Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah rumusan dan dapatan daripada kajian konsolidasi atau penggabungan Proton Holdings Bhd. dan Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Majlis Makan Malam bersempena ulang tahun ke-25 Proton pada 9 Julai tahun lepas mencadangkan supaya Proton dan Perodua bergabung bagi mengatasi masalah lebihan kapasiti di pasaran tempatan di samping mewujudkan sebuah syarikat automotif nasional yang lebih berdaya saing.
Kapasiti pengeluaran Proton pada masa ini ialah kira-kira 350,000 unit setahun, manakala kapasiti pengeluaran Perodua pula ialah kira-kira 250,000 unit setahun.
Penggunaan kapasiti Proton dan Perodua pada tahun lepas adalah pada tahap 48.7 peratus dan 79 peratus masing-masing. Dengan itu penggunaan kapasiti bagi kedua-dua syarikat automotif itu ialah kira-kira 61 peratus sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, dalam sektor automotif, skala pengeluaran iaitu penggunaan kapasiti pengeluaran secara optimum adalah amat penting sekali. Terdapat beberapa syarikat pengeluar kenderaan global yang telah bergabung seperti Hyundai-Kia, Nissan- Reno dan Volkswagen-Suzuki. Sekiranya penggabungan Proton dan Perodua ini dilaksanakan kita menjangkakan ia akan dapat mengatasi masalah struktur dalam industri automotif negara. Masalah struktur yang dihadapi industri automotif pada masa ini adalah seperti berikut:
(i) kos tetap atau fixed cost yang tinggi yang mana boleh dikurangkan dengan peningkatan pengeluaran dan penggunaan kapasiti ataupun capacity utilization;
(ii) kos komponen yang tinggi yang mana boleh dikurangkan melalui program pembangunan vendor dan sistem perolehan yang berskala besar;
(iii) kos penyelidikan dan pembangunan yang tinggi yang boleh dikurangkan melalui peningkatan jumlah pengeluaran bagi setiap model dan kualiti serta produktiviti melalui kerjasama dengan rakan teknologi boleh ditingkatkan ke arah mencapai piawaian global.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut kajian yang dibuat oleh MITI melalui..., dengan izin, Malaysian Automotive Institute (MAI) sekiranya masalah-masalah struktur tersebut dapat diatasi, industri automotif negara akan menjadi lebih berdaya saing dan mampu untuk menembusi pasaran di luar negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kajian penggabungan Proton dan Perodua telah selesai dan telah dibentangkan di Majlis Mesyuarat Ekonomi yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pertengahan Januari 2011. Majlis Ekonomi telah bersetuju supaya penggabungan Proton dan Perodua dibuat secara progresif. Pada peringkat awal, kedua-dua syarikat dikehendaki mengenal pasti bidang- bidang kerjasama strategik yang boleh diterokai ke arah meningkatkan penggunaan kapasiti dan daya saing mereka.
Seterusnya langkah-langkah ke arah penggabungan kedua syarikat di bawah satu pemilikan Malaysia telah juga dicadangkan oleh pasukan kajian dan juga telah pun diluluskan oleh Majlis Ekonomi. Kerajaan juga telah memutuskan supaya MITI mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak yang terlihat iaitu Proton dan Perodua untuk menyampaikan keputusan Majlis Ekonomi supaya mereka mencapai kata sepakat dalam memastikan industri automatif negara menjadi lebih kompetitif.
Kedua-dua syarikat telah pun membentangkan cadangan penggabungan kepada Lembaga Pengarah masing-masing dan pandangan mereka telah pun dikemukakan pada MITI. Pada masa ini pihak kerajaan sedang meneliti cadangan-cadangan balas daripada kedua-dua buah syarikat dan keputusan muktamad akan dibuat setelah penelitian tersebut selesai dibuat. Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri atas jawapan yang lengkap. Yang Berhormat Menteri, saya menganggap cadangan untuk menggabungkan Proton dan Perodua ini antara salah satu cadangan yang baik untuk meningkatkan lagi daya saing kedua-dua syarikat tersebut.
Soalan saya adalah sama ada antara penghalang kepada cadangan penggabungan ini datang daripada pihak syarikat Daihatsu yang sekarang ini merupakan pemegang saham dalam Perodua, di mana dilihat bahawa penggabungan ini tidak akan menguntungkan Perodua memandangkan Perodua ada platform yang lain dan juga adalah market leader, dengan izin, untuk pasaran tempatan.
Kedua, apakah cadangan untuk meningkatkan eksport kedua-dua syarikat ini Proton dan Perodua yang hanya sedikit sahaja 25,000 Proton dan 3,000 lebih Perodua sekiranya penggabungan ini tidak berjaya dan sekiranya perkara-perkara yang disebut oleh Menteri tadi akan mengambil masa yang terlalu lama memandangkan proses liberalisasi kita perlu dijalankan dengan pantas. Terima kasih.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, ada tiga perkara yang dibangkitkan. Saya mulakan dengan eksport. Ini satu perkara yang penting kerana pasaran negara kita adalah kecil untuk passengers car ataupun kereta penumpang kira-kira 550,000 unit sahaja tahun lepas. Jadi dengan beroperasi berskala lebih besar ia akan dapat meningkatkan daya saing dan operasi lebih besar ini hanya akan datang daripada dua sumber, iaitu yang pertama eksport dan keduanya pertambahan dalam permintaan tempatan.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Pertambahan dalam perkhidmatan tempatan dihadkan oleh bilangan penduduk kita dan juga jumlah pendapatan. Oleh yang demikian, potensi untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran datang daripada eksport.
Untuk makluman Yang Berhormat, untuk tempoh tiga tahun sebagai contohnya, tahun 2008 hingga tahun 2010, bilangan eksport Proton ialah 81,000 unit. Kalau kita ambil tahun lepas sahaja iaitu tahun 2010, jumlah eksport kereta bermotor Malaysia semua sekali, Proton dan Perodua ialah kira-kira RM889 juta sahaja. Jadi kerajaan berhasrat supaya angka ini ditingkatkan.
Kedua-dua buah syarikat telah mengemukakan kepada saya roadmap untuk meningkatkan eksport dan menjelang tahun 2015, kedua-dua syarikat mempunyai satu rancangan yang agak teliti yang membolehkan peningkatan yang ketara dalam eksport kedua-dua buah kereta. Jika ini berjaya, sudah pasti ia akan meningkatkan lagi kecekapan industri auto dalam negara kita.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Kedua, berkaitan dengan Daihatsu dan juga syarikat-syarikat lain yang terlibat dalam pengembangan ini, adalah tidak adil pada masa ini untuk kita menyatakan bahawa syarikat-syarikat tertentu merupakan penghalang kerana pada masa ini kerajaan belum lagi membuat keputusan muktamad dan proses ini sedang berjalan. Kita telah mengadakan perundingan. Saya sendiri telah berjumpa dengan pengurusan tertinggi kedua-dua syarikat berkenaan dan adalah terlalu awal untuk menyatakan siapa yang menjadi penghalang dalam proses ini. Yang penting, mereka semua bersetuju secara konsepnya. Cumanya detail ataupun secara terperinci. Ini menjadi pertikaian antara syarikat-syarikat yang terlibat.
Berkaitan dengan masa yang diambil, kita telah pun mengumumkan di bawah Dasar Automotif Negara bahawa pasaran kita akan dibuka pada masa ini untuk ASEAN sebenarnya seperti mana yang telah dimaklumkan kepada Dewan ini minggu lepas. Sudah pun terbuka import kereta CBU daripada negara ASEAN, tidak dikenakan sebarang duti import. Kosong duti bagi kereta umpamanya yang dibina, dibuat di negara Thailand. Pada masa ini, kawalan yang dikenakan ialah dengan tidak meluluskan lesen pembuatan bagi kereta yang berkapasiti 1800cc ke bawah. Kita telah maklumkan kepada syarikat-syarikat berkenaan bahawa menjelang akhir 2015, maka pasaran auto akan dibuka. Oleh yang demikian, syarikat-syarikat telah pun mengetahui akan perancangan kerajaan. Bermakna dalam tiga, empat tahun lagi, pasaran automotif negara kita akan terbuka sepenuhnya kepada penyertaan syarikat-syarikat pengeluar yang lain.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi soalan tambahan kepada persoalan Yang Berhormat Rembau sebentar tadi, Tuan Yang di- Pertua, mungkin saya tidak perlu mengingatkan Yang Berhormat Menteri betapa dalam domestik market liberalization ini, ia juga menimbulkan pelbagai ancaman yang mungkin boleh dianggap juga sebagai satu peluang. Akan tetapi perlu diingatkan juga negara seperti Australia ketika berdepan dengan market liberalization terpaksa industri automobilnya berdepan dengan pelbagai masalah. Kunci kata yang saya dapat daripada Yang Berhormat Menteri sebentar tadi adalah antara lainnya bukan hanya kos tetapi economy of scale.
Cadangan merger dan acquisition Proton dan Perodua itu pada akhirnya adalah untuk menjana strategic partner bagi antara lainnya menimbulkan ataupun menjana economy of scale. Dalam persoalan ini Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya.
Sejauh manakah mampu Proton ataupun national car makers, Proton dan Perodua dilonjakkan tentang dari sudut ekonomi of scalenya dengan mendapatkan strategi partners yang lain di samping Daihatsu yang mungkin tidak berminat pun untuk mengadakan M&A ini kerana kita berdepan dengan lambakan, bakal lambakan di market di South East Asia ini. Daripada Thailand yang menambah dua juta unit dan di Indonesia satu juta unit. Jadi persoalan ini cukup merimaskan pelbagai pihak khususnya the entire value chain. Bukan hanya pembuatnya, pembikinnya, assembles ataupun vendor dan sebagainya. Jadi begitu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Panjang soalan itu Yang Berhormat.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Kos ada kaitan secara langsung dengan skala pengeluaran. Seperti yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, jika skala pengeluaran ditingkatkan, maka kos khususnya kos tetap ataupun fixed cost akan dapat dikurangkan dengan ketara. Maka itu, adalah penting ditambah pengeluaran dengan ketara.
Persoalannya sama ada kereta-kereta Proton dan Perodua mampu untuk menangani competition yang lebih sengit di masa akan datang.
Pertama saya hendak maklumkan bahawa apabila pasaran dibuka kepada negara-negara ASEAN bermula 1 Januari 2010, apabila duti import telah dikurangkan kepada kosong – tidak dikenakan sebarang duti import. Ini sebenarnya telah pun menimbulkan tekanan dan kesan kepada industri auto tempatan.
Dengan lain perkataan, kita dapati bahawa Proton dan Perodua serta syarikat- syarikat lain sememangnya sedang menghadapi saingan. Setakat ini, kita dapati bahawa mereka mampu untuk menangani saingan kereta-kereta buatan ASEAN. Jadi ini bukan perkara baru.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Oleh hal demikian, pada pandangan kerajaan, kita harus mengambil satu pendekatan progresif. Pembukaan pasaran secara progresif. Itu yang dibuat oleh kerajaan dan kita yakin dengan tindakan-tindakan yang dibuat oleh Proton dan Perodua untuk meningkatkan kecekapan termasuklah untuk mengurangkan bilangan vendor dan dealer. Ini telah pun dilakukan dengan bantuan kerajaan yang banyak telah meningkatkan kecekapan Proton dan juga Perodua. Dengan langkah-langkah tersebut, beberapa penambahbaikan telah pun berlaku dan ini telah meningkatkan kecekapan mereka. Itu keadaan sekarang.
Akan tetapi untuk masa depan, kita kurang yakin jika tidak, maknanya kalau nothing is done dengan izin. Business as usual dengan izin, tidak ada sesuatu yang radikal dilaksanakan.
Maka walaupun pada masa ini nampak kedua-dua syarikat ini mampu bertahan, kita tidak ada keyakinan bahawa ia akan mampu dapat terus bersaing. Untuk makluman Yang Berhormat, umpamanya Proton dan Perodua pada masa ini, market syer pada hari ini ialah 57 peratus sahaja. Pada masa dahulu kita tahu, Proton 70 peratus pasaran tempatan dikuasai oleh Proton. Pada hari ini, Proton dan Perodua cuma menguasai 57 peratus pasaran. Dengan perkataan, mereka sudah pun menghadapi saingan dan mereka perlu untuk membuat sesuatu untuk memastikan market syer mereka dipertahankan ataupun ditingkatkan pada kadar sekarang. Yang penting sekali, bukan sahaja market syer di pasaran tempatan, yang lebih penting ialah untuk meningkatkan pengeluaran bagi mengeksport kereta ke luar negara. Terima kasih.
[Soalan No.2 – YB Puan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) tidak hadir]
3. Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) syarikat-syarikat milik FELDA yang berdaya saing dan bertaraf antarabangsa; dan
(b) benarkah bilangan pelajar sekolah rendah di rancangan FELDA semakin berkurang sekarang dan apakah usaha kerajaan mengatasinya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Lenggong.
Terdapat sebanyak 20 buah syarikat milik FELDA yang berdaya saing dan bertaraf antarabangsa iaitu:
(i) FELDA Marketing Services Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat pemasaran yang bertindak sebagai titik hubungan pertama antara pelanggan tempatan dan global dalam mempromosi dan menjual produk-produk kelapa sawit;
(ii) Malayan Sugar Manufacturing Company Berhad, menjalankan aktiviti menapis gula dan bertindak sebagai syarikat pemegang pelaburan untuk anak-anak syarikat yang terlibat dalam aktiviti perniagaan gula;
(iii) TRT Holdings, memproses dan menapis produk-produk berasaskan minyak bijirin dan pengeluar oleokimia di Amerika Utara;
(iv) FELDA Palm Industries Sdn. Bhd. membeli dan memproses buah tandan sawit segar di 70 buah kilang sawit FELDA di seluruh negara. Sawit yang diperoleh dari rancangan peneroka FELDA, ladang-ladang milik kumpulan FELDA serta pembekal luar;
(v) FELDA Bulkers Sdn. Bhd. menyediakan tangki simpanan pukal untuk minyak sayuran, bahan-bahan kimia dan oleokimia serta menguruskan gudang untuk perahan isi rong sawit;
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
(vi) FELDA Agriculture Sdn. Bhd. menyediakan R&D benih yang baik di pusat bioteknologi iaitu pusat tisu culture terbesar di Malaysia;
(vii) FELDA Rubber Industries Sdn. Bhd. memiliki 13 buah kilang termasuk dua di Thailand dan satu di Indonesia yang memproses getah mentah menjadi getah spesifikasi teknikal; dan
(iv) Delima Oil Products Sdn. Bhd. mengilang dan memasarkan minyak kelapa sawit yang telah diproses serta produk-produk pengguna dan perindustrian. Ia memiliki kilang penapisan, pemeringkatan dan pembungkusan bersepadu di Johor antara yang terbesar di Malaysia. FELDA juga memiliki tiga syarikat milik penuh dan sembilan buah syarikat usaha sama dengan beberapa konglomerat yang beroperasi di China, Turki, Afrika Selatan, Indonesia, Perancis, Australia, Amerika Syarikat, India, Pakistan, Kanada dan Arab Saudi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Soalan yang kedua, pada tahun 2011 bilangan pelajar yang mendaftar di sekolah rendah di semua rancangan FELDA ialah 69,037 orang di 270 sekolah rendah kawasan FELDA. Pada tahun 2010, seramai 71,572 orang. Pengurangan bilangan ini tidaklah perlu dijadikan kayu pengukur hanya kerana 82.4 peratus daripada peneroka rancangan FELDA berumur 50 tahun ke atas. Kebanyakan daripada pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah rendah di tanah rancangan FELDA merupakan generasi kedua dan ketiga dan anak kakitangan FELDA dan pekerja yang bekerja dalam kawasan FELDA seperti guru, polis bantuan, jururawat dan sebagainya.
Generasi kedua FELDA telah banyak berhijrah keluar rancangan tetapi bilangan yang menetap di tanah rancangan masih ramai dan mereka akan mewarisi tanah, manakala anak-anak mereka bersekolah dalam rancangan. Walaupun pelajar yang tinggal di tanah rancangan adalah generasi kedua, ketiga atau keempat, FELDA akan terus membantu golongan ini terutamanya dalam meningkatkan bidang pendidikan. Peruntukan tahunan terus disediakan bagi mengadakan pelbagai program seperti skim tuisyen, insentif pendidikan, asrama FELDA, MRSM FELDA, hadiah biasiswa, latihan kemahiran dan lain- lain. Terima kasih.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah kepada FELDA tidak lagi hanya kait kelapa sawit atau menoreh getah. Keupayaan Kerajaan Barisan Nasional telah mengangkat FELDA hingga ke taraf antarabangsa. Daripada syarikat berkenaan, berapakah keuntungannya yang diperoleh oleh FELDA? Apakah ada yang mengalami kerugian? Kemudian, apakah usaha FELDA lakukan bagi memastikan semua kepentingan ini terpelihara? Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada keuntungan semua sekali tetapi ada beberapa syarikat yang ada di tangan saya ini.
Contoh, pada tahun 2010 keuntungan sebelum cukai seperti berikut:
| Syarikat | Keuntungan (RM / juta) | |||
|---|---|---|---|---|
| FELDA Palm Industry Sdn. Bhd. | 267 | |||
| FELDA Agriculture | 116 | |||
| FELDA Vegetable | 40 | |||
| FELDA Marketing | 70 | |||
| FELDA Logistic Services | 136 | |||
| Malaysian Sugar Manufacturing | 311 | FELDA Holdings Bhd. | 188 |
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Itu antara angka-angka yang saya ada. Yang rugi, kita tidak panggil ia satu kerugian kerana contohnya, TRT iaitu Twin Reverse Technology di Amerika Utara ia adalah merupakan pelaburan jangka panjang dan pelaburan pemula untuk menembusi pasaran Amerika Utara dalam bidang yang pertama, pemprosesan bijirin, oleo chemical dan penapisan minyak sayuran seperti canola dan kacang soya.
Tujuannya untuk mempelbagaikan pendapatan FELDA bukan hanya bergantung kepada minyak kelapa sawit. Kami tidak anggap ia sebagai rugi tetapi adalah pelaburan yang boleh memberi pulangan kemudian kerana sebahagian operasi baru bermula pada tahun lepas. Untuk memastikan pelaburan-pelaburan ini terpelihara kita ada beberapa peringkat contohnya, seperti berikut:
(i) kita ada Jawatankuasa Pelaburan yang terdiri daripada profesional dalam bidang berkaitan dan dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, bekas Ketua Pengarah EPU;
(ii) kita juga ada Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko FELDA dipengerusikan oleh Dato’ Rafik Shah Muhammad, bekas CFO Nestle;
(iii) kita juga ada Jawatankuasa Penasihat R&D yang melibatkan universiti dan organisasi dalam dan luar negara seperti Universiti Cambridge, Sirat Pusat R&D Perancis, juga Universiti Sains Malaysia, FRIM dan MPOB;
(iv) kita juga ada Mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA;
(v) kita ada Mesyuarat Lembaga FELDA Global Ventures;
(vi) kita ada Mesyuarat bersama Menteri FELDA.
Jadi, sebelum suatu keputusan besar dilaksanakan kita ada empat atau lima tapisan untuk memastikan ia tidak mendatangkan kerugian.
4. Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah jumlah kes yang dianggap atau dikategorikan sebagai berprofil tinggi yang telah sempurna disiasat oleh SPRM dari tahun 1990 hingga 2010. Daripada jumlah itu berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara dan berapakah jumlah kes yang telah selesai dibicarakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Waalaikumussalam warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. Setiap maklumat atau aduan yang diterima dan mempunyai asas berlakunya perlakuan rasuah akan disiasat SPRM tanpa mengira latar belakang, jawatan, keturunan dan sebagainya. Sama ada sesuatu kes dikategorikan sebagai kes yang dianggap berprofil tinggi bergantung kepada beberapa faktor. Mungkin bagi orang awam di Malaysia sering kali menganggap apa-apa kes yang mendapat liputan di media dianggap kes berprofil tinggi tetapi bagi SPRM kes-kes berprofil tinggi dikategorikan seperti berikut:
(a) iaitu kes yang melibatkan orang kenamaan, sebagai contoh seperti berikut:
(i) Sultan, Raja, Tuan Yang Terutama dan kerabat yang rapat;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
(ii) Menteri Kabinet, Ketua Menteri, Menteri Besar, Menteri Kabinet negeri, ahli majlis mesyuarat kerajaan, Ahli Parlimen termasuk Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Diraja atau Majlis Pangkuan Negeri atau apa-apa nama majlis demikian digelar dan pemimpin politik yang lain yang memegang jawatan tinggi di dalam kerajaan, contohnya sebagai pengerusi- pengerusi kepada contohnya seperti FELCRA, RISDA atau anggota pentadbirannya;
(iii) Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi dan termasuk pesuruhjaya kehakiman,
(iv) pegawai kanan kerajaan iaitu di dalam kumpulan pengurusan dan profesional gred 54 dan ke atas atau dan ketua jabatan Persekutuan atau negeri dan agensi kerajaan serta pihak berkuasa tempatan; dan
(v) pemimpin badan korporat ataupun awam dan syarikat berkaitan kerajaan dan badan-badan profesional iaitu individu yang memegang jawatan presiden atau ketua pegawai eksekutif atau pengarah urusan, pengarah eksekutif, ahli-ahli lembaga pengarah dan apa-apa nama jawatan yang sedemikian.
(b) kes yang melibatkan kepentingan awam dan negara yang menyebabkan kerugian kewangan, keselamatan dan kerosakan yang besar kepada negara; dan
(c) kes-kes perhatian umum termasuk kes yang mendapat liputan meluas oleh media massa, media cetak dan media elektronik serta mendapat perhatian umum dan kes yang dibangkitkan dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri.
Walau bagaimanapun, sejak penubuhan SPRM, setiap kes yang disiasat akan dirujuk kepada Panel Penilaian Operasi. Andainya terdapat siasatan yang melebihi setahun ataupun jika tiada keputusan oleh timbalan pendakwa raya setelah enam perkara tersebut dirujuk. Setakat ini tiada satu pun kes berprofil tinggi yang tidak dibuat keputusan dalam tempoh yang ditetapkan.
Untuk makluman Yang Berhormat Kubang Kerian juga, beberapa kes yang disiasat dalam tahun 2009 terdapat juga pertuduhan yang dibuat dalam tahun 2010. Ini bermakna tidak dapat diukur sama ada kes yang disiasat akan dituduh dalam tahun yang sama. Bagaimanapun dalam tahun 2009 terdapat 16 kes berprofil tinggi dituduh dan lapan kes dapat diselesaikan. Manakala dalam tahun 2010 terdapat 20 kes berprofil tinggi dituduh dan 24 kes berjaya diselesaikan.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingat jawapannya panjang lagi. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya berdasarkan kepada fakta-fakta dan bilangan kes yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, adakah Yang Berhormat percaya bahawa kes-kes ini akan lebih efficient, dengan izin, sekiranya cadangan yang dilaksanakan dan telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas SPRM yang ditubuhkan di bawah Akta SPRM itu sendiri mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya SPRM diberikan kuasa pendakwaan. Itu satunya cadangan yang paling berani yang pernah dibuat oleh jawatankuasa ini yang telah pun diserahkan di Putrajaya pada lewat tahun lepas.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Jadi adakah Yang Berhormat percaya, dengan adanya kuasa pendakwaan ini akan menjadikan siasatan SPRM lebih telus, lebih efisien dan dia tidak terikat dengan mana-mana birokrasi lagi supaya kes-kes yang dianggap yang berprofile tinggi ini yang Yang Berhormat sebut tadi, berkepentingan awam ini dapat disempurnakan dan dapat ditegakkan keadilan dalam negara kita. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, pemisahan kuasa adalah satu perkara yang sangat penting sekali ya. Iaitu memisah di antara kuasa menyiasat dengan kuasa mendakwa. Adalah penting bagi seorang pendakwa untuk mendakwa tanpa dia mempunyai hubungan yang rapat dan intim dengan orang yang hendak didakwa. Sebagai contoh penyiasat dalam dia menyiasat sudah tentu mempunyai hubungan dengan orang yang dia siasat. Kemudian kalau dia ambil keputusan untuk didakwa, maka ada sedikit conflict of interest itu kerana kesempatan mengenali orang yang disiasat itu membuka ruang untuk dia mungkin membuat apa-apa perkiraan pertimbangan sehinggakan mungkin pendakwaan itu tidak berjalan seperti yang kita kehendaki.
Akan tetapi kalau kita pisahkan kuasa pendakwaan itu, pendakwa tidak mengenali orang yang disiasat yang akhirnya dituduh. Jadi dengan cara itu, tidak ada hubungan di antara orang yang disiasat kemudian dituduh dengan pendakwa itu yang akan memberikan ruang kepada pendakwa untuk menjalankan tugas dia tanpa diganggu oleh apa-apa pertimbangan yang mungkin diperolehi kalau dia juga yang menyiasat orang yang dituduh.
Jadi sebab itu pemisahan kuasa ini ialah penting dan saya kira negara yang hanya melakukan pendakwaan oleh badan penyiasat itu sendiri di Indonesia sahaja tetapi di negara-negara lain termasuk Singapura, Hong Kong dan negara terkenal dengan bagaimana mereka melawan rasuah, mereka semuanya menggunakan sistem yang diamalkan seperti di Malaysia.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kadang-kadang dalam kes rasuah ini ada maklumat pada seseorang. Akan tetapi mereka ada kalanya takut untuk memberi maklumat itu. Jadi soalan saya, sejauh manakah keselamatan seseorang saksi atau pemberi maklumat dapat dipantau bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti saksi diugut, saksi dicederakan dan saksi mungkin dibunuh ketika penyiasatan dilakukan. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun lepas kalau tidak silap saya dan tahun 2009, kita ada dua akta yang melindungi mereka yang bantu SPRM untuk membuat penyiasatan dan pendakwaan di dalam mahkamah.
Satunya tentulah Whistleblower Act, di mana orang yang memberikan maklumat akan diberikan segala perlindungan kepada mereka supaya tidak diambil tindakan mungkin oleh majikan dia ataupun mereka yang merupakan ketua kepada jabatan-jabatan.
Kemudian, kalau sekiranya seseorang itu, dia dikehendaki menjadi saksi dalam mahkamah terhadap tuduhan yang dibuat terhadap orang yang melakukan rasuah, maka kita juga ada Akta Perlindungan Saksi yang juga memberikan perlindungan yang sama seperti mereka di bawah Whistleblower Act. Jadi ini merupakan dua akta yang telah kita laksanakan untuk memastikan kebajikan dan keselamatan saksi dan juga pemberi maklumat itu dapat dipertahankan.
5. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sejak berkuat kuasanya undang-undang Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007, berapa orangkah telah didakwa dan didapati bersalah di bawah Akta ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Dato' Lee Chee Leong
Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang yang telah mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pihak kerajaan sentiasa peka dan menyedari akan cabaran yang dihadapi dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang khususnya kedudukan geografi Malaysia yang strategik sebagai sebuah negara transit dan destinasi bagi jenayah ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Dato' Lee Chee Leong
Kementerian ingin memaklumkan bahawa Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migrain 2007 telah diwartakan pada 30 September 2010 susulan selepas pindaan akta tersebut bagi memasukkan peruntukan mengenai jenayah penyeludupan migrain. Akta ini telah berkuat kuasa sepenuhnya pada 15 November 2010.
Semenjak 28 Februari 2008 sehingga 13 Februari 2011, sejumlah 315 tangkapan kes jenayah pemerdagangan orang telah dibuat oleh agensi-agensi penguatkuasaan di bawah Majlis Anti-Pemerdagangan Orang dengan 1,949 mangsa telah diselamatkan dan diberikan perintah perlindungan sementara IPO di bawah seksyen 51(1) Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007. Dari jumlah tersebut sebanyak 735 mangsa telah diberikan Perintah Perlindungan (PO) di bawah seksyen 51(3) Akta yang sama. Setakat ini sejumlah 132 orang pula telah dituduh di mahkamah di bawah akta ini dan sebanyak 31 kes jenayah pemerdagangan orang telah disabitkan kesalahan. Terima kasih.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberikan jawapan. Kita sedia maklum sebagaimana jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa kerajaan sememangnya berusaha keras di dalam isu pemerdagangan manusia ini dan akta seperti mana yang disebutkan tadi telah dipinda pada tahun lalu dan telah pun berkuat kuasa tetapi kegiatan pemerdagangan manusia ini terus berlaku.
Saya ingin memfokuskan soalan saya, sejauh manakah pemerdagangan bayi-bayi daripada luar dan daripada dalam negara ini dapat dibanteras, kerana sindiket penjualan bayi ini saya difahamkan bahawa telah lama berlaku di negara ini, tetapi ianya masih lagi belum dapat kita banteras dan ia melibatkan agama, kaum, dan ini tentunya agak terlalu sensitif sekiranya perkara ini tidak dikawal dalam negara kita. Jadi apakah tindakan kementerian di dalam perkara ini dan apakah agaknya nasihat yang boleh diberikan oleh Yang Berhormat selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri ini kepada orang ramai di dalam negara kita ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Lee Chee Leong
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang. Mengenai soalan penyeludupan atau penjualan bayi, adalah dimaklumkan bahawa kerajaan memang memandang serius isu pemerdagangan kanak- kanak yang melibatkan penjualan bayi yang berlaku di Malaysia.
Isu penyeludupan dan pemerdagangan kanak-kanak adalah saling berkait rapat.
Kebanyakan kanak-kanak yang diseludup adalah bertujuan untuk dijual. Di samping itu, kes-kes penjualan bayi bagi kebanyakannya telah melibatkan kanak-kanak yang dilahirkan tidak sah taraf. Selain daripada itu, terdapat juga faktor demand and supply di mana terdapat pasangan yang tidak mempunyai anak sanggup untuk membayar agen ataupun ibu bapa kandung dengan kos yang tinggi bagi memperoleh anak angkat. Keadaan lebih buruk apabila ibu angkat tersebut sanggup menipu dengan memberi maklumat yang palsu bagi membolehkan kanak-kanak tersebut didaftarkan sebagai anak kandung mereka dan dikeluarkan dengan sijil kelahiran di mana tercatat maklumat mereka sebagai ibu dan bapa kanak-kanak tersebut.
Rakyat perlu faham bahawa setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia perlu didaftarkan tidak kira taraf kewarganegaraan ibu bapa termasuklah anak-anak yang tidak sah. Ini adalah kerana Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) menghendaki semua kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan, dan kegagalan untuk mendaftarkannya adalah merupakan satu kesalahan. Oleh itu, pasangan yang telah melahirkan anak di luar nikah seharusnya mendaftarkan kelahiran anak tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara.
Manakala bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak angkat, adalah dinasihatkan untuk berhubung dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan mendaftarkan pengangkatan tersebut secara sah di Jabatan Pendaftaran bagi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan yang berkemungkinan melibatkan taraf kewarganegaraan dan juga isu berkaitan agama anak-anak tersebut jika terdapat perbezaan agama antara ibu bapa asal dan ibu bapa angkat. Terima kasih.
Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan dengan satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh SUHAKAM pada 27 Oktober 2010 yang menyentuh tentang penahanan tujuh orang pegawai imigresen dan beberapa orang suspek pemerdagangan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Isunya adalah kenapakah mereka ini ditahan di bawah ISA sedangkan kita ada Undang-undang Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan 2007 yang telah dibuat penjelasan sebentar tadi? Juga, saya ingin tahu adakah mereka ini masih ditahan di bawah ISA dan adakah cadangan untuk membawa mereka ini kepada mahkamah untuk dibicarakan secara terbuka? Terima kasih.
Dato’ Lee Chee Leong
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa soalan ini cukup spesifik.
So, saya tiada maklumat yang terperinci dan saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
6. Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan, usaha-usaha yang akan dilakukan bagi memastikan harga komoditi getah dan kelapa sawit terus kekal di paras yang tinggi.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, harga komoditi utama seperti sawit, getah, koko dan lada berada di paras yang tinggi buat ketika ini. Umpamanya, harga purata minyak sawit mentah (CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005 iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh lima tahun. Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010.
Usaha-usaha yang diambil bagi memastikan harga sawit terus kekal di paras yang tinggi meliputi:
(i) mengimbangi penawaran minyak sawit dengan menggalakkan penanaman semula pokok sawit yang berusia lebih 25 tahun dan tidak produktif;
(ii) melaksanakan program B.5 iaitu adunan 5 peratus biodiesel sawit dengan minyak diesel fosil;
(iii) memperuntukkan kuota untuk eksport minyak sawit mentah tanpa duti;
(iv) meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi penghasilan produk-produk bernilai tambah baru berasaskan sawit; dan
(v) menerokai pasaran-pasaran baru dan memperkukuhkan pasaran sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, harga getah pula, bagi gred SMR20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilo pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilo pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilo iaitu pada 18 Februari 2011. Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011, harga purata gred SMR20 adalah RM16.29 sekilo. Usaha-usaha yang diambil bagi memastikan harga getah terus kekal di paras yang tinggi adalah:
(i) mengimbangi permintaan dan penawaran getah asli melalui kerjasama dengan negara-negara pengeluar getah asli utama yang lain seperti Thailand dan Indonesia;
(ii) pemantauan aktiviti pasaran getah antarabangsa oleh kumpulan pakar dari Malaysia, Thailand dan Indonesia; dan
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin
(iii) meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk mempelbagaikan kegunaan getah seperti pengeluaran produk getah yang mesra alam.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengenai dengan harga getah, kita dapati bahawa harga maksimum yang telah pun dicapai seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sekejap tadi adalah RM17.17. Kita di kampung, kita jual pada waktu itu dengan harga RM8.80 bagi satu kilo getah sekerap – orang Kelantan cakap, ‘puk getah’. Akan tetapi pada hari ini, masyarakat pekebun kecil menjual getah hanya dengan harga RM4.60 berbanding RM8.80 dua minggu yang lalu.
Apakah dalam masa dua minggu ini, apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan bagi memastikan bahawa penurunan harga getah yang begitu ketara tidak akan menimbulkan kesan-kesan buruk kepada pekebun-pekebun kecil seperti mana berlaku lebih kurang 10 tahun dahulu apabila harga getah jatuh ke paras 35 sen satu kilo? Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat. Kita sedar dan kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang kedudukan harga getah daripada masa ke semasa. Kita kena juga sedar bahawa harga getah ini adalah sesuatu yang kita tidak mahu meningkat ketara sekali sehinggakan ramai pembeli ataupun pengguna nature rubber atau getah asli menukarkan dan menggunakan getah sintetik.
Oleh sebab itu, kita sentiasa mahu melihat supaya harganya stabil dan tidak terlampau tinggi dengan harga synthetic rubber. Apabila keadaan harga getah yang menurun dua minggu sudah, maka kerajaan dengan kerjasama di antara Kerajaan Indonesia dan Thailand, kita duduk berbincang dan selepas itu dalam masa yang terdekat – tiga, empat hari selepas kita bermesyuarat, harga getah sudah pun meningkat semula kepada satu tahap yang kita rasa mampu untuk menstabilkan dan diberikan kemenangan kepada pengguna dan juga pengeluar getah. Jadi harga hari ini adalah satu harga yang agak stabil, yang berjumlah lebih kurang RM13.00 sekilo. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Sekijang.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya sekali lagi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun harga getah dalam surat khabar begitu tinggi ditunjukkan, kadangkala terdapat juga rungutan daripada penjual-penjual ataupun pekebun- pekebun getah ini bahawa getah mereka dibeli dengan harga yang jauh lebih murah.
Jadi, saya pernah menghubungi agensi di bawah kementerian Yang Berhormat, apakah faktor yang menyebabkan mereka ini tidak boleh membeli mengikut harga pasaran?
Apa yang difahamkan kepada saya ialah ada pekebun-pekebun ini yang mencampurkan dalam getah mereka ini kadang-kadang kayu, batu dan sebagainya dan ada gred-gred yang tertentu. Jadi saya nak tanya dengan Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, ringkaskan soalan Yang Berhormat.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Sudah habis ini Tuan Yang di-Pertua. Adakah kementerian Yang Berhormat memberikan penerangan yang secukupnya kepada pekebun-pekebun ini supaya mereka dapat menikmati harga yang sebenarnya ada di pasaran ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang.
Saya nak beritahu, hendak menjelaskan kepada Yang Berhormat. Sebenarnya harga yang tercatat di pasaran adalah merupakan harga SMR20 manakala harga yang dibeli ataupun dijual oleh pekebun-pekebun adalah harga yang kita panggil farm gate, di ladang-ladang ataupun di kebun.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Perbezaannya adalah perbezaan di mana terdapat dry rubber contents yang berbeza daripada satu kawasan dengan kawasan yang lain. Ada yang seperti Yang Berhormat katakan tadi, ada yang menjualkan getah-getah yang tidak berkualiti tinggi, tidak bermutu. Oleh sebab itu kita terpaksa mengurangkan harga berat getah tersebut kerana dry rubber contents ataupun kandungan getah yang ada dalam penjualan tersebut adalah amat rendah, jika dibandingkan apabila kita menjadikan ia sebagai rubber yang dried atau kering tadi.
Oleh sebab itu terpaksa mereka diberikan harga yang berpatutan mengikut peratusan dry rubber content yang ada. Hari ini kita menggalakkan supaya pekebun- pekebun kecil menubuhkan koperasi dan kita akan membantu mereka dengan memberikan bantuan melalui mesin-mesin yang baru, yang kita keluarkan supaya mereka tahu berapakah jumlah peratusan getah kering yang akan mereka keluarkan daripada semasa ke semasa. Oleh sebab itu, kalau mereka dapat menggabungkan semua pekebun kecil di satu kawasan, kita akan berikan mesin tersebut supaya mereka tidak tertipu dengan pembeli-pembeli yang mengatakan seolah-olah dry rubber contents itu berbeza dengan sebenarnya yang dikeluarkan oleh mereka.
Jadi kita sebagai kerajaan menggalakkan supaya mereka berkumpul dan menggabungkan semua itu dan insya-Allah, kita akan berikan bantuan daripada semasa ke semasa. Terima kasih.
7. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dalam membantu mangsa banjir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang pada bulan Februari yang lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Waalaikumsalam warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menyalurkan bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi pengurusan mangsa- mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan untuk tujuan bekalan makanan, selimut, tikar, keperluan harian dan alat-alat kebersihan diri. Jumlah keseluruhan peruntukan bagi menampung keperluan ini adalah sebanyak RM27,938,57 sahaja. Kedua, bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir apabila mereka pulang ke rumah, kerajaan telah menyalurkan bantuan wang ihsan sebanyak RM500 untuk setiap keluarga mangsa banjir.
Sejumlah RM24,866,000 telah diagihkan kepada mangsa banjir yang berlaku pada akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011. Perincian agihan wang mengikut negeri adalah seperti berikut:
| NEGERI | PERUNTUKAN (RM) | JUMLAH KELUARGA | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Kedah | 15474000 | 30948 | ||||
| Perlis | 8273500 | 16547 | ||||
| Terengganu | 71000 | 1402 | ||||
| Kelantan | 70500 | 141 | ||||
| Sabah | 48500 | 70 | ||||
| Melaka | 15000 | 21 | ||||
| Johor | 52000 | 104 | ||||
| Pahang | 231500 | 463 | JUMLAH | 24866000 | 49696 |
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Tak ada negaralah macam Malaysia ini. Begitu baik kerajaan, hebat. Ini, orang di Sarawak kena terima hakikat ini, kebaikan kerajaan Barisan Nasional. Oh! Hebat Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bukan orang Sarawak sahaja Yang Berhormat. Semua Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Semualah, tetapi saya nak menyeru sahabat-sahabat di Sarawak. Inilah kerajaan yang bertanggungjawab, yang membela rakyat. Jadi, tak ada pilihan lain melainkan Barisan Nasional. Contoh adilnya negeri Kedah diperintah oleh PAS. Eh! Tetap juga keadilan Kerajaan Persekutuan, RM15 juta daripada peruntukan itu ke Kedah. Ya Allah, ya Tuhanku, baiknya kerajaan Barisan Nasional. Tahniah dan saya harap akan diteruskan.
Cuma soalan saya, baru masuk soalan. Akta Pengurusan Bencana ini, apakah akan dibentangkan di Parlimen ini ataupun tidak? Macam mana agaknya pendapat Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasihlah juga. Soalan pun ringkas.
Seorang Ahli
Mukadimah panjang.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, memang betullah kerajaan Barisan Nasional, kerajaan yang cukup memikirkan tentang rakyat tetapi di Sarawak ini tak ada banjir, sebab itu kita tak bagilah, kalau kita bagi nanti belah sana kata kita suap pula, pilihan raya dekat, bukan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita sememangnya sudah ada perintah bencana alam ini dan ia bukan satu perkara yang baru. Sebenarnya ia telah pun wujud semenjak kita merdeka lagi dan bermulanya berlaku banjir yang pertama.
Jadi, kita sentiasa ada perintah-perintah yang dilakukan dan sememangnya Majlis Keselamatan Negara dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan segala kerja-kerja untuk mengatasi apa juga masalah bencana alam sama ada berlaku dalam negara ataupun luar negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan Menteri. Hari ini nampak tenang dia jawab, dia tak ada angin. Angin dia okey hari ini. Dia tenang tak tahulah kalau sekejap lagi dia lompat pula... [Ketawa] Nampak matured, nampak cerdik hari ini. Terima kasih.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Tadi diumumkan tentang peruntukan iaitu selepas banjir diberikan RM500 wang Ehsan.
Masalahnya ialah tentang kelambatan sehingga sekarang masih belum ada mereka yang dapat. Walaupun daripada kampung yang sama sebahagian sudah dapat tetapi ada yang sebahagian lagi tidak dapat lagi. Jadi ini yang menimbulkan keluh kesah di kalangan orang kampung yang sangat memerlukan bantuan kewangan. Walaupun RM500 tidaklah menyelesaikan masalah... [Disampuk] UMNO pun tidak dapat bukan kata PAS, UMNO pun tidak dapat itu yang menjadi rungutan-rungutan. Mereka menghubungi dengan saya bahawa sudah berapa lama sudah daripada banjir di negeri Kedah itu sehingga sekarang.
Selepas banjir di Johor baru-baru ini pun masih belum selesai lagi. Jadi saya minta penjelasan dan kalau boleh dipercepatkan lagi sebab sudah diberitahu tadi peruntukan diturunkan RM15 juta. Apa masalahnya, sangkut di mana?
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua RM15,474,000 adalah wang yang telah kita beri maknanya tidak bangkit soal mereka yang belum dapat.
Ini wang yang telah kita peruntukan dan telah pun diberi. Sememangnya memang berlaku kelambatan. Ini tidak dapat dielakkan kerana sebagai contoh kalau di Kedah melibatkan 30,948 keluarga. Oleh kerana kita membelanjakan wang rakyat maka kita perlu pastikan supaya mereka yang menerima bantuan ini benar-benar merupakan mangsa. Ini adalah sebab kalau ada di kalangan mereka ini yang bukan mangsa, mereka terima juga wang akan menyebabkan di kalangan mangsa-mangsa sendiri akan merasa tidak puas hati.
Sebab dia tahu sesama dia sama ada orang ini mangsa ataupun tidak.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Jadi untuk mengelakkan ini kita perlukan ketua-ketua kampung untuk mengenal pasti mereka yang telah pun mendaftar sebagai mangsa. Kemudian ianya dibawa pula kepastian daripada pejabat daerah untuk memastikan mengesahkan bahawa ini benar- benar merupakan mangsa. Jadi kerja-kerja yang terlambat ini adalah kerana kerja-kerja remeh tetapi perlu dilakukan. Ia adalah kerana hendak memastikan benar-benar wang yang kita beri itu sampai kepada tangan rakyat yang betul-betul menjadi mangsa. Jadi kalau cepat dikenal pasti cepat kita bayar tidak jadi masalah. Ini kerana wangnya ada cuma kita mahu kepastian daripada pejabat daerah berkenaan dengan mereka yang benar-benar menjadi mangsa.
Kita juga akan semak kalau ada sekiranya yang tercicir mereka boleh dapat pengesahan daripada Ketua Kampung, Penghulu dan seterusnya pengesahan daripada Pejabat Daerah bahawa mereka merupakan mangsa dan mereka telah tercicir. Jadi kita...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak saya minta penjelasan adakah di negeri Kedah juga berurusan dengan pejabat daerah? Sebab saya difahamkan yang menguruskan ini adalah di bawah JKKP bukan di bawah Ketua Kampung. Bila JKKP...
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tidak kalau kita di pejabat daerah...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia terus dengan ICU...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Kita ada pengenalpastian mendaftarkan orang yang menjadi mangsa sudah tentu dilakukan oleh pejabat daerah. Jadi semua bayaran yang kita buat ialah menerusi nama-nama yang telah mengenal pasti bahawa mereka ini benar-benar menjadi mangsa. Seperti saya sebut tadi senarai mangsa banjir ini kita boleh semak. Jadi kalau ada yang tercicir sila maklumkan.
8. Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau] minta Menteri Pelajaran menyatakan, konsep pendidikan percuma yang pernah dimaklumkan sebelum ini tetapi telah menimbulkan kekeliruan terhadap ibu bapa yang masih membayar yuran persekolahan serta nyatakan perbelanjaan untuk memastikan pendidikan percuma berjaya dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di-Pertua tidak timbul kekeliruan seperti yang didakwa oleh Ahli Yang Berhormat kerana Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2007 mengenai pemansuhan yuran khas dan garis panduan sistem pakej bayaran tambahan kepada dan kemudahan di sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008 ibu bapa tidak perlu lagi membayar yuran khas sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan RM9.00 bagi sekolah menengah. Selain itu pada tahun yang sama yuran peperiksaan juga telah dimansuhkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi pelaksanaan bayaran-bayaran lain persekolahan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah juga diingatkan supaya mematuhi langkah-langkah yang disarankan seperti dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2008 Persediaan Menghadapi Sesi Penggal Persekolah Baru dan Surat Pekeliling Ikhtisas berikutnya seperti Bil. 5/2009 dan Bil. 14/2010 yang antaranya telah menegaskan peranan PIBG dalam menentukan bayaran tambahan sekolah iaitu;
(i) mengadakan mesyuarat di antara pihak pengurusan sekolah dengan AJK PIBG untuk menyediakan cadangan bayaran- bayaran lain persekolahan;
(ii) cadangan bayaran-bayaran lain perlu dibentang dan dibincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Agung PIBG;
(iii) pihak sekolah hendaklah menyediakan surat makluman kepada ibu bapa mengenai jumlah bayaran-bayaran lain yang telah dipersetuju di dalam Mesyuarat Agung PIBG;
Timbalan Menteri Pelajaran I - Datuk Dr. Wee Ka Siong
(iv) pihak PIBG dan sekolah dikehendaki menggunakan budi bicara dengan memberi kelonggaran kepada ibu bapa yang tidak berkemampuan.
Di samping itu bagi memastikan golongan kurang berkemampuan mendapat peluang pendidikan yang sama Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai jenis bantuan pendidikan khusus kepada semua murid yang layak seperti Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU). Bantuan pendidikan disediakan ini adalah bertujuan membantu murid-murid kurang berkemampuan bagi meneruskan persekolahan serta membuka ruang kepada mereka untuk menjana kecemerlangan seperti murid-murid lain.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mohon penjelasan lanjut kerana konsep pendidikan percuma yang dikatakan oleh kementerian dan juga yang dikatakan ketika Mesyuarat Agung UNESCO IV di Paris memberi maksud yang berbeza. Kalau saya boleh baca dengan izin, website UNESCO International Institute for Education Planning. Pendidikan percuma bermaksud dengan izin “the reason for save must not only take into come consideration but also the other cost of household such as techs book, uniforms, transportation etc”.
Dia memberi gambaran maksudnya ialah langsung percuma. Kalau dengan tepatnya di sini dikatakan fee free education policy. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri saya mohon penjelasan yang betul kerana saya yakin hari ini kalau Menteri pergi ke kampung emak bapak yang datang jumpa Yang Berhormat semua kata, bila buka sekolah kami beban, buka sekolah kami beban, kalau free macam mana hendak beban. Pohon penjelasan sebab kata dia mengelirukan. Bukan isu saya isu rakyat. Mohon penjelasan.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat telah menjawab bagi pihak saya. Ini kerana kalau ikut definisi itu free text book memang kementerian kita tidak mengira siapa. Tidak ada dikenakan sebarang yuran atau bayaran untuk teks book yang pertama. Kedua, bagi mereka yang tidak mampu ke sekolah sebagai contoh kala kita lihat KWAMP kita berikan kepada setiap pelajar yang miskin dan penerimanya jumlahnya hampir 700 ribu yang mendapat. Ini menunjukkan satu angka yang amat besar yang mana kedua-dua itu telah dirangkumi seperti definisi Yang Berhormat.
Apa Yang Berhormat mungkin tidak ada anak belum bersekolah di sekolah yang ada sekarang, yang dikenakan ialah Takaful, Skim Takaful.
Apabila berlakunya sesuatu kemalangan, perlindungan saya rasa itu untuk kita memberi perlindungan tambahan kepada pelajar-pelajar. Itu sebagai salah satulah bayaran tambahan. Satu lagi perkara mungkin Yang Berhormat perlu lebih peka apabila wakil rakyat ditanya ataupun diminta sumbangan saya rasa lebih sesuai kalau Yang Berhormat melihat kriteria. Sekiranya memenuhi kriteria kementerian tidak menjadi masalah untuk kita untuk memberi bantuan kepada mereka. Tidak kira fahaman politik ya. Mungkin Yang Berhormat maksudkan ialah pada awal tahun apabila pada mulanya kita menggunakan senarai e- Kasih yang hanya 39,000 keluarga di Malaysia.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Selepas itu, satu keputusan Kabinet telah dibuat untuk kita menggunakan data yang ada dalam sistem persekolahan kita. Saya rasa itulah yang kita dapat jumlah yang lebih besar iaitu 700,000. Jadi, saya rasa kekeliruan itu telah dapat diatasi dengan satu mekanisme yang lebih baik. Terima kasih.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga banyak menerima aduan daripada ibu bapa tentang bayaran tambahan yang dikenakan kepada anak-anak kita yang bersekolah bukan sahaja di sekolah-sekolah harian, tetapi di sekolah-sekolah asrama penuh juga apabila mendaftar dikenakan bayaran tambahan yang terlalu tinggi.
Dato’ Lilah bin Yasin - Jempol
Bolehkah Yang Berhormat buat pemantauan tentang keperluan sebenar walaupun kuasa ini diberikan kepada PIBG memutuskan, tetapi keperluan sebenar untuk membolehkan anak-anak kita bersekolah dapat dipantau oleh kementerian supaya tidak membebankan bayaran tambahan ini kepada ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah.
Datuk Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita lihat untuk mereka yang berada dalam sekolah berasrama penuh mereka hanya dikenakan bayaran RM1 untuk yuran makan berbanding dengan kos kita antara RM13 hingga RM16 sehari. Ini sebagai realiti yang pertama.
Kedua, kalau kita lihat dari segi kutipannya ada satu yang dikatakan kebajikan murid asrama dibayar RM10 setahun. Ini sebagai satu pool ataupun satu jumlah yang dikutip untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar asrama. Ketiga, bagi mereka yang baru masuk, mereka hanya bayar sekali RM30 setahun sebagai cagaran. Itu adalah sekali masuk dan bagi mereka yang dikecualikan yuran makan asrama bermaksud RM1 pun tidak payah bayar, mereka dikecualikan terus dengan apa juga bayaran, cagaran asrama.
Jadi, saya rasa kita sudah ada satu sistem di mana kita dapat mengawal dan membantu pelajar-pelajar yang tidak mampu langsung khususnya mereka datang dari kawasan pedalaman. Terima kasih.
9. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula dan menurunkan kadar cukai pendapatan individu dan perniagaan akibat peningkatan kos hidup di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan II - Dato’ Donald Lim Siang Chai
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kewangan bersama-sama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sentiasa membuat penilaian yang berterusan berhubung berkenaan dengan cukai pendapatan di Malaysia termasuk berkenaan kadar cukai pendapatan individu dan syarikat.
Kementerian Kewangan menyedari kepentingan untuk menjalankan penilaian yang dijalankan ke atas struktur cukai sedia ada terutama untuk mewujudkan keseimbangan di antara daya saing negara dari segi produktiviti dan tarikan pelaburan dengan keperluan negara untuk mempunyai sumber hasil yang cukup bagi menampung aktiviti pentadbiran dan pembangunan.
Salah satu usaha yang sedang dijalankan pada masa ini ialah dengan menjalankan makmal kewangan awam yang diurus setia kan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). Antara lain makmal ini membincangkan kedudukan semasa amalan percukaian di Malaysia dan penambahbaikan yang boleh dilakukan selaras dengan persekitaran ekonomi pada masa sekarang dan pada masa akan datang.
Bagi isu cukai pendapatan, makmal ini mendapat penglibatan langsung daripada kementerian dan agensi yang berkenaan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA). Penglibatan langsung juga diterima dari pakar-pakar bidang cukai, dari pihak swasta.
Sekiranya terdapat perubahan-perubahan yang ingin dilakukan hasil daripada penilaian-penilaian yang dijalankan ini, lazimnya akan diumumkan semasa pembentangan bajet tahunan setelah mempertimbangkan keperluan negara secara keseluruhan dan tanggungjawab yang dikongsi bersama oleh pihak kerajaan dan rakyat. Sekian.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi maknanya buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan kadar cukai individu ataupun syarikat. Oleh itu, rakyat di negara ini pada masa ini terpaksa menanggung sedikit bebanan iaitu di mana kuasa beli ataupun kewangan yang boleh digunakan itu telah berkurangan akibat daripada kos hidup yang semakin tinggi. Kadar cukai pun mungkin berkurangan kerana beberapa cara dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya individu yang berpendapatan tinggi.
Datuk Md. Sirat Abu - Bukit Katil
Mengikut laporan 27 peratus mereka yang berpendapatan RM10,000 ke atas sering cuba melarikan diri daripada membayar cukai. Jadi, saya ingin tahu daripada pihak kementerian bagaimana agaknya untuk mengatasi mereka yang cuba mengelak daripada membayar cukai ini melindungi diri mereka melalui syarikat-syarikat dan sebagainya. Jadi, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri beri maklum. Terima kasih.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Katil.
Untuk makluman Yang Berhormat, seperti saya katakan tadi kita akan timbang, kita belum mendapatkan maklumat yang terakhir dari makmal yang kita jalankan oleh PEMANDU.
Kita memang akan timbangkan seperti yang saya katakan, kita mesti menjaga keseimbangan di antara daya saing negara dari segi produktiviti dan juga kita mesti tahu bahawa keperluan negara untuk membiayai projek pembangunan dan aktiviti pentadbiran.
Untuk makluman Yang Berhormat buat masa ini, kutipan yang kita dapat dari syarikat dan juga individu, untuk tahun 2009 jumlah syarikat yang membayar cukai adalah 119,553 dan kutipannya ialah RM3.2 bilion.
Untuk individu tahun 2009, bilangan yang membayar cukai adalah 1,748,876 dan kutipannya adalah RM15.5 bilion. Memang ini tidak cukup untuk kita menambahkan aktiviti kita.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengikut Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri tidak boleh kutip cukai pendapatan daripada individu. Kerajaan negeri juga tidak boleh kutip cukai keuntungan syarikat. Itu adalah kuasa persekutuan. Sebagai balasannya, persekutuan akan bayar geran kepada kerajaan negeri, penduduk, jalan dan sebagainya.
Hal yang ingin saya bangkitkan Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah, pertama geran Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri ini telah merosot. Kalau mengikut faktanya ialah, tahun 1975, geran Pusat kepada negeri itu angkanya 9.9 peratus. Hampir 10 peratus. Sekarang cuma tinggal 2.9 peratus. Ini tahun 2008. Itu yang pertama, tidak seimbang.
Sebagai contoh Yang Berhormat Timbalan Menteri, cukai daripada Selangor kepada Pusat RM16 bilion. Pusat beri balik kepada Selangor RM400 juta sahaja dalam bentuk geran. Cukai Pulau Pinang kepada Pusat RM2.5 bilion setahun, tetapi Pulau Pinang dapat balik RM150 juta setahun. Itu ketidakseimbangan pertama mohon penjelasan.
Kedua, sekarang ini trendnya ialah geran itu sudah beralih kepada pinjaman.
Akibatnya, kita difahamkan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara, wakil-wakil negeri hadir, banyak negeri yang terpaksa menanggung beban hutang yang cukup besar. Jadi, keadaan ini tidak menimbulkan suasana yang kondusif dalam hubungan negeri/Pusat dalam semangat federalism. Mohon komen Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Terima kasih Yang Berhormat mengenai soalan yang telah dibangkitkan iaitu geran yang diberikan kepada kerajaan negeri.
Dato’ Donald Lim Siang Chai
Memang saya setuju dengan apa Yang Berhormat kata iaitu kutipan dari syarikat dan juga individual yang dikutip oleh pihak Kerajaan Pusat. Saya ingin memberitahu Yang Berhormat, Kerajaan Pusat mesti menanggung keperluan dari segi pendidikan, keselamatan, hospital, infrastruktur seperti di Pulau Pinang kita ada jambatan kedua, Kerajaan Pusat tambah sebanyak RM6 hingga RM7 bilion. Ini memang adalah tanggungjawab kita. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita hendak semua kerajaan negeri tahu tanggungjawab sendiri. Mereka ada kuasa dalam hal tanah, saya harap mereka kalau tidak pandai jaga kewangan, boleh kita ajar. Kalau hendak lebih wang sedikit pinjam, itu memang kena bayar balik.
10. Dato’ Rashid Din [Merbok] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, dalam komitmen Malaysia (Kerajaan Pusat) untuk mengamalkan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management) apakah kerjasama yang disumbangkan oleh kerajaan-kerajaan negeri untuk melaksanakan komitmen ini. Sebagai balasan apakah sumbangan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri untuk menjayakan komitmen ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin terhadap pelaksanaan dan pencapaian matlamat Pengurusan Hutan Secara Berkekalan atau dengan izin, Sustainable Forest Management (SFM). Ini dapat dilihat dengan pemantapan praktis pengurusan hutan melalui penerima pakaian dan penguatkuasaan Dasar Perhutanan Negara 1978 dan Akta Perhutanan Negara 1984.
Dalam hubungan ini, kerjasama dan komitmen kerajaan-kerajaan negeri amatlah penting untuk membolehkan matlamat murni ini dijadikan suatu realiti.
Tuan Yang di-Pertua, di antara sumbangan kerajaan negeri yang perlu dikekalkan dan dipertingkatkan demi komitmen terhadap SFM termasuklah:
(i) mewartakan kawasan hutan sebagai hutan simpan kekal yang mencukupi dan strategik;
(ii) mentadbir dan menguruskan hutan simpan sejajar dengan prinsip-prinsip SFM;
(iii) mematuhi ketetapan, kriteria dan petunjuk untuk pensijilan pengurusan hutan di Malaysia atau dengan izin, Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification:
(iv) mematuhi catuan tebangan tahunan yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara dan dapat menjalankan pengusaha hasilan hutan dalam hutan simpan kekal;
(v) menjalankan penguatkuasaan undang-undang bagi menjamin integriti dan keselamatan hutan simpan kekal; dan
(vi) melaksanakan program-program mengenai hutan lipur dan rancangan perhutanan semula jadi dalam hutan simpan kekal.
Tuan Yang di-Pertua, ke arah pencapaian matlamat SFM tersebut, Kerajaan Pusat akan terus bekerjasama erat dengan semua kerajaan negeri. Sumbangan Kerajaan Pusat adalah dalam memberi bantuan dan nasihat teknikal, menyelenggarakan stesen-stesen percubaan dan demonstrasi, memantapkan pemberian latihan, pelaksanaan penyelidikan serta khidmat perundangan dari segi penyiasatan dan pendakwaan. Kementerian amat yakin dengan kerjasama erat yang sedia terjalin ini khususnya melalui Majlis Tanah Negara agar matlamat SFM akan menjadi satu kenyataan dalam tempoh masa yang terdekat.
Dato’ Rashid Din - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jawapannya. Soalan tambahan saya pendek sahaja, dalam satu aspek Pengurusan Hutan Secara Berkekalan ini atau dengan izin, Sustainable Forest Management ialah menanam semula hutan-hutan atau balak-balak yang sudah ditebang. Yang saya ingin tahu, apakah bentuk-bentuk perancangan ataupun subsidi atau apa-apa yang diberi kepada syarikat-syarikat pembalakan ini? Apakah kesan yang dialami sejak dilakukan sejak 30 tahun dahulu? Terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Soalannya tidak begitu jelas Tuan Yang di-Pertua tetapi saya akan cuba menjawabnya setakat mana yang saya fahami tentang soalan-soalan itu.
Dato’ Rashid Din - Merbok
Untuk bantuan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya seperti mana saya katakan sebentar tadi, kita mempunyai perancangan yang baik tetap berkaitan dengan Sustainable Forest Management ini. Apabila kita tebang, sememangnya pemegang lesen itu terkena untuk mematuhi syarat-syarat terlebih dahulu supaya pembalakan itu akan dijalankan secara teratur.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Keduanya, apabila kita menebang kayu, kita juga minta mereka ini untuk menanam supaya hutan kita akan berkekalan. Apabila kita tanam kayu ini, kalau tidak ditebang semula saya percaya kesannya selama 30 tahun nanti akan dapat kelihatan.
Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat Pulau Salak, Yang Berhormat Pasir Salak... [Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pulau Salak ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Pulau Salak di kawasan saya, dia ada pasir juga.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, soalan saya panjang sedikit. Khususnya berhubung dengan negeri Kelantan ini.
Kita tahu di Lojing sana dah botak dikerjakan, kayu-kayu dijual kepada tauke-tauke.
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Machang
Tidak betul itu!
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Pusat untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan yang membotakkan kawasan balak di sana, hendak biarkan botak lagi atau macam mana? Terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat. Kita mempunyai satu Majlis Tanah Negara di mana semua Menteri terlibat untuk membincangkan sesuatu berkaitan dengan dasar dan sebagainya. Apabila dasar itu diwujudkan, maka kita berharap sangat supaya dasar itu dipatuhi oleh setiap kerajaan negeri. Jadi kalau ia berlaku melebihi daripada penebangan kayu balak, melebihi daripada dasar itu, maka kita hanya boleh memberikan nasihat-nasihat tertentu oleh sebab penguatkuasaan untuk membalak ini adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. Terima kasih.
[Soalan No. 11 – YB Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) tidak hadir]
12. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kerajaan berhasrat untuk memansuhkan Plaza Tol PJS 2 di New Pantai Ekspres Highway (NPE) supaya selari dengan slogan ‘rakyat didahulukan’ dan yang selama ini dituntut oleh semua penduduk di Taman Medan dan Taman Dato’ Harun.
Menteri Kerja Raya - Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa berusaha dan mencari jalan yang terbaik untuk mengurangkan kos sara hidup dan beban yang ditanggung oleh orang ramai khususnya di bandar-bandar besar seperti di Petaling Jaya Selatan. Ini dibuktikan menerusi keputusan kerajaan pada 14 Februari 2009 yang lalu yang telah bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol PJS 2 arah ke Kuala Lumpur di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE). Di samping itu, kerajaan juga pada 17 Februari 2011 yang lalu telah bersetuju untuk mengurangkan kadar tol di Plaza Tol PJS 2 arah ke Sunway di lebuh raya yang sama daripada RM1.60 kepada RM1 sahaja.
Menteri Kerja Raya - Dato' Shaziman bin Abu Mansor
Ini merupakan antara langkah progresif kerajaan untuk meringankan beban rakyat menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP). Walau bagaimanapun, kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk memansuhkan keseluruhan kutipan tol di Plaza Tol PJS-2 di lebuh raya berkenaan. Ini kerana kemampuan kewangan kerajaan adalah terhad dan peruntukan kerajaan tersebut perlu diagihkan secara adil dan saksama termasuk untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang lain di seluruh negara. Terima kasih.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, selama ini penduduk di PJ2 terutama di Taman Medan dan Dato Harun bantah dengan wujudnya tol ini kerana jalan ini jalan yang asal, Jalan Klang Lama.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Akan tetapi diperluaskan, diupgrade tetapi dibuat satu plaza tol. Ini berlaku pada zaman MP yang lalu. Akan tetapi selepas tol ini didirikan penduduk memang bantah, mereka tidak mahu tol itu. Jadi saya tidak tahu mengapa Menteri dan MP pada masa itu degil sangat, UMNO-UMNO ketua cawangan sana juga degil hendak mengadakan tol di sana.
Jadi saya hendak minta penjelasan mengapa pada 2009 dan juga pada tahun ini tol di sebelah dihapuskan dan tol di sebelah lagi diturunkan harga. Mengapa tidak dihapuskan semuanya supaya kita bantu penduduk di sana. Oleh sebab penduduk di Taman Medan semuanya banyak yang tidak mampu yang tinggal...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, soalan Yang Berhormat.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Di flat-flat pangsapuri. Jadi saya minta penjelasan dan juga maklumat berapakah pampasan yang telah diberi kepada konsesi tol kerana kurang caj 60 sen daripada RM1.60 kepada RM1. Terima kasih.
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai mana Yang Berhormat ketahui selaras dengan hasrat kerajaan yang menyatakan rakyat didahulukan sebab itu semenjak dua tahun yang lalu kementerian saya meneliti dan mengkaji bukan sahaja di Tol Petaling Jaya malah lebuh raya - lebuh raya bertol lain di negara ini. Ini kerana kita tidak mahu membebankan pengguna-pengguna lalu lintas sebab itu kita lihat bukan sahaja di Kampung Medan, ada kawasan-kawasan lain. Malah kalau kita sedia maklum salah satu lebuh raya yang kita akan pastikan tidak ada kenaikan adalah seperti lebuh raya PLUS dan MTD.
Kita juga akan robohkan satu plaza tol di Taman Connaught, Cheras. Ini menunjukkan bahawa pimpinan yang ada hari ini memberikan perhatian serius atas tanggungan ataupun beban kepada penduduk-penduduk yang menggunakan lebuh raya- lebuh raya yang ada pada hari ini. Sebagai mana Yang Berhormat nyatakan tadi mengapa ia tidak dirobohkan sama sekali. Ini kerana kerajaan juga perlu menanggung kos yang terlalu banyak sekiranya semua tol yang ada di kawasan-kawasan perumahan ataupun di kawasan-kawasan di dalam bandar itu dirobohkan dan oleh kerana itu kerajaan mencari alternatif lain antaranya kita pastikan jalan-jalan yang ada di kawasan yang bertol ini ada jalan alternatif lain supaya rakyat boleh buat pilihan sama ada menggunakan jalan bertol ataupun alternatif lain. Akan tetapi dalam masa yang sama kita juga mengkaji bagaimana untuk kita memudahkan masyarakat menggunakan jalan yang bertol ini dengan harga yang berpatutan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini. Yang Berhormat Menteri saya ingat ada usul.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya sebelum saya membaca usul ini untuk saya merakamkan setinggi- tinggi takziah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibnu al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah atas kemangkatan bonda Tuanku iaitu bonda Yang di-Pertuan Agong Tengku Ampuan Bariah Sultan Alam Shah pagi tadi di Hospital Seri Kota Klang.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, saya Mohd. Nasir bin Zakaria, Padang Terap akan mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan satu isu tentang ketegangan Libya dibincangkan.
Tuan Yang di-Pertua, ketegangan yang berlaku, sedang berlaku di antara golongan anti Gaddafi dan tentera Gaddafi sekarang meruncing. Kini memuncak kepada perang saudara yang amat berbahaya. Laporan serangan tentera Gaddafi yang menggunakan jet pejuang untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak telah mengakibatkan ramai yang terbunuh dan cedera terutamanya dari kalangan rakyat awam. Sebagai sebuah negara yang menganggotai OIC, Malaysia tidak boleh membisu dan tidak bertindak, Malaysia sepatutnya bimbang keadaan di Libya akan mengulangi apa yang berlaku di Iraq.
Malaysia sepatutnya merasa amat malang apabila negara-negara Arab di Teluk serta badan antarabangsa di kalangan umat Islam iaitu OIC terus membisu dan tidak mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan demi menyelamatkan nyawa di Libya.
Masalah ini adalah masalah yang besar oleh itu saya mencadangkan agar:
(i) Kerajaan Malaysia dengan segera menggerakkan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Libya;
(ii) resolusi 1970 yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-angsa Bersatu hendaklah dilihat sebagai satu alat untuk menyekat Gaddafi daripada terus bertindak ganas terhadap rakyatnya sendiri;
(iii) segala usaha mesti digerakkan bagi meredakan ketegangan, bagi mengelakkan berlakunya perang sivil yang bakal menghancurkan seluruh negara tersebut;
(iv) misi bantuan kemanusiaan hendaklah segera dihantar ke Libya memandangkan ketegangan tersebut telah mengakibatkan bekalan makanan dan ubatan terputus di beberapa kawasan di Libya seperti di Zawiyah, Ras Lanuf, Brega, Benghazi dan di Sempadan Tunisia dan Mesir. Ratusan ribu pelarian kini sangat memerlukan bantuan makanan;
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
(v) mendesak Sidang Parlimen Malaysia yang berjalan sekarang segera mengusulkan supaya semua agensi antarabangsa seperti OIC, UN, Liga Arab, Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika mengambil inisiatif supaya krisis di Libya diselesaikan dengan rundingan demi mengelakkan pertumpahan darah terus berlaku; dan
(vi) menggesa Sidang Parlimen Malaysia mengambil inisiatif untuk menghantar delegasi khas bagi mendapatkan maklumat lebih dekat mengenai ketegangan yang berlaku di Libya dan mengesyorkan tindakan yang boleh diambil oleh Malaysia sendiri.
Oleh itu saya berpandangan bahawa isu ini adalah perkara tertentu berkepentingan ramai dan perlu disegerakan walaupun berlaku situasi yang agak berlainan selepas tiga hari usul ini dikemukakan. Sekian saya yang mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah satu memberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Padang Terap, pada hari Rabu 16 Mac 2011. Teks usul itu seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu, syarat yang kedua ialah bagi kepentingan orang ramai dan syarat yang ketiga ialah berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara-perkara ini dan saya mendapati bahawa:
(i) tertentu - perkara ini adalah perkara yang tertentu.
(ii) keppentingan orang ramai - adalah bagi kepentingan orang ramai.
(iii) berkehendak disegerakan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan rasminya ke Turki pada 23 Februari 2011 telah membuat kenyataan menggesa pemimpin Libya tidak menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang berdemonstrasi. Dalam pada itu Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga mematuhi keputusan-keputusan yang diambil sebagaimana terkandung di dalam resolusi- resolusi yang dipersetujui menangani krisis yang berlaku di Libya. Oleh itu perkara tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, boleh sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria - Padang Terap
Tuan Yang di-Pertua, disebabkan oleh Resolusi 1973 telah dikuatkuasakan dan telah menyebabkan berlakunya campur tangan daripada Negara-Negara Ketiga, jadi isu ini sangat penting dan saya memohon pertimbangan untuk dibahaskan dengan campur tangan tentera bersekutu dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat...
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Peraturan...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya menerima hakikat bahawa Yang Berhormat berasa sangsi dan berasa ragu serta bimbang dalam keadaan itu tetapi sebenarnya Yang Berhormat, kebanyakan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu telah diambil kira dan diambil tindakan oleh pihak kerajaan, United Nations dan OIC sebenarnya Yang Berhormat, ya Yang Berhormat.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, bagaimana mengikut Peraturan Mesyuarat 18(3)(b) jika terdapat 15 orang yang berdiri dan akan menyokong usul tersebut. Bolehkah ini dibenarkan, kerana serangan Amerika dan kroni- kroninya terhadap Libya adalah sangat serius dan kita berasa Malaysia ialah sebuah negara yang bertanggungjawab tetapi tidak mengambil satu pendirian yang kita rasa ini memalukan kita... [Tepuk] Ini adalah satu agressive imperialisme Amerika Syarikat terhadap sebuah negara yang sovereign, jadi saya minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua, dengan sokongan 15 orang Ahli Parlimen ini, bolehkah ini diteruskan, usul dibincangkan di Parlimen?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya beri penjelasan Yang Berhormat. Speaker mesti berpuas hati bahawa ketiga-tiga perkara itu perlu dipatuhi dan dipenuhi dahulu Yang Berhormat. Sebelum 15 orang itu menjadi satu petunjuk sekiranya kita boleh bentangkan kepada Majlis dan boleh dibahaskan. Jadi Yang Berhormat, keputusan adalah muktamad di bawah Peraturan 43, jika Yang Berhormat tidak berpuas hati ada cara lain, kita ada peraturan Yang Berhormat, itu yang pertama.
Kedua, banyak isu yang boleh dibangkitkan di dalam persidangan yang kita ada pada masa sekarang. Dengan sendirinya, kita boleh bangkitkan pada masa-masa lain tetapi bukan pada waktu sekarang Yang Berhormat.
Rang undang-undang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2010 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu; dibawa oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“ Ampun Tuanku,
Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh... [Membaca sepotong doa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pertahanan saya ingin menyatakan penghargaan Kementerian Pertahanan kepada sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang menyentuh perkara-perkara yang dibahukan ke atas Kementerian Pertahanan. Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang ingin saya sentuh ialah berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Pasir Mas supaya kerajaan membina memorial, menganugerahkan pingat kepahlawanan dan menamakan jalan di Kuala Lumpur bagi mengenang jasa Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail dan Leftenan Adnan.
Kementerian sememangnya sedar tentang jasa dan semangat keperwiraan yang dipamerkan dan dikorbankan oleh kedua-dua pahlawan berkenaan. Oleh itu cadangan Yang Berhormat Pasir Mas supaya diadakan memorial dan menamakan jalan di atas nama kedua-dua pahlawan berkenaan adalah cadangan yang baik dan kementerian akan meneliti secara lebih terperinci lagi. Selain daripada itu, kementerian juga akan mengambil kira seperti menamakan kem atau kompleks ATM di atas nama mereka sebagaimana yang dilakukan iaitu menamakan Adnan terhadap armoured combat vehicle atau ACV 300 buatan Turki. Mengenai penganugerahan pingat kepahlawanan kepada Allahyarham Leftenan Adnan, dukacita dimaklumkan penganugerahan ini tidak dapat dilaksanakan kerana penzahiran dan pewartaan pingat tersebut hanya dibuat pada 11 Ogos 1960. Dalam masa yang sama, statut anugerah tersebut juga membatasi penganugerahannya.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Kerian bertanya tentang apakah langkah-langkah yang diambil dalam persediaan Kementerian Pertahanan apabila berhadapan dengan serangan siber atau cyber attack, atau cyber terrorism. Apakah persediaan bagi melindungi data atau sistem pertahanan negara daripada ancaman virus.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Kementerian Pertahanan bertanggungjawab mempertahankan aset fizikal dan aset maya, sistem dan fungsi kritikal negara yang mana kegagalan berfungsi atau kemusnahan ke atasnya dapat memberi impak besar ke atas pertahanan dan keselamatan negara seperti mana yang telah didefinisikan di dalam Critical National Information Infrastructure atau CNII di bawah inisiatif National Cyber Security Policy atau NCSP.
Bagi menangani segala bentuk ancaman siber, Kementerian Pertahanan telah membentuk satu dasar peperangan informasi yang diguna pakai setiap masa, bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi, Kementerian Pertahanan sentiasa melibatkan diri secara aktif di dalam setiap latihan siber dikendalikan oleh Cyber Security Malaysia, MOSTI dan Majlis Keselamatan Negara, latihan-latihan ini bertujuan untuk menilai kesiapsiagaan agensi-agensi kritikal negara di dalam mempertahankan ruang siber daripada pelbagai bentuk serangan siber. Mengenai langkah persediaan...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Maafkan saya Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Walaupun saya tidak terlibat di dalam perbahasan tetapi saya memberikan perhatian kepada pembahas-pembahas yang membabitkan ketenteraan, kerana Parlimen Tangga Batu, Yang Berhormat Menteri pun tahu mempunyai dua kem.
Berbalik kepada memorial ataupun peringatan kepada perwira-perwira yang telah menyumbang tenaga, masa untuk negara dan tanah air. Bolehkah pihak Kementerian Pertahanan berbincang dengan pihak Kementerian Luar Bandar umpamanya, di Tangga Batu kita ada satu MRSM di Terendak, boleh tidak Yang Berhormat Menteri mencadangkan supaya MRSM itu diletakkan nama perwira-perwira kita tadi, MRSM Leftenan Adnan ataupun MRSM Tun Ibrahim untuk kita mengembalikan nama-nama mereka ini untuk diperingati oleh generasi akan datang, boleh tidak pihak Kementerian Pertahanan - kebetulan masuk pula Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang Dipertua, kebetulan Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan beberapa organisasi NGO yang melibatkan ketenteraan juga telah mencadangkan supaya nama Tun Ibrahim dipahatkan di mana-mana institusi ketenteraan termasuklah MRSM.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Begitu juga dengan Leftenan Adnan dan insya-Allah kita akan berbincang dengan kementerian lain atau agensi yang berkenaan, dan kita akan pahatkan nama-nama pahlawan-pahlawan itu dan insya-Allah cadangan Yang Berhormat Tangga Batu akan diambil kira sebagai cadangan yang baik.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai langkah persediaan melindungi data ancaman virus, Kementerian Pertahanan melalui Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan atau KOMLEK telah menubuhkan Cawangan Peperangan Siber atau CPS di mana fungsi utamanya untuk menentukan keselamatan ICT ATM. Melalui bahagian dan cawangan ini ramai pegawai telah diberi latihan kepakaran dalam bidang ini sama ada dalam dan luar negara sejajar dengan teknologi semasa. Pemantauan serta pengauditan ICT dalaman secara berjadual dan tidak berjadual sentiasa dilaksanakan secara konsisten bagi memastikan tahap keselamatan ICT ATM yang tinggi.
Kementerian Pertahanan juga pada masa ini sedang berusaha menubuhkan pusat operasi siber ATM yang dijangka siap pada hujung tahun 2011 ini. Pusat operasi siber ini akan beroperasi 24 jam untuk memantau keselamatan rangkaian serta melindungi data dan sistem secara berterusan. Isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian ialah mengenai jurang perbezaan, perbelanjaan ketenteraan di antara Malaysia dengan Singapura dan mengapakah perbelanjaan ketenteraan berkurangan sejak kebelakangan ini...
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Jika dibandingkan...
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Dengan negara-negara jiran.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Mohon mencelah. Berbalik kepada aset dan perlindungan aset sebentar tadi. Kalau kita lihat banyak pihak sejak akhir-akhir ini yang sentiasa cuba mendalam “sebagai mengexpose”, ya banyak aset negara dan pertahanan juga sama ada maya ataupun secara yang ada dan nyata. Kalau kita lihat kadang-kadang perkara ini diuar-uarkan dalam pelbagai cara. Jadi, sejauh manakah pihak kementerian cuba memastikan perkara-perkara ini tidak berlaku dan apa pandangan Yang Berhormat terhadap mereka yang cuba mengexpose perkara ini, sama ada mereka ini tidak setia kepada negara atau apa-apa lagi yang menyebabkan mereka cuba mengexpose perkara ini kepada musuh-musuh negara. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Lipis yang juga merupakan Naib Yang di-Pertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia. Saya amat bersetuju dengan lontaran pandangan itu kerana soal kesiapsiagaan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia tidak boleh diperbincangkan atau dipolemikkan hatta di Dewan yang mulia ini. Walaupun kita mempunyai imuniti dan kekebalan di Dewan yang mulia ini.
Perbezaan antara pihak pembangkang dengan kerajaan boleh diizinkan dalam perkara- perkara lain. Akan tetapi dalam soal kesiapsiagaan dan soal keupayaan Angkatan Tentera Malaysia tidak boleh dikompromikan kerana ini kita berbincang tentang soal pertahanan negara. Sila.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya setuju bahawa strategi-strategi angkatan tentera tidak patut dibincangkan di mana-mana pun sebab itu memang rahsia dan penting bagi negara. Akan tetapi dalam isu- isu perolehan di mana barang-barang dibeli dengan harga yang besar, patutlah perkara ini dibincangkan di Dewan ini supaya kita tahu bahawa kementerian telah membeli barang- barang tersebut dengan harag yang wajar, dan bukan dengan komisen-komisen yang beratus-ratus juta so, kita hanya minta sahaja penjelasan daripada kementerian. Adakah itu salah? Kita perlu bertanggungjawab kepada rakyat dan ini merupakan wang rakyat so, Yang Berhormat Menteri perlu jawab juga.
Saya tidak minta strategik-strategik angkatan tentera. Itu tidak perlu dijawab dalam Dewan. Saya minta satu sistem governance di mana kita tahu bahawa barang-barang yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan adalah dengan harga yang wajar bagi equipment yang paling baik bagi tentera kita...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Adakah itu tuduhan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara?
Beberapa Ahli
Apa pula tuduhan!
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Pertanyaan yang bersifat tuduhan. Saya akan jawab sebentar lagi, ya.
Seorang Ahli
Ada agennya.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ada ketikanya. Siapa yang kata agen?
Saya tidak kata.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Siapa yang kata agen?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Lebih kuranglah itu.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat, saya nyatakan bahawa dari segi kesiapsiagaan dan keupayaan. Soal ketelusan dari segi pembelian okey, saya akan terangkan sebentar lagi. Akan tetapi Yang Berhormat menuduh bahawa ATM membeli second ‘generation’ PV dengan harga 870 peratus daripada harga yang sebenarnya itu satu tuduhan. Kalau Yang Berhormat mahu bawa saya ke mahkamah, saya sedia berada di mahkamah jika itu yang dikehendaki oleh Yang Berhormat. Akan tetapi kami juga akan bawa Yang Berhormat ke mahkamah kerana memfitnah bahawa Kementerian Pertahanan membeli 870 peratus daripada harga sebenar... [Tepuk]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya ucapkan tahniah dan syabas Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Saya seperti Yang Berhormat Lipis, soal kerahsiaan ketenteraan dan keselamatan negara kita tidak boleh dipolitikkan. Pihak membangkang ada agenda lain yang sebenarnya, yang memang meragukan kita tentang bagaimana kesetiaan kepada negara. Saya harap Yang Berhormat Menteri, jangan layan segala persoalan-persoalan yang mungkin boleh terbukanya rahsia ketenteraan negara.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Menteri Pertahanan bertanggungjawab dan kalau mahu menjawab pembangkang sampai bila pun tidak akan habis kerana mereka politikkan soal pertahanan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Duduk dahulu. This is my platform, please.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Can I? Yang Berhormat Menteri, boleh.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Sri Gading, itulah pendirian sepatutnya yang ada kepada semua Ahli Parlimen dan tidak kira parti atau sama ada kita kerajaan atau pembangkang sebab kerahsiaan negara harus dipertahankan oleh semua. Kalau kita setia kepada negara kita, kita boleh berbeza kepada pendapat lain. Akan tetapi soal kesiapsiagaan dan keupayaan jangan bincangkan. Soal strategi saya tidak akan membincangkan perkara ini berkaitan dengan soal strategi. Akan tetapi Yang berhormat Petaling Jaya Utara melampau di dalam menggunakan blognya menuduh angkatan tentera dengan pelbagai dan..., tunggu dahulu, sampai masanya saya akan jawab.
Yang Berhormat menuduh ketika Yang Berhormat berucap di Dewan yang mulia ini, mengatakan saya dan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada. Okey, sekarang Yang Berhormat ada. Kita boleh berbahas. Ini tempat yang sebenarnya dan bukan menggunakan blog atau press conference, dengan izin, persidangan akhbar. Gunakan ini sebagai tempat yang sebenarnya. Yang Berhormat ada imuniti dan kekebalan, boleh! Akan tetapi tiba masanya kita bertemu. Jangan fikir buku dengan ruas. Saya ada ahli-ahli profesional dalam angkatan tentera kita dan kita tidak ada kompromi di dalam soal pembelian aset pertahanan ini. Sila Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri baca sendiri apa yang ditulis di dalam blog? Adakah Yang Berhormat Menteri baca dengan penuh apakah yang diucapkan oleh saya dalam Parlimen?
Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apa jenis kapal yang dibeli. Saya kata kapal peronda ada yang murah dan ada yang mahal. Itu fakta dan kebenaran. Ada orang yang beli dengan RM100 juta dan ada orang yang beli lebih daripada RM1 bilion.
Apa yang kita minta adalah satu ketelusan daripada pihak kerajaan, apakah jenis kapal yang kita beli. Ia bukan kata apakah salahnya itu. Ia bukan sahaja ia perlu ditanya, trek rekod bagi Kementerian Pertahanan pun tidak baik. Dahulu beli kapal peronda juga RM5.35 bilion, apa terjadi?...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak, tuduhan ini...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Jumlah yang dibayar oleh kerajaan. Ini bukan tuduhan!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kementerian Pertahanan...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Ini fakta!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak elok itu. Itu tuduhan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuduhan!
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
You bukan Yang Berhormat Menteri. Duduk!
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
You bukan Yang Berhormat Menteri. Duduk!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Itu tuduhan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya minta Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kita tidak boleh terima.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Jangan buat tuduhan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jangan gunakan Dewan, untuk...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Menteri tidak perlu bantuan daripada Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Perkara-perkara fitnah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jangan gunakan kekebalan Dewan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Yang Berhormat Menteri tidak perlu bantuan daripada Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri boleh memberikan jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Apa yang berlaku RM5.3 bilion...
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu. Bolehkah Ahli-ahli Yang Berhormat apabila berbahas dengan sesuatu lihatlah di depan sini. Biarlah saya yang menentukan sama ada yang dipertikaikan itu rahsia atau tidak. Kalau saya yang menentukan itu tidak boleh disentuh bermakna pendapat saya tidak boleh disentuhlah dan janganlah bertengkar mana satu yang boleh dibahaskan atau tidak. Bagi saya, kalau yang ditanya oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara itu ialah mengenai dengan kelengkapan sama ada kapal selam atau apa yang kelengkapan itu menjurus kepada apa yang terkandung di situ demi untuk pertahanan. Itu rahsialah namanya.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau perolehan begitu dan kalau umpamanya ada tuduhan-tuduhan seperti komisen dan sedemikiannya dan ada bukti, laporlah kepada pihak yang berwajib. Itu yang seharusnya dibuat. Jangan bertengkar di sini Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya habiskan dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara masih...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
[Menunjukkan isyarat tangan]
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kelengkapan-kelengkapan dari segi kapal-kapal itu...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, bertanya tentang kelengkapan itu juga rahsia... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Berapa kapal selam kita ada, berapa kapal terbang kita ada, itu juga rahsia.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sri Gading, bersabar dahulu Yang Berhormat Sri Gading. Kita dengar dahulu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Rahsia kerana itu ukuran untuk kekuatan satu negara. Itu juga rahsia. Oleh sebab itu Yang Berhormat Menteri tidak perlu layan, tidak perlu jawab kerana ini kerahsiaan tentera... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sila, sila. Teruskan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Kelengkapan-kelengkapan angkatan tentera bukan menjadi satu rahsia. Kapal-kapal yang telah pun dibina sebelum ini, kapal peronda KD class, semua data kelengkapan, jenis senapang, jenis peluru, model yang diberi, panjang peluru, panjang kapal, berat kapal semua ada terbuka. Ini bukan rahsia. Yang rahsia ialah strategi, cara menggunakan sistem tersebut. Semua kapal seluruh dunia, data semua ada di luar. So, kita minta apa jenis kapal yang kita beli dan perkara- perkara sebegini pernah berlaku. Dahulu beli RM5.35 bilion, sekarang menjadi RM6.75 bilion. Peningkatan kos harga 26 peratus. Kita hanya ingin supaya perkara ini tidak berlaku lagi dalam Kementerian Pertahanan.
Ini kalau Yang Berhormat Menteri kata boleh bawa saya ke mahkamah, bawa saya ke mahkamah. Saya boleh repeat perkara-perkara yang saya bangkit di luar mahkamah juga. Saya tidak takut. Akan tetapi Menteri kalau buat tuduhan itu tuduhan yang liar, you can guarantee I will take you to court...
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
[Bangun]
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Yang Berhormat Menteri, minta mencelah sedikit.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sebentar Yang Berhormat ya. Saya tidak takut pergi ke mahkamah sebagaimana Yang Berhormat sendiri tidak takut. Kalau Yang Berhormat boleh memberitahu persidangan akhbar di Parlimen ini, kalaulah saya memfitnah Yang Berhormat, kami pun boleh membawa Yang Berhormat ke mahkamah kerana Yang Berhormat memfitnah Kementerian Pertahanan membeli peralatan yang melebihi 870 peratus lebih daripada harga yang sebenarnya. Itu satu tuduhan liar. Mengapa apabila SPRM meminta Yang Berhormat untuk mengemukakan bukti bahawa tuduhan Yang Berhormat itu benar, kenapa tidak berani mengemukakan bukti kepada SPRM?
Kenapa takut? Kenapa menggunakan blog? Kenapa menggunakan ruang media maya untuk mempertahankan diri?
Kalau betul-betul berani, ada ketulusan, kemukakan bukti itu di SPRM dan SPRM lakukan siasatan. Saya sedia untuk mengemukakan sebarang bukti jika diperlukan oleh SPRM. Ini membuktikan Yang Berhormat takut apabila SPRM mahu Yang Berhormat mengemukakan bukti. Sila Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Yang Berhormat Menteri...
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah berdiri lama... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Hak Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Macam mana ini?
Tuan Yang di-Pertua
Yang mana dia beri laluan dahulu.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Dia mahu beri kaki bodek dia sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Beri sayalah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jangan takutlah, beri. Ini dari Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Rembau. Teruskan Yang Berhormat Rembau.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Mungkin Yang Berhormat Menteri beri laluan kepada saya sebab saya ada sayap airborne.
Yang Berhormat Batu kawan tidak ada sayap airborne... [Ketawa] Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah betul ataupun tidak barangkali andaian yang dibuat oleh sahabat saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi bahawasanya harga terlalu tinggi dan sebagainya adalah sebab beliau sebenarnya tidak tahu tentang detail, secara terperinci mengenai spesifikasi keperluan weapon system, communication system, jadi beliau terus buat andaian dan compare apple-to-apple? Beliau ambil satu harga dan beliau compare satu harga yang lain tanpa tahu secara terperinci sistem dan spesifikasi yang diguna pakai oleh Angkatan Tentera Malaysia untuk patrol vessel, untuk armed carrier dan sebagainya dan terus buat andaian bahawa segala ini adalah komisen.
Adakah Yang Berhormat Menteri setuju ataupun tidak bahawa andaian ini sebenarnya adalah berniat jahat? Ini kerana, sebenarnya tidak tahu detail, secara terperinci, terus buat andaian bahawa harga tinggi dan oleh sebab itu, sudah pasti adalah komisen kepada orang-orang tertentu. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Memang itulah hakikat sebenarnya.
Saya akan jawab apabila tiba masanya saya menggulung pertanyaan Yang Berhormat bangkitkan secara detail sebentar lagi. Sila Yang Berhormat Batu Kawan. Apa Yang Berhormat Batu Kawan hendak bersekongkol dengan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara?... [Ketawa]
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat Yang Berhormat Menteri ini saya rasa agak emosional sedikitlah. Faham, faham juga.
Akan tetapi, Parlimen ini adalah forum yang saya rasa begitu mulia di mana kita akan bincangkan perkara-perkara yang tidak boleh dibincangkan di luar. Saya ingat Yang Berhormat Menteri pun sedar.
Akan tetapi apabila Yang Berhormat Menteri sebut perkara-perkara ini adalah rahsia dan ini tidak boleh di timbul di dalam Parlimen, ke mana kita mahu pergi? Di kaki lima kah kita bincang isu pertahanan? So, janganlah sembunyi di bawah konsep rahsia...
[Tepuk] Yang Berhormat Menteri jawablah soalan. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak boleh jawab soalan, jadi agak emosional, macam mana Yang Berhormat Menteri kita hendak mendapat penjelasan tentang isu-isu pertahanan yang bukan isu-isu yang dianggap sebagai rahsia. Konsep rahsia ini sangat subjektif. Jadi, bukan saya ini mendukung kawan saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Cuma, kalau Yang Berhormat Menteri boleh jawab secara matang, kita pun dapat satu penjelasan. Jadi, bukan saya hendak marah Yang Berhormat Menteri ini. Yang Berhormat Menteri ini yang bertanggungjawab. Kalau Yang Berhormat Menteri ini tuduh macam-macam tuduhan ini, maka apakah faedah kita bincang isu di Parlimen? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah mahu menyembunyikan perkara yang boleh dibuka. Saya bercakap soal kesiapsiagaan dan keupayaan. Itu tidak boleh bincangkan secara umum. Kalau itu pun Yang Berhormat Batu Kawan tidak faham, balik mengajar balik di universitilah, saya fikir. Tidak layak jadi Ahli Parlimen, tidak layak jadi Timbalan Ketua Menteri pun saya rasa... [Dewan riuh]
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Ini Menteri lebih baik letak jawatan. Tidak layak jadi Menteri. Letak jawatan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya beri Yang Berhormat Ipoh Barat.
Yang Berhormat Ipoh Barat hendak bertanya. Sila.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Inikah cara Menteri menjawab?
Prof. Dr. P. Ramasamy - Batu Kawan
Letak jawatan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat di negara asing, mereka memang ada satu jawatankuasa pilihan khas untuk membincang pembelian yang diguna military atau perbelanjaan pihak military. Kenapakah ini tidak boleh diadakan? Jadi, saya memang tidak setuju bahawa kesemua maklumat tentang tentera itu adalah sulit dan tidak boleh dibincangkan di antara Ahli Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Seputeh, kita ada beberapa badan yang dibentuk oleh Perbendaharaan, oleh EPU, oleh Kementerian Pertahan, oleh beberapa jawatankuasa yang menilai. Di peringkat Parlimen, kita ada PAC jika sesuatu perkara itu tidak telus. PAC pernah membincangkan beberapa perkara tentang soal perolehan oleh Kementerian Pertahanan. Saya tidak fikir ada sebuah jawatankuasa khas yang diperlukan. Apa yang istimewa sangat sampai perkara tentang keupayaan dan kesiapsiagaan mahu diketahui oleh semua? Kita tidak tahu ada di kalangan kita yang akan menjual rahsia ini ke luar negara. Saya tidak menuduh. Apa jaminan yang akan diberikan kepada Kementerian Pertahanan kalau perkara ini dibentangkan kepada jawatankuasa?
Itulah sebabnya kita boleh berbeza pendapat, tetapi dalam soal pertahanan dan keselamatan, kita jangan bincangkan secara polemik dan terbuka. Sila Yang Berhormat Ipoh Barat, dari tadi hendak tanya. Saya ingat dia takutkah? Tidak takut. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung...
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Bagi menjawab persoalan dikemukakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Laluan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Pertamanya, beliau bertanya kenapa terdapat jurang perbezaan perbelanjaan ketenteraan di antara Malaysia dengan Singapura pada tahun ini dan mengapakah perbelanjaan ketenteraan berkurangan sejak kebelakangan ini jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Ini persoalan Yang Berhormat Kubang Kerian.
Bagi menjawab soalan ini, yang pertamanya kita hendaklah melihat jumlah hasil atau pendapatan negara kita berbanding dengan Singapura. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada IMF pada tahun 2010, KDNK Singapura adalah sebanyak International Dollar 57,238 iaitu di tempat ketiga di dunia. Manakala KDNK Malaysia pula adalah sebanyak international Dollar 14,603 atau di tangga ke-58 dalam senarai dunia. Oleh itu, penyediaan bajet tahunan adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan dan keutamaan serta keperluan nasional. Ini kerana, kerajaan telah memberi tumpuan dalam usaha mentransformasikan Malaysia sebagai negara maju yang berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan di terajui sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat.
Walau bagaimanapun, bidang pertahanan masih tidak diabaikan di mana pada tahun 2011, pada tahun ini, peruntukan sebanyak RM10.5 bilion adalah peruntukan yang ketiga tertinggi selepas peruntukan bagi bidang pendidikan dan kesihatan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya jelaskan di sini kita tidak berlumba atau bertanding dengan Singapura atau mana-mana negara, khususnya negara-negara ASEAN dalam perbelanjaan ketenteraan. Namun begitu bagi memastikan pertahanan dan keselamatan negara sentiasa terjamin sejajar dengan prinsip-prinsip yang digariskan di dalam dasar pertahanan negara, Kementerian Pertahanan akan sentiasa membangunkan keupayaan pertahanan negara sama ada dari sudut keperluan, aset pertahanan dan pembangunan sumber manusia, tertakluk kepada peruntukan kewangan sedia ada dan kemampuan negara.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, kini giliran saya untuk menjawab apa yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Yang Berhormat Menteri, saya tambah sedikit sahaja.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sila.
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, yang sudah dapat menjawab apa juga bangkitan yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Dewan. Saya hendak tambah sedikit... [Dewan riuh] Kenapa takut, kenapa takut?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat suruh dia buat macam itukah Yang Berhormat?
Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah - Jasin
Hei! Saya belum habis cakap lagi.
Belum, duduk dahulu. Saya hendak tambah sedikit Yang Berhormat Menteri, ada pihak yang membuatkan bandingan tentang perbelanjaan Singapura dengan Malaysia. Saya hendak maklumkan di sini pada tahun 2009, Singapura telah membelanjakan sebanyak 4.6 peratus daripada KDNK negaranya untuk aset ketenteraan. Sepatutnya harga jangan dijadikan sebagai ukuran kerana kalau kita hendak benda yang baik, “good thing never come cheap, cheap thing never good.”... [Dewan riuh] Ha! Itu dia.
Jadi seharusnya kalau kita hendak melengkapkan angkatan tentera, kita pulangkan bulat-bulat kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat kebijaksanaan.
Terima kasih... [Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Jasin, tidak boleh serahkan bulat-bulat kepada Menteri... [Ketawa]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri, banyak pandai cakap dia. Very good.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Oleh sebab saya sebutkan tadi kita ada jawatankuasa dan agensi-agensi pemantauan. Akan tetapi cadangan Yang Berhormat Jasin kerana beliau juga adalah bekas pegawai tentera, beliau tahu bahawa apa yang terbaik untuk tentera. Itulah yang dibeli oleh pihak tentera. Dalam perkara ini, saya ingin menyahut pertanyaan-pertanyaan yang diberikan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, yang telah membangkitkan mengenai dua isu perolehan aset pertahanan.
Pertama adalah mengenai perolehan kenderaan perisai (APC) dari DRB-HICOM.
Isu yang dipersoalkan tentang kos dan value added terhadap kenderaan berkenaan.
Kementerian Pertahanan tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung pembelian 257 buah APC oleh DRB-HICOM dengan syarikat pertahanan di Turki, dengan harga USD600 juta sebab DRB-HICOM tidak membeli daripada Turki. Kementerian Pertahanan ingin mengesahkan bahawa DRB-HICOM memasang bukan membeli, memasang kenderaan berkenaan di Malaysia. Justeru itu, Kementerian Pertahanan mengesahkan baseline vehicle bagi kenderaan APC ini menggunakan buatan syarikat pertahanan dari Turki.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pembuatan APC bukan hanya melibatkan baseline vehicle sahaja tetapi juga termasuk subsistem-subsistemnya seperti sistem ‘turret’, sistem persenjataan, sistem komunikasi dan lain-lain lagi. Keperluan subsistem ini pula berbeza-beza mengikut keperluan setiap negara dengan berdasarkan kepada doktrin dan bentuk muka bumi negara tersebut. Sehubungan itu, adalah tidak adil dan wajar bagi Ahli- ahli Yang Berhormat membuat perbandingan harga pembekalan kenderaan APC yang lengkap dengan harga pembekalan baseline vehicle APC sahaja.
Oleh yang demikian harga kontrak yang telah dimuktamadkan oleh Kementerian Pertahanan adalah bernilai RM7.55 bilion bagi tempoh tujuh tahun berbanding dengan tawaran asal bernilai RM7.983 bilion. Kementerian Pertahanan yakin bahawa harga yang telah dimuktamadkan ini benar-benar menguntungkan pihak kerajaan dan negara tanpa kompromi dalam spesifikasi kenderaan dan sistem yang dibekalkan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dalam memuktamadkan harga bagi perolehan ini, Kementerian Pertahan telah mengambil kira dari pelbagai sudut sebelum mempersetujuinya. Antaranya adalah faedah nilai tambah yang akan diperolehi daripada program ini. Secara khususnya, Kementerian Pertahanan dan negara secara amnya memperoleh peningkatan keupayaan industri pertahanan negara. Program pemindahan teknologi, program pengukuhan ekonomi, program direct and indirect offset dengan izin, perolehan hak intelek atau Intellectual Property Rights atau IPR, oleh DEFTECH dan lain-lain syarikat yang membekalkan subsistem. Harga ini juga turut mengambil kira kos pembinaan facility baru, pembinaan peralatan bagi membangunkan kenderaan, pengambilalihan tenaga kerja dan keuntungan oleh DEFTECH dan lain-lain. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa pembelian DRB-HICOM ataupun DEFTECH daripada syarikat Turki FNSS dengan harga USD600 juta iaitu lebih kurang RM1.8 bilion berbanding dengan kos yang dibeli oleh kementerian. Perbezaannya lebih kurang RM5.8 bilion dan mengikut jawapan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Menteri, nampaknya kerajaan mementingkan keuntungan kepada DRB-HICOM yang merupakan sebuah syarikat swasta.
Kenapa kerajaan perlu memberikan kepentingan kepada keuntungan sebuah syarikat swasta? Kenapa kita perlu mengambil kira kos seluruh facility, untuk membina seluruh facility. Macam kalau saya dapatkan kontrak daripada kerajaan, saya tidak perlu keluarkan capital saya sendiri, mengambil risiko dan semuanya akan ditanggung oleh kerajaan.
Apa sebabnya kita ada rancangan pembelian perolehan seperti ini? Bukankah ia lebih penting bagi tentera kita, kita membeli dengan peralatan yang paling baik dan harga yang paling rendah. Itu merupakan kepentingan negara. Bukannya untuk memberikan keuntungan khusus bagi sebuah syarikat swasta.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Yang Berhormat Menteri saya hendak tambah sedikit. Terima kasih. Saya rasa ada keperluan untuk Yang Berhormat Menteri untuk jelaskan sekali lagi sebab sahabat saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tidak berapa hendak faham ataupun sahaja tidak hendak faham. Bahawa perbezaan kos yang dibayar kepada syarikat Turki dengan kos akhir yang diberi kepada DRB-HICOM adalah kerana subsistem tambahan yang diberi kepada baseline vehicle yang dibeli daripada Turki.
Perkara itu masih lagi tidak difahami bahawa sistem artillery, sistem komunikasi, semua adalah tambahan. Apa yang didapati daripada syarikat daripada Turki adalah vehicle sahaja tanpa subsistem yang perlu diperolehi dengan vendor-vendor yang lain. Itu perlu, saya rasa kalau betullah yang saya rumuskan tadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara duduk dahulu saya jelaskan. Saya sebenarnya ayat saya tadi tidak habis lagi. Apa yang berharga USD600 juta itu adalah baseline vehicle sahaja, sebagaimana dijelaskan oleh Yang Berhormat Rembau tadi tanpa ada subsistem dan komponen-komponen lain.
Saya ingin menyebutkan bahawa komponen-komponen yang ada di dalam subsistem itu termasuklah dari segi weapon platform, dari segi beberapa peralatan yang lain yang ingin saya sebutkan di sini, saya ada maklumat yang boleh dikongsi bersama. Ini bukan satu rahsia kerana Yang Berhormat pun boleh dapat maklumat lain. Dari segi peralatan untuk armoured fighting vehicle, infantry fighting vehicle, missile turret, surveillance RCWS, armoured mortar carrier, command, signal, recovery vehicle, integrated support system, dari segi beberapa subsistem yang lain. Itu adalah baseline vehicle Yang Berhormat.
USD600 juta itu adalah hanya badan kepada kenderaan berkenaan. Yang lain- lain, Yang Berhormat kata kenapa beri keuntungan yang banyak, itu adalah subsistem yang akan dimasukkan di dalam kenderaan berkenaan. Jangan hanya menuduh USD600 juta semua sekali, kenapa perbezaan sampai RM5 bilion? Yang Berhormat fahami bahawa itu hanya baseline vehicle. Subsistem dimasukkan dalam tiap-tiap satu unit itu dan ini menyebabkan perbezaan harga itu kerana macam kereta kosong, badan kereta sahaja tentu perlu ada enjin, perlu ada tayar, tentu ada stereng, ada dashboard dan lain-lain. Itu juga vehicle dalam, inch-by-inch.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat, jangan kelirukan masyarakat di luar sana! Jangan main dengan dalam blog untuk mengelirukan dengan fakta-fakta yang tidak benar, Yang Berhormat. Sila.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Saya perlukan satu confirmation sahaja bahawa apa yang kita beli daripada FNSS hanya badan sahaja.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya ingin menyebutkan apa yang dibeli daripada FNSS ialah baseline vehicle.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Subsistem itu diperolehi daripada supplier dan sistem integrator yang lain. Ini kerana DRB-Hicom adalah berperanan sebagai main system integrator yang memasang baseline vehicle dan akan memasang semua subsistem lain di negara kita. Yang Berhormat puas hati ya?
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Manchang
Laluan. Ya, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri saya bangun untuk memohon penjelasan. Kita pernah menghantar pasukan pengaman kita bertugas di Bosnia satu ketika dahulu di bawah MALCONkah MALBAT, begitulah. Waktu itu antara peralatan tentera yang kita perolehi, kita dapat dari Daewoo, Korea.
Apakah waktu kita mendapatkan kelengkapan misalnya APC, armoured personnel carrier yang digunakan oleh pasukan tentera kita waktu bertugas di Bosnia tempoh hari adalah berupa satu pembelian lengkap yang kita beli sepenuhnya kenderaan dan seluruh kelengkapan sistem.
Apa bezanya dengan perkara yang sedang kita bahaskan sekarang yang kita beli daripada Turki yang katanya badan dan kita lantik syarikat tempatan untuk melengkapkan keperluan sistem.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Saifuddin Nasution Ismail - Manchang
Apakah itu merupakan satu perbezaan dari sudut sistem perolehan kerajaan? Kalau itu yang dimaksudkan Yang Berhormat Menteri saya rasa boleh memahamkan kita, terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini Yang Berhormat Bagan Datok...
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
[Bangun]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Yang Berhormat Bagan Datok sini.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Nanti kejap, saya jawab satu-satu supaya saya tidak tertinggal point yang dibangkitkan Yang Berhormat Machang.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Tidak, sebelum jawab Yang Berhormat Machang lah ini.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Selamat datang sebagai Ahli Parlimen Bebas... [Ketawa]
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Ini saya mahu Yang Berhormat Bagan Datok ambil perhatian, bila Yang Berhormat Machang persoal itu, Yang Berhormat Machang seharusnya sedar bahawa dia sendiri, Yang Berhormat Machang sendiri dalam 160 kompelin dalam Parti Keadilan Rakyat tentang... [Dewan riuh] Pemilihan, tentang pemilihan langsung sehingga hari ini, sehingga hari ini! Belum terjawab.
Jadi bila Yang Berhormat Machang bangun dan mempersoal dalam Dewan ini memalukan sebab dalam parti sendiri tidak boleh jaga!... [Dewan riuh] Ha, ini saya minta Yang Berhormat Bagan Datok ambil perhatian ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Saya rasa tidak payah jawab pun sama Yang Berhormat Machang!
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai!... [Dewan riuh] Terima kasih. Sebelum, sebelum Menteri, sebelum Menteri menjawab, Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin ingatkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa dalam penggulungan perbahasan ini, menteri-menteri cuma ada empat hari. Ada lagi 24 kementerian yang belum menjawab.
Jadi, jangan nanti apabila sampai di pertengahan perbahasan terpaksa saya pendekkan perbahasan itu nanti ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak puas hati. Ini saya ingatkan dari peringkat awal lagi. Ada lagi 24 kementerian belum menjawab. Menteri sila teruskan.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya amat setuju dengan Tuan Yang di-Pertua. Selesaikanlah masalah Padang Serai dengan Machang itu di luar Dewanlah, kalau begitu... [Ketawa] Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Yang Berhormat Machang menyebutkan tentang perolehan ketika dahulu dan sekarang. Perolehan dahulu untuk kenderaan perisai anggota adalah bagi menggantikan kenderaan-kenderaan jenis “A” yang digunakan kini oleh tentera darat, dari jenis Sigma AFSC 656 dan RPZ Condor 4x4. Kenderaan-kenderaan ini telah digunakan oleh tentera darat sejak tahun 1983 lagi, yang mana usianya kini telah menjangkau 28 tahun. Faktor kemajuan dan kecanggihan teknologi dalam industri pertahanan telah menyebabkan kenderaan-kenderaan tersebut sudah tidak lagi viable dengan izin, dan ketinggalan zaman...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Selain daripada itu, kenderaan- kenderaan tersebut juga telah mengalami tahap hampir terlupus kegunaannya. Pada tahun 2012 kita jangkakan ianya akan jadi obsolete. Kekurangan aset ini sebagaimana Yang Berhormat ketahui adalah amat kritikal dalam menentukan pelaksanaan operasi ofensif dan defensif bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Penjelasan.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sehubungan dengan itu, penggantian jenis kenderaan berat yang saya sebut tadi adalah amat mendesak dan menunjukkan elemen tempur yang mampu memberi kuasa tembakan dan mobiliti yang tinggi. Dalam hal ini, penggantian peralatan yang saya sebutkan tadi adalah merupakan satu kemestian yang harus dilakukan oleh Kementerian Pertahanan khususnya tentera darat.
Saya juga ingin menyebutkan penjelasan Yang Berhormat Machang...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Penjelasan menteri, penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Bahawa apa yang akan kita perolehi adalah terlalu banyak berbanding pembelian secara terus. Kalau pembelian secara terus mungkin Yang Berhormat daripada PJ Utara boleh mengatakan ada agen yang dilantik, maka agen itu memperolehi komisen yang banyak. Apa yang kita lakukan sekarang ini ialah dengan memasang kenderaan-kenderaan itu di Malaysia...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Berdeham]
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
...Beberapa faedah diperoleh daripada pemindahan teknologi dari segi offset program dan juga dari segi IPR. Sila.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri saya berminat untuk tanya sebab Yang Berhormat Menteri mengemukakan persoalan berkenaan dengan pelupusan perolehan dalam aset-aset ketenteraan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Saya hendak tanya oleh kerana beberapa persoalan yang mustahak telah pun dibangkitkan sebentar tadi termasuk di antara bidang atau prinsip kerahsiaan Yang Berhormat Menteri yang cuba gambarkan tidak boleh disebut atau diberitahu dalam Dewan ini. Akan tetapi saya hendak tanya kalau tidak boleh memberitahu maklumat tersebut apakah maklumat berkenaan dengan pelupusan aset ketenteraan ini boleh ataupun tidak boleh juga diberitahu kepada Dewan atau diumumkan kepada publik. Sebagai contoh, beberapa aset penting ketenteraan yang telah diisytiharkan sebagai perlu di lupus atau dalam kaedah bidang masa untuk pelupusan termasuk juga satu isu sedikit masa dahulu yang menjadi gempar iaitu kisah yang membawa kepada isu kehilangan jet enjin.
Sedangkan perkara itu atau perolehan itu, sudah pun di bawah bidang ataupun tempoh masa takrifan pelupusan.
Begitu juga dengan aset Yang Berhormat Menteri sebutkan tidak lama dahulu berkenaan dengan kereta-kereta perisai atau kereta-kereta kebal scorpene yang dikatakan memerlukan tambahan, belanjawan tambahan untuk maintenance, sedangkan unit-unit itu adalah terangkum di bawah aset, di bawah pelupusan. Saya hendak tanya, specifically dengan izin, Yang Berhormat Menteri adakah cadangan kementerian untuk membuat satu laporan kaedah melaporkan tentang aset-aset yang jatuh di bawah bidang pelupusan ini untuk kita bentangkan kepada Parlimen ataupun kepada negara.
Ini supaya kerajaan ataupun Parlimen ataupun rakyat yang teramai tahu, apakah nilai pelupusan harta Kementerian Pertahanan selama hari ini dan kenapakah perkara ini diambil kira untuk tujuan tersebut supaya tidak ada percanggahan dari segi nilai yang dipegang antara alatan-alatan persenjataan ini di dalam simpanan kementerian Yang Berhormat dengan yang sepatutnya dilupuskan. Terima kasih.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Indera Mahkota, semua pelupusan aset adalah tertakluk kepada treasury instruction. Kita mengikuti semua treasury instruction yang ditentukan oleh Perbendaharaan Malaysia. Ada dua kaedah, pertamanya kalau aset-aset yang masih boleh diguna pakai selepas refurbishment dilakukan maka kita mungkin menghantar ke negara-negara sahabat untuk digunakan, atau tidak penghapusan dibuat dengan memanggil tender terbuka untuk pihak-pihak berkenaan membeli aset-aset yang dilupuskan itu. Jangan khuatir, tidak perlu ada Jawatankuasa Parlimen. Insya-Allah Kementerian Pertahanan telus di dalam perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyambung apa yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat PJ Utara iaitu dari segi faedah-faedah yang diperolehi oleh negara dari segi direct and indirect offset dan juga perolehan hak intelek RPR sebagaimana yang disebutkan. Saya ingin menyebut bahawa kenapa DEFTECH di pilih. Kenapa runding terus ini dibuat adalah kerana memandangkan DEFTECH juga terlibat di dalam perolehan kenderaan terdahulu.
Perolehan ini dibuat dengan pemasangan di negara kita. Ini kerana DEFTECH merupakan sebuah syarikat peneraju dalam industri pertahanan negara yang sedia memiliki kepakaran dan keupayaan dalam membangunkan kenderaan perisai dan membantu pihak syarikat untuk terus membangunkan kepakaran dan keupayaannya dalam industri pertahanan negara.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Memandangkan DEFTECH terlibat dalam pembinaan kenderaan perisai sebelum ini, facilities yang sedia ada boleh digunakan untuk pembinaan kenderaan ini dengan tambahan facilities baru. Penggunaan teknologi dan kelengkapan sistem-sistem yang sama membolehkan wujudnya keseragaman dalam penyelenggaraan, pembaikan, perolehan alat ganti, atur gerak latihan dan kemahiran tentera darat yang mana pada jangka panjangnya akan menjimatkan kos kepada kerajaan. Pemilihan syarikat DEFTECH bagi pembekalan kenderaan ini adalah berasaskan pada track record syarikat industri pertahanan tempatan yang baik di dalam kontrak pembekalan kenderaan perisai anggota Adnan ACV-300.
Kepakaran dan pengalaman ini akan dapat meneruskan lagi bagi memastikan pembekalan yang efisien kepada kontraktor perolehan dan perolehan dengan DEFTECH ini adalah selaras dengan objektif negara untuk membangunkan keupayaan industri pertahanan tempatan. Saya sambung sedikit Yang Berhormat.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Program Offset masih dalam peringkat kajian dan kita akan memperoleh beberapa tawaran iaitu membahagikan pada dua offset programme seperti berikut iaitu, indirect offset sebanyak 55 buah projek telah ditawarkan, direct offset sebanyak tiga buah projek akan diberikan kepada tentera darat. Manakala pemindahan teknologi akan difokuskan pada empat perkara iaitu weapon and DREAD system technology, sub-system integration technology, armour structure technology dan vehicle automotive technology.
Manakala daripada segi harta intelek, saya telah sebutkan tadi, di samping vendor development or localization melibatkan nilai sebanyak RM5.2 bilion Yang Berhormat.
Daripada RM7.5 bilion itu, RM5.2 bilion adalah melibatkan localization. Keperluan sumber manusia akan melibatkan kira-kira 300 orang pekerja berkemahiran daripada pakar tempatan. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak minta bertanya mengenai isu direct negotiation yang mana Yang Berhormat Menteri berkata bahawa direct negotiation dijalankan sebab DEFTECH merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran ataupun pengalaman yang baik dengan tentera. Saya rasa jawapan tersebut seperti tidak wajar sebab saya rasa kontrak ini berbanding dengan kontrak-kontrak yang sebelum ini didapati DEFTECH dengan kementerian, jauh berbeza daripada segi skopnya dan jauh berbeza daripada segi harganya.
Saya rasa kalau katakanlah DEFTECH memang sebelum ini telah menjalankan kerja-kerja bagi kementerian, adakah dengan kontrak ini DEFTECH akan mendapat monopoli daripada semua kerja kenderaan perisai dan kerja-kerja yang berkaitan dengan kementerian mengikut argument yang telah pun dibentangkan oleh kementerian. Saya rasa ada syarikat-syarikat lain yang telah pun memberikan cadangan mengenai isu kelengkapan kenderaan perisai dan lain-lain dan saya rasa kalau DEFTECH benar-benar berkemampuan, mereka boleh bertanding daripada segi kompetitif tender terhad atau terbuka dengan syarikat-syarikat yang lain. Tidak perlu direct negotiation.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa buah syarikat lain yang telah mengemukakan cadangan. Tidak kurang daripada empat buah syarikat sebenarnya yang mengemukakan supaya ‘Avia’ ini dipasang di tempatan.
Setelah menilai semua sekali, kita dapati DEFTECH berkemampuan dan DEFTECH mempunyai harga yang munasabah di samping beberapa downstream activities yang telah saya sebutkan dan juga upstream activities yang telah saya sebutkan tadi. Ertinya bukan secara direct negotiation terus kepada DEFTECH. Tidak! Ada empat buah syarikat semua sekali yang telah kita jemput untuk memberikan cadangan kepada Kementerian Pertahanan. Akhirnya berdasarkan pada pengalaman pembinaan kenderaan yang terdahulu, maka kita memilih DEFTECH.
Kita dapati bahawa ada ekonomi enhancement programme yang telah dibincangkan antara pihak kerajaan dan mereka. Kita juga telah memperoleh beberapa faedah daripada segi downstream activities dan juga upstream activities, umpamanya daripada aktiviti downstream kita telah mengambil kira bahawa semua aspek teknikal dan kepakaran itu dapat menjana tenaga kepakaran daripada dalam negara. Daripada segi upstreamnya, kita juga mendapat high level of technical expertise dan juga beberapa subsystem yang akan kita peroleh. Apa yang lebih penting sekali Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ialah dengan adanya pemasangan tempatan ini, kita akan peroleh self-reliance atau kemandirian, kemampuan pertahanan yang akan kita bina sendiri dan ini akan membina home-grown know-how di dalam industri pertahanan dan juga kita akan memperoleh maklumat dan juga ilmu daripada segi weapon design.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Juga kita akan mempunyai design house yang dipunyai oleh syarikat Malaysia sendiri. Manakala daripada segi variant kita juga akan mempunyai customization of variant. Kita dapat membantu 58 pemain-pemain industri sub system supplier yang akan membantu pada pembinaan kapal ini. Ertinya bukan kita berikan kepada DEFTECH untuk keseluruhan, tetapi secara tidak langsung membantu 56 industry player yang lain, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dengan yang sedemikian, maka secara tidak langsung ini akan juga membina kekuatan pada industri pertahanan. Untuk makluman Yang Berhormat, apabila Adnan dibangunkan oleh DEFTECH, kita telah memperoleh permohonan daripada sebuah negara yang bakal membeli kenderaan yang dibina oleh DEFTECH. Ini tentunya boleh menjana ekonomi negara. Di dalam perbincangan dengan pihak Turki, pihak FNNS juga telah bersetuju untuk memberikan sells right kepada DEFTECH untuk menjual kenderaan ini apabila pengeluaran untuk tentera darat ini telah diselesaikan untuk dijual kepada negara lain juga. Mereka juga telah bersetuju supaya Intellectual Property Rights (IPR) ini diberikan kepada DEFTECH. Saya fikir daripada segi jangka panjang adalah sesuatu yang baik.
Untuk makluman Dewan yang mulia bahawa pembayaran untuk DEFTECH ini bukan dibuat untuk beberapa tempoh tertentu. Ia melibatkan satu tempoh yang panjang. Ia akan berjalan sehingga tahun 2018. Ertinya satu proses yang panjang ini tidak akan memberikan kekangan daripada segi kemandirian kewangan pihak kerajaan. Saya fikir dalam tempoh tujuh tahun ini adalah satu tempoh jangka panjang yang akan dapat membantu industri pertahanan secara keseluruhannya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, melalui kerjasama ataupun defense industry collaboration di kalangan negara-negara ASEAN dan saya telah mengemukakan dalam Persidangan ASEAN Defence Ministers Meeting bahawa pada keseluruhannya negara-negara ASEAN juga akan dapat faedah daripada sistem kita.
Apabila penamatan penghantaran keseluruhan kepada tentera darat, kita juga telah menjalin kerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk mereka membeli atau mengguna pakai sistem yang kita ada dan ini akan menjana kekuatan ekonomi negara...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Penjelasan. DEFTECH ini adalah anak syarikat pada DRB
(Diversified Resources Berhad). Syarikat ini asalnya ialah daripada syarikat automotive corporations, syarikat yang saya sendiri mengasaskannya. Kita mengasaskan syarikat ini kerana hendak membuktikan bahawa anak tempatan dan terutamanya bumiputera juga mampu untuk mengambil bahagian dalam industri bermula dengan industri automotif dan selepas itu, ia berkembang dengan adanya DEFTECH. Saya kira DEFTECH telah pun memulakan penglibatannya dalam industri pertahanan ini dengan begitu sederhana sekali.
Akan tetapi oleh kerana kerajaan ingin melihat bumiputera dan juga rakyat tempatan mampu untuk menjayakan perindustrian seperti ini, ia diberikan sokongan dan pertolongan serta galakan dan ia berkembang sehingga ke hari ini menjadi satu daripada sebuah syarikat yang mempunyai daya saing dengan pihak luar.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Dengan sebab itu rumusannya ialah kita patut berbangga dengan kejayaan DEFTECH sebagai satu syarikat tempatan. Yang Berhormat Sekalian, South Korea atau Korea Selatan maju dalam perindustrian oleh sebab syarikat tempatannya disokong oleh kerajaan dan diberi galakan dan pertolongan. Dalam kesukaran pun ditolong dan itu sebabnya timbul dan wujudnya syarikat-syarikat besar daripada Korea bukan sahaja di peringkat negara Korea tetapi juga di peringkat antarabangsa. Ini yang kita beri contoh dengan bangunkan industri syarikat tempatan. Walaupun sedikit sebanyak... [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak. Penjelasan apa yang diminta daripada Menteri?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak, saya hendak menjelaskan iaitu apa yang dipertikaikan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara berhubung dengan apa yang diberi kepada DEFTECH oleh kerajaan itu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita sepatutnya tidak mempersoalkan kerana ini satu wawasan, strategi dan agenda nasional yang perlu kita sokong pemberian kontrak ini kepada DEFTECH.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Padang Serai.
Beberapa Ahli
Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, Yang Berhormat Pasir Salak. Jangan penjelasan itu berdiri dengan sendirinya. Biar ditempelkan kepada penjelasan Menteri.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, ini saya tempel lah ini...
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Jangan terlampau panjang tempelan itu Yang Berhormat...
[Ketawa]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Lagi panjang lagi bagus.
Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya sendiri menyokong penuh dalam kita hendak membangunkan industri pertahanan negara ini dan saya rasa ini tidak patut dipersoalkan kecuali mereka yang tidak cintakan kepada negara atau yang hendak menjadi agen-agen atau spy kepada luar negara. Jadi di sini DEFTECH kita tidak ada masalah tetapi mengenai pekerjanya sejauh manakah mereka ini diberi surat atau apa-apa untuk menyimpan rahsia kerana mereka ada pekerja dalam membina atau proses pembinaan kepada semua persenjataan negara ini.
Jadi sejauh manakah mereka ini telah diminta menyimpan rahsia atau akujanji untuk menyimpan rahsia kerana kadangkala aset negara boleh juga disampaikan kepada orang luar terutama kepada mereka yang berminat dan yang hendak menjadi agen-agen negara luar ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, tempelan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Salak panjang sedikit. Saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini saya ingin mengesahkan bahawa DRB-Hicom bermula daripada ACM yang pengasasnya ialah Yang Berhormat Pasir Salak sendiri. Akan tetapi atas kepentingan negara beliau sanggup untuk melepaskannya kepentingannya kepada DRB-Hicom. Beliau sebenarnya telah menyumbangkan kepada pembangunan industri automotif di negara kita.
Mengenai Yang Berhormat Lipis, kita mempunyai peraturan Tuan Yang di-Pertua untuk pengakuan bersumpah menyimpan rahsia bukan sahaja DEFTECH malah kepada mana-mana syarikat yang mengeluarkan aset atau peralatan senjata pertahanan Angkatan Tentera Malaysia dan mereka tertakluk kepada sumpah kerahsiaan maklumat yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan kepada syarikat yang berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mengenai perolehan Littoral Combat Ship atau LCS di mana beliau ingin penjelasan perkara-perkara seperti harga, keupayaan kapal, denda lewat, tidak dilakukan secara tender terbuka dan mempersoalkan adakah perolehan ini benar-benar mengikut keperluan dan seimbang dengan kemampuan ekonomi semasa.
Saya ingin menyebutkan bahawa mengenai isu kapal LCS ini sebenarnya saya telah menjawab dengan panjang lebar semasa sesi soal jawab lisan pada 8 Mac yang lalu.
Namun demikian masih terdapat sesetengah pihak masih tidak memahami atau tidak mahu memahami perkara ini termasuk Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Ingin saya ulang sekali lagi bahawa perolehan Second Generation Patrol Vessel - Littoral Combat Ship
(SGPV-LCS) tidak dibuat secara tender terbuka kerana ia merupakan kesinambungan daripada perjanjian penswastaan yang ditandatangani di antara kerajaan dan Boustead Naval Shipyard (BNS) pada 11 Disember 1995. Melalui perjanjian tersebut kerajaan telah bercadang untuk membina 27 kapal peronda generasi baru. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan industri maritim negara dengan menggunakan kemudahan- kemudahan infrastruktur yang ada di dalam negara serta menjadi pemangkin kepada perkembangan teknologi dan industri berat. Ia menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada vendor.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Pada masa ini pihak kerajaan masih lagi belum memuktamadkan harga perolehan tetapi sejumlah RM6 bilion telah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan sebahagiannya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Tinjauan pasaran antarabangsa yang mempunyai keupayaan setanding LCS adalah di antara RM1.5 bilion hingga RM2.7 bilion bagi setiap kapal, bukan sebagai mana Yang Berhormat tuduh. Keupayaan LCS adalah setanding dengan kapal-kapal lain yang setaraf dengannya. Aspek yang paling utama ialah keupayaan perang tiga dimensi dengan persenjataan meriam, misil dan torpedo. Selain daripada itu LCS yang bakal dibina ini mempunyai keupayaan sistem sonar pengesan kapal selam, torpedo antikapal selam yang dapat membantu dalam operasi dua buah kapal selam dalam inventori TLDM bagi menentukan keselamatan dan kedaulatan perairan maritim Malaysia sentiasa terjamin. Dengan erti kata lain kapal ini akan disiapkan dengan peralatan penderia dan senjata di bawah air.
Dengan keupayaan dan pengalaman syarikat Boustead Naval Shipyard, peneraju projek pembinaan OPV sebelum ini, Kementerian Pertahanan percaya bahawa syarikat BNS dapat melaksanakan projek ini. Ini diperkukuhkan lagi apabila syarikat BNS mempunyai jalinan kerjasama yang erat sebagai rakan dagangan dengan pihak original equipment manufacturer, dengan izin, atau OEM dan syarikat Principal. Secara tidak langsung ia memudahkan syarikat BNS untuk memperoleh sub sistem dan peralatan dalam pelaksanaan projek ini.
Tuan Yang di-Pertua, best value for money dengan izin merupakan prinsip perolehan yang sentiasa dipastikan. Kerajaan mendapat nilai dan faedah maksimum bagi bayaran yang telah dilakukan oleh kerajaan. Sekiranya kontraktor gagal atau lewat menyempurnakan obligasi yang termaktub di dalam kontrak, maka Liquidated Ascertained Damages (LAD) atau denda akan dikenakan kepada kontraktor yang terbabit. Walau bagaimanapun pertimbangan untuk pengecualian atau pengurangan denda adalah tertakluk kepada keputusan Perbendaharaan Malaysia berasakan sebab-sebab dan justifikasi yang munasabah.
Saya juga ingin menyebut apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai mengenai persoalan yang sama yang mempersoalkan rasional perbelanjaan besar untuk perolehan LCS ini dan mencadangkan satu jawatankuasa di peringkat Parlimen ditubuhkan bagi meneliti projek pembelian dan pembinaan projek berkenaan. Sekarang amat jelas pihak pembangkang tidak sependapat di kalangan mereka. Yang Berhormat Kubang Kerian mempersoalkan mengapa bajet pertahanan semakin berkurangan dan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pula mempersoalkan mengapa perlu memperoleh perolehan LCS ini.
Pembelian aset pertahanan adalah penting bagi menjamin kedaulatan dan keselamatan negara ini. Kita perlu memiliki satu angkatan yang credible dan berkeupayaan melaksanakan strategi-strategi pertahanan negara. Kita seharusnya sedar bahawa keamanan dan kemakmuran yang dimiliki negara ini adalah hasil kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia dalam melaksanakan peranannya dalam menjaga kedaulatan dan keamanan di negara ini. Oleh yang demikian kos pembelian aset pertahanan negara tidak boleh diukur melalui nilai wang ringgit semata-mata kerana nilai dan manfaatnya terhadap penduduk di negara ini adalah lebih besar lagi.
Mengenai cadangan menubuhkan jawatankuasa Parlimen, kementerian berpendapat bahawa cadangan berkenaan adalah tidak perlu kerana sebarang rancangan perolehan Kementerian Pertahanan akan dinyatakan dalam anggaran perbelanjaan pembangunan yang dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen ini sama ada di peringkat dasar atau jawatankuasa.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Kita mengakui dalam ucapan yang kita bentang pun kita mengakui kepentingan mempertingkatkan kekuatan pertahanan negara dalam menghadapi apa juga ancaman dari luar. Kita tidak mempertikaikan pembelian peralatan tetapi apabila Yang Berhormat Menteri mengatakan kita tidak boleh mempersoalkan harga kerana kepentingan tersebut, ini saya rasa perlu kita check tidak boleh diberikan blank cheque sedemikian.
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli - Kuala Krai
Oleh sebab itu kita menuntut supaya dibuat secara telus dan tender terbuka kerana ini dapat kita ukur nilai yang terbaik ataupun harga yang terbaik bagi setiap pembelian kerana ini saya bawa contoh tempoh hari melibatkan kos yang terlalu tinggi bagi duit atau wang rakyat, itu sahaja. Bukan kita mempertikaikan perlu ada pembaikan dalam sistem pertahanan negara kita. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, ketika saya membuat penjelasan...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Celah sedikit sahaja.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Mengenai harga, Yang Berhormat Kuala Krai mungkin sedap dan senang enak menikmati hirupan kopi di luar sana. Saya telah menjelaskan perkara ini dengan panjang lebar Yang Berhormat. Saya fikir kalau Yang Berhormat hendak tahu tentang alasan-alasan itu tengok Hansard esok. Sila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri ada menjawab bahawa kontrak ini ditawarkan secara rundingan terus kepada pihak Boustead atas perjanjian yang telah pun ditandatangani pada tahun 1995. Pada pengetahuan saya kalau salah sila betulkan perjanjian 1995 itu merupakan satu MoU sahaja dan tidak ada – is not legally binding on the government to purchase additional ships daripada pihak Boustead atau sebelum itu ‘PSI Industries’ atas alasan bahawa perjanjian telah pun ditandatangani dan kerajaan perlu penuhi syarat-syarat yang ada dalam perjanjian itu saya rasa pada masa ini tidak munasabah.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ya, pada peringkat awalnya berbentuk MoU. Selepas itu ada MoA atau Memorandum of Agreement Tuan Yang di-Pertua..
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Di mana ketika itu perjanjian itu dibuat dengan sebuah syarikat yang kemudiannya diambil alih LTAT dan ditukar nama kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. Keperluan PV ini..
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri.
Balik Pulau sedikit sahaja.
Yang Berhormat Menteri, saya mohon penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri mengenai isu kerahsiaan tadi. Ini kerana dari segi perundangan, kerahsiaan hanya terhad di dalam Akta Rahsia Rasmi. Itu pun dalam keadaan kriteria yang amat spesifik.
Kalau Yang Berhormat Menteri tidak boleh mencadangkan di Dewan yang mulia ini apakah dengan izin, mekanisme, any form of accountability mechanism? Kita mengandaikan bahawa duit cukai rakyat itu di bawah kuasa mutlak kementerian.
Jadi itu bukan satu sistem demokrasi yang boleh dipertahankan. Jadi saya cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan. Okey kalau kata itu rahsia tetapi apa mekanisme, akauntabilitinya itu kerana ia perlu diperjelaskan kerana akan melibatkan duit cukai rakyat. Ini kerana saya tahu secara perbandingan kita boleh melihat komisi di Indonesia ada komisi bukan komisi satu, saya ingat komisi dua saya tidak ingat, betulkan fakta tetapi ia berlaku di peringkat Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen dilibatkan secara langsung. Akan tetapi kalau kita mempertikaikan satu Select Committee itu sebagai satu perkara yang tidak perlu, kita perlu yakinkan, kita ada yang lain. Tidak hanya dengan izin, di dalam ruang legar bilik Menteri untuk membuat keputusan. Mohon penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mahu menggunakan sistem jawatankuasa komisi, Komisi Satu adalah Komisi Pertahanan seperti Dewan Permesyuaratan Rakyat (DPR) di Indonesia dan kita harus merombak sistem politik, sistem pembentukan kerajaan di negara kita sebagaimana yang berlaku di Amerika Syarikat. Mereka juga mempunyai sistem komiti. Kita tidak mempunyai locus standi yang melakukan perkara ini kerana kita punya Westminster yang berbeza.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Namun kita mempunyai Jawatankuasa Perolehan. Kita juga mempunyai jawatankuasa yang dipantau oleh EPU. Kita juga mempunyai jawatankuasa yang juga dipantau oleh perbendaharaan. Kita juga mempunyai Jawatankuasa Audit yang kemudiannya akan mengaudit dari segi bukan sahaja dari segi nilai barang itu tetapi juga dari cost effectiveness.
Di samping itu kalau sesuatu perkara itu tidak telus maka Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membawa perkara ini kepada PAC. Kita semua boleh menjadi anggota sebagaimana yang tertakluk kepada perundangan dalam PAC berkenaan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Saya daripada - awal tadi Yang Berhormat Menteri katakan tidak perlu ada PAC. Setahu saya PAC itu bersifat reaktif sifatnya. Apabila ada masalah baru diangkat dan gerak kerjanya pun kita faham agak perlahan kerana perbelanjaan pertahanan ini jumlahnya besar. Apa yang saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu yakinkan di Dewan ini ialah mekanisme, governance mechanism itu. Saya boleh terima setakat ini Westminster dan sebagainya, perlukan rombakan tetapi isunya di sini di mana mekanisme akauntabilitinya sebelum berlaku perkara yang dibawa ke PAC, sebelum sampai ke pihak itu. Apa mekanismenya itu? Yang Berhormat Menteri tolong beri cadangan kepada kita selain daripada Procurement Committee tadi.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya telah sebutkan Tuan Yang di- Pertua banyak jawatankuasa yang melibatkan pihak tentera dan pihak awam dan jawatankuasa ini mengandungi sekurang-kurangnya empat tingkat yang berbeza.
Kita ada Jawatankuasa Penilai di pihak Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Jawatankuasa Penilai ini sebagai mewakili end user akan membawa cadangan- cadangan, spesifikasi dan harga ini kepada satu jawatankuasa tinggi yang lain yang dipanggil Jawatankuasa Perolehan di peringkat kementerian. Pihak kementerian pun tidak boleh memutuskan hingga sampai ke peringkat EPU. EPU juga tidak boleh memutuskan sehingga ke peringkat Peroleh Kementerian Pertahanan. Di antaranya itu sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menentukan sebarang projek yang melebihi RM50 juta akan masuk ke makmal untuk dinilai dari segi cost effectiveness, dengan izin. Saya fikir ini adalah merupakan satu mekanisme yang telah dilakukan berdasarkan kepada transformasi yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya fikir semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang harus menghargai mekanisme yang dilakukan ini supaya mengelakkan perkara-perkara yang dituduh kepada mana-mana kementerian khususnya Kementerian Pertahanan dalam melakukan perkara ini.
Satu yang ingin saya sebutkan, dahulu sebarang aset atau peralatan yang kita perolehi, kita peroleh terus daripada prinsipal Tuan Yang di-Pertua. Sekarang ini di bawah dasar yang baru ialah kita lakukan localization di dalam industri pertahanan. Ertinya kita memberikan faedah untuk pemasangan, offset dan juga pemindahan teknologi serta RPR di dalam negara kita. Ertinya kita memperkuatkan industri pertahanan negara kita dan kalau ada faedah pun adalah faedah kepada beberapa supplier kepada sub sistem yang ada.
Saya fikir ini adalah suatu yang baru, yang harus kita berikan penghargaan kepada Majlis Industri Pertahanan, sekuriti dan juga enforcement yang telah dibentuk oleh Jemaah Menteri dan juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya fikir kita harus bersikap positif dalam perkara ini. Saya sebut sekali lagi. Kita boleh berbeza-beza pendapat tetapi dari soal kesiapsiagaan dan keupayaan itu tolong jangan kita pertikaikan. Tentang harga, ya jawatankuasa tadi telah kita wujudkan.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Soalan terakhir Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terakhir ya? Janji dengan saya terakhir ya sebab Tuan Yang di-Pertua akan memberi saya sehingga pukul 1.30 petang. Sila.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Oh... [Ketawa] Saya ada bangkitkan satu soalan lagi mengenai soalan conflict of interest. Tadi Yang Berhormat Menteri ada berkata bahawa pihak dalam sebarang perjanjian yang ditandatangani dengan sebarang kontraktor ada LAD clause iaitu penalti yang dikenakan kepada pihak-pihak yang lewat memberikan kelengkapan ataupun kerja-kerja yang perlu dibuat.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
Akan tetapi setahu saya pada masa dahulu bila PSI Industries lewat, penalti tidak dikenakan dan diabaikan oleh pihak kabinet. Jadi saya rasa dalam perkara ini jika pembinaan OPV ini lewat kerana kontrak ini diberikan kepada syarikat LTAT, Boustead.
Adakah konflik kepentingan atau conflict of interest berlaku bila pihak kabinet perlu mempertimbangkan sama ada LAD clause akan dikenakan ke atas syarikat Boustead atau pun tidak. Saya rasa perkara ini perlu dipertimbangkan ataupun to be considered sebab ini merupakan satu cara masalah governance yang penting di mana kita memberikan satu blank check kepada satu syarikat kerajaan yang tahu saya tidak akan dikenakan penalti.
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, pertama kali saya melihat Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ini cukup rasional dalam mempertikaikan persoalan ini.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Petaling Jaya Utara
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Duduk, duduk! Bila puji sahaja hendak bangun. Inilah masalah dia. Duduklah. Saya jelaskan dahulu. Bila dipuji bagus sedikit mulalah, kembanglah tu.. [Ketawa] Yang Berhormat, dahulu kontrak ini diberikan kepada sebuah syarikat yang dipanggil sebagai PSC Naval Dockyard tetapi mereka gagal, Yang Berhormat pun sedar.
Ketika itu kerajaan telah menempah enam buah kapal peronda dengan nilai kontrak berjumlah RM5.35 bilion yang sepatutnya siap pada bulan April 2007.
PSC Naval Dockyard telah gagal. Saya sebut ya. Ini kerajaan mengakui ya bahawa PSC Naval Dockyard telah gagal untuk menjayakan kontrak ini. Akan tetapi kerajaan terpaksa meneruskan projek berkenaan dengan pihak LTAT di mana LTAT saya sebutkan tadi mengambil alih syarikat ini dan menukarkannya kepada Boustead Naval Shipyard. Kerajaan memberi kelulusan kenaikan nilai kontrak daripada RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1.4 bilion adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang akan saya sebutkan ini:
(i) pemberhentian kerja pembinaan pada tahun 2006 mengakibatkan pembekal-pembekal di luar negara turut memberhentikan kerja mereka dan bagi meneruskan semula mereka telah mengenakan kos tambahan dan penalti;
(ii) penjadualan semula tarikh penyerahan asal PV dari tahun 2007 kepada tahun 2010 telah meningkatkan harga peralatan kapal;
(iii) harga bahan mentah terutamanya harga besi dan kos buruh meningkat akibat perlanjutan tempoh penyerahan PV berkenaan; dan
(iv) peningkatan mendadak dalam tukaran mata wang Euro iaitu sebanyak 30 peratus daripada tahun 2000 sehingga tahun 2007 telah menyebabkan peningkatan daripada kos berkenaan Tuan Yang di-Pertua.
Permohonan pengecualian denda lewat sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Petaling Utara diluluskan oleh kerajaan kerana mengambil kira projek baru sahaja diambil alih oleh LTAT melalui Boustead dan Boustead Naval Shipyard terpaksa menanggung kos-kos yang berkenaan yang tidak dilakukan oleh mereka kerana ini adalah harga yang terpaksa dibayar apabila mereka mengambil alih syarikat dan pertanggungjawaban untuk pembinaan kapal-kapal PV yang berkenaan. Saya harap jawapan saya itu..
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, boleh sambung nanti semula.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sila.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Menteri Pertahanan - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya menyambung sedikit sahaja ucapan penggulungan di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seterusnya Yang Berhormat Sri Aman telah menyuarakan bahawa tempat penginapan anggota Batalion ke-13, Rejimen Askar Melayu Diraja dalam keadaan uzur dan daif. Rumah keluarga angkatan tentera atau RKAT-13 RAMD telah mulai diduduki pada tahun 1973.
RKAT ini diselenggarakan di atas dasar wear and tear mengikut prosedur penyelenggaraan yang sedia ada disebabkan oleh kekangan peruntukan penyelenggaraan tahunan.
Kementerian sememangnya sedar dan sentiasa berusaha supaya peningkatan keselesaan keluarga ATM ini dijalankan seterusnya. Justeru pada tahun 2011, jumlah peruntukan bagi menyelenggarakan RKAT-13 RAMD adalah seperti berikut, di mana RM1.3 juta bagi menyelenggarakan satu blok bangunan 32 pintu dan kerja-kerja sedang dijalankan dan hasil lawatan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan pada Januari 2011 sebanyak RM2.2 juta telah diperuntukkan bagi mempertingkatkan prasarana seperti surau, taman permainan, pagar keselamatan, penurapan jalan dan garaj kenderaan di 13 RAMD.
Yang Berhormat Ipoh Barat telah membangkitkan mengenai tiga anggota tentera yang telah menyembelih seekor burung enggang atau hornbill. Kementerian Pertahanan telah pun menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat kes berkenaan. Berdasarkan kepada siasatan Lembaga Penyiasatan kami mendapati bahawa kejadian tersebut berlaku akibat daripada keadaan burung yang kelihatan tenat dan hampir mati dipercayai tercedera akibat daripada kerja-kerja pembersihan daripada beberapa batang pokok sebelum memulakan pembinaan Forward Operational Based ataupun FOB.
Kecederaan burung ini telah mendorong mereka untuk menyembelih burung tersebut agar halal dimakan. Siasatan juga menunjukkan tiada penggunaan senjata api ke atas burung tersebut dan kecederaan burung tersebut juga bukan berpunca daripada aktiviti pemburuan oleh anggota tentera berkenaan. Dalam kes ini, Kementerian Pertahanan berpendapat kejadian menyembelih dan memakan burung tersebut adalah salah dari segi Akta Perlindungan Hidupan Liar sama ada mereka yang terlibat mengetahui ataupun tidak, proses tindakan tatatertib sedang dilaksanakan mengikut peraturan Akta Tentera yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seputeh yang ingin penjelasan kementerian tentang Komander Rejimen 516 Askar Wataniah Brigedier Jeneral Tan Sri Liew Yun Fah yang dibenarkan menyertai parti politik serta memegang jawatan tertinggi parti.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini bahawa Brigedier Jeneral Tan Sri Liew Yun Fah adalah seorang pegawai sukarela yang berkhidmat dalam Askar Wataniah sejak 20 Oktober 2000. Ketika ini beliau menyandang jawatan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah di Tawau Sabah.
Kesemua terdapat lebih kurang 60,000 anggota angkatan sukarela yang digelar sebagai weekend soldiers, bersifat separuh tentera dan separuh awam dan mereka boleh menyertai mana-mana pertubuhan, persatuan dan parti politik tanpa perlu mendapat kebenaran Kementerian Pertahanan terlebih dahulu. Ianya amat berbeza dengan peraturan-peraturan bagi angkatan tetap, namun mana-mana anggota sukarela yang didapati memudaratkan nama baik Angkatan Tentera Malaysia boleh ditamatkan perkhidmatannya dengan serta-merta.
Menteri Pertahanan - Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya juga ingin menyentuh beberapa persoalan yang dibangkitkan mengenai PLKN terutamanya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang yang mencadangkan agar pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN supaya terlibat dalam kerja-kerja amal seperti gotong-royong di kawasan berdekatan dengan Kem PLKN.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini melalui modul Khidmat Komuniti, pelatih- pelatih PLKN dipupuk untuk terlibat di dalam aktiviti-aktiviti berbentuk sukarela seperti gotong-royong, membersihkan balai raya, mengecat sekolah, mencantikkan surau, menyediakan juadah hidangan bersama komuniti setempat, membuat kerja-kerja kebajikan di rumah orang-orang tua, melawat anak yatim dan sebagainya. Sehubungan dengan itu cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ledang telah pun dilaksanakan oleh pihak JLKN.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin membangkitkan perkara...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Penjelasan, sedikit. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya ada bangkit mengenai isu PLKN.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Yang mana dahulu, Yang Berhormat Ledang atau Yang Berhormat Batu Gajah?
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengalu-alukan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi, cuma hujah saya pada peringkat awal dahulu ialah saya bukannya mencadangkan ke atas perkara yang sudah dilaksanakan tetapi saya menggambarkan bahawa ada satu kekangan di dalam PLKN tersebut, PLKN ini umpama ‘menatang minyak yang penuh’. Ada beberapa aktiviti sukarela yang sukar dijalankan dan sukar mendapat kerjasama dengan kita di peringkat daerah kerana peraturan yang ketat dan sebagainya berbanding dengan kita mendapatkan kerjasama yang mudah daripada sekolah-sekolah berasrama.
Persepsinya ialah seolah-olah kita ini terlalu terikut-ikutkan Yang Berhormat Batu Gajah, itu tidak boleh, ini tidak boleh dan sebagainya dan akhirnya saya bimbang kita melahirkan satu generasi yang kurang credible, maknanya boleh dikatakan lembik Tuan Yang di-Pertua. Sewajarnya ini tidak berlaku dan saya yakin tidak berlaku, tetapi kita tidak boleh terlalu ketat sangat peraturan berbanding dengan sekolah berasrama penuh kerana ia akan melahirkan satu generasi yang umpama ‘menatang minyak yang penuh’, semuanya jadi undur ke belakang berbanding dengan dahulu. Sekian, terima kasih.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, kami mengambil kepedulian terhadap cadangan-cadangan pembaikan program yang dilaksanakan oleh JLKN melalui modul yang telah diubahsuai dan dipinda mengikut keperluan semasa, dan pemerhatian yang dibuat oleh Yang Berhormat Ledang itu telah juga diperbincangkan dalam Lembaga Jurulatih PLKN dan insya-Allah apa yang dibangkitkan oleh beliau itu merupakan satu cadangan yang baik, yang tidak boleh ditolak oleh lembaga berkenaan.
Seterusnya saya ingin menjawab persoalan Yang Berhormat Batu Gajah yang dikemukakan di Dewan ini. Saya mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Ipoh Barat.
Saya telah menjawab soalan Yang Berhormat tentang hornbill tadi. Yang Berhormat Batu Gajah bertanyakan kepekaan kerajaan terhadap kes-kes kematian.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Boleh dapat sedikit penjelasan mengenai perkara ini.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sebentar, saya hendak jawab dahulu.
Masuk lambat, saya jawab lambat Yang Berhormat.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Batu Gajah telah membangkitkan tentang kepekaan kerajaan terhadap kes-kes kematian pelatih sejak akhir-akhir ini. Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara amat memandang berat terhadap kes-kes kematian pelatih-pelatih PLKN ini. JLKN sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk menambah baik prosedur pengurusan kesihatan pelatih yang menjalani latihan PLKN ini. Ini dibuktikan apabila pihak JLKN menjalankan kerjasama yang rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan di antara aspek-aspek kerjasama tersebut adalah:
(i) memastikan pelatih berada dalam keadaan sihat dan cergas untuk menjalani latihan fizikal yang disediakan;
(ii) menyediakan sajian makanan berpandukan Recommended Nutrient Intake for Malaysia (RNI) bagi memastikan tubuh badan pelatih sentiasa cergas dan sihat;
(iii) memastikan setiap kem adalah bebas daripada pusat pembiakan vektor, penyakit dan sebarang wabak penyakit; dan
(iv) penempatan tetap pegawai-pegawai perubatan di kem-kem PLKN seluruh negara bagi rawatan awal.
Selain daripada itu, JLKN turut menjalinkan kerjasama dengan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) bagi memastikan keadaan kem sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk melatih pelatih-pelatih PLKN. Justeru, tohmahan dan dakwaan Yang Berhormat Batu Gajah terhadap JLKN adalah tidak berasas sama sekali...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Minta penjelasan. Yang Berhormat, saya ada lega sedikit Yang Berhormat menyatakan bahawa selepas kejadian kematian, pihak kerajaan akan membuat kajian dalam berbagai-bagai aspek seperti makanan dan suasana kem. Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat yang mengakhiri jawapan mengatakan saya membuat tohmahan tidak berasas itu merujuk kepada perkara yang mana? Ini kerana laporan ada menyatakan semasa ucapan saya, saya ada bangkitkan Ketua Pengarah. Walaupun dia banyak memberi kerjasama kepada saya, tetapi selepas sejurus kematian dua orang pelatih dan seorang koma, beliau ada membuat kenyataan menyatakan bahawa tidak akan ada sebarang perubahan atau pindaan kepada standard operating procedure bagi melayan atau merawat pelatih.
Ucapan saya menyatakan ini tidak akan meyakinkan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka. Jadi saya hendak tanya pihak Kementerian sama ada pihak JLKN ataupun Majlis ada meneliti kadar peratus atau purata pelatih yang jatuh sakit selepas memasuki kem. Ini kerana dua pelatih yang meninggal dunia iaitu Fatini Aqilah dan Mohamad Zulhaili dan selepas itu pelatih Tamilarasi yang koma 16 hari, mereka semua selepas masuk kem mereka ada menerima rawatan berulang kali. High fever, sore throat, keluar masuk hospital berulang kali. Rawatan di dalam kem atau di luar – di hospital. Jadi mungkin adalah baik saya dengar kerajaan kata akan mengkaji semula. Akan tetapi saya hendak tahu kadar purata apakah ada lihat pelatih yang jatuh sakit dalam kem? Jika tinggi, ini menunjukkan timbulnya permasalahan dalam perjalanan PLKN ini.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah atas keprihatinan dan sifat keibuan beliau walaupun beliau belum mempunyai anak biarpun beliau telah berkahwin begitu lama.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Itu urusan peribadi saya. Tidak perlu dibangkitkan dalam Dewan yang mulia.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya ucapkan tahniah. Saya ucapkan tahniah.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Ini hal serius. Kematian pelatih yang saya bangkitkan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Ya, ya. Saya hendak jawab ini. Saya hendak jawab ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tidak payah buat komen yang lain.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya hendak jawablah ini. Hendak puji sifat keibuan pun marah juga? Inilah Yang Berhormat Batu Gajah ini. Okey, saya jawab ya.
Saya ambil serius.
Sejak PLKN memulakan latihannya pada tahun 2004 hingga Disember 2010, sebanyak 27 kematian telah direkodkan daripada 560,000 orang jurulatih. Daripada 27 kematian tersebut, hanya 15 orang pelatih meninggal dunia semasa latihan. Antara punca kematian 15 orang pelatih yang meninggal semasa latihan adalah seperti yang akan saya sebutkan. Dua orang meninggal disebabkan sakit jantung. Bukan disebabkan oleh cara latihan di dalam kem latihan itu. Sakit cardiac arrhythmia secondary to ‘effleurage’ imbalance ini berlaku kepada dua orang.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dalam kelambu pun mati.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Itu kata Yang Berhormat Sri Gading, ya.
Empat orang meninggal disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Seorang pelatih terlibat dalam acute leukemia. Seorang akibat jangkitan leptospirosis with septicemia.
Seorang didapati acute hydrocephalus. Seorang mengidap asthma dan mental disorder.
Seorang mati mengejut semasa tidur sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading. Empat orang mati lemas semasa menjalani latihan.
Seramai sembilan orang pelatih meninggal dunia semasa bercuti. Saya ulangi, seramai sembilan orang pelatih yang meninggal dunia semasa bercuti. Lapan orang akibat kemalangan jalan raya dan seorang pelatih mati lemas ketika mandi di pantai. Terdapat tiga orang pelatih telah meninggal dunia selepas tamat latihan kerana mengidap sakit akibat jangkitan kuman dan mengidap acute leukemia. Semua penghantaran jenazah ditanggung oleh JLKN dan urusan pengebumian pelatih telah diuruskan oleh kem PLKN yang berhampiran dengan dibantu oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia.
Pada tahun ini tiga orang pelatih telah meninggal dunia semasa menjalani latihan di tiga kem yang berasingan. Seorang pelatih meninggal dunia disebabkan neutropenic sepsis atau leukemia. Seorang pelatih lagi meninggal disebabkan penyakit jangkitan bakteria pada otak dan seorang pelatih lagi mati mengejut dan pihak JLKN masih lagi menunggu hasil keputusan bedah siasat.
Jadi itulah sebab-sebabnya. Bukan semasa latihan sahaja tetapi semasa cuti dan semasa latihan mereka telah sedia ada penyakit-penyakit berkenaan. Jadi tidak adil kalau JLKN dituduh tidak mengambil kira soal kesihatan mereka. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat, marilah kita berasa rasional terhadap apa yang berlaku. Qada’ dan qadar telah menentukan seseorang itu mati... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Ini kita harus menerima hakikat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Ipoh Barat kalau masih mahu bertanya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sebelum ini ada mengatakan bahawa dari penyiasatan menunjukkan bahawa ketiga-tiga yang dinamakan terlibat dalam memotong hornbill tersebut dan selepas itu memakan tersebut satu binatang liar yang very rare spesies kerana – kalau kita tengok gambar tersebut dari Facebook dan map menunjukkan bahawa ketiga-tiga mereka adalah pegawai anggota tentera kita. Itu yang pertama. Kedua, berkaitan dengan poaching di Belum Forest. Saya difahamkan ini adalah laporan yang dibuat oleh WWF dan lain-lain NGO mengatakan bahawa ada di mana tentera kita terlibat. Setakat manakah ini betul dan apakah tindakan yang diambil supaya perkara ini dapat dielakkan?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya telah lontarkan jawapan tadi, memang pihak tentera yang berkenaan telah terlibat. Akan tetapi, mereka tidak menembak burung enggang itu, sebaliknya burung enggang itu dalam keadaan keletihan disebabkan oleh aktiviti pemburuan oleh pihak lain.
Jadi mereka menyembelih itu adalah disebabkan oleh sebab mahu mengambil tindakan daripada membiarkan mati begitu sahaja. Walau bagaimanapun, saya sebutkan tadi bahawa kita telah menubuhkan jawatankuasa penyiasatan dan tindakan keras telah diambil mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya tahu dan mengakui bahawa kes ini telah dihebahkan dalam Facebook dan telah disiarkan dalam New Straits Times pada 24 Februari yang lalu. Kes ini berlaku pada petang 24 Mac 2010 yang melibatkan seorang pegawai dan empat orang anggota di kawasan projek pembinaan forward operation base di sektor ‘fork road off’ zon utara, kira- kira 10 kilometer dari Kampung Batu Melintang, Jeli, Kelantan berhampiran sempadan negeri Kelantan dan Perak. Pihak kami tidak boleh berkompromi di dalam soal ini dan kami menjamin tidak akan berlaku lagi peristiwa seperti itu. Kami telah mengambil tindakan dan jika ia melibatkan Akta Perlindungan Hidupan Liar, kita akan patuh kepada akta itu dan kita akan mengambil tindakan yang keras kepada mereka. Yang Berhormat, saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Kita juga tidak berkompromi dengan keadaan itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri jawapan ini dengan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat di dalam perbahasan Kementerian Pertahanan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja yang menyentuh tentang bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan adalah komited dalam menyediakan kemudahan perumahan untuk rakyat khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dalam memastikan kehidupan yang selesa dan berkualiti. Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota telah membangkitkan isu mengenai dengan kandungan Dasar Perumahan Negara dan mencadangkan agar diwujudkan juga Dasar Pemilikan Rumah. Kementerian ingin menjelaskan bahawa Dasar Perumahan Negara atau dengan ringkas DRN yang dilancarkan baru-baru ini telah mengambil kira dasar kerajaan tentang pemilikan rumah.
Ini dinyatakan melalui objektif kedua iaitu meningkatkan keupayaan dan accessibility rakyat bagi memiliki dan menyewa rumah. Teras keempat iaitu peningkatan keupayaan rakyat bagi memiliki rumah serta membaiki akses kepada penyewaan rumah.
Kejayaan pelaksanaan dasar yang merangkumi hala tuju dan asas dalam perancangan pembangunan sektor perumahan negara. Ini memerlukan usaha sama kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan dan juga pihak swasta.
Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya Dasar Perumahan Negara sebenarnya melengkapi aspek perumahan awam seperti dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kota Raja. Kerajaan akan meneruskan usaha penyediaan perumahan rakyat mampu milik untuk disewa atau dibeli khususnya di kawasan bandar untuk golongan sasaran telah pun dizahirkan oleh kerajaan melalui pelbagai skim yang terlibat. Seperti program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, rumah mesra rakyat dan rumah mampu milik di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas dengan kerjasama institusi-institusi kewangan serta skim-skim lain yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi isu yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat Kota Raja mengenai isu harga rumah yang terlalu tinggi untuk golongan berpendapatan rendah, ingin dijelaskan di sini bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep ekonomi terbuka tidak mengenakan sebarang penetapan terhadap harga rumah selain rumah kos rendah. Namun sememangnya kerajaan melalui Bank Negara sentiasa memantau situasi pasaran dan apabila harganya meningkat dengan mendadak, polisi fizikal digunakan untuk mengawal harga. Sebagai contoh, kerajaan telah melaksanakan cukai keuntungan harta tanah dan mengenakan had nisbah pinjaman kepada nilai maksimum sebanyak 70 peratus untuk pinjaman perumahan ketiga dan ke atas bagi mengurangkan aktiviti spekulasi dalam pasaran perumahan pada tahun 2010.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Minta laluan.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Menyentuh mengenai rumah kos rendah yang sangat kurang dibina seperti dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, ingin saya maklumkan bahawa sememangnya jumlah unit rumah kos rendah dibina oleh pemaju swasta di Lembah Klang telah berkurangan secara drastik ekoran kos harga tanah yang melambung.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Silakan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Menyebut mengenai cukai penjualan rumah, ada pihak-pihak yang mengatakan bahawa ianya tidak begitu berkesan kerana sepatutnya rumah kedua itu, the gain tax itu patut ditingkatkan untuk mengelak spekulasi ini. Kemudian jumlah pinjaman yang diberi, ada setengah pihak memberi sehingga 90 peratus daripada pinjaman. Itu yang pertama.
Kedua, sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyebut mengenai rumah kos rendah tadi. Saya diberitahu bahawa tidak semua pemaju perumahan menepati kuota.
Misalnya 30 peratus rumah kos rendah dan sebagainya pada awal kebenaran merancang begitulah biasanya yang dikemukakan tetapi akhirnya pindaan-pindaan dan selalunya mereka tidak memenuhi kuota ini. Terima kasih.
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Boleh Jempol sambung sedikit Tuan Yang di- Pertua? Tentang rumah kos rendah.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Sebentar, sekejap. Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Memang kementerian juga bersetuju kalau ada cadangan yang sedemikian bagi pembeli yang kedua itu dinaikkan cukainya namun demikian kita juga kena mengambil kira bahawa ini juga sebagai satu lagi bebanan kepada para pembeli. Jadi, pada kita apa yang telah kita lakukan hari ini adalah merupakan pendekatan yang menang- menang, di mana pihak pemaju juga dapat keuntungan sementara pembeli juga tidak dibebankan dengan cukai ataupun pemaju juga tidak dibebankan dengan cukai yang terlalu tinggi. Silakan.
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Berkaitan dengan rumah kos rendah Yang Berhormat. Ada sekumpulan masyarakat miskin kita yang memang dia tidak mampu untuk membeli rumah-rumah yang dimajukan oleh syarikat swasta dan kalau di kampung, mereka kita boleh tawarkan rumah rakyat termiskin tetapi mereka ini tinggal di bandar-bandar kecil seperti di Bahau sebagai contoh. Mereka memang sudah tentu tidak mempunyai tanah jadi Program Rakyat termiskin ini pun tidak boleh kita buat. Ada satu lagi skim iaitu Program Rumah Mesra Rakyat yang juga memerlukan tanah untuk mendirikan rumah tersebut juga mereka tidak mampu kerana mereka tidak mempunyai rumah.
Bagaimana dasar kementerian Yang Berhormat, adakah boleh kita buat dalam skim yang lama dahulu, apabila kerajaan mendirikan rumah kos rendah ataupun rumah rakyat termiskin, yang didirikan oleh kerajaan kemudian kita berikan kepada mereka ini, sama ada mereka membayar bulanan lebih kurang dalam RM100 sebulan, yang didirikan oleh kerajaan dan mereka bayar terus kepada kerajaan. Adakah dasar kementerian Yang Berhormat boleh menimbangkan kumpulan rakyat termiskin dalam kumpulan ini.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat.
sebelum saya menjawab persoalan Yang Berhormat, saya juga ingin menjelaskan tentang saranan Yang Berhormat Kota Raja bahawa ada pemaju-pemaju yang tidak memenuhi kuota 30 peratus khas kepada rumah kos rendah dan khas kepada bumiputera. Memang benar terdapat berlaku di mana-mana tetapi kuasa adalah di bawah kerajaan negeri. Kuasa PBT yang berkenaan. Misalnya kalau di Selangor maka Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT yang berkenaan, yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang kecil dan juga sebelum mereka meluluskan pelan-pelan yang telah pun dikemukakan untuk pindah rumah, itu mesti adalah salah satu daripada prasyarat supaya mereka menyediakan rumah kos rendah 30 peratus. Akan tetapi masalahnya Yang Berhormat...
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Belum ya. Masalahnya Yang Berhormat ialah apabila saya melihat di sini bahawa ada juga rungutan daripada pemaju swasta. Apabila mereka membina tetapi tidak ada bumiputera ataupun orang yang membeli rumahnya maknanya sepatutnya kerajaan negeri patutnya bersedia untuk mengambil rumah ini dahulu dan barulah dijual kepada mereka yang mungkin tidak berkemampuan.
Sebab kalau melalui swasta mereka akan meminjam daripada pihak bank dan pihak bank pula mengenakan syarat-syarat yang tertentu.
Jadi ini juga adalah antara masalah yang dihadapi oleh pemaju. Ini kita telah dengar daripada semua pemaju, daripada Persatuan Pemaju Perumahan di seluruh negara, bahawa ini di antaranya masalah mereka kerana tidak ada tabung khas yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk membeli kuota ini dan dijual ataupun kemungkinan juga kerajaan negeri mempunyai satu pendekatan untuk memberi mungkin secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan. Jadi, ini di antara masalah pemaju yang tidak dapat menepati 30 peratus kuota bumiputera dan 30 peratus rumah kos rendah.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa tidak ada orang membeli. Ini bukan masalah tidak ada orang membeli. Rumah 30 peratus itu tidak dibina pun kerana atas alasan rugi dan sebagainya. Satu perkara lagi, makna dia tidak timbul rumah itu sudah dibina dan tidak ada orang yang mengambilnya. Akan tetapi mereka tidak membinanya sebelum lagi seluruh projek perumahan. Biasanya mereka membina rumah-rumah kos tinggi dahulu dan akhirnya atau pun rendah kemudian memberi alasan bahawa mereka tidak boleh membina rumah kos rendah kerana tidak untung dan sebagainya.
Satu lagi Yang Berhormat, PBT ini duduk di bawah dua kerajaan, kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dalam interaksi dengan mereka mendapati bahawa ada perkara yang PBT agak longgar. Saya tidak tahu bagaimanakah atau apakah caranya kita hendak memastikan pegawai-pegawai kita di PBT mematuhi apa yang telah ditetapkan. Selalunya kita mengetahui perkara ini setelah perkara itu berlaku. Saya bagi contoh. Apabila kebenaran merancang itu dibuat, dibenarkan ada tanah-tanah lapang yang ditinggalkan, dirizabkan untuk misalnya rumah agama ataupun untuk apa sahaja tujuan.
Akan tetapi selepas beberapa lama, mereka akan memohon meminda kebenaran merancang ini dan membina perkara lain juga. Mungkin buat satu lagi kawasan perniagaan, bangunan perniagaan. Kalau ditanya kepada pihak PBT, biasanya pegawai yang duduk dalam bahagian merancang akan menyebut ini telah diluluskan dahulu Yang Berhormat, kami tidak ada di sini. Jadi bagaimanakah akauntabiliti ini, kepada siapa hendak kita pertanggungjawabkan bahawa perkara ini diambil kira. Biasanya kita tahu bahawa pemaju- pemaju rumah dia juga ada contact-contact orang-orang kenalan dengan PBT dan dengan ini mereka mudah untuk berunding cara dan ini menguntungkan mereka sedangkan pembeli rumah tidak ada orang yang melindung hak mereka. Jadi apabila keputusan sudah dibuat, perkara itu sudah terlanjur, masa telah berlalu dan kita tidak boleh patah balik kepada kebenaran merancang ini awal.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa kelulusan mengubah segala perancangan yang dibuat yang terdahulu ataupun yang akan dibuat kemudian adalah di bidang kuasa kerajaan negeri.
Kita di kementerian hanya memberikan garis panduan dan dalam garis panduan ini termasuklah juga bagaimana kita melesenkan pihak swasta dengan persetujuan kerajaan negeri. Ini kerana semua pemaju ini adalah perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan juga pihak berkuasa negeri. Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa kementerian hanya menyediakan garis panduan dan di bawah Akta Pelesenan itu sahaja kuasa yang ada pada pihak kementerian. Akan tetapi kalau untuk mengubah, itu terpulang kepada PBT itu sendiri, kerana merekalah mengetahui apakah keperluan mereka sama ada mereka masih lagi memerlukan tanah lapang ataupun sebaliknya.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Akan tetapi dalam syarat pemajuan, mesti ada 10 peratus kawasan tanah lapang perlu disediakan untuk kegunaan-kegunaan lain seperti pembinaan rumah ibadat, kawasan lapang, kawasan permainan kanak-kanak dan pelbagai lagi kemudahan untuk menyediakan prasarana di kawasan-kawasan perumahan.
Mengenai dengan soalan Yang Berhormat Jempol, dahulu memang saya fikir barangkali yang disebut oleh Yang Berhormat ialah tentang rumah murah yang enam tiang.
Saya fikir ini yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Akan tetapi kalau dalam bandar, kita pun kerajaan sukar untuk menyediakan tanah. Jadi antara perkara yang perlu kita buat ialah rumah PPR yang mana kita bangunkan flat yang bertingkat-tingkat sehingga 20 tingkat, 25 tingkat dan di situlah kita akan memberikan peluang ataupun ruang kepada mereka yang tidak mampu untuk membeli dengan harga sewaan yang murah RM124. Itu kita boleh buat di kementerian, tetapi dengan syarat juga bahawa kerajaan negeri mesti menyediakan tanah sekurang-kurangnya kalau satu ekar kita boleh bina dalam 50 unit rumah kos rendah keluasan 700 kaki dan 500 kita memerlukan sepuluh ekar.
Akan tetapi pada hari ini kita memerlukan sekurang-kurangnya 15 ekar tanah sebab satu unit rumah kita akan menyediakan untuk parking iaitu dua petak untuk parking kereta. Ini kerana kalau tidak, masalah apabila keluarga dia datang untuk menziarahi, yang tinggal di rumah PPR tidak ada tempat parking kereta dan sebagainya. Jadi kita memerlukan tanah daripada kerajaan negeri.
Dato' Lilah bin Yasin - Jempol
Boleh saya sambung sedikit Yang Berhormat?
Berkaitan dengan usaha kerajaan melibatkan syarikat swasta dalam membangunkan rumah-rumah kos rendah iaitu sebagai pulangan dalam pembangunan yang dibuat oleh syarikat swasta, kerajaan mewajibkan untuk membina rumah-rumah kos rendah. Sekarang ini Yang Berhormat, kita dapat melihat begitu banyak sekali rumah-rumah ini yang dahulunya telah pun dibeli telah kita berikan kepada mereka untuk memiliki, tetapi sekarang ini sudah masuk dalam kumpulan rumah-rumah kos rendah yang terbiar.
Sebagai contoh dalam satu projek yang ada seratus buah rumah, kadang-kadang ada 30 buah rumah dalam satu projek tersebut terbiar. Tidak ada orang duduk situ, kadang- kadang semak samun dan sebagainya, timbul masalah kepada penghuni-penghuni yang tinggal di rumah tersebut. Apakah bidang kuasa kementerian Yang Berhormat supaya mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini dengan kementerian membeli dan ditawarkan kepada mereka yang memohon dan memerlukan projek rumah yang baru.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Rumah PPR ini adalah untuk golongan yang berpendapatan rendah, itu satu.
Keduanya apa yang dimaksudkan kalau ada rumah yang jadi abandonment ataupun terbengkalai, maka dalam kementerian ada kuasa, tetapi itu melibatkan hanya rumah yang dibina oleh pihak swasta. Maknanya kita akan gulung syarikat ini dan kita akan ambil alih, tetapi prosesnya memang panjang, kita terpaksa pergi bincang dengan bank, kita terpaksa pergi ke mahkamah untuk menggulung syarikat ini dan kita akan pula mencari pemaju penyelamat untuk menyelamatkan rumah. Ini mengambil masa kadang-kadang kita tidak dapat kerjasama daripada pemaju asal. Jadi ini mengambil masa sampai empat, lima tahun. Ada kadang-kadang rumah sehingga tinggal rangka sahaja, tidak boleh dibaik pulih dan terpaksa projek ini mungkin kita akan jual kepada pihak swasta bersama-sama dengan tanahnya untuk dibangunkan semula. Itu ada dalam bidang kuasa kementerian.
Akan tetapi kalau dibuat oleh katakan agensi kerajaan negeri, maka itu adalah merupakan tanggungjawab agensi kerajaan negeri untuk menyiapkan atau untuk menjual.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, kita membina rumah PPR ini setelah siap kita akan serahkan kepada kerajaan negeri. Terpulang kepada kerajaan negeri bagaimana dia mengisi sebanyak mana rumah yang ada itu diisi dan disewa kepada mereka yang berkelayakan di mana saya sebut tadi bahawa mestilah mereka yang berpendapatan rendah, tidak lebih daripada RM2,500 sebulan. Itu yang boleh layak untuk meminta untuk menyewa rumah PPR yang kita bina oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalah perumahan ini masalah nasional. Program Pembinaan Rumah Rakyat adalah agenda nasional. Oleh sebab itu saya berpandangan bahawa ia perlu diberikan perhatian yang serius sebagaimana kita memberikan perhatian kepada program dan projek lain yang mana kerajaan sanggup mengeluarkan dana yang besar bagi mencapai matlamat.
Contoh, kereta Kuala Lumpur, MRT untuk menyelesaikan keperluan pengangkutan dalam bandar Kuala Lumpur, kerajaan sanggup membentangkan satu pelan atau projek pembangunan yang memerlukan pembiayaan berpuluh bilion. Jadi dengan sebab itu, saya berharap satu kaedah baru, satu strategi baru dibuat oleh kerajaan berhubung dengan perumahan rakyat ini.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini saya tengok banyak yang dibuat secara ad hoc, secara tidak tersusun dan ada berbagai-bagai agensi jabatan kerajaan yang masing-masing dengan program masing-masing. Kita dapati sehingga hari ini masalah perumahan ini yang mana kerajaan hendak melihat setiap rakyat mempunyai tempat berlindung, mempunyai sebuah rumah, masih kita belum mencapainya.
Kalau kita berharap kepada swasta, tadi ada disebut oleh pihak di sebelah sana, dipertikaikan tentang peranan syarikat swasta yang mengabaikan janji untuk membina rumah kos rendah ini.
Kita perlu faham Tuan Yang di-Pertua iaitu konsep syarikat swasta membina rumah murah adalah satu konsep yang dipanggil cross subsidy. Tentunya syarikat swasta perlu membina rumah-rumah yang lebih menguntungkan dahulu supaya dia dapat keuntungan dan daripada situ mampu untuk memberikan subsidi kepada pembinaan rumah kos rendah. Ini yang menjadi masalah. Apabila pemaju menghadapi masalah menjual rumah-rumah yang mahal dan tidak beroleh keuntungan maka terbengkalailah bahagian kos rendah 30 peratus yang dijanjikan atau dipersetujukan terlebih awal. Jadi dengan sebab itu Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh kita bergantung...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Salak, saya masih menunggu Yang Berhormat untuk tempelkan hujah itu kepada apa yang dihujah oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri,
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya insya-Allah. Saya akan...
Tuan Yang di-Pertua
Tempelan itu jangan terlampau panjang Yang Berhormat.
Kerana kalau panjang bukan lagi tempelan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Itu hujah persendirian, bermandiri.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya, sedikit lagi sahaja saya hendak menyatakan di sini bahawa tidak boleh kerajaan bergantung pada pemaju swasta.
Ini satu idea yang saya minta kerajaan pertimbangkan. Tidak boleh, tidak mampu syarikat pemaju swasta untuk mencapai matlamat yang saya sebutkan tadi. Dengan sebab itu saya ingin menyarankan kepada Yang Berhormat Menteri, ya ini idea saya. Saya ingin menyarankan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kerajaan benar-benar mempunyai satu gagasan yang besar di mana kewangan yang diperlukan biar besar mana sekali pun, diadakan. Saya ambil contoh, kalau RM60,000 rumah murah sebuah. Seribu memerlukan RM60 juta. Kalau 10,000 memerlukan RM600 juta. 100,000 memerlukan RM6 bilion. RM6 bilion dibandingkan dengan projek pengangkutan kuala lumpur, masih kecil.
Kalau dengan sebab itu, walau waima sejuta rumah untuk dibina sekalipun untuk rakyat yang golongan bawahan ini, kerajaan hanya boleh atau pun perlu mengadakan dana sebanyak RM60 bilion. Dengan RM60 bilion ini kerajaan boleh mengatasi masalah perumahan rakyat.
Saya percaya RM60 bilion ini boleh diadakan. Kerana apa? Ini kerana kerajaan mampu membiayai pinjaman untuk pelajar-pelajar ke universiti. Sampai hari ini dekat RM12 bilion kalau tidak silap saya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi kenapa kalau boleh RM12 bilion untuk pelajaran, satu program penting untuk pembangunan modal insan, kenapa kerajaan tidak boleh mengadakan dana RM60 bilion and once for all, masalah perumahan rakyat dapat kita atasi. Rakyat akan berasa berterima kasih kepada kerajaan dalam hal ini dan untuk itu saya rasa Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang pada hari ini menghadapi masalah kerana tidak cukup wang. Tidak dapat dia hendak menjalankan projek pembinaan rumah rakyat ini...
Tuan Yang di-Pertua
Panjang lagikah Yang Berhormat?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Satu minit lagi Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, dalam mencelah Yang Berhormat, bukan begitu cara dia.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bagaimana caranya Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Caranya, tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada, ini seolah-olah Yang Berhormat berhujah dan hujah itu bersendirian. Tidak ada kait mengait dengan apa yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau pun ingin kaitkan, referlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey, berdiri di atas sendirinya ya, hujahnya...
Tuan Yang di-Pertua
Ini bermandirilah Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Ketawa] Berdiri...
Tuan Yang di-Pertua
Kecuali Yang Berhormat Timbalan Menteri benarkan beliau bercakap dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pendekkan jawapan kepada point yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang lain.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya akan pendekkan dengan membuat kesimpulan sekali lagi. Saya rasa Syarikat Perumahan Negara telah pun dibentuk dengan tujuan itu, ditubuhkan dengan tujuan itu. Akan tetapi malangnya, dana yang diperlukan, pengurusan yang diperlukan, saya rasa perlu diberikan empowerment yang lebih. Itu pandangan dan pendapat saya. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan perhatian, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih sahabat saya daripada Pasir Salak. Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan rumah kos rendah
(PPR) ini adalah merupakan agenda nasional, agenda Kerajaan Pusat bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Untuk makluman Yang Berhormat, saya pendekkan sahaja. Saya tidak payah panjang-panjangkan. Pada Rancangan Malaysia Kelapan, Kesembilan, kita telah membina sebanyak 75,904 unit rumah PPR di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Ini tidak termasuk peruntukan-peruntukan yang disediakan oleh SPNB, tidak disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di mana Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah juga mempunyai program rumah yang dimiliki oleh penduduk miskin tanpa bayar, percuma. Jadi saya percaya, kementerian ini sahaja berbelanja ialah RM2 bilion.
Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita juga seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan RMKe-10 sebanyak 38,000 unit rumah PPR akan dibina di seluruh negara dan tidak termasuk tambahan-tambahan yang diminta oleh Ahli-ahli Parlimen dan juga pemimpin-pemimpin di seluruh negara.
Kemungkinan ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Jadi itu jawapan ringkas saya kepada persoalan Yang Berhormat daripada Pasir Salak.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya pendek sahaja.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Garis panduan untuk mereka yang berkelayakan bagi membuat permohonan ini telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Akan tetapi itu untuk mereka yang ada pay slip. Bagi golongan yang terlibat dalam bekerja sendiri ataupun dalam perniagaan mereka tidak ada pay slip. Jadi apakah garis panduan yang diguna pakai oleh kerajaan di dalam kita meletakkan kelayakan mereka berdasarkan pendapatan isi rumah yang membolehkan mereka membuat permohonan kepada rumah mampu milik (PPR) yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat.
Keduanya, pendek sahaja Yang Berhormat iaitu berhubung dengan kualiti yang dihasilkan oleh pemaju swasta. Kita mengeluarkan CF selepas rumah itu disiapkan dan saya melihat kualiti yang terpaksa dibayar oleh pembeli tidak goes to the price, setimpal dengan harga yang dibayar. Ini kerana kalau bahagian-bahagian yang melibatkan tetulang bumbung dan sebagainya, itu semuanya dilindungi. Akan tetapi selepas beberapa tahun perkara ini terpaksa dibawa kepada tribunal untuk pengaduan dan sebagainya yang menyebabkan kesusahan kepada kerajaan. Ada atau tidak garis panduan yang ada di pihak local government ataupun kerajaan tempatan sebelum pengeluaran CF yang dibuat secara stage-by-stage bagi memastikan kualiti dengan harga yang dibayar oleh pembeli adalah setimpal dan tidak ditipu oleh pemaju-pemaju swasta. Pohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh saya sambung?
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat dari Arau mengatakan bahawa apakah garis panduan bagi mereka untuk layak.
Kalau yang ada gaji, dia ada baucar gaji tetapi kepada mereka yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai slip gaji, kita mempunyai kriteria tertentu di mana kita akan berasaskan kepada sokongan daripada katakan di tempat itu ada ketua kampung (JKK) yang akan mengesahkan bahawa si polan bin si polan, pemohon ini adalah layak kerana pendapatan dia begini, tidak lebih daripada RM2,500. Itu keperluan yang ada termasuklah juga yang dilakukan oleh PBT yang berkenaan. Setelah disahkan oleh ketua kampung ataupun pengerusi JKK ataupun JKDB ataupun Ahli Parlimen termasuk juga Ahli Dewan Undangan Negeri, maka pihak PBT yang mengeluarkan borang permohonan itu akan juga pergi datang mengkaji, meneliti dan menilai betulkah penama ini layak untuk menyewa rumah kos rendah yang kita bina melalui skim PPR dengan sewaan RM124.
Mengenai dengan kualiti perumahan yang dibina oleh pihak swasta, ini juga dalam Akta Pemajuan memang terdapat akta yang mengatakan bahawa CF tidak akan dapat diluluskan kalau sekiranya pegawai-pegawai daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuklah bomba, kesihatan dan lain-lain agensi yang terlibat tidak berpuas hati dengan kualiti pembinaan yang dibuat oleh pihak swasta, maka sepatutnya pihak yang berkenaan tidak akan meluluskan CF kepada pihak pemaju. Jadi ini akan bergantung kepada laporan yang dibuat oleh pegawai-pegawai dan CF ini pun bukan diluluskan oleh seorang pegawai, dia akan ada satu jawatankuasa di PBT di mana jawatankuasa ini akan bermesyuarat dan menerima feedback ataupun laporan daripada pegawai-pegawai yang buat penilaian, maka barulah CF akan dapat diluluskan. Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Terima kasih, ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Rumah kos rendah ataupun pangsapuri kos rendah yang paling kritikal ialah di dalam bandar terutamanya di Lembah Klang. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah pihak kementerian sudah mengenal pasti berapa banyak tanah di kawasan Lembah Klang yang sudah dikenal pasti ataupun berunding dengan pihak bandar raya diambil alih tanah-tanah kepunyaan kerajaan ini untuk tujuan projek rumah kos rendah daripada diberi kepada pihak-pihak swasta mendirikan pejabat-pejabat canggih yang walaupun memberi keuntungan tetapi tidak memberi kemudahan kepada rakyat daripada segi mendapat rumah kos rendah iaitu PPR.
Kedua, apakah Yang Berhormat sedar satu lagi masalah yang kritikal ialah di tempat kawasan perumahan PPR ini ialah masalah tempat letak kereta. Baru-baru ini pun sudah berbangkit, saya tidak sempat dan tidak ada peluang hendak tanya soalan tambahan. Saya tengok contohnya di perumahan PPR di belakang Angkasapuri Tuan Yang di-Pertua, jumlah keretanya masya-Allah. Saya menggeleng kepala tengok.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sehingga tempat parking kereta saya dapati mereka meletak kereta di belakang parking lot yang sudah ada kereta dan untuk memudahkan kereta yang ada lot ini keluar, maka mereka tidak guna handbrake. Jadi senang bila orang nak keluar, mereka boleh tolak kereta-kereta yang ada di depan kereta mereka. Ini boleh menimbulkan kekecohan kalau berlaku apa-apa kemalangan. Saya tidak boleh bayang. Sekarang ini semuanya sensitif.
Kalaulah kereta yang tidak pakai brake ini berjalan sendiri melanggar kereta orang bukan Melayu, orang Cinakah orang Indiakah, sudah jadi isu perkauman nanti, macam-macam.
Timbul pula nak tubuh suruhanjaya pula nanti. Suruhanjaya masalah parking kereta nanti. Jadi perkara-perkara ini serius, jangan ambil ringan sebab saya tengok memang cukup kritikal. Jadi apakah dasar kementerian dalam membina rumah PPR ini diadakan dasar peraturan, maknanya mereka yang mendiami lot berkenaan boleh hanya ada kereta dua lot sahaja. Mesti ada guard yang menjaga dan boleh tunjuk dia punya kebenaran masuk. Tidak sesuka hati satu lot sampai lima, enam buah kereta. Jadi tentu saya rasa boleh menimbulkan masalah keselamatan. Jadi saya harap perkara ini dapat diberi perhatian dan akhirnya, kerajaan sudah pun memulakan projek MMR iaitu membina kereta api di kawasan bandar sehingga ke Kajang. Jadi ini bermakna rumah-rumah pangsapuri kos rendah boleh dibina di pinggir-pinggir bandar oleh kerana ada kemudahan pengangkutan dalam tempoh lima atau tujuh, sepuluh tahun akan datang.
Jadi saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian Yang Berhormat supaya mengenal pasti tanah-tanah di sekitar stesen-stesen yang melibatkan kereta api ini.
Maknanya di kawasan 30 stesen ini, jika ada tanah kerajaan, boleh dirundingkan sekarang ini supaya dikenal pasti dan diwujudkan atau dibina pangsapuri bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah duduk di pangsapuri, di pinggir bandar tetapi ada pengangkutan kemudahan LRT seperti yang kita lihat sekarang ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Pertamanya, tentang tanah-tanah yang perlu diminta atau diambil oleh pihak kementerian. Sebenarnya ini di antara masalah besar yang dihadapi oleh kementerian apabila kita membina sesuatu projek terutama sekali rumah PPR di dalam bandar. Ini masalah sebab kita tidak dapat tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri ataupun mana- mana sahajalah sama ada kerajaan negeri di daerah atau sebagainya. Itu memang masalah besar yang kita hadapi sehingga kita telah membenarkan pihak swasta pula ataupun mereka yang mempunyai tanah yang boleh dibangunkan untuk dijadikan tempat untuk rumah PPR seperti yang berlaku di Sabah di mana kita telah membenarkan pihak yang mempunyai tanah yang luas untuk membina ruang berkenaan kerana kita tidak dapat tanah-tanah yang dapat kita gunakan untuk kita membina rumah PPR dalam bandar. Akan tetapi saya tidak menyalahkan kerajaan negeri sebab mereka pun tidak mempunyai land bank yang besar di setiap bandar-bandar yang besar.
Kedua mengenai dengan tempat letak kereta. Kita menyebut bahawa rumah PPR ini adalah untuk golongan yang berpendapatan rendah iaitu RM2,500. Masalahnya ialah apabila mereka ini pindah, mereka mempunyai kereta sampai dua, tiga buah satu rumah sedangkan parking lot satu sahaja. Jadi sepatutnya kalau mengikut pandangan kita, mereka ini tidak layak untuk tinggal di situ sebab ada dua, tiga kereta. Saya difahamkan bahawa ada yang ada Mercedes Benz pun. Jadi ini di antara masalah yang berlaku dan memang benar bahawa ada pertindihan parking. Kadang-kadang yang mempunyai parking satu itu dia awal masuk sebab dia masuk balik daripada kerja atau balik daripada berniaga, dia masuk parking dia. Bagi yang datang kemudian yang juga tinggal di situ ada antaranya ikut dengan keluarga mereka sebab rumah PPR ini ada tiga bilik, jadi mungkin ada ahli keluarganya juga mempunyai kereta dan parking di situ juga.
Jadi itu masalah dan apabila pemilik rumah yang mempunyai tempat letak kereta ini hendak keluar esok pagi, dia bermasalah sebab yang kawan ini pukul 11 pagi atau 12 tengah hari baru bangun. Inilah juga bermasalah yang kita hadapi. Ini contohnya berlaku di Sabah di mana berlakunya pergaduhan disebabkan berebut-rebut parking yang disediakan tetapi untuk menyelesaikan masalah ini ialah kita telah pun menambah.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Dalam garis panduan kita, setiap rumah kos rendah, kita akan tambah 10 peratus lagi lot tempat letak kereta, 10 peratus untuk motosikal, 10 peratus untuk kereta. Ini bagi memudahkan supaya pelawat-pelawat ataupun keluarga, sahabat handai yang datang untuk melawat mereka yang tinggal di rumah PPR ini ada tempat mereka meletakkan kereta. Itu antaranya...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Sabar dulu Yang Berhormat.
Sekarang ini pun kita sedang juga buat lagi kajian sekali lagi untuk menyelesaikan masalah ini supaya tidak akan berlaku pertindihan parking di antara sesama mereka dan kemungkinan ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi bahawa kemungkinan ada pertembungan kaum kalau sekiranya kita biarkan. Ini telah pun dilakukan oleh kementerian untuk kita membuat kajian, antaranya kita membina parking yang berhampiran dengan rumah itu dan cara bertingkat-tingkat.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Sedikit sahaja Yang Berhormat. Yang Berhormat pun hairan sebab mereka yang tinggal di pangsapuri PPR ini ada memiliki kereta Mercedes, ada memiliki tiga, empat buah kereta, memang benar, saya tengok sendiri. Jadi, macam mana soal pemilihan yang dibuat oleh pihak kementerian untuk mereka yang dikatakan berpendapatan RM2,500 ataupun berlaku pemilihan secara pilih kasih. Walaupun dikatakan pendapatan RM2,500 tetapi mereka yang mempunyai pendapatan lebih juga dapat memiliki pangsapuri PPR ini kerana sokongan-sokongan pihak-pihak politik ataupun pihak-pihak tertentu.
Akan tetapi tidak kepada mereka yang benar-benar memerlukan tempat tinggal iaitu golongan yang benar-benar berpendapatan rendah. Jadi perkara ini harus dikaji oleh pihak kementerian sebab kalau sudah berbangkit dengan memiliki kereta empat, lima buah satu lot tuan punya, ini satu perkara yang luar biasa. Sepatutnya kementerian bertindak untuk mengkaji balik tentang latar belakang mereka ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Ringkas sahaja Yang Berhormat, jawapannya kembali kepada pihak berkuasa tempatan negeri. Ini kerana bagaimana saya jelaskan tadi, apabila rumah ini siap dibina kita akan serahkan kepada kerajaan negeri untuk manage, untuk memilih siapa yang layak ataupun siapa yang tidak layak, siapa yang boleh menyewa rumah yang disediakan oleh kerajaan pusat. Jadi ini akan kembali kepada peringkat negeri sama ada peringkat negeri ada penyulingan atau tidak, kita tidak tahu.
Sebab kita hanya menyediakan rumah, terpulanglah kepada pihak berkuasa tempatan dan negeri-negeri yang berkenaan. Menentukan siapa yang layak untuk menyewa rumah kos rendah tetapi garis panduan sudah ada, tidak lebih daripada RM2,500 pendapatan. Itulah mereka yang layak untuk menyewa rumah PPR.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Tadi Yang Berhormat sebut tentang pinjaman. Saya hendak tanya, ada kementerian beri arahan kepada bank yang berkenaan untuk memberi pinjaman seperti mana yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi? Sebab apabila kita berjumpa dengan bank-bank ini seperti Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Okey, saya faham sudah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Faham tetapi masalah tidak selesai lagi Yang Berhormat. Selesaikan.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Bukan sahaja kementerian malahan kerajaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merayu kepada pihak bank swasta supaya beri pinjaman tetapi pihak bank tidak akan berikan pinjaman dengan syarat:
(i) mereka mesti ada slip gaji, itu syarat;
(ii) mereka mahu title, sedangkan rumah-rumah yang ada sekarang ini belum ada title, belum ada strata title.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Ini di antara masalah, saya ingat Yang Berhormat Menteri Wilayah tahu juga.
Beliau yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan. Sehingga sekarang ini pun kita baru jual 4,000 sahaja, yang pergi membeli tetapi ramai yang minta tetapi mereka tidak dapat pinjaman.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kampung punya macam mana..., kampung punya? Bukan di bandar sahaja, di kampung. Tempat Pasir Salak.
Hendak pinjam membiayai rumah ini, hendak slip, tidak ada slip.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Itu yang saya kata tadi, samalah.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi macam mana penyelesaiannya?
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Penyelesaiannya, satu ialah memang ada gaji.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak selesai.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Kedua, kalau hendak pergi ambil bank, mesti ada title, strata title boleh.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Di Pasir Salak ramai yang tidak ada gaji ini. Ini esok hendak undi saya ini. Macam mana ini? Kalau tidak nanti, tengok senyum sahaja Timbalan Presiden. Dia kata ada chance aku... [Ketawa]
Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique - Setiawangsa
Terima kasih Timbalan Menteri. Ekoran daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri, saya rujuk kepada soalan lisan saya minggu lepas. Di mana masalah di Kuala Lumpur adalah masalah tanah. Di mana walaupun kita sudah khaskan sekarang ini dua parking untuk satu keluarga, satu pintu, masalahnya adalah masih berlaku kesesakan lalu lintas. Dengan itu saya cadangkan di kawasan-kawasan PPR yang saya nampak, masalah tanah masih berlaku. Saya cadangkan untuk membangunkan tempat letak kereta bertingkat di mana parkingnya lebih banyak. Kereta-kereta dapat diletakkan satu kawasan yang kecil atau sempit.
Keduanya, tadi Yang Berhormat Pasir Salak. Isu ini saya nampak di Wilayah Persekutuan pun kita nampak masih berlaku. Kita pernah bercadang di mana kerajaan untuk mengkaji satu skim sewa beli. Di mana masalah-masalah yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Pasir Salak mungkin tidak akan berlaku apabila kita ada perjanjian sewa beli. Perjanjian sewa beli ini kita dapat menjaminkan lebih ramai daripada 4,000 orang yang Yang Berhormat sebutkan tadi, dapat memiliki rumah terutama sekali di kota. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat.
Memang cara penyelesaian kita ialah sewa beli. Maknanya, sebagai contoh, kalau saya sudah menyewa lebih kurang lima tahun, maka itu dianggap sebagai deposit dan saya teruskan sewaan itu sehingga habis. Itu di antara pendekatan-pendekatan yang boleh dibuat apabila kita gagal untuk mendapat sokongan daripada pihak bank. Untuk memberikan pinjaman kepada mereka yang ingin memiliki rumah seperti di Wilayah, di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique - Setiawangsa
Pada masa ini Yang Berhormat Menteri, skim yang ditawarkan kepada pemilik-pemilik yang sedang sewa rumah bukan melalui skim sewa beli. Pada masa ini mereka ditawarkan melalui skim pinjaman daripada bank. Oleh sebab itu masalah di bank yang kita dengar tadi Yang Berhormat Pasir Salak sudah maklumkan adalah satu realiti. Di mana ramai daripada mereka tidak ada slip- slip, bukan sahaja daripada segi gaji tetapi juga susah untuk mereka membuktikan kepada bank mereka boleh membuat pinjaman. Walaupun kementerian memberi satu skim di mana bapa boleh membawa anak-beranak sekali di dalam skim itu.
Dengan itu skim sewa beli ini adalah satu skim di mana mereka boleh sewa secara pembelian, mungkin pada kadar yang lebih tinggi. Sekarang ini mereka sewa RM124, mungkin kita boleh naikkan kepada RM200 tetapi kita boleh beri mereka untuk beli rumah ini selama 20 tahun. Dengan itu kita dapat memberi lebih ramai mereka yang berminat untuk membeli rumah di seluruh negaralah, bukan sahaja di Wilayah Persekutuan. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat.
Kementerian saya akan berusaha. Mahu atau tidak mahu, kerajaan sudah tentunya akan menyelesaikan permasalahan rakyat. Di mana kita sedia maklum bahawa kerajaan kita Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab yang memastikan bahawa seluruh rakyat yang ada di negara kita akan mendapat pembelaan daripada kerajaan yang mereka tubuhkan sendiri. Jadi saya yakin, saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan kita dalam kerajaan ini sudah pun mempunyai agenda bagi memastikan seluruh rakyat yang memerlukan, sudah tentunya akan dibela oleh kerajaan kita.
Kerajaan sememangnya prihatin terhadap keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah. Oleh yang demikian kerajaan telah membina sebanyak 36,000 unit rumah PPR untuk makluman, di Lembah Klang untuk disewakan pada kadar RM124 sebulan sahaja. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebenarnya tidak mempunyai kuasa dalam penetapan kuota rumah kos rendah kepada pemaju. Itu yang saya sebut tadi bahawa kita tidak ada mempunyai satu kuasa pun untuk menetapkan kuota bagi rumah kos rendah kepada pemaju. Ini kerana ianya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Namun garis panduan telah dikeluarkan sebagai panduan dan rujukan kerajaan negeri.
Untuk makluman Dewan, tafsiran rumah harga tinggi yang diluluskan merupakan rumah yang berharga lebih daripada RM100,00 bagi kos rendah, sederhana rendah pula merangkumi rumah yang berharga RM42,001 sehinggalah RM100,000. Manakala rumah kos rendah adalah rumah berharga di bawah RM42,000. Kementerian turut juga menyambut baik cadangan Yang Berhormat Balik Pulau supaya satu pasukan audit ditubuhkan ekoran fenomena harga property yang naik di merata-rata tempat di mana melanda setengah negara dewasa ini berdasarkan kepada laporan Global Property Guide tahun 2010 mengenai dengan perbandingan kenaikan harga rumah di Malaysia dengan beberapa buah negara Asia yang lain. Malaysia berada di tahap yang empat daripada segi kenaikan dengan mencatatkan kenaikan sebanyak 6.2 peratus setahun pada suku ketiga 2010.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Malaysia berada di tahap keempat daripada segi kenaikan dengan mencatatkan kenaikan sebanyak 6.2 peratus setahun pada suku ketiga 2010 berbanding dengan negara Singapura 22.88 peratus, Hong Kong 21.42 peratus, sementara negara Taiwan ialah 11.51 peratus. Tambahan pula, berdasarkan kepada mekanisme-mekanisme dalam polisi fiskal seperti yang dijelaskan sebentar tadi, kementerian berpandangan bahawa mewujudkan pasukan audit masih belum diperlukan pada ketika ini.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kota Raja juga telah membangkitkan mengenai dengan keengganan kerajaan untuk melaksanakan dasar bina kemudian jual. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya menggalakkan pelaksanaan konsep BKJ belian 10:90 dengan menawarkan insentif-insentif kepada pemaju seperti berikut:
(i) mengecualikan syarat pembayaran deposit sebanyak RM200,000 bagi lesen pemajuan perumahan;
(ii) memberikan pelepasan daripada kuota membina rumah kos rendah sepenuhnya; dan
(iii) memberikan keutamaan first line bagi semua urusan yang melibatkan pemajuan.
Namun, didapati sehingga kini penglibatan dan sambutan pemaju adalah kurang menggalakkan daripada pelaksanaan ini yang memerlukan modal yang besar dan sukar untuk pemaju mendapat pembiayaan titian. Tambahan pula, ia dapat dijalankan pada skala yang kecil dan akan menyebabkan kos pembinaan meningkat kerana ketiadaan economy of scale, dengan izin. Akibatnya, pengguna mungkin terpaksa membayar harga rumah yang lebih tinggi.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Oleh yang demikian, kerajaan telah menetapkan dasar di mana pemaju boleh melaksanakan konsep bina kemudian jual (BKJ) atau konsep jual kemudian bina (JKB) yang telah ditetapkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966
(Akta 118). Amalan ini adalah sama seperti di beberapa buah negara maju yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kota Raja dan Hulu Selangor juga telah menyentuh mengenai dengan isu projek perumahan terbengkalai yang menjadi beban kepada pembeli-pembeli rumah yang terlibat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor, setakat ini terdapat lima projek terbengkalai di kawasan Hulu Selangor iaitu empat di Lembah Beringin dan satu di Desa Beruntung, Ulu Yam. Status masa bagi empat projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin ialah pengurus atau penerima, receiver and manager bagi projek-projek sedang membuat pelawaan kepada pemaju penyelamat yang berminat. Manakala bagi satu projek di Desa Beruntung Ulu Yam, ianya masih dalam projek mendapatkan pemaju penyelamat.
Kementerian sememangnya memandang serius perkara ini dan menyedari bahawa buat masa ini tiada peruntukan khusus di bawah Akta Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan peraturan-peraturan berkaitan bagi mengambil tindakan ke atas pemaju perumahan yang menyebabkan projek perumahan terbengkalai. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan kepada perundangan sedia ada sedang dilakukan dengan cadangan pindaan kepada peruntukan di bawah Akta 118 agar peruntukan khusus diwujudkan bagi membolehkan tindakan pendakwaan diambil terhadap pemaju perumahan yang menyebabkan satu projek perumahan itu terbengkalai demi menjaga kepentingan pembeli rumah...
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Rembau bangun.
Tuan Khairy Jamaluddin - Rembau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini soalan dasar berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Antara satu cara untuk mengurangkan projek yang terbengkalai ini adalah seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, untuk membanyakkan lagi konsep bina dan selepas itu jual, build and sell dengan izin. Perkara ini telah diperkenalkan dan beberapa insentif juga telah diperkenalkan oleh kerajaan.
Malangnya, kebanyakan daripada pemaju masih lagi enggan untuk melaksanakan projek pembangunan mengikut build and sell, dengan izin. Antara alasan yang diberi selain daripada aliran tunai (cash flow) adalah keengganan institusi kewangan iaitu bank untuk membiayai projek tersebut sebab bank tidak mahu tanggung risiko yang datang daripada pembinaan selepas itu penjualan. Mereka lebih suka kepada kaedah yang ada pada hari ini iaitu jual dan selepas itu bina yang mana consumers, pembeli rumah itu terdedah kepada risiko di mana pemaju itu kalau tidak sempurnakan pembinaan projek itu, mereka tinggal dengan hanya rumah yang tidak siap.
Jadi soalan saya, bagaimana kita hendak atasi masalah ini untuk jangka masa panjang – walaupun projek yang terbengkalai ini tidak banyak, tetapi bagaimana kita hendak pastikan bahawa institusi kewangan dapat memberi pembiayaan yang cukup kepada pemaju-pemaju untuk melaksanakan build and sell sebab pada waktu ini alasan itu ditolak kepada bank-bank bahawa tidak ada pembiayaan kewangan? Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sambung sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini telah terlalu lama dan sehingga hari ini sebutan-sebutan yang sama sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah ini yang hingga kini belum ada satu lagi azam, political will yang jelas sehingga ianya dapat dikuatkuasakan. Kalau diambil pendekatan build and sell, tentunya ia akan memberikan disadvantage kepada the smaller players. The big boys will win. Ini satu masalah juga.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Akan tetapi kalau boleh saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian, tidakkah difikirkan dengan satu dasar yang lebih menyeluruh supaya perkara ini – kalau di Kuala Selangor itu terlalu banyaklah projek-projek terbengkalainya. Alam Perdananya, Muzium Zamannya, polisi hijaunya, Alam Mutiaranya, terlalu banyak.
Dahulunya disebut sebagai hanya mampu disenaraihitamkan mereka ini. Kalau boleh saya sebutkan, ia bukan hanya persoalan perundangan di sini. Undang-undang itu satu, kewangan itu juga – sokongan daripada institusi kewangan itu juga adalah penting.
Sikap itu juga adalah penting. Sikap yang sentiasa mahu menganiayai pembeli dan rakyat.
Lazimnya saya nampak Tuan Yang di-Pertua, adalah campur tangan orang-orang politik. Ini tidak dapat kita nafikan.
Saya lihat dalam setiap projek-projek terbengkalai itu ada sahaja tangan-tangan orang-orang politik yang mengambil kesempatan dan akhirnya membawa kepada pemangsaan kepada rakyat. Jadi, kita hendak dengar daripada kementerian dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah sampai waktunya satu blueprint kalau disebutkan begitu, atas isu ini diselesaikan secara tuntas dan muktamad. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Dasar itulah sebenarnya di antara pendekatan yang dibuat oleh kerajaan supaya tidak berlakunya rumah terbengkalai. Akan tetapi malangnya, pemaju-pemaju swasta termasuklah persatuan pembinaan rumah swasta ini tidak bersetuju, tidak rela. Dia enggan. Dia tidak bersetuju dengan cara ini. Kita pula walaupun kita mempunyai undang-undang tertentu supaya meminta pihak pemaju tetapi kita tidak boleh memaksa pihak pemaju berbuat demikian. Sebab apa? Oleh kerana ini adalah swasta. Kalau kerajaan, kita boleh buat apa yang kita mahu buat tetapi ini adalah dibuat oleh pihak swasta.
Akan tetapi, untuk makluman kedua-dua Ahli Yang Berhormat, bahawa ada dua syarikat yang telah berjaya membina rumah ini dengan konsep bina kemudian jual iaitu antaranya Hup Seng Property. Hup Seng ini adalah merupakan syarikat dari negeri Sabah yang berjaya. Syarikat ini telah dapat menyiapkan 516 unit rumah dan dapat dijual dan ada pembeli. Akan tetapi, oleh sebab sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor kerana attitude, tabiat yang tidak mahu bertanggungjawab yang hanya mahu mendapatkan keuntungan dengan sekelip mata, dengan mudah untuk mendapatkan keuntungan, maka ini di antara yang menjadi masalah kepada kerajaan. Bukan sahaja kepada kementerian tetapi juga kepada kerajaan.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Oleh sebab tanah-tanah yang dimajukan ini adalah milik persendirian, milik syarikat-syarikat. Sama ada mereka bersetuju atau tidak terpulang kepada mereka. Jadi, ini di antaranya tetapi kita...
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Yang Berhormat boleh duduk dulu, itulah di antara langkah-langkah yang kita buat. Bukan kerajaan hari ini tidak berbuat, macam-macam kita buat, black list kepada pengarah-pengarah syarikat pun tidak boleh buat, tidak menjadi, masih juga kita melihat di sana sini rumah terbengkalai kerana itu di antaranya tanggungjawab pemaju. Saya juga tidak boleh menyalahkan 100 peratus kepada pemaju kerana ada di antaranya akibat daripada lonjakan kenaikan harga barang. Bukan harga barang dinaikkan oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi ialah berlaku global. Maka ini di antara masalah yang dihadapi oleh pemaju-pemaju kita. Maka itu sebab penyebab di antaranya rumah-rumah ini terbengkalai.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Kalau kita lihat, sebelum itu Yang Berhormat ya. Kalau kita lihat apa yang telah berlaku apabila berlaku kegawatan ekonomi pada 1981, pada 1997, maka di sinilah banyak syarikat pemaju yang gulung tikar.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Mereka tidak dapat menyiapkan projek-projek mereka disebabkan satu ialah fenomena kenaikan harga barang dan juga ekonomi dunia merudum. Sementara pemaju pula ia punya cash flow tidak cukup. Ini di antara masalah-masalah yang dihadapi oleh pemaju-pemaju swasta.
Jadi pada saya, kerajaan telah pun banyak buat langkah untuk memastikan bahawa rakyat ataupun pembeli dapat dibela. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, itulah di antaranya pendekatan kita apabila pemaju ini tidak lagi berupaya, meninggalkan projek mereka selama enam bulan atau setahun, maka kita bertindak cepat. Kita akan masuk, kita pergi berunding kepada di mana bank mereka buat pinjaman atau pergi berbincang dengan pemaju asal, kalau boleh pemaju asal siapkan, kalau tidak kita akan mencari pemaju penyelamat. Akan tetapi memerlukan kos tambahan di mana pembeli juga kemungkinan akan dapat menambah kos tambahan di antara 15 peratus hingga 20 peratus kos tambahan.
Akan tetapi tidak ada masalah, apa yang kita lakukan selama ini sehingga 20 peratus kita minta tambahan daripada pembeli, mereka bersedia disebabkan kerana mereka ingin memiliki rumah dan ada yang telah pun mula membayar ansuran bank, pinjaman mereka sudah bertahun-tahun. Jadi nampak itu tidak mempunyai masalah.
Terima kasih.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, nanti dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, banyak lagi isu yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum dijawab. Ini baru satu Yang Berhormat, jadi saya ingatkan kepada Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, kita ada tiga hari lagi, 23 kementerian belum menjawab.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Okey, ini penghabisanlah.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Penghabisan, sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya saya telah membaca bahawa Singapura telah lama melakukan BTS ini, build then sell, polisi yang mereka ada. Adakah kita mengkaji bukan sahaja negara Singapura tetapi negara-negara lain juga turut melakukan polisi sebegini. Memang kita tidak boleh lakukan apa-apa kepada pemaju selagi tidak ada polisi ataupun satu penetapan daripada pihak kerajaan atau suatu akta yang menetapkan bahawa pemaju perlu melakukan pembinaan rumah secara bina dan jual.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Kalau di luar negara Yang Berhormat, ada perbezaan, di Malaysia ini juga ada perbezaan. Kalau kerajaan terlalu drastik, pihak sebelah sana pula mengambil kesempatan tetapi kalau di luar negara seperti negara Jepun dan Australia yang baru-baru ini saya melawat, tidak ada masalah, mereka akan sokong. Jadi, di Malaysia ini ada perbezaan ya, jadi kita sama-samalah tangani perkara ini Yang Berhormat. Apabila esok pilihan raya, tengoklah Kerajaan Barisan Nasional paksa orang nak buat rumah, mesti ada undang-undang, paksa. Jadi, ini tidak boleh, ini yang berlaku.
Jadi, kita pun dalam kerajaan terpaksa berhati-hati supaya tidak akan menjejaskan kepada kerajaan yang ada sekarang. Kita pun hendak pertahankan kerajaan yang ada sekarang. Yang Berhormat mudahlah untuk bercakap tetapi esok Yang Berhormat juga yang pukul balik kepada kerajaan. Jadi, ini harus ditangani bersama. Kalau ada persetujuan daripada pihak pembangkang tidak menyebut dalam pilihan raya akan datang, barangkali kita mudah. Banyak perkara yang boleh kita lakukan sebenarnya tetapi apa yang kita buat, baik untuk rakyat pun, pihak sebelah kata, “Ini tidak baik untuk rakyat.” Terima kasih Yang Berhormat.
Sungguhpun begitu, terdapat peruntukan-peruntukan lain di bawah Akta 118 yang boleh mengambil tindakan ke atas pemaju perumahan sekiranya melakukan kesalahan seperti gagal mengemukakan laporan kemajuan projek di bawah seksyen 7(f) Akta 118 ataupun gagal mengemukakan laporan kewangan beraudit tahunan di bawah seksyen 7(e) Akta 118.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Bagi tahun 2010, sebanyak 533 kes telah didaftarkan di mahkamah di atas pelbagai kesalahan di bawah peruntukan Akta 118 yang dilakukan oleh pemaju perumahan.
Daripada tersebut, 207 kes telah diselesaikan dan bakinya masih berjalan di mahkamah dan di antara kesalahan-kesalahan utama adalah kegagalan mengemukakan laporan kemajuan projek.
Inilah untuk makluman Yang Berhormat, ini sahaja ada dua kurungan akta yang boleh kita gunakan untuk mendakwa pihak pemaju. Kegagalan mengemukakan laporan kewangan beraudit tahunan, ingkar award yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) serta menjalankan pemajuan perumahan tanpa lesen. Ini juga berlaku, di mana terdapat di seluruh negara. Ada pemaju-pemaju yang tidak mempunyai lesen. Ini pun salah siapa? Kita tidak boleh salahkan kementerian saya, kita tanya pada diri kita kerana itu adalah di bawah PBT sendiri sebab PBT yang melihat di mana tapaknya, di mana dia buat pemajuan tetapi PBT tutup mata. Ini di antaranya pemaju yang tidak berlesen, yang tidak memohon lesen pun dan ini juga di antara masalah yang dihadapi oleh kementerian dan termasuk PBT itu sendiri.
Mengenai cadangan supaya diwujudkan skim insurans atau ganti rugi untuk membantu pembeli rumah terbengkalai oleh Yang Berhormat Kota Raja pula. Kementerian sedang meneliti cadangan ini, walau bagaimanapun ketika ini didapati syarikat insurans tidak bersedia untuk menjamin polisi sedemikian oleh kerana risiko perniagaan yang tinggi.
Selain itu, pembeli juga bakal menanggung kos yang tinggi untuk membayar premium insurans.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju telah membangkitkan beberapa isu mengenai dengan Pesuruhjaya Bangunan seperti kefahaman perundangan dan peranan, hubungan dengan pihak berkepentingan dan cadangan pindaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 Akta 663.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sedar akan kelemahan di bawah peruntukan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 Akta 663 yang sedia ada, di antaranya seperti berikut; pengurusan pentadbiran dan kewangan badan pengurusan bersama, kuasa Pesuruhjaya Bangunan dan peruntukan Akta 663 oleh Pesuruhjaya Bangunan.
Sehubungan dengan itu, Akta 663 sedang dikaji secara menyeluruh bagi mengambil dua aspek penting iaitu; penyelarasan semua perkara yang melibatkan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata diletakkan di bawah Akta 663.
Mengkaji kelemahan Akta 663 sedia ada dan mencadangkan penambahbaikan secara menyeluruh supaya dapat menangani secara berkesan isu pengurusan bangunan dan harta bersama. Pindaan Akta 663 ini dijangka akan dibentangkan di sidang Parlimen pada masa yang terdekat. Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ingin berbahas, sila bahas nanti apabila dibentangkan di Parlimen. Kalau ada rasanya lagi yang perlu penambahbaikan, kita di pihak sini bersedia untuk mengkaji. Kalau ada lagi perlu ditambah dalam akta ini nanti.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Pasir Salak telah membangkitkan isu mengenai dengan masalah perparitan di kawasan perumahan dan landskap perumahan lengkap dan penyediaan tempat perniagaan yang bersesuaian untuk peniaga-peniaga kecil di kawasan beliau. Mengikut maklum balas dari Majlis Perbandaran Teluk Intan, tindakan telah diambil bagi membersihkan semua longkang tersumbat di kawasan tersebut. Pihak majlis juga membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan masalah ini tidak berulang lagi. Yang Amat Berhormat Pasir Salak tiada di sini ya.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Bagi cadangan penyediaan tempat berniaga yang bersesuaian pula kementerian telah menyediakan peruntukan di bawah projek-projek kecil di dalam kawasan PBT untuk pembinaan gerai-gerai dan menggalakkan peniaga-peniaga di tepi-tepi jalan. Pada tahun 2010 kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM3.184 juta untuk pembinaan medan selera, gerai di seluruh negeri Perak dan jumlah peruntukan tahun ini akan diagihkan mengikut permohonan daripada PBT. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Salak Majlis Perbandaran Telok Intan pada tahun 2010 menerima peruntukan sebanyak RM950,000 dan pada tahun ini agak menurun sedikit iaitu RM830,000.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Berkenaan dengan isu Terminal Bas Bentayan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Bakri, seperti yang telah kementerian saya maklumkan dalam jawapan berkenaan pada 14 Mac 2011 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa bersedia untuk bersama-sama di mana pihak berkuasa tempatan PBT dalam melaksanakan projek-projek pembangunan yang berupaya memberikan keselesaan hidup rakyat jelata.
Cadangan pembinaan Terminal Bas Bentayan, lokasi baru dapat dilaksanakan sekiranya Majlis Daerah Muar dapat mengemukakan perancangan tersebut kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan mencadangkan kaedah pembiayaan bersama atau mampu dibiayai oleh kerajaan negeri atau PBT sendiri ataupun melalui bantuan kerajaan pusat.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Tenggara dan Petaling Jaya Selatan, telah membangkitkan beberapa isu mengenai dengan pelupusan sisa pepejal.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat pengurusan sisa pepejal adalah berdasarkan waste management hierarchy dengan izin seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan Tahun 2005 telah lama diterima pakai dan dilaksanakan oleh kementerian ini.
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Tahun 2007, Akta 672, yang digubal untuk memberikan kuasa untuk Kerajaan Persekutuan untuk mengarahkan masyarakat supaya mengasingkan, mengurangkan penghasilan dan mengitar semula sisa pepejal. Walaupun akta 672 belum dikuatkuasakan, pelbagai program dan aktiviti berkaitan pengurusan sisa pepejal di antaranya adalah 3R telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian dan oleh pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah penyediaan infrastruktur seperti pusat kitar semula dan tong kitar semula di samping program-program kesedaran awam yang keseluruhannya berjumlah RM75.2 juta bagi tempoh 2009-2011.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat pelbagai projek pengurusan sisa pepejal akan dilaksanakan di bawah RMKe-8, RMKe-9 dan juga RMKe-10 untuk mengawal kesihatan awam dan pencemaran alam sekitar. Di antara projek-projek yang telah dan sedang dilaksanakan adalah pembangunan sembilan tapak pengurusan sanitary. Ia menutup sebanyak 16 tapak pelupusan yang berada di kawasan sensitif seperti sumber air minuman dan menaik taraf 32 tapak pelupusan sedia ada ke tahap yang lebih selamat dan tidak mencemar alam sekitar.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Penggunaan teknologi tinggi seperti incinerator juga dipertimbangkan khususnya di kawasan yang mempunyai keluasan tanah yang terhad seperti pulau dan tanah tinggi. Dalam hal ini kementerian telah membina lima buah loji incinerator mini di mana empat daripadanya dijangka siap secara berperingkat sehingga pada tahun 2011 termasuklah pembinaan. Selain itu kemudahan pengurusan sisa pepejal seperti stesen pembinaan loji rawatan termal dan tapak pelupusan sanitary yang bebas daripada bau busuk turut dilaksanakan. Di samping usaha menutup selamat tapak pelupusan dan menaik tapak pelupusan sedia ada untuk memastikan keselesaan hidup penduduk yang tinggal berdekatan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Bagi laluan sedikit. Terima kasih.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sejak akta ini diluluskan pada tahun 2007 sehingga kini lima tahun apakah sebab utama mengapa Kerajaan Persekutuan tidak dapat melaksanakan akta ini sampai sekarang? Saya difahamkan Kerajaan Pusat akan mengambil alih pengutipan sisa pepejal pada April ini. Saya juga difahamkan ada beberapa negeri yang dikatakan terus terang beritahu tidak mahu kerjasama dengan kerajaan pusat.
So. apakah negeri-negeri yang dinyatakan, empat negeri itu?
Apa masalah kalau negeri tidak mahu kerjasama dengan Kerajaan Pusat dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan pusat? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga kata kita akan bagi tong sampah yang free, percuma kepada setiap isi rumah. So, berapakah jumlah peruntukan yang dinyatakan itu untuk setiap isi rumah tong sampah yang percuma? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Walaupun diluluskan pada tahun 2007, oleh kerana perkara ini adalah perkara baru dan melibatkan seluruh anggota PBT dan juga rakyat maka Kerajaan Pusat bertolak ansur supaya membudayakan dahulu rakyat. Kita tidak tergesa-gesa untuk menguatkuasakan undang-undang ini. Kita mahu supaya rakyat dapat membudayakan - kalau kita kuatkuasakan pelbagai perkara yang dapat kita lakukan termasuklah saman kepada orang yang buang sampah, yang tidak mengasingkan, yang boleh dikitarkan semula kepada yang di kitar semula boleh diambil tindakan. Jadi oleh kerana Kerajaan pusat berpendapat bahawa kita harus membudayakan dahulu rakyat maka itu sebab kita menangguhkan kuat kuasa itu. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat kita akan kuatkuasakan dalam masa terdekat. Persoalan Yang Berhormat...
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Sebentar ya. Selepas ini. Mana negeri kah yang tidak termasuklah negeri Selangor. Saya ingin mengambil peluang sedikit untuk menjelaskan tentang soal pengurusan sisa pepejal ini supaya kita sebenarnya memahami hasrat Kerajaan Pusat. Kita bukanlah inginkan kuasa malahan kita sebenarnya menanggung risiko yang tinggi dalam kita berusaha untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik termasuklah negeri yang dikuasai oleh pembangkang.
Akan tetapi malangnya ada negeri-negeri yang tidak bersetuju misalnya saya ingin menjelaskan di sini, semasa interim iaitu Alam Flora Kerajaan Negeri Selangor berhutang sebanyak RM134,378,74.15 tidak dapat bayar kepada Alam Flora. Akan tetapi kalau penswastaan ini dilakukan maka ini akan dibayar dan ditanggung kosnya oleh Kerajaan Pusat di mana kerajaan negeri - duduk dahulu Yang Berhormat saya jelaskan dahulu, you dengar betul-betul. Bagi saya peluang untuk menjelaskan. Kerajaan negeri tidak payah mengeluarkan satu sen pun daripada peruntukan untuk dibayar kepada syarikat yang mengendalikan penswastaan.
Akan tetapi hari ini tidak ada satu pun pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor yang tidak berhutang. Of course lah ada juga di negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional juga berhutang. Akan tetapi mereka bersetuju sebab apabila Kerajaan Pusat mengambil alih penswastaan ini, tanggungjawab akan dipikul sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat dan ini juga kita akan bimbang apabila berlaku kelemahan tentang kutipan sampah, pemeriksaan awam dan sebagainya ini juga akan dijadikan isu politik apabila sampai masanya. Kononnya apabila kerajaan pusat ambil tidak juga bersih, tidak juga sampah ini kerap dikutip dan sebagainya.
Akan tetapi inilah sebahagian daripada usaha kerajaan pusat untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri supaya apabila kerajaan pusat memikul tanggungjawab ini maka kita akan dapat memberikan perkhidmatan membantu kerajaan-kerajaan negeri akan dapat membuat kutipan ataupun menyelaraskan segala masalah di peringkat PBT.
Yang Berhormat tanya apa lagi?
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Ya, saya memang tidak setuju apa Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tunggakan negeri Selangor RM100 juta. Oleh kerana ada negeri yang tidak mampu bayar dan ada yang tidak bayar kerana yang kutipan sampah oleh Alam Flora tidak memuaskan. Mereka tidak jalan tugas mereka sebab itulah kita bantah kerana kita tidak boleh bagi hanya satu syarikat untuk uruskan sisa pepejal ini.
Kita perlu kembalikan pembersihan dan kutipan sampah ini kepada PBT kerana kita perlu angkat PBT untuk menguruskan semua ini, bukannya Kerajaan Pusat. Kita takut kalau hanya berikan satu syarikat untuk monopoli seperti Indah Water, SYABAS, ia akan berlaku penyelewengan kerana rakyat perlu tanggung, perlu bayar lebih untuk urusan ini.
Jadi, saya berharap Menteri jangan mengatakan kita tidak membayar, tidak perlu bagi banyak alasan utama Alam Flora tidak menjalankan kerja mereka dengan baik, itu alasan utama.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Kalau itu alasan Yang Berhormat, Kerajaan Selangor tidak ada sebab untuk tidak menerima. Sebabnya di dalam klausa perjanjian, kita ada syarat tertentu. Jika sekiranya Alam Flora tidak memenuhi kehendak dan juga keperluan dalam surat perjanjian, bila-bila masa kerajaan boleh mengambil tindakan dan menamatkan perjanjian. Sepatutnya kerajaan Selangor menerima, tetapi oleh sebab walaupun dikatakan Yang Berhormat dasar monopoli, sebenarnya penswastaan ini tidak menggunakan dasar monopoli, kerana kita telah menerima 50 syarikat yang telah mengemukakan tawaran mereka kepada kerajaan untuk mengambil bahagian di dalam penswastaan ini tetapi hanya 25 syarikat sahaja yang telah mengemukakan cadangan dan tiga syarikat yang telah diputuskan dan kita memutuskan syarikat yang kita ambil ini adalah syarikat yang establish, syarikat yang berkeupayaan bukan syarikat RM2, tetapi syarikat yang berkeupayaan, yang boleh melaksanakan tanggungjawab.
Jadi jika sekiranya, Yang Berhormat duduk dahulu, saya beri penjelasan dahulu, you beri peluang dahulu saya beri penjelasan. Jadi jika sekiranya kerajaan Selangor dan kerajaan pusat tidak berpuas hati ada di dalam perjanjian, kita boleh menamatkan kontrak jika mereka melanggar syarat. Saya sebut di sini bahawa yang tertinggi ialah kerajaan Selangor yang berhutang termasuklah juga kerajaan daripada negeri Johor yang juga mempunyai lebih RM100 juta hutang dan masih belum dibayar lagi, tetapi yang tertinggi ialah Selangor.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Terima kasih, kalau kita kira...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Banyak lagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang lain belum menjawab? Ada berapa lagi?
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, jika saya baca sahaja lima minit boleh selesai.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Lima minit, kalau dia baca.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Tangga Batu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron - Tangga Batu
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jika kira hutang orang memang tidak akan selesai, jadi kita kira kerja. Saya mengucapkan selamat berjaya kepada kementerian kerana mengambil langkah untuk merubah budaya, saya percaya kepada education, engineering and enforcement. Jadi apabila hendak mengubah budaya itu adalah langkah yang susah, sepatutnya dimulakan dengan pendidikan, kemudian sediakan sistemnya ke arah pembentukan budaya pengurusan sisa pepejal cemerlang. Teknologi demi teknologi diperkenalkan Yang Berhormat, lapan tahun dahulu Kerajaan Negeri Melaka ada bawa satu inisiatif untuk membina satu incinerator tetapi ditentang hebat oleh penduduk setempat.
Tahun lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat lawatan ke Korea, melawat sebuah incinerator di Bandar Seoul lebih kurang 60 kilometer. Saya hendak tanya Yang Berhormat, nilai tanah kita makin meningkat, kita sudah tidak boleh menggunakan tanah lagi untuk solid waste ini, jadi bila kita hendak mula dengan teknologi incinerator ini yang boleh mendatangkan manfaat kembali. Ini kerana dari sampah masalah dijadikan peluang, ditukar kepada tenaga yang boleh dibekalkan kepada pengguna-pengguna tenaga. Bilakah agaknya kementerian akan meletakkan satu tarikh bahawa mana-mana negeri yang mengalami kekurangan tanah ini boleh menggunakan incinerator, lebih-lebih lagi Parlimen Tangga Batu telah dinamakan satu kawasan untuk dibina incinerator dan kita bersedia untuk menerima teknologi ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu untuk membina itu senang.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Yang Berhormat Timbalan Menteri, penjelasan sedikit tentang isu tadi.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Sebentar, saya hendak menjawab untuk Yang Berhormat Tangga Batu dahulu. Jika tidak, tidak adil dengan Yang Berhormat Tangga Batu dia daripada Barisan Nasional... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya teknologi ini sudah pun kita perkenalkan, kerajaan sudah bersetuju tetapi pertama sebagaimana kata Yang Berhormat tahu ada tentangan daripada rakyat, that is why kita kena..., itu sebab tadi penguatkuasaan itu kita tidak boleh buat drastik, apabila kita drastik macam-macam isu. Jadi untuk itu, kita menggalakkan kerajaan negeri ataupun kerajaan negeri mengadakan joint venture dengan pihak swasta untuk membuat incinerator di peringkat negeri. Bagi Kerajaan Persekutuan kita akan membantu dari segi pelaksanaan, peraturan, pengawalan dan sebagainya. Oleh sebab kos yang tinggi sehingga memakan beratus-ratus juta, jadi di antara pendekatan yang kita lakukan adalah bekerjasama dengan pihak swasta dan mereka akan menghasilkan penjanaan tenaga, ini di antara pendekatan- pendekatan yang akan diambil oleh kementerian dan Kerajaan Pusat. Jadi pada saya, ini digalakkan Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Satu soalan...
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Saya hendak baca lima minit sahaja selesai tahu.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Satu soalan.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Soal apa lagi?
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Tentang isu Alam Flora. Pada tahun 1995, Kerajaan Pusat telah pun melaksanakan penswastaan self interim kepada tiga buah syarikat dan salah satunya adalah Alam Flora. Sudah 16 tahun tetapi tidak ada perjanjian yang dibuat, hanya year by year basis. So kalau Alam Flora tidak boleh melaksanakan tugas mereka terminate sahaja, mengapa menunggu sehingga 16 tahun tidak ada contract design, tahap prestasi pun tidak diketahui.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Soalnya kerajaan pusat tidak boleh membuat perjanjian dengan Alam Flora kerana pertama, kerana Alam Flora sekarang di dalam interim dan sepatutnya kerajaan negeri yang membuat perjanjian dahulu, sepatutnya. Akan tetapi saya tidak tahu, saya tahu sama ada kerajaan-kerajaan negeri PBT membuat perjanjian dengan Alam Flora atau tidak, itu sepatutnya. Ini kerana tugas dan tanggungjawab sekarang ini adalah masih di bawah kerajaan negeri, kita belum mengambil alih lagi. Apabila kita telah mengambil alih Yang Berhormat barulah Alam Flora akan menandatangani perjanjian dengan kerajaan pusat.
Sepatutnya...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Kerajaan negeri sudah membuat keputusan tidak menerima Alam Flora.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Kalau tidak menerimanya pun masih...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Buat keputusan, kalau..
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Yang Berhormat...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Terpaksa untuk mematuhinya.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Dahulu kerajaan Barisan Nasional menerima Alam Flora.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Tidak ada sign kontrak apa pun.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Saya tahu tetapi mereka membuat perkhidmatan sudah 16 tahun, seperti Yang Berhormat katakan.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Ya lah tetapi tidak ada kontrak disign sampai sekarang.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Parti Pakatan hanya memerintah tiga tahun sahaja, maknanya 13 tahun telah diterima oleh kerajaan pada ketika itu.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sakit leher saya begini Yang Berhormat, memandang ke kanan, memandang ke kiri, jangan berdialog leher saya sakit.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Jadi...
Tuan Yang di-Pertua
Bergilir-gilir.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Saya hanya meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri membuat satu keputusan yang tetap, kalau Alam Flora tidak melakukan kerja mereka dengan baik, just terminate kontrak mereka, jangan sambung atau kembalikan hak ini kepada kerajaan negeri bukannya memaksa Kerajaan Pusat untuk mengambil alih. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya rasa terpanggil juga untuk menyebut sedikit yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat saya di Kuala Selangor khususnya subkontraktor yang menjadi subkontraktor kepada Alam Flora. Timbalan Menteri dan kementerian wajar tahu bahawa antara subkontraktor ini yang memberikan khidmat kepada main con iaitu Alam Flora ini, ada di kalangan mereka yang sudah 14 bulan tidak dibayar kerja-kerja mereka. Timbalan Menteri fikir-fikirkanlah, jika dua bulan Timbalan Menteri tidak mendapat gaji macam mana agaknya, ini 14 bulan.
Jadi jika Alam Flora dan dua yang lain yang diberikan concessionaire itu tidak mampu dari sudut keupayaan kewangan, perlu diambil kira kerana payment nya adalah back-to-back, itu satu. Kedua ini sudah in past ataupun keadaan steel made ini dalam hal pengurusan sisa pepejal ini sudah terlalu lama Timbalan Menteri dan kementerian, jadi berapa lama lagi kita perlu menunggu untuk penyelesaian ini dilakukan secara, sekali lagi saya sebutkan istilahnya tuntas dan muktamad.
Saya tidak mahu Tuan Yang di-Pertua menyebutkan tentang kegagalan penswastaan satu ketika dahulu, ini bail out telah dibuat, IWK you know tentang air dan penswastaan air dan sekarang ini penswastaan semula air dan sebagainya. Kita sedang melihat semua ini mahu diperbaiki, kita pun menyokong tetapi jika sudah sekian lama tidak ada penyelesaian seperti ini, satu perkara muktamad wajar dibentangkan di sini Tuan Yang di-Pertua.
Kembali kepada persoalan 14 bulan subkontraktor tidak dibayar. Saya mewakili rakyat saya yang menanggung kesemua ini, apakah akan terus berterusan begini? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Saya minta Yang berhormat kalau betul ada 14 bulan, setahun lebih ya tidak dibayar. Sila minta syarikat itu mengadulah kepada kementerian. Itu yang penting. Jangan cakap di sini sahaja tetapi mengadu.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Ini bukan suatu perkara main-main ini Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Ya, Yang Berhormat...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya telah bangkitkan.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Sila buat surat mengadu maka kita akan ambil tindakan sebab ini tidak adil kepada subcontractor dan nampak subcontractor pun tidak juga tunjuk perasaan. Sepatutnya Selangor ini selalu tunjuk perasaan jalanan dan sebagainya.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Timbalan Menteri mahu tunggu tunjuk perasaan kah?
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Jadi, tidak nampak pun ada tunjuk perasaan sebab...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di-Pertua, boleh...
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Telah dibayar sub con.
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Kalau itu yang mahu ditunggu untuk diambil tindakan, boleh dibuat.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Itu memang kerajaan Selangor.
Terima kasihlah Yang Berhormat. Kalau kita tersalahkan juga Alam Flora...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat...
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Saya dapat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Saya dapat - Sebentar dahulu, saya mahu jelaskan kepada orang Selangor mengenai dengan masalah ini. Sebab antaranya ialah keupayaan juga. Ini kerana daripada 16 tahun Alam Flora ini dapat kerja, tidak boleh pinjam bank. Ini kerana mereka tidak ada perjanjian, itu satu. Dengan kos biayai sendirian 16 tahun. Beli segala-gala mesin dan mereka telah pun berbelanja sebegitu besar. Kedua ialah masalah bila tidak bayar sub contractor dia ialah kerana PBT yang ada rekod ini semua potong kepada Alam Flora yang hanya kecil hutangnya Kuala Langat. Itu pun banyak juga, RM4,000,911 dan yang lain itu semua puluhan-puluhan. Jadi, saya fikir Yang Berhormat kita cuba dahulu penswastaan ini. Saya fikir boleh berjaya kalau ada kerjasama daripada semua pihak dan kita akan buktikan...
Dr. Dzulkefly Ahmad - Kuala Selangor
Saya setuju Yang Berhormat Timbalan Menteri. Antara lain saya juga setuju kalau Kerajaan Pusat - maaf Tuan Yang di-Pertua, kalau Kerajaan Pusat boleh meningkatkan apa yang dikatakan sebagai pemberian kembali kepada Kerajaan Negeri dari sudut pendapatan yang diberikan kepada Kerajaan Pusat umpama Selangor ini menjana RM16 bilion tetapi diberikan kembali hanya RM400 juta.
That is fiscal decentralization mungkin adalah antara jawapannya. Terima kasih.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mewakili Pulau Pinang untuk bertanya keadaan di Pulau Pinang kerana kerajaan Pulau Pinang telah meminta supaya dia terus diurus oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga local government. Jadi, apakah keadaannya? Hari itu saya lihat bahawa Pulau Pinang dikecualikan. Adakah ini benar?
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Untuk makluman Yang Berhormat, tidak ada negeri yang terkecuali kecuali Sabah dan Sarawak. Negeri-negeri Semenanjung ini tidak terkecuali. Ia telah termasuk dalam konsesi tiga syarikat. Akan tetapi kita mahu berunding lagi dengan kerajaan-kerajaan negeri. Kita tidak putus asa. Sebagai kerajaan yang merasakan tanggungjawab seperti yang disebut Yang Berhormat kerajaan pusat merasa terpanggil untuk menjayakan penswastaan ini dan memberikan keselesaan kepada rakyat. Kita akan terus berusaha untuk berbincang dengan negeri-negeri termasuk ada juga negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional. Kita perlu bincang sebab mungkin kefahaman kita.
Misalnya di negeri Kedah kita baru mula dalam tahun lepas, mereka telah menghukum E-idaman baru gagal. Akan tetapi ini adalah sebagai interrupt dan permulaan.
Kita, sebagai contoh Yang Berhormat ya. Kalau kita mahu beli satu kereta baru sekarang ini, kita biasa manual. Itu sangat kita mahu memikirkan. Apabila kita pergi kepada automatik, bagi saya sangat sukar juga. Akan tetapi apabila kita telah biasa dalam tiga atau empat bulan, maka kita boleh menggunakan. Begitulah juga akan berlaku dalam penswastaan sebab di antaranya, kakitangan ataupun staf yang akan dimasukkan di bawah penswastaan ini masih ragu-ragu apakah masa depan mereka terjamin walaupun kerajaan menjamin dalam masa lima tahun tidak ada pemberhentian kepada seluruh anggota perkhidmatan yang bertugas di bahagian penswastaan sampah dan juga pembetungan pembersihan awam ini. Ia tidak ada pemberhentian.
Kemudian, apa yang mereka peroleh daripada PBT begitu juga mereka akan peroleh daripada penswastaan.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Akan tetapi mereka bimbang. Yang Berhormat daripada pengalaman saya apabila saya membuat keputusan untuk menswastakan pungutan sampah dalam kawasan awam di bandar raya Kota Kinabalu. Dalam tempoh enam bulan ramai orang cakap sana sini. Di sini tidak perlu kutip dan di sana lori sampah rosak dan sebagainya sedangkan lori sampah itu pun sebenarnya adalah lori PBT sendiri. Penswastaan akan menambah. Akan tetapi pada peringkat awalnya kita tidak akan dapat memenuhi keperluan 100 peratus dalam masa yang singkat. Jadi, ini kita perlu fikir Yang Berhormat. Jadi, pada saya..., Yang Berhormat Pokok Sena, kenapa pula awak berdiri? Saya...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ini kerana dia sebut Kedah tadi. Ya, saya mengaku bahawa ada masalah. Akan tetapi kerana di Kedah ini khususnya di bandar raya Alor Setar, interim ini sudah agak lama.
Maknanya di antara yang awallah peringkat interim ini. Akan tetapi walaupun ditambah lori dan sebagainya, perkhidmatan pungutan sampah ini lebih teruk daripada sebelum diserahkan kepada di E-idaman ini. Ini isu yang berlaku sebab kita mengharapkan bahawa bila E-idaman mengambil alih ini walaupun di peringkat interim sepatutnya di bawah perkhidmatannya harusnya lebih baik daripada dahulu. Akan tetapi nampaknya perkhidmatannya lebih teruk daripada masa-masa yang sebelum ini. Apatah lagi bila timbul waktu-waktu percutian musim perayaan tertentu ini. Maknanya, sampah kadang-kadang satu minggu lebih tidak dapat dipungut, kadang-kadang kalau dipungut pun di kawasan- kawasan yang tertentu sahaja. Jadi, ini menyebabkan berlaku lambakan di kawasan- kawasan tertentu.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Terima kasih atas makluman Yang Berhormat. Kedah saya terima kasih juga kerana Kedah terima dan saya telah berjumpa dengan Exco Kerajaan Tempatan. Menurut Yang Amat berhormat Menteri Besar, dia kata dengan pepatah dia, ”Kami bersedia untuk menerima. Dua belah tangan menerima” Walaupun memang pada peringkat awalannya, kita mesti menghadapi masalah ini tetapi insya-Allah percayalah. Kalau sekiranya ini janji kita dan ini bukan janji dalam terma perjanjian bahawa tindakan akan diambil oleh kerajaan pusat jika berlakunya kegagalan oleh syarikat konsesi yang melaksanakan penswastaan di negeri-negeri yang berkenaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan sebanyak tiga syarikat konsesi...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Yang telah dipilih...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Balik Pulau sedikit sahaja.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Saya tidak sebut Balik Pulau.
Kenapa Balik Pulau?
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Balik Pulau sampah belum dikutip dan belum diswastakan lagi ini. Satu-satu kawasan Parlimen di Malaysia. Yang Berhormat Menteri, saya sebentar tadi mahu minta Yang Berhormat Menteri ulang sekali lagi. Yang Berhormat Menteri kata kita akan ambil tindakan tegas terhadap pemegang- pemegang konsesi swasta. Saya susah mahu lihat benda itu. Dalam kes-kes contohkah, susah. Betul Yang Berhormat Menteri mahu buat benda itu? Ini saya ulang tanya sekali lagi sebab saya tidak lihat. Saya lihat pengalaman terlibat dalam kes SYABAS dan swasta.
Untuk kerajaan mahu ambil tindakan kepada syarikat penswastaan ini, susah saya mahu percaya. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh yakinkan dalam Dewan ini.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Tidak, ini di antaranya penambahbaikan supaya dapat meyakinkan Kerajaan Negeri bahawa kita kerajaan pusat membuat penswastaan ini bukan hanya sekadar menswastakan. Akan tetapi kita juga mahu konsesi yang dipilih ini bertanggungjawab. Ini di antaranya penambahbaikan. Oleh sebab itu, perjanjian sekarang ini pun kita belum tandatangani lagi. Ini kerana kita perlu bincang dengan pihak konsesi dan kerajaan. Hari ini pegawai-pegawai saya semua pergi ke negeri- negeri, berbincang dengan kerajaan negeri.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
Apabila ada pendekatan dan penerimaan semua pihak, barulah kita menandatangani perjanjian yang dipersetujui oleh kerajaan negeri, dipersetujui pihak syarikat, dan juga Kerajaan Pusat. Ini Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Bukan, soalan saya itu sebab ramai pemegang konsesi ini ramai kawan-kawan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
[Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Bagi yang pegang Idaman pula mungkin Ketua Bahagian ini dan yang ini pegang ketua bahagian lain pula. Jadi, susah. Saya perlu tanya soalan-soalan praktikal seperti ini. Ini kerana secara realiti benda itu susah mahu berlaku.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Yang Berhormat sebagai peguam, saya bukan peguamlah. Akan tetapi sebagai pengetahuan saya kalau yang termaktub dalam perjanjian, kita tidak dapat lari dalam perjanjian. Jadi, saya bukan peguamlah. Profesion saya lain. Akan tetapi Yang Berhormat peguam, saya percaya itulah pendekatan kerajaan pusat.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada sedikit maklum balas tentang kenapa pengutipan sampah ini tidak berkesan.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud - Kota Raja
Masalahnya adalah, apabila PBT sendiri tiada kuasa untuk bertindak ke atas kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Alam Flora dan dalam banyak keadaan, perlu, saya ada satu kes dalam kawasan saya itu Yang Berhormat Timbalan Menteri, 30 aduan satu bulan kepada satu kontraktor dan tidak diambil tindakan oleh Alam Flora sehingga kita tekan sampai beberapa kali, barulah akhirnya kontraktor itu diterminatekan.
Jadi, ini masalahnya. Orang lain yang beri kontrak, orang lain yang bayar, orang lain yang membuat pemantauan. Jadi, yang PBT buat pemantauan, beri maklum balas itu kepada Alam Flora dan Alam Flora tidak mengambil tindakan tegas dan tuntas kepada kontraktor-kontraktor yang tidak melakukan tanggungjawab. Rakyat keliru siapa sebenarnya yang bertanggungjawab, yang akhirnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang paling tidak sedap, Ahli Parlimen. Walaupun Ahli Parlimen bukan kerja jaga sampah tetapi akhirnya kita terpaksa turun padang kerana inilah hakikatnya. Kalau boleh inilah dibetulkan.
Kita tidak mengambil kira ataupun tidak kesahlah kalau Kerajaan Persekutuan boleh membuatnya dengan baik.
Akan tetapi sudah 16 tahun, masih lagi di tahap yang lama, kontraktor-kontraktor yang lama. Bolehkah kita perkasakan PBT kita seperti sedia kala dahulu? Mereka yang melantik kontraktor, mereka yang memantau, mereka yang memegang kewangan untuk membayar atau tidak membayar.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Kita sama Yang Berhormat.
Apabila menjadi ahli politik, menjadi wakil rakyat, menjadi Ahli Parlimen, perlu turun padanglah. Itu memang tanggungjawab kita kepada rakyat. Jadi, tidak payahlah kita Ahli Parlimen, saya pun Ahli Parlimen juga. Saya pun turun padang.
Jadi, mengenai dengan dikatakan bahawa pihak PBT tidak ada kuasa. Saya pun tidak dapat memberikan penjelasan yang sejelasnya kepada Yang Berhormat. Cara interim yang mereka masuk ini pun kita tidak berapa lagi pasti bagaimana perundingan mereka kepada - sebab kita pada awalnya hanya menyelaras sahaja. Dalam keadaan sekarang ini, apabila perjanjian ataupun penguatkuasaan undang-undang peraturan ini dibuat, barulah kita bertanggungjawab sepenuhnya, Kerajaan Pusat. Ini yang hendak saya tegaskan.
Mesyuarat] Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Jadi, untuk memendekkan Yang Berhormat...
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Sedikit lagi. Pasir Puteh.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Apa dia?
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Pasir Puteh. Sambung tadi.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Apa dia, apa isu lagi?
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Tidak, yang tadi. Saya hendak tahu sedikit sahaja tentang kenapa di Kelantan sekarang Alam Flora seperti tidak hendak begitu sahaja ataupun Kelantan ini macam disisihkah ataupun bagaimana? Ini kerana kami di Pasir Puteh contohnya, ialah sentiasa menunggu-nunggu ini Alam Flora tidak turun-turun sampai sekarang. Jadi hendak tahu sebenarnya ataupun ia tidak termasuk dalam senarai Kelantan ini. Terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sudah jadi alam barzakhkah apa?...
[Ketawa]
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Ada. Kelantan terima. Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz bersedia dengan dua belah tangan terima. Akan tetapi beliau kata, beliau juga bercakap supaya lebih baik penswastaan ini memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Itu yang diminta. Penang pula juga bersetuju tetapi perlu bayar back to back, Kerajaan Pusat harus memberikan jaminan. Penang pun tidak ada masalah sebenarnya.
Akan tetapi, oleh sebab ada masih lagi kita teruskan perbincangan. Kelantan tidak tersisih. Kita tidak sisih Kelantan. Ini kerana apa yang saya katakan awal tadi bahawa tidak ada negeri-negeri yang terkecuali daripada penswastaan ini kecuali Sabah dan Sarawak.
Itu sahaja. Okey, terima kasih. Jadi saya terus sahaja Yang Berhormat. Oleh sebab isu ini telah pun panjang lebar kita bentangkan, jadi tidak perlulah saya sebut banyak. Saya teruskan sahaja kepada bomba sukarela.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai telah membangkitkan tentang beberapa isu berkaitan dengan bomba sukarela seperti kemudahan kelengkapan dan peralatan, elaun dan kebajikan serta pengiktirafan kerajaan terhadap pasukan ini. Saya ingin menegaskan, kementerian sentiasa menghargai sumbangan yang diberikan oleh bomba sukarela terutama sekali dalam operasi menyelamatkan nyawa dan harta benda.
Sejajar dengan itu, kerajaan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan peralatan dan kelengkapan memadam kebakaran bagi pasukan sukarela seluruh negara yang diagihkan. Kerajaan bercadang untuk menambah lagi kemudahan-kemudahan pasukan bomba sukarela dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Berkenaan isu elaun dan kebajikan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat pula, ingin saya jelaskan bahawa Dewan yang mulia ini, bahawa konsep pasukan bomba sukarela di negara ini adalah merupakan NGO yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan. Kerajaan memberikan bantuan peralatan dan kelengkapan bagi tujuan memadam kebakaran. Manakala lain-lain kos perlu ditanggung oleh persatuan iaitu pasukan bomba sukarelawan itu sendiri melalui sumbangan yuran ahli atau sumbangan- sumbangan lain daripada masyarakat setempat. Buat masa ini tidak ada peruntukan khas ataupun keistimewaan seperti kemudahan perubatan dan sebagainya yang diberikan kepada pasukan bomba sukarela.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Latihan kepada pasukan bomba sukarela diberikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari semasa ke semasa.
Pengukuhan latihan akan sentiasa dipertingkatkan bagi memastikan pasukan bomba sukarela menjalankan peranannya yang lebih cekap, sempurna dan selamat. Bomba?
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Tuan Yang di-Pertua, di Bukit Mertajam terdapat hanya satu pasukan bomba yang kerajaan, full time punya. Akan tetapi, ada lapan buah yang sukarela.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Selalunya apabila ada kebakaran, pasukan sukarela kadang-kadang sampai lebih awal daripada yang kerajaan punya dan mereka banyak juga menyumbang kepada penyelamatan dalam kebakaran. Jadi, ada satu kali di mana apabila mereka keluar, ada kemalangan berlaku dan ahli-ahli bomba itu sudah cedera. Jadi, di dalam masa ini saya rasa adalah harus bahawa kerajaan memberi insurans bagi ahli-ahli bomba sukarela ini.
Saya rasa ini merupakan satu cara untuk menggalakkan rakyat menolong atau menyumbang kepada kementerian.
Pada waktu sekarang, masyarakat banyak membantu kerajaan. Umpamanya, dialysis centre selalunya adalah melalui dana, kutip daripada masyarakat, sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah missionary, kutip dana daripada masyarakat. Ada banyak penyakit- penyakit tidak mendapat rawatan yang percuma dari hospital kerajaan, mengutip derma juga. Jadi, sekarang kebakaran pun orang ramailah yang menyumbang supaya ada pasukan menyelamat bomba sukarela. Jadi, saya rasa ini bukan satu kerajaan yang bertanggungjawab untuk memberikan- memasyarakatkan tanggungjawab kerajaan kepada orang ramai. Akan tetapi, syarikat-syarikat ataupun kerja-kerja, kontrak-kontrak yang boleh dapat banyak untung punya dia beri kepada kroni sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat.
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Jadi, saya minta bagi pihak ahli-ahli bomba sukarela supaya kerajaan memberi insurans untuk ahli-ahli. Apa bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri membuat janji di sini?
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Saya akan sampai ke arah itu Yang Berhormat. Cuma, saya ingin menjelaskan tadi bahawa perkataan NGO itu kesukarelawan. Yang Berhormat kata tadi bahawa bomba sukarela lebih sampai daripada tempat kebakaran ataupun apa-apa sahaja bencanalah. Itu memang betul. Ini kerana daripada satu balai bomba ke satu balai bomba jauh. Response time nya jauh. Itu sebab kita menggalakkan supaya setiap daerah kalau boleh ataupun setiap Dewan Undangan Negeri sebanyak mungkin bomba sukarela supaya dapat membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, akan dapat membantu memadam kebakaran yang awal. Bukan yang besar-besar yang memerlukan lori tangki dan sebagainya. Yang kecil-kecil dahulu supaya dapat menyelamatkan nyawa, pertama. Kedua, menyelamatkan harta benda. Apabila sampai bomba sebenar, jabatan bomba, maka mereka akan mengambil alih peranan yang dibuat oleh ahli bomba sukarela.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Keduanya Yang Berhormat, kalau rakyat Malaysia ini memberi RM2, RM3 sebulan kepada bomba sukarela, saya ingat tidak sukar. Sebab ini untuk mereka juga. Bukan untuk sesiapa. Jikalau tidak ada bomba sukarela di kawasan itu, apabila rumah dia terbakar, dia mungkin rugi RM100,000, RM200,000. Akan tetapi apalah sangat kalau setakat RM2, RM3 untuk bagi sumbangan. Itu pun bomba sukarela tidak akan memaksa. Jikalau ada pun ada, kalau tidak pun tidak apa. Kita daripada Jabatan Bomba pun ada menyediakan sedikit peruntukan.
Mengenai isu Yang Berhormat, saya akan sampaikan di sini bahawa kerajaan juga sedang dalam peringkat akhir kajian dan penyediaan draf peraturan bagi pasukan bomba sukarela di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1998 bagi memperkukuhkan lagi pasukan ini supaya benar-benar dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan. Pertama, mereka akan dapat kemudahan insurans; kedua, mereka akan dapat elaun semasa mereka bertugas; ketiga, mereka akan diberikan kemudahan-kemudahan lain.
Apabila kabinet menerima cadangan kementerian supaya kita jadikan bomba sukarela ini sebagai bomba bantuan, bomba bantuan ini akan menerima elaun, akan dapat insurans, akan dibagi uniform dan juga peralatan-peralatan yang lain dan mereka akan diperkasakan dengan training yang akan diperketat. Bukan sekarang. Sekarang ini sama ada mereka pergi training atau tidak training tidak apa, boleh. Akan tetapi apabila mereka di bawah akta kebombaan nanti, mereka tidak boleh mengelak daripada menghadiri sebarang latihan ataupun training. Ini akan dilakukan. Jadi kita harap perkara ini akan dapat penyelesaian.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Rationya pula seperti mana Yang Berhormat kata tadi, satu kepada lapan. Itu bagus, kerana negara-negara luar pun rationya satu ahli bomba, empat sukarela dan ini akan boleh dilakukan oleh negara Malaysia. Apabila kita menjelang tahun 2020, negara kita menjadi sebuah negara maju, maka kita memerlukan bomba bantuan dengan rationya satu ahli bomba sebenar kepada empat bomba bantuan. Ini akan berlaku suatu ketika nanti menjelang tahun 2020...
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Mohon penjelasan.
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Ada lagi?
Puan Chong Eng - Bukit Mertajam
Bolehkah Yang Berhormat memberitahu Dewan ini, agaknya bilakah akta kebombaan ini akan dipinda supaya semua ini dapat dilaksanakan?
Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin
Saya tidak boleh bagi masa yang tepat Yang Berhormat, sebabnya kita akan menyediakan Kertas Kabinet yang sudah pun siap. Kita akan sampaikan kepada Kabinet – diangkat kepada Jemaah Menteri. Apabila Jemaah Menteri meluluskan, maka kita akan bawa di Parlimen untuk memasukkan Akta Bomba Bantuan ini sebagai satu akta dalam Akta Bomba. Jadi ini mengambil masa Yang Berhormat. Akan tetapi ini saya percaya dan saya yakin bahawa kertas Kabinet kita disediakan dengan perincian yang sebenar. Saya percaya bahawa kerajaan tidak akan menolak kerana ini adalah untuk kebaikan negara kita juga.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kota Raja juga merayu supaya perancangan bandar dan majlis tempatan seharusnya mempunyai perancangan tanah komprehensif dan memberikan lebih kepentingan kepada pembangunan bandar mesra dan hijau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan
(RT) yang memperjelaskan mengenai dengan perancangan guna tanah yang komprehensif.
Kebanyakan RSN dan RT telah diwartakan oleh kerajaan negeri untuk diguna pakai oleh PBT sebagai garis panduan kawalan pembangunan. RSN dan RT merupakan perancangan guna tanah yang mengintegrasikan pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Kementerian juga sedang dalam peringkat akhir menyediakan garis panduan perancangan kejiranan hijau.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih bagi pihak kementerian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, cadangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Segala teguran, cadangan dan pandangan Ahli Yang Berhormat akan diberi perhatian yang sewajarnya oleh kementerian. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Saya ingin merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Ranau mengenai status komponen komoditi utama terutamanya kelapa sawit, getah dan koko dalam Bidang Ekonomi Utama Negara ataupun dengan izin, National Key Economic Areas (NKEA). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah NKEA ini, ia hanya melibatkan dua komoditi iaitu sawit dan getah. Di bawah NKEA industri sawit, disasarkan untuk menjana pendapatan negara kasar atau gross national income (GNI) sebanyak RM178 bilion menjelang tahun 2020 berbanding sebanyak RM52.7 bilion pada tahun 2009. Ini akan dicapai melalui pelaksanaan lapan Entry Point Projects (EPPs).
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Hamzah bin Zainudin
Sehingga kini, EPP yang pertama yang berkaitan dengan penanaman semula pokok-pokok sawit yang berusia lebih 25 tahun dan tidak produktif telah pun dilancarkan pada 31 Januari 2011. Di bawah program ini, bantuan sebanyak RM7,000 disediakan kepada pekebun kecil di bawah 40.4 hektar atau 100 ekar untuk maksud tanam semula.
Sehingga kini, sejumlah 1,601 pemohon yang melibatkan kawasan seluas 3,989 hektar sedang diproses. Di samping itu, bagi pekebun kecil yang mempunyai keluasan kurang daripada 2.5 hektar, bantuan penyelenggaraan kebun sebanyak RM500 sebulan selama dua tahun juga disediakan. Di bawah program ini juga, bantuan RM7,000 disediakan kepada pekebun kecil yang mempunyai keluasan kurang dari lima hektar untuk tanaman baru sawit. Sehingga kini, jumlah permohonan yang telah diterima dan sedang diproses adalah sebanyak 3,666 permohonan yang melibatkan kawasan seluas 12,594.3 hektar.
Berhubung dengan EPP 2 pula iaitu meningkatkan kualiti pengeluaran buah tandan segar, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah pun melantik 100 orang pegawai tunjuk ajar dan nasihat atau TUNAS yang akan ditempatkan di seluruh negara bagi memberi nasihat dan bimbingan kepada pekebun-pekebun kecil. Bagi melengkapkan usaha ini, kementerian turut menggalakkan penubuhan koperasi supaya pekebun kecil menjalankan pengurusan ladang secara berkelompok. Sehingga kini, empat koperasi telah pun ditubuhkan dan sasaran bagi tahun 2011 adalah 11 koperasi.
Lain-lain EPP adalah dalam proses pelaksanaan dan ia meliputi EPP 3 meningkatkan produktiviti pekerja melalui penggunaan cantas bagi aktiviti penuaian dan aktiviti mekanisasi lain; EPP 4 meningkatkan kadar perahan minyak di peringkat kilang; EPP 5 memerangkap biogas di kilang-kilang sawit bagi tujuan penjanaan tenaga yang diperbaharui; EPP 6 membangunkan industri olio derivative; EPP 7 mengkomersialkan pengeluaran bio bahan api generasi kedua dari bahan buangan industri sawit; dan EPP 8 mengembangkan sektor hiliran berasaskan makanan dan kesihatan dengan menggunakan produk-produk berasaskan sawit.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah NKEA juga...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Negara ini bergantung kepada getah dan kelapa sawit. Ramai rakyat negara kita terlibat. Kita mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi kerana sentiasa membuat pembaharuan-pembaharuan, mencadangkan perkara-perkara yang lebih menguntungkan pekebun-pekebun kita.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Cuma saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah rakyat atau penanam-penanam kelapa sawit yang menjual buah tandan segar ini, sedar tentang perahan minyak? Dia selalunya menjual kira tan kepada peraih-peraih. Peraih-peraih akan menjualnya ke kilang-kilang yang ada kaitan dengan mencari keuntungan dari segi perahan minyak buah tandan segar ini. Orang-orang kampung tidak faham hasil yang dijual oleh mereka, dia tidak tahu berapa perahan. Soalnya kadang-kadang berlaku perselisihan harga yang diterima oleh pekebun dengan peraih kerana peraih dapat untung dari segi perahan minyak itu berapa peratus; 19 peratus, 20 peratus, 21 peratus, 22 peratus.
Setiap 1 peratus itu nilainya sangat tinggi. Jadi, bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat perkara ini supaya rakyat yang menjual kelapa sawit ini tidaklah sentiasa tertekan, tertipu atau ditipu. Sedangkan dia mungkin agaknya mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi. Minta sedikit penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Inilah yang saya katakan bahawa kementerian sentiasa mahu melihat supaya OER kita ini, peratusannya dapat kita tingkatkan daripada sekarang average lebih kurang 20 peratus sehingga 23 peratus. Caranya adalah pertama, kita akan menggunakan enforcement yang lebih ketat. Kita akan letakkan di semua kilang-kilang untuk melihat supaya kilang-kilang dapat menentukan bahawa kadar perahan itu dapat kita capai, apabila mengikut apa yang kita tentukan di masa hadapan nanti.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Kedua, kita mahu pastikan supaya buah-buah yang kita hantar ke kilang-kilang tersebut adalah buah-buah yang bermutu, yang dijaga daripada awal lagi. Sebab itu saya sudah jawab tadi, kita akan tentukan pegawai-pegawai kita melalui Program Tunas ini supaya pegawai-pegawai akan turun ke kampung-kampung untuk melihat bagaimana untuk kita mengeluarkan buah-buah tandan yang segar ini secara yang lebih baik dan menjualkannya kepada dealer yang telah pun diberikan lesen secara yang terperinci, yang betul. Oleh sebab itu kita hendak mengurangkan daripada jumlah keciciran sebelum sampai buah tersebut di kilang-kilang.
Kita sedang pun membuat satu lagi program, di mana kita menggalakkan supaya pekebun-pekebun kecil menubuhkan koperasi-koperasi supaya kita boleh buat secara cluster. Di mana semua buah-buahan yang dijual ini kita pasti daripada mana buah tersebut datangnya dan daripada kebun mana, jual kepada siapa dan akhirnya perahan ini apabila mereka jual nanti mengikut kadar yang benar-benar diperolehi di kilang-kilang tersebut. Jadi insya-Allah kita akan buat ini daripada semasa ke semasa dan kita akan mencapai angka perahan sebanyak 23 peratus pada tahun 2020 nanti, insya-Allah.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sila.
Tuan Salahuddin Haji Ayub - Kubang Kerian
Saya berpandangan isu yang dibangkitkan oleh rakan saya dari Sri Gading itu ada relevannya dan tahap relevannya itu sangat tinggi. Ini berlaku di FELDA dan keputusan sebuah mahkamah baru-baru ini pun dapat membuktikan bahawa selama ini memang isu perahan minyak ini adalah satu isu yang memang melanda peneroka. Ini isu rakyat, sama ada peneroka FELDA ataupun orang kampung. Mereka ada... Mereka mungkin orang PAS, mereka mungkin orang UMNO atau mereka mungkin tidak berparti. Akan tetapi itu bukan, itu adalah isu rakyat. Rakyat harus mendapat hasil daripada keringat mereka. Ini masalah keringat mereka. Jadi kalau itu boleh berlaku di FELDA apatah lagi jaminan di kilang-kilang swasta ini. Jadi, saya rasa penguatkuasaan itu satu isu yang sangat penting. Ini kerana selagi mana ianya tidak dipantau dengan serius maka selama itulah setiap hasil daripada titik peluh rakyat itu akan menjadi ancaman kepada mereka.
Jadi, saya harap kementerian Yang Berhormat akan lebih serius dalam memantau kilang-kilang ini supaya mereka tidak mengambil keuntungan hasil daripada menghisap darah dan keringat peneroka atau orang-orang kampung ini yang mereka adalah pekebun- pekebun kecil, yang memang mengharapkan hasil daripada kelapa sawit ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kubang Kerian, saya hendak beritahu sebenarnya tidak timbul isu kes di FELDA yang cuba hendak menipu sesiapa. Cuma kadangkala saya hendak beritahu ada buah-buah yang tidak bermutu, yang masuk di kilang-kilang yang menyebabkan kekurangan perahan OER yang dapat melalui kilang-kilang tersebut.
Oleh sebab itu dalam program yang kita NKEA ini, kita telah pun melantik 400 pegawai yang baru, 200 semata-mata melalui Program Tunas. 200 lagi penguatkuasaan yang akan kita letakkan di kilang-kilang yang kita tentukan secara cluster untuk melihat bahawa kilang-kilang tersebut boleh mencapai peratusan perahan yang kita pastikan untuk mencapai angka 23 peratus itu tadi. Insya-Allah tidak timbul perkara ini dalam masa yang terdekat. Ini kerana kita sedang berusaha dengan secara yang paling terbaik untuk menentukan bahawa ianya akan berlaku dengan secepat mungkin. Tuan Yang di-Pertua...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Penjelasan. Sedikit tentang mutu perahan.
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Soalnya sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya bagaimana kementerian ini boleh mendidik pekebun-pekebun kecil kelapa sawit termasuklah peneroka FELDA dan sebagainya termasuk kilang-kilang sawit supaya mereka benar-benar faham tentang kualiti minyak sawit ini yang dihasilkan daripada buah kelapa sawit sebab kesannya ialah mungkin satu masa nanti kalau kita tidak serius mungkin satu masa nanti, minyak sawit daripada Malaysia akan ditolak mentah-mentah.
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Ini kerana pernah satu kapal minyak sawit kita ditolak kerana mutunya rendah yang berpunca daripada kilang dan sebagainya. Jadi bagaimana? Soalan saya sekarang ini bagaimana kita boleh mendidik pekebun ini? Sebab mereka tahu, mereka ada hasil mereka hantar. Sedangkan pada mereka buah kelapa sawit okey. Mata kasar pandang ada kualiti, boleh dihantar ke kilang. Akan tetapi sebenarnya tidak okey, mereka tidak faham.
Bagaimana kita hendak mendidik mereka? Sekian, terima kasih.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Pertama seperti jawapan saya tadi, MPOB atau Lembaga Minyak Sawit Malaysia telah pun melantik beberapa orang pegawai, tunjuk ajar dan nasihat kita namakan tunas untuk mengajar pekebun-pekebun kecil dari segi cara bagaimana hendak menjaga kebun-kebun mereka secara yang terbaik. Good agriculture practices. Kemudian, mengeluarkan buah-buahan mereka ini secara yang terbaik kepada dealer yang memang kita telah pun pastikan bahawa mereka ini adalah yang baik untuk menerima buah-buahan tersebut.
Sebab itu kita sedang melihat supaya tidak ada super dealer dan sebagainya. ini kerana kita takut nanti ada sebab-sebab tertentu di mana super dealer mencampurkan buah-buah lain, menghantar ke kilang-kilang menyebabkan yang menjadi mangsa adalah pekebun-pekebun kecil yang telah pun mengikut kaedah yang baik, yang diajar oleh pegawai-pegawai tunas tadi. Jadi, insya-Allah kita akan turun daripada semasa ke semasa mengajar semua pekebun-pekebun kecil, bagaimana untuk menjaga kebun-kebun mereka yang terbaik dan untuk mengeluarkan buah-buah yang bermutu, insya-Allah perkara ini tidak timbul lagi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah NKEA juga, industri getah di sasar untuk menyumbang sebanyak RM52.9 bilion ringgit kepada GNI menjelang tahun 2020 berbanding RM24.7 bilion dalam tahun 2010. Untuk mencapai sasaran tersebut empat APP sedang dilaksanakan untuk meningkatkan produktiviti nasional getah asli kepada 2,00 kilogram per hektar setahun pada tahun 2020, berbanding dengan purata nasional semasa ini sebanyak 1,450 kg per hektar setahun.
Dato' Hamzah bin Zainudin
Memastikan kemapanan atau sustainability sektor huluan getah asli negara dengan mengekalkan sekurang-kurangnya 1.2 juta hektar kawasan tanaman getah dan 1 juta hektar kawasan yang bertoreh. Meningkatkan syer pasaran dunia bagi sarung tangan lateks negara pada 65 peratus menjelang tahun 2020 berbanding dengan 62 peratus pada tahun 2010 dan mengkomersialkan eco-preneur dan pure prenuer iaitu getah proses yang mesra alam.
Berkenaan pembangunan industri koko...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum berubah pada industri koko. Sedar atau tidak kementerian, kebanyakan orang Melayu yang mengeluarkan hasil getah, dia mengalami kerugian sebenarnya.
Kerugian ini kalau di campur-campur mungkin jumlahnya jutaan ringgit satu hari. Sedar atau tidak kementerian? Ini kerana orang Melayu hari ini lebih suka getahnya dijual secara buku.
Dia toreh, selepas itu dia biarkan beku dalam cawan. Esoknya dia datang menoreh, getah yang beku itu, dia ambil kemudian dijual yang mana harga getah inilah yang paling rendah berbanding dengan getah keping, berbanding dengan lateks. Akan tetapi orang kampung, ibu saudara dan sepupu saya, mereka tidak akan hendak mampu hendak jual lateks ini pasal hendak jumlah yang lebih besar. Jadi, gunakanlah cara jual secara beku.
Pada hari ini saya dengar katanya semakin menurun setelah Jepun berlaku peristiwa gempa bumi ini. Itu yang kena curi itu satu hal. Sedar atau tidak bahawa pekebun kecil getah jutaan sebenarnya perselisihan harga ini. Jadi, apakah tindakan kementerian dalam hendak meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil kita? Getah pada hari ini – lateks, kita import dari Thailand kerana kita kekurangan. Saya tidak tahu apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri kata hendak capai sehingga RM52 bilion, itu akan sampai tetapi pada tahun 2020. Ini kerana mutu getah kita yang dikeluarkan oleh petani kerana hendak senang, hendak senang begitulah. Akan tetapi harganya rendah dan orang kita terima apa begitu sahajalah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi, inilah peranan kementerian bagi membantu mereka dengan kaedah-kaedah yang mungkin lebih terbaik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menjelaskan di sini, kita sedar bahawa sebenarnya kalau boleh kita hendakkan supaya ada juga pekebun-pekebun kecil yang mengeluarkan lateks dalam negara kita supaya dapat kita mengurangkan import lateks daripada luar negara.
Akan tetapi, seperti Yang Berhormat katakan tadi, ramai pekebun kecil yang masih lagi tidak sanggup untuk bekerja lebih kerana hendak menjaga lateks itu lebih susah daripada hendak menoreh setakat hendak menjual secara cup lump atau secara beku. Oleh sebab itu mereka banyak menggunakan secara cup lump, dijual secara cup lump. Jadi, yang kita buat adalah supaya pegawai-pegawai Lembaga Getah Malaysia turun ke bawah dan memberikan teknologi-teknologi baru yang dapat membantu mereka. Contohnya melalui LITS, teknologi baru iaitu low intencity tapping system, yang mana kadar tapping dalam seminggu itu dapat kita kurangkan tetapi produktivitinya masih lagi mengikut kadar yang mampu dikeluarkan oleh mereka. Itu salah satu cara supaya mereka ini dapat melihat bagaimana hendak menggunakan teknologi yang sentiasa kita berikan.
Maka, dalam tiap-tiap masa, mereka boleh bertemu dengan pegawai-pegawai kita dan kita akan mengajar mereka dengan teknologi-teknologi yang baru. Contohnya apabila mereka hendak menjual getah tersebut, kita sekarang ini telah pun mengeluarkan sebuah mesin, alat yang kita namakan alat dry rubber content untuk menentukan supaya mereka dapat menjual dengan kadar harga getah kering yang berpatutan. Pada hari ini, sebelum adanya alat tersebut, mereka menjual mengikut suka dealers, berapa peratusan yang diberikan, maka itulah yang mereka terima. Pada hari ini tidak lagi. Mereka boleh menggunakan alat tersebut dan boleh ditentukan bahawa peratusan dry rubber content tersebut adalah mengikut yang dikeluarkan oleh alat itu. Maka, ia tidak lagi ada mana-mana pihak yang boleh menipu daripada segi penjualan peratusan dry rubber content tersebut.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Insya-Allah, dengan adanya ini, kita hendakkan supaya semua pekebun kecil dapat bergabung dan menubuhkan koperasi supaya kita boleh membantu lagi. Ini kerana kita ada lagi teknologi-teknologi baru supaya apabila dikumpulkan mereka ini menjadi sebuah kumpulan yang besar, kita boleh membantu dengan alat-alat lain supaya mereka tidak menjual getah buku lagi tetapi boleh menjual getah secara getah keping. Ini kerana ada teknologi baru yang ingin kita berikan kepada pekebun-pekebun kecil buat masa ini supaya mereka dapat meningkatkan produktiviti dan dapat mengeluarkan getah yang lebih mahal daripada apa yang mereka jual pada hari ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya meneliti penerangan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam isu kelapa sawit, getah dan katanya Yang Berhormat Timbalan Menteri akan bercakap berkenaan isu yang membabitkan koko barangkali. Daripada ketiga-tiga perkara ini, saya nampak ada satu elemen yang cuba di establish di sini ialah peranan kementerian Yang Berhormat untuk mengekalkan kestabilan dalam harga komoditi-komoditi tersebut.
Jadi, saya bercadang hendak mengemukakan soalan ini atau minta penjelasan ini dalam sesi yang berasingan. Walau bagaimanapun, saya rasa ada baiknya juga kerana saya pernah menyuarakan secara peribadi dengan Yang Berhormat berkenaan dengan peruntukan yang paling besar dalam kementerian Yang Berhormat iaitu sebanyak RM923 juta yang merupakan lebih daripada 68 peratus, maknanya lebih belanjawan kementerian Yang Berhormat untuk tujuan penstabilan harga minyak masak, skim penstabilan minyak masak yang diperuntukkan dalam belanjawan yang baru lalu.
Setakat ini, oleh kerana isu berkenaan dengan getah juga ditimbulkan, isu perahan juga ditimbulkan, ada atau tidak mekanisme perbelanjaan ataupun penyaluran belanjawan ini untuk skim itu telah dilaksanakan setakat ini, setakat Mac tahun ini dan apakah kaedahnya? Kalau begitu, nampak gaya tidak ada peruntukan yang seumpamanya untuk menstabilkan harga getah dan juga barangkali koko kerana belanjawan yang begitu besar hanya tertumpu pada penstabilan minyak masak.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Adakah maknanya tidak ada peruntukan untuk penstabilan yang sama untuk komoditi lain seperti getah dan koko? Saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di sini.
Apabila kita hendak menstabilkan harga komoditi, ia berbeza antara satu komoditi dengan komoditi yang lain. Sawit adalah mengikut cara yang mana kita buat macam-macam program untuk menentukan bahawa harganya sentiasa stabil termasuklah penstabilan yang kita gunakan untuk minyak masak tersebut. Akan tetapi itu bukanlah semata-mata mengikut satu program sahaja, banyak lagi caranya seperti hendak menentukan program tanam semula, kita tentukan supaya program tanam semula ini kita buat kajian berapa peratusan yang harus ditebang, berapa peratusan yang harus ditanam semula.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Ini adalah sentiasa kita buat. Begitu juga dengan getah untuk menentukan supaya kita punya produktiviti sentiasa stabil dan harganya sentiasa kita boleh menstabilkan, maka tanaman semula juga kita tentukan supaya ada kawasan yang boleh tanam semula. Bukan semua kita benarkan tanam semula sebab itu kalau mereka hendak tanam semula dan kita kata belum lagi dan jika mereka tidak mengikut arahan kita maka kita tidak beri bantuan.
Jikalau mengikut cara kita dan mengikut time table atau jadual yang telah kita berikan, insya-Allah kita bayar bantuan insentif untuk tanam semula. Itu tentang pokok kelapa sawit dan getah manakala koko ia berbeza Yang Berhormat. Sekarang ini kita kena balance kan harga koko ini kerana peratusan jumlah kita beli biji koko ini daripada luar negara begitu tinggi sekali. Manakala kita memerlukan buah yang kita import hampir 90 peratus daripada luar negara. Jadi sudah tentu kita hendak harganya tidak tinggi dan juga rendah. Jadi kita hendak tentukan supaya boleh bagi menang kepada dua-dua pihak kerana grinding facities yang paling besar dalam Asia ini adalah dari negara kita. Kapasiti grinding kita adalah sebanyak 375,000 tan setahun. Ini menunjukkan kita memerlukan buah koko yang begitu banyak.
Oleh sebab itu jika harga terlampau tinggi maka susah kepada syarikat-syarikat yang terpaksa beli buah koko daripada luar negara untuk kita kisar untuk menjadi produk- produk koko yang akan kita eksport semula. Itulah sebabnya berbeza cara untuk kita tentukan kestabilan komoditi daripada satu komoditi kepada komoditi-komoditi yang lain.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Jadi kalau begitu Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah maksud skim penstabilan harga minyak masak yang peruntukkannya itu RM923 juta hampir kepada RM1 bilion. Apakah maksud sebenarnya aktiviti yang diletakkan di bawah skim penstabilan harga minyak masak kalau harga itu tidak berkenaan dengan produk yang berasaskan pengeluaran getah ataupun koko? Saya hendak tanya spesifik berkenaan skim tersebut. Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Skim ini berbeza dengan skim minyak masak yang kita namakan skim penstabilan harga minyak masak. Ia bukan penstabilan harga minyak sawit, ia berbeza. Skim penstabilan harga minyak masak ini supaya rakyat dalam negara kita sentiasa dapat membeli minyak masak sawit dengan kadar yang stabil. Kita jual RM2.50 sekilo manakala harga minyak sawit hari ini sudah melebihi RM3,700 atau RM3.70 sekilo. Jadi kita hendak supaya rakyat sentiasa boleh tahu – mereka hendak buat apa pun atau hendak buka restoran apa sekalipun, harganya RM2.50 untuk tentukan bahawa dalam negara kita harganya stabil dengan RM2.50 sekilo.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Mekanismenya saya hendak tahu.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Oleh sebab itu kita ada ses, kita buat apabila harga meningkat daripada RM2,500 maka kita tax mereka melalui ses yang kita kenakan kepada setiap harga mengikut kadar yang..., nanti saya berikan kepada Yang Berhormat, ia ada naik RM2,500 berapa peratusannya. Sampai kepada RM3,000 berapa peratusan ses yang kita kenakan kepada mereka supaya kita dapat kutip dan kita serahkan semula kepada rakyat melalui skim minyak masak yang saya nyatakan tadi. Okey saya hendak...
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih. Saya sebenarnya cuba untuk membantu juga kementerian Yang Berhormat oleh sebab Yang Berhormat menyebut tentang ses tadi iaitu dalam bentuk cukai yang hendak dikutip daripada hasil ini. Sedangkan peruntukan kepada skim penstabilan minyak masak itu adalah bertujuan seperti Yang Berhormat sebut tadi untuk kemudahan rakyat mendapat bekalan itu pada harga yang kekal rendah.
Jadi apa kena mengena dengan pengenaan ses ini untuk merendahkan harga pasaran atau harga yang boleh dinikmati oleh orang ramai tadi sedangkan persoalan asasnya ialah peruntukan belanjawan yang terlalu besar untuk kementerian Yang Berhormat spesifik atas tajuk skim penstabilan harga minyak masak. Saya menerima alasan Yang Berhormat kata tujuan skim ini tetapi ses yang Yang Berhormat sebut tadi tidak ada kena mengena untuk menampakkan ia untuk menyediakan bekalan minyak masak itu pada kadar yang rendah ataupun kekal rendah. Itu sebabnya saya membangkitkan soal mekanisme pembayaran atau penggunaan belanjawan yang sebanyak RM923 juta untuk tujuan tadi. Saya mohon penjelasan.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat, saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat skim penstabilan harga minyak sawit berbeza dengan penstabilan harga minyak masak tadi, subsidi minyak masak yang kita namakan skim subsidi minyak masak dalam negara. Kita ambil duit ini yang kita namakan levi keuntungan luar biasa. Sekiranya harga tersebut naik lebih daripada RM2,500 se tan, kita akan kenakan kadar 15 peratus di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak apabila harga CPO lebih daripada RM3,000 setan dengan kadar 7.5 peratus mengikut perkiraan pada tiap-tiap bulan.
Kutipan ini kita gunakan apabila kita berikan kepada mereka yang mempunyai kuota.
Sebulan kita ada 70,000 tan kita gunakan tiap-tiap bulan dan ini dengan menggunakan harga yang ada sekarang ini sudah menghampiri RM140 juta berdasarkan kuota yang kita keluarkan sebanyak 70,000 tan sebulan ini.
Oleh sebab itu bila kita sampai kadang-kadang melebihi RM900 juta dengan harga yang ada hari ini hendak menstabilkan harga minyak masak dalam negara kita mungkin terpaksa mengeluarkan subsidi lebih daripada RM923 juta Yang Berhormat. Jadi isu ini berbeza dengan apa Yang Berhormat hendak bangkitkan tadi. Sebenarnya ia adalah skim di mana supaya semua rakyat yang ada dalam negara kita sentiasa dapat membeli harga minyak sawit yang stabil dengan harga RM2.50 walaupun harga CPO minyak sawit yang ada hari ini lebih daripada harga yang sebenarnya.
Tuan Muhammad bin Husin - Pasir Puteh
Sedikit. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apa yang saya hendak tanya sedikit soal apa yang berlaku di Kelantan sekarang ini ialah minyak sawit dalam pasaran. Di Kelantan sekarang ini boleh beli hanya sekilo sahaja.
Jadi dengan banyaknya tanaman ladang sawit di Malaysia bagaimana boleh terjadi? Saya hendak tahu itu sahaja.
Bagaimana boleh terjadi tidak boleh jual minyak sawit ini dalam pasaran? Bahkan kita lebih mudah beli minyak soya dan ia lebih mudah berbanding dengan minyak sawit.
Bagaimana boleh terjadi sehingga begitu sekali? Ada disebutkan juga kemungkinan harga minyak sawit ini akan naik lagi selepas ini ataupun mungkin juga ialah kerajaan cuba hendak menghapuskan jualan minyak sawit dalam bentuk sekilo ini kerana hendak jual dengan botol-botol besar. Jadi saya hendak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Sebenarnya saya hendak menjawab soalan ini ada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu berkenaan dengan minyak masak yang terdapat masalah dalam negara kita.
Harga minyak masak ini adalah sebenarnya untuk kegunaan isi rumah adalah disubsidikan melalui Skim Penstabilan Harga Minyak Masak atau Cooking Oil Subsidy Scheme (COSS). Skim ini telah dilaksanakan sejak 1 Jun 2007 dengan subsidi bulanan yang ditanggung kerajaan pada ketika ini adalah di antara RM140 juta hingga RM145 juta berdasarkan kuota bulanan sebanyak 70,323 tan sebulan.
Memandangkan minyak masak diberi subsidi ia telah menyebabkan aktiviti penyeludupan dan penggunaan oleh sektor tidak bersubsidi.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Dalam hal ini bagi menangani masalah kekurangan bekalan minyak tersebut tindakan yang telah diambil adalah termasuk meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan di peringkat pembekalan, pengedaran dan jualan kepada pemborong dan peruncit serta mewajibkan pelaporan, penghantaran dan pengedaran minyak masak kepada MPOB setiap minggu. Ini adalah cara di mana dapat kita mengelakkan daripada berlakunya aktiviti penyeludupan dan penggunaan yang sepatutnya tidak dibenarkan seperti kilang-kilang yang besar dan sebagainya. Oleh sebab itu cara kita adalah supaya memastikan kegunaan minyak masak yang kita keluarkan adalah semata-mata digunakan oleh isi rumah dalam negara kita.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sedikit berkenaan dengan subsidi tadi. Saya cuma hendak dapatkan pengesahan sahaja. Saya tidak berhajat untuk panjangkan perkara ini. Yang Berhormat sebut tadi subsidi untuk mengekalkan kestabilan minyak masak untuk kegunaan umum dan diperkenalkan pada bulan Jun 2007. Sehingga sekarang bermakna kurang lebih empat tahun telah dilaksanakan. Bulanan Yang Berhormat sebut tadi RM145 juta bermakna lebih kurang RM2 bilion setahun. Adakah Yang Berhormat maksudkan setakat ini kita telah membelanjakan lebih kurang RM8 bilion untuk tujuan tersebut sebab saya ada membuat semakan sekarang ini pengiraan untuk membandingkan jumlah subsidi yang telah dikeluarkan mengikut belanjawan setiap tahun termasuk Yang Berhormat sebutkan tadi untuk saya bandingkan dengan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak yang baru saya bangkitkan tadi. Saya cuma hendakkan pengesahan sahaja. Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Yang Berhormat perlu faham bahawa sebenarnya waktu ini, sekarang ini sebulan hampir RM140 juta kepada RM145 juta subsidi yang kita bayar kerana harganya begitu tinggi sekali. Akan tetapi kalau dia menurun dan menurun jadi tiap-tiap tahun harganya bukanlah harga RM3,500 atau RM3,700. Ada harga yang satu ketika di mana harganya hanya RM2,800 contohnya. Jadi hanya RM300 subsidi yang kita terpaksa keluarkan. Jadi berbeza daripada tahun ke tahun. Berbeza dari bulan ke bulan.
Angka yang sebenarnya saya tidak ada di sini tetapi fahamlah bahawa cara yang kita buat adalah mengikut kadar levi yang kita terpaksa ambil pada setiap bulan mengikut harga average setiap bulan. Apabila keluar harga bulan ini RM3,800 contohnya maka kita kenakan levi mengikut harga tersebut untuk menentukan bahawa kutipan itu digunakan bagi skim minyak masak tersebut.
Itu yang kita buat. Bukan kita buat sesuka hati dengan harga kutipan yang tidak ada kena mengena dengan harga setiap bulan. Ia mengikut harga setiap bulan. Kalau harga pasarannya sekarang RM3,800 kita kenakan dengan harga kadar RM3,800. Bila harga menurun kepada RM2,800 contohnya jadi kita mengambil subsidi tersebut mengikut harga RM2,800. Jadi kalau Yang Berhormat kira RM145 juta kali 12 tidak betul kerana dia bukan begitu cara kita.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Yang Berhormat, maksud saya bukan angka tepat. Saya kata atas premis kegunaan peruntukan ini untuk menstabilkan harga minyak masak untuk kegunaan umum. Itu maksud saya. Saya tidak tekankan kepada angka yang tepat. Secara lebih kurang. Saya kata kurang lebih kerana saya faham tujuan atau matlamat diadakan skim ini. Kalau hendak dikirakan angka tepat kita perlukan satu laporan audit yang menyeluruh. Saya tidak mahu dan saya tidak berhajat untuk membangkitkan perkara itu.
Persoalan yang saya timbulkan kerana lanjutan daripada Yang Berhormat Pasir Putih mengatakan ada berlaku krisis. Akhirnya berlaku krisis dalam akses orang ramai terhadap minyak masak di dalam pasaran. Itu yang premis asas untuk kita perlu bangkit dan jawab. Oleh kerana kementerian Yang Berhormat ada memperuntukkan satu jumlah yang besar. Dari segi peratusan kementerian Yang Berhormat juga Yang Berhormat tahu terlalu besar dari segi portion untuk tujuan penstabilan ini tetapi resultnya atau implikasinya ialah berlaku krisis dalam penawaran atau pun khidmat untuk memberikan orang ramai dapat akses kepada minyak masak ini. Itu persoalan yang asas bukan pengiraan ini dan saya hendak tahu sejauh mana perkara ini berjaya dan apakah mekanisme yang kementerian Yang Berhormat gunakan, belanjakan cara macam mana, apakah keputusan dibuat untuk bahagikan subsidi kepada siapa. Itu maksud saya mekanisme. Terima kasih.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Saya tidak ada jumlah syarikat yang telah pun kita keluarkan tapi caranya adalah apabila kita buat kutipan kita ada kuota-kuota tertentu setiap bulan. Sekarang ini 70,000 tan setiap bulan. Kita berikan kepada syarikat-syarikat yang mampu untuk mengeluarkan minyak masak mengikut kriteria yang telah pun kita tetapkan kepada mereka dan kita keluarkan kuota-kuota tersebut mengikut kawasan-kawasan yang tertentu.
Maknanya kalau kita berikan kepada satu kilang, kilang itu terpaksa jual mengikut kawasan yang tertentu. Itu adalah cara yang kita buat dan setiap bulan mereka ini terpaksa seperti yang saya katakan tadi berikan semula repot kepada kita, berapa banyak yang telah pun mereka jual, berapa banyak yang mereka jual di mana, tempat di mana dan sebab itu setiap kali ada enforcement akan melawat kilang-kilang tersebut, akan tentukan supaya kilang-kilang tersebut dapat mengeluarkan kuota-kuota seperti yang telah pun diluluskan oleh kementerian.
Saya hendak masuk kepada bab berkenaan pembangunan industri koko di bawah Lembaga Koko Malaysia. Peruntukan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah berdasarkan rancangan dan keperluan untuk tempoh 2011 dan 2012.
Mengikut rolling plan setiap dua tahun peruntukan kepada LKM bagi tahun 2013 dan tahun 2014 akan dikaji semula mengikut keperluan pada ketika itu. Ini adalah selaras dengan usaha-usaha untuk mencapai sasaran 60,000 hektar tanaman koko menjelang tahun 2020.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu bekalan biji koko bagi industri pengisaran koko di dalam negara, kementerian sentiasa memantau situasi di negara-negara pengeluar biji koko termasuk Ivory Coast dalam hubungan ini bagi mengurangkan kebergantungan kepada negara-negara tertentu. Kementerian menggalakkan syarikat-syarikat pengisaran tempatan mempelbagaikan sumber bekalan biji koko mereka. Berdasarkan rekod pada tahun 2010, bekalan biji koko telah diimport daripada 17 buah negara termasuk Ghana, Papua New Guinea, Cameroon, Vietnam dan Dominican Republic.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu kekurangan peruntukan yang dihadapi oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) pula di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM61 juta bagi Pembangunan Industri Getah Sabah yang disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kerajaan akan menimbangkan peruntukan tambahan sekiranya LIGS memohon di bawah Rolling Plan Kedua, 2013 - 2014 Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu kecurian buah kelapa sawit yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak, peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia Pelesenan 2005, MPOB boleh mengambil tindakan terhadap:
(i) peniaga buah kelapa sawit di atas kesalahan membeli daripada pembekal yang tidak berlesen;
(ii) pembekal atau penjual di atas kesalahan menjual tandan buah kelapa sawit tanpa lesen; dan
(iii) penalti bagi kedua-dua kesalah tersebut adalah denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Selain itu para pengusaha perladangan kelapa sawit adalah digalakkan meningkatkan kawalan keselamatan ladang dan melaporkan kes-kes kecurian buah sawit kepada Polis Diraja Malaysia.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Tuaran mengenai penyediaan skim pemilikan rumah oleh syarikat-syarikat perladangan, kerajaan telah menyediakan program skim pembiayaan perumahan kos rendah bagi pekerja estet.
Di bawah program ini, peruntukan sebanyak RM50 juta disediakan bagi membantu golongan pekerja estet memiliki rumah. Program ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional.
Dato’ Hamzah bin Zainudin
Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Setiu untuk mewujudkan stok minyak sawit, kerajaan berpandangan bahawa bekalan minyak masak domestik adalah mencukupi memandangkan purata pengeluaran minyak sawit negara adalah 1 juta tan sebulan berbanding dengan penggunaan sebanyak 70,323 tan sahaja. Yang Berhormat Setiu turut membangkitkan isu penerimaan bonus atau insentif atau dividen yang dinikmati oleh golongan peneroka FELDA, FELCRA dan RISDA.
Insentif sedemikian kepada peserta-peserta skim FELDA, FELCRA dan RISDA diberi berdasarkan keuntungan yang diperolehi oleh agensi-agensi tersebut.
Bagaimanapun bagi pekebun kecil, persendirian, MPOB menyediakan bantuan nasihat untuk meningkatkan produktiviti mereka dan tidak ada bonus atau dividen yang diberikan oleh MPOB.
Bagi mengakhiri penggulungan ini, saya ingin maklumkan bahawa kementerian telah mengambil maklum kepada segala pandangan, ulasan dan saranan yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan ingin menyatakan di sini bahawa saya dan pegawai- pegawai kementerian serta agensi-agensi di bawah kementerian akan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada semua isu yang telah dibangkitkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Kementerian Dalam Negeri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seramai 30 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Diraja 2011 di Dewan yang mulia ini mulai daripada 8 hingga 17 Mac 2011 yang lalu yang menyentuh berkenaan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menyentuh atau turut sama menjunjung kasih ke atas Duli Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Ucapan Tuanku yang telah menyentuh secara langsung berkenaan kementerian ini. Pihak Kementerian Dalam Negeri juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen di atas segala pengiktirafan kejayaan NKRA mengurangkan jenayah. Kerajaan meletakkan sasaran untuk menurunkan 20 peratus kadar jenayah jalanan dan 5 peratus kadar indeks jenayah keseluruhan bagi tahun 2011.
Walau bagaimanapun dengan sokongan semua pihak, negara telah mencapai penurunan sebanyak 35 peratus kadar jenayah jalanan dan penurunan sebanyak 15 peratus indeks jenayah keseluruhannya. Ia satu pencapaian yang jauh melepasi target yang disasarkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA mengurangkan jenayah pada tahun 2011 ini.
KDN akan meneruskan usaha bagi memastikan kecemerlangan ini akan berterusan dan berharap agar Ahli-ahli Parlimen dan rakyat akan dapat bersama-sama membantu dan melibatkan diri bagi menjayakan agenda ini. Dengan usaha ini diharapkan tahap keyakinan rakyat terhadap taraf keselamatan dan ketenteraman awam meningkat dan seterusnya membawa tanggapan positif dan kepercayaan rakyat kepada usaha pihak PDRM dalam menjalankan tugasan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menyentuh berkaitan isu-isu spesifik yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertamanya, yang saya ingin sentuh adalah berkaitan isu-isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Batu Sapi yang mana telah membangkitkan mengenai isu pendatang tanpa izin atau PATI di Sabah yang mana telah menimbulkan masalah sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara. Sehubungan dengan itu, mereka ingin mengetahui apakah tindakan kerajaan untuk menangani masalah ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan memang memandang serius berkaitan dengan PATI di negeri Sabah di mana kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai PATI di Sabah yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan turut dianggotai oleh Menteri Kabinet dari Sabah.
Mesyuarat pertama bagi jawatankuasa ini telah diadakan pada 25 Jun 2008. Hasil daripada perwujudan jawatankuasa ini, kerajaan telah melaksanakan operasi bersepadu PATI di Sabah mulai pada 7 Ogos 2008 sehingga sekarang yang mana program pendaftaran PATI merupakan sebahagian dari operasi bersepadu tersebut. Program ini telah mendaftarkan seramai 312,837 PATI yang mempunyai majikan, bertujuan menjaga kepentingan industri-industri di Sabah dari menghadapi masalah pekerja terutama dalam sektor perladangan.
Selain daripada operasi bersepadu PATI di Sabah ini, kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai langkah seperti memperketat kawalan sempadan darat negara melalui agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerak Am PDRM serta kawalan sempadan perairan negara melalui agensi-agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Gerakan Marin PDRM dan di samping itu, kerajaan juga telah membuat keputusan untuk memperkukuhkan kawalan dan juga pemantauan terhadap keberadaan warganegara asing di dalam negara dengan melaksanakan sistem pendaftaran dan penguatkuasaan biometric di semua pintu masuk dan keluar seluruh negara termasuk Sabah yang akan bermula pada 1 Jun tahun ini...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Minta penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya habiskan dahulu.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Biometric.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya habiskan ini dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, sebentar Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Berkaitan dengan cadangan yang disarankan oleh Yang Berhormat Tawau supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu PATI di Sabah, kementerian tiada perancangan untuk mewujudkan suruhanjaya berkenaan kerana pada masa ini telah wujud Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing dan pekerjaan asing tanpa izin iaitu JKKPA PATI yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang berperanan untuk memutuskan dasar-dasar umum berhubung dengan isu-isu pekerja asing dan PATI secara holistik.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, boleh beri jalan?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya habiskan berkenaan dengan jawatankuasa ini dahulu. Sedikit sahaja lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Selain itu mengambil kira isu-isu unik di Sabah, JKKPA PATI telah memutuskan agar satu makmal pengurusan khas warga asing di Sabah dilaksanakan. Makmal pengurusan khas ini telah dilaksanakan dari 4 hingga 27 Mei 2010 sebagai satu pendekatan holistik bagi membincang dan menyelesaikan isu berkaitan dengan warga asing di Sabah termasuk isu PATI.
Makmal ini telah dianggotai oleh wakil-wakil dari jabatan negeri, jabatan Persekutuan, pejabat daerah dan agensi keselamatan kerajaan. Hasil makmal ini telah dibentangkan kepada Kabinet Negeri Sabah pada 7 Julai 2010 kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri serta Menteri-menteri Kabinet dari Sabah pada 14 Oktober 2010, diberi taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah pada 8 Oktober dan dibentangkan kepada JKKPA PATI pada 17 Mac yang lalu.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Pasir Salak dahulu, Yang Berhormat. Selepas itu Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini penggunaan biometrik ini ialah untuk memeriksa orang yang masuk secara sah. Akan tetapi bagaimana yang masuk secara tidak sah ini? Dia tidak melalui lorong biometrik. Yang banyak yang kita perkatakan ini masalah kebanjiran pendatang tanpa izin, menyeludup. Dia tidak melalui imigresen, tidak melalui pihak berkuasa.Jadi macam mana sistem biometrik ini boleh membantu kita untuk membanteras kemasukan pekerja asing dari luar? Saya tidak nampak.
Di samping itu saya hendak tanya. Projek biometrik ini, berapa belanjanya dan syarikat mana yang dapat? Saya tidak ada dengar tender-tender keluar menjemput mana- mana syarikat yang berkemahiran dari segi teknologi biometrik ini. Terus-terus satu syarikat dilantik dan diperkatakan bahawa jumlahnya besar juga. Itu satu.
Keduanya, berhubung dengan kita tidak hendak menggalakkan pekerja asing masuk dalam negara kita ini, kita perlu melihat secara holistik iaitu kalau kita hendak menggalakkan pekerja-pekerja tempatan bekerja di ladang-ladang umpamanya, mesti ada tarikan-tarikan pekerja tempatan untuk bekerja di ladang-ladang. Pada hari ini orang tidak mahu bekerja sebab majikan-majikan tidak mahu menyediakan kemudahan-kemudahan perumahan yang sesuai dengan pekerja tempatan. Kebanyakan yang bekerja di ladang duduk berkongsi-kongsi dalam bangsal. Macam mana kita hendak menggalakkan orang bekerja di ladang? Kenapa pihak kerajaan tidak menetapkan standard perumahan yang sesuai sebagai pekerja? Itu satu.
Keduanya dari segi persekitaran. Persekitaran pun tidak menggalakkan pekerja- pekerja untuk bekerja. Saya percaya kalau persekitarannya kondusif dari segi sosialnya, dia ada tempatnya hendak pergi melepaskan masa untuk..., ada hiburan sedikit sebanyak, saya rasa ada ramai anak-anak muda kita yang berminat untuk bekerja. Itu di ladang.
Bagaimana pula di factory-factory? Saya rasa syarat-syarat daripada pihak kerajaan ke atas majikan ini perlu dilihat supaya ia lebih boleh menarik pekerja-pekerja. Ramai di kampung- kampung yang tidak bekerja padahal peluang pekerjaan begitu banyak sekali tetapi diambil oleh orang lain disebabkan oleh masalah yang timbul dari segi persekitaran, dari segi kemudahan, dari segi gaji dan sebagainya.
Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan ulasan termasuk yang tadi berhubung dengan projek biometrik itu.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Boleh saya sambung, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri. Saya sendiri pun kadang-kadang rasa macam dasar kerajaan ini bercelaru, berkecamuk mengenai dengan pekerja asing ini. Tadi isu PATI dari Sabah dan Sarawak, ada juga isu PATI di Semenanjung. Saya betul-betul tidak tahu. Saya hendak tanya pihak Kementerian Dalam Negeri, adakah – contohlah, Kementerian Sumber Manusia yang menentukan polisi hendak membawa pekerja asing kononnya atas nama perniagaan kerana tidak cukup pekerja, maka kementerian telah meluluskan 45,000 pekerja dari India. Contohnya. Kemudian Kementerian Pelancongan pula hendak menaikkan angka pelancong di Malaysia ini. Dulu memperkenalkan visa on arrival. Berkecamuk mereka ini datang ke negara kita. Akhir sekali sudah dihapuskan.
Ini saya baca dalam akhbar ada pula – bagi menggalakkan pelancong tanpa visa dari Taiwan. Kita tahu sama ada yang datang melalui visa kah, tidak visa kah, yang halal kah, bila cukup tempoh, mereka tidak balik. Ini yang menambahkan masalah jenayah di negara kita ini. Jadi saya hendak tahu, apa dasar sebenarnya? Polisi sebenarnya. Dulu satu ketika katanya pendatang asing ini sudah dibekukan. Alih-alih, senyap-senyap, ada pihak yang meluluskan ataupun kelulusan khas. Jadi atas nama perniagaan, kita menggadai kepentingan negara, kita memperjudikan keselamatan negara.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Jadi kita tidak tahu macam mana dasar yang seragam yang patut ditentukan sama ada Kementerian Pelancongan kalau hendak digalakkan pelancongan negara kita, mesti pelancong-pelancong yang berkualiti. Tengok negara Australia. Bagaimana strict dan tegasnya mereka dari segi kebenaran masuk kepada pihak luar.
Kita tidak ada dasar. Satu pihak bermasalah tidak cukup pekerja. Satu pihak hendak meningkatkan pelancong-pelancong di negara kita ini. Jadi macam-macam.
Pendatang yang datang dari luar pula kerana gaji murah, kerana kononnya tidak ada cukup pekerja, rakyat tempatan tidak mahu bekerja sebab gaji kecil. Orang luar datang bekerja dengan gaji kecil. Tidak cukup gaji, mereka cari pula pendapatan secara yang di luar daripada kerja-kerja mereka untuk mendapat gaji tambahan. Maka, berlakulah macam- macam kegiatan jenayah. Jadi pelik betullah saya tengok negara kita ini dalam soal mengurus PATI kah, pendatang asing kah, pekerja asing kah? Berbeza dengan lain-lain negara yang isu ini mereka deal dengan cukup tegas. Ini kerana sekali kita lulus jarum ini, sampai bila-bilalah ia akan berlaku.
Oleh sebab itu saya tengok kebanjiran kedatangan pekerja asing yang halal, yang tidak halal ini berselerak di serata Malaysia. Kalau ini berterusan, saya percaya satu hari nanti kita tidak boleh kawal lagi. Oleh sebab itu saya hendak minta Kementerian Dalam Negeri supaya bertegas. Saya tanya tadi apakah ada penyelarasan sebelum sesuatu pengumuman dibuat? Pelancongankah, Sumber Manusiakah, mesti ada consensus termasuklah pihak Kementerian Dalam Negeri yang merupakan kementerian yang akhir untuk meluluskan atau membenarkan mereka ini masuk ataupun tidak.
Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, kemasukan pihak-pihak tertentu dari negara- negara tertentu.., mana kita hendak tahu selepas di Ceylon, Sri Lanka dulu sudah tamat Tamil Nilam ini, takut sudah masuk ke Malaysia pula. Ini pun boleh jadi semua ini. Oleh sebab itu saya minta kerajaan, walaupun kita mementingkan perniagaan, kita mementingkan pertumbuhan ekonomi, tetapi jangan sacrifies national security. Jangan sekali-kali berkompromi soal national interest. Keselamatan lebih dahulu daripada soal ada kedai tidak cukup pekerja. Betullah dari segi ekonomi tetapi jangan mudah kita membuat keputusan atas nama kepentingan yang saya sebutkan tadi. Saya minta kementerian perjelaskan perkara ini supaya kita turut faham dasar kerajaan sebenarnya yang berkecamuk saya tengok sekarang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak yang ingin mengetahui berkaitan dengan pelaksanaan biometrik ini. Sehubungan dengan biometrik ini, ia adalah untuk memastikan keberadaan berkaitan dengan warganegara asing di dalam negara kita. Jadi sehubungan dengan PATI yang berada di dalam negara kita ini, apabila kita melaksanakan berkaitan dengan sistem menggunakan biometrik ini.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Mungkin kita akan melaksanakan dalam tindakan ini pada peringkat awalnya untuk pemutihan di mana semua warga asing apabila telah diputihkan, apabila mereka masuk balik ke negara kita maka cap jari berkenaan warga asing ini akan diambil di semua tempat kemasukan di dalam negara kita. Daripada tindakan itu maka berkaitan dengan keberadaan mereka di dalam negara kita ini maka kita akan dapat monitoring tentang di mana mereka akan berada. Sehubungan dengan syarikat yang akan melaksanakan berkaitan dengan sistem biometrik ini syarikat yang dilantik bagi tujuan ini ialah Nexbis Sdn. Bhd. dengan konsep Private Finance Initiative (PFI) dengan tiada kos kepada kerajaan. Sehubungan dengan mengapa pekerja tempatan tidak tertarik...
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Padang Besar.
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Ada hendak tanya sedikit Yang Berhormat. Yang disebut syarikat Nexbis ini, dibuat secara private finance ini adakah sistem user pay atau dibayar oleh kerajaan? Itu pertanyaan saya, user pay. Maknanya pengguna membayar?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua, untuk pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Padang Besar, saya akan beri jawapan secara bertulis. Sehubungan dengan pekerja tempatan yang tidak tertarik untuk bekerja di tempat ladang-ladang ini. Ini adalah merupakan...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa sedikit sahaja kita hendak tahu. Kos projek itu berapa banyak? Walaupun secara private finance initiative, kosnya how much dengan izin?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada data mengenai butiran.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tak ada? Itu perkara satu yang penting bila bercakap soal pemantauan satu projek khas. Tentu kita tahu how much.
Bila dikatakan PFI itu apa kaedahnya, macam mana? Kita pun hendak tahu sedikit.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Keliru, keliru!
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
PFI.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan maklumat itu saya tidak ada di sini. Itu sebab saya akan menjawab maklumat yang dimohon itu secara bertulis kepada Yang Berhormat Pasir Salak juga.
Sehubungan dengan pekerja tempatan yang tidak berminat untuk bekerja seperti di ladang-ladang seperti mana yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak itu.
Jadi, kita ini merupakan pasaran bebas. Jadi masing-masing ada dengan syarat-syarat berkaitan dengan melantik pekerja-pekerja di tempat perniagaan masing-masing. Ini terpulang kepada syarikat-syarikat yang berkaitan untuk membuat tawaran-tawaran yang menarik kepada pekerja-pekerja terutamanya dari dalam negeri ini. Jadi, bagi pihak Kementerian Dalam Negeri tugas kita adalah mengawal berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman dalam negara kita ini.
Dato' Seri Haji Azmi Khalid - Padang Besar
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sikit. Mungkin pihak kementerian tidak ada rekod. Saya ingin pihak kementerian melihat balik dalam rekod-rekod lama sebab pada beberapa tahun lalu restoran-restoran India yang membawa banyak pekerja daripada India telah bersetuju untuk menjadikan restoran mereka ini self-service dan mereka minta tempoh dalam tiga tahun.
Sekarang sudah masuk lima tahun untuk menjadikan restoran mereka itu self-service dengan tujuan untuk mengurangkan banyaknya pekerja daripada negara asing. Terima kasih.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Boleh sekali? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya khusyuk dan tawaduk mendengar penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri bilamana Yang Berhormat Timbalan Menteri bicarakan soal penerimaan 45,000 pekerja India datang ke dalam negara ini sebagai memenuhi permintaan restoran-restoran India. Saya hendak ambil pendekatan sebegini Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju atau tidak.
Kalau kita ambil KFC contohnya atau McDonald’s contohnya, 7-Eleven contohnya.
Melihat daripada situ, sudutnya ialah tidak ada pekerja asing yang diberi gaji kepada kumpulan kelompok syarikat ini. Tidakkah kementerian ada membuat perbincangan dengan pihak tertentu seperti kalau ladang seperti Yang Berhormat Pasir Salak cakap tadi, NUPW untuk melihat daripada sudut kesungguhan sedikit memartabatkan penggajian itu membolehkan penyelesaian tentang pekerja tempatan dan pekerja asing.
Kalau kita melepaskan begitu kepada pihak sumber manusia tidak ada pemantauan dari segi aspek untuk menyelesaikan masalah. Perkara ini tidak boleh selesai dan saya melihat daripada sudut penerimaan 45,000 seperti mana Yang Berhormat Pasir Mas bicara sebentar tadi, memberikan ruang banyak kepada mereka yang tidak bertanggungjawab masuk ke negara ini dan memberi kesan buruk kepada rakyat kita.
Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid - Kuala Langat
Apa yang saya cadangkan ini Kementerian Dalam Negeri sedikit prihatin, buat kerja lebih sedikit untuk memastikan bahawa penyelesaian itu pendekatannya bagaimana.
Kalau sekiranya perladangan National Unions of Plantation Workers (NUPW) yang membolehkan penyelesaian itu dapat diselesaikan dalam gabungan sumber manusia.
Kalau daripada perkhidmatan daripada front desk membolehkan kementerian melihat kenapa pekerja asing tidak masuk dalam sektor servis dalam McDonald’s contohnya dan penyelesaian ini yang dilihat sebagai kesungguhan kementerian. Kalau ini berterusan, tiap- tiap kali kita berbahas soal ini yang dibangkitkan akhirnya benda ini sebagai retorik dan kemasukan bertambah-tambah. Penafian tidak boleh dibuat 45,000 orang ini.
Akan tetapi yang jelas ialah penyelesaian pendekatan kementerian itu harus berseragam dengan sumber manusia supaya mencari jalan. Sebab itu kita cadangkan gaji minimum akta itu wajib disegerakan supaya Kementerian Dalam Negeri tidak keliru dan tidak runsing bila ditanya oleh Dewan berkenaan dengan pendekatan penyelesaian masalah. Adakah Kementerian Dalam Negeri bersetuju dengan pandangan saya supaya musyawarah itu penting untuk penyelesaian pendekatan itu daripada kita jawab-menjawab, letih orang mendengarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Langat dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Sehubungan dengan kelulusan berkaitan dengan 45,000 pekerja asing yang telah diluluskan ini, di mana perkara ini akan diuruskan oleh Menteri Sumber Manusia yang mana akan menubuhkan task force. Task force ini akan memperhaluskan setiap permohonan untuk memastikan hanya jumlah keperluan sebenar sahaja diluluskan kepada majikan-majikan yang berkenaan dan berkaitan dengan isu-isu supaya masalah-masalah yang timbul daripada pengambilan pekerja asing ini kita dapat mengatasinya. Jadi inilah task force...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat boleh saya mencelah sedikit?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Ya.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat setuju tidak kalau saya buat cadangan supaya kelulusan ini dibekukan dahulu, ditarik balik? Tidak perlu, sehingga selesai dahulu pendatang-pendatang asing yang ada dalam negara kita ini. Jadi kalau ada task force hendak meneliti, itu hanya retorik dan itu sedap dengar sahaja. Kemudian lulusnya masuk berlambak-lambak lagi. Pengalaman dahulu sudah cukup. Saya tidak yakin bahawa kononnya ada task force kemudian dikaji dengan teliti kononnya keperluannya tetapi selepas itu cara pelaksanaannya lain jadi. Dengan izin, I’m very convince on this matter. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Bagi peluang untuk Timbalan Menteri menjawab.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Tuan Yang di-Pertua, kedudukan sekarang ini adalah seperti mana yang telah saya nyatakan tadi. Maka tindakan akan diambil seperti mana yang telah dirancang dan seterusnya saya...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua, boleh sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya tidak dapat hendak bayangkan semua restoran India dipenuhi oleh orang India. Taukenya India, pekerjanya India... [Ketawa] Saya tidak dapat hendak bayangkan macam manalah dan jenis orang yang dibawa masuk ini pun saya tidak tahu macam mana. Tahap kesihatannya, latar belakang mereka di negara asal, saya tidak dapat. Kemudian, malulah kita, malu dengan pelancong-pelancong asing kalau masuk restoran India, tiba-tiba bahasa tidak faham, itu tidak faham. ‘kopi O, teh O’. Astaghfirullah al azim. Satu lagi betulkah 45 ribu ini diperlukan, betulkah? Kenapa sampai 45 ribu, betulkah angka ini? Sebab itu saya bersetuju, tidak setuju Yang Berhormat Pasir Mas punya pendapat ini betul. Bekukan sahaja. Tuan Yang di- Pertua, tidak faham... [Mengeja dalam bahasa Jawi] Beku. Bekukan dahulu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya tidak dapat hendak gambarkan ini. Astaghfirullah al azim, terbayang saya, agaknya saya ini di Madras apa? Agaknya saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, restoran mana itu Yang Berhormat?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tidak tahu. Ini yang saya meragui angka 45 ribu itu diperlukan betulkah tidak, atau ada agenda lain? Ada agenda lain, saya tidak faham ini. Jadi akhirnya yang terpedaya adalah negara kita. Saya hendak minta penjelasan, jadi Yang Berhormat Pasir Mas punya macam mana?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tambah sedikit?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tambah penghuni?
Nauzubillahlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, saya rasa kita bagi peluang untuk Timbalan Menteri untuk menjawab.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sedikit sahaja. Tuan Yang di- Pertua, ini keperluan restoran India ini. Restoran buka sampai 24 jam ini apa hal? Itu yang dia hendak pakai orang ramai. Tidak perlu. Negara lain tidak buka kedai makan sampai 24 jam dan kita tidak mengkaji dari segi kesan sosial kepada masyarakat kita apabila kita membenarkan kedai-kedai ini buka sampai pukul 3 pagi, 4 pagi, 5 pagi. Bagaimana boleh?
Ini tidak ada kajian dibuat dan pengawalan yang dibuat dan tidak menguntungkan negara kita.
Jadi kalau sekiranya boleh berniaga sampai pukul 11 malam 12 malam, mungkin keperluan itu tidak ada untuk 45 ribu orang pekerja. Jadi saya cadangkan pihak berkuasa tempatan mengkaji benda ini. Memanglah kalau ikutkan restoran nasi kandar, restoran itu, restoran ini 24 jam tidak cukup. Dia hendak tambah 30 jam sehari. Dia hendak buat duit sebanyak-banyaknya. Kita lihat pekerja-pekerjanya mandi pun tidak sempat. Kita tengok dia punya pakaian, dia punya baju apa semua, berminggu-minggu tidak bertukar tetapi kita pergi juga... [Ketawa]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pasal apa, sedap?
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh saya sambung sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kota Belud.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, apa yang diluahkan oleh rakan-rakan ada kebenaran. Akan tetapi saya ingin mengajak kementerian ini untuk - sebenarnya kementerian ini tidak bertanggungjawab mungkin yang meluluskan tetapi demand itu datang daripada kementerian yang lain, kementerian perladangan dan sebagainya tetapi tidak apa. Oleh kerana kementerian ini juga terlibat dengan jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, saya ingin mengajak Yang Berhormat Menteri untuk memberitahu kepada jawatankuasa ini minta kalau boleh untuk menyelesaikan masalah pekerja asing yang berlambak-lambak di negara kita ini memerlukan satu political will, kehendak politik. Maknanya kalau kebanyakan rakyat terpaksa berbelanja lebih sedikit untuk roti canainya, teh tariknya apabila kerajaan memberitahu kepada mereka bahawa ini adalah untuk kepentingan negara, saya rasa rakyat mungkin boleh menerimanya.
Saya tidak tengok ini dibuat oleh kerajaan. Apabila ia hanya dilihat sebagai satu permasalahan sekuriti, tetapi untuk menyelesaikan masalah ini, semua rakyat mesti termasuk juga pengusaha-pengusaha ladang ini, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa untung mereka itu tidaklah begitu besar lagi. Ia perlu kompromi, kalau tidak masalah ini akan berlanjutan dan seperti yang saya katakan tadi, kementerian ini tidak bertanggungjawab, saya faham. Akan tetapi ini mungkin boleh dibawa ke jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersependapat juga bahawa perlu ada satu kajian semula tentang soalan kedudukan pekerja asing sebab jawapan pagi tadi kepada saya bahawa pekerja dari Bangladesh yang sudah pun tamat sehingga Oktober 2010. Seramai 319,000 orang sudah tamat dia punya permit kerja dia dan kemudiannya mungkin akan disambung ikut permintaan. Jadi maknanya ini isu yang sedia ada sudah pun mendatangkan masalah kepada kita.
Kita tidak seharusnya menambahkan lagi beban. Saya tidak tahu apakah ini juga merupakan satu kaedah untuk ada pihak tertentu-tertentu untuk membuat pendapatan kewangan yang tinggi iaitu membawa masuk, kemudian hantar balik. Ini adalah sebab saya difahamkan bahawa Kementerian Dalam Negeri hanya melantik satu syarikat sahaja untuk bagi pekerja-pekerja asing yang sudah pun tamat tempoh permit kerja iaitu untuk yang menyerah diri dengan sukarela kemudian mereka ini hendaklah melalui satu syarikat sahaja. Maknanya syarikat itu akan kenakan pula antara RM400 hingga RM500 seorang untuk denda. Kemudian kos itu saya tidak tahu kos penghantaran pulang itu bagaimana saya tidak tahu. Maknanya isunya kenapa pula kerajaan, Kementerian Dalam Negeri hanya melantik satu syarikat sahaja. Adakah ini menunjukkan bahawa kemasukan pekerja asing ini akhirnya yang kayanya hanya syarikat-syarikat yang bawa masuk pun dapat duit yang bawa keluar pun dapat duit. Minta penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berkaitan dengan isu yang ditimbulkan oleh rakan-rakan tadi sama ada ia diperlukan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Apa yang saya ingin maklumkan di sini bahawa sehubungan dengan pengambilan pekerja asing ini yang telah diluluskan itu, timbul daripada Memorandum yang dikemukakan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Bersekutu India Malaysia (MAICCI) yang memaklumkan bahawa mereka menghadapi kekurangan pekerja asing yang sangat kritikal di mana jika tidak ada pengambilan pekerja asing ini maka banyak perniagaan mereka akan ditutup seperti dalam sektor yang terlibat iaitu sektor tradisional seperti restoran, tukang emas dan barang-barang lusuh. Jadi ini yang timbul daripada sini dan selepas pihak kerajaan melihat tentang masalah ini dan setelah diteliti maka itulah timbulnya di mana kelulusannya diberi. Sehubungan dengan pekerja asing tadi dari Bangladesh, buat masa ini kita memang bekukan berkaitan dengan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh ini.
Apabila mereka telah tamat, mereka kena balik ke negara asal mereka.
Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Bukan kena balik, apabila mereka tidak hendak balik jadi pihak imigresen boleh tahan mereka. Kemudian selepas itu siapa yang akan menguruskan?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Apabila dia tidak balik, dia merupakan pendatang asing.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, pendatang asing.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Apabila mereka pendatang asing, maka tindakan-tindakan adalah seperti pendatang-pendatang asing yang lain. Di mana kita akan menahan mereka dan mengusir mereka dari negara ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Proses penghantaran pulang itu.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Biasanya proses penghantaran pulang kalau tidak dibiayai oleh keluarga mereka, maka kerajaanlah yang akan mengusir pendatang-pendatang asing ini.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Boleh Yang Berhormat saya hendak tahu syarikat manakah yang diberikan untuk menguruskan soal penghantaran pulang pekerja asing, warga asing yang sudah tinggal lebih masa, tiba-tiba mereka sedar akhirnya mereka hendak balik. Mereka hendak serah dirilah ataupun yang tiada dokumen.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini selalunya, maknanya saya difahamkan bahawa ada satu peruntukan di mana kementerian melantik satu syarikat untuk proses penghantaran pulang itu. Malah dikatakan bahawa denda juga diberikan seolah-olah delegate power kepada syarikat ini untuk hendak menentukan berapa denda ataupun hendak mengurangkan denda kepada pekerja-pekerja asing ini.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Proses dalam penghantaran pulang ini berkaitan dengan dokumentasi boleh dibuat oleh Jabatan Imigresen sendiri dan berkaitan dengan penghantaran pulang, tiket-tiketnya akan dibekalkan kepada mereka dan mereka akan diusir daripada negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin...
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Akhir, akhir, akhir.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Sebentar Yang Berhormat.
Saya ingin minta agar Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab dahulu isu-isu yang telah dikemukakan semasa perbahasan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Akhir, akhir berkaitan dengan pekerja asing.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Cukuplah Yang Berhormat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hendak minta penjelasan, adakah benar bahawa imigresen yang menguruskannya tetapi akhirnya imigresen akan menasihatkan mereka ini pergi kepada syarikat yang dilantik oleh KDN iaitu Pangkal Rezeki Sdn. Bhd. untuk menguruskan projek penghantaran pulang mereka ini iaitu Syarikat Pangkal Rezeki. Pangkal Rezeki ini, pekerjanya, pangkal, rezeki.
Dato’ Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, sedikit lagi. Oleh sebab Yang Berhormat menyebut tadi mengenai dengan memorandum daripada Persatuan Kedai-kedai Restoran India. Yalah memorandum, memorandum. Tidak semestinya semua orang boleh buat memorandum. Tidak semestinya kerajaan boleh meluluskan kalau tidak dibuat kajian secara mendalam. Saya ingin mencadangkan apakah Kementerian Dalam Negeri bercadang untuk mewujudkan public inquiry iaitu mengadakan dialog supaya NGO-NGO dapat membuat representation akan keperluan negara kita memerlukan pertambahan pekerja-pekerja asing seperti yang dipohon oleh Persatuan Kedai-kedai Restoran India tadi dan yang lain-lain. Ini supaya pandangan-pandangan daripada lain-lain pihak juga perlu diambil kira sebelum keputusan dibuat.
Saya cukup bimbang sebab pengalaman sebelum ini sudah banyak penyalahgunaan kuasa dalam meluluskan kedatangan pekerja-pekerja asing ini. Ini sebab ada tanya macam-macam. Yang hendak berniaga, yang hendak cari komisen, yang hendak buat duit, macam-macam hal yang kita tahu. Tidak payahlah saya dedahkan dekat sini.
Cuma saya mementingkan national security, keselamatan negara lebih daripada segala- galanya. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Kita di Kementerian Dalam Negeri memang begitu prihatinlah berkaitan dengan keselamatan negara kita. Akan tetapi dalam konteks yang saya nyatakan tadi, bahawa tentang kelulusan pengambilan 45 minggu ini bahawa kerajaan telah membuat kajian secara terperinci. So telah dilihat berkaitan dengan keperluan yang harus dipertimbangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu yang meminta supaya...
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Border pass kepada penduduk Thailand untuk...
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit fasal ini cuma statistik sahaja, sama ada mempunyai maklumat atau tidak. Kalau tidak ada maklumat boleh diberikan kemudian.
Datuk Abd. Rahman Dahlan
Saya cuma ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kerajaan mempunyai siling, berapa ramai pekerja asing yang boleh pada sekian masa itu berada di Malaysia ini? Dua juta, tiga juta, empat juta, 500,000 atau sebelum ini ada atau tidak dasar yang dibuat oleh kerajaan untuk meletakkan siling tersebut. Ini sebab apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas itu adalah betul. The problem is we do not know, bila cukup jumlah ini. So kalau ada dasar itu, kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada jawapan sekarang mungkin diserahkan kepada saya kemudian.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Nanti saya akan bagi secara bertulislah.
Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Bharu yang meminta supaya border pass kepada penduduk Thailand untuk masuk ke negeri-negeri sempadan di utara ditambah kepada tiga bulan bagi memudahkan mereka untuk membantu bagi menaikkan lagi pendapatan pekebun-pekebun kecil getah di negeri- negeri sempadan itu.
Sehubungan dengan ini, pada masa ini pas sempadan merupakan kemudahan imigresen yang dikeluarkan oleh Malaysia dan Thailand bagi membenarkan warga negara kedua-dua negara yang tinggal di sempadan untuk keluar dan masuk. Tempoh sah laku sesuatu pas sempadan adalah selama enam bulan dengan setiap kemasukan bagi tujuan sosial tidak lebih daripada 30 hari. Pada masa ini dasar semasa kerajaan membenarkan pemegang pas sempadan untuk masuk dan bekerja secara bermusim dalam tiga sektor tradisional iaitu ladang tebu, getah dan padi. Walau bagaimanapun, pemegang pas sempadan tersebut perlu memohon Pas Lawatan Kerja Sementara atau PLKS yang akan diberi pengecualian pembayaran levi dengan tempoh sah laku pas selama tiga bulan.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan proses permohonan permit masuk yang disentuh oleh Yang Berhormat Bakri. Saya ingin menjelaskan bahawa kelulusan permohonan sijil permit masuk oleh Jabatan Imigresen Malaysia adalah selaras dengan dasar-dasar peraturan dan syarat-syarat yang masih berkuat kuasa yang digariskan oleh kementerian. Di antara kriteria bagi pertimbangan permit masuk adalah seperti berikut:
(i) pasangan asing yang berkahwin dengan warga negara Malaysia perlulah berkahwin dan tinggal bersama untuk tempoh sekurang- kurangnya lima tahun;
(ii) golongan pelabur yang telah melabur sejumlah RM15 juta atau mempunyai simpanan tetap bernilai lebih daripada USD2 juta;
(iii) golongan pakar, profesional atau berbakat tinggi yang mampu memberi sumbangan kepada negara; dan
(iv) keempatnya adalah golongan lain-lain kategori dengan mengambil kira syarat-syarat seperti secara umumnya, tempoh tinggal, kefahaman terhadap bahasa kebangsaan, kelayakan akademik dan hubungan kekeluargaan penduduk Malaysia.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Menteri, boleh tanya satu soalan? Sebab yang ini, pemohon dari 14 Disember 2005 memohon sampai sekarang tak dapat jawapan sebab imigresen sana ada bagi dia surat tapi sampai sekarang sudah lebih lima tahun tapi tak dapat jawapan lagi.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Yang Berhormat Bakri.
Saya rasa untuk memudahkan urusan ini, you datang jumpa sayalah. Saya akan melihat kes ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Limbang yang meminta agar kos pasport terhad untuk penduduk yang bermastautin di Limbang dikurangkan daripada RM150 kepada RM100.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk mengurangkan harga daripada RM150 kepada RM50 kerana fi yang dikenakan adalah munasabah bagi tempoh sah laku selama lima tahun. Secara dasarnya, fi yang dikenakan adalah RM30 bagi setiap tahun.
Sungguhpun begitu, kerajaan amat prihatin dengan kebajikan rakyat dan juga masalah kehabisan muka surat bagi mereka yang sering melakukan perjalanan kerap ke Brunei menggunakan Pasport Malaysia Terhad Brunei dan bagi menangani masalah tersebut, kerajaan akan melaksanakan kemudahan frequent travelers facilities atau FTF menggunakan medium pasport menerusi kaedah semakan automasi tanpa pasport perlu dicop.
Kaedah ini akan mengatasi masalah kehabisan muka surat tersebut disebabkan dicop semasa keluar dan masuk. Adalah diharapkan dengan pelaksanaan kemudahan FTF Malaysia-Brunei kelak dapat meringankan beban rakyat serta melancarkan pergerakan pengembara kerap yang menggunakan PMTB ke Brunei. Berdasarkan persetujuan kedua- dua negara, pelaksanaan FTF ini akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu hal ehwal pendaftaran dan kewarganegaraan. Isu yang pertama yang saya ingin sentuh adalah isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batang Sadong yang mana memaklumkan bahawa sijil penting seperti sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan kad pengenalan tidak didaftarkan di kawasan pedalaman di Sarawak dan mencadangkan banyak outreach program dijalankan melalui ketua-ketua kampung masyarakat khususnya di kawasan pedalaman. Yang Berhormat Lawas pula menyatakan terdapat ramai peribumi Sarawak termasuk di kawasan Lawas masih belum mempunyai dokumen MyKad dan surat beranak.
Sehubungan dengan cadangan Yang Berhormat tersebut, kementerian menyambut baik cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat agar ketua-ketua kampung dan ketua- ketua masyarakat, khususnya di kawasan pedalaman diberi penerangan berhubung prosedur dan proses pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan diri ini bagi membolehkan mereka memastikan penduduk-penduduk kawasan mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Selain itu, kementerian juga melalui Jabatan Pendaftaran Negara telah mengadakan outreach program dengan menubuhkan unit khas bergerak atau UKB di Sabah dan juga di Sarawak bagi mengatasi masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri di kalangan penduduk khususnya masyarakat pedalaman.
Pada tahun 2010, UKB Sabah telah melaksanakan sebanyak 26 program dan UKB Sarawak sebanyak 58 program. Bagi tahun 2011, UKB Sabah telah merancang sebanyak 23 program dan UKB Sarawak sebanyak 78 program. Bagi mendekati masyarakat pedalaman, UKB Sabah mewujudkan dua zon iaitu Semporna dan Keningau selain Kota Kinabalu, manakala di Sarawak, UKB ini ditempatkan di lima zon iaitu di Kuching, Betong, Miri, Bintulu dan Kapit. Outreach program ini melibatkan aktiviti taklimat, majlis dialog, penerangan selain daripada aktiviti mendaftar. Selain itu, JPN juga bekerjasama dengan pihak NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pemimpin masyarakat. Sehubungan itu, pihak JPN amat mengalu-alukan serta menghargai kerjasama ketua-ketua masyarakat setempat untuk mengadakan outreach program seumpama ini...
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
[Bangun]
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Menteri, mencelah sikit. Saya nak tanya sikit. Tadi Menteri sebut tentang beberapa tempat, bagaimana pula dengan tempat kaum Penan yang menghadapi masalah tidak ada kad pengenalan, surat beranak dan sebagainya. Tempat itu tidak disebut tadi Menteri.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Berkenaan dengan?
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Kaum Penan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Penan?
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Yes.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Sejak bila Yang Berhormat Ampang berminat dengan kaum Penan ini?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya telah menyentuh berkaitan dengan outreach program di pedalaman. Jadi ianya termasuklah masyarakat kaum Penan yang mana UKB kita sentiasa melawat di tempat-tempat pedalaman ini untuk membantu dalam usaha untuk membolehkan mereka membuat kad pengenalan.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Akan tetapi setahu pengetahuan saya, tidak ada program yang khusus yang dibuat di kalangan kaum Penan. Sekiranya ada, kita minta angka dan statistik yang telah dijalankan dan telah dilaksanakan semenjak kes Penan yang kita laporkan dahulu.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk di Ampang. Ini kita ada pejabat kita di tempat-tempat, di kawasan di Sarawak dan di Sabah.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Menteri, Yang Berhormat Kapit berdiri ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Kapit bangun Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Jadi kita telah mewujudkan zon-zon dalam melaksanakan program ini. Jadi apa pun, di tempat pedalaman ini termasuklah ...
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Walaupun saya tinggal di Ampang, sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen, tidak salah untuk saya bertanya tentang angka mengenai kaum Penan ini kerana ianya melibatkan isu kaum Penan yang telah dianiayai termasuk wanita dan kanak-kanak.
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Biar saya bantu sikitlah.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya minta Yang Berhormat buktikanlah, ya. Okey?
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
[Bangun]
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu ....
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Yang Berhormat Kapit boleh bantu.
Datuk Billy Abit Joo - Hulu Rajang
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, ramai yang bangun Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Beliau meminta penjelasan mengapa kementerian dengan mudah memberi IC biru kepada pemilik IC merah dan juga kepada pendatang asing dan Yang Berhormat Jerai pula mendakwa adakah melalui kempen- kempen Mai Daftar Nasional seperti yang diadakan kerap kalilah. Adakah itu merupakan usaha kementerian untuk memudahkan pemberian IC biru ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Penjelasan, penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, ramai yang bangun Yang Berhormat. Nak bagi?
Datuk Alexander Nanta Linggi - Kapit
Yang Berhormat Kapit ini.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Biar saya jawab dulu. Saya jawab dulu, kang barulah tanya. Saya jawab dulu pasal saya tadi baru mengemukakan isu. Saya jawab dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Baik. Menteri nak jawab dulu Yang Berhormat. Yang lain duduk dulu ya.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya jawab dulu. Terima kasih.
Sehubungan dengan Kempen MyDaftar ini yang selalu diadakan, ianya bertujuan untuk menyelesaikan masalah rakyat yang tidak ada dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil kewarganegaraan khususnya di kalangan masyarakat termasuklah masyarakat India yang mana kita adakan program pada 19 Februari hingga 26 Februari 2011.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Kempen ini bukannya bertujuan untuk memudahkan untuk memberi dokumen pengenalan diri, sebaliknya untuk membantu dan memudahkan mereka yang berkaitan membuat permohonan. Permohonan yang dikemukakan itu adalah tetap tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan undang-undang yang sedia ada. Jadi permohonan yang layak sahaja akan diproses dan dikeluarkan sijil kelahiran atau kad pengenalan. Oleh yang demikian dakwaan setengah pihak yang mengatakan bahawa program MyDaftar atau Kempen MyDaftar itu sebagai satu usaha memudahkan mengeluarkan dokumen sama ada kad pengenalan atau kad kelahiran adalah tidak betul, yang sebenarnya adalah untuk membantu.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Sebelum berpindah kepada topik lain.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Sebenarnya saya hendak bertanya ini ada kena mengena dengan Jabatan Pendaftaran Negara, topik yang sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri pindah tadi itu. Saya hendak penjelasan sama ada apakah bentuk tindakan ataupun rancangan ke depan kementerian Yang Berhormat. Perkara yang agak terang seperti yang dilaporkan oleh TV3 banyak kali, dalam berita saya perhatikan kemudian dilaporkan pula bawah kes jenayah, 999. Maknanya, kes ini dipertontonkan kepada umum yang banyak kes-kes yang berlaku terutama di Sabah dan Sarawak.
Di mana kad pengenalan biru itu bukan sahaja mudah didapati dengan cara pendaftaran ataupun dengan cara kaedah-kaedah lain, diniagakan. Kes ini memperlihatkan anggota-anggota RELA sendiri dikatakan terlibat kerana yang ditangkap itu orang kata RELA menangkap RELA, yang ditangkap itu pun RELA. Dikatakan mempunyai IC palsu itu yang punya uniform dan bertopi kuning juga macam RELA. Jadi RELA tangkap RELA.
Perkara ini cukup memalukan kerana telah diulang beberapa kali. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat sedar tidak perkara ini atas isu ini sehingga TV3 terpaksa membangkitkan dalam rancangan khas jenayah, 999.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Ada yang mendakwa IC itu didapati dengan cara dibeli dan dijual, ditawarkan oleh orang-orang tertentu dengan harga yang agak murahlah, keterlaluan murah. Saya rasa malu dengan harga RM100 satu IC. Saya hendak tanya, apakah sebenarnya yang telah dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran dalam kes-kes macam ini? Selepas RELA yang tangkap orang ini yang juga pakaiannya RELA, beri kepada pihak polis barangkali atau imigresen. IC ataupun kad pengenalan yang ditangkap itu, apakah tindakan yang telah diambil, sudah tentu kita boleh semak orang pemegang IC yang sebenar itu siapa. Apa yang berlaku? Hendak kata dicuri, tidakkanlah berpuluh-puluh atau beratus...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
I think sudah cukuplah Yang Berhormat. Saya pun faham, Menteri pun faham. Berpusing-pusing soalan itu Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Bukan soalan Tuan Yang di-Pertua, itu saya beritahu senarionya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya tidak hendak membangkit perkara baru dalam perbahasan ini. Ini masa bersoal bukan untuk berbahas Yang Berhormat.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih tetapi saya rasa perkara ini ada kena mengena...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak ada soal tetapi Yang Berhormat. Kalau hendak cakap, cakap tetapi jangan cakap tetapi kerana itu mengulas perkataan saya.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih. Saya tidak mahu ulas perkataan Tuan Yang di-Pertua, cuma saya kata perkara ini saya rasa ada kena mengena dengan isu sebelum pada ini yang saya minta untuk bangun bertanya tentang ulasan dia.
Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Saya terus kepada point, saya tidak ada berpusing-pusing. Saya hendak tanya Yang Berhormat, sekarang ini NKRA untuk melulus permohonan kewarganegaraan begitu kerajaan mengambil berat, begitu prihatin, ada peningkatan. Selain daripada melulus memberi kerakyatan, saya hendak tanya, apakah boleh kerajaan melucut kerakyatan seseorang rakyat yang sudah diberi kerakyatan? Saya bangkit perkara ini Tuan Yang di-Pertua, sebab dalam ucapan perbahasan saya, saya ada buat cadangan supaya kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Perlucutan Kerakyatan bagi rakyat yang tidak setia kepada negara.
Seperti mana Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, panjang kalau saya ulang balik. Cuma saya dok tunggu jawapan itu tetapi tidak timbul respons daripada Kementerian Dalam Negeri iaitu perlucutan kerakyatan bagi orang yang tidak setia menjadi rakyat di negara ini. Sekian terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Menteri, saya ingat kita sebenarnya ada tiga hari sahaja Yang Berhormat. Hari Khamis kita hanya sampai 5.30. Kita ada 25 kementerian.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya cuba mempercepatkan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bukan soal cepat Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Kalau boleh kalau ada masalah boleh tanya di luar Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kalau bagi peluang, bagi peluang yang boleh, bahan-bahan lamalah, bukan benda yang dibangkit, bukan benda baru.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Okey. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat mana tadi? Yang Berhormat Pasir Maslah saya jawab, Yang Berhormat Pasir Mas ya. Sebenarnya saya belum sampai isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Memang isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas bahawa pihak kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan suruhanjaya tersebut. Walau bagaimanapun, di bawah Perlembagaan Persekutuan ada mekanisme untuk melaksanakan tindakan perlucutan taraf kewarganegaraan di bawah perkara-perkara, pertama - Perkara 24, iaitu pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan hak kewarganegaraan negara asing. Itu yang pertama di bawah Perkara 24, Perlembagaan kita.
Di bawah Perkara 25, Perlembagaan juga iaitu berkaitan perlucutan kewarganegaraan yang diperolehi dengan cara pendaftaran di bawah Perkara 16A, iaitu kewarganegaraan. Dengan cara pendaftaran orang-orang yang bermastautin di negeri Sabah atau Sarawak pada hari Malaysia. Atau dengan cara kemasukan seperti peruntukan di bawah Perkara 19, Perlembagaan iaitu orang asing yang tidak ada warganegara di sini memohon sebagai warganegara.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Ketiganya, di bawah Perkara 26 Perlembagaan iaitu berkaitan dengan lain-lain peruntukan bagi melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan. Itulah di antara empat tindakan yang boleh melucutkan mengikut peraturan atau mengikut undang-undang di bawah Perlembagaan kita.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
[Bangun]
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Your issue? Sehubungan dengan isu yang telah dibangkitkan itu pihak kementerian memandang serius jika kes-kes seperti ini berlaku. Ini yang mana jika didapati kes ini berlaku, maka siasatan akan dibuat dan tindakan mengikut undang-undang akan dilaksanakan. Bagaimana kalau Yang Berhormat ada bukti bahawa ada perkara-perkara seperti ini berlaku, bahawa kita tidak mengabaikan dan kita akan melaksanakan siasatan yang terperinci dalam perkara ini.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu panjang-panjang, saya hendak tanya straight forward sahaja. Adakah Yang Berhormat kata Yang Berhormat tidak teliti atau tidak dapat maklumat apa yang disiarkan oleh TV3 atau laporan itu?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Mungkin Yang Berhormat hanya melihat perkara itu satu yang berlaku, yang ditunjukkan dipaparkan dalam TV3. Ini merupakan, dengan izin, isolated case. Jadi janganlah kita merasakan seolah-olah itu telah menjadi satu budaya yang diamalkan oleh pihak yang tertentu seperti mana Yang Berhormat nyatakan tadi, okey?
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Last.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Cukuplah itu.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Okey, saya hendak tanya, adakah Yang Berhormat kata Yang Berhormat tidak menerima laporan tentang yang dikeluarkan oleh kes TV3?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Kalau you ada you bagilah, you bagi, nanti kita akan buat siasatan.
Tuan Azan Ismail - Indera Mahkota
Terima kasih banyak.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Ya, cukup ya.
Tuan John Fernandez - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Dalam ucapan saya, saya ada bangkitkan satu isu berkenaan dengan kes Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Rayuan Putrajaya di mana dua orang kena hukuman mati. Saya ada sebutkan ini di dalam ucapan saya. Bolehkah saya dapatkan jawapan di atas status rayuan itu? Kenapa keputusan dalam kes ini ialah lewat? I need the clarification dalam isu ini.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya ingin memohon butiran yang terperinci sedikit untuk memudahkan kita membuat rujukan berkaitan dengan maklumat yang diberi oleh...
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Yang Berhormat, ringkas sahaja. Oleh sebab Yang Berhormat mengatakan kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan Suruhanjaya Perlucutan Kerakyatan sebab sudah ada mekanisme seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat, saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah kerajaan akan mengkaji kemungkinan melucutkan kerakyatan Pengerusi Hindraf iaitu sebuah pertubuhan haram, Muruthi yang berada di luar negara dan memburukkan nama baik negara dengan membuat pelbagai petisyen kepada pertubuhan hak asasi manusia dengan memberikan maklumat yang tidak betul baru-baru ini kepada 21 pihak. Antaranya Under Secretary Political Affair Amerika Syarikat, Britain dan macam-macam lagi lah.
Dato' Ibrahim Ali - Pasir Mas
Perbuatannya tidak akan terhenti setakat ini. Dia terus akan memburukkan negara Malaysia dan sebab itu tindakan yang sewajarnya patut diambil. Kalau beliau ada dua negeri, cara yang terbaik ialah melucutkan kerakyatan. Itu kemungkinan cadangan. Apakah perkara ini boleh diberi perhatian oleh pihak Kementerian Dalam Negeri?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Untuk keadaan semasa ini, kita berasaskan kepada apa yang telah saya nyatakan mengikut kepada peraturan atau pun perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Ini berkaitan dengan isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka yang menyentuh berkaitan dengan kejadian pemuda Cina ditikam mati di Taman Mengkuang, Kampung Binjai, Melaka. Siasatan kes ini telah dibuat berhubungan dengan Masjid Tanah report number 232/11 pada 22 Januari 2011.
Hasil siasatan telah dirujuk kepada Yang Arif Pendakwaraya Melaka dan beliau telah mengarahkan seorang suspek dituduh berasaskan daripada bukti-bukti yang ada hasil daripada siasatan yang dibuat.
Walau bagaimanapun, jika ada timbul ketidakpuasan hati daripada mana-mana pihak, pihak Polis Melaka telah beberapa kali memberi penerangan dan memberitahu perkembangan hasil siasatan kes ini dan jika tidak puas hati, diharapkan dapat maklumat- maklumat dikemukakan dan pihak PDRM sentiasa akan meneliti dan membuat siasatan berkaitan dengan ada maklumat-maklumat atau bukti-bukti yang lain timbul selepas daripada bukti-bukti yang ada pada ketika ini. Seterusnya...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Boleh minta sedikit penjelasan?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Okey.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin minta satu penjelasan.
Difahamkan hanya seorang suspek yang akan dihadapkan ke mahkamah. Adakah ini bermakna bahawa pada masa kejadian hanya suspek itu sahaja berada di tempat kejadian yang mengakibatkan tiga pemuda ditikam mati? Adakah dia seorang di tempat kejadian hasil daripada siasatan pihak polis? Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih sahabat saya dari Kota Melaka. Dia sama dari satu negeri ini. Apa yang saya ingin tegaskan Yang Berhormat, bahawa kita mengambil tindakan berasaskan daripada bukti yang kita dapat hasil daripada siasatan kita. Jadi kalau seorang sahaja yang didapati bersalah hasil daripada bukti yang diperolehi, maka seorang sahajalah tindakan yang sewajarnya akan diambil. Kita bukan mengambil tindakan semberono. Ia berasaskan kepada bukti yang ada.
Akan tetapi kalau misal kata, walhal saya ada berjumpa dengan keluarga sebab kes ini berlaku dalam kawasan Parlimen saya Yang Berhormat. Saya lebih peka tentang apa yang berlaku kerana mereka ini adalah merupakan rakyat dalam kawasan Parlimen saya. Saya telah berjumpa dengan keluarga-keluarga mangsa selepas kejadian dan meminta mereka kalau ada bukti-bukti lain. Kita sanggup menjalankan siasatan yang lebih terperinci hendak mendapatkan apa yang sebenarnya Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat, bukan ada apa-apa tindakan yang dilaksanakan oleh pihak polis ini yang ada mempunyai udang di sebalik batu.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingat ahli keluarga pun amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana dapat memberi perhatian dengan segera. Itu memang kita ucapkan terima kasih. Ini kerana amat sukar hendak terima bahawa seorang pemuda bawah umur 16 tahun dalam masa yang singkat iaitu dalam beberapa minit boleh menikam mati tiga pemuda di satu tapak yang sama. Saya difahamkan polis sudah menahannya termasuk sembilan orang yang lain yang kemudian dibebaskan berkemungkinan ada yang akan menjadi saksi polis.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Keadaan begini amat sukar hendak diterima bahawa seorang pemuda boleh menikam mati tiga orang pemuda pada masa yang sama di satu tapak yang berdekatan.
Oleh sebab itu saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan dalam siasatan ini, jika hanya seorang sahaja berada di tapak sana, memang agak amat susah hendak diterima kalau dikatakan ada orang lain bersama tetapi dia seorang sahaja yang melakukan pembunuhan ini. Ini menimbulkan satu keraguan. Oleh sebab itu saya dan ahli keluarga pun ingin hendak tahu bagaimana pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang kes ini dalam siasatan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Siasatan ini sudah habis, Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Siasatan ini sudah habis dan seorang dituduh di mahkamah. Apa yang ingin saya tegaskan Yang Berhormat, bahawa kita sebagaimana yang saya nyatakan tadi, tindakan yang diambil adalah berasaskan kepada bukti. Kalau kita mengikut logik, itu bukan cara kita dalam proses perundangan kita.
Akan tetapi kalau Yang Berhormat mengatakan kalau ada bukti-bukti yang baru, saya sanggup untuk memastikan bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan yang lebih terperinci. Saya mohonlah kalau Yang Berhormat ada maklumat. Malahan, saya sudah ada pernah bertanya kepada yang terlibat pada lawatan saya berkaitan dengan kes ini supaya kalau ada bukti-bukti yang lain di mana kita dapat menyelesaikan masalah ini bersama.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Melaka juga menyatakan jenayah indeks menunjukkan kes ragut, pecah rumah dan curi menurun dan bertanya adakah kes- kes ini betul menurun atau mangsa sebenarnya tidak buat repot. Yang Berhormat Kota Melaka juga meminta statistik mangsa kes ragut yang mati dihukum berbanding dengan kes yang dilaporkan.
Bagi tahun 2010, sebanyak 5,849 kes ragut telah dilaporkan di seluruh negara berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak 9,665 kes. Ini menunjukkan penurunan sebanyak - 3,816 kes ataupun -39 peratus. Kes pecah rumah dan juga curi juga menunjukkan penurunan sebanyak -5,038 kes atau -13 peratus daripada sejumlah 32,603 kes yang dilaporkan di seluruh negara bagi tahun 2010 berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2009.
Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Minta sedikit penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu menyoal tentang angka-angka sebab saya percaya bahawa angka itu memang dipungut dari kes-kes yang telah dilaporkan. Yang saya bangkitkan semasa perbahasan iaitu adakah pihak polis sedar bahawa angka ini mungkin tidak tepat dan tidak benar kerana keyakinan orang ramai terhadap pihak polis untuk menangkap peragut atau pesalah ini memang mereka tidak yakin. Dengan itu jika mangsa- mangsa tidak ingin buat laporan.
Saya sendiri menghadapi banyak masalah begini, mereka buat aduan dan saya minta mereka buatlah laporan ke polis. Ini yang selalu dikatakan tidak guna dan saya akan satu hari di balai polis dan disoal siasat dan lepas itu mereka langsung tidak dapat tangkap orang, sama jugalah. Lebih baik saya pergi buat laporan mendapat balik IC atau driving license, mungkin kad kredit, Maybank. Saya tidak mahu spend whole day in the balai polis.
Oleh sebab itu yang saya minta, bagaimana kita yakinkan dan apakah angka yang boleh kita tunjuk kepada orang? Berapa peratusan dari kes dilaporkan ini, kita dapat buat tangkapan orang, berapa peragut dapat ditangkap dan berapa kes telah dapat diselesaikan? Bukan hanya tentang berapa kes yang dilaporkan, katakan ini satu penurunan yang amat ketara kerana beberapa ribu kes telah kurang dari tahun yang lepas.
Oleh sebab itu saya hendak minta bagaimana kembalikan keyakinan kepada rakyat, itu yang saya minta.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Yang Berhormat.
Masalahnya, ini masalah perception Yang Berhormat. Jadi kadang-kadang bila kita melihat ataupun mendengar ada satu kes ragut ataupun kes rompak umpamanya, jadi apabila kita membuat perception bahawa dengan wujudnya satu kes ini, seolah-olah keadaan jenayah kita ini berleluasa. Jadi itulah yang penting, adalah merupakan tanggungjawab kita bersama sebagai pemimpin kepada rakyat kita bahawa kita perlu memberi persepsi berkaitan dengan keadaan yang sebenar. Angka-angka ini Yang Berhormat, bukan kita ambil sembarangan, jadi angka-angka ini adalah merupakan angka yang sebenarnya apa yang kita perolehi, yang kita dapat kumpulkan...
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
[Bangun]
Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya ingat kita – saya dengar Yang Berhormat berucap soal ini. Akan tetapi soalan ini Timbalan Menteri pun dah jawab, ini soalan perception Yang Berhormat. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri jawablah apa mengatasi soalan perception, macam mana ubah perception masyarakat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, ya persepsi tentang...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya dengar. Yang Berhormat berucap, repeating yang what you said before.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
No, no, sebab dia ada jawapannya, tidak beritahu saya tentang peratusan. How many case yang dapat ditangkap dan dapat selesai?
Hanya beritahu tentang berapa laporan tentang kes ragut ini dan telah turun. Saya ingin tahu dari kes yang dilaporkan, berapa peratusan yang dapat diselesaikan, tangkapan dibuat dan dihadap ke mahkamah? Oleh sebab itu kita dapat yakinkan kepada rakyat. Ini bukan satu persepsi, saya minta satu jawapan yang lebih tepat supaya kita dapat yakinkan rakyat.
Kalau tidak sebagai pemimpin, bagaimana kita hendak beritahu mereka sebab pandangan mereka, lapor pun tidak guna, susah hendak tangkap. Itu yang saya bangkitkan.
Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tidak, masalahnya segala statistik Yang Berhormat tidak percaya, itu masalahnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta tolong jangan bagi lagilah.
Dato' Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, sedikit sekejap, hendak minta Timbalan Menteri. Inilah masalah yang berlaku, apabila kita keluarkan statistik, perangkaan, laporan dan polis membuat siasatan, bukan semberono, mesti ada bukti dan sebagainya. Akan tetapi bila persepsi ini tidak betul, saya bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, kalaulah kata hukuman dijatuhkan atas bukti-bukti yang cukup nyata tetapi tidak menyebelahi kita, lantas kita tidak percaya kepada undang-undang.
Ini masalahnya tetapi apabila memihak kepada kita, barulah kita okey betul undang-undang. Ini benda-benda yang, saya ingat benda ini perlu, saya ingat Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri, saya ingat benda ini perlu dijelaskan kepada orang ramai terutama kepada pembangkang. Saya minta maaflah, bukan saya hendak... Yang Berhormat Kota Melaka. Bila polis keluarkan kenyataan dan sebagainya dan apabila tidak memihak kepada kita, maka kita katakan bahawa undang-undang tidak betul dan tindakan polis tidak tepat. Selama ini siapa yang jaga? Saya ucap terima kasih kepada polis.
Selama ini keamanan, polis yang menjaganya tetapi bila keputusan undang- undang itu tidak memihak kepada kita, maka kita katakan bahawa ini tidak adil. Jadi tidak sepatutnya berlaku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sudah cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh 20 saat sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sebenarnya masa ini Yang Berhormat, kita bertanya dengan Menteri. Kalau Yang Berhormat bertanya itu, kalau Yang Berhormat Menteri confused dengan soalan pula, masalahlah. Tanya soalan Yang Berhormat.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Ya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita faham kedudukan pembangkang untuk memberi satu kemusykilan kepada setiap institusi kerajaan ini termasuklah juga statistik dan sebagainya.
Akan tetapi saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mempunyai cadangan untuk melibatkan pihak ketiga dalam pengumpulan statistik ini? Bukan saya hendak mengatakan saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Melaka tetapi kalau inilah yang diperlukan untuk meyakinkan rakyat, apakah kementerian bercadang untuk membawa pihak ketiga dalam penyiapan statistik ini, kadar jenayah ini. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama saya setujulah dengan apa Yang Berhormat Maran cakap itu. So, berkaitan dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Belud ini, laporan-laporan adalah dibuat oleh polis. Jadi, segala data-data itu dimasukkan dalam data reporting system. Untuk melibatkan orang ketiga yang bebas, jadi mungkin dari segi logistiknya mungkin tidak berapa.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Mohon penjelasan. Ini berkait dengan kadar jenayah, kita ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah dapat menurunkan kadar jenayah walaupun Yang Berhormat Kota Melaka tidak setuju. Akan tetapi setakat ini berapa banyak lagi hot spot jenayah yang ada di Malaysia ini dan berapa banyak lagi yang telah dapat diputihkan, maknanya dibebaskan daripada jenayah? Mohon penjelasan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berkaitan dengan kawasan-kawasan hot spot yang telah kita kenal pasti bahawa kes-kes yang menurun ini adalah kes daripada hot spot dan juga melibatkan kes-kes di kawasan- kawasan lain yang bukan diiktiraf sebagai hot spot. Jadi, ini usaha yang telah kita laksanakan dan kejayaan yang telah kita capai. Masalah yang saya katakan tadi adalah apabila persepsi untuk menyatakan bahawa ianya tidak selamat, ini yang menimbulkan pandangan di kalangan masyarakat.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang mat rempit yang saya bangkitkan, kegiatan mat rempit yang begitu teruk pada masa sekarang. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak PDRM?
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Berkaitan dengan mat rempit, pihak polis sentiasa mengadakan operasi dari masa ke semasa. Yang mana beberapa tangkapan dan juga seizure on motorcycle dan sebagainya telah dilaksanakan berhubungan dengan kes-kes mat rempit ini. Ada di antaranya melibatkan kemalangan yang pihak polis mengambil tindakan ini. Jadi, seharusnya Yang Berhormat juga patut rasa berterima kasih dengan pihak polis ini kerana mengambil tindakan-tindakan.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, saya bersimpati dengan pihak polis sebab itu saya anggap bahawa pihak polis nampaknya susah hendak mengawal keadaan, sebab itu sudah menjadi begitu teruk.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Saya pun tiba-tiba terlibat dengan kemalangan oleh mat rempit sebab itu saya dengan terus terang tanya pihak polis apakah sebab mat rempit ini begitu susah hendak kawal. Sebab itu saya minta mungkin dalam Dewan yang mulia ini dapat satu penjelasan jawapan yang lebih telus supaya kita tahu bagaimana susah kita hendak kawal. Kita di Melaka Yang Berhormat sedia maklum kita ada mini circuit sana bolehkah kita dapat menggalakkan mereka semua kalau hendak rempit, rempitlah di mini circuit. Kita sudah belanja RM17 juta kita buat, takkan kosong sebegitu.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Sebab itu saya hendak tanya, apakah sebab begitu susah kita hendak kawal kegiatan mat rempit terutama di Melaka. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Ini masalah mat rempit ini Yang Berhormat mungkin kadang-kadang ini kita ada anak kita tidak boleh hendak kawal keadaan. Mungkin kerana pengaruh rakan-rakan yang boleh membuatkan perkara-perkara seperti itu berlaku. Jadi dari segi punca yang sebenar saya rasa masyarakat masih belum mengenal pasti puncanya yang sebenar apa dia yang menyebabkan anak-anak kita ini terlibat dalam masalah mat rempit ini. Okey ya, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Panjang lagi Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya rasa panjang lagi. Sedikit lagi- saya rasa kalau kekangan masa saya akan menjawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menimbulkan isu ini.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Jawab soalan Serdang.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya akan jawab secara bertulis Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah duduk di sini tunggu jawapan. Boleh atau tidak ambil sedikit masa untuk jawab soalan saya. Saya sudah lama duduk di sini dan tunggu jawapan tentang wartawan yang telah ditangkap dan ditahan semasa perhimpunan anti rasis kelmarin. Saya hendak mintalah penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri kenapa wartawan ditangkap, ditahan oleh pihak polis kerana wartawan kerjanya adalah untuk rekod apa yang telah berlaku pada hari itu. Mintalah jasa baik Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Isu itu Yang Berhormat saya tidak ada maklumat dalam jawapan ini kerana apa saya pun dari segi maklumat berkaitan dengan penangkapan wartawan tidak ada dalam ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ada dibangkitkan dalam perbahasan Yang Berhormat?
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Memang ada. Saya bangkit isu ini pada hari Khamis yang lalu. Ucapan saya adalah lebih kurang pada jam 5.00 petang. Jadi hari itu saya bangkit isu tentang wartawan-wartawan yang telah ditangkap dan juga kebebasan media. Bagaimana dengan media council atau Majlis Media yang akan ditubuhkan atau tidak. Itu saya sebut semua dalam masa 10 minit. Jadi saya haraplah bahawa saya boleh dapat satu jawapan.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya harap you boleh bagi satu tempoh ataupun tarikh yang you...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Hari Khamis yang lalu ucapan saya. Saya adalah wakil ketiga terakhir punya.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Hari terakhir?
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Hari terakhir, hari Khamis yang lalu.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya akan jawab secara bertulislah, saya akan membuat ini.
Tuan Sim Tong Him - Kota Melaka
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri saya juga masih ada dua atau tiga belum jawab. Boleh jawab bertuliskah? Itu tentang pertubuhan 1Malaysia dan juga tentang beli undi pilihan raya kecil di Merlimau. Jika tidak dapat jawab jawapan bertulis saya terima. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Okey.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin ada jawapan mengenai isu pelarian di dalam negara kita.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Pelarian.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Pelarian, refugee.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya akan bagi bertulis.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Ya.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Saya akan bagi bertulis. Sebab...
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin - Ampang
Takkan Tuan Yang di-Pertua bagi chance suruh duduk, terus duduk sahaja, berilah jawapan sedikit.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Itu kekangan masa. Bukan saya tidak hendak.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saman ekor, saman ekor.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Akuan berkanun terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kes bolehkah beri satu jawapan? Tentang akuan berkanun terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan. Satu kes lagi berlaku di Tenang sana.
Tentang kes undi rasuah di Tenang.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Sebagai mana yang disarankan, saya akan menjawab secara bertulis isu-isu yang ditimbulkan ini.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Termasuk saman ekor saya bagi ini.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf ya, Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Ini sudah selalu jawab.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kena bagilah bertulis. Apa yang kita buat barulah kita faham. Sudah hendak suruh bercakap direct tadi tidak mahu, bertulis pun bertulislah, hendak buat kerja rumah sedikitlah.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Okey.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya merasa tidak senang ya Tuan Yang di-Pertua maaf ya. Tuan Yang di-Pertua, ini hari pertama pihak kementerian menjawab dan telah jelas Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak dapat menjawab walaupun isu telah dibangkitkan masa ucapan oleh Ahli-ahli Parlimen ini. Ini menunjukkan ketidakhadiran Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mengakibatkan sekarang kita dalam Dewan yang mulia ini menunggu jawapan tetapi Yang Berhormat Menteri tidak dapat beri jawapan menggunakan juga alasan kekangan masa.
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon ini hari pertama pihak kementerian menjawab agar setiap kementerian menjawab isu yang dibangkitkan itu. Mesyuarat dilanjutkan sampai 9.30 malam. Walaupun saya tidak ada perkara yang timbulkan dalam Dewan ini berkenaan dengan Kementerian Dalam Negeri saya mempunyai pertanyaan, kerana kekurangan masa saya tidak bangun. Akan tetapi Ahli-ahli yang lain bagaimana pula Tuan Yang di-Pertua?
Saya pohon precedent sedemikian tidak harus diteruskan. Itulah sebab ponteng, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri saya bagi sudah banyak kali...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat jangan cakap begitu Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Akan tetapi saya ditegur pula...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat...
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Saya pohonlah. Saya rela tunggu sehingga 9.30 malam. Saya mahu juga mendengar juga jawapan isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sudahlah Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah
Jadi jangan ponteng lagi. Pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tidak elok cakap begitu Yang Berhormat.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Ponteng adalah satu tuduhan yang melulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ya, saya juga fikir kita ini semua ada umurlah. Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah putih rambut dah. Kalau dipanggil dibuat macam budak-budak tidak sedaplah. Peradaban kita ini ada caranyalah. Jadi sila Yang Berhormat kalau hendak sambung, kalau hendak jawab ataupun jawab bertulis semua. Akan tetapi satu perkaralah. Yang Berhormat Timbalan Menteri sila duduklah saya hendak bercakap.
Kita sudah develop tradisi dan konvensyen kita sendiri dalam Dewan ini Yang Berhormat. Kalau orang berucap sebenarnya tidak ada orang mencelah sebenarnya.
Pergilah ke Parlimen lain tidak ada Yang Berhormat. Bukan Conventional Commonwealth Practice mencelah. You don’t have the floor, orang yang bercakap itu sahaja yang ada floor.
Melainkan kalau dia bagi boleh bercakap kalau tidak, tidak boleh. Masa soalan berbangkit, soalan sudah bangkit masa ucapan kalau ditanya clarification hanya itu sahaja bukan perkara baru. Jadi kalau 1001 macam soalan yang dibangkit takkan 1001 macam soalan hendak dijawab? Saya cukup yakin dia tidak berkemampuan tiap-tiap Menteri hendak buat itu.
Jadi saya ingat kita berpatutan dalam keadaan ini. Kita sudah bangkit soalan, saya mintalah pihak kementerian juga bersedialah jawab ringkas-ringkas sahaja. Dia kata kenapa satu orang sahaja kena tangkap yang lain tidak kena tangkap. Katakan okey penyelidikan mengatakan satu orang sahaja dia dapat itu sahaja. Kalau Yang Berhormat tahu ada yang lain lagi beritahulah kami. Sudah. Kalau di England dia buat macam itu Yang Berhormat... [Tepuk] Jadi yang lain itu jangan saya cakap bila cerita hal Kadazan kita cerita hal Penan pula. Tidak tahu soal Penan cakap soal Penan. Yang Berhormat sila Yang Berhormat. Sudah habiskah? Yang Berhormat sudah habiskan 1 jam 30 minit Yang Berhormat. Ya sila Yang Berhormat. Jangan bagi peluang lagi melainkan perkara itu untuk clarification sahaja.
Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop
Ya. Ada isu kebanyakan telah dijawab semasa jawapan lisan seperti saman ekor dan sebagainya. Jadi yang mana kalau Yang Berhormat indicate untuk berhenti setakat ini saya akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan yang lain secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat sudah habiskah? Sudah habis.
Satu lagi Yang Berhormat, oleh sebab saya sebutkan tadi kita telah membuat tradisi mencelah itu kadang-kadang dibiarkan sahaja, kalau hendak bertanya tolong tanya soalan, tidak perlu ulas. Kerana tadi saya melihat, minta maaflah saya menegur Yang Berhormat Indera Mahkota, jika dia bertanya kenapa RELA ini ditangkap, bahkan RELA sendiri yang menangkap RELA sendiri dan apakah tindakan kementerian untuk mengatasi masalah agar RELA jangan terlibat dengan pemalsuan identity card. Jika soal macam itu, 15 second sudah habis jadi Menteri pun tidak confused dengan soalan. Jadi soal jangan berucap.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi saya menjemput Yang Berhormat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin Dennis D’Cruz
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberi pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas kementerian saya iaitu KPKK sepanjang sesi perbahasan ke atas Titah Diraja 2011. secara keseluruhannya antara isu berkaitan kementerian yang telah menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah dirumuskan merangkumi beberapa isu iaitu penyampaian maklumat dan laporan kepada rakyat. Kedua, program hiburan yang melampau di televisyen dan yang ketiga pemeliharaan kawasan atau bahan warisan negara dan yang kelima perkhidmatan internet jalur lebar dan pemantauan laman web blog.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini melalui RTM dan BERNAMA sentiasa berusaha memberikan liputan yang cepat, tepat dan adil. Terutamanya ketika membuat liputan berita seperti pilihan raya kecil dan situasi di Jepun yang tidak berdasarkan kepada khabar angin atau fakta yang tidak disahkan untuk maklumat bagi melaporkan keadaan sebenar di Jepun. Seorang wartawan dan juru foto berpengalaman dari BERNAMA telah dihantar ke Jepun untuk melaporkan situasi sebenar terutama mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini sentiasa memastikan kesemua kandungan stesen-stesen televisyen mematuhi peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM 1998) dan mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan di bawahnya, serta kod kandungan komunikasi dan multimedia. Walaupun stesen-stesen televisyen ada menyiarkan rancangan berunsur seram tetapi ia adalah kadar yang minimum dan syarat kandungan rancangan tersebut mempunyai unsur pengajaran yang berguna kepada penonton. Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana stesen televisyen swasta yang didapati melanggar syarat lesen serta kod kandungan atau lain-lain peruntukan undang-undang yang terpakai ke atasnya. Untuk makluman, sejak awal tahun 2010 RTM tidak lagi menyiarkan drama dan rancangan berbahasa Indonesia, Korea, Filipina dan Latin di salurannya.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai maklumat kriteria untuk menjadikan satu tapak diiktiraf sebagai tapak warisan adalah dinyatakan dalam seksyen 67(2), Akta Warisan Kebangsaan 2005, kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk mencadangkan Maliau Basin dan Lembah Danum dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia. Antara perkara penting untuk melayakkan satu-satu tapak diiktiraf sebagai warisan dunia, ia perlu dibuktikan mempunyai nilai-nilai outstanding universal value, dengan izin, nilai-nilai keunggulan sejagat atau mempunyai kepentingan di peringkat dunia. Setakat ini dapatan warisan negara JWN belum menerima apa-apa permohonan daripada mana-mana pihak untuk menjadikan Maliau Basin dan Lembah Danum sebagai tapak warisan dunia.
Selain daripada itu, Jabatan Warisan Negara bersama Majlis Daerah Lenggong akan mengadakan Karnival Lembah Lenggong ke arah warisan dunia pada bulan Mei 2011, bagi mempromosikan lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia. Berkenaan Kompleks Muzium Pasir Salak pula, ia adalah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Perak. Kementerian ini telah memberikan peruntukan sebanyak RM907,790.86 pada tahun 2008, RM808,680 pada tahun 2009 dan pada tahun 2010 sebanyak RM600,000 bagi menanggung belanja menguruskan Lembaga Muzium Negeri Perak. Mengenai sesi penerangan kepada semua Ahli Parlimen berkenaan, kriteria untuk menjadikan sebuah kawasan sebagai tapak warisan, ia boleh dilakukan oleh pihak kementerian melalui Jabatan Warisan Negara sekiranya diundang.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada isu penguatkuasaan dan pemantauan kandungan laman web dan blog, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau dan mengambil tindakan ke atas bloggers yang melanggar peraturan dan undang-undang sedia ada negara. Kerjasama bersepadu bersama Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara sentiasa diberikan perhatian oleh kementerian ini memandangkan sesetengah kes perlu dirujukkan kepada
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin Dennis D’Cruz
kementerian jabatan yang berkaitan khususnya bagi tindakan yang melibatkan isu Kanun Keseksaan, hasutan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini melalui RTM, Jabatan Penerangan dan JASA telah melaksanakan pelbagai kempen bagi mempamerkan dan menghebahkan mengenai faedah-faedah serta manfaat yang diperoleh daripada RMKe-9 kepada masyarakat umum melalui program televisyen dan aktiviti jabatan di setiap negeri dan daerah di seluruh negara pada tahun 2010. Maklumat dan artikel RMKe-9 juga telah disebarkan melalui penerbitan artikel-artikel di laman web rasmi jabatan dan agensi kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah menyediakan pointers, dengan izin, kepada pegawai lapangan untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai mengenai FELDA menerusi laporan berita, laporan khas aktiviti komunikasi bersemuka dengan penjelasan melalui laman-laman blog selain daripada penerbitan dokumentari mengenai kejayaan FELDA.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui SKMM telah menggalakkan pengendali perkhidmatan sistem komunikasi berasaskan solar menggunakan bateri yang berasaskan lithium iron untuk penggunaan di based station bagi mengurangkan impak pelupusan sisa plumbum kepada alam sekitar.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memastikan kualiti perkhidmatan Astro dipantau melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM supaya menepati syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan dari sudut kenaikan harga dianalisa bagi memastikan ia adalah tindakan yang wajar dan munasabah berasaskan kos tidak hanya bermotifkan keuntungan semata-mata.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II - Datuk Maglin Dennis D’Cruz
Tuan Yang di-Pertua, pelantikan pegawai ekspatriat atau pegawai dagang adalah satu langkah strategik bagi Telekom Malaysia untuk terus berdaya saing di dalam industri telekomunikasi negara yang mempunyai persaingan yang sengit.
Pegawai ekspatriat mempunyai pengalaman yang luas berkhidmat di dalam industri telekomunikasi global dan pelantikan pegawai ekspatriat adalah sejajar dengan usaha untuk menjadikan syarikat berkaitan kerajaan GLC lebih berdaya saing dan kompetitif.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian berterima kasih kepada semua Yang Berhormat atas soalan-soalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] Kenapa ini berlaku lagi? Dalam ucapan saya, saya minta penjelasan tentang bila majlis ini akan ditubuhkan? Akan tetapi sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri tidak jawab. Sekarang sekali lagi satu ayat pun tidak ada. Jadi, untuk apa kita buat ucapan pada hari Khamis yang lalu? Nampaknya Yang Berhormat Menteri-menteri ataupun Timbalan-timbalan Menteri mereka semua tidak bersedia untuk memberi jawapan kepada kami. Saya rasa ini amat tidak adillah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Apa soalan sebentar tadi Yang Berhormat?
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Saya tanya, bagaimana dengan perkembangan dengan rancangan kementerian untuk mewujudkan satu Majlis Media untuk memastikan kebebasan media kerana ini telah lama kita bincang tentang topik ini. Akan tetapi sehingga sekarang rasanya tidak ada perkembangan. Jadi, soalan saya adalah bagaimana untuk kita memastikan kebebasan media dan bila Majlis Media ini akan ditubuhkan? Itu sahaja soalan saya. Ringkas, kenapa tidak boleh jawab?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila Yang Berhormat. Ada jawapan?
Datuk Maglin Dennis D’Cruz
Ada, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kementerian masih dalam kajian untuk memahami keperluan sebuah badan baru seperti MMM ditubuhkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Bila? Berapa lama lagi mahu buat kajian ini kerana telah beberapa tahun saya rasa kementerian untuk buat kajian dalam isu ini. Berapa lama lagi perlu dan apa masalah yang sebenarnya yang melambatkan kementerian untuk mewujudkan majlis ini? Ini kerana telah lama. Ini bukan baru sahaja kita bangkitkan isu ini.
Ia sudah beberapa tahun. Berapa lama lagi kita perlu tunggu? Apa masalah yang sebenarnya? Saya harap jangan beri jawapan yang satu ayat sahaja. Ini tidak ikhlas langsung.
Datuk Maglin Dennis D’Cruz
Tuan Yang di-Pertua, memang ambil masa Tuan Yang di-Pertua. Benda ini bukan boleh dibuat secepat mungkin. Ini kerana ada berkenaan dengan media.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Dua tahun tidak cukup, tiga tahun tidak cukup?
Datuk Maglin Dennis D’Cruz
Ya, memang kadang-kadang ambil masa Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Tuan Yang di-Pertua. Dalam ucapan hari Selasa, saya ada tanya tentang Muzium Bukit Kepong tetapi Yang Berhormat Menteri pun tidak jawab. Ini kerana dalam RMKe-9 satu peruntukan telah diberikan supaya muzium tersebut boleh dinaik taraf kononnya satu bangunan baru akan dibina di depan muzium tersebut untuk penyimpanan badan-badan bersejarah. Namunnya, projek ini tidak dilaksanakan.
Harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri saya jawapan yang jelas.
Datuk Maglin Dennis D’Cruz
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada jawapan.
Saya akan beri secara bertulis... [Ketawa]
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Yang Berhormat Timbalan Menteri bila boleh beri jawapan sebab semua orang mahu jawapan ini, penduduk dari kawasan Pagoh.
Datuk Maglin Dennis D’Cruz
Mungkin, secepat mungkin.
Tuan Er Teck Hwa - Bakri
Esok atau...
Datuk Maglin Dennis D’Cruz
Esok pun bolehlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Habis Yang Berhormat?
Datuk Maglin Dennis D’Cruz
Sudah habis Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu kementerian turut menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong dan juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada 22 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sudi berkongsi pandangan dan cadangan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sepanjang sesi Usul Menjunjung Kasih ke atas Perbahasan Titah Diraja 2011.
Pelbagai isu penting dan cadangan bernas telah diutarakan dalam sesi perbahasan yang telah berlangsung dan pihak kementerian memberi perhatian dan tindakan susulan kepada isu-isu yang telah dibangkitkan. Izinkan saya Tuan Yang di- Pertua, untuk memberi penjelasan berhubung perkara-perkara yang telah dibangkitkan mengikut sektor iaitu tenaga, teknologi hijau, dan disusuli dengan sektor air.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Sektor tenaga. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan isu berhubung Tenaga Nasional Berhad (TNB) lebih mengutamakan syarikat luar negara dengan vendor-vendor tempatan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara lazimnya perolehan TNB adalah melalui kaedah tender terbuka kepada semua syarikat tempatan. Dasar dan prosedur perolehan TNB menggariskan bahawa keutamaan perolehan produk, kerja dan perkhidmatan adalah ditawarkan kepada syarikat-syarikat tempatan. Di samping itu, TNB ada memperuntukkan kontrak kepada syarikat bumiputera di bawah Program Pembangunan Vendor Bumiputera (PPVB) TNB, dengan izin.
Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, vendor sedia ad adi bawah PPVB TNB adalah sebanyak 324 syarikat dalam tiga bidang iaitu bidang kerja, produk, dan perkhidmatan.
Sejak tahun 1995 sehingga Januari 2011, jumlah kontrak terkumpul yang telah dianugerahkan di bawah PPVB adalah sebanyak bernilai RM4.4 bilion yang melibatkan 240 vendor dan nilai ini tidak termasuk penganugerahan kontrak kepada syarikat bumiputera yang diperoleh melalui kadar kaedah perolehan secara tender terbuka TNB.
Merujuk kepada pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat, saya juga ingin memaklumkan bahawa TNB ada membeli transformer dengan izin dari dalam dan luar negara. Bagi transformer 33kV dan 11kV kesemuanya dibeli dari dalam negara manakala transformer 132kV ke atas dibeli dari syarikat tempatan dan luar negara.
Manakala bateri pula dibeli dari luar negara melalui syarikat tempatan. Ini adalah kerana jenis bateri iaitu nickel cadmium (Nicd) yang digunakan dalam sistem TNB tidak dibuat di negara Malaysia. Sebagai makluman, transformer dan bateri adalah produk kritikal dalam sistem TNB dan amat penting TNB memastikan produk ini berkualiti tinggi dan berdaya harap atau reliable, dengan izin. Kegagalan produk ini akan menyebabkan bekalan elektrik kepada pengguna terputus. Untuk pembelian semula barang-barang skrap ataupun baran- barang lusuh pula, TNB telah melantik lapan panel skrap yang merupakan syarikat tempatan dan pilihan panel skrap telah dibuat melalui kaedah tender terbuka.
Sebagai rumusan Tuan Yang di-Pertua, TNB tidak pernah mengabaikan kepentingan syarikat tempatan dan dasar TNB adalah memberi keutamaan perolehan produk kerja dan perkhidmatan kepada syarikat tempatan. menyentuh tentang pembinaan loji jana kuasa arang batu di Sinakut Lahad Datu, Sabah. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Tawau dan Putatan telah membangkitkan isu mengenai pembinaan loji jana kuasa arang batu di Sinakut Lahat Datu, Sabah.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan untuk melaksanakan stesen jana kuasa berasaskan arang batu sebelum ini adalah berdasarkan kepada keperluan sistem bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah yang memerlukan sebuah stesen jana kuasa yang beroperasi secara base load, dengan izin, dibina. Kapasiti penjanaan yang telah dikenal pasti adalah sebanyak 300 megawatt. Opsyen bahan api yang dipertimbangkan untuk tujuan tersebut adalah gas dan arang batu. Memandangkan ketiadaan sumber gas di kawasan Pantai Timur Sabah, maka sumber arang batu dilihat sebagai opsyen yang paling sesuai dilaksanakan.
Selain daripada mengelakkan pengguna-pengguna di Sabah terpaksa membayar takrif elektrik yang tinggi, pemilihan opsyen bahan api yang ekonomik dan berdaya harap adalah kritikal berikutan keperluan untuk mengoptimumkan dana kerajaan dalam melaksanakan produk-produk pembangunan infrastruktur di negara ini. Dalam konteks negeri Sabah, selain tumpuan untuk membekalkan kapasiti penjanaan yang mencukupi, kerajaan juga memberi perhatian yang serius kepada usaha-usaha memperkukuhkan jaringan sistem penghantaran dan pembahagian di negeri tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah diperjelaskan dalam Dewan yang mulia ini pelaksanaan stesen jana kuasa berasaskan arang batu bukanlah perkara baru di Malaysia.
Di Semenanjung sendiri terdapat empat buah stesen jana kuasa berasaskan arang batu yang sedang beroperasi dengan jumlah kapasiti penjanaan sebanyak 7,170 megawatt.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Puan Noriah binti Kasnon
Kerajaan telah memastikan pelaksanaan kesemua stesen-stesen jana kuasa tersebut menggunakan teknologi clean coal, dengan izin, terkini yang hanya memberi kesan minimum ke atas kualiti alam sekitar.
Walau bagaimanapun, kerajaan telah membuktikan bahawa konsep ‘Rakyat didahulukan’ diamalkan iaitu menerima hasrat dan suara rakyat di negeri Sabah dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan pelaksanaan stesen jana kuasa berasaskan arang batu di FELDA Sahabat, Lahad Datu.
Sungguhpun begitu, keputusan ini akan melibatkan kos pelaksanaan yang lebih tinggi ditanggung oleh kerajaan. Justeru, ingin saya tegaskan di sini bahawa sebenarnya tiada sebarang agenda tersembunyi di sebalik pelaksanaan projek yang berasaskan arang batu dan kemudian dibatalkan ini.
Tuan Yang di-Pertua, stesen jana kuasa berasaskan Gas Asli Cecair (LNG) di Pantai Timur Sabah.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Yang Berhormat Menteri.
Puan Noriah binti Kasnon
Mengenai isu...
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Ini berkaitan dengan... Tuan Yang di- Pertua, can I?
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat.
Puan Noriah binti Kasnon
Arang batu? Yang Berhormat Putatan, arang batu.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana juga bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi bahawa pewujudan jana kuasa berasaskan arang batu ini banyak kesannya dan juga sebagaimana yang kita tahu, komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mana mengurangkan 40 peratus emisi karbon kepada udara di atmosfera. Maka, ini satu tindakan yang paling bijak berlandaskan kepada slogan 1Malaysia, ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
Jadi, minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum itu, kita rakyat negeri Sabah ini berterima kasih dan memang tetap dalam pilihan raya akan datang akan memberikan satu push engine kepada BN. Jadi, sekarang rakyat pula tertanya. Oleh sebab kita telah pun membatalkan cadangan itu, maka ia dinyatakan bahawa kita akan menggunakan LNG untuk membuat power plant kita, berasaskan kepada LNG. Kita tahu LNG ini hanya daripada Sarawak. Jadi kita punya gas ini, kita channelkan kepada negeri Sarawak. Jadi, rakyat tertanya-tanya bagaimana ia akan dilaksanakan? Bila dan berapa?
Sekiranya dibina, berapa kos untuk membina yang menggantikan jana kuasa arang batu itu dan berapa kuasa yang akan diberi selain daripada biomass yang akan dilaksanakan.
Kalau dilaksanakan, bagaimana pula dengan grid-grid di negeri Sabah ini belum wujud. Tidak mencukupi kalau kita galakkan pihak swasta untuk mewujudkan power plant ini berdasarkan daripada biomass. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak kementerian, adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan grid-grid itu supaya ini boleh digunakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat. Sudah ucapan ini Yang Berhormat.
Datuk Dr. Marcus Mojigoh - Putatan
Ya.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Nampaknya suara Yang Berhormat Putatan antara yang didengar oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memang sentiasa prihatin dengan suara dan kehendak rakyat termasuklah daripada wakil-wakil rakyat. Kita memang amat berterima kasih kepada pengundi di Sabah yang merupakan fixed deposit, dengan izin, kepada kekuatan Barisan Nasional.
Puan Noriah binti Kasnon
Menyentuh tentang grid tadi memang perkara baru Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, pihak TNB dan SESB akan membincangkan tentang grid untuk menyambung tenaga yang mungkin akan dihasilkan daripada biomass, biogas apabila Akta Tenaga Boleh Baharu dilaksanakan kelak. Dalam perbincangan Yang Berhormat.
Tentang LNG yang bakal menggantikan loji jana kuasa arang batu di Pantai Timur Sabah ini Yang Berhormat, memang kita maklum bahawa di Pantai Timur Sabah memang tidak ada LNG. Saya kira kita masih dalam peringkat perbincangan Yang Berhormat Putatan, tentang pemilihan lokasi yang sesuai, tentang tempoh yang perlu diambil, mungkin dalam empat atau lima tahun dan juga tentang kos. Ia juga adalah tertakluk lagi sekali kepada laporan kajian EIA, dengan izin, Environment Impact Assessment dan penyelesaian ke atas izin lalu ke atas kawasan-kawasan yang bakal terlibat juga akan kita perbincangkan. Ini perkara yang sangat baru Yang Berhormat dan insya-Allah kita cuba sesegera yang boleh.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga Tuan Yang di-Pertua, berhubung usaha kerajaan untuk mengoptimumkan potensi Tenaga Boleh Baru (TBB) atau Renewable Energy, dengan izin, di Sabah pada masa ini sebanyak 36.5 megawatt tenaga elektrik terdiri daripada sumber Tenaga Boleh Baru iaitu sebanyak 30 megawatt yang berasaskan biomass ataupun empty fruit bunches (EFB), dengan izin, dan mini hidro 6.5 megawatt telah beroperasi di Sabah. Projek-projek ini merupakan projek-projek di bawah program Small Renewable Energy Power Programme (SREP), dengan izin. Di masa hadapan, sumbangan tenaga boleh baharu di Sabah dijangka akan bertambah dengan sumber biomass menyumbang sebanyak 10 megawatt dan mini hidro sebanyak 8.2 megawatt yang sedang dilaksanakan dan dijangka siap secara berperingkat dari tahun 2011 hingga tahun 2013.
Pada masa yang sama juga, kerajaan sedang mengenal pasti dan mengkaji potensi sumber tenaga boleh diperbaharui yang lain untuk dilaksanakan di Sabah, mungkin seperti tenaga geothermal dan tenaga angin. Walau bagaimanapun, pasti penjanaan yang dijangka diperoleh daripada sumber tenaga boleh diperbaharui ini adalah kecil berbanding sumber konvensional dan bersifat supplementary, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, kepada kapasiti penjanaan tenaga yang sedia ada.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang peranan Suruhanjaya Tenaga. Bagi menjawab isu yang ditimbulkan Ahli Yang Berhormat Kota Belud. Ingin saya nyatakan bahawa Suruhanjaya Tenaga ataupun ST telah ditubuhkan pada tahun 2001 bagi mengawal selia industri pembekalan elektrik dan industri pembekalan gas di peringkat retikulasi. Isu berkenaan teknologi boleh baharu sememangnya terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan berdasarkan kepada Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, seksyen 14(i) menetapkan antara fungsi dan tugas ST adalah untuk menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan penjimatan penggunaan tenaga tidak boleh baharu. Ini jelas menunjukkan bahawa akta tersebut tidak menyentuh mana-mana perkara berkaitan teknologi bagi tenaga boleh baharu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai pula berhubung dengan isu semakan semula Perjanjian Pembelian Tenaga atau Power Purchase Agreement (PPA), dengan izin. Kerajaan sememangnya telah melaksanakan rundingan semula PPA semenjak dari tahun 2010 setelah dihentikan seketika pada bulan Mac 2010 demi kepentingan rakyat di bawah pewujudan MyPower di bawah kementerian. Justeru, kerajaan insya-Allah akan mengumumkan hasil rundingan semula PPA tersebut untuk kepentingan rakyat dan memperbaiki perkara-perkara yang dikatakan tidak memberi keadilan dalam masa yang terdekat ini insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai isu pemotongan bekalan elektrik oleh pihak TNB yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Maran. Izinkan saya maklumkan di sini bahawa bagi pengguna domestik, tiada pemotongan bekalan elektrik yang dibuat oleh pihak TNB untuk penggunaan elektrik yang kurang daripada yang dipohon. Ia hanyalah sebenarnya untuk pengguna komersial dan industri sahaja yang memerlukan voltan sederhana ataupun tinggi semasa memohon. Ia adalah caj sambungan beban yang berlebihan tetapi tidak digunakan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian bersedia untuk
Puan Noriah binti Kasnon
meminta Suruhanjaya Tenaga dan TNB untuk menyiasat kes ini secara terperinci dan seterusnya mengambil tindakan susulan...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
[Bangun]
Puan Noriah binti Kasnon
Sekiranya kes sebegini berlaku yang mungkin tidak dilindungi ataupun yang tidak berpandukan kepada fakta yang saya nyatakan tadi.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Minta penjelasan.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Noriah binti Kasnon
Yang Berhormat Maran.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ikhlas mengucapkan terima kasih kepada TNB, kecekapan pegawai-pegawai TNB dan sebagainya walaupun ada kelemahan- kelemahan.
Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib - Maran
Umpamanya kawasan saya biasa berlaku blackout tetapi sekejap sahaja boleh diselesaikan. Terima kasih banyak. Cuma yang saya timbulkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, ialah kita dapat maklumat dan ini pernah berlaku pada saya sendiri. Saya ingat kes di Temerloh pun ada berlaku pada Ahli Parlimen Temerloh. Saya difahamkan apabila pengguna meminta jumlah watt yang tertentu, katakanlah saya minta 1,000 watt untuk rumah saya dalam setiap bulan tetapi saya menggunakan hanya 500 watt sahaja, maka the different dengan izin, perbezaan itu dikenakan penalti kepada pengguna. Perkara ini masalahnya tidak difahamkan secara jelas kepada pengguna.
Ini pernah berlaku semasa saya di Kuantan dalam perpustakaan negeri. Saya tengok tiap-tiap bulan jabatan saya kena penalti, denda. Saya tanya pegawai saya kenapa ini berlaku? Dia kata, “Kita kurang pakai.” Sepatutnya kurang pakai kurang bayar tetapi ini kurang pakai kena bayar tambah. Sehingga saya dijelaskan dan dimaklumkan bahawa ada suatu alat yang boleh digunakan – Saya tidak tahulah ia dipanggil adjuster atau apakah – yang boleh menyelaraskan ini. Maknanya kalau kita minta bekalan lebih tetapi kita guna kurang dan dengan ada membeli alat ini, maka kita dapat adjust, selaraskan pembayaran itu. Akhirnya kita tidak dikenakan penalti.
Saya rasa pengguna kalau dia guna banyak, dia boleh bayar – kita boleh bayar.
Kita tahu kadang-kadang sesetengah orang memang banyak guna api tetapi oleh kerana mereka tidak mempunyai pemahaman mencukupi. Saya minta TNB kalau boleh adakan sedikit penerangan yang lebih jelas kepada pengguna sebelum mereka pakai. Kadang- kadang mereka fikirkan mereka hendak pakai banyak yang kadang-kadang mereka menggunakan macam-macam alat dan sebagainya tetapi akhirnya mereka tidak gunakan jumlah yang dipohon. Akibatnya mereka kena denda dan membayar dan itu membazir. Ini saya ingat Ahli Parlimen Temerloh pun menghadapi masalah yang sama seperti saya ini.
Jadi minta supaya TNB mengambil tindakan. Bukan bermakna saya hendak perkecilkan TNB – tidak, tetapi supaya pengguna-pengguna dapat difahamkan supaya mereka tidak terlibat dengan kes kerugian.
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh sekali mengenai TNB ini?
Puan Teo Nie Ching - Serdang
[Bangun]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Saya cuma minta penjelasan sedikit Yang Berhormat. Dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, kita timbulkan masalah tentang pembangunan di Kota Belud yang lewat dan sebagainya. Antara sebab yang menyebabkan kelewatan ini ialah pemindahan tiang-tiang elektrik oleh TNB ataupun di Sabah SESBlah, anak syarikat TNB.
Masalahnya apabila kita tanya Yang Berhormat, pegawai-pegawai SESB mengatakan mereka mahu memastikan bahawa KPI mereka yang dikenakan oleh TNB iaitu 700 SAIDI di Sabah itu perlu dicapai. Bermakna kalau ada pengubahan tiang-tiang itu,
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
bermakna ada gangguan bekalan elektrik dan ini akan menjejaskan KPI mereka. Akan tetapi on the flip side, dengan izin, pembangunan tidak boleh dijalankan. Jalan raya tidak boleh dibuat kerana tiang itu berada di tengah-tengah lokasi pembangunan. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat...
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Boleh sambung sedikit tidak? Tentang TNB juga.
Puan Noriah binti Kasnon
Saya belum habis pun tentang isu pemotongan.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Ya, pemotongan juga. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak sambung sedikit sahaja kerana di kawasan saya ada beberapa kawasan perumahan di mana tiang-tiang lampu jalan itu masih di bawah pemaju dan oleh sebab pemaju tidak bayar hutang kepada TNB, jadi TNB teruslah potong elektrik kepada lampu jalan.
Saya rasa memang adalah pemaju yang bersalah. Akan tetapi dalam isu ini, sekiranya bekalan elektrik terus dipotong, jadi penduduk-penduduk di sana akan menghadapi kesusahan dan adalah amat menyusahkan mereka kerana sekarang mereka banyak takut tentang kes-kes jenayah ini. Jadi saya haraplah bahawa kementerian bolehlah ambil perhatian tentang isu ini supaya apabila pemaju yang ada hutang dengan TNB, saya harap TNB boleh teruslah bawa pemaju ini ke mahkamah atau bagaimana. Akan tetapi janganlah buat sampai ke tahap memotong bekalan elektrik kepada lampu jalan kerana ini adalah satu infrastruktur untuk penduduk-penduduk di taman sana. Terima kasih.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih tiga orang rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menimbulkan masalah ataupun isu susulan kepada pemotongan ataupun seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran tadi, caj tambahan.
Sebenarnya apa yang saya nyatakan tadi Yang Berhormat Maran, ia hanya dikenakan pada pengguna komersial dan industri sahaja tetapi saya kira tidak kepada pengguna domestik. Itu apa yang saya difahamkan. Akan tetapi kalau mungkin masalahnya yang menimpa Yang Berhormat Maran untuk pengguna domestik, selepas ini kita boleh berjumpa dan saya akan membawa kepada pegawai TNB, Yang Berhormat. Ia sebenarnya merupakan caj tambahan iaitu dipanggil sebagai caj sambungan beban (connected load charge) Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Ia perlu dikenakan untuk menangani isu pengguna yang memohon – kadang-kadang mereka memohon mengisytiharkan beban yang hendak itu berlebihan tetapi sebenarnya tidak digunakan sedangkan TNB terpaksa membuat pelaburan infrastruktur yang tinggi. Itu untuk industri dan juga komersial. Yang Berhormat Kota Belud tadi menyentuh tentang – apa ini tadi?... [Ketawa]
Datuk Abd. Rahman Dahlan - Kota Belud
Yang Berhormat, tiang-tiang elektrik yang ada KPI.
Puan Noriah binti Kasnon
Oh! Sorry, minta maaf. Tiang SAIDI, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya pada sepanjang tahun lepas kita memang memberi fokus, SESB memberi fokus yang cukup tinggi atas usaha untuk mengurangkan SAIDI. Itu pun untuk kepentingan rakyat Yang Berhormat Kota Belud, kerana kita daripada 2,000 lebih SAIDI pada tahun 2009 dan tahun lepas alhamdulillah, kita berjaya menurunkan di bawah sasaran KPI Yang Berhormat Menteri iaitu di bawah 700 per minit, per pengguna, per year.
Akan tetapi tentang pengalihan itu Yang Berhormat, insya-Allah, kalau itulah yang menjadi alasan mereka, saya akan bawa kepada TNB dan SESB dan mohon supaya dapat disegerakan pada tahun ini supaya projek-projek pembangunan yang lain tidak tergendala hanya kerana kelewatan ataupun keengganan untuk mengalih tiang-tiang ini.
Yang Berhormat Serdang, lampu jalan ini memang kena bayar Yang Berhormat, walaupun pemaju. Akan tetapi saya kira setiap taman perumahan, setiap kawasan ada JMB ataupun ada persatuan penduduk. Bawalah berbincang dengan pemaju dan bolehlah panggil pegawai TNB kami untuk berbincang bersama.
Puan Teo Nie Ching - Serdang
Saya rasa memang susah untuk JMB atau persatuan penduduk ini bincang dengan pemaju kerana ada pemaju yang langsung tidak berniaga lagi, ada yang sudah gulung tikar. Jadi dalam situasi ini, hutangnya boleh sampai RM20,000 ataupun RM100,000. Saya memang faham bil ini kena bayar dan ini memang
Puan Teo Nie Ching - Serdang
adalah tanggungjawab pemaju tetapi saya rasa sekiranya ini adalah kesalahan pemaju tetapi pada akhirnya penduduk-penduduk di taman itu yang menderita, ini amat tidak adil.
Ini kerana, penduduk-penduduk di sana tidak bayar kepada pemaju untuk bayar tiang untuk bil elektrik ini. Jadi saya haraplah bahawa kementerian bolehlah mengambil perhatian tentang isu ini memastikan bahawa TNB untuk ambil tindakan terhadap pemaju tetapi janganlah menyusahkan penduduk-penduduk. Itu harapan sayalah. Terima kasih.
Puan Noriah binti Kasnon
Memang Yang Berhormat, tindakan TNB biasanya mengambil tindakan ke atas pemaju tetapi pada masa yang sama, sekiranya tidak ada langsung bayaran yang diuruskan oleh wakil penduduk, sekurang-kurangnya usahalah untuk bincang buat bayaran tunggakan dan sebagainya. Saya pasti ia tidak akan dipotong.
Jadi Yang Berhormat selaku wakil rakyat di situ mungkin boleh bincang bawa TNB dan wakil saya boleh ikut sama dan kita bincang. Try to solve things sebaik mungkin dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya tentang penggunaan tenaga nuklear. Mengenai isu penggunaan tenaga nuklear sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Batu, ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan masih belum membuat keputusan yang muktamad mengenainya.
Kajian-kajian terperinci dalam aspek-aspek tertentu akan dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengukur tahap kesediaan dan keupayaan negara untuk menceburi bidang ini. Saya juga ingin maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kerajaan telah menubuhkan Malaysia Nuclear Power Corporation, dengan izin, di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam merancang, memacu dan menyelaras pelaksanaan program pembangunan kuasa nuklear negara dan tidak lagi diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Seterusnya penggunaan tenaga solar di bangunan dan sekolah. Tuan Yang di- Pertua, mengenai isu yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Tenom dan Ahli Yang Berhormat Putatan berhubung penggunaan teknologi solar untuk diaplikasikan di tingkap- tingkap bangunan termasuk sekolah, suka saya maklumkan bahawa memang benar pada masa ini solar photovoltaic (PV) dengan izin, boleh dipasang melalui tingkap-tingkap bangunan sedia ada di mana ia dikategorikan sebagai aplikasi kekisi.
Puan Noriah binti Kasnon
Di mana ia dikategorikan sebagai aplikasi kekisi. Walau bagaimanapun kaedah pemasangan solar secara kekisi kurang sesuai dilaksanakan di negara ini kerana kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa di mana pemasangan solar PV secara kekisi mengurangkan jumlah tenaga yang dihasilkan sebanyak 50 peratus Yang Berhormat berbanding dengan pemasangan secara mendatar sebagai bumbung atau di atas bumbung bangunan, retrofit, dengan izin.
Selain itu, kos pemasangan solar secara kekisi juga dianggarkan tiga kali lebih mahal daripada pemasangan solar modul sebagai bumbung. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, aplikasi solar PV secara kekisi adalah lebih menumpukan pada faktor estetika di mana keberkesanan, penghasilan tenaga merupakan aspek sekunder dan aplikasinya adalah lebih kepada bangunan-bangunan di kawasan bandar.
Selaras dengan objektif utama pemasangan solar di sekolah-sekolah pedalaman Sabah untuk membekalkan tenaga secara efisien dan cost effective, dengan izin.
Penekanan yang diberi adalah kepada keberkesanan penghasilan tenaga pada kos yang berpatutan. Sehubungan itu, saya berpendapat bahawa adalah wajar sekiranya spesifikasi tender bagi kontraktor projek solar di sekolah-sekolah sekitar pendalaman ditumpukan kepada kecekapan penghasilan tenaga bagi memastikan cost effectiveness, dengan izin, serta aspek reliability, dengan izin, serta penyelenggaraan sistem solar PV tersebut.
Berhubung isu mengenai pengeluaran bateri asid plumbum seperti yang dibangkitkan oleh sahabat Yang Berhormat Tenom pula, saya ingin menjelaskan bahawa ia dikategorikan sebagai bahan buangan berjadual ataupun schedule waste, dengan izin, di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Berjadual) 2005. Sehubungan dengan itu pelupusan bahan buangan terjadual perlu dilaksanakan premis yang telah
Puan Noriah binti Kasnon
ditetapkan di bawah peraturan tersebut. Oleh yang demikian, pemilik sistem solar tersebut perlulah mematuhi peraturan ini dalam melaksanakan proses pelupusan bateri plumbum daripada sistem solar. Saya kira agensi pemantauan akan melihat isu ini untuk diberikan perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya penerapan bangunan hijau menggunakan Green Building Index (GBI) dengan izin. Sahabat saya Yang Berhormat Ledang, bangunan Low Energy Office ataupun LEO, dengan izin, yang menjadi ibu pejabat kementerian saya adalah bangunan kerajaan pertama yang dibina dengan konsep cekap tenaga dan penerapan elemen teknologi hijau bagi mengurangkan penggunaan tenaga dalam pengoperasiannya. Di antara aplikasi teknologi hijau yang dilaksanakan di bangunan LEO adalah:
(i) sistem pencahayaan cekap tenaga iaitu bilik-bilik pejabat dan mesyuarat dilengkapi dengan sistem kawalan yang memadamkan lampu secara automatik apabila cahaya semula jadi mencukupi atau apabila bilik tidak digunakan. Lampu cekap tenaga jenis Light Emitting Diode (LED) dengan izin, dan fluorescent five dengan izin, digunakan dalam bilik-bilik mesyuarat di bangunan LEO;
(ii) sistem penggunaan tenaga bangunan iaitu satu sistem pengurusan tenaga bangunan berkomputer yang komprehensif yang memantau, mengurus dan melaporkan penggunaan tenaga dalam bangunan;
(iii) penggunaan peralatan pejabat yang cekap tenaga seperti monitor, komputer LCD, mesin pencetak dan mesin fotostat;
(iv) penggunaan solar panel, yang mana bangunan kementerian dilengkapi dengan dua sistem solar PV photovoltaic yang masing-masing berkapasiti 3.3 kilo watt untuk menjana tenaga elektrik. Kuasa elektrik tersebut digunakan bagi operasi sistem pam untuk water wall features dengan izin dan lampu di bilik building control system dengan izin, di bangunan LEO;
(v) pusat data hijau ataupun green data centre dengan izin, iaitu kaedah pengurusan pusat data bersepadu dengan penekanan terhadap penggunaan tenaga elektrik yang lebih cekap, kos dan ruang peralatan yang lebih efektif sesuai mengikut keperluan semasa; dan
(vi) sistem penuaian air hujan ataupun rain water harvesting system dengan izin, iaitu sistem menadah dan mengumpulkan air hujan yang digunakan untuk pengairan landskap dan pembersihan bagi menjimatkan penggunaan air yang terawat.
Manakala bagi bangunan Parlimen ini pula ingin saya maklumkan bahawa ia merupakan bangunan sedia ada, yang telah lama dibina. Memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian atau retrofitting untuk menerapkan ciri-ciri bangunan hijau bagi memenuhi kriteria dan markah yang telah ditetapkan oleh GBI Sdn. Bhd. untuk mendapat penarafan bangunan hijau. Ini merupakan belanja yang besar dan saya tidak fikir bangunan Parlimen yang sedia ada ini akan dilaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian untuk selaras dengan green building index dengan izin, kecuali bangunan Parlimen yang baru, yang bakal siap tiga, empat tahun lagi.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua promosi tenaga boleh baharu atau TBB...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Minta Tuan Yang di-Pertua. Ini macam cerita baru. Parlimen baru yang akan siap tiga, empat tahun lagi. Saya tidak berapa faham dan tidak berapa jelas, tidak berapa tahu. Boleh buat sikit penjelasan.
Puan Noriah binti Kasnon
[Ketawa] Saya dapat maklumat Yang Berhormat bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya ingat kalau perkara yang, Yang Berhormat kurang pasti tidak payah berbahas. Nanti Yang Berhormat terkena.
Puan Noriah Kasnon
Okey, okey Tuan Yang di-Pertua. Saya...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Hendak minta penjelasan.
Puan Noriah Kasnon
Straight kepada bangunan Parlimen yang sedia ada ya.
Akan tetapi kita boleh berdoalah dapat bangunan Parlimen baru agaknya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta penjelasan.
Puan Noriah binti Kasnon
Tuan Yang di-Pertua, maafkan saya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bagi saya Parlimen inilah segala-galanya. Tidak ada yang baru, tidak ada yang apa-apalah. Inilah Parlimen...
[Ketawa] Yang melakarkan sejarah negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini macam bunyi WikiLeaks Yang Berhormat, sikit ini tadi... [Ketawa]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Boleh minta penjelasan.
Puan Noriah Kasnon
Terima kasih di atas teguran. Mungkin saya tersilap maklumat ya. Ada maklumat sampai akan tetapi tidak tepat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Puchong bangun.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kalau boleh sebelum teruskan kepada – ini isu baru atau...
Puan Noriah Kasnon
Yang Berhormat tidak ada bahas, tidak ada sentuh.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya lah.
Puan Noriah Kasnon
Ini isu baru ataupun isu...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Isu Yang Berhormat bangkitkan tadi berkenaan dengan nuklear. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebentar tadi saya dengar jawapan diberikan berkenaan dengan isu nuklear ini sangat ringkas sekali. Kita dapat lihat apa yang berlaku baru-baru ini di Jepun yang menunjukkan betapa seriusnya isu ini kepada masyarakat ramai, masyarakat sedunia.
Saya hendak minta kepada Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini 16 Mac terdapat satu keratan akhbar yang menyiarkan yang menyatakan satu kenyataan daripada Tun Dr. Mahathir Mohd iaitu bekas Perdana Menteri. Di mana beliau menyatakan bahawa Malaysia yang dalam perkataan beliau, “We have had a bad experience already with nuclear.” Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah yang dimaksudkan dengan bad experiences ini dan adakah langkah-langkah diambil untuk perkara ini, pertamanya dihebohkan kepada masyarakat ramai? Keduanya sama ada terdapat sebarang rangkaian ataupun rancangan untuk mengatasi masalah itu? Terima kasih.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Berkenaan dengan tenaga nuklear dalam penjanaan tenaga Yang Berhormat, sebagaimana yang saya katakan tadi saya tidak dapat mengulas panjang kerana ianya tidak lagi terletak di bawah bidang kuasa kementerian saya.
Puan Noriah binti Kasnon
Mungkin kementerian berkenaan seperti R&D di bawah MOSTI dan juga dengan wujudnya Malaysian Nuclear Power Corporation di bawah JPM yang akan lebih memperhalusi isu ini, yang lebih tepat untuk memberikan sebarang pandangan ataupun menjawab persoalan-persoalan berkaitan dengan tenaga nuklear. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh sahabat Ahli Yang Berhormat Kota Belud juga...
Ir. Haji Hamim bin Samuri - Ledang
Penjelasan. Saya ingat sudah – kalau sudah habis saya punya, begini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menerima baik tadi perkara-perkara yang diterangkan tentang GBI ke atas bangunan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu sendiri. Cuma yang saya hendak tanya ialah dua perkara. Pertamanya lanjutan daripada kejayaan ataupun hasil daripada komponen-komponen green technology di bangunan kementerian tersebut.
Perlu juga dihebahkan kepada orang ramai.
Jadi saya hendak tanya apakah lanjutan daripada itu? Kedua bagaimana kita boleh meyakinkan orang ramai bukan sahaja dari segi kefahaman tentang kebaikan teknologi hijau seperti yang di aplikasi, yang sedang digunakan di bangunan kementerian tersebut.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya belum sampai pada sektor teknologi hijau, Yang Berhormat. Saya akan jawab berkaitan dengan teknologi hijau sebentar nanti.
Yang Berhormat Kota Belud, ingin saya maklumkan di sini bahawa kerajaan sedar bahawa kos bagi membangunkan tenaga boleh baharu adalah lebih tinggi berbanding dengan tenaga konvensional. Sehubungan itu, kerajaan akan melaksanakan mekanisme Feed-in Tariffs (FIT) dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk membantu meningkatkan vibility projek-projek TBB. Mekanisme FIT membenarkan tenaga elektrik daripada sumber TBB oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan dan tarif atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan dan ia mempunyai unsur struktur insentif untuk menggalakkan penggunaan TBB yang disokong oleh kerangka perundangan. Insya-Allah, tidak lama lagi kita akan bentangkan untuk second reading di Dewan yang mulia ini Yang Berhormat semua.
Pelaksanaan mekanisme ini dijangka akan dapat menarik penyertaan lebih banyak pemaju dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan TBB bagi penjanaan elektrik di negara ini dan adalah dijangkakan menjelang tahun 2020, TBB akan menyumbang sebanyak 11 peratus ataupun 2,080 megawatt daripada campuran kapasiti tenaga negara.
Peningkatan penggunaan TBB ini akan membantu kerajaan mencapai sasaran pengurangan intensiti karbon per kapita sebanyak 40 peratus berbanding paras 2,005 menjelang tahun 2020 secara signifikan dan ia adalah selaras dengan komitmen yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Persidangan Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen pada tahun 2009.
Seterusnya, sektor teknologi hijau. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Jasin dan Ahli Yang Berhormat Ledang yang memberikan pandangan supaya mempertingkatkan lagi peranan dalam mempromosikan dan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai Dasar Teknologi Hijau Negara. Dasar Teknologi Hijau Negara mempunyai lima teras strategik yang meletakkan teknologi hijau sebagai pemacu pembangunan ekonomi masa depan negara. Teras strategik dua di bawah Dasar Teknologi Hijau Negara menyatakan pembangunan industri teknologi hijau sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan adalah kritikal bagi memenuhi objektif dasar di dalam menyediakan persekitaran pembangunan teknologi hijau yang kondusif.
Dasar Teknologi Hijau juga menggariskan dengan jelas mengenai perlunya usaha untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau dan menggalakkan penggunaan aplikasi teknologi hijau secara meluas. Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan teknologi hijau. Sehubungan dengan itu, pelbagai bentuk promosi telah dijalankan dan telah dirancang oleh pihak kementerian dalam meningkatkan tahap
Puan Noriah binti Kasnon
kesedaran rakyat yang disasarkan kepada masyarakat awam melalui tiga komponen iaitu promosi melalui events, media serta direktori teknologi hijau.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kefahaman rakyat terhadap teknologi hijau pada masa sekarang dilihat semakin meningkat. Ini dapat dilihat melalui pelbagai kempen dan program yang dijalankan oleh sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan, NGO, institusi pengajian tinggi dan juga di sekolah-sekolah ke arah pengamalan budaya kehidupan hijau. Kesedaran masyarakat Tuan Yang di-Pertua terhadap budaya pengamalan hijau yang paling jelas adalah kempen pengurangan beg plastik di seluruh negara yang berkuat kuasa pada bulan Januari 2011 yang lalu apabila Hari Tanpa Penggunaan Beg Plastik diperkenalkan dan inisiatif pengusaha pasar raya untuk menukar ke beg-beg plastik yang biodegradable, dengan izin. Pujian harus diberikan kepada pengusaha-pengusaha kompleks membeli-belah dan pasar raya yang sedia bekerjasama dalam mengamalkan amalan hijau ini.
Selain daripada itu, melalui sektor pengangkutan juga kita perhatikan bahawa kefahaman rakyat telah semakin meningkat kerana semakin ramai pengguna yang telah menunjukkan minta ke atas penggunaan kenderaan jenis hibrid. Diharapkan pada tahun- tahun yang akan datang, minat orang awam ke atas kenderaan hibrid atau elektrik yang mesra alam akan mendapat lebih sambutan yang menggalakkan. Sektor pembangunan bangunan juga memainkan peranan di dalam meningkatkan kefahaman rakyat di dalam peluasan aplikasi teknologi hijau dan kini semakin banyak.
Datuk Ismail Kasim - Arau
[Bangun]
Puan Noriah binti Kasnon
Pemaju perumahan yang menggunakan identiti dan elemen hijau dalam pembinaan perumahan mereka daripada penggunaan lampu LED, dengan izin, sehingga Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) yang menjadi antara kriteria- kriteria yang diperkenalkan di dalam pembinaan projek-projek perumahan.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Noriah binti Kasnon
Program...
Datuk Ismail Kasim - Arau
Sedikit sahaja.
Puan Noriah binti Kasnon
Ya, Yang Berhormat Arau.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya pendek, Yang Berhormat. Selain daripada kempen-kempen dan juga usaha-usaha untuk menyedarkan rakyat dalam penggunaan elemen-elemen yang berkaitan dengan teknologi hijau, tidak kah kita bercadang untuk memastikan komponen-komponen yang melibatkan penghasilan yang menggunakan plastik dan juga fiberglass yang berada dalam negara kita ini dikurangkan kandungannya, dicampur dengan elemen-elemen yang berkaitan dengan teknologi hijau kerana ini telah pun dilakukan di negara Barat? Kita harap ia menjadi ikutan dan kurangnya kelulusan penebangan balak untuk penggunaan kayu di dalam negara kita. Ini harus dimulai daripada sekarang. Bukan setakat komponen yang kita telah laksanakan sekarang kerana kita belum mencukupi untuk mencapai target yang diharapkan oleh pihak kementerian. Pandangan Yang Berhormat.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya kira ia pastilah memang merupakan satu pandangan yang cukup baik yang sesuai sangat dengan usaha-usaha kerajaan untuk kita membudayakan amalan hijau. Semoga akan disambut oleh semua pihak yang berkenaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Tentang program pengajian pada peringkat diploma atau sarjana muda dalam bidang teknologi hijau yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor.
Kementerian memainkan peranan penting untuk memudah cara pembangunan dan integrasi topik-topik ataupun kursus-kursus teknologi hijau ke dalam sukatan dan kurikulum pendidikan negara dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTA dan IPTS). Setakat ini kementerian telah menjalankan analisis untuk
Puan Noriah binti Kasnon
mengenal pasti senarai kursus-kursus yang berkaitan dengan teknologi hijau yang sedia ada seperti Environmental Pollution and Control, Environmental Science Hazardous and Toxic Waste Management, dengan izin dan sebagainya pada peringkat politeknik dan dalam perancangan untuk menjalankan analisis yang sama di peringkat IPTA dan IPTS yang lain.
Kementerian mendapati bahawa banyak institusi yang lain juga telah mengambil inisiatif sendiri untuk mewujudkan kursus-kursus berkaitan dengan teknologi hijau dan ditawarkan kepada para penuntut. Dengan ini kementerian dan Kementerian Pengajian Tinggi akan bekerjasama untuk membangunkan dan mempromosi kursus-kursus berkaitan dengan teknologi hijau yang lebih banyak dan profesional dalam pilihan kursus terutama kepada para penuntut.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Melaka sebagai pusat teknologi hijau.
Menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Katil pula, ingin saya nyatakan bahawa kementerian telah berhubung dengan kerajaan negeri Melaka bagi merangka tindakan awal yang perlu menjadikan negeri Melaka sebagai pusat pembangunan tenaga hijau di negara ini. Satu kerjasama yang rapat di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah perlu untuk menjadikan inisiatif ini satu perancangan yang sistematik untuk dilaksanakan. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan Kerajaan Negeri Melaka dan agensi-agensi berkaitan untuk merangka pelan awal untuk menjadikan Melaka sebagai pusat teknologi hijau.
Kerajaan juga akan melaksanakan dasar untuk menghentikan penggunaan lampu pijar yang tidak cekap tenaga sepenuhnya. Antara langkah yang akan diambil adalah menghalang pengimportan mentol pijar dari luar negara yang dijual dengan amat murah di pasaran tempatan. Sasaran pelaksanaan dasar ini adalah dalam tempoh tiga tahun seperti berikut:
Fasa Pertama, menghentikan secara berperingkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 watt dalam tempoh satu tahun bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2011; dan, Fasa Kedua, menghentikan pengeluaran, pengimportan dan penjualan semua jenis lampu pijar dalam tempoh dua tahun selepas fasa pertama pelaksanaan dasar iaitu bermula 1 Januari 2012 sehingga 31 Disember 2013.
Dasar yang diperkenalkan ini Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di kalangan pengguna dengan menggalakkan penggunaan lampu-lampu yang lebih cekap tenaga seperti Compact Fluorescent Lamp (CFL), dengan izin, lampu Fluorescent Tubes T5, lampu light-emitting diode (LED), dengan izin. Dengan langkah pelaksanaan ini, akhirnya lampu pijar akan dapat dihentikan sama sekali.
Sektor air. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak, penswastaan perkhidmatan bekalan air Selangor pada 1 Januari 2005 bukan untuk menswastakan keuntungan dan membiarkan kerugian itu ditanggung oleh rakyat.
Hakikatnya, usaha penswastaan yang dibuat melalui perjanjian konsesi ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan di negeri tersebut yang sebelum ini menghadapi masalah kekurangan dana untuk menampung kos operasi sehingga kerajaan negeri dibebani dengan jumlah hutang yang tinggi.
Puan Noriah binti Kasnon
Masalah tersebut juga telah menyebabkan perkhidmatan bekalan air pada rakyat terjejas dengan kadar air tidak berhasil meningkat sehingga 42.78 peratus. Manakala kualiti air telah merosot melalui penswastaan perkhidmatan bekalan air telah dapat ditingkatkan dan operator telah mencapai beberapa KPI yang telah ditetapkan.
Penggunaan teknologi hijau dalam industri sisa dan industri air. Tuan Yang di- Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Parit Sulong, kementerian amat menekankan penggunaan air yang holistik bagi memastikan kelestarian sumber air negara. Justeru kementerian sentiasa menggalakkan dan mengalu-alukan pemain dalam industri
Puan Noriah binti Kasnon
perkhidmatan air serta industri yang menggunakan air dengan jumlah yang banyak untuk membangunkan kaedah yang inovatif dan selari dengan dasar teknologi hijau negara.
Selain daripada itu kementerian juga telah mengaplikasikan teknologi hijau dalam pelaksanaan projek-projek bekalan air dan pembetungan melalui penggunaan produk atau equipment yang mesra alam serta jimat tenaga.
Seterusnya bantuan kewangan kepada syarikat utiliti air. Untuk makluman Yang Berhormat Klang, Kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan kewangan kepada SYABAS dalam bentuk pinjaman sebanyak RM320 juta yang perlu dibayar semula oleh SYABAS. Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan tersebut semata-mata untuk memastikan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terjejas ekoran langkah Kerajaan Negeri Selangor membekukan kelulusan perbelanjaan modal ataupun capex, dengan izin, dan membekukan kenaikan tarif air oleh SYABAS. Langkah ini perlu diambil segera kerana Kerajaan Persekutuan telah mendapati bahawa tindakan kerajaan negeri telah menjejaskan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Oleh yang demikian, saya ingin tegaskan bahawa bantuan ini diberikan atas dasar prihatinnya Kerajaan Persekutuan kepada kebajikan rakyat dan tidak ingin melihat pengguna air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terputus bekalan air bersih akibat sikap mementingkan diri oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya kira tentang...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Boleh beri penjelasan sedikit?
Puan Noriah binti Kasnon
Yang Berhormat PJS.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Ya, mengenai Selangor. Saya telah bangkitkan isu dalam perbahasan saya panjang lebar tentang isu nuklear tetapi saya tidak pasti kementerian mana yang akan jawab isu ini sama ada Kementerian Tenaga atau Kementerian Sains dan Teknologi. Tadi Yang Berhormat Menteri kata kerajaan akan kaji tentang loji nuklear tetapi saya dapati kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta untuk kaji tentang lokasi dan keselamatannya. Jika kerajaan berhasrat untuk tidak meneruskan projek rancangan loji nuklear ini mengapa kita hendak jalankan semua ini, bukankah ia membazirkan wang rakyat. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab soalan saya atau Kementerian Sains dan Teknologi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah beritahu sama ada dalam Kementerian MOSTI ataupun Jabatan Perdana Menteri sebab ia tidak lagi di bawah kementerian ini. Jadi soalan tadi sudah dijelaskan juga kepada Yang Berhormat Puchong tadi. Saya ingat Yang Berhormat tunggu sama ada MOSTI nanti ataupun dalam Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Ya Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tentang konsesi air SYABAS Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tadi saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri menuduh Kerajaan Selangor tidak bekerjasama.
Saya rasa ini salah kerana kita telah buat kajian kita dan offer kepada empat syarikat.
Kerajaan Persekutuan kena buat inisiatif dan perlu tentukan. Jangan lagi melengah masa, apa yang penting air ini untuk rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kerajaan Pusat perlu buat satu keputusan berkenaan empat offer itu yang kita dapati satu offer yang sangat munasabah dan boleh diterima oleh syarikat itu. Kerajaan Persekutuan perlu ambil iktibar untuk jayakan atau struktur semula air ini untuk kerajaan Selangor. Terima kasih.
Puan Noriah binti Kasnon
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan kalau ikhlas membantu untuk menyelesaikan isu penstrukturan semula air di Selangor ini Yang Berhormat. Jika tawaran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri kepada keempat- empat syarikat itu boleh diterima, pihak kementerian dan kerajaan tidak ada masalah Yang Berhormat kerana ia berasaskan konsep willing buyer willing seller ya. Akan tetapi apabila ada satu atau dua syarikat yang tidak menerima maka ia gagal Yang Berhormat dan masa yang begitu panjang telah kita berikan. Saya kira pertemuan demi pertemuan sudah hampir 100 kali tetapi tidak berjaya dan sekarang kita cuba...
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
[Bangun]
Puan Noriah binti Kasnon
Duduk Yang Berhormat, kita debat di sini pun tidak selesai Yang Berhormat.
Tuan Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Cuma hendak tahu tarikh itu dan kita mesti ada satu schedule bila hendak selesai masalah ini?
Puan Noriah binti Kasnon
Selepas tawaran akhir kerajaan negeri ditolak oleh salah satu syarikat konsesi maka sekarang Kerajaan Pusat sedang menyediakan memorandum Jemaah Kabinet untuk kita lihat apa langkah yang sepatutnya boleh diambil dan pada kali ini saya harap apa juga yang dikira terbaik oleh kerajaan pusat pastinya untuk kebajikan rakyat dan janganlah berdolak-dalik lagi untuk menyelesaikan masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu sahaja perkara-perkara yang sempat saya sentuh yang telah diutarakan oleh rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang cukup prihatin seramai 22 orang. Insya-Allah mana-mana yang tidak dijawab dan tertinggal akan tetap diberikan perhatian dan mana yang perlu untuk mendapat jawapan bertulis – saya tidak tahu ada atau tidak harap dapat menghubungi saya dan kita akan sentiasa memberikan kerjasama. Sekian, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Jawapan sistematik. Saya menjemput Yang Berhormat daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 15 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian ke atas perbahasan Titah Diraja yang menyentuh perkara-perkara yang berkaitan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sesungguhnya kementerian menghargai pandangan, teguran dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat itu.
Pertama, saya ingin menyentuh berkenaan perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat Pengerang. Yang Berhormat Pengerang telah menyentuh mengenai pelan induk pembangunan luar bandar dan keperluan mengambil kira pendekatan yang menyeluruh untuk mengkaji semula keadaan di luar bandar. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pengerang supaya pendekatan yang menyeluruh diambil kira agar program-program pembangunan luar bandar dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan. Sehubungan dengan itu, di bawah Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar
(PIPLB), Majlis Pembangunan Luar Bandar telah ditubuhkan yang berperanan sebagai penyelaras isu-isu yang berkaitan pembangunan luar bandar.
Majlis ini bertanggungjawab menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan projek-projek pembangunan luar bandar bagi memastikan keberkesanan program pembangunan terutama dalam aspek meningkatkan taraf ekonomi, sosial dan memantapkan modal insan. MPLB dianggotai oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat dengan pembangunan luar bandar di setiap kawasan Parlimen.
Yang Berhormat Bakri pula bertanyakan peruntukan kepada Daerah Muar dan Ledang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu 2011 dan 2012 bagi Daerah Muar ialah RM24,002,212 dan bagi Daerah Ledang pula ialah RM52,594,869 sahaja. Daripada peruntukan tersebut, kementerian akan melaksanakan sepanjang 52.3 kilometer jalan raya, membina 28 unit rumah PPR dan membekalkan elektrik kepada 70 buah rumah.
Pengurusan sumber manusia – Yang Berhormat Kota Bharu membangkitkan isu mengenai pelantikan ahli lembaga pengarah KESEDAR.
Untuk makluman Yang Berhormat mengikut seksyen 5(1) Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) 1978, pelantikan Ahli Lembaga Pengarah
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
KESEDAR adalah di bawah kuasa Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Namun amalan sekarang ini sebelum sebarang pelantikan dibuat, kementerian senantiasa berunding terlebih dahulu dengan pihak yang berkenaan termasuklah Kerajaan Negeri Kelantan sebelum melantik mana-mana individu yang sesuai sebagai Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I - Dato’ Haji Hasan bin Malek
Kemajuan Tanah dan Wilayah – Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiu meminta supaya kerajaan terus memberi bantuan kepada pekebun kecil. Untuk makluman Yang Berhormat selain pemberian dividen dan keuntungan terkumpul, kementerian juga memberikan bantuan alternatif kepada pekebun-pekebun kecil dan pesawah di bawah seliaan RISDA dan FELCRA Berhad bagi tujuan membantu meningkatkan lagi pendapatan dan hasil tanaman. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah berjaya mengeluarkan semua pekebun kecil miskin tegar seramai 734 orang dalam tahun 2008 dan seramai 6,869 orang miskin sehingga tahun 2010. Hanya seramai 37 orang pekebun kecil dan pesawah yang masih berada di kategori miskin dan kementerian berazam insya-Allah untuk terus membantu dalam tahun 2011 ini.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Yang Berhormat, sedikit penjelasan.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Yang Berhormat Arau.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit penjelasan apabila Yang Berhormat sebutkan soal kejayaan yang melibatkan RISDA dan FELCRA. Di sini saya sekadar ingin menyebut masalah Orang Asli dan tanah-tanah mereka yang diambil bagi penyertaan di bawah skim FELCRA dan RISDA. Akan tetapi saya difahamkan bayaran yang diterima oleh peneroka yang terlibat dalam pengambilan ini tidak sama dengan bayaran yang diterima oleh orang lain. Jadi adakah benar ini berlaku kerana yang menyampaikan ini Orang Asli dan dia minta saya sampaikan pertanyaan kepada kementerian Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasih Yang Berhormat Arau yang begitu prihatin berkenaan dengan soal pulangan balik rakyat dari pelaburan yang dibuat khususnya daripada masyarakat Orang Asli. Bagi kita, kita tidak ada membuat pilihan, anak emas dan sebagainya. Kita anggap semuanya sama sahaja. Orang Asli, orang Melayu, Cina dan sebagainya semuanya sama. Jadi saya tidak ada maklumat berkenaan dengan perbezaan dari segi – untuk Orang Asli dia rendah, untuk orang ini tinggi, tidak begitu.
Rekod kita tidak ada tetapi kalau sekiranya Yang Berhormat Arau ada maklumat tersebut sila maklumkan kepada saya supaya dapat saya siasat dan saya maklumkan apa sebenarnya yang berlaku. Akan tetapi untuk hari ini saya hendak beritahu maklumat itu memang tidak ada, kita tidak ada memberikan pilih kasih dan sebagainya Yang Berhormat sebab kerajaan kita ini sentiasa saksama, adil dan sebagainya. Terima kasih. Jadi ada hubung kait mengenai pekebun kecil tadi Yang Berhormat, antara program-program utama adalah seperti berikut:
(i) Program Tanam Semula Getah ke Getah. Kadar bantuan diberi adalah RM9,230 sehektar di Semenanjung Malaysia, RM13,500 dibayar sehektar di Sarawak dan RM14,000 sehektar di Sabah dalam konteks pembangunan tanam semula getah ke getah tadi.
Bantuan ini diberi dalam bentuk benih tanaman dan baja manakala wang tunai juga diberi untuk kerja-kerja pembangunan tanah; dan
(ii) Program Peningkatan Produktiviti Getah. Nilai bantuan diberi adalah sebanyak RM1,000 sehektar dalam bentuk baja, peralatan menoreh dan bahan rangsangan pembesaran pokok.
Dalam bahagian pembangunan infrastruktur, Yang Berhormat Tenom menyatakan bahawa kaum Peribumi Sabah masih belum menikmati bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik dan perhubungan jalan raya. Kementerian menyedari bahawa kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik, air dan kemudahan jalan raya masih belum dapat disediakan sepenuhnya kepada penduduk di negeri Sabah. Justeru itu kerajaan melalui
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyediakan peruntukan yang amat besar iaitu sebanyak RM4.43 bilion kepada negeri Sabah bagi tempoh 2011 dan 2012 untuk melaksanakan projek pembangunan infrastruktur luar bandar.
Sepenuhnya tidak dapat tetapi kita sudah lama memulakannya dan akan diteruskan. Misalnya di dalam Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Sambungan Talian Grid tahun 2011, tahun 2012 telah diperuntukkan sebanyak RM1.09 bilion yang dapat memberi manfaat kepada 19,964 buah rumah bagi seluruh negeri Sabah.
Bagi Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) pula pada tahun 2011/2012, kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM1.34 bilion bagi menyediakan bekalan air bersih dan terawat kepada 86,155 buah rumah bagi seluruh negeri Sabah. Bagi jalan luar bandar pula pada tahun 2011/2012, kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi membina dan menaik taraf jalan-jalan luar bandar bagi seluruh negeri Sabah.
Dengan peruntukan yang diperoleh ini kementerian mensasarkan dapat membina jalan- jalan perhubungan di kawasan luar bandar bagi seluruh negeri Sabah sepanjang 1,036 kilometer.
Berkenaan dengan bekalan elektrik di luar bandar pula, Yang Berhormat Lawas membangkitkan masalah ketiadaan bekalan elektrik di Parlimen Lawas...
Datuk Raime Unggi - Tenom
[Bangun]
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Seperti di kawasan Bario, Ba’kelalan, Long Semadoh dan..
Datuk Raime Unggi - Tenom
Mohon laluan.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Long Sukang. Yang Berhormat Tenom.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Ya.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Apa khabar?
Datuk Raime Unggi - Tenom
Khabar baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma ingin saya ketengahkan satu masalah berkenaan dengan pelaksanaan projek-projek di bawah NKRA - jalan-jalan. Saya dapati contohnya di kawasan saya, senarai jalan-jalan yang dilaksanakan di bawah NKRA ini tidak menepati kepada sasaran. Jadi saya minta pihak kementerian supaya meneliti kembali sebab saya beri satu contoh, Jalan Dispensari Tenom. Jalan itu cuma laluan sahaja tetapi saya dapati banyak lagi kampung-kampung di kawasan saya yang memerlukan jalan tersebut.
Jadi saya memohon kepada pihak kementerian supaya melihat kembali dan saya telah dimaklumkan oleh pihak kementerian bahawa senarai-senarai ini telah dikemukakan oleh pihak JKR Negeri Sabah. Kalau bagi di kawasan saya memang JKR Tenom tetapi saya harap pihak kementerian meneliti kembali sebab saya dapati ada beberapa batang jalan itu tidak menepati sasaran. Jadi saya harap pihak kementerian ambil tindakan yang serius untuk menangani masalah ini sebab saya tengok jalan-jalan seperti di Skim Pendapatan Getah, baru-baru ini saya lihat jalan ini telah lama rosak dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, jalan ini dahulu pun telah dimasukkan di dalam Projek Jalan Kampung tetapi tidak bertahan lama. Saya pun telah mengemukakan senarai-senarai jalan yang diberi keutamaan terutama di kawasan-kawasan yang saya nyatakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasih sahabat Yang Berhormat Tenom yang membangkitkan soal jalan-jalan yang pada beliau tidak menepati pada sasaran yang sebenarnya. Contohnya Jalan Dispensari dari Tenom dan juga Jalan Skim Penempatan Getah di Parlimen Tenom.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Sebenarnya saya sendiri pernah ke Tenom tetapi tidak tahu tempat yang dimaksudkan tadi. Bagi kita dari segi pelaksanaan projek ini kita buat berdasarkan kepada permintaan daripada akar umbi sama ada daripada JKK ataupun daripada pemimpin tempatan begitu juga dengan JKR.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Jadi kadangkala penilaian jabatan dan juga penilaian daripada rakyat itu mungkin berbeza. Walau bagaimanapun, kalau difikirkan perkara kedua ini tidak menepati sasaran, saya ingat Yang Berhormat boleh mengemukakan pandangan ini ataupun keadaan ini supaya pihak kita dapat tahu, terus kita akan mengambil tindakan untuk menukar atau berbincang balik kerana yang sudah-sudah begitu yang kita buat Yang Berhormat tetapi kalau Yang Berhormat fikirkan yang kita buat ini tidak menepati sasaran dan inilah feedback yang kita hendak.
Datuk Raime Unggi - Tenom
Ya.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Oleh sebab itu Yang Berhormat, saya minta pandang balik sebab Majlis Pembangunan Luar Bandar yang akan ditubuhkan bukan hendak ditubuhkan, tetapi sudah ditubuhkan pun, Kabinet telah bersetuju tentang kewujudan majlis ini, gunakan kesempatan majlis ini sebab Yang Berhormat Parlimen akan jadi pengerusinya. Inilah majlis yang dapat memberikan kita feedback yang sebenar, lapor balas yang sebenar. Ini sasarannya dan Yang Berhormat ada kuasa untuk hendak menasihatkan dihentikan projek ini dan sebagainya. Ini adalah berdasarkan pengalaman kita yang lalu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat] Datuk Raime Unggi - Tenom
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Masalah ini...
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ini berkait dengan jalan. Ada lagi?
Datuk Raime Unggi - Tenom
Saya telah juga menyatakan masalah ini kepada Yang Berhormat Menteri ketika membuat lawatan ke kawasan saya dan saya juga telah menyatakan bahawa minta supaya jalan-jalan tersebut kalau boleh keutamaan itu, keutamaan ditimbang semula. Kita tahu pihak kementerian dalam masa yang terdekat ini begitu suntuk dengan pelbagai masalah yang dihadapi tetapi saya harap Yang Berhormat Menteri masalah-masalah ini telah saya kemukakan dan telah dinyatakan malahan kepada pegawai-pegawai kementerian. Saya harap perkara ini dapat makluman daripada saya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Terima kasih Yang Berhormat Tenom.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Hendak menyambung tentang jalan.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Nanti, saya hendak menjawab Yang Berhormat Tenom dahulu. Terima kasih di atas pandangan itu dan kita memang bersetuju keutamaan- keutamaan berdasarkan kepada hasrat rakyat kerana slogan kita “Rakyat Didahulukan”.
Kalau rakyat memikirkan ini tidak sesuai, jauh daripada sasaran, kita akan ubah balik. Jadi Yang Berhormat, sekali lagi saya ingatkan balik Majlis Pembangunan Luar Bandar yang akan diwujudkan ini nanti akan boleh digunakan oleh Yang Berhormat sendiri dan kalau ada masalah-masalah lain, saya sendiri juga bersedia berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat untuk kita sama-sama membantu. Saya bantu Yang Berhormat, Yang Berhormat bantu saya dan apa yang penting rakyat dapat untung. Terima kasih. Yang Berhormat Lipis.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ini berkaitan dengan jalan kampung juga di Lipis ada dua buah kampung yang memang tidak ada jalan penghubung langsung ke bandar Lipis dan mereka masih lagi menggunakan bot menyeberangi sungai ataupun menumpang jalan FELDA, tanah merah, jalan ladang. Jadi perkara ini telah kita kemukakan dan saya mengharapkan dalam forum ini pihak kementerian dapat mengambil tindakan supaya menyegerakan jalan ini dan jangan pula pihak kami, pihak Ahli Parlimen terpaksa menghantar surat makna dengan bercakap ini, tindakan telah diambil. Itu yang kita harapkan. Yang Berhormat Pokok Sena saya rasa jalan dia lagi teruk.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak ada jalan macam itu. Di Lipis sahaja. Di Pokok Sena elok semua. Ketinggalan Kuala Lipis ini, apa. Jalan Pokok Sena licin merlip.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena tidak mencelah Yang Berhormat, dia bercakap sambil duduk.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Ya Yang Berhormat Pokok Sena selalu ganggu Yang Berhormat Kuala Pilah. Jadi, berkenaan dengan Yang Berhormat Lipis, baru tadi pun kita ada bercakap dan saya pun sudah banyak kali juga turun ke Lipis. Sebenarnya tadi sahaja dimaklumkan tentang keadaan jalan yang disebut tadi seperti menumpang jalan lain ataupun melalui sungai dan sebagainya. Saya hendak ulang balik maknanya hasrat saya, pandangan dan cadangan saya pada Yang Berhormat Tenom tadi untuk Majlis Pembangunan Luar Bandar ini nanti dapat dipergunakan.
Apa yang telah Yang Berhormat sarankan tadi akan kita rekodkan dan saya sendiri akan ambil perhatian secara peribadi dan insya-Allah kalau masa mengizinkan saya hendak datang dan tengok sekali jalan Yang Berhormat maksudkan tadi.
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman - Lipis
Ini Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri banyak hendak datang ke Daerah Lipis, dia tidak pergi ke Parlimen Lipis. Itu masalahnya. Perkara ini berlaku dalam Parlimen Lipis kerana Daerah Lipis ini dia ada dua Parlimen di dalamnya. Terima kasih.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Lipis tidak buat kerja... [Ketawa]
Dato' Haji Hasan bin Malek
Okey, terima kasih. Insya-Allah kita akan aturkan masalah Yang Berhormat sebutkan tadi saya akan tengok sendiri. Walau bagaimanapun, apa yang dihasratkan oleh Ahli Parlimen Lipis tadi akan kita catatkan dan tindakan kita akan ambil insya-Allah. Terima kasih.
Okey, saya sebutkan tadi soal bekalan elektrik luar bandar. Yang Berhormat Lawas membangkitkan masalah ketiadaan bekalan elektrik di Parlimen Lawas seperti di kawasan Bario, Ba’kelalan, Long Semadoh dan Long Sukang. Untuk makluman Yang Berhormat bagi Parlimen Lawas, pada tahun 2011 kerajaan telah meluluskan pelaksanaan 50 projek bekalan elektrik luar bandar, sambungan talian grid bernilai RM7.02 juta dan akan memberi manfaat kepada 378 buah rumah.
Projek ini telah dimulakan pada 2 Ogos 2010 yang lalu dan dijangka akan disiapkan sebelum 31 Januari 2012. Bagi Kampung Bario, Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) ini sistem solar hibrid akan dimulakan pada tahun 2011. Pada masa kini, Projek BELB di empat buah kampung iaitu Kampung Pa’Ukat, Kampung Pa’Umor, Kampung Baru Bario dan Kampung Padang Pasir sedang dilaksanakan oleh Syarikat Megan Alfa Sdn. Bhd. Projek bernilai RM21.3 juta melibatkan penyambungan bekalan elektrik 24 jam kepada 107 buah rumah dijangka siap sepenuhnya sebelum 15 November 2011.
Kementerian juga sedang dalam proses rundingan harga untuk pelaksanaan Projek BELB di 13 buah kampung di Bario untuk dilaksanakan pada tahun 2011.
Kementerian menjangkakan bahawa pelaksanaan projek akan dimulakan pada bulan Mei 2011 dan akan disiapkan pada bulan Disember 2012. Senarai kampung yang terlibat adalah seperti berikut:
Dato' Haji Hasan bin Malek
(i) Kampung Ulung Paleng ‘A’;
(ii) Kampung Ulung Paleng ‘B’;
(iii) Kampung Pa’Ramapoh ‘A’;
(iv) Kampung Pa’Ramapoh ‘B’;
(v) Kampung Pa’Dirung;
(vi) Kampung Pa’Lungan;
(vii) Kampung Pa’Mada;
(viii) Kampung Pa’Dalih;
(ix) Kampung Pa’Rumudi;
(x) Long Peluan;
(xi) Long Lellang;
(xii) Long Seridan; dan
(xiii) Long Napir Parlimen Lawas.
Mengenai cadangan agar lebihan tenaga elektrik daripada generator set sekolah luar bandar diperluas ke kawasan kampung atau rumah-rumah panjang yang berdekatan, sukacita dimaklumkan...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Kampung ‘Long Mahfuz’?
Dato' Haji Hasan bin Malek
[Ketawa] Tidak masuk, tidak ada dalam senarai, tidak ada.
Dato' Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Sudah letihlah itu.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Sukacita dimaklumkan bahawa perkara ini pernah dibincangkan bersama pihak Kementerian Pelajaran pada Disember 2008 yang lalu.
Maknanya cadangan Yang Berhormat Lawas tadi sudah kita bawa kepada perbincangan dengan pihak Kementerian Pelajaran Perbincangan tersebut mendapati isu utama yang menjadi halangan untuk merealisasikan cadangan tersebut ialah kapasiti penjanaan set jana kuasa yang dipasang di sekolah terlalu kecil iaitu 20 kilowatt ‘A’ hingga 50 kPA dan tidak dapat menampung keperluan penduduk kampung. Adalah dianggarkan bahawa bekalan elektrik ke kampung-kampung yang berhampiran sekolah jauh lebih besar dan memerlukan pertambahan set generator.
Cadangan pembesaran stesen jana kuasa diesel milik Kementerian Pelajaran juga tidak sesuai kerana sistem jana kuasa sedia ada yang dibina di dalam kawasan sekolah dan sebarang cadangan pembesaran stesen perlu diteliti untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar. Sehubungan itu, kerajaan akan cuba mencari alternatif lain yang sesuai untuk menyambung bekalan elektrik ke semua kampung di kawasan pedalaman Sarawak supaya kualiti hidup masyarakat di pedalaman dapat ditingkatkan.
Yang Berhormat Tawau memohon supaya kementerian menyemak semula keperluan bekalan elektrik di Kampung Serudong Baru. Untuk makluman Yang Berhormat, projek bekalan elektrik Kampung Serudong Baru akan disenaraikan bagi pelaksanaan pada tahun 2012. Berita baik untuk Yang Berhormat Tawau.
Berhubungan dengan bekalan elektrik luar bandar di Batu Sapi, pada tahun 2011 kementerian akan melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar sambungan talian grid di kawasan Parlimen Batu ‘Sapu’, minta maaf Batu Sapi. Sudah malam Yang Berhormat...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sapu dengan batu-batu sekali, ya.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Malam-malam ini begitulah. Di kawasan Parlimen Batu Sapi yang apabila siap akan memberi manfaat kepada kira-kira 224 buah rumah.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Beralih kepada bekalan air luar bandar (BALB) pula. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Lawas juga, begitu juga Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Batu Sapi telah membangkitkan isu mengenai bekalan air luar bandar. Bagi Kampung Queen Hill...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Saya berharap, berharap sangat tolonglah berikan keutamaan kepada Parlimen Batu Sapi. Terlampau daif, teruk, mundur ke belakang. Jadi tolong berikan perhatian kerana dalam pilihan raya kecil yang lalu, permohonan elektrik luar bandar di kawasan ini amat tinggi. Saya sendiri menyaksikan memang wajarlah mereka memohon keutamaan. Jadi mintalah kementerian...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Sri Gading ini fitnah ini.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Minta.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya pergi tidak ada apa-apa pun.
Terang benderang, elok.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Dia pergi Sandakan. Dia tidak pergi...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Ketawa] Batu Sapi!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi tolonglah. Tolonglah. Saya ini bagi pihak – Yang Berhormat itu dia perempuan. Dia pun tidak ada petang ini. Jadi saya merayulah bagi pihak penduduk-penduduk di sana kerana saya terlibat dalam pilih raya tersebutlah. Seminggu lamanya.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya lihat daripada ramai Ahli Parlimen ini, nampaknya Yang Berhormat Sri Gading memberi perhatian sungguh membela Yang Berhormat Batu Sapi ini. Saya tidak tahulah apa-apa.
Ada udang di sebalik batukah dan sebagainya... [Ketawa] Walau bagaimanapun, pandangan Yang Berhormat itu akan kita ambil kira sebenarnya. Sebenarnya saya akan umumkan. Selepas ini nanti saya akan maklumkan.
Soal bekalan air ini pun sudah ada peruntukannya. Walau bagaimanapun, atas pandangan berat Yang Berhormat Sri Gading itu akan kita beri perhatianlah...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Den tunggu ini. Den tunggu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Bukan berat, pandangan serius.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Pandangan yang serius. Minta maaf. Serius.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Den tunggu. Den tunggu.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Sudah malam, Yang Berhormat. Saya kembali balik kepada cerita Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Batu Sapi tadi mengenai Kampung Queen Hill sebab disebut dalam ucapan beliau. Bagi Kampung Queen Hill, walaupun tidak termasuk di bawah senarai projek NKRA, namun pelaksanaannya akan dicadangkan di bawah second rolling plan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bagi bekalan air luar bandar Parlimen Lawas, sebanyak RM21.01 juta telah diperuntukkan sebanyak tempoh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pelaksanaan enam buah projek bekalan air luar bandar khusus kepada Yang Berhormat Sri Gading untuk Parlimen Batu Sapi yang disebut tadi.
Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara tahun 2011 dan 2012, kementerian merancang untuk melaksanakan dua projek bekalan air luar bandar dengan anggaran kos berjumlah RM4.6 juta.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Projek ini dijangka akan dapat memberi manfaat kepada 270 buah rumah di Parlimen Batu ‘Sapu’. Minta maaf, Batu Sapi... [Ketawa] Minta maaflah. Minta maaflah Yang Berhormat. Ini Yang Berhormat Pokok Sena selalu kacau sayalah. Pandangan dia buat saya cakap pun sudah macam...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat ini esok kena pergi check dekat IJN dekat bawah itu. Nampak berat sungguh... [Ketawa]
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Kementerian juga memohon agar Yang Berhormat dapat mengemukakan permohonan dan maklumat terperinci mengenai 12 buah kampung yang masih belum menerima bekalan air untuk diselaraskan perlaksanaannya di bawah Second Rolling Pelan, Rancangan Malaysia Kesepuluh. Cuma malangnya, Yang Berhormat Batu Sapi tidak ada di sini. Akan tetapi insya-Allah, Yang Berhormat Sri Gading boleh sampaikan maklumat ini terus pada malam ini kerana ini adalah salah satu daripada usaha untuk membantu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Dalam program jalan luar bandar, permohonan cadangan pembinaan jalan dari Long Luping ke Long Sukang dan ke Lawas sejauh 70 kilometer seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Lawas, kementerian telah menyenaraikan projek pembinaan jalan tersebut melalui konsep jiwa murni di bawah Second Rolling Pelan, kedua iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh dan pelaksanaannya dijangka bermula pada tahun 2013. Manakala jalan luar bandar di Tawau pula, di bawah Rolling Plan pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu sehingga tahun 2012, kerajaan telah merancang sebanyak enam buah projek jalan melibatkan pembinaan jalan sepanjang 79.7 kilometer di seluruh daerah Tawau dengan peruntukan berjumlah RM100.8 juta.
Yang Berhormat Limbang memohon pelaksanaan projek Jalan Ulu Lubai sebanyak 16 kilometer, projek jalan Meritam-Telahak fasa tiga dan projek Jalan Bawang Ubur-Ukum-Mendamit-Mentawai fasa dua dapat dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian telah menyenaraikan ketiga- tiga projek di atas di bawah rolling plan kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh dan pelaksanaannya dijangka bermula pada tahun 2013.
Jalan Perhubungan Desa (JPD). Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong memohon jalan-jalan kampung yang rosak akibat banjir dibaik pulih. Bagi permohonan membaik pulih jalan-jalan kampung yang rosak akibat banjir, Kementerian memohon agar pihak Yang Berhormat dapat mengemukakan permohonan kepada kementerian dengan memberikan maklumat terperinci bagi jalan-jalan kampung di kawasan Yang Berhormat yang mengalami kerosakan untuk pertimbangan kementerian.
Berhubung dengan permohonan Yang Berhormat bagi mendapatkan lampu jalan kampung (LJK), untuk makluman Yang Berhormat, rasional pelaksanaan program LJK ialah bertujuan untuk menceriakan kawasan liputan supaya kegiatan ekonomi, sosial dan riadah dapat dijalankan pada waktu malam dengan selesa dan selamat...
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Bangun]
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Ia di pasang di tiang elektrik sedia ada seperti di hadapan balai raya, rumah ibadat serta persimpangan jalan.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Sikit lagi. Senarai LJK yang dipasang oleh kementerian dimuktamadkan di peringkat negeri oleh Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) selepas dibincangkan dan diselaraskan bersama pejabat daerah. Semua LJK yang dipasang oleh TNB merupakan senarai yang telah diselaraskan dan dimuktamadkan di peringkat negeri oleh PPN. Maknanya, kementerian kita melaksanakan hasil keputusan perbincangan di peringkat PPN.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Okey, boleh tidak?
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Saya habiskan sedikit lagi
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Alah, sekejap sahajalah Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Tidak sabar-sabar.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Sekejap sahajalah mencelah sebelum Yang Berhormat terlajak jauh.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Ya, okey.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Ini pasal lampu jalan kampung ini.
Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tadi untuk menceriakan dan menambahkan aktiviti di luar bandar. Akan tetapi saya selaku Ahli Parlimen Parit Sulong hendak jugalah menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri datang ke kawasan saya. Akan tetapi dengan syarat, jangan datang waktu siang tetapi datang waktu malam. Sila datang waktu malam. Saya boleh bawa keliling kampung.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah - Lenggong
Bahaya ini, bahaya.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Dan saya boleh tunjukkan sendiri...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, datang waktu malam hendak tengok lampu itu.
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Datang waktu malam untuk tengok lampu, bukan, Yang Berhormat?
Dato’ Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
[Ketawa] Lagi satu, Yang Berhormat Timbalan Menteri, banyak surat yang telah dihantar. Saya ada data terperinci bila tarikh saya telah hantar surat tetapi sampai sekarang belum ada pelaksanaan. Jadi pertanyaan saya adalah, bilakah – sebab kita ada berbincang di peringkat daerah mengenai isu yang sama dan isu ini adalah satu isu yang banyak dibangkitkan terutamanya di negeri Johor dan terutamanya di Daerah Batu Pahat. Jadinya, bilakah kementerian bercadang untuk menambahkan lagi peruntukan untuk kami terutamanya di negeri Johor dan Daerah Batu Pahat mendapat ataupun memperoleh peruntukan untuk lampu jalan ini? Saya hendak tahu bila sebab tidak mahu tunggu, tunggu, tunggu. Sudah lama Yang Berhormat dan banyak jenayah yang berlaku terutamanya di DUN Sri Medan ini. Terima kasih banyak-banyak.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Itu baru Yang Berhormat Parit Sulong, belum Yang Berhormat Tenggara.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasihlah Yang Berhormat Parit Sulong atas tawaran menjemput saya datang pada waktu malam. Insya-Allah... [Ketawa] Sebenarnya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi...
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Malam itu kena bawa isteri sekali.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Ya.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ingat itu, ingat itu Yang Berhormat.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Ingat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jangan bawa lampu jamung pula...
[Ketawa]
Dato' Haji Hasan bin Malek
Insya-Allah, okey. Saya yang baik Yang Berhormat.
Berkenaan dengan hasrat Yang Berhormat Parit Sulong, sebenarnya macam saya sebutkan tadi, pertamanya soal Majlis Pembangunan Luar Bandar tadi harus dimanfaatkan sepenuhnya kerana sebenarnya saya sudah check. Pagi tadi pun saya sudah pergi tanya pegawai tentang kedudukan correspondence di antara Parit Sulong dengan kementerian.
Pihak kementerian sudah beri jawapan. Saya tidak tahu mana silap, di mana dan sebagainya. Walau bagaimanapun kalau betul ada surat-surat yang sudah banyak dihantar tidak berbalas tadi, Yang Berhormat esok boleh beri kepada saya. Saya hendak semak balik apa yang sebenarnya berlaku.
Dato' Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang Berhormat, kalau saya siapkan semua sekali, bilakah pihak Yang Berhormat dapat menyelesaikan masalah ini?
Dato' Haji Hasan bin Malek
Kita akan kaji. Kita tengoklah Yang Berhormat. Mana yang boleh kita laksanakan, kita laksanakan terus. Mana boleh kita tangguhkan, kita tangguhkan. Yang pentingnya hasrat Yang Berhormat tadi akan cuba kita penuhi. Minta maaflah. Jadi untuk Yang Berhormat Parit Sulong sebutkan...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Dato' Haji Hasan bin Malek
Bagi akhir tahun 2009 yang lalu, sejumlah 538 unit lampu jalan kampung telah dipasang di kawasan Parlimen Parit Sulong. Ini maklumat dia.
Pada tahun 2011 sejumlah 52 unit LJK telah diluluskan untuk pemasangan di Parlimen Parit Sulong melibatkan 12 buah kampung. Ini maklumat yang kita berikan. Kerja-kerja pemasangan LJK ini akan disempurnakan oleh TNB sebelum akhir April 2011. Jadi DUN Seri Medan itu saya tidak tahu maklumat yang ada tetapi inilah yang telah dipersetujukan, maklumat yang ada pada kita. Maknanya lampu jalan kampung yang telah dipersetujukan oleh Pejabat Pembangunan Negeri itu telah pun kita laksanakan dan insya-Allah sebelum akhir 2011 akan disiapkan.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat juga, kementerian mengambil maklum dan meneliti semula senarai permohonan infrastruktur asas di kawasan Parlimen Parit Sulong.
Kementerian akan terus melaksanakan dan menyediakan infrastruktur asas di kawasan Yang Berhormat, berdasarkan keutamaan dan kepentingan sesuatu projek tertakluk kepada peruntukan yang telah diluluskan. Saya harap Yang Berhormat Parit Sulong puas hati dengan jawapan saya ini dan insya-Allah, saya akan lihat dan sama-samalah kita membantu demi memberi kesejahteraan kepada rakyat kita di akar umbi.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sri Gading.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Tiada kata secantik bahasa, hendak ku puji Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Sebenarnya terlampau banyak budi yang telah pun ditabur. Kalau di Parlimen saya sebagai contoh Sri Gading, dia 100 peratus tetapi masalah LJK ini masih menjadi pertikaian. Jadi saya harap dan bukan sahaja di Sri Gading tetapi di banyak kampung di seluruh negara memerlukan sangat LJK.
Orang kampung berkata Yang Berhormat Timbalan Menteri, orang kampung berkata saya tidak boleh jawab. “Di bandar boleh tiap-tiap serantai lampu, terang-benderang. Kenapa kami di kampung sebuah kampung kadang-kadang dua tiga lampu sahaja?” Mereka berkehendakkan sangat dan anak-anak kampung ini sebenarnya berada di kota-kota besar di seluruh Semenanjung. Balik dia ke kampung terasa sangat perbezaan.
Jadi, permohonan kita adalah supaya jangan berbalik-baliklah, peruntukan yang secukup- cukupnya. Saya ulang sekali lagi. Peruntukan yang secukup-cukupnya harus disediakan dengan lebih besar sebelum pilihan raya yang ke-13. Kalau itu dapat kita wujudkan, orang kampung yang telah pun merasa nikmat dan berbagai-bagai dan berterima kasih akan tetap terus menyokong kerajaan dan parti-parti pembangkang akan kecundang besar dalam pilihan raya yang akan datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh habiskan tak dalam masa setengah jam?
Dato' Haji Hasan bin Malek
Mungkin sudah hampir Tuan Yang di-Pertua. Hasrat daripada Yang Berhormat Sri Gading tadi, saya anggap sebagai satu hasrat sebahagian besar daripada pemimpin yang ada dalam Dewan pada malam ini. Hasrat daripada Ahli-ahli Parlimen sekalian dan begitu juga sebenarnya hasrat kementerian. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek-projek sama ada bekalan air, jalan, lampu, rumah dan sebagainya tadi dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang kita ada. Jadi apa yang telah dihasratkan oleh Yang Berhormat Sri Gading akan kita sampaikan terus. Sebenarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang melontarkan slogan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” itu, saya sudah cukup yakin, insya-Allah tahu dan sedang mengambil langkah dan akan terus membuat peruntukan-peruntukan yang besar.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
[Bangun]
Dato' Haji Hasan bin Malek
Harapan ini akan saya sampaikan terus kepada Yang Berhormat Menteri saya, yang tidak hadir pada petang ini kerana ada urusan lain, untuk dibawa ke pengetahuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri memang maklum tentang perkara ini. Saya memang bersetuju sangat iaitu quotation dia, peruntukan secukup-cukupnya. Terima kasih banyak atas pandangan yang cukup ikhlas itu dan insya- Allah kerajaan...
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Mohon.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Tidak akan mengabaikan pandangan dan hasrat daripada Yang Berhormat Sri Gading tadi.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Arau.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Yang Berhormat sekijang. Minta maaf Yang Berhormat.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniahlah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab dan kementerian ini telah banyak membantu penduduk-penduduk di luar bandar. Cuma sedikit saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini, pada tahun lalu saya ada mohon untuk amenity social ini, sudah diluluskan RM80,000 kemudian saya telah pun menyenaraikan. Jadi dua projek sahaja yang dijalankan, tiga lagi tersangkut.
Saya tidak tahu di mana dia sangkut dan surat susulan kita sudah buat ke pejabat kepada kementerian tetapi sampai hari ini saya tidak tahulah harapan ini boleh ada lagi, tak ada lagi. Saya tidak tahulah. Saya hendak minta daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, macam mana kedudukan ini kerana tempat-tempat penerima ini kita sudah beritahu. Jadi, kalau tidak ada saya hendak kena ganti duit, tidak tahu di mana hendak kena cari. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Ismail Kasim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit Yang Berhormat. KKLW, ICU. Sekarang ini ada terbaru koridor wilayah. Kalau kami di utara NCER atau NCIA. Ketiga-tiganya menjalankan fungsi dan menjadi agensi pelaksana yang sama dan kadang-kadang kita balik kawasan, kita sudah minta ini atas KKLW tiba-tiba ICU pergi buat. Kemudian ada satu lagi jalan ladang dibuat oleh koridor wilayah.
Jadi Yang Berhormat, tidak bolehkah di antara agensi pelaksana ini mengadakan coordination meeting sekurang-kurangnya supaya tidak ada perlumbaan ataupun pertindihan supaya kita pun sebagai wakil rakyat kawasan, kita pun tidak pening kepala untuk kita, yang ini lebih fokus kepada ini. Yang ini lebih menjurus kepada ini, yang ini lebih fokus kepada ini. Jadi tidak ada pertindihan dalam sebagai agensi pelaksana bagi pihak kerajaan. Mohon penjelasan.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Bijak sungguh pandangan-pandangan daripada Ahli- ahli pandangan Barisan Nasional ini memberi pandangan-pandangan, terutamanya daripada Yang Berhormat Arau tadi kita memang ada pertindihan di antara tiga-tiga agensi ini KKLW, ICU dan juga koridor-koridor dan sebagainya. Jadi ini akan kita sampaikan, saya akan sampaikan supaya mesyuarat penyelarasan itu dibuat. Sebenarnya, ada masa- masanya juga kita ada berbincang tetapi secara khusus untuk yang disebut tadi tidak ada dibuat tetapi insya-Allah ini akan kita ambil kira dan akan dilaksanakan pada masa depan.
Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat sekijang, sebenarnya soalan ini begitu spesifik. Saya ingat Yang Berhormat berikan maklumat itu selepas ini dan saya akan selidik, tengok dan maklumkan esok apa kedudukan perkara ini. Mana yang boleh kita bantu, kita bantu. Kalau tidak boleh bantu daripada kementerian, kita akan cuba pula rujuk kepada punca-punca yang lain. Yang pentingnya rakyat di Sekijang kita akan bela. Terima kasih.
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed - Sekijang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Jadi akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, hal ehwal Orang Asli. Yang Berhormat Parit Buntar mencadangkan agar Akta Orang Asal diberi nafas baru atau disemak semula bagi memastikan hak orang asal terus dipelihara termasuk terhadap penerokaan tanah orang asal.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Untuk makluman Yang Berhormat, bengkel pindaan akta ini telah diadakan di Nilai Spring Negeri Sembilan pada tahun 2009 yang lalu yang turut melibatkan masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada individu dan kumpulan meliputi pemimpin, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan ahli perniagaan Orang Asli. Kerajaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan yang terbaik untuk masyarakat Orang Asli. Perkara ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan perlu berhati-hati supaya penambahbaikan yang dibuat memberi kesan yang positif kepada masyarakat Orang Asli untuk jangka masa panjang.
Walau bagaimanapun, cadangan pindaan akta 134 ditangguhkan sementara bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit berkaitan Dasar Pemberimilikan Dan Pembangunan Tanah Orang Asli iaitu DPPTOA yang dibentang dan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara kali ke-65 pada 4 Disember 2009 yang lalu.
Yang Berhormat Putatan juga membangkitkan isu mengenai Perkara 153 yang tidak menyentuh masyarakat Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya masyarakat Orang Asli tidak dimasukkan secara khusus dalam Artikel 153(1) Perlembagaan Persekutuan seperti mana kedudukan Orang Melayu dan bumiputera negeri Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, masyarakat Orang Asli turut mendapat pengiktirafan serta tidak dinafikan kedudukannya seperti mana yang diperolehi oleh Orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak di mana Artikel 153(1) turut menyentuh kepentingan-kepentingan sah kaum yang lain mengikut peruntukan perkara ini.
Datuk Ismail Kassim - Arau
Minta laluan.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Jadi kementerian menerusi Jabatan Orang Asli sentiasa memberi perhatian...
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat...
Datuk Ismail Kassim - Arau
Celahan...
Dato' Haji Hasan bin Malek
Dan mengiktiraf hak Orang Asli melalui pelaksanaan program-program utama jabatan iaitu pendidikan, pembangunan sosio ekonomi, kesihatan sebagaimana yang termaktub dalam Akta 134 yang memperuntukkan bagi mengadakan pelindungan kesentosaan dan kemajuan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Yang Berhormat Arau.
Datuk Ismail Kassim - Arau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita lihat keseriusan kerajaan sudah bermula sebelum kita mencapai kemerdekaan, Akta Orang Asli telah pun dibuat dan dilindungi. Saya saban kali bercakap perkara ini, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana seminar, bengkel yang melibatkan pelbagai pihak dengan serius membincangkan masa hadapan Orang Asli. Namun di sini Yang Berhormat, saya nampak seolah-olah perlu ada suntikan baru dalam Jabatan Hal Ehwal Orang Asli kerana masalah tanah contoh.
Di Pahang sahaja yang boleh diselesaikan. Kawasan di tempat lain di Selangor dicerobohi, diambil jadi kawasan perlombongan pasir dan sebagainya.Kemudian menyentuh tentang mereka yang tinggal di tepi pantai. Mereka tidak mempunyai hak milik sampai sekarang di mana mereka masih lagi dikategorikan dalam kumpulan miskin tegar.
Koperasi mereka tidak dibantu bersungguh-sungguh memang ada koperasi. Hendak tubuh koperasi pun di peringkat pelbagai cabaran yang dihadapi, tetapi sampai sekarang tidak ada suntikan-suntikan seperti projek, peluang-peluang perniagaan kepada usahawan mereka yang diberi secara khusus. Kalau ada saya pohon jawapan bertulis supaya diberikan data-data ini kepada saya.
Datuk Ismail Kassim - Arau
Kemudian, peratus miskin tegar, peratus mereka yang terlibat dalam bidang usahawan, peratus mereka yang tamat darjah enam dan PMR yang merupakan kumpulan yang paling ramai yang menganggur di negara kita. Kenapa ini masih berlaku? Curahan peruntukan tahun demi tahun pada saya cukup besar sedangkan kita perlu membuat sedikit keikhlasan. Kalau awak hendak berkhidmat di Jabatan Orang Asli ini walaupun di tengah hutan, tetapi ikhlaslah pada diri. Walaupun pegawai berkenaan ikhlas pada diri mereka, mereka benar-benar menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka supaya peruntukan itu benar-benar sampai ke sasaran kerana mereka merupakan di antara penduduk peribumi yang sebenarnya memerlukan pembelaan yang wajar daripada pihak kerajaan.
Bukan setakat slogan, bukan setakat penjelasan di Dewan yang mulia ini tetapi kita perlu ada perubahan yang drastik. Tidak payah tunggu 2015 pelan tindakan yang perlu dibuat, perlu kita laksanakan sekarang. Terima kasih. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri bersungguh-sungguh dan saya yakin Yang Berhormat Kuala Pilah sebenarnya bersama-sama dengan saya memikirkan masalah yang pada saya cukup besar ertinya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Balik Pulau sedikit. Saya tadi tekun mendengar penjelasan Timbalan Menteri dalam mengendali masalah penduduk asal. Cuma di sini kita punya kategori yang khusus dalam menangani Orang Asli asal. Akan tetapi ada masalah lain di luar bandar. Saya beri contoh, akibat pembangunan ada orang penduduk asal, macam saya di Balik Pulau duduk di tanah di situ asal situ membesar situ tetapi berdasarkan undang-undang sekarang dalam masa seminit dua minit mereka akan jadi squatters ataupun menjadi setinggan. Jadi di mana kita hendak kategorikan orang ini. Orang ini saya bagi contoh, pemaju beli rumah, beli tanah dia hendak membuat pembangunan. Jadi kita membesar di situ dari tok nenek moyang kita sampai mungkin sampai ke-50 hingga 100 tahun.
Akan tetapi undang-undang hari ini tidak mengiktiraf perkara itu. Contoh di Balik Pulau ada yang berasal di Acheh berasal dari Siam, pelbagai. Jadi saya rasa tiba masanya disebabkan hambatan pembangunan, kerajaan perlu punya satu polisi terutama dengan izin hak hartanah property rights untuk mengiktiraf kelompok ini. Kalau tidak ada undang- undang ini dasar ini kawan-kawan sesekolah dengan kita, kawan-kawan sekampung tiba- tiba disebabkan pemaju datang buat pembangunan mereka dipanggil sebagai setinggan, ataupun penceroboh. Saya rasa perkara ini penting dan sukar diterima di kala kita menuju ke arah negara maju. Mohon penjelasan.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Terima kasihlah Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Balik Pulau. Yang Berhormat Arau tadi saya hargailah pandangan, hasrat Yang Berhormat sendiri dan begitu jugalah kita-kita semua di sini. Hasrat kita hendak melihat masyarakat Orang Asli ini sentiasa terus terbela. Oleh kerana itu, menyedari tentang kedudukan mereka sebab itulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bajet yang lepas, telah menukarkan konsep nama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli itu ke Jabatan Kemajuan Orang Asli ataupun JAKOA. Matlamatnya hendak benar-benar melihat bahawa Orang Asli ini terbela dan menikmati pembangunan kita dan lain-lain. Oleh kerana itu hasrat Yang Berhormat tadi kita akan rakamkan dan menjadi pedoman kepada anggota daripada kementerian dan jabatan-jabatan untuk sentiasa ikhlas membantu dan sebagainya.
Saya sendiri pun kadang-kadang terharu juga apabila kita pergi ke kawasan- kawasan masyarakat Orang Asli berjumpa dengan mereka, tinggal dengan mereka memang banyak keperluan-keperluan yang tidak ada. Jadi ini juga ada hubung kaitnya dengan apa yang disebut Yang Berhormat tadi, soal perniagaan. Soal perniagaan ini pun kita buat Yang Berhormat. Soal gerai-gerai misalnya minyak buku di Johor. Kita bina satu gerai. Gerai-gerai mereka yang sedia ada terlalu daif. Oleh kerana itu Yang Berhormat Menteri dalam lawatan beliau telah bersetuju menukarkan bangunan yang lama itu ditukarkan kepada bangunan baru. Hari ini sudah terdiri siap satu bangunan yang cukup lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai untuk jadikan perniagaan.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Inilah dia Yang Berhormat, cuma kita lihat masyarakat Orang Asli ini soal sikap mereka juga kerana sama-sama kita bimbing supaya mind set mereka berubah sama-sama selaraslah. Sebab itu pelbagai usaha yang kita buat dalam bidang penyelidikan yang kita berikan memberi peluang kepada anak-anak yang mendapat 5A dalam UPSR kita hantar ke sekolah asrama penuh dan baru-baru ini pula kita hantar mereka yang bijak itu belajar di luar negara dan sebagainya. Jadi insya-Allah Yang Berhormat, harapan Yang Berhormat itu saya sambut dengan keadaan yang cukup terbuka dan ini akan menjadi satu cabaran kepada seluruh anggota warga kementerian khususnya JAKOA untuk merealisasikan hasrat Yang Berhormat Arau dan juga sahabat-sahabat kita yang lain, terima kasih.
Berkenaan dengan Yang Berhormat Balik Pulau, sebenarnya tidak ada konsep soal rakyat asal dan sebagainya. Sebab dalam konteks masyarakat Orang Asli di negara kita, kita disebut ini indigenous iaitu Orang Asli, asal tidak ada. Sebab ini tidak ada hubung kait dengan masyarakat indigenous itu macam di Mauri. dan sebagainya ada tetapi untuk konteks dalam negara kita, Orang Asli ini adalah orang asli yang ada termaktub dalam Perlembagaan Negara kita. Apa yang disebut tadi soal masalah tanah dan sebagainya. Ini memang kita tidak mengambil mudah tentang perkara ini kerana pertamanya dia ada hubung kait dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Dato' Haji Hasan bin Malek
Ini kerana soal tanah ini adalah kuasa kerajaan negeri. Oleh sebab itu dalam merangka kementerian untuk hendak menggubal, hendak memberikan jaminan soal keselesaan, keselamatan mereka dan juga pemindahmilikan tanah-tanah ini, kita sedang menggubal. Sudah gubal itu elok-elok melalui perbincangan dan sebagainya, ada suara- suara tidak puas hati...
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Nanti Yang Berhormat. Ada suara, suara yang tidak puas hati dan kita melihat ada justifikasinya satu, dua perkara itu. Oleh sebab itu kita kena kaji balik dan sebagainya. Sebab dasar ini ada hubung kaitnya dengan dasar pemberimilikan dan pembangunan tanah kepada Orang Asli. Ini dalam peringkat di Majlis Tanah Negara pun ada bincangkan dan insya-Allah lah. Kalau perkara ini sudah cukup selesa, semua pihak berpuas hati ia akan dilaksanakan. Ini juga bergantung pada kesediaan kerajaan-kerajaan negeri untuk membantu kita merealisasikan hasrat ini. Kita sudah pergi ke beberapa buah negeri minta pandangan mereka dan yang belum kita pergi itu Yang Berhormat Menteri akan pergi turun dan berbincang...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
[Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebab dalam Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak mengkaji perkara ini, saya rasa Yang Berhormat Sri Gading pun nada yang sama itu. Sebab dia akan melibatkan banyak kampung, kita panggil Kampung Warisan. Di dalam mengamalkan dasar ekonomi terbuka, kadang-kadang kita kata demand and supply.
Akan tetapi memang kadang-kadang orang kampung di luar bandar ini - saya rasa termasuk dalam hal ehwal dan bidang kuasa kementerian. Kadang-kadang kita tengok, saya bagi contoh di Balik Pulau. Perumahan semuanya RM500,000 ke atas. Isunya di sini, kalau kita kata ia hanya melibatkan kerajaan negeri, ia melibatkan Kanun Tanah Negara
(National Land Code). Itu urusan federal.
Saya mencadangkan secara khusus Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri merujuk kepada satu peruntukan yang dipanggil dengan izin, indefeasibility of title iaitu hak berdaftar. Setakat hari ini, undang-undang negara mengikut Torrens System iaitu Torrens System Undang-undang Australia. Saya rasa undang-undang itu sudah lapuk kalau di Malaysia kerana di Malaysia undang-undang Australia itu hanya mengiktiraf hak-hak yang berdaftar di pejabat tanah. Bayangkan nenek moyang kita kadang-kadang dalam bahasa Balik Pulau, dia sewa parte. Sewa parte ini sewa tapak.
Akan tetapi di pejabat tanah tidak berdaftar. Dia bayar hasil tetapi tuan tanah itu tidak pun mendaftar haknya itu di pejabat tanah. Jadi apabila berlaku pembelian jual beli tanah, apa pemaju buat kerana disebabkan dasar demand and supply economy ini, dia hanya melihat ini kelompok-kelompok yang haram dan perlu dihalau.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff - Balik Pulau
Jadi pergi ke mahkamah di bawah seksyen 18 dipanggil Eviction Order, secara automatik ini adalah pendatang-pendatang haram. Jadi saya tidak boleh terima kawan- kawan yang pergi ke sekolah dengan saya satu kampung, tiba-tiba hari ini dipanggil pendatang haram. Dia ini orang Melayu, orang Islam satu kampung.
Jadi saya mencadangkan kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah disebabkan pembangunan yang tidak seimbang ini menggubal satu dasar hartanah dengan izin, property right kerana dalam masa terdekat dengan izin, Property Rights Index 2011 akan diisytiharkan oleh Economic Freedom Index dalam masa terdekat. Sebelum perkara itu keluar, kita keluarkan satu dasar yang mana boleh menangani demand and supply ekonomi terbuka tetapi boleh mengawal hak kelompok-kelompok yang dalam kategori warisan dan sebagainya. Kalau tidak, kampung-kampung ini saya rasa bukan masalah Melayu, bukan masalah Cina dan India, kampung-kampung ini semua akan habis. Orang kita tidak mampu beli rumah-rumah ini. Saya mohon satu tindakan segera oleh kementerian untuk menangani masalah ini.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau.
Pandangan Yang Berhormat itu saya sedia maklum tentang pandang-pandangan Yang Berhormat tadi dan akan kita ambil kiralah dalam perbincangan-perbincangan kita ke arah pelaksanaan dasar pemberimilikan tanah yang disebutkan tadi. Jadi input yang sebegini perlu bagi kita kerana saya bersetuju apa yang saya sebut Yang Berhormat, Torrens System yang dibuat di Australia dahulu hari ini sudah tidak sesuai lagi pada waktu itu. Oleh sebab itu bagi kita hendak perkara ini secara cepat tidak boleh. Kita kena teliti halus-halus, betul-betul sebab matlamat kita hendak memberi kesejahteraan kepada rakyat tadi. Jadi insya-Allah input dan pandangan Yang Berhormat tadi akan diambil kira dalam perbincangan kita dalam kita merangka penyiapan dasar pemberimilikan tanah tadi. Terima kasih kepada pandangan Yang Berhormat.
Satu lagi berkenaan Jabatan Kemajuan Orang Asli ini ialah pandangan daripada Yang Berhormat Hulu Selangor supaya kerajaan membantu masyarakat Orang Asli di kawasan Parlimen Hulu Selangor. Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa komited untuk membantu masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia termasuk di kawasan Parlimen Hulu Selangor.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, terdapat 16 buah perkampungan Orang Asli di Parlimen Hulu Selangor meliputi bilangan penduduk seramai 3,619 orang iaitu 798 Ketua Isi Rumah (KIR). Berkaitan status tanah di penempatan Orang Asli Hulu Selangor, sememangnya ia masih belum diwartakan kecuali Kampung Tun Razak seluas 8.5 hektar telah diwartakan di bawah seksyen 62, Kanun Tanah Negara (KTN). Sehubungan itu, kementerian menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli telah meningkatkan usaha serta mewujudkan suatu dasar iaitu dasar pemberimilikan dan pembangunan tanah kepada masyarakat Orang Asli seperti mana yang telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 pada 4 Disember 2009. Kawasan Hulu Selangor juga terlibat dalam dasar ini dan jabatan kemajuan Orang Asli telah pun mengemukakan permohonan kepada pejabat tanah dan galian negeri Selangor bagi mewartakan tanah di kawasan perkampungan Orang Asli Hulu Selangor seluas 1,802.74 hektar. Akan tetapi sehingga kini masih lagi belum dapat direalisasikan kerana seperti saya sebutkan tadi kuasa ini adalah kuasa kerajaan negeri.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Yang Berhormat Tebrau bertanyakan berapa peratus small medium enterprise (SME) di bawah MARA yang menggunakan inovasi dalam research and development (R&D). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 15.7 peratus iaitu 11 daripada 70 buah syarikat small medium enterprise (SME) di bawah MARA yang menggunakan inovasi dalam research and development mereka. Senarai syarikat dan apa inovasi yang dibuat, aktiviti mereka ada dalam simpanan saya dan kalau berminat saya akan serahkan kepada Yang Berhormat Tebrau.
Yang Berhormat Titiwangsa juga memohon penjelasan berhubung status Kompleks Jalan Gurney. Kompleks Jalan Gurney merupakan sebuah projek di bawah MARA.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Pembinaan projek tersebut telah disiapkan pada Februari 2009 dan Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF) telah diperoleh pada April 2010. Pada masa ini sukacita saya maklumkan kesemua 46 lot perniagaan yang terdapat di kompleks berkenaan telah pun disewakan. Oleh sebab Yang Berhormat Titiwangsa pernah bertanya dahulu waktu itu ada banyak kekosongan. Akan tetapi pada hari ini kita sudah serahkan kepada master tenants dan dia telah berjaya mendapatkan 46 peniaga-peniaga berniaga di kompleks tersebut.
Yang Berhormat sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Soalan penghabisan.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Ya?
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Penghabisan, soal MARA tadi.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Okey Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat. Saya Yang Berhormat ini, saya tidak boleh hendak elak, kena layan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Sebab hasrat itu satu hasrat yang cukup murni.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz - Sri Gading
Jadi saya pun begitu jugalah.
Terima kasih. Ini pelajar-pelajar kita di Jepun yang dihantar oleh MARA. Bagaimana keadaannya dan apakah ada rancangan hendak bawa balik sementara atau bagaimana?
Pasal di situ berlaku di Jepun ini. MARA menghantar ramai pelajar kita di sana. Jadi kalau agaknya ada rancangan hendak bawa balik ataupun bagaimana? Minta sedikit penjelasan.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Terima kasihlah. Yang Berhormat, soal pembangunan ini nampaknya barisan kita sahaja yang bertanggungjawab, yang prihatin soal pembangunan ini terutama sekali Yang Berhormat Sri Gading. Saya hargai pendirian Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena, dia asyik tidak ada buat apa pun. Jadi soalan tadi berkenaan dengan pelajar-pelajar MARA kita yang berada di Jepun.
Sebenarnya pada peringkat ini kita mengikut arahan dan pandangan daripada Wisma Putra berdasarkan laporan-laporan yang sedia ada. Untuk hari ini, sehingga hari ini saya difahamkan bahawa pelajar-pelajar MARA yang ada di Jepun pada waktu ini mereka tinggal di luar daripada kawasan yang berbahaya itu tadi. Jadi oleh sebab itu tidak ada keperluan buat masa ini. Begitu jugalah hasrat dan juga pandangan daripada Wisma Putra.
Dato’ Haji Hasan bin Malek
Walau bagaimanapun, kalau keadaan memerlukan mereka dipindahkan, segala persiapan sudah ada sebenarnya, tinggal lagi menunggu lampu hijau sahaja. Kalau Wisma Putra memikirkan perlu bawa balik, mereka ini kita akan bawa balik. Insya-Allah, ini berdasarkan kepada keadaan semasa dan saya difahamkan juga keadaan nuklear yang meletup itu pun sudah mulai beransur-ansur baik. Jadi kita sama-sama mendoakan semoga keadaan bertambah baik dan anak-anak pelajar kita berada dalam keadaan selamat dan sebagainya. Jadi terima kasihlah Yang Berhormat, sekali lagi saya cukup yakin dan percaya saranan, pandangan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat tadi akan memberi perangsang kepada kementerian dalam membela nasib masyarakat luar bandar. Semoga segala usaha yang kita buat ini dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Kementerian Pengajian Tinggi.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato' Saifuddin bin Abdullah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini yang telah mengambil bahagian dan memberi cadangan serta pandangan yang bernas semasa membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato' Saifuddin bin Abdullah
Mengikut landskap pendidikan di seluruh dunia sekarang ini, institusi pengajian tinggi khususnya universiti berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dan pelbagai sifatnya. Universiti dituntut untuk memenuhi kehendak dan keperluan sezaman. Sebagai pusat penyelidikan, universiti perlu meneruskan usaha gigih mereka menjana ilmu untuk kepentingan manusiawi manakala sebagai institusi pendidikan, universiti mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengasuh dan membentuk pemimpin masa depan negara. Dalam konteks negara kita Malaysia, sektor pengajian tinggi memainkan peranan yang signifikan dalam mentransformasikan negara melalui sumbangan pengeluaran modal insan yang berkualiti. Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa berusaha untuk bersama- sama menjayakan transformasi kerajaan, transformasi ekonomi dan seterusnya menggalas amanah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Modal Baru Ekonomi dengan meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara.
Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor yang menyentuh usaha penghasilan modal insan masa hadapan yang kreatif dan inovatif, sukacita dimaklumkan bahawa kementerian mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat kerana ia selari dengan perancangan Kementerian Pengajian Tinggi melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang telah memasuki fasa kedua pada tahun ini. Ia merupakan fasa pengukuhan dan pemantapan di mana pelaksanaannya akan dituruti dengan pelancaran Pelan Tindakan Modal Insan Inovasi Peringkat Tertiari dan Pelan Pembangunan Modal Insan ICT Negara.
Berkenaan cadangan Yang Berhormat Hulu Selangor agar ditawarkan ijazah khusus berkaitan teknologi hijau, sukacita dimaklumkan bahawa kementerian sentiasa peka dan memantau perkembangan program-program yang ditawarkan oleh IPT agar ia sentiasa relevan dan menepati kehendak semasa.
Program-program berteraskan teknologi hijau sebenarnya telah pun ditawarkan di IPTA. Sebagai contohnya Sarjana Muda Sains Gunaan bagi biologi persekitaran, Sarjana Muda Sains dalam teknologi persekitaran dan juga Sarjana Muda Pengurusan Alam Sekitar. Di samping itu, terdapat juga kursus-kursus elektif yang berteraskan teknologi hijau ditawarkan oleh IPT contohnya Penilaian Perkhidmatan Persekitaran, Perhutanan Bandar dan Penilaian Kesan Alam Sekitar. Untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam teknologi hijau, latihan amali dan lawatan dengan izin, field study atau field work ke industri teknologi hijau juga turut diterapkan dalam kurikulum yang berkenaan.
Berkenaan cadangan meningkatkan lulusan teknikal dan vokasional oleh Yang Berhormat Tuaran agar mereka boleh diserap dalam pasaran pekerjaan, ingin saya maklumkan bahawa kementerian sedar tentang perkara ini di mana negara bukan sahaja memerlukan modal insan berilmu tinggi tetapi juga berkemahiran tinggi. Seperti kita sedia maklum, negara perlu meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 23 peratus kepada 37 peratus menjelang tahun 2015. Justeru, usaha mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional merupakan langkah yang sangat tepat dan kita perlu bersama-sama menterjemah dan merealisasikannya.
Ini termasuklah membangunkan sikap yang betul di kalangan masyarakat terhadap pengajian teknikal dan vokasional. Dalam soal meningkatkan peluang kemasukan lulusan teknikal, kementerian akan mengembalikan peranan asal keempat-empat universiti teknikal sedia ada iaitu Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Pahang di mana menjelang tahun 2015, mereka perlu memastikan kemasukan pelajar-pelajar ke IPTA tersebut terdiri daripada 60 peratus dalam bidang teknikal. Kementerian merancang sehingga tahun 2020 membina sebelas buah lagi politeknik baru iaitu penambahan tiga buah politeknik konvensional, lapan buah politeknik metro selain enam buah politeknik yang dinaik taraf bagi menampung enrolmen seramai 150,000 orang setahun.
Ini bagi melahirkan seramai 680,000 orang pekerja mahir di peringkat diploma atau 45 peratus daripada jumlah 1.5 juta yang diperlukan negara menjelang 2020. Politeknik juga akan menawarkan program-program baru sejajar dengan keperluan dengan izin, economic transformation program. Antara program-program yang akan dijalankan pada 2011 adalah, dengan izin, Oil And Gas Technology, Olio Chemical Engineering, e-Tourism, Landscape and Biotechnology.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II - Dato' Saifuddin bin Abdullah
Terdapat juga penawaran program-program yang tidak terdapat di universiti lain seperti dalam bidang Penyelenggaraan Pesawat, Perkapalan serta Tekstil yang mana ini akan mengukuhkan status politeknik sebagai institusi alternatif bagi lepasan sekolah.
Mengenai cadangan Yang Berhormat Limbang agar diberi pertimbangan khas peminjam PTPTN dari Limbang agar tidak disenaraihitamkan dan Yang Berhormat Kalabakan yang mencadangkan agar kaedah menahan peminjam ke luar negara dikaji semula. Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan prosedur kerja sedia ada, PTPTN telah pun melaksanakan pendekatan yang terbuka dan fleksibel dalam pengurusan bayaran balik pinjaman sebelum menyenarai hitam peminjam tegar. Tindakan menyenarai hitam adalah sebagai langkah terakhir dalam memberikan peringatan kepada peminjam tegar setelah pelbagai langkah peringatan supaya mula membayar balik pinjaman tidak dipedulikan oleh mereka. PTPTN juga mengambil pendekatan yang berlembut dan mesra pelanggan.
Mereka boleh tampil untuk merundingkan pendahuluan bayaran balik yang boleh dibayar dan komitmen bayaran ansuran bulanan seterusnya bagi pelepasan daripada senarai hitam. Langkah tersebut memperlihatkan bahawa tindakan larangan meninggalkan negara yang diambil oleh PTPTN bukanlah tindakan yang dibuat secara sewenang- wenangnya tanpa memberikan ruang dan peluang yang mencukupi kepada peminjam.
Kami yakin peminjam berkenaan tidak akan menampilkan diri sekiranya tidak berdepan dengan tindakan larangan keluar negara yang diambil oleh PTPTN. Daripada maklum balas yang dikumpul...
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Mencelah, Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat.
Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Limbang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soal tentang menyenaraihitamkan ini, apa yang telah saya suarakan tempoh hari ialah tentang keadaan Limbang itu sendiri. Mana-mana rakyat Malaysia yang disenaraihitamkan di mana-manalah daerah seluruh Malaysia ini masih bebas nak bergerak tetapi kalau di Limbang itu disenaraikan hitam, maka dia tersepit di situlah. Dia tak boleh buat apa-apa, nak keluar dari Limbang itu semuanya perlu pasport.
Kalau nak hukum pun, sekiralah ambil tindakan mungkin ada kaedah lain sebab kalau Limbang itu, kalaulah pasport itu ditahan, disenaraikan hitam, it means that dengan izin, dia akan di situlah tidak boleh hendak ke mana sedangkan rakyat lain di Malaysia ini yang lebih tegar-tegar pun masih boleh lagi bergerak ke sana ke mari. Jadi itulah, kalaulah sekiranya sebab yang mereka ini yang memohon ini kebanyakan memang yang masih belum mendapat kerja lagi, yang memang tak boleh hendak bayar. Bukan sengaja tidak hendak menampilkan diri. Jadi saya mintalah kementerian untuk mencari kaedah lain kalau berkenaan dengan Limbang inilah tadi. Terima kasih.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau
Menteri, sedikit lanjutan daripada itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Yang Berhormat, sambung esok.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof - Balik Pulau
Sambung esok ya? Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Respons yang itu dan lepas itu kita habiskan Yang Berhormat.
Dato' Saifuddin bin Abdullah
Kita tidak boleh membuat pengecualian yang terbuka begitu daripada segi peraturan. Akan tetapi saya rasa sebagai jalan sementara, elok kalau kita berbincang bagaimana kita boleh bantu kes yang spesifik kepada peminjam- peminjam di Limbang itu memandangkan keadaannya yang begitu terkecuali itu. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datuk Ronald Kiandee
Ya, boleh sambung esok.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 22 Mac 2011.
Dewan ditangguhkan pada pukul 9.30 malam.