi promosi sedikit, manakala di pihak sana Buka Jingga telah dipromosikan begitu hebat padahal ianya cuma janji-janji kosong. Akan tetapi, di sini ialah kaedah penyampaian yang cukup lengkap walaupun bukan sempurna kerana kita semua manusia. Oleh itu pelaksanaan sepanjang setahun sejak 2010 telah menghasilkan beberapa kemajuan awalan yang menggalakkan yang telah kerap dilaporkan melalui media massa sebab kita ingin mengamalkan satu pendekatan yang telus, spesifik dan konkrit.

Di samping itu pada penghujung tahun dan juga pada tahun lalu. Pada awal tahun ini telah diadakan satu proses penilaian secara intensif di mana telah diwujudkan satu International Performance Review Panel, dengan izin, yang terdiri daripada pakar-pakar antarabangsa untuk menilai prestasi dan kemajuan secara objektif dan bukan oleh kerajaan sendiri. Maka di antara ahli-ahli dalam panel ini termasuklah Mr. Michael Hershman yang merupakan co-founder atau pengasas bersama Transparency International yang sering dirujuk-rujukkan oleh pihak pembangkang. Sebagai sesuatu rujukan yang utama di dalam dunia ini.

final • 4:04 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Maka dengan adanya pakar-pakar untuk membuat satu kajian semula secara teliti maka kita sudah menghasilkan satu laporan kemajuan tahunan terhadap program transformasi kerajaan yang akan dilancarkan dan diumumkan kepada semua rakyat.

Bukanlah sahaja kepada Dewan yang mulia ini tetapi terus kepada rakyat dalam satu perhimpunan raksasa pada 27 Mac 2011 iaitu hari Ahad yang akan datang ini. Oleh itu saya ingin menjemput...

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat, boleh minta jalan?

final • 4:10 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nanti, nanti. Apa dia?

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Hendak tanya. Minta mencelah.

final • 4:10 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Okey celah. Boleh.

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Saya ada dua perkara hendak tanya. Satu apakah Yang Berhormat sedar mereka yang terlibat dengan program transformasi ini termasuk mereka yang dilantik oleh kerajaan sebagai consultant ataupun yang bekerja sepenuh masa. Ada mereka ini membuat kenyataan-kenyataan yang bertentangan juga dengan dasar kerajaan ataupun keputusan kerajaan.

Contohnya ada kenyataan yang dibuat kononnya pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA itu boleh membantutkan kedatangan pelabur-pelabur asing. Ada juga di kalangan mereka yang lain-lain, saya tidak mahu sebut nama membuat kenyataan- kenyataan yang memang seolah-olah memperlekehkan pandangan-pandangan pihak lain termasuk pandangan-pandangan pihak NGO, itu nombor satu.

Nombor dua Yang Berhormat sebut tadi 27 hari bulan akan diadakan majlis pengumuman pelancaran kejayaan GTP ini di stadium. Saya baca akhbar bermula pukul 6 petang dan ada penyanyi-penyanyi dibawa sekali. Ini 6 petang, saya tidak tahulah mungkin ada disediakan tempat solat untuk orang-orang Islam sebab kalau pukul 6 menyanyi sampailah waktu maghrib. Jadi panggil pula penyanyi-penyanyi ke kugiran ini buat apa?

Jikalau pun hendak bersyukur buat aturan itu biarlah ada program-program yang kita dapat lihat – saya bercakap ini dalam perspektif sebagai seorang Islam. Jikalau hendak tarik orang ramai hanya semata-mata dengan kugiran atau menyanyi saya rasa itu tidak genuine nanti. Tidak akan melahirkan keaslian dari segi sokongan.

final • 4:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Jadi saya minta supaya boleh di adjustkan program itu jangan waktu antara pukul 6.30 ke 7 waktu maghrib, itu tidak ada apa-apa program dihentikan. Jikalau tidak ia memberi gambaran yang tidak baik kepada kaca mata umum. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, mungkin Yang Berhormat keliru sedikit sebab mereka yang terlibat dalam Program Transformasi Kerajaan adalah terdiri daripada Menteri-Menteri sendiri, pegawai-pegawai dan orang yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bukanlah dalam Program Transformasi Kerajaan tetapi ialah seorang ahli dari National Economic Advisory Council atau Majlis Perunding Ekonomi Negara.

Sememangnya negara kita ialah negara demokratik dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah berulang kali menegaskan bahawa kita mengamalkan sikap keterangkuman dan terbuka supaya menerima segala kritikan dan ada di antaranya memang mengkritik dasar kerajaan atau pelaksanaannya. Akan tetapi selagi ada - berdasarkan kepada kenyataan, kepada realiti, kepada fakta dan secara jujur kita menerima. Jikalau tidak kita tidak menerima, kita kaji.

Oleh sebab itu kita tidak payahlah merasa risau tentang perkara ini.

Keduanya mengenai sesi untuk mengemukakan laporan ini sebenarnya ia akan bermula selepas pukul 8.00 malam. Akan tetapi oleh kerana bilangan orang yang terlibat begitu ramai dan ada juga yang kata hendak datang lebih awal maka kita sediakan tempatnya dan juga ada programnya tetapi tidak bertentangan dengan amalan penganut semua agama. Ini bukanlah sesuatu isu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan di sini bahawa...

final • 4:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee

Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Bagi isu consultant itu.

final • 4:10 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Okey. Nanti, nanti sebab saya akan jawab nanti mengenai consultant. Sabar. Saya ingin menegaskan bahawa dalam penilaian untuk prestasi setiap Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meliputi hal ehwal jenayah atau keselamatan, rasuah, pendidikan, infrastruktur asas untuk luar bandar, pengangkutan awam untuk bandar dan juga membantu isi rumah berpendapatan rendah.

Kesemuanya ini dilaksanakan berdasarkan kepada kementerian peneraju atau the lead ministry yang dipimpin oleh Menteri yang berkenaan tetapi dengan kerjasama dan sokongan dari semua kementerian atau agensi yang berkenaan.

Oleh itu apabila kita membuat penilaian ia adalah terhadap bidang itu di bawah tanggungjawab seseorang Menteri. Apabila kita menyebut KPI seseorang Menteri itu maka ia merangkumi sumbangan dari semua pihak walaupun sebagai Menteri peneraju maka beliaulah yang bertanggungjawab sebagai orang yang utama.

final • 4:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

[Bangun]

final • 4:10 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Oleh itu memang bukan senang untuk kita pisahkan dari segi KPI Menteri dengan KPI Ketua Setiausaha kementerian, Ketua Pengarah dan selanjutnya. Masing-masing dan kesemuanya memberi sumbangan misalnya di peringkat sekolah maka guru besar atau pengetua yang bertanggungjawab tetapi disokong oleh semua guru...

final • 4:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Minta laluan Yang Berhormat.

final • 4:10 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Dan prestasi murid-murid itu adalah juga hasil daripada sumbangan ibu bapa di rumah maka semua faktor ini harus diambil kira. Oleh itu untuk prestasi setiap pegawai maka kita menilai bukan dari segi KPI untuk keseluruhan kementeriannya sebagai panduan asas tetapi dari segi prestasinya dalam jawatannya untuk tugasnya maka ini adalah agak jelas.

final • 4:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Mohon laluan Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Dato’ Ismail Kasim - Arau

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, saya sebenarnya melihat kesungguhan yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam menyediakan, memperlengkapkan dalam kita memastikan bahawa perancangan yang kita buat ini dapat dilestarikan.

Cuma di sini kita lihat dari segi mutu kerja yang harus dibebankan kepada penjawat-penjawat awam dalam jangka masa yang begitu singkat dan saya faham ada perubahan sekarang di jabatan kerajaan di peringkat kementerian. Ada KSU terutamanya KSU KDN misalnya telah mengadakan mesyuarat pengurusan pada pukul 6.30 pagi sebelum memulakan tugas rasmi di kementerian. Akan tetapi masalahnya adakah perkara ini akan disahut oleh pegawai-pegawai lain dengan prasarana kelas pertama yang disediakan oleh pihak kerajaan dan mutu kerja dan performance achievement yang dikehendaki oleh kerajaan bagi kepada semua penjawat awam.

Di sini apakah yang dapat dilaksanakan oleh pihak kementerian terutamanya usaha-usaha dalam menerapkan nilai dan etika bagi membolehkan penjawat-penjawat awam ini dapat sesuatu kekuatan dari segi tahap professionalism untuk mereka pamerkan dalam diberi sistem yang dikehendaki oleh kerajaan pada masa kini.

final • 4:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Menteri, penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya dua perkara di sini Yang Berhormat Menteri mengenai KPI ini terhadap kementerian-kementerian. Adakah KPI dibuat terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia di mana saya tengok semalam lebih dari 9,000 murid yang menerima keputusan SPM dapat terus 10 kah. Adakah benar betul-betul mereka yang mendapat ‘A’ ini benar-benar, betul-betul mendalami pengetahuan mereka dalam perkara- perkara yang mereka ambil?

final • 4:10 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Ini kerana pada pandangan saya, pada keseluruhan taraf dan standard pendidikan di negara kita telah merosot sehingga murid-murid yang pergi ke universiti dan keluar dari universiti dengan izin, an employable. Itu nombor satu. Apakah KPI ataupun pengawasan atau pemantauan yang dibuat terhadap kementerian Yang Berhormat sendiri? Siapa yang akan jaga itu? Sila beri penjelasan.

final • 4:20 PM

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau

Yang Berhormat Menteri, sedikit daripada Balik Pulau. Sedikit sahaja. Saya dalam KPI kementerian ini, saya hendak tanya kementerian Yang Berhormat. Ini kerana saya lihat kementerian Yang Berhormat ini satu-satunya Jabatan Perdana Menteri yang ada pembantu pun Menteri. Akan tetapi, Menteri itu sekali pun tidak dapat peluang bercakap di Dewan, asyik Yang Berhormat sahaja bercakap.

Jadi, KPI beliau macam mana? Adakah bermaksud– saya lihat Menteri lain Jabatan Perdana Menteri, beliau ada Timbalan Menteri. Menteri satu sahaja, pembantu pun Menteri, tetapi sekali pun tidak beri peluang bercakap di Dewan. Adakah menggambarkan Yang Berhormat– macam mana itu? Tolong jelaskan. Saya tidak faham itu.

final • 4:20 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan dan juga pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Arau, sememangnya dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan ini lebih banyak lagi tugas yang perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun dengan sistem pengurusan, kaedah pengurusan yang lebih berkesan dan lebih berfokus, maka didapati bahawa walaupun pada permulaannya beban kerja nampaknya bertambah, tetapi akhirnya hasil juga meningkat dengan secara mendadaknya.

Ini memang sesuatu yang agak menggalakkan kerana hampir semua, saya tidak boleh kata semualah tetapi hampir semua pegawai yang terlibat di dalam proses transformasi ini melalui kaedah makmal dan juga melalui proses perbincangan secara mendalam merasai bahawa mereka telah dapat keuntungan dari segi pandangan yang lebih meluas, dari segi perspektif yang lebih meluas dan juga dapat apa yang boleh disifatkan sebagai amalan-amalan terbaik sedunia, the best practices untuk menguruskan sesuatu sehingga terdapat agak banyak inovasi yang kreatif yang telah dapat dihasilkan, yang meningkatkan kecekapan yang juga untuk mendatangkan impak yang lebih ketara dan besar untuk faedah rakyat. Maka, perasaan kepuasan ini terus mendorong mereka untuk berkhidmat dan bertungkus-lumus.

final • 4:20 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Saya ingin menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat supaya dapat bertemu dengan mereka ini untuk mendapatkan satu perspektif dan pandangan dari segi pengalaman mereka melalui proses transformasi ini...

final • 4:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:20 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nanti. Saya jawab ini dahulu, nanti baru beri peluang.

Keduanya dari Yang Berhormat Telok Intan. Saya terkejut seolah-olah Yang Berhormat dari Telok Intan mempertikaikan prestasi baik yang dicapai oleh para pelajar kita yang dapat keputusan SPM yang lebih cemerlang. Sebenarnya, inilah hasil usaha Program Transformasi Kerajaan di mana melalui sistem apa yang dikenali sebagai School Improvement Kit iaitu panduan untuk memperkasa dan mempertingkatkan lagi prestasi sekolah, maka ini telah menghasilkan sebilangan yang lebih besar dari tahun-tahun yang sudah.

final • 4:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Kalau...

final • 4:20 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nanti. Kalau Yang Berhormat masih ragu-ragu, mungkin Yang Berhormat haruslah bertemu dengan mereka yang dapat banyak ‘A’ ini dan mengujilah setiap orang. Akan tetapi, ini memang satu sikap yang kurang tepat pada saya, Tuan Yang di-Pertua.

Mengenai...

final • 4:20 PM

Tuan M. Manogaran - Telok Intan

Yang Berhormat Menteri, tujuan saya tanya soalan itu kita bukan hendak memandang rendah terhadap murid-murid kita. We have to think beyond, dengan izin, di mana saingan mereka dengan penuntut-penuntut universiti di negara lain, standard kita amat merosot. Itu maksud saya. Jadi, apakah penyediaan murid- murid di sekolah rendah dan sekolah menengah itu setimpal dengan murid-murid, penuntut- penuntut mahasiswa yang akan keluar pergi bekerja itu tarafnya tinggi. Itu maksud saya. I am not trying to playing around with them here. We want a serious answer Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Saya terkejut sebab beliau mempersoalkan keputusan yang telah tercapai itu. Saya ingin mengatakan di sini, saya tidak ada angka, maka Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi boleh memberi angka-angka. Akan tetapi, saya boleh kata di sini bahawa setiap tahun semakin ramai pelajar Malaysia yang bukan sahaja dapat masuk ke dalam IPTA dan IPTS tempatan, tetapi ramai yang masuk ke dalam universiti yang terkenal di dunia seperti Cambridge, Oxford, Harvard, Princeton dan sebagainya. Ini ialah satu pencapaian yang harus menjadi kebanggaan kepada kita.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa apabila kita mengadakan pendemokratikkan, democratization pendidikan dengan membuka peluang kepada lebih ramai orang lagi, maka ada yang cemerlang dan ada yang kurang cemerlang. Maka ini tidak harus dijadikan sebagai satu tuduhan bahawa kita telah gagal dalam pendidikan seolah-olah. Oleh itu, saya ingin merayulah kepada Ahli Yang Berhormat khasnya daripada sebelah sana untuk meninjau keadaan secara objektif dan bukanlah sahaja untuk tujuan hendak menyerang kerajaan.

Di mana-mana negara pun memang ada fenomena seumpama ini dan bukanlah sebab kita tidak berusaha. Akan tetapi oleh sebab mismatch iaitu dalam negara yang terancang pun seperti Soviet Union dahulu memang terdapat mismatch iaitu permintaan di pasaran di luar dan bekalan dari segi graduan yang dihasilkan daripada universiti, dia tidak mungkin akan match atau akan setanding dengan tepatnya. Ini di dalam mana juga sistem ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan tadi dari Yang Berhormat Balik Pulau. Sememangnya Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri yang memegang juga jawatan sepenuh masa sebagai Pegawai Eksekutif Utama atau Chief Executive (CEO) PEMANDU, beliau harus memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengendalikan penyampaian, delivery performances. Oleh itu, memang ada satu pembahagian tugas.

Saya bertanggungjawab terhadap hal ehwal dasar dan strategi dalam usaha atau inisiatif pengurusan prestasi.

final • 4:20 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Akan tetapi, beliau tertumpu untuk pelaksanaan oleh sebab beliau begitu terlibat dalam banyak tugas yang memberi nasihat, menjalankan tugas penyelarasan kepada semua kementerian dan agensi bersama dengan pegawai-pegawai lain. Maka tugas beliau dalam Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara sememangnya saya menanggung. We work as a team.

final • 4:20 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Oleh kerana proses transformasi kerajaan merupakan satu proses yang boleh disifatkan sebagai satu mega effort, satu usaha yang gigih yang besar sekali. Memang bersama diusahakan oleh semua Menteri, semua Timbalan Menteri. Akan tetapi dari segi untuk memberi kaedah dan untuk memberi panduan berdasarkan kepada pengalaman beliau dalam sektor korporat, maka beliau diberi tugas yang berat seumpama ini.

Oleh itu, adalah tidak...

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Oleh itu, tidak boleh dikatakan bahawa beliau adalah pembantu kepada saya, tetapi kami berdua bekerja sebagai satu pasangan bersama dan bersama-sama dengan Menteri-menteri yang lain. Ini adalah sistem yang telah diwujudkan untuk menjadikannya lebih berkesan.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff - Balik Pulau

Sedikit penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri. Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri katakan pasangankan?... [Ketawa] Yang Berhormat Pasir Salak gelak. Yang Berhormat Menteri saya mohon penjelasan lanjut daripada Menteri. Dahulu ketika zaman Tun Abdullah, satu pendekatan yang bagi saya agak boleh dipertimbangkan iaitu pelan integriti. Bagi saya agak baik.

Hari ini perkara tersebut lenyap langsung, tidak dibicarakan langsung. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, sehebat KPI ini apa perkara yang tidak dapat dijangkau.

Contohnya adakah perkara integriti dapat dijangkau dalam menggunakan pendekatan KPI.

Bagi saya KPI ini hanyalah dengan izin, management tools. Akan tetapi adakah ia boleh menjangkau isu-isu integriti kerana hari ini saya lihat kita ada institut integriti, tetapi agenda itu tidak diangkat. Adakah ia akan disamakan dalam dasar pentadbiran sekarang. Mohon penjelasan.

final • 4:30 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nampaknya Ahli Yang Berhormat Balik Pulau belum membaca buku yang tebal ini. Akan tetapi saya boleh nasihatkan kita ada satu rumusan yang lebih nipis yang boleh dibaca oleh Yang Berhormat iaitu di antara enam NKRA, maka salah satunya ialah untuk memerangi rasuah. Itu dalam perkataan lain ialah...

final • 4:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Integriti. Institut Integriti masih giat bergerak dengan menganjurkan berbagai program bersama dengan program NKRA untuk mencegah rasuah.

Dengan adanya banyak sistem yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan, misalnya kita telah memulakan satu proses e-procurement yang menjadikan proses tender itu lebih telus.

Itu integriti. Integriti hanya boleh dihasilkan dengan adanya sistem dan juga adanya perubahan dari segi nilai dan bukanlah secara dalam vakum...

final • 4:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Okey, Yang Berhormat Indera Mahkota saya sedikit.

final • 4:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya - tidak apalah Menteri kata saya tidak baca apakan, tetapi tidak apa. Saya mohon penjelasan. Yang Berhormat Menteri saya melihat integriti itu satu perkara yang bagi saya perkara pokok kepada perkara fundamental.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Apabila kita melihat laporan Auditor General terhadap ketirisan dan sebagainya, dan saya melihat tidak ada satu perkara yang dikaitkan di dalam pendekatan KPI yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya beri contoh yang spesifik. Dalam kehakiman contohnya, KPI untuk backlog of cases telah dibuat. Itu satu pendekatan yang bagus. Akan tetapi kita lihat, contohnya di peringkat kes mahkamah rayuan. Di mana integritinya?

Sehingga hari ini kes Altantuya dan sebagainya semalam itu hari kes mengenai kitab Injil. Rayuannya hingga hari ini, tidak ada tarikh. Di mana KPInya kalau Key Performance Index mesti ada enam bulan judgment kena siap. Saya punya kes KESAS Highway di peringkat session court sampai sekarang judgment tidak siap. Rayuan telah buat berapa lama!

Di mana integriti itu? Di mana itu, macam mana hendak menjawab soalan-soalan sebegitu? Saya punya kes yang spesifik akan tetapi saya tidak mahu. Persoalan saya Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan. Saya yakin KPI bukan boleh menjawab semua perkara.

Soalan saya di mana bahagian-bahagian, cabaran-cabaran yang tidak boleh dijangkau oleh KPI. Biar kita tahu di Dewan ini, kita letakkan dia sebagai satu cabaran. Not a limitation. KPI tidak boleh jangkau kawasan. Saya menjangkakan integriti tetapi Menteri kata boleh. Akan tetapi tolong jelaskan kalau kes-kes sebegini bagaimana hendak jawab.

final • 4:30 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Ya, Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri satu itulah. Kalau kita percaya ada apa yang dikatakan separation of powers itu kerajaan akan hanya boleh mempengaruhi kehakiman.

Akan tetapi pandangan saya kita tidak boleh interfere sangat dengan soalan kehakiman. Itu yang kebanyakan...

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

That is administration of the office under JPM office.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kalau benda-benda lain sebagai contoh itu saya terima.

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Not on the judicial, not on the judicial. The content of the judicial. That is separation of powers.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya...

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

Separation power doesn’t include on the administration of the management of the file. That’s my question.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya tengah bercakap Yang Berhormat minta...

final • 4:30 PM

Tuan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff - Balik Pulau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:30 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Ya, Tuan Yang di-Pertua nampaknya ini satu contoh selektif accusation iaitu membuat tuduhan cuma berdasarkan kepada sesuatu contoh. Akan tetapi pada amnya, ini bukan menyentuh tentang kebebasan kehakiman. Akan tetapi dari segi pentadbiran dan pengurusan. Pada amnya kita baru-baru ini dalam beberapa bulan ini sememangnya dapat aduan daripada peguam-peguam khasnya daripada Bar Council yang mengatakan terlalu pesat, terlalu cepat kes diuruskan sehingga apa yang dikatakan ialah justice hurried justice buried iaitu kalau proses kehakiman itu dipercepatkan, maka keadilan itu terkebumi. Sebaliknya, dua tahun dahulu cogan katanya ialah justice delayed, justice denied.

So, oleh itu dengan adanya aduan seperti ini daripada pihak peguam sudah menjadi bukti bahawa ada kemajuan yang hebat, yang baik di dalam sistem pengurusan kes-kes kehakiman. Itulah sebagai satu bukti untuk menjawab Yang Berhormat dari Balik Pulau secara ringkas, tanpa pergi ke tiap-tiap kes, sebab bukan semua kes sekali gus boleh cepat. Ada kerana kalau saksi tidak ada, kalau ini tidak ada, itu tidak ada kita tidak tahu.

final • 4:30 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Saya ingat kita tidak harus dan tidak patut Tuan Yang di-Pertua membincangkan setiap case secara spesifik. Maka ini sudah menjadi gangguan kepada proses kehakiman.

Saya menganggap bahawa ini memang sudah menjadi satu percanggahan dari segi prinsip dan pendirian pihak Pakatan Rakyat. Okey.

final • 4:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, baiklah saya lihat, saya perhatikan Yang Berhormat Menteri tidak mahu membicara perkara yang spesifik.

Saya juga tidak mahu heret perbincangan ini pada perkara yang spesifik oleh kerana perkara ini pernah timbul di sesi soal jawab pagi yang saya percaya Yang Berhormat Menteri tidak punya masa yang cukup untuk mengulas perkara ini.

Soalan yang ditimbulkan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri iaitu tentang setakat mana kejayaan KPI dalam yang dirangka terutama dalam melihat Program GTP, ETP yang di bawahnya ada NKRA dan NKEA Yang Berhormat sebutkan tadi. Saya hendak tahu agak spesifik sedikit berkenaan dengan jentera kerajaan yang bertanggungjawab yang diberi tugas yang hakiki iaitu kakitangan kerajaan, ada 1.2 juta lebih kakitangan awam kita yang terangkum di bawah bidang pengenalan yang disebutkan ini. Sudah tentu golongan ini patut diukur terlebih dahulu setakat mana kefahaman mereka, setakat mana kepercayaan mereka atau lebih penting setakat mana mereka mampu untuk mentafsir dan menterjemah pelan-pelan ini dalam masa mereka menjalankan tanggungjawab untuk deliver ataupun dengan izin, memberi perkhidmatan.

final • 4:30 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya hendak tahu, adakah sebenarnya setakat ini selepas setahun lebih kementerian Yang Berhormat yang bertanggungjawab mengeluarkan satu indeks di kalangan kakitangan awam sahaja di peringkat-peringkat atau peringkat demi peringkat berkenaan kefahaman mereka dan seterusnya setakat mana mereka boleh menjadikan kefahaman ini panduan untuk menterjemah pelan-pelan ini? Saya hendak tahu adakah tidak rancangan itu? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri sedikit.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat panjang lagi?

final • 4:40 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Ya, saya akan pendekkan sebab saya melayani beberapa soalan kerana perlu diberi penjelasan. Akan tetapi mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, apakah gunanya hendak menilai indeks kefahaman, sebab apa yang berlaku di dalam fikiran otak kita ini bukan senang dinilai. Akan tetapi apa yang boleh dinilai ialah hasil pencapaiannya seperti mana yang kita boleh tunjuk dalam isu jenayah, kita pada permulaannya kita tetapkan sebagai sasaran untuk mengurangkan kadar jenayah sebanyak hanya 5 peratus dalam tahun pertama iaitu tahun 2010.

Ini kerana kita bandingkan dengan pengalaman di United Kingdom, Britain di bawah Tony Blair, kadar jenayah dikurangkan hanya selepas dua tahun setengah. Akan tetapi kita perlu bersyukur kerana dengan sokongan dan kerjasama semua pihak khasnya anggota polis yang telah dimobilisasikan, maka kita telah menurunkan kadar jenayah sebanyak 15 peratus. Itu yang penting dan kita tidak payahlah buang masa untuk menguji setiap anggota polis apakah pandangan atau apakah kefahaman, itu terlalu akademik. Apa yang penting ialah hasil pencapaian.

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Saya harap Yang Berhormat Menteri, saya tidak bermaksud untuk bertanya dalam aspek politik, tidak.

final • 4:40 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Ya, ini seolah-olah – saya rasa cukuplah apa yang dijelaskan sudah cukup.

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tidak, saya tidak berhajat untuk berpolitik di sini Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Saya bukan maksudkan saya mengatakan apa gunanya kita hendak uji kefahaman sebab kefahaman itu sebenarnya ditunjukkan dari segi prestasinya, kelakuannya dan hasil iaitu penurunan jenayah, itu yang penting.

final • 4:40 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Apa gunanya kita hendak teliti ini dan itu. Apa yang penting ialah sistem ini membolehkan kita mencapai satu prestasi yang lebih tinggi.

final • 4:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Yang Berhormat sedikit sahaja. Setuju dan ringkas sahaja Yang Berhormat. Saya katakan begitu sebab ukuran ini pada kita sendiri pun saya rasa kalau jentera kerajaan itu sendiri memahami keseluruhan pelan-pelan ini adalah lebih lancar dan lebih baik.

Saya katakan begitu sebab memandangkan ada reaksi yang sangat negatif telah diberikan terhadap pelan-pelan ini oleh siapa, oleh pemimpin UMNO sendiri yang disebut dan disuarakan sendiri kebimbangannya oleh Setiausaha Agung UMNO menyatakan ahli- ahli UMNO membantah dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pelaksanaan dan philosophy yang digariskan di bawah beberapa pelan. Tidakkah ini satu perkara yang mendatangkan haru biru kepada seluruh rakyat? Yang Berhormat Menteri kata tidak perlu untuk mengukur kefahaman, macam mana?

Adakah Yang Berhormat Menteri kata tidak penting untuk mendengar atau meneliti bangkangan atau bantahan atau keluhan yang diberi oleh pemimpin UMNO? Saya tidak faham kalau benar ini, apa sebenarnya ukuran yang hendak dilandaskan atau digariskan ini kerana UMNO sendiri mengatakan begitu, Yang Berhormat Menteri kata tidak penting dan tidak mustahak. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat dia sudah lari daripada hujah utamanya. Tadi dia kata kefahaman dari segi anggota perkhidmatan awam, saya tidak kata fahaman itu tidak penting. Saya katakan fahaman itu memang ditunjukkan melalui tingkah laku dan prestasi mereka yang mendatangkan hasil yang boleh diukur. Itu maksud saya. Akan tetapi dalam menjalankan dan melaksanakan apa juga perubahan dan transformasi sememangnya ada pandangan-pandangan yang berbeza dan kita mengalu- alukan pandangan-pandangan yang berbeza ini. Oleh sebab kami yang melaksanakan iaitu para Menteri, kami mengakui bahawa kami bukanlah sempurna, kami insan. Oleh itu kita mempunyai satu sikap yang terbuka dan tidak seperti pihak sebelah itu. Saya ingat cukuplah Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Minta penjelasan.

final • 4:40 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Saya ingin menyatakan di sini bahawa kita...

final • 4:40 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Yang Berhormat Menteri, jawab soalan saya tidak atau ...

final • 4:40 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nanti, saya secara ringkas ingin sekali lagi, Yang Berhormat Batu nampaknya begitu berminat dengan hal ehwal konsultan. Sememangnya dalam apa juga yang diusahakan secara besar-besaran oleh mana-mana kerajaan khasnya oleh kerajaan negara yang maju, mereka merujuk kepada konsultan sebagai satu proses untuk mendapat pandangan dari luar supaya menjadikan proses itu lebih telus dan kritikal dan ini satu amalan yang baik. Akan tetapi apa yang diusahakan di sini ialah kami memilih konsultan mengikut kriteria-kriteria objektif yang tertentu berdasarkan kepada prestasi mereka di peringkat antarabangsa di negara-negara maju yang lain.

Oleh sebab isu yang terlibat ini kita sebenarnya sudah dedahkan secara terbuka kepada rakyat isu jenayah, isu pendidikan dan sebagainya. Kita menggalakkan ketelusan dan tidak jadi masalah kalau kita ada konsultan yang boleh berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dan boleh merujuk kepada pengalaman negara-negara yang lain supaya kita dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan yang telah berlaku dan juga untuk menikmati kebaikan-kebaikan yang dapat dihasilkan. Oleh itu saya ingin merayu kepada Yang Berhormat Batu bahawa jangan jadikan ini sebagai satu isu utama. This is not a major issue.

final • 4:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, Simpang Renggamkah atau Yang Berhormat Batu Yang Berhormat Menteri hendak beri laluan?

final • 4:40 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Saya beri Yang Berhormat Simpang Renggam dahulu sebab saya sudah beri banyak chance kepada Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 4:40 PM

Tuan Liang Teck Meng - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin balik sedikit pada kadar jenayah tadi. Saya memang mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada KDN atau pihak polis atas usaha yang dilaksanakan untuk menurunkan kadar jenayah sebanyak 15 peratus.

Cuma Yang Berhormat Menteri saya pernah terima kes aduan bahawa mangsa kes ragut ini apabila membuat laporan di balai polis tetapi tidak diterima kerana kad IC tidak hilang maka dinasihati jangan buat laporan. Jadi kalau laporan tidak masuk maka kadar jenayah tetap rendah. Oleh itu peragut-peragut masih ada dan saya minta apakah pandangan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak menafikan bahawa dalam proses melaksanakan sesuatu yang baru dengan transformasi bukan semua anggota yang akan mengamalkannya dengan 100 peratus. Mungkin berlaku kejadian seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dan saya pun telah mendengar ada kes-kes yang kerana tidak ada bukti, dia tidak nampak muka peragut itu, tidak nampak nombor motosikal itu maka memang menjadi susah untuk disiasat. Akan tetapi sebenarnya dan sepatutnya kes haruslah dilaporkan walaupun tidak ada bukti supaya dirakamkan sebagai satu kejadian. Oleh itu, kalau ada berlakunya kes seumpama ini, saya merayu kepada mangsa supaya mesti membuat laporan, mesti tegas membuat laporan...

final • 4:40 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Kalau tidak diterima, laporlah kepada Biro Pengaduan Awam. Kita sudi menerima aduan seumpama ini. Oleh itu sebagai rumusan, saya hendak mengatakan...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Penjelasan sedikit.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya yang bawa dalam perbahasan saya.

final • 4:50 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nanti, nanti.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniah kepada kerajaan kerana kita telah melihat GTP ataupun Government Transformation Program dengan izin ini, menunjukkan peningkatan dari segi prestasi pegawai-pegawai kerajaan dalam sektor-sektor tertentu.

Namun begitu, pada pengamatan saya, kakitangan kerajaan di peringkat bawah ini, di peringkat daerah, peringkat negeri nampaknya masih lagi belum memahami sepenuhnya dan menghayati sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan GTP ini. Dengan sebab itu, kita dapati bahawa delivery system ataupun sistem penyampaian di peringkat district, sub district, dengan izin, jabatan kerajaan di peringkat ini semua masih lagi cara lama, budaya kerja masih budaya lama. Tidak ada menunjukkan perubahan yang ketara.

Umpamanya mesyuarat tindakan daerah, format dan cara pelaksanaannya serta pencapaiannya masih jauh daripada apa yang kita harapkan.

Dengan sebab itulah maka yang kita dapati bahawa banyak projek yang diluluskan dan mempunyai peruntukan yang begitu besar dan cukup tetapi dari segi kenyataannya, projek itu masih lagi tersangkut di sana sini dan belum dijayakan. Dalam Dewan ini telah disebut beberapa kali oleh beberapa orang wakil rakyat mengenai pembinaan sekolah, pembinaan jalan, isu-isu berhubung dengan pertanian. Ini masih lagi menjadi perkara yang sama seperti pada masa-masa yang lalu.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan telah turun ke bawah memberikan kefahaman yang sejelas-jelasnya dan juga mendapatkan komitmen yang penuh daripada kakitangan kerajaan ini?...

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jangan kita hanya memberikan seminar atau ceramah kepada pegawai-pegawai kerajaan di peringkat tinggi seperti di Putrajaya yang kebanyakannya pegawai-pegawai yang terdiri daripada KSU-KSU, setiausaha-setiausaha bahagian, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak ada point.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia hendak cari pasallah itu.

Yang Berhormat Batu ini kepala batu.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya ada isu yang sangat spesifik dalam perbahasan saya. Ini tidak dibawa dalam perbahasan dia.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

What is your point? Apa yang point you banyak sangat?

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

What is your point? Don’t waste the Dewan time. Kita ada isu yang penting.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

PKR pun sudah kelam-kabut sekarang. You go and look after PKR. Sudah banyak pecah-belah. Ini masalah video lagi.

Pergi selesaikan masalah video dahulu. Ini isu penting ini.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu membazirkan masa.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya belum habis bercakap.

This is my floor dengan izin. I got the permission.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

I didn’t rush your floor, I’m just waiting. I di sini sahaja.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

You go and help your ketua.

Pergi tolong ketua you itu. Sekarang dalam dilema dia, kontroversi banyak sangat. Don’t disturb me when I am talking.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Don’t waste the Dewan time. You are talking nonsense.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

To me, you are the small point dengan izin. Politically, you are small boy.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

I didn’t say anything. I am waiting for you to finish.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

You paste a remark, a stupid remark. You don’t know how to behave yourself.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, apa pula ini stupid remark ini?

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yalah, you kata tidak ada idea. What if I say you have no idea?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. Saya benarkan satu orang bercakap dan seorang duduk Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Saya tunggu giliran saya. Itu sahaja.

final • 4:50 PM

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak

Agent Singapore, another one. Jadi saya hendak tekankan di sini because the real implementers kepada projek-projek kerajaan itu ialah barisan kakitangan hadapan iaitu di peringkat bawah- district level, mukim level, kampung level. You don’t just talk about the federal level. Saya turun berjumpa dengan jabatan-jabatan kerajaan di peringkat bawah, the grass root, we don’t see much change in their working culture dengan izin, their priorities, their sense of urgency. Ini yang saya sebutkan. Tidak ada poin lagi? Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 4:50 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nanti, sebab soalan dari Yang Berhormat Batu itu spesifik dan apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Pasir Salak ini memang sangat relevan sebab ini apa yang berlaku di peringkat akar umbi. Kita sememangnya tidak menafikan ada di tempat-tempat yang berlakunya masih tidak begitu cekap dan sebagai.

Akan tetapi pada umumnya, saya ingin mengatakan di sini bahawa bukanlah sahaja bermula dengan Program Transformasi Kerajaan dalam tempoh 2 tahun yang lalu ini, tetapi usaha untuk memperbaharui dan mempertingkatkan lagi kecekapan kerajaan memang sudah berlangsung sejak tahun 1980-an dengan TQM, dengan ISO dan juga dengan pendekatan untuk menjadikan e-Government. Menggunakan komputer sudah mempercepatkan banyak prosedur, di mana misalnya pengeluaran lesen dapat diuruskan dalam tempoh sehari dan bukan berminggu-minggu. Ini adalah contoh-contoh kemajuan.

Akan tetapi, memanglah pembaharuan dan transformasi akan hanya berlaku peringkat demi peringkat dan kita mesti bermula di peringkat atasan, di peringkat Persekutuan dan selepas itu kita pergilah ke peringkat kementerian, agensi dan di peringkat daerah.

Oleh itu, saya memang mengalu-alukan maklum balas yang sentiasa diberi oleh Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk membantu kerajaan mengenal pasti di mana kekurangannya dan di mana kekangannya. Kita sentiasa berusaha untuk memperbaikinya.

Misalnya, semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negara di mana kita membincangkan beberapa isu seumpama ini dan dengan pemantauan oleh ICU terhadap pelaksanaan projek secara lebih teliti, lebih rapi, dan sudah pastinya kita akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan penyampaian dan pelaksanaan.

Oleh itu, saya ingat kita berilah peluang kepada Yang Berhormat Batu yang terakhirlah. Selepas itu saya kena gulung sebab ada Menteri yang menunggu mengenai NKEA pula.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Ya, saya tidak mahu ambil masa.

Perkara saya sangat spesifik sebab dalam perbahasan saya, saya ingin tahu bila kita select satu konsultan seperti McKenzie, sama ada kita sedar McKenzie salah satu firma yang menghadapi banyak skandal? Pengarahnya telah ditangkap sebab insiders trading dan salah satu – di dalam perbincangan di antara industri consultant ini, mereka panggil syarikat seperti McKenzie ini sebagai ‘no or’ consultant.

final • 4:50 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Maksudnya dia tidak spesifik. Semua kerja dia boleh buat. Apa yang kita hadapi no or kalau mengikut industri dan juga John Casper yang baru tulis artikel ini. Dia melibatkan satu masalah etika kerana maklumat yang diperoleh daripada satu negara, diedar dan dikitar semula dalam negara lain dan dia digunakan kepada firma termasuk pesaing. Jadi saya khuatir kerana McKenzie mempunyai banyak rekod skandal insider trading, skandal membocorkan maklumat. Saya juga membangkitkan isu dengan MDC. Dulu Mckenzie telah dikritik kerana telah mendedahkan maklumat Multimedia Super Corridor kepada Wall Street Journal tanpa kebenaran board of director.

Saya ingin tahu kenapa kita pilih McKenzie yang ada banyak kelemahan dan secara spesifik, berapa peruntukan yang kita bagi secara total bagi McKenzie, satu syarikat? How much we actually pay untuknya? Saya sudah banyak kali tanya. Kita tidak pernah dengar secara total, McKenzie telah mengambil jumlah berapa besar bajet untuk semua kerja di Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua, saya telah memberi penjelasan di sini. Saya ingat buat dua tiga kali bahawa McKenzie ialah salah satu daripada beberapa buah syarikat konsultan yang telah dipilih mengikut kriteria yang tertentu. Itu yang pertamanya.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Yang keduanya. Nanti, nanti. Tunggu.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Skandal atau tidak?

final • 5:00 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nanti. Tunggu, tunggu. Saya akan jawab segala-gala setiap satu iaitu skandal. Okey? Saya akan jawab.

Keduanya, McKenzie memang mempunyai pengalaman di beberapa negara yang maju dari segi transformasi kerajaan mereka. Itu adalah dari segi kaedah pengurusan dan bukan dari segi maklumat yang sensitif atau maklumat yang berkaitan dengan keselamatan negara. Oleh sebab itu kita kena tengok dari sudut itu. Saya berasa aneh bahawa bagi satu pihak, seperti Ahli Yang Berhormat Batu dan pembangkang yang lain selalu melaung- laungkan ketelusan, transparensi. Ya, transparensi tetapi di sebaliknya seolah-olah dia mahu segala-gala itu dijadikan rahsia. So, where are you stand? What are your stands?

You have a split personality.

Di dalam Proses Program Transformasi Kerajaan ini, kita sebenarnya mengamalkan satu pendekatan yang agak telus. Telus bukan sahaja konsultan dan pegawai tetapi kepada rakyat. Kita kemukakan cadangan kita secara terbuka untuk menerima maklum balas dan kritikan. That is a very transparent approach. Okey? Akan tetapi ini jadi satu isu pula. Nanti, nanti. Tunggu.

Ketiga, apa yang disebut, yang dilaporkan ialah cuma dua, tiga orang dan apa yang saya tahu dari maklumat yang memang disebarkan dalam internet iaitu ada seorang namanya Rajat Gupta, apabila dia didakwa bersalah, dia pun sudah tidak ada di dalam McKenzie. Saya ingat isu seumpama ini bagi sesebuah syarikat yang besar, yang mempunyai ratusan mahupun ribuan pegawai memang ada satu, dua black shee lah. Akan tetapi tindakan telah diambil. Ini kalau seorang, dua individu yang bersalah seperti mana di kalangan...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

CEO. Dia bukan individu. Dia CEO.

final • 5:00 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Nanti, nanti. Janganlah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat. Jangan macam inilah Yang Berhormat. Saya selalu tegur yang ini.

final • 5:00 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Ya. Saya ingat kita mesti jangan jadikan setiap perkara ini sebagai satu skandal yang melibatkan satu syarikat atau satu institusi. Saya ingat itu bukan yang adil kepada sesiapapun. Oleh itu saya hendak mengatakan di sini, ini tidak jadi masalah besar. Walaupun kita sentiasa teliti dan yang terakhir ialah saya ingin menegaskan bahawa penggunaan pakar runding atau konsultan ialah untuk membantu kerajaan khasnya dalam tempoh permulaan, di mana dengan secepat mungkin, kerajaan mahukan supaya transformasi ini dapat dilaksanakan dengan cepat.

Akan tetapi selepas ditubuhkannya PEMANDU dan dengan adanya MAMPU dan ICU, maka mereka pun sekarang ini misalnya untuk beberapa lab yang telah dilaksanakan, kita tidak menggunakan pakar runding luar. Kita menggunakan kepakaran dalaman yang telah dibangunkan dan apa salahnya? Oleh sebab itu saya katakan yang isu ini tidak dijadikan isu dan angka yang dikatakan itu sebenarnya tidak besar. Ini mengikut angka- angka antarabangsa. Boleh dikatakan yang agak cukup rendah sekali kalau dibandingkan dengan apa yang dibelanjakan oleh Kerajaan Britain. Saya sudah bagi contoh. Dalam tahun 2006-2007, satu tahun dia punya period financial year. Kerajaan Britain telah membelanjakan lebih daripada satu bilion pound. Bukan ringgit untuk konsultan. Akan tetapi di sini kita katakan ialah puluhan juta untuk beberapa syarikat. Takkan ini jadi satu isu?

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tidak. Saya hanya hendak tahu spesifik Mckenzie dapat berapa secara total?

final • 5:00 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Saya memberi satu jumlah untuk semua syarikat dan kita boleh ukur dari segi itu, kalau hitung panjangnya berapa. So, it is not excessive tetapi kita memang ada confidential agreement supaya kita tidak boleh secara spesifik. Akan tetapi kalau Ahli Yang Berhormat Batu hendak tahu, bolehlah kita dalam Public Account Committee (PAC) kita boleh bangkitkan. Ini bukan satu...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tadi sebut hendak transparent.

final • 5:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Come on. Itu sudah transparent.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

I just want to know Mckenzie got how much?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Saya ingat...

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Soalan saya agak spesifik.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini bukan caranya, Yang Berhormat. Saya di sini tidak ada kena mengena dengan mana-mana satu, Yang Berhormat. Saya hendak cara kita dalam Dewan, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah berkali-kali tanya berapa Mckenzie dapat tetapi itu – tidak boleh bagi satu angka total konsultan. Saya hanya hendak tahu Mckenzie. How much they got? That’s all.

final • 5:00 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Saya sudah katakan sebab ada perjanjian confidentiality, kita tidak boleh umum secara ini.

final • 5:00 PM

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua - Batu

Itu soalan yang saya minta.

final • 5:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Akan tetapi saya kata kalau Yang Berhormat ukur daripada jumlahnya, yang tidak begitu banyak kalau dibandingkan dengan apa yang dibelanjakan oleh negara-negara lain, kita boleh buat kesimpulanlah. Betullah. I know. As simple as that. Okey, dengan ini Tuan Yang di-Pertua, sebab ada banyak lagi...

final • 5:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Okey. Saya ingat terakhirlah. Kalau tidak kita tidak boleh gulung habis.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya, selepas ini tidak payah tanya lagilah. Sudahlah, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jangan bagi lagi, Yang Berhormat selepas ini.

final • 5:00 PM

Dr. Tan Seng Giaw - Kepong

Penjelasan. Saya tidak akan panjang lebar. Tidak seperti Yang Berhormat Pasir Salak... [Disampuk] Ya, akan tetapi tadi ada benda yang baik juga yang dibangkitkan. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Di bawah Model Baru Ekonomi, ada lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS). Unsur-unsur dan nilai-nilai ini sudah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini, di dalam sistem pemantauan sekarang, kita boleh memastikan semua unsur, elemen dan nilai ini dapat dimasukkan, dikuatkuasakan dan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Saya akan susur kepada perkara ini dari semasa ke semasa.

final • 5:00 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat dari Kepong dialu-alukan untuk menyusuli perkembangan dan kemajuan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi. Akan tetapi dengan secara terperinci apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kepong mungkin boleh dijawab nanti oleh seorang lagi Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop yang akan menjawab kalau ada isu mengenai NKEA bidang ekonomi secara spesifik.

Akan tetapi secara umum saya boleh mengatakan bahawa sistem pemantauan memang sudah diwujudkan. Walaupun bukan sempurna tetapi kerana kita sudah ada sistem pemantauan dengan menggunakan Sistem ICU dan juga sistem yang lain. Maka kita ada satu sistem yang telah dikembangkan dengan pesatnya menjadi lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua akhirnya saya hendak menyentuh sedikit tentang perhubungan antara kaum yang bersangkut paut dengan isu perpaduan. Saya ingat saya cuma secara ringkas hendak mengatakan bahawa dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, memang kita hendaklah meneruskan perhubungan etnik dan antara agama. Walau bagaimanapun, kita haruslah berbangga kalau berbanding dengan negara- negara dan masyarakat majmuk yang lain kita dapat dengan kerjasama dan sikap positif semua pihak mengekalkan kedamaian dan keamanan dan kestabilan selama ini. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kita boleh cuai, kita sentiasa hendaklah memupuk persefahaman dan keharmonian. Ini kerana perhubungan antara kaum antara agama memang merupakan sebahagian daripada perhubungan antara manusia. Ianya harus dipupuk harus dijaga dipelihara dengan penuh persefahaman. Itulah sesuatu yang penting.

Mengenai cadangan oleh Yang Berhormat dari... [Sambil menyelak kertas] Nanti tunggu dahulu semua kelam kabut. Okey mengenai cadangan supaya diwujudkan satu akta atau satu Akta Anti Perkauman yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar.

Sebenarnya cadangan untuk akta seumpama ini telah timbul pada pertengahan tahun 2008 iaitu sebelum dan selepas pilihan raya umum tahun 2008. Memang telah berlakunya beberapa isu sensitif dan kenyataan berbaur perkauman yang hangat diperbahaskan di dalam dan di luar Dewan ini sehingga mencetuskan emosi dan persepsi yang negatif.

Maka hasil daripada itu telah timbul satu cadangan maka kerajaan ataupun Jemaah Menteri pada waktu itu telah mengarahkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Untuk mengkaji dan membuat perbandingan antara akta-akta yang serupa ini di negara-negara lain. Oleh itu JPNIN, jabatan yang berkenaan telah menganjurkan satu perbincangan meja bulat bersama Institut Kajian Etnik (KITA), UKM yang disertai oleh ramai ahli akademik, NGO, sektor awam dan swasta. Maka dalam mempertimbangkan rumusan laporan itu pada bulan Januari tahun 2009 Jemaah Menteri mengambil kira hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memang merupakan landasan asas yang dengan jelasnya mengambil kira kepentingan semua kaum di negara ini.

Manakala Rukun Negara merupakan prinsip-prinsip panduan bagi semua supaya dapat hidup aman dan damai bersama.

Maka berdasarkan rumusan tersebut Jemaah Menteri telah membuat keputusan pada waktu itu bahawa buat masa ini tidak perlu untuk menggubal satu Akta Hubungan Kaum atau Akta Anti Perkauman. Ini kerana akta-akta yang sedia ada adalah memadai untuk tujuan tersebut. Jikalau perlu akta-akta yang sedia ada boleh disemak, diteliti, diperjelas dan dipinda serta dilaksanakan dengan lebih berkesan dan adil lagi. Di samping itu adalah didapati bahawa undang-undang sahaja tidak boleh memaksa seseorang itu untuk menyukai orang lain. Dengan izin, laws alone cannot force you to like somebody. Di sebaliknya adalah perlu diutamakan penerapan nilai-nilai murni dan perubahan sikap melalui proses pemasyarakatan atau socialization yang dianggap akan mendatangkan hasil yang lebih berkesan.

Oleh itu, mulai April 2009 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru telah memperkenal dan melaksanakan Gagasan 1Malaysia untuk terus memupuk dan memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kepelbagaian atau unity endives yang dipandu oleh teras-teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi serta konsep keterangkuman atau inclusiveness.

final • 5:10 PM

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Ini supaya semua kaum mendapat manfaat dari dasar-dasar dan programprogram yang dilaksanakan oleh kerajaan secara adil dan berkesan. Ini supaya tidak ada sesiapa dan mana-mana pihak yang dipinggirkan. Oleh itu pelaksanaan seumpama ini melalui Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi apabila menjadi mantap lagi akan menghasilkan satu keadaan dan suasana yang lebih baik dan dengan adanya suasana ini saya percayalah bahawa perpaduan negara akan menjadi lebih kukuh. Oleh itu setiap pemimpin di antara kita sendiri hendaklah memainkan peranan yang positif. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Tan Sri.

final • 5:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada kesempatan ini saya ingin menjelaskan ke atas beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang tugas saya di Jabatan Perdana Menteri. Sepanjang sesi Dewan Rakyat kali ini Tuan Yang di-Pertua ramai Ahli Yang Berhormat yang telah mengajukan soalan dan memberi komen berkenaan penubuhan Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) serta peranannya dalam memperkasakan agenda bumiputera ini termasuklah Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat-Yang Berhormat lain.

Oleh itu, saya ingin mengambil peluang ini Tuan Yang di-Pertua untuk memperjelaskan dengan lebih lanjut objektif penubuhan TERAJU serta strategi dan langkah susulan yang bakal dilaksanakan. Seperti yang kita sedia maklum persekitaran ekonomi global semakin tidak menentu dan kian mencabar. Bagi menghadapi pelbagai cabaran ini strategi dan pendekatan berkenaan pertumbuhan ekonomi negara perlu senantiasa dikaji semula dan ditambah baik sesuai dengan peredaran masa dan perubahan keadaan. Dalam hal ini kerajaan amat prihatin dan komited untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara sentiasa berada di landasan yang kekal, kukuh dan mampan dalam jangka masa panjang.

Selaras dengan ini dalam kita melangkah ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi pelbagai langkah penambahbaikan akan dilaksanakan.

final • 5:18 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Menyedari hakikat ini juga, pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera perlu ditransformasikan dengan pendekatan baru yang lebih inovatif bagi mewujudkan penyertaan masyarakat bumiputera yang lebih bermakna, lebih berkesan, lebih mampan.

Sesuai dengan alaf baru masa kini, kita mahukan masyarakat bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju di peringkat global juga. Pada masa yang sama, kerajaan menyedari bahawa masih terdapat sasaran DEB yang belum dicapai sepenuhnya.

Antara faktor yang dikenal pasti sebagai penyebabnya adalah ketirisan di peringkat pelaksanaan dan bukannya oleh sebab kesilapan dasar. Sehubungan dengan itu, untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan, kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dan TERAJU yang mencerminkan hasrat kerajaan untuk menambah baik strategi serta inisiatif agenda pembangunan bumiputera. Objektif utama kerajaan adalah untuk memastikan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara secara lebih bermakna dan mampan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bandar Tun Razak telah menyebut perkara berhubung dengan indeks daya saing negara. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan laporan daya saing antarabangsa sebenarnya, kedudukan daya saing Malaysia bertambah baik.

Jika dilihat laporan daya saing seperti dengan izin, World Competitiveness Yearbook 2010 yang diterbitkan oleh International Institute of Management Development (IMD), Malaysia berjaya berada di kedudukan kesepuluh terbaik berbanding kedudukan ke-18 dalam laporan yang sama tahun sebelumnya.

final • 5:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Begitu juga dengan laporan Cost of Doing Business 2011 oleh Bank Dunia yang diterbitkan pada bulan November 2010 menunjukkan peningkatan Malaysia pada kedudukan ke-21 berbanding kedudukan ke-23 tahun sebelumnya. Sungguhpun demikian kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa kita terus meningkatkan kedudukan kita dalam indeks yang terlibat.

Yang Berhormat Ipoh Barat bertanyakan tentang pendapatan per kapita negara.

Seperti yang kita sedia maklum, Keluaran Negara Kasar mengikut harga semasa pada tahun 2010 adalah RM741 bilion dan ini dibahagikan dengan jumlah penduduk 28 juta, kita mendapat per kapita income sebanyak RM26,000, formula yang begitu simple. Akan tetapi pada masa yang sama juga, kita sudah membuat satu rumusan supaya tahun keramat 2020, kita sasarkan RM50,000 dan dengan perkembangan di antara 5.8 peratus dan 6 peratus, insya-Allah kita akan mencapai sasaran kita. Kita juga mempunyai satu lagi indeks iaitu pendapatan purata isi rumah. Ini juga telah meningkat dari 3,249 pada tahun 2004 kepada 4,025 pada tahun 2009 dan ini adalah secara purata peningkatan 4.38 peratus setahun, satu angka yang kita boleh banggakan.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang telah dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini ialah Talent Corporation. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan dan khasnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi satu tumpuan yang begitu fokus dalam penubuhan Talent Corporation pada tahun 2011 dan Talent Corporation diwujudkan untuk memastikan bahawa kita mewujudkan bakat-bakat dalam negara kita dan pada masa yang sama kita memastikan mengambil tindakan dan memastikan bahawa bakat-bakat yang kita wujudkan itu tidak berhijrah ke negara lain. Itu satu.

Keduanya ialah pada masa yang sama, kita memastikan bahawa mereka yang telah menjadi diaspora, kita gunakan mereka sebagai ambassador kita, sahabat kita dan juga kita cuba untuk menarik mereka untuk kembali ke tanah air dan banyak yang ingin kembali ke tanah air sebab mereka mempunyai keluarga di sini dan kita akan mengambil langkah-langkah yang efektif dalam usaha ini. Talent Corporation akan mainkan satu peranan yang penting dalam kita mentransformasikan negara kita untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

final • 5:20 PM

Dr. Che Rosli Che Mat - Hulu Langat

Tan Sri, Tan Sri, penjelasan sedikit. Saya dengar jawapan daripada Menteri tadi, jelas maknanya Talent Corporation ini bukan hanya untuk menarik modal insan ataupun sumber manusia daripada luar negara, tetapi kita juga melatih sumber manusia dari dalam negara. Siapakah yang kita latih itu? Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.

Ini penting sebab banyak salah anggapan tentang peranan Talent Corporation sebagai sebuah badan yang diwujudkan khusus untuk membawa balik diaspora, itu salah.

Membawa balik memang merupakan satu tugas Talent Corporation, tetapi tugas utama ialah untuk memastikan kita mewujudkan bakat dan untuk mewujudkan bakat. Kita memang memberi fokus kepada anak-anak kita dari semua peringkat, anak-anak Malaysia dari semua peringkat di luar bandar, di bandar untuk mengenalkan siapa mereka, dan memastikan sistem pelajaran, pendidikan dan lain-lain. Persekitaran adalah yang sesuai untuk kita mewujudkan bakat.

Apa yang penting sekali juga, dalam sistem ini kita harus mewujudkan satu sistem dengan izin hand holding, supaya mereka yang dapat kelulusan yang elok tapi tidak mempunyai kemampuan untuk masuk universiti, diberi biasiswa, dihantar ke universiti yang bersesuaian. Ini kerajaan memang telah pun melakukan sejak dahulu lagi tetapi melalui Talent Corporation juga, usaha-usaha ini akan diperhebat lagi.

Saya juga ingin menyentuh tentang isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur berhubung dengan Sabah dan Sarawak. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Persekutuan telah pun memberi perhatian yang khusus, perhatian yang lebih tinggi bagi meningkatkan pembangunan ekonomi, sosial bagi negeri Sabah dan Sarawak. Kerajaan berpendapat adalah tidak perlu untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya atau lain-lain badan untuk perkara ini. Ini memandangkan kedudukan pembangunan negeri Sabah dan Sarawak berbanding dengan negeri lain di Semenanjung adalah setaraf.

final • 5:20 PM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Dari segi keluaran dalam negeri kasar per kapita Tuan Yang di-Pertua, atau pendapatan per kapita pada tahun 2009, Sabah - 14,830, Sarawak - 30,318, Johor - 18,458, Perak - 14,769, Pulau Pinang - 29,569. Oleh yang demikian, kita tahu kerajaan pada setiap masa memberi fokus kepada Sabah dan Sarawak dan bagi mempercepatkan dan memastikan proses pembangunan yang berterusan di bawah rolling pelan pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh. Peruntukan yang begitu besar sekali telah disediakan untuk Sabah dan Sarawak sebanyak RM10.6 bilion kepada Sabah dan sebanyak RM9.2 bilion untuk Sarawak.

Di samping itu, kerajaan juga telah menubuhkan koridor khusus bagi membangunkan Sabah dan Sarawak supaya pembangunan yang lebih seimbang dapat diwujudkan. Di bawah roling plan pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu untuk dua tahun.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing - Tuaran

Penjelasan.

final • 5:30 PM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Saya habiskan ayat ini dahulu. Di bawah rolling plan pertama untuk dua tahun, 11 dan 12 peruntukan sebanyak RM330 juta telah disediakan kepada koridor Sabah dan RM300 juta kepada koridor Sarawak.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menarik perhatian tentang apa yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai dengan tumpuan khusus oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak.

Saya berpendapat Yang Berhormat, perkara yang perlu diambil kira mengenai dengan Sabah khasnya ialah bukan hanya untuk menumpukan dari segi jumlah peruntukan pembangunan tetapi haruslah diambil kira kewujudan pendatang tanpa izin yang dianggarkan seramai satu juta di Sabah. Ia pertama sekali mereka sudah tentu berkongsi dengan rakyat Sabah ke atas kemudahan-kemudahan kerajaan dan dalam ucapan saya dalam Dewan ini saya juga telah menyentuh tentang imported poverty oleh pendatang tanpa izin ini. Jadi perkara ini harus diambil kira sebab saya lihat Yang Berhormat dalam NKRA, isu pendatang tanpa izin tidak dimasukkan.

Kita bertanya di Sabah kenapa masalah yang begitu besar ini tidak termasuk pun.

Dalam dialog di Kota Kinabalu dengan Menteri yang bertanggungjawab ini kita bertanya kenapakah masalah PATI termasuk dalam NKRA, beliau menerangkan bahawa tidak difikirkan. It is not considered to be a major of problem. Saya hairanlah Yang Berhormat.

The population of the PATI Sabah is almost three quarter of the all population. Sudah tentu apa juga perancangan kerajaan harus mengambil kira, consider mereka ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, dalam pengiraan per kapita income di Sabah, adakah mereka ini diambil kira sebab kita tahu mekanisme per kapita income of this GDP divided by the people in this state. Jadi boleh terangkan mengenai perkara ini? Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop

Dalam perkiraan per kapita income angka yang digunakan adalah jumlah penduduk. Tidak kira sama ada dia itu rakyat atau bukan rakyat, yang ada pada tarikh itu digunakan. Perkara tentang imigran ini saya akan membawa kepada Menteri yang bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, kali ini nampaknya tidak banyak soalan yang berkaitan dengan jabatan saya dan oleh sebab itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian.

Terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.

final • 5:33 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam semasa Perbahasaan Titah Diraja. Saya telah meneliti isu-isu yang dibangkitkan.

Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan juga cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menjelaskan isu yang berkaitan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Yang Berhormat Sri Gading menyarankan supaya kerajaan memberikan peruntukan yang secukupnya bagi membolehkan JAKIM melaksanakan tanggungjawabnya. Kerajaan amat menghargai keprihatinan Ahli Yang Berhormat di mana bagi tahun 2011 JAKIM telah mendapat peruntukan belanja mengurus dan pembangunan yang mencukupi bagi melaksanakan semua program dan pemberian bantuan imbuhan termasuk kepada imam, elaun KAFA, elaun kelas takmir dan juga elaun pegawai penyelaras masjid daerah. Sekiranya terdapat kekurangan, peruntukan tambahan akan dipohon kepada Kementerian Kewangan.

Yang Berhormat Sri Gading juga mengharapkan agar Akta Halal cepat dibentangkan di Parlimen bagi mengatasi masalah penipuan halal. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi masalah penipuan halal oleh peniaga, satu pindaan dibuat kepada Akta Perihal Dagangan 1972 yang dijangka dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Parlimen pada tahun ini. Pindaan ini akan memberikan kuasa hanya JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja dalam mengeluarkan sijil dan logo halal. Dengan pindaan ini, ia dapat membantu mengatasi penipuan halal di negara ini.

Yang Berhormat Sabak Bernam pula membangkitkan...

final • 5:33 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniahlah, terima kasih banyak-banyak. Memang kita tunggu-tunggu pindaan ini walaupun di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri tetapi mudah-mudahan ia boleh memberikan bantuan yang amat jelas kepada orang-orang Islam supaya tidak tertipu, tidak terpedaya dengan anasir-anasir orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Jadi syabas dan tahniah. Kita tunggulah, mungkin agaknya persidangan yang akan datang. Itu satu.

Keduanya, saya mengharapkan bantuan yang secukup-cukupnya daripada JAKIM kerana ada permintaan. Orang di kawasan saya mungkin agaknya di kawasan lain bertanya pula, bilal bila dapat elaun? Ha, ini. Kalau bilal sudah, bilal hendak dapat elaun, bilal ini bilangannya pun sedikit. Jadi, agaknya kalau ada peruntukan-peruntukan yang lebih besar, bolehlah agaknya JAKIM menyelesaikan permintaan seperti ini. Terima kasih.

final • 5:33 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Tambahan sedikit Yang Berhormat boleh?

Boleh? Terima kasih. Saya hendak bertanya ada sedikit lanjutan berkenaan dengan pentadbiran isu halal tadi, sebab saya yakin Yang Berhormat Menteri juga sedar bahawa Halal Development Corporation banyak kali membawakan signifikasi ini sehingga diletakkan satu angka yang begitu besar.

Satu masa HDC mengatakan nilai transaksi yang berkenaan dan diuruskan oleh HDC ini bernilai lebih daripada RM15.8 bilion setahun. Saya hendak tanya, adakah dengan potensi yang begitu besar ini pihak JAKIM perlu mengambil masa begitu lama dan sekarang saya dengar akan dibentangkan. Maksud akan dibentangkan, maksudnya akan dibuat. Sebelum pada hari ini isu ini dianggap penting tetapi tidak mencapai tahap untuk disegerakan. Saya hendak kepastian adakah RM15.8 bilion nilai transaksi ini tidak cukup untuk menyatakan ia begitu mustahak dan begitu kritikal untuk kita adakan dengan segera berbanding dengan usaha kita untuk membawa GST pada satu masa dahulu. Apa kedudukan atau pendirian kerajaan dalam hal ini? Terima kasih.

final • 5:33 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom

Terima kasih kepada Yang Berhormat pertamanya kepada Yang Berhormat Sri Gading yang berkaitan dengan pindaan APD 1972 yang akan dibentangkan. Sebenarnya saya sebutkan tadi tahun ini.

final • 5:33 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom

Akan tetapi saya telah pun berbincang dengan Menteri KPDNKK di mana paling tidak pada sesi ini akan dibentangkan pindaan APD 1972 ini dan dalam masa yang sama juga pindaan Akta Halal ataupun maknanya bukan sekadar pindaan APD 1972 di mana dalam pindaan APD 1972 ini satu rangkuman pindaan yang agak besar merangkumi pelbagai tajuk yang ada untuk memberikan ruang supaya halal ini dapat bergerak dengan sebaik mungkin. Jadi paling tidak bacaan pertama akan dibawa pada sesi ini berdasarkan maklumat yang saya dapat daripada KPDNKK.

Keduanya, ialah berkaitan dengan bantuan untuk bilal. Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Sri Gading kerana telah melihat bahawa kepentingan bilal adalah merupakan satu kelompok masyarakat yang memberikan tugas dan tanggungjawab mereka untuk umat Islam pada masyarakat setempat. Sebenarnya buat masa sekarang, pihak-pihak bilal ini kita memberi ruang dan kesempatan kepada jabatan- jabatan ataupun majlis-majlis agama Islam negeri-negeri supaya mereka diberikan elaun.

Ini kerana kita mengambil kira bahawa jabatan-jabatan dan majlis-majlis ini juga mendapat sumber-sumber daripada kewangan Baitulmal dan sepatutnya ruang dan kesempatan itu disalurkan kepada bilal-bilal.

Akan tetapi apa pun untuk maklumat Yang Berhormat Sri Gading, buat masa sekarang kerajaan menanggung untuk lebih kurang 14,000 orang imam-imam yang ada di seluruh Malaysia bagi elaun yang telah pun diluluskan pada belanjawan yang lalu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan.

final • 5:33 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom

Begitu juga bagi bilal ini sedang dalam proses penelitian oleh pihak JAKIM mengikut keadaan semasa dan memang kita sudah ada pandangan-pandangan yang bersetuju dan juga ada pandangan yang memohon supaya negeri meneruskan dan ada juga pandangan supaya kerajaan mengambil tanggungjawab ini. Terima kasih atas pandangan tadi dan kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, saya ingin mengatakan bahawa memang benar pihak HDC dan untuk maklumat HDC di bawah MITI.

Apa-apa pun RM15 bilion yang diperuntukkan ataupun wang yang digunakan ataupun players yang ada dengan izin di HDC ini memberikan ruang dan kesempatan untuk mereka melaksanakan tugas di bahagian Halal Development Corporation. Dalam masa yang sama juga kerajaan memang mengambil serius sebab itu saya sebutkan pada awal tadi bahawa pada sesi ini kita akan meluluskan ataupun kita akan memulakan pembentangan pindaan APD 1972.

final • 5:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak katakan saya menyokong atas jawapan dan usaha ataupun komitmen yang Yang Berhormat Menteri berikan. Cuma, saya hendak katakan ini adalah kali kelima saya dengar dan ada satu perkara, komitmen yang lebih besar yang pernah diberi oleh mantan Menteri yang menjaga hal ehwal ini yang dahulu menceritakan dengan tegas mengatakan ‘Halalan Toyyiban’. Disebut berulang kali dan berjanji akan ada satu - betulkah Yang Berhormat Sri Gading ‘Halalan Toyyiban’ dikatakan di situ.

Maknanya bukan hendak tekankan pada elemen membayangkan usaha untuk membawa kehalalan itu, tetapi kebersihan juga. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat Menteri katakan akan ada satu pindaan kepada Akta Perihal Dagangan untuk mempertahankan isu kehalalan, saya rasa jauh sekali rendahnya dari segi sasaran yang diberi oleh bekas Timbalan Menteri dahulu yang mengatakan ‘Toyyiban’ ini maksudnya keseluruhan kebersihan itu. Maknanya, saya mengandaikan satu polisi yang besar berkenaan dengan aspek kehalalan ini bakal timbul.

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri mengatakan akan membentangkan pindaan kepada APC yang saya rasa adalah lebih jauh rendahnya daripada matlamat asal. Saya mohon maaf kepada Tuan Yang di-Pertua kerana isu halal ini saya rasa ini tanggungjawab saya. Tidak ramai yang ada dalam Dewan pada hari ini yang boleh bercakap bagi pihak saya berkenaan isu halal. Saya yakin rakan-rakan lain juga bersetuju. Saya hendak juga tahu dengan pasti perkara ini. Nampak gaya tidak seperti mana yang kita harapkan yang dijanjikan oleh bekas Timbalan Menteri dahulu berkenaan isu ini. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Sebenarnya bila saya sebutkan pindaan, dalam pengertian yang lebih besar ialah kita sudah ada akta. Akta untuk halal ini sudah ada, yang mencakupi dalam APD 1972 tetapi ke arah untuk memantapkan. Oleh sebab itu mungkin barang kali bukan setakat Yang Berhormat Indera Mahkota, seluruh Dewan barangkali sebab apa yang dimaksudkan ‘Halalan Toyyiban’ itu dalam pengertian bukan hanya sekadar barangannya, bukan hanya sekadar content tetapi dalam itu terkandung, termasuklah cara memprosesnya, penyimpanannya termasuk tempat penyimpannya di peti ais dan sebagainya. Itu termasuk.

Jadi, pindaan ini hanyalah lebih memperkukuhkan. Oleh itu, saya harap mungkin barang kali kita tidak terkeluar daripada konteks perbincangan, memang untuk lebih memperkukuhkan. Sudah ada tindakan-tindakan yang berlaku kepada konsep halal yang tidak mematuhi peraturan.

final • 5:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

final • 5:40 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Yang Berhormat Seputeh ada?

final • 5:40 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Terima kasih.

final • 5:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di sini saya ingin memanjangkan rintihan pelabur yang membuat pelaburan dalam business halal ini. Saya memang mendapat aduan daripada beberapa pelabur asing yang mengatakan mereka sudah menunggu lama untuk produk mereka disahkan halal oleh pihak JAKIM.

Ada yang mengatakan enam bulan dan ada yang mengatakan sembilan bulan.

Mereka mengatakan setiap kelewatan ini sebenarnya mengurangkan peluang bagi mereka untuk memasarkan produk mereka di dunia antarabangsa. Jadi, mereka agak frustratedlah.

Saya perlu katakan macam ini. Mereka memang berharap yang pihak JAKIM ini boleh mempercepatkan proses mengesahkan atau mengeluarkan sijil Halal kepada mereka.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian Yang Berhormat untuk mengatasi masalah dan rintihan para pelabur dalam bidang halal?

final • 5:40 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh yang turut juga untuk mengambil bahagian dalam halal. Saya ingat kerajaan telah pun berjaya mendidik termasuk Yang Berhormat Seputeh untuk menerima konsep yang dibawa oleh Kerajaan Malaysia.

Saya ingin menyebut bahawa apabila sebut kata halal, JAKIM telah pun ada dia punya standard yang telah diatur iaitu satu bulan. Apabila semua kriteria yang telah ditentukan tidak kiralah sama ada dia produk daripada luar negara ataupun di dalam negara. Dalam negara dia boleh mohon pada negeri-negeri dan di luar negara dia boleh mohon kepada JAKIM untuk mengeluarkan.

Akan tetapi dalam tempoh satu bulan, ini guarantee dan jaminan daripada pihak JAKIM untuk dikeluarkan dengan syarat pihak pengeluar memenuhi kriteria dan peraturan yang telah ditetapkan. Saya fikir mungkin yang sembilan bulan tadi Yang Berhormat Seputeh mungkin kena rujuk balik. Mungkin dia tidak melihat tentang peraturan. Bahkan untuk sekarang ini kita boleh memohon untuk mendapatkan halal ini tidak perlu datang ke JAKIM pun. Kita ada sistem e-Halal untuk dimasukkan dengan borang dan sebagainya.

Kemudian, apabila ia memenuhi kriteria dalam tempoh sebulan, ia akan mendapat sijil Halal.

final • 5:40 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat, sedikit.

final • 5:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Menteri. Minta maaf, sekejap sahaja. Dalam realiti, ini memang tidak berlaku. Yang complain kepada saya, saya boleh bawa Yang Berhormat untuk pergi melawat kilang mereka khususnya pelaburan asing ini.

final • 5:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Memang mereka kata semua kriteria sudah mereka penuhi, tetapi pihak JAKIM nampaknya tidak cukup pegawai. Mungkin boleh dapat macam Yang Berhormat Sri Gading.

Kita beri dia sedikit allowance untuk mengesahkan produk itu sebagai halal. Ini kerana saya rasa adalah kekurangan tenaga untuk membuat pengesahan ini.

final • 5:40 PM

Datuk Ismail Kasim - Arau

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Hendak sambung.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya, dunia meyakini halal Malaysia. Buktinya sekarang apabila Halal Development Corporation mengadakan kerjasama dengan Saha Farm di Bangkok, pengeluar ayam terbesar di negara Thai. Mereka menggunakan halal kita untuk mendapatkan pasaran di negara- negara Timur Tengah. Kita lihat perkara ini sedang berjalan dengan menggunakan halal daripada negara kita.

Walaupun pada satu masa dahulu kerajaan memberi hak mengendalikan halal ini kepada HDC sepenuhnya. Akan tetapi, apabila kita mempertikaikan di Dewan yang mulia ini, kerajaan telah menarik balik dan diberi hak itu kepada JAKIM semula. Kita lihat sekarang ini banyak pusat ataupun halal hab ini didirikan di negeri-negeri masing-masing dengan mendapat geran sama ada daripada MITI, daripada Kementerian Pembangunan Usahawan, dari MITI, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan sebagainya.

Jadi, saya mohon penjelasan Yang Berhormat. Boleh atau tidak HDC diperkuatkan. Ia sebenarnya sekarang ini hendak bergerak dan tidak ada modal yang mencukupi. Kebetulan Yang Berhormat Menteri Kewangan ada di sini sebenarnya. Rakan- rakan daripada HDC menyuarakan pandangan ini. Tidak cukup untuk mereka terbang sepenuhnya dalam kita mencakupi, mengambil peluang kesempatan di atas transaction yang begitu hebat di dalam dunia halal pada hari ini. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri hendak beri Yang Berhormat Indera Mahkota sekali?

final • 5:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ringkaskan Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ya. Saya ada pegang laporan yang ada kena-mengena dengan Yang Berhormat Arau sebutkan tadi berkenaan industri ayam yang ada kena-mengena dengan negara kita. Memang betul, saya tidak nafikan. Memang saya ucapkan terima kasih. Saya pun hendak sebut perkara ini kerana beberapa hari lepas ada bangkitan ini dalam akhbar mengatakan pertikaian di mana sumber supply ayam dengan izin yang ada di dalam negara kita ini masih dipertikaikan tahap halalnya.

Ini menjadi sumber antara makanan utama kepada rakyat Malaysia. Kita ada dalam laporan. Saya tidak boleh baca, Tuan Yang di-Pertua kata tidak boleh, panjang sangat. Laporan yang ada dengan saya dalam satu magazine yang terkenal dikeluarkan, yang terakhir, yang terkini. Memang perkara ini dipertikaikan dari segi kehalalannya. Maka, oleh kerana itu saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Ini tanggungjawab kita bersama Yang Berhormat Menteri. Kalau ini aspek yang dipertikaikan, kita agaknya jauh lagi dengan mempertikaikan atau melihat aspek kehalalan dalam sudut services atau perkhidmatan. Ini baru makanan yang sangat asas.

Jadi, saya sungguh. Saya tidak mahu main politik di sini. Akan tetapi saya sungguh hendak bertanya apakah sebenarnya yang dirancang oleh kementerian Yang Berhormat untuk mempertahankan hak berkenaan isu halal untuk menjadi asas kepada consumption rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Menteri, banyak lagi?

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Panjang lagi ini. Baru mula satu ini. Ada banyak lagi. Saya ada 24 muka surat, ini baru muka surat dua.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya bagi garis panduanlah.

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Okey.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sepatutnya dalam Dewan, Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan. Kalau kurang jelas daripada yang dijelaskan, baru bangkit bertanya. Jangan isu lain yang dibangkitkan lagi sebab 24 muka surat itu banyak hendak disebut.

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Pada 24 muka surat.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sila Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Baru muka surat dua.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Boleh saya bagi pandangan Tuan Yang di-Pertua? Ini malam Jumaat, kalau yang tidak datang itu, beri jawapan bertulislah. Jadi, kita cepat sedikit... [Ketawa]

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Boleh, boleh. Tuan Yang di- Pertua, saya bukan setakat yang tidak datang, yang datang pun hendak minta jawapan bertulis saya bagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta ringkaskan. Sebenarnya untuk Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota, bila sebut kata HDC-HDC sekarang ini, ia bukan lagi di bawah JAKIM. HDC berada di bawah MITI dan ia adalah merupakan orang-orang pemain produk yang menjual produk. Akan tetapi halal adalah di bawah saya. Jadi halal di bawah kementerian yang saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya dan sebab itulah oleh kerana kita hendak mengelak daripada kekeliruan- kekeliruan– masih ada lagi keraguan-keraguan ayam yang sembelih, tidak sembelih – maka sebab itu kita hendak buat pindaan APD 1972 yang bakal kita bentangkan, insya-Allah dalam sesi ini oleh KPDNKK.

Selain daripada itu juga, tadi disebutkan Yang Berhormat Seputeh, saya hendak ringkaskan bahawa kalau- saya sebutkan tadi syarat kita ialah memenuhi syarat dalam tempoh sebulan. Cuma saya nasihatkan, kebanyakan syarikat, mereka memiliki pegawai syariah dia sendiri. Jadi, pegawai syariah ini boleh membantu menasihatkan bagaimana untuk membetulkan sebab kadang-kadang mungkin kerana jarak jauh, mungkin kerana mereka tidak biasa dengan sistem ataupun standard yang kita aturkan, jadi ia ada kekeliruan di situ. Jadi mungkin untuk satu dua kes, kita akan berhubung nanti dengan pihak JAKIM Yang Berhormat Seputeh. Saya minta izin untuk meneruskan.

final • 5:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Atau boleh memberi kuasa kepada JAISkah?

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Ya?

final • 5:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor?

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Boleh, boleh. Kalau Yang Berhormat Seputeh rasa JAIS untuk dengan Selangor pun tidak menjadi masalah tetapi JAIS dengan Kerajaan Pusat, dia bekerjasama dengan baik.

Yang Berhormat Sabak Bernam membangkitkan mengenai jumlah pusat tahfiz serta pemantauan dan peraturan yang lebih ketat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah maahad tahfiz yang terdapat di seluruh Malaysia mengikut pecahan milik kerajaan dan persendirian adalah seperti berikut:

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Jenis Maahad TahfizBil. (buah)
Maahad tahfiz milik Kerajaan Persekutuan1 (Darul Quran)
Sekolah Kerajaan Persekutuan yang melaksanakan modul tahfiz3
Maahad tahfiz milik kerajaan negeri29
Maahad tahfiz milik persendirian tetapi berdaftar dengan kerajaan250
Jumlah283

Bagi pusat-pusat tahfiz milik kerajaan termasuk milik kerajaan negeri, ia secara langsung dibiayai oleh kedua-dua pihak berkaitan sama ada Kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri. Sementara bagi pusat-pusat tahfiz persendirian dalam kategori sekolah agama rakyat (SAR), lazimnya permohonan bantuan boleh dibuat kepada pihak berkuasa agama negeri berkaitan atau Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berhubung dengan langkah pemantauan JAKIM menerusi Institusi Pendidikan Darul Quran menjalankan program penaziran akademik ke atas maahad tahfiz Al-Quran khususnya bagi maahad tahfiz Quran negeri yang mempunyai memorandum persefahaman

(MoU) dengan Darul Quran sebanyak dua kali setahun. Setakat ini 12 maahad tahfiz Quran negeri yang telah mengadakan MoU dengan Darul Quran. Penaziran ini bertujuan bagi memastikan sistem pengajian yang dijalankan oleh pihak MTQ negeri menepati piawaian kualiti dan standard yang ditetapkan, selain mengambil kira aspek kemudahan dan infrastruktur yang disediakan.

Bagi institusi tahfiz persendirian yang tidak menawarkan sijil yang diiktiraf oleh kerajaan, pihak Darul Quran sedang dalam proses mewujudkan program khas yang dinamakan Sijil Tahfiz Malaysia bagi membolehkan graduan tahfiz yang menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran mendapat sijil tahfiz yang diiktiraf dan dengan itu membolehkan mereka berkhidmat di sektor-sektor awam dan kerajaan.

Mengenai saranan supaya pusat tahfiz diwajibkan didaftar, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, bahawa semua urusan berkaitan penubuhan sekolah agama dan maahad tahfiz adalah terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri. Dalam konteks ini, mana-mana individu atau badan agama yang berhasrat untuk menubuhkan sekolah agama atau maahad tahfiz perlu mendapat kelulusan dan berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Kerajaan melalui JAKIM daripada semasa ke semasa sentiasa memberikan saranan kepada majlis dan jabatan agama Islam negeri agar memantau kelahiran maahad-maahad tahfiz.

Berhubung dengan saranan supaya diwujudkan peraturan yang lebih ketat untuk mengawal pusat tahfiz, sememangnya setiap negeri telah menyediakan peraturan dan prosedur yang sewajarnya bagi memastikan perjalanan operasi pusat-pusat tahfiz ini mencapai objektif penubuhannya. Peraturan dan prosedur yang dimaksudkan adalah terangkum dalam enakmen pengawalan sekolah-sekolah agama Islam dan maahad tahfiz yang ada di negeri masing-masing. Sementara agensi pusat seperti JAKIM akan mendapat maklumat atau penjelasan daripada pihak berkuasa agama negeri menerusi mesyuarat- mesyuarat yang diadakan bersama pihak berkuasa agama negeri untuk tindakan lanjut.

Yang Berhormat Sabak Bernam juga meminta penjelasan mengenai pendirian kerajaan terhadap ajaran Syiah. Menyedari hakikat negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, maka dalam menyusun kerukunan dan menjaga keharmonian serta sensitiviti agama, kerajaan mengambil pendekatan berhemah melalui semangat dan roh Perlembagaan Negara yang mana agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Namun begitu, bagi memastikan ajaran selain As-Sunah Wal Jamaah yang diamalkan di Malaysia tidak menjejaskan keselamatan negara, pihak kerajaan bertindak membuat pencegahan awal melalui pembendungan penyebaran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah dari terus menular dan mempengaruhi umat Islam di negara ini. Pada masa yang sama, kerajaan negeri yang bertanggungjawab secara langsung dalam hal ehwal agama telah mengadakan usaha-usaha menjaga kesucian Ahli Sunnah Wal Jamaah agar tidak tergugat.

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Sehubungan ini, dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 1996 antara lain bersetuju menetapkan bahawa agama Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak dan memperaku bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam. Dengan demikian, penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

Menurut warta pengharaman Syiah, seksyen 34, Akta Pentadbiran Undang- undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 menetapkan bahawa semua umat Islam warganegara Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah sahaja. Manakala seksyen 31(1), dan seksyen 32, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor 1989 berkenaan warta pengharaman Syiah, mana-mana orang Islam adalah dilarang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman tersebut kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Larangan ini meliputi mengajar, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam ajaran dan fahaman Syiah kecuali untuk amalan individu itu sendiri. Berdasarkan kenyataan ini, dapat disimpulkan bahawa:

(i) seluruh umat Islam warganegara Malaysia hendaklah berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak; dan

(ii) warga asing dibenarkan untuk mengamalkan Syiah selagi mana ia diamalkan secara amalan individu itu sendiri.

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu meminta supaya JAKIM menyiasat fahaman pluralisme. Sesungguhnya...

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:50 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Yang Berhormat Sri Gading.

final • 5:50 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita mengikuti dengan sejelas-jelasnya.

Yang Berhormat Menteri, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana pegangan kita dari dahulu sampai sekarang, kerajaan kita tetap mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mazhab Syafie Alhamdulillah... [Bercakap dalam bahasa Arab] Akan tetapi soalnya, mutakhir ini orang-orang yang berfahaman Syiah ini begitu membanjiri negara kita.

Malahan, di hotel tempat saya menginap – saya rahsiakan nama hotel itu... [Ketawa] Sambutan Tahun Baru Syiah diadakan dan penganut-penganut ini yang datang daripada negara luar, pakaian dia astaghfirullah al azim…

final • 5:50 PM

Seorang Ahli

Buat apa tengok?

final • 6:00 PM

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading

Tertengok... [Ketawa] Kahwin mutaah. Ajaran yang baru ditangkap, beberapa orang dan kumpulan yang mempengaruhi orang-orang Melayu. Jadi, bagaimana cara kita untuk membendung supaya tidak menular, yang merosakkan akidah orang Islam?

Jadi, saya harap apa agaknya tindakan-tindakan termasuk kerjasama dengan kementerian-kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan umpamanya, supaya fahaman ini tidak merebak, meresap. Tuan Yang di- Pertua, anak-anak muda kita kalau tengok gadis-gadis yang datang daripada – saya tidak hendak sebut nama dia, tidak usahkan orang muda, orang macam saya pun kira-kira...

[Ketawa] [Tepuk] Astaghfirullah, hidung mancung, warna kulit merah-merah putih. Okey, setakat ini sahajalah saya malu dengan Perdana Menteri ada ini... [Ketawa]

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Yang Berhormat Sri Gading saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan.

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Saya faham memang bukan hanya sekadar di hotel-hotel dan saya fikir mungkin tidak divideokan kebanjiran daripada ramai penganut ini. Bukan sekadar itu bahkan di merata tempat atas nama pelancong, atas nama pelajar, atas nama pelbagai. Oleh sebab itu atas keprihatinan ini kerajaan amat berhati-hati dan sentiasa memantau. Maka sebab itu kita bersyukur dan berterima kasih atas kewujudan enakmen-enakmen ini yang untuk menjaga dan menyekat daripada merebak dan berkembangnya supaya tidak mengganggu daripada masyarakat Malaysia yang berpegang Ahli-ahli Sunah Wal Jamaah. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu telah meminta supaya JAKIM menyiasat fahaman pluralisme. Sesungguhnya JAKIM sentiasa memantau dan mengkaji segala bentuk pemikiran yang menyeleweng termasuk pluralisme agama, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali yang ke-74 pada 25-27 Julai 2006. Ketika itu memutuskan berkenaan gerakan pemikiran liberal yang mengandungi fahaman yang menyeleweng telah menyenaraikan konsep pluralisme agama sebagai salah satu doktrin yang sesat lagi menyesatkan.

Berkenaan ucapan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh di London, JAKIM telah mengkaji ucapan tersebut dan di sana terdapat unsur-unsur pluralisme agama antaranya ialah mempertikaikan kebenaran yang hanya terdapat dalam agama Islam. Mengakui faham the transcendent unity of religions melalui konsep universal sufisme dan satu kebenaran banyak jalan, konsep kesamarataan agama, menafikan konsep benar dan sesat serta terpengaruh dengan fahaman falsafah abadi dan kesatuan meta fizik. Maka ini boleh membawa hal-hal yang membawa kepada penyelewengan daripada kefahaman tentang liberal dan juga pluralisme.

Yang Berhormat Parit menyarankan supaya JAKIM dapat mempelbagaikan usaha ke arah memantapkan institusi rumah tangga bagi mengatasi masalah penceraian yang semakin meningkat...

final • 6:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Yang Berhormat boleh minta penjelasan?

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Sila.

final • 6:00 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apakah JAKIM bercadang untuk menganjurkan muzakarah di peringkat kebangsaan bagi membincangkan beberapa salah faham yang boleh membabitkan penyelewengan akidah. Bukan sahaja dalam kepercayaan mengenai dengan pluralisme, ajaran-ajaran lainlah yang kita tahu sering terjadi sekarang ini, yang sudah menjadi satu masalah kepada umat Islam. Jadi, kalau tidak ditangani daripada sekarang mungkin ianya menjadi bahaya kepada umat Islam. Apatah lagi mengenai ajaran pluralisme tidak cukup dengan memberikan penjelasan, tetapi penerangan di peringkat akar umbi amat-amat penting sekali.

Ini kerana saya dimaklumkan dua atau tiga hari baru-baru ini Yang Berhormat, ada di kalangan bekas-bekas pemimpin ABIM, ada perbincangan dan di bawah persatuan MUAFAKAT yang Presidennya Profesor Emeritus, Dr. Osman Bakar dan anggotanya bekas-bekas pemimpin ABIM dahulu. Timbul percanggahan mengenai dengan kefahaman pluralisme di kalangan golongan intelektual ini, yang menyebabkan ada pihak-pihak yang meletak jawatan dan ada pihak yang mempertahankan fahaman pluralisme. Jadi, saya kira ini sudah sampai ke peringkat yang cukup bahaya. Jadi, apakah tindakan yang secara terancang untuk menangani isu ini. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Memang kerajaan amat menyedari dan bukan hanya sekadar melihat dalam konteks hukum semata-mata, bahkan tindakan untuk menjelaskan kepada rakyat telah pun bermula di mana Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah telah dibuat pada 14 Disember 2010 di Masjid Wilayah. Kedua, Wacana Isu-isu Semasa Akidah: Pluralisme Agama di Universiti Malaysia Terengganu pada 15 Januari dan insya-Allah kita akan memperbanyakkan mengikut saranan Yang Berhormat Pasir Mas sebutkan tadi, untuk kita memperbanyakkan lagi penerangan supaya masyarakat bawah rakyat dapat memahami untuk lebih jelas tentang liberalisme, pluralisme dan sebagainya.

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Kita tahu di bawah sana ada gerakan-gerakan yang begitu terancang, bahkan ada kekeliruan di kalangan NGO dan juga daripada persatuan-persatuan yang ada hubung kait dengan agama tetapi keliru dengan pluralisme dan sebagainya. Yang Berhormat, saya mohon untuk supaya masa yang terhad ini dapat saya isi dengan sebaik mungkin. Saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Parit berkaitan dengan memantapkan institusi rumah tangga, di mana berdasarkan statistik yang direkodkan oleh JAKIM menunjukkan 135,136 perkahwinan dan 27,116 kes penceraian dan 3,233 kes rujuk didaftarkan di seluruh negara pada 2009. Ini merupakan. satu angka yang mungkin sedikit mengejutkan.

Saya suka untuk menjelaskan bahawa ia bukan berlaku bila berdaftar perkahwinan sebanyak 135,000 kemudian bercerai 27,116 itu dalam pengertian yang kahwin tahun itu, tahun itu juga bercerai. Kalau statistik yang saya bawa ini pada tahun 2009, bukan kata tahun 2009 bercerai sejumlah banyak yang kahwin itu. Ini yang sudah kahwin selepas merdeka, sebelum merdeka pun tiba-tiba sudah hujung umur dia hendak bercerai pada tahun 2009. Dia termasuk dalam figure jumlah 27,000 tadi.

Berdasarkan statistik secara sepuluh tahun kita tengok ada naik turun, bahkan dalam pemerhatian saya, saya dapat lihat statistik yang berdasarkan kepada tahun-tahun berlaku kemerosotan ekonomi, tahun itu banyak berlakunya penceraian. Jadi, mungkin pasal suami bankrap atau banyak faktor-faktor lain, mengambil kira. Jadi, ini bukan satu angka yang boleh dianggap sebagai satu kejutan tetapi perkahwinan dan penceraian tahun itu dan kahwin banyak tetapi perceraian ia berdasarkan pada tahun-tahun yang terdahulu.

Selain daripada itu juga ialah jumlah pendaftaran yang diperolehi sebanyak 27,116 merupakan jumlah penceraian yang didaftarkan di seluruh negara pada tahun 2009. Dalam usaha menangani isu penceraian ini kerajaan melalui JAKIM dan Jabatan Agama Islam JAIN, telah melaksanakan beberapa program antaranya, seminar pemantapan pengukuhan keluarga, modul kursus pra perkahwinan, dan kursus pra perkahwinan Islam seluruh Malaysia, mengadakan Program Rumahku Syurgaku, menyelaras pengurusan nikah cerai dan rujuk di dalam dan luar negara, melaksanakan program turun padang untuk mendekati masyarakat seperti program ziarah ke klinik-klinik ibu hamil, ziarah keluarga yang bermasalah, program kejiranan, bengkel ibu mithali, seminar wali dan sebagainya.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Parit juga menyarankan dipertingkatkan pengajaran kelas takmir di masjid dan surau. Bagi JAKIM, untuk meningkatkan profesionalisme guru takmir, JAKIM ada menyediakan program latihan seperti seminar, konvensyen dan kelas Tafaqquh yang dijalankan di peringkat persekutuan mahupun negeri.

Program-program latihan ini turut dijadikan sebagai program tahunan, selaras dengan tugas mereka dalam menyebar luaskan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam serta mampu mengaitkan dengan isu-isu semasa dan masa kini.

Selain daripada itu, penglibatan guru takmir berijazah dilihat sebagai satu fenomena yang baik dan dapat merancakkan lagi program takmir masjid dan surau. Ia secara tidak langsung mengetengahkan golongan agamawan yang berilmu dan berwibawa sebagai rujukan masyarakat setempat.

final • 6:00 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Penggunaan teknologi multimedia dalam kelas-kelas pengajian takmir merupakan satu pendekatan yang sangat bernas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam kepada masyarakat setempat seiring dengan kepesatan multimedia. Setakat ini, penggunaan multimedia di kelas pengajian takmir ada dilaksanakan di sesetengah tempat sahaja. Jumlahnya mungkin kecil. Walau bagaimanapun, penggunaannya masih belum luas dan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Bagi cadangan permohonan peruntukan secara online dan peruntukan secara terus bagi pihak surau dan masjid, dimaklumkan bahawa permohonan tersebut hendaklah melalui Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing. Seterusnya akan dikemukakan kepada JAKIM. Begitu juga penyaluran peruntukan mengikut peraturan dan prosedur melalui MAIN dan seterusnya akan menyalurkan pada surau dan masjid. Ini adalah hak dan tugas kuasa yang telah termaktub dalam Jadual 9, Perlembagaan negara.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang membangkitkan mengenai isu kecelaruan dalam melaksanakan Islam mengenai konsep Perlembagaan yang menyebabkan kelemahan pada urus tadbir agama Islam di negeri-negeri. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum- ini bagi yang tidak hadir Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan jawapan bertulis.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

Setuju Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Begitu juga dengan Yang Berhormat Titiwangsa, oleh kerana Yang Berhormat Titiwangsa pun tidak ada, mohon untuk saya beri jawapan bertulis... [Dewan riuh] Yang Berhormat Ampang pun tidak ada. Mohon untuk saya beri jawapan bertulis... [Dewan riuh] Isu yang seterusnya, saya beralih kepada Yang Berhormat Pasir Mas yang membangkitkan mengenai kadar bonus pendeposit Tabung Haji masih rendah berbanding Bank Rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar bonus ataupun pulangan simpanan pendeposit Tabung Haji bagi tempoh 12 bulan adalah pada kadar 5.5 peratus selepas ditolak zakat perniagaan sebanyak 2.5 peratus. Dalam erti kata yang lain ialah bonus dan juga dividen yang diberikan oleh Tabung Haji ialah berjumlah lebih kurang 8 peratus tetapi setelah ditolak zakat 5.5 peratus. Berbanding kadar pulangan deposit dan simpanan pelanggan Bank Rakyat iaitu pada kadar 0.75 peratus sehingga 3.14 peratus.

Sebenarnya, untuk makluman Bank Rakyat membayar dividen bukan kepada pendeposit tetapi kepada pemegang-pemegang modal syer bank sahaja yang selain daripada pemegang modal pada jumlah yang memang terhad. Manakala pelanggan bank yang menyimpan melalui akaun deposit akan dibayar hebah bonus dengan kadar yang lebih rendah daripada kadar dividen kepada pemegang modal syer. Insya-Allah, dengan doa dan juga dengan semangat, sokongan semua pihak Tabung Haji akan berusaha untuk memberikan bonus dan dividen yang lebih dibandingkan dengan apa yang telah sedia ada di pasaran terutamanya pihak-pihak bank yang tidak melebihi daripada 3.12 peratus dan sebagainya...

final • 6:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

[Bangun]

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Mengenai pertanyaan oleh Yang Berhormat, adakah benar gaji dan elaun CEO Lembaga Tabung Haji ialah RM300,000 sebulan. Dimaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar. Gaji dan elaun ialah sebanyak RM82,000 yang mana elaun untuk...

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Kenderaan dan juga termasuk elaun dengan pemandu dan ditambah dengan gaji sebanyak RM70,000 membawa jumlah RM82,000...

final • 6:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Boleh saya minta penjelasan?

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Silakan.

final • 6:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Apabila saya bangkitkan soal dividen dan bonus kerana ada dalam kalangan rakyat di peringkat akar umbi termasuklah mereka yang menyimpan dengan Tabung Haji, membangkitkan perkara ini. Mereka kata, mereka bertanya saya, “Betulkah pengurus besar Tabung Haji mempunyai gaji dan elaun sebanyak ini sampai RM300,000 atau RM400,000?”. Jadi, saya bangkitkan untuk mendapat penjelasan supaya mereka tahu keadaan sebenarnya. Akan tetapi disebutkan tadi RM82,000 itu besar jumlahnya Yang Berhormat Menteri. Amat besar.

Saya rasa perlu kaji semula dan– nanti dahulu. Ia perlu kaji semula sebab saya rasa bagaimana beban sekali pun kerja tetapi gaji yang kita dengarkan tadi itu tentulah tidak boleh diterima oleh pendeposit. Jadi, saya harap perkara ini dapat dikaji semula supaya penerimaan bonus dan gajinya biarlah agak berpatutan dan boleh diterima oleh pendeposit Tabung Haji ataupun dalam kalangan kita orang-orang Melayu dan Islam. Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Boleh sambung sedikit? Ringkas sahaja.

Saya hendak bertanya berkenaan Tabung Haji ini. Oleh kerana semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan ada sebut EPF ada ‘377’ wang yang tidak dituntut. Saya hendak tanya, dalam Tabung Haji ini ada berapakah jumlah yang sama juga kategorinya dalam kumpulan wang yang tidak dituntut oleh pencarum ataupun penyimpan dalam Tabung Haji. Oleh kerana saya difahamkan jumlah wang yang tidak dituntut yang mana penyimpan yang meninggal dunia atau sebagainya begitu tinggi. Kalau ada, saya hendak tahu. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Saya mengambil perhatian pandangan tersebut. Akan tetapi, apa- apa pun jumlah gaji dan sebagainya diambil kira dalam lembaga yang telah memutuskannya.

final • 6:10 PM

Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas

Ya... Ahli Parlimen pun gaji RM6,000 sahaja.

Perdana Menteri pun tidak sebanyak itu. Apa-apa pun memang tidak patut.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Yang Berhormat Pasir Mas, terima kasih banyak. Saya mengambil perhatian pandangan tersebut sebab ini mengambil kira bukan jawatan di Parlimen ataupun kerajaan, ia adalah jawatan yang ada di GLC. Akan tetapi, apa-apa pun kita mengambil perhatian dan termasuk soalan daripada...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Yang Berhormat Indera Mahkota, oleh kerana soalannya terlalu spesifik yang tidak ada dalam soalan asal, saya akan beri jawapan secara bertulis. Akan tetapi, apa-apa pun sama ada duit ataupun dalam wang domain ini ataupun wang yang tidak dituntut dimasukkan dalam satu tabung khas yang mengikut akta yang telah ada di dalam Akta Tabung Haji sendiri. Ia tidak dihantar keluar dan boleh dituntut pada bila-bila masa. Ia cuma diasingkan tetapi jumlah yang sebenar, saya akan maklumkan selepas saya mendapat figurenya.

Yang Berhormat Bukit Katil pun oleh kerana tidak ada dalam Dewan...

final • 6:10 PM

Beberapa Ahli

Ada.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ada Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Sorry... [Dewan riuh] Minta maaf. Saya dengar tadi kata tidak ada. Minta maaf. Yang Berhormat Bukit Katil mencadangkan kerajaan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji ditambah. Kuota haji di seluruh dunia sebagaimana yang beberapa kali telah saya perjelaskan bahawa telah diputuskan oleh mesyuarat OIC Pertubuhan Negara-negara Islam pada 1978. Amman - Jordan telah memutuskan semua negara diperuntukkan 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

Bagi negara Malaysia, jumlah bilangan jemaah haji yang dibenarkan adalah seramai 0.1 peratus mengambil kira ialah 26,000 orang berasaskan jumlah penduduk sebanyak 26 juta, bukan jumlah penduduk Islam. Akan tetapi di Malaysia ia mengambil kira termasuk yang bukan Islam lalu dibahagikan 0.1 peratus mendapat jumlah sebanyak 26,000 orang. Namun, pada setiap tahun kerana Malaysia bahkan pada tahun yang lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mendapat perkenan daripada penambahan pada setiap tahun dan kuota-kuota tambahan ini ia datang kemudian daripada kuota yang sebenar yang telah diagihkan. Keadaan ini memerlukan supaya kita mengambil tempoh dan masa seketika untuk kita menjelaskan serta memaklumkan kepada orang yang dapat pergi berdasarkan kuota tambahan baru tersebut dan ini adalah merupakan usaha kerajaan kita.

Berhubung dengan isu jemaah haji yang tidak mengikut kumpulan yang sama menyebabkan suami isteri ataupun anak terpisah, saya ingin menjelaskan bahawa proses pemergian haji bermula dengan pendaftaran daripada mula lagi mereka diuruskan sepenuhnya oleh Tabung Haji.

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri, yang sebenarnya yang itu saya bertanya umrah. Bukan haji, yang berpisah itu.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum

Okey. Kalau umrah, daripada maklumat yang kita ada, umrah untuk Tabung Haji diuruskan oleh Tabung Haji Travel.

Tabung Haji Travel menguruskan mereka yang pergi melakukan umrah berdasarkan pendaftaran untuk menunaikan ibadah umrah mereka. Akan tetapi, dalam masa yang sama, kita mempunyai puluhan, ratusan syarikat-syarikat yang mendapat lesen supaya mengadakan travel agent yang boleh menguruskan pergi melakukan ibadah umrah dan melawat ke luar negara. Saya mengambil maklum, saya tidak tahu daripada travel agents ataupun daripada Tabung Haji travel agent yang melakukan kesilapan terpisah antara ibu dan anak.

final • 6:10 PM

Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil

Yang Berhormat Menteri, boleh saya berikan penerangan sedikit mengenai pertanyaan saya itu ialah yang saya maksudkan pemohon yang pergi umrah, dia ingin pergi bersama keluarga dan dia mohon visa melalui agensi- agensi pelancongan. Akan tetapi malangnya apabila diluluskan visa ini, visa ini yang terpisah-pisah. Visa ini diluluskan oleh Kedutaan Arab Saudi. Ini yang kita minta kerajaan merundingkan supaya diberi itu ikut kumpulan, jangan dipisah-pisahkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Yang Berhormat Bukit Katil, terima kasih. Sebenarnya bila sebut kata agensi-agensi yang selain daripada Tabung Haji yang pertama sekali bagi pihak saya, kementerian tidak mampu untuk menjangkau tangan lebih daripada tanggungjawab di bawah Tabung Haji dan juga Tabung Haji Travel Agent.

Adapun agensi-agensi yang lain yang memohon mereka secara langsung memohon kepada pihak Kedutaan Arab Saudi bagi mendapatkan visa.

Jadi ini yang berlaku. Kekerapan berlaku. Bahkan dua minggu yang lepas ada 40 orang sudahlah dia pergi dengan satu jemaah yang diuruskan agennya di Malaysia akan tetapi jemaah itu pusatnya ialah di Singapura. Dia pergi dengan Sri Lanka Air. Akan tetapi bagi yang 40 orang ini dia cari juga saya Menteri dia tanya pasal apa kerajaan tidak uruskan. Bila saya tanya check dia pergi dengan travel agent. Travel agent pula bukan dikeluarkan lesennya, kebenaran oleh Tabung Haji oleh Kementerian Pelancongan dan sebagainya.

Jadi, selain daripada dengan bukan dengan agensi Tabung Haji dia pergi pula pun dengan MAS yang telah membatalkan penerbangan, tetapi dia pergi dengan Sri Lanka Air.

Jadi keadaan yang seperti ini, mungkin kita boleh ambil perhatian secara bersama bagi kena maklumkan untuk maklumkan. Saya akan sampaikan maklumat ini kepada kementerian yang meluluskan agensi pelancongan yang melaksanakan pelancongan untuk umrah dengan memohon supaya keluarga yang memohon untuk melakukan ibadah umrah ini dia dapat pergi dan terbang bersama. Oleh sebab menjadi keutamaan kepada Tabung Haji kalau dia memohon satu keluarga, kita akan cuba mendapatkan masa, tempat dan juga penerbangan satu keluarga. Akan tetapi travel agent dia kadang-kadang dia hanya sub kepada orang lain.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya mengenai isu zakat. Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan nilai harta tanah wakaf dan nilai kutipan zakat serta pengurusan wakaf yang terbelakang. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Majlis Agama Islam Negeri, sehingga hari ini terdapat 13,397.97 hektar tanah wakaf di Malaysia dengan anggaran bernilai RM1.2 bilion.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 7,113.35 hektar merupakan tanah wakaf am dan 6,284.62 hektar adalah tanah wakaf khas. Manakala berkaitan jumlah kutipan zakat, untuk tahun 2010 adalah sebanyak RM1.5 bilion. Bagaimanapun jumlah ini belum muktamad iaitu tertakluk kepada auditan pihak auditan Majlis Agama Islam Negeri masing- masing. Dalam aspek pengurusan wakaf ianya terletak di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri.

final • 6:20 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Kerajaan beri kerjasama di antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan MAIN telah merencanakan, melaksanakan program untuk memperkasakan takbir urus Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta terus mengadakan kerjasama, membangunkan pembangunan harta wakaf di seluruh negara.

Di bawah program pembangunan harta wakaf dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM256.4 juta kepada JAWHAR bagi membangunkan tanah-tanah wakaf di seluruh negara yang melibatkan 20 projek iaitu 16 projek fizikal meliputi projek-projek sosial, pendidikan, kesihatan dan komersial dan empat projek bukan fizikal meliputi projek-projek pemantapan institusi wakaf dan penyusunan semula masyarakat. Sehingga kini sepuluh daripada projek fizikal telah pun siap, manakala enam lagi projek dalam pelaksanaan, kesemua projek bukan fizikal telah pun disiapkan.

Selain itu, Yayasan Wakaf telah pun ditubuhkan oleh JAWHAR telah juga diperuntukkan sebanyak RM20 juta di bawah Bajet 2010 bagi membangunkan projek kecil berimpak besar di seluruh negara. Sebanyak 69 projek pembinaan bazar wakaf rakyat dan bazar dan wakaf Mat telah dibangunkan di seluruh negara. Sehingga kini 58 daripada projek tersebut telah pun disiapkan, manakala bakinya akan disiapkan pada tahun 2011 ini.

Berkaitan dengan buletin terbitan JAWHAR yang lewat diedarkan kepada Ahli Parlimen, dimaklumkan setiap tahun JAWHAR menghasilkan beberapa siri penerbitan yang seperti mana yang telah Ahli-ahli Yang Berhormat dapat baru-baru ini. Mengenai buletin JAWHAR yang dihantar pada bulan Disember, ia adalah bekalan yang siap diterbitkan dalam tempoh 2010 dan dihantar dalam bentuk set yang mengandungi tiga siri selaras dengan saranan perbelanjaan berhemah kerajaan. JAWHAR akan mengambil langkah proaktif dalam urusan pengedaran siri terbitannya dalam masa yang akan datang agar perkara seperti ini tidak berulang. Ada soalan?

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Terima kasih, sedikit sahaja soalan saya.

Pertama saya hendak tanya, adakah Yang Berhormat Menteri sedar dalam sesi yang lepas Yang Berhormat Menteri juga memberitahu yang memaklumkan kepada Perdana Menteri pada masa itu, mantan Perdana Menteri yang kepentingan penilaian semula aset-aset wakaf ini yang berjumlah RM30.25 bilion.

Saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri memberikan angka setakat ini 13,700 hektar tanah ini cuma nilainya RM1.2 bilion. Jauh sama sekali itu. Di antara 30 dengan satu bilion. Adakah berlaku penilaian semulakah ataupun- saya rasa tidak berapa signifikan kalau beza ia cuma 1, 2, 3 bilion. Akan tetapi ini RM1.2 bilion dengan RM30.5 ini. Tinggi sangat ini jauh. Apa yang berlaku sebenarnya.

Lanjutan daripada itu, saya hendak tahu sikit pasal zakat. Saya hendak ringkaskan sikit pasal zakat. Saya tahu negeri Selangor dan Wilayah antara yang tertinggi. Selangor mencatat RM210 juta kutipan zakat, Wilayah RM180 juta kutipan zakat setahun. Kalau boleh yang terbarulah yang 2010, yang lepas. Saya hendak tanya, apakah cadangan Yang Berhormat Menteri untuk melihat negeri-negeri lain yang jumlah kutipan zakat dia ada rendah sikit dan sebagainya untuk memastikan pengagihan dia agak baik. Saya rasa kalau jumlah ini tidak ada orang miskin pun. Orang Islam miskin pun saya rasa tidak ada kalau jumlah ini dibahagikan dengan betul. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ya.

Yang Berhormat Menteri, soalan jumlah tadi kalau Yang Berhormat ada di sana jangan jawab oleh kerana ada implikasi peraturan Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Tidak saya ingin menjelaskan saya tidak tahu figure mana yang dapat daripada Yang Berhormat Indera Mahkota ambil tadi. Zakat yang dikutip oleh Wilayah Persekutuan pun ialah sebanyak RM275 juta pada tahun 2010, bukan RM180 juta sebagaimana juga Selangor dia ada kutipan zakat dia 300 lebih.

final • 6:20 PM

Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota

Ada dalam Kertas Statut yang diedar pada semua Ahli Parlimen. Buku, buku.

final • 6:20 PM

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum

Saya mohon untuk - nanti kita betulkan balik kerana maklumat yang dapat itu dan saya selalu ulangkan di dalam Dewan ini bila sebut kata wang zakat. Ia adalah merupakan mengikut Jadual 9, Perlembagaan Negara ia adalah merupakan milik negeri masing-masing.

Oleh sebab itu kita tidak mempunyai kuasa untuk menjangkau. Cumanya apa yang boleh kita bagi sekadar pandangan-pandangan. Daripada wang itulah juga mereka membantu kalangan fakir miskin dan dalam asnaf fakir miskin itu bukan sekadar dua, tetapi dia ada lapan asnaf, golongan kelompok yang layak untuk mendapat bantuan-bantuan tersebut. Jadi, maknanya satu kelompok yang banyak. Kalau katakan bukan kata hanya sekadar di negeri Selangor pun banyak kutipan dia, yang paling tinggi zakat melebihi daripada RM300 juta. Jadi sebagaimana yang dimaklumkan tadi, Selangor juga mampu untuk mengagihkan kepada masyarakat mereka. Akan tetapi dalam masa yang sama juga saya ingin memaklumkan bahawa komitmen Majlis Agama Islam dan juga Jabatan Agama Islam untuk menguruskan zakat. Ia hanya tidak tergantung kepada dua asnaf fakir dan miskin tetapi ada lapan kelompok golongan yang perlu mendapat dan termasuk jugalah pengurusan-pengurusan lain termasuk kalangan amil dan sebagainya.

Selain daripada itu, figure yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota berkenaan dengan wang ataupun jumlah keluasan tanah dan nilai harta yang dimiliki oleh Majlis-majlis Agama Islam, ini yang kita dapat daripada Majlis Agama Islam Negeri. Akan tetapi saya akan rujuk balik untuk hendak melihat fakta yang sebenar di antara negeri dan juga yang dikumpulkan di peringkat JAKIM. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasakan itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan mana-mana yang tidak sempat jawab yang telah saya janjikan akan saya mengambil tindakan untuk menjawab dalam bentuk tulisan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut mengambil bahagian di dalam perbahasan ini. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat dari Jasin itu hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.

Diputuskan, Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.”

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan pada hari Isnin 28 Mac 2011, selepas sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan perbahasan akan dimulakan dengan DR 6/2011 Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 28 Mac 2011.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.

final • 6:20 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026